url
stringlengths
41
165
headline
stringlengths
9
135
content
sequence
https://ajar.com.my/2018/09/11/jurutera-wanita-palestin-cipta-bahan-binaan-menggunakan-debu/
Jurutera Wanita Palestin Cipta Bahan Binaan Menggunakan Debu
[ "Seorang pereka cipta Palestin berhasrat untuk membina semula Gaza menggunakan inovasi Green Cake, sejenis batuan baru yang diperbuat daripada debu arang dan kayu.", "Majd Mashharwi, seorang jurutera sivil dari Gaza miliki cita – cita yang besar untuk mengubah nasib rakyat Palestin.", "Peperangan dan situasi kehidupan mencabar di Palestin telah menghasilkan permintaan yang tinggi terhadap bahan binaan untuk membina semula bangunan yang musnah. Lebih 40 000 bongkah binaan diperlukan setiap hari. Halangan daripada Israel membataskan usaha ini.", "Selain itu, beliau juga mengenalpasti dua masalah yang perlu diselesaikan di Gaza: 1) masalah debu yang tidak terkawal, di mana 7 tan debu dihasilkan setiap minggu sehingga menyebabkan masalah alam sekitar, 2) Kualiti, harga dan berat bongkah batu yang terhad menyebabkan usaha pembangunan sukar dijalankan. Apatah lagi, bongkah binaan tidak dibenarkan dieksport dari luar!", "Setelah bereksperimen sebanyak lebih 100 kali dan gagal setiap cubaan, Majd berjaya menghasilkan prototaip Greencake – bongkah binaan yang diperbuat daripada debu yang lebih murah daripada bongkah binaan biasa, dan lebih ringan.", "Bongkah binaan Greencake menggunakan debu sebagai menggantikan kerikil dan pasir pada bongkah binaan biasa sebagai bahan isian. Hasilnya, Majd berjaya menghasilkan bongkah binaan yang mesra alam dan berkualiti tinggi di samping menawarkan harga yang murah.", "Inovasi Greencake ini telah memperoleh pelbagai anugerah seperti Mobaderoon III project, pertandingan MIT, dan Japan – Gaza Innovation Challenge", "Majd kini berhasrat untuk mengembangkan inovasi GreenCake secara besar – besaran bukan sahaja untuk kegunaan Palestin, tetapi untuk dimanfaatkan di seluruh dunia." ]
https://ajar.com.my/2018/09/12/satoko-to-nada-kisah-persahabatan-pelajar-jepun-dengan-pelajar-muslimah-arab-saudi/
Satoko to Nada – Kisah Persahabatan Pelajar Jepun dengan Pelajar Muslimah Arab Saudi
[ "Antara perkara yang paling seronok belajar di luar negara adalah apabila membuat kawan baru dari negara dan budaya yang sama sekali berbeza dengan kita. Kadang – kadang terdapat banyak prejudis yang kita miliki terhadap penduduk sesebuah negara, sehinggalah kita berkawan dengan mereka dan mengubah persepsi kita!", "Itulah yang diceritakan dalam komik Satoko to Nada (Satoko dan Nada). Ia mengisahkan tentang pelajar Jepun bernama Satoko yang menyambung pelajaran di USA. Dia kemudian berkongsi bilik dengan seorang pelajar Muslimah Arab Saudi yang kemudian menjadi kawan baiknya.", "Pada mulanya Satoko risau tak mampu bergaul dengan teman sebiliknya itu.", "Tapi kemudian persefahaman terjalin dan mereka mula menjadi sahabat karib.", "Topik utama yang paling banyak diketengahkan adalah tentang hijab.", "Mengenali Nada, Satoko mula merasakan pandangannya tentang hidup sedikit berubah ", "dan tercabar.", "Satoko juga mula memahami perbezaan nilai baik dan buruk budayanya dan budaya milik Nada.", "Manga ini juga mengenengahkan penerangan mengenai amalan agama Islam kepada Satoko, dan orang Jepun secara umum. Seperti puasa Ramadhan:", "Makanan halal", "dan solat", "Mereka juga berbincang hati ke hati mengenai cita – cita", "Manga ini sememangnya unik dan jarang ditemui. Di samping mempunyai elemen pendidikan mengenai perbezaan budaya dan keadaan belajar di luar negara, ia juga mengenengahkan sisi agama Islam secara positif yang jarang dilihat oleh rakyat Jepun. Ini mungkin manga pertama yang berbuat demikian (?).", "Kita doakan yang terbaik untuk Satoko dan kawan baiknya Nada 🙂" ]
https://ajar.com.my/2018/09/14/upm-cipta-inovasi-alat-penyerap-getaran-struktur-kurangkan-risiko-ketika-gempa/
UPM Cipta Inovasi alat Penyerap Getaran Struktur, kurangkan risiko ketika gempa
[ "Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membangunkan inovasi Alat Penyerap Getaran Struktur (Structural Vibration Absorber Device) yang menyerap getaran akibat kesan daripada gempa bumi, sekali gus mengelak kerosakan kepada bangunan dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa ketika gempa bumi.", "Alat itu boleh digunakan untuk pelbagai jenis bangunan, termasuk bangunan konvensional, dan mampu berfungsi dalam lingkungan keamatan gempa bumi yang berbeza bagi melindungi bangunan berkenaan daripada getaran permukaan tanah.", "Malahan, penggunaannya bukan terhad kepada bangunan sahaja, tetapi juga boleh digunakan bagi jambatan, kenderaan, jentera, jeti dan jalan keretapi api atau apa sahaja struktur yang terdedah kepada getaran.", "Inovasi itu membabitkan empat teknologi – Dinding Peredam Getah, Peredam Viskos Pelbagai Guna, Pendakap Peredam Viskoelastik, dan Pendakap Mampatan Volumetrik yang dijadikan sebagai sistem kawalan getaran dan alat peredam.", "Ia menyerap getaran dalam struktur binaan dan bangunan bagi mengurangkan kesan pergerakan struktur disebabkan oleh beban seismik dengan meningkatkan keupayaan rintangan keseluruhan sisi dan ciri redaman struktur bangunan.", "Teknologi itu dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik diketuai Prof. Madya Dr. Farzad Hejazi dari Fakulti Kejuruteraan, UPM. Penyelidik lain ialah Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Mohd Azmi Mohd Zain, Mehdi Mohammadi, dan Esmaeil Ebrahimi.", "Prof. Madya Dr. Farzad berkata, alat peredam (damper) akan bertindak apabila dipasang pada struktur yang mengalami getaran ketika berlaku pergerakan tanah dan ia akan menyerap getaran itu secara efisyen bagi membantu mengelak kerosakan kepada struktur berkenaan.", "“Alatan berasaskan daripada getah ini juga mampu berfungsi sebagai penyerap getaran melalui aplikasi lesapan tenaga pasif untuk meningkatkan kapasiti keseluruhan rintangan sisi dan ciri redaman pada struktur bagi mengukuhkan binaan konkrit.", "“Ia mampu menjimatkan sehingga 60 peratus bebanan kos berbanding alatan import berkapasiti sama yang terdapat di pasaran,” katanya sambil menjelaskan bahawa kecuali Peredam Viskos Pelbagai Guna, kesemua alat itu menggunakan bahan hijau iaitu getah, yang merupakan bahan tempatan yang murah, yang berfungsi sebagai penyerap getaran.", "Beliau berkata, alatan itu mudah dipasang pada struktur baharu atau sedia ada, manakala reka bentuknya diolah supaya ia kos efektif, yang membolehkannya digunakan untuk bangunan konvensional termasuk di Sabah dan Sarawak.", "Penyelidikan untuk membangunkan Alat Penyerap Getaran Struktur ini bermula pada 2006, disusuli pembinaan prototaip pada 2012, sebelum ujian berskala penuh pada tahun ini.", "Katanya, kesemua alat itu sudah sedia untuk dikomersialkan dan ketika ini, prototaip berskala pasaran sedang dihasilka" ]
https://ajar.com.my/2018/09/16/infografik-fakta-fakta-negara-malaysia-yang-anda-mesti-tahu/
Infografik Fakta – Fakta Negara Malaysia yang Anda Mesti Tahu!
[ "Tak kenal maka tak cinta. Ada banyak info penting dan menarik tentang negara kita yang tercinta ini. Berikut adalah infografik cantik yang dihasilkan oleh TV Pertiwi tentang negara kita yang kita mesti ambil tahu dan sebar kepada rakan – rakan!" ]
https://ajar.com.my/2018/09/18/pelajar-malaysia-peroleh-rekod-kenderaan-kuasa-manusia-terlaju-dunia/
Pelajar Malaysia Peroleh Rekod Kenderaan Kuasa Manusia Terlaju Dunia
[ "Rekod baru kenderaan kuasa kayuhan manusia telah tercipta baru – baru ini.", "Velocipede hasil ciptaan pasukan Velocipede University of Liverpool telah memecahkan rekod kenderaan kayuhan tangan terlaju dunia dengan kelajuan 83 km sejam (lelaki) dan 74 km sejam (perempuan)", "Rekod ini 158% lebih laju berbanding sebelumnya!", "Tahukah anda, rekod dunia ini turut disumbang oleh seorang pelajar Malaysia?", "Anuaruddin bin Abu Zarin merupakan seorang pelajar Malaysia dalam pasukan University of Liverpool tersebut yang bertanggungjawab menghasilkan sistem kamera untuk penunggang serta menjuruterakan power model kenderaan itu.", "“Peranan saya dalam pasukan adalah menghasilkan sistem kamera untuk penunggang melihat ke luar, kerana reka bentuk velocipede kami ditutupi cangkerang untuk menjadikannya paling aerodinamik”", "“Selain itu saya berperanan menghasilkan power model supaya penunggang dapat menyebarkan daya pada tahapan yang sesuai”", "Annuar juga mendedikasikan kemenangannya kepada rakyat Malaysia di laman Facebook beliau:", "“Puncak dunia telah kau tawan. Lautan luas telah kau redah. Membawa semangat jiwa merdeka”", "Dua tahun lepas, kami memulakan, dan sepanjang 6 bulan lepas, kami sekumpulan telah bekerja keras untuk membina sebuah kenderaan berkuasa manusia paling laju di dunia. Akhirnya pada 14 September, World Human Powered Vehicle Association mengesahkan kami pemegang rekod dunia baru bagi kategori handcycle male and female. Kenderaan kami mencecah kelajuan 83.02 kph (lelaki) dan 74.11 kph (wanita).", "Special ‘terima kasih’ to @handbikedarke and Ken Talbot for being the most amazing engines we could ever have. Good luck in your future adventures.", "Alhamdulillah. Hadiah untuk hari lahirmu, Malaysia.", "Penghargaan khas untuk MARA. Bukan hanya kerana memberi peluang untuk saya melanjutkan pelajaran ke Liverpool, tapi juga memberi kepercayaan kepada saya untuk menghabiskan tahun keempat saya di sana. Disebabkan beberapa isu, saya telah dicadangkan untuk menghabiskan degree saya di Universiti Malaya, tetapi setelah diceritakan berkenaan projek velocipede ini, mereka bersetuju untuk menyambung kembali program luar negara saya di Liverpool. Terima kasih MARA", "Sebagai mesej kepada rakyat Malaysia, khususnya pelajar Malaysia di luar negara, Annuar menyeru supaya jangan berasa rendah diri.", "“Walaupun kita lahir di Malaysia, Terengganu, Johor, kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua orang di dunia ini”", "Tahniah!" ]
https://ajar.com.my/2018/09/18/soalan-karangan-ini-tak-masuk-akal-tapi-percubaan-netizen-lebih-mencuit-hati/
Soalan Karangan Ini Tak Masuk Akal. Tapi Percubaan Netizen Lebih Mencuit Hati
[ "Sebuah gambar mengenai soalan ujian karangan tular di media sosial. Ramai yang mengatakan soalan ini tak masuk akal:", "Err… apa?", "Ramai yang persoalkan soalan ini:", "“Mencabar gila soalan dia . Speechless terus”", "“How would a fridge imagine life as a pair of shoes?”", "“Kalau orang yang set kertas bm ini kata peti sejuk, kenapa suruh kita jawap kasut??????\nWHATS THAT POINT OF THIS NONSENSE”", "Tapi ada juga netizen yang menyahut cabaran menulis mengenai tajuk tersebut. Berikut dikompilasikan percubaan peti ais – peti ais mengkhayalkan dirinya sebagai kasut yang ternyata mencuit hati!", "Sampailah abang ni kacau daun", "Isyh.", "Inilah internet.", "Dan pemenang karangan ini ….", "Ternganga juga baca tulisan nombor 1 ni. Imaginasi A+. Boleh tulis novel.", "(Walaupun mungkin terpaksa bagi markah kosong sebab karangan minta bahasa Melayu kah kah kah)" ]
https://ajar.com.my/2018/09/20/5-ciptaan-bijak-yang-diinspirasikan-alam/
5 Ciptaan Bijak Yang Diinspirasikan Alam
[ "Manusia mencipta banyak ciptaan moden yang mengagumkan. Namun ciptaan – ciptaan tersebut tidak akan mampu dihasilkan melainkan manusia mencari inspirasi dan ilham daripada alam sekitar ciptaan Tuhan.", "Inovasi yang diaplikasikan daripada penelitian terhadap fungsi alam ini dipanggil biomimicry.", "Berikut adalah beberapa contoh teknologi moden yang dihasilkan dengan merujuk kepada reka cipta menakjubkan alam!", "Keretapi peluru Shinkansen yang merupakan keretapi berkelajuan tinggi di Jepun direka dengan merujuk kepada bentuk paruh burung raja udang.", "Burung raja udang bergerak dengan laju dari udara, iaitu medium rendah rintangan, ke dalam air, medium yang tinggi rintangan. Paruh burung raja udang memiliki bentuk yang ideal untuk menghadapi impak sedemikian.", "Disebabkan keretapi Shinkansen menghadapi masalah yang sama, iaitu memecut dari kawasan berintangan rendah kawasan terbuka ke kawasan berintangan tinggi terowong, bahagian depan keretapi tersebut direka berdasarkan bentuk paruh burung raja udang.", "Anai – anai di Zimbabwe membina sarang gergasi yang mampu mengekalkan suhu yang dalaman konsisten sebanyak 30.5 darjah walaupun suhu luaran berubah – ubah.", "Anai – anai tersebut berjaya mencapai pencapaian yang mengagumkan ini dengan membina bolong angin yang terbuka dan tertutup sepanjang hari, dengan meregulasikan aliran udara.", "Prinsip reka bentuk ini diaplikasikan oleh bangunan seperti Eastgate Centre.", "Velcro – ciptaan yang kita biasa gunakan untuk mengikat kasut sekolah dengan fungsi lekatan, dihasilkan oleh George de Mestral pada tahun 1941. Mestral mengambil idea daripada tumbuhan yang melekat pada bulu anjingnya.", "Setelah mengkaji menggunakan mikroskop, beliau dapati tumbuhan tersebut miliki cangkuk – cangkuk kecil yang membolehkannya melekat dengan sangat kuat. Ini mencetuskan idea untuk menghasilkan pelekat velcro dengan meniru fungsi tumbuhan bercangkuk tersebut.", "Kesan teratai atau juga dikenali sebagai superhydrophobicity, adalah kesan yang dapat dilihat pada daun teratai, di mana air tidak mampu membasahkan permukaan daun tersebut. Penolakan ini berlaku lantaran struktur nano daun tersebut, di mana tonjolan mikro yang dilapisi bahan hidrofobik berlilin menolak air dari permukaan. Ini juga menghasilkan kesan bersih sendiri, kerana partikel habuk melekat pada air dan ditolak keluar.", "Dengan meniru proses ini, pelekap permukaan seperti cat bersih sendiri dapat dihasilkan.", "Saintis telah menghasilkan sejenis pelekat baru yang meniru mekanisme kaki cicak yang membolehkannya merangkak pada siling. Pelekat baru yang bernama ‘geckotape’ ini memiliki berbilion fiber plastik yang kecil yang berukuran diameter kurang daripada satu mikrometer. Reka bentuk ini diambil daripada rambut semula jadi yang menutupi kaki cicak, lantas menghasilkan lekatan elektrodinamik pada tahap mikroskopik.", "Satu meter persegi tape gecko ini boleh menampung berat satu kilogram." ]
https://ajar.com.my/2018/09/21/10-corak-fraktal-yang-memukau/
10 Corak Fraktal yang Memukau
[ "Pernah tengok video yang seolah – olah zoom in tapi tidak berhenti – henti? Video tersebut adalah corak fraktal.", "Fraktal adalah corak yang tidak berhenti, yang tersangat kompleks, serta serupa diri walau pada skala yang berbeza. Serupa diri adalah apabila satu komponen sebuah objek adalah menyerupai keseluruhan objek tersebut.", "Maksudnya, bila kita zoom in, atau zoom out corak tersebut sama saja, dan ia boleh lanjut secara berterusan tanpa penghujung. Kita boleh tengok video tersebut selama berjam – jam seolah – olah terpukau.", "Berikut dikompilasikan beberapa corak fraktal yang seolah – olah menghipnosis mata kita!" ]
https://ajar.com.my/2018/09/21/di-cambridge-hari-ini-tempah-barang-kajian-eksperimen-esok-dapat/
Di Cambridge, Hari Ini Tempah Barang Kajian Eksperimen, Esok Dapat
[ "Diambil daripada nukilan Facebook Amin Rukaini, Pelajar PhD Malaysia di Cambridge", "Salah satu kelebihan buat PhD dalam bidang sains biologi di luar negara khususnya di UK ialah kebebasan membuat kajian tanpa had.", "Maksud tanpa had ialah tiada kekangan dari faktor kewangan dan masa untuk membuat sebarang pembelian barangan eksperimen dan kajian.", "Pembelian barangan atau alatan untuk kajian di UK khususnya amat mudah kerana rata-ratanya memiliki geran peruntukan yang banyak, sistem pengurusan penbelian yang cukup efisien, banyak pembekal dan sistem penghantaran yang cekap.", "Hari ini tempah barang, esoknya barang sudah tiba di stor. Order barang kajian untuk eksperimen mengalahkan order barang di Ebay ataupun Amazon. (beribu-riban)", "Sebagai seorang penyelidik, kami diberikan akaun secara peribadi dan boleh membeli apa-apa barang atau alatan kajian yang diperlukan tanpa ada had!", "Semua ini memainkan peranan dalam memastikan kelancaran kajian yang dibuat. Para penyelidik boleh memberikan fokus yang sepenuhnya kepada aktiviti kajian dan bebas untuk membuat kajian yang diingini.", "Gambar: waktu paling seronok ialah bila barang sampai, macam dapat hadiah bertimbun-timbun." ]
https://ajar.com.my/2018/09/23/5-universiti-malaysia-bolot-senarai-10-universiti-terbaik-asia-tenggara/
5 Universiti Malaysia Bolot Senarai 10 Universiti Terbaik Asia Tenggara
[ "Senarai universiti – universiti terbaik yang dikeluarkan oleh QS World University Rankings memperlihatkan Universiti Malaysia ‘menawan’ senarai 10 Universiti terbaik Asia Tenggara.", "Universiti Malaysia memperoleh tempat ketiga hingga ketujuh, kalah hanya kepada Universiti dari Singapura.", "2 Universiti terbaik Asia Tenggara, iaitu National University of Singapore dan Nanyang Technological University juga masing – masing memperoleh tempat dalam kalangan 20 Universiti terbaik dunia.", "Universiti Malaya memecah rekod kedudukan yang tertinggi di tempat ke 87 dunia, pertama kali menerobos senarai 100 Universiti terbaik global.", "Universiti dinilai berdasarkan 6 metrik berikut:", "Sumber: seasia, QS World Rankings 2018 – 2019" ]
https://ajar.com.my/2018/09/24/5-bencana-akibat-salah-unit-ukuran-meter-kilogram-vs-inci-pound/
5 Bencana Akibat Salah Unit Ukuran (Meter, Kilogram vs Inci, Pound)
[ "“Tinggi siling rumah berapa kaki?”", "“Err siling rumah mana ada kaki?”", "Mungkin anda pernah alami situasi sebegini, anda pelajari unit metrik di sekolah (meter, kilogram), kemudian anda ditanya tentang ukuran sesuatu dalam unit klasik (jengkal, hasta) atau unit imperial (batu, inci, gelen). Biasanya oleh pakcik makcik.", "Disebabkan tak mahu kelihatan kurang bijak, anda main teka saja ukuran tersebut, atau pura – pura semak telefon pintar untuk jawab whatsapp penting (tapi sebenarnya anda google 2 kaki berapa meter).", "Maka terjadilah tersilap kiraan, kain terlebih panjang atau tersingkat, semata – mata kerana perbezaan unit ukuran.", "Tapi jangan risau, sebab kesilapan kita ini kecil saja dibandingkan dengan bencana – bencana besar yang terjadi akibat salah unit ukuran berikut:", "Kapal terbang Boeing 767 Air Canada kehabisan minyak di pertengahan jalan kerana kesilapan penggunaan unit metrik.", "Isipadu minyak sewaktu diisi dalam tangki dianggap dalam unit kilogram, tapi sebenarnya pound. Maka kapal terbang berlepas dengan jumlah separuh isipadu minyak daripada sepatutnya!", "Tapi mujur pemandu kapal terbang menyedari bahawa terdapat laluan daratan yang tidak digunakan di Gimli, lantas menukar tempat daratan di situ. Tiada kematian dicatatkan.", "Pada tahun 1628, Kapal Perang Sweden karam di tengah lautan. Ramai yang cuba menjelaskan punca insiden yang memalukan ini.", "Rupa-rupanya kapal perang tersebut tidak dibina secara simetri. Puncanya, pekerja menggunakan 4 pembaris yang berbeza. Pembaris tersebut memiliki unit yang berlainan dengan piawai ukuran pada zaman tersebut.", "Dua pembaris dibuat dengan merujuk kepada kaki Amsterdam yang miliki 11 inci, dua lagi merujuk pada kaki Swedish, yang miliki 12 inci untuk satu kaki.", "Aduh.", "Roller Coaster Tokyo Disneyland mati di pertengahan jalan pada tahun 2003. Puncanya adalah kerana gandar roda yang patah.", "Rupa – rupanya puncanya adalah kerana gandar tersebut lebih kecil berbanding sepatutnya. Puncanya adalah kerana dokumentasi lama menggunakan unit imperial yang kemudian ditukar kepada unit metrik.", "Nasib baik, tiada kematian dan kecederaan dicatatkan. Kalau tidak mungkin akan keluar filem atau anime khas tentang insiden kematian di taman tema.", "Ramai yang kenal Christopher Columbus sebagai penemu benua Amerika. Tapi sebenarnya itu tidak disengajakan. Columbus sebetulnya mahu ke benua Asia.", "Macam mana boleh lari jauh sangat? Sebab 1) Columbus gunakan nilai satu darjah bersamaan 56.67 batu nautika milik Abu al Abbas Ahmad ibn Muhammad al Farghani, 2) kemudian beliau terkeliru pula antara batu Roman (4856 kaki) dengan batu Arab (7091 kaki), 3) tak cukup dengan itu, beliau tersalah letak lokasi Jepun 8000 batu lebih dekat kepada teluk St Vincent.", "Maka jumlah jarak yang dikira: 3080 batu nautika. Sedangkan jumlah jarak yang sebenar adalah 7313 batu nautika. 58 peratus margin kesilapan.", "NASA mungkin agensi terakhir yang kita sangka akan buat kesilapan amatur ini. Iyalah, kan penuh dengan genius – genius IQ 150 ke atas?", "Satelit NASA hilang pada tahun 1999 kerana pasukan NASA menggunakan unit metrik sedangkan kontraktor pula menggunakan unit imperial.", "Probe $125 juta tersebut terlalu hampir dengan Marikh sewaktu ia mahu masuk ke orbit, dan dianggap telah musnah diranapkan oleh atmosfera planet tersebut.", "Kajian mendapati ‘punca utama’ kehilangan tersebut adalah ‘penterjemahan yang gagal antara unit Inggeris dengan unit metrik’ dalam perisian." ]
https://ajar.com.my/2018/09/27/guru-dipecat-kerana-enggan-beri-markah-50-pada-pelajar-yang-tak-buat-pun-kerja-sekolah/
Guru Dipecat Kerana Enggan Beri Markah 50% Pada Pelajar yang Tak Buat Pun Kerja Sekolah
[ "Seorang guru sejarah Florida mengatakan beliau dipecat kerana enggan memberi separuh kredit kepada pelajar – pelajar yang tidak menghantar kerja sekolah mereka.", "Gambar ucapan selamat tinggal yang beliau tinggalkan di papan putih kemudian menjadi tular.", "“Selamat tinggal anak – anak, Puan Tirado sayangkan anda semua dan menghendaki yang terbaik dalam hidup kalian! Saya dipecat kerana enggan berikan anda 50% pada kerja sekolah yang anda tak hantar.”", "Diane Tirado mengatakan Sekolah West Gate K-8 di Pot St Lucie mengguna pakai polisi ‘tiada kosong’, menghendaki guru – guru untuk memberikan pelajar paling kurang 50 peratus gred pada setiap kerja sekolah.", "“Bagaimana jika mereka tidak hantar pun? Mereka kata kita beri mereka markah 50%. Oh tak saya tak setuju” kata beliau kepada pemberita.", "“Saya sangat kecil hati, kerana kita melahirkan generasi yang mengharapkan mereka dibayar dan hidup senang hanya dengan menghadirkan diri, ia bukan realiti” Katanya lagi.", "Pengguna media sosial juga rata – rata menyokong tindakan Tirado:", "“Tindakan anda betul. Sekolah itu salah. Inilah sebab kenapa orang – orang muda hari ini tak mahu kerja tapi masih minta dibayar.”", "“Seorang guru sepatutnya berhak tentukan gred apa murid patut terima. Kalau mereka tak hantar pun, mereka patut dapat gred F. Saya berbangga sebab anda tegaskan pendirian anda tapi tak patut mereka lepaskan seorang guru yang ingin menjadi guru yang baik. Kalau anda berikan 50%, pada mereka yang tak buat kerja, apa pengajaran pada murid – murid? Murid perlu diajar bertanggungjawab." ]
https://ajar.com.my/2018/09/27/persamaan-matematik-paling-cantik/
Persamaan Matematik Paling Cantik
[ "Pernah tak dalam kelas matematik korang tengok papan hitam lepas tu kata:", "“Wah, cantiknya” (Persamaan matematik, bukan cikgu. Isyh)", "Tak pernah? Admin pun tak pernah. Tapi orang undi persamaan matematik paling cantik dan ini pemenangnya." ]
https://ajar.com.my/2018/09/28/5-gambar-mikroskopik-pemenang-nikon-small-world-yang-menakjubkan/
5 Gambar Mikroskopik Pemenang Nikon Small World yang Menakjubkan
[ "Nikon Small World in Motion telah mengumumkan pemenang – pemenang bagi pertandingan gambar fotomikrografi paling cantik pada tahun ini.", "Pertandingan tersebut mempamerkan gambar – gambar dunia pada tahap mikroskopik.", "Pemenang dinilai oleh 5 panel penilai yang merupakan pakar dalam pelbagai bidang sains dan produksi video.", "Berikut adalah lima gambar pemenang yang cukup mengagumkan!" ]
https://ajar.com.my/2018/10/01/cikgu-matematik-tular-selebriti-beginilah-kita-nak/
Cikgu Matematik Tular, Selebriti Beginilah Kita Nak!
[ "Malaysia agak ketandusan figura – figura selebriti yang sesuai menjadi ikutan dan teladan ramai.", "Malang sekali apabila nama – nama yang melonjak naik menjadi terkenal dewasa ini adalah mereka yang mempopularkan penukaran jantina, aksi – aksi tidak sopan, menjual produk – produk rendah nilai, dan mengejar populariti murahan.", "Namun baru – baru ini, dunia selebriti Malaysia seakan mendapat satu cahaya baru apabila timbul watak baru daripada latar belakang yang tidak disangka – disangka: perguruan matematik.", "Cikgu Uzairi Taib mendaki tangga populariti melalui pengajaran matematik beliau yang unik, bertenaga dan sempoi.", "https://www.youtube.com/watch?v=Tx00dI4_1wY", "Video – video pengajaran matematik beliau tular di media sosial sehingga ratusan ribu tontonan, malah turut dikongsi bersama pengguna aplikasi sosial antarabangsa.", "Beliau juga dijemput sebagai tetamu jemputan khas pelbagai platform media arus perdana seperti NTV7, Erafm, Hottv, Astro dan Zayan.", "Kali terakhir media kita digegarkan dengan matematik mungkin adalah pada waktu Adi Putra dahulu.", "Rata – rata memuji cara pengajaran Cikgu Uzairi yang amat kena dengan jiwa orang muda masa ini:", "“Kalau aku beljaq math dengan sir ni mesti aku takkan gagal math dulu hahaha”", "“Saya memang tak pandai math,tapi saya rasa kalau saya belajar dengan sir bolehlah sikit takdelah stress sangat,apepun doakan saya buat ybg terbaik pt3 ni”", "“Awat lah tak jumpa sir Uzairi ni time belajaq dulu. ? kalau tak,confirm A maths dulu", "Mungkin sudah tiba masanya kita mulakan arus baru mempopularkan mereka yang sememangnya memberi manfaat kepada masyarakat." ]
https://ajar.com.my/2018/10/01/persamaan-matematik-paling-cantik-2/
Persamaan Matematik Paling Cantik
[ "Apa persamaan matematik yang anda rasa paling cantik?", "Matematik ni, bukan semata – mata nombor yang sejuk dan tak bernyawa, yang jadi mimpi ngeri pelajar, yang sengaja dibuat susah tapi akhirnya tak guna pun..", "Matematik juga sebenarnya ada penceritaan semacam sastera, ada rahsia yang mengujakan, dan ada sesetengah yang terpesona dengan kecantikan matematik.", "Walaupun pelik, ada orang yang anggap matematik ni … cantik.", "Ahli matematik mencari – cari formula dan persamaan yang elegan, bermakna dan puitis.", "Dalam banyak – banyak persamaan matematik, ada beberapa persamaan yang dianggap paling cantik antara semua", "Kita ada contohnya teorem phytagoras ", "persamaan kalkulus", "dan persamaan teori kerelatifan Einstein", "Semua ini persamaan yang dianggap cantik", "Tapi persamaan yang paling cantik sekali dalam matematik adalah yang dipanggil Identiti Euler.", "Persamaan ini diundi sebagai yang paling cantik pada tahun 1988. Ahli matematik menganggap persamaan ini sebagai piawai emas kecantikan matematik. Ia dibandingkan seperti puisi Shakespeare yang mencengkam kewujudan.", "Sebab apa persamaan Identiti Euler ini dianggap begitu cantik? Sebab ia… sempurna.", "Ia berjaya gabungkan 5 malar penting dunia matematik dalam satu persamaan. Dalam Identiti Euler ini, ada:", "Identiti ini juga memuatkan tiga operasi matematik paling asas, penambahan, pendaraban dan kuasa.", "Semua nombor – nombor pelik ini, yang macam tiada kena mengena antara satu sama lain boleh duduk sekali dalam satu persamaan yang cantik dan elegan.", "Macam mana boleh macam tu?", "Identiti Euler ini juga bukanlah terlalu abstrak hingga tidak berguna. Ia digunakan secara meluas dalam kejuruteraan, terutama sekali kejuruteraan elektronik.", "Dan bukan itu saja, kesempurnaan dalam kepelikan identiti Euler ini juga pergi lagi jauh.", "Ia digunakan sebagai bukti kewujudan Tuhan.", "Sebab Leonhard Euler ni sendiri merupakan seorang yang kuat beragama dan beliau pernah menangi debat melawan ateis menggunakan matematik.", "Menurutnya, kita boleh melihat petanda Tuhan dalam corak nombor matematik." ]
https://ajar.com.my/2018/10/02/5-percubaan-hasilkan-mesin-gerak-abadi-yang-bergerak-selamanya/
5 Percubaan Hasilkan Mesin Gerak Abadi yang Bergerak Selamanya
[ "Impian terbesar jurutera dan saintis adalah untuk menghasilkan mesin yang paling efisien. Dah pasti, mesin yang paling efisien adalah mesin yang dapat bergerak selama – lamanya tanpa berhenti dan tanpa mengguna pakai mana – mana sumber tenaga.", "Mesin tersebut dipanggil mesin gerak abadi (perpetual motion machine – Inggeris)", "Bagaimanapun, mesin tersebut hakikatnya mustahil untuk dihasilkan. Siapa yang kata? Undang – undang fizik yang kata.", "Mesin gerak abadi tersebut melanggar dua hukum fizik:", "Mesin gerak abadi mustahil dihasilkan kerana ia perlu memiliki tenaga yang tidak akan terbazir dan tidak akan menjadi celaru (disordered)", "Bukan itu saja, untuk mencipta mesin gerak abadi ini juga amat sukar kerana ia perlu:", "Walaupun secara teorinya mustahil, tapi itu tak menghalang manusia untuk mencuba. Berikut adalah beberapa percubaan untuk hasilkan mesin gerak abadi sepanjang sejarah!", "Reka cipta mesin gerak abadi ini agak mudah. Kita ada bekas air yang disambung dengan hos di bahagian bawah, kemudian hos tersebut mengalirkan air balik kepada bekas tersebut, menggunakan prinsip sifon.", "Tapi graviti tak berfungsi sedemikian. Untuk membuatkan air tinggalkan bekas air, hujung hos tersebut perlu lebih rendah daripada bekas.", "Tapi macam mana kalau ada cecair yang boleh menolak dirinya untuk melalui hos tersebut menentang graviti? Macam video di atas yang menggunakan alkohol? Sebenarnya air tersebut akan berhenti bergerak apabila alkohol / arak tersebut kehabisan gas.", "Ini adalah versi mesin gerak abadi paling popular. Ia mengguna pakai bebanan yang tak sama jarak daripada pusat putaran, lantas menghasilkan daya kilasan yang berbeza. Bebanan yang lebih jauh dari pusat putaran akan mengenakan daya kilasan yang lebih banyak akibat graviti.", "Dengar macam boleh berfungsi kan? Malangnya ia akhirnya akan berhenti akibat geseran dan ia memerlukan motor untuk digerakkan.", "Ini adalah antara reka bentuk mesin gerak abadi yang klasik. Dilaporkan sudah ada sejak tahun 1600-an.", "Ideanya adalah air akan jatuh dari puncak teratas mesin, yang kemudian memutarkan kincir air, ini kemudian menguasakan pam yang menolak air kembali ke atas, lantas mewujudkan kitaran tenaga.", "Masalahnya adalah terlalu banyak geseran yang dihasilkan dan reka bentuk ini cuma boleh berfungsi dalam model komputer. Komputer abad ke 17 pula tak cukup berkuasa untuk membuat simulasi yang tepat.", "(Apa maksud korang abad ke 17 belum ada komputer?)", "Mestilah ada paling kurang satu mesin yang gunakan magnet. Magnet kan watak penting kalau nak buat mesin – mesin canggih.", "Mesin di atas menggunakan daya tarikan magnet dan graviti. Ia miliki satu roda besar yang diputarkan oleh sebiji bebola besi yang ditarik oleh magnet.", "Walaupun nampak macam boleh jalan, tapi roda tersebut hanya boleh berputar demikian dengan bantuan luaran. Malah, magnet tersebut juga lama – lama akan hilang daya magnetik. Bermakna ini bukanlah sumber tenaga tak terbatas.", "Ini mungkin percubaan penciptaan mesin gerak abadi yang paling canggih setakat ini. Ia juga adalah yang paling kompleks. Mesin ini dicipta oleh ahli matematik dan pengukir Norway Reidar Finsrud.", "Sistem yang rumit ini menggunapakai roda, magnet dan pendulum. Roda tersebut sentiasa serong, supaya bola tersebut, yang digerakkan magnet, sentiasa akan berputar sekeliling trek.", "Dikatakan sewaktu percubaan selama tiga hari, bebola tersebut berjaya mengekalkan halaju yang sekata. Kajian oleh jurutera mendapati mesin tersebut mampu mengekalkan keefisienan sebanyak 80 – 90 peratus, sedangkan kebanyakan mesin lain seperti enjin pembakaran dalam hanya mampu mencapai 30 – 50 peratus keefisienan.", "Finsrud bagaimanapun mengatakan bahawa mesin tersebut mampu mencapai keefisienan sebanyak 100 peratus, bermakna ia menyumbang kepada tenaga percuma. Beliau percaya bahawa mesin ini, jika dibina pada skala yang besar, mampu memberikan tenaga percuma kepada dunia. Beliau juga dikatakan risau kerana mesin ini mungkin terlalu canggih melangkaui zaman, maka beliau menguncinya di bawah tanah.", "Bagaimanapun terdapat sebilangan golongan skeptik yang menganggap terdapat motor tersembunyi dalam mesin tersebut. Tiada siapa tahu." ]
https://ajar.com.my/2018/10/04/pelajar-malaysia-juara-dunia-pertandingan-matematik/
Pelajar Malaysia Juara Dunia Pertandingan Matematik
[ "Zhuji, China –  Malaysia mencatat sejarah buat pertama kali dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Matematik dalam Pertandingan Matematik dan Sains Olimpiad 2018 yang berlangsung di Hailiang Education Park, Zhuji, China pada 28 September hingga 4 Oktober.", "Murid, Aidan Ong Ming Feng dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tun Tan Cheng Lok, Kuala Lumpur muncul juara keseluruhan Matematik dalam pertandingan ini.", "Kontinjen Malaysia juga turut membawa pulang tiga pingat emas, satu perak dan tujuh gangsa untuk pertandingan Matematik dan Sains Olimpiad.", "Pertandingan ini disertai 400 peserta dari 25 buah negara seluruh dunia antaranya Jepun, Korea, Taiwan, Kazakhstan, Iran, Bulgaria, Afrika Selatan, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, Sri Lanka dan banyak lagi.", "Menurut ketua Kontinjen, Mohd Hafiz Mohd Salleh dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Malaysia telah berjaya mencapai kejayaan tertinggi setakat 15 tahun penyertaan dalam pertandingan ini.", "“Dari 12 peserta negara yang menyertai pertandingan ini, 11 daripadanya membawa balik pingat.", "“Malah disiplin yang tinggi peserta negara telah memikat hati juri untuk memberikan Anugerah Khas Pasukan Paling Menepati Masa (The Most Punctual Team Award),” katanya.", "Katanya, latihan intensif dan komitmen peserta yang tinggi telah membuahkan hasil yang bermakna ini.", "Sumber: GPSBestari" ]
https://ajar.com.my/2018/10/09/teknologi-silam-penahan-gempa-bumi-maranao/
Teknologi Silam Penahan Gempa Bumi Maranao
[ "Orang – orang Nusantara terdahulu telah mencipta teknologi untuk menghadapi gegaran gempa bumi, seperti pembinaan rumah Torogan oleh orang – orang Maranao di Marawi.", "“Orang-orang Maranao suatu ketika dahulu, apabila membuat rumah tradisional, mereka akan meletakkan batu-batu di bawah tiang-tiang rumah yang terdiri dari batang pokok yang besar. Batu-batu ini berfungsi sebagai geguli pada tiang rumah dan ianya mampu menyerap gegaran gempa bumi yang menyebabkan rumah mereka tidak runtuh dan kekal kukuh” menurut penyelidik, Hasanuddin Yusof.", "Menurut Dr Jesus Peralta, “…sokongan apungan memang sengaja dibuat kerana kawasan tanah Lanao adalah tidak stabil secara tektonik, dan ia sering dikunjungi gempa bumi. Batu – batuan tersebut bertindak sebagai pelindung apabila gempa bumi melanda. Keseluruhan torogan hanya akan berguling dan bergoyang lantas tidak mendatangkan kerosakan setelah gempa”", "Teknik pembinaan rumah – rumah tradisional Maranao ini dijadikan rujukan untuk pembinaan rumah kebal gempa moden.", "“Torogan memiliki ciri – ciri kebal bencana yang berpotensi untuk digunakan oleh masyarakat hari ini” kata arkitek Gloryrose Dy.", "Pada zaman dahulu, Torogan berfungsi sebagai rumah milik golongan kelas atasan Maranao. Ia digunakan untuk upacara besar seperti perkahwinan dan perhimpunan agama. Ia juga tempat perbincangan para datu, sultan dan golongan senior untuk menyelesaikan konflik. Maranao menganggap Torogan sebagai simbol kemuliaan, status, pangkat dan kuasa dalam masyarakat.", "Namun pada hari ini, tidak banyak lagi rumah tradisional Torogan yang tinggal.", "Menurut Hasanuddin Yusof, hanya tinggal satu saja rumah Torogan yang telah pun berusia lebih 300 tahun." ]
https://ajar.com.my/2018/10/09/5-masalah-paling-besar-pendidikan-moden-menurut-reddit/
5 Masalah Paling Besar Pendidikan Moden Menurut Reddit
[ "Seorang penanya di Reddit menanyakan: “Cikgu – cikgu, apa masalah dengan pendidikan moden?”. Soalan tersebut diajukan kepada ratusan ribu pengguna laman web tersebut yang datang daripada pelbagai negara dan latar belakang.", "Berikut adalah jawapan – jawapan yang paling banyak dipersetujui ramai:", "“Undang – undang dan peraturan pengajaran dibuat oleh orang yang tak tahu apa – apa mengenai pendidikan, dan apa kehendak sistem pendidikan. Fokus mereka hanyalah politik, dan bukan pendidikan”", "“Ujian, Teknologi dan silibus yang terlalu padat. Saya terpaksa menamatkan perbincangan yang menarik sebab kami terpaksa mengharungi keseluruhan topik. Kita letakkan ujian dan teknologi melangkaui mengajar murid untuk berfikir”", "“Satu perkara yang jarang disebut adalah saiz kelas yang besar. Siapa yang fikir mengajar 45 murid – murid dalam satu bilik, yang terdiri daripada pelajar pandai hinggalah kepada pelajar bantuan khas sebagai idea yang bagus? Dalam kelas berdurasi 53 minit, saya tak mampu mengajar dan kemudian berinteraksi dengan mereka semua. Ia tak masuk akal”", "“Pemikiran kritikal selalu diletakkan di kerusi belakang. Saya tak pasti sama ada ia masih berada dalam kereta”", "“Ini sememangnya isu besar. Saya mengajar di kolej dengan kadar penerimaan yang tinggi. Mereka tak mampu menulis dengan baik dan hanya mampu menghafal. Mereka terpaksa bergelut untuk melakukan apa saja analisis”", "“Peperiksaan. Saya habiskan satu tahun semata – mata mengajar untuk periksa. Anda fikir itu cuma satu frasa? Tak. Keseluruhan tujuan saya adalah untuk menyiapkan murid – murid untuk lulus periksa hujung tahun. Murid yang tak boleh berbahasa Inggeris dan yang bahan bacaan mereka 5 darjah ke belakang diharapkan untuk lulus peperiksaan yang sungguh tak adil dan tak masuk akal. Jika mereka tak lulus, gaji saya dipotong. Saya boleh kehilangan kerja. Saya ditarafkan sebagai tak efektif, tanpa mengira KENAPA mereka tak lulus. Kalau ada murid yang tertinggal 100 hari persekolahan, saya yang dipersalahkan bila dia tak lulus periksa. Saya benci peperiksaan." ]
https://ajar.com.my/2018/10/10/tular-gambar-mufti-wilayah-tolong-tolak-kereta-dalam-hujan-inilah-sifat-tawaduk-orang-berilmu/
Tular Gambar Mufti Wilayah Tolong Tolak Kereta dalam Hujan, Inilah Sifat Tawaduk Orang Berilmu
[ "Sebuah gambar yang memaparkan akhlak mulia Mufti Wilayah Perseketuan, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menolong seorang pengguna jalan raya menolak keretanya yang rosak di atas jalan pada waktu hujan tular di media sosial.", "“Dapat gambar dari orang lain. Kisah benar di tengah hujan.", "Kata Imam al-Syafie:", "???? ????? ????: ?? ????? ???? ????? ????? ????: ?? ?? ??? ????", "“Orang yang paling tinggi kedudukannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya kedudukan. Orang yang paling hebat keutamaannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya keutamaan.”", "Entah abang tu tahu atau tak, Mufti Wilayah yang bantu tolak kereta dia dalam hujan” – Tulis Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mohamad Razif.", "Akhlak mulia seorang yang memegang persada ilmu ini dipuji oleh netizen:", "“Pernah jumpa ustaz dr. Zulkifli bakri…sangat zuhud org nya”", "“Ni baru dikatakan alim ulamak sentiasa membantu orang yg dlm kesusahan”", "“Sikap yg terpuji..tk sangup tgk kepayahan insan lg.pasti sudi hulurkn bantuan tanpa dipinta”", "Keutamaan tawaduk setelah memperoleh ilmu ini diterangkan oleh Ibn al Qayyim rahimahullah", "“Salah satu tanda kebahagiaan dan kejayaan adalah tatkala seorang hamba semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap tawadhu’ dan kasih sayangnya. Dan semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanan dan kemauannya untuk membantu sesama. Dan setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan posisinya maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan berbagai kebutuhan mereka serta bersikap rendah hati kepada mereka.”", "Semoga menjadi pengajaran kepada kita untuk terus merendah diri sedang kita tak mencapai taraf ilmu seperti Mufti." ]
https://ajar.com.my/2018/10/12/sultan-nazrin-penaung-pusat-pengajian-asia-tenggara-oxford/
Sultan Nazrin Penaung Pusat Pengajian Asia Tenggara Oxford
[ "OXFORD – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dilantik sebagai Penaung Pusat Pengajian Universiti Oxford Asia Tenggara.", "Ketibaan baginda di Sheldonian Theatre, tempat bersejarah di Universiti Oxford, disambut Naib Canselor Universiti Oxford Prof Louise Richardson dan Ketua Bahagian Sains Sosial universiti berkenaan, Prof Sarah Whatmore.", "Dalam siaran akhbarnya, Universiti Oxford berkata, pusat itu akan menjadi sebahagian daripada Oxford School of Global and Area Studies.", "Pusat yang baru dibangunkan dan akan menjadi sebahagian daripada Institut Global Oxford dan Pengajian Rantau itu dijangka mewujudkan peluang penyelidikan serta pengajaran merangkumi beberapa jabatan.", "Penubuhan pusat itu dijangka mewujudkan peluang dalam bidang penyelidikan dan pendidikan untuk dikongsi beberapa jabatan, termasuk Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Jabatan Antropologi dan Ethnografi Muzium, Jabatan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Jabatan Pengajian Pembangunan dan Jabatan Sejarah.", "Sultan Nazrin, ketika berkenan menerima pelantikan dan mengulas perkembangan terbaru itu, bertitah Oxford bakal memberikan sumbangan berimpak tinggi terhadap akademi global menerusi penekanan terhadap penyelidikan serta kecemerlangan aspek pendidikan Pengajian Asia Tenggara." ]
https://ajar.com.my/2018/10/14/robot-boston-dynamics-kini-mampu-berparkour-habislah-kita/
Robot Boston Dynamics Kini Mampu Ber’parkour’, Habislah Kita?
