url
stringlengths 41
165
| headline
stringlengths 9
135
| content
sequence |
---|---|---|
https://ajar.com.my/2019/08/08/pareidolia-apabila-kita-nampak-muka-pada-objek-objek/ | Pareidolia, Apabila Kita Nampak Muka Pada Objek – objek | [
"Pernah tak kita melihat bentuk yang seolah – olah muka pada objek – objek rawak? Kadang kala kita lihat ada muka orang pada batang pokok, kadang kala seperti ada muka yang besar pada bukit, dan paling kerap adalah pada roti bakar!",
"Maka kita pun terfikir sama ada sememangnya berlaku apa – apa sumpahan pada pokok tersebut (mungkin lelaki itu pada hayatnya suka tebang pokok, kemudian kena sumpah jadi pokok) atau itu hanyalah ilusi khayalan kita semata – mata.",
"Tahu tak, bahawa sebenarnya terdapat terma untuk fenomena melihat muka pada objek? ",
"Ia dipanggil Pareidolia (par-i-DOH-lee-a) ",
"Pareidolia adalah sejenis penipuan deria yang normal dan amat biasa berlaku.",
"Kita mengalami pareidolia apabila kita melihat corak dan bentuk yang bermakna- biasanya bentuk muka, pada objek yang samar – samar. Sedangkan ia tidak wujud!",
"Contoh yang biasa berlaku adalah apabila kita melihat seakan – akan kelibat muka, binatang, atau objek yang kita kenali pada api, asap atau awan.",
"Pareidolia sebenarnya dikesan pada bayi seawal usia 8 ke 10 bulan lagi. Manusia miliki bias pada bentuk muka, kerana sejak dari usia kecil lagi kita suka dengan bentuk muka mak ayah kita.",
"Maka kecenderungan kita untuk mengesan rangsangan berbentuk muka terbawa – bawa sehingga ke dewasa. Kita lebih sensitif dengan bentuk muka, itulah sebabnya reaksi kita apabila melihat muka orang berbeza dengan objek – objek lain.",
"Kajian pada otak manusia juga dapati bahawa sebenarnya terdapat bahagian otak yang khas untuk mengesan bentuk muka. Bahagian otak ini lebih cepat terangsang terhadap bentuk muka berbanding objek – objek harian yang lain.",
"Walaupun fenomena ini sangat normal dan mungkin berlaku kepada jutaan manusia dengan kerap, tetapi terdapat beberapa contoh pareidolia yang berimpak besar.",
"Apabila Viking 1 memulangkan gambar – gambar permukaan Marikh pada 1976, sebuah foto mencetuskan kekecohan apabila sebongkah batu kelihatan seperti muka orang.",
"Walaupun saintis dengan segera mengenal pasti bahawa wajah tersebut hanyalah terhasil akibat pencahayaan dan bayang – bayang, tetapi sesetengah orang percayai bahawa ia adalah tinggalan peradaban alien.",
"Bagaimanapun, kes pareidolia yang paling banyak berlaku adalah yang melibatkan simbol – simbol agama.",
"Puluhan ribu orang Kristian pernah pergi ber’hijrah’ untuk melihat sepotong chapati yang kelihatan seperti Jesus di India. ",
"Sepotong roti di Nashville kelihatan sama betul dengan Mother Teresa.",
"dan sudah pasti, ratusan demi ratusan orang yang mengklaim mereka menemui wajah ‘Jesus’ pada roti bakar!"
] |
https://ajar.com.my/2019/08/09/apa-itu-masa-sebenarnya/ | Apa Itu Masa, Sebenarnya? | [
"Sekiranya ada seorang kanak – kanak bertanya kepada anda, ",
"“masa tu apa pakcik?”",
"bagaimanakah anda akan menjawab soalan budak tersebut?",
"Kebanyakan orang akan menjawab bahawa masa merujuk kepada siang dan malam, tahun, bulan dan hari. Kalau dalam setahun, kita ada 12 bulan, ataupun 365 hari. Dalam masa sehari pula kita ada urutan siang dan malam, dengan kita di Malaysia merasa (secara kasarnya) 12 jam siang dan 12 jam malam.",
"Jadi, adakah itu definisi “masa” yang anda pegang?",
"Bukanlah ingin menyatakan anda salah, namun definisi masa yang anda\npegang itu sebenarnya agak kurang tepat.",
"Kenapa?",
"Ayuh saya pecahkan satu-persatu.",
"Anda mengatakan bahawa tahun, bulan dan hari merupakan sebahagian daripada masa. Anda kata bahawa dalam masa satu tahun, akan ada tempoh 12 bulan ataupun 365 hari. Apa maknanya? Setahun merujuk kepada tempoh Bumi mengelilingi Matahari, di mana dalam tempoh Bumi mengelilingi Matahari tersebut, bulan juga telah mengelilingi Bumi sebanyak 12 kali (definisi sebulan adalah tempoh bulan berputar mengelilingi Bumi), dan pada kadar waktu yang sama, Bumi juga telah berputar di atas paksinya sebanyak 365 kali (putaran Bumi di atas paksinya akan menghasilkan fenomena siang dan malam).",
"Anda faham fenomena satu tahun yang berlaku di atas?",
"Baiklah, saya bagi satu contoh yang agak berbeza.",
"Katakan, anda tidak hidup di Bumi, sebaliknya anda menetap di Musytari (Jupiter). Apakah definisi satu tahun bagi anda? Sekiranya anda tinggal di Musytari, definisi 1 tahun anda akan menjadi berbeza, kerana Musytari mengambil masa selama 12 tahun Bumi untuk melengkapkan putaran mengelilingi Matahari. Ingat, definisi setahun pada asalnya adalah tempoh putaran satu planet mengelilingi Matahari. Bagaimana pula dengan definisi sehari di Musytari? Sehari di Musytari adalah bersamaan dengan 9 jam 56 minit di Bumi. Aduh, sekejap gila! Keluar rumah waktu siang, balik-balik dah isyak dah!",
"Maka, adalah logik sekiranya definisi masa anda berubah, sekiranya\nanda tinggal di planet selain Bumi.",
"Dalam sains, masa merupakan satu entiti fizikal yang penting. Meneroka\nsejarah sains, antara individu paling awal yang cuba untuk meneroka sifat masa\nadalah Sir Isaac Newton, yang terkenal dengan Hukum Pergerakan Newton beliau\n(Newton’s Law of Motion). Menurut Newton, sekiranya kita tahu bagaimana\nberlakunya perubahan pergerakan sesuatu objek, kita mampu meneka kesemua aspek\nberkenaan dengan objek tersebut hanya dengan menggunakan formulasi matematik\nyang berkaitan dengan kinematik ataupun pergerakan sesuatu objek tersebut.\n(Rujuk: Clockwork Universe)",
"Maka, takrifan yang diberikan oleh Newton ini telah mempengaruhi ramai\nsaintis selepas era beliau. Menurut mereka, masa merupakan suatu entiti fizikal\nyang wujud dan boleh dicerap dengan menggunakan jam, dan dengan wujudnya masa,\nmereka mampu melakukan operasi matematik dan melihat evolusi pergerakan sesuatu\nobjek terhadap masa (Ini merupakan idea utama Kalkulus, mengira perubahan\nsesuatu benda atau keadaan terhadap masa).",
"Sehinggalah sampai kepada zaman Einstein, barulah definisi masa mula dipersoalkan semula. ",
"Idea utama Einstein dalam Teori Relativiti, iaitu konsep Kebersamaan (Relativity of Simultaneity) adalah salah. Perbincangan lain mengenai Teori Relativiti boleh dibaca dalam post lain yang disediakan di bahagian bawah artikel.",
"Kebersamaan (Simultaneity) merujuk kepada keadaan di mana kita melihat sesuatu peristiwa dalam keadaan serentak. Antara contoh mudah adalah kita melihat kawan kita di hadapan kita, hal ini dipanggil sebagai situasi yang berlaku secara langsung (live event). ",
"Katakan pula, kawan anda tinggal di …. Matahari. Sekiranya anda melihat rakan anda dalam teleskop, dan anda melihat rakan anda sedang duduk minum air, adakah rakan anda minum air tersebut sekarang? ",
"Imej rakan anda dari Matahari, akan mengambil masa selama 8 minit 20\nsaat untuk sampai ke Bumi, jadi, sewaktu anda sedang melihat rakan anda sedang\nduduk minum, di Matahari sana, 8 minit 20 saat telahpun berlalu.",
"Situasi seperti ini sebenarnya memecahkan persepsi kita terhadap Kebersamaan (Simultaneity). Hakikat bahawa cahaya memerlukan 13 milisaat untuk bergerak dari mata ke otak, menunjukkan bahawa kita sebenarnya sentiasa hidup dalam lebih kurang 26 milisaat lebih lambat dari dunia asal (jika dikira bersama tempoh reaksi kita untuk respon pada situasi).",
"Berbeza dengan penakrifan masa oleh Einstein, di mana masa digambarkan\nsebagai suatu entiti yang tidak mutlak dan relatif terhadap pemerhati dan\nsistem, revolusi sains yang dibawa oleh satu lagi bidang sains, fizik kuantum,\nmenyatakan perkara sebaliknya. Menurut salah satu formulasi matematik penting\ndalam fizik kuantum, dipanggil Formula Schroedinger, masa merupakan suatu\nentiti fizikal nyata yang wujud akibat perubahan dinamik sistem kuantum,\nargumen yang hampir sama dengan argumen Newton tadi.",
"Permasalahan cara untuk menggabungkan takrifan masa menurut Teori\nRelativiti dengan takrifan masa menurut Fizik Kuantum ini dikenali sebagai\nProblem of Time, suatu konflik konsep dalam cubaan kita untuk menyatukan cabang\nsains moden utama.",
"Maka, apa sebenarnya maksud “sekarang”? Kalau ikutkan, benda yang kita rasakan seperti “sekarang” pun sebenarnya adalah masa yang diambil sewaktu pergerakan cahaya sampai ke mata, dan dari mata ke otak, dan otak kemudian mengambil masa untuk menafsir apa yang berlaku sekarang, apakah “sekarang” itu sebenarnya satu ilusi?",
"Oleh kerana rumitnya proses penafsiran “sekarang” dari sudut\nbiofizikal manusia ini, ahli fizik pada zaman sekarang memberi definisi masa\nbersandarkan kepada peristiwa, ataupun kesan dan akibat (cause and effect). Hal ini yang turut dikenali sebagai causality, merupakan satu cubaan manusia\nuntuk memberi definisi masa dalam notasi yang mampu dicerna oleh akal manusia,\nmasa sebenarnya terlahir akibat lahirnya sesuatu peristiwa.",
"Sebagai contoh, masa yang paling dekat dengan anda pastinya adalah\numur anda. Umur anda merupakan tempoh masa bagi anda, di mana peristiwa pemula\nyang memulakan masa umur anda adalah detik kelahiran anda di dunia ini. Adakah\numur anda wujud sebelum anda lahir?",
"Namun begitu, sebelum anda disenyawakan dalam rahim ibu anda, berapakah umur anda? Persoalan berapakah umur anda tidak relevan, dan hal ini adalah produk daripada causality sendiri. Kerana anda belum wujud (peristiwa tersebut belum berlaku), maka apa-apa pertanyaan mengenai masa anda sewaktu anda belum wujud adalah tidak relevan. Dalam erti kata lain, without any cause, there will be no effect. (Sebab anda belum lahir, umur anda juga belum lahir).",
"Daripada konsep causality\nini jugalah, kita mampu untuk membuat rantaian masa (timeline). Dengan adanya sebab dan akibat, minda kita mampu untuk\nmencerna apa yang dimaksudkan dengan masa lalu, sekarang, dan masa hadapan.\nMasa lalu, atau selalunya kesan, akan membuka ruang kepada peristiwa, atau\nakibat, untuk berlaku.",
"Sebagai contoh, sekiranya anda lapar, anda pergi ke kedai dan makan.\nSesudah anda makan, anda menjadi kenyang. Maka rantaian masa yang terjadi\nberdasarkan prinsip causality adalah:\nanda lapar (cause), anda pergi makan\n(effect 1), dan akhirnya anda kenyang\n(effect 2). Dalam evolusi rantaian\nperistiwa inilah, kita mampu lihat wujudnya aspek masa secara fizikal, yang\nmampu dicerap oleh jam (berapa lama kita makan, berapa lama masa diambil untuk\nkenyang dan sebagainya).",
"Apa akan jadi sekiranya effect\nmendahului cause? Dalam sains, fizik\nsecara khususnya, tidak ada lagi teori sains khusus yang membincangkan apa yang\nakan terjadi sekiranya konsep causality\nini musnah, sebaliknya kebanyakan cakap-cakap orang adalah berkenaan dengan\nkonsep pengembaraan masa (time travel).",
"Tahukah anda, terdapat satu kisah menarik dalam al-Quran berkenaan\ncausality. Kisah yang penulis maksudkan adalah kisah Nabi Allah Musa yang\nberguru dengan Nabi Allah Khidir, seperti yang tercatat dalam surah al-Kahfi.\nDalam kisah tersebut, Nabi Musa telah bertemu dengan Nabi Khidir, dan meminta\nuntuk mengikuti Nabi Khidir untuk menimba ilmu dari beliau. Nabi Khidir\nmengatakan bahawa Nabi Musa tidak akan mampu bersabar dengannya, namun setelah\ndipujuk oleh Nabi Musa, Nabi Khidir bersetuju untuk membenarkan Nabi Musa\nmengikuti beliau.",
"Dalam perjalanan mereka, Nabi Khidir membuat perkara yang aneh dan luar biasa. Sewaktu dalam perjalanan menaiki sampan, Nabi Khidir telahpun membuat lubang ke atas sampan tersebut. Sewaktu berjumpa dengan seorang anak yang kecil, Nabi Khidir telahpun membunuh anak tersebut, dan sewaktu berjumpa dengan satu tembok di suatu kota, Nabi Khidir meluruskan tembok (atau dinding) tersebut, dan menyebabkan Nabi Musa mempersoalkan perbuatan-perbuatan tersebut.]\n",
"Seandainya kita berada di tempat Nabi Musa, kita sendiri pasti\nmenanyakan soalan yang sama. Kenapa dilubangkan perahu tersebut, sedangkan\nperahu tersebut dalam keadaan elok dan pemilik perahu tersebut telah berbaik\nhati memberi tumpang kepada kita? Apa jenis kekejaman yang telah dilakukan,\nmembunuh seorang anak kecil yang tak berdosa? Tidakkah difikirkan perasaan ayah\ndan ibunya? Dan atas alasan apa tembok dinding tersebut ditegakkan?",
"Setelah hampir kepada detik perpisahan mereka, Nabi Khidir menerangkan\nbahawa beliau diberi ilmu oleh Allah, dan beliau mampu mengetahui masa hadapan.\nPerahu tersebut milik orang miskin, dan dilubangkan kerana terdapat raja yang\nakan mengambil perahu-perahu yang elok. Anak muda itu pula dibunuh kerana\ndikhuatiri bakal mendorong orang tuanya kearah kesesatan dan kekufuran,\nmanakala dinding rumah itu pula merupakan hadiah dari orang tua buat\nanak-anaknya, dan sekiranya roboh dinding tersebut, anak tersebut tidak mampu\nmendapatkan harta mereka.",
"Dari kisah ini, kita mampu membuat beberapa konklusi.",
"Konklusi pertama yang mampu penulis buat adalah, ilmu manusia\nsebenarnya terhad kepada apa yang mereka mampu fahami, dan causality sebenarnya merupakan satu konsep luas, yang tidak hanya\nterhad kepada satu tempoh masa, bahkan causality\nmampu mempengaruhi masa yang lebih jauh kehadapan. ",
"Antara argumen yang seringkali penulis dengar dari golongan atheis\nadalah, sekiranya tuhan itu benar wujud dan penyayang, kenapa terjadi\npembunuhan dan kekejaman di atas muka Bumi? Hakikatnya, bentuk soalan itu\nadalah hampir sama bentuknya dengan soalan yang ditanya oleh Nabi Musa kepada\nNabi Khidir, sesungguhnya kita, sama seperti Nabi Musa, tidak mempunyai\npengetahuan berkaitan dengan masa hadapan, maka adalah tidak adil untuk kita\nmenyamakan ketidaktahuan kita itu dengan pengetahuan Tuhan yang pastinya Maha\nMengetahui. Hal itu (perkara di masa hadapan, dan sebab berlakunya suatu\nperkara), merupakan rahsia Tuhan yang belum lagi kita fahami, selagi mana belum\nsampai masanya.",
"Konklusi kedua yang penulis mampu buat adalah, sabar merupakan kunci\nutama “melawan” masa. Sekiranya anda merasakan bahawa anda berada\ndalam keadaan sekarang, dan anda yakin bahawa Tuhan anda adalah Maha Penyayang,\nmaka tidakkah anda merasakan bahawa Tuhan akan memberikan perkara yang terbaik\ndalam kehidupan anda? Persoalan sebenarnya bukanlah “Kenapa tuhan tidak\nmemperkenankan doa aku?”, sebaliknya persoalan yang perlu ditanya adalah\n“Bila masanya akan terjadi”, dan “Apa sebenarnya yang ingin Tuhan\nberi @ ajar kepada aku?” ",
"Maka sekali lagi penulis tekankan, sebagaimana ketegasan Nabi Khidir\nterhadap Nabi Musa, sabar merupakan kunci bagi masa.",
"Penulis bukanlah ingin mengeluarkan tafsir baharu terhadap kisah Nabi\nKhidir dan Nabi Musa, namun apa yang penulis ingin tegaskan adalah causality, kesan-akibatmerupakan sebahagian daripada\nsunnatullah dan perkara yang mampu kita fahami dengan akal. Apa yang terjadi\nkepada Nabi Musa dan Nabi Khidir pula merupakan satu bentuk mukjizat yang tidak\nperlu diberi justifikasi saintifik, sebaliknya cukup dengan mengambil\npengajaran darinya.",
"P/s: Penulis bukan seorang ahli dalam bidang tafsir al-Quran. Tafsiran yang dibuat pada bahagian hujung berkenaan kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa adalah pandangan peribadi penulis, maka mohon maklumkan kepada penulis sekiranya berlaku kesalahan.",
"Antara graviti dan masa. https://www.thepatriots.asia/antara-graviti-dan-masa/",
"Sesungguhnya masa itu tidak mutlak. https://www.thepatriots.asia/sesungguhnya-masa-itu-tidak-mutlak/",
"Mengejar kelajuan cahaya: https://www.thepatriots.asia/mengejar-kelajuan-cahaya/",
"Sebenarnya masa tidaklah tetap. https://www.thepatriots.asia/sebenarnya-masa-tidaklah-tetap/",
"Apa akan berlaku jika anda terjun ke lohong hitam. https://ajar.com.my/2019/08/01/apa-akan-berlaku-jika-anda-terjun-ke-dalam-lohong-hitam/",
"Apa itu teori kerelatifan khasa. https://ajar.com.my/2019/07/12/apa-itu-teori-kerelatifan-khas/",
"“The Experience and Perception of Time” – The Stanford Encyclopedia of Philosophy. https://plato.stanford.edu/archives/win2004/entries/time-experience/",
"“Quantum Gravity’s Time Problem” – QuantaMagazine. https://www.quantamagazine.org/quantum-gravitys-time-problem-20161201/",
"“Time may not exist” – Discover Magazine. http://discovermagazine.com/2007/jun/in-no-time",
"“Temporal relationalism” – Lee Smolin. https://arxiv.org/pdf/1805.12468.pdf",
"“Natural Philosophy of Cause and Chance” – Max Born. https://archive.org/details/naturalphilosoph032159mbp/page/n19",
"“Hikmah Kisah Nabi Musa dan Khidir Berdasarkan Surah al-Kahfi\nayat 60-82 Menurut M. Quraish Shihab dalam Tafsir al-Mishbah” – Muhammad\nRasyied Awabien, Universitas Muhammadiyah Surakarta. http://eprints.ums.ac.id/72243/11/NASKAH%20PUBLIKASI.pdf"
] |
https://ajar.com.my/2019/08/10/5-benda-yang-paling-takjub-pernah-ditemui-di-angkasa-lepas/ | 5 Benda yang Paling Takjub Pernah Ditemui di Angkasa Lepas | [
"Cuba tengok ke atas. Ya, ke langit. Tapi jangan lah tengok waktu matahari tegak, rosak lah mata nanti. Ya, kena la keluar dari bilik tu dulu …",
"Isyh, ok tak apa. Biasanya kita lihat langit ini sebagai ‘bosan’, tak banyak benda yang menarik. Kalau ada pun yang menarik bila ada jet lalu. Lagi seronok tengok skrin telefon.",
"Tapi tahu tak bahawa sebenarnya di angkasa lepas nun jauh melangkaui langit ada benda – benda menakjubkan yang lagi meletupkan otak berbanding filem – filem Hollywood?",
"Antaranya ….",
"Berlian adalah objek dambaan sekalian wanita (penulis tahu sebab penulis tengok drama). Jadi cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya wujud sebuah planet yang diperbuat sepenuhnya daripada berlian, dan kita hidup di dalamnya.",
"Sudah pasti, berlian tidak lagi akan jadi barang berharga sebab ia dijumpai di merata – merata. Permintaan menurun, dan lelaki tetap akan perlu cari barang lain untuk gembirakan hati pasangan mereka …",
"Oh, sebenarnya nak beritahu bahawa saintis menemui planet yang diperbuat daripada berlian. ",
"Planet yang mengorbit pulsar PSR J1719-1438, 4000 tahun cahaya jauhnya daripada kita itu dipercayai memiliki tekanan yang sangat tinggi.",
"Tekanan yang sangat kuat pada planet tersebut berkemungkinan menjadikan karbon – karbon di planet itu sebagai kristal. Apatah lagi, planet itu sendiri terdiri daripada komposisi karbon yang besar. Maka sebilangan besar daripada planet tersebut dijangka diliputi berlian!",
"Planet bling – bling (bukan nama rasmi) itu mungkin merupakan sisa tinggalan bintang masif yang kelihatan lapisan luarnya akibat mengorbit bintang pulsar.",
"Mengapa tekanan yang kuat menjadikan karbon sebagai berlian? Sebab itulah asal usul berlian. Berlian bukan tumbuh seperti pokok, tetapi ia terhasil apabila atom karbon dikristalisasi membentuk struktur berlian akibat tekanan yang begitu tinggi.",
"Itulah sebabnya ada pepatah yang mengatakan bahawa orang yang betul – betul istimewa, apabila hadapi tekanan akan menjadi berlian. Bagus juga artikel ni boleh beri motivasi pada orang ya.",
"Elektrik mungkin merupakan benda paling cool di planet bumi, diikuti rapat oleh memes. Dengan elektrik, kehidupan manusia berubah beratus – ratus kali ganda lebih mudah, sehinggakan pengalaman masuk hutan selama dua hari tanpa elektrik saja sudah cukup mengerikan untuk manusia moden.",
"Tapi dengan kapasiti elektrik yang begitu besar, sekejap saja statusnya boleh berubah daripada ‘best la elektrik’ kepada ‘mati aku’.",
"Jadi bayangkan kegerunannya apabila saintis menemui aliran arus elektrik yang paling kuat yang pernah dilihat 2 bilion tahun cahaya jauhnya daripada bumi.",
"Apabila gelombang radio diukur berdekatan dengan galaksi yang dipanggil 3C303, yang didapati terdapat fenomena tembakan jet jirim gergasi, kumpulan pengkaji dapati susunan gelombang tersebut berubah.",
"Setelah dianggar, didapati bahawa jumlah aliran arus elektrik tersebut adalah sebanyak 1018 amps (sepuluh kuasa lapan belas amps) , atau bahasa mudahnya bersamaan satu trillion sambaran petir, atau bahasa mudahnya YA ALLAH BESAQNYA KAREN TUUU.",
"Jadi apa yang menyebabkan jumlah aliran arus elektrik yang sangat besar tu? Tiada lain, lohong hitam lah. ",
"Pasukan pengkaji tersebut merasakan bahawa medan magnet lubang hitam yang besar di tengah – tengah galaksi tersebut yang menjana arus elektrik itu.",
"Harapnya tak sampai bumi.",
"Air mungkin adalah bahan yang kita tak jangka boleh berada di angkasa lepas. Iya lah, mana ada awan di sana kan? Atau ada awan jenis lain yang kita panggil awan nano?",
"Namun di lokasi sejauh 12 bilion tahun cahaya daripada bumi, ahli astronomi telah menemui takungan air yang paling besar yang pernah dikesan di alam semesta.",
"Jumlah air tersebut adalah bersamaan dengan 140 trillion jumlah keseluruhan isipadu air di lautan bumi, dengan kata lain ia mampu memberi minum setiap seorang di bumi jumlah air sebesar planet bumi kali 20 000, dengan kata lain YA ALLAH BESAQNYA AIR TUUU. ",
"Takungan air yang tersangat besar itu ditemui di quasar APM 08279+5255 ( tak, ini bukan nombor telefon admin).",
"Quasar adalah objek angkasa yang sangat terang yang ditemui di pusat beberapa galaksi dan dikuasai oleh … apa lagi, lohong hitam yang supermasif. Lohong hitam tersebut lebih besar daripada 20 billion matahari.",
"Wap air tersebar di sekeliling lohong hitam tersebut dalam satu kawasan yang berjarak ratusan tahun cahaya jaraknya.",
"Satu perkara yang kita tahu tentang bintang adalah ia sangat panas. ",
"Matahari kita (sebuah bintang), miliki suhu permukaan setinggi 6000 °C dan suhu teras sekitar 15 juta °C . Kalau nak melawat matahari waktu malam pun tak boleh, panas sangat. Eh.",
"Tapi saintis sebenarnya telah menemui bintang yang lebih sejuk daripada air yang anda buat untuk jerang maggi. ",
"75 tahun cahaya jauhnya daripada kita adalah bintang yang dipanggil CFBDSIR 1458 10b, suhu permukaan bintang tersebut hanyalah sekitar 97 °C . Iaitu lebih kurang suhu secawan kopi.",
"Bintang yang ganjil tersebut dipanggil bintang yang gagal (hey tak baik tau, dia dah cuba sebaik mungkin) kerana ia memiliki ciri – ciri suhu dan kimia seakan bintang, tetapi tidak miliki jisim yang cukup untuk membolehkan daya graviti menyalakan proses lakuran nuklear (nuclear fusion) di terasnya.",
"Tapi selang beberapa bulan selepas itu saintis temui satu bintang yang lebih sejuk, yang dipanggil WISE 1828+2650 . Suhunya cumalah sekitar 25 °C , iaitu lebih rendah daripada suhu bilik. Ia juga dianggap bitang yang gagal.",
"Tak tahu kenapa, sedih pula.",
"Gambar (pelik) di atas yang kelihatan seperti amoeba sebenarnya adalah struktur objek yang paling besar di alam semesta. ",
"Besar macam mana tu? Emm … panjangnya adalah sejauh 300 juta tahun cahaya. Maksudnya cahaya memerlukan masa 300 juta tahun untuk mengembara dari satu hujung ke satu hujung. Maksudnya YA ALLAH … ok dah la tu.",
"Sebagai perbandingan, galaksi bima sakti kita adalah berukuran 100 juta tahun cahaya. Bermakna blob tersebut adalah 3 kali ganda lebih besar daripada galaksi kita, menjadikannya antara objek tunggal yang paling besar di alam semesta",
"Blob yang dipanggil Lyman alpha blob itu terdiri daripada galaksi – galaksi dan buih – buih gas yang besar.",
"Oh, dan usia blob tersebut juga sangat tua, iaitu ia telah pun wujud ketika mana alam semesta kita cumalah berusia 800 juta tahun, iaitu 6 peratus daripada umur sekarang. ",
"Ada banyak teori yang cuba menjelaskan asal usul blob tersebut, tetapi ia kekal sebagai antara misteri terbesar alam semesta. "
] |
https://ajar.com.my/2019/08/12/ciptaan-kalkulator-dalam-mario-maker-2-yang-genius/ | Ciptaan Kalkulator dalam Mario Maker 2 yang Genius! | [
"Mungkin satu dunia mengenali watak Mario, yang merupakan antara game yang paling terawal dan popular dalam sejarah. Super Mario Bros, game yang sangat terkenal yang dihasilkan hampir 40 tahun lepas (1985) telah merevolusikan industri gaming.",
"Setelah itu, berkepul – kepul siri francais game Mario telah dihasilkan (adalah dekat 40 bilion siri kot) meliputi pelbagai genre, ada genre platforming, ada pengembaraan, RPG, sukan, perlumbaan, 2D, 3D …. game menaip pun ada.",
"Sampailah satu masa, Nintendo, syarikat yang memiliki hak cipta ke atas watak tersebut mengatakan “hmmm dah banyak sangat dah jenis game kita perah guna maskot mario ni, apa idea yang kita boleh buat untuk game seterusnya ya?”",
"“Apa susah, kita buat je game yang mana pemain yang buat game mereka sendiri, kemudian mereka main, dan mereka yang tentukan seronok atau tak” kata seorang pekerja.",
"“Wah bijaknya. Buat apa kita susah – susah perah kepala hasilkan idea untuk level, kalau beribu – ribu pemain kita yang boleh buat sendiri!”",
"Maka dengan itu terlahirlah siri mario maker, dengan yang terbaru adalah mario maker 2.",
"Mario maker adalah game platforming 2D yang menampilkan sistem penciptaan level untuk pemain. Dengan menggunakan tema stage, alatan – alatan dan watak – watak yang disediakan, pemain diberikan kebebasan untuk mencipta apa saja level yang mereka mahu dengan hanya dibatasi oleh kreativiti dan batasan memori sebuah level.",
"Jadi, apabila siapa – siapa yang miliki permainan tersebut boleh mencipta level mereka sendiri, terlahirlah banyak jenis level. Ada yang sememangnya sangat bagus, dan majoritinya adalah level troll yang dibenci oleh sekalian orang.",
"Tapi kadang kala terdapat level yang dihasilkan oleh saintis, ahli matematik, jurutera dan genius – genius dari segenap ceruk dunia yang sememangnya meletupkan otak dan buat kita ternganga.",
"Terbaru, sebuah level yang sangat menakjubkan menampilkan sistem kalkulator dalam Mario Maker 2.",
"Tonton dulu video di atas, ia memang kelihatan sangat menakjubkan.",
"Dalam level Mario Maker 2 yang dipanggil The Cluttered Chaos-Calculator 2, seorang pengguna yang dipanggil Helgefan memberikan pemain arahan untuk memilih nombor antara 0 hingga 9, sebanyak dua kali.",
"Kemudian pemain diberikan pilihan sama ada untuk menambah kedua nombor tersebut atau menolaknya.",
"Kemudian dalam satu urutan peristiwa yang kita rakyat marhaen berotak normal hanya boleh panggil sebagai ‘magis’ atau ‘ilmu hitam’, Mario kemudian melalui beberapa sistem mekanikal, yang direntasi topi cangkerang, paip, menekan suis, diangkut kren, dicampak ke kiri dan ke kanan, semua berlaku secara automatik (pemain tidak boleh gerakkan watak).",
"Di akhir level, mario dijatuhkan pada beberapa blok batu. Adakah ini hasilnya? Tidak! Kemudian muncul bom entah dari mana dan kemudian meletupkan bongkah batu tersebut menghasilkan bentuk nombor jawapan kepada persamaan matematik kita!",
"Jika ini macam pernah dilihat, sebenarnya dalam Mario Maker 1, pengguna yang sama pernah menghasilkan sistem kalkulator yang turut memecahkan kepala komuniti pemain game tersebut. Penjelasan penuh bagaimana ia berfungsi diterangkan oleh pereka itu sendiri di sini. ",
"Ciptaan beliau dalam Mario Maker 2 walaubagaimanapun lebih hebat apabila sistem kalkulator tersebut membenarkan proses penolakan. Malah ia dapat menghasilkan jawapan negatif!",
"Siapa orang ini dan mengapa beliau tak selesaikan masalah pemanasan global?? (mungkin beliau tengah selesaikan pun penulis yang tak tahu)"
] |
https://ajar.com.my/2019/08/14/bosan-politik-jom-bergaduh-pasal-soalan-8%c3%b7222/ | Bosan Politik? Jom Bergaduh Pasal Soalan 8÷2(2+2) | [
"Ada beberapa perkara dalam internet yang sentiasa mendatangkan pergaduhan: politik, asal usul makanan, dan soalan matematik. ",
"Antara ketiga – tiga perkara tersebut, soalan matematik adalah yang paling mencerai beraikan manusia kerana politik dan asal usul makanan hanya tertakluk kepada negara tertentu, manakalah soalan matematik pula universal yang boleh disertai sesi pergaduhannnya oleh setiap manusia yang bersekolah rendah.",
"Terbaru, sebuah soalan matematik mencetus pergaduhan maya apabila umat manusia mengemukakan dua jawapan bagi satu soalan yang sama:",
"8÷2(2+2) = ?",
"oomfies solve this pic.twitter.com/0RO5zTJjKk",
"“Saya ada dua sijil sarjana muda matematik , jawapannya 1”",
"“16 lah .. malu nya korang semua …”",
"Daripada soalan yang ‘tidak bersalah’ itu, ia melahirkan meme yang penuh dengan maki hamun terhadap mereka yang memilih jawapan yang berlainan dengan pilihan mereka:",
"Malah keseluruhan staf popular mechanics, sebuah majalah sains, juga bergaduh besar antara jawapan 1 atau 16.",
"(Mengeluh..)",
"Tak apa lah, kita lihat dulu jalan kerja matematik yang mendatangkan jawapan 1 dan 16.",
"Berikut adalah jalan kerja yang mendatangkan jawapan 1:",
" 8÷2(2+2) ",
" = 8÷2(4) ",
" = 8÷8 ",
"= 1",
"Seperti yang diperhatikan, kurungan diselesaikan dahulu, diikuti pendaraban dan pembahagian.",
" Berikut adalah jalan kerja yang mendatangkan jawapan 16: ",
" 8÷2(2+2) ",
" = 4(2 + 2) ",
" = 4(4)",
"= 16",
" Jadi Apa Jawapannya!!? ",
"Sabar, sabar. Perkara pertama yang mungkin kita lakukan adalah cuba mengesahkan menggunakan kalkulator. ",
"Apa jawapan yang diberi oleh kalkulator Google?",
" Ok takpe. Mari cuba Wolfram Alpha pula: ",
"Maka tanpa ragu dan curiga lagi, jawapannya sememangnya 16",
"Tapi kenapa?",
"Berikut penjelasan pegawai penerangan awam American Mathematical Society, Mike Breen :",
"Menurut aturan operasi, anda selesaikan apa saja dalam kurungan dulu. Maka dapat 4. Kemudian berdasarkan BODMAS, pendaraban dan pembahagian sama saja tetapan peraturannya. Maka anda perlu lakukan operasi dari kiri ke kanan. Maka anda bahagikan 8 dengan 2 dulu, dapat 4. Kemudian darabkan dan anda peroleh 16.",
"Oh, dan sebenarnya cara soalan itu ditulis adalah samar – samar. Dalam matematik, ahli matematik akan jadikan peraturannya setepat yang boleh. Kalau orang jawab 1 pun tidak lah masalah sangat.",
" Tapi sebenarnya ada perbincangan yang lebih berfaedah mengenai isu ini, berbanding perdebatan jawapan mana yang betul. ",
"Ini adalah ‘jawapan’ ketiga. Iaitu mempersoalkan soalan itu yang sengaja dibuat mengelirukan, supaya mencetus perbalahan.",
"Dan ya, soalan 8÷2(2+2) itu sama saja isunya dengan soalan yang tular (berkali – kali) iaitu 6÷2(1+2). Dan hey, rupanya sudah pun ditulis artikel yang lebih kurang sama dengan artikel ini. Senanglah, setiap kali tular kita salin dan tampal saja!",
"Ini adalah komen yang diberikan oleh University of Regina terhadap pelajar yang menanyakan soalan ini:",
"Anda menanyakan soalan, “apa jawapan yang betul? Soalan yang lebih wajar ditanya adalah, “siapa yang tulis soalan tersebut sebegitu?” Nampaknya ia ditulis dengan sengaja untuk membuat orang keliru. Ahli matematik begitu berhati – hati untuk memastikan apa yang mereka tulis jelas dan tidak samar – samar.",
"Soalan tersebut sebenarnya boleh ditulis untuk mendapatkan jawapan yang jelas.",
"Jika ia ditulis (8/2)(2+2), maka jelas jawapannya adalah 4×4=16. Kerana nombor dalam kurungan itu diselesaikan dahulu.",
"Jika ia ditulis 8/(2(2+2)), maka jelas jawapannya 8/8=1.",
"Jadi mengapa ia tak ditulis sedemikian? Sebab tujuan hantaran tersebut di media sosial bukan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Tujuannya memang semata – mata menimbulkan perdebatan dan mencetus emosi.",
"Artikel oleh Slate.com menjelaskan panjang lebar bahawa isu ini turut berkait dengan konvensi dan sejarah matematik. ",
"Dahulu, simbol obelus, atau ÷ digunakan untuk membahagi semua di bahagian kirinya dengan bahagian kanannya. Bermakna, jika itu penggunaannya, penyelesaiannya adalah 8 dibahagi dengan (2(2+2)), menghasilkan 1. Buku teks lama mengguna pakai simbol tersebut sedemikian.",
"Tapi penggunaan tersebut telah ditinggalkan dan tak lagi digunakan. Bila anda masuk ke kolej atau ke universiti pun, anda tak lagi melihat simbol ÷ digunakan.",
"Begitu juga dengan BODMAS, atau PEMDAS, yang kita anggap merupakan satu peraturan tetap dalam matematik yang tidak boleh diubah. Sebenarnya, ia hanyalah satu konvensi yang diubah dan dikembangkan. Penggunaannya masih diperselisihi waima oleh pengamal matematik.",
"Ringkasnya, terdapat dua masalah utama bagi soalan tular ini:",
"Dan oh, satu lagi masalah, memang netizen suka bergaduh. Tengok lah lepas ni apa pula persamaan matematik yang nak digaduhkan. "
] |
https://ajar.com.my/2019/08/14/10-misteri-dalam-fizik/ | 10 Misteri Dalam Fizik | [
"Fizik merupakan\nsatu bidang sains yang pesat membangun sejak 500 tahun lepas. Banyak persoalan\nyang terjawab melalui kajian fizik sama ada di angkasa seperti orbit planet\nmengelilingi matahari dan kejadian bintang atau yang wujud di bumi seperti medan\nmagnet bumi. ",
"Namun alam semesta ini sangat luas dan dipenuhi khazanah-khazanah ilmu yang masih kekal misteri. Banyak ahli fizik berlumba-lumba mencari jawapan bagi misteri-misteri ini. Dalam artikel ini, berikut adalah 10 misteri besar dalam fizik yang masih belum terjawab. ",
"Tenaga Gelap (Dark Energy)",
"Sejurus Einstein memperkenalkan Teori Kerelatifan Am kepada dunia fizik, beberapa ahli kosmologi termasuklah Einstein sendiri telah mengaplikasikan teori ini kepada alam semesta. Mereka merumuskan bahawa alam semesta ini berkembang, dan akan menguncup kembali disebabkan kesan daya tarikan graviti oleh galaksi, bintang dan bahan-bahan yang wujud di alam semesta. Namun kajian pada tahun 1998 oleh dua kumpulan kosmologi telah mendapati bahawa alam semesta tidak menguncup, bahkan ia sedang berkembang semakin pantas . Kedua-dua kumpulan ini memenangi hadiah Nobel atas penemuan mereka.",
"Perkembangan alam semesta yang semakin pantas ini merunsingkan ahli kosmologi kerana alam semesta seolah-olah menghasilkan tenaga sendiri untuk mempercepatkan perkembangannya. Ahli kosmologi menamakan tenaga ini sebagai tenaga gelap. Tenaga gelap ini menyebabkan alam semesta berkembang dengan semakin pantas. Kesannya dapat dilihat berdasarkan pergerakan galaksi-galaksi yang jauh, namun asal-usulnya masih kekal misteri.",
"Jirim Gelap (Dark Matter)",
"Gerakan planet mengelilingi bintang dapat dihitung dengan jitu menggunakan hukum Kepler. Ahli astronomi kemudiannya cuba menggunakan hukum Kepler bagi menghitung orbit bintang-bintang dalam galaksi. Namun, pergerakan bintang mengelilingi pusat galaksi tidak dapat ditentukan berdasarkan hukum Newton. Ahli astronomi sejak awal abad ke-20 sehingga sekarang mendapati bahawa galaksi ini sepatutnya mengandungi jirim yang lebih banyak berbanding yang dapat dilihat menggunakan teleskop. Jirim yang tidak kelihatan ini diberi nama jirim gelap. ",
"Jirim gelap ini juga dapat dikesan secara tidak langsung berdasarkan kesan gravitinya yang melengkungkan cahaya daripada galaksi dibelakangnya. Lengkungan cahaya ini tidak dapat dijelaskan oleh ahli astronomi berdasarkan teori graviti sedia ada kecuali jika terdapat jirim yang tidak dapat dikesan, iaitu jirim gelap ",
"Identiti sebenar\njirim gelap masih belum diketahui sehingga kini. Pelbagai pencarian telah\ndilakukan di makmal-makmal fizik zarah, namun asal-usul jirim gelap masih kekal\nmisteri. ",
"Inflasi Kosmologi",
"Persoalan yang kerap kali ditanya oleh ahli kosmologi adalah berkenaan asal usul alam semesta ini. Ramai ahli kosmologi berpegang bahawa asal usul alam semesta bermula daripada letupan besar (Big Bang). Namun apabila penemuan demi penemuan baru ditemui, beberapa masalah telah timbul dalam teori ini. Alan Guth, Andrei Linde dan Alexei Starobinsky telah menambahbaik teori letupan besar ini dengan mengusulkan teori inflasi sejurus berlakunya letupan besar",
"Teori inflasi\nkosmologi menyebut bahawa alam semesta berkembang pada kadar yang sangat tinggi\npada awal kejadian alam semesta. Teori ini berjaya menjelaskan beberapa\npermasalahan yang timbul dalam teori letupan besar tanpa inflasi seperti\nmasalah ufuk (horizon problem),\nmasalah kerataan (flatness problem)\ndan masalah magnet ekakutub (magnetic\nmonopole problem). ",
"Namun teori ini\njuga menimbulkan persoalan yang baharu iaitu apakah inflasi benar-benar\nberlaku, dan jika ia berlaku, apakah yang mencetuskan inflasi selepas letupan\nbesar? ",
"Arah gerakan masa",
"Masa adalah suatu\nkuantiti yang kita ambil peduli setiap hari. Masa merupakan salah satu daripada\ndua unsur bagi menentukan sesuatu kejadian. Unsur yang kedua ialah ruang. Kita\nmampu bergerak dalam ruang pada semua arah, ke kiri, ke kanan, ke atas, ke\nbawah, ke depan dan ke belakang. Namun, masa pula hanya mempunyai satu arah\niaitu ke hadapan. Kita terbatas dalam gerakan merentasi masa. Memori yang\ntersimpan dalam ingatan kita hanya terdiri daripada kejadian masa lalu, dan\nkita langsung tidak mempunyai memori kejadian akan datang. ",
"Arah gerakan masa\nini menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli fizik iaitu ‘mengapa masa hanya\nbergerak pada satu arah?’. ",
"Sebahagian ahli fizik telah menjawab persoalan ini dengan menyebut hukum termodinamik yang ke dua. Ini kerana entropi bagi sesuatu sistem tertutup akan bertambah atau malar. Ia tidak mungkin berkurang. Namun apakah yang menyebabkan entropi meningkat? Mengapa entropi sangat rendah ketika letupan besar? ",
"Lohong Hitam",
"Antara objek yang paling menggerunkan di angkasa lepas ialah lohong hitam. Lohong hitam terhasil daripada kematian sesebuah bintang yang berjisim tinggi. Disebabkan jisimnya yang tersangat tinggi, tiada daya lain yang mampu melawan daya tarikan graviti oleh jisim lohong hitam tersebut. Bahkan daya gravitinya terlalu kuat sehingga cahaya pun tidak dapat keluar darinya.",
"Kewujudan lohong hitam telah pun diramal melalui teori kegravitian Newton dan teori kerelatifan am Einstein. Malah banyak lohong hitam telah berjaya dikesan secara langsung dan tidak langsung sejak tahun 2015 . Namun lohong hitam ini mengandungi misteri yang merunsingkan ahli fizik kerana ia merupakan gabungan dua teori terbesar fizik iaitu kerelatifan am dan mekanik kuantum.",
"Tarikan graviti\noleh lohong hitam dapat dihitung menggunakan kerelatifan am. Kemudian, lohong\nhitam juga melibatkan mekanik kuantum kerana mempunyai titik kesinggularan di\npusatnya. Oleh itu, pemahaman mengenai kegravitian pada skala kuantum\ndiperlukan bagi menjelaskan situasi di dalam lohong hitam. ",
"Namun sehingga\nhari ini, ahli fizik masih belum mengetahui realiti sebenar di dalam lohong\nhitam. Apakah yang wujud di dalam lohong hitam? Persoalan ini akan kekal\nmisteri dan mungkin hanya terjawab jika teori kerelatifan am dan mekanik\nkuantum berjaya disatukan kelak.",
"Kuasar",
"Berdasarkan kajian ahli astronomi, boleh dikatakan hampir kesemua galaksi yang dapat dilihat mempunyai lohong hitam supermasif di pusatnya. Jika lohong hitam ini aktif menarik masuk bintang-bintang dan gas di sekitarnya, lohong hitam ini akan mengeluarkan sinaran yang dipanggil jet. Galaksi-galaksi yang mempunyai lohong hitam yang aktif disebut sebagai galaksi nukleus aktif. Jika galaksi tersebut menghasilkan sinaran yang sangat tinggi, galaksi ini dipanggil sebagai kuasar. Banyak kuasar telah ditemui melalui teleskop-teleskop di Bumi dan di angkasa. Namun kebanyakan kuasar ini berada sangat jauh dari Bumi. Malah kuasar yang paling hampir adalah pada jarak 1.7 bilion tahun cahaya . Oleh sebab jaraknya yang jauh, ini juga bermakna kuasar tersebut telah wujud berbilion tahun yang lalu. Kewujudan kuasar ini telah merunsingkan ahli astronomi kerana terdapat kuasar yang wujud ketika alam semesta ini masih muda sekitar 700 juta tahun (sekarang umur alam semesta sekitar 13.8 bilion tahun). ",
"Masalah yang timbul adalah berkenaan asal usul pembentukan kuasar ini. Berdasarkan teori hari ini, lohong hitam wujud apabila sesebuah bintang meletup. Namun jangka masa untuk sesebuah bintang ini meletup adalah sekitar 20 juta tahun . Kemudian lohong-lohong hitam ini juga perlu bergabung bagi membentuk lohong hitam supermasif. Jangka masa proses pembentukan lohong hitam ini melebihi umur kuasar yang diukur. ",
"Persoalannya,\n‘bagaimanakah kuasar ini terbentuk?’. Jika misteri ini terjawab, ia juga akan\nmembantu untuk menjawab lebih banyak persoalan lain mengenai pembentukan\nbintang pertama dan pembentukan galaksi.",
"Supernova",
"Bintang dikategorikan kepada pelbagai kelas, dan salah satu kriteria pengkelasan bintang ialah jisim bintang. Bintang yang berlainan jisim, mempunyai jangka hayat dan pengakhiran yang berbeza. Bagi bintang berjisim rendah, bintang tersebut akan menjadi bintang kerdil putih pada pengakhiran hidupnya. Manakala bagi bintang berjisim tinggi, bintang tersebut akan meletup dalam satu fenomena yang disebut sebagai supernova. ",
"Bintang-bintang\nini mempunyai tarikan graviti kerana bintang-bintang ini mempunyai jisim. Ia\nberada dalam keadaan stabil kerana terdapat tekanan yang dihasilkan daripada\npelakuran nuklear oleh bahan api bintang tersebut. Apabila bintang yang\nberjisim besar mengakhiri riwayat hidupnya, tekanan daripada pelakuran nuklear\nakan berkurangan dan tarikan graviti akan terus memampatkan teras bintang ini.\nNamun kemudiannya bintang ini meletup dalam supernova. ",
"Hal ini menjadi\npersoalan kepada ahli astronomi berkenaan mekanisma supernova ini. Apakah daya\ntolakan yang menyebabkan sesebuah bintang meletup sedangkan model yang diterima\npakai menunjukkan bahawa daya terkuat di teras bintang ialah tarikan graviti?\nJawapan bagi persoalan ini akan menghasilkan model baharu hayat sesebuah\nbintang dan meningkatkan lagi pemahaman berkenaan struktur bintang.",
"Superkonduktor",
"Konduktor adalah suatu bahan yang dapat mengalirkan aliran elektrik. Arus elektrik yang dibawa oleh konduktor ini secara umumnya mematuhi hukum Ohm ( V = IR). Walaupun sesebuah konduktor dapat mengalirkan arus elektrik, ia tetap mengandungi rintangan yang mencacatkan aliran arus elektrik. Kemudian pada awal abad ke 20, para saintis telah menemukan sejenis konduktor baharu iaitu superkonduktor. Superkonduktor ini wujud pada suhu yang sangat rendah berbanding suhu bilik. ",
"Superkonduktor mempunyai beberapa ciri yang sangat berguna. Ia merupakan sebuah konduktor yang mempunyai rintangan sifar (konduktor unggul). Ini bermakna, arus yang mengalir di dalamnya akan terus mengalir selama-lamanya tanpa berkurang sedikit pun. Superkonduktor juga merupakan sebuah diamagnet unggul. Ini bermakna medan magnet tidak dapat mengalir di dalam sesebuah superkonduktor. Medan magnet akan ditolak mengelilingi sesebuah superkonduktor. Kesan ini dinamakan sebagai kesan Meissner. ",
"Mekanisma superkonduktor telah diterangkan oleh tiga orang saintis iaitu John Bardeen, Leon Cooper dan John Robert Schrieffer. Teori berkenaan mekanisma superkonduktor ini diberi nama sempena tiga saintis ini iaitu teori BCS (Bardeen-Cooper-Schrieffer). Teori ini menyatakan bahawa pada suhu rendah, akan wujud dua pasang elektron yang diberi nama pasangan Cooper. Pasangan Cooper ini yang menghasilkan aliran arus tanpa sebarang rintangan. ",
"Superkonduktor\npada awalnya, ditemukan pada suhu yang sangat rendah (-269 °C). Namun setelah\nteknologi berkembang, ahli fizik bahan berjaya mewujudkan superkonduktor pada\nsuhu yang lebih tinggi. Yang terbaru ialah superkonduktor pada -23 °C. ",
"Penemuan superkonduktor pada suhu tinggi menimbulkan persoalan kepada ahli fizik kerana teori BCS hanya dapat menerangkan mekanisma superkonduktor pada suhu rendah . Hal ini menjadi misteri kepada ahli fizik bahan iaitu ‘apakah mekanisma yang menyebabkan wujudnya ciri-ciri superkonduktor pada suhu tinggi?’",
"Saiz sebenar alam semesta",
"Langit malam yang kita lihat seolah-olah tidak mempunyai penghujung. Apabila ahli astronomi menggunakan teleskop, mereka dapat melihat galaksi-galaksi yang lebih jauh daripada mata boleh memandang. Berdasarkan teori dan kajian sedia ada, alam semesta yang dapat dilihat mempunyai saiz jejari sebesar 90 bilion tahun cahaya. Ini bermaksud cahaya paling jauh yang dapat dicerap adalah pada jarak 45 bilion tahun cahaya dari kita.",
"Namun saiz ini\nhanya menunjukkan luas alam semesta yang dapat dilihat. Bagaimana pula ruang di\nsebalik alam semesta ini? Apakah saiz alam semesta sebenar? ",
"Pelbagai model\nalam semesta telah dikemukakan. Sebahagiannya menyatakan bahawa alam semesta\nini seperti sfera dalam 4 dimensi. Alam ini tertutup. Kita akan kembali semula\nke tempat asal kerana kita bergerak dalam bulatan. Namun ada juga model alam\nsemesta terbuka. Ini bermaksud alam semesta ini mempunyai keluasan infiniti. ",
"Realiti\nsebenarnya, hanya Allah yang tahu. ",
"Teori Segala-galanya",
"Setakat ilmu\nfizik yang diketahui hari ini, terdapat 4 daya asas dalam alam semesta iaitu daya\ngraviti, daya elektromagnet, daya nuklear lemah dan daya nuklear kuat. Daya\ngraviti dapat difahami melalui teori kerelatifan am oleh Einstein. Daya\nelektromagnet dan daya nuklear lemah diterangkan oleh teori elektrolemah. Manakala\ndaya nuklear kuat pula diterangkan oleh Kuantum Kromodinamik. ",
"Sebuah teori telah diusulkan mengenai gabungan dua daya\nnuklear dan daya elektromagnet. Teori ini dikenali sebagai teori kesatuan agung\n(Grand Unified Theory). Teori ini\nmasih lagi menghadapi masalah kerana terdapat ramalan oleh teori ini yang tidak\ndibuktikan seperti pereputan proton dan magnet ekakutub (magnetic monopole). Oleh itu, salah satu misteri bagi ahli fizik\nzarah ialah ‘adakah teori kesatuan agung ini tepat?’ dan ‘adakah tiga daya ini\nbersatu pada tenaga tinggi?’",
"Namun ada lagi satu teori yang merangkumi keempat-empat\ndaya iaitu teori segalanya. Banyak ahli fizik teori telah berhempas pulas\nmencari jawapan bagi penyatuan kesemua daya ini. Antara teori yang dikemukakan\nialah teori tetangsi (string theory)\ndan teori kuantum graviti gegelung (loop\nquantum gravity). Sehingga hari ini, masih belum ada satu teori yang mampu\nmenerangkan segala-galanya. ",
"Inilah misteri terbesar dalam kalangan ahli fizik. Adakah\nteori tetangsi ini tepat? Adakah teori segalanya ini akan ditemui? Yang\npastinya, teori segalanya ini perlulah sejajar dengan teori-teori yang telah\nditerima pada hari ini.\nBegitulah realiti hari ini. Semakin banyak yang\ndikaji, semakin banyak misteri yang menghantui kita.\n"
] |
https://ajar.com.my/2019/08/19/nampak-hantu-di-cermin-boleh-jadi-itu-cuma-kesan-troxler/ | Nampak ‘Hantu’ di Cermin? Boleh Jadi itu Cuma Kesan Troxler. | [
"Siapa pernah nampak ‘kelibat – kelibat’ pelik di cermin? Kadang kala kita takut untuk lihat cermin pada waktu malam kerana pengalaman kita yang pernah melihat ‘benda – benda’ …",
"Fenomena melihat ‘kelibat’ di cermin ini nampaknya agak sejagat. Masyarakat – masyarakat lain di dunia juga merekodkan pengalaman menakutkan dengan cermin.",
"Cerita rakyat (folklore) yang mungkin paling terkenal berkenaan hal ini adalah ritual ‘Bloody Mary‘ yang banyak dilakukan oleh kanak – kanak Inggeris pada waktu Halloween. Ritualnya melibatkan menyebut nama Bloody Mary beberapa kali di depan cermin dalam sebuah bilik yang cuma diterangi cahaya lilin. Kemudian kelibat Bloody Mary akan muncul (kononnya) dalam bentuk mayat, hantu, atau tubuh yang dilumuri darah.",
"Maka soalannya, adakah fenomena ini sememangnya mistik dan melibatkan hantu? Apa jadi kalau kita buat eksperimen?",
"Eh, tak lah. Sebenarnya ia cuma eksperimen melihat cermin dalam tempoh yang agak lama dalam bilik yang malap. Err masih seram lagi ya?",
"Pada tahun 2014, Dr Caputo cuba mengkaji kesan ‘Bloody Mary’ ini secara saintifik. Maka beliau kumpulkan 13 individu di dalam sebuah bilik yang malap, seraya memberikan arahan berikut:",
"“Tugas anda cuma lihat muka anda di depan cermin. Anda perlu berterusan merenung mata anda. Tugasan ini berdurasi 7 minit”",
"Hasilnya, didapati bahawa setelah beberapa tempoh, mereka dapat melihat muka seakan raksasa, wajah yang asing, wajah herot, wajah ibu bapa atau adik beradik, dan wajah binatang.",
"Menariknya, orang yang mengalami kemurungan mengalami kesan yang lebih kurang teruk berbanding mereka yang sihat.",
"Kalau anda kurang yakin dengan keputusan eksperimen di atas, apa kata anda cuba sendiri? ",
"Tenung simbol tambah pada imej di bawah selama tujuh atau lapan saat (jangan risau, tiada jumpscare!)",
"Imej berwarna warni tersebut berubah menjadi kelabu tak? Jom cuba gambar di bawah pula. Tenung simbol x untuk beberapa ketika (sekali lagi, tiada jumpscare!)",
"Gambar kucing tu hilang bukan?",
"Kesan yang pelik ini bernama Kesan Troxler, yang dinamakan sempena nama pakar perubatan Swiss Ignaz Paul Vital Troxler. Pada tahun 1804, Troxler menemui bahawa apabila kita menetapkan pandangan kita pada satu elemen pada lapangan penglihatan, imej – imej pegun di sekeliling akan perlahan – lahan hilang.",
"Perkara ini berlaku, menurut saintis moden, kerana otak manusia begitu mahir beradaptasi terhadap rangsangan – rangsangan yang baru.",
"Contohnya apabila kita memakai seluar, kita akan merasai sentuhan fabrik pada kulit kita. Tapi tak sampai beberapa saat, perasaan tersebut hilang. Neuron deria kita telah pun beradaptasi dengan rasa fabrik tersebut, dan mula mengabaikan rangsangan tersebut. ",
"Otak kita tak mampu memproses begitu banyak proses serentak, maka ia akan mengabaikan beberapa maklumat sekeliling seperti corak pernafasan anda, sentuhan baju anda dengan badan, atau bunyi – bunyi sayup – sayup sekeliling anda. ",
"Jadi dengan prinsip yang sama, fenomena kelibat hantu di cermin dapat dijelaskan. Apabila kita kita melihat di cermin, berfokus pada mata pada satu tempoh yang panjang, ditambah pula dengan pencahayaan yang buruk, berkemungkinan bahagian – bahagian lain muka kita akan menjadi kabur dan bercampur dengan cermin.",
"Muka kita tiba – tiba kelihatan menakutkan, dahi kita herot, pipi kita hilang, dan otak kita akan mula mengisi maklumat – maklumat asing dengan maklumat – maklumat yang kita ingati, seperti hantu yang kita baca di majalah Mastika.",
"Itu adalah penjelasan saintifik. Tapi boleh saja sebenarnya ia memang perkara – perkara yang lebih mistik. Kalau anda alaminya, maka jangan segan minta bantuan mereka yang arif."
