url
stringlengths 41
165
| headline
stringlengths 9
135
| content
sequence |
---|---|---|
https://ajar.com.my/2022/10/22/proses-flaring-menghasilkan-gas-metana-yang-membahayakan/ | Proses “Flaring” menghasilkan gas metana yang membahayakan? | [
"Petroleum dan gas merupakan sumber tenaga utama dunia. Dianggarkan penggunaan minyak petroleum sehari adalah sebanyak 708,000 barel di Malaysia. Sumber minyak dan gas ini sangat penting kepada manusia kerana ia merupakan sumber utama tenaga dunia. ",
"Pernahkah anda melihat keadaan atau gambar di bawah? Gambar di bawah menunjukkan satu proses di mana nyalaan api atau “gas flare” terhasil dari corong asap yang dikenali sebagai Flare Stack.",
"Jadi apakah itu “flare stack” dan “gas flare”? Dan mengapakah keadaaan ini berlaku? ",
"Tahukah anda ketika proses penggalian minyak dan gas di Sektor Upstream, gas asli akan dipisahkan daripada minyak dan dialirkan ke menara terakhir iaitu “flare stack” untuk dibakar. Tujuan utama pembakaran gas asli adalah untuk mengelakkan pengumpulan gas berbahaya. Praktis ini telah dijalankan sejak 160 tahun yang lalu dalam industri petroleum dan gas di seluruh dunia.",
"Gas metana merupakan komponen utama gas asli terhasil daripada proses penggalian bahan mentah. Gas metana ini merupakan komponen utama gas rumah hijau yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Pada tahun 2021, dianggarkan sebanyak 144 billion meter padu gas telah dibakar di tempat penghasilan minyak jika mengambil kira kecekapan pembakaran sebanyak 98%. Hasil daripada pembakaran tadi menukarkan gas asli kepada gas karbon dioksida di udara. Dianggarkan pembakaran pada tahun itu menghasilkan persamaan gas karbon dioksida sebanyak 400 million ton, namun gas karbon dioksida ini lebih selamat berbanding gas metana. ",
"Namun, tedapat satu kajian baru yang dikeluarkan oleh jurnal sains yang menyatakan bahawa proses pembakaran ini tidak menghapuskan sebanyak mana metana yang kita anggapkan selama ini. Kajian ini telah dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari University of Michigan. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa pembakaran menyebabkan gas metana terbebas ke udara lima kali daripada apa yang dianggapkan sebelum ini. Secara amnya, dianggapkan proses pembakaran ini mampu menghapuskan sebanyak 98% metana daripada udara. Bagi membuktikan anggapan ini, pihak pengkaji daripada universiti tersebut membuat kajian lapangan dari tahun 2020 dan 2021 dengan mengambil sampel sebanyak 300 di tiga kawasan utama penghasilan minyak dan gas di Amerika Syarikat. Kajian ini menunjukkan hanya 91% gas metana telah berubah menjadi kompoun yang lain, selebihnya terbebas ke udara.",
"Hasil kajian ini sangat penting kepada kita kerana penghasilan gas rumah hijau ini mampu membahayakan alam sekitar. Penghasilan gas metana ke udara boleh menyebabkan peningkatan suhu bumi dan memberi kesan yang sangat besar kepada manusia dan sekitarnya. Kerjasama semua pihak terutamanya pemain industri minyak dan gas serta penggumbal undang-undang sangatlah diperlukan bagi menghasilkan proses yang lebih efektif dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar. Usaha Bank Negara dan PBB dalam melancarkan inisiatif sifar pembakaran rutin 2030 (Zero Routine Flaring by 2030 (ZRF) initiative) perlulah disambut baik oleh kerajaan dan industri bagi menyelamatkan alam sekitar untuk generasi seterusnya. ",
"Sebagai orang awam, kita boleh menyumbangkan kepada penjagaan alam sekitar dengan cara menggunakan sumber tenaga dengan cermat dan berhemah. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunakan merupakan antara langkah mudah yang boleh diambil bagi membantu penjagaan alam sekitar. Dengan usaha kecil kita ini dapat mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar, secara tidak langsung kita dapat memberi peluang kepada generasi masa hadapan untuk merasai udara yang bersih dan sihat."
] |
https://ajar.com.my/2022/10/26/inisiatif-zero-routine-flaring-by-2030-zrf/ | Inisiatif “Zero Routine Flaring by 2030″ (ZRF) | [
"Perubahan iklim (Climate Change) di seluruh dunia semakin membimbangkan saban tahun dan memberi kesan secara langsung bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada keseluruhan alam. Tahun ini menyaksikan kesan daripada perubahan iklim yang ekstrim. Antara isu seperti kilat yang berlaku di Afrika, Malaysia dan Korea, kemarau panjang yang berlaku di Brazil merupakan kesan daripada perubahan iklim yang ekstrim disebabkan tindakan manusia.",
"Berdasarkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perubahan iklim ialah keadaan perubahan pola cuaca dan suhu pada jangka masa yang panjang. Perubahan ini boleh berlaku secara natural atau disebabkan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Pada hari ini, antara akitiviti yang memberi kesan kepada perubahan cuaca di dunia ialah pembebasan gas rumah hijau yang terbebas ke udara dan mengelilingi bumi. Gas ini akan meliputi bumi dan memerangkap haba menyebabkan suhu bumi meningkat.",
"Antara penyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau di dunia ialah proses pembakaran (flaring) gas natural yang terbebas ketika pengekstrakan minyak dan gas daripada bumi. Pembakaran gas ini memberi impak kepada alam sekitar melalui pembebasan karbon dioksida (CO2), karbon dan bahan pencemaran yang lain. ",
"Bank Dunia telah menyenaraikan tujuh negara pengeluar minyak dunia yang menyumbang kepada proses ini iaitu Rusia, Iraq, Iran, Amerika Syarikat, Algeria, Venezuela dan Nigeria. Proses pembakaran (flaring) ini telah menjadi satu kebiasaan sejak 160 tahun lalu, namun unjuran bank dunia menunjukkan penurunan kadar pembakaran gas sebanyak 14% sejak tahun 1996. Walaupun begitu, penurunan ini masih tidak mencukupi bagi menjamin alam sekitar yang selamat. ",
"Pihak Bank Dunia telah mengambil langkah untuk memperkenalkan inisiatif “Zero Routine Flaring by 2030”. Inisiatif ini diperkenalkan pada tahun 2015 dan tujuannya adalah untuk mengadakan kerjasama antara kerajaan, syarikat pengeluar minyak dan institusi pembangunan dalam menghapuskan proses flaring rutin pada tahun 2030. Hal ini kerana proses flaring ini tidak mapan dari aspek pengurusan sumber dan alam sekitar. ",
"Inisiatif ini memfokuskan kepada proses rutin yang sering dilakukan ketika operasi normal pengeluaran minyak. Bank negara menyatakan, “Routine flaring of gas is flaring during normal oil production operations in the absence of sufficient facilities or amenable geology to re-inject the produced gas, utilize it on-site, or dispatch it to a market”. Inisiatif ini ditadbir urus bawah Global Gas Flaring Reduction Partnership. Sebanyak 87 buah kerajaan dan syarikat telah menyokong inisiatif ini. ",
"Dengan menyokong inisiatif ini, semua pihak yang terlibat menyokong bahawa penghapusan routine flaring adalah signifikan dan penting bagi melawan perubahan iklim dan memastikan sumber tenaga yang bernilai tidak dibazirkan. ",
"Kerajaan yang menyokong inisiatif ini perlu memperkenalkan undang-undang, pelaburan dan medium operasi yang kondusif kepada pelaburan upstream dan pembangunan pasaran berdaya maju bagi penggunaan gas dan infrastuktur yang diperlukan untuk menggunakan gas-gas ini di pasaran. Hal ini mampu memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur dalam penghapusan proses flare di pelantar/medan minyak masing-masing. ",
"Kerajaan juga perlu untuk menggariskan panduan kepada mana-mana syarikat yang bakal membina pelantar minyak atau medan minyak (oil field) bagi membina infrastruktur yang menggabungkan penggunaan atau pemuliharaan mampan gas terhasil ketika penggalian minyak tanpa proses rutin flaring. ",
"Selain itu, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi memastikan pada tahun 2030 tiada proses rutin flaring di pelantar-pelantar minyak atau oil fields di negara masing-masing. ",
"Bagi syarikat yang menyokong inisiatif ini, mereka perlu membangunkan pelantar minyak/medan minyak baru menggabungkan penggunaan atau pemuliharaan mampan gas terhasil ketika penggalian minyak tanpa proses rutin flaring. Bagi medan minyak/pelantar minyak sedia ada, syarikat pengusaha perlu mengambil langkah yang ekonomik bagi menghapuskan proses ini secepat mungkin dan selewatnya tahun 2030. Kerajaan dan syarikat yang meng’endorse’ inisiatif ini perlu melaporkan kepada Bank Dunia berkaitan proses flaring dan tindakan bagi mencapai inisiatif ini tahunan. ",
"Pada Jun yang lepas, Amerika Syarikat dengan Kerjasama Kesatuan Eropah (EU) telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan Global Methane Pledge Energy Pathway. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pengeluaran metana dalam sektor minyak dan gas. Dalam sidang media tersebut, $4 million akan diberikan kepada Gas Flaring Reduction Partnership (GGFR) bagi mencapai Hasrat ZRF pada tahun 2030.",
"Inisiatif Zero Routine Flaring by 2030 (ZRF) merupakan langkah proaktif yang diambil oleh Bank Dunia dalam menyatukan semua negara dan pemain industri dalam mengawal pengeluaran gas rumah hijau di dunia. Dengan melaksanakan inisiatif ini kita dapat mengurangkan kesan perubahan iklim dunia seterusnya menjadikan alam sekitar selamat kepada semua. "
] |
https://ajar.com.my/2022/10/26/kategori-hazard-dan-puncanya/ | Kategori Hazard dan Puncanya | [
"Dalam artikel yang lalu, kita membincangkan berkaitan kategori hazard berdasarkan kesannya iaitu hazard keselamatan, hazard kesihatan dan hazard alam sekitar. Tahukah anda, hazard juga boleh diklasifikasi kepada kumpulan berdasarkan punca adanya hazard tersebut. Sebelum kita membicarakan tentang jenis-jenis hazard ini, haruslah kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan hazard.",
"Hazard ini bukanlah nama kepada pemain bola sepak terkemuka Eropah Eden Hazard, namun bermaksud sumber atau situasi yang boleh mendatangkan kecederaan, membahayakan kesihatan atau merosakkan harta benda dan alam sekitar. Berdasarkan definisi ini, kita dapat mengembangkan jenis hazard kepada beberapa kumpulan sumber. Secara umumnya, hazard seringkali diklasifikasikan kepada enam kumpulan utama berdasarkan sumbernya. Ayuh kita tahu dan cakna dengan jenis hazard yang berada di sekeliling kita:",
"Hazard biologi juga seringkali dikenali sebagai biohazard, merupakan hazard yang berpunca daripada bahan biological atau bahan organik yang boleh membahayakan kesihatan kepada benda hidup terutamanya kepada manusia. Virus, bakteria, organisma mikro dan toksin merupakan contoh biohazard yang mampu memberi kesan kepada tubuh badan manusia. COVID-19 merupakan contoh mudah bagi kategori ini. Selalunya pekerja yang bekerja di hospital, di makmal-makmal kajian dan terlibat dalam spesimen biologi mempunyai risiko yang tinggi terdedah kepada bahaya hazard ini. Tahap bahaya adalah berbeza mengikut :",
"Selain daripada itu, haiwan dan tumbuhan juga boleh dikategorikan sebagai hazard biologi seandainya kehadiran mereka menjadi punca bahaya kepada pekerja/manusia. Sebagai contoh, ular merupakan hazard biologi kepada pekerja yang bekerja di ladang kelapa sawit dan sawah padi.",
"Hazard kimia merupakan sebarang bahan berbentuk gas, pepejal atau cecair yang mempunyai keupayaan untuk memberi kesan secara fizikal atau masalah kesihatan kepada manusia atau boleh membahayakan alam sekitar. Kesan kulit terbakar, masalah kesihatan jangka panjang, kemusnahan alam sekitar berpanjangan dan kebakaran serta letupan merupakan kesan yang sering dikaitkan kepada hazard kimia. Bahan kimia merupakan sumber utama hazard ini dan mudah dijumpai bukan sahaja di tempat kerja malah di sekeliling kita. Pelarut cat seperti thinner, minyak pelincir seperti WD-40, gasoline, bahan pencuci merupakan contoh bahan berbentuk cecair. Gas argon, LPG dan gas metana merupakan hazard kimia berbentuk gas. Hazard kimia juga boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kesannya kepada manusia dan alam sekitar.",
"Hazard ergonomik seringkali berkait dengan pendedahan tubuh manusia kepada persekitaran kerjanya. Ketidaksesuaian manusia dalam melakukan sesuatu kerja disebabkan keadaan tempat kerja yang direka bentuk tidak berdasarkan tubuh badan seseorang. Keadaan ini memberi kesan kepada tubuh badan menyebabkan seseorang itu boleh mendapat masalah musculoskeletal jika terdedah kepada keadaan tersebut secara berpanjangan. ",
"Faktor risiko ergonomik boleh dipecahkan kepada postur badan yang awkward, pergerakan berulang, postur badan statik atau berkekalan, vibration, contract stess dan forceful and sustained exertion. Sebagai contoh, pekerja yang bekerja menaip secara berulang atau pekerja yang mengangkat barang yang terlalu berat secara berulang. Contoh masalah musculoskeletal yang boleh berlaku adalah carpel tunnel syndrome, sakit tulang belakang dan lain-lain.",
"Hazard fizikal adalah antara penyebab kecederaan yang sering berlaku di industri. Hazard ini merupakan apa-apa keadaan atau sumber yang boleh menyebabkan bahaya secara fizikal. Contoh hazard fizikal ialah bunyi bising yang keterlaluan, bekerja di ruang terkurung (confined space), ergonomic hazard, radiasi, haba dan lain-lain. Hazard ini juga boleh memberi bahaya yang besar kepada pekerja, sebagai contoh apabila pekerja bekerja di tempat yang bising boleh mengurangkan kebolehan mendengar dan akhirnya boleh menyebabkan pekak disebabkan pekerjaan.",
"Secara mudahnya, jazad psikososial boleh didefinisikan sebagai aspek atau keadaan pengurusan kerja, konteks organisasi dan sosial di tempat kerja yang berpotensi menyebabkan bahaya kepada psikologi atau fizikal. Hazard psikologi boleh memberi kesan kepada kesejahteraan psikososial pekerja termasuk keupayaan mereka untuk berinteraksi dengan orang lain di tempat kerja. Contoh hazard psikologi adalah seperti tempat kerja yang toksik, gangguan seksual di tempat kerja, buli di tempat kerja, kerja shif dan lain-lain. Keadaan-keadaan ini boleh memberi kesan kepada kesejahteraan psikologi seseorang.",
"Hazard keselamatan merupakan keadaan atau situasi yang boleh menyebabkan seseorang terlibat dalam kemalangan dan boleh menyebabkan kecederaan. Hazard ini boleh terhasil disebabkan keadaan tempat kerja atau faktor mesin yang berada di tempat kerja. Keadaan tersadung dan jatuh, mesin rosak, lantai licin, mesin guard tidak di pasang dengan betul merupakan contoh hazard keselamatan. Hazard ini mudah dijumpai di tempat kerja dan seringkali di laporkan sebagai “near miss”.",
"Mengetahui punca-punca hazard sangat penting agar kita dapat mengambil langkah-langkah yang proaktif bagit mengurangkan risiko bahaya dan mengelakkan daripada kemalangan berlaku di tempat kerja. Pengetahuan ini sangat penting supaya negara dapat melahirkan pekerja yang cakna dengan keadaan sekeliling seterusnya mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat."
] |
https://ajar.com.my/2022/11/01/terapi-gen-crispr-revolusi-industri-kesihatan/ | TERAPI GEN CRISPR REVOLUSI INDUSTRI KESIHATAN | [
"Saya percaya ramai dalam kalangan kita pernah membaca novel atau menonton filem bergenre bukan fiksyen tentang senjata biologi, memanipulasi genetik sesuka hati atau rawatan membaiki genetik. Sebenarnya, kaedah memanipulasi genetik ini boleh dilaksanakan dan sudah ada kajian dan rawatan yang dijalankan bagi mengubah suai genetik. Salah satunya ialah terapi gen.",
"Terapi gen ialah kaedah rawatan penyakit dengan mengubah suai genetik individu. Selalunya bagi rawatan penyakit yang disebabkan oleh keturunan seperti anemia sel sabit, terapi gen digunakan untuk membaiki mutasi pada DNA pesakit itu menjadi normal. Terapi gen tradisional mula diperkenalkan pada tahun 1980-an. Ia menggunakan mekanisma virus untuk menghantar gen atau DNA yang telah diubah suai ke dalam nukleus sel untuk merawat penyakit (rujuk Rajah 1).",
"Akan tetapi, terapi gen tradisional menimbulkan kerisauan pada penyelidik dahulu dan kini yang disebabkan oleh kebergantungan terapi itu pada vektor virus untuk membawa transgen yang diubahsuai (diperbaiki) ke sel yang ditargetkan. Kebergantungan terapi pada vektor virus dapat meningkatkan risiko sisipan onkogenesis dan ketoksikan immuniti. Tetapi, penggunaan vektor virus masih menjadi kunci penghantaran rawatan itu. Selain itu, keberkesanan terapi gen tradisional adalah rendah dan banyak ujian klinikal membuktikan peserta ujian klinikal yang mendapatkan terapi gen menunjukkan simptom yang lebih teruk sehingga maut. Pernah ada satu kes yang melibatkan seorang belia yang mempunyai penyakit genetik kekurangan ornithine transcarbamylase (OTC) tahap sederhana. Dia menjalani ujian klinikal terapi gen menggunakan vektor adenovirus yang telah diubah suai genetiknya. Akan tetapi, belia itu meninggal dunia empat hari selepas rawatan kerana vektor adenovirus merangsang tindak balas imun badan yang berlebihan sehingga menyebabkan kegagalan banyak organ.",
"Namun begitu, kita beruntung kerana kini, teknologi pengubah suai genetik baru dikenali sebagai clustered regularly interspaced short palindromic repeats (CRISPR) (sebutannya ‘krisper’) telah dibangunkan. Terima kasih kepada perintis yang membangunkan teknologi CRISPR ialah Jennifer Doudna dan Emmanuelle Charpentier, penerima hadiah Nobel Kimia 2020. CRISPR pada awal penemuannya ialah sistem immunisasi mikrob di mana prokariot seperti bakteria dan arkea yang menggunakannya untuk mencegah serangan daripada virus khususnya bacteriophage. CRISPR membolehkan prokariot mengenal pasti susunan gen dengan tepat yang sepadan dengan bacteriophage atau virus lain dan kemudian melenyapkan susunan gen itu dengan enzim khusus. Penemuan dan perkembangan CRISPR dan protein pemadan CRISPR atau CRISPR-associated protein (Cas) telah meluaskan penggunaan penyelidikan genetik secara global terutamanya dalam terapi gen.",
"Sistem pengubahsuaian DNA dengan CRISPR/Cas ialah kaedah terkini yang dapat membetulkan mutasi DNA yang mengakibatkan penyakit secara terus tanpa memberi risiko onkogenesis. Berbanding dengan kaedah pengubahsuaian genetik lain, sistem pengubahsuaian genetik dengan CRISPR/Cas sangat tepat, efisien, senang digunakan dan lebih murah dari segi kos. Namun, kaedah penghantaran protein CRISPR/Cas masih menggunakan vektor adenovirus. Maka, risiko komplikasi berkaitan dengan vektor virus masih tidak dapat dielakkan",
"Secara ringkasnya, sistem pengubahsuaian DNA dengan CRISPR/Cas9 menggunakan tiga perkara (rujuk Rajah 2):",
"Setelah CRISPR/Cas9 berjaya memecahkan ikatan dua bebenang DNA (double stranded breaks), sel akan dirangsang untuk membaiki ikatan dua bebenang DNA yang telah dipecahkan. Melalui proses membaik pulih ikatan DNA, pengubahsuaian DNA berlaku melalui sama ada penukargantian bes DNA, penghapusan atau penambahan. Dengan ini, mutasi pada DNA dapat diperbaiki.",
"Antara masalah penggunaan CRISPR/Cas9 bagi terapi gen ialah impak sasaran tersimpang (off-target) di mana CRISPR/Cas9 tidak dapat mengenal pasti dan mengikat pada DNA yang perlu diperbaiki. Namun, antara kaedah untuk mengatasi masalah ini, para saintis mengubah suai Cas9 supaya lebih tepat dalam mengenal pasti DNA yang perlu dibaiki. Selain itu, CRISPR/Cas9 memerlukan PAM untuk mengikat pada DNA yang perlu dibaiki dengan tepat. Jujukan PAM menjadi masalah kerana ia perlu dicari oleh CRISPR/Cas9 dan ukuran jujukan PAM bergantung pada jenis protein Cas9. Di samping itu, pemecahan ikatan dua bebenang DNA secara lazimnya mengakibatkan sel apoptosis. Seterusnya, penggunaan CRISPR/Cas9 di dalam sel badan manusia dapat mengakibatkan ketoksikan immunogenik dengan mengaktifkan sel imun untuk menghasilkan antibodi untuk memusnahkan CRISPR/Cas9, tetapi secara tidak langsung menyerang sel-sel yang lain.",
"Antara masalah penggunaan CRISPR/Cas9 bagi terapi gen ialah impak sasaran tersimpang (off-target) di mana CRISPR/Cas9 tidak dapat mengenal pasti dan mengikat pada DNA yang perlu diperbaiki. Namun, antara kaedah untuk mengatasi masalah ini, para saintis mengubah suai Cas9 supaya lebih tepat dalam mengenal pasti DNA yang perlu dibaiki. Selain itu, CRISPR/Cas9 memerlukan PAM untuk mengikat pada DNA yang perlu dibaiki dengan tepat. Jujukan PAM menjadi masalah kerana ia perlu dicari oleh CRISPR/Cas9 dan ukuran jujukan PAM bergantung pada jenis protein Cas9. Di samping itu, pemecahan ikatan dua bebenang DNA secara lazimnya mengakibatkan sel apoptosis. Seterusnya, penggunaan CRISPR/Cas9 di dalam sel badan manusia dapat mengakibatkan ketoksikan immunogenik dengan mengaktifkan sel imun untuk menghasilkan antibodi untuk memusnahkan CRISPR/Cas9, tetapi secara tidak langsung menyerang sel-sel yang lain.",
"Penggunaan CRISPR/Cas9 telah diaplikasikan dalam pelbagai jenis industri, antaranya: hasil tanaman dan serangga yang diubahsuai genom, model genetik bagi tujuan kajian dan pelbagai eksperimen terapi manusia. Penggunaan sistem CRISPR/Cas9 sekarang sedang menjalani ujian klinikal untuk merawat anemia sel sabit, kanser dan penyakit genetik lain seperti buta keturunan.",
"Namun, penggunaannya ke atas sel manusia ialah satu kontroversi yang amat besar lebih-lebih lagi pada November 2018 ketika seorang saintis dari China telah menggunakan teknologi CRISPR/Cas9 ke atas embrio yang kini menjadi bayi kembar dengan tujuan untuk mencegah HIV. Hal ini menimbulkan soal etika dalam penggunaan teknologi pengubahsuaian genetik ke atas manusia kerana tindakan saintis tersebut dapat mendatangkan kemudaratan ke atas bayi kembar itu di samping tiada bukti kukuh yang meyakinkan teknologi ini tidak mendatangkan kesan buruk lebih besar. Oleh sebab kontroversi itu, panel antarabangsa diketuai oleh persatuan saintifik US dan UK menyimpulkan teknologi CRISPR/Cas9 belum sesuai digunakan di dalam embrio manusia.",
"Kesimpulannya, perkembangan dalam bidang kejuruteraan genetik amat pesat dan CRISPR dapat dikatakan kaedah yang murah kosnya dengan keberkesanan yang amat memuaskan dalam mengubah suai genetik dengan risiko komplikasi yang tidak diingini lebih rendah. Etika dalam penggunaan teknologi amat penting kerana jika disalahguna, ia boleh mengakibatkan kezaliman terhadap seseorang individu atau boleh juga merosakkan ekosistem semula jadi. Maka, perkembangan teknologi sehebat ini perlu disertai dengan etika yang betul dan selamat.",
"Vektor: Pembawa bagi suatu molekul seperti gen atau DNA",
"Ex vivo: Uji kaji yang dilakukan bagi sesuatu tisu organisma di persekitaran luar dengan perubahan keadaan yang minimum",
"Onkogenesis: Perkembangan tumor",
"RNA: Asid ribonukleik",
"Apoptosis: Program dalaman terkawal untuk mematikan sesuatu sel",
"Immunogenetik: Proses yang dapat mengaktifkan tindak balas imun",
"Sumber gambar : https://www.biotechacademy.dk/undervisning/gymnasiale-projekter/crispr-cas9/"
] |
https://ajar.com.my/2022/11/13/awas-ubi-kayu-ada-racun-cyanide/ | Awas! Ubi kayu ada racun cyanide | [
"Ubi kayu rebus merupakan satu makanan yang tidak asing bagi masyarakat Malaysia.",
"Ubi kayu rebus makan bersama kelapa parut digaul sedikit gula memang begitu menyelerakan untuk minum petang selepas pulang dari kerja atau ketika berehat di petang hari minggu.",
"Menurut petua dan resepi orang dulu-dulu, ubi kayu perlu dikupas kulitnya, dipotong kecil dan kemudian dibiarkan direndam dalam air pada suatu jangka masa, dan selepas itu ubi kayu yang direndam itu dibilas, dibasuh bersih-bersih kemudian direbus dalam periuk dengan air yang agak banyak sehingga ubi itu benar-benar lembut atau empuk.",
"Rupanya petua dan tatacara pemprosesan ubi kayu yang sebegitu ada sebab-sebabnya demi menjaga keselamatan orang yang memakan ubi kayu.",
"Ubi kayu mengandungi kanji dengan begitu banyak. Ia boleh menjadi sumber karbohidrat yang diperlukan untuk penghasilan tenaga manusia. Selain itu, ubi kayu juga mengandungi fiber, protein, vitamin seperti vitamin C dan B, serta mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan lain-lain bahan lagi. Ubi kayu juga sebenarnya mengandungi satu bahan kimia yang dikenali sebagai cyanogenic glycosides yang terbentuk secara semulajadi di dalam ubi kayu.",
"Bahan cyanogenic glycoside ini tidak bersifat toksik asalnya, namun apabila dimakan, enzim dalam perut dan usus, dan juga mikro-organisma perut akan menyebabkan berlakunya proses hidrolisis terhadap cyanogenic glycoside oleh enzim beta-glycosidase dan akhirnya terhasil satu bahan iaitu hydrogen cyanide yang begitu toksik kepada manusia dan haiwan.",
"Tanda-tanda keracunan cyanide boleh dilihat antaranya pernafasan menjadi laju, degupan jantung lebih pantas, tekanan darah menjadi rendah, pening, muntah, sakit kepala, cirit birit, kekeliruan fikiran, sawan dan akhirnya kematian jika paras cyanide dalam darah terlalu tinggi.",
"Cyanogenic glycoside terdapat dengan banyaknya di dalam kulit ubi kayu berbanding dalam isi ubi. Oleh itu, mengupas dan membuang kulit ubi kayu akan menghilangkan sejumlah besar cyanogenic glycoside.",
"Merendam ubi kayu dalam air buat beberapa ketika akan membantu mengeluarkan bahan toksik daripada ubi iaitu cyanogenic glycoside akan larut dan masuk ke dalam air. Merendam hirisan nipis ubi kayu dalam air selama 4 jam akan menghilangkan sekitar 20% daripada bahan cyanide bebas yang terdapat dalam ubi. Sekiranya air rendaman itu ditukar kerap, lebih banyak bahan cyanide yang dapat disingkirkan daripada ubi. Merendam selama 3-5 hari, dengan air yang kerap ditukar akan turut membantu menurunkan paras cyanide dengan signifikan.",
"Merebus pula akan menyebabkan kehilangan ketara cyanide dengan pantas daripada ubi. Sekitar 90% bahan cyanide bebas akan disingkirkan selepas hirisan nipis ubi kayu direbus selama 15 minit.",
"Oleh itu, pastikan jangan makan ubi kayu mentah. Serta pastikan ubi kayu dikupas kulitnya, dibasuh dan direndam terlebih dahulu selama beberapa jam dan kemudian direbus hingga benar-benar empuk, baru lah selamat untuk dimakan.",
"Ditulis oleh,",
"Tengku Azlan Shah bin Tengku MohamadPensyarah KananFakulti Farmasi dan Sains Kesihatan,UniKL Royal College of Medicine Perak, Ipoh",
"Tewe, O.O. (1991). Detoxification of cassava products and effects of residual toxins on consuming animals. In: Proceedings of the FAO Expert Consultation, FAO Animal Production And Health Paper 95. Accessed November 10, 2022 from: https://www.fao.org/3/t0554e/t0554e06.htm",
"Kwok, J. (2008). Cyanide Poisoning and Cassava. Food Safety Focus (19th Issue, February 2008) – Incident in Focus. Accessed November 10, 2022 from: https://www.cfs.gov.hk/english/multimedia/multimedia_pub/multimedia_pub_fsf_19_01.html",
"Sumber gambar : https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.remaja.my%2Fbukan-sebab-angin-ini-cara-buang-toksin-berbahaya-penyebab-koma-dalam-ubi-kayu%2F&psig=AOvVaw3l5bowgFDSDeHTrlznZ21x&ust=1668419706284000&source=images&cd=vfe&ved=0CBAQjRxqFwoTCNiA_ovyqvsCFQAAAAAdAAAAABAJ"
] |
https://ajar.com.my/2022/11/13/ketahanan-manusia-terhadap-pedas/ | KETAHANAN MANUSIA TERHADAP PEDAS | [
"Boleh dikatakan kebanyakan masyarakat di Malaysia gemar makanan pedas. Ada dalam kalangan masyarakat kita suka mengambil makanan pedas dalam diet setiap hari. Tetapi, bagaimanakah individu itu mampu mempunyai ketahanan terhadap pedas yang tinggi?",
"Sebelum itu, kita perlu tahu ejen penyebab rasa pedas dan reseptor yang mengesan ejen tersebut.",
"Ejen tersebut ialah kapsaisin (kap-sai-sin), sebatian aktif yang selalunya terkandung dalam cili dan lada. Kapsaisin akan mengikat dan merangsang reseptor-reseptor yang bertanggungjawab memberikan persepsi sakit dan panas iaitu reseptor transient receptor potential vanilloid (TRPV1). Reseptor TRPV1 ialah protein saluran ion pada permukaan sel kulit, lidah dan organ lain termasuk sel saraf yang membenarkan kemasukan ion kalsium dan ion sodium ke dalam sel saraf untuk menghasilkan impuls. Impuls tersebut akan dihantar ke saraf tunjang dan ke otak untuk ditafsirkan sebagai rangsangan panas dan sakit.",
"Sebenarnya, para saintis mendapati bahawa tujuan utama sel kita menghasilkan reseptor TRPV1 adalah untuk bertindak sebagai termoreseptor atau reseptor yang menerima rangsangan suhu yang tinggi (lebih tinggi daripada suhu 43°C). Hal ini bermaksud fungsi utama reseptor TRPV1 untuk melindungi daripada benda panas yang dapat melecurkan anggota badan kita. Namun, reseptor TRPV1 juga dapat diaktifkan oleh kapsaisin.",
"Maka, hal ini menerangkan sebab-sebab makanan yang pedas (mengandungi kapsaisin) menyebabkan individu itu berpeluh dan terasa panas atau sensasi terbakar. Reseptor TRPV1 juga dapat diaktifkan oleh keadaan berasid atau makanan yang mempunyai rasa yang kuat seperti wasabi dan mustard. Sebenarnya, sensasi panas atau terbakar adalah ilusi yang dihasilkan oleh neuron otak kita yang tersalah tafsir rangsangan daripada kapsaisin sebagai benda yang panas.",
"Selalunya individu yang kepedasan digalakkan minum susu atau aiskrim untuk mengurangkan rasa pedas kerana kapsaisin ialah hidrofobik dan susu atau aiskrim mengandungi kesin, molekul yang larut lemak yang dapat melarutkan kapsaisin yang terikat pada reseptor TRPV1.",
"Ketahanan terhadap pedas sebenarnya boleh disebabkan oleh faktor genetik atau dipupuk dengan pengamalan kapsaisin secara kerap. Bagi faktor genetik, kajian mendapati bahawa faktor genetik mempengaruhi sebanyak antara 18% hingga 58% bagi individu dalam ketahanan terhadap pedas. Mereka yang mempunyai ketahanan terhadap pedas yang tinggi mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mempunyai jumlah reseptor capsaicin yang lebih rendah.",
"Namun begitu, saintis juga mendapati ketahanan terhadap pedas bagi individu dapat dipupuk. Rangsangan pedas yang berterusan terhadap reseptor TRPV1 menyebabkan protein saluran TRPV1 tertutup dan tidak dapat menghantar isyarat pedas ke saraf tunjang. Reseptor TRPV1 di lidah yang dirangsangkan dengan kapsaisin berterusan akan memberi isyarat kepada saraf yang terdapat di lidah untuk mengurangkan jumlah reseptor TRPV1 yang terdapat pada membran sel saraf lidah.",
" Hal ini menyebabkan saraf pada lidah menjadi kurang sensitif terhadap rangsangan pedas. Hal ini menerangkan sebab-sebab individu yang suka makanan pedas dapat terus memakan makanan pedas tanpa menunjukkan simptom kepedasan yang teruk (berpeluh dan penghasilan mukus berlebihan) berbanding mereka yang kurang kerap makan makanan pedas. Akan tetapi, jika kapsaisin tidak diambil dalam jangka masa yang lama, reseptor TRPV1 akan dihasilkan kembali di lidah dan menyebabkan individu itu kembali sensitif terhadap makanan pedas.",
"Jadi, bagi mereka yang tidak tahan pedas dan ingin menikmati makanan pedas boleh mengamalkan makanan yang mengandungi kapsaisin dalam kuantiti sedikit dan berterusan.",
"Sebenarnya, kapsaisin telah lama digunakan sebagai analgesik lebih-lebih lagi dalam merawat sakit kronik dan sakit saraf. Penggunaan kapsaisin dalam rawatan tersebut dapat menggantikan ubat-ubatan opiods seperti morfin yang dapat menyebabkan ketagihan dan maut jika terlebih dos.",
"Bagi rawatan tersebut, para penyelidik menghasilkan ubat kapsaisin yang berkepekatan tinggi iaitu 8% dalam bentuk krim. Terdapat juga ubat kapsaisin yang berkepekatan tinggi yang dihasilkan dalam bentuk tampalan (patch). Kajian mendapati tampalan kapsaisin lebih berkesan dalam merawat sakit kronik atau sakit saraf kerana kapsaisin dalam bentuk tampalan mempunyai jumlah kapsaisin yang dihantar ke bahagian anggota badan yang sakit dengan lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan ketoleransian (tolerability) pada saraf terhadap rangsangan panas atau sakit.",
"Sebenarnya, rawatan sakit kronik atau sakit saraf dengan kapsaisin agak menakjubkan kerana penggunaan kapsaisin secara berterusan dengan kepekatan tinggi (8%) dapat mengurangkan rasa sakit dengan menurunkan sensitiviti reseptor TRPV1. Hal ini berlaku kerana rangsangan daripada kapsaisin secara berterusan pada TRPV1 menyebabkan sel saraf mengurangkan jumlah reseptor TRPV1 yang ada pada permukaan sel saraf dan seterusnya mengurangkan pembentukan persepsi sakit. Pengurangan sensitiviti TRPV1 dengan rawatan kapsaisin berkepekatan tinggi dapat bertahan dalam jangka masa yang lama. Mekanisma ini sama dengan mekanisma dalam meningkatkan ketahanan terhadap pedas.",
