url
stringlengths 41
165
| headline
stringlengths 9
135
| content
sequence |
---|---|---|
https://ajar.com.my/2020/03/23/elak-wabak-eksponen/ | Ini Sebab Kenapa Kita Mesti Elak Jangkitan Wabak Menjadi Bentuk Eksponen! | [
"Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh Ibn Khallikan, tentang pencipta permainan catur.",
"Hikayatnya, sang maharaja sangat suka dengan permainan catur dan mahu memberi hadiah kepada sang pencipta permainan catur. ",
"Raja itu pun bertanya kepada sang pencipta “Hadiah apa kamu mahu? Jangan malu, jangan segan! Minta saja kepada Beta raja kamu!”",
"Lalu sang pencipta catur mengemukakan sebuah permintaan yang aneh. Pintanya:",
"“Patik minta supaya Tuanku berikan sebutir beras pada kotak pertama papan catur. Kemudian pada kotak kedua, Tuanku gandakan menjadi dua. Teruskan mengganda hingga tamat kotak yang terakhir papan catur, iaitu kotak ke 64”",
"Mendengar permintaan ini, sang Raja menjadi hairan.",
"“Aik, itu saja yang kamu mahu? Butir beras? Bukan guni beras pun? Emph tak apa lah jika itu permohonannya Beta perkenan walaupun kecil”",
"Jadi proses pemberian butir beras pun dimulakan. Pada petak pertama diletak sebutir, petak kedua dua butir, kemudian 4, 8, 16, 32 ..",
"Pada petak ke 17, butir beras telah mencapai 65 ribu butir dan meja catur telah dipenuhi beras.",
"Pada petak ke 42, butir beras telah mencapai 2 trillion butir (2 000 000 000 000) dan istana kini telah dipenuhi dengan beras.",
"Raja mula menjadi cemas. Ini baru petak ke 42, ada lagi 22 petak! Tampaknya beliau tersalah pengiraan! Lalu dipanggil bendahari istana untuk mengira berapa sebenarnya jumlah beras pada akhir petak ke 64?",
"Pengiraaan dibuat dan didapati bahawa ",
"Pada petak ke 64, jumlah beras adalah sebanyak 18,446,744,073,709,551,615 yang akan memenuhi keseluruhan negara mereka pada kedalaman 5 tingkat!",
"Dan jika setiap butir beras disusun membentuk satu garisan panjang, ia akan memanjang dari bumi ke matahari, melintasi orbit planet jauh ke galaksi yang didiami Alpha Centauri 4 tahun cahaya jauhnya, balik ke bumi, balik ke Alpha Centauri dan balik ke bumi semula.",
"Menyedari bahawa sang raja tidak akan mungkin membayar jumlah beras sebanyak itu, dan tidak mahu meletakkan kerajaannya dalam hutang yang mustahil besarnya, si pencipta catur kemudian dilantik menjadi penasihat raja (dalam versi lain dia dibunuh kerana mempermainkan raja, terpulang versi mana satu anda nak cerita pada anak anda).",
"Pengembangan Eksponen",
"Kisah di atas memberikan kita pengajaran tentang pengembangan eksponen.",
"Eksponen adalah berapa banyak kali kita mendarabkan suatu nombor. Contohnya 28 bermaksud 2 didarab 8 kali = 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 = 256 ",
"Untuk mengetahui berapa banyak bilangan beras pada petak ke 64, kita boleh saja mengira satu persatu:",
"Di mana T64 merupakan jumlah keseluruhan butir beras. ",
"Atau ia boleh diselesaikan dengan lebih mudah menggunakan ",
"Apabila digrafkan, fungsi 2x ini mempamerkan satu situasi yang menarik.",
" Graf tersebut bermula landai. Pada mulanya menaik sedikit, tetapi apabila nilai x semakin membesar ia kemudian meroket naik.",
"Apabila nilai x lebih meningkat ia naik dengan lebih laju sehingga seperti satu garisan tegak!",
"Ini menunjukkan satu pengembangan eksponen meningkat mendadak dengan sangat ekstrim.",
"Pengembangan Ekstrim Pasti Akan Terbatas",
"Tapi pengembangan ekstrim eksponen ini sukar dicapai di dunia nyata, sebab ia tidak dapat ditampung. ",
"Si pencipta catur itu sudahnya tetap tidak akan dapat dibayar jumlah beras yang dikehendaki kerana beras sudah lama habis! Ia telah mencapai had batasan matematiknya, jadi pengembangan itu akan perlahan, atau berhenti mendatar.",
"Macam tu jugalah dengan kisah pengembaraan udara. Pada tahun 1900 alat pengangkutan udara masih belum dicipta. Tapi apabila alat penerbangan dihasilkan, manusia mula berlumba – lumba untuk memecahkan rekod kelajuan penerbangan.",
"Pada mula era penerbangan, kelajuan meningkat secara linear. Tapi kemudian pada tahun 1950 – an, graf meningkat secara eksponen! Wah ini mengujakan, mungkin kita akan berjaya cipta pengangkutan selaju teleportasi! Tapi kemudian graf tersebut menurun dan mendatar, dan mencapai kemuncak pada tahun 1976.",
"Iya, betul, rekod kelajuan udara oleh SR – 71 Blackbird masih belum dipecahkan sehingga kini. Dahsyat kan?",
"Penyebaran Wabak Secara Eksponen",
"Antara kerisauan yang melanda adalah penyebaran wabak penyakit juga boleh berkembang dengan sangat cepat sehingga membentuk graf eksponen.",
"Katakan seorang pesakit dijangkiti wabak X. Dia kemudian menjangkiti seorang lagi. 2 orang itu menjangkiti 2 orang lagi. 4 orang itu kemudian menjangkiti lagi 4, 8 orang menjangkiti 8 dan penyebaran terus tersebar laju secara eksponen.",
"Tapi secara realitinya, penyebaran wabak tidaklah secepat itu. Ada yang imun, mungkin minggu itu pesakit tidak keluar rumah.",
"Jadi bagaimana jika kadar penyebaran tersebut adalah 20% setiap hari? Katakan bilangan orang yang dijangkiti meningkat sebanyak 20% setiap hari, iaitu kadar penyebaran sebanyak 0.2.",
"Maksudnya jika hari ini bilangan kes adalah 1000, esoknya 200 lagi akan dijangkiti. Jika hari ini bilangan kes 10 000, esoknya 2000 lagi akan dijangkiti.",
"Sekarang, katakan dalam satu bandar kecil ada 10 000 orang. Pada hari 0, ada seorang yang dijangkiti satu penyakit misteri berjangkit, ini graf yang dihasilkan.",
" Anda semua nampak masalahnya? Pada hari ke 30 risikonya nampak kecil, dan tak ada siapa yang ikut nasihat Kementerian Kesihatan untuk duduk di rumah. ",
"Tapi kemudian, tanpa apa – apa perubahan pada kadar jangkitan, jumlahnya meletus naik secara mendadak. Itulah pengembangan eksponen. Situasi rasa macam elok sehinggalah segalanya terlambat.",
"Tapi bagaimana jika kita berjaya mengurangkan kadar penyebaran kepada 0.19? Ia kecil saja berbanding dengan 0.2 sebelum ini. ",
"Tapi setelah 45 hari, perbezaannya adalah sebanyak 2645 orang! Itulah pengajaran dengan pengembangan eksponen, setiap perubahan walaupun sedikit sangat membantu. Lambat laun, graf tersebut akan mendatar semula apabila pesakit mulai pulih beransur – ansur.",
"Moralnya adalah usaha setiap orang, terutama sekali pada awal – awal penyebaran wabak adalah sangat membantu. Anda basuh tangan, menjarakkan diri adalah tindakan superhero yang menyelamatkan dunia!"
] |
https://ajar.com.my/2020/03/23/ini-cara-pinjam-13-2-juta-bahan-bacaan-digital-percuma-yang-ditawar-perpustakaan-negara2/ | Ini Cara Pinjam 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Percuma yang Ditawar Perpustakaan Negara. | [
"Bagi membantu rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan kempen ‘Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku’.",
"Berikut adalah cara meminjam buku digital secara percuma daripada laman web Perpustakaan Negara Malaysia.",
"Buka Laman Web pnm.elib.com.my",
"Daftar",
"Semak emel, aktivasikan akaun anda",
"Pilih buku",
"Klik reserve / tempah",
"Tunggu notifikasi emel, boleh baca",
"Selamat membaca! Manfaatkan waktu di rumah!",
"Kredit: Ummu Faqih"
] |
https://ajar.com.my/2020/03/28/bagaimana-duit-tunai-diberi-kerajaan-boleh-merancakkan-ekonomi-setempat/ | Bagaimana Duit Tunai Diberi Kerajaan Boleh Merancakkan Ekonomi Setempat | [
"Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang berjumlah RM 250 billion yang dikatakan mampu memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Pakej rangsangan dengan cara pemberian baucer tunai ini, yang pertama kali dipelopori oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato Seri Najib Razak ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat.",
"Tapi pernah tak anda semua terfikir, kenapa kerajaan bagi duit dalam bentuk tunai? Apa kesan pemberian ini kepada ekonomi, sebenarnya?",
"Menggunakan idea Makcik Kiah yang meniaga goreng pisang dan tinggal di rumah PPR di Desa Tun Razak. Pendapatan bulanan Makcik Kiah, di waktu musim wabak dan ketikamana orang ramai sedang berkurung di rumah ini sudah pastinya terjejas, maka Makcik Kiah layak mendapat bantuan kerajaan sebanyak RM1,600, kerana pendapatan keluarganya kurang dari RM4,000 sebulan.",
"Maka sekarang, kita bermula dengan wang yang diberikan oleh kerajaan kepada Makcik Kiah, yang berjumlah RM1,600.",
"Katakan Makcik Kiah berniat untuk menyimpan 40% dari wang yang dia dapat, dan menggunakan 60% lagi baki wang yang diberikan kepadanya untuk membeli barang keperluan. Maka soalan saya : Berapa banyak jumlah wang yang telahpun digunakan oleh Makcik Kiah?",
"Jawapannya, 60%\ndaripada RM1,600 adalah RM960. Makcik Kiah telahpun membelanjakan RM960 dari\nwang yang dia perolehi, dan dia belanjakan ke kedai Pak Man.",
"Kini, Pak Man\nmendapat pendapatan RM960 hasil daripada perbelanjaan Makcik Kiah itu tadi.\nKatakan, sama seperti Makcik Kiah, Pak Man juga menyimpan 40% dari\npendapatannya, dan membelanjakan 60% pendapatannya ke dalam ekonomi tempatan.\nIni bermakna, 60% dari RM960 tadi akan disuntik semula ke dalam ekonomi, dan\nnilai wang ini adalah RM576 yang akan dibelanjakan.",
"Untuk kes yang\nseterusnya, Pak Man membelanjakan RM576 ini ke kedai Uncle Muthu, dan wang ini\nkemudiannya bertukar menjadi pendapatan Uncle Muthu. Kini, Uncle Muthu\nmeneruskan idea yang sama seperti Makcik Kiah dan Pak Man, menyimpan 40% wang\npendapatannya dan menggunakan 60% untuk berbelanja, hal ini akan menjadikan\nperbelanjaan Uncle Muthu sebanyak 60% dari RM576, iaitu RM345.60.",
"Jika anda dapat menangkap contoh yang telah saya berikan, contoh ini mempunyai satu corak yang konsisten. Katakan wang yang diterima pada asalnya berjumlah RM1,600, dan kemudian digunakan secara konsisten sebanyak 60% untuk perbelanjaan, kita boleh menulis perbelanjaan ini dalam bentuk matematik",
"dan sekiranya trend ini diteruskan oleh orang-orang selepas mereka, dengan konsisten menyimpan 40% dari pendapatan dan 60% dari pendapatan itu mereka gunakan untuk berbelanja, kita boleh mengira jumlah transaksi wang yang terhasil, atau wang yang telah “berpindah tangan”.",
"Jumlah wang yang telah digunakan oleh ahli masyarakat",
"=RM960+RM576+RM345.60+?",
"Sekiranya\nanda pernah belajar Matematik Tambahan sewaktu di tingkatan 5, anda mungkin perasan\nbahawa “Jumlah wang yang telah digunakan\noleh ahli masyarakat” ini sebenarnya\nmerupakan sebahagian daripada Turutan (Series),\ndan ia merupakan satu Turutan Geometrik (Geometric\nProgression) dengan nisbah, r (ratio) antara terma adalah 0.6 dan terma\npertama, a adalah RM960.",
"Menggunakan formula Turutan Geometrik, saya mampu mengira jumlah wang yang telah digunakan,",
"Perbandingan",
"Baiklah. Sekiranya anda sedar, wang yang mula-mula diberi kepada Makcik Kiah adalah sebanyak RM1,600, namun hasil dari perbelanjaan Makcik Kiah dan orang ramai yang konsisten menggunakan 60% dari wang yang mereka terima, jumlah wang yang telah digunakan dan dipusingkan dalam putaran ekonomi setempat telah bertambah menjadi RM 2,400. Eh, apa ni? Silap mata ke?",
"Dalam\nekonomi, fenomena ini dipanggil sebagai Pengganda Pendapatan (Income Multiplier). Dalam bidang\nMakroekonomi, pengganda pendapatan ini merujuk kepada kebolehupayaan wang\n(dalam kes ini RM1,600) untuk berfungsi dengan nilai yang lebih besar dari\nnilai asalnya (dalam kes ini RM800 lebih dari nilai asalnya) dalam aktiviti\nekonomi.",
"Pengganda\nPendapatan ini pertama kali diperkenalkan oleh Richard Kahn pada tahun 1930,\ndan merupakan salah satu tunjang utama kepada salah satu model teori ekonomi\nyang dipanggil Ekonomi Keynasian (Keynesian Economics Theories). Secara\numumnya, pengganda Keynasian (Keynasian\nMultiplier) ini bertujuan untuk meningkatkan lagi aktiviti ekonomi,\nsekaligus merancakkan dan memacu ekonomi setempat. ",
"Mungkin\nmodel Keynasian ini adalah model sama yang sedang digunakan oleh Perdana\nMenteri kita dalam menangani masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat –\npeniaga tidak mampu berniaga, orang ramai sendiri sedang takut untuk\nberbelanja, dan lebih tertumpu untuk menyimpan wang buat jaminan masa depan.",
"Hal\nyang baru diperkatakan ini juga sebenarnya menunjukkan salah satu kelemahan\nyang wujud dalam model ekonomi Keynasian. Dalam kes yang telah kita bincangkan,\nkita melihat peri pentingnya orang ramai untuk terus menggunapakai wang – bagi\nmembolehkan wang tersebut bergerak dalam pusingan ekonomi tempatan. Sekiranya\npergerakan wang tersebut terputus (salah seorang ahli masyarakat bertindak\nmenyimpan 100% wang yang dia dapat), wang tersebut tidak dapat membawa nilai\nyang lebih kepada aktiviti ekonomi masyarakat setempat, dan ini mungkin\nmenjejaskan hasrat awal kerajaan menyuntik wang tersebut.",
"Satu\nlagi kelemahan dalam model ini adalah putaran wang yang dianggap akan berlaku\n100% dalam komuniti tempatan. Hal ini adalah dalam situasi ideal, sedangkan\nsekiranya kita bersikap realistic, suka atau tidak, wang kita akan “terkeluar”\ndari putaran ekonomi tempatan, sama ada apabila kita membeli barangan luar\nnegara (dalam kes ini, duit tersebut akan “bocor” ke luar negara) ataupun\napabila warga asing mendapat wang tersebut dalam transaksi jual beli dan\nkemudian menghantar wang tersebut ke luar negara (sekali lagi, duit kita\n“bocor” ke luar negara).",
"Dalam\nkes ini, antara nasihat yang perlu kita amalkan adalah jangan berhenti\nberbelanja secara drastik, kerana dalam rezeki anda mungkin ada rezeki orang\nlain. Sebaliknya siapkan sebahagian dari pendapatan anda untuk simpanan, dan\nsebahagian lagi untuk perbelanjaan, dan sewaktu berbelanja, belilah barangan\nbuatan Malaysia. Anda akan membantu bukan hanya seorang dua masyarakat\nMalaysia, bahkan anda juga sebenarnya sedang membantu Malaysia sendiri, dari\nsegi ekonomi.",
"Sekian.",
"P/s:\nTulisan ini adalah sekadar oversimplification\nkepada Teori Ekonomi yang sebenar. Artikel ini sesuai dibuat bacaan umum\nsahaja, dan bukan diambil sebagai satu kerja yang layak dibuat sebagai rujukan\nkhusus.",
"Rujukan:",
"Pakej Rangsangan Ekonomi ke-2 oleh Perdana\nMenteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin – https://www.facebook.com/watch/?v=262613064737421&external_log_id=ffe8b298227bda2a6d9fc00ab303fe8e&q=muhyidin",
"“What is the Keynesian multiplier?”, oleh\nThe Economist https://www.economist.com/the-economist-explains/2016/09/07/what-is-the-keynesian-multiplier",
" “What is an Income Multiplier?”, oleh Steve\nLander – https://finance.zacks.com/income-multiplier-10007.html",
"“What is Keynesian Multiplier?”, oleh\nAndrew Beattie – https://www.investopedia.com/ask/answers/09/keynesian-multiplier.asp",
" “Geometric\nProgression, Series & Sums.” – http://mathematics.laerd.com/maths/geometric-progression-intro.php"
] |
https://ajar.com.my/2020/04/03/bagaimana-kehidupan-di-dunia-mulai-hidup/ | Bagaimana Kehidupan Di Dunia Mulai… Hidup? | [