] |
https://ajar.com.my/2019/08/19/pensyarah-tersenarai-satu-satunya-expert-reviewer-dari-malaysia-untuk-handbook-of-climate-change-management-oleh-springer/ | Pensyarah Tersenarai Satu -satunya Expert Reviewer dari Malaysia untuk Handbook of Climate Change Management oleh Springer | [
"Dr. Hayrol Azril Mohamed Shaffril daripada Universiti Putra Malaysia telah tersenarai sebagai satu – satunya Expert Reviewer dari Malaysia bagi Handbook of Climate Change.",
"Pemilihan tersebut dibuat daripada kalangan 40 penilai pakar antarabangsa yang lain dari negara seperti United Kingdom, Nigeria, Fiji, Rusia dan Belanda.",
"Handbook of Climate Change Management mengandungi kertas – kertas kajian yang disedikan oleh sarjana – sarjana, gerakan sosial, pengamal, ahli agensi gerajaan dalam mengkaji dan melaksanakan projek perubahan iklim.",
"Memfokuskan ‘kajian, kepimpinan dan transformasi’, Handbook tersebut berhasrat ingin memandu amalan – amalan terbaik bagi mengadaptasi perubahan iklim.",
"Tahniah!"
] |
https://ajar.com.my/2019/08/20/transkrip-kenapa-orang-bantah-tulisan-jawi-satu-perbahasan-akademik-berdasarkan-kumpulan-data-holistik/ | [Transkrip] Kenapa Orang Bantah Tulisan Jawi? Satu Perbahasan Akademik Berdasarkan Kumpulan Data Holistik | [
"Berikut adalah transkrip bagi pembentangan akademik berkaitan sebab – sebab orang membantah tulisan jawi.",
"Assalamualaikum. Jadi kita tahu beberapa tempoh ini negara kita kecoh dengan polemik atau krisis berkaitan dengan tulisan jawi. ",
"Jadi mungkin ramai antara kita yang tak faham kenapa agaknya sesetengah orang membantah dan takut dengan tulisan jawi.",
"Jadi bila kita ada persoalan ini kita kena selesaikannya dengan cara, jalan akademik. Kita kena baca dokumen rasmi, kita kena kumpulkan data – data mungkin daripada agensi – agensi berkaitan, daripada media sosial.",
"Jadi daripada perkumpulan data – data tersebut tersebut, saya hasilkan satu pembentangan iaitu untuk kita jawab ‘Kenapa Orang Bantah Tulisan Jawi Satu Perbahasan Akademik Berdasarkan Kumpulan Data Holistik’.",
"Jadi insya Allah diharapkan dapat menjawab persoalan kenapa orang bantah tulisan jawi.",
"Jadi kita pergi slide yang pertama.",
"Oh. Uh.",
"Emmm. Jadi inilah hasil kajiannya, rupa – rupanya didapati bahawa tiada sebab untuk orang takut dan bantah dengan tulisan jawi.",
"Jadi diharapkan berdasarkan perbahasan dan dapatan kajian yang akademik ni dapatlah digunakan mungkin agensi – agensi kerajaan atau pun Kementerian Pendidikan untuk dijadikan rujukan.",
"Terima kasih kerana menonton. "
] |
https://ajar.com.my/2019/08/21/lihat-gambar-gambar-mengagumkan-dari-pertandingan-fotografi-sains-terbaik-2019-ini/ | Lihat Gambar – gambar Mengagumkan Dari Pertandingan Fotografi Sains Terbaik 2019 Ini | [
"Gambar – gambar terpilih daripada pertandingan The Science Photographer of the Year ini akan dipamerkan di Muzium London di UK pada 7 Oktober.",
" Pemilihan dibuat oleh panel – panel pakar setelah meneliti lebih daripada 100 gambar yang dihantar sepanjang tempoh pertandingan.",
"Apa yang dicari adalah imej – imej yang menawan, yang mempamerkan bagaimana sains dilakukan, mempersembahkan bagaimana fotografi membantu sains, dan bagaimana sains mengesani kehidupan harian kita.",
"Buih mengoptimumkan ruangan dan meminimumkan luas permukaan mereka pada suatu isipadu udara. Fenomena ini menjadikan buih sebagai satu alat yang berguna dalam pelbagai bidang kajian, terutama dalam sains bahan. Dinding buih menebal akibat graviti – tebal di bahagian bawah, nipis di atas. Ini menjadi suatu interferens terhadap gelombang cahaya yang merentasinya lantas menghasilkan gelungan cahaya. ",
"Projek Akhir Major MA Fotografi di Universiti Falmouth. Mapping 1 memfokuskan penemuan kajian Myalgic Encephalomyelitis.",
"Foto ini diambil di Tasik Gosaikunda Himalaya, Nepal pada aras 4400 m. Galaksi Bimasakti mengandungi sistem solar. Tiang cahaya yang dilihat di langit dihasilkan daripada gugusan bintang – bintang yang tidak dapat dibezakan oleh mata kasar.",
"Satu pin yang disambungkan dengan penjana arus ulang alik ketegangan tinggi. Pin tersebut mengionisasikan udara sekelilingnya. Apabila elektron ‘jatuh’ pada atom, tenaga yang berlebihan akan dipancarkan sebagai foton, lantas menghasilkan corona cahaya di sekeliling pin. ",
"Kumbang yang kecil ini ditemui di dalam produk tepung.",
"Nebula Amerika Utara, NGC7000 adalah emission nebula kumpulan bintang Cygnus, berhampiran dengan Deneb. Bentuk nebula yang mengagumkan ini menyerupai benua Amerika Utara siap beserta Teluk Mexico. Dinding Cygnus, suatu terma bagi ‘bahagian Mexico dan Amerika Tengah’ pada Nebula Amerika Utara mempamerkan formasi bintang yang paling bertumpu di nebula tersebut.",
"Jurukamera menggunakan mikroskopi cahaya dengan lima kali ganda pembesaran. ",
"Spesis ini tidak berenang, sebaliknya ‘berdenyut’ ke atas dan ke bawah di dalam air. Diet mereka adalah plankton laut. Sesetengah spesis obor – obor didokumentasikan memakan plastik – plastik di laut. "
] |
https://ajar.com.my/2019/08/26/menurut-sains-elemen-boboiboy-mana-paling-berkuasa/ | Menurut Sains, Elemen Boboiboy Mana Paling Berkuasa? | [
"BoboiBoy merupakan satu fenomena dalam masyarakat kita. Sejak dari episode 1 BoboiBoy sehingga yang terbaharu, BoboiBoy The Movie 2 ditayangkan, sambutan dari masyarakat umum terhadap karya animasi tempatan ini amat menggalakkan. ",
"BoboiBoy merupakan cerita seorang budak lelaki, BoboiBoy, yang diberi kuasa elemental oleh sfera kuasanya, Ochobot. Kuasa yang diberikan adalah elemen api, air, angin, tanah, petir, daun serta cahaya. Sepanjang pengembaraan BoboiBoy juga, penonton telah didedahkan bahawa terdapat beberapa tahap bagi kuasa elemental ni, dan setakat ini, BoboiBoy telah berjaya menguasai tahap satu dan dua. Dalam filem BoboiBoy kedua, kita didedahkan dengan pengguna elemental pada tahap lebih tinggi, iaitu Retak’ka dan Hang Kasa.",
"Jadi, kalau BoboiBoy ni tiba-tiba buat gila dan bergaduh sesama sendiri, rasa-rasanya siapa yang akan menang? Berikut adalah senarai elemen Boboiboy menurut turutan ‘kuasa’ dijustifikasikan dengan teori sains!",
"Sekiranya\nberlaku pergaduhan antara watak-watak BoboiBoy ni, BoboiBoy Daun rasanya yang\nakan menjadi BoboiBoy pertama yang kalah. Kenapa? Kerana BoboiBoy Daun\nmerupakan BoboiBoy yang paling kebudak-budakan antara BoboiBoy yang lain. Dia\njuga terkenal sebagai seorang yang penakut, macam tak sesuai je dia nak\nbergaduh dengan BoboiBoy yang lain.",
"Tapi, kalau nak\ndiceritakan dari segi kuasa, BoboiBoy Daun masih lagi dikategorikan sebagai\nBoboiBoy yang lemah. Merupakan seorang Botanokinesis (mampu mengawal tumbuhan),\nantara teknik serangan BoboiBoy Daun ni adalah Lontaran Daun, satu teknik\nmelontar daun (yang dah diubah strukturnya). Untuk teknik ni berkesan, BoboiBoy\nDaun perlu melontarkan senjatanya (iaitu daun) kepada musuhnya. Kalau tengok\nBoboiBoy yang lain pulak, kita akan dapati mereka mempunyai kelajuan yang\ntinggi (macam BoboiBoy Petir dan BoboiBoy Cahaya), jadi untuk BoboiBoy Daun\nmenang melawan mereka berdua ni, dia kena buat lontaran yang amat laju.",
"Teknik Lontaran\nDaun ni juga macam tak relevan apabila bertemu dengan BoboiBoy Api dan BoboiBoy\nAis (tahap kedua bagi BoboiBoy Air). Api, seperti yang kita tahu, mampu\nmembakar daun dengan amat mudah, dan Ais juga mampu membekukan daun dengan amat\nmudah. Kalau nak dilihat dalam dunia nyata sekalipun, tumbuhan paling panas\ndicatatkan pernah hidup adalah pada\nsuhu 98 darjah celcius, dan paling sejuk pernah hidup adalah pada suhu -20\ndarjah celcius. Tak mustahil BoboiBoy Api serta BoboiBoy Ais mampu sampai\nke tahap itu, jadi BoboiBoy Daun akan mudah dikalahkan oleh mereka berdua.",
"Teknik Lontaran\nDaun juga dilihat tidak berkesan kepada BoboiBoy Angin, kerana BoboiBoy Angin\ndengan mudahnya mampu memanipulasi angin dan trajektori lontaran daun-daun\ntersebut. Melihat kepada Kesan Lontaran Daun kepada BoboiBoy Tanah, Daun perlu\nmelakukan balingan yang amat kuat untuk menembusi perisai serta Golem yang\ndimiliki oleh BoboiBoy Tanah.",
"Andaikata dia\nmampu pergi ke tahap kedua, iaitu BoboiBoy Thorn, mungkin perlawanan ini boleh\njadi lebih menarik. Dengan teknik Akar Berduri, BoboiBoy Thorn mampu\nmengeluarkan akar dari tanah, serta menyerang dan cuba untuk menjerut\nmangsanya. Masalahnya masih lagi sama, dari aspek suhu, BoboiBoy Api dan Ais\nakan menang. Dari aspek kelajuan pula, kalau kita rujuk pada filem BoboiBoy\nkedua serta BoboiBoy Galaksi, BoboiBoy Thorn mampu “melahirkan” akar dalam\nkeadaan ruang angkasa. Ini bermakna Thorn mampu mencambahkan tumbuhan dan akar\nsecara semulajadi. Kalau ikut rekod sains, kepantasan tumbuhan paling laju\npenah direkodkan adalah buluh yang mampu tumbuh pada kadar 0.00003 kmph. Aduh\nlambatnya! Mampu ke nak kejar BoboiBoy lain yang mampu terbang?",
"Sebagai tambahan, hukuman dengan menggunakan tumbuhan ni sebenarnya pernah dipraktikkan pada masa lampau, di Tanah Melayu sendiri! Pesalah yang bersalah akan dibaringkan pada satu pucuk buluh muda, dan mereka akan diletakkan di sana pada tempoh masa yang agak lama. Buluh tersebut akan membesar, dan menembusinya daging mangsanya. Sungguh menggerunkan. Teknik seksaan ini merupakan salah satu teknik seksaan paling kejam di dunia, kerana mangsa akan mati sambil merasai kesakitan yang amat perlahan.",
"Jadi, mungkin\nBoboiBoy Thorn nampak macam lemah dan berada di tangga ketujuh, tapi andaikata\ndia mampu mengejar BoboiBoy lain dan menjerat mereka, dia ada kebarangkalian\nyang tinggi untuk menang.",
"Berada satu\ntahap di hadapan BoboiBoy Daun, BoboiBoy Angin merupakan BoboiBoy yang memiliki\nkuasa untuk mengawal angin (aerokinesis). Kebolehan utama BoboiBoy Angin ni\ndalam siri animasi berkisar kepada kebolehan BoboiBoy untuk menggunakan taufan\ndan puting beliung sebagai senjatanya. Jadi, tak ada masalah untuk BoboiBoy\nAngin bertarung dengan BoboiBoy Daun, kerana selain mampu memanipulasi\npergerakan Lontaran Daun, teknik-teknik taufan yang digunakan oleh Angin juga\nmampu menjadi perisai terhadap teknik Akar Berduri BoboiBoy Thorn. Cuma masalah\ndengan taufan adalah, terdapat satu titik buta di tengah-tengah taufan, dipanggil\n“Eye of the storm”. Sekiranya BoboiBoy Thorn bijak mencari perluang, dia boleh\nmenyerang BoboiBoy Angin dari arah bawah tanah Eye of The Storm ini dan\nmenangkap BoboiBoy Angin.",
"Sebab kenapa\nBoboiBoy Angin berada di bawah BoboiBoy Air dan Api adalah, kerana BoboiBoy\nAir, Tanah dan Api mengawal benda-benda penting untuk BoboiBoy Angin, iaitu\nsuhu dan tekanan. BoboiBoy Api dan Air mampu mengawal suhu di arena perlawanan\nmereka. Sekiranya hari tersebut agak panas, udara akan menjadi kering, dan\nmolekul air di udara akan tersejat, dan angin akan bergerak dengan laju.\nSekiranya hari tersebut tidak berapa nak panas, molekul air di udara akan\nmenjadi banyak, menyebabkan ketumpatan udara bertambah, serta melambatkan\npergerakan angin. Tanah pula dilihat tidak akan terkesan dengan Angin, hatta\nsekiranya taufan berlaku. Sekiranya Angin ingin mengalahkan teknik Tanah\nPelindung, satu puting beliung dengan magnitude yang tinggi perlu diberi hanya\nuntuk merobohkan pelindung tersebut. Teknik Taufan mungkin mampu mengangkat\nGolem Tanah, namun mengikut pandangan panel penilai, BoboiBoy Angin sukar nak\nmengalahkan BoboiBoy Tanah.",
"Tempat kelima\ndan tempat keempat dikongsi oleh BoboiBoy Api (pyrokinesis) dan BoboiBoy Air\n(Hydrokinesis). Merupakan dua elemental yang mampu mengawal suhu, sekiranya\nmereka bertemu antara satu sama lain, sukar nak ditentukan siapa akan kalah dan\nsiapa akan menang. Bersandarkan pada personaliti, BoboiBoy Api berkemungkinan\nmenang kerana dia lebih bersemangat dalam pertarungan, manakala BoboiBoy Air\nterkenal dengan sifat malasnya. Dari segi teknik pertempuran pula, mereka\nberdua kelihatan amat berbeza, kerana BoboiBoy Api merupakan seorang pertempur\njarak dekat, dengan tekniknya tinju berapi, manakala BoboiBoy Air pula lebih\nkepada serangan jarak jauh seperti Tembakan Air dan Panahan Ais (tahap kedua\nBoboiBoy Air). Jadi, disebabkan mereka berada pada tahap yang sama, yang\nmembezakan mereka cumalah skill dan kawalan emosi mereka pada waktu itu.",
"(seperti diatas)",
"Berada di tempat\nketiga, kita ada BoboiBoy Petir, salah satu BoboiBoy pertama yang diperkenalkan\npada musim pertama BoboiBoy. Salah satu sebab kenapa BoboiBoy Petir berada di\ntempat ketiga adalah kerana BoboiBoy Petir mempunyai kelajuan yang amat tinggi,\nyang rasanya hanya boleh ditandingi oleh BoboiBoy Cahaya. Menurut kiraan\nWikipedia, kelajuan petir adalah 27,800 km/j, hampir 1/3 dari kelajuan\ncahaya. Wow, lajunya! Sepantas kilat!",
"Jadi, sekiranya\nberlaku pergaduhan, elemental lain akan mengalami kesusahan untuk nak mengejar\nBoboiBoy Petir ni.",
"Dari segi kuasa kemusnahan pula, mana yang lagi kuat, BoboiBoy Petir ke BoboiBoy Api? Andaikata mereka berdua buat lontaran bola kuasa, dan bertembung antara satu sama lain, mengikut anggaran, BoboiBoy Petir akan menang, kerana tenaga yang dimiliki oleh petir dalam alam semulajadi sebenarnya adalah lebih tinggi dari tenaga api. Menurut Quora ini, kiraan di petir secara umumnya mempunyai tenaga sebanyak 5 GigaJoule, manakala api (andaikata api tu dibakar oleh bahan bakar), ia akan mempunyai tenaga sebanyak 127 MegaJoule. Beza tenaga mereka di situ adalah dalam 1000 Joule. Banyak tu! Ditambah dengan kebolehan petir untuk membuat kejutan elektrik (elektrik shock) yang tak ada pada elemen api, elemen petir ini terlampau hebat.",
"Kalau BoboiBoy\nAir lawan BoboiBoy Petir macamana? Akan berlaku Hydrolysis,\nsatu keadaan di mana air tu sendiri terpecah menjadi dua molekul, oksigen dan\nhydrogen. Jadi, tak payahlah cuba bayangkan. Memang confirm kalah.",
"Ya, BoboiBoy\nPetir mungkin laju, tapi ada satu perisai yang BoboiBoy Petir tak mampu nak\nkalahkan, iaitu Perisai Tanah. Tanah merupakan penebat petir yang baik, bahkan Bumi\nini diketahui menjadi tempat simpanan cas-cas elektrik. Maknanya, andaikata\nBoboiBoy Petir menggunakan tenaga elektrik terhadap BoboiBoy Tanah, secara\nteorinya, BoboiBoy Tanah boleh meng-ground-kan cas yang dihantar oleh BoboiBoy\nPetir tersebut.",
"Satu benda yang\nmembuatkan BoboiBoy Tanah berada di kedudukan kedua adalah kerana\nversetalitinya. Dia merupakan BoboiBoy yang tidak terlampau fokus pada aspek\nserangan mahupun pertahanan, kerana dia memiliki kedua-duanya dan mampu\nmenggunapakai kedua-duanya serentak. Teknik Golem Tanah yang dia miliki\nmembolehkan dia menyeru Golem Tanah, dan Golem tersebut bertindak sebagai satu\nunit serangan. Bayangkan. Tu kalau dia keluarkan satu Golem. Kalau dia buat\ntentera Golem? Wah.",
"Dengan anggaran\ntinggi 2 meter, Golem Tanah BoboiBoy mampu mempunyai berat sebesar 110,000 kg\n(kiraan sendiri). Dengan berat ini, daya yang mampu dikenakan oleh Golem ini\nterhadap lawannya adalah sebanyak 1,000,000 Newton (Satu juta Newton). Jumlah\ndaya ni hampir sama dengan jumlah daya enjin\nMerlin dari roket SpaceX Falcon 1, sewaktu dia sedang berlepas dan melawan\ngraviti Bumi. ",
"BoboiBoy ini\nperlu diakui merupakan BoboiBoy paling kuat di antara kesemua BoboiBoy. Dengan\nnamanya yang mewakili elemental cahaya, dia sepatutnya mempunyai kelajuan\nsepantas cahaya, yang merupakan kelajuan paling laju dalam alam semesta\n(menurut Einstein). Jadi, dapat difahami la kenapa dia menang dari segi\nketangkasan.",
"Dari segi\nserangan pula, dia digambarkan dalam BoboiBoy Galaxy episode terakhir sebagai\nmempunyai kebolehan serangan Tembakan Solar. Serangan ini, walaupun mempunyai\nkeaamatan yang tinggi, namun satu kelemahannya adalah ia mampu dipantulkan.\nKalau ikutkan, serangan BoboiBoy Solar ni seakan-akan serangan laser (sebab\nlaser merupakan cahaya dengan keamatan yang amat tinggi). Kalaulah BoboiBoy\nCahaya mampu guna serangan laser, dia perlu diiktiraf sebagai elemen terkuat\nBoboiBoy kerana laser mampu digunakan untuk memotong\nbesi! Satu pertembungan yang menarik sebenarnya adalah pertembungan antara\nBoboiBoy Cahaya dengan BoboiBoy Tanah. Pertarungan watak BoboiBoy yang memiliki\nserangan terkuat (BoboiBoy Cahaya) dengan watak BoboiBoy yang memiliki\npertahanan yang paling ampuh (BoboiBoy Tanah), perlawanan tersebut pastinya\nmenjadi perlawanan yang terbaik (bak kata Papa Zola).",
"Baiklah.\nSebenarnya ada sebab kenapa dua elemental ini berada pada tempat kedua dan\npertama. Elemen Cahaya dan elemen Tanah ditunjukkan mempunyai tahap yang lebih\ntinggi, yang hanya dikuasai oleh Retak’ka dan Hang Kasa. Retak’ka, dalam filem\ntersebut, memiliki kuasa gamma, dan hal ini meletakkan masa depan BoboiBoy\ndalam keadaan yang amat menarik. Dalam keadaan sekarang, pada tahap kedua,\nBoboiBoy Solar dilihat amat berkuasa dengan serangan yang dia miliki, namun\npenambahan kuasa gamma (yang merupakan sebahagian daripada keluarga gelombang\ncahaya), aduh, jumlah radiasi yang dimiliki olehnya amat tinggi. Dalam erti\nkata lain, sekiranya wujud BoboiBoy Gamma, ia pasti menjadi amat hebat, kerana\nradiasi Gamma merupakan radiasi dengan tenaga paling kuat. Dengan radiasi gamma\nyang rendah pun, DNA\nmanusia mampu berubah!",
"Satu lagi\nelemental yang kami jangka akan menjadi menarik adalah tahap tinggi elemental\nTanah, iaitu elemen Kristal. Buat masa sekarang, kristal merupakan bahan\nsemulajadi paling kuat dan tahan dalam dunia. Ada beberapa bahan buatan\nmanusia lain yang lebih kuat dari kristal dan berlian, namun dari sudut\nBoboiBoy, antara kesemua elemental yang wujud, BoboiBoy Kristal sepatutnya\nboleh diiktiraf sebagai BoboiBoy paling kental.",
"Dalam filem\nkedua juga, Retak’ka menunjukkan beberapa sisi lebih tinggi kuasa elemental,\nseperti elemental Voltra (elemental tier tinggi bagi BoboiBoy Petir) sewaktu\ndia menyedut kuasa di planet Gurlatan. Retak’ka juga sempat meng”upgrade”\nelemen Angin menjadi Beliung di planet Bayugan dan menggunakan elemental\ntersebut untuk mengalahkan Hang Kasa. Namun, kuasa penuh kesemua elemental yang\ntelah di upgrade tidak dapat ditunjukkan oleh Retak’ka kerana untuk menguasai\nelemental pada tahap lebih tinggi, pengguna kuasa elemental perlu menggunakan\nsfera kuasa elemental tersebut, sepertimana yang dipersembahkan oleh Hang Kasa\nyang menggunapakai Sfera Kuasa elemental Kristal.",
"Maka, kita boleh bayangkan, akan banyak lagi upgrade yang kita akan dapat lihat pada masa akan datang untuk BoboiBoy.",
"Diskusi: https://boboiboy.fandom.com/wiki/Thread:36907"
] |
https://ajar.com.my/2019/08/27/mana-datang-baki-lebih-rm1-ini-penjelasannya/ | Mana Datang Baki Lebih RM1? ? Ini Penjelasannya. | [
"Anda ada RM 50.",
"Anda belanja RM 20. Bakinya RM 30.",
"Anda belanja RM 15. Bakinya RM 15. ",
"Anda belanja RM 9. Bakinya RM 6. ",
"Anda belanja RM 6. Bakinya RM 0.",
"Sekarang cuma anda tambahkan jumlah perbelanjaan anda.",
"20 + 15 + 9 + 6 = 50. ",
"Yup, tiada masalah. Dapat semula RM 50.",
"Tapi sekarang cuba anda tambahkan jumlah baki anda.",
"30 + 15 + 6 + 0 = 51",
"Eh, dari mana datang RM 1 daripada baki tu???",
"Sebenarnya, soalan yang pernah tular berkali – kali ini tidak lain hanyalah soalan helah. ",
"\nRingkasnya, soalan tersebut adalah sebuah falasi logika. Yang sepatutnya menghasilkan semua jumlah RM 50 yang asal adalah kolum perbelanjaan, bukan kolum baki.\n",
"Jumlah kolum baki tersebut memang tidak sepatutnya ditambah, dan jika ditambah pun, hasilnya memang sepatutnya tidak sama.",
"Apa jadi jika kita mengocok turutan perbelanjaan daripada soalan di atas?",
"Anda ada RM 50.",
"Anda belanja RM 15. Bakinya RM 35.",
"Anda belanja RM 9. Bakinya RM 26. ",
"Anda belanja RM 20. Bakinya RM 6. ",
"Anda belanja RM 6. Bakinya RM 0.",
"Maka sekarang jumlah perbelanjaan adalah RM 50.",
"Tapi jumlah baki pula RM 67 !",
"Begitu juga jika cuba bereksperimen dengan kes – kes lain. Kita akan dapat perhatikan jumlah hasil tambah baki memang sepatutnya tidak sama dengan jumlah hasil tambah perbelanjaan!",
"Anda ada RM 100",
" Anda ada RM 100 ",
" Anda ada RM 50 ",
"Secara umumnya, kita boleh persembahkan masalah tersebut secara matematik sebegini:",
" Anda ada RM 50 .",
"Katakan anda belanjakan duit tersebut dalam empat siri transaksi s1, s2, s3, s4, bakinya adalah seperti berikut",
"Maka perhatikan jumlah bagi kolum baki adalah:",
" 200 – 4s1 – 3s2 – 2s3 – s4",
"Jadi tiada sebab untuk jumlah kolum tersebut bersamaan dengan 50. Pembuat soalan ini sengaja berhelah menyusun nombor – nombor tersebut supaya memperoleh baki 1.",
"Quora, mindyourdecisions"
] |
https://ajar.com.my/2019/08/29/kajian-dedah-dengan-robot-pun-manusia-berlaku-rasis/ | Kajian Dedah dengan Robot Pun Manusia Berlaku Rasis… | [
"Bayangkan sebuah (seorang?) robot. Warna apa anda bayangkan? Berkemungkinan anda sedang bayangkan sama ada warna putih atau krom, sebab jarang jumpa robot warna selain itu.",
"Maka para pengkaji daripada Universiti of Canterbury pun bertanya, “Kita ni rasis tak dengan warna robot?”",
"Untuk menjawab persoalan ini, mereka mengumpul 163 orang dalam satu kajian, dan mereka guna pakai ‘paradigma penembak bias’ untuk mengenal pasti sama ada orang melihat robot dengan kaca mata perkauman seperti ‘hitam’, ‘putih’ atau Asia.",
"Bias penempak adalah suatu konsep yang biasa diguna pakai untuk tentukan sama ada pihak polis lebih mudah menembak golongan bukan berkulit putih, tanpa mengira ada ancaman nyawa atau tidak.",
"Peserta ditunjukkan beberapa siri imej, manusia dan robot, bersenjata dan tidak, kulit putih dan kulit hitam. Jika peserta merasakan ada ancaman, mereka menekan butang ‘tembak’.",
"Keputusannya adalah, robot warna hitam yang tidak bersenjata ditembak lebih kerap berbanding robot putih tidak bersenjata. Bukan itu saja, mereka ditempak lebih cepat juga, menandakan reaksi yang lebih mengikut naluri berbanding menganalisis informasi sekitar. ",
"“Bias ini jelas menunjukkan rasisme ke atas orang kulit hitam, sehingga diguna pakai juga ke atas robot yang berwarna hitam”",
"Daripada kajian ini, mereka yang bekerja dalam industri robot mungkin perlu ambil cakna, bahawa warna yang mereka pilih untuk robot mereka mungkin boleh menyebabkan orang pandang serong padanya.",
"Katakan pada masa depan, ada robot yang berfungsi sebagai guru, atau tukang masak, atau penjaga, maka masalah besar lah jika semua robot ini dibuat warna putih – mewakili orang kulit putih.",
"Sudah pasti, kajian ini juga mempunyai limitasi, iaitu ia hanya terpakai kepada orang Amerika sahaja, yang sememangnya miliki sejarah perkauman. ",
"Begitu juga, mungkin bentuk robot tersebut memainkan faktor persepsi orang ke atas mereka. "
] |
https://ajar.com.my/2019/08/29/gif-gif-senyap-yang-anda-dengar-berbunyi-kuat/ | Gif – gif Senyap yang Anda ‘Dengar’ Berbunyi Kuat | [
"Cuba anda tengok GIF ini:",
"Macam boleh dengar bunyi bukan? Lebih spesifik, dengar macam muzik ‘We will we will rock you’.",
" Hairannya, video di atas ternyata merupakan GIF (Graphics Interchange Format), iaitu hanyalah gambar berulang – ulang yang tidak mempunyai sebarang bunyi. Format gambar ini digunakan secara meluas di internet, tapi beberapa GIF tular apabila ramai yang menyatakan mereka dapat ‘mendengarnya’. ",
"Fenomena ini dipanggil ‘visually evoked auditory response’ (vEAR) menurut artikel NewScientist, iaitu apabila kita mendengar bunyi – bunyian pada gambar bergerak yang senyap.",
"vEAR adalah sejenis synaesthesia, iaitu apabila satu deria diaktifkan, deria lain yang tiada kaitan pun turut beraktivasi sama. Apabila melihat warna, terasa perasa di lidah, dan apabila melihat dengan mata, telinga turut mendengar sama.",
"Berikut adalah kompilasi – kompilasi GIF senyap yang kita macam boleh dengar!"
] |
https://ajar.com.my/2019/09/02/ai-komputer-kini-mampu-membina-imej-dari-gambar-16-x-16-piksel-hasilnya-amat-menakutkan/ | AI Komputer Kini Mampu Membina Imej dari Gambar 16 x 16 Piksel! Hasilnya Amat … Menakutkan? | [
"Progressive Face Super Resolution adalah model pembelajaran mesin yang dilatih untuk membina semula imej wajah daripada imej input sekecil 16 x 16 piksel. Ia kemudian mampu membesarkannya menjadi gambar realistik berskala besar 128 x 128 piksel.",
"Berikut adalah satu contoh:",
"Nampaknya hasilnya agak tepat dengan gambar asal. Namun beberapa wanita miliki misai. Tak tahu kenapa AI tersebut suka misai pada wajah wanita. ",
"Namun sesetengah contoh menghasilkan ‘parut Harry Potter yang aneh’. ",
"Bagaimanapun, contoh – contoh di atas adalah senario paling baik buat model algoritma tersebut. Wajah – wajah tersebut dipotong pada saiz yang tepat, dan kodnya sama dengan kod yang digunakan untuk melatih model. ",
"Contoh – contoh di atas adalah menepati kehendak model tersebut.",
"Gambar macam mana yang tak menepati kehendak model?",
"Mungkin soalan awal yang kita akan tanya adalah, apa akan jadi sekiranya kita suruh model tersebut membina imej emoji 16 x 16 piksel?",
"Inilah hasilnya. Oh jangan tengok pada waktu malam …",
"Disebabkan model algoritma tersebut dilatih untuk mencari tanda – tanda wajah, ia berusaha bersungguh – sungguh untuk melukis mata dan lubang hidup pada piksel tunggal.",
"Dan rasanya peperoni pada pizza tersebut diperbuat daripada bibir manusia …",
"Berikut pula adalah beberapa percubaan untuk merealistikkan sprite daripada permainan video terkenal:",
"Tapi apa jadi sekiranya kita mencuba network neural ‘Face Super-Resolution’ tersebut pada video 16 x 16 piksel?",
"Hasilnya adalah bentuk jembalang yang mungkin boleh masuk dalam Majalah Mastika..",
"You can ENHANCE! a 16×16 pixel video with a 'Face Super-Resolution' neural network but it basically turns it into a DeepFake of THE DEVIL. ?YouTube Version: https://t.co/kez5qvgIFC pic.twitter.com/MOug5OjNaS",
"Seperti yang dilihat, algoritma Kecerdasan Buatan tersebut masih lagi miliki beberapa kelemahan yang sudah pasti akan diperbaik pada masa hadapan. ",
"Namun begitu, ini adalah teknologi 2019. Itupun masih terbatas. Jadi maksudnya adakah teknologi zoom CSI 10 tahun lepas sebenarnya satu penipuan???"
] |
https://ajar.com.my/2019/09/05/5-teknik-penyamaran-haiwan-yang-menakjubkan/ | 5 Teknik Penyamaran Haiwan yang Menakjubkan | [
"Banyak haiwan yang terpaksa bersembunyi untuk meneruskan kehidupan. Tapi tak apa rakan – rakan bukan manusia sekalian, alam semula jadi sememangnya menakutkan. Kalau kami tak duduk di bawah pendingin hawa dalam rumah, sebaliknya dicampak ke hutan, kami pun akan sembunyi juga.",
"Tapi ada sesetengah haiwan yang kemahiran bersembunyi mereka mencapai taraf 5 bintang. Jika mereka main sembunyi – sembunyi dengan kita, mungkin sampai berjanggut pun kita tak temui mereka.",
"Jadi, berikut adalah 5 haiwan dengan teknik penyamaran yang menakjubkan!",
"Eh jap, kenapa ada serangga / semut melekat pada sayap lalat di atas? Diorang terperangkap ke? ",
"Eh tak, sebenarnya itu bukan serangga. Sebaliknya satu lukisan atau tatoo pada sayap lalat Goniurellia tridens tersebut. Tak, bukan ada saintis yang gatal pergi lukis sebab nak buat eksperimen pelik. Lalat tu memang miliki corak serangga tu secara semulajadi. ",
"Kenapa ada corak serangga tersebut pada lalat buah tu? Adakah ia satu trend hipster dunia lalat? Atau ia gambar serangga yang membunuh pasangan lalat tersebut dan ia mahu membalas dendam mencari mereka ke hujung dunia (banyak sangat tengok anime ni).",
"Tidak diketahui dengan pasti puncanya. Tetapi antara teorinya corak serangga tersebut bertujuan untuk menarik perhatian pasangan (tak tahu lah kenapa gf lalat suka dengan corak tu, mungkin sebab nampak macam lelaki nakal kot). Ada yang mengatakan corak itu bertujuan menghalau pemangsa, kerana mereka akan lihat seolah – olah lalat itu sedang dimakan pemangsa lain, atau sedang dikerumuni haiwan berbahaya.",
"Ada juga yang mengatakan bahawa corak itu hanya kebetulan, kerana ada banyak corak lain pada sayap – sayap lalat yang tak nampak macam semut pun. Kita saja yang ingat ia seperti semut.",
"Apa yang anda lihat di atas bukanlah ranting kayu berlumut biasa, sebaliknya merupakan seekor serangga ranting Phasmatodea.",
"Serangga ni begitu pakar menyamarkan dirinya sebagai ranting kayu yang tidak bersalah sehingga macam mana ia boleh ditemui pun jadi satu persoalan. Orang yang ambil gambar itu secara tak sengaja lihat ada satu ‘ranting kayu’ yang bergoyang – goyang, sebelum perasan bahawa ia sebenarnya seekor serangga.",
"Masih tak percaya ia seekor serangga? Jom kita ambil gambar secara lebih dekat:",
"Betul. Atas tu ada kupu – kupu. Tak tipu. ",
"Uropyia meticulodina adalah sejenis kupu – kupu Cina yang nampak sama betul macam daun kering. ",
"Dan penyamaran ini sangat mengagumkan! Tengok kesan bayang, urat daun tu! Kita tengok kepaknya semacam daun yang berlipat kan? Sebenarnya tidak, kesan lipatan itu adalah ilusi optik semula jadi!",
"Tak percaya? Tengok video ni. Kepaknya adalah kepak normal seperti kupu – kupu lain. ",
"Bayangkan anda sedang bercengkarama di taman. Anda pegang bunga, anda belai daun. Tiba – tiba anda terasa ada benda berbulu pada daun tersebut, dan … Jeng!! Ada ulat beluncas hinggap di tangan anda!!!",
"AHHHHHHHHH",
"Ehem.",
"Ini adalah Euthalia aconthea, atau ulat bulu baron.",
"Wow nampak terang betul. Menyamar apa tu. Nampak macam lampu neon yang minta diri dia dimakan. Sekarang cuba letak beliau di atas sehelai daun hijau.",
"ulat beluncas common baron ini banyak ditemui di India dan di Asia Tenggara (yup, tempat kita la). Ia suka makan daun pada pohon mangga dan gajus. Jadi fikir la dua kali sebelum anda curi buah mangga.",
"Ulat ni akan memposisikan dirinya pada urat daun yang berwarna cerah itu sehingga ia sukar dibezakan dengan daun yang tidak bersalah.",
"Ada seekor labah – labah pada gambar di atas. Ya betul, ada.",
"Atau mungkin ada puluhan labah – labah sebenarnya. Siapa tahu kan?",
"Labah – labah Ocyale Guttata adalah spesis labah – labah musang yang wujud yang menyedarkan manusia betapa pentingnya inovasi yang dipanggil kasut. ",
"Spesis labah – labah ini menyorokkan dirinya dengan begitu berkesan sekali pada jenis tanah batu – batuan kecil yang biasa ditemui di taman permainan kanak – kanak dan pantai. ",
"Labah – labah musang adalah antara pemangsa yang berprolifik dalam dunia kelabah – labahan. Mereka tidak membuat sarang, tak menyorok di tempat gelap, sebaliknya merayap dengan bebas di tanah terbuka untuk mencari mangsa.",
"Lepas ni tak nak jalan atas tanah dah. "
] |
https://ajar.com.my/2019/09/08/ini-garlic-2-0-anak-kucing-klon-pertama-china-yang-tak-sama-dengan-yang-asal/ | Ini Garlic 2.0. Anak Kucing Klon Pertama China (… yang Tak Sama dengan yang Asal). | [
"Huang Yu sedih sebab kucing British shorthairnya yang bernama Garlic baru saja meninggal dunia. Ada satu saja cara beliau mengubati kesedihannya ; iaitu mengklon kucing yang sama.",
"Kemudian muncullah Sinogene menghulurkan tangan. Sinogene adalah syarikat pengklonan haiwan yang berpusat di Beijing, yang telah mengklon lebih daripada 40 anjing peliharaan.",
"Mereka menggunakan teknologi pengklonan sel somatik. Ia adalah teknologi yang agak baru, dan terdapat beberapa cabaran untuk melakukannya. Tetapi mereka bersedia melakukan pengklonan tersebut.",
"“Kitaran reproduksi kucing agak istimewa dan teknik pengklonan mereka agak sukar. Operasi ini berat. Pengklonan kucing yang berjaya ini adalah antara beberapa kes yang berjaya di dunia, menjadikan China negara yang ke hadapan dalam bidang pengklonan” kata ahli veterinar Shi Zhensheng.",
"Untuk mengklon Garlic, saintis menanam sel kulit daripada Garlic yang asal ke dalam telur – telur yang diperoleh daripada kucing lain. Setelah dibuat kejutan elektrik atau kimia, 40 embrio klon ditanam ke dalam kandungan empat ibu tumpangan. 3 mengandung, namun kemudian dua gugur. ",
"Setelah 66 hari, Garlic 2.0 lahir pada 21 Julai 2019 menerusi kelahiran semula jadi dan genetiknya sepenuhnya sama dengan sel somatik Garlic yang telah meninggal dunia.",
"Keseluruhan prosedur menelan kos 250,000 yuan ($35,400). Tapi Yu tidak kisah, kerana beliau begitu rindukan kucingnya Garlic dan sanggup membayar mahal untuk memeluk kembali kawan berbulunya itu.",
"Beliau juga mengekalkan nama anak kucing klon barunya dengan nama kucing yang asal, iaitu Garlic. ",
"“Namanya kekal Garlic kerana dalam hati saya, saya sentiasa rasakan anak kucing klon itu merupakan sambungan nyawa Garlic” ujar Yu ",
"Namun apabila pertama kali melihat Garlic 2.0, Yu mendapati bahawa klon tersebut bukanlah 100% sama dengan Garlic yang asal. Rupa – rupanya tompok hitam pada dagu Garlic 2.0 tiada. Warna mata juga berbeza. Sinogene mengatakan bahawa proses pengklonan tersebut menghasilkan beberapa perbezaan fizikal, tetapi DNA nya memang sah sama.",
"“Jika saya beritahu anda bahawa saya tak kecewa, maka saya menipulah” kata Yu “Tapi saya boleh terima bahawa ada batasan teknologi”.",
"Pengklonan haiwan peliharaan berkemungkinan menjadi satu bisnes di China. Daripada jutaan pemilik haiwan peliharaan di China, jika sebahagian daripada mereka sanggup mengeluarkan puluhan ribu dollar mengklon haiwan mereka, maka ia cukup lumayan. ",
"Pengklonan haiwan ini bagaimanapun adalah sesuatu yang kontroversi kerana ia ‘tidak berperikemanusiaan’, ‘tidak efisien’, tidak dipastikan kesannya kepada kumpulan genetik, dan menjadikan ibu tumpangan sebagai tidak seperti mesin pengeluar anak.",
"Namun, menurut New York Times, orang China rata – rata tidak kisah akan pengklonan. Ramai orang China yang menganggap menggunakan haiwan untuk kajian perubatan atau perubatan sebagai tidak bermasalah dan tidak kejam. Tiada undang – undang terhadap kekejaman ke atas haiwan. "
] |
https://ajar.com.my/2019/09/09/kenapa-melayu-suka-lagakan-durian-dengan-timun/ | Kenapa Melayu Suka Lagakan Durian dengan Timun? | [
"Ada dua buah yang selalu dibandingkan oleh orang Melayu, iaitu timun dan durian. Lihat pada peribahasa – peribahasa di bawah:",
"Bagi kesemua contoh di atas, dualisme durian dan timun kesemuanya berkisar tentang kuasa, penindasan, dan pengaruh.",
"Tapi kenapa Melayu memilih dua objek ini untuk menyampaikan mesej tersebut? Rupa – rupanya menurut pengkaji linguistik daripada Persatuan Linguistik Malaysia dalam artikel ‘ Refleksi Dualisme ‘Durian-Timun’ Dalam Peribahasa Melayu: Pendekatan Semantik Inkuisitif‘, ia menerangkan secara halus tentang akal budi orang Melayu.",
"Mereka membahagikan tiga tahap kefahaman untuk kita memahami akal budi Melayu melalui peribahasa:",
"Tahap 1 melihat secara zahir fizikal objek durian dan timun. Durian yang bersifat keras dan berduri dapatlah ditafsir sebagai orang yang berkuasa, sedangkan timun pula lembut dan licin permukaan kulitnya, maka ia mewakili orang yang lemah.",
"Tahap 2 meneroka lebih dalam tentang sifat timun dan durian.",
"Sifat durian apabila kita senaraikan ia memiliki:",
"Manakala timun pula memiliki ciri – ciri berikut:",
"Maka apabila dibandingkan secara langsung timun dan durian, orang Melayu mengeluarkan mesej ” pertentangan kuasa iaitu antara kuasa yang dominan (kuat) dan kuasa yang lemah”.",
"Apatah lagi, apabila kita melagakan dan menindih kulit timun dengan durian, kulit timun akan rosak sedangkan kulit durian tidak terjejas. Orang Melayu melihat hal ini sebagai berat sebelah, bagaikan orang yang kuat melawan orang lemah.",
"Penelitian lebih mendalam mendapati orang Melayu melihat timun dan durian sebagai perlambangan dua gender.",
"Durian ditafsirkan sebagai ‘lelaki’, kerana unsurnya panas. Sifat fizikal buah durian yang berduri , keras, tajam serta susah untuk dibuka telah diumpamakan sebagai seorang lelaki yang lazimnya memiliki sifat yang kuat, teguh serta mempunyai sistem ketahanan diri yang lebih.",
"Manakala timun pula dilihat berjantina ‘wanita’.",
"Sifat timun yang lembut dan berair telah melambangkan sifat perempuan yang sensitif dan dianggap lemah.",
"Orang Melayu juga melihat sifat durian yang boleh melukakan individu yang bergesel dengannya, malah sehingga memerlukan kain untuk memegang buah durian.",
"Ciri-ciri yang dimiliki oleh buah ini, telah diaplikasikan kepada orang yang mempunyai ‘kuasa’ atau ‘pengaruh’ yang besar. Sikap ‘salah guna kuasa’ menyebabkan individu atau pihak yang berpengaruh bertindak untuk ‘menindas’ pihak yang lemah.",
"Pemerhatian yang tinggi terhadap sesuatu sifat alam flora menyebabkan kewujudan perumpamaan ‘durian’ dan ‘timun’ yang dikiaskan dalam peribahasa Melayu.",
"Namun sungguh pun demikian, orang Melayu tidaklah menyalahkan durian dan merendahkan timun, sebaliknya hati budi Melayu melihat kedua – dua buah tersebut saling melengkapi.",
"Buah durian berunsur panas manakala buah timun berunsur sejuk. Buah durian mampu menjadikan badan seseorang panas, namun dengan memakan buah timun, seharusnya dapat meneutralkan keadaan suhu badan seseorang itu.",
"Bagi orang yang berpengaruh dan berkuasa, peranan mereka adalah memberikan arahan kepada pihak bawahan yang tidak bercanggah dengan kuasa pentadbiran. Manakala orang bawahan boleh mendengar arahan selagi tidak bertentangan dengan hak dan peraturan.",
"Itulah kebijaksanaan orang Melayu dalam mentafsir unsur alam ke dalam sistem sosial kehidupan."
] |
https://ajar.com.my/2019/09/10/ahli-arkeologi-terkesima-temui-iphone-pada-mayat-berusia-2000-tahun/ | Ahli Arkeologi Terkesima Temui ‘Iphone’ Pada Mayat Berusia 2000 Tahun | [
"Ahli arkeologi menemui objek yang mirip dengan telefon pintar moden Iphone pada rangka wanita yang berusia lebih 2000 tahun.",
"Objek itu ditemui di makam perkuburan misteri yang dipanggil ‘The Russian Atlantis’ di Republik Tuva, Rusia, lapor siberiantimes.",
"Makam wanita yang nampaknya gemar berfesyen itu – dipanggil Natasha (sebagai gurauan) bersama aksesori Iphonenya, ditemui setelah kawasan tersebut kering pada musim panas.",
"Namun sebelum mana – mana teori konspirasi mengenai pengembaraan masa muncul, haruslah dijelaskan bahawa objek itu bukanlah Iphone.",
"Objek yang berukuran 18 cm x 9 cm itu sebenarnya adalah kepala tali pinggang yang bersaiz besar, dan syiling yang menghiasinya dipercayai telah dicetak sekitar 2137 tahun yang lalu.",
"Bagaimana saintis dapat menentukan tarikh tali pinggang tersebut? Kerana syiling yang menghiasi kepala tali pinggang tersebut adalah syiling China wuzhu, yang dihasilkan paling awal pada 2137 tahun lepas.",
"“Kawasan ini adalah satu sensasi saintifik” kata Dr Marina Kilunovskaya yang mengetuai ekspedisi arkeologi tersebut",
"“Kami bernasib baik dapat menemui tempat pengebumian nomad yang kaya raya ini, yang tidak dikacau oleh mana – mana perompak kuburan”.",
"Bagaimanapun, jika diperhatikan dengan lebih teliti, kepala tali pinggang tersebut sebenarnya nampak lebih mirip Samsung berbanding Iphone.",
"Mungkin jika dikorek kubur yang lebih tua, mungkin kita boleh temui Nokia Ngage pula."
] |
https://ajar.com.my/2019/09/10/animasi-hadapi-soalan-matematik-tambahan-ala-one-punch-man/ | Animasi Hadapi Soalan Matematik Tambahan Ala One Punch Man | [
"Jarang kita berjumpa dengan kartun atau animasi berkenaan topik matematik tambahan.",
"Lagi jarang lagi kita berjumpa dengan animasi berkenaan topik matematik tambahan yang seakan – akan anime pertarungan ala One Punch Man dan Dragon Ball.",
"Dalam siri animasi MISI yang terbaru, penonton dibawa meneroka adegan ‘pertempuran’ pelajar – pelajar sekolah menengah vs soalan matematik tambahan.",
"Video animasi yang bertajuk ‘Krisis Quadratic Equation’ itu boleh ditonton di bawah:",
"Soalan matematik yang menyuruh pelajar mencari julat nilai x itu dipersembahkan menyerupai sebuah robot yang menakutkan dan berkuasa.",
"Pelajar – pelajar itu kemudian cuba menumpaskan soalan tersebut dengan menggunakan senjata – senjata, yang menariknya, merupakan alatan matematik. Jangka lukis digunakan sebagai pedang, kalkulator sebagai pistol dan sesiku segi tiga sebagai perisai (Kreatif!). Namun ternyata tidak berkesan untuk menumpaskan robot tersebut.",
"Setelah serangan bertalu – talu yang tidak mengemekkan sedikit pun robot itu, pelajar – pelajar tersebut mula hilang punca dan hampir menyerah, namun kemudian mereka diselamatkan oleh pelajar – pelajar genius yang baru pulang dari Olimpiad. Watak kegemaran penulis, Mat, punyalah hebat sampai boleh hadang serangan robot macam makan karipap.",
"Setelah robot tersebut diselesaikan (dibelasah), akhirnya ilusi menakutkan itu pun bertukar menjadi bentuk soalan matematik yang sebenar. Ternyata, bayangan menakutkan terhadap satu topik yang susah boleh dihilangkan sekiranya kita berlatih dan tahu cara membelasah soalan tersebut. Begitu juga, sentiasa cari pertolongan rakan – rakan yang lebih mahir untuk membantu cara menewaskan soalan!"
] |
https://ajar.com.my/2019/09/11/suami-suruh-selesai-kalkulus-untuk-guna-kad-atm-ini-strategi-si-isteri/ | Suami Suruh Jawab Kalkulus Untuk Guna Kad ATM. Ini Strategi Si Isteri. | [
"Sebuah hantaran tular di media sosial kerana ia begitu unik dan menggelikan hati.",
"Si suami membenarkan isterinya untuk menggunakan kad ATM nya, malah boleh dipakai seberapa banyak yang dia mahu.",
"Tapi syaratnya, untuk mendapatkan pin ATM kad tersebut, si isteri perlu menyelesaikan masalah kalkulus.",
"Si isteri yang pantang diusik (dan pantang melepas duit) kemudian ternyata berjaya menyelesaikan soalan pengamiran tentu tersebut. Nombor pinnya didapati adalah 585376.",
"Hal ini memelikkan suami kerana isterinya bukanlah pandai matematik, bagaimana dapat diselesaikan?",
"Rupa – rupanya si isteri miliki strategi geliga …. Iaitu kebetulan salah seorang rakannya merupakan seorang pensyarah matematik. Maka dicampakkanlah soalan tersebut untuk diselesaikannya olehnya, mungkin dengan habuan belanja makan.",
"Kemudian sebagai isteri yang baik, dia juga turut memaklumkan jumlah baki yang tinggal kepada suaminya, tapi juga dalam bentuk soalan kalkulus.",
"Ternyata inilah baki yang tinggal …",
"Tapi bagi isteri – isteri lain yang tiada kawan pensyarah matematik bagaimana?",
"Mudah saja, gunakan Wolfram Alpha. Di mana ada duit, di situ ada jalan."
] |
https://ajar.com.my/2019/09/11/subhanallah-murid-murid-sujud-syukur-setelah-upsr-buat-semua-sejuk-hati-melihat/ | Subhanallah. Murid – murid Sujud Syukur Setelah UPSR Buat Semua Sejuk Hati Melihat. | [
"UPSR telah melabuhkan tirai pada hari ini (kecuali bagi calon Bahasa Cina dan Tamil). Bagi ramai murid Darjah 6, ini mungkin hari yang paling menggembirakan dalam hidup mereka setakat ini. ",
"Namun sebahagian calon tidak menyambut ‘hari kemerdekaan’ mereka dengan membaling mercun, terjun parit atau menconteng baju, sebaliknya mereka menamatkan peperiksaan terakhir fasa kehidupan sekolah rendah mereka dengan bersujud syukur.",
"Pemandangan ini begitu menyentuh hati masyarakat. Mereka meraikan hari kegembiraan mereka dengan bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan.",
"Berikut adalah beberapa gambar sujud dari sekolah – sekolah di seluruh Malaysia:"
] |
https://ajar.com.my/2019/09/17/carta-carta-saintifik-pelik-yang-susah-nak-percaya-wujud/ | Carta – carta Saintifik ‘Pelik’ yang Susah Nak Percaya Wujud | [
"Carta – carta saintifik mungkin perkara paling akhir yang kita cari untuk puaskan kuota hal – hal pelik yang kita temui dalam kehidupan. Iyalah, nama pun carta saintifik. Sebut pun sambil menguap.",
"Tapi ada beberapa carta – carta saintifik yang cukup pelik yang kita susah nak percaya sebenarnya wujud.",
"Iaitu:",
"Dalam banyak – banyak benda yang boleh dipersembahkan secara saintifik, mungkin orang tak akan masukkan pun hasil buangan mereka di tandas – tandas kedai mamak dalam senarai.",
"Tapi pakar kesihatan menganggap bahawa metod – metod saintifik tetap perlu diguna pakai walaupun untuk menerangkan na …. (oh maaf kalau anda sedang makan boleh langkau dulu terus ke nombor empat) …. jis.",
"Dan na*** itu juga boleh dibahagikan kepada 7 jenis. (betul ni, kalau tengah makan skrol cepat – cepat sambil tutup mata).",
"Di atas adalah Skala Tinja Bristol, yang dihasilkan dengan bangganya oleh Universiti Bristol dan the Scandinavian Journal of Gastroenterology.",
"Senarai tersebut sebenarnya tidaklah pelik sangat. Tapi cara penerangan benda alah itu yang buat tekak kembang. Tampak seperti saintis – saintis yang hasilkan skala tersebut memang sengaja menerangkan dengan cara paling jijik.",
"Contoh, cuba baca jenis 2.",
"Macam sosej tapi masih bergumpal.",
"Bayangkan sosej kegemaran anda, rasai sensasi rasanya pada lidah, dan gabungkan dengan imej tandas.",
"Yup, seminggu lah kita tak makan sosej lepas ni.",
"Skala Kinsey mengira berapa gay atau ‘straight’ nya anda. Atau dengan kata lain, kadar homoseksual atau heteroseksual anda.",
"Skala tersebut bermula dengan 0 (laki cari perempuan, perempuan cari lelaki), kepada 6 (sepenuhnya laki cari lelaki dan perempuan cari perempuan).",
"Soalan yang mungkin terpacul dalam minda adalah: “Eh jap. Macam mana homoseks pun boleh ada skala? Bukan hang berhubungan dengan perempuan atau berhubungan dengan lelaki je ke?”",
"Itulah. Daripada skala Kinsey ini lah sekarang tersebar luasnya konsep ‘kebendaliran seksualiti’, maksudnya menurut gerakan LGBT, daya tarikan seksual seseorang bukanlah binari, ataupun bukanlah hanya ada homoseks atau heteroseks. Macam spektrum warna pelangi lah menurut mereka.",
"Dan itu sebabnya mengapa nama LGBTTQQIAAP+ pun macam pelangi. Boleh ditambah seberapa banyak huruf yang mahu kerana spektrum itu sifatnya cakupan yang tidak terbatas",
"Harapnya sijil Halal tak dibuat macam ni. (Produk kami Halal pada skala 5 / 6 . Kami letak babi sikit je).",
"Skala kesakitan sekali dengar sememangnya suatu konsep yang bagus. Ia mengira kadar kesakitan dan ketidakselesaan pesakit sewaktu ujian. Ia merupakan alat diagnosa yang penting untuk doktor.",
"Jadi kenapa skala ini berada dalam senarai?",
"Sebab walaupun konsepnya bagus, tapi pelaksanaannya … buat orang garu kepala.",
"Skala kesakitan saintifik ini nampak macam … lukisan kita waktu umur 6 tahun dahulu. Dan memandangkan penggunaannya sekarang meluas di seluruh dunia, kita mungkin dapat mendengar ketapan gigi ahli – ahli grafik dari segenap pelusuk alam.",
"Skala 0 tiada masalah, nampak macam orang biasa yang gembira (walaupun mata juling sikit)",
"Skala 2 nampak macam orang yang sedang lihat kalendar deadline tesis yang kena hantar lagi seminggu.",
"Kemudian ada kembar kesakitan sederhana. Yang belah kiri macam orang yang tengok pensyarah ada 56 slide lagi yang belum habis, belah kanan macam bila Youtuber kegemaran dah tak muat naik video untuk bulan ke sepuluh.",
"Skala 8 adalah sangat sakit, macam lepas periksa matematik A level, lepas tu baru sedar kalkulator rupanya salah setting ‘degree’. Ada 5 soalan, semua tanya trigonometri.",
"Dan skala 10 adalah kesakitan yang paling sakit. Macam dapat berita pelukis One Piece meninggal dunia sebelum sempat habiskan pulau terakhir.",
"Skala Stres Holmes dan Rahe adalah suatu jadual yang mengerikan.",
"Ia menyenaraikan semua tragedi – tragedi dan perubahan – perubahan besar dalam hidup seseorang dalam setahun beserta nilai untuk setiap peristiwa.",
"Cartanya berfungsi seperti ini. Semakin tinggi pangkat peristiwa tersebut, semakin banyak nilai unit perubahan kehidupan (LCU – Life Change Unit) yang ia miliki. Kalau anda masuk penjara, anda dapat 63 LCU. Tapi itu kurang berbanding markah anda bercerai dengan pasangan, 75 LCU.",
"Mengandung, markahnya 40 LCU, dipecat, 47 LCU.",
"Ini untuk versi dewasa, untuk versi kanak – kanak pun ada.",
"Skala ini seolah menjadikan kehidupan seperti sebuah game yang mengumpul poin. Tetapi poin – poin kesengsaraan dan kesakitan. Apa akan jadi sekiranya anda kumpul poin sebanyaknya? Adakah anda temui cahaya kebenaran kehidupan? Dapat piala?",
"Tak. Anda menangi kematian. Semakin besar mata terkumpul, semakin tinggi risiko kematian. Menurut Holmes dan Rahe, berikut adalah kesan bagi setiap mata terkumpul:",
"Diharapkan pro – pro gamer di luar sana tak ambil carta ini sebagai cabaran untuk mengumpul sebanyak mungkin mata terkumpul ya."