"Oleh sebab itu, kita boleh mengambil iktibar daripada manfaat sifat kapsaisin ciptaan Allah SWT, ejen penyebab rasa pedas yang juga berfungsi membantu melegakan sakit kronik dan sakit saraf yang menyebabkan hyperalgesia dan allodynia. Benda yang selalu kita makan juga ada manfaatnya dalam teknologi perubatan.",
"Reseptor: protein yang terdapat pada permukaan membran sel untuk mengesan rangsangan",
"Hyperlagesia: Peningkatan sensitiviti yang melampau sehingga memberikan rasa sakit yang ektrem walaupun hanya sedikit rangsangan sakit diberikan",
"Allodynia: Rasa sakit disebabkan oleh rangsangan yang secara normalnya tidak memberikan rasa sakit",
"Hidrofobik: Sifat bahan yang tidak larut dalam air",
"Impuls: Isyarat yang dihasilkan oleh saraf untuk dihantar ke saraf tunjang dan otak",
"Martin, A., Sanshool Seduction: The Science of Spiciness.",
"Arora, V., Campbell, J.N. and Chung, M.K., 2021. Fight fire with fire: Neurobiology of capsaicin-induced analgesia for chronic pain. Pharmacology & Therapeutics, 220, p.107743.",
"Derry, S., Rice, A.S., Cole, P., Tan, T. and Moore, R.A., 2017. Topical capsaicin (high concentration) for chronic neuropathic pain in adults. Cochrane Database of Systematic Reviews, (1).",
"https://www.wired.com/2010/09/why-does-spicy-food-taste-hot/",
"https://www.keanhealth.com/blog/is-spice-tolerance-genetic",
"Sumber gambar : https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fmurai.my%2F2020%2F81867%2Fterlalu-pedas-7-makanan-ini-dapat-hilangkan-rasa-pedas-yang-melampau%2F&psig=AOvVaw1ksFFKDJCKIqhNSrgzzMxC&ust=1668418095101000&source=images&cd=vfe&ved=0CBAQjRxqFwoTCNDm1vHrqvsCFQAAAAAdAAAAABAE"
] |
https://ajar.com.my/2022/12/03/cardiopulmonary-resuscitation-cpr-menyelamatkan-nyawa-ketika-jantung-terhenti-mengejut-sudden-cardiac-arrest/ | Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) menyelamatkan nyawa ketika Jantung Terhenti Mengejut (Sudden Cardiac Arrest) | [
"Sudah lebih dua minggu berlalu berkaitan kes rempuhan pada malam halloween yang berlaku di Itaewon, Korea Selatan. Kes ini telah mengorbankan 156 nyawa yang terdiri daripada pelbagai warganegara. Direkodkan juga sebanyak 198 orang telah mengalami kecederaan. ",
"Kebanyakan mangsa yang terlibat dalam rempuhan ini adalah terdiri daripada remaja dan anak muda yang ingin turut serta merayakan halloween yang akhirnya menjadi mangsa kepada rempuhan disebabkan kehadiran khalayak yang ramai dan tiada kawalan lalu lintas bagi menjamin keselamatan orang awam. Kes ini telah diklasifikasikan sebagai antara yang terteruk selepas tragedi feri Sewol yang mengorbankan pelajar sekolah Korea pada tahun 2014.",
"Ketika insiden ini, viral video di laman sosial yang mana mangsa diberikan bantuan Cardiopulmonary recuscitation (CPR) disebabkan oleh jantung terhenti (cardiac arrest) kesan daripada ditimpa antara satu sama lain. Bukan sahaja pekerja kesihatan malahan orang awam juga dipanggil untuk membantu dalam melakukan CPR bagi menyelamatkan semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Sebagai orang awam, kita perlu tahu bagaimana cara untuk bertindak seandainya terdapat orang di sekitar kita tiba-tiba rebah dan terkena cardiac arrest.",
"Menurut Persatuan Jantung Amerika (AHA), cardiac arrest adalah kehilangupayaan fungi jantung secara mengejut pada seseorang sama ada dia menghidapi penyakit jantung atau tidak. Cardiac arrest ini boleh berlaku kepada semua peringkat umur tanpa mengira faktor kesihatan tubuh badan. Kejadian jantung berhenti secara tiba-tiba ini berlaku disebabkan pergerakan pantas ritma elektrik yang tidak menentu (ketidaktekalan). Ketika keadaan ini berlaku, mangsa akan terus tumbang, tiada nadi dan gagal bernafas kerana darah yang beroksigen tidak dapat dialirkan kepada organ yang penting seperti otak dan jantung. Jika intervansi tidak dilakukan, kematian pasti akan berlaku. Oleh itu, keadaan ini seringkali dikaitkan sebagai pembunuh senyap.",
"Seandainya ada mangsa di sekitar kita menghadapi serangan jantung terhenti mengejut, perlu kita tahu bagaimana cara untuk menyelamatkan mangsa tersebut. Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) adalah bantuan kecemasan pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang yang berada berdekatan dengan mangsa bagi mengembalikan ritma denyutan jantung dan memastikan darah terus dipam ke seluruh badan.",
"Cardiopulmonary resuscitation atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai resutasi kardiopulmonari merupakan satu prosedur kecemasan yang diberikan kepada mangsa yang jantungnya terhenti berdegup. Tindakan ini sebagai usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan. ",
"Tujuan utama CPR dilakukan kepada mangsa adalah bagi memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. Dengan cara ini dapat menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk menjayakan resusitasi tanpa kerosakan otak yang berkekalan. Hal ini kerana apabila tisu otak mati, maka nyawa mangsa sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Pelaksanaan CPR melibatkan proses menekan dada dengan kedalaman sekurang-kurangnya 5 cm dengan kadar tekanan sebanyak 100 kali setiap minit. Dengan kedalaman dan tekanan yang mencukupi mampu menghasilkan peredaran buatan dengan mengepam darah melalui jantung secara insani.",
"Sebagai orang awam yang tidak terlatih dalam melaksanakan CPR, pihak Persatuan Jantung Amerika telah menggalakkan mempelajari kaedah CPR mampatan sahaja. Kaedah CPR mampatan sahaja ini hanya menggunakan tangan bagi melaksanakan CPR kepada mangsa sehingga bantuan kesihatan tiba di tempat kejadian. ",
"Langkah di bawah merupakan cara-cara melakukan CPR mampatan kepada mangsa cardiac arrest :",
"Cardiac arrest merupakan pembunuh senyap bagi rakyat Malaysia. Kegagalan orang sekeliling melakukan bantuan kecemasan dengan cepat boleh menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. Maka, perkara ini menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui cara melakukan CPR dengan baik. Pelaksanaan CPR sangatlah mudah dan manfaatnya sangat besar kepada mangsa. Oleh itu, ayuhlah kita cakna dan ambil tahu langkah-langkah melakukan CPR dengan betul."
] |
https://ajar.com.my/2022/12/09/kehebatan-lalat-sehingga-memenangi-anugerah-nobel/ | KEHEBATAN LALAT SEHINGGA MEMENANGI ANUGERAH NOBEL | [
"Lalat buah atau dikenali sebagai lalat Drosophila ialah serangga kecil yang menghinggap di buah. Dalam kalangan lebih daripada 1500 spesies Drosophila yang telah dikenalpasti, spesies Drosophila melanogaster merupakan spesies yang banyak dikaji di seluruh dunia. Sehinggakan sebanyak 6 anugerah Nobel telah diberikan kepada penyelidikan berkaitan Drosophila melanogaster.",
"Antara fakta tentang lalat buah atau Drosophila melanogaster ialah mereka mempunyai kitaran hidup sepanjang dua minggu.",
"Drosophila melanogaster bukan suatu ancaman kepada kesihatan manusia kerana makanan utama mereka hanya bijirin, ragi, buah yang sedang masak dan gula. Kitaran hidup yang singkat memudahkan para saintis menjalankan pelbagai kajian berkaitan penyakit dan perkembangan organisma lain. Selain itu, morfologi lalat buah dikatakan amat istimewa kerana 60% daripada DNA lalat buah adalah sama dengan DNA manusia.",
"Selain itu, Drosophila melanogaster mempunyai empat pasang kromosom sahaja berbanding manusia yang mempunyai.23 pasang kromosom. Jumlah kromosom Drosophila melanogaster yang amat sedikit menjadi keistimewaan yang amat bermanfaat. Hal ini kerana genetik Drosophila melanogaster lebih senang untuk dimanipulasi dan kajian tentang fungsi gen dan cara-cara gen bertindak balas dengan gen yang lain mudah dilakukan. Seterusnya, Drosophila melanogaster dipilih sebagai model organisma dalam kajian adalah kerana kos penyelidikan lebih murah berbanding yang lain.",
"Di samping itu, gen Drosophila melanogaster mempunyai kadar bermutasi amat tinggi yang menjadikan gen Drosophila melanogaster senang diubah suai dan sangat berguna untuk dikaji, lebih-lebih lagi dalam memahami evolusi dan perkembangan sesuatu spesies. Maka, dalam penyelidikan genetik, para saintis memilih lalat buah sebagai model organisma berbanding tikus atau manusia yang lebih sukar untuk dijejak dan dikaji tentang cara-cara genetiknya berevolusi atau bermutasi. Kadar bermutasi Drosophila melanogaster yang tinggi membolehkan Thomas Hunt Morgan (penerima anugerah Nobel) menyaksikan perwarisan trait genetik lalat buah dari satu generasi ke satu generasi. Hal ini juga membuktikan kromosom dan gen dapat diwariskan daripada satu generasi kepada generasi baru.",
"Salah satu penemuan besar hasil daripada kajian tentang Drosophila melanogaster ialah Drosophila melanogaster mempunyai ciri-ciri mekanisme yang mengawal ritma sirkadian (circadian rhythm) yang hampir sama dengan alam haiwan (animal kingdom). Secara tidak langsung, penemuan ini membantu para saintis untuk memahami kepentingan pola jam badan 24 jam (24-hour body clock) yang mengawal kehidupan haiwan termasuk manusia.",
"Selain itu, terdapat kajian penerima anugerah Nobel yang mengeksperimentasikan Drosophila melanogaster yang berjaya mengubah sudut pandang pada bidang genetik. Kajian yang mengeksperimentasikan lalat buah menerangkan bahawa gen-gen yang bertanggungjawab untuk menghasilkan protein-protein asas terletak pada bahagian khusus di kromosom. Gen-gen tersebut dapat diwariskan dan sebahagian daripada gen-gen tersebut berkait rapat dengan gen-gen yang lain dalam menjalankan kawalan dalaman setiap sel. Menurut ahli biologi USA, Thomas Morgan, penemuan besar dalam bidang genetik ini telah membuka ruang kepada Sains Moden. Selain itu, Bruce Beutler telah menemui gen Toll dalam Drosophila melanogaster. Gen Toll ialah gen yang bertanggungjawab dalam mengaktifkan keradangan dan sistem imun semula jadi (innate immune system). Yang mengejutkan ialah gen Toll dalam Drosophila melanogaster adalah sama dengan gen Toll mamalia.",
"Kajian tentang genetik Drosophila melanogaster semakin meluas sehingga kini dan pelbagai penemuan lain telah dibuat. Antaranya, sekarang para saintis menyimpulkan sebanyak 75% gen manusia yang mengakibatkan penyakit telah dikenal pasti dan sepadan dengan gen Drosophila melanogaster. Gen-gen tersebut ialah Sindrom Down, Alzheimer, autism, diabetes dan semua jenis kanser. Penemuan gen lalat buah yang sepadan dengan gen manusia seolah-olah lalat buah dicipta untuk membantu para saintis untuk memahami penyakit tersebut.",
"Berbincang tentang kajian bagi penyakit Alzheimer, morfologi lalat buah amat sesuai untuk dikaji dalam memahami akson sel saraf. Antara eksperimen yang dibuat pada lalat buah dalam memahami penyakit Alzheimer ialah sel saraf atau neuron Drosophila melanogaster dikembangkan di dalam kultur dan sel saraf itu diuji dengan pelbagai bahan tindak balas bagi memahami sebab-sebab neuron itu menjadi rosak.",
"Mekanisme apoptosis sel telah ditemui melalui kajian pada Drosophila melanogaster yang menjadi salah satu tiitk permulaan dalam memahami kanser. Hal ini kerana apoptosis ialah kaedah kawalan dalaman yang amat penting apabila sel-sel sudah tidak berfungsi atau rosak dengan membunuh dan menghapuskan sel itu. Kaedah itu dikenali program sel untuk membunuh diri yang penting dalam memastikan kesihatan tisu dan organ. Melalui pemahaman apoptosis menggunakan Drosophila melanogaster, para saintis dapat mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan sel kanser terus ‘kebal’ dan tidak dapat dihapuskan. Antara faktornya ialah sel kanser mengelakkan program sel mati dengan meningkatkan molekul-molekul dikenali sebagai protein perencat apoptosis atau inhibitor of apoptosis protein (IAP). Melalui dapatan kajian itu, para saintis dapat membangunkan ubat yang dapat melawan tindak balas IAP supaya proses apoptosis sel kanser dapat berjalan lancar.",
"Ringkasan Tahun Penerimaan Anugerah Nobel dan Kajiannya Yang Berkaitan Drosophila melanogaster:",
"1933 Thomas Hunt Morgan menggunakan Drosophila melanogaster untuk menemui peranan kromosom dalalm perwarisan.",
"1946 Hermann Joseph Muller menggunakan radiasi sinaran X untuk meningkatkan kadar bermutasi dalam lalat buah.",
"1995 Edward B Lewis, Christiane Nusslein-Volhard dan Eric F Wieschaus mengeksperimentasi Drosophila melanogaster untuk memahami kawalan genetik dalam perkembangan embrio.",
"2004 Richard Axel mengkaji receptor bau dan organisasi sistem deria bau.",
"2011 Jules A Hoffmann mengkaji pengaktifan sistem imun semula jadi menggunakan Drosophila melanogaster",
"2017 Jeffrey C Hall, Michael Rosbash dan Michael W Young menemui mekanisme secara molekul yang mengawal ritma sirkadian.",
"Kesimpulannya, ingin ditegaskan bahawa walaupun lalat yang sering mengganggu hidup kita dan yang selalu dianggap sebagai pembawa kotoran pada makanan kita mempunyai faedah-faedah dan keistimewaan-keistimewaan yang sungguh meletupkan otak jika dikaji dengan mendalam dan menghubung kait dengan penyakit-penyakit yang sering dihadapi oleh manusia seperti kanser.",
"Sesungguhnya Allah SWT telah menyatakan dalam Surah Al Hajj ayat 73 yang bermaksud ‘’ Hai, manusia telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tidaklah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya…”. Demikianlah ayat Al Quran sebagai renungan dan muhasabah untuk kita supaya sentiasa berasa hamba yang kerdil terhadap Allah SWT dan marilah kita mengambil iktibar daripada lalat ciptaan Allah SWT yang menakjubkan.",
"Artikel ini diolah dengan bantuan rujukan berikut:"
] |
https://ajar.com.my/2022/12/19/automated-external-defibrillator-menyelamatkan-mangsa-serangan-jantung-tiba-tiba-cardiac-arrest/ | Automated External Defibrillator: Menyelamatkan mangsa serangan jantung tiba-tiba (Cardiac Arrest) | [
"Penulisan sebelum ini kita menyentuh tentang serangan jantung mengejut atau juga dikenali sebagai ‘sudden cardic arrest (SCA)’. Seandainya terdapat mangsa diserang cardiac arrest dan langkah kecemasan tidak diambil serta merta ia boleh membawa kematian kerana di saat serangan berlaku, jantung berhenti berdenyut menyebabkan aliran darah yang beroksigen tidak mengalir ke otak. Mengetahui cara melakukan bantuan CPR yang betul mampu menyelamatkan mangsa yang diserang penyakit ini. Namun, tidak semua dapat melakukan bantuan CPR yang sempurna disebabkan faktor-faktor yang mungkin ada pada diri penyelamat. Bagi memastikan bantuan CPR yang diberikan itu dapat menyelamatkan mangsa, satu alat yang dikenali sebagai ‘Automated External Defibrillator’ telah dihasilkan.",
"Apakah itu ‘Automated External Defibrillator’? ‘Automated External Defibrillator’ atau selalunya disingkatkan sebagai AED merupakan suatu peranti mudah alih bantuan kecemasan yang mampu menganalisis denyutan jantung dan memberi nasihat kepada penyelamat sama ada untuk menyampaikan arus kejutan kepada mangsa atau tidak. Alat ini digunakan bagi membantu penyelamat sementara bantuan kesihatan tiba di tempat kejadian. Alat ini sangat mudah digunakan dan digalakkan untk diletakkan di tempat-tempat awam supaya masyarakat boleh mengakses alat ini ketika mahu menyelamatkan pesakit diserang sakit jantung secara tiba-tiba di tempat awam. ",
"Di negara maju seperti di Korea Selatan dan Jepun, masyarakat awam dapat mengakses dengan mudah peralatan tersebut kerana terdapat di tempat-tempat awam seperti taman dan stesen kereta api. Di Malaysia, negeri Pulau Pinang merupakan pelopor utama yang memperkenalkan AED di tempat awam dan direkodkan terdapat 163 unit AED telah di pasang disekitar kawasan tumpuan ramai supaya mudah diakses apabila perlu.",
"Ketika seseorang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memberikan bantuan pernafasan dengan menggunakan teknik CPR. AED membantu sebagai peranti yang memberikan nasihat kepada penyelamat terhadap keperluan untuk menyampaikan arus kejutan kepada mangsa dengan menganalisis denyutan jantung mangsa. Pada peranti ini terdapat satu pad elektrik yang ditampalkan kepada dada mangsa. Pad inilah yang berfungsi untuk menganalisis denyutan jantung dan menghasilkan arus kejutan bagi membantu mangsa kembali sedar. Sesetengah peranti ini mampu mengenal pasti keberkesanan CPR yang diberikan kepada mangsa, oleh itu penggunaan AED semasa CPR dilakukan dapat meningkatkan peluang mangsa untuk terus hidup.",
"Penggunaan AED ini sangatlah mudah, pengguna hanya perlu mengaktifkan peranti tersebut dan mengikuti arahan yang diberikan oleh peranti itu. Di bawah disertakan cara penggunaan peranti AED semasa kecemasan:",
"Ketika sesorang mangsa jatuh disebabkan oleh serangan jantung tiba-tiba (sudden cardiac arrest), pemberian CPR yang berkesan menjamin kelangsungan mangsa untuk hidup. Penggunaan AED semasa menyelamatkan mangsa dapat memanjangkan hayat mangsa. Tambahan lagi, bantuan ambulan dan peranti kesihatan dari hospital terdekat mungkin mengambil masa yang lama untuk tiba di tempat kejadian, maka keberadaan AED dapat meyelamatkan mangsa sehingga bantuan tiba.",
"Walau bagaimanapon, di Malaysia hanya sesetengah kawasan awam seperti lapangan terbang sahaja mempunyai peranti ini. Bagi menambahbaik keadaan ini, kerajaan Malaysia perlu mengambil inisiatif seperti kerajaan Pulau Pinang dengan memperkenalkan peranti AED di tempat-tempat awam seperti taman, tempat kerja dan lain-lain. Selain itu, kempen kesedaran berkaitan kepentingan AED dalam kalangan rakyat Malaysia juga perlu dilaksanakan bagi memastikan usaha kerajaan memperkenalkan AED di tempat awam tidak sia-sia.",
"https://skincode.my/articles/automated-external-defibrillator-apakah-fungsinya",
"https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/how-aeds-public-places-can-restart-hearts",
"https://www.redcross.org/take-a-class/organizations/purchase-aeds",
"https://www.heart.org/en/health-topics/cardiac-arrest/emergency-treatment-of-cardiac-arrest",
"https://zulletin.com/cara-terbaik-untuk-meningkatkan-kesehatan-setelah-serangan-jantung/"
] |
https://ajar.com.my/2022/12/26/persediaan-jika-berlaku-kebakaran/ | Persediaan Jika Berlaku Kebakaran? | [
"Baru-baru ini dilaporkan terdapat satu kes kebakaran berlaku melibatkan lima buah rumah di Seremban. Kesemua rumah telah musnah dan menurut ketua Balai Bomba Seremban, didapati 3 buah rumah telah musnah sebanyak 100 peratus manakala 2 buah rumah lagi terbakar 80 peratus. Kebakaran boleh berlaku di mana sahaja dan bila-bila masa jika wujudnya elemen-elemen pembakaran. Kebakaran bukan sahaja boleh menyebabkan kemusnahan harta benda malahan mampu meragut nyawa penghuni bangunan. ",
"Menurut statistik kematian dan kecederaan akibat kes Kebakaran dan Menyelamat 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menyatakan pada tahun 2020 sebanyak 38,865 kes kebakaran dilaporkan, sebanyak 118 kematian disebabkan kebakaran berlaku dan 413 kes kecederaan.",
"Sesungguhnya kebakaran dapat dielakkan dan pelbagai persediaan boleh diambil bagi menyelamatkan diri dan orang tersayang seandainya kebakaran berlaku. Di sini beberapa alat kebakaran yang boleh disediakan di rumah atau di dalam kenderaan bagi memudahkan diri dan orang lain seandainya terlibat dalam kemalangan :",
"Alat pemadam api mudah alih merupakan salah satu ciptaan manusia yang berguna dalam melawan api kebakaran. Alat ini seringkali dapat dilihat di bangunan-bangunan dan tempat awam seperti di hospital, hotel, bangunan kerajaan dan lain-lain. Sebenarnya kita juga boleh menyimpan alat pemadam api mudah alih di rumah. Di pasaran terdapat pelbagai saiz alat pemadam api seperti 1kg, 5kg dan 10kg. Alat pemadam api mudah alih ini juga boleh disimpan di dalam kenderaan dan amat disarankan oleh pihak bomba. Alat ini dapat membantu pengguna untuk memadam api kecil dan menyelamatkan diri sehingga bomba tiba di tempat kejadian. Cara penggunaan alat ini juga mudah dan semua orang mampu menggunakannya.",
"Selimut api (Fire blanket) merupakan salah satu alat yang boleh digunakan seandainya kebakaran berlaku. Selimut ini dihasilkan daripada bahan khusus bagi memadamkan kebakaran. Metode pemadamannya adalah dengan menyelimuti api. Dengan cara ini, bekalan oksigen yang menyebabkan kebakaran berlaku terhenti menyebabkan api terpadam. Contoh penggunaan selimut ini adalah apabila kita ingin menyelamatkan diri daripada api, kita boleh menyelimuti seluruh badan supaya badan terlindung daripada api yang merebak. Selain itu, selimut ini juga boleh digunakan untuk menyelimuti tubuh badan seseorang yang terbakar. Alat ini juga dapat membantu jika kebakaran berlaku ketika memasak.",
"Selain itu, memasang penggera kebakaran mudah alih di rumah juga dapat menyelamatkan nyawa diri dan orang tersayang. Alat ini dapat mengesan kebakaran seterusnya menghasilkan penggera bagi memberi amaran kepada penghuni. Alat ini sangat membantu terutamanya ketika tengah malam di mana semua penghuni sedang nyenyak tidur dan kebakaran berlaku.",
"Kesimpulannya, peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” sangatlah dekat dengan persediaan dalam menghadapi kebakaran. Persediaan yang proaktif dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kemusnahan harta benda. Sebagai rakyat yang cakna, kita perlu bersiap-siaga dalam menghadapi apa-apa kecemasan yang boleh meragut nyawa diri dan orang tersayang. Malahan, pada hari ini kita boleh membeli peralatan-peralatan di atas dengan mudah melalui online. Jadi, apa yang menghalang kita sekarang demi orang tersayang? Ayuh siap-siaga meghadapi kecemasan dan cakna degan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga."
] |
https://ajar.com.my/2022/12/26/ruang-terkurung/ | Ruang Terkurung? | [
"Pada 20.12.2022 berita harian melaporkan satu kemalangan melibatkan tiga pekerja warga Indonesia yang mati lemas ketika bekerja di dalam ruang terkurung (confined space). Kemalangan itu berlaku ketika ketiga-tiga mangsa sedang melakukan kerja melibatkan kabel bawah tanah di Taman Sains 2, Cyberjaya Selangor. Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. ",
"Kemalangan melibatkan ruang terkurung tidaklah asing dalam dunia pembinaan. Contoh kemalangan lain melibatkan ruang terkurung seperti berlaku pada tahun 2018 dilaporkan dua pekerja warga Nepal maut ketika membersihkan tangki berudara bagi pemasangan loji rawatan sisa buangan di sebuah kilang di Yong Peng. Selain itu, kemalangan pada tahun 2019 yang mengorbankan seorang warga Bangladesh di tempat kejadian ketika dia sedang bekerja di dalam ruang terkurung membabitkan saluran paip gas di Jalan Ipoh-Lumut. Persoalannya apakah itu ruang terkurung? Adakah kita boleh mendefinisikan apa-apa ruang yang tertutup sebagai ruang terkurung?",
"Menurut Tata amalan Industri Bekerja Selamat di Dalam Ruang Terkurung 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia telah mendefinisikan ruang terkurung sebagai ruang tertutup atau separa tertutup pada tekanan atmosfera semasa dihuni dan tidak disediakan satu reka bentuk untuk digunakan terutamanya sebagai tempat kerja dan",
"Untuk mengkelaskan sesuatu ruang itu sebagai ruang terkurung, kita perlu memastikan ruang tersebut mempunyai ciri-ciri yang termaktub di dalam tata amalan ini. Selalunya pihak industri akan melantik mana-mana konsultan bagi mendapatkan khidmat mereka menganalisis ruang-ruang yang berkemungkinan sebagai ruang terkurung yang berada di premis atau kilang. Konsultan ini akan menghasilkan satu laporan yang dipanggil sebagai “Confined Space Risk Assessment Report”. Antara contoh ruang terkurung adalah seperti tangki penyimpanan, tangka di atas lori, dandang, silo, terowong dan lain-lain. Selain daripada itu, bekas tangki yang mempunyai lubang untuk orang masuk juga boleh dikategorikan sebagai ruang terkurung.",
"Persoalannya apakah hazard ketara yang boleh membahayakan nyawa orang yang bekerja di dalam ruang terkurung? Kebanyakan kes kematian di dalam ruang ini adalah disebabkan hazard atmosfera. Hazard atmosfera merujuk keadaan gas di dalam udara atau persekitaran yang boleh membahayakan nyawa manusia. Contohnya adalah apabila kandungan oksigen kurang daripada 19.5% di dalam ruang terkurung boleh menyebabkan mangsa mati kerana tidak mendapatkan oksigen yang mencukupi, manakala jika kandungan oksigen melebihi 23.5% boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Selain itu, contoh hazard atmosfera lain adalah terkumpulnya gas-gas toksik melebihi had yang dibenarkan. Contoh gas toksik adalah seperti Karbon Monoksida (CO) dan Hidrogen Sulfida(H2S). Gas mudah terbakar juga boleh terhasil di dalam ruang terkurung.",
"Selain hazard atmosfera, pekerja juga terdedah kepada hazard lain seperti hazard fizikal seperti bunyi bising atau suhu yang tinggi/rendah, hazard biologi seperti binatang perosak atau binatang berbahaya yang berada di dalam ruang tersebut , hazard ergonomik seperti ruang yang terlalu sempit dan hazard psikososial. Bagi memastikan keselamatan pekerja yang bekerja di dalam Kawasan ini, pihak JKKP telah menggariskan keperluan bagi setiap pekerja perlu di latih oleh jurulatih bertauliah sebelum mereka di benarkan bekerja di dalam ruang terkurung. Hanya mereka yang lulus ujian sahaja dibenarkan untuk masuk dan bekerja di dalam ruang ini. Selain itu, pekerja perlu mengikuti 10 prosedur kemasukan ke ruang terkurung yang telah diwartakan di dalam Tataamalan Industri Bekerja Selamat di Dalam Ruang Terkurung 2010 ini. Pemakaian alat kelengkapan perlindungan diri dan kelengkapan tambahan seperti alat penguji gas juga perlu bagi memastikan pekerja selamat ketika berada.",
"Kesimpulannya, bekerja di dalam ruang terkurung merupakan satu kerja yang mempunyai risiko tinggi. Menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan pekerja bawah seliaan mereka mematuhi prosedur kerja selamat. Selain itu, majikan perlu menyediakan sistem kerja yang selamat bagi pekerjaan melibatkan ruang terkurung seperti yang ditulis di dalam tata amalan ini. Kegagalan menyediakan sistem kerja selamat boleh menyebabkan pihak majikan dikenakan kompoun oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia.",
"https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/514164/2-warga-nepal-maut-ketika-bersihkan-tangki-berudara",
"http://www.niosh.com.my/images/Publication/Brochure/RuangTerkurung.pdf",
"https://www.dosh.gov.my/index.php/legislation/codes-of-practice/industrial-hygiene",
"https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/568557/siasat-pelanggaran-sop-kerja-ruang-terkurung"
] |
https://ajar.com.my/2022/12/28/kemalangan-di-tempat-kerja-teori-domino/ | Kemalangan di Tempat Kerja: Teori Domino | [
"Pada 22 Disember 2022 yang lalu Utusan Malaysia telah melaporkan terdapat satu kemalangan maut di tempat kerja melibatkan seorang warga Nepal yang berusia 30 tahun di sebuah kilang pembuatan produk pembungkusan di Klang. Kemalangan ini berlaku apabila lelaki tersebut cuba membetulkan hos yang tertanggal pada mesin di kawasan acuan lalu tersepit. Menurut berita tersebut, mangsa telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. ",
"Kemalangan di tempat kerja tidaklah asing di mana-mana industri dan negara. Merujuk statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, dari Januari sehingga Ogos 2022, kira-kira 5366 kes kemalangan di tempat kerja telah dilaporkan kepada pihak mereka dimana 5034 kes melibatkan kemalangan bukan cacat kekal, 175 kes melibatkan kemalangan cacat kekal dan 157 kes kematian.",
"Menurut Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004, kemalangan di tempat kerja bermaksud suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan maut dan kecederaan tidak maut. Manakala, menurut International Labor Organization (ILO), kemalangan di tempat kerja boleh didefinisikan suatu kejadian yang tidak disangka dan tidak dirancang termasuk tindakan ganas yang diakibatkan daripada atau berkaitan dengan kerja di mana mengakibatkan seorang atau lebih pekerja mengalami kecederaan, penyakit atau mati. Secara mudahnya kita boleh menyimpulkan kemalangan di tempat kerja merujuk kepada apa-apa perbuatan atau tindakan yang berlaku di mana-mana tempat kerja atau ketika masa bekerja yang menyebabkan seseorang pekerja mengalami kecederaan atau maut. Contoh kemalangan seperti terperangkap di ruang terkurung, terjatuh dari tempat tinggi, terkena bahan kimia yang berbahaya dan lain-lain.",
"Kemalangan di tempat kerja boleh berlaku bila-bila masa jika kita tidak mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelak daripada ia berlaku. Persoalannya, bagaimanakah sesuatu kemalangan boleh berlaku di tempat kerja? Pelbagai teori telah dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik bagi memahami bagaimana kemalangan boleh berlaku di tempat kerja. Antara teori yang popular adalah The Domino Theory, Multiple Causation Theory, Biased Liability Theory, The Pure Chance Theory dan Accident Proneness Theory. Dalam teori-teori ini para penyelidik telah mencadangkan pelbagai faktor yang menyebabkan kemalangan boleh berlaku. Namun dalam penulisan ini kita akan melihat bagaimana kemalangan boleh berlaku berdasarkan teori domino yang diketengahkan oleh W.H Heinrich (1931). Walaupon teori ini mendapat kritikan kerana terlalu simplisitik dalam membincangkan faktor kemalangan, namun teori ini boleh digunakan sebagai asas dalam memahami bagaimana kemalangan berlaku.",
"Menurut Heinrich, 88% kemalangan disebabkan oleh perbuatan tidak selamat (Unsafe Act), 10% daripada keadaan tidak selamat (Unsafe Condition) dan baki 2% disebabkan oleh “act of God”. Dalam teori ini Heinrich telah memperkenalkan “five domino model” penyebab kemalangan. Teori ini menyatakan bahawa urutan kemalangan sebagai satu rantaian peristiwa mewakili domino yang jatuh dalam satu rantaian. Domino pertama jatuh menyebabkan domino kedua jatuh diikuti ketiga dan seterusnya. Menurut Heinrich, kemalangan boleh dielakkan dengan cara menghapuskan salah satu faktor dalam rantaian peristiwa tersebut. ",
"Bayangkan beberapa domino disusun secara turutan, jika kita menolak jatuh domino yang pertama, ia akan jatuh dan menghempap domino yang kedua dan bersambung sehingga kesemua domino tumbang. Namun seandainya, kita membuang satu domino di antara domino kedua dan keempat, kita dapat elakkan kesemua domino jatuh. Berdasarkan situasi ini, Heinrich percaya bahawa dengan mengganggu rantaian penyebab kemalangan, kecederaan dapat dielakkan. Berdasarkan Heinrich, 5 faktor yang diperkenankan oleh beliau dalam bentuk domino tersebut merujuk kepada :",
"Domino 1 : Social environment – keadaan persekitaran yang memberi kesan kepada skil pekerja, kepercayaan dan sikap pekerja seperti kecuaian dan kedegilan.",
"Domino 2: Kesilapan seseorang (Fault of Person) – penyebab kepada pekerja tidak memberi tumpuan yang mencukupi kepada tugas",
"Domino 3: Perbuatan tidak selamat & tindakan tidak selamat – kesilapan pekerja atau masalah daripada peralatan",
"Domino 4: Kemalangan",
"Domino 5: Kecederaan",
"Dalam rajah 4 di bawah, menerangkan bagaimana kemalangan dapat dielakkan. Seandainya kita menghapuskan perbuatan tidak selamat atau keadaan tidak selamat yang berada di tengah-tengah rantaian kemalangan, menyebabkan kemalangan tidak berlaku seterusnya mengelakkan kecederaan kepada pekerja tersebut. ",
"Perbuatan tidak selamat (unsafe act/unsafe behavior) merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh pekerja yang menyebabkan dirinya, orang lain atau harta benda dalam risiko kecederaan atau kerosakan. Contoh perbuatan tidak selamat seperti tidak memakai alat perlindungan diri ketika melakukan kerja, menggunakan telefon ketika mengendalikan mesin di tempat kerja, dan bermain-main ketika bekerja. ",
"Manakala keadaan tidak selamat (unsafe condition) adalah risiko atau hazard yang wujud di tempat kerja yang boleh membawa kemudaratan kepada pekerja. Sebagai contoh lantai licin, hazard elektrik, hazard biologi, hazard mekanikal dan lain-lain bahaya.",
"Secara mudahnya, bagi mengelakkan kemalangan berlaku di tempat kerja, kita boleh menghapuskan tindakan tidak selamat (unsafe act/unsafe behavior) dan keadaan tidak selamat (unsafe condition). Memakai alat perlindungan diri yang betul, mematuhi prosedur selamat di tempat kerja merupakan contoh perbuatan yang selamat. Manakala, menyediakan tempat kerja yang selamat dan kondusif dapat mengurangkan keadaan tidak selamat di tempat kerja. Oleh itu, sebagai pekerja adalah menjadi tanggungjawab kita memantau tempat kerja dan diri sendiri supaya tidak terlibat dalam kemalangan."