[ "Masihkah anda ingat Atlas, robot ciptaan syarikat robotik Boston Dynamics yang mampu berlari seperti manusia? Ia kini mampu melakukan lebih dari itu.", "Dalam video terbaru, Boston Dynamics memuat naik video terbaru di Youtube yang menunjukkan kemampuan terkini robot humanoid tersebut yang mampu melompat melepasi halangan ala parkour.", "‘Atlas Parkour’ adalah tajuk yang diberikan pada video tersebut.", "“Perisian kawalan menggunakan keseluruhan tubuh termasuk kaki, lengan dan badan untuk memberikannya tenaga dan kekuatan untuk melompat melepasi batang kayu dan meloncat menaiki tangga tanpa memecahkan langkah (ketinggian tangga 40cm). Atlas menggunakan visi komputer untuk memposisikan dirinya berpandukan penanda boleh lihat untuk membolehkan menapaki bentuk permukaan dengan tepat” – Deskripsi di video Youtube itu.", "Koordinasi robot tersebut kini amat menyerupai manusia, malah lebih baik daripada sebahagian manusia yang mungkin tidak mampu untuk melompat melepasi tangga setinggi 40cm pun.", "Komen warganet terhadap video itu juga agak mencuit hati:", "“Tak sabar rasanya mahu menunggu dibunuh oleh benda ini setelah mereka menguasai dunia”", "“Cepat betul mereka membesar”", "“Saya baru saja memberi like pada video robot yang akan menggantikan saya!”", "“Kita semua akan mati”", "Atlas dipanggil oleh laman web Boston Dynamics sebagai ‘humanoid yang paling dinamik dalam dunia’, sebelum ini beberapa kebolehan Atlas telah dipamerkan seperti melakukan loncatan terbalik:", "dan mampu menyeimbangkan diri setelah ditolak", "Selain robot seperti Atlas yang berbentuk humanoid, terdapat juga robot berbentuk lain yang turut dibangunkan seperti SpotMini quadruped:", "Robot yang mempunyai empat kaki seakan – akan anjing ini mampu menavigasi permukaan berhalangan menggunakan data visual daripada kamera yang dipasang pada badannya.", "Apa masa depan dunia robotik? Apa pula masa depan kita warga manusia? Sama – sama kita nantikan." ]
https://ajar.com.my/2018/10/15/pelajar-singapura-tidak-lagi-akan-dinilai-berdasarkan-keputusan-peperiksaan-ini-sebabnya/
Pelajar Singapura Tidak Lagi Akan Dinilai Berdasarkan Keputusan Peperiksaan. Ini Sebabnya.
[ "Singapura sudah lama memegang tampuk pendidikan tahap tinggi yang menggalakkan cara pengajaran ulangan yang berjangka masa panjang, semata – mata untuk membolot kejayaan peperiksaan. Namun itu mungkin akan berubah melihatkan anjakan pembaharuan terhadap pendidikan yang dirangka oleh negara tersebut.", "Perbincangan, kerja sekolah dan kuiz akan menggantikan markah dan gred sebagai metod untuk mengumpulkan maklumat perkembangan murid – murid sekolah rendah. Bermula tahun 2019, peperiksaan untuk murid darjah 1 dan 2 akan dimansuhkan.", "Murid sekolah rendah dan menengah yang lebih berusia juga akan belajar dalam suasana yang lebih kurang kompetitif. Markah untuk setiap subjek akan dibundarkan kepada nombor bulat yang terdekat – tanpa perpuluhan – untuk mengurangkan fokus kepada kejayaan akademik.", "“Pelajaran bukan pertandingan” ujar Ong Ye Kung, Menteri Pendidikan Singapura. Kementerian Pendidikan sedang merancang beberapa siri perubahan yang mensasarkan pengurangan perbandingan antara prestasi pelajar dan menggalakkan individu untuk memfokuskan perkembangan pelajaran kendiri.", "Sehingga kini, buku laporan murid sekolah rendah dan menengah tidak lagi akan menentukan sama ada murid tersebut berada di posisi tertinggi atau terendah dalam kelas. Manakala metrik purata subjek dan kumpulan, markah keseluruhan, markah minimum dan maksimum pula tidak lagi akan digunakan. Laporan sekolah tidak lagi akan menggariskan gred – gred gagal atau merekodkan lulus atau gagal periksa pada akhir tahun.", "Pendekatan pendidikan Singapura yang baru ini sangat kontra dengan negara – negara jiran yang menghimpun Program OECD untuk Penilaian Pelajar Antarabangsa (OECD Programme for International Student Assessment – PISA).", "Setiap tiga tahun, OECD menilai sistem pendidikan seluruh dunia dengan menguji sains perbandingan, pembacaan dan kemahiran matematik pelajar 15 tahun.", "Singapura mencatat piawai kejayaan peperiksaan dengan mencapai markah purata 1655 dalam 3 subjek teras yang diuji oleh PISA dalam ujian berdurasi 2 jam pada tahun 2016.", "Penganjakan fokus keluar daripada peperiksaan kepada pembentukan individu – individu kamil menggambarkan perubahan arah yang serius untuk Singapura. Di samping pencapaian akademik, polisi – polisi baru mensasarkan untuk membina kemahiran sosial dalam kalangan murid – murid untuk meningkat keyakinan kendiri dan kemahiran membuat keputusan.", "Akhlak dan amalan dalam kelas diselarikan dengan keperluan budaya kerja tempatan untuk menyahut kehendak pulau tersebut menyediakan murid – murid untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan yang berkembang.", "Kementerian Pendidikan sudah menyediakan pasukan bimbingan kerjaya untuk merubah persepsi sedia ada dan menggalakkan aspirasi pelajar keluar daripada semata – mata kerjaya perbankan, perkhidmatan sivil dan perubatan.", "Bagaimapun, merubah pandangan pelajar lebih mudah daripada mengubah sudut pandang ibu bapa mereka, yang membesar dalam keadaan tertekan akibat peperiksaan.", "Sumber: weforum.org" ]
https://ajar.com.my/2018/10/16/mampukah-anda-selesaikan-soalan-sekolah-rendah-di-china-yang-tular-ini/
Mampukah Anda Selesaikan Soalan Sekolah Rendah di China yang Tular Ini?
[ "Sebuah masalah matematik sekolah rendah China tular baru – baru ini. Ia menampilkan seekor kucing, sebuah meja, dan seekor kura – kura.", "Jarak antara kepala kucing di atas meja dengan cangkerang kura – kura dari lantai diberi 170 cm. Jarak antara cangkerang kura – kura di atas meja dengan kepala kucing dari lantai pula diberi 130 cm.", "Soalannya, berapa tinggi meja?", "Sabar, jangan menyerah kalah dulu, boleh selesai.", "Anda cuba selesaikan, kemudian boleh skrol ke bawah untuk jawapan. Jawapannya boleh diperoleh menerusi dua metod:", "Metod pertama adalah persamaan serentak menggunakan algebra. Kita boleh hasilkan persamaan berdasarkan ketinggian objek. Berdasarkan gambar sebelah kiri, persamaan berikut boleh dibuat (Kura – kura dipendekkan kepada kura):", "kucing + meja – kura = 170", "Berdasarkan gambar sebelah kanan pula, persamaan berikut boleh dibuat:", "Kura + meja – kucing = 130", "Maka kalau ditambah kedua – dua persamaan tersebut secara serentak, kita akan peroleh:", "2(meja) = 300", "meja = 150.", "Maka panjang meja adalah 150 cm.", "Tapi memandangkan soalan ini ditujukan kepada pelajar sekolah rendah, boleh jadi mereka masih belum pelajari algebra.", "Terdapat cara kedua untuk selesaikan masalah ini, iaitu menggunakan visual:", "Kalau kita timbunkan kedua – dua gambar berikut seperti di atas, kita akan dapati bahawa tinggi dari kepala kucing di bawah kepada kepala kucing di atas adalah 170 + 130 = 300 cm. Sebenarnya, kita boleh permudahkan lagi diagram di atas.", "Disebabkan ketinggian kura – kura berulang, maka kita boleh buang kura – kura tersebut dari diagram. Kemudian, kita turunkan tinggi total 300 cm tersebut ke bawah sebanyak tinggi kucing. Kita akan peroleh diagram di bawah:", "Tinggi dua meja bersamaan 300 cm. Maka dibahagi 2, kita akan dapati tinggi satu meja bersamaan 150 cm." ]
https://ajar.com.my/2018/10/19/jawab-satu-dari-tujuh-soalan-matematik-ini-dapat-satu-juta-dolar/
Jawab Satu Dari Tujuh Soalan Matematik Ini, Dapat Satu Juta Dolar
[ "Mesti anda pernah tertanya, apa soalan matematik yang paling susah?", "Pada tahun 2000, The Clay Mathematics Institute of Cambridge, Massachusetts (CMI) menyenaraikan tujuh masalah dalam matematik yang dianggap paling susah dan tak dapat diselesaikan selama ratusan tahun. Masalah – masalah tersebut dipanggil ‘The Millennium Prize Problems’.", "Oh, dan mereka menawarkan 1 juta dollar untuk setiap jawapan kepada persoalan – persoalan tersebut.", "Masalah Millenium ini adalah masalah – masalah matematik tak terselesai yang paling susah dan penting dalam dunia ; pelbagai percubaan telah dibuat oleh minda – minda paling bijak dalam dunia. Untuk menerangkan apa masalah – masalah tersebut juga amat sukar.", "Masalah – masalah ini dianggap Gunung Everest dalam matematik. Mereka yang cuba mendedikasikan hidup mereka untuk selesaikannya pula dianggap seperti atlet Olimpik dunia matematik yang mahu dapatkan pingat emas.", "Untuk selesaikan satu saja masalah tersebut, anda dijangka perlu dapatkan Ph.D dalam matematik, perlu dapat tajaan Universiti terulung dunia, dan perlu abdikan bertahun – tahun untuk kajian mendalam.", "Berikut adalah cabaran – cabaran millenium tersebut, beserta penerangan ringkas oleh Prof Emeritus Bernard Russo ", "Status: Dijawab", "Poincare Conjecture : Bagaimana anda bezakan epal dengan donut – Dalam empat dimensi!", "Setakat ini Poincare Conjecture merupakan satu – satunya masalah Milenium yang terselesai.", "Ia dibuktikan oleh ahli matematik Russia bernama Grigori Perelman pada tahun 2002. Masalah ini telah menjadi igauan ahli – ahli matematik sejak 1904.", "Walaubagaimanapun, cerita ini lebih dramatik, apabila Grigori kemudian menolak tawaran anugerah Fields Medal – setaraf anugerah Nobel dalam matematik, serta menolak juga tawaran  $1,000,000 dollar tersebut. Tindakan beliau menggemparkan dunia pada waktu itu.", "Ahli matematik yang tinggal bersama ibunya itu dianggap berwatakan ‘pelik / eksentrik’ , serta memiliki pandangan tersendiri terhadap dunia matematik.", "Ketika ditanya kenapa menolak anugerah dan duit lumayan tersebut, ini jawab beliau:", "Saya tak kisah dengan duit atau populariti. Saya tak mahu ditayangkan seperti haiwan di Zoo", "Huh. Kenapa macam tak hairan orang macam ni yang berjaya selesaikan soalan paling susah matematik ya?", "Status: Belum dijawab", "The Birch and Swinnerton-Dyer  Conjecture : Solusi persamaan algebra dalam nombor bulat; – Pythagorean triples (Euclid) dan Teorem terakhir Fermat (Wiles)", "Status: Belum dijawab", "Hodge Conjecture – Menganggar bentuk objek tertentuk dengan melekatkan bersama bongkah binaan geometri mudah dengan dimensi meningkat.", "Status: Belum dijawab", "Navier – Stokes Equation : Pergerakan cecair dan gas; kejuruteraan nautikal dan aeronautikal", "Status: Belum dijawab", "P vs NP problem : Adakah setiap masalah yang boleh diverifikasikan solusinya dengan cepat (dalam masa polinomial) boleh juga diselesaikan dengan cepat?", "Status: Belum dijawab", "Hipotesis Riemann: merupakan tekaan ahli matematik Bernhard Riemann bahawa semua sifar bagi fungsi zeta Riemann yang bukan disifatkan remeh mempunyai 1/2 sebagai bahagian nyata.", "Status: Belum dijawab", "Yang-Mills and the Mass Gap Hypothesis : Fizik Kuantum : Kenapa elektron miliki jisim" ]
https://ajar.com.my/2018/10/22/masalah-pendidikan-moden-graduan-diajar-berfikir-tapi-tidak-dilengkapi-moral-sultan-nazrin/
“Masalah pendidikan moden: graduan diajar berfikir, tapi tidak dilengkapi moral” – Sultan Nazrin.
[ "Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi pandangan yang cukup menyedarkan terhadap situasi pendidikan moden.", "“Salah satu kelompangan yang disedari sedang berlaku dalam dunia pendidikan moden ketika ini ialah batas kejayaan institusi pendidikan moden sekadar menghasilkan produk yang menguasai kecerdasan, pengamatan dan kobolehan menaakul, tetapi produk yang dihasilkan tidak dilengkapi dengan aspek moral, perasaan dan emosi.”", "“Martin Luther King pernah menegur program pendidikan di Amerika Syarikat dengan kata – kata berikut: Kecerdasan ditambah dengan perwatakan adalah matlamat pendididkan sebenar. Pendidikan yang sekadar berhenti pada keberkesanan akan menjadi masalah terbesar pada masyarakat”", "“Penjenayah yang paling berbahaya boleh jadi seorang yang mampu berfikir, tapi tidak memiliki moral” titah baginda.", "Sultan Nazrin bertitah demikian dalam Istiadat Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2018 yang berlangsung pada 21 Oktober 2018.", "Baginda juga menyebut tentang keperluan menjaga amanah sebagai mana saranan al Quran, serta kepentingan para graduan baru memenuhi kehendak majikan dan tidak hanya beridealisme.", "“Idealisme tidak akan tinggal sebagai impian, tetapi idealisme berupaya dicapai melalui sifat berani melakukan perubahan dan kecekalan bereksperimen melakukan perubahan”", "Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada para graduan di samping mengingatkan para graduan untuk tidak melupakan jasa para guru dan pensyarah, menghargai ilmu dan pengetahuan yang telah diterima dan manfaatkannya untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara." ]
https://ajar.com.my/2018/10/24/kenapa-jam-pusing-arah-jam/
Kenapa Jam Pusing Arah Jam?
[ "Tonton versi video:", "Dalam alam kita ini, ada banyak fenomena yang berputar melawan arah jam. Kita ada:", "Semua ini putaran melawan arah jam. Tapi kenapa melawan arah jam? Kenapa putaran arah jam begitu istimewa sehingga menjadi rujukan?", "Soalan yang lebih besar adalah, kenapa putaran arah jam ditetapkan seperti seperti demikian?", "Sebenarnya ada satu fenomena dunia yang melahirkan pergerakan arah jam, iaitu pergerakan bayang – bayang.", "Disebabkan putaran bumi melawan arah jam (dari Barat ke Timur), maka kalau kita cucuk batang kayu yang menegak (dipanggil gnomon), kita akan dapati bayang – bayang berputar menurut arah jam. Bertentangan dengan pergerakan matahari di langit.", "Tapi fenomena pergerakan bayang – bayang ini dilihat hanya di hemisfera utara. Di hemisfera selatan, pergerakan bayang – bayang adalah melawan arah jam.", "Peradaban manusia, yang berkembang pesat di hemisfera utara, membuat banyak percubaan untuk mengira masa.", "Antara ciptaan jam yang paling awal adalah jam matahari, iaitu dicipta sejak dari Mesir Kuno. Tapi ada juga peradaban yang menggunakan sistem pengiraan masa yang lain, seperti jam air semacam di China, dan jam pasir seperti di Rom.", "Penggunaan jam matahari sebagai alat pengukur masa bagaimanapun meletup naik apabila datang satu tamadun yang sangat obses dengan masa.", "Iaitu tamadun Islam.", "Islam adalah satu agama yang sangat mementingkan penjagaan waktu, kerana ia menekankan penganutnya untuk solat pada lima waktu tertentu setiap hari.", "Bukan itu saja, mereka juga dikehendaki untuk solat tepat pada waktunya.", "Sedangkan penentuan solat pula ditentukan berdasarkan kedudukan matahari dan panjang bayang – bayang. Contohnya, waktu Asar bermula apabila panjang bayang objek tersebut lebih panjang daripada objek.", "Jadi untuk menjaga solat pada awal waktu, orang Islam membangunkan satu sains yang dipanggil gnomonics.", "Mereka mencipta jadual jam matahari pertama dalam sejarah. mereka menulis teks untuk jam matahari mudah alih, dan mereka menterjemah tulisan saintifik Yunani untuk membantu usaha saintifik mereka.", "Ukiran – ukiran jam matahari ini kemudian tersebar ke serata masjid dan madrasah di dunia Islam. Ia menjadi pemandangan biasa Muslim pada ketika itu. Pada jam – jam matahari itu juga terdapat waktu solat Jumaat, dan waktu ‘amaran’ solat.", "Obsesnya dunia Islam dengan jam matahari menghasilkan dua jam matahari yang paling menakjubkan:", "Kemudian sistem jam pun berkembang lagi dengan ciptaan jam mekanikal.", "Jam mekanikal ini dibuat dengan merujuk kepada jam matahari untuk mengkalibrasikan waktu.", "Dah pasti, ia juga meniru pergerakan bayang – bayang jam matahari. Maka itulah sebabnya kita merujuk kepada putaran arah jam sampai sekarang, yang berasal daripada pergerakan bayang – bayang." ]
https://ajar.com.my/2018/10/24/um-pecah-kedudukan-20-universiti-terbaik-asia-ranking-19-universiti-tempatan-juga-meningkat/
UM Pecah Kedudukan 20 Universiti Terbaik Asia, Ranking 19 Universiti Tempatan Juga Meningkat
[ "Universiti Malaya sekali lagi membanggakan negara apabila memecah kedudukan 20 Universiti Terbaik di Asia menurut Penarafan Universiti Dunia QS: Asia edisi 2019 yang dikeluarkan oleh penganalisis pendidikan tinggi global QS Quacquarelli Symonds.", "Daripada kedudukan ke 24 tahun lepas, UM telah maju ke tempat ke 19, pencapaian tertinggi dalam sejarah universiti tersebut.", "UM mendapat tempat ketiga di bawah penilaian rangkaian kajian antarabangsa; satu indikator baru dalam penilaian kedudukan universiti, di mana ia memberi kredit kepada tahap kolaborasi bersama universiti – universiti luar negara tersebut.", "Juga menurut QS, selain daripada UM, empat lagi universiti mencapai kedudukan50 terbaik dan kesemua 19 universiti terbaik negara telah meningkat ranking mereka.", "Penilaian terbaru 500 Universiti terbaik Asia memperlihatkan National University of Singapore merampas kedudukan pertama daripada jirannya, Nanyang Technological University yang kini menduduki tempat ketiga.", "Sumber: the Star Online" ]
https://ajar.com.my/2018/10/24/pelajar-malaysia-tempat-kelima-dunia-dalam-peperiksaan-perakaunan/
Pelajar Malaysia Tempat Kelima Dunia Dalam Peperiksaan Perakaunan
[ "Setinggi –tinggi tahniah kepada Muhammad Iqbal bin Ahmad Fadzli yang berjaya menduduki tempat pertama di Malaysia dan kelima di dunia dalam peperiksaan F7 (financial reporting) Association of Chartered Certified Accountants (ACCA ) untuk kertas F7 (laporan kewangan).", "Pencapaian sebanyak 91% ini dicatatkan ketika mengambil peperiksaan berkenaan pada bulan Mac lalu.", "Muhammad Iqbal adalah pemegang Biasiswa Tahfiz Profesional Yayasan Pahang ketika belajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) pada tahun 2011 hingga 2015.", "Beliau dipuji oleh guru – guru sebagai seorang anak murid yang sentiasa berhubungan dengan guru – guru lama serta memiliki cita – cita untuk menjadi pensyarah matematik.", "Kejayaan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 11 A (8A+ dan 3 A) menyebabkan beliau dipilih untuk menerima biasiswa Yayasan Peneraju Bumiputera bagi meneruskan pengajian di peringkat Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Sunway, College.", "Sumber: Facebook Yayasan Pahang" ]
https://ajar.com.my/2018/10/25/dituduh-tak-boleh-diharap-ini-jawapan-balas-dewan-bahasa-dan-pustaka/
Dituduh Tak Boleh Diharap, Ini Jawapan Balas Dewan Bahasa dan Pustaka
[ "Beberapa hari lepas, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dikatakan sebagai ‘tak boleh diharap’ oleh Tan Sri Dr Rais Yatim , seperti dilaporkan oleh akhbar Berita Harian.", "“DBP dulu-dulu mereka sangat proaktif, sikit-sikit bila orang sentuh (silap) dalam penggunaan bahasa Melayu, mereka perbetulkan. Tapi sekarang mereka tak bersuara lagi, dia dah jadi seperti jabatan saja.", "“Bila ada bulan bahasa kebangsaan, mereka dua tiga kerat saja buat majlis lepas itu tenggelam. Barangkali mereka ikut saja arus dan aliran nahu tatabahasa bahasa Inggeris,” kata beliau.", "Dewan Bahasa dan Pustaka kemudian mengeluarkan kenyataan akhbar untuk memberi komen terhadap tanggapan tersebut:" ]
https://ajar.com.my/2018/10/29/sma-majlis-agama-islam-wilayah-persekutuan-johan-pertandingan-robotik-kebangsaan/
SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Johan Pertandingan Robotik Kebangsaan
[ "Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) telah menjuarai pertandingan robotik MakeX peringkat Kebangsaan Sabtu lepas.", "64 murid sekolah seluruh Malaysia telah berentap mengaturcarakan unit robot Mbot dalam pertandingan bertaraf antarabangsa tersebut yang bertempat di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.", "Dalam pertandingan tersebut, para peserta dikehendaki melakukan pengaturcaraan untuk menyelesaikan beberapa masalah simulasi bumi yang telah tercemar.", "Unit robot Mbot tersebut perlu melakukan beberapa tugasan di atas litar khas tanpa campur tangan peserta.", "Pemenang ditentukan menerusi bilangan tugasan yang berjaya diselesaikan di samping tambahan beberapa faktor lain seperti masa dan penalti.", "MakeX adalah acara robotik bertaraf antarabangsa yang berasal dari China dan mengetengahkan matlamat untuk mempromosikan pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics).", "SMA MAIWP akan mewakili Malaysia dalam pertandingan robotik MakeX tersebut di China pada Disember akan datang." ]
https://ajar.com.my/2018/10/30/ada-orang-ajar-fizik-guna-filem-tollywood-bombastik-hasilnya-mempesonakan/
Ada Orang Ajar Fizik Guna Filem Tollywood Bombastik. Hasilnya Tak Tercapai Akal.
[ "Fizik memang merupakan matapelajaran yang sukar dikuasai pelajar. Oleh itu banyak cubaan untuk menambah baik pengajaran fizik.", "Sekolah – sekolah cuba menambah peralatan eksperimen makmal, mengajar menerusi animasi, laman web, dokumentari…", "Tapi terdapat satu percubaan pengajaran fizik yang belum pernah dibuat orang. Ini teknik pengajaran yang mungkin berupaya merevolusikan pendidikan fizik di seluruh dunia.", "Iaitu mengajar fizik menggunakan filem Tollywood bombastik.", "https://www.facebook.com/faiz.cmg/videos/10156707679093684/", "Video di atas cukup mempesonakan kerana tak tercapai dek akal. Mungkin inilah kemuncak kreativiti manusia.", "Setiap adegan dalam potongan filem tersebut diterangkan menerusi persamaan – persamaan fizik. Kenapa? Entah. Cara fikir pembuat video tersebut tak dapat difahami sebagai mana filem – filem Tollywood yang lain.", "Tak faham? Berikut diterangkan setiap persamaan beserta penafsiran penulis kenapa diletak persamaan – persamaan tersebut. (Penafsiran saja, boleh jadi ada pandangan yang lebih rajih)", "Video bermula dengan sang hero bergerak ke depan, dengan kelajuan permulaan (initial velocity) U1", "Geng jahat pula cuba hidupkan enjin, tapi tak bergerak. Jadi halaju permulaan orang jahat adalah U2 = 0.", "P = F/A adalah persamaan untuk tekanan (pressure). Maka di sini orang jahat A berasa tertekan dan tengah berpeluh.", "Akhirnya van bergerak. Rumus halaju adalah V2 = U2 + a2t. Tapi memandangkan U2 = 0, maka halaju van menjadi V2 = a2t.", "Hero mula memecut. Halaju hero adalah V1 = U1 + a1t.", "Hero berjaya berlari menyamai kelajuan van. Maka V1 = V2.", "F= m1a1 adalah persamaan untuk daya (force) sang hero.", "Hero kemudian memusingkan …. err …  batang lampu (jangan tanya, filem Tollywood) dengan daya kilas (torque) yang dijelaskan melalui rumus ? = rF.", "Batang lampu tersebut kemudian menghentak kepala penjahat B dengan impuls sebanyak F??t = m?v ", "Van tersebut kemudian berpusing dengan halaju sudut (angular velocity) ? = v/r", "Ini adegan yang sangat bijak. Van tersebut berputar mengelilingi hero seperti planet mengelilingi bintang dalam sistem solar. Maka hero digambarkan seperti memiliki daya graviti F = G (m1*m2)/r^2.", "Van tersebut yang memiliki momentum m1u1 berhempas dengan lori yang memiliki momentum m2u2. Total momentum kemudian dikonservasikan menghasilkan persamaan m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2", "Van tersebut kemudian terpelanting dan berputar ke arah laut. Sesuatu yang berputar memiliki tenaga kinetik putaran (rotational kinetic energy) dengan rumus K = (1/2)Iw2.", "Bahagian ini admin kurang faham. t1/2=ln2k adalah persamaan untuk separuh hayat (half life). Jadi mungkin nak beritahu orang jahat A ni cuma tinggal separuh hayat selepas kena belasah dengan hero.", "Hero kemudian memecut ke arah orang jahat A. Sesuatu yang bergerak miliki tenaga K = ½mv2", "Kemudian hero melompat. Sesuatu yang berada pada aras tinggi miliki tenaga potensi graviti (gravitational potential energy) ?Ug = mg?h.", "Ini kelakar. Setelah ditempeleng oleh hero, penjahat A melantun dari tanah seperti seperti spring. Spring miliki tenaga potensi elastik (elastic potential energy) Us = ½k?x2 ", "Penjahat C kemudian lari dengan pecutan maksimum Vmax kerana cuak yang teramat.", "Tapi memang tak akan mampu lari dari hero yang mampu … berlari … selaju cahaya…", "Dan apa lagi cara terbaik untuk menamatkan video luar biasa ni melainkan dengan letupan. Hero menempeleng orang jahat terakhir dengan jumlah tenaga sebanyak E = mc^2 (formula terkenal Einstein). Ini rumus yang biasa kita guna untuk hasilkan tenaga nuklear. Kalau berat hero adalah sebanyak 90kg, tenaga yang dihasilkan dari tempeleng beliau adalah 8088796608631358760 J. Lebih kuat dari letupan bom Hiroshima.", "Layaklah hero Tollywood ini ganti Saitama sebagai One Slap Man." ]
https://ajar.com.my/2018/10/30/graduan-upm-semua-sedih-tinggalkan-pakcik-pengawal-peramah-ini/
Graduan UPM Semua Sedih Tinggalkan Pakcik Pengawal Peramah Ini
[ "Hari graduasi pastinya merupakan hari yang gembira bagi semua yang bergelar mahasiswa.", "Namun bagi pelajar Universiti Putra Malaysia, sekelumit kesedihan terpalit di hati mereka kerana hari graduasi bermakna mereka akan meninggalkan seorang pengawal cukup disayangi.", "Pakcik pengawal yang mesra dengan panggilan Uncle Sri ini terkenal dengan keramahan beliau menegur para pelajar dengan senyuman yang sukar dilupakan oleh warga UPM.", "Ramai pelajar UPM mengatakan bahawa tekanan dan kemurungan mereka ke fakulti Universiti di pagi hari hilang apabila ditegur oleh Uncle Sri.", "https://twitter.com/SaifulRodzali/status/1056829621071622144", "Kompilasi komen – komen pelajar UPM mengenai Uncle Sri cukup untuk membuatkan kita tersenyum.", "“Uncle sri ni mmg HERO la di hati student2 upm tak mengira jantina lelaki atau perempuan”", "“Seriously, this uncle made my day when I was doing my master before at upm and always came across my mind at that time, ‘if I graduated from this uni, I will remember him’ . this because he gave the warmest welcome that could relieve my stress before. Until now, I still remember him and always share with my students on his kindness ?”", "“mmg sape2 yg nmpak uncle automatik nak tegur dia juga. ada sekali tu, ada 2 mamat naik motor, dorg excited sgt masa nmpak uncle, terus bagi salam, kuat plak tu, pastu baru perasan uncle x jwb salam dia.? dah gelak2 member yg bonceng belakang ?”", "“tadi uncle ni nmpk muka i masam terus dia ‘heyy senyum sikit!’ hahahah terus senyum besar2 thanksss uncleeeee”", "“uncle Sri … the most kind uncle in the world miss ya so much”", "Semoga insan istimewa ini terus menyerikan hati pelajar – pelajar penuntut ilmu di institusi pengajian UPM." ]
https://ajar.com.my/2018/10/31/graduan-biologi-ini-5-pilihan-yang-anda-boleh-ambil/
Graduan Biologi, Ini 5 Pilihan yang Anda Boleh Ambil (Pada Ekonomi Sekarang)
[ "Perkongsian ini merupakan tulisan Najmudin Jimi yang mengambil jurusan sarjana Sains Kebinatangan", "Di musim graduasi ini, saya terdetik untuk turut berkongsi berkenaan graduan, peluang pekerjaan dan universiti. Antara graduan yang paling terlepas pandang adalah graduan bidang biologi, bioteknologi dan yang sewaktu dengannya.", "Kami graduan ini sebenarnya amat minat terhadap cabang sains hayat, tapi ekonomi, peluang pekerjaan dan latar malaysia yang tidak memberangsangkan menekan kami untuk terpaksa berubah arah dan melupakan impian usang untuk meneruskan dalam bidang ini.", "Maka saya di sini menulis beberapa cadangan untuk mereka yang terbit dari bidang ini untuk terjun ke bidang lain tetapi masih boleh mempraktikkan ilmu kalian.", "Ramai yang terlepas pandang bahawa bidang pelancongan menjanjikan pendapatan lumayan dan dalam masa yang sama boleh mengembara, secara percuma. Tapi banyak yang terjun ke bidang ini lahir dari bidang sains sosial. Kita (graduan bio) ada ilmu yang berstruktur tentang alam mikrob, tumbuhan, haiwan, dan ekosistem. Bahkan kita tahu teknologi yang diguna pakai untuk pembuatan virus, vaksin, primer dan sebagainya. Maka kalau kita mula terjun ke bidang ini kita ada satu pemangkin untuk terkehadapan. Cuma kemahiran komunikasi sangat penting.", "Kemahiran yang penting: Komunikasi, bahasa inggeris dan bahasa ketiga, pengurusan program.", "Pertanian ini selalu dipandang sepi oleh golongan kita. Bukannya tak tau teknik cell culture yang buat kat lab tu, bahkan dah banyak kali ulang experiment untuk klon anak pokok. Boleh je belajar untuk DIY sendiri dan jual anak pokok tersebut. Pertanian tak semestinya kena berpeluh tubuh, duduk tengah ladang, kutip cili. Tapi kita boleh jadi pengedar untuk petani sedia ada. cuba buat baja kompos sendiri, yogurt sendiri, dan banyak lagi.", "Skil yang penting: DIY kena hebat, lasak, mempunyai tanah untuk diusahakan .", "Pendidikan adalah tempat yang tak pernah lupus sumber rezeki. Tak semestinya pendidikan formal, bahkan kesedaran awam (public awareness) juga tergolong dalam bidang pendidikan. Boleh sertai NGO yang meyebarkan kesedaran awam berkenaan pemanasan global, konservasi, pasal vaksin, pengetahuan perubatan dan sebagainya.", "Kalau pendidikan formal, boleh masuk tuisyen ataupun sekolah. Bahkan kita boleh pergi jauh dengan menceritakan kepada pelajar tentang kemajuan teknologi dalam bidang biologi itu sendiri.", "Skil yang penting: Pengajaran & Pembelajaran, designing, penulisan.", "Yang ni masih baru, dan saya kurang pasti kebolehpasaran dia macam mana. Tapi, sejak tengok iklan maxis dan spritzer/cactus tak silap, syarikat besar ini mula mensasarkan conservation sebagai CSR diorang. Pasarkan diri anda ataupun mula ceburi bidang-bidang pemuliharaan ini untuk berjaya menerobos masuk syarikat gergasi sebagai consultant mereka untuk CSR dan PR. Jadi pakar dan kena sembang kemas. Mulakan portfolio dengan projek-projek berkaitan pemuliharaan.", "Skil yang penting: Pemasaran korporat, pengurusan projek, networking luas.", "Kalau minat nature dan hiking. Ini tempat anda. Saya pernah tanya malim gunung ledang, pendapatan purata untuk jadi malim gunung sahaja (separuh masa) adalah RM 1000 sebulan. part time beb. Kat sini korang boleh tambah nilai sebagai malim gunung dengan ilmu biologi dan ekosistem. Lengkapkan diri dengan ilmu untuk terangkan peranan pokok tertentu, jenis hutan tertentu, haiwan dan serangga yang ada kat microhabitat dan macrohabitat untuk tambah nilai korang. Bila sudah lama, pasaran korang bukan sekadar tempatan dan nasional, bahkan antarabangsa.", "Skil yang penting: Fit and lasak, kemahiran hidup mandiri and pengetahuan, komunikasi, cinta alam sekitar.", "Itu sahaja yang saya dapat kongsikan, semoga berjaya kepada graduan sekalian. Tahniah atas kejayaan anda. Doakan saya siap sarjana.", "– Sarjana Sains kebinatangan" ]
https://ajar.com.my/2018/11/01/24-insan-hebat-dinobat-saintis-penyelidik-terbaik-malaysia-2018/
24 Insan Hebat Dinobat Saintis Penyelidik Terbaik Malaysia 2018
[ "Akademi Sains Malaysia telah memilih 24 individu berwibawa sebagai penerima Top Research Scientist Malaysia untuk kitaran ke tujuh bagi tahun 2018.", "TRSM yang dilancarkan pada tahun 2010 merupakan satu inisiatif untuk mengenal pasti dan mengiktiraf saintis – saintis penyelidik Malaysia yang terkehadapan dan aktif mengembangkan ufuk penyelidikan ke arah menghasilkan ilmu – ilmu, penemuan dan peluang – peluang baru.", "TRSM berhasrat mengetengahkan penyelidik – penyelidik hebat tersebut untuk dikenali sebagai aset – aset negara, di samping mengembangkan pangkalan data untuk kajian dan rujukan pengkaji – pengkaji lain.", "Sehingga sekarang 157 individu telah terpilih untuk menerima anugerah ini sejak dari tahun 2012.", "Berikut adalah senarai saintis – saintis penyelidik terbaik Malaysia untuk tahun 2018, beserta deskripsi bidang dan sumbangan mereka, diambil daripada portal Akademi Sains Malaysia :" ]
https://ajar.com.my/2018/11/01/tak-puas-hati-larangan-beg-galas-pelajar-bawa-buku-guna-ketuhar-mikro/
Tak Puas Hati Larangan Beg Galas, Pelajar Bawa Buku Guna Ketuhar Mikro
[ "Sekolah Spalding Grammar School telah melarang pelajar tingkatan enam daripada membawa beg galas dari kelas ke kelas atas alasan ditakuti mencederakan pelajar yang lebih kecil. Mereka diarahkan untuk membawa buku menggunakan tangan sahaja.", "Dilaporkan bahawa beberapa pelajar telah tercedera akibat beg – beg galas yang dibawa oleh murid tingkatan enam.", "Larangan tersebut tidak meliputi beg galas yang dibawa ke sekolah, sebaliknya hanya untuk waktu pembelajaran berlangsung.", "Maka, sebilangan pelajar mengambil tindakan mengalihkan buku – buku mereka dari beg galas ke dalam beg plastik untuk dibawa dari kelas ke kelas.", "Banyak ibu bapa yang merungut terhadap peraturan yang ‘tak masuk akal’ tersebut.", "Namun tindakan pelajar berumur 17 tahun Jacob Ford lebih drastik dan kelakar. Sebagai protes secara senyap, dia menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk membawa buku!", "Protes sindirannya bagaimanapun mendatangkan masalah baginya, apabila dia kemudian digantung sekolah selama dua hari.", "Menurut Ford, peraturan ‘mengarut’ tersebut tak wajar dikenakan dan sepatutnya alternatif lain yang dicari.", "Dia juga menyatakan bahawa polisi tersebut tidak lain bertujuan mengorek duit dari dompet pelajar yang terpaksa pula membeli beg baru yang bersesuaian dengan kehendak sekolah.", "Sumber: unilad" ]
https://ajar.com.my/2018/11/04/kenapa-wujud-ungkapan-iq-seperti-lobak/
Kenapa Wujud Ungkapan “IQ seperti Lobak”?