] |
https://ajar.com.my/2019/09/19/hantu-laut-dalam-ini-buat-bulu-roma-saintis-meremang/ | ‘Hantu’ Laut Dalam Ini Buat Bulu Roma Saintis Meremang. | [
"Kalau saya cerita pada anda tentang satu kelibat yang seakan ditutupi kain putih terapung – apung dalam kegelapan, apa anda fikir?",
"Hantu kan?",
"Jika selama ini rakaman – rakaman hantu banyak yang palsu, kabur, atau kualiti kentang, jangan risau, kerana kita akhirnya menemui hantu yang sebenar dalam kualiti HD. Kalau anda lemah semangat, jangan tonton!",
"Ahhhhhh",
"Jangan risau, ‘hantu’ itu sebenarnya bukanlah hantu, sebaliknya hanyalah obor – obor Deepstaria.",
"Ia ditemui oleh sekumpulan saintis yang menaiki kapal pengembaraan Nautilus, dan penemuan obor – obor ini bukanlah disambut dengan jeritan ketakutan, sebaliknya kegembiraan kerana mereka berpeluang mendokumentasikan spesis yang jarang dikenali ini di habitat semula jadi.",
"Deepstaria yang misteri itu merupakan pengubah badan (shapeshifter) yang boleh menyerupai plastik sampah putih yang besar ataupun lampu jalan.",
"Dalam video tersebut, obor – obor itu adalah lebih kurang sebesar tong sampah. Ia tiada sesungut dan muncul dalam bentuk loceng membran nipis. Jika anda meneliti dengan lebih dekat, anda dapat melihat urat – urat geometri yang menyokong struktur jeli tersebut dan menyalurkan nutrien kepada badannya.",
"Oh. Dan anda mungkin nampak ada sesuatu yang berwarna merah pada kepala Deepstaria bukan? Adakah itu otaknya?",
"Tidak, sebenarnya itu adalah organisme lain yang menumpang obor – obor tersebut, bernama isopod. Ia tidak mati, dan bukan dimakan oleh obor – obor, sebaliknya ia menumpang rumah.",
"Daripada perhubungan dengan obor – obor tersebut, isopod memperoleh perlindungan dan sisa makanan. Tidak dipastikan obor – obor itu dapat apa.",
"Masih banyak yang kita tak ketahui tentang spesis Deepstaria ini, apatah lagi jutaan spesis – spesis lain yang masih belum ditemui di lautan dalam.",
"Sumber: popsci.com"
] |
https://ajar.com.my/2019/09/22/soalan-prasekolah-ini-mempermalukan-ramai-orang-dewasa/ | Soalan Prasekolah Ini Mempermalukan Ramai Orang Dewasa | [
"Gambar soalan sebuah buku latihan yang dipercayai merupakan buku latihan prasekolah tular di media sosial apabila membingungkan ramai orang dewasa.",
"Arahan soalan tersebut berbunyi: ‘Padankan perkataan dengan bentuk yang betul’.",
"Hal ini membingungkan ramai orang kerana perkataan – perkataan yang diminta padankan itu dilihat tiada kaitan dengan bentuk – bentuk di sebelah kanan.",
"Namun sebenarnya soalan itu mudah sahaja, sesuai dengan arasnya yang ditanyakan kepada murid prasekolah. Apa yang dikehendaki sebenarnya adalah memadankan bentuk perkataan itu dengan bentuk visualnya secara kasar. Contoh, perkataan ‘bag’ itu miliki satu garisan menegak atas pada bentuk ‘b’, satu bentuk garisan mendatar merentasi perkataan, dan satu garisan menegak ke bawah untuk bentuk ‘g’.",
"Ada yang mengatakan bahawa soalan ini tidak tepat, kerana sepatutnya yang disuruhpadankan adalah huruf bukan perkataan, malah menyalahkan penyunting buku.",
"Tapi kemudian dibalas panjang lebar oleh seorang lagi netizen yang mempertahankan soalan tersebut:",
"Ramai juga yang mengatakan bahawa soalan ini merupakan aplikasi KBAT. Walhal ia cumalah soalan yang biasa dikemukakan dalam buku – buku prasekolah sedari dulu. Mungkin soalan ini sukar diterima orang dewasa kerana mereka tidak lagi memandang perkataan dan ayat sebagai bentuk, tetapi otak mereka telah dilatih untuk memahami perkataan sebagai alat yang menyampaikan makna. Minda prasekolah pula kurang memahami makna, sebaliknya lebih cepat menangkap sesuatu sebagai bentuk tampak.",
"Bagaimanapun, terdapat satu teknik yang sentiasa boleh digunakan untuk menjawab mana – mana soalan padankan dalam dunia ini:"
] |
https://ajar.com.my/2019/09/23/cikgu-matematik-ini-buktikan-2-1-ah-sudah/ | Cikgu Matematik Ini Buktikan 2 = 1. Ah Sudah. | [
"Seorang guru matematik membuatkan pelajar – pelajar kalkulus garu kepala apabila membuktikan 1 sebenarnya bersamaan dengan 2.",
"‘Bukti’ cikgu tersebut adalah seperti berikut:",
"Apakah kehidupan??",
"Sebenarnya ini adalah falasi matematik yang klasik. Terdapat satu langkah di atas yang sebenarnya salah dan menjadi punca jawapan yang aneh itu. (klu, ia melibatkan satu nombor yang selalu menjadikan pengiraan matematik menjadi merepek).",
"Ya, silapnya adalah apabila melibatkan nombor sifar.",
"Pada langkah kelima, untuk ‘membuang’ kuantiti daripada kedua – dua belah dalam persamaan, kita perlu membahagi kedua – dua belah dengan kuantiti tersebut.",
"Bahagi kedua – dua belah dengan (a-b): a + b = b",
"Tapi, pembahagian hanya masuk akal apabila dibuat pada nombor yang bukan kosong. a – b = 0, kerana telah diandaikan dalam langkah pertama bahawa a = b!",
"Maka apabila dibahagi dengan sifar, ia tak masuk akal!",
"Kerana ‘bukti’ 1 = 2 ini adalah lebih kurang kita mengatakan ‘1 darab 0 sama dengan 2 darab 0. Maka 1 bersamaan 2″.",
"Falasinya adalah hanya kerana dua nombor apabila didarab dengan sifar bersamaan sifar, tidak bermakna nombor tersebut sama, kerana apa saja didarab sifar bersamaan sifar!",
"Untuk lebih info tentang masalah nombor sifar ini:"
] |
https://ajar.com.my/2019/09/24/dr-ini-tegur-video-tular-perbezaan-ron-95-dan-ron-97/ | Dr Ini Tegur Video Tular Perbezaan Ron 95 dan Ron 97 | [
"Sebuah video baru – baru ini tular apabila penyampai menerangkan tentang Ron 95 vs Ron 97. Tontonan video tersebut melebihi 1 juta di Facebook sahaja.",
"Bagaimanapun, topik tersebut telah mencetuskan reaksi yang pelbagai daripada wargamaya kerana ramai yang mengkritik fakta – fakta yang disampaikan.",
"Pelbagai pihak telah tampil mengemukakan maklumat yang benar mengenai topik tersebut, termasuklah Dr Aid Fawzal, penemu Fawzal Number yang menghasilkan sendiri video untuk membetulkan dan menegur konsep RON pada minyak petrol.",
"Dalam video tersebut, Dr Aid Fawzal mengemukakan sisi akademik mengenai:",
"Antara beberapa isi penting yang beliau sampaikan adalah:",
"Menyebut tentang tujuan penghasilan video tersebut, beliau mengatakan bahawa ia hanyalah satu usaha untuk memperbetul fahaman masyarakat selain menjadi kritikan pembina kepada penyampai.",
" Anda (penyampai & producer) bagus dalam keyakinan/confidence tapi anda perlu berhati-hati dan semak fakta sebelum menyampaikan sesuatu; tabayyanu. "
] |
https://ajar.com.my/2019/09/24/komputer-tamat-tahun-2038/ | Komputer Tamat Tahun 2038? | [
"Hah? Biar betul?",
"Tajuk artikel\nkali ni macam acah-acah gempak, tapi ada kebenarannya. Sebelum kita pergi\nkepada sebab kenapa penulis cakap macam tu, jom kita faham dulu serba sedikit\nmengenai komputer.",
"Komputer merupakan mesin yang amat ajaib. Kita boleh buat kira-kira, boleh tonton video Youtube, dengar lagu, macam-macam kita boleh buat dengan komputer. Tapi, disebalik semua tu, komputer sebenarnya menggunakan sistem yang agak mudah. Sistem yang penulis maksudkan adalah sistem nombor Binari.",
"Kalau anda tak\npernah dengar atau tak pernah belajar pasal sistem nombor Binari ni, takpe.\nSistem ini, secara ringkasnya, merupakan satu sistem di mana komputer\nmenggunakan dua keadaan sahaja untuk berfungsi, iaitu 0 dan 1. Dalam erti kata\nlain, keadaan arus elektrik tidak mengalir (OFF atau 0) dan keadaan arus\nelektrik mengalir (ON atau 1).",
"Dari keadaan 0 dan 1 ni pula, pengekod mula mencipta kaedah untuk membolehkan huruf dan simbol dicipta dengan menggunakan rantaian nombor 0 dan 1 ini. Antara sistem yang digunapakai secara meluas adalah kod ASCII (rujuk gambar) dan untuk karakter-karakter ganjil (karakter China), ada kod UNICODE yang digunapakai.",
"Jadi, kenapa\nkita mulakan artikel ini dengan konsep nombor Binari?",
"Kerana, untuk\nsesetengah komputer, had minimum nombor Binari yang boleh diproses adalah\nsebanyak 32-bit, maksudnya ia cuma mampu proses sebanyak 32 rantaian nombor 0\ndan 1 sahaja.",
"Untuk kebanyakan komputer juga, “jam” dalam komputer mereka mula berfungsi pada tarikh 1 Januari 1970. Maka, menurut pengiraan ahli komputer, 231 – 1 atau 2,147,483,647 saat kemudian, iaitu bersamaan dengan pukul 3:14:07 pagi pada tarikh 19 Januari 2038, komputer dengan kapasiti 32 bit akan kehabisan nombor untuk diproses (sebab nombor Binari dia dah jadi 11111111 11111111 11111111 11111111).",
"Hah? Habistu?\nKita patut gelabah ke?",
"Sabar dulu saudara. Komputer yang dijangka akan terjejas dengan situasi ini sebenarnya komputer-komputer versi lama, komputer 32 bit dan kebawah. Kebanyakan perisian-perisian baharu dah tak guna dah versi 32 bit ni.",
"Masalah ni pertama kali dikesan pada perisian AOLSerever. Perisian ni, kalau diikutkan, sepatutnya boleh tampung database yang besar untuk jangka masa yang lama, ala-ala tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. ",
"Tapi tiba-tiba dia dapati, setelah melepasi 32 bit data (macam situasi di atas), sistem AOLServer ni jadi bingung, dan dia mula kira masa secara terbalik (aik?). Maka apa yang terjadi selepas itu adalah perisian tersebut crash, dan sewaktu troubleshooting baru mereka perasan dengan masalah 32 bit ni.",
"Perkara yang sama juga dilaporkan terjadi kepada video PSY Gangnam Style, apabila counter channel Youtube sudah melepasi 32-bit, melepasi 2,147,483,647 tontonan. Yes. PSY literally break Youtube.",
"Kalau anda\nmembesar pada era lewat 90-an, anda pasti pernah mendengar perihal Y2k. Y2k\nmerujuk kepada peristiwa di mana pada tahun 2000, mesin elektronik kita tidak\nmampu untuk mengurus masa (sebab kebanyakan peralatan elektronik pada tahun\n90-an mempunyai tarikh sehingga 1999).",
"Maka, banyak\nramalan yang dibuat.",
"Ada yang kata\nkomputer-komputer yang digunakan di bank tidak akan berfungsi, dan sekaligus\nhal ini akan meruntuhkan pasaran-pasaran saham dunia. Ekonomi akan jatuh, dan\nsistem pertahanan kebanyakan negara juga akan turut terjejas.",
"“It’s a\ndisaster! It’s the end of the world!”",
"Tapi, setelah\nsampai ke tahun 2000,kita dapat lihat bahawa tidak ada banyak perkara yang\nterjejas. Adalah beberapa komputer yang terjejas, tapi kebanyakan bank dan\nsyarikat sebenarnya telah ambil maklum akan perkara tersebut, dan menaiktaraf\nperisian-perisian mereka.",
"Hal yang sama juga sebenarnya akan terjadi pada tahun 2038. Mungkin tajuk artikel ini agak memperdaya, kerana, belajar dari pengalaman Y2k yang lalu, sebenarnya Y2k38 (versi baru Y2k) hanyalah akan melibatkan sebahagian kecil rangkaian komputer lama, secara spesifiknya, komputer 32-bit dan ke bawah."
] |
https://ajar.com.my/2019/09/26/38-kursus-digugurkan-di-universiti-awam-apa-masa-depan-universiti/ | 38 Kursus Digugurkan Di Universiti Awam! Apa Masa Depan Universiti? | [
"Kementerian Pendidikan memaklumkan, bahawa sebanyak 38 program akademik di 19 universiti awam (UA) seluruh negara digugurkan dan tidak lagi akan diajarkan.",
"Kenapa begitu?",
"Punca utama yang dilaporkan adalah kerana kursus – kursus tersebut dilihat tidak lagi relevan untuk masa depan. Graduan yang mengambil program akademik tersebut tidak peroleh peluang pekerjaan yang baik, seperti mana kehendak industri.",
"Berikut adalah senarai kursus yang digugurkan:",
"Universiti Malaya (UM)",
"Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)",
"Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)",
"Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)",
"Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)",
"Universiti Teknologi Malaysia (UTM)",
"Universiti Teknologi MARA (UiTM)",
"Universiti Putra Malaysia (UPM)",
"Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)",
"Universiti Malaysia Terengganu (UMT)",
"Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)",
"Universiti Malaysia Sabah (UMS)",
"Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)",
"Universiti Malaysia Pahang (UMP)",
"Universiti Malaysia Kelantan (UMK)",
"Universiti Utara Malaysia (UUM)",
"Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)",
"Universiti Sains Malaysia (USM)",
"Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)",
"Menariknya, kebanyakan program yang digugurkan itu adalah berkaitan pengajian sains dan kejuruteraan yang kebiasaannya menjadi pilihan ‘pelajar cemerlang’.",
"Antara kebimbangan utama yang menatijahkan keputusan tersebut adalah dikhuatiri ia tidak selari dengan revolusi Industri 4.0.",
"Revolusi industri 4.0 atau secara mudahnya lebih dikenali sebagai IR. 4.0 itu dicirikan oleh pelbagai teknologi terkini dan futuristik seperti teknologi automasi, machine learning dan big data, kepintaran buatan atau AI, teknologi robotik serta Internet of Things (IoT). ",
"Revolusi ini lebih menuntut graduan dan masyarakat untuk cepat beradaptasi dengan teknologi, atau kita akan kalah sepenuhnya dengan robot dan AI.",
"Lebih membimbangkan, ketika desakan penguasaan teknologi semakin kritikal, bidang STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik) pula semakin merosot di Malaysia. ",
"Pelajar – pelajar semakin ramai yang meninggalkan STEM kerana dianggap terlalu sukar. Kini, ditambah dengan prospek kerjaya yang semakin tidak menentu walau graduan STEM, nampaknya kita perlu lakukan sesuatu yang drastik sebelum lanskap pendidikan kita rosak yang tidak dapat dibaiki lagi.",
"Sokong pendidikan luar buku teks: https://www.billplz.com/ajar ",
"Bantu anak miskin bandar cintakan sains: https://www.billplz.com/FantaSainsPPR"
] |
https://ajar.com.my/2019/09/30/fenomena-sotong-berubah-warna-bila-ia-bermimpi-ini-pertama-kali-dirakam-memang-buat-kita-ternganga/ | Fenomena Sotong Berubah Warna Bila Ia Bermimpi Ini Pertama Kali Dirakam. Memang Buat Kita Ternganga! | [
"Apa yang sotong tak boleh buat? Hidupan bijak ini mampu lepaskan diri dari akuarium ala David Blaine, main sorok – sorok, selesaikan teka – teki, malah boleh jadikan sesungut mereka sebagai alat bertukang.",
"Hidupan laut ini miliki ciri – ciri yang begitu istimewa sehingga ada yang keluarkan spekulasi bahawa cephalopod ini datang daripada angkasa lepas.",
"Sekarang, nampaknya ada satu lagi perkara menarik yang kita tahu dimiliki oleh sotong, mereka bermimpi.",
"David Scheel, seorang profesor biologi marin di Universiti Alaska Pasifik membela seekor sotong bernama Heidi dalam tangki air ruang tamunya. Suatu hari, beliau perasan satu fenomena yang dramatik. Berkemungkinan sotong kesayangannnya sedang bermimpi.",
"Dalam video tersebut, Heidi nampak seperti sedang tidur dengan kaki sesungutnya dilipat rapi. Secara beransur – ansur, warna tubuhnya berubah – ubah.",
"Menariknya, menerusi pertukaran warna Heidi, kita seakan boleh meneka mimpi apa yang sedang bermain dalam mindanya.",
"Sekarang ia nampak ketam, dan warnanya berubah sikit.",
"Kemudian warnanya berubah menjadi hitam! Sotong lakukan itu apabila mereka tinggalkan lantai laut.",
"Kini warnanya berubah mula menjadi seperti penyamaran. Mungkin Heidi sudah pun berjaya menangkap ketam tersebut dan mahu menjamah tanpa gangguan.",
"Bagaimanapun Prof Scheel mengatakan bahawa beliau bukan ahli biologi mimpi haiwan dan tiada tiada kajian penilaian rakan sejawat tentang fenomena ini. Maka apa yang dianggap sebagai mimpi hanyalah perbandingan perkara yang kita biasa alami sebagai manusia."
] |
https://ajar.com.my/2019/09/30/ajar-fizik-kuantum-tingkatan-lima-silibus-baru-terlampau-susah/ | Ajar Fizik Kuantum Tingkatan Lima. Silibus Baru Terlampau Susah? | [
"Perbincangan tercetus di media sosial apabila foto silibus fizik untuk tingkatan lima tersebar.",
"Menurut silibus tersebut, salah satu topik yang akan diajar adalah fizik kuantum untuk tingkatan 5.",
"Silibus tersebut dikatakan sebagai ‘terlalu advance’ dan ‘bercita – cita setinggi langit terutama bagi tahap penguasaan 6 yang menilai sama ada pelajar boleh mereka cipta menggunakan pengetahuan fizik kuantum, yang dianggap setaraf pemenang anugerah nobel fizik.",
"Malah bukan saja pelajar, guru – guru juga dikhuatiri tidak dapat menguasai topik tersebut untuk dibentang kepada pelajar – pelajar.",
"Sudah pasti, kerana fitrah kuantum juga keseluruhannya adalah sukar difahami, seperti yang diperakui oleh ‘master’ dalam bidang fizik sendiri seperti Roger Penrose dan Richard Feynmann.",
"Ramai yang mengatakan bahawa asas matematik dan penguasaan sains pelajar secara umum masih belum baik untuk diperkenalkan dengan topik kuantum. ",
"Sebahagian mengkritik metod “bloom taxonomy” yang dianggap telah lapuk dan tidak semestinya sesuai digunakan.",
"Bagaimanapun, terdapat yang mengemukakan rasional di sebalik pengenalan topik tersebut untuk diubah-selaraskan agar sukatan pelajaran fizik tahap pra-universit berkesinambungan dengan tahap sukatan fizik menengah atas. ",
"Menurut Dr Wan Mohd Aimran, berikut adalah senarai hasil pembelajaran untuk bahagian fizik kuantum sepertimana yang termaktub dalam DSKP: ",
"Beliau juga mengetengahkan pandangan bahawa tidak wajar mengatakan tajuk fizik kuantum sebagai ‘terlalu tinggi’ atau ‘rendah’.",
"Melatari kebimbangan kesusahan topik silibus fizik yang terbaru ini adalah ‘krisis’ pelajar yang semakin meninggalkan subjek STEM.",
"Adakah rombakan subjek yang diajarkan di sekolah menengah membuatkan pelajar meminati STEM?"
] |
https://ajar.com.my/2019/10/02/misteri-planet-9-lohong-hitam-yang-wujud-berhampiran-dengan-bumi/ | Misteri Planet 9, Lohong hitam yang wujud berhampiran dengan Bumi? | [
"Pada tahun 2016, ahli astronomi menghipotesiskan bahawa wujud planet ke-9 di dalam sistem suria. Planet ini berkemungkinan seberat 5 hingga 10 kali ganda bumi. ",
"Kini, ahli astronomi mengesyaki bahawa kemungkinan Planet 9 ini bukanlah sebuah planet, tetapi ia merupakan objek yang lebih misteri. Selepas meneliti maklumat terbaru daripada cerapan, planet 9 ini berkemungkinan ialah sebuah lohong hitam.",
"Bukti kewujudan planet 9 ini berpunca daripada\ncerapan pada objek-objek trans-Neptune iaitu objek-objek yang mengelilingi\nMatahari dengan orbit yang lebih besar daripada planet Neptune. Ahli-ahli\nastronomi mendapati bahawa objek-objek trans-Neptune ini mempunyai orbit yang\npelik. Orbit bagi objek-objek ini kelihatan seolah-olah diganggu oleh tarikan\ngraviti daripada sebuah planet baharu yang dikenali sebagai Planet 9.",
"Jadi, mengapa ahli astronomi mengesyaki bahawa\nPlanet 9 ini ialah sebuah lohong hitam? ",
"Ia bermula daripada sebuah kajian yang mencerap pembengkokan cahaya oleh tarikan graviti daripada objek-objek berat. Apabila cahaya melalui sesebuah objek yang berat, cahaya tersebut akan dibengkokkan mengelilingi objek tersebut. Fenomena ini dipanggil kanta bergraviti. Objek tersebut akan bertindak seperti sebuah kanta pembesar. ",
"Antara kajian yang mencerap fenomena kanta bergraviti ini ialah Optical Gravitational Lensing Experiment (OGLE). Objek yang menyebabkan kanta graviti ini berkemungkinan ialah galaksi-galaksi, bintang-bintang kerdil dan planet-planet yang tidak kelihatan. Namun hasil daripada cerapan OGLE boleh difahami bahawa objek yang kelihatan tersebut bukanlah sebuah planet, tetapi ialah sebuah lohong hitam julung.",
"Lohong hitam ialah sebuah objek yang mempunyai graviti yang sangat tinggi sehingga cahaya pun tidak dapat keluar darinya. Lohong hitam dipercayai wujud sebagai mayat bagi sebuah bintang yang sangat berat (melebihi 20 kali ganda jisim Matahari). Namun, ahli kosmologi menteorikan bahawa selepas berlakunya letupan besar, terdapat kemungkinan untuk lohong hitam terbentuk disebabkan kepadatan alam semesta pada ketika itu. Lohong hitam yang wujud selepas letupan besar ini dikenali sebagai lohong hitam julung. ",
"Berbalik semula kepada persoalan mengenai Planet 9, ahli astronomi tidak menolak kemungkinan bahawa Planet 9 ini sebenarnya merupakan sebuah lohong hitam julung. Dengan anggaran jisim sekitar 5 hingga 15 kali ganda jisim Bumi, lohong hitam julung ini sangat sukar dikesan kerana suhunya yang mencapai 0.0004 K. Oleh itu, ahli astronomi mengesyorkan untuk meneliti isyarat daripada spektrum sinar gama dan sinar-X yang dilepaskan oleh lohong hitam tersebut. ",
"Antara yang menarik berkenaan lohong hitam ini\nialah saiznya. Walaupun jisimnya yang berkali-kali ganda jisim Bumi, ia\nmempunyai saiz yang tersangat kecil iaitu sekitar 5 cm hingga 20 cm. Lohong\nhitam ini sama saiznya dengan telefon yang anda pegang sekarang. "
] |
https://ajar.com.my/2019/10/03/pensyarah-bongkar-sisi-gelap-ahli-akademik-malaysia/ | Pensyarah Bongkar Sisi Gelap Ahli Akademik Malaysia? | [
"Sebuah penulisan telah dimuat naik yang membongkar amalan – amalan ‘gelap’ ahli akademik di Malaysia.",
"Artikel yang dihantar ke laman web iium confession itu dinyatakan telah ditulis oleh seorang pensyarah senior di sebuah Universiti Teknologi di negeri terbesar Semenanjung.",
"Baa (bukan nama sebenar) mendedahkan amalan – amalan tidak beretika yang beliau lihat diamalkan oleh universiti – universiti tempatan.",
"Berikut adalah transkrip terjemahan artikel tersebut:",
"Assalamualaikum dan hi kepada semua.",
"Nama saya Baa (bukan nama sebenar), seorang pensyarah senior di sebuah universiti teknologi di negeri terbesar Semenanjung Malaysia. Hari ini, saya ingin mengongsikan beberapa sisi gelap bekerja di Universiti daripada pemerhatian saya.",
"Seperti yang dibincangkan di berita – berita tempatan terkini, pensyarah dikehendaki menerbitkan tulisan, atau habislah masa depannya. Maka beberapa ahli akademik mengambil keputusan untuk menyediakan penulisan tamu sesama mereka. Penulisan tamu dianggap tidak beretika dalam etika penerbitan. Malah, jika tidak dikawal, penulisan tamu akan menghasilkan bilangan penulis yang banyak untuk sebuah kertas kajian tanpa keperluan.",
"Contohnya, sementara ahli akademik di negara Barat biasanya menerbitkan dengan dua atau tiga penulis, penerbitan yang sama oleh ahli akademik Malaysia dalam bidang yang sama mencapai 8 ke 10 penulis.",
"Walaupun sesetengah mungkin melihat isu ini sebagai isu kecil, tetapi situasi ini menggambarkan bahawa ahli akademik Malaysia sebagai tidak kompeten – sehingga memerlukan bilangan individu yang ramai untuk satu projek kajian yang ringkas, atau ahli akademik Malaysia mengamalkan amalan yang tidak beretika yang boleh mencemarkan nama baik negara.",
"Maka, Kementerian perlu menghentikan isu ini sebelum Malaysia dikenal oleh komuniti antarabangsa sebagai pengkaji yang tidak beretika. Juga, tidak adil bagi pelajar jika penyelia mereka menambah nama – nama individu tidak dikenali ke dalam kertas kajian mereka. ",
"Untuk memastikan ahli akademik Malaysia menulis secara beretika berdasarkan piawai antarabangsa, mungkin Kementerian atau pengurusan atasan boleh mengenal pasti langkah – langkah untuk mengelakkan situasi berikut:",
"Pensyarah juga dikehendaki menyediakan konsultansi kepada industri. Maka, untuk mencapai sasaran itu, sesetengah ahli akademik memalsukan kepakaran dan kelayakan mereka. ",
"Contohnya, NIBR memalsukan dalam CV nya bahawa dia miliki kedoktoran (walaupun sebenarnya tiada) dan miliki kepakaran dalam teknologi pembinaan apabila menghantar CVnya untuk membida projek, walaupun sebenarnya kepakarannya adalah dalam bidang kejuruteraan lain seperti kejuruteraan angin.",
"Juga, memalsukan CV adalah sebahagian daripada penipuan tender yang utama. Contoh lain pemalsuan tender seperti memberi gambaran salah, manipulasi, penetapan harga, dan inflasi harga.",
"Salah laku seperti ini perlu didedahkan di Universiti. Jika tidak, pelajar mungkin akan pelajari perilaku buruk ini daripada pensyarah – pensyarah yang mengamalkannya. ",
"Sesetengah ahli akademik juga memanipulasi individu lain berdasarkan senioriti atau kedudukan mereka.",
"Contohnya, K diminta untuk memberikan penulisan tamu kepada MIBR. Memandangkan K membantah, maka MIBR buat keputusan untuk tidak membenarkan K masuk ke dalam fakulti kejuruteraan, lantas K terpaksa terus berada dalam kejuruteraan teknologi.",
"Jika K tidak dipilih kerana kelayakan, itu mungkin adil. Tetapi MIBR memilih individu lain kerana mereka boleh memberikan kepentingan langsung kepada dirinya dan bukan kepada fakulti atau universiti (kronisme – memilih rakan dan kenalan tanpa mengambil kira kelayakan mereka).",
"Situasi ini menyebabkan K kehilangan pelajar pasca sarjana lantas kehilangan kelebihan kompetitif apabila meminta geran. Maka, untuk mengelakkan situasi ini, ahli akademik terpaksa merasuah MIBR untuk mengelakkan implikasi tersebut.",
"Contoh lain, G diminta untuk memberikan peratusan tertentu daripada projek konsultansi G. Memandangkan G menolak, MIBR ambil keputusan untuk tidak mengesyorkan G naik pangkat walaupun G memenuhi semua syarat. Jadi, ahli akademik lain ambil keputusan untuk memasukkan MIBR dalam projek konsultansi mereka untuk memastikan dia tidak menghalang mereka naik pangkat. ",
"Rasuah boleh didefinisikan sebagai pemindahan tawaran sebagai ganti layanan bermanfaat yang spesifik. Maksudnya, MIBR mahu orang lain merasuah dirinya, dan Kementerian atau pengurusan atasan perlu menyelesaikan isu ini untuk membebaskan pengajian tinggi daripada minda – minda korup. Kita tidak mahu individu – individu seperti ini mengajar pelajar bagaimana mengelat untuk peroleh manfaat peribadi.",
"Ahli akademik mestilah merupakan individu – individu yang beretika. Bagaimana seorang guru ingin mengajar murid untuk beretika jika mereka sendiri gagal? Kita tidak mahu generasi akan datang menjadi tidak beretika untuk kepentingan sendiri. Di samping pihak pengurusan menilai orang bawahan, kita mahu Kementerian dan pengurusan atasan yang mencari jalan mendapatkan input dan komen orang bawahan terhadap orang atasan.",
"Dengan kata lain, perlu terdapat semak dan imbang terhadap mereka yang miliki pengaruh yang lebih tinggi ke atas proses menentukan keputusan universiti. Juga, tindakan mestilah diambil ke atas individu – individu ini kerana kelakuan mereka boleh merosakkan reputasi kajian Malaysia, menghalang potensi individu, dan ‘menghalau’ bakat tempatan ke luar negara. "
] |
https://ajar.com.my/2019/10/04/eh-tak-fizik-kuantum-bukanlah-susah-sangat/ | Eh Tak, Fizik Kuantum Bukanlah Susah Sangat. | [
"Menurut Scott Aaronson, seorang professor di Universiti Texas yang merupakan seorang pakar Informasi Kuantum, Fizik Kuantum boleh diajar dalam dua bentuk. ",
"Menurut Scott lagi, sekiranya seseorang itu berminat untuk mengaplikasikan Fizik Kuantum dalam situasi kehidupan sebenar (real life application), maka pendekatan kedua adalah pendekatan yang lebih berkesan dan berguna. Pendekatan kedua jugalah yang telah mengembang banyak cabang-cabang ilmu dalam bidang Fizik, seperti bidang Fotonik, bidang Jirim Termeluwap (Condensed Matter Physics) serta penghasilan komputer versi baharu – Komputer Kuantum.",
"Meskipun Fizik Kuantum mempunyai pelbagai aplikasi yang praktikal dalam dunia sebenar, namun perlu diingatkan sekali lagi bahawa, sepertimana yang telah diterangkan dalam video Ajar, Fizik Kuantum pada asalnya dicipta berdasarkan kepada matematik yang agak ad hoc. ",
"Kali pertama Fizik Kuantum dicipta oleh Max Planck, Max Planck sendiri menggelarkan keperluan untuk membuat matematik sedemikian rupa – dengan mengkuantakan tenaga – sebagai satu keadaan yang amat terdesak. Hasil dari keterdesakan tersebut kemudiannya menghasilkan beberapa siri keterdesakan yang lain – Einstein menggunakan idea yang sama untuk menerangkan kesan fotoelektrik, de Broglie menggunakan idea Einstein dan mengusulkan bahawa partikel boleh bersifat seperti gelombang, sehinggalah kepada akhirnya, persamaan gelombang yang dihasilkan oleh Erwin Schroedinger dan Weiner Heisenberg secara berasingan. ",
"Rantaian-rantaian peristiwa ini adalah apa yang Scott katakan sebagai kaedah pertama, bagaimana “cara tradisional” Fizik Kuantum didedahkan kepada para pelajar jurusan Fizik di universiti.",
"Untuk faham sama\nada Fizik Kuantum ini susah atau tidak, mari kita lihat dulu beberapa petikan\nkata-kata dari saintis yang membantu mencipta Fizik Kuantum itu sendiri.",
"“I think I can safely say that nobody understands quantum mechanics.” ",
"“If quantum mechanics hasn’t profoundly shocked you, you haven’t understood it yet.” ",
"Fizik Kuantum ada satu populariti yang tersendiri. Dia susah, takde orang boleh faham fizik kuatum, benda-benda ni dah ditanam dalam minda masyarakat sejak dahulu lagi. Ditambah dengan petikan kata-kata di atas, lagilah orang takut dengan Fizik Kuantum. ",
"Mungkin sebab itulah apabila Majalah Sains menanyakan pandangan masyarakat awam berkenaan Fizik Kuantum dijadikan salah satu silibus SPM, kebanyakan ahli masyarakat kita menolak. ",
"Bagi mereka, tak perlu dibebankan anak-anak ini dengan benda-benda susah. Saintis pun tak faham teori ni kan? Namun bagi penulis, petikan kata-kata tersebut bukanlah sepertimana yang difahami oleh masyarakat – ia tidak boleh diambil berdasarkan face value kata-kata itu sendiri. Salah satu petikan kata-kata yang lebih tepat, pada pandangan penulis, adalah petikan kata-kata Paul Dirac:",
"“It seems clear that the present quantum mechanics is not in its final form. Some further changes will be needed, just about as drastic as the changes made in passing from Bohr’s orbit theory to quantum mechanics. Someday, a new quantum mechanics, a relativistic one, will be discovered, in which we will not have these infinities occurring at all. It might very well be that the new quantum mechanics will have determinism in the way that Einstein wanted.”",
"Persoalan sama ada orang faham atau tidak Fizik Kuantum adalah satu persoalan yang lama. Perkara ini bahkan telahpun menjadi satu topik debat hangat abad ke 20, iaitu debat antara Einstein dengan Neils Bohr. Tanpa pergi kepada isi debat tersebut, penulis boleh simpulkan satu perkara utama berkenaan salahfaham terhadap Fizik Kuantum – kita bukanlah tak faham Fizik Kuantum seperti yang digembar-gemburkan. Sebaliknya, disebabkan asas kepada Fizik Kuantum itu sendiri adalah matematik, maka kita sebenarnya telahpun faham matematik-matematik yang digunapakai dalam Fizik Kuantum. Masalah utama dalam Fizik Kuantum sekerang sebenarnya adalah – bagaimana untuk menterjemahkan matematik tersebut kepada bentuk yang fizikal.",
"Selama berates\ntahun Sir Isaac Newton menulis Principia, yang mana dia mencipta Kalkulus serta\nmenerangkan bagaimana pergerakan Bulan boleh terhasil, saintis telahpun\nterbiasa dengan idea bahawa setiap aspek fizikal dalam dunia ini mampu\nditerangkan dalam bentuk matematik. Bahkan idea inilah yang menjadi motivasi\nutama kepada saintis untuk mencari\nTheory of Everything atau Grand Unified Theory. ",
"Jadi asalnya,\ndari fizikal, kita terjemahkan menjadi matematik. Namun sekarang, setelah\nterciptanya Fizik Kuantum dari matematik, kita pula yang perlu memberi makna\nkepada matematik-matematik yang telah kita cipta. Jadi terjadilah\npecahan-pecahan tafsiran dalam Fizik Kuantum, school of thoughts yang berbeza, namun ia membawa kepada formulasi\nmatematik yang sama.",
"Soal sama ada silibus Fizik Kuantum ini akan menjadi beban atau tidak kepada pelajar sains pula sebenarnya, menurut penulis, adalah satu perkara yang relatif. Gambar di bawah merupakan gambar buku Quantum Physics for babies, yang mana isi kandungannya adalah bertepatan dan bersesuaian dengan taraf bayi. ",
"Bayangkan, kalau dengan bayi atau anak-anak kecil pun kita boleh terangkan konsep dan fenomena yang berkaitan dengan Fizik Kuantum (tanpa pergi kepada isi, isu serta masalah sebenar Fizik Kuantum), maka penulis percaya pengenalan kepada subjek Fizik Kuantum pada tahap SPM juga sebenarnya adalah relevan, lebih-lebih dengan budaya ilmu yang semakin berkembang pesat pada zaman sekarang.",
"Fokus utama kita\nsebenarnya bukanlah pada perlu atau tidak subjek itu diajar (sebab Fizik\nKuantum memang perlu diajar kepada masyarakat untuk mengelakkan salahfaham\npenggunaan ayat dan konsep Quantum), namun fokus KPM sebenarnya perlu lebih\nditekankan kepada tahap mana yang ingin diajar dalam silibus tersebut, serta\nadakah tenaga pengajar bersedia untuk mengajar tajuk-tajuk tersebut?",
"Satu lagi saranan yang baik adalah saranan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Perlis, Dr. Nazri Halif yang mengatakan bahawa fizik moden adalah lebih tepat diajar jika dibandingkan dengan fizik kuantum. Fizik moden merujuk kepada cabang fizik yang berlawanan dengan fizik klasikal, dan merupakan pintu utama kepada fizik kuantum dan teori relativiti Einstein.",
"Untuk adik-adik\nyang bakal belajar Fizik Kuantum, jangan takut, dia tak susah pun, bahkan dia\nsebenarnya menarik.",
"Yang ikhlas,\nMuhammad Eilham – pernah belajar Fizik Kuantum sikit-sikit."
] |
https://ajar.com.my/2019/10/04/15-fobia-pelik-yang-kita-tak-sangka-wujud/ | 15 Fobia Pelik yang Kita Tak Sangka Wujud | [
"Rasanya hampir setiap orang alami pengalaman yang mereka takut lain macam dan cuba sedaya upaya untuk jauhi. Ketakutan yang melampau dan kadang kala tidak rasional ini dipanggil fobia.",
"Penulis sendiri alami fobia terhadap ketinggian – yang dipanggil akrofobia. Maka pengalaman paling menakutkan penulis di sekolah adalah apabila kelas ditempatkan di tingkat 3 dan terpaksa melalui tebing yang entah kenapa, rasa begitu rendah sekali. Ketar kaki jugalah setiap hari, tapi tak beritahu orang.",
"Fobia pula dibahagikan kepada beberapa jenis, menurut American Psychiatric Association (APA) iaitu:",
"Bagaimanapun, terdapat beberapa jenis fobia pelik yang kita tak sangka wujud, dan entah bagaimana, terdapat nama yang dikhaskan untuk setiap fobia tersebut (siapa yang cipta semua nama tu?)",
"Berikut adalah 15 fobia – fobia pelik tersebut:",
"Walaupun ini sangat jarang ditemui, terdapat beberapa kes orang yang begitu tidak menyenangi cecair pencecah berwarna merah ini. Terdapat seorang penghidap fobia ini yang mengatakan dia lebih takutkan sos Heinz berbanding kematian.",
"Orang yang mengalami fobia ini tidak boleh menyentuh butang. Tengok pun tak boleh. Mungkin kalau beraya dia membeli baju Melayu jenis zip.",
"Entah kenapa, ada orang dalam dunia ini yang bencikan janggut. Mungkin sebab dia tak dapat tumbuh janggut kot.",
"Tekanan sosial menjadi antara punca utama mengapa kanak – kanak bencikan sekolah. Terdapat antara mereka yang dibuli dan menghadapi tekanan ekstrim sehingga tidak dapat meneruskan persekolahan.",
"Lebih khusus, takutkan pandangan orang lain terhadap dirinya. Hari ini media sosial boleh menyebabkan orang takut dengan pandangan pengguna lain, apatah lagi apabila dihujani dengan pelbagai kata – kata nista.",
"Sesetengah orang mengatakan corak pergerakan rama – rama yang tidak menentu menjadikan mereka tidak senang.",
"Perkataan ini datang daripada ‘no – mobile – phone phobia’ dan ini merupakan phobia yang kian menyerang orang zaman moden. Biasanya penghidap phobia ini tidak mahu berenggang dengan telefon dan rasa susah hati apabila terpaksa meninggalkannya walaupun hanya beberapa jam.",
"Melangkah ke alam Revolusi Industri 4.0, ketakutan terhadap robot semakin meningkat. Adakah mereka akan membantu menyenangkan hidup manusia atau bakal memusnahkan manusia ala filem sci – fi?",
"Individu yang mengalami fobia ini kadang kala dapat menelan cecair dan makanan separa pepejal dalam beberapa percubaan – ini yang membolehkan mereka terus hidup. Bagaimanapun, golongan ini biasanya kurus kering dan kemurungan akibat fobia mereka.",
"Bagi sesetengah orang, mereka begitu takutkan apa saja yang miliki nama saintifik kimia. Yang pasti golongan ini pasti alami masalah dalam kelas kimia sekolah dan kolej.",
"Nombor ini mula dikaitkan dengan nasib malang seawal tahun 1890 apabila Kristian mengaitkan santapan terakhir Jesus, di mana Judas yang mengkhianati Jesus didapati duduk di tempat yang ketiga belas.",
"Fobia ini banyak didapati di negara Asia seperti China, Korea, Jepun dan Taiwan di mana nombor empat dianggap nombor yang bernasib malang. Nombor empat dalam budaya – budaya tersebut miliki bunyi yang sama seperti ‘mati’.",
"Ada sesetengah orang yang takut berasa gembira. Ini bukanlah bermakna mereka sentiasa bersedih, tetapi mereka risau kegembiraan mereka akhirnya sia – sia dan tidak bermakna. Maka mereka menghindari aktiviti – aktiviti yang boleh membawa kegembiraan.",
"Oprah Winfrey mungkin merupakan orang yang terkenal yang miliki fobia ini.",
"Orang yang mengalami melophobia begitu sensitif dengan perubahan nada yang drastik – iaitu sifat utama muzik. Mereka biasanya tidak mendengar muzik atau mendengar dengan jumlah yang begitu sedikit."
] |
https://ajar.com.my/2019/10/07/bantah-nisbah-emas-troll-ahli-matematik-ini-cukup-kelakar/ | Bantah ‘Nisbah Emas’, Troll Ahli Matematik Ini Cukup Kelakar | [
"Nisbah Keemasan (Golden Ratio) dianggap sebagai kuantiti matematik yang mendefinisikan kecantikan. Idea ini datang sejak peradaban Yunani lagi yang menganggap segala kecantikan itu adalah matematik.",
"Nisbah keemasan 1.61803 ini dikatakan dapat ditemui pada alam semula jadi, menjadikannya seolah satu kod kecantikan yang diguna pakai seantero alam. Lengkungan nisbah keemasan ini tampaknya dapat ditemui pada cangkerang, galaksi, puting beliung, bunga, anggota tubuh manusia dan banyak lagi elemen alam.",
"Begitu juga, nisbah keemasan ini telah digunakan dalam pelbagai hasil seni ulung sepanjang sejarah:",
"Namun sebenarnya, tidak semua orang terima idea nisbah keemasan sebagai penentuk kecantikan. Kebanyakan ahli matematik benci sebenarnya bila orang menokok tambah begitu banyak cerita tentang kuantiti matematik ini.",
"Banyak ahli matematik yang mula bersuara membantah penggunaan nisbah keemasan secara melebih – lebih ini apabila pakar kecantikan mereka cipta satu pencontoh (template) piawai kecantikan muka manusia berdasarkan nisbah keemasan phi.",
"Kalau muka anda tepat mengikuti pencontoh di atas, anda cantik. Kalau mata atau mulut anda lari sedikit posisinya, maaf anda tak cantik secara saintifik. (Peduli apa kalau pasangan anda kata anda cantik, yang penting sains!).",
"Maka setelah dirumuskan template kecantikan tersebut, dipastikanlah beberapa manusia yang miliki muka paling cantik di dunia yang ‘dibuktikan dengan sains’ (ya, termasuk Kim Kardashian. Ergh).",
"Ahli – ahli matematik kemudian membantah obsesi ini sebagai ‘pseudo matematik’. Ia mitos yang tidak hilang – hilang.",
"Menurut Dr Keith Devlin, ahli matematik University Stanford, nisbah keemasan ini tidak pernah digunakan oleh penemunya, Euclid, sebagai penentu kecantikan astetik. Idea ini cuma datang pada abad ke 19 oleh ahli psikologi German Gustav Theodor Fechner. Ia menyerupai kepercayaan agama.",
"Tiada bukti nisbah – nisbah tersebut menentukan ‘kecantikan’.",
"Begitu juga, menurut Dr Devlin juga, yang sedang menentang mitos nisbah emas, kita banyak menyukai bentuk – bentuk lain yang tidak menepati nisbah emas, seperti saiz kertas A4 atau skrin komputer.",
"Bagaimanapun, sebagaimana yang kita biasa alami dalam dunia internet, artikel dan hujah biasanya kurang berkesan untuk menyampaikan mesej. Yang lebih disukai golongan milenial dan Gen Z adalah memes dan troll.",
"Maka itulah yang dibuat ahli matematik. Untuk menunjukkan bahawa nisbah golden ratio ini cumalah satu mitos, mereka mengguna pakai lengkungan nisbah emas pada gambar – gambar kelakar yang jika benar lengkungan itu betul, maka sepatutnya gambar – gambar parodi itu mestilah ‘cantik secara saintifik’.",
"Berikut adalah beberapa kumpulan gambar – gambar troll nisbah keemasan yang menunjukkan merepeknya mereka yang cuba membuktikan kecantikan secara saintifik:",
"Bagaimanapun artikel ini tidaklah mengatakan bahawa nisbah emas ini tidak benar atau sebaliknya. Cuma ingin mengongsikan memes. Troll yang paling mahal adalah troll akademik."
] |
https://ajar.com.my/2019/10/07/kajian-terbaru-dapati-tengkorak-manusia-patuhi-nisbah-emas-formula-kecantikan-alam-paling-takjub/ | Kajian Terbaru Dapati Tengkorak Manusia Patuhi Nisbah Emas – Formula Kecantikan Alam Paling Takjub. | [
"Nisbah keemasan (Golden ratio) dianggap sebagai nisbah kecantikan alam yang dapat ditemui dalam pelbagai hasil seni agung sepanjang sejarah, dan kajian demi kajian menemui nisbah tersebut dalam begitu banyak elemen alam.",
"Ia dikatakan ditemui pada struktur Parthenon, cangkerang laut, Piramid, biji bunga matahari dan lukisan manusia Da Vinci.",
"Terbaru, kajian mendapati bahawa nisbah keemasan ini wujud pada tengkorak manusia, dan tidak pada tengkorak haiwan lain. ",
"Sebelum itu, apa itu nisbah emas?",
"Nisbah Emas (the Golden Ratio) adalah suatu nilai yang diperoleh apabila satu garisan panjang yang mempunyai dua bahagian, a dan b di mana a adalah lebih panjang berbanding b; dan sekiranya a/b adalah sama dengan (a+b)/a. Nilai tersebut adalah 1.61803… ",
"Nisbah emas ini diwakili oleh simbol phi ? atau ? .",
"Menariknya, nisbah emas ini miliki hubungan istimewa dengan urutan fibonacci:",
" 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, … ",
"Nombor – nombor ini diperoleh dengan menambah 2 nombor sebelumnya ",
"Didapati, semakin besar nisbah antara dua nombor bersebelahan dalam aturan fibonacci, semakin hampir ia dengan nilai nisbah keemasan.",
"Nisbah ini boleh digambarkan dalam bentuk lengkungan di bawah, (yang kita biasa lihat).",
"Atas motivasi untuk mengorek lebih banyak rahsia – rahsia alam dan dorongan untuk mencari ‘kuantiti penyatuan’ untuk fizik, biologi dan fisiologi manusia, sekumpulan saintis melakukan kajian untuk meneliti nisbah keemasan pada tengkorak haiwan.",
"Dalam kertas kajian ‘Mammalian Skull Dimensions and the Golden Ratio’ itu, penyelidik mengkaji 100 tengkorak manusia dan 70 tengkorak daripada 6 spesis mamalia lain termasuk singa, harimau, monyet, anjing dan arnab.",
"Dua nisbah kemudian diukur: lengkung nasioiniac dibahagikan dengan lengkungan parietooccipital, dan parietooccipital dibahagikan dengan lengkungan hadapan.",
"Hasilnya, didapati bahawa pada tengkorak manusia, nisbah kedua – dua menghasilkan jumlah 1.6 iaitu hampir dengan nisbah emas 1.618. Bagaimanapun, spesis lain tidak menghasilkan keputusan demikian. ",
"Kajian ini menguatkan hujah keistimewaan penciptaan struktur dan pembinaan manusia yang direka dengan menuruti formula dan perancangan matematik. "
] |
https://ajar.com.my/2019/10/08/berapa-orang-dalam-majlis-salam/ | Berapa Orang Dalam Majlis Salam? | [
"Ada satu soalan menarik yang dapat perhatian ramai netizen.",
"Soalan itu berbunyi: ",
"Dalam sebuah majlis, setiap orang bersalaman dengan yang lain. Kesemuanya 325 salam tangan.",
"Soalannya, berapa orang yang ada dalam majlis tersebut?",
"Soalan ini sendiri agak menarik sebenarnya. Sebab kebiasaannya hal ini tak pernah difikirkan oleh mana – mana manusia dalam majlis bersalaman. Biasanya kuantiti yang diketahui adalah berapa bilangan orang, bukan berapa bilangan salam tangan. Buat apa nak tahu bilangan salam tangan pun?",
"Tapi tak apa lah, itu lah soalan matematik.",
"Jadi untuk menjawab soalan ini, kita bentangkan dahulu logik ringkas sebagai asas. Kita fikirkan dahulu situasi ringkas melibatkan orang yang sedikit, kemudian kita fahami bagaimana bilangan salam tangan ini berlaku.",
"….. Buat lawak ya? ",
"Ok, bahagian ini menarik dan menjadi ‘kunci konsep’ bagi soalan ini. Jawapannya adalah 0, kerana walau forever alone bagaimanapun anda, anda tak boleh bersalaman dengan diri sendiri. Jadi perlu ingat konsep asas ini.",
"Setiap seorang berjabat sekali. Jadi 1",
"3 kali.",
"6 bilangan salam tangan.",
"Sekarang kita perasan satu corak, bahawa bilangan salam tangan adalah bersamaan dengan 1 + 2 + 3 + … + bilangan orang tolak 1. ",
"Atau cara lain untuk faham, adalah kita bayangkan ada 10 orang dalam masjid baru habis solat. Mereka berselawat lepas tu buat barisan. Orang pertama salam 9 orang, orang kedua salam 8 orang, orang ketiga salam 7 … Jadi bilangan salam adalah 9 + 8 + 7 + 6 + 5 + 4 + 3 + 2 + 1. ",
"Jadi sekarang kita dah fahami sedikit konsepnya, sekarang kita ada bilangan salam (325), macam mana nak cari bilangan orang??",
"Ada beberapa cara:",
"Cara ini adalah dengan kita tambah di kalkulator banyak kali sampai dapat jawapan 325. Rasanya majoriti netizen yang dapat jawapan buat cara ini (yang tak cilok jawapan di komen).",
"Jika perasan, bilangan akhir adalah 25. Tapi ini bukan jawapan yang betul! Sebab anda perlu tambah lagi seorang yang tak dapat bersalam dengan dirinya. ",
"Maka jawapannya 26 lah.",
"Cara ini lebih mudah kerana anda cuma masukkan formula, kemudian drag saja sampai dapat jawapan 325. Jawapan ini lebih jelas bahawa jumlah yang betul adalah 26 tanpa perlu anda ingat dalam kepala untuk tambah seorang lagi. ",
"Tapi untuk kumpulan – kumpulan Gamers Squad, cara yang paling baik adalah dengan menggunakan formula. Kenapa terbaik? Sebab katakan bilangan salam yang diberi adalah 5050. Penat lah jari nak menekan kalkulator satu satu. Formula dapat menyelesaikannya dengan efisien. ",
"Tapi apa formulanya? Kalau anda pelajar SPM mungkin dapat ingat (pelajar SPM pun banyak ingat), tapi jika tidak ingat, sebenarnya anda boleh datangkan sendiri. ",
"Bayangkan anda perlu kira 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 + 10. Susah bukan? Tapi dengan sedikit helah, anda boleh kira cepat. Kalau kita pecahkan siri tersebut kepada dua kumpulan (kumpulan nombor menaik dan kumpulan nombor menurun), dan tambahkan, kita akan dapati jumlah sentiasa 11.",
"1 + 10 = 11",
"2 + 9 = 11",
"3 + 8 = 11",
"4 + 7 = 11",
"5 + 6 = 11",
"Maka jumlah penambahan keseluruhan cumalah 11 x 5 = 55. Dari itu, kita dapat hasilkan rumusnya sebagai:",
"Jadi dengan rumus (n/2)(n+1) tersebut, kita samakan dengan bilangan salam.",
"Kemudian kita kembangkan persamaan:",
"Kita perasan bahawa ini merupakan persamaan kuadratik, maka untuk mencari puncanya, kita gunakan formula kuadratik",
"Maka kita peroleh puncanya sebagai 25 atau -26. – 26 kita tolak kerana mustahil bilangan orang negatif (ke jin??). Maka n = 25.",
"Tapi ingat! n = x -1",
"Jadi x = n + 1 = 25 +1 ",
"x = 26.",
"Jadi itulah jawapannya … 26.",
"Tapi jawapan abang ni masuk akal juga."
] |
https://ajar.com.my/2019/10/09/ada-apa-dengan-anugerah-nobel-fizik-2019/ | Ada Apa Dengan Anugerah Nobel Fizik 2019? | [
"Pada bulan Oktober setiap tahun, para saintis\nakan menunggu pengumuman bagi pemenang anugerah Nobel. Anugerah Nobel dianggap\nsebagai anugerah tertinggi dalam bidang sains seperti Fizik, Kimia, Fisiologi\ndan Perubatan. ",
"Pada 8 Oktober 2019, anugerah Nobel telah dimenangi oleh seorang ahli kosmologi dan dua ahli astronomi. Pemenangnya ialah James Peebles atas sumbangannya dalam bidang kosmologi, Michel Mayor dan Didier Queloz atas sumbangan mereka yang menemukan planet luar suria yang mengorbit sebuah bintang jenis suria. ",
"James Peebles telah banyak menyumbang dalam bidang kosmologi bermula tahun 1960-an sehingga kini. ",
"2019 #NobelPrize laureate James Peebles took on the cosmos, with its billions of galaxies and galaxy clusters. His theoretical framework, developed over two decades, is the foundation of our modern understanding of the universe’s history, from the Big Bang to the present day. pic.twitter.com/fly4alndv9",
"Kosmologi ialah satu bidang yang mengkaji tentang kejadian alam semesta ini, bermula dari awal kelahiran sehinggalah kepada kematian alam semesta. Teori letupan besar, pengembangan alam semesta, jirim gelap dan tenaga gelap kesemuanya dibincangkan oleh ahli kosmologi. ",
"Antara bukti yang menyokong teori letupan besar ialah sinaran kosmik latar belakang gelombang mikro (cosmic microwave background radiation). Sinaran ini terhasil ketika alam semesta berumur sekitar 400 ribu tahun. Oleh itu, dengan mengkaji sinaran ini, kita dapat memahami keadaan alam semesta pada awal kelahirannya. ",
"Sinaran kosmik latar belakang gelombang mikro telah ditemukan secara tidak sengaja oleh dua orang jurutera iaitu Arno Penzias dan Robert Woodrow Wilson pada tahun 1964. Penjelasan bagi penemuan sinaran ini telah dilakukan oleh beberapa ahli kosmologi termasuklah James Peebles pada tahun 1965.",
"Namun James Peebles memainkan peranan yang lebih besar kerana beliau secara bersendirian telah menyediakan teori yang menjelaskan sinaran kosmik itu.",
"Anugerah Nobel kepada James Peebles telah tertangguh selama 54 tahun iaitu dari 1965 sehinggalah 2019. Penangguhan ini merupakan rekod baharu bagi ‘penangguhan anugerah Nobel terpanjang’. Rekod baharu James Peebles ini telah memecahkan rekod lama yang dipegang oleh Subrahmanyan Chandrasekhar yang mengambil masa 53 tahun (1930 – 1983).",
"Peebles bukan sahaja menerangkan berkenaan sinaran kosmik, malah beliau juga telah banyak menyumbang kepada pengetahuan mengenai jirim gelap, tenaga gelap dan struktur alam semesta. ",
"Selain Peebles, anugerah Nobel ini dikongsi dengan dua orang ahli astronomi iaitu Michel Mayor dan Didier Queloz. Mayor dan Queloz berjaya menemukan planet luar suria yang mengorbit sebuah bintang jenis-suria pada tahun 1995. ",
"The discovery by 2019 #NobelPrize laureates Michel Mayor and Didier Queloz started a revolution in astronomy and over 4,000 exoplanets have since been found in the Milky Way. Strange new worlds are still being discovered, with an incredible wealth of sizes, forms and orbits. pic.twitter.com/nqhJcJGJTv",
"Planet luar suria ialah planet yang wujud di luar sistem suria, dan mengorbit bintang yang lain. Penemuan oleh Mayor dan Queloz ini bukanlah penemuan planet luar suria yang pertama kerana Aleksander Wolszczan and Dale Frail telah pun menemukan planet luar suria terlebih dahulu pada tahun 1992. Namun penemuan Wolszczan dan Frail terhad kepada bintang jenis pulsar. ",
"Penemuan oleh Mayor dan Queloz pula menggunakan teknik yang berbeza, yang boleh digunakan bagi bintang yang serupa dengan Matahari. Selepas penemuan ini, pelbagai usaha telah digerakkan untuk mencari lebih banyak planet luar suria. Setakat hari ini, telah lebih 4000 buah planet luar suria ditemui, dan sedang bertambah. "
] |
https://ajar.com.my/2019/10/09/5-kontroversi-anugerah-nobel-yang-tak-ramai-tahu/ | 5 Kontroversi Anugerah Nobel yang Tak Ramai Tahu | [
"Anugerah Nobel mula dikurniakan sejak 1901, sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh pencipta dinamit, Alfred Nobel. Berdasarkan wasiat Alfred Nobel, anugerah Nobel akan diberikan kepada sesiapa yang telah memberikan jasa tertinggi kepada manusia. ",
"Anugerah ini dibahagikan kepada lima bidang iaitu fizik, kimia, fisiologi atau perubatan, sastera dan keamanan. Pada tahun 1968, bidang Sains Ekonomi dimasukkan sebagai bidang keenam anugerah Nobel. Jawatankuasa yang memilih pemenang anugerah Nobel dikenali sebagai jawatankuasa Nobel. Mereka ini dipilih berdasarkan syarat tertentu, bergantung kepada bidang yang dianugerahkan.",
"Anugerah Nobel\ndianggap sebagai anugerah tertinggi dalam kesemua enam bidang di atas.\nMemenangi anugerah Nobel merupakan impian bagi hampir kesemua saintis, ahli\nekonomi dan sasterawan. Pada bulan oktober setiap tahun, para ahli akademik\nakan menunggu pengumuman pemenang anugerah Nobel. Sebahagiannya menunggu\nderingan telefon daripada jawatankuasa Nobel kerana mereka menjangka akan\nmenang pada tahun tersebut.",
"Walaupun anugerah\nNobel dianggap sebagai anugerah tertinggi, ia tetap dibelenggu pelbagai\nmasalah. Di bawah ini, saya sertakan masalah-masalah dalam anugerah Nobel.",
"Sebahagian anugerah Nobel dalam bidang sains merupakan hasil kerja berkumpulan dan bukan hanya 3 saintis sahaja. Contohnya dalam bidang fizik pada tahun 2011, 2013 dan 2017. Anugerah Nobel dalam bidang fizik pada 2011 dianugerahkan kepada Saul Perlmutter, Adam Reiss dan Brian Schmidt. Saul Perlmutter merupakan ketua penyelidik bagi sebuah kumpulan penyelidikan Supernova Cosmology Project, manakala Adam Reiss dan Brian Schmidt mengetuai kumpulan High-z Supernova Search Team . ",
"Kedua-dua kumpulan ini terdiri lebih 40 penyelidik, namun anugerah Nobel hanya diberikan kepada 3 penyelidik sahaja. Anugerah pada tahun 2013 hanya diberikan kepada 2 ahli fizik iaitu Francois Englert dan Peter Higgs walaupun lebih tiga ribu penyelidik terlibat. Begitu juga dengan tahun 2017 yang diberikan kepada 3 ahli fizik, walaupun lebih seribu penyelidik terlibat.",
"Syarat yang diletakkan oleh jawatankuasa Nobel ini telah banyak menimbulkan kontroversi. Banyak calon anugerah Nobel tidak dianugerahkan walaupun pencapaian mereka telah mengubah hala tuju manusia. ",
"Antara nama popular yang tidak dianugerahkan anugerah Nobel ialah Mahatma Gandhi (keamanan). Mahatma Gandhi cukup popular sebagai seorang aktivis kemanusiaan. Beliau berjuang bagi penyatuan masyarakat berlainan agama di India tanpa mempromosi keganasan. Mahatma Gandhi telah dicalonkan bagi anugerah Nobel sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1937, 1938, 1939, 1947 dan akhirnya pada januari 1948, beberapa hari sebelum beliau dibunuh. Namun Mahatma Gandhi terlepas kelima-lima anugerah tersebut. ",
"Jawatankuasa Nobel telah dikritik kerana tegas tidak mahu menganugerahi Mahatma Gandhi selepas kematian beliau.",
"Pencalonan anugerah Nobel dipilih berdasarkan beberapa kriteria. Setelah nama calon-calon telah dikemukakan kepada jawatankuasa Nobel, jawatankuasa Nobel ini akan bermesyuarat bagi memilih pemenang. ",
"Proses pemilihan ini telah banyak dikritik kerana pemilihan akhir dibuat oleh jawatankuasa Nobel dan bukan pencalonan tertinggi. Sebagai contoh, Arnold Sommerfeld telah dicalonkan sebanyak 82 kali sepanjang selama 25 tahun, dan mendapat pencalonan tertinggi pada 1927, namun langsung tidak memenangi anugerah Nobel.",
"Anugerah Nobel dalam bidang sains telah didominasi oleh kaum lelaki. Hal ini menunjukkan bias dalam keputusan jawatankuasa Nobel bagi memilih pemenang. Bagi bidang fizik, setakat tahun 2019 hanya 3 saintis wanita sahaja yang pernah memenangi anugerah Nobel iaitu Marie Curie (1903), Maria Goeppert Mayer (1963) dan Donna Strickland (2018) . Anugerah Nobel juga banyak diberikan kepada negara-negara maju seperti USA, Canada, negara-negara Eropah, Jepun, China dan Rusia.",
"Anugerah Nobel dalam bidang sains akan diberikan berdasarkan tajuk kajian tertentu. Namun, terdapat banyak kes penganugerahan diberikan kepada penyelidik berdasarkan 1 kertas kajian, namun terdapat penyelidik lain yang melakukan penyelidikan yang sama pada kertas kajian lain dan tidak dianugerahkan. ",
"Sebagai contoh, pemenang Nobel bidang fizik bagi tahun 2013 dianugerahkan kepada Peter Higgs dan Francois Englert . Namun, terdapat 4 lagi penyelidik lain yang menerbitkan kertas kajian berkenaan tajuk yang sama iaitu Robert Brout, Gerald Guralnik, Hagen dan Tom Kibble tidak memenangi anugerah Nobel ."
