url
stringlengths 41
165
| headline
stringlengths 9
135
| content
sequence |
---|---|---|
https://ajar.com.my/2018/03/06/3-topik-matematik-tambahan-paling-susah-2/ | 3 Topik Matematik Tambahan Paling Susah | [
"Tonton versi video di sini",
"Matematik Tambahan mungkin satu – satunya subjek yang disepakati secara ijmak oleh semua pelajar aliran sains sebagai subjek yang paling memeningkan dan susah.",
"Pening sebab dalam kelas ternganga, bila buka buku tak faham apa, dan bila buat latihan tak tahu nak mula macam mana.",
"Kurang – kurang tulis je la balik soalan tu",
"Dan susah sebab markah periksa lagi sikit dari jumlah jari tangan dan jari kaki. Kalau waktu tingkatan satu sampai tiga kita biasa dapat A dalam matematik, abang dia matematik tambahan boleh saja membuli dan menjatuhkan air muka kita..",
"Dalam subjek matematik tambahan sendiri ada topik yang lagi susah dari yang lain, jadi artikel ini senaraikan tiga topik matematik tambahan yang paling susah!",
"3) PEMBEZAAN / DIFFERENTIATION",
"Pembezaan atau differentiation sebenarnya tidaklah susah sangat. Tapi ia sukar difahami pada pertama kali kita diperkenalkan sebab ia mengajar satu konsep baru dalam matematik. Ia ubah cara kita pandang matematik, dan cara kita pandang dunia.",
"Pembezaan adalah pengenalan awal kita kepada kalkulus. Apa tu?",
"Mudahnya, cuba kita tengok garisan ini. Kalau cikgu suruh kita cerita pasal garisan ni, apa kita jawab?",
"hai",
"“Nak cerita apanya cikgu, ini contengan lah. Cerita pasal kawan sebelah saya ni bolehlah, semalam Aisyah clash dengan dia.”",
"Tapi dengan kalkulus kita disuruh mengorek cerita garisan ni, dengan bahasa matematik!",
"Apa persamaan yang lahirkan garisan ni? Apa nilai maksimum dan minimum? Apa kadar kecerunan, kadar perubahan? Ini cerita – cerita yang kita boleh korek daripada satu garisan yang kita anggap lekeh ni, dengan menggunakan bahasa pembezaan.",
"Lagi seronok dari cerita Badang",
"Eh, matematik ni bukan tambah tolak darab bahagi je ke?",
"Tapi mujur pembezaan ni bukanlah susah, senang je nak selesaikan. Formula pun tak banyak. Cuma perlu hadamkan jadual ini je.",
"Senang je",
"2) PERSAMAAN KUADRATIK",
"Alahai persamaan kuadratik. Ini bab yang paling awal yang buat manusia menyerah kalah dengan matematik tambahan. Sebab apa bab ini susah? Mari kita berkenalan dulu dengan persamaan kuadratik.",
"Bentuk umum persamaan kuadratik adalah",
"b dan c boleh bersamaan 0",
"Dan ini pula bentuk graf yang dihasilkan oleh persamaan itu.",
"Cik adik, kalau a pada muka cik adik lebih dari kosong, mesti lagi manis.",
"Tadi kita ada sebut tentang cerita dan masalah yang kita kena analisa berdasarkan garisan yang kita anggap tak istimewa ni. Hakikatnya masalah yang kita kena analisa berdasarkan satu persamaan kuadratik adalah cukup panjang dan kompleks, mengalahkan drama Korea. Kot. Saya tak tengok drama Korea.",
"“Apa hang kata?”",
"Untuk satu persamaan kuadratik, permasalahan yang perlu dikeluarkan dan diselesaikan:",
"Peta minda persamaan kuadratik",
"Ai banyaknya masalah dari satu persamaan. Rasanya kehidupan berumah tangga pun tak banyak masalah macam ni (ditulis sebelum kahwin, nanti lepas kahwin kena semak balik)",
"Jadi topik ini sebenarnya suruh kita buka mata dan hargai perkara yang kita rasa mudah. Garisan ringkas macam ini pun ada banyak penceritaan kalau kita mahu analisa.",
"1) PENGAMIRAN / INTEGRATION",
"Astaghfirullah. Pengamiran.",
"Topik ini bukan setakat susah waktu SPM, tapi jadi igauan dan mimpi ngeri di Universiti.",
"Yang faham faham lah",
"Pengamiran ini apa? Ringkasnya, ia adalah versi terbalik pembezaan. Kita ambil lengkungan tadi.",
"Sekarang, katakan kita mahu cari keluasan lengkungan tersebut, macam mana kita nak buat? Bentuk dia tak sekata, jadi kita tak boleh gunakan formula mencari keluasan petak, atau bulatan, atau segi tiga yang kita tahu.",
"Jadi, apa yang kita boleh buat adalah dengan melukis beberapa bentuk petak untuk menganggar secara kasar luas lengkung tersebut. Ye lah, sebab keluasan petak kita senang cari. Ini permulaan yang baik, tapi masalahnya, banyak kawasan yang tak termasuk dalam pengiraan.",
"Jadi kita pun tambahkan lagi bilangan petak. Keluasan jadi makin tepat. Dan kita tambah lagi, sampailah keluasan lengkung jadi makin lama makin tepat.",
"menambah petak untuk kira keluasan",
"Dan bila kita kecilkan keluasan petak tersangat – sangatlah kecil, kita akan dapat satu nilai keluasan yang tepat. Kemudian bolehlah kita jadikan ia satu formula matematik yang kita panggil pengamiran.",
"Formula pengamiran vs pembezaan",
"Jadi pengamiran ni nombor satu pada tahap kesusahan sebab formula dia lagi pening dan leceh berbanding pembezaan?",
"Bukan tu je!",
"Pengamiran susah sebab ada banyak cara pengamiran.",
"Bukan saja cara – cara pengamiran ini kompleks dan melangkau beberapa disiplin matematik macam trigonometri dan nombor kompleks, kebiasaannya cara – cara pengamiran yang banyak itu hanya boleh digunakan pada masalah tertentu dan tidak yang lain!",
"Jadi anda perlu tahu cara gunakan teknik pengamiran, dan bila nak gunakannya, dan untuk masalah yang mana satu, dan yang penting, tak boleh cuai!",
"Maka layaklah pengamiran dinobat topik matematik tambahan paling susah.",
"“Tak tau nak bangga ke tak” – En Pengamiran",
"Kesimpulan",
"Kesimpulannya, ada beberapa topik matematik tambahan yang susah berbanding yang lain. Mungkin senarainya berbeza untuk setiap orang. Mungkin ada orang yang tak anggap matematik ni macam makan biskut untuk mereka (Aiman). Jadi, ketahui mana satu yang kita lemah, dan fokus untuk menguasainya.",
"Atau tinggalkan soalan tu waktu periksa, fokus dulu yang lain."
] |
https://ajar.com.my/2018/03/07/uji-akal-pemotong-rambut/ | Uji Akal – Pemotong Rambut | [
"Kedai pemotong rambut mana yang anda mahu pergi?",
"Jawapan:"
] |
https://ajar.com.my/2018/03/07/ada-beza-ke-bila-kita-masuk-sekolah-elit-dan-sekolah-biasa-biasa/ | Ada Beza ke Bila Kita Masuk Sekolah ‘Elit’ dan Sekolah ‘Biasa – biasa’? | [
"Waktu tahun ketiga Universiti kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk selesaikan projek semester tersebut. Mulanya saya macam biasa lah, tak kisah sangat kumpulan mana dapat. Kumpulan kali ni saya seorang Melayu, seorang China dan 3 orang Mat Saleh. Bagus juga bahagi kumpulan rawak ni, boleh buat member baru.",
" Tapi rupa – rupanya tekaan saya salah. Rupa – rupanya kumpulan tak dibahagi secara rawak, tapi berdasarkan markah yang diperoleh semester lepas. Maksudnya, kumpulan saya semuanya dapat markah yang lebih kurang, err… biasa – biasa. Dan geng – geng first class dikelompokkan bersama sesama mereka.",
"Maka apa yang berlaku adalah macam yang dijangka. Geng – geng first class kekal dapat markah yang tinggi dan kumpulan – kumpulan markah biasa – biasa macam kami kekal dengan … markah biasa – biasa.",
"Timbullah rasa tak puas hati. Bukan tujuan datang universiti nak belajar ke? Nak belajar dengan lecturer, nak belajar dengan kawan coursemate yang pandai – pandai. Sebahagian coursemate first class ada yang dah kerja industri, yang dah tau selok belok buat report, dan dah dilatih dengan prosedur engineering design. Maka kalau mereka diasingkan oleh universiti daripada kumpulan kitorang yang tak banyak ilmu dan pengalaman, semata – mata untuk bentuk satu kumpulan elit yang akan skor tinggi dalam assignment, macam mana kami di bawah nak belajar dan perbaiki keputusan kami?",
"Memanglah kumpulan mereka ‘elit’, sebab memang mereka dari awal dah bagus!",
"Tapi sebenarnya bila difikirkan balik, persoalan yang tengah difikirkan ni juga terpakai dengan sistem pendidikan yang kita lalui berbelas – belas tahun. Iaitu pembezaan sekolah ‘elit’ dan ‘sekolah biasa – biasa’. Apa hakikat perbezaan antara dua jenis institusi pendidikan ni?",
"Tapi macam mana kita nak nilai klaim bahawa ‘Sekolah SBP dan MRSM lagi baik berbanding sekolah SMK’?",
"Pertama sekali, kita dihadapkan dengan masalah fundamental bahawa secara individu, mustahil untuk kita bandingkan secara mutlak antara kedua – dua jenis sekolah ni. Sebab kita tak boleh hidup dua kehidupan serentak, satu di SBP, dan satu di SMK (duhh). Maka apa yang kita boleh bandingkan adalah mungkin pembelajaran kita di SMK waktu tingkatan 1 sampai 3, kemudian pembelajaran kita di SBP waktu tingkatan 4 sampai 5. Tapi mana kita tau kot kalau kita terus belajar di SMK sampai tingkatan 4 dan 5 sama je pembelajaran kita? Kalau kita skor straight A waktu di SBP, mana kita tahu kita tak akan jua skor straight A di SMK?",
"Itu belum lagi bila kita masukkan juga faktor lain, tingkatan 4 tu kebetulan cikgu yang kita suka ajar kita, orang yang buli kita dah pindah, sekolah kita dapat pertolongan kewangan menteri dan construction bising buat longkang 200 m dari kelas kita dah habis. Ini semua jadikan perbandingan terus antara kehidupan SBP dan SMK kita amat sukar jika tak mustahil. Kita bukan hidup sebagai alat uji kaji makmal.",
"Jadi sebenarnya apabila dibuat perbandingan SBP dan SMK, ia adalah berpandukan elemen pihak ketiga. Testimoni orang, apa kita baca dalam surat khabar dan yang paling besar sekali, keputusan peperiksaan awam.",
"Umumnya, semua orang pasti setuju bahawa MRSM dan SBP secara umumnya peroleh keputusan SPM yang lagi baik berbanding SMK. Jadi terjawablah persoalan kita, betul? “Sekolah SBP dan MRSM lagi baik berbanding sekolah SMK sebab keputusan SPM sekolah – sekolah elit tu lagi tinggi”.",
"Tapi nanti dulu, kalau macam tu, kenapa boleh wujud pelajar – pelajar SMK yang cemerlang teruk dalam SPM? 13, 14 A+. Malah kadang – kadang lagi dahsyat daripada pencapaian pelajar SBP dan MRSM dalam sejarah.",
"Maka ini membawa kita kepada cerita asal saya tentang pelajar elit tadi. Sekolah SBP dan MRSM boleh skor cemerlang dalam SPM sebab yang dimasukkan belajar dalam institusi – institusi tersebut memang dah cemerlang dari awal. Mereka ambil talent pool daripada sekolah – sekolah SMK dan meninggalkan pelajar yang kurang berkemahiran pelajar tinggal di sekolah – sekolah tersebut. Kecuali untuk beberapa pelajar special case yang mungkin tiada rezeki ke SBP atau memang sengaja pilih untuk kekal di SMK.",
"Jadi ini membawa kita kepada kesimpulan awal “Bukan sekolah yang tentukan kecemerlangan pelajar – tapi pelajar itu sendiri” Pelajar yang memang cemerlang akan cemerlang tak kiralah di SMK atau SBP atau UM atau Sheffield.",
"Pernyataan ini jugak bermasalah. Sebab kita tau sekolah – sekolah top ni ada fasiliti – fasiliti yang mantap (tak berapa apply pada sekolah saya kot, haha). Jadi fasiliti – fasiliti ini dah pasti dapat hasilkan output pelajar yang lagi baik berbanding sekolah miskin, betul?",
"Emm… ada kebenaran, tapi tak berapa tepat. Pertama, sebab ini cuma nilaian aspek material, dan kedua, Ia bergantung pada pelajar itu sendiri juga sebenarnya. Bagilah mai makmal world class, perpustakaan 8 tingkat, aplikasi blackboard tahap batcave pun, kalau member nak tuang kelas main Dota, tak jadi jugak.",
"Tapi sekolah itu sebenarnya boleh dinilai baik atau buruk, lemah atau kuat, berdasarkan faktor by design dan by premise. Apa yang sekolah tu nak capai, dan apa matlamat utamanya, berdasarkan premis dan identiti yang membentuk sekolah tersebut.",
"Macam mana contoh sekolah yang berbeza by design and premise? Contohnya Maahad Tahfiz premis utamanya adalah melahirkan pelajar yang hafaz Quran. Maksudnya tak ada mak ayah yang letak anak belajar Tahfiz untuk hafal Das Capital. Begitu juga semacam sekolah agama dan MRSM Ulul Al bab. Premis mereka adalah keseimbangan nilai agama dan keilmuan ‘sekular’.",
"Dengan kata lain, sekolah yang baik, menurut pandangan saya, adalah sekolah yang miliki acuan yang baik, yang dibentuk secara by design oleh premis dan objektif awal. Semua pelajar satu Malaysia, tak kira cemerlang atau tak, akan melalui SPM. Tapi tak semua akan dapat peluang lalui acuan yang baik.",
"Dan dengan acuan yang baiklah saya percaya dapat melahirkan satu natijah yang paling besar dan paling sukar diperoleh oleh kesemua institusi di dunia. Bi’ah Solehah. Saya percaya, pengalaman melalui budaya dan suasana Bi’ah Solehah lebih berharga daripada sekalian ‘A+’ dalam dunia.",
"Asasnya, mesej yang saya cuba nak sampaikan adalah jangan terlampau obses dengan perbandingan keelitan sekolah yang anda diberi rezeki lalui. Jika anda tak dapat rezeki ke SBP atau MRSM atau sekolah ‘elit’ yang lain, jangan rendah diri dan jadikan seolah – olah itulah penentu nilaian diri anda. Jika anda lepasan sekolah ‘elit’, jangan sombong dan menganggap rezeki akan jatuh ke riba.",
"Begitu juga, saya beranggapan pemilihan sekolah dan institusi pendidikan yang baik sepatutnya tak berdasarkan keputusan SPM semata – mata. Perlu dinilai identiti dan premis sekolah tersebut, walaupun mungkin belum terkenal. Dan paling utama, sekolah yang memiliki Bi’ah Solehah adalah satu nikmat."
] |
https://ajar.com.my/2018/03/07/10-sekolah-terbaik-stpm-2017/ | 10 Sekolah Terbaik STPM 2017 | [
"Keputusan STPM tahun ini lagi cemerlang dari tahun lepas. (STPM) 2017 meningkat dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional naik kepada 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.",
"Tapi biasalah, setiap kali keputusan peperiksaan awam besar diumumkan, kita tak minat sangat nak tahu statistik, nombor – nombor. Kita sama ada nak tahu anak penakan kita berapa A, atau sekolah lama kita dulu nombor berapa dalam senarai. Walaupun dah 30 tahun tinggal sekolah.",
"Jadi inilah senarai 10 sekolah terbaik STPM 2017, dengan sumber dari Harian Metro"
] |
https://ajar.com.my/2018/03/12/kenapa-kita-periksa/ | Kenapa Kita Periksa? | [
"Tonton versi video di sini",
"Pelajar Malaysia dengan periksa memang dah macam kacang dengan kulit. Mana tidaknya, peperiksaan bermula sejak darjah satu! Sekurang – kurangnya kita hadapi periksa 4 kali setahun. Bermakna jika anda ambil SPM, anda sudah ambil periksa paling kurang 40 kali.",
"Banyak tu!",
"Tapi tak cukup lagi, sebab anda akan hadapi lagi peperiksaan – peperiksaan pra – uni, diploma, A – level dan sewaktu ambil sarjana 3 ke 5 tahun.",
"Dalam berpuluh – puluh peperiksaan yang kita ambil itu pula ada beberapa peperiksaan besar peringkat kebangsaan semacam UPSR, PMR (sebelum diganti PT3), dan SPM. Peperiksaan seragam peringkat antarabangsa pula seperti A – level dan International Baccalaureate.",
"Peliknya, kalau ditanya semua orang apa perkara paling dibenci waktu zaman sekolah, pasti peperiksaan akan dapat sekurang – kurangnya senarai tiga teratas. Sistem yang dibenci secara ijmak ini bagaimanapun diteruskan tanpa ada isyarat akan dihentikan dalam masa terdekat.",
"Maka berkumandanglah soalan berikut setiap kali beberapa hari sebelum peperiksaan:",
"“Kenapa kita periksa?”",
"Dari Mana Datang?",
"Untuk menjawab soalan kenapa, biasanya kita kena telusuri dulu sejarah dan cerita panjang soalan kita. Dalam kes peperiksaan, kena tahu dari mana datang, sejak bila?",
"Sejarawan jejak sistem peperiksaan ini berasal dari China. Ya, China. (Patutlah stereotaip asian genius tu wujud)",
"Dari awal abad ke – 7, Kerajaan China bentuk satu peperiksaan awam bernama Keju. (Tak, tak ada lawak pasal susu terfermentasi tu. Artikel ini ada standard)",
"Tujuan peperiksaan ini, adalah untuk lahirkan penjawat awam yang berkedudukan tinggi, supaya dapat berkhidmat dengan maharaja.",
"Sistem peperiksaan ini pula sangat susah, dan sangat penting sebab ujian inilah yang akan tentukan masa depan, kedudukan hierarki dalam masyarakat dan gaji. Lantaran kepentingan untuk berjaya dalam peperiksaan ini, lahirlah lah pula aktiviti peniruan dalam peperiksaan. Macam sekaranglah, penulis tak buat lah tapi.",
"Cuma bezanya, orang yang kena tangkap meniru, boleh kena hukum bunuh di situ juga. Kalau Kementerian Pendidikan buat sistem gini sekarang entah berapa lama entah kena kecam netizen.",
"Dalam dunia Islam pun ada sistem ujian sebenarnya, contohnya cikgu – cikgu yang akan menguji hafazan Quran anak murid. Dalam bidang hadis pula, di Kairouan, pelajar yang lepasi pendidikan dan ujian hadis akan diberi sijil bernama Bil Haq al – Riwayah yang bermaksud ‘kebenaran untuk meriwayatkan hadis’",
"Pernah dengar tak istilah Bil Haq al Riwayah ni? Macam biasa dengar pula kan? Menurut Dr Bilal Philips, istilah Bil Haq al Riwayah kemudian dipinjam orang Barat dan diubahsuai menjadi Baccalaureate.",
"Jadi untuk pelajar International Baccalaureate, ini asal usul Diploma pelik ‘pressure cooker’ yang anda ambil dua tahun tu.",
"Maka sistem peperiksaan ini sebenarnya berasal dari Timur, hanya pada abad ke – 19 lah Barat mula guna pakai sistem ini.",
"Kelakarnya, beberapa abad kemudian, semua orang Timur pula kemudian guna pakai pula model ‘peperiksaan Eropah’.",
"Ini adalah kes klasik cikgu yang menjadi anak murid.",
"Di Malaysia pula, peperiksaan besar peringkat negara bukanlah sesuatu yang lama. Ia sistem yang agak baru apabila diwujudkan pada tahun 1980 – an. SPM peringkat seluruh Malaysia pula bermula pada tahun 1987.",
"Kenapa Periksa?",
"Jadi kita sudah bincangkan sedikit tentang sejarah periksa. Bolehlah kita mula menjawab soalan kenapa kita periksa.",
"Ada 2 dimensi jawapan untuk soalan ini, ada jawapan mudah, dan jawapan yang mendalam, menyentuh tentang sistem.",
"Versi mudahnya, peperiksaan digunakan untuk mengukur perkembangan pelajar. Macam mana nak tau pelajar belajar sesuatu dan bukan menganga tengok halkum cikgu? Kita beri dia ujian. Kalau pelajar tu boleh jawab, kita tahulah dia belajar.",
"Ujian juga boleh tolong kita untuk tolong pelajar dalam akademik. Kalau dia gagal dalam ujian sains, boleh lah kita tahu yang dia lemah sains. Maka boleh lah kita beri dia intervensi.",
"Itu jawapan mudah yang biasa kita dengar, iaitu berkisar tentang anak murid. Tapi sebenarnya sistem peperiksaan ini pergi lagi dalam, apabila ia bermain dalam arena negara dan dunia.",
"Sistem peperiksaan berkembang dahsyat sebab nak memenuhi permintaan revolusi industri yang seolah – olah memarketkan sistem pendidikan. Timbul di sini satu watak utama yang baru dalam perbincangan kita – data.",
"Antara fungsi sistem peperiksaan adalah nak membolot sebanyak mungkin data akademik pelajar, sebagaimana model syarikat korporat yang nak membolot sebanyak mungkin data pelanggan dan bakal pelanggan.",
"Jadi macam mana orang atasan nak dapatkan data sebanyak mungkin?",
"Rasanya kita semua pernah alami sendiri jawapan dia, ia dengan mereka kumpulkan puluhan ribu pelajar dari seluruh negara, suruh mereka beramai – ramai ambil satu peperiksaan besar – besaran yang standard, semua orang jawab set soalan yang sama, dan berpusat – biasanya di bawah kawalan dan seliaan Kementerian Pendidikan negara tersebut.",
"Jadi kerajaan (atau badan swasta) nak kumpulkan sebanyak mungkin data pendidikan pelajar. Tapi data pendidikan yang macam mana?",
"Cerita tentang pelajar Tingkatan 5, Abu tolong kawan dia belajar fizik pukul 3 pagi? Cerita tentang Minah gagal matematik banyak kali tapi tak pernah berhenti jumpa cikgu?",
"Data mestilah senang dikira, objektif, kuantitatif dan kompak. Cerita – cerita di atas, walaupun menyentuh hati, tak boleh dimuatkan dalam sijil. Jadi semua nilai pendidikan perlu dikecilkan dalam bentuk abjad: A B C D dan nombor : CGPA 3.5 atau 4.0 dll.",
"Jadi apabila dah dapat banyak data yang boleh dikira ini, apa yang boleh dibuat? Banyak. Data tersebut boleh dianalisi, diproses, dan distatistikkan untuk:",
"Maksudnya banyaklah faedah peperiksaan ni! Mesti tak ada orang komplen kan? Mesti yang merungut kata peperiksaan ni tak baguslah, stress, rosakkan nilai pendidikan, ini semua mengada – ngada je betul? Memanglah banyak kau orang merungut, sebab gagal periksa, kan?",
"….",
"Masalah Sistem Peperiksaan",
"Sebenarnya masalah dengan sistem peperiksaan memang banyak dibincang dan ditulis dalam buku dan jurnal akademik. Siap ada gerakan lagi yang nak minta dibatalkan langsung sistem peperiksaan peringkat kebangsaan.",
"Krisis dengan sistem peperiksaan ini adalah pada 3 dimensi:",
"Peperiksaan sangat ditakuti oleh pelajar sebab sifatnya yang ‘high stake’. Peperiksaan yang kita ambil mungkin sekali saja seumur hidup digunakan untuk tentukan masa depan, masuk universiti mana, kerja apa, biasiswa berapa, jumlah hutang, jadi mana tak tertekan?",
"Masalah tekanan periksa sangat menjadi – jadi di negara Asia semacam China, sampai ada fenomena exam fever, iaitu kemurungan yang melampau bila menjelang peperiksaan, hinggalah membawa pada membunuh diri.",
"Peperiksaan juga bertanggungjawab mengecap cap ‘gagal’ dalam kalangan budak – budak berumur seawal 7 ke 8 tahun. Dan ini sudah pasti akan datangkan masalah psikologi apabila mereka meningkat dewasa.",
"Menarik juga, apabila peperiksaan menghierarkikan pelajar, memisahkan mereka mengikut martabat dan kategori. “Top scorer” akan duduk kelas atas dan “low scorer” duduk kelas bawah. Maka akan wujudlah isu antara dua darjat, top scorer akan terus maju, sedangkan low scorer akan terus corot.",
"Dari segi sistem, lantaran pelajar terdesak dan tertekan nak skor tinggi kerana itulah penentu nilai diri mereka, maka kes meniru makin lama makin teruk. Ye lah, orang kampung pun tak kisah faham atau tidak apa yang mereka belajar, yang paling penting berapa A dalam sijil. Maka baik meniru je asalkan tak kena tangkap, kan?",
"Dan sebab keputusan peperiksaan sangat – sangat dipandang penting, timbul banyak bisnes tuisyen semata – mata untuk bantu skor periksa. Itu saja tujuan penubuhan mereka.",
"Dan kewujudan buku – buku pelik macam buku skema jawapan tumbuh macam cendawan lepas hujan. Dalam buku tu memang tiada lain melainkan beratus – ratus soalan, skema jawapan, markah jawapan, tahun soalan tu pernah keluar periksa. Buku inilah yang pelajar pegang tiga hari sebelum periksa, dihafal, ditekap atas kepala dan tasmik!",
"Peperiksaan juga mengusutkan nilai pelajar menjadi semata – mata gred dan nombor. Apabila setiap kali lepas periksa orang kampung akan bertanya ‘berapa A’ atau ‘berapa CGPA’. Mereka tak bertanya seronok atau tidak belajar, subjek mana paling suka, atau cikgu mana yang paling mereka sayang.",
"Bagaimanapun yang paling merisaukan adalah kesan peperiksaan terhadap pembelajaran dan ilmu.",
"Kita bukan lagi belajar kerana ilmu, tapi kerana periksa dan terpaksa.",
"Kita belajar untuk cari cara memaksimakan markah periksa, bukan untuk memahami ilmu.",
"Kita menghafal ilmu untuk dimuntahkan balik dalam peperiksaan. Bila habis periksa, kita lupa semua.",
"Dan kita abaikan semua ilmu yang tak ada dalam periksa. Kita tekan suis tutup bila cikgu kata ‘ini tiada dalam periksa’.",
"Kesimpulan",
"Apabila dikorek, pasti kita akan kesan 1001 masalah dengan sistem periksa. Namun hakikatnya walau sebanyak mana pun masalah dengan sistem tersebut, ia sukar dipertikai dari segi praktikalnya. Tambahan pula, amat sukar untuk kita datangkan satu sistem baru berskala besar untuk ganti daya komprehensif dan pragmatik sistem peperiksaan.",
"Namun ada satu cara mudah untuk kita semua, selaku pelajar, untuk buat, dan kena buat.",
"Jangan meniru.",
"Kerana walau sesusah manapun soalan, walau berapa banyak kali pun kita gagal, walau sebesar manapun harapan mak ayah nak tengok kita skor, jangan sekali – kali meniru.",
"Sebab walau seberapa banyak pun sistem pelajaran kita berubah, akan ada satu kebenaran yang tak akan bertukar.",
"Ilmu itu datang dari Allah, dan Allah lah yang akan jadi penguji akhir dan pemberkat ilmu kita."
] |
https://ajar.com.my/2018/03/14/3-nasihat-untuk-pelajar-ke-luar-negara/ | 3 Nasihat Untuk Pelajar ke Luar Negara | [
"Untuk pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara, beberapa nasihat untuk anda:",
"1) Bila sampai ke luar negara, terus cari masjid dan surau. Bumikan diri anda dengan fitrah anda. Tuhan yang sama di Malaysia adalah yang sama juga di UK / Mesir / Australia dll.",
"2) Jumpa kawan tempatan, cuba cari ruang untuk bercakap tentang belief. Faham apa kepercayaan dan budaya mereka. Perkara ni amat jarang kita buat waima sesama pelajar Melayu / Cina / India di Malaysia sekalipun. Atau boleh cuba program tandem learning.",
"3) Cuba cari pengalaman paling berharga yang mungkin anda tak akan dapat di mana – mana melainkan di tempat belajar anda itu. Di samping belajar dan kejar silibus, kenal pasti juga pengalaman macam mana yang paling ’emas’. Kalau saya di UK contohnya, pengalaman paling berharga adalah tengok remaja Inggeris umur 17 tahun peluk Islam depan masjid walaupun tak pernah ada kawan Muslim, tak diajar tentang Islam, dan tak pernah pergi Masjid.",
"Selamat mencari!"
] |
https://ajar.com.my/2018/03/16/5-perkara-untuk-dibuat-selepas-dapat-keputusan-spm/ | 5 Perkara untuk Dibuat Selepas Dapat Keputusan SPM | [
"Alhamdulillah, keputusan SPM 2017 telah diumumkan, dan banyak berita positif yang kita terima. Mungkin ada yang sudah kebas tangan bersalam dengan saudara – mara yang ucap tahniah, mungkin ada yang dah bingkaikan keputusan pada dinding bilik. Atau mungkin ada yang dah fikirkan “apa selepas ini?”",
"Ada beberapa perkara yang boleh dibuat selepas dari anda menerima keputusan SPM tersebut, artikel ini senaraikan lima cadangan yang baik.",
"1) Sujud syukur, ucap alhamdulillah, dan berterima kasih.",
"Mungkin di sebalik kegembiraan terima antara sijil terpenting hidup anda, anda terlupa untuk bersujud syukur dan bertahmid kepada Tuhan Maha Pencipta yang memberi rezeki kejayaan kepada kita.",
"Biasalah, manusia kan memang selalu terlupa.",
"Apapun keputusan yang anda dapat, mungkin dijangka, mungkin tak dijangka, ucapkan pujian dan syukur kepada Allah. Begitu juga, jangan lupa berterima kasih kepada sebanyak mungkin cikgu yang mengajar anda (atau tak mengajar), ibu bapa, kawan – kawan yang berjaga malam ajar kita jawab soalan fizik.",
"Kongsi penghargaan ilmu – ilmu yang kita peroleh dengan mereka semua 🙂",
"2) Dalami diri, fahami apa nak dicapai dalam hidup.",
"Mungkin sepanjang waktu cuti selepas SPM kita ‘hadiahkan’ diri kita dengan rehat berbulan – bulan. Ialah, honeymoon kan? Dah penat lelah belajar untuk periksa SPM dua tahun apa salahnya cuti main Dota, Hearthstone, Mobile Legends, panjat tangga ranking 3 bulan ye dak?",
"Boleh jadi hati dan minda kita terbeku, keruh dan berkarat disebabkan ke’mandom’an yang begitu lama. Kemudian sekarang tersentak pula dengan kewujudan sekeping ijazah.",
"Jadi, inilah masa untuk kita kembali ‘berfungsi’ semula, dan memikirkan apa sebenarnya yang kita nak capai dalam hidup.",
"Adakah aku nak menyumbang kepada masyarakat, adakah aku sebenarnya nak kumpul duit, hidup senang, adakah aku nak cuba segala benda baru yang menarik dalam hidup tanpa kongkongan, adakah aku nak ikut saja ‘flow’ masyarakat yang selamat dan konsisten, macam mana nak masuk syurga akhirnya…",
"Adakah aku nak sambung belajar, atau nak terus kerja, atau tunggu dulu nak rehat lagi beberapa tahun? Kalau aku pilih pilihan – pilihan ini, sebab apa?",
"Ini mungkin soalan – soalan berat yang kalau boleh kita tak nak tanya. Tapi inilah waktu terbaik untuk anda introspeksi diri anda, tanya soalan – soalan ini. Cari masa terbaik, mungkin atas sejadah selepas solat.",
"Ada orang yang mungkin umur 30 tahun baru tertanya – tanya soalan ini. Anda sangat bertuah kalau berfikir tentangnya sekarang.",
"3) Baca tentang latar belakang kerjaya/ subjek yang diminati waktu belajar.",
"Jika anda sudah miliki cita – cita dan visi tentang kerjaya atau laluan akademik pilihan, maka saya cadangkan anda baca sedikit tentang latar belakang kerjaya atau subjek yang anda minati tersebut waktu belajar.",
"Bukan apa, sebabnya boleh jadi minat kita dulu datang dari pelbagai punca. Boleh jadi kita minat sebab cikgu yang ajar tu seronok, boleh jadi kita minat sebab tahun tu ada watak drama Korea / Inggeris / Melayu yang mahir dalam bidang tu dan kita rasa terinspirasi.",
"Tapi, kalau kita tak bersedia, boleh jadi kita akan terkejut apabila sifat subjek yang kita pelajari itu berubah 180 darjah. Contohnya ambil Bio sebab tak minat matematik, tapi sudahnya berjela – jela statistik kena buat. Atau ambil kejuruteraan sebab minat sains tapi entah ke mana ‘sains’nya.",
"Pembacaan itu pula bukanlah semacam ‘hafal persamaan Navier Stokes sebab itu silibus tahun dua’. Kalau boleh cuba terokai subjek yang kita sukai itu dari segi falsafah dan sejarahnya.",
"Taip dalam google ‘philosophy/ history of engineering/ physics/ biology pdf’ contohnya. Banyak bahan bacaan yang terbaik.",
"Lebih kurang macam nak cari pasangan lah, kalau boleh kita nak tau latar belakang dia, suka makan apa, kenapa dia perangai macam tu, tak cukup sebab kita berkenan sebab terpandang mata je.",
"4) Kaji Laluan Belajar / Biasiswa",
"Setelah itu, boleh lah anda mulakan penerokaan memahami laluan belajar anda ke menara gading, yang dah pasti, akan dimulakan dengan asasi / STPM/ STAM / matrikulasi / A – level / International Baccalaureate dan lain – lain.",
"Jika anda nak belajar dalam negara, lain laluannya. Kalau anda nak belajar dalam negara, lain juga laluannya.",
"Ini carta alir laluan belajar yang anda boleh tempuhi:",
"Begitu juga, kaji prospek biasiswa mana untuk diambil. Banyak lah persoalan yang boleh ditanya pasal biasiswa, siapa yang tawarkan, bila, untuk siapa, untuk belajar ke mana, jumlah tajaan, keperluan minimum dan lain – lain.",
"Relaks, tenang, jangan gelojoh. Kaji sampai anda puas hati dengan maklumat dan pilihan yang anda buat. Kalau terlepas satu dua tajaan sebab anda ralik mengkaji pun tak apa. Yang penting anda yakin bila mengisi kontrak.",
"Antara website baik untuk dirujuk adalah: https://afterschool.my/scholarship",
"5) (Banyak) Tanya Senior",
"Ini mungkin yang paling penting.",
"Pastikan anda banyak bertanya tentang laluan yang anda mahu ambil untuk masa depan anda. Hubungi abang kakak yang dah berkerjaya dan dapatkan maklumat mengenai kerjaya mereka dan bagaimana untuk sampai ke sana.",
"Kadang – kadang ada soalan yang kita malu sebab tanya sebab “eh, macam bodoh je soalan aku ni”. Takpe, tanya je. Kadang – kadang sesetengah soalan tak akan dapat dijawab walau banyak mana pun kita baca, dan hanya boleh dapat melalui pengalaman mereka yang dah lama dalam bidang / pengajian yang kita minati.",
"Yang paling penting, jangan lupa tanya Allah dalam solat Istikharah. Berseronoklah dengan dimensi baru kehidupan anda selepas SPM ya 🙂"
] |
https://ajar.com.my/2018/03/16/senarai-sekolah-terbaik-spm-2017/ | Senarai Sekolah Terbaik SPM 2017 | [
"Berikut adalah senarai sekolah terbaik untuk SPM 2017. Penilaian adalah berdasarkan gred purata sekolah (GPS). Senarai dibahagikan kepada tiga sekolah terbaik keseluruhan, 10 sekolah terbaik MRSM dan 10 sekolah terbaik SBP.",
"Sekolah Terbaik SPM 2017",
"sumber",
"Sekolah MRSM Terbaik 2017",
"Sekolah SBP Terbaik 2017",
"sumber",
"*Senarai tertakluk kepada perubahan dan akan dikemas kini masa ke masa."