] |
https://ajar.com.my/2022/12/31/bunyi-bising-di-tempat-kerja/ | BUNYI BISING DI TEMPAT KERJA | [
"Bunyi bising di tempat kerja merupakan salah satu hazard yang perlu dikawal supaya ia tidak memberi kesan kepada pekerja di sekitarnya. ",
"Statistik Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan Negara tahun 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia telah melaporkan sebanyak 3,648 kes disebabkan gangguan pendengaran berkaitan kebisingan pekerjaan dan merupakan kes yang paling banyak direkodkan bawah Statistik Jenis Penyakit dan Keracunan Pekerjaan yang disahkan Tahun 2021. Daripada maklumat ini kita dapat simpulkan bahawa ramai pekerja terdedah kepada bunyi bising di tempat kerja. ",
"Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bising? Berapakah kadar kebisingan yang dikategorikan bunyi bising di tempat kerja? Atau apakah kategori bunyi bising yang ada di tempat kerja?",
"Bunyi bising atau kebisingan adalah bunyi yang menggangu dan tidak dikehendaki. Selalunya ia terhasil daripada persekitaran atau aktiviti manusia. Bunyi bising ini boleh dilihat dalam dua aspek iaitu bunyi bising persekitaran dan kebisingan pekerjaan. Kebisingan pekerjaan merujuk kepada bunyi yang terhasil daripada proses atau mesin yang terdapat di tempat kerja. Contoh pekerjaan yang terdedah kepada bunyi bising di tempat kerja adalah seperti kerja-kerja mengimpal, pekerja di lapangan terbang, pekerja kuari dan pekerja mengendalikan mesin yang menghasilkan bunyi bising yang berlebihan. Kebisingan ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis antaranya:",
"a. Bising yang berterusan – bising yang mempunyai perbezaan paras intensiti bising antara maksimum dan minimum yang kurang dari 3dB(A).",
"b. Bising fluktuasi – bunyi bising yang mempunyai perbezaan paras antara intensiti yang tinggi dengan yang rendah daripada 3dB(A)",
"c. Bising impuls – bunyi yang mempunyai intensiti yang sangat tinggi dalam seperti tembakan senjata api, lagaan besu dan sebagainya. Bunyi yang terjadi dalam jangka masa tertentu sahaja serta berulang. Contohnya bising ketika memotong besi berhenti apabila gergaji itu dihentikan. Terdapatnya kombinasi jenis bunyi di atas, contohnya kebisingan berterusan dan bersela boleh berlaku serentak.",
"Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah menggariskan satu peraturan berkaitan bunyi bising yang dikenali sebagai Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019. Peraturan ini telah diwartakan sebagai garis panduan kepada majikan di tempat kerja untuk mengawal bunyi bising di tempat kerja. Majikan wajib mematuhi semua klausa yang tertakluk dalam peraturan ini. Berdasarkan peraturan ini, terdapat beberapa definisi yang perlu diketahui apabila membincangkan tentang bunyi bising iaitu:",
"· Bising berlebihan – paras pendedahan bising harian melebihi 82dB(A), dos bising diri harian melebihi lima puluh peratus, paras tekanan bunyi maksimum melebihi 115dB(A) pada bila-bila masa, atau paras tekanan bunyi puncak 140dB(C).",
"· Dos Bising Harian – pendedahan bising kumulatif bagi seseorang pekerja yang dibetulkan bagi hari kerja biasa selama lapan jam.",
"· Paras Pendedahan bising harian – paras tekanan bunyi berterusan setara yang dibetulkan bagi hari kerja biasa selama lapan jam.",
"Dalam peraturan ini, majikan wajib mengenal pasti semua pekerja yang berkemungkinan terdedah kepada bunyi bising di tempat kerja. Setelah mengenalpasti Kawasan yang bising ini, majikan perlu melakukan penaksiran risiko bunyi bising dengan melantik penaksir risiko bising. Majikan perlu memastikan bahawa pekerja di bawah selian tidak terdedah kepada",
"a) Paras pendedahan bising harian melebihi 85dB(A) atau dos bising diri harian melebihi seratus peratus;",
"b) Paras tekanan bunyi maksimum melebihi 115dB(A) pada bila-bila masa; atau",
"c) Paras tekanan bunyi puncak melebihi 140dB(C).",
"Selain itu, menjadi tanggungjawab majikan memberi maklumat yang mencukupi berkaitan kesan pendedahan bunyi bising di tempat kerja. Alat perlindungan diri perlulah diberikan kepada pekerja dan latihan penggunaan alat tersebut perlu dilaksanakan dan direkodkan. Sekiranya perlu, ujian pendengaran (ujian audiometrik) perlulah dilakukan bagi mengukur kadar pendengaran pekerja. Pihak majikan juga perlu untuk melaksanakan langkah kawalan bagi mengurangkan bunyi bising di tempat kerja.",
"KESAN PENDEDAHAN BUNYI BISING KEPADA PEKERJA ",
"Mengapa kita perlu mengawal bunyi bising di tempat kerja? ",
"Bunyi bising boleh memberi kesan kepada fisiologi manusia dan psikologi manusia. Antara kesan kebisingan kepada pekerja adalah seperti kehilangan pendengaran disebabkan bising (Noise Induce Hearing Loss (NIHL)), kecacatan pendengaran pekerjaan, anjakan ambang standard kekal pekerjaan. Selain itu, bunyi bising juga boleh menggangu tumpuan pekerja ketika melakukan kerja, dan menyebabkan pekerja sukar mendengar arahan atau berkomunikasi. Tambahan lagi, jika pekerja yang mengandung terdedah kepada bunyi bising, kebisingan ini akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. ",
"Oleh itu kita perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengurangkan atau menghapuskan bunyi bising di tempat kerja."
] |
https://ajar.com.my/2023/01/03/sejarah-besar-bakal-tercipta-rekod-yang-sangat-mengujakan-yang-boleh-dicapai-generasi-kita/ | Sejarah Besar Bakal Tercipta! Rekod yang sangat mengujakan yang boleh dicapai generasi kita! | [
"Dahulu sewaktu kecil, admin menyangkakan hampir MUSTAHIL negara kita untuk menyaingi kehebatan filem animasi Hollywood.",
"Di sebalik keterujaan menonton animasi – animasi klasik hebat seperti Pixar, Disney dan Dreamworks, admin menyimpan harap, walaupun impian ini bagai mimpi di siang hari, dapat menyaksikan Malaysia menghasilkan animasi setanding Hollywood.",
"Dan jujur admin fikir, tak mungkin negara yang tiada budaya animasi boleh capai impian itu. Baik berhenti saja. Bangsa lain lebih berbakat melukis dan mengawal keyframe… bukan bangsa kita..Namun kini dalam hanya 20 tahun lebih, kita di ambang sejarah. Animasi kita mendominasi kutipan di layar perak.",
"Dan paling mengujakan, Mechamato yang masih lagi ditayangkan, telah menumbangkan kesemua animasi Hollywood yang lain seperti Minions, Big Hero 6, Kung Fu Panda, How To Train Your Dragon, Incredibles dll.Kini, Mechamato sikit lagi hendak MENUMBANGKAN filem animasi antarabangsa paling tinggi kutipan di panggung wayang negara, Frozen 2!",
"Bermakna, negara kita kini hampir mengikut jejak langkah Jepun. Di Jepun, filem tertinggi kutipannya adalah animasi hasilan mereka sendiri iaitu Demon Slayer, kemudian Spirited Away, barulah diikuti filem Hollywood Titanic. Filem Avenger dikalahkan oleh Detective Conan. Dan filem Avatar 2 dikalahkan oleh filem Slam Dunk.Inilah ciri – ciri negara yang maju. Mereka menghasilkan produk – produk berkualiti tinggi, dan mereka sendiri yang menyokong serta memartabatkannya! Mereka bangga dengan hasilan animasi yang terlahir daripada gerak fikir budaya masyarakat mereka.",
"Malah yang lebih membanggakan, Jepun pulak kini yang sangat berminat dan suka dengan animasi kita! Mereka terkejut siri seperti Mechamato boleh berjaya di kaca TV tanpa perlu pertarungan berdarah – darah sampai putus kepala. Mereka tak sangka animasi yang bersahaja dan sarat dengan nilai murni boleh popular tanpa perlu adegan – adegan menggiurkan atau mencolok mata, yang malangnya telah menguasai DNA animasi Jepun.",
"Ada rakyat Jepun yang sanggup terbang beribu – ribu kilometer semata – mata demi animasi keluaran syarikat Malaysia",
"Di zaman yang kini seluruh ibu bapa sedang risau dengan kartun animasi hasilan Barat yang giat berdakyah, mahukan minda anak – anak kecil lebih ‘open-minded’ dengan menerima agenda seksual songsang, tentang dewa dan tuhan mereka (Thor, Hercules dll.). Iya, kita boleh saja menggerakkan usaha sendiri dengan memboikot atau ‘censoring’.",
"TETAPI BANGSA MAJU YANG BERMINDA MENANG akan menggantikan konten – konten Barat dengan produk hasilan sendiri yang bukan saja setanding, malah lebih baik dan tersendiri.",
"Di kala Barat menyuruh jangan menyanjung ibu, kita memartabatkan kemuliaan emak, di kala mereka menyanjung seks bebas dan kecelaruan gender, kitalah yang mengangkat institusi keluarga.",
"Dan ia adalah tanggugjawab kita untuk menyokong dan mengangkat hasil konten kita, ke persada yang lebih tinggi."
] |
https://ajar.com.my/2023/01/05/kebakaran-di-rumah-apa-puncanya/ | Kebakaran di Rumah: Apa puncanya? | [
"Menjelang masuknya tahun 2023, kita dikejutkan dengan laporan beberapa kes kebakaran yang melibatkan rumah persendirian dan bangunan komersial. Di dada akhbar melaporkan kebakaran di sebuah rumah di Gombak yang melibatkan dua beradik rentung selepas ditinggalkan oleh kedua ibubapa bersendirian di rumah. ",
"Selain itu kita juga dikejutkan dengan kebakaran yang melibatkan bangunan sebuah syarikat tekstil terkemuka di Malaysia iaitu Jakel yang terletak di Shah Alam. Juga dilaporkan satu kemalangan yang melibatkan kebakaran blok rumah pekerja di Pontian yang mana bomba mengambil masa hampir lima jam untuk memadam kebakaran tersebut. ",
"Punca kebakaran bagi setiap kes ini masih belum diketahui dan masih lagi dalam penyiasatan pihak bomba. Kebakaran di rumah dan bangunan komersial bukan sahaja mengorbankan nyawa malahan kemusnahan bangunan itu yang mencecah jutaan ringgit.",
"Apakah punca yang menyebabkan kebakaran boleh berlaku di rumah? ",
"Kebakaran boleh berlaku dengan pelbagai cara, namun secara tipikalnya penyebab kebakaran boleh dikategorikan kepada dua iaitu kebakaran disebabkan haba menyalakan bahan mudah terbakar (heat igniting combustible materials) atau kebakaran disebabkan oleh tindak balas kimia (caused by chemical reaction). Di bawah merupakan beberapa punca kebakaran berlaku di rumah :",
"Kebakaran ketika memasak merupakan salah satu faktor penyebab kebakaran di rumah. Kira-kira 49% kebakaran yang dilaporkan berlaku di rumah adalah disebabkan oleh proses memasak di rumah. Penyebab utama adalah disebabkan oleh kelalaian ketika memasak menjadi punca kebakaran berlaku. Selain itu, dapur juga menjadi tempat yang mempunyai punca api yang paling banyak di rumah. Penggunaan tong gas, peralatan elektrik dan peralatan memasak menyebabkan dapur merupakan kawasan yang mempunyai risiko paling tinggi boleh menyebabkan kebakaran berlaku di rumah.",
"Selain itu, punca kebakaran di rumah adalah disebabkan oleh peralatan pemanasan (heating) dan penyejukan (cooling) mejadi terlalu panas (overheating). Penggunaan peralatan elektrik seperti water purifier, Cuckoo dan Coway akan menjadi panas semasa penggunaannya dan jika kita tidak mematuhi garis panduan penggunaan yang betul, peralatan ini akan menjadi terlalu panas dan menghasilkan haba yang berlebihan (overheating). Ditambah pula dengan kehadiran bahan mudah terbakar berdekatan peralatan-peralatan ini boleh membuatkan kebakaran bermula dan akhirnya merebak ke seluruh bangunan/rumah.",
"Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pada tahun 2021 direkodkan 7,447 kes kebakaran melibatkan struktur. Direkodkan 60 peratus daripada jumlah kebakaran ini berpunca oleh elektrik. Antara punca kebakaran disebabkan elektrik adalah kerosakan pada pendawaian elektrik di rumah. Hal ini boleh berlaku disebabkan oleh pendawaian yang salah, pendawaian lama atau terdapat kerosakan disebabkan oleh persekitan atau haiwan perosak. Selain itu, overload extension juga boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Overload bermaksud kita menggunakan peralatan elektrik berlebihan pada sesuatu plug di rumah. Sebagai contoh kita memasang plug microwave, air fryer dan dapur elektrik pada satu masa pada wire extension boleh menyebabkan overheating berlaku dan peralatan menjadi terlalu panas sehingga mengakibatkan litar pintas.",
"Tahukah anda bahawa putung rokok jika tidak dipadam secara betul boleh menyala dalam beberapa jam. Tindakan membuang putung rokok di merata-rata tempat tanpa sedar boleh menyebabkan kebakaran berlaku jika terdedah kepada bahan mudah terbakar seperti kotak, kayu dan cecair mudah terbakar.",
"Pada hari ini, lilin wangi telah menjadi trend popular di mana kita akan memasang lilin wangi ini untuk menaikkan bau harum dalam rumah. Namun, jika lilin ini tidak diawasi dengan betul ia boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Lilin yang diletakkan berdekatan dengan bahan mudah terbakar akan mengambil masa tiga minit untk kebakaran merebak ke seluruh ruang.",
"Menurut National Fire Protection Agency (NFPA), kira-kira 14000 kes kebakaran berlaku disebabkan bahan kimia setiap tahun. Bahan kimia seperti gasoline, minyak tanah dan thinner adalah bahan kimia yang mudah terbakar dan seandainya terdedah kepada sumber haba ia boleh menyalakan api.",
"Kurang dari 30 saat masa diambil untuk api yang kecil membesar dengan pantas dan dalam masa seminit asap mula merebak ke seluruh ruang bilik dan kurang 3 minit masa untuk asap mula memenuhi seluruh rumah dan suhu mencapai 500’F. Pada suhu ini tiada manusia dapat selamat daripada menjadi mangsa kebakaran. Oleh itu, kita perlu cakna apakah punca yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku di rumah. Dengan itu, kita dapat mengambil langkah-langkah proaktif supaya kebakaran tidak berlaku disebabkan kecuaian kita. "
] |
https://ajar.com.my/2023/02/20/masa-malaysia-salah/ | Masa Malaysia salah?! | [
"Satu hari di Bumi ditafsirkan sebagai tempoh masa yang diperlukan untuk Bumi berputar sekali putaran pada paksinya. Tempoh masa ini, menurut saintis, adalah 23 jam, 56 minit, dan 4 saat, dan ia seringkali digenapkan sebagai 24 jam. Justeru, untuk kita yang berada di Malaysia, dan bahkan berada di garisan Khatulistiwa, kita boleh membahagikan masa sebagai 12 jam siang dan 12 jam malam secara khusus. Jadi, andaikata Matahari terbit pada pukul 6.30 pagi, kita boleh jangka yang Matahari akan terbenam pada 6.30 petang.",
"Logik, bukan?",
"Cuma masalahnya, pukul 6.30 petang, dekat Sabah mungkin Matahari dah terbenam, tapi dekat KL, Selangor dan kawasan Semenanjung Malaysia yang lain, Matahari dah terbenam ke?",
"Waktu Min Greenwich (atau Greenwich Mean Time) adalah sistem waktu yang digunapakai oleh British sejak tahun 1880 lagi. Waktu GMT ini dibuat berpaksikan kepada longitude negara, dengan Greenwich dipilih sebagai GMT+0, dan negara yang berada di sebelah timur Greenwich mendapat nilai tambah (GMT+) dan negara di barat Greenwich akan mendapat nilai tolak (GMT-).",
"Tanah Melayu yang merupakan jajahan British pada waktu itu telah menggunapakai nilai GMT+06:46:46, yang maksudnya kalau waktu di Greenwich adalah pukul 12 tengah hari, pada masa yang sama, waktu di Kuala Lumpur adalah pukul 6.46 petang. Dalam pada masa yang sama, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang memiliki kawasan cerapan mereka sendiri, mempunyai waktu min tempatan mereka sendiri (dipanggil Local Mean Time). Terdapat perbezaan beberapa minit antara masa negeri-negeri ini, menjadikan masa pada waktu itu adalah tidak seragam.",
"Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1901, di mana pihak British mula sedar keperluan untuk menyeragamkan masa antara negeri-negeri di semenanjung. Maka British memilih untuk menggunakan masa tempatan Singapura, iaitu GMT+06:55:25 untuk seluruh Tanah Melayu, bagi membolehkan jadual keretapi dan penghantaran pos dan telegram dapat diseragamkan. Waktu ini kemudian digenapkan kepada GMT+07:00 pada tahun 1905, membolehkan waktu di Tanah Melayu menjadi sekata dengan waktu di Greenwich.",
"Pada tahun 1920, Sistem Jimat Waktu Siang (Daylight Saving Time) mula digunapakai di Tanah Melayu, menjadikan masa di Tanah Melayu berubah dari GMT+07:00 menjadi GMT+07:30, memanjangkan waktu siang selama 30 minit.",
"Menurut British, hal ini dibuat untuk membolehkan pekerja mempunya masa yang lebih untuk berhibur. Namun perubahan ini dibantah masyarakat pada waktu itu, kerana menurut mereka, 30 minit tambahan adalah tempoh yang lama. Jadi pada tahun 1933, 10 minit dikurangkan dari masa Tanah Melayu, menjadikan Tanah Melayu memakai waktu GMT+07:20.",
"Bagi Sabah dan Sarawak pula, masing-masing menggunakan waktu tempatan, dengan waktu min Kuching dipilih sebagai waktu Sarawak, iaitu GMT+07:21:20, dan waktu min Jesselton dipilih sebagai waktu Borneo Utara. Waktu kedua-duanya diselaraskan kepada GMT+07:30 pada tahun 1926. Tambahan masa 30 minit yang diberi kepada Semenanjung juga turut diberi pada Sabah dan Sarawak, menjadikan GMT+08:00 sebagai waktu rasmi Sabah dan Sarawak.",
"Penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu memperlihatkan perubahan sistem masa yang amat ketara – masa di Semenanjung dan Sabah Sarawak telah diubah mengikut waktu piawai Tokyo, iaitu GMT+09:00. Ini adalah sejam lebih awal dari Sabah Sarawak, dan sejam setengah lebih awal dari Semenanjung.",
"Apabila Jepun kalah Perang Dunia Kedua, British mengambil alih Tanah Melayu dan memperkenalkan semula sistem masa sebelum perang, GMT+07:30 bagi Semenanjung, dan GMT+08:00 bagi Sabah dan Sarawak.",
"Setelah negara Malaysia terbentuk pada tahun 1963, Malaysia Timur dan Malaysia Barat masih lagi menggunapakai sistem masa yang berbeza, dengan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) adalah GMT+8, dan Malaysia Barat adalah GMT+7:30. Orang yang bertanggungjawab mengubah sistem ini adalah Tun Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-Empat.",
"Pada 21 Disember 1981, Dr Mahathir telah membawa usul untuk menyelaraskan waktu Malaysia. Usul tersebut adalah cadangan untuk mengubah masa Malaysia Timur dari GMT+7:30 kepada GMT+8, mengikut kepada waktu Malaysia Barat. Perubahan ini dicadangkan berlaku pada awal tahun baru, iaitu 1 Januari 1982.",
"Sewaktu usul ini dibahaskan, terdapat bangkangan dari beberapa pihak, antaranya dicadangkan supaya perubahan ini dibuat secara berperingkat dalam masa satu tahun, dan ada juga ahli dewan yang menggesa supaya Sabah dan Sarawak yang mengikut waktu di Semenanjung.",
"Dr. Mahathir menegaskan bahawa penggunaan waktu piawai ini adalah bagus untuk negara. Menggunakan satu sistem waktu yang sama mampu menyatukan rakyat Malaysia.",
"Sebagai contoh, sekiranya ada urusan yang perlu disegerakan pada pukul 8 pagi yang memerlukan penglibatan Kuala Lumpu dan Sabah/Sarawak, orang di Kuala Lumpur perlu menunggu 30 minit sebelum orang di Sabah/Sarawak mula bertugas.",
"Pelancong juga kerap bertanya mengenai waktu Sabah dan Sarawak kerana mereka yang menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuching pada pukul 10 pagi akan sampai pada pukul 12.20 tengahari, sedangkan perjalanan hanyalah memakan masa sejam 50 minit.",
"Selain bagus untuk Dasar Pandang ke Timur negara pada waktu itu. Hal ini kerana kuasa besar ekonomi pada waktu itu seperti Hong Kong, Taiwan dan Macau juga menggunakan zon masa yang sama, dan ini membolehkan pasaran perniagaan dibuka pada waktu yang sama.",
"Usul yang dibawa oleh Dr. Mahathir itu tidak mendapat sebarang bantahan dari wakil kerajaan mahupun pembangkang, dan pada 31 Disember 1981, semua jam di Malaysia Barat pada pukul 11.30 malam telah dipercepatkan sebanyak 30 minit, menjadikan jam di Malaysia Barat dan Malaysia Timur tepat 12 malam.",
"Melihat semula kepada sejarah zon masa Malaysia, mungkin kita sedar sekarang bahawa Malaysia sepatutnya ada dua zon masa yang berbeza – zon masa untuk Malaysia Timur adalah GMT+8:00, dan zon masa untuk Malaysia Barat adalah GMT+7:00. Ini bermakna apabila Matahari terbit di Sabah pada pukul 6.30 pagi, Matahari akan terbit di Kuala Lumpur satu jam kemudian, pada pukul 7.30 pagi.",
"Bagi kebanyakan warga Kuala Lumpur pula, kebanyakan mereka pastinya akan setuju sekiranya penulis mengatakan bahawa warga Kuala Lumpur akan bangun seawal 5.30 pagi / 6.00 pagi untuk bersiap dan bergegas ke pejabat. Dengan perjalanan yang mungkin memakan masa sejam atau lebih, apabila mereka pulang ke rumah, hari masih lagi cerah, dengan waktu Maghrib sekitar pukul 7.30 malam.",
"Ini bermakna sebenarnya untuk warga Kuala Lumpur, waktu “siang” mereka bermula pada 5.30 pagi, dan ia cuma berakhir pada 7.30 malam, menjadikan jumlah waktu “siang” yang mereka rasa sebenarnya adalah 14 jam, 2 jam lebih panjang dari yang sepatutnya!",
"Tingkah-laku tidur kita pula sebenarnya dikawal oleh jam biologi badan kita, yang turut dipanggil Kitaran Circadian. Menurut kajian Osea Giuntella dari Universiti Pittsburgh dan Fabrizio Mazzonna dari Università della Svizzera Italiana, kelainan zon masa ini membawa kepada apa yang dipanggil sebagai “social jet lag”.",
"Idea mereka adalah pada zaman moden, jom biologi kita kini berada dalam masalah besar. Dengan berada pada zon waktu yang salah, badan kita tidak dapat menyelaraskan siang dan malam berpandukan kepada terbit-tenggelamnya Matahari. Hal ini menjelaskan kenapa orang yang berkerja dalam persekitaran penggiliran malam (night shift) mempunyai kualiti tidur yang kurang berbanding orang yang tidur pada waktu malam.",
"Keadaan ini diparahkan lagi dengan elektrik dan lampu-lampu yang turut memberi impak kepada Kitaran Cicardian kita, sekaligus menjejaskan kualiti tidur kita. Giuntella dan Mazzonna mendapati bahawa masyarakat US yang berada pada zon waktu yang salah mempunyai risiko lebih besar untuk mendapat penyakit kritikal.",
"Oleh kerana kebanyakan dapatan kajian sekarang masih lagi belum konklusuif, masih ada pelbagai kajian baru yang sedang dibuat di serata dunia bagi mencari hubungkait antara zon masa dengan kitaran circadian manusia. Sekiranya satu hari nanti, dapat dibuktikan bahawa zon masa yang salah memberi impak negatif kepada masyarakat, mungkinkah satu hari nanti Malaysia akan kembali mempunyai dua zon masa?"