"Menyoroti artikel bagaimana Bumi menjadi Bumi yang kita kenali sekarang, korang pernah tertanya tak, macam mana hidupan pertama muncul di atas Bumi? Dalam artikel kali ini, kita akan kembara semula ke Bumi kuno berusia 3.4 Billion tahun dahulu untuk mengenali kehidupan yang pertama menawan Bumi.",
"Bukti hidupan awal",
"Kalau korang dah baca artikel-artikel sebelum ni (kalau belum baca pi la baca dulu), Australia semestinya tidak asing penemuan geologi kuno misalnya mineral zircon dan juga kali ini di Strelley Pool, Australia Barat, hidupan yang kelihatan seperti tergumpal, bebola dan bebatang disyaki merupakan antara bakteria kuno yang menjadi permulaan episod penaklukan Bumi oleh organisma hidup. Penemuan ini ialah oleh Martin Brasier seorang ahli palaeobiologi (palaeo = kuno) daripada University of Oxford, UK, di mana fossil ini dijumpai di dalam batu “chert” pada tahun 2011.",
"Penemuan ini telah menggembirakan sangat ramai pengkaji hidupan awal kerana telah lama tiada kajian baru yang menggegarkan dunia palaeobiologi. Namun begitu, soalan yang lebih menarik untuk kita jawab ialah bagaimana sebenarnya organisma ini muncul di muka Bumi dan kenapa hidupan wujud. ",
"Sel proto",
" Dalam\ndunia biologi, semua bersetuju bahawa organisma yang hidup seharusnya diperbuat\ndaripada suatu komponen yang dikenali sebagai protein. Protein ini pula\ndiperbuat daripada asid amino. Untuk menghasilkan asid amino pula, asid\ndeoxyribonucleic (DNA) & asid ribonucleic (RNA) pula diperlukan. Jadi untuk\nmenjawab soalan bagaimana organisma pertama muncul di atas muka bumi, kita\nseharusnya menjawab bagaimana DNA & RNA dapat dihasilkan lantas\nmenghasilkan sel proto (sel pertama). ",
"Eksperimen Miller-Urey",
"Pada tahun 1952, Stanley Miller dengan bantuan Harold Urey daripada University of Chicago telah melakukan suatu eksperimen untuk membuktikan teori-teori yang dahulunya digembar-gemburkan oleh para pengkaji. Tak macam penggembar-gembur tersebut, Miller-Urey mengambil keputusan untuk “Walk the talk”. ",
"Mereka\nmenggunakan gas dan molekul yang sepatutnya wujud sebaik sahaja Bumi ini sesuai\nkeadaannya iaitu ammonia, metana, wap air, dan hydrogen. Tambahkan haba,\ntambahkan cas elektrik dan voila! Terhasillah suatu molekul yang dipanggil asid\namino.",
"Dengan\nberjayanya eksperimen Miller-Urey ini, telah membuktikan bahawa teori-teori\ndulu bukan sekadar sembang. Terdapat dua teori yang terkenal dan diterima, yang\nmenggunakan konsep “primordial soup” atau sup purbakala iaitu:",
" Seperti\nyang Miller-Urey telah buktikan, untuk menghasilkan asid amino kita memerlukan\nhaba, bahan-bahan organik dan cas elektrik. Di beberapa kolam hydrothermal\ndunia, kita dapat menyaksikan terdapat pelbagai jenis bakteria wujud\ndisekelilingnya. Kolam-kolam ini mendapat haba daripada gunung berapi\nberdekatan dan bahan organik daripada kandungan Bumi. Macam mana nak dapat cas\nelektrik? Benda ni saintis hanya menduga-duga, mungkin daripada guruh dan petir\nyang akhirnya memancar ke kolam ini dan akhirnya, semua terletak kepada\nkebarangkalian dan nasib. ",
" Memang\nzaman dahulu berbeza sedikit kondisi dengan zaman sekarang, tetapi mengikut\nprinsip Charles Lyell, “The present is the key to the past” atau zaman sekarang\nadalah kunci kepada zaman lampau merupakan prinsip yang terbaik mampu para\nsaintis pegang. Tambahan pula, air kolam cetek hydrothermal yang mampu untuk\nmenghalang sinaran ultra-violet (UV) mampu untuk memelihara asid amino yang\nsangat mudah dinyahaslikan (denature) oleh UV dan oksigen.",
"Tau tak, dekat\nbawah laut, ada terdapat beberapa cerobong yang menghubungkan kandungan Bumi\ndan laut? Kalau tak tau ni sebab korang banyak sangat tengok Spongebob.\nTolonglah hidup dalam reality okay? Tapi takpe, sebab cerobong ni pun baru\nditemukan pada abad ke-20. Jadi aku maafkan korang. ",
"Cerobong ni\nmempunyai haba dan molekul yang penting bagi mencukupkan resipi untuk hadirnya\nkehidupan. Tapi, satu jawapan yang tak dapat dijawab ialah dari mana datangnya\ncas elektrik? Ini belum dapat dijawab dengan konkrit oleh para saintis.",
"Namun begitu,\njawapan ini adalah lebih disukai oleh para saintis kerana kebanyakan fossil\nyang dijumpai adalah berasal daripada laut. ",
"Eh? Tadi cakap\nada dua jawapan, kenapa hang tetiba bagi yang ketiga??",
"Haaa, jawapan di atas tu semua yang muncul DARI Bumi. Sekarang ni muncul dari angkasa lepas. Ada je saintis yang skeptikal dengan jawapan-jawapan di atas, jadi mereka kata nak selamat, asid amino yang datang semua daripada angkasa lepas, sama seperti semua elemen yang terdapat di muka Bumi. TAPI *amboi besaqnya tapi dia*, jawapan yang paling selamat ni pun tak lagi menjawab soalan pokok yang kita semua ternanti-nanti:",
"Macam mana\nsebenarnya kehidupan sebenaqnya terhasil? *lagu x-files*",
"Konklusi",
" Pada\ntahun 2019, Dr. Sean Jordan daripada Genetik, Evolusi dan Alam Sekitar\nUniversity College London telah menyatakan bahawa sokongannya terhadap teori\nkehidupan muncul daripada cerobong hidrothermal. Namun begitu, pada hujungnya,\nbeliau sendiri pun mengaku bahawa, tiada siapa di dunia ini tahu secara mutlak\nbagaimana kehidupan berlaku walaupun eksperimen Miller-Urey berjaya, kerana\ntiada siapa pun yang boleh menunjukkan bahawa apa yang berlaku dalam eksperimen\nMiller-Urey berlaku pada zaman pertama kali asid amino tercipta.",
" Apa-apa\npun, kita haruslah belajar daripada kesungguhan saintis-saintis ini untuk\nmenemukan kebenaran *sebut macam Papazola*. Tapi satu yang kena ingat! Diorang\nni carik kenapa hidup ni terjadi untuk menjawab persoalan “Apa tujuan aku\nhidup?”. ",
"Islam dah menjawab soalan ini dengan jelas:",
"“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman\nkepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di Bumi.\nMereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di Bumi itu orang yang akan\nmembuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan\nmemuji dan mensucikanMu? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu\ntidak tahu.” Al-Baqarah, 2:30",
"“Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan\nmanusia melainkan untuk menyembah kepada-Ku” – Adz-Dzariyat 51:56",
" “Yang\nmenciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang\npaling baik amalannya.” Al-Mulk 67:2",
"Wallahua’lam.",
"Rujukan:"
] |
https://ajar.com.my/2020/04/03/dunia-kita-berapa-fps/ | Dunia Kita Berapa FPS? | [
"Kalau korang (pernah) main videogame, korang pasti pernah mengalami keadaan di mana nilai FPS perisian tersebut menjadi rendah, seperti 12 FPS, 8 FPS. Pergerakan dalam game tersebut menjadi perlahan, tersekat – sekat, tak responsif, korang kalah game tersebut, komputer korang mula berbunyi macam menjerit, sebelum akhirnya ia mati dan korang sedar korang tak save lepas dah main dua jam.",
"Tapi bila korang naiktaraf komputer korang, nilai FPS itu kini tinggi setinggi 60 FPS, dan kini semuanya bergerak dengan sangat licin dan responsif…. Sebelum korang kemudian tetap kalah berkali – kali dan akhirnya sedar bukan salah FPS, memang korang tak pandai main.",
"FPS",
"Jadi FPS ni apa? Mudahnya FPS, Frame per second ataupun bingkai per saat adalah jumlah bingkai gambar yang ditunjukkan dalam masa satu saat. Lantas, sama dengan namanya.",
"Animasi digital yang kita lihat adalah satu ilusi, di mana pergerakan yang kita lihat dalam skrin sebenarnya bukanlah pergerakan, tetapi merupakan siri – siri gambar yang dimainkan begitu cepat dalam masa satu saat.",
"Mata kita dapat mengecam pergerakan apabila siri – siri gambar tersebut dipamerkan sebanyak paling kurang 12 kali dalam masa satu saat. Lagi kurang daripada itu, kita cuma akan melihat siri gambar berasingan yang terputus – putus. ",
"Lagi tinggi nilai FPS, lagi licin pergerakan yang kita akan lihat, sebab lagi banyak bingkai gambar yang dipamerkan dalam masa satu saat. ",
"Berikut adalah nilai – nilai FPS dan penggunaannya:",
"Menangkap Pergerakan",
"Selain daripada memaparkan ilusi pergerakan yang licin pada skrin, FPS juga digunakan untuk kita menangkap dan merakam pergerakan dalam kamera.",
"Pada selang setiap bingkai / frame pada rakaman video, akan terdapat ‘jurang’ pergerakan. Contohnya, cuba lihat rakaman orang berjalan di bawah:",
"Sekarang kita tetapkan video tersebut pada FPS yang berbeza, 1 FPS, 10 FPS dan 30 FPS. Kemudian kita lihat jarak jurang selang satu bingkai pergerakan.",
"Jadi kita dapat perhatikan jurang jarak untuk satu bingkai adalah jauh bagi 1 FPS, tetapi lebih rapat untuk 10 FPS dan 30 FPS. Hal ini kerana dalam kadar 1 FPS, selang antara satu bingkai adalah sebanyak 1 saat dan pak cik itu dah bergerak jauh, manakala bagi 10 FPS selang antara satu bingkai adalah cumalah sebanyak 0.1 saat dan untuk 30 FPS selang antara satu bingkai adalah cumalah sebanyak 0.03 saat, pakcik itu cuma dapat bergerak dalam jarak yang kecil.",
"Nilai FPS yang tinggi adalah penting bagi merakam objek yang laju. Contohnya, siri orang berlari di bawah:",
"Dengan nilai FPS yang rendah seperti 1FPS, subjek telahpun keluar daripada pandangan pada bingkai kedua. Jadi semakin laju objek, semakin besar nilai FPS yang diperlukan untuk merakam pergerakan objek tersebut.",
"Jadi dunia kita berapa FPS?",
"Setelah diterangkan mengenai konsep FPS, maka sekarang satu soalan yang menarik timbul.",
"Dunia kita berapa FPS?",
"Hm. Pertama sekali, pertanyaan ni mungkin tak berapa kena, sebab dunia kita bukanlah dunia digital (kita bukan hidup dalam dunia matrix … kan?). Dunia kita bukan terdiri daripada frames, jadi anggapan bahawa konsep FPS terpakai dalam dunia kita adalah tidak masuk akal.",
"Jika difikirkan, setiap pergerakan dalam dunia kita mana boleh ada jurang – jurang pergerakan macam rakaman digital. ",
"Bayangkan kita gerakkan jari dari kiri ke kanan. Jari kita bergerak, dan mengisi ruangan udara sepanjang pergerakannya. Dari kiri ke kanan, pergerakan jari tersebut mestilah licin dan tiada jurang pergerakan. Sebab tak mungkin jari itu ‘teleport’ dan meninggalkan ruang yang tak diisi oleh jari. ",
"Jadi sekarang apa kata kita ubah soalan? Memandangkan pergerakan di dunia sebenar mestilah licin dan tiada jurang pergerakan macam rakaman digital;",
"Berapa nilai FPS paling tinggi yang kita perlukan untuk merakam sepenuhnya pergerakan di dunia sebenar tanpa ada langsung jurang pergerakan?",
"Bayangkan kita ada teknologi yang bolehkan kita bina kamera dengan nilai FPS yang sangat – sangat tinggi. Setakat ini, nilai FPS tertinggi oleh sebuah kamera adalah sebanyak 10 Trillion FPS ( 10,000,000,000,000 FPS)! oleh kamera T-CUP yang membolehkannya merakam cahaya laser pada kelajuan slow – mo dengan skala sekecil femtosaat (1/1,000,000,000,000,000 saat) !",
"Jadi dengan nilai FPS yang lebih besar kita boleh kecilkan lagi jurang pergerakan:",
"Ok… pergerakan semakin licin dan jurang pergerakan tampaknya semakin kecil. Tapi masih ada jurang pergerakan. Sekali lagi, takkan jari kita ‘teleport’ dan tak mengisi ruang tersebut?",
"Maka kita menambahkan lagi bilangan FPS untuk merakam pergerakan. Ini dengan FPS yang lebih, lebih tinggi.",
"Hmmm dengan nilai FPS yang lebih, lebih tinggi pun… masih ada .. jurang pergerakan.",
"Lalu kita sedari bahawa walau kita menaikkan FPS kamera setinggi mana pun, masih tetap akan berlaku jurang pergerakan walaupun sekecil atom. Dan ketika itu, mungkin ketika nilai FPS telahpun mencapai quadrillion FPS, dan kos kamera tersebut telahpun setinggi hutang dunia, kita akan tertanya:",
"“Eh jap, ada ke pergerakan yang paling kecil dalam dunia ni? Ada ke had batasan FPS untuk aku rakam keseluruhan pergerakan mudah jari gerak dari kiri ke kanan?”",
"Untuk soalan ini ada dua kemungkinan:",
"Jadi yang mana satu? Malangnya untuk setiap pilihan ini terdapat masalah besar. Terdapat paradoks pergerakan yang menghantui manusia selama ribuan tahun, iaitu Paradoks Zeno. Oh tidak, malang bagi mereka yang terpaksa berkenalan dengan paradoks ini.",
"Paradoks Pergerakan ini pernah dikemukakan oleh ahli falsafah zaman Yunani, Zeno of Elea, yang ada orang kata memang gila… Dan sememangnya dia terkenal kerana mengemukakan pemikiran – pemikiran pelik yang rasanya hanya difikirkan orang yang otaknya weng. Masalahnya… orang tak dapat bantah pemikiran Zeno ni walaupun oleh kepala – kepala yang paling bijak dalam sejarah.",
"Dalam satu paradoksnya, Zeno membuktikan bahawa ‘pergerakan dan kelajuan cumalah ilusi yang sebenarnya tak wujud’. Err hah? Itu merepek dan tak masuk akal! …. Jadi jom kita dengar apa hujahnya.",
"Mari kita semak pilihan yang ada, dan nilai mana yang mungkin betul…",
"Pilihan 1: Ada Pergerakan Paling Kecil! Tapi…",
"Katakan… kita anggap dunia ni sememangnya miliki satu jarak paling kecil yang merupakan had batasan terakhir untuk kita zoom in. Lebih kecil daripada itu, tiada pergerakan yang boleh didaftarkan.",
"Apa agaknya jarak paling kecil tersebut? Calon yang paling berkemungkinan boleh jadi adalah Panjang Planck, yang dinamakan sebagai unit kepanjangan paling kecil oleh Guinness World Records, iaitu sekecil 1.6 x10-35 m. Kecil macam tu? Sangat sangat kecil. Kita susah nak bayangkan pun. Kalau kita ambil sebiji atom, dan besarkannya sebesar alam semesta tampak, panjang planck adalah sebesar sebuah pokok.",
"Hukum fizik runtuh apabila kita mengembara ke alam yang lebih kecil daripada Panjang Planck, jadi mungkin inilah jarak paling kecil yang boleh dilalui oleh semua benda dalam alam semesta?",
"Tapi …. kalau betullah memang ada pergerakan yang paling kecil, dan tak ada jurang pergerakan yang lagi kecil daripada ini walaupun kita zoom in, ada satu masalah ….",
"Maksudnya pergerakan dan kelajuan ni tak wujud.",
"Hah?",
"Jika betul Panjang Planck adalah jarak paling kecil, maksudnya setiap objek yang bergerak sebenarnya cuma bergerak dengan melompat dari satu Panjang Planck kepada panjang planck yang lain. Panjang Planck ni jadi macam satu bingkai gambar dalam perisian animasi kita. Bermakna, dunia kita pun terdiri daripada siri – siri gambar yang dimainkan dengan jarak satu panjang Planck sebagai keyframe pergerakan. ",
"Dan seperti yang kita bincangkan awal tadi … animasi bukanlah pergerakan.. Ia cumalah satu ilusi kerana hakikatnya ia terdiri daripada gambar – gambar yang dimainkan dengan kelajuan FPS yang cepat. Setiap gambar itu tidak bergerak. Tidak bergerak + tidak bergerak + tidak bergerak = tidak bergerak. ",
"Jadi jika pada setiap panjang planck setiap objek sebenarnya tidak bergerak, maka kesimpulannya tiada apa sebenarnya yang bergerak dalam dunia ini.",
"Tak Ada Pergerakan Paling Kecil! Dunia Kita Infiniti Kecil!",
"Satu lagi anggapan yang kita boleh ambil tentang dunia kita adalah tak ada benda yang paling kecil. Setiap kali kita zoom in, akan sentiasa ada benda yang lebih kecil yang kita boleh zoom tanpa batasan.",
"Jadi ini mungkin boleh menyelesaikan masalah tiada pergerakan daripada pilihan pertama. ",
"Tapi ini membuka pada satu paradoks baru … yang lebih memeningkan… Bersedia ya.",
"Jika kita menganggap bahawa dunia kita infiniti kecil, maka tak ada benda yang boleh bergerak dalam dunia.",
"Ok sabar – sabar, jangan bergerak keluar daripada artikel ni dulu. Agak menarik ni.",