] |
https://ajar.com.my/2018/03/18/5-kebolehan-genius-yang-kita-tak-mampu-ikut/ | 5 Kebolehan Genius yang Kita Tak Mampu Ikut | [
"Tonton versi video di sini",
"Kadang – kadang, rasa cemburu juga dengan orang – orang yang kita panggil ‘genius’.",
"Merekalah golongan yang kita biasa nampak skor tinggi dalam periksa, hasilkan ciptaan – ciptaan yang penemuan akademik terbaru, pegang jawatan tinggi akademia, dan dapat jawab soalan cikgu walaupun tidur dalam kelas.",
"Dah pasti, bila kita baca kisah – kisah kebolehan genius, akan timbul rasa kagum dan akan terbit persoalan “Boleh ke aku ikut kegeniusan mereka ni?”.",
"Maka artikel ini senaraikan 5 genius dalam sejarah yang miliki kebolehan yang kita mungkin tak mampu ikuti sepanjang hayat.",
"1. Antonio Magliabechi – Speed Reader yang Gila Buku",
"Antonio Magliabechi, tokoh yang hidup pada tahun 1600, merupakan ahli perpustakaan dan dikenali sebagai bibliomania, iaitu seorang yang gilakan buku. Mungkin jenis gila yang paling bagus.",
"Beliau dikurniakan kebolehan pembacaan buku yang amat laju.",
"Suatu hari ada seorang penulis buku yang cuba menguji daya ingatan Magliabechi, maka dia bawakan satu manuskrip baru yang tak pernah dibaca dan menyuruh Magliabechi baca. Setelah beberapa ketika dengan serta merta Magliabechi pulangkan, mengesahkan dia dah baca keseluruhan buku.",
"Beberapa hari kemudian penulis buku tersebut berpura – pura kehilangan bukunya dan bertanya kalau Magliabechi ingat beberapa perenggan.",
"Magliabechi kemudian menulis semula keseluruhan buku tersebut dengan sempurna siap dengan titik noktah dan koma, langsung serupa dengan yang asal.",
"Magliabechi menghabiskan bacaan sebanyak 40 000 dan 10 000 manuskrip sepanjang hidupnya. Diceritakan dia akan tidur atas katil yang dikelilingi berjilid – jilid buku, yang dihabiskan setengah jam setiap satu, hinggalah dia tertidur.",
"2. Hamka – Menulis Magnum Opus dalam Penjara",
"Bagi siapa – siapa yang banyak menulis tentu setuju tempat dan suasana memang sangat penting untuk hasilkan tulisan. Tambah lagi yang menulis tulisan berat dan akademik, semacam thesis atau jurnal akademik.",
"Itulah sebabnya karya Magnum Opus, masterpiece Hamka sangat mengagumkan, sebab ia dihasilkan dalam penjara.",
"Hamka atau Haji Abdul Malik Karim Abdullah adalah antara ulama ulung Nusantara. Beliau difitnah oleh Parti Komunis Indonesia berkomplot membunuh Presiden Soekarno, dan kemudiannya dihumban dalam penjara.",
"2 tahun dalam penjara, Hamka yang disangkakan akan meringkuk di belakang tiang besi menghasilkan tafsir ulung Nusantara, juzuk 1- 30, 9 Jilid semuanya, sangat berkualiti tinggi, lengkap dengan penjelasan kosa kata, sebab nuzul ayat, munasabat ayat, berbagai – bagai riwayat hadis sehingga diiktiraf universiti al Azhar itu sendiri.",
"3. Srivinasa Ramanujan – Menghasilkan Rumus Matematik dengan Hanya Berimaginasi",
"Ramanujan merupakan seorang ahli matematik ulung India, yang dilahirkan serba kekurangan.",
"Pada waktu muda, beliau mula mencuba – cuba menghasilkan formula dan rumus matematik sendiri, hanya melalui intuisi. Tapi kebolehannya terkekang dengan kehidupan miskinnya di India, dan tak mampu peroleh pendidikan Universiti.",
"Satu hari, seorang ahli Matematik England terkenal, G.H Hardy terima satu surat yang mengatakan ini datang dari seorang prodigi matematik. Mula – mula Hardy tak melayan surat tersebut, kerana beliau sudah banyak dapat surat – surat yang mengatakan mereka dapat selesaikan rumus – rumus matematik, tapi hakikatnya mengarut saja.",
"Ternyata Hardy terdetik melihat surat tersebut. Dia kata “Orang yang hantar ini sama ada penipu atau genius”. Setelah 2 jam meneliti Hardy keluarkan keputusan genius.",
"Sebabnya apabila melihat formula – formula yang ditulis Hardy mengatakan tak ada orang yang boleh berimaginasi hasilkan rumus – rumus ini. Ternyata penghantar tersebut adalah Ramanujan, dan dia kemudian dijemput belajar di Cambridge.",
"Apa yang menakjubkan adalah Ramanujan kemudian menghasilkan 3000 – 4000 rumus matematik yang ditulis dalam buku nota peribadinya. Kalau orang lain hobi mereka kumpul setem, hobi Ramanujan adalah mengeluarkan 5 – 6 teorem baru setiap hari.",
"4. Zhang Heng – Polymath, Multi Genius yang Kuasai Pelbagai Bidang.",
"Dalam sejarah ada segolongan manusia yang istimewa, iaitu yang dipanggil polymath. Mereka adalah multi genius yang kuasai pelbagai bidang ilmu, serta mampu mensintesiskan jaringan ilmu untuk selesaikan masalah kompleks.",
"Mereka adalah golongan yang kita tertanya – tanya, tidur berapa jam sehari?",
"Di China terdapat seorang polymath yang terkenal dalam lipatan sejarah, bernama Zhang Heng.",
"Zhang Heng yang hidup pada zaman Dinasti Han merupakan ahli falak, ahli matematik, saintis, jurutera, pereka cipta, ahli geografi, kartografer, artis, penyajak dan sarjana bahasa.",
"Serius, tidur berapa jam sehari?",
"Antara sumbangan Zhang Heng seperti seismometer, sfera armilari berkuasa hidraulik, pengiraan nombor pi, teori lunar dan gerhana bulan.",
"Walaupun berbakat besar, kerajaan China waktu tu nampaknya seperti tak menghargai beliau kerana bergaji kecil. Lebih kurang nasib tenaga akademik kita jugalah nak dibanding dengan gaji artis.",
"5. Bukhari – Ingatan yang Tersangat Cemerlang",
"Imam Bukhari, atau nama sebenarnya Muhammad bin Ismail digelar sebagai amirul mukminin dalam bidang hadis, dan juga merupakan penulis sahih Bukhari, kitab yang dianggap kedua paling sahih setelah al Quran.",
"Kekuatan Imam Bukhari merupakan satu tanda kekuasaan Allah. Pada waktu beliau berumur 10 tahun, sudah terserlah kehebatan beliau.",
"Bukhari mengatakan: Aku mulai belajar kepada ad-Daakhili dan ulama lainnya. Suatu saat, beliau membacakan satu hadits di hadapan orang-orang (dengan sanad dari) Sufyan, dari Abu Zubair dari Ibrahim… Maka aku berkata kepadanya, “Sesungguhnya Abu Zubair tidak meriwayatkan (hadits) dari Ibrahim”. Ia pun menghardikku. Lantas aku berkata, “Cuba telitilah kembali kitab aslinya”. Ia pun memasuki rumah dan meneliti kembali, kemudian keluar dan bertanya, “Bagaimana penjelasannya wahai anak muda?”. Aku menjawab, “(Yang dimaksud) adalah Zubair bin ‘Adi dari Ibrahiim..”. Beliau lantas mengambil penaku dan membetulkan kitabnya, seraya berkata, “Engkau benar”.",
"Kehebatan hafalan beliau juga tampak ketika Ulama Baghdad mendengar akan kedatangan Abu ‘Abdillâh ke kota mereka. Dengan sengaja, mereka itu mempersiapkan seratus hadits dan kemudian menukar dan merubah matan dan sanadnya. Mereka menukar matan satu sanad dengan teks hadits yang lain, dan begitu sebaliknya. Setiap orang memegangi sepuluh hadits yang nantinya akan dilontarkan kepada Abu ‘Abdillâh sebagai bahan ujian kekuatan hafalannya.",
"Orang-orang pun berkumpul di dalam majlis. Orang pertama menanyakan kepada Imam al-Bukhâri sepuluh hadits yang ia miliki satu persatu. Setiap kali ditanya, Imam al-Bukhâri menjawab, sampai hadits yang kesepuluh, “Saya tahu mengenalnya (hadits itu dengan sanad yang disebutkan). Para Ulama yang hadir pun saling menoleh kepada yang lain dan berkata, “Orang ini (benar-benar) paham”. Sementara orang yang tidak tahu tujuan majlis itu diadakan menilai Imam al-Bukhâri sebagai orang yang lemah hafalannya.",
"Kemudian tampillah orang kedua, melakukan hal yang sama. Dan setiap kali mendengarkan satu hadits, beliau berkomentar sama, “Aku tidak mengenalnya”. Selanjutnya tampil orang ketiga sampai orang terakhir. Dan komentar beliau pun tidak lebih dari ucapan, “Aku tidak mengenalnya”.",
"Setelah semua selesai menyampaikan hadits-haditsnya, Imam al-Bukhâri menoleh ke arah orang pertama seraya meluruskan, “Haditsmu yang pertama mestinya demikian, yang kedua mestinya demikian, yang ketiga mestinya demikian, sampai membenarkan hadits yang kesepuluh. Setiap hadits beliau satukan dengan matan-matannya yang benar. Beliau melakukan hal yang sama kepada para ‘pengujinya’ lainnya sampai pada orang yang terakhir. Akhirnya, orang-orang pun betul-betul mengakui akan kehebatan hafalan beliau"
] |
https://ajar.com.my/2018/03/19/guru-afrika-yang-ajar-microsoft-word-tanpa-komputer-dihadiahkan-komputer-untuk-sekolah/ | Guru Afrika yang Ajar Microsoft Word tanpa Komputer Dihadiahkan Komputer untuk Sekolah | [
"Cikgu sekolah di Ghana yang tular di media sosial dan arus perdana baru – baru ini dihadiahkan habuan yang amat setimpal.",
"Kisah beliau yang mengajar anak murid perisian Microsoft Word di atas papan hitam kerana ketiadaan komputer di sekolah menyentuh hati jutaan orang yang terinspirasi akan kecekalan guru tersebut mengajarkan ilmu.",
"Richard Appiah Akoto, 33, yang merupakan guru Informasi dan Teknologi Komunikasi (ICT) di Betenase M/A Junior High School di bandar Sekyedomase, lebih kurang sejauh perjalanan dua jam setengah dari bandar kedua Ghana, Kumasi.",
"Sekolah tersebut tidak miliki komputer walaupun sejak 2011, pelajar 14 dan 15 tahun dikehendaki lulus dalam peperiksaan peringkat kebangsaan yang menyertakan subjek ICT sebagai silibus.",
"Kisah Akoto mendatangkan inisiatif dari pelbagai pihak untuk mendermakan komputer kepada sekolah tersebut.",
"Penderma dari University of Leeds, UK mendermakan laptop yang baru dan diikuti oleh 5 komputer desktop dan 1 laptop peribadi untuk Akoto daripada NIIT, sekolah latihan komputer di Ghana.",
"Ramai yang menamakan Akoto sebagai ‘Guru Kebangsaan Terbaik’, satu anugerah tahunan untuk guru yang menawarkan hadiah rumah tiga bilik di mana lokasi yang dikehendaki.",
"sumber"
] |
https://ajar.com.my/2018/03/23/sains-tulen-vs-sains-gunaan-perang-aliran-universiti/ | Sains Tulen vs Sains Gunaan – ‘Perang’ Aliran Universiti | [
"Tonton versi video di sini",
"Anda minat sains? Hala tuju impian seseorang yang meminati sains pada peringkat SPM mungkin adalah untuk meneruskan pengajian tinggi dalam lapangan sains, dan kemudian memperoleh kerjaya dalam arena saintifik.",
"Namun sebaik melangkah ke pengajian tinggi di kolej dan universiti, tak ramai yang didedahkan dengan pembahagian dan pembezaan dua cabang sains, iaitu sains tulen (pure science) dan sains gunaan (applied science). Maka ramai yang, didorong oleh minat mereka terhadap subjek sains ketika sekolah, terjun masuk saja dalam salah satu cabang ini tanpa pemahaman yang jelas.",
"Logiknya, kedua – dua ini adalah sains. Sains gunaan ada nama ‘sains’, sains tulen pun ada nama ‘sains’. Jadi kalau dah minat dengan sains tu, tak kisah lah ambil mana – mana, kan?",
"Alang – alang baik ambil saja aliran sains yang kita tahu boleh buat duit, contohnya kejuruteraan yang memang merupakan salah satu cabang sains gunaan. Maka sambil boleh belajar bidang sains yang kita minati, kita dapat juga prospek duit yang stabil, kan?",
"Soalannya, betul ke? Betul ke sains tulen dan sains gunaan tak banyak beza? Betul ke dua – dua ini selari dan serasi? Kenapa ada pembahagian pun kedua – dua jenis sains ni?",
"Sebenarnya, bila dikaji tentang latar belakang kedua – dua aliran ini, wujud pertembungan. Perseteruan yang lahir akibat perang.",
"Apa Sebenarnya?",
"Apa sebenarnya takrifan sains tulen dan sains gunaan? Berikut adalah maksud kedua – dua cabang sains tersebut:",
"Jadi berdasarkan penakrifan tersebut, kita dapat faham bahawa sains gunaan adalah semata – mata sains tulen yang diaplikasikan. Sains gunaan tak mampu berdiri sendiri tanpa sains tulen.",
"Sains tulen pula dianggap sebagai sains semata – mata untuk sains. Bermaksud, sains tulen dikaji hanya sebab nak tahu. Dan ia asalnya, tak dikaji untuk datangkan sebarang gunaan kepada manusia. Ia dianggap ilmu yang tulen.",
"Malah, terdapat saintis atau ahli matematik yang menyesal apabila teori mereka yang dianggap abstrak dan tak berguna akhirnya dijumpai aplikasinya. Contohnya, ahli matematik G . H Hardy yang kesal apabila kajian Number Theory beliau yang dianggap tak berguna kemudian ditemui pula kegunaan dalam genetik.",
"Sejarah Pertembungan",
"Apabila kita dah tahu tentang perbezaan takrifan kedua – dua aliran sains ini, maka timbul soalan, sejak bila timbulnya percabangan ini? Tak ada ke masalah apabila sains dibahagi jadi dua aliran?",
"Sebenarnya perselisihan antara dua aliran ini tercetus pada akhir abad ke 18, dan ya, memang timbul konflik idea.",
"Pada tahun 1883, satu dokumen bernama ‘Rayuan untuk Sains Tulen’ ditulis oleh Henry Rowland, seorang ahli fizik Amerika.",
"Dalam dokumen ini, aliran sains gunaan diserang teruk. Rowland kata, “Amerika yang ketika itu banyak fokus pada aplikasi sains adalah memalukan negara!” (national embarassment).",
"Sebabnya, sains aplikasi / gunaan dianggap mencuri idea – idea saintis – saintis jujur yang berbakat semata – mata untuk membuat duit. Pada masa yang sama, beliau menyuruh saintis – saintis muda untuk dididik melupakan keuntungan dalam sains gunaan. Mungkin aspek paling dahsyat dalam surat tersebut adalah apabila Rowland mengutuk professor – professor sains yang membuat duit dengan terjun ke kancah sains gunaan sebagai ‘sellout’.",
"Bidang yang mungkin paling terkesan dengan surat tersebut adalah kejuruteraan. Kejuruteraan dikatakan sebagai bukan sains, sebabnya, dalam sains tak ada konsep kepenggunaan yang pragmatik. Malah antara kritikan yang biasa dalam lingkungan falsafah adalah mengatakan kejuruteraan sebagai kursus orang yang tak boleh buat sains tulen.",
"Maka jelas di sini memang ada tembok yang memisahkan sains tulen dan sains gunaan. Namun pandangan terhadap sains mula berubah, apabila datang Perang Dunia Pertama.",
"“Sains bukan Syok Sendiri!”",
"Peperangan mendesak perkembangan teknologi perang. Maka, apa yang berlaku pada perang dunia pertama adalah saintis – saintis, jurutera dan penginovasi dikerah untuk mencipta teknologi perang.",
"Kemudian timbul saintis industri, iaitu saintis yang kadang – kadang buat sains tulen, dan kadang – kadang buat sains gunaan. Sains mula pada waktu itu dinilai dari segi utiliti, kerana nak memenangi perang. Kedudukan sains tulen mula tergugat. Apatah lagi, apabila berlaku perlumbaan antara sains tulen dengan sains gunaan untuk menyelesaikan masalah kapal selam sonar, keputusannya seri.",
"Kesucian sains tulen kemudian digugat lagi apabila muncul pihak kumpulan kiri yang mengklaim bahawa tak patut langsung dibezakan antara sains tulen dan sains gunaan. Sains memang sepatutnya berkhidmat untuk memajukan masyarakat. Tidakkah memang tujuan sains untuk datangkan kesenangan pada manusia?",
"Kumpulan pro sains tulen pula tak setuju dengan kenyataan ini yang mencabar kepercayaan mereka terhadap sains. Menurut mereka, sains tulen terjadi sendiri dan tak dirancang. Sains yang di’eksploitasi’ untuk semata – mata memanfaatkan manusia akhirnya tak membawa kepada pemahaman hukum alam.",
"Ada kebenaran pada kedua – dua hujah ini, namun terdapat masalah fundamental kepada klaim kumpulan pertama – ‘sains memang bertujuan memajukan manusia’. Kalau impak sains dalam perang dunia pertama mendatangkan keraguan kepada kepercayaan ini, perang dunia kedua dan bom atom meretakkannya terus.",
"Bagaimana Kita?",
"Berbalik kepada Malaysia, dan berbalik kepada diri kita pula, kalau kita suka sains sewaktu SPM, kita nak ambil aliran mana?",
"Jadi kita kena tanya diri kita, kenapa kita suka sains? Kalau kita suka buat inovasi, dan mungkin mahukan prospek peluang kerja yang stabil, mungkin yang lebih baik adalah untuk kita ambil sains gunaan, semacam kejuruteraan.",
"Tapi kalau kita suka mengkaji dan mengenal alam ciptaan Allah, kerana dengan memahami aturan alam mendekat diri kepada – Nya, mungkin sains tulen pilihan untuk kita.",
"Tapi bagaimana pula kalau anda top student? Top 30 SPM, markah 100% matematik, fizik, kimia. Senang kata, jika anda genius yang meminati sains. Aliran mana yang patut anda pilih?",
"Sejujurnya, ambilllah sains tulen. Kerana bukan saja semakin sedikit pelajar yang mengambil sains tulen, tapi masyarakat kita kini menghadapi krisis dengan kefahaman sains.",
"Jika ada golongan yang mampu merevolusikan ilmu sains, ilmu alam yang hilang dari budaya kita beratus – ratus tahun, yang bisa menyeragamkan sudut pandang sains dengan tasawwur kita sendiri, andalah orangnya.",
"Mungkin tak berbaloi kebijaksaan 1 dalam 10000 anda ini digunakan semata – mata untuk menyelesaikan masalah memaksimumkan keuntungankan klien."
] |
https://ajar.com.my/2018/03/25/13-biasiswa-untuk-pelajar-lepasan-spm-2018/ | 13 Biasiswa untuk Pelajar Lepasan SPM 2018 | [
"Setelah menerima keputusan SPM dan STPM baru – baru ini, pasti ramai yang tercari – cari biasiswa mana satu yang sesuai untuk diambil. Berikut adalah beberapa senarai biasiswa bersama pautan untuk membantu anda membuat pilihan!",
"1. Biasiswa Bank Negara 2018 (Pra-Universiti)",
"Salah satu biasiswa paling dinanti-nantikan untuk kategori Pra- Universiti. Terdapat 2 jenis biasiswa iaitu Biasiswa Kijang Emas dan Biasiswa Kijang.\nBiasiswa Kijang Emas ditawarkan kepada pelajar dengan keputusan SPM 2017 yang cemerlang. Ia dibuka untuk mana-mana jurusan pilihan di universiti terkemuka luar dan dalam negara.\nBiasiswa Kijang pula terbuka kepada pelajar yang mendapat keputusan minimum 8A (A dan A+) dalam SPM 2017.",
"Tarikh tutup permohonan\n21 Mac 2018",
"Pautan: Bank Negara Malaysia Scholarship Award 2018 / 2019",
"2. Program Penganjuran Pendidikan Petronas (PESP) 2018",
"Program Penganjuran Pendidikan PETRONAS (PESP) dibuka untuk pelajar dengan keputusan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang terpilih program ijazah.\nPelajar diminta mengikuti semua proses dan peraturan dikenakan pada masa dan selepas permohonan. Permohonan hanya boleh dilakukan secara dalam talian.",
"Tarikh tutup permohonan\n22 Mac 2018",
"Pautan: PETRONAS Education Sponsorship Programme",
"3. Biasiswa JPA 2018 (JKPJ)",
"Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dalam bentuk Pinjaman Boleh Diubah (PBU) bawah Program Khas di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2018.\nDibuka untuk semua lepasan SPM 2017 yang berminat dalam jurusan kejuruteraan, sains dan teknologi (S & T) serta sains sosial.",
"Tarikh tutup permohonan:\n26 Mac 2018",
"Pautan: Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam",
"4. Biasiswa UEM 2018",
"Program pra-universiti di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) di Lembah Beringin sebelum melanjutkan pelajaran di universiti bertaraf antarabangsa di Malaysia.\nPelajar harus memiliki rekod akademik cemerlang sepanjang Tingkatan 4 dan 5 selain terlibat secara aktif dalam ko-kurikulum.\nDibuka untuk kursus di bawah jurusan perniagaan, kewangan, pembangunan alam sekitar dan kejuruteraan.",
"Tarikh tutup permohonan:\n22 April 2018",
"5. Maxis What’s Next Scholarship",
"Biasiswa untuk mereka yang berminat alam melanjutkan pengajian ijazah, diploma dan ijazah lanjutan dalam mana-mana jurusan sama ada secara talian, di universiti tempatan atau luar negara.",
"Tarikh tutup permohonan\n30 April 2018",
"Pautan: Maxis What’s Next Scholarship",
"6. Biasiswa Yayasan Sime Darby 2018",
"Pelajar SPM 2017 dengan minimum 7A (A+ dan A) boleh memohon biasiswa bagi pengajian asas untuk mempersiap diri ke program ijazah di universiti terkemuka di United Kingdom.\nPenuntut pra-universiti akan diberi keutamaan dalam Biasiswa Ijazah Yayasan Sime Darby di luar negara selepas tamat kursus pengajian asas (foundation studies).\nJurusan pengajian yang ditawarkan ialah berkaitan perniagaan, komunikasi massa, kejuruteraan, sains, teknologi pertanian dan sains komputer.",
"Tarikh tutup permohonan\nTiada",
"7. Biasiswa Global PNB 2018",
"Biasiswa ini dibuka untuk pelajar dengan keputusan minimum 8A (A+ dan A) dalam SPM 2017 dan dengan minimum A2 dalam subjek English 1119 SPM 2017. Aktif dalam sukan dan ko-kurikulum dengan sifat kepimpinan yang tinggi.\nUniversiti akan dipilih oleh PNB mengikut keperluan PNB.",
"Tarikh tutup permohonan\n26 Mac 2018",
"Pautan: Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2018",
"8. Biasiswa OCBC",
"Biasiswa ini dibuka untuk pelajar yang sudah menerima tawaran pengajian atau sedang berada di tahun pertama program ijazah di universiti tempatan terpilih.\nSekurang-kurangnya 7A dan SPM atau minimum 2A dalam STPM atau setaraf dan pendapatan keluarga kurang RM 5,000 sebulan.",
"Tarikh tutup permohonan\n30 Jun 2018",
"Pautan: OCBC Public Scholarship",
"9. Dana Pendidikan Elena Cooke",
"Pelajar lepasan SPM, STPM dan UEC dipelawa untuk memohon.\nMinimum 3A dalam SPM dan/atau menepati kriteria lain seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan.\nPendapatan isi rumah tidak melebihi RM42,000.00 setahun.",
"Tarikh tutup permohonan\n30 Mac 2018",
"Pautan: Elena Cooke Education Fund",
"10. Biasiswa MyBrainSc",
"Biasiswa MyBrainSc dibuka untuk pengajian Ijazah dan Ijazah Lanjutan sepenuh masa dalam bidang sains tulen seperti fizik, kimia, biologi dan matematik di universiti awam.\nIa merupakan sebahagian agenda Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah Pelan Strategik Pendidikan Tingggi Kebangsaan (PSPTN) dan menghasilkan sainstis muda.",
"Tarikh tutup permohonan\n31hb Mac 2018",
"Pautan: Biasiswa MyBrainSc",
"11. Kolej Perubatan Antarabangsa IMC (Diploma Kejururawatan)",
"Biasasiswa untuk program kejururawatan di IMC dengan jaminan pekerjaan.\nPemohon wajib memiliki rekod pendidikan yang baik dalam SPM, STPM dengan kredit Matematik, Sains, Bahasa Malaysia serta 2 subjek (Biologi, Kimia dan Sains).\nLelaki dipelawa menyertai program ini.",
"Tarikh tutup permohonan:\n23hb Mac 2018",
"Pautan: Sponsorships for Diploma in Nursing",
"12. Biasiswa Hong Leong",
"Biasiswa untuk isi rumah pendapatan rendah dengan keputusan pelajar yang cemerlang,\nPemohon harus memliki minimum 8A dalam SPM dan 6A dalam UEC.\nProgram Diploma atau Ijazah sepenuh masa bagi mana-mana jurusan yang diiktiraf di universiti dan kolej tempatan.",
"Tarikh tutup permohonan\n1 Jun 2018",
"13. Biasiswa Yayasan Bank Rakyat PPBU",
"Dibuka untuk program sijil kemahiran, diploma, ijazah, ijazah lanjutan, dan PhD sepenuh masa.\nSemua jurusan pengajian dibuka kecuali perubatan dan aviasi dengan keutamaan bagi jurusan akaun, perbankan, perniagaan, pengurusan, sumber manusia, ekonomi, komunikasi dan perundangan.",
"Tarikh tutup permohonan\n29 Jun 2018",
"Pautan: Education Excellence Award",
"Sumber: freemalaysiatoday"
] |
https://ajar.com.my/2018/03/27/3-pencapaian-saintifik-dunia-melayu-yang-kita-tak-tahu/ | 3 Pencapaian Saintifik Dunia Melayu yang Kita Tak Tahu | [
"Tonton versi video di sini",
"Kita biasa dengar sejarah kegemilangan Melayu pada waktu empayar Melayu Melaka, tapi mungkin sebab kejatuhan dan penjajahan selama 500 tahun, pencapaian dunia Melayu terutama dalam lapangan saintifik jarang didengari.",
"Iyalah, Barat kan alami revolusi industri, cipta mentol, temui elektrik, buat kereta, kembangkan falfasah sains. Dunia Melayu apa ada? Jadi ramai yang ingat bangsa Melayu lekeh dengan sains.",
"Betul ke? Atau ia sejarah yang cuba disembunyikan? Artikel ini akan menceritakan beberapa pencapaian saintifik dunia Melayu yang kita mungkin tak tahu, kiraan ke bawah!",
"3) Gobek Api – Asal Usul Enjin Diesel",
"Rupa – rupanya orang Melayu dah cipta teknologi piston api 200 tahun sebelum Barat, iaitu melalui penciptaan gobek api.",
"Menurut Prof Muati, gobek api adalah sejenis alat untuk menyalakan api. Ia diperbuat daripada kayu dan tanduk.",
"Ia sudah dicipta di Nusantara sejak abad ke 17 lagi dan mengguna pakai prinsip pemampatan. Prinsip gobek api adalah memampatkan piston sehingga mencapai kepanasan 430 darjah selsius.",
"Bermakna, saintis Melayu dulu sudahpun memahami ilmu kimia, fizik dan biologi untuk menghasilkan inovasi ini.",
"Sejarahnya, menurut jurnal kejuruteraan universiti Kansai, Jepun, Profesor Linde pernah memberi kuliah di Pulau Pinang pada pertengahan abad ke 18. Beliau kemudian diberi gobek api sebagai buah tangan.",
"Apabila Prof Linde menyalakan rokok menggunakan alat tersebut, kawannya Rudolf Diesel lantas merasa kagum dan tercetus idea untuk menghasilkan sistem enjin diesel.",
"Lalu setelah dipatenkan, terciptalah enjin pembakaran dalam (internal combustion engine) pertama di dunia.",
"Mungkin agak kelakar apabila Barat menciplak idea Nusantara, menyatakan milik mereka dan memanggil pula ciptaan nenek moyang kita sebagai teknologi kuno.",
"2) Istana Seri Menanti – Aplikasi Pengudaraan Semula Jadi yang Efisien",
"Agak pelik apabila kita lihat reka cipta rumah moden Malaysia sekarang, macam tak ada identiti.",
"Kenapa ada tiang Roman di Malaysia?",
"Malah orang kata seni pembinaan rumah moden seolah – olah mengutuk seni bina Melayu. Hijjaz daripada TV2 pernah kata “arkitek – arkitek yang letak tiang roman patut kena tembak je”. Sabar tuan.",
"Tapi apabila kita kaji kehebatan seni bina Melayu dulu, kita tak pening malah kagum. Dan ini direfleksikan daripada Istana Seri Menanti. Apabila kita melawat istana itu, kita akan dapati beberapa perkara yang unik, istana itu sangat cantik, tak ada paku dan sejuk.",
"Rupa – rupanya Istana Seri Menanti dan rumah tradisi Melayu mengimplementasikan pengudaraan semula jadi atau reka bentuk pasif. (Passive Design)",
"Apa itu reka bentuk pasif? Ia adalah bangunan yang tidak menggunakan pendingin mekanikal semacam pendingin hawa tapi mengguna pakai sumber semula jadi seperti angin, cahaya matahari dan pergerakan solar untuk memperoleh keselesaan termal.",
"Setelah mengguna pakai tenaga yang begitu banyak untuk menyejukkan dan memanaskan rumah, orang Barat mula mahu beralih kepada pengudaraan semula jadi. Dan mereka jadikan antara lain, rumah tradisi Melayu sebagai rujukan.",
"Rupa – rupanya jurubina rumah Melayu sudah fikirkan strategi untuk peroleh kawalan klimat optimal dengan cara:",
"Dan semua ini ada pada Istana Seri Menanti. Mereka ambil kursus arkitek di universiti mana dulu?",
"1) Keris – Ciptaan Saintis Melayu yang Hebat",
"Keris yang digunakan untuk bersilat dan sebagai alat kebesaran diraja adalah merupakan lambang kedaulatan Melayu. Keris yang paling popular sudah pastilah Taming Sari.",
"Orang biasa kaitkan keris dengan jin dan mistik. Tapi sebenarnya pembuatan keris melibatkan kemahiran saintifik.",
"Malah menurut Prof Abdul Muati, empu ataupun pembuat keris merupakan saintis zaman dulu kala. Sebabnya, seorang empu perlu mahir ilmu kayu dan besi. Mereka dapat tahu tahap lebur pelbagai jenis besi sedangkan zaman dulu, mana ada jangka suhu. Mereka cuma melihat warna api.",
"Begitu juga dengan fenomena keris berdiri, ia bukanlah disebabkan jin, tapi kerana empu pandai membahagikan besi sama berat walaupun bentuk keris tidak semitrikal.",
"Malah untuk menghasilkan keris yang berkualiti tinggi, empu perlu mencampurkan paling kurang 7 jenis besi. Berapa banyak besi untuk menghasilkan pedang samurai? Tiga. Bermakna keris hakikatnya lebih tinggi kualitinya berbanding pedang samurai.",
"Begitu jugalah perihal menggunakan air kelapa dan perahan limau. Air kelapa adalah asid lemah yang dapat hilangkan karat, sedangkan air limau pula asid kuat yang dapat hilangkan hanyir darah.",
"Malah, mungkin rahsia paling menarik tentang keris, adalah terdapat keris yang dicampurkan meteor untuk kuat dan tahan lama!",
"Kesimpulan",
"Ternyata bangsa Melayu sebenarnya miliki sejarah yang gah yang perlu dikorek semula supaya anak bangsa kita tak kehilangan identiti.",
"Dan sudah pasti, berbangga dengan pencapaian bangsa sendiri bukanlah bermakna merendah – rendahkan bangsa lain. Kita hidup aman harmoni dan menghargai kelebihan dan kekurangan masing – masing.-*"
] |
https://ajar.com.my/2018/03/31/kontroversi-ujian-iq/ | Kontroversi Ujian IQ | [
"Anda pernah ambil ujian IQ?",
"IQ ataupun Intelligence Quotient adalah markah yang diperoleh setelah melalui ujian piawai untuk menilai kadar kebijaksanaan seseorang, yang kadang kala diambil menerusi ujian atas talian, atau kadang kala diambil melalui ujian formal institusi pendidikan.",
"Maka bila kita dah peroleh markah nilaian kebijaksanaan kita tu, kita mesti nak bandingkan dengan orang lain, terutama sekali genius – genius terkenal sejarah semacam Einstein.",
"Malah pernah beberapa kali heboh kisah – kisah kanak – kanak 11 tahun dapat skor IQ yang lebih tinggi daripada Einstein, hingga dijadikan simbol kebanggaan negara.",
"Jadi berapa sebenarnya IQ Einstein? Sebenarnya ini soalan yang sangat bermasalah.",
"Sebab Einstein tak pernah ambil ujian IQ.",
"Tidak ujian Binet – Simon (1904), tidak ujian Raven Progressive Matrices (1936) dan dah pasti tidak WAIS – Weschler Adult Intelligence Scale (1955). Ini semua variasi ujian IQ sepanjang sejarah.",
"Jadi kalau Einstein tak pernah ambil ujian IQ, macam mana boleh ada nilai IQ beliau? Kalau tak ada nilai sebenar IQ beliau, macam mana boleh jadi berita dan propaganda?",
"Malah soalan ini jadi semakin besar dan kritikal apabila wujud banyak senarai manusia paling bijak dalam sejarah yang disusun berdasarkan nilai IQ.",
"Bukan saja mereka semua tak pernah ambil ujian IQ jadi kita tak tahu dari mana nilai – nilai ini datang, majoriti besar manusia paling bijak dalam sejarah nampaknya adalah orang putih Eropah. Tiada nama ulama, sarjana Timur, orang Melayu apatah lagi.",
"Dan penggerak besar kepelikan terhadap konsep Intelligent Quotient ini adalah apabila dibuat percubaan untuk mengagak IQ Nabi Isa dan Nabi Muhammad.",
"Maka keraguan terhadap konsep IQ menjadi semakin besar.",
"Sejarah Konsep IQ yang Kontroversi",
"Isu dengan IQ jadi semakin meruncing apabila kita baca mengenai sejarah dan kontroversinya.",
"Ujian IQ pada asalnya dicipta untuk mengesan pelajar – pelajar sekolah rendah yang bermasalah dengan pelajaran di US. Itu saja. Tapi ia kemudian berubah menjadi satu ukuran nilai manusia, yang kemudian diekstrapolasi lagi dengan mengagungkan – agungkan orang yang skor tinggi dalam ujian tersebut.",
"Kontroversi awal yang mengeksploitasi keputusan ujian IQ adalah apabila ia digunakan oleh ahli psikologi Amerika untuk halang kemasukan imigran.",
"Imigran dihalang masuk sebab mereka dianggap ‘dungu’, sebab rata – rata mereka skor rendah dalam ujian IQ yang diwajibkan ke atas mereka sebelum boleh masuk ke US.",
"Tapi iyalah, dah pastilah markah mereka rendah. Ujian IQ tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris, jadi mana mereka faham. Maka tersirat pula syarat menguasai bahasa Inggeris sebagai penilai kepandaian seseorang.",
"Kontroversi konsep IQ yang lebih besar adalah yang dipanggil sebagai Jensenism, iaitu apabila Arthur Jensen, seorang profesor pendidikan di Harvard, menggunakan ujian IQ untuk kata orang kulit gelap lebih dungu daripada orang kulit putih.",
"Untuk menambah kuah, beliau mengatakan bahawa ketidakbijakan orang kulit hitam adalah sebab faktor bangsa dan genetik. Bermakna, menurut Jensen, orang kulit hitam memang dilahirkan lebih dungu daripada orang kulit putih.",
"Malah beliau pergi lagi jauh apabila beliau menyeru juga kepada eugenics, satu kepercayaan paling kontroversi dalam dunia saintifik, iaitu gerakan untuk membiakkan manusia secara terancang dengan hanya membenarkan manusia yang miliki gene berkualiti saja untuk membiak.",
"Apa Masalah dengan Konsep IQ?",
"Ujian IQ itu juga tak lari daripada masalah konsep dan metod.",
"Pertama sekali, apa itu kebijaksanaan? Definisi kebijaksanaan masih tidak dapat disepakati malah oleh ahli akademik sekular.",
"Itu pun belum lagi mereka ambil kira pandangan agama tentang apa itu kebijaksanaan, contohnya konsep hikmah dalam al Quran.",
"Jadi kalau maksud kebijaksanaan pun tak disepakati, maka macam mana ia nak dikira waima diskalakan?",
"Ujian IQ itu sendiri bermasalah. Kajian dapati bahawa orang yang skor tinggi dalam ujian IQ sebenarnya sudah terlatih dan sudah banyak buat ujian tersebut. Jadi dah pasti bermasalah untuk kita katakan nilai kebijaksanaan dikira berdasarkan ‘soalan spot’.",
"Begitu juga dengan isu emosi dan tekanan sewaktu menjawab peperiksaan. Terdapat laporan yang mengatakan ada orang yang mengambil ujian IQ beberapa kali dan dia peroleh markah 63 dan 117. Bagaimana boleh ada orang yang alami kelembapan mental tapi boleh menjadi genius dalam beberapa hari, berdasarkan markah ujian IQ?",
"Jenis ujian IQ yang kita ambil juga rupa – rupanya menentukan berapa sebenarnya magnitud ‘kebijaksanaan’ kita. Kalau kita ambil ujian IQ internet yang berlambak atas talian, yang kini menjadi satu bisnes, kita bakal peroleh keputusan berbeza. Kajian dapati ujian IQ internet hakikatnya berbeza dengan ujian nilaian kebijaksanaan yang lain.",
"Bagaimanapun, masalah paling fundamental adalah penomboran nilai manusia.",
"Tidak diketahui dari mana datang obsesi orang Barat dengan menomborkan dan menskalakan nilai manusiawi, mungkin ia datang seiring dengan kehendak revolusi industri, yang mahu mendatakan dan menstatistikkan segalanya.",
"Apabila diberi nilai IQ sampai 250 – 300 pada seorang tokoh, yang tak mengambil ujian IQ, ia tak masuk akal. Kalau kita tidak mau dinilai diri kita dengan jumlah A SPM contohnya, OK ke kita dengan kebijaksanaan diri kita dinomborkan dengan ujian IQ?",
"Kesimpulan",
"Tulisan ini tidaklah bertujuan menghalang seseorang mengambil ujian IQ. Tiada masalah untuk diambil. Namun, jangan terlampau diperbesar markah yang kita peroleh. Seolahnya itulah penentu nilaian diri kita. Bak kata Stephen Hawkings, orang yang bersorak dengan nilai IQnya hakikatnya adalah orang yang dungu.",
"Oh. Ironinya ada juga cubaan untuk memberikan nilai IQ kepada beliau.",
"Boleh juga tonton artikel ini dalam versi video"
] |
https://ajar.com.my/2018/04/02/masalah-slogan-belajar-luar-negara-nanti-balik-malaysia-sumbang/ | Masalah Slogan “Belajar Luar Negara, Nanti Balik Malaysia Sumbang” | [
"Slogan “belajar luar negara, nanti balik Malaysia sumbang” mungkin satu slogan yang amat biasa didengari oleh pelajar luar negara.",
"Pemergian mereka ke negara – negara seberang, terutama sebelah Barat memakan kos yang banyak dan mereka menjadi satu aset pelaburan yang mahal oleh negara. Jadi, sewajarnya, kita nak mereka balik menyumbang. Apatah lagi, mereka ini pastilah terdiri dari kalangan pelajar – pelajar luar biasa yang cemerlang tahap akademik.",
"Maka, slogan “belajar luar negara, nanti balik Malaysia sumbang” dimanterakan kepada mereka, supaya mereka tahu apa end point pengajian mereka di luar negara. Malah, sebahagian penaja siap mengadakan sesi ikrar sebelum mereka berangkat pergi.",
"Namun, slogan ini perlu diubah dan dikaji semula, kerana ia ternyata bermasalah terhadap pelajar – pelajar kita di luar negara.",
"Slogan demikian menyahkan langsung aspek kehidupan dan pembelajaran mereka di luar negara. Seolah implikasinya mengatakan, “apa yang berlaku dan apa kamu buat dekat sana tak kisah, yang penting bila kamu habis belajar, balik Malaysia sumbang”",
"Maka terjadilah hidupan di luar negara itu seolah satu tempat persinggahan yang tak relevan. Tasawwur atau Worldview mereka tentang tempat belajar mereka itu kosong, kerana tidak diisi motif. Motifnya hanya tercapai bila mereka habis belajar, kemudian pulang sumbang di negara mereka.",
"Jika pelajar tersebut hanya luangkan tempoh setahun lebih atas kursus Masters mungkin tak apa lagi, tapi apabila terkena kepada pelajar Degree empat ke lima tahun di negara tersebut, kekosongan ini tersangat bermasalah.",
"Malah, slogan ini mungkin merupakan punca terbesar sekalian masalah pelajar Malaysia di luar negara.",
"Apa Masalahnya?",
"Apabila pelajar datang ke negara asing tanpa motif yang jelas, cuma sebagai satu ‘mengisi masa’ antara sengkang mendarat di lapangan terbang dengan berlepas semula ke negara mereka, terlahirlah tiga jenis golongan pelajar:",
"Ini kes yang biasa berlaku, apabila pelajar – pelajar ini … ‘hilang’.",
"Tak dapat dikesan malah oleh kawan sekursus. Tak tahu apa yang dibuat. Di kelas tak jumpa, aktiviti persatuan pun tak ditemui, biasanya bilangannya beberapa individu saja, tapi kadang – kadang boleh mencecah ‘geng – geng’. Jumpa hanya di dewan peperiksaan, atau waktu balik cuti musim panas, atau terjumpa gambar bercuti di Paris, Amsterdam dll di media sosial.",
"Malang apabila ini turut berlaku kepada pelajar – pelajar yang dulunya di Malaysia merupakan pemimpin pelajar.",
"Ini mungkin trend yang paling dikesali, yang disyaki puncanya bertitik tolak daripada slogan permulaan yang salah tersebut.",
"Golongan ini adalah golongan yang mengimport segalanya dari Malaysia ke negara tempat mereka belajar. Mereka terikat sepenuhnya dengan isu – isu negara asal mereka, dan hampir tidak langsung memberi kisah apa yang berlaku di sekeliling. Kelompok mereka hanyalah sesama mereka tanpa cubaan memahami kehidupan negara tersebut.",
"Skop perbincangan mereka hanyalah pada isu – isu politik negara asal, video – video tular keluaran tempatan, mungkin juga isu khilaf golongan agama tempatan yang diperbesar sehingga memberi kesan kepada persatuan.",
"Selama pengajian saya di UK selama 4 tahun, terdapat beberapa krisis besar yang melanda komuniti, terutama masyarakat Islam yang merupakan minoriti di situ.",
"Charlie Hebdo, Manchester Attack, Grenfell Tower, London attack antara sebahagiannya. Semua krisis ini mengerah respon balas Muslim di sana, dari komuniti Masjid, kepada persatuan Islam Universiti, kepada persatuan Muslim peringkat negara, mereka semua ini diminta bertindak balas segera, mengadakan demonstrasi, atau surat bantahan, atau laporan media. Tekanannya amat dirasai.",
"Namun impak atau tindak balas dari komuniti pelajar Malaysia seolah tiada. Seolah tiada kaitan langsung. Tidak juga menjadi bahan bualan. Malah ada yang tak tahu menahu sungguhpun terpampang di dada akhbar seperjalanan ke universiti.",
"Terdapat juga dalam kalangan pelajar kita yang, lantaran kosong motif mereka sepanjang 4 – 5 tahun di negara asing tersebut, memilih untuk mencari makna sendiri dengan ‘mengadaptasi’. Secara berlebihan.",
"Maka mereka meresap masuk sekalian budaya atau pemahaman asing tersebut ke dalam benak mereka. Bagi mereka, inilah ‘sumbangan’ yang boleh dibawa sekembalinya ke negara asal. Bukan teknologi, tapi ideologi. Kesimpulan mereka, pemelukan nilai progresif sebeginilah tujuan asal penghantaran mereka ke sana.",
"Apa Solusinya?",
"Pandangan saya, masalah ini semua bertitik tolak daripada niat belajar luar negara yang salah, yang didorong oleh slogan yang salah. Apatah lagi, apabila slogan tersebut dipegang dan dicanangkan oleh kementerian dan institusi pendidikan.",
"Apabila slogannya “belajar luar negara, nanti balik Malaysia sumbang”, maka secara tak langsung pengurusan pelajar luar negara juga menjurus ke arah itu.",
"Sebelum terbang ke luar negara, mereka tak diajar dengan prinsip hidup di sana, melainkan beberapa perkara teknikal seperti cara buka bank, atau cara cari makanan halal, pengurusan kewangan dll. Mereka malah, sebelum terbang, diajar cara lapor diri pada penaja, cara peroleh temu duga syarikat asing, dan aktiviti selepas graduasi.",
"Mereka tak diajar dengan prinsip hidup di negara orang, kaedah berinteraksi dengan budaya hidup baru yang berlainan dengan norma negara asal, penekanan membantu dan menyumbang pada penduduk lokal, prinsip hidup dalam golongan minoriti, prinsip bermuamalah dengan bukan Islam, dan tasawur agama terhadap aliran pemikiran semacam humanisme, sekularisme, liberalisme, LGBT dan ateisme.",
"Jika ada yang mendengar ceramah ustaz khas sebelum terbang, maka yang diterangkan hanyalah permasalahan fiqh semata, semacam cara solat dalam kapal terbang, fiqh solat jamak, khuf, dan isu makanan halal. Perbincangan yang lebih besar seperti tasawur menghidupkan Islam di Barat amat sukar diperoleh sebelum terbang.",
"Kerana mereka cuma belajar di luar negara untuk pulang ke Malaysia.",
"Maka untuk diubati masalah – masalah ini, seharusnya ia bermula dari akar umbi. Bertitik tolak daripada penetapan tujuan niat penghantaran dan pembelajaran di luar negara. Dan dirangka semula ethos atau slogan untuk diterapkan kepada pelajar luar negara.",
"Mungkin boleh diperbincangkan lagi slogan bagaimana yang sesuai, tapi cadangan saya:",
"“Belajar di Luar Negara, Sumbang di Negara Tersebut, Sumbang Juga Nanti di Malaysia“"
] |
https://ajar.com.my/2018/04/05/5-bencana-kejuruteraan-paling-dahsyat-dalam-sejarah/ | 5 Bencana Kejuruteraan Paling Dahsyat dalam Sejarah | [
"Tonton versi video di sini",
"Orang biasa anggap kerja kejuruteraan sebagai satu kerja yang selamat dan tak banyak main dengan nyawa. Tak macam doktor yang kena bedah orang, cucuk sana sini. Tapi sebenarnya kegagalan dan kegagalan jurutera boleh datangkan bencana besar!",
"Artikel ini senaraikan bencana kejuruteraan yang paling dahsyat dalam lipatan sejarah, supaya jadi pengajaran bersama.",
"5) Letupan Roket Challenger",
"Bagi pelajar kejuruteraan, mungkin anda sudah pernah mendengar tentang bencana ini, sebab ia jadi satu kajian kes paling utama dalam etika kejuruteraan.",
"Pada 28 Januari 1986, roket NASA bernama Challenger meletup dan bercerai hancur 73 saat setelah berlepas, membunuh kesemua 7 anggota roket tersebut.",
"Insiden tersebut amat mengesani kerana ia disiarkan secara langsung kepada jutaan rakyat Amerika, menjadikannya mungkin antara tragedi kematian yang disaksikan secara langsung oleh jumlah orang paling banyak dalam sejarah.",
"Punca utama bencana tersebut adalah kegagalan cincin O untuk mengembang dan mengetatkan tutupan, menyebabkan gas panas untuk terlepas keluar dan menceraikan orbiter akibat daya aerodinamik yang besar.",
"Hal yang menjadikan insiden ini begitu kontroversi adalah masalah dengan cincin O ini sudah diketahui oleh pasukan kejuruteraan, tapi mereka ditegah untuk memaklumkannya oleh pihak pengurusan NASA. Mereka tak mahu menangguhkan operasi kerana mencalarkan reputasi dan menjimatkan kos.",
"Maka disebabkan kegagalan untuk mendengar nasihat dan kata – kata orang bawahan, berlakulah bencana ini yang boleh dieelak dari awal.",
"4) Runtuhan Hotel New World, Singapura",
"Bangunan Lian Yak yang menempatkan Hotel New World, runtuh pada 15 Mac 1986 disebabkan oleh kelemahan struktur dan pembinaan yang berkualiti rendah.",
"Runtuhan tersebut menyebabkan kematian sebanyak 33 orang, dan merupakan antara bencana paling teruk buat Singapura pasca perang.",
"Pada mulanya jurutera – jurutera yang membuat penyiasatan menganggap ia adalah perbuatan pengganas, sebab insiden ini begitu pelik. Tapi akhirnya andaian ini ditolak.",
"Akhirnya mereka jumpai di mana silapnya. Ia adalah kesilapan besar yang sangat monumental bertitik tolak dari reka bentuk awal bangunan. Jurutera struktur tidak mengambil kira faktor dead load bangunan tersebut.",
"Dengan kata lain, berat bangunan itu sendiri tidak dimasukkan dalam perkiraan. Ini bermakna, bangunan sudah berada pada titik keruntuhan hari pertama ia disiapkan. Tiang bangunan mengalami tekanan melebihi hadnya dan keruntuhannya hanya menunggu masa.",
"Inilah apa yang berlaku apabila suatu projek dimulakan dengan salah sejak dari langkah pertama.",
"3) Letupan Deepwater Horizon",
"Letupan Deepwater Horizon yang mengakibatkan tumpahan minyak luar pesisir di Teluk Mexico dianggap sebagai insiden tumpahan minyak terbesar dunia, dan bencana alam sekitar paling dahsyat dalam sejarah US.",
"Letupan tersebut yang turut mengakibatkan kebakaran berterusan berlaku pada 20 April 2010 di atas unit Mobile Offshore Drilling Unit atau dipanggil MODU, yang dimiliki dan dioperasikan oleh Transocean, dan melaksanakan operasi menggerudi untuk BP.",
"Tragedi tersebut mengakibatkan kematian 11 pekerja dan mencederakan 17 yang lain.",
"Rupa – rupanya, dokumen dalaman BP mendedahkan bahawa jurutera – jurutera sudah pun menyuarakan rasa bimbang bahawa selongsong besi yang hendak digunakan mungkin remuk akibat tekanan.",
"Menurut sebilangan pekerja rig, terdapat fahaman bahawa pekerja – pekerja yang mengkritik isu keselamatan boleh dipecat kerana melambatkan operasi penggerudian.",
"Malah pernyataan jawatankuasa membongkarkan bahawa BP, dalam banyak kes, memilih prosedur yang berisiko tinggi, untuk menjimatkan masa dan duit walaupun ditegah oleh pekerja dan kontraktor.",
"Berbaloi ke BP?",
"2) Penerbangan Turkish Airline 981",
"Pada 3 Mac 1974 kapal terbang Turkish Airline DC10 terhempas dalam bencana aviasi paling buruk sejarah, membunuh kesemua 346 penumpang.",
"Tidak sampai 10 minit setelah berlepas, sebuah lubang besar terbentuk pada bahagian bawah kapal, dan menarik keluar lapisan kerusi penumpang. Juruterbang kemudian kehilangan kawalan lalu terhempas ke dalam hutan.",
"Disebabkan kelajuan impak, tiada seorang pun yang terselamat.",
"Punca kemalangan ngeri tersebut dikesan sebagai kegagalan reka bentuk selak pintu. DC 10 adalah kapal terbang pertama yang pintunya ditutup dari dalam. Walaupun pintu ini hanya khusus untuk kargo, sebarang perubahan tekanan dalam kapal terbang boleh mendatangkan kesan yang fatal.",
"Disebabkan selak dikunci dari dalam, pengendali kargo tiada cara untuk ketahui sama ada pintu sudah dikunci rapi. Lantaran kegagalan selak tersebut untuk berfungsi, tekanan yang kuat dari dalam kargo meletupkan pintu tersebut terbuka dan menghasilkan vakum yang meranapkan kapal.",
"Jelas, kemalangan ini adalah gabungan bersama faktor kecuaian manusia, reka bentuk mekanikal dan kebertanggungjawaban jurutera.",
"1) Bencana Chernobyl",
"Pada pertengahan abad ke – 20, tenaga nuklear dianggap sebagai satu prospek sumber tenagan baru yang amat dinanti – nantikan. Projek – projek pembinaan loji tenaga nuklear berkembang macam cendawan lepas hujan. Masa depan tenaga nuklear dianggap cerah.",
"Sampailah tahun 1986, komuniti tenaga nuklear senyap secara tiba – tiba.",
"Apa yang berlaku pada tahun tersebut adalah satu bencana loji nuklear yang paling besar dalam sejarah, yang dikelaskan tahap 7, iaitu tahap kebahayaan yang maksimum.",
"Letupan logi nuklear Chernobyl.",
"Selepas sebuah reaktor di Chernobyl meletus, bahan radioaktif yang banyak tercampak ke Ukraine, Russia dan Belarus.",
"Puncanya adalah akibat reka bentuk reaktor yang bermasalah sejak awal dan susunan teras reaktor yang tidak mengikut spesifikasi.",
"Kesannya adalah kemusnahan teruk flora dan fauna, keracunan radiasi terhadap 200 lebih orang, dan anggaran 4000 orang yang dijangka mati akibat kanser cetusan radiasi.",
"Kawasan berradius 30 km daripada tapak nuklear tersebut kini masih dikepung dalam zon alienasi akibat tahap radiasi yang masih begitu tinggi.",
"Malah laporan juga menyebut beberapa kes mutasi genetik hidupan yang disebabkan oleh keracunan radiasi Chernobyl.",
"Anda berani lawat?"