] |
https://ajar.com.my/2023/03/15/kisah-hansel-dan-gretel-telah-menginspirasikan-saintis-untuk-membina-sistem-eksplorasi-angkasa-luar/ | Kisah Hansel dan Gretel telah menginspirasikan saintis untuk membina sistem eksplorasi angkasa luar! | [
"“Tabung lava dan gua akan menjadi tempat tinggal yang sempurna untuk angkasawan kerana anda tidak perlu membina struktur; anda dilindungi daripada radiasi kosmik yang berbahaya, jadi yang perlu anda lakukan hanyalah menjadikannya cantik dan selesa,” kata Wolfgang Fink, seorang profesor pengajian kejuruteraan elektrik dan komputer di Universiti Arizona.",
"Fink merupakan pengarang utama kertas kerja terbaru dalam Advances in Space Research yang menghuraikan rangkaian komunikasi yang akan menghubungkan rover, pendarat dan bahkan kenderaan selam melalui rangkaian topologi mesh, yang membolehkan mesin-mesin tersebut bekerja bersama sebagai satu pasukan, secara bebas tanpa campur tangan manusia. Menurut Fink dan co-pengarangnya, pendekatan ini dapat membantu dalam menangani salah satu Cabaran Besar Teknologi Luar Angkasa NASA dengan membantu mengatasi keupayaan teknologi semasa untuk melalui persekitaran dengan selamat pada komet, asteroid, bulan dan badan-badan planet. Sebagai penghormatan kepada dongeng “Hansel dan Gretel,” para penyelidik menamakan konsep mereka yang masih menunggu paten sebagai paradigma “Jaringan Komunikasi Terkini Terapung Gaya ‘Breadcrumb'” atau DDCN.",
"“Jika anda ingat kisah Hansel dan Gretel, anda tahu bagaimana mereka menjatuhkan serpihan roti untuk memastikan mereka menemui jalan kembali,” kata Fink, pengasas dan pengarah Visual and Autonomous Exploration Systems Research Laboratory di Caltech dan UArizona. “Dalam senario kami, ‘serpihan roti’ ialah sensor-sensor miniatur yang berada di belakang rover, yang dikerahkan saat melintasi gua atau lingkungan subpermukaan yang lain.”",
"Terus memantau lingkungan mereka dan sedar tentang keberadaan mereka di ruang angkasa, rover-rover tersebut melanjutkan misi mereka sendiri, dalam keadaan terhubung antara satu sama lain melalui penghubung data nirkabel, dan mengerahkan nod-nod komunikasi sepanjang jalan. Setelah rover merasakan signal sedang semakin malap tetapi masih dalam jangkauan, rover tersebut akan menjatuhkan nod komunikasi, tanpa mempedulikan jarak yang sebenarnya telah dilalui sejak meletakkan nod terakhir.",
"“Salah satu aspek baru adalah apa yang kami sebut sebagai pengerahan yang berkesempatan – gagasan bahawa anda mengerahkan ‘serpihan roti’ ketika anda harus melakukannya dan tidak sesuai dengan jadual yang telah dirancang sebelumnya,” kata Fink.",
"Sementara itu, tidak ada keperluan untuk input daripada rover induk; setiap rover subordinat akan menentukan itu sendiri, tambah Fink. Sistem ini dapat bekerja dengan salah satu daripada dua cara, kata Fink. Dalam satu cara, rover induk bertindak sebagai penerima pasif, mengumpulkan data yang dikirim oleh rover-rover yang melakukan eksplorasi. Dalam cara lainnya, rover induk bertindak sebagai pengatur, mengendalikan gerakan rover seperti seorang dalang.",
"Konsep baru ini berkait rapat dengan paradigma pengintipan bertingkat-skala yang direka oleh Fink dan rakan sekerja pada awal tahun 2000-an. Idea ini membayangkan satu pasukan robot yang beroperasi pada tahap perintah yang berbeza – misalnya, satu pengorbit mengawal sebuah belon udara, yang pada gilirannya mengawal satu atau lebih pendarat atau rover di permukaan. Misinya di luar angkasa telah menerima konsep ini, beberapa dengan penyertaan penyelidik dari UArizona. Sebagai contoh, di Marikh, rover Perseverance mengawal Ingenuity, sebuah helikopter robotik. Satu konsep untuk misi lain, yang akhirnya tidak dipilih untuk pembiayaan, mengusulkan penghantaran satu pengorbit yang membawa balon dan pendarat tasik untuk mengkaji salah satu laut hidrokarbon di bulan Saturnus, Titan. Pendekatan breadcrumb mengambil satu langkah lebih jauh dengan menyediakan platform yang kukuh dalam membolehkan pemburu harta karun robotik beroperasi di bawah tanah atau dalam persekitaran cecair. Kumpulan robot individu yang bebas dan autonomus seperti itu juga boleh membantu dalam usaha mencari dan menyelamat dalam bangunan runtuh atau bencana alam di Bumi, kata Fink.",
"Fink berkata bahawa cabaran terbesar, selain daripada memasukkan rover ke dalam persekitaran bawah tanah pada mulanya, adalah untuk mengambil data yang direkodkan oleh mereka di bawah tanah dan membawanya kembali ke permukaan. Konsep DDCN membolehkan satu pasukan rover untuk menavigasi persekitaran bawah tanah yang rumit tanpa pernah kehilangan hubungan dengan “rover ibu” mereka di permukaan. Dilengkapi dengan sistem pengesanan cahaya dan jarak jauh, atau lidar, mereka boleh memetakan lorong gua dalam tiga dimensi, tidak berbeza dengan pesawat tanpa pemandu yang dapat dilihat menjelajahi kapal angkasa asing dalam filem “Prometheus”.",
"“Setelah dikerahkan, sensor kami secara automatik membentuk rangkaian mesh tidak terarah, yang bermaksud setiap nod mengemaskini tentang setiap nod di sekelilingnya,” kata Fink, yang pertama kali menghuraikan konsep DDCN dalam satu cadangan kepada NASA pada tahun 2019.",
"“Mereka boleh bertukar-tukar di antara satu sama lain dan menampung tempat mati dan kematian isyarat,” tambah Mark Tarbell, rakan penyelidikan dan saintis penyelidikan kunci di makmal Fink. “Jika sesetengah daripadanya mati, masih ada hubungan melalui nod yang masih hidup, maka rover ibu tidak pernah kehilangan hubungan dengan nod yang berada jauh dalam rangkaian.”",
"Rangkaian nod komunikasi yang kukuh memastikan semua data yang dikumpulkan oleh pemburu penjelajah robotik kembali ke rover induk di permukaan. Oleh itu, tidak perlu mengambil semula robot selepas mereka menyelesaikan tugas mereka, kata Fink, yang menerbitkan idea menggunakan kumpulan pengesan permukaan robotik yang boleh dibazirkan pada tahun 2014.",
"“Mereka direka untuk dibazirkan,” katanya. “Daripada membazirkan sumber untuk memasukkan robot ke dalam gua dan kembali keluar, lebih bijak untuk membiarkan mereka pergi sejauh yang mungkin dan meninggalkan mereka selepas mereka menyelesaikan misi mereka, kehabisan kuasa atau terdedah kepada persekitaran yang musuh.”",
"“Pendekatan jaringan komunikasi yang diperkenalkan dalam kertas baru ini berpotensi untuk memperkenalkan era baru penemuan planet dan astrobiologi,” kata Dirk Schulze-Makuch, presiden German Astrobiological Society dan pengarang banyak penerbitan mengenai kehidupan ekstraterestrial. “Akhirnya, ia membolehkan kita untuk meneroka gua tiub lava Marikh dan lautan subpermukaan bulan-bulan berbaldinya – tempat di mana kehidupan ekstraterestrial mungkin hadir.”",
"Konsep yang dicadangkan “mempunyai keajaiban”, menurut Victor Baker, Profesor Regents UArizona dalam Hidrologi dan Sains Atmosfera, Geosains dan Sains Planet. “Penemuan yang paling menakjubkan dalam sains berlaku apabila kemajuan dalam teknologi memberikan akses kepada sesuatu atau tempat dan sarana untuk berkomunikasi tentang apa yang telah ditemui kepada minda kreatif yang mencari pemahaman,” kata Baker.",
"Dalam tempat-tempat yang memerlukan robot selam, sistemnya boleh terdiri daripada pendarat yang mengambang di atas tasik, seperti yang mungkin terjadi di Titan, atau duduk di atas ais di samudra sub permukaan seperti di Europa, yang terhubung ke kapal selam, misalnya melalui kabel panjang. Di sini, nod komunikasi akan bertindak sebagai penguat signal dalam interval yang teratur untuk mencegah penurunannya. Paling penting, nod tersebut memiliki kemampuan untuk mengumpulkan data sendiri, seperti mengukur tekanan, salinitas, suhu, dan parameter fisik dan kimia lainnya, dan memasukkan data ke dalam kabel yang terhubung kembali ke pendarat.",
"“Bayangkan anda berhasil ke Europa, anda mencairkan jalan anda melalui mil ais, mencapai samudra sub permukaan, yang mana anda menemukan diri anda dikelilingi oleh kehidupan asing, tetapi anda tidak memiliki cara untuk mendapatkan data untuk cara kembali ke permukaan,” katanya. “Itulah senario yang perlu kita hindari.”",
"Setelah mengembangkan rover dan teknologi komunikasi, kelompok Fink sekarang sedang bekerja untuk membangunkan mekanisme sebenarnya yang dapat digunakan oleh rover untuk mengerahkan nod komunikasi.",
"“Pada dasarnya, kami akan mengajarkan ‘Hansel’ dan ‘Gretel’ kami cara menjatuhkan serpihan roti sehingga mereka menjadi jaringan komunikasi mesh yang berfungsi,” kata Fink.",
"Secara kesimpulannya, artikel ini membincangkan tentang bagaimana teknologi komunikasi rangkaian mesh yang diilhamkan oleh cerita dongeng Hansel dan Gretel dapat digunakan untuk menjalankan misi eksplorasi robotik di gua-gua planet Marikh dan mungkin di tempat-tempat lain di luar angkasa. Rangkaian mesh ini membantu untuk menjaga komunikasi antara robot dan pusat kendali, serta dapat digunakan untuk menjelajahi tempat-tempat yang mungkin tidak dapat dijangkau oleh manusia atau tidak dapat dijangkau dengan mudah. Artikel ini turut mengemukakan bahawa teknologi ini mempunyai potensi untuk membawa kepada penemuan baru dalam bidang sains planet dan astrobiologi.",
"University of Arizona. “Hansel and Gretel’s breadcrumb trick inspires robotic exploration of caves on Mars and beyond.” ScienceDaily. ScienceDaily, 1 March 2023. <www.sciencedaily.com/releases/2023/03/230301185225.htm>."
] |
https://ajar.com.my/2023/03/16/ekspedisi-penyelidikan-musim-sejuk-pertama-malaysia-di-antartika-tahun-ini/ | EKSPEDISI PENYELIDIKAN MUSIM SEJUK PERTAMA MALAYSIA DI ANTARTIKA TAHUN INI! | [
"Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Antartika Chile (Instituto Antártico Chileno, INACH) buat julung kalinya akan menganjurkan ekspedisi penyelidikan musim sejuk pertama Malaysia ke benua Antartika tahun ini. ",
"Sebelum cerita lanjut tentang ekspedisi ini, jom kita kenal dahulu tentang yayasan ini.",
"Penubuhan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 6 Jun 2012. Seterusnya, pada 18 Julai 2012, YPASM telah didaftarkan sebagai Syarikat Berhad dengan Jaminan dan tidak mempunyai modal saham, di bawah Akta Syarikat, 1965.",
"Penubuhan YPASM sebagai sebuah agensi bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah dilancarkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al -Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu pada 19 Julai 2012 di Kuala Terengganu. Baginda, dalam titah baginda, dengan berbesar hati menerima peranan sebagai Penaung yayasan itu. Yayasan itu bertujuan untuk melibatkan lebih ramai saintis Malaysia dalam penyelidikan Antartika dan untuk mengekalkan kehadiran Malaysia di Antartika.",
"Sejak penubuhannya, YPASM telah menyediakan 41 geran penyelidikan polar, 13 beasiswa dan 14 sokongan dermaga Antartika kepada stesen penyelidikan di Antartika bernilai RM8,018,780 terutamanya kepada saintis muda Malaysia. Kebanyakan projek penyelidikan yang dibiayai oleh yayasan itu disasarkan untuk menyumbang kepada pemahaman kita tentang cara planet ini berfungsi dan dalam meramalkan bagaimana ia akan berubah.",
"Menyedari keperluan untuk mengekalkan penglibatan Malaysia dalam penyelidikan polar, YPASM memperkenalkan Inisiatif Perkongsian Pintar YPASM dengan kerjasama lapan universiti tempatan – Universiti Perubatan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Malaysia Pahang.",
"Yayasan ini juga menganjurkan program pendidikan dan jangkauan seperti kem sains kutub, sesi perkongsian, pertandingan, dan pameran untuk pelajar dan orang ramai. Selain memberi pendedahan kepada belia tentang penglibatan Malaysia di wilayah Kutub (Antartik dan Artik), program ini disasarkan untuk memupuk minat dalam pendidikan sains dan perubahan iklim global serta meneroka penyelesaian mengenai isu tersebut. Melalui pembelajaran secara langsung, belia boleh lebih memahami dan menghormati sejarah, budaya, dan kepelbagaian ekologi di wilayah Kutub.",
"Ekspedisi semasa musim sejuk dengan cuaca ekstrem di Antartika ini akan dijalankan selama enam bulan antara Mac hingga September 2023.",
"Penyelidik terpilih, Prof. Dr. Justin Sentian dari Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah bakal melakar sejarah selaku rakyat Malaysia pertama menyertai ekspedisi ini, sekaligus menjadikannya penyelidik Malaysia paling lama berada di benua paling sejuk dunia itu. Sepanjang di Antartika, Prof. Dr. Justin akan tinggal dan melakukan kajian di stesen Profesor Julio Escudero milik negara Chile yang terletak di Pulau King George, Antartika.",
"Prof. Dr. Justin telah menerima geran penyelidikan khas bernilai RM150,000 daripada YPASM untuk projek berkaitan perubahan iklim bertajuk ‘Variasi Ozon Troposfera dan Halokarbon di Semenanjung Antartika Dalam Keadaan Cuaca Melampau’.",
"Kajian tiga tahun yang dijalankan dengan kerjasama INACH dan University of Santiago ini akan mengkaji peranan halokarbon reaktif terhalogen dalam kimia ozon permukaan dan keadaan meteorologi di bawah keadaan cuaca musim sejuk yang melampau. Halokarbon merupakan gas rumah hijau yang boleh menyumbang kepada perubahan iklim, dan ia juga bertanggungjawab terhadap kehilangan ozon stratosfera sejak beberapa dekad kebelakangan ini.",
"Semasa berucap di sidang media yang diadakan di pejabat YPASM hari ini, Tan Sri Dato’ Dr. Salleh Mohd Nor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPASM berkata, “Umum mengetahui bahawa Antartika adalah “litmus” kepada kesan perubahan iklim dunia, lohong lapisan ozon yang pertama telah ditemui di Antartika walaupun tiada penempatan kekal di benua ini yang membuktikan betapa sensitif benua ini kepada kesan perubahan iklim.",
"“Justeru, adalah amat penting untuk penyelidik Malaysia terus aktif menjalankan penyelidikan di Antartika bersama-sama penyelidik dunia yang lain untuk terus menyumbang kepada kefahaman proses perubahan iklim yang berlaku di benua ini. Maklumat berfakta daripada saintis-saintis seluruh dunia termasuk Malaysia adalah amat penting dalam proses membuat dasar berkaitan perubahan iklim.”",
"Sementara itu dalam majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif YPASM, En Nasaruddin Abd Rahman menyatakan, “Selain aspek penyelidikan, YPASM juga berharap agar ekspedisi ini akan dapat menonjolkan semangat ‘Malaysia Boleh’ melalui Prof. Dr. Justin yang akan menguji ketahanan diri dengan tinggal di Antartika dalam keadaan cuaca melampau dan waktu malam yang panjang selama enam bulan di stesen ini.",
"“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Chile melalui rakan kerjasama INACH yang telah sudi menjadi hos kepada Prof Justin di stesen Profesor Julio Escudero selama enam bulan. Semoga kerjasama penyelidikan Polar antara dua negara ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang,” ujar beliau lagi.",
"Prof. Dr. Justin akan bertolak ke Antartika dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 17 Mac 2023 dan dijangka tiba di Antartika pada 21 Mac 2023. ",
"Prof. Dr. Justin Sentian ialah seorang saintis atmosfera yang kini mengetuai Kumpulan Penyelidikan Perubahan Iklim di Fakulti Sains dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau juga merupakan felo penyelidik di Pusat Kajian Bencana dan Unit Penyelidikan Air UMS. Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus UMS (2014-2017) dan Pusat Jaringan Industri dan Komuniti UMS (2017-2018). Pada 2009, beliau menerima Anugerah Biasiswa Komanwel untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam sains atmosfera di Universiti East Anglia (UK). Beliau juga merupakan pemegang biasiswa Kerajaan Malaysia ke Lancaster University (UK) yang membolehkannya memperoleh ijazah kedoktoran pada 2009 dengan pengkhususan bidang kimia atmosfera dan perubahan iklim. Sebelum pelantikannya di UMS, beliau bertugas sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar di Jabatan Alam Sekitar Persekutuan selama tujuh tahun.",
"Kebanyakan sumbangan penyelidikan dan penerbitan beliau adalah dalam bidang kimia atmosfera, perubahan iklim, kualiti udara, meteorologi, pemodelan pencemaran alam sekitar serta penilaian kesan alam sekitar. Beliau telah membentangkan lebih daripada 60 kertas kerja di persidangan, seminar dan bengkel antarabangsa dan nasional. Beliau telah dijemput untuk memberi syarahan tentang kerja penyelidikannya dalam beberapa syarahan pleno. Setakat ini, beliau telah menerbitkan lebih daripada 80 kertas penyelidikan dalam jurnal dan prosiding antarabangsa serta kebangsaan.",
"Penyelidikan semasa beliau memfokuskan kepada lima projek: a) Perubahan iklim serantau resolusi tinggi di Asia Tenggara/Malaysia; b) Kesan perubahan iklim, kelemahan, dan penyesuaian; c) Fluks gas rumah hijau merentasi kecerunan hutan tropika, yang merupakan penyelidikan kerjasama dengan Pusat Ekologi dan Hidrologi, Universiti Edinburgh dan dibiayai sepenuhnya oleh NERC, UK; d) Pelepasan halokarbon reaktif jangka pendek dari persekitaran pantai tropika, yang merupakan kerjasama penyelidikan dengan konsortium penyelidikan daripada beberapa universiti Eropah dan dibiayai sepenuhnya oleh Kesatuan Eropah dan NERC, UK; e) pertukaran troposfera-stratosfera (STE) ozon di latitud lebih tinggi (Antartika), yang merupakan penyelidikan kerjasama yang dibiayai oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini beliau telah dilantik oleh Asian Development Bank sebagai pakar perubahan iklim untuk Malaysia dalam penyiasatan kerentanan perubahan iklim dan penyesuaian di pantai timur Sabah. Beliau juga dilantik sebagai ketua projek dalam beberapa kerja perundingan – Yayasan Asia untuk mengkaji keterangkuman dasar ekonomi hijau di Sabah; WWF untuk mengkaji potensi biofuel dalam sektor agroforestry; dan lebih daripada 20 perundingan EIA berfungsi sebagai ketua projek untuk pelbagai projek. Beliau juga memainkan peranan penting dalam pembangunan Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah khususnya kualiti udara dan perubahan iklim.",
"Hebat! Ayuh rakyat Malaysia, sama-sama kita doakan agar ekspedisi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.**Sumber gambar artikel : https://www.thepatriots.asia/wujudkah-piramid-binaan-alien-di-antartika/"
] |
https://ajar.com.my/2023/03/17/awas-rumpai-laut-sejumlah-5000-batu-persegi-sedang-menuju-ke-florida-dan-mexico/ | Awas! Rumpai laut sejumlah 5000 batu persegi sedang menuju ke Florida dan Mexico?! | [
"“Makhluk rumpai laut berukuran 5,000 batu persegi sedang menuju ke Amerika Utara dan boleh menimbulkan kekacauan di pantai seluruh Florida, Mexico dan Caribbean”, mengikut laporan Denise Chow daripada NBC News. ",
"Kumpulan rumpai laut yang tebal – yang dikenali sebagai Great Atlantic Sargassum Belt – bukanlah sesuatu yang baru, dan saintis mengatakan bahawa saiznya sangat besar sekarang. Sargassum bersaiz raksasa seperti selimut terapung di Lautan Atlantik nampaknya tiba di pantai beberapa bulan lebih awal daripada kebiasaan pada tahun ini, yang mana dikatakan “tidak menjanjikan musim panas dengan pantai yang bersih pada 2023,” oleh Brian Lapointe, seorang ahli ekologi di Florida Atlantic University, kepada Livia Albeck-Ripka dan Emily Schmall daripada The New York Times.",
"“Sargassum biasanya tiba di pantai pada bulan Mei, kemudian mencapai puncaknya pada bulan Jun dan Julai. Tetapi kini, rumpai laut ini sudah mulai terkumpul di pantai di Key West, Florida dan juga di Cancun, Mexico serta Playa del Carmen dan Tulum. ",
"“Rumpai-rumpai ini semakin besar dan besar, dan tahun ini kelihatan seperti saiz terbesar yang pernah direkodkan,” kata Lapointe kepada The Times.",
"Secara umumnya, rumpai laut Sargassum mengapung di antara Afrika Barat dan Teluk Mexico. Di tengah-tengah Lautan Atlantik, rumpai ini memberikan beberapa manfaat, seperti menyerap karbon dioksida dan memberikan perlindungan kepada pelbagai haiwan marin, termasuk beberapa ikan, krustasea dan penyu laut.",
"Tetapi apabila kusut rumpai laut ini tiba di pantai, mulalah berlakunya masalah. Rumpai ini akan terkumpul di pantai dan mulai membusuk, melepaskan gas hidrogen sulfida yang beracun ke udara. Dikenali sebagai “gas kumbahan” atau “gas rawa”, gas tidak berwarna ini berbau seperti telur busuk sehingga menyebabkan wujudnya masalah pernafasan dan neurologi kepada manusia.”",
"Kehadiran Sargassum ini telah menjauhkan para pelancong dan menyebabkan impak negatif pada ekonomi hotel, restoran dan perniagaan lain yang bergantung pada pelancong untuk kehidupan mereka. Tahun ini, ketibaannya yang awal telah menjadi masalah pada industri pelancongan di Pantai Teluk Florida kerana sudah berhadapan dengan kesan merbahaya gelombang pasang merah.",
"“Keadaan ini tidak menyenangkan,” kata Melinda Simmons, seorang saintis marin di Universiti Jacksonville, kepada Robert Speta daripada First Coast News. “Sama ada anda berenang atau berjalan di dalamnya, pasti akan berbau busuk. Kemudian orang tidak mahu datang ke pantai.”",
"Selain itu, Sargassum boleh menyukarkan pelayaran bot melalui perairan pantai. Rumpai ini boleh menyumbat injap hisap loji penapisan air laut dan loji pembekal kuasa, yang boleh menyebabkan kekurangan air dan masalah lain. Rumpai ini juga boleh menghalang cahaya mengenai tumbuhan dan haiwan yang berada di bawah permukaan air dan menyukarkan penyu laut merangkak ke habitat tempat bertelur mereka atau ke laut.",
"Walaupun komuniti dan pihak tempat peranignan cuba mengeluarkan sebanyak mungkin rumpai laut daripada pantai, proses tersebut adalah mahal dan memerlukan tenaga kerja yang banyak. Dan setelah mereka mengeluarkan sargassum, mereka kemudian harus mencari jalan untuk membuangnya. Sargassum mengandungi logam berat, termasuk arsenik, yang boleh membuatnya berbahaya jika digunakan sebagai baja atau kompos. Usahawan cuba mencari penyelesaian inovatif untuk masalah sargassum – seperti menenggelamkannya ke dasar laut atau menggunakannya untuk bahan bangunan – tetapi sejauh ini mereka masih berjuang untuk menjadikannya komersial.",
"Saintis telah mengesan rakit sargassum Atlantik selama bertahun-tahun. Tetapi pada tahun 2011, mereka mula menyedari bahawa ia semakin bertambah besar setiap tahun. Blok coklat ini kini begitu besar sehingga boleh dilihat dari angkasa, dan penyelidik menggunakan imej satelit untuk mengawalinya.",
"Para saintis tidak pasti apa yang menyebabkan pertumbuhan Sargassum yang semakin pesat, tetapi mereka menduga aktiviti manusia mungkin sebahagian puncanya. Menerusi pemerhatian, kumpulan Sargassum cenderung berkembang secara bermusim, pada waktu yang sama apabila sungai-sungai utama seperti Congo, Mississippi, dan Amazon mengalir ke Lautan Atlantik. Daripada pola ini, mereka telah menyimpulkan bahawa sisa terbuang daripada baja, pembalakan hutan, dan pembakaran biojisim secara tidak sengaja telah mengaktifkan rumpai laut tersebut. Selain itu, peningkatan suhu laut disebabkan oleh perubahan iklim kerana kegiatan manusia juga mungkin salah satu penyebabnya.",
"“Saya telah menggantikan kegelisahan perubahan iklim dengan kegelisahan Sargassum,” kata Patricia Estridge, seorang pengasas bersama dan CEO Seaweed Generation, sebuah syarikat yang berpusat di Scotland yang bertujuan menggunakan rumpai laut untuk mengeluarkan pelepasan karbon, kepada Guardian‘s Zan Barberton.",
"Artikel “A 5,000-Mile-Wide Mass of Seaweed Is Heading for Florida and Mexico” oleh Sarah Kuta di pautan https://www.smithsonianmag.com/smart-news/a-5000-mile-wide-mass-of-seaweed-is-heading-for-florida-and-mexico-180981795/",
"Sumber gambar artikel : https://www.itv.com/news/2023-03-16/concern-as-5000-mile-long-mass-of-seaweed-heads-to-florida"
] |
https://ajar.com.my/2023/03/22/inilah-penerangan-tentang-projek-willow-yang-tengah-kontroversi-sekarang/ | INILAH PENERANGAN TENTANG PROJEK WILLOW YANG TENGAH KONTROVERSI SEKARANG! | [
"Pada awal minggu ini, pentadbiran Biden telah meluluskan salah satu pembangunan minyak terbesar di tanah persekutuan, yang mana dikenali sebagai projek Willow yang dikatakan akan merosakkan usaha AS untuk menghapuskan bahan api fosil di seluruh dunia.",
"Selama beberapa minggu, pembangunan minyak di Alaska ini yang lebih daripada 4,000 batu dari White House telah menjadi tumpuan perdebatan negara tentang perubahan iklim. ",
"Hal ini menarik perhatian aktivis dan anak muda yang bersatu dalam talian untuk mencuba menghalangnya. Bagi pemimpin dan penduduk Alaska, ini adalah keputusan persekutuan yang paling penting yang dihadapi negara mereka, dengan ramai yang menuntutnya sebagai kesejahteraan ekonomi. Pemimpin industri minyak berkata ia adalah kunci kepada hubungan masa hadapan mereka dengan Presiden Biden.",
"Apa sebenarnya projek ini? Inilah yang anda perlu tahu tentang Willow.",
"Willow ialah sebuah rizab minyak di Arctic Alaska yang dikawal oleh syarikat minyak ConocoPhillips yang terletak di North Slope, Alaska, kurang daripada 30 batu dari Lautan Arctic.",
"Kawasan ini terletak di National Petroleum Reserve-Alaska atau NPR-A, tanah awam terbesar negara. Kawasan ini, yang kira-kira saiz Indiana, telah dikenal pasti oleh Presiden Warren G. Harding pada tahun 1923 dan ditetapkan khusus untuk pembangunan minyak dan gas oleh Akta Pengeluaran Rizab Petroleum Laut Tentera Laut pada tahun 1976. Undang-undang tersebut mewujudkan peraturan khusus untuk pengeluaran minyak dan gas serta menetapkan beberapa kawasan untuk “perlindungan maksimum” alam sekitar. Hari ini, kawasan ini merupakan salah satu kawasan yang paling menjanjikan di AS untuk minyak baru, tetapi juga menjadi habitat penting untuk beruang kutub serta puluhan ribu rusa migrasi dan burung air.",
"Willow kini merupakan projek minyak terbesar yang sedang dipertimbangkan di negara ini, menurut firma perunding Wood Mackenzie. ConocoPhillips menjangkakan kosnya antara $8 bilion hingga $10 bilion.",
"Hal ini menjadikannya sebagai satu keutamaan penting untuk aktivis iklim. Mereka berusaha untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil sebagai cara untuk mengurangkan emisi yang menyebabkan perubahan iklim, dan telah mencuba menghentikan pelaburan besar seperti ini sebagai cara untuk mendorong dunia jauh daripada minyak. Terutamanya projek ini yang dilihat rentan terhadap campur tangan awam kerana ia berada di tanah persekutuan dan memerlukan permit persekutuan untuk terus maju, apatah lagi Biden telah berjanji untuk mengakhiri pengeboran minyak (oil drilling) baru di tanah persekutuan.",
"ConocoPhillips telah memegang lesen untuk membangunkan minyak bagi kawasan itu sejak akhir 1990-an dan telah menemui Willow dengan dua sumuran pengesan yang digali pada tahun 2016. Setelah kira-kira lima tahun permit dan perlawanan melalui undang-undang, pentadbiran Biden meluluskan projek untuk mempunyai sehingga tiga tapak pengeboran dengan 199 sumuran secara keseluruhan. Keadaan ini memperkecilkan projek daripada lima tapak yang awalnya dicadangkan oleh ConocoPhillips yang telah mengikuti cadangan semakan kerajaan untuk mengekalkan pembangunan luar daripada tapak sarang loon kuning dan laluan migrasi rusa.",
"Biro Pengurusan Tanah menjangkakan bahawa Willow boleh menghasilkan 576 juta tong minyak selama 30 tahun.",
"Kerja pertambangan kerikil dan pembinaan jalan telah bermula untuk pembangunan ini, yang akan mempunyai kesan seluas 499 ekar, mengikut keputusan akhir pentadbiran. Untuk perbandingan, luas itu dua setengah kali lebih besar daripada kawasan yang baru-baru ini diperoleh oleh pasukan bola sepak Washington Commanders untuk membina stadium baru mereka. Rancangan Willow termasuklah beratus-ratus batu jalan dan paip, landasan kapal terbang, perlombongan kerikil, dan fasiliti pemprosesan baru di tengah tundra dan kawasan basah Arctic yang terjaga.",
"Pembakaran minyak Willow juga akan melepaskan karbon dioksida dengan anggaran 239 juta metrik tan semasa tempoh 30 tahun projek – atau bersamaan dengan memandu 1.7 juta kereta berkuasa petrol setiap tahun.",
"Menurut anggaran pentadbiran Biden, walaupun Willow tidak dibina, Amerika Syarikat dan seluruh dunia masih akan membakar sejumlah besar bahan bakar fosil. Pilihan yang lebih bersih, menurut anggaran, hanya akan menyumbang kira-kira separuh daripada permintaan tenaga yang akan dipenuhi oleh Willow.",
"Perlanjutan Willow akan mencipta sekitar 70 juta metrik tan CO2 tambahan daripada projek pelepasan gas rumah hijau di Amerika Syarikat – dan 60 juta tan lagi di peringkat antarabangsa – yang bersamaan dengan hanya 0.03 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau Amerika Syarikat pada tahun 2021, menurut anggaran tersebut.",
"Penyokong projek Willow menyatakan bahawa minyak baru daripada Alaska akan membantu memastikan AS mempunyai bekalan tenaga domestik yang dapat dipercayai. Hal ini penting untuk mengurangkan kebergantungan negara dan sekutunya pada pembekal minyak yang sering dikendalikan oleh rejim autoritarian dan peraturan alam sekitar yang lemah. Willow juga dianggarkan akan menghasilkan bilion dolar dalam aktiviti ekonomi dan pendapatan cukai di Alaska, yang mana pemimpin negeri dan banyak penduduk asli Alaska mengatakan mereka memerlukan peningkatan ekonomi.",
"Namun, akses kepada minyak seperti itu juga akan memanjangkan kebergantungan negara pada bahan bakar fosil, tanpa jaminan teknologi akan tersedia untuk menghentikan impaknya terhadap perubahan iklim. Oleh kerana pentadbiran Biden meluluskannya, projek ini juga boleh menggugat kredibiliti presiden dalam mempromosikan negara-negara lain untuk mengembangkan alternatif yang lebih bersih daripada minyak dan gas asli. Namun, kebanyakan penduduk tempatan kurang berasa bersemangat tentang pendapatan minyak dan lebih bimbang akan projek ini mungkin akan merosakkan populasi haiwan tempatan yang penting untuk komuniti, merosakkan kualiti udara kawasan, dan menyebabkan tumpahan minyak, kebocoran, dan letupan yang boleh berlaku dengan pembangunan minyak besar.",
"Aktivis-aktivis melancarkan protes yang agresif terhadap projek Willow kerana sebahagian besarnya mengharapkan pada janji-janji Biden untuk memberi keutamaan kepada perlindungan alam sekitar, perubahan iklim dan mengakhiri pengeboran di tanah awam. Pegawai-pegawai pentadbiran mengatakan bahawa isu-isu tersebut mempengaruhi keputusan mengenai projek tersebut, tetapi tidak mencukupi untuk menghalangnya.",
"Mereka mengatakan bahawa mereka terbatas dengan undang-undang yang mentadbir NPR-A dan kontrak sewa yang dipegang oleh ConocoPhillips sebelum pentadbiran Biden mengambil alih. Undang-undang tersebut memberikan hak kepada syarikat yang memegang kontrak sewa seperti itu untuk mengembangkan projek dan juga memberi kedudukan undang-undang yang kuat untuk menentang kerajaan jika cuba untuk menghalang kerja tersebut. Jika ditolak, ConocoPhillips boleh menuntut dan berpotensi memenangi berbillion-bilion dolar pada kos pembayar cukai, dan masih boleh mengembangkan projek tersebut, menurut pakar-pakar undang-undang.",
"Faktor-faktor lain juga mungkin memainkan peranan. Antaranya, Biden telah banyak ditekan oleh pegawai-pegawai Alaskan dalam isu ini selama menjadi Presiden, dan beliau memerlukan dua orang daripada mereka iaitu Senator Lisa Murkowski (R-Alaska) yang moderat dan Wakil Rakyat Mary Peltola (D-Alaska) – untuk meluluskan penama-penama dan agenda beliau melalui Kongres. Beliau juga telah berjanji kepada pengundi-pengundinya bahawa beliau akan memperjuangkan harga minyak dan petrol yang tinggi, dan mengakui dalam beberapa bulan terakhir bahawa minyak mungkin masih memainkan peranan penting dalam ekonomi jauh ke masa hadapan. Dasar-dasar iklim terbesarnya sejauh ini lebih memberi tumpuan kepada membina dan menggalakkan pengguna untuk menggunakan tenaga yang lebih bersih daripada membatasi pengeluaran bahan api fosil.",