"Sekali lagi, masalah ini dikemukakan oleh Zeno dalam Paradoks yang dipanggil Paradoks Dichotomy. Paradoks ini ada dua versi , satu yang dipanggil progresif, dan satu lagi regresif.",
"Paradoks Dichotomy Progresif.",
"Bayangkan korang dikehendaki berlari dari garisan mula sehingga garisan penamat. Sebelum korang sampai ke garisan penamat, korang kena berlari 1/2 trek dulu. Kemudian korang berlari separuh lagi trek yang tinggal, iaitu 1/4 daripada jarak ke garisan penamat. Kemudian korang kena bergerak separuh lagi trek yang tinggal (1/8), separuh lagi (1/16), separuh lagi (1/32), separuh lagi (1/64)… Dan disebabkan ada seinfiniti jarak yang boleh dibahagi separuh, korang takkan boleh sampai ke garisan penamat walaupun korang berlari selamanya…. HAAHHHHH????",
"Paradoks Dichotomy Regresif. ",
"Paradoks ini terbalik dengan Progresif. Sebelum korang sampai pada garisan penamat, korang kena berlari 1/2 trek dulu. Sebelum korang lari 1/2 trek, korang kena lari 1/4 trek dulu. Sebelum itu, korang kena lari 1/8 trek , dan korang kena lari dulu lagi separuh, lagi separuh. Dan disebabkan ada infiniti separuh jarak yang korang kena lalui untuk mulakan pergerakan, korang tak boleh mula bergerak pun!",
"Dan inilah masalah kalau kita anggap dunia kita seinfiniti kecil!",
"Penyelesaian Paradoks Milenia Ini",
"…. Rasanya ramai antara anda yang mungkin menggaru kepala tak sabar melempar telefon pintar (atau pc) keluar tingkap.",
"“Dah apa gilanya mamat ni kata pergerakan tak wujud, tak boleh lari ke garisan penamat bagai? Hang pergi je la lari, confirm la sampai! Selesailah masalah pergerakan ni!”",
"Ya benar, memang ‘paradoks’ ini merepek dan tak masuk akal. Jadi pastilah senang saja ia dibantah dan dibuktikan salah betul?",
"…. Masalahnya tidak. Otak – otak terhebat dalam sejarah tak mampu memberi penyelesaian memuaskan terhadap masalah pergerakan yang dikemukakan Zeno. Macam mana kita boleh melengkapkan seinfiniti jarak dalam satu masa? Kalau ketika anak panah dilepaskan, ia terdiri daripada waktu – waktu (moments) yang ia tak bergerak, jadi macam mana ia bergerak?",
"Tidaklah sehingga 2000 tahun selepas paradoks ini dikemukan barulah jawapan yang konklusif berjaya diketengahkan. Iaitu tidak lain tidak bukan dengan menggunakan matematik moden, dengan senjata ampuh yang diberi nama kalkulus. ",
"Kesalahan Zeno adalah dengan menganggap 1/2 + 1/4 + 1/8 + 1/16 …+ (1/2)^n + …. sehingga infiniti adalah … infiniti. Pada zaman dulu, matematik belum cukup dikembangkan untuk menjawab pengiraan ini.",
"Namun dengan kalkulus yang dibangunkan pada akhir abad ke 17, akhirnya kita mendapati bahawa hasil tambah siri tak terhingga ini sebenarnya mencapah kepada satu nilai iaitu 1. Ia dinamakan sebagai siri geometrik menumpu.",
"Hasil tambah siri tak terhingga geometrik yang menumpu ini ditunjukkan dengan persamaan di bawah:",
"Dengan jarak kepanjangan sebenar siri geometrik ini jelas menumpu kepada nilai 1.",
"Bermakna dengan kita berlari separuh trek + separuh lagi + separuh lagi sehingga infiniti kali, kita akhirnya akan dapat melengkapkan panjang satu trek larian! Bukan infiniti! Ini dibuktikan dengan matematik!",
"Itu penyelesaian bagi tanggapan bahawa dunia kita terdiri daripada infiniti kecil jarak. Bagaimana kalau kita anggap dunia ini terdiri daripada jarak yang paling kecil (pilihan pertama)? Adakah kelajuan tetap tak wujud sebab kita cuma terdiri daripada momen – momen yang tidak bergerak?",
"Jawapannya pilihan pertama juga tetap dapat dijawab dengan menggunakan fizik moden dan kalkulus.",
"Iaitu dengan kita memahami konsep kelajuan seketika (instaneous speed). Biasanya kelajuan dikira dengan jarak dibahagi masa. Tapi untuk dapatkan kelajuan seketika, masa itu kita kecilkan sehingga menghampiri 0. Dan ini diperoleh juga dengan kalkulus.",
"Bermakna, dengan tanggapan fizik moden, satu objek itu sebenarnya miliki kelajuan pada setiap momen, pada setiap snapshot masa. Kelajuan ini terkandung pada setiap objek dalam bentuk kelajuan seketika. ",
"Maka walaupun kita anggap dalam dunia ini kita bergerak semacam animasi, dari satu keyframe kepada satu keyframe, kelajuan tetap wujud!",
"Tugasan Super – Buat Infiniti Benda Dalam Satu Masa",
"Jadi itu sajalah penyelesaiannya bukan? Tertumpaslah Paradoks Pergerakan Zeno?",
"Em…. Lebih kurang … Tidak juga. Sebab kita kini berhadapan dengan satu masalah baru. Ia kita kini beranggapan bahawa bagi setiap pergerakan yang kita lakukan, aktiviti yang kita buat, kita sebenarnya melakukan seinfiniti tugasan pada satu masa.",
"Hal ini dipanggil sebagai supertask – tugasan super.",
"Apabila kita menepuk tangan pada jarak 10 cm dalam masa satu saat, kita pertama kali perlu menggerakkan tapak tangan kita 5 cm, kemudian 7.5 cm, kemudian 9.9 cm, kemudian, 9.99 cm, kemudian 9.99999999999 cm, kemudian 9.999999999999999999….. cm sebelum akhirnya entah macam mana kita berjaya melengkapkan tugasan infiniti tersebut dalam masa 1 saat.",
"Sesetengah ahli matematik dan ahli falsafah mengatakan bahawa inilah realitinya, memang kita sebenarnya membuat seinfiniti benda dalam satu masa.",
"Tapi ada juga yang mengatakan pemikiran macam ini tak masuk akal. Mustahil kita buat seinfiniti tugasan! Antara contoh menarik yang dikemukakan untuk menampilkan betapa tak masuk akalnya pemikiran ini adalah Lampu Thomson.",
"Bayangkan kita ada lampu yang tak menyala. Setelah 1 minit kita tekan suis menyala. Setelah 1/2 minit kita tutup suis. 1/4 minit kemudian kita hidupkan suis. 1/8 minit lagi kita matikan pula. Dan ini membentuk satu siri geometrik tak terhingga yang akhirnya tertumpu tamat pada minit ke 2. ",
"Soalannya, pada minit ke 2, lampu itu menyala atau tutup?",
"Jawapannya adalah, kita tak tahu. Sebab lampu itu akan terus menyala dan tutup secara infiniti kali, dan untuk tahu sama ada ia menyala atau tidak pada akhir siri infiniti itu, kita kena tahu apa bilangan terakhir pada siri infiniti itu. Jika bilangannya genap, maka ia tertutup, jika bilangannya ganjil, maka ia menyala. Masalahnya infiniti adalah tidak terhingga, tiada penamat, jadi kita tak tahu apa status lampu pada ‘akhirnya’ (tapi ia kena berakhir juga pada minit ke 2)….",
"Kesimpulan?",
"Jadi berbalik pada soalan asal: “Dunia kita berapa FPS?”",
"Jawapannya …. kita tak tahu. Kita pertama kali kena tahu sama ada ",
"Dan kita tak tahu jawapannya. Bagi setiap andaian, ada masalah masing – masing yang mencabar kefahaman kita terhadap realiti. Dan ini bukan masalah moden, ia adalah persoalan yang telah dikemukakan beribu – ribu tahun yang telah menghantui pemikiran manusia, waima sampai sekarang.",
"Tapi mungkin satu pengajaran yang kita boleh ambil adalah, akal manusia terhad. Apabila diperhalusi, kita sukar nak menerangkan waima benda yang paling mudah dalam hidup kita, macam mana sebenarnya kita bergerak daripada titik A kepada titik B? Adakah kita meloncat – loncat macam dalam perisian suntingan video, atau kita melengkapkan seinfiniti tugasan dalam satu masa?",
"Sudah pasti, boleh jadi tak perlu pun fikirkan benda ni. Membazir masa pening – pening fikir benda pelik macam ni. Lain lah kalau masa kau banyak kena kuarantin dalam rumah. Eh.",
"Dan satu pengajaran terbesar adalah, sebenarnya korang tak malas. Apabila korang baring atas dan bergolek dari kini ke kanan, korang sebenarnya telah menyempurnakan seinfiniti tugasan pada satu masa. Korang lah orang paling rajin dalam dunia!"
] |
https://ajar.com.my/2020/04/11/kalau-tukang-gunting-mencukur-semua-yang-tak-cukur-diri-mereka-siapa-cukur-tukang-gunting/ | Kalau Tukang Gunting Mencukur Semua Yang Tak Cukur Diri Mereka, Siapa Cukur Tukang Gunting? | [
"Ada satu cerita yang cukup popular yang buatkan ramai orang garu kepala, termasuk ahli matematik! Malah cerita ini dikatakan menggoyahkan dan mengorek lubang pada keseluruhan subjek matematik!",
"“Katakan dalam satu pekan hanya ada seorang tukang gunting. Tukang gunting tersebut mencukur semua lelaki dalam pekan tersebut yang tidak mencukur diri mereka, dan hanya mereka.",
"Jadi siapa yang cukur tukang gunting?",
"Cerita ini macam mudah dan ringkas, sehinggalah kita fikir lebih mendalam sikit.",
"Bila tukang gunting rambut itu cukur masalah, bila tak cukur pun masalah, maka dah pasti ini kedengaran seperti satu paradoks!",
"Hal ini dipanggil sebagai Paradoks Tukang Gunting (Barber Paradox), dan ia merupakan satu alternatif yang disandarkan kepada Paradoks Russell berkenaan teori set dalam matematik pada abad ke 20.",
"Boleh ke satu set mengandungi dirinya sendiri?",
"Katakan korang ada koleksi buah – buahan yang banyak. Ada epal, oren, pisang… sebab anda suka makan buah.",
"Sekarang depan anda ada beberapa kotak ; ada kotak yang dilabel ‘buah warna merah‘, ‘buah yang bukan bentuk bulat‘, ‘buah tempatan‘.",
"Untuk setiap kotak, ada buah yang layak masuk ke dalamnya, dan ada yang tak layak. Epal, rambutan layak masuk ke kotak ‘buah warna merah‘, tapi buah oren tak layak (dah nama pun oren). Buah pisang tak layak masuk ke kotak ‘buah yang bukan bentuk bulat‘ tapi buah limau layak.",
"Tapi kalau ada satu kotak yang dilabel ‘buah’, maka semua buah layak masuk ke kotak tersebut.",
"Kotak tersebut adalah dianggap satu set yang mengumpulkan koleksi benda – benda yang memenuhi peraturan tertentu.",
"Dalam matematik, set adalah antara asas utama yang membentuk apa yang kita panggil matematik. Kita ada set untuk segala nombor yang lebih besar dari 0, set untuk nombor bulat, set untuk nombor negatif..",
"Semua benda dan konsep dianggap boleh dikategorikan dan dimasukkan dalam set.",
"Tapi boleh ke kita setkan set? Atau boleh ke satu set mengandungi dirinya sendiri? Jawapannya boleh!",
"Katakan ada satu set yang mengandungi segala benda yang bukan buah. Set tersebut bukan buah, jadi set itu mengandungi dirinya sendiri. Atau dengan kata ahli, set itu adalah ahli untuk dirinya sendiri. ",
"Tapi kemudian teori set ini runtuh apabila seorang ahli falsafah, Bertrand Russell mengemukakan satu masalah dan lubang besar teori set ini dalam bentuk satu persoalan:",
" “Katakan ada satu set yang mengandungi semua set yang tidak mengandungi dirinya. ",
"Adakah set itu merupakan ahli untuk dirinya sendiri?”",
"Cuba anda fikir:",
"Perkara terakhir yang kita mahu adalah satu benda yang merupakan asas utama matematik sebenarnya mengandungi percanggahan fatal! ",
"Soalan ini begitu menggegar dunia matematik sehingga ahli falsafah yang menghabiskan hidupnya mengembangkan teori set pengsan dan masuk ke hospital setelah mengetahui satu soalan ini ‘membunuh’ keseluruhan kefahamannya terhadap matematik.",
"Sekarang, paradoks ini telah miliki jawab balas yang menyelamatkan teori set. Antara lain adalah kita hanya boleh menggunakan dan menganggap wujud sesuatu objek yang terhad, pasti, dapat didefinisikan dan dapat dibina dengan prosedur yang jelas.",
"Jadi Apa Penyelesaian Paradoks Tukang Gunting?",
"Walaupun asalnya paradoks tukang gunting dianggap merupakan alternatif kepada paradoks Russell, namun sebenarnya ia … bukan paradoks. ",
"Mudahnya, cerita tukang gunting itu mengarut. Kita disuruh percaya bahawa ada satu pekan yang hanya ada satu tukang gunting yang hanya mencukur orang yang tak mencukur dirinya. Tukang gunting itu entah kenapa tak suruh orang lain cukur dirinya, atau pergi ke kedai gunting rambut pekan lain, atau tak membiarkan saja jambangnya tumbuh segar bugar tanpa dicukur!",
"Paradok hasil daripada cerita tukang gunting itu adalah satu bukti bahawa mustahil wujud situasi seperti yang diceritakan, ini dipanggil sebagai reductio ad absurdum. Disebabkan jika kita menerima premis awal cerita itu akan membawa kepada kesimpulan yang tak masuk akal, maka ia bukti bahawa premis asal itu salah.",
"Rujukan"
] |
https://ajar.com.my/2020/04/22/peribahasa-peribahasa-yang-tunjuk-melayu-ini-genius/ | Peribahasa – Peribahasa yang Tunjuk Melayu Ini Genius | [
"Melayu sememangnya terkenal dengan kelembutan dan kedalaman bahasa. Tak ramai yang sedar, tapi sebenarnya kehebatan dan kecerdasan pemikiran Melayu banyak dipantulkan dalam peribahasa, sehingga ia dianggap sebagai satu cabang ilmu yang genius. ",
"Banyak kajian bahasa moden terhadap peribahasa Melayu telah menemui mutiara kebijaksanaan tamadun Melayu terdahulu. Bagi satu peribahasa, terdapat banyak lapisan yang menghasilkan makna yang mendalam. Berikut adalah beberapa peribahasa yang setelah dibuat penilaian secara mendalam, ternyata menampilkan sisi genius orang Melayu.",
"Bagai Dedalu Api Hinggap Ke Pohon Kayu",
"Peribahasa ini membawa maksud “orang jahat, ke mana pergi, akan menyusahkan orang baik”.",
"Kenapa maksudnya begitu? Sebenarnya ini adalah hasil daripada pemerhatian orang Melayu terhadap alam, dan pengetahuan mereka tentang ilmu biologi yang kemudian diterjemahkan menjadi peribahasa yang bermakna. ",
"Dedalu merupakan sebuah tumbuhan parasit. Bermakna ia mengambil makanan daripada tumbuhan lain, serta bergantung hidup kepada tumbuhan lain. Sudahlah ia hidup menumpang, ia akan menyebabkan tumbuhan yang ditumpangnya pula yang kekurangan tenaga kerana berebut makanan.",
"Pokok dedalu parasit ini sering menumpang pada pokok buah – buahan seperti pokok rambutan, pokok jering, pokok jambu, mempelam dan pulasan. Akarnya masuk ke dalam lapisan floem dan xilem yang ditumpangnya sehingga banyak pokok yang mati.",
"Jadi orang Melayu zaman dahulu telahpun faham tentang konsep organisme parasit yang menumpang. Ini tidaklah dikatalogkan sepertimana jurnal saintifik, tetapi diterjemahkan dalam bentuk peribahasa yang langsung menyentuh memberi pelajaran kehidupan.",
"Pengajarannya, bila ada orang jahat seperti parasit yang hinggap pada orang baik, hidup menumpang, akhirnya akan rosaklah orang baik itu, sedangkan orang jahat si parasit itu pula membesar dan hidup senang. Maka perlulah dijauhi perangai seperti dedalu. (dan kena musnahkan dan bakar dedalu ini – bagaimana hendak diaplikasikan dalam dunia sebenar terpulang pada anda)",
"Sekerat Ular Sekerat Belut",
"Ada yang biasa dengar peribahasa ini? Ia bermaksud ‘seseorang yang tidak tentu pihak mana yang harus diikuti; atau juga munafik’ ",
"Kenapa ular dan belut dipilih? Apa kaitannya dengan orang munafik?",
"Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Malaysia, pemilihan belut itu untuk dikolokasikan kepada ular dalam peribahasa tersebut bukanlah dibuat secawa wewenang oleh masyarat Melayu dahulunya melainkan bersebab",
"Pertama sekali, dari segi fizikalnya (gambar atas), belut dengan ular tak banyak beza.",
"Belut sawah atau nama saintifiknya Monopterus albus Zuiew merupakan sejenis ikan dari keluarga Synbranchidea yang tidak mempunyai sirip atau sebarang anggota tambahan lain untuk bergerak. Ada pandangan umum yang melihat belut itu sebagai bangsa ular berikutan faktor fizikalnya yang persis menyerupai ular. ",
"Selain itu, pemilihan belut sebagai haiwan yang diperikan sifat munafik adalah kerana keadaan fisiologinya yang boleh berubah-ubah.",