] |
https://ajar.com.my/2019/10/11/pertandingan-namakan-20-bulan-zuhal-dibuka-reaksi-netizen-memang-dah-agak/ | Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak. | [
"Setelah 20 bulan baru ditemui mengorbit Zuhal, pertandingan telah dibuka untuk membantu saintis menamakan objek – objek angkasa tersebut.",
"Hi friends! I'm back with a new handle, because we've got a whopping 20 newly discovered moons of Saturn to name. Please help us! https://t.co/DisqBWBZ0D",
"Dan seperti yang dah dijangka, reaksi netizen sememangnya cukup ‘kelakar’.",
"Dengar saja mengenai pertandingan menamakan sesuatu di internet ini, netizen terus menyambar peluang untuk meneruskan tradisi lagenda ‘Boaty McBoatface’, lantas mencadangkan nama ‘Moony McMoonface‘ untuk diterima kumpulan saintis tersebut.",
"Bagi yang mungkin tidak tahu menahu langsung mengenai lagenda moden terhebat Boaty McBoatface ini, pendeknya ia adalah nama yang mendapat undian tertinggi dalam pertandingan menamakan kapal kajian milik United Kingdom.",
"Namun, dengan mencabuli prinsip demokrasi secara kejamnya, cadangan tersebut ditolak mentah – mentah dan kapal tersebut dinamakan dengan panggil RRS Sir David Attenborough. Buat apa buat pertandingan undian ye tak kalau tak terima pilihan majoriti?",
"Format nama Boaty McBoatface yang menang di hati netizen ini bagaimanapun terus hidup dalam pelbagai undian penamaan alam maya.",
"Namun, sebenarnya terdapat satu lagi trend yang mencabar Moony McMoonface, iaitu menamakan bulan – bulan tersebut dengan nama artis – artis Kpop.",
"who wanna name a moon after namjoon?We gotta trend it Competition ends December#NameSaturnsMoons pic.twitter.com/qlq1DfikVA",
"Hi I would like moon to be named after Namjoon’s solo mixtape called “Mono.” Namjoon, BTS’s leader and rapper, has been using the metaphors of moon in both BTS songs and his solo songs. He even has a song called Moonchild! #NameSaturnsMoons @BTS_twt pic.twitter.com/qC2DlAHRh6",
"Please name one of your moons, Moon Taeil because he shines as bright as the moon. He is extremely talented and has amazing vocals. #NameSaturnsMoons pic.twitter.com/LGoLCzs9If",
"Um.",
"Jadi adakah nama – nama tersebut berkemungkinan diterima? Tidak, kerana format nama yang diusulkan oleh Carnegie Science hanyalah daripada asal usul Inuit, Norse dan Gallic.",
"Tapi, entah. Kalau anda spam banyak – banyak nama tersebut mungkin boleh diterima?"
] |
https://ajar.com.my/2019/10/11/20-bulan-baru-ditemui-zuhal-kini-raja-planet-paling-banyak-bulan-dalam-sistem-suria/ | 20 Bulan Baru Ditemui, Zuhal Kini Raja Planet Paling Banyak Bulan Dalam Sistem Suria | [
"Turun takhtamu, Musytari, Zuhal kini adalah raja planet yang paling banyak bulan.",
"20 bulan baru telah ditemui mengorbit Zuhal, menjadikan jumlah keseluruhan bulan planet tersebut kepada 82, yang mengalahkan jumlah ‘juara’ sebelum ini iaitu Musytari dengan jumlah sebanyak 79.",
"Setiap daripada bulan baru yang ditemui itu berukur lilit sebanyak hampir 5 kilometer. ",
"Menariknya, 17 bulan baru Zuhal itu mengelilingi planet tersebut secara terbalik, bermakna pergerakannya berlawanan dengan putaran planet pada paksinya (retrograde). 3 lagi bulan berputar sama arah dengan putaran Zuhal (prograde).",
"Bulan – bulan ini berkemungkinan merupakan cebisan daripada bulan yang lebih besar yang berkecai lama dahulu, sama ada bertembung sesama sendiri, atau dihentam objek asing seperti asteroid atau komet.",
"Anda juga berpeluang untuk menyertai pertandingan menamakan kesemua 20 bulan tersebut! ",
"Thanks to @CarnegiePlanets' Scott Sheppard discovering 20 new moons of Saturn, it has surpassed Jupiter for the most moons in our Solar System! (And you can help name them!) https://t.co/SBjXdZZ7qI pic.twitter.com/n1Fln9OmWs",
"… Tapi nama tersebut mestilah berdasarkan mitologi Norse, Inuit dan Gallic. Dan ya, nama Moony McMoonface tak diterima. ",
"…. Dan nama Kpop pun tak diterima …",
"#NameSaturnsMoons Namjoon, Joon, Joonie, Jooniper",
"Dengan menggunakan teleskop – teleskop terbesar di dunia, saintis kini sedang melengkapkan senarai bulan – bulan kecil yang mengelilingi planet – planet gergasi.",
"Mengkaji orbit bulan – bulan ini dapat mendedahkan asal usul mereka, termasuklah juga maklumat tentang keadaan di sekeliling Zuhal pada masa mereka terbentuk"
] |
https://ajar.com.my/2019/10/11/ujian-penjawat-awam-tular-apa-xxx/ | Ujian Penjawat Awam Tular. Apa XXX? | [
"Sebuah soalan daripada peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam tular di media sosial.",
"Soalannya berbunyi:",
"PQQPPQQQPPXXXQQPPPPQQQQQ . Apakah XXX",
"Soalan ini tular kerana membingungkan sebahagian netizen:",
"Sekali imbas, soalan tersebut memang agak menyentap akal, kerana kelihatan begitu pelik. Jika ditambah dengan stres menjawab ujian, mungkin termenung lama jawabnya.",
"Bagaimanapun, sebenarnya soalan tersebut mudah saja dijawab dengan mencerakinkan siri tersebut dan memerhatikan corak kekerapan setiap huruf.",
"PQQ",
"PPQQQ",
"PPXXXQQ",
"PPPPQQQQQ",
"Apabila dipersembah sebegini, kita lebih mudah mengesan corak pada setiap siri. P dan Q sebenarnya bertambah satu huruf.",
"Maka siri yang ketiga adalah:",
" PPPQQQQ",
"Jadi jawapannya a) PQQ . Mudah saja!"
] |
https://ajar.com.my/2019/10/15/7-penemuan-penting-dalam-astronomi-silam/ | 7 Penemuan Penting dalam Astronomi Silam | [
"Astronomi ialah satu bidang yang mengkaji pergerakan-pergerakan objek samawi di alam semesta. Bidang astronomi merupakan bidang terawal yang dikaji oleh peradaban manusia. ",
"Pada abad ke-21 ini, sudah banyak yang kita ketahui berkenaan angkasa lepas. Bahkan, jika dibandingkan pengetahuan pelajar sekolah menengah dengan sarjana Greek dahulu, pelajar menengah sekarang lebih banyak pengetahuan tentang alam semesta berbanding sarjana Greek. ",
"Dalam artikel ini, kita akan berkongsi penemuan-penemuan astronomi terpenting yang berlaku pada zaman dahulu.",
"Apabila kita lihat ke angkasa lepas pada waktu malam, kita dapat lihat ribuan objek yang tersebar di serata langit. Jika kita perhatikan langit malam setiap hari selama setahun, kita akan dapati bahawa terdapat perubahan kedudukan bintang-bintang di langit. Penemuan ini juga telah direkodkan oleh manusia pada zaman silam. ",
"Melalui pemerhatian selama bertahun-tahun, manusia mendapati bahawa terdapat 7 objek yang bergerak pada orbit tersendiri iaitu Matahari, Bulan, Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal. Hari ini kita tahu bahawa kesemua 7 objek ini merupakan objek-objek yang berada di dalam sistem suria. Manakala bintang-bintang berada sangat jauh daripada sistem suria, dan sebab itulah bintang-bintang ini kelihatan tidak bergerak pada waktu malam.",
"Pada awalnya, manusia melihat bahawa Bumi ini seluas mata memandang, dan seolah-olah tidak ada penghujung. Maka manusia menyimpulkan bahawa Bumi ini berbentuk datar. Namun selepas penemuan-penemuan baharu dan penguasaan dalam ilmu trigonometri, manusia mendapati bahawa Bumi bukanlah berbentuk datar, tetapi berbentuk sfera. ",
"Antara bukti yang menyokong Bumi berbentuk sfera ialah gerhana bulan. Ketika berlakunya gerhana bulan, manusia mendapati bahawa terdapat bayang-bayang yang melindungi cahaya bulan. Apabila dihitung fasa bulan, manusia mendapati bahawa bulan berada pada fasa penuh, dan bayangan bumi yang sedang menutupi bulan. ",
"Pasang surut merupakan satu fenomena yang berlaku setiap hari sejak dari zaman dahulu lagi. Fenomena ini telah pun difahami bahawa ia berpunca daripada fasa bulan. Fasa bulan tertentu akan menyebabkan fenomena pasang surut yang berlainan seperti pasang surut anak dan pasang surut perbani. Apabila fenomena ini difahami, manusia dapat melakukan aktiviti di laut berdasarkan waktu yang sesuai. ",
"Pada hari ini, kita tahu bahawa fenomena pasang surut ini berpunca daripada tarikan graviti Bulan dan juga matahari. ",
"Selama beribu-ribu tahun, pemerhatian manusia mengenai alam semesta terhad kepada semua yang dapat dilihat oleh mata kasar. Ribuan bintang dapat dilihat. Kemudian, penciptaan teleskop telah membuka ruang baharu dalam penerokaan angkasa lepas. Selepas penciptaan teleskop, pelbagai objek ditemui seperti planet Uranus dan Neptun. Malah, penciptaan teleskop juga telah membawa kepada revolusi daripada geosentrik kepada heliosentrik. ",
"Pada hari ini, teleskop-teleskop semakin besar dicipta. Malah, teleskop-teleskop juga telah dihantar ke angkasa lepas seperti Teleskop Hubble dan Teleskop Spitzer. ",
"Galileo Galilei merupakan antara manusia pertama yang menggunakan teleskop untuk melihat ke langit. Beliau telah banyak menemukan fenomena-fenomena baharu seperti bulan-bulan di planet Musytari. Galileo mendapati terdapat 4 buah bulan yang mengorbit planet Musytari. Pada hari ini, bulan-bulan tersebut diberi nama Io, Europa, Ganymede dan Callisto. Keempat-empat bulan ini dikenali sebagai bulan-bulan Galileo. Impak daripada penemuan ini, model geosentrik mula dipersoalkan dan model heliosentrik mula mendapat sokongan. ",
"Selain daripada penemuan 4 bulan Musytari, Galileo juga mendapati bahawa planet Zuhrah mempunyai fasa-fasa yang mirip dengan fasa Bulan. Zuhrah mempunyai fasa sabit, fasa separa dan fasa hampir purnama. Hasil daripada penemuan ini, berserta dengan data-data cerapan sedia ada, model heliosentrik mula diterima, dan Zuhrah diletakkan sebagai planet ke-dua yang mengelilingi Matahari",
"Pergerakan planet-planet sudah direkodkan selama beribu-ribu tahun. Namun penjelasan bagi pergerakan planet-planet ini masih belum diketahui sehinggalah Johannes Kepler mengutarakan 3 Hukum Pergerakan Planet, yang pada hari ini dikenali sebagai Hukum Kepler. Sebelum kemunculan Kepler, para ahli astronomi percaya bahawa kesemua planet berada pada orbit yang berbentuk bulat, dan mengelilingi Bumi. Kepler pula menyatakan bahawa orbit planet berbentuk elips dan mengelilingi Matahari. Kenyataan ini dikenali sebagai Hukum Kepler pertama. Selain itu, Kepler juga mengusulkan 2 lagi hukum lain yang membolehkan manusia untuk meramal kedudukan planet pada masa akan datang."
] |
https://ajar.com.my/2019/10/15/video-matematik-seram-ini-menang-tempat-pertama-pertandingan-video-pendidikan/ | Video Matematik Seram Ini Menang Tempat Pertama Pertandingan Video Pendidikan | [
"Kalau anda diberi peluang sertai pertandingan hasilkan video pendidikan, konsep bagaimana yang anda akan buat?",
"Mungkin idea yang tak terfikir orang oleh orang adalah menggabungkan cerita seram dengan topik matematik (macam tak masuk!). Tapi itulah yang dihasilkan oleh Politeknik Merlimau Melaka sehingga mereka dinobat juara bagi kategori eMicro Content Competition (eMCC) dan meraih dua lagi anugerah sempena Cidos Inspiring Learning Awards (eDOLA) 2019. ",
"Dalam video tersebut, apa yang ingin diajarkan adalah cara mengira sektor bulatan, tapi jalan ceritanya seolah – olah cerita seram Friday the 13th.",
"Kisah bermula dengan watak jahat menakutkan yang mencari mangsa di tengah malam sambil menghunus parang.",
"Seorang mangsa wanita kemudian ditangkap dan nampaknya seperti ditetak kejam?",
"Mangsa – mangsa si topeng ganas itu kemudian diheret dan dihumban ke gudang terbiar. Apa agaknya yang dia mahukan??",
"Dia mahu tanya soalan matematik tentang pizza ….. Dia suka pizza, jadi dia nak tahu berapakah luas kawasan sektor pizza sekiranya jejarinya 12cm dengan sudut 45° ? Mungkin sebab dia nak maksimakan jumlah pizza yang masuk dalam perut dengan duit yang terbatas (iya lah, penjahat pun mana boleh curi duit orang buat beli pizza. Haram tu masuk perut jadi darah daging).",
"Oh … ok.",
"Maka kemudian diterangkanlah cara menyelesaikan masalah matematik tersebut:",
"Maka setelah diselesaikan masalah tersebut adakah penjahat tersebut membebaskan tawanan – tawanan dan kemudian menghilangkan diri dalam kegelapan. Lebih baik dari itu, dia kemudian berkongsi pizza tersebut dan dapat tawaran untuk bertanya apa – apa soalan matematik lain. Sungguh mengharukan …",
" eDOLA 2019 adalah pertandingan tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi memberi pengiktirafan kepada pensyarah dan pelajarnya menunjukkan kepakaran pembangunan bahan dan penggunaan teknologi untuk aktiviti pengajaran serta pembelajaran. ",
"Kita perlukan lebih banyak usaha untuk menghasilkan bahan pendidikan secara kreatif ini!"
] |
https://ajar.com.my/2019/10/21/lohong-cecacing-penjelajahan-laju-daripada-cahaya/ | Lohong Cecacing: Penjelajahan laju daripada cahaya | [
"Ramai dari kita sudah tentu pernah menonton animasi Doraemon. Doraemon boleh mengeluarkan pelbagai alat ajaib dari poketnya. Antara alatan yang sering dikeluarkan ialah doko demo doa ataupun lebih dikenali dalam bahasa Melayu sebagai pintu ke mana saja. Pintu ke mana sahaja membolehkan Doraemon, Nobita dan rakan-rakan mereka yang lain untuk mengembara ke tempat yang jauh dalam sekelip mata sahaja. Secara fizikal, pintu ke mana sahaja ini mirip dengan lohong cecacing atau wormhole.",
"Lohong cecacing ialah satu terowong yang menghubungkan dua kawasan yang terpisah dalam ruang-masa. Ia dihipotesiskan pada tahun 1935 oleh Albert Einstein dan muridnya Nathan Rosen. Pada awalnya, hipotesis ini dikenali sebagai jambatan Einstein-Rosen dan kemudian dipopularkan sebagai lohong cecacing .",
"Bayangkan jika kita mampu menggunakan jalan pintas untuk menjelajah ke London atau mengembara merentas galaksi dalam sekelip mata. Walaupun kita telah menemui banyak objek yang menakjubkan di angkasa seperti planet luar suria atau planet ekso, pengetahuan kita hanya terhad kepada kaca mata teleskop kita. ",
"Kita belum mampu mengkaji objek-objek ini dengan lebih dekat. Satelit angkasa lepas buatan kita yang paling jauh pun belum melepasi 1 tahun cahaya dari kita. Jika wujud lohong cecacing, bukan sahaja kita boleh mengkaji objek-objek di angkasa dengan lebih mendalam, tetapi kita juga mampu menggunakan jalan pintas untuk ke tempat yang berjuta-juta tahun cahaya. Namun persoalannya, apakah wujud lohong cecacing? ",
"Bagi\nmenghubungkan dua ruang-masa yang terpisah, ruang-masa perlu dilengkungkan. Berdasarkan\nteori kerelatifan am yang diperkenal oleh Albert Einstein, sesuatu objek yang\nmempunyai ketumpatan tinggi akan melengkungkan ruang-masa. Antara objek yang\nmempunyai ciri ini ialah lohong hitam. Lohong hitam merupakan tinggalan bintang\nberjisim tinggi. Jisim tersebut ditumpu pada satu ruang kecil, sehingga\nmenghasilkan lohong hitam yang sangat tumpat. Oleh sebab itu, lohong hitam\nmelengkungkan ruang-masa dengan lengkungan yang dalam.",
"Salah satu lohong hitam yang kita ketahui dengan agak mendalam ialah lohong hitam supermasif di pusat galaksi kita. Lohong hitam ini dikenali sebagai Sagittarius A* atau dengan singkatan Sgt A*. Adakah lohong hitam Sgt A* merupakan lohong cecacing? Sekumpulan ahli fizik mengesyaki bahawa Sgt A* mungkin merupakan sebuah calon lohong cecacing yang menghubungkan dua lokasi dan masa yang berbeza di alam semesta kita, atau mungkin menghubungkan alam semesta kita dengan alam semesta yang lain.",
"Dengan melihat kepada pergerakan bintang-bintang yang mengorbit Sgt A*, ahli-ahli fizik ini dapat meramal sama ada Sgt A* merupakan lohong cecacing atau bukan. Bintang yang menjadi tumpuan ahli-ahli fizik ini ialah bintang S2 yang mengorbit pada 17 jam cahaya dari Sgt A*. Jika bintang ini menunjukkan orbit yang diramalkan, maka Sgt A* disyaki ialah sebuah lohong cecacing. Namun setakat ini, teknologi teleskop pada hari ini belum mampu mencerap pada kejituan yang diperlukan.",
"Jika lohong\ncecacing benar-benar wujud, akan muncul pula persoalan baharu seperti\npengembaraan masa, pengembaraan melebihi halaju cahaya dan sebagainya.\nPersoalan-persoalan ini akan membuka ruang kepada kajian yang berterusan dalam\nbidang fizik. "
] |
https://ajar.com.my/2019/10/21/channel-youtube-ini-dedah-bagaimana-keadaan-bahasa-melayu-tanpa-pengaruh-arab-inggeris-sanskrit-hokkien/ | Channel Youtube Ini Dedah Bagaimana Keadaan Bahasa Melayu Tanpa Pengaruh Arab, Inggeris, Sanskrit, Hokkien. | [
"Sebuah saluran Youtube bernama Beka Melayu agak istimewa kerana menghasilkan kumpulan istilah Bahasa Melayu seharian yang bebas daripada pengaruh bahasa asing.",
"Beka Melayu adalah Bahasa Melayu sekiranya tiada pengaruh asing di mana perkataan Inggeris, Arab, Sanskrit, Hokkien, Tamil dan sebagainya digantikan dengan inovasi Melayu Jati dan seumpanya seperti Minangkabau, Iban, Jawa, Tagalog dan sebagainya.",
"Menurut Beka Melayu:",
"Dan fahamkah anda dengan ayat di bawah?”",
"Penempur Sesana adalah orang yang bergarap untuk menularkan gumbar keampuan di jejaring terjulungnya dalam Sarana Lingkung.",
"Maksudnya menurut bahasa moden adalah “Lasykar Siber adalah orang yang bekerja untuk memviralkan propaganda politik di Internet terutamanya dalam Media Sosial”>",
"Saluran Youtube yang baru dibangunkan ini memuat naik frasa – frasa tertentu dengan kekerapan 2 ke 3 video seminggu.",
"Untuk rujukan lanjut tentang beka Melayu: https://www.thepatriots.asia/beka-melayu-lumpuk-ujar-dalam-pemerintahan/ "
] |
https://ajar.com.my/2019/10/21/fizik-kuantum-lagi-pelik-daripada-cerita-hantu-ini-5-sebab-kenapa/ | Fizik Kuantum Lagi Pelik Daripada Cerita Hantu. Ini 5 Sebab Kenapa. | [
"Ramai yang anggap fizik kuantum ini pelik. Tok syeikh dalam fizik sendiri, Richard Feynmann, mengatakan bahawa “Kalau anda rasa anda faham fizik kuantum, anda sebenarnya tak faham fizik kuantum.” Uh oh. ",
"Dalam artikel kali ini, kita akan menyingkap beberapa fenomena aneh dan ganjil dalam Fizik Kuantum, dan melihat apa sebenarnya beza Fizik Kuantum ni dengan konsep Fizik yang kita jumpa dalam kehidupan seharian kita.",
"Buat sekian lama, sebelum saintis mencipta teori kuantum, perpindahan tenaga boleh dilihat dalam dua keadaan. Keadaan yang pertama adalah dalam bentuk gelombang, dan keadaan yang kedua adalah dalam bentuk partikel. ",
"Selepas\nbermulanya revolusi Kuantum pada awal abad ke 20, sempadan partikel-gelombang\nini kelihatannya telahpun diganggu. Bermula dengan Albert Einstein yang\nmengusulkan bahawa cahaya yang secara klasikalnya dikenali bersifat gelombang,\nmampu bertindak seperti partikel, yang dipanggil foton, saintis kemudiannya\nmula sedar bahawa tidak wujud pun sebenarnya pengkelasan gelombang-partikel\npada tahap kuantum.",
"Sebaliknya,\nkesemua entiti partikel yang kita kenal ada memiliki sifat gelombang, dan\nkesemua entiti gelombang yang kita kenal, ada memiliki sifat partikel.",
"Secara\numumnya, berikut adalah nama bagi gelombang-partikel yang kita tahu:",
"I\n– Gelombang cahaya @ Foton (Partikel bagi cahaya)",
"Ii\n– Gelombang graviti @ Graviton (Partikel bagi graviti, belum ditemui)",
"Iii – Gelombang elektron @ Elektron (Elektron adalah partikel, dan elektron mempunyai sifat sebagai gelombang)",
"Sekejap,\nnanti dulu.",
"Kalau\nsemua benda ada sifat gelombang dan zarah, bukankah ini bermakna manusia juga,\nyang terdiri dari atom dan zarah ni, akan mempunyai sifat gelombang?",
"Betul,\nmanusia pun sebenarnya ada sifat gelombang. Tetapi, apabila kira-kira dibuat\noleh saintis, nilai gelombang yang wujud untuk manusia itu teramat-amatlah\nkecil, kerana manusia sendiri teramat-amat besar kalau nak dibandingkan dengan\nsistem kuantum. ",
"Dalam\nerti kata lain, sifat dualiti zarah-gelombang ini hanya akan menunjukkan\ndirinya kalau berada dalam keadaan kuantum, iaitu keadaan yang teramat-amat\nkecil.",
"Satu\nkeganjilan yang biasa akan dikaitkan dengan fizik kuantum adalah superposisi\nkuantum (Quantum Superposition). Dalam kes superposisi kuantum, penggabungan\ndua keadaan sistem kuantum (quantum state) akan menghasilkan satu persamaan\nsistem baharu yang linear (ini sekadar sembang matematik).",
"Untuk pemahaman yang mudah, katakan kita ada sebiji elektron. Elektron mempunyai satu sifat yang dipanggil sebagai spin, dan spin elektron boleh wujud dalam bentuk up (atas) atau down (bawah). ",
"Maka, sekiranya seorang ahli fizik meletakkan elektron tersebut dalam satu kotak (sebagai contoh), maka elektron tersebut berkebarangkalian untuk wujud dalam kotak tersebut dalam bentuk spin up, atau spin down. Secara matematiknya pula, kita boleh tulis sistem elektron tersebut sebagai ½ kebarangkalian spin up, dan ½ kebarangkalian spin down.",
"Perkara\nmenarik mengenai fizik kuantum terlahir di sini.",
"Sepatutnya,\nmenurut akal kita yang rasional, kita akan cakap bahawa elektron itu hanya\nboleh wujud dalam satu daripada dua keadaan, sama ada up atau down. Tetapi\nuntuk sistem kuantum, apabila berlaku pertambahan sistem kuantum seperti yang\ndibincangkan tadi, sistem kuantum tersebut wujud sebagai kombinasi kedua-dua\nkebarangkalian tadi, atau dalam erti kata lain, sistem elektron kita tadi wujud\ndalam keadaan up dan down secara serentak.",
"Hal ini telahpun didebatkan oleh ramai ahli saintis dan ahli falsafah, antaranya pencipta fizik kuantum sendiri, Erwin Schroedinger.",
"Schroedinger membayangkan elektron ditukarkan menjadi kucing, di mana kucing tersebut diletakkan di dalam satu kotak yang berisi racun atau apa-apa yang berkebarangkalian 50% mampu membunuh kucing itu. ",
"Menurut Schroedinger, adalah ganjil sekiranya kita ingin mengatakan bahawa kucing didalam kotak itu wujud dalam dua keadaan, hidup dan mati dalam keadaan serentak. Maka, kalau kucing kita rasa mustahil untuk wujud dalam keadaan sedemikian rupa, kenapa kita mampu rasa benda yang sama boleh terjadi kepada elektron? Hal ini dipanggil sebagai ekperimen minda – Schroedinger’s Cat.",
"Ternyata\nidea bahawa mampu wujud dalam dua keadaan ini, meskipun ganjil, namun ia adalah\nbenar. Antara teknologi terkini yang sedang dibangunkan yang menggunakan\nprinsip elektron mampu wujud dalam keadaan up dan down secara serentak, sama\nseperti kucing mampu hidup dan mati secara serentak, adalah Komputer Kuantum (Quantum Computer).",
"Komputer kuantum menggunakan konsep bit computer klasik yang terdiri dari arus on-off yang berada dalam keadaan 0-1, 0 untuk arus off, dan 1 untuk arus off. Disebabkan sistem kuantum boleh berada dalam keadaan superposisi, ia mampu wujud dalam dua keadaan serentak, maka computer kuantum mampu menghasilkan apa yang dipanggil sebagai bit kuantum (Quantum Bit atau Qbit) yang merupakan bit computer dalam keadaan 0 dan 1 serentak.",
"Apa beza bit kuantum dengan bit computer biasa? Disebabkan Bit Kuantum merupakan gabungan bit biasa dalam keadaan bercampur, maka komputasi atau pengiraan yang mampu dilakukan oleh Komputer Kuantum sepatutnya adalah pengiraan yang lebih pantas berbanding komputer biasa. Jadi, ayuhlah kita tunggu perkembangan komputer kuantum ini di masa akan datang.",
"Satu lagi misteri yang wujud dalam fizik kuantum adalah penerowongan kuantum (Quantum Tunelling). Dalam contoh kehidupan seharian, katakan kita ada sebiji bola, dan satu dinding yang memisahkan kita dengan dunia luar. Kita disini berada di bahagian dalam, dan dunia luar merupakan bahagian yang berada di sebalik dinding tersebut.",
"Bayangkan kita baling bola. Jika tenaga balingan kita tak cukup, bola itu akan terbang rendah dan dihalang oleh dinding. Jika kita gunakan tenaga untuk baling bola lebih tinggi daripada dinding saja barulah bolah itu boleh ke seberang sana. ",
"Hal\nini adalah analogi mudah menggunakan objek sehari-hari.",
"Namun begitu, berbeza pula dengan situasi di skala kuantum, sekiranya kita memberi tenaga yang kurang dari tenaga yang diperlukan untuk melepasi dinding tersebut, masih ada kebarangkalian untuk bola kita melepasi dinding tersebut (huh?). Fenomena ini dinamakan sebagai penerowongan kuantum. Istilah penerowongan ini seolah-olah memberi gambaran bahawa bola tersebut menerowongi (tak pasti istilah ni wujud atau tak) dinding tersebut, walaupun pada asalnya jumlah tenaga adalah tidak mencukupi untuk melepasi dinding tersebut.",
"Fenomena penerowongan kuantum ini dipercayai menjadi asas kepada proses pelakuran nuklear (nuclear fusion) dalam bintang-bintang. Dalam kes Matahari yang merupakan bintang sistem solar kita, tenaga dalam Matahari sebenarnya tidak mencukupi untuk melawan rintangan Coulomb, satu bentuk rintangan elektrostatik dalam atom.",
"Kebergusutan kuantum merujuk kepada satu\nkeadaan di mana partikel yang berada dalam keadaan superposisi berinteraksi\ndengan satu lagi partikel dalam keadaan superposisi yang lain. Kalau sebelum ni\nkita ada partikel yang mempunyai keadaan atas ataupun bawah (elektron dengan\nspin up dan down serentak), dalam kes ini, kita ada dua elektron dengan situasi\nyang sama (kedua-duanya up dan down secara serentak).",
"Apa yang ingin kita lakukan kepada elektron\ntersebut adalah: kita ingin membuat kedua-dua elektron tu saling bergusutan\nantara satu sama lain (berinteraksi antara satu sama lain), dan kemudiannya\nkita asingkan kedua-dua elektron tersebut.",
"Perkara yang ganjil setelah interaksi ini terjadi adalah: sekiranya kita melakukan pemerhatian terhadap satu elektron (satu elektron tu kita ukur sebagai up), elektron yang satu lagi akan menunjukkan sifat yang berbeza (satu lagi elektron akan mempunyai sifat down). Dalam kes ini, kebanyakan ahli fizik berpandangan bahawa berlakunya penghantaran maklumat (information transfer) dari satu elektron ke satu elektron yang lain, ala-ala kalau satu elektron kita semak dalam keadaan up, elektron terbabit akan ‘memberitahu’ elektron lagi satu bahawa dia perlu berada dalam keadaan down, untuk mengikut prinsip ekslusi Pauli (Pauli Exclusion Principle).",
"Fizik Kuantum, di sebalik semua\nkeganjilan yang wujud, sebenarnya merupakan satu bentuk sindiran kepada kita\nmanusia bahawa ada beberapa perkara yang kita masih lagi belum mampu untuk\nteroka. Sepertimana yang diperkatakan dalam salah satu video Ajar mengenai\nfizik kuantum, proses membina fizik kuantum ini sebenarnya terhasil daripada\nsatu bentuk patch and do yang\nberterusan, dimulakan oleh saintis lama seperti Max Planck, Einstein dan\nSchroedinger, dan diteruskan sehingga ke generasi sekarang.",
"Salah satu kelompongan yang nyata\nwujud dalam fizik kuantum, seperti yang kita bincangkan di atas, adalah apabila\ndalam beberapa keadaan, objek-objek makroskopik mampu disebut sebagai wujud\ndalam dua keadaan yang berbeza, yang, pada akal fikiran kita, tidak masuk akal.\nMacam mana seekor kucing boleh berada dalam keadaan hidup dan mati serentak?",
"Namun, keadaan superposisi itu\nditerima pakai dalam apa yang dipanggil sebagai Interpretasi Kopenhagen, salah\nsatu interpretasi standard dalam fizik kuantum. Dalam kes Interpretasi\nKopenhagen, ahli sains berpandangan bahawa tidak wujud pun sebenarnya keperluan\nuntuk kita member justifikasi kenapa sesuatu sistem kuantum mampu berada dalam\nkeadaan superposisi, sebaliknya hal ini perlu diterima sebagai satu bentuk\nformulasi matematik.",
"“It is just a mathematical conundrum.”",
"Saintis yang mengikut pandangan\nKopanhagen juga selalunya diajar untuk memiliki pandangan seperti ini dalam\nberhadapan dengan masalah fizik kuantum – “shut up and calculate.”",
"Namun perlu diingatkan, bukan semua\norang suka dengan interpretasi “biasa” ini. Interpretasi Kopenhagen sendiri\npernah diserang berkali-kali, dan sekarang, telah banyak interpretasi lain yang\nwujud dan dibuat sebagai interpretasi alternative kepada interpretasi\nKopenhagen. “Apa? Kucing boleh hidup dan mati? Jangan nak bergurau lah.”\nMungkin sebenarnya kucing itu hidup pada satu reality, dan mati pada suatu\nreality yang lain. Siapa kita untuk cakap bahawa kucing itu perlu mati dalam\nreality kita, tanpa mengambil kira reality yang berlainan, di mana kucing itu\nberkemungkinan hidup?",
"Hal ini dipanggil sebagai Interpretasi\nPelbagai Alam (Many World Interpretation), yang diusulkan oleh Hugh Everett.",
"Ada juga interpretasi lain yang\nmencadangkan bahawa kucing tersebut pada asalnya tidak wujud pun dalam keadaan\nhidup dan mati. Sifat hidup dan mati – sifat superposisi ini hanya terjadi\nkerana kita mengambil sesuatu objek sebagai zarah dan gelombang serentak. Tapi,\nbagaimana pula kalau sebenarnya, zarah dan gelombang itu wujud dalam keadaan\nyang berasingan?",
"Tafsiran ini pula dipanggil sebagai\nInterpretasi Bohmian.",
"Sebenarnya, banyak lagi interpretasi,\ndan formulasi matematik yang wujud untuk membincangkan situasi-situasi ganjil\ndalam fizik kuantum. Saintis-saintis pada zaman sekarang kebanyakannya mencari\nalternative baharu kerana rasa tidak puas hati dengan kesemua “keganjilan” yang\nkita perkatakan dalam artikel ini.",
"Akhir kata, proses mencarik keganjilan dan mencari kebenaran, lebih-lebih lagi dalam bidang yang seganjil fizik kuantum ini bergantung kepada sejauh mana kita sebagai umat manusia ingin terus mengkaji dan terus mencari tanpa rasa jemu.",
"Bacaan lanjut:",
"“Even Physicist Don’t Understand\nQuantum Mechanics”, Sean Carroll (2019). The New York Times. https://www.nytimes.com/2019/09/07/opinion/sunday/quantum-physics.html",
"“How Do Quantum Computers Work?”,\n(2019). Science Alert. https://www.sciencealert.com/quantum-computers",
"“How The Sun Works: Fusion and Quantum\nTunelling”, Minutephysics (2011). https://www.youtube.com/watch?v=gS1dpowPlE8",
"“It’s The Power of Quantum Mechanics\nthat Allows the Sun to Shine”, Ethan Siegel (2015). Forbes. https://www.forbes.com/sites/ethansiegel/2015/06/22/its-the-power-of-quantum-mechanics-that-allow-the-sun-to-shine/#327e573743f7",
"“What is Quantum Entanglement?”, Amar\nVutha (2019). Cosmos. https://cosmosmagazine.com/physics/what-is-quantum-entanglement",
"“The Many Interpretations of Quantum\nMechanics”, Graham Collins (2007). Scientific American. https://www.scientificamerican.com/article/the-many-interpretations-of-quantum-mechanics/"
] |
https://ajar.com.my/2019/10/22/ada-akaun-fb-insta-yang-kongsikan-kisah-kisah-menginspirasikan-100-saintis-malaysia/ | Ada Akaun FB, Insta yang Kongsikan Kisah – Kisah Menginspirasikan 100 Saintis Malaysia! | [
"Golongan yang mungkin paling jarang didengari dalam masyarakat mungkin adalah saintis. ",
"Biasanya golongan saintis terkenal dengan sikap suka mengurung diri dalam makmal, mengumpul data. Mereka juga biasanya bencikan wartawan sebab selalu menceritakan benda yang salah tentang kajian mereka. ",
"Jadi kebiasaannya amat sukar untuk masyarakat mendengar cerita – cerita daripada golongan saintis ini. Ditambah dengan kewartawanan sains Malaysia yang masih suam – suam kuku, maka jadilah masyarakat marhaen kita berbincang tentang bentuk bumi bulat atau leper, antivaksin, sedang saintis – saintis hebat kita mengkaji lohong hitam supermasif.",
"Tapi kali ini, nampaknya saintis – saintis kita mula tampil ke hadapan mengongsikan kisah – kisah mereka yang penuh inspirasi kepada masyarakat melalui akaun ‘100 Scientists of Malaysia’ di Facebook dan juga Instagram. ",
"Antara kisah menarik adalah seorang ahli fizik partikel eksperimental yang bekerja di CERN untuk mengkaji tentang Higgs Boson atau juga dipanggil ‘God Particle‘.",
"Anda berminat dengan gunung berapi, ambil inspirasi daripada volcanologis Malaysia ini!",
"Akaun 100 Scientists of Malaysia tersebut miliki misi murni untuk",
"Usaha seperti ini membuktikan bahawa sebenarnya terdapat banyak saintis Malaysia yang hebat di luar sana, yang seharusnya lebih dicontohi masyarakat daripada model – model Instagram dan Tik Tok segera."
] |
https://ajar.com.my/2019/10/25/nombor-fibonacci-yang-popular-itu-sebenarnya-diambil-daripada-dunia-islam-pengkaji-german/ | ‘Nombor Fibonacci’ yang Popular Itu Sebenarnya Diambil Daripada Dunia Islam – Pengkaji German | [
"‘Nombor Fibonacci’ adalah antara konsep matematik yang paling popular yang mungkin diketahui oleh mana – mana pelajar yang meminati ilmu matematik.",
"Sejarah yang biasa didengari adalah, nombor Fibonacci mula diperkenalkan pada tahun 1202 oleh Leonardo of Pisa, yang lebih dikenali hari ini sebagai Fibonacci, dalam bukunya Liber abaci, buku teks matematik yang paling berpengaruh yang dihasilkan di Eropah pada ketika itu. Nombor ini muncul apabila Fibonacci cuba menyelesaikan masalah bilangan arnab. ",
"Urutan nombor Fibonacci adalah seperti berikut:",
" 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144…..",
"Ia diperoleh dengan menambahkan jumlah dua nombor yang terdahulu dalam urutan, contohnya 1 + 1 = 2, 1 + 2 = 3, 2 + 3 = 5, dan seterusnya untuk memuaskan formula;",
" F(0) = 0 ",
"F(1) = 1 ",
"F(n) = F(n ? 1) + F(n ? 2) n > 1 . ",
"Urutan nombor ini begitu istimewa kerana nisbah antara dua kembar dalam urutan nombor Fibonacci rupa – rupanya menghasilkan nilai nisbah emas , 1.618. ",
"Contoh; ",
" 55 / 34 = 1.618 .",
"Malah, semakin besar kembar tersebut dalam urutan nombor Fibonacci semakin hampir tepat nilainya dengan nisbah emas.",
"Nombor Fibonacci ini kemudian memainkan peranan penting dalam dunia keilmuan seperti antara lain digunakan oleh Johannes Kepler untuk mendatangkan Hukum Kepler. ",
"Namun begitu, nama ‘nombor Fibonacci’ yang disandarkan penemunya kepada Leonardo of Pisa itu sebenarnya tidak padan dan menggambarkan bias Eurosentrik kerana hakikatnya nombor tersebut telah pun ditemui lama oleh tamadun lain. Nombor tersebut pun tidak lah dipandang penting dan diiktiraf sehinggalah dinaikkan oleh ahli matematik Perancis Edouard Lucas pada abad ke 19. ",
"Menurut para pengkaji dari Universiti Aachen, German dalam kertas mereka ‘On the Origin of the Fibonacci Sequence‘, Fibonacci memperoleh konsep tersebut daripada hasil usaha sarjana matematik Islam seperti al Khwarizmi (780 – 850M) Abu Kamil dan Omar al Khayyam (1048 – 1131 M).",
"Buku Liber Abaci itu sendiri meminjam 22 masalah algebra daripada buku Al-jabr wa’l muqabala al Khwarizmi dan 53 daripada buku Kitab fi al-jabr wa’l-muqabala Abu Kamil.",
"Malah, sumbangan Fibonacci dalam matematik sebenarnya ketinggalan zaman berbanding sumbangan sarjana matematik Islam, menurut kertas tersebut.",
"“Bukan saja Fibonacci berhutang kepada al Khwarizmi dan Abu Kamil, kerja matematik beliau sezaman dengan matematik Muslim pada abad 9 dan 10, walaupun Fibonacci sendiri hidup pada tahun 1200 Masihi”",
"Begitu juga, apabila pengkaji meneliti lanjut, permasalahan bilangan arnab yang melahirkan nombor Fibonacci tidaklah begitu penting dan mendapat perhatian istimewa dalam buku Liber Abaci. Soalan yang dikemukakan dalam buku tersebut adalah:",
"Seorang lelaki meletakkan pasangan arnab jantan dan betina di sebuah padang. Arnab mengambil masa satu bulan untuk matang sebelum boleh mengawan. Sebulan setelah mengawan, arnab betina melahirkan pasangan anak arnab jantan – betina, sebelum ia mengawan lagi. Tiada arnab yang mati. Berapa jumlah pasangan arnab setelah satu tahun?",
"Jawapan kepada masalah itu adalah:",
"Menurut pengkaji tersebut, asal usul kepada soalan ini sebenarnya adalah daripada kitaran reproduksi lebah. Nombor Fibonacci padan sempurna dengan reproduksi lebah.",
"Pada ketika itu pula, Afrika Timur dan Sepanyol pula berada dalam zaman keemasan. Bejaia di Afrika Utara menjadi satu pusat yang mengumpulkan golongan elit intelektual di samping menjadi tempat komersial madu lebah. ",
"Lebah pula mendapat tempat yang istimewa dalam Islam menerusi ayat al Quran Al Nahl 69:",
" Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. ",
"Maka berikut adalah rumusan teori asal usul Nombor Fibonacci seperti yang diusulkan oleh pengkaji:",
"Maka daripada bukti – bukti sejarah yang dikemukakan, berikut adalah kesimpulan akhir asal usul nombor Fibonacci menurut pengkaji:",
"Nombor Fibonacci berasal daripada kitaran reproduksi lebah daripada budaya ilmiah dan perdagangan Bejaia di Afrika Utara. Fibonacci bekerjasama dengan penterjemah Scotus untuk menterjemah hasil intelek Muslim kepada Latin. ",
"Bagaimanapun, sungguhpun nombor Fibonacci amat berkemungkinan dikemukakan oleh Fibonacci hasil interaksinya dengan aktiviti keilmuan peradaban Islam, nombor Fibonacci sebenarnya telah wujud dalam ketamadunan yang berbeza sepanjang sejarah.",
"Nombor Fibonacci telah ditemui di:"
] |
https://ajar.com.my/2019/10/26/peta-interaktif-ini-tunjuk-kat-mana-kita-keluar-kalau-kita-korek-terus-ke-dalam-tanah/ | Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah | [
"Waktu kita kecil, bila kita baru saja belajar tentang bentuk bumi sebagai sfera (atau oblate sferoid, untuk jenis yang nerd sikit), kita terus terbayang apa akan jadi bila kita korek bumi tanpa henti.",
"Mesti kita akan keluar ke mana – mana negara lain di bahagian bertentangan bukan? Contohnya kalau kita mulakan projek mengorek di Rawang, dan katakan kita miliki kekebalan Superman untuk tahan kepanasan dan tekanan di pusat bumi, di hujung korekan kita itu pasti kita akan keluar di … Amerika?",
"Tapi malangnya imaginasi keanak – anakan kita untuk membina terowong pintas yang merentasi bumi itu mungkin tidak akan tercapai kerana 1) ada halangan ‘kecil’ berupa suhu teras bumi yang panasnya 6,000 C dan tekanannya 3.5 juta kali ganda permukaan, dan 2) mana nak sedut duit bang, ingat ini Minecraft ke?",
"Sekarang persoalan besar kita waktu kecil itu boleh dijawab, dengan melayari antipodesmap.com ini. ",
"Antipode adalah titik di atas permukaan bumi yang bertentangan secara garis pusat (diameter) merentasi satu garis lurus yang melalui pusat bumi. Contohnya, Kutub Utara dan Kutub Selatan adalah antipod.",
"Cara penggunaan laman web ini mudah saja, kita masukkan alamat kita, dan kita tengok ke mana kita akan keluar kalau kita korek ke bawah tanah.",
"Contoh kalau kita masukkan Rawang, antara tempat paling ajaib di Malaysia;",
"Kita berkemungkinan timbul di Ecuador.",
"Macam mana pula dengan negara asal Doraemon, Jepun?",
"Alamak, keluar di tengah lautan pula.",
"Kalau tempat admin belajar dulu, Sheffield?",
"Aduh, air juga.",
"Jadi itulah, disebabkan bumi ini hampir 71% air, maka berkemungkinan besar percubaan – percubaan kita akan membawa ke kebiruan yang tidak berkesudahan. Juga bermakna projek terowong pusat bumi kita juga tidaklah bermanfaat sangat kalau kita cuma keluar di tengah – tengah lautan.",
"Jadi apa yang kita nak buat dengan maklumat ini? Tak tahu. Mungkin kita nak ziarah jiran antipod kita suatu hari nanti? Boleh mula mesej di FB dulu."
] |
https://ajar.com.my/2019/10/27/lihat-bagaimana-budak-dua-tahun-ini-selesaikan-masalah-yang-menghantui-ahli-falsafah-puluhan-tahun/ | Lihat Bagaimana Budak Dua Tahun Ini ‘Selesaikan’ Masalah yang Menghantui Ahli Falsafah Puluhan Tahun. | [
"Masalah troli (the Great Trolley Problem) adalah antara masalah falsafah dan etika klasik yang popular yang mencabar prinsip moral seseorang.",
"Masalahnya berbunyi sebegini:",
"Anda melihat sebuah troli yang menuju ke arah 5 orang yang terikat di atas landasan. Di tepi anda adalah sebatang tuil yang boleh mengubah landasan troli tersebut. Jika anda tarik tuil tersebut, troli itu akan menukar arahnya ke landasan yang satu lagi dan kelima – lima orang yang terikat tersebut akan terselamat. Namun pada landasan satu lagi tersebut adalah 1 orang yang turut terikat.",
"Anda ada dua pilihan:",
"Soalannya, apakah pilihan yang lebih beretika? Tindakan mana yang betul?",
"Pilihan yang pertama menganggap bahawa seorang saja yang mati lebih baik daripada lima yang mati (utilitarianisme). Jadi bukan saja menarik tuil itu harus, malah ia pilihan yang lebih bermoral.",
"Pilihan kedua pula menganggap keadaan sudah pun salah secara moralnya (oleh orang yang mengikat mangsa). Maka dengan kita melibatkan diri dengan keadaan yang telah sedia salah itu, kita secara langsung bersubahat membunuh nyawa manusia. Kita asalnya tidak bertanggungjawab pun dengan kejahatan orang lain. Jadi biarkan saja tuil itu.",
"Dilema ini menghantui ahli falsafah dan pengkaji moral dari dulu. Tapi anak kecil 2 tahun ini punyai solusi yang menarik terhadap masalah ini:",
"Apa yang budak 2 tahun ini buat apabila dipersembahkan dengan masalah ini? ",
"… Dia mengalihkan orang di landasan yang satu lagi dan meletakkannya bersama satu lagi rakannya.",
"Wah, mendalam sekali tindakan ini. Memang tidak lain pilihan ini hanya boleh lahir daripada jiwa anak yang suci. Mengapa perlu bincangkan berapa orang yang perlu mati jika anda miliki kuasa untuk selamatkan semuanya? Inilah jawapan paling baik untuk dilema ini yang …",
"Eh jap Nicholas awak buat apa tu?",
"Nicholas JANGANNNNN",
"Anda minat dengan masalah falsafah ini? Pasti anda minat juga dengan troll troll yang disediakan internet yang mempermainkannya."
] |
https://ajar.com.my/2019/10/27/ulasan-hidupan-di-angkasa-lepas-fakta-atau-fiksyen/ | Ulasan: Hidupan Di Angkasa Lepas, Fakta atau Fiksyen? | [
"Minggu ini, saya berkesempatan mengikuti ceramah yang dijalankan oleh Kelab Fizik UKM. Ceramah yang bertajuk “Hidupan di Angkasa Lepas – Fakta atau Fiksyen ?” ini disyarahkan oleh Encik Wan Mohd Aimran, yang merupakan pensyarah Astrofizik di UKM, serta calon PhD di UTM. ",
"Bagi saya, tajuk ini adalah satu tajuk yang amat menarik, kerana kewujudan makhluk di luar sana, selain kita, adalah satu benda yang amat menarik untuk difikirkan. Perlu diberi perhatian bahawa makhluk asing yang dibicarakan sewaktu syarahan ini adalah hidupan di luar bumi, dan ia bukan makhluk-makhluk ghaib seperti jin dan syaitan, kerana sains tidak memasukkan itu semua sebagai makhluk fizikal.",
"Pada permulaan syarahan, Encik Wan memberi sedikit maksud ringkas akan apa yang akan dibicarakan sepanjang syarahan beliau. Beliau mengambil perkataan campuran hidup dan angkasa lepas sebagai mukadimah, seperti – apa perlunya kita meneroka angkasa lepas, dan kalau angkasa lepas ada hidupan, hidupan seperti apa yang kita mungkin jumpa? Adakah kita akan berjumpa Ewok, atau mungkin ET? Apakah wujud Alien seperti dalam filem Alien Vs Predator, dan kenapa kebanyakan filem menggunapakai plot Alien datang dan ingin menakluk Bumi?",
"Menurut En Aimran, sifat ingin tahu sememangnya sedia wujud dalam diri manusia. Mungkin sebab itulah, manusia, sejak dari zaman ketamadunan Yunani lagi, telahpun mula berfikir mengenai angkasa lepas. Encik Aimran menjelaskan mengenai kepercayaan orang zaman dahulu, bahawa Bumi ini merupakan tempat tengah alam semesta (Geocentric), dan pelbagai objek samawi seperti Bulan, Matahari dan planet lain mengelilingi Bumi. Menurut kepercayaan mereka lagi, di luar dari alam cakerawala inilah tempat bersemayamnya para tuhan, dan ini sejajar dengan kepercayaan mereka yang mempercayai kewujudan dewa-dewa.",
"Dari situ, kita boleh lihat bahawa manusia\nmempunyai imaginasi yang tinggi untuk membayangkan penerokaan ke tempat yang\nlain, meskipun duduknya kita di Bumi. Maka sejajar dengan perkembangan zaman,\nEncik Wan membuka peluang bagi para pelajarnya untuk berfikir apa yang ada\nuntuk kita di masa hadapan, nasib kita sebagai umat akhir, sebagai contoh,\nmungkin dengan membina kapal angkasa bergraviti tiruan, dan mula meneroka\nangkasa lepas, seperti dalam filem Interstellar. Mungkin juga kita akan mula\nmengkoloni Marikh atau Bulan, dan pada waktu itu, makhluk asing sebenar lahir dari\nbaka manusia, cuma menetap di Bulan @ Marikh. Siapa tahu?",
"Projek kolonisasi Marikh sebenarnya semakin mendapat perhatian media sejak akhir-akhir ini, lagi-lagi dengan penglibatan Elon Musk, pemilik syarikat Tesla dan Space X. Projek kolonisasi Marikh sebenarnya merupakan satu idea yang masuk akal, kerana kita ada menemui kesan kewujudan air di Marikh. Dan sekiranya kita benar ingin melakukan proses kolonisasi di Marikh, pilihan utama kita pastinya adalah menjadi penduduk bawah tanah, kerana Marikh tiada medan magnet yang boleh melindungi kita dari radiasi Matahari seperti di Bumi.",
"Dari aspek “mencari’ hidupan di angkasa lepas pula, menurut Encik Wan, kita berhadapan dengan beberapa masalah utama yang agak besar. Masalah pertama, sekiranya kita ingin mencari satu hidupan di angkasa lepas, kita sebenarnya tidak tahu bentuk apakah hidupan yang ingin kita cari. Adakah kita nak cari satu lagi planet yang menyamai Bumi, yang ada manusia di dalamnya? Ataupun, kita nak cari planet dengan kucing di dalamnya? Jadi, soalan utamanya adalah, apa makhluk asing tu sebenarnya, dan macam mana kita nak tau bentuk makhluk asing, kalau kita tak pernah jumpa makhluk asing?",
"Untuk kes ini, kita mungkin boleh meletakkan beberapa spesifikasi, berdasarkan apa yang kita tahu berkenaan hidupan di Bumi. Bidang ini selalunya dirujuk sebagai Astrobiology. Hidupan yang kita akan cari, menggunakan idea hidupan di Bumi, hidupan itu sepatutnya merupakan Carbon-based organism, maksudnya ia sepatutnya dibuat dari elemen Carbon. Kenapa? Sebab kebanyakan sel benda hidup; manusia, haiwan dan tumbuhan, adalah berdasarkan kepada atom Karbon. Maka, kalau kita nak cari planet yang berkemungkinan ada hidupan, kita kena pastikan planet tersebut ada elemen Karbon di dalamnya.",
"Masalah kedua yang kita hadapi, apabila\nberbicara mengenai nak cari makhluk asing ni adalah: angkasa tu AMAT LUAS. Luas\nangkasa sekarang ni (menurut anggaran ahli Astrofizik) adalah lingkungan 46\nbillion tahun cahaya. Jauh tu! Jadi, kita nak halakan pencarian kita ke mana?\nKe arah utara? Selatan?",
"Hakikat bahawa kita mempunyai satu kawasan\nmencari yang luas, dengan teknologi yang terhad ini saling tak tumpah dengan\nsituasi seorang pengembara yang tersesat di tengah Gurun Sahara. Nak ke kiri\npun pasir, nak ke kanan pun pasir. Jadi apa kita boleh buat? Dalam kes mencari\nmakhluk asing ni, kita boleh terlebih dahulu membuat anggaran kasar –\nberdasarkan pemerhatian kita terhadap bintang dan planet yang mengelilingi\nbintang tersebut.",
"Satu trivia menarik; kajian terhadap\nbintang dan planet yang mengelilingi bintang merupakan sebahagian kajian yang\nmendapat hadiah Nobel tahun ini. Sepertimana sistem suria kita, sistem bintang\nyang lain juga terdiri dari bintang dengan planet yang mengorbit bintang\ntersebut. Maka, apabila wujud planet yang mengorbit bintang mereka, akan wujud\nbeberapa zon seperti zon panas (planet terletak berhampiran dengan bintang,\nmenyebabkan air tidak mampu wujud dalam bentuk cecair, sebaliknya menyejat\ndalam bentuk gas). Sekiranya planet tersebut terletak terlampau jauh dari\nbintang mereka pula, berkemungkinan besar planet tersebut akan jadi terlampau\nsejuk (air akan wujud dalam bentuk ais). Planet yang boleh didiami pula,\nmenurut takrifan saintis, adalah planet yang terletak dalam Zon Selesa (Goldilock\nZone) di mana air boleh wujud dalam keadaan cecair, sama seperti di Bumi.\nPlanet-planet ini dipanggil sebagai Exoplanet.",
"Selain itu, terdapat pelbagai kriteria yang diperlukan oleh sesebuah planet untuk menampung hidupan yang sama seperti Bumi. Perlunya ada medan magnet untuk melindungi hidupan dari radiasi, suhu dan kelembapan yang sesuai, banyak sangat faktor yang diperlukan untuk sesebuah planet menjadi Habitable Planet.",
"Jadi, oleh sebab usaha kita untuk mencari hidupan lain di alam semesta ini agak payah dan leceh, manusia juga telah bertindak dengan menyiarkan kewujudan kita kepada alam semesta ini (meskipun mendapat tentangan dari saintis terkenal seperti Stephen Hawking). Antara cubaan kita menghantar mesej kepada dunia luar adalah dengan menghantar Probe Angkasa yang diisi dengan bahan yang mempamerkan tamadun manusia, sebagai contoh Cakera Emas yang diletak pada Voyager 1 dan Voyager 2.",
"Terdapat beberapa kesan yang perlu kita\nfikir sekiranya perhubungan antara makhluk ini terjadi. Pertama, apakah bentuk\nbahasa yang perlu kita gunakan untuk berinteraksi dengan makhluk asing tersebut?\nAdakah kita perlu mengkhatamkan filem Arrival sebelum mula berinteraksi dengan\nmereka? Kedua, adakah kita perlu takut dengan mereka? Sejarah mengajar bangsa\nmanusia bahawa apabila berlakunya pertembungan antara dua ketamadunan, tamadun\nyang lebih maju akan sentiasa membawa kehancuran kepada tamadun yang lagi satu\n(contoh Red Indian dan sejarah Amerika Syarikat). Maka perlukah kita takut\ndengan teknologi mereka? Perkara yang ketiga ditimbulkan sewaktu syarahan\nadalah, sekiranya makhluk asing tersebut wujud dan mampu berinteraksi dengan\nkita, adakah kita perlu meneruskan dakwah keagamaan terhadap mereka? Maklumlah,\nmanusia merupakan khalifah.",
"Jadi, apa pandangan anda? Wujudkah hidupan\nlain di luar sana?",
"Slide syarahan boleh diambil pada link di sini:\nhttps://docs.google.com/presentation/d/1IjcU4feQlDiqi_YElzu0gAgqKz5IqIjxzR3P6q6BRH0/mobilepresent"
] |
https://ajar.com.my/2019/10/29/animasi-pendek-cikgu-tak-putus-asa-ajar-murid-gagal-matematik-ini-setaraf-pixar/ | Animasi Pendek Cikgu Tak Putus Asa Ajar Murid Gagal Matematik Ini Setaraf Pixar! | [
"Ramai orang yang terinspirasi dengan filem – filem dan animasi pendek Pixar. Bukan saja kualiti animasi dan grafik mereka menawan, tetapi jalan cerita mereka kebiasaannya sangat menginspirasikan dan meruntun perasaan.",
"Siapa sangka rupanya ada animasi pendek buatan Malaysia yang berjaya merakam perasaan seolah menonton animasi Pixar!",
"(Anda perlu tekan link untuk tonton di Youtube)",
"Animasi yang dihasilkan oleh Brainy Bones Studio itu menceritakan tentang kegigihan Cikgu Suraya mendidik seorang murid istimewa yang sentiasa gagal dalam matematik.",
"Entah mengapa, murid tersebut tak dapat menulis nombor tetapi sebaliknya dia menghasilkan lukisan – lukisan ‘misteri’ yang tiada kaitan dengan matematik.",
"Perangai ini menjadikan Cikgu Suraya tertekan dan berputus asa kerana seolah tiada harapan murid itu untuk lulus. ",
"Tapi ternyata murid tersebut bukanlah berniat jahat sengaja bermain – main dan gagal, sebaliknya dia memang berhati suci. Dan cikgu Suraya kemudian menyedari sesuatu yang istimewa berkenaan lukisan – ukisan murid tersebut. ",
"Di samping animasi dan grafik yang cukup menawan, segala – galanya tentang animasi ini menyentuh hati dan memberi inspirasi. Animasi ini bagaimanapun agak ketinggalan daripada sasaran radar masyarakat, dan memerlukan bantuan anda untuk mengongsikannya. ",
"Mana tahu, kita mungkin mendapat sambungan dalam bentuk siri baru?"