] |
https://ajar.com.my/2018/04/06/gerakan-mansuhkan-peperiksaan-di-uk/ | Gerakan Mansuhkan Peperiksaan di UK | [
"Anda pernah suarakan ketidakpuasan hati terhadap peperiksaan sewaktu di sekolah? Mungkin anda suka belajar, tapi tak suka peperiksaan. Atau pengalaman pembelajaran anda rosak lantaran obsesi sistem pendidikan terhadap peperiksaan.",
"Malangnya sistem yang tak disukai sekalian pelajar dalam sejarah ini seolah – olah tak mungkin dipertikai dan diubah, dan akan kekal puluhan tahun.",
"Namun, persatuan National Union of Teachers di UK berhasrat mencabar sistem peperiksaan piawai high stake yang dianggap merosakkan nilai dan pengalaman pendidikan pelajar – pelajar, setelah diimplementasikan selama 25 tahun.",
"Peperiksaan piawai yang dilaksanakan, menurut laporan mereka, mengurangkan nilai anak – anak kepada nombor dan statistik. Hal ini memberi kesan negatif kepada mereka, kerana pada akhirnya, anak – anak akan dinilai berdasarkan ‘ nombor per sepuluh’.",
"Laporan juga mendapati lantaran tekanan untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang baik, sekolah terpaksa mengubah pengurusan pendidikan mereka kepada semata – mata memfokuskan peperiksaan.",
"Pelajar yang ‘tiada harapan’ dibiarkan dan fokus diberikan kepada pelajar lain yang lebih berkemungkinan lulus periksa.",
"Pelajar yang dilabel sebagai ‘selamat’ tidak didorong untuk lebih maju sebab markah mereka sudah ‘selamat’.",
"Subjek pendidikan didominasi oleh Bahasa Inggeris dan Matematik, malah dua subjek ini disempitkan konteksnya supaya boleh diuji dalam peperiksaan.",
"Sistem peperiksaan high – stake, iaitu peperiksaan yang mendatangkan kesan yang serius kepada pelajar, guru dan sekolah, membawa pula kepada tindakan – tindakan susulan melangkaui keperluan pendidikan seperti inspeksi, gaji mengikut prestasi, ‘sistem menamakan dan memalukan sekolah’, penutupan institusi pelajaran yang gagal dan pemaksaan akademik.",
"Beberapa alternatif dicadangkan oleh pertubuhan tersebut untuk memulihkan semula nilai pendidikan. Cadangan mereka bersifat berpusatkan pelajar, berdasarkan penilaian guru, dan tidak terikat dengan piawai nasional.",
"Peperiksaan piawai peringkat nasional pula mereka usulkan agar tidak dikenakan ke atas setiap pelajar di seluruh negara, tetapi hanya kepada kumpulan – kumpulan pelajar sampel, cukup untuk memperoleh data pendidikan yang diperlukan.",
"Apa pandangan anda tentang sistem peperiksaan?"
] |
https://ajar.com.my/2018/04/09/kenapa-panjang-1-meter-1-meter/ | Kenapa Panjang 1 Meter … 1 Meter? | [
"Tonton versi video di sini",
"Cuba bayangkan kita hidup pada zaman yang tak ada pembaris. Macam mana kita nak ukur ketinggian kita?",
"Orang zaman dulu, sebelum penciptaan alat ukuran yang piawai, menggunakan anggota badan mereka sebagai alat ukuran relatif. Mereka guna:",
"Tapi ini bermasalah sebab setiap orang lain ukuran anggota badan masing – masing. Ada yang jengkal mereka lagi panjang, ada yang lagi pendek. Jadi nak guna yang mana satu? Silap – silap boleh buat gaduh.",
"Untuk selesaikan masalah ini, kita boleh gunakan konsep ‘piawai’.",
"Iaitu contohnya, kita ambil sebatang kayu, dan semua orang boleh diukur berdasarkan panjang batang kayu tersebut. Jadi tak ada masalah bergaduh, kalau semua orang setuju.",
"Tapi datang masalah yang lain, macam mana kalau kayu tersebut patah? Macam mana kalau sebelum patah, satu bandar dah bersepakat jadikan batang kayu tersebut sebagai sumber rujukan ekonomi, industri dan sosial? Tak ke huru hara jadinya?",
"Maka kini datang satu soalan baru. Macam mana kita nak pilih satu unit ukuran piawai yang stabil, selamat dan kekal? Barang apa kita nak guna?",
"Untuk faham soalan ini kita beralih sebentar kepada konsep berat – kilogram.",
"Berat Kilogram Anda Datang Dari Mana?",
"Apabila satu dunia menyebut ‘1 kilogram’, mereka sebenarnya merujuk kepada satu prototaip bongkah silinder di Perancis. 1 Kilogram adalah jisim satu silinder tersebut.",
"Maksudnya berat 80 kg anda tu adalah jumlah jisim 80 bongkah silinder tersebut.",
"Kenapa silinder tersebut dipilih jadi sumber rujukan untuk berat? Sebab ia diperbuat daripada 90% platinum dan 10% iridium, menjadikannya sangat tahan hakisan dan stabil. Silinder itu juga dikawal dengan sangat rapi dalam peti besi dan hanya tiga kunci diberikan dalam dunia, menjadikannya sangat selamat.",
"Jadi adakah silinder ini akan kekal jisimnya dan tak akan berubah sampai bila – bila? Jawapannya tidak. Sebab tiada benda fizikal yang akan kekal.",
"Dan itu terbukti apabila perbandingan silinder tersebut dengan prototaip salinannya menunjukkan perbezaan setelah seratus tahun. Bermakna, jika jisim silinder itu hakikatnya berubah, konsep berat satu dunia pun akan turut berubah sama.",
"Jadi soalan yang sama berulang, ada tak perkara dalam dunia yang tak berubah dan boleh kita buat jadi rujukan fizikal?",
"Sebenarnya ada, dan inilah yang membuatkan konsep ‘meter’ sangat menakjubkan. Sebab ia datang dari kelajuan cahaya.",
"Meter dari Malar Alam Semesta",
"Kelajuan cahaya dalam vakum iaitu 299 792 458 m / s adalah salah satu daripada tujuh malar alam semesta yang ditemui.",
"Menurut Stephen Hawkings, kelajuan cahaya adalah malar yang absolut, sentiasa sama, dan tidak relatif dengan apa pun.",
"Maka jarak ‘1 meter’ yang kita gunakan setiap hari sebenarnya bermaksud jarak yang dilalui oleh cahaya dalam 1 / 299,792,458 saat. Itulah asal usul kepanjangan pembaris 1 meter anda.",
"Dan ini adalah sangat menakjubkan sebab jarak 1 meter adalah amat stabil dan tidak berubah, sebab rujukan asalnya iaitu kelajuan cahaya sentiasa malar.",
"Macam Mana Boleh ada Malar Alam Semesta?",
"Hakikatnya, kewujudan malar dalam alam semesta, di samping sangat berguna sebagai alat ukuran, adalah perkara yang amat menakjubkan jika difikirkan secara mendalam.",
"Menurut Dr Muhammad Doudah, kewujudan malar dalam alam fizikal kita adalah bukti jelas, kewujudan peraturan dan undang – undang alam.",
"Maka jika ada undang – undang dan peraturan, maka kesimpulannya, sudah pasti ada Penggubalnya."
] |
https://ajar.com.my/2018/04/13/ilmu-sentiasa-lebih-relevan-dari-politik/ | Ilmu Sentiasa Lebih Relevan Dari Politik | [
"Amat mengagumkan apabila kita renungi sejarah. Pada zaman awal tamadun Islam, hakikatnya banyak saja pergolakan politik yang berlaku. Politik kerusi diraja, perebutan kuasa, peralihan empayar, peperangan dengan kuasa lain.",
"Semua ini pada zaman itu pasti dianggap isu besar yang mesti diambil serius dan mengisi segenap perbualan masyarakat. Kalau ada Facebook zaman tu mesti jadi topik trending isu – isu politik besar ni.",
"Tapi menariknya, ribuan tahun kemudian, semua hal – hal politik itu tak melekat. Hampir tak ada orang ambil tahu apa masalah sultan X vs sultan Y waktu zaman Umaiyah, Abbasiyah. Nama – nama sultan, gabenor pada zaman ini kalau tanya orang pun majoriti tak ketahui.",
"Sebaliknya, garis masa sejarah Islam adalah tentang ulama yang bersinar pada zaman tersebut, Imam Abu Hanifah, Maliki, Syafie, Hanbali, Bukhari, Muslim. Perkara yang paling diingati adalah idea – idea mereka, disiplin, nilai dan sumbangan ilmu mereka.",
"Begitu juga waktu penjajahan Tartar terhadap umat Islam yang merupakan antara malapetaka terbesar politik yang melanda kita sepanjang sejarah. Logiknya, dah pasti cerita tentang pergelutan dan perjuangan politik dan ketenteraan umat Islam pada zaman itu digemakan dalam kelas – kelas sejarah, surau – surau dan masjid – masjid. Ia lah, krisis politik besar ni!",
"Tapi tidak, akhirnya keluaran paling bersinar dari zaman tersebut bukanlah perihal politik. Tapi ulama jua. Ibn Taymiyyah dengan sumbangan besar ilmu beliau.",
"Jadi hakikatnya, persoalan ilmu sentiasa lebih besar, jauh melangkaui mana – mana pertelingkahan dan pergelutan politik, sungguhpun isu – isu politik tersebut cuba dipersembahkan seolah – olah itulah penentu segala – segalanya. Hal ini berlaku pada setiap peradaban. Nama yang paling disebut – sebut dan diingati setelah PERANG DUNIA bukanlah pemain politik waktu itu. Tapi Einstein dengan idea beliau yang mencetus revolusi saintifik. Pelajar sekolah rendah pun tahu nama ini.",
"Maka, untuk para pendidik dan penyebar ilmu, jangan risau apabila ilmu yang anda sampaikan dianggap tidak relevan, tak kena dengan isu, tak ikut kehendak semasa. Relevannya anda jauh melangkaui tempoh PRU empat tahun sekali."
] |
https://ajar.com.my/2018/04/15/5-teori-saintifik-yang-popular-tapi-salah-atau-ditinggalkan/ | 5 Teori Saintifik yang Popular tapi Salah (Atau Ditinggalkan) | [
"Ramai orang menganggap bahawa teori saintifik adalah absolut dan tidak berubah. Jadi itu sebab kadang – kadang bila kita dengar orang berdebat dan bertengkar, mereka mencampak perkataan ‘bukti saintifik’, sebab itu seolah – olah kuasa terakhir untuk mereka menang hujah, dan itulah kebenaran mutlak bagi mereka.",
"Tapi sebenarnya itu bertentangan dengan sifat sains, sebab sains, sentiasa berubah.",
"Bila data – data terkini diperoleh atau pemerhatian baru dibuat, ada teori – teori yang akan diubahsuai, atau ditolak, atau diganti dengan teori yang baru.",
"Atau kadang – kadang akan berlaku satu revolusi besar – besaran yang ubah terus struktur dunia saintifik secara drastik, dalam satu fenomena yang dipanggil ‘Anjakan Paradigma‘. Dan bila jadi satu anjakan paradigma, boleh ucap selamat tinggal kepada buku sains anda sebab ‘fakta – fakta saintifik’ dalamnya dah tak boleh dipakai dah.",
"Dalam sejarah, ada banyak teori saintifik yang dulunya popular tapi kemudian didapati salah, atau ditinggalkan. Artikel ini kupas 5 daripadanya!",
"Pembahagian Peta Lidah",
"Peta lidah ini kita pelajari sejak dari dulu. Peta lidah yang mengatakan bahawa peta lidah terbahagi kepada bahagian; manis, masam, masin dan pahit rupa – rupanya salah.",
"Kesemua rasa itu sebenarnya boleh dikesan oleh keseluruhan lidah kita. Ia adalah salah faham yang berlaku selama hampir 100 tahun.",
"Asalnya pengkaji deria lidah David Hanig cuma membuat kesimpulan bahawa pada lidah kita, terdapat bahagian agak sensitif sedikit dengan rasa – rasa yang berbeza. Kemudian ini disalah tafsir sebagai mengatakan bahagian – bahagian tertentu lidah kita yang mendatangkan rasa yang berlainan.",
"Kesalahfahaman isu ini kemudian menjadi lebih menyimpang apabila diilustrasikan peta yang popular ini 40 tahun kemudian.",
"Bagaimanapun, sekarang, ramai pengkaji yang menolak mitos lidah popular ini.",
"Teori Phlogiston",
"Phlogiston adalah satu teori yang cuba diselamatkan berkali – kali, namun akhirnya terbenam di bawah arus kejam metod saintifik.",
"Sebelum datangnya, istilah oksigen, saintis guna pakai teori phlogiston untuk terangkan proses pembakaran.",
"Phlogiston adalah satu konsep yang terbalik dengan oksigen. Teorinya, satu bahan itu terbakar kerana ia kaya dengan phlogiston. Lagi banyak phlogiston, lagi senang ia terbakar. Bila phlogiston hilang, api pun terpadam dalam satu proses yang dipanggil dephlogistication.",
"Tapi eksperimen demi eksperimen membuktikan teori ini bermasalah. Sebabnya rupa – rupanya ada sesetengah besi yang bertambah berat selepas terbakar. Sedangkan sepatutnya ia kehilangan phlogiston, jadi sepatutnya semakin ringan lah.",
"Kemudian beberapa alasan diberikan untuk menyelamatkan teori ini seperti mengatakan jisim phlogiston adalah negatif (macam mana boleh jisim negatif?) dan beberapa alasan yang lain, yang akhirnya ditolak satu persatu. Akhirnya terlalu banyak andaian yang menyelimuti teori ini sehinggakan ia menjadi terlalu rumit dan kompleks.",
"Akhirnya teori ini ditukar ganti dengan teori oksigen yang lebih mudah dan menjawab menjawab data – data baru tersebut dengan lebih elegan.",
"Geosentrik – Bumi sebagai Pusat Alam",
"Ini mungkin antara revolusi saintifik yang terawal dalam rekod sejarah.",
"Dahulu, orang percaya bahawa matahari dan bulanlah yang keliling bumi sedangkan bumi pula berada di tengah – tengah alam, dalam satu model yang dipanggil geosentrik.",
"Kepercayaan ini dipegang oleh saintis zaman dulu, dan dianggap teori saintifik zaman itu. Tapi perlu difahami bahawa ‘sains’ zaman dulu lain dengan sekarang. Sains dahulu bukan bereksperimen, tapi berfikir.",
"Kemudian datang satu teori baharu, heliosentrik, yang mengatakan bahawa matahari yang berada di tengah – tengah. Lalu, pertembungan idea pun berlaku.",
"Namun cara peralihan idea ini bukanlah seperti yang kita biasa dimomokkan iaitu saintis yang percayai teori heliosentrik ditangkap, orang terus percayai seolah – olah ia satu ‘wakyu’ yang turun, berlaku revolusi serta – merta.",
"Perubahan penerimaan model alam ini berlaku perlahan, sehinggalah datang fahaman baru untuk mengubah sains daripada semata – mata berfikir, kepada bereksperimen, empirisasi.",
"Teori Alam Semesta Statik Einstein",
"Sebelum komuniti saintifik dan orang awam terima dan percayai teori Big Bang sebagai model permulaan alam semesta, iaitu alam semesta bermula dari satu titik kemudian berkembang, kepercayaan popular komuniti saintifik pada waktu itu adalah alam yang statik, tak berkembang dan tak akan berubah.",
"Tokoh yang paling popular yang mempercayai teori alam semesta statik pula adalah Einstein. Ini menjadikan cerita perubahan teori model permulaan ini lebih menarik, sebab ia dipercayai oleh seorang ‘superstar’ dalam arena fizik.",
"Apa masalahnya dengan teori alam semesta statik ini sehingga ia ditolak? Masalahnya bermula dari awal kerana alam semesta yang statik akan menjadikannya tidak stabil. Penamat teori ini adalah apabila ditemui anjakan spektrum radiasi oleh nebula ekstragalaktik yang membuktikan bahawa alam semesta memang berkembang, dan mempunyai titik mula.",
"Einstein kemudian kata bahawa ini adalah kesilapan yang paling besar dalam kariernya.",
"Yang lebih menarik tentang isu ini adalah, nama Big Bang hakikatnya merupakan satu nama penghinaan oleh komuniti saintis yang percaya kepada alam semesta statik terhadap orang yang mengusulkan alam semesta mempunyai titik mula.",
"Kenapa diperlekeh? Kerana saintis yang mengusulkan teori ini yang mencanggahi pandangan arus perdana ketika itu adalah George Lemaitre, seorang saintis yang beragama.",
"Namun akhirnya teori itu yang diterima dan nama ‘Big Bang’ yang asalnya satu sindiran itu yang melekat.",
"Mekanik Klasik Newton",
"Apa pandangan saintis dulu – dulu tentang alam kita? Subjek fizik tingkatan 4 beri klu untuk kita fahami jawapannya.",
"Alam semesta kita dianggap semacam mesin, seperti jam. Bila pukul 1, jarum jam akan menunjukkan kedudukan tertentu yang tetap. Begitu juga dengan waktu – waktu yang lain.",
"Alam kita dianggap demikian. Masa dan ruang dianggap tetap, boleh dikira dan boleh diramal, menggunakan formula pergerakan Newton.",
"Teori pergerakan Newton sangat berjaya. Pergerakan planet bukan saja boleh diramalkan sejauh ratusan tahun, kedudukannya pada tahun – tahun tertentu, pukul tertentu boleh dianggar dengan sangat tepat.",
"Jadi teori fizik Newton dianggap sebagai fakta yang tak boleh disangkal, selama ratusan tahun. Dan ahli sains mula kata dah tiada lagi dapatan baru fizik setelah 300 tahun.",
"Sampailah datang akhir abad ke 19. Fizik dan sains ditunggangterbalikkan, dilencongkan ke arah baru yang pelik dan dilipatkaligandakan kepeningannya oleh satu konsep yang dipanggil kuantum.",
"Ada banyak dapatan baru kuantum, yang meruntuhkan teori sebelumnya, seperti cahaya yang wujud dalam bentuk partikel dan gelombang pada masa yang sama, mekanik Newton sudah tak terpakai pada kelajuan cahaya, dan tenaga yang bersifat berasingan (discrete) bukan berterusan (continuous) seperti pemahaman kita sebelum ini.",
"Tapi dapatan yang lebih besar tentang peralihan kepada cara fikir kuantum adalah alam tidak lagi dianggap bersifat tetap seperti mana pergerakan jam (deterministic), tetapi bersifat kemungkinan (probabilistic).",
"Maka jika teori gergasi dalam dunia fizik, teori Newton, pun boleh tumbang jatuh, apatah lagi teori – teori lain yang sudah pasti akan ditukar ganti dengan perkembangan sains."
] |
https://ajar.com.my/2018/04/16/rakyat-malaysia-masih-belum-capai-sasaran-30-buku-setahun-komik-genre-paling-popular/ | Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular. | [
"Purata pembacaan rakyat hanyalah sekitar 15 ke 20 buku setahun, iaitu masih belum mencapai sasaran ideal 30 buku setahun, menurut Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Datuk Nafisah Ahmad.",
"Ini bermakna, kadar literasi kita agak rendah pada tahap 55 peratus, iaitu masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia iaitu seramai 31.7 juta orang.",
"Daripada jumlah bahan bacaan itu pula, rata – rata menjadikan komik sebagai genre paling popular, berdasarkan pemantauan pembelian buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.",
"Komik mendapat pembelian paling banyak dengan jumlah 15%, diikuti oleh buku akademik sebanyak 14% dan buku agama sebanyak 14%.",
"Genre lain yang turut popular adalah fiksyen yang dimonopoli oleh buku – buku indie, juga lambakan novel – novel cinta yang diminati oleh pembaca wanita remaja.",
"Sebagai perbandingan, Korea Selatan membaca secara purata 40 buku setahun.",
"Malaysia juga masih ketinggalan berbanding negara jiran Thailand yang dicatatkan sebagai negara kedua paling banyak membaca, dengan purata pembacaan 9.4 jam seminggu, diikuti dengan China dan Filipina, manakala India mendapat tempat teratas.",
"Bagaimanapun, budaya pembacaan rakyat Malaysia tidaklah statik atau semakin teruk. Sebaliknya, ia menunjukkan peningkatan.",
"Laporan statistik Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 mendapati rakyat Malaysia membaca purata 2 buku setahun. Namun tahun 2010 jumlahnya meningkat kepada 2 ke 8 buku setahun. Laporan tahun 2017 menunjukkan peningkatan purata pembacaan 15 – 20 buku setahun.",
"Maka budaya membaca rakyat Malaysia, walaupun belum mencapai sasaran, menunjukkan peningkatan dari segi statistik.",
"Harapannya, semoga nombor itu meningkat naik seiring dengan kualiti bahan bacaan yang dibaca."
] |
https://ajar.com.my/2018/04/19/macam-mana-permainan-video-mobile-percuma-buat-duit/ | Macam Mana Permainan Video Mobile Percuma Buat Duit? | [
"Untuk versi video, tonton di sini",
"Pernah tak terfikir macam mana permainan video mobile percuma buat duit? Ye lah, kan semua tu percuma untuk dimuat turun? Takkan derma sumbangan ikhlas kepada rakyat kan?",
"Hakikatnya model permainan percuma ini lah yang licik, yang menjadi wabak penyakit dunia baru digital dan yang mampu memerah duit anda berkali – kali ganda. Kalau anda tak berhati – hati.",
"Tapi sebelum tu, mari kita ketahui bagaimana model tradisional penjualan game berfungsi.",
"Model ‘Biasa’ Penjualan Game",
"Model klasik bagaimana syarikat gaming membuat duit adalah dengan mereka menjual salinan permainan video mereka yang penuh. Bermakna, setelah anda bayar baru anda boleh main keseluruhan game.",
"Atau dengan mereka menjual versi premium permainan, bermakna kalau anda bayar lebih untuk edisi premium anda akan dapat lebih nilai permainan.",
"Atau dengan model langganan (subscription), bermakna kalau anda bayar satu nilai, anda boleh bermain permainan tersebut selama sebulan atau setahun, ini biasanya digunakan oleh model permainan atas talian (online)",
"Tapi masalah dengan model lama ini adalah, ada tembok besar yang menghadang pembeli dengan produk oleh syarikat game. Iaitu tembok harga, yang mengaburi mata pembeli dari awal.",
"“Sebab apa aku nak keluarkan RM100 untuk beli game kau?” Tanya pembeli kepada syarikat gaming.",
"Maka syarikat gaming kena gencarkan pengiklanan untuk meyakinkan pembeli. Mereka perlu keluarkan duit. Atau mereka perlu dapatkan review yang bagus untuk meyakinkan pembeli. Duit lagi.",
"Model ini berkekalan untuk beberapa ketika sehinggalah datang model baru dalam dunia gaming, model free to play, yang diterajui oleh aplikasi yang sangat popular, Candy Crush Saga.",
"Model Free to Play dan Transaksi Mikro",
"Apabila permainan itu percuma, hilanglah tembok penghadang awal antara pembeli dengan produk tersebut. Maka makin ramailah pemain yang dapat akses kepada permainan tersebut berbanding model bayar dulu baru boleh main.",
"Tapi macam mana mereka buat duit?",
"Kalau anda pengguna yang tanya soalan ini, tahniah, anda boleh terselamat daripada dunia gelap industri game moden.",
"Untuk membuat keuntungan, game free to play perlukan dua elemen:",
"Kalau permainan itu percuma, dari mana datang pembelian? Mudah saja, dari dalam game itu sendiri, melalui satu istilah yang dipanggil transaksi mikro (micro transaction)",
"Maksudnya, game itu sendiri percuma untuk dimainkan, tapi dalam aplikasi tersebut akan dijual komoditi yang pelbagai.",
"Komoditi ini pula ada dua jenis, iaitu 1) yang tak mengubah corak permainan seperti prop – prop hiasan untuk meningkatkan estetik game, pisau warna – warni, baju, perisai kuda dan lain – lain.",
"2) komoditi yang mengubah corak permainan dalam model bayar untuk menang (pay to win), iaitu item yang apabila dibeli oleh pemain menggunakan duit sebenar, akan dapat meningkatkan serangan dan pertahanan, menaikkan level atau dapat senjata – senjata lagenda berkuasa tinggi.",
"Jerat Transaksi Mikro",
"Anda mungkin fikir “eleh, mustahil aku akan keluar duit untuk benda – benda tu, aku main untuk suka – suka je”",
"Benar, pada permulaan sesi mungkin anda akan berfikir demikian. Namun perlu diketahui bahawa game f2p ini memang direka untuk menjerat pengguna sedikit demi sedikit.",
"Anda mungkin sudah meluangkan masa berjam – jam main aplikasi ini. Anda mula terikat, anda mula ketagih, dan ia menjadi mainan kegemaran anda dalam bilik air. Waktu itulah secara halus aplikasi tersebut akan perkenalkan tembok berbayar (paywall) dalam permainan anda.",
"Secara tiba – tiba anda tersekat berkali – kali dalam satu level. Bermacam – macam cara anda buat untuk menang, tapi tak dapat juga. Mata anda mula memandang pada kuasa bonus yang diletak cantik di tepi. “Kalau aku beli satu je kuasa ni, aku boleh menang level ni”, anda terfikir.",
"Kekalahan berkali – kali anda pula memanjangkan masa menunggu sebelum boleh meneruskan permainan untuk mempertahankan kampung anda dari diserang. Ketidaksabaran anda dieksploitasikan. Anda teringat anda sebenarnya boleh beli kuasa untuk potong masa menunggu.",
"Atau anda mula bosan dengan grinding, iaitu bermain level yang sama berulang – ulang kali untuk naikkan experience dan kumpul matawang game, anda terpandang booster di tepi yang boleh cepatkan kemajuan anda.",
"Atau anda sudah tak tahan tengok watak utama comel anda mati berkali – berkali dengan bos yang entah kenapa lain macam kesusahan dia. Dan anda fikir pedang lagenda RM 20 itu je yang boleh selamatkan dia.",
"Perangkap Mengena",
"Apabila anda akhirnya membuat keputusan untuk membuat pembelian pertama, walaupun dengan harga RM 1, anda sudah mencapai kehendak syarikat.",
"Sebab kajian menunjukkan apabila anda membuat pembelian pertama, anda akan terus didorong oleh dopamine untuk membuat pembelian – pembelian selanjutnya.",
"Sebab anda nak menang!",
"Sampailah anda berbelanja lebih dari harga penuh game tersebut. Seperti pemain ini yang keluarkan 1 juta dollar untuk game Clash of Clan.",
"Tapi, kalau anda tak nak keluarkan duit macam mana? Ada satu lagi cara, anda mengeluarkan invitation mengajak kawan – kawan media sosial anda memuatturun dan bermain permainan tersebut.",
"Bermakna, anda mengiklankan permainan tersebut secara percuma, secara organik tanpa bayaran.",
"Dan setelah anda berbelanja banyak, anda akan diberi gelaran ‘ikan paus’ atau ‘pemain bernilai tinggi’.",
"Apa yang akan diperlakukan kepada ‘pemain bernilai tinggi’ ini? Data mereka akan dijual kepada syarikat game yang lain untuk mereka iklankan produk mereka pula kerana mereka tahu, mereka adalah golongan yang paling mudah berbelanja.",
"Kesimpulan.",
"Jadi, adakah ini bermakna tak boleh langsung keluarkan duit untuk bermain permainan yang anda suka? Tidak juga, kadang – kadang mungkin kita sendiri yang tidak kisah keluarkan sebagai tanda sokongan kepada syarikat yang tinggi kualiti produksinya, atau sebagai sokongan kepada syarikat tempatan.",
"Yang penting, perlu jadi pengguna yang bijak."
] |
https://ajar.com.my/2018/04/21/betul-ke-pelajar-mat-saleh-sentiasa-lagi-pandai/ | Betul ke Pelajar Mat Saleh Sentiasa Lagi Pandai? | [
"Saya pernah satu kumpulan projek tahun ketiga kejuruteraan di UK. Kumpulan saya seorang Melayu, dua orang Cina dari Tanah Besar dan seorang mat saleh tempatan. Kami berjanji berjumpa untuk mesyuarat mingguan pukul dua.",
"Saya sampai paling awal, disusuli oleh kawan – kawan Asia yang lain. Hanya kawan mat saleh itu saja yang belum sampai. Jadi saya telefon tanya, “hang kat mana?” (bahasa Inggeris)",
"Dia jawab “On the way mate”. Rupa – rupanya baru bangun tidur.",
"Ai, macam pernah dengar cerita ni.",
"Perasaan merendah diri terhadap bangsa atau pencapaian akademik negara lain mungkin agak jarang dilontarkan, tapi ia perkara yang sering dirasakan oleh pelajar kita. Kalau anda pernah sertai mana – mana pertandingan antara sekolah, mungkin anda pernah rasai perasaan ‘ketaq’ dengan sekolah lain yang dirasakan hebat.",
"Dari segi akademik, sentimen ini mungkin dirasai oleh pelajar Malaysia yang belajar di negara Barat. Negara Mat Saleh. Timbul inferiority complex atau perasaan rendah diri dengan pelajar – pelajar berambut perang yang dirasakan lebih hebat penguasaan ilmu mereka.",
"Perasaan begini bukanlah tidak berasas langsung. Hakikatnya mereka memang miliki institusi akademik gergasi seperti universiti – universiti terbaik dunia. Satu universiti seperti Oxford pula mampu keluarkan kertas akademik lebih banyak daripada himpunan universiti puluhan negara. Bukan itu saja, mereka iklankan pula pencapaian akademik mereka dalam sekalian filem, dokumentari, video Youtube dll.",
"Namun, sebenarnya perkara yang kita sering rungutkan berkaitan pembelajaran di negara kita, sama saja berlaku di sana.",
"Contoh paling ketara seperti pembelajaran exam oriented. Sehabis SPM, kita fikirkan keseluruhan sistem persekolahan Malaysia cumalah nak hasilkan pelajar yang mampu jawab atas kertas hasil menghafal skema jawapan.",
"“Macam mana nak maju kalau kita belajar cuma untuk muntah dalam periksa, tak macam negara mat saleh yang belajar untuk ilmu!”",
"Tapi menjelangnya sesi peperiksaan di Universiti sana, kedengaran juga rungutan – rungutan sama. “We just cram everything in the last minute and vomit on the exam day mate. Works everytime. That’s how you get your degree”. Kata kawan mat saleh saya.",
"Malah di UK sendiri terdapat gerakan memansuhkan sistem peperiksaan high stake lantaran kerosakan yang dibawa kepada nilai pembelajaran. Agak ironi apabila kita menganggap sifat pembelajaran exam oriented tak berlaku di negara mereka, apabila sistem itu, A level, GCSE, O level kita sendiri ambil dari mereka (yang mereka ambil daripada Timur).",
"Begitu juga, jika kita perhatikan data terkini, peralihan ilmu terutama sekali ilmu sains dan matematik mula beralih dan didominasi oleh Timur. Laporan Pisa terhadap trend penguasaan sains dan matematik dalam kalangan pelajar menunjukkan cabang ilmu tersebut dikuasai Singapura, Hong Kong, Jepun dan China.",
"Bermakna tidak mustahil selepas ini Malaysia akan banyakkan penghantaran pelajar ke Timur. Atau lebih jauh, bahasa akademik akan beralih kepada bahasa Timur.",
"Ini tidaklah menghairankan, kerana bak kata Ibn Khaldun, tamadun itu berkitar. Kegemilangan bertukar ganti. Kalau beberapa ratus tahun lepas mungkin dikuasai mat saleh, seterusnya orang lain pula. Kalau dulu dikuasai oleh empayar Islam, disebabkan sikap culas dan terlalu cintakan dunia, jatuh pula kepada orang lain.",
"Maka selaku penuntut ilmu, tak wajar merasa merendah diri seolah – olah merasakan ilmu ini dipegang kuncinya oleh satu bangsa, dan merekalah pendominasi penuh. Ilmu itu hakikatnya, milik Allah."
] |
https://ajar.com.my/2018/04/26/5-peribahasa-yang-sering-disalahertikan/ | 5 Peribahasa yang Sering Disalahertikan | [
"Tonton versi video di sini",
"Pernah tak kita rasa ada sesetengah peribahasa yang kita biasa guna, tapi dirasakan macam tak kena?",
"Rupanya atas beberapa sebab, ada beberapa kesilapan peribahasa yang diwarisi turun – temurun.",
"Artikel ini senaraikan 5 peribahasa Melayu yang selalu disalahgunakan.",
"1) Melepaskan Batuk di Tangga",
"Pernah tak kita terfikir, kenapa bila kita batuk di tangga, dikatakan tak cermat atau tak bersungguh – sungguh?",
"Adakah apabila seseorang itu nak batuk, dia kena cepat – cepat turun ke ruang tamu atau naik ke bilik tidur untuk dianggap cermat?",
"Itulah soalan yang ditanya oleh pengarang Utusan, saudara Johardy Ibrahim. Menurutnya, ejaan sebenar dalam pepatah ini adalah batok, dengan ‘O’.",
"Batok adalah tempurung kelapa yang dijadikan gayung untuk mencuci kaki di rumah Melayu lama.",
"Jadi, apabila ia diletakkan di tangga, dan bukan tempat asalnya, maka terjadilah peribahasa yang menunjukkan kerja yang tak bersungguh, kerana menyusahkan orang seterusnya.",
"2) Harapkan pagar, pagar makan padi",
"Macam mana pagar makan padi?",
"Dulu sering dianggap bahawa peribahasa tersebut bermaksud pagar tersebut menghalang pertumbuhan padi, atau pagar itu jatuh menghempap padi dan jagung.",
"Tapi apabila kita ke jelapang padi, pelik juga, di mana pagar?",
"Rupanya yang dimaksudkan bukan pagar, tapi pegar, atau Lopura Ignita yang merupakan sejenis burung.",
"Disebabkan burung ini memakan haiwan perosak di sekitar sawah, maka pesawah beri mereka kepercayaan untuk menjaga sawah. Namun rupa – rupanya pesawah tak mengetahui bahawa burung ini juga memakan padi. Maka terjadilah peribahasa ini disebabkan hilang kepercayaan pesawah.",
"Dipercayai bahawa kesilapan ini berlaku disebabkan penterjemahan jawi ke rumi, ditambah dengan fakta bahawa ramai orang yang tidak mengetahui kewujudan burung tersebut.",
"****************************************************************",
"Pembetulan terhadap peribahasa yang popular ini bagaimanapun, agak kontroversi.",
"Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kenyataan yang bertarikh 26/9/2017 mengatakan : “Berdasarkan Datuk Rahman Shaari dalam Sinar Online bertarikh 16 Disember 2014, peribahasa yang betul ialah “harapkan pagar, pagar makan padi“. Peribahasa ini juga yang terakam dalam buku peribahasa, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi kedua oleh Abdullah Hussain. Maka, melalui keterangan ini, isu peribahasa “harapkan pegar, pegar makan padi” tidak timbul lagi. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan. Sekian, terima kasih”.",
"DBP merujuk kepada kenyataan Datuk Rahman Shaari pada tahun 2014, walaupun selepas tarikh tersebut hingga sebelum September 2017, jawapan yang diberikan kepada pertanyaan tersebut adalah ‘tidak dipastikan’.",
"Menariknya, tulisan Datuk Rahman Shaari tersebut adalah respon balas kepada tulisan pengarang Utusan Johardy Ibrahim, yang mengatakan setelah sidang ridaksi Utusan bersama pakar bahasa, ia sudah disahkan.",
"Begitu juga tulisan daripada Munsyi Dewan Bahasa, Muhammad Daud pada tahun 2016 yang mengatakan “nenek moyang kita tidak sewenang-wenangnya mencipta peribahasa mengikut kemahuan sendiri”. Ini juga disokong melalui argumen penggunaan jawi oleh akademi Jawi Malaysia.",
"Bagaimanapun, nampaknya penggiat berita arus perdana rata – rata sudah menerima pakai peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ sebagai versi yang betul, menurut laporan – laporan yang terkini (2017 – sekarang). Versi peribahasa tersebut digunakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam laporan freemalaysiatoday dan Utusan, laporan Malaysiakini, Khalid Samad menerusi laporan malaysiadateline, tajuk utama Harian Metro , Berita Harian dan Kosmo .",
"Bermakna, konflik dan kekeliruan peribahasa ini masih berlaku hatta di peringkat penggiat berita arus perdana dan pengamal bahasa. Mungkin akan ada penguatkuasaan oleh DBP?",
"3) Mata Keranjang",
"Ini juga adalah kesilapan yang dipercayai berpunca daripada terjemahan jawi ke rumi.",
"Keranjang adalah bakul yang dianyam daripada tumbuhan seperti rotan dan buluh.",
"Jadi apa pula maksud mata bakul?",
"Peribahasa ini menjadi lebih masuk akal jika dipisahkan ‘ke’ dengan ‘ranjang’, menjadi mata ke ranjang. Sebab ranjang bermaksud tempat tidur. Maka peribahasa ini boleh diasosiakan dengan lelaki yang melihat perempuan hingga dibayangkan ke atas ranjang.",
"Penjelasan ini boleh dirujuk pada buku ‘bahasa menunjukkan bangsa‘ karya Alif Danya Munsyi.",
"4) Saling Tak Tumpah",
"Buat pengetahuan, penggunaan peribahasa yang betul adalah ‘salin tak tumpah’ – yang bermaksud serupa benar.",
"Ini disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.",
"Di mana, salin membawa maksud meniru, menekap, mendua.",
"5) Merah Padam",
"Peribahasa ini sebenarnya bukannya ditulis sebagai ‘merah padam’ sebaliknya merah padma, juga menurut Alif Danya Munsyi.",
"Padma merujuk kepada sejenis bunga teratai berwarna merah kemerahan, atau juga dipanggil teratai merah.",
"Sedangkan maksud merah padam pula kabur. Kenapa dikaitkan merah dengan padam? Maka sekali lagi dijelaskan bahawa kesilapan ini bertitik tolak dari peralihan jawi ke rumi.",
"————————————————————————————————————-",
"Kesimpulannya, peribahasa adalah khazanah peninggalan bangsa yang perlu dihargai, digunakan, dibincangkan dan dipelihara agar tidak luput ditelan zaman."