"Belut itu bersifat hermafrodit, iaitu haiwan yang miliki dua kelamin, dan mampu melakukan penggantian kelamin. ",
"Belut mengalami fasa hidup awalnya sebagai betina dan berubah menjadi jantan setelah dewasa. Apa yang menariknya, belut jantan boleh menukarkan jantinanya menjadi belut betina apabila populasi belut betina menurun di sesebuah habitat.",
"Bagaimanapun, ketika berlangsungnya proses penggantian kelamin, belut akan menjadi agresif dan mempamerkan ciri-ciri kanibalisma dengan memakan sesama sendiri selama proses tersebut berlangsung.",
"Orang Melayu tahu sifat fisiologi belut ini itulah sebab haiwan ini dipilih, lalu mereka kaitkan dengan ular yang kita maklum biasa dikaitkan dengan sifat negatif lantas terlahirlah sebuah peribahasa yang terbaik yang menyampaikan mesej orang munafik.",
"Menanam Tebu di Bibir",
"Ini pun satu peribahasa yang agak ‘aneh’ jika kita fikirkan lebih mendalam.",
"Menanam tebu di bibir bermaksud ‘memberi janji – janji manis, orang yang bercakap dengan baik tetapi hatinya bermaksud jahat’.",
"Kenapa orang Melayu gunakan tebu untuk gambarkan sifat negatif? Bukankah tebu itu satu tumbuhan yang baik lagi manis? Kenapa dikaitkan dengan bibir pula untuk gambarkan janji palsu?",
"Jika kita teliti struktur tebu, kita akan dapat jawapannya. ",
"Apabila dilihat pada struktur tebu itu sendiri, tebu mempunyai daun yang tajam, kasap dan miang, kulit yang keras dan liat. Ia mempunyai ruas-ruas keras namun begitu menghasilkan air yang manis dan enak rasanya. Tebu mempunyai rasanya yang manis dan sedap tetapi strukturnya mempunyai ciri yang tajam yang pada masa sama akan menyakiti orang lain. ",
"Begitulah juga dapat difahami dengan janji-janji yang ditaburkan, manis didengar dan enak untuk ditelan tetapi ciri janji itu ada mempunyai ciri tajam, keras, miang dan liat. Kemanisan itu miliki durinya yang tersendiri. ",
"Bermakna, daripada contoh yang dikemukakan kita dapat lihat betapa halusnya akal budi Melayu yang diterjemahkan dalam bentuk peribahasa. Apabila dikaji, semakin banyak mutiara pemikiran yang dapat dikorek. Usahlah kita memandang rendah dan memomokkan bangsa kita sebagai malas, tidak saintifik, inovatif dan sebagainya. "
] |
https://ajar.com.my/2020/05/05/jantan-alpha-yang-gagah-dan-berani/ | Jantan Alpha yang Gagah dan Berani! | [
"Bila bercakap tentang jantan alpha, kita\nmesti membayangkan seekor haiwan yang ganas, besar, gagah dan berani. Malah\nsifat-sifat yang lain seperti pembuli, menindas, kejam dan diktator juga boleh\ndikaitkan dengan jantan alpha. Sifat-sifat ini selalu dikemukakan di dalam\ndunia haiwan yang sangat mencabar dan boleh dikatakan ‘savage’. Kalau kita\nlihat rantaian makanan di kawasan sekolah seperti daun dimakan ulat, ulat\ndimakan oleh burung, burung dimakan ular, ular dimakan orang (eh), kita tidak\nakan nampak dunia haiwan ni begitu ganas.",
"Tetapi kalau kita lihat di Benua Afrika,\nbarulah kita boleh membayangkan seekor singa yang membaham rusa gazelle dengan\nganas dan berlumuran darah. Ataupun melihat buaya membaham dengan ganas kepala\nwildebeest ke dalam sungai. Ini barulah kategori ganas. Dan semestinya yang\nmenjuarai rantaian makanan adalah jantan alpha pada setiap spesies haiwan\ntersebut*.",
"Jadi berbalik kepada persoalan asal, apakah\nperkara asal yang perlu dilakukan oleh jantan alpha?",
"Mungkin anda pernah mendengar singa jantan\ntidur selama 16 jam sehari [1]. Ia adalah benar, hal ini disebabkan mereka\naktif pada waktu malam. Malah mungkin anda juga sangka senangnya hidup sebagai\njantan alpha, tidur banyak boleh terus layak. Sebenarnya tidak begitu, tugasn\nsebenarnya lagi berat. Jantan alpha boleh didefinisikan sebagai seekor jantan\nyang menguasai kawanan, dan betina alpha adalah seekor betina yang menguasai\nkawanan. Hanya seekor sahaja ketua yang berkuasa dalam satu kawanan.",
"Frans de Waal, seorang pengkaji kelakuan\nchimpanzee di Amerika telah menterjemahkan semula terma jantan alpha dengan\nciri-ciri yang sebenar. Beliau berkata dalam Ted Talk beliau pada tahun 2017\nberkenaan tajuk ‘alpha male’ [2]. Beliau menunjukkan 2 ciri utama seekor\nchimpanzee jantan alpha;",
"Seperti gambar di bawah, ada beberapa kesimpulan kecil yang dapat dibuat. (1) jantan alpha dalam gambar tersebut bukanlah yang paling besar dalam kumpulan beliau, tetapi antara yang paling handal bergaduh. (2) Beliau ada pakatan sendiri yang terdiri dari kelas yang lain seperti Izaki (rambut kuning) dari kelas C. Kedua-dua ciri ini adalah contoh jelas pada seorang jantan alpha.",
"Kemudian kita nak kenalpasti apakah lagi yang menjadikan seseorang itu jantan alpha. Frans de Waal menjelaskan lagi bahawa, jantan alpha adalah seorang yang pemurah. Mereka akan cuba berbaik-baik dengan semua pihak untuk mendapat sokongan sebelum dan semasa menjadi jantan alpha. Gambar dibawah menjelaskan secara menyeluruh tentang ciri-ciri jantan alpha. Contohnya Dato’ Seri Najib Tun Razak kelihatan memegang bayi dan terlihat agak kekok dalam gambar tersebut, namun ia memberi petunjuk bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-6 ini sedang prihatin kepada rakyat. Beliau sedang membina hubungan baik kepada semua rakyat. Ia adalah ciri jantan alpha untuk memimpin kawanan dan dalam gambar ini memimpin rakyat.",
"Apa manfaat jadi jantan alpha?",
"Kalau dalam dunia haiwan, alpha male dapat\nmengawan dengan betina yang lebih ramai. Kelebihan mengawan ini akan melahirkan\nanak, dan pengukuran kepada kejayan kepada haiwan adalah keberjayaan melahirkan\nanak dan mengekalkan genetic individu jantan alpha dalam kawanan dan spesies.\nItu adalah pengukur kepada kejayaan dalam dunia haiwan. Kemudian dapat menguasa\nsumber makanan, jantan alpha akan ditakuti oleh jantan dan betina yang lain,\nmaka eksploitasi sumber makanan akan lebih mudah bagi jantan alpha tersebut.\nYang ketiga adalah kawasan rayau. Jantan alpha seperti harimau, singa dan\npemangsa yang lain memerlukan kawasan rayau yang luas mengikut spesies. Menjadi\njantan alpha akan memberi kelebihan untuk mencari makanan pada kawasan yang\nlebih luas.",
"Tapi apa je tanggungjawab jantan alpha ni?",
"Ada 2 tanggungjawab besar iaitu; (1) mengawal kawanan dan (2) menjadi empati. Ini dibuktikan oleh Frans de Waal dalam kajian chimpanzee, yang mana jantan alpha akan meleraikan sebarang konflik yang wujud dalam kawanannya. Penyelesaian konflik akan mengukuhkan lagi jawatan jantan alpha dalam kawanan. Bukan sahaja perlu menyelesaikan konflik, tetapi perlu mengkucar-kacirkan pakatan yang ada dalam kawanan anda. Sebarang pakatan lain dalam kawanan akan menjadi ancaman kepada jawatan jantan alpha. ",
"Bagi bahagian menjadi empati pula, ia bertujuan untuk meraih populariti dalam kawanan dan disukai ramai. Malah ia adalah tanggungjawab kepada jantan alpha untuk kekal iaitu menjaga kepentingan ahli kawanan. Chimpanzee jantan alpha akan lebih kerap menyisir bulu chimpanzee betina, bergerak bersama mantan jantan alpha dan lebih kerap bermain dengan bayi chimpanzee. Dua perkara ini akan menjadikan jantan alpha itu lebih lama kekal dalam kawanan dan disayangi sehingga ia mati.",
"Ditulis oleh:",
"Najmuddin Bin Mohd Faudzir",
"Pelajar PhD (Primatologi),",
"Universiti Tun Hussein Onn Malaysia",
"*Terdapat pengecualian bagi spesies haiwan yang diketuai betina alpha seperti dubuk dan bonobo.",
"Sumber:"
] |
https://ajar.com.my/2020/05/12/grit-sebab-kenapa-iq-tinggi-tak-semestinya-dapat-markah-bagus/ | GRIT – Sebab Kenapa IQ Tinggi Tak Semestinya Dapat Markah Bagus | [
"Korang tau tak? Pada tahun 2016, seorang saintis sosial barat yang\ntelah menukilkan perihal kegigihan ataupun “Grit”. Dia ialah Angela Lee\nDuckworth, seorang Professor Ulung Universiti Pennsylvania yang mengkaji dalam\nbidang psikologi dan sains sosial. ",
"Dalam bukunya iaitu Grit: The power of passion and perseverance dia membincangkan perihal betapa kegigihan bukan sekadar kepintaran otak dan ketinggian IQ sahaja yang membuahkan kejayaan seseorang. Buku ni hebatnya mampu bertahan pada carta buku terlaris (best seller) atau laku keras The New York Times selama 21 minggu! Yang lagi menarik ialah Duckworth telah berjaya meletakkan perkataan “Grit” sebagai satu trend dalam dunia polisi Pendidikan di Amerika Syarikat. ",
"Duhhh! Bukan ke benda ni suatu common sense yang semua orang tahu? Amende la omputeh ni benda remeh pon nak diperbesar-besarkan lepaih tu buat duit melalui jualan buku. ",
"Pada mula karier pendidikannya sebagai seorang guru, Duckworth mendapati bahawa ketinggian markah ujian dalam kelasnya bukanlah bergantung kepada IQ pelajar-pelajar di dalam kelasnya. Yang mempunyai IQ yang paling tinggi tidak semestinya mencapai markah yang elok dalam ujian dan sebaliknya pada yang mempunyai IQ beshe-beshe. ",
"Jadi dia\nmengeluarkan satu persoalan yang baginya agak penting untuk dijawab. Apakah\nkebolehan seseorang manusia untuk mempelajari dengan cepat dan mudah itu akan\nmenjadikan seseorang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan? Dalam erti kata\nlain, adakah sekiranya kita mampu menghafal dan memahami sesuatu konsep dalam\nmasa yang singkat akan menjadikan anda seorang insan yang mampu menerobosi\nkehidupan yang fana ini dengan jayanya? ",
"Jadi apa dia\nbuat, dia pergi sambung pengajian dalam bidang psikologi, mengkaji kanak-kanak\ndan dewasa daripada latar yang adi sukar (super challenging) bagi\nmenjawab satu persoalan yang asas:",
"“Siapa yang\nberjaya di sini dan kenapa?”",
"Duckworth dan teman-teman melakukan kajian terhadap akademi askar dan kaji siapa yang akan kekal dalam latihan dan siapa yang akan menarik diri. Mereka juga melakukan kajian terhadap peserta “National Spelling Bee” dan mengkaji peserta mana yang akan pergi ke pusingan yang paling jauh. Tak cukup lagi, mereka juga pergi ke kawasan yang mempunyai sekolah-sekolah yang bermasalah dan mengkaji cikgu mana yang akan bertahan di tempat-tempat tersebut dan mampu meningkatkan pembelajaran pelajar dan pelbagai lagi kajian yang telah dilakukan. ",
"Penamatan\nlatihan ketenteraan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di UK. Perlukan banyak\ngrit ni!",
"Dalam konteks-konteks yang berbeza tadi, Duckworth perasan bahawa intelek sosial, kehenseman dan kecantikan, kesadoan dan yang paling penting IQ tidaklah menjadi penyebab utama mengapa seseorang itu berjaya. ",
"Satu persamaan yang\nada pada semua subjek kajian yang berjaya ada ialah “Grit”.",
" Jadi apa itu Grit? Grit ialah kesungguhan (passion) dan ketabahan (perseverance) untuk matlamat jangka masa lama. Grit ialah stamina untuk menghadapi hari-hari bukan hanya untuk minggu yang akan datang, bulan yang akan datang malah tahun yang akan datang. Ini juga ditambah dengan pembantingan tulang yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan masa depan dan matlamat anda menjadi realiti. Dalam Bahasa Melayu orang cakap gigih. Kan senang gitu.",
" Duckworth dan rakan-rakan sekali lagi melakukan kajian terhadap beribu-ribu pelajar di sekolah-sekolah awam Chicago. Mereka dikehendaki untuk menjawab soal selidik grit dan setelah setahun, data mereka diambil sekiranya mereka berjaya menamatkan persekolahan ataupun tidak. Ye, diorang amik kira tentang status lain yang objektif contohnya pendapatan keluarga, markah peperiksaan, malah betapa mereka rasa selamat di sekolah (alah sekolah US kan suka tembak-menembak. Haha “First World Country”. Korang rasa takut nak pi sekolah kat Malaysia ni pun sebab cikgu disiplin dan demerit.) Dapatan mereka ialah, pelajar yang tinggi markah gritnya akan berjaya menamatkan sekolah dengan jumlah yang ketara. ",
"Konklusi\nDuckworth ialah, tidak kisahlah siapa anda, seorang youtuber, pembakar biskut,\npelajar anyaman bakul, grit anda akan menentukan betapa jauh anda akan\npergi dalam kehidupan. ",
" Jadi kalau grit ni merupakan faktor yang paling penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya macam mana kita nak tingkatkan grit kita? ",
"Jawapannya\nialah: Duckworth sendiri pun tak tahu.",
"Duckworth\nsendiri mengakui banyak lagi sains tak tahu pasal grit ni. Yelah, camne\nnak tau seseorang tu gigih ke tak. Kalau tanya asyik dapat jawapan, hanya Tuhan\nyang layak judge usaha aku.",
"Apa yang pasti\ndaripada kajian Duckworth ialah bakat (talent) anda takkan menjadikan\nanda seorang yang gritty. Ramai je orang yang berbakat dalam kajian ni\ntetapi tak komited dan akhirnya tak berjaya dalam sesuatu perkara. Malahan,\nlagi menariknya dapatan kajian menunjukkan grit mempunyai persamaan\nsongsang (inversely related) dengan bakat! ",
"Setakat ini,\nidea yang paling menarik Duckworth boleh terima untuk meningkatkan grit\nialah dengan “Growth Mindset” (Mindset Tumbesaran). Idea bahawa\nkebolehan anda untuk belajar bukanlah kaku dan tetap, tetapi berubah-ubah\nmengikut usaha dan daya yang kita letak. Dalam kajian ini, sekumpulan\nkanak-kanak yang telah diajar bahawa otak akan berkembang sekiranya dicabar\ndengan onak duri, adalah lebih tabah menghadapi cabaran apabila mereka gagal.\nIni kerana mereka percaya bahawa kegagalan bukan selama-lamanya!",
"Jadi, sekiranya\nkita ingin menjadi gritty berjaya dalam kehidupan, kita seharusnya\nbersedia untuk gagal, membuat kesilapan, memulakan semula DENGAN SYARAT kita\nbelajar daripada kesilapan-kesilapan tersebut! Lepas ni jangan mengada pergi\nlanggar PKP merentasi negeri dan cakap kat abam pulis, Azri cakap nak dapatkan grit\nkena melakukan kesalahan! ",
"Anda tahu\ntak, umat Islam telah diajar dengan konsep teguh mengikuti suatu jalan 1441\ntahun yang lepas. Bukan sekadar teguh untuk mencapai matlamat sesuatu, tetapi\njuga dengan harapan agar Allah meredhai perjuangan kita melakukan sesuatu.\nSeseorang muslim itu juga akan tetap kekal dengan perjuangannya mencapai\nmatlamat kerana ia memahami bahawa tiada suatu ujian pun yang Allah telah\nberikan kepadanya melainkan dengan kemampuan dan dayanya dan sekiranya ia\nmenghadapi kesukaran ia tahu bahawa Allah ada bersamanya.",
"“Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan\ndengan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah, 2:286) ",
"“Sesungguhnya\norang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah\nAllah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, maka tidak\nada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.\n(Al-Ahqaf, 46:13)",
"Dekat sini\nperlu ditekankan bahawa, kita tidak boleh mengetepikan kajian-kajian sains,\nnamun belajar daripadanya, malah bekerja keras lebih daripada dapatan kajian\nkerana matlamat duniawi punyai pengakhirannya. Selepas anda memperolehi markah\n100 then what’s next? Selepas anda dapat biasiswa MARA then what’s\nnext? Selepas anda menjadi Hokage what’s next? Adakah anda akan\nberhenti menjadi gritty?",
"Namun\nmatlamat seorang muslim adalah untuk masuk syurga dan mendapat redha Allah dan\nkita takkan mencapainya sehingga kita menghembuskan nafas terakhir. Maka\nbukankah sepatutnya seorang muslim itu adalah seorang yang gritty sampai\nmati?",
"Best gak\nboleh buat tagline, gritty sampai mati!"