] |
https://ajar.com.my/2019/10/29/tic-tac-toe-tidak-adil-ini-buktinya/ | “Tic Tac Toe” Tidak Adil, Ini Buktinya | [
"Siapa yang tidak kenal dengan permainan ‘Tic Tac Toe’ ? Dari zaman sekolah rendah lagi kita sudah didedahkan dengan permainan ini kerana tidak memerlukan bahan yang banyak dan permainan ini hanya mengambil masa sekitar 30 ke 60 saat sahaja. ",
"Jika kita lihat, kebanyakan permainan yang ada di dunia ini bersifat adil. Maksud adil di sini adalah setiap pemain mempunyai peluang meraih kemenangan yang sama sebagai contoh permainan catur, dam haji, backgammon, malah sukan-sukan seperti bola sepak, badminton dan lain-lain juga tergolong dalam permainan yang adil. Akan tetapi kita akan lihat bahawa permainan ‘Tic Tac Toe’ ini sebenarnya tidak adil. Mengapa ?",
"Berdasarkan kajian, peratusan kemenangan bagi pemain pertama adalah sebanyak 44.7% dengan 534 cara bagi memenangi permainan ini. Manakala peratusan bagi pemain kedua adalah sebanyak 39.4% dengan 471 cara bagi memenangi permainan ini. Sebanyak 15.9% lagi adalah keputusan seri bagi kedua-dua pemain. ",
" Pemain pertama lebih berkemungkinan memenangi tic tac toe berbanding pemain kedua.",
"Tetapi kenapa ? ",
"Pokok permainan bagi “Tic Tac Toe” 3×3 dibina\nsehingga gerakan keenam dan kemudian jadual kemungkinan dibina bagi tiga\ngerakan terakhir. Peraturan biasa akan digunakan bagi pembinaan pokok permainan\n“Tic Tac Toe” dengan grid 3×3 iaitu setiap pemain akan membuat gerak langkah\nsecara bergilir, masing-masing dengan tanda ‘X’ dan ‘O’. Pemain yang memenuhi 3\ntanda serupa sepanjang barisan menegak, melintang ataupun mengufuk dikira\npemenang.",
"Konsep simetri akan diguna pakai bagi setiap gerakan permainan yang masih belum mempunyai pemenang. Bagi pembinaan pokok permainan, gerakan pertama hanya mempunyai 3 gerakan sahaja daripada 9 gerakan kerana mengambil kira kedudukan gerakan yang sama apabila gerakan pada grid tersebut diputar atau dipantulkan seperti dalam rajah 3.1. Nombor bucu ditulis berhampiran dengan setiap gerakan dan nombor yang ditulis di dalam kurungan mewakili pemain pertama atau pemain A dan nombor yang ditulis tanpa kurungan mewakili pemain kedua atau pemain B.",
"Konsep simetri terpakai apabila kedudukan gerakan oleh kedua-dua pemain adalah serupa apabila bentuk permainan tersebut dipantul atau diputarkan. Rajah di 3.2 pula menunjukkan contoh model yang mempunyai simetrinya apabila dipantulkan atau diputarkan.",
"Setelah pokok permainan bagi gerakan ketiga dan keempat dibina, terdapat sebanyak 9 gerakan kemungkinan bagi pemain pertama pada gerakan ketiga dan sebanyak 387 gerakan kemungkian bagi pemain kedua pada gerakan keempat dengan pengaplikasian simetri. Rajah 3.3 menunjukkan salah satu bucu bagi gerakan ketiga dan keempat.",
"Bagi gerakan kelima dan keenam, didapati terdapat sebanyak 186 bucu setelah pengaplikasian konsep simetri. Terdapat juga beberapa bucu yang telah memberikan kemenangan kepada pemain A pada gerakan kelima dan ada juga yang memberikan kemenangan kepada pemain B pada gerakan keenam. Sebagai contoh, kemenangan diraih oleh pemain A pada bucu (73) bagi gerakan kelima dalam Rajah 3.4 di bawah bucu 13. Simbol ‘W’ digunakan bagi mewakili menang(win) kepada pemain A. Dalam Rajah 3.4 di bawah bucu 13 juga dapat diperlihatkan kemenangan kepada pemain B bagi gerakan keenam pada bucu 401. ",
"Simbol ‘L’ digunakan bagi mewakili kalah(lose) kepada pemain A ataupun kemenangan telah berpihak kepada pemain B. Terdapat sebanyak 54 bucu yang memberi kemenangan kepada pemain A pada gerakan kelima dan sebanyak 205 bucu yang memberi kemenangan kepada pemain B pada gerakan keenam. Meskipun terdapat bucu-bucu kemenangan yang mempunyai hasil kedudukan gerakan yang serupa, namun konsep simetri tidak diaplikasikan kerana konsep ini hanya diguna pakai pada peringkat bucu yang masih belum menemukan hasil permainan sama ada menang, kalah atau seri. Hal ini demikian kerana analisis akan dijalankan kepada bentuk bucu yang hampir memberi kemenangan kepada mana-mana pemain sahaja tanpa mengambil kira bentuk kemenangan tersebut. ",
"Dalam permainan “Tic Tac Toe” ini ingin dianalisis mengenai peratusan kemenangan bagi pemain A, peratusan kemenangan bagi pemain B dan peratusan untuk beroleh keputusan seri. Untuk 3 gerakan terakhir bagi bucu-bucu daripada rajah di atas, bucu-bucu berikut akan disenaraikan peluang bagi beroleh kemenangan, kekalahan dan seri. Bucu 400 diambil sebagai contoh seperti dalam Rajah 2.5 di bawah.",
"Sekarang\ndapat diketahui dengan jelas mengenai jumlah hasil permainan yang memberikan\nkemenangan kepada pemain A, kemenangan kepada pemain B dan jumlah hasil\npermainan yang memberi keputusan seri dengan pengaplikasian konsep simetru\nterhadap bucu permainan yang bukan bucu terminal. Daripada pokok permainan\ntersebut, diperoleh jumlah kemenangan kepada pemain A adalah 534. Jumlah\ntersebut diperoleh dengan menambahkan jumlah kemenangan kepada pemain A pada\ngerakan kelima iaitu sebanyak 54 dan jumlah kemenangan kepada pemain A pada 3\ngerakan terakhir iaitu sebanyak 480.",
"Seterusnya\npengiraan yang sama dikenakan pada pemain B dan memperoleh jumlah kemenangan\nsebanyak 471. Jumlah diperoleh dengan menambahkan jumlah kemenangan kepada\npemain B pada gerakan keenam iaitu sebanyak 205 dan jumlah kemenangan kepada pemain\nB pada 3 gerakan terakhir iaitu sebanyak 266. Jumlah bagi hasil permainan yang\nmemberikan keputusan seri pula adalah sebanyak 190. Daripada maklumat berikut,\nadalah tidak benar bahawa hasil permainan “Tic Tac Toe” menjurus kepada seri\nkerana kedudukan gerakan yang memberikan hasil seri adalah paling sedikit\nberbanding dengan hasil permainan yang memberikan kemenangan. Permainan “Tic\nTac Toe” dengan grid 3×3 juga dapat dibuktikan bahawa pemain A mempunyai\npeluang kemenangan yang lebih tinggi berbanding pemain B meskipun bentuk\nkedudukan gerakan telah diaplikasikan konsep simetri bagi setiap bucu yang\nbukan bucu terminal. Rahsia pertama telah dapat dirungkai daripada pemainan\n“Tic Tac Toe” dengan peratusan kemenangan kepada pemain A sebanyak 44.7%, peratusan\nkemenangan kepada pemain B sebanyak 39.4% dan peratusan keputusan seri adalah\n15.9%. ",
"Daripada Jadual 4.1, dapat dilihat antara bucu-bucu dengan 3 gerakan terakhir yang memberikan jaminan kemenangan kepada pemain A adalah 409,411,420,423, 447, 450 ,453, 502, 511, 708, 710, 714, 730, 734, 818, 1124, 1126, 1475, 1510, 1551 dan 2022. Dapat dilihat bahawa gandingan gerakan pada bucu dan tengah memberikan peluang kepada pemain A selaku pemain pertama untuk mengawal permainan. Hal ini demikian kerana pemain A yang membuat gerakan pertama atau boleh ditafsirkan sebagai penyerang. Maka terbukti gerakan pertama sama ada di bahagian tengah grid atad di bucu grid adalah yang terbaik berbanding membuat gerakan pertama di bahagian sisi grid.",
"Kemudian, bagi menjamin kemenangan kepada\npemain B pula dapat dilihat daripada bucu-bucu dengan 3 gerakan terakhir\nantaranya adalah 820,879,1042 dan 1731. Sekali lagi, gerakan pada bahagian\ntengah grid dan bahagian bucu grid mampu memberi jaminan kemenangan kepada\npemain B. Memandangkan pemain B adalah pemain dengan membuat gerakan genap,\nmaka pemain B perlu memastikan pemain A tidak membuat gerakan di bahagian\ntengah dan di bahagian bucu untuk mengelakkan jaminan kemenangan kepada pemain\nA.",
"Setelah dijalankan analisis terhadap setiap\nmodel permainan, didapati bahawa peratusan bagi meraih kemenangan kepada pemain\nA dengan pengaplikasian konsep simetri adalah sebanyak 44.7% dan peratusan bagi\nmeraih kemenangan kepada pemain B dengan pengaplikasian konsep simetri adalah\nsebaganyak 39.4%. Dapat ditunjukkan bahawa pemain A mempunyai kadar peratusan\nyang lebih tinggi dengan jumlah kemenangan keseluruhan dengan pengaplikasian\nkonsep simetri sebanyak 534 berbanding pemain B yang hanya dengan jumlah\nkemenangan keseluruhan dengan pengaplikasian konsep simetri sebanyak 471.\nTernyata pemain A mempunyai peluang yang lebih tinggi dari pemain B dan dapat\ndisimpulkan bahawa permainan “Tic Tac Toe” ini adalah bias. ",
"Seterusnya,\nperatusan bagi meraih hasil seri dalam permainan “Tic Tac Toe” dengan\npengaplikasian konsep simetri adalah sebanyak 15.9% dengan jumlah bucu\nkeseluruhan sebanyak 190. Maka andaian kita bahawa permainan ini lebih banyak\nmenghasilkan keputusan seri adalah tidak tepat kerana analisis di atas\nmenunjukkan peratusan seri adalah lebih rendah berbanding peratusan untuk\nperoleh kemenangan bagi pemain A dan pemain B dengan syarat strategi yang\ndigunakan oleh kedua-dua pemain mestilah strategi tulen.",
"Hal ini\ndemikian kerana grid-grid ‘Tic Tac Toe’ bagi 3×3 mempunyai 9 kotak kesemuanya.\nJika diandaikan bahawa kotak-kotak tersebut dimainkan sehingga tiada lagi ruang\nkosong, maka sebenarnya pemain pertama mempunyai 5 gerakan manakala pemain\nkedua mempunyai 4 gerakan sahaja. Ini memang tidak adil. Tetapi, kenapa pula\nrealitinya kita sering meraih keputusan seri sedangkan peratusan bagi meraih\nkeputusan seri hanya 15.9% ?",
"Ini pula\nkerana terdapat konsep ‘complete information’ di mana setiap pemain tahu akan\nakibatnya jika mereka membuat langkah demi langah dalam permainan tersebut.\nOleh kerana kita sering memainkan permainan ini, maka kita sudah tahu apa akan\nterjadi seterusnya. Maka pemain pertama sudah memiliki strategi yang terbaik\niaitu dengan mengatur langkah awal sama ada di kotak tengah atau kotak bucu,\nmanakala pemain kedua hanya akan membuat langkah untuk tidak membenarkan pemain\npertama memenangi permainan tersebut. Akhirnya, keputusan akan menjadi seri.",
"Peratusan di atas hanya akan diperoleh jika kedua-dua pemain tidak pernah atau pertama kali memainkan permainan ini. Berkemungkinan juga jika kedua-dua pemain tersebut pernah main tetapi hilang ingatan, maka pastinya pemain yang membuat langkah pertama akan meraih kemenangan.",
" Kesimpulannya, permainan “Tic Tac Toe” bagi\n3×3 bersifat tidak adil kerana memberi kelebihan gerakan kepada pemain pertama\nberbanding pemain keduan. Namun, ada tak cara untuk menjadikan permainan ini\nadil ? sebab itulah kita pernah melihat ‘Tic Tac Toe’ dengan bentuk 4×4 yang\nakhirnya memberikan pemain pertama sebanyak 12 langkah dan pemain kedua juga\nsebanyak 12 langkah dan ini adalah salah satu solusi bagi menjadikan permainan\nini lebih adil. "
] |
https://ajar.com.my/2019/11/03/apa-itu-gelaran-ts/ | Apa Itu Gelaran Ts? | [
"PRK datang lagi! Antara perkara yang menarik pada PRK Tanjung Piai kali ini adalah apabila seorang calon memegang gelaran Dato’ Ir. Ts. Dr.",
"Tapi, satu gelaran yang jarang kita dengar adalah gelaran Ts. Apakah ia?",
"Ts. adalah gelaran Teknologis Profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Ia tertakluk di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768).",
"Ini merupakan salah satu mekanisme pengiktirafan kepada teknologis dan juga juruteknik negara. ",
"Untuk menjadi seorang Ts. anda terlebih dahulu perlu tamatkan ijazah sarjana muda (sekurang – kurangnya) dalam bidang yang diiktiraf Lembaga, dan mendaftar sebagai Teknologis Berijazah.",
"Seterusnya, seorang teknologis berijazah boleh memohon untuk menjadi Teknologis Profesional setelah memperoleh pengalaman praktikal yang ditentukan oleh Lembaga (minimum 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan Teknologi), membayar yuran dan mematuhi kriteria yang ditentukan lembaga.",
"Seorang Teknologis Berijazah perlu mengambil penilaian dalam bidang teknologi berkaitan dan membayar RM600 untuk setiap kali percubaan.",
"Setelah lulus penilaian profesional, Teknologis Berijazah perlu memohon sebagai Teknologis Profesional dengan bayaran RM350.",
"Setelah diterima oleh Lembaga, barulah seorang Teknologis Profesional boleh menggunakan gelaran Ts. pada awal nama atau P.Tech selepas nama.",
"Bagi Teknologis Profesional, pembaharuan perlu dilakukan setiap tahun dengan bayaran RM200 dengan syarat memenuhi 30 jam CPD yang disahkan oleh MBOT.",
"Perbezaan Ts dan Ir",
"Jika Ts. di bawah Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Ir. pula diiktiraf di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)",
"Ts. tertakluk di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik sedangkan Ir. tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Jurutera. ",
"Sudah pasti, Ir. miliki carta alir permohonan yang tersendiri:"
] |
https://ajar.com.my/2019/11/03/5-kajian-saintifik-yang-diberi-anugerah-sebab-terlalu-merepek-2019/ | 5 Kajian Saintifik Yang Diberi Anugerah Sebab ‘Terlalu Merepek’ (2019) | [
"Rasanya kita semua tahu tentang anugerah saintifik yang paling berprestij iaitu anugerah Nobel, anugerah tertinggi dalam bidang sains yang diberikan kepada saintis – saintis dan pengkaji sains yang paling hebat pencapaian dan sumbangan mereka. ",
"Tapi rasanya tak ramai antara kita yang tahu tentang jiran kelas sebelah anugerah nobel iaitu Ig Nobel. Jika anugerah Nobel diberi kepada kajian yang paling kompleks, berimpak tinggi dan mengubah lanskap ilmu manusia, Ig Nobel diberi kepada kajian sains yang kelakar dan ‘merepek’. ",
"Kertas – kertas kajian sains ini pula bukanlah dibuat main – main atau palsu, sebaliknya memang kertas kajian sebenar menggunakan format yang sah dan metodologi kajian yang standard. Cuma topik dan skopnya saja yang buat orang tertawa. Majlis pemberian hadiah pula diadakan di Universiti Harvard setiap tahun.",
"Contohnya, pada tahun 2017, pemenang Ig Nobel adalah kajian yang mengkaji sifat cecair kucing. ",
"Pada tahun 2011, seorang doktor dapat anugerah Ig Nobel apabila mengambil masa 6 bulan untuk mengajar kura – kura menguap.",
"Jadi berikut adalah pemenang Ig Nobel untuk tahun 2019:",
"Kertas kajian ‘In-vivo biomagnetic characterisation of the American cockroach’ ini (canggih namanya) nak tahu apa jadi kalau kita memagnetkan bangkai lipas. Didapati medan magnet pada lipas mati berkurangan dengan lebih cepat berbanding lipas hidup. Lipas tersebut pula mungkin boleh ditampal pada peti sejuk?",
"Anda suka pizza? Apa kata anda salurkan obsesi anda menjadi kajian saintifik berkaitan kesan memakan pizza terhadap penyakit barah? Kajian ‘Does pizza protect against cancer?‘ tersebut mendapati pizza mungkin boleh melindungi badan kita daripada barah, hanya jika ia dihasilkan di Itali. ",
"Kertas kajian ‘ The pleasurability of scratching an itch: a psychophysical and topographical assessment‘ ini menganalisis variasi topografikal dan keberkesanan garuan pada tempat yang gatal. Didapati semakin tinggi rasa gatal, semakin tinggi kesedapannya apabila menggaru. ",
"Kertas kajian psikologi ini dapati kalau kita gigit pen, kita akan tersenyum, maksudnya kita gembira. Tapi kemudian didapati bahawa rupanya kita tak gembira pun. ",
"Jika anda belajar kejuruteraan bendalir (fluid dynamics), kajian terhadap najis mungkin benda terakhir yang anda fikirkan anda buat di makmal. Tapi kertas kajian ‘How do wombats make cubed poo?’ ini mengenalpasti struktur dan mekanik usus wombat untuk mengetahui kenapa najis yang dihasilkan berbentuk kiub."
] |
https://ajar.com.my/2019/11/08/80-peratus-pelajar-matematik-ukm-salah-jawab-soalan-paradoks-ini-kenapa/ | 80 Peratus Pelajar Matematik UKM Salah Jawab Soalan Paradoks Ini! Kenapa? | [
"Pelajar matematik UKM pernah ditanya satu soalan yang membuatkan mereka menggaru kepala. Soalannya berbunyi begini:",
"Bayangkan anda dalam rancangan realiti tv. Terdapat 3 buah pintu tertutup, satu daripadanya menyembunyikan hadiah sebuah kereta mewah manakala dua lagi menyembunyikan kambing. Misi anda adalah untuk memilih pintu yang mengandungi kereta, supaya anda boleh bawa balik sebagai hadiah! ",
"Anda diminta untuk memilih satu pintu. Maka anda pun pilih, katakan pintu A. Anda tidak tahu apa ada disebalik pintu A.",
"Kemudian hos tv membuka pula pintu selain daripada pilihan anda (katakan pintu B) yang mengandungi kambing. Maka sekarang anda tahu bahawa pintu B mengandungi kambing, tapi anda tak tahu pintu A (yang anda pilih) dan pintu C mengandungi kambing atau kereta.",
"Maka hos tv pun bertanya kepada anda jika ingin mengubah pintu. ",
"Persoalannya, adakah anda perlu ubah pilihan ataupun kekal dengan pilihan pertama ?",
"Eh jap, ada beza ke kalau kita ubah pintu kita? …. Hah?",
"Masalah Monty Hall",
"Permainan ini turut dikenali sebagai ‘Monty Hall Problem’ dan masalah ini sangat terkenal pada suatu ketika dahulu sehingga dijadikan sebuah rancangan tv. Jika anda berada dalam rancangan tersebut, adakah anda memilih untuk mengubah pilihan atau anda ingin kekalkan dengan pilihan pertama ?",
"Satu ujian dijalankan terhadap pelajar Matematik UKM mengenai masalah ini dan seramai lebih 80% menjawab salah kerana jawapan yang sebenar adalah… Sebelum kita tahu jawapan, kita perlu fahami situasi persoalan di atas.",
"Andaikan bahawa pintu tersebut disusun mengikut turutan A,B dan C dan hadiah tersebut disembunyikan di belakang pintu A.",
"Pada pilihan pertama anda memilih A, kemudian hos memilih pintu B (yang mengandungi kambing). Jika anda memilih untuk kekal dengan pintu A, maka anda telah menerima ganjaran kereta mewah tersebut. Jika anda ubah fikiran, anda rugi.",
"Pada pilihan pertama anda memilih B, kemudian hos pasti akan memilih pintu C (yang mengandungi kambing) kerana pintu itu sahaja yang tidak mempunyai kereta di sebaliknya. Jika anda kekal dengan pilihan anda, maka anda rugi. Tetapi jika anda ubah pilihan kepada pintu A, anda akan menerima ganjaran.",
"Pada pilihan pertama anda memilih C, kemudian hos pasti akan memilih pintu B (yang mengandungi kambing) kerana pintu itu sahaja yang tidak mempunyai kereta di sebaliknya. Jika anda kekal dengan pilihan anda, maka anda rugi. Tetapi jika anda ubah pilihan kepada pintu A, anda akan menerima ganjaran. ",
"Jadi … Tukar!",
"Maka jawapan yang tepat adalah ",
"Anda mesti mengubah pilihan anda berbanding anda kekalkan dengan pilihan pertama anda. ",
"Hal ini kerana kemungkinan untuk raih ganjaran jika kekal dengan pilihan pertama adalah sebanyak 1/3 manakala kemungkinan untuk raih ganjaran jika anda ubah pilihan adalah sebanyak 2/3. Rasa macam tak yakin dengan jawapan ini ? Mari kita lihat analogi yang lebih jelas.",
"Bayangkan terdapat 100 buah pintu, satu daripadanya tersembunyi sebuah kereta mewah disebaliknya. Kebarangkalian anda untuk memilih pintu yang mengandungi kereta adalah 1 /100.",
"Anda pilih satu pintu, kemudian hos tv akan membuka 98 buah pintu yang tidak terdapat kereta di sebaliknya, dan meninggalkan satu pintu terakhir yang tertutup. Maka adakah anda mahu memilih untuk kekal dengan pintu pertama yang anda pilih secara rawak dengan kebarangkalian 1/100 untuk betul, ataupun anda mahu pilih pintu yang telah ditapis daripada 98 pintu lain?",
"Maka anda perlu ubah pilihan pertama anda kerana kita boleh ibaratkan bahawa hos tv telah memberikan petunjuk kita kita bahawa sebuah pintu yang tidak dibukanya itulah yang tersembunyi ganjaran di sebaliknya.",
"Masih tak percaya? Cuba anda mainkan sendiri simulasi Monty Hall pada pautan ini.",
"Menyalahi Intuisi",
"Berbalik kepada pelajar UKM tadi, 80% pelajar memilih untuk tidak mengubah kerana merasakan tiada keperluan untuk mengubah. Kerana majoriti mereka menyangka bahawa pilihannya tetap sama , 50 – 50, antara pintu yang dipilih awal – awal dan pintu yang tinggal.",
"Maka soalan ini juga dikenali sebagai satu paradoks, iaitu:",
"Paradoks adalah satu kenyataan yang seolah – olah mencanggahi dirinya sendiri, atau tak mampu diselesaikan dengan logik dan tak masuk akal.",
"Kerana penjelasannya dianggap semacam tidak masuk akal dan menyalahi intuisi. Tetapi ini bukanlah satu paradoks yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya cumalah satu paradoks veridikal, iaitu paradoks yang pada mulanya mendatangkan kejutan dan tak masuk akal, tapi sebenarnya boleh diselesaikan kalau kita fikir panjang.",
"Kalau anda mungkin tidak faham dan bingung, jangan risau, apabila penjelasannya ‘klik’ saja di kepala, anda sendiri tidak faham kenapa dahulu anda tidak faham! Hehe.",
"Untuk lebih faham tentang paradoks, tontoni:"
] |
https://ajar.com.my/2019/11/11/ini-10-jenama-pencemar-plastik-terbesar-di-dunia/ | Ini 10 Jenama Pencemar Plastik Terbesar di Dunia | [
"Audit terbaru daripada breakfreefromplastic.org telah berjaya mengenal pasti syarikat – syarikat gergasi yang ‘menyumbang’ paling banyak pencemaran plastik dalam dunia. ",
"Sebanyak 8000 jenama telah dianalisa membabitkan 51 negara dan 1800 organisasi untuk menggesa entiti – entiti syarikat ini bertanggungjawab terhadap jenayah yang mereka telah lakukan terhadap alam sekitar. ",
"Banyak negara di Selatan Glob telah dipersalahkan atas pencemaran plastik. Tapi audit tersebut mendedahkan negara – negara Eropah dan US lah yang bertanggungjawab hasilkan jumlah plastik yang besar dan menyebarkannya ke serata dunia. ",
"Maka, syarikat – syarikat gergasi tersebut bersalah secara langsung ke atas krisis kesihatan, iklim dan kemiskinan dunia.",
"Sebelum ini, negara pernah dikecohkan apabila sampah plastik daripada Eropah dan Amerika dihantar ke Indonesia, Thailand dan Malaysia kerana kos yang murah.",
"Berikut adalah jenama pencemar plastik terbesar di dunia.",
"Dan pemenangnya, sekali lagi, adalah Coca Cola. Tahniah!"
] |
https://ajar.com.my/2019/11/11/peta-interaktif-ini-bolehkan-kita-bandingkan-saiz-objek-objek-terbesar-di-alam-semesta/ | Peta Interaktif Ini Bolehkan Kita Bandingkan Saiz Objek – Objek Terbesar di Alam Semesta. | [
"Alam semesta ini besar. Sangat besar. Terlampau besar sampai otak kita mungkin tak dapat bayangkan pun betapa besar saiznya. Perkataan ‘besar’ itu sendiri hilang maknanya bila kita fikirkan tentang kebesaran alam semesta.",
"Sebab apa tak terbayang? Kita mulakan dengan jarak antara bumi dengan matahari, iaitu 149.6 juta kilometer jauhnya. Jauh kan? Rasanya iya lah, sebab nombor tersebut terlampau besar untuk unit kilometer yang kita biasa gunakan. Macam mana kalau kita tukar daripada kilometer kepada panjang ikan paus? Membantu tak kalau kita tahu jarak antara matahari dengan bumi adalah jumlah panjang 5,003,344,481 ikan paus? Tak?",
"Bagaimana kalau kita kira berapa lama masa yang diambil untuk benda paling laju dalam alam semesta, cahaya, untuk mengembara daripada matahari ke bumi? Tempohnya adalah lebih kurang 8 minit. Sekarang bunyinya sudah tak lah berapa membingungkan. 8 minit je.",
"Tapi bagaimana kalau kita kira jarak kepanjangan galaksi kita? Jarak kepanjangan galaksi kita adalah sejauh 105,000 tahun cahaya. Maksudnya cahaya perlukan 105,000 tahun untuk mengembara pada jarak sejauh itu. Otak kita mula mencair…",
"Ringkasnya, sangat tak mudah untuk bayangkan skala saiz objek – objek gergasi di alam semesta ini. Tapi laman web sizeofspace ini menghulurkan bantuan untuk membantu kita cuba membandingkan objek – objek terbesar alam semesta dalam bentuk pengembaraan slaid.",
"Laman web yang dihasilkan oleh Neal Agarwal ini bermula dengan membandingkan objek – objek ciptaan manusia.",
"Kemudian ternyata objek – objek tersebut kerdil jika dibandingkan Asteroid Bennu.",
"Kemudian apabila kita sampai kepada matahari, otak kita mula sakit. Planet bumi cumalah setompok piksel kecil yang tidak relevan langsung.",
"…. Dan mata kita jadi putih bila kita sampai kepada lohong hitam supermasif yang sebelum ini menggemparkan dunia manusia. Matahari tidak langsung kelihatan, manusia mungkin cumalah sebesar atom jika dibandingkan dengan skala saiz lohong hitam ini…",
"Jadi apakah objek yang paling besar di alam semesta? Anda boleh cuba sendiri! ",
"Klik pautan ini. "
] |
https://ajar.com.my/2019/11/18/membetulkan-100-mesej-bahasa-wechat/ | Membetulkan 100 Mesej Bahasa Wechat! | [
"Bahasa wechat adalah antara masalah yang menimpa generasi masa ini. Dengan berleluasanya bahasa yang mencampuradukkan Inggeris Melayu, salah guna kata, sengaja menyalahejakan kata, dan pelbagai lagi ‘jenayah’ bahasa yang dirangkum dalam satu label ‘Bahasa Wechat’, tindakan perlu diambil untuk memahami dan mungkin mengurangkan gejala ini.",
"Bagi menyambut pencapaian 100 ribu subscriber di Youtube, pemilik saluran AJAR, Haziq Rahim mengambil cabaran membetulkan 100 bahasa Wechat yang dikumpulkan seantero dunia internet, dengan rangka untuk cuba memahami dan sebagai kesedaran kepada penonton untuk tidak menggunakan bahasa Wechat ini.",
"Berikut adalah hasil usaha beliau selama hampir 3 jam +."
] |
https://ajar.com.my/2019/11/20/soalan-matematik-tambahan-terlampau-susah-cikgu-pun-tak-boleh-jawab/ | Soalan Matematik Tambahan ‘Terlampau Susah’, Cikgu Pun Tak Boleh Jawab | [
"Ahh SPM. Sakit Paling Maksimum, Susah Payah Membingungkan, atau Saya Perit Menjawab merupakan antara waktu yang paling mencabar bagi seorang pelajar di Malaysia.",
"Sudah pasti, seperti biasa, banyak perkara yang dihafal malam sebelum peperiksaan tidak masuk, tersangkut 10 minit pada soalan pertama, dan idea tidak kunjung – kunjung tiba merupakan lumrah situasi peperiksaan sebesar SPM.",
"Namun, antara subjek yang paling digeruni dan mendapat banyak tumpuan setiap kali SPM sudah pasti adalah topik kesayangan ramai orang, Matematik Tambahan. ",
"Pada tahun ini, soalan matematik tambahan SPM dikritik. Dikatakan bahawa soalan – soalan kali ini terlalu susah sehingga ramai pelajar yang keluar dewan menangis dan kemurungan memikirkan masa depan yang gelap.",
"Antara gambar soalan matematik tambahan yang berlegar di internet dan mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesusahannya adalah seperti berikut:",
"Seorang guru matematik tambahan yang juga merupakan pemilik saluran tutor matematik Y=mx+c meluahkan pandangan beliau yang menganggap soalan – soalan tersebut tidak adil terhadap pelajar.",
"“Saya sedar semakin banyak soalan STPM yang muncul dalam SPM, untuk menunjukkan piawai SPM tinggi dan mencabar. Jika demikian, kita sepatutnya menyuruh saja guru – guru kita mengajar silibus Tingkatan 6 kepada pelajar Tingkatan 5.",
"Permutasi tidak sepatutnya miliki nombor berulang dan tan (x/2) sepatutnya dalam silibus STPM”",
"Guru tersebut juga meluahkan rasa tersedih terhadap pelajar yang mencurah begitu banyak usaha dalam matematik tambahan, tapi tidak mampu menjawab soalan. ",
"Ramai yang mengatakan bahawa kertas soalan yang susah menyebabkan pelajar semakin menjauhi matematik, yang kemudian memberi kesan kepada kerjaya mereka.",
"Namun begitu, terdapat juga pandangan yang mengatakan hal ini tidak patut dibesar – besarkan kerana ia berlaku saban tahun. Pada tahun lepas juga, heboh cerita pelajar membakar buku matematik tambahan kerana terlalu susah. ",
"Seorang pengguna FB memberikan pandangan berikut:",
"“Soalan tersebut dipiawaikan di seluruh negara. Setiap pelajar mendapat soalan yang sama, secara adil. Markah boleh disesuaikan kemudian.",
"Jika terlampau susah pun, apa masalahnya? Dah namanya penilaian, untuk menguji kemampuan pelajar”",
"Apa pandangan anda tentang isu ini? Tuliskan dalam bahagian komen!"
] |
https://ajar.com.my/2019/11/21/perkara-menarik-tentang-cahaya-yang-kita-patut-tahu/ | Perkara Menarik Tentang Cahaya yang Kita Patut Tahu | [
"Cahaya merupakan antara entiti paling penting dalam kehidupan. Selain daripada menjadi penerang dunia daripada kegelapan yang tiada berpenghujung, cahaya juga banyak digunakan sebagai simbol falsafah dan keagamaan.",
"Dalam sains, terdapat banyak perkara menarik tentang cahaya yang masih tidak diketahui ramai. Berikut 9 perkara menarik tentang cahaya yang kita patut tahu.",
"Kelajuan cahaya mengikut standard antarabangsa adalah 299,792,458 m/s. Dalam km/h pula, kelajuan cahaya adalah 1,079,000,000 km/h atau 1.079 x 109 km/h. Untuk rekod, kelajuan objek buatan paling laju adalah Helios 2, sebuah probe angkasa buatan NASA dengan kelajuan 252,792.5 km/h, yang dibina dengan tujuan untuk mengkaji matahari. ",
"Dua entiti yang diketahui boleh mengejar kelajuan cahaya adalah kelajuan gelombang graviti dan juga kelajuan kegelapan. Kelajuan gelombang graviti boleh didapati berdasarkan Teori Kenisbian Umum (General Relativity Theory), manakala kegelapan pula adalah manifestasi kelajuan cahaya, maka adalah tidak aneh sekiranya ia memiliki kelajuan cahaya. ",
"Cahaya merupakan sebahagian daripada ‘keluarga’ Gelombang Elektromagnet (Elektromagnetic Spectrum). Gelombang Elektromagnet ini terdiri daripada gelombang radio, gelombang mikro, sinaran inframerah, cahaya tampak, sinaran ultralembayung, sinaran-X dan sinaran Gamma. Beza antara ahli keluarga Gelombang Elektromagnet ini secara umumnya adalah dari segi tenaga mereka, dengan gelombang radio mempunyai tenaga yang paling lemah, manakala sinaran gamma mempunyai tenaga paling kuat. ",
"Warna pink tidak wujud dalam spectrum Gelombang Elektromagnet, namun ia wujud dalam carta warna yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. ",
"Menurut Teori Kenisbian Khusus, masa akan menjadi lebih perlahan apabila kita bergerak lebih laju (Hal ini dipanggil sebagai Pengembangan Masa atau Time Dilation). Apabila kita bergerak pada kelajuan yang sama dengan cahaya pula, masa akan berhenti. Menggunakan argument ini, saintis berpandangan, adalah tidak mustahil sekiranya kita bergerak melebihi kelajuan cahaya, masa akan bergerak ke arah yang bertentangan (masa akan mengundur atau pengembaraan masa boleh berlaku). .",
"Meskipun Teori Kenisbian Khusus mengatakan bahawa masa akan bergerak lebih perlahan apabila anda menjadi semakin laju, satu bahagian lain dari Teori Kenisbian Khusus juga melarang objek dari mampu bergerak menghampiri kelajuan cahaya. Sekiranya anda cuba untuk bergerak meghampiri kelajuan cahaya, semakin banyak tenaga yang anda gunakan untuk menjadi semakin laju, tenaga itu akan ditukarkan menjadi jisim. Hal ini adalah berdasarkan persamaan Tenaga-Jisim (Mass-Energy Equation), salah satu persamaan terkenal dari Einstein.",
"Disebabkan cahaya merupakan objek terpantas dalam alam semesta, ia mempunyai fungsi pelbagai dalam bidang penghantaran informasi dan telekomunikasi, sebagai contoh kabel gentian optik (Fibre-optic cable) yang digunakan untuk menghantar informasi menggunakan cahaya. Bidang Astrofizik dan kaji bintang juga menggunakan cahaya sebagai sumber maklumat utama untuk mereka mengkaji satu-satu bintang di angkasa. ",
"James Clerk Maxwell, seorang ahli fizik matematik, merupakan salah seorang tokoh utama dalam mengkaji bidang Gelombang Elektromagnet. Maxwell mengusulkan Persamaan Maxwell, persamaan pertama yang berjaya menggabungkan fenomena Elektrik dan fenomena Magnetime, dan hasil dari persamaan beliau, Maxwell berjaya mengira kelajuan cahaya, dan berjaya membuat kesimpulan bahawa cahaya merupakan salah satu spectrum Gelombang Elektromagnet. Bayangkan. Hanya dengan matematik, Maxwell berjaya menggabungkan tiga bidang besar dalam Fizik! ",
"Tentang Teori Relativiti Khusus / Teori Kenisbian Khusus (Special Relativity Theory) ",
"Ini merupakan bahagian tambahan yang menerangkan tentang antara teori fizik moden yang begitu menarik berkaitan cahaya.",
"Teori Relativiti Khusus\n/ Teori Kenisbian Khusus (Special\nRelativity Theory) merupakan salah satu cabang utama bidang Fizik Moden\nhari ini. Merupakan hasil kerja berterusan dari era Hendrik Lorentz, seorang\nahli fizik Belanda, Albert Einstein kemudiannya mengembangkan idea ini pada\ntahun 1905.",
"Konsep Teori Kenisbian\nKhusus sebenarnya agak mudah untuk difahami oleh orang awam. Terdapat beberapa\ntaakulan utama dalam Teori Kenisbian Khusus, yang sekiranya taakulan ini\nberjaya dibuktikan tidak benar, segala apa yang kita fahami tentang Kenisbian\nKhusus akan turut musnah.",
"Antara taakulan yang\ndiusulkan oleh Einstein adalah – cahaya merupakan kelajuan paling laju dalam\nalam semesta. Tidak ada objek dengan jisim lain yang boleh mengatasi kelajuan\ncahaya.",
"Kesan dari taakulan ini\nadalah agak menarik.",
"Bayangkan anda berada di\nsebuah pondok bas, sedang menunggu bas. Tiba-tiba, menara jam berhampiran\nlokasi anda berbunyi, menunjukkan jam 3 petang. Bas anda kemudiannya sampai.",
"Sekarang, disebabkan ini\nadalah satu eksperimen bayangan (juga dikenali sebagai Gedanken Experiment\ndalam bahasa Jerman), anda boleh menetapkan kelajuan bas yang anda naiki sesuka\nhati anda. Maka, anda tetapkan kelajuan bas anda sebagai sama dengan kelajuan\ncahaya, dan anda pun mula bergerak.",
"Sekiranya hal di atas\nberlaku, anda akan menaiki bas anda, dan sekiranya anda toleh semula ke\nbelakang, menara jam yang anda lihat tadi akan hilang dari pandangan anda, dan\nbahkan, jika anda toleh ke belakang, anda hanya akan nampak kegelapan!",
"Ini adalah logik kepada\npernyataan di atas.",
"Sekiranya anda bergerak\npada kelajuan cahaya menuju ke arah hadapan, dan andainya anda menoleh semula\nke belakang, cahaya dari objek di belakang, dari Menara Jam tadi contohnya,\ntidak akan sampai ke mata anda. Cahaya dari Menara Jam tadi akan sentiasa cuba\nuntuk sampai ke mata anda, namun disebabkan anda sendiri bergerak sama laju\ndengan kelajuan cahaya, cahaya tersebut tidak akan pernah sampai ke mata anda.",
"Situasi ini menjadi penanda aras dalam dunia moden – sekiranya kita mampu mengatasi kelajuan cahaya, maka informasi akan mampu sampai kepada pengguna lebih laju dari imej informasi itu sendiri, dan hal ini akan memberikan kesan besar kepada konsep kesan-akibat (causality) yang kita fahami.",
"Sekian sahaja trivia menarik untuk kali ini. Sekiranya anda mempunyai idea menarik untuk diketengahkan, anda dijemput untuk menyertai Pertandingan Commercialization Innovation and Idea Competition (comic) i-IDEA yang bakal berlangsung di UiTM Cawangan Perlis. Pertandingan dibahagikan kepada peringkat sekolah dan universiti, dan pemenang bakal memenangi hadiah wang tunai. Layari laman web http://comiic.i-idea.org/ untuk maklumat lanjut."
] |
https://ajar.com.my/2019/11/22/markah-50-untuk-a-sangat-rendah-petisyen-wujudkan-gred-s-dan-ss-untuk-matematik-tambahan-pula-dilancar/ | Markah 50% untuk A+ Sangat Rendah. Petisyen Wujudkan Gred S dan SS untuk Matematik Tambahan Pula Dilancar. | [
"Sebelum ini sebuah petisyen tular apabila mendesak agar Kementerian Pendidikan menurunkan markah lulus matematik tambahan SPM tahun ini kepada 5% dan 50% untuk peroleh A+. ",
"Namun tidak lama setelah itu, petisyen baru pula dilancar yang meminta supaya gred tambahan diwujudkan untuk kertas SPM Matematik Tambahan.",
"Petisyen tersebut dibuat oleh golongan pelajar – pelajar bijak yang risau sekiranya markah 50% untuk A+ itu diluluskan oleh KPM, ini bermakna markah mereka yang dijangka mencapai 90%+ itu tidak lagi akan bermakna kerana gred yang diperoleh sama saja dengan mereka yang mendapat markah 50%.",
"“Ini tidak adil kepada pelajar yang telah berusaha lebih dalam Matematik Tambahan untuk hanya mengetahui bahawa markah (A+) mereka hanyalah melebihi 50% apabila mengambil keputusan.",
"Maka saya melancarkan petisyen ini untuk mendesak KPM menilai masalah ini. Pandangan saya, menambah beberapa gred lebih tinggi daripada A+ seperti S atau SS adalah idea yang baik kerana bukan saja pelajar A+ dapat peroleh markah tersebut melebihi 50%, Pelajar 90% juga dapat dipuaskan”",
"Menurut pelancar petisyen itu, beliau rasa risau terhadap sistem pendidikan dan masa depan negara. ",
"“Saya tak nampak harapan negara jika calon SPM kita meminta markah yang begitu rendah untuk peroleh A+. Ia tidak bermakna apa – apa”"
] |
https://ajar.com.my/2019/11/22/terlampau-susah-pelajar-spm-lancar-petisyen-tuntut-markah-lulus-matematik-tambahan-5-dan-50-untuk-a/ | ‘Terlampau Susah’ Pelajar SPM Lancar Petisyen Tuntut Markah Lulus Matematik Tambahan 5% dan 50% untuk A+ | [
"Sebuah petisyen telah dilancarkan di laman change.org yang mendesak agar Kementerian Pendidikan menurunkan markah lulus matematik tambahan SPM tahun ini kepada 5% dan 50% untuk peroleh A+.",
"“Tahun ini soalan matematik tambahan terlalu sukar dan kerajaan telah menambah soalan yang begitu susah sehingga guru juga terpaksa habiskan satu jam untuk menyiapkan 2 soalan. Batch pelajar yang mengambil kertas tersebut meminta agar kerajaan menurunkan markah lulus bagi subjek tersebut”",
"Pada ketika artikel ini ditulis, petisyen tersebut telah mendapat lebih daripada 23 ribu tandatangan. ",
"Sebelum ini, telah tular berita tentang soalan Matematik Tambahan SPM yang terlalu sukar sehingga membingungkan guru – guru dan menyebabkan pelajar – pelajar menangis keluar dari dewan. ",
"Pelajar – pelajar yang menurunkan tandatangan digital rata – rata bersepakat bahawa jumlah peratusan lulus tersebut sememangnya wajar.",
"“Saya menandatangan kerana peperiksaan matematik tambahan ini begitu sukar dan kerja keras kami selama ini sia sia”",
"“Soalannya begitu susah, tolong benarkan pelajar tahun ini lulus”",
"“Saya menandatangan kerana setiap calon SPM merasakan kemurungan dan ketakutan setelah mengambil kertas matematik tambahan”",
"Menurut Pengarah Lembaga Peperiksaan, Tuan Haji Adzman Talib berkata, kesemua soalan yang dikeluarkan adalah berdasarkan kurikulum yang telah pun diajar kepada semua pelajar disekolah. ",
"Petisyen ini mendapat reaksi bercampur baur daripada netizen, ada yang mengatakan ini sebagai petanda belasan ribu pelajar tahun ini begitu manja.",
"Ada yang mengatakan bahawa sistem penilaian berdasarkan bell curve sememangnya akan merendahkan markah lulus berdasarkan gred purata pelajar seluruh Malaysia.",
"Bagaimanapun, petisyen ini mungkin isyarat satu reaksi balas pelajar yang tertekan dan memerlukan penelitian yang lebih telus berkenaan sistem pendidikan negara kita secara lebih menyeluruh."
] |
https://ajar.com.my/2019/11/27/bilik-masa-hiperbolik-wujud-di-dunia-sebenar/ | Bilik Masa Hiperbolik Wujud di Dunia Sebenar! | [
"Bilik Masa Hiperbolik atau Hyperbolic Time Chamber merupakan antara konsep yang menarik dalam siri animasi Dragon Ball. ",
"Dalam Dragon Ball (atau anime Jepun secara umum), semua watak boleh menjadi kuat dengan berlatih.",
"Apabila timbul watak jahat yang berkali – kali ganda lebih kuat muncul dari segenap pelusuk alam, hero – hero kita kemudian akan berlatih di Hyperbolic Time Chamber, di mana 1 tahun di dalam bersamaan 1 hari di luar. ",
"Dengan dilasi masa ini, hasilnya, mereka boleh luang bertahun – tahun untuk berlatih untuk menumpaskan lawan selang beberapa hari saja di dunia nyata.",
"Dan ini satu konsep yang penting dalam dunia Dragon Ball, kerana kebiasaannya watak jahat miliki senggang masa tertentu sebelum memulakan serangan (sebulan, setahun). Jika mereka tidak sempat berlatih dalam tempoh yang lama, mereka tidak mampu menjadi cukup kuat untuk melawan watak jahat tersebut.",
"Di dunia nyata, konsep sebegini bagaikan mimpi. Bayangkan jika kita miliki satu tempat khas di atas muka bumi yang kita boleh luangkan lebih masa untuk ulangkaji subjek SPM hari esok. Tempoh deadline tidak lagi menakutkan! Kita boleh berlatih lebih masa untuk menang apa – apa pertandingan! Hyperbolic time chamber memang satu impian buat para penangguh masa.",
"Tapi sudah pasti, ini adalah satu khayal kosong yang mustahil wujud. Kan?",
"Tidak. Ruang Masa Hiperbolik ini sememangnya wujud. Tapi ia bukan dalam keadaan yang kita jangka, dan bukan untuk manusia.",
"Kecerdasan Buatan (AI) sebelum ini telah mencipta rekod baru yang cukup menggemparkan apabila berjaya menumpaskan manusia dalam permainan Go, sebuah permainan yang dianggap lebih kompleks daripada catur (yang juga kita manusia telah ditumpaskan).",
"Itu sudah cukup menyedihkan bagi manusia, tapi kumpulan di belakang kecerdasan buatan AlphaStar nampaknya tidak puas melihat manusia kalah, dan kemudian menghasilkan pula AI yang lebih canggih sehingga mampu memenangi permainan StarCraft II.",
"StarCraft II adalah antara permainan Real Time Strategy (RTS) yang paling mencabar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan antara permainan yang memerlukan kemampuan strategi, kepantasan berfikir dan kelajuan tindakan per minit (Action per minute) yang seolah – olah hanya mampu dibuat manusia super (superhuman). ",
"Bukan saja mereka perlu mengawal unit dengan pantas dan optimal, mereka juga perlu merancang pengurusan makro, iaitu pemain perlu menguruskan membina markas, menguruskan sumber, membina unit, dan menjaga bekalan. ",
"Walaupun AI sudah ‘khatam’ dalam permainan seperti Atari, Mario, Quake III, dan Dota 2, ia sangat susah menguasai kerumitan permainan StarCraft. ",
"Tapi kini AI sudah pun melangkah ke tahap yang menggerunkan, apabila mereka kini menggunakan Bilik Masa Hiperbolik untuk mengalahkan musuh manusia mereka.",
"Ia telah dilatih untuk bermain StarCraft, dalam tempoh masa menyamai 200 tahun permainan di dunia sebenar. ",
"Pada mulanya, rangkaian neural itu dilatih dengan belajar daripada pemerhatian terhadap cara permainan manusia. Maka AlphaStar kemudian boleh belajar, dengan cara meniru, strategi – strategi yang digunakan oleh pemain di tangga permainan StarCraft. ",
"Agen yang awal kemudian berjaya menumpaskan AI tahap ‘elit’, iaitu lebih kurang tahap emas bagi pemain manusia.",
"Agen – agen AI ini kemudian disimulasikan untuk berentap sesama sendiri dan setiap pemenang akan mendaki anak tangga. Maka mesin tersebut mempelajari sendiri strategi – strategi yang berkesan, pematah strategi tersebut, cara permainan mana yang sesuai untuk melawan cara permainan lain, semuanya dalam ‘otak’ mesin tersebut.",
"Apatah lagi, beribu – ribu permainan StarCraft dimainkan serentak dalam masa 14 hari, dan segala data daripada simulasi tersebut menyamai 200 tahun masa permainan StarCraft dunia sebenar.",
"Pemain manusia paling lama dalam Esport StarCraft pun hanya belasan tahun.",
"Maka apabila AlphaStar dihadapkan dengan pemain profesional TLO, manusia tumpas 5 – 0 dengan sebuah permainan mencatat masa yang sangat pendek, hanya 17 minit.",
"Kemudian manusia tidak berpuas hati, dan menghantar pula MaNa, salah seorang pemain StarCraft paling hebat dalam dunia. Sekali lagi, kita kalah 5 – 0.",
"Bagaimanapun, pemain terbaik dunia, Serral berjaya menumpaskan Alphastar dalam permainan yang cukup tidak ortodoks, sebelum versi baru Alphastar menumpaskan beliau dengan menyapu bersih 3 – 0 menentang pemain terbaik dunia.",
"Jadi, ketika pelajar – pelajar sedang sibuk berpetisyen minta markah SPM diturunkan, musuh (harapnya tidak) kita sang AI sedang meluangkan masa beratus – ratus tahun belajar dan berlatih cara terbaik untuk menumpaskan pencipta mereka."
] |
https://ajar.com.my/2019/11/29/ejen-ali-realiti-masa-depan-manusia/ | Ejen Ali : Realiti Masa Depan Manusia | [
"Tahun 2019 menjadi tahun filem animasi 3D Malaysia,\ndimulakan dengan Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, kemudian Boboiboy The Movie 2\ndan penutup tahun 2019 kita dipersembahkan pula dengan Filem Ejen Ali The\nMovie.",
"Artikel ini bukan ingin membandingkan filem mana lebih baik,\ncuma ingin menyentuh aspek realiti filem-filem ini. Antara 3 filem ini, penulis\nmerasakan Animasi Ejen Ali lebih hampir kepada Realiti Dunia yang sebenar.",
"Boboiboy sudah tentu cerita rekaan kerana besar kemungkinan\ntidak wujud makhluk asing yang merebut Sfera Kuasa, ia jauh daripada realiti.\nUpin Ipin jika dalam siri animasi tv ia adalah tentang senario kehidupan\nmasyarakat di Malaysia, tapi Filemnya lebih kepada cerita khayalan.",
"Tetapi tidak bagi Ejen Ali (Penulis menulis berdasarkan Siri Animasi TV musim 1 dan musim2, bukan berdasarkan filem terbaru). Bagi yang pernah menonton siri animasi Ejen Ali pasti tahu tentang I.R.I.S, iaitu satu peranti yang memberikan persepsi komputer kepada pemakainya, iaitu Ali.",
"I.R.I.S menggabungkan keupayaan manusia dengan keupayaan\nKecerdasan Buatan (Artificial Intelligent, A.I) menjadikan Ali daripada seorang\nbudak biasa kepada seorang ejen yang hebat.",
"Konsep yang dibawa dalam siri animasi Ejen Ali bukanlah fiksyen rekaan semata, ia sememang suatu realiti yang boleh dicapai dan juga masa depan manusia yang kita sedang menuju kepadanya.",
"Semestinya integrasi otak manusia dengan ‘otak’ komputer\nataupun A.I. Di masa depan mungkin kita semua akan memiliki otak yang telah digabungkan\ndengan A.I yang akan mempercepatkan pelbagai proses dalam kehidupan. Contohnya\nproses pembelajaran mungkin akan menjadi lebih cepat dan manusia akan ada kemampuan\nuntuk belajar banyak perkara.",
"Betul ke wujud benda macam tu?",
"Jika ditanya sekarang, memang belum ada, tetapi langkah-langkah kepada penggabungan ini telah lama wujud. Terbaharu Syarikat Neuralink, yang merupakan salah satu syarikat usahawan teknologi terkenal Elon Musk telah mengumumkan pada tahun hadapan (2020) ujian implan peranti ke atas otak manusia akan dijalankan bagi fasa pertama.",
"Neuralink adalah sebuah syarikat yang menjalankan kajian dan\nmembangunkan peranti yang akan di implan ke dalam otak (bunyi menakutkan) yang membolehkan\nperanti tersebut membaca isyarat aktiviti otak dan seterusnya mentafsir isyarat\ntersebut dengan algoritma matematik. Isyarat tersebut boleh digunakan sebagai\ninput arahan kepada komputer dan seterusnya komputer boleh melaksanakan arahan\ntersebut.",
"Wow macam kompleks saja, bagi mudah sikit.",
"Contohnya, kita hanya perlu fikir sahaja, nanti komputer yang akan buat. Contohnya kita nak taip “video ajar”, kita tak perlu taip, kita hanya fikir, nanti komputer akan tolong taipkan. Menarik kan?",
"Jadi di fasa pertama, Neuralink telah mencipta bebenang elektrod yang akan diimplan ke dalam otak. Bebenang ini saiznya 10 kali lebih halus daripada rambut manusia. Elektrod ini disambungkan kepada peranti pengesan (Sensor) yang akan menghantar isyarat yang dibaca daripada otak ke komputer secara tanpa wayar (wireless).",
"Neuralink juga telah mencipta mesin yang akan digunakan untuk mengimplan bebenang elektrod ini ke dalam otak. Dengan mesin ini, proses implan hanyalah seperti rawatan LASIK, dan bukannya pembedahan otak yang rumit. Jadi proses implan ini tidak terlalu menakutkan.",
"Di fasa ini, Neuralink menyasarkan untuk membantu pesakit\nlumpuh mengawal telefon dan komputer. Fokus mereka adalah pada kawalan tetikus\ndan papan kekunci. Dengan ini pesakit lumpuh boleh berkomunikasi dengan\nmenggunakan telefon pintar.",
"Dan Hasrat Elon Musk lebih jauh lagi iaitu ingin menggabungkan\notak manusia dengan A.I. Elon Musk adalah antara orang yang risau dengan dengan\nkecanggihan A.I dan meramalkan jika A.I tidak dikawal, A.I mungkin akan\nmenakluk manusia (Dah macam filem Terminator pula). Jadi di kala kemampuan\nmanusia semakin ditinggal jauh oleh A.I, maka untuk memintas A.I, manusia perlu\nbergabung dengan A.I. Itu idea Elon Musk.",
"Jadi peranti IRIS dalam siri Animasi Ejen Ali bukanlah suatu\nkhayalan, ia adalah suatu visi dan masa depan ketamadunan manusia. Mungkin\ndimasa hadapan, akan wujud peranti seperti I.R.I.S. dan digunakan oleh kita\nsemua. Mungkin.",
"Sebenarnya, penggabungan otak manusia dengan computer\nbukanlah perkara baharu. Kajian tentang perkara ini telah bermula sejak tahun\n1970-an dan ia semakin berkembang. Ia dikenali juga sebagai ‘Brain-Computer\nInterface (BCI)’ ataupun ‘Brain-Machine Interface (BMI)’.",
"Selain Neuralink, NeuroLife oleh Battelle juga telah\nmenjalankan kajian dengan mengimplan peranti ke otak pesakit bernama Ian\nBurkhart yang lumpuh akibat kecederaan tulang belakang. Hasilnya, pesakit ini\nboleh menggerakkan tangan dengan bantuan alat yang dipasang dalam otaknya.",
"Maka tema peranti IRIS dalam siri animasi Ejen Ali adalah\nsesuatu yang realistik dan nyata.",
"Selain itu, Ejen Ali juga menyentuh isu keruntuhan sifat\nkemanusiaan apabila manusia terlalu mengejar kemajuan.",
"Dalam Episod Analog, dipaparkan bagaimana teknologi telah menjadikan manusia asyik dengan teknologi. Watak Antagonis Analogman juga ada menyebut tentang masyarakat yang tinggal dipinggir Cyberaya yang hidup jauh daripada kemajuan dan hidup dalam kemiskinan.",
"Satu dialog yang sepatutnya kita ambil perhatian adalah ",
"“Dalam sibuk mengejar kemajuan, kamu lupa pada nilai\nkemanusiaan” – Analogman",
"Ia adalah suatu mesej yang kuat dalam siri ini, selain\nmemaparkan kecanggihan teknologi, satu perkara yang kita tidak boleh tinggalkan\nadalah nilai kemanusiaan.",
"Tapi sayangnya dalam siri animasi, mesej tidak begitu diberi\npenekanan. Sedikit disentuh tentang Pinggir Cyberaya semasa memaparkan sejarah\nhidup Uno dan Rudy. Tapi, mungkin ini isu yang dibawa dalam Filem Ejen Ali yang\nmana memaparkan kehidupan masyarakat pinggir Cyberaya, atau mungkin di musim\nketiga.",
"Rasanya 2 noktah ini sudah cukup untuk memberi kita gambaran\nbahawa Siri Animasi Ejen Ali adalah karya yang unik yang sangat hampir dengan\nrealiti semasa. Tema ini penting kerana untuk menjadikan rakyat Malaysia ini\nprogressif dan tidak ketinggalan, kita perlu didedahkan dengan realiti semasa\ndan menjadi sebahagian daripada penyumbang kemajuan dan dalam masa yang sama,\nmembangunkan nilai kemanusiaan yang sebenarnya sangat akrab dengan nilai-nilai\nketimuran.",
"Sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Khaldun",
"“Masyarakat yang tiada daya untuk kehadapan, dengan\nsendirinya akan tertolak kebelakang”",
"Semoga lebih ramai penggiat seni yang berani membawa tema\nsains fiksyen yang hampir dengan realiti bukan sekadar fantasi."