"Artikel diterjemahkan daripada artikel asal oleh Timothy Puko, The Washington Post bertajuk “What is Willow? How an Alaska oil project could impact the environment?” di pautan https://www.washingtonpost.com/climate-environment/2023/03/17/willow-project-alaska-oil-drilling-explained/",
"Sumber gambar artikel : https://edition.cnn.com/2023/03/14/politics/inside-willow-project-approval-biden-haaland-climate/index.html"
] |
https://ajar.com.my/2023/03/24/um-mendahului-universiti-universiti-malaysia-dalam-qs-world-university-rankings/ | UM mendahului universiti-universiti Malaysia dalam ‘QS World University Rankings’ | [
"PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) ialah sebuah institusi terbaik Malaysia secara keseluruhan, dan tertinggi dalam senarai Peringkat Universiti Dunia QS mengikut subjek bagi tahun 2023.",
"Dalam senarai tersebut, UM berjaya mendapatkan kedudukan bagi 36 subjek, termasuk 15 berada dalam kategori 100 teratas di dunia (turun dua subjek berbanding dengan 17 pada tahun lalu), dan universiti ini turut menghasilkan beberapa penyelidikan berkualiti tinggi dan merupakan universiti yang paling banyak kolaboratif bagi penyelidikan antarabangsa.",
"Dua subjek UM iaitu Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat, dan Kajian Teologi, Kepastian dan Agama berjaya mendapat tempat dalam 50 teratas di dunia.",
"Subjek Kimia di UM pula telah menjadi subjek yang paling meningkat prestasinya di Malaysia, dengan menaiki 33 tempat dan mencapai tempat ke-104.",
"Dua subjek lain di universiti ini yang mencapai peningkatan prestasi terbesar ialah Perubatan, yang menaiki 16 tempat ke posisi yang ke-128, dan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan, menaiki lapan tempat ke posisi yang ke-52.",
"Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Shukor menyatakan keyakinannya bahawa universiti tersebut akan terus meningkatkan prestasinya.",
"Beliau berkata, pelaksanaan pelan strategik universiti akan membawa UM menjadi universiti yang mampan dan dinamik yang mampu menghasilkan pemimpin, memberikan ilmu pengetahuan, dan menyediakan penyelesaian yang akan memberi impak kepada negara.",
"“Saya gembira apabila komuniti UM terus menempatkan Malaysia di pentas global melalui dedikasi, komitmen, dan kerja keras dalam berkhidmat kepada negara dan memberi impak kepada dunia.”",
"Dalam aspek jumlah mata pelajaran yang dinilai, UM diikuti oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang mana masing-masing mempunyai 24 mata pelajaran yang dinilai.",
"Dikeluarkan pada 6 petang Rabu (22 Mac), penilaian ini menawarkan data bebas mengenai prestasi program-program di universiti-universiti Malaysia.",
"Daripada 210 program, 56 meningkat, 53 menurun, dan 90 tidak berubah, manakala 11 program dinilai untuk kali pertama.",
"Dengan peningkatan keseluruhan sebanyak 82%, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) merupakan institusi yang paling banyak mencatat peningkatan di dunia. Tidak ada mata pelajaran yang dinilai menurun dalam kedudukan tahun ini, menjadikan UTP sebagai salah satu daripada hanya lapan universiti di dunia dengan 10 atau lebih subjek yang mencapai pencapaian ini.",
"Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata, kedudukan tersebut mengungkapkan keberkesanan strategi komprehensif universiti untuk menjadi universiti yang mampan, dinamik, dan digital.",
"“Kami akan terus berusaha untuk mengungguli pencapaian akademik, penyelidikan dan pengalaman pelajar. Dalam penyelidikan dan inovasi, kami akan menyokong inisiatif transisi tenaga PETRONAS menuju sifar karbon dalam usaha kami menuju keunggulan global yang mampan,” tambah Prof Mohamed Ibrahim.",
"Universiti Taylor juga meningkat sebanyak 42% dalam kedudukan dan mempunyai tiga program teratas dalam kategori 100 teratas, iaitu Pengurusan Hospitaliti & Perlancongan, Seni & Reka Bentuk, dan Pengajian Perniagaan & Pengurusan. Universiti ini juga merupakan salah satu daripada 20 institusi yang paling banyak meningkat dengan 10 atau lebih mata pelajaran yang dinilai.",
"Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Prof Michael Driscoll mengaitkan kejayaan institusi ini dengan pendekatan inovasi kurikulum dan kebolehupayaan mengadaptasi terhadap lanskap pendidikan yang berubah-ubah. Beliau berkata universiti ini sentiasa memperbaharui program-programnya untuk memastikan graduan dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam industri yang dinamik dan sentiasa berubah.",
"Universiti UCSI pula mengekalkan status sebagai universiti teratas di Malaysia bagi muzik dan seni persembahan dengan program Performing Arts-nya yang menduduki tempat ke-21 di peringkat global. Naib Canselor UCSI, Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, kedudukan terbaru ini menunjukkan bahawa universiti ini membawa impak dalam bidang akademik dan industri.",
"“Menjaga trajektori bagi tahun demi tahun bukanlah perkara yang mudah dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan, pelajar dan pihak berkepentingan UCSI atas usaha mereka yang berterusan.”",
"“Dalam keadaan banyak perkara yang mendorong, kami masih fokus untuk berkembang dan memenuhi keperluan ekonomi yang sentiasa berubah. Kami tidak mahu graduan kami hanya menyesuaikan diri dengan perubahan – kami mahu mereka memacu perubahan itu.”",
"“Maju ke hadapan, kami akan melakukan lebih banyak perkara dalam bidang penyelidikan, kerjasama antarabangsa, perkongsian industri dan kepimpinan pemikiran.”",
"Kedudukan-kedudukan ini telah dikompilasi oleh pengkaji pendidikan tinggi global QS, menyediakan analisis bandingan bebas mengenai prestasi lebih daripada 15,700 program universiti individu, yang diambil oleh pelajar di 1,594 universiti yang terdapat di 93 lokasi di seluruh dunia, meliputi 54 disiplin akademik dan lima bidang fakulti yang meliputi Sastera dan Kemanusiaan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Hayat, Sains Semulajadi dan Sains Sosial.",
"Menurut QS, kedudukan subjek ini adalah yang terbesar dan memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana kecemerlangan dan daya saing global dalam pendidikan tinggi dicapai.",
"Ben Sowter, Naib Presiden Kanan di QS berkata universiti Malaysia telah mengalami pertumbuhan dan kejayaan yang pesat.",
"“Malaysia kini menikmati skor yang lebih tinggi daripada purata dalam semua penunjuk QS kecuali Reputasi Akademik. Oleh itu, pelaburan dan penswastaan yang lebih besar diperlukan untuk menyokong peringkat pembangunan negara yang seterusnya, termasuklah pelaburan berorientasikan penyelidikan yang berterusan untuk memastikan komuniti akademik antarabangsa mengiktiraf kemajuan ini.”",
"https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/03/22/um-leads-m039sian-varsities-in-qs-world-university-rankings",
"Sumber gambar : https://sacbu.com/news/2023-qs-world-university-rankings-top-universities"
] |
https://ajar.com.my/2023/03/24/antara-masa-dan-cahaya/ | Mana Lagi Laju, Masa ke Cahaya? | [
"Sewaktu sedang membaca email peribadi, saya terjumpa satu email menarik. Email ini merupakan satu pertanyaan yang dihantar oleh seorang pelajar sekolah dalam tulisan saya yang lain, “4 Fenomena Lebih Laju dari Cahaya”. Soalan pelajar ini berbunyi begini:",
"“Hi, saya Gerrad, saya Seorang pelajar dari SMK XXXXX.",
"Pada masa ini, saya rasa masa lebih laju dari cahaya. Sebab sebelum cahaya bergerak masa juga turut bergerak kerana kita mengukur mengunakan masa. (teori saya) kalau tidak ada masa maka kita jugak tidak tahu berapakah masa untuk mengukur cahaya tersebut. Tapi bagaimana dengan jarak pula, apakah mengukur cahaya dan masa tapi jarak sejauh manakah kita ingin mengukur jarak.",
"Sebagai intiha, soalan saya adalah manakah yang lebih laju di antara kedua-dua benda ini “detik masa atau cahaya ”?”",
"Soalan ini sebenarnya adalah satu soalan yang amat menarik, dan untuk menjawab soalan ini, kita perlu melihat kepada salah satu idea besar dalam Fizik Moden, iaitu Teori Relativiti.",
"Apabila berbicara tentang masa, pada asalnya, terdapat dua sudut pandang tokoh pemikir kita mengenai masa. Sudut pandang pertama adalah pandangan bahawa masa itu adalah sesuatu yang subjektif – ia hanya mempunyai nilai apabila wujudnya sesuatu yang memberikan nilai kepadanya. Pandangan yang kedua pula adalah pandangan bahawa masa ini wujud secara hakiki, dalam erti kata lain, adanya masa yang sentiasa berdetik di sebalik tabir alam ini semenjak dari permulaan alam semesta.",
"Aristotle merupakan antara pemikir utama yang cuba memahami masa. . Menurut Aristotle, masa ini wujud sebagai manifestasi satu bentuk korelasi (atau kesan-akibat) apabila suatu peristiwa terjadi. Masa hanya wujud apabila berlakunya perubahan, dan tanpa perubahan, tanpa kesan dan akibat, maka masa itu tidak dapat memanifestasikan dirinya sendiri.",
"Idea Aristotle ini membawa kepada perlunya pemerhati bagi mencerap masa. Hal ini kerana masa menjadi satu benda yang subjektif bagi Aristotle, tidak ubah seperti benda subjektif yang lain, seperti “cantik”. Cantik adalah satu sifat yang subjektif, yang disandarkan semula kepada pemerhati. Sebagai contoh, bagi mereka yang pernah melihat aurora di Kutub Utara, mereka pastinya merasakan bahawa Aurora adalah fenomena alam yang cantik dan indah. Namun, bagi beruang kutub yang tinggal di Kutub Utara pula, aurora hanyalah sekadar cahaya langit – tidak cantic dan tidak buruk di mata mereka, kerana mereka tidak mampu memahami konteks “cantik” dari sudut pandang manusia.",
"Masa sebagai satu benda yang relatif dan hanya terbit hasil dari persepsi minda kita dipanggil sebagai Masa Relatif (English: Relative time). Sudut pandang ini ralativisme ini dipegang oleh orang ramai dari zaman Aristotle (abad ke-4) sehinggalah ke zaman Newton (abad ke-17), apabila Newton berani mencabar idea Aristotle itu dengan penciptaan ideanya sendiri.",
"Dalam karya agungnya Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica (atau dipanggil Principia), Newton membahaskan tentang keperluan konsep Masa Mutlak (absolute space) dan Ruang Mutlak (absolute time). Kedua-dua konsep ini penting dalam penciptaan Mekanik Newtonian yang menerangkan mengenai pergerakan objek.",
"Diambil dari Principia :",
"Absolute, true, and mathematical time, of itself, and from its own nature flows equably without regard to anything external, and by another name is called duration: relative, apparent, and common time, is some sensible and external (whether accurate or unequable) measure of duration by the means of motion, which is commonly used instead of true time; such as an hour, a day, a month, a year.",
"Idea yang dibawa Newton ini mungkin lebih dekat kepada pemahaman masyarakat moden mengenai masa. Menurut Newton, wujud satu bentuk masa mutlak yang sering berdetik di sebalik tabir alam semesta, dan detik masa ini adalah berkadar sama bagi semua pemerhati (absolute time tick at a constant rate for all observer).",
"Konsep masa mutlak ini ternyata penting bagi Newton sewaktu dia mencipta Kalkulus, kerana Kalkulus adalah kajian tentang kadar perubahan (study of rate of change), dan untuk wujudnya perubahan, maka masa diperlukan. Keperluan matematik terhadap masa yang tekal ini menyebabkan Newton yakin bahawa sifat masa bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Aristotle, namun sebaliknya masa itu adalah entiti yang sentiasa berdetik secara sekata di balik tirai alam semesta (a continuous ticking entity that tick behind the veil of the cosmos).",
"Perdebatan antara yang mana satu betul – masa itu relatif atau masa itu mutlak mula berlaku selepas era Newton. Antara perdebatan yang hangat adalah perdebatan antara Samuel Clarke, salah seorang penyokong idea Newton dan Gottfried Leibniz, seorang saintis masyhur pada era Newton yang yakin pada konsep masa yang relatif. Mereka berdua sering berutus surat dan surat-surat mereka kini disimpan sebagai sebahagian koleksi saintifik Leibniz-Clarke Correspondence.",
"Einstein muncul dalam perdebatan “masa” ini apabila dia bejaya membawa satu hujahan baru yang menyanggah pandangan Newton. Hujah Einstein ini menghasilkan apa yang dipanggil sebagai Teori Relativiti Khusus, di mana Einstein menggunakan cahaya sebagai titik bagi memahami sifat ruang dan masa.",
"Menurut Einstein, masa dan ruang adalah satu entiti yang sama, dan yang mutlak itu adalah kelajuan cahaya. Mutlak di sini bermaksud bahawa kelajuan cahaya itu tidak akan berubah berdasarkan pemerhati – mereka semua akan mendapati bahawa cahaya memiliki kelajuan yang sama. Ini bermakna bahawa tak kiralah sama ada anda sedang duduk diam, atau berada dalam kereta yang bergerak, atau dalam kapal terbang, dalam kesemua situasi ini, kelajuan cahaya yang anda ukur adalah sama.",
"Dari idea inilah perkataan “Nisbi” atau “Relatif” muncul – cahaya itu tidak bergantung kepada pemerhati (atau cahaya itu mutlak dan tidak bernisbi). Ketaknisbian cahaya ini memerlukan Einstein untuk mengkaji semula makna ruang dan masa, kerana seperti yang kita tahu, sekiranya kelajuan cahaya itu kekal malar (constant), maka ia akan memberi kesan kepada ruang dan masa, kerana formula kelajuan adalah:",
"Ketakvarian cahaya menyebabkan keperluan kita untuk memahami semula maksud ruang dan masa, dan hasilnya, Einstein memberi revolusi baru dalam Fizik apabila dia memperkenalkan konsep Pengecutan Ruang (Length Contraction) dan Pengembangan Masa (Time Dilation). Pengembangan Masa adalah fenomena yang terjadi apabila dua pemerhati “merasai masa pada kadar yang berbeza”. (Topik Pengembangan Masa dan Pengecutan Ruang ini akan dikupas dalam tulisan akan datang)",
"Berbalik kepada soalan adik Gerrard tadi, “Yang manakah lebih laju, detik masa atau cahaya?”, jawapan kepada soalan ini menurut teori santifik moden adalah cahaya lebih laju, kerana cahaya itu sifatnya adalah mutlak (invariance) tanpa disandarkan kepada pemerhati, sedangkan masa pula adalah disandarkan kepada pemerhati. Dua orang pemerhati mungkin merasai dua senggang masa yang berbeza, namun mereka akan bersetuju pada kelajuan cahaya."
] |
https://ajar.com.my/2023/03/27/tiada-tawaran-biasiswa-jpa-bagi-kursus-perubatan-pergigian-dan-farmasi/ | Tiada tawaran biasiswa JPA bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi | [
"JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) tahun ini tidak menawarkan tajaan bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi.",
"Tajaan itu hanya untuk mereka yang melanjutkan pengajian ijazah pertama di universiti awam, politeknik premier dan universiti berkaitan kerajaan yang telah dipilih oleh jabatan untuk pinjaman.",
"“Bidang yang tidak ditaja ialah kursus perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan dan yang memerlukan pelajar mengambil lesen seperti juruterbang dan menyelam, program francais universiti awam, dan program ijazah berkembar atau pengajian dengan kerjasama luar negara.",
"“Kursus lain yang tidak ditaja ialah program kejururawatan, program para-perubatan dan pra-perkhidmatan, pensijilan profesional seperti ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah) dan program separuh masa, dalam talian atau jarak jauh tanpa subsidi,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.",
"Syarat untuk biasiswa itu termasuk purata nilai gred kumulatif minimum 3.30 dan pemohon perlu mempunyai baki 12 bulan pengajian, tidak termasuk semester semasa.",
"“Bidang yang telah dipohon mestilah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau diiktiraf oleh badan profesional,” kata JPA.",
"Permohonan dibuka pada 20 Mac dan akan ditutup pada 2 April manakala permulaan bagi sesi tajaan akan bermula pada September.",
"Di bawah terma pinjaman, ia boleh ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian.",
"Bagi mereka yang berkhidmat di syarikat berkaitan kerajaan selepas kursus mereka tamat, kadar bayaran balik ialah 25%, manakala bagi mereka yang bekerja di sektor swasta di negara ini, adalah 50%.",
"Mereka yang tidak termasuk dalam tiga kategori berkenaan akan dikehendaki untuk membuat bayaran penuh.",
"Sehingga 31 Disember 2022, terdapat seramai 6,985 doktor, 52,666 pegawai perubatan dan 69,608 jururawat berkhidmat dengan kerajaan.",
"Kerajaan menyasarkan untuk mencapai nisbah seorang pegawai perubatan bagi setiap 400 orang menjelang 2025.",
"Pada 2021, nisbah pegawai perubatan dalam sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta kepada penduduk adalah bersamaan seorang pegawai perubatan bagi setiap 420 individu. — Majoriti",
"Kredit : https://majoriti.com.my/berita/2023/03/25/tiada-tawaran-biasiswa-jpa-kursus-perubatan-pergigian-dan-farmasi",
"Sumber gambar berita : http://infopendidikanborneo.blogspot.com/p/biasiswa.html"
] |
https://ajar.com.my/2023/03/27/penggunaan-teknologi-chatgpt-dalam-pendidikan-kawan-atau-lawan/ | Penggunaan teknologi ChatGPT dalam pendidikan, kawan atau lawan? | [
"Baru-baru ini StackOverflow mengharamkan ChatGPT kerana robot AI dianggap berisiko untuk memberi jawapan salah, yang mana purata jawapan betul terlalu rendah dan berbahaya apabila pengguna ingin mendapatkan maklumat sahih. Kesannya, maklumat palsu akan tersebar dengan meluas jika penggunaan ChatGPT ini tidak dikawal dengan sebaiknya. Selain itu, data latihan terkini yang digunakan dalam perisian tersebut pada September 2021 dan pelbagai informasi baharu telah dikemaskini dan berubah. Ini bermakna data latihan yang digunakan agak lama bagi dunia teknologi yang bergerak pantas. Antara perkara yang paling bahaya zaman kini, penulisan kod malware juga senang dijana melalui perisian ini untuk digunakan sebagai bahan penipuan yang berkemungkinan akan menjadi senjata siber terbesar dunia.",
"Secara ringkasnya, ChatGPT ialah satu program komputer yang direka untuk berbual dengan manusia, persis kita berbual dengan seseorang. Program ini beroperasi dengan cara melihat set data besar perbualan yang pernah dimiliki orang dan menggunakan maklumat tersebut untuk menjana respons yang sesuai dan berkaitan dengan perbualan. Sebagai contoh, jika anda bertanya soalan chatGPT, ia akan melihat perkataan yang anda gunakan dan cuba memahami apa yang anda tanya. Ia kemudian akan menggunakan maklumat tersebut untuk menjana respons yang sesuai dan masuk akal dalam konteks perbualan. Oleh itu, lebih banyak maklumat yang anda berikan, lebih baik respons AI. ChatGPT boleh ‘belajar’ daripada apa yang anda masukkan, serta daripada pernyataan kelayakan dan soalan susulan.",
"Di sebalik membantu individu mendapatkan maklumat dan mengumpul data dalam masa yang singkat, ChatGPT tidak terkecuali dengan kesan negatif yang akan ditinggalkan dalam dunia akademia. Sejak pelancarannya pada November 2022, berjuta pelanggan mula memberikan sokongan terhadap perisian yang dibangunkan oleh OpenAI ini membantu menjawab sebarang pertanyaan dan boleh digunakan dalam pelbagai bahasa. Namun kesan penggunaan dalam bidang akademia hangat dibahaskan. Jabatan Pelajaran New York baru-baru ini telah menyekat penggunaan ChatGPT untuk mengelakkan plagiat dalam tugasan pelajar. Perkara ini dikhuatiri akan menjejaskan tahap kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar di samping mengehadkan idea asli daripada pelajar pada masa hadapan.",
"Risiko penipuan dalam kalangan pelajar juga akan semakin meningkat jika penggunaan ChatGPT tidak dikawal dalam bidang akademik. Sama ada ChatGPT bakal menjadi pengganti pangkalan data terbesar dunia, Google mahupun pendidik, tidak dinafikan teknologi seumpama ini bakal menjadi kegunaan utama dalam pelbagai bidang pada masa hadapan. Sebaiknya penggunaan perisian ini secara tambahan perlu digalakkan namun penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diperhalusi sebelum kaedah pendidikan tradisional digantikan dengan teknologi AI pada masa hadapan.",
"Terdapat peningkatan bilangan aplikasi pendidikan berasaskan AI yang tersedia secara komersial. Contohnya, PhotoMath ialah matematik berasaskan AI untuk pembelajaran Matematik dan AIDA ialah aplikasi pembelajaran kalkulus dipacu AI. Blue Canoe ialah aplikasi untuk pelajar mempelajari kemahiran bahasa Inggeris pertuturan, manakala Amira direka untuk mempercepatkan pemahaman bacaan. Selain itu, aplikasi Quizlet yang popular menggunakan pembelajaran mesin untuk membantu pelajar mempelajari set pembelajaran.",
"Digunakan dengan cara yang betul, ChatGPT boleh menjadi rakan kepada bilik darjah dan alat yang menakjubkan untuk pelajar, bukan sesuatu yang perlu ditakuti.",
"Kita bertanyakan bagaimana ChatGPT boleh membantu dalam pendidikan?",
"Persoalan di hadapan kita ialah bagaimana kita boleh menggunakan ChatGPT secara produktif untuk membantu pelajar kita meningkatkan pengetahuan? Seorang penulis, seorang guru dan seorang pensyarah semuanya mencadangkan analogi daripada kalkulator dan matematik kepada ChatGPT dan penulisan.",
"Sama seperti kalkulator menjadi alat penting untuk pelajar dalam kelas matematik, ChatGPT berpotensi menjadi alat penting untuk penulis yang ingin mengasah kemahiran berfikir kritis mereka bersama-sama dengan kemahiran komunikasi mereka. Para pendidik bertindak balas dengan pendekatan yang berharga. Pelajar boleh memberi respons awal kepada komen pensyarah kemudian pertimbangkan cara untuk memperbaikinya melalui semakan. Guru-guru lain yang dipetik dalam laporan baru-baru ini mengenai ChatGPT untuk Ed Week menyokong pendekatan yang sama dan menggunakan program untuk memberi tumpuan kepada proses penulisan. Dalam pendidikan tinggi, kita secara terbuka boleh membenarkan pelajar menggunakan ChatGPT untuk tugasan kelas mereka, dan juga menggunakan bot dalam kelas untuk menjana draf pertama. Pelajar kemudiannya boleh belajar bagaimana untuk melepasi draf pertama untuk membuat esei mereka lebih baik. Selain itu, ChatGPT juga dapat membantu guru dalam merencanakan dan mengajar pelajaran dengan menyediakan sumber daya pendidikan yang berstruktur dan dikuras dengan baik. ChatGPT dapat menjadi alat yang berguna untuk mengurangi beban kerja guru dan memberikan dukungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.",
"Seperti yang dikatakan oleh Adam Stevens, ChatGPT hanya menjadi ancaman jika sistem pendidikan kita terus “mengejar mata rubrik dan bukan pengetahuan.” Kita harus mengajar untuk menggunakan ChatGPT dengan cara yang betul. Seperti yang telah dinyatakan oleh Lawrence F. Katz dari Harvard University, teknologi dan pendidikan terlibat dalam perlumbaan yang berterusan. Robot dan automasi, sebenarnya, menggantikan berjuta-juta ahli pekerja industri. Pengkomputeran menghapuskan sebahagian besar pekerjaan pengurusan kelas pertengahan. Ancaman sekarang adalah kepada pekerja berpengetahuan yang ramai menganggap mereka kebal terhadap perubahan teknologi. Jika kita gagal menanamkan dalam diri pelajar kita kemahiran dan kepakaran lanjutan yang mereka perlukan dalam landskap persaingan yang pesat berubah hari ini, mereka juga akan kalah dalam persaingan yang tidak berkesudahan antara inovasi teknologi dan pendidikan.",
"Oleh karena itu, penting untuk memperhatikan cara penggunaan teknologi chatbot seperti ChatGPT dalam pendidikan di Malaysia. Teknologi chatbot harus digunakan dengan bijak dan disertai dengan upaya untuk mempromosikan interaksi sosial dan pengembangan keterampilan kritis dan analitis. Jika digunakan dengan tepat, ChatGPT dapat menjadi kawan dan sekutu yang berharga bagi pendidikan di Malaysia. Penting juga untuk mempertimbangkan implikasi positif dan negatif daripada penggunaan ChatGPT dalam pendidikan di Malaysia.",
"KREDIT : https://news.uthm.edu.my/ms/2023/03/penggunaan-teknologi-chatgpt-dalam-pendidikan-kawan-atau-lawan/",
"SUMBER GAMBAR ARTIKEL : https://www.statenavi.com/"
] |
https://ajar.com.my/2023/03/29/inilah-3-fakta-menarik-tentang-inovasi-air-dunia-islam/ | Inilah 3 Fakta Menarik tentang Inovasi Air Dunia Islam! | [
"Bermula abad ke 8, dunia Islam dari Spain, sehingga Baghdad telah mula mencipta dan menggunakan teknologi air yang paling maju di dunia ketika itu dalam pengurusan air kepada masyarakat. Islam sangat mengambil berat tentang kebersihan dan kehidupan seharian komuniti. Pentingnya air ini sehinggakan ditulis buku khas dengan tajuk Kitab al-Ma’a (Kitab Air) yang ditulis oleh Ibn Al-Thahabi.",
"Antara pelopor kepada inovasi air ini ialah Al-Jazari yang mencipta beberapa ciptaan terkenal seperti jam air gajah dan pam selingan air . ",
"Tapi tahukah di sana ada beberapa lagi inovasi menarik yang dilakukan di dunia Islam? Antaranya :",
"Noria atau dalam bahasa Arab asalnya ialah Na’urah iaitu kincir air. Kincir air ini yang dibangunkan dan dikembangkan di Andalus oleh Ibn Bassal. Kemudian al-Jazari memperbaharui dan memperkenalkan teknik yang lebih efesien. Norias ini berfungsi dengan membawa air ke bandar dan ladang-ladang melalui aqueducts. Di Abad ke-10, Muhammad Bin Zakaria al-Razi menggambarkan bahawa satu kincir air di Iraq ketika itu mampu mengalirkan kira-kira 153,000 ribu liter sejam ! Ini hampir kepada teknologi kincir air zaman moden ini iaitu mampu membawa 288,000 ribu liter air. Cukup hebat teknologi dan inovasi di abad tersebut!",
"Walaupun terowong air bawah tanah ini merupakan satu teknik yang diwarisi oleh dunia islam, tetapi ketika bawah era Islam dahulu teknik ini dibangunkan dengan lebih maju dan hebat selari dengan pembangunan ilmu matematik yang membolehkan hidrologi dan mesin ini direvolusikan. Qanat tertua terletak di Parsi dan ilmu pembinaan terowong air bawah tanah ini dibangun dan dibawa ke Cordoba membolehkan kawasan Andalusia mempunyai saluran air yang hebat. Bayangkan sebuah padang pasir yang panas seperti Mesir mampu disuburkan dan hidupkan melalui sistem pengairan bawah tanah ini ketika zaman dahulu ! Sehinggakan di dunia Islam diwujudkan Tribunal Air bagi menyelesaikan pergaduhan atau pergaduhan berkenaan air. Begitu penting air ini dihargai.",
"Mungkin kita berasa tandas awam sebagai tempat biasa-biasa dan pernah menjadi tempat tidak bermoral di Rom. Di dunia Islam dahulu disebabkan oleh Islam mengangkat kepentingan kebersihan manusia, maka salah satu inovasi yang dikembangkan oleh dunia Islam dahulu terutama di zaman Mamluk dan Uthmaniyyah ialah Hammam (tandas awam). Hammam ini merupakan tempat mandi, sosial masyarakat Islam yang mana merupakan satu tempat rehat dan juga tempat pertemuan masyarakat dalam menghidupkan hubungan sesama mereka. Tetapi Hammam ini bukan sekadar menjadi tempat bersosial, juga disini bakal pengantin dibawa ke hammam, untuk dimandikan, dibersihkan dan dipakaikan inai sebelum perkahwinan. Hammam di dunia Islam sangat menjaga batasan moral yang mana kaum lelaki tidak dibenarkan masuk ketika wanita menggunakan hammam dan juga sebaliknya. Malah lelaki dikehendaki memakai pakaian menutup aurat untuk masuk mandi. Begitu tinggi sekali budaya Islam memuliakan manusia.",
"Sumber gambar artikel : https://science.howstuffworks.com/environmental/earth/geophysics/h2o.htm"
] |
https://ajar.com.my/2023/03/30/elon-musk-dan-pakar-penyelidik-ai-minta-hentikan-sementara-projek-ujikaji-ai-terbesar/ | Elon Musk dan pakar penyelidik AI minta hentikan sementara projek ujikaji AI terbesar | [
"Sejumlah penyelidik Kecerdasan Buatan (AI) yang terkenal – termasuk Elon Musk – telah menandatangani surat terbuka yang meminta makmal AI di seluruh dunia untuk menghentikan pembangunan sistem AI besar-besaran, dengan merujuk kepada ketakutan terhadap “risiko yang mendalam terhadap masyarakat dan kemanusiaan” yang dikatakan pembawaan perisian ini.",
"Surat tersebut, yang diterbitkan oleh sebuah badan ‘Future of Life Institute’, mencatat bahawa makmal AI sedang terlibat dalam “perlumbaan di luar kawalan” untuk membangunkan dan melaksanakan sistem pembelajaran mesin “yang tidak seorang pun – termasuk penciptanya sendiri – dapat memahami, meramal, atau mengawal dalam keadaan yang dipercayai.”",
"“Oleh itu, kami menyeru semua makmal AI untuk segera menghentikan selama sekurang-kurangnya 6 bulan latihan sistem AI yang lebih kuat daripada GPT-4,” kata surat tersebut. “Jeda ini haruslah bersifat awam dan boleh disahkan, serta melibatkan semua individu utama. Jika jeda seperti itu tidak dapat dilaksanakan dengan segera, kerajaan harus campur tangan dan menetapkan moratorium.”",
"Tandatangan-tandatangan tersebut termasuk penulis Yuval Noah Harari, pengasas Apple Steve Wozniak, pengasas Skype Jaan Tallinn, ahli politik Andrew Yang, dan sejumlah penyelidik AI dan CEO yang terkenal, termasuk Stuart Russell, Yoshua Bengio, Gary Marcus, dan Emad Mostaque. ",
"Surat tersebut sepertinya tidak akan mempunyai sebarang kesan terhadap keadaan semasa dalam penyelidikan AI, yang mana syarikat teknologi seperti Google dan Microsoft sentiasa bergegas untuk melaksanakan produk baru, seringkali mengabaikan kebimbangan terdahulu tentang keselamatan dan etika. Tetapi ini merupakan tanda persaingan yang semakin meningkat terhadap pendekatan “hantarkan sekarang dan perbaiki kemudian”; sebuah persaingan yang dapat berpotensi masuk ke dalam domain politik untuk dipertimbangkan oleh ahli perundangan yang sebenar.",
"Seperti yang dinyatakan dalam surat itu, OpenAI sendiri telah menyatakan keperluan untuk “ulasan bebas” terhadap sistem AI masa hadapan untuk memastikan mereka memenuhi tahap keselamatan. Para penandatangan menyatakan bahawa masanya telah tiba.",
"“Makmal AI dan pakar-pakar bebas harus menggunakan jeda ini untuk bersama-sama membangunkan dan melaksanakan satu set protokol keselamatan untuk reka bentuk dan pembangunan AI yang lebih canggih yang dikaji secara ketat dan diawasi oleh pakar-pakar luaran bebas,” tulis mereka. “Protokol ini harus memastikan bahawa sistem yang mematuhi mereka adalah selamat tanpa sebarang keraguan yang munasabah.”",
"Baca surat terbuka yang lengkap di sini : Pause Giant AI Experiments: An Open Letter – Future of Life Institute",
"Artikel diterjemah dan diolah daripada portal ‘The Verge’ : ",
"Elon Musk and top AI researchers call for pause on ‘giant AI experiments’ – The Verge",
"Sumber gambar artikel : https://medium.com/generative-ai/urgent-call-to-pause-ai-experiments-beyond-gpt-4-what-it-means-and-why-it-matters-6d4ca098da2ff"
] |
https://ajar.com.my/2023/03/31/bermulanya-konsep-relativiti-oleh-galileo-galilie/ | Kenapa Cahaya Paling Laju, dan Tak Ada yang Lagi Laju? | [
"“Bayangkan anda bersama kawan dalam satu kabin di sebuah kapal di laut, dan ada bersama anda dalam bilik tersebut lalat, rama-rama dan serangga terbang yang lain. Bawa juga satu tangki air berisi ikan di dalamnya, dan gantungkan satu botol berisi air yang menitis ke satu bekas di bawahnya.",
"Apabila kapal itu tidak bergerak, perhatikan bahawa serangga itu semua terbang dengan seragam ke seluruh penjuru kabin, dan air akan menitis ke bawah secara terus, dan ikan di tangki berenang dengan mudah…",
"Dan kemudian perhatikan bahawa apabila kapal itu bergerak dalam kelajuan yang sekata, tidak akan berlaku apa perubahan di dalam bilik itu. Serangga tetap terbang dengan seragam, air menitis terus menerus, dan ikan berenang tanpa halangan.",
"Kita sebenarnya tidak mampu membezakan antara kapal yang bergerak sekata, dengan kapal yang sedang duduk diam di pelabuhan.”",
"– Galileo Galilei, Galileo’s Ship Experiment.",