] |
https://ajar.com.my/2020/05/25/fakta-fakta-sejarah-yang-rosakkan-tanggapan-masa-kita/ | Fakta – fakta sejarah yang rosakkan tanggapan masa kita | [
"Masa berlalu begitu cepat, kadang – kadang kita tak sedar sesuatu itu begitu jauh selang masanya daripada sangkaan kita.",
"Bila disebut tahun 90 – an, kita masih miliki persepsi ia cumalah belasan tahun lepas, tapi sebenarnya selang masanya adalah 30 tahun yang lalu. Wah lamanya. Tua dah anak – anak 90 an sebenarnya. ",
"Dan apabila kita dipertontonkan dengan beberapa figura dan fakta sejarah, kadang – kadang kita miliki persepsi masa yang salah. Kita ingat satu hal sejarah itu tak lah lama sangat, tapi sebenarnya ia lebih lama daripada sangkaan kita, begitulah sebaliknya. ",
"Jadi berikut adalah beberapa fakta – fakta sejarah yang merosakkan tanggapan masa kita.",
"1. Dari masa Pluto ditemui sampai waktu ia hilang gelaran planet dia, dia tak sempat pun habiskan satu lingkaran keliling matahari.",
"Kesian Pluto, planet kecil yang jauh terpinggir itu ditemui dan dinamakan sebagai planet yang rasmi adalah pada tahun 1930. Tapi tak lama kemudian, manusia menarik balik gelaran planetnya kepada planet kerdil ja, pada tahun 2006, 76 tahun setelah itu. Belum sempat pun dia habiskan satu lingkaran keliling matahari, sebab dia perlukan 248 tahun. Belum sempat dia sambut birthday sebagai planet dia dah jatuhkan dia.",
"2. Ada paus yang hidup lagi lama dari Istana Seri Menanti",
"Istana Seri Menanti ni adalah satu istana lama tanah Melayu yang merupakan warisan sejarah penting negara. Istana ni dibuat lama dah seratus tahun lepas pada tahun 1902 di Negeri Sembilan dan jadi tempat tinggal rasmi Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan.",
"Bangunan ni kita anggap lama dah, dan lebih kurang pembina – pembina asal yang membina istana ni mungkin semua dah tak ada dah. Tapi boleh jadi ada paus yang dah hidup waktu Istana tu baru dibina dan masih hidup sampai sekarang sebab panjang hidup paus Bowhead adalah hampir 200 tahun.",
"3. Cleopatra hidup lagi dekat dengan Iphone berbanding piramid pertama",
"Cleopatra adalah antara pemimpin perempuan yang paling terkenal dalam sejarah. Dia memerintah Mesir pada abad pertama SM dan jugak dianggap sebagai antara pemerintah wanita tercantik dalam sejarah, sehingga berjaya menawan hati Marc Antony, general Rome. ",
"Sebab Cleopatra ni hidup di Mesir, jadi orang memang biasa kaitkan dia dengan sejarah piramid, tapi sebenarnya cleopatra hidup lagi dekat dengan penciptaan Iphone berbanding dengan penciptaan piramid pertama.",
"Piramid Giza siap tahun 2560 SM, 2500 tahun sebelum Cleopatra. Iphone diperkenalkan 2007, 2037 tahun selepas Cleopatra. Hah?",
"4. Bila Piramid Giza dibina, gajah mamot masih lagi hidup",
"Eh jap, bukan gajah mamot yang dah pupus ni ni tinggal sekali dengan dinosaur ke? Habis cerita Ice Age 3 tu apa? ",
"Rupa – rupanya gajah mamot tinggal sekali berkongsi planet dengan manusia satu ketika dulu. Populasi terakhir gajah mamot adalah di Pulau Wrangel, Rusia dan tak pupus sampailah tahun 2000 SM. Pembinaan Piramid Giza berlaku cuma 100 tahun sebelum tu.",
"5. Al Azhar dah wujud beratus tahun sebelum empayar Aztec",
"Kat mana pernah dengar empayar Aztec ni ek? Oh empayar yang buat ritual korbankan orang atas altar tu ek? Yang buat pyramid ni? Yang ada pawang sihir pelik – pelik tu? Mesti diorang dah wujud beribu – ribu tahun kan?",
"Sebenarnya empayar Aztec ni wujud lamaa selepas Universiti al Azhar. Universiti al Azhar dibina tahun 970 M sedangkan empayar Aztec ni diasaskan di Mexico tahun 1428 M sampailah dijajah oleh kuasa Sepanyol pada tahun 1521. Oh pahlawan2 mereka hebat – hebat, tapi semua kalah sebab penyakit cacar air dah menjangkiti empayar tu.",
"6. Hukum Bunuh Gilotin terakhir adalah waktu filem Star Wars mula ditayangkan.",
"Hukuman gilotin adalah hukuman bunuh yang menggunakan kerangka kayu tinggi untuk menjatuhkan pisau, lantas memenggal kepala tahanan. Kita biasa tengok ni dalam cerita – cerita empayar Inggeris klasik zaman pertengahan, dan ia sangat popular penggunaannya sewaktu revolusi Perancis 1792.",
"Hukuman mati gilotin ini kemudian diharamkan ye lah, sebab tak sesuai la kot untuk zaman moden ni. Bayangkan orang letak gilotin ni tengah – tengah Aeon, sambil beli belah sambil tengok benda lain masuk dalam bakul. Tapi ia tak diharamkan lamaa ratusan tahun dulu, sebaliknya hukuman ini ditamatkan pada tahun 1977, 3 bulan lepas Star Wars pertama ditayangkan.",
"7. Nintendo diasaskan pada waktu sama dengan Hitler lahir",
"Ini mungkin paling meletupkan otak. ",
"Nintendo adalah syarikat gaming Jepun yang popular dengan watak Mario, tukang paip Itali yang cakap bahasa Inggeris dan nampak macam orang Mexico. Wow multicultural betul. ",
"Kita ingat dia wujud paling awal pun tahun 1960 tapi sebenarnya dia dah ada sejak tahun 1889 tahun kelahiran Hitler. Dan dia terselamat zaman World War 1 dan WW2. Sebenarnya, bom atom US patut dilepaskan di Kyoto, tempat operasi Nintendo. Tapi kemudian ditukar kepada Nagasaki. Maksudnya kalau bom atom tu tak jadi ditukar destinasinya, kita mungkin tak ada Nintendo sekarang."
] |
https://ajar.com.my/2020/05/26/teori-teori-saintifik-ditemui-orang-melayu-yang-kita-tak-tahu/ | Teori – teori Saintifik Ditemui Orang Melayu yang Kita Tak Tahu | [
"Dari dulu, pembelajaran sains kita di sekolah – sekolah sentiasa dilatari dengan nama – nama penemuan dan teori saintifik orang Barat. Nama – nama seperti Newton’s Law, Lenz’s law, Boolean, Gauss, Einstein’s theory of relativity, nombor Planck, Bohr model, Boyle’s law, Hubble constant, Heisenberg uncertainty principle, dan lain lain adalah penemuan dan teori saintifik yang ditampal dengan nama – nama Barat, lantas memberi konotasi bahawa sains seolah – olah hanya dimiliki oleh mereka.",
"Mengapa agaknya? Mungkin sebab yang biasa dijelaskan adalah kerana mereka memang banyak bereksperimen, banyak terlibat dengan sains sejak dari 500 tahun lepas, iaitu setelah mereka mencapai zaman pencerahan.",
"Namun begitu, boleh jadi juga kerana sebab lain. Boleh jadi juga kita asyik mendengar teori – teori dan penemuan saintifik yang ditempel dengan nama orang Barat adalah kegiatan mereka meng’klaim’ nama, walaupun pada penemuan – penemuan yang ditemui orang lain.",
"Dalam sejarah, terdapat banyak contoh penemuan saintifik yang diberikan nama bukan kepada empunya penemu yang asal, antaranya:",
"Malah ada satu peraturan yang mengatakan bahawa tak ada penemuan saintifik yang sebenarnya diberi nama kepada penemu yang asal. Law of eponymy.",
"Jadi yang akan tentukan nama siapa yang melekat pada satu teori atau penemuan adalah masyarakat. Masyarakat yang pilih nama siapa yang diorang yang tempel walaupun penemuan tu semua orang dah lama dah, dan nama yang ditempel tu tak ada sorang pun kenal (seperti Dunning Kruger Effect yang hakikatnya sama seperti peribahasa ‘jadi resmi padi, makin tunduk makin berisi’ atau kata – kata imam Syafi’e “makin aku belajar, makin aku rasa diri ku bodoh”)",
"Kesimpulannya, kitalah yang perlu menaikkan penemuan saintifik bangsa kita sendiri. Maka, berikut adalah beberapa teori – teori saintifik yang ditemui orang Melayu yang kita tak ketahui.",
"Fungsi Permukaan Said Ball",
"Konsep ini diperkenalkan oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan bin Said dan digunapakai dalam Reka Bentuk Geometri Dengan Bantuan Komputer (Computer Aided Geometric Design)",
"Prof Hassan Said telah berjaya mengitlakkan (generalize) fungsi asas Ball kubik kepada polinomial darjah yang lebih tinggi untuk permukaan.",
"Fungsi permukaan Said Ball ini digunakan dalam teknik untuk mengubah saiz imej digital. Masalah apabila kita mengubah saiz adalah ia akan kelihatan terpecah – pecah, tak licin dan memakan kuasa pemprosesan yang besar.",
"Fungsi Said Ball boleh mengisi ruangan pada maklumat piksel yang hilang dalam imej yang dihasilkan sehingga boleh mendatangkan ketepatan pada kualiti imej.",
"Aerofracturelastic",
"Aerofracturelastic adalah kaedah penilaian penyebaran rekahan pada sayap pesawat akibat daya angin, menggunakan Extended Finite Element Modeling.",
"Kaedah ini diperkenalkan oleh Dr Nur Azam Abdullah, PhD di fakulti kejuruteraan Mekanikal di University of Sheffield yang sekarang merupakan Pensyarah kanan di jabatan kejuruteraan mekanikal- aeroangkasa.",
"Beliau mendapati bahawa angin yang datang secara tiba -tiba ketika penerbangan boleh menyebabkan sayap kapal terbang bergetar secara membengkok dan terpulas. Disebabkan daya tarikan yang boleh mengakibatkan perkembangan rekahan, maka Dr Nur Azam membuat kajian untuk meramal sifat rekahan tersebut.",
"Ini adalah teknik terbaru untuk meramal penyebaran rekahan pada sayap pesawat yang belum pernah dibuat sebelum ini. Menurut pengkaji, kaedah ini dianggap maju melangkaui 5 tahun berbanding kaedah sedia ada yang belum digunapakai oleh industri kapal terbang termaju.",
"Nombor Fawzal",
"Nombor Fawzal merupakan kuantiti nirdimensi (dimensionless quantity) yang menerangkan nisbah pemindahan haba perolakan atau kapasiti penyejukan dengan kuasa yang digunakan oleh reka bentuk tersebut. Pada awalnya ia dikenali dengan Indeks Prestasi Penyejukan Rotor.",
"Kuantiti tersebut telah diperkenalkan Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Aid Fawzal) Istilah kuantiti tersebut kemudiannya ditukar kepada Nombor Fawzal (Fa) yang mengambil nama sempena nama bapa beliau iaitu Ahmad Fawzal.",
"Nombor tersebut digunakan untuk membantu menentukan prestasi penyejukan apabila parameter reka bentuk berubah terutama apabila mengendalikan kajian parametrik. Secara umumnya, semakin tinggi nombor Fawzal, semakin baik prestasi penyejukan.",
"Kini produk ciptaan mereka telah diguna pakai oleh beberapa pengeluar supercar dan hypercar bersama dengan “teknologi sistem penyejukan” yang telah beliau hasilkan. Dr Ahmad Syahid juga adalah antara pencipta sulung dalam “teknik penyejukan rotor” untuk mesin elektrik berkuasa tinggi."