] |
https://ajar.com.my/2019/12/03/lihat-bagaimana-ahli-matematik-ini-lakukan-magis-yang-mustahil/ | Lihat Bagaimana Ahli Matematik Ini Lakukan Magis yang ‘Mustahil’. | [
"Ini satu cabaran untuk anda. Bolehkah anda memasukkan cakera bulat yang besar ke dalam lubang petak yang kecil?",
"Naluri kita mungkin secara pantas akan menyebut tidak. Kecuali jika dikoyakkan kertas itu lah. Tapi jika anda tonton video ini oleh Tadashi Tokieda daripada Universiti Stanford, sememangnya ia boleh dilakukan. Cakera bulat besar itu sememangnya boleh melepasi lubang petak yang kecil. ",
"Caranya, adalah dengan melipat kertas itu dengan suatu teknik lipatan yang tertentu.",
"Saya potong lubang berbentuk petak pada sehelai kertas dan ambil sekeping cakera bulat. Saya lipat kertas dengan cara yang misteri, dan cakera ini kemudian mampu melepasi lubang. Saya tak menarik kertas, apatah lagi koyak. Bagaimana ini berlaku?",
"Helahnya, atau strateginya, (sebab penjelasan beliau terlalu cerdik untuk dipanggil helah), adalah berkait rapat dengan penukaran dimensi kertas tersebut.",
"“Ia disebabkan oleh dimensi dalaman atau intrinsik helaian kertas tersebut, yang berbentuk 2D, berevolusi di persekitaran 3D. Terdapat ruang sesiku”",
"Err hah.",
"Dengan kata lain, dalam dimensi kedua, iaitu dimensi rata, lubang petak itu sememangnya terlalu kecil untuk dimasuki oleh cakera. ",
"Tapi apabila kita melipat kertas menjadi 3D, kita boleh menjadikan lubang itu selebar hasil tambah dua sisi petak, lantas menjadikannya lebih panjang daripada panjang lubang yang asal.",
"Hal ini kerana, hasil tambah dua sisi petak lebih panjang lebih kurang 40% daripada panjang pepenjuru lubang.",
"Untuk menjadikan magis ini lebih meyakinkan menantu anda, anda boleh memotong panjang pepenjuru supaya ia pendek sedikit saja berbanding cakera tersebut. ",
"Siapa kata Pythagoras yang kita belajar di sekolah tak berguna?",
"Kalau anda masih tidak kekaburan pada dimensi ketiga, jangan risau, penjelasan Tokieda lebih baik daripada artikel ini."
] |
https://ajar.com.my/2019/12/04/kenapa-rahang-mulut-dinasti-eropah-lebar-lebar-sebab-perkahwinan-ahli-keluarga-terdekat/ | Kenapa Rahang Mulut Dinasti Eropah Lebar – lebar? Sebab Perkahwinan Ahli Keluarga Terdekat. | [
"Apabila kita meneliti gambar – gambar klasik daripada tamadun Eropah, mungkin ada antara kita yang terperasan suatu perkara yang agak janggal pada gambar – gambar tersebut.",
"Iaitu, banyak golongan Monarki dan pemerintah Eropah miliki rahang yang lebar dan besar, di samping bibir bawah yang membonjol.",
"Keluarga Habsburg yang memerintah kawasan yang besar di Eropah Tengah dari abad ke 16 hingga abad ke 18, berkongsi bukan saja nama keluarga yang sama – bahkan banyak ahli keluarga mereka juga turut memiliki rahan bawah yang besar yang lebar yang dipanggil ‘rahang Habsburg‘.",
"Mengapa fenomena rahang Habsburg yang unik ini boleh terjadi? Kajian terbaru oleh saintis telah mengesahkan sebabnya. ",
"Rahang tersebut merupakan akibat perkahwinan sesama ahli keluarga terdekat yang berabad lamanya. ",
"“Dinasti Habsburg merupakan antara dinasti yang paling berpengaruh di Eropah” kata Roman Vilas, profesor genetik di University of Santiago de Compostela. ” Tapi dinasti tersebut kemudian dikenali dengan amalan inbreeding (perkahwinan ahli keluarga terdekat) yang akhirnya mengakibatkan kejatuhannya”.",
"Ini kerana pertalian darah diraja bagi dinasti Sepanyol tersebut tamat pada tahun 1700 dengan kematian King Charles II yang tidak dapat melahirkan zuriat, besar kemungkinan akibat amalan inbreeding. ",
"Rekod menunjukkan raja – raja Habsburg kerap terlibat dalam perkahwinan sesama ahli keluarga biologi yang turut melibatkan perkahwinan bapa saudara – sepupu dan perkahwinan sepupu pertama.",
"Tujuan perkahwinan sesama ahli keluarga terdekat ini adalah untuk memelihara warisan keturunan sesama mereka",
"Kajian genetik terbaru telah menemukan perkaitan positif yang jelas antara amalan inbreeding dengan susuk muka rahang Habsburg.",
"Dalam kajian yang diterbitkan di Annals of Human Biology , para pengkaji merekrut 10 pakar bedah muka pakar yang menggunakan 66 potret untuk mendiagnosa 15 orang ahli dinasti Habsburg.",
"Didapati, rahang Habsburg itu tidak kelihatan pada awal keturunan, dan menjadi semakin ketara dan tampak di generasi yang terbawah.",
"Bagaimanapun pengkaji mengatakan mereka tidak boleh menolak kemungkinan bahawa muka Habsburg itu tidak lain hanyalah merupakan sifat yang diperturunkan secara warisan dan kajian tersebut merupakan anggaran pertama struktur genetik muka manusia dengan saiz sampel yang kecil."
] |
https://ajar.com.my/2019/12/04/dr-wan-amani-betulkan-fakta-salah-kisah-tular-penglibatan-dengan-nasa/ | Dr Wan Amani Betulkan Fakta Salah Kisah Tular Penglibatan dengan NASA. | [
"Dr. Wan Wardatul Amani baru – baru ini mendapat perhatian media sosial yang meluas apabila kisah penglibatan beliau dengan NASA tular di Facebook.",
"Bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan fakta yang menjejaskan reputasi beliau dan perlu diperbetulkan.",
"Dalam hantaran di Facebook, Dr Wan Amani mengemukakan beberapa pembetulan terhadap kisah yang berlegar tentang beliau.",
"Antara pembetulan yang dikemukakan adalah:",
"“Apabila anda menularkan maklumat yang salah, anda merosakkan perhubungan, menyebarkan maklumat yang palsu, merosakkan reputasi saya dan NASA sebagai organisasi yang dihormati, dan anda mereka cipta satu ilusi apa yang anda mahu percaya tentang diri saya tapi anda tidak kenali siapa diri saya yang sebenar dan sumbangan saya kepada SporeSat”.",
"Untuk biografi yang lebih tepat mengenai Dr Amani, pembaca boleh merujuk laman web seperti majalahsains.com. "
] |
https://ajar.com.my/2019/12/09/sistem-galaxy-card-boboiboy-yang-wajar-dipuji-kerana-membuang-langsung-elemen-perjudian/ | Sistem Galaxy Card Boboiboy yang Wajar Dipuji Kerana Membuang Langsung Elemen Perjudian | [
"Tempoh hari penulis berkesempatan turun melihat Boboiboy Galaxy Card Tournament di Putrajaya. Ia adalah kali pertama penulis hadir dalam pertandingan kad sepanjang hidup, dan ia sedikit sebanyak mengimbau kenangan bermain kad Pokemon dan Yu Gi Oh sewaktu sekolah dulu.",
"Sudah pasti, penulis bukan datang bukan untuk bertanding kerana ia hanya terbuka kepada kanak – kanak sahaja dan kerana sudah pasti malu besar kalau orang dewasa kalah dengan anak 10 tahun.",
"Terdapat sesuatu yang menarik perhatian penulis berkaitan dengan sistem permainan kad kumpul (collectible card game) hasilan syarikat tempatan ini yang wajar diketengahkan kepada masyarakat umum.",
"Iaitu bagaimana ia membuang langsung elemen perjudian yang selama ini menjadi identiti asas permainan kad kumpul. ",
"Sebelum kita menyentuh lebih lanjut tentang sistem kad kumpul dan kaitannya dengan perjudian, kita berkenalan dulu dengan lanskap permainan video moden yang semakin kritikal kerana hampir segenap aspek industri tersebut mula dijangkiti barah perjudian.",
"Industri gaming mula berubah bentuk apabila ia mengguna pakai sistem pembelian dalam permainan. Jika dahulu pengguna hanya mengeluarkan duit untuk membeli CD dan perisian permainan satu kali untuk peroleh akses kepada keseluruhan isi permainan video, kini dengan sistem transaksi mikro, pembayaran menggunakan wang sebenar boleh berlaku waima dalam permainan video itu sendiri.",
"Pada mulanya sistem pembelian dalam permainan ini cumalah ditawarkan kepada fail tambahan yang boleh dimuat turun untuk menambah isi kepada permainan sedia ada (Downloadable content – DLC), aksesori permainan, sistem permata untuk mempercepat proses naik level, atau sistem bayar untuk menang. Aspek – aspek pembelian ini sendiri mendatangkan banyak kritikan kerana terdapat banyak ruang eksploitasi. Namun secara umum ia masih dipandang secara ‘adil’.",
"Namun sistem kapitalis ini kemudian berevolusi lagi apabila syarikat – syarikat gaming gergasi mula mengimplementasikan elemen perjudian yang ketara di dalam permainan video secara berleluasa, menerusi konsep seperti ‘lootbox‘. ",
"Ringkasnya, lootbox adalah suatu unit dalam permainan yang perlu dibeli menggunakan duit nyata, tetapi pemain tidak mengetahui apa kandungan di dalamnya. Boleh jadi ia adalah watak istimewa, perkakasan, senjata, atau aksesori permainan. Setiap item ini dikelaskan menurut tahap rarity, semakin rare, semakin sukar ia ditemui. Maka pemain perlu membeli banyak lootbox menggunakan duit sebenar untuk meningkatkan kebarangkalian memperoleh item yang unik yang mereka kehendaki.",
"Sama seperti perjudian, sistem loot box merangsang pemain untuk terus berminat dengan permainan tersebut dan mencetus ketagihan sama seperti perjudian. Disebabkan ia menyasarkan semua golongan pemain tanpa mengira umur termasuk kanak – kanak, maka beberapa agensi dan kerajaan telah mengusulkan agar sistem ini diharamkan. ",
"Bagaimanapun, konsep lootbox ini sebenarnya telah berakar lebih awal daripada permainan yang lebih dikenali ramai, iaitu permainan kad kumpul.",
"Rasanya pembaca rata – rata tahu dan miliki pengalaman bermain kad kumpul yang menjadi kegilaan suatu ketika dahulu (dan sekarang, tapi dalam bentuk yang lebih moden).",
"Permainan kad kumpul seperti Pokemon, Digimon, Yugioh, Magic the Gathering dan lain – lain menerobos masuk ke dalam lingkungan kegemaran anak – anak sekolah. Secara dasar, permainan kad itu sendiri tidak lah bermasalah (asalkan tiada elemen tidak beretika seperti watak separa lucah, keganasan melampau), tetapi sistem ekonomi industri kad kumpul hakikatnya berunsurkan perjudian.",
"Sewaktu membeli pek di kedai – kedai depan sekolah, pembeli tidak mengetahui kandungan pek tersebut. Kad – kad yang diperoleh menerusi pembelian pek yang buta tersebut adalah rawak. Boleh jadi ia mengandungi kad Wargreymon 5 bintang yang menjadi kegilaan kanak – kanak, boleh jadi ia mengandungi kad bertaraf rendah yang sudahpun dimiliki 5 salinan daripada pembelian – pembelian lepas.",
"Untuk peroleh kebarangkalian yang lebih tinggi mendapat kad yang dikehendaki, pemain perlu membeli lebih banyak pek atau membeli pakej pek booster yang menjanjikan lebih banyak kad yang rare. Harganya sudah pasti lebih mahal berbanding pek biasa.",
"Bagi setiap sesi pembukaan pek, pemain (kanak – kanak) akan dirangsang dopamine untuk berasa seronok dan ketagih apabila memperoleh kad yang rare dan berasa kecewa dan ingin membeli lebih banyak pek apabila mereka tidak peroleh apa yang dikehendaki.",
"Ya, sistemnya sama seperti Lootbox yang kini mula dipersoal dan mendapat perhatian meluas kerana berunsurkan perjudian. Bezanya, sistem kad kumpul ini datang lebih dahulu dan kurang mendapat perhatian dari segi perbahasan etika.",
"Hasil daripada sistem kerawakan yang dimanipulasi ini, di samping syarikat pengeluar kad memperoleh lebih banyak keuntungan daripada pembelian berkali – kali oleh seorang pemain, ia juga menghasilkan pasaran kedua di mana pemain dan syarikat boleh menjual kad – kad tertentu yang rare dengan harga yang ditetapkan berdasarkan rarity artifisial. Pemain – pemain perlu membida harga untuk peroleh kad tersebut yang mereka tidak peroleh walaupun telah berhabis duit membeli ratusan pek rawak.",
"permainan kad Boboiboy Galaxy Card yang baharu keluaran syarikat tempatan pula unik kerana ia berjaya keluar daripada elemen perjudian yang sekian lama membarah dalam permainan kad kumpul.",
"Ia membuang elemen kerawakan dengan menayangkan kad yang terkandung di dalam pek.",
"Apabila membeli sebuah pek, pembeli boleh menyemak kad yang terkandung di dalam bungkusan tersebut di bahagian belakang pek, lantas memansuhkan elemen kerawakan dan guessing serta kejutan apabila membuka pek. ",
"Maka untuk memperoleh kad yang dikehendaki, pengumpul cuma perlu menyelak bahagian belakang pek untuk mencari kad mana yang masih belum ada dalam koleksi. Iya, boleh jadi pek yang mengandungi kad tersebut tiada di kedai berdekatan yang dicari, maka pengumpul cuma perlu mencari di kedai atau lain atau menunggu kemas kini kedai berdekatan tersebut.",
"Boboiboy Galaxy Card bagaimanapun masih menggalakkan pengumpul untuk mendapatkan sebanyak mungkin kad kerana kad – kad tertentu yang diperoleh menghasilkan satu set poster. Elemen galakan itu ada, tetapi bukan bercirikan rangsangan dopamine atas kejutan dan guessing.",
"Penulis bukanlah ingin membuat promosi atau hard selling terhadap Boboiboy Galaxy Card, artikel ini pun bukanlah dibayar.",
"Namun, galakan penulis adalah bagi ibu bapa yang miliki anak – anak yang suka bermain kad kumpul, adalah untuk menukar alternatif daripada jenama luar yang mungkin menerapkan elemen perjudian, kepada jenama tempatan yang lebih beretika. "
] |
https://ajar.com.my/2019/12/14/formula-baru-persamaan-kuadratik-yang-lebih-mudah-ditemui-berita-baik-untuk-pelajar-matematik-tambahan/ | Formula Baru Persamaan Kuadratik yang Lebih Mudah Ditemui. Berita Baik untuk Pelajar Matematik Tambahan! | [
"Persamaan kuadratik merupakan antara igauan terawal ramai pelajar yang memilih (dan dipilih) untuk menjejakkan kaki ke dunia subjek matematik tambahan. Kebiasaannya, topik persamaan kuadratik ini menjadi satu petanda aras awal sama ada pelajar tersebut boleh berkawan dengan subjek matematik tambahan, atau ia bakal mencetuskan permusuhan dengan matematik buat selama – lamanya (tak lah, melebih – lebih je ni).",
"Setelah berkenalan dengan bentuk asas persamaan kuadratik, ax2 + bx + c = 0 , di mana a tidak bersamaan 0 , pelajar kemudian diajar pula dengan cara untuk mencari punca bagi persamaan tersebut, iaitu ialah nilai yang memuaskan persamaan kuadratik itu. ",
"Selama puluhan, mungkin ratusan tahun sejak dari zaman al Khwarizmi dan Descartes lagi, cara mencari punca bagi persamaan kuadratik yang dikenal pasti adalah:",
"A) Pemfaktoran",
"B) Penyempurnaan Kuasa dua ",
"C) Formula Kuadratik",
"Dalam pengajaran dan pembelajaran kuadratik, kebiasaannya pelajar cumalah disuap dengan formula dan mengulang skema jawapan untuk contoh soalan tanpa memahami sepenuhnya bagaimana formula tersebut didatangkan. ",
"Malah, sesetengah proses memerlukan kaedah meneka (dipanggil kaedah cuba jaya) untuk memperoleh jawapan yang betul. Masalah bagi kaedah adalah kadangkala walaupun setelah diteka berkali – kali, jawapannya masih tidak kunjung tiba.",
"Walaubagaimanapun seorang ahli matematik. Dr Po Shen Loh menemui satu proses yang lebih mudah dan lebih intuitif untuk menyelesaikan persamaan tersebut, di samping menawarkan jalan kerja yang lebih pendek. ",
"Video ringkas yang menerangkan proses tersebut diterangkan menerusi video di bawah:",
"Menariknya menurut Dr Po, beliau amat terkejut kerana penemuan tersebut tidak dikesan oleh peradaban manusia selama beralaf lamanya walaupun berbilion orang telah menemui dan menyelesaikan persamaan kuadratik. ",
"Dr Loh menemui ‘helah’ untuk menyelesaikan persamaan kuadratik ini dengan cara yang berbeza secara tidak sengaja pada satu malam. Dalam proses yang diterangkan secara lebih terperinci dalam laman web beliau, beliau dapati dua punca persamaan kuadratik boleh diselesaikan dengan cara bermula daripada hasil tambah;",
"“Dalam kaedah ini, disebabkan ia menyelesaikan masalah dengan bermula dengan hasil tambah, maka ia boleh digunakan untuk menyelesaikan mana – mana persamaan kuadratik”",
"Sudah pasti, apabila diterangkan seperti di atas, kedengarannya seperti sukar difahami. Tetapi jika anda berminat, cuba luangkan masa mendengar penerangan secara terperinci oleh Dr Loh tentang kaedah alternatif ini, beserta dengan contoh – contohnya."
] |
https://ajar.com.my/2019/12/21/gerhana-matahari-akan-berlaku-di-malaysia-apa-yang-perlu-anda-lakukan/ | Gerhana Matahari akan berlaku di Malaysia. Apa yang perlu Anda Lakukan? | [
"Pada 26 Disember\n2019, sebuah fenomena alam akan berlaku iaitu gerhana matahari. Lebih menarik\nlagi, fenomena ini dapat dilihat di keseluruhan Malaysia! Sebelum kita fikir\napa yang perlu dilakukan, mari kita ulang kaji semula berkenaan fenomena ini.",
"Fenomena gerhana\nmatahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari pada satu\ngaris lurus. Oleh sebab bulan berada di tengah, maka bayang-bayang bulan akan\nmenutupi sebahagian Bumi. Daripada bayang-bayang inilah yang kita namakan\nsebagai gerhana Matahari. ",
"Gerhana matahari hanya berlaku pada waktu siang, iaitu waktu antara matahari terbit dengan matahari terbenam. Hemisfera bumi yang berada pada waktu malam, tidak akan dapat melihat gerhana matahari di bahagian hemisfera siang. ",
"Gerhana matahari\nberlaku sekitar 2 kali setahun. Namun gerhana matahari boleh berlaku lebih\ndaripada 2 kali setahun, tetapi kebarangkaliannya adalah kurang. Gerhana\nmatahari yang paling tinggi kekerapannya adalah pada tahun 1935 dengan 5 kali\ngerhana pada tahun tersebut.",
"Terdapat 4 jenis\ngerhana matahari iaitu gerhana matahari penuh, gerhana matahari separa, gerhana\nmatahari cincin dan gerhana matahari\nhibrid. ",
"Gerhana matahari\npenuh berlaku apabila keseluruhan matahari ditutupi oleh bulan. Gerhana\nmatahari separa berlaku apabila sebahagian matahari ditutupi bulan. Gerhana\nmatahari cincin pula berlaku apa bila keseluruhan bulan menutupi matahari,\nnamun tidak menutupi keseluruhan matahari. Gerhana matahari hibrid pula berlaku\ndengan gabungan matahari cincin dan matahari penuh.",
"Ada beberapa\nkaedah untuk melihat fenomena ini. ",
"i) Melalui live\nstreaming di media sosial.\nii) Menggunakan penapis matahari khusus. Jangan gunakan spek hitam pula! \niii) Ambil kertas, tebuk satu lubang dengan apa-apa bentuk, dan lihat pada\nbayang-bayang yang terhasil. Cahaya matahari yang menembusi lubang ini akan\nmenunjukkan gerhana matahari",
"Gerhana matahari\npada 26 Disember akan datang ialah gerhana matahari cincin. Namun hanya\nbahagian selatan johor dan sebahagian sarawak sahaja yang dapat melihat gerhana\nmatahari cincin. Manakala kawasan lain hanya dapat lihat gerhana matahari\nsepara.",
"Rujukan: ",
"https://www.esa.int/Science_Exploration/Space_Science/What_is_an_eclipse, ",
"https://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEcat5/SE1901-2000.html, ",
"http://falakonline.net/semesta/2019/09/informasi-umum-gerhana-matahari-cincin-26-disember-2019/"
] |
https://ajar.com.my/2019/12/28/dekad-baru-mula-tahun-2020-ke-2021-sebenarnya/ | Dekad Baru Mula Tahun 2020 ke 2021 Sebenarnya? | [
"Pada tahun 2000, ada beberapa perkara besar yang menggoyahkan tamadun manusia.",
"Yang pertama adalah ketakutan besar – besaran bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2000 yang dipanggil Y2K. Struktur dunia moden disangka akan runtuh, kapal terbang akan jatuh secara serentak di seluruh dunia, perang nuklear akan terletus, dan Nabi Isa akan turun sebagai tanda akhir zaman.",
"Tapi yang lebih besar daripada itu, pada tahun 2000 pernah berlaku satu peperangan antara umat manusia. Satu pertelingkahan besar – besaran antara dua kelompok Homo Sapien. ",
"Iaitu perdebatan sama ada alaf baru ni bermula tahun 2000 ke tahun 2001, sebenarnya?",
"Tak sangka, pejam celik, pejam celik, kita sudah pun (hampir) memasuki tahun 2020, suatu angka yang dianggap agak istimewa bagi rakyat sebuah negara yang bernama Malaysia.",
"Selama berpuluh tahun kita diterapkan dengan satu wawasan bahawa 2020 adalah waktu keramat di mana Malaysia akan mencapai satu status negara maju. Dulu kita terbayang bandar kita dilingkari lebuh raya terapung, menara yang dua kali ganda lagi tinggi daripada KLCC, kita boleh parkir kereta guna lif!",
"Namun realiti sebenar adalah … tak berapa … sama dengan imaginasi kita dulu – dulu…",
"Hei, tapi sekurang – kurangnya kita dah ada kereta terbang kan?",
"Selain daripada wawasan 2020, perkara lain yang rancak dibincangkan mengenai tahun 2020 adalah sama ada ia sebenarnya dekad yang baru ataupun tidak. ",
"Untuk mengulangkaji, dekad adalah tempoh masa sepuluh tahun, abad 100 tahun, alaf 1000 tahun. Rata – rata sudah bersedia menyambut 2020 sebagai dekad yang baru, tapi ada juga golongan yang mengatakan dekad baru bermula tahun 2021. Menariknya, pandangan kedua ini sering dianggap janggal dan minoriti.",
"Kesnya samalah macam perubahan alaf baru yang ditulis pada awal artikel.",
"Kenapa boleh berlaku perselisihan begini, siapa yang betul?",
"Kekeliruan Kalendar.",
"Apabila kita menyebut tahun 2020, apa yang kita rujuki sebenarnya? ",
"Kita hakikatnya merujuk kepada kalendar Masihi (atau dikenali sebagai kalendar Gregorian), yang secara tradisionalnya, dirangka bermula daripada kelahiran Nabi Isa, atau Jesus Christ. Masihi merujuk kepada Isa al – Masih. ",
"Jadi tahun 2020, adalah 2020 tahun setelah kelahiran Nabi Isa. 2020 itu bukan umur bumi kita (harap tak ada yang percaya sebegini).",
"Dan asal usul konsep tahun 2020 ni berasal daripada seorang rahib yang bernama Dionysius Exiguus yang lahir pada tahun 470 Masihi di Romania. Dialah yang pertama mencadangkan supaya pengiraan tahun ni dimulakan daripada tarikh kelahiran Jesus. Maka terciptalah istilah anno Domini A.D, yang bermaksud ‘Tahun Tuan Kami’.",
"Tapi bermula dari sinilah beberapa kekeliruan mula timbul:",
"Ringkasnya, sebab kita tak bermula dengan tahun 0 dalam kalendar, tahun pertama sebenarnya berakhir pada akhir tahun 1 Masihi, bukan permulaannya.",
"Maka, dekad pertama dalam kalendar tamat pada akhir 10 Masihi. Abad pertama tamat pada penghujung 100 Masihi, dan Alaf pertama tamat pada penghujung tahun 1000 Masihi.",
"Jadinya, penghujung dekad kita sebenarnya adalah pada 31 Disember 2020, bukan 31 Disember 2019. Dekad baru bermula pada 1 Januari 2021.",
"Kalau nak sambut jugak dekad baru macam mana?",
"Kalau nak sambut dekad baru juga, dah janji dengan kawan nak datang sambutan besar – besaran dekad baru, atau dah beli cermin mata ‘2020 DEKAD BARUUU’ ke, jawapannya…",
"Boleh je, tak ada masalah. Suka hati kita la kot.",
"Sebab kalendar ni adalah satu konstruk sosial yang bergantung kepada tetapan masyarakat berdasarkan sejarah, agama, dan berdasarkan pilihan masyarakat.",
"Sudah pasti, pergaduhan ini hanyalah berlaku bagi mereka yang menuruti kalendar Gregorian yang berdasarkan kelahiran Nabi Isa (yang sebenarnya tak tepat pun, kalau ikutkan sekarang mungkin sepatutnya tahun 2025+ menurut tarikh kelahiran sebenar Nabi Isa).",
"Ia tak menjadi masalah bagi orang yang menuruti kalendar Hijrah contohnya yang berdasarkan tarikh Hijrah Nabi Muhammad SAW.",
"Jadi terpulanglah pada kita nak memilih kalendar yang mana untuk mentarikhkan hidup kita …."
] |
https://ajar.com.my/2019/12/28/saintis-muslimah-ini-temui-galaksi-baru-yang-kemudian-dinamakan-dengan-nama-beliau/ | Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau | [
"Seorang sains Muslimah kelahiran Turki telah menemui sebuah galaksi yang baru, dan kini galaksi tersebut dinamakan dengan nama beliau. Galaksi tersebut, yang dikenali sebagai Galaksi Burcin, dinamakan sempena nama ahli astrofizik Dr. Burçin Mutlu-Pakdil.",
"Beliau yang dilahirkan dan dibesarkan di Istanbul, Turki kemudian berpindah ke Ankara untuk mempelajari Fizik di Universiti dan menjadi salah seorang daripada sejumlah kecil pelajar wanita yang mengambil jurusan tersebut.",
"Sebagai seorang saintis Muslimah muda yang menemui sebuah Galaksi Cincin Dua yang sangat sukar ditemui, pencapaian beliau sangat mengagum dan menginspirasikan. ",
"Daripada hidup biasa – biasa, menjadi luar biasa.",
"Datuk dan nenek Dr Burçin datang daripada kampung yang kecil dan mereka tidak pandai membaca dan menulis. Ibu bapa beliau juga tidak berjaya menamatkan persekolahan kerana terpaksa ibu bapa mereka. ",
"Kecintaan beliau pada subjek fizik mula bertunas apabila di sekolah menengah, beliau membuat kajian tentang Einstein. Menurut kakaknya, Einstein adalah orang yang paling bijak dalam dunia.",
"Disebabkan impian ibu bapanya tidak tercapai, beliau diberikan kebebasan untuk meneruskan cita – cita akademik di Ankara dalam bidang fizik. Asalnya, keputusan untuk berjauhan daripada keluarga ini dibantah oleh saudara – maranya, melihatkan beliau seorang wanita daripada keluarga tradisional.",
"Beliau juga diperlekeh dan diherdik kerana memilih untuk mempelajari fizik. Profesor beliau sendiri malah menyindir beliau kerana memilih laluan akademik sedemikian.",
"Bagaimanapun, cabaran – cabaran ini cumalah menjadikan Burçin semakin bersemangat untuk belajar dan berusaha bersungguh – sungguh untuk berjaya. Sebagai seorang saintis Muslimah di Turki, beliau sentiasa menjulang impian untuk menjadi model ikutan Muslimah yang lain.",
"Detik kejayaan",
"Ketika beliau menyambung pengajian beliau pada tahap PhD, beliau menemui sebuah galaksi yang baru. Galaksi ini bukan saja baru saja ditemui pada tahun 2017, tapi ia juga miliki ciri – ciri yang unik. ",
"Galaksi Burçin ",
"Pada mulanya, galaxy ini disangkakan merupakan sebahagian daripada Objek Hoag yang ditemui pada tahun 1950 oleh seorang saintis bernama Arthur Hoag. Objek Hoag adalah sebuah galaksi di mana cincin terang bintang biru yang muda mengelilingi badan pusat simetri yang dibentuk oleh bintang – bintang yang lebih tua, tanpa sebarang hubungan tampak antara mereka. Namun, setelah kajian lanjut terhadap galaksi ini, didapati bahawa ia sesuatu yang berbeza.",
"Galaksi tersebut unik di mana ia miliki dua cincin simetri mengelilingi badan pusatnya dan tidak bercantum dengan badan pusat. Ia malah memiliki cincin dalaman berwarna merah yang mengelilinginya badan pusat. Galaksi yang normal miliki cincin tidak simetri dengan hubungan yang tampak dengan badan pusat.",
"Dr Burçin adalah inspirasi kepada kita semua untuk tidak tewas dengan tekanan masyarakat untuk mengkaji kehebatan alam ciptaan Tuhan."
] |
https://ajar.com.my/2019/12/29/kehebatan-struktur-organisasi-m-a-t-a-dalam-animasi-ejen-ali/ | Kehebatan Struktur Organisasi M.A.T.A Dalam Animasi Ejen Ali | [
"Ejen Ali The Movie, sebuah filem animasi terbitan Wau\nAnimation merupakan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.",
"Grafik dan animasi yang cemerlang, pembinaan karakter yang amat dekat dengan para penonton, jalan cerita dan plot twist yang sangat menarik, serta diadun kemas dengan pelbagai emosi telah berjaya menawan hati bukan sahaja golongan kanak-kanak, malah golongan dewasa juga turut berasa kagum dengan pencapaian cemerlang filem animasi Ejen Ali.",
"Pelbagai reaksi dan respon positif telah diberikan oleh para\npenonton filem Ejen Ali The Movie.",
"Berikut merupakan antara sebab mengapa Ejen Ali The Movie\nmenjadi kebanggaan rakyat Malaysia:",
"Selain daripada sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas, ada satu lagi sebab mengapa filem dan animasi Ejen Ali ini jauh lebih hebat daripada animasi-animasi lain iaitu disebabkan oleh kehebatan struktur organisasi M.A.T.A. itu sendiri.",
"Pembinaan Struktur Organisasi M.A.T.A yang Mengagumkan",
"M.A.T.A. (akronim bagi Meta Advance Tactical Agency)\nmerupakan sebuah agensi perisikan yang diasaskan oleh Dato’ Othman untuk\nmelindungi keselamatan bandar dan penduduk Cyberaya. ",
"Terdapat empat (4) teras dalam organisasi M.A.T.A. yang\ndiketuai oleh Ejen Zain, Ejen Dayang, Ejen Ganz dan Ejen Djin (bekas ejen\nM.A.T.A.) seperti berikut:",
"Berasal daripada perkataan neurologi iaitu sebuah ilmu sains\nperubatan berkaitan otak dan sistem saraf. Ejen Teras NEURO merupakan ejen yang\nberpengetahuan tinggi serta berperanan untuk menyusun strategi dalam setiap\nmisi yang diamanahkan.",
"Antara Ejen NEURO yang terkenal ialah Ejen Alicia, General\nRama (beliau memakai sut berwarna kuning dalam pertempuran melawan Niki) dan\nEjen Zain yang telah terkorban dalam Misi Legasi.",
"Berasal daripada perkataan combat yang bermaksud\npertempuran. Ejen Teras KOMBAT merupakan ejen yang mahir dalam pertempuran\njarak dekat dan sederhana serta berperanan melindungi keselamatan rakan-rakan\nsepasukan sewaktu menjalankan misi mereka.",
"Ejen Bakar dan Ejen Iman (seorang muslimah bertudung)\nmerupakan antara ejen Teras KOMBAT yang dikenali ramai.",
"Berasal daripada perkataan teknologi menjadikan ejen dalam\nTeras TEKNO sangat berkemahiran dan berpengetahuan tinggi dalam bidang\nteknologi. Peranan ejen Teras TEKNO ialah untuk mencipta dan mengendali\nperalatan-peralatan canggih bagi menjayakan misi.",
"Ejen Teras TEKNO yang terkenal ialah Ejen Ali, Ejen Aliya dan\nEjen Dayang.",
"Berasal daripada perkataan invisible atau halimunan\nmenjadikan ejen Teras INVISO sangat licik dan tangkas dalam tindakan mereka.\nPeranan utama ejen Teras INVISO ialah mencipta helah dan penyamaran bagi\nmenumpaskan pasukan musuh.",
"Dua ejen Teras INVISO yang dikenali ramai ialah Ejen Comot\ndan Ejen Rizwan.",
"Sekarang, perhatikan semula warna-warna yang diwakili oleh\nsetiap teras dalam organisasi M.A.T.A.",
"Merah, kuning, biru dan putih. Keempat-empat warna yang digunapakai bagi mewakili setiap teras dalam organisasi M.A.T.A. merupakan warna-warna bagi Jalur Gemilang!",
"Dari segi hierarki pula, setakat yang didedahkan sehingga\nhari ini, Dato’ Othman yakni pengasas M.A.T.A. berada pada peringkat tertinggi,\ndiikuti oleh ketua-ketua teras (Ejen Zain, Ejen Dayang, Ejen Ganz dan Ejen\nDjin), General Rama, mentor-mentor bagi setiap teras (Ejen Leon, Ejen Geetha, Ejen\nBakar dan Ejen Karya) dan seterusnya ejen-ejen muda M.A.T.A.",
"Nah, hebat bukan organisasi M.A.T.A. dalam animasi Ejen Ali?",
"Teori Pengurusan Organisasi M.A.T.A",
"Selain daripada pelbagai teori dan falsafah yang dipamerkan\ndalam Ejen Ali The Movie seperti falsafah deontologi (suatu sistem moral yang\nmengukur baik buruk tindakan seseorang berdasarkan niat si pelaku), utilitarianism\n(berpaksikan matlamat menghalalkan cara), cengkaman sistem kapitalisme ke atas golongan-golongan\nmiskin dan lemah, sebenarnya banyak juga teori pengurusan yang dapat kita\npelajari daripada animasi Ejen Ali, khususnya melalui struktur organisasi M.A.T.A.",
"Sebagai contoh, kepentingan rantaian perintah (chain of command) di mana para ejen akan menerima arahan melaksanakan misi yang telah disusun dan diagihkan oleh General Rama serta beberapa misi khas lain yang terus disampaikan oleh ketua-ketua teras sebagai pemimpin tertinggi dalam organisasi.",
"Selain itu, setiap kapasiti dan kelebihan para ejen adalah dinilai terlebih dahulu sebelum ditugaskan dalam kumpulan teras yang sesuai dengan kemahiran masing-masing sama ada Teras NEURO, INVISO, KOMBAT mahupun TEKNO. Dalam melaksanakan misi pula, setiap ejen dalam teras yang berbeza perlu bekerjasama, saling melengkapi dan menghormati peranan masing-masing bagi mencapai objektif misi.",
"Dalam kebanyakan keputusan yang diputuskan dalam M.A.T.A., kita dapat lihat berlakunya musyawarah sama ada di antara ketua-ketua teras mahupun sesama ahli pasukan dalam sesebuah misi. Konsep musyawarah ini adalah amat penting bagi memastikan tidak berlakunya conflict of interest dalam kalangan ejen M.A.T.A. dan semuanya bersatu demi merealisasikan matlamat agensi.",
"Pun begitu, apabila berlaku kes-kes kecemasan, kita dapat lihat pemimpin tertinggi dalam organisasi M.A.T.A. atau dalam sesebuah misi telah menggunakan autoriti yang dimilikinya melangkaui konsep musyawarah seperti mana yang telah dilakukan oleh Ejen Zain yang mengorbankan dirinya setelah mengarahkan ejen-ejen muda melaksanakan Protokol Gegas pada episod akhir Ejen Ali musim kedua.",
"Akhir sekali, tidak dapat tidak, setiap organisasi memerlukan pelapis yang terlatih bagi memastikan misi dan visi organisasi terus berjalan dan diwarisi oleh generasi seterusnya. Disebabkan semangat inilah, Akademi M.A.T.A. ditubuhkan bagi melatih ejen-ejen muda yang bakal memegang tampuk kepimpinan M.A.T.A. pada masa akan datang.",
"Oh ya, seperkara lagi dan tidak kurang pentingnya dalam sesebuah organisasi, apatah lagi bagi organisasi perisikan berteknologi tinggi seperti M.A.T.A., prinsip menjaga kerahsiaan dan hal-hal sulit organisasi adalah amat dititikberatkan. Disebabkan menjaga kerahsiaan inilah Ejen Bakar telah menggunakan kod identiti rahsia ejen untuk memasuki ibu pejabat M.A.T.A. melalui Restoran Mamak Maju seperti berikut:",
"“Nak nasi goreng kampung telur mata, 3, tak nak telur” yang\nmempunyai maksud tersirat “Nak masuk ke ibu pejabat M.A.T.A., 3 orang ejen, tak\nnak orang lain tahu.” Menarik bukan?",
"Siapa kata animasi Ejen Ali ini hanya untuk kanak-kanak sahaja, kerana sungguh, banyak pengajaran dan falsafah yang dapat kita pelajari daripada animasi kebanggaan rakyat Malaysia ini.",
"Sekarang, sebahagian daripada maklumat penting organisasi\nM.A.T.A. telah berada dalam pengetahuan anda. Sekiranya anda direkrut sebagai\nsalah seorang ejen M.A.T.A., teras manakah yang akan menjadi pilihan utama\nanda?",
"Ejen Eqhwan\nTeras INVISO",
"Berapa\nbintang untuk Ejen Ali The Movie? Sudah tentu 10/10.",
"Facebook: https://www.facebook.com/pemimpin.bersaudara",
"Twitter: https://mobile.twitter.com/Eqhwan94",
"Rujukan:",
"1. https://ejenali.fandom.com/ms/wiki/M.A.T.A.",
"2. Ejen Ali The Movie dan siri animasi Ejen Ali.",
"3. https://www.thepatriots.asia/terlupa-makan-popcorn-dalam-wayang-sebab-ejen-ali/",
"4. Twitter M.A.T.A. HQ: https://mobile.twitter.com/EjenAlidetail"
] |
https://ajar.com.my/2020/01/03/7-tahun-dah-buat-video-ulas-model-angkasa-lepas/ | 7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas | [
"Amat sukar kita temui video hasilan tempatan yang mengulas tentang astronomi, apatah lagi yang dihasilkan oleh murid sekolah.",
"Bagaimanapun, sebuah video yang dimuatnaik di Youtube ternyata amat istimewa apabila ia menampilkan seorang anak kecil yang berusia 7 tahun mengulas tentang model angkasa lepas.",
"Video tersebut memperlihatkan adik Omar Shahnaz yang memberi komentar simulasi angkasa lepas menggunakan perisian Universe Sandbox, sebuah permainan simulasi angkasa lepas interaktif.",
"Nak tau tak? DekatJupiter, di dalam dia, ada gas! Dalam Jupiter juga ada red spot, lepas tu ada habuk, ribut taufan kuat!",
"Omar juga memberi komentarnya terhadap planet – planet di Sistem Suria, sambil jelas menampilkan kegembiraan meneroka simulasi tersebut.",
"Menurut bapa Omar, Muhammad Khalid Muzappa Yakub, Omar telah pun menunjukkan minat terhadap astronomi sejak umur 5 – 6. Beliau juga banyak menyokong minat anaknya dengan membeli teleskop murah secara atas talian.",
" “Ada beberapa kali bawa dia ke balai cerap dan ikuti program di planetarium negara. Memang dari kecik pun selalu nyanyi lagu nursery rhyme nama2 planet” ",
"Diharapkan supaya adik Omar terus menonjol minatnya yang istimewa ini dan menjadi ikutan kanak – kanak lain untuk minat mempelajari alam semesta ciptaan Tuhan."
] |
https://ajar.com.my/2020/01/06/gunting-ini-lebih-laju-daripada-cahaya/ | Gunting Ini Lebih Laju Daripada Cahaya? | [
"Terdapat beberapa percubaan orang untuk mencabar teori Einstein yang mengatakan bahawa “tiada apa yang boleh bergerak lebih laju dari cahaya”. Antaranya adalah teori gunting superluminal yang boleh mengatasi kelajuan cahaya.",
"Andaikan kita mencipta gunting yang sangat panjang. Rakan anda bernama Izzat, duduk di sebelah pangkal pertemuan dua bilah gunting, manakala Peah duduk di sebelah hujung gunting tersebut. Panjang bilah gunting tersebut ialah 1 tahun cahaya. Kemudian anda menutup gunting tersebut dalam masa sesaat. Haa! titik pertemuan dua bilah gunting telah bergerak ke hujung gunting dalam masa 1 saat! Ini bermakna, Izzat telah bergerak menemui Peah dengan kelajuan 1 tahun cahaya per saat! ",
"Ehh. Tapi bukankah had laju maksimum ialah had laju cahaya? Izzat dan Peah hanya mampu bergerak dengan halaju 1 tahun cahaya per tahun. Jadi, apa yang berlaku? Adakah Izzat dan Peah bergerak mengatasi kelajuan cahaya?",
"Jawapan ringkasnya ialah tidak. Mengapa tidak? ",
"Teori Kerelatifan\nKhas telah menyatakan bahawa halaju cahaya merupakan had laju paling tinggi di\nalam semesta. Ini bermaksud, segala interaksi di alam semesta ini dihadkan pada\nhalaju cahaya.",
"Gunting tersebut\nadalah satu objek fizikal yang terdiri daripada atom-atom. Maka atom-atom ini\njuga mematuhi teori kerelatifan khas; atom-atom pada gunting tersebut\nberinteraksi pada had laju maksimum cahaya. Interaksi antara atom-atom ini adalah\nmelalui daya elektromagnet. Atom-atom ini ‘melekat’ antara satu sama lain disebabkan\noleh daya coulomb (sebahagian daya elektromagnet). Anda mungkin pernah tahu\nmengenai daya ini, iaitu daya antara dua cas positif akan menolak, manakala cas\npositif dan cas negatif akan menarik. Daya antara atom ini menarik antara satu\nsama lain dengan had laju maksimum bersamaan dengan had laju cahaya.",
"Apabila anda\nmenutup bilah gunting tersebut, atom-atom pada gunting di tangan anda akan berinteraksi\ndengan atom-atom di sebelahnya, dan atom tersebut juga akan menghantar maklumat\nkepada atom yang seterusnya untuk bergerak dan bercantum dengan bilah gunting\npasangannya. Penghantaran maklumat ini terhad kepada halaju cahaya. ",
"Secara mudahnya, jika\nanda menutup gunting tersebut sepantas 1 saat, bahagian muncung bilah gunting\nmasih lagi terbuka. Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun untuk tutup.\nIni bermakna, gunting tersebut akan melentur sepanjang bilahnya. Malah,\nlenturan ini mungkin membentuk seakan-akan sebuah ‘gelombang’ yang merambat ke\nmuncung gunting tersebut.",
"Adakah Izzat dan Peah berjaya memecah halaju cahaya? Nampaknya tidak. Cuba lagi ya!"
] |
https://ajar.com.my/2020/01/06/4-fenomena-yang-lagi-laju-daripada-cahaya/ | 4 Fenomena yang Lagi Laju Daripada Cahaya | [
"Cahaya adalah sesuatu yang amat unik. Menurut Albert Einstein, cahaya merupakan polis alam semesta – tiada apa yang boleh bergerak lebih laju dari cahaya. Hal ini kerana cahaya – sekiranya bergerak dalam keadaan vaakum, memiliki kelajuan sebesar 299,792,458 m/s (1,079,252,848.8 km/h). Untuk rekod, probe angkasa NASA, Helios 2 memegang rekod objek buatan manusia terpantas di dunia, dengan kelajuan 252,792.5 km/h, hanyalah 0.02% dari kelajuan cahaya.",
"Jadi, kalau betul lah cahaya ni sebenarnya benda paling laju dekat dalam alam semesta, adakah apa-apa benda yang lagi laju dari cahaya?",
"Jawapannya: ada.",
"Di sini penulis akan senaraikan beberapa fenomena fizikal di mana\nkelajuan cahaya ini dapat dipecahkan, dan perkara ini merupakan antara fenomena\nmenarik dalam fizik.",
"Cahaya Cherenkov.",
"Perkara pertama yang perlu kita perjelaskan adalah, cahaya mempunyai\nnilai kelajuan paling tinggi apabila ia bergerak dalam medium vakuum. Sekiranya\ncahaya bergerak dalam medium lain, dalam medium air, sebagai contoh, cahaya\nakan bergerak lebih perlahan, dan hal ini akan membolehkan objek lain untuk\nbergerak lagi laju dari cahaya.",
"“Eh, apa ni. Ni bukan gerak lagi laju dari cahaya, ni cahaya yang\njadi lagi perlahan!”",
"Eh, saya tak cakap pun perkara macam ni tak dibenarkan. (senyum)",
"Di dalam air, cahaya bergerak dengan ¾ kelajuan asalnya. Hal ini\nmembolehkan partikel-partikel tercas bergerak lebih laju daripada cahaya. Hal\nini pertama kali disedari oleh Pamel Cherenkov, seorang saintis Russia sewaktu\ndalam makmal melakukan kajian PhD beliau. Dia terperasan bahawa air dalam\ntangki radioaktifnya mengeluarkan cahaya biru, dan dia kemudian bertanya kepada\ndua orang rakannya, Igor Tamm dan Ilya Frank mengenai perkara berkenaan. ",
"Mereka kemudian berusaha bersama menerangkan fenomena tersebut dalam kerangka Teori Relativiti dan mendapat anugerah Nobel pada tahun 1958. Secara mudahnya, Radiasi Cherenkov ini terhasil apabila partikel bercas bergerak di dalam air dengan kelajuan melebihi kelajuan cahaya di dalam air, dan cahaya radiasi yang terhasil selalunya dalam lingkungan warna biru yang terang.",
" Bayang-bayang. ",
"Bayangkan anda ada satu lampu suluh, dan anda suluhkan lampu anda ke\nbulan. Sekarang, anda halakan lampu anda ke satu bahagian bulan, dan kita tanda\nbahagian itu dengan jari kita sebagai titik A. Sekarang, kita gerakkan jari\nkita dari titik A ke satu lagi tempat di permukaan bulan, dan kita panggil\ntempat ini sebagai titik B. Sekarang, gerakkan jari anda dari titik A ke titik\nB berkali-kali, dan bayang-bayang anda akan bergerak melalui permukaan Bulan\nberkali-kali dari titik A ke titik B, dengan kelajuan melebihi kelajuan cahaya!",
"Eh, macam mana benda ni boleh terjadi?",
"Apabila saintis mengatakan bahawa tiada apa yang boleh bergerak\nmelebihi kelajuan cahaya, saintis secara asasnya memaksudkan perkataan “tiada\napa” itu dengan informasi atau jirim – tiada informasi atau objek yang boleh\nbergerak melebihi kelajuan cahaya. Dalam kes ini, bayang-bayang jari kita tidak\ntermasuk dalam mana-mana kategori yang dinyatakan – ia bukan satu bentuk\ninformasi, dan ia juga bukanlah objek yang mempunyai jirim dan jisim.",
"Sebenarnya, dalam kes ini, apa yang berlaku adalah lebih kepada\nilusi perspektif kita.",
"Kita seringkali menyangka bayang-bayang merupakan satu bentuk objek fizikal, namun hakikatnya, bayang-bayang (ataupun kegelapan secara amnya) merupakan manifestasi ketiadaan cahaya. Justeru, kegelapan antara jari kita dengan bulan itu sebenarnya sentiasa wujud. Bentuk informasi yang sedang bergerak pula sebenarnya adalah pergerakan cahaya dari bumi ke tangan kita, dan dari jari kita ke bulan. Pergerakan itu akan sentiasa berada dalam kelajuan cahaya (sebab yang bergerak tu adalah cahaya), jadi tiada hukum fizik pun yang dilanggar sebenarnya.",
"Gunting Superluminal.",
"Dalam kertas kajian yang diterbitkan oleh Neerav Kaushal dan Robert\nJ Nemiroff bertajuk “Analyses of Scissors Cutting Paper at Superluminal\nSpeeds”, mereka berdua membuat beberapa kajian teoretikal terhadap beberapa\nsituasi memotong menggunakan gunting dan berjaya membuktikan bahawa ia boleh\ndilakukan.",
"Situasi pertama adalah dengan menggunakan gunting yang berbentuk\nbiasa. Dalam kertas kajian ini, mereka berdua menunjukkan bahawa apabila\ngunting ditutup, belahan gunting tersebut akan bergerak lebih laju dari\npergerakan keseluruhan gunting itu. Hal ini boleh menjadi fenomena\nFaster-Than-Light (FTL) sekiranya kita mempunyai gunting yang mempunyai\nkepanjangan bilah sepanjang 299,792,458 meter, dan sekiranya kita menutup\ngunting tersebut dengan kelajuan kurang dari 1 saat, kita akan memiliki gunting\nyang bergerak melebihi kelajuan cahaya.",
"Situasi lain yang ditulis dalam kertas kajian ini adalah dengan\nmenggunapakai Guillotine, satu bentuk alat hukuman pemenggal yang sering\ndigunapakai oleh orang Perancis. Mekanisma yang sama dengan gunting tadi,\npemenggal Guillotine akan membenarkan bilah pisau turun dari ketinggian\ntertentu, dan kelajuan bilahnya sewaktu tiba di permukaan adalah lebih laju\ndari pergerakan Guillotine itu sendiri. Menurut pengiraan yang ditunjukkan oleh\nlaman youtube Because Science, sekiranya kita inginkan Guillotine itu mempunyai\nbilah yang memiliki kelajuan FTL, ia perlu mempunyai bilah yang mempunyai darjah 1.2 x 10-6, dengan\nlebar Guillotine itu perlu dalam 14,500 km.",
"Fenomena-fenomena ini amat menarik untuk dikaji, kerana sepertimana yang telahpun diterangkan, tiada berlakunya maklumat atau jisim yang dihantar melebihi kelajuan cahaya, sebaliknya yang berlaku adalah pergerakan bilah yang terhasil akibat pergerakan asal gunting atau Guillotine itu tadi.",
"Kebergusutan Kuantum.",
"Kebergusutan Kuantum adalah satu fenomena kuantum yang melibatkan\npenghantaran maklumat (information transfer) antara dua system yang bergusutan\nantara satu sama lain. Perkara ini pertama kali dipertikaikan oleh Albert\nEinstein, dan ia turut membawa kepada EPR Paradoks, satu bentuk\nketidaksenambungan antara Teori Kuantum yang wujud pada zaman tersebut dengan\nsatu lagi teori yang dibina oleh Einstein, Teori Relativiti.",
"Kebergusutan Kuantum, secara mudahnya, merujuk kepada dua objek\n(atau sistem) yang saling bergusutan, dengan pemerhatian yang dibuat pada satu\nsistem akan mengakibatkan sistem yang satu lagi turut terkesan akibat\npemerhatian tersebut.",
"Fenomena ini sekarang dikaji dengan mendalam, dengan pasukan\npenyelidik dari China dan Austria pada tahun lepas mengeluarkan kertas kajian\nyang mengatakan bahawa mereka telahpun berjaya melakukan pemindahan cahaya\n(photon) atau turut dipanggil sebagai Quantum Teleportation oleh pihak media.\nBaru-baru ini juga, penyelidik dari China mengumumkan bahawa mereka telahpun berjaya\nmelakukan Teleportasi Kuantum pada cip silicon dengan menggunakan cahaya, satu\nkejayaan yang amat menarik.",
"Kebergusutan Kuantum merupakan topik menarik kerana ia masih menjadi perdebatan sama ada penghantaran informasi antara sistem kuantum berlaku lebih laju dari cahaya atau tidak, namun kebanyakan saintis sekarang yakin bahawa Teori Relativiti Einstein masih belum digagalkan lagi dengan pembuktian dari fenomena ini.",
"Sebenarnya terdapat beberapa lagi fenomena yang memiliki kelajuan FTL, seperti pengembangan alam semesta dan galaksi, namun mungkin cukup buat setakat ini.",
"Bacaan lanjut:",
"“Is Faster-Than-Light Travel or\nCommunication Possible?”, http://math.ucr.edu/home/baez/physics/Relativity/SpeedOfLight/FTL.html",
"“An Introduction to Cherenkov Radiation”, http://large.stanford.edu/courses/2014/ph241/alaeian2/",
"“Analyses of Scissors Cutting Paper at\nSuperluminal Speeds”, https://arxiv.org/abs/1907.04885",
"“Chip-to-chip quantum teleportation and\nmulti-photon entanglement in silicon”, https://www.nature.com/articles/s41567-019-0727-x",
"“Complex quantum teleportation achieved for\nthe first time” https://phys.org/news/2019-08-complex-quantum-teleportation.html"
] |
https://ajar.com.my/2020/01/15/5-makhluk-mikro-paling-pelik/ | 5 Makhluk Mikro Paling Pelik | [
"Manusia sentiasa cuba mengenali dan merekodkan makhluk – makhluk lain yang menjadi penghuni di muka bumi dengan harapan untuk berkenalan, memahami atau menggunakan mereka untuk kegunaan manusia.",
"Namun begitu, satu kejutan bagi spesis manusia adalah apabila mereka mendapati terdapat begitu banyak spesis makhluk yang mereka belum temui dan tak pernah lihat kewujudan mereka. Terlampau. Banyak.",
"Bilangan spesis mikrob yang hidup di Bumi dianggarkan lebih banyak daripada jumlah bintang di galaksi!",
"Dan yang lebih menyukarkan keadaan, adalah kita tak dapat nak tengok pun sebilangan besar hidupan seni tersebut sebab mereka terlampau kecil, kita tak nampak dengan mata kasar. Kita perlukan alatan khas seperti mikroskop untuk melihat dunia makhluk mikro / makhluk seni walaupun mereka hakikatnya memenuhi setiap sel tubuh kita.",
"Daripada makhluk – makhluk mikro yang ditemui pula, terdapat beberapa yang agak … pelik dan lain macam.",
"Berikut adalah antara 5 makhluk seni paling pelik yang direkodkan oleh saintis.",
" Sel Rumput Yang Tersenyum ",
"Gambar di atas bukanlah alien yang kegembiraan apabila berjaya menculik manusia, sebaliknya ia adalah keratan rentas rumput Marram yang ditemui di padang pasir. ",
"Keratan rentas daun rumput tersebut diberikan sentuhan fluorochromes Calcofluor M2R dan auramine O lantas menghasilkan imej yang bercahaya seperti di atas.",
"Muka pelik yang nampak seakan tersenyum ni adalah jaringan pengangkut pada daun rumput tersebut, mata itu adalah xylem yang mengangkut air, mulut itu pula adalah phloem yang mengangkut makanan.",
"Cuma walaupun gambar di atas kelihatan begitu gembira dan menyeronokkan, tidak semua senyuman rumput tersebut berimej riang.",
" Cacing Polychaete ",
"Rakaman cacing Polychaete ini merupakan antara pemenang rakaman dunia mikroskopi Canon pada tahun 2018.",
"Tindak tanduk pelik haiwan tersebut sebenarnya adalah aksi memakan buruannya.",
"Disebabkan tubuhnya lutsinar, maka kita dapat lihat organ – organ dalamannya siap dengan benda yang dimakan itu.",
"Bakteria yang Sentiasa Menghadap Utara ",
"Ada seorang ahli mikrobiologi yang tengah tengok sampel bawah mikroskop. Dia perasan suatu bakteria yang sentiasa bergerak ke satu arah tertentu pada slaid. Mulanya dia sangkakan bakteria tu respon pada cahaya, tapi bila diubah cahaya tu, tak ada beza.",
"Akhirnya setelah siri – siri eksperimen dilakukan, satu\nkesimpulan dibuat, bakteria tu memang sentiasa ke arah Utara.",
"Kenapa? Antara teorinya adalah bakteria tu memang suka ikut\nmedan magnet bumi, macam mana setengah bakteria berenang ke arah lumpur, kutub\nutara tu adalah lumpur mereka.",
"Dan kemungkinan besar mereka tak akan mungkin sampai ke Kutub Utara idaman mereka tu, sedihnya.",
"Bacteriophage – Makhluk Asing Planet Bumi",
"Manusia hidup dalam ketakutan memikirkan kita mungkin ada\ndiserang oleh alien daripada angkasa lepas pada bila – bila masa.",
"Tapi tak ramai yang sedar bahawa sebenarnya alien ini sudahpun wujud di muka bumi.",
"Bacteriophage yang nampak macam kapal angkasa alien ini adalah mesin pembunuh paling ganas di muka bumi yang bertanggungjawab membunuh trilion hidupan setiap tahun.",
"Tapi jangan risau, dia bukan bunuh manusia, tapi bakteria. Cuma bakteria. Setakat ini.",
"Phage ini melekat pada bakteria sasarannya dengan cara mencengkam menggunakan kakinya, kemudian menyuntik mangsa dengan jarum pada badannya. Melepaskan DNA dari kepalanya masuk ke dalam bakteria.",
"DNA itu melahirkan lebih banyak Bacteriophage, dan bakteria\nitu meletup, melepaskan keturunan bacteriophage baru untuk menyerang bakteria\nlain.",
"Ya, dengar memang sangat menakutkan tapi bacteriophage, makhluk pembunuh paling bahaya di dunia ini tengah berganding bahu dengan makhluk kedua paling berbahaya bumi – kita manusia, untuk melawan pasukan superbug – bakteria yang kebal antibiotik yang mungkin membunuh manusia lagi banyak daripada kanser pada masa depan.",
"Jadi mungkin lepas ni kita akan suntik kapal angkasa alien ni masuk dalam badan kita. Fuh..",
"Beruang Air, Makhluk Paling Kebal di Muka Bumi.",
"Tardigrade, atau beruang air mungkin kelihatan comel dan boleh dibuat bantal peluk, tetapi kebolehannya sangat mengejutkan, seperti superman dunia sebenar!",
"Tardigrade adalah makhluk yang paling kebal di muka bumi.",
"Dia boleh hidup di angkasa lepas, dalam gunung berapi, ais antartika, dan tempat bertekanan paling tinggi, di dasar laut terdalam!",
"Tardigrade merupakan haiwan paling kebal haba yang mampu hidup di kawasan sepanas 150°C atau sesejuk -200°C. Ia malah mampu hidup setelah dibekukan selama 32 tahun!",
"Dia boleh tahan radiasi 1000 kali ganda daripada manusia,\nboleh hidup tanpa air selama berpuluh – puluh tahun",
"Encik beruang air ini juga sudah wujud sejak 500 juta tahun lepas, bermakna mereka terselamat daripada 5 kepupusan besar dalam sejarah muka bumi.",
"Jangan pandang rendah pada makhluk comel!"