[ "Baru – baru ini naik satu ungkapan ‘IQ seperti lobak‘ (IQ of a carrot) yang digunakan oleh seorang pemuka politik negara.", "Persoalannya, kenapa ‘IQ seperti lobak’? Kenapa lobak? Dari mana datang ungkapan ini?", "Ungkapan ini sebenarnya dipopularkan oleh seorang ahli Mensa, iaitu persatuan golongan – golongan tinggi IQ melalui bual bicaranya di BBC.", "Dalam temu bual tersebut, Peter Baimbridge mengatakan “Satu – satunya cara untuk menilai IQ adalah untuk membandingkan prestasi anda dengan populasi awam. Jadi nombor yang dipetik adalah percubaan menggambarkan analisa statistik, dalam bahasa mudah”", "“Jadi kebanyakan ujian IQ meletakkan purata orang biasa sebagai 100. Lagi tinggi nombor anda, lagi bijak. Dan jika IQ anda dalam lingkungan 60, anda mungkin sebiji lobak”", "Jadi ungkapan IQ seperti lobak itu merujuk kepada mereka yang rendah nilai IQ mereka.", "Peter Baimbridge kemudian meminta maaf dan menarik balik ungkapan tersebut setelah penonton menghubungi BBC untuk menyuarakan ketidaksetujuan mereka.", "Ujar mereka, ungkapan tersebut menghina dan mengguris hati mereka yang hadapi kesulitan belajar.", "Mensa British kemudian turut meminta maaf atas ungkapan tersebut menyatakan “ia memang tidak patut dan tidak menggambarkan kepercayaan persatuan kami”", "Salah satu aduan adalah daripada Dr Sullivan yang mengatakan “Sebagai ahli psikologi klinikal yang telah bekerja dengan ramai orang dengan IQ di bawah 60, saya dapati komen tersebut sangat biadap dan salah. Ia hanya mengembangkan stigma terhadap mereka yang hadapi masalah sukar belajar”", "Sebelum ujian IQ diwujudkan pada tahun 1904 oleh Binet – Simon, kebijaksanaan diukur melalui ungkapan – ungkapan seperti otak udang, otak cair, bodoh sepat, tajam akal, buntal kembung, panjang akal, tong kosong, otak lutut.", "‘Masalah’ bagi ungkapan – ungkapan ini adalah ia terlalu subjektif.", "IQ adalah satu cubaan untuk mengobjektifkan penilaian tahap kebijaksanaan manusia. Kebijaksanaan dikira berdasarkan pencapaian pada beberapa ujian IQ seperti Binet – Simon, Raven Progressive Matrices dan Weschler Adult Intelligence Scale. Lagi tinggi nombor, lagi bijak.", "Namun konsep IQ ini sebenarnya agak kontroversi. Bermula dengan masalah dari segi sejarah penciptaan ujian IQ itu sendiri.", "Ujian IQ digunakan oleh ahli psikologi Amerika untuk halang kemasukan imigran. Imigran dihalang masuk sebab mereka dianggap ‘dungu’, sebab rata – rata mereka skor rendah dalam ujian IQ yang diwajibkan ke atas mereka sebelum boleh masuk ke US. Sedangkan punca sebenar mereka tak mampu jawab adalah sebab kurang fasih bahasa Inggeris.", "Kemudian ada lagi kontroversi perkauman daripada hasil ujian IQ, apabila dikatakan orang kulit putih lebih bijak dari orang kulit hitam.", "Malah, masalah paling ketara penggunaan konsep IQ adalah obsesi orang terhadap menomborkan kepandaian tokoh – tokoh dalam sejarah. Tokoh – tokoh seperti Einstein, Jesus, Euler, Gandhi semua diberikan nilai IQ, sedangkan mereka tak pernah ambil ujian tersebut, maka mustahil untuk dinilai kebijaksanaan mereka.", "Malah ironinya, antara figura yang sering kali dibandingkan nilai IQ beliau, iaitu Stephen Hawkings sendiri mengatakan orang yang bersorak dengan nilai IQnya hakikatnya adalah orang yang dungu." ]
https://ajar.com.my/2018/11/05/5-eksperimen-merepek-yang-entah-kenapa-dibuat-oleh-saintis/
5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis
[ "Sains merupakan bidang yang sangat berguna dan berharga kepada manusia. Dengan setiap eksperimen dan terbitan – terbitan saintifik terbaharu, kita mengharapkan agar ilmu umat manusia berkembang sedikit demi sedikit.", "Tapi ada beberapa eksperimen yang kita tak tahu entah kenapa dibuat. Sudahlah merepek, seolah – olah sengaja dibuat untuk diketawakan, saintis – saintis tersebut pula anggap serius eksperimen – eksperimen itu, siap dibuat dengan metodologi dan prosedur yang legit.", "Contohnya …", "Salah satu ketakjuban manusia adalah apabila kawan kita menguap, kita juga akan menguap. Fenomena universal ini dipanggil nguapan berjangkit (contagious yawning), dan saintis sampai sekarang tak tahu kenapa hal ini berlaku.", "Sebenarnya, di samping manusia, fenomena nguapan berjangkit ini juga berlaku dalam kalangan binatang. Contohnya ia juga didapati berlaku kepada anjing dan Cimpanzee, dan kucing.", "Jadi sampai satu tahap, saintis pun bertanya : “Kita kena buat eksperimen untuk tahu sama ada kura – kura pun hadapi fenomena penyakit berjangkit ni!”", "Misi yang cukup penting dalam dunia sains tersebut dijalankan oleh Dr Anna Wilkinson dari University of Lincoln, dengan hasil dapatan beliau dan kumpulan diterbitkan dengan judul “No evidence of contagious yawning in the red-footed tortoise Geochelone carbonaria“.", "Dah pasti kita semua tertanya – tanya soalan – soalan berikut:", "Ternyata untuk menjalankan eksperimen ini bukan kerja senang. Dr Anna terpaksa habiskan 6 bulan untuk ajar kura – kura menguap. Kita tak tahu macam mana beliau terangkan tentang kerja beliau pada saudara mara waktu raya.", "Caranya, setiap kali kura – kura tersebut membuka mulut, ia akan diberikan hadiah makanan kegemaran. Ulang selama 6 bulan, akhirnya nguapan kura – kura boleh disimulasikan dan dikawal.", "Apa hasil eksperimen? Setelah mereka letakkan seekor kura – kura menguap di tengah – tengah kura – kura yang lain … tak ada apa – apa berlaku. Rupa – rupanya kura – kura tak menguap apabila kawan – kawannya menguap.", "Menariknya Dr Anna sendiri tahu bahawa kerja eksperimen beliau ini lain macam. Beliau kemudian diberikan anugerah khas Ig Nobel Prize, ia satu anugerah untuk hasil- hasil saintifik yang buatkan orang ketawa, tapi kemudian berfikir.", "Komen beliau, “Semua kawan – kawan saya cemburu dengan anugerah ini”", "Apa jadi bila kita sedut helium? Suara kita akan kedengaran kelakar. Sekarang, mesti ada antara kita yang pernah teringin nak dengari suara binatang – binatang lain setelah menyedut helium.", "Cumanya, dah pasti susah nak paksa kucing – kucing atau anjing jiran untuk sedut helium dari belon tanpa kena cakar atau kena saman. Maka itulah sebab kita harapkan saintis yang dibayar untuk buatkan!", "Seorang saintis Jepun pengkaji beruk berminat untuk menyelidik sifat akustik suara beruk, maka beliau pun letakkan seekor beruk bernama Fuku – chan dalam bilik yang dipenuhi helium. Rengekan ia kemudian dirakam dan direkodkan.", "Apa bunyinya? Err.. dengar sendiri:", "Ini bunyi rengekan biasa beruk", "Ini bunyi rengekan dengan helium ", "Ini suara orang menyanyi soprano", "Kesimpulannya? Menurut Takeshi Nishimura, kajian ini menunjukkan bahawa “bukan saja beruk menyanyi, tapi dengan helium dapat dipastikan bahawa mereka menggunakan teknik vokal yang sama dengan penyanyi soprano manusia”", "Tak tahulah, sebab kalau dengar bunyi rengekan beruk tersebut dengan helium tak macam nyanyian. Macam jeritan ketakutan bayi… dengar sekali lagi", "Cimpanzee adalah haiwan yang dianggap bijak oleh saintis. Bijak bagaimana? Mereka mampu mengenal kawan mereka dengan hanya melihat punggung.", "Primatologis Frans de Wall dan Jennifer Pokorny dari Yerkes National Primate Research Centre menguji bagaimana enam cimpanzee dewasa mampu mengenal pasti gambar – gambar bahagian belakang cimpanzee,  dan kemudian dikaitkan dengan gambar muka individu cimpanzee tersebut.", "Mereka tunjukkan gambar belakang seekor cimpanzee, termasuklah bahagian … kemaluan, kemudian gambar dua muka cimpanzee dengan jantina yang sama dengan gambar belakang tadi. Setiap cimpanzee didapati mampu memadankan gambar muka dengan gambar belakang.", "Oh wow. mengagumkan? … Tapi kenapa?", "Eksperimen ini nampaknya memberi isyarat bahawa cimpanzee tidak hanya mampu mengesan petanda visual di muka yang kemudian dipadankan dengan bahagian belakang mereka. Mereka dianggap mampu untuk melakukan integrasi ‘whole body’ seperti mana dipanggil ahli psikologis.", "Konsep integrasi ‘whole body’ ini dianggap hanya dimiliki oleh manusia. Tapi rasanya boleh saja mereka gunakan gambar tangan atau ekor untuk eksperimen ini. Entahlah, sebab mereka yang saintis.", "Pada tahun 1963, satu kajian berimpak besar diterbitkan mengenai psikologi ketaatan. Eksperimen Milgram, yang dilakukan oleh Stanley Milgram dari Yale University, mengkaji kesan konflik antara ketaatan pada pihak berautoriti dengan pegangan hati nurani seseorang. Eksperimen tersebut menunjukkan manusia boleh melakukan perkara pelik, jahat dan jijik sekiranya mereka menghormati pihak atasan yang memberi arahan tersebut.", "Tapi rupa – rupanya, ada eksperimen lebih awal pada tahun 1920 yang telah pun membuktikan konklusi yang sama. Bezanya, saintis yang buat eksperimen tersebut bukan pura – pura gila, dia memang gila.", "Carney Landis Experiment adalah asalnya bertujuan untuk mengkaji sama ada perubahan fisiologi adalah sama untuk semua orang. Eksperimen ini berminat untuk menilai pergerakan riak muka yang menggambarkan emosi.", "Macam bagus je. Apa masalahnya?", "Masalahnya, metod eksperimen ini yang sebiji macam eksperimen saintis gila cerita kartun. Landis berikan rangsangan berbeza – beza pada ‘sukarelawan’ uji kaji, kemudian dia ambil gambar riak muka.", "Mula – mula sukarelawan diminta lakukan tugasan ringan – ringan : dengar muzik Jazz, menipu, baca Bible, tapi keputusannya tak menggalakkan. Jadi Landis tambah dos.", "Mereka kemudian diminta melihat gambar porno, sentuh katak, tembak pistol depan – depan, pegang wayar hidup…", "Bila semua ini pun tak memuaskan hati Landas, dia ambil tikus dan letak di depan sukarelawan. Mereka kemudian diminta sembelih / pancung tikus tersebut. Maka ada di kalangan sukarelawan yang mula menangis, ada yang gelak mengilai, ada yang terkaku dan ada yang mencarut. Bagi mereka yang enggan, Landis sendiri yang sembelih.", "Kesimpulannya? Landis tak dapat keputusan yang diharapkan, sebab rupa – rupanya riak muka manusia terlalu kompleks, dan tiada riak muka yang seragam dalam situasi tertekan.", "Err.. hah?", "Siapa yang tanya soalan ni? Hang ok tak?", "Pada tahun 1960 – an, Martin Schein dan Edgar Hale dari Pennsylvania State University dapati ayam turki jantan sangat tak memilih pasangan. Apabila diberi model patung ayam turki betina pun, mereka tetap mahu berasmara.", "Jadi satu persoalan besar dan fundamental mula bermain di minda saintis – saintis tersebut. “Setakat mana ayam turki jantan boleh terangsang dengan ayam turki betina, kalau kami buang satu per satu anggota badan ayam betina tersebut”?", "Jadi saintis – saintis tersebut pun buang satu per satu anggota badan ayam turki betina dan letak depan ayam turki jantan. Mereka potong kaki, ekor, kemudian sayap … dan ayam turki jantan tetap tak kisah dan masih mahu berpasangan.", "Sampailah mereka buat keputusan untuk cucuk kepala turki betina pada cerucuk kayu, tanpa badan. Dan … tetap ayam turki jantan tersebut mahu berpasangan dengannya. Maka saintis menyimpulkan bahawa kepala ayam betina sebenarnya yang menjadi bahan erotika ayam jantan." ]
https://ajar.com.my/2018/11/06/mahu-pecahkan-mitos-melayu-malas-pengguna-fb-ini-senaraikan-ratusan-nama-melayu-hebat-makin-bertambah/
Mahu Pecahkan Mitos Melayu Malas, Pengguna FB ini Senaraikan Ratusan Nama Melayu Hebat (Makin Bertambah)
[ "Polemik tentang isu ketuanan dan wibawa bangsa Melayu meletus naik baru – baru ini melalui kenyataan Menteri dan isu ICERD.", "Bangsa Melayu diperlekeh melalui penonjolan statistik banduan di penjara, penagih dadah, mat rempit, makan untung atas angin, malas dan lain – lain.", "Namun hal ini mahu ditentang oleh seorang pengguna Facebook Abu Huzaifah Bidin yang berhasrat membuktikan Melayu bukanlah bangsa pemalas dengan cara mengumpulkan senarai ratusan anak – anak Melayu hebat yang berjaya dalam pelbagai bidang.", "“Tujuan aku memang nak hapuskan mitos Melayu malas. Orang Jepun ada banyak masalah dalam bangsa dia. Masalah stress,masalah kerja,masalah bunuh diri,masalah ” kesuburan”,masalah paedophile,industri lucah mereka. Tapi kau nampak yang baik je pasal orang Jepun,yang buruk ni kalau boleh dia sembunyikan.”", "“Kita pulak suka-suka je nak mendabik dada kelemahan bangsa sendiri. This has to stop.Tunjukkan kepada dunia kehebatan bangsa kita. Tunjukkan yang orang Melayu ni kreatif,pelayar ulung,bijak dan semestinya bangsa yang rajin” Ujar beliau.", "Pada ketika artikel ini ditulis senarai tersebut telah mencapai bilangan sebanyak 163 nama dan pencapaian, dan ia semakin bertambah.", "Inisiatif ini hampir sama dengan punca yang melahirkan laman web muslimscondemn.com oleh seorang remaja Muslimah berusia 19 tahun.", "Akibat terlalu bosan ditanya “mengapa tiada Muslim yang mengecam jenayah / keganasan sekian – sekian”, Heera Hashimi mengompilasikan 712 muka surat pengecaman Muslim terhadap jenayah di seluruh dunia.", "Kompilasi tersebut kemudian dikembangkan dalam laman web muslimscondemn.com dan kini telah mencapai ratusan ribu hantaran.", "Berikut adalah senarai 168 nama – nama Melayu hebat yang disenaraikan, anda boleh menyumbang kepada senarai tersebut menerusi pautan ini.", "Mari musnahkan mitos Melayu malas!", "1) Nizam Razak-Pencipta Upin Ipin,Boboiboy\n2) Usamah Zaid Yasin-Pencipta Upin Ipin,Ejen Ali\n3) Safwan-Pencipta Upin Ipin,Boboiboy\n4) Adlyka Annuar-Saintis Lohong Hitam Nasa\n5) Amani Salim-Saintis Nasa Nanosatellite\n6) Nasaruddin Mohd Yusof-Pemenang Anugerah Nobel Pertama untuk rakyat Malaysia\n7) Robiah Ibrahim-Pencipta Collection Surface Method\n8)Izmir Yamin-Saintis Roket Malaysia\n9) Wan Hazmer-Pembangun permainan video Malaysia,Lead Designer FFXV,pengasas syarikat Metronomik\n10) Hafizh Syahrin-Pelumba MotoGP\n11) Mufizal Mokhtar- Pengarah Seni,Ubisoft Singapore\n12) Dr Syeikh Mudzafar Shukor-Angkasawan Pertama Negara\n13) Datuk Mazlan Othman-Astrofizik Wanita Pertama Malaysia\n14) Wan Kuzain- Pemain Bola Professional Amerika Syarikat\n15) Faiz Subri- Pemenang Anugerah PUSKAS\n16) Prof Dr Shahrir Md Zain- Peneraju Mazhab Sains Islam\n17) Dr Afifi Al Akiti- Cendekiawan di Oxford Centre of Islamic Studies\n18) Prof Muzlifah Haniffah- Professor Immunologi Malaysia berteras di UK\n19) Pa’Din Musa- Lagenda Skateboard Negara\n20) Vivy Yusoff-Pengasas Fashion Valet\n21) Wan Nur Marfudah- Highest ACCA Score in the World\n22) Azizulhasni Awang- Pocket Rocket Man\n23) Hafizah Noor Isa- Penemu Gelombang Graviti\n24) Abudi Alsagoff- Professional Parkour Atlit\n25) Dr Haron Mat Piah- Pengasas Tib Melayu\n26) Dr Noor Hisham-Royal College Surgeon Fellowship\n27) Ibrahim Anon- Kartunis Ujang Terkemuka\n27) Datuk Seri Haji Hadi Awang- Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia\n28) Dr Amalina- Surgeon Terkemuka UK\n29) Rizal Khalif- First Malaysian to join Artic Dograce\n30) Rendra Zawawi- Golden Horse Award for Best Original Film Song\n31) Dr Samsuri Mokhtar- Pakar Aeroangkasa Malaysia\n32) Ahmad Zulfadli Khamidi-Umur 13 tahun dah buat app\n33) Ahmad Yusuf Ahmad Azani- Graduan USNA\n34) Prof Chef Zamzani- Pakar Kulinari Malaysia\n35) Hijjas Kasturi- Arkitek Ulung Melayu\n36) Dayang Anita Aziz- Pakar Kanak-Kanak\n37) Dr Naja Nadira Omar- pHD termuda Biofizik\n38) Siti Khairiyyah Mohd Hanafiyyah- Famelab 2018 Winner\n39) Dr Syahr Musafir II- Pelajar Terbaik Universiti Adslaide\n40) Sinan Ismail- Pencipta Didi and Friends\n41) Azhar Mansor- Pelayar Mengelilingi Dunia\n42) Noor Helmi and Amzari Tajudeen founders of IX Telecom, international telecommunications player.\nRecognized in APAC CIO Outlook Top 25 Managed Service Providers\n43) Izuan Ibrahim- Jurulatih Badminton Jepun\n44) Zulkifli Haron- Zull Design\n45) Dr Nordin Zain- Fellow CPA Australia. Akauntan hebat\n46) Datuk Dr Najmil Faiz-Pemuda Melayu pertama yang pernah bentang kertas kerja di parlimen British.\n47) Dr Imelda Balchin-Pakar O&G\n49) Datuk Halim Othman- First Malaysian Pilot for Air Race\n50) Haji Asri- Pengasas AAA, Coach Trading No 1 Malaysia.\n51) Adam Norodin- Racer Moto 3\n52) Arzumy MD- CTO Fave Group\n53) Dr Azlan Hussin- Pakar Jantung Negara\n54) Tan Sri Dr Jemilah Mahmood- Perintis Mercy Malaysia, Secreary General Red Cross International\n55) Sharifuddin Bujang- Nasty Worldwide\n56) Wahab Yusoff-Vice President Palo Alto Networks Asean\n57) Muhammad Shafiq-Founder,CEO,Director Direct Consulting Services – Creative Minds\n58) Dr Wan Azman b Wan Ahmad- Pakar Jantung Negara\n59) Datuk Maimunah Mohd Sharif, Executive Director UN-Habitat\n60) Tengku Irfan- Child Prodigy,Winner of three ASCAP Morton Gould Awards in 2012, 2014, and 2017.\n61) Mohd Sirhajwan Idek- Guru Luar Biasa,anugerah Community Award for Citizenship di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).\n62) Datuk Dr Nazri Khan- CEO&CIO Hermana Capital Berhad\n63) Datuk Ramli Ibrahim-India’s Padhma Sri Awards\n64) Prof. Dr. Faridah Awang. Anak Melayu pertama dapat Profesor penuh di US sejak 2011. University Eastern Kentucky, United States of America.\n65) Tuan Haji Ali Hassan- Pengasas Al Ikhsan\n66) Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh – Sasterawan Negara\n67) Azri Zahier Azmi founder dan CEO Hausboom. Produk dia dah sampai merata dunia\n68) Prof. Dato’ Ir. DR Wan Hamidon Wan Badaruzzaman. UKM. EXPERT in Engineering in new building material (IBS – innovative polymer engineering)", "69)Nor Hasima Che Hassan – CEO Tasblock (m) sdn bhd. ARCHITECT.\nFellow in IBS scoring for CIDB. Expert in INNOVATIVE Reinforce Fibre Polymer technology for IBS material. The Only IBS supplier using fiber polymer in malaysia, thailand, brunie and philippin.", "70) Dr Mundzir Abdullah – Penerima pHD termuda UTM\n71) Dr. Hasrul Zakariah, pakar Sejarah Islam dan Sejarah Asia Barat. Menjadi Felo Sejarah di Oxford. Sering berdebat dengan orentalis Yahudi di Bercelona.\n72) Tom Abg Saufi-International Designer\n73) Saladin Mazlan-Pelumba Rally Professional\n74) Dr Alinor Abdul Kadir-Akademia Matematik UKM\n75) Hasnul Afifi- Pencipta Iman dan Sara\n76) Dr. Sohaimi Abdul Aziz, pelopor Teori Rasa-fenomenologi, menerangkan tentang estetika dalam karya kreatif\n77) Dr. Rahim Kamaluddin, pakar kriminologi UKM\n78) Am Tuah ( Amirul Afandi)- Professional E-Sport,Wakil Malaysia ke Peringkst Dunia di Jerman\n79) Ramlee Awang Murshid – Novelis Thriller Nombor 1 Malaysia.\n80) Omar Jumiran-meraih tempat kedua di dalam Kejuaraan Dunia Pembinaan Motosikal Custom AMD yang berlangsung di Cologne\n81) Yunalis Zarai- Penyanyi Popular Malaysia di LA\n82) Prof. Emeritus Dr. Ismawi Hj. Zen – salah seorang panel arkitek untuk pembangunan semula masjidil haram & kawasan sekitar kota Makkah\n83) Dr Abdul Basit bin Abd Rahman – memperolehi PHD dari Universiti Islam Madinah(di M’sia hanya ada 3 org shj yg berjaya tamat sampai ke peringkat PHD di universiti Islam Madinah)\n84) Joe Flizzow- MTV EVA Best Asian Act\n85) Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Ir. Dr. Sahul Hamid bin Abu Bakar – Ahli akademik kejuruteraan terbaik di Asia\n86) Adrujha Wijayamala Singha – Srikandi wanita Melayu yang memenggal kepala Raja Thai", "87) Sheikh Wan Ahmad Al-Fattani – Ulama dan Saintis Melayu silam yang dikatakan menemui teknik menghasilkan emas serta menyiapkan banyak kitab perubatan Melayu silam.", "88) Tun Perak – Arkitek disebalik kejayaan Kesultanan Melayu Melaka", "89) Nakhoda Ragam – Penakluk Agung yang merupakan raja terbaik Empayar Brunei", "90) Hang Nadim – Pejuang kemerdekaan Melaka yang mendatangkan mimpi ngeri untuk Portugis", "91)Laksamana Tun Abdul Jamil – Laksamana Melayu yang mengalahkan Portugis di Melaka", "92) Ratu-Ratu Patani (Ratu Hijau, Biru, Kuning dan Unggu) – Arkitek disebalik kegemilangan Pattani", "93)Hang Tuah – Laksamana, Jeneral Perang, Diplomator dan Linguistik hebat.", "94)Hamka – Ulama Melayu silam penghasil kitab tafsir hebat Alam Melayu, Kitab Tafsir Al Azhar", "95)Fan Shih-Man – Pengasas Empayar Melayu Pertama dalam sejarah", "96)Raden Wijaya – Penghalau Monggol dari Nusantara", "97)Dharanindra – Maharaja Melayu Srivijaya yang merupakan penakluk dan bertanggungjawab meluaskan Srivijaya di kemuncaknya. Digelar sebagai “penunduk para musuh.”", "98)Che Bong Nga – Pejuang kemerdekaan Champa melawan Dai-Viet", "99)Cik Siti Wan Kembang – Raja wanita terbaik dalam sejarah Kelantan", "100)Raja Haji – Pahlawan Melayu yang berjuang melawan Belanda", "101) Suryavarman I – Maharaja keturunan Melayu yang membawa Empayar Khmer ke zaman kemuncaknya", "102)Manabrahna – Jeneral perang Melayu penakluk India Selatan", "103)Dharmaraja Candrabanu – Penakluk Sri Lanka dari Alam Melayu", "104)Hamzah Fansuri – Bapa falsafah tasswuf Alam Melayu", "105)Maharaja Abu Bakar – Bapa Permodenan Johor", "106)Sultan Zainal Abiddin III – Raja Melayu Berjiwa Ulama", "107)Tokku Paloh – Ulama Melayu yang mempermainkan British dengan diplomasinya", "108)Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abiddin II – Penakluk dari Kesultanan Kedah yang meluaskan empayar Kedah ke Myammar", "109)Laksamana Awang – Manusia pertama keliling dunia", "110)Raja Ahmad Thabib – Saintis Melayu yang mencipta pelbagai jenis ubat merawat penyakit sehinggakan namanya diabadikan di sebuah hospital di Indonesia", "111)Laksamana Keumalahayati – Laksamana wanita pertama dalam sejarah moden\n112) Dato’ Ramli Mokni- Ramli Burger\n113)TAN SRI DATO’ SERI DR. ROBAAYAH ZAMBAHARI- MD/CEO IJN\n114) Datuk Prof Zuraina- Arkaeologis Wanita Pertama\n115) Tan Sri Siti Norma Yaakob- Hakim Tinggi Wanita Pertama\n116) Tuan Haji Nasir bin Waris – PAKAR TANAMAN PADI\n117) Imran Abd Jabar-Pengasas Sifoo\n118) Arif Tukiman founder Runcloud.io\n119) Dato’ Syed Manshor Syed Mahmood, Pengasas & Pengerusi Adabi\n120) Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel- Malaysian professional drift driver\n121) Norliza Hisham- Perancang Bandar Hebat\n122) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, pemilik yang juga Pengarah Urusan Weststar\n123) Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar- Pengasas MK Land\n124) Tan Sri Rozali Ismail – Puncak Niaga Holdings\n125) Sudirman Hj Arshad – penghibur tersohor Asia\n126)Tan Sri Shamsudin Abdul Kadir – pengasas sapura group\n127)SM nasimuddin – pengasas Naza group\n128)Cikgu Mokhdar – Pengasas kaedah mokhdar, cara mudah untuk menghafal sifir dan belajar matematik\n129) Syed Ahmad Fuqaha – CEO Katsana – Advanced fleet management system (GPS tracking utk kenderaan)\n130) Prof Dr Mohd Zaki Salleh – pelopor kajian genom Melayu dan perintis perubatan tepat di Malaysia\n131) Edan Syah- Six Abbott World Major Marathons Finisher\n132) Tan Sri Azman Hashim-Ambank Chairman\n133) Hanis Rahim-Game Director Studio Kamii\n134) Dr Salina bt Aziz- Fellowship of Surgery Europe\n135) Prof Dr Harith Ahmad- Lecturer,Inventor and Distinguished Professor\n136) Sakinah Omar- Jeju Muslim Travel\n137) Dr Ahmad Rifqi Mohd Zain-Saintis Universiti Harvard\n138) Siti Rahmah Mohd Nasir,Juara Dunia Silat 3 Kali\n139)Muhammad Syazwan Mat Sidik, 17, Muhammad Anuar Abd Ghani, 17, dan Safiyyah Muhammad Nasir, 16 -Juara Dunia Pertandingan Nuklear Di Korea\n140) Mohd Yazid Kamal Baharin ( Zid) – Pelukis Komik International\n141) Mohram – kumpulan muzik tradisional yang berasaskan seruling dan telah pergi ke peringkat antarabangsa\n142) Anita Yussof – solo woman rider around the world.\n143) Prof Dato’ Dr Jafri Malin – among pioneer neurosurgeon kat SEA. Now dah lahirkan lebih ramai neurosurgeon from USM\n144)Dato Dr Mohd Daud Bakar – shariah scholar and expert in Islamic Finance. Pernah dapat award dan expertise in IF juga direfer oleh Middle East countries\n145) Mat Redho- Ninja Challenge League Grand Champion\n146) Sutan Puasa – Pembuka kota Kuala Lumpur\n147) Khairul Idham Pawi – rider Melayu Islam pertama memenangi perlumbaan Grand Prix dunia kelas Moto3\n148) Akmal Hazim- Founder and Technical Consultant at InspyreHost (budak lagi ni)\n149) Mohd Ikhwan – Juara street workout challenge dunia\n150) Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary- Melayu Terkaya\n151) Sabariah Hussein- Malay “Mother Theresa”\n152) Prof. Datuk Dr. Ismail bin Mohd. Salleh .. Buta ..Pakar ekonomi .. Perancang ekonomi malaysia ..\n153) Assoc prof ir dr aduwati sali . Saintis telekomunikasi yang membantu semasa kes pesawat mh370\n154) Ir Dr Hafizal Mohamad bagged the ASEAN Outstanding Scientist and Technologist Award (AOSTA) 2017 .. Best asean scientist\n155) Dr Aid Fawzal- Pencipta Konsep Fawzal Number,yang digunakan oleh pengeluar supercar terkemuka\n156) Datuk Wira Dr. Maznah Hamid\nPengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE.\nVice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)\n157) Datuk Wan Mohammad Sani Salleh\nOwner and MD Sani United Sdn Bhd ( owner Sani Bus Express)\n158) Ridzuan Puzi: Pemenang pingat emas olimpik dan sukan asia para. Pemecah rekod dunia.\n159) Dr Khamsiah-Chairman & Founder.\nAndorra Women & Children Hospital\n160) Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah dan Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman menubuhkan Hospital Beyond Boundaries (HBB) yang di iktiraf PBB.\n161) Datuk Khadijah Ibrahim pemilik Khadijah’s Kitchen yang mempunyai cawangan di beberapa buah negara.\n162)Norul Rafidi Zakaria anak melayu yang berpeluang mempersembahkan animasi filem Re-Entry Animated ditayangkan di perjumpaan Persatuan Antarabangsa untuk Kemajuan Keselamatan Angkasa Lepas (IAASS) Kelima.", "163)Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin (SMKTBB), Seri Menanti, Negeri Sembilan teruja apabila terpilih menyertai World Adolescent Robot Contest 2018 di Guiyang, China." ]
https://ajar.com.my/2018/11/07/kajian-pelajar-malaysia-tentang-antartika-diterbit-jurnal-berprestij/
Kajian Pelajar Malaysia Tentang Antartika Diterbit Jurnal Berprestij
[ "Muhammad Hafeez Jeofrey, pelajar calon PhD di Imperial College London mencatat kejayaan membanggakan apabila kajian beliau mengenai antartika diterbitkan oleh jurnal saintifik berprestij Nature Communications.", "Tulisan beliau yang bertajuk ‘hard rock landforms generate 130km ice shelf channels through water focusing in basal corrugations‘ mengkaji mengenai tahap kestabilan ais di antartika.", "Punca utama kenaikan paras air laut dunia adalah daripada pencairan glasier – glasier besar.", "Beberapa tahun kebelakangan, ketidakstabilan kepingan ais yang disebabkan oleh pemanasan atmosfera dan lautan telah menjadi satu kebimbangan yang besar.", "Terdapat dua kepingan ais yang sangat besar di bumi; di Greenland dan di Antartika. Antartika yang terletak di latitud selatan pula terbahagi kepada dua kawasan: Antartika Timur dan Antartika Barat.", "Walaupun Kepingan Ais Antartika Barat (WAIS) lebih kecil saiznya, ia dianggap lebih kurang stabil.", "Kajian Hafeez yang juga merupakan staf akademik Universiti Malaysia Terengganu berkisar tentang penelitian terhadap keadaan dalam WAIS, menggunakan teknologi satelit dan radar.", "Beliau dan pasukan telah menemui terusan sepanjang 130 km di atas permukaan ice shelf terapung Antartika.", "Terusan tersebut, beserta bahagian lain permukaan ais, dianggap sebagai satu titik ketidakstabilan pada ice shelf. Jika permukaan ais mencair, air akan mengalir melalui bahagian – bahagian tersebut, lantas mengikis terusan yang lebih dalam, menghasilkan lebih banyak kelemahan." ]
https://ajar.com.my/2018/11/08/video-pelajar-luang-2-bulan-bina-uitm-di-permainan-video-minecraft/
[Video] Pelajar Luang 2 Bulan Bina UITM di Permainan Video Minecraft
[ "Hasil tangan seorang pelajar Design UITM yang membina dan mensimulasikan bangunan universiti tersebut menggunakan permainan video terkenal Minecraft tular di media sosial.", "UiTM in Minecraft pic.twitter.com/bVW37KhZxZ", "— Acuwucks ?? (@muhdashwatch) November 1, 2018", "Dalam video yang dimuat naik di Twitter itu, penonton dibawa meneroka pembinaan UITM dalam reka bentuk bongkah menggunakan aset – aset dan enjin Minecraft, sambil diiringi lagu rasmi UITM.", "Turut disimulasikan adalah tingkah laku pelajar UITM menelaah di perpustakaan, memasak di dapur, berlegar di ruang laluan, dan belajar di dewan kuliah.", "Pengguna Twitter Ashwa Nai Mazlan mengatakan beliau mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan model ‘UITM cawangan Minecraft’ tersebut.", "Minecraft merupakan permainan ‘sandbox’ yang sangat popular di serata dunia kerana keunikan cara permainannya.", "Pemain boleh membina model, binaan, malah dunia sendiri dengan menggunakan aset – aset permainan tersebut seperti bongkah batu, kayu, api, air, binatang, tumbuhan dan sistem fizik tersendiri.", "Permainan tersebut dianggap seperti Lego di alam maya.", "Lantaran kebolehupayaan permainan tersebut membenarkan segala macam ciptaan, ditambah dengan daya kreativiti jutaan pemain yang tidak terbatas, pelbagai ciptaan – ciptaan hebat telah dihasilkan daripada permainan tersebut.", "Ada yang membina bangunan – bangunan kompleks dan indah,", "Ada yang membina keseluruhan pulau fantasi", "Bandar futuristik", "Malah ada yang membina kalkulator saintifik!", "Apa pun, meluangkan masa selama hampir 2 bulan untuk mereka bentuk dan membina bangunan universiti adalah satu usaha yang menarik yang pastinya mengasah minat sebagai pelajar design." ]
https://ajar.com.my/2018/11/09/kekebalan-puak-afrika-terhadap-ilusi-optik-ini-memeningkan-saintis/
Kekebalan Puak Afrika terhadap Ilusi Optik Ini Memeningkan Saintis
[ "Perhatikan gambar – gambar di bawah.", "Adakah anda perhatikan panjang garisan atas dengan bawah berbeza – beza?", "Hakikatnya, panjang garisan bagi setiap bahagian A, B dan C adalah sama sahaja.", "Ini adalah antara ilusi optik yang paling terkenal, yang dipanggil ilusi Muller – Lyer. Dua garisan, yang dihujungnya dua adalah anak panah yang berlainan arah.", "Apabila melihat gambar ini, orang akan memiliki persepsi bahawa garisan mendatar dengan anak panah menunjuk ke luar adalah lebih pendek daripada garisan mendatar dengan anak panah menunjuk ke dalam.", "Punca ilusi ini berlaku menjadi satu perbincangan mendalam. Namun pada awalnya, saintis menganggap ilusi ini berlaku pada semua orang secara sejagat, di serata dunia. Maksudnya, semua orang akan alami ilusi ini.", "Akan tetapi kemudian saintis membuat eksperimen terhadap puak Afrika dan mendapati mereka tidak terpengaruh dengan ilusi tersebut.", "Begitu juga, kajian terhadap bangsa – bangsa lain di seluruh dunia seperti orang Murray di Melanesia, puak Toda di India, pemburu Afrika, dan orang asli Australia mendapati mereka juga tidak berapa terkesan dengan ilusi Muller Lyer tersebut. Golongan yang paling terkesan rupa – rupanya adalah orang Barat di persekitaran industri.", "Maka timbullah teori bahawa budaya anda – di mana anda lahir, dan pembawaan anda sebenarnya menentukan persepsi visual anda, termasuklah tahap ‘imuniti’ terhadap sesetengah ilusi optik.", "Saintis kemudian mendatangkan beberapa hipotesis untuk menerangkan kenapa ini berlaku. Tapi masih tiada penjelasan konklusif yang disepakati.", "Antara hipotesis yang ditimbulkan adalah ‘hipotesis persekitaran bertukang’, iaitu jika anda hidup di tempat yang ‘moden’ dengan reka bentuk rumah, bilik dan perabot bersudut, anda akan lebih mudah terpengaruh dengan ilusi tersebut.", "Disebabkan dunia moden penuh dengan sudut dan elemen berpetak, maka andaiannya adalah persepsi mata manusia terhadap kedalaman 3D dipengaruhi suasana ini berbanding kawasan pedalaman yang kurang elemen bersudut.", "Tapi kajian baru mungkin membatalkan hipotesis itu. Apabila diuji terhadap komputer yang dilatih untuk meniru persepsi mata manusia, ia juga tertipu dengan ilusi tersebut." ]
https://ajar.com.my/2018/11/10/pelajar-sains-kebinatangan-temui-potensi-baru-pelancongan-berasaskan-monyet/
Pelajar Sains Kebinatangan Temui Potensi Baru Pelancongan Berasaskan Monyet
[ "Pelajar Sarjana sains Najmuddin Faudzir bersama pasukan dari UTHM dan syarikat Panz Adventure telah mengenalpasti lutong cenekah (Presbytis femoralis), sejenis spesis unik di Johor sebagai memiliki potensi menjadi produk pelancongan berasaskan primat.", "Kajian yang bertajuk ‘mentransformasi data ekologi Presbytis femoralis di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi kepada produk pelancongan berasaskan primat’ tersebut mendapati bahawa populasi lutong cenekah di kawasan itu memiliki ciri – ciri positif untuk kebolehpasaran pelancongan.", "Ciri – ciri tersebut adalah mudah dijumpai, endemik, kelakuan menarik, keselamatan, langka dan keunikan morfologi.", "Pelancongan berasaskan primat adalah sejenis pelancongan di mana sekumpulan orang mengembara dan melawati monyet liar di habitat semula jadi mereka dengan tujuan pemeliharaan spesis tersebut, di samping memanfaatkan nilai ekonomi hidupan liar.", "Bagi mengumpul data, kumpulan kajian tersebut telah meluangkan masa selama 43 hari bermula Februari 2018 hingga April 2018.", "Data ekologi mengenai pergerakan lutong cenekah, kawasan yang kerap dilalui, dan frekuensi pemakanan telah dikumpul menggunakan teknik pencerapan imbasan dan dianalisis untuk menilai kebolehpasaran pelancongan berasaskan primat di kawasan tersebut.", "Mereka mendapati setiap kriteria untuk pelancongan berasaskan primat telah dipenuhi, dan kajian lanjutan wajar diambil untuk mengkaji pula demografi, pengetahuan dan persepsi penduduk setempat mengenai potensi pasaran pelancongan itu." ]
https://ajar.com.my/2018/11/12/cikgu-tak-tersengaja-cipta-ilusi-optik-tular-yang-memeningkan-internet/
Cikgu Tak Tersengaja Cipta Ilusi Optik Tular yang Memeningkan Internet
[ "Seorang guru secara tidak sengaja telah mencipta ilusi optik yang membingungkan internet.", "Guru tersebut pada asalnya melukis lakaran bunga popi di atas kertas merah untuk dipotong oleh murid – murid beliau, namun beliau kemudian terperasan bahawa lakaran bunga – bunga tersebut kelihatan seperti bertindan – tindan.", "Apabila dipandang sekilas lalu, bunga – bunga tersebut kelihatan seperti bertindan, namun apabila pandangan mata ditumpukan, jelas bahawa tiada garisan yang bertindih antara satu sama lain.", "Guru tersebut kemudian mengongsikan gambar tersebut di laman web Reddit, dan ia mendapat perhatian yang cukup dahsyat daripada pengguna internet dengan hampir 100k upvotes.", "Komen – komen daripada netizen cukup menghiburkan.", "“Whoa peliknya”", "“Benda ni menakutkan saya. Saya sedang cuak”", "“Uh, mereka bertindan … eh … tak bertindan … tunggu … ya, bertindan .. kejap..”", "“Diorang bertindan apabila kamu tak pandang. Diorang tak boleh dipercayai”", "Ilusi optik adalah ilusi yang menipu sistem penglihatan mata kita untuk melihat sesuatu yang tak wujud, atau melihat sesuatu dengan salah.", "Saintis telah mengkaji fenomena ilusi optik dan mereka masih belum faham sepenuhnya bagaimana ia berlaku.", "Bagi kes ilusi optik di atas, hipotesisnya adalah ia terjadi akibat gangguan yang berlaku terhadap isyarat neural.", "Ilusi optik yang hampir sama adalah seperti ilusi grid Hermann, iaitu apabila kita melihat bintik – bintik hitam di ‘persimpangan’ grid, walaupun hakikatnya ia tidak wujud." ]
https://ajar.com.my/2018/11/15/apa-jadi-bila-robot-ai-cuba-beri-motivasi-hasilnya-kelakar-dan-mengerikan/
Apa Jadi Bila Robot AI Cuba Beri Motivasi? Hasilnya Kelakar dan Mengerikan
[ "Kita semua pernah nampak poster – poster motivasi ditampal di banyak bangunan sekolah dan pejabat – pejabat kerajaan. Biasanya poster – poster tersebut berbentuk kata – kata ‘mendalam’ dan dibelakangnya gambar – gambar yang cantik.", "Iyalah, kata – kata seperti ‘Jangan putus asa, waktu paling gelap adalah sebelum terbit matahari’ dengan gambar matahari terbit dibelakang.", "Poster – poster tersebut dikatakan mampu memberi inspirasi kepada orang. Namun masalahnya adalah kadang – kadang kita perlukan motivasi ‘on the go‘, kita perlukan motivasi segera yang dapat dicipta dalam masa sesaat.", "Maka dari situ muncullah satu laman web bernama InspiroBot . Ia menggunakan kepandaian AI (Kecerdasan Buatan – Artificial Intelligence) untuk menghasilkan poster motivasi dengan hanya satu klik.", "Laman web tersebut menjelaskan dirinya sebagai: “Saya InspiroBot. Saya adalah Kecerdasan Buatan yang didedikasikan untuk menghasilkan kata – kata inspirasi unik tanpa batas untuk pengayaan kehidupan manusia yang tak bermakna”", "Cara laman web tersebut berfungsi adalah, pengguna tekan butang ‘generate’ ia ambil gambar – gambar lawa secara rawak, kemudian ia sumbat masuk perkataan – perkataan tertentu, dan kadang – kadang … ia keluarkan … emas.", "Uhhh apa maksud tu?", "… Tapi kenapa?", "… OK….", "Kesian … mereka?", "Tapi kadang – kadang ada juga poster yang benar – benar ‘menginspirasi’.", "Tapi setelah mencuba beberapa kali, kesimpulan ini boleh dibuat.", "Robot sememangnya tak patut jadi sumber motivasi.", "Tapi entahlah, memandangkan sebahagian besar kerja industri telah pun diambil alih oleh robot dan hanya beberapa sektor pekerjaan saja yang mungkin selamat pada masa akan datang, boleh jadi kita akan ada pakar motivasi dari kalangan AI membuat kursus – kursus motivasi.", "Apa kata anda cuba? Post hasil di bahagian komen!" ]
https://ajar.com.my/2018/11/17/kilogram-kita-kini-sudah-berubah/
Kilogram Kita Kini Sudah Berubah