] |
https://ajar.com.my/2018/04/28/masalah-yang-sains-tak-boleh-selesaikan-sampai-sekarang/ | Swan Hitam – Masalah yang Sains Tak Boleh Selesaikan Sampai Sekarang. | [
"Pernah dengar tentang masalah swan hitam? ",
"Cerita dia, orang Eropah temui ribuan swan di tempat mereka. Semua warna putih. ",
"Maka setelah beribu – ribu kali membuat pemerhatian yang sama mereka buat satu klaim ",
" “Semua swan berwarna putih” ",
"Kesimpulan ini tepat bukan? Jika daripada beribu – ribu sampel, kesemuanya miliki ciri – ciri yang sama, maka kesimpulannya untuk semua sampel yang ada pastilah sama ciri – cirinya kan?",
"Namun kemudian mereka berjumpa pula dengan seekor swan berwarna hitam di Australia. Maka runtuhlah keseluruhan klaim yang mengatakan semua swan mesti berwarna putih tersebut. ",
"Ini adalah masalah klasik dalam sains, yang dipanggil ‘the problem of Induction’. Iaitu lebih kurang begini ",
"1) Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian kita, kita perhatikan bahawa perkara ini pasti berlaku sebegini. Ia berlaku setiap kali tanpa pernah berubah. ",
"2) Maka kita simpulkan perkara ini pasti berlaku begini di mana – mana, bila – bila jua. (generalisation)",
"3) Jadi pada masa depan dan selanjutnya, perkara ini pasti akan berlaku begini secara tetap tanpa berubah (prediction). Induksi adalah asas sains moden. Kita buat eksperimen, ulang banyak kali, datangkan generalisasi (biasanya dalam bentuk persamaan matematik), kemudian hasilkan teori yang akan cuba meramalkan masa depan berdasarkan anggapan peristiwa alam sentiasa sekata. Contoh menggunakan teori pergerakan Newton, kita boleh ramalkan bila kereta kita akan sampai di kampung pada waktu pukul 7. ",
"Cuma masalahnya, hakikatnya tak pernah akan terjamin bahawa keseragaman itu akan berkekalan. Dan tiada sebab untuk ia kekal seragam. Boleh saja pada masa akan datang timbul satu data pemerhatian yang bakal meruntuhkan teori saintifik tersebut, sama seperti teori swan putih tadi. ",
"Bertrand Russell, seorang ahli falsafah Barat menyimpulkan pemikiran ni semacam ayam yang tiap – tiap hari akan diberi makan pukul 7 pagi. Jadi ayam tu buat kesimpulan esok pukul 7 pagi aku akan diberi makan juga. Namun keesokan harinya pemiliknya sembelih ayam tersebut. ",
"Maka David Hume, ahli falsafah sains terkenal, menganggap bahawa tak kira betapa banyak pun pemerhatian kita buat, kesimpulan kita sentiasa boleh saja salah keesokan harinya. Jadi bermasalah lah untuk orang yang menganggap ‘sains sentiasa benar’. ",
"Kita setiap hari tengok matahari terbit. Maka kita anggap berdasarkan pemerhatian dari pengalaman yang lepas, hari esok pun matahari akan terbit. Tapi boleh saja Allah tahan matahari dari terbit esok hari. ",
"Macam al Ghazali kata “Tuhan Maha Berkuasa, jadi macam mana kita boleh yakin alam akan bergerak macam kita jangka bila Dia boleh saja tunggang terbalikkan bila – bila masa? ",
"Rujukan : Ladyman, James (2001). _Understanding Philosophy of Science_. Routledge. "
] |
https://ajar.com.my/2018/04/30/3-lagi-pencapaian-saintifik-dunia-melayu-yang-kita-tak-tahu/ | 3 (Lagi) Pencapaian Saintifik Dunia Melayu yang Kita Tak Tahu | [
"Tonton versi video di sini",
"Bahagian 1 di sini",
"Tak sangka ada beberapa ciptaan tradisi dunia Melayu yang kita anggap mudah dan biasa, tapi bila digali rupa – rupanya memiliki nilaian saintifik!",
"Artikel ini senaraikan 3 (lagi) pencapaian saintifik dunia Melayu yang kita mungkin tak tahu.",
"1) Tudung Saji",
"Selama ini kita menganggap tudung saji hanya untuk menutup makanan, tak nak bagi lalat hinggap. Tapi rupa – rupanya kelebihan tudung saji lebih lagi daripada itu, daripada segi kimia dan matematik.",
"Menuru Prof Muati dan Hospital az-Zahrah, tudung saji tradisional memiliki faktor penghalang makanan menjadi basi.",
"Iya lah, dahulu mana ada peti ais. Namun, nenek moyang kita masih mampu mengekalkan kesegaran makanan secara tradisi dengan tudung saji.",
"Rahsianya, ketinggian dan kelebaran tudung saji memainkan peranan penting untuk memerangkap udara yang boleh mengekalkan keadaan dan suhu makanan, dengan syarat ia diperbuat daripada daun seperti daun pandan dan daun nipah.",
"Dan bukan itu sahaja kelebihan tudung saji. Penghasilan tudung saji juga mengagumkan dari segi matematik.",
"Rupa – rupanya corak anyaman geometri tudung saji dibuat dengan teknik spesifik yang dipanggil tenunan triaksial dan heksagon. Lantaran bentuk tudung saji sebagai kon 3 dimensi, corak mozek parallelogram simetri dianggap satu integrasi idea matematik dengan budaya tradisi anyaman tudung saji.",
"Corak anyaman tudung saji adalah satu topik kajian menarik dalam matematika group theory. Malah corak pembuatan tudung saji dilihat selari dengan penguasaan ilmu geometri dalam seni bina Islam.",
"2) Labu Sayung",
"Labu sayung adalah sejenis bekas air yang diperbuat daripada tanah liat seperti belanga.",
"Kenapa namanya sayung? Kerana industri pembuatan labu sayung adalah di bandar Sayung.",
"Secara tradisinya, labu sayung digunakan untuk menyimpan air. Nenek moyang kita temui sifat pada material labu sayung yang menjadikan air simpanannya lebih sejuk dan lebih sedap daripada air yang disimpan dalam bekas – bekas lain.",
"Kenapa begitu? Menurut jurnal Universiti Putra Malaysia, tanah liat mempunyai liang – liang kecil yang dapat diresapi air, melalui proses rerambut (capillary action). Maka air pun akan mengalir menembusi liang sehinggalah ia sampai ke permukaan labu.",
"Titisan air tersebut kemudian akan menyejat keluar membawa bersama haba yang dikandungi air tersebut, menjadikannya lebih sejuk. Lebih kurang macam proses penyejukan badan melalui peluh.",
"Malah kajian moden berkaitan labu sayung turut mendapati labu sayung memiliki kebolehan untuk menyejukkan rumah.",
"\n5 unit labu sayung mampu menurunkan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius. \n",
"3) Penapis Air Batu",
"Nenek moyang kita telah menyedari kepentingan air bersih lama sebelum bercambahnya bisnes penapis air moden.",
"Hal ini terbukti dengan ciptaan mereka, iaitu penapis air batu. Menurut Muzium Warisan Melayu, sistem penapis air yang digunakan Melayu dahulu dicipta seawal abad ke 19.",
"Konsepnya sama dengan penapis air moden.",
"Ia menggunakan batu pasir yang diukit menjadi bentuk yang dipanggil buju telur. Maka apabila air diletakkan ke dalam, ia akan keluar melalui pori – pori dan air akan menitis masuk ke dalam bekas.",
"Penapis air ini menjadi bukti orang Melayu dulu tak lah minum air terus dari sungai tetapi mereka memiliki kesedaran untuk meminum air bersih.",
"Agak – agaknya banyak lagi tak pencapaian saintifik warisan kita yang kita terlepas pandang? Hanya dengan kajian lah kita boleh mengorek balik capaian mereka dan mengembalikan jati diri anak bangsa."
] |
https://ajar.com.my/2018/05/02/kenapa-matematik-susah/ | Kenapa Matematik Susah? | [
"Tonton versi video di sini",
"Kenapa matematik susah?",
"Ini bukanlah artikel untuk beri motivasi, “anda boleh kuasai matematik kalau rajin!” , “matematik boleh diselesaikan dengan usaha”, “dengar cakap cikgu matematik!”. Eh tak.",
"Matematik memang susah.",
"Tapi kenapa?",
"Kenapa Susah?",
"Apa maksud ‘susah’?",
"Kalau kita kata susah untuk angkat berat 50 kg. Kita faham ia susah sebab di luar kemampuan otot fizikal kita.",
"Kalau orang kata susah untuk belajar dan jawab peperiksaan sejarah. Pun kita faham. Susahnya pada menghafal fakta.",
"Tapi bila orang kata susah belajar subjek matematik, maksudnya agak kabur. Kalau dulu, di sekolah rendah, perkara paling susah dalam matematik adalah menghafal jadual pendaraban. Maka kita fikir untuk jadi ahli matematik, kita kena kuasai aritmetik mental, mampu kira 121 x 346 dalam kepala.",
"Tapi bila kita pelajari matematik pada aras lebih tinggi, kemahiran mental aritmetik jadi kurang relevan.",
"Iyalah sebab 1) kita guna kalkulator dan 2) nak kira nombor dalam kepala macam mana? Nombor pun tak ada.",
"Jadi mental aritmetik ni bukanlah faktor utama yang jadikan matematik susah. Sekurangnya bukan faktor utama.",
"Banyak Sangat Peraturan dan Prosedur!",
"Kita mula perasan bahawa matematik ni, dia susah sebab peraturan dan prosedur. Kita diberitahu bahawa untuk menjawab soalan matematik dengan betul, kita kena ikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.",
"Ada peraturan dan prosedur positif dan negatif, bodmas, logarithm, trigonometri, statistik, pembezaan dan pengamiran … memang banyak.",
"Maka pemahaman kita terhadap matematik mula berubah menjadi semacam jurutera yang memegang buku manual. Kesusahan matematik, kita mula faham adalah pada mengingat setiap peraturan dan prosedur, tahu bila nak guna dan pada masalah yang mana satu, dan bila masa nak gabungkan peraturan dan prosedur jadi satu undang – undang yang lagi kompleks.",
"Dan bila banyak sangat peraturan dan manual yang kita kena ingat, timbul pula satu lagi masalah.",
"Cuai.",
"Sebab bila berjela – jela persamaan yang cuba diselesaikan, lagi tinggi kemungkinan untuk kita tercuai dan buat silap.",
"Jadi itulah sebab matematik ni susah kan? Maka untuk berjaya dalam matematik kita cuma kena hafal setiap prosedur, tahu bila nak guna dan cuba untuk tak cuai, kan?",
"Begitulah yang difahami setelah tamat matematik tambahan peringkat SPM. Sampailah datang kesusahan dalam bentuk yang lebih fundamental. Kesusahan konsep.",
"Ini … Matematik ke Ni?",
"Kesusahan dan permasalahan dengan konsep ini tak lain dimulakan dan dihantui oleh satu konsep yang dipanggil nombor khayalan, imaginary number.",
"persamaan y=x^2 mustahil akan datangkan nilai negatif untuk apa pun nilai x. x^2 tak boleh hasilkan nilai negatif. Ia tak wujud. Tapi nampaknya itu tak menghalang ahli matematik untuk mewujudkan juga satu nilai yang tak wujud.",
"Nombor khayalan pada mulanya dianggap satu konsep abstrak yang tak berguna. Macam mana nak jadi berguna? Sekali lagi, ia tak wujud.",
"Kecuali kalau anda ambil kejuruteraan.",
"Nombor khayalan adalah satu konsep yang fundamental dalam kejuruteraan. Anda akan menggunakannya sepanjang kursus pengajian anda.",
"Dan nombor khayalan ini, konsep yang entah wujud atau tidak ini, rupa – rupanya miliki peraturan dan prosedur sendiri yang kompleks. Kemudian konsep ini menerobos pula masuk ke dalam topik matematik yang lain, berevolusi dan berkembang menjadi peraturan baru yang lebih kompleks.",
"Jadi kalau sebelum ini kerja anda hanya menggunakan buku manual matematik tersebut tanpa perlu banyak soal, sekarang bukan saja datang muka surat dan peraturan baru tambahan yang lebih rumit, tapi anda mula mempersoalkan pula tentang konsep dan kebenaran asal – usul peraturan tersebut.",
"Dan apabila anda mula persoal keseluruhan kandungan manual matematik tersebut, sedikit demi sedikit anda akan mula persoal keseluruhan premis kefahaman anda tentang apa itu matematik.",
"Bukan Salah Matematik … kot.",
"Tapi mungkin bukan salah matematik tu, tapi salah kefahaman kita terhadapnya. Kita yang letakkan andaian awal yang salah kepadanya, maka bila matematik berubah di luar andaian, kita pula yang meradang.",
"Mungkin salah kita bila kita ingat matematik ni semata – mata mengikut manual, peraturan dan prosedur.",
"Ada yang menggesa supaya matematik difahami sebagai satu bahasa. Sebagaimana kita belajar Bahasa Melayu macam tu lah kita belajar matematik. Buktinya, anak umur lima tahun pun boleh selesaikan masalah algebra jika dipersembahkan sebagai bahasa.",
"Atau mungkin, matematik memang fitrahnya susah, abstrak dan kompleks. Ahli matematik, Carl E Linderholm kata, ahli matematik memang berusaha membingungkan orang, kerana kebingungan itulah prestij bagi mereka. Prof matematik yang terkenal G. H Hardy pula kata perkara yang paling beliau kesali dalam kariernya adalah apabila teori matematiknya jadi berguna.",
"Begitu juga genius matematik Ramanujan yang hobinya hasilkan teorem matematik setiap hari. Sewaktu ditanya tentang bagaimana beliau boleh datang teorem baru yang tak difikir orang, katanya, ia inspirasi dari Tuhan.",
"Kesimpulannya, kadang – kadang apabila kita hadapi kesukaran terhadap suatu subjek pelajaran, perkara yang boleh kita buat adalah renung dan fikirkan.",
"‘Kenapa susah?”"
] |
https://ajar.com.my/2018/05/07/apa-itu-sistem-captcha/ | Apa Itu Sistem Captcha? | [
"Macam mana nak buktikan seseorang itu robot atau tak?",
"Soalan ini mungkin dengar macam pelik, tapi itulah masalah yang ditanya oleh syarikat gergasi, Google. Dengan hampir 2 billion pengguna, perkhidmatan atas talian Google sebenarnya bukan saja diakses oleh manusia, tapi juga robot.",
"Bot – bot ‘Jahat’",
"Apa yang robot – robot ni buat?",
"Apabila anda taip di enjin carian, biasanya anda hanya akan pilih keputusan yang teratas, yang disusun berdasarkan ranking. Keputusan carian yang ke belakang biasanya diabaikan. Bot – bot ini boleh digunakan untuk menaikkan ranking satu laman web.",
"Bot – bot ini juga digunakan untuk letak komen – komen iklan, beri jumlah like yang tinggi tak masuk akal dan memanipulasi undian online. Kalau syarikat anda sediakan sistem newsletter dalam laman sesawang anda, bot – bot boleh melumpuhkan sistem anda dengan menghantar ribuan emel seminit.",
"Datanglah Sistem Captcha",
"Untuk menghentikan semua bot ini, maka sistem captcha pun diperkenal.",
"Anda pernah diminta taipkan perkataan – perkataan yang dipesongkan sebelum boleh akses laman web? Hah itulah CAPTCHA.",
"CAPTCHA ataupun Completely Automated Public Turing Test to Tell Computers and Humans Apart ini adalah satu ujian untuk bezakan robot dengan manusia.",
"CAPTCHA ini adalah latihan untuk robot, untuk membezakan manusia dengan robot. Kalau dulu melalui ujian Turing, manusia yang kena buat ujian tersebut. Sekarang kerja tersebut diberi pada robot.",
"Ujian Captcha yang meminta pengguna menaip grafik yang terkandung tulisan yang dipesongkan ini tak mampu diselesaikan oleh robot. Jadi kalau anda mampu selesaikan, tahniah, anda manusia!",
"Ai, Lecehnya.",
"Sistem Captcha ini walaupun berguna dan berkesan, tapi ia juga hadapi masalah. Ia adalah sistem yang dibenci oleh sekalian pengguna internet.",
"Untuk pengguna yang alami masalah penglihatan Captcha adalah halangan besar untuk mereka. Solusi cuba diberi dengan wujudkan pilihan audio. Tapi inilah bunyinya…",
"Sistem ini juga tidaklah kebal 100% daripada robot tapi sebaliknya. Penggodam dan spammer sentiasa hasilkan bot – bot yang lagi rumit untuk selesaikan captcha, hasilnya mereka berjaya tembusi berkali – kali.",
"Maka Google (pihak yang membeli sistem captcha) terpaksa melawan dengan menambah kerumitan captcha. Mereka gunakan perkataan yang lagi kompleks, herotkan, kaburkan dan letakkan latar belakang untuk menyukarkan bot untuk pecah masuk.",
"Namun, ironinya dengan Google menyulitkan sistem Captcha tersebut, manusia pula yang sukar selesaikan dan bot pula yang dapat lebih banyak akses.",
"Itu belum lagi dikira masalah manusia yang membisneskan aktiviti menyelesaikan captcha ini. Orang akan bayar pihak ketiga untuk selesaikan captcha untuk mereka, dan pihak ketiga tersebut akan hantar captcha ke ladang captcha seperti di India untuk diselesaikan dengan bayaran yang murah, 1000 captcha untuk satu dollar.",
"Captcha Generasi Baru",
"Maka lantaran masalah – masalah ini, Google kemudian perkenalkan sistem baru, no Captcha re Captcha",
"Dengan sistem ini, anda cuma perlu klik pada kotak untuk Google sahkan anda adalah manusia, dengan jaminan bahawa ia lebih senang dan selamat. Tak perlu lagi menaip!",
"Macam mana sistem ini berfungsi? Ia menggunakan enjin analisis risiko dan analisis tabiat.",
"Sebaik saja anda tekan klik pada kotak, maklumat yang pelbagai akan dihantar kepada Google untuk mereka sahkan anda sebagai robot atau manusia. Google akan analisa alamat IP anda, sejarah internet anda, macam mana anda skrol laman tersebut, pergerakan tetikus anda dan beberapa faktor – faktor lain yang dirahsiakan.",
"Apa akan jadi kalau aktiviti internet anda meragukan? No captcha recaptcha akan minta anda selesaikan masalah lanjutan seperti ini.",
"Dan itulah cara anda boleh dipastikan sebagai robot atau manusia."
] |
https://ajar.com.my/2018/05/12/betul-ke-takat-didih-air-100-darjah-selsius/ | Betul Ke Takat Didih Air 100 Darjah Selsius? | [
"Kadang – kadang sesetengah perkara yang kita anggap fakta sains yang tak berubah mengejutkan kita. Salah satu daripadanya, adalah takat didih air akan sentiasa kekal pada 100 darjah selsius.",
"Profesor Hasok Chang dari Universiti of Cambridge adalah pengkaji yang cuba meneliti kenyataan berusia lebih dari 200 tahun ini. Cerita kajian beliau dalam laporan the philosophy of engineering amat menarik untuk dibaca.",
"Tapi sebelum tu, kenapa nak susah – susah ambil tahu sama ada takat didih air tetap pada 100 darjah selsius atau tak?",
"Pencarian Titik Tetap",
"Manusia sentiasa mencari perkara – perkara yang ‘tetap’ dan ‘tak berubah’ dalam alam. Dari unit jengka, hasta, setanak nasi, panas api dan lain – lain, unit – unit ini membolehkan kita membuat perbandingan secara relatif.",
"Bagi unit suhu, sebelum dipilih takat didih air sebagai medium perbandingan, orang gunakan frasa seperti ‘sepanas api, sesejuk salji’, ‘panas macam hari paling panas musim panas dan sejuk macam hari paling sejuk musim sejuk’, atau ‘sepanas darah’ macam yang dipanggil Isaac Newton.",
"Dah tentu, perbandingan – perbandingan ini semua bermasalah. Musim sejuk kat mana? Bila?",
"Tahun 1800 barulah dipilih takat didih dan beku air sebagai rujukan suhu. Tapi itu pun membimbangkan, sebab termometer pertama yang dicipta adalah seperti ini",
"Pada termometer ini ada dua titik pendidihan. Satu ‘air mula mendidih’ dan dua ‘air mendidih laju’. ‘Air mula mendidih’ pada 95 darjah selsius dan ‘air mendidih laju’ pada 100 darjah selsius. Ini jarak suhu yang sangat besar.",
"Tertarik untuk mengkaji lanjut masalah ini, Prof Hasok Chang mula membuat eksperimen.",
"Kenapa Tak Sama?",
"Beberapa eksperimen dibuat menggunakan termometer digital dan beliau dapati air mula berkocak pada suhu 96 darjah, permukaan air mula pecah pada suhu 98 darjah dan bergelojak pada suhu di bawah sedikit daripada 100 darjah. Tapi pemerhatian lain beliau adalah suhu meningkat naik pada 101 darjah dalam bikar gelas.",
"Maka beliau simpulkan takat didih air tidaklah begitu tepat.",
"Kemudian timbul masalah lain. Lain bekas, lain takat didih. Dalam bekas aluminium beliau dapati takat didih adalah 99.3 darjah, dalam bekas teflon 98.7 darjah. Dalam bekas seramik buih mula terbentuk pada suhu 101 darjah, namun suhu meningkat naik sehingga 102 darjah.",
"Apabila dibuang gas daripada air, tak ada apa – apa berlaku sehingga 107.5 darjah selsius, kemudian ia meletus.",
"Prof Chang mula terpesona. Rupa – rupanya menentukan apa itu ‘mendidih’ adalah antara fenomena paling rumit dalam fizik dan kimia asas.",
"‘Mendidih’ Ni Apa Sebenarnya?",
"Dalam kajian tentang pendidihan pun, ada 6 jenis fenomena yang boleh dipanggil mendidih – dan semuanya berbeza antara satu sama lain. Ada pendidihan yang biasa, ada pendidihan pantas dan meletus, ada penyejatan sangat pantas apabila air alami ‘super – heating’. Macam mana di tengah – tengah proses kejadian buih tersebut? Mendidih atau tidak?",
"Soalannya, kita tahu atau tak apa tu pendidihan? Ahli meteorologist De Luc kata kita tak tahu. Tapi tidaklah diumumkan pada awam, takut huru hara nanti. Dan kalau kita tak tahu apa itu pendidihan, maka kita pun tak tahulah apa itu takat didih. Jadi macam mana ilmu termometri boleh distabilkan dengan menganggap takat didih air sebagai titik tetap? Jawapannya panjang dan rumit.",
"Jadi kalau ada banyak variasi suhu didih, sedangkan kita pula didih air setiap hari, jadi kenapa kita tak tahu semua ini? Prof Chang beri kita jawapan yang sentap. Sebab kita malas.",
"Laporan Prof Chang ‘Mitos Takat Didih‘ – boleh dimuat turun di sini"
] |
https://ajar.com.my/2018/05/14/ota-benga-mangsa-fahaman-darwin-yang-rasis/ | Ota Benga : Mangsa Fahaman Darwin yang Rasis | [
"Siapa pernah tengok jadual ini?",
"Diagram yang dipanggil ‘The Ascent of Man’ ini adalah antara gambaran yang paling popular dalam sains, untuk menggambarkan proses evolusi manusia. Berasal daripada fahaman Darwinisme yang diasaskan Charles Darwin, diagram ini menunjukkan bahawa seolahnya manusia berevolusi secara linear daripada satu keturunan beruk.",
"Kini, diagram ini ditolak oleh saintis malah oleh mereka yang menyokong Darwin sendiri. Gambaran yang dibuat pada tahun 1960 – an ini memainkan banyak andaian yang ternyata salah malah mendatangkan kesalahfahaman terhadap evolusi.",
"Namun, sejarah yang mendatangkan pemikiran evolusi manusia ini menampilkan sisi gelap teori sains Darwinisme yang tersangat rasis.",
"Manusia yang Dikurung dalam Zoo",
"Ota Benga adalah lelaki dari Congo berbangsa pigmi. Satu hari, setelah balik dari berburu gajah, Ota dapati isteri dan anak – anaknya mati dibunuh oleh kerajaan Belgium yang melancarkan aktiviti keganasaan terhadap ‘orang asli yang lebih rendah taraf evolusi mereka’. Ota kemudian ditangkap dan diperhambakan.",
"Dia setelahnya dibeli dan ditayangkan di dalam pameran St Louis World’s Fair di Amerika sebagai ‘orang gasar yang tidak bertamadun’. Pameran tersebut adalah cita – cita W.J McGee yang menghendaki satu demonstrasi saintifik berkaitan evolusi manusia.",
"Maka McGee meminta ‘orang yang berkulit paling hitam’ untuk dibandingkan dengan ‘mereka yang berkulit putih’ dan ‘mereka yang mengamalkan budaya paling primitif’ dibezakan dengan mereka yang ‘paling tinggi nilai budaya’.",
"Hal ini tidaklah begitu pelik 100 tahun lepas, kerana kepercayaan saintis yang sangat popular pada waktu itu adalah orang hitam adalah bangsa yang lebih rendah berbanding orang putih. Pemahaman Darwinisme membawa kepada kepercayaan bahawa sesetengah bangsa lebih hampir dengan beruk, maka lebih rendah taraf mereka. Orang hitam dianggap berevolusi dari gorilla yang kuat tapi tak cerdik, orang Timur berevolusi dari Orang Utan, dan orang putih dari beruk yang paling bijak, cimpanzee.",
"Lantaran pemikiran ini, Ota kemudian ditayang dan dipamerkan dalam sangkar monyet dalam zoo di Bronx, dan dianggap sebagai ‘rantai penyambung‘ antara manusia dan keturunan monyet. Ota sememangnya menarik perhatian banyak pengunjung yang menanyakan sama ada dia monyet atau manusia.",
"Bantahan",
"Pameran yang digunakan sebagai bahan bukti bahawa orang kulit hitam adalah bangsa yang lebih rendah mendorong kemarahan mereka. Reverend Gordon mengatakan “Bangsa kami telah cukup terhina walau tanpa membuat pameran tersebut. Kami merasakan kami layak dianggap manusia yang miliki jiwa”.",
"Ada sesetengah menteri yang menentang teori evolusi tersebut dengan mengatakan bahawa teori tersebut bertentangan dengan ajaran Kristian dan pameran tersebut mesti dihentikan. Namun pandangan agama dianggap tiada nilai terhadap evolusi kerana teori tersebut dianggap ‘tidak boleh diperdebatkan seperti mana jadual pendaraban’.",
"Pengakhiran Hidup yang Menyedihkan",
"Ota Benga kemudian dibenarkan keluar daripada Zoo dan diambil untuk tinggal dalam rumah anak yatim. Hidupnya mula bertambah baik. Dia diberikan pakaian ala Amerika dan diajar bahasa Inggeris.",
"Kemudian dia mula merindukan kampung halamannya di Africa. Tapi setelah berlangsungnya Perang Dunia Pertama, tertutup jalan untuknya pulang ke Congo. Ota mula merasa tertekan.",
"Pada 20 Mac 1916, pada usia 32 tahun, Ota Benga menyalakan api upacara, dan menembak dadanya dengan pistol yang dicuri."
] |
https://ajar.com.my/2018/05/17/5-kerjaya-yang-bakal-terselamat-diganti-robot/ | 5 Kerjaya yang Bakal Terselamat Daripada Diganti Robot | [
"Pertambahan automasi robot miliki pelbagai kelebihan, seperti peningkatan produktiviti. Tetapi keburukan yang utama adalah pekerja kini bimbang nasib kerjaya mereka yang mungkin tidak lagi relevan beberapa dekad yang mendatang.",
"Kajian terbaru menunjukkan generasi milenial memilih kerjaya yang ‘kebal masa depan’, yang berkemungkinan kecil akan diambil alih oleh mesin. Namun ia tidak menghilangkan kebimbangan peluang kerjaya mereka akan tetap ‘dicuri’ oleh robot.",
"Artikel oleh Independent menyenaraikan beberapa cabang kerjaya yang paling berkemungkinan terselamat daripada dikuasai mesin. Kebanyakan kerjaya yang disenaraikan melibatkan aspek yang sukar untuk diambil alih mesin seperti pengurusan sumber manusia, aspek membuat pilihan, perancangan strategik atau kerja kreatif.",
"Berikut adalah 5 kerjaya yang bakal terselamat daripada diganti robot.",
"1. Chef",
"Orang akan sentiasa menyukai perasaan makan malam di luar dan mencuba rencah rasa yang baru. Tanpa chef yang miliki deria rasa, menu baru yang inovatif mungkin tidak dapat dicipta.",
"Sebuah robot tidak akan mampu menggabungkan kemahiran manual dengan kreativiti seperti mana yang mampu dilakukan oleh seorang chef.",
"2. Pemasaran, Komunikasi dan Pereka Bentuk",
"Mesin tidak berkemampuan berfikir secara kritikal, atau mendatangkan idea – idea baru yang menarik. Maka aspek kreativiti mungkin mampu terselamat pada masa hadapan.",
"Pekerja yang mereka bentuk sebagai pilihan kerjaya mereka, atau mereka yang hidup dengan idea, bahasa dan imej berkemungkinan terselamat daripada automasi kerana mesin tidak berfungsi seperti manusia. Belum lagi.",
"3. Ahli Perubatan Profesional",
"Sesetengah peranan tidak akan diambil alih oleh mesin untuk jangka masa yang lama – atau mungkin tidak mungkin – kerana mereka memerlukan interaksi manusia. Ahli perubatan profesional terletak pada kategori ini. Rawatan memerlukan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang ampuh, yang tidak mungkin dapat diberikan oleh mana – mana mesin.",
"4. Pendidikan dan Latihan",
"Kerjaya perguruan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Model pendidikan yang melibatkan seseorang memperoleh ilmu secara langsung daripada seorang guru manusia lebih efisien berbanding belajar secara sendirian. Ditambah dengan keperluan seorang guru untuk mengajarkan bahasa kepada pelajar – pelajar dari negara luar.",
"Fenomena robot mengajar di hadapan kelas mungkin tidak akan berlaku. Mungkin.",
"5. Saintis Data",
"Permintaan terhadap kerjaya saintis data kini sedang meningkat dan berkembang. Tak banyak yang mesin boleh lakukan terhadap algorithma dan kod. Orang – orang yang mampu menggabungkan kemahiran saintifik mereka ditambah dengan kebolehan mencari cerita – cerita tersembunyi di balik timbunan data adalah kemahiran yang sangat berguna."
] |
https://ajar.com.my/2018/05/29/betul-ke-atom-wujud/ | Betul Ke Atom Wujud? | [
"Tonton versi video di sini",
"Pernah dengar cerita 4 orang buta dengan gajah?",
"Certia dia, ada 4 orang buta yang tak pernah bertemu dengan gajah, dibawa bertemu dengan seekor gajah.",
"Maka mereka pun pegang satu persatu anggota badan gajah tersebut.",
"Orang buta yang pertama pegang badan gajah, lalu dia kata “ooo, gajah ni macam tembok yang tebal”",
"Orang yang kedua pula pegang kaki gajah, lalu dia kata “eh mana ada, gajah ni macam pokok yang besar!”",
"Orang buta yang ketiga pegang telinga gajah, maka dia kata “eh tak, gajah ni macam daun raksasa”",
"Dan orang buta yang terakhir yang pegang belalai gajah kata “eh, kau orang semua salah! Gajah ni macam ular yang panjang!”",
"Maka berkelahilah orang – orang buta tersebut tentang apa bentuk sebenar seekor gajah.",
"Apa relevan cerita ini dengan tajuk atom? Sebenarnya perkembangan konsep dan bentuk atom sepanjang sejarah hampir sama dengan cerita 4 orang buta itu.",
"Pernah ke Kita Nampak Atom?",
"Macam mana bentuk atom yang biasa anda tengok?",
"Kalau dulu anda pernah tengok Jimmy Neutron, bentuk atom yang dipopularkan adalah macam ini. Inilah model atom yang popular tapi sebenarnya ia salah, atau tak tepat.",
"Manusia masih tidak pernah lagi melihat atom. Ia lebih kecil daripada panjang gelombang cahaya, jadi kita tak dapat ambil gambarnya menggunakan kamera, sebab kamera terbatas dengan kepanjangan gelombang cahaya.",
"Cahaya X-Ray pun tak dapat digunakan sebab ia akan memusnahkan atom.",
"Maka sepanjang sejarah, atom wujud dalam bentuk andaian dan konsep.",
"Sejarah Atom",
"Ia bermula pada zaman Greek, di mana ada seorang yang bernama Democratus, yang mempercayai bahawa semua benda diperbuat daripada satu partikel kecil yang tak boleh dipotong, dia bagi nama atomos. Atomos bermaksud sesuatu yang tak boleh dipotong.",
"Dalam dunia Islam, konsep atom ini dipanggil Jawhar, iaitu unit yang paling kecil yang memakan ruang, dan boleh menjadi besar dengan gumpalan Jawhar yang lain.",
"Kemudian kita masuk ke abad ke 18, dan waktu inilah cerita tentang atom menjadi pelik.",
"Kalau kita belajar kimia di kolej, mungkin kita diperkenalkan tentang perkembangan model atom yang licin dan tak bermasalah.",
"Tapi sebenarnya sejarah atom melibatkan kontroversi dan konflik.",
"Ia bermula dengan model atom Dalton sebagai bola meriam yang tegap, utuh dan tak boleh dipecahkan.",
"Tapi kemudian eksperimen dengan sinaran katod dibuat, dan rupa – rupanya ada caj negatif dalam atom. Sekarang, nak letak mana caj – caj negatif ni? Saintis buat keputusan untuk letakkan caj – caj negatif dalam bebola atom tersebut menjadikannya satu model puding plam, hasil eksperimen oleh tok syeikh dalam bidang atom, Thomson.",
"Kemudian datang pula Rutherford dengan hasil eksperimennya yang membuktikan model puding plam itu sebenarnya salah.",
"Dibuat eksperimen dengan ditembak partikel alpha. Andaiannya, kalau model puding plam itu betul, sepatutnya tidak berlaku pembalikan dan lantunan partikel. Tapi sebaliknya berlaku. Banyak partikel yang melantun.",
"Jadi sebenarnya Rutherford kata, atom ini ada nukleus caj positif yang berjisim besar, dengan caj negatif berpusing – pusing keliling dia macam planet.",
"Bila dengar teori baru ni, Thomson tak puas hati. Thomson adalah tok syeikh dalam bidang atom, Rutherford ini siapa nak pertikai model dia? Jadi mereka pun bergaduh (secara akademik).",
"Pada masa yang sama, ahli falsafah tercengang. “Bukan ke memang maksud atom itu sesuatu yang tak boleh dipecahkan? Kenapa saintis – saintis ni pandai – pandai pecahkan atom kepada partikel subatomik, proton dan elektron ini semua? Mana boleh, ia definisi atom!”",
"Di tengah – tengah kekalutan itu, datang seorang lagi tokoh bernama Bohr yang menambah perencah dalam isu ini.",
"Bohr lihat model atom Rutherford dan kata “Aii, ini masalah. Kan elektron tu bercaj negatif, nukleus itu pula bercaj positif. Jadi lama – lama elektron itu akan hilang tenaga dan jatuh kepada nukleus. Model Rutherford ini tak stabil!”",
"“Maka apa kata,” kata Bohr, “Kita bawa datang satu peraturan baru. Sekarang ni ada satu konsep yang tengah panas, kuantum. Apa kata kita guna kuantum pada model atom?”",
"“Maksudnya, elektron ni ada tingkat – tingkat sendiri yang dia boleh loncat naik, dan loncat turun. Tapi dia tak boleh duduk di tengah – tengah tingkat”",
"“Dengan model baru ni, barulah atom akan stabil!”",
"*Bunyi cengkerik",
"Model Atom yang Semakin ‘Pelik’",
"Teori ini sangat pelik dan dianggap tak masuk akal sehinggakan ada ahli fizik kata, kalau teori mengarut mamat ni cerita betul, aku berhenti jadi saintis!",
"Dan …. Hoorei, idea itu diterima pakai dan Bohr peroleh anugerah Nobel!",
"Dan model – model baru atom pun berkembang lagi bila datang data – data baru dari eksperimen. Datang partikel neutron, kemudian elektron tu sebenarnya tak mengorbit nukleus tapi sebenarnya wujud dalam awan kemungkinan yang berada di merata – rata tempat pada satu masa, sampailah ada orang yang memerhatikannya.",
"Jadi inilah model terbaru atom. Adakah makin pelik? Ya. Adakah ada orang yang dapat lihat sampai sekarang? Tak.",
"Orang Buta Meneka Gajah",
"Jadi perasan tak persamaan cerita atom ini dengan cerita orang buta tadi?",
"Setiap orang buta tadi dapat maklumat baru yang lain daripada kawan – kawan mereka. Maka, logiknya, jika mereka kumpulkan maklumat – maklumat daripada semua orang, kemudian gabungkan, dah pasti mereka akan dapat gambaran gajah yang lebih tepat kan? Itulah bagaimana sains berfungsi.",
"…. Atau mungkin, macam mana kalau gajah tu tak ada pun sebenarnya? Macam mana kalau tiang yang mereka pegang tu memang sebenarnya tiang, daun besar tu memang sebenarnya daun, tembok tu memang sebenarnya tembok?",
"Macam mana mereka nak tahu? Mereka kan buta?"
] |
https://ajar.com.my/2018/06/04/akhirnya-tiada-lagi-beg-berat-datang-sekolah/ | Akhirnya, Tiada Lagi Beg Berat Datang Sekolah? | [
"Cadangan untuk meringankan beban beg pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sememangnya disambut baik, dan merupakan antara perubahan yang diharapkan berlaku segera selari dengan pertukaran Menteri Pendidikan Baru.",
"Beg yang berat yang ‘dipaksa’ dibawa oleh murid – murid jelas bertentangan dengan aspirasi pendidikan negara kita yang mahu melahirkan murid yang seimbang bukan saja intelek dan rohani, tapi juga fizikal. Bagaimana mahu dicapai jika hasil sistem persekolah adalah murid – murid yang bermasalah tulang?",
"Kajian pernah dilakukan sekitar 2007 yang diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) Januari 2005, mendedahkan dengan jelas masalah beban beg sekolah dan kesannya ke atas otot erector spinae dan sakit tulang belakang dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia.",
"Malah dalam kajian lain oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) turut mendapati 58.3 peratus murid sekolah yang dikaji mengadu sakit belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat, selain ada kajian mendedahkan masalah beban berat akan menyebabkan tulang belakang murid menjadi bengkok.",
"Bermakna masalah beg berat sepatutnya sudah diselesaikan puluhan tahun lepas. Tapi kita tersekat bila tiba bab pelaksanaan.",
"Buku – buku teks yang berat dan pelbagai perlu dibawa oleh murid berdasarkan jadual pembelajaran hari tersebut. Jika tidak dibawa, akan dimarah guru. Kadang – kadang untuk satu subjek ada lebih tiga jenis buku – buku teks, buku latihan, buku nota, buku nota kecil. Untuk elak terlupa bawa kadang – kadang disumbat semua dalam beg.",
"Jadi adakah hendak diletakkan almari dan rak buku dalam setiap kelas? Cadangan yang bagus, cuma permasalahannya adalah kos yang tinggi. Dalam cakap – cakap hutang negara sekarang ini, mungkin ini satu angan – angan.",
"Begitu juga cadangan e – book dan beg roda. E – book sangat berkos tinggi, ditambah dengan risiko kehilangan dan kecurian. Beg roda pula sangat terhad penggunaannya. Perlukan jenis beg roda yang berkualiti tinggi dan tahan lasak untuk diheret atas jalan raya, juga tak selesaikan masalah membawa beg tersebut menaiki tangga.",
"Maka, nak tak nak solusinya adalah rombakan sistem pembelajaran kita. Mungkin kurangkan peranan buku teks dalam sesi pembelajaran. Menteri Pendidikan kita ada nyatakan hendak diubah baru – baru ini.",
"“Antara yang sedang dikaji ialah murid mungkin tidak perlu lagi membawa buku teks ke sekolah dan sistem pembelajaran yang lebih berkonsep pertanyaan (enquire base) dan kajian boleh diterapkan seperti yang diguna pakai negara maju yang tidak bergantung kepada buku teks di dalam kelas. Bagi saya penyelesaian sebegini boleh dan realistik dilaksanakan kerana ia tidak membabitkan kos selain memudahkan murid dan guru.” – Maszlee Malik.",
"Itu mungkin satu rombakan yang drastik dan radikal. Tapi kita doakan moga dipermudah."
] |
https://ajar.com.my/2018/06/04/kasihan-dengan-generasi-baru-sekarang/ | Kasihan dengan Generasi Baru Sekarang | [
"Rasa kasihan tengok generasi baru sekarang.",
"Bayangkan apa perasaaan anda bila ‘poster boy’, wakil keluaran generasi anda yang paling terkenal adalah golongan lepasan SPM berlagak pondan, yang tak puasa sebab tak alang – alang tak solat?",
"Sedangkan generasi yang sama juga baru – baru ini beri negara kita johan dunia dalam pertandingan nuklear peringkat antarabangsa.",
"Itulah hakikat zaman sekarang. Kebodohan itu terjual, malah laku teruk. Dengan penguasaan media – media baru yang beri semua orang peluang untuk hasilkan bahan media sendiri, bermakna siapa – siapa saja boleh popular.",
"Malangnya, golongan – golongan yang paling meletup naik adalah ikon – ikon kedunguan. Danielle Bregoli, Jake Paul, Lil Tay antara yang melonjak popular hanya bermodalkan aksi – aksi bodoh. Mereka mampu hasilkan content dengan kadar yang sangat banyak, hampir satu video sehari, kemudian kaut pengikut yang banyak. Majoritinya budak sekolah rendah dan remaja.",
"Arus kebodohan ini berganda – ganda bila mereka jadi kaya raya dengan paid review, sponsors, anak – anak ambil kad kredit mak ayah untuk derma pada mereka. Jadilah aksi mereka makin lama makin menjengkelkan, sebab itu demand penonton mereka. Kemudian bergasak pula orang – orang buka akaun Youtube, Insta, Bigo baru untuk cuba nasib mereka, dengan menawarkan aksi lebih bodoh.",
"Tapi itu bukanlah perkara paling menakutkan. Yang paling menyeramkan bila mereka ni tak ada langsung persaingan dalam media baru. Sebab sedang mereka ni sangat konfiden hasilkan content, orang – orang cerdik kita pula terlampau banyak keraguan.",
"“The problem with the world is that the intelligent people are full of doubts, while the stupid ones are full of confidence.” – Charles Bukowski.",
"Saintis – saintis kita, orang – orang akademik sangat tak mahu untuk ke hadapan. Idea – idea mereka cukuplah cuma diterbit dalam majalah, jurnal sofistikated dengan tajuk canggih manggih yang entah ada orang baca atau tak. Cukuplah terawang dalam dunia akademik. Nak tunjuk muka dalam media sosial, persembah dan bumikan idea mereka kepada marhaen jauh sekali.",
"Maka jadilah golongan semacam pondan tak sembahyang hero anak muda, puluhan ribu followers. Sebab orang – orang cerdik kita terlalu selesa berterbangan di awangan ‘dunia akademik’."
] |
https://ajar.com.my/2018/06/05/kenapa-bendera-lgbt-begitu-tinggi-di-universiti-eropah/ | Kenapa Bendera LGBT begitu Tinggi di Universiti Eropah? | [
"Mungkin antara perkara paling ketara apabila menjejak kaki ke universiti Eropah adalah bendera yang terpacak tinggi di bangunan utama universiti.",
"Bukan bendera universiti, bukan bendera negara England / Wales / Scotland, bukan bendera Kesatuan Eropah yang terpacak, tapi bendera pelangi LGBTQIAPK (Atau disingkatkan kepada LGBT+, eh betul ni.)",
"Kenapa istimewa sungguh bendera ini sampai diberi layanan hebat sebegitu rupa di institusi keilmuan Barat?",
"“Jangan Dicabar Bendera Ini!”",
"Saya teringat apabila membawa adik – adik tahun pertama mendaftar diri mereka sebagai pelajar baru universiti. Seorang dari mereka jelas muka tertekan bila keluar dari dewan pendaftaran.",
"“Kenapa ni” tanya saya.",
"“Entah lah bang. Tadi ada soalan tanya ‘are you straight, homosexual, queer or others?’. Saya tak tahu jawab apa, jadi saya jawab lah ‘I don’t know, I’m normal’. Tiba – tiba akak meja pendaftaran tu marah kata ‘what, you think gay people aren’t normal!?”",
"Kesian dah pening hari pertama pendaftaran.",
"Kedudukan LGBT adalah perkara yang tak boleh sama sekali disentuh dalam universiti UK. Ketinggian bendera tunggal berwarna pelangi di atas bumbung fakulti kolej seolah – olah menjadi lambang kekuatan fahaman tersebut. Mempersoal bendera itu seolah sama taraf dengan anti semitik.",
"University East Anglia pernah enggan memacakkan bendera tersebut pada ‘bulan sejarah LGBT+’. Alasan mereka memang wajar, kerana tiang bendera tersebut adalah khusus untuk bendera universiti yang rasmi. Tapi universiti tersebut kemudian dikritik kerana tidak menyediakan slot bendera khas tersebut.",
"Suruhanjaya Welsh pula dihentam teruk apabila tidak mahu mengibarkan bendera pelangi kerana bertentangan dengan polisi mereka yang tak membenarkan pengibaran bendera dari mana – mana kumpulan. Setelah tekanan bertubi – tubi, mereka akhirnya tunduk.",
"Begitu juga, arahan Trinity College yang tidak membenarkan mana – mana simbol ideologi ditayang pada kolej dikritik hebat, kerana dianggap ‘serangan peribadi’ pada golongan gay.",
"Apa sebab yang diberi oleh gerakan LGBT untuk menidakkan hak institusi – institusi tersebut untuk enggan mengibarkan bendera yang bukan milik mereka? Mudah saja, keengganan tersebut adalah bertentangan dengan konsep demokrasi liberal moden.",
"“Pandangan kamu tak boleh dipaksakan dan menindas pihak lain” Kata ahli sidang Universiti yang membantah keengganan universiti tersebut mengibar bendera pelangi.",
"Err … ironi?",
"Cabaran Bagi yang Beragama",
"Dah pasti, ketinggian seruan LGBT di institusi – institusi keilmuan ini menjadi cabaran besar bagi mereka yang beragama, dan memilih untuk beriman dengan agama mereka.",
"Di Universiti saya sendiri, pernah kecoh dengan berita seorang pekerja Universiti yang dibuang kerana komennya terhadap golongan gay.",
"Tulisnya di Facebook “Bible dan Tuhan mengatakan homoseks itu dosa”, dan “perkahwinan sejenis adalah dosa sama ada kita suka atau tak”.",
"Syeikh Haitham al Haddad, seorang ulama yang menetap di Britain dihalang daripada berceramah kepada persatuan Islam universiti kerana dianggap anti – gay. Seorang presiden ISOC pula letak jawatan apabila tulisan twitternya ‘homoseks adalah penyakit hati dan minda’ dianggap homophobia.",
"Bermakna, seorang pelajar Muslim di Eropah hakikatnya perlu berhati – hati dengan sebarang perkataan yang boleh dianggap menyerang sentimen LGBT di benua tersebut. Mungkin inilah buah hasil demokrasi liberal yang menolak Tuhan. Timbullah agama baru humanisme disuburkan baja fahaman ateis."
] |
https://ajar.com.my/2018/06/11/jangan-dibiar-saintis-saintis-hebat-kita-hilang/ | Jangan Dibiar Saintis – saintis Hebat Kita ‘Hilang’. | [
"Negara kita terima berita – berita membanggakan tentang pencapaian – pencapaian terkini dalam bidang sains. Terbaru, pelajar – pelajar sekolah menengah dari perkampungan nelayan kita peroleh juara dunia dalam pertandingan pendidikan nuklear antarabangsa, dan seorang saintis muda kita diberi anugerah penyampai sains terbaik di dunia.",
"Ini satu perkembangan yang menyeronokkan terhadap masa depan pendidikan sains di negera kita. Namun, berita kejayaan ini jangan dibiar terhenti setakat berita kejayaan.",
"Idea – idea merekalah yang sepatutnya kita fikirkan cara untuk sampaikan kepada orang ramai, penonton media massa, netizen media sosial, pelajar sekolah, orang awam, makcik pakcik di kampung.",
"Ini masa untuk kita lawan pasaran media – media tular yang dikuasai video raver, cendol, manusia berlagak pondan dengan edutainment, pendidikan bercorak hiburan.",
"Kita dah ada kepakaran. Kita dah ada saintis – saintis dan ahli akademik yang mampu bercerita. Siap diberi penghargaan di peringkat antarabangsa. Sekarang kita perlu sediakan medium.",
"Di negara Barat, penguasaan edutainment mereka sangat mencemburukan. Mereka mampu menghasilkan video bertopik ‘kejuruteraan genetik’ dan menarik jutaan penonton. Saintis dan ahli akademik pula dijemput berceramah di atas pentas menceritakan tajuk – tajuk berat semacam nombor fibonacci. Juga dapat reaksi amat positif. Ini bermakna topik yang dianggap bosan dan perlu dielakkan supaya penonton tak cabut lari adalah tidak benar. Mungkin caranya saja salah.",
"Hal ini semakin diikuti rapat oleh jiran kita Indonesia, yang mula menghasilkan bahan – bahan pendidikan sains berkualiti tinggi, dengan jumlah capaian yang memberangsangkan.",
"Sudah tiba masanya kita reformasikan penyampaian pendidikan STEM kita. Aset – aset saintis dan bakal saintis jangan kita biarkan ‘hilang’, terawang – awang di langit dunia akademik atau memilih untuk meragut rumput di padang lain, kerana tiada langsung rumput di padang milik kita untuk mereka."
] |
https://ajar.com.my/2018/06/18/kenapa-kadang-kadang-kesesakan-trafik-jadi-tanpa-sebab/ | Kenapa Kadang – Kadang Kesesakan Trafik Jadi Tanpa Sebab? | [
"Kita mungkin biasa hadapi perkara ini. Kita bawa kereta atas lebuh raya, kereta tak banyak, pergerakan lancar, cuaca tenang…",
"Kemudian tiba – tiba nun di kejauhan ternampak kelibat kenderaan beratur panjang. Anda kini tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Beberapa puluh minit berlalu namun trafik masih lagi tak terurai.",
"“Mesti ada kemalangan teruk dekat depan ni, harap – harap selamat lah mangsa – mangsa” Fikir anda yang dah pasti punyai iman yang tinggi. Kalau tak cukup iman, lain pula lah skripnya.",
"Namun beberapa minit kemudian kereta di depan tiba – tiba bergerak laju. Anda lihat kiri dan kanan, tak ada apa – apa. Tak ada kemalangan, tak ada pokok tumbang. Trafik kemudian kembali lancar.",
"“APA KES NI, APA PUNCA???” Soal anda sambil memecut minyak, sambil beristighfar panjang … kan?",
"Apa Penyebab ‘Trafik Hantu’ Ini?",
"Hakikatnya, kesesakan trafik tak bersebab ini memang boleh terhasil tanpa sebab musabab yang besar semacam kemalangan atau jalan raya rosak. Cukup dengan fitrah perangai manusia.",
"Dalam aliran trafik, terutama dalam trafik padat yang dipenuhi kereta, satu gangguan yang kecil akan menghasilkan reaksi berantai (chain reaction). Satu kereta menekan brek sedikit, maka kereta di belakang akan menekan brek lebih banyak untuk mengelak berlanggar, yang kemudian menghasilkan gelombang trafik yang perlahan atau terhenti langsung.",
"Walaupun setelah kereta di hadapan meninggalkan kesesakan tersebut, gelombang tersebut tak hilang. Ia akan berterusan bergerak ke belakang, seolah – olah pergerakan ular yang merintang trafik. Biasanya panjang gelombang tersebut 100 ke 1000 meter, tapi boleh jadi panjang lagi.",
"Punca kepada terhasilnya gelombang tersebut tak lain adalah perangai – perangai atas jalan seperti kereta (biasanya dari KL, isyh korang ni) yang menukar laluan secara tajam (dah la tak bagi isyarat!) sehingga pemandu di belakang terpaksa brek mengejut, pemandu menekan brek setelah termenung sejenak, dan lori yang memotong lori lain. Kadang – kadang trafik berjam – jam boleh jadi disebabkan seorang saja pemandu.",
"Namun boleh jadi gelombang trafik ini terhasil tanpa sebab langsung. Ia terhasil daripada pergerakan – pergerakan dinamik rawak yang kecil yang akhirnya menghasilkan impak yang besar.",
"Penyelidik dari Jepun pernah kendalikan eksperimen di mana 22 pemandu diminta membawa kereta pada kelajuan yang sama, dan mengekalkan jarak antara kereta, di atas jalan raya rata berbentuk bulat.",
"Tak semena – semena, tanpa angin ribut atau serangan Godzilla, tetap terjadi kesesakan lalu lintas.",
"Jadi, Apa Penyelesaiannya?",
"Nak tak nak, solusinya terletak pada perubahan sikap manusia. Pemandu mesti pastikan jarak kereta mencukupi supaya tak berlaku situasi brek mengejut. Jangan tukar laluan tanpa sebab. Pastikan perlahan di kiri, laju di kanan, kongsi artikel ini untuk tingkatkan kesedaran semua orang.",
"……..",
"Atau jangan langsung harap manusia berubah (Sebab tak pernah berkesan pun). Kita ambil perubahan radikal, kita guna kereta tanpa pemandu.",
"Sebab kereta tanpa pemandu boleh berkomunikasi sesama sendiri untuk tentukan halaju secara seragam, boleh kekalkan kelajuan konsisten, dan dapat analisa data trafik dalam milisaat untuk elakkan kesesakan. Kalau semua orang guna kereta tanpa pemandu, kita tak perlukan lagi dah lampu trafik.",
"Itupun kalau kita tak kisah robot ambil alih dunia kita."
] |
https://ajar.com.my/2018/06/22/petua-dan-pantang-larang-melayu-yang-rupanya-masuk-akal/ | Petua dan Pantang Larang Melayu yang Rupanya Masuk Akal | [
"Generasi sekarang dah ramai yang tinggalkan pantang larang dan petua datuk nenek mereka.",
"Pantang larang dan petua dah dianggap tak relevan lagi pada zaman Facebook dan Instagram, malah banyak yang dianggap sebagai mengarut, tak masuk akal dan tak berasas.",
"Sebenarnya, menurut Fadhilah Mat Noor, banyak pantang larang tradisi sebenarnya berguna dan masuk akal dan hanya cuma disalah fahami kerana anak bangsa tak memahami maksud yang tersurat dan tersirat.",
"Berikut adalah petua – petua dan pantang larang melayu yang rupanya masuk akal.",
"1. Dilarang Duduk di Atas Bantal",
"Maksud yang tersurat adalah siapa yang duduk di atas bantal, akan terkena penyakit bisul di punggungnya.",
"Namun maksud yang tersirat adalah sebab bantal merupakan tempat letak kepala. Bagi orang Melayu, kepala adalah anggota sensitif, tak boleh dibuat main dan bergurau, maka duduk di atas tempat letak kepala sebenarnya tak sopan.",
"2. Bapa yang Pulang Ke Rumah Tak Boleh Terus Masuk, Tapi Perlu Berhenti Sebentar di Luar Rumah",
"Sebab tersurat yang diberikan adalah nak kelirukan hantu yang ikut masuk.",
"Tapi sebab tersirat yang rasional adalah nak meredakan bapa yang mungkin berkeadaaan panas lepas balik kerja dan menenangkannya sebelum masuk rumah.",
"3. Wanita Hamil Dilarang Lalu di Bawah Ampaian",
"Maksud tersurat adalah anak yang bakal dilahirkan nanti akan cacat seperti gagap.",
"Namun maksud yang tersirat adalah dibimbangi ibu hamil tersebut akan tersadung pada ampaian dan menyebabkan keguguran atau kecederaan kandungan.",
"4. Gigit Mata Pisau Sebelum Potong Buah",
"Petua ini dikatakan untuk mengelak luka semasa potong buah. Sekali imbas macam tak ada kaitan?",
"Tapi sebenarnya ada rasional iaitu apabila pisau digigit, pelaku akan lebih berwaspada kerana rangsangan deria apabila pisau dimasukkan kedalam mulut. Maka secara langsung pengguna akan lebih berhati – hati ketika memotong buah.",
"5. Sewaktu Membina Rumah, Hadapkan Pintu Menghadap Angin Bertiup.",
"Ini adalah petua hasil daripada cerapan pemerhatian orang dulu – dulu yang melihat rumah yang dibina dengan tak melihat arah angin akan menyebabkan rumah tersebut tak dimasuki angin.",
"6. Orang Perempuan jangan Menyanyi Sewaktu Memasak di Dapur",
"Dikatakan jika perempuan menyanyi sewaktu memasak di dapur, dia akan berkahwin dengan lelaki tua.",
"Maksud tersirat pantang larang ini sebenarnya untuk elakkan lalai memasak. Kalau menyanyi hingga lalai sewaktu memasak, ditakuti hangus makanan nanti.",
"7. Jangan Potong Kuku Waktu Malam",
"Maksud tersirat adalah nanti pendek umur. Namun hakikatnya ajal maut itu sebenarnya ketentuan Allah.",
"Maksud tersirat adalah takut terlukakan jari pada waktu malam. Sebabnya dahulu tiada bekalan elektrik di rumah. Maka setiap rumah gelap dan hanya berbekalkan lampu pelita.",
"Kesimpulan",
"Tuntasnya, sebahagian petua dan pantang larang memang boleh dijustifikasikan secara rasional dan masih boleh diterima sampai sekarang.",
"Namun unsur – unsur yang merupakan kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran Islam seharusnya tidak diterima pakai lagi.",
"Begitulah pepatah yang mengatakan ‘adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah’.",
"Rujukan:",
"Paradoks pantang larang : tersurat dan tersirat",
" PANTANG LARANG DALAM KALANGAN ORANG MELAYU: ANALISIS DARI PERSPEKTIF TEORI SPB4K ",
" SUMBANGAN AMALAN PETUA DALAM FALSAFAH ALAM MELAYU "
] |
https://ajar.com.my/2018/07/04/jawi-cerita-sedih-buat-kita/ | Jawi Cerita Sedih Buat Kita | [
"Sejarah jawi adalah cerita sedih buat kita.",
"Jawi sebati dengan orang Melayu selama hampir seribu tahun. Adanya batu bersurat Terengganu menjadi lambang kemegahan tulisan keramat kita ini. Tulisan rumi baru digunakan 50 tahun.",
"Sultan – sultan Melayu hantar surat kepada Raja Portugal, England dan Perancis guna tulisan jawi. Ulama – ulama kita tulis kitab – kitab hebat warisan Nusantara guna tulisan jawi. Punyalah sayang orang Melayu dengan tulisan jawi sampai mereka panggil diri mereka orang jawi, bangsa jawi dari tanah jawi.",
"Tapi sekarang hilang sudah identiti gah ini dari bangsa Melayu.",
"Ceritanya hampir sama dengan bahasa Arab. Dulu bahasa Arablah bahasa rasmi untuk sains. Orang Eropah kemudian terap ilmu – ilmu saintifik Arab ke dalam bahasa Latin. Martin Kramer kata kalau ada anugerah nobel pada tahun 1000, golongan yang akan bolot habis semua anugerah tak lain adalah Muslim.",
"Sekarang lebih 90% terbitan sains seluruh dunia adalah dalam bahasa Inggeris. Kertas akademik yang dikeluarkan Harvard lagi banyak daripada jumlah keseluruhan yang dikeluarkan 17 negara Arab.",
"Akan jadi kenyataankah ramalan Prof Kong Kyoung Seok bahawa jawi akan pupus 10 – 20 tahun lagi?"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/10/pelajar-phd-ukm-ditawar-jadi-felo-di-universiti-harvard/ | Pelajar PhD UKM ditawar Jadi Felo di Universiti Harvard | [
"BANGI, Mei 2018 – Pelajar tahun akhir Ijazah Doktor Falsafah di Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanolectronik (IMEN), Mohd. Nuriman Nawi telah ditawarkan menjadi Felo dalam bidang Fizik Gunaan di Harvard University, United States.",
"Beliau adalah anak didik Dr. Ahmad Rifqi Md Zain, memulakan penyelidikan terhadap pengesan cahaya didorong oleh kemajuan teknologi cahaya di dunia, seterusnya membuat penyelidikan terhadap peranti pengesan cahaya berdasarkan grafin atau bahan dua dimensi yang lain.",
"Menceritakan tentang kejayaan beliau menjadi Felo di Fakulti Sastera dan Sains, Harvard University, Mohd. Nuriman berkata, beliau telah diperkenalkan oleh penyelianya kepada seorang profesor di Harvard University.",
"“Penyelia saya, Dr. Ahmad Rifqi adalah seorang penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam teknologi fabrikasi peranti yang tersangat kecil dan juga merupakan rakan penyelidik kepada profesor tersebut.",
"“Beliau telah datang ke persidangan di Malaysia sebagai pembicara utama dan kami telah bersua ketika sesi persidangan di mana saya telah menjadi salah seorang pembicara.",
"“Dari situ secara tidak langsung beliau telah menemuduga dan berminat dengan kerja-kerja yang dijalankan oleh kumpulan kami di IMEN dan menjemput kami ke Harvard sebagai felo untuk berkongsi dan melakukan penyelidikan di sana,” jelasnya.",
"Katanya, disebabkan kekangan masa, beliau telah dijemput untuk melakukan penyelidikan selama enam bulan dan kemudiannya pulang ke Malaysia untuk mempertahankan tesis sebelum menjadi graduan UKM.",
"“Setelah selesai penyelidikan di IMEN, saya boleh kembali semula ke Harvard untuk meneruskan penyelidikan selama tempoh maksima lima tahun atau sehingga selesai penyelidikan di sana,” katanya.",
"Mohd. Nuriman berkata, jangan malu untuk untuk bertanya dan perlu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penyelidikan yang dilakukan adalah bonus terhadap kejayaan seseorang pelajar.",
"“Kepada pelajar pascasiswazah yang lain, sikap adalah segala-galanya. Apabila kita menceburi sesuatu bidang, sikap yang positif adalah sangat-sangat diperlukan dalam melakukan penyelidikan.",
"“Kita jangan sesekali malu untuk bertanya dan walaupun kita sibuk dengan penyelidikan yang dibuat, janganlah kita lokek untuk berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan yang lain,” nasihatnya.",
"Sumber: www.ukm.my"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/11/apa-itu-paradoks/ | Apa Itu Paradoks? | [
"Pernah dengar cerita Pinocchio? ",
"Pinocchio adalah cerita tentang anak patung kayu yang apabila menipu, hidungnya akan memanjang.",
"Pernah tak terfikir, apa akan jadi pada hidung pinocchio jika dia sebut",
"“Saya sedang menipu sekarang”",
"Kalau Pinocchio cakap benar:",
"Kalau Pinocchio sedang menipu:",
" Jadi apa hidung dia nak buat?? ",
"Situasi sebegini adalah apa yang kita panggil sebagai paradoks.",
"Paradoks adalah satu kenyataan yang seolah – olah mencanggahi dirinya sendiri, atau tak mampu diselesaikan dengan logik dan tak masuk akal. ",
"Dan biasanya paradoks akan menghasilkan situasi yang membingungkan kepala.",
"Contoh – contoh Paradoks",
"Ada banyak paradoks yang popular sepanjang zaman. Berikut adalah beberapa daripadanya",
"Katakan anda mencipta mesin masa dan kembali ke zaman silam. Kemudian anda cari datuk anda yang masih bujang, dan anda bunuh dia!",
"Apa yang akan berlaku seterusnya?",
"Disebabkan anda bunuh datuk anda, maksudnya mak atau ayah anda tak lahir. Maka anda pun tak lahir.",
"Kalau anda tak lahir, macam mana anda nak bunuh datuk anda?",
"Paradoks ini adalah masalah yang menghantui banyak cerita pengembaraan masa.",
"Seseorang yang berbangsa X mengatakan semua bangsa X sebagai penipu.",
" Tapi dia juga berbangsa X, jadi dia pun menipu. Maksudnya kenyataan dia bahawa bangsa X adalah penipu adalah satu penipuan. Bermakna bangsa X bangsa yang bercakap benar. ",
"Kalau macam tu benarlah kenyataan dia bahawa bangsa X penipu…",
"Hah lain kali jangan rasis dengan bangsa sendiri.",
"Dalam sains juga ada paradoks, contohnya paradoks yang popular dalam astrofizik yang menjadi hujah untuk buktikan bahawa makhluk asing tidak wujud, iaitu paradoks fermi.",
"Ringkasnya, kalau alam semesta tersangat besar, dan ada berbilion – bilion bintang yang berusia berbilion tahun, kenapa kita tak jumpa langsung apa – apa kesan alien? Mana mereka semua?",
"Persoalan ini membawa kepada penafian kewujudan alien.",
"Selain itu ada juga paradoks yang pelbagai dalam bentuk lukisan dan gambaran.",
"Imej – imej yang membingungkan dan tak masuk akal ini kita panggil sebagai objek – objek mustahil.",
"Jenis – jenis Paradoks",
"Jadi, kita bolehlah katakan paradoks sebagai masalah – masalah yang memeningkan kepala dan tak masuk akal, tapi adakah semua paradoks ini tak boleh diselesaikan?",
"Jawapannya tak juga. Ahli falsafah Willard Quine membahagikan paradoks kepada tiga jenis:",
"Paradoks antinomi adalah paradoks yang mendatangkan krisis pemikiran, yang mencanggahi dirinya sendiri, dan hanya boleh diterima kalau kita menolak cara kita berfikir.",
"Antinomi adalah paradoks yang betul – betul paradoks, seperti paradoks Pinocchio dan paradoks mesin masa tadi. Paradoks – paradoks ini mungkin tak akan boleh diselesaikan.",
"Paradoks veridikal adalah paradoks yang pada mulanya mendatangkan kejutan dan tak masuk akal, tapi sebenarnya boleh diselesaikan kalau kita fikir panjang.",
"Contohnya seorang lelaki yang mengatakan dirinya berumur 21 tahun, tapi baru sambut 5 hari jadi.",
"Ini mungkin dengar macam tak masuk akal, paradoks!",
"Tapi masalah ini diselesaikan dengan penjelasan bahawa lelaki tersebut lahir pada 29 Februari tahun lompat, yang datang cuma 4 tahun sekali.",
"Paradoks falsidikal ini dengar macam paradoks, tapi hakikatnya salah sebab kesalahan pada premis.",
"Contoh kalau orang tanya “kalau Tuhan cipta semua benda, maka apa sebelum Tuhan?”",
"Sekali dengar macam paradoks yang tak boleh diselesaikan, tapi kesalahan pernyataan ini sebenarnya adalah pada perkataan ‘sebelum’.",
"Konsep ‘sebelum’ datang daripada konsep masa. Kalau tak ada masa, tiada konsep sebelum dan selepas.",
"Tuhan pula adalah pencipta masa. Maka konsep ‘sebelum’ tak terpakai pada Tuhan yang mencipta masa. Maka soalan itu salah. Seolahnya seperti orang yang bertanya “Kalau makanan ini dimasak oleh tukang masak, maka siapa yang masak tukang masak?”",
"Kesimpulan",
"Ringkasnya, memahami perihal paradoks agak penting dalam menyampaikan idea dan buah fikiran, agar tak mudah terperangkap dalam kebingungan.",
"Jangan biarkan diri anda diselubungi paradoks."
] |
https://ajar.com.my/2018/07/15/fakta-tulisan-jawi-yang-kita-kena-tahu/ | Fakta Tulisan Jawi yang Kita Kena Tahu | [
" Sudah semakin ramai yang tidak mengenal apa itu tulisan jawi. ",
"Tulisan jawi dulu merupakan tulisan keramat dan lambang peradaban Melayu, tapi kini semakin dilupakan.",
"Hakikatnya, banyak cerita menarik tentang tulisan tradisi kita ini. Berikut adalah beberapa fakta – fakta tulisan jawi yang kita kena tahu!",
"Orang – orang Melayu sewaktu kedatangan Islam di Kepulauan Melayu sangat suka dengan agama yang baru datang ini.",
"Cintanya orang Melayu dengan Islam, sehingga mereka tukar tulisan lama mereka Pallava, kepada tulisan jawi semata – mata untuk lebih faham Quran dan Sunnah.",
"Malah, umat Melayu mengenali diri mereka sebagai orang jawi, bangsa jawi dari tanah jawi dengan berbahasa jawi dan bertulisan jawi.",
"Orang yang menggunakan tulisan jawi pula dianggap petanda dia beragama Islam. Maka dari itu, datanglah frasa ‘masuk jawi’ atau bersunat untuk orang yang baru masuk Islam.",
" Tulisan jawi yang paling tua dalam dunia boleh ditemui pada batu bersurat Terengganu, iaitu sejak tahun 1303 Masihi lagi. ",
"Tulisan rumi pula baru digunakan secara rasmi selama 50 tahun. ",
"Tulisan jawi digunakan secara meluas di Nusantara dalam pentadbiran adat istiadat perdagangan dan pendidikan.",
"Tulisan perundangan semacam Hukum Kanun Melaka, Undang – undang Johor, Pahang dan Kedah semuanya adalah tulisan Jawi.",
"Tulisan jawi juga adalah tulisan yang berkuasa. Surat raja – raja Melayu kepada raja Portugal, England, dan Perancis semuanya tulisan jawi.",
"Karya ulama – ulama semacam Daud Fatani, Abd al Samad al Falimbani, Ali Abd Rahman al Kelantani semuanya ditulis dalam jawi.",
"Dan apabila mesin pencetak kerajaan Mekah didirikan buat kali pertama pada tahun 1884, dicetak kitab – kitab jawi yang diberi nama ‘kitab kuning‘.",
" Huruf – huruf hijaiyah Arab asalnya ada 31, kemudian orang Melayu jadikan 37 dengan menambah huruf va, nya, ga, pa, nga dan ca. ",
" Semua bunyi ini tidak wujud dalam sistem bunyi bahasa Arab. Sebab mereka tak boleh sebut. ",
" Dulu tulisan jawi asal memang serupa dengan tulisan Arab. ",
" Tapi kemudian berubah sedikit demi sedikit untuk membantu pembacaan. Sebabnya, jawi merupakan satu tulisan yang rumit. Banyak boleh salah baca. ",
"Kalau tak dibuat ejaan jawi baru pasti kekal kekeliruan guna jawi.",
"Jadi untuk selesaikan masalah ini tulisan jawi berkembang dan diperbaik dari masa ke masa.",
"Teori perkembangan tulisan jawi sangat menarik hingga dikaji oleh Prof Kong Kyoung Seok, seorang rakyat Korea.",
"Jati diri orang Melayu ini terhakis sedikit demi sedikit dengan kuasa penjajah Barat.",
"Pada tahun 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu membuat keputusan:",
"“…sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan jawi sehingga masa menentukannya..”",
"Sehinggalah tahun 1963, Akta Bahasa Kebangsaan mengisytiharkan tulisan rasmi bahasa Melayu ialah tulisan rumi.",
"Tulisan jawi hanyalah boleh digunakan untuk pendidikan Islam. Bermakna, tulisan jawi tidak boleh lagi digunakan untuk nama jalan, pembangunan bandar dan lain – lain. Pengaruhnya semakin lama semakin pudar.",
"Malah menurut Prof Kong Kyoung Seok, tulisan jawi mungkin akan pupus 10 – 20 tahun lagi… ",
"Kesimpulan",
"Maka itulah dia nasib tulisan jawi.",
"Usaha untuk memelihara tulisan jawi cuba dibuat dengan menerbitkan Utusan Melayu seminggu sekali, malah diterap dalam silibus JQAF.",
"Tapi sebenarnya kitalah yang bertanggungjawab menyelamatkan tulisan jawi sebab pupusnya bahasa apabila tiada siapa yang menggunakannya."
] |
https://ajar.com.my/2018/07/18/sumbangan-sumbangan-sarjana-islam-dalam-matematik/ | Sumbangan – sumbangan Sarjana Islam dalam Matematik | [
"Subjek matematik mungkin subjek yang paling kurang digemari oleh ramai pelajar. Banyak cara cikgu – cikgu dan mak ayah guna untuk ‘paksa’ anak – anak mereka suka dengan subjek ini.",
"Namun kadang – kadang sukanya kita dengan sesuatu subjek boleh terlahir dengan penghargaan terhadap sumbangan – sumbangan manusia – manusia hebat dalam sejarah. Mereka kerah peluh, keringat dan darah untuk bidang ilmu yang mereka cintainya.",
"Bagi yang beragama Islam, lebih – lebih lagi perlu ditanam rasa suka terhadap matematik apabila mengetahui sumbangan sarjana – sarjana Islam terhadap bidang ilmu ini.",
"Berikut adalah beberapa daripadanya.",
"1) Al – Jabar (algebra)",
"Aljabar diasas al-Khawarizmi untuk menyelesaikan masalah zakat, fara’id dan urusan perniagaan. Istilah mal, jazr, ka`b dan seumpamanya diambil daripada istilah umat Islam yang kemudiannya disebut di Eropah sebagai quadratic, root dan cube. Istilah tersebut mempunyai sistem nilai Islam yang menunjukan falsafah ilmu berkenaan.",
"2) Trigonometri",
"Ilmu trigonometri diasaskan oleh rangkaian al-Tusi, Abu’l-Wafa al-Buzajani, dan al-Kashi dengan penakrifan fungsi sin (sine), kosin (cosine) dan tangen (tangent).",
"Lahirnya trigonometri adalah untuk selesaikan masalah – masalah berkaitan dengan kajian falak syar`i yang mengkaji tentang takwim solat, kalendar, gerhana dan pentarikhan.",
"Kajian trigonometri sarat dengan latar belakang fiqh Islami. Demikian pula kajian trigonometri sfera yang diasas oleh al-Biruni bertujuan untuk menentukan arah kiblat serta aktiviti pelayaran umat Islam khususnya pelayaran jamaah haji ke Tanah Suci Makkah.",
"Dalam hubungan yang sama, alBiruni mengasas ilmu atlas kartografi dengan lakaran peta di atas glob dengan koordinat tempatan untuk merujuk kedudukan sesuatu tempat berasaskan koordinat Makkah.",
"Al-Biruni mengasas bidang penghampiran secara interpolasi pula berkaitan dengan usaha untuk mendapatkan nilai sin(1°) dengan tepat. Dalam suasana yang sama, Sama`wal al-Maghribi dan al-Kashi memulakan penulisan pecahan perpuluhan untuk mencari ketepatan nilai ? hingga 18 angka bermakna dalam usaha mengira jisim langit dengan tepat.",
"3) Logaritma",
"Kajian logaritma dilakukan oleh Ibn Hamzah al-Maghribi dengan menghubungkannya dengan songsangan fungsi eksponen serta menukarkan operasi pendaraban kepada penambahan berdasarkan pengembangan sin(?+?). Kajian ini dilakukan dengan penuh sistem nilai masyarakat Islam menyelesaikan masalah mereka.",
"Pemalsuan Sejarah",
"Sumbangan tokoh – tokoh Islam dalam bidang matematik secara khusus dan keilmuan lain secara umum cukup banyak dan memberi impak besar sehingga akhirnya mencetuskan Renaissance di Barat.",
"Uniknya, Islam sahaja agama yang mencetuskan penganutnya untuk meneroka ilmu sains dan matematik sebagai tuntutan khusus agama.",
"“Dalam Islam, tidak dalam agama lain,” ahli sejarah David King mengatakan “Pelaksanaan pelbagai ibadat dibantu oleh prosedur – prosedur saintifik”.",
"Namun hakikat ini seolah disembunyikan dalam teks sejarah matematik yang popular. Hal ini kerana pencetak buku sejarah Barat menghapuskan fakta sejarah tersebut khususnya yang melibatkan umat Islam.",
"Dalam konteks pemalsuan fakta sejarah itu, nama-nama barat sering digunakan untuk menggantikan nama ahli matematik Muslim yang mengasas beberapa bidang utama matematik.",
"Barat tidak gemar mengiktiraf pencapaian tamadun lain, lalu dalam hubungan ini penulis Barat menggantikan nama Newton sebagai pengasas kalkukus untuk menggantikan nama al-Kindi misalnya dan sekali gus menghapuskan kaedah interpolasi al-Biruni untuk digantikan dengan nama kaedah Newton-Raphson.",
"Mereka turut menggantikan nama Ibn Hamzah al-Maghribi dengan Lord Napier atau Briggs dalam logaritma dan menggantikan nama Abu’l-Wafa dengan Rogiomantamus sebaagi pengasas bidang trigonometri.",
"Maka sayanglah jika kita biarkan saja sejarah ini dipadamkan, dan diganti pula dengan sejarah penjajah yang mahu kita rasa terkebelakang!",
"Rujukan :Epistemologi, falsafah dan etnomatematik: ke arah kesepaduan kuantitatif dan kualitatif- Dr Mat Rofa"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/19/pencapaian-pencapaian-membanggakan-sekolah-tahfiz/ | Pencapaian – pencapaian Membanggakan Sekolah Tahfiz | [
"Sekolah Tahfiz sering kali menjadi mangsa pertikaian segelintir pihak. Dikatakan, sekolah ini tidak menyumbang kepada masyarakat, melahirkan masyarakat jumud, tiada fungsi, tiada masa depan dan sebagainya.",
"Bagi pengkritik, usaha pemeliharaan Quran dianggap tidak berfaedah. Namun hakikatnya, hafalan Quran adalah keajaiban dunia moden. Tiada buku dalam sejarah yang mendapat penghargaan dihafal seluruhnya oleh jutaan orang di muka bumi. Tahfiz wujud hatta di perkampungan terpencil di Afrika.",
"Kekalnya tradisi tahfiz ini zaman – berzaman di pelbagai ceruk dunia membolehkan umat Islam mengatakan dengan yakin tentang mukjizat pemeliharaan Quran. Tiada agama di dunia yang mengatakan dengan yakin ayat di bawah berkaitan kitab suci mereka:",
"“Jika seluruh salinan Quran, hardcopy atau softcopy, di muka bumi dihapuskan, umat Islam boleh mendatangkan salinan tepat 100% dalam masa beberapa jam!”",
"Ini adalah hasil sumbangan institusi tahfiz yang bertitik tolak sejak zaman Nabi Muhammad.",
"Namun begitu, hakikatnya selain hafazan kitab al Quran, sekolah tahfiz telah melahirkan beberapa pencapaian membanggakan dari aspek duniawi – berikut sebahagian daripadanya.",
"Antara tokoh akademik terkenal keluaran tahfiz pondok adalah Dato’ Dr Afifi al Akiti – yang merupakan pensyarah pengajian Islam di Fakulti Teologi, Oxford.",
"Dr Afifi tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh sejak tahun 2010.",
"Dua pelajar tahfiz dari Malaysia telah mencatat kejayaan membanggakan apabila merangkul pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia ke – 14 pada tahun 2017.",
"Pertandingan yang menghimpunkan ramai pelajar dari seluruh dunia tersebut berlangsung di Manila, Filipina pada 22 dan 23 April tahun lalu.",
"Jad Haris Sabaruddin, 12, dari Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub (MATTARY) dan Najmi Asyraaf Abdul Halim, 10, dari Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan yang mewakili pasukan Sarawak menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat emas di kejohanan itu, dan menjadi kebanggaan hasil didikan tahfiz.",
"Siapa kata golongan Hafiz tiada peluang dalam bidang profesional?",
"Ramai pelajar lepasan tahfiz menjadi teknokrat dan profesional dalam pelbagai bidang seperti kedoktoran, kejuruteraan dan bidang profesional lain. Ramai juga menjadi pimpinan utama negeri dan negara malah berjaya memimpin masyarakat dalam sektor kerajaan, jabatan, NGO, seperti yang dilaporkan dalam Sinarharian.",
"Malah, terdapat platform Professional Huffaz (PROFAZZ) yang khas menggabungkan dua elemen profesional dan huffaz.",
"[td_smart_list_end]\n",
"Menariknya, PROFAZZ ini terajui oleh 5 adik – beradik yang semuanya menghafal Quran, dan semuanya memegang jawatan profesional seperti doktor, peguam, jurulatih motivasi dan pengurus syarikat.",
"Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) membuktikan arena debat bukanlah dunia yang mustahil buat pelajar tahfiz apabila merangkul piala Menteri Besar Pahang, lantas membawa pulang RM 3000 wang kejuaraaan.",
"TIGA pelajar tingkatan empat Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) memenangi Anugerah Pingat Emas hasil Duo Jeli Madu. Inovasi ini menarik perhatian juri dalam pertandingan akhir Anugerah Pencipta Muda Antarabangsa Ketiga (IYIA) di Dewan Konvensyen Surabaya, Indonesia.",
"TIGA pelajar tingkatan empat Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) memenangi Anugerah Pingat Emas hasil Duo Jeli Madu. Inovasi ini menarik perhatian juri dalam pertandingan akhir Anugerah Pencipta Muda Antarabangsa Ketiga (IYIA) di Dewan Konvensyen Surabaya, Indonesia.",
"Ciptaan Jeli Madu Tinggi Antioksida mereka mampu merawat penyakit radikal seperti boleh mencegah kanser dan merawat penyakit radikal berkaitan kardiovaskular.",
"Pelajar – pelajar Tahfiz ini adalah perintis muda yang menggalas cabaran mengharumkan nama negara di peringkat dunia.",
"Masih menganggap pendidikan Tahfiz sebagai lekeh?"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/20/topi-mortarboard-graduasi-itu-asalnya-tempat-meletak-al-quran-kenapa-dibaling/ | Topi Mortarboard Graduasi Itu Asalnya Tempat Meletak al Quran, Kenapa Dibaling? | [
"Hari graduasi sememangnya adalah antara hari paling istimewa dan ditunggu – tunggu. Setelah berhempas pulas di Universiti selama bertahun – tahun, akhirnya tibalah masa mereka merangkul ijazah.",
"Dalam majlis tersebut, graduan akan menyarung sepasang jubah, dan mengenakan sejenis topi khas di kepala, yang diberi nama mortarboard.",
"Pemakaian pakaian ini hakikatnya cukup simbolik, namun amat malang apabila ramai yang menganggap ia hanyalah satu upacara turun – temurun yang tidak lain menjadi bahan fotografi yang cantik sekali seumur hidup.",
"Berasal Daripada Islam ",
"Amalan dalam majlis graduasi hakikatnya berasal daripada Islam, yang kemudian dicedok oleh Barat.",
"Malah menurut Dr Afifi al – Akiti, amalan yang dipopularkan oleh Universiti Oxford ini berasal daripada tradisi pondok. Hal ini termasuklah budaya seperti makan ramai-ramai, menunggu pengetua sebelum makan dan membaca doa, semua ini berasal daripada tradisi Islam. Namun sekarang ia lebih dikenali sebagai budaya Harry Potter.",
"Sistem pensijilan juga adalah tradisi Islam. Dalam bidang hadis , di Kairouan, pelajar yang lepasi pendidikan dan ujian hadis akan diberi sijil bernama Bil Haq al – Riwayah yang bermaksud ‘kebenaran untuk meriwayatkan hadis’.",
"Istilah ‘Bil Haq al Riwayah’ ini pula kemudian dipinjam dan dialih kepada bahasa Latin sebagai ‘Baccalaureate’ (BA).",
"Bukan Pakaian Biasa – Biasa",
"Jubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mengikut warna masing-masing bertujuan membezakan orang awam dengan penuntut ilmu dan ilmuwan. Terdapat juga kisah di mana seorang menteri perlu menukar jubah menteri kepada jubah sarjana bila ingin membacakan hadis kepada pendengar.",
"Jika seorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah yang digunakan oleh ilmuwan dan upacara ini masih diteruskan sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah doktor falsafah.",
"Malah yang lebih menarik, topi mortar board, atau Qalansuwah dalam bahasa Arab, adalah tempat untuk mengikat al Quran di atas kepala. Itulah sebabnya kenapa reka bentuk mortar board leper di bahagian atas.",
"Ini menunjukkan tanda penghormatan tertinggi kepada Kalamullah, itulah tujuan sebenar bergraduasi menurut tradisi Islam. Agar Ilmu yang diperoleh membantu meninggikan ayat – ayat Allah.",
"Maka agak menghairankan mengapa boleh terlahir tradisi melontar mortarboard setelah bergraduasi. Simboliknya agak …. mengerikan.",
"Dari mana datangnya amalan ini?",
"Amalan Baru yang Tiada Kaitan dengan Ilmu",
"Beberapa sumber melaporkan bahawa amalan melontar mortar board ini satu amalan yang baru. Ia bermula pada 1912 di US, pada hari graduasi ketenteraan Naval Academy. Mereka sebelum itu dikehendaki memakai topi berpangkat midshipman selama 4 tahun. Pada hari tersebut buat pertama kali mereka diberi topi berpangkat pegawai untuk dipakai. Maka mereka membaling topi lama mereka sebagai tanda kegembiraan.",
"Tradisi ini kemudian berkembang dan menenggelami simbolik asal majlis graduasi.",
"Bukan saja ia melanggar tujuan asal topi tersebut, hakikatnya amalan membaling mortarboard ini berbahaya dan telah diharamkan di beberapa tempat. Terdapat kes kecederaan ngeri di mana bucu mortarboard terkena pada mata seorang pelajar 17 tahun sehingga mengakibatkan trauma.",
"Jelas, reka bentuk asal mortarboard tidak sesuai untuk dibaling. Ia bukan tujuan asal. Namun kemudian diusulkan pula agar reka bentuk dan materialnya diubah agar lebih lembut dan tidak membahayakan apabila dibaling.",
"Nampaknya gambar graduasi membaling sebiji topi lebih berharga daripada keseluruhan budaya dan tradisi ilmu."
] |
https://ajar.com.my/2018/07/22/sarang-lebah-berbentuk-heksagon-bukti-penguasaan-matematik-lebah/ | Sarang Lebah Berbentuk Heksagon – Bukti Penguasaan Matematik Lebah | [
"Lebah memang mengagumkan. Bukan sahaja mereka menghasilkan penawar semula jadi madu yang mengagumkan kita zaman berzaman, budaya kerja seekor lebah juga amat sukar ditandingi dan memalukan masyarakat kita.",
"Banyak perkara tentang lebah yang menarik. Tapi pernah tak anda terfikir, kenapa bentuk sarang lebah sebegini:",
"\nHeksagon\n",
"Kenapa bentuk heksagon? Kenapa tidak bentuk petak, atau bulat, atau tiga segi?",
"Rupa – rupanya jawapan kepada persoalan ini membuktikan bahawa lebah juga adalah ahli matematik dan pakar ekonomi.",
"Penghasilan sarang bagi lebah adalah satu kerja industri yang memenatkan, jadi mereka perlu pastikan bahawa output, atau hasil kerja mereka cukup efisien. Jika tidak, seolah – olah anda lakukan kerja buruh yang keras namun kemudian bukan saja bos beri anda gaji yang sikit, tapi kemudian binaan anda cacat pula.",
"Lebah bukanlah seperti golongan jurutera yang tuang kerja, mereka sememangnya menghendaki madu dan larva mereka disimpan dalam satu bentuk geomentri yang memaksimakan ruang pada luas kawasan sarang yang terhad, di samping meminimakan penggunaan sumber.",
"Persoalannya, bentuk geometri mana yang mahu dipilih?",
"Mereka menolak bentuk bulat, sebab banyak ruang yang terbazir. Bentuk petak pula kecil, tidak sesuai untuk dibuat larva.",
"Dengan ilmu matematik dan kejuruteraan yang mereka miliki, mereka pilih bentuk yang terbaik, heksagon.",
"Jika semua sisi adalah sama – iaitu mengikut bentuk heksagon yang sempurna, setiap sel sarang lebah akan muat secukupnya. Sarang lebah adalah seperti permainan susun suai. Setiap bahagian akan tercantum sempurna.",
"Menariknya, bukti tentang betapa efisiennya bentuk heksagon telah didebatkan oleh ahli matematik selama ratusan tahun dalam satu masalah yang dipanggil honeycomb conjecture dan baru saja dibuktikan beberapa tahun yang lepas.",
"Tidak diketahui sama ada lebah tersebut menerbitkan jurnal pengiraan pembuktian bentuk heksagon seperti di atas di universiti lebah dan dipersembahkan kepada permaisuri mereka. Kalau berlaku, kita harapkan Pixar untuk menganimasikannya.",
"Teorinya, pemilihan bentuk heksagon adalah penambahbaikan ‘trial and error’ lebah selama zaman – zaman sehinggalah mereka mendapati satu bentuk yang paling mendatangkan kebaikan kepada koloni dan mereka tetap dengan bentuk tersebut sampai sekarang."
] |
https://ajar.com.my/2018/07/22/pelajar-melayu-genius-phd-cambridge-kongsi-rahsia-video/ | Pelajar Melayu Genius Phd Cambridge Kongsi Rahsia (Video) | [
"Amin Rukaini Mustafa, seorang pelajar PhD dalam bioteknologi di Universiti of Cambridge berkongsi rahsia beliau menuntut ilmu."
] |
https://ajar.com.my/2018/07/23/kenapa-belajar-luar-negara/ | Kenapa Belajar Luar Negara? | [
"Pilihan untuk belajar di luar negara, sekadar pengalaman di sana, rata-rata berlegar pada kehendak-kehendak dan keinginan peribadi. Nak rasa perkara- perkara baru, nak dapat didikan di universiti-universiti terkemuka untuk karier pilihan yang lebih baik, atau mungkin nak tengok salji dan mat saleh. Agak jarang juga jumpa pelajar yang memilih belajar di UK contohnya kerana kehendak dasar pendidikan.",
"Hakikatnya, pemilihan untuk belajar di negara perlu ditimbang tara dengan baik dan dianalisis selumatnya oleh pelajar sebelum memilih untuk memberi komitmen belajar ribuan kilometer dari rumah.",
"Berikut disenaraikan beberapa kebaikan belajar di luar negara yang menjadi pilihan kebanyakan pelajar",
"Ini mungkin antara faktor terbesar yang mendorong pemilihan untuk belajar di luar negara. Bila dah hampir satu perlima abad belajar di negara yang sama, bertemu dengan orang-orang yang sama, maka timbullah keinginan nak rasa perkara baru beribu-ribu batu jauh dari rumah. Biasanya orang-orang yang bersifat ‘adventurer’ – mahukan pengalaman – pengalaman baru yang akan buat pilihan ni.",
"Iya lah, pengalaman jauh dari mak ayah, sistem baru, duduk sendiri bukan semua orang sanggup tempuh.",
"Jujurnya, ini juga sebenarnya sebab utama saya pilih nak isi borang tajaan luar negara dulu. Saya fikir, perspektif statik tentang banyak perkara – negara, agama, pendidikan – perlu dicabar. Saya perlu melihat the gambaran yang lebih besar. Kemudian barulah perbandingan atau penambahbaikan boleh dibuat.",
"Apa pengalaman baru paling besar di tempat saya belajar, iaitu di UK? Dah pastilah cuaca dia. Cuaca di UK ni sangat….menarik sampaikan dia jadi bahan paling senang nak berkomunikasi dengan orang di sana. Jumpa tukang kunci dia borak pasal cuaca, jumpa lecturer borak cuaca. Dalam satu hari, bumi UK ni boleh bagi 5 jenis cuaca.",
"Sistem belajar yang moden juga jadi pilihan pelajar-pelajar untuk ke luar negara. Mungkin perbezaan paling ketara negara Malaysia dengan negara – negara maju dari sudut ini adalah kelajuan internet dan kompleksiti sistem belajar dan mengajar.",
"Pengurusan pangkalan data mereka memang cemerlang. Setiap universiti ada applikasi masing-masing untuk anda semak jadual-jadual mendatang serta info-info lain. Bahan-bahan pembelajaran seperti slaid kuliah diberikan kepada anda dalam bentuk online sebelum kuliah untuk anda baca dulu sebelum ke kelas. Anda ada profail sendiri yang lengkap dan mudah diakses. Apa-apa perubahan atau kemas kini yang berlaku akan diberikan kepada anda dalam bentuk notification, sama seperti sistem facebook.",
"Internet yang laju buatkan anda tak perlu masak maggi, tukar mentol bilik dan berlari 10 km sebelum video kuliah anda siap loading.",
" 3. Budaya baru",
"Isu perbezaan budaya adalah satu topik yang menarik untuk dibincangkan oleh pelajar-pelajar luar negara. Sebahagian mungkin berpandangan pendedahan budaya Barat kepada pelajar negara Timur mungkin agak negatif. Sebahagian budaya seperti cara berpakaian, sosial, parti, pemakanan mungkin agak bercanggah dengan budaya dan kepercayaan Timur terutama bagi yang beragama Islam. Rasanya nasihat yang paling kerap saudara-mara di kampung beri pada anak saudara yang nak ke luar negara adalah suruhan jauhi benda-benda semacam tu.",
"Tapi, tak dinafikan ada juga budaya-budaya yang baik, seperti budaya efisiensi, budaya jalan raya yang mantap, pengurusan data dan layanan pelanggan yang cemerlang.",
"Jadi adakah pendedahan budaya-budaya baru ini baik atau buruk? Saya kira hal ini bergantung kepada pelajar itu sendiri. Pelajar yang berprinsip akan mengetahui disiplin menguruskan kejutan-kejutan budaya yang berlaku. Pada saya, melihat budaya-budaya baru ini muktamadnya adalah baik kerana meluaskan horizon pemikiran. Kadangkala, kita akan lebih menghargai budaya sendiri apabila ia tiada di negara orang.",
"Contoh perkara yang jarang diamalkan di sana adalah amalan beri salam pada tenaga-tenaga pengajar. Di Malaysia, itu satu budaya yang biasa. Di sini ucapan hormat pada pensyarah tak diamalkan maka terasa ada jurang dengan mereka.",
" 4. Universiti ranking tinggi",
"Ini juga antara faktor utama pemilihan belajar di luar negara. Saya kira antara syarat tajaan penaja adalah pelajar mesti dihantar ke pusat pengajian tinggi yang berprolifik, sekurang-kurangnya top 100 dalam dunia. Bila dihantar ke universiti yang terkemuka seperti Ivy League, matlamatnya adalah supaya pendidikan yang diterima bertaraf dunia. Dapat belajar bersama-sama dengan pelajar-pelajar terbaik seluruh dunia adalah satu peluang yang sangat baik untuk menjadi kompetitif.",
"Saya kira nama universiti pun dicari yang gempak-gempak untuk diisi dalam curriculum vitae. Kalau boleh letak nama Uni Cambridge dalam CV, bukan setakat syarikat-syarikat berebut, orang kampung pun kagum. Mak ayah apatah lagi.",
"Bila disebut tentang ranking Universiti, suatu berita baik yang kita terima adalah kedudukan Universiti tempatan semakin melonjak dan akhirnya menembusi kedudukan 100 teratas. Tertinggi sekali adalah Universiti Malaya pada tangga ke 87. Tak mustahil akan ada pusat pengajian tinggi di Malaysia duduk sebaris dengan Ivy league, bukan?",
"Keburukan Belajar Di Luar Negara",
"Sekiranya kebaikan belajar di luar negara berkisar seputar aspek personal, keburukannya pula banyak apabila dinilai dari sudut dasar dan polisi pendidikan kebangsaan. Saya cuba mencari dokumen-dokumen rasmi yang membincangkan justifikasi penghantaran ribuan pelajar ke luar negara saban tahun tetapi tiada. Kalau ada pun naratifnya bersifat negatif.",
"Apa keburukan belajar di luar negara?",
"1. Kos tinggi",
"Ini mungkin keburukan paling besar polisi penghantaran pelajar Malaysia ke luar negara. Di UK- Ireland, tajaan seorang pelajar untuk tamatkan pengajian kejuruteraan atau perubatan boleh mencecah RM 600 000 – RM 1000 000. Itu untuk seorang. Ditambah lagi dengan polisi yang menghendaki pelajar bukan Eropah (non-EU) untuk membayar dua kali ganda yuran pengajian, kerajaan atau penaja perlu berbelanja besar untuk pendidikan di UK-Ireland.",
"Mungkin kerajaan Malaysia sanggup menghantar ramai anak-anak watan ke luar negara berbanding kerajaan negara membangun lain kerana ia memperuntukkan 16 % bajet untuk pendidikan (sekitar RM 37 billion), jumlah peruntukan tertinggi di Asia Timur.",
"Jika pelaburannya besar, maka pulangannya mestilah besar. Akan tetapi kemenjadian pelajar-pelajar luar negara sekarang hakikatnya sedang dipertikai. Pelan strategik pengajian tinggi 2020 menggariskan bahawa kualiti graduan universiti luar negara hanyalah lebih baik dari segi persepsi majikan.",
"Saya tidak pula menjumpai sebarang kertas kerja yang membandingkan kemenjadian kedua-dua golongan pelajar ini. Tetapi saya kira indeks kemenjadian pengajian tinggi perlu dirangka untuk membantu kajian polisi.",
"2. Dasar pengantarabangsaan",
"Sekiranya anda seorang pemimpin kerajaan, yang mana satu pilihan anda? Hendak menghantar rakyat negara anda belajar di universiti terkemuka negara lain atau bangunkan sendiri universiti terkemuka negara supaya rakyat negara lain pula yang datang ke negara anda? Kerajaan yang punya aspirasi dan bervisi pasti akan pilih pilihan kedua.",
"Itulah pendekatan kementerian pendidikan melalui dasar pengantarabangsaan. Melalui dasar ini, kerajaan mensasarkan 200 000 pelajar antarabangsa dari luar negara untuk datang belajar di Malaysia. Pelan 2007-2020 merancang agar nisbah 50:50 dicapai antara pelajar antarabangsa dengan pelajar tempatan.",
"Maka, penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara sedikit sebanyak akan menjejaskan aspirasi ini. Ketika universiti tempatan menerima pelajar asing, pelajar kita pula ‘lari’ ke universiti luar. Imej dan reputasi IPT tempatan akan sedikit tercemar.",
"3. Talent pool – pelajar2 yang cemerlang tak sumbang naikkan reputasi uni tempatan",
"Untuk belajar di luar negara, anda perlu melepasi pemarkahan yang ketat sewaktu tempoh persediaan di dalam negara. Hanya pelajar-pelajar yang terbaik yang dapat lepasi kuota yang begitu terhad. Jadi, saya kira tak salah saya katakan pelajar yang dihantar ke luar negara adalah antara asset-aset modal insan yang terbaik yang dimiliki negara.",
"Maka apa akan jadi apabila talent pool negara dihantar ke universiti luar? Dr Sharifudin Lubis mengatakan bahawa dah pastilah kualiti universiti tempatan akan merudum kerana mereka tak menyumbang kepada menaikkan reputasi uni tempatan. Sebaliknya, universiti luar negara pula yang akan terus meningkat baik kerana menerima sumber pelajar-pelajar yang berkualiti.",
"Beliau juga menyambung, dan point ini buatkan saya terfikir juga. Secara logiknya pelajar-pelajar yang cemerlang ini tetap akan cemerlang walaupun belajar di dalam negara. Kawan-kawan saya yang top scorer sewaktu di Malaysia biasanya akan tetap konsisten di uni luar negara. Jadi bukanlah universiti atau sistem pendidikan yang tentukan kecemerlangan pelajar tetapi bergantung pada pelajar itu sendiri.",
"Cadangan beliau adalah untuk buka lebih banyak universiti cawangan luar negara di Malaysia, bukannya hantar pelajar kita ke sana. Kalau dulu, kita kena hantara pelajar ke luar negara kerana uni tempatan tak banyak dan tak banyak bidang pengajian ditawarkan. Tetapi masih valid ke sebab tu sekarang?",
"4. Isu ideologi dan bertepatan ke dengan falsafah pendidikan kebangsaan?",
"Sekali lagi saya tegaskan penulisan saya ini adalah lebih kepada konteks UK dan negara barat secara umumnya. Mungkin suatu perkara saya rasakan kurang diambil perhatian oleh kementerian pendidikan dengan penghantaran pelajar Malaysia ke negara Barat adalah impak ideologi setempat.",
"Pelajar-pelajar yang dibentuk oleh kementerian pendidikan, tidak kiralah di luar atau dalam negara, seharusnya dipastikan selari pola pemikiran dengan falsafah pendidikan kebangsaan.",
"Antara isi dan tujuan utama falsafah pendidikan kebangsaan adalah berkisar kepada kepercayaan kepada Tuhan. Hal ini selari dengan rukun negara pertama yang kita ikrarkan setiap minggu di sekolah. Malah, menurut Datuk Dr Syed Othman Alhabshi, falsafah negara kita tak jauh beza dengan dengan konsensus sedunia Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977. Sumber pendidikan adalah dari wahyu dan akal.",
"Prinsip ini berbeza dengan atmosfera negara Barat yang sekular dan atheist-oriented.",
"Pihak Education Malaysia London pernah membuat satu program yang mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia. Dalam program tersebut, dilontarkan beberapa persoalan-persoalan kritikal untuk mencabar pelajar. Antara persoalan yang terbesar adalah “perlu ke rukun negara pertama, kepercayaan kepada Tuhan dimansuhkan untuk menghormati golongan ateis?”. Sangat mengejutkan apabila sebahagian pelajar menyokong cadangan tersebut dan tidak dicabar. Bagi saya ini suatu red flag yang bahaya.",
"Sekiranya takungan pelajar-pelajar yang mindanya berorientasi begini semakin bertambah, dan mereka sangat berpotensi memegang jawatan-jawatan besar negara, adakah falsafah pendidikan kebangsaan akan dipinda pada masa akan datang?",
"Jadi, apa peranan pelajar luar negara?",
"Tulisan saya ini bukanlah untuk mempertikai keputusan penghantaran pelajar ke luar negara atau untuk menghina pelajar-pelajar dalam negara. Saya bersyukur dikurniakan peluang terbang belajar. Saya juga merasakan rezeki belajar di luar negara boleh jadi lebih baik untuk saya. Saya tak dapat hidup dua kehidupan dalam satu masa maka jalan mana yang Allah buka untuk kita maka kita perlu manfaatkan sebaiknya.",
"Walaupun begitu kehidupan tiga tahun di sini taklah saya boleh katakan begitu berbeza dengan pengalaman belajar di Malaysia selama ini. Banyak rungutan-rungutan yang kita dengari dulu juga diulang oleh pelajar di sini. Lecturer ajar baca slide, sistem periksa yang muntahkan balik benda yang dibaca last minute, pelajar lewat, ponteng kelas, kelas 80% kosong, lecturer merungut pelajar main-main, pelajar tak tau nak buat apa lepas grad, main Dota dalam kelas dan lain-lain.",
"Pendek kata, tak banyak beza sana dan sini. Mereka dan kita sama-sama manusia, masing-masing ada masalah dan kelemahan.",
"Jadi, introspeksi ini sedarkan saya bahawa bukanlah beradanya saya di sini untuk semata-mata sijil. Ramai orang yang ada sijil. 10 tahun lagi, nilai sijil graduation ini mungkin akan sama saja nilainya dengan sijil PMR dan UPSR yang mungkin kini berhabuk dalam almari.",
"Pengalaman dan cabang hidup yang Allah pilih untuk kita sebaliknya lebih unik dan berharga. Terpulang pada kita untuk terjemahkannya menjadi jawapan kepada masalah umat.",
"Rujukan:"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/30/kenapa-belajar-luar-negara-2/ | Kenapa Belajar Luar Negara? | [
"Soalan ini seronok untuk dibincangkan. Walaupun mungkin agak sensitif dan kontroversi (?) Apa pandangan anda 🙂 ?"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/30/pelajar-melayu-genius-phd-cambridge-kongsi-rahsia/ | Pelajar Melayu Genius Phd Cambridge Kongsi Rahsia | [
"Amin Rukaini Mustafa, seorang pelajar PhD dalam bioteknologi di Universiti of Cambridge berkongsi rahsia beliau menuntut ilmu."
] |
https://ajar.com.my/2018/07/30/fakta-menarik-tulisan-jawi-yang-kita-kena-tahu/ | Fakta Menarik Tulisan Jawi yang Kita Kena Tahu! | [
"Banyak fakta menarik tentang tulisan keramat warisan orang Melayu ini!"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/30/apa-itu-paradoks-2/ | Apa Itu Paradoks? | [
"Bersedia untuk gerakkan gear otak anda."
] |
https://ajar.com.my/2018/07/30/saya-sekolah-biasa-biasa-je/ | “Saya Sekolah Biasa – Biasa Je” | [
"Diorang semua ni sekolah SBP, MRSM, aku sekolah harian biasa je”"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/30/nombor-kosong-kenapa-kau-pelik/ | Nombor Kosong, Kenapa Kau Pelik? | [
"Awat hang macam ni, kosong?"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/30/kenapa-rujukan-tak-boleh-wikipedia/ | Kenapa Rujukan Tak Boleh Wikipedia? | [
"Setiap kali kita letak rujukan Wikipedia pada tugasan kajian kita, mesti cikgu marah dan tak bagi. Tapi kenapa?"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/30/3-fenomena-alam-menakjubkan-yang-buat-kita-kata-subhanallah/ | 3 Fenomena Alam Menakjubkan yang Buat Kita Kata Subhanallah | [
"Kadang – kadang bila kita belajar tentang subjek mata pelajaran, terutama sekali sains, kita akan terserempak dengan beberapa fenomena alam mindblowing yang buat kita jatuh cinta dengan subjek tu, dan langsung membuat kita kata subhanallah.",
"Berikut tiga daripadanya!"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/30/5-universiti-paling-tua-dunia/ | 5 Universiti Paling Tua Dunia | [
"Senarai universiti – universiti paling tua dunia. Sebelum tengok, cuba teka universiti mana nombor 1?"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/30/soalan-peperiksaan-paling-pelik/ | Soalan Peperiksaan Paling Pelik | [
"Soalan peperiksaan darjah 5 yang datang dari China ini tular menggila di media antarabangsa! Ramai yang kata soalan silap. Hakikatnya, soalan berani dari penggubal periksa ini mengajar pengajaran yang sangat berharga!"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/31/kisah-menarik-abang-ini-bereksperimen-berdasarkan-ayat-quran/ | Kisah Menarik Abang Ini Bereksperimen Berdasarkan Ayat Quran | [
"Seorang pengguna Twitter mengongsikan kisah menarik beliau membuat pameran eksperimen berdasarkan ayat Quran. Sangat mengujakan!",
"Ayat Quran yang dimaksudkan oleh abang tersebut adalah ayat berikut:",
"(?????? ??????? ?????? ????????????? ????? ?????? ??????? ??????? ?????? ??????? ???????? ??????????? ????????? ????????? ?????????? (??",
"”Dan, Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (QS Al-Furqan: 53)",
"Pertemuan dua laut tersebut biasa dikaitkan dengan fenomena laut dua warna selat Gibraltar",
"Sains moden menerangkan bahawa apabila dua laut yang berlainan bertemu, terdapat pembenteng antara keduanya. Benteng ini membahagikan dua laut supaya setiap laut memiliki suhu, kemasinan dan ketumpatan. [Principles of Oceanography, Davis, pp. 92-93.]\n"
] |
https://ajar.com.my/2018/07/31/top-5-saluran-pendidikan-youtube-malaysia/ | Top 5 Saluran Pendidikan Youtube Malaysia | [
"Orang Malaysia amat suka menonton video atas talian (online). Daripada 18 jam penggunaan internet dalam seminggu, 7.2 jam adalah menonton video – video atas talian. Youtube adalah platform yang paling popular untuk menonton video sebegini.",
"Orang cari pelbagai jenis video di Youtube. Kebanyakan mahu tonton cerita tular semasa, kalau yang muda cari video gaming, ada juga yang terperangkap dengan playlist video kucing berjam – jam.",
"Namun antara kebaikan lain Youtube adalah ia juga miliki saluran pendidikan yang pelbagai. Ada bentuk – bentuk pendidikan ringan yang diberi nama edutainment, ada pendidikan untuk bantu langsung pelajar yang hadapi masalah dengan silibus. Ia sangat popular dan pelbagai negara mula berlumba menghasilkan video – video pendidikan mereka.",
"Bagaimana dengan Malaysia? ayuh kita lihat top 5 saluran pendidikan Youtube Malaysia!",
"Subscriber: 1300",
"Pengikut Facebook: 34000",
"“Kenapa ada tempat khas nombor 6 ni? Kata top 5?”",
"“Sebab ini artikel aku, kenalah bagi kredit sikit dekat saluran aku. Tapi tak cecah top 5 lagi jadi letaklah tempat khas no 6.”",
"“Tak malu”",
"AJAR adalah saluran pendidikan yang menerapkan konsep “pendidikan luar buku teks”. Video – video yang dihasilkan tidak menyentuh silibus atau peperiksaan secara langsung, tetapi mencetus perbincangan menarik tentang ilmu dan pembelajaran.",
"Antara video yang menarik adalah seperti “5 Peribahasa yang selalu disalahertikan”, “Betul ke atom wujud” dan “Kenapa matematik susah?”.",
"Subscriber: 8000",
"Tutorsyah Tv adalah saluran khas yang mengajar mengenai matematik SPM oleh Cikgu Mohd Hazwansyah. Menariknya cara pengajaran saluran ini menggunakan papan lutsinar, dan ditulis oleh cikgu secara terbalik!",
"Subscriber: 29000",
"Saluran Tutortv adalah saluran pendidikan milik Astro yang turut disediakan platform Youtube untuk ditonton secara percuma tanpa langganan Astro. Berkemungkinan supaya mudah diakses oleh para pelajar tanpa mengira sangat aspek keuntungan. Kebanyakan video berkisar mengenai pembelajaran UPSR, PT3 dan SPM. Ada juga drama dan lakonan dengan kualiti produksi TV.",
"Subscriber: 44600",
"Saluran ini berbentuk tutorial khas mengenai matematik yang berfokus kepada matematik tambahan SPM. Slot terbaru turut memasukkan pembelajaran sains SPM.",
"Subscriber: 49000",
"https://www.youtube.com/watch?v=hSDpuFgahKY",
"Saluran ini juga berkisar kepada pengajaran mata pelajaran SPM tapi cakupannya lebih luas merangkumi matematik, sejarah, bahasa Inggeris, dan Bahasa Melayu.",
"Subscriber: 67600",
"https://www.youtube.com/watch?v=sKthLHpJbq4",
"Oh My English, juga merupakan hasil keluaran ASTRO, merupakan medium pengajaran bahasa Inggeris yang cukup popular. Inggeris diajar dengan cara santai dan sempoi, menerusi lakonan senario oleh artis – artis, yang kemudian diselitkan pengajaran mengenai Bahasa Inggeris. Format drama + pembelajaran ini adalah satu revolusi menarik lanskap pendidikan negara kita.",
"Melihat kepada senarai, rata – rata saluran pendidikan di Youtube Malaysia berkisar tentang peperiksaan utama di negara kita. Sedikit saja yang berbentuk pendidikan menarik di luar silibus dan buku teks. Hal ini sangat berbeza dengan negara Barat malah juga negara jiran kita Indonesia, di mana saluran pendidikan besar mereka hampir tidak langsung menyentuh tentang peperiksaan negara mereka.",
"Malaysia masih miliki peluang yang banyak untuk gencarkan pendidikan di Youtube, Insya – Allah."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/01/uec-cukup-tidak-adil-pada-sistem-pendidikan-negara-prof-teo-kok-seong-transkrip/ | UEC Cukup Tidak Adil Pada Sistem Pendidikan Negara – Prof Teo Kok Seong [Transkrip] | [
"https://www.facebook.com/PembinaMalaysia/videos/2335450279806252/",
"Transkrip ucapan Prof Dato’ Dr Teo Kong Seong mengenai UEC",
"“Dan bantahan saya, saya lihat dari sudut berbeza.",
"Saya bersetuju kalau UEC diiktiraf, ia akan menjejaskan perpaduan. Saya boleh terima hujah itu. UEC kalau diterima akan menjadikan sistem pendidikan kita huru – hara, ada dua sistem. Saya boleh terima. UEC kalau diterima akan mengenepikan Bahasa Melayu. Saya boleh terima.",
"Tapi hujah saya, UEC tak boleh diterima. Kalau UEC diterima, kerajaan yang iktiraf UEC berlaku zalim kepada rakyat. Maksud saya begini. Mereka yang ambil UEC setiap tahun anggarannya 10000 saja, calon Cina, adalah calon Melayu India sedikit.",
"Mula – mula mereka bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. 6 Tahun, darjah 1 sampai darjah 6. Itu yang dibenarkan kerajaan. Apabila mereka habis darjah 6 di sekolah rendah jenis kebangsaan, mereka sepatutnya pergi ke sekolah menengah kerajaan, sama ada yang menawarkan bahasa Mandarin ataupun yang menawarkan sastera Cina, ataupun ke sekolah kebangsaan biasa seperti Sekolah Tinggi Kajang.",
"Jadi mereka ini, pelajar UEC, ibu bapa mereka , mereka tak nak belajar di sekolah kebangsaan, kerana bahasa pengantar bahasa Melayu. Jadi mereka ini boleh dikatakan taksub dengan Bahasa Cina, mereka nak belajar dalam Bahasa Cina untuk pendidikan Menengah. Jadi mereka pergi ke sekolah persendirian Cina. Maksudnya mereka tak yakin kepada sistem pendidikan menengah kerajaan yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu. Mereka nak dalam Bahasa Cina.",
"Tak apa lah. Pergilah. Sebab kita negara demokrasi, demokratik, dan negara kita benarkan liberalisasi dalam pendidikan. Tak apa, pergi. Dan mereka pergi, mereka tahu akibatnya. Kalau ke sekolah persendirian Cina, mereka tahu akibatnya tak boleh bekerja dengan sektor kerajaan, tak boleh lanjutkan pelajaran di universiti awam.",
"Kenapa setelah lulus UEC ini, mereka nak masuk balik dalam sistem. Ini cukup tak adil kepada orang Malaysia yang berada dalam sistem. Dan lagi tak adil kepada anak – anak Cina yang berada dalam sistem.",
"Maksudnya lepas 6 tahun di sekolah Cina, mereka berada dalam sistem kerajaan. Tingkatan 1 sampai 5 mereka belajar dalam Bahasa Melayu. Yang tak nak belajar, mereka ke sekolah persendirian Cina. Tak apa lah.",
"Jadi di penghujung, Dong Zong nak kerajaan iktiraf supaya anak – anak Cina, ada Melayu, India sikit di sekolah persendirian Cina ini boleh masuk dalam sistem balik, bekerja dengan kerajaan, dan belajar di IPTA. Cukup tak adil.",
"Ia menzalimi pelajar yang berada dalam sistem sepanjang persekolahan. Saya pernah berhujah macam ini kepada rombongan Dong Zong di Majlis Profesor negara. 3 orang ini, wakil Dong Zong adalah pensyarah dari Universiti Tunku Abd Rahman.",
"Saya kata rakus sekali, tamak sekali. Nak untung sepanjang jalan. Ini tak adil kepada anak – anak Cina. Sebab kalau lulusan UEC dapat masuk IPTA, sebenarnya, mereka mengambil tempat anak – anak Cina yang setia kepada sistem itu. Sebab universiti masih amalkan sistem kuota. Kalau tak diamalkan sistem kuota, maka kita akan dapati, satu – satu fakulti akan dipenuhi pelajar daripada satu kaum. Sebab ada sistem kuota maka ada pelajar Cina, India, Melayu, Orang Asli dan sebagainya.",
"Saya bertanya kepada wakil Dong Zong, rakus sekali kau orang ini. Mereka tak dapat jawab sampai habis. Kalau kita kata, ini akan jejaskan Bahasa Melayu, mereka ada jawapan. Ini akan jejaskan perpaduan, mereka ada jawapan. Ini akan menduakan sistem pendidikan, mereka ada jawapan. Ini rakus sekali, ini mengkhianati anak – anak Malaysia yang berada dalam sistem, setia dalam sistem. Kau orang tak setia dalam sistem.",
"Dan saya nak akhiri bahagian saya, pada awal tahun ini, pengerusi Dong Zong telah buat kenyataan akhbar dalam the Sun, bahawa mereka tak nak buang masa dengan pengiktirafan ini. Mereka tahu tak akan diiktiraf. Mereka nak gunakan masa, menjelajah seluruh dunia untuk dapat pengiktirafan UEC di tempat – tempat lain. Maksudnya mereka merantau.",
"Soalan saya, ia mengkhianati anak – anak cina yang setia kepada pendidikan sistem pendidikan negara, itu tak dapat dijawab Dong Zong.”"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/02/5-tokoh-keluaran-mara-yang-membanggakan/ | 5 Tokoh Keluaran MARA yang Membanggakan | [
"Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera. Ia memiliki sejarah yang panjang, dan telah mencapai kejayaan yang pelbagai.",
"Antara keberhasilan MARA adalah melahirkan tokoh – tokoh yang menjadi kebanggaan negara. Berikut adalah senarai 5 daripadanya.",
"Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor adalah angkasawan negara yang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di ruang angkasa raya. Beliau terpilih daripada 11000 permohonan dan akhirnya diumumkan oleh Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri pada ketika itu sebagai angkasawan pertama Negara.",
"Beliau merupakan pelajar keluaran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar dari 1985 hingga 1989.",
"“Sebagai alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), saya dapati MRSM mempunyai sistem pendidikan yang unik dan perlu dibanggakan apabila berjaya melahirkan golongan bijak pandai di kalangan pelajar luar bandar. Syabas kepada MARA (Majlis Amanah Rakyat) terhadap usaha mereka yang kini membuahkan kejayaan.” ujar beliau.",
"Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan ahli perniagaan, dermawan, usahawan dan merupakan antara individu paling kaya di Malaysia. Tak ramai yang tahu bahawa MARA pernah terlibat sebagai tulang belakang yang membantu beliau dulu.",
"“Saya mula berniaga dengan menjalankan bisnes lori (pengangkutan lori) pada tahun 1972. Saya mendapat permit untuk mengendalikan empat buah lori tetapi disebabkan tidak cukup sumber kewangan, saya membeli dua biji lori dengan dibiayai pinjaman sepenuhnya dari MARA”",
"“Malah, ketika saya memulakan perniagaan beras, saya juga mendapat sokongan dari MARA apabila membekalkannya kepada anak syarikat MARA, Senama Bhd.”",
"“Saya amat terhutang budi kepada MARA kerana membantu saya di peringkat awal perniagaan. MARA telah berjaya memainkan peranan besar dalam membangunkan usahawan-usahawan Bumiputera seperti saya.” – Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.",
"Zulkifli Haron merupakan tokoh reka cipta negara kita dan pernah digelar sebagai McGyver Malaysia.",
"Antara ciptaan beliau adalah seperti baju terbang ala ironman, hovercraft, mesin gali tanah, mesin penyembelih lembu, mesin aiskrim goreng, mesin roti jala, robot pembuat mi goreng dan banyak lagi ciptaan yang boleh ditonton menerusi saluran Youtube beliau.",
"“MARA bukan sahaja mendidik saya dalam kemahiran teknikal malah turut memberi tanggungjawab kepada saya untuk menjadi pengajar di beberapa institusi pendidikan kepentingan Bumiputera ini”",
"“MARA membawa saya ke era baharu dalam bidang reka bentuk dan paling menggembirakan saya dilantik untuk menduduki Lembaga Pengarah Pusat Reka Bentuk Malaysia (DDEC) sejak empat tahun lalu,” kata Zulkifli Haron.",
"Tan Sri Abdul Wahid bin Omar pernah memegang jawatan sebagai presiden dan CEO Maybank, pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pengarah urusan / CEO kepada United Engineers (Malaysia) Berhad dan UEM World Berhad.",
"Beliau pernah ditawarkan biasiswa daripada MARA untuk menyambung pelajaran di bidang perakaunan di United Kingdom.",
"“(Seperti saya) MARA menawarkan peluang kepada anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk belajar di sekolah berasrama penuh yang baik dan membantu mereka untuk berjaya di dalam pelajaran dan kehidupan.”",
"“Hari ini ramai bekas pelajar MRSM dan pelajar tajaan MARA di peringkat institusi pengajian tinggi berjaya menjadi tokoh korporat terkemuka, ahli perniagaan yang berjaya serta memegang jawatan penting di dalam kerajaan mahupun sektor swasta.” kata beliau.",
"Tan Sri Arshad Ayub memang tidak dapat dipisahkan dengan sejarah penubuhan MARA. Ini kerana beliau bukan sahaja merupakan pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) sejak tahun 1967 sehinnga 1975, malah menjadi pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di MARA ketika dekad awal penubuhannya. Ketika itu, ITM diletakkan di bawah kendalian Bahagian Latihan MARA.",
"Beliau pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA. Beliaulah yang menjadi arkitek penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi gedung modal insan pribumi yang teragung di Malaysia.",
"Rujukan: http://www.mara.gov.my/en_US/tokoh-korporat"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/02/murid-8-tahun-malaysia-grand-champion-pertandingan-matematik-antarabangsa/ | Murid 8 Tahun Malaysia Grand Champion Pertandingan Matematik Antarabangsa | [
"Walaupun hanya berusia 8 tahun, Reeno Chin telah berjaya menghadiahkan kejayaan dan kebanggaan buat Malaysia setelah memenangi pertandingan Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition’ di Moscow, Rusia 22 Julai lalu.",
"Adik Reeno Chin menumpaskan lebih 1200 peserta dari 20 negara seluruh dunia, sekali gus dinobatkan sebagai grand champion.",
"Murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Seri Botani itu sebenarnya menghadapi demam panas, muntah dan cirit – birit ketika waktu pertandingan, namun masih mampu menjawab 70 soalan dengan betul dalam masa kurang 70 minit.",
"Tahniah!"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/02/krisis-pencairan-antartika/ | Krisis Pencairan Antartika | [
"Muhammad Hafeez Jeofry, pelajar PhD Imperial College London dan pemenang tempat pertama Konferens Scientific Community on Antarctic Research (SCAR) 2016 mendedahkan krisis pencairan Antartika"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/03/tips-mulakan-phd-yang-tular-ini-sangat-berguna/ | Tips Mulakan PhD yang Tular Ini Sangat Berguna | [
"Memilih untuk memulakan PhD merupakan antara pilihan paling sukar dalam hidup seseorang. Banyak hal yang perlu difikirkan semasak – masaknya, dan banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Post tular oleh Dr MarAzlan di Twitter ini sangat membantu!"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/04/ilmu-istimewa-orang-asli-ini-jadi-hujah-kenapa-sains-tak-boleh-dimonopoli-bahasa-inggeris/ | Ilmu Istimewa Orang Asli Ini Jadi Hujah Kenapa Sains tak Boleh Dimonopoli Bahasa Inggeris | [
"Monopoli Bahasa Inggeris dalam sains adalah isu yang semakin disuarakan, bukan saja dalam negara Malaysia, tetapi di seluruh dunia terutama sekali di negara – negara bukan penutur Bahasa Inggeris.",
"80% daripada jurnal saintifik yang dihasilkan adalah berbahasa Inggeris, dan trend ini semakin meningkat. Untuk melayakkan suatu jurnal yang bukan berbahasa Inggeris untuk dimasukkan ke dalam SCOPUS, pangkalan data terbesar untuk jurnal – jurnal peer reviewed, ia perlu sekurang – kurangnya memiliki abstrak bahasa Inggeris.",
"Dari segi sejarahnya, lingua franca bagi sains bertukar – tukar. Daripada Bahasa Arab, kemudian Latin, kemudian German, Perancis dan Itali. Apabila jatuhnya Soviet Union, terciptanya Google, dan letusan platform media sosial, barulah Bahasa Inggeris naik sebagai bahasa rasmi sains.",
"Walaupun penyeragaman bahasa untuk sains sangat berguna untuk mengembangkan kajian sains, namun ia juga bermasalah. Banyak tulisan saintifik dalam bahasa selain Inggeris yang terabai, sedangkan ia boleh jadi sangat penting seperti penemuan kesan kanser akibat rokok yang ditulis dalam bahasa German pada tahun 1930. Penemuan itu diabaikan selama 30 tahun sebelum dikorek semula oleh saintis British dan US pada tahun 1960.",
"Selain itu, menyeragamkan sains ke dalam Bahasa Inggeris menyebabkan saintis – saintis bukan Inggeris terbeban untuk menterjemah artikel – artikel mereka semata – mata untuk dapatkan lebih banyak capaian. Tulisan mereka lebih berkemungkinan untuk ditolak jika diterbitkan bukan dalam Bahasa Inggeris. Artikel mereka juga ditolak jika bahasa Inggeris yang digunakan adalah buruk. Sedangkan itu bukanlah sepatutnya keperluan untuk sains.",
"Namun masalah yang lebih mendasar akibat daripada bias bahasa Inggeris adalah hilangnya ilmu unik daripada bahasa dan peradaban lain. Dan ini ditunjukkan oleh kebolehan istimewa satu suku orang asli Andaman untuk mengetahui petanda – petanda gempa bumi.",
"Suku orang Asli Onge dan Jarawa menjadi tumpuan dunia apabila mereka terselamat daripada tsunami besar yang melanda Indonesia pada tahun 2004. Rupanya rahsia mereka adalah daripada tradisi oral yang disampaikan zaman berzaman mengenai ilmu gempa bumi. Tradisi ini membolehkan mereka melarikan diri ke tempat tinggi sebelum tsunami membadai pulau mereka.",
"Mereka tahu mengenai tsunami dan bagaimana untuk menghadapinya. Ahli antropologi membuat kajian dan mengatakan bahawa mereka miliki memori, strategi, dan teknik tersendiri untuk mengetahui kedatangan gempa bumi dan tsunami. Ilmu mereka ternyata melangkaui fungsi radar dan seismometer yang tidak mampu memberi amaran awal.",
"Sekiranya ilmu mereka diketengahkan dan dipelajari, maka berkemungkinan ratusan ribu nyawa boleh diselamatkan.",
"Orang Asli miliki banyak ilmu yang boleh ditawarkan kepada komuniti saintifik. Namun bahasa mereka sedang pupus, menjadikan semakin sukar untuk saintis dan pakar – pakar pelbagai bidang untuk memanfaatkan pengetahuan mereka.",
"Menyempitkan sains kepada satu bahasa dan satu latar belakang budaya akan membuka risiko kita kehilangan idea – idea dan ilmu – ilmu istimewa, yang tidak diperoleh dalam jurnal saintifik dan makmal uji kaji."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/06/5-akibat-buruk-jika-universiti-terlalu-mengejar-ranking/ | 5 Akibat Buruk Jika Universiti Terlalu Mengejar Ranking | [
"Baru – baru ini Menteri Pendidikan Maszlee Malik meluahkan persoalan mengenai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana dirasakan terlalu mengejar ranking.",
"“IPT tanah air ini ada satu kegilaan. Kegilaan mengejar ranking. Ranking is not the big deal! ” Ujar beliau.",
"Hakikatnya, obsesi sesetengah pihak menilai tempat pengajian berpandukan kedudukan yang dinilai oleh pihak ketiga seperti Quacqarelli-Symmonds (QS) dan Times Higher Education (THE) ranking boleh mendatangkan beberapa akibat yang negatif:",
"Sistem ranking universiti dibuat berdasarkan bancian reputasi akademik universiti. Ahli akademik yang membuat bancian diminta untuk memilih bilangan universiti yang terhad (tidak lebih 30, tapi biasanya dalam lingkungan 10 ke 15) yang mereka rasakan terbaik dalam bidang mereka.",
"Implikasinya, jika yang dibuat bancian tidak memilih satu nama Universiti sebagai 30 yang teratas, Universiti tersebut tidak akan tersenarai langsung.",
"Kriteria yang biasanya terlibat dalam pemilihan adalah seperti:",
"Kriteria yang digunakan bukan sahaja hanya melibatkan sebilangan kecil Universiti elit, malah cuma meningkatkan kebarangkalian universiti – universiti ranking tinggi untuk mengekalkan kedudukan mereka.",
"Sistem ranking juga mewujudkan pecahan kumpulan dalam kalangan Universiti. Universiti – universiti cuma mahu bekerjasama dengan mereka pada tahapan / league yang sama.",
"Sistem ranking Universiti yang mengejar penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi telah mengabaikan subjek sains sosial dan kemanusiaan.",
"Terdapat lebih banyak terbitan dan citation dalam sains semula jadi (natural science) dan perubatan berbanding sains sosial. Maka kecenderungan untuk mengejar ranking akan mengabaikan aktiviti akademik terutama dalam konteks sains sosial seperti penulisan buku teks dan bab dalam buku, pembangunan kursus dan kurikulum, pengeditan dokumentari serta penghasilan projek filem.",
"Penekanan yang berlebihan terhadap ranking telah mendorong universiti untuk memaksimakan kedudukan mereka dalam senarai dengan cara memanipulasi atau ‘penipuan dalam penghasilan data‘.",
"Contoh yang popular adalah seperti pembelian pengkaji – pengkaji ‘superstar‘ atau pemenang anugerah Nobel dalam kontrak part – time.",
"Beberapa tindakan memanipulasi data lain juga telah direkodkan seperti:",
"Penerbitan dalam bahasa selain Inggeris dibaca oleh jumlah pengkaji yang lebih sedikit. Kesannya, penerbitan selain bahasa Inggeris mendapat citation impact yang lebih rendah lantas menjatuhkan ranking.",
"Nilai kepelbagaian seperti bahasa yang merupakan keistimewaan pendidikan tinggi peringkat global tidak dapat dirakam dengan baik oleh sistem ranking Universiti seperti Times Higher Education World University Rankings.",
"Institusi bertaraf dunia akan diberi dana yang lebih oleh sesebuah negara berbanding institusi lain yang bertaraf rendah. Hal ini meningkatkan tahap pemecahan, segmentasi dan hierarki universiti.",
"Terdapat banyak kes di mana gaji atau atau kedudukan kakitangan universiti dipengaruhi oleh kedudukan institusi tersebut dalam ranking. Peningkatan prestasi mereka dalam ranking memberi justifikasi untuk mereka meminta kenaikan gaji.",
"Meskipun sistem ranking akan kekal, proses mengejar ranking tidak dibenar mengganggu-gugat etika akademik. Universiti tidak sewajarnya menjadi taksub kepada ukuran pencapaian dan pengiktirafan yang muluk semata-mata, jauh sekali menilai kecemerlangan dalam konteks yang sempit.",
"Sebagai institusi keilmuan dan penyuluh kebenaran, universiti adalah benteng terakhir etika dan integriti dalam masyarakat. Justeru, keseimbangan antara proses mengejar ranking dan etika akademik perlu diperkukuhkan. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/07/penggunaan-gelaran-professor-yang-kita-selalu-salah-guna/ | Penggunaan Gelaran ‘Professor’ yang Kita Selalu Salah Guna | [
"Sering kali timbul kekeliruan daripada orang awam berkenaan jenis-jenis gelaran profesor dan cara memanggilnya serta bagaimana seseorang individu tersebut layak mendapatnya. Terdapat banyak cara penggunaan gelaran yang tidak tepat.",
"Berikut adalah beberapa kekeliruan biasa terhadap gelaran ‘Profesor’ yang diperoleh daripada Majlis Profesor Negara.",
"Gelaran Profesor Madya adalah bagi ahli akademik yang telah membuktikan kecemerlangan akademiknya, sesuai dengan peningkatan dalam skim perkhidmatan pensyarah, dalam tugas hakiki seorang pensyarah. Jawatan Profesor Madya ialah tingkat terakhir sebelum dilantik sebagai Profesor.",
"Selalunya, masyarakat akan memanggil kakitangan akademik berjawatan Profesor Madya dengan gelaran profesor. Sedangkan ungkapan yang tepat untuk Profesor Madya adalah “Dr.” jika beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah atau yang setara dengannya.",
"Sekiranya tidak mempunyai ijazah Doktor Falsafah atau yang setara dengannya ungkapan untuk Profesor Madya dan Penolong Profesor adalah Encik/Cik atau Tuan/Puan.",
"Terdapat juga kes yang jawatan Profesor Madya dianggap sebagai lebih tinggi daripada gelaran jawatan Profesor. Hal ini tidak tepat kerana Profesor Madya belum dikira sebagai Profesor.",
"Profesor Kehormat ialah tokoh yang diberi gelaran profesor tetapi tidak bertugas sebagai profesor dan diberi kepada sesiapa sahaja termasuk ahli politik dan warga korporat. Gelaran ini diberi kepada individu tetapi tidak disertai dengan tugas atau kewajipan. Gelaran ini tidak boleh digunakan di hadapan nama penerima.",
"Pemakaian gelaran profesor tidak dibenarkan dalam segala urusan melainkan di universiti yang menganugerahkan gelaran tersebut sahaja.",
"Profesor Pelawat ialah profesor yang diundang mengajar atau memberi ceramah di sesebuah universiti lain untuk satu tempoh masa tertentu. Profesor Pelawat boleh dilantik secara sepenuh masa oleh IPT yang lain.",
"Profesor Pelawat hanya boleh menggunakan gelaran tersebut di institusi yang melantiknya selama tempoh pelantikan berkuat kuasa. Gelaran ini boleh diguna pakai di dalam hal-hal rasmi dan penghormatan di universiti tertentu dengan kebenaran universiti yang melantiknya melainkan beliau merupakan profesor hakiki di universiti asal beliau. ",
"Profesor Adjung dianugerahkan kepada kakitangan bukan akademik yang mempunyai pengalaman luas dalam profesion beliau atau dalam sesuatu industri dan telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan sesuatu bidang ilmu.",
"Gelaran ini tidak boleh digunakan di hadapan nama penerima. Gelaran ini hanya boleh digunakan semasa tempoh pelantikan, semasa menjalankan aktiviti yang merupakan sebahagian daripada sumbangannya terhadap universiti dan juga hal-hal rasmi serta penghormatan di universiti tertentu dengan kebenaran universiti yang melantiknya."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/09/3-ciptaan-islam-kuno-yang-melangkaui-zaman/ | 3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman! | [
"Ilmuwan Islam dulu ada mesin masa ke untuk hasilkan teknologi – teknologi ni??"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/09/abang-ini-tegur-pelajar-cemerlang-yang-berkeras-hendak-belajar-luar-negara/ | Abang Ini Tegur Pelajar Cemerlang yang Berkeras Hendak Belajar Luar Negara | [
"Pengguna Facebook Thirunavukkarasu Karasu yang juga merupakan pemilik PhD Kejuruteraan Sivil dari Universiti Sains Malaysia menegur pelajar – pelajar straight A yang berkeras mengatakan hanya Universiti Luar Negara yang layak buat mereka. Post abang ini buat kita berfikir.",
"“Perlukah pelajar straight A hanya dihantar ke Universiti Luar Negara?”",
"Sekali lagi. Ini waktunya ketika mana pelajar dengan keputusan deretan A tak dapat penuhi impian mereka belajar di luar negara. Mereka kemudian mengadakan panggilan media untuk membuat aduan, dengan menyalahkan kerajaan, orang Melayu, sistem kuota, bahasa kebangsaan, cuaca dan selanjutnya. Pada mereka, salah orang lain bahawa mereka tak dapat pelajari perubatan di Royal College of Surgeons, Ireland, Undang – undang di Harvard atau aeronautik di NASA.",
"Mereka memikirkan kepandaian akademik mereka hanya sesuai untuk Ivy League, universiti – universiti di negara Orang Putih. Dan hanya untuk US atau UK atau Australia. Jika tidak, ia adalah tragedi. Mereka kata universiti tempatan ‘bertaraf rendah’ dan memanggilnya ‘universiti Melayu’ dengan reputasi akademik yang rendah.”",
"Tapi yang melucukan, mereka masih mengadu jika mereka dihantar ke negara bukan orang putih. Katakan mereka dihantar pelajari matematik di institut bertaraf dunia IIT di Bangalore (yang diambil pekerja oleh Apple, Google dan Facebook) atau pengurusan bisnes di Universiti Hong Kong (Universiti terbaik Asia sekarang) atau sastera di Universitas Gajah Mada (universiti sastera Melayu no 1 dunia). Tawarkan mereka tempat – tempat ini dan mereka akan menangis seolah mereka dihantar ke Institut Tutorial Cerdik di Cheras!",
"Saya ketawa melihat mereka yang menangisi nasib mereka ini memikirkan bahawa jika mereka berada di luar Malaysia, mereka terus akan menjadi bahan untuk anugerah Nobel. “Brain Drain” adalah mantera hikmat. Kemudian parti politik akan memainkan kad perkauman dan mula menyalahkan orang Melayu sekali lagi!",
"Sebenarnya, ia adalah kesombongan jika anda tanya saya. Saya berterusan memberitahu mereka gred bukanlah satu – satunya kriteria kerana kebanyakan daripada pelajar CGPA 4.0 ini lemah dalam bidang lain. Betulkan jika saya salah, tapi berikut adalah profil kebiasaan kebanyakan pelajar straight A ketika temu bual:",
"Saya tahu saya kedengaran berulang – ulang tapi saya perlu lakukannya. Saya belajar di tiga Universiti tempatan untuk B.Sc (Hons), M.Sc dan Ph.D. Saya tak pernah ke luar negara. Malah kali pertama saya menaiki kapal terbang adalah ketika USM menghantar saya ke Ireland untuk kejohanan debat dunia pada tahun 1996. Di sana, ‘universiti Melayu taraf rendah’ ini berjaya mengalahkan pasukan Oxford dan Cambridge.",
"Di samping aktiviti ko – kurikulum, ‘universiti Melayu taraf rendah’ juga berjaya mengalahkan beberapa universiti top luar negara dalam pelbagai konferens saintifik dan simposium – simposium. Saya tahu kerana saya menangi Anugerah Kajian Terbaik untuk beberapa ciptaan saintifik. Hari ini saya dipanggil sebagai jurucakap dengan pelbagai konferens keselamatan penerbangan dan konferens teknikal yang dianjurkan oleh ICAO, IATA, Boeing Corp dan Airbus Industrie SAS. Dan saya tak pernah jumpa lagi pelajar Malaysia Ivy League lakukan itu (saya tak katakan universiti luar negara buruk)",
"Mesej saya mudah, berikan peluang kepada universiti awam kita. Jangan cepat menilai sesuatu. Ambil nasihat ini daripada jurutera ‘universiti Melayu taraf rendah’ yang sekarang dapat bekerja di luar negara, peroleh gaji yang baik, dan masih menyumbang kepada negara."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/10/3-kisah-sedih-matematik/ | 3 Kisah Sedih Matematik | [
"Siapa kata matematik tak ada drama?"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/12/3-ciptaan-islam-kuno-yang-melangkaui-zaman-2/ | 3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman | [
"Zaman keemasan Islam memang mengagumkan!",
"Dengan keluasan dari China hingga ke Sepanyol, empayar Islam adalah yang terbesar dalam sejarah.",
"Zaman keemasan Islam menghasilkan banyak pencapaian mengagumkan dari segi saintifik dan teknologi bersumber daripada kehebatan disiplin ilmu mereka. Namun ada sesetengah teknologi yang dihasilkan betul – betul meletupkan minda! Seolah – olah ia dicipta pada masa depan.",
"Ada banyak contoh, tapi untuk artikel kali ini, jom kita berkenalan dengan 3 teknologi Islam kuno yang melangkaui zaman.",
"Pedang Damsyik adalah ciptaan yang menghairankan saintis sampai sekarang.",
"Keluli pedang Damsyik yang digunakan oleh Muslim pada waktu perang salib memiliki keistimewaan yang tiada pada besi keluaran Eropah.",
"Keluli tersebut punyai corak jalur beralun yang dikenal sebagai damask, sifat mekanikal yang luar biasa, dan ketajaman yang sangat menakjubkan. Menurut lagenda, pedang damsyik mampu memotong kain sutera di udara! Terdapat juga laporan yang mengatakan pedang Muslim mampu memotong baju besi tentera salib dengan mudah.",
"Rahsia tempaan besi pedang Damsyik hilang pada akhir abad ke 18, dan penempa besi Eropah tak mampu meniru proses untuk menghasilkannya.",
"Kajian sains moden kemudian menemui penemuan yang mengagumkan apabila mereka meneliti sampel pedang Damsyik asli yang dihasilkan oleh penempa ulung Islam bernama Asadulllah pada abad ke 17.",
"Transmisi mikroskopi elektron beresolusi tinggi menemui tiub nano karbon dan wayar nano cementite pada pedang tersebut.",
"Susunan atom karbon berbentuk silinder pada pedang itu jelas menyamai penemuan tiub nano karbon yang ditemui pada tahun 1991, 3 abad setelahnya.",
"Penemuan ini memberi klu bagaimana keluli berkandungan karbon ultra tinggi boleh dicipta oleh penempa besi zaman dulu, dan bagaimana mereka boleh atasi masalah kerapuhan.",
"Berkemungkinan tinggi, Asadullah tidak lah tahu tentang ilmu nanoteknologi, tapi ilmu empirika yang diperoleh zaman – berzaman akhirnya mendatangkan teknologi ulung ini.",
"Astrolabe, yang bermaksud pemegang bintang adalah alatan astronomi yang utama dan penting hinggalah ke zaman moden.",
"Reka bentuk astrolab disempurnakan di dunia Islam pada abad ke 10. Menurut ahli astronomi terkenal al – Sufi, astrolab mempunyai ribuan kegunaan.",
"Ia antara lain digunakan untuk melihat matahari dan bintang, mengukur tinggi bangunan, mengira masa, dan mengkaji horoskop.",
"Ciptaan ini bagaimanapun sangat istimewa dalam dunia Islam, kerana ia membantu ibadat.",
"Ia digunakan untuk mencari arah kiblat berpandukan tarikh dan kedudukan altitud dan azimut matahari, ia mempunyai gazzeteer iaitu senarai nama tempat dan arah dari Mekah, juga ia membantu menentukan waktu solat.",
"Integrasi ilmu saintifik dengan agama ini sangat mengagumkan hingga David King, seorang ahli sejarah mengatakan ‘Dalam Islam saja, dan tidak agama lain, ibadatnya dibantu prosedur saintifik’.",
"Astrolab diperkenalkan di Eropah pada abad ke 12 dan digunakan ratusan tahun sebelum diganti dengan alatan lebih canggih pada abad ke 17.",
"al Jazari atau nama sebenarnya Badiuzzaman abu al Izz Ismail dikenal sebagai bapa robotik. Berabad lamanya sebelum ciptaan robot moden dan komputer, al Jazari telah membina automasi pertama dan merupakan orang terawal yang memperkenal pemprograman.",
"Malah Da Vinci juga diinspirasikan oleh al Jazari.",
"Ciptaan beliau yang paling ulung adalah jam gajah gergasi yang merupakan gabungan segala reka bentuk jam air beliau sebelum ini. Jam tersebut menggabungkan elemen budaya yang pelbagai: elemen gajah menggambarkan India, naga melambangkan China, burung phoenix merupakan representasi Mesir kuno, dan orang beserban melambangkan budaya Muslim.",
"Jam gajah ini memiliki mekanisme yang akan aktif setiap setengah jam. Ia menggunakan mekanisme tangki air di dalam badan gajah, iaitu sebuah mangkuk yang terapung. Mangkuk itu miliki lubang kecil yang akan menentukan kelajuan jatuhannya. Apabila mangkuk itu tenggelam sepenuhnya, ia mengaktifkan proses yang lebih dramatik.",
"Di bahagian kubah atas, sebiji bola akan dijatuhkan, ia kemudian menghentak kipas yang memusingkan burung phoenix. Bola itu kemudian jatuh dari paruh helang ke mulut naga. Berat bola itu memusingkan naga tersebut yang menarik mangkuk kembali ke kedudukan asal.",
"Penunggang gajah kemudian akan bergendang, menandakan setengah jam telah berlalu. Proses ini berulang hinggalah 24 jam telah berlalu.",
"Tuntasnya, peradaban Islam memiliki ciptaan – ciptaan hebat yang sewajarnya dihebahkan dan diberitahu kepada semua orang, terutama sekali Muslim sekarang yang semakin hilang identiti dan jati diri, supaya mereka bersemangat mengembalikan kegemilangan mereka terdahulu."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/13/satelit-uitm-berjaya-dilancar-di-orbit/ | Satelit UiTM berjaya dilancar di orbit | [
"SHAH ALAM: Nano-satelit pertama Universiti Teknologi MARA (UiTM), UiTMSAT-1 dilancarkan ke orbit dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) tepat jam 5.45 petang (waktu tempatan) hari ini.",
"Siaran secara langsung yang dipancarkan dari Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) jam 6.45 petang (waktu Jepun) itu turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Dr Siti Hamisah Tapsir dan Timbalan Naib Canselor Akademik UiTM, Prof Dr Mohd Kamal Harun.",
"“Ini pencapaian kali pertama dan sejarah bagi kita di Malaysia. Tahniah kepada UiTM yang akan menjadi pemangkin membantu kita dalam bidang angkasa dan merancakkan penyelidikan sedia ada.",
"“Penyelidikan seumpama ini tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata dan ia memerlukan bantuan serta sokongan daripada industri pendidikan,” katanya.",
"Beliau berkata demikian selepas Majlis Siaran Langsung Pelepasan Satelit Nano UiTMSAT-1 ke Orbit yang dipancarkan dari JAXA di Dataran Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah UiTM di sini, petang tadi.",
"Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said; Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM, Prof Dr Mohd Nasir Talib dan Pengarah Pusat Komunikasi Satelit UiTM, Prof Dr Mohamad Huzaimy Jusoh.",
"Nano-satelit kelahiran UiTM itu hasil kerjasama BIRDS-2 (Joint Global Multi-Nation) dengan Bhutan dan Filipina yang diterajui Kyushu Institute of Technology (KyuTech), Jepun.",
"Dua penuntut pasca siswazah UiTM mewakili Malaysia antara pelajar yang bertanggungjawab dalam merealisasikan pembinaan dan pelancaran tiga nano-satelit BIRDS 2: UITMSAT-1, manakala pelajar dari Bhutan dan Filipina masing-masing menghasilkan BHUTAN-1 dan MAYA-1.",
"Kedua-dua mereka dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik itu adalah Syazana Basyirah Mohammad Zaki dan Muhammad Hasif Azami.",
"Pada 29 Jun lalu, UiTMSAT-1 dilancarkan di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat menerusi roket SpaceX Falcon 9, pada jam 5.46 petang waktu tempatan (5.46 pagi waktu Amerika Syarikat).",
"Sementara itu, Muhammad Hasif yang turut menghadiri majlis itu merakamkan penghargaan kepada UiTM atas peluang yang diberikan untuk membina satelit berkenaan.",
"“Data yang diperoleh daripada satelit itu akan disalurkan ke Pusat Satelit Komunikasi UiTM untuk tujuan penyelidikan.",
"“Satelit ini mempunyai enam misi antaranya pengambilan imej, menguji korelasi lokasi satelit, ujian cip Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), mengukur medan magnetik di angkasa untuk data pemetaan geomagnetik di rantau Asia Tenggara serta komunikasi radio.",
"“Selepas setengah jam satelit berada di ruang angkasa, kita sudah boleh mengumpul data yang diperlukan selaras dengan misi satelit itu,” katanya.",
"Sumber: Berita Harian"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/14/3-peribahasa-biasa-yang-tak-sangka-mendalam-maksudnya-2/ | 3 Peribahasa Biasa yang Tak Sangka, Mendalam Maksudnya | [
"Kita mungkin sudah lama tak menggunakan peribahasa. Kali terakhir boleh jadi sewaktu nak dapat markah lebih dalam karangan BM. Sekarang masyarakat kita amat jarang menggunakan peribahasa.",
"Lain ceritanya dengan nenek moyang kita dulu yang menggunakan peribahasa untuk mengungkapkan pemikiran dan akal budi mereka semasa berkomunikasi.",
"Malah peribahasa, menurut Za’ba, membawa makna yang luas hasil daripada ketajaman fikiran masyarakan Melayu, termasuklah pada peribahasa yang kita anggap biasa – biasa.",
"Dalam artikel ini, AJAR senaraikan 3 peribahasa yang kita anggap biasa – biasa tapi tak sangka, mendalam maksudnya!",
"versi video",
"Maksud peribahasa asam garam kehidupan adalah pengalaman hidup yang pelbagai, pahit manis suka dan duka. Tapi apa kena mengena frasa asam garam, dengan pengalaman hidup?",
"Kalau kita biasa memasak, kita mungkin boleh dapat klu.",
"Asam denga garam adalah bahan resipi memasak yang sangat biasa digunakan oleh masyarakat Melayu. Asam digunakan dalam banyak masakan, dan garam pula digunakan dalam banyak petua tradisi.",
"Asam rasa masam, dan garam rasa masin. Namun walaupun berbeza rasa keduanya, apabila dicampur, makanan akan rasa sedap.",
"Jadi masuk akal lah kot peribahasa ini dengan maksud dia, asam – garam, dicampur, dibuat masakan, sama dengan maksud pengalaman hidup. Itu saja lah, kan?",
"Tapi kajian yang lebih mendalam contohnya dari jurnal UKM ini menunjukkan peribahasa ini ternyata jauh lebih mendalam.",
"Maka apabila digabungkan semua faktor ini jadilah satu sinergi maksud. Iaitu keserasian dua alam yang berbeza, didorong oleh pengalaman dari jarak atas ke bawah, dan satu elemen menjadi pelengkap kepada elemen yang lain.",
"Jadi datanglah maksud pengalaman hidup yang pelbagai, pahit manis, suka dan duka. Daripada gabungan dua bahan masakan.",
"Ini juga antara bahasa yang paling banyak digunakan dalam karangan.",
"Oh, nota sampingan, bukan rasmi padi ye, tapi resmi padi.",
"Padi dengan lalang amat sering digandingkan dalam peribahasa, ia gandingan yang paling banyak selepas asam dengan garam.Kenapa orang Melayu suka bandingkan dua tumbuhan ini?",
"Sebabnya walaupun memiliki anatomi dan ciri fizikal yang sama, kedua – duanya berbeza pada fungsi dan kegunaan.",
"Lalang adalah sejenis tanaman perennial yang miliki bunga yang cantik, dan sentiasa tegak mendongak megah. Tapi, lalang tak membawa apa – apa faedah.",
"Padi pula apabila buahnya masak, akan jadi berat dan membongkok seolah – olah menunduk. Padi apabila dituai, boleh dibuat nasi yang bermanfaat.",
"Masyarakat Melayu dulu yang merupakan pesawah memerhatikan proses fisiologi kedua – dua tumbuhan ini, belajar dari alam dan mengkodifikasikan mesej alam dalam peribahasa.",
"Maka lahirlah peribahasa ikut resmi padi, jangan ikut resmi lalang yang bermaksud jangan sombong dan bermegah, sentiasa tunduk merendah diri walaupun kaya, berpangkat besar dan berilmu.",
"Tapi tidak berhenti di situ, ada satu lagi maklumat penting tentang tunduknya padi.",
"Kalau pokok padi itu rebah ke tanah, padi akan rosak dan menyebabkan kerugian yang besar. Jadi kena ingat, merendah diri bukanlah bererti sampai dipijak orang.",
"Err….kenapa pulak?",
"Jelas daripada peribahasa ini, masyarakat Melayu membandingkan dua darjat – antara sifat cempedak dan nangka. Nangka dianggap lebih baik daripada cempedak.",
"Tapi kenapa? Betul ke nangka lagi bagus?",
"Untuk menjawab persoalan ini, kita kena meneroka dan menelurusi akal budi dan falsafah orang Melayu.",
"Walaupun secara biologinya kedua – dua buah ini hampir sama pada luarannya, namun anatominya sungguh berbeza.",
"Jadi oleh sebab banyaknya kegunaan nangka, tak hairanlah masyarakat Melayu memlih nangka berbanding cempedak.",
"Peribahasa dihasilkan daripada hati budi dan akal orang Melayu berpandukan pengalaman empirika mereka. Jika dikaji dengan lebih mendalam, akan terbongkar banyak khazanah kekayaan tradisi pemikiran bangsa."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/15/kenapa-orang-afrika-tolak-ciptaan-basikal-mesin-basuh-ini/ | Kenapa Orang Afrika Tolak Ciptaan Basikal Mesin Basuh Ini? | [
"Sekumpulan pelajar kejuruteraan dari Universiti di England menyertai program ‘Engineers Without Borders’, di mana mereka dibawa ke ceruk – ceruk pedalaman negara – negara miskin dan membangun seperti negara – negara benua Afrika.",
"Misi mereka, untuk perhatikan masalah – masalah penduduk setempat, kemudian datangkan idea kejuruteraan untuk selesaikan masalah mereka. Projek yang berjaya akan dapat penghargaan universiti, dan CV yang cantik…",
"Sesampai di Afrika, mereka pun mencari – cari apa projek yang mereka boleh lakukan. Ada yang pilih projek membuat perangkap tikus, ada yang buat alat menghalau nyamuk. Namun sebuah kumpulan tertarik dengan satu aktiviti penduduk kampung Afrika itu.",
"Disebabkan tiada elektrik, dan tiada mesin basuh serta saluran air, mak cik – mak cik kampung tersebut akan membasuh baju beramai – ramai di sungai. Mereka akan membawa baju kotor mereka dalam satu bakul, kemudian berjalan ke sungai, menyental pakaian – pakaian tersebut dengan tangan, kemudian berjalan balik ke rumah.",
"Maka pelajar kejuruteraan mat saleh itu pun jumpa satu pernyataan masalah. Penduduk kampung hadapi masalah dengan proses membasuh baju!",
"Mereka pun buat kiraan. Perjalanan ke sungai boleh ambil masa hampir 10 minit, membasuh baju 30 – 50 minit, kemudian perjalanan balik lagi 10 minit. Jadi untuk basuh baju saja akan habis hampir 1 jam. Tak efisien! Itu belum lagi dikira masalah kepenatan menyental baju dengan tangan.",
"Jadi mereka pun berbincang untuk selesaikan masalah ini. Idea mereka, cipta mesin basuh yang tak perlu elektrik.",
"Akhirnya, mereka temui satu design yang bernas. Mereka gabungkan mekanisme putaran mesin basuh dengan basikal. Bermakna, mak cik – mak cik tersebut cuma perlu masukkan baju ke dalam tong, masukkan air (daripada tong air simpanan) dan sedikit sabun, dan kayuh selama ~20 minit untuk cuci baju mereka. Dapat jimat hampir 40 minit!",
"Tanpa buang masa mereka bina beberapa unit basikal mesin basuh itu. Kemudian mereka berikan kepada beberapa orang mak cik yang duduk jauh dari sungai. Ternyata mereka kagum dengan ciptaan tersebut. Sudahlah cepat, tak perlu bergerak ke sungai, ia juga kurang penat berbanding menyental dengan tangan!",
"https://www.youtube.com/watch?v=Fktpd1ymE8A",
"Maka pelajar mat saleh tersebut pun bangga dengan ciptaan mereka. Mereka pulang ke England berpuas hati dengan projek mereka. Dah pasti ciptaan mereka paling berguna berbanding kumpulan lain.",
"Beberapa bulan kemudian, mereka datang semula ke perkampungan tersebut untuk meninjau ciptaan mereka. Alangkah terkejut mereka, apabila mereka dapati basikal mesin basuh mereka berhabuk dan berkarat. Ternyata mak cik – mak cik kampung tak menggunakannya.",
"Lalu mereka pun bertanya apakah sebabnya.",
"Makcik itu pun jawab: “Ciptaan kau orang ni memang bagus. Tapi mak cik jadi bosan kayuh sorang – sorang. Sebenarnya kami memang suka aktiviti basuh baju ramai – ramai dekat sungai ni. Kami tunggu setiap hari. Sebab waktu tu lah kami nak buka cerita pasal jiran – jiran dengan geng membasuh kami. Kadang – kadang kami sengaja basuh perlahan – lahan sebab nak borak panjang – panjang”",
"Maka tersedarlah pelajar kejuruteraan tersebut tentang masalah projek mereka sebenarnya. Mereka tak tanya dulu pandangan penerima ciptaan mereka itu. Mereka cuma kira dari segi cost – effectiveness dan keefisienan, mereka tak ambil kira faktor sosial.",
"Jurutera bukan hanya bermain dengan nombor."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/17/sci-hub-robin-hood-dunia-sains/ | Sci – Hub , Robin Hood Dunia Sains? | [
"Dunia kajian sains kini sedang mengalami krisis. Krisisnya bukanlah kerana kurangnya kajian – kajian bermanfaat berimpak tinggi – malah sebenarnya semakin banyak eksperimen bercita – cita besar yang mampu menaikkan taraf hidup manusia.",
"Masalah besar yang melanda adalah apabila dapatan kepada kajian – kajian dan ilmu sains dikomersialkan. Dijadikan bisnes.",
"Elsevier adalah antara watak utama di belakang skandal ini. Mungkin sekiranya dibuat filem Hollywood, Elsevier akan digambarkan sebagai syarikat jahat yang ingin memanipulasi dunia. Elsevier adalah syarikat penerbit gergasi yang memegang pangkalan data maklumat saintifik, yang membuat keuntungan melebihi 6 billion dollar setahun.",
"Cara syarikat penerbitan ini membuat keuntungan sebenarnya agak pelik dan kontroversi. Kajian dan penerbitan saintifik sebenarnya bukanlah bercirikan keuntungan. Namun, jika seseorang pengkaji ingin menerbitkan manuskrip, beliau akan diberikan dua pilihan:",
"Adakah pilihan – pilihan ini berat sebelah kepada penerbit? Ya, memang pun. Hanya pihak penerbit yang menang. Malah, margin keuntungan Elsevier pada tahun 2010 adalah 36%, lebih tinggi daripada Apple, Google atau Amazon pada tahun tu. Sedangkan yang ‘dijual’ adalah kajian saintifik ahli akademik lain seluruh dunia, bukan produk semacam telefon pintar.",
"Mungkin situasi ini memang normal dan diterima oleh para pengkaji? Jawapannya tidak. Ramai ahli akademik yang memboikot dan memprotes Elsevier kerana:",
"Namun, kebimbangan lain yang lebih utama adalah kerana kini terdapat dinding berbayar untuk penyebaran ilmu, oleh pihak yang tidak lain hanya mahu memburu keuntungan. Dengan hampir 65% artikel yang dikurung di belakang dinding berbayar, banyak kajian yang dihasilkan terbazir kerana sudahpun dibuat, membazir geran penyelidikan, membazir apabila salah prosedur dan apabila salah beli produk eksperimen.",
"Maka kemudian timbullah watak baru, bernama Sci – Hub, yang berhasrat mencabar status quo dan dominasi pihak penerbit.",
"Pada 5 September 2011, Alexandra Elbakyan, seorang penyelidik dari Kazakhstan, mencipta Sci – Hub, satu laman web yang memintas dinding berbayar jurnal, dan memberi akses secara ‘haram’ kepada sesiapa saja yang ingin membaca puluhan juta artikel dan jurnal saintifik.",
"Sci – Hub ditubuhkan atas tiga sebab:",
"Maka lebih kurangnya, Sci – Hub adalah Pirate bay untuk jurnal dan artikel saintifik.",
"Bezanya, tujuan ini dianggap murni kerana ia merampas monopoli ilmu saintifik daripada penerbit yang kaya raya dan ‘korup’ kepada seluruh penuntut ilmu. Sedangkan artikel – artikel itu sememangnya percuma! Jika anda emel pengkaji untuk berikan artikel mereka, mereka akan berikan PDF tanpa bayaran!",
"Dan dengan membuka akses ilmu kepada semua, penemuan – penemuan bermanfaat akan dihasilkan dengan lebih cepat, yang sudah pasti akan mempercepat kemajuan manusia.",
"Dah pasti, pihak penerbit sememangnya tidak menyukai Sci – Hub. Sci – Hub telah disaman beberapa kali kerana melanggar dan memalsukan hak cipta. Walaubagaimanapun Elbakyan mengatakan mahu tidak menghiraukan saja keputusan tersebut. Domain Sci – Hub telah cuba untuk ditutup berkali – kali tapi ia masih berkeras dan melawan.",
"Adakah pihak penerbit seperti Elsevier ada justifikasi untuk model bisnes mereka? Benar, ramai orang menyalahkan penerbit dan memberi pandangan yang cukup negatif kepada mereka. Namun, pihak penerbit hakikatnya cukup percaya bahawa dinding berbayar mereka sememangnya wajar.",
"Pihak penerbit, walaupun beragendakan keuntungan, sebenarnya miliki kos yang perlu ditampung. Termasuklah, kos typeset, penyemakan, penyuntingan, pemasaran dan hosting bahan digital serta pengagihan. Mereka juga menampung kos untuk mengekalkan kebolehpercayaan jenama mereka serta kualiti artikel.",
"Namun adakah mereka berhak menghalang medium jurnal percuma dan aspirasi – aspirasinya?",
"Sebenarnya, perbincangan tentang pertembungan laman web ilmu ‘cetak rompak’ dan penerbit pengeksploit ini membuka persoalan yang lebih asas. Boleh ke seseorang menghakciptakan ilmu? Ilmu ini miliki siapa sebenarnya?",
"Dan mungkin bagi pelajar penggemar muat turun jurnal dan artikel daripada sci – hub dan pangkalan data jurnal ‘cetak rompak’ yang lain, adakah ilmu yang diperoleh ini ‘halal’? Adakah berkat ilmu ini?",
"Mungkin kita perlukan ulama yang jujur untuk menjawab persoalan – persoalan ini."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/18/semakin-tinggi-kadar-persamaan-jantina-semakin-kurang-perempuan-mengambil-stem/ | Semakin Tinggi Kadar Persamaan Jantina, Semakin Kurang Perempuan Mengambil STEM | [
"Anda mungkin fikir negara yang mendesak persamaan jantina sepatutnya miliki lebih banyak bilangan wanita yang bergraduasi dalam ijazah sarjana sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Namun kajian terbaru mendapati sebaliknya.",
"Kajian daripada Universiti Missouri menemui bahawa wanita di negara membangun, yang sering dikaitkan dengan kadar persamaan jantina rendah, yang lebih tertarik dengan STEM berbanding negara maju.",
"Walaupun wanita sama atau lebih cemerlang keputusan mereka dalam sains dan matematik di kebanyakan negara, nampaknya semakin tinggi kadar persamaan jantina, semakin kurang wanita yang bergraduasi daripada bidang STEM. Korelasi negatif ini dipanggil ‘Paradoks Persamaan Jantina‘.",
"Negara – negara seperti Turki, UAE, Tunisia, Algeria, Indonesia yang diberikan markah rendah dalam Indeks Jurang Jantina Global ternyata memiliki paling banyak peratusan wanita graduan STEM. Manakala negara – negara yang dibanggakan sebagai peneraju persamaan jantina paling corot.",
"Beberapa penjelasan cuba dibuat, seperti mengatakan kelebihan wanita sebenarnya terletak pada kebolehan membaca, bahasa dan seni berbanding matematik dan sains. Maka wanita yang diberi lebih banyak kuasa untuk membuat pilihan sudah pasti akan memilih bidang yang mereka lebih sukai.",
"Bagaimanapun dapatan ini dilihat bercanggah dengan aspirasi gerakan emansipasi wanita dan feminisme yang mahu menambah bilangan wanita dalam STEM, kerana ia dilihat bidang yang dimonopoli lelaki dan mereka mempercayai bahawa minat dan kebolehan wanita sama saja dengan lelaki."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/19/terengganu-paling-ramai-genius/ | Terengganu Paling Ramai Genius | [
"Negeri mana yang paling ramai orang pandai – pandai? Menurut Pusat Permata PERMATA Pintar negara, jawapannya adalah Terengganu.",
"Penentuan murid pintar dan memiliki daya intelektual tinggi dipastikan melalui ujian UKM1 yang merupakan ujian saringan atas talian untuk murid berusia 8 hingga 15 tahun.",
"Bagi tahun 2017, seramai 55,035 pelajar menduduki ujian penentu indeks genius peringkat satu tersebut. Daripada jumlah itu pula, seramai 1,128 orang atau 12 peratus pula berjaya ke ujian peringkat kedua yang dikenali sebagai Ujian UKM 2",
"Menurut Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, pihaknya mengumpul data pelajar berkenaan termasuk struktur demografi dan latar belakang keluarga mereka bagi menjalankan satu kajian khusus.",
"“Berdasarkan rekod yang kami terima jelas menunjukkan pelajar negeri itu paling ramai mengambil ujian UKM dan berjaya melepasi setiap peringkat” katanya.",
"“Sudah beberapa tahun negeri itu mendominasi statistik pelajar genius paling ramai dan ia konsisten bagi tiga tahun kebelakangan ini termasuk pengambilan pada tahun ini.",
"“Rata-rata pakar dan pensyarah membuat andaian, amalan pemakanan mereka yang memakan ikan segar dikatakan faktor utama selain daripada genetik dan persekitaran,” katanya.",
"Namun, menurut keputusan SPM 2017, tempat pertama diduduki oleh Wilayah Persekutuan, manakala terengganu peroleh tempat ke tujuh."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/20/abang-ini-harta-karun-meme-matematik/ | Abang Ini Harta Karun Meme Matematik | [
"Meme sememangnya merupakan makanan ruji bagi pengguna internet. Ia wujud dalam pelbagai bentuk, dan disebar luas dalam hampir semua platform alam maya. Meme yang popular termasuklah seperti success kid, pepe the frog, Be like Bill, yang kemudian menjadi Jadilah Seperti Rashid, doge dan banyak lagi.",
"Warga Malaysia juga tidak ketinggalan menghasilkan meme sendiri, seperti meme Fahrin Ahmad ini.",
"Di samping bertujuan sebagai bahan ketawa dan komedi, meme juga kadang kala digunakan dalam pendidikan. Namun meme jenis ini amat jarang ditemui dan kebiasaannya memerlukan pengetahuan mendalam terhadap sesuatu topik sebelum boleh dipersembahkan dalam bentuk meme. Itupun belum tentu semua faham.",
"Namun sebenarnya kita memiliki seorang pensyarah yang memiliki kemahiran istimewa menghasilkan meme matematik yang bukan saja kelakar, tapi bermakna dan tular.",
"Amirul Faiz yang merupakan pensyarah matematik di INTEC ini pernah tular apabila meme matematik beliau yang bertajuk “Learning Moo-thematics with graphic Cow-culator” dikongsi 60 ribu kali di Facebook. Meme yang mengaitkan bentuk graf persamaan matematik itu dengan tanduk lembu juga tular di reddit dan 9gag.",
"Beliau kemudian menghasilkan lebih banyak lagi meme matematik di halaman Facebook beliau.",
"Ketika ditanya, beliau mengatakan tujuan penghasilkan meme matematik ini adalah untuk pendidikan.",
"“Sebagai pensyarah sebelum ini, saya dapati pelajar sekarang lebih cenderung dengan teknik pembelajaran secara visual. Kalau dulu pembelajaran tertumpu pada guru/ pensyarah, kini pendekatan secara ‘student centered’ lebih sesuai dengan adanya teknologi.",
"Maka saya mula dengan meme2 sebegini sebagai pendekatan visual dan secara langsung menarik minat pelajar utk belajar matematik” katanya.",
"Penerangan konsep matematik dengan cara mudah dan berjenaka ini selari dengan kata – kata Einstein, “Jika anda tak mampu menerangkan sesuatu dengan mudah, anda belum cukup memahaminya”",
"Berikut adalah kompilasi meme matematik Amirul Faiz, selamat menikmati! (Kalau tak faham jangan tanya penulis, tanya pensyarah korang ni)"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/20/mampukah-beg-terapung-tular-ini-selesaikan-masalah-berat-beg-sekolah/ | Mampukah ‘Beg Terapung’ Tular Ini Selesaikan Masalah Berat Beg Sekolah? | [
"Baru – baru ini tular satu inovasi baru terhadap beg galas. Beg yang dinamakan HoverGlide ini seolah – olah ‘terapung’ apabila dipakai. Pemakai malah boleh berlari tanpa merasai impak jatuhan beg tersebut.",
"Beg tersebut seakan – akan bukan realiti, semacam glitch dunia nyata…",
"View post on imgur.com",
"Ciptaan HoverGlide tersebut menggunakan bingkai pendua dan sistem takal dengan tali bungee elastik untuk menahan bebanan beg daripada bingkai. Apabila pemakai berjalan atau berlari, beg tersebut meluncur secara vertikal pada sistem tersebut. Maka apabila pemakai berjalan, beg tersebut kekal pada kedudukannya.",
"Pergerakan beg yang pelik dan seolah – olah tidak real membuatkan ciptaan ini tular dengan cepat.",
"Sistem ini tidak saja mengurangkan pergerakan vertikal, seraya mengehadkan daya hentakan vertikal ke atas badan, tapi juga menjimatkan tenaga untuk berjalan membawa beg tersebut. Ini bermakna anda boleh membawa beban yang lebih berat sambil bergerak pantas, lantas mengurangkan risiko kecederaan akibat bebanan lebihan pada bahagian belakang, leher dan lutut.",
"Penyelidikan mendapati HoverGlide mampu mengurangkan daya hentakan sebanyak 82%, menakjubkan jika benar!",
"Ciptaan ini berkemungkinan boleh miliki penggunaan yang lebih luas melangkaui penggunaan lasak seperti trekking. Ia miliki potensi untuk akhirnya menyelesaikan masalah berat beg pelajar sekolah yang semakin menggusarkan.",
"Jika dulu solusi kepada masalah berat beg adalah dengan memasang roda, yang mudah rosak akibat keadaan jalan raya yang tak sekata. Atau memasang almari buku di setiap kelas. Atau merombak keseluruhan jadual dan sistem pembelajaran untuk mengurangkan penggunaan buku. Sekarang mungkin semua itu tidak lagi perlu.",
"Namun, dah pasti, isu utama adalah kos. Hoverglide masih belum dipasarkan, jadi tidak diketahui berapa harganya. Tapi boleh jadi beratus dollar.",
"Begitu juga, sejarah buruk ciptaan – ciptaan kickstarter yang tular sedikit mendatangkan perasaan skeptikal. Dahulu, tular sakan ciptaan seperti ‘lebuh raya solar‘ yang hakikatnya sangat tidak munasabah. Terdapat juga ciptaan tular seperti Juicero yang mendapat dana – dana daripada syarikat – syarikat gergasi namun kemudian dianggap sebagai ciptaan paling teruk dalam sejarah.",
"Jadi, kita lihat dulu perkembangan ciptaan yang menarik ini."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/21/penamat-doraemon-ini-adalah-penyelesaian-genius-masalah-pengembaraan-masa/ | Penamat Doraemon Ini adalah Penyelesaian Genius Masalah Pengembaraan Masa | [
"Jika anda membesar dengan menonton Doraemon, pasti anda pernah tertanya dua soalan ini:",
"Untuk sesiapa yang tidak tahu, (mungkin anda menyorok dalam gua 30 tahun lepas), Doraemon adalah robot yang datang dari masa depan, iaitu pada tahun 2112. Itu kurang 100 tahun dari sekarang.",
"Pada masa itu, kemajuan teknologi sangat dahsyat. Manusia dapat cipta mesin masa, mesin teleportasi, mesin pengecil, robot serba guna, dapat manipulasi ruang – masa, kembara angkasa lepas, mesin terbang pasang atas kepala….",
"Pendek kata, lebih kurang mustahil untuk kita capai tahap teknologi demikian melihatkan perkembangan manusia sekarang ini. Itupun kalau tak terjadi perang dunia ketiga yang hancurkan semua teknologi dan kembalikan kita ke zaman batu.",
"Memandangkan latar Doraemon itu sendiri adalah berlatarkan dunia kita yang sebenar, maka penciptaan Doraemon itu sendiri nampaknya mustahil boleh dihasilkan dalam dunia fiksyen tersebut. Sampailah penamat kepada cerita Doraemon muncul dan menyelesaikan masalah tersebut dengan sangat bijak.",
"Jemput tonton penamat Doraemon ini, bawa tisu sekali.",
"https://www.youtube.com/watch?v=E0fSC7EmBVY",
"Terdapat juga versi komik berbahasa Indonesia.",
"Bateri milik Doraemon mati. Nobita cuba untuk membaiki Doraemon di masa depan, tapi segala akses mesin masa dihalang oleh polis masa, atas sebab tertentu.",
"Nobita kemudian diberi dua pilihan, tukar bateri milik Doraemon yang sedang kaku itu lantas memadam keseluruhan memorinya, atau tunggu jurutera yang mampu untuk membaiki Doraemon.",
"Dah pasti Nobita tak mampu untuk memilih pilihan pertama. Namun mana mungkin ada jurutera pada zaman itu yang mampu membaiki robot 100 tahun akan datang?",
"Maka Nobita berikrar untuk bekerja keras dan belajar super rajin. Dia jadi pelajar terbaik sekolah, dan tidak melakukan apa – apa kecuali menerobos ilmu untuk membaiki Doraemon.",
"Nobita kemudian menjadi seorang Profesor ulung robotik dunia dan akhirnya Doraemon dapat dipulihkan.",
"Penamat ini dianggap sebagai penamat terbaik Doraemon kerana bukan saja ia penamat gembira, namun ia mengeksploitasi tema utama Doraemon iaitu ‘paradoks masa’ untuk menjelaskan persoalan besar siri tersebut.",
"Pertama, ia menjawab persoalan siapa pencipta Doraemon. Tidak lain, pencipta Doraemon adalah Nobita sendiri. Nobita satu – satunya manusia dalam dunia yang mampu untuk membaiki, menjurutera, dan mencipta robot masa depan Doraemon kerana dia satu – satunya orang yang memiliki akses kepada robot masa depan tersebut.",
"Selama dia hidup dengan Doraemon, dia melihat dan merasai sendiri teknologi masa depan. Maka jika ada orang yang mampu untuk ‘reverse engineer’ teknologi masa depan, Nobitalah orangnya.",
"Dan pada akhirnya kita memang dapat lihat ciptaan Doraemon generasi pertama, siap dengan telinga, dengan dikekalkan memori asal kawan lamanya itu. ",
"Kedua, penamat ini menjawab persoalan ledakan teknologi abad ke 22, iaitu abad Doraemon, yang dianggap mustahil dicapai. Dan persoalan ini diterokai menerusi watak Dekisugi",
"Dekisugi menimbulkan persoalan, bagaimana mungkin era Doraemon boleh datang jika perkembangan manusia begitu perlahan? Rupa – rupanya jawapannya adalah pada rakan lamanya yang telah lama menghilang.",
"Profesor Nobita, menerusi kajian panjangnya terhadap teknologi robot masa depan, Doraemon yang dia miliki, akan membuat ledakan revolusi teknologi besar – besaran. Dialah pencetus teknologi abad ke 22.",
"“Eh jap. Tapi kalau Nobita cipta Doraemon, dan dia boleh buat macam tu sebab dia ada Doraemon yang datang pada dia dari masa depan, dari mana pula datang Doraemon tu??”",
"Yup. Inilah paradoks masa yang dikatakan oleh Dekisugi. Dari mana titik mulanya?",
"Sebenarnya paradoks masa sememangnya akan jadi masalah kepada mana – mana pun cerita, filem dan fiksyen yang melibatkan pengembaraan masa. Namun, dalam penamat Doraemon ini, layanan terhadap paradoks masa ini bijak.",
"Untuk tahu lebih tentang paradoks, terutama paradoks masa, boleh tonton video AJAR berikut:",
"Paradoks masa itu tak dapat dijelaskan. Ia satu poin dalam spektrum masa dunia fiksyen Doraemon yang berlaku, dan mesti dipastikan berlaku.",
"Nobita menjadi Profesor Robotik untuk membaiki Doraemon adalah satu titik masa yang mesti berlaku. Jika tidak, tidak berlakulah teknologi abad ke 22. Titik paradoks ini sangat penting sampai polis masa mengawal ketat mesin masa supaya tiada yang akan mengganggu poin ini.",
"Itulah juga sebabnya tiada siapa tahu pencipta Doraemon. Ia maklumat yang dikawal rapi supaya titik paradoks masa ini tidak dipecahkan.",
"Maka, sebenarnya Nobita menerima Doraemon adalah dengan destiny atau takdir bahawa dialah yang akan menciptanya pada masa hadapan.",
"“Isyh, kacau mood betul lah”",
"Sebenarnya pelukis asal Doraemon meninggal dunia sebelum sempat merangka penamat yang rasmi.",
"Jadi penamat – penamat Doraemon adalah fan – made atau direka oleh peminat. Ada beberapa versi, ada versi Nobita sebenarnya kanak – kanak terencat akal OKU dan semuanya adalah khayalannya saja, untuk mengurangkan kesengsaraan yang dia alami. Err, tapi iya lah, siapa yang nak terima penamat macam ni.",
"Penamat oleh Nobuo Sato dalam artikel ini adalah sangat popular dan dianggap sebagai ‘penamat rasmi’ oleh banyak peminat (termasuklah penulis).",
"Namun untuk ‘penamat’ yang lebih rasmi, bolehlah tonton filem ‘Stand by Me Doraemon‘ , yang merupakan filem istimewa yang merangkumkan cerita Doraemon sewaktu pertama kali berjumpa Nobita, hinggalah saat Doraemon terpaksa berpisah.",
"Tapi sediakan tisu jugalah, sebab memang tsunami nostalgia."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/22/bumi-sebagai-hamparan/ | Bumi Sebagai Hamparan? | [
"Macam pernah dengar kan?"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/23/17-animasi-gif-yang-menerangkan-konsep-matematik/ | 17 Animasi GIF yang Menerangkan Konsep Matematik | [
"Matematik boleh jadi topik yang sukar difahami tanpa animasi visual. Kadang – kadang sesuatu konsep sukar itu diajar hanya dengan menggunakan tulisan dan persamaan di papan hitam. Namun apabila dipersembahkan dalam bentuk animasi, ia terus difahami!",
"Berikut adalah 17 animasi GIF yang menerangkan konsep matematik",
"https://giphy.com/gifs/animated-math-nerdgasm-FGN3UskNkgG76",
"Oh ini rupanya apa yang pythagoras cuba beritahu. Giphy",
"Pi adalah watak utama dalam trigonometri. Visualisasi ini menerangkan macam mana pi boleh diperoleh. Pi = nisbah ukur lilit sebuah bulatan kepada diameternya. Imgur",
"Jika satu lengkok bulatan sama panjangnya dengan dengan jejari bulatan tersebut, nilainya adalah satu radian. Imgur",
"Cara selesaikan segi tiga pascal. Wikimedia",
"Cara mudah mendarab binomial. mathcaptain",
"Gunakan kaedah ini supaya tidak terbalik lagi apabila melakukan transposisi matriks.",
"Hasil tambah sudut luaran polygon sentiasa akan bersamaan 360 darjah.",
"Visualisasi sin dan kosin. imgur",
"Kosin adalah hasil pembezaan sin. imgur",
"Sin dan kosin digambarkan menerusi segi tiga. imgur",
"Visualisasi garisan tangen. Imgur",
"Mungkin lebih mudah difahami jika kita lihat dari sudut sisi. Imgur",
"Cara melukis parabola. Imgur",
"Cara melukis lonjong. giphy",
"Hiperbola adalah dua lengkungan yang seakan – akan busur panah infiniti. Giphy",
"Apabila diterjemah menjadi 3D, kita akan peroleh hiperboloid. Percaya tak itu semua garis lurus? Tumblr",
"Apabila diaplikasikan dalam dunia sebenar, kita boleh hasilkan instrumen yang seakan – akan magik ini."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/23/pelajar-ini-dibuang-intern-nasa-setelah-mencarut-kepada-orang-kuat-nasa-di-twitter/ | Pelajar Ini Dibuang Intern NASA, Setelah Mencarut Kepada Orang Kuat NASA di Twitter | [
"Seorang bakal intern NASA telah dibuang sebelum sempat pun bermula setelah dia mencarut kepada seorang bekas jurutera dan ahli persidangan angkasa NASA di twitter.",
"Tweet yang dikeluarkan oleh pengguna Twitter Naomi H tersebut mendapat perhatian yang besar, sehingga kemudian turut menarik respon daripada agensi angkasa NASA.",
"Setelah diminta untuk menjaga bahasanya, Naomi kemudian membalas dengan mencarut mengatakan dia kini bekerja dengan NASA.",
"Malang buat Naomi, carutannya itu ditujukan kepada Homer Hickam, seorang jurutera lagenda di NASA yang bertanggungjawab membina roket angkasa, melatih angkasawan dan terkenal sebagai penulis buku angkasa lepas.",
"Naomi kemudian dipecat serta merta dari internship dan dia kemudian memadam akaun twitter miliknya.",
"Situasi ini bagaimanapun mencetuskan perdebatan di Twitter.",
"Sebelah pihak menyalahkan Naomi kerana bukan saja biadap dengan peluang yang diberikan, dia sebagai bakal intern sepatutnya mengenali Homer Hickam.",
"I can't believe @NASA gave an internship to someone who didn't know who Homer Hickem was.",
"— America Offline ? (@Cheechard) August 21, 2018",
"Sebelah pihak mengatakan dia tidak sepatutnya dirampas peluang sekali seumur hidup ini hanya kerana berlaku liar di media sosial sebagai mana remaja lain.",
"https://twitter.com/JUNIUS_64/status/1031997314905268225",
"Bagaimanapun Homer Hickam kemudian mengatakan bahawa beliau tidak berperanan memecat Naomi daripada Internship. Itu adalah tindakan pihak agensi tersebut.",
"Hickam kemudian mengatakan bahawa remaja itu kemudian meminta maaf kepadanya, dan beliau terima dengan hati terbuka.",
"“Setelah bercakap dengannya dan melihat resume miliknya, saya pasti dia berhak memegang posisi dalam industri aerospace dan saya akan melakukan apa yang saya mampu untuk memastikannya memperoleh semula peluang yang lebih baik daripada yang dihilanginya” Kata en Hickam.",
"Jadi mungkin Naomi akan diberi peluang kedua, tapi ini adalah pengajaran besar buatnya.",
"Hati – hati dengan apa yang anda tuliskan di media sosial."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/23/universiti-cambridge-sedang-berperang-dengan-merpati-dan-nampaknya-mereka-tengah-kalah/ | Universiti Cambridge Sedang ‘Berperang’ dengan Merpati. Dan Nampaknya Mereka Tengah Kalah… | [
"Universiti Cambridge, antara universiti terbaik dunia yang memiliki otak – otak terbijak dalam kalangan manusia sedang menghadapi masalah unik.",
"Mereka ‘diserang’ dengan jatuhan najis burung merpati. Kakitangan, pelawat dan bangunan mereka dijatuhi ‘bom’ najis burung merpati sehingga mereka terpaksa mengambil tindakan.",
"Apa solusi minda – minda hebat di sana untuk menghalang serangan berterusan musuh mereka itu? Mereka … mahu memasang cerucuk tajam dan penghalang plastik di sekeliling bangunan mereka..",
"Cerucuk – cerucuk tersebut akan dipasang termasuklah pada bangunan klasik abad ke 15 yang mereka miliki.",
"Cambridge menerima ribuan pengunjung setiap tahun, tapi ramai di antara mereka menjadi mangsa burung merpati di sekitar kawasan King’s. Pakar kawalan makhluk perosak memberi nasihat kepada mereka untuk memasak cerucuk besi sebagai langkah terbaik menghalang burung bersarang.",
"Namun, isu ‘kesan visual’ pemasangan cerucuk besi juga menjadi kebimbangan, apatah lagi apabila dipasang pada bangunan – bangunan klasik mereka.",
"Pemasangan cerucuk besi untuk mengatasi masalah merpati dibuat di tempat – tempat lain sekitar London, termasuklah Stesen Victoria.",
"Tapi itulah, memandangkan ini Cambridge, maka agak kecewa juga apabila mereka tak cadangkan gelombang ultrasonik ke, atau sistem sensor automatik…"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/27/contoh-gorengan-esei-paling-teruk-jangan-buat-macam-ni/ | Contoh Gorengan Esei Paling Teruk. Jangan Buat Macam Ni. | [
"Sebuah esei berbahasa Inggeris tular di media sosial kerana ia dianggap begitu … istimewa.",
"Esei yang bertajuk “Kepentingan geologi dalam kejuruteraan sivil” ini ditulis panjang sebanyak satu muka surat. Namun markah yang diperoleh adalah sebanyak 0%.",
"Mula – mula agak pelik juga kenapa begitu zalim sekali pensyarah yang beri markah ini, mesti ada satu point yang boleh diberi markah dalam satu muka surat, walau di’goreng’ pun?",
"Namun setelah membacanya, rupa – rupanya memang layak dapat kosong. Ini adalah kes gorengan versi paling hangit. Tak ada isi langsung.",
"“Kepentingan geologi dalam kejuruteraan sivil boleh diterangkan melalui fakta bahawa ia sangat sangat penting dalam kejuruteraan sivil, maka itulah sebab geologi sangat penting dalam kejuruteraan sivil”.",
"Penulis juga memaparkan disiplin akademik yang baik dengan memberikan definisi geologi:",
"“Mari kita bincangkan apa itu geologi. Geologi adalah sesuatu yang sangat penting dalam kejuruteraan sivil dan ia sangat penting sehingga tak dapat digambarkan melalui kata – kata”",
"“…. Tapi itu kan ayat permulaan esei ni dekat bahagian paling atas.. Hang pi ulang balik je ke?” – Pensyarah.",
"“Yup”",
"Netizen juga memberi komentar – komentar konstruktif terhadap esei tersebut:",
"Fuhh, lepas baca karangan ni baru aku tau betapa pentingnya geologi dlm civil eng. Penting sampai takde kata2 boleh gambarkan – Azhari Mohid",
"Hahahaha tulisan lawa dah. Aku pernah ada dalam situasi camni..di mana tahu beberapa perkataan je dalam bahasa English..tu la dok ulang2 . Kalau tahu perkataan is ,is jela spai abis. Kalau tahu go ,go jela . N selak selak soalan sebelum tu perkataan apa leh guna tanpa tahu mksd n cara guna. – Nora Dzia",
"Asal dpt satu page – Srikandi Islamiah",
"hanat dia tulis point sama. dari tajuk, pendahuluan, isi, sampai penutup – Kamil Zakri",
"Meng’goreng’ juga adalah satu seni. Jangan buat macam ni. Sia – sia je datang dewan peperiksaan."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/27/peta-dunia-kita-salah/ | Peta Dunia Kita Salah | [
" Peta dunia yang kita biasa tengok sebenarnya bukanlah bentuk sebenar bumi kita. Eh tak, ini bukan teori konspirasi, ini memang permasalahan yang muncul bila kita cuba untuk memetakan bumi. ",
"Lebih tepat, ini adalah masalah apabila kita cuba memprojeksikan bentuk sfera 3 dimensi kepada 2 dimensi. Pasti akan berlaku herotan. Bayangkan anda cuba mengupas kulit oren, kemudian anda jadikan bentuk petak yang rata. Anda perlu menarik, memadatkan atau mungkin mengoyak bahagian oren tersebut.",
"\nJadi disebabkan herotan yang tidak dapat dielakkan ini, bentuk peta yang dilukis oleh kartografer sebenarnya terdapat beberapa versi. Versi yang paling popular adalah Peta Mercator, yang kita biasa tengok.\n",
"Peta dunia yang paling popular dalam … dunia ini miliki beberapa isu.",
"Anda boleh membandingkan sendiri saiz – saiz negara yang sebenar menggunakan website thetruesize.com . Cubalah, cukup meletupkan minda!",
"Peta Mercator dihasilkan pada tahun 1569 oleh kartografer bernama Gerardus Mercator untuk membantu pelayar Eropah melayari Laut Atlantik.",
"Maka, penggunaan peta Mercator ini dianggap sebagai Eurosentrik, ataupun bias kepada Barat dan Eropah. Ia membesarkan saiz Eropah dan Amerika Utara, dan meletakkan Eropah di pertengahan dunia. Negara seperti Iran, Venezuela, India, Afrika pula kelihatan kecil. Gambaran – gambaran kebesaran negara di atas peta dibuat untuk memberi simbol kuasa dan kepentingan Barat ke atas dunia.",
"Begitu juga, kenapa Eropah diletakkan di bahagian atas peta? Memandangkan bumi adalah sfera, maka boleh saja peta diterbalikkan untuk meletakkan Eropah di bahagian bawah.",
"Jadi peta dunia kita sekarang",
"Peta ini memberi simbolik bahawa kuasa Barat sejak dari zaman Empayar British memiliki dan memegang kuasa dunia. Itulah sebab sebahagian menganggap peta kita sekarang sebagai rasis.",
"Selain peta Mercator, sebenarnya ada beberapa versi peta dunia yang lain. Seperti:",
"\nDan… banyak lagi",
"Mana satu yang betul? Jawapannya adalah tiada.",
"Kerana memang mustahil untuk menghasilkan bentuk peta 2D yang sempurna daripada bentuk sfera 3D. Maka peta diterima berdasarkan perspektif dan kecenderungan kita."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/28/jika-ada-anugerah-nobel-1000-tahun-lepas-ia-pasti-dibolot-sepenuhnya-oleh-muslim-sarjana-yahudi/ | “Jika Ada Anugerah Nobel 1000 Tahun Lepas, Ia Pasti Dibolot Sepenuhnya oleh Muslim” – Sarjana Yahudi | [
"Kalau Islam agama yang maju, kenapa sikit sangat orang Islam yang menang anugerah Nobel?",
"Mungkin kita biasa dengar ayat ini. Benar, jika anugerah Nobel dijadikan sandaran, hanya 12 penerima anugerah Nobel beragama Islam. Daripada jumlah tersebut, hanya 3 orang dalam bidang sains.",
"Namun kaitan yang orang cuba lakukan seolah – olah agama Islam yang bertanggungjawab menyebabkan ‘kemerosotan’ pencapaian saintifik penganutnya adalah salah, atas 2 sebab:",
"Martin Kramer, seorang sarjana sejarah dan Yahudi mengakui sendiri bahawa orang Islam sememangnya merupakan master ilmu sains ribuan tahun dahulu. Berikut adalah terjemahan tulisan dalam laman web beliau:",
"“Jika Ada Anugerah Nobel 1000 Tahun Lepas, Ia Pasti Dibolot Sepenuhnya oleh Muslim. Seorang daripada penerima sudah pasti polymath multi – genius al Biruni (973 – 1050) yang merupakan seorang ahli astronomi, matematik, mineralogist, botanist, pakar bahasa dan ahli sejarah.",
"Termasuk pencapaian hebatnya, beliau menentukan secara tepat jejari dan ukur lilit bumi. Kepakaran Muslim dalam astronomi berkekalan hingga abad ke 15, dan disimbolkan menerusi astrolabe Arab dalam pengembaraan orang Eropah.",
"Perubatan juga menginspirasikan genius Muslim, terutama sekali terhadap ahli falsafah Ibn Sina (980 – 1037). Beliau menjuarai sains Yunani, dan pengamalan perubatan di Eropah adalah berpandukan Kanun Perubatan beliau sepanjang abad ke 15. Universiti Eropah mengajar anatomi dalam terminologi Arab sepanjang tempoh itu.",
"Dalam peradaban Islam, pertukaran idea saintifik berlaku meluas. Ahli perubatan dan ahli falsafah mengembara dari mahkamah ke mahkamah, dan tiada istana yang lengkap tanpa perpustakaan yang luas, jika tidak ‘Baitul Hikmah’ – Sejenis institut untuk kajian mendalam”",
"Keilmuan Eropah dalam sains ternyata tidak mampu menandingi, dan ia diapungkan sepanjang Zaman Pertengahan menerusi sisa baki ilmu yang ditinggalkan di atas meja Muslim. Daripada sudut pandang Muslim yang miliki peradaban hebat (atau Yahudi yang tinggal di bawah pentadbiran Islam), tanah melangkaui Pyrenees adalah pusat kegelapan”.",
"Ternyata berdasarkan sejarah gemilang Muslim tersebut, agama Islam tidak boleh dipersalahkan terhadap kemerosotan Muslim. Mana mungkin agama yang mendatangkan kemajuan mendadak kepada manusia yang tinggal di padang pasir pula yang dipersalahkan atas kemerosotan golongan tersebut?",
"Yang lebih jelas, jika ada faktor yang perlu dipersalahkan, ia adalah penjajahan imperialis Barat terhadap negara Islam.",
"Sebenarnya, jika Anugerah Nobel hendak dijadikan ukuran kecemerlangan peradaban, bukan orang Islam saja yang sedikit jumlahnya.",
"Tiada saintis pemenang anugerah Nobel dalam kalangan negara Asia Tenggara, tiada daripada orang kulit hitam Afrika, dan hanya empat daripada Amerika Latin. Malah jumlah pemenang anugerah Nobel daripada dua negara paling ramai penduduk di dunia, iaitu China dan India juga adalah kecil, kurang daripada 10 setiap satu. Itupun kebanyakan mereka lakukan kajian di Barat.",
"Maka jelas di sini, pemilihan pemenang anugerah Nobel adalah sangat bergantung kepada ekonomi negara tersebut.",
"Malah bukan itu saja, artikel the Atlantic bertajuk ‘Anugerah Nobel dalam Sains yang Tidak Munasabah‘ dan ‘Adakah telah tiba masanya kita tinggalkan anugerah Nobel?‘ meneroka dengan lebih mendalam ketidakwajaran anugerah Nobel.",
"Anugerah ini tidak menghargai sains, sebaliknya mengherotkan sifatnya, memesongkan sejarahnya, dan tidak menghiraukan banyak nama penyumbang yang lain",
"Hal ini kerana dapatan sains adalah perkara yang paling bersifat kepasukanan. Namun daripada 3 mukasurat penuh nama yang menyumbang kepada projek Laser Interferometer Gravitational-Wave Observatory (LIGO) sebagai contoh, hanya tiga nama yang terpilih sebagai penerima anugerah Nobel dalam Fizik.",
"Pemenang anugerah tersebut juga nampaknya dimonopoli oleh lelaki berkulit putih.",
"Anugerah Nobel mengiktiraf penemuan saintifik. Tapi masalahnya, penemuan saintifik biasanya melibatkan sumbangan puluhan jika tidak ratusan malahan ribuan para pengkaji. Anugerah Nobel ini bagaimanapun sangat kontroversi kerana wasiat Alfred Nobel mensyaratkan untuk memberi pengiktirafan kepada seorang penemu penemuan saintifik. Seorang saja nama individu untuk penemuan dalam fizik, kimia, perubatan.",
"Maka bukan saja anugerah ini mengherotkan sejarah dan pencapaian peradaban – peradaban dalam dunia, ia juga menjejaskan sifat dunia kajian sains untuk membawa idea ‘individu – individu genius perseorangan‘ yang memonopoli sumbangan sains."
] |
https://ajar.com.my/2018/08/29/pelajar-kita-menang-9-pingat-emas-pertandingan-robot-bola-sepak-antarabangsa/ | Pelajar Kita Menang 9 Pingat Emas Pertandingan Robot Bola Sepak Antarabangsa | [
"Politeknik Ungku Omar berjaya mengharumkan nama negara apabila pasukan robotik Politeknik Ungku Omar bersama pasukan robotik dari empat buah politeknik yang lain berjaya merangkul sembilan pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa pada Kongres dan Kejohanan Persatuan Robot Bola Sepak Antarabangsa (FIRA) Roboworld ke-23 di Feng Chia University, Taichung, Taiwan pada 6 hingga 11 Ogos lalu.",
"Kejohanan FIRA Roboworld ke-23 ini merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai platform pertandingan robot bola sepak serta sebagai medan pembentangan mengenai perkembangan teknologi robotik di peringkat antarabangsa.",
"Malaysia berentap dengan 10 negara lain seperti Iran, Korea, India, Taiwan, China, Brazil, Rusia , Filipina dan Indonesia bagi merebut kejuaraan.",
"Ini bukanlah kali pertama pasukan Politeknik Malaysia meraih kejayaan seumpama ini. Pada kejohanan edisi 2016 yang berlangsung di Beijing, China, pasukan negara berjaya merangkul sebanyak 18 pingat dengan 6 pingat emas, 8 pingat perak dan empat pingat gangsa.",
"Kejayaan ini membuktikan peningkatan yang cukup ketara kontinjen kita. Hal ini sudah pasti mampu menjadi pemangkin minat dan inspirasi anak muda negara terhadap bidang kejuruteraan robotik.",
"Tahniah kepada Politeknik Malaysia atas kejayaan ini!",
"Sumber berita: kampusuols , remaja"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/30/10-reaksi-kimia-yang-seakan-akan-ilmu-hitam/ | 7 Reaksi Kimia yang Seakan – Akan Ilmu Hitam | [
"Biasa kita fikir subjek Kimia sebagai subjek yang membosankan. Namun reaksi – reaksi bahan kimia yang menakjubkan (dan menakutkan) berikut mungkin boleh membuatkan kita mengubah fikiran!",
"Avatar Aang? Kau ke tu?",
"Bekas itu bukan kosong, tapi ia mengandungi Sulfur Hexafluoride yang 5 kali ganda lebih tumpat daripada udara. Disebabkan ia begitu tumpat, ia punyai sifat seperti cecair. Itulah sebabnya ia boleh duduk dalam bekas tersebut tanpa terbebas lari.",
"Apabila Sulfur Hexafluoride ‘dituang’, ia mengambil tempat oksigen. Lilin pun terpadam kerana ketiadaan oksigen yang diperlukan untuk pembakaran.",
"KAU AKAN LIKE PAGE AJAR DALAM MASA 3 … 2 … 1 SAAT",
"Reaksi kimia ini dipanggil ‘ Belousov-Zhabotinsky reaction” – reaksi kimia berputar (oscillating chemical reaction).",
"“Inilah apa yang jadi pada hati kita sebaik membuat dosa besar” – Ustaz Petrosains.",
"Apabila kita mencampurkan sodium sulfite, citric acid, and sodium iodate, kita akan peroleh satu sebatian lutsinar. Namun tak sampai beberapa saat ia kemudian bertukar hitam.",
"Fenomena ini dipanggil reaksi jam (clock reaction), di mana reaksi kimia berlaku setelah beberapa ketika.",
"“Jangan tinggalkan abang sayang!”",
"Apabila dikenakan voltan yang tinggi, air memberi talak satu kepada graviti dan bergayut pada dua bikar air untuk membentuk jambatan.",
"Daya elektrik mengekalkan struktur ‘jambatan’ tersebut dengan menyusun molekul air menjadi satu struktur yang stabil dan tersusun rapi.",
"Sodium polyacrylate adalah garam penyerap super (superabsorbent) yang mampu menyerap 300 kali ganda jisimnya dalam air, lantas menjadikannya seakan – akan salji yang sejuk.",
"Tak tau boleh makan ke tak. Boleh lah cuba kalau nak. Nanti emel laporan.",
"Oh tengah makan ke? Maaf.",
"Apabila anda meletak hydrogen peroxide pada luka, buih menggelegak yang terhasil sebenarnya adalah tanda larutan tersebut sedang membunuh bakteria dan sel – sel sihat.",
"Hydrogen Peroxide digunakan sebagai antiseptik sejak 1920. Tapi ia kini dilarang digunakan untuk mencuci luka, sebab ia didapati melambatkan proses penyembuhan dan menjadikan parut.",
"Sains? Sains apa kau buat ni sains? Siapa ada nombor Darussyifa??",
"Err. Apa kita tengah tengok ni? Siapa ajar depa bukak portal dimensi alam jin?",
"Sebenarnya fenomena yang nampak macam 100% ilmu hitam tersebut adalah reaksi yang dihasilkan apabila bahan kimia bernama Mercury (II) thiocyanate dibakar.",
"Walaupun nampak macam cool untuk dicampak pada unggun api kem pengakap darjah enam, bahan ini sangat toksik. Dan gas yang dihasilkan berbahaya untuk dihidu.",
"Dan kalau benda tu tiba – tiba minta korban manusia macam mana?"
] |
https://ajar.com.my/2018/08/31/panduan-bergambar-untuk-peroleh-ph-d/ | Panduan Bergambar untuk Peroleh Ph.D | [
"Berikut adalah Panduan Bergambar untuk Peroleh Ph.D yang diterangkan oleh Matt Might, seorang Profesor Sains Komputer di University of Utah, sebagai sumber inspirasi kepada pelajar – pelajar yang ingin bergelar graduan Ph.D.",
"Bayangkan sebuah bulatan yang miliki keseluruhan ilmu manusia:",
"Apabila anda tamatkan sekolah rendah, anda tahu sedikit:",
"Apabila anda tamatkan sekolah menengah, anda tahu sedikit lebih banyak:",
"Dengan Ijazah Sarjana Muda, anda peroleh pengkhususan:",
"Dengan Ijazah Sarjana (Masters), anda memperdalam pengkhususan tersebut:",
"Pembacaan kertas kajian akademik membawa anda ke penghujung ilmu manusia:",
"Apabila sampai di penghujung, anda fokus:",
"Anda terus menolak di penghujung perbatasan selama beberapa tahun:",
"Sehingga satu hari, perbatasan tersebut menyerah:",
"Dan sedikit lekukan yang anda hasilkan itu dipanggil Ph.D:",
"Dah pasti, dunia sekarang kelihatan amat berlainan bagi anda sekarang:",
"Maka, jangan lupa gambaran besar:",
"Teruskan menolak."
] |
https://ajar.com.my/2018/09/03/senarai-terjemahan-istilah-istilah-semasa-oleh-dbp/ | Senarai Terjemahan Istilah – Istilah Semasa Oleh DBP | [
"Dewan Bahasa dan Pustaka ternyata memainkan peranan proaktif dalam menyampaikan usaha pengalihan bahasa beberapa istilah – istilah baru yang kita biasa gunakan dalam Bahasa Inggeris. Usaha mereka menyebarluaskan melalui media sosial sangat kita hargai!",
"Berikut adalah beberapa senarai terjemahan istilah – istilah semasa oleh DBP."
] |
https://ajar.com.my/2018/09/04/bahasa-inggeris-tak-boleh-jadi-bahasa-pengantar-di-sekolah-kementerian-pendidikan/ | Bahasa Inggeris tak boleh jadi bahasa pengantar di sekolah – Kementerian Pendidikan. | [
"Kementerian Pendidikan berpendapat langkah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dalam negara ini tidak dapat dilaksanakan.",
"Kata kementerian itu langkah tersebut bertentangan dengan peraturan sedia ada, iaitu:",
"Justeru Kementerian Pendidikan tidak bercadang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, termasuk di Sarawak.",
"“Sungguh pun begitu tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid akan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui kaedah lain, selari dengan undang-undang dan dasar semasa,” katanya.",
"Kementerian Pendidikan berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen.",
"Terdahulu Anggota Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri, meminta penjelasan mengenai pendirian pihak berkenaan terhadap penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Sarawak.",
"Kata Kementerian Pendidikan pihaknya akan terus memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui anjakan kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.",
"“Dasar ini dilaksanakan supaya setiap murid fasih berbahasa Melayu dan Inggeris,” katanya.",
"Pada masa sama Kementerian Pendidikan berkata mereka menghargai inisiatif kerajaan Sarawak mahu mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid negeri itu.",
"“Namun setelah meneliti cadangan pelaksanaan tersebut berdasarkan akta dan dasar sedia ada Kementerian Pendidikan berpendapat langkah itu bertentangan dengan akta sedia ada,” katanya.",
"Sumber: Malaysiakini"
] |
https://ajar.com.my/2018/09/04/diminta-betulkan-tesis-kerana-margin-lari-5mm-betulkah-universiti-malaysia-terlalu-pentingkan-format-teknikal-berbanding-isi/ | Diminta Betulkan Tesis Kerana Margin Lari 5mm. Betulkah Universiti Malaysia Terlalu Pentingkan Format Teknikal Berbanding Isi? | [
"Suatu hantaran di Facebook tular apabila pengguna bernama Othman Talib mengepilkan gambar tesis yang diminta untuk dibetulkan… kerana terlebih margin sebanyak 5 mm.",
"Tesis ni apa formatpun tak ada banyak bezapun.. hang pi lah satu dunia semua lebih kurang sama…yang penting content yang novel…",
"Hairan… yang nak pi ukuq margin sangat sampai beza 5mm pun nk perbetoi … pasai apa? Tak dak keje lain dah ke rakyat Msia ni ?",
"Hantaran ini mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Ada yang mengatakan isu formatting yang terlebih ketat ini sebagai menyusahkan.",
"Saya terpaksa mencetak semula 5 salinan hanya kerana formatting. – Yong Chen",
"Saya habiskan 1 minggu hanya membuat formatting – Rosma Rashid",
"Masa buat Master dulu, masa nak hantar, mereka ukur dengan pembaris semua margin. Siapa tak lepas pergi buat balik – Sharifah Alia.",
"Ada yang mengatakan isu formatting ini sebagai perkara remeh yang sangat ditekankan oleh Universiti Malaysia, tidak Universiti luar negara. Sedangkan yang lebih penting adalah isi tesis tersebut.",
"Ya, saya sangat setuju. Apa yang penting ialah content dalam tesis tu. Formatting ni perkara remeh saja tapi itulah yang sangat ditekankan oleh PG office universiti di Malaysia ni. Memang susah nak faham & boleh stress dibuatnya especially bila dah dekat date line. Tu belum masuk lagi yang minta 10 hard copies sebelum viva. Saya & wife dah experience masa buat Masters.",
"Tapi lain pula masa buat PhD di NZ. Formatting ni saya tinggal, buat last sekali bila content dah settled. Di sana, tiada format tertentu yang kena ikut. Biasanya akan ikut format yang supervisor familiar. Tak perlu nak ukur etc. Staf ICT library ada bagi service ni FOC. Duduk sama-sama dengan dia buat sampai siap (saya masukkan nama dia dalam acknowledgment). Bila dah siap, submit tesis pun guna pdf file je. So, duduk la kat mana-mana dalam dunia ni, by mouse click dah siap submit. Final tesis after corrections pun hantar pdf je, tak payah hantar hard bound tulisan emas etc. Ini la baru membantu dan memudahkan students. Bila la universiti kita nak berubah? – Mohd Izani Othman.",
"Namun, terdapat juga penyokong usaha semakan margin tersebut dalam kalangan proofreader:",
"Proofreader mana yang tak tengok formatting? – Izwan Ishak",
"Ketahuilah bahawa manuskrip hardcopy, sebelum binding jadi buku, wajib kena ukur – ukur, semak font, formatting semua ini. – Aiman Kautsar.",
"Format adalah format. Ia bukan isu. – Ben Teranova.",
"Bagi penulis, sepanjang pengalaman belajar di UK, formatting tesis ini juga pernah menjadi isu. Tapi itu sebab penulis tersilap cetak. Sepatutnya satu helai satu. Tapi penulis tercetak depan belakang. Terbazir jugalah beberapa belas pound.",
"Tapi tak pernah pula penulis alami masalah disebabkan margin lari beberapa milimeter."
] |
https://ajar.com.my/2018/09/05/johan-nilam-negeri-selangor-baca-lebih-150-buah-buku-dalam-6-bulan/ | Johan NILAM negeri Selangor Baca Lebih 150 Buah Buku dalam 6 Bulan | [
"Ahmad Luqman Mohammad Noor, pelajar tingkatan 4 dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dinobatkan johan anugerah NILAM peringkat Negeri Selangor kategori bahasa Inggeris.",
"Pertandingan NILAM peringkat negeri Selangor tersebut bermula sejak bulan Mac dan tamat pada penghujung bulan Ogos. Pemenang selanjutnya akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.",
"Sejak dari bulan Mac, adik Luqman telah membaca lebih 150 buah buku dalam tempoh masa 6 bulan. Bermakna, secara purata adik Luqman menghabiskan satu buku setiap 1.2 hari.",
"Naib Johan Kategori Bahasa Melayu pula dimenangi oleh Nuriljal Farhah Abd, juga dari KISAS.",
"Adik Nuriljal membaca secara keseluruhan 470 buah buku sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4.",
"Tahniah, semoga kerajinan adik – adik dalam membaca boleh menjadi galakan semangat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Semoga berjaya juga di peringkat Kebangsaan!"
] |
https://ajar.com.my/2018/09/05/pagar-vs-pegar-debat-yang-belum-berkesudahan/ | Pagar vs Pegar : Debat yang Belum Berkesudahan | [
"Artikel baru yang dikeluarkan oleh Berita Harian, bertarikh 4 September 2018 agak menarik perhatian kerana menampilkan ayat berikut:",
"‘Harapkan pegar, pegar makan padi’. Harapan pertama saya sebagai seorang rakyat ialah janganlah sesekali peribahasa ini menjadi kenyataan.",
"Istilah yang digunakan untuk peribahasa tersebut adalah pegar, bukannya pagar sebagaimana kita terima secara tradisi. Malahan istilah pagar masih digunakan dalam buku – buku peribahasa dan dikekalkan sampai sekarang.",
"Menariknya, rata – rata pengamal media persuratan nampaknya sudah memulakan arus penukaran, daripada pagar kepada pegar:",
"Melihatkan istilah pegar sudah semakin diterima dalam arus perdana oleh pengamal media, mungkin ini bermakna pihak DBP sudah mengiktiraf versi peribahasa tersebut? Hakikatnya:",
"Isu ini masih kontroversi kerana DBP tidak mengiktiraf penukaran istilah ‘pegar’.",
"Dalam jawapan terbaru laman web dbp, bertarikh 19 Mei 2018, mereka mengatakan:",
"“Untuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu “Harapkan pagar, pagar makan padi.” kerana peribahasa tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu”",
"Jawapan yang lebih awal bertarikh 26 Mei 2017 lebih jelas menampilkan kecenderungan DBP untuk tidak mengiktiraf versi pegar sebaliknya menegaskan pagar adalah betul.",
"“Berdasarkan Datuk Rahman Shaari dalam Sinar Online bertarikh 16 Disember 2014, peribahasa yang betul ialah “harapkan pagar, pagar makan padi“. Peribahasa ini juga yang terakam dalam buku peribahasa, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi kedua oleh Abdullah Hussain. Maka, melalui keterangan ini, isu peribahasa “harapkan pegar, pegar makan padi” tidak timbul lagi. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan. Sekian, terima kasih”.",
"Begitu juga tulisan daripada Munsyi Dewan Bahasa, Muhammad Daud pada tahun 2016 yang mengatakan “nenek moyang kita tidak sewenang-wenangnya mencipta peribahasa mengikut kemahuan sendiri”. Ini juga disokong melalui argumen penggunaan jawi oleh akademi Jawi Malaysia.",
"Pegar dianggap lebih masuk akal orang kebanyakan orang berbanding pagar. Bagaimana pagar mahu memakan padi? Lebih masuk akal sekiranya padi dimakan oleh burung / ayam pegar.",
"Begitu juga, terdapat juga hujah dari sudut tulisan jawi. Kerana dipercayai terdapat kekeliruan sewaktu pengalihan jawi ke rumi.",
"Artikel yang benar – benar mempopularkan versi pegar adalah daripada pengarang Utusan Johardy Ibrahim yang mengatakan setelah sidang ridaksi Utusan bersama pakar bahasa, ia sudah disahkan.",
"Apa agaknya kesudahannya? Versi mana yang akan menang? Pegar yang disokong oleh orang awam atau pagar yang disokong oleh DBP?"
] |
https://ajar.com.my/2018/09/06/debat-syed-saddiq-vs-pelajar-seri-puteri-perlukah-had-umur-mengundi-diturunkan-kepada-18-tahun/ | Debat Syed Saddiq vs Pelajar Seri Puteri | Perlukah Had Umur Mengundi Diturunkan kepada 18 Tahun? | [
"https://www.facebook.com/mkhairulazri/videos/10217578679127691/",
"Malaysia Hari Ini pada tarikh 6 September 2018 telah menjemput YB Syed Saddiq untuk mengadakan ‘mock debate’ bersama pelajar Seri Puteri. Debat yang diadakan adalah ‘Perlukah Had Umur Mengundi Diturunkan kepada 18 Tahun?’",
"Berikut adalah rumusan hujah kedua – dua pihak:",
"YB Syed Saddiq",
"Pelajar Seri Puteri",
"Tahniah diucapkan kepada tv3 dan kementerian belia dan sukan atas inisiatif pembentangan idea sebegini.",
"Siapa menang? Hehe."
] |
https://ajar.com.my/2018/09/08/paradoks-paling-best-paradoks-kejutan/ | Paradoks Paling Best – Paradoks Kejutan | [
"Ini paradoks paling best"
] |
https://ajar.com.my/2018/09/10/pelajar-aliran-sains-lagi-pandai-daripada-pelajar-aliran-lain-eh-tak-semestinya/ | Pelajar Aliran Sains Lagi Pandai Daripada Pelajar Aliran Lain? Eh Tak Semestinya. | [
"Naik isu tentang pelajar aliran sains vs pelajar aliran sastera. Ada orang muat naik keputusan periksanya yang banyak gagal, kemudian netizen komen:",
"“Ini belum lagi kau ambil subjek sains dik, itu pun tak score”.",
"Ada abang yang tak suka komen ini, kemudian beliau hantar video reaksinya kepada ML Studio:",
"https://www.facebook.com/mlstudiosmy/videos/319030128863376/",
"Lebih kurangnya, hendak ditegur persepsi masyarakat yang menganggap pelajar yang bukan aliran sains sebagai kurang pandai berbanding pelajar aliran sains.",
"Berikut adalah beberapa salah tanggap masyarakat terhadap aliran sains dan selainnya yang wajar dibetulkan:",
"Benar, aliran sains biasanya punyai pintu masuk atau barrier of entry yang lebih ketat, seperti nak bilangan ‘A’ yang banyak, lebih selektif.",
"Tapi itu tak menjadikan aliran sains sebagai paling susah. Itu bergantung kepada keupayaan dan minat individu.",
"Ada orang yang mampu dapat markah penuh dalam matematik tambahan, tapi tak mampu faham sastera. Ada yang boleh dapat A dalam fizik, tapi gagal sejarah. ‘Susah’ itu bergantung pada diri masing – masing.",
"Aliran STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Tapi itu tak bermakna aliran selain STEM tak bernilai. Kursus semacam falsafah dan kesenian juga semakin mendapat tempat.",
"Sains sememangnya banyak menyumbang kepada teknologi untuk kemajuan manusia. Tapi ia juga menghasilkan ejen – ejen kemusnahan semacam bom atom dan karsinogen berbahaya. Begitu juga solusi – solusi ‘saintifik’ yang jahat seperti Eugenics yang sangat rasis.",
"Apa yang boleh hentikan ciptaan – ciptaan sains yang memusnahkan ini? Pemahaman yang mendalam terhadap etika, falfasah dan agama. Untuk masalah moral ini, rujukan kita adalah ulama – ulama atau ahli falsafah, dan tidak sangat kepada saintis.",
"Ringkasnya, janganlah kita menganggap aliran ilmu yang lain sebagai kelas kedua, lebih rendah taraf, kurang bijak dan sebagainya.",
"Ilmu itu perlu dihargai dan pelajar – pelajarnya mesti disayangi. Kerana setiap penuntut ilmu itu ditebarkan sayap oleh Malaikat."
] |
https://ajar.com.my/2018/09/10/10-negara-paling-malas-menurut-who/ | 10 Negara Paling Malas Menurut WHO | [
"Laporan yang dikendalikan oleh World Health Organization (WHO) telah mengkaji kadar aktiviti fizikal di serata dunia – dan telah mengenalpasti negara yang paling kurang aktif.",
"Kajian yang diterbitkan dalam The Lancet Global Health itu melibatkan bancian terhadap 1.9 juta orang dalam 168 negara. WHO mengatakan ini meliputi 96% daripada populasi global.",
"Mereka mendapati bahawa pada tahun 2016, hampir suku daripada keseluruhan orang dewasa, atau 1.4 billion orang, tidak melakukan aktiviti yang mencukupi. Hal ini meletakkan mereka dalam risiko mendapat penyakit seperti diabetes dan beberapa jenis kanser.",
"Aktif menurut WHO didefinasikan sebagai melakukan aktiviti bertenaga sekurang – kurangnya 75 minit setiap minggu, 150 minit aktiviti sederhana, atau kombinasi keduanya.",
"Berikut adalah 10 negara paling malas bersenam menurut WHO",
"10 Negara Termalas",
"Kuwait ( 67% tak melakukan aktiviti yang cukup setiap minggu)",
"Samoa Amerika (53.4 %)",
"Arab Saudi (53%)",
"Iraq (52%)",
"Brazil (47%)",
"Costa Rica (46.1%)",
"Cyprus (44.4%)",
"Suriname (44.4%)",
"Colombia (44%)",
"Kepulauan Marshall (43.5%)",
"10 Negara paling Aktif",
"Uganda (5.5%)",
"Mozambique (5.6%)",
"Lesotho (6.3%)",
"Tanzania (6.5%)",
"Niue (6.9%)",
"Vanuatu (8%)",
"Togo (9.8%)",
"Cambodia (10.5%)",
"Myanmar (10.7%)",
"Tokelau (11.1%)",
"Sumber: IFLScience"
] |