] |
https://ajar.com.my/2020/01/16/foldscope-mikroskop-origami-yang-boleh-dipasang-anak-7-tahun/ | FOLDSCOPE – Mikroskop Origami Yang Boleh Dipasang Anak 7 Tahun! | [
"Penulis masih\nteringat kali pertama menggunakan mikroskop di sekolah rendah. Perasaan\nmeneroka dunia makhluk seni, melihat sel kulit, meneliti gambaran besar struktur\nbadan nyamuk sememangnya seakan ajaib. ",
"Tak sangka, pada badan kita terdapat satu ‘bumi’ lain yang dipenuhi berbilion penghuni – penghuni dengan sistem hidup masing – masing seakan – akan bandaraya KL malah mungkin lebih rumit! Yang lebih menakjubkan adalah, kita tak tahu menahu langsung tentang segala macam penghuni – penghuni ini, apa nama mereka, apa mereka buat dalam badan kita?",
"Pengalaman inilah\nyang mula mencampakkan rasa minat untuk meneroka dunia ciptaan Ilahi. Sains\nmula menjadi subjek kegemaran. Inilah bidang untuk kita mengenal alam dan segala\nmacam jiran – jiran yang menetap dalam tubuh kita!",
"Tapi untuk mengkaji dunia mikro ini tak senang. Walaupun lebih hebat daripada sekalian kamera di atas muka bumi, Tuhan jadikan mata kita ini terhad, tidak mampu melihat sang bakteria dan sel kecil di dunia mikro. Kita perlukan mikroskop.",
"Mikroskop pula\nmahal, besar dan berat. Untuk gunakannya perlu tunggu giliran di makmal\nsekolah. Sukar nak dibawa ke mana – mana. Bagaimana nak jadi pengembara alam\nmikro jika hanya boleh gunakan mikroskop dua kali seminggu, di makmal saja?",
"Menariknya, semua\nmasalah ini berjaya diselesaikan oleh satu ciptaan hebat Foldscope.",
"Foldscope merupakan ciptaan mikroskop yang diperbuat daripada … jangan terkejut … kertas! Ya, rupa – rupanya mikroskop tidak semestinya mesti dalam bentuk besi yang kita biasa lihat.",
"Foldscope\ndihasilkan oleh Manu Prakash dan Jim Cybulski sewaktu menyambung pengajian PhD\ndi Stanford Universiti. Mereka dapati mikroskop tradisional begitu berat, besar\ndan mahal. Ini menyebabkan banyak komuniti di kawasan pedalaman tidak dapat\nmenggunakannya lantas menyukarkan mereka untuk menjadi pengkaji dunia makhluk\nseni. ",
"Rasa\ningin tahu manusia untuk mengkaji sains tidak sepatutnya terhalang atas sebab\nkemiskinan!",
"Kemudian\ntimbullah satu idea untuk menghasilkan mikroskop yang bukan saja murah, tetapi\nringan dan boleh dibawa ke mana – mana dan digunakan sesiapa saja. Maka\nterlahirlah Foldscope, mikroskop origami yang membuka pintu eksplorasi sains\nkepada keseluruhan komuniti di dunia.",
"Disebabkan foldscope ini diperbuat daripada kertas, maka pemasangannya sememangnya sama seperti proses menghasilkan origami. Dan rasanya ramai orang bersetuju bahawa menghasilkan origami sememangnya seronok!",
"Satu\nset foldscope datang dengan kit pemasangan dan arahan untuk menyiapkan sebuah\nfoldscope. Setiap bahagian kertas telah\nditandakan dengan jelas, dan menariknya, tiada gunting diperlukan. ",
"Sesi pemasangan foldscope sememangnya sangat disukai oleh kanak – kanak. Anak kecil berumur 7 tahun juga boleh menghasilkan mikroskop origami sendiri!",
"Sudah tentu, terdapat banyak bahan rujukan di internet yang disediakan untuk membantu pemasangan, andai kita anda alami kesulitan. ",
"Disebabkan\nharganya yang murah dan pemasangan yang mudah, maka mungkin ada yang menganggap\nbahawa kualiti pembesaran imejnya rendah.",
"Sebenarnya\ntidak! Foldscope miliki kualiti optik yang sama dengan mikroskop kajian\nkonvensional (dengan pembesaran sebanyak 140X dan resolusi 2 mikron). Imej\nmakhluk seni yang boleh dilihat adalah sama dengan mikroskop biasa di pasaran.",
"Maka peneroka boleh mengambil apa – apa saja spesimen yang mereka mahu di mana – mana saja (termasuk bulu kucing, tapi minta izin dulu, kasihan dia). Spesimen kemudian boleh diletakkan pada slaid yang disediakan dan dilihat menerusi kanta. ",
"Lebih menarik, adalah imej organisma mikro yang dilihat menerusi kanta tersebut boleh dirakam dengan hanya menggunakan telefon pintar. Dekatkan kanta kamera telefon pintar anda pada kanta foldscope (perlu ada sumber cahaya), dan anda boleh merakam, dan zoom pada imej tersebut seraya mempamerkannnya pada ibu bapa dan guru!",
"Terdapat\njuga satu komuniti khas pengguna foldscope bernama microcosmos. Anda boleh muat\nnaik rakaman makhluk seni anda dan lihat dapatan ribuan pengguna lain di\nseluruh dunia.",
"Oh,\nantara cabaran terbesar bagi setiap pengguna foldscope adalah untuk mencari\nberuang air (tardigrade) yang merupakan si comel kecil paling kebal dalam dunia.\nJika anda jumpa, pastikan anda memuat naik dan kongsikan pada pengguna lain!",
"Foldscope\nboleh didapati pada harga serendah RM20 dan terdapat banyak aksesori lain yang\nanda boleh dapatkan.",
"Bagi pengedar rasmi di Malaysia, anda boleh dapatkan Foldscope menerusi laman web foldscope.com.my."
] |
https://ajar.com.my/2020/01/25/soalan-ujian-kecerdasan-pelik-ini-buat-orang-garu-kepala2/ | Soalan Ujian Kecerdasan ‘Pelik’ Ini Buat Orang Garu Kepala | [
"Ramai orang yang miliki pengalaman menjawab soalan ujian kecerdasan. Kebiasaannya, kita akan bertemu dengan suatu soalan yang membuat kita tersekat lama kebingungan walaupun telah berkali – berkali membaca soalan, mengenyit mata dan menggaru kepala.",
"Bagaimanapun, kebiasaannya walau sesusah manapun soalan IQ tersebut, ia dapat dianalisa untuk ditentukan corak yang logika dan seragam lantas membolehkan jawapan untuk dideduksikan.",
"Namun sebuah soalan tular daripada peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam pegawai kawalan trafik udara membuatkan ramai orang menggaru kepala.",
"Soalannya berbunyi:",
"Dalam sebuah perlawanan bola sepak Liga Inggeris, Saiful menyokong pasukan Liverpool tetapi bukan Chelsea, Ain menyokong Everton dan Southampton tetapi bukan Leicester. Manakala Suhaila menyokong Aston Villa tetapi bukan Manchester United. Apakah pasukan yang disokong oleh Shahrizam?",
"Pilihan jawapan yang disediakan adalah:",
"Soalan ini mendorong kebingungan netizen kerana: ",
"Walaubagaimanapun, terdapat jawapan yang dianggap paling tepat daripada ‘maklumat’ yang disediakan dalam soalan. Iaitu dengan mengenal pasti bahawa pasukan yang dipilih oleh individu – individu di dalam soalan adalah selari dengan huruf terakhir nama individu tersebut.",
"SaifuL -> LiverpooL",
"AiN -> EvertoN",
"SuhailA -> Aston VillA",
"Maka disebabkan ShahrizaM berakhir dengan huruf M, satu – satunya pasukan yang perlu dipilih yang berakhir dengan huruf M adalah TottenhaM.",
"Jawapan ini dianggap ‘paling logik’. Bagaimanapun, formulasi soalan ini memiliki beberapa masalah:",
"Mungkin jawapan yang sebenar adalah dengan tidak menjawab soalan. "
] |
https://ajar.com.my/2020/01/27/selalu-kalah-monopoli-ini-cara-menang-menggunakan-matematik/ | Selalu Kalah Monopoli? Ini Cara Menang Menggunakan Matematik! | [
"Monopoli merupakan satu mainan berpapan (board game) yang amat terkenal. Konsep permainan monopoli yang\nmenerapkan unsur tempat-tempat menarik di negara yang berlainan menjadikan ia\nsatu medium untuk mengajak generasi muda mengenali tempat-tempat baru, di\nsamping sedikit asas berkenaan dunia perniagaan – dan apa ertinya Monopoli –\nmengumpul hartanah sebanyak mungkin dan menghancurkan kedudukan kewangan pihak\nlawan. Mungkin sebab itu juga Monopoli diambil (dalam bentuk jenaka) sebagai\npermainan yang merosakkan hubungan kekeluargaan.",
"Dalam tulisan kali ini, kita akan meninjau sedikit asas permainan Monopoli, dan tips untuk anda menang melawan ahli keluarga dan rakan anda yang lain.",
"Fahami Kebarangkalian Dadu.",
"Selalunya, orang akan membeli hartanah dalam permainan Monopoli\ntanpa sebarang stratergi khusus. Sekiranya anda merupakan salah seorang dari\npemain seperti ini, jangan bimbang. Ini adalah saat untuk anda mula merangka\nstratergi berdasarkan statistik, dengan memahami konsep kebarangkalian dadu\nberfungsi.",
"Dalam permainan Monopoli, pemain selalunya akan diberi dua biji\ndadu. Mungkin agak memeranjatkan, namun dua biji dadu ini sebenarnya akan\nmengikut graf kebarangkalian Binomial (Binomial Distrubition).",
"Secara mudahnya, apabila anda memiliki dua biji dadu, kebarangkalian anda untuk mendapat nombor 7 sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding nombor 2, kerana terdapat hampir enam susunan untuk mendapat nombor 7 dari dua dadu, iaitu gabungan (1+6), (2+5) dan (3+4), manakala untuk mendapat nombor 2 pula hanya ada satu susunan, iaitu (1+1). Maka, sekiranya anda membeli hartanah di tapak kedua dan tapak ketujuh, hartanah di tapak ketujuh adalah berkemungkinan tinggi memberi anda pulangan yang lebih besar.",
"Fahami Kebarangkalian Lorong. ",
"Lorong disini\nmerujuk kepada lorong tempat pemain bergerak. Dalam kes monopoli, terdapat\nempat lorong iaitu bermula dari “Go” sehingga “Jail” yang meletakkan nilai\nhartanah yang rendah, dari “Jail” hingga ke “Free Parking”, yang meletakkan\nnilai hartanah yang rendah dan sederhana, dari “Free Parking” sehingga ke “Go\nTo Jail”, yang meletakkan hartanah bernilai sederhana, dan lorong dari “Go To\nJail” sehinggalah ”Go”, yang meletakkan hartanah dengan harga agak mahal.",
"Maka di sini,\napa stratergi yang perlu anda gunakan?",
"Kalau anda ambil\nsatu pusingan penuh dari tapak “Go” pusing sehinggalah kembali ke tapak “Go”,\nsebenarnya ada satu tapak yang mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk dilawati\nberbanding tapak lain. Tapak apakah itu?",
"Tapak “Jail”\nataupun penjara.",
"Hal ini kerana, sekiranya anda melihat kembali keseluruhan tapak dalam permainan, tapak “Jail” akan anda lawati sekurang-kurangnya sekali dalam setiap pusingan, manakala anda juga mempunyai kebarangkalian untuk ‘terkena’ tapak “Go To Jail” yang akan menangkap anda dan mengembalikan anda ke tapak “Jail”. Selain dari tapak “Go To Jail”, anda juga sebenarnya berkebarangkalian untuk dipenjara akibat dari kad “Chance” dan “Community Chest” yang masih lagi berkebarangkalian untuk menghantar anda ke penjara.",
"Di sini, sekiranya anda bijak, anda akan perasan bahawa tapak “Jail” adalah tapak paling berkebarangkalian dilawati oleh pemain Monopoli, maka lorong dari “Jail” sehinggalah ke “Free Parking” adalah lorong paling banyak dilawati, dan mendapatkan hartanah di kawasan ini pastinya mempunyai peluang tinggi untuk memberi pulangan lumayan kepada anda.",
"Berapa banyak rumah nak buat? ",
"Salah satu cara\nuntuk anda membuat duit dalam permainan Monopoli adalah apabila pihak lawan\nanda sampai ke tapak hartanah yang anda miliki. Sekiranya mereka datang\n“menyinggah”, mereka perlu membayar kepada anda sedikit bayaran, yang ditulis\ndalam kad hartanah anda. Satu cara untuk menambah nilai yang perlu dibayar ini\nadalah dengan membeli hartanah dengan sama warna, di mana hartanah dengan sama\nwarna selalunya akan meningkatkan nilai bayaran sekali ganda dari nilai asal.",
"Selain dari itu,\nanda juga boleh membuat rumah di tapak anda, dengan syarat anda telahpun\nmemiliki kesemua hartanah dengan warna yang sama. Dan sekiranya anda Berjaya\nmemiliki hartanah dengan sama warna dan terfikir untuk membina rumah, berapa\nbanyak rumah yang ‘optimum’ untuk anda bina – harga rumah tidak terlalu mahal\nnamun memberi untung yang lumayan?",
"Jawapannya\nadalah tiga biji rumah.",
"Tiga biji rumah adalah nilai yang berbaloi sekiranya anda ingin membina rumah, kerana nilai yang perlu dibayar oleh pelawat kepada anda berubah dengan agak drastik dari dua buah rumah ke tiga buah rumah. Kos bagi pembinaan tiga buah rumah juga selalunya di bawah harga ‘gaji’ yang anda selalunya dapat apabila melepasi petak ‘Go’, maka anda masih ada baki dalam tangan yang anda boleh gunakan untuk kecemasan.",
"Selain dari itu, membina empat buah rumah atau hotel meletakkan anda\ndalam risiko rugi, kerana dalam syarat umum Monopoli yang dikeluarkan oleh\nHasbro, pemain tidak dibenarkan membeli hotel sekiranya tapak hartanah mereka\nyang lain tidak memiliki empat biji rumah bagi tiap-tiap tapak sama warna. Hal\nini menyusahkan kerana anda perlu berbelanja besar untuk membina hotel (kesemua\ntapak sama warna perlu ada 4 biji rumah sebelum hotel boleh dibina).",
"Selain itu, rumah dan hotel yang banyak juga boleh menjadi liability kerana dalam dek “Community Chest” dan “Chance”, terdapat kad yang akan memaksa anda membayar wang berdasarkan jumlah rumah dan hotel yang anda miliki. Maka semakin banyak harta yang anda miliki, makin besar jumlah yang perlu anda bayar, dan ini meletakkan tiga buah rumah untuk setiap hartanah sebagai harta optimum berdasarkan konsep ‘trade-off’.",
"Perlu ke beli Lapangan Terbang atau utilities?",
"Selain tapak hartanah biasa, tapak hartanah lain yang turut wujud dalam permainan Monopoli adalah tapak lapangan terbang (versi Malaysia) atau tapak landasan keretapi (versi UK). Dari aspek keuntungan, tapak lapangan terbang memberi anda keuntungan paling besar sekiranya anda Berjaya mengumpul keempat-empat lapangan terbang, dengan nilai bayaran selalunya empat kali ganda nilai biasa bagi satu tapak lapangan terbang, dan ia memberi keuntungan kadar rata bagi semua pusingan. Jadi anda mungkin boleh masukkan lapangan terbang sebagai antara benda pertama yang anda ingin beli dalam permainan Monopoli.",
"Utilities pula\nmerujuk kepada syarikat yang membekalkan tenaga (air dan elektrik). Utilities\nmempunyai cara bayaran yang unik kerana sekiranya anda ‘tersinggah’ ke tapak\nini, anda perlu melontar dadu dan mendarab nilai dadu itu dengan pekali yang\nspesifik. Bagi edisi UK, nilai pekali ini adalah 4 bagi satu utility, dan 10\nkali ganda bagi dua utility. Ini bermakna sekiranya anda mendapat nilai dadu 7,\nanda perlu membayar $28 ($7 x 4) sekiranya orang yang memiliki utility itu\nmempunyai hanya satu utiliti dan $70 ($7 x 10) sekiranya dia memiliki dua\nutiliti.",
"Dari aspek\nkebarangkalian, kebarangkalian untuk pemain singgah ke salah satu tapak\nlandasan kapal terbang adalah 4 daripada 40 tapak atau 10% kebarangkalian,\nmanakala kebarangkalian untuk singgah di utilities pula adalah 2 daripada 40\ntapak atau 5% kebarangkalian. ",
"Selain dari aspek memberi pulangan yang agak menarik, pemain monopoly juga mengumpul utilities dan landasan kapal terbang kerana ia amat berguna dalam proses tawar menawar antara hartanah. Bak kata orang, kalua ada sekadar satu landasan kapal terbang, kita tidak mampu membuat untung. Namun apa akan jadi sekiranya kita menukar landasan kapal terbang dengan hartanah sama warna milik lawan kita? Hal ini menjadikan Monopoli satu permainan perniagaan yang memerlukan kebolehan tawar menawar, dan memiliki utilities dan lapangan terbang membolehkan anda mempunyai ‘upper hand’ dalam prose negosiasi tersebut.",
"Tapak paling selamat. ",
"Bayangkan anda\nsedang berada dalam permainan penuh intensif. Sudah 40 minit berlalu, dan\nkesemua pemain telah memiliki rumah dan hotel dalam kawasan hartanah milik\nmereka. Anda pula, akibat baru pertama kali bermain Monopoli, tidak membeli\nbanyak hartanah pada awal permainan. Hal ini menyebabkan anda dalam dilema. ",
"“Aduh, kalau\nlontar dadu, nanti masuk tempat orang ni kena bayar. Kalau tak pun masuk tempat\norang tu. Ada hotel lagi. Ah macam mana ni?”",
"Tahukah anda,\ntempat paling selamat bagi anda sewaktu perlawanan telah berlangsung lama\nsebenarnya adalah di – penjara. ",
"Hal ini kerana\nbayaran keluar dari penjara sebenarnya agak murah berbanding bayaran tapak\ndengan rumah, lebih-lebih lagi kalau di saat semua pemain sudahpun ada rumah\nmasing-masing. Dalam kes ini, taktik paling berkesan yang anda mampu buat,\nsekiranya anda ingin melarikan diri dari kebarangkalian membayar wang yang\nbanyak adalah sekiranya anda dihantar ke penjara, minta peluang untuk keluar\npenjara dengan mendapat doubles dari\nlontaran dadu. ",
"Menurut syarat\nyang dikeluarkan oleh Hasbro, pemain yang masuk ke penjara boleh keluar penjara\ndengan tiga kali peluang lontaran dadu. Maksudnya, dalam pusingan pertama anda\ndi penjara, anda boleh melontar dadu dan sekiranya anda mendapat doubles (dua\nnombor sama), anda boleh keluar penjara tanpa bayaran. Anda cuma diberi peluang\nsebanyak tiga kali, dan andainya kali ketiga anda masih tidak mendapat doubles, anda wajib membayar denda\nkeluar penjara (kadangkala dua kali ganda nilai akibat tidak mendapat doubles).",
"Dalam erti kata lain, di akhir permainan, duduk sahajalah di penjara dengan tenang. Sekian sahaja tips bermain Monopoli dari perspektif matematik, statistik dan kebarangkalian.",
"Video dan Bacaan\nlanjut: ",
"“The Mathematics\nof Winning Monopoly” https://www.youtube.com/watch?v=ubQXz5RBBtU",
"“All About\nHouses and Hotels in Monopoly” https://www.thesprucecrafts.com/when-can-i-buy-houses-hotels-411891",
"“Binomial Distribution” StackExchange\n(Matematics) https://math.stackexchange.com/questions/1204396/why-is-the-sum-of-the-rolls-of-two-dices-a-binomial-distribution-what-is-define",
"“How to Win at Monopoly – a Surefire\nStratergy” http://www.amnesta.net/monopoly/",
"“How to Win at Monopoly, According to\nProfessional Monopoly Players” https://www.thrillist.com/entertainment/nation/how-to-win-at-monopoly-every-time-according-to-experts"
] |
https://ajar.com.my/2020/01/28/spesis-burung-baru-ini-tersangat-hitam-hingga-menyerap-99-95-peratus-cahaya/ | Spesis Burung Baru Ini Tersangat Hitam Hingga Menyerap 99.95 Peratus Cahaya | [
"Spesis burung cenderawasih (bird-of-paradise, Lophorina superba ) ini terkenal dengan bulu sehitam ‘vantablack’nya yang menyerap 99.95 peratus cahaya lantas menjadikannya tersangat hitam. ",
"Vantablack merupakan bahan ciptaan manusia yang dianggap paling hitam dalam dunia kerana mampu menyerap 99.965 peratus cahaya menggunakan teknologi nano pemerangkap cahaya. Penemuan hidupan yang sehitam bahan berteknologi nano ciptaan manusia di alam semula jadi mendatangkan kejutan kepada pengkaji. ",
"Burung cenderawasih Vogelkop ini dapat ditemui di Papua Barat Indonesia.",
"Burung berwarna hitam yang kita biasa temui (seperti gagak) sebenarnya tidaklah sepenuhnya hitam. Bulu mereka menyerap kebanyakan cahaya tampak yang menghentam tubuh mereka, tetapi masih memantulkan 3 ke 5 peratus cahaya tersebut.",
"Namun bulu burung Vogelkop ini menyerap cahaya dengan sangat banyak sehingga ia kelihatan seperti lubang hitam dalam realiti kita. Mereka lebih hitam daripada hitam.",
"Kehitaman ini dapat diterangkan menerusi struktur mikroskopi pada bulunya. Bulu burung hitam yang biasa miliki satu gandar utama yang dipanggil rachi. Ranting – ranting bulu nipis, barb, bertunas daripada rachi, dan ranting yang lebih nipis bertunas daripada barb yang dipanggil barbule. Kebiasaannya struktur ini mendatar. Tetapi bulu burung cenderawasih super hitam ini melengkung ke atas dan berceracak.",
"Apabila serbuk emas ditabur pada bulu burung hitam yang biasa, ia kelihatan keemasan. Namun apabila serbuk emas ditabur pada burung cenderawasih super – hitam, ia masih kelihatan hitam.",
"Apabila burung Vogelkop jantan ingin menarik perhatian burung Vogelkop betina, ia mengembangkan tubuhnya yang miliki corak neon turquioise, lantas menghasilkan ilusi seolah wajah yang muram dikelilingi kehitaman."
] |
https://ajar.com.my/2020/01/30/plagiat-content-saluran-indonesia-dengan-12-juta-subscribers-dipadam-youtube/ | Plagiat Content, Saluran Indonesia dengan 12 Juta Subscribers Dipadam Youtube | [
"Sebuah saluran Youtube gergasi Indonesia, Calon Sarjana akhirnya dipadam Youtube setelah laman web tersebut menerima pelbagai laporan mengadu bahawa saluran tersebut memplagiat content mereka.",
"Calon Sarjana sebelum ini merupakan antara saluran Youtube terbesar daripada negara jiran dengan jumlah subscriber sebanyak lebih 12 juta, dan merupakan sebahagian daripada jenama produk syarikat penghasil content kreatif dan hiburan Infia. ",
"Channel ini lebih bercorak infotainment, di mana ia menghasilkan video – video dengan tajuk – tajuk yang begitu menarik perhatian pengguna Youtube dan dipersembahkan dalam bentuk montaj sambil diikuti oleh audio penerangan. Pada mulanya contentnya lebih berkisar kepada fakta separa pendidikan, namun kemudian ia bertambah variasi apabila saluran itu lebih berkembang mencecah jutaan langganan.",
"Formula kejayaan saluran ini adalah pada tajuk yang menarik, thumbnail yang menangkap perhatian, dan jumlah produksi yang begitu aktif. Dalam satu hari, sebanyak 2 atau 3 video boleh dihasilkan, lantas memenangi pertandingan algoritma Youtube.",
"Bagaimanapun, ‘rahsia kejayaan’ saluran ini kemudian terbongkar apabila seorang pemilik saluran berbahasa Inggeris mendedahkan bahawa contentnya dicuri oleh Calon Sarjana.",
"Dalam video tersebut didedahkan bahawa Calon Sarjana memplagiat content yang dihasilkan oleh JT, menempel suara dan logo mereka, serta menggunakan thumbnail yang sama, cuma diletakkan emoji sahaja.",
"Malang buat Calon Sarjana, mereka mengambil content daripada sebuah saluran yang contentnya khusus ‘mengantoikan’ pencuri – pencuri content di Youtube. ",
"Pendedahan ini kemudian mencetuskan letupan di media sosial Indonesia dan semakin banyak pendedahan dibuat terhadap saluran ini yang ternyata wujud hanya dengan mengambil content tular / trending di Youtube, menjenamakan dengan jenama mereka, dan dilatarsuarakan dengan bahasa Indonesia. Itulah rahsia bagaimana mereka dapat menghasilkan content menarik yang begitu banyak selama ini.",
"Tambah jelik, mereka menggunakan thumbnail yang sama daripada video asal, dan kemudian mengkaburkan atau menempel logo mereka pada logo asal content yang diambil.",
"Setelah pendedahan ini meletus di media sosial, Akaun Youtube Calon Sarjana telah digantung selama sebulan. Mereka juga membuat permohonan maaf kepada pemilik saluran JT atas kekhilafan yang dilakukan. Namun segala video yang pernah dihasilkan sebelum ini masih lagi berada pada saluran mereka.",
"Setelah sebulan, Calon Sarjana kembali memuatnaik content. Bezanya, kali ini mereka memuatnaik content original dengan animasi tersendiri dan tidak mengambil langsung daripada saluran trending yang lain.",
"Bagaimanapun, malang buat Calon Sarjana, pemilik saluran JT tetap menggerakkan usaha menjatuhkannya di belakang tabir. ",
"Setelah beliau menghubungi pemilik – pemilik saluran yang pernah diambil contentnya oleh Calon Sarjana, laporan beramai – ramai kemudian kepada syarikat Youtube dibuat sehingga akhirnya terpadamlah saluran Indonesia tersebut daripada perkhidmatannya.",
"Kisah yang menimpa Calon Sarjana ini menjadi pengajaran buat semua penghasil content supaya tidak berwenang – wenang memplagiat content."
] |
https://ajar.com.my/2020/01/30/mcd-bukan-tempat-belajar-netizen-suarakan-tidak-puas-hati-pelajar-jadikan-restoran-segera-perpustakaan-mereka/ | “McD Bukan Tempat Belajar!” Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka. | [
"Bagi pelajar, terutama pelajar kolej dan universiti, terdapat beberapa persoalan besar yang perlu ditanyakan setiap hari: 1) Apakah impak sistem pendidikan moden terhadap pembinaan rohani manusiawi, 2) Sejauh mana konsep plagiarisme ini perlu dilaksanakan memandangkan ilmu itu hakikatnya milik Allah dan soalan yang paling penting: 3) Eh kat mana nak belajar hari ni?",
"Kadang kala pengembaraan untuk mencari tempat terbaik belajar ini begitu membingungkan pelajar. Boleh pada satu malam mereka mengambil 20 minit mengemas buku dan fail untuk dibawa, 15 minit bergerak ke perpustakaan, 30 minit merayau – rayau di perpustakaan mencari tempat duduk, mendapati perpustakaan penuh sebab 3 hari lagi hari hantar FYP, ambil keputusan pulang ke bilik maka lagi 15 minit dihabiskan, kemudian rasa lapar pula maka buat maggi …. tahu – tahu 2 jam telah habis dan buku belum lagi dibuka.",
"Dan biasanya produktiviti malam tersebut ditamatkan dengan pelajar tersebut berehat sebentar di atas katil…. rehat yang mengambil masa 6 jam..",
"Maka antara trend terbaru pelajar adalah mencari tempat belajar di ruangan awam. Tetapi mereka tak memilih mamak, sebab mamak tempat berkumpul main Mobile Legends. Antara tempat yang popular untuk dijadikan perpustakaan kedua pelajar, menariknya, adalah McDonalds.",
"Rata – rata memilih McDonalds atas beberapa faktor:",
"Bagaimanapun, trend menjadikan McDonalds ini sebagai tempat belajar baru – baru mula dipertikai oleh netizen yang merasakan tidak wajar restoran makanan segera itu ‘dirampas’ daripada pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan makanan.",
"Tular di media sosial gambar seorang lelaki yang berdiri di hadapan sebuah restoran makanan segera popular bersama sebuah kadbod besar yang bertulis ‘Mcd tempat makan, bukan tempat study’. ",
"Di Twitter, seorang pengguna mengongsikan kisah pelajar memarahi pengunjung McDonald yang lain kerana berbuat bising di hadapan mereka yang sedang belajar.",
"I saw this pic , i ade story sikit, that time i dgn my friend ke mcd sec26.. tgh que nk order nmpk la ade 1family ni ber5 ade ank kecik 4-7 tahun 2 org & another 1 umur 12 tahun cmtu Chinese* pic.twitter.com/OnANpM0vUr",
"Tweet yang tular tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial yang lain.",
"Bagaimana pandangan anda? Wajar atau tidak McDonald dijadikan tempat belajar?"
] |
https://ajar.com.my/2020/02/04/dunia-tamat-2038/ | Dunia Tamat 2038? | [
"Tiada siapa yang tahu bila tarikh hari kiamat. Tiada. Itu adalah satu rahsia yang hanya diketahui oleh Allah.",
"Tetapi ada beberapa\nwaktu dalam lembaran sejarah manusia di mana suatu tarikh tertentu dianggap\nsebagai tarikh bakal berlakunya kiamat. Setakat ini, semua tarikh yang\ndikemukakan itu ternyata salah (melainkan kita semua dah mati lah sebenarnya\ntanpa sedar).",
"Antara beberapa tarikh yang pernah dikatakan bakal berlakunya kiamat yang kemudian ternyata gagal semuanya:",
"Dengan rekod ramalan\ntarikh tamat dunia yang berderetan salah, walaupun melibatkan tokoh dan\nperadaban terbesar dalam sejarah, kita jangkakan tiada lagi cadangan tarikh\nkiamat yang bakal dikemukakan.",
"Tetapi sebenarnya terdapat beberapa tarikh lagi yang disebut bakal menyebabkan ‘sesuatu yang besar’ pada masa depan. Antara yang menarik adalah tarikh 2038 (Y2K38 Problem)",
"‘Tarikh kiamat’ pada\ntahun 2038 dapat diramal dengan sangat tepat. Iaitu pada pukul 03:14:07 tarikh\n19 Januari 2038. ",
"Detik tersebut adalah waktu tamatnya masa … bagi sistem komputer 32 bit.",
"Sama dengan masalah Y2K, masalah 2038 adalah berkaitan dengan masalah menayangkan masa pada sistem digital, yang diakibatkan oleh muatan yang tidak mencukupi bagi jenis data yang dipilih.",
"Sistem pemproses 32 bit dalam komputer hanya dapat mengendalikan nilai sebanyak 2^32, iaitu sebanyak 4,294,967,295 nilai. Kita bahagi dengan dua untuk nilai positif dan negatif, maka jumlah nombor maksimum yang dapat dikendalikan oleh sistem 32 bit adalah sebanyak 2,147,483,648 nilai, tolak satu untuk nombor 0 maka kita dapat 2,147,483,647 nilai.",
"Dalam sistem komputer kita pula terdapat jam yang tertanam yang kerjanya adalah mengira setiap saat yang berlalu. Jam ini ditentukan bermula pada 1 Januari 1970 pukul 12 a.m UTC (Coordinated Universal Time – Waktu Universal Selaras) dengan nilai 0. Ia kemudian terus mengira setiap saat tanpa henti. Pengiraan masa digital ini dipanggil Masa Unix yang digunakan secara meluas pada sistem digital seluruh dunia.",
"Dan disebabkan jam itu mengira dengan nombor 32 bit, ia miliki satu titik tamat. Ia akan tamat setelah ia mencapai nilai 2,147,483,647 saat daripada titik mulanya pada tahun 1970, iaitu pada 19 Januari 2038.",
"Had pengiraan ini seperti mengira nombor 6 dengan menggunakan sebelah\ntangan. Bilangan jari tidak cukup untuk mengira nombor 6.",
"Apa akan berlaku seterusnya? Dijangkakan jam itu akan beranjak kepada nilai negatif, iaitu ia akan melompat ke belakang kepada tahun 1901. Sudah pasti, ini akan mengakibatkan masalah besar pada sistem komputer (dan masalah pada kita, sebab kita terpaksa menghadap Perang Dunia 1 dan 2 semula).",
"Masalah dengan had pengiraan 32 bit ini pernah dibuktikan berlaku oleh\nartis Korea yang menari seakan menunggang kuda – Psy (dah macam tak dengar\nberita dah sekarang).",
"Pada tahun 2012 (Ya Allah dah dekat 8 tahun dah rupanya) seluruh dunia\ndigegarkan dengan video muzik tular Gangnam Style yang digilai waima di ceruk –\nceruk perkampungan orang Asli.",
"Begitu ramai orang yang menonton, sehingga video ini menjadi video pertama yang mencecah 1 bilion tontonan di Youtube. Namun kemudian perkara yang pelik berlaku setelah jumlah tontonan mencecah ‘nombor magis’ 2,147,483,647, nombor itu tersekat dan tidak bertambah.",
"Hal ini kerana jumlah tontonan itu telah pun mencapai had jumlah nombor integer 32 bit. Ketika Youtube dibangunkan belasan tahun lalu, mereka tidak terbayang pun sebuah video pada platform mereka akan mencapai jumlah tontonan melebihi had 32 bit! Bagi menyelesaikan masalah ini, Youtube terpaksa menaiktaraf sistem pengiraan tontonan mereka kepada 64 bit. Platform ini kini mampu menampung jumlah tontonan sebanyak 9,223,372,036,854,775,808 atau 9 quintillion tontonan. ",
"Pepijat (bug) Y2K38 ini jika tidak diselesaikan akan memberi kesan buruk kepada semua sistem, aplikasi, dan kebanyakan sistem dalaman yang menggunakan format 32 bit untuk menunjukkan masa. Sistem – sistem ini akan kehabisan masa lantas gagal berfungsi dengan betul.",
"Disebabkan kita semua\nhidup dikelilingi oleh teknologi digital, maka glitch ini dijangka akan memberi\nkesan buruk, jika tidak malapetaka besar kepada kita. Apa yang mungkin berlaku\nadalah catuan elektrik besar – besaran, kegagalan sistem sokongan hidupan\nhospital, masalah sistem perbankan, satelit tumbang daripada orbit dan lain –\nlain. Mungkin.",
"Sistem yang paling\nterkesan adalah sistem dalaman yang direka untuk bertahan seumur hidup mesin.\nSistem – sistem ini biasanya cuma disimpan di ceruk – ceruk mesin, bank,\nhospital, lapangan terbang, dan dibiarkan berjalan tanpa penyelenggaraan, kemas\nkini, dan dilupakan begitu saja. Sangat tidak mustahil menjelang tahun 2038,\nmasih terdapat sistem 32 bit yang digunakan untuk melakukan proses pengiraan\nkritikal seperti di bank dan hospital.",
"Namun jika pengalaman mengajar kita, kemungkinan besar tiada apa yang besar bakal terjadi pada tarikh 19 Januari 2038 itu. Sewaktu panik melanda dunia pada ketika Y2K, ternyata masalah – masalah yang berlaku cumalah kecil. Loceng kecemasan di kilang nuklear Onagawa berbunyi dua minit setelah tengah malam tanpa sebab, mesin tiket bas di Australia gagal beroperasi, 150 slot kasino rosak. Kesan terbesar adalah apabila penilaian Down Syndrome dihantar kepada 154 wanita mengandung di Sheffield, UK sehingga mengakibatkan dua bayi digugurkan. Tiada kapal terbang yang jatuh.",
"Terdapat beberapa\npenyelesaian bagi masalah ini, tapi penyelesaian sejagat masih belum ditemui.",
"Penyelesaian paling\nketara, seperti yang dilakukan Youtube, adalah dengan menaiktaraf sistem\npengiraan kepada 64 bit, yang mampu menampung sebanyak 18 quintillion nilai\ninteger. Dengan sistem 64-bit ini, jam digital mampu mengira dengan lebih lama\nsebelum temui hadnya, iaitu ia akan tamat pada pukul 3:30:08 pm pada tarikh 4\nDisember, Tahun 292,277,026,596. 292 bilion tahun dari sekarang. Hmm cukup lah\ntu kot.",
"Penyelesaian lain adalah menggunakan integer 32 bit tanpa tanda. Ini dapat memanjangkan tempoh pengiraan kepada tahun 2106. Tetapi ini akan memberi kesan kepada program yang menyimpan, mengambil atau memanipulasikan nombor sebelum tahun 1970, kerana tarikh tersebut dinyatakan dengan nombor negatif.",
"Sekarang masih terdapat\n18 tahun sebelum tahun 2038, jadi berkemungkinan besar penyelesaian bakal\nditemui sebelum itu, masih banyak masa lagi.",
"Adapun, sekali lagi,\ntiada siapa yang dapat meneka tarikh kiamat. Sebenarnya di samping tarikh\nkiamat besar yang bakal menghancurkan dunia, kita juga perlu takuti kiamat\nkecil iaitu kematian kita yang sama juga, tidak kita ketahui waktunya. Jadi\nsama – samalah kita beramal."
] |
https://ajar.com.my/2020/02/05/bagaimana-model-piawai-fizik-zarah-dilengkapkan/ | Bagaimana Model Piawai Fizik Zarah Dilengkapkan | [
"Bidang fizik terdiri daripada pelbagai cabang. Cabang yang menerangkan tentang zarah, atom dan pergerakannya dikenali sebagai Medan Fizik Kuantum (Quantum Field Theory atau QFT)",
"Medan Fizik Kuantum",
"Medan Fizik Kuantum menyatakan bahawa zarah-zarah bukanlah terdiri daripada atom berbentuk bulat seperti yang kita lihat dalam buku-buku sains tetapi zarah ini sebenarnya hasil daripada pengujaan (excitation) pada medan zarah tersebut. Sebagai contoh, elektron terhasil disebabkan pengujaan pada medan elektrik, foton (cahaya) terhasil disebabkan pengujaan pada medan elektromagnet. ",
"Teori medan ini berasal daripada prinsip kedualan zarah-gelombang (Wave-particle duality) yang menyatakan bahawa setiap zarah mempunyai ciri-ciri gelombang, dan setiap gelombang mempunyai ciri-ciri zarah.",
"Model Piawai Fizik Zarah",
"Kita pernah belajar dalam Kimia peringkat SPM bahawa kesemua unsur yang ada seperti Hidrogen dan Helium terdiri daripada pecahan yang lebih kecil iaitu proton, neutron dan elektron. ",
"Namun, ahli-ahli fizik zarah tidak berhenti setakat itu. Mereka bertanya, adakah proton, neutron dan elektron merupakan model paling asas yang membentuk alam semesta kita?",
"Pertanyaan ini telah memulakan pelbagai kajian berkenaan zarah dan pelbagai penemuan telah diterokai. Pertanyaan ini juga melahirkan bidang Medan Fizik Kuantum.",
"Hasilnya, ahli fizik zarah mendapati bahawa proton dan neutron bukanlah zarah terkecil, namun ia terdiri daripada zarah yang lebih kecil lagi iaitu Kuark. Sebagai contoh, proton ialah gabungan 3 kuark iaitu 2 kuark atas + 1 kuark bawah. Selain itu, ahli fizik juga mendapati bahawa gabungan kuark bagi membentuk zarah yang lebih besar seperti proton memerlukan satu pengikat bagi mengikat kuark-kuark ini. Pengikat ini dikenali sebagai gluon. ",
"Selain daripada kuark dan gluon, ahli fizik zarah mendapati bahawa terdapat zarah-zarah asas lagi iaitu lepton yang terdiri daripada neutrino dan selainnya. Neutrino ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu neutrino tau, neutrino muon dan neutrino elektron. Elektron juga merupakan sebahagian daripada kumpulan lepton.",
"Daya-daya asas dalam fizik",
"Antara persoalan yang ditanya dalam bidang fizik ialah bagaimana zarah-zarah di alam semesta berinteraksi antara satu sama lain? Jawapannya ialah Daya. ",
"Seperti yang kita belajar dalam fizik atau sains peringkat SPM, daya menyebabkan perubahan halaju sesuatu objek. Jika kaki kita mengenakan daya pada sebiji bola, bola tersebut akan bergerak. Kaki kita dan bola tersebut berinteraksi antara satu sama lain.",
"1) Daya graviti",
"Daya antara bumi dan bulan menyebabkan bulan mengelilingi bumi. Ini ialah daya graviti iaitu interaksi antara dua zarah disebabkan jisim kedua-dua zarah tersebut.",
"Daya graviti dijelaskan oleh Albert Einstein dalam teori Kerelatifan Am. Daya graviti tidak diambil kira dalam Medan Fizik Kuantum.",
"Selain graviti, terdapat 3 daya lain iaitu daya elektromagnet, daya nukleus lemah, daya nukleus kuat",
"2) Daya elektromagnet.",
"Daya elektromagnet ialah interaksi antara dua zarah hasil daripada cas elektrik dan cas magnet kedua-dua zarah tersebut.",
"3) Daya nukleus kuat",
"Daya nukleus kuat terbahagi kepada dua iaitu interaksi dalam sesebuah atom antara proton dan neutron. Yang kedua, daya nukleus kuat ialah interaksi antara kuark-kuark dalam proton, neutron dan zarah besar lain. ",
"Nukleus sesebuah atom terdiri daripada proton yang bercas positif dan neutron yang tak bercas. Daya elektromagnet menyebabkan proton-proton ini menolak antara satu sama lain. Namun bagaimana atom masih wujud? Mengapa ia tidak terpisah dan hanya terdiri daripada sebuah proton sahaja? Ini kerana wujud daya nukleus kuat yang mengikat proton dan neutron dalam nukleus sesebuah atom.",
"4) Daya nukleus lemah",
"Daya nukleus lemah pula ialah interaksi dalam proses pereputan radioaktif bagi sesebuah atom (Radioactive decay)",
"Pembawa daya",
"Dalam Medan Fizik Kuantum, interaksi bagi ketiga-tiga daya ini diterangkan melalui kewujudan ‘pembawa daya’ atau boson. ",
"Boson bagi daya elektromagnet ialah foton (photon).",
"Boson bagi daya nukleus kuat ialah gluon",
"Boson bagi daya nukleus lemah ialah W dan Z boson",
"Hasil daripada kajian di atas, ahli fizik menghasilkan model piawai fizik zarah yang terdiri daripada Kuark, Lepton dan Boson. ",
"Boson Higgs",
"Namun wujud sebuah masalah iaitu model ini menjangkakan bahawa boson tidak mengandungi jisim, namun hasil eksperimen mendapati bahawa hanya foton tidak mengandungi jisim manakala boson lain mengandungi jisim. ",
"6 orang ahli fizik kemudiannya mengusulkan penyelesaian iaitu dengan kewujudan boson Higgs. Boson Higgs ini boleh menjelaskan kewujudan jisim bagi zarah-zarah asas seperti gluon, W dan Z boson, Kuark dan Lepton. ",
"Kesemua zarah dalam model piawai fizik zarah telah ditemukan sejak 1970-an kecuali zarah boson Higgs. Selepas beberapa dekad, akhirnya zarah Higgs ditemukan di LHC pada tahun 2012. Maka lengkaplah keseluruhan model piawai fizik zarah.",
"Bagaimana jisim\nkita terhasil?",
"Adakah boson Higgs atau medan Higgs yang menghasilkan keseluruhan jisim kita? ",
"Jawapannya tidak.\nHiggs boson hanya menghasilkan jisim bagi zarah-zarah\nasas iaitu jisim bagi kuark, lepton dan boson. Sepeti yang disebut sebelum\nini, zarah-zarah ini ialah pengujaan pada medan. Boson Higgs juga hasil\ndaripada pengujaan pada medan Higgs. Apabila zarah asas lain bergerak dalam\nmedan Higgs, zarah ini menerima jisim daripada interaksi dengan medan Higgs.",
"Bagaimana pula dengan jisim atom dan zarah? ",
"Sedangkan proton dan neutron bukanlah zarah asas. Jika\nditambah kesemua jisim kuark dalam proton, ia hanya bersamaan dengan 1% sahaja\njisim proton. Jadi, darimanakah datangnya jisim proton, neutron, dan\ngabungannya yang membentuk atom hidrogen, helium dan selainnya?",
"Jawapannya ialah pada daya nukleus kuat. Interaksi antara\nkuark, dan antara atom menghasilkan tenaga yang sangat tinggi. Tenaga ini pula\nmenghasilkan baki 99% jisim proton dan jisim-jisim atom lain.",
"Adakah penemuan boson Higgs menerangkan segala-galanya\ntentang alam kita? ",
"Jawapannya tidak. Ini kerana model piawai fizik tidak\nmampu menerangkan kewujudan daya graviti serta bagaimana keadaan alam semesta\nkita sejurus berlakunya big bang.",
"Kajian perlu diteruskan…"
] |
https://ajar.com.my/2020/02/09/kenapa-abang-ini-tak-jatuh-solat-tempat-cerun/ | Kenapa Abang Ini Tak Jatuh Solat Tempat Cerun? | [
"Ada sebuah gambar tular yang kelakar di mana seorang abang solat di atas satah condong masjid yang cerun, mungkin kerana hari itu solat Jumaat dan masjid sudah terlalu penuh.",
"Ditulis pada gambar tersebut: “Enggan melawan hukum Allah, pria ini berani melawan hukum Newton”.",
"Namun jika diperhatikan, terdapat beberapa elemen lain yang menarik berkenaan gambar ini. Di bawah satah tersebut adalah seorang budak yang nampaknya sudah jatuh dan pasrah solat di bahagian kasut. Manakala terdapat seorang budak yang berada di transisi kejatuhan tetapi masih cuba berpaut pada saf condong itu.",
"Persoalannya, kenapa pemuda berbaju hijau itu berjaya melawan daya tarikan graviti? Adakah kerana terdapat tolakan iman yang tidak dapat diperhatikan? Kenapa pula budak – budak itu tewas?",
"Daya Geseran",
"Apabila sebuah objek diletak pada suatu satah condong, ia tidak akan jatuh meluncur selagi mana daya yang disebabkan oleh graviti ke atas objek kurang daripada rintangan daya geseran.",
"Daya rintangan tersebut dipanggil daya geseran statik, kerana objek tidak bergerak. Persamaannya adalah:",
"Fss = µ ssN",
"Di mana",
"Situasi ini dapat difahami apabila kita mengenal pasti daya – daya yang terlibat.",
"Daripada rajah tersebut, kita dapat lihat bahawa daya daripada graviti ke atas objek, F2 pada satah condong itu adalah berat objek darab sinus darjah kecondongan.",
"F2 = mg*sin( ø )",
"Di mana",
"Maka kenapa abang itu tidak jatuh meluncur?",
"Abang itu tidak jatuh meluncur apabila daya geseran statik melebihi daya graviti yang menarik beliau turun satah.",
" Fss > F2 ",
"Adik – adik itu pula jatuh tergolek kerana daya geseran statik mereka kurang daripada daya graviti yang menarik mereka jatuh dari satah.",
" Fss < F2 ",
"Maka apa pula yang mempengaruhi daya geresan statik? Menurut persamaan berikut:",
" Fss = µ ssN ",
"Daya geresan statik dipengaruhi oleh pekali geseran statik µ ss .",
"Terdapat dua faktor yang mempengaruhi geseran :",
"PENTING!! Daya geseran TIDAK dipengaruhi luas permukaan dan kelajuan permukaan. ",
"Maka, disebabkan abang baju hijau itu lebih berat daripada adik – adik kecil itu, daya geserannya lebih besar dan mampu menahan daya tarikan graviti yang menarik beliau jatuh pada satah condong.",
"Nilai µ ss pula berubah – ubah berdasarkan permukaan mana yang bersentuhan. Berikut adalah beberapa jadual pekali geseran yang direkodkan."
] |
https://ajar.com.my/2020/02/13/ini-bukan-warna-kuning/ | Ini Bukan Warna Kuning | [
"Kuning?",
"Mana? Mana ada warna kuning?",
"Ini? Ini bukan kuning.\nBukan.",
"Eh jap. Adakah korang\npun tertipu? Tertipu dengan penipuan yang terbesar dalam dunia ni…",
"Alamak.",
"Hanya Merah Biru dan Kuning",
"Ok, ok sebab apa ini\nbukan kuning.",
"Sebab kalau kita tengok betul – betul pada skrin kita, kita fokus, kita akan dapati bahawa ia terdiri daripada unit asas yang dipanggil piksel.",
"Dan piksel ini terdiri daripada beberapa subpiksel warna. Ia adalah tiga warna yang anda perhatikan di atas.",
"Soalan saya pada anda … Mana warna kuning? Kalau skrin anda cuma terdiri daripada 3 warna, merah biru hijau, macam mana boleh ada warna kuning??? ",
"Jadi sebenarnya, kita\nni manusia, memang senang kena tipu. Ada sesetengah penipuan tu dah terlampau\nbiasa, kita lalu tak anggap pun diri kita ditipu.",
"Contohnya macam ilusi pergerakan digital. Sebenarnya pergerakan yang kita nampak dalam video tu cumalah siri – siri gambar statik yang dipamerkan secara berturut – turut dengan laju.",
"Dia tak bergerak pun,\nsebenarnya, tapi sebab mata dengan otak kita cuma boleh proses 10 ke 12 imej\nsesaat, dan diorang mengekalkan imej tu selama 1/15 saat, kita yang alami ilusi\nsemacam dia bergerak.",
"Tapi antara ilusi lain yang paling banyak menipu kita sehari – hari adalah ilusi warna. ",
"Skrin digital kita ni sebenarnya terdiri daripada 3 warna cahaya utama pada setiap sub piksel, iaitu merah hijau dan biru. Dalam model yang dipanggil model warna RGB. Itu ja, tiga warna tu ja. Dan pada skrin, terdapat beribu – ribu piksel.",
"Tapi kita tak nampak piksel – piksel kecil ni pada satu jarak yang jauh. Kita tak perasan pun tiga unit warna tersebut.",
"Dan dengan kita mainkan keamatan (intensiti) bagi setiap 3 cahaya tu, kita sebenarnya boleh hasilkan semua warna tampak.",
"Jadi bila kita tengok warna kuning pada skrin kita, memang sebenarnya, itu bukan kuning. Ia cumalah warna merah, hijau, biru pada keamatan yang berbeza, yang dipersembahkan oleh piksel pada skrin.",
"Peliknya.",
"Fenomena ni boleh jadi dan dimanipulasi bila kita dapati bahawa pada mata kita terdapat kon yang sensitif pada tiga jenis warna, biru, hijau dan merah.",
"Jadi bila kita tengok\nskrin kita yang warnanya ‘kuning’, apa yang kita lihat sebenarnya adalah ribuan\nsubpiksel yang berwarna merah dan hijau dinyalakan serentak. Warna biru tu\ndipadam.",
"Kedua – dua kon merah dan\nhijau pada retina mata kita kemudian teraktivasi. Jadi otak kita anggap eh ini\nbenda yang biasa jadi bila tuan aku tengok warna kuning. Jadi skrin tu pun otak\nkita anggap kuninglah.",
"Dan rupa – rupanya tak\nsusah mana untuk buat mata kita menyangkakan mereka tengah melihat warna.",
"Contohnya tengok gambar ni. ",
"Kita tengok dia macam\nberwarna betul?",
"Sebenarnya tak, tengok betul – betul.",
"Gambar asalnya adalah\nhitam putih, tapi ia ditempel dengan grid garisan berwarna, lantas mata kita\ntertipu dengan menyangkakan keseluruhan gambar sebagai berwarna.",
"Dan kita boleh manipulasi grid tersebut untuk tengok sejauh mana kita boleh tertipu dengan ilusi grid ni.",
"Bukan saja gambar, ilusi grid warna pada latar hitam putih juga berlaku pada video. Video ini keseluruhannya hitam dan putih. Tapi dengan beberapa grid garisan berwarna, kita melihat seolah ia berwarna sepenuhnya.",
"Jadi kesimpulannya konsep\nwarna ni memang pelik. Tapi yang lagi pelik adalah bagaimana satu ilusi ini\nboleh dimanipulasi sampai ia mempengaruhi berbilion manusia selama ratusan\ntahun. Dan soalan yang lagi penting adalah, sejauh mana lagi agaknya mereka boleh\nmemanipulasikan otak manusia supaya kita terus tertipu, dan mungkin selepas\nini, kita tak akan sedar lagi bahawa kita ditipu… "
] |
https://ajar.com.my/2020/02/18/kalau-makin-dekat-dengan-matahari-makin-panas-kenapa-puncak-gunung-lagi-sejuk-daripada-pantai/ | Kalau Makin Dekat dengan Matahari Makin Panas, Kenapa Puncak Gunung Lagi Sejuk daripada Pantai? | [
"Di sini ada satu soalan yang menarik. Matahari itu panas, bukan? Jadi, kalau matahari tu panas, dan semakin kita hampir kepada matahari, kita akan terasa semakin panas, betul? ",
"Tetapi, kalau anda pernah bercuti di tempat-tempat peranginan di atas bukit, di Cameron Highland misalnya, anda mungkin perasan bahawa tempat-tempat di atas bukit adalah lebih sejuk berbanding dengan kawasan di tanah rata seperti KL dan kawasan sekitarnya.",
"Eh? Kata makin\ndekat dengan matahari makin panas. Kenapa dekat tempat tinggi, bukit bukau\nmisalnya, kita rasa sejuk pula?",
"Definasi\nAltitud",
"Pertama sekali,\nkita perlu bezakan dua situasi. Situasi pertama adalah apabila kita berada di\nBumi, semakin tinggi pergerakan kita ke atas (mendaki bukit misalnya), kita\nakan menjadi semakin sejuk. Hal ini adalah benar, sehinggalah sampai kepada\nsatu tahap, di mana kita berada di luar Bumi, dengan erti kata lain, kita\nberada di angkasa lepas. Sekiranya kita berada di angkasa lepas (ini untuk\nsituasi kedua), semakin hamper kita dengan matahari, maka kita akan terasa\nsemakin panas.",
"Jadi, kita akan bincangkan situasi pertama, dengan pertamanya memberi definasi kepada altitud. Altitud, dalam istilah sains, merujuk kepada ketinggian. Sekiranya kapal terbang bergerak pada altitud 20,000 meter, ini bermakna kapal terbang tersebut sedang bergerak pada ketinggian 20,000 meter dari paras laut. Laut selalunya akan dijadikan rujukan utama atau altitud 0 meter bagi rujukan ahli sains.",
"Sekiranya anda pernah belajar subjek termodinamik, anda mungkin tahu bahawa tekanan udara (pressure) adalah berkait, semakin tinggi tekanan udara, semakin panas objek tersebut. Hal ini dipanggil sebagai Hukum Tekanan (Pressure Law). Hukum Tekanan ini boleh dibayangkan dengan sebuah bekas yang tidak boleh diubah bentuk yang mengandungi udara. Sekiranya kita memanaskan udara di dalam bekas tersebut, molekul udara di dalam bekas tersebut akan bergerak lebih laju, dan tekanan udara dalam bekas tersebut akan meningkat.",
"Jadi, menurut\nHukum Tekanan, sekiranya semakin bertambah suhu, tekanan akan semakin\nbertambah. Untuk kes altitud yang tinggi pula, kita tahu bahawa semakin tinggi\naltitud, semakin berkurang tekanan udara. Maka, sekiranya tekanan udara semakin\nberkurang, apa akan jadi kepada suhu udara di altitud tinggi menurut Hukum\nTekanan? Betul, semakin tinggi altitud, tekanan akan semakin berkurang, dan\nsuhu juga, akan turut berkurang.",
"Tapi kenapa sebenarnya tekanan udara makin\nberkurang pada altitud tinggi, in the\nfirst place?",
"Graviti.",
"Hukum graviti adalah berkenaan dengan dua objek berjisim yang saring menarik antara satu sama lain. Meskipun udara di sekeliling kita ni rasa macam tak ada jisim, tapi udara ini memenuhi ruang, jadi ia sebenarnya mempunyai jisim yang tersendiri. Jadi jisim udara ini sebenarnya akan berinteraksi dengan Bumi, dan tarikan graviti Bumi sebenarnya akan menarik molekul-molekul udara ke arah Bumi, mengakibatkan udara akan lebih tertumpu ke Bumi, dan semakin berkurang apabila menjauhi Bumi. Hal ini sepertimana yang digambarkan dalam Rajah 3.",
"Walaupun kelihatan mudah, namun suhu tidaklah kekal menurun pada altitud yang lebih tinggi secara amnya. Hal ini kerana terdapat beberapa lapisan atmosfera yang mengandungi kandungan udara yang berbeza, dan interaksi udara dengan persekitaran (Bumi dan Matahari) akan menyebabkan tiap-tiap lapisan atmosfera ini memiliki perubahan suhu yang berbeza (Rujuk Rajah 4).",
"Untuk kes yang kedua, di mana kita telah melepasi lapisan atmosfera Bumi (dalam erti kata lain di angkasa lepas), suhu akan bertambah apabila kita semakin hampir dengan matahari. Hal ini sudah pastinya terjadi kerana semakin bertambah jarak antara kita dengan matahari, radiasi matahari akan lebih banyak dan suhu kita akan menjadi lebih tinggi.",
"Bacaan lanjut:",
"“Adapting to High Altitude.” https://www2.palomar.edu/anthro/adapt/adapt_3.htm",
"“If heat rises, why does the temperature\ndecrease at higher elevations?” https://www.scientificamerican.com/article/if-heat-rises-why-does-th/",
" “Layers\nof the Atmosphere.” https://courses.lumenlearning.com/geophysical/chapter/layers-of-the-atmosphere/",
"“Why Is It Colder at the Top of a Mountain\nThan It Is at Sea Level?” https://science.howstuffworks.com/nature/climate-weather/atmospheric/question186.htm",
" “Why\nis it colder at higher altitudes?” https://www.thenakedscientists.com/articles/questions/why-it-colder-higher-altitudes",
"“Vertical Distribution of Air Pressure.” http://www.iupui.edu/~g107/mod08/lecture03.htm",
"“Why Does Altitude Affect Temperature?\n|James May’s Q&A | Earth Lab” https://www.youtube.com/watch?v=cimgIhtN-AU"
] |
https://ajar.com.my/2020/02/22/selesaikan-masalah-bagaimana-bentuk-keropok-pringles-muat-dalam-tin-pringles-beri-pelajar-phd-ini-stok-percuma/ | Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma | [
"Mungkin ada sesetengah daripada kita pernah tertanya kenapa keropok Pringles itu bentuknya pelik? Kenapa tak bentuk rata saja?",
"Dan mungkin lebih aneh, bagaimana keropok tersebut boleh muat dengan begitu cantik di dalam tin Pringles yang berbentuk silinder?",
"Hal ini dijelaskan oleh seorang pelajar PhD dalam ciapan Twitternya:",
"The reason Pringles fit so nicely in a cylindrical tube is because they're hyperbolic paraboloids plotted over a circular domain pic.twitter.com/BUzjPw7e17",
"Menurut Berger Dillon, keropok Pringles sebenarnya berbentuk paraboloid hiperbolik yang diplot pada domain berbentuk bulat.",
"Paraboloid hiperbolik adalah bentuk dua permukaan yang melengkung yang menyerupai pelana kuda. Ia miliki bentuk cekung (concave) pada satu paksi, dan bentuk cembung (convex) pada paksi lain.",
"Juga, Dillon mendapati bahawa kawasan sokongan Pringles sebenarnya agak bujur, bukan bulat sepenuhnya.",
"Varying the semi-major axis of the Pringles' support region pic.twitter.com/ZotI1Fwlxp",
"Seorang pengguna lain kemudian mengira parameter tepat Pringles menggunakan Kalkulator Graf dan Realiti Buatan.",
"Challenge accepted! I set out to measure the precise parameters of @Pringles using my Graphing Calculator and #AugmentedReality… #edtech #grapherapp pic.twitter.com/kxMj7AOv8o",
"Menurut bebenang tersebut, sebab utama mengapa Pringles dibentuk sedemikian adalah untuk memudahkan ia dipegang dan diambil keluar daripada tin.",
"Begitu juga, bentuk ruangan kosong dalam mulut kita antara lidah dengan lelangit mulut juga berbentuk paraboloid hiperbolik.",
"Tapi kenapa pula tangan kita (sesetengah orang) tidak muat untuk masuk ke dalam tin silinder Pringles?",
"Jawapannya adalah keratan rentas berbentuk bulatan yang paling kecil pada kelebaran tangan kita adalah lebih besar daripada tiub.",
"Melihat bebenang ini, akaun Pringles rasmi kemudian mencelah:",
"We fixed it for you: https://t.co/xKSyIeoAhE pic.twitter.com/47rYyB6NYf",
"Dan sebagai penghargaan kerana memikirkan Pringles secara matematik, Dillon kemudian memperoleh stok keropok tersebut secara percuma daripada Pringles.",
"Jadi lepas ni kita perlu bawa kalkulator sambil makan mana – mana makanan segera. Mana tahu."