] |
https://ajar.com.my/2020/05/29/perjalanan-ayam-dari-reban-hingga-ke-kfc/ | Perjalanan Ayam dari Reban hingga ke kuali | [
"Bayangkan, tengah PKP ni, tetiba kerajaan mengumumkan “semua restoran boleh beroperasi seperti sedia kala dan pelanggan boleh makan di restoran”. Anda dengan keterujaan dua bulan tak makan luar, bergegas ibarat mercun roket untuk ke kedai nasi kandar yang berada 200 meter di depan rumah anda.",
"Anda yang begitu kempunan tak makan luar, memesan nasi kandar ayam goreng berempah xtra spesel yang umami, juicy, pedas dan kaw. Huffff berasap-asap ayam dia. Ketika anda sedang menggigit dan menikmati krap-krup rangup drumstick, anda terfikir macam mana kedai-kedai makan yang lain mampu memenuhi permintaan orang yang kebulur macam anda untuk senantiasa menikmati ayam, daging yang paling versatile Allah ciptakan?",
"Di Twitter, seorang pengurus syarikat pembekal dan penternak ayam yang bernama Aiman Syafiq (@aiman_997; baru berusia 22 tahun tau!) telah berkongsi bersama para warga net fasal rantaian bekalan (supply chain) ayam segar sehingga ke restoran kegemaran anda mahupun kedai menjual daging ayam. ",
"Anak laa ayamm",
"Orang selalu bergaduh tentang apa yang datang dahulu, ayam atau telur? Itu semua persoalan yang memeningkan kepala, yang anda perlu tahu, permulaan ayam segar pun daripada pusat tetasan, dan pusat tetasan ini berbeza daripada pusat penternakan.",
"Pusat tetasan hanya membekalkan anak ayam kepada para penternak, dan menurut Aiman, mereka membeli ayam berumur 1 hari (Day Old Chicken; DOC) pada setiap hari. Baka ayam yang digunakan ialah ayam broiler (ayam pedaging; Gallus gallus domesticus). Ayam baka ini merupakan hasil pembiakan silang yang dilakukan lebih kurang 100 tahun lepas. Pada mulanya yang dibiaksilangkan ialah daripada baka ayam Cornish dan Plymouth Rock atas faktor pembiakan yang mudah, banyak dan daging yang lebih lumayan. Namun, ayam pedaging yang moden adalah sangat berbeza dengan baka silang Cornish-Rock yang asal, kerana terdapat baka lain juga digunakan untuk kepelbagaian dan menguatkan sifat baka.",
"Seperti norma kehidupan, anak-anak memang banyak songeh, dan anak ayam tidak terkecuali. Mereka memerlukan suasana yang optimal bagi menjalani tumbesaran yang terbaik seperti suhu, makanan malah kelembapan suasana broiler room (reban besar).",
"2 minggu yang terawal ayam adalah saat-saat yang terpenting bagi membenarkan anak ayam mencapai cita-citanya untuk menjadi ayam segar yang berjaya. Hal ini kerana, ini merupakan zaman mereka belum lagi mampu untuk mengawal proses metabolik badan, lantas menyukarkan mereka untuk mengawal suhu badan.",
"Masalah ini dihadapi kerana ketiadaan ibu ayam untuk memeluk mereka dan keadaan reban yang tertutup, tanpa matahari. Oleh itu, di reban, mereka akan dipancarkan dibawah cahaya lampu yang agak panas bagi menggantikan dakapan ibu ayam yang hangat.",
"Suhu reban seharusnya dijaga rapi supaya berada sekitar 34-35°C. Sekiranya suhu terlebih, anak ayam panting (mencungap-cungap) untuk mengeluarkan haba. Ini bukan sahaja menyebabkan anak ayam akan kekurangan air, tapi juga menyebabkan mereka tidak lalu untuk makan lantas menyusutkan berat badan mereka.",
"Selepas lebih kurang 4 minggu, ayam yang telah selamat bergraduasi daripada perindukan, akan menjadi ayam yang sihat, berjaya dan sedia untuk dihantar ke tempat-tempat yang sepatutnya.",
"Logistik",
"Sebelum nak naik “flight” ke institusi-institusi gastronomi yang seterusnya, ayam-ayam ini perlu ditangkap dan dibakulkan. Dalam dua jam, ladang Encik Aiman boleh membakulkan 4416 ayam bersamaan 368 bakul ataupun satu lori penuh. Kemudian, ayam-ayam ini akan dihantar ke pusat penyembelihan di mana ayam tersebut akan diproses untuk menjadi daging yang akan disulam indah dengan ramuan oleh chef, tukang masak yang pakar mahupun anda sendiri di dapur.",
"Setiap pusingan proses yang berlaku daripada mula sehingga akhir di ladang ternakan Encik Aiman akan mengambil masa dua bulan, dan menghasilkan 600,000 ribu ekor ayam. Ini bermakna ladang Encik Aiman mampu menghasilkan 3.6 juta ekor ayam setahun. Satu ladang sahaja sebenarnya tak cukup memandangkan orang Malaysia memakan 1.8 juta ekor ayam SEHARI!",
"Pertaniaan ialah perniagaan dan ilmu",
"Kami di Ajar sangat berterima kasih atas kesudian Encik Aiman Syafiq untuk membenarkan kami berkongsi ciapan miliknya bagi menyediakan artikel ini. Seperti yang anda telah baca, pertanian bukan sahaja satu perniagaan yang mampu untuk menguntungkan ummah, namun juga memerlukan ilmu yang luas supaya ayam-ayam ini mampu diternak dengan optimal, rahmah dan berperikemanusiaan.",
"Berikut ialah saluran Youtube Encik Aiman di mana beliau berkongsi mengenai ladangnya, jemput subscribe dan belajar daripada beliau: https://t.co/PSETfjRleK?amp=1 .",
"Kami mendoakan agar lebih ramai umat Islam mencebur bidang perniagaan dan membuang stigma masyarakat bahawa pertaniaan hanya melayakkan seseorang itu terporok di kampung. Tanpa penternak macam Encik Aiman, awak tak makan tau!",
"Rujukan"
] |
https://ajar.com.my/2020/06/01/ini-warna-paling-hodoh/ | Ini Warna Paling Hodoh | [
"Rasanya hampir setiap orang pernah ditanyakan warna kegemaran masing – masing.",
"Banyak yang memilih biru kerana ia menenangkan, merah kerana warna yang melambangkan cinta, dan hijau untuk kesihatan, atau hitam kerana ia bermisteri.",
"Tapi apa agaknya warna yang paling hodoh? Wujud ke warna tersebut?",
"Maka ayuh kita berkenalan dengan warna Pantone 448C yang dinobatkan sebagai warna paling hodoh dalam dunia. ",
"Warna tersebut adalah sejenis warna dalam sistem pewarnaan Pantone, yang dipanggil juga sebagai warna ‘coklat gelap menjemukan’.",
"Pemilihan warna tersebut bukanlah dibuat sesuka hati oleh seorang dua ahli politik yang ada isu peribadi dengan warna itu. Mana tahu, mungkin warna dinding restoran tempat mereka berpisah dengan kekasih lama.",
"Sebaliknya ia dipilih berdasarkan kajian agensi di Australia yang mahu mengurangkan galakan untuk orang membeli paket rokok.",
"Misinya adalah – pilih satu warna yang punyalah hodoh sampai orang rasa tak teringin untuk membeli paket rokok. Lebih kurang seperti tindakan meletak gambar kanser pada kotak rokok.",
"Agensi di Gfk Bluemoon memilih warna yang tidak berapa menawan ini setelah membuat kaji selidik ke atas ribuan perokok berkenaan warna mana yang paling tidak disukai mereka. Pantone 448C ini mendapat undian paling tinggi kerana responden rata – rata mengaitkannya dengan ‘kotoran’, ‘kematian’ dan ‘tar’.",
"Warna ini kemudian digunakan pada paket rokok di Perancis, UK, Norway, New Zealand, Slovenia, Arab Saudi dan Turki."
] |
https://ajar.com.my/2020/06/01/kenapa-monyet-penting/ | Kenapa monyet penting? | [
"Mesti anda tertanya-tanya kenapa monyet penting kat bumi ini. Kenapa monyet, beruk, kera, gorilla, chimpanzee, lemur, lutung dan segala keturunannya penting kat muka bumi ini? Selain daripada tercatat bagaimana sebilangan kaum bani israil yang disumpah menjadi monyet dalam Al-Quran dan bagaimana teori Darwin digembar-gemburkan bahawa manusia datang daripada monyet, apa sebenarnya fungsi monyet atau lebih tepat primat dalam muka bumi ini?",
"Sebagai pengenalan, primat adalah salah sebuah order dalam taksonomi mammalia. Ia diteorikan berevolusi dari order Scandentia (seperti tupai) kira-kira 82.8 juta tahun dahulu (Eizirik et al. 2004). Order primate boleh dicirikan sebagai mammalia berplasenta, berkuku, dengan orbit dikelilingi tulang, mempunyai 3 jenis gigi yang sekurang-kurang sekali tumbuh dalam kitaran hidup, otaknya mempunyai lob hadapan dan calcarine sulcus, mempunyai sepasang jari yang bertentangan dengan jari lain, mempunyai kuku rata, mempunyai caecum (pangkal usus besar), penis, testis scrotal dan dua pectoral mammae (Mivart 1873). Ini adalah definisi klasik untuk mencirikan primat atau lebih sinonim dengan nama monyet.",
"Kepelbagian primat ini boleh didapati sekecil-kecil lemur tikus (Microcebus berthae) seberat 31g dan sebesar-besar gorilla (Gorilla gorilla) seberat 195kg. Ia boleh didapati di benua Amerika tengah, Amerika Selatan, Afrika, Eropah Selatan, Pulau Madagascar, Asia tengah, Asia Selatan, Asia Timur, dan Asia Tenggara. Haiwan ini amat unik dari segi kemajuan perkembangan kepintaran dan struktur social kerana menghampiri manusia. Apatah lagi dari persamaan jujukan DNA chimpanzee menghampiri 98% sama seperti manusia.",
"Namun apa kepentingan mereka terhadap alam sekitar, manusia, mahupun kepada cabang-cabang ilmu yang lain?",
"Mari kita mulakan kepentingan monyet ini dengan yang paling signifikan kepada mereka; kepentingan ekologi. Primat adalah pemangsa, mangsa dan pesaing dalam rantaian makanan di habitat mereka dimana peranan ini akan mengukuh struktur, fungsi dan kebolehtahanan ekosistem. Umumnya, monyet merupakan pemakan buah dan tumbuhan yang lain. Dalam kajian kami, monyet didapati memakan buah, biji, dedaun, pucuk, kulit kayu dan bunga. Aktiviti pemakanan ini membantu secara terus untuk penyebaran benih pokok-pokok hutan dan pendebungaan. Bahkan pemakanan dedaun akan menggalakkan tumbesaran pokok-pokok hutan yang tak diganggu manusia. Khususnya pokok hutan yang bersaiz besar seperti buah mangga, ara, yang memerlukan penyebar benih yang besar seperti ungka tangan putih (Hylobates lar). Strategi bagi pokok hutan untuk menyebar benih akan menjadikan buah-buahan mereka semenarik mungkin untuk primat dan burung untuk makan. Melalui cara ini, mereka akan lebih berjaya bermandiri apabila benih mereka tersebar jauh.",
"Primat pula membantu pokok ini dengan empat strategi berdasarkan kumpulan masing-masing. Orangutan dari kumpulan primat besar (great ape) menyebar benih dengan kawasan rayau yang luas dan kapasiti perut yang besar. Dengan cara ini, benih yang terdapat dalam perut orangutan akan berpeluang bercambah lebih jauh dari pokok induk. Ungka, mampu mencapai pokok hutan yang tinggi dan bergerak menelusuri pokok hutan dengan pantas selaju 40 km/h. Dengan cara ini, pokok hutan yang tinggi akan mampu dicapai ungka dan disebar benih oleh ungka dengan berjaya. Kera adalah primat yang bergerak dalam kawanan yang ramai yang boleh mencecah sehingga 50 individu. Mereka membantu menyebar benih dengan membawa kawanan yang besar dan meningkatkan peluang percambahan benih pokok dengan lebih tinggi. Lutong, dari kawanan primat pemakan daun spesifik meminati kulit buah dan tidak memakan biji buah. Maka ia tidak akan mencederakan biji buah untuk biji tersebut bercambah menjadi anak pokok yang baru. Begitulah pentingnya primat kepada ekosistem sekitarnya selain daripada memangsa serangga, dan menjadi mangsa untuk pemangsa yang lebih besar seperti helang dan kucing pemangsa (harimau, kucing hutan, anjing).",
"Dalam menilai kepentingan mereka yang kedua, kita boleh lihat pada aspek perubatan dan haiwan model. Primat telah menjadi model bagi menguji vaksin, antivirus, ubatan dan model bagi pelbagai penyakit lagi. Sebagai contoh adalah virus COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, primat seperti kera (Macaca fascicularis) dan kera Rhesus (Macaca mulatta) telah dijadikan model haiwan untuk menguji antivirus dan vaksin. Mereka juga telah menjadi model bagi penyakit HIV/AIDS, atherosclerosis, penyakit pernafasan, dadah psikoaktif, kesihatan mental, endokrinologi dan immunologi. Struktur sosial mereka yang mempunyai banyak persamaan dengan manusia menjadikan mereka model untuk memahami struktur sosial, kasta, pengurusan konflik, keibubapaan, kognitif, pembelajaran dan memori, dan evolusi penggunaan alatan dan Bahasa. Mereka telah menyumbang kepada pemahaman yang tinggi dan mendalam terhadap ilmu-ilmu yang tidak dapat diteroka sebelum ini. Bahkan model badan mereka telah menjadi salah satu asbab kepada kemajuan vaksin dan perubatan dunia moden ketika ini. Bahkan menurut petua di hutan, apa yang kera makan, kita boleh makan melalui penilaian awal. Mereka adalah guru yang kita boleh contohi di dalam hutan mahupun dunia moden.",
"Kepentingan terakhir ini adalah berkaitan dengan kemasyarakatan dan kebudayaan manusia. Primat telah menjadi haiwan penting dalam kebudayaan manusia secara global. Sebagai contoh, lutong Hanuman (Semnopithecus entellus) adalah salah satu dewa dalam agama Hindu. Primat juga telah disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 65 yang mafhumnya:",
"“Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka, ‘Jadilah kamu kera yang hina’,” (QS. Al-Baqarah: 65).",
"Dalam hikayat sang kancil juga disebut kisah sang kancil dan monyet yang menunjukkan kepentingan sosiobudaya haiwan ini dalam peradaban dunia melayu. Walaupun kepentingan ini tidak dilihat darurat dalam erti kata fizikal, ia tetap salah satu item dari keseluruhan hidup manusia.",
"Sebagai penutup, jika anda lihat primat ini sebagai makhluk pengacau sebelum ini, percayalah ia lebih daripada itu dan mempunyai kepentingan yang besar pada kehidupan anda secara amnya. Mereka juga makhluk yang diciptakan oleh Allah dan semestinya mempunyai manfaat di dunia ini. Wallahu’alam.",
"*Artikel ini diolah dari makalah ulasan Impending extinction crisis of the world’s primates: Why primates matter oleh Estrada et al. 2017.",
"Ditulis oleh:",
"Najmuddin Bin Mohd Faudzir",
"Pelajar PhD (Primatologi) UTHM,",
"Rujukan:",
"Eizirik, E., Murphy, W. J., Springer, M. S., & O’Brien, S. J. (2004). Molecular phylogeny and dating of early primate divergences. In Ross C. F. & Kay, R. F. Anthropoid Origins. Boston, MA: Springer. 45-64.",
"Estrada, A., Garber, P.A., Rylands, A.B., Roos, C., Fernandez-Duque, E., Di Fiore, A., Nekaris, K.A.I., Nijman, V., Heymann, E.W., Lambert, J.E. and Rovero, F., 2017. Impending extinction crisis of the world’s primates: Why primates matter. Science advances, 3(1), p.e1600946.",
"Mivart, St. G., (1873). On Lepilemur and Cheirogaleus, and on the zoological rank of the Lemuroidea. Proc. Zool. Soc. Lond. 1873. 484–510."