"Petikan di atas merupakan sebahagian daripaada idea Eksperimen Kapal Galileo, salah satu eksperimen minda yang diperkenalkan oleh Galileo Galilei. Ini merupakan antara idea pertama yang memperkenalkan kosep “Relativiti”, yang mana Galileo di sini menceritakan bahawa objek yang sedang bergerak seragam (constant motion) itu akan menghasilkan perspektif yang sama sifatnya dengan objek yang tidak bergerak.",
"Idea yang lahir pada abad ke-16 ini kemudiannya diteruskan oleh Sir Isaac Newton, yang mana Newton memperkenalkan Hukum Pergerakan dan Hukum Gravitinya yang terkenal. Menggabungkan pandangan Galileo dan juga Aristotle, Newton berjaya menunjukkan bahawa pergerakan itu sebenarnya boleh difahami dengan menggunakan matematik, dan hasilnya, Newton percaya dan yakin bahawa ruang dan masa itu bersifat mutlak (absolute) dan wujud sendiri dengan bebas (independent).",
"Apa maksudnya ruang dan masa itu bersifat mutlak?",
"Mutlak di sini bererti bahawa ruang dan masa menurut Newton, mampu wujud tanpa perlu kepada pemerhati. Dalam pandangan Newton, masa adalah satu entiti yang berdetik secara seragam, dan dirasai oleh semua orang secara serentak, dan ruang pula ada satu sistem 3-dimensi di mana kesemua aktiviti fizikal berlaku.",
"Hal ini adalah berlawanan dengan pandangan ilmuan terdahulu, kerana ilmuan besar seperti Aristotle mengatakan bahawa entiti seperti masa itu tidak bebas, sebaliknya perlu kepada pemerhati (observer-dependent).",
"Newton percaya bahawa ruang dan masa yang mutlak itu perlu bagi memberi makna kepada pergerakan dan perubahan, dan dengan kemutlakan ruang dan masa ini, pergerakan dan interaksi objek fizikal dapat diperhatikan mengikut hukum matematik yang tetap dan boleh diduga (deterministic).",
"“Kepercayaan” Newton ini dipegang oleh saintis agak lama, dari sekitar abad ke-17 sehinggalah abad ke-19, dan ia mula “dicabar” dengan penerokaan teknologi baru, iaitu elektrik.",
"Penemuan elektrik tidak boleh dikreditkan kepada seorang individu, namun ia adalah hasil kajian berterusan saintis pada abad ke 18 dan 19. Sebagai contoh, Benjamin Franklin dan layang-layangnya (1752) menunjukkan bahawa kilat itu adalah satu bentuk elektrik, penciptaan bateri oleh Alessandro Volta dan penggunaan elektrik secara praktikal oleh Edison dan Tesla.",
"Hasil kajian yang pelbagai ini kemudian dikumpulkan oleh James Clerk Maxwell dalam bentuk persamaan matematik pada abad ke-19, dan dipermudahkan dalam empat persamaan yang asas, yang harini terkenal sebagai Maxwell’s Equation.",
"Untuk tidak memeningkan kepala, kita tidak akan melihat persamaan Maxwell satu persatu.",
"Namun, salah satu benda yang orang awam tidak tahu adalah, persamaan Maxwell ini merupakan salah satu “ramuan” utama yang diperlukan dalam pembikinan rangka Teori Relativiti yang kita ada pada hari ini. Lebih khusus lagi, Persamaan Maxwell ini menceritakan sifat gelombang elektromagnet dan berapa laju ia bergerak.",
"Pada waktu ini, saintis telah sedar bahawa cahaya merupakan sejenis gelombang elektromagnet. Bagaimanapun, masih tersemat dalam minda saintis bahawa gelombang elektromagnet ini perlu untuk bergerak dalam satu medium ghaib, yang dipanggil “luminiferous aether” (translation: aether yang membawa cahaya). Hal ini sama seperti gelombang bunyi yang memerlukan udara untuk bergerak, atau gelombang air yang menggunakan air sebagai medium.",
"Persamaan Maxwell ternyata menyanggah pandangan ini. Menurut Persamaan Maxwell, gelombang elektromagnet seperti cahaya dapat bergerak di dalam vakum (tanpa apa-apa medium) dan masih lagi mengekalkan kelajuannya. Hal ini mencabar status quo saintis pada zaman itu. Mereka mula mengkaji dan mencari bukti kewujudan aether.",
"Albert Michelson dan Edward Morley merupakan antara saintis yang terkenal dalam hal ini, bukan kerana mereka berjaya membuktikan kewujudan aether, namun kerana kegagalan eksperimen mereka.",
"Pada asalnya, Michelson dan Morley yakin dengan kewujudan aether. Jadi, mereka merangka eksperimen bagi mengkaji kewujudan aether menggunakan interferometer dan cahaya, dengan harapan bahawa akan ada cahaya yang terseret (dragging effect) sewaktu eksperimen tersebut berlangsung. Sekiranya ada cahaya yang terseret, maka mereka berjaya membuktikan kewujudan aether, namun sebaliknya berlaku. Mereka gagal, dan eksperimen mereka menjadi “eksperimen gagal paling mahsyur dalam sains” (the most famous failed experiment in science).",
"“The Experiments on the relative motion of the earth and ether have been completed and the result decidedly negative…”",
"Beberapa tahun selepas eksperimen ini berlaku, muncul Albert Einstein. Semua benda yang Einstein perlukan telah tersedia. Konsep Relativiti Galileo, Hukum Pergerakan Newton, Teori Elektromagnet Maxwell, dan kegagalan pencarian luminiferous aether memaksa Einstein untuk mempertaruhkan Teori Relativitnya sebagai “usul penyelesaian” kepada bagaimana alam berfungsi – aether sebenarnya tidak diperlukan, sebaliknya yang diperlukan adalah pembetulan pada hukum fizik klasik itu sendiri.",
"Dengan konsep Galileo, hukum fizik adalah sama bagi dua pemerhati, tak kiralah sama ada mereka sedang bergerak secara seragam, ataupun mereka tidak bergerak. Idea ini dipanggil Galilean Transformation. Einstein setuju dengan pernyataan ini, namun, menurut Einstein, selain hukum fizik itu sama bagi semua pemerhati, kelajuan cahaya juga perlu sama antara dua pemerhati. Hal ini membolehkan Galilean Transformation untuk mengambil kira kesan dari Persamaan Maxwell tadi.",
"Untuk membolehkan cahaya bergerak di dalam vakum tanpa perlunya aether serta semua pemerhati menncerap kelajuan cahaya yang sama, Galilean Transformation perlu diubah bentuknya. Ini melahirkan apa yang dipanggil sebagai Lorentz Transformation, satu bentuk matematik khusus* untuk objek yang bergerak dengan amat laju, menghampiri kelajuan cahaya.",
"Kesan daripada Transformasi Lorentz tadi melahirkan Teori Relativi Khusus (Special Theory of Relativity), dengan kesan daripada Teori Relativiti ini adalah ketakvarianan halaju cahaya antara ramai pemerhati (invariance of speed of light), pengembangan masa (time dilation) dan pengecutan ruang (length contraction).",
"Pengembangan masa merujuk kepada situasi di mana dua pemerhati merasai masa yang berbeza apabila mereka berada dalam dua kelajuan yang berbeza, dengan pemerhati yang bergerak laju akan merasa masa menjadi lebih perlahan berbanding pemerhati yang tidak bergerak.",
"Pengecutan ruang pula berlaku apabila dua pemerhati dengan kelajuan yang berbeza mengukur satu panjang dengan dua ukuran yang berbeza, dengan pemerhati yang lebih laju mendapat ukuran yang lebih pendek berbanding pemerhati yang tidak bergerak.",
"Antara eksperimen yang “membuktikan” pengecutan ruang dan pemanjangan masa ini adalah eksperimen pereputan muon. Muon merupakan salah satu zarah asas, sama seperti elektron, namun ia lebih kurang stabil berbanding elektron. Muon juga sering dijumpai di lapisan atmosfera atas hasil dari sinaran kosmikdan selalunya bergerak pada kelajuan yang amat pantas, dan sepatutnya mereput dengan cepat (2.2 µs).",
"Namun, perkara yang memeranjatkan saintis adalah terdapat muon yang mampu bergerak dengan lebih jauh dengan jangka hayat lebih lama sebelum ia mereput. Hal ini boleh diterangkan denga Relativiti Khusus, di mana pemerhati di Bumi akan melihat muon tersebut mampu hidup lebih lama sebelum mereput (kerana pengembangan masa), dan dari perspektif muon itu pula, jarak yang ia lalui adalah lebih pendek (pengecutan ruang).",
"Eksperimen muon ini merupakan salah satu eksperimen yang membuktikan bahawa pengembangan masa itu berlaku dengan keputusan yang konsisten. Lebih banyak muon yang kita perhatikan sampai ke lantai Bumi, meskipun jangka hayat muon itu sebenarnya adalah amat pendek.",
"*Lorentz transformation merupakan nama dari Henrik Lorentz, salah seorang ahli matematik sezaman dengan Einstein. Meskipun mencipta transformasi Lorentz, satu bentuk matematik yang betul, namun Lorentz yakin kepada Teori Aether, menyebabkan dia tidak berjaya menjumpai Teori Relativiti sebelum Einstein (walaupun matematiknya sudah wujud).",
"Sumber gambar artikel : https://newsroom.ucla.edu/releases/einstein-general-relativity-theory-questioned-ghez"
] |
https://ajar.com.my/2023/04/11/masa-menurut-einstein/ | MASA MENURUT EINSTEIN | [
"Albert Einstein pernah cakap yang masa lalu, sekarang dan masa hadapan tu adalah ilusi. Korang faham tak apa yang Einstein maksudkan dengan ayat ni?",
"Pertama sekali, Einstein terkenal disebabkan oleh Teori Relativiti dia. Teori Relativiti ni mencabar pemahaman kita terhadap bagaimana ruang dan masa tu wujud. Antara yang terkenal tentulah konsep “Time Dilation”, situasi di mana dua orang pemerhati merasa masa yang berbeza.",
"Satu idea daripada Relativiti yang kita nak bincang adalah bagaimana Einstein meletakkan masa sebagai satu dimensi matematik yang sama sifatnya dengan ruang.",
"Kata Einstein, kita ada 3 dimensi ruang, dan 1 dimensi masa. Gabungan ruang dan masa ni menghasilkan ruangmasa (spacetime). Bila kita ambil dimensi masa ni secara literal, maka kita boleh mula buat macam-macam dengan idea ni. Antaranya adalah gabungkan ruang dan masa dalam dua satah berbeza, menghasilkan idea “Alam Bongkah” (Block Universe).",
"Bongkah disini merujuk kepada benda bentuk kiub tu ya.",
"Dalam idea Alam Bongkah ni, sama macam konsep semua ruang wujud secara serentak, semua masa (masa lampau, sekarang dan masa hadapan) juga wujud secara serentak.",
"Gambar kat bawah ni boleh bagi lebih gambaran macamana “past, present and future exist simultaneously” ni.",
"Pandangan ni juga dipanggil sebagai eternalism, sebab teori Alam Bongkah ni cakap yang masa hadapan tu memang dah tercipta sejak terciptanya ruang masa lagi.",
"Cuma sebab kita ni makhluk yang hidup dalam ruang masa, maka kita tak mampu nak bergerak ke seluruh alam bongkah ni.",
"Bagi aku sendiri, Alam Bongkah ni macam satu DVD filem yang dah siap dibikin. Kau tahu bahawa filem yang dah siap dibikin tu ada permulaan, pengembangan, klimaks dan pengakhiran. Semua “peristiwa” yang ada, wujud serentak dalam DVD tu.",
"Tahun 2009 yang lepas, Hrvoje Nikoli? cakap yang dia berjaya gunakan idea Alam Bongkah ni untuk menyelesaikan masalah paradoks informasi Lohong Hitam. Ni link paper dia: https://t.co/phlmkCTgNl",
"Ramai jugak saintis yang tak suka dengan Teori Alam Bongkah ni sebenarnya.",
"Contoh macam Einstein sendiri. Einstein kalau ikutkan lagi suka pada pandangan bahawa masa yang real cumalah “sekarang”, masa lalu dan masa hadapan tu semua tu tak real.",
"Pandangan ni disebut presentism.",
"Presentism ni bagi aku satu idea yang asing lah, tapi bila aku baca-baca balik, al-Ghazali pun berpegang dengan idea Presentism ni sebenarnya.",
"Menurut al-Ghazali, Tuhan memperbaharui alam setiap detik, dan masa lalu serta masa hadapan tu lain sifatnya dengan “sekarang”.",
"Tapi sebab argumen al Ghazali bersifat metafizikal, maka aku tak masukkan dalam ni lah sebab aku tak mahir.",
"Teori akhir melawan Presentism dan Block Universe tadi adalah Alam Bongkah yang Berkembang (Evolving Block Universe).",
"Alam Bongkah Berkembang ni beza sikit je dari Alam Bongkah tadi. ",
"Dalam Alam Bongkah Berkembang ni, cuma masa lalu dan sekarang je yang dianggap real. Masa hadapan pula belum wujud lagi.",
"Ada saintis yang suka dengan idea Alam Bongkah Berkembang ni sebab wujudnya kebarangkalian masa hadapan atau “free-will” untuk manusia.",
"Alam Bongkah Berkembang ni pun intuitive, sebab dalam kes ni, sebab tak mampu terjadi sebelum akibat (cause does not happen before effect).",
"So, tldr version: Ada tiga versi “spacetime” atau ruangmasa yang kita tahu – Alam Bongkah, Alam Bongkah Berkembang dan Presentism.",
"Mana satu yang betul? Entahlah.",
"Saintis tengah saling berdebat antara mereka.",
"SUMBER GAMBAR ARTIKEL : https://www.fiziklah.com/2016/12/kisah-si-kerani/"
] |
https://ajar.com.my/2023/04/29/inilah-kelemahan-wang-kertas/ | Inilah kelemahan wang kertas! | [
"Wang kertas merupakan mata wang kertas rasmi negara yang diedarkan untuk transaksi yang terlibat dalam urusan jual beli barangan atau perkhidmatan. Percetakan wang kertas biasanya dikawal oleh bank pusat negara untuk mengekalkan aliran dana selaras dengan dasar monetari negara.",
"Penggunaan wang kertas ini berasal dari negara China sejak wujudnya Dinasti Tang, yang memerintah antara abad 618 hingga 907. Dinasti ini telah menggunakan mata wang ini untuk jangka masa yang lama sebelum penggunaannya “merebak” ke negara lain.",
"Pada tahun 1700-an, wang kertas mula berkembang di Eropah. Pada masa itu, bank rasmi kerajaan Perancis mula mengeluarkan kertas yang bertindak sebagai wang. Idea ini datang dari melihat tindakan tukang emas, yang memberi orang resit untuk emas yang mereka simpan. Orang ramai boleh menukar resit untuk emas di kemudian hari.",
"Di Amerika Syarikat, wang kertas dianggap sebagai wang fiat. Ini bermakna ia tidak mempunyai nilai sebenar kecuali sebagai medium pertukaran. Sebelum tahun 1971, ini tidak berlaku; wang kertas Amerika Syarikat disokong oleh sejumlah emas, yang ditentukan oleh Rizab Persekutuan negara terbabit. Dalam erti kata lain, wang fiat ini adalah matawang yang tidak disandarkan pada komoditi.",
"Antara kelemahan wang kertas yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:",
"Dalam erti kata lain, jumlah bahan menjana wang tidak sepadan dengan nilai muka wang. Atas sebab ini, percetakannya mewujudkan ketidakstabilan dalam ekonomi. Dan ini mengakibatkan kelemahan seperti dibawah ini.",
"Nilai wang kertas tertakluk terhadap perubahan yang kadangkala drastik, maka terdapat ketidakstabilan dalam nilainya. Turun naik dalam nilai wang kertas menjana suasana ketidakpastian dalam ekonomi yang seterusnya menggalakkan aktiviti spekulatif. Kestabilan nilai yang kurang, juga, atas sebab ia hanya mempunyai satu penggunaan, iaitu, penggunaan kewangannya. Terlalu banyak wang dicetak akan mengurangkan nilainya dan boleh menyebabkan inflasi (iaitu, kenaikan paras harga) dan terlalu sedikit wang pula akan menaikkan nilainya tetapi mengakibatkan deflasi (iaitu, kejatuhan tahap harga).",
"Mencetak terlalu banyak wang kertas lebih daripada apa yang diperlukan walaupun untuk mengekalkan pertumbuhan sederhana juga boleh membawa kepada kadar inflasi yang tinggi. Sekiranya inflasi tidak terkawal, ia boleh membawa kepada hiperinflasi pula. Logam, sebaliknya mempunyai penggunaan yang sama atau lebih besar dalam seni, yang mana permintaannya agak berterusan. Oleh itu, jumlah permintaan untuk logam adalah lebih luas daripada permintaan untuk wang kertas, dan nilainya stabil. Untuk makluman, perubahan dalam bekalan wang boleh dibuat atas kehendak kerajaan.",
"Bidang peredaran wang kertas sangat terhad; emas akan diterima di peringkat antarabangsa tetapi wang kertas hanya diterima di negara yang mengeluarkannya; ia tidak boleh digunakan dalam penempatan antarabangsa. Oleh itu, nilainya bergantung pada kekangan kawasan yang terhad, manakala sebagai contoh, turun naik daripada nilai emas, adalah lebih baik kerana mempunyai kecenderungan nilai yang hampir sama pada kawasan yang luas. Hanya mata wang kertas yang dipilih sebagai mata wang utama dalam urusan perdagangan antarabangsa mendapat kelebihan dari manfaat ini.",
"Wang kertas dinilai oleh warganegara sesebuah negara hanya jika semua warganegara bersetuju untuk mempunyai keyakinan yang sama terhadap mata wang itu untuk mewakili nilai yang dinyatakan di atasnya. Sekiranya keyakinan orang ramai pudar, sama ada kerana hutang negara yang tinggi atau kemelut politik, huru-hara boleh berlaku dan wang kertas boleh menjadi tidak berguna. Ini berlaku di Republik Weimar di Jerman pada tahun 1920-an dan berlaku di Zimbabwe pada tahun 2008, di mana inflasi berjalan pada kadar tahunan sebanyak 89%.",
"Apabila kita jelas bahawa wang fiat hampir tidak mempunyai nilai “kekayaan” didalamnya, walaupun kita mendapatkannya sebagai gaji atau peninggalan harta. Maka lebih mudah untuk kita mencari solusi yang lebih baik, salah satunya melabur secara bertauliah untuk membenarkan wang kita “bekerja” untuk kita, dan bukan sebaliknya.",
"Ditulis oleh Azah Atikah Anwar Batcha",
"Sumber gambar : https://www.mohdzulkifli.com/2014/11/5-risiko-besar-simpan-wang-kertas.html"
] |
https://ajar.com.my/2023/04/29/pengaruh-wang-ke-atas-kesihatan-mental/ | Pengaruh wang ke atas kesihatan mental | [
"Kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial kita adalah sebahagian daripada kesihatan mental kita. Ia mempengaruhi pemikiran, emosi, dan tingkah laku kita.",
"Selain itu, ia mempengaruhi cara kita bertindak balas terhadap tekanan, berinteraksi dengan orang lain dan membuat keputusan yang baik.",
"Menurut kajian sebelum ini oleh Bankrate dan Psych Central, 42% rakyat Amerika merasakan keadaan kewangan mereka mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan mental mereka. 2,457 orang dewasa ditanya dalam kajian tentang kesan wang terhadap kesihatan mental mereka.",
"70% peserta kajian, tekanan terhadap wang adalah tindak balas utama. Kesukaran kesihatan mental dan masalah wang saling berkait rapat. Keadaan kewangan yang buruk sering mengakibatkan tekanan dan kebimbangan, yang boleh menjejaskan kewangan, menurut Institut Dasar Wang dan Kesihatan Mental.",
"Menurut institusi itu, 46% daripada mereka yang berhutang juga mempunyai diagnosis kesihatan mental.",
"Salah satu penyebab kepada perkara ini adalah kerana kebimbangan mengenai wang boleh mengganggu tidur. Ia juga mungkin berlaku kerana risau tentang ketidakmampuan untuk membeli keperluan untuk kesejahteraan diri.",
"Untuk menjaga isu mental sedikit sebanyak memerlukan jaringan keselamatan kewangan. Kesejahteraan kewangan bukan sahaja memberi anda rasa tahap kewangan anda terkawal, tetapi ia juga mempengaruhi hubungan, kesihatan dan pekerjaan kita secara langsung.",
"Mempunyai tahap kewangan yang baik dan kesihatan mental yang baik dikatakan bergerak seiring. Apabila satu hilang, satu lagi akan sedikit sebanyak terpalit secara automatik. Kedua-duanya berkait bagi seseorang maju dalam kedua-dua aspek kehidupan peribadi dan profesional mereka.",
"Ada juga pihak yang cenderung untuk melihat isu wang dan kesihatan mental ini tanpa melibatkan pengaruh agama, juga terdapat segelintir pihak yang melihat isu ini dan penyelesaian sepenuhnya dari sudut agama.",
"Namun begitu, buat umat Islam, hanya penghayatan terhadap agama yang benar dapat membezakan cara kita hadapi kedua-dua cabaran wang mahupun kesihatan mental ini dengan lebih baik dan menyeluruh.",
"Ditulis oleh Azah Atikah Anwar Batcha.",
"Sumber gambar artikel : https://surayasulatin.blogspot.com/2018/05/apa-nak-buat-kalau-jumpa-duit-tercicir.html"
] |
https://ajar.com.my/2023/05/03/apa-itu-sel-foto-elektrokimia-photo-electrochemical-cell-pec-dan-bagaimanapec-boleh-hasilkan-gas-hidrogen/ | Apa itu sel foto elektrokimia (PEC) dan bagaimana ‘PEC’ boleh hasilkan gas hidrogen? | [
"Hidrogen merupakan unsur yang paling banyak di muka bumi dan mempunyai potensi yang sangat besar sebagai sumber tenaga bersih. Di Malaysia, teknologi bahan api hidrogen digunakan sebagai alternatif terkini kepada bahan api fosil dengan kos yang lebih tinggi. Hidrogen boleh digunakan dalam sel fuel (fuel cell) untuk menghasilkan tenaga elektrik, dengan satu-satunya hasil sampingan tindak balas tersebut adalah air. Ini menjadikan hidrogen sebagai alternatif yang menarik berbanding bahan api fosil yang menghasilkan gas rumah hijau dan menyumbang kepada pemanasan global.",
"Salah satu kelebihan utama teknologi selfuel hidrogen adalah boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi. Selfuel hidrogen boleh digunakan untuk menggerakkan kereta, trak, dan bas. Di Malaysia, sektor pengangkutan adalah salah satu punca utama emisi karbon. Dengan menggunakan hidrogen sebagai bahan api alternatif menggantikan petrol atau diesel, Malaysia akan dapat mengurangkan jejak karbonnya serta meningkatkan kualiti udara.",
"Kelebihan lain teknologi hidrogen adalah ia boleh digunakan sebagai medium untuk menyimpan tenaga. Ini penting kerana sumber tenaga boleh diperbaharui seperti kuasa angin dan solar adalah tidak stabil, berubah-ubah mengikut keadaan cuaca serta mengikut perubahan masa siang atau malam. Dengan menukarkan lebihan tenaga yang terhasil daripada penjanaan elektrik menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui kepada hidrogen, jaminan keselamatan tenaga bagi Malaysia akan lebih tinggi dan boleh dipercayai.",
"PEC ialah teknologi terkini yang sedang dikaji dan diuji di Centre of Hydrogen Energy, Institute of Future Energy, Universiti Teknologi Malaysia untuk menghasilkan tenaga hidrogen bersih. PEC menggunakan cahaya matahari untuk memisahkan molekul air kepada hidrogen dan oksigen menerusi satu langkah penukaran (one step conversion) tenaga solar kepada hidrogen (Solar to Hydrogen, STH). Proses ini menyamai dengan proses fotosintesis, di mana tumbuhan menggunakan cahaya matahari untuk mengubah karbon dioksida dan air menjadi oksigen dan karbohidrat.",
"PEC terdiri daripada dua elektrod yang diletakkan dalam larutan air beserta pemangkin yang melekap kepada permukaan semikonduktor. Apabila cahaya matahari mengenai elektrod, ia mengaktifkan elektron dalam pemangkin (catalyst), yang kemudian memecahkan air menjadi hidrogen dan oksigen. Hidrogen yang terhasil diklasifikasikan sebagai sumber tenaga bersih.",
"Salah satu kelebihan PEC ialah ia boleh dihasilkan daripada bahan yang murah serta mudah didapati. Ini menjadikan PEC sebagai salah satu alternatif yang menarik berbanding sel solar tradisional, yang dibuat daripada bahan yang lebih mahal dan sukar didapati.",
"PEC juga mempunyai potensi untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi. Sebagai contoh, PEC boleh digunakan untuk menghidupkan lampu serta peralatan dan kelengkapan rumah, kawasan perniagaan, serta seluruh komuniti. Ini sangat penting serta amat berpotensi di Malaysia memandangkan banyak kawasan luar bandar yang berada beratus kilometer daripada bandar tidak mempunyai akses kepada sumber elektrik yang boleh dipercayai.",
"Teknologi hidrogen dan PEC masih dalam peringkat awal pembangunan di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat banyak potensi untuk teknologi ini untuk mengubah cara tenaga dihasilkan dan digunakan di negara ini.",
"Salah satu cabaran yang dihadapi bagi penerimaan Teknologi hidrogen ini adalah kurangnya infrastruktur. Sebagai contoh, terdapat hanya satu stesen pengisian hidrogen di Malaysia, yang menjadikan sukar untuk menggunakan kenderaan bertenaga hidrogen dalam skala besar.",
"Cabaran lain ialah kos teknologi ini. Walaupun kos teknologi hidrogen dan PEC telah menurun dalam beberapa tahun terkini, ia masih lebih mahal daripada bahan api fosil tradisional. Selain itu, kos pembelian dan pemilikan kereta sel fuel juga menjadi batu penghalang untuk Teknologi hidrogen ini berkembang lebih pesat dan cepat. Walau bagaimanapun, apabila teknologi meningkat dan skala ekonomi dicapai, kos teknologi ini dijangka akan turun dan lebih mampu milik.",
"Kesimpulannya, masa depan tenaga bersih hidrogen di Malaysia amat berpotensi untuk dibangunkan walaupun terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhi dan diatasi. Teknologi hidrogen dan PEC menawarkan cara untuk memenuhi keperluan tenaga negara sambil mengurangkan jejak karbonnya. Dengan pelaburan yang betul dalam infrastruktur dan teknologi, Malaysia boleh menjadi pemimpin dalam penggunaan dan penjanaan tenaga bersih di rantau ini.",
"Disediakan oleh: Ts. Dr. Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin, Prof. Dr. Aishah AbdulJalil dan Dr. Tuan Amran Tuan Abdullah",
"SUMBER GAMBAR ARTIKEL : https://rootofscience.com/blog/2021/kimia/hidrogen-definisi-sifat-sejarah-dan-kegunaan/"
] |
https://ajar.com.my/2023/06/02/rangka-manusia-prasejarah-ditemui-pengkaji-ukm-di-gua-keledung-kecil/ | Rangka Manusia Prasejarah ditemui pengkaji UKM di Gua Keledung Kecil! | [
"KOTA BHARU: Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menemui rangka manusia prasejarah yang lengkap bersama beberapa artifak lain di Gua Keledung Kecil, dekat Gua Musang.",
"Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan berkata, penemuan pada November tahun lalu itu hasil daripada kerja Ekskavasi Arkeologi Menyelamat untuk Projek Hidroelektrik Nenggiri, di Lembah Nenggiri yang diketuai Felo Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli.",
"Katanya, rangka manusia prasejarah adalah antara penemuan penting kepada warisan arkeologi negara.",
"“Ia secara tidak langsung dapat menyumbang kepada dapatan fakta baharu berkait amalan pengebumian dan evolusi sosiobudaya kehidupan zaman prasejarah khususnya di Lembah Nenggiri.",
"“Rangka manusia berada dalam kedudukan melipat sepenuhnya iaitu posisi yang hampir sama dengan kedudukan janin dalam kandungan ibu yang sedang mengandung dan menghadap ke arah barat daya.",
"“Tapak tangan kanan rangka memegang mineral hematit manakala tapak tangan kiri pula memegang lutut kaki kanan,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.",
"Menurut kenyataan MOTAC itu, di sekeliling rangka terdapat alat batu yang dikebumikan bersama-sama, antaranya batu pelandas dengan alat grind-pounding, kapak genggam dan alat repeh yang diperbuat daripada batu sabak serta kristal kuarza yang sering digunakan dalam ritual pengebumian masyarakat prasejarah.",
"Katanya, cara pengebumian rangka manusia yang ditemui itu adalah amalan masyarakat prasejarah yang terawal mendiami Lembah Nenggiri semenjak 14,000 tahun yang lalu.",
"“Sampel gigi dan cengkerang siput akan dihantar ke Beta Lab di Amerika Syarikat untuk memperoleh pentarikhan kronometrik.",
"“Sebagai langkah awal, rangka manusia prasejarah ini akan dibawa keluar dan ditempatkan di makmal konservasi Jabatan Warisan Negara untuk kerja pemuliharaan secara menyeluruh.",
"“MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan akan memastikan penemuan ini dapat dijadikan rujukan sejarah dan warisan negara serta dapat dikongsi kepada orang ramai,” katanya.",
"Menurut MOTAC, sebuah galeri mini akan dibangunkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran dengan Empangan Nenggiri bagi menempatkan segala jumpaan arkeologi di Lembah Nenggiri termasuk rangka yang ditemui di Gua Keledung Kecil.",
"“Kewujudan galeri itu pasti akan menjadi aset atau produk pelancongan berasaskan warisan dan budaya untuk menarik pelancong ke Lembah Nenggiri.",
"“Kesannya amat positif kepada rantaian sektor perkhidmatan kerana akan memberi limpahan ekonomi yang boleh dinikmati oleh rakyat tempatan,” katanya.",
"SUMBER FOTO : Foto ihsan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) & twitter Samudera.my",
"Pautan Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1108605/penyelidik-ukm-temui-rangka-manusia-prasejarah-di-gua-keledung-kecil"
] |
https://ajar.com.my/2023/06/05/kita-makan-plastik-setiap-minit-setiap-hari/ | Kita makan plastik setiap minit, setiap hari! | [
"Apabila anda bangun di pagi hari, mencuci muka anda, gunakan losyen kulit, minum air, membersihkan gigi anda dan keluar untuk berjalan-jalan di pantai, badan anda kemungkinan besar ‘menyerap’ mikroplastik sepanjang masa, melalui mulut, hidung dan kulit anda.",
"Tiada jalan keluar.",
"Perkara ini sudah cukup berbahaya apabila kita mengambil mikroplastik dalam makanan dan air kita. Tetapi, mikroplastik ini juga – secara harfiah – masuk ke bawah kulit kita. Mikroplastik telah dilaporkan sebagai kandungan dalam produk pengguna seperti krim muka, pencuci muka dan pelbagai produk kosmetik lain, dalam bentuk manik-manik mikro yang digunakan secara meluas dalam produk kesihatan dan kecantikan.",
"Manik-manik kecil ini – kurang daripada 5mm – membawa pelbagai bahan kimia, yang paling biasanya ialah polietilena, yang mana telah dikaitkan dengan kesan kesihatan yang serius termasuk kanser, penyakit jantung dan perkembangan janin yang buruk.",
"Kajian menunjukkan bahawa mikroplastik daripada kosmetik dan ubat gigi boleh diserap oleh kulit sehingga boleh menyebabkan kerosakan sel pada permukaan luar kulit (the epidermis). Para penyelidik sedang menyiasat sama ada bahagian-bahagian plastik ini boleh menembusi lapisan yang lebih dalam pada kulit kita.",
"Penyerapan mikroplastik melalui kulit dan kesan berbahaya yang mungkin wujud daripada pendedahan kulit yang meluas kepada partikel plastik (contohnya, daripada debu, microbeads dan pembersih tangan cecair) kini menjadi fokus bagi penyelidik.",
"Kita juga menyedut banyak mikroplastik ketika bernafas. Apabila mikroplastik ini berkumpul di dalam sistem pernafasan akan berpotensi boleh bergerak ke otak melalui aliran darah. Partikel mikroplastik telah ditemui dalam tisu paru-paru manusia. Komposisi kimia partikel-partikel ini boleh menyebabkan masalah pernafasan akut dan kronik.",
"Walaubagaimanapun, sebahagian besarnya dikeluarkan oleh mekanisme pembersihan diri melalui saluran pernafasan kita. Tetapi, masih terdapat sesetengah yang mungkin bertahan di paru-paru, memicu tindak balas tempatan, termasuk keradangan, terutamanya pada mereka yang mempunyai sistem pernafasan yang terjejas.",
"Kajian ini menunjukkan bahawa kepekatan mikroplastik pada udara dalaman adalah sehingga 28 kali lebih tinggi berbanding persekitaran luar. Keadaan ini menunjukkan penekanan keperluan untuk tindakan pencegahan yang lebih ketat di rumah dan pejabat. Mikroplastik dalam atmosfera berasal daripada pelbagai sumber termasuk tekstil sintetik dan produk polyvinyl chloride (PVC) harian di sekeliling kita.",
"Manakala, melangkah keluar untuk udara segar tidak semestinya merupakan cara untuk melarikan diri. Angin laut dan semburan laut juga boleh menjadi sumber yang konsisten mikroplastik di udara. Satu kajian menganggarkan bahawa kira-kira 136,000 tan mikroplastik dikeluarkan dari air laut ke atmosfera sebagai semburan laut setiap tahun.",
"Partikel-partikel ini mudah dibawa ke kawasan berhampiran. Sebagai contoh, kajian laluan massa udara mendedahkan mikroplastik boleh bergerak sehingga 95 km melalui atmosfera.",
"Partikel mikroskopik bahan padat atau cecair yang digantung di udara sering mengandungi mikroplastik ini yang pada gilirannya membawa bahan kimia beracun seperti polietilena (PE), polistiren (PS), dan polietilen terephthalate. (PET).",
"Walau bagaimanapun, tiada maklumat yang mencukupi mengenai nasib dan risiko mikroplastik di udara sekitar kita.",
"Dengan bukti peningkatan penggunaan plastik sekali pakai, terutamanya pelitup muka semasa pandemik Covid-19, adalah penting untuk mendorong dan melabur dalam penyelidikan yang lebih terperinci mengenai kesan mikroplastik pada kesihatan kita.",
"Walaupun plastik telah mendapat populariti yang luar biasa dalam kehidupan moden sejak pertengahan 1950-an, sisa plastik yang dihasilkan dan pengurusan yang salah dalam pembuangan telah menyebabkan masalah ekologi. Plastik yang ditinggalkan dalam persekitaran cenderung merosakkan, yang membawa kepada pengeluaran mikroplastik dan nanoplastik yang menganggu kehidupan laut, haiwan dan kemudiannya manusia.",
"Untuk mengkaji pengumpulan partikel toksik ini pada manusia melalui rantaian makanan di pelbagai kawasan memerlukan perancangan dan koordinasi teliti yang melibatkan ahli ekologi, ahli patologi, dan ahli epidemiologi.",
"Data pendedahan yang boleh dipercayai juga penting untuk penilaian dan pengurusan risiko. Pembuat dasar boleh mula daripada sekarang untuk melaksanakan dasar pengurangan sisa plastik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa."