[ "Sejarah telah tercipta apabila 26th General Conference of Weights and Measures yang berlangsung selama 3 hari di Versailles, Perancis,  bersetuju untuk mendefinisikan semula unit kilogram.", "Sebanyak 50 lebih negara telah mengundi bersetuju untuk mengubah definisi kilogram daripada merujuk kepada silinder prototaip yang disimpan di Perancis, kepada rujukan terbaharu menggunakan terma arus elektrik.", "Cadangan untuk mengubah definisi kilogram ini sebenarnya telah berlaku agak lama, namun akhirnya disepakati untuk diubah secara rasmi pada 16 November 2018. Perubahan tersebut dijangka akan berkuatkuasa pada 20 Mei 2019.", "Walaubagaimanapun, perubahan definisi kilogram ini hakikatnya tidak akan memberi kesan yang besar kepada kebanyakan orang. Berat timbangan mereka masih akan kekal (harapnya kekal sihat lah ya) dan tidak akan secara tiba – tiba berlaku rombakan besar – besaran di pasar raya.", "Jadi kenapa perubahan ini dibuat?", "Perubahan definisi rujukan untuk unit ukuran jisim ini adalah satu pencapaian besar komuniti saintifik, di samping mempunyai impak falsafahnya yang tersendiri.", "Untuk membuat sesuatu ukuran, sebagai contoh ukuran panjang, kita memerlukan satu rujukan.", "Misalnya, dahulu kita mengukur panjang menggunakan jengkal dan depa. Masalah dengan sistem ukuran ini adalah ia tidak konsisten dan tidak seragam. Jengkal dan depa setiap orang berlainan, malah berubah pula  dengan umur seseorang.", "Rujukan untuk unit ukuran yang terbaik mestilah sesuatu yang sama dan seragam untuk semua orang, dan tak berubah.", "Pada zaman moden, hampir satu dunia menggunakan unit ukuran meter. Untuk mengukur tinggi siling rumah, kita menggunakan pembaris meter. Namun dari mana panjang satu pembaris meter itu datang? Apa rujukannya?", "Sebenarnya, konsep 1 meter yang kita gunakan sehari – hari ini merujuk kepada kelajuan cahaya. Lebih tepat, 1 meter adalah “panjang yang dilalui cahaya melalui vakum dalam tempoh 1/299,792,458 saat”.", "Sebelum itu, meter didefinisikan berdasarkan jarak sepanjang permukaan Bumi dari Kutub Utara hingga Khatulistiwa. Namun saintis kemudian menukar kepada rujukan yang lebih baik, iaitu kelajuan cahaya.", "Hal ini kerana kelajuan cahaya merupakan salah satu daripada malar alam semesta yang tetap, seragam untuk semua orang dan tidak akan berubah. Ia adalah rujukan unit ukuran yang terbaik yang dicari – cari saintis. Ia bukan berasaskan bahan fizikal yang akan berubah dan musnah, sebaliknya formula fizik yang lebih ‘kekal’.", "Kini, unit – unit asas, S.I unit semua menggunakan formula fizik sebagai definisi mereka. Panjang, masa, arus elektrik, suhu, jumlah partikel, intensiti cahaya …", "Semua, kecuali unit jisim, kilogram.", "Selama ratusan tahun, kilogram dirujuk kepada satu prototaip silinder platinum – iridium antarabangsa yang disimpan di Paris.", "Berbeza dengan unit S.I lain yang didefinisikan berdasarkan formula fizik yang tidak akan dicemari habuk dan tidak akan mengalami kecacatan fizikal, kilogram menyandarkan maksud dirinya kepada satu entiti fizikal.", "Prototaip silinder tersebut, yang dipanggil Le Grand K, adalah manifestasi 1 kilogram yang mutlak. Segala rujukan kilogram di serata dunia adalah merujuk kepada dirinya.", "Masalahnya, ini bermakna, jika silinder tersebut berubah dan hilang berat, ia masih 1 kilogram, secara definisinya. Bermakna, konsep 1 kilogram yang digunakan di seluruh dunia juga akan berubah dengan berubahnya silinder tersebut. Itu belum lagi risiko jika silinder itu hilang atau dicuri. Itu sebabnya ia dikunci rapi dalam peti besi.", "Malangnya, itulah yang berlaku kepada Le Grand K. Setelah ratusan tahun, ia mengalami perubahan jisim. Perbandingan silinder tersebut dengan prototaip salinannya juga menunjukkan perbezaan setelah bertahun – tahun.", "Walaupun perubahannya kecil, namun ia boleh mengakibatkan kesan yang besar kepada dunia saintifik yang sangat sensitif. Dalam masa 100 tahun lagi, Le Grand K mungkin tidak lagi boleh digunakan.", "Definisi kilogram yang baru adalah seperti berikut:", "The kilogram, symbol kg, is the SI unit of mass. It is defined by taking the fixed numerical value of the Planck constant h to be 6.626 070 15 × 10-34 when expressed in the unit J s, which is equal to kg m2 s -1 , where the meter and the second are defined in terms of c and ??Cs.", "Oh … wow?", "Definisi ini lebih sukar diterangkan berbanding ‘bongkah logam di Perancis’, namun secara ringkasnya, ia menggunakan pemalar Planck dan berat arus elektrik menggunakan penimbang Kibble yang disimpan di National Institute of Standards and Technology (NIST).", "Maka kini, satu lagi unit asas ukuran telah disandarkan maknanya kepada malar alam semesta. Hal ini sebenarnya agak membebaskan , kerana kita tidak lagi memerlukan kerajaan Perancis untuk menetapkan apa itu kilogram. Kilogram kini tidak lagi bakal ditetapkan oleh artifak buatan manusia, tapi fizik fundamental alam semesta ciptaan Tuhan." ]
https://ajar.com.my/2018/11/19/30-degree-universiti-diterangkan-dengan-1-ayat-kelakar/
30 Degree Universiti Diterangkan dengan 1 Ayat (Kelakar)
[ "Kadang – kadang kita sukar nak terangkan kepada orang kampung apa kita belajar di Universiti. Hendak jelaskan kenapa kita ambil degree tersebut pula ternyata lebih susah.", "Sebuah video di Youtube bagaimanapun menyenaraikan 30 degree (ijazah sarjana muda) Universiti dan menerangkan kesemuanya dalam hanya satu ayat. Panjang video tersebut hanyalah 2 minit 35 saat.", "Dah pasti, video tersebut lebih bernada jenaka dan sarkastik. Namun sebenarnya banyak juga kebenarannya…", "Berikut adalah 30 Degree Universiti yang diterangkan dengan 1 ayat (jangan ambil serius sangat ye).", "Separuh masa dihabiskan mendengar satu orang yang sama bergaduh dengan pensyarah.", "Kami pelajari bagaimana mencipta masalah khayalan untuk penyelesaian – penyelesaian mudah.", "Saya tak suka lejar akaun, tapi saya suka duit.", "Dalam masa 9 tahun saya akan buat kerja yang saya nak sebenarnya.", "Masa saya dihabiskan menolong kawan – kawan dengan isu – isu komputer remeh, sebelum gagal mempengaruhi mereka bahawa Linux adalah sistem pengoperasian (OS) yang terbaik.", "Sekarang saya faham kenapa saya tertarik dengan teman lelaki saya.", "Selamat datang ke kursus yang mengajar common sense , tapi sengaja dirumitkan dengan perkataan – perkataan bombastik.", "Sama ada saya peroleh kerja sehabis saja degree saya, atau saya boleh jadi penjenayah paling profesional.", "Saya pertahankan gaji enam angka saya dengan beritahu orang bahasa Inggeris saya lagi bagus daripada mereka.", "Saya buat dua kali ganda kerja dan dapat separuh gaji doktor, sebab saya faham kurang 10%.", "Saya harapkan dapat berenang dengan dolphin, tapi sekarang disuruh jaga kolam ikan.", "Saya cuba buat kejuruteraan elektrikal, tapi susah sangat.", "Saya cuma ambil kursus ni sebab nak jadi Ironman.", "Saya nak jadi arkitek, tapi tak pandai lukis.", "Saya tak akan dapat kerja, tapi saya tahu macam mana nak buat sendiri.", "Ini pilihan ketiga saya selepas undang – undang dan perubatan, yang mak ayah saya terima.", "Saya suka binatang. Saya tak sabar pengsankan mereka sepanjang hari.", "Saya cite keseluruhan internet dalam masa 4 hari.", "Saya sekarang tahu bagaimana nak selesaikan semua masalah dunia, tapi tak ada siapa suka apa saya kata.", "Dalam hanya 3 tahun, saya boleh dapat kerja dengan gaji minima di negara Eropah Barat.", "Saya sekarang orang yang paling layak untuk menangis depan komputer berjam – jam.", "Saya sangat membosankan dalam parti.", "Saya tak dapat masuk jurusan perubatan.", "Saya tak dapat masuk jurusan perubatan, tapi sekurang – kurangnya semua orang dalam kelas saya cantik – cantik.", "Dalam kerjaya ni, manusia adalah binatang paling susah nak diuruskan.", "Kemuncak kerjaya saya adalah menemui mayat lelaki berusia 700 tahun.", "Saya sekarang mampu men-google masalah lebih efisien berbanding orang lain.", "Kawan – kawan saya tak mahu panggil saya doktor.", "Semua orang di sini banyak sangat tengok Anime.", "Habislah, saya tak akan dapat kerja." ]
https://ajar.com.my/2018/11/21/pemansuhan-pengasingan-kelas-cetus-perdebatan-netizen/
Pemansuhan Pengasingan Kelas Cetus Perdebatan Netizen
[ "Pengumuman mengenai pemansuhan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid menjadi topik yang hangat baru – baru ini.", "Idea ini bagaimanapun sebenarnya telah diumumkan sejak tahun 2017 lagi, dan dijangkakan akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 2019.", "Hujah rasmi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk mendidik murid – murid agar tidak terlalu obses dengan Gred Purata Sekolah, dan tidak terlalu mementingkan pencapaian akademik semata – mata.", "“Tiada keperluan untuk pihak sekolah mengasingkan murid mengikut tahap akademik. Sebaliknya, kita menggalakkan semua pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza dicampurkan supaya dapat saling membantu”, komen Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu, Datuk Dr Amin Senin.", "Pengumuman ini bagaimanapun mencetuskan spektrum pandangan yang cukup lebar dalam kalangan netizen.", "Ada yang menyokong dan ada yang tidak, masing – masing dengan penghujahan tersendiri:", "Berikut adalah antara komen netizen yang bersetuju dengan polisi pendidikan tersebut:", "“Stuju ?. Sy sokong bnda ni. Sbb masa sy skolah dlu, sy Langsung xreti baca. Tp sy minat nk blaja. Xpasal2 masa darjah 2, kne lompat ke kelas paling last. Dlm kelas last tu bnyak budak ada attitude nakal yg xminat blajar. Sy pun terpengaruh. Bila darjah 4-5 dah pandai baca sket2, tp sy xminat nk blajar. Yela, geng ngan bdk xminat blaja kan. Bila start darjah 6, lompat ke kelas tengah2, bru ada minat blaja. upsr kan.. tp tu ah,,, mana sempat nk dptkan result yg baik . Dpt 4B 1C je walaupun dlu xreti baca sebelumnya” – Adam Lokman", "” Setujuuuuuuuu… Supaya takda mindset “aku pandai” “dia bodoh” “aku bodoh” “dia pandai” – Noraida Ahmad", "“Sekolah kami dh 6 tahun amalkan tidak mengasingkan murid… Alhamdulillah mampu cemerlang” – Siti Sanisah Zakaria", "“Tang ni aku setuju dan rase nye ramai yg setuju. Bkn ape,kalau la budak2 yg kurang pandai duk tergolong dgn golongan yg x pandai sampai bila2 la diorang x kn pandai. Takat tu je lah. Nk harap kn cikgu sorang nk kasi 40-50org pelajar faham bkn senang.” – Arel Mikail", "“Yup bgus mcm tu Sb ank2 yg kat bawah x rasa disisirkan Sb kdang bila ank kelas bawah cikgu pun x brp nak layan,cian ank yg brp dibwh” – Emah Emah", "” Setuju. Saya dulu kelas campur je yang pandai dengan kurang pandai. Yang pandai dapat juga bagi tunjuk ajar kepada yang kurang pandai..?” – Zul Adlan", "“Setuju.bila kelas tiada tahap,cikgu akan standart mengajar sama rata semua murid.bukan nak kata cikgu malas ajar budak2 kelas bawah.tapi biasanya kelas bawah terdiri dari budak2 nakal,lemah,kaki buli,malas.jadi memerlukan cikgu yg lebih tegas utk ajar budak2 camtu Bila semua dah bercampur,jadi boleh selaraskan pengajaran cikgu.lgpun budak2 bila ada teman yg serius belajar,jadi yg lemah akan ikut blajar dgn yg rajin pandai.”", "Golongan yang tidak bersetuju juga miliki penghujahan mereka:", "“saya kurang setuju kerana dari apa pengalaman saya bersekolah di sekolah luar bandar, guru kebiasaanya akan mengajar mengunakan satu pendekatan dalam satu2 masa.. dan ini yg mengkhuatir kan saya..ditambah dgn KPI yg perlu dicapai, guru akan lebih fokus kepada pelajar yg cerdik Ttg pelajar cerdik membantu pelajar lemah, ini tiada jaminan, lagi2 sekiranya pelajar lemah tu tiada imbal balas yg menguntungkan pelajar cerdik.. ini realiti yg saya alami” – Qayum Muhammad", "“Bila yg nak belajar di campur dgn yg suka main … Ending dia semua main …” Rizwan Ibra", "” umpama campurkan burung dan ikan dlm satu kelas..cikgu pun bingung nak ajar teknik terbang ke teknik berenang..kemampuan setiap murid berbeza2 jd akan ada mslh kalo dicampurkan” – Muhammad Abdullah", "“agak sukar dilaksanakan kerana perbezaan tahap kognitif murid dalam satu kelas yg sama dgn JUMLAH MURID berjumlah lebih 30 orang, sukar guru hendak menentukan rentak penyampaian pelajaran…tujuan asingkan murid berdasarkan tahap kefahaman bukan menghukum, teapi lebih kpd membantu para guru dapat menentukan pace mengajar, kalau kelas depan, dapatlah cepat sikit, kelas sederhana dgn kaedah sederhana…dan seterusnya…keputusan ini nampak mudah atas kertas, tetapi realitinya agak sukar hendak dilaksanakan…kalau betul2 mahukan tiada perbezaan kelas, mansuh semua sekolah berasrama penuh, sekolah kluster kecemerlangan, sekolah berprestasi tinggi dsb…sama rata semua sekolah…” – Aswandi Andi", "“Mcm ibarat konvoi motosikal laa… Cam mana yamaha lagenda 115 cc nak ikut bersama ngan yamaha R1 1000 cc… Memang kena tinggal le jawabnya…” – Yushaury Mat Zaid", "” Sy tau ada byk kes bdk pandai merosot bila bergabung dgn bdk2 yg x mnt belajar. Bukan nak ajar kasta, bukan nak pilih kasih. Bdk yg x mnt belajar ni kdg2 buat bising, nakal, ada smpai menggangu konsentrasi. Cuba korg tgh busy nak buat latihan tiba2 cikgu korng menjerit marahkan bdk2 yg tgh buat bising, yg x fokus apa cikgu ajar. Agak2 mau murung 2 hari malas g sekolah. I vote for class seggregation supaya cikgu boleh fokus ikut tahap pelajar.” – Fieza Azmanizam", "“ada murid yg berbakat di akademik. ada murid yg berbakat di bukan akademik. bagi saya pengasingan bukan bermaksud membezakan tetapi memudahkan kerana ada murid cepat tangkap dan ada murid lambat tangkap.”  – Sukri Mohamad", "Cikgu Mohd Fadli Salleh membahaskan beberapa pro dan kontra polisi tersebut:", "+++", "“Bermula 2019 tiada lagi pengasingan kelas. TIADA.", "Tiada kelas paling pandai, tiada kelas paling hujung. Setiap kelas akan dicampur aduk murid pelbagai aras. Dari yang paling laju, hingga yang paling perlahan.", "Ramai orang tanya aku tentang hal ini. Baguskah? Terukkah? Sesuai ke tak? Mempengaruhi murid tak? Bagaimana guru nak mengajar? Bagaimana dengan murid yang terlampau laju dan terlalu perlahan?", "Aku pernah menulis hal ini tahun lepas. Perkara ini ada pro dan kontranya. Ada kelebihan dan ada kekurangan.", "Namun jika ditanya pendapat peribadi, aku lebih suka kelas yang diasingkan kerana pengajaran dan pembelajaran itu lebih mudah dilaksanakan kerana murid setiap kelas hampir sama arasnya.", "Oh ya, itu pendapat peribadi aku. Tidak terguna pakai untuk perbahasan atau kritikan lanjut.", "Berikut aku senaraikan sedikit kelebihan dan kekurangan bila kelas tidak lagi diasingkan.", "1) Kelebihan asing kelas.", "Murid searas dikumpulkan dalam sekelas. Sangat memudahkan guru handle kelas dan mengajar. Budaya pembelajaran murid hampir sama. Aktiviti kelas dan latihan yang sama boleh diberi.", "Mereka akan berlumba-lumba untuk bersaing sesama mereka kerana aras yang hampir sama. Sesiapa sahaja boleh menjadi nombor 1 jika berusaha. Persaingan ini bagus sekali.", "Murid dari kelas belakang berpeluang masuk ke kelas hadapan jika mereka usaha lebih. Ini membuatkan mereka lebih rajin untuk masuk ke kelas yang lebih baik. Murid dari kelas depan pula berusaha agar tidak jatuh dan turun kelas. Persaingan sihat!", "2) Kelebihan tiada pengasingan kelas.", "Murid tidak rasa dibeza-beza. Mereka rasa mereka semua sama sahaja. Tiada rasa rendah diri bila perlahan dalam pelajaran.", "Murid yang pandai bergaul dengan murid yang tidak pandai. Ini memberi motivasi kepada murid perlahan. Buddy support juga wujud di mana murid laju sentiasa bimbing murid perlahan.", "Budaya belajar dari murid yang pandai dan rajin ditiru oleh murid perlahan ini. Seterusnya budaya rajin membaca, selalu bertanya, berani menjawab dan tampil ke hadapan berjaya diserap oleh murid pemalu, perlahan dan slow.", "3) Kekurangan asing kelas.", "Mereka rasa gah bila berada di kelas hadapan. Murid yang perlahan pula segan dan malu untuk bagitahu kelas mereka.", "Wujud perbandingan kelas dan sindirin,", "“Oh. Dia murid kelas belakang. Patutlah.”", "“Patutlah dia selalu menang. Dia murid kelas depan.”", "Pergaulan murid terhad. Murid kelas depan hanya berkawan dengan kawan-kawan setaraf mereka sahaja. Jarang murid kelas depan bergaul rapat dengan murid kelas belakang.", "4) Kekurangan tiada pengasingan kelas.", "Pengajaran dan pembelajaran sukar dilaksanakan kerana aras murid berbeza-beza. Guru perlu menyediakan bahan yang berbeza-beza untuk murid laju, sederhana dan perlahan.", "Sikap murid perlahan yang malas pula diikuti murid yang rajin dan bijak. Akhirnya ada murid yang asalnya rajin dan pintar menjadi malas dan keputusan peperiksaan mereka merudum. Budaya negatif sememangnya lebib cepat mempengaruhi kanak-kanak.", "Murid perlahan kurang berusaha kerana sedar mereka takkan dapat merampas kedudukan dalam kelas dari murid pintar. Persaingan dalam belajar akan kurang kerana mereka tidak risau turun kelas lagi.", "Murid juga hanya bergaul sesama mereka. Tiada peluang naik atau turun kelas dari darjah 1-6. Ini membuatkan hubungan mereka sesama batch mereka renggang. Tidak pernah bertukar kelas bermaksud tidak membuat kawan baru. Hanya rapat dengan kawan sekelas sahaja.", "*********", "Namun, aku berpendapat saringan dan pengasingan untuk tahun 1 dan 6 sangat perlu diwujudkan.", "Tidak lah aku minta asing semua. Cukup kenal pasti murid yang langsung tak tahu baca kira (LINUS) dan asingkan mereka dalam satu kelas untuk dipulihkan oleh guru pemulihan dan guru beredar.", "Contohnya ada 5 kelas tahun 1. Kelas pertama hingga ke empat tiada masalah jika dicampur aduk antara murid laju dan sederhana. Namun pada aku, kelas kelima perlu diasingkan murid LINUS supaya pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.", "Jika dicampur mereka dengan murid yang terlalu laju, aku risau mereka akan terus ketinggalan kerana guru tidak boleh memberi tumpuan khusus pada mereka sahaja.", "Masa guru terpaksa dibahagi untuk membimbing murid laju, sederhana dan perlahan. Perhatian untuk mereka pasti berkurangan dan ini tidak bagus.", "Apa pun, KPM telah mengeluarkan arahan, tiada lagi pengasingan kelas. Arahan itu wajib dipatuhi.", "Apa yang aku tulis hanya pendapat peribadi dari kacamata seorang guru yang pernah mengajar kelas yang diasing 8 tahun dan kelas tanpa pengasingan selama 5 tahun.", "Sesiapa sahaja berhak bersetuju atau tidak dengan pendapat peribadi ini. Suka aku maklumkan, aku sangat berbesar hati jika orang atasan sana memperhalusi pandangan ini.", "+++", "Diharapkan Kementerian Pendidikan telah membuat kajian semasaknya sebelum dilaksanakan polisi ini." ]
https://ajar.com.my/2018/11/22/kamus-oxford-telah-memilih-word-of-the-year-2018-pemenangnya-adalah/
Kamus Oxford Telah Memilih ‘Word of The Year 2018’. Pemenangnya adalah…
[ "Dalam satu tradisi yang dibuat secara tahunan, Kamus Oxford telah mengisytiharkan ‘Word of The Year’ untuk tahun 2018. Perkataan yang dinobat sebagai ‘pemenang’ adalah … toxic.", "From 'toxic air' to 'toxic politics', the sheer scope of its application in 2018 made 'toxic' the stand-out choice for our Word of the Year. Find out more about the choice at our Word of the Year hub: https://t.co/J1gxJBroOH #OxfordWOTY pic.twitter.com/97othfjZnN", "— Oxford Languages (@OxLanguages) November 15, 2018", "Adjektif toxic asalnya didefinisikan sebagai ‘beracun’, dan dapat dijejak penggunaannya seawal pertengahan abad ke 17. Namun penggunaan perkataan tersebut didapati begitu luas penggunaannya pada tahun ini. Ia menggambarkan ethos, mood dan menjadi simbol budaya bagi tahun 2018.", "Perkataan tersebut menjadi alat deskriptif untuk topik – topik popular tahun ini, dalam pelbagai konteks, secara literal dan metafora. Bukan itu saja, pencarian maksud perkataan tersebut di laman web oxforddictionaries.com juga meningkat sebanyak 45%.", "Berikut adalah 10 perkataan yang paling sering digunakan bersama dengan perkataan toxic .", "Beberapa perkataan lain yang turut termasuk dalam undian akhir adalah:" ]
https://ajar.com.my/2018/11/23/guru-malaysia-antara-yang-paling-berdedikasi-di-dunia/
Guru Malaysia Antara yang Paling Berdedikasi di Dunia
[ "Pernah dengar ungkapan “kamu tak akan dapat jumpa guru – guru seperti di Malaysia”?", "Hakikatnya, ungkapan tersebut ternyata mempunyai kebenaran apabila kajian oleh Cambridge Assessment International Education meletakkan cikgu – cikgu kita sebagai antara yang paling berdedikasi di dunia, sebagai mana laporan New Straits Times.", "70% guru – guru di Malaysia didapati merasakan tugas mengajar sebagai satu karier yang mengganjari diri mereka.", "Juga, Cambridge International dipetik mengatakan:", "“75% guru – guru yang dibanci turut mengambil bahagian dalam kelas – kelas tambahan untuk membantu murid – murid peroleh markah tinggi – Ini peratusan tertinggi daripada semua negara yang dibanci”", "Masih teringat usaha dan jasa cikgu – cikgu, ustaz – ustazah yang membuat kelas tambahan sendiri dari pukul 8 pm hingga tengah malam.", "“Keputusan peperiksaan dicapai oleh murid-murid di Malaysia juga yang paling tinggi dicapai antara negara-negara terlibat dalam bancian ini,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan seperti dilaporkan akhbar The Star.", "Bancian itu melihat keadaan persekolahan pelajar berumur antara 12 hingga 19 tahun dan guru di 10 negara termasuk Argentina, China, India, Indonesia, Pakistan, Sepanyol, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.", "Sebanyak 477 pelajar dan 634 guru di negara ini terlibat dalam bancian tersebut.", "Terima kasih cikgu – cikgu Malaysia! Anda memang istimewa!" ]
https://ajar.com.my/2018/11/24/video-pendidikan-fizik-seram-ini-menangi-tempat-pertama/
Video Pendidikan Fizik Seram Ini Menangi Tempat Pertama
[ "Siapa sangka, dalam banyak – banyak cara pengajaran fizik, pendekatan video seram boleh jadi cukup berkesan?", "Video yang dihasilkan oleh pasukan pelajar Politeknik Merlimau, Melaka bertajuk  “Thermal Equilibrium: How To Determine Heat Lost & Heat Gained” (Keseimbangan terma – bagaimana menentukan haba yang hilang dan haba yang diterima) ini memenangi pertandingan eMicro Video Content Competition baru – baru ini.", "Video tersebut merupakan cara kreatif pengajaran mengenai topik keseimbangan terma, satu topik fizik yang biasanya dianggap membosankan, tetapi kali ini dipamerkan dalam bentuk media yang cukup popular di Malaysia.", "Iaitu dengan tema seram, mungkin kerana banyaknya filem seram negara kita yang box – office. Selepas ini mungkin Shamsul Yusof boleh ambil idea membuat filem seram bercirikan pendidikan daripada pelajar – pelajar ini.", "Mungkin boleh berikan nama … Muna …phtalene 3… (Wow teruknya lawak)", "Video bermula dengan seorang pelajar bernama Rafiq yang melihat kelibat gelap mengikuti dirinya. Namun dia membiarkan saja dan masuk ke dalam kelas, di mana pensyarah sedang mengajarkan definisi ‘keseimbangan terma’.", "Namun dia hilang fokus dan bermain telefon, (walaupun pensyarah tersebut bukan main lawa). Kemudian dia tinggalkan kelas bersama rakan.", "Apabila dia memasuki kereta, kelibat gelap tersebut muncul di kerusi belakang sebagai seorang wanita, yang menanyakan Rafiq sama ada dia sudah memahami apa itu ‘keseimbangan terma’.", "Kita kemudian ke adegan bilik gelap dimana pensyarah memberikan penjelasan terperinci. Kali ini, Rafiq memberi perhatian sepenuhnya.", "Adegan kemudian dipotong balik kepada Rafiq yang masih berada di kerusi pemandu. Dia kelihatan bingung hingga dibangunkan oleh kawannya.", "Video tersebut dihasilkan oleh Mohamad Ridzuan Amer, 23, Alaudin Rafiq Rosman, 24, Aida Kamalia Arman, 20, Olivia Lamba Sandom, 20, dan Puven Raj P.Chazian, 19.", "Mereka mengatakan memang tujuan mereka mengetengahkan konsep lain dari yang lain untuk menarik perhatian juri.", "“Kami sengaja biarkan video tersebut tergantung supaya penonton tertanya – tanya apa yang akan berlaku. Kami boleh jadikan ini sebagai bahan sekuel untuk pertandingan lain” Kata pensyarah Rizman Ezani Razali.", "Video tersebut memenangi tempat pertama daripada 200 penyertaan." ]
https://ajar.com.my/2018/11/24/15-animasi-gif-yang-menunjukkan-bagaimana-benda-berfungsi/
15 Animasi GIF yang Menunjukkan Bagaimana Benda Berfungsi!
[ "Pernah terfikir bagaimana zip berfungsi, atau bagaimana mekanisme alatan menjahit? Macam mana pula kunci boleh buka pintu?", "Semua soalan ini kadang – kala terbenam di sudut otak dan tak pernah terjawab sampai sekarang. Tapi sekarang dengan ciptaan internet, dan gambar animasi GIF, kita boleh faham jawapan kepada persoalan – persoalan tersebut hanya dengan video 3 saat.", "Jadi berikut adalah koleksi 15 animasi GIF yang menerangkan bagaimana benda – benda berfungsi!" ]
https://ajar.com.my/2018/11/25/ucapan-graduan-terbaik-uia-yang-viral/
Ucapan Graduan Terbaik UIA yang Viral
[ "Perjalanan menuntut ilmu tidak mudah, tapi jangan putus asa." ]
https://ajar.com.my/2018/11/25/ilusi-optik-bila-mata-pun-menipu/
Ilusi Optik – Bila Mata pun Menipu!
[ "Ingatkan awak boleh dipercayai, encik mata…" ]
https://ajar.com.my/2018/11/25/kenapa-jam-pusing-arah-jam-2/
Kenapa Jam Pusing Arah Jam?
[ "Putaran bumi, peredaran bulan keliling bumi, larian di trek, tawaf, semua ni berputar MELAWAN arah jam.", "Tapi kenapa jam berputar … mengikut arah jam? Apa istimewa sangat arah jam?" ]
https://ajar.com.my/2018/11/25/macam-mana-duit-kertas-boleh-ada-nilai/
Macam Mana Duit Kertas Boleh Ada Nilai?
[ "Pernah terfikir tak, macam mana duit kertas boleh ada nilai? Kenapa satu kertas boleh lagi berharga dari kertas yang lain?", "Penyampai: Thalhah Kamarolzaman – graduan ekonomi Durham University." ]
https://ajar.com.my/2018/11/27/ketuk-ketampi-rupa-rupanya-senaman-mencerdaskan-otak-adakah-itu-sebab-ia-begitu-popular-di-sekolah-sekolah/
Ketuk Ketampi Rupa – rupanya Senaman Mencerdaskan Otak? Adakah itu Sebab Ia Begitu Popular di Sekolah – sekolah?
[ "Ketuk ketampi mungkin merupakan bentuk hukuman yang cukup dibenci pada zaman sekolah.", "Populariti hukuman tersebut tersebar luas. Tak siap kerja sekolah? Ketuk ketampi. Bising dalam kelas? Ketuk ketampi. Ketuk ketampi tak seragam? Ketuk ketampi. Kadang kala, dalam satu hari 3 kelas berturut – turut menyuruh membuat gerakan atas bawah sambil memegang telinga tersebut.", "Namun rupa – rupanya nama ketuk ketampi tersebut miliki nama lain yang lebih komersial.", "‘Superbrain yoga’.", "Dalam laporan oleh CBS2 News, pergerakan tersebut dianggap mampu menjadikan seseorang lebih cerdik, kerana dikatakan ia merangsang aktiviti neuron dan sel dalam otak.", "Menurut doktor yang ditemuramah dalam laporan tersebut, pelajar yang disuruh mengamalkan senaman Super Brain Yoga itu memperoleh keputusan semua A, dan berubah menjadi seorang pelajar yang baru.", "Menurut artikel oleh Karangkraf pula, kajian menunjukkan amalan ketuk ketampi dapat memberi keseimbangan kepada kedua-dua bahagian otak.", "Queensland Academis Health Science Campus pula mendedahkan kebaikan SuperBrain Yoga sebagai:", "Nama Super Brain Yoga itu pula nampaknya dihakciptakan oleh Master Choa Kok Sui. Bayangkan jika nama ini yang digunakan oleh cikgu – cikgu untuk mendenda murid – murid mereka. Mungkin mereka tidak lagi membenci hukuman tersebut.", "“Kamu tak siap kerja sekolah? Hah pergi buat gerakan Superbrain Yoga® dekat belakang. Buat 20!”", "Namun satu lagi persoalan yang lebih kritikal adalah, sewaktu hukuman ini digunakan oleh warga pendidik berpuluh – puluh tahun sebelum ini di sekolah tanah air, adakah mereka sudah tahu kesannya terhadap rangsangan otak?", "Sebab masuk akal kenapa hukuman ini begitu popular di sekolah – sekolah berbanding hukuman lain jika warga pendidik sudahpun mengetahui bahawa ia bukan saja satu bentuk dendaan, tapi juga satu penambahan kecerdasan otak murid – murid untuk menyambung sesi PnP.", "Kalau betul, bagaimana datuk nenek kita boleh tahu? Persoalan yang cukup menarik bukan?" ]
https://ajar.com.my/2018/11/29/apa-amalan-yang-merosak-nilai-pendidikan-sampai-sekarang-jawapannya-fotostat-buku/
Apa Amalan yang Merosak Nilai Pendidikan Sampai Sekarang? Jawapannya Fotostat Buku.
[ "Nisah Haron, seorang peguam dan sasterawan yang disegani telah mengkritik amalan fotostat buku yang menurutnya merupakan pembunuh industri buku.", "Dialog Pembunuh Industri Buku:\n“Kau belilah, nanti ‘kitorang’ fotostat.”", "Diucap pelajar.\nDiucap pensyarah.\nDiucap orang awam.", "Sama halnya, untuk yang nak pakai barangan berjenama, tetapi beli yang tiruan dan berbangga pula dengan barangan tiruan itu.", "Kalau ucapan itu oleh pelajar saya sendiri, memang saya tidak halalkan ilmu yang saya ajar.", "Kalau diucapkan pensyarah, saya renung matanya dan bertanya wang gajinya yang lebih banyak daripada penulis itu digunakan untuk apa kalau bukan membeli buku.", "Kepada yang berbangga dengan sikap begini, percayalah integriti anda sebagai insan dipersoalkan. Ini sesungguhnya, bukan integriti orang Islam.", "Beli buku sokongannya besar untuk seluruh industri. Kalau tidak kemampuan buat masa ini, diam-diam sudahlah. Ujaran itu biarpun ada unsur jenaka, tetapi sangat tidak kelakar.", "Ujaran begitu depan penulisnya sendiri, sangat kurang ajar.\nUjaran begitu depan penerbit, kedengaran angkuh (seolah-olah duitnya itu untuk benda lain yang lebih penting daripada ilmu).", "Keadaan ekonomi semasa memaksa kita buat banyak pilihan. Kita boleh memilih untuk bercakap yang baik-baik dan terus memilih untuk tidak menyokong perbuatan fotokopi dengan cara yang tidak sah.", "“Kalau ucapan itu oleh pelajar saya sendiri, memang saya tidak halalkan ilmu yang saya ajar”", "Amalan fotostat buku yang melanggar hak cipta penerbitan sememangnya satu amalan yang masih diamalkan sehingga sekarang, dan malangnya, ia dianggap sebagai satu perkara biasa yang tidak bersalahan oleh kebanyakan orang.", "Tambah menyedihkan, perkara ini dilakukan di institusi – institusi pendidikan, di mana sepatutnya nilai keberkatan ilmu dijaga rapi.", "Seperti mana industri cetak rompak berlaku kepada bahan media seperti filem, cetak rompak juga berlaku kepada industri percetakan buku.", "Ia biasanya dilakukan oleh pelajar – pelajar yang merasakan mereka tidak berkemampuan untuk membeli buku – buku akademik yang dianggap mahal. Maka mereka meminjam buku – buku daripada rakan – rakan atau perpustakaan, kemudian dibawa ke kedai fotostat untuk dicetak secara keseluruhan, atau sebahagian.", "Maka mereka dapat memperoleh keseluruhan isi buku tersebut dengan harga yang berkali ganda murah, kerana dapat dipintas kos untuk penerbitan, hak cipta, dan selainnya pada buku tersebut.", "Kebiasaannya, hal ini dilakukan hanyalah untuk keperluan peribadi dan bukan untuk nilai komersial. Itu kebiasaannya tiada masalah, selagi mana ia cuma digunakan untuk komentari, kritikan, laporan pendidikan dan kajian (Fair use), namun dengan peraturan – peraturan tertentu seperti tidak boleh menyalin keseluruhan buku, dan tidak boleh membuat banyak salinan dan diedarkan. Sesetengah perpustakaan mengehadkan jumlah muka surat yang boleh disalin.", "Namun yang lebih membinasakan dan jelas melanggar undang – undang, adalah apabila buku – buku yang difotostat itu itu dijual semula tanpa kebenaran penerbit. Bukan itu saja, kadang kala ia dijadikan bisnes di kolej malah turut mendapat tempahan daripada tenaga pengajar.", "Suatu soalan telah diajukan di portal kemusykilan.islam.gov.my mengenai diri penanya yang merupakan peniaga kedai fotostat di IPT. Beliau menjual salinan fotostat buku – buku untuk kegunaaan pelajar, dengan niat untuk membantu pelajaran mereka.", "Ini jawapan rasmi yang diberikan:", "“Anda wajib bertaubat daripada melakukan penyelewengan tersebut dan perlu membayar semula jumlah kertas photostate yang telah  digunakan dan wajib membayar kepada majikan anda. Anda wajib berhenti serta merta daripada melakukan perkara tersebut.”", "Jelas, hal tersebut adalah serius dan berkait rapat dengan isu halal dan haram rezeki.", "Hal ini kerana, menurut MUIS, Islam sangat menitikberatkan persoalan ‘Intellectual Property’ atau ‘al-milkiyyat al fikriyyah’ – harta intelek, sebagai termasuk di dalamnya hakcipta diperundangan dalam Islam.", "Menurut Syeikh Salih al Munajjid , berikut adalah tatacara dan hukum fotostat:", "“Hak cipta tertakluk kepada penulis dan warisnya setelah mereka meninggal dunia, dan tiada kesalahan menyalin atau memfotostat untuk kegunaan peribadi, tanpa niat untuk menjual selagi mana pemilik hak cipta tidak menyatakan kesalahan pada perbuatan tersebut. Namun jika ia disalin dengan tujuan menjual dan berdagang, maka ia tidak dibenarkan”", "Seharusnya, kita perlu menghargai dan memahami bahawa karya – karya yang disalin itu adalah hak pengkarya, penulis, pemilik hak cipta yang telah bertungkus lumus menghasilkan buku tersebut. Titik peluh mereka perlulah diberi ganjaran setimpal dengan royalti hasil usaha yang mereka kerahkan." ]
https://ajar.com.my/2018/11/29/soalan-matematik-tambahan-terlalu-susah-calon-spm-menangis-bakar-buku/
Soalan Matematik Tambahan terlalu Susah, Calon SPM Menangis, Bakar Buku
[ "Matematik Tambahan seringkali menjadi subjek yang paling ditakuti oleh calon – calon SPM. Namun tahun ini nampaknya kesukaran soalan peperiksaan adalah luar biasa.", "Kesukaran Kertas Matematik Tambahan Tahun ini bukan saja diakui oleh calon – calon SPM:", "Roses are red,Children are crying,Well this is bad,Add Maths is me dying.#SPM2018 #addmath", "— raiden haver (@writingissues) November 25, 2018", "*me after add maths paper 1#spm2018#addmath pic.twitter.com/QEYW84PHj7", "— Dan (@Burger_Z_) November 27, 2018", "https://twitter.com/nawwaokayje/status/1067239127261708293", "https://twitter.com/wxhidah/status/1067819182366945281", "… Malah turut diakui oleh tenaga pendidik", "https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2038145149587047&set=a.573068409428069&type=3&theater", "“Secara keseluruhan soalan tahun 2018 ialah yang paling mencabar jika dibandingkan dengan soalan-soalan beberapa tahun yang lalu.”", "https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2037825662951505&set=pcb.2037873746280030&type=3&theater", "Kesusahan soalan matematik tambahan tersebut kemudian membuatkan beberapa pelajar membakar buku dan kertas peperiksaan kerana kecewa.", "i dont want to see this thing again?#spm2018 #addmath pic.twitter.com/awQDZV53Eb", "— zhiyeeee_ (@zhiyee69834798) November 27, 2018", "Tindakan ini tular pula di media sosial sehingga mendapat kecaman netizen.", "https://www.facebook.com/rizalhakimm/photos/pcb.2295919337401101/2295919184067783/?type=3&theater", "Pelajar kemudian tampil pula untuk memohon maaf atas persepsi bahawa golongan muda sekarang tidak lagi menghormati buku dan ilmu.", "“Saya minta maaf kepada semua. Saya dah tanya junior saya, diorang tak nak pun buku itu atas alasan mereka nak buku past year yang latest dan ada SPM 2018. Buku tersebut dah diguna untuk buat latihan, bukan tak nak bagi dekat junior dan adik”.", "Beliau memberitahu niat membakar buku tersebut kerana tidak mahu buku itu terbiar dilantai, sebab banyak dilihat buku-buku subejk lain terbiar atas lantai sahaja. Lagi pun saya bakar dan tanam dengan niat orang tidak terpijak dan biarkan buku begitu sahaja.", "Nampaknya, Soalan yang dianggap Begitu Susah Oleh Rata – rata Pelajar adalah Mengenai Geometri Logo", "https://twitter.com/salihin_zj/status/1067337316534898688", "Ini percubaan admin Ini Sains Beb bagi soalan tersebut:", "https://www.facebook.com/inisainsbeb/posts/743689172657007?__xts__[0]=68.ARCGptKx55E8vfH5mYoRTDWkheo8cXU49fsTqcvSXo5AE8ifNn3EGFXsPuqDffgO767kBSZDj7gk-7vlAVXpOCXmCf40IgRdmdhQDrGRzec31mRGPTHxFc0d9l7qRKLFQnO7Y9Z5VPyN7nxtm6cXLZuNjq36ek1L0dLJMx3pijlYcRXGP84wv3jyJFaEpya3GIYFN5XvdMwhhYhweNvv9-co46Mpj0uA7TGccXiCnJSLoSZjB8sqW6N7BFFOmMVF4YgyUpv8jdEVU-EfRl4IdaeGbe-11pFrxk6-ND3X6wi5DYutEPelWJnj5sRD&__tn__=C-R", "Kesusahan Soalan Peperiksaan SPM tahun ini, Terutama Bagi Matematik Tambahan telah Mendatangkan Kritikan Dari Pelbagai Pihak", "Soalan peperiksaan tersebut dikhuatiri membunuh hati dan jiwa pelajar.", "Ini komen penceramah Fairuz al Jengkawi mengenai isu yang dianggap barah kepada sistem peperiksaan ini:", "Tolong sangat-sangat agar support anak-anak kalian yang baru mengambil subjek Matematik Tambahan semalam. Saya fikir ini pertama kali melihat betapa kecewanya pelajar hingga buku dan kertas soalan pun sanggup dibakar. Tuan Puan bacalah satu demi satu komen yang saya kongsikan ini. Anak-anak ini menangis, sedih dan keliru.", "Sudah pasti dikalangan pelajar ini ada yang bersungguh-sungguh untuk skor A. Siang malam study, ulangkaji dan jumpa guru. Kalau guru yang mengajar pun kata soalannya susah ya ampun, bayangkan si murid yang menghadapnya.", "Walau boleh je kita kata, “alah, SPM je kot. Aku dulu result add math teruk gila, elok je hidup sampai sekarang.” Komen-komen begini langsung tidak membantu mereka. Mereka perlukan kata-kata sokongan yang mampu menaikkan semangat semula.", "Saya tak faham, apa sebenarnya yang nak dicapai oleh penggubal soalan? Adakah semakin susah soalan atau semakin tinggi KBATnya, semakin bermutu dan berkualiti ia?", "Bukankah ujian ini mahu menguji tahap kefahaman pelajar sepanjang sesi persekolahan? Jadi, mengapa dibuat soalan di luar kemampuan mereka. Adakah kalian expect budak-budak yang ambil add math mesti pandai dan gifted?", "Tahun lepas, kajian Kesihatan Mental Kebangsaan mendedahkan betapa ‘stress’nya remaja belia di Malaysia. Dari jumlah ini, seramai 600 ribu orang berniat untuk bunuh diri.", "Tahun lepas juga, saya temui seorang pelajar Tingkatan 4 yang mengaku sering ambil ubat disebabkan stress bila nak dekat dengan ujian.", "2017 juga kita menangisi pemergian seorang pelajar berusia 12 tahun yang bunuh diri dek kecewa dengan keputusan UPSR yang diperolehi.", "Ini semua ada kaitan dengan perkembangan mental dan emosi para pelajar kita hari ini. Jika adik-adik ini tidak bertemu dengan kaunselor di sekolah, saya khuatir sesuatu yang lebih teruk akan berlaku.", "Saya mengajak kita semua untuk menekuni semula Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ini,", "“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.", "Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”", "Jadi, izinkan untuk saya bertanya. Adakah dengan menggubal soalan yang tak mampu dijawab oleh pelajar akan menjadikan mereka dapat mengimbangi dari segi minda, spritual, emosi dan fizikal? Atau juga ia bakal menjadikan anak-anak ini semakin bertambah pengetahuannya, berketerampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab?", "Wahai Kementerian Pendidikan Malaysia, tolonglah berbuatlah sesuatu. Saya takut sangat andai banyaknya jiwa-jiwa yang akan ‘terbunuh’ dek kegilaan ini.", "Wahai mak ayah, akhirnya kita nampak dek demand yang melampau-lampau dari segelintir ibubapa untuk melihat anak dapat semua A dalam setiap subjek, kita menyaksikan hal semacam ini.", "Bersabarlah, Terus Tanamkan Kecintaan Kepada Ilmu. Jangan Biarkan Dugaan Ini Memadamkan Semangat Belajar Kalian." ]
https://ajar.com.my/2018/12/02/untuk-mencipta-planet-seperti-bumi-seseorang-perlu-baling-syiling-dan-dapatkan-kepala-1-octilion-kali-berturut-turut/
Untuk Mencipta Planet Seperti Bumi, Seseorang Perlu Baling Syiling dan Dapatkan Kepala 1 Octilion Kali, Berturut – turut.