] |
https://ajar.com.my/2020/06/03/ayam-suntik-merosakkan-manusia/ | Ayam Suntik Merosakkan Manusia? | [
" Seingat saya dulu, bahkan kini, kecoh bahawa ayam yang kita makan di pasaran itu semuanya adalah ayam yang disuntik dengan hormon supaya membesar dengan cepat dan gemuk. Pada masa yang sama, ada juga yang berkonspirasi bahawa suntik-menyuntik ayam ini ialah agenda untuk merosakkan kehidupan manusia.",
"Sekali lagi, encik Aiman daripada artikel kami tentang hikayat ayam minggu lepas berkongsi sedikit ilmu beliau berkenaan dengan ayam suntik. Persoalan pertama yang kita perlu jawab ialah, benarkah bahawa ayam yang terdapat di pasaran telah disuntik?",
"Jawapannya: Ya. Tetapi bukan pada ayam yang anda makan dan bukan dengan hormon, tetapi vaksin. Amalan suntikan hormon pada ayam telah diberhentikan pada tahun 80-an (FLFAM). ",
"Ayam pun perlu diimunisasikan",
"Sebelum kita pergi kepada apa yang disuntik ke dalam ayam, kita perlu ketahui terdapat tiga ayam (poultry) yang mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza:",
"Ayam baka ni tak lain tak bukan, kerjanya bertelur sahaja dan harus dipasang-pasangkan untuk mengawan. Ayam betina akan menghasilkan telur kuning (yolk) yang seterusnya akan mengembara melalui tiub ovari. Ayam jantan diperlukan bagi mempersenyawakan telur kuning tersebut lalu menghasilkan embrio. Setelah disenyawakan selama lebih kurang 24 jam, terhasillah telur yang akan menetaskan anak ayam. ",
"Ayam penelur pula lebih kurang sama, tetapi tidak dipasangkan dengan ayam jantan. Hal ini adalah untuk menghasilkan telur yang tidak berembrio. Ni telur yang korang makan hari-hari tu. Jadi, tak perlulah rasa bersalah dan bermonolog “kalau makan telur aku makan anak ayam yang cumilsz :’( ”.",
"Kedua-dua ayam ini disuntik dengan vaksin. Seperti manusia, ayam pun tidak kebal dengan pelbagai penyakit dan memerlukan suntikan vaksin. Suntikan yang dilakukan pada ayam adalah seperti di leher, dada, kepak, kaki dan bontot.",
"Sekiranya tidak disuntik, ayam tersebut mungkin terdedah dengan beberapa penyakit seperti:",
"Ayam yang anda makan",
"“TaPi sAYa TawRqZ SuWker DEngaNs SunTiK-mENyuNtiK nI”. Aduhai. Jangan risau ye, ayam yang anda makan tu, iaitu ayam pedaging, tidak disuntik. Ayam ni masih lagi diberikan vaksin, tetapi melalui minuman dan yang digunakan secara meluas ialah untuk Infection Bursal Disease (IBD). Ye la, takkan nak makan ayam yang berpenyakit dan murung kan?",
"Kebajikan ayam itu satu rahmah",
"Vaksin yang diberikan kepada ayam-ayam baka ini merupakan tanggungjawab penternak seperti encik Aiman menunjukkan rahmatan lil alamin manusia kepada alam di samping memastikan ayam yang sampai di pinggan anda nanti ialah ayam yang tidak berpenyakit.",
"Bukankah Allah menurunkan kita sebagai khalifah yang akan menjaga kebajikan alam? Anda tak kesian ke ayam kena kemurungan kalau tak divaksin? L",
"Begitu juga, dengan ura-ura mahupun tohmahan yang diberikan pada ayam, kita kena kaji sebelum kita menerima dan mentaklid secara buta dan bulat-bulat.",
"Pertaniaan ialah perniagaan dan ilmu",
"Kami di Ajar sangat berterima kasih atas kesudian Encik Aiman Syafiq untuk membenarkan kami berkongsi ciapan miliknya bagi menyediakan artikel ini. Seperti yang anda telah baca, pertanian bukan sahaja satu perniagaan yang mampu untuk menguntungkan ummah, namun juga memerlukan ilmu yang luas supaya ayam-ayam ini mampu diternak dengan optimal, rahmah dan berperikemanusiaan.",
"Berikut ialah saluran Youtube Encik Aiman di mana beliau berkongsi mengenai ladangnya, jemput subscribe dan belajar daripada beliau: ",
"Kami mendoakan agar lebih ramai umat Islam mencebur bidang perniagaan dan membuang stigma masyarakat bahawa pertaniaan hanya melayakkan seseorang itu terporok di kampung. Tanpa penternak macam Encik Aiman, awak tak makan tau!",
"Rujukan"
] |
https://ajar.com.my/2020/06/04/nombor-0-ciptaan-agung-manusia-yang-sebenarnya-dicipta-orang-melayu/ | Nombor 0 – Ciptaan Agung Manusia yang Sebenarnya Dicipta orang Melayu | [
"0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9",
"Inilah 10 angka yang kita gunakan setiap hari dalam kehidupan kita untuk mewakili sebarang nilai, bilangan dan nombor. 10 angka ini dikenali sebagai Sistem Angka Hindia-Arab (Hindu-Arabic Numerals System). Sistem Angka Hindia-Arab adalah sistem angka asas 10, juga dikenali sebagai perpuluhan (decimal). Dengan menyusun angka-angka ini, kita boleh membentuk sebarang nombor dengan mudah dan ringkas. Sebagai contoh, seribu boleh ditulis dengan angka 1000 dan tiga puluh lapan ribu enam ratus dua puluh lima boleh ditulis sebagai 38625.",
"Sistem Angka Hindia-Arab adalah istimewa kerana sistem ini mempunyai angka ‘0’ dibaca sifar, kosong atau zero. Tahukah anda, angka ‘0’ adalah angka yang terakhir dicipta dalam sistem angka ini. Menurut sejarah, angka sifar hanya dicipta di antara abad ke-7 hingga abad ke-9. Sebelum daripada itu, angka sifar tidak mempunyai symbol untuk mewakilinya. Walaupun konsep kosong atau tiada memang sudah lama wujud. Tetapi untuk mewakilkan simbol kepada sesuatu yang tidak ada masih belum dapat digarap sebelum abad ke-7.",
"Sebagai contoh, sistem angka Roman yang tidak mempunyai angka sifar. Apabila nilai sesuatu bilangan mejadi semakin besar, simbol baharu akan diperkenalkan. Sebagai contoh, V adalah symbol bagi bilangan 5, X bagi 10, L bagi 50, C bagi 100 dan M bagi 1000. Ini menjadikan sistem angka Roman mempunyai banyak symbol yang perlu diingat. Dan sistem angka ini tidak mudah digunakan terutamanya untuk mencatat bilangan yang besar.",
"Di Eropah, Sistem Angka Hindia-Arab hanya mula di adaptasi pada abad ke-12 melalui buku t Tokoh Matematik Islam, Al-Khwarizmi yang bertajuk Kitab al-Jam’ wal Tafriq bi hisab al-hind diterjemahkan ke Bahasa Latin bertajuk Algoritmi de Numero Indorum masuk ke Eropah. Disebabkan inilah Sistem Angka yang digunapakai secara meluas diseluruh dunia ini kenali sebagai Sistem Angka Hindia-Arab kerana ia dating dari Arab dan India.",
"Kemudian hamper semua sistem Angka di dunia ini mengadaptasi dan memasukkan angka sifar kedalam sistem angka masing-masing. Dan kebanyakan Sistem angka yang lin masih mengekalkan bentu asal angka sifar sama ada bulatan atau titik.",
"Sistem angka mengekalkan bentuk sifar sebagai bulatan atau titik",
"Siapa Pencipta Sistem Angka Perpuluhan dan Angka Sifar?",
"Namun, diantara Arab dan India, siapakah yang paling awal mencipta sistem ini yang ada angka sifar di dalamnya?",
"Inilah persoalan yang selalu menjadi perdebatan ahli matematik. Untuk menjawab persoalan ini, kita mestilah merujuk kepada tinggalan sejarah yang ada tercatat padanya angka sifar. Untuk itu, kita akan membuat carta kedudukan berdasarkan Tarikh yang paling lewat kepada yang paling awal. Maka tinggalan sejarah yang bertarikh paling awal itulah bukti pencipta sistem angka perpuluhan dan angka sifat",
"Nota: Prasasti adalah sama maksud dengan Batu Bersurat.",
"Prasasti Gwalior, Kuil Chaturbhuj, India (876 Masihi)",
" Di wilayah Gwalior, India, terdapat sebuah kuil tinggalan Dinasti Gurjara-Pratihara yang di dalamnya ditemui sebuah batu bersurat yang tercatat angka sifar. Prasasti Gwalior mencatatkan keluasan ladang masyarakat disitu berukuran 187 hasta kali 270 hasta. Pada angka 270 terdapat angka sifar yang berbentuk bulatan. Inilah bukti sejarah angka sifar yang terdapat di India.",
"Buku Al-Khwarizmi (Kitab al-jam’ wal tafriq bi hisab al-hind) 825 Masihi",
" Tokoh matematik islam, Al-Khwarizmi telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Kitab al-jam’ wal tafriq bi hisab al-hind yang bermaksud Buku tentang pengiraan berdasarkan angka Hindia. Di dalam buku ini, terdapat angka sifar (???) shifr. Walaupun Salinan asal buku ini telah hilang, tetapi terjemahan Latin kepada buku ini masih wujud bertajuk Algoritmi de numero indorum. Terjemahan Latin inilah yang sampai ke eropah dan angka sifar diterjemahkan sebagai zipherum dan kemudian menjadi zero. Inilah bukti sejarah yang menunjukkan angka sifar digunakan di tanah Arab.",
"Prasasti Batu Kapur, Sriwijaya, 686 Masihi",
" Prasasti Batu Kapur adalah batu bersurat tinggalan zaman kerajaan Melayu Sriwijaya. Pada batu bersurat ini tercatat angka 608 yang terdapat angka sifar berbentuk titik bulatan. 608 adalah merujuk kepada Tarikh prasasti ini iaitu 608 Saka, bersamaan 686 Masihi. Batu bersurat ini ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno dalam tulisan Pallava. Prasasti ini jauh lebih awal berbanding Prasasti Gwalior dan Buku Al-Khwarizmi.",
"Prasasti Talang Tuwo, Sriwijaya, 684 Masihi",
" Satu lagi batu bersurat tinggalan Kerajaan Melayu Sriwijaya ditemui di Palembang. Pada batu bersurat ini tercatat angka 606 yang mempunyai angka sifar berbentuk titik bulatan. 606 pada batu ini merujuk kepada Tarikh batu bersurat ini iaitu 606 Saka bersamaan dengan 684 Masihi. Batu bersurat ini juga ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno dalam tulisan Pallava.",
"Prasasti Sambor, Khmer Lama, 683 Masihi",
" Di Sambor, Kemboja yang dahulunya adalah Kerajaaan Khmer Lama, ditemui satu batu bersurat yang tercatat angka sifar. Pada batu bersurat ini tercatat angka 605 yang merujuk kepada Tarikh prasasti ini iaitu 605 Saka bersamaan dengan 683 Masihi. Batu bersurat ini telah ditemui pada tahun 1931 namun dikatakan termusnah oleh regim Pol Pot. Tetapi pada tahun 2013, kerajaan Kemboja mengumumkan Prasasti tersebut telah ditemui semula.",
"Prasasti Kedukan Bukit, Sriwijaya, 682/683 Masihi",
"Inilah satu lagi batu bersurat tinggalan kerajaan Melayu Sriwijaya dan juga yang tertua di dunia. Pada Prasasti ini, tercatat angka 605 atau 604 yang mempunyai angka sifar sama seperti Prasasti Talang Tuwo dan Batu Kapur. Ahli sejarah berbeza cara membaca tulisan pada batu ini kerana angka ketiga pada prasasti ini tidak begitu jelas sama ada 4 atau 5.",
"605 atau 604 pada batu bersurat itu adalah Tarikh prasasti ini iaitu 605 atau 604 Saka yang bersamaan dengan 682 atau 683 Masihi. Maka Prasasti Kedukan Bukit adalah lebih tua atau sama Tarikh dengan Prasasti Sambor. Namun berdasarkan Kajian Prof. Emeritus Shahahir Mohd Zain, tokoh matematik Malaysia dalam kajian beliau. Prasasti Kedukan Bukit lebih awal berbanding Prasasti Sambor. Ini menjadikan Prasasti Kedukan Bukit adalah bukti tertua angka sifar di dunia.",
" Pada tahun 2019, Prof. Emeritus Dr Shaharir Mohd Zain telah menghasilkan satu kajian tentang Sistem Angka Perpuluhan yang Diketahui Tertua di Dunia dan membuktikan sarjana Melayu dari Malayonesia (Istilah bagi Kepulauan Melayu) dari Sriwijaya adalah pencipta asli sistem itu. Ini menunjukkan orang Melayu mempunyai ketamadunan yang tinggi dari segi ilmu. Bagi yang berminat untuk membaca jurnal kajian Prof Shaharir, pautan jurnal tersebut boleh didapatkan disini. ",
" Namun dunia tidak begitu berminat dengan penemuan ini. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyebar luaskan maklumat ini kepada masyarakat agar lebih ramai yang mengetahui fakta ini dan kita sedar nilai sejarah disebalik penemuan ini. Semoga ia menjadi pemangkin kepada kita untuk lebih gigih mengkaji tinggalan sejarah kita."