] |
https://ajar.com.my/2023/06/08/murid-autisme-cemerlang-spm-2022-bakal-sejarawan/ | Murid autisme cemerlang SPM 2022 bakal sejarawan! | [
"Kuantan – Calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, yang memperoleh keputusan cemerlang 8A1B bercita-cita untuk menjadi sejarawan.",
"Muhammad Aziq Asri, 18, yang menghidap autisme daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin mengakui tidak menyangka memperoleh keputusan cemerlang sekali gus menjadi dirinya antara pelajar terbaik di Pahang.",
"“Saya gembira kerana pada percubaan SPM, saya hanya dapat 6A 2B 1C, tapi dengan sokongan cikgu dan rakan di sekolah, ia banyak membantu.",
"“Sebenarnya saya hanya fokus di dalam kelas dan jika tidak faham, saya akan bertanyakan kepada cikgu. Kelas tuisyen juga hanya di sekolah dan lebih banyak membuat latihan di rumah bermula petang hingga malam,” katanya ketika ditemui pemberita majlis keputusan SPM 2022 Pahang di SMK Bukit Rangin pada Khamis.",
"Muhammad Aziq antara tiga calon CBPK SPM yang cemerlang selain Harith Zakwan Hazlan dari SMK Mengkarak, Bera yang memperoleh 8A dan Muhammad Mukhriz Mustafa dari SMK Karak Setia, Bentong (8A).",
"Anak bongsu daripada dua beradik itu mahu menyambung pengajian di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mencapai cita-citanya itu.",
"Menurutnya, keputusan menyambung pengajian ke peringkat STPM dibuat adalah atas nasihat guru kaunselingnya sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah.",
"“Cita-cita saya hendak jadi ahli sejarah. Jadi saya berhasrat untuk menyambung pelajaran ke tingkatan enam selepas ini mengikut nasihat guru.",
"“Apa yang baik daripada ibu bapa atau guru saya akan ikuti asalkan cita-cita dan harapannya saya tercapai. Insha-ALLAH,” jelasnya.",
"Dia yang menetap di Indera Mahkota 16 bersama ibu bapa, Asri Mohd Din, 54 dan Marlia Thaalmudin, 48, memberitahu mula minat Sejarah ketika di darjah empat dan memperoleh markah yang baik dalam Sejarah ketika peperiksaan tersebut.",
"“Sejak dari itu, saya suka membaca tentang Sejarah. Kemudian ketika di sekolah menengah, saya suka bermain permainan video tentang perang dan dari situ, saya mula minat mendalami sejarah tentang Perang Dunia,” ujarnya lagi",
"Sementara itu, Marlia tidak menjangkakan anak lelakinya itu memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.",
"“Saya tidak sangka kerana pada usia lima tahun, Aziq disahkan autisme kerana ketika itu kami dapati dia tidak boleh bercakap.",
"“Namun, saya bersyukur kerana Aziq mampu untuk belajar dan memperoleh keputusan baik dalam pelajaran bersama rakannya di sekolah rendah dan menengah,” ujarnya yang tidak menghantar ke sekolah pendidikan khas kerana dia boleh mengikut pembelajaran di sekolah harian."
] |
https://ajar.com.my/2023/06/21/apa-itu-nadir-bumi/ | APA ITU NADIR BUMI?! | [
"Sejak belakangan ini, unsur ‘nadir bumi’ ataupun Rare Earth Element (REE) menjadi topik ‘panas’ dibincangkan sebagai salah satu usaha memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan negara. ",
"Katanya, penerokaan unsur ini akan memberi keuntungan yang luar biasa.",
"Baru-baru ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan dalam Parlimen bahawa Malaysia mengandungi kira-kira 16.1 juta tan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang memberi nilai lebih RM 809 bilion.",
"Fuh! Biar betul?!",
"Apa sebenarnya unsur nadir bumi ni???",
"Unsur nadir bumi merupakan rangkaian unsur kimia yang terdapat di dalam kerak bumi. 17 elemen yang dianggap sebagai nadir bumi iaitu 15 unsur dalam siri lantanida (La), dan 2 unsur tambahan yang mempunyai sifat kimia serupa iaitu Scandium (Sc) dan Ytrium (Y). Unsur-unsur ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu unsur nadir bumi ringan (Light Rare Earth Element, LREE) dan unsur nadir bumi berat (Heavy Rare Earth Element, HREE). ",
"Korang boleh tengok kedudukannya dalam Jadual Berkala di bawah ni. ",
"Haa ingat lagi tak Jadual Berkala belajar dulu???",
"Meh nak peringat balik. Jadual berkala ni ialah jadual susunan unsur-unsur kimia yang diketahui. Penyusunan ini mengikut nombor atom dan sifat-sifat kimianya. Dengan adanya jadual ni, mudah untuk kita mengingati sifat kimia dan sifat fizik semua unsur dengan lebih sistematik. Sebab tu dulu boleh score waktu SPM. Kan???",
"Setakat ini, terdapat 118 unsur kimia yang diketahui. Setiap satunya ada kegunaan dan manfaatnya. ",
"‘Unsur nadir’ bermaksud unsur-unsur yang jarang ditemui ataupun wujud dalam peratusan yang sedikit, sepertimana scandium dan yttrium. Unsur nadir bumi dikatakan suatu logam yang berkilau dan mempunyai sifat konduktif elektrik yang tinggi. Disebutkan juga bahawa logam ini bersifat lembut secara relatif dan kekuatannya meningkat apabila nombor atomnya meningkat. Kebanyakan sebatian unsur ini mempunyai sifat paramagnet yang tinggi.",
"Sejak beberapa tahun ini, usaha merancakkan semula industri mineral dalam mengeksplorasi unsur ini giat dijalankan. Hal ini dinyatakan dalam Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 yang merupakan satu kerangka komprehensif untuk membangunkan industri mineral negara secara menyeluruh merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran sebagai sumber kekayaan baharu negara dengan pengurusan sumber asli yang cekap.",
"Tetapi, apa manfaatnya ‘unsur nadir’ ini diteroka?",
"Sebelum-sebelum ini, unsur nadir bumi tidak terlalu diberi perhatian oleh industri. Sejak 10 tahun belakangan ini sahaja, permintaan dunia terhadap unsur ini telah melonjak dua kali ganda. Kenapa?",
"Kerana kepesatan teknologi.",
"Menurut Prof. Madya IR. Dr. Syed Fuad Saiyid Hashim yang merupakan Dekan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia, unsur ini sangat penting dalam pembangunan industri yang berteknologi moden seperti peranti elektronik, komputer dan rangkaian “networks”, tenaga bersih, komunikasi, pengangkutan berteknologi tinggi, perubatan dan banyak lagi. Unsur nadir bumi ini merupakan komponen penting dalam teknologi bersih (hijau) seperti turbin kuasa angin, kenderaan elektrik, pencahayaan cekap-tenaga dan penukar pemangkin.",
"Sekarang, Malaysia mendokong pembangunan teknologi hijau iaitu produk atau sistem yang mesra alam, selamat kepada pengguna, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah atau sifar. Komitmen ini dibuktikan dengan pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara pada tahun 2009 sehinggalah kelulusan jumlah pelaburan industri teknologi hijau sekitar RM 2.23 billion pada tahun 2020. ",
"Dengan adanya unsur nadir bumi ini, pengeluaran dan pembuatan produk moden yang mesra alam dapat dihasilkan. ",
"Era moden ini, teknologi semakin pesat bagi memenuhi keperluan semasa manusia menerusi industri yang pelbagai. Paling penting, industri yang menghasilkan gajet-gajet elektronik. Tak kisahlah telefon pintar ke, ipod ke, ipad ke, komputer riba ke, macam-macam inovasi dibuat sehinggakan tercetusnya bermacam-macam ‘trend’ tentang kecanggihan dan jenama sesebuah peranti. Dahsyat!",
"Seiring arus permodenan ini, kesan negatifnya pasti ada. Seperti pencemaran yang membawa kepada pelbagai bahana. Sebab itulah pentingnya teknologi hijau. Tak hairanlah apabila permintaan dunia terhadap unsur nadir bumi semakin meningkat demi terus menghasilkan kehidupan yang mudah dan selesa kepada manusia seluruh dunia melalui penciptaan teknologi yang lebih selamat.",
"Menurut kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), unsur ini kebanyakannya terletak di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu. ",
"Unsur nadir bumi ini tersebar secara meluas di permukaan bumi terutamanya di kawasan batuan granitik terluluhawa. Oleh itu, Malaysia sedang mengusahakan jenis deposit sisa atau lebih dikenali sebagai deposit jenis lempung jerapan ion. Deposit jenis ini terhasil daripada proses luluhawa terhadap batuan yang kaya dengan mineral nadir bumi, yang menyebabkan ion nadir bumi menjerap kepada mineral lempung. Proses ini dapat berlaku secara semula jadi kerana geografi Malaysia yang terletak di garis khatulistiwa, selain dibantu faktor-faktor lain seperti tindakbalas redoks, perubahan tekanan, suhu serta aktiviti hidroterma yang membantu proses pengayaan ion unsur nadir bumi. ",
"Ternyata unsur nadir bumi ini memberi manfaat besar kepada manusia dalam menjalani kehidupan yang lebih selesa. Namun, sebagai seorang muslim, jangan kita terlalu ghairah dengan penemuan ini dan tersalah meletakkan matlamat untuk menerokainya demi material semata. Bukankah penemuan dan penerokaan ini adalah janji Allah yang telah dirakamkan di dalam Surah al-Jathiyah ayat 13 yang bermaksud :",
"“Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya dalam hal yang demikian, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.”",
"Ayat ini telah menjelaskan bahawa Allah telah mencipta semua yang ada di langit dan di bumi untuk manfaat manusia dalam melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di bumi.",
"Bagi pihak berkaitan, semoga penerokaan ini tidak dieksploitasi dan disalahgunakan sewenang-wenangnya kerana kerakusan dan ketamakan diri. ",
"Ingat, pemberian Allah ini bila-bila sahaja boleh ditarik. Jangan terlalu ghairah dan megah seolah-olah semua ini kita punya. Hasbunallah wanikmal wakil.",
"Sumber gambar : https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2020/12/Rare-Earths-Neodymium-Minerals-Mining-2-e1599642745232.jpg"
] |
https://ajar.com.my/2023/06/22/terbaru-penyelidik-di-london-dakwa-tidur-siang-sihatkan-otak-qailulah-ke-ni/ | TERBARU! PENYELIDIK DI LONDON DAKWA TIDUR SIANG SIHATKAN OTAK. QAILULAH KE NI??? | [
"Baru-baru ini, The Guardian telah melaporkan hasil kajian sekumpulan penyelidik dari Kolej Universiti London dan Universiti Republik di Uruguay yang membuktikan bahawa amalan tidur siang adalah baik untuk otak.",
"Amalan tidur ini dikatakan berkait dengan perkembangan dan saiz otak.",
"Kajian ini melibatkan pengambilan data seramai 35,080 daripada kajian Biobank United Kingdom yang mengumpulkan maklumat mengenai genetik, gaya hidup dan kesihatan bagi usia 40 hingga 69 tahun. Hal ini bagi mengkaji sama ada gabungan varian genetik yang sebelum ini dikaitkan dengan tabiat tidur seketika pada waktu siang, turut mempunyai kaitan dengan isipadu otak, kognisi dan aspek kesihatan otak yang lain. Pendekatan ini membantu para penyelidik mengurangkan impak faktor gaya hidup dalam mempengaruhi dapatan kajian.",
"Hasilnya, mereka mendapati adanya hubungan antara amalan tidur siang dan isipadu otak. Yang mana, mereka menyatakan bahawa amalan tidur siang boleh membantu melindungi otak daripada mengecut. Maka, hal ini membantu menyihatkan otak apabila semakin berusia.",
"Menurut mereka, “Struktur otak mengalami perubahan termasuk mengecut apabila semakin tua.”",
"“Kami dapati pengecutan itu berlaku lebih cepat pada individu yang mengalami masalah kognitif dan penyakit neurodegeneratif. Beberapa kajian mencadangkan situasi itu mungkin berkaitan dengan masalah tidur.”",
"Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Sleep Health. ",
"Wah! Macam sama saja dengan saranan Baginda S.A.W beberapa ratus tahun dahulu. Iya dok? Cumanya, kita guna istilah bahasa arab iaitu ‘Qailulah’. Jom kita baca pasal ‘Qailulah’ pula.",
"Qailulah bermaksud tidur sebentar di pertengahan hari yang disertai dengan niat, sama ada antara pukul 12 tengah hari hingga masuk waktu zuhur, ataupun selepas waktu zuhur jika mengikut sesetengah pendapat. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa qailulah bermaksud berehat sebentar walaupun tidak tidur.",
"Amalan Qailulah ini bukannya saja-saja untuk menghabiskan masa. Tetapi, tidur ini merupakan sunnah Baginda S.A.W sebagai persiapan untuk bangun beribadat pada waktu malam, ataupun berqiamullail. Tempoh untuk tidur ini adalah sekejap sahaja, iaitu selama beberapa minit dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja. ",
"Amalan ini merupakan satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama’ berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud : ",
"“Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.”",
"Allah juga jelas menyebut dalam firman-Nya, ayat 23 Surah Ar-Rum yang bermaksud : ",
"“Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangnya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”",
"Tetapi, kenapa mesti tidur yang ditekankan sebagai satu amalan istirehat?",
"Sebagai seorang Muslim, kita mengimani bahawa setiap sesuatu yang disebut oleh Allah dan Baginda S.A.W pasti terkandung hikmah dan kebaikannya.",
"Menurut Kitab Pedoman Pengobatan Nabi oleh Agus Rahmadi dan M. Biomed, lebih daripada 10 kali perkataan ‘tidur’ disebut di dalam al-Quran.",
"Allah telah mengisyaratkan bahawa tidur merupakan salah satu hak penjagaan tubuh badan yang perlu dipenuhi manusia. ",
"Saidatina Aisyah R.A pernah meriwayatkan sabda Baginda S.A.W yang bermaksud : ",
"“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk, berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”",
"Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, tidur merupakan satu keadaan yang mana perasaan dan kekuatan jiwa meresap ke dalam tubuh untuk mencari ketenangan. Dr As-Sayyid Salaamah As-Saqa pula menyatakan bahawa tidur adalah tanda kekuasaan Allah pada makhluk ciptaan-Nya. (Abdullah al-Qari, 2009; Syeikh Hilmi al-Khuldy, 2010).",
"Bagi satu kenyataan lain, Abdullah al-Qari (2009) menyebut bahawa sekiranya tidur tidak dipenuhi, hidup seseorang itu akan rosak dan akhirnya menyebabkan kematian.",
"Pada tahun 1999, saintis daripada Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur menyebabkan berlakunya gangguan dalam proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mewujudkan pelbagai penyakit. Manakala, mereka yang tidur kurang daripada kadar tidur sepatutnya akan mudah mengalami tekanan perasaan, dan mudah dijangkiti kuman setelah sistem pertahanannya menjadi lemah.",
"Sebenarnya amalan ini bukan sahaja dibuat oleh orang Islam. Orang bukan Islam pun buat tau. Cuma mereka istilahkan dengan ‘nap’ bagi orang Barat, ataupun ‘siesta’ bagi masyarakat Sepanyol yang mana mereka ini tidur seketika pada awal tengahari, iaitu kebiasaannya selepas makan tengah hari.",
"Kajian tentang tidur siang pun dah dijalankan oleh ramai penyelidik seluruh dunia bagi memperlihatkan manfaatnya yang cukup besar kepada tubuh badan manusia. Antara dapatan kajian yang dilaporkan tentang manfaat tidur siang : ",
"Besarnya manfaat tidur siang ini sehinggakan di Jepun, pekerja yang tidur sekejap dianggap sebagai seorang yang berdedikasi. Fuh!",
"Di Malaysia pun, terdapat sekolah yang memperuntukkan masa untuk tidur siang seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Julau No. 2 di Sarawak. Di tadika-tadika seperti Little Caliph dan PASTI pun dah didik anak-anak kecil untuk ber-qailulah.",
"Baginda S.A.W telah dahulu mengajak kita untuk mengamalkan tidur siang, yakni qailulah. Kaedahnya sama sepertimana yang dibuktikan dalam kajian-kajian saintifik oleh orang-orang Barat. ",
"Biarpun sama kaedah, hakikatnya cukup berbeza amalan kedua-duanya. Bezanya adalah pada niat dan matlamat. ",
"Bagi orang bukan Muslim, mereka beramal berdasarkan bukti saintifik yang menunjukkan sesuatu itu baik bagi kehidupan mereka.",
"Bagi seorang Muslim, kita perlu kembali kepada niat asal dianjurkan ‘qailulah’ iaitu bagi mendapatkan tenaga untuk bangun beribadat di waktu malam. Adapun manfaat-manfaat lain itu hanyalah kesan sampingan yang dianugerahkan oleh-Nya kepada mereka yang melaksanakan amalan dan perbuatan yang baik ini. ",
"Oleh itu, qailulah ini merupakan amalan yang perlu dilaksanakan oleh semua umat Islam supaya ibadah di waktu malam dapat dijaga sebaiknya, sekaligus dapat menjaga kesihatan tubuh badan yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita selama mana hidup di atas muka bumi ini. ",
"Jom pakat-pakat amalkan qailulah!",
"SUMBER GAMBAR : How to Power Nap Like a Pro: Our 5-Point Guide | Sleep Cycle"
] |
https://ajar.com.my/2023/06/22/bahasa-melayu-antara-bahasa-penting-diajar-di-negara-china-ini-buktinya/ | Bahasa Melayu antara bahasa penting diajar di Negara China. Ini buktinya! | [
"Pasti ramai tak sangka kan Bahasa Melayu antara bahasa yang diberi kepentingan di Negara China. ",
"Jom kita baca artikel yang dilaporkan oleh BERNAMA.com baru-baru ini. ",
"………………………..",
"Disapa oleh warga asing dalam bahasa Melayu ketika berada di luar negara sentiasa mengujakan penulis, dan itulah yang dirasai apabila pertanyaan “apa khabar” menerjah pendengaran sebaik penulis menjejakkan kaki di Universiti Minzu, Yunnan, China lewat tahun lepas. ",
"Tinggi lampai dan berkaca mata, yang menyapa adalah seorang lelaki tempatan dan memperkenalkan dirinya – dalam bahasa Melayu yang fasih – sebagai Zhao Ran, 36, seorang daripada pensyarah bahasa Melayu di universiti itu.",
"Penulis terkejut dan kagum dengan kelancaran Zhao bertutur dalam bahasa Melayu – tidak ubah seperti rakyat Malaysia – kerana tidak dimaklumkan oleh penganjur Program China Asia Pasific Press Centre 2022, bahawa ada warga universiti yang terletak di Kunming, ibu kota Yunnan itu boleh berbahasa Melayu. ",
"Zhao yang kelihatan teruja menyambut kedatangan kami – peserta program yang rata-rata berasal dari Asia Tenggara – turut memberitahu bahawa pihak universiti telah menyediakan pelbagai acara kebudayaan bagi meraikan lawatan kami pada hari berkenaan. ",
"Barangkali berbangga dapat menunjukkan kemahirannya kepada penulis, Zhao rancak bercerita, terutama tentang pensyarah, pelajar serta senario pembelajaran di Sekolah Pengajian Bahasa-bahasa dan Budaya Asia Tenggara dan Asia Selatan yang disertainya sejak 13 tahun lepas.",
"“Kebanyakan pensyarah dan pelajar di sekolah ini mempunyai nama Melayu. Nama Melayu saya ialah ‘Bulan’, diterjemahkan daripada nama bahasa Inggeris saya, iaitu Moon,” ujarnya, mencuit hati penulis, serta menambah nama Melayu itu bertujuan menyuntik semangat warga fakulti dalam menguasai bahasa Melayu. ",
"Beliau kemudian memperkenalkan penulis kepada seorang pelajar wanita yang nama Melayunya ialah ‘Humairah’.",
"Kami dibawa oleh Zhao ke bangunan utama universiti, dan di sepanjang perjalanan itu kami rancak berbual. Di kiri dan kanan jalan pula lebih 100 pelajar berpakaian tradisional etnik mewakili kesemua 56 suku kaum yang diiktiraf oleh kerajaan China, berdiri sederet, menyambut kedatangan kami.",
"Sambil menguntum senyuman manis, mereka menari dan menyanyikan lagu “selamat datang”.",
"Sepintas lalu, pakaian tradisional yang dipakai oleh pelajar terbabit seakan busana suku kaum Kadazandusun di Sabah dan etnik Iban di Sarawak.",
"Penulis yang berketurunan Bisaya, tidak pernah menyangka ada etnik di luar Malaysia yang mempunyai pakaian tradisional hampir sama dengan satu daripada busana warisan budaya negeri kelahiran, iaitu Sabah, membuatkan penulis berasa begitu dekat dengan mereka.",
"Lebih-lebih lagi kesemua pelajar terbabit begitu ramah, sekali gus mengubat kerinduan penulis yang telah berada di negara Tembok Besar itu sejak Julai 2022, mengikuti program enam bulan hingga Disember, anjuran China Public Diplomacy Association menerusi China International Press Communication Center.",
"“Jurusan bahasa Melayu ditubuhkan pada 2010, dan sekarang kita ada lebih kurang 80 pelajar yang mengikuti pengajian selama empat tahun.",
"“Ada empat orang pensyarah bahasa Melayu, kesemuanya warga China, dan kebanyakan kami adalah lulusan Beijing Foreign Studies University,” ujar Zhao, mengalih perhatian penulis yang tertumpu pada kumpulan pelajar terbabit. ",
"Universiti Minzu yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1951, adalah antara universiti untuk minoriti yang terawal negara itu dan terkenal dengan penekanan terhadap pendidikan, penyelidikan dan pemeliharaan budaya etnik minoriti mereka.",
"“Sekolah ini bertujuan memupuk bakat profesional berorientasikan bahasa yang dapat bertutur dalam pelbagai bahasa dari rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara. Kami telah membangunkan program pembelajaran 15 bahasa rasmi kesemua 14 negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara.",
"“Bahasa-bahasa tersebut ialah Thai, Burma, Vietnam, Lao, Kemboja, Melayu, Indonesia, Hindi, Bengali, Filipina, Tamil, Pashto, Sinhala, Nepal dan Urdu. Penguasaan bahasa-bahasa ini akan menghapuskan halangan bahasa, menggalakkan interaksi budaya dan merapatkan hubungan rakyat dengan rakyat,” kata Presiden universiti Zhang Qiaogui semasa menyambut kedatangan kami.",
"Institut pengajian tinggi ini mempunyai lebih 15,000 pelajar peringkat sarjana muda dan siswazah. Majoriti pelajar adalah daripada lebih 50 kumpulan etnik yang ada di China selain segelintir pelajar asing, mengikuti pelbagai program pengajian bahasa dan budaya suku kaum minoriti serta kursus-kursus lain di bawah bidang antropologi. ",
"“Saya sudah belajar bahasa Melayu selama setahun setengah dan saya sangat teringin ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja di sana,” kata Liu Zhi Hui, penuntut tahun dua jurusan bahasa Melayu ketika ditanya tentang faktor dia mempelajari bahasa itu. ",
"Liu atau nama Melayunya Zarif, adalah daripada etnik Va, turut memberitahu yang dia akan mengikuti program pertukaran pelajar di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pada Oktober ini.",
" Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di China bermula pada 1960-an dengan Beijing Foreign Studies University (BFSU) menjadi universiti pertama menawarkan kursus bahasa Melayu di negara itu menerusi usaha perintis Prof. Wu Zongyu. ",
"Sementara itu, menurut Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan yang dihubungi Bernama di sini, susulan persetujuan antara kerajaan Malaysia dan China untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya pengajaran bahasa Melayu di China, sebuah pusat pengajian ditubuhan di BFSU pada 1997.",
"Dikenali sebagai Pusat Bahasa Melayu, institusi itu kemudian dinaik taraf menjadi Pusat Pengajian Melayu China pada 2005, dan secara rasmi menjadi pangkalan kegiatan ilmiah dan pengembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di China, kata beliau yang dilantik ke jawatan itu pada April lepas. ",
"Mengulas lebih lanjut, Awang yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, berkata pada masa ini terdapat 13 universiti di China yang menawarkan program pengajian bahasa Melayu peringkat ijazah dan sebuah kolej dengan program diploma.",
"“Universiti dan kolej terbabit terletak di kota Beijing, Tianjin, Kunming, Guangzhou, Nanning, Xian, Luoyang, Hainan. Pada masa sama, ada beberapa buah universiti lain yang menawarkan bahasa Melayu sebagai kursus elektif seperti di Hebei dan Sichuan,” katanya.",
"Pada tahun lepas, China melancarkan Ujian Pengiktirafan Penterjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu (CATTI BC-BM), iaitu ujian kelayakan vokasional peringkat negara yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Sekuriti Sosial China menerusi Jabatan Komunikasi Antarabangsa China.",
"CATTI dilancarkan bagi mengukuhkan pengurusan industri penterjemahan, menyeragamkan pasaran kerja penterjemahan, meningkatkan mutu penterjemah dan jurubahasa, sekali gus menyaksikan pendidikan bahasa Melayu berkembang pesat di China sejak akhir-akhir ini.",
"Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dilaporkan berkata melalui ujian itu, pendidikan modal insan dalam bidang penterjemahan bahasa akan dipermudah, di samping mendorong persefahaman antara rakyat China dan Malaysia.",
"Sumber gambar : https://www.bbc.co.uk/bitesize/topics/zydk4xs/articles/zk9h6g8"
] |
https://ajar.com.my/2023/06/28/tragedi-kapal-selam-titan-sekali-lagi-titanic-mengejutkan-dunia/ | TRAGEDI KAPAL SELAM TITAN, SEKALI LAGI ‘TITANIC’ MENGEJUTKAN DUNIA | [
"Seluruh dunia sedang tertumpu kepada tragedi sebuah kapal selam Titan yang meletup sehingga meragut lima nyawa penumpangnya.",
"Kapal selam ini telah hilang di dasar Lautan Atlantik pada Ahad lalu (18/6/2023) ketika ekspedisi melawat bangkai kapal Titanic yang terletak di kedalaman 3,800 meter.",
"Ekspedisi ini diurus oleh sebuah syarikat swasta di Washington DC, iaitu OceanGate. Syarikat ini dikatakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan bawah laut untuk mencari bangkai Titanic di dasar Lautan Atlantik menggunakan kapal selam.",
"Syarikat ini diasaskan pada tahun 2009 oleh Stockton Rush yang juga merupakan CEO bagi syarikat ini. Beliau merupakan bekas usahawan berjaya yang berkait dengan industri aeroangkasa dan teknologi. ",
"Syarikat OceanGate telah terlibat dalam beberapa aktiviti penerokaan laut seperti ekspedisi Azores, Bahamas dan Bespoke. Dikatakan bahawa syarikat ini telah menyelesaikan lebih daripada 14 ekspedisi dan 200 menyelam ke kedalaman 4,000 meter di Lautan Atlantik, Pasifik dan Teluk Mexico. Sewaan kapal selam daripada syarikat ini adalah bertujuan untuk komersial, penyelidikan dan ketenteraan.",
"Kapal selam OceanGate dinamakan Titan dan dikatakan sebuah kapal selam penyelidikan dan tinjauan berkapasiti lima orang penumpang yang biasanya terdiri daripada seorang kapten dan empat anak kapal. Reka bentuknya adalah dibina khas tidak dikelaskan. Badannya diperbuat daripada filamen gentian titanium dan karbon yang berupaya untuk melengkung, dilengkapi dengan empat tujahan elektrik dan menggunakan teknologi satelit Starlink milik Elon Musk. Saiznya mencecah 22 kaki panjang, 9.2 kaki lebar dan 8.3 kaki tinggi. Manakala, beratnya ialah 23,000 paun dan boleh membawa beban sehingga 1,510 paun.",
"Titan direka dengan keupayaan menyelam ke dasar laut pada kedalaman maksimum 4,000 meter dan menyimpan bekalan oksigen selama 96 jam. Kapal selam ini dilengkapi sistem Pemantauan Kesihatan Badan Hull Masa Nyata (RTM) untuk pengesanan awal oleh kapten tentang situasi di lautan, seterusnya mengawal turun dan naik kapal dengan selamat.",
"Bagi mengemudi kapal selam ini, kapten menggunakan alat kawalan permainan video yang telah diubah suai, bersama komputer skrin sentuh khas untuk menyesuaikan lampu, udara, mengukur kedalaman dan alat berkomunikasi.",
"Penyesuaian-penyesuaian pada Titan ini telah dilihat mencukupi untuk mengupayakan kapal selam ini meneroka lautan dalam, mencipta memori mahal bersama bangkai kapal Titanic yang berpuluh tahun lamanya bersemadi di dasar lautan, menjadi kisah paling ikonik dalam sejarah maritim dunia.",
"Sekali lagi, ‘Titanic’ mengejutkan dunia dengan kisahnya.",
"Ekspedisi ke bangkai Titanic bukanlah baru dilaksanakan pada tahun ini oleh syarikat OceanGate. Hakikatnya ekspedisi ini telah bermula sejak tahun 2021, dan sudah ada beberapa lawatan sebelum ini yang berjaya dilaksanakan. Terdapat sumber yang melaporkan perkongsian pengalaman oleh penumpang-penumpang ini.",
"Agak menakutkan apabila membaca kisah perjalanan mereka. Biarpun mereka tiba di lokasi bangkai Titanic, cabaran mengerikan perlu ditempuhi sehinggakan mereka memanggil pelancongan mereka itu sebagai misi bunuh diri. Lebih mengejutkan apabila mereka mendedahkan bahawa sebelum mereka menjalani ekspedisi tersebut, mereka perlu menandatangani sijil kematian terlebih dahulu.",
"“Ini adalah misi bunuh diri.” – Arthur Loibl (Ekspedisi 2021).",
"Antara keadaan-keadaan yang mengerikan perlu ditempuhi adalah terputusnya komunikasi dengan kapal pengangkut di permukaan laut sepanjang masa dan berisiko mati di bawah permukaan gelap, serta terputusnya bekalan elektrik dan masalah keseimbangan lebih lima jam yang mana para penumpang terpaksa duduk bersila dalam ruang yang sempit, tiada tempat duduk dan tiada tandas. Malah, terdapat juga kisah pelanggaran kapal Titan dan Titanic sehingga mengambil masa selama satu jam untuk melepaskan kapal daripada keadaan panik tersebut.",