[ "Mengapa ‘kerawakan’ (randomness) dianggap satu kesimpulan saintifik yang boleh diterima sedangkan ‘kebijaksanaan’ tidak? Semakin dikaji alam ini, semakin jelas elemen reka bentuk dalam alam semesta.", "Pada tahun 1966, ahli fizik hanya memiliki dua kriteria untuk membolehkan sesebuah planet menampung kehidupan: bintang bapa (parental star) yang sesuai, dan jarak planet yang bertepatan dari bintang tersebut. Itu tidaklah banyak. Hal ini memberi inspirasi kepada saintis untuk mencari alien. Mereka berharap dapat menerima signal radio untuk mencari kebijaksanaan angkasa lepas, tapi mereka tidak menemui apa – apa.", "Sejak 1966, parameter untuk membolehkan kehidupan berkembang bertambah daripada 2 kepada 10 kepada 50 dan sekarang kita ada lebih daripada 200 syarat – syarat spesifik (dan masih bertambah). Kesannya, kebarangkalian untuk kewujudan kehidupan di angkasa lepas semakin berkurang dan berkurang dan berkurang.", "Ini adalah beberapa syarat – syarat yang diperlukan:", "Kesemua ini adalah faktor yang diperlukan untuk kelangsungan kehidupan. Banyak daripada faktor ini bergantung antara satu sama lain, maka kebergantungan itu juga harus dipertimbangkan. Kebarangkalian sesebuah planet memiliki hanya 32 daripada faktor – faktor ini adalah satu dalam Tredecilion, atau 1 diikuti dengan 42 angka kosong (1 dalam 1,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000 )", "Jika ia hanya terjadi secara rawak, maka seseorang perlu membaling syiling dan memperoleh ‘kepala’ satu octiliion kali secara berturut – turut.", "Bila agaknya komuniti saintifik akan mengakui bahawa kebijaksanaan lah kesimpulan saintifik yang harus diterima? Memberi komen terhadap kompleksiti alam semesta, Dr John Lennox, Professor Matematik Universiti Oxford mengatakan:", "Semakin kita mengenali alam semesta kita, semakin jelas bahawa hipotesis ia dicipta oleh Pencipta adalah penjelasan terbaik kenapa kita berada di sini", "Dr Shadee Elmasry" ]
https://ajar.com.my/2018/12/03/ilusi-optik-bila-mata-pun-menipu-2/
Ilusi Optik, Bila Mata Pun Menipu
[ "vERSI ARTIKEL", "Eh hai, cuba anda tengok gambar ini.", "Nampak macam gambar ini bergerak – gerak kan? Tapi sebenarnya ia gambar tetap.", "Macam mana pula dengan gambar ini?", "Anda perhatikan blok A, nampak macam lagi gelap berbanding blok B bukan? Tapi sebenarnya warna keduanya adalah warna yang sama.", "Dan gambar di atas pula nampak seperti gambar 3D, namun sebenarnya ia hanyalah lukisan 2D di atas kertas.", "Jadi untuk semua gambar – gambar tadi, mata kita seolah – olah menipu kita. Fenomena ini kita panggil sebagai ilusi optik.", "Ilusi optik adalah ilusi yang menipu sistem penglihatan mata kita untuk melihat sesuatu yang tak wujud, atau melihat sesuatu dengan salah.", "Ya, ilusi optik ini membingungkan, kerana ia ‘mengacau’ otak kita. Namun, tidak semestinya ilusi optik ini tidak bagus. Ia miliki banyak kegunaan:", "Ilusi optik antara lain digunakan dalam iklan untuk membangkitkan rasa ingin tahu bakal pelanggan.", "Contohnya van Kit Kat ini yang buat kita lihat seolah – olah ada orang yang tidur di katil tergantung van.", "Disamping menimbulkan penegasan bahawa Kit Kat merupakan jenama untuk ‘relaks’, iklan ini juga menarik perhatian pemandu. Pemandu yang melihat iklan ini pada waktu kesesakan lalu lintas pasti ingin melihat ilusi ini dengan lebih dekat, lantas membuatkan mereka teringin untuk membeli coklat tersebut.", "Begitu juga iklan Honda CRV ini yang sangat unik dan menarik perhatian.", "Dalam iklan yang dipenuhi dengan ilusi optik ini, Honda ingin memberikan mesej bahawa kereta ini mampu melakukan perkara – perkara yang mustahil.", "Honda CRV kemudian menjadi antara model Honda yang paling berjaya.", "Begitu juga, ilusi optik boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa.", "Ilusi anak kecil melintas di jalan di atas membuatkan kereta bergerak perlahan di kawasan sekolah.", "Dan untuk memaksa pemandu memperlahankan kenderaan, ada syarikat di Canada yang memperkenalkan teknik ilusi stiker lubang jalan.", "Dan sebenarnya ilusi mata juga membolehkan untuk menonton video – video di skrin. Kerana video sebenarnya adalah satu ‘ilusi’.", "Apabila kita melihat video, filem, rakaman facebook live, atau animasi, kita perhatikan bahawa elemen – elemen di dalam video tersebut bergerak dengan licin, seperti pergerakan dunia sebenar. Tapi hakikatnya video tersebut cumalah koleksi ribuan gambar – gambar statik yang memberikan pergerakan.", "Apabila video dimainkan, puluhan gambar ditunjukkan bertubi – tubi dalam masa saat. Dan lantaran mata kita mengekalkan satu impresi visual dalam 1/30 pecahan saat (fenomena ini dinamakan persistence of vision), maka otak kita menganggapnya sebagai satu pergerakan.", "Ilusi ataupun penipuan mata ini kemudian mewujudkan industri video yang bernilai berbilion – bilion dolar.", "Memandangkan ilusi optik ini terjadi pada kita semua, berbilion – bilion manusia setiap hari, maka sudah pasti kita sudah pun mengetahui, dan faham bagaimana ia berlaku bukan?", "Sebenarnya … tidak juga…", "Ilusi optik masih satu lagi merupakan satu misteri besar yang belum dirungkai.", "Dalam usaha untuk memahami ilusi optik, saintis membahagikannya kepada 2 jenis, iaitu:", "Ilusi optik yang disebabkan oleh peraturan fizik senang dijelaskan.", "Menurut teori penglihatan oleh Ibn Haytham yang masih digunakan sehingga sekarang, kita dapat melihat adalah kerana cahaya dari objek yang masuk ke dalam mata.", "Sebelum itu, saintis Greek percaya bahawa organ penglihatanlah yang mengeluarkan cahaya.", "Maka apabila berlaku gangguan pada isyarat optik antara objek dengan mata, terjadilah ilusi.", "Contoh ilusi optik yang disebabkan peraturan fizik adalah fatamorgana, iaitu satu ilusi yang biasa berlaku di padang pasir, di mana pemerhati akan melihat seolah – olah wujud kolam air di tengah – tengah padang pasir, atau jalan yang panas.", "Terjadinya fenomena tersebut adalah kerana pembiasan cahaya akibat perbezaan suhu lapisan udara.", "Satu lagi ilusi adalah pelangi. Walau sejauh mana pun kita cuba mengejar pelangi, kita tak akan dapat sentuh pangkalnya. Kerana pelangi bukanlah objek biasa, tetapi satu ilusi cahaya.", "Itu ilusi – ilusi yang disebabkan oleh fizik. Tapi yang lebih memeningkan adalah ilusi yang disebabkan oleh bahasa otak.", "Cuba anda perhatikan gambar ini. Garisan mendatar mana yang lebih panjang?", "Nampak macam garisan B yang lebih panjang bukan? Tapi sebenarnya garisan kedua – duanya adalah sama panjang.", "Jadi..apa isunya? Begini.", "Pada mulanya saintis menganggap bahawa ilusi optik di atas dialami oleh semua orang di seluruh dunia. Tapi kemudian mereka menguji orang Afrika dengan ilusi yang sama dan ternyata, mereka tidak tertipu. Golongan yang lebih mudah tertipu dengan ilusi di atas adalah orang Barat di kawasan industri.", "Penjelasan mengapa orang Afrika tidak tertipu, adalah kerana tempat kehidupan mereka tidak sama dengan tempat tinggal orang moden yang banyak bangunan bersudut dan berbongkah.", "Tempat tinggal mereka lebih banyak bentuk bulat dan lengkung semula jadi. Jadi inilah sebab mereka ‘kebal’ ilusi tersebut.", "Jadi rupa – rupanya, ilusi optik ini bergantung pada cara kita dibesarkan.", "Ilusi optik juga mendedahkan realiti penglihatan kita.", "Cuba perhatikan gambar – gambar ini:", "Anda nampak bentuk segi tiga, petak dan bulatan?", "Sebenarnya bentuk – bentuk tersebut tidak wujud. Perhatikan betul – betul. Otak kita sendiri yang cuba untuk melengkapkan data berdasarkan pengalaman bentuk yang kita pernah tengok.", "Maksudnya, otak kita membuatkan kita melihat perkara yang tidak wujud.", "Contoh lain, pernah tak anda nampak bentuk muka pada benda – benda rawak? Contohnya kita nampak bentuk wajah orang di pokok, batu dan gunung. Fenomena ini dipanggil Pareidolia.", "Bentuk – bentuk tersebut tidak wujud, tapi otak kita sendiri yang cuba mendatangkan makna pada data – data yang tidak bermakna.", "Disebabkan kita sudah ketahui bahawa mata kita boleh menipu. Kesannya agak besar.", "Dalam mahkamah, saksi mata dianggap metod pembuktian yang utama. Tapi bagaimana jika saksi tersebut sekadar terpedaya dengan ilusi?", "Dalam sains, pemerhatian adalah sangat penting dan merupakan keperluan asas untuk membuat dapatan dan teori saintifik. Namun menurut ahli falsafah Thomas Kuhn, pemerhatian seorang saintis sebenarnya tak lari daripada bias.", "Dalam bereksperimen, saintis sebenarnya dipengaruhi oleh teori dan paradigma yang mereka telahpun percayai sebelum ini. Maka dapatan eksperimen dan kesimpulan mereka boleh jadi berat sebelah, menurut kepercayaan mereka.", "Dan akhirnya, ini semua membuka kepada satu persoalan klasik:", "Kita nampak baru kita percaya, atau kita percaya baru kita nampak?" ]
https://ajar.com.my/2018/12/04/singgah-di-johor-atau-johol-isu-baru-yang-mencetus-debat-netizen/
“Singgah di Johor atau Johol”? Isu Baru yang Mencetus Debat Netizen
[ "Isu mengenai penggunaan kata yang benar terhadap ungkapan klasik lagu Melayu timbul lagi. Kali ini berkenaan perkataan ‘Johor’ atau ‘Johol’.", "Seorang pengguna Twitter meluahkan ketidakpuasan dirinya apabila menganggap ramai orang salah menyanyikan lagu klasik Joget Pahang.", "Menjengkelkan betul bila orang nyanyikan ‘Dari Melaka ke Negeri Pahang, singgah di Johor beli berangan’. Sesungguhnya bukan Johor harap maklum, tapi Johol. Johol ni kawasan di Negeri Sembilan. Jadah nak pergi Pahang dari Melaka, patah balik Johor. Biasakan betul, betulkan biasa.", "Menurut pengguna ini, penggunaan Johor adalah salah kerana tidak logik dari sesi geografi. Kenyataan ini mengundang respon yang hebat dari pelbagai pihak di alam maya, kerana ini bermakna, beliau mencabar lirik lagu rasmi Joget Pahang nyanyian P Ramlee:", "Dari Melaka\nKe negeri Pahang\nSinggah di Johor beli berangan\nKami ucapkan selamat datang\nApa yang kurang dicaci jangan", "Anak kepada penulis lirik lagu Joget Pahang nyanyian P Ramlee, Anwardi Datuk Jamil , kemudian tampil memberikan respon:", "https://www.facebook.com/anwardij/posts/1924520314284124", "“Ada  orang bertanyakan saya untuk menyelesaikan pertikaian malam semalam. Dalam lirik lagu Joget Pahang, lagu yang dikomposisikan oleh P Ramlee dengan lirik oleh arwah bapa saya, mereka bertanya saya – ada satu baris yang mengatakan:", "“Dari Melaka ke negeri Pahang, Singgah di Johor Beli Berangan”", "Ada orang yang memberitahu umum bahawa perkataan yang asal adalah Johol dan bukan Johor. Menurutnya, siapa yang waras mahu pergi ke Johor terlebih dahulu, kemudian ke Timur Laut ke Pahang. Johol lebih masuk akal, katanya, kerana Johol di Negeri Sembilan dan lebih masuk akal untuk melalui Johol untuk ke Pahang.", "Saya sebenarnya tak perlu menyemak nota arwah bapa saya kerana saya tahu memang maksud beliau Johor. Untuk pihak yang mengatakan ia Johol, saya cadangkan tak perlu tunjuk pandai.", "Kisahnya adalah tentang Hang Tuah pergi ke Pahang untuk membawa balik Tun Teja. Sekarang, ini adalah abad ke 16. Jika anda google Johol, anda akan tahu bahawa pada pertengahan abad ke 17 (setelah kejatuhan Melaka), Johol masih dipanggil Sungei Keroh. Hanya apabila Undang Johol wujud barulah kawasan tersebut dipanggil Johol secara rasmi. Jadi, Johol tidak wujud pada waktu Hang Tuah. Itu satu.", "Sekarang, saya rasa orang ini fikir bahawa Lebuhraya Karak wujud pada waktu itu, itulah sebabnya dia kata ia lebih masuk akal untuk Hang Tuah pergi ke Utara, kemudian Timur (melalui lebuh raya Karak dan lebuh raya Timur – Barat baru). Secara logiknya, jika lebuh raya wujud pada waktu itu, barulah masuk akal. Tapi tidak. Itu dua.", "Begitu juga, Johor adalah negeri bukan bandar seperti Johor Lama atau Johor Baru. Ia adalah negeri yang mempersempadankan Melaka. Pada waktu dulu – dulu, jika anda cukup dungu untuk untuk cuba pergi ke Pahang menggunakan jalan darat, anda akan perlu masuk Johor dulu ke arah pantai Pekan dan kemudian ke arah Timur ke Kuantan atau Inderapura. Melalui jalan Johol ke laluan Kuantan kerja gila kerana anda perlu memanjat gunung sebelum sampai ke Pahang. Itu tiga.", "Akhir sekali, jika dia membaca buku Hang Tuah, dia pasti sedar bahawa Hang Tuah ke Pahang menggunakan laut, melalui Selat Johor dan kemudian ke Laut China Selatan. Jadi pergi ke Johol menggunakan kapal pasti sukar.", "Jadi saya fikir bapa saya sememangnya maksudkan Johor dan bukan Johol, seperti yang ditunjukkan.", "Maka jelaslah, bahawa sememangnya Johor, bukan Johol." ]
https://ajar.com.my/2018/12/04/mahu-perbetul-salah-tanggap-terhadap-islam-pelajar-malaysia-di-uk-gerak-kempen-beri-makan-gelandangan/
Mahu Perbetul Salah Tanggap Terhadap Islam, Pelajar Malaysia di UK Gerak Kempen Beri Makan Gelandangan
[ "Pelajar Malaysia di UK menjalankan kempen yang diberi nama “Warming the Soul – Feeding the Homeless” sebagai satu kerja amal kepada masyarakat setempat.", "Program yang dikelolakan oleh Ikatan Muslimin Malaysia Eropah tersebut bertujuan untuk memperbetul tanggapan salah sesetengah anggota masyarakat negara ratu tersebut terhadap Islam, sehingga mencetuskan Islamofobia.", "Program Warming the Soul tersebut dijalankan dalam beberapa siri di beberapa tempat seperti di Dublin, Cardiff dan Manchester.", "Dalam sesi – sesi tersebut, peserta yang terdiri daripada pelajar Malaysia mengedarkan makanan dan minuman seawal 7 pagi kepada golongan gelandangan tempatan yang serba kekurangan dan tidak memiliki tempat tinggal.", "Saudara Aiman Arif, salah seorang peserta program, ketika ditemubual oleh Media ISMA Eropah berkata, “program ini dapat memberi peluang kepadanya serta peserta-peserta lain untuk merasa keadaan bagaimana hidup dalam serba kekurangan, tambahan pula dengan cuaca musim sejuk di bumi Eropah ini yang ‘unforgiving’ dengan hujannya yang berterusan, mendungnya yang berpanjangan, dan sejuknya yang naik ke tulang”", "Beliau juga menambah, “aktiviti-aktiviti sebegini turut melatih diri peserta-peserta untuk sentiasa beramal serta diharapkan dapat memupuk semangat suka memberi dalam kalangan pelajar kepada masyarakat, kearah kebaikan.”", "Peserta turut berkesempatan untuk beramah-mesra dengan golongan-golongan ‘homeless’ ini di mana salah seorang daripada mereka, bernama Dell, telah berkongsi kisah hidupnya serta bagaimana dia telah menjadi mangsa keadaan sehingga terpaksa hanya berteduhkan awan pada waktu malam.", "Dia turut menghargai jasa serta semangat yang ditonjolkan oleh peserta-peserta dan AJK yang terlibat dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik ini.", "Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan bahawa program sebegini menjadi salah satu platform terbaik bagi mahasiswa Malaysia di United Kingdom untuk menyumbang kembali kepada komuniti serta masyarakat setempat." ]
https://ajar.com.my/2018/12/07/mencapai-jutaan-tontonan-ternyata-ucapan-graduasi-uni-malaysia-mampu-mencabar-barat/
Mencapai Jutaan Tontonan, Ternyata Ucapan Graduasi Uni Malaysia Mampu Mencabar Barat.
[ "Selama ini kebanyakan ucapan graduasi oleh graduan terbaik universiti, atau valedictorian speech yang tular didominasi oleh Universiti – universiti Barat. ", "Ucapan dari graduan Harvard ini contohnya, tular apabila beliau memberikan kritikan dan pandangan uniknya terhadap sistem pendidikan Barat.", "Begitu juga, video ucapan Denzel Washington ketika hari graduasi Dillard University ini menjadi bahan motivasi jutaan pelajar yang terinspirasi dengan kisah beliau bangkit dari kegagalan.", "Namun, siapa sangka, ucapan graduasi universiti Malaysia juga sebenarnya miliki kehebatan tersendiri dan mampu mencabar hasil keluaran universiti Barat.", "Video ucapan graduasi oleh graduan PhD terbaik USIM, Dr Kamilin Jamilin, mencapai jutaan tontonan dalam masa kurang satu minggu dan dikongsikan dalam pelbagai medium.", "Ucapan graduasi yang unik tersebut sangat menyentuh hati kerana dikaitkan dengan keberkatan doa ibu. Beliau yang merupakan penerima anugerah Chansellor Award USIM itu mengatakan bahawa beliau tidak perlu langsung merasa bimbang, kerana beliau sentiasa mempercayai doa ibu beliau yang bersolat Dhuha sekurang – kurangnya 1 jam setiap hari.", "Menariknya, tatkala ucapan – ucapan graduan di Barat rata – rata mengkritik sistem peperiksaan, pendidikan, mengkritik nilai ilmu, ucapan graduan negara kita menyentuh nilai rohani dan hakikat keberkatan ilmu.", "Hal ini merupakan satu keunikan yang sewajarnya dipersembahkan secara lebih meluas kepada pengguna alam maya seluruh dunia yang kini sedang mengalami krisis ‘kekeringan’ nilai pendidikan. " ]
https://ajar.com.my/2018/12/07/peta-genius-ini-menerangkan-keseluruhan-fizik/
Peta Genius ini Menerangkan Keseluruhan Fizik!
[ "Einstein pernah mengatakan:", "Jika anda tak mampu menerangkan dengan mudah, itu bermakna anda belum cukup faham", "Kebiasaannya, masalah dalam pembelajaran adalah apabila kita merasa kabur (lost) terhadap apa yang diajar dalam silibus. Terutama sekali fizik. Kenapa selepas bab optik diajar selepas elektrik? Kenapa kosmologi lain sangat dengan ‘mekanik klasik’? Apa kaitan hukum pergerakan Newton dengan teori atom?", "Kadangkala, terasa seolah – olah kesemua bab – bab tersebut tercerai antara satu sama lain, tiada kaitan. Kalau mata pelajaran sejarah sekurang – kurangnya kita diajar menurut kronologi peristiwa, tapi untuk subjek seperti fizik, apa susunannya?", "Untuk menjawab soalan ini, seorang pengguna Youtube yang juga merupakan seorang ahli fizik, Dominic Walliman, melukis satu ‘Peta Fizik’ yang mengaitkan topik – topik fizik dalam satu diagram yang cantik. ", "Nampak menakutkan jangan risau, beliau turut menyertakan satu video penerangan yang hanya sepanjang 8 minit.", "Dalam peta dan video tersebut, fizik dibahagikan kepada beberapa pecahan utama:", "Kesimpulannya, lebih banyak kita belajar, lebih banyak kita sedari bahawa kita amat jahil. Ini sudah pasti menimbulkan kerendahan hati dalam diri kita. " ]
https://ajar.com.my/2018/12/10/sekarang-soalan-apa-kamu-nak-jadi-bila-besar-tidak-lagi-sesuai/
Sekarang, Soalan “Apa Kamu Nak Jadi Bila Besar?” Tidak Lagi Sesuai.
[ "20 tahun lepas, kalau kita katakan kita mahu menjadi seorang ‘pengurus media sosial’, ‘pembangun aplikasi telefon bimbit’, ‘Youtuber’, ‘Pakar viral Malaysia’, mungkin orang akan kata kita bermimpi di siang hari.", "Namun hakikatnya, kini semakin banyak peluang pekerjaan baru muncul yang kita mungkin tidak pernah terfikir puluhan tahun lepas.", "Untuk itu, kita boleh ucapkan terima kasih kepada Revolusi Industri 4.0. Ringkasnya, Revolusi Industri keempat ini kita bolehlah fahami sebagai ‘kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak’.", "Maka pada masa depan, generasi baru bukan saja perlu bersaing sesama manusia, tapi juga dengan robot. Dan dalam banyak perkara, kita manusia sedang ditewaskan. Itulah sebabnya dijangka beberapa sektor pekerjaan berikut mempunyai 95% kebarangkalian untuk diganti dengan robot:", "Ringkasnya, kerja – kerja yang memerlukan aktiviti berulang – ulang, patuh pada prosedur, terhad kepada kehendak fizikal mungkin tidak akan terselamat daripada digantikan oleh robot. Malah 800 juta pekerjaan dijangka hilang akibat revolusi baru ini.  ", "Agak menakutkan bukan? Tapi sebenarnya ia akan diganti dengan peluang – peluang pekerjaan yang baru, yang mungkin tidak lagi wujud dan kita tidak lagi terfikir pun.", "Menurut World Economic Forum, 65% daripada kanak – kanak yang mula masuk sekolah rendah pada hari ini akhirnya akan memasuki sektor pekerjaan yang belum lagi wujud. ", "Antara peluang pekerjaan masa depan yang dijangka terbuka adalah seperti:", "Maka untuk mempersiapkan generasi baru untuk berhadapan dengan dunia pada masa depan, sistem pendidikan memainkan peranan yang sangat penting. Dan kita mungkin perlu membuang soalan – soalan lapuk seperti ‘nak jadi apa bila besar‘ kepada anak – anak kita bermula sekarang.", "Pelajar – pelajar perlu disiapkan dengan kemahiran berfikir secara kritikal, kreativiti, komunikasi dan kemahiran bekerjasama, menurut World Economic Forum.", "Malangnya, kebanyakan kita masih terperangkap dengan sistem peperiksaan yang sekadar menghafal dan memuntahkan kembali info di atas kertas, untuk kemudian ditempel dengan peratus dan gred pada kad laporan. Jika menghafal adalah kemahiran anak – anak kita, maka kemahiran copy & paste robot yang lebih hebat pasti akan menggantikan mereka. " ]
https://ajar.com.my/2018/12/12/nombor-nombor-yang-diharamkan-dalam-sejarah/
Nombor – nombor yang Diharamkan Dalam Sejarah
[ "Dalam sejarah, ada banyak perkara yang diharamkan. Daripada amalan – amalan keagamaan, kepada buku – buku pencetus revolusi, kepada dadah – dadah merbahaya, semua ini dianggap memberi ancaman dan perlu dihalang daripada terus diamal dan disebarkan.", "Namun tahukah anda, ada beberapa nombor dan konsep matematik yang juga pernah dianggap berbahaya dan diharamkan oleh pihak berkuasa? Artikel ini senaraikan tiga:", "Pada zaman dahulu, orang Greek percaya bahawa alam semesta ini dibina oleh nombor – nombor bulat yang ‘sempurna’. Ahli matematik Phytagoras beserta pengikutnya temui corak nombor pada bentuk – bentuk, muzik dan bintang. Mereka anggap nombor sebagai kunci rahsia – rahsia alam.", "Tapi kemudian seorang pengikut Phytagoras bernama Hippasus temui satu penemuan yang akhirnya menimbulkan kekacauan. Ia bermula dengan satu soalan.", "“Bayangkan satu bentuk segi empat sama. Setiap sisi panjangnya 1 unit. Berapa panjang pepenjuru?”", "Soalan yang jujur ini kemudian menjadi igauan pengikut Phytagoras. Dengan menggunakan teorem Phytagoras (a2 + b2 = c2), kita temui panjang pepenjuru tersebut sebagai /2. ", "Maka memandangkan orang Greek begitu obses dengan kesempurnaan nombor – nombor bulat, mereka mulakan usaha untuk mencari nilai pecahan yang boleh mendapatkan nilai /2.", "nilai /2 tak boleh ", "ditukar kepada ", "pecahan.", "Tapi setelah bertungkus lumus membuat percubaan demi percubaan, mereka tak temui jawapannya. nilai /2 tak boleh ditukar kepada pecahan. Maka timbullah satu konsep baru dalam matematik yang amat dibenci oleh orang Greek – nombor bukan nisbah (nombor yang tak boleh ditulis dalam bentuk pecahan)", "Dengan kewujudan nombor ini, bermakna alam ini tidak lagi ‘sempurna’. Musnahlah konsep alam impian mereka.", "Menurut lagenda, Hippasus kemudian dibuang negeri kerana menyebarkan penemuan beliau. Sesetengah lagenda lain mengatakan beliau mati lemas sebagai ‘hukuman dari Tuhan’.", "Nombor sifar / kosong memang pelik. Ini video yang menerangkan kepada ‘nombor’ ini begitu aneh.", "Ringkasnya, konsep nombor sifar ini tak diterima dalam matematik selama ribuan tahun oleh tokoh – tokoh besar matematik dalam sejarah. Malah, orang Greek pun tak pernah terfikir tentang konsep ini.", "Sejarawan mengatakan bahawa nombor sifar ini berasal dari India, oleh seorang yang bernama Brahmagupta. Ia kemudian dikembangkan dan dipopularkan oleh sarjana Islam (Yang paling popular tak lain adalah al Khwarizmi) sehingga melahirkan sistem nombor Arab (Atau sistem nombor Arab – Hindu, menurut sejarawan lain) yang kita gunakan sampai sekarang.", "Sistem nombor Arab ini ternyata lebih mudah daripada sistem nombor Roman. Bayangkan membuat penambahan MMDCCCXLVII + DCCXXVIII dibandingkan dengan 2847 + 728. ", "Eropah tolak sistem nombor Arab dan nombor 0", "Namun melalui pempopularan sistem nombor Arab, konsep nombor sifar turut dibawa bersama ke benua Eropah. Ia satu konsep revolusionari yang sangat berkuasa dalam matematik, yang secara langsung mengembangkan kalkulus dan kejuruteraan.", "Tapi  dunia Eropah menolak nombor tersebut. Pada tahun 1299, Florence mengharamkan nombor sifar, bersama keseluruhan nombor Arab yang lain.", "Kenapa? Kerana pada waktu itu Eropah sedang berperang Salib dengan orang Islam. Maka mereka menganggap apa saja yang datang daripada orang Arab, termasuklah matematik, sebagai ‘bid’ah’.", "Nombor sifar juga dianggap bahaya kerana berisiko mendatangkan penipuan, diubah menjadi nombor sembilan, dan dimanipulasi. Malah, mereka juga takut dengan konsep nombor negatif, kerana memberi kesan pada amalan hutang mereka.", "Tahukah anda terdapat nombor yang wujud di mana jika anda menyebarkannya di atas talian atau jika anda menyimpan dalam bentuk tulisan, anda boleh ditangkap di Amerika? Nombor tersebut digambarkan di atas, tapi beberapa nombor telah diubah. ", "Apa isu dengan nombor tersebut, anda tanya?", "Isunya adalah mengenai teknik penyulitan (encryption) dan Digital Millennium Copyright Act yang mendakwa mana – mana aktiviti penghasilan dan penyebaran alatan yang boleh menyulitkan usaha hak cipta.", "Ringkasnya, nombor perdana ini boleh digunakan untuk menyahsulitkan (decrypt) perlindungan hakcipta dalam DVD yang membolehkan orang memuat turun isi DVD tersebut.", "Untuk lebih memahami tentang perkara ini, video Youtube di bawah sangat membantu:" ]
https://ajar.com.my/2018/12/13/sekolah-di-us-eksperimen-lambatkan-masa-mula-sekolah-1-jam-hasilnya-pelajar-lebih-cemerlang/
Sekolah di US Eksperimen Lambatkan Masa Mula Sekolah 1 Jam, Hasilnya Pelajar Lebih Cemerlang.
[ "Menyedari kecenderungan remaja untuk berjaga lebih lambat pada waktu siang dan bangun lebih lambat pada waktu pagi, sebuah sekolah di Amerika membuat percubaan melambatkan masa mula sekolah selama 1 jam.", "Sekolah Seattle Public School menyusun jadual persekolahan mereka untuk bermula pada pukul 8.45 pagi – 1 jam lebih lewat daripada masa kebiasaan 7.45 pagi. Perubahan tersebut dibuat hanya kepada sekolah menengah dan sekolah tinggi. ", "Penerimaan ibu bapa berbeza – beza. Mereka terpaksa mengubah beberapa jadual rutin hidup biasa mereka. Aktiviti kokurikulum terpaksa dianjak, begitu juga perkhidmatan bas sekolah.", "Namun nampaknya hasilnya berbaloi dan positif. Menurut sebuah kertas kajian yang diterbitkan pada tarikh 12 Disember 2018, anjakan masa mula sekolah sebanyak 1 jam lewat membolehkan pelajar mendapat lebih banyak masa tidur dan menghasilkan prestasi belajar yang lebih baik.", "Menurut kajian tersebut, golongan remaja mengalami masalah tidak cukup tidur yang kronik. Hal ini berpunca daripada penetapan masa beraktiviti yang tidak sesuai dengan ‘jam tubuh’ mereka. Sistem ‘jam badan’ ini juga memberitahu kita bilakah masanya untuk makan, tidur, rehat dan mulakan kerja dalam satu rentak. ", "Remaja selepas baligh didapati mengalami anjakan sistem circadian yang menangguhkan masa tidur mereka ke waktu yang lebih lewat. ", "“Kajian ini menunjukkan peningkatan signifikan masa tidur pelajar – hanya dengan melambatkan masa mula sekolah supaya lebih sesuai dengan waktu jaga semula jadi remaja” kata salah seorang pengkaji Horacio O de la Iglesia yang juga merupakan profesor Biologi.", "Saintis memberi saranan agar remaja mendapat tidur 10 jam setiap hari. Tapi kewajipan harian mereka – seperti pergi ke sekolah awal waktu – menghendaki mereka untuk bangun awal pagi. Hal ini memaksa remaja untuk menganjak masa tidur mereka lebih awal, atau biarkan saja diri mereka tidak cukup tidur. ", "“Hal ini memberi kesan buruk kepada kesihatan, sebab rentak circadian yang terganggu boleh memberi kesan kepada pencernaan, kadar degupan jantung, suhu badan, fungsi imunisasi, kadar tumpuan dan kesihatan mental” kata Iglesia.", "Melalui eksperimen tersebut, didapati terdapat peningkatan 4.5% gred median sekolah, disamping kadar kehadiran pelajar yang lebih baik. " ]
https://ajar.com.my/2018/12/14/kenapa-kecil-tapak-tangan-nyiru-saya-tadahkan/
Kenapa “Kecil Tapak Tangan, Nyiru Saya Tadahkan”?
[ "Ada beberapa peribahasa yang kita tertanya – tanya kenapa diungkapkan sebegitu oleh nenek moyang kita dahulu.", "Contohnya adalah peribahasa Kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan. ", "Menurut DBP, peribahasa tersebut membawa maksud : Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati.", " Tapi mengapa ya? Kenapa tapak tangan kecil? Apa tu nyiru? Kenapa tadah tangan?", "Rupa – rupanya jika diteliti dan dihayati, peribahasa tersebut membawa makna yang cukup mendalam, menurut Nor Hashimah Jalaludin dari UKM", "Peribahasa ini sebenarnya boleh difahami daripada beberapa tingkatan pemahaman, setiap tingkatan adalah lebih tinggi daripada sebelumnya (Ada maqam – maqam rupanya peribahasa ni): ", "“Fuh. Biar betul. Peribahasa ringkas je kot”. Jadi ayuh kita lalui satu per satu peringkat tersebut.", "Peribahasa tersebut bermaksud untuk menerima sesuatu yang lebih besar atau sangat berbesar hati untuk menerima. Ini makna di peringkat pertama – umpama makna skrip yang tertulis. ", "Sekarang kita persoalkan pula penggunaan elemen kata dalam peribahasa ini. Bukan saja nak cari pasal dengan nenek moyang, tapi nak hayati kebijaksanaan mereka. ", "Jadi kita banding antara tapak tangan dengan nyiru. Walaupun kedua – dua berfungsi untuk menadah, tapak tangan adalah lebih kecil daripada nyiru.", "Jadi meskipun pemberian itu kecil, si penerima tetap berbesar hati. Ia boleh dikaitkan dengan imej saiz; iaitu yang besar itu baik yang kecil kurang baik. Ia menggambarkan juga perasaan si penerima.", "Sekarang kita teroka jauh lagi. Nyiru ini rupa – rupanya adalah alat untuk menampi, biasanya padi, sesuai dengan masyarakat Melayu.", "Apa tujuan menampi? Ia adalah untuk memisahkan beras dengan hampa padi selepas ditumbuk. Selepas ditampi akan terpisah sekam (hampa padi) daripada beras.", "Tak habis lagi. Padi ni ada bulu halus yang miang. Hampa / sekam itu pula keras dan liat, tak boleh dimakan. Tapi sekam ni tidak lah tak berguna langsung, ia adalah alat pembakar yang baik. Jadi kita boleh guna sekam untuk bakar labu sayung.", "Jadi seperti detektif, kita boleh kaitkan tampian padi dengan pemberian orang. Rupa – rupanya orang Melayu nak kata, apa yang nak diberikan tu bukan setakat diterima, tapi ‘ditampi’, ‘ditapis’ dan direnung supaya benar – benar bersih. ", "Mungkin ada pemberian mempunyai unsur ‘miang’ yang boleh melukakan, ada yang keras dan liat yang boleh memudaratkan. Maka banyak pertimbangan yang harus dibuat sebelum menerima sesuatu pemberian daripada seseorang. ", "Apa falsafah di sebaliknya? Peribahasa ini membawa pengajaran bahawa seseorang harus berfikir/menimbang terlebih dahulu sebelum menerima apa sahaja pemberian. Tidak semua yang datang itu baik mahupun buruk.", "Sekam adalah alat pembakar tetapi pembakarannya adalah secara terselindung dengan hanya mengeluarkan asap tetapi pada masa yang sama akan memusnahkan apa yang dibakar. Ia boleh dikaitkan dengan peribahasa ‘api dalam sekam’. Pembakaran secara senyap hanya dengan mengeluarkan asap boleh diibaratkan sesuatu yang mempunyai maksud tersirat. Di situlah boleh kita kaitkan fungsi menampi tadi.", "Begitu rapinya pemilihan objek antara tapak tangan, nyiru, sekam dan niat yang jahat itu tersimpul rapi berasaskan pemerhatian manusia dengan alam. Masyarakat terdahulu lebih bersifat mesra alam, bersahabat dengan alam dan secara tidak langsung menjadikan dunia ini eko-sistem yang selamat untuk diduduki.", "Rujukan: Pelestarian dan Perekayasaan Bahasa Melayu " ]
https://ajar.com.my/2018/12/14/kisah-kim-ung-yong-anak-super-genius-yang-tak-bahagia-dan-akhirnya-mahu-hidup-normal/
Kisah Kim Ung Yong, Anak Super Genius yang Tak Bahagia dan Akhirnya Mahu Hidup Normal.