] |
https://ajar.com.my/2020/06/08/kenapa-habuk-rumah-anda-tak-pernah-habis/ | Kenapa habuk rumah anda tak pernah habis? | [
"Bila dah ada rumah sendiri ni, tak dapat la nak mengharapkan orang lain untuk mengemas rumah. Ada suatu perkara yang penulis dapati menjengkelkan ketika mengemas rumah ni, habuk dan debu. Baru je penulis sapu rumah, bersihkan rak dan para semalam dah rasa benda yang melekat-lekat di kaki dan salji debu meliputi para. Dekat setiap hari kemas tak hilang-hilang jugak. Kalau menyapu boleh kuruskan badan dan bagi enam ketulan di perut takpe la jugak.",
"Untuk menumpaskan sindiket habuk yang tidak pernah kehabisan stok habuk, penulis pun melakukan sedikit kajian. Namun, jawapan yang ditemui sangat-sangat mengejutkan dan menakutkan.",
"Habuk memang takkan pernah habis",
" Adalah sangat mengejutkan diri yang rajin menyapu ini apabila mendapat tahu bahawa dalang sindiket habuk yang terbesar ialah manusia sendiri!",
" Habuk adalah satu gumpalan agregat yang diperbuat daripada serat benang, kertas, rambut, cebisan kulit manusia, tanah-tanah, debu dan pelbagai lagi benda-benda yang halus. Warna gumpalan habuk pula adalah berasal daripada bahan yang membuatkan habuk, kebanyakannya warna kelabu sebab serat kain kalau satu-satu dan kulit manusia yang dah mati memang warna kelabu.",
"Mekanisma gumpalan habuk",
"Jika anda perasan, sekiranya terdapat suatu cahaya menyinari bilik yang gelap anda akan mampu melihat partikel-partikel halus berterbangan di udara dan percayalah ianya akan kekal di udara untuk masa yang lama. Hal ini kerana mengikut Hukum Stoke, saiz partikel habuk yang kecil akan dipaksakan daya geseran yang tinggi berbanding daya graviti, menyebabkan habuk hanya akan mendarat di lantai pada masa lebih kurang 5 hari.",
"Habuk-habuk sangat mudah tergumpal antara satu sama lain. Ini menghasilkan gumpalan kelabu yang menjengkelkan dan sekiranya anda alergik kepada habuk seperti aku, ternyata akan menyebabkan tindak balas bersin seperti mesingan. Gumpalan ini ialah kerana habuk mengandungi cas statik dipol-dipol (Matthews & Hyde, 2009), hasil interaksi antara habuk dan udara.",
"Apabila habuk bergeser dengan udara yang berfungsi sebagai bendalir, cas positif habuk akan berhijrah ke suatu sudut dan akan menjadi tertumpu. Hal ini akan menyebabkan perbezaan cas yang ketara dan membahagikan habuk kepada dua bahagian, bahagian yang tinggi cas positif dan bahagian yang tinggi cas negative.Kedua-dua bahagian yang berbeza ini adalah tertarik antara satu sama yang lain lantas menjadi satu gumpalan yang menjengkelkan. ",
"Cara untuk menangani sindiket habuk",
"Ketakutan yang amat besar dirasakan olehku ketika diri mendapat tahu bahawa aku harus mengemas rumah setiap hari sehinggalah aku pergi daripada dunia yang berhabuk ini. Sekiranya ada manusia atau barangan seperti karpet dan tekstil yang wujud sahaja di sesuatu tempat, minta maaf, habuk akan senantiasa dihasilkan.",
"Ada orang kata boleh gunakan air purifier. Tapi kalau tengok artikel-artikel dalam talian pula, kata kotak angin tu tipu je. Ada yang kata kalau HEPA ok je. Entah la, aku pun tak pernah pakai. Kalau korang ada pengalaman pakai air purifier cuba kongsi sikit dengan kami.",
"Yang pastinya, untuk mengelakkan debu ni banyak sangat dalam rumah kena la bersihkan setiap hari. Tak boleh malas eh. Kalau tak, satu lagi makhluk yang menghantui dan membawa penyakit dalam kehidupan anda, kutu hama. Betul lah kata orang, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, rumah berkutu hama. Eh?",
"Rujukan:"
] |
https://ajar.com.my/2020/06/09/menurut-fizik-mustahil-ke-kita-berkamehameha/ | Menurut Fizik, Mustahil Ke Kita Berkamehameha? | [
"Bayangkan anda tengah menjawab soalan peperiksaan. Tiba-tiba, waktu anda bukak kertas soalan peperiksaan anda, anda terjumpa soalan macam soalan dekat atas. Apa jawapan anda?",
"Rajah di atas menunjukkan empat watak karekter fiksyen, iaitu Goku (Dragonball), Mako (Avatar Korra), Superman dan Green Lantern. Kesemua mereka ini kelihatannya sedang memancarkan satu bentuk sinaran, dan soalan tersebut kemudiannya ditulis dengan berbunyi;",
"Dengan menggunakan Hukum Termodinamik Pertama, jelaskan mengapa anda tidak boleh melakukan perkara (seperti yang dilakukan oleh watak tersebut).",
"Sebelum kita pergi lebih jauh dan menyelidik detail setiap watak, mungkin elok kiranya kalau kita kenal terlebih dahulu apa bendanya Hukum Termodinamik Pertama ni, dan kenapa ia dikaitkan dengan situasi di atas?",
"Hukum Termodinamik Pertama",
"Hukum Termodinamik Pertama sebenarnya adalah satu bentuk olahan kepada idea Prinsip Keabadian Tenaga (Conservation of Energy). Menurut prinsip ini, tenaga tidak boleh dicipta mahupun dimusnahkan, dan ia hanyalah mampu berubah bentuk, dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Hukum Termodinamik Pertama bertindak dengan mengkhususkan ‘bentuk perubahan’ tenaga tersebut – perubahan tenaga dalaman (Internal Energy) terhasil akibat daripada perubahan tenaga haba (Heat Energy) dan juga kerja yang dilakukan oleh sistem tersebut (Work Done).",
"Sekarang, pergi kepada watak Goku dalam cerita Dragonball. Kamehameha merupakan salah satu nama serangan yang amat popular dalam cerita Dragonball. Ia merujuk kepada situasi dimana penyerang mengumpulkan tenaga dalaman, atau dipanggil Qi dalam dunia mereka. Tenaga dalaman yang dikumpul itu kemudiannya dilepaskan kepada pihak lawan, menghancurkan mereka sama sekali.",
"Konsep Qi dalam cerita Dragonball ini sebenarnya merujuk kepada konsep Qi dalam bangsa Cina, satu bentuk tenaga dalaman atau life force, ala-ala The Force dalam cerita Star Wars, dan ia merupakan sebahagian daripada tenaga alam semulajadi.",
"Ada teori peminat seperti teori The Film Theorists yang mengatakan bahawa qi dalam setiap watak Dragonball berfungsi menghasilkan plasma, yang merupakan salah satu keadaan jirim, selain pepejal, cecair dan gas. Dengan kemampatan plasma inilah yang kemudiannya menghasilkan satu bentuk tekanan tenaga plasma yang mampu dikawal, ia kemudian boleh dilancarkan kepada pihak musuh sebagai satu bentuk serangan untuk menewaskan mereka.",
"Jadi, apa kaitan serangan Kamehameha tadi dengan konsep Hukum Termodinamik Pertama? Menolak ketepi konsep Qi atau tenaga dalaman yang tidak mampu dibuktikan dengan sains, sebenarnya konsep serangan Kamehameha agak masuk akal kalau dijelaskan dengan Hukum Termodinamik Pertama. Hal ini adalah kerana, sewaktu Goku menggunakan teknik Kamehameha, tenaga dalamannya berkurang (perubahan pada ), dan pada masa yang sama, dia sedang melakukan kerja (perubahan pada ).",
"Jadi, mengambil Goku sebagai satu bentuk sistem termodinamik, Goku sebenarnya tidak melanggar Hukum Termodinamik Pertama (itu pun kalau betul Qi tu wujud lah). Hujah ini mungkin boleh dikuatkan dengan hakikat bahawa mereka yang mampu melakukan Kamehameha ini sebenarnya perlu makan jumlah kalori yang banyak, iaitu 18 kali ganda orang biasa (dalam 34 000 calories atau dalam lingkungan 142 juta Joule!)",
"Pergi pula kepada watak Mako, seorang firebender (dalam gambar merujuk kepada lightning bending) dari cerita Avatar Korra. Bending merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengawal elemen di sekelilingnya. Selalunya, orang yang mengawal perlu turut sama mempelajari skil dan teknik kawalan untuk membuat bending. Terdapat 4 jenis bending utama dalam Avatar, iaitu mengawal air, api, tanah dan udara.",
"Selain dari mampu mengawal elemen-elemen tersebut, satu kelebihan ada pada Avatar, yang diberi kebolehan mengawal kesemua elemen, ditambah dengan kelebihan mampu melakukan Energy Bending (sepertimana dalam pertarungan Ang dengan Fire Lord Ozai dalam episode terakhir Avatar). Justeru bolehlah dikatakan bahawa bending adalah konsep “mengawal” benda di sekeliling kita, dalam keadaan yang diluar batas kemampuan sains.",
"Melihat pula kepada keadaan Mako, dia merupakan seorang firebender yang mampu untuk mengawal kilat. Menurut Uncle Iroh sewaktu mengajar Putera Zuko teknik untuk melakukan lightning bending dalam Avatar, Uncle Iroh memberitahu bahawa “Di sekitar kita ada tenaga ying dan yang, tenaga positif, dan tenaga negatif. Hanya segelintir sahaja firebender yang mampu memisahkan kedua-dua tenaga ini, dan menghasilkan ketakseimbangan. Tenaga akan ingin kembali menjadi seimbang, dan pada detik tenaga positif dan tenaga negatif itu bertemu, ia akan menghasilkan kilat (lightning).”",
"Melihat kepada konsep yang diperkenalkan dalam siri Avatar ini, boleh dirumuskan bahawa ia tersasar dari Hukum Termodinamik Pertama. Hal ini adalah kerana dalam kes ini, “tenaga” dapat dipisahkan tanpa melalui apa-apa proses yang valid dalam sains. Perlu diingatkan bahawa dalam situasi kilat yang sebenar, anggaran purata tenaga yang dihasilkan oleh kilat adalah sebanyak lima billion Joule. Banyak tu!",
"Persamaan juga kelihatan dilanggar kerana tiada apa-apa perubahan pada tenaga dalaman berlaku (sekadar pemisahan tenaga) dan tiada pertambahan atau pengurangan tenaga haba terjadi. Jadi, tanpa berlaku perubahan pada tenaga dalaman dan tenaga haba, bagaimana kerja mampu dilakukan? (Dalam kes ini, kerja merujuk kepada pemecahan tenaga dan kebolehan mengawal aliran arus kilat)",
"Seterusnya, watak Superman. Melihat kepada gambar, Superman dilihat sedang mengeluarkan satu bentuk radiasi daripada matanya. Soalan pertama perlu ditanya adalah, radiasi apa yang dipancarkan tu?",
"Menurut laman web peminat Superman, Superman memiliki beberapa keupayaan istimewa dari matanya, antaranya adalah pancaran haba (heat vision) dan kebolehan penglihatan sinar-X (X-ray vision). Melihat kepada gambar, pancaran haba kelihatan lebih munasabah jika dibandingkan dengan sinaran-X, kerana Superman diketahui mampu memancarkan haba dan “menembak” pihak lawannya.",
"Asalnya, kuasa Superman hanyalah terdiri dari sinaran-X, di mana kebolehan mencairkan besi dalam kisah Superman dirujuk kepada “the heat of his X-ray”, tanpa ada apa-apa penerangan mengenai bagaimana ia mampu terhasil. Namun apabila kisah Superman berkembang, elemen saintifik dimasukkan ke dalam perbincangan, dengan pancaran haba diasingkan daripada sinaran-X.",
"Salah seorang penulis bagi siri Superman, Elliot S. Maggin cuba untuk menerangkan idea pancaran cahaya ini tanpa lari jauh dari Hukum Termodinamik Pertama, dalam novel Starwinds Howl. Menurut Elliot, pancaran haba Superman terhasil akibat dari kebolehan Superman untuk mengumpul dan menyimpan tenaga suria, dan ia kemudiannya dilepaskan dalam bentuk pancaran tertumpu (berkemungkinan dalam gelombang inframerah).",
"Melihat perkara ini hanya dari aspek Hukum Termodinamik Pertama (sebab konsep bagaimana nak stor tenaga suria tu sebenarnya agak gila), kuasa Superman juga sebenarnya tidak melanggar hukum keabadian tenaga. Sebaliknya, kalau difikirkan semula, kebolehupayaan Superman terhasil apabila dia mampu memanipulasi tenaga sewaktu dia mengumpul tenaga suria (haba, Q, diserap, jadi menambahkan tenaga dalaman, ), dan dia kemudiannya mengeluarkan semula tenaga tersebut dalam bentuk haba (haba dibuang, tenaga dalaman berkurang).",
"Hmm. Patutlah Superman kena selalu pergi cas diri dia dekat Matahari. Eh, ke tu Ultraman?",
"Berlainan dengan ketiga-tiga watak sebelumnya, di mana mereka sama ada makhluk asing (Goku dan Superman adalah makhluk asing) dan hidup di dunia dimana manusia mampu mengawal elemen (Mako), Hal Jordan (Green Lantern dalam gambar) satu-satunya manusia tulen dalam rajah di atas. Justeru, sebagai manusia, pastinya sukar untuk dia bersaing dengan watak sebelumnya. Jadi apa kelebihan Hal?",
"Hal Jordan dikurniakan satu bentuk “cincin kuasa” yang menjadikan beliau salah seorang ahli kepada Green Lantern Corps, satu bentuk pasukan polis angkasa. Kesemua ahli dikenali sebagai Green Lantern, dan memiliki cincin mereka yang tersendiri. Cincin ini unik kerana ia mampu dikawal menggunakan “Tenaga Kemahuan”, salah satu entiti tenaga fiksion yang wujud dalam dunia DC. Selain dari warna hijau, terdapat warna-warna lain yang mewakili emosi berbeza, sebagai contoh Red Lantern yang terdiri dari emosi amarah.",
"Berbalik kepada bagaimana Hal Jordan mampu mengeluarkan pancaran cahaya dari cincinnya, menurut konsep yang digunapakai dalam tema Green Lantern, kuasa Green Lantern terhasil daripada cincinnya, yang dipanggil “Cincin Kuasa”.",
"Cincin Kuasa ini berfungsi dengan cara berikut: ia perlu dicaskan dari tenaga yang diberikan oleh Power Battery, satu bentuk bateri magis yang mampu memberikan Pure Energy kepada cincin tersebut. Tenaga itu kemudiannya mampu dimanipulasi oleh individu yang memakai cincin tersebut, bergantung kepada tenaga keinginan yang dia miliki, dan juga kreativitinya. Antara bentuk serangan yang mampu dilakukan dengan menggunakan kuasa cincin tersebut adalah tembakan tenaga (energy blast) dan juga pembentukan senjata (apa-apa senjata) yang boleh digunakan seperti pedang, pistol dan juga peluru berpandu.",
"Jadi, adakah cincin Green Lantern melanggar Hukum Termodinamik Pertama? Mengambilkira (secara mudah) kes bahawa cincin kuasa ini tak ubah seperti telefon bimbit yang perlu dicas untuk digunakan (walaupun sumber tenaganya agak merepek), ia kelihatannya seperti masih lagi tidak melanggar Hukum Termodinamik Pertama. Hakikat bahawa tenaga dalaman cincin tersebut (Internal Energy, ) yang mampu bertambah dan berkurang dan perlu sentiasa dicas mungkin menjadi titik tolak kenapa cincin tersebut agak scientifically logical.",
"Jadi Sebenarnya Boleh lah?",
"Eh kejap. Soalan tu suruh tulis kenapa kita tak boleh buat benda-benda macamtu, tapi kenapa jawapan dia jadi macam boleh pulak ni? Soalan salah ke?",
"Pertama sekali perlu difahamkan bahawa kesemua karakter tersebut merupakan karakter fiksyen yang mampu memanipulasi tenaga secara terus, sedangkan secara saintifiknya, kita manusia tidak mampu mengawal tenaga secara terus.",
"Selain itu, perkara yang perlu diberi perhatian adalah Hukum Tremodinamik Pertama hanya terpakai untuk satu sistem yang terasing (isolated system; system that cannot exchange either energy or matter outside the boundaries of the system).",
"Kalau dilihat kepada maksud sistem terasing itu, kesemua karakter kita sebenarnya memang melanggar Hukum Termodinamik Pertama, kerana perubahan tenaga mereka terhasil akibat daripada pertukaran tenaga antara dua sistem yang berbeza (Goku dengan makanan dia, Superman dengan Matahari, Power Ring dengan Battery).",
"Jadi jangan risau adik-adik, tiada hukum fizik yang dilanggar!",
"Reference:",
"“From Physics to Science Fiction.” C. A. Higgins (2016). Scientific Americana. https://blogs.scientificamerican.com/guest-blog/from-physics-to-science-fiction/",
"“Film Theory: What IS the Dragon Ball Z Kamehameha Wave?” The Film Theorists (2015). https://www.youtube.com/watch?v=Zq1aPOunsFA",
"“Green Lantern Ring.” DC Fandom. https://dc.fandom.com/wiki/Green_Lantern_Ring",
"“Is there a way to harness electricity from lightning?” Sarah Jensen (2015). MIT. https://engineering.mit.edu/engage/ask-an-engineer/is-there-a-way-to-harness-electricity-from-lightning/",
"“Photonucleic Effect.” Superman Wiki. https://superman.fandom.com/wiki/Photonucleic_Effect",
"“The Real Science Behind Superman’s Super Powers.” Ben Kendrick (2016). ScreenRant. https://screenrant.com/superman-powers-scientific-explanation/#:~:text=Since%20Superman’s%20powers%20are%20derived,as%20directed%20beams%20of%20focused",
"“Why can’t we extract electricity from lightning?”, Payam Adlparvar (2015). Independent. https://www.independent.co.uk/news/science/why-cant-we-extract-electricity-from-lightning-10162498.html"
] |
https://ajar.com.my/2020/07/03/ini-4-cara-untuk-cari-lohong-hitam/ | Ini 4 Cara Untuk Cari Lohong Hitam | [
"Ramai yang tahu bahawa lohong hitam atau ‘black hole’ ialah satu ‘benda’ yang menyedut semua benda termasuklah cahaya. Sebab itu ia dinamakan sebagai lohong ‘hitam’. ",
"Oleh sebab lohong hitam ini menyedut cahaya, persoalannya, bagaimana kita boleh tahu lohong hitam ini wujud? Atau lohong hitam ini sebenarnya konspirasi para ahli fizik yang nak minta dana penyelidikan berlebihan untuk mengkaji sesuatu yang tak wujud pun? Jom kita belajar bagaimana kita dapat mengesan kewujudan lohong hitam berdasarkan sains!",
"Secara ringkasnya, terdapat 4 kaedah untuk mengesan kewujudan lohong hitam. 4 kaedah ini ialah ",
"Kesan graviti lohong hitam kepada jasad-jasad di sekelilingnya",
"Kaedah yang pertama ialah dengan melihat kepada pergerakan jasad-jasad seperti bintang yang mengelilingi lohong hitam. Lohong hitam mempunyai tarikan graviti yang sangat tinggi menyebabkan bintang-bintang ditarik ke arah lohong hitam tersebut. Apabila bintang-bintang ini hanyut dalam medan graviti yang tinggi, maka bintang-bintang ini akan berpusing mengelilingi lohong hitam dengan orbit tertentu. ",
"Pergerakan bintang-bintang ini dapat dicerap oleh teleskop-teleskop sedia ada terutamanya bagi bintang-bintang yang berada berhampiran dengan pusat galaksi. Apabila ahli astronomi menghalakan teleskop kepada pusat galaksi kita, mereka mendapati bahawa bintang-bintang di situ bertawaf mengelilingi suatu kawasan yang gelap, yang seolah-olah tiada apa-apa di situ. Kita dapat lihat pergerakan bintang-bintang ini pada video di bawah yang dirakam oleh Very Large Telescope di Chile selama 20 tahun.",
" Berdasarkan pergerakan bintang ini, ahli astronomi menyimpulkan bahawa bintang-bintang ini sedang mengorbit lohong hitam yang mempunyai jisim lebih 4 juta kali ganda jisim matahari. Besar tu! Lohong hitam raksasa!",
"Pancaran gelombang elektromagnet (sinar-X dan gelombang radio) yang sangat padu",
"Kaedah yang kedua pula lebih mudah berbanding yang pertama iaitu dengan melihat pada pancaran sinar-X dan gelombang radio yang sangat tinggi daripada bintang yang berdekatan dengan lohong