"Pada tahun 2022, Alan Estrada yang merupakan seorang YouTuber Mexico menyertai ekspedisi ini dan mendokumentasikan kisah perjalanan ‘mahal’ ini. Beliau menyatakan bahawa semua penumpang mengetahui risiko besar tentang ekspedisi tersebut.",
"“Kami tahu bahawa kami tidak akan pergi ke taman hiburan.” – Alan Estrada (Ekspedisi 2022).",
"Pada tahun 2023, lima orang lagi individu yang berani menyertai ekspedisi ini dengan bayaran yang sangat mahal. Mereka ini merupakan golongan jutawan dan orang kenamaan, yang mana salah seorangnya ialah CEO syarikat OceanGate sendiri iaitu Stockton Rush. Manakala, empat orang lagi ialah Hamish Harding yang merupakan jutawan Britain dan penerima tiga anugerah Rekod Dunia Guinness kerana aktiviti penjelajahannya ke angkasa dan lautan terdalam, Shahzada Dawood yang merupakan ahli perniagaan terkemuka di Pakistan, bersama anaknya Suleman Dawood. Akhir sekali, Paul-Henri Nargeolet iaitu seorang penyelam Perancis dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam meneroka bangkai Titanic.",
"Setelah melihat profil mereka ini yang bukan calang-calang orang dan sebahagiannya adalah sangat berpengalaman, tidak hairanlah mereka begitu berani untuk mengalami sendiri ekspedisi ini. ",
"Tetapi, malang tidak berbau. Siapa tahu bahawa ekspedisi ini bakal menjadikan mereka sebahagian daripada sejarah ‘Titanic’. ",
"Apa yang berlaku kepada kapal selam Titan?",
"Pada 18 Jun 2023 (Ahad), selepas 1 jam 45 minit kapal Titan menyelam, perhubungannya terputus dan langsung tidak dapat dikesan. Pasukan penyelamat menggerakkan usaha pencarian dan meninjau lautan seluas 10,000 batu persegi itu pada 19 Jun 2023 (Isnin) sehinggalah keesokan harinya, tanpa ada tanda kapal selam tersebut akan muncul. Lebih membimbangkan apabila bekalan oksigen di dalam kapal selam tersebut semakin habis.",
"Kemudian, pada 22 Jun 2023 (Khamis), tentera laut Amerika Syarikat menyatakan pengesanan bunyi letupan pada hari Ahad selepas perhubungan kapal selam Titan terputus.",
"Penemuan serpihan kapal Titan termasuklah kon ekor yang terletak di kira-kira 488 meter dari bangkai Titanic di perairan Atlantik Utara telah menyimpulkan bahawa kapal selam ini mengalami bencana letupan yang amat dahsyat ataupun disebut sebagai ‘Catastrophic Implosion’.",
"‘Catastrophic Implosion’ ialah bencana yang merujuk kepada kemusnahan kapal secara tiba-tiba setelah berada di bawah tekanan yang luar biasa dan tidak mampu ditanggung oleh struktur kapal. Keadaan ini dikatakan berlaku dengan cepat dan semuanya akan musnah tanpa sempat disedari oleh para penumpang. Kebarangkalian untuk menemui mayat penumpang juga adalah kecil.",
"Menurut seorang bekas pegawai kapal selam nuklear AS, Dave Corley, apabila kapal selam mengalami keadaan ini, pergerakannya adalah kira-kira 1,500 mph (2,414 km/j), bersamaan 2,200 kaki (671 m) persaat. Masa untuk kehancuran sepenuhnya adalah kira-kira satu milisaat bersamaan seribu saat. Bagi otak manusia untuk bertindak balas secara semula jadi terhadap rangsangan adalah kira-kira 25 milisaat, manakala tindak balas rasional manusia untuk bertindak mengambil masa dalam 150 milisaat. Ketika ini, udara di dalam mempunyai kepekatan wap hidrokarbon yang agak tinggi, dan ketika badan kapal ditekan, udara menyala secara automatik mengakibatkan letupan dahsyat berlaku serta-merta. Tubuh manusia di dalamnya terbakar sehingga bertukar menjadi habuk dan abu.",
"Jika dilihat kepada penyesuaian struktur-struktur kapal selam Titan, sepatutnya keadaan ini tidak berlaku kerana pembinaannya dikatakan memang mengikut spesifikasi untuk menahan tekanan di bawah 4,000 meter kedalaman laut. Persoalannya, mengapakah masih terjadi? Persoalan inilah yang membawa kepada beberapa kontroversi dan tersingkapnya beberapa kejadian sebelum bermulanya ekspedisi ini.",
"Biarpun dikatakan kapal selam Titan sudah berjaya turun ke kedalaman bangkai Titanic beberapa kali sebelum ekspedisi ini sehingga memberikan keyakinan kepada CEO OceanGate yang juga merupakan mangsa bagi kejadian ini untuk meneruskan ekspedisi ini, ternyata tahap keselamatannya telah dipersoalkan oleh beberapa pakar industri dan bekas pekerja syarikat itu sejak tahun 2018 lagi. Ditambah pula kapal selam ini tidak mendapat pengesahan daripada Biro Kapal Amerika atau Kumpulan DNV dari Eropah yang bertindak sebagai pengurus insurans dan risiko bencana bagi kapal selam. Agensi inilah yang menetapkan piawaian keselamatan bagi reka bentuk sesebuah kapal selam bagi hadapi tekanan bawah laut.",
"Dilaporkan bahawa wakil Persatuan Teknologi Maritik (MTS) pernah menghantar surat, seterusnya mengadakan satu perbincangan yang serius bersama Rush mengenai keselamatan Titan yang melibatkan kecacatan reka bentuk tunggal, ketiadaan sijil yang diiktiraf industri, fabrikasi, dan ujian kapal selam.",
"Manakala, seorang pekerja OceanGate, David Lochridge pernah menyerahkan laporan kejuruteraan kepada pihak tertinggi syarikat dan mengkritik proses penyelidikan dan pembinaan Titan yang tidak menggunakan bahan sepatutnya, ditambah kekurangan ujian untuk melihat keupayaan struktur tersebut untuk menahan tekanan kuat di laut dalam. Oleh itu, Lochridge tidak membenarkan Titan untuk beroperasi sebelum pengujian dijalankan ke atasnya. Namun, hal ini telah mengakibatkan beliau dipecat oleh OceanGate kerana dituduh menyebarkan maklumat sulit syarikat.",
"Bukan itu sahaja, Stockton Rush turut dikatakan mengabaikan amaran pakar penyelidikan laut dalam terkemuka, Rob McCallum mengenai ciri-ciri keselamatan kapal selam Titan yang dilihat mengancam nyawa penumpang-penumpangnya, dan diminta untuk berhenti menggunakannya sehinggalah Titan mendapat sijil pengiktirafan daripada badan bebas. Namun begitu, jawapan yang diberikan oleh Rush ialah, beliau letih dengan pemain industri yang cuba menggunakan hujah keselamatan untuk menghentikan inovasi.",
"Struktur utama badan Titan diperbuat daripada serat karbon dan titanium. Kapal selam untuk menahan tekanan air kebiasaannya dibina daripada logam yang kuat seperti titanium dan dibentuk dalam sfera bagi menyebarkan tekanan besar dan sama di sekitar ruang penumpang. Tetapi, pembinaan badan Titan berbentuk silinder bagi memuatkan lebih ramai orang di dalamnya, dengan menggunakan tiub gentian karbon antara penutup akhir titanium. Yang mana, tiub gentian karbon ini merupakan bahan plastik yang diperkuat dengan serat karbon dan dikatakan mudah hancur apabila dikenakan tekanan luar biasa.",
"Satu kesimpulan yang dibuat oleh seorang pakar daripada Virginia Tech Center, Profesor Stefano Brizzolara ialah bahannya yang tidak berstrukturkan paduan logam memudahkan Titan meledak dengan dahsyat kerana sifat bahan mempengaruhi keadaan ini.",
"Berlaku kontroversi baru-baru ini apabila terdapat maklumat yang mengesahkan bahawa kawalan kapal selam ini adalah menggunakan ‘game controller’ berjenama Logitech. ",
"Orang ramai mempersoalkan, bagaimana kapal Titan ini dikawal oleh sebuah alat kawalan permainan video kuno, iaitu Logitech F710 versi tahun 2010?",
"Persoalannya, salah ke guna ‘game controller’?",
"Menurut satu artikel, sebenarnya dalam dunia maritim bagi pengkendalian kapal selam dalam kedalaman yang dalam, adalah tidak pelik alat kawalan ini digunakan. Malah, keadaan ini menjadi perkara biasa bagi anggota tentera untuk menggunakan alat kawalan Xbox yang diubah suai untuk mengawal daripada kereta kebal ke kapal selam. Hal ini kerana alat kawalan permainan adalah lebih selesa dan ergonomik di tangan, serta mempunyai fungsi yang mencukupi dan fleksibel untuk penggunaan yang berbeza mengikut situasi. Sebelum ini juga, syarikat milik Elon Musk pernah memuat naik video di twitter yang menunjukkan seorang pekerja mengawal peralatan gerudi besar-besaran menggunakan alat kawalan Xbox One.",
"Dalam satu artikel lain, dilaporkan tentang seorang saintis, Peter Girguis yang menyatakan bahawa, lagi dalam sesebuah kapal pergi, lagi ringkas perkakas yang digunakan adalah lebih baik. Menurutnya, kapal selam yang digunakan oleh Jepun, China dan Perancis juga menggunakan komponen yang mudah untuk mengawal dan memastikan aspek keselamatan penumpang.",
"Walau bagaimanapun, kes-kes ini masih tidak kuat untuk menyokong penggunaan Logitech F710, sebuah aksesori yang hanya berharga RM160 di Shopee dan edisinya keluar sudah lama untuk digunakan bersama Windows 7 dahulu. Malah, terdapat juga ulasan-ulasan negatif berkenaan model ini di Amazon yang mendakwa bahawa sambungannya sering terputus dan butang-butang analognya gagal digunakan sejurus pembelian oleh pengguna.",
"Kita nantikan hasil lanjutan siasatan pihak berkuasa di sana ya.",
"Setelah meneliti semula kisah-kisah sebelum dan kebarangkalian punca peristiwa ini berlaku, sesungguhnya manusia itu perlu sedar bahawa tidak semestinya ilmu yang ada pada diri kita ini sudah mencukupi untuk dijadikan hujah dalam membenarkan sesuatu perkara. Pandangan pakar dan orang sekeliling perlu ditimbang tara dalam memutuskan tindakan terutamanya hal yang melibatkan nyawa dan ekspedisi berbahaya seperti ini. ",
"Oleh itu, kisah ini perlu dijadikan ibrah kepada kita yang masih hidup untuk jalani kehidupan ini tanpa rasa bongkak dan meletakkan kekuasaan Allah Yang Maha Besar mengatasi segalanya. Manusia hanyalah meminjam kudrat daripada-Nya dan setiap yang berlaku atas keizinan-Nya. Adapun punca dan faktor sekeliling hanyalah sebab-musabab dan perlu dimuhasabah oleh kita semua.",
"Apa-apapun, kita mendoakan agar keluarga-keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi berita ini, seterusnya siasatan-siasatan lanjutan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.",
"Sesungguhnya sepertimana Buya Hamka pernah menyebut bahawa, “Tiada ‘seandainya’ di dunia ini kerana Allah telah memilih cara kematian yang terbaik untuk hamba-Nya.”",
"Semoga Allah berikan pengakhiran yang baik kepada kita, dalam keadaan diredhai-Nya.",
"SUMBER GAMBAR : The Titanic in our collection | Royal Museums Greenwich (rmg.co.uk)"
] |
https://ajar.com.my/2023/07/01/anda-batuk-makanlah-madu/ | ANDA BATUK? MAKANLAH MADU | [
"Dah berbotol-botol makan ubat batuk yang beli di pasaran, tetapi masih batuk malah lebih teruk?",
"Dah cuba makan madu?",
"Tahukah anda, madu antara ubat mujarab untuk batuk dan sakit tekak. Walau bagaimanapun, madu kurang sesuai untuk anak-anak bawah satu tahun.",
"Jom kita baca satu artikel yang ditulis oleh seorang ahli medik di San Francisco, California.",
"………………………………………………………………………………………………….",
"Menggunakan madu, mungkin tidak akan menghilangkan batuk sepenuhnya. Tetapi, terdapat beberapa bukti menunjukkan satu dos madu yang diberikan kepada kanak-kanak ketika ingin tidur boleh membantu melegakan batuk.",
"Madu akan menyelubungi tekak dan melegakan membran mukus yang meradang, menenangkan batuk dan meredakan gejala yang berkaitan.",
"Malah, beberapa kajian mencadangkan bahawa madu mungkin berkesan dalam melegakan batuk pada waktu malam pada kanak-kanak seperti ubat dextromethorphan, yang terdapat dalam sirap batuk kanak-kanak. ",
"Madu ialah ubat yang telah lama digunakan untuk merawat sakit tekak dan batuk pada kanak-kanak dan orang dewasa. Madu boleh diberikan dengan sudu teh atau diputar ke dalam secawan teh atau air lemon suam. Walau bagaimanapun, madu mesti dielakkan untuk kanak-kanak bawah umur 1 tahun.",
"Pada tahun 2010, sebuah kajian telah menguji kesan madu, ubat batuk (dextromethorphan) dan antihistamin (diephenhydramine) pada batuk 139 orang kanak-kanak yang berlaku setiap malam akibat jangkitan saluran pernafasan atas. Dapatan kajian menunjukkan madu mempunyai kesan yang lebih efektif dalam mengubati batuk, berbanding dua ubat batuk tersebut.",
"Kemudian, pada tahun 2012, satu kajian lain menguji pula keberkesanan tiga jenis madu (eucalyptus, citrus, dan labiatae) pada batuk yang mana menunjukkan ketiga-tiga jenis madu membantu dalam melegakan kekerapan dan sakit batuk. Kanak-kanak dan ibu bapa mereka telah melaporkan bahawa tidur malam mereka lebih baik apabila mengambil madu.",
"Madu boleh digunakan bersama dengan ubat batuk lain, ataupun secara sendiri. Selain mudah dicari dan murah, madu tidak menimbulkan sebarang risiko berkait dengan dadah (seperti yang mungkin menjadi kerisauan atas beberapa ubat yang digunakan untuk tujuan yang sama). Hampir semua orang dewasa boleh mengambil madu untuk meredakan batuk. Tetapi, madu tidak boleh diberikan kepada bayi yang berumur bawah 12 bulan kerana risiko botulisme, iaitu sejenis keracunan yang jarang berlaku disebabkan oleh toksin yang menyerang saraf.",
"Madu boleh mengandungi Clostridium botulinum, sejenis bakteria yang berada dalam tanah. Walaupun kebanyakan sistem pencernaan orang dewasa boleh mengendalikan spora ini, tetapi sistem pencernaan bayi adalah tidak matang. Sekiranya diberikan madu, maka akan mengakibatkan pertumbuhan bakteria dan penghasilan toksin di dalam saluran usus. Keadaan ini boleh menyebabkan kelemahan otot dan masalah pernafasan yang memerlukan rawatan segera. ",
"Jawatankuasa penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa kanak-kanak bawah umur 6 tahun tidak boleh mengambil sebarang ubat batuk atau selesema kerana tidak terbukti berkesan dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Bagi kanak-kanak yang berumur lebih daripada 12 bulan, madu boleh dijadikan sebagai pengganti yang efektif.",
"Untuk sukatan pengambilan madu, anda boleh mencuba 1 hingga 2 sudu teh madu sama ada sendiri, disapu pada roti bakar, atau dicampur dalam secawan teh dan air suam. Namun, harus diingatkan bahawa madu perlu diambil mengikut keperluan kerana madu bakal menambah gula dan kalori kepada diet anda. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan untuk mengehadkan gula tambahan kepada kira-kira 30 gram sehari. Maka, anda perlu pastikan pengambilan madu harian adalah kurang daripada 6 sudu teh.",
"Madu merupakan salah satu cara untuk menyembuhkan batuk. Selalunya, batuk disebabkan jangkitan pada saluran pernafasan atas dapat diredakan dengan kekal terhidrasi dan memperbanyak rehat. Sekiranya batuk masih berlarutan selama lebih tiga minggu, ditambah dengan gangguan pernafasan atau demam, maka anda perlu segera menemui doktor.",
"ARTIKEL DITERJEMAHKAN DARIPADA PORTAL VERYWELL HEALTH DI PAUTAN : ",
"https://www.verywellhealth.com/honey-for-coughing-1298405",
"SUMBER GAMBAR : https://obatbatukalamia.blogspot.com/2016/02/cara-mengobati-batu-dengan-resep-obat.html"
] |
https://ajar.com.my/2023/07/03/inilah-10-individu-yang-maut-kerana-ciptaan-sendiri/ | INILAH 10 INDIVIDU YANG MAUT KERANA CIPTAAN SENDIRI | [
"Inilah 10 individu yang maut kerana ciptaan dan inovasi sendiri. Yang terakhir itu adalah kisah terkini!",
"Siapa tak tahu kapal ikonik yang mencipta sejarah dan terus diingati berpuluh tahun lamanya, Titanic. Kapal ini telah disifatkan sebagai “kapal yang tidak boleh ditenggelamkan” oleh si pereka kapal iaitu Thomas Andrews. Sayangnya, kapal tersebut menemui pengakhiran seawal pelayaran sulungnya setelah terlanggar sisi bongkah ais yang berada di tengah lautan Atlantik. Pelanggaran itu telah merosakkan komponen kedap airnya, sehingga menyebabkannya tenggelam.",
"Thomas Andrews pernah menyatakan bahawa kapal ini tidak akan tenggelam kerana mempunyai 16 petak kedap air. Sayangnya, pelanggaran tersebut merosakkan lima daripada 16 petak tersebut yang mengakibatkan kapal Titanic mempunyai masa selama tiga jam sahaja untuk bertahan.",
"Bullock ialah seorang editor akhbar yang merevolusikan dunia percetakan dengan menginovasikan akhbar percetakan putar yang diperkenalkan oleh Richard March Hoe pada tahun 1874.",
"Daripada menggunakan tangan, paten ini memungkinkan gulungan kertas berterusan dicetak sebanyak 8,000 hingga 10,000 helai perjam, dengan secara eksponen meningkatkan lagi kelajuan percetakan.",
"Malang tidak berbau, suatu hari semasa Bullock sedang memasang mesin cetak, kakinya tersangkut di dalam mesin sehingga menghancurkan kakinya dan mengakibatkan jangkitan yang membunuhnya beberapa hari kemudian. Terdapat juga rekod yang menyatakan bahawa ketika itu, Bullock menendang mesin semasa cuba memasang akhbar yang mengakibatkan kakinya tersepit.",
"Cocking merupakan seorang pelukis cat air yang terpesona dengan pengembaraan melalui udara yang membawa beliau kepada rekaan payung terjun pada tahun 1837 dan didebutkan kepada orang awam di Vauxhall Gardens, London.",
"Dalam penggunaan sulungnya, Cocking melepaskan rekaannya itu daripada belon udara panas, tetapi segera jatuh beberapa ratus kaki yang akhirnya membawa maut.",
"Terdapat laporan kejadian yang melaporkan Cocking ditemui di sebuah ladang oleh buruh dan masih hidup selama beberapa saat setelah sampai di atas tanah. Dalam laporan lainnya menyebut bahawa ketika jasad Cocking ditemui, jam tangan, kotak snuff dan kaca mata kepunyaannya telah diambil oleh pengunjung.",
"Cocking menjadi insan pertama yang mati disebabkan oleh payung terjun.",
"Reichelt yang dikenali sebagai tukang jahit terbang, cuba menguji payung terjun yang direkanya dengan melompat dari puncak Menara Eiffel.",
"Ketika itu, sebuah Aero-Club de France telah mengadakan pertandingan untuk reka bentuk payung terjun dan pemenang terbaik akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak 10,000 euro.",
"Reichelt ialah seorang tukang jahit yang pakar dalam pakaian. Dia telah mereka bentuk payung terjunnya sendiri, tetapi ditolak oleh organisasi aeronautik. Walaubagaimanapun, Reichelt menegaskan akan keyakinannya yang reka bentuknya itu akan berfungsi dengan baik.",
"Reichelt memohon kebenaran daripada pihak kerajaan untuk melompat dari puncak Menara Eiffel kerana dia mempercayai bahawa kegagalan percubaan-percubaannya sebelum itu adalah kerana ketinggiannya yang tidak mencukupi. Selepas setahun berulang alik, akhirnya Reichelt mendapat kebenaran bersyarat iaitu ujian itu akan dijalankan dengan dummy. ",
"Namun ketika hari kejadian, Reichelt mengumumkan bahawa dia sendiri yang akan jalani ujian itu dan mengejutkan pihak berkuasa. Malangnya, dia telah menjunam hingga mati dan meninggalkan lubang di tempat dia mendarat.",
"Smolinski dan Blake cuba membuat kereta terbang pertama di dunia, yang akhirnya meragut nyawa mereka biarpun beberapa percubaan awal menunjukkan kejayaan.",
"Kedua-dua jurutera ini menamakan ciptaan mereka sempena bintang di Big Dipper, dan mereka menggabungkan Cessna Skymaster dan Ford Pinto untuk menciptanya.",
"Dalam percubaan awal telah menemui kejayaan-kejayaan kecil. Kemudian, mereka memulakan ujian penerbangan bersama Mizar pada 11 September 1973 di lapangan terbang Venture County, California. Tidak lama setelah berlepas, asap hitam dilihat keluar daripada kereta dan akhirnya terhempas, membunuh kedua-dua jurutera itu.",
"Midgley Jr. mencipta petrol plumbum dan bahan sintetik yang digunakan di dalam penyaman udara dan penyejukan, polio kontrak, dan mati di ruang yang diciptanya bagi membolehkan dia bergerak masuk dan keluar daripada katil.",
"Umum dimaklumkan bahawa kematiannya merupakan satu kemalangan. Tetapi secara peribadi, kesnya adalah bunuh diri menurut The New York Times Magazine.",
"Jimenez, seorang pengukir di sebalik kerja yang dikenali sebagai “Blucifer” di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, telah meninggal dunia setelah kepingan arcanya jatuh ke atasnya.",
"Jimenez telah bekerja secara kontrak untuk membuat arca itu dan mengusahakannya selama hampir satu dekad. ",
"Arca seberat 9,000 paun dengan 32 kaki tinggi itu longgar daripada pemegangnya ketika dipindahkan dan Jimenez tersangkut di besi keluli arca tersebut, mengakibatkan kakinya cedera teruk di bahagian arteri. Dia mati sebelum sempat tiba di hospital.",
"Curie meninggal dunia disebabkan “aplastic pernicious anemia” iaitu suatu keadaan ganjil melibatkan gangguan penghasilan sel-sel darah yang serius setelah tulang sum-sum rosak. Curie meninggal 31 tahun selepas memenangi Hadiah Nobel pertamanya. Penyakit ini berpunca daripada bahan radioaktif yang digunakan sepanjang beliau bekerja.",
"Rush adalah tambahan terkini kepada senarai pencipta yang maut kerana ciptaan sendiri.",
"Rush bersama empat yang lain di atas kapal selam Titan telah hilang pada 18 Jun 2023 ketika dalam pelayaran ke bangkai kapal Titanic. Kehilangan sub ini melancarkan misi mencari dan menyelamat telah berlangsung selama lima hari sehinggalah pada 22 Jun, pegawai pengawal pantai mengumumkan bahawa kapal tersebut telah meletup di 1,600 kaki dari bangkai kapal Titanic.",
"Titan, telah dicipta oleh Rush untuk meneroka bangkai kapal Titanic sebagai sebahagian daripada usaha pelancongan pengembaraan yang besar.",
"Namun, bukti-bukti menunjukkan Rush mungkin telah mengabaikan nasihat daripada orang sekeliling mengenai ciri-ciri penting Titan yang perlu diambil perhatian sebelum berlepas.",
"Karl Stanley, seorang rakannya yang merupakan pemilik sebuah syarikat penerokaan laut dalam menyatakan bahawa dia bersama dengan Rush telah melakukan ujian menyelam bersama Titan pada tahun 2019. Tetapi menurutnya, amaran telah diberikan kepada Rush tentang bahaya sekiranya Rush tidak sabar. Bukti menunjukkan adanya kecacatan pada Titan, tetapi belum diketahui secara terperinci apa kecacatannya.",
"Namun, Rush tidak mengendahkan amaran tersebut.",
"https://www.businessinsider.com/inventors-killed-by-died-from-their-own-inventions-2023-6#william-bullock-3"
] |
https://ajar.com.my/2023/07/07/kenapa-aligator-berada-di-padang-golf/ | KENAPA ALIGATOR BERADA DI PADANG GOLF? | [
"Satu berita mengejutkan semalam (5/7/2023), seorang wanita berumur 69 tahun maut dibunuh oleh seekor aligator di Florida ketika sedang mengambil angin petang bersama anjingnya berhampiran sebuah lagun yang bersempadan dengan sebuah taman golf.",
"Jasad wanita tersebut ditemui terbaring di pinggir lagun sambil diawasi reptilia itu menyebabkan usaha menyelamat sukar dijalankan.",
"Kejadian ini merupakan kes kedua di daerah tersebut yang melibatkan serangan maut oleh aligator.",
"Sebelum itu, seorang wanita tua berumur 85 tahun turut maut kerana cuba menyelamatkan anjingnya yang diterkam seekor aligator sepanjang tiga meter yang secara tiba-tiba muncul daripada air berhampiran. Enam pegawai hidupan liar telah berjaya menangkap reptilia tersebut daripada terus mengancam penduduk setempat.",
"Tetapi, tahukah anda, kemunculan-kemunculan reptilia ini di Florida adalah perkara biasa? Dan antaranya adalah di kawasan padang golf.Mengapa begitu?",
"Bayangkan anda sedang berdiri, menikmati kehijauan padang golf yang luas terbentang sambil disinari cahaya matahari. Ataupun sambil bersedia untuk menghirup kopi di tangan. Tiba-tiba, anda terlihat seekor aligator sedang bergerak-gerak di dalam air berhampiran. Haa, seram ke, teruja? Mesti seram kan? Tu tak ambil kira saiz badannya yang sama saiz dengan badan kita, atau mungkin lebih besar.",
"Situasi inilah yang sering dihadapi oleh para pemain golf di sana. Sehinggakan ada warga di sana memuatnaik status di Facebook dengan mengucapkan selamat datang ke Florida, rumah bagi Jurassic Park. Fuh!",
"Status ini dimuat naik berikutan satu kes viral yang pernah berlaku pada bulan Februari tahun ini.",
"Terdapat seekor aligator raksasa berjalan-jalan di padang golf dengan ukuran yang tidak jelas, tetapi aligator yang terpanjang pernah tercatat di Florida adalah berukuran 4.3 meter dengan 470 kilogram berat. Menurut seorang warga yang berada di tempat kejadian menyatakan bahawa aligator yang dilihat itu adalah aligator terbesar yang pernah dilihatnya sepanjang hidup di sana.",
"Percaya atau tidak, padang golf adalah antara destinasi utama bagi aligator ‘melepak’ di Florida. ",
"Menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida, terdapat kira-kira 1.3 juta aligator di Florida, dan kebanyakannya boleh didapati di padang golf.",
"Ini kisah terbaru. Kita cuba amati kisah tahun-tahun sebelumnya.",
"Pada hujung tahun 2020, situasi yang sama juga mengejutkan warga Florida apabila aligator gergasi sepanjang 10 kaki dilihat berjalan di sepanjang padang golf Naples, Florida.",
"Pada bulan Mei 2020, sekumpulan pemain golf di Hilton Head, South Carolina merakamkan pergaduhan antara dua aligator besar yang berlangsung kira-kira selama dua jam.",
"Pada bulan Ogos 2019, aligator setinggi 7 kaki dilihat bersama pemain golf di Florida. Kemudian pada April 2019, seekor aligator diduga terpisah daripada kumpulannya apabila terlihat di lapangan lain di Hilton Head yang berlari laju, menimbulkan kekecohan antara pemain golf.",
"Persoalannya, kenapa reptilia ini boleh melepak di sini?",
"Hal ini kerana reptilia adalah berdarah sejuk, yang bermaksud mereka bergantung kepada matahari untuk mengawal suhu badan. Padang golf menyediakan persekitaran yang sempurna untuk reptilia ini dengan adanya kolam dan tasik dengan air cetek, yang membolehkan mereka berjemur di bawah sinar matahari dan mengawal suhu badan mengikut keperluan.",
"Aligator suka tinggal di habitat air tawar dengan banyak tumbuhan dan terbuka kepada matahari. Malangnya, pembandaran telah memusnahkan banyak habitat semula jadi mereka dan meninggalkan pilihan yang terhad kepada mereka. Biarpun wujudnya usaha pemuliharaan untuk melindungi reptilia ini dan habitat mereka, namun masih tidak mencukupi untuk memerangi kesan negatif kegiatan pembandaran.",
"Oleh itu, tindakan manusia yang sering mengganggu habitat semulajadi mereka mengakibatkan mereka mencari padang golf sebagai alternatif mudah untuk teruskan kehidupan. Dengan banyak air, kawasan berumput, dan mangsa yang berpotensi. Ditambah pula, ruangan yang luas terbentang amat diperlukan oleh reptilia ini untuk berkembang maju.",
"Harus diingatkan bahawa aligator merupakan sejenis makhluk reptilia yang agresif, lebih-lebih lagi dalam mempertahan ruang mereka. Di Florida, aligator merupakan haiwan pemangsa utama. ",
"Aligator merupakan crocodilians dalam genus Alligator keluarga Alligatoridae. Terdapat dua spesies aligator iaitu Amerika dan Cina.",
"Aligator dan buaya (crocodile) adalah daripada keluarga berbeza. Bentuknya juga adalah berbeza. Aligator mempunyai muncung lebih lebar dan bulat. Manakala, buaya (crocodile) mempunyai muncung berbentuk V yang lebih runcing.",
"Bagi kawasan habitat, buaya (crocodile) lebih menggemari air masin, manakala aligator lebih menyukai air tawar. Hanya di Florida Selatan, kedua-dua jenis reptilia ini wujud bersama.",
"Aligator Amerika mendiami di sebahagian besar tenggara Amerika Syarikat, terutamanya di Louisiana, Florida, dan Georgia. Mereka tinggal di kawasan air tawar, tasik, dan paya. Satu perempat daripada populasi mereka terdapat di Florida.",
"Secara puratanya, reptilia ini boleh membesar sehingga 800 paun dengan 13 kaki panjang. Aligator betina mempunyai kecenderungan untuk menjadi lebih kecil daripada aligator jantan. Manakala, purata jangka hayat hidup mereka adalah 35-50 tahun di alam liar, dan 60-80 tahun sekiranya dalam jagaan manusia.",
"Tetapi, aligator ni makan manusia tak?",
"Tak. Manusia bukan makanan mereka. Manusia diserang hanya kerana reptilia ini berasa diancam dan menimbulkan ketakutan semulajadi mereka kepada manusia.",
"Makanan reptilia ini ialah ikan, burung, penyu, pelbagai mamalia, dan haiwan reptilia lain. Sekiranya saiznya cukup besar, maka mereka akan memakan mangsa yang lebih besar seperti rusa atau beruang. ",
"Apabila aligator menangkap sesuatu yang terlalu besar untuk dimakan, maka setelah mengenakan satu gigitan, aligator akan menenggelamkan mangsanya dengan ganas dan memutarnya di dalam air. Tindakan ini disebut sebagai ‘pusingan kematian’. Kemudian, mangsa yang mati akan disimpan beberapa hari untuk membolehkan berlakunya proses penguraian dan mudah dimakan setelah itu."
] |