] |
https://ajar.com.my/2020/02/26/kalendar-bumi-jutaan-tahun-lalu/ | Kalendar Bumi Jutaan Tahun Lalu | [
" Oleh: Azri May ",
"Ketika anda menonton filem Jurassic Park dulu, anda pernah terfikir ke apa maksud Jurassic sebenarnya? Takde pon nama dinosaur Jurassic Rex atau Jurassicsaurus dalam filem tu? Tuan-tuan dan puan-puan, nama tersebut lahir daripada tahun Jurassic iaitu 199.6 ke 145.5 juta tahun yang lepas (Ma). Sebelum itu, kita mulakan dengan dengan pengenalan kepada sistem skala masa geologi atau geological time scale (GTS). ",
"GTS merupakan satu sistem pentarikhan kronologi Bumi yang dikaitkan dengan lapisan batu-batuan (strata) kepada masa. GTS ini kebanyakannya digunakan oleh mana-mana saintis yang mengkaji Bumi Kuno misalnya ahli geologi, pengkaji iklim dan berbagai lagi saintis ahli kaji bumi untuk menandakan waktu-waktu dan perkaitan yang penting dalam sejarah Bumi. Orang Arab kuno juga pernah menggunakan kaedah yang lebih kurang sama untuk menentukan tarikh-tarikh yang penting misalnya Tahun Gajah. Bezanya saintis menggunakan kaedah saintifik seperti pemerhatian dan pengkaitan, seterusnya meletakkan tarikh yang agak tepat berbanding orang Arab kuno yang tidak mempunyai sistem tarikh yang bernombor. Kalau Malaysia pula menamakan zaman guna nama Perdana Menteri misalnya Zaman Mahathir dan Zaman Najib.",
"GTS secara rasminya disediakan dalam bentuk jadual oleh International Commission on Stratigraphy (ICS) di mana tarikh-tarikh geologi diberikan masa, warna dan tata nama yang sesuai. Jadual ini juga bukan mutlak dan sentiasa diperbaharui dengan penemuan baharu. Jadual di atas merupakan jadual GTS versi ke-5 (2013) keluaran tahun 2020. ",
"Siapa kata kita tahu semuanya tentang alam semula jadi?",
"Pembahagian Jadual",
"GTS\nmempunyai beberapa terminologi bagi pembahagian masa iaitu:",
"Tapi yang best sekali period, epoch dan age dalam Bahasa Melayu diterjemahkan sebagai zaman. Suka betul menyusahkan diri orang Barat ni.",
"Jap bro, aku tengok jadual ni, kenapa nama-nama yang diberikan pada tahun yang tidak tetap? Misalnya, kenapa nama tersebut tidak diberikan pada setiap 1 juta tahun atau 1 penggal 5 tahun atau sebagainya, tetapi pada tahun-tahun yang rawak? ",
"Ini adalah kerana, seperti yang dibincangkan di atas, tarikh-tarikh ini diberikan atas dasar perubahan yang drastik dalam sistem Bumi yang dikaji melalui catatan kimia yang ada di dalam rekod batuan (rock record) melalui teknik geokronologi seperti pentarikhan isotop stabil dan tak stabil (isotope dating – bukan maksiat eh), palaeomagnetokoronologi dan penalaan astronomi kitaran mendapan. Kalau nak kita akan bincangkan hal-hal ini pada artikel-artikel yang akan datang. ",
"Apa-apa pun sebagai rakyat marhaen, bagus sekiranya jika kita mampu menambahkan ilmu tentang masa dalam kaca mata sains supaya kita tidak mudah ditipu seperti filem populis Jurassic Park. Mana ada T-rex hidup pada zaman Jurassic, semua dinosaur besar gedabak hidup pada zaman Cretaceous kerana masa tu oksigen terlalu banyak lalu mengembangkan saiz organisma pada zaman tersebut. Kalau guna Cretaceous Park tak best bunyi dia, macam nama restoran makanan laut. ",
"Kita juga mampu menginsafi bahawa\nmasa untuk kita berada di dunia yang fana ini teramatlah singkat, jika\ndibandingkan dengan umur Bumi yang telah mencecah 4.6 Billion. ",
"Lihatlah pada batu-batuan di\nsekeliling kita, Allah telah meletakkan pelbagai petunjuk dan klu-klu tentang\nBumi pada masa silam untuk menunjukkan betapa hebatnya, betapa mudahnya bagi\nAllah untuk memanipulasikan kandungan Bumi ini, dan akhirnya menjadikan Bumi\ntempat tinggal yang sesuai bagi manusia untuk hidup.",
"Wallahua’lam.",
"Rujukan: "
] |
https://ajar.com.my/2020/03/03/pensyarah-bertanjak-peroleh-phd-di-oxford-untuk-tunjuk-hebatnya-bangsa-ini/ | Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini | [
"Kisah Dr. Khair Razlan Othman yang memakai tanjak ketika menerima Ijazah Doktor Falsafah di majlis graduasi universiti terkenal dunia, Universiti Oxford, United Kingdom mula tular sejak semalam. ",
"“Saya mahu beritahu betapa hebatnya bangsa kita pada orang” kata Dr Khair dalam temuramah bersama wartawan.",
"Kisah beliau sebelum ini turut tular apabila beliau mengenakan tanjak dalam sesi Viva di Oxford",
"Beliau kemudian berhasrat meneruskannya pada majlis graduasi.",
"Pemakaian tanjak ini mungkin kali pertama semenjak penubuhan Oxford.",
"Menurut Dr Khair Razlan, pilihan beliau bukanlah dibuat kerana populariti:",
"“Kerna bangsa ini sudah sekian lama mendiamkan diri. Samada malu atau memang tidak mahu. Samada ragu atau memang dalam keliru.",
"Bisa mungkin setiap orang salahkan pemimpin yang rajin kelahi, atau pengikut yang hilang jati diri.",
"Namun aku lebih suka memilih menjadi pelopor. Menerobos jalan yang unik. Kerana massa perlukan qudwah hidup yang berjalan di bawah tataan nan tinggi. Apa lagi di bumi Tanah Melayu yang sedak bergolak hari ini. Harus ada sosok manusia yang berani mengorek keluar khazanah peradaban bangsa yang sudah lama tertimbus. Mengangkat identiti bangsa hebat yang kian hebat dipersoalkan ini serta memberikan takrifan sewajarnya”",
"Tahniah!"
] |
https://ajar.com.my/2020/03/04/macam-mana-orang-kira-umur-bumi/ | Macam Mana Orang Kira Umur Bumi? | [
"Nak tau umur orang boleh tanya je. Walaupun usia seseorang wanita itu merupakan suatu misteri dunia, namun korang boleh semak IC atau sijil kelahiran mereka. Tapi, Bumi ni ada IC ka?",
"Artikel ini ialah artikel susulan bagi menjawab soalan-soalan yang diyakini menghantui minda pembaca artikel yang lepas: Kalendar bumi jutaan tahun dahulu ",
"Jadi, macam mana\nkita nak tahu usia Bumi sebenarnya. Sebelum tu, kita belajar sejarah manusia\ncuba nak teka usia bumi dulu.",
"Jom kita start. *ala Khairul Aming*",
"Sejarah Pentarikhan Bumi",
"Antara orang yang pertama sedar bahawa bumi ini telah berusia lama ialah Aristotle (384-322 BC) apabila beliau mendapati bahawa terdapat cengkerang tertanam di dalam gunung batu kapur. Lantas, beliau mengeluarkan satu kesimpulan bahawa gunung tersebut pernah berada di lautan pantai dan akhirnya diangkat menjadi gunung. Ye la, siapa rajin sangat nak tanam kerang atas gunung. Proses yang terjadi ini tidak mungkin terhasil dalam suatu hari, namun pada masa yang lama fikirnya.",
"Setelah lama dunia geologi sunyi sepi tak diperbaharui, polymath dunia Islam Ibnu Sina menukilkan perihal geologi dalam kitabnya “Kitab Ash-Shifa” yang diterbitkan pada tahun 1027. Pada Bahagian 2, Seksyen 5, kitab ini menggariskan beberapa asas-asas geologi yang menganjakkan kefahaman manusia tentang Bumi yang mereka pijak ini, terutamanya hakikat bahawa Bumi ini teramatlah tua dan lapisan batu yang berada di bawah mestilah lebih tua daripada lapisan yang atas. Asas-asas yang bernas dan menjangkau waktunya ini walaupun hebat namun masih tidak mampu memberikan usia bernombor pada Bumi.",
"Percubaan Mengangkakan Tarikh",
"Leonardo Da Vinci (1452-1519) memerhatikan batu-batuan yang berada\ndi gunung merupakan mendapan yang dibawa oleh laluan bendalir seperti sungai.\nHasil daripada kerja kejuruteraan pada terusan dan sungai di Sungai Po, dia\nmengira bahawa mendapan-mendapan di situ berusia lebih kurang 200,000 tahun\nlantas menyimpulkan bahawa usia Bumi seharusnya lebih tua.",
"Ada beberapa saintis barat termasuk Sir Isaac Newton\nmenggunakan sebuah kitab utama agama mereka, untuk menentukan berapa usia bumi\nsebenarnya dan mereka mendapati bahawa bumi ini berusia lebih kurang 6,000\ntahun. Ini juga menjadi asas mengapa sesetengah orang sukar untuk\nmempercayai dinosaur itu wujud kerana usia fosil dinosaur ialah ratusan ke puluhan\njuta tahun.",
"Lord Kelvin @ Sir William Thomson (ye, yang absolute temperature atau °K tu) pada tahun 1862 juga mencuba try test dalam mengira usia Bumi melalui formula kecerunan haba (thermal gradient) dan menjumpai bahawa usia Bumi ialah lebih kurang 100 juta tahun. Beliau menganggap bahawa Bumi lahir sebagai satu bebola cecair secara keseluruhan dan mengira berapa lama masa untuk bebola tersebut mengeras sehingga ke lapisan yang paling luar. Namun begitu, pengiraan tersebut salah kerana beliau tidak mengambil kira haba yang terhasil melalui pereputan radioaktif (radioactive decay) dan yang paling penting perolakan (convection) yang dialami oleh mantel, yang menyebabkan penahanan haba yang berpanjangan. ",
"Penemuan Radioaktif",
"Pada tahun 1898, Marie dan Pierre Curie\nmenemui elemen radioaktif polonium dan radium dan pada 1903, Pierre Curie dan\nAlbert Laborde mengumumkan bahawa radium menghasilkan haba yang cukup melalui\npereputan radioaktif bagi mencairkan ais yang sama beratnya di bawah masa\nsejam. Selepas penemuan ini, ahli geologi sedar bahawa banyak perkiraan yang\ntelah dilakukan oleh saintis-saintis sebelum ini tersilap anggap.",
" Radioaktif\nmembuka satu jalan baru dalam merungkaikan misteri umur Bumi dan menguburkan\nsegala teknik lapuk. Ini dilakukan melalui teknik pentarikhan radiometrik\n(radiometric dating – sekali lagi, bukan maksiat).",
" Ernest Rutherford berjaya membuktikan bahawa atom mereput dan membentuk atom yang lebih ringan pada masa yang tertentu. Untuk memudahkan hidup saintis-saintis yang lain, beliau mengadakan suatu konsep iaitu konsep separuh hayat (half-life, bukan game Valve) iaitu masa yang diambil bagi sesuatu elemen untuk berkurang menjadi separuh. Dia hampir gaduh dengan Lord Kelvin sebab dia nak bagitau Kelvin ni silap, tetiba dia dapat ilham lalu berkata “Lord Kelvin ni telah mengehadkan umur Bumi, sebab kita tak cukup maklumat dan tiada penemuan baru. Jadi wahyu baru yang kita tengah ambil kira ada di depan saya sekarang malam ni, Radium!”. Smooth bruh.",
"Cuba korang\nbayangkan, akaun bank korang, tapi kalau korang disiplin untuk belanja separuh\nsetiap tahun. Jadi kalau tahun pertama ada RM40,000 dan separuh hayat bank\nakaun korang ialah setahun, tahun kedua akaun akan jadi RM20,000. Banyaknya\nbelanja, nikah ke bang? Tahun ketiga akan jadi RM10,000 dan keempat RM5,000 dan\nseterusnya akan jadi separuh. Ini contoh je ye. ",
" Sebenarnya,\nahli geologi tak berapa suka pada teknik ini sebab mula-mula diorang guna\nhelium tapi tak menjadi-jadi dan ramai jugak yang menyerah kalah dengan teknik\nini. Namun seorang anak muda yang bernama Arthur Holmes bekerja menggunakan\npentarikhan plumbum (lead dating) pada seketul batu daripada Ceylon, Sri Lanka\nwalaupun teknik yang beliau gunakan agak berat sebelah dan tersilap anggap\nbeberapa perkara misalnya menganggap bahawa keseluruhan batu mengandungi\nuranium sahaja tanpa plumbum yang telah terjadi. Namun begitu, saintis-saintis\nyang baru mampu untuk menempel kebanyakan kelemahan teknik Holmes. ",
" Kerja\n“cikai” Holmes telah menginspirasikan teknik-teknik pentarikhan radioaktif\nseperti:",
"Usia Bumi",
"Panjang-panjang\nbaca akhirnya sampai dekat isi yang paling penting. Sabau ye, nak habis dah. ",
"Usia Bumi\npada mulanya ditentukan melalui batu meteorit Canyon Diablo yang dianggarkan\njatuh ke bumi 50,000 tahun dahulu. SIKIJAPPPPPP! Kalau nak kira umur Bumi\nkenapa kena guna meteorit yang bukan daripada Bumi!? Ini tanah, Bumi yang\npunya! ",
"Kalau kita fikir balik, batu-batu dekat Bumi ni semua telah melalui proses-proses geologi yang telah sama ada mentohorkan atau telah membuang banyak kandungan-kandungan penting pada batu tersebut. Carlson & Tera (1998) menyatakan meteorit boleh diguna pakai kerana meteorit yang jatuh ke Bumi merupakan serpihan-serpihan yang belum jatuh ke Bumi ketika kejadiannya, jadi, meh. Pakai je.",
"Melalui\npentarikhan isotop plumbum-plumbum meteorit tersebut pada tahun 1956, setahun\nsebelum Malaysia Merdeka, Patterson menyatakan bahawa Bumi ini berumur 4.55 ±\n0.07 bilion tahun. Beberapa kajian lain terhadap meteorit yang lain turut\nmengeluarkan umur yang hampir sama. ",
"Akhir sekali,\nyang terbaru, pada tahun 1999, Valley et al. (et al. = dan kawan-kawan)\nmelaporkan bahawa mineral Zircon, ZrSiO4 , boleh dijadikan mineral\nrujukan untuk menentukan usia bumi kerana kebolehannya menumpukan kandungan\nuranium dan mengasingkan plumbum di samping merekod pertumbuhan mineral yang\ntahan lasak dan tahan lama. Pada tahun 2001, Wilde et al. melaporkan bahawa\nmereka telah menjumpai mineral Zircon yang paling tua iaitu di Jack Hills,\nAustralia yang berusia 4.404 ± 0.008 bilion tahun dan umur inilah yang diguna\npakai oleh kesemua ahli geologi dan saintis kaji Bumi pada zaman moden. ",
"Tapi nota yang penting, ini ialah umur Bumi mula mengeras menjadi pepejal lalu menjadi batu! Umur sebenar kelahiran Bumi ketika ianya gas, kemudian bebola cecair, masih lagi tidak dikenal pasti secara tepat dan takkan dibincangkan. Penat tulis panjang-panjang.",
"Beberapa\niktibar yang kita boleh ambil daripada kisah macam mana nak tahu umur Bumi ni:",
"Wallahua’lam",
"Rujukan:"
] |
https://ajar.com.my/2020/03/05/rahsia-kenapa-kita-guna-huruf-x-dalam-matematik/ | Rahsia Kenapa Kita Guna Huruf ‘X’ dalam Matematik | [
"Rasanya kita semua ingat waktu kali pertama kita bertemu dengan huruf ‘X’ dalam matematik. Ia adalah satu titik kepelikan di sekolah.",
"“Eh jap. Matematik ni bukan patutnya pasal nombor ke? Kenapa tiba – tiba disuruh cari nilai huruf?”",
"Tapi mulanya kita tak kisah sangat, sebab iyalah, apa sangatlah ada satu huruf saja dalam satu persamaan. Ia masih boleh difahami dan diselesaikan.",
"Tapi kemudian semakin lama, huruf menjadi semakin banyak, dicampak pula simbol Latin, simbol Greek, nombornya entah ke mana. Dalam satu persamaan panjang berjela tu boleh jadi hanya ada satu saja nombor. Aduh sakit kepala.",
"Cuma, ada satu persoalan yang menarik yang mungkin jarang difikirkan orang:",
"Kenapa matematik suka guna ‘X’? Kenapa tak huruf G ke, B ke, A ke.",
"Huruf X sekarang amat sinonim untuk dirujuk kepada sesuatu yang tidak diketahui (anu). Katakan ada seorang lelaki X. Kita letak bahan kimia X. Ada X jumlah benda.",
"Sebenarnya, asal usul mengapa huruf X ini begitu popular adalah agak menarik.",
"Asal Usul Mengapa Huruf X Menjadi Anu",
"Penjelasan mengenai kenapa huruf X dipilih oleh masyarakat dunia sebagai huruf yang melambangkan ketidakpastian diterangkan oleh pengkaji Terry Moore dalam TedTalk beliau",
"Beliau dapati, bahasa Arab ini merupakan bahasa yang sangat logika. Untuk mereka dan menghasilkan sebuah ayat dalam bahasa Arab adalah seperti menghasilkan persamaan matematik, kerana setiap bahagian adalah sangat terperinci dan bermaklumat.",
"“Itulah antara sebabnya mengapa apa yang kita anggap sebagai sains dan kejuruteraan dan matematik Barat, sebenarnya terhasil daripada abad terawal oleh orang Parsi, Arab dan Turki”",
"Menurut beliau, ini termasuklah satu sistem matematik yang dipanggil al Jabr, yang kemudian dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai algebra.",
"Teks Arab yang mengandungi pengajaran matematik ini kemudian sampai ke dunia Eropah, iaitu di Sepanyol pada abad ke 11 dan 12.",
"Apabila ilmu ini sampai, orang Barat sangat berminat untuk menterjemahkannya kepada bahasa Eropah.",
"Tapi ada masalah. Antaranya adalah ada beberapa bunyi – bunyian Arab yang tidak dapat disebut oleh orang Eropah. Bukan itu saja, bunyi – bunyian tersebut tak dapat dirakamkan oleh huruf – huruf dalam bahasa orang Eropah.",
"Contohnya adalah huruf ‘shin’ . ",
"Yang disebut dengan bunyi – ‘sh’. Ini begitu susah disebut orang Eropah.",
"Masalahnya adalah huruf yang banyak digunakan dalam algebra adalah al – shai’ , ",
"yang bermaksud benda yang tidak diketahui.",
"Jadi ini agak bermasalah bagi sarjana – sarjana Sepanyol Zaman Pertengahan yang disuruh menterjemahkan tulisan – tulisan Arab ini, sebab huruf shin dan perkataan al-shai’ tak dapat diterjemah kepada bahasa Sepanyol, sebab mereka tiada bunyi ‘sh’.",
"Jadi mereka pun mencipta peraturan di mana mereka meminjam bunyi ‘ck’ daripada bahasa Yunani klasik, dalam bentuk huruf ‘kai’ .",
"Kemudian apabila bahan – bahan yang diterjemah ini dialih pula bahasanya dalam bahasa Latin yang digunakan ramai orang Eropah.",
"Lambat laun, orang Eropah mula menukar huruf Yunani Kai ini kepada huruf X Latin.",
"Maka apabila bahan yang diterjemah asalnya daripada bahasa Arab ini diguna pakai dalam bahasa Latin, ia kemudian menjadi asas semua buku teks matematik selama 600 tahun.",
"Maka kita sekarang temui jawapan bagi soalan kita: Kenapa huruf X mewakili yang tak diketahui?",
"Sebab orang Sepanyol tak dapat sebut bunyi ‘sh’"
] |
https://ajar.com.my/2020/03/11/penyebab-banjir-besar-zaman-nabi-nuh-telah-dijumpai/ | Penyebab banjir besar zaman Nabi Nuh telah dijumpai? | [
"Orang selalu tertanya-tanya, dekat mana kapal nabi Nuh berlabuh setelah banjir yang menyelubungi Bumi pada suatu ketika dulu. Ada orang cakap kat Afreka la, kat Turki la, Iran la, aku pulak tak berminat sangat dengan semua tu sebab dia ada bukti sekerat-sekerat je. Sama macam kalau kau jumpa tapak kaki, lepas tu claim tapak kaki tersebut berasal dari Indonesia. Lebih kurang la. Ni namanya pseudosains atau pseudoarkeologi, google sendiri apa maksud.",
"Apa yang aku minat ialah nak tahu kenapa terjadinya banjir besar Nabi Nuh. Ye tau, jawapan korang tak lain tak bukan, “kuasa Allah”. Selain daripada jawapan cliché “kuasa Allah”, korang tau tak Allah juga meletakkan tanda-tanda kat Bumi ni bagi memanifestasikan “kuasa Allah” tersebut? Aku cadangkan korang baca artikel ni sampai habis supaya takda yang meroyan “AzRi nI mENgaroWt!” atau ingat aku buat artikel yang khurafat. ",
"Para Pencabar! ",
"Terdapat dua nama besar dalam dunia kajian ini iaitu Ryan & Pitman dari US dan Chepalyga dari Russia. ",
"Kedua-dua pengkaji ini bersetuju bahawa berkemungkinan besar bahawa\numat nabi Nuh hidup di Tasik Neoeuxinian yang sekarangnya dikenali sebagai Laut\nHitam. Air bah (banjir) telah menenggelamkan tasik tersebut lebih kurang\nsetinggi 100m (bangunan ~30 tingkat atau 1/3 daripada ketinggian Menara KL) dan\nkawasan seluas 100,000 km2 (Semenanjung Malaysia ialah 130,000 km2\n). Rekod batuan dan ekologi kuno juga digunakan dalam kajian-kajian\nmereka.",
"Hipotesis-hipotesis mereka adalah seperti berikut:",
"Kenapa Laut Hitam?",
"Laut Hitam ialah\nsuatu laut yang agak istimewa kerana laut ini separa-terpisah daripada lautan\nglobal. Ini menyebabkan laut ini mengalami rejim tenaga yang rendah (contoh\nrejim tenaga tinggi monsoon, ombak besar dan sebagainya) dan mengandungi\nekosistem spesis yang agak terhad, menjadikan Laut Hitam sebagai pencatat\nperubahan iklim yang sangat sensitif.",
"Terdapat juga\nbeberapa penememuan artifak yang ditemui di Laut Hitam, lalu mengadakan satu hipotesis\nbagi masyarakat saintis dunia terdapat penghijrahan orang Neoeuxinian ke Eropah\nakibat daripada “banjir besar” ni.",
"Hujah-hujah mereka ini telah ditelitikan melalui tiga faktor iaitu: (1) tahap kemasinan tasik Neoeuxinian sebelum peningkatan air dunia (terutamanya Mediterranean), (2) perpindahan organisma kepada Laut Hitam dan (3) saluran kemasukan air masin ke Laut Hitam.",
"Hipotesis Ryan & Pitman",
"Ryan et al. pada\ntahun 1997 telah mencadangkan bahawa Tasik Neoexonian merupakan sebuah tasik\nair tawar yang akhirnya di isi dengan air masin atas sebab peningkatan air laut\nglobal melalui Laut Mediterranean. Peningkatan Mediterranean inilah yang\nmencemarkan lalu menjadikan tasik air tawar tersebut menjadi sebuah laut.\nBerdasarkan profail seismic berdefinisi tinggi (umpama x-ray untuk Bumi), dan\nbeberapa inti mendapan (sedimentary cores) pendek di terusan Kerch. Mereka\nmendapati bahawa, air yang menceroboh ke Tasik Neueoxonian berkelajuan 50 batu\nsejam, 15 cm tinggi sehari. Hal ini berjaya meningkatkan ketinggian air\nsebanyak 100m dan menenggelamkan kawasan sebesar 100,000km2 dalam\nmasa dua tahun! Banyak gila tu uolls, see my (water) level. ",
"Namun begitu, kerja Ryan & Pitman disangkal pada tahun 2002 oleh Major et al. Major dan rakan-rakan mengkaji semula inti mendapan yang berdefinisi tinggi dan menyemak semula kadar pemendapan, mineralogi tanah liat, kandungan kalsium karbonat, dan isotop oksigen dan karbon. Dapatan mereka adalah penenggelaman tersebut mengambil masa paling kurang 1000 tahun, bukan 2 tahun. ",
"Hipotesis Chepalyga",
"Kalau Ryan & Pitman mengandaikan bahawa air datang daripada laut dunia melalui Laut Mediterranean, Chepalyga menganggap bahawa air tersebut sebenarnya datang daripada Laut Kaspian. Ketika LGM, seluruh glasier di Bumi termasuk lapisan ais Skandinavia mengalami pencairan secara besar-besaran. Pencairan ini telah menghasilkan beberapa banjir mega dan telah melalui beberapa siri takungan seperti pada rajah di bawah. Kajian Sidorchuk (2003) pada makrolingkungan (macromeanders) pada lembah sungai juga menyokong hipotesis Chepalyga. ",
"Melalui pola perubahan pada tanah liat coklat, tanah loam dan pasir, yang mengandungi organisma seperti moluska Caspian dan foraminifera, Chepalyga menganggarkan kemasukan air ke Tasik Neueoxinian pada 1000 km3 setahun. Pada pendapat aku sendiri, (cheh nak jugak), kemasukan air yang mempunyai rejim tenaga yang sebesar ni susah memeliharakan rekod mendapat yang elok. Jadi aku sendiri gak skeptikal dengan perolehan data Chepalyga. ",
"Kerana saintis suka bergaduh, maka hujah pakcik Chepalyga pun disanggah oleh Svitoch pada tahun 2009, menyatakan bahawa Chepalyga kurang bukti pada penyaliran air daripada Laut Aral dan glasier-glasier yang lain. Dalam erti kata lain, dia bagi bukti camne air masuk dari Kaspian ke Neueoxinian, tapi tidak pada bagaimana air glasier masuk ke Kaspian. ",
"Hipotesis siapa yang betul? ",
"Berbalik kepada soalan asal, macam mana banjir\nbesar nabi Nuh terjadi? Melalui kajian-kajian di atas, jawapannya adalah: *drum\nroll*",
"Takda siapa pun tahu! Ye, tiada siapa pun\ntahu. ",
"Tinggi mana pun nilai saintifik kajian-kajian oleh saintis-saintis ini termasuk lah yang saya senaraikan dalam rujukan penulisan artikel ini di bawah kelak, satu pun tak dapat membuktikan bahawa Peningkatan Mediterranean atau Khvalynian merupakan penyebab banjir besar nabi Nuh. ",
"Kalau ikut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, banjir besar tu 150 hari sedangkan Ryan & Pitman kata 2 tahun dan Chepalyga pulak entahla berapa tempoh dia, dia tak letak pun secara terperinci. Pada masa yang sama, takda pulak apa-apa peninggalan nabi Nuh yang boleh diselaraskan bersama dengan kejadian-kejadian ni. Apa-apa pun, bagi aku yang lebih penting kita mendapatkan pengajaran dalam kisah nabi Nuh adalah lebih penting daripada mengetahui macam mana banjir berlaku. ",
"Akhirul kalam,\nselamat bagi semua untuk menyatakan bahawa jawapan yang paling selamat untuk\nmenerangkan kenapa banjir besar nabi Nuh adalah kuasa Allah. Sesiapa yang jawab\ntu boleh la celebrate kat KFC en? (KFC tolong sponsor Ajar) ",
"Wallahualam."
] |
https://ajar.com.my/2020/03/14/5-wabak-maut-paling-menakutkan-dalam-sejarah/ | 5 Wabak Maut Paling Menakutkan Dalam Sejarah | [
"Pada waktu wabak penyakit pandemik Covid -19 sedang melanda seluruh dunia, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan, termasuklah mengikuti segala langkah pencegahan yang telah disenaraikan badan kesihatan, menjauhkan diri daripada himpunan awam, serta memperbanyak doa.",
"Namun inilah juga masa yang baik untuk kita menyemak lembaran sejarah untuk meneladani kisah – kisah hitam wabak maut yang pernah melanda manusia. Boleh jadi terdapat pelbagai pengajaran yang kita boleh pelajari daripada generasi yang lebih awal.",
"Berikut adalah 5 wabak maut yang paling menakutkan dalam sejarah.",
"Taun / Kolera",
"Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit. Gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk. ",
"Penyakit ini bermula di Sungai Ganges di India pada tahun 1817 dengan skala yang sangat besar. Apabila sambutan festival tamat, peserta membawa jangkitan taun balik ke rumah mereka dan menyebarkan ke tempat – tempat lain sekitar India. Ratusan ribu orang India kemudian mati akibat jangkitan tersebut.",
"Taun seterusnya berjangkit daripada pelabuhan ke pelabuhan. Kuman itu merebak dari tong air yang tercemar ataupun sisa kumbahan pesakit, yang selanjutnya dibawa pula oleh mereka yang lalu lalang.",
"Pada tahun 1820, taun merebak ke Thailand, Indonesia sehingga membunuh 100 000 orang di kepulauan Jawa sahaja. Wabak ini kemudian merebak ke China, Jepun dan Eropah.",
"Sesampainya penyakit itu di Britain, rakyat umum telah pun mengalami panik sehingga tersebar berita bahawa lebih ramai orang mati di hospital berbanding di rumah – rumah mereka. Orang ramai percaya bahawa pesakit dibawa ke hospital untuk dibunuh dan dibedah siasat, sehingga akhirnya menyebabkan mogok besaran di Liverpool.",
"Pandemik kolera telah berlaku sebanyak tujuh atau lapan kali sepanjang sejarah, dan walaupun kita kini miliki perubatan moden, ia tetap merupakan wabak pembunuh yang digeruni.",
"AIDS",
"Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) telah membunuh lebih daripada 25 juta orang sejak ia pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981.",
"AIDS disebarkan oleh Virus HIV ( human immunodeficiency virus) yang menyerang imuniti manusia, secara spesifiknya, sel CD4. ",
"Virus tersebut merebak melalui pemindahan cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj, cecair anus dan susu badan. Kes terbanyak adalah penyebaran HIV menerusi hubungan kelamin yang tidak selamat, perkongsian jarum dan melahirkan anak.",
"Setelah beberapa tempoh, HIV membunuh begitu banyak sel CD4 sehingga tubuh manusia tidak lagi mampu melawan jangkitan dan penyakit, selanjutnya membawa kepada fasa paling teruk jangkitan iaitu AIDS. Pesakit AIDS terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.",
"Asal usul AIDS dianggap berpunca daripada monyet di Afrika. Berkemungkinan darah daripada monyet yang dijangkiti virus masuk ke dalam rongga luka pemburu, atau apabila pemburu memakan monyet tersebut. Sesetengah teori konspirasi mengatakan ia berpunca daripada hubungan kelamin manusia dengan monyet.",
"Ketika penyakit tersebut pertama kali meletus di Amerika Syarikat, ia dipanggil GRID atau gay – related immune deficiency, kerana kebanyakan jangkitannya adalah oleh lelaki homoseks. ",
"Sehingga kini, masih tiada ubat yang boleh mengubati AIDS. Epidemik AIDS telah meragut lebih kurang 35 juta orang seluruh dunia, dan kini dianggarkan 70 juta orang menghidap penyakit tersebut.",
"Black Death (Maut Hitam)",
"Maut Hitam, atau Wabak Hitam, merupakan antara pandemik maut paling dahsyat dalam sejarah manusia. ",
"Ia bermula di Asia Tengah dan merebak ke Eropah pada akhir tahun 1340. Sebanyak 75 juta nyawa dianggarkan mati akibat wabak maut ini. Di Eropah saja, satu pertiga populasi manusia temui ajal mereka sehingga ia mengubah lanskap sejarah benua tersebut hingga sekarang.",
"Nama wabak itu datang daripada bintik – bintik hitam pada kelasi yang mengembara pada laluan Sutera dan singgah di pelabuhan Sicilian.",
"Mereka yang dijangkiti wabak ini mengalami simptom yang dipanggil ‘buboes’. Ia tumbuh di bahagian kulit sekitar leher, ketiak dan kelamin yang kemudian bernanah dan mengeluarkan darah. Kulit pesakit kemudian ditutupi tempelan – tempelan hitam. Kebanyakan pesakit mati empat ke lima hari setelah jangkitan, dengan kadar kematian setinggi 30 hingga 75 peratus.",
"Keseluruhan populasi bandar mati disinggahi wabak hitam dan dikatakan warga Eropah menghabiskan masa mereka menanam orang mati. ",
"Selesema Sepanyol",
"Selesema Sepanyol adalah antara insiden paling ngeri dalam sejarah manusia, yang malangnya, dilupakan ramai orang.",
"Pandemik Selesema Sepanyol membunuh lebih ramai orang daripada Hitler, senjata nuklear, dan segala pengganas dalam sejarah, digabungkan sekali.",
"Walaupun namanya wabak Sepanyol, ia bukanlah berasal daripada Sepanyol. Ia dinamakan demikian kerana Sepanyol adalah negara neutral dalam Perang Dunia Pertama (1914 – 1918) yang bermaksud ia bebas melaporkan tahap keterukan pandemik ini.",
"Mereka yang menghidap penyakit ini kelemasan dan batuk tanpa henti kerana paru – paru mereka dipenuhi cecair. Muka mereka berubah daripada biru, kepada ungu dan kaki mereka menjadi hitam. Mereka yang bernasib baik cumalah mati lemas akibat paru – paru mereka.",
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berjabat tangan, tinggal di rumah, dan dilarang meludah.",
"Pada ketika Selesema 1918 melanda, doktor dan saintis tidak pasti apa penyebabnya, dan bagaimana merawatnya. Ia kemudian lesap secepat ia timbul, tanpa penjelasan yang memuaskan.",
" Sungguhpun ia merupakan antara wabak maut paling dahsyat dalam sejarah, tetapi ia juga dianggap ‘dilupakan’, kerana Selesema Sepanyol ini berlaku ketika Perang Dunia Pertama sudahpun meletus. Berita tentang penyebaran wabak ini dicensor oleh tentera yang juga bukan saja terbunuh dek peluru, tetapi juga wabak ini. 1918 bukanlah tahun yang menyenangkan untuk penduduk global.",
" Cacar Air (SmallPox)",
"Cacar air merupakan penyakit yang menghantui manusia sejak dari zaman Empayar Mesir pada abad ke tiga Masihi. Asal – usulnya tidak diketahui.",
"Ia merupakan penyakit yang sangat menakutkan. Tiga daripada sepuluh orang yang menghidapnya mati. Mereka yang terselamat diselaputi kulit mereka dengan parut. Buku – buku sejarah dipenuhi dengan kes kematian cacar air.",
"Tamadun seperti Aztec dan Orang Asli Amerika tumbang akibat penyakit ini sehingga populasi mereka berkurangan sebanyak 90 peratus yang akhirnya membuat mereka ditawan orang putih. Raja – raja Eropah juga tewas akibat penyakit cacar.",
"Sebab kenapa cacar air begitu bahaya dan mendatangkan maut adalah kerana ia disebarkan melalui udara. Kadar penyebarannya sangat cepat. ",
"Kulit pesakit dipenuhi dengan bintil – bintil di muka, tangan dan lengan. Selang dua hari, bintik – bintik itu dipenuhi cecair dan nanah, yang kemudian pecah.",
"Cacar air kemudian akhirnya berjaya ditewaskan apabila manusia menemui vaksin. "
] |
https://ajar.com.my/2020/03/18/gaia-adakah-bumi-kita-ni-makhluk-yang-hidup/ | Gaia – Adakah Bumi Kita Ni Makhluk yang Hidup? | [
"Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu penularan wabak penyakit yang digelar Covid-19 di Wuhan, China. Bukan itu sahaja, malah wabak ini telah mengakibatkan beberapa kesan domino (domino effect) kepada pelbagai industri ekonomi dunia terutamanya di China. ",
"Contohnya, rakyat Wuhan tak boleh keluar kerap menyebabkan kurangnya penggunaan kenderaan di samping teramat kurangnya kilang-kilang di China; sebuah negara pengilang terbesar di dunia; menyebabkan kurangnya pembakaran bahan api fosil dan akhirnya menyebabkan pengurangan yang terlalu teramat sangat sungguh banyak sekali kandungan gas pencemar udara di China. Sampaikan di Beijing dan banyak lagi bandar-bandar yang lain, yang dahulunya diselubungi kabus pencemaran kelabu nan tebal, sekarang ni menikmati langit yang biru nian!",
"James Lovelock ",
"Pada tahun 1972, Lovelock (dalam BM – Lolok) telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “Gaia as seen through the atmosphere”.",
"Dalam buku tersebut, Lolok memberikan suatu teori ataupun prinsip\nyang dipanggil Gaia, di mana Bumi ialah suatu sistem kompleks yang mengawal\natur sendiri (self-regulating) merangkumi biosfera (zon di mana\norganisma hidup), atmosfera (zon gas), hidrosfera (zon air) dan pedosfera (zon\ntanah; jangan fikir bukan-bukan eh, Ajar ialah family-friendly) di mana\nsemua ini sangat berkait rapat dalam menjadikan sebuah sistem yang berkembang",
"Nak mudah sikit, organisma hidup (manusia & haiwan) berinteraksi\nbersama dengan alam inorganik (batu & sungai) dalam Bumi untuk menghasilkan\nsebuah sinergi dan sistem kompleks yang mengawal atur sendiri untuk memastikan\nkondisi di Bumi mampu dikekalkan.",
"Nak mudah lagi Bumi ni mampu untuk mengawal diri sendiri supaya\nsegala apa kandungan di Bumi ni supaya berada dalam keadaan yang seimbang. ",
"Jadi, Bumi ni benda hidup (sentient) ke? Jom kita tengok secara ringkas macam mana Pakcik Lolok ni sampai kepada konklusi bahawa Bumi ni boleh mengatur diri sendiri (dengan izin Allah), lain untuk mengembalikan keseimbangan dunia.",
"Pengawalan suhu global",
" Tahukah anda Bumi pernah mengalami beberapa\nsiri penurunan dan kenaikan suhu yang mendadak? Ini tidak berlaku dalam setahun\ndua, namun puluhan hingga ratusan ribu tahun lamanya untuk berubah. Namun, Bumi\nmelalui hasil beberapa kajian, diperhatikan melakukan beberapa lingkungan\ntindak balas (feedback loop) bagi menyeimbangkan semula mana-mana\nkandungan yang tidak stabil. ",
"Bumi pernah mengalami zaman rumah ais\n(Icehouse) yakni berbeda dengan rumah hijau, rumah ais ialah apabila\nBumi mempunyai ais di kedua-dua kutubnya, seperti zaman yang kita hidup\nsekarang. Pernah terjadi ketika Bumi bukan sahaja dilitupi ais di kutub utara\ndan selatan, tetapi hingga ke garisan khatulistiwa! Zaman ini dipanggil zaman\nSnowball Earth (Bumi Bebola Salji). ",
"Bumi mengalami beberapa tindak balas\nyang memanaskan permukaan Bumi, mencairkan ais tersebut lantas berlakunya\npemanasan global. Gas-gas rumah hijau seperti metana dilepaskan melalui\npencairan metana hidrat (methane hydrate) di dalam Lautan Arktik di mana\ngas ini mengekalkan haba supaya tidak terkeluar daripada atmosfera Bumi. Seperti\ncoklat cair yang melimpah ke ladang gandum, glasier-glasier Bumi pun cair\nlantas menyebabkan Bumi mempunyai suhu yang sesuai didiami oleh organisma.",
"Kalau nak dengar teori yang lebih ekstrim, pencairan glasier ini juga berkemungkinan melepaskan pathogen dan virus yang beku di dalam glasier untuk mengawal bilangan organisma yang hidup di muka Bumi sekiranya organisma-organisma tersebut merembeskan terlalu banyak gas rumah hijau. Macam pernah dengar tak? *uhuk Covid uhuk* Tapi tak semestinya Covid ni daripada glasier ye. Datang daripada kelawar, yang datang daripada tuhan saja yang tahu (only God knows where).",
"Pengawalan kemasinan laut",
"Laut masinkan? Perasan tak korang peratus kemasinan laut hanyalah dalam lingkungan 3.5% sahaja? Memang korang tak perasan, korang tau mandi je. ",
"Tapi kan, peratusan garam ni sangat-sangatlah penting sebab kebanyakan sel organisma memerlukan kemasinan yang sekata dan tidak boleh melebihi 5% kemasinan. ",
"Benda ni susah sikit nak terangkan sebab ianya memerlukan kefahaman geologi yang agak tinggi dan ramai geosaintis berpendapat agak mustahil kalau nak proses ini berlaku kerana geologi semata-mata. Tapi aku mudahkan, bakteria pun memainkan peranan penting bagi menolong Bumi mengekalkan tahap kemasinan laut pada paras optimum.",
"Pengawalan kandungan oksigen di\natmosfera",
" Ahhhh..\nOksigen. Satu benda yang kita selalu pandang enteng, tetapi tanpanya tidak\ndapat diriku, dirimu bernafas, hidup di atas Gaia yang geoid (bentuk Bumi) ini.\nDengan adanya organisma hidup seperti aku dan korang, Bumi akan mampu untuk\nmengekalkan tahap oksigen yang berpatutan pada atmosfera iaitu dalam lingkungan\n20% di atmosfera. Sekiranya lebih, akan menyebabkan kebakaran hutan yang sangat\nbanyak misalnya pada zaman Carboniferous. Pada masa yang sama mengurangkan\njumlah oksigen dan menghasilkan lebih banyak karbon dioksida (CO2).",
"Pemprosesan karbon dioksida",
" CO2,\nmolekul yang dinikmati oleh tumbuhan pula untuk hidup. Mungkin selalunya keluar\ndaripada ekzos ereta anda, tapi Bumi juga kekadang mengeluarkan kandungan CO2\nyang teramat banyak ketika letusan gunung berapi. Kalau ada banyak sangat\nCO2 macam mana Bumi nak seimbangkan? ",
" Bakteria\ndan pepohon akan cuba menyimpanCO2 sebagai makanan atau\ndi dalam tanah atau mendakan CO2 oleh terumbu karang lantas\nmenghasilkan batuan kapur pada masa yang akan datang. Contohnya, algae\ncocolithospore menghasilkan tebingan kapur yang putih nan indah di Cliffs of\nDover, United Kingdom. Ketika zaman yang mempunyai influks CO2 yang\nlebih tinggi, kebanyakan organisma yang menjadikan karbonat CO3\nsebagai cengkerang mempunyai cengkerang yang lebih tebal. ",
" Boleh baca tentang kitaran karbon dengan lebih mendalam kalau berminat. ",
"Bumi ini rumah kita",
"Jadi,\npersoalannya sekarang, apakah Bumi itu suatu benda yang hidup? Macam manusia\nkalau ada virus masuk, badan kita akan cuba sedaya upaya untuk menormalisasikan\nbadan kita kepada kondisi asal sama sahaja seperti Bumi. ",
" Hidup tak hidup tu wallahua’lam, tapi rasanya\nkita boleh setuju bahawa Bumi merupakan suatu makhluk Allah, dan satu-satunya\nrumah kita. Kalau anda nak hidup di Marikh dipersilakan, tapi anda nak beli KFC\npun mintak mak ayah (tolong sponsor kami KFC), jadi tak perlu la nak jadi macam\nElon Musk dulu ye. ",
"Betapa cantiknya\nsifat Maha Pemurah dan Maha Mengasihani Allah, Ia programkan pada sistem Bumi\nuntuk menyeimbangkan apa yang tidak seimbang dan mencukupkan apa yang tidak\ncukup bagi keselesaan hamba-hambanya.",
"Namun begitu,\nakhirnya manusia yang bijak pandai ni jugaklah yang menjahanamkan muka Bumi ni\ndengan pelbagai cara sebab tamak dan tak bersyukur atas pemberian Allah. Umat\nIslam seharusnya terkehadapan dalam menangani isu-isu yang melibatkan penjahanaman\nBumi kerana Allah meletakkan kita sebagai Khalifah di muka Bumi. Kita dah buat\ntak? Tepuk dada tanya diri. ",
"Kalau tanya aku\napakah virus Covid merupakan tindak balas Bumi bagi menyeimbangkan\nkandungannya? ",
"“Telah timbul\nberbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang\ntelah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah\nhendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk\nmereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” Ar-Ruum,\n30:41.",
"Mungkin.\nWallahua’lam."
] |
https://ajar.com.my/2020/03/20/sejarah-bumi-dari-bayi-hingga-bergelar-planet/ | Sejarah Bumi Dari Bayi Hingga Bergelar Planet | [
"Daripada cakera pertumbuhan hingga ke\nplanet kesayangan!",
"Korang tau tak korang semua sebenarnya berasal daripada satu sel daripada ayah korang yang dipanggil sperma? Lepas mak ayah korang berkahwin, sel sperma melalui proses persenyawaan akan bercantum bersama sel ovum mak, lepas tu korang jadi embryo, janin dan jadi bayi yang sempurna. ",
"Bumi kita ni pun lebih kurang je. Tapi Bumi takda mak ayah, yatim piatu la kiranya. Jom kita tengok bagaimana proses Bumi ni lebih kurang 16 billion tahun yang lepas dan akhirnya menjadi Bumi yang kita diami, sayangi, peluk dan pijak. ",
"Ledakan Dahsyat (Big Bang)!",
" Seluruh\nalam ini dimodelkan bermula daripada satu ledakan yang amat dahsyat dan kuat.\nLedakan tersebut teramat sangatlah kuat sehingga mewujudkan partikel-partikel\ndan tenaga haba yang amat hebat! Setelah beberapa ketika, apabila alam mulai\nmenyejuk, barulah partikel-partikel tersebut mula bercantum dan akhirnya\nmelahirkan atom-atom baharu. Walaupun sejuk, seluruh alam semesta pada ketika\nitu (lebih kurang 1 juta tahun setelah Big Bang) diselubungi awanan panas yang\nhanya mengandungi 98% atom hidrogen dan 2% atom helium. ",
"Mengapa ledakan ini terjadi masih diperdebatkan secara hebat dalam kalangan ahli astronomi global, namun belum ada seorang pun yang telah menjumpai dan mungkin takkan jumpa pun alasan yang mutlak mengapa ledakan ini berlaku. Tapi itu bukan tujuan artikel ni ditulis jadi kita akan pergi kepada seterusnya.",
"Daripada suatu\ntitik atom yang menjadi nukleus, gas-gas tadi mula berkumpul dan berputar pada\ntitik tersebut dan ini dipanggil nebula. Mengikut konsep “yang kaya\nsemakin kaya”, titik yang mempunyai lebih banyak jisim akan mempunyai lebih\nkuat daya tarikan graviti, lantas mengumpulkan lebih banyak gas. ",
"Korang pernah pusing-pusing setempat tak? Ala, lepas korang pusing tu kepala korang jadi pening tu, selalunya korang depakan (buka) tangan en? Perasan tak kalau korang letak balik tangan kat badan atau memeluk badan sendiri setelah berpusing tu korang jadi semakin laju? Camni lah kejadian suatu planet atau bintang, semaking banyak gas di tengah nukleus, semakin laju ia berputar. ",
"Kemudian setelah berpusing dengan terlalu laju, terdapat suatu lagi daya yang dipanggil sentrifugal. Okay, jom bayangkan korang masih main pusing-pusing setempat tadi, tapi ni kawan korang pulak. Kalau dia tak jaga keseimbangan, mesti dia terhoyong-hayang dan terbabas en? Selalunya orang jatuh dah masa ni sebab tak seimbang. Lepas tu korang gelak, sebab kelakar, tapi korang tak tahu betapa sakitnya diri pabila dirinya jatuh tersungkur di tanah dan ditertawakan orang.",
"Okay, terlari topik pulak, kawan yang terhoyong-hayang tadi adalah diakibatkan oleh daya sentrifugal ini dan kerana adanya daya ni, gas-gas tadi bertebaran membentuk cakera (macam CD) bersama teras bintang yang bulat. Inilah yang kita panggil, cakera pertumbuhan (accretionary disk)! Oleh kerana atom-atom yang ringan lebih susah dikeluarkan daripada tengah-tengah cakera pertumbuhan tersebut, maka, yang lebih banyak pada cakera yang leper adalah daripada atom-atom yang berat seperti besi dan emas dan pada bebola di tengah-tengah cakera tersebut adalah daripada hydrogen dan helium. Cuba baling kertas yang dironyokkan supaya berbentuk bola dan lepas tu baling batu pulak. Mana lebih jauh? Batu en? Begitulah konsepnya.",
"Percantuman jisim",
"Pada jisim yang sudah stabil, ia akan mula berlanggar antara satu sama yang lain, lantas menghasilkan gumpalan debu yang dipanggil planetesimal. Planetesimal ini berbentuk lebih kurang seperti kentang (geoid) atau asteroid, dan akhirnya gumpalan-gumpalan yang bercantum akan menjadi besar lebih besar, berlanggar lagi, besar lagi dan berlanggar lagi sedikit demi sedikit dan pada hujungnya menjadi sebuah kentang yang teramat besar yang dipanggil proto-planet (proto bermaksud yang paling awal). ",
"Tapi, kenapa masa kecik-kecik Baby Bumi (proto-Bumi) berbentuk kentang. Kenapa dalam buku cakap Bumi tu bulat? ",
"Pernah nampak kerikil-kerikil batu tepi jalan? Keraskan? Kalau belum, cuba suruh kawan baling kat hang, baru tahu batu tu keras! TOLONG JANGAN BUAT, ini selingan lawak supaya korang tak tidur je baca artikel ni. ",
"Ini adalah sebab batu tersebut bersuhu sejuk dan susah nak dibentuk, menjadikan ia berbentuk kentang. Setelah proto-planet ini membesar, lebih besar sedikit seperti bulan (saiz kritikal), Baby Bumi menjadi Bumi Junior (Gaia) dan mempunyai teras yang panas suhunya, lantas membenarkan graviti untuk membentuknya menjadi sfera. Sebab itulah Bumi itu sfera dan bukan leper ye kawan-kawan? ",
"Pada zaman Gaia telah terhasil, terdapat Bumi Junior 2 (Theia) yang lebih kecil juga yang terhasil berhampiran dengan Gaia. Orang tua-tua ada kata, kalau nak rapat dengan seseorang tu jangan terlalu rapat. Malang tidak berbau, akibat tidak mempunyai orang tua, Gaia berada terlalu rapat dengan Theia, mereka berlanggar dan hentaman Theia kepada Gaia teramat la hebat sehingga menusukkan terus ke dalam teras Gaia, melayangkan puing-puing (debris) isi Bumis yang berlanggar tadi. ",
"Fasa move on Bumi Baru",
"Setelah\nperlanggaran tersebut berlaku, haba yang sangat kuat mencairkan\nkandungan-kandungan Gaia dan Theia lantas mengasimilasikan kedua-dua kandungan\nyang ada pada kedua-dua buah planet. ",
"Puing-puing Gaia yang terkeluar daripada Bumi tadi melakukan apa yang jisim sentiasa lakukan di angkasa lepas, iaitu, berputar, menghasilkan cincin yang mengelilingi Bumi Baru, dan akhirnya bergumpal dan terhasillah Bulan. Puing-puing yang tidak menjadi bulan atau Bumi Baru, kekal berada di angkasa lepas dan inilah yang kita gelar asteroid. Sekiranya asteroid ini cukup berat dan ditarik oleh graviti Bumi maka ia akan menghujani Bumi dan berasimilasi pula dengan Bumi.",
"Setelah lama panas dengan perlanggaran tersebut, Bumi Baru pun mula menyejuk, lantas mengeras pada keraknya dan mineral yang pertama mengeras ialah yang dijumpai di Australia Barat, bernama Zircon (boleh rujuk artikel macam mana kira umur Bumi ), dan Bumi ini mula mengeras pada zaman Hadean (4.5 billion tahun yang lepas). ",
"Letusan gunung\nberapi yang ada pada zaman tersebut mengeluarkan gas-gas yang menghasilkan\natmosfera Bumi, lalu menyebabkan kondensasi dan hujan akhirnya menjadi lautan\nyang luas terbentang. Kehidupan mula berkembang dan anda pula membaca artikel\nni di Ajar untuk melihat semula sejarah Bumi daripada awal sampai ke hari ini\ndi atas Bumi. ",
"Konklusi",
" Sudah menjadi lumrah dijadikan segala benda yang ada di alam ciptaan Allah ini untuk melalui suatu proses dan tingkatan-tingkatan yang tertib. Bersyukurlah, dan kajilah tentang kejadian alam ciptaan Allah disekeliling anda, dan anda akan menjumpai betapa menakjubnya Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana mencipta dan mereka proses-proses yang sungguh cantik sekali dan tidak menzalimi mana-mana makhluknya sekali pun.",
" Wallahua’lam.",
"Rujukan:"
] |