[ "Apa perasaan anda jika anda dapat menjadi seorang genius dengan IQ paling tinggi di dunia?", "Mungkin anda akan berasa sangat bangga, mungkin anda mahu selesaikan masalah – masalah paling sukar dalam sejarah, atau mungkin anda mahu menikmati populariti sebagai ‘manusia paling bijak dunia’.", "Namun lain ceritanya dengan Kim Ung – Yong, seorang yang dilahirkan sebagai genius yang menggemparkan Korea, tapi kemudian dicop sebagai ‘bakat yang gagal‘. Betulkah gagal?", "Kim Ung Yong yang dilahirkan pada tahun 1963 mampu bertutur hanya pada usia 6 bulan. Pada umur 3 tahun, beliau sudah mampu membaca Korea, Jepun, German, Inggeris dan beberapa lagi bahasa lain, kerana tidak mahu bosan.", "Pada usia 7 tahun beliau sudah dipanggil oleh stesen TV Jepun untuk menyelesaikan masalah pembezaan matematik secara lintas langsung. Kita pada usia sebegitu mungkin masih bermain pemadam atau kad Yu- Gi – Oh. Mungkin baru boleh baca Iqra’ satu. ", "Kehebatan luar biasa anak kecil ini kemudian mendapat perhatian NASA. Orang Amerika menganggap bakat luar biasa minda manusia ini perlu dimanfaatkan sebaiknya.", "Oleh itu, pada usia 8 Tahun, Kim Ung Yong dijemput ke NASA", "Pada mulanya, beliau diberikan beberapa aktiviti pembelajaran. Kemudian pada 1974, beliau mula bekerja bersama beberapa individu hebat yang lain. Beliau menghabiskan masa hampir satu dekad bersama NASA.", "Menakjubkan bukan? Beliau juga mengambil ujian IQ dan mendapat skor 210, antara yang paling tinggi dalam sejarah manusia. Bukan itu saja, beliau memperoleh PhD pada usia 15 tahun! Wow! Kita di kolej usia 20 tahun pun sudah mahu menangis!", "Namun bagi Kim, pencapaian tersebut tidaklah begitu menggembirakan buatnya. Beliau menganggap kehidupan beliau pada waktu itu sebagai satu tempoh kesunyian, hidup seperti robot.", "“Pada waktu itu, saya hidup seperti mesin. Saya bangun, selesaikan masalah persamaan matematik harian, makan, tidur dan berterusan. Saya tak tahu apa yang saya lakukan. Saya kesunyian dan tiada kawan” Kata Kim yang mengungkap kembali kisah hidupnya.", "Disebabkan terlalu rindukan ibunya, beliau sedari hidupnya bermasalah, maka beliau tinggalkan NASA dan kembali ke Korea.", "Kim Dicengkam Pula Pihak Media", "Sekembalinya ke Korea, Kim yang mengganggap dirinya mampu memperoleh ketenangan dan kebahagian, kini ‘diserang’ pula oleh media. ", "Hampir semua surat khabar mengeluarkan artikel mengenai dirinya, pelbagai cerita digembar – gemburkan. Lensa kamera berpusu – pusu memfokus pada dirinya.", "Kim pula sudah membuat keputusan mahu hidup seperti orang biasa. Seperti remaja normal. Beliau tidak mahukan tumpuan media. Beliau mengatakan setiap orang seperti berbakat pada bidang masing – masing.", "Sudah pasti, media tak sukakan Kim yang baru ini. Maka beliau mula dilabel ‘genius yang gagal’. Beliau dikatakan mensia – siakan bakat beliau yang sebenar.", "Tapi bagi Kim, duit dan populariti tidak membawa kepada kebahagiaan", "Kim kemudian mula mencari kerja seperti orang lain. Disebabkan beliau tiada sijil pendidikan negara Korea, maka beliau mulakan dengan mengambil peperiksaan – peperiksaan kebangsaan. Dah pasti, bila IQ anda 210, semua ini tiada masalah.", "Beliau mula mencari kawan dan mengejar pengalaman – pengalaman baru. Beliau juga pernah bekerja sebagai kerani pejabat!", "Tapi ini tidaklah bermakna Kim melupakan terus kemahiran otak beliau. Beliau pernah menerbitkan beberapa kertas akademik berkenaan hidraulik. Pada tahun 2007, beliau mengambil keputusan menjadi pensyarah. Tujuh tahun kemudian, pada tahun 2014, beliau menjadi seorang profesor di Universiti Shinhan.", "Namun orang masih mengharapkan lebih daripadanya. Mereka merasakan Kim lebih layak mencapai perkara yang lebih besar daripada bidang kejuruteraan sivil.", "Ini balasan beliau:", "Saya sentiasa beritahu orang bahawa saya gembira sebegini. Tapi kenapa mereka perlu katakan kegembiraan saya sebagai satu kegagalan?", "Beliau mengatakan perkara normal itulah sumber kebahagiaan yang selalu dipinggirkan:", "Orang sentiasa cuba menjadi istimewa dengan meninggalkan kegembiraan biasa mereka. Tapi mereka perlu sedar bahawa kegembiraan adalah perkara – perkara biasa yang kita selalu pandang enteng, seperti menjalin persahabatan, berkongsi waktu – waktu indah dengan kawan – kawan di sekolah … Saya tak dapat rasai perkara – perkara ini. Itulah sebabnya saya yakin apa yang saya sebutkan ini adalah penting.", "Mesej beliau mudah dan jelas:", "Menjadi seorang yang istimewa tidaklah penting seperti menjalani kehidupan biasa.", "Sumber: miratico, ibelieveinmothernature, storypick" ]
https://ajar.com.my/2018/12/16/pelajar-malaysia-phd-cambridge-kongsi-7-sikap-yang-perlu-ada-untuk-survive-phd/
Pelajar Malaysia PhD Cambridge Kongsi 7 Sikap yang Perlu Ada untuk ‘Survive’ PhD
[ "Amin Rukaini Mustafa, pelajar cemerlang yang kini sedang menghabiskan PhD di Cambridge, mengongsikan beberapa sikap yang beliau pelajari selama bergelar calon PhD.", "Beliau yang sekarang sudah memasuki tahun akhir ijazah Doktor Falsafah dalam bidang teknologi tersebut menuliskan pengajaran – pengajaran bermakna tersebut dalam laman web beliau (Dikongsikan dengan kebenaran, mestilah)", "Walaubagaimanapun, sedikit amaran, sesuai dengan maqam beliau selaku pelajar PhD Cambridge, tulisan ini agak berat dan menguji minda. Kalau anda dapat habiskan, anda layak dapat tepukan dari mana – mana kawan atau kucing terdekat.", "Berikut 7 Sikap yang Pelajar Sebagai Pelajar PhD oleh Amin Rukaini. ", "Perkara ini merupakan perkara paling utama yang diperlukan oleh sesiapa sahaja dalam dunia kajian. Sebelum mengenali apa itu PhD, saya juga merupakan seorang yang beranggapan bahawa sesuatu kajian itu boleh ‘tamat’ dan ‘berkesudahan’ tetapi bila sudah berada dalam pengajian dan telah melalui banyak pengalaman – dapatlah saya katakan bahawa tiada istilah mengalah atau putus asa pada seseorang yang ingin melibatkan diri dalam sesuatu kajian. Kajian ini bukan seperti menjawab soalan yang memiliki jawapan pilihan: A, B, C atau D. Adakalanya, kita sudah pun menggunakan kesemua jawapan (solusi) itu terhadap permasalahan kita tetapi tetap gagal. Jika diikutkan falsafah logik soalan objektif tersebut, maka kita telah gagal menyelesaikan masalah dan tiada lagi jalan penyelesaiannya. Hakikat dunia kajian yang sebenar tidak sedemikian rupa. ", "Ya, kita mungkin tidak mendapat menyelesaikan sesuatu permasalahan itu dengan solusi A, B, C atau D tetapi sebagai seorang penyelidik atau ahli saintis – kita perlu cari lagi jawapan E, F, G sehinggalah Z sekalipun kerana realiti cabaran sebenar tidak semudah jawapan A, B, C dan D. Mungkin, sampai satu tahap kita terpaksa menerima dan mengguna semua jawapan (kaedah) tersebut untuk mencapai objektif kita.  ", "Inilah apa yang terjadi kepada diri saya sendiri. Dalam satu objektif kajian yang saya lakukan bagi menentukan lokasi protin secara tepat dalam spora bakteria, saya terpaksa mencuba pelbagai jenis kaedah dan pendekatan. ", "Kebiasaanya, untuk menentukan lokasi sesuatu protin baru yang tidak diketahui, para ahli molekul biologi akan menggunakan teknik yang dipanggil protin pelapor (reporter protein). Iaitu, dengan mencantumkan pelapor protein biasanya green fluorescent protein (GFP) dengan mana-mana protein yang ingin dikaji. Hasil pengimejan dan analisis terhadap cahaya fluorescence tersebut secara tidak langsung dapat menentukan lokasi protin yang ingin kita kaji. Dan teknik inilah yang telah saya gunakan; namun, teknik ini ternyata tidak berjaya bagi protin yang saya kaji walaupun ianya berjaya bagi kes-kes orang lain. ", "Terlalu banyak faktor penyebab kenapa ianya tidak berjaya, antara salah satunya ialah disebabkan kegagalan protein cantuman (fusion protein) tersebut untuk berlipat (folding). Maka, pendekatan lain digunapakai seperti meembuat cantuman dari arah kepala protin (N-terminal) berbanding dari arah ekor protin (C-terminal) serta penggunaan pelapor yang berbeza seperti SNAP-tag dan Mcherry. Kesemua teknik ini juga ternyata gagal dan akhirnya saya mencuba pelapor yang jarang dipakai iaitu menggunakan pelapor Tdtomato. Proses untuk kaedah dan standard mendapatkan imej fluorescent ini telah mengambil masa selama hampir setahun dengan pelbagai percubaan demi percubaan! ", "Inilah salah satu contoh mudah betapa tidak semudah itu dalam realiti kajian. Sesuatu kaedah itu mungkin kita anggap boleh dilakukan semudah A,B,C atau D secara teorinya tetapi secara praktikalnya semua ini memerlukan kesabaran dan sikap tiada erti mengalah dan tidak berputus asa. Saya pasti tidak akan mencapai sebarang dapatan kajian sekiranya saya telah berputus asa mencuba sebarang kaedah-kaedah baru yang bersifat alternatif. ", "Bagi mereka yang tidak biasa dengan dunia penyelidikan dan baru-baru berjinak dengannya, menghadapi sesuatu kegagalan akan menjadi satu mimpi ngeri. Tambahan lagi jika seseorang itu miliki sikap perfectionist. Tiada masalah untuk memiliki sikap perfectionist tetapi ianya perlu diurus dan diletakkan pada situasi yang sesuai. Saya akan terangkan di manakah situasi yang sesuai pada akhir perenggan ini. Bagi di luar dunia penyelidikan, kegagalan itu pada asasnya ditafsirkan sesuatu yang negatif dan tidak baik kerana kita sejak daripada kecil sudah dididik oleh sistem keluarga dan masyarakat bahawa kita perlu berjaya dalam segenap aspek. Kegagalan itu satu perkara yang memalukan diri. ", "Dalam penyelidikan, paradigma terhadap kegagalan berbeza. Kegagalan itu adalah satu cabaran dan motivasi buat para penyelidik. Sikap menghadapi kegagalan ini akan benar-benar diterapkan ke dalam diri dan jiwa pelajar PhD supaya bila sudah keluar nanti, mampu menghadapi cabaran kajian yang lebih besar dan mampu mengharunginya tanpa sebarang kesukaran. Kegagalan dianggap sebagai rutin dan perkara biasa. Apabila berhadapan kegagalan; contoh, hari ini buat eksperimen dan gagal – rileks, tiada masalah – esok boleh cuba lagi dengan cara dan pendekatan berbeza. Latihan ini sudah tentu perlu melalui jalan yang agak sukar dan perlu melaluinya sendiri. ", "Sama juga dengan pengalaman saya. Pada awal-awal latihan, setiap kali gagal dalam eksperimen -terbawa-bawa ke dalam mimpi ngeri. Susah mahu berubah paradigma ini kerana sebagai seorang yang perfectionist, saya pernah merasakan bahawa apa yang saya buat perlu berjalan seperti apa yang dirancangkan. Tetapi hakikat ini tidak berlaku dalam kebanyakan eksperimen berorientasikan kajian. Setiap kali buat, akan ada kegagalan demi kegagalan. Daripada sinilah, sedikit demi sedikit cara penerimaan kegagalan itu berubah daripada sesuatu yang pahit kepada sesuatu yang manis! Manis kerana daripada kegagalan inilah saya akan duduk berfikir, berbincang dan merencanakan beberapa solusi baru terhadap cabaran kajian tersebut. Akhirnya, saya menjadi seorang yang selesa dan biasa dengan kegagalan. Kegagalan bagi dunia penyelidik merupakan satu rahmat yang menghidupkan jiwa-jiwa ingin tahu akan keajaiban alam Ciptaan Tuhan. ", "Jadi, di manakah perlu kita letak sikap perfectionist ini? Salah satunya ialah pada sikap pengurusan projek kajian. Seperti biasa bagi pelajar PhD dalam bidang saintifik, mereka akan dibekalkan satu atau banyak projek tertentu untuk dilaksanakan. Adakalanya, kita akan mudah berasa culas dan ada rasa ‘sudah cukup’ dalam menguruskan projek-projek ini tatkala pasti akan ada sesetengahnya gagal mencapai objektif dikehendaki. Maka, pada ketika inilah sikap perfectionism itu perlu ditampilkan. Kita perlu ada rasa ingin perfection dalam menjawab tesis atau persoalan kajian tersebut. Walaupun ianya mungkin gagal tetapi usaha kita untuk menjawab tesis atau persoalan kajian melalui sikap tersebut dianggap sesuatu yang penting dalam dunia penyelidikan. ", "Bilakah sesuatu kajian itu boleh dikatakan TAMAT? Jawapannya mudah, ianya tidak akan tamat sampai bila-bila kerana tabiat ilmu manusia itu memiliki had. Jika kita beranggapan bahawa kajian dan penyelidikan boleh tamat – maka kita tersilap. Dalam dunia penyelidikan ini, anda kata sudah tiada apa yang perlu dikaji, maka akan tiadalah kajian demi kajian. Inilah tabiat sebuah penyelidikan. ", "Sebagai pelajar PhD, supervisor saya, iaitu individu paling rapat yang berpengalaman dan memahami selok belok penyelidikan acapkali berpesan kepada saya:", "“There is always something else that needs to be done”  (Sentiasa ada sesuatu lain yang perlu dilakukan/diselesaikan)", "Ya, kadang-kadang saya sendiri merasakan sudah rasa ‘cukup’ dengan data dan dapatan kajian yang ada tetapi setiap kali itu juga akan ada perkara-perkara lain yang kita terlepas pandang dan perlukan penelitian. Ianya satu usaha yang berterusan dan panjang, memerlukan sikap yang betul bagi menghadapi situasi seperti ini.  Demikianlah tabiat sebuah penyelidikan, hanya ada permulaan tetapi tiada penamatnya kerana ilmu manusia itu terlalu cetek dengan ruang lingkup ilmu sebenar. ", "  ???? ???? ????? ????????? ???????? ??????????? ?????? ???????? ????????? ?????? ???? ???????? ????????? ?????? ?????? ??????? ?????????? ???????", "Katakanlah (wahai Muhammad), “Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Rabbku, sungguh habislah lautan itu sebelum kalimat-kalimat Rabbku habis (ditulis), meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). (al-Kahfi/18:109)", "Sebagai seorang Muslim, perkara ini kita imani sekuat-kuatnya bahawa Allah jualah pencipta yang mengetahui segala ruang lingkup ilmu. Maka, apabila kita memahami ilmu kita ini amat cetek – usaha ke arah menggali ilmu itu memerlukan satu jihad atau kerja kuat yang berterusan. Memahami kefahaman ini bermaksud seorang individu yang menggelar dirinya sebagai Muslim seharusnya memiliki sikap rajin dan tekun usaha untuk menyelami kehebatan sang Pencipta melalui pemerhatian terhadap segala keunikan penciptaanNya.", "Tapi ya, pengajian PhD perlulah kena tamat!", "Ramai orang takut digelar diri sebagai bodoh. Bahkan ramai pula hari ini di media sosial senang-senang melabel orang lain sebagai ‘si bodoh’. Tidak kurang juga ada yang menjadikan frasa ‘bodoh’ ini sebagai satu hujah penghabisan dalam menghadapi sesuatu perbezaan pendapat. ", "Dalam dunia penyelidikan, sebagai pelajar PhD – saya dididik untuk menyelami rasa kebodohan dan kebingungan. Dunia penyelidikan ini adalah dunia yang penuh kebodohan (tidak tahu menahu) dan kebingungan terhadap jawapan. Untuk menyelami rasa kebodohan ini kita perlu berhadapan dengan perkara yang kita tidak tahu menahu ataupun di luar kefahaman kita. Tetapi kebodohan yang bagaimana?", "Untuk mudah faham, saya ambil contoh pengalaman saya dalam menghadapi ‘kebodohan’. Saya telah ditugaskan untuk mengkaji sejenis protin yang wujud dalam spora bakteria tetapi tidak pernah ada mana-mana manusia di bumi pun yang tahu menahu dan tiada pula rekod-rekod kajian daripada journal menceritakan keperihalan protin ini. Maka – pada ketika itu bolehlah saya katakan saya menjadi insan yang ‘bodoh’ (tidak tahu menahu) tentang protin ini. Untuk merungkai ‘kebodohan’ ini, saya perlu tahu beberapa perkara penting dengan mengeluarkan beberapa persoalan, iaitu:", "a) Apa tugas utama protin ini?, ", "b) Di mana lokasi protin ini dalam bakteria spora?,", " c) Apa bentuk struktur protin ini supaya saya tahu tugasnya? dan ", "d) Adakah protin ini memiliki sebarang interaksi dengan protin-protin yang sudah dikenal pasti?", "Semua soalan-soalan ini adalah soalan-soalan orang yang ‘bodoh’ dalam usaha untuk keluar daripada rasa kebodohan itu. Ianya merupakan antara contoh persoalan-persoalan yang seringkali ditanya oleh para ahli saintis bagi merungkai ‘kebodohan’ mereka dan kita (sebagai manusia) dan cuba merungkaikan kebingungan terhadap pengetahuan (ilmu) yang manusia ada yang memiliki had itu. ", "Protin ini berskala nanometer, sangat kecil dan di luar kemampuan manusia dan juga mikroskop biasa untuk melihatnya. Ilmu terhadap protin tersebut bagi diri saya ibarat satu ruang hitam yang tidak kelihatan. Maka, dengan menjawab persoalan-persoalan ‘bodoh’ di ataslah sedikit demi sedikitlah saya dapat keluar daripada ‘kebodohan’ dan kebingunan itu. ", "Untuk menjawab persoalan-persoalan itu, sudah tentu, kami para pelajar PhD diajar untuk menggunakan disiplin dan metod pengkajian yang sesuai. Sebagai contoh, untuk menjawab persoalan ‘a)’, saya boleh menggunakan teknik yang ada dalam molecular genetics seperti mutational analysis dan over-expression. Begitu juga jika ingin menjawab persoalan ‘(b)’, saya menggunakan teknik reporter protein (protein pelapor) seperti GFP dan sebagainya. Manakala persoalan (c) boleh dijawab menggunakan kaedah crystallography dan cryogenic electron microscopy (Cryo-EM) dan persoan (d) boleh dijawab dengan mana-mana kaedah molecular genetics seperti yeast hybridisation system dan lain-lain. ", "Menyelami rasa ‘kebodohan’ ini menjadikan diri kita memahami bahawa terlalu banyak ilmu yang manusia tidak ketahui dari sekecil-kecil zarah DNA dan protin sehinggalah sebesar-besar planet dan alam cakerawala.", "Maka, usah takut untuk rasa ‘bodoh’. ", "Dalam kajian dan penyelidikan, sudah tentu bila sampai masanya kita akan memperoleh data hasil daripada eksperiman yang dijalankan. Dalam latihan pengajian PhD, saya dilatih untuk menghadapi data kajian dengan penuh berhati-hati, berwaspada dan skeptikal sama ada dalam menghadapi data dapatan orang lain mahupun data dapatan kajian diri sendiri. ", "Sikap skeptikal ini perlu wujud dalam kalangan ahli penyelidik atau saintis untuk mengelakkan daripada tersalah tafsir ataupun telah disalah tafsir. Dalam merungkai ruang lingkup ilmu yang kita ‘bodoh’ itu, ada kebarangkalian besar sesuatu dapatan kajian itu tidak tepat dan biased. Proses pentaakulan dan penelitian yang jitu perlu dilakukan bagi memastikan ianya benar-benar tepat. ", "Antara pengalaman yang benar-benar mengajar diri saya semasa dalam latihan ialah apabila dapatan kajian saya sendiri sebenarnya tidak tepat dan berkemungkinan salah. Pada ketika itu, saya bolehlah dikatakan agak ‘mentah’ sikap sebagai seorang ahli penyelidik ‘junior’. Data kajian saya sendiri berkenaan dengan penentuan lokasi protin menggunakan kaedah cantuman SNAP-tag yang selama ini saya percaya dan yakin rupa-rupanya memiliki masalah yang besar, iaitu ianya sebenarnya adalah false positive(tidak tepat). Semua ini hanya disedari apabila mula mendapat teguran oleh supervisorsaya. Beliau dengan nada yang cuak berkata kepada saya:", "“Amin, I feel so nervous and my hand is shaky when you show me this data”", "Beliau dapat merasakan sesuatu tidak kena dengan data yang saya miliki. Ternyata sangkaan beliau agak tepat kerana hasil penelitian lanjut, didapati terdapat beberapa isu dalam penggunaan kaedah tersebut. Akhirnya, saya perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan teknik yang lebih baik dan terjamin. ", "Sikap skeptikal ini juga perlu wujud terhadap data atau dapatan kajian yang dihasilkan oleh orang lain. Boleh jadi orang lain menipu data tersebut, boleh jadi juga ada banyak errors dalam dapatan kajian yang tidak dijelaskan dalam penulisan laporannya, dan boleh jadi juga beliau hanya melaporkan sebahagian data yang signifikan berbanding yang tidak bermakna. Bahkan, dalam aktiviti harian di makmal juga perlu ada sikap skeptikal. Sebagai seorang ahli mikrobiologi atau biologi molekul, aspek berkerja dalam kondisi sterile sentiasa perlu diutamakan. Perlu ada rasa skeptikal dalam menggunakan alatan ekskperimen orang lain dan juga perlu ada rasa skeptikal sekiranya orang lain telah menggunakan alatan kita dan lain-lain lagi. ", "Pendek kata, sikap skeptikal adalah salah satu sikap yang penting bagi seorang penyelidik kerana seorang penyelidik bukanlah orang yang naif dan mudah untuk menerima; kerana tugasnya adalah untuk selidik dan kaji.", "(Disclamer: Konteks ini tiada kaitan langsung dengan persoalan konteks agama)", "Sikap ini mungkin akan dibaca agak sedikit janggal bagi mereka yang tidak berada dalam skop kajian dan penyelidikan bahkan boleh disalah tafsirkan. Dalam dunia penyelidikan keraguan atau skeptikal ini adalah titik permulaan kepada kesahihan. Keraguan yang dimaksudkan dalam konteks ini rasa tidak percaya atau yakin terhadap sesuatu dapatan atau penemuan. Sikap ini akan membawa kepada sikap keberhati-hatian dalam mencari kesahihan dalam menerokai ruang lingkup ilmu yang belum terjawab. ", "Dalam skop kajian saintifik terutamanya dalam bidang molecular biology yang mana skop kajian melibatkan kajian terhadap sesuatu yang tidak boleh nampak dengan mata kasar seperti protein, DNA dan molekul, keberangkalian untuk tersalah tafsir amat besar sekali. Setiap kumpulan penyelidik sudah pasti akan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbeza. Untuk mudah faham, untuk menjawab persoalan (b), iaitu di mana lokasi protin tertentu dalam bakteria spora; para penyelidik boleh menggunakan berbeza kaedah. Ada yang menggunakan kaedah pelapor protin (reporter protein) seperti yang saya gunakan, dan ada ada pula yang menggunakan kaedahwestern blotting dan lain-lain berdasarkan hujah dan justifikasi masing-masing. Disebabkan perbezaan kaedah ini, masing-masing akan memberi tafsiran terhadap dapatan kajian yang berbeza-beza dan boleh jadi ianya disalah tafsir. ", "Analogi yang biasa diguna pakai oleh sesetengah dalam menggambarkan situasi dan falsafah ini ialah analogi ‘Orang Buta dan Si Gajah’ atau dalam bahasa Inggerisnya The Blind Men and The Elephant. Apabila si buta masing-masing mentafsirkan sesuatu ‘dapatan’ baru berdasarkan konteks dan kemampuan masing-masing, maka terhasillah suatu pentafsiran yang berbeza-beza. Sama juga seperti seorang ahli saintis yang cuba mengkaji sesuatu protin yang tidak dapat dilihat, bahkan disentuh. Masing-masing akan mengeluarkan tafsiran tersendiri yang barangkali ‘betul’ daripada perspektif kaedah yang digunakan tetapi ‘salah’ daripada perspektif kaedah yang lain. ", "Maka, sebab itulah sikap keraguan atau skeptikal ini perlu bagi para penyelidik khususnya dalam bidang molecular biology. Dengan adanya keraguan, barulah ‘kesahihah’ itu boleh dicari walaupun secara amnya, kesahihan dalam skop penyelidikan ini adalah relatif dan diluar jangakauan melainkan ianya terbukti secara teori dan praktikaliti. ", "‘It is what it is’ , komentar daripada supervisor saya apabila mendapat dapatan kajian yang lengkap. ", "Apa pun data dan kajian yang diperolehi dan mungkin berbeza daripada orang lain, itulah dapatannya. Sikap ini bukanlah bermaksud sikap mengalah tetapi lebih kepada sikap penerimaan had dan limitasi yang ada pada manusia. Buatlah kajian sehebat manapun untuk cuba buktikan sesuatu teori hebat tetapi akhirnya jika data kajian mendapati ianya tidak betul, itulah dapatannya. ", "Makna kata lain, jika hasil kajian yang dibuat tidak berjaya dan mendapat keputusan negatif, itulah dapatannya. Manusia hanya boleh menggunakan kaedah empirikal untuk mentafsirkan sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat. ", "Sejauhmanakah ‘kesahihan’ dapatan kajian tersebut, manusia tidak dapat memastikannya kerana pakailah apa sahaja kaedah dalam mentafsirkan dunia molekul, semua adalah relatif dan yang lebih mengetahui adalah Sang Pecipta yang Maha Mengetahuinya. Kita hanyalah manusia yang cuba merungkai ilmu itu dengan skala yang termampu.", "Sebagai seorang muslim, kita lebih memahami konteks ini kerana hakikatnya Allah jualah yang lebih mengetahui (wallahua’lam)!", "Haa, alhamdulillah, anda berjaya habiskan. Ini kucing yang dijanjikan:", "Bonus:" ]
https://ajar.com.my/2018/12/19/berapa-6%c3%b7212-soalan-yang-menceraikan-internet/
“Berapa 6÷2(1+2) = ?” Soalan yang Menceraikan Internet.
[ "Dalam internet, ada banyak benda yang mencetuskan pergaduhan dan pertelingkahan. Iya lah, nama pun internet. Daripada pergaduhan watak kartun yang mana paling kuat, kepada filem mana paling best, orang sentiasa miliki sebab untuk bertengkar dengan orang yang mereka tak kenali di internet. ", "Namun jika ada suatu perkara yang mempunyai ‘kuasa’ untuk mencetuskan pergaduhan dahsyat warga netizen di seluruh dunia, ia adalah soalan matematik ini:", "Berapa Jawapan 6÷2(1+2) ? 9 Atau 1?", "Soalan ini ada beberapa versi lain, seperti  144 ÷ 3(8 + 4), atau 48/2(9+3). Tapi 6÷2(1+2) adalah versi yang paling banyak dikongsi di media sosial. ", "Apa yang paling membuat kita menarik rambut sekuatnya setiap kali bertemu dengan soalan ini di Facebook, adalah kita begitu yakin dengan jawapan kita. “Tak mungkin ia salah, ini yang kita telah belajar dari dulu”", "Tapi kemudian kita buka komen dan ratusan orang memilih jawapan yang ‘salah’. Bukan itu saja, mereka mengatakan kita pula yang salah dan dungu!", "Sekali lagi, terdapat dua jawapan yang sering diperdebatkan, iaitu 1 atau 9. Mari kita lihat bagaimana jalan kerja yang menghasilkan kedua – dua jawapan tersebut:", "Berikut adalah jalan kerja yang menghasilkan jawapan 1:", "6÷2(1+2)", "= 6÷2(3)", "= 6÷6", "= 1", "Berikut adalah jalan kerja yang menghasilkan jawapan 9:", "6÷2(1+2)", "= 6÷2(3)", "= 3×3", "= 9", "Sabar, sabar. Perkara pertama yang mungkin kita lakukan adalah cuba mengesahkan menggunakan kalkulator. ", "Apa jawapan yang diberi oleh kalkulator Google?", "Ok takpe. Mari cuba Wolfram Alpha pula:", "Nampaknya jawapan – jawapan kalkulator internet adalah 9. Tapi tak mungkin kan?? Sebab jawapannya 1 kan??? Google malah pernah dimarahi dalam forum kerana ‘tak faham Bodmas’ dan diminta untuk membetulkan kalkulator mereka.", "Namun, video yang mungkin paling popular berkenaan perdebatan ini menjelaskan, bahawa jawapannya ternyata…", "Memang sebenarnya …", "Hakikatnya, adalah ….", "9.", "University of Regina juga antara yang mengiakan jawapan tersebut. Memang 9. Kerana ia berpandukan peraturan Bodmas (Bracket Of Division Multiplication Addition Subtraction). Pengiraan dibuat dari kiri ke kanan dan pembahagian sebelum pendaraban.", "Tapi sebenarnya ada perbincangan yang lebih berfaedah mengenai isu ini, berbanding perdebatan jawapan mana yang betul.", "Ini adalah ‘jawapan’ ketiga. Iaitu mempersoalkan soalan itu yang sengaja dibuat mengelirukan, supaya mencetus perbalahan.", "Ini adalah komen yang diberikan oleh University of Regina terhadap pelajar yang menanyakan soalan ini:", "Anda menanyakan soalan, “apa jawapan yang betul? 9 atau 1?”. Soalan yang lebih wajar ditanya adalah, “siapa yang tulis soalan tersebut sebegitu?” Nampaknya ia ditulis dengan sengaja untuk membuat orang keliru. Ahli matematik begitu berhati – hati untuk memastikan apa yang mereka tulis jelas dan tidak samar – samar.", "Soalan tersebut sebenarnya boleh ditulis untuk mendapatkan jawapan yang jelas.", "Jika ia ditulis (6/2)(1+2), maka jelas jawapannya adalah  3×3=9. Kerana nombor dalam kurungan itu diselesaikan dahulu.", "Jika ia ditulis 6/(2(1+2)), maka jelas jawapannya 6/6=1.", "Jadi mengapa ia tak ditulis sedemikian? Sebab tujuan hantaran tersebut di media sosial bukan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Tujuannya memang semata – mata menimbulkan perdebatan dan mencetus emosi.", "Artikel oleh Slate.com menjelaskan panjang lebar bahawa isu ini turut berkait dengan konvensi dan sejarah matematik. ", "Dahulu, simbol obelus, atau ÷digunakan untuk membahagi semua di bahagian kirinya dengan bahagian kanannya. Bermakna, jika itu penggunaannya, penyelesaiannya adalah 6 dibahagi dengan (2(1+2)), menghasilkan 1. Buku teks lama mengguna pakai simbol tersebut sedemikian.", "Tapi penggunaan tersebut telah ditinggalkan dan tak lagi digunakan. Bila anda masuk ke kolej atau ke universiti pun, anda tak lagi melihat simbol ÷ digunakan.", "Begitu juga dengan BODMAS, atau PEMDAS, yang kita anggap merupakan satu peraturan tetap dalam matematik yang tidak boleh diubah. Sebenarnya, ia hanyalah satu konvensi yang diubah dan dikembangkan. Penggunaannya masih diperselisihi waima oleh pengamal matematik.", "Ringkasnya, terdapat dua masalah utama bagi soalan tular ini:", "Jadi, apa nak buat kalau anda bertemu lagi hantaran ini? Anda boleh beri pautan artikel ini (terima kasih, hehe), atau elakkan saja. Ada banyak lagi aktiviti berfaedah untuk dibuat di internet. Seperti tengok video kucing." ]
https://ajar.com.my/2018/12/20/adakah-ini-jurnal-akademik-paling-kelakar-amaran-bahasa-18-tahun-ke-atas/
Adakah Ini Jurnal Akademik Paling Kelakar? (Amaran – Bahasa 18 Tahun ke Atas)
[ "Apabila kita membuka jurnal – jurnal akademik, kebiasaannya kita menjangkakan bahasa – bahasa teknikal yang tinggi yang bakal dipersembahkan oleh penulis. Penyampaiannya pula kering, dan dah pasti, hampir mustahil ditemui apa – apa bahan jenaka dalam jurnal.", "Tapi ternyata terdapat satu jurnal akademik yang sah, yang apabila dibaca tajuknya saja akan membuat kita tersedak kopi yang diteguk. ", "Amaran: Bahasa jurnal tersebut tak sesuai untuk kanak – kanak. ", "Betul ni, tak sesuai.", "Ok, ini artikel tersebut. ", "Tulisan tersebut bukan dibuat oleh geng – geng Wechat atau Tumblr. Sebaliknya ia ditulis oleh Profesor Simon Springer dari Universiti Newcastle. Ia diterbitkan dalam ACME – International Journal for Critical Geographies. dan mendapat hampir 50 citations.", "Ceritanya, Profesor Simon Springer merupakan pakar dalam topik tersebut, yang telah mengkaji dan menerbitkan tulisan – tulisan akademik tentangnya selama 15 tahun. ", "Neoliberalisme, menurutnya dalam tulisan di theconversation, menggalakkan orang untuk melakukan apa saja yang mereka mahu, tanpa mengira kesan kepada perpecahan masyarakat, ketidaksamarataan, dan keganasan yang diakibatkan oleh ideologi tersebut. Semua di atas nama ‘kebebasan bersuara’.", "Beliau kemudian tidak tahan lagi menulis tentangnya dan mahu ideologi ini dibuang sejauh – jauhnya. Tapi tulisan – tulisan akademik yang dibuat selama ini tidak membantu. ", "Asalnya artikel yang ingin dihasilkan bertajuk “Lupakan saja Neoliberalisme (Forget Neoliberalism), tapi beliau mengatakan “Saya ambil keputusan untuk melanggar batas dan membuat orang marah kerana kita sebenarnya yang perlu marah dengan neoliberalisme. Kita yang sepatutnya melanggarnya”", "Kenapa kalian terguris saya mencarut sedangkan apa yang kalian patut risaukan adalah racun buruk neoliberalisme itu sendiri?", "Beliau juga mengatakan bahawa perkataan yang dipilih ‘Fu**’ adalah perkataan yang paling sesuai digunakan terhadap ideologi tersebut. Tambah menggelikan hati, beliau kemudian menghuraikan hampir satu perenggan berkenaan ‘keajaiban’ perkataan ‘fu**’ tersebut, dalam jurnal berkaitan geografi.", "Tidak cukup dengan itu, beliau kemudian menerbitkan pula satu buku parodi akademik bertajuk “Fu** Neoliberalism and then Some!” dengan menjemput seorang rakan pengkaji memberikan artikel sokongan:", "Epik betul. " ]
https://ajar.com.my/2018/12/22/ferrofluid-bendalir-yang-seakan-teknologi-makhluk-asing/
Ferrofluid, Bendalir yang Seakan Teknologi Makhluk Asing
[ "Jika disenaraikan ciptaan – ciptaan sains moden yang membuatkan kita rasa tak senang, seolah – olah kita menyaksikan sesuatu yang datang bukan daripada bumi, Ferrofluid mungkin termasuk dalam senarai tersebut. ", "Beberapa video yang berlegar di internet yang mendemonstrasikan ‘kepelikan’ bendalir ini cukup untuk buatkan kita termenung khayal apabila menontonnya. ", "Semakin ditonton, semakin pelik. Semakin … nak bawa pulang untuk dieksperimen di rumah.", "Ferrofluid dihasilkan pada tahun 1960 oleh Steve Papell, seorang jurutera di Lewis Research Centre. Beliau peroleh idea untuk memagnetkan minyak roket untuk memudahkannya disedut keluar daripada tangki simpanan kepada enjin pada keadaan sifar graviti.", "Caranya adalah dengan menggunakan partikel nano bermagnet dan disebatikan dengan bendalir pembawa, dan kemudian dilapisi dengan surfaktan supaya ia tidak bergumpal.", "Dengar macam rumit dan sofistikated kan? Malangnya ia tidak menjadi seperti yang diharapkan. Ferrofluid bagaimanapun kemudian digunakan dalam aplikasi lain seperti pembesar suara, pemprosesan bahan kimia dan pembuatan semikonduktor. Pada masa hadapan, saintis berharap bahan ini dapat digunakan untuk merawat kanser. ", "Bahan ini menjadi popular dan tular apabila jatuh ke tangan ahli – ahli seni. Ia digunakan dalam pelbagai imej – imej abstract, dalam filem dan dalam jam digital berestetika.", "Jadi bagaimana ia menjadi bentuk bergigi yang pelik tu? Penjelasannya merangkumi tindakan pelbagai daya yang yang menghasilkan keseimbangan kimia, seperti daya magnet, jalinan (bond) dengan atom besi, ketegangan permukaan, daya Van der Waals dan graviti yang bereaksi serentak. ", "Atau anda boleh saja kata ia teknologi alien. Tak ada siapa yang berani bantah, jangan risau. " ]
https://ajar.com.my/2018/12/24/apa-jadi-bila-kita-bahagi-dengan-sifar-tapi-guna-kalkulator-mekanikal/
Apa Jadi Bila Kita Bahagi dengan Sifar, Tapi Guna Kalkulator Mekanikal?
[ "Dalam matematik ada beberapa pantang larang yang jangan dibuat. Pantang larang yang paling utama dan diulang berkali – kali oleh cikgu matematik adalah : Jangan bahagi dengan sifar. ", "Serius. Jangan buat. Ia tak boleh diselesaikan. ", "Kalau kita cuba bahagi dengan sifar di atas kertas, ia tak dapat diselesaikan. Kalau kita cuba dengan menggunakan kalkulator elektronik, kita akan peroleh mesej ‘undefined’ atau ‘tak tertakrif’ atau ‘math error’.", "Tapi ada satu lagi soalan yang mungkin kita tak pernah tertanya. Apa jadi bila kita bahagi dengan sifar menggunakan kalkulator mekanikal? Kalkulator mekanikal, teknologi lama yang dah tak lagi digunakan tu? Yang macam mesin taip lama tu? (Apa tu mesin taip???)", "Jika anda membuat operasi matematik tersebut pada kalkulator mekanikal, bersedia untuk menyaksikan adegan yang mengerikan. Kerana mesin tersebut akan menjadi gila seolah – olah disampuk:", "Versi Gif:", "Kalkulator mekanikal di atas adalah menggunakan model Facit ESA – 01. Terdapat lagi video tular dengan hal yang sama tetapi menggunakan model Friden STW10 yang lebih rumit dan memeningkan.", "Apabila kalkulator mekanikal disuruh untuk membahagi dengan sifar, ia akan terus beroperasi tanpa henti, sehinggalah habis tenaga atau ia nyahaktif. Kerana ia sebenarnya melakukan satu turutan arahan yang tidak terhingga (infiniti) satu demi satu.", "Bagi model Friden STW10 itu pula, terdapat butang khas ‘division stop’ untuk menghentikan operasi pembahagian dengan sifar.", "Apabila kalkulator mekanikal membuat operasi pembahagian, ia menggunakan proses yang sama dengan operasi berasaskan penolakan. Video oleh Numberphile ini menjelaskan bahawa pembahagian adalah sebenarnya penolakan yang berturutan.", "Contohnya, bila kita membahagi 20 dengan 4:", "Terdapat lima operasi penolakan untuk memperoleh nombor kosong. Maka jawapannya lima. Mudah!", "Bagaimana pula dengan 20 bahagi 0?", "Dan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi …. ", "Jadi kalkulator mekanikal itu akan terus beroperasi sehinggalah jawapan 0 diperoleh…. Iaitu selama – lamanya. ", "Dah pasti lebih banyak perincian yang lebih mendalam tentang operasi kalkulator mekanikal, tapi paling kurang kita dapat memahami sedikit sebanyak cara ia berfungsi, dan penghargaan bahawa sekurang – kurangnya kalkulator elektronik yang kita gunakan tak mengamuk bila disuruh bahagi dengan sifar. " ]
https://ajar.com.my/2018/12/24/akhlak-anak-anak-semakin-luntur-maka-sepatutnya-pendidikan-islam-yang-perlu-lebih-ditekankan-iguru/
“Akhlak Anak – Anak Semakin Luntur, Maka Sepatutnya Pendidikan Islam yang Perlu Lebih Ditekankan” – IGuru
[ "Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan sekolah kebangsaan di negara ini telah berubah menjadi ke arah sekolah agama.", "Presidennya, Ustaz Azizee Hassan berkata, kenyataan sedemikian sebenarnya boleh menimbulkan persepsi negatif dan prejudis masyarakat terhadap Pendidikan Islam yang diajar di sekolah kebangsaan.", "Hakikatnya, iGuru melihat penekanan subjek Pendidikan Islam perlu diberi keutamaan kerana murid hari ini terdedah dengan pelbagai risiko masalah disiplin dan kelunturan akhlak.", "Malah katanya, kurikulum Pendidikan Islam sedia ada perlu diperkasa diperingkat rendah lagi dengan orientasi menekankan aspek amali dari teori, kerana waktu pengajaran mengambil masa tiga jam seminggu tidak cukup untuk membina keperibadian dan jati diri murid.", "“iGuru bersetuju kurikulum Pendidikan Islam perlu dimantapkan dengan elemen yang mampu membangunkan karektor dan menyiapkan mereka mendepani cabaran IR 4.0 (Revolusi Industri 4.0) dengan olahan lebih dinamik serta kemahiran yang diperlukan untuk pasaran masa depan tanpa mengabaikan aspek keagamaan.", "“iGuru mencadangkan supaya ada jawatankuasa semakan semula kurikulum Pendidikan Islam bagi membina kualiti murid untuk mendorong mereka menguasai ilmu-ilmu di bidang lain seperti penguasaan bahasa, matematik dan sains,” katanya dalam satu kenyataan.", "Terdahulu, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kurikulum sekolah kebangsaan sudah menjadi sekolah agama kerana sesi pembelajaran hanya memfokuskan kepada subjek agama Islam dan tidak pada subjek lain.", "Justeru, kerajaan memutuskan untuk mengkaji semula kurikulum sekolah, yang mana subjek agama tidak diajar pada setiap waktu dalam sesi persekolahan.", "Mengulas mengenai perkara itu, Ustaz Azizee berkata, langkah mengurangkan masa mengajar pendidikan Islam adalah langkah mundur dan tak bertamadun, kerana dibimbangi menjejaskan kualiti penghayatan agama Islam yang sebenar.", "“Penekanan pengajaran subjek agama ini sudah termaktub di dalam Ordinan Pelajaran 1952 di dalam Seksyen 70 dan Seksyen 86 yang menggariskan hak murid yang beragama Islam untuk mendapatkan pelajaran agama.", "“Ini diperkukuhkan semula dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang mewajibkan sekolah yang mempunyai bilangan murid seramai 15 orang wajib diajar pelajaran agama,” katanya.", "Sumber: Ismaweb" ]
https://ajar.com.my/2018/12/26/inilah-apa-yang-jadi-bila-netizen-tak-dapat-jawab-soalan-uji-minda/
Inilah Apa yang Jadi Bila Netizen Tak Dapat Jawab Soalan Uji Minda.
[ "Sebuah laman Facebook, Bright Side , mengemukakan satu soalan uji minda yang membingungkan kepala:", "Soalannya berbunyi: Ini satu bulatan biasa. Lukiskan 2 garisan lurus untuk menjadikan 3 bulatan.", "Soalan ini admin pun tak tau jawapannya. Dan nampaknya ribuan netizen juga pecah kepala memikirkan solusi kepada masalah yang dianggap mustahil ini.", "Tapi percubaan – percubaan yang dibuat oleh netizen membuatkan pembaca tak kering gusi ketawa, sehingga dijemput duduk untuk membaca komen:", "Kebanyakan jawapan yang dicampak netizen adalah jawapan – jawapan ‘merepek’ tanda memprotes soalan yang tidak masuk akal tersebut:", "Dan berikut pula jawapan orang yang paling berputus asa:", "Tapi ada juga jawapan – jawapan kreatif yang boleh jadi … macam … mungkin … betul.", "Jawapan yang Betul! (Rasanya)", "Admin Brightside tak berikan jawapan yang sebenar (setakat yang saya cari), tapi rasanya ada satu jawapan yang betul, berdasarkan respon yang diberi di bahagian komen:", "Ini adalah satu – satunya versi jawapan yang dibalas oleh Bright Side. Tapi jawapannya tak meyakinkan : “Wow, jadi kamu tak dapat jawab?”.", "Namun kemudian terdapat seorang lagi yang menjawab dengan jawapan yang sama, dan ia turut mendapat balasan yang sama:", "Maka … rasanya betullah. Itulah jawapannya.", "Tapi soalan ini memberikan beberapa pengajaran bermakna:" ]
https://ajar.com.my/2018/12/27/rangka-berusia-6000-tahun-ditemui-pengkaji-ukm-berkemungkinan-bongkar-rahsia-kehidupan-prasejarah-tanah-air/
Rangka Berusia 6000 Tahun Ditemui Pengkaji UKM. Berkemungkinan Bongkar Rahsia Kehidupan Prasejarah Tanah Air
[ "Rangka manusia prasejarah yang hampir lengkap yang dianggarkan berumur 6,000 hingga 8,000 tahun lalu telah ditemui oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama penyelidik-penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jabatan Warisan Negara (JWN) di Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan, baru-baru ini.", "Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, penemuan rangka manusia itu adalah penemuan yang penting bagi arkeologi negara kerana dapat memberi fakta baharu terhadap amalan pengkebumian dan budaya kehidupan zaman prasejarah di Malaysia.", "Ujar beliau, rangka manusia itu ditanam dalam keadaan sedikit melipat dengan bahagian muka menghala ke arah utara, manakala bahagian lutut menghala ke bahagian selatan dan posisi rangka tersebut menghadap ke bahagian kanan.", "“Hasil penyelidikan, dipercayai bahawa rangka ini adalah remaja perempuan yang berumur 25 hingga 30 tahun berdasarkan tulang pelvis rangka tersebut.", "“Ia dikebumikan dengan bahagian kaki dilapik dengan batu kapur serta bahagian kepala juga dilapikkan dengan batu kapur.", "“Tangan kanan memegang makanan berupa siput serta alat repeh. Terdapat juga batu pengisar-memukul (grandstone-pounder) yang diletakkan di bahagian kaki sebagai alat iringan si mati,” jelasnya pada Sidang Media baru-baru ini.", "Katanya, sampel gigi dan cengkerang siput akan dihantar ke Beta Lab, Florida, Amerika Syarikat untuk memperoleh pentarikhan kronometrik.", "Antara artifak lain yang ditemui bersama rangka tersebut ialah alat litik, sisa makanan berupa tulang binatang, cengkerang siput, brutia costula dan serpihan tembikar.", "Alat litik yang ditemui termasuklah alat pengetuk (hammerstone), alat batu pengisar (grindstone), batu pelandas (anvil), alat batu unifas, alat batu bifas, batu pahat, mata lembing dan repeh.", "Sementara itu, Ketua Penyelidik, Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli dari ATMA UKM berkata, kawasan tersebut akan dibangunkan projek Empangan Nenggiri suatu masa nanti.", "“UKM terlibat dengan projek ekskavasi menyelamat arkeologi di kawasan tersebut. Memang ada bukti kajian lepas menunjukkan masyarakat mendiami kawasan itu.", "“Data yang paling awal kita dapat pentarikhan di Gua Kecil dan Gua Kubang Kelawar di Bukit Batu Tambah menunjukkan bahawa masyarakat yang terawal tinggal di kawasan itu adalah 13,000 tahun lalu iaitu pada zaman Hoabinh, Mesolitik, Neolitik dan zaman logam hinggalah ke masyarakat orang asli sekarang yang ada di situ iaitu suku kaum Temiar,” katanya.", "Beliau berkata, kajian tersebut tidak tertumpu di kawasan Gua Chawan sahaja tetapi merangkumi 12 gua dalam radiun 20 kilometer persegi.", "Sumber: Kampusuols.com" ]
https://ajar.com.my/2018/12/27/pendedahan-ustaz-hasrizal-tentang-sindrom-sekolah-asrama-ini-sangat-membuka-mata/
Pendedahan Ustaz Hasrizal Tentang ‘Sindrom Sekolah Asrama’ ini Sangat Membuka Mata
[ "Tulisan terbaru Ustaz Hasrizal mengenai masalah sekolah asrama mencetus kesedaran terhadap isu model institusi pendidikan tersebut.", "Tulisan yang bertajuk Sekolah Berasrama dan ‘Boarding School Syndrome’ tersebut mendedahkan bahawa sistem sekolah asrama hakikatnya meninggalkan kesan psikologi terhadap kanak – kanak sepanjang hayatnya dan tak sepatutnya menjadi menjadi bahan gurauan.", "Menariknya, tulisan tersebut dipersembahkan dalam bentuk penceritaan peribadi dialog ustaz dengan anaknya yang seronok belajar di asrama. Bersulamkan sumber kajian akademik, ustaz Hasrizal kemudian menyatakan bahawa sekolah asrama telah menjejaskan hubungan beliau dengan keluarga semenjak kecil.", " Sebab itu semasa abi duduk di tepi kubur opah Ogos lalu, abi menangis sepuas-puasnya sebab antara kata-kata Opah yang abi teringat semasa abi nak ke Jordan dulu ialah, “lepas kamu ke asrama, kamu dah jadi ‘anak kerajaan’. Emak dah tak rasa emak menjaga kamu!” ", "Beliau juga mengusulkan bahawa sekolah asrama, sebagaimana idea asal penubuhannya, sewajarnya dijadikan pilihan sekiranya TERPAKSA. Terpaksa kerana perlukan bantuan kerajaan, atau apabila keluarga tidak mampu menyediakan keperluan asas persekolahan kanak – kanak.", "Tambah sentap lagi, ustaz Hasrizal juga mendedahkan kebenaran sekolah asrama yang melahirkan pelajar – pelajar elitis yang bongkak.", " Saya mual dengan idea old boys, alumni sekolah ini dan sekolah itu, kerana jiwa saya lebih resah memikirkan ketidakadilan di dalam pengagihan bajet sistem pendidikan kita secara keseluruhannya. Saya malu untuk berasa gah dengan pengalaman bersekolah asrama elit ketika mana saya tahu bahawa di bawah kementerian dan kerajaan yang sama, ada banyak sekolah lain yang terbiar kedaifan. ", "Menurut kertas kajian Boarding School Syndrome oleh Dr Joy Schaverien, anak – anak yang dihantar ke sekolah asrama pada usia awal mengalami kehilangan tempat bergantung, yang kemudian membentuk trauma. ", "Mereka terdedah dengan penderaan seksual oleh staf atau kanak – kanak lain lantas mereka membentuk lingkungan perlindungan yang baru. Hal ini menyembunyikan identiti peribadi mereka yang sebenar, yang bakal memberi kesan pada kehidupan dewasa mereka." ]
https://ajar.com.my/2018/12/28/ilusi-optik-terbaru-ini-dedahkan-anda-sebenarnya-buta-lengkung-atau-tidak/
Ilusi Optik Terbaru Ini Dedahkan Anda Sebenarnya ‘Buta Lengkung’ atau Tidak.
[ "Perhatikan gambar di bawah:", "Apa yang anda nampak? Anda nampak garisan lurus, atau garisan lengkung berombak, atau garisan zig zag (bersudut tajam)? Anda nampak satu jenis, atau anda nampak kedua – duanya?", "Jika penglihatan anda seperti orang lain, anda mungkin nampak garisan berombak, kemudian garisan zig zag, kemudian garisan berombak semula berulang – ulang, bukan? Jika ya, anda sebenarnya mengalami buta lengkung! (Jangan risau, ia bukanlah masalah kesihatan pun).", "Kerana sebenarnya, semua garisan di atas sebenarnya adalah garisan berombak. (Tiada garisan zig – zag!)", "Tak percaya? Lihat gambar penuh di bawah:", "Perhatikan bahagian atas kiri dan bawah kanan gambar, iaitu di bahagian putih dan hitam. Anda akan dapati bahawa semua garisan ternyata merupakan garisan berombak, bukan zig – zag.", "Tetapi apabila kita melihat bahagian kelabu, mata kita seolah – olah tertipu, apabila garisan berombak tersebut bertukar pula kepada garisan zig – zag, secara berselang – selang.", "Ilusi optik ini ditemui oleh Dr Kohske Takahashi daripada Universiti Kyoto. Dr Kohske ini memang memiliki hobi pelik mencari ilusi – ilusi optik baru untuk dikaji. ", "Penemuan ini menunjukkan bahawa mata kita sebenarnya boleh terkeliru sama ada sesuatu objek itu berbentuk lengkung atau sudut. ", "Sebelum ini, kita anggap mata kita mampu membezakan dua bentuk tersebut secara berasingan, tapi ilusi optik di atas membuktikan bahawa sebenarnya mekanisme persepsi penglihatan lengkung dan sudut mata kita bersaing sesama sendiri!", "Dr Kohske menyenaraikan beberapa kriteria yang membolehkan ilusi itu terjadi:", "Jika anda berminat tentang topik ini, boleh tonton video AJAR mengenai ilusi optik:" ]
https://ajar.com.my/2018/12/30/10-pencapaian-saintifik-malaysia-tahun-2018/
10 Pencapaian Saintifik Malaysia Tahun 2018
[ "Menjelang berlabuhnya tirai 2018, ayuh kita imbas semula pencapaian Malaysia dalam bidang sains, teknologi dan inovasi yang telah membuat tanah air bangga!", "Stethee merupakan produk hasil kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan, MIDA, CREST dan M3DICINE.", "Prof Teo Soo Hwang FASc menerima anugerah OBE daripada Permaisuri Elizabeth II atas sumbangan besar beliau dalam kajian kanser dan menjalin hubungan kerjasama antara Malaysia dan Britain.", "6 sekolah yang mewakili Malaysia menangi 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa. Ini kali pertama Malaysia mengambil bahagian dalam Archimedes.", "Ho Kah Chun (UKM), Joshua Soo Zheyan, Muhammad Sollehin Idris (UM) dan Rabiatul Adawiyah Zayadi (UTHM) membentang kajian mengenai pelepah minyak sawit sebagai bahan teknologi nano untuk merawat air kumbahan industri.", "Mereka mencipta aplikasi permainan atas talian untuk mendidik dan mempromosi sains nuklear dalam kalangan pelajar sekolah.", "Pensyarah USM tersebut membentangkan kajian beliau tentang kegunaan antibodi – antigen untuk mendiagnosis penyakit tuberculosis. Beliau menumpaskan 11 lagi peserta akhir di FameLab International 2018.", "Prof Ng daripada UM adalah satu – satunya saintis daripada negara membangun yang memperoleh anugerah tersebut. Ia adalah anugerah paling berprestij dalam fizik perubatan.", "Projek tersebut adalah hasil kerjasama UITM dengan Jepun, Bhutan dan Filipina.", "Ia sebagai medan bagi penyelidik untuk mengendalikan kajian berteknologi tinggi dan membangunkan projek – projek inovatif berasaskan Blockchain.", "The World Academy of Sciences menganugerahkan beliau atas sumbangan hebat dalam bidang teknologi membran dan teknologi nano untuk nyahmasin air kumbahan, pengasingan gas dan hemodialisis.", "Sumber: Akademi Sains Malaysia" ]
https://ajar.com.my/2019/01/02/cikgu-untuk-dihormati-bukan-jadi-bahan-miang/
“Cikgu Untuk Dihormati, Bukan Jadi Bahan Miang!”
[ "Apabila tiba musim persekolahan sesi baru, pasti media sosial akan meriah dengan pelbagai cerita murid – murid yang mencuit hati, mengharukan dan mengagumkan.", "Namun malangnya, terdapat suatu trend berita yang nampaknya masih berterusan dan tidak dapat dikikis sampai sekarang:", "Berita ‘Miang’ terhadap cikgu – cikgu cantik.", "Hakikatnya, berita sebegini diterbitkan setiap tahun setiap kali musim persekolahan baru oleh pelbagai portal media, termasuklah media arus perdana:", "Tingkah laku segelintir portal berita serta pengguna media sosial yang mentularkan hal – hal sebegini ditegur oleh mereka yang kesal terhadap sikap buruk kepada nilai pendidikan dan para pendidik ini:", "Laporan berita sedemikian juga dipersoalkan oleh warganet sebagai tidak relevan:", "“Asal cantik je viral … myampah plak .. Cikgu yg x cantik mcam mana plak ? Jgn cntik tp pngkatan dlam pmbelajaran ?????? .. bnyak lg ckgu yg berkualiti.. jgn nk plih bulu” – Abie Musa", "“Tak cantik mana pun. Org yg viral cerita ni matanya kerek kot. Yg penting parents mengharapkan cikgu yg berkaliber mengajar hingga anak mereka bijak pandai. Cantik tak ada maknanya. Mungkin sipenulis ni tengah gila bayang kat cikgu tu.” – Faridah Harun", "“Kesian cikgu2 senior yg dah lama bertungkus lumus melayan karenah anak2 tahun 1 tak de pulak wartawan menemuramah bertanyakan rahsia sehingga mampu bertahan sampai di penghujung karier… sebab bukan calang2 guru yg boleh mengajar di tahun 1.. kalau tak ampuh, tak sabar, yg penting kalau tak penyayang kpd kanak2 takkan dapat mampu bertahan. Salute kpd semua rakan guru tahun 1 dan tadika” – Firdaus Din", "“Maaf la media. Tolong la hentikan semua ni. Tiap kali bukak sekolah je ada je cikgu yang ko viralkan. Ko buat macam ni menyebabkan masyarakat fikir cikgu sekarang ni bergaya je lebih. Entah apa apa. Tiap kali awal tahun benda yang kau tumpukan siapa cikgu paling cantik. Fikir kami ni pendidik macam model ke?” – Benz Hussin", "Semoga martabat guru terus dipelihara dan ditingkatkan. " ]
https://ajar.com.my/2019/01/02/kita-patut-contohi-cara-dr-ini-pilih-sekolah-untuk-anak-anak2/
Kita Patut Contohi Cara Dr Ini Pilih Sekolah Untuk Anak – anak.
[ "Musim persekolahan tiba lagi, dan sudah pasti, satu persoalan yang difikirkan oleh ibu bapa adalah tentang pemilihan sekolah untuk anak – anak.", "Dr Aznan Hasan, seorang sarjana yang sangat disegani dalam perbankan Islam, menceritakan bagaimana beliau membuat proses pemilihan sekolah yang terbaik untuk anak – anak beliau.", "Beliau juga menerangkan, bahawa tiada salahnya menghantar anak – anak ke sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta. Biasanya ibu bapa yang membuat pilihan ini atas sandaran keadaan kewangan.", "“Permulaan pembukaan sekolah, setiap ibubapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah akan cuba untuk mencari sekolah yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kepada mereka yang tidak mempunyai kewangan yang begitu teguh, mungkin tiada pilihan yang ada melainkan sekolah kerajaan. Begitu juga terdapat ibubapa yang berkemampuan dan mereka tetap menghantar anak-anak mereka ke sekolah2 kerajaan kerana para gurunya mempunyai latihan yang terbaik. Pada saya, hujahan ini adalah betul. Siapapun tidak boleh menafikan perkara ini. Guru-gurunya memang amat terlatih. Even, dalam keadaan inipun, tuan-tuan sepatutnya membuat pertimbangan atas kekurangan-kekurangan yang ada, dan memikirkan bagaimana menampungnya”", "Sebelum membuat pilihan sekolah, sesuatu yang perlu disedari adalah tiada sekolah yang sempurna.", "“Sebagai seorang ibu dan ayah, saya dan isteri juga tidak terlepas di dalam membuat penilaian kepada sekolah-sekolah ini. Sejak dari awal lagi kami memyedari bahawa tidak ada sekolah yang sempurna. Sehebat mana sekalipun sesuatu sekolah itu, pasti terdapat aspek yang kita mengharapkan yang ia lebih baik lagi. Namun saya menyedari tiada sekolah yang sempurna. (Kita juga tidak sempurna, begitu juga orang lain. Terimalah kekurangan orang lain sepertimana orang lain juga menerima kekurangan kita).", "Lalu apabila kami hendak membuat pilihan ke sekolah mana anak kami akan dihantar, kami akan berbincang tentang pro and kontranya sekolah-sekolah tersebut. Kami akan listkan kelebihan dan kekurangan sekolah-sekolah tersebut”", "Berikut adalah beberapa aspek yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa:", "“Untuk kami (mungkin juga boleh menjadi panduan kepada kepada tuan-tuan dan puan-puan), sebagai Ibubapa, kita perlu sedar bahawa terdapat tiga elemen penting yang membentuk sesuatu sekolah swasta, iaitulah: i) Falsafah pendidikannya ii) Konsep dan modelnya iii)Pentabdir dan pendidik", "Ini adalah tiga aspek yang utama;", "i) Falsafah pendidikannya merangkumi (included but not limited to) visi, misi, objektif pendidikan dsb. ii) Konsepnya dan modelnya adalah umpama sekolah beraliran agama, mixed antara agama dan akademik, peratus kedua-duanya, dsb. iii) Pentadbir dan pendidiknya, bermaksud siapakan yang menubuhkan dan mengendalikan sekolah tersebut.”", "Begitu juga, amat penting untuk kita meneliti siapa yang menubuhkan sekolah tersebut, dan corak pemikiran mereka!", "Amat penting untuk melihat juga siapakah yang menubuhkan dan mengendalikan sekolah tersebut dan apakah cara dan corak pemikiran mereka. Adalah terlalu naif untuk merasakan bahawa sekolah-sekolah ini ditubuhkan dan ditadbir oleh penubuhnya (kumpulan atau individu), dan kemudiannya sekolah tersebut dibiarkan bergerak tanpa sebarang kesanan fikiran langsung (without any influence) daripada penubuhnya (founders) terhadap corak dan perjalanan sekolah tersebut.", " Hanya orang yang naif sahaja yang merasakan sebegitu. Satu lagi perlu diingat, corak dan cara fikir ini juga boleh berubah-ubah (evolving). Jadi tuan-tuan jangan hanya menganggap bahawa jika pada suatu masa, cara fikir penubuh dan pentadbir sekolah tersebut bersesuaian dengan cara fikir saudara, maka ianya akan selama-lamanya begitu. Cara fikir saudara boleh berubah, begitu juga dengan cara fikir mereka. Sudah tentulah apabila corak dan cara fikir mereka berubah, ianya akan turut mengesani cara (approach) mereka mengendalikan sekolah-sekolah tersebut.", "Ini adalah perkara biasa. Sebab itulah Imam Hassan al-Banna amat menekankan pembentukan syaksiah Muslim sebagai batu asas utama dakwah beliau, kerana sehebat manapun sesuatu sistem, jika yang mengendalikannnya tidak betul atan terpesong, natijahnya tetap tidak baik. Sistem dan manusia yang mengendalikannya adalah dua elemen terpenting di dalam penbentukan apa juga sekalipun, termasuklah pendidikan.", "Cara Dr ini menilai sungguh teliti:", "“Semua ini perlu dilihat oleh para ibubapa di dalam membuat pilihan. Saya dan isteri juga tidak terkecuali. Apa yang kami buat ialah, meletakkan segala-galanya di atas meja (putting everything on the table). Kemudiannya, kita menilai segala baik dan buruknya semua sekolah-sekolah tersebut, melihatkan kepada ketiga-tiga aspek tersebut. Di samping turut membuat penilaian lapangan (field assessment) kepada sekolah-sekolah tersebut. Setiap kekurangan yang ada, maka kita bincang bagaimana untuk kita tampung kekurangan-kekurangan tersebut. Apakah kekurangan-kekurangan tersebut vital atau tidak ke atas pendidikan dan pembentukan anak-anak? Kita boleh tampung atau tidak, dsb? ", "Kita berbincang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang kita dapat daripada sumber yang pelbagai. Jika tuan-tuan merasakan bahawa ada perkara-perkara pokok yang tuan tidak bersetuju dengan sekolah-sekolah tersebut (dari segi cara fikir, tanggapan, nilai dll) dan tuan merasakan dengan kekurangan tuan-tuan, tuan-tuan tidak mungkin dapat menampungnya, maka jika saya di tempat tuan, saya tidak akan hantar anak saya ke sekolah tersebut. Saya tidak akan mengambil risiko anak saya akan dibentuk berbeza dengan sistem dan nilai-nilai hidup yang saya percaya.", "Apabila kami telah bersetuju untuk sesuatu sekolah, maka kami akan melihat bagaimanakah kekurangan-kekurangan yang ada tersebut dapat kita tampung, termasuk jugalah jika sekiranya berkemungkinan terdapat cara fikir yang (pada kami) tidak tepat. Bagaimanakah untuk kita dapat pastikan bahawa kita akan tahu tentang perkara tersebut dan kita dapat betulkan kembali cara fikir tersebut. Alhamdulilllah, isteri saya memainkan peranan yang amat besar dalam hal ini. Mungkin kerana kesibukan saya dan juga sememangnya beliau pandai mencari masa dan ruang untuk “mengorek” dan memberikan sudut pandangan yang lain untuk anak-anak. Kadangkala saya mendengar juga cara beliau membentangkan pandangan beliau dan berhujah. Kadangkala dalam keretapun masih sempat. Hhmm. Menarik. Kemampuan beliau, yang saya agak kurang jika hendak dibandingkan. Kadangkala penerangan saya tak “turun level” sangat. Jadi beliau yang tolong turunkan “level” tersebut dan buat anak-anak faham.”", "Akhirnya, perlu disedari, pendidikan anak – anak adalah sesuatu yang besar:", " “Pada saya inilah antara asas-asas pertimbangan untuk memilih sekolah untuk anak-anak kita. Buat penilaian sendiri. Jangan hanya mendengar cakap-cakap orang. Timbangtarakan segala pro dan contra berdasarkan tiga aspek yang saya sebutkan di atas. Mungkin tulisan ini sedikit sebanyak membantu. Pengalaman kerdil saya menyatakan bahwa anak-anak kita juga tidak sama. Tahap kematangan mereka juga berbeza-beza. Pendidikan anak-anak kita adalah suatu tanggungjawab yang besar. At the end of the day, kita jugalah yang menjadi pendidik awal dan akhirnya. Buat saya dan isteri, saya berpuas hati dengan sekolah-sekolah yang kami pilih untuk anak-anak kami, dulu dan sekarang (rasanya tak perlulah nak sebut sekolah mana, nanti kata nak promote pulak)??.”" ]
https://ajar.com.my/2019/01/03/macam-mana-ahli-silap-mata-jalanan-boleh-terapung/
Macam Mana Ahli Silap Mata Jalanan Boleh Terapung?
[ "Jika anda pernah melancong ke merata tempat, pasti anda pernah terserempak dengan ‘ahli silap mata jalanan’ yang kelihatan seperti terapung. Kadang kala ia dilakukan bersendirian, dengan tukang silap mata terapung sekadar memegang ‘tongkat kayu’, atau kadang kala ia dibuat berpasangan.", "Dalam versi perseorangan, ahli mistik tersebut akan kelihatan seperti terapung di atas karpet atau kebun kecil dalam posisi duduk, sambil memegang tongkat. Bagi orang yang lalu lalang, dia seperti memiliki ketahanan mental dan chakra untuk terapung selama berjam – jam. ", "Dah pasti untuk menguatkan ilusi ini, ahli silap mata jalanan tersebut akan berpakaian seperti sami atau yogi dan mengatakan mereka menguasai kuasa apungan setelah bertapa di puncak gunung di Tibet. ", "Namun sebenarnya ada penjelasan mudah untuk membongkar ilusi ini. Mereka hakikatnya cumalah memperdaya orang awam yang lalu lalang dengan prinsip fizik yang ringkas.", "Ringkasnya, ilusi orang terapung ini dibuat dengan mengguna pakai tiang dan plat besi yang direka secara khusus dan diposisikan secara strategik. Walaupun kelihatan seperti mereka melanggar hukum fizik, hakikatnya struktur tersebut sungguh stabil dan terdiri daripada hanya tiga bahagian:", "Dan rupa – rupanya ada sebab kenapa mereka berpakaian seperti sami, kerana pakaian yang labuh memudahkan mereka menyorokkan tiang dan kerusi besi tersebut. Plat besi di bawah pula disorok menggunakan karpet atau kebun tadi.", "Untuk versi dua orang pula, strukturnya sedikit berbeza, tapi prinsipnya sama. ", "Video pendek ini menerangkan bagaimana ia berfungsi, kalau anda masih ragu – ragu." ]
https://ajar.com.my/2019/01/04/pelajar-mrsm-gondol-banyak-pingat-pertandingan-robotik-antarabangsa/
Pelajar MRSM Gondol Banyak Pingat Pertandingan Robotik Antarabangsa
[ "Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengharumkan nama negara setelah menggondol banyak pingat dalam Pertandingan Robotik Peringkat Antarabangsa (International Robot Olympiad (IRO) 2018 yang berlangsung di Manila, Filipina, pada 14 hingga 19 Disember lalu.", "Kejayaan ini menjadikan tahun lalu merupakan tahun cemerlang yang melonjak nama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam kelasnya tersendiri apabila penyertaannya dalam IRO sejak 2007 membuahkan kejayaan gemilang.", "Pada pertandingan itu dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak, Muhammad Haris Haiqal Muhammad Fadli dan Nurul Diyanah Amny Zulfikri yang digelar Paritronics Robotics kerana berjaya merangkul pingat emas bagi Kategori Kreatif.", "Sementara itu, Mohd Hiddan Maksan dan Joeyanatasa Jona Dapanis dari MRSM Kota Kinabalu, Sabah dan Muhammad Faiq Tajuddin dan Akmal Hakim Mahmud dari MRSM Kubang Pasu memperoleh pingat perak bagi Kategori Kreatif.", "Dua pelajar MRSM Sultan Azlan Shah iaitu Muhammad Aisy Mohd Hisyam dan Daniele Shaquille Adam Craig Jayaprakasam turut membawa pulang pingat perak  dalam kategori Robot in Movie.", "Ketua Penolong Pengarah (Fizik), Bahagian Pendidikan Menengah, Ithnaini Muhamed Kamil berkata, pemilihan peserta ke IRO adalah melalui pertandingan robotik di peringkat kebangsaan iaitu MRSM RoboFair 2018 yang diadakan pada 20 hingga 23 Julai di MRSM Bentong.", " “MRSM RoboFair adalah satu platform inisiatif Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA untuk mencungkil bakat dan kreativiti pelajar MRSM dalam bidang pengaturcaraan robotik, dan tahun lalu adalah penganjuran kali ke-14.", "“Pemenang di Pertandingan MRSM RoboFair dipilih oleh MARA melalui BPM ke penyertaan IRO untuk Kategori Kreatif dan Robot in Movie (tiga penyertaan untuk kategori kreatif dari MRSM Parit, Kubang Pasu dan Kota Kinabalu dan satu penyertaan untuk kategori Robot in Movie dari MRSM Sultan Azlan Shah),” katanya kepada GPSBestari.com.", "Menurutnya, bagi Kategori Kreatif, peserta perlu menyelesaikan beberapa tugasan seperti Ujian Reka Konsep Robot (Robot Concept Design Test), Pembinaan robot (Robot Construct) dan juga Pembentangan (Presentation).", "Bagi Kategori Robot in Movie pula peserta akan diberi sub-tema.", "Peserta perlu membuat plot papan cerita dan merakamkannya berdasarkan sub tema tersebut.", "Tambahnya, MARA akan terus menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar MRSM dalam bidang robotik selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan cemerlang di bidang robotik agar negara tidak ketinggalan menghadapi Revolusi 4.0.", "Lebih kurang 1,000 penyertaan dari 38 negara seperti Australia, Korea, Indonesia, Singapura, China, Filipina, Mexico, Kazakhstan, Amerika Syarikat, New Zealand, Thailand dan lain-lain menyertai IRO ini.", "Sementara itu, Guru Penasihat Kelab Robotik MRSM Parit (Paritronic Robotics), Zulakmal Abd Manas menyifatkan kejayaan Paritronics Robotics adalah hasil kerjasama semua pihak yang terlibat seperti pihak pengurusan tertinggi Mara, Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Roboteam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Roboteam UIA) yang membantu dalam penyediaan projek, guru pengiring ke IRO 2018 dan pengurusan MRSM Parit serta komitmen ahli pasukan Paritronic Robotics dalam menjayakan projek tersebut.", " Beliau yang juga guru Fizik ini turut berkongsi mengenai robot yang dicipta oleh Paritronic Robotics bertujuan membantu menangani pengasidan laut kerana robot ini ditugaskan menanam bingkai laut yang akan menyerap karbon dioksida terkandung dalam lautan.", " “Robot ini juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk membinanya kerana kerangka diperbuat daripada paip PVC.", " “Kami telah mengubah dua pam air dan menyesuaikannya menjadi motor yang kalis air. Ini sebab, motor yang kalis air dijual di pasaran dengan harga yang tinggi,” katanya.", "Sumber: gpsbestari" ]
https://ajar.com.my/2019/01/05/walau-diugut-dan-dilempar-kata-kata-kesat-pengusaha-tuisyen-ini-tetap-bertegas-dengan-prinsipnya/
Walau Diugut dan Dilempar Kata – kata Kesat, Pengusaha Tuisyen ini Tetap Bertegas dengan Prinsipnya.
[ "Seorang pengurus pusat tuisyen baru – baru diugut oleh ibu bapa pelajar kerana enggan membayar yuran untuk hari – hari yang tidak dihadiri anaknya. ", "Anda mengenakan caj untuk kelas yang tidak dihadiri pelajar tersebut kerana mereka telah pun habis periksa. Tak ada otak!", "Mesej tersebut dibalas dengan baik oleh pengurus pusat tuisyen, dengan mengatakan ‘terima kasih atas maklum balas anda‘.", "Namun kemudian ia dibawa pula kepada ugutan dan maki hamun.", "Saya tak akan galakkan sesiapapun pergi ke pusat tuisyen anda. Tak bertanggungjawab, bodoh dan tamak. Saya akan bawa hal ini kepada sekolah, ibu bapa dan guru. Saya juga akan buat aduan ke kementerian supaya pusat tuiseyn tamak ini dihentikan operasinya.", "Puan Fauziah Sirat, pengurus pusat tuisyen Seri Mawar Bestari tersebut kemudian menyatakan bahawa inilah cabaran yang perlu dihadapi untuk mendidik ibu bapa.", "“Inilah yang saya katakan mendidik ibu bapa itu merupakan satu pekerjaan yang sangat menuntut hati yang kuat dan ketabahan yang luar biasa.", "Bayangkan bagaimana generasi muda yang berakhlak dapat dilahirkan apabila orang dewasa bercakap menggunakan perkataan-perkataan sebegini dan ugutan untuk menyelesaikan kemelut”", "Beliau kemudian mengetengahkan persoalan sama ada wujud tuisyen yang dicaj mengikut bilangan pelajar hadir ke kelas. Persoalan ini turut digemakan netizen lain:", "Namun hal yang lebih besar daripada kemelut ini sebenarnya adalah refleksi bahawa ibu bapa hanya menganggap pendidikan itu hanyalah untuk peperiksaan.", "” Inilah juga mentaliti berpaksikan peperiksaan. Anak-anak dihantar ke pusat tuisyen hanya untuk menyiapkan mereka ke medan peperiksaan. Apabila peperiksaan tamat, kelas tuisyen tak perlu dihadiri dan yuran tuisyen perlu dikecualikan” kata beliau.", "Berbeza dengan tumpuan rata – rata pengendali pusat tuisyen lain yang semata – mata berfokuskan gred peperiksaan, visi Puan Fauziah ini ternyata unik, kerana beliau tegas mengatakan peningkatan pelajar lebih penting daripada grednya, walau tidak disenangi ibu bapa yang saban hari menanyakan kad laporan. ", "Keuntungan bukanlah hal yang dikejar.", "Begitu juga, bagi beliau yang merupakan salah seorang pakar rujuk isu pendidikan, yang perlu dididik bukanlah peperiksaan, tetapi sikap cinta belajar. ", " Bila kerajaan umumkan murid sekolah rendah Tahap 1 tiada peperiksaan mulai 2019, usahlah ibu bapa berjoget-joget seronok anak tak perlu belajar. Juga tak perlulah ibu bapa melenting marah-marah sebab tiada peperiksaan.Anak-anak perlu dididik budaya cinta belajar. Ada peperiksaan, tiada peperiksaan bukan persoalan. Yang perlu dipersoalkan ialah bagaimana kita mahu suburkan semangat mahu belajar; walau di luar buku teks, walau di luar sekolah. ", "Beliau bagaimanapun kemudian menerima sokongan yang tak putus tiba daripada para pendidik, bekas pelajar dan warganet:", "Nampaknya kita peroleh penamat yang gembira untuk cerita ini:", " Jika semalam, tidur saya didodoikan dengan perkataan seperti ‘idiot’, ‘no brain’, ‘selfish’ dan ugutan-ugutan menaburkan pasir ke periuk nasi saya, hari ini saya bangun dengan semangat baharu.Terima kasih anak-anak yang penuh rasa empati, mencairkan gulana saya dengan kata-kata semangat untuk saya bangkit lebih kuat.", "Terima kasih ibu bapa hebat kerana mendidik anak-anak sebaik ini hingga mampu menyuntik elemen positif kepada ‘orang tua’ seperti saya.", "Tahniah! Anda sumber inspirasi saya!?", "Nota: di saat-saat saya menerima kata-kata keras semalam, sedikit pun air mata tidak mengalir. Tetapi sebaik sahaja membaca kata-kata daripada pelajar-pelajar saya, berhamburan air mata tak mampu diseka lagi??????. " ]
https://ajar.com.my/2019/01/07/kasihan-pensyarah-universiti-malaysia-pahang-ini-netizen-tersilap-serang/
Kasihan Pensyarah Universiti Malaysia Pahang ini Netizen Tersilap Serang…
[ "Baru – baru ini warganet seluruh Malaysia digemparkan oleh satu komen biadap seorang pengguna media sosial bernama Eric Liew terhadap Sultan Muhammad V.", "Komentar itu kemudian mencetuskan kemarahan dan kecaman warganet yang meminta supaya dia diambil tindakan. ", "Warga media sosial kemudian memburu Eric Liew, termasuklah menghujani tempat kerja beliau, Cisco dengan desakan untuk mengambil tindakan. Cisco kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan sedang diambil oleh pihak mereka.", "Namun malang sekali, apabila nama ‘Eric Liew’ dicari di ruangan carian Facebook, profail yang muncul paling atas sekali bukanlah Eric Liew pekerja Cisco, tetapi Eric Liew pensyarah Universiti Malaysia Pahang ….", "Maka sudah pasti, terdapat segelintir warganet yang ‘terlajak’ memaki beliau, kerana disangkakan orang lain.", "Namun, rakan taulan serta pelajar – pelajar beliau kemudian cepat mempertahankan beliau di ruangan komen, dengan menyedarkan orang ramai bahawa beliau tidak bersalah. ", "Beberapa jam kemudian, beliau mengeluarkan hantaran mengesahkan bahawa beliau bukanlah orang yang dicari. Namun lebih sempoi, beliau sempat mempromosikan institusi pengajian beliau, Universiti Malaysia Pahang!", "Salam sejahtera kepada netizen sekalian", " 1. Saya bukanlah Eric Liew yang anda cari.2. Terima kasih kpd para netizen yg saya baru kenali dan student yang telah mempertahankan saya.3.Kepada Eric Liew yang lagi satu yang mengakibatkan semua ini, anda hampir saja memusnahkan hidup saya dengan hantaran pengecut dan tidak bertanggungjawab anda. Malaysia tidak dibina dalam satu hari atau oleh orang seperti kamu. Saya harap anda belajar sesuatu daripada semua ini. Jadilah seorang warga Malaysia yang menghormati orang lain. ", "Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pengajaran dan kajian yang berkualiti. ", "Tahniah kepada beliau kerana berlaku tenang dalam krisis ini, semoga terus bersemangat untuk mengajar dan menabur kepada kepada dunia akademik!" ]
https://ajar.com.my/2019/01/07/sekolah-di-johor-guna-cap-jari-ambil-kehadiran-murid/
Sekolah di Johor Guna Cap Jari Ambil Kehadiran Murid
[ "Masalah kehadiran murid adalah satu masalah yang dialami oleh hampir semua sekolah. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan murid hadir seperti mengambil kehadiran di pintu pagar, menelefon ibu bapa, dan mendenda murid yang tidak hadir berkali – kali.", "Namun sebuah sekolah di Johor pergi lebih jauh apabila mereka mengguna pakai sistem biometrik – imbasan cap jari untuk mengambil kehadiran murid. ", "Sistem canggih yang diguna pakai oleh SMK Bandar Tenggara itu juga membolehkan ibu bapa untuk menerima laporan langsung status kehadiran anak – anak mereka.", "Setiap hari, murid dikehendaki mengimbas jari mereka di terminal khas sistem biometrik tersebut.", "Pengetua sekolah tersebut, Puan Noraini Mohd Nor mengatakan bahawa sistem ini adalah satu usaha untuk mencapai KPI kehadiran 95%. ", "Sistem ini juga memudahkan guru, kerana mereka tidak perlu lagi mengambil kehadiran pelajar secara manual setiap hari. ", "Ibu bapa rata – rata menerima baik pengenalan sistem biometrik ini kerana mereka mudah untuk menyemak kehadiran anak – anak, mereka, hanya dengan merujuk kepada aplikasi kehadiran khas.", "Untuk menampung kos sistem tersebut pula, ibu bapa dikehendaki membayar RM15 setahun untuk satu keluarga." ]
https://ajar.com.my/2019/01/08/rupa-rupanya-ada-kajian-serius-tentang-sifat-cecair-kucing-siap-menang-anugerah/
Rupa – rupanya Ada Kajian Serius Tentang Sifat Cecair Kucing. Siap Menang Anugerah.
[ "Apabila kita meneroka alam media sosial, pasti tidak terlepas daripada ‘tersangkut’ menonton video – video kucing.", "Dan, sudah pasti kita pernah menganga kagum menonton video – video kucing yang mampu memuatkan diri mereka dalam bekas – bekas kecil, seolah – olah mereka miliki sifat cecair.", "Sifat istimewa dan kelakar kucing ini begitu dikenali sehingga manusia mencipta satu ungkapan ‘cats are liquids‘ (kucing adalah cecair)", "Apabila ungkapan ini diungkapkan kepada seorang saintis, Marc-Antoine Fardin, beliau ketawa. Namun kemudian beliau terfikir:", "Cecair secara tradisionalnya didefinisikan sebagai bahan yang mengikut bentuk bekas. Namun dalam beberapa kondisi, kucing seakan – akan memenuhi definisi ini.", "Maka dengan pemerhatian yang begitu saintifik itu, Fardin kemudian menghasilkan satu kertas kajian yang bertajuk ‘On the rheology of cats’ ", "Rheology adalah satu kajian mengenai sifat mengalir. Menurut pemerhatian Fardin, kucing boleh mengadaptasikan bentuk mereka mengikut bentuk bekas jika kita berikan mereka masa yang cukup. Maka kucing adalah cecair jika kita berikan masa untuk mereka menjadi cecair.", "Formula utama yang digunapakai oleh beliau adalah ‘nombor Deborah‘ (De ? ? / T), iaitu satu nombor tidak berdimensi yang menentukan tahap cair atau pejal sesuatu bahan. Ia antara lain digunakan dalam geologi untuk menentukan aliran gunung dan glasier.", "Nombor Deborah tersebut membandingkan antara masa pengenduran dan masa eksperimen. Ringkasnya, sekiranya nombor Deborah seekor kucing yang masuk ke dalam singki dan berubah menjadi bentuk singki adalah kurang daripada 1, ia adalah relatifnya cecair. Jika lebih daripada 1, ia adalah relatifnya pepejal. ", "Namun, kajian tersebut tidak memperoleh kata putus. Menurut kertas tersebut: “kesan basahan dan tribologi umum kucing masih belum cukup maju untuk memberikan jawapan definitif kepada kebergantungan kapilari terhadap masa pengenduran kucing”", "… Hah? Jadi kucing ni cecair ke tak?", "Kajian Ini Menangi Anugerah Ig Nobel Prize", "Walaupun kajian ini sangat penting kepada lanskap ilmiah tamadun manusia, ia tidak diberikan anugerah Nobel yang berprestij itu.", "Sebaliknya, kertas kajian On the Rheology of Cats itu diberi penghargaan anugerah Ig Nobel Prize, iaitu anugerah sains yang diberikan kepada kajian – kajian yang membuatkan orang ketawa, kemudian berfikir. ", "Semoga kajian terhadap dinamika bendalir kucing ini dapat membuktikan kepada kita bahawa soalan – soalan lekeh yang kita pernah terfikir boleh jadi memiliki nilai saintifik yang boleh diteroka. " ]
https://ajar.com.my/2019/01/09/teknik-membawang-netizen-jadi-bahan-kajian-usm-rupanya-terdapat-4-strategi-netizen-membahan2/
Teknik ‘Membawang’ Netizen Jadi Bahan Kajian USM. Rupanya Terdapat 4 Strategi Netizen ‘Membahan’
[ "Kehebatan netizen kita ‘membahan’ dan ‘membawang’ di media sosial menjadi topik kajian penyelidikan linguistik Universiti Sains Malaysia. ", "Dalam kertas kajian bertajuk ‘Analisis Ketidaksantunan Bahasa Dan Kesantunan Bahasa Dalam Laman Sosial Facebook Berdasarkan Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005) Dan Strategi Kesantunan Brown Dan Levinson‘, pengkaji Nur Atikah bt Jusoh menganalisa strategi – strategi pengguna Facebook mengungkapkan komen – komen ‘membawang’.", "Istilah ‘membawang’ dan ‘membahan’ bagaimanapun dipersembahkan sebagai ‘ketidaksantunan‘, kerana mungkin lebih sesuai untuk kertas kajian.", "Pengkaji memilih satu data asal (hantaran membawang versi confession)* dan kemudian mengkaji strategi ketidaksantunan yang dibuat oleh pengguna media sosial (komen – komen maki hamun dan membahan)*.", "*Tafsiran dalam kurungan adalah daripada pihak penulis artikel ini.", "Berikut adalah hantaran asal seorang confessor yang menjadi bahan kajian:", "Rupa – rupanya, menurut pengkaji, terdapat empat strategi ketidaksantunan / membahan* yang diguna pakai oleh netizen untuk menyampaikan ‘isi hati murni’ mereka:", "Jenis – jenis strategi yang netizen gunakan untuk membahan data asal adalah seperti di bawah:", "Strategi Ketidaksantunan Secara Langsung", "Strategi ketidaksantunan secara langsung adalah merupakan strategi yang digunakan oleh penggunanya yang berniat untuk memberi ancaman air muka kepada pendengar secara langsung . ", "Dengan kata lain, strategi ini adalah apabila netizen membahan secara langsung, tanpa segan silu, dengan ungkapan – ungkapan yang jelas negatif.", "Tujuan strategi ini adalah untuk menjatuhkan air muka penghantar asal secara langsung.", "Strategi Ketidaksantunan Positif", "Strategi ini lebih kompleks. Strategi ketidaksantunan positif adalah strategi menjatuhkan air muka seseorang dengan cara:", "Contoh strategi ini adalah seperti:", "Berbeza dengan strategi pertama tadi, penggunaan perkataan tabu wutoh atau butoh yang bermaksud kemaluan lelaki secara tidak langsung menjatuhkan air muka confessor tadi. ", "Contoh lain adalah seperti penggunaan kata bodoh, yang juga secara tidak langsung menyebabkan confessor berasa tidak selesa. ", "Strategi Ketidaksantunan Negatif", "Strategi ketidaksantunan negatif merupakan strategi yang digunakan untuk menyebabkan air muka negatif seseorang rosak.", "Kita dapat tahu strategi ini digunakan apabila ada unsur menakutkan seperti mengugut, adanya ejekan atau penghinaan, adanya kaitandengan aspek negatif, dan adanya serangan dengan menggunakan maklumat yang lain yang digunakan oleh penutur.", "Dalam contoh ini, pembahan menggunakan perkataan dialek utara makngot yang bermaksud lembab. Maksudnya confessor dilabel sebagai seorang yang lembab berfikir.", "Dalam contoh di atas pula, jelas terdapat unsur ugutan untuk menendang confessor masuk ke tasik biawak. Ini bertepatan dengan kriteria strategi ketidaksantunan negatif. Ia juga mendatangkan rasa ingin melawat tasik biawak yang mungkin boleh jadi tempat percutian* – tambahan penulis.", "Strategi Penggunaan Sindiran", "Ini mungkin strategi yang paling kreatif, dan semakin dikuasai oleh netizen.", "Strategi penggunaan sindiran merupakan strategi yang digunakan untuk menunjukkan strategi kesantunan yang tidak benar, berpura- pura, atau nilai kesantunan itu hanya wujud secara tersurat sahaja.", "Strategi ini lebih mudah difahami dengan contoh: ", "Kesimpulan Berharga", "Sebenarnya, bukan semua respon yang diberikan adalah negatif dan bersifat ketidaksantunan, ada juga komentar yang positif dan berkesantunan.", "Tetapi yang bersifat ketidaksantunan / membahan itu lebih banyak.", "Adakah ini bermakna adab dan tatasusila masyarakat Malaysia begitu teruk di alam maya kerana terlalu suka membahan? Tidak juga.", "Menurut pengkaji, sebenarnya punca netizen membahan adalah kerana hantaran asal itu sendiri bersifat membahan:", "Penggunaan strategi ketidaksantunan yang lebih kerap daripada penggunaan strategi kesantunan kemungkinan besar melibatkan DATA ASAL. Hal ini kerana R1 dalam DATA ASAL itu sendiri ada menggunakan strategi ketidaksantunan", "Maka kesimpulannya, jika tidak mahu dibahan, jangan membahan. " ]
https://ajar.com.my/2019/01/11/ada-kajian-kena-dihantar-segera-guna-penjana-kertas-saintifik-auto-ini-tapi-hasilnya-100-merepek/
Ada Kajian Kena Dihantar Segera? Guna Penjana Kertas Saintifik Auto Ini. (Tapi Hasilnya 100% Merepek)
[ "Antara tugasan paling memberi tekanan dalam hidup seseorang adalah apabila dikehendaki menyiapkan kertas kajian saintifik. Biasalah, kadang kala eksperimen tak menjadi, kadang kala tiada idea.", "Kadang kala malas sebab tersangkut dengan hal – hal lain yang lebih berfaedah, seperti layan video kucing.", "Maka kadang kala, tahu – tahu sahaja, tinggal lagi beberapa hari kertas saintifik tersebut perlu dihantar. Di sebalik panik dan kekesalan, mulalah dicari laman web – laman web ajaib yang boleh membantu hasilkan kertas saintifik dalam masa 1 hari.", "Jangan risau, kerana sebenarnya memang ada! ", "… Lebih kurang. Tak lebih, tapi sangat kurang.", "Sci – Gen, Penjana Kertas Kajian Automatik", "Sci – Gen adalah laman web mengagumkan yang membolehkan anda hasilkan kertas kajian saintifik, dengan nama anda sebagai penulis, dalam masa beberapa saat! Tak kira siapa pun anda, anda boleh hasilkan kajian saintifik sendiri!", "Caranya mudah saja, letakkan nama anda dan nama beberapa ‘rakan pengkaji’ yang lain, dan jeng, sebuah kertas kajian dengan tajuk berkisar mengenai sains komputer akan dihasilkan untuk anda.", "Anda malah boleh hasilkan kertas – kertas kajian lain kerana hasilnya berbeza setiap kali:", "Sekali imbas, nampak seperti hasil yang diperoleh memang sah. Memang kertas – kertas kajian hebat yang dikeluarkan.", "Namun jika diteliti betul – betul, 100% isi setiap perenggan adalah merepek dan keseluruhan kertas tidak langsung seragam.", "Hal ini kerana Scigen bukanlah bertujuan menghasilkan kertas kajian yang serius, sebaliknya ia adalah laman web penghasil kertas kajian ‘prank’, ‘gobbledegook’, ‘nonsense’, … sebagai bahan ketawa.", "Menipu Konferens Saintifik Murahan", "SciHub dibangunkan oleh beberapa orang calon PhD MIT pada tahun 2005, dengan tujuan utamanya untuk ‘menghiburkan‘. Ia menggabungkan jalinan perkataan – perkataan bombastik secara rawak untuk meyakinkan orang bahawa ia sememangnya kertas kajian saintifik yang sah, kerana ia amat sukar difahami. ", "Sudah pasti bila anda seorang pelajar MIT, itulah definisi hiburan bagi anda.", "Namun, terdapat juga beberapa fungsi lain program tersebut. Antara lain,’ kertas kajian’ tersebut dihantar kepada konferens – konferens murahan yang sangat rendah piawai semakannya.", "Ternyata, beberapa jerat mereka mengena. Beberapa kertas kajian yang 100% merepek tersebut dipersembahkan dalam konferens – konferens palsu.", "Nature melaporkan terdapat lebih daripada 120 kertas kajian merepek yang terpaksa ditarik balik. Sekarang malah terdapat program khas yang dapat mengesan kertas – kertas saintifik palsu yang dihasilkan oleh komputer.", "Maka, ternyata anda tak boleh gunakan laman web tersebut untuk menampung kembali waktu kajian anda yang hilang akibat menonton video kucing. Kecuali kalau anda yakin pensyarah anda pun tonton video kucing sewaktu menyemak kertas anda.", "Paling kurang, anda boleh gunakan kertas – kertas saintifik merepek tersebut untuk yakinkan bakal mertua anda yang mahukan menantu pandai – pandai." ]
https://ajar.com.my/2019/01/12/lebih-6000-gambar-zaman-uthmaniyah-kini-boleh-diakses-atas-talian-beri-gambaran-saat-akhir-empayar-sebelum-kejatuhan/
Lebih 6000 Gambar Zaman Uthmaniyah Kini Boleh Diakses Atas Talian. Beri Gambaran Saat Akhir Empayar Sebelum Kejatuhan.
[ "Institut Kajian Getty telah mendigitasikan koleksi gambar – gambar sewaktu zaman khilafah Uthmaniyah yang boleh diakses dan dimuatturun secara percuma. ", "Gambar – gambar tersebut adalah sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20, yang dikumpul oleh seorang pengumpul Perancis Pierre de Gigord sewaktu pengembaraan beliau di Turkey. ", "Koleksi gambar tersebut adalah dalam pelbagai format. Daripada cetakan albumen kepada slaid kaca dan album, koleksi tersebut mendokumentasikan seni bina, lanskap urban dan semula jadi, tapak arkeologi peradaban beribu – ribu tahun dahulu, dan hiruk pikuk kehidupan empayar Uthmaniyah yang ketika itu semakin lemah.", "Termasuk dalam koleksi tersebut adalah gambar panorama 10 bahagian Istanbul, yang memerlukan kesemua bahagian cetakan albumen itu dicantumkan. Hasilnya adalah satu pandangan panorama mengagumkan pencakar langit Istanbul dan Selat Bosforus pada tahun 1878.", "Melalui projek digitasi tersebut, kita boleh pelajari keadaan perdagangan dan kesenian Turki, wanita – wanita mereka, seni bina pusat bandar Uthmaniyah, program – program kerajaan dan geopolitik kawasan tersebut. ", "Bagi Muslim pula, gambar – gambar saat – saat akhir sebelum jatuhnya sistem khalifah pula sedikit mendatangkan rasa syahdu dan kerinduan." ]
https://ajar.com.my/2019/01/15/permainan-video-4d-ini-benar-benar-buat-kita-ternganga/
Permainan Video 4D Ini Benar – benar Buat Kita Ternganga
[ "Sungguhpun otak manusia merupakan struktur paling kompleks dalam alam semesta, dengan kemampuan jauh mengatasi supercomputer termaju dunia, ia masih terbatas.", "Kita tidak mampu untuk membayangkan satu warna yang kita tak pernah tengok sebelum ini (cubalah!). ", "Kita juga tidak mampu untuk membayangkan dimensi ke empat (4D), kerana kita hidup dalam dunia tiga dimensi (3D).", "Namun, sebuah permainan video yang bernama 4D Toys mungkin boleh membuatkan kita faham sedikit situasi dunia 4D. Ia sememangnya satu permainan yang membuat minda kita meletus.", "Dalam permainan ini, bentuk – bentuk 3D berperangai sangat pelik. Secara tiba – tiba bentuk petak bertukar menjadi piramid, kemudian menjadi bentuk kuboid yang tidak seragam, bentuk sfera pula bertukar – tukar saiz dari besar ke kecil, dan tiba – tiba bentuk tersebut hilang.", "Rupa – rupanya, apa yang berlaku adalah bentuk – bentuk 3D tersebut masuk ke alam 4D, lantas mengubah keratan rentasnya.", "Sabar, ini sedikit penjelasan untuk bantu kita faham dimensi – dimensi tersebut.", "0D, 1D, 2D, 3D dan 4D", "Dimensi kosong adalah adalah satu titik di dalam ruang. Ia tidak mampu pergi ke mana – mana. ", "Apabila kita susun titik – titik tersebut bersebelahan satu sama lain, kita akan dapat satu garis 1D. Satu garisan sebenarnya adalah gabungan siri – siri titik yang bersambung. ", "2D pula adalah apabila garisan lurus tersebut disusun bersebelahan satu sama lain. Apabila kita ‘memanjangkan’ garis lurus tersebut dalam dimensi kedua, kita akan peroleh bentuk segi empat. Apabila kita bergerak dalam dua dimensi ini, kita berada pada garisan – garisan berbeza yang dipanggil satah.", "3D pula adalah siri – siri satah yang disusun bersebelahan satu sama lain. Apabila kita bergerak pada dimensi ketiga ini, kita sebenarnya bergerak merentasi satah – satah yang berbeza. Kita panggil ini sebagai ruang. Kiub adalah bentuk apabila kita memanjangkan satah sepanjang dimensi ketiga.", "Sekarang kita masuk pada dimensi keempat, ia agak menakjubkan. Sama seperti dimensi – dimensi tadi, 4D adalah siri – siri ruang 3D yang disusun bersebelahan satu sama lain. Apabila kita bergerak merentasi dimensi keempat, kita dapati diri kita pada ruang – ruang 3D yang berbeza. Apabila kita memanjangkan ruang 3D ini, kita akan peroleh bentuk kiub 4D atau tesseract, (eh jap, macam pernah dengar).", "Cuma masalahnya, disebabkan kita hidup dalam alam 3D, kita tak dapat tengok dimensi 4D yang sebenarnya. Rajah di atas nampak macam bertindan satu sama lain, tapi kalau kita kanak – kanak yang dilahirkan oleh emak 4D di dunia 4D, kita akan nampak satu bentuk yang tak bertindan.", "Apa Jadi Kalau Satu Makhluk Dimensi Lain Kunjungi Dimensi yang Lebih Tinggi?", "Bayangkan anda seorang manusia 2D yang wujud di dimensi 2D. Hidup anda indah, semua benda bergerak atas bawah, kiri kanan. ", "Tapi bagaimana kalau dunia anda sebenarnya 3D, tapi anda saja yang tersekat pada satu satah 2D?", "Apa yang berlaku adalah, anda akan dapati bola yang bergerak – gerak di dimensi 3D sebagai satu bentuk bulatan 2D yang mengecil dan membesar, serta terapung. Sedangkan sebenarnya keratan rentas 3D bentuk bola tersebut berubah – ubah.", "Apabila satu bentuk kiub 3D bergerak – gerak dan berputar – putar pada keratan rentas 2D, kesannya lebih dramatik.", "Bagi lelaki 2D tersebut, dia akan perhatikan bentuk petak tersebut berubah – rubah bilangan sudut, menjadi bentuk kuboid pelik dan terapung – apung. Apabila ia terkeluar daripada satah 2D, ia hilang daripada pandangan.", "Bagi kita yang menonton di dunia 3D pula (sudut kiri) segalanya masuk akal. Namun kita juga akan dapati kebingungan apabila kita dibawa ke dunia 4D sedangkan kita masih hanya mampu melihat ruangan 3D.", "Dalam video GIF di atas, prinsip yang sama berlaku kepada situasi lelaki 2D tadi. Kita sebagai makhluk 3D melihat dunia 4D dengan kepelikan.", "Maka sebenarnya, apa yang kita perhatikan adalah keratan rentas 3D pada bentuk – bentuk dunia 4D. Bentuk sfera yang terapung adalah keratan rentas 3D untuk bentuk sfera hyper 4D. Bentuk – bentuk kiub itu pula berubah – ubah bilangan permukaannya kerana ia sebenarnya keratan rentas 3D untuk bentuk kiub hyper 4D. Apabila bentuk – bentuk tersebut bergerak keluar ke dimensi 3D, ia hilang.", "Dan bukan itu saja, dunia 4D ini juga mampu melakukan perkara pelik yang mencanggahi fizik dunia kita. Seperti menceraikan dua bentuk yang mustahil cerai." ]
https://ajar.com.my/2019/01/16/berhati-hati-dengan-trend-baru-10yearschallenge/
Berhati – hati dengan Trend Baru ‘#10YearsChallenge’
[ "Baru – baru ini timbul trend baru di media sosial bernama #10yearschallenge, di mana pengguna – pengguna Twitter, Instagram dan Facebook memuatnaik dua gambar bersebelahan, membandingkan diri mereka 10 tahun lepas dengan sekarang.", "Trend ini turut tular apabila disambut oleh golongan selebriti.", " Dari segi luaran, nampaknya trend ini tidak berbahaya dan tidak mendatangkan apa – apa risiko. Namun sesetengah pihak membongkarkan beberapa maklumat yang agak menggerunkan berkenaan cabaran media sosial ini.", "“Ini Satu Percubaan Melombong Data Algoritma Pengecaman Muka”", "Menurut Kate O’Neill yang menulis untuk wired.com, tidak mustahil trend ini merupakan satu percubaan syarikat – syarikat media sosial gergasi melombong data.", "Bayangkan anda ingin melatih algoritma pengecaman muka berkaitan ciri – ciri penuaan (iaitu bagaimana orang kelihatan setelah mereka tua). Secara idealnya, anda mahukan set data yang luas dan banyak merangkumi gambar – gambar jutaan orang. Ia juga akan sangat membantu jika anda tahu selang umur yang tepat untuk dua gambar tersebut, seperti selang 10 tahun. ", "Menurut beliau, trend ini boleh jadi merupakan satu percubaan besar – besaran untuk melatih A.I (Kecerdasan Buatan) mengecam proses penuaan muka manusia. ", "Sudah pasti, pandangan skeptikal beliau dipertikai orang dengan mengatakan bahawa boleh saja Facebook mencari gambar – gambar lama pada profail Facebook kita sendiri tanpa perlu membuat challenge ini.", "Me 10 years ago: probably would have played along with the profile picture aging meme going around on Facebook and InstagramMe now: ponders how all this data could be mined to train facial recognition algorithms on age progression and age recognition", "Tapi jawab beliau, gambar – gambar lama yang dimuatnaik oleh ramai orang 10 tahun lepas tidak begitu boleh dipercayai. Orang tidak memuat naik gambar dalam turutan waktu kronologi, dan ramai orang yang menggunakan gambar bukan manusia sebagai gambar profail mereka. ", "Dengan meme Facebook terbaru ini, mereka dapat membuat orang memuatnaik sendiri gambar mereka 10 tahun lepas, serta meletakkan konteks yang sangat membantu A.I mereka (contoh – ‘saya pada 2008, saya pada 2018’)", "Dengan kata lain, berkemungkinan trend terbaru ini adalah suatu kejuruteraan sosial pada skala besar – besaran. Kita sebagai pengguna media sosial yang berikan data percuma untuk dieksploitasi syarikat media sosial.", "Suatu Ancaman Siber", "Menurut portal My Two Cents pula, #10YearsChallenge boleh digunakan oleh penjenayah siber untuk melakukan salah laku alam maya.", " Untuk penjenayah, ianya sangat mudah. Jika dahulu anda single dan sekarang berkeluarga dan semakin kaya, penjenayah akan mula memikirkan tentang segala kemungkinan kejahatan yg boleh dilakukan, terhadap anda sendiri ataupun keluarga anda. ", "Menurut penulis, data berharga yang diperoleh membolehkan pihak lain untuk mengambil kesempatan, seperti mengiklankan produk dan servis yang mereka rasakan sesuai dengan situasi anda sepanjang 10 tahun lepas. ", "Sejarah Menggerunkan Manipulasi Data Media Sosial", "Dalam satu analisa yang cukup elaboratif, Asyraf Farique, pengkaji di IRIS Institute membentangkan perkembangan bagaimana media sosial dijuruterakan untuk memanipulasi pengguna – penggunanya. ", "Antara lain, beliau mendedahkan bagaimana ‘feature‘ emosi di Facebook dieksploitasi untuk menjual data.", "Dalam satu laporan yang telah dibocorkan oleh media mendapati Facebook mengakui mereka boleh mengesan dan mengenal pasti tahap emosi jiwa pengguna. Adakah mereka sedang marah, sedih, kecewa, rasa bodoh, takut, atau sedang gagal. Maka kerapuhan ini akan digunakan dengan menjual data pelanggan kepada pengiklan, supaya iklan yang sesuai akan dipaparkan mengikut situasi emosi pengguna. ", "Beliau juga mengajak kita berfikir sama ada kita betul – betul merdeka daripada diperhambakan media sosial.", " Di mana kemerdekaan diri kita dalam membuat keputusan dan mengatur pilihan diri? Adakah media sosial ini menjadi alat kepada kita untuk memudahkan perhubungan atau tanpa kita sedari, diri kita sendiri sudah dieksploitasi dan kita menjadi mangsa kepada mereka! " ]
https://ajar.com.my/2019/01/18/jurang-generasi-lebih-50-peratus-kanak-kanak-tidak-lagi-kenal-disket/
Jurang Generasi : Lebih 50 Peratus Kanak – kanak Tidak Lagi Kenal Disket
[ "Mahu rasa diri anda tua? Tanya mana – mana pelajar sekolah rendah kalau mereka tahu apa itu disket.", "Disket, cakera liut, floppy disk tu. Yang kita orang – orang tua dahulu gunakan untuk simpan data. Yang kemudian diganti oleh CD dan pendrive, kemudian Dropbox dan Google Drive..", "Bancian YouGov terhadap 2011 kanak – kanak berusia dalam lingkungan 6 – 18 tahun dapati 67 peratus tidak mengenali apa itu disket.", "Ya, terdapat sebahagian daripada mereka yang mengatakan itu adalah simbol ‘save’ di komputer. ", "Di samping itu, mereka turut menanyakan sama ada kanak – kanak tersebut masih mengenali beberapa lagi teknologi – teknologi ‘kuno’ yang pernah digunakan generasi terdahulu.", "71% daripada mereka tidak lagi mengenali projektor yang dahulu biasa digunakan di kelas – kelas, 40% tidak mengenali kaset muzik. Namun agak mengejutkan hanya 27% yang tidak mengenali mesin taip. ", "Bagi yang tidak mengenali mesin taip pula, mereka mengatakan ia adalah ‘benda yang digunakan untuk menulis skrip filem’.", "Perubahan Teknologi Terlalu Cepat", "Kita sekarang berada di gerbang Industri Revolusi Keempat, dan ia menjadi punca keresahan pelbagai pihak.", "Kerana antara lain, revolusi ini dirasakan terlalu cepat.", "“Jika anda lihat pada revolusi pertama, kedua atau ketiga, teknologinya berkembang, tetapi ia melangkaui beberapa generasi dan tempoh hayat manusia. Namun sekarang revolusi berlaku kurang daripada satu tempoh generasi” kata Xavier Bourgouis, pegawai informasi firma teknologi Barco.", "Sekarang kita ada orang yang tahu bagaimana membaiki kaset, tetapi anak mereka tidak tahu apa kegunaannya. Bila anak 6 tahun saya menonton filem di skrin TV, dia pergi kepada skrin tersebut dan cuba menyentuhnya.", "Jika anda berminat untuk meneroka lanjut kesan Revolusi Industri Keempat ini, boleh tonton video di bawah:" ]
https://ajar.com.my/2019/01/20/siapa-kata-minyak-daripada-dinosaur-mana-ada/
Siapa Kata Minyak Daripada Dinosaur? Mana ada.
[ "Kebanyakan minyak mentah/bahan api fossil malangnya bukan berasal daripada T-rex yang tuan-tuan dan puan-puan sayangi.", "Minyak mentah atau bahan api fossil atau kerogen yang menjadi omongan orang kebanyakan bukanlah berasal daripada dinosaur sebenarnya. Kemungkinan besar juga, tiada langsung kerogen yang terhasil daripada dinosaur, mungkin terdapat sedikit sahaja yang terhasil daripada reptilia marin yang hidup di dalam laut misalnya Ichthyousaurus.", "Kerogen ialah sejenis bahan organik yang berstrukturkan alkana CnH2n+2, terhasil setelah mana-mana bahan organik yang terpelihara di dalam batu mendapan misalnya lipid (seperti lemak dan lilin), karbohidrat dan lignin (pokok), dipanaskan dan dimampatkan pada suhu dan tekanan yang sesuai. Katagenesis atau “oil window” (50-200°C) akan menghasilkan minyak dan suhu setelahnya, metagenesis, akan menghasilkan gas.", "Jenis-jenis kerogen diklasifikasikan mengikut nisbah pasangan hydrogen dan oksigen, H:O dan karbon dan oksigen, C:O dan ini ditentukan oleh kandungan-kandungan bahan organik yang terdapat pada organisma yang telah terpelihara di dalam batu mendapan tersebut. Yang menariknya, setiap organisma yang tinggal di persekitaran dan alam yang berbeza, akan menghasilkan nisbah H:O dan C:O yang berbeza, jenis kerogen yang berbeza!", "Tiga jenis kerogen yang utama ialah (Jenis i) kerogen sapropel, (Jenis ii) kerogen liptinik (penuh lipid) dan (Jenis iii) kerogen humic:", "i. Kerogen sapropel terhasil daripada alga seperti Bottrycoccus, kaya dengan bahan alifatik yang terperangkap di dalam batu syal purba dan menghasilkan minyak.", "ii. Kerogen liptinik pula terhasil daripada zooplankton dan phytoplankton yang terperangkap dan menghasilkan minyak.", "iii. Kerogen humic pula terhasil daripada tumbuh-tumbuhan darat yang mendapat pemendapan awal seperti di kawasan paya atau delta purba dan ini akan menghasilkan gas asli dan arang batu contohnya di Luconia Tengah, Sarawak (Shell please hire me).", "Apa?! Kenapa dinosaur takdak dalam nihhh?!", "Malangnya, sesuatu batu itu, sekiranya mahu untuk memelihara bahan organik, tidak boleh didedahkan dengan dua (2) perkara penting yakni:", "1) Oksigen: Sekiranya terdapat oksigen di sesuatu persekitaran, bakteria dan mikroorganisma akan wujud di samping dinosaur-dinosaur kesayangan semua.", "2) Bakteria dan mikroorganisma: sekiranya mereka ni ada, maka lunyailah segala tisu badan dan lelemak yang boleh ditukar menjadi kerogen.", "Oleh sebab dua faktor yang penting tersebut, segala bahan-bahan organik yang mampu ditukar kepada kerogen hanya akan terjadi apabila disemadikan di persekitaran yang tidak mempunyai oksigen dan bekteria dan mikroorganisma seperti di dasar laut.", "Kesimpulannya yang Arif, Minyak Mentah Bukan daripada Dinosaur.", "Rumusannya, minyak mentah tidak terhasil daripada dinosaur namun terhasil daripada alga, zooplankton, phytoplankton dan tumbuh-tumbuhan kerana segala ramuan untuk menjadikan bahan mentah itu wajib dimendapkan dan dipelihara sebelum ditanam pada suhu dan tekanan yang sesuai.", "Tapi, plankton kecik, 1mm je seekor tu!? Dekat sini saya nak ajak tuan-tuan dan puan-puan berfikir sejenak dan berasa kagum dengan sistem ciptaan Allah. Sekumpulan plankton yang kecil mampu menjana minyak sehingga beratus juta km3 dan kawasan yang dahulunya paya atau delta kini menjana 10 trillion meter persegi gas asli seperti di Luconia Tengah.", "Fikir-fikirkan.", "Tulisan oleh : Muhammad Azri ", "Rujukan:1. AAPG Wiki – Source rocks, accessed 19/1/20192. Lunt & Mazlan Madon, 2017, A review of the Sarawak Cycle: History and modern application.3. Schlumberger Oilfield Glossary – source rocks, accessed 19/1/2019.4. Selley & Sonnenberg, 2015, Elements of Petroleum Geology, 3rd ed.5. Wee & Liew, 1988, Development Planning of the F6 Gas Field in Central Luconia, Offshore Sarawak, Malaysia." ]
https://ajar.com.my/2019/01/21/universiti-malaya-rangkul-kedudukan-20-teratas/
Universiti Malaya Rangkul Kedudukan 20 Teratas
[ "Universiti Malaya (UM) berada pada tangga ke-18 di dalam Emerging Economies University Rankings (EEUR) 2019 seperti dikeluarkan Times Higher Education (THE).", "Kedudukan itu meletakkan UM dalam kalangan 20 universiti terbaik dunia dan berkembang maju di samping institusi pengajian tinggi (IPT) berprestasi terbaik di negara ini.", "UM naik 9 anak tangga daripada kedudukan sebelumnya di tempat ke 27.", "Ini adalah kedudukan paling tinggi pernah diperoleh universiti tersebut, dan kali pertama UM tersenarai dalam 20 Universiti terbaik THE’s Emerging Economies University Rankings. ", "Pemilihan oleh THE ini mengambil kira lima kategori utama yang dinilai iaitu dari segi pengajaran, penyelidikan, tinjauan antarabangsa, kutipan dan pendapatan industri. ", "Maka, nampaknya reputasi yang dimiliki oleh UM semakin diiktiraf oleh badan antarabangsa tersebut.  ", "\nSelain UM, terdapat 2 lagi universiti tempatan yang berjaya menyenaraikan diri di dalam kedudukan 100 terbaik. Ini termasuklah Universiti Teknologi Petronas (UTP) di kedudukan ke-60. Manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula memanjat 15 kedudukan untuk mendapat tangga ke-86.\n" ]
https://ajar.com.my/2019/01/23/matematik-permainan-congkak-jadi-kajian-saintis-jepun1/
Matematik Permainan Congkak Jadi Kajian Saintis Jepun.
[ "Siapa kata permainan tradisional kita tiada nilai kajian akademik dan saintifik?", "Sebuah kajian mengenai congkak telah dilakukan oleh sepasukan saintis Jepun daripada Japan Institute of Science and Technology .", "Kajian yang diketuai oleh Professor Hiroyuki Iida itu bertajuk ‘Game Information Dynamics and Its Application to Congkak and Othello‘ , di mana ia menganalisis model dinamika ketidakpastian keputusan permainan Congkak, dibandingkan dengan permainan terkenal antarabangsa, Othello. ", "Bagaimana Orang Jepun Boleh Mengenal Congkak?", "Congkak diperkenalkan ke Negara Jepun baru – baru ini sahaja, dan untuk pertama kali.", "Kertas kajian tersebut mengatakan bahawa permainan itu adalah permainan tempatan Asia Tenggara yang cukup unik, dan sangat berkemungkinan ia akan tersebar luas.", "Permainan yang dianggap berasal daripada perkataan ‘congak’, atau kiraan tersebut berkemungkinan sampai kepada pengetahuan mereka menerusi usaha Kementerian Pelancongan Malaysia yang menganjurkan pertandingan congkak di serata dunia.", "Antara lain, pertandingan congkak dipromosikan di Eropah seperti di European Games di Cardiff.", "Boleh jadi, congkak dikenali di Jepun lantaran promosi oleh pelajar – pelajar Malaysia di sana.", "Mengira Tahap ‘Keseronokan’ Menggunakan Matematik", "Dengan menggunakan konsep fizik mekanika bendalir dan matematik, pasukan pengkaji tersebut menganalisa tahap ‘keseronokan’ permainan congkak dan Othello.", "Persamaan yang digunakan adalah seperti berikut:", "Menurut persamaan ini, dijangka semakin tinggi nilai q, semakin besar perbezaan kekuatan kedua – dua pasukan, begitulah sebaliknya. ", "Inilah graf ‘kelebihan tidak berdimensi dan ketidakpastian keputusan permainan’ yang diperoleh untuk permainan congkak. ", "Ini pula perbandingan dengan graf Othello.", "Ini pula perbandingan dengan Permainan Piala Dunia Fifa 2010 untuk penentuan tempat ketiga antara German melawan Uruguay.", "Keputusannya, ketidakpastian congkak dianggarkan menerusi model lengkungan:", "Manakala untuk Othello:", "Kesimpulannya, Othello dianggap sebagai suatu permainan yang lebih ‘stabil’ tetapi ‘berat sebelah’, sedangkan congkak didapati suatu permainan unik yang lebih bersifat ‘jongkang – jongket’.", "Apapun, kertas kajian ini bagaimanapun membuat pencerahan bahawa hakikatnya, keputusan ini tidak objektif kerana ‘keseronokan’ itu bergantung kepada perasaan individu. " ]
https://ajar.com.my/2019/01/24/sisi-gelap-video-kanak-kanak-di-youtube-yang-ibu-bapa-kena-tahu1/
Sisi Gelap Video Kanak – Kanak di Youtube yang Ibu Bapa Kena Tahu
[ "Kalau anda ada anak kecil / anak buah / kanak – kanak jagaan yang menghabiskan berjam – jam menonton video – video kanak – kanak di Youtube, anda perlu cakna isu di dalam artikel ini.", "Sekarang ini, kita lihat menjadi satu fenomena kanak – kanak memegang skrin telefon pintar. Kadang kala kerana ibu bapa tidak dapat melayan karenah anak – anak mereka lalu dipinjamkan skrin agar tidak merengek, kadang kala kerana sememangnya telah diprogramkan jadi rutin harian kanak – kanak tersebut.", "Apa yang paling banyak ditonton kanak – kanak menerusi skrin telefon tersebut? Jawapannya adalah Youtube. Menurut kajian, kanak – kanak berusia 8 tahun ke bawah habiskan 65% masa mereka menonton Youtube.", "Iyalah, selepas habis menonton satu video 8 – 10 minit, mereka klik pula video lain yang disajikan di thumbnail bawah, tahu – tahu sudah berjam – jam menghadap skrin.", "Apatah lagi, terdapat berjuta – juta pilihan ‘video kanak – kanak‘ yang anak – anak anda boleh klik satu per satu berturutan. Ia seperti tidak habis.", "Tapi kenapa begitu? Kenapa begitu banyak video kanak – kanak ini di Youtube? Siapa yang buat?", "Fenomena Video Kanak – kanak yang Mencecah Berbilion Tontonan", "Jika anda ingat, pernah tular tentang cerita mengenai kanak – kanak yang memperoleh pendapatan puluhan juta ringgit hanya dengan memuatnaik video di Youtube.", "Majoriti penonton saluran tersebut pula adalah kanak – kanak. Bagaimana format video – video yang dihasilkan saluran ini? Anda boleh tonton sendiri video yang hampir mencecah 1 bilion tontonan ini:", "Ya, videonya sangat ringkas, kanak – kanak tersebut membuka ‘telur’ watak kartun popular, dan mendedahkan harta karun permainan di dalamnya. Dia kemudian bermain dengan permainan tersebut beberapa ketika sehinggalah video tamat.", "Format video begini amat disukai kanak – kanak kerana mereka (berbilion kanak – kanak seluruh dunia) terangsang dopamine mereka untuk tahu permainan baru apa mereka akan tengok setiap kali telur baru ditetaskan.", "Malah, format ‘permainan kejutan’ ini menjadi satu genre tersendiri, dengan ratusan saluran cuba meniru, dan dengan capaian jutaan tontonan setiap satu video:", "Dunia genre video kanak – kanak Youtube sebenarnya begitu membingungkan, kerana terdapat banyak lagi jenis video yang dihasilkan yang begitu berjaya, dan tidak difahami oleh orang dewasa:", "Maka kita boleh sedari bahawa video – video kanak – kanak sememangnya sangat berpotensi mencapai jumlah tontonan yang tidak terjangkau akal banyaknya. Maka di situlah titik permasalahan utama video – video kanak – kanak di Youtube.", "Mental Anak Anda Diancam Penggila Duit dan Robot Youtube", "Di Youtube, anda sebenarnya boleh membuat duit dengan beberapa cara. Cara yang paling biasa adalah apabila anda membuka ruang pengiklanan di video yang anda hasilkan. Sebahagian daripada dapatan pengiklanan akan masuk ke akaun akaun anda, sebahagian akan masuk ke Youtube.", "Apa yang menentukan jumlah duit yang anda terima? Banyak faktornya. Tetapi faktor utama adalah jumlah tontonan. Lebih banyak tontonan, lebih banyak peluang untuk banyak janaan pendapatan. Mudah.", "Maka dari situ muncullah banyak pihak yang merasakan mereka boleh membuat duit mudah daripada menghasilkan video kanak – kanak. Mereka tiada niat menghasilkan bahan yang boleh merangsang minda anak – anak, menurut modul pembangunan insaniah tertentu. Mereka cuma nampak peluang duit. Apatah lagi jumlah tontonan video kanak – kanak begitu tidak masuk akal.", "Dan lebih tambah menggerunkan, video apa yang anak anda nampak di Youtube ditentukan oleh satu lagi faktor yang kering dan tidak berperasaan. Robot. Atau lebih tepat, algoritma kecerdasan buatan Youtube.", "Algoritma Youtube menyusun video – video menyusul, thumbnail, video rekomendasi berdasarkan ‘kata kekunci’ yang tertentu, corak thumbnail, trend semasa, audiens, elemen – elemen popular serta banyak lagi faktor yang tidak didedahkan serta berubah dari semasa ke semasa.", "Maka sebab itulah, kita lihat tajuk – tajuk video kanak – kanak yang langsung tidak masuk akal. Kerana pemilik video sengaja menyumbat sebanyak mungkin kata kunci agar video mereka ditonton semaksimum mungkin.", "Dan itulah sebab, kita lihat ‘video – video kanak – kanak’ di Youtube yang amat menggerunkan dan sebolehnya kita mahu jauhkan daripada anak – anak kita. ", "Keseluruhan channel ini pula mendatangkan seriau kepada ibu bapa.", "Kawal dan Jauhkan Anak Anda Daripada Youtube", "Sebagai seorang pengguna Youtube (peroleh pendapatan daripada laman web tersebut) sememangnya diakui Youtube tidak sesuai untuk kanak – kanak. ", "Banyak kandungan di medium tersebut tidak ditapis, atau terlepas daripada sistem tapisan AI lantas kadang kala disyorkan pula tontonannya kepada anak – anak kita. Maka dalam hanya beberapa klik, anak kita boleh dibawa menonton video berisi keganasan dan kelucahan, yang sememangnya disasarkan kepada anak kecil kerana mengejar capaian algoritma video kanak – kanak.", "Tambahan lagi, pemilik – pemilik saluran Youtube tersebut boleh jadi sesiapa saja. Mereka tiada imej korporat, tiada kelayakan penghasil bahan kanak – kanak, tiada roh mendidik. Mereka boleh jadi cumalah pengejar tontonan terhadap golongan yang paling mudah dieksploitasi.", "Jika perlu, muat turun dan simpan video – video kegemaran anak – anak anda dalam folder khas telefon. Jangan sesekali benarkan mereka mencari sendiri video di Youtube.", "Pembentangan yang lebih mendalam mengenai isu yang cukup menggerunkan ini boleh ditonton di sini:" ]