url
stringlengths 41
165
| headline
stringlengths 9
135
| content
sequence |
---|---|---|
https://ajar.com.my/2019/01/25/murid-10-tahun-menang-anugerah-sains-kerana-buktikan-ahli-sukan-dibencinya-menipu/ | Murid 10 Tahun Menang Anugerah Sains Kerana Buktikan Ahli Sukan Dibencinya Menipu. | [
"Biasanya dalam pameran sains sekolah – sekolah, murid – murid membentangkan dapatan tentang tanaman mereka yang membesar, atau kesan magnet kepada besi, atau berapa kali kucing mereka mengiau seminit.",
"Tapi tidak bagi seorang murid 10 tahun Davis, yang mempamerkan pameran sains dengan tajuk ‘Adakah Tom Brady Seorang Penipu?’",
"Tom Brady nampaknya adalah seorang pemain American Football berposisi quarterback. (Admin sampai sekarang tak faham permainan American Football ni. Jadi nah ini pautan kepada wikipedia untuk anda baca : American Football) ",
"Juga nampaknya, pernah berlaku kontroversi besar dalam American Football yang siap diberi nama Deflagate. Menurut dakwaan kontroversi tersebut, pasukan Tom Brady menang perlawanan dengan pihak lawan kerana beliau sengaja memancitkan sedikit bola.",
"Khabarnya, dengan memancitkan sedikit bola American Football tersebut, ia memberi kelebihan kepada pasukan menyerang. Betul ke? Entah.",
"Jadi adik Davis 10 tahun ini pun membuat eksperimen sains untuk mengesahkan taktik kotor pemain American Football tersebut, lantas menjadi bahan idea untuk pameran sains.",
"Dia menyuruh kakak dan ibunya membaling tiga bola yang berbeza kadar pancitannya, kemudian merekod dan menggrafkan keputusan yang diperoleh. ",
"Maka keputusan saintifik pun diperoleh dan ditulis dengan pensel:",
"Tom Brady memang penipu.",
"Dan Jason kemudian ternyata memenangi pameran sains tersebut!",
"Ketika ditanya apa yang mendorongnya membuat ‘kajian saintifik’ ini dan dipersembahkan di pameran sains, jawab Jason:",
"Saya benci Tom Brady.",
"Bayangkan anda ahli sukan yang sangat dibenci sampai berjaya mendorong seorang kanak – kanak memenangi pameran sains. Sungguh menginspirasi. "
] |
https://ajar.com.my/2019/01/26/simbol-matematik-ini-semakin-ditulis-semakin-tak-betul/ | Simbol Matematik Ini Semakin Ditulis Semakin Tak Betul | [
"Apabila kita belajar matematik, kita akan perasan bahawa semakin lama kita belajar, semakin kurang nombor digunakan. Sebaliknya yang mula memenuhi papan putih di hadapan adalah huruf dan simbol.",
"Dalam banyak – banyak simbol matematik (yang memang sangat banyak), ada suatu simbol yang sering kali menimbulkan sakit kepala apabila ditulis, iaitu simbol ? .",
"Pertama sekali, tak ramai yang tahu nama simbol tersebut. Ia biasa dipanggil ‘simbol ain pelik’ , ‘simbol garis conteng bengkang bengkok’, atau ‘tornado squiggle’.",
"Simbol tersebut sebenarnya dipanggil ‘Xi‘ , ia salah satu huruf Greek.",
"Dan kita biasa jumpa simbol tersebut apabila kita belajar mengenai set semesta.",
"Sukar Ditulis, Sampai Jadi Meme",
"Kepayahan untuk menulis simbol ? tersebut diakui oleh hampir semua pelajar matematik di mana saja sehingga menjadi meme.",
"Pelajar matematik memuat naik gambar tulisan ? yang paling buruk mereka pernah lihat.",
"Pengguna ini mengatakan semakin banyak ditulis simbol tersebut, semakin berubah menjadi nombor 3",
"Simbol ? juga nampaknya berupaya berubah menjadi sekalian simbol dalam Bahasa Manusia.",
"Ada yang membuat percubaan yang tak sama langsung, tapi tetap berbangga.",
"Dan sudah pasti, ramai yang menyalahkan orang Greek kerana memilih simbol yang semacam sengaja dibuat kompleks dan susah. Tak ada simbol lain ke?"
] |
https://ajar.com.my/2019/01/27/disangkakan-kayu-pelik-rupanya-muncung-buaya-yang-mencungap-daripada-beku-di-tasik-ais/ | Disangkakan Kayu Pelik, Rupanya Muncung Buaya yang Mencungap Daripada Beku di Tasik Ais | [
"Suatu pemandangan yang pelik dijumpai di North Carolina, apabila dilihat seolah – olah terdapat batang kayu pelik yang timbul di tasik ais.",
"Rupanya – rupanya apabila dilihat dengan lebih dekat, ‘kayu’ tersebut ternyata merupakan muncung buaya (lebih tepat: alligator) yang timbul di permukaan tasik ais.",
"Pakar mengatakan bahawa alligator tersebut berbuat demikian untuk terselamat daripada cuaca sejuk, dalam suatu keadaan yang dipanggil ‘brumation’.",
"Apabila cuaca sejuk melanda bahagian Timur North Carolina, alligator tersebut tidak lari dari tasik, sebaliknya mereka mengesan waktu yang tepat ketika mana air mengeras, kemudian cepat mengeluarkan muncung mereka ‘tepat pada masanya’. ",
"Ini membolehkan mereka untuk kekal bernafas dan hidup walaupun mereka kaku tidak mampu bergerak. ",
"Walaupun alligator Amerika lebih menyukai iklim suam, mereka boleh terselamat daripada cuaca sejuk dengan cara brumation, suatu keadaan berhibernasi yang dilakukan oleh reptilia. ",
"Apabila alligator berbrumasi, mereka tidak bergerak dan kadar degupan jantung, kadar pernafasan, metabolisma, dan suhu badan jatuh dengan sangat drastik. Apabila suhu meningkat kembali dan ais mencair, mereka bangun dan bergerak semula. ",
"Ketika berbrumasi, alligator menaikan muncung lubang hidung mereka keluar daripada permukaan air untuk bernafas sedang keseluruhan tubuh mereka kekal dalam air. Mereka tidak makan pada waktu ini, atau mereka akan sakit. "
] |
https://ajar.com.my/2019/01/27/saintis-beri-amaran-agar-tidak-menukar-telefon-berulang-ulang-kali/ | Saintis Beri Amaran Agar Tidak Menukar Telefon Berulang – ulang Kali | [
"Anda suka menukar telefon berulang – ulang kali? Setiap tahun? Setiap 6 bulan?",
"Pertama sekali, tahniah, kerana nampaknya anda kaya dan berkemampuan. Harap – harapnyalah. Dan anda bukan guna duit kawan atau pinjaman PTPTN. Kan?",
"Namun sebenarnya amalan menukar telefon berulang – ulang kali ini bukan sahaja ditegah oleh ustaz ustazah yang selalu memberi pesanan supaya jangan membazir di luar keperluan, ia juga ditegah oleh saintis.",
"Hal ini kerana amalan menukar – nukar telefon membawa kepada ancaman kepupusan beberapa elemen terhad yang kini semakin berkurang jumlahnya. ",
"Saintis daripada University of St Andrews telah menghasilkan suatu jadual berkala unsur unik yang menunjukkan tahap kekurangan (scarcity) elemen yang digunakan dalam gajet harian seperti telefon bimbit dan TV.",
"Malangnya, bahan kimia yang menghasilkan telefon bimbit disenaraikan dalam ‘senarai kepupusan’.",
"Hampir 10 juta telefon pintar dibuang atau diganti setiap hari di Kesatuan Eropah sahaja.",
"Telefon pintar diperbuat daripada 30 elemen, separuh daripadanya mendatangkan kerisauan pada masa hadapan kerana jumlah yang semakin merosot – sama ada akibat bekalan yang terhad, lokasi mereka di kawasan berkonflik, atau ketidakmampuan kita untuk mengitar semula bahan tersebut.",
"Dengan penggunaan bahan – bahan terhad yang habis begitu cepat, Prof Emeritus David Cole Hamilton mempersoal trend menggantikan telefon bimbit setiap dua tahun.",
"Banyak elemen yang diancam kepupusan, maka perlukah kalian menukar telefon setiap dua tahun?",
"Sudah tiba masanya untuk kita memikirkan masa depan dan kesejahteraan bahan di bumi kita, daripada memikirkan model kamera telefon mana yang boleh menghasilkan selfie yang paling cantik (yang kemudian edit juga)."
] |
https://ajar.com.my/2019/01/28/pokok-petai-menangis-akhirnya-terjawab-rupa-rupanya-kencing-riang-riang/ | Pokok Petai Menangis Akhirnya Terjawab. Rupa – rupanya Kencing Riang – riang. | [
"Fenomena pelik pokok petai berusia 30 tahun di Kampung Petani yang seakan – akan menangis baru – baru ini menggemparkan negara.",
"Pokok tersebut dilihat menitiskan air jernih umpama hujan renyai sejak minggu lalu, lantas dianggap sebagai hujan.",
"Terdapat segelintir orang yang kemudian menadah air berkenaan untuk dibawa pulang, ada juga yang minum, membasuh muka dan mandi air yang berbau petai itu.",
"Namun kemudian misteri itu ‘tangisan pokok petai’ itu terjawab. Ternyata air tersebut sebenarnya adalah daripada ‘kencing’ riang – riang.",
"\nMenurut laman web cicadamania, apabila riang-riang atau nama saintifiknya Cicada berkumpul dalam jumlah yang banyak pada hari panas, serangga itu minum dari cairan pokok dan akan ‘kencing’ ketika berbuat demikian.\n"
] |
https://ajar.com.my/2019/01/28/kesan-mandela-apabila-jutaan-orang-miliki-memori-palsu/ | Kesan Mandela – Apabila Jutaan Orang Miliki Memori Palsu | [
"Pernah tak anda mengingat sesuatu, dan yakin betul dengan ingatan anda, sehinggalah memori anda tersebut dibuktikan salah? Sudah pasti anda akan merasa tak boleh terima dan terkejut. Seolah – olah anda tertipu sepanjang hidup anda.",
"Tapi jika memori tersebut turut dikongsi oleh ratusan malah ribuan manusia yang lain yang turut yakin bahawa ingatan mereka betul, tetapi kemudian dibuktikan salah, maka kita panggil fenomena tersebut sebagai Kesan Mandela. ",
"Kesan Mandela ditakrifkan sebagai fenomena salah ingatan secara kolektif orang ramai orang. ",
"Perkataan ini berasal pada tahun 2010, apabila ramai orang di internet memiliki memori yang salah bahawa Nelson Mandela telah meninggal dunia. Ramai yang percaya bahawa beliau meninggal di penjara pada tahun 1980an. Hakikatnya, Mandela dibebaskan pada tahun 1990 dan meninggal pada tahun 2013. ",
"Kemudian, ramai yang menyenaraikan banyak lagi perkara yang disalah ingat orang ramai orang dalam suatu sub – reddit khas r/MandelaEffect .",
"Berikut adalah beberapa contoh kesan Mandela yang dikenal pasti:",
"Ramai orang yang mengingat pakcik yang terkenal dalam permainan monopoli sebagai memakai monocle – cermin mata di sebelah mata.",
"Sebenarnya, dia tidak pernah pakai.",
"Ini agak meletupkan kepala. Rasanya hampir semua orang mengingati adegan ibu tiri Snow White sebagai mengatakan ‘mirror – mirror on the wall’.",
"Tapi sebenarnya ayat sebenar yang disebut adalah ‘magic mirror on the wall’.",
"Gambar Pikachu mana yang anda rasakan betul? Jika anda pilih gambar kiri (belang hitam), maka pilihan anda salah, kerana Pikachu tidak pernah ada belang hitam di ekor.",
"Tidak diketahui kenapa begitu ramai yang memiliki memori tersebut.",
"Terdapat segelintir orang yang betul – betul fikir bahawa Kit Kat miliki tanda sempang. Tapi mereka kemudian marah kerana ternyata mereka salah, walaupun mereka yakin betul.",
"Ramai yang biasa mengingat lirik akhir lagu Queens yang terkenal ini sebagai “No time for losers, ’cause we are the champions…of the world!” ",
"Tapi sebenarnya ‘of the world’ tiada di akhir lagu. Ia cuma berakhir pada champions. ",
"Tak tahu kenapa, ramai orang yang miliki memori bahawa Mickey Mouse ada tali pada seluarnya. Sebenarnya tiada. Gambar yang betul adalah di sebelah kiri. ",
"Mungkin kerana kita fikirkan bahawa seluar ikonik Mickey Mouse tersebut tidak cukup ketat, maka otak kita wujudkan imej tali pengikat pada bahu watak tersebut.",
"Ada juga orang yang klaim bahawa terdapat patung permainan Mickey Mouse yang miliki tali tersebut.",
"Ini juga buat pening kepala. Sepatutnya ‘Looney Toons’ lah kan? Sebab itu yang kita ingat, dan masuk akal lah Toons untuk Cartoons.",
"Tidak, nama yang asal bukan ‘Looney Toons’ tetapi ‘Looney Tunes’.",
"Kita biasa menganggap ejaan pada jenama penyaman udara ini sebagai ‘Febreeze’, ialah, sebab ‘breeze’ itu sendiri membawa maksud angin, malah sesuai dengan sebutannya.",
"Tapi sebenarnya memori kita salah. Ejaan sebenar kurang satu ‘e’, iaitu Febreze.",
"Sewaktu di asrama ramai yang mencari – cari rubix cube untuk dijadikan hobi baru. Namun rupa – rupanya ramai yang salah eja permainan tersebut. Sebenarnya namanya ialah Rubik’s cube.",
"Antara contoh kesan Mandela paling terkenal, slogan ikonik yang sering kali diulang – ulang daripada filem Star Wars ternyata bukanlah “Luke, I am Your Father”, tetapi “No, I am Your Father”. Tak percaya? Dengari sendiri. ",
"Apa Penyebab Fenomena Ini?",
"Perkara yang lebih menarik mengenai fenomena kesan Mandela ini adalah berbagai – bagai teori yang dikemukakan untuk mencuba menjelaskannya.",
"Ia antara lain cuba dijelaskan menggunakan teori kuantum, serta menjadi ‘bukti‘ bahawa berkemungkinan fenomena ini mendedahkan realiti ‘alam semesta selari (parallel universe) atau multimesta (multiverse). ",
"Dengan kata lain, kita mungkin berkongsi memori dengan kita di alam semesta lain, yang hidup dalam dunia di mana Pikachu sememangnya miliki belang hitam dan pak cik monopoli memakai monocle. ",
"Ahli psikologi pula cuba menjelaskan fenomena ini menerusi penjelasan memori dan kesan sosial – terutama memori – memori salah. Menurut mereka, penciptaan memori – memori yang tidak pernah berlaku adalah hal yang biasa.",
"Apatah lagi dengan internet, kesalahan – kesalahan yang dilaporkan secara berulang – ulang lama kelamaan akan diterima sebagai kebenaran. Sebagai contoh, simulasi Permaisuri Diana dilanggar kereta sering dianggap sebagai rakaman video sebenar.",
"Terdapat juga sesetengah pihak yang membangkitkan teori konspirasi bahawa ia disebabkan oleh eksperimen large hadron collider CERN di Switzerland. Eksperimen CERN untuk mencari partikel misteri dikatakan telah mengoyakkan fabrik realiti ruang – masa. ",
"Namun terdapat juga penjelasan ringkas untuk misteri ini. Boleh jadi syarikat tersebut pernah mengeluarkan beberapa ‘batch’ produk yang berbeza variasinya dengan reka bentuk asal, atau mungkin terdapat media pop yang popular yang sengaja mengubah frasa terkenal untuk mengelak isu hak cipta."
] |
https://ajar.com.my/2019/01/29/pengutip-sampah-turki-bina-perpustakaan-dengan-buku-terbuang/ | Pengutip Sampah Turki Bina Perpustakaan Dengan Buku Terbuang | [
"Setiap tahun, bertan – tan buku dibuang oleh penerbit, dicarik – carikkan oleh perpustakaan, dan dilempar begitu saja oleh penghuni rumah.",
"Pekerja pembersihan di Ankara, Turki, bagaimanapun membuat keputusan untuk memberikan kehidupan baru kepada buku – buku lama terbuang yang mereka peroleh di longgokan sampah.",
"Buku – buku terbuang tersebut digunakan untuk membina perpustakaan percuma. Kini koleksi buku telah melebihi 6000 naskhah.",
"Pengutip – pengutip sampah Turki itu memulakan kerja menyelamatkan buku – buku buangan selama beberapa bulan. Apabila cerita tentang usaha mereka berkembang, penduduk mula menderma buku sendiri secara langsung kepada mereka. ",
"Pada mulanya, perpustakaan tersebut hanyalah terbuka kepada pekerja dan keluarga mereka. Tetapi apabila koleksi mereka bertambah dan timbul minat dalam kalangan komuniti setempat, perpustakaan itu kemudian dibuka kepada orang awam.",
"Perpustakaan itu sendiri asalnya merupakan bangunan kilang batu bata kosong berdekatan dengan pejabat pusat syarikat pembersihan tersebut. Rupa – rupa struktur bangunan tersebut yang panjang dengan imej batuan lama cukup sesuai untuk dijadikan perpustakaan.",
"Kini koleksi perpustakaan tersebut sudah begitu besar sehingga mereka meminjamkan pula sebahagian buku terbuang kepada sekolah, program pendidikan, serta penjara. ",
"Ternyata, ilmu adalah milik semua, tidak kira apa juga kerjaya anda, pengurus syarikat, profesor, pengutip sampah atau pembantu rumah."
] |
https://ajar.com.my/2019/01/31/resume-kelakar-yang-tular-ini-beri-pengajaran-perkara-yang-jangan-dibuat-jika-hantar-email-penting/ | Resume Kelakar yang Tular Ini Beri Pengajaran Perkara yang Jangan Dibuat Jika Hantar Email Penting | [
"Sebuah cekupan skrin yang cukup menggelikan hati tular di media sosial baru – baru ini.",
"Gambar tersebut adalah mengenai penghantaran resume untuk permohonan internship. Bahagian awal emel tersebut tiada masalah, malah bahasanya cukup baik untuk format emel penghantaran resume. ",
"Namun apabila dilihat versi panjang email tersebut, ternyata boleh tersedak air kopi.",
"Rupa – rupanya pemohon tersebut meminta orang lain menuliskan resume untuknya (suami mungkin, husnuzzonn), kemudian diemelkan kepadanya, dan dia langsung menekan forward kepada pegawai syarikat tersebut.",
"Maka mesej resume romantik pasangan yang menuliskan untuknya turut di’forward’kan bersama, siap beserta emoji.",
"Encik Aznam yang menerima emel tersebut kemudian menggariskan beberapa tips untuk mengemelkan permohonan, agar tidak berlaku kesilapan seperti ini lagi. ",
"Tips yang diberikan beliau adalah:",
"Kesilapan yang kelakar ini bagaimanapun tidaklah dimarahi oleh Encik Aznam, beliau sebaliknya terhibur tatkala menempuh kesesakan trafik."
] |
https://ajar.com.my/2019/02/02/tak-sangka-macam-mana-nombor-pi-boleh-muncul-di-tempat-pelik-ini/ | Tak Sangka! Macam Mana Nombor Pi Boleh Muncul di Tempat Pelik Ini? | [
"Kadang kala matematik dan fizik bersekongkol dalam hal yang kita tak pernah jangkakan. Kadang kala ia terlalu berkebetulan, sampai kita rasa ia tidak lain ia adalah satu magis.",
"Sekarang, ayuh kita bermain satu permainan pong matematik. ",
"Bayangkan kita ada dua bongkah. Satu bongkah bergerak menuju ke bongkah lagi satu yang tidak bergerak, melanggar bongkah tersebut, yang kemudian melanggar pula dinding, melantun, dan mengulang proses tersebut sehingga kedua – dua bongkah tidak lagi akan bertemu.",
"Sekarang permainannya adalah : kira berapa kali berlaku pelanggaran.",
"Dalam situasi di atas, pelanggaran antara 2 bongkah dengan jisim 1 kg setiap satu menghasilkan 3 pelanggaran (collision)",
"Oh, bayangkan juga simulasi ini berlaku dalam dunia ideal, yang tiada geseran, dan tiada tenaga yang hilang daripada pelanggaran. Bermakna setelah berpisah, bongkah tersebut akan bergerak selama – lamanya. Ya, situasi ini tidak wujud di dunia sebenar, tapi layankan saja. ",
"Sekarang, apa akan jadi jika kita naikkan jisim bongkah kanan kepada 100 kg?",
"Jumlah pelanggaran kini meningkat kepada 31 (Durasi Gif tak cukup panjang nak tunjuk pelanggaran terakhir). Bagaimana pula jika kita naikkan jisim bongkah pertama kepada 10000 kg?",
"Jumlah pelanggaran adalah 314 (termasuk satu pelanggaran akhir dengan dinding). Jika kita naikkan lagi jisim bongkah kepada 1000 000 kg, kita akan dapat melihat satu corak yang aneh:",
"Nombor pelanggaran kini adalah 3141. Bagi mereka yang cerdas, kalian pasti sedar bahawa nombor ini sangat mirip dengan nombor pi.",
" ? = 3.14159265359 ….",
"Tak percaya? Ayuh kita naikkan lagi jisim bongkah:",
"Bagi jisim 100,000,000kg, jumlah pelanggaran adalah sebanyak 31415, manakala bagi jisim 10,000,000,000 kg, jumlah pelanggaran adalah sebanyak 314159. ",
"Ternyata ia memang nombor pi!",
"Malah menggunakan simulasi ini, kita boleh mengira bilangan digit ?, d , dengan mengira bilangan pelanggaran yang dihasilkan oleh bongkah dengan jisim 100^(d-1)",
"Contoh, untuk mengira 20 digit pi, bongkah tersebut perlu memiliki jisim seberat 100^19 kg, iaitu 10 kali ganda jisim lubang hitam supermasif! Dan anda perlu mengira pelanggaran sebanyak 31415926535897932384 kali!",
"Tapi itu satu hal, soalan yang lagi sesuai adalah:",
"MACAM MANA BOLEH ADA NOMBOR PI DEKAT SINI????",
"Daripada Fizik kepada Geometri",
"Ringkasnya, kita dapat buktikan bahawa simulasi bongkah melantun tersebut membentuk pelanggaran dengan jumlah pi dengan cara menterjemah dinamik fizik kepada geometri.",
"Simulasi tersebut adalah tertakluk kepada dua persamaan fizik di bawah:",
"Kita kemudian boleh menterjemah kedua – dua persamaan tersebut kepada diagram fasa (phase diagram) berbentuk bulat:",
"Diagram bagi situasi pelanggaran pula kemudian dapat dipetakan seperti di bawah:",
"Sekarang, kita boleh mengubah soalan kita daripada mengira jumlah pelanggaran, kepada soalan:",
"Berapa kali kita boleh menambah 2? dengan dirinya, sebelum ia melebihi 2? (ukur lilit bulatan)? ",
" 2? + 2? + 2? + 2? . . . + 2? < 2? ",
"N . ? < ? ",
"Di mana N adalah nilai integer terbesar sebelum jumlah darab dengan ? melebihi ? .",
"Tak faham? Jangan risau artikel ini bukanlah berniat untuk menerangkan panjang lebar tentang penyelesaian matematik tersebut.",
"Jika anda berminat, dijemput tontoni penjelasan terperinci menerusi video ini:",
"Anda juga boleh membuat simulasi sendiri melalui pautan di bawah. Selamat mencuba!",
"https://prajwalsouza.github.io/Experiments/Colliding-Blocks.html"
] |
https://ajar.com.my/2019/02/03/ahli-fizik-ukm-viral-kini-miliki-channel-youtube-antara-saluran-perlu-tonton-untuk-faham-fizik-alam-semesta/ | Ahli Fizik UKM Viral Kini Miliki Channel Youtube. Antara Saluran Perlu Tonton Untuk Faham Fizik Alam Semesta. | [
"Amat jarang untuk kita temui saluran pendidikan orang Malaysia di Youtube. Lagi susah untuk kita dapati saluran pendidikan yang mengongsikan ilmu fizik tahap tinggi.",
"Mungkin kerana pelajar – pelajar sains tahap tinggi Universiti negara kita merasakan orang tidak berminat untuk mendengar. Mungkin juga kerana dirasakan membuat video Youtube merupakan suatu komitmen yang memerlukan pengorbanan masa, tanpa menjanjikan pulangan yang setimpal.",
"Namun nampaknya kini seorang ahli fizik dari UKM yang pernah tular mula memuat naik video beliau mengongsikan ilmu – ilmu menakjubkan mengenai fizik dan alam semesta. ",
"Mohd Hafizuddin Kamal suatu ketika dahulu pernah tular apabila mendedahkan pengiraan fizik sepakan luar biasa Faiz Subri.",
"Apabila diamati profail ResearchGate beliau, kita dapati beberapa kajian yang amat menarik merangkumi lubang hitam, lubang putih (ada rupa – rupanya), teori tetangsi (String Theory), mekanik kuantum dan lain – lain. ",
"Tambah membanggakan, apabila tulisan – tulisan mengenai tajuk – tajuk berat dan besar ini turut dibincangkan dalam Bahasa Melayu. ",
"Hal ini ternyata sangat mengagumkan kerana bukan sahaja tajuk seperti kuantum amat sukar difahami, untuk menerangkan ke dalam Bahasa Melayu adalah lebih susah. Usaha seperti ini sangat dihargai.",
"Bermakna, jika anda ingin bertanyakan atau merujuk masalah Fizik, yang boleh dibahaskan dalam Bahasa Melayu, inilah orangnya!",
"Sewaktu artikel ini ditulis, saluran Mohd Hafizuddin Kamal baru aktif memuatnaik 4 video sepanjang satu minggu lepas. ",
"Ayuh tunjukkan sokongan untuk dorong beliau terus membuat video! Mana tahu kita bakal miliki saluran Youtube setaraf Veritasium, PBS Space Time atau Minutephysics keluaran tempatan! Mereka juga bermula dengan video – video ringkas sebelum kemudian dikagumi sebagai saluran – saluran fizik dengan video – video yang meletupkan otak, setelah mendapat sokongan penonton mereka."
] |
https://ajar.com.my/2019/02/04/india-lancar-satelit-paling-ringan-dunia-yang-dicipta-oleh-seorang-remaja-muslim/ | India Lancar Satelit Paling Ringan Dunia yang Dicipta oleh Seorang Remaja Muslim | [
"India memecah rekod angkasa global apabila melancarkan satelit paling ringan di dunia yang dipanggil Kalamsat. ",
"Menariknya, ciptaan hebat tersebut bukanlah dibuat oleh saintis terkemuka, atau jurutera profesional, tetapi oleh seorang remaja Muslim berusia 18 tahun yang bernama Rifath Sharukh.",
"Satelit tersebut malah dinamakan sempena bekas presiden India yang juga merupakan seorang saintis nuklear terkemuka, Dr APJ Abdul Kalam. ",
"Satelit kecil tersebut, yang hanya seberat 64 gram, kemudian dilancarkan oleh NASA. Rifath merupakan rakyat pertama dari India yang membuat ciptaan yang diterima dan diterbangkan oleh agensi angkasa terkemuka tersebut. ",
"Rifath bersama enam lagi ahli pasukan membina satelit mini tersebut menggunakan pencetak 3D. Ia juga adalah kali pertama teknologi percetakan 3D digunakan di angkasa lepas, menurut Rifath. Satu lagi rekod mengagumkan yang dicapai oleh beliau.",
"Dalam temu bual bersama Times of India, Rifath mengatakan:",
"Peranan utama satelit ini adalah untuk mendemonstrasikan prestasi carbon fibre percetakan 3D. Kami mereka cipta satelit ini sepenuhnya. Ia miliki komputer khas yang baru, serta lapan sensor untuk mengira pecutan, putaran, dan magnetosphere bumi",
"Daripada 80000 model yang dipersembahkan kepada NASA, Kalamsat mendapat tempat pertama. ",
"Sebagai penghargaan, Rifath bersama pasukannya dianugerahkan hadiah wang tunai sebanyak Rs 10 lakh, iaitu sekitar RM 60 ribu ringgit."
] |
https://ajar.com.my/2019/02/06/ini-paradoks-paling-best-paradoks-kejutan/ | Ini Paradoks Paling Best. Paradoks Kejutan! | [
"Siapa yang suka paradoks? Paradoks ini buat kita pening, dan pening ni bagus!",
"Dalam banyak – banyak paradoks, ada paradoks yang paling best. Nama dia paradoks kejutan. ",
"Paradoks Kejutan",
"Paradoks ini mudah diterangkan dengan satu cerita.",
"Dalam satu kelas, cikgu beritahu minggu depan, akan ada ujian mengejut. Hari ujian tersebut rahsia, tapi cikgu beritahu pelajar – pelajar;",
"Korang tak akan dapat teka hari ujian tu, dan jangan risau, korang pasti akan terkejut!",
"Jadi pelajar – pelajar itu pun bincangkan bila agaknya hari ujian itu akan diadakan. Iyalah, baru mereka dapat rancang bila hari terakhir nak pulun hafal buku teks. Macam tak pernah buat pulak.",
"Mereka kemudian bentangkan dua syarat yang diumumkan oleh cikgu:",
"Kemudian menggunakan penaakulan logik, mereka mengatakan mustahil ujian tersebut akan dibuat pada hari Jumaat. Sebab, kalau hari Khamis minggu depan tak ada ujian, memang pastilah kita tahu ujian akan dibuat pada hari terakhir, hari Jumaat. Tak ada hari lain.",
"Jadi kalau hari Khamis tak ada ujian, dan kita tahu ujian 100% akan berlaku hari Jumaat, maka kita taklah terkejut. ",
"Jadi mereka pun yakin 100% ujian kejutan tak boleh dibuat pada hari Jumaat. Mereka buang hari Jumaat daripada senarai hari ujian.",
"“Eh sekejap. Kalau macam tu, hari Khamis pun mustahillah berlaku ujian. Sebab kalau hari Rabu tu tak ada ujian, kita tahu bahawa ujian boleh berlaku pada hari Khamis atau Jumaat” seorang pelajar membuat teori.",
"“Hari Jumaat kita dah tahu mustahil ada ujian, maka kita tahulah ujian akan berlaku Khamis, jadi sekali lagi. Kita tak terkejut”",
"“Kalau macam tu, sama jugalah dengan hari Rabu. Sebab kalau hari Selasa tak ada ujian, kita tahu ujian mesti berlaku hari Rabu, sebab kita dah pangkah hari Jumaat dengan Khamis. Hari Selasa dengan Isnin pun samalah!”",
"“Kesimpulannya, hari apa pun cikgu tu buat ujian, kita tak akan terkejut. Jadi, mustahillah boleh berlaku ujian mengejut, kan?” Pelajar tersebut membuat kesimpulan.",
"Maka setelah meyakini bahawa mustahil cikgu tersebut boleh membuat ujian yang mengejutkan mereka, mereka pun bersantai – santai pada hujung minggu.",
"Sampailah ujian berlaku pada hari Rabu, dan mereka semua terkejut!",
"Maka pengumuman cikgu bahawa mereka akan terkejut tu betullah, tapi dekat mana logik pemikiran pelajar – pelajar tu salah?",
"Paradoks yang Macam Tak Ada Penyelesaian",
"Dalam sejarah, banyak paradoks yang dihasilkan. Namun banyak juga yang berjaya diselesaikan, dan ada yang dibuktikan bahawa ia bukan paradoks, sebaliknya hanya kekeliruan. ",
"Paradoks yang betul – betul mantap adalah paradoks yang seakan – akan tiada penyelesaian, yang masih menimbulkan kepeningan walau setelah puluhan tahun ia dikemukakan. ",
"Ternyata paradoks kejutan ini termasuk dalam senarai paradoks yang mantap, kerana sampai sekarang, ia masih belum diselesaikan secara rasmi.",
"Paradoks yang nampak macam tidak berfaedah ini kemudian mencipta lagi kejutan (hehe) apabila ia sebenarnya boleh digunakan untuk mengembangkan game theory dan Godel’s Incompleteness Theorem.",
"Jadi apa penyelesaian kepada paradoks ini? Ada dua aliran yang mengatakan mereka berjaya selesaikan:",
"Aliran logik, iaitu senang kata ahli matematik, mengatakan masalah paradoks ini adalah kerana ia bersifat ‘self – referential’. Atau dengan kata lain, pernyataan guru tersebut sebenarnya berputar merujuk kepada diri sendiri.",
"Hal ini tidak diterima dalam matematik.",
"Aliran epistemologi pula mengatakan bahawa masalah paradoks ini puncanya sebab pelajar tersebut cuba meneka masa depan.",
"Manusia tidak akan tahu, dengan penuh yakin, apa yang akan berlaku pada masa depan.",
"Bila pelajar menganggap pengetahuan mereka yang terbatas sebagai benar, maka itulah punca mereka terkejut."
] |
https://ajar.com.my/2019/02/08/ayuura-terapi-kolagen1/ | Ayuraa Terapi Kolagen | [
"Berminat untuk dapatkan minyak angin berkhasiat Ayuraa? Ikuti cara yang mudah ini!",
"1) klik pautan berikut:",
"www.wasap.my/60193504234/AyuuraAjar ",
"2) aplikasi whatsapp akan dibuka.3) Tekan ‘send’4) Tunggu balasan ?",
"Pakej – pakej Ayuraa",
"Berikut adalah pakej – pakej yang ditawarkan Ayuura, pilih yang mana berkenan:",
"Sudah ada pakej yang berkenan di hati? Ingin menempah? Ikuti cara yang mudah ini:",
"1) klik pautan berikut:",
"www.wasap.my/60193504234/AyuuraAjar ",
"2) aplikasi whatsapp akan dibuka.3) Tekan ‘send’4) Tunggu balasan ?",
"Testimoni",
"Apa kata pelanggan tentang produk – produk Ayuraa?",
"Wah hebatnya produk Ayuura! Berminat dapatkan? Sekali lagi, ikuti langkah mudah di bawah",
"1) klik pautan berikut:",
"www.wasap.my/60193504234/AyuuraAjar ",
"2) aplikasi whatsapp akan dibuka.3) Tekan ‘send’4) Tunggu balasan ?"
] |
https://ajar.com.my/2019/02/10/kalah-lagi-ai-tumpaskan-manusia-10-0-dalam-starcraft-ii-dengan-teknik-menggerunkan/ | Kalah Lagi … AI Tumpaskan Manusia 10 – 0 dalam StarCraft II dengan Teknik Sangat Menggerunkan | [
"Kecerdasan Buatan (AI) sebelum ini telah mencipta rekod baru yang cukup menggemparkan apabila berjaya menumpaskan manusia dalam permainan Go, sebuah permainan yang dianggap lebih kompleks daripada catur (yang juga kita manusia telah ditumpaskan).",
"Itu sudah cukup menyedihkan bagi manusia, tapi kumpulan di belakang kecerdasan buatan AlphaStar nampaknya tidak puas melihat manusia kalah, dan kemudian menghasilkan pula AI yang lebih canggih sehingga mampu memenangi permainan StarCraft II.",
"StarCraft II – Permainan Strategi yang Sangat Mencabar",
"StarCraft II adalah antara permainan Real Time Strategy (RTS) yang paling mencabar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan antara permainan yang memerlukan kemampuan strategi, kepantasan berfikir dan kelajuan tindakan per minit (Action per minute) yang seolah – olah hanya mampu dibuat manusia super (superhuman).",
"Persaingan permainan tersebut tersangat sengit. Itulah sebabnya pemenang StarCraft World Championship tahun lepas membawa pulang wang sebanyak $280,000 ",
"Ringkasnya, untuk memenangi sebuah permainan StarCraft II, pemain perlu menguasai dua aspek: pengurusan makro dan pengurusan mikro. ",
"Pengurusan makro adalah pemain perlu menguruskan membina markas, menguruskan sumber, membina unit, dan menjaga bekalan.",
"Pengurusan mikro pula adalah pemain perlu mengawal unit – unit tentera mereka sewaktu bertempur supaya setiap serangan yang dibuat menghasilkan keputusan paling efektif.",
"Maka untuk menang, anda perlu cepat berfikir, bijak merancang, dan mampu menekan papan kekunci dan tetikus dengan sangat laju, menjangkau 390 APM.",
"AI Sebelum Ini Sangat Susah Kuasai StarCraft II",
"Walaupun AI sudah ‘khatam’ dalam permainan seperti Atari, Mario, Quake III, dan Dota 2, ia sangat susah menguasai kerumitan permainan StarCraft. ",
"Cabaran – cabaran besar berikut amat sukar dipatahkan oleh AI:",
"AI Deepmind bernama AlphaStar kemudian tampil ke hadapan menjawab semua cabaran – cabaran ini, dan membuat manusia ternganga.",
"AlphaStar, Juara yang Berlatih Selama Ratusan Tahun",
"Dalam Dragon Ball (atau anime Jepun secara umum), semua watak boleh menjadi kuat dengan berlatih.",
"Apabila timbul watak jahat yang berkali – kali ganda lebih kuat, mereka kemudian dihantar berlatih di Hyperbolic Time Chamber, di mana 1 tahun di dalam bersamaan 1 hari di luar. Hasilnya, mereka boleh luang bertahun – tahun untuk berlatih untuk menumpaskan lawan selang beberapa hari.",
"Itulah yang dilakukan oleh AI AlphaStar yang ternyata sangat menggerunkan. Ia telah dilatih untuk bermain StarCraft, dalam tempoh masa menyamai 200 tahun permainan di dunia sebenar. ",
"Pada mulanya, rangkaian neural itu dilatih dengan belajar daripada pemerhatian terhadap cara permainan manusia. Maka AlphaStar kemudian boleh belajar, dengan cara meniru, strategi – strategi yang digunakan oleh pemain di tangga permainan StarCraft.",
"Agen yang awal kemudian berjaya menumpaskan AI tahap ‘elit’, iaitu lebih kurang tahap emas bagi pemain manusia.",
"Agen – agen AI ini kemudian disimulasikan untuk berentap sesama sendiri dan setiap pemenang akan mendaki anak tangga. Maka mesin tersebut mempelajari sendiri strategi – strategi yang berkesan, pematah strategi tersebut, cara permainan mana yang sesuai untuk melawan cara permainan lain, semuanya dalam ‘otak’ mesin tersebut.",
"Apatah lagi, beribu – ribu permainan StarCraft dimainkan serentak dalam masa 14 hari, dan segala data daripada simulasi tersebut menyamai 200 tahun masa permainan StarCraft dunia sebenar.",
"Pemain manusia paling lama dalam Esport StarCraft pun hanya belasan tahun. ",
"Maka apabila AlphaStar dihadapkan dengan pemain profesional TLO, manusia tumpas 5 – 0 dengan sebuah permainan mencatat masa yang sangat pendek, hanya 17 minit. ",
"Kemudian manusia tidak berpuas hati, dan menghantar pula MaNa, salah seorang pemain StarCraft paling hebat dalam dunia. Sekali lagi, kita kalah 5 – 0.",
"Mungkin selepas ini manusia boleh bungkus barang dan tidak perlu lagi terima sebarang cabaran daripada robot. "
] |
https://ajar.com.my/2019/02/12/filem-pendek-tentang-depresi-pelajar-luar-negara-ini-sangat-menginsafkan/ | Filem Pendek Tentang Depresi Pelajar Luar Negara Ini Sangat Menginsafkan | [
"Belajar di luar negara adalah antara impian banyak pelajar. Peluang untuk merasa ‘fly’, berjumpa bangsa antarabangsa lain, merasa salji, ini semua antara perkara yang diinginkan sebahagian pelajar.",
"Namun tidak ramai yang tahu kisah sebenar di belakang. Pelajar luar ramai yang menghadapi masalah kewangan, kejutan budaya, masalah adaptasi, ditipu ejen perumahan, masalah pembelajaran, masalah kesihatan dan hilang punca. ",
"Antara masalah yang kerap kali menimpa pelajar luar negara, tapi kerap kali juga disembunyikan adalah depresi. Kadang kala, seorang pelajar boleh ‘menghilangkan diri’ berbulan – bulan dek kerana kemurungan.",
"Masalah depresi ini diterokai oleh sekumpulan pelajar di Eropah yang menghasilkan filem pendek Depresi.",
"Filem Pendek Depresi",
"Video bermula dengan seorang lelaki, Zol yang kelihatan tidak keruan, memunggah – munggah barangan di sebuah bilik.",
"Ternyata dia sebenarnya mencari sebotol ubat, yang kemudian ditelan dalam keadaan panik.",
"Adegan seterusnya menerangkan apa sebenarnya yang berlaku. Zol menelefon ayahnya memberitahu bahawa dalam 4 bulan, dia akan tamat pengajian. Dia kemudian mengajak ayahnya untuk datang ke majlis graduasi.",
"Namun, ayahnya kemudian menyatakan beliau tidak dapat hadir, kerana kesuntukan wang. Ayahnya malah meminta Zol menghantarkan duit kerana tiada duit menampung yuran sekolah adiknya. ",
"Hal ini mendatangkan tekanan buatnya, sehingga membuatnya pengsan. Akibat tidak tahan dan tidak tahu apa , Zol kemudian mengambil lagi botol ubat sebelum ini.",
"Rakan Zol kemudian masuk ke bilik dan menghentikannya. Dia meminta Zol menceritakan masalahnya bersama.",
"Dalam adegan yang menyentuh hati, rakan tersebut menenangkan Zol dan mengatakan ubatan yang diambil tak menyelesaikan masalah yang dihadapinya. ",
"Aku dah malas fikir dah …",
"Zol, kalau kau malas fikir, kita fikir sama – sama Zol! Sebab tu aku ada kat sini, Zol!",
"Pengarah filem kemudian meneroka perkara – perkara yang boleh membantu pelajar luar negara yang mengalami depresi, termasuklah berada dalam lingkungan kawan – kawan yang baik, keluar melihat alam, mengongsikan masalah dan menyedari bahawa rakan yang terbaik sebenarnya adalah Allah S.W.T",
"Walaupun video ini pendek, tetapi mesejnya cukup dirasai. Kita harapkan semoga pelajar luar negara menghasilkan lebih banyak karya yang memberi pengajaran bermakna kepada masyarakat. "
] |
https://ajar.com.my/2019/02/15/angkasawan-islam-ke-9-dr-sheikh-muszaphar-ceritakan-fakta-sebenar-bentuk-bumi/ | Angkasawan Islam ke-9, Dr Sheikh Muszaphar Ceritakan Fakta Sebenar Bentuk Bumi | [
"PERSOALAN mengenai adakah Bumi ini leper atau ‘flat earth’ telah mendapat perhatian Dr Dr Sheikh Muszaphar yang merupakan angkasawan pertama Malaysia. Sebagai seorang angkasawan Islam yang ke-9 menerokai angkasa lepas beliau berasa bertanggungjawab untuk menceritakan fakta sebenar.",
"Ikuti catatan beliau dalam akaun Instagram @drsheikhmuszaphar:",
"“Pic – Is the Earth flat?",
"Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas…",
"Sebagai Angkasawan Islam yang ke-9 menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar…",
"Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari.",
"Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam.",
"Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr.",
"Laungan Azan kedengaran seketika.",
"Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi.",
"Melihat Bumi dengan mata sendiri.",
"Degupan jantung berhenti seketika.",
"Meremang bulu roma.",
"Mata tidak terkebil.",
"Melihat Kebesaran Maha Pencipta.",
"Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas…",
"Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana.",
"MasyaAllah… SubhanAllah…",
"And the Earth is spherical in shape.",
"Geosphere to be exact.",
"Squashed at the poles and bulged at the Equator.",
"Not like a ball but more to an egg.",
"Every human being should go to space if given the opportunity.",
"It changes your perspective on life as a whole.",
"It makes you a true believer on the Creator.",
"The experience is truly amazing and spectacular.",
"It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers.",
"But here I am sharing you my experience of what I have seen.",
"In the name of Allah it comes from my heart.",
"Salam Jumaat Everyone…",
"Semoga mendapat Barakah semua.",
"Amiinn…",
"Love As Always…",
"PS – Just wanted to straighten the facts!”"
] |
https://ajar.com.my/2019/02/16/11-tahun-kendalikan-falakonline-tak-trending-dalam-beberapa-hari-saja-penyokong-bumi-leper-trending/ | “11 Tahun Kendalikan FalakOnline, Tak Trending. Dalam Beberapa Hari Saja, Penyokong Bumi Leper Trending” | [
"Pengendali laman web falakonline.net meluahkan keluhan apabila seorang individu penyokong teori bumi leper meletup naik popularitinya sehingga menjadi bahan bualan seantero Malaysia, sedang laman web akademik rujukan falak tidak trending walaupun setelah 11 tahun. ",
"Suhaimi Saad (penyokong teori bumi leper) trending setelah beberapa hari. FalakOnline tak trending walaupun setelah 11 tahun di media sosial. Mesti ada kesalahan yang saya lakukan…",
"FalakOnline merupakan antara laman web rujukan astronomi yang memuatkan pelbagai berita tentang cerapan langit, artikel astronomi, almanak, astrofotografi, fakta – fakta menarik astronomi, artikel – artikel bantahan terhadap hoax dan banyak lagi.",
"Pemilik laman web tersebut, Shahrin Ahmad, telah mengendalikan laman web pendidikan tersebut sejak 1999 lagi, dan bertujuan tidak lain untuk mengembalikan segala ilmu Allah yang diberikan. ",
"Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang perkomputeran astronomi, peralatan astronomi dan astrofotografi lebih wajar dijadikan rujukan masyarakat berkenaan astronomi berbanding figura artis yang dipertikai kelayakan akademik mereka.",
"Membaca portfolio beliau juga mendatangkan rasa kagum terhadap minat dan kecintaan beliau yang mendalam berkenaan astronomi. ",
"Namun entah kenapa, nampaknya masyarakat lebih gemar memilih mereka yang kontroversi berbanding mereka yang berprestasi. "
] |
https://ajar.com.my/2019/02/18/salah-ke-ada-ijazah-jadi-badut/ | Salah Ke Ada Ijazah Jadi Badut? | [
"Seorang pemegang ijazah yang kemudian memilih kerjaya sebagai badut menukilkan pandangan beliau yang cukup menarik untuk direnungi rakyat Malaysia, khususnya para graduan yang baru tamat pengajian.",
"Tulisan berikut dikongsikan daripada akaun Facebook Azizat Zainal, dengan izin beliau:",
"Salah ke Ada Degree Jadi Badut?",
"Hari ni just nak share sikit, alang2 semua duk naikkan gambar konvo dan sijil masing2, Hahah.",
"Sebenarnya sampai ke hari ni, masih ada yang bertanya kenapa aku jadi badut? Ada degree tapi kenapa pilih jadi badut? Yang bertanya orang yang rapat pun ada, dalam ahli keluarga pun ada. So, moh sini aku story sikit.",
"Sebenarnya aku tak lari jauh pun dari bidang yang aku belajar dulu. Memang aku grad dari UIA. Tapi aku grad Bachelor in Applied Arts & Design. Dalam bidang seni, bidang kreatif.",
"Bukan ilmu tasawuf ke ilmu wahyu ke. Biasalah pandangan skeptikal orang bila grad UIA je jadi ustaz, jadi imam, jadi pegawai agama. Akhir – akhir bila ada apa2 majlis, aku kena tolak baca doa. Haha.",
"Bukan bro… ada berbelas fakulti (kitorang panggil kuliyyah) dan bawah setiap kuliyyah tu pulak berpuluh kos lagi pecah, bawah tu pecah majoring lagi. Ada satu je kuliyyah yang memang ajar bab agama ni, yang ni memang biasa grad jadi ustaz. ",
"So, aku sekarang pun masih dalam bidang kreatif. Buat kerja2 hias belon , kendalikan peralatan, majlis, buat ukiran belon, reka grafik, merapu dengan budak2. Ini semua memang aku belajar dulu pun. Aku rasa aku memang guna hampir 80% apa yang aku belajar dulu untuk mencari rezeki sekarang.",
"Banyak rakan yang beralih bidang selepas grad tu perkara biasa lah. Cuma kalau ditanya mengapa, dan ada jawap sebab nak buat apa yang betul2 minat. Sebab nak kejar pasion la, kepuasan diri la…. ",
"Ia tentang survival je sebenarnya. Dengan keadaan ekonomi, keluarga, peribadi dan geografi kadang2 memanglah kita takkan dapat apa yang betul2 kita nak. So usaha jelah apa yang kita mampu.",
"Ya ada, yang tinggal segala yang ada demi nak mengejar minat tapi bila masuk bidang bisnes yang betul2 berjaya tak sampai 10% pun. Minat je semata-mata takkan kemana. Tapi keinginan untuk berjaya, ubah hidup, beri kebahagiaan kepada yang tersayang, ini yang betul2 boleh tolak kita untuk buat perkara yang maybe sebelum ni tak pernah terfikir pun untuk buat.",
"Syukur Allah kurniakan aku beberapa bakat dan kebolehan, aku gunakan untuk mencari rezeki. Panjanglah ceritanya…. tapi lepas aku pindah Perak memang semuanya bertukar 360. Langsung tak sama dengan apa yang plan lepas grad dulu. Hatta tak pernah terlintas pun kehidupan sekarang ni dalam benak pemikiran aku masa belajar dulu.",
"Itulah kepelbagaian kan… dah semua nak jadi pegawai siapa pulak nak jadi badut kan? Semua sibuk masuk politik, siapa pulak nak bukak kedai? Semua dah menjual, siapa pulak membeli? Semua main fesbuk, siapa pulak nak main instagram? Semua suka bahenol, siapa pulang nak kecam?",
"Adalah hikmahnya kita dijadikan dengan seribu kepelbagaian didunia ini. Supaya kita saling lengkap melengkapi.",
"Akhir sekali, Siapa nak jadi badut jadilah sungguh-sungguh. Tak penting pun level pendidikan ko, sama je bayaran nanti. Takdenya sebab ada Master ke PHD ke bayaran ko jadi 2 ribu sejam.",
"Tapi jaga integriti, kepercayaan customer, ketepatan masa dan kualiti persembahan."
] |
https://ajar.com.my/2019/02/18/kalau-tenaga-kinetik-ditukar-kepada-haba-sekuat-mana-saya-perlu-tempeleng-untuk-masak-seekor-ayam-dapat-jawapan/ | “Kalau Tenaga Kinetik Ditukar Kepada Haba, Sekuat Mana Saya Perlu Tempeleng untuk Masak Seekor Ayam?” – Dapat Jawapan | [
"Sebuah soalan tular di laman web Reddit kerana cukup melucukan, walaupun penanya soalan tersebut tidaklah menganggap soalannya sebagai ‘soalan bodoh’.",
"“Kalau tenaga kinetik ditukar kepada haba, sekuat mana saya perlu tempeleng untuk masak seekor ayam?”",
"Soalan tersebut sebenarnya masuk akal dari segi saintifik. Kerana menurut hukum keabadian tenaga, tenaga tidak boleh dihasilkan dan dihapuskan, ia cuma berubah bentuk. ",
"Contohnya, apabila kita menggesek sesuatu permukaan berulang – ulang, ia kemudian menjadi panas. Bermakna dalam contoh ini, tenaga kinetik (pergerakan) berubah bentuk menjadi tenaga haba.",
"Maka dengan pemahaman konsep ini, Redditor ini pun tertanyalah, “kalau aku lempang seekor ayam, mesti tenaga lempangan aku itu bertukar kepada tenaga haba. Jadi berapa kuat aku perlu lempang supaya tenaga haba itu cukup untuk memasak seekor ayam?”",
"Disebabkan gambaran situasi ini begitu tidak masuk akal, maka banyak pengguna lain yang terhibur dan ketawa terhadap soalan ini.",
"Tetapi ada juga kumpulan – kumpulan ‘nerd’ yang cuba menjawab soalan penting ini. Kita sangat bersyukur terhadap kewujudan mereka.",
"Seorang pengguna Reddit Parker Ormonde dengan major fizik kemudian membentangkan pengiraannya:",
"Untuk perbandingan, kelajuan Concorde ialah 2,180 km/h, kelajuan tembakan peluru pula sekitar 4500 km/h.",
"Bermakna, untuk memasak ayam dengan tempelengan, anda perlu berlatih melibas tangan pada kelajuan melebihi kelajuan peluru! Atau anda boleh tempeleng sebanyak 23034 kali, kalau anda bosan di hujung minggu.",
"Mungkin kita perlu tunggu pasukan mythbuster sahkan perkiraan ini. ",
"(Apa maksud korang ayam tu akan hancur berkecai? Dah eksperimen belum?) ",
"*Tambahan – sebenarnya memang terdapat eksperimen percubaan memasak dengan teknik pelik yang hanya boleh difikirkan saintis – saintis gila. ",
"Kajian ‘Cooking with Potential Energy‘ ini contohnya cuba memasak ayam Turki dengan melemparnya daripada tingkat 10 Universiti berkali – kali. Ya, setelah ayam jatuh, mereka ambil suhu dan cepat – cepat berlari semula ke tingkat 10 untuk mengulang proses.",
"Setelah 6 jam dan 72 kali lemparan, mereka membuat kesimpulan bahawa dengan cara ini, ayam tersebut akan dapat dimasak sepenuhnya dalam masa 46 jam. Ya, ini lambat sedikit daripada tempoh menunggu di kedai – kedai Tomyam, tapi menurut mereka sekurang – kurangnya tiada bahan api digunakan.",
"Dan ya, nampaknya ini adalah kajian jenaka, seperti pembentangan saintifik kertas kerja berkaitan ayam di bawah:"
] |
https://ajar.com.my/2019/02/19/keluhan-cikgu-sains-ingin-terapkan-islam-dalam-sains-tapi-modul-sains-islam-terlalu-ekslusif-dan-disorok2/ | Keluhan Cikgu Sains. Ingin Terapkan Islam dalam Sains, Tapi Modul Sains Islam Terlalu Ekslusif dan ‘Disorok’. | [
"Cikgu sains hakikatnya sangat berminat untuk mengajar subjek sains yang diintegrasikan dengan ilmu Islam, namun amat sukar untuk mereka temui modul – modul sains Islam yang telah diformulasikan di institusi – institusi pendidikan. ",
"Mereka merasakan modul – modul dan kajian tersebut terlalu ekslusif, mahal, dan hanya diguna pakai di sekolah – sekolah elit tertentu saja.",
"Berikut antara keluhan yang disuarakan wakil guru sains, Cikgu Zainun Mustafa di perbincangan meja bulat IKIM yang dilaporkan oleh majalahsains. ",
"Modul Sains Islam Sangat – sangat Diperlukan Sekarang, Mengapa Dibuat Ekslusif?",
"“Pelajar sekolah sekarang mengalami masalah kekosongan jiwa, krisis aqidah dan akhlak, walaupun mereka dianggap pelajar – pelajar sains harapan”.",
"Cikgu Zainun menjelaskan bahawa mereka tidak dapat mengguna pakai modul sains Islam yang dikaji dengan begitu mendalam oleh institusi pengajian tinggi walaupun hakikatnya mereka sangat memerlukan.",
"Hal ini bertambah parah apabila di sekolah – sekolah, guru sains dan guru agama diasingkan sehingga tidak bertegur sapa.",
"Menurut beliau, cikgu – cikgu sains cuba untuk menerapkan nilai Islam termasuk menerangkan fenomena sains berdasarkan ayat al Quran dan hadis, namun mereka khuatir salah kerana tiada latihan agama.",
"“Menurut kajian, pelajar sebenarnya boleh aplikasikan sains, namun tasawwur mereka rendah kerana kerana diajar oleh cikgu – cikgu bio dan hanya memperoleh sedikit sahaja sentuhan daripada guru agama” ujar beliau.",
"Beliau juga mengkritik penghasilan modul – modul sains Islam yang hanya dijalankan dalam kalangan sekolah – sekolah agama swasta.",
"“Kami hanya mengguna pakai apa yang kami jumpa di Internet, sehingga kami khuatir salah kerana tidak bersumber”",
"Sangat Kurang Sumber Online Bahasa Melayu Berkenaan Sains yang Terbuka ",
"Satu lagi kebimbangan yang disuarakan berkenaan pendidikan sains Islam adalah kurangnya bahan rujukan sains berbahasa Melayu yang boleh diakses mudah oleh remaja.",
"Hal ini diluahkan oleh wakil DBP di persidangan berkenaan yang mengatakan sedang bahan bacaan berbentuk rebel dan punk mudah mereka peroleh, bahan bacaan sains dalam bahasa Melayu sangat sukar didapati.",
"Kini apabila segala maklumat diperoleh atas talian, kita masih lagi belum miliki laman web pendidikan rujukan sains utama dalam Bahasa Melayu yang mudah diakses. ",
"Apabila ingin merujuk kepada konsep sains, pelajar hanya miliki sumber Inggeris, walaupun telah berpuluh – puluh tahun internet dicipta. Sudah pasti, apabila bahasanya Inggeris, orientasi ideologi penulis sains tersebut bukanlah orientasi Islami.",
"Jika ada laman – laman web sains akses terbuka berbahasa Melayu, ia diusahakan secara sendirian seperti majalahsains.com, fiziklah.com, inisainsbeb dan falakonline.net. Kesemua ini tidak mendapat dana dan perhatian sewajarnya, dibiar beroperasi sendirian."
] |
https://ajar.com.my/2019/02/25/genius-genius-hebat-yang-dieksploitasi-hidup-mereka/ | Genius – genius Hebat yang Dieksploitasi Hidup Mereka | [
"Kalau ditanya sama ada ingin jadi genius atau ingin jadi orang biasa – biasa, rasanya ramai yang akan pilih nak jadi genius.",
"Iyalah, orang – orang genius ini mengagumkan, mereka boleh kira pantas guna otak, ada memori fotografik, boleh tidur dalam kelas tapi tetap markah tinggi, dan boleh dapat populariti, tanpa perlu buat kenyataan – kenyataan pelik seperti kata bumi ini rata!",
"Seronok tu! Mesti orang – orang genius ni rasa dihargai dalam masyarakat, kan?",
"Tapi rupa – rupanya hidup seorang genius ini tidaklah begitu indah macam yang disangka. Mereka malah dieksploitasi hidup mereka seperti yang berlaku kepada beberapa orang genius dalam sejarah.",
"Jadi artikel ini senaraikan beberapa orang genius hebat yang dieksploitasi hidup mereka. ",
"Kim Ung Yong",
"Kim Ung Yong catat sejarah sebagai manusia dengan IQ paling tinggi dalam dunia, tapi beliau kemudian dianggap sebagai bakat yang gagal.",
"Pada usia 6 bulan, Kim sudah pun mampu bertutur.",
"Pada umur 3 tahun, Kim sudah mampu membaca Korea, Jepun, German, dan Inggeris kerana tak mahu bosan.",
"Usia 7 tahun, Kim sudah pun dipanggil stesen TV untuk selesaikan masalah pembezaan matematik secara langsung.",
"Dan pada usia 8 tahun, Kim dijemput ke NASA, dan dapat PhD pada usia 15 tahun!",
"Namun semua pencapaian hebat tersebut sebenarnya tidaklah begitu bermakna bagi Kim.",
" Pada waktu tersebut, hidup saya seperti mesin, saya bangun, selesaikan masalah matematik harian, makan, tidur dan berterusan. Saya tak tahu apa yang saya lakukan. Saya kesunyian dan tiada kawan..",
"Kim kemudian pulang ke Korea sebab terlalu rindukan emaknya. Beliau cuma mahu hidup biasa – biasa, mahu gembira seperti orang normal.",
"Tapi kemudian beliau diserang oleh media. Beliau dikatakan sebagai genius gagal yang mensia – siakan bakatnya.",
"Tapi kemudian balas beliau “Kegembiraan bukanlah apabila kita cuba menjadi istimewa, tapi apabila kita buat kawan di sekolah dan berkongsi waktu indah dengan mereka”. Pengalaman yang beliau tidak pernah rasai selama bergelar ‘budak genius’.",
"Oppenheimer",
"Apa perasaan kalau hasil ciptaan kita, anak yang kita besarkan, curah kasih sayang dan tatang bagai minyak yang penuh akhirnya jadi satu kejahatan besar yang kita kesali dan kita sendiri mahu hentikan?",
"Itulah apa yang berlaku kepada Oppenheimer, seorang genius yang dipanggil bapa bom atom.",
"Setelah mencurahkan tenaga intelek yang menakjubkan, Oppenheimer yang mengetuai Manhattan Project berjaya menghasilkan senjata agong bom atom yang kemudian mengubah segala – galanya.",
"Oppenheimer kemudian melihat ciptaan kesayangannya itu dijatuhkan ke atas negara Jepun yang sudah pun hampir kalah dan lantas menyebabkan kemusnahan yang tidak terbayang.",
"Beliau mula menjadi ketar, beliau rasakan beliau bakal menjadi punca kemusnahan manusia, dan beliau kata kepada Presiden U.S ketika itu:",
"Tuan Presiden, tangan saya berdarah",
"Beliau kemudian dihalau dan dipanggil saintis manja.",
"Oppenheimer kemudian berjuang supaya masyarakat antarabangsa mengawal penggunaan kuasa nuklear, tapi beliau kemudian dimalukan, dan kuasa politik beliau dilucutkan. ",
"Komen beliau tentang bom atom adalah antara rakaman video yang paling menggerunkan di Internet. ",
"Imam Ahmad",
"Tak ada siapa yang boleh nafikan betapa geniusnya Imam Ahmad. ",
"Beliau merupakan salah seorang imam besar mazhab, menghafal al Quran seawal usia 10 tahun, menguasai serta menghafal ratusan ribu hadis.",
"Namun kisah hidup ulama besar ini yang sepatutnya dihormati dan disanjungi bukanlah kisah yang senang dan indah, apabila beliau diuji dengan mehnah dan tribulasi.",
"Iaitu apabila pemerintah ketika itu, khalifah al Makmun dikuasai pemikiran Mu’tazilah.",
"Al Ma’mun memaksa ulama – ulama pada zamannya untuk memperakui bahawa al Quran adalah makhluk, jika tidak mereka akan diseksa dan dipenjara.",
"Maka ada sebahagian ulama yang berhelah untuk menyelamatkan diri mereka, pada masa yang sama mereka masih memelihara aqidah mereka. Diceritakan bahawa ulama – ulama tersebut menunjukkan tangan mereka, menunjuk pada jari, dan mengatakan bahawa “Taurat, Zabur, Injil dan Quran, semua ini adalah makhluk”. Semua ini itu merujuk kepada jari – jari mereka.",
"Tapi tak bagi Imam Ahmad. Beliau tetap bertegas bahawa al Quran bukan makhluk. Beliau kemudian akhirnya dipenjara dan disebat serta diseksa bertahun – tahun.",
"Ketika ditanya “mengapa tuan tidak berhelah saja seperti ulama yang lain?”, jawab Imam Ahmad “Ribuan orang sedang menunggu apa kata Imam Ahmad pada fitnah ini. Jika aku sorokkan kebenaran hanya untuk selamatkan diriku, maka aku akan bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini”",
"Akhirnya pengorbanan Imam Ahmad ini disanjung dan beliau digelar sebagai Imam Ahlussunnah.",
"Nikola Tesla",
"Nikola Tesla dianggap sebagai antara pereka cipta genius paling hebat dalam sejarah. ",
"Tapi tak ramai yang mengenal beliau, sebaliknya lebih ramai orang yang mengenal musuh ketat beliau, Thomas Edison.",
"Thomas Edison, pencipta mentol lampu tu. Cuma beliau sebenarnya tak cipta pun mentol lampu tersebut, sebaliknya beliau membeli paten daripada orang, kemudian mempopularkan serta menjual ciptaan tersebut di bawah nama beliau.",
"Thomas Edison adalah seorang ahli bisnes kapitalis yang ada banyak saintis dan jurutera yang bekerja di bawah beliau, manakala Tesla pula adalah seorang genius eksentrik Serbia yang ada memori fotografik dan memang cintakan ilmu sains elektrik. ",
"Pertembungan dua tokoh ini menjadi kisah menarik dalam sejarah.",
"Tesla sebenarnya pernah bekerja dengan Edison. Edison tawarkan 50 000 dolar (lebih kurang 1 juta dollar masa sekarang) untuk selesaikan masalah mesin arus terus (direct current) miliknya. ",
"Tapi setelah Tesla berjaya baiki masalah tersebut, Edison ketawa sambil kata",
"Tesla, kamu tak kenal lawak orang Amerika.",
"Tesla kemudian rasa marah dan dimalukan, lantas berhenti bekerja dengan Edison dan mencipta sistem arus ulang – alik (alternating current).",
"Sistem arus ulang – alik ini mencabar Edison yang mahu menjual sistem arus terus miliknya. ",
"Jadi apa Edison buat? Beliau cuba jatuhkan reputasi sistem arus ulang – alik Tesla dengan cara membayar budak – budak sekolah untuk tangkap kucing dan anjing hidup – hidup, kemudian bunuh binatang – binatang itu menggunakan arus elektrik ulang – alik Tesla. Edison cuba tunjukkan bahawa arus ulang alik itu bahaya.",
"Makmal Tesla juga kemudian terbakar, memusnahkan ratusan ciptaan dan hasil kajiannya. Ada yang mengatakan bahawa ini usaha sabotaj.",
"Bagaimanapun, hal yang menjatuhkan Tesla pada akhirnya hakikatnya bukanlah sabotaj atau tindakan musuh – musuh beliau. Tapi sikap dan pandangan hidupnya yang pelik dan luar biasalah yang merosakkan hidupnya.",
"Projek yang menjatuhkan Tesla ternyata merupakan projek mega beliau untuk menyalurkan tenaga dan komunikasi percuma tanpa wayar kepada seluruh dunia melalui satu pencawang elektrik gergasi.",
"Tapi kemudian pelabur sedar bahawa tenaga percuma tidak akan dapat mendatangkan keuntungan, maka mereka tarik diri daripada projek tersebut sehingga Tesla jatuh bankrap dan terpaksa menjual serpihan – serpihan besi pencawangnya untuk membayar hutang. ",
"Tesla kemudian hidup dalam kemiskinan, beliau tiada kawan melainkan burung – burung merpati peliharaannya dan akhirnya beliau mati seorang diri dalam bilik hotel di New York."
] |
https://ajar.com.my/2019/02/25/nasa-terbit-artikel-hasil-kajian-bersama-dr-adlyka/ | NASA Terbit Artikel Hasil Kajian Bersama Dr Adlyka | [
"Laman web NASA telah menerbitkan artikel yang merupakan hasil kajian bersama (co – author, co – researcher) Dr Adlyka Annuar dari UKM yang pernah terlibat dalam penemuan menggemparkan lohong hitam supermasif.",
"Artikel NASA yang bertajuk ‘In Colliding Galaxies, a Pipsqueak Shines Bright‘ itu mempersembahkan dapatan terbaru analisis X – ray bertenaga tinggi menggunakan teleskop NuSTAR.",
"Kajian tersebut memerhatikan fenomena ‘penggabungan’ (merging) dua galaksi yang dinamakan M51, dengan lohong hitam supermasif di tengah – tengah kedua – dua galaksi yang bersinar dengan sangat terang dan menyedut material di sekeliling.",
"Secara teorinya, tarikan graviti oleh lohong – lohong hitam yang berjuta – juta kali lebih besar daripada matahari itu sepatutnya memanaskan material di sekeliling, lantas menghasilkan cakera bersinar terang yang lebih cerah daripada semua bintang di galaksi – galaksi mereka.",
"Namun dalam kajian yang disumbang bersama oleh Dr Adlyka itu, didapati bukan itu yang berlaku. Sebaliknya kedua – kedua lohong hitam itu lebih malap daripada yang dijangka. ",
"Belum dipastikan apakah sebabnya lohong hitam tersebut tidak seterang seperti yang dijangkakan, namun antara hipotesis baru yang diketengahkan adalah lohong hitam tersebut ‘berkelip’ ketika proses penggabungan galaksi, dan bukan beradiasi dengan kecerahan yang sama sepanjang proses tersebut. "
] |
https://ajar.com.my/2019/02/26/lelaki-ini-raja-wikipedia-yang-membuat-3-juta-suntingan-hebat-atau-menakutkan/ | Lelaki Ini Raja Wikipedia yang Membuat 3 Juta Suntingan. Hebat atau Menakutkan? | [
"Siapa tak kenal Wikipedia? Laman web ini dianggap paling berguna untuk setiap pelajar Universiti, kadang kala lebih daripada nota Profesor di kelas. Wikipedia mungkin merupakan asbab utama kejayaan puluhan ribu graduan di seluruh dunia.",
"Namun tak ramai yang mengenali ‘raja’ di sebalik laman web informasi gergasi ini. Dengan jumlah suntingan melebihi 3 juta, dan 35 000 tulisan artikel asli, Steven Pruitt bertanggungjawab terhadap 1/3 isi dalam Wikipedia. ",
"Wikipedia (menurut wikipedia) adalah sebuah eksiklopedia atas talian terbuka yang ditulis dan disunting oleh sesiapa saja sukarelawan tanpa mengira latar belakang.",
"Steven Pruitt, atau nama samaran Wikipedia beliau Ser Amantio Di Nicolao, adalah sukarelawan yang menghasilkan paling banyak suntingan, semuanya tanpa bayaran. Menurut Wikimedia, Pruitt adalah penyumbang paling teratas laman web yang mengandungi 5.7 million laman tersebut. ",
"Bermakna, beliau mungkin merupakan hero di belakang tabir yang telah membantu anda semua bergraduasi sejak tahun 2006.",
"Untuk menyunting dan menghasilkan artikel – artikel sebanyak itu, Pruitt banyak membuat kajian di ensiklopedia, perpustakaan, malah kadang kala beliau turun sendiri membuat kajian lapangan untuk mendapatkan data. Beliau menghabiskan masa 3 jam sehari setelah kerja membuat suntingan, tulisan dan kajian. ",
"Ketika ditanya kenapa beliau sanggup mengabdikan diri melakukan kerja percuma ini, ini jawab beliau:",
"Wikipedia adalah komuniti percuma. Rasanya tak patut meminta duit membuat suntingan. Ia adalah hobi. Hobi ini telah memakan kehidupan saya, tapi ia tetap hobi. ",
"Kadang kala saya ada waktu semacam menyesal, tapi semua orang ada waktu – waktu begitu. Tapi apabila saya melihat balik artikel – artikel yang saya telah tuliskan, terutama untuk topik yang tak pernah ada liputan atas talian, saya rasa seronok. Perasaan melakukan perkara yang berguna, itu yang menolak saya untuk terus menulis.",
"Beliau juga menganggap bahawa usaha kumpulan Wikipedia ini mampu mengubah dunia dan merubah persepsi kita tentang keilmuan.",
"Niat dan pengorbanan Steven Pruitt ini mulia, namun dari satu sudut, ia menimbulkan keresahan terhadap lanskap maklumat dan keilmuan dalam laman web informasi terbesar ini. ",
"Apabila dilihat latar belakang beliau, didapati bahawa beliau adalah graduan sarjana muda sejarah kesenian (art history). ",
"Sedangkan salah satu kritikan utama terhadap Wikipedia adalah kredibiliti penulis – penulis yang bukan saja tidak dikenali, menggunakan nama samaran, malah tidak diketahui latar belakang akademik mereka serta bias mereka. ",
"Disiplin ilmu menuntut kita untuk merujuk kepada ahli dalam bidang tertentu untuk dibuat rujukan. Sekurang – kurangnya jika mahu membaca artikel sains, penulis tersebut perlulah berlatar belakangkan sains, jika ingin merujuk sejarah, paling ditulis oleh sejarawan.",
"Wikipedia bagaimanapun mempersembahkan lambakan informasi tanpa dipastikan keahlian penulis dan penyunting, serta orientasi dan agenda mereka. ",
"Apabila seorang individu yang tidak memiliki latar belakang akademik yang kuat bertanggungjawab terhadap 1/3 isi di sebalik enjin rujukan terbesar dunia, maka ini menimbulkan tanda tanya kualiti ilmu yang kita peroleh.",
"Bagaimanapun, Wikipedia hakikatnya memang tidak sepatutnya menjadi rujukan utama untuk sebarang kajian mendalam. Ia masih boleh diharmonikan sebagai alat akademik dengan disiplin ilmu yang betul. Cuma apa yang perlu diusahakan adalah didikan kepada masyarakat."
] |
https://ajar.com.my/2019/03/04/remaja-pakistan-kejutkan-dunia-dengan-penemuan-saintifik-pertama/ | Remaja Pakistan Kejutkan Dunia dengan Penemuan Saintifik Pertama | [
"Pada usia 17 tahun, kita mungkin tidak lain dihantui dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan topik pengamiran matematik tambahan.",
"Tapi bagi remaja 17 tahun dari Pakistan Muhammad Shaheer Niazi, usia tersebut memperlihatkan beliau menawan komuniti saintifik dunia dengan penemuan saintifik yang pertama, sekaligus mengiktiraf dirinya sebagai seorang saintis.",
"Sarang Lebah Elektrik ",
"Ahli fizik telah mengetahui fenomena sarang lebah elektrik (electric honeycomb) berdekad lamanya. ",
"Ia berlaku apabila lapisan minyak diletakkan dalam medan elektrik antara satu elektrod rata dan satu elektrod runcing. Ketidakstabilan yang disebabkan oleh pengumpulan ion menghasilkan tekanan pada permukaan minyak – lantas menghasilkan corak yang cantik yang kelihatan seperti sarang lebah atau kaca berwarna.",
"Pelajar sekolah tinggi daripada Lahore Pakistan ini berjaya mengambil gambar pergerakan ion yang membentuk sarang labah di samping merekodkan haba di permukaan minyak. Tiada orang yang pernah melakukan perkara ini sebelum ini.",
"Mengulang kembali fenomena sarang lebah elektrik ini saja sudah cukup mengagumkan, namun kejayaan merakam foto tersebut tidak pernah dicapai oleh komuniti saintis sebelum ini.",
"Kajian tersebut sebenarnya bertitik tolak daripada penyertaan Shaheer dalam International Young Physicists’ Tournament, di mana beliau mewakili Pakistan buat kali pertama dalam pertandingan tersebut. ",
"Kertas kajian saintifik beliau yang bertajuk ‘The Electric Honeycomb; an investigation of the Rose window instability‘ kemudian diterbitkan oleh Royal Society Open Science. ",
"Masa Depan yang Cerah",
"Foto – foto termal yang dihasilkan oleh Shaheer mengejutkan serta mengagumkan ahli fizik Alberto T. Perez Izquierdo, yang sebelum ini belum pernah mengeksplorasi perubahan suhu pada permukaan minyak.",
"Beliau juga memuji kemahiran bereksperimen Shaheer seraya mengatakan ",
"“Saya rasa sememangnya sangat mengagumkan untuk seorang saintis yang sangat muda untuk menghasilkan kajian seperti ini”",
"Di Pakistan, kejayaan beliau menjadi kebanggaan rakyat di sana serta menjadi tumpuan media.",
"Shaheer yang ketika itu berusia 17 tahun berharap agar dapat memperoleh anugerah Nobel untuk Pakistan sebagai pewaris ahli fizik terkemuka Abdus Salam. "
] |
https://ajar.com.my/2019/03/05/rupa-rupanya-ada-kuantiti-saintifik-melayu-bernama-fawzal-number-tak-sangka/ | Rupa – rupanya Ada Kuantiti Saintifik Melayu Bernama Fawzal Number. Tak Sangka! | [
"Selama ini kita mengenali kuantiti atau persamaan saintifik dan matematik dengan nama – nama Inggeris, seperti Reynolds Number, Bernoulli’s Principle, Pascal’s Triangle…",
"Tapi siapa sangka rupa – rupanya terdapat kuantiti saintifik dengan nama Melayu, yang dipanggil Fawzal Number (Fa).",
"Kuantiti yang disandarkan kepada bapa Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Aid Fawzal) itu asalnya dinamakan “Cooling Performance Index” yang diperkenalkan Dr Syahid dalam kajian PhDnya di UK.",
"Kemudian indeks tersebut mula dipanggil sebagai Fawzal Number untuk memudahkan ia dikenali rakan penyelidik, dan mula dikenali di dunia akademik. ",
"Nombor Fawzal",
"Nombor Fawzal adalah kuantiti tidak berdimensi yang menerangkan nisbah pemindahan haba perolakan (convective heat transfer) atau kapasiti penyejukan (cooling capacity) dengan kuasa yang digunakan oleh reka bentuk (design) tersebut. ",
"Nombor Fawzal didefinisikan sebagai:",
"Nombor tersebut digunakan untuk membantu menentukan prestasi penyejukan apabila parameter reka bentuk berubah terutama apabila mengendalikan kajian parametrik.",
"Secara umumnya, semakin tinggi nombor Fawzal, semakin baik prestasi penyejukan.",
"Aplikasi",
"Penemuan nombor Fawzal tersebut bertujuan untuk membantu pereka cipta dan pengkaji dalam menentukan reka cipta bagaimana yang lebih baik.",
"Hasil daripada penemuan ini, kerja – kerja teknikal & reka bentuk Dr Ahmad Syahid telah digunakan oleh syarikat tajaan PhD dalam menghasilkan produk mereka. ",
"Dr Ahmad Syahid juga adalah antara pencipta sulung dalam rotor cooling technique untuk mesin electrik berkuasa tinggi.",
"Dengan adanya sistem penyejukan tambahan ini (secondary cooling system: primary cooling adalah stator cooling), lebih kuasa dapat dijana dengan reliability dan efficiency yg tidak terjejas. ",
"Nombor Fawzal telah diguna pakai oleh syarikat penaja, yang terbukti dapat meningkatkan prestasi produk mereka sebanyak 200%. (original continuous performance = 50kW & improved continuous performance = 100kW). ",
"Kini produk mereka telah digunapakai oleh beberapa pengeluar supercar & hypercar bersama dengan “sistem teknologi penyejukan (cooling system technology) yang telah beliau hasilkan. ",
"Hasil penemuan ini, nama Dr Aid Fawzal tersenarai sebagai nama ke 155 senarai Melayu hebat oleh majalahlabur.",
"Bacaan lanjut: Ahmad Syahid Fawzal – Google Scholar"
] |
https://ajar.com.my/2019/03/08/nigeria-pernah-pecat-20000-guru-sekolah-kerana-gagal-jawab-ujian-darjah-4/ | Nigeria Pernah Pecat 20000 Guru Sekolah Kerana Gagal Jawab Ujian Darjah 4 | [
"Kadang kala perkara yang ditakuti orang dewasa adalah apabila diminta membantu murid sekolah rendah membuat kerja sekolah.",
"Boleh jadi, kita sedar kita rupanya terlupa cara membuat kira – kira matematik mudah seperti pembahagian, kita malah tak teringat apa itu ‘pemboleh ubah manipulasi’, atau terlupa hukum mad wajib muttasil.",
"Agak – agaknya, kalau kita ambil ujian murid darjah 4 – 6, boleh jadi gred diperoleh bukan A pun.",
"Namun sebenarnya kes yang lebih parah adalah apabila cikgu – cikgu sendiri gagal menjawab ujian murid mereka, seperti yang berlaku di Nigeria apabila 20 000 guru gagal dalam ujian kompetensi murid 10 tahun.",
"Perkara ini didedahkan oleh Gabenor Kaduna, El Rufai yang begitu kecil hati terhadap prestasi guru – guru di Kaduna.",
"We are putting these out in the court of public opinion for Nigerians to make their verdict. Here are some of the primary 4 competency test scripts conducted for primary school teachers in Kaduna State. pic.twitter.com/aMwRWPlh6f",
"Antara soalan yang diajukan adalah seperti nama – nama bentuk, yang nampaknya guru tersebut tidak mampu eja dengan betul pun. ",
"Begitu juga, apabila ditanya soalan begitu mudah seperti ‘tanggungjawab ibu bapa kepada anak – anak pun, tak dapat dijawab penuh. ",
" “Ini adalah situasi yang sangat serius apabila guru tidak boleh lulus peperiksaan yang sepatutnya mereka ajar kanak-kanak itu untuk lulus. Ia sangat menyedihkan.” ",
"Markah lulus adalah sebanyak 75%. Mereka yang mendapat markah kurang daripada itu akan dipecat, tapi mereka boleh mendapatkan semula jawatan tersebut jika mereka memperbaiki keputusan mereka.",
"Sebuah laporan menjelaskan bahawa kerajaan Nigeria sedang membersihkan sistem pendidikan mereka yang terlalu mementingkan politik berbanding pengajaran ilmu.",
"Menurut El Rufai, pengambilan guru – guru terlalu dipolitikkan sehingga ahli politik dan pengerusi kerajaan tempatan menjadikan sekolah rendah sebagai ‘tempat markas samseng – samseng mereka‘. ",
"El Rufai mengatakan guru – guru yang dipecat ini akan diganti dengan mereka yang lebih berkelayakan. "
] |
https://ajar.com.my/2019/03/10/wanita-wanita-hebat-pada-zaman-keemasan-islam/ | Wanita – wanita Hebat Pada Zaman Keemasan Islam | [
"Selama ribuan tahun wanita meninggalkan kesan yang ampuh kepada masyarakat, mereka mengubah arus peredaran zaman, seraya mempengaruhi tamadun selama ratusan tahun. ",
"Dalam peradaban Islam, wanita – wanita hebat daripada pelbagai latar kepercayaan dan kaum bekerja bersama – sama lelaki untuk memajukan komuniti mereka.",
"Kisah mereka yang menginspirasikan, personaliti hebat mereka serta kecekalan yang tiada tolok banding sewajarnya menjadi panduan dan rujukan kita pada hari ini.",
"Berikut adalah senarai beberapa tokoh wanita hebat pada zaman keemasan Islam",
"Fatima al Fihri – Abad Ke-9",
"Fatima al Fihri membesar dalam keluarga yang terpelajar dan mempelajari fiqh serta hadis. Fatima mewarisi sejumlah wang yang besar daripada bapanya yang kemudian digunakan untuk membina masjid untuk masyarakat setempat. Dibangunkan pada tahun 859, masjid Qarawiyin adalah universiti tertua di dunia. Sebahagian pendapat mengatakan inilah universiti pertama dibina dalam sejarah. ",
"Pelajar – pelajar mengembara ke sana dari serata pelusuk dunia utnuk mempelajari pengajian Islam, astronomi, bahasa dan sains. Nombor Arab dikenali dan digunakan oleh Eropah melalui Universiti ini. ",
"Al – Ijliya al Astrulabi – Abad ke-10",
"Astrolabe adalah merupakan antara ciptaan saintifik paling hebat dan penting dalam Zaman Pertengahan. Antara tokoh ternama yang menghasilkan Astrolabe adalah Al-‘Ijliyah bint al-‘Ijli al-Asturlabi yang mengikuti jejak langkah kerjaya bapanya di Aleppo dan kemudian diambil bekerja di halaman Sayf al Dawlah pada tahun 944 Masihi (333 H). Terdapat asteroid main belt (7060) Al-‘Ijliya yang dinamakan sempena nama beliau sebagai suatu penghormatan baginya. ",
"Sutayta al Mahmali – Abad ke-10",
"Sutayta dididik dan dilatih oleh beberapa sarjana termasuklah bapanya sendiri. Beliau cemerlang dalam pelbagai bidang termasuklah sastera Arab, hadis, fiqh dan matematik. Dikatakan bahawa beliau merupakan pakar dalam ilmu hisab dan faraid – kedua – duanya merupakan bidang matematik praktikal yang dikembangkan pada zaman beliau. Dikatakan juga bahawa beliau mencipta solusi kepada persamaan yang kemudian disitasikan (cited) oleh ahli matematik lain. Hal ini menunjukkan kemahiran tinggi beliau dalam matematik.",
"Zaynab al Shahda – Abad ke-12",
"Zaynab adalah seorang ahli kaligrafi yang dikenali lantaran sumbangannya dalam fiqh, hadis dan husnul khatt. Beliau mendapat pujian hebat dan diposisikan sebagai guru Yaqut, khalifah terakhir Abbasiyah. Beliau juga merupakan ahli kaligrafi di Istana Musa. Dianggap sebagai guru yang cemerlang dan disanjungi, beliau menerima banyak anak murid yang menerima ijazah di bawah nama beliau. Populariti Zaynab sememangnya tidak dinafikan apabila beliau dinamakan sebagai Siqat al Dawla kerana pertalian beliau dengan al – Muktafibillah, khalifah Abbasiyah. Beliau banyak mengisi masa mempelajari sains dan sastera. ",
"Gevher Nesibe Sultan – Abad ke-13",
"Gevher Nesibe Sultan merupakan seorang puteri Kesultanan Rum pada awal abad ke-13, anak kepada Kilij Arslan II dan kakak kepada Kaykhusraw I. Beliau adalah pemegang nama bagi sebuah kompleks agung yang merangkumi hospital, madrasa yang khusus mengkaji perubatan, dan masjid di Kayseri, Turki. Kompleks tersebut ( külliye dalam bahasa Turkish) dianggap salah satu daripada monumen agung seni bina Seljuk. Hospital tersebut dibina antara tahun 1204 dan 1206, dan madrasah tersebut siap pada tahun 1210. Kompleks tersebut dinamakan sempena nama puteri Gevher Nesibe Sultan. ",
"Permaisuri Amina dari Zaria – Abad ke-16",
"Dalam peradaban Muslim, banyak wanita yang gemilang dalam pelbagai bidang di Afrika Sub – Sahara. Antaranya adalah Permaisuri Amina dari Zaria (1588 – 1589). Beliau adalah anak perempuan paling tua Bakwa Turunku, pengasas Kerajaan Zazzau pada 1536. Amina peroleh kekuasaan pada tahun 1588 dan 1589. Amina terkenal dengan sikap kepahlawanan beliau dan kemahiran ketenteraan. Antara strategi ketenteraan beliau yang bijak adalah kemahiran kejuruteraan membina kem bertembok tinggi dalam banyak kempen yang disertainya. Beliau dianggap pembina tembok Zaria yang terkenal. ",
"Sumber:"
] |
https://ajar.com.my/2019/03/13/cikgu-hayati-pergi-dengan-tinggalkan-kita-ratusan-video-add-math-di-youtube/ | Cikgu Hayati ‘Pergi’ Dengan Tinggalkan Kita Ratusan Video Add Math di Youtube | [
"Seorang guru yang banyak berbakti kepada anak bangsa pergi meninggalkan kita setelah bertarung dengan penyakit kanser payudara tahap empat sejak dua tahun yang lalu.",
"Cikgu Hayati Aini yang dijemput Ilahi baru – baru ini bagaimanapun meninggalkan legasi yang cukup besar yang boleh dimanfaatkan oleh semua pelajar dan warga pendidik, iaitu menerusi ratusan video tutorial subjek matematik yang beliau muat naik di Youtube.",
"Saluran ‘hayatimathswizz Hayati Aini‘ yang bermula sejak 3 tahun lepas itu memuatkan 387 video berkaitan matematik tambahan merangkumi pelbagai topik dan permasalahan.",
"Setelah mengetahui tentang pemergian beliau, netizen mengucap takziah beramai – ramai di ruangan komen video terakhir cikgu Hayati. ",
"Menurut suami kepada arwah Hayati, Abdul Jalil, 53, ilmu yang dikongsikan isterinya itu diharap boleh memberi manfaat kepada golongan pelajar.",
"“Selagi video di Youtube itu boleh beri manfaat kepada semua, ambil dan belajarlah melaluinya”",
"Jalil yang ditemu ramah oleh mstar itu juga memberitahu arwah isterinya sedaya upaya akan membantu pelajarnya memahami sesuatu perkara walaupun di luar waktu persekolahan.",
"“Dalam apa jua keadaan, dia akan cuba penuhi keperluan orang lain berbanding dirinya sendiri”",
"Cikgu Hayati merupakan tenaga pengajar di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Long, Kajang, sehinggalah saat beliau menghembuskan nafas terakhir.",
"Beliau meninggal dunia di kediamannya di Taman Puncak Saujana, Kajang pada usia 46 tahun.",
"Semoga usahanya diterima Allah sebagai amalan yang berterusan mengalir dan dimanfaatkan oleh ummah."
] |
https://ajar.com.my/2019/03/14/panduan-formasi-bola-sepak-tulisan-jawi-tahun-1895-ini-cukup-mengagumkan/ | Panduan Formasi Bola Sepak Tulisan Jawi Tahun 1895 Ini Cukup Mengagumkan | [
"Sekarang ini, begitu sukar untuk kita melihat tulisan jawi digunakan. Di majalah – majalah, akhbar bercetak tidak kelihatan, di media arus perdana apatah lagi.",
"Itulah sebab gambar panduan formasi bola sepak tulisan jawi yang dikongsikan Perdana Menteri Singapura ini begitu mengagumkan dan menggamit nostalgia tradisi yang semakin ditinggalkan.",
"Panduan bola sepak tahun 1895 itu bertajuk ‘Peta Padang Bermain Futbol dan Peraturan Mengatur Pemain’.",
"Halaman tersebut menjelaskan formasi 2-3-5, tetapi ia menggunakan transliterasi bunyi Inggeris kepada bahasa Melayu, yang kemudian diterjemah kepada bahasa Melayu.",
"Sebagai contoh ‘??? ??? ????’ adalah transliterasi daripada perkataan ‘outside right’ yang bermaksud depan kanan. Centre (depan tengah) pula dieja ‘?????’.",
"Malah sebenarnya terma moden Melayu seperti ‘bek kanan’ dan ‘bek kiri’ juga menggunakan transliterasi perkataan ‘back’. ",
"Panduan bola sepak bertulisan jawi tersebut dipamerkan oleh National Library Board Singapura di ruangan bahan – bahan bersejarah yang jarang ditemui. Pameran tersebut bertujuan mendedahkan sejarah – sejarah Singapura kepada umum. ",
"Tulisan jawi dahulunya merupakan tulisan ilmu, budaya dan peradaban, yang mempunyai kuasa dan digunakan untuk berhubung dengan raja – raja. ",
"Tulisan ini bagaimanapun merosot penggunaannya bertitik tolak daripada penjajahan kuasa Barat.",
"Pada tahun 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayumembuat keputusan:",
"“…sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan jawi sehingga masa menentukannya..”",
"Sehinggalah tahun 1963, Akta Bahasa Kebangsaan mengisytiharkan tulisan rasmi bahasa Melayu ialah tulisan rumi.",
"Tulisan jawi hanyalah boleh digunakan untuk pendidikan Islam. Bermakna, tulisan jawi tidak boleh lagi digunakan untuk nama jalan, pembangunan bandar dan lain – lain. Pengaruhnya semakin lama semakin pudar.",
"Baca lagi: Fakta Tulisan Jawi yang Kita Kena Tahu"
] |
https://ajar.com.my/2019/03/18/jangan-beli-dua-pizza-saiz-kecil/ | Jangan Beli Dua Pizza Saiz Kecil! | [
"Rasanya ramai yang pernah sampai satu masa, tiba – tiba mengidam makan pizza. Bukan setakat mengidam, kita mahu makan sebanyak mungkin sekali hadap.",
"Jadi kita pun keluarkan duit di akaun bank, kesat air mata sebab gaji tak masuk lagi, puasa satu hari ,dan kemudian tibalah saat waktu melangkah ke kedai pizza.",
"Lalu disebabkan terlalu mengidam, kita mahu makan sebanyak mungkin pizza pada malam tu. Maka kita pesan dua pizza saiz kecil (6 inci), sebab satu pizza saiz medium (9 inci) tak cukup besar.",
"Sebenarnya salah. Sebab satu pizza saiz Medium lebih banyak pizzanya berbanding dua pizza saiz small. ",
"Jadi anda jangan beli dua pizza saiz kecil, sebaliknya lebih baik beli satu pizza saiz medium!",
"Siapa Cakap??",
"Matematik. Matematik cakap.",
"Matematik, yang kita ingat tak berguna selepas tinggalkan sekolah tu. Tak sangka rupa – rupanya matematik membantu kita membuat pilihan hidup yang sangat penting, “beli satu pizza saiz medium atau dua pizza saiz kecil?“",
"Hal ini boleh dibuktikan dengan formula untuk mencari keluasan bulatan:",
"Luas bulatan = ?r2 ",
"Di mana ? = 3.141592 … , dan r = jejari bulatan = 1/2 diameter bulatan",
"Maka kita akan dapati keputusan di bawah:",
"Ternyata 1 Pizza regular lebih ‘banyak pizza’ berbanding 2 Pizza small! Fakta ini sememangnya bertentangan dengan naluri kebiasaan kita. ",
" pic.twitter.com/ElE2yc1Fsy",
"Bukan itu saja, dengan pembelian 1 pizza saiz regular, anda sebenarnya mendapat nilai pembelian yang lebih berbanding 2 pizza saiz small.",
"Jika kita rujuk harga yang ditawarkan oleh Dominos, kita akan dapati :",
"2 Pizza Small = RM 24.20",
"1 Pizza Medium / Regular = RM 26.25",
"Sekali imbas nampaknya 1 Pizza Medium lebih mahal daripada 2 Pizza Small, tapi nanti dulu. Jika kita bahagikan dengan luas pizza, kita akan dapati bahawa ",
"1 inci persegi pizza small = RM 0.43",
"1 inci persegi pizza regular = RM 0.41",
"Maka sebenarnya pizza regular bukan saja lebih banyak pizzanya berbanding 2 pizza small, tetapi lebih berbaloi dan murah. ",
"Jadi Memang Sentiasa Beli 1 Pizza Bersaiz Besar Berbanding 2 Pizza Saiz Kecil ke?",
"Sebenarnya … tidak juga. Sekurang – kurang bukan dengan saiz Pizza di Malaysia.",
"2 Pizza saiz regular (9 inci) lebih banyak pizzanya berbanding 1 pizza saiz large (12 inci). Begitu juga 2 Pizza saiz Large (12 inci) lebih banyak pizzanya berbanding 1 pizza saiz Xtra large (15 inci).",
"Kena buat kira – kira lah untuk pastikan pembelian pizza anda berbaloi.",
"Begitu juga, kadang kala anda mahu beli 2 pizza saiz kecil berbanding 1 pizza medium kerana anda mahu 2 jenis pizza berbeza.",
"Lainlah kalau boleh beli satu pizza regular, tapi separuh Hawaiian, separuh Classic chicken. Boleh ke?"
] |
https://ajar.com.my/2019/03/21/saintis-perdengarkan-lagu-hip-hop-kepada-keju-ini-hasilnya/ | Saintis Perdengarkan Lagu Hip Hop Kepada Keju. Ini Hasilnya. | [
"Kerja seorang saintis tak semestinya hanya melibatkan kajian seperti pemerhatian lohong hitam, menganalisis eksperimen kuantum kompleks atau menguji kesan ubat kepada sel kanser.",
"Kadang kala ada juga sesetengah eksperimen sains ‘merepek’ yang buat dahi kita berkerut, seperti saintis di Switzerland yang habiskan 6 bulan memperdengarkan lagu – lagu berbeza kepada keju.",
"Menurut kenyataan akhbar cheeseinsound (entah kenapa kelakar pula bunyinya), saintis – saintis tersebut mendapati keju yang terdedah kepada muzik miliki rasa yang berlainan berbanding keju biasa.",
"Keju yang didedahkan kepada lagu Hip Hop didapati miliki bau yang lebih kuat sedangkan rasanya lebih pekat dan manis berbanding sampel malar.",
"Laporan tersebut tidaklah kedengaran seperti merepek dan buang masa, kerana menurut mereka: impak akustik bio gelombang bunyi mengesani prosess metabolik keju. ",
"Rupa – rupanya, Sonochemistry, iaitu satu bidang kajian saintifik yang mengkaji pengaruh gelombang bunyi kepada bahan pepejal sememangnya wujud. Gelombang ultrasonik digunakan untuk merubah reaksi kimia pada satu satu bahan.",
"Keju pula secara asasnya adalah hasil kesan kimia dan pengaruh organisme mikro, jadi mungkin gelombang bunyi sememangnya mampu mendatangkan kesan tertentu kepadanya. ",
"Seorang saintis yang terlibat dalam kajian tersebut, Bet Wampfler mengatakan bahawa “Bakteria bertanggungjawab terhadap formasi rasa keju. Saya yakin selain faktor kelembapan, suhu dan nutrien, bunyi, gelombang ultrasonik dan muzik juga boleh datangkan kesan fizikal” katanya kepada AFP.",
"Cara Eksperimen Dijalankan",
"Untuk menguji kesan muzik pada keju, sembilan keju Emmental seberat 10kg diletakkan di rak kayu di gudang keju Wampfler. Setiap keju diperdengarkan muzik – muzik berbeza berdurasi 24 jam yang diulang – ulang setiap hari menggunakan transducer mini yang menyalurkan gelombang bunyi terus kepada keju. ",
"Lima keju dimainkan genre muzik yang berbeza, satu diperdengarkan Led Zeppelin (Rock), satu lagu The Magic Flute oleh Mozart, satu tekno, satu Yello dan yang terakhir didendangkan A Tribe Called Quest.",
"3 lagi keju sekadar didedahkan kepada gelombang berfrekuensi tinggi, sederhana dan rendah. Manakalah satu lagi keju didendangkan lagu paling sedap di dunia, kesenyapan (ya, ini sampel malar).",
"6 bulan mendengar lagu yang sama setiap hari dan saat, keju – keju tersebut kemudian dihidangkan kepada pakar merasa keju untuk dipastikan perbezaan rasanya.",
"Ternyata, ujian rasa yang dibuat menyimpulkan bahawa sememangnya terdapat perbezaan rasa yang nyata. Keju Hip Hop dinobat sebagai yang paling sedap.",
"Bertitik tolak daripada eksperimen ini, saintis di Switzerland berhasrat mahu menjalankan lebih banya eksperimen dengan lebih banyak sampel lagu.",
"Kami syorkan lagu Pergi Tak Kembali oleh Rabbani dan Menanti di Barzakh oleh FarEast. Mungkin kita boleh peroleh tekstur keju yang lembut kerana ia insaf?"
] |
https://ajar.com.my/2019/03/22/pak-nil-dinobat-ikon-pembelajaran-abad-ke-21-tapi-dipersoal-ramai-orang/ | Pak Nil Dinobat Ikon Pembelajaran Abad ke – 21, Tapi Dipersoal Ramai Orang. | [
"Datuk Aznil Haji Nawawi hari ini dinobat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke – 21 (PAK21), lantaran keterlibatan beliau dalam banyak aktiviti sosial, ekonomi, pendidikan dan khidmat masyarakat.",
"Menerusi hantaran beliau di Instagram miliknya, Pak Nil meluahkan rasa syukur dan terima kasih kerana dipilih sebagai Ikon PAK21.",
" Inilah watikah perlantikan #paknil sebagai Ikon Pembelajaran Abad Ke 21 oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dr @MaszleeTerima kasih kepada pejuang2 @YayasanPesona. Tugas baru kita telah bermula.",
"Anak2 Paknil keliling Malaysia nantikan kemunculan Paknil dan team Yayasan Pesona muncul di sekolah anak2 ",
"Sebagai Ikon PAK21, Pak Nil bertanggungjawab:",
" Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ikon SekolahBimbingan Jalinan Kasih (SBJK) pada tahun 2017. Tahniah diucapkan!",
"Ramai yang Mempersoal",
"Namun begitu, berita ini sebenarnya turut mendatangkan persoalan dan keraguan yang menghujani KPM.",
"Rata – rata yang bertanyakan soalan dan menyuarakan ketidakpuasan hati adalah daripada kalangan ibu bapa dan guru – guru serta warga pendidik.",
"Sebuah komentar di media sosial mengatakan bahawa:",
" “ikon sewajarnya seorang yang berlatarbelakangkan perguruan, pembangunan pendidikan dan lain – lain…”",
"Kebanyakan yang mempersoal adalah bertitik tolak daripada ketidakpuasan hati ikon tersebut yang dipilih daripada warga selebriti dan bukan akademik.",
" “Pembelajaran apa yang dia buat? Apa sumbangan akademik dia? Apa pengetahuan pedagogik dia? Kalau bukan sekadar program hiburan yang melalaikan? Dah takde lagi ke guru-guru yang jauh lebih layak? ” ",
"Namun terdapat juga sebahagian netizen yang mempertahan pelantikan tersebut",
"Buat masa sekarang, KPM masih belum memberi respon balas kepada persoalan – persoalan ini. Apa pun, diharapkan agar pelantikan ini bakal membawa arus positif kepada pendidikan tanah air. "
] |
https://ajar.com.my/2019/03/22/nampaknya-bahasa-wechat-berjaya-naik-taraf-ke-peringkat-rasmi/ | Nampaknya Bahasa Wechat Berjaya Naik Taraf ke Peringkat Rasmi | [
"Kempen jimat air kerajaan negeri Perak mendapat kritikan apabila menggunakan ejaan yang salah dan tidak lengkap pada kain rentang dan gegantung.",
"Pada kain rentang tersebut, tertulis ‘PNGUNA BJAK SNTIASA BRJMAT’ yang sepatutnya ditulis ‘Pengguna Bijak Sentiasa Berjimat’.",
"Slogan yang sama turut digunakan pada gegantung rasmi kempen anjuran kerajaan negeri Perak tersebut.",
"Umum mengetahui bahawa amalan memendekkan kata dan membuang huruf – huruf vokal kebiasaannya dikaitkan dengan ‘bahasa Wechat’ atau ‘Whatsapp’.",
"Tapi agak mengejutkan kerana amalan yang dianggap merosakkan bahasa ini boleh menyusup masuk dan diterima pula dalam sebuah program rasmi kerajaan negeri.",
"Menurut laporan Utusan, Pejabat Menteri Besar menjelaskan bahawa ejaan tersebut adalah suatu gimik untuk kempen jimat air.",
"Mungkin hendak dinyatakan bahawa disamping menjimatkan air, kita juga boleh menjimatkan dakwat pencetak untuk tidak mencetak lebihan huruf yang tidak perlu?",
"Jika demikian, sememangnya tidak masuk akal kerana tiada kos tambahan untuk mencetak ‘lebihan’ huruf. Kos percetakan adalah berdasarkan saiz kain rentang dan kualiti cetakan. Maka tidak pasti apa mesej yang ingin disampaikan.",
"Rata – rata pengguna media sosial mengkritik kain rentang tersebut:"
] |
https://ajar.com.my/2019/03/25/inilah-sebab-mengapa-saintis-begitu-bencikan-wartawan/ | Inilah Sebab Mengapa Saintis Begitu Bencikan Wartawan | [
"Kadang – kadang kita akan jumpai artikel – artikel laporan saintifik yang semacam terlalu melampau dan susah dipercayai. Tetapi disebabkan ia dikatakan sebagai ‘kajian saintifik’ maka ia pun tular dan dipercayai ramai orang.",
"Dahulu pernah tular ‘kajian’ yang mengatakan bahawa kucing kita sebenarnya merancang untuk membunuh kita. ",
"Tapi sebenarnya kertas kajian tersebut cuma mendapati bahawa kucing – kucing tersebut cuma miliki ciri – ciri personaliti yang sama dengan singa Afrika. Kita semua tahu tentang Singa Afrika, bila lapar, mereka tak makan rumput. Miliki personaliti yang sama tak semestinya bermakna kucing itu mahu makan orang, samalah seperti miliki personaliti ceria tak semestinya jadikan kita Pak Nil.",
"Saintis yang membuat kajian itu sendiri mengatakan “melampau bila dikatakan kucing anda mahu membunuh anda”",
"Begitu juga, ‘kajian saintifik’ mendapati bahawa kopi mampu merawat kerosakan hati, menghalang kanser usus, dan mengurangkan risiko kanser endometrium. Hebatnya kopi, lebih hebat daripada segala ubat magis di pasaran!",
"Sebenarnya laporan – laporan ini semua bukanlah datang daripada saintis, tetapi daripada wartawan yang menghasilkan cerita daripada kajian saintis. Dan sebenarnya wartawan dan saintis miliki hubungan yang tidak baik.",
"Wartawan vs Saintis",
"Gaya kerja wartawan dengan saintis sememangnya sangat berbeza. Kadang kala perbezaan ini boleh mendatangkan malapetaka yang merosakkan hidup saintis tersebut, seperti salah lapor media terhadap kajian keberkesanan program tukar jarum di Vancouver. ",
"Kajian tersebut mendapati bahawa program tukar jarum saja tak mencukupi, ia perlu ditambah dengan dorongan kaunseling, sokongan dan pendidikan. Tapi media melaporkan seolah – olah program tersebut langsung tidak berkesan malah kajian tersebut digunakan kongres untuk memansuhkan program itu.",
"“Hati saya benar – benar remuk. Saya terpaksa habiskan bertahun – tahun mempersembahkan semula data – data saya berkali – kali, cuba membetulkan keadaan. Saya temui polis dan media hanya untuk menampal kerosakan yang telah dibuat” kata Dr Steffanie Strathdee.",
"Mengapa boleh terjadi jurang yang sangat besar antara kajian saintis dengan laporan sensasi oleh media? Buku Communicating Science menggariskan perbezaan antara wartawan dan saintis:",
"Saintis selalu saja hadapi kesukaran bekerja bersama wartawan. Malah itulah sebabnya ada sebahagian saintis yang dilarang daripada menyebarkan dapatan mereka kepada umum.",
"Hubungan antara saintis dan wartawan perlu lebih diperkasa, apatah lagi apabila jumlah pelajar baru yang mengambil STEM semakin merosot. Jika bukan saintis yang digemakan suara mereka berkenaan isu – isu sensitif seperti vaksin dan muka bentuk bumi, maka mereka yang tidak layak yang akan mengambil mikrofon tersebut."
] |
https://ajar.com.my/2019/03/26/15-lagi-animasi-gif-yang-terangkan-bagaimana-benda-berfungsi/ | 15 Lagi Animasi GIF yang Terangkan Bagaimana Benda Berfungsi | [
"Berikut adalah animasi – animasi GIF durasi pendek yang menjawab persoalan – persoalan kita bagaimana sesetengah benda berfungsi.",
"Bahagian 1: 15 Animasi GIF yang Menunjukkan Bagaimana Benda Berfungsi!",
"Bagaimana Kapal Dilancarkan",
"Bagaimana Kapal Melalui Terusan Panama",
"Bagaimana Yu Gergaji Memotong Mangsanya",
"Kenapa Kita Ada Tempurung Lutut",
"Bagaimana Duit Syiling Disusun",
"Bagaimana Pistol Berfungsi",
"Bagaimana Bom Tangan Berfungsi",
"Bagaimana Ikan Buntal Nyahkembung",
"Bagaimana Injap Tayar Berfungsi",
"Bagaimana Cara Parkir Setentang",
"Bagaimana Kon Pain Mengembang",
"Bagaimana Wifi Tersebar ke Ruangan Bilik",
"Bagaimana Enjin Rotary Berfungsi",
"Bagaimana Semut Merangkak",
"Bagaimana Pendakap Gigi Membetulkan Gigi"
] |
https://ajar.com.my/2019/03/27/istilah-baccalaureate-sebenarnya-berasal-dari-bil-haq-al-riwayah-ilmu-hadis/ | Istilah ‘Baccalaureate’ Sebenarnya Berasal Dari ‘Bil Haq al – Riwayah’ Ilmu Hadis | [
"Nama ‘International Baccalaureate’ menjadi igauan buat pelajar – pelajar yang ingin ke luar negara. ",
"Untuk ke luar negara, bergantung kepada apa kursus atau negara yang pelajar pilih, mereka boleh diletakkan di bawah program pra – universiti seperti A-level, AUSMAT, atau IB (International Baccalaureate).",
"International Baccalaureate dianggap sebagai antara program pendidikan paling mencabar di dunia, dan pelajar – pelajar hampir boleh sepakat bahawa ia adalah simulasi paling dekat kepada perasaan berada dalam pressure cooker selama dua tahun. ",
"Namun bagi pelajar Muslim, sebenarnya terdapat perkara menarik mengenai program tersebut yang sewajarnya membuatkan mereka lebih menghargai dan bersemangat untuk buat sehabis baik (sekiranya anda diletak belajar di program tersebut).",
"Rahsia Nama ‘Baccalaureate’",
"Antara perkara pertama yang kita perasaan mengenai program tersebut adalah namanya yang … istimewa.",
"Jika namanya – ‘Baccalaureate’ itu sendiri susah dieja dan disebut, maka apatah lagi kesukaran belajar di bawah program tersebut, kan?",
"Namun sebenarnya, nama Baccalaureate, menurut Dr Bilal Philips berasal daripada istilah yang digunakan dalam sistem pembelajaran hadis, iaitu ‘Bil Haq al Riwayah’.",
"“Tradisi memberi ijazah kepada pelajar hadis diteruskan selama berabad – abad. Di masjid tertua Afrika Utara, iaitu di Masjid Kairouan, apabila mereka memberikan ijazah kepada para pelajar, mereka akan menulis di bawahnya ‘bil haq al riwayah’ – yang bermaksud kebenaran untuk meriwayatkan. ",
"Apabila Muslim menguasai Sepanyol, tradisi ini turut dibawa dan diamalkan. ‘Bil haq al riwayah’ kemudian dipesongkan menjadi ‘Baccalaureate’, dan daripada ‘Baccalaureate’ ia menjadi ‘Bachelors’. ",
"Menurut Dr Bilal juga, Baccalaureate dan Bachelors Degree (BA) hakikatnya berasal daripada istilah ‘bil haq al riwayah’ itu. Bukan itu saja, ini menunjukkan bahawa amalan pensijilan di pusat pengajian tinggi itu juga berinspirasi daripada amalan keilmuan umat Islam ketika zaman perkembangannya.",
"Hal ini sebenarnya tidaklah menghairankan, kerana amalan graduasi yang diamalkan hatta di universiti – universiti terkemuka di dunia juga dapat dilihat mencedok pengamalan Islam. ",
"Antara lain, pengamalan jubah yang merupakan tradisi orang Arab, topi mortarboard yang asalnya tempat meletak al Quran di kepala, dan pensijilan kepada penuntut Ilmu, semuanya berinspirasikan ketinggian amalan keilmuan Islam.",
"Oleh itu, bagi pelajar Muslim terutamanya, semangat untuk berusaha dan belajar lebih bersungguh – sungguh perlu disemai supaya dapat mengembalikan martabat keilmuan yang kita telah tercicir selama berzaman – zaman lamanya!"
] |
https://ajar.com.my/2019/03/31/bertengkolok-peroleh-phd-di-oxford/ | Bertengkolok Peroleh PhD di Oxford | [
"Selama ini kita biasa melihat pemakaian seragam beraneka gaya sewaktu majlis graduasi, ada yang berpakaian ala – ala Harry Potter, Assassin’s Creed dan sebagainya. ",
"Namun pelajar Malaysia kita di University of Oxford melakukan sesuatu yang amat jarang dibuat, malah amat mengagumkan – iaitu mengenakan tengkolok sewaktu menerima gelaran PhD di Universiti terbaik dunia itu.",
"Menurut Khair Razlan Othman yang kini bergelar DPhil Healthcare Innovation -Institute of Biomedical Engineering , perjalanan menempuh PhD di Oxford adalah amat sukar dan berliku – liku.",
"“Memakai tanjak menyemarakkan semangat saya seolah – olah seorang pahlawan Melayu sewaktu berjuang dalam sesi Viva”",
"Sesi viva beliau yang berlangsung selama hampir 4 jam memperlihatkan beliau bertarung mempertahankan thesis yang bertajuk “Learning Sonographic Views using Multiple Proposal Approach” di hadapan panel akademik terkemuka dunia.",
"Akhirnya beliau lulus dengan minor correction.",
"Dr Khair ketika di United Kingdom juga merupakan seorang yang cekal membangunkan jati diri pelajar – pelajar Malaysia di sana, di samping begitu aktif berorganisasi dalam persatuan Islami tempatan.",
"Beliau menasihatkan agar sentiasa melakukan yang terbaik, dan jangan sekali – kali berputus asa dan bersangka buruk dengan Allah walaupun setelah menghadapi titik yang paling rendah dalam hidup.",
" “Ingat, jika kamu membantu agama Allah, Allah akan membantu kamu”",
"Menurut Dr Khair juga, beliau mengamalkan beberapa amalan yang memperkuatkan fizikal dan mental beliau untuk menghadapi rintangan – rintangan hebat sepanjang tempoh pengajian beliau.",
"Antara lain beliau berkayuh sejauh 3 batu pada waktu Subuh pada jam 3 pagi di musim panas, di samping selalu berqiamullail pada waktu Ramadhan dengan cara tidur seorang diri di masjid.",
"Menurut beliau, terdapat banyak kisah ‘magis’ yang beliau hadapi semenjak mengambil diploma lagi sehinggalah bergelar doktor, yang beliau teruja untuk kongsikan menerusi penulisan buku.",
"Sama – sama kita nantikan!"
] |
https://ajar.com.my/2019/04/02/tanya-wanita-apa-pencapaian-awak-dalam-sains-pendidikan-bukan-hanya-dah-kahwin-belum-berapa-anak/ | Tanya Wanita ‘Apa Pencapaian Awak dalam Sains, Pendidikan’, Bukan Hanya ‘Dah kahwin belum, Berapa Anak’ | [
"Mindset atau cara fikir masyarakat mempengaruh kecintaan generasi muda terhadap sains, terutama terhadap pelajar wanita.",
"“Apabila bertemu dengan pelajar atau ahli sains dalam kalangan wanita, biasanya apa yang ditanya masyarakat terhadap mereka adalah bila nak kahwin dan dah ada anak belum”.",
"“Masyarakat tidak pernah bertanya tentang pencapaian mereka dalam bidang kejuruteraan, apa sumbangan mereka dalam pendidikan” , ujar Cikgu Yasmin Noorul Amin.",
"Cikgu Yasmin yang merupakan cikgu sains cemerlang serta pernah dinobat sebagai 50 guru terbaik dunia berucap demikian dalam konferens ‘Women & Girls in Science’ 2019 anjuran CESTA16.",
"Beliau juga menyatakan bahawa persepsi ibu bapa terhadap anak – anak perempuan yang mengambil kejuruteraan perlu dimurnikan.",
"“Biasanya anak perempuan digalakkan menjadi doktor, bukan jurutera. Tapi saya tetap mengambil bidang kejuruteraan dahulu kerana minat”.",
"Namun begitu, beliau menegaskan bahawa dalam pendidikan STEM, tiada jantina yang lebih pandai daripada jantina lain.",
"Selaku warga pendidik beliau juga meluahkan kerisauan terhadap minat pelajar yang semakin luntur terhadap sains.",
"“Banyak pelajar saya yang pandai – pandai dalam sains, apabila ditanya nak jadi apa, mereka jawab Youtuber”",
"Apabila ditanya mengenai sistem peperiksaan sebagai punca kemunduran STEM, beliau mengatakan sistem tersebut tidak boleh dipersalahkan.",
"“Ia sistem yang digunakan seluruh dunia untuk menilai kebolehan pelajar. Apa yang kita perlu lakukan adalah amalkan kreativiti dan perancangan yang baik."
] |
https://ajar.com.my/2019/04/04/semakin-ramai-pelajar-lari-dari-bidang-sains-jangan-berdiam-diri2/ | “Semakin Ramai Pelajar Lari Dari Bidang Sains. Jangan Berdiam Diri!” | [
"“Bilangan pelajar yang mengambil bidang sains semakin lama semakin berkurang, terutama dalam kalangan pelajar perempuan”",
"“Dahulu yang mengambil sains dalam satu sekolah mencapai tiga kelas, kemudian dua kelas, kini semakin berkurang kepada satu kelas”, begitu luahan Puan Fauziah Sirat, seorang tokoh pendidik yang memperjuangkan nasib masa depan pendidikan sains di tanah air.",
"Menurut statistik terkini, pada tahun lalu, hanya 44 peratus pelajar Malaysia mengambil bidang STEM berbanding 49 peratus pada 2012. ",
"Perkembangan ini begitu membimbangkan lantaran keperluan negara pada masa hadapan yang begitu berhajatkan penguasaan sains dan teknologi, apatah lagi kita bakal menjejak ke Revolusi Industri 4.0.",
"Melihatkan kedudukan negara kita yang kurang memuaskan dalam matematik, pembacaan dan sains (menurut PISA) juga, trend semasa ini menambah kekaburan terhadap masa depan Malaysia di persada keilmuan dan pendidikan antarabangsa.",
"Menyentuh tentang punca merosotnya minat pelajar terhadap sains, Puan Fauziah membangkitkan tentang sentimen negatif masyarakat berkenaan subjek tersebut.",
"“Bila tanya kenapa tak nak ambil sains? Katanya sains susah nanti di slip SPM tak cantik. Mak ayah pun cakap, tak nak lah anak – anak ambil sains, susah, nanti anak stres. Juga mereka kata nanti tiada kerja”",
"Beliau menyatakan alasan – alasan ini membuatkan proses pembudayaan sains tidak dapat dipupuk. ",
"“Pada saya sains bukan tentang pekerjaan. Profesi. Tetapi sains adalah tentang alam. Apabila itu semua hilang, maka banyak benda kita tak dapat buat”.",
"Antara usaha yang telah beliau ambil untuk menyemarakkan minat masyarakat terhadap sains adalah seperti Konferens Women & Girls in Science 2019 yang berlangsung baru – baru ini. ",
"Selain itu, beliau juga telah turut sama menjayakan program Fantasains anjuran AJAR yang melatih pelajar bereksperimen dengan seronok di samping menerapkan nilai – nilai murni berlandaskan sains."
] |
https://ajar.com.my/2019/04/05/apa-jadi-bila-kita-letupkan-semua-bom-nuklear-serentak/ | Apa Jadi Bila Kita Letupkan Semua Bom Nuklear Serentak? | [
"Bom nuklear adalah ciptaan manusia paling menggerunkan. Ia tiada lain dicipta hanya untuk melakukan kemusnahan maksimum.",
"Sekarang ini, terdapat 15 000 senjata nuklear di seluruh dunia. Paling banyak memiliki senjata nuklear adalah Amerika dan Russia, iaitu hampir 7000 buah setiap negara, diikuti oleh Perancis, China, UK, Pakistan, India, Israel dan Korea Utara. ",
"Jadi satu persoalan timbul, sejauh mana kuasa pemusnah semua senjata nuklear ini? Kalau dihimpun semua senjata nuklear di satu tempat, dan kemudian diletupkan, apa jadi?",
"Soalan ini mungkin kedengaran macam ia ditanyakan oleh diktator jahat dalam mana – mana cerita Marvel, tapi ia sebenarnya penting untuk beri gambaran betapa dahsyatnya senjata ciptaan manusia ini.",
"Saluran Youtube Kurzgesagt kemudian mengumpulkan pakar – pakar dan saintis untuk menjawab soalan penting abad ini, dan mempersembahkannya dalam video yang sangat cantik dan menarik!",
"Letupkan Semua 15000 Senjata Nuklear!",
"Dalam sejarah, pernah berlaku satu letupan gunung berapi yang dianggap antara paling teruk pernah dicatatkan, iaitu letupan gunung Krakatoa.",
"Letupan tersebut sangat hebat, sehingga 70% pulau dan daratan sekeliling hancur sepenuhnya, meragut puluhan ribu nyawa. Kesan letupan tersebut dirasai di seluruh dunia beberapa hari selepasnya. ",
"Kuasa letupan gunung Krakatoa dianggarkan menyamai 200 megaton TNT.",
"Tapi, sekiranya dikumpulkan kesemua 15000 senjata nuklear di satu pulau, kemudian diletupkan, ia bakal menghasilkan 3000 megaton TNT, iaitu 15 kali ganda kuasa letupan Krakatoa!",
"Wah menariknya! Eh.",
"Jadi mari kita mulakan eksperimen ini. Ayuh kita longgokkan 15000 senjata nuklear itu di tengah – tengah hutan Amazon, sebab padan muka diorang, kan! ",
"Maka apa akan jadi sekiranya kita buat keputusan untuk tekan butang meletupkan kesemua longgokan senjata nuklear tersebut?",
"Jadi itulah teruknya kesan jika kita letupkan keseluruhan senjata nuklear serentak. Sudah pasti, lain pula ceritanya sekiranya kita gunakan senjata nuklear untuk mengebom setiap bandar – bandar besar dunia, seperti mana tujuan sebenar senjata tersebut.",
"Bak kata Albert Einstein, “Saya tak tahu apa senjata yang digunakan untuk perang dunia ketiga. Tetapi perang dunia keempat akan dipertarungkan dengan kayu dan batu”",
"Rujukan untuk pengiraan – pengiraan di video Kurzgesagt: https://sites.google.com/view/sourcesallthebombs/ "
] |
https://ajar.com.my/2019/04/05/cara-unik-cikgu-ini-ajar-biologi-tular-mengapa-tak-pernah-tahu-teknik-ini/ | Cara Unik Cikgu Ini Ajar Biologi Tular. Mengapa Tak Pernah Tahu Teknik Ini? | [
"Sebuah video yang memaparkan cara unik seorang cikgu mengajar subjek biologi tular di media sosial dan mengundang kekaguman netizen.",
"Dalam video tersebut, cikgu biologi itu menggunakan lukisan di tangan untuk menerangkan bahagian – bahagian jantung beserta proses yang berlaku di dalam organ tersebut. ",
"Mengingat dan memahami proses jantung mengepam darah adalah antara topik biologi yang agak mencabar untuk pelajar – pelajar, terutama apabila perlu membayangkan semula struktur organ tersebut beserta aliran anak panah untuk dilukis sewaktu peperiksaan.",
"Namun teknik unik cikgu ini sangat memudahkan, kerana pelajar boleh menggunakan tangan sendiri untuk menggambarkan fungsi jantung.",
"Tambah menarik perhatian, cara pengajaran guru tersebut begitu bersemangat dan sememangnya menggambarkan kecintaan terhadap pengajaran subjek berkenaan.",
"Di akhir video, para pelajar jelas tampak gembira dengan teknik yang diajarkan tersebut, apabila mereka menunjukkan tangan yang ‘diconteng’ beramai – ramai sambil tersenyum.",
"Rata – rata netizen memuji pendekatan guru tersebut:",
"“Cikgu ni kreatif bagus cara dia mengajar . Dulu aku ada sorang cikgu mcm ni cikgu India aku boleh faham apa dia ajar terima kasih cikgu cikgu semua “",
"” Jadikan suasana pembelajaran itu ceria, some important words bagi highlight, student tak ngantuk and they love it”",
"“SubhanAllah…. Ada jantung di tapak tangan Kita…. Terima kasih Cikgu…”"
] |
https://ajar.com.my/2019/04/05/phd-ni-apa-sebenarnya-macam-mana-nak-sambung/ | “PhD ni apa sebenarnya? Macam mana nak sambung?” | [
"Perjalanan pendidikan daripada SPM sehinggalah ke PhD sering kali menjadi tanda tanya pelajar – pelajar di Malaysia. Antara soalan yang sering dilontarkan adalah apa perbezaan sarjana muda dengan sarjana? Apa keperluan ambil doktor falsafah? Bagaimana dengan tawaran biasiswa?",
"Dr Aid Fawzal menerangkan secara umum gambaran pendidikan tinggi untuk mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian.",
"Perjalanan Kepada PhD",
"Di sini saya (Dr Aid Fawzal) telah sediakan gambarajah aliran system pendidikan. Kotak melambangkan tahap pendidikan and garis putus2 merangkumkan kumpulan tahap pendidikan. Anak panah adalah aliran yang mempunyai kemungkinan untuk naik ke tahap yang lebih superior. Juga disertakan expected outcome (hasil yg diharapkan) berdasarkan kumpulan tahap pendidikan di awal garis putus2. ",
"Bermula dengan SPM yang kita ambil di tahun akhir persekolahan peringkat ke dua, seseorang boleh memilih (kalau gred bagus) atau menilai sewajarnya; utk menyambung pelajaran samaada ke STPM atau Foundation/Matrikulasi atau Sijil kemahiran atau terus ke tahap Degree. Begitulah seterusnya sehinggalah Ph.D.",
"Seseorang yg mempunyai sijil SPM atau STPM atau Foundation/Matrikulasi sepatutnya memahami asas2 ilmu dalam pelbagai bidang. Maka kerja2 yang sesuai untuk tahap pendidikan ini adalah kerja2 umum dan pelbagai. Manakala seseorang yg mempunyai Sijil Kemahiran atau Diploma layak menjadi tenaga mahir dalam bidang2 khusus yang dipelajari. Dengan demikian kita lihat mereka yang mempunyai kelayakan di tahap ini bekerja sebagai juruteknik atau pembantu jurutera dan sebagainya.",
"Pada tahap Degree, pembelajarannya lebih terperinci terhadap suatu bidang (contoh: mechanical engineering) dan ianya bermula dari skop yang luas pada tahun2 awal pendidikan (calculus,algebra,fizik, etc.) sehingga subjek2 teras pada hujung tahun pendidikan (mechanical science, fluid mechanics, thermodynamic, etc.). Dengan demikian graduan degree seharusnya mampu untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari terhadap tugasan2 yang diberikan oleh majikan ketika bekerja. Seseorang didalam bidang kejuruteraan biasanya akan diberi kedudukan jurutera.",
"Di peringkat Master pula, subjek2 teras sama seperti tahun akhir Degree tadi di selami dengan lebih terperinci lagi. Ini bergantung terhadap mode pembelajaran sesebuah universiti yang mana ada university yang fokus ke arah akademik, ada yang fokus kepada industri dan ada yang seimbang di antara akademik dan industri. Apa yang penting, seseorang graduan Master sepatutnya mempunyai kemahiran dalam pemikiran kritikal (critical thinking) disebabkan kebanyakan assignment yg diambil sewaktu pembelajaran adalah di luar dari pembelajaran didalam kelas.",
"Ph.D adalah tahap tertinggi dalam pendidikan formal (formal education). Ph.D adalah sama seperti Final Year Project untuk Degree dan Master (biasa 3bln) yang dipanjangkan menjadi 3 tahun atau lebih. ",
"Perbezaan paling ketara adalah, Ph.D memerlukan sebuah penemuan baru (novelty) yang perlu disumbangkan kepada ‘body of knowledge’ atau industri. Hal yg demikian, pelajar Ph.D perlu menghabiskan masa pada tahun awal untuk mencari jurang penyelidikan (research gap) dan jurang ini akan di isi sewajarnya pada tahun2 berikutnya. Hasil penyelidikan boleh jadi dalam bentuk penemuan formula baru, method baru, design baru atau kombinasi yang tidak pernah ada sesiapa didalam dunia ini menemukannya terlebih dahulu sebelum anda. ",
"Perbezaan lain antara Ph.D dengan tahap2 sebelumnya adalah majoriti Ph.D menggabungkan beberapa bidang. Sebagai contoh bidang pembelajaran saya ketika ini adalah mechanical, electrical & automotive engineering. Seseorang yang mempunyai Ph.D kebiasaannya bekerja sebagai pensyarah yang mana beliau juga perlu menjalankan penyelidikan disamping mengajar. ",
"Pun begitu, terdapat permintaan yang unik di dalam industri terhadap graduan Ph.D terutama pada sektor penyelidikan atau kerja2 perundingan (consultancy). Hal ini kerana graduan Ph.D seharusnya mempunyai sifat penyelidik yang berwibawa (competent researcher) dan menjadi expert dalam bidang yang diceburi.",
"Mencari Penaja",
"Di sini saya sediakan jadual yang mempunyai tiga pilihan untuk kemungkinan badan penaja yang anda boleh mencuba. Ke tiga-tiga pilihan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Mari kita fahami pilihan2 ini. ",
"Ini adalah cara paling popular bagi rakyat Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ph.D. Pembukaan penajaan kebiasaannya dibuka untuk kakitangan IPT tersebut dalam program menaiktaraf tahap pendidikan pengajar (lecturer/tutor). Ada juga didapati beberapa IPT membuat tour di dalam dan luar negara untuk temu duga terbuka bagi mencari individu yang berkebolehan dan mempunyai kemahuan melanjutkan pelajaran. Tawaran boleh jadi di buka utk pengajian di dalam atau di luar negara.",
"Rata – rata IPT mempunyai sasaran tertentu dari segi bidang mengikut latarbelakang IPT tersebut. Akan tetapi kebiasaannya calon perlu menyediakan kertas kerja (proposal) dan mencari University/supervisor sendiri. Pembiayaan adalah sepenuhnya dan di hujung pembelajaran, calon perlu berkhidmat utk IPT dalam beberapa tempoh yang dipersetujui. Anda mungkin perlu bersaing dengan kelompok khas yang telah berdaftar terdahulu atau mempunyai kepentingan untuk melanjutkan pelajaran yang lebih utama daripada anda.",
"Jika anda memilih pilihan ini, mohon janganlah anda memutuskan bonding sebaik sahaja selesai pembelajaran. Ini kerana pembiayaan dan pembelajaran anda selama ini adalah seperti investment oleh badan penaja tersebut. Anda membawa harapan masyarakat untuk pulang dan berbakti kembali terhadap institusi penaja.",
"Pilihan kedua ini adalah yg ke dua popular di Malaysia. Organisasi boleh jadi dalam bentuk kerajaan (MARA, JPA), hubungan kerajaan (Japan Monbukagakusho, Korean Government), syarikat2 (Maybank, Maxis) atau foundation2. Iklan biasanya boleh di dapati di akhbar2 dan website badan2 tersebut. Tawaran boleh jadi di buka utk pengajian di dalam dan kebanyakannya utk pengajian di luar negara.",
"Meh nak ajar cara mudah, google “malaysia scholarship” dan anda akan dapati beberapa page2 bagus yang telah menyusun kebanyakan scholarship semasa. Tapis sendiri untuk biasiswa Ph.D. Contoh: http://afterschool.my/scholarship/ http://scholarships.malaysia-students.com/",
"Organisasi yang menawarkan penajaan ini ada yang mempunyai bidang khusus (contoh Maybank mesti nak bidang business/banking) dan ada juga yang membuka pilihan kepada calon pelajar. Pembiayaan adalah sepenuhnya dan bonding bergantung kepada jenis organisasi pembiayaan. Disebabkan persaingan ditahap nasional, anda akan melalui beberapa screening process sebelum mendapatkan tawaran. Saya pernah melalui ujian kemasukan untuk Japan Monbukagakusho – tak berjaya & tak patah semangat.",
"Pilihan terakhir ini sangat khusus dimana pembiayaan akan datang bersama bidang dan tajuk khusus. Ini kerana organisasi luar ini mempunyai keperluan dalam Ph.D anda. Tawaran boleh di lihat di website universiti seluruh dunia. Cara paling mudah adalah dengan mengujungi https://www.findaphd.com/ dan tapis mengikut bidang dan negara pilihan anda. Saya sendiri mengunakan website ini dan telah membuat 9 permohonan serata dunia sebelum mendapat tawaran yang sekarang saya lalui.",
"Pembiayaan adalah berbeza2. Antara kemungkinannya adalah:-A: Pembiayaan Pelajaran & Perbelanjaan sepenuhnyaB: Pembiayaan Pelajaran sepenuhnya tetapi tiada Perbelanjaan disertakan. C: Pembiayaan Pelajaran mengikut yuran rakyat tempatan tetapi Perbelanjaan disertakan. D: Pembiayaan Pelajaran mengikut yuran rakyat tempatan tetapi tiada Perbelanjaan disertakan.",
"Kebanyakan organisasi luar tidak mempunyai bonding selepas pembelajaran. Ini kerana hasil penemuan semasa Ph.D akan menjadi milik mereka secara total IP Ownership (Intelectual property), manakala anda layak mendapat ijazah Ph.D dan ilmu yang dipelajari. Pilihan ini mempunyai persaingan antarabangsa dan sangat sengit. Jadi usaha kuat2 & letak kebergantungan terhadap Allah sepenuhnya.",
"Selamat mencuba. ",
"Apapun, proses pembelajaran Ph.D ini sangat intensif dan memerlukan komitment yang mendalam terhadap kerja penyelidikan. Oleh itu, pilihlah tajuk yang sesuai dengan minat, supervisors yang mahu menerima anda dan badan penaja yang memahami hal-ehwal pembelajaran. Sesiapa sahaja boleh melanjutkan ke tahap ini kerana Ph.D tidak memerlukan kepandaian tetapi kemahuan dan kecerdikan (ayat ni mungkin kontroversi, tp aku bukan pandai mana pon dlm academik).",
"Pengakhir, Ph.D adalah satu process qualitive dan bukan quantitative bermaksud ia bukan di ukur dengan durasi masa (lagi cepat habis lagi power.. TAK!). Tapi pembiayaan biasanya datang dengan durasi masa.",
"Aid FawzalCoventry University & YASA Motors Ltd."
] |
https://ajar.com.my/2019/04/07/jangan-hina-kerjaya-seni-cikgu-ini-gesa-masyarakat-betulkan-mentaliti-pandang-rendah-subjek-seni/ | “Jangan Hina Kerjaya Seni!” Cikgu Ini Gesa Masyarakat Betulkan Mentaliti Pandang Rendah Subjek Seni. | [
"Tulisan ini merupakan nukilan Cikgu Hafiz Hassan dalam hantaran beliau di Facebook. ",
"Artikel ini saya ingin kongsikan kepada semua terutamanya kepada adik-adik yang kreatif dan minat dalam bidang seni namun masih keliru untuk memilih bidang pengajian. Saya juga pernah alami situasi yang sama dengan anda.",
"Jangan pernah hina kerja seni.",
"Sebelum itu, saya kongsikan dahulu kejayaan saya sehingga saya dapat menggenggam segulung ijazah sarjana dan Anugerah Naib Censelor serta dinobatkan pelajar terbaik dan mendapat Masters Excellence Awards. Dan kini saya juga seorang pendidik di sekolah asrama.",
"Ingin saya kongsikan tentang latar belakang pendidikan saya bermula dari SPM. Saya telah mengambil kesemua subjek sains seperti Fizik, Kimia dan Biology. Bukan itu sahaja, saya turut mengambil satu lagi subjek tambahan Pendidikan Seni. Alhamdulillah, keputusan SPM saya lulus kesemua mata pelajaran dan ketika fasa itu saya dalam dilema untuk memilih jurusan bidang pengajian. ",
"Ramai diantara rakan-rakan saya yang melanjut pelajaran ke matrikulasi dan program asasi. Setelah berbincang dengan keluarga dan guru-guru saya membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang diploma Seni Lukis & Seni Reka. Namun, ramai juga pertikaikan keputusan yang saya telah pilih. Saya agak kecewa kenapa masih ramai mentaliti yang memperlekehkan bidang seni. ",
"Terdapat beberapa kata-kata mereka yang hingga kini bermain difikiran saya, namun ketika itu saya hanya berdiam diri tidak mampu membalas kerana ketika itu saya masih mentah dan baru sahaja selangkah untuk mengatur hidup. Sekarang! Saya akan jawab kesemua persoalan mereka. Bukan marah tapi ini sebagai pedoman dan teladan untuk orang-orang yang selalu ketepikan subjek Art.",
"“Memang nak ambik seni ke? Nanti nak lukis muka2 org tepi jalan tu ke? “",
"Inilah mentaliti orang sekarang yang selalu meletakkan subjek seni sebagai subjek yang tiada masa depan. Untuk pengetahuan, individu berseni ini sangatlah gifted sebab kami ini ada sedikit kelebihan yang orang lain tiada. Kelebihan kami sepatutnya dihargai dan diberi peluang untuk kami terus berekspresi dalam berkarya. Percaya atau tidak, jika anda menonton tv bersama orang yang menghargai seni, kami bukan sahaja menonton semata-mata, pandangan kami berbeza dengan anda. Kami akan menilai setiap keperincian dari kualiti resolution rancangan tersebut sehinggalah ke design baju, background, aksesori, make up, dan set rancangan tersebut.",
"“Kenapa tak nak ambil aliran sains? Nanti boleh jadi doktor.”",
"Saya ambik seni sebab saya nak negara kita berada setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Kita bangga pakai produk dan kereta import, tapi kita tak pernah berusaha nak capai setaraf dengan mereka. Untuk pengetahuan, negara kita ketandusan designer dan artist yang berkualiti menyebabkan produk-produk yang dihasilkan oleh negara kita tidak menjadi kebanggaan seperti produk dari negara luar. ",
"Tengoklah bila hujung minggu, penuh beratur di gedung perabut ‘biru kuning’ itu sebab nak beli produk buatan ‘Sweden’ yang hanya berkonsepkan minimalist dan ringkas. Sedangkan Negara kita jauh lebih hebat dengan penghasilan perabot ukiran dan sebagainya. Cuma masih belum diketengahkan dengan baik untuk mendapat daya tarikan pengguna.",
"“Seni? Kos lelong, keluar takde kerja, takde masa depan”",
"Meh nak sebut pasal kos lelong ni. Buat masa sekarang, perkataan ‘kos lelong’ tu dah boleh dikuburkan kot. Ya lah, semua kena faham, setiap kos ada kelebihan dan peluang kerja masing-masing. Cuma rezeki kita ja yang menentukan sama ada kita akan bekerja sebidang dengan kos yang kita belajar atau tak. Dulu orang kata kos saya keluar ja menganggur. Kini saya boleh buktikan, kenalan saya yang memilih bidang ini mampu hidup untuk menjalankan perniagaan sendiri. Maka, bila ada ilmu seni yang betul, maka hasil dan produk yang dijual sangat menarik dan berkualiti.",
"Dan kini, kenapa saya memilih untuk menjadi pendidik, sebab saya nak buktikan pada golongan muda bahawa subjek seni merupakan subjek yang mempunyai masa depan. Inshallah saya akan mengeluarkan produk ‘pelajar’ yang berkualiti dan bermutu tinggi dalam menghasilkan karya pada masa akan datang.",
"Kepada ibu bapa diluar sana, janganlah halang kreativiti anak-anak anda dan janganlah pernah memandang rendah terhadap subjek seni. Sebenarnya bidang seni ini sangatlah luas. Antaranya, seni halus, pendidikan, seramik, fasyen, seni reka perindustrian, textile, fotografi, filem animasi, multimedia design, grafik, fine metal, pencetakan dan banyak lagi."
] |
https://ajar.com.my/2019/04/12/kenapa-gambar-lubang-hitam-meletup-tular-lain-macam/ | Kenapa Gambar Lubang Hitam Meletup Tular Lain Macam? | [
"Tak selalu ada cerita – cerita sains yang tular, tapi bila ada, meletupnya ‘lain macam’.",
"Cuma biasanya, cerita – cerita sains yang tular adalah disebabkan oleh faktor lain, dengan sains hanya sebagai pendamping yang mengiringi ombak tular tersebut.",
"Contohnya macam fenomena warna baju emas atau biru, begitu juga dengan fenomena terlebih tular Yanny atau Laurel.",
"Fenomena – fenomena ini meletup naik disebabkan ia dianggap meletupkan minda oleh ramai orang wargamaya, dan menjadi titik pergaduhan jutaan orang, sebelum akhirnya datanglah artikel – artikel dan penjelasan saintifik untuk menjelaskan fenomena – fenomena tersebut.",
"Begitu juga, sebelum ini satu lagi cerita sains yang tular adalah mengenai ‘kematian‘ Rover Marikh bernama Opportunity.",
"Hal yang membuat ramai orang begitu bersimpati terhadap cerita Rover ini adalah ayat terakhirnya yang begitu menyayat hati : ” Bateri saya hampir habis, segalanya menjadi gelap”.",
"I’m sorry, I just found out the last message sent by the Mars rover was “my battery is low and it is getting dark,” so now I have to spend the rest of the day watching WALL-E and sobbing.",
"Tularnya cerita ini adalah kerana elemen drama terhadap Rover yang sering dipamerkan sebagai robot yang keseorangan menjalankan misi di Marikh, sebelum akhirnya mati dalam keadaan menyedihkan.",
"Namun baru – baru ini, terdapat fenomena baru yang meletup tular, tetapi sangat berbeza situasinya dengan kedua – dua kes di atas, iaitu mengenai gambar pertama lohong hitam dalam sejarah.",
"Dalam masa beberapa jam selepas berita tersebut terbit, laman media sosial wargamaya dibanjiri dengan gambar lohong hitam tersebut, dan ia dikongsi oleh semua orang walaupun mereka yang tiada latar belakang pendidikan sains, malah mendapat capaian hampir setiap orang di pelosok dunia.",
"Satu bukti yang menunjukkan betapa popular cerita ini adalah beberapa jam kemudian timbullah meme – meme yang menjenakakan pula penemuan tersebut.",
"Enough internet for today #EHTBlackHole pic.twitter.com/kxP6M4pM2A",
"Peliknya, berita tersebut bukanlah berbentuk ‘clickbait’, ‘mindblowing’, atau drama, sebaliknya ia adalah satu hard science. Cerita tentang gambar penemuan lubang hitam. Kenapa begitu tular?",
"Mungkin faktor – faktor di bawah boleh menjelaskan mengapa penemuan ini begitu tular lain macam.",
"Sebab Angkasa",
"Pada tahun 1972, kita peroleh gambar penuh bumi kita buat kali pertama yang dinamakan The Blue Marble. Gambar tersebut begitu mengagumkan, sebab pertama kali umat manusia menyedari keindahan sebenar planet berbentuk guli yang bernama bumi.",
"Kemudian, pada tahun 1990, kita dipersembahkan dengan sebuah gambar yang benar – benar merendahkan diri kita. Gambar The Pale Blue Dot yang diambil 3.7 bilion kilometer daripada planet bumi mendedahkan bahawa kita begitu kecil dibandingkan dengan skala angkasa yang tidak terbayang besarnya.",
"Angkasa lepas hakikatnya merupakan alam yang sentiasa menjadi persoalan manusia setiap kali menjenguk ke atas langit, maka setiap perkara baru yang ditemui nun jauh di sana, yang sebelum ini belum pernah diketahui, akan menjadi topik perbincangan yang hebat.",
"Sebab Lubang Hitam",
"Lubang hitam adalah antara hal yang paling misteri dalam alam semesta. Tak banyak yang diketahui tentangnya, tetapi ia begitu popular dan digeruni.",
" “Dalam bahasa mudah, lohong hitam asalnya ialah sebuah bintang. Ketika hayatnya bintang ini sungguh besar dan masif, dan apabila ia sampai ke penghujung hayatnya, apabila ia meletup bahagian terasnya akan dimampatkan dengan begitu dahsyat sehinggakan gravitinya begitu kuat hinggakan menarik kembali cahaya yang dikeluarkan dirinya”",
"Konsepnya juga begitu aneh dan seolah tak masuk akal. Di tengah – tengah lubang hitam adalah suatu titik yang bernama singularity, di mana apa – apa yang masuk ke dalamnya akan mengecil menjadi titik kecil bersaiz infiniti kecil , dan memiliki ketumpatan infiniti. Pada titik ini, hukum fizik sudah tidak terpakai. ",
"Maka apa – apa saja berita tentang struktur paling misteri di alam semesta ini sudah tentu akan menjadi cerita yang sensasi.",
"Sebab Ia Membuktikan Teori Einstein",
"Pada tahun 1916, Albert Einstein menjadi orang pertama yang meramalkan kewujudan lubang hitam dalam Teori Kerelatifan Umum.",
"Dalam tempoh tersebut terdapat begitu banyak data yang menyokong teori kewujudan lubang hitam. Namun terdapat juga pelbagai teori lain yang mencabarnya termasuklah mengatakan lubang hitam tidak wujud. ",
"Namun akhirnya, setelah lebih 100 tahun, ia akhirnya berjaya dibuktikan secara visual. Hal ini menunjukkan sebuah teori saintifik mampu meramalkan fenomena yang tidak ditemui selama ratusan tahun akan datang, malah melibatkan entiti berbilion tahun cahaya jauhnya. ",
"Untuk lebih penjelasan mengenai topik ini:",
"Sebab Rupanya Kita ‘Ditipu’?",
"Apabila mendengar berita bahawa ‘gambar lubang hitam diambil buat pertama kali dalam sejarah’, mungkin ada orang yang bertanya:",
"“Eh, habis gambar lubang hitam banyak – banyak kita pernah nampak dekat internet selama ni tipu ke?”",
"Sebenarnya tidaklah ditipu, tapi gambar – gambar tersebut selama ini merupakan gambaran grafik, ilustrasi atau simulasi berdasarkan data – data dan teori mengenai lubang hitam, yang kadang kala ditambah perencah imaginasi.",
"Namun apabila dibandingkan gambar sebenar dengan gambaran simulasi, rupa – rupanya memang tidak jauh beza. Maksudnya memang agak mengagumkan.",
"Sebab Pernah Tular Pencapaian Saintis Kita Dalam Kajian Lubang Hitam",
"Bagi rakyat Malaysia, penemuan terbaru astronomi ini sebenarnya agak dekat dengan hati kita semua, kerana sebelum ini juga pernah tular berita mengenai pencapaian saintis kita dalam kajian lubang hitam.",
"Pada tahun 2017, Dr Adlyka Ainul Annuar, merupakan antara sekumpulan ahli astronomi dunia yang berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam (black hole) supermasif yang tersembunyi di lingkaran kosmik semesta.",
"Berita ini tular dan menjadi kebanggaan rakyat kita. Jadi, berita – berita tentang lubang hitam sudah pun menjadi satu elemen yang boleh diterima oleh orang kita."
] |
https://ajar.com.my/2019/04/13/misi-episod-1-kartun-mengajar-matematik-yang-sangat-kelakar/ | MISI Episod 1- Kartun Mengajar Matematik yang Sangat Kelakar! | [
"Jarang kita jumpa kartun yang ajar matematik. Lagi jarang kita jumpa kartun mengajar matematik yang kelakar!",
"Sebuah video kartun baru yang diterbitkan di Youtube oleh saluran Official Misi bertajuk Misi The Series – Mat & Maths meneroka persoalan mereka yang bencikan matematik dan anggap matematik tiada manfaat.",
"Berikut adalah kupasan video tersebut, dan kenapa kartun berdurasi pendek kurang 5 minit itu begitu gempak!",
"Lagu Pembukaan",
"Sesuatu anime atau kartun itu biasanya memperoleh identiti yang istimewa menerusi lagu pembukaannya. ",
"Pembukaan awal kartun Misi ini dimulakan dengan lagu rancak yang begitu catchy oleh Orkes A Hizadin, diikuti oleh visual yang memperkenalkan watak – watak siri tersebut. ",
"Ini pertama kali penulis mendengar lagu tersebut, dan agak terpesona dengan mesej lagu yang begitu positif, dan sememangnya sedap didengar!",
"“Kenapalah Belajar Matematik Ini Semua”",
"Episod pertama bermula dengan pernyataan soalan oleh seorang watak yang tertekan dengan matematik.",
"“Aku benci betul matematik! Dari tadika sampai sekarang aku dipaksa belajar matematik. Apalah gunanya x y algebra, pythagoras semua ni? Tak ada manfaat!”",
"Kemudian lelaki tersebut didatangi oleh watak bermuka bengis yang entah datang dari mana, muncul dalam keadaan yang begitu menakutkan.",
"Rupa – rupanya watak bermuka ganas tersebut adalah seorang genius matematik bernama Mat, dan dia kemudian menyedarkan, dengan cara baik yang tak melibatkan seksaan dan penderaan (jangan nilai orang dengan muka tuan – tuan), tentang kepentingan matematik.",
"“Siapa Kata Matematik Tak Ada Manfaat?”",
"Mat sememangnya seorang watak yang penulis amat minati. Dengan perwatakan yang begitu cool dan bergraviti, dia menjadikan episod pertama ini begitu gempak.",
"Mat kemudian menjelaskan kegunaan matematik, satunya adalah untuk melakukan urusan kewangan seperti membeli makanan, serta menguruskan baki yang diperoleh.",
"Kemudian dalam contoh yang lebih hiperbolik, Mat menjelaskan dengan pengiraan halaju langkah ke kelas, dibandingkan dengan jarak ke kelas, dia perlu tiba ke kelas sebelum Cikgu Halim. ",
"Malangnya setelah melalukan pengiraan tersebut, dia dapati masa sangat suntuk dan Mat perlu mengambil jalan pintas, ",
"Tapi pelajar dilarang pijak rumput!",
"Maka Mat pun berjalan menggunakan tangan, sebab itu tak dikira pijak!",
"Akhirnya dia berjaya sampai sebelum Cikgu Halim!",
"“Matematik adalah Misteri yang Mesti Dirungkai”",
"Menamatkan episod tersebut, Mat menjelaskan kepentingan matematik yang sebenarnya:",
"“Matematik membantu kita membuat analisa dan seterusnya membuat tindakan yang lebih tepat. Matematik adalah asas bagi banyak perkara yang akan kita temui, Faham?”",
"Akhirnya Jo, watak yang kita temui pada awal episod, mengakui bahawa matematik sememangnya berguna dan dia menarik semula tuduhannya.",
"Apa pun, ini adalah satu percubaan yang sangat baik oleh pasukan MISI dalam memperkenalkan kartun pendidikan yang baik untuk ditonton golongan remaja. Episod – episod akan datang sangat dinantikan.",
"Mat memang gempak!"
] |
https://ajar.com.my/2019/04/13/susah-ditulis-orang-lancar-petition-buang-huruf-xi-daripada-matematik/ | Susah Ditulis, Orang Lancar Petition Buang Huruf ‘Xi’ daripada Matematik | [
"Huruf Xi,? , dianggap simbol paling merunsingkan dalam matematik, kerana ia begitu sukar ditulis sehingga menjadi meme.",
"Simbol tersebut biasa dijumpai apabila kita belajar mengenai set semesta:",
"Apabila ditulis oleh profesor, cikgu, pelajar pula, kita akan temui pelbagai bentuk simbol tersebut yang tidak sama langsung denga bentuk asal. Ada yang kelihatan tak ubah seperti contengan.",
"Pengguna ini mengatakan semakin banyak ditulis simbol tersebut, semakin berubah menjadi nombor 3 ",
" Simbol ? juga nampaknya berupaya berubah menjadi sekalian simbol dalam Bahasa Manusia. ",
"“Buang sajalah!”",
"Seorang pengguna media sosial bernama Christian Uy Vinluan kemudian menghasilkan petition atas talian membantah penggunaan simbol tersebut dan dihantar ke kumpulan matematik Facebook. ",
"Petition yang bernama ‘Haramkan xi daripada huruf Greek‘ itu dibuat kerana ‘matematik tak sepatutnya membingungkan’",
"“Kita perlukan kejelasan dalam Matematik, bukan kebingungan, dan tidak lain itulah yang dihasilkan huruf ini. Jika anda haramkan huruf ? daripada abjad Greek hari ini, anda akan mengubah masa depan yang lebih baik”",
"Isi kandungan petition itu pula berbunyi:",
"“Tiada siapa sukakan xi. Ia mustahil ditulis. Maksud saya, siapa punya idea yang sangka puting beliung patut ditukar menjadi huruf, merepek! Dengan petition yang cukup, kita boleh buang semua huruf xi secara sah di seluruh dunia. Ia akan memaksa semua buku teks untuk menggunakan apa saja pemboleh ubah atau pemalar yang lain setelah kita mencapai objektif kita mengharamkannya. Hukuman penggunaan akan dibuat meliputi hukuman mati.",
"Ini adalah satu bahagian daripada kempen yang lebih besar, di mana selangkah demi selangkah kita akan membina dunia yang tidak dikawal oleh persamaan cakar ayam itu”",
"Setakat ini petition yang berusia beberapa jam ini telah pun mengumpul ratusan tandatangan.",
"Berikut adalah beberapa sebab orang menandatangan:",
"“Saya seorang jurutera dan saya sudah pun tak tahu cara buat matematik. Jangan buat hidup saya lebih susah”",
"“Saya suka menanda tangan benda. Dan ini adalah petition paling merepek saya pernah tanda tangan."
] |
https://ajar.com.my/2019/04/14/gambar-lohong-hitam-kabur-diketawakan-saintis-ini-beri-jawapan-epik/ | Gambar Lohong Hitam Kabur Diketawakan, Saintis Ini Beri Jawapan Epik. | [
"Walaupun dianggap antara pencapaian astronomi paling membanggakan dalam sejarah, imej lohong hitam diketawakan dan ‘ditroll’ ramai orang kerana kabur dan tidak mencapai imaginasi seperti mana gambaran seperti simulasi dan filem.",
"Bagaimanapun, seorang saintis kemudian membalas dengan jawapan yang epik terhadap sindiran orang ramai tersebut.",
"Dengan menggunakan bahasa saintifik tahap tinggi, saintis tersebut ‘meminta maaf’ kepada orang ramai atas gambar yang kabur tersebut.",
"Sudah pasti, permohonan maaf tersebut adalah satu sindiran kepada orang awam yang tidak tahu menahu tentang usaha gigih komuniti sains mencapai perkara yang begitu sukar dan memerlukan tenaga intelek tahapan maksimum, tetapi hanya memperlekeh usaha orang lain.",
"Aduh.",
"Lebih kelakar adalah komen yang mengiringi hantaran tersebut:",
"Ada yang membalas dengan jenaka juga",
"Apa pun, sekurang – kurangnya walaupun ditroll orang ramai, ia menjadi berita sains yang begitu sensasi dan paling kurang dapat tingkatkan keinginan orang ramai mempelajari sains. "
] |
https://ajar.com.my/2019/04/14/pensyarah-ukm-cadang-pembetulan-beberapa-istilah-astrofizik-dalam-akhbar/ | Pensyarah UKM Cadang Pembetulan Beberapa Istilah Astrofizik dalam Akhbar. | [
"Pemerolehan foto lubang hitam yang pertama dalam sejarah manusia telah mendapat mendapat liputan sensasi oleh semua toko media di serata dunia, termasuklah daripada media Malaysia.",
"Namun, antara isu yang berlaku adalah mengenai terjemahan istilah – istilah astrofizik bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang dianggap kurang tepat. ",
"Dalam infografik yang diterjemah Harian Metro di atas, istilah seperti Event Horizon diterjemah menjadi ufuk acara, yang dianggap kurang tepat kerana dijangka ia adalah terjemahan langsung daripada Google Translate. ",
"Seorang pensyarah astronomi di UKM Dr Wan Mohd Aimran kemudian mencadangkan beberapa pembetulan istilah – istilah tersebut beserta huraian.",
"Beliau juga turut menyertakan huraian bagi setiap istilah tersebut:"
] |
https://ajar.com.my/2019/04/18/ini-5-isu-sains-paling-panas-di-malaysia-menurut-undian-pengamal-sains-komunikasi/ | Ini 5 Isu Sains Paling Panas di Malaysia (Menurut Undian Pengamal Sains Komunikasi) | [
"Lima isu sains paling hangat dan kritikal dalam negara yang mesti diselesaikan oleh bidang sains komunikasi telah dikenal pasti seperti berikut:",
"Senarai tersebut diperoleh melalui undian saintis, pengamal media, dan pempengaruh sains dalam bengkel Malaysian Science Communication Module anjuran Akademi Sains Malaysia, hari ini.",
"Lima isu tersebut mengatasi puluhan isu – isu sains komunikasi lain yang turut disenaraikan seperti pendidikan STEM, pengambilan pil suplemen kesihatan, keselamatan air, isu nuklear, pemanasan global dan lain – lain.",
"Isu Bumi Rata yang baru – baru ini tular di tanah air bagaimanapun tidak dianggap begitu penting dengan hanya menerima satu undian.",
"Turut dibincangkan dalam bengkel tersebut adalah punca dan cara – cara menyelesaikan isu – isu tersebut dalam rangka sains komunikasi.",
"Rata – rata peserta bersetuju bahawa timbulnya isu – isu berkenaan adalah lantaran kurangnya capaian sains kepada masyarakat, kerana perbincangan sains hanya berlegar dalam kalangan ahli akademik.",
"Turut diluahkan adalah kegusaran bahawa bahasa sains terlalu berat dan membosankan sehingga liputannya tidak disukai oleh wartawan, kerana dianggap tiada nilai berita.",
"Bagi isu anti vaksin dan pseudosains pula, punca – punca yang dikenal pasti menyebabkan naiknya isu – isu kritikal ini adalah ketidakpercayaan masyarakat terhadap sains dan pengamalnya, serta tumpasnya suara saintis dibandingkan suara pengamal pseudosains yang sangat lantang di media sosial.",
"Begitu juga, isu antivaksin menjadi isu yang besar di Malaysia akibat masyarakat kurang jelas terhadap status halal kandungan vaksin – vaksin yang dihasilkan.",
"Isu pendidikan seks yang dianggap paling kontroversi pula ditegaskan kepentingannya kerana perkembangan semasa yang sangat menggusarkan, di mana anak – anak kini bebas berinteraksi dengan topik seks pada usia yang sangat awal.",
"Seorang guru pendidikan sains tempatan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa mengatakan bahawa ketika mana ibu bapa mengelak daripada berbicara tentang topik ini, anak – anak akan mencari maklumat daripada sumber – sumber yang salah.",
"Kesemua isu ini akan dianalisis, dirangka dan disertakan dalam pembinaan modul sains komunikasi di bawah Young Scientists Network- Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) dan Malaysian Science Communication Network (MSCN).",
"Modul tersebut kemudian akan diimplementasikan untuk melatih dan melahirkan lebih banyak ahli komunikasi sains yang efektif di samping menjadi rujukan asas untuk matlamat masa panjang mengintegrasikan sains komunikasi ke dalam kurikulum pendidikan. ",
"Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Dr Siti Khayriyyah, yang pernah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa sebelum ini dengan memenangi tempat pertama pertandingan Famelab 2018."
] |
https://ajar.com.my/2019/04/21/einstein-dan-hantu-kuantum/ | Einstein dan Hantu Kuantum | [
"Bila orang tanya, “Fizik Kuantum tu apa?”, pertama sekali saya akan nilai dulu setakat mana pengetahuan orang tersebut dalam sains. ",
"Kalau orang tu tidak ada pengetahuan sains yang kukuh, saya akan beritahu mereka bahawa Fizik Kuantum adalah satu cabang Fizik yang dibina dari kerangka matematik.",
"Apa maksudnya?",
"Daripada Matematik, Menjadi Sains",
"Kita ambil contoh Sir Isaac Newton dan graviti. Dalam proses untuk menerangkan konsep graviti, Newton telahpun membina satu “matematik baharu” yang diberi nama kalkulus (calculus).",
"Untuk kes Fizik Kuantum, perkara sebaliknya terjadi.",
"Sewaktu dalam keadaan terdesak, dalam usaha beliau untuk menerangkan mengenai permasalahan jasad hitam (black body), Max Planck telah membina matematik dari satu kaedah yang beliau sendiri tak tahu macamana. Hal oni terkenal dalam sejarah Fizik sebagai suatu keadaan terdesak (act of desperation) di mana kerangka matematik dibina atas dasar fizik yang manusia sendiri tidak fahami.",
"Ironinya, setelah keberhasilan Max Planck dalam menerbitkan matematik tersebut dari entah mana (out of thin air), Albert Einstein merupakan orang pertama yang menggunapakai idea Planck tersebut dalam menerangkan kesan fotoelektrik. Dari penerangan inilah Einstein mendapatkan satu-satunya hadiah Nobel beliau, sedangkan Einstein amat yakin bahawa hasil kerjanya sebelum itu dalam Teori Kenisbian (Relativity Theory) sebenarnya lebih melayakkan beliau untuk menggondol anugerah Nobel.",
"Lebih tragis lagi sebenarnya, adalah apa yang terjadi selepas itu.",
"Pergaduhan Kuantum",
"Selepas Einstein dan Planck menjadi antara pemikir utama yang membina Fizik Kuantum, muncul nama-nama lain dalam bidang ini seperti Schroedinger, Dirac dan Heisenberg yang membina kerangka matematik tersebut dengan lebih mendalam.",
"Einstein tidak menyukai perkara tersebut. Bagi Einstein, matematik seharusnya hadir sebagai penerangan terhadap perkara fizikal yang sedang berlaku. ",
"Namun kehadiran Revolusi Kuantum pada awal abad ke 20 ternyata melawan ideologi Einstein. Bagi kebanyakan saintis lain pula seperti Dirac dan Feynmann, matematik ini amat berguna bagi mereka dalan menerangkan banyak benda bagi objek-objek dalam skala kecil – objek dalam skala kuantum.",
"Dari ketidakpuasan hati Einstein inilah beliau mula menentang Teori Kuantum – kerana bagi Einstein setiap matematik perlu dijustifikasikan. Pada waktu tersebut, salah satu justifikasi paling tepat yang mampu dibuat oleh saintis hadir daripada idea Max Born : Fizik Kuantum ini hadir sebagai gambaran kebarangkalian.",
"Einstein tidak suka kebarangkalian. Bagi Einstein, konsep dalam Measurement Problem – suatu keadaan itu akan bercampur selagi mana pemerhatian tidak dilakukan adalah amat janggal – adalah amat bertentangan dengan apa yang Einstein perjuangkan. Bayangkan. Kalau elektron boleh berada dalam keadaan spin up dan spin down, menurut Fizik Kuantum, selama mana kita tidak mencerap elektron tersebut, elektron tersebut akan terus berada dalam keadaan bercampur tersebut sehinggalah cerapan dilakukan. Dari sini juga terhasil kisah kucing yang terkenal: Kucing Schroedinger.",
"Dari sinilah lahirnya ungkapan Einstein bahawa",
" “Aku ingin percaya bahawa bulan tetap berada di atas sana walaupun ketika aku tidak melihatnya.” Tidak logik bahawa akan wujud keadaan “bulan itu wujud dan tidak wujud serentak”. ",
"Ini bukan aliran sufi yang ingin menerangkan keberwujudan objek, ini sains!",
"Maka Einstein mula menyerang Fizik Kuantum bertali arus. Dalam Konferens Solvey, Einstein “bergaduh besar” dengan si Neils Bohr, sehingga Debat Bohr-Einstein mencorakkan pemikiran saintis pada zaman mereka. Siapa yg percaya bahawa Einstein betul, dikategorikan sebagai Realist, manakala yang berpihak pada Bohr, dipanggil anti-realist.",
"Einstein terus menerus menyerang, dan salah satu serangan yang kekal sampai hari ini, pastinya serangan paling terkenal, hadir daripada gabungan Einstein, Podolsky dan Rosen (EPR paradoks).",
"Kebergusutan Kuantum (Quantum Entanglement) – Asas Teleportasi?",
"Dalam paradoks ini, Einstein ingin membuktikan bahawa Fizik Kuantum tidak masuk akal, kerana akan berlakunya proses pemindahan maklumat dengan kelajuan melebihi cahaya (Faster Than Light Tramsmission). Sebelumnya, dalam Teori Kenisbian (Relativity Theory), Einstein telah meletakkan had kepada apa-apa kelajuan: halaju cahaya. Objek tidak boleh bergerak lebih laju dari cahaya, atau sekiranya objek itu bergerak lebih laju dari cahaya, ia akan memecahkan prinsip kesan-akibat (causality).",
"Maka, Einstein dan rakannya memulakan serangan mereka. Terdapat suatu kes dalam Fizik Kuantum, yang diberi nama Kebergusutan Kuantum (Quantum Entanglement). Kebergusutan ini terhasil apabila pasangan objek pada awalnya bergusut bersama (entangled together).",
"Mengambil contoh mudah dua elektron yang bergusut bersama. Elektron, seperti yg kita terangkan tadi, mempunyai sifat kuantum yg dikenali sebagai Spin. Spin ini ada dua keadaan, spin atas dan spin bawah.",
"Perkara yang menarik bagi objek yang bergusut ini adalah, apabila pasangan objek bergusut, satu objek akan memiliki satu sifat, manakala objek lain akan memiliki sifat sebaliknya. Maksudnya di sini, apabila satu elektron itu kita cerap sebagai memiliki spin atas, satu lagi elektron akan memiliki spin bawah.",
"Menurut Einstein, perkara ini adalah ganjil. Bayangkan sepasang objek digusutkan bersama – sepasang elektron misalnya. Kemudian, satu elektron kita bawak ke hujung alam, dan satu lagi elektron kita bawa ke hujung alam yang bertentangan.",
"Sekarang, sebelum kita mencerap, kita perlu ingat beberapa perkara.",
"– Kedua-dua objek tersebut bergusut antara satu sama lain.– Sewaktu mereka sedang bergusut, mereka sedang berada dalam keadaan superposition (seperti yang dijelaskan tadi), mereka dalam keadaan atas dan bawah secara serentak.– Sewaktu kita mencerap, akan berlaku apa yang dipanggil sebagai keruntuhan fungsi gelombang (wave function collapse) yang akan menjadikan elektron tersebut dari dua keadaan bercampur (superposition state) menjadi hanya satu keadaan : sama ada atas dan bawah.",
"Menurut Einstein, benda ini ganjil kerana informasi yang kita dapat adalah serta merta (instantaneous), sedangkan had kepada kelajuan objek di alam semesta adalah halaju cahaya. Maksudnya kalau satu cerapan kita dapat elektron tersebut adalah atas, maka cerapan lain kita akan tahu serta merta bahawa ia adalah bawah.",
"Menurut Einstein, perkara ini adalah ganjil, dan Einstein menggelarkan fenomena ini ",
"“Spooky Action at a Distance” ",
"Fenomena ini lebih tepatnya dikenali sebagai Quantum Entanglement (Kebergusutan Kuantum).",
"Walaupun Einstein menyerang hebat Fizik Kuantum, keberhasilan yang lahir akibat Fizik Kuantum adalah amat banyak. Maka sesetengah ahli Fizik seperti Bohr dan Feynmann mengambil jalan mudah – shut up and calculate.",
"Sehingga ke hari ini pun, saintis seperti Gerard t’ Hooft berpendapat bahawa matematik Fizik Kuantum ini amat berguna, it is a useful tool, as how he says it.",
"Adakah Fizik Kuantum akan Berjaya Dirungkai?",
"Kembali kepada Einstein, sehingga ke hari kematiannya, Einstein percaya dan yakin bahawa Fizik Kuantum tidak lengkap. Ya, ia berguna, namun ia belum lagi menyeluruh. Einstein merupakan antara tokoh pelopor bagi Teori Hidden Variable, salah satu cara saintis untuk bagitahu bahawa teori bagi Fizik Kuantum belum cukup sempurna, we need something else.",
"Selang beberapa era selepas Einstein, John Bell hadir. John Bell telahpun melahirkan apa yg disebut sebagai Bell’s Inequality Theorem – satu formulasi matematik.",
"Bergantung kepada cara bagaimana anda ingin melihatnya, ada sesetengah saintis melihat Bell’s Theorem sebagai kemenangan kepada Bohr dan geng anti realist – Fizik Kuantum memang tak sama dengan Fizik Klasikal. Ada juga yg berpandangan sebaliknya, Einstein mungkin betul mengenai hidden variable, namun hidden variable tersebut bukanlah dalam bentuk hidden variable yang lokal, sebaliknya tak lokal (non-local hidden variable).",
"Hasil kerja Einstein et al. dan John Bell ini telahpun membenarkan kita pada hari ini untuk mula berjinak-jinak dengan apa yang dipanggil sebagai Quantum Teleportation. Ingat elektron yang berada dalam dua keadaan serentak tadi? Dalam Teori Informasi Kuantum (Quantum Information Theory), objek seperti elektron ini benar-benar wujud. Namanya adalah Qubit, short for Quantum Bit.",
"Kalau kita rujuk kepada bit biasa dalam komputer, kita akan ada dua keadaan (two state) iaitu 0 dan 1 (binary). Bagi Qubit pula, ia mampu wujud dalam 3 keadaan, iaitu 0 dan 1 (binary state) dan juga campuran antara 0 dan 1 (superposition state). Maka 2 Qubit dalam keadaan campuran ini adalah model yang amat sesuai sebagai model EPR, dan saintis telah berkali-kali mengkaji dan merumuskan bahawa Fenomena Kebergusutan ini benar-benar berlaku dan bukan sekadar teori, dan ia sedang merevolusikan teknologi komunikasi.",
"Panjang lagi sebenarnya perjalanan dalam penerokaan sejarah fizik kuantum sebenarnya, dan kerana semua perkara inilah sebenarnya ada sesetengah ahli falsafah yang berpandangan bahawa pemahaman dalan fizik kuantum akan membawa kepada pemahaman baru dalam penafsiran alam.",
"“To understand reality, you need to understand Quantum Physics”",
"But then, Richard Feynmann and Neils Bohr famously said,",
"“I believe nobody ever truly understand Quantum Physics”",
"Oleh : Muhammad Eilham",
"Rujukan dan bacaan sambungan:",
"A. Einstein, B. Podolsky, and N. Rosen, “Can quantum-mechanical description of physical reality be considered complete?” Phys. Rev. 47 777 (1935).",
"Bell, J. S. (1966). “On the problem of hidden variables in quantum mechanics”. Rev. Mod. Phys. 38 (3): 447–452.",
"D. Bouwmeester, J.-W. Pan, K. Mattle, M. Eibl, H. Weinfurter, A. Zeilinger, “Experimental Quantum Teleportation”, Nature 390, 6660, 575-579 (1997).",
"Ji-Gang Ren et al. “Ground-to-satellite quantum teleportation”, arxiv:1707.00934",
"https://www.quantamagazine.org/wormhole-entanglement-and-th…",
"https://www.phys.org/…/2014-06-einstein-quantum-mechanics-h…"
] |
https://ajar.com.my/2019/04/22/mama-cakap-kalau-saya-rakam-belajar-sejam-ramai-nak-tengok-dapat-ratusan-ribu-tontonan/ | “Mama Cakap Kalau Saya Rakam Belajar Sejam, Ramai Nak Tengok”. Dapat Ratusan Ribu Tontonan. | [
"Ketika ramai kanak – kanak yang mahu merakam diri mereka menyanyi, menari dan main game untuk dimuat naik ke Youtube, seorang anak darjah 5 disuruh emaknya untuk memuat naik video dirinya belajar selama satu jam.",
"Maka anak itu pun berbuat demikian, dia menekan kamera, belajar satu jam, dan kemudian memuat naik video tersebut dengan tajuk ‘belajar berterusan selama hampir satu jam’.",
"Penerangan tajuk tersebut berbunyi:",
"“Mama saya fikir saya kelihatan paling baik sewaktu belajar, dan dia fikir saya patut kongsikan video tersebut.",
"Kalau dia salah dan anda bencikan video ini, tolong jangan dislike tapi komen bahawa anda sukakan video saya yang lain”",
"Tapi siapa sangka, video yang begitu ringkas dan tidak berciri tular ini kemudian meletup naik dengan memperoleh hampir 300 ribu tontonan (pada waktu artikel ini ditulis)!",
"Rata – rata komen memuji video tersebut yang begitu ‘ikhlas dan suci’, serta amat jarang ditemui di sebalik trend video – video prank dan hiburan.",
"Komen – komen yang begitu positif pula menggalakkannya agar memuat naik video belajar yang lebih panjang. Ada yang menggesa agar cabaran belajar #studychallenge ini ditularkan.",
"Anak tersebut ternyata merupakan seorang Youtuber baru yang terpengaruh dengan trend semasa laman tersebut. Maka dia pun membuat saluran Youtube baru dan membuat rakaman cabaran – cabaran tular seperti ‘trickshot harian’, ‘April fool’, dan ‘cabaran flip’.",
"Tetapi jumlah tontonan dan subscriber selama 2 bulan penghasilan tidak begitu memberangsangkan, iyalah, sesuai lah dengan penghasilan video yang amateur oleh seorang budak sekolah.",
"Tetapi kemudian emaknya ternyata bijak apabila menyedari hobi anaknya ini dan menyuruhnya memuat naik video dirinya belajar, dengan menjanjikan tontonan yang tinggi.",
"Ternyata strategi tersebut berhasil! Semoga trend memuat naik video belajar ini menjadi tular dan disambut oleh kanak – kanak di Malaysia pula. "
] |
https://ajar.com.my/2019/04/26/googolplex-nombor-yang-sangat-sangat-sangat-besar/ | Googolplex, Nombor yang Sangat – sangat, sangat Besar | [
"Tahukah anda ‘Google’ sebenarnya adalah nama yang diperoleh daripada ejaan yang salah? Asalnya nama yang dicadangkan adalah ‘googolplex’ yang kemudian dipendekkan kepada ‘googol’. Tapi kemudian pengasas awal laman web tersebut tersilap eja dan akhirnya menjadi ‘Google’.",
"Agak ironi juga pangkalan data carian maklumat terbesar yang kita gunakan untuk peroleh info dan fakta rupa – rupanya tersalah eja pada namanya sendiri.",
"Tapi, ‘googol’ ini apa sebenarnya?",
"Googol dan GoogolPlex",
"Mungkin ramai yang mengetahui bahawa nama ‘googol’ dan ‘googolplex’ ini merujuk kepada satu nombor yang sangat besar. Jika ditanya orang “apa nombor paling besar yang kamu tahu”, berkemungkinan dua nama ini akan disebut.",
"Googol, Googolplex dan satu lagi abangnya, Googolplexian adalah nombor – nombor terbesar yang diberi nama (yang wujud dalam kamus). ",
"Nama Googol dicipta asalnya sebagai satu cara untuk menyemai rasa minat kanak – kanak terhadap nombor – nombor besar.",
"Ahli matematik Edward Kasner (gambar) membawa dua anak saudaranya Milton dan Edwin Sirotta, berjalan – jalan di New Jersey. Beliau kemudian menanyakan Edwin, yang ketika itu berusia 8 tahun, apa agaknya nama yang ingin diberikan kepada satu nombor yang sangat – sangat besar. ",
"Edwin kemudian menjawab ‘googol’. Dari mana Edwin peroleh nama ini tak diketahui (tapi kanak – kanak memang kreatif bab ini), tapi kemudian Kasner memberi definisi googol sebagai 10100 (sepuluh kuasa seratus), atau nombor satu diikuti oleh seratus kosong.",
"Tapi Milton pula tak puas hati. Dia juga mengusulkan satu nombor yang lebih besar, googolplex. Nombor ini, menurut Milton, adalah nombor 1 diikuti oleh sebanyak mungkin nombor kosong yang boleh ditulis sehingga kamu penat. ",
"Walaupun idea ini comel, Kasner merasakan satu definisi teknikal diperlukan. Jika diambil definisi anak saudaranya itu, ia membuka kemungkinan bahawa siapa – siapa saja boleh menjadi ahli matematik yang lebih hebat daripada Einstein dengan hanya mampu menahan menulis lebih lama nombor kosong.",
"Maka Kasner membuat keputusan bahawa googolplex sepatutnya membawa maksud 10googol (sepuluh kuasa googol), atau 1 diikuti oleh 1 googol kosong atau dengan kata lain 10^10^100.",
"Nombor ini sangat – sangat – sangat besar. Carl Sagan pernah mengatakan bahawa mustahil untuk kita menulis semua nombor kosong dalam googleplex, kerana alam semesta kita tak mampu memuatkannya. ",
"Sebagai perbandingan, dalam dunia sebenar, tiada nilai yang mencapai satu googol (10100) . Contohnya jumlah sel dalam badan manusia adalah lebih kurang 37.2 trillion (3.72*1013 ), jumlah atom dalam badan manusia lebih kurang 7*1027 , manakala jumlah atom dalam seluruh alam semesta pula dianggarkan sebagai 1080 . Googol lebih besar daripada nombor atom di alam semesta sebanyak 20 kosong. ",
"Namun lebih, besar daripada itu, adalah Googolplexian, iaitu nombor satu diikuti oleh kosong sebanyak satu googolplex. Ini adalah nombor terbesar yang pernah dinamakan. Manusia tak mampu membayangkan nombor sebesar itu.",
"Adakah Nombor yang Lebih Besar Daripada Googolplexian?",
"Jawapannya, ya, memang ada, dan memang pasti akan ada nombor yang lebih lebih besar. Sebab apa saja nombor yang kita datangkan, kita hanya perlu tambah satu pada nombor tersebut untuk datangkan nombor yang lebih besar.",
"Googolplexian hanyalah nombor yang paling besar yang dinamakan. ",
"Namun begitu, terdapat nombor lain yang sangat – sangat sangat besar yang membuatkan googolplexian kelihatan seperti nombor kosong berbanding nombor – nombor ini. ",
"Antaranya adalah nombor mega gergasi Graham’s Number yang terlampau besar sehingga tak dapat dipersembahkan pun notasinya secara normal. Ia memerlukan notasi baru Knuth’s up-arrow notation untuk menerangkannya.",
"Lebih – lebih besar lagi daripada Graham’s Number adalah nombor TREE (3) yang terlampau besar sehingga Graham’s Number kelihatan seperti habuk berbandingnya. Ia terlampau besar sehingga tidak dapat dipamerkan oleh simbol matematik.",
"Namun nombor – nombor tersebut bukanlah dibuat saja – saja. Sudah pasti anda boleh mendatangkan nombor yang lebih besar dengan mendarabkan TREE(3) dengan dua. Tapi apa yang menarik berkenaan nombor – nombor tersebut adalah mereka bermakna.",
"Maksudnya, nombor – nombor tersebut mempunyai aplikasi dalam matematik, ia bermakna, dan ia telah dibuktikan sebagai bukan infiniti. ",
"Dan sudah pasti, nombor – nombor tersebut langsung, langsung tidak dapat mendekati konsep infiniti."
] |
https://ajar.com.my/2019/04/28/ucapan-sains-tentang-dadah-yang-menyentuh-hati-ini-menang-pertandingan-famelab-malaysia-2019/ | Ucapan Sains tentang Dadah yang Menyentuh Hati Ini Menang Pertandingan Famelab Malaysia 2019 | [
"Syarahan pendek sains tentang ketagihan dadah telah dipilih sebagai pemenang pertandingan Famelab Malaysia 2019 baru – baru ini. ",
"Pegawai perubatan psikiatri dari sebuah hospital kerajaan, Mohd. Hazreen Abdul Rashid menceritakan mengenai pengalaman beliau mengendalikan pesakit penagih serta menjelaskan ketagihan dadah daripada sudut sains. ",
"Pembentangan beliau telah berjaya memikat hati juri yang menilai berpandukan faktor kandungan, kejelasan dan karisma. ",
"Kemenangan Mohd. Hazreen, 32, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 selain berpeluang mewakili negara dalam pertandingan Famelab Antarabangsa pada 5 dan 6 Jun depan di Festival Sains Chelthenham di United Kingdom.",
"Pada tahun lepas, saintis Malaysia Dr Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah telah membanggakan Malaysia apabila dipilih sebagai ‘jurucakap sains terbaik dunia’ setelah memenangi pertandingan Famelab peringkat Antarabangsa.",
"Famelab merupakan sebuah pertandingan sains komunikasi yang memerlukan peserta membuat persembahan berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam masa tiga minit.",
"Pertandingan ini berjaya menarik minat seramai 63 pemohon dan seramai 12 orang tersenarai sebagai peserta akhir menerusi tiga tapisan di peringkat negeri yang berlangsung pada Februari hingga Mac lalu.",
"Famelab dianjurkan oleh MIGHT bersama British Councils serta mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dan pusat penyelidikan profesional, Euraxess.",
"“Saya memilih topik pengulangan ketagihan dadah kerana banyak tuduhan dan kecaman yang diterima oleh golongan ini kerana kembali menagih selepas pulih bertahun-tahun.",
"“Mereka dikatakan jahat dan lemah iman, tetapi masyarakat perlu tahu ia sebenarnya disebabkan oleh banyak faktor.“Servis pemulihan dadah adalah salah satunya. Ketagihan dadah ini berlainan mengikut jenis, jadi rawatannya juga berlainan,” katanya. "
] |
https://ajar.com.my/2019/04/30/kuda-enam-kaki/ | Kenapa Wikipedia Kata Kuda Ada Enam Kaki? | [
"Cuba anda google soalan berikut:",
"“how many legs does a horse have”",
"Pasti anda terkejut dengan jawapan pertama yang anda jumpa yang diberikan oleh Wikipedia.",
"Seorang pengguna twitter pula menanyakan soalan yang sama kepada Google Assistant, dan mendapat jawapan yang sama. ",
"Honestly……. still better than Bixby pic.twitter.com/25IAm7W1al",
"Jadi bagaimana Wikipedia boleh mendatangkan jawapan yang sememangnya benar – benar salah untuk soalan mudah ‘berapa banyak kaki kuda ada?’.",
"Adakah Wikipedia sudah digodam?",
"Ataupun adakah memang sebenarnya kuda miliki enam kaki dan kita yang memang keliru selama ini? Hidup kita selama ini adalah satu penipuan??",
"Kenapa Kuda Enam Kaki?",
"Sebenarnya, laman wiki tersebut bukanlah termasuk dalam artikel – artikel wikipedia yang biasa, sebaliknya ia adalah bahan rujukan tambahan bagi salah satu konsep penulisan artikel Wikipedia, iaitu keboleh pengesahan (verifiability).",
"Artikel tersebut tidak termasuk dalam polisi dan panduan Wikipedia yang memerlukan pembuktian, sumber, pengesahan dan lain – lain. ",
"Sebaliknya, tujuan laman tersebut adalah untuk menunjukkan cara yang salah dalam membentangkan ‘fakta’.",
"Objektif utama laman tersebut adalah untuk menegaskan bahawa:",
"“Hanya dengan menyatakan kuda miliki 5 kaki tidak menjadikannya benar. Memanggil ekor kuda sebagai kaki tidak menjadikannya kaki”",
"Laman tersebut kemudian mengemukakan satu kisah antara Jack dengan kuda berkaki lima.",
"Jack dengan Kuda berkaki Lima",
"Pak cik saya pernah bertanya “Budak, kau nampak kuda tu”?",
"“Ya”",
"“Berapa banyak kaki kuda tu ada”",
"“Empat”",
"“Macam mana kalau pakcik kata ekor kuda itu juga adalah sebatang kaki”",
"“Uhhhh”",
"“Kalau pakcik panggil ekor kuda itu kaki, berapa banyak kaki kuda itu ada?”",
"“Lima?”",
"“Kamu ni tak belajar ya? Tak kisah nama apa kamu beri pada sesuatu, kuda tu tetap ada empat kaki“",
"Namun kemudian artikel itu menunjukkan, kalau kita mahu, kita boleh tambah, tambah kekusutan pada satu fakta sehingga ia jadi sangat merepek.",
"Mana ada, Kuda ada Enam Kaki!",
"Apa bukti kuda ada enam kaki?",
"Bukan, Kuda Ada Infiniti Kaki!",
"Apa … apa Benda Ni?",
"Artikel ini, sekali lagi adalah untuk kegunaan dan rujukan penyunting – penyunting Wikipedia, bukan untuk bacaan umum.",
"Dalam Wikipedia, sesiapa saja boleh menyunting dan membangkitkan apa saja topik, walaupun topik tersebut ternyata sudah jelas dan nyata tanpa keraguan, seperti berapa bilangan kaki kuda.",
"Dengan mengemukakan falasi – falasi logika yang pelbagai, seseorang boleh membuktikan waima 7 darab 13 bersamaan 28, seperti dalam video komedi yang popular ini:",
"Artikel kuda tersebut menyatakan antara sebab hal ini berlaku adalah lantaran ‘true – believer syndrome‘, di mana seseorang boleh terus mempercayai sesuatu perkara paranormal walaupun setelah dibuktikan berkali – kali ianya palsu. ",
"Maka, golongan ‘fivelegism’ (mereka yang percaya kuda ada lima kaki), boleh berterusan mendebat golongan ‘fourlegism’ (mereka yang percaya kuda ada empat kaki), dengan menyatakan pandangan kuda berkaki empat itu hanyalah satu pendapat.",
"Apabila ini berlaku, dan terus berlaku, apa yang berlaku seterusnya adalah situasi yang dipanggil sebagai ‘memukul mayat kuda‘. Kuda itu telah lama mati, orang dah tak kisah dengannya, maka tinggalkan saja perdebatan tersebut.",
"Begitu juga, jika sememangnya ada artikel yang mengatakan ada kuda berkaki lima, maka semaklah sumber dan sebab mengapa ia ditulis demikian. Boleh jadi terdapat manipulasi genetik, atau pembedahan atau lain – lain. "
] |
https://ajar.com.my/2019/05/06/putih-merah-jambu-atau-hijau-kelabu-warna-kasut-ini-cetus-perbalahan-netizen-sekali-lagi/ | Putih – Merah Jambu Atau Hijau – Kelabu? Warna Kasut Ini Cetus Perbalahan Netizen (Sekali lagi) | [
"Warga internet sentiasa akan mencari – cari bahan yang boleh datangkan pergaduhan dan perdebatan. ",
"Dahulu internet pernah diretakkan dengan fenomena warna baju yang diperdebatkan hampir sekalian wargamaya serata dunia, Yanny dan Laurel, dan soalan ‘berapa jawapan 6÷2(1+2) = ?’",
"Kini, timbul pula ilusi optik terbaru yang membuat kita menarik rambut keberangan. Apa warna kasut di bawah, putih – merah jambu atau hijau – kelabu?",
"Eh jap.",
"Gambar tular ini bukan baru! Ia dah digaduhkan sejak 2017 lagi! Siapa yang naikkan balik???",
"Dua Warna Berbeza",
"Pertama kali kita lihat gambar tersebut, sama ada berwarna pink putih atau hijau kelabu, kita mungkin menganggap tidak mungkin ada orang lain yang melihat warna yang berbeza dengan kita.",
"Tetapi kemudian kita tekan bahagian komen dan mendapati begitu ramai yang bukan saja mengatakan warna yang salah, tetapi mengatakan kita pula yang silap dan buta warna!",
"Maka inilah formula biasa yang kemudian menjadikan perkara seperti ini tular di internet. Apa – apa yang mencetus konflik dan perbalahan dengan ratusan juta pengguna internet yang lain.",
"Namun apa sebenarnya warna asal kasut ini? ",
"Warna Asal Sememangnya Merah Jambu – Putih",
"Disebabkan fenomena ini sudah berlalu agak lama, maka sudah banyak tulisan yang mengupas kebenaran di sebalik gambar tersebut.",
"Warna asal model vans tersebut sememangnya adalah merah jambu dan putih. Model berwarna hijau dan kelabu tidak wujud.",
"you can literally go on the vans website and find this exact shoe ??? a teal & gray vans doesnt exist pic.twitter.com/loprfcNGBK",
"Gambar ini tular apabila seorang wanita bernama Nicole membelikan kasut tersebut untuk rakannya, dan kemudian meminta pandangan ibunya. Ibu Nicole kemudian menyatakan “Warna biru itu sesuai untuknya”.",
"Nicole kemudian berkelahi dengan ibunya kerana dia yakin warna yang dibelinya adalah putih – pink. ",
"Gambar tersebut kemudian dimuat naik ke internet untuk mendapat kepastian, dan Walla – berlakulah Perang Internet ke – 4980. ",
"Penjelasan Sains",
"Suatu lagi hal menarik tentang fenomena ini adalah golongan yang pada mulanya melihat warna hijau – kelabu, tetapi kemudian perlahan – lahan menyedari warna yang sebenar – iaitu merah jambu – putih. ",
"Bevil Conway, seorang neurosaintis di National Eye Institute di Amerika Syarikat menjelaskan bahawa hal ini berlaku kerana otak manusia cuba untuk mengasingkan antara warna yang dihasilkan oleh sumber cahaya dengan warna yang dipantulkan oleh objek, lapor the Guardian. ",
"“Sistem visual anda berterusan membetulkan warna imej yang dipancarkan di retina, untuk membuang pencemaran warna akibat bias spektral pada sumber cahaya”",
"“Warna langit adalah biru, tetapi semua yang anda perhatikan di bawah langit bukan biru. Ini kerana sistem visual anda begitu bagus dalam mengenal pasti bahagian cahaya mana yang anda perhatikan berasal daripada sumber cahaya, dan bahagian mana yang disebabkan permukaan objek. Kita hanya mengambil kira warna permukaan – iaitu bahagian cahaya yang menerangkan keadaan objek. Warna cahaya itu sendiri biasanya tidak bermakna”",
"Gambar yang dimanipulasi tersebut, jelas beliau, miliki banyak warna turquoise yang dipancarkan pada keseluruhan imej.",
"THE REAL SHOE IS PINK & WHITE OKAY??The second pic was with flash & darkened, so it looks teal & gray. (depends on what lighting ur in) pic.twitter.com/FlbO3OEEuC",
"“Setelah beberapa ketika, sistem penglihatan anda akan beradaptasi dengan warna turquoise tersebut dan mula menafsir warna tersebut sebagai warna sumber cahaya. Akhirnya anda akan membuang warna turquoise itu dan dapat melihat warna asal kasut itu semula“",
"Maka ringkasnya, kita lihat warna yang berbeza – beza adalah disebabkan pencahayaan. Lama – kelamaan otak kita akan dapat membezakan antara warna kasut asal, dengan warna sumber cahaya. Warna turquoise pelik itu kemudian akan ditolak daripada keseluruhan imej – lantas mengembalikan warna kasut tersebut kepada merah jambu.",
"Otak Kiri dan Otak Kanan?",
"Salah satu perkara yang turut tular adalah mengenai penjelasan ‘otak kiri dan otak kanan’ yang mengiringi gambar kasut tersebut.",
"Menurut penerangan tersebut, sekiranya kita didominasi ‘otak kanan’, kita akan melihat warna jambu – putih, sekiranya kita ber’otak kiri’ pula, kita akan melihat warna kelabu dan hijau.",
"Namun eksiklopedia Brittannica membongkarkan teori ‘otak kiri dan otak kanan’ itu sebagai mitos. ",
"Kajian tentang hipotesis ‘otak kiri vs otak kanan’ ini menyimpulkan bahawa ‘data pengimejan neuron tidak memberikan bukti jelas sama ada terdapat perbezaan otak kiri dan otak kanan’. ",
"Menurut laman web Psychology Today pula mitos otak kiri dan otak kanan ini begitu susah untuk dimatikan kerana ia begitu banyak dipopularkan oleh ‘pengamal kaunseling’ dan video – video motivasi. ",
"Jika benar teori otak kiri dan otak kanan ini benar dalam menjelaskan fenomena warna kasut tersebut, maka bagaimana pula dengan mereka yang pada mulanya melihat warna kelabu – hijau, kemudian berubah menjadi warna merah jambu?",
"Adakah ini bermakna mereka berubah daripada berotak kiri kepada otak kanan?"
] |
https://ajar.com.my/2019/05/06/kenapa-ahli-matematik-terbaik-dunia-guna-kapur-tulis/ | Kenapa Ahli Matematik Terbaik Dunia Guna Kapur Tulis? | [
"Ketika dunia pendidikan seluruh dunia sedang berkembang maju dengan munculnya aplikasi – aplikasi canggih seperti papan putih pintar, permainan dalam kelas interaktif, alat bantu mengajar futuristik, satu perkara masih tidak berubah dari dulu sampai sekarang.",
"Ahli – ahli matematik terbaik di Universiti seluruh dunia masih menggunakan kapur tulis untuk mengajar.",
"Kapur tulis, ciptaan ‘kuno’ zaman dahulu yang memerlukan seorang penulis untuk mengotorkan tangannya, menahan bunyi ‘skreet, skreet’ setiap kali kapur digesel pada permukaan papan hitam, dan menanggung bersin berkali – kali apabila habuk kapur masuk ke hidung tu, mungkin semakin ramai yang tidak mengenalinya.",
"Kita sangkakan teknologi usang ini akan hilang dengan cepat sebaik saja papan hitam diganti dengan papan putih, dan pen marker mula menjadi popular di sekolah – sekolah. ",
"Tetapi nampaknya, entah mengapa, golongan cendekiawan tahap tertinggi di dunia akademik masih enggan berganjak daripada relik alat bantu mengajar tua tersebut.",
"Kapur Lagenda Dambaan Ahli Matematik",
"Persoalan ini diteroka oleh video hasilan saluran Great Big Story dengan tajuk ‘Mengapa Ahli Matematik Terbaik Dunia Mengumpul Kapur Tulis’.",
"Rupanya, terdapat satu lagenda tentang suatu kapur tulis impian:",
"“Kapur itu begitu berkuasa sehingga ia mampu membuatkan matematik menyelesaikan dirinya sendiri. Kapur yang sangat hebat sehinggakan tiada pembuktian matematik salah boleh ditulis apabila seseorang memegangnya. Setelah pencarian yang begitu lama, akhirnya kapur tersebut ditemui”",
"Namun, bukan kapur biasa – biasa yang begitu didambakan oleh ahli – ahli matematik ini. Mereka tidak mahukan kapur lain, kecuali kapur istimewa yang datang dari Jepun, bernama Hagoromo.",
"Hagoromo dianggap sebagai Rolls Royce kapur tulis.",
"Mereka kata kapur ini tidak boleh patah. Mereka kata kapur ini saja yang tidak berhabuk. Mereka kata kapur ini berkilau apabila ditulis di papan hitam. ",
"Mula – mula ramai yang tidak percaya terhadap kehebatan kapur ini. Mereka adalah pembenci kapur (ya lah, kotor, berbunyi, senang patah, susah baca) Namun apabila mereka mencuba Hagoromo, mereka bertukar arah.",
"Kapur lagenda tersebut begitu licin apabila ditulis, ia keras, ia tahan lama, ia mudah dipadam. Kapur tersebut mampu bertahan pada pada hitam selama empat sesi kuliah. ",
"“Matematik adalah seperti kerja seni. Anda memerlukan kemahiran seni tahap tinggi untuk memberikan kuliah yang indah pada papan hitam. Ahli matematik menghormati perkara ini, maka mereka menghendaki alatan yang terbaik untuknya”",
"Tamatnya Riwayat Hagoromo",
"Walaubagaimanapun, kapur lagenda buatan Jepun tersebut tidak bertahan selamanya.",
"Setelah beroperasi selama 82 tahun, syarikat pembuatan alat tulis tersebut akhirnya menutup bisnesnya. ",
"Terdapat banyak sebab, jatuhnya permintaan terhadap kapur, peralihan daripada papan hitam kepada papan putih, dan keadaan kesihatan presiden Hagoromo yang terakhir yang semakin teruk.",
"Mendengar berita tentang penutupan syarikat kapur yang mereka cintai, ramai ahli matematik yang kemudian membeli borong kapur Hagoromo tersebut.",
"“Saya membeli berkotak – kotak Hagoromo. Saya siap membuat kira – kira untuk pastikan bekalan kapur saya boleh bertahan 15 tahun”",
"Ada syarikat Korea yang kemudian membeli formula pembuatan kapur tersebut, namun ramai yang mengatakan ia tak terasa sama dengan kapur yang asal. "
] |
https://ajar.com.my/2019/05/07/video-tapak-sulaiman-berjalan-ini-sungguh-mengerikan/ | Video Tapak Sulaiman Berjalan Ini Sungguh Mengerikan | [
"Siapa tahu bagaimana tapak Sulaiman bergerak? Rasanya mungkin ramai yang menganggap haiwan laut tersebut cuma bergerak bila dipukul ombak. Iyalah, tengok bentuknya pun macam sukar untuk bergerak – gerak.",
"Namun sebuah video tular baru – baru ini apabila ia menunjukkan bagaimana tapak sulaiman bergerak, dan ia sememangnya tidak dijangka, dan mengerikan lain macam. ",
"Komen – komen oleh netizen jelas menggambarkan kekaguman dan rasa terkejut mereka terhadap fenomena ini.",
"“Tak sangka saya tak pernah tengok tapak sulaiman bergerak sebelum ini”",
"“Nampak cool dan menakutkan pada masa yang sama!”",
"“Ayah, kenapa kulit pisang ini bergerak?”",
"“Nampak macam isteri saya”",
"“Nampaknya bertambah lagi senarai makhluk yang menakutkan saya”",
"Kenapa Macam Ini?",
"Ringkasnya, tapak sulaiman sebenarnya bukanlah makhluk pegun tidak bergerak macam yang kita selalu bayangkan. Mereka mungkin kelihatan statik, tetapi sesetengah spesis boleh bergerak laju (laju, menurut piawai tapak sulaiman).",
"Tapak sulaiman sunflower dewasa, contohnya, boleh bergerak selaju 1 meter dalam satu minit, menggunakan 15000 kaki tiub mereka di bahagian bawah tubuh. Spesis lain, bagaimanapun ada yang cuma bergerak selaju 15 sentimeter seminit.",
"Kaki tiub tapak sulaiman nampak seperti tiub penyedut, tapi tapak sulaiman tersebut sebenarnya mencengkam permukaan lantai menggunakan bahan kimia pelekat. Kaki tiub itu bergerak seperti ombak, dengan satu bahagian tangannya melekat menggunakan bahan kimia, manakala tangan lain melepaskan cengkamannya dari permukaan (juga menggunakan bahan kimia).",
"Namun tapak sulaiman sebenarnya tidak sepatutnya bergerak di daratan. Ia bernafas dengan menyedut oksigen daripada air laut, dan akan segera lemas apabila dilepaskan daripada air.",
"Jika anda risau tentang tapak sulaiman dalam video tersebut, anda boleh melepas nafas lega kerana orang yang merakam video kemudian meletakkan kembali si patrick balik ke lautan. "
] |
https://ajar.com.my/2019/05/09/ini-fizik-beyblade-kita-boleh-ajar-anak-kita/ | Ini Fizik Beyblade Kita Boleh Ajar Anak Kita | [
"Beyblade\nmerupakan salah satu permainan objek berputar yang popular sewaktu penulis\nmasih kecil. Dengan adanya manga dan anime yang tersendiri “Beyblade” (atau Bakuten\nSh?to Beibur?do) menjadi trend kegilaan\nkanak-kanak pada zaman 2000 – 2005, di samping permainan lain berasaskan anime\nseperti Crush Gear dan Yoyo.",
"Kini, fenomena Beyblade kembali lagi. Ditambah pula dengan anime terbaru “Beyblade Burst” (Beibur?do B?suto), kini kelihatan kanak-kanak mula berkumpul untuk bermain permainan penuh nostalgia ini.",
"Permainan Beyblade sebenarnya mudah. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2 orang atau lebih. Syaratnya, kesemua pemain perlu mempunyai beyblade mereka yang tersendiri. Cara permainannya mudah. Perlu ada pemain, dan perlu ada tempat untuk bermain (dipanggil Beystadium). Antara objektif utama permainan beyblade ni adalah:",
"Dengar macam menarik bukan? Ini merupakan pertandingan Beyblade yang dianjurkan oleh komuniti Beyblade di New York, Amerika Syarikat. Kita boleh tengok macam-macam ragam manusia dan beyblade kesayangan mereka, ada yang berhenti berpusing, ada yang terkeluar gelanggang, dan ada juga yang pecah dan musnah! ",
"Meskipun kedua-dua permainan ini nampak mudah, tapi jangan terkejut kerana untuk menerangkan konsep Fizik dalam permainan ni, kita perlu menjengah kepada konsep Fizik dan Matematik yang agak advance.",
"Jadi, memandangkan permainan ini sekarang menjadi fenomena yang mampu membuat anak – anak kita meninggalkan gajet untuk keluar bermain bersama rakan – rakan, mengapa tidak kita ambil peluang ini untuk terap juga kecintaan mereka kepada sains? ",
"Berikut adalah beberapa persoalan berkaitan konsep fizik yang boleh diterangkan kepada anak – anak seputar permainan gasing popular mereka.",
"Bagaimana Gasing Tersebut peroleh Tenaga Untuk Berputar?",
"Ini adalah soalan paling asas. Untuk menjawab persoalan ini, kita boleh kemukakan hukum termodinamik pertama:",
"Menurut Hukum Termodinamik Pertama (First Law of Thermodynamics), tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, sebaliknya ia hanya boleh berubah bentuk.",
"Hal ini juga turut dipanggil sebagai hukum keabadian tenaga.",
"Maka, apabila kita lihat proses sewaktu nak main Beyblade ni, kita akan dapati bahawa Beyblade ini akan diputar dengan cara menarik tali (Winder) dari pelancar (Shooter). ",
"Sewaktu proses ini berlaku, tenaga akan ditukarkan dari tenaga pergerakan (Kinetic Energy) tangan kita kepada geseran antara tali dan pelancar sebelum tenaga tersebut dipindahkan kepada Beyblade kita.",
"Benda yang sama juga kita boleh lihat bagi situasi gasing tradisional. Dengan gasing tersebut diikat dengan tali, proses sewaktu membaling atau menarik tali tersebut menyaksikan tenaga berubah dari tenaga tangan kita bertukar ke tenaga pergerakan gasing. ",
"Mana Lagi Bagus, Gasing Berat ke Gasing Ringan?",
"Kalau kita nak ada Beyblade yang tahan berpusing lama, beyblade mana yang kita perlu pilih? Beyblade yang ringan ke, atau beyblade yang berat?",
"Jawapannya: Beyblade yang berat.",
"Kenapa? Kerana menurut hukum fizik semakin besar berat sesuatu objek, semakin tinggi inertia objek tersebut. ",
"Ini merupakan Hukum Newton Pertama (Newton’s First Law), di mana objek yang sedang pegun (tidak bergerak) akan kekal dalam keadaan pegun, tapi objek yang bergerak akan ingin terus bergerak. ",
"Mana lebih susah untuk dihentikan? Kereta kancil yang bergerak 80 km/j atau lori yang bergerak 80 km/j? Jawapannya sudah tentu lori yang lebih susah dihentikan kerana inersia lori lebih besar daripada kancil. ",
"Maka, dengan prinsip yang sama, beyblade yang lebih berat akan miliki daya kebolehan yang lebih tinggi untuk kekal pada keadaan berputar. Anda perlu usaha lebih kuat sikit untuk hentikan putaran beyblade yang berat. ",
"Selalunya, orang akan menambah berat beyblade dengan meletakkan besi yang lebih berat di bahagian tengah Beyblade mereka.",
"Mana Lagi Bagus, Gasing Tinggi ke Gasing Rendah?",
"Selain dari berat, satu lagi faktor yang perlu diambil kira sekiranya kita ingin gasing kita dinobat juara beyblade adalah dengan menjadikan beyblade kita lebih rendah. ",
"Dengan menjadikan beyblade kita lebih rendah, pusat jisim (centre of mass) bagi beyblade kita akan menjadi lebih rendah, dan hal ini akan menjadikan bey kita lebih stabil. ",
"Analogi yang sama juga boleh dibuat bagi pemandu kereta lumba F1, di mana untuk memastikan mereka mampu mengawal jentera mereka dengan stabil, kereta lumba perlu dibuat dengan pusat jisim yang amat rendah.",
"Agak – agaknya, antara gasing A dan gasing B, gasing yang manakah yang akan tahan lebih lama? ",
"Mana Lagi Bagus, Bahagian Bawah Gasing yang Tajam Atau Tumpul Sikit?",
"Kalau kita lihat pada gasing, suatu yang kita akan perasan adalah biasanya reka bentuk bahagian bawahnya (paku gasing) biasanya tajam.",
"Mengapa begitu? ",
"Sebenarnya, bahagian paku yang tajam adalah untuk mengurangkan geseran dengan tanah. Seperti yang kita tahu, salah satu penyebab kenapa gasing dan bey berhenti adalah kerana geseran. ",
"Semakin kecil luas permukaan paksi gasing, semakin sikit sentuhannya dengan tanah, maka semakin sikit geseran.",
"Maka, kita nak bahagian paku tersebut setajam yang boleh (tapi kena hati – hati, jangan sampai cedera).",
"Kenapa Gasing Meliang Liuk Sewaktu Berputar?",
"Suatu perkara yang menarik tentang fenomena putaran gasing adalah sewaktu gasing tersebut berputar pada paksinya, tubuh gasing tersebut juga turut ‘berputar meliang liuk’.",
"Alah, macam dalam filem Inception, sewaktu gasing tersebut hampir jatuh, ia berputar meliang liuk seperti tidak stabil. ",
"Fenomena ini dipanggil sebagai liukan (precession). Gambaran mudah bagi proses liukan ni terjadi adalah seperti berikut: ",
"Katakan kita baling gasing @ bey kita ke lantai, dan gasing kita berada dalam keadaan lurus tegak, berputar secara sempurna. Lama kelamaan, revolusi putaran gasing kita akan melemah akibat dari rintangan angin serta geseran tanah. ",
"Apabila gasing kita mula menjadi perlahan, graviti akan mula memain peranan dan menarik gasing kita ke bawah. Daya tarikan graviti ini akan menghasilkan tork, dan interaksi antara tork dan momentum sudutan akan menghasilkan liukan.",
"Penutup",
"Itulah sedikit sebanyak konsep fizik yang kita boleh ajarkan anak – anak kita sementelah fenomena beyblade yang hangat ini (dekat masjid pun main, aduhai).",
"Sebenarnya, topik ini sememangnya agak mendalam dan kompleks. Tapi cukup dulu untuk semarakkan rasa suka anak – anak pada sains. ",
"Oleh: Muhammad Eilham, pensyarah Fizik"
] |
https://ajar.com.my/2019/05/11/saintis-buktikan-teknik-lagenda-pemurnian-emas-muslim-afrika3/ | Saintis Buktikan Teknologi Lagenda Pemurnian Emas Muslim Afrika | [
"Antara lagenda terkenal tentang Afrika pada zaman pertengahan adalah kisah tentang emas Afrika yang miliki kemurnian (purity) yang sangat menakjubkan. Emas ini diburu oleh ramai orang dan ia digunakan untuk disadur pada duit dan barang – barang mewah seperti barang kemas, tekstil dan relik agama. ",
"Afrika ketika itu sudahpun menerima Islam (seawal abad ke 7 masihi) dan berkembang pesat seiring dengan berkembangnya perdagangan dan kuasa empayar Islam. Antara barang dagangan utama adalah emas.",
"Kisah yang paling terkenal yang mungkin kita pernah dengar adalah mengenai Mansa Musa, seorang maharaja Mali beragama Islam yang menjadi manusia terkaya dunia lantaran menguasai lombong pemprosesan emas, di samping memiliki teknik pemprosesan emas istimewa untuk memperoleh kemurnian yang tinggi.",
"Tapi ramai sejawaran moden yang menolak kisah emas kemurnian tinggi ini kerana dianggap sebagai kisah yang digembar – gemburkan. ",
"Iya lah, dalam lagenda manusia ada banyak kisah mitos tentang bandar yang diperbuat daripada emas, jalan raya yang disadur emas, maka sejarawan tidak lah begitu mudah menerima cerita yang lebih kurang sama tentang dinar emas tulen Afrika ini.",
"Namun sekumpulan saintis dan ahli arkeologi kemudian menemui periuk pelebur logam dan acuan duit di Tadmekka, Mali yang digunakan untuk memurnikan emas pada abad ke 10 dan 11 masihi. ",
"Dalam kertas kajian bertajuk ‘Refining gold with glass – an early Islamic technology at Tadmekka, Mali‘, kumpulan saintis tersebut telah mereplikasi teknik unik pemprosesan emas Muslim Afrika itu dan mendapati ia sememangnya berkesan.",
"Teknik yang pertama kali dibuat dalam sejarah tersebut melibatkan pemanasan campuran emas, pasir dan kaca pada suhu yang tinggi dan mengasingkan emas tersebut dari kontaminasi mineral.",
"Orang Afrika pada Zaman Pertengahan sangat kompleks dengan penggunaan bahan mereka. Teknik mereka menapis bahan mentah dengan kaca lebur tidak pernah dilihat sebelum ini. Ia unik dalam rekod Arkeologi.",
"Peradaban Afrika Barat sebelum ini tidak menggunakan emas sebagai matawang mereka sehinggalah mereka bertemu dengan pedagang Arab. Apabila mereka sedar betapa rakan dagangan mereka menghargai emas, mereka yang sebelum ini mereka cuma gunakan sebagai bahan hiasan, langsung memanfaatkan lombong emas di kawasan mereka.",
"Dengan teknik khas mereka, mereka kemudian berjaya menghasilkan emas kemurnian tinggi yang tidak mampu ditandingi oleh peradaban sezaman. ",
"Teknik yang sama hanya dapat dikesan hampir seribu tahun kemudian melalui rekod di Australia sekitar tahun 1900. ",
"Nampaknya, orang Tadmekka mampu untuk menghasilkan emas dengan kemurnian lebih tinggi berbanding peradaban lain yang telah menggunakannya berabad – abad.",
"Penemuan ini membuktikan bahawa proses pemurnian emas di Tadmekka yang dianggap mitos sememangnya benar, dan mengubah cara pandang kita terhadap peradaban Muslim Afrika.",
"Antara punca yang kemudian menyebabkan kejatuhan peradaban di benua tersebut, sudah pasti, adalah penjajahan British yang mencuri pelbagai harta kekayaan orang Afrika. ",
"Harta Kekayaan Barat Dibina Daripada Eksploitasi Afrika"
] |
https://ajar.com.my/2019/05/13/ini-penjelasan-mengapa-facebook-laksanakan-sistem-top-fan/ | Ini Penjelasan Mengapa Facebook Laksanakan Sistem Top Fan | [
"Pada pertengahan tahun 2018 Facebook mula memperkenalkan lencana top fan bagi mengiktiraf wargamaya yang aktif berinteraksi di sesebuah page / laman.",
"Dan lencana top fan ini semakin jelas kelihatan dan ‘diburu’ oleh wargamaya bermula awal tahun 2019. Kalau perasan, sebelum ini lencana top fan menggunakan simbol bintang, dan kini telah dikemaskini kepada simbol permata.",
"Jadi, apa istimewanya lencana top fan ini kepada wargamaya?",
"Mengapa sesetengah wargamaya sanggup berinteraksi lebih di laman FB (walaupun kadang kala komentar yang diberikan tidak relevan dengan post atau sekadar meme menagih simpati admin untuk memberikan top fan) semata-mata untuk mendapatkan lencana top fan?",
"Dan paling penting, bagaimana hendak mendapatkan top fan di laman Facebook kegemaran anda?",
"Psikologi di sebalik lencana Top Fan. ",
"Menurut Nir Eyal, penulis buku ‘Hooked: How to Build Habit-Forming Products’ dan pakar pemasaran media sosial, wargamaya kerap bermain Facebook, Twitter, Instagram, PUBG, DOTA atau melayari YouTube kerana produk-produk ini telah membentuk habit atau kebiasaan wargamaya untuk kerap kali dan berterusan menggunakan produk-produk tersebut.",
"Atau dalam bahasa mudah, mereka telah terpaut kepada mata kail. Hooked. Empat elemen penting dalam ‘hooked’ ialah Trigger, Action, Rewards dan Investment.",
"Dalam konteks lencana top fan di Facebook, trigger berlaku apabila kita melihat orang lain mendapat lencana top fan di page kegemaran kita, kemudian kita pun tertanya-tanya:",
"“Eh? Kenapa dia dapat lencana top fan, kenapa aku tak dapat?”",
"Lencana top fan yang dipaparkan itu membentuk trigger luaran, kemudian trigger luaran mencetuskan trigger dalaman berbentuk emosi dan perasaan.",
"Kita dapat rasakan seolah-olah dengan adanya lencana top fan menjadikan kita lebih tinggi taraf berbanding wargamaya lain dalam laman tersebut, kita rasa diiktiraf, dihargai serta wujud seakan perasaan berpunya kepada laman yang memberikan kita lencana top fan.",
"Kemudian, kita mula melakukan tindakan bagi mendapatkan lencana top fan seperti berinteraksi lebih kerap di laman tersebut, memberi komentar menggunakan meme atau gif menagih secebis lencana top fan atau paling dramatik, pm admin minta diberikan lencana top fan!",
"Kita Tak Tahu Bagaimana Peroleh Top Fan",
"Paling menarik, wargamaya tidak pernah diberitahu apakah prosedur mutlak yang perlu dilakukan bagi mendapatkan lencana top fan.",
"Berapa kali perlu ketik like pada post di page tersebut? Berapa kerap kena beri komentar? Adakah meme, gif atau komentar yang tidak relevan, berkesan untuk mendapatkan lencana top fan?",
"Tak ada siapa tahu dan Facebook juga tidak memberi tahu. Mereka hanya mengatakan bahawa wargamaya perlu ‘lebih banyak berinteraksi’ di page berkenaan bagi mendapatkan lencana top fan.",
"Keadaan ‘tidak tahu’ inilah yang menyebabkan wargamaya terus menerus dan berterusan mencuba nasib dengan cara berinteraksi lebih bagi mendapatkan lencana top fan.",
"Akhirnya, setelah berkali-kali berinteraksi di page kegemaran, barulah wargamaya diberikan rewards dalam bentuk paparan lencana top fan.",
"Sekiranya kita berfikir secara rasional, ganjaran dalam bentuk lencana top fan ini tidak mendatangkan sebarang manfaat pun, hanya sekadar simbol permata dengan tulisan ‘top fan’ di atas nama kita setiap kali kita memberi komentar. Kalau admin nak bagi duit raya kepada top fan, itu lain cerita.",
"Kenapa Seakan Wujud Perasaan Bagus apabila Kita Dikurniakan Lencana Top Fan ini?",
"Jawapannya ialah kerana kita merasakan bahawa diri kita lebih istimewa atau superior berbanding wargamaya yang tidak mempunyai lencana top fan. Dalam konteks permainan video, kira macam kita sudah naik level atau telah meningkat ke peringkat yang lebih baik.",
"Sebaik sahaja mendapat lencana top fan, secara tidak langsung kita akan termotivasi untuk lebih kerap memberi komentar di laman berkenaan bagi menunjukkan kepada wargamaya lain bahawa: “Aku ada lencana top fan, kau ada apa?”",
"Dalam bahasa mudah, kita akan laburkan lebih banyak masa dan berinteraksi lebih di laman berkenaan sehingga membentuk kebiasaan atau habit. ",
"Dan kitaran hooked ini akan berterusan daripada semasa ke semasa, bergantung kepada kemaskini yang bakal dilakukan oleh Facebook. Siapa tahu mungkin lepas ini akan wujud lencana Mega Top Fan hanya untuk seorang top fan yang paling aktif berinteraksi berbanding top fan top fan lain?",
"Akhir kalam, teori Hooked yang terdiri daripada Trigger, Action, Rewards dan Investment ini bukanlah satu teori iluminati atau konspirasi yahudi, tetapi ia adalah sains psikologi yang membentuk kebiasaan atau habit seseorang wargamaya di media sosial.",
"Penting untuk kita mengetahui berkenaan ilmu ini supaya kita dapat mengawal diri kita dan orang yang kita sayang daripada ketagihan melayari media sosial atau bermain permainan video.",
"Jadilah wargamaya yang bijak, jangan selama-lamanya terjerat di mata kail.",
"Amirul Eqhwan Rahim,Top Fan page-page ilmiah. Aiwah!\n"
] |
https://ajar.com.my/2019/05/14/baju-ajaib-ini-boleh-buat-kita-lihat-organ-dalaman-manusia/ | Baju ‘Ajaib’ Ini Boleh Buat Kita Lihat Organ Dalaman Manusia! | [
"Sebuah ciptaan baju berteknologi tinggi membolehkan kita melihat organ dalaman kita, termasuk menonton sendiri jantung yang sedang berdenyut!",
"Baju Virtuali – Tee ciptaan Curiscope itu bagaimanapun tidaklah mengenakan sinaran X ray kepada pemakainya, sebaliknya ia mengguna pakai teknologi realiti buatan (augmented reality).",
"Dengan menggunakan aplikasi di skrin telefon pintar, baju t – shirt tersebut membolehkan pengguna melihat simulasi 3D organ dalaman manusia – menerusi skrin telefon pintar tersebut.",
"Virtuali – tee dibangunkan untuk menyemai rasa cinta murid kepada biologi. ",
"Murid yang melihat sendiri simulasi saluran darah, paru – paru dan usus dalam badan secara langsung – bukan lukisan pada papan putih – pastinya akan ternganga kagum lantas menjadikan pengajaran dan pembelajaran STEM lebih menyeronokkan dan efektif.",
"Selain skrin telefon, realiti buatan Virtuali – tee juga boleh diakses dengan menggunakan set kepala VR, untuk penghayatan yang lebih mendalam. ",
"Nampaknya, teknologi realiti buatan atau realiti virtual (VR) mungkin diguna pakai oleh sekolah – sekolah secara lebih meluas pada masa hadapan.",
"Syarikat pendidikan Malaysia juga tidak ketinggalan membangunkan teknologi ini, seperti yang ditunjukkan oleh aplikasi realiti buatan pada permainan model sistem solar yang dibangunkan oleh syarikat tempatan Cynerve.",
"https://www.facebook.com/AjarMalaysia/videos/413220579456524/"
] |
https://ajar.com.my/2019/05/15/ini-cara-bina-iman-anak-anak-dengan-melihat-langit/ | Ini Cara Bina Iman Anak – anak Dengan Melihat Langit. | [
"Kanvas langit ketika waktu malam cukup menakjubkan sehingga orang ramai sanggup berkumpul dan melihat kepadanya. Disebabkan ramai orang yang begitu kagum melihat langit, kemudian dicetuskanlah Hari Astronomi. ",
"Pada hari itu (11 Mei setiap tahun), orang ramai didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan astronomi disamping berpeluang memegang teleskop dan mencerap langit. Ahli profesional dan amatur di bidang turut bersama-sama turun ke tapak aktiviti berhampiran mereka untuk berkongsi keterujaan menyaksikan keajaiban di langit tinggi.",
"Timbul satu persoalan di sini, apakah sebenarnya yang dicari di langit? Pada kekaguman yang berulang-ulang, apakah pula pelajaran yang ditemukan?",
"Ketika Nabi Ibrahim A.S melihat ke langit",
"Suatu masa dahulu, Nabi Ibrahim A.S juga melakukan aktiviti mencerap alam sepertimana kita biasa lakukan pada hari ini. Bezanya, di zaman Nabi Ibrahim A.S tiada peralatan canggih seperti teleskop berkuasa tinggi, pusat observatori, perisian komputer untuk mengetahui kedudukan dan pergerakan tepat bulan, bintang, buruj dan sebagainya. Namun, pandangan Nabi Ibrahim A.S ke langit telah menemukannya dengan keyakinan tauhid yang sangat mendalam. Pengembaraan fitrah Nabi Ibrahim A.S mencari tuhan hanya dengan melihat kepada langit, bintang, bulan dan matahari yang terlihat dengan mata kasar sahaja. Hebat bukan? ",
"Bagi Muslim serta mereka yang membaca Al Quran pasti tidak asing dengan kisah ini yang disebutkan dalam Surah Al-An’am, ayat 75 sehingga 80. ",
"Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.",
"Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.",
"Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”.",
"Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: `Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).",
"“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.",
"Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: “Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?",
"Dalam sains, mencerap atau memerhatikan alam merupakan aktiviti yang paling asas. Dengan melihat dan mengkaji alam, manusia telah menemukan banyak khazanah ilmu pengetahuan lalu menterjemahkannya ke dalam bentuk inovasi dan teknologi yang memberi manfaat kepada kehidupan mereka. Lebih baik dari itu ialah, apabila merenung kejadian alam semesta dengan rasa insaf serta dibantu pula hidayah Allah dapat melahirkan rasa dan tindakan iman. ",
"Nabi Ibrahim A.S pada ribuan tahun yang lalu, dan kita pada hari ini masih melihat kepada bulan dan matahari yang sama, pada langit yang sama, tetapi ternyata melahirkan kesan iman yang berbeza. Bukankah menghairankan apabila ramai manusia memandang ke bintang tetapi tidak bertemu cahaya kebenaran, melihat ke bulan tetapi tidak mengenal pencipta, hidup dari manfaat matahari tetapi hatinya tetap mati?",
"Jom buat aktiviti tadabbur alam ini bersama ahli keluarga",
"Lawatan ke pusat observatori, melihat langit menggunakan teleskop, mempelajari ilmu baharu dari pameran di pusat sains dan sebagainya adalah bagus sekali, tetapi kita tidak perlu tunggu Hari Astronomi untuk menghargai dan mengambil pelajaran dari langit, bulan dan bintang. Nah, di sini ada tiga aktiviti yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga pada bila-bila masa. ",
"Apakah kebiasaan anak-anak anda ketika hendak tidur? Melihat televisyen sehingga terlelap? Bermain telefon? Cuba buat perubahan kali ini. Ketika anak-anak sudah bersedia untuk tidur di waktu malam, matikan televisyen dan simpan semua gajet. Ambil pula Al-Quran dengan terjemahan dan buka Surah Al-An’am., ayat 75 – 80. Bacakan ayat Al Quran dan cerita terjemahannya kepada anak-anak dengan gaya yang sesuai menarik. ",
"Anda tentu biasa berkelah bersama keluarga ketika cuti, apa kata cuti kali ini tambahkan sedikit kelainan. Selepas makan-makan, bersembang dan begurau, buka Al Quran Surah Aali-‘Imran, ayat 190 – 191. ",
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.",
"Minta anak-anak berlumba untuk menghafal ayat Al Quran dan terjemahan tersebut dengan cepat. Ibu dan ayah jangan lupa hadiahkan ais krim kepada pemenang sebelum pulang! Ini tentu sahaja menjadi aktiviti yang menyeronokkan di tepi pantai, air terjun atau taman rekreasi.",
"Hujan lebat di hujung minggu dan semua ‘terperangkap’ di dalam rumah. Bosan? Jadi habiskan masa dengan bermain gajet atau lebih baik tidur sahaja? Jangan lagi sia-siakan waktu hujan lebat begitu. Sudahkah anak anda mempelajari doa yang dianjurkan Nabi SAW untuk dibaca ketika hari hujan? Sekiranya belum, ini masa yang baik untuk belajar dan menghafal bersama-sama. ",
"Daripada Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW ketika melihat hujan membacakan, ",
"?????????? ???????? ????????",
"Maksud: “Ya Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” ",
"Riwayat al-Bukhari (1032)",
"Hujan masih lebat? Alhamdulillah, bolehlah terus memanjangkan doa memohon apa sahaja hajat kepada Allah SWT, kerana waktu hujan lebat ialah antara waktu mustajab berdoa. Minta anak-anak kongsikan apakah doa-doa mereka dan aminkan pula beramai-ramai. ",
"Daripada Sahl bin Sa’ad RA, Nabi SAW bersabda,",
"????????? ??? ??????????: ?????????? ?????? ??????????? ???????? ?????????",
"Maksudnya: “Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.” – Riwayat al-Hakim (2534)",
"Kita patut bersyukur kerana berada di Malaysia yang iklimnya khatulistiwa – berganti hujan dan panas sepanjang tahun. Tidak putus hujan seperti tidak keputusan rahmat, syukur kan?",
"Begitulah alam terkembang menjadi guru, terbentang luas seperti kitab yang terbuka. Ia sentiasa mengajarkan seribu satu pelajaran kepada siapa yang memerhatikannya. Semoga selepas ini kita tidak memandang alam di sekeling kita sebagai biasa-biasa sahaja!",
"– Fadhilah",
"Rujukan:",
"1. https://www.astroleague.org/astronomyday/facts",
"2. http://wwwcdn.skyandtelescope.com/wp-content/uploads/Astronomy-Day-Handbook-7th-edition.pdf",
"3. Tafsir Fi Zilal Al Quran, Surah Al-An’am",
"4. Al Quran dengan terjemahan",
"5. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2272-irsyad-al-hadith-siri-ke-243-doa-ketika-turunnya-hujan"
] |
https://ajar.com.my/2019/05/17/apa-rahsia-video-matematik-ini-sehingga-tular/ | Apa Rahsia Video Matematik Ini Sehingga Tular? | [
"Bagi pembuat bahan pendidikan (educational content creator), suatu perkara yang benar – benar mencabar adalah menghasilkan video / tulisan / artikel yang tular dan mencapai ramai orang. ",
"Bahan – bahan pendidikan biasanya kalah dengan genre politik, hiburan, dan berita – berita sensasi.",
"Maka untuk menyelitkan bahan pendidikan dalam capaian ruangan maya rakyat Malaysia, kadang kala perlu digunakan beberapa taktik seperti umpan klik (clickbait), thumbnail yang menarik, tajuk yang sensasi, dan penalaan isi yang gempak, supaya orang tidak lari dalam masa 10 saat setelah video bermula.",
"Namun, kadang kala walaupun setelah penghasil bahan pendidikan tersebut berusaha bersungguh – sungguh mencurahkan tenaga dan masa terhadap satu topik yang dirasakan bakal meletup, akhirnya kemudian sedikit saja capaiannya.",
"Tapi pada masa yang sama, boleh jadi terdapat satu bahan pendidikan yang dirasakan tidak akan dapat sambutan yang baik, dan dibuat hanya sebagai pengisi slot sementara menghasilkan bahan yang lebih berpotensi, tetapi kemudian tidak sangka ia meletup jauh melebihi jangkaan.",
"Itulah apa yang berlaku kepada video berikut: Persamaan Matematik Paling Pelik",
"https://www.facebook.com/AjarMalaysia/videos/264740734442465/",
"Video matematik tersebut peroleh 2000+ kongsian dan mencecah 260k + tontonan di Facebook.",
"Apa rahsianya? Mengapa video ini begitu berjaya?",
"Tular Walaupun Isi yang Berat",
"Jika diperhatikan, bahan – bahan pendidikan yang tular (jika tular lah) di media sosial biasanya pendek, tidak berat, dan miliki ‘faktor kejutan’ dan emosi.",
"Sebagai contoh, video tentang pengajaran struktur jantung menggunakan lukisan di tangan yang tular baru – baru ini adalah antara video pendidikan paling tular setakat ini (730k + tontonan):",
"https://www.facebook.com/SINARdotmy/videos/277867256444025/",
"Video tersebut yang berdurasi pendek mendapat sambutan antara lain kerana ramai yang tidak menyangka terdapat teknik yang begitu unik untuk mengajar satu topik biologi yang berat itu (faktor kejutan), di samping kagum dengan semangat guru yang berusaha gigih membantu anak murid memahami topik (faktor emosi).",
"Namun lain cerita dengan video ‘persamaan matematik paling paling pelik’ ini. Bukan sahaja videonya berdurasi panjang (10 minit 29 saat), penyampaiannya juga sangat berat kerana sebahagian besar video melibatkan penulisan persamaan matematik di papan putih. ",
"Faktor emosi pula tiada (kecuali kalau nak diambil kira emosi sedih sebab tak faham)",
"Sewaktu video ini dibuat, disangkakan bahawa tiada orang yang akan meminati tajuk sebegini, ia tidak akan dapat capaian yang baik, dan hanya akan dilupakan.",
"Sangkaannya, paling banyak tontonan video ini boleh peroleh adalah dalam 5000 – 8000 tontonan.",
"Bagaimanapun sangkaan tersebut ternyata meleset apabila video tersebut mendapat capaian yang begitu banyak (yang semakin bertambah), dan mencetus perbincangan yang hebat dalam kalangan wargamaya (1000+ komen!)",
"Bagaimana lagi kita hendak dapat begitu banyak perbincangan daripada setiap lapisan masyarakat tentang satu topik matematik? ",
"Persoalannya, mengapa begitu? Apa rahsia video matematik ini?",
"Pesona Idea yang Besar",
"Apabila difikirkan, pendedahan kita dengan matematik selama ini hanya banyak berkisar kepada cara menjawab soalan peperiksaan. Apabila habis noktah terakhir pada peperiksaan matematik SPM kita, kita merasakan sudah habis bab matematik dalam hidup.",
"Namun sebenarnya, jika kita ubah persembahan matematik kepada orang ramai, kita dapat mengubah persepsi bahawa matematik ini hanya penting dan relevan untuk dapat gred A dalam slip peperiksaan.",
"Apabila kita mempersembahkan matematik dalam bentuk retrospektif (fikirkan apa persamaan matematik paling pelik pernah kita belajar), di luar buku teks (buku teks biasanya tak tanya soalan topik apa paling susah, persamaan paling pelik dll), dan menghidang topik besar yang meletuskan minda (infiniti), kita akan dapat sambutan yang luar biasa berbanding penalaan ilmu semata – mata sebagai satu topik buku teks.",
"Begitu juga sebenarnya, terdapat beberapa topik dalam subjek yang dianggap paling kering ini yang begitu mengejutkan (shock factor) hanya dengan mempersembahkan topik tersebut secara standalone. ",
"Dalam kes ini, Ramanujan sum to infinity, 1 + 2 + 3 …. = -1/12, begitu mencanggahi intuisi dan layak mendapat lampu bias daripada content creator pendidikan, untuk ditalakan kepada masyarakat sebagai satu topik matematik yang menarik.",
"Dan sudah pasti, lebih banyak lagi topik – topik sebegini, baik dalam matematik, sains, sejarah, falsafah, agama, yang menunggu untuk disampaikan kepada ramai orang.",
"Jangan Pandang Rendah Masyarakat",
"Begitu juga, satu pengajaran berharga sebagai content creator adalah kita jangan terlalu memandang rendah kepada masyarakat.",
"Biasanya, kita menganggap masyarakat tidak mahukan content ilmiah, apatah lagi yang berat – berat. Kita anggap mereka cuma mahu content ringan dan hiburan.",
"Namun ternyata, masyarakat mahukan video – video dan artikel – artikel ilmiah ini. Mungkin isunya bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi mereka tidak dapat.",
"Berapa banyak percubaan telah dibuat untuk menghasilkan saluran – saluran pendidikan, bahan – bahan pendidikan ini? Jika sangat sedikit (laman web sains Malaysia masih boleh dibilang dengan tangan, saluran Youtube pendidikan hampir tiada kecuali beberapa cara jawab soalan SPM, PMR) jadi mengapa menyalahkan masyarakat? Jika tidak menjadi, mengapa tidak banyakkan lagi eksperimen mencari formula terbaik untuk persembahkan ilmu?",
"Bagi content creator, tanggungjawab kita adalah dengan berlaku adil kepada ilmu – ilmu tersebut, dengan cara menyampaikannya secara paling baik dan paling memberi keadilan kepada topik – topik itu. "
] |
https://ajar.com.my/2019/05/20/fenomena-pelik-bolehkah-anda-dengar-gif-yang-senyap-ini/ | Fenomena Pelik. Bolehkah Anda Dengar GIF yang Senyap Ini? | [
"Cuba anda perhatikan GIF di bawah. ",
"Adakah anda dapat ‘mendengar’ apa – apa bunyi? ",
"Sebilangan besar warga internet mengatakan bahawa mereka sememangnya dapat mendengar bunyi ‘thud, thud’ setiap kali pencawang elektrik tersebut jatuh ke tanah.",
"Hairannya, video di atas ternyata merupakan GIF (Graphics Interchange Format), iaitu hanyalah gambar berulang – ulang yang tidak mempunyai sebarang bunyi. Format gambar ini digunakan secara meluas di internet, tapi beberapa GIF tular apabila ramai yang menyatakan mereka dapat ‘mendengarnya’.",
"Seorang saintis pernah membuat bancian di Twitter berkenaan fenomena ini:",
"Does anyone in visual perception know why you can hear this gif? pic.twitter.com/mcT22Lzfkp",
"Beliau menanyakan sama ada warga internet dapat mendengar apa – apa bunyi apabila melihat GIF di atas. Sangat mengejutkan, apabila hampir 70% menjawab mereka sememangnya dapat mendengar bunyi ‘thud, thud’.",
"What do you experience when you watch this gif?",
"Bermakna majoriti manusia (daripada 300 ribu+ undian) dapat mendengar sesuatu daripada video yang senyap! ",
"Bagaimana ini boleh masuk akal?",
"Selain daripada GIF pencawang meloncat di atas, sebelum ini juga pernah terdapat beberapa GIF lain yang juga mencetus bunyi walaupun ia bisu, contohnya gajah bermain jongkang jongket ini:",
"Dalam video di bawah pula, hanya dengan beberapa frame lukisan, kita dapat mendengar ritma lagu ‘We will rock you’.",
"Malah, terdapat laman reddit khas noisy gifs yang mengumpulkan GIF yang membuat kita ‘menutup telinga’. Laman tersebut mempunyai pengikut yang besar mencecah 250 ribu +.",
"Bagaimana Kita Boleh Mendengar Gambar yang Bisu?",
"Fenomena ini dipanggil ‘visually evoked auditory response’ (vEAR) menurut artikel NewScientist, iaitu apabila kita mendengar bunyi – bunyian pada gambar bergerak yang senyap. ",
"vEAR adalah sejenis synaesthesia, iaitu apabila satu deria diaktifkan, deria lain yang tiada kaitan pun turut beraktivasi sama. Apabila melihat warna, terasa perasa di lidah, dan apabila melihat dengan mata, telinga turut mendengar sama. ",
"Seorang ahli psikologis dari City University of London, Elliot Freeman melakukan kajian mengenai perkara ini setelah mendapati beliau mendengar bunyi ‘buzz, buzz’ daripada kerlipan cahaya rumah api.",
"Daripada kajian beliau, beliau dapati 22% daripada peserta menyatakan mereka mampu ‘mendengar’ bunyi samar – samar daripada kerlipan cahaya yang ditunjukkan kepada mereka, walaupun hakikatnya tiada bunyi yang dihasilkan.",
"Rangsangan pendengaran yang dicetuskan oleh stimulasi penglihatan ini bagaimanapun boleh mendatangkan masalah, kerana ia berkemungkinan menganggu isyarat pendengaran yang sebenar. ",
"Dengan kata lain, telinga kita boleh tertipu dengan apa yang kita lihat.",
"Bukan itu saja, mereka yang mengalami vEAR juga lebih berkemungkinan untuk merasai kesan yang terbalik : mereka boleh melihat kilauan cahaya setelah mendengar bunyi – bunyi tertentu. Mereka lebih mudah untuk alami lagu yang berulang – ulang dalam kepala. ",
"Seorang pengguna Twitter mengatakan hal ini berlaku kerana aktiviti neuronal berkolerasi (correlated neuronal activity). Otak kita sudah meramal yang akan berlaku menerusi penglihatan kita, kemudian mengeluarkan rangsangan di deria lain menurut apa yang ia jangkakan. ",
"Look into Correlated neuronal activity. The brain is \"expecting/predicting\" what is coming visually and then fires a version of what it expects across the relevant senses. Also explains why some might \"feel\" a physical shake https://t.co/erpiCiv5hX",
"Warganet yang lain mengatakan kesan itu hanya terjadi disebabkan ilusi gegaran pada tanah, dan bukan sangat pada loncatan pencawang elektrik itu. Jika tiada pencawang itu pun, kita boleh mendengar bunyi hanya menerusi kesan gegaran. ",
"The thump is almost entirely in the shake, if you crop out the pylons themselves you can still hear it. They just give it height. pic.twitter.com/3LZK1g24yZ",
"Walaubagaimanapun, fenomena ini nampaknya masih belum diterokai sepenuhnya oleh sains. Jika anda berminat untuk mendalami lebih tentang rangsangan pendengaran yang disebabkan oleh penglihatan ini, anda boleh melayari laman ahli psikologis Elliot Freeman ini yang menyatakan beliau boleh ‘mendengar’ bunyi kerlipan lampu kereta, pergerakan bibir sehingga beliau keliru mana satu bunyi tipu dan mana satu bunyi sebenar!"
] |
https://ajar.com.my/2019/05/22/murid-13-tahun-peroleh-20000-setelah-menjawab-soalan-ini-kurang-30-saat/ | Murid 13 Tahun Peroleh $20,000 setelah Menjawab Soalan Ini Kurang 30 Saat | [
"Cepat, jawab soalan ini:",
"Berapakah hasil bahagi 5040 dengan hasil darab faktor perdana uniknya?",
"Anda tahu? Daniel Mai, seorang pelajar berumur 13 tahun dari Massachusetts tahu. ",
"Dan bukan sekadar tahu, dia mampu menjawab soalan tersebut dalam masa sepantas 22.3 saat. ",
"Soalan tersebut merupakan soalan terakhir dalam pusingan akhir pertandingan 2019 Raytheon MATHCOUNTS peringkat kebangsaan. Setelah mengalahkan 224 peserta lain, Daniel membawa pulang tawaran biasiswa kolej sebanyak $20,000 .",
"Jawapan kepada soalan yang membuat murid tersebut menang $20,000 ",
"Terdapat beberapa cara pengiraan yang membolehkan kita menjawab soalan tersebut.",
"Ingat, soalan itu adalah seperti berikut:",
"BERAPAKAH HASIL BAHAGI 5040 DENGAN HASIL DARAB FAKTOR PERDANA UNIKNYA? ",
"Cara yang paling pantas adalah dengan menyedari bahawa 5040 merupakan hasil kepada tujuh faktorial, 7! .",
"5040 = 7! = 2 × 3 × 4 × 5 × 6 × 7 ",
"Faktor perdana 5040 kita dapat tentukan, iaitu 2, 3, 5 dan 7.",
"Jadi, hasil bahagi 5040 dengan hasil darab faktor perdana uniknya adalah bersamaan:",
"5040 / (2 x 3 x 5 x7) = 4 x 6",
"4 x 6 = 24.",
"Maka jawapannya adalah 24. ",
"Terdapat cara lain, iaitu:",
" 5040 / (2 x 5) ",
"= 504 / 3 ",
"= 168 / 7",
"= 24 ",
"Dan memandangkan kita telahpun menggunakan 2 dan 3 sebagai faktor perdana yang unik, maka jawapannya terhenti setakat itu.",
"Siapa kata aritmetik mental tiada faedah? Boleh menang puluhan ribu dollar!"
] |
https://ajar.com.my/2019/05/24/nasa-jemput-anda-hantarkan-nama-untuk-dilancar-ke-marikh-tahun-2020-ini-siap-dapat-pas-penumpang/ | NASA Jemput Anda Hantarkan Nama Untuk Dilancar ke Marikh Tahun 2020 Ini. (Siap Dapat Pas Penumpang) | [
"Haziq Rahim (nama penulis) akan ke Marikh! Tapi nama sajalah, bukan tubuh. ",
"Pada tahun 2020 ini, NASA bercadang untuk menghantar sebuah rover untuk misi eksplorasi Marikh. Rover tersebut dijangka mendarat di Planet Merah tersebut pada Februari 2021.",
"Rover, ‘saintis robotik’ seberat 1 tan itu akan membawa misi mencari tanda – tanda kehidupan bakteria lampau, mengenal pasti iklim dan geologi planet Marikh, serta mengumpulkan sampel untuk dibawa pulang ke Bumi.",
"Untuk mengongsikan perjalanan bersejarah ini bersama semua orang (penghuni planet bumi) yang lain, NASA menjemput kita semua untuk menghantar nama untuk turut dilancarkan ke Marikh.",
"Peluang untuk menghantar nama anda ke Marikh turut disertakan dengan buah tangan ‘pas penumpang’ dan markah ‘penerbang kerap’. Ini adalah satu kempen untuk menyebarkan kesedaran mengenai misi ini. ",
"Nama – nama anda akan dipahat pada cip silikon menggunakan sinar elektron. Disebabkan ia mampu memahat barisan teks sekecil 1/1000 kelebaran helai rambut ( 75 nanometer ), sebuah cip bersaiz duit syiling dapat memuatkan lebih daripada sejuta nama.",
"Cip nama tersebut akan dipasang pada badan Rover, dengan diselaputi penutup kaca, dalam pengembaraannya di Marikh nanti.",
"Berminat untuk menghantar nama ke Marikh? Klik saja pautan di bawah dan ikut saja langkah mudah yang boleh selesai kurang daripada 2 minit ini. Jangan tunggu lama – lama, tarikh tamat 30 September!",
"https://go.nasa.gov/Mars2020Pass"
] |
https://ajar.com.my/2019/05/31/kenapa-nama-planet-melayu-lain-dengan-inggeris/ | Kenapa Nama Planet Melayu Lain Dengan Inggeris? | [
"Kenapa nama planet dalam Bahasa Melayu lain dari bahasa Inggeris? ",
"Mercury – Utarid",
"Venus – Zuhrah",
"Mars – Marikh",
"Jupiter – Musytari",
"Saturn – Zuhal",
"Betul juga kan?",
"Soalan ini menarik juga, sebab tak tahu kenapa, sewaktu kita belajar di sekolah rendah dulu kita tak pernah tertanya.",
"Mungkin sebab kita biasa tanya pada orang – “Siapa nama engkau?”",
"Kita tak lah tanya – “Kenapa nama engkau?”",
"Tapi kadang kala, bila kita ubah soalan kita, kita akan dapat jawapan yang menarik.",
"Asal Usul Nama Planet ‘Inggeris’",
"Sebelum kita meneroka persoalan mengapa nama planet Bahasa Melayu berlainan dengan Bahasa Inggeris, kita perlu tahu dulu nama planet ‘Inggeris’ berasal dari mana.",
"Sebenarnya, nama planet Jupiter, Mercury dan lainnya berasal daripada nama dewa – dewa Yunani – Rom. Nama – nama ini diberikan berdasarkan ciri – ciri istimewa planet – planet tersebut yang diperhatikan oleh ahli kaji bintang.",
"Orang – orang Greek ini juga melihat corak – corak khayalan pada bintang yang mereka namakan zodiak / buruj dengan nama binatang, manusia atau dewa: seperti Cancer, Capricorn, Gemini.",
"Maka apa yang kita pelajari di sini, adalah ilmu astronomi atau penampakan planet ini sudah wujud lama dalam sejarah peradaban manusia. Antara karya astronomi yang paling penting hasilan orang Rom adalah buku almagest, oleh Ptolemy.",
"Tapi kemudian, empayar Rom ini jatuh dan jawatan guru astronomi dunia beralih kepada tamadun Islam.",
"Astronomi Tamadun Islam",
"Orang Islam dahulu memang obses dengan ilmu falak, sebab itu sememangnya merupakan sebahagian tuntutan agama.",
"Orang Islam mahiri dan kembangkan ilmu falak untuk membantu mereka:",
"Sinergi agama – sains yang unik ini diakui sendiri oleh sarjana Barat:",
" “Dalam Islam, tidak dalam agama lain,” ahli sejarah David King mengatakan “Pelaksanaan pelbagai ibadat dibantu oleh prosedur – prosedur saintifik”. ",
"Beberapa tokoh – tokoh hebat ilmu falak Muslim dalam sejarah adalah seperti al Biruni, al Sufi, Ibn al Shatir, al Qazwini, al Battani, al Khwarizmi dan lain – lain.",
"Antara ciptaan hebat astronomi orang Islam adalah seperti Astrolabe dan balai cerap.",
"Sumbangan – sumbangan umat Islam dalam ilmu falak amat berimpak besar kepada perkembangan tamadun dunia. Muzium Metropolitan di New York mengatakan:",
"“Barat sangat terhutang budi kepada Islam yang mendatangkan banyak data dan pengiraan baru ilmu falak”",
"Penukaran Nama Planet Arab",
"Apabila orang Islam telah kuasai ilmu astronomi, apa yang mereka buat dengan nama – nama dewa Greek – Rom tadi? Sudah tentu, mereka mengubah nama – nama planet tersebut kepada versi mereka yang tidak mencanggahi aqidah.",
"Jadi ringkasnya, nama planet – planet Melayu diambil daripada nama Arab yang diubah daripada nama Greek – Rom.",
"Namun jawapan ini masih tidak lengkap, kerana nama tersebut berbeza hanyalah sehingga planet Zuhal / Saturn. ",
"Mengapa nama ??????? (Uranus) dan ????? (Neptune) tidak berbeza dengan nama Inggeris? Begitu juga Pluto, dewa dunia bawah tanah (Walaupun sudah dianggap bukan planet).",
"Uranus adalah nama dewa langit, Neptune pula nama dewa laut. Bukankah kedua nama ini mencanggahi aqidah Islam? Mengapa ia dikekalkan?",
"Kemerosotan Ilmu Falak Umat Islam",
"Selama 2000 tahun, sampailah abad ke 16, kesemua entiti angkasa di bawah, termasuklah matahari dan bulan, dianggap sebagai planet.",
"Dan selama ratusan tahun, peradaban Islam sumbangkan ilmu falak, jadual astronomi, astrolabe, buku yang diterjemah, formula pengiraan kepada Barat, yang pada waktu itu tiada langsung kemahiran astronomi tahap tinggi.",
"Tapi kemudian, tamadun Islam merosot, dan tamadun Barat pula yang naik.",
"Dengan penciptaan teleskop, dibantu dengan data – data astronomi yang mereka terjemah, Barat kemudian membuat penemuan – penemuan yang meninggalkan guru lama mereka orang Islam. ",
"Mereka kemudian membuang label planet daripada matahari dan bulan, mula menganggap bumi sebagai sebuah planet daripada berbanyak – banyak planet yang lain, dan mereka menemui Uranus pada tahun 1690 dan kemudian Neptune pada tahun 1846.",
"Untuk penemuan – penemuan yang baru ini, mereka mengekalkan tradisi menamakan planet dengan nama dewa Greek – Roman.",
"Maka berkemungkinan, apa yang berlaku ketika ini adalah umat Islam tidak lagi mencintai ilmu astronomi seperti dulu. Dahulunya mereka guru, sekarang mereka merosot menjadi anak murid.",
"Maka orang Islam kemudian mengambil saja nama – nama planet, bintang dan buruj yang diusulkan Barat tanpa semangat dan kemahuan untuk mengubah dan mengolahnya dengan acuan mereka sendiri.",
"Kebangkitan?",
"Namun tampaknya, kehebatan ilmu astronomi orang Islam tidaklah terus hilang dan tidak lagi akan bangkit. ",
"Sekarang ini contohnya sedang diusahakan inisiatif memberi nama – nama Arab pada penamaan perkataan astronomi Latin.",
"Negara UAE sedang merancang menghantar probe ke Marikh menjelang 2021, menjadikannya negara ke sembilan dalam perlumbaan angkasa tersebut.",
"Kita ada remaja genius Muslim dari India yang mencipta satelit paling ringan di dunia.",
"Negara Malaysia kita pun mula mengorak langkah ke depan. Kita ada Dr Adlyka yang terlibat dalam kajian menggemparkan lohong hitam supermasif, dan UITM pula telah melancarkan satelit pertama mereka.",
"Maka usaha – usaha ini semua perlulah disokong supaya kita tidak rasakan ilmu astronomi ini sebagai ilmu yang asing, namun ia adalah ilmu milik kita semua."
] |
https://ajar.com.my/2019/06/02/kajian-terbaru-kanak-kanak-yang-berqailulah-lebih-gembira-cemerlang-pelajaran-dan-berakhlak-positif/ | Kajian Terbaru – Kanak – kanak yang ber’Qailulah’ lebih Gembira, Cemerlang Pelajaran dan Berakhlak Positif | [
"Sebuah Kajian Penn terbaru terhadap 3000 murid darjah empat, lima dan enam di China mendapati perkaitan kuat antara 30 ke 60 minit masa tidur sejenak dengan perkembangan positif dalam pelbagai aspek.",
"Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Universiti Pennsylvania mendapati kanak – kanak yang tidur sebentar pada waktu tengah hari peroleh perasaan gembira, kawalan diri, berakhlak positif dan IQ yang lebih tinggi, terutama bagi yang berumur 12 tahun ke atas.",
"Kajian tersebut dijalankan ke atas 3819 murid sekolah rendah China Jintan dengan mengumpulkan data frekuensi tidur dan durasi, serta dibandingkan dengan pencapaian akademik menurut penilaian guru – guru dan ujian psikologi.",
"Ini adalah kajian komprehensif yang pertama seumpamanya, lapor Penntoday.",
"Penemuan tersebut dijangka menjadi alternatif yang baik untuk mengatasi masalah remaja yang tidak cukup tidur, dan waktu sistem persekolahan yang tidak sesuai dengan fisiologi remaja.",
"Amalan tidur sejenak pada waktu tengah hari ini sebenarnya wujud dalam Islam, dan dipanggil ‘Qailullah’.",
"Menurut laman web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Qaillullah membawa maksud tidur pada pertengahan siang.",
"Qailulah merupakan salah satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama.Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW. Baginda bersabda :",
"??????? ??????? ????????????? ??? ???????",
"Maksudnya :” Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.”",
"Riwayat Al-Tabarani (28) di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat",
"Mufti Wilayah malah mendorong agar mereka yang bekerja untuk mencari masa berqailullah, sebagai memperoleh pahala sunnah, juga untuk mempertingkat produktiviti pekerjaan:",
"Kami menasihatkan agar mereka yang bekerja, gunakanlah masa rehat yang diperuntukkan untuk melakukan qailulah agar lebih bersemangat untuk menyambung tugas. Akan tetapi jangan berlebihan,. Rehatlah sekadarnya dengan masa yang telah diperuntukkan. Ini kerana kita terikat dengan amanah kerja.",
"Diharapkan agar waktu Qailullah dapat diterapkan dalam sistem persekolahan dan kehidupan."
] |
https://ajar.com.my/2019/06/02/selamat-tinggal-badak-sumatera/ | Selamat Tinggal Badak Sumatera… | [
"Tam, Badak Sumatera jantan terakhir dalam jagaan manusia telah mati baru – baru ini lantaran masalah kesihatan yang berpanjangan. ",
"Walaupun setelah pihak berkuasa Borneo bertungkus lumus memberi jagaan terbaik kepadanya selama berminggu – minggu, akhirnya badak jantan tersebut tewas dengan usia tuanya dan kegagalan fungsi – fungsi organ.",
"Kematian Tam adalah satu tamparan hebat kepada nasib Badak Sumatera yang begitu kritikal dan hampir kepada kepupusan. ",
"Kini, apa yang tinggal daripada spesis tersebut adalah seekor badak betina, Iman, yang kini dalam jagaan di Malaysia dan lebih kurang 80 lagi badak di Indonesia. ",
"Percubaan untuk mengawan Tam dengan Iman dan Puntung (seekor lagi badak betina yang telah mati pada 2017) telah gagal, kerana Iman mengalami kemandulan, sedang Puntung pula cedera setelah dijerat pemburu haram.",
"Maka, dengan ketiadaan pewaris baru spesis tersebut di Malaysia, nasib kepupusan total nampaknya semakin tidak dapat dielakkan.",
"Menurut laporan WWF, Badak Sumatera telah pun pupus di Sarawak beberapa dekad yang lalu, dan telah pupus sepenuhnya di Semenanjung sedekad lepas.",
"Badak – badak Sumatera yang masih ada sekarang hidup berasingan, maka semakin sukar untuk pasangan jantan dan betina bertemu.",
"Berkemungkinan terdapat satu atau dua badak liar yang masih berkeliaran dalam hutan yang masih belum ditemui, namun nombor mereka terlampau sedikit untuk dianggap signifikan. Badak Sumatera di Malaysia telah pun dilabel sebagai ‘pupus fungsi’.",
"Apa Penyebab Kepupusan Badak Sumatera?",
"Jawapan mudah: manusia.",
"Badak Sumatera diburu di serata Borneo untuk mendapatkan tanduk mereka yang menjadi barang dagangan berharga dengan pedagang China. ",
"Apabila senjata api mula digunakan oleh pemburu – pemburu ini secara meluas, badak sumatera mampu ditumpaskan dengan lebih mudah.",
"Begitu juga, apabila teknologi pembalakan semakin berkembang, pemburu – pemburu senang saja dapat menerobos ke bahagian dalam hutan.",
"Pembalakan besar – besaran kawasan hutan untuk diubah menjadi kawasan pertanian manusia telah menyebabkan kehilangan habitat Badak Sumatera di samping menjadikan badak lebih terdedah kepada aktiviti pemburuan.",
"Ditambah dengan masalah – masalah pembiakan yang dialami oleh badak, pelbagai faktor ini akhirnya menyumbang kepada kejatuhan populasi haiwan tersebut.",
"Sebelum ini, usaha pemeliharaan badak seperti mengurangkan kadar pemburuan haram, membina kawasan penjagaan dan pemeliharaan badak, dan mengadakan bancian populasi telah diambil. Namun, ternyata ia kurang berkesan apatah lagi apabila masalah serius pembiakan badak yang amat rendah tidak diselesaikan.",
"Ditambah lagi dengan kehendak politik yang acuh – tidak – acuh terhadap nasib Badak Sumatera, kepupusan sepenuhnya spesis tersebut nampaknya hanya menunggu masa.",
"“Kenapa Nak Selamatkan Lagi Badak Sumatera Kalau Memang Pasti Akan Pupus?”",
"Persoalan ini menarik, sebab ia mendorong kita berfikir dengan mendalam.",
"Apa maksud ‘pupus’? Atau apa yang berlaku apabila sesuatu spesis itu pupus? Penulis sebagai contoh tidak pernah bertemu secara langsung dengan badak sumatera, tidak pernah melihat langsung, apatah lagi memegang mereka.",
"Selepas ini, berkemungkinan kita tak akan dapat lagi peluang itu buat selama – lamanya. Kita mungkin hanya akan boleh melihat suatu spesis yang pernah dipanggil ‘badak sumatera’ dalam dokumentasi video, atau katalog bergambar ‘spesis – spesis yang telah pupus’.",
"Kita tak lagi akan berpeluang mengenali mereka, mengkaji dan mempelajari makhluk ciptaan Allah ini. Apatah lagi, mamalia bertubuh besar ini lesap sepenuhnya sebelum kita sempat mempelajari kelakuan dan ekologinya. Hilangnya satu ilmu tentang seekor makhluk dari muka bumi buat selamanya.",
"Dan yang lebih ironinya, tiada yang lebih bertanggungjawab atas kepupusan mereka selain manusia. Badak sumatera ini dianggar telah hidup di muka bumi puluhan ribu malah jutaan tahun, dan ia bakal lesap sepenuhnya dengan membawa pergi sejarah panjang kehidupan mereka. Semuanya disebabkan oleh tangan – tangan manusia.",
"Persoalannya, bukankah kita manusia miliki ilmu dan teknologi dan selamatkan mereka daripada kepupusan? Mengapa kita tak gunakannya? Adakah ilmu yang kita peroleh hanya kita ‘manfaatkan’ dengan mencipta senapang efisien pembunuh keseluruhan spesis?",
"Di mana tanggungjawab kita sebagai khalifah?"
] |
https://ajar.com.my/2019/06/03/video-tutorial-logaritma-ini-tular-kerana-penamat-yang-tak-dijangka/ | Video Tutorial Logaritma Ini Tular Kerana Penamat yang Tak Dijangka | [
"Sebuah video tutorial matematik tular di media sosial kerana penamat yang tidak disangka – sangka. ",
"LOGARITHM PUN NAK RAYA GAIS #RAYA19 pic.twitter.com/ZGUQVT9r1w",
"Dalam video berdurasi 1 minit tersebut, guru matematik tambahan Izzani Ishak mengajarkan topik tingkatan empat bab lima, iaitu logaritma.",
"Cikgu Izzani menyelesaikan satu persatu nilai m, n dan p menggunakan peraturan logaritma. Setakat ini, ia masih seperti tutorial matematik yang biasa.",
"Namun ‘twist’nya tiba apabila tiba di soalan yang terakhir, iaitu apabila disuruh mencari nilai hasil darab m, n dan p.",
"Rupa – rupanya apabila diselesaikan, jawapan yang diperoleh adalah:",
"mnp = (R^A)(YA)(19) . Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!",
"Ohhh. Patutlah tajuk video tersebut ‘LOGARITHM PUN NAK RAYA GAIS’!",
"Rata – rata wargamaya memuji persembahan video tersebut yang mampu memasukkan unsur hiburan dan kejutan dalam pengajaran matematik:",
"Video tersebut memperoleh 200k + tontonan di Twitter. "
] |
https://ajar.com.my/2019/06/08/56-peratus-orang-amerika-mahu-buang-nombor-arab-dari-silibus-sekolah-tanpa-sedar-mereka-sedang-gunakannya/ | 56 Peratus Orang Amerika Mahu Buang Nombor Arab dari Silibus Sekolah, Tanpa Sedar Mereka Sedang Gunakannya. | [
"Sebuah bancian terhadap rakyat Amerika telah menghasilkan keputusan yang buat kita tepuk dahi.",
"Ladies and Gentlemen: The saddest and funniest testament to American bigotry we've ever seen in our data. pic.twitter.com/Bh3FBsl8sR",
"Bancian tersebut bertulis: “Adakah sekolah – sekolah Amerika perlu mengajarkan nombor Arab sebagai sebahagian daripada kurikulum mereka?”",
"Bancian yang dijalankan oleh syarikat bancian Civic Science itu mendapati 56% orang Amerika mahu nombor Arab diharamkan di sekolah – sekolah.",
"Masalahnya …",
"Nombor Arab itu adalah nombor 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 yang mereka gunakan setiap hari!",
"Sistem nombor Arab 0 – 9 telah dikembangkan ke Eropah pada abad ke 6 dan 7 Masihi menerusi tulisan ahli matematik seperti al Khwarizmi dan al Kindi. Sebelum itu, nombor ini diadaptasi dan dikembangkan daripada tamadun Hindu, terutama penerimaan konsep nombor sifar.",
"Itulah sebabnya nama lain sistem nombor yang kita gunakan sekarang adalah nombor Hindu – Arab, tapi ia lebih dikenali di Eropah sebagai sistem nombor Arab.",
"Sudah pasti, mereka yang mengundi untuk mengharamkan nombor Arab ini tidak tahu menahu tentang sejarah nombor, dan hanya bereaksi dengan prejudis.",
"Atau mungkin mereka memang mahu kembali menggunakan sistem nombor Roman I,V,X,L,C,D,M?",
"I, for one, fully support a return to Judeo-Christian values by <checks notes> using Roman numerals for math.",
"Tujuan bancian tersebut dibuat sebenarnya hanya ingin menguji sikap prejudis mereka yang mengundi tanpa memahami soalan.",
"“Kebanyakan orang tak tahu asal usul sistem nombor kita tapi tetap pilih jawapan berpuak – puak”",
"Sikap prejudis orang Barat terhadap sistem nombor ini bukan baharu. Dalam catatan sejarah, mereka pernah mengharamkan nombor sifar kerana menganggap ia satu bid’ah orang Arab yang mereka perangi ketika itu. "
] |
https://ajar.com.my/2019/06/10/laporan-terbaru-beri-amaran-peradaban-manusia-tamat-lagi-30-tahun/ | Laporan Terbaru Beri Amaran ‘Peradaban Manusia Tamat’ Lagi 30 Tahun. | [
"Laporan yang baru dikeluarkan memberi amaran risiko besar yang akan melanda peradaban manusia akibat krisis iklim, dan ‘berkemungkinan besar manusia akan binasa semuanya’ dalam masa tiga puluh tahun sekiranya tiada tindakan segera diambil.",
"Laporan tersebut, yang diterbitkan oleh kumpulan pemikir Australia ‘Breakthrough – National Centre for Climate Restoration’ menggariskan senario kebinasaan dunia yang berkemungkinan memperlihatkan situasi ‘yang tidak mampu menampung hidup manusia’ menjelang 2050.",
"Menurut Prof Chris Barrie dalam laporan itu, ancaman paling besar terhadap nyawa manusia di planet bumi adalah perang nuklear, diikuti oleh pemanasan global buatan manusia.",
"Pemanasan global dikelaskan sebagai ‘risiko kewujudan’, iaitu risiko yang memberikan kesan negatif yang sangat besar kepada manusia yang tidak boleh dipulihkan, sama ada melalui kemusnahan hidupan cerdas (intelligent life) atau menjejaskan potensinya secara drastik.",
"Laporan tersebut tidak langsung berlapik dalam mempersembahkan analisisnya terhadap nasib yang mungkin menimpa kita pada masa depan, dengan membentangkan ‘senario 2050’ seperti berikut:",
"Pembuat polisi akan gagal bertindak terhadap peningkatan pemanasan sebanyak 3°C . Usaha untuk mengekalkan tahap pemanasan di bawah 2°C akan diabaikan.",
"Tahap pengeluaran karbon memuncak pada tahun 2030, dan akan mula turun secara konsisten pada tahun – tahun seterusnya.",
"Bagaimanapun, penambahan suhu sebanyak 0.6°C tetap berlaku, menjadikan jumlah peningkatan sebanyak 3°C pada tahun 2050. Kes paling ekstrem menjangka suhu boleh melebihi 3.5 – 4°C.",
"Menjelang 2050, terdapat kesepakatan saintifik bahawa senario ‘rumah panas Bumi’ telahpun diperoleh. Bumi akan mengalami pemanasan 1 darjah atau lebih lagi.",
"Beberapa ekosistem akan runtuh, termasuklah sistem terumbu karang, hutan hujan Amazon dan artik.",
"Negara – negara miskin yang tidak mampu menyediakan penyejukan buatan akan tidak lagi dapat diduduki. Situasi bahang haba akan berlaku melebihi 100 hari setiap tahun di Afrika Barat, Amerika Selatan tropika, Timur Tengah dan Asia tenggara, yang mengakibatkan lebih 1 bilion orang keluar daripada zon tropika.",
"Ketersediaan air jatuh dengan drastik pada kawasan – kawasan latitud rendah, menjejaskan 2 bilion orang seluruh dunia. Pertanian tidak lagi dapat dijalankan di subtropika kering.",
"Produksi makanan di seluruh dunia akan jatuh teruk. Fenomena cuaca abnormal termasuklah gelombang haba, banjir dan ribut petir akan semakin meruncing. Penghasilan makanan tidak lagi akan dapat mengisi perut populasi global dan harga makanan akan melonjak naik.",
"Populasi serangga akan jatuh dengan sangat banyak, pertambahan padang pasir, kegagalan monsun dan catuan air kronik tidak dapat dielakkan. ",
"Sektor – sektor penting beberapa bandar paling padat dunia, termasuklah Chennai, Mumbai, Jakarta, Guangzhou, Tianjin, Hong Kong, Ho Chi Minh, Bangkok dan Manila akan ditinggal dan diabaikan.",
"Skala kemusnahan yang melangkaui kemampuan analisis model berkemungkinan berlaku, dengan kebarangkalian tinggi peradaban manusia akan tamat.",
"Mampu Elak?",
"Laporan tersebut menggesa agar tindakan drastik diambil dengan kadar segera untuk mengelak senario ‘rumah panas Bumi’.",
"Suatu gerakan global besar – besaran perlu dilancarkan dalam dekad – dekad mendatang untuk membina sistem industri sifar pengeluaran karbon dan mulakan gerabak pemulihan iklim selamat.",
"Daripada laporan tersebut, pengajaran penting berkaitan situasi ‘hari kiamat iklim’ tersebut adalah bukan perubahan teknologi atau sains, tetapi perubahan cara fikir manusia terhadap perubahan iklim."
] |
https://ajar.com.my/2019/06/13/koleksi-teka-teki-melayu-tahun-1918-ini-begitu-halus-dan-tersirat/ | Koleksi Teka – teki Melayu Tahun 1918 Ini Begitu Halus dan Tersirat | [
"Apa teka teki moden yang anda tahu? Sepencarian di Internet, inilah antara kompilasi teka teki yang diungkapkan orang muda zaman ini:",
"Dalam banyak banyak duri, selain daripada durian, duri apa yang sedap dimakan. – KENDURI ",
"Dalam banyak – banyak jam, jam apa yang busuk? – JAMBAN",
"Pistol bergas yang serang hidung kau? – KENTUT",
"Bagi kita generasi sekarang, teka – teki merupakan cara kita mengisi masa lapang bersama rakan – rakan. Itupun sekarang ini ia sudah semakin tenggelam akibat diganti dengan aktiviti memegang telefon pintar. ",
"Namun, apabila dibanding dengan teka – teki Melayu klasik zaman dahulu, kita dapati pemikirannya lebih halus dan dipenuhi dengan penghayatan terhadap alam sekeliling.",
"Sebagai contoh, cuba anda jawab beberapa teka – teka Melayu lama di bawah:",
"Anak raja berjambul emas.",
"Badan di – atas, nyawa di – bawah",
"Tarek akar gunong berlari",
"Di-tutup sa – besar kuku, di – buka sa – besar alam",
"Bila di – tinggalkan, di – ambil ta’ boleh",
"Dapat? Berikut adalah jawapannya:",
"Pelita",
"Layang – layang",
"Perahu",
"Mata",
"Tempat duduk",
"Terdapat beberapa teka – teki di atas yang apabila diungkapkan jawapannya pun, kita masih perlu termenung sejenak, sebelum akhirnya barulah terkeluar sorakan ‘ooooooohhhh’. Ini kerana dalam teka – teki ringkas itu pun terkandung kedalaman akal budi dan falsafah orang Melayu.",
"Teka teki berkaitan mata tersebut antara kegemaran penulis. Dari segi fizik, mustahil terdapat sesuatu yang boleh berubah saiznya daripada sekecil kuku kepada sebesar alam. Tetapi ternyata jawapannya membuat penulis termenung sebentar. Mata apabila tertutup maka ia hanyalah satu organ sebesar bebola, tapi apabila dibuka ‘tingkapnya’ maka bukaannya adalah sebesar keseluruhan alam – sejauh mata memandang. ",
"Buku Long – Chair Malay",
"Kompilasi teka – teki tersebut diperoleh daripada buku Long – Chair Malay yang diterbitkan pada tahun 1918 dan ditulis dan dikompilasikan oleh O.T Dussek.",
"Berikut adalah beberapa salinan muka surat buku tersebut:",
"Salinan PDF penuh buku tersebut boleh diperoleh di sini",
"O.T Dussek merupakan pengetua pertama Maktab Perguruan Sultan Idris. Beliau sebenarnya merupakan pegawai British yang bertugas di Tanah Melayu dan dikehendaki untuk mempelajari Bahasa Melayu sehingga menjadi sarjana bahasa tersebut, seangkatan dengan R.O Winstedt, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden, W.G Shellabear, J.Crawfurd, dan A.M.",
"Amat menarik apa yang dikatakan oleh beliau tentang Bahasa Melayu:",
"“Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta umat manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa yang terbesar di dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Peliharalah bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tahap yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah taraf bangsa kamu,” "
] |
https://ajar.com.my/2019/06/13/permatapintar-ditukar-menjadi-geniuspintar/ | PERMATApintar ditukar menjadi [email protected]. | [
"Program PERMATA pintar pada hari ini diumumkan telah ditukar dengan nama barunya GENIUS.",
"Hal ini diumumkan dalam laman Facebook rasmi PusatGENIUSpintar Negara , yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat PERMATApintar Negara.",
"PEMAKLUMAN BERHUBUNG PENGGUNAAN NAMA BAHARU PROGRAM GENIUS.",
"Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian kepada perkara di atas.",
"2. Seperti mana sedia maklum Jemaah Menteri pada 5 April 2019 telah bersetuju supaya nama PERMATA ditukarkan kepada GENIUS selaras dengan pembaharuan strutur tadbir urus Program tesebut. Manakala YB Menteri Pendidikan Malaysia pada 25 Mei 2019 telah bersetuju dengan penggunaan nama baharu termasuk 6 program yang berada dibawah Program GENIUS.",
"3. Sehubungan itu, bermula 31 Mei 2019. Pusat ini yang dahulu dikenali sebagai PUSAT PERMATApintar Negara akan ditukarkan nama kepada PUSAT [email protected] Negara.",
"Sekian, dimaklumkan.",
"Penukaran nama tersebut dijelaskan bertujuan memberikan satu jenama baru supaya menjadi lebih berdaya saing dan bersemangat.",
"“Penukaran nama tersebut diputuskan oleh Kabinet untuk memberikan satu jenama baharu, ‘rebranding’ agar ia lebih berdaya saing, bersemangat, tetapi ada beberapa program di bawah Permata yang diberikan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan ada program disekalikan”",
"Program PERMATApintar sebelum ini mempunyai visi untuk memupuk individu pintar dan berbakat dengan minda ingin tahu bagi memastikan mereka dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang bakal menjadi pemimpin dunia, pemikir, dan pencipta masa hadapan. "
] |
https://ajar.com.my/2019/06/19/tentang-semakin-banyaknya-saluran-video-konspirasi-tempatan-di-youtube2/ | Tentang Semakin Banyaknya Saluran Video Konspirasi Tempatan di Youtube | [
"Satu perkara yang mungkin ramai perasan tentang lanskap Youtube Malaysia sekarang adalah semakin bertambahnya video – video konspirasi hasilan saluran tempatan.",
"Bukan itu saja, topik – topik konspirasi juga mencapai capaian tontonan yang cukup mengejutkan, mencecah ratusan ribu tontonan malah ada yang mencapai jutaan, secara konsisten. Biasanya trend sebegini kita biasa lihat hanya dapat dicapai oleh video – video lagu artis terbaru. ",
"Nampaknya, ada sejumlah besar pengikut setia topik konspirasi dalam kalangan pengguna Youtube rakyat Malaysia yang membentuk satu segmen pasaran baru yang cukup besar, dan lumayan.",
"Dan bagi pengusaha saluran Youtube, suatu niche topik yang sentiasa akan mendapat sambutan, miliki pasaran yang besar, miliki sumber content yang sudah pun dihasilkan begitu banyak daripada saluran Barat, dan tak memerlukan kemahiran, usaha atau kajian yang berat adalah suatu mimpi indah.",
"Hasil daripada potensi pasaran niche tersebut, naiklah beberapa pengusaha saluran Youtube kita yang bertransformasi menjadi penghasil bahan / content yang didedikasikan untuk membongkarkan teori – teori konspirasi terbaru (atau membangkitkan balik teori konspirasi lama).",
"Kisah di sebalik bagaimana sebuah saluran Youtube berubah menjadi saluran konspirasi adalah agak menarik untuk dikupas.",
"Mengorek Kisah di Belakang Saluran – saluran Teori Konspirasi Popular.",
"Sebagai seorang pengendali saluran Youtube juga, minat penulis adalah pada meneliti bagaimana sesebuah saluran di Youtube meningkat naik, meletup popularitinya, atau kadang kala, merudum jatuh.",
"Dan kerja ‘detektif’ ini dapat dibuat dengan mudah, cuma klik pada butang ‘sort by’ pada bahagian koleksi video sesebuah saluran, dan perhatikan kronologi video – video yang dimuatnaik. Banyak maklumat yang boleh diperoleh dengan hanya meneliti turutan content yang dihasilkan.",
"Sebagai contoh, sebelum menjadi antara saluran pendidikan terbesar di Youtube, Vsauce sebenarnya bermula sebagai sebuah saluran gaming. Content gaming yang dihasilkan sebenarnya sangat berkualiti rendah dan clickbait, sebelum ia beransur – ansur berubah menjadi saluran fakta dan akhirnya menjadi saluran pendidikan berkualiti tinggi.",
"Bagi saluran – saluran konspirasi hasilan rakyat Malaysia (yang tidak dinamakan dalam artikel ini), beberapa trend yang serupa dapat diperhatikan.",
"Saluran – saluran tersebut biasanya bermula dengan menghasilkan bahan – bahan secara rawak, kadang kala video muzik, kemudian vlog, selepas itu mungkin video gaming, sebelum dicuba pula content parodi, atau video reaksi.",
"Fasa ini memang suatu kebiasaan sebagai permulaan bagi sesebuah pengendali Youtube, di mana mereka cuba mencari formula topik video yang menjadi, dan diteroka pelbagai formula dengan mengikut trend popular.",
"Kadang kala ada satu video yang meletup secara ‘one – off’, tidak semena – mena melonjak naik tontonannya bagi sebuah genre video yang dihasilkan, lalu mereka pun mencuba membuat content seterusnya dengan genre yang sama.",
"Kemudian didapati bahawa video – video dengan topik yang sama seterusnya juga memperoleh reaksi yang sangat menggalakkan, maka pengendali saluran tersebut pun yakin bahawa itulah formula yang menjadi.",
"Dalam kes teori konspirasi, pemilik saluran Youtube mencuba satu video dengan tajuk ‘Freemason’, ‘Illuminati’, ‘konspirasi’ , mendapati sambutan diperoleh berkali – kali ganda daripada video – video sebelumnya, lantas terus menghasilkan video – video dengan kata kunci yang sama. ",
"Itulah kisah bagaimana lahirlah beberapa saluran teori konspirasi popular Youtube tanah air, menurut pemerhatian penulis. ",
"Kenapa Saluran Konspirasi Menjadi",
"Dalam Youtube, terdapat beberapa formula algoritma yang disukai oleh laman web video terbesar tersebut.",
"Antara lain, aspek yang penting adalah watch time – berapa lama video itu ditonton. Aspek ini mula ditekankan oleh Youtube setelah munculnya begitu banyak lambakan video ‘clickbait’. Jumlah tontonan mungkin mencapai puluhan juta, tetapi peratusan besar penonton menginjak keluar (bounce) setelah mendapati tajuk dan thumbnail cumalah satu penipuan.",
"Maka, itulah sebab Youtube lebih menyukai video – video yang berdurasi panjang berbanding video pendek, kerana aspek watch time.",
"Itulah juga sebabnya bagi video yang melebihi 10 minit, pemilik saluran dibenarkan meletakkan lebih banyak ruangan iklan pada video tersebut. Lebih banyak ruangan iklan = lebih banyak duit hasil monetization.",
"Penghasil content konspirasi, seperti yang telah dinyatakan tadi, sudahpun miliki begitu banyak sumber bahan video yang cuma perlu diletakkan saja dalam video mereka. Apa yang perlu dibuat cumalah membaca skrip, menayangkan video konspirasi berbahasa Inggeris sedia ada, dan memberi respon / komentari.",
"Bagi genre konspirasi, boleh dikatakan sesiapa saja tiada masalah untuk menghasilkan bahan yang melebihi 10 minit.",
"Tambahan lagi, disebabkan genre konspirasi begitu bermain dengan emosi (takut, risau, sedih, marah), sebuah video boleh dioptimumkan untuk membolot algorithm Youtube pada aspek thumbnail, title dan keyword.",
" Formula sebegini entah mengapa, begitu berjaya di Youtube:",
"Jadi, Apa Masalahnya?",
"Artikel ini bukanlah bertujuan untuk membahaskan sama ada teori konspirasi itu betul atau salah, baik atau buruk, melainkan hanya ingin membincangkan trend semasa pertambahan content bercirikan konspirasi di Youtube.",
"Disebabkan permintaan yang begitu tinggi untuk content konspirasi, maka kita dapat jangkakan peningkatan jumlah saluran tempatan yang berfokuskan konspirasi pada masa akan datang. ",
"Lebih ramai orang yang akan berminat untuk memperoleh potongan kek daripada pasaran penonton video konspirasi.",
"Sama ada perkembangan ini baik atau buruk kepada masyarakat, mungkin perlukan kajian yang lebih lanjut.",
"Apa pun, pada aspek epistemologi ataupun penilaian sumber ilmu, dapat ditentukan bahawa penghasil video – video konspirasi ini rata – ratanya tidak berlatarbelakangkan kajian teori konspirasi dari sudut sejarah, sains, atau agama. Seperti yang dibincangkan, mereka mencuba – cuba menghasilkan content pelbagai jenis sebelum mendapati sebuah video bergenre konspirasi yang dihasilkan meletup popular, lalu mereka bertransformasi menjadi sebuah saluran konspirasi.",
"Walaupun jumlah tontonan genre tersebut banyak, namun ia tidak semestinya bermakna bahawa saluran – saluran tersebut menjadi sandaran dan autoriti ilmu buat penonton. Kerana kebiasaannya video – video Youtube tidak lain hanyalah dianggap sebagai suatu medium hiburan.",
"… kan?"
] |
https://ajar.com.my/2019/06/24/senarai-lama-cara-orang-inggeris-sebut-perkataan-melayu-ini-cukup-menggelikan-hati/ | Senarai Lama Cara Orang Inggeris Sebut Perkataan Melayu Ini Cukup Menggelikan Hati | [
"Sebuah gambar yang mempamerkan senarai cara orang Inggeris menyebut perkataan Melayu tular di media sosial, dan ia cukup menggelikan hati netizen.",
"Tidak dapat dipastikan sumber sebenar gambar helaian muka surat buku ini, tetapi ia kelihatan seperti sebuah foto yang klasik.",
"Nampaknya, ia adalah senarai kamus sebutan untuk memudahkan orang Inggeris menyebut perkataan asas dalam bahasa Melayu.",
"Ia sungguh menggelikan hati apabila dibaca oleh orang Melayu, kerana kedengaran seperti slanga satira yang biasa diajuk untuk menyerupai ‘orang London’.",
"Woman – Prem pooan",
"Water – Ire",
"Hot Water – Ire sedjoh",
"Butter – Muntaygah",
"Cheese – Kay joo",
"Lebih kelakar adalah apabila ditransliterasikan ayat yang penuh untuk meminta ayam rebus:",
"Bring me some boiled chicken! – Kassee I-am kitchy riboos!",
"Sudah pasti, para netizen tidak melepaskan memberi komentar – komentar bernas berkenaan maklumat ini:",
"Rasa agak bersyukur dilahirkan sebagai Melayu yang dikurniakan lidah yang cukup fleksibel untuk berbahasa asing …"
] |
https://ajar.com.my/2019/06/25/misteri-warna-pink/ | Misteri Warna Pink | [
"Perhatikan spektrum warna di bawah.",
"Ok, sekarang cabaran untuk anda:",
"Cuba cari mana warna pink dalam spektrum Itu",
"Tak dapat cari kan? Maka itu membawa kita pada satu konklusi:",
"Warna pink tidak wujud. ",
"Eh jap. Hah??",
"Kontroversi Warna Pink",
"Sebenarnya terdapat perdebatan yang terjadi berkenaan warna pink ini. Ia dicetuskan oleh sebuah video daripada saluran minutephysics yang mengatakan bahawa cahaya berwarna pink itu tidak wujud.",
"Menurut video tersebut, warna pink (atau merah jambu) tidak terdapat dalam spektrum warna ROYGBIV (Red – Orange – Yellow – Green – Blue – Indigo – Violet) atau versi Melayu, MJKHBIU (Merah – Jingga – Kuning – Hijau – Biru – Indigo – Ungu).",
"Warna – warna tersebut dipanggil sebagai cahaya tampak (visible light), kerana warna – warna inilah yang dapat ditangkap oleh mata kita.",
"Tapi, cahaya tampak (warna pelangi) ini hanyalah satu bahagian kecil daripada spektrum elektromagnet cahaya, kita tak boleh lihat sinar gamma, X ray, dan Sinar Lembayung",
"Jadi, memang betul, tiada panjang gelombang (wavelength) cahaya yang berwarna pink. Pink memerlukan campuran warna merah dan ungu. Masalahnya, kedua warna ini berada di dua hujung spektrum cahaya tampak.",
"Maka seorang wartawan sains, Robert Krulwich menjadi tidak keruan apabila mengetahui perkara ini. Katanya:",
"Pink bukan satu panjang gelombang yang sebenar. Ia suatu rekaan. Ia tidak wujud.",
"Semua warna pink yang kita lihat sebenarnya hanya dalam kepala kita saja!",
"Ah sudah. Bertambah lagi satu teori konspirasi!",
"Pink Wujudlah!",
"Setelah teori yang mengatakan warna pink tidak wujud itu meletus popular sehingga turut dilaporkan oleh TIME, ‘perang’ pun terletus. Mungkin kerana ia menggugat identiti berbilion wanita seluruh dunia yang merasa warna kegemaran mereka terancam.",
"Ada satu peraturan abadi yang perlu sentiasa diingat: jangan cari pasal dengan perempuan.",
"Maka seorang wartawan saintifik Rebecca Boyle (yup, perempuan) kemudian ‘menggesa agar kebodohan ini dihentikan, sudah pasti pink adalah suatu warna’.",
"Menurut beliau, ya, warna pink tidak terdapat dalam spektrum warna. Tapi ini tidak bermakna pink itu bukan warna!",
"Menurut pakar warna Jill Morton:",
"Sudah pasti pink adalah suatu warna. Tapi betul, ia tiada dalam spektrum cahaya. Pink adalah warna ekstra – spektral, anda perlu mencampur warna untuk mendapatkannya.",
"Contohnya, apabila kita mencampur cat merah dengan putih, kita akan mendapat warna pink.",
"Apabila kita melihat objek berwarna pink, sebenarnya apa yang kita lihat adalah situasi percampuran panjang gelombang yang berbeza, ada yang dipantulkan, ada yang diserap, ada yang dipadamkan oleh pigmen.",
"Pink adalah warna pantulan, bukan warna pancaran. Anda miliki persepsi melihat warna pink kerana otak anda menterjemah warna tersebut daripada cahaya yang terpantul.",
"Eh jap.. Ya Ke…",
"Jadi warna yang terhasil akibat percampuran tetap dianggap warna! Maka warna pink itu wujud!",
"…… Tidak juga. Kerana keseluruhan ‘warna’ sebenarnya tidak ‘wujud‘. Menurut saintis:",
"Warna sebenarnya bukan ciri – ciri objek. Malah bukan ciri – ciri cahaya pun. Ia hanyalah persepsi dalam otak anda.",
"Warna cumalah bergantung pada frekuensi gelombang cahaya yang terkena pada mata kita, dan bergantung pada bagaimana cara otak kita mentafsir warna tersebut. Ia bukan sifat yang dimiliki oleh objek…?",
"Apapun tak kisahlah setakat mana anda mahu memanjangkan perdebatan falsafah berkaitan kewujudan warna yang dah berabad lamanya ini, satu konklusi yang pasti adalah:",
"Warna pink ‘wujud’ seperti mana wujudnya warna merah, oren, kuning dan hijau.",
"Ok … dah."
] |
https://ajar.com.my/2019/06/25/sumbangan/ | Sumbangan | [
"Hulurkan sumbangan anda melalui:",
"AMBANK",
"8881033604776",
"AJAR PLBT ENTERPRISE",
"Billplz"
] |
https://ajar.com.my/2019/06/26/kanak-kanak-miskin-bandar-kurang-berada-mahu-berjaya/ | Kanak – Kanak Miskin Bandar. Kurang Berada, Mahu Berjaya | [
"“Saya nak jadi doktor. Boleh tolong orang kan ustazah?”\n“Saya nak jadi jurutera, tak pun arkitek. Saya nak buat rumah besaaaarrrr untuk saya tinggal dengan mak ayah saya. Baru best…”\n“Saya nak jadi ustazah macam ustazah. Baik je.”",
"“Saya nak jadi juruterbang yang hebat!”",
"CITA-CITA.",
"Begitulah respon anak-anak apabila ditanyakan apakah cita-cita mereka. Tidak pernah kurang tingginya cita-cita seiring hasrat mereka untuk membesar dengan berjaya. Begitu jugalah respon anak-anak yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR), tidak pernah kurang. Namun, bukan semua anak-anak ini memiliki peluang atau mampu memanfaati peluang bila tiba masanya peluang terbentang di depan mata.",
"\nPendidikan merupakan perkara yang sangat penting dalam tempoh pembesaran anak-anak. Namun, inilah sebenarnya cabaran utama bagi ibu bapa di PPR. Masa yang sangat terhad dalam kesibukan mencari nafkah dan pendidikan anak-anak sudah pasti menjadi dilemma yang tidak berkesudahan bagi mereka.",
"Nasib Anak – Anak Projek Perumahan Rakyat",
"Apakah realiti anak-anak PPR ini? Daripada Laporan Kemiskinan Kanak-kanak Bandar oleh Unicef,",
"51% kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun tidak menghadiri prasekolah dan 2% yang berusia 7-17 tahun tidak bersekolah. Manakala Kira-kira 4 dalam 10 isi rumah tidak menyediakan alat permainan untuk anak-anak berusia bawah 5 tahun dan 31% isi rumah tidak mempunyai buku untuk anak-anak berusia bawah 18 tahun.",
"Antara punca isi rumah tidak mempunyai buku dan alat permainan adalah disebabkan kekurangan ruang.",
"Banyak kali mereka terpaksa memulangkan berkotak-kotak buku dan alat permainan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan dan agensi-agensi lain kerana tidak ada tempat untuk menyimpan.",
"Mereka Berpotensi Besar",
"Meskipun menghadapi pelbagai rintangan, pencapaian akademik mereka masih standing dengan purata pencapaian di peringkat kebangsaan (Unicef). Hal ini menunjukkan, anak-anak PPR bukan calang-calang juga. Sebenarnya mereka mempunyai potensi yang besar untuk cemerlang seperti anak-anak yang lain, hanya memerlukan bantuan dan sistem sokongan daripada masyarakat yang lebih berkemampuan.",
"Besar natijahnya penilaian ini kepada anak-anak PPR yang sudah pastinya peluang mereka untuk mendapatkan pembelajaran tambahan dalam subjek ini amat tipis peluangnya jika dibandingkan dengan naak-anak bandar yang lebih berkemampuan. Tusyen, kelas tambahan, alat bantu pembelajaran sudah pasti tinggi kosnya dan seperti mimpi untuk mereka miliki.",
"Bersama Membantu Anak – anak PPR Berjaya",
"Oleh yang demikian, menyedari kepentingan penguasaan STEM ini bagi anak-anak, kami Yayasan Maghfirah dengan kerjasama AJAR, akan menganjurkan program FantaSains, khusus untuk anak-anak PPR. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam pendidikan STEM. Modul pelajaran FantaSains disusun selaras dengan kurikulum standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan pelaksanaan berkonsepkan interaktif.",
"Antara aktiviti yang terdapat dalam program FantaSains ialah demonstrasi, eksplorasi serta eksperimen di luar kelas. Disamping membantu pelajar menguasai topik-topik pembelajaran, penekanan akan turut diberikan terhadap penerapan nilai murni agar hasil pembelajaran yang diperolehi pelajar lebih holistik dan mengesankan.",
"Besar harapan kami melihat anak-anak PPR akhirnya kelak mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak bandar yang lain. Marilah sama-sama kita membantu memastikan usaha kecil ini agar berjaya dilaksanakan.",
"Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui link : https://www.billplz.com/FantaSainsPPR\natau terus ke akaun CIMB YAYASAN MAGHFIRAH (86-0322-1427)",
"Untuk maklumat lanjut sila hubungi:\nPejabat: 03-8740 1193\nWhatsapp/telegram: 013-9484200 (Puan Mariam)",
"Dapatkan perkembangan program ini melalui:-\nTelegram: https://t.me/yayasanmaghfirah\nFB: Yayasan Maghfirah\nWeb: https://yayasanmaghfirah.org/"
] |
https://ajar.com.my/2019/06/28/apa-itu-dimensi-ke-empat/ | Apa Itu Dimensi Ke Empat? | [
"Artikel ini adalah nota tambahan kepada video ajar: “Game Ni Tolong Kita Faham Dimensi Keempat”.",
"Dimensi",
"Perkara pertama\nyang perlu kita faham sebelum kita meneroka dimensi dengan lebih dalam adalah,\napa sebenarnya maksud dimensi ni?",
"Dalam fizik, dimensi fizikal merujuk kepada apa-apa kuantiti fizikal yang boleh kita ukur. ",
"Terdapat beberapa contoh dimensi fizikal, macam masa (dimensi masa diberi simbol T), dan ruang (yang diberi simbol L).",
"Terdapat juga beberapa kuantiti fizikal yang tak berapa popular, antaranya cas elektrik yang menghasilkan arus elektrik, dan juga kepekatan sinaran (luminous intensity) yang menerangkan kepekatan sesuatu sumber cahaya.",
"Dalam matematik pula, dimensi boleh ditakrifkan kepada kebolehupayaan sesuatu titik untuk bergerak (degrees of freedom). ",
"Macam yang diterangkan dalam video Ajar, dimensi 0 terjadi apabila kita ada satu titik, dan titik kita tidak mampu bergerak ke mana-mana.",
"Dimensi pertama terjadi apabila titik kita boleh bergerak dalam satu paksi, ke kanan atau ke kiri. Kebolehupayaan titik kita ini untuk bergerak ni akan mewujudkan elemen “panjang”, antara tempat mula titik kita tadi, dengan tempat di mana titik kita berada sekarang.",
"Hal yang sama juga terjadi apabila kita bergerak ke dimensi lebih tinggi. Kalau dalam satu dimensi, titik kita tadi hanya mampu bergerak ke kiri dan ke kanan, dalam dua dimensi, titik kita kemudiannya mampu bergerak ke kiri dan kanan (dimensi pertama) dan tambahan atas dan bawah (dimensi kedua). Pertambahan kebolehupayaan titik kita untuk bergerak melalui dua dimensi ini juga menghasilkan konsep “luas”, yang pada dasarnya merujuk kepada berapa besar luas titik kita boleh bergerak.",
"Andaikata titik kita tadi degil, dan dia ingin bergerak melepasi dua dimensi menuju ke dimensi ke tiga, kini, selain mempunyai kebolehan untuk bergerak ke kiri-kanan dan atas-bawah, titik kita juga memperoleh kebolehan untuk bergerak ke dimensi ketiga, dimensi depan-belakang. Kini, titik kita mampu meneroka apa yang kita kenali sebagai ruang 3-Dimensi, dimana menurut deskripsi fizikal, ruang 3-Dimensi ini adalah sama dengan ruang yang kita ada sekarang, ruang yang mempunyai isi padu (volume).",
"Ada Ke Dimensi Ke Empat? Kenapa Susah – susah Bincang?",
"Kalau diikutkan\nlogik akal, dimensi yang boleh kita rasakan hanyalah sekadar sampai ke dimensi\nketiga. Namun begitu, ahli matematik ni agak unik sebenarnya. Ahli matematik,\napabila membuat rumus matematik, tak berminat dengan kes-kes khusus macam\ndimensi pertama dan dimensi kedua. Sebaliknya, apa yang mereka akan buat adalah\nmereka akan membuat rumus secara umum.",
"Hal ini adalah berbeza dengan ahli fizik, kerana ahli matematik berpaksikan kepada “idea umum”, manakala ahli fizik lebih terarah kepada kes-kes khusus. Hal ini pernah dipertikaikan oleh Richard Feynman, seorang ahli fizik:",
"“Ahli matematik ni suka keluarkan teorem secara umum. Katakan kita nak tahu mengenai ruang, maka ahli matematik akan cakap oh ruang ni ada n-dimensi, maka teorinya akan jadi begini dan begini. Masalahnya adalah, aku nak tahu apa yang terjadi dalam ruang tiga-dimensi. Mereka jawab,mudah, kau ganti ajelah n tu dengan nilai 3.”",
"Jadi, kalau dunia kita ini terbatas dengan ruang 3-dimensi, apa\nperlunya kita terus mengkaji ruang sampai 4 dimensi ni?",
"Pada satu tahap, ahli sains sebenarnya ingat dunia ni memang terdiri\ndaripada ruang 3-dimensi semata-mata. Namun, hasil daripada Teori Kenisbian Khusus\nEinstein (Special Relativity Theory), Einstein telah Berjaya membuktikan\nmelalui pembuktian matematik, bahawa ruang dan masa sebenarnya merupakan entiti\nyang sama. ",
"Pembuktian ni meletakkan sains dalam kedudukan yang menarik, kerana,\nsebelum ni kita ingat ruang dan masa merupakan dimensi yang berbeza.",
"Cuba bayangkan. Kalau orang Tanya, berapa jarak dari Kuala Lumpur ke\nJohor Baharu? Ada orang akan jawab 300 km, TETAPI, kebanyakan orang akan jawab\njarak Kuala Lumpur ke Johor Baharu adalah dalam lingkungan 3 jam perjalanan.",
"Hal yang sama juga terpakai dengan masa. Kalau orang Tanya kita,\nlama lagi ke perjalanan nak ke kampung? Kita pun jawab dalam 3 km lagi. ",
"Perasan?",
"Anda menjawab persoalan berkenaan jarak, dengan menggunakan masa.\nDan anda menjawab persoalan berkenaan dengan masa, menggunakan jarak.",
"Maka, idea tersebut (secara umumnya) merupakan idea yang diilhamkan oleh Einstein dan kemudiannya dikembangkan oleh guru Einstein, Hermann Minkowski. Dimensi keempat ini kemudian diberi nama ruangan Minkowski, bersempena dengan nama Hermann Minkowski yang memberi gambaran lebih jelas berkenaan ruangmasa a.k.a dimensi keempat ini.",
"Jadi, adakah dimensi ruangmasa ini dimensi yang sama seperti dimensi\nke empat sepertimana dalam video Ajar?",
"Tidak.",
"Hal ini kerana, dimensi di dalam video Ajar tersebut merujuk kepada dimensi ruang (spatial dimension), manakala dimensi yang Einstein dan gurunya Minkowski bina adalah dimensi ruangmasa, terdiri dari gabungan dimensi ruang dan dimensi masa.",
"Dalam video Ajar, apabila terdapat beberapa situasi di mana objek “tiba-tiba hilang” yang sebenarnya objek tersebut berada di dimensi yang lain, dan tidak mampu dicerap oleh pancaindera kita di dimensi ini.",
"Jadi, kenapa dimensi lebih dari 3 ni penting dalam sains?",
"Dimensi lebih\ndari 3 ni, walaupun nampak macam tak logik, tapi memainkan peranan besar dalam\nsains. Sebagai contoh, dalam alam ini terdapat Daya Elektromagnet, Daya Nuklear\nLemah, Daya Nuklear Kuat serta Daya Graviti. Salah satu harapan dalam sains\nadalah penggabungan kesemua daya ini dalam satu formula matematik, dan untuk\nmencapai perkara tersebut, Teori Tetangsi (String Theory), salah satu teori\nterbaik yang kita ada, memerlukan sebanyak 10 dimensi untuk membolehkan\npenggabungan daya-daya dalam alam ini dilakukan.",
"Dan perlu diingatkan, dimensi yang kita perkatakan dari tadi semakin berkembang apabila nilai dimensinya bertambah. Siapa kata dimensi perlu sentiasa bertambah? Apakah mungkin, ada dimensi ini yang sebenarnya berkurang, atau mungkin berpintal?",
"Oleh: Muhammad Eilham"
] |
https://ajar.com.my/2019/07/01/cipta-sistem-pintu-automatik-aktivasi-kad-pengenalan/ | Cipta Sistem Pintu Automatik Aktivasi Kad Pengenalan | [
"Apa ciptaan anda paling canggih sewaktu di kolej? Yang admin ingat, ada orang berjaya masak maggi guna seterika.",
"Tapi lain ceritanya bagi Danial Faiz Mokhtar, pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh), Bandar Tun Razak, Jengka, Pahang.",
"Beliau mencipta mekanisme pintu berkunci automatik yang diakseskan melalui kad pengenalannya",
"Ciptaannya itu tular apabila demonstrasi beliau dirakam dan dimuat naik di Twitter dan mencapai 13k+ ciapan.",
"maybe saya akan buat tutorial utk projek ni dgn program pic.twitter.com/fxQx5Lqlg6",
"Kisah ini kemudian dilaporkan oleh Harian Metro yang tontonannya melebihi 200 ribu + hanya dalam masa dua hari.",
"Apabila ditemu ramah, Danial Faiz menyatakan tidak sangka ciptaannya ini boleh tular.",
"“SAYA buat pintu automatik berkunci itu atas tujuan untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di bilik kolej di sini. Namun, tak sangka ia boleh tular,” ",
"Danial Faiz berkata, pernah berlaku kes kecurian di sekitar kolejnya yang membuatkan dia mahu memasang sistem itu atas tujuan keselamatan barangannya.",
"Katanya lagi, sebelum ini dia pernah melihat orang membuka pintu yang terkunci dari luar menggunakan dawai dengan mudah.",
"Hanya Belajar Dari Youtube",
"Tambah mengagumkan, projek tersebut hanyalah bermodalkan RM 80 dengan menggunakan Teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) ",
"Projek itu pula hanya disiapkan dalam masa satu hari dan hanya dipelajari dengan menonton Youtube.",
"Beliau juga menyatakan akan membuat satu video tutorial untuk tontonan umum.",
" “Ramai yang juga meminta saya untuk mengajar mereka membuat sistem itu. Insya-Allah, saya akan buat satu video tutorial untuk supaya ia memberi manfaat kepada semua”",
"Memang Minat Kejuruteraan Robotik",
"Namun, kemahiran yang ditunjukkan Danial Faiz bukanlah diperoleh secara tiba – tiba, sebaliknya beliau memang memiliki latar belakang membanggakan dalam bidang robotik",
"Danial mula meminati bidang sistem robotik dan kejuruteraan seawal usia 8 tahun. ",
"Sebelum ini, Danial Faiz pernah mengharumkan nama negara bersama tiga lagi rakannya apabila berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan cabaran kemahiran di World Robot Summit (WRS) Junior School Robot Challenge Trial Competition 2017 di Tamagawa Academy & University, Jepun. "
] |
https://ajar.com.my/2019/07/01/pelajar-uia-sedang-berdebat-mahu-kembalikan-songkok-atau-kekalkan-mortarboard-pada-hari-graduasi/ | Pelajar UIA Sedang Berdebat Mahu Kembalikan Songkok atau Kekalkan Mortarboard pada Hari Graduasi | [
"Perdebatan tentang pemakaian mortarboard vs songkok sekali lagi tercetus di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia apabila Badan Perwakilan Pelajar mengadakan bancian untuk menentukan pakaian seragam graduasi seterusnya.",
" “Terdapat dua pilihan:",
"1) Songkok yang merupakan pakaian kepala tradisional di Malaysia untuk lelaki dan tudung berenda emas untuk wanita.",
"2) Mortarboard yang merupakan pakaian kepala yang dikenakan secara tradisional di seluruh dunia, yang mana asal usulnya adalah daripada sejarah dunia akademik Islam”",
"Sudah pasti, isu ini menimbulkan kembali perdebatan dalam kalangan pelajar UIA.",
"Ya, ‘menimbulkan kembali’, kerana isu songkok vs mortarboard ini sebenarnya pernah timbul pada tahun 2008 lagi.",
"Songkok Ganti Mortarboard Semasa Konvokesyen 2008",
"Selama berpuluh – puluh tahun, tradisi hari graduasi UIAM adalah mengenakan songkok.",
"Jadi ketika diumumkan pada tahun 2008 bahawa tradisi ini akan ditukar kepada mortarboard, agak kecoh juga situasi di UIA.",
"Seramai 3000 pelajar menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya, lapor Malaysiakini. ",
"Punca utama bantahan tersebut adalah:",
"Bantahan tersebut bagaimanapun tidak berjaya setelah pihak pengurusan mengekalkan keputusan untuk mengguna pakai mortarboard untuk hari graduasi.",
"Kini, setelah hampir 10 tahun, nampaknya ada potensi songkok akan kembali semula mengetuk pintu hari Graduasi UIAM.",
"Songkok VS Mortarboard",
"Perdebatan songkok vs mortarboard ini bagaimanapun bukanlah satu isu picisan. Perbahasannya agak mendalam.",
"Menurut tulisan seorang pelajar UIAM, isu ini agak besar maknanya bagi seorang pelajar yang akan bergraduasi, apatah lagi setelah 4 tahun lebih bersusah payah mempelajari dunia keilmuan.",
"“Hal pemakaian sering menjadi simbolik terhadap sesuatu acara, konvokesyen pertama kali pula akan menjadi kenangan seumur hidup”",
"Menariknya, pihak yang menyokong mortarboard membawa hujah bahawa itu sebenarnya pemakaian Islam, yang lahir daripada tradisi akademik Islam.",
"Mortarboard tidaklah ‘kurang Islam’ berbanding songkok.",
"Amalan pemakaian mortarboard dalam majlis graduasi hakikatnya berasal daripada Islam, yang kemudian dicedok oleh Barat.",
"Malah menurut Dr Afifi al – Akiti, amalan yang dipopularkan oleh Universiti Oxford ini berasal daripada tradisi pondok. Hal ini termasuklah budaya seperti makan ramai-ramai, menunggu pengetua sebelum makan dan membaca doa, semua ini berasal daripada tradisi Islam. Namun sekarang ia lebih dikenali sebagai budaya Harry Potter.",
"Malah yang lebih menarik, topi mortar board, atau Qalansuwah dalam bahasa Arab, adalah tempat untuk mengikat al Quran di atas kepala. Itulah sebabnya kenapa reka bentuk mortar board leper di bahagian atas. ",
"Sebahagian pelajar juga turut berhujah mengatakan bahawa dasar pengantarabangsaan UIA juga seharusnya lebih menggalakkan penggunaan mortarboard.",
"“Penggunaan mortarboard dikenali di seluruh dunia, jadi maknanya boleh difahami oleh semua bangsa tanpa pengecualian. Songkok dan tudung berenda hanyalah budaya Melayu yang tidak menepati dasar pengantarabangsaan. Beri peluang pelajar antarabangsa bergraduasi dengan berbangga apa yang mereka pakai”",
"Bagaimanapun, pihak yang mahu mengembalikan songkok rata – rata mahu mengembalikan keunikan niai identiti Melayu bagi sebuah Universiti yang unik di dunia.",
"Begitu juga, isu yang sering dikemukakan berkenaan pemakaian mortarboard dan jubah adalah kos yang tinggi untuk hari graduasi, yang mudah dieksploitasi golongan kapitalis.",
"Tambahan pula, penggunaan mortarboard telah menggalakkan budaya yang cukup meruntun jiwa mereka yang sensitif, iaitu tradisi membaling mortarboard. ",
"Bukankah topi graduasi itu asalnya tempat meletak al Quran, maka jika dibaling, apakah maknanya? Itu juga amalan yang sentiasa menjadi muka depan buku – buku majlis graduasi yang sering dibangga – banggakan.",
"Jika yang dipakai adalah songkok, sudah pasti amalan ini tidak akan diteruskan."
] |
https://ajar.com.my/2019/07/03/ini-sebab-mengapa-kaduk-naik-junjung-bermaksud-orang-hina-merasa-mulia/ | Ini Sebab Mengapa ‘Kaduk Naik Junjung’ Bermaksud Orang Hina Merasa Mulia | [
"Kaduk Naik Junjung adalah peribahasa yang kita biasa dengar dan gunakan. Menurut kamus dewan, maksud bagi peribahasa tersebut adalah:",
"Orang hina merasa dirinya mulia",
"Dalam penggunaan harian biasa (orang awam). peribahasa berkenaan juga boleh dikaitkan dengan orang yang beroleh ehsan (simpati orang lain) kemudian berlebih-lebihan mengambil kesempatan. Contohnya, orang yang datang bertandang tiba-tiba cuba berlagak lebih daripada tuan rumah. ",
"Namun mengapa elemen kaduk menaiki junjung tersebut membawa maksud demikian? Apa penilaian hati budi orang Melayu yang mendatangkan peribahasa tersebut?",
"Menurut pengkaji Tn Hamdi Hanapi, peribahasa ini dapat difahami menerusi sifat kedua – dua tumbuhan tersebut.",
"Sirih tumbuh menjalar (memanjat) biasanya akan melilit junjung yang di buat dari pancang buluh atau kayu. Manakala kaduk pula tumbuhnya melata, bukan memanjat ke atas.",
"Akan tetapi, sekiranya kaduk yang tumbuh di bawah itu memanjat dan menyaingi tempat sirih, ia melampaui sifat asalnya. ",
"Maka sebab itulah orang Melayu memerhati sifat kaduk ini lalu mengungkap “Kaduk naik junjung”.",
"Ertinya, orang hina mengaku mulia. Atau kerap kali dipakai bagi menggambarkan perbuatan mengada-ngada dan melampau apabila mendapat kedudukan lebih tinggi.",
"Sirih itu sifatnya tertib dan teratur, sehingga diungkap – “Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung.” Ertinya, tiap-tiap pekerjaan hendaklah di buat mengikut aturan. Ia juga melambangkan kerendahan hati dan bertatasusila.",
"Maka itulah sirih seringkali dijadikan kepala istiadat orang-orang Melayu – menyatakan hajat, mewakili hasrat dan menggambarkan budi pekerti dua pihak.",
"Dan sirih itu rasanya pedas. Ertinya, bukanlah boleh diperkotak-katik atau dihina-hina, meskipun sifatnya lembut-halus.",
"Jika melampau-lampau kaduk menginjak sirih – dan sirih pula sudah tawar tiada pedas – janganlah lupa pada junjungnya yang bila-bila boleh patah.",
"Kredit: Tn Hamdi Hanapi, fokus.my"
] |
https://ajar.com.my/2019/07/03/pelajar-phd-bunuh-diri-tinggalkan-nota-bongkar-korupsi-akademik-universiti/ | Pelajar PhD Bunuh Diri Tinggalkan Nota Bongkar Korupsi Akademik Universiti | [
"Pada 13 Jun 2019, sebelum konferens akademik ISCA 2019 di Phoenix, seorang pelajar calon PhD yang sepatutnya membentangkan kertas kajian beliau di konferens tersebut mengantung dirinya dalam bangunan kampus Universiti Florida.",
"Kisah – kisah yang dibongkarkan mendedahkan kesalahan – kesalahan akademik yang menjadi punca Huixiang Chen membunuh diri.",
"Ringkasnya, Chen membunuh diri kerana:",
"Nota bunuh diri dihantar kepada rakan – rakan beliau, teman makmal, dan terutamanya kepada mentor beliau Professor Tao Li.",
"Ini adalah terjemahan kasar nota beliau yang berbahasa Cina.",
"Kepada rakan – rakan",
"Jika anda peroleh mesej ini, ia bermakna saya telah pun meninggal dunia.",
"Seperti kalian tahu, sejak Disember lepas, saya menulis kertas kajian ISCA pada waktu yang sangat singkat dan ia diterima dengan segera. Anda semua tahu sebabnya, kerana ia disebabkan jaringan hubungan professor Tao Li kita. Dalam kalangan 6 pemeriksa, 4 adalah rakan Tao Li. Tapi kertas ini miliki isu yang sangat bermasalah, design nya tidak masuk akal dan pemeriksa cuma mengabaikannya. Kertas ini diterima tanpa sebab munasabah, dan ia boleh membuat siapa saja rasa bersalah.",
"Setelah tarikh hantar, pengubahsuaian menggila dibuat ke atas kertas tersebut dan saya pun membuat eksperimen yang tertinggal. Dalam eksperimen tersebut, saya dapati fenomena eksperimen dan reka bentuknya sangat berbeza dengan apa yang diklaim, menjadikan kertas tersebut tidak masuk akal dari tajuk kepada karekterisasi dan reka bentuk …. jadi kalau saya mahu membuat pengubahsuaian, keseluruhan kertas perlu ditulis semula. Ia sangat tidak realistik untuk mencadangkan idea baru sebelum versi akhir. Setelah saya berhubung dengan Tao Li, rupanya saya perlu membetulkan kertas tersebut sendirian. Sehingga sekarang saya masih belum mampu menampal pulih isu – isu tersebut. Isu – isu ini begitu ketara sehingga ia mampu dikesan dengan mudah oleh pakar. Saya tidak sangka Dr Li menerima saja data yang tidak masuk akal.",
"Memandangkan ini akan memberi impak kepada karier saya pada masa depan dan reputasi saya dalam bidang Computer Architecture, hidup masa depan saya akan menjadi lebih teruk daripada kematian dan saya akan berada dalam dilema. Saya meneliti semua kes ini, dan saya dapati saya tak mampu selesaikannya. Untuk membetulkan keadaan, saya buat keputusan bunuh diri. Saya harap anda belajar daripada kesalahan saya. Kita tak sepatutnya membuat klaim terlalu banyak dalam kertas kajian kita sebelum kita benar – benar mencapainya. Saya harap ini akan menghasilkan perubahan dalam dunia.",
"Saya harap anda berlaku jujur saja dalam masyarakat kita. Saya berkati anda dalam dunia lain",
"Selamat,",
"Huxiang",
"Setelah nota ini berlegar di media sosial, University of Florida memulakan penyiasatan . Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada seluruh pengamal akademik. "
] |
https://ajar.com.my/2019/07/06/gambar-tapak-sulaiman-tular-tu-tak-itu-bukan-bt-dia-pakar/ | Gambar Tapak Sulaiman Tular Tu, Tak, Itu Bukan B****t Dia: Pakar. | [
"Internet sekali lagi bergegar gempita apabila sebuah gambar tapak sulaiman tular di media sosial … kerana ia kelihatan seperti … memiliki … punggung…",
"Gambar tapak sulaiman itu, yang dimuat naik oleh pengguna media Twitter @Babyshoujo pada asalnya disangka hanya akan dilihat dua tiga orang, tetapi kemudian itu meletup popular apabila mencecah ratusan ribu ciapan.",
"Sudah pasti, ramai yang terhibur dan internet pantas mengaitkannya dengan watak tapak Sulaiman popular Patrick Star.",
" pic.twitter.com/tlRJV8MPr2",
"Namun malangnya, pakar mengesahkan bahawa itu sebenarnya …. bukan … punggung. ",
"Sebenarnya Ia Gumpalan Pada Tangan Tapak Sulaiman",
"USA Today menemu ramah Nate Jaros, seorang pegawai peneliti ikan dan haiwan invertebrata untuk menerangkan perkara sebenar di sebalik gambar tersebut.",
"Haiwan itu sebenarnya adalah tapak sulaiman vermilion.",
"“Tapak Sulaiman adalah invertebrata atau haiwan tanpa tulang belakang dan ia bukan juga ikan, walaupun bahasa Inggerisnya dipanggil starfish” jelas beliau.",
"Dalam foto tersebut, ‘punggung’ itu sebenarnya tangan tapak sulaiman tersebut.",
"“Dalam gambar itu, tapak sulaiman tersebut melekat pada batu secara menegak dengan dua tangannya memegang batu dan dua lagi relaks tergantung. Tapak sulaiman kadang – kala melepaskan tangannya, contoh apabila ia sedang makan”",
"“Disebabkan tapak sulaiman dalam posisi menegak, maka graviti menyebabkan komponen dalamannya untuk bergumpal”",
"Jadi sebenarnya ia cumalah gumpalan bahagian dalam tapak sulaiman tersebut, tak tahu sama ada nak kecewa atau lega.",
"Walaubagaimanapun, tularnya spesies haiwan ini boleh menjadi bahaya untuk mereka.",
"Sebagai contoh, setelah filem Finding Nemo meletus naik pada 2003, permintaan untuk memiliki ikan tersebut dalam akuarium peribadi melonjak naik sehingga hampir menyebabkan kepupusan spesis tersebut. ",
"“Dua cara kalian boleh membantu tapak sulaiman, jangan beli tapak sulaiman yang hidup atau telah mati daripada kedai – kedai cenderamata, dan hormati mereka apabila anda menemui mereka di pantai, jangan pihak atau alihkan mereka” ujar Nate.",
"Tapak sulaiman kini sedang berhadapan dengan tekanan fizikal akibat pencemaran air dan peningkatan suhu lautan."
] |
https://ajar.com.my/2019/07/06/ciptaan-kaca-dari-batang-pokok-pisang-saintis-malaysia-menang-anugerah-antarabangsa/ | Ciptaan Kaca Dari Batang Pokok Pisang Saintis Malaysia Menang Anugerah Antarabangsa | [
"Prof Madya Ts. Dr. Ervina Efzan Mhd Noor dari Multimedia Universiti (MMU) mengharumkan nama negara apabila memenangi dua anugerah di Global Women Inventors & Innovators Network (GWIIN), London.",
"Beliau berjaya merangkul pengiktirafan Gold Innovator Award dan Special Recognition Award di majlis terkemuka yang mengumpulkan usahawan – usahawan wanita berprolifik seluruh dunia tersebut.",
"Hampir 500 peserta dari pelbagai negara seperti UK, Italy, Iceland, Ghana, Kuwait, Thailand dan Malaysia memasuki pertandingan ini. ",
"Calon-calon termasuklah mereka yang kreatif, inovatif, inovatif, usahawan, saintis, jurutera, ahli teknologi dan pereka wanita. ",
"Idea inovasi yang dibentangkan oleh Dr Ervina telah menawan 9 juri hebat dari pelbagai bidang.",
"B – Glass (Kaca dari Batang Pokok Pisang)",
"Dr Ervina yang merupakan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi, MMU Melaka telah mengetengahkan inovasi Banana Stem Glass atau kaca dari batang pokok pisang. ",
"Idea untuk menghasilkan inovasi ini bertitik tolak daripada krisis pertambahan kuantiti dan jenis bahan buangan, kekurangan tapak pelupusan sampah dan kemerosotan kuantiti bahan semulajadi.",
"B – Glass ini adalah manifestasi cara yang inovatif mengitar dan menggunakan semula bahan buangan.",
" B – Glass adalah gabungan batang pokok pisang dan bahan mentah yang diadun untuk menghasilkan kaca.",
"Menariknya, inovasi Banana stem glass ini:",
"Apabila ditanya tentang perasaan memenangi anugerah berprestij ini, Dr Ervina menjawab:",
"“Idea yang secebis ini dtg dari Allah. Semoga berguna untuk masyarakat”",
"Tahniah Dr Ervina!"
] |
https://ajar.com.my/2019/07/10/adakah-ini-tajuk-kertas-akademik-paling-kelakar/ | Adakah Ini Tajuk Kertas Akademik Paling Kelakar? | [
"Jurnal – jurnal akademik mungkin adalah tempat terakhir untuk kita cuba mencari bahan hiburan.",
"Tapi siapa sangka, saintis – saintis dan golongan akademik juga rupanya miliki humor tersendiri yang sentiasa dicari jalan untuk diselitkan dalam kertas kajian mereka.",
"Contohnya, kumpulan penyelidik biologi mikro di bawah ternyata menyelitkan nama filem di dalam tajuk kajian mereka tentang yis:",
"Nama tersebut adalah permainan kata daripada filem popular ‘fantastic beasts and where to find them’, tapi ditukar kepada ‘fantastic yeasts and where to find them’.",
"Sungguhpun tajuk tersebut dibuat kelakar, tapi sebenarnya isi artikel itu tidaklah ringan dan menceriakan.",
"Kerana .. artikel itu sebenarnya adalah mengenai penyakit patogen kulit yang menyerang manusia di seluruh dunia…",
"(Boleh tahan gelap juga hati kalau nak buat lawak pasal isu ni..)",
"Selain artikel tersebut, sebenarnya banyak lagi tajuk – tajuk artikel yang diselitkan unsur humor oleh ahli akademik. Berikut beberapa daripadanya:",
"Life in the fast lane adalah nama lagu sealbum dengan Hotel California. ",
"Fas pula adalah sejenis protein yang menyebabkan keradangan.",
"Jika perasan, tajuk tersebut memang diambil daripada lagu kanak – kanak ‘Old MacDonald had a farm’.",
"MOOC pula adalah singkatan kepada ‘Massive Open Online Courses’… ",
"Boleh ya buat tajuk masuk air macam ni?",
"Tak dipastikan sama ada memang penulis artikel ini sengaja membuat tajuk dua makna atau tidak.",
"Tapi arsole, sejenis sebatian kimia memang sangat mirip dengan sebutan ‘arsehole – (lubang punggung)..",
"Dan ia dikaitkan dengan aroma …",
"Ke kita semua yang tak matang?"
] |
https://ajar.com.my/2019/07/12/graf-kesusahan-matematik-vs-masa-ni-buat-kita-tanya-kenapa-belajar-matematik-susah-susah2/ | Graf ‘Kesusahan Matematik Vs Masa’ Ni Buat Kita Tanya Kenapa Belajar Matematik Susah – Susah. | [
"Sebuah graf tentang realiti pembelajaran matematik berlegar di media sosial. Walaupun agak kelakar, tapi ia buat kita terfikir juga.",
"Graf ‘kesusahan matematik vs masa’ itu menunjukkan jenis – jenis masalah matematik yang kita pelajari dalam tingkatan – tingkatan hidup yang berbeza.",
"Di sekolah rendah, kita belajar tentang asas pendaraban, kemudian, pecahan, formula garis lurus.",
"Bila masuk tingkatan, kita pelajari tentang persamaan kuadratik, geometri, trigonometri, kalkulus.",
"Graf kesusahannya semakin menaik.",
"Bila di kolej kita mula belajar konsep matematik pelik – pelik seperti Teorem Stokes dan Siri Taylor, Laplace ….",
"Sehinggalah akhirnya kita habis kolej dan masuk kerja. Lalu graf kesusahan matematik pun menjunam jatuh …",
"Kerana dalam zaman kerja, ‘matematik’ yang kita lakukan hanyalah jadual kira – kira akaun.",
"Aduh.",
"Soalan ini rasanya ditanya oleh hampir setiap orang sampailah ke depan meja peperiksaan SPM.",
"Jawapan mudah bagi soalan ini adalah ia bergantung kepada pekerjaan yang kita pilih, jika kita pilih untuk jadi social media influencer jual barang kosmetik, mungkin agak kuranglah tahap kesusahan matematik yang diperlukan dalam bidang kerja.",
"Tapi jika bidang yang diambil adalah ahli fizik teoretikal atau ahli matematik, sudah pastilah akan relevan semua topik Fourier, kalkulus multivariabel semua itu.",
"Bagaimanapun, harus diingat, bahawa setiap yang kita pelajari di sekolah walaupun kita sangka tidak relevan, sebenarnya bertujuan menjadikan kita insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. ",
"Semua permasalahan matematik yang kita lalui di sekolah juga sebenarnya hendak mengajar kita nilai matematik, seperti kemahiran menaakul, mentafsir, mengukur, membina, menganggar, mengendali data dan menyelesaikan masalah secara umum. ",
"Semua itu akan membantu kita menjadi insan yang lebih matang, bijak dan analitikal dalam kehidupan.",
"Tapi kalau memang rasa tak relevan juga, boleh jadi kita yang tak cukup kualiti untuk hayati pembelajaran matematik kita."
] |
https://ajar.com.my/2019/07/12/apa-itu-teori-kerelatifan-khas/ | Apa Itu Teori Kerelatifan Khas? | [
"Kerelatifan khas merupakan sebuah teori yang dirumuskan oleh Albert Einstein pada tahun 1905 [1]. ",
"Secara asasnya, teori ini menerangkan tentang gerakan sesebuah objek berdasarkan pemerhati yang berbeza halajunya. ",
"Berdasarkan teori kerelatifan khas, pergerakan sesebuah objek tidak boleh ditentukan secara mutlak oleh mana-mana pemerhati [2] ",
"Kita lihat pada satu contoh berdasarkan gambar di bawah. Pemerhati A sedang berdiri di atas kereta api yang bergerak ke kanan, manakala pemerhati B berada di atas rumput dan tidak bergerak. Apabila sebuah bola dijatuhkan oleh pemerhati A, beliau akan melihat bola tersebut jatuh terus ke bawah. Namun berdasarkan pemerhati B, beliau akan lihat bahawa bola tersebut jatuh ke hadapan. Persoalannya, pergerakan manakah yang tepat? Kedua-dua pergerakan bola tersebut mengambil jarak yang berbeza. ",
"Berdasarkan teori kerelatifan khas, kedua-dua pergerakan tersebut adalah betul bagi setiap pemerhati. ",
"Ini disebabkan oleh satu prinsip asas dalam teori kerelatifan khas iaitu",
"Tidak wujud suatu kerangka rujukan/pemerhati mutlak. Semua hukum fizik tidak bergantung secara mutlak kepada mana-mana pemerhati.",
"Namun apabila kita gantikan bola tersebut dengan cahaya seperti laser, masalah baharu akan timbul. Cuba kita fikirkan, apabila kita memegang sebuah cermin, pantulan imej muka kita yang terhasil adalah disebabkan cahaya yang terpantul dari muka kita. Apakah yang akan berlaku pada imej di cermin jika kita bergerak pada kelajuan yang menghampiri kelajuan cahaya? ",
"Adakah imej tidak akan kelihatan pada cermin kerana cahaya tidak sampai ke mata kita? ",
"Berdasarkan prinsip kedua bagi kerelatifan khas iaitu halaju cahaya adalah sama bagi mana-mana pemerhati, tidak kira pemerhati tersebut sedang bergerak atau pegun. Ini bermakna, imej pada cermin tetap akan kelihatan walaupun pemerhati tersebut bergerak menghampiri halaju cahaya.",
"Berdasarkan dua\neksperimen di atas, kita sudah faham berkenaan dua prinsip bagi kerelatifan\nkhas iaitu ",
"Prinsip Kerelatifan: Hukum fizik tidak bergantung kepada pemerhati yang bergerak pada halaju malar/pegun (kerangka rujukan inersia).",
"Prinsip kelajuan cahaya: Halaju cahaya adalah sama bagi setiap pemerhati tidak kira sama ada pemerhati tersebut sedang bergerak atau pegun relatif kepada cahaya tersebut.",
"Kita lihat semula pada situasi pertama, tapi bola tersebut digantikan dengan cahaya. Berdasarkan pemerhati A, cahaya tersebut bergerak pada garisan lurus ke lantai. Namun bagi pemerhati B, cahaya tersebut melengkung ke hadapan sebelum ke lantai. Ini bermakna, cahaya yang dilihat oleh pemerhati B bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding cahaya yang dilihat oleh pemerhati A. Namun ini bertentangan dengan prinsip kelajuan cahaya! ",
"Albert Einstein menyelesaikan paradoks ini dengan menemui dua fenomena baharu iaitu dilasi masa dan kecutan panjang. ",
"Dilasi masa adalah satu fenomena yang menyebabkan masa seseorang pemerhati itu bergerak lebih perlahan berbanding pemerhati lain [2]. Ia adalah implikasi daripada dua prinsip kerelatifan khas seperti di atas. ",
"Apabila seseorang pemerhati itu bergerak, masanya bergerak pada kadar yang lebih perlahan berbanding pemerhati yang pegun. Semakin laju pemerhati itu bergerak, semakin perlahan masanya berlalu. Namun fenomena dilasi masa ini hanya memberi kesan yang besar jika seseorang pemerhati atau sesebuah objek itu bergerak pada kelajuan yang menghampiri kelajuan cahaya. Disebabkan pergerakan seharian kita yang sangat perlahan dibandingkan cahaya, kesan ini tidak dapat lihat dengan begitu ketara.",
"Kecutan panjang adalah satu fenomena yang menyebabkan panjang sesebuah objek mengecut disebabkan oleh pergerakan objek tersebut berbanding pemerhati lain (Beiser, 1994). Fenomena ini juga terhasil daripada dua prinsip utama bagi kerelatifan khas. ",
"Bagi memahami fenomena ini, kita bayangkan sebuah kereta api yang bergerak pada landasannya, dan kita pula sedang berdiri di tepi landasan tersebut. Konsep kecutan panjang ini menyatakan bahawa panjang kereta api tersebut akan mengecut atau menjadi semakin pendek apabila ia bergerak laju. Sama seperti dilasi masa, pengecutan panjang ini hanya dapat dilihat dengan ketara apabila kereta api tersebut bergerak menghampiri kelajuan cahaya.",
"Kedua-dua fenomena di atas hanya dapat dikesan apabila sesebuah objek bergerak pada halaju yang sangat tinggi, atau dengan menggunakan jam yang lebih sensitif. Kesan ini telah direkodkan berdasarkan pelbagai eksperimen seperti eksperimen Hafele-Keating yang membandingkan masa yang direkodkan oleh jam-jam atom pada kelajuan yang berbeza [3] ",
"Hasil daripada dua fenomena di atas, timbul pula masalah baharu seperti keserentakan dan paradoks kembar. Begitulah realitinya dalam kajian ilmu, semakin banyak persoalan yang terjawab, akan wujud pula permasalahan yang baharu. Ilmu ini sentiasa berterusan kerana ilmu yang mutlak hanya ada pada sang Pencipta. ",
"Kredit: Muhammad ‘Izzat bin Mohd Zubir ",
"Blog: https://izzatzubir.blogspot.com/ ",
"Youtube: Mudahnya Fizik!"
] |
https://ajar.com.my/2019/07/14/apa-itu-teori-letupan-besar-big-bang/ | Apa Itu Teori Letupan Besar (Big Bang)? | [
"Antara\npersoalan yang timbul apabila manusia mula berfikir tentang alam semesta ialah asas\nusul alam semesta itu sendiri. Apakah yang berlaku pada masa lalu? Dalam\nartikel ini, kita akan memperlihatkan tentang sejarah awal alam semesta\nberdasarkan teori Letupan Besar atau lebih dikenali sebagai teori Big Bang. ",
"Teori letupan besar menyatakan bahawa alam semesta ini berasal dari sebuah titik dan mengembang menjadi alam yang kita lihat pada hari ini [1]. Ini bermaksud, kesemua objek samawi yang terdapat di dalam alam semesta ini seperti galaksi, bintang, planet, bulan dan zarah-zarah berasal dari suatu titik. Sebahagian ahli fizik menamakan titik ini sebagai titik ketunggalan atau singularity.",
"Kemudian, titik ini berkembang sehingga menjadi alam semesta yang kita lihat pada hari ini. Mengapa titik ini mengembang? Apakah pencetus kepada pengembangan titik ini? Kita masih tidak mempunyai penjelasan yang kukuh bagi menjawab persoalan ini. Bahkan teori fizik yang popular seperti kerelatifan am, gagal menjelaskan keadaan alam semesta sebelum berlakunya letupan besar[2]",
"Dalam sekelip mata sahaja, alam semesta ini berkembang daripada sekecil zarah kepada sebesar galaksi. Ini bermakna, ruang dan masa itu sendiri berkembang kerana alam semesta ini merupakan manifestasi gabungan ruang dan masa. Satu persoalan yang timbul di minda kita adalah jika ruang masa itu berkembang, kepada apakah ia berkembang? Adakah wujud ‘ruang’ di sebalik alam semesta? Wallahualam kita tidak tahu. ",
"Bayangkan alam\nsemesta ini terpapar dalam satu video. Kemudian kita mengundur video tersebut\nsehingga ke titik mulanya. Kita akan lihat galaksi-galaksi menghampiri antara\nsatu sama lain, bukan menghampiri suatu titik pengembangan. ",
"Alam semesta tidak mempunyai satu pusat yang berkembang, akan tetapi keseluruhan alam semesta ini berkembang menjauhi satu sama lain[3]. Ini juga bermakna, setiap lokasi di alam semesta ialah pusat bagi alam semesta. Oleh itu, jika anda bersedih, ingatlah bahawa anda sedang berada di pusat alam semesta.",
"Apabila kita memikirkan tentang kejadian alam semesta, kita pasti tidak akan terlepas dengan persoalan umur alam semesta. Berapakah umur alam semesta pada hari ini sejak dari awal penciptaannya?",
"Dari sudut fizik dan kosmologi, umur alam semesta didefinisikan sebagai masa yang berlalu selepas letupan besar. Ini bermakna, umur sifar adalah ketika alam semesta sebesar titik ketunggalan. Kemudian, alam semesta berkembang sehingga ke hari ini. Berdasarkan kajian terkini, umur alam semesta adalah sekitar 13.8 bilion tahun[4]",
"Antara teori\nyang sering kita salah faham ialah teori letupan besar. Asal-usul kesalah\nfahaman teori ini berkait rapat dengan perkataan yang digunakan iaitu ‘letupan’\ndan ‘besar’.",
"Apabila disebut letupan, kita akan terbayang seperti letupan bom, atau letupan mercun. Letupan biasanya dikaitkan dengan penghasilan bunyi yang sangat kuat. Namun begitu, ketika berlakunya ‘letupan besar’, alam semesta tidak meletup akan tetapi ia ‘mengembang’ dari satu titik. Tidak ada sebarang bunyi yang dihasilkan ketika ini kerana tidak wujud udara sebagai medium penghantaran bunyi. Malahan, zarah-zarah seperti proton dan neutron juga masih belum wujud[2]",
"Kedua, ramai yang faham bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi terhambur keluar dari satu titik ke ruang alam semesta. Sebenarnya ruang alam semesta itu sendiri yang berkembang selepas letupan besar. Bintang-bintang dan galaksi-galaksi menjauhi antara satu sama lain disebabkan ruang antara mereka semakin mengembang[5] ",
"Ketiga, ramai\nyang menyangka bahawa teori letupan besar adalah satu teori mengenai penciptaan\nalam semesta. Teori letupan besar sebenarnya ialah satu teori mengenai sejarah\nalam semesta. Ia cuba menjawab persoalan mengenai sejarah awal alam\nsemesta, dan bukan bagaimana ia tercipta. Persoalan ‘bagaimana alam semesta\ntercipta’ ialah satu persoalan yang berkait rapat dengan ketuhanan. Khususnya,\nbagaimanakah ‘titik’ alam semesta itu tercipta? Sebagai umat Islam, kita yakin\nbahawa kesemua yang dicipta itu adalah makhluk, dan yang mencipta itu adalah\nsang Pencipta. ",
"Yang terakhir, teori letupan besar tidak terlepas daripada kritikan bahawa ia hanyalah satu teori yang dicipta tanpa sebarang pembuktian. Teori letupan besar ini mempunyai banyak sokongan daripada maklumat-maklumat mengenai alam semesta yang diperoleh melalui teleskop, pemecut zarah dan selainnya[4][6][7]",
"Kesimpulannya, alam semesta ini mengandungi banyak khazanah ilmu yang belum kita terokai. Penerokaan alam semesta bukan hanya terhad kepada alam yang terlihat oleh pancaindera kita, tetapi juga melibatkan penerokaan alam semesta pada sejarah awalnya. Semakin banyak kita mengkaji, semakin kita mendapati betapa terbatasnya ilmu yang kita ketahui. ",
"Penulis: Muhammad ‘Izzat bin Mohd Zubir",
"Disemak oleh: Muhammad Eilham dan Mohd Hafizudin Kamal"
] |
https://ajar.com.my/2019/07/15/jijiknya-5-sejarah-bagaimana-tamadun-barat-sebenarnya-pengotor/ | Jijiknya! 5 Sejarah Bagaimana Tamadun Barat Sebenarnya Pengotor | [
"Biasanya kita diperkenalkan dengan tamadun Barat menerusi cerita – cerita dongeng Disney.",
"Bandarnya cantik bak mimpi, puterinya menawan bak bulan purnama, putera rajanya kacak bak … erm, kacak.",
"Tapi sebenarnya berdasarkan catatan sejarah, tamadun Barat dan Eropah sebenarnya adalah satu tandas terbuka yang busuk dan berbau. Ini 5 situasi tamadun Barat ratusan tahun lepas.",
"Kita biasa bayangkan tamadun Viktoria sebagai tamadun kelas tinggi yang punyai 5223 etika makan atas meja, tapi bandar – bandar besar tahun 1800 -an sebenarnya dipenuhi bangkai binatang dan bertan – tan najis. ",
"Pada tahun 1880, Bandar New York terpaksa mengheret 40 kuda mati daripada jalan raya setiap hari. Kuda itu mungkin mati sebab terlebih muatan atau apa sajalah, maka pemiliknya kemudian membiarkan saja mereka di tempat mereka tumbang.",
"Kan kuda berat kan? Jadi macam mana mereka buang bangkai tersebut? Mudah saja, mereka biarkan bangkai tersebut mereput di bawah cahaya matahari, kemudian baru mereka alihkan anggota badan yang bercerai berai.",
"Jika kuda tidak cukup menjijikkan, jangan risau, bagaimana dengan khinzir?",
"Hampir 20000 khinzir berkeliaran bebas di bandar New York. Mereka tidak pernah diberi makan, dijaga atau ditangkap.",
"Sudah pasti, apabila bandar dipenuhi haiwan, bandaraya tersebut akan dipenuhi dengan najis. Bahan tinja tersebut menjadi seolah – olah karpet di atas jalan raya, seraya mengeluarkan aroma indah. Dan disebabkan najis anjing, kuda dan khinzir bercampur – campur, ia seolah menghasilkan suatu koktel yang meriah.",
"Bayangkan apa jadi apabila hujan. Eiiiii…",
"Sebelum sistem perpaipan rumah diguna pakai secara meluas, orang dulu – dulu jadikan amalan membuang najis ke luar tingkap sebagai perkara biasa.",
"Di Edinburgh, terdapat suatu frasa terkenal yang dipanggil ‘gardyloo‘. Asal usul perkataan ini buat kita kembang tekak. ",
"Dulu, tandas cumalah merupakan baldi yang diisi dengan … benda tu. Jadi apabila ia penuh, biasanya anak kecil atau wanita yang membuangnya.",
"Orang di tingkat bawah mudahlah untuk mereka membuang saja isi kandungan ke tanah. Tapi bagi mereka di tingkat ke 10, 11 dan 12, mereka cuma membuka tingkap dan melontar saja isi baldi ke bawah. ",
"Kan kita biasa nampak imej wanita Barat memegang payung bukan? Itu bukanlah semata – mata kerana wanita – wanita tersebut mahu melindungi diri mereka daripada cahaya matahari atau hujan, mereka sebenarnya mahu menahan diri mereka daripada dihujani curahan najis. ",
"Maka satu akta pun dibuat untuk membendung amalan menjijikkan itu. Najis hanya boleh dibuang antara pukul 10 pm hingga 7 am, dan pembuang najis mestilah menjeritkan ” Gardez l’eau ” yang bermaksud ‘jaga – jaga air!’. Ungkapan itu kemudian berubah menjadi ‘Gardyloo’.",
"Dalam filem kita selalu lihat golongan – golongan elit barat yang memakai rambut palsu panjang semacam sarang burung. Tapi dalam dunia sebenar, pemakai rambut palsu ini sebenarnya golongan paling kotor, yang dipenuhi kutu dan menghidapi penyakit kelamin.",
"Pada tahun 1580, penyakit kelamin menjadi epidemik paling teruk yang melanda Eropah sejak Wabak Hitam. Kota London dipenuhi oleh gerombolan besar pesakit sifilis. ",
"Tanpa antibiotik, pesakit menghidapi penyakit seperti kudis, ruam teruk, kebutaan, dementia dan kehilangan rambut. Eropah mula dipenuhi orang – orang botak.",
"Botak ini merupakan sesuatu yang sangat memalukan. Maka lantaran wabak sifilis tersebut, meningkatlah permintaan terhadap rambut palsu. ",
"Rambut palsu dipakai untuk menyorok kepala botak di samping kudis berdarah pada muka mereka. ",
"Maka bayangkan situasi sekumpulan besar orang berpenyakit sifilis dan kudis memakai rambut palsu tebal, pada waktu musim panas (yang tiada pendingin hawa), di mana semua orang berpeluh sakan sehingga menghasilkan aroma indah, ditambah dengan bedak toksik yang mereka kenakan. Sudah pasti menghasilkan satu memori menawan sejarah Eropah.",
"Pada zaman pertengahan, sekitar 700 masihi, dunia Barat miliki tempat mandi awam mereka sendiri. Malah tempat mandi tersebut menjadi pusat sosial dan hiburan.",
"Masalahnya, tempat mandi tersebut bukanlah tempat untuk mandi. Orang Barat jadikan ia tempat untuk berparti dengan meletakkan makanan di atas batang kayu, di atas air. Dan disebabkan mereka bercampur bermandi – manda antara lelaki dengan perempuan, dan mereka … er … tidak berpakaian, maka anda boleh jangka apa yang berlaku.",
"Tempat mandi awam mereka juga menjadi tempat pelacuran.",
"Maka apabila Wabak Hitam melanda Eropah, mereka mengubah cara mereka memandang tempat mandi. Mereka mula menyangka mandi itu sebenarnya buruk untuk kesihatan kerana ia membuka rongga badan anda kepada penyakit.",
"Jadi menggunakan ilmu logik, orang Eropah berhenti daripada mandi. Itulah sebab raja – raja England dilaporkan oleh duta negara lain sebagai ‘berbau lebih teruk daripada binatang liar’. Raja Louis XIV dikatakan hanya mandi 2 kali dalam hidupnya. Rahib – rahib hanya mandi 4 kali setahun. ",
"Tambah mengeruhkan keadaan, autoriti agama pula melarang mandi kerana ia ‘cumalah keseronokan dunia’ dan kerana amalan mandi beramai – ramai menyebabkan perzinaan.",
"Berabad – abad lamanya, amalan pergigian bukanlah satu kerjaya. Misi mencabut gigi diserahkan kepada tukang gunting rambut atau tukang kayu atau tukang besi. Bayangkan mencabut gigi menggunakan alatan membuat pedang ….",
"Proses membersihkan gigi pula kedengaran seperti cerita ahli sihir. Ubat gigi diperbuat daripada campuran jantung cicak, kepala arnab dan tikus. Air kencing merupakan bahan membersih dan memutihkan gigi yang biasa. Bulu babi digunakan untuk menggosok gigi. ",
"Dan kan kita telah ceritakan tentang amalan kebersihan orang Barat yang enggan mandi di atas? Bayangkan seorang ‘doktor gigi’ pada zaman tersebut memasukkan tangan mereka ke dalam mulut anda…",
"Eugh. "
] |
https://ajar.com.my/2019/07/16/ini-penjelasan-mengapa-saintis-ini-hasilkan-tajuk-jurnal-saintifik-sempoi-yang-diterima-penerbitan-impak-tinggi2/ | Ini Penjelasan Mengapa Saintis ini Hasilkan Tajuk Jurnal Saintifik Sempoi (Yang Diterima Penerbitan Berimpak Tinggi) | [
"Biasa orang anggap jurnal saintifik ini kering, bosan dan terlalu ‘melayang’ nun jauh di angkasa akademik.",
"Namun sebuah artikel jurnal mencuit hati pengguna media sosial kerana tajuknya cukupnya sempoi.",
"Artikel saintifik yang bertajuk “Mirror-mirror on the wall, what climate change adaptation strategies are practiced by the Asian’s fishermen of all?” itu cukup menarik perhatian wargamaya.",
"Tambah menarik, penulis artikel jurnal tersebut merupakan saintis Malaysia! Biasanya tajuk – tajuk artikel yang sempoi lain macam ini kita hanya temui di dunia akademik luar negara.",
"‘Malang’nya isi kandungan jurnal tersebut ternyata normal seperti jurnal saintifik yang lain (bahasa akademik kering penuh rujukan. Mestilah, sebab dapat masuk penerbit impak tinggi kot)",
"Artikel ini telah diterbitkan di Journal of Cleaner Production yang berada di kedudukan Quartile 1 (Q1), Web of Science. Ia ditulis oleh kumpulan penyelidik universiti tempatan ",
"Maka objektif utama penulisan ini, yang sebenarnya diterangkan dalam tajuk (artikel ini bukan tentang cermin), adalah untuk mengenalpasti strategi adaptasi terhadap perubahan cuaca yang dipraktiskan oleh nelayan di Asia. ",
"Ringkasnya, artikel ini mendapati perubahan iklim seperti peningkatan suhu dan peningkatan paras laut menjejaskan aktiviti penangkapan ikan nelayan Asia. Maka, antara strategi yang dipraktiskan oleh nelayan Asia bagi menghadapi situasi ini adalah dengan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka, mengukuhkan hubungan sosial dan meningkatkan kesedaran serta memperbanyakkan aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Pengkaji kemudian memberikan saranan untuk kajian lanjutan. ",
"Penulisan artikel ini berbentuk Systematic Review atau juga dikenali sebagai Systematic Literature Review (SLR). Penulisan SLR adalah berasaskan sorotan literatur ke atas isu yang dikenalpasti di mana teknik penulisan serta pemilihan sumber rujukan akan melalui proses yang komprehensif, teratur dan transparen. ",
"Sebenarnya tajuk asal artikel tersebut adalah ‘The systematic review of climate change adaptation strategies among Asian’s fishermen‘. Ini adalah tajuk yang ‘normal’ lah.",
"Tapi kemudian penulis menukar kepada Mirror mirror on the wall, what climate change adaptation strategies are practiced by the Asian’s fishermen of all?, berdasarkan ungkapan terkenal Mirror, mirror on the wall, who is the fairest one of all?” dari filem Snow White and the Seven Dwarfs.",
"(*Oh sebenarnya ungkapan yang asal adalah magic mirror on the wall, nampaknya ini adalah satu lagi contoh kesan Mandela – admin)",
"Menurut penulis utama artikel itu sendiri, Dr Hayrol Azril Mohamed Shaffril, setiap pensyarah, penyelidik mahupun pelajar pasca siswazah yang menulis artikel jurnal berharap untuk komuniti akademik dan umum membacanya. ",
"Ini akan meningkatkan keterlihatan mereka dalam dunia akademik serta meningkatkan jumlah H- index* mereka sebagai penyelidik. (*H index merujuk kepada impak penyelidikan seseorang penyelidik berdasarkan jumlah citation yang diterima bagi satu-satu penerbitan yang ditulis.)",
"Namun begitu, bukan mudah untuk menarik perhatian pembaca. ",
"“Pada pandangan penulis, tajuk yang terlampau akademik kadangkala membuatkan pembaca menjauhkan diri dan sebagai respon kepada isu ini, penulis cuba mempraktikkan sesuatu yang baru, maka terhasillah tajuk yang sempoi ini” kata Dr Hayrol",
"Kumpulan penulis artikel ini berpegang kepada prinsip ",
"“a good research will always be debated”. ",
"Sudah tentunya ada yang menerima dan ada yang menolak penulisan tajuk artikel sebegini. ",
"Bagi mereka yang menerimanya, ia adalah satu strategi ‘di luar kotak’ untuk menarik lebih ramai membaca artikel yang diterbitkan dan bagi yang menolak, ada yang menganggap si penulis artikel tidak serius dalam menyampaikan dapatan kajian. ",
"Kita juga tahu bahawa amat sukar bagi orang awam untuk membaca artikel jurnal kerana ada antara mereka berpersepsi bahawa artikel jurnal terlampau akademik penulisannya dan justeru itu, tajuk artikel yang santai mungkin boleh menjadi permulaan awal untuk merapatkan jurang tersebut. ",
"“Apapun, pada pandangan penulis, santai atau tidak tajuk sesebuah artikel jurnal, yang paling penting sekali adalah isi kandungannya” ujar Dr Hayrol. "
] |
https://ajar.com.my/2019/07/18/soalan-matematik-tular-admin-jawab-120-tapi-dr-phd-jawab-5/ | Soalan Matematik Tular. Admin Jawab 120, Tapi Dr PhD jawab 5! | [
"Sebuah soalan matematik sekali lagi menggegar internet apabila ia mengelirukan ramai wargamaya.",
"Seorang pengguna Twitter baru – baru ini mengongsikan satu soalan matematik mudah, siap beserta jawapan lagi. ",
"Meme matematik ini sebenarnya agak lucu walaupun mungkin dianggap dungu. Selesaikan:",
"230 – 220 x 0.5 = ?",
"Anda mungkin tak percaya, tapi jawapannya adalah 5!",
"A maths meme that is actually funny rather than stupid:Solve carefully! 230 – 220 x 0.5 =You probably won’t believe it but the answer is 5!#maths",
"Jika kita gunakan ilmu hisab tahap sekolah rendah, kita tahu bahawa kita perlu menggunakan BODMAS, iaitu perlu selesaikan pendaraban dahulu:",
"CARA BETUL",
"Tapi cara yang SALAH, adalah melakukan proses daripada kiri ke kanan.",
"CARA SALAH",
"Jadi bagaimana jawapannya boleh 5! ?",
"Adakah pengguna Twitter tersebut yang silap? Rasanya agak pelik, sebab beliau merupakan seorang saintis yang miliki PhD.",
"Jawapannya …",
"Sebenarnya, jawapan abang PhD tersebut memang betul, sebab jika anda perhatikan, sebenarnya jawapan yang diberi adalah 5!",
"Lambang ! itu adalah faktorial, bukan menjerit nombor 5. ",
"5! atau 5 faktorial adalah jumlah hasil darab nombor – nombor bulat daripada 1 sehingga 5, iaitu:",
"5! = 5 x 4 x 3 x 2 x 1 = 120",
"Maka apabila Dr PhD tersebut mengatakan jawapannya adalah 5!, ia adalah bersamaan juga dengan mengatakan jawapannya 120.",
"Kedua – duanya benar, dan keseluruhan meme adalah cara yang bijak untuk membuatkan orang bercakap tentang matematik.",
"Bukan senang nak buat orang bercakap tentang matematik!",
" pic.twitter.com/6A4c3otqB2",
"Now I know why we were always told to use ! with care!",
"I am not advanced enough to understand why this is not 120 and that makes me sad ?"
] |
https://ajar.com.my/2019/07/20/kenapa-mentol-lampu-dulu-tahan-lama-mentol-lampu-sekarang-tidak/ | Kenapa Mentol Lampu Dulu Tahan Lama, Mentol Lampu Sekarang Tidak? | [
"Ini mungkin satu kenyataan yang pelik, tapi ",
"Mentol lampu pada tahun 1900 lebih tahan lama berbanding mentol lampu yang kita beli seminggu lepas. ",
"Jangka hayat mentol lampu moden adalah lebih kurang 1000 jam, mana kala jangka hayat mentol lampu 100 tahun lepas adalah dua hingga tiga kali ganda lebih lama berbanding lampu sekarang.",
"Di California, terdapat sebuah mentol lampu yang telah menyala selama 117 tahun dan mencapai satu juta jam waktu operasi, bernama Centennial Bulb. Ia adalah mentol lampu yang paling lama menyala dalam sejarah manusia.",
"Soalannya, kenapa teknologi ratusan tahun dulu ‘lebih hebat’ daripada teknologi sekarang? Adakah terdapat formula rahsia penghasilan mentol lampu orang dulu yang kita tak tahu?",
"Sebenarnya, teknologi penghasilan mentol lampu berdurasi tinggi memang sengaja dimundurkan, kerana ia tidak menyumbang keuntungan yang banyak kepada industri lampu. ",
"Konpirasi Mentol Lampu",
"Sebelum tahun 1925, tempoh jangka hayat mentol lampu yang biasa adalah sekitar 1500 ke 2000 jam.",
"Mentol lampu memang sengaja direka untuk tahan lama, kerana dahulu, jika mentol lampu terpadam atau terbakar, ia akan diganti secara percuma. Prosesnya termasuklah memasang kaca yang baru, memasang wayar baru dan menebat semula mentol tersebut.",
"Jadi disebabkan proses tersebut leceh, dan menyusahkan, percuma lagi, mentol lampu direka untuk bertahan selama mungkin.",
"Kemudian, sekumpulan taikun – taikun besar industri mentol lampu berkumpul di Geneva termasuklah Osram, Philips dan General Electric pada tahun 1924.",
"Apa yang dibincangkan? ",
"Mereka mengatakan bahawa mentol yang menyala lama tanpa diganti adalah buruk untuk bisnes. Apabila orang membeli lampu, mereka boleh menunggu lama sehingga perlu membeli mentol baru.",
"Jadi mereka perlu mencari jalan untuk sengaja mengurangkan durasi jangka hayat mentol lampu agar kadar pembelian dapat ditingkatkan.",
"Maka jangka hayat mentol lampu ditetapkan kepada 1000 jam, hampir pengurangan dua kali ganda berbanding jangka hayat mentol sebelumnya. Tetapi alasan mereka adalah kualitinya lebih tinggi, lebih efisien dan cahayanya lebih terang, tapi harganya lebih tinggi. ",
"Namun bukti – bukti menunjukkan bahawa sememangnya motivasi untuk menurunkan durasi jangka hayat lampu tidak lain untuk meningkatkan keuntungan dan jumlah jualan. ",
"Dengan mencipta strategi yang sengaja menurunkan jangka hayat mentol lampu, terciptalah strategi industri yang dipanggil tempoh mati terancang (planned obsolescence)",
"Malah, bukan mudah sebenarnya untuk mengurangkan jangka hayat mentol lampu daripada 2500 jam kepada 1000 jam. Ia bukan tentang menghasilkan produk yang rendah kualiti. ",
"Untuk menghasilkan sistem yang membuatkan mentol lampu mati secara konsisten setelah tempoh 1000 jam, kajian dan perancangan rapi diperlukan. Ini kerana mentol lampu pada tahun 1924 sudah pun maju teknologinya. ",
"Dengan merancang untuk mengurangkan daya kebolehan lampu, kartel tersebut secara sistematiknya mengundurkan kemajuan selama puluhan tahun.",
"Tempoh Mati Terancang yang Menjadi Amalan Industri Sekarang",
"Anda masih ingat telefon bimbit lama anda? Yang apabila dibaling ke lantai, lantai yang pecah?",
"Masih ingat bagaimana panjang durasi baterinya? Setelah dibiarkan selama bertahun – tahun pun ia masih boleh berfungsi. ",
"Bandingkan pula dengan gajet sekarang, setelah 8 bulan, secara tiba – tiba baterinya mati begitu sekejap, skrinnya buat hal.",
" Ini adalah berpunca daripada tempoh mati terancang. ",
"Antara strategi membunuh gajet apabila tiba waktunya adalah dengan memasang perisian yang tidak serasi dengan perangkat keras (hardware), dan menghasilkan komputer riba yang dirancang rosak dalam masa 3 ke 4 tahun. ",
"Sudah tentu, ini adalah amalan industri untuk membolot sebanyak mungkin keuntungan. Tapi nampaknya pengguna tidak begitu kisah. "
] |
https://ajar.com.my/2019/07/22/reaksi-doktor-terhadap-drama-melayu-ini-memang-sangat-diperlukan/ | Reaksi Doktor Terhadap Drama Melayu ini Memang Sangat Diperlukan | [
"Kadang kala, bagi profesional dalam satu – satu bidang, pengalaman menonton filem atau drama sangat mendatangkan ketidakpuasan hati apabila mereka menayangkan adegan yang bersalahan dengan fakta sebenar.",
"Perkara ini ternyata dirasai oleh doktor – doktor tempatan apabila menonton drama – drama Melayu yang sering memaparkan situasi perubatan yang salah.",
"Kadang kala kesalahan yang dilakukan terlalu menggelikan hati sehingga rosak adegan yang sepatutnya sedih.",
"Nampaknya doktor – doktor mengambil keputusan untuk tidak berdiam diri apabila mereka membuat rakaman reaksi mereka terhadap kesalahan – kesalahan perubatan dalam drama Melayu.",
"Dalam video itu, 3 orang doktor menonton beberapa babak yang bermasalah dari segi perubatan dan kemudian memberikan komentar profesional mereka.",
"Ini beberapa kesalahan – kesalahan drama Melayu yang dikesan, beserta pembetulan:",
"Dalam filem Munafik 2, terdapat adegan di mana seorang watak ditikam dari belakang sehingga keluar darah daripada mulut. ",
"Menurut Dr Amirul Amzar, bukan semua luka tikaman akan menyebabkan terkeluar darah daripada hidung dan mulut.",
"“Biasanya luka tikaman yang menyebabkan luka pada salur darah aorta dan tembus pada salur darah pernafasan, barulah biasanya akan ada pendarahan daripada mulut dan hidung”",
"Pada babak seterusnya, jelas bahawa watak yang ditikam tersebut masih dapat bercakap dengan jelas. Maka tempat yang ditikam bukan pada paru – paru.",
"“Bila katakan dah tertembus pada salur darah utama atau pernafasan, apa yang berlaku adalah mangsa itu akan lemas dengan darah dia sendiri. Darah akan berkumpul di salur pernafasan menyebabkan dia tak boleh bernafas, apatah lagi bercakap. Jadi babak ini tidak realistik”",
"Dalam filem Munafik 2 juga, terdapat babak di mana seorang watak ditikam di perut sehingga meleleh darah dengan banyak.",
"Ujar Dr Abd Shukor, apabila ditikam di perut, pendarahan sebenarnya tidaklah banyak seperti itu.",
"“Kadang – kadang darah tak nampak pun, apabila dicabut pisau mungkin baru darah keluar sikit”",
"Dalam drama ‘Dia Imamku’, terdapat adegan di mana seorang watak perempuan tercungap – cungap di dalam lif, mungkin disebabkan oleh serangan panik.",
"Namun kemudian topeng yang dipilih ternyata tidak tepat. ",
"“Topeng itu adalah topeng untuk kita beri ubat, contohnya untuk orang asma, orang yang ada masalah kesukaran bernafas, yang kita kena buka salur pernafasan dia. Tapi dalam keadaan macam ini biasa kita nak salurkan oksigen kepada dia. Jadi kita kena pakaikan topeng lainlah”",
"Dalam drama ‘Maaf dari Khilaf’ TV3, sebuah bungkusan beg sampah dicampak daripada tingkat atas apartmen sehingga mengenai seorang mangsa di bahagian kepala.",
"Namun kuantiti darah yang keluar ternyata sangat banyak. ",
"“Dalam adegan ini, banyak sangat darah. Sampai bertakung. Ikan boleh berenang dalam darah ini”",
"Malah nampaknya darah seakan – akan tidak mengalir daripada kepala, anggota yang dihentak oleh sampah tersebut.",
"“Sepatutnya dibuat pendarahan kepala, baru lebih logik, sebab benda jatuh daripada atas. Bukan pendarahan yang banyak macam ni tapi tak tahu datang daripada mana”",
"Sebuah lagi adegan yang mungkin mencetuskan persoalan paling besar buat doktor – doktor tersebut adalah adegan wad dalam drama Cinta Koko Coklat.",
"“Kalau lihat dalam klip ini, jelas perempuan tersebut sebenarnya memerlukan mesin tiub masuk dalam mulut untuk bernafas. Tapi yang peliknya, dia boleh bercakap”",
"Doktor – doktor tersebut bersepakat bahawa pesakit tak mungkin boleh bercakap.",
"“Biasanya pesakit yang diinkubasi macam ni, kita masuk tiub melalui salur vokal ke bahagian atas salur paru – paru dan pesakit tak mungkin boleh bercakap. Kalau boleh bercakap kita buang dah tiub tu”",
"Penambahbaikan pada Masa Akan Datang",
"Pada bahagian rumusan video reaksi tersebut, para doktor mengatakan bahawa masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada drama – drama Melayu.",
"Sebenarnya, tidaklah semua adegan yang dihasilkan tidak tepat dari segi perubatannya.",
"Ada adegan yang kita tengok, kita tahu mereka buat kajian, bertanya doktor.",
"Namun mereka mengesyorkan penghasil filem atau drama Melayu untuk bertanya saja kepada doktor dalam bidang yang berkaitan dengan adegan yang ingin dihasilkan. "
] |
https://ajar.com.my/2019/07/25/warna-oren-sebab-buah-oren-atau-buah-oren-dari-warna-oren/ | Warna Oren Sebab Buah Oren atau Buah Oren dari Warna Oren? | [
"Pernah tak anda pegang buah oren dan bertanya: “nama ‘oren’ ni datang dari mana dulu? Warna oren ke buah oren?”",
"Jika tidak tertanya soalan ini di kedai buah, boleh jadi ia terkeluar dalam bilik air. Iyalah, sebab biasanya soalan – soalan pelik ini kita tertanya sewaktu sedang dicurahi pancuran air. Kecualilah kalau anda ada buah oren dalam bilik air (saya tak nak judging)",
"Nama oren pada buah oren ini menarik kerana ia menerangkan dirinya sendiri. Warna oren adalah sebagai mana warna pada … oren. Oren adalah kata nama (buah), dan juga kata sifat (warna) pada masa yang sama. ",
"Bandingkan dengan istilah ‘biru laut’ atau ‘merah delima’. Kita tak panggil warna laut sebagai ‘laut’ dan warna delima sebagai ‘delima’. ",
"Oren nampaknya merupakan satu – satunya perkataan asas untuk warna di mana tiada perkataan lain yang wujud dalam Bahasa Inggeris. ",
"Jadi apakah jawapan bagi soalan ‘yang mana dulu, warna oren atau buah oren?’. Adakah soalan ini sebenarnya sangat mendalam dan paradoks sehingga tidak boleh dijawab?",
"Err .. senang saja.",
"Buah oren datang dulu. Warna oren datang daripada buah oren.",
"Di bawah adalah penjelasannya.",
"Bagi pembaca yang cerdas, mungkin anda sudahpun menyoal bahawa “Eh, dalam Bahasa Melayu, warna oren adalah jingga“, maka disebabkan oren adalah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris ( yang dipinjam daripada bahasa lain, lebih lanjut di bawah), isu ini tidak berlaku lah dalam Bahasa Melayu.",
"Bahasa – bahasa yang berbeza menunjukkan bahawa ‘warna oren’ adalah ciptaan yang datang terkemudian setelah buah oren. ",
"Dalam bahasa Danish, perkataan untuk warna oren adalah orange, tetapi perkataan untuk buahnya adalah ‘appelsin’.",
"Buah oren dalam bahasa orang Belanda adalah dipanggil ‘sinaasappel’ – yang bermaksud epal dari China.",
"Malah dalam bahasa Ibrani moden, warna oren adalah ‘katom’, tetapi buah oren dipanggil ‘tapuach zahav’.",
"Sebenarnya, menurut teori warna yang dikemukakan pada tahun 1960 -an, konsep warna itu sendiri berbeza – beza menurut peradaban. Masyarakat moden miliki ribuan perkataan yang menerangkan warna, tetapi penduduk perkampungan asli ada yang hanya miliki dua atau tiga perkataan untuk warna.",
"Pada awal abad ke 16, pedagang Portugis membawa oren manis dari India ke Eropah, dan nama warna tersebut datang daripada buah dagangan itu. Sebelum buah itu tiba, tiada warna kejinggaan seperti itu dalam spektrum warna orang Eropah.",
"Apabila orang Eropah pertama kali melihat buah tersebut, mereka tidak tahu bagaimana untuk menerangkan warna jingga cerah yang mereka lihat. Maka mereka memanggil buah oren tersebut sebagai ‘epal emas’ sehinggalah mereka menerima warnanya sebagai oren sebagaimana orennya buah oren. ",
"Istilah ‘oren’ itu sendiri datang daripada perkataan Sanskrit naranga. Perkataan itu kemudian berpindah ke dalam bahasa Arab dan Parsi dan kemudian diadaptasikan ke dalam bahasa orang Eropah. Daripada ‘naranga‘ ia menjadi ‘norange‘ kemudian apabila frasa ‘a norange‘ di ulang – ulang, ia menjadi ‘an orange‘.",
"Maka itulah asal – usulnya dan ternyata soalan ini lebih mudah dijawab berbanding ‘mana dulu, telur atau ayam’?",
"Oh, dan tahukah anda, bahawa oren ada juga yang berwarna hijau?"
] |
https://ajar.com.my/2019/07/25/kebergusutan-kuantum-magis-dalam-sains/ | Kebergusutan Kuantum : ‘Magis’ dalam Sains | [
"Baru-baru ni, sekumpulan saintis di University of Glasgow telahpun berjaya mengambil gambar Bell Entanglement yang pertama, gambar kebergusutan pertama dalam dunia.",
"Fenomena ini pernah dipanggil oleh Einstein sebagai ‘aksi menakutkan jarah jauh‘.",
"Apa itu Kebergusutan?",
"Kebergusutan merupakan salah satu perkara aneh dalam Fizik Kuantum, dan ia merupakan salah satu argument asal oleh Albert Einstein untuk melawan idea-idea yang dicadangkan oleh saintis Fizik Kuantum lain, seperti Neils Bohr. ",
"Bahkan perdebatan Bohr-Einstein ini turut terjadi sewaktu Persidangan Solvay, salah satu persidangan yang dihadiri pemikir utama dunia, dengan hampir kesemua mereka yang terlibat sewaktu persidangan tersebut merupakan bakal pemenang hadiah Nobel serta saintis berpengaruh.",
"Selepas Einstein kalah dalam perdebatan beliau dengan Bohr, beliau mula mencari ruang untuk melawan idea kebarangkalian yang dibawa oleh Fizik Kuantum, kerana menurut Einstein, idea tersebut tidak masuk akal. ",
"Bersama-sama dengan dua orang rakan beliau, Boris Podolsky dan Nathan Rosen, Einstein telah menerbitkan sebuah makalah untuk menunjukkan lompong yang terdapat dalam fahaman Fizik Kuantum yang dipelopori oleh Bohr. Hal ini dikenal sebagai EPR Paradox.",
"Fizik Kuantum\nuntuk Pemula.",
"Sebagai permulaan kepada pemahaman kita terhadap Paradoks EPR, elektron, mempunyai sifat yang saintis panggil sebagai spin. Spin ini boleh terjadi sama ada ke atas atau ke bawah (gambaran yang sering diberi adalah bola yang berputar ke atas dan kebawah). ",
"Sekiranya elektron kita mempunyai spin up, kiranya ia sedang berputar ke atas, dan spin down, ia akan berputar ke bawah. Satu sifat ganjil bagi elektron juga adalah, ia mampu mempunyai sifat bercampur, ia mampu menjadi spin up dan spin down pada masa yang sama, dan hal ini kita panggil sebagai Quantum Superposition.",
"Kelihatan ganjil? Ya. Keganjilan ini adalah apa yang Einstein cuba untuk serang. Hal ini kerana, menurut Fizik Kuantum, selama mana fungsi gelombang (suatu entiti matematik) tidak diruntuhkan, elektron tersebut akan tetap berada dalam keadaan Superposisi. Walaupun nampak ganjil, namun aplikasi Superposisi Kuantum ini telahpun digunapakai dalam Komputer Kuantum, di mana kalau sebelum ini kita ada bit yang terdiri dari state 0 dan 1, namun Bit Kuantum (atau dipanggil Qubit) pula terdiri dari superposisi 0 dan 1.",
"Satu-satunya\ncara untuk kita memusnahkan superposisi ini adalah dengan melakukan cerapan.\nDalam kes tadi, sekiranya elektron kita berada dalam keadaan superposisi atas\ndan bawah, selama mana kita tidak mencerap objek kita, ia akan kekal dalam\nkeadaan tersebut. Namun begitu, sekiranya kita melakukan cerapan, keadaan\n(state) elektron tersebut akan terkurang, menjadi satu antara dua, antara spin\nup, atau spin down. ",
"Analogi yang\nsama terpakai, bayangkan anda ada sekeping syiling di tangan, dan anda\nmemutarkan syiling anda keudara. Selama mana syiling anda masih berpusing, ia\nmasih lagi berada dalam keadaan superposition, ia berada dalam keadaan sama ada\natas atau bawah, dan sehinggalah anda membuat pemerhatian terhadap syiling\ntersebut, barulah anda akan tahu sama ada ia kepala atau bunga.",
"Baik. Itu baru\nSuperposisi Kuantum.",
"Sekarang, pergi\nkepada kebergusutan.",
"Kebergusutan terjadi apabila dua partikel (katakan elektron) yang berada dalam keadaan superposisi berinteraksi. ",
"Bayangkan dalam kes syiling kita tadi, kita lambung dan pusingkan, Cuma kali ini kita “interaksikan” syiling tersebut dengan satu lagi syiling yang lain. ",
"Perkara pertama yang perlu diketahui adalah, menurut prinsip dalam Fizik Kuantum, dipanggil Prinsip Penyisihan Pauli (Pauli Exclusion Principle), dua elektron tidak boleh mempunyai spin kuantum yang sama. Maksudnya di sini, sekiranya elektron kita tadi salah satunya kita ukur mempunyai spin up, kita akan serta merta ada elektron yang mempunyai spin down (sebab berlawanan dengan spin up). Syiling kita tadi, sekiranya satu kita dapat result bunga, satu lagi automatik akan jadi kepala.",
"Hal ini, konsep kebergusutan ini adalah apa yang Einstein, Podolsky dan Rosen (Pencipta nama Paradoks EPR) tidak persetujui. ",
"Mana boleh, cerapan dekat satu partikel, tiba-tiba mempengaruhi cerapan dekat satu partikel yang lain. Tak masuk akal!",
"Walaupun\nEinstein pada asalnya bersetuju bahawa segala matematik yang dibawa oleh Fizik\nKuantum adalah benar menurut ujikaji, namun Einstein tetap bertegas bahawa\ntafsiran realiti yang bersandarkan kepada cerapan yang dibawa oleh Fizik\nKuantum, seperti hal dalam Kebergusutan Kuantum ini, tidak masuk akal. Dan\nperkara ini dia bawa sehinggalah ke hujung nyawanya.",
"Meskipun\nEinstein mati tanpa menang terhadap Fizik Kuantum, namun ideanya tetap\nditeruskan oleh saintis-saintis lain, antaranya John Bell. Antara salah satu\nidea utama yang Bell bawa adalah idea Hidden Variable – idea bahawa Fizik\nKuantum ni sebenarnya belum lengkap, sebijik macam idea yang Einstein pelopori.\nDalam usaha Bell cuba untuk membuktikan kebenaran Einstein, Fizik Kuantum\nmemang belum lengkap, serta cubaan Bell untuk melawan Formulasi Matematik baru\nyang cuba untuk menjadikan Fizik Kuantum lebih Matematik berbanding Fizik.",
"Malangnya, cita-cita Bell tidak berjaya. Dalam proses Bell ingin cuba membuktikan idea Einstein betul, dia secara tidak sengaja membuktikan bahawa kalau betul idea Einstein bahawa Fizik Kuantum masih lagi belum lengkap, ia mestilah akan berlawanan dengan idea Einstein yang satu lagi, iaitu Teori Relativiti. Hal ini dikenali sebagai non-local hidden variable theory. ",
"Bell juga telah mencipta matematik untuk membuktikan bahawa ketaklokalan perlu dalam deskripsi kebergusutan, yang secara mudahnya bermaksud, ya, pemerhatian pada suatu objek akan mempengaruhi suatu objek yang lain, tapi ada batasnya. Batasnya merupakan apa yang dikenali sebagai Bell’s Inequality.",
"Eksperimen\nTerbaru",
"Perkara yang menakjubkan, setelah 29 tahun John Bell meninggal dunia, baru-baru ini, saintis di University of Glasgow telahpun berjaya menangkap gambar Kebergusutan-Bell yang pertama. Dalam kes ini, mereka tidak menggunakan elektron, sebaliknya mereka menggunakan partikel cahaya yang disebut sebagai foton. ",
"Dalam kes ini, saintis UoG tidak mencari spin, sebaliknya cuba mencerap fasa (phase) bagi foton tersebut dengan melalukan cahaya tersebut kepada kristal yang mampu mengubah fasa foton. Dalam kes ini juga, mereka menggunakan beam splitter yang bertindak menceraikan foton yg asalnya bergusut dari sumber yang sama, untuk lalu ke arah detector pada masa yg sama. Imej yg terhasil adalah gabungan imej selepas beberapa ketika (build up over time image), sesuai dengan matematik yang John Bell telah bina, serta sekaligus membuktikan bahawa kebergusutan adalah suatu fenomena yang wujud, meskipun kedengaran ganjil.",
"Oleh: Muhammad Eilham"
] |
https://ajar.com.my/2019/07/30/reddit-pilih-sejarah-perkembangan-awal-islam-sebagai-plot-twist-paling-besar-dalam-sejarah/ | Reddit Pilih Sejarah Perkembangan Awal Islam Sebagai ‘Plot Twist’ paling Besar Dalam Sejarah | [
"Bagi penggemar sastera, filem dan drama, satu aspek yang benar – benar akan membuat mereka kagum dengan penulisan karya tersebut adalah apabila mereka dihidangkan dengan ‘plot twist’ yang tidak disangka – sangka. ",
"‘Plot twist’ atau ‘putaran plot’ adalah apabila arah jalan cerita dalam suatu kisah tiba-tiba berubah drastik ke arah sama sekali tidak dapat diagak oleh pembaca. ",
"Kebiasaanya plot twist ini berlaku dalam cerita – cerita fiksyen, kerana disebabkan ia terlahir daripada imaginasi dan rekaan, maka penulisnya mudah saja merancang untuk mengadakan plot twist dari awal penceritaan.",
"Namun sebuah soalan dalam laman web Reddit mengemukakan sisi lain yang jarang difikirkan:",
"“Apakah plot twist terbesar dalam sejarah?”",
"Soalan tersebut dikemukakan dalam forum (atau subreddit) yang dipanggil askreddit , di mana pengguna – pengguna menanyakan soalan dan dijawab oleh puluhan juta pengikut subreddit tersebut.",
"Beberapa jawapan diberikan, antaranya:",
"Namun jawapan yang mendapat undian paling banyak adalah kisah bagaimana runtuhnya dua empayar paling besar dan berkuasa di tangan sekumpulan orang padang pasir:",
"Setelah berperang bermati – matian selama 30 tahun, empayar Rom dan Parsi Sassanid kedua – duanya telah keletihan dan kelesuan. Semua orang tertanya – tanya apa yang akan berlaku. Adakah perang akan berlanjutan selama beberapa dekad lagi? Adakah satu pihak akan tumpas? Adakah kemenangan orang Kristian akan menyebabkan penukaran agama beramai – ramai di Parsi?",
"Tidak. Entah dari mana sekumpulan tentera padang pasir Badwi menyerang dari Selatan dan menghapuskan bala tentera kedua – dua negara, menawan separuh empayar Rom dan memusnahkan Parsi, serta mengubah budaya kedua – dua empayar untuk selamanya.",
"Seorang pengguna mengatakan bahawa ini adalah ‘plot twist’ terbesar dalam sejarah spesis manusia.",
"Ia adalah sesuatu yang tiada siapa pun boleh terbayang pada tahun 620 Masihi. Orang Islam ketika itu tiada kawasan pun. Setelah kewafatan Muhammad pada 632, ia masih tidak berkemungkinan berlaku.",
"Orang Islam ketika itu menentang empayar yang paling besar di Barat (Rom). Walaupun empayar Rom telah pun hilang sebilangan besar kawasan mereka, mereka masih lagi sangat, sangat berkuasa dan sedang menentang inkarnasi terkini Parsi (yang memiliki beberapa empayar selama 1200 tahun)",
"Tapi dalam masa kurang daripada 30 tahun, mereka telah mengambil alih keseluruhan buaian tamadun – kawasan yang paling tua, kaya dan bertamadun di dunia Barat.",
"Beberapa komen memuji secara langsung kehebatan Khalid al Walid yang memiliki rekod bersih peperangan tanpa kalah, dan dianggap antara komander peperangan paling berjaya dalam sejarah.",
"Pengguna Reddit lebih kagum apabila mereka dikemukakan sebuah hadis yang menerangkan tentang ramalan Nabi Muhammad mengenai kejatuhan Kisra dan Kaisar.",
"Ketika Nabi memerintahkan penggalian khandaq, ternyata ada sebongkah batu sangat besar menghalangi penggalian itu. Lalu Rasulullah bangkit mengambil cangkul dan meletakkan mantelnya di ujung parit, dan berkata: ",
"“Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ",
"Terpecahlah sepertiga batu tersebut. Salman Al-Farisi ketika itu sedang berdiri memandang, dia melihat kilat yang memancar seiring pukulan Rasulullah. Kemudian beliau memukul lagi kedua kalinya, dan membaca:",
" “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”",
"Pecah pula sepertiga batu itu, dan Salman melihat lagi kilat yang memancar ketika Rasulullah n memukul batu tersebut. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam memukul sekali lagi dan membaca: “Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ",
"Dan untuk ketiga kalinya, batu itupun pecah berantakan. Kemudian beliau mengambil mantelnya dan duduk. Salman berkata: “Wahai Rasulullah, ketika anda memukul batu itu, saya melihat kilat memancar.” Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya:",
"“Wahai Salman, engkau melihatnya?” Kata Salman: “Demi Zat Yang mengutus anda membawa kebenaran. Betul, wahai Rasulullah.” Rasulullah bersabda:",
"“Ketika saya memukul itu, ditampakkan kepada saya Kisra Persia dan sekitarnya serta sejumlah kota besarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Para shahabat yang hadir ketika itu berkata: “Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumah-rumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.” Maka Rasulullah n pun berdoa. ",
"“Kemudian saya memukul lagi kedua kalinya, dan ditampakkan kepada saya kerajaan Kaisar dan sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Para shahabat berkata: “Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumah-rumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.” Maka Rasulullah n pun berdoa. ",
"“Kemudian pada pukulan ketiga, ditampakkan kepada saya negeri Ethiopia dan desa-desa sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.” Lalu beliau berkata ketika itu: “Biarkanlah Ethiopia (Habasyah) selama mereka membiarkan kalian, dan tinggalkanlah Turki selama mereka meninggalkan kalian.”",
"Bagi orang Islam, penjelasan bagi ‘plot twist’ terbesar dalam sejarah manusia ini mudah: Kuasa Allah untuk memenangkan agama yang benar.",
"Namun bagi orientalis dan sejarawan bukan Islam, mereka bergelut untuk menerangkan bagaimana perkara yang begitu misteri ini boleh berlaku. Sebagai contoh, seorang sejarawan pengkaji sejarah awal Islam, Fred Donner mengatakan:",
"“Ahli sejarah bukan Islam mengalami kesusahan menjelaskan bagaimana dan kenapa ini berlaku”"
] |
https://ajar.com.my/2019/08/01/apa-akan-berlaku-jika-anda-terjun-ke-dalam-lohong-hitam/ | Apa Akan Berlaku Jika Anda Terjun ke Dalam Lohong Hitam? | [
"Perbincangan mengenai lohong hitam sangat mengujakan kita dan antara persoalan yang mungkin kita tertanya ialah",
"“Apakah yang akan berlaku jika kita terjun ke dalam lohong hitam?”",
"Bagi menjawab persoalan ini, kita perlulah terlebih dahulu memahami lohong hitam itu sendiri.",
"Lohong hitam: Pemusnah bintang",
"Lohong hitam merupakan salah satu objek di angkasa lepas yang sangat menggerunkan. ",
"Lohong hitam adalah kawasan-kawasan di alam semesta yang mempunyai daya tarikan graviti yang sangat tinggi sehinggakan cahaya pun tidak dapat keluar darinya. Kawasan-kawasan yang menggerunkan ini boleh terhasil melalui beberapa fenomena seperti kematian/kehancuran bintang dan penggabungan dua bintang neutron [1] [2].",
"Secara umumnya, pemahaman kita berkenaan lohong hitam adalah berdasarkan teori kerelatifan am yang diperkenalkan oleh Albert Einstein. Penyelesaian bagi teori kerelatifan am ini menunjukkan bahawa ciri-ciri lohong hitam ditentukan berdasarkan tiga perkara iaitu jisim, putaran, dan cas [1]. Bagi lohong hitam yang tidak berputar dan tidak bercas, ia dikenali sebagai lohong hitam Schwarzschild.",
"Lohong hitam dikelaskan kepada dua kelas bergantung kepada jisimnya iaitu (i) lohong hitam berjisim rendah (bintang) dan (ii) lohong hitam berjisim tinggi (supermasif). Manakala saiz lohong hitam ditentukan oleh jejari ufuk peristiwanya iaitu jarak antara kesinggularan (pusat lohong hitam) dan ufuk peristiwa. Ufuk peristiwa adalah sempadan antara alam semesta, dan kawasan di dalam lohong hitam. ",
"Apa-apa objek yang melepasi ufuk peristiwa, tidak dapat kembali ke luar [1].",
"Sebahagian lohong\nhitam mempunyai bintang yang berhampiran dengannya. Jika bintang tersebut\nterlalu dekat dengan lohong hitam, ia akan dimusnahkan oleh lohong hitam\ntersebut akibat tarikan graviti yang terlalu kuat.",
"Secara umumnya, pemahaman kita berkenaan lohong hitam adalah berdasarkan teori kerelatifan am oleh Albert Einstein. Penyelesaian bagi teori kerelatifan am ini menunjukkan bahawa ciri-ciri lohong hitam ditentukan berdasarkan tiga perkara iaitu jisim, putaran, dan cas. Ahli fizik menamakan ciri-ciri lohong hitam ini sebagai teorem tiada rambut (no hair theorem) [3].",
"Perjalanan menuju lohong hitam",
"Sekarang barulah kita boleh cuba meneroka persoalan apa yang berlaku apabila seseorang ‘terjun’ ke dalam lohong hitam. ",
"Andaikan satu situasi di mana sebuah roket berada pada jarak selamat dari sebuah lohong hitam yang berjisim rendah. Terdapat dua orang angkasawan, Eilham dan Hafiz. Eilham berada di dalam roket tersebut, manakala rakannya Hafiz bergerak menuju ke arah lohong hitam tersebut. ",
"Apabila Hafiz\nmula menghampiri lohong hitam, Eilham mendapati jam Hafiz berdetik pada kadar\nyang lebih perlahan. Semakin hampir Hafiz dengan ufuk peristiwa, semakin\nperlahan jam Hafiz berdetik. Sebaik sahaja Hafiz tiba di ufuk peristiwa, Eilham\nmendapati jam Hafiz langsung tidak berdetik selama-lamanya. Hafiz kelihatan pegun\ndi ufuk peristiwa selama-lamanya. Kemudian, warna Hafiz mula menjadi kemerahan,\nsehinggalah Hafiz tidak kelihatan lagi.",
"Sepanjang\nperjalanan Hafiz menuju ke ufuk peristiwa, beliau mendapati jam Eilham berdetik\npada kadar yang lebih pantas. Semakin hampir Hafiz dengan ufuk peristiwa,\nsemakin pantas detikan jam Eilham. Apabila Hafiz menghampiri ufuk peristiwa, tarikan\ngraviti di bahagian kaki hafiz tersangat tinggi berbanding di kepala sehinggalah\nHafiz ditarik seperti spageti (daya tarikan ini dikenali sebagai daya pasang\nsurut) [4]. ",
"Namun jika lohong\nhitam tersebut ialah lohong hitam supermasif, Hafiz mungkin akan dapat melepasi\nufuk peristiwa dengan selamat. Namun apabila Hafiz mula menghampiri\nkesinggularan lohong hitam, maka Hafiz akan ditarik seperti spageti kerana\nperbezaan tarikan graviti di antara kaki dan kepala Hafiz.",
"Berdasarkan teori kerelatifan am, semakin tinggi tarikan graviti semakin perlahan masa berlalu [5]. Fenomena ini dinamakan sebagai dilasi masa. Sebab itulah masa Hafiz berdetik lebih perlahan berbanding masa Eilham. ",
"Jika anda pernah menonton filem Interstellar, salah satu babak yang dipaparkan ialah dilasi masa pada planet Miller dengan Bumi. Satu jam di planet Miller bersamaan dengan 7 tahun di Bumi. Ini disebabkan kedudukan planet Miller yang terkesan dengan tarikan graviti yang kuat oleh lohong hitam supermasif Gargantua. ",
"Secara kasarnya, atom-atom\nHafiz akan ditarik ke dalam lohong hitam tersebut sebelum Hafiz dapat\nmenjejakkan kaki ke ufuk peristiwa. Bagaimana pula pemandangan yang Hafiz akan\nlihat sebelum melepasi ufuk peristiwa? ",
"Video di bawah memaparkan simulasi apabila anda menghampiri lohong hitam.",
"Kita andaikan\nHafiz berjaya melepasi ufuk peristiwa tanpa ditarik seperti spageti. Apakah\nyang akan dilihat oleh Hafiz di dalam lohong hitam itu?",
"Persoalan ini masih belum ada persetujuan dalam kalangan ahli fizik tentang keadaan di dalam lohong hitam. ",
"Pelbagai teori telah dikemukakan berkenaan keadaan di dalam lohong hitam. Di bawah ini saya senaraikan teori yang dikemukakan oleh ahli fizik tentang keadaan di dalam lohong hitam.",
"Teori pertama ini\ndikemukakan oleh ahli fizik terkenal iaitu Stephen Hawking dan Kip Thorne [4] [6]. Teori ini\nmenyatakan bahawa lohong hitam menghasilkan terowong yang merentasi ruang dan\nmasa, atau dikenali sebagai lubang cecacing (wormhole). Terowong ini\nmewujudkan satu laluan pintas yang menghubungkan antara dua kawasan dan masa\nyang berbeza. Namun ahli fizik yang sama juga membuktikan bahawa lubang\ncecacing ini tidak dapat bertahan lama, dan akan musnah sekelip mata kerana ia\ntidak stabil. ",
"Sama seperti di atas, lohong hitam juga mungkin merupakan sebuah terowong yang menghubungkan dua alam semesta yang berbeza [4]. Stephen Hawking mengajukan idea ‘alam multimesta’ dengan setiap alam tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan alam kita ini.",
"Oleh : Muhammad ‘Izzat bin Mohd Zubir "
] |
https://ajar.com.my/2019/08/05/genius-genius-yang-melihat-ciptaan-mereka-digunakan-untuk-kejahatan/ | Genius – genius Yang Melihat Ciptaan Mereka Digunakan Untuk Kejahatan | [
"Antara impian terbesar ramai orang adalah untuk mencipta sesuatu yang hebat, berguna, dan akan diingati selama – lamanya.",
"Biasanya pencipta – pencipta ciptaan yang hebat dalam sejarah ini dipanggil genius, dan mereka akan disanjungi dalam buku – buku sejarah.",
"Masalahnya, tidak semua genius ini akhirnya akan berbangga dengan ciptaan mereka. Malah ada yang menyesal apabila melihat manusia menggunakan buah fikiran mereka untuk kejahatan dan kejengkelan.",
"Antaranya ….",
"Bagi penggemar kopi, pasti anda pernah mendengar tentang kopi Luwak dari Indonesia. Ia dikatakan sebagai kopi yang paling mahal dalam dunia dengan harga yang boleh mencecah RM 300 – RM 400 ringgit secawan.",
"Oh, dan anda mungkin juga pernah mendengar tentang bagaimana kopi luwak dihasilkan. Ia diperoleh daripada najis musang luwak, ya, betul. Biji kopi yang keluar bersama najis musang tersebut akan dicuci dan diproses untuk dijadikan kopi.",
"Oh, tapi hukum meminumnya adalah harus, sebab setelah dibasuh, hilanglah kenajisannya menurut Mufti Wilayah. Kot anda berminat nak cuba minum.",
"Selama ini, kopi luwak tidak pernah memiliki pasaran yang baik, sebab ia cuma dihasilkan secara persendirian, teknik pembuatan yang sukar dan ialah, ia … datang dari najis haiwan.",
"Tapi pada tahun 1991, seorang pengimport teh dan kopi British, Tony Wild membawa pulang 2 pound kopi tersebut ke U.K. Asalnya ia hanyalah bertujuan untuk mendatangkan publisiti kepada syarikatnya, tetapi, amat mengejutkan, keseluruhan negara menjadi tergilakan kopi luwak.",
"Maka pasaran kopi luwak mula meletup dan permintaan meroket naik. Maka bersepahlah kopi luwak yang palsu (hampir 80% tidak tulen) di pasaran. Bukan saja biji tersebut tidak pernah dimakan oleh musang luwak, ia tidak pernah hampiri pun binatang tersebut.",
"Masalah yang lebih menyedihkan adalah nasib yang menimpa musang Luwak. Disebabkan industri tidak mahu mengejar musang tersebut siang malam, mereka buat keputusan untuk menangkap ratusan musang luwak, mengurung dalam sangkar, dan memaksa mereka menelan hampir 7 pound biji kopi setiap hari untuk ditinjakan.",
"Musang luwak ini adalah hidupan nokturnal yang aktif pada waktu malam. Apabila disangkar, mereka hidup dalam tekanan yang tinggi. Maka mereka bercakaran sesama sendiri, makan kaki mereka dan mula berlaku pendarahan pada najis, sehingga mereka mati.",
"Tony Wild amat menyesali tindakannya membeli dan mempromosi kopi tersebut sehingga melahirkan kanser dalam masyarakat dunia ini.",
"Rasanya hampir semua orang pernah mengambil ujian IQ, sama ada di sekolah, atas talian, atau pautan Facebook yang dikongsi oleh mak cik pak cik, yang entah betul atau tidak.",
"Sebenarnya, ujian yang dihasilkan kononnya untuk menilai daya kecerdasan manusia ini miliki sejarah yang hitam.",
"Oh, dan Einstein tak miliki IQ sebanyak 160, sebab dia tak pernah ambil ujian IQ!",
"Konsep menggunakan nombor untuk menentukan daya otak seseorang sebenarnya telah wujud lama sejak 1905 lagi. Ia antara lain dikembangkan oleh ahli psikologis Perancis Alfred Binet, yang melihat bahawa kanak – kanak miliki kemampuan belajar yang berbeza.",
"Dan sewaktu ujian tersebut dihasilkan pun, Alfred Binnet sendiri memperakui bahawa terdapat banyak limitasi. Ia tak lah dicipta untuk memberi label ‘bodoh’ atau ‘dungu’ kepada manusia ….",
"Tapi akhirnya itulah yang berlaku.",
"Kontroversi awal yang mengeksploitasi keputusan ujian IQ adalah apabila ia digunakan oleh ahli psikologi Amerika untuk halang kemasukan imigran.",
"Imigran dihalang masuk sebab mereka dianggap ‘dungu’, sebab rata – rata mereka skor rendah dalam ujian IQ yang diwajibkan ke atas mereka sebelum boleh masuk ke US.",
"Tapi iyalah, dah pastilah markah mereka rendah. Ujian IQ tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris, jadi mana mereka faham. Maka tersirat pula syarat menguasai bahasa Inggeris sebagai penilai kepandaian seseorang.",
"Kontroversi konsep IQ yang lebih besar adalah yang dipanggil sebagai Jensenism, iaitu apabila Arthur Jensen, seorang profesor pendidikan di Harvard, menggunakan ujian IQ untuk kata orang kulit gelap lebih dungu daripada orang kulit putih.",
"Untuk menambah kuah, beliau mengatakan bahawa ketidakbijakan orang kulit hitam adalah sebab faktor bangsa dan genetik. Bermakna, menurut Jensen, orang kulit hitam memang dilahirkan lebih dungu daripada orang kulit putih.ADVERTISEMENT",
"Malah beliau pergi lagi jauh apabila beliau menyeru juga kepada eugenics, satu kepercayaan paling kontroversi dalam dunia saintifik, iaitu gerakan untuk membiakkan manusia secara terancang dengan hanya membenarkan manusia yang miliki gene berkualiti saja untuk membiak.",
"Peter Laurids Jensen merupakan pereka cipta awal abad ke 20 dari Denmark yang disebut sebagai ‘Edison Danish’. Tapi perangai beliau setakat yang diketahui tidaklah menjengkelkan, jijik dan jahat seperti Thomas Edison.",
"Pada tahun 1909, Jensen berpindah ke US untuk bekerja. Dia dan rakan bisnesnya Edwin Pridham kemudian mencipta pembesar suara yang mereka panggil Magnavox.",
"Pada petang Krismas 1915, Jensen dan Pridham mendemonstrasikan ciptaan mereka dengan memainkan karol popular di hadapat 75 000 orang di San Francisco. Dikatakan, pembesar suara mereka mampu mencapai jarak satu batu.",
"Maka hidup manusia pun bertambah baik, kerana satu alat yang mampu membolehkan anda menyampaikan suatu mesej melangkaui jarak yang jauh kepada ribuan sudah pasti tiada kesan buruk …. kan?",
"Sudah pasti ciptaan ini akan mahu dieksploitasi oleh pemimpin yang mahukan suara dan arahan mereka didengari ramai. Maka cuba teka siapa orang pertama yang melihat potensi membasuh otak alat tersebut?",
"Sebagai menteri propaganda Hitler, Joseph Goebbel diberi tanggungjawab untuk memastikan semua orang mendengar mesej Hitler. Jadi memandangkan Facebook (aplikasi basuh otak terhebat setakat ini) belum dicipta lagi, maka Goebbel memilih untuk menggunakan pembesar suara yang dipancar di setiap sudut jalan.",
"Pembesar suara kemudian menjadi simbol penting pada imej Hitler, dan ia mula disukai oleh ramai orang German.",
"Dan sudah pasti, Jensen kemudian menyesal sepenuhnya mencipta pembesar suara setelah mendapat tahu Hitler dan diktator menggunakannya untuk kejahatan.",
"Alfred Nobel, yang namanya kita selalu dengar pada anugerah Nobel, amat dikenali dengan aktiviti yang kita tahu selalu dibuat oleh genius, iaitu meletupkan benda.",
"Setelah melihat kilang keluarganya meletup pada 1864, sehingga membunuh lima orang pekerja dan adiknya, Nobel kemudian membuat keputusan untuk menghasilkan bahan letupan yang lebih selamat. Maka terciptalah dinamit, sejenis nitroglycerin yang lebih mudah dibawa.",
"Dinamit, seperti mana ciptaan letupannya yang lain, diciptan untuk tujuan industri seperti meletupkan batu dan ekskavasi. Beliau sebenarnya nampak saja potensi ciptaannya untuk digunakan untuk tujuan yang lebih … kurang murni, tetapi beliau percaya dengan seikhlas hati bahawa manusia cukup baik untuk tidak lakukannya.",
"“Dinamitku akan lambat laun menghasilkan keamanan berbanding seribu sidang dunia. Sebaik saja manusia dapati bahawa dengan mudah saja tentera boleh diletupkan, mereka sudah pasti akan mahukan keamanan!”",
"Yepppp … betul la tu encik Nobel.",
"Pada tahun 1888, setelah berdekad – dekad tentera menggunakan dinamit dengan cara paling kreatif untuk membunuh pihak lawan (eh, bukan Nobel kata … tak apa lah), abang Nobel meninggal dunia akibat serangan jantung.",
"Sebuah akhbar Perancis yang tersilap maklumat menyangka bahawa Alfred Nobel yang meninggal dunia, maka mereka terbitkan muka depa akhbar yang tidak berapa positif, berbunyi:",
"“Saudagar kematian telah mati! Kekayaannya dikumpul dengan mencari cara – cara baru untuk menceraikan tubuh dan membunuh!”",
"Maka setelah membaca petikan ini, Alfred Nobel terkesima. “Inikah cara aku mahu diingati setelah aku mati nanti?”. Maka beliau buat keputusan untuk tinggalkan harta kekayaannya untuk mendanai anugerah Nobel sebagai wasiat terakhirnya untuk memajukan sains.",
"Apa perasaan kalau hasil ciptaan kita, anak yang kita besarkan, curah kasih sayang dan tatang bagai minyak yang penuh akhirnya jadi satu kejahatan besar yang kita kesali dan kita sendiri mahu hentikan?",
"Itulah apa yang berlaku kepada Oppenheimer, seorang genius yang dipanggil bapa bom atom.",
"Setelah mencurahkan tenaga intelek yang menakjubkan, Oppenheimer yang mengetuai Manhattan Project berjaya menghasilkan senjata agong bom atom yang kemudian mengubah segala – galanya.",
"Oppenheimer kemudian melihat ciptaan kesayangannya itu dijatuhkan ke atas negara Jepun yang sudah pun hampir kalah dan lantas menyebabkan kemusnahan yang tidak terbayang.",
"Beliau mula menjadi ketar, beliau rasakan beliau bakal menjadi punca kemusnahan manusia, dan beliau kata kepada Presiden U.S ketika itu.",
"Tuan Presiden, tangan saya berdarah",
"Beliau kemudian dihalau dan dipanggil saintis manja.",
"Oppenheimer kemudian berjuang supaya masyarakat antarabangsa mengawal penggunaan kuasa nuklear, tapi beliau kemudian dimalukan, dan kuasa politik beliau dilucutkan.",
"Komen beliau tentang bom atom adalah antara rakaman video yang paling menggerunkan di Internet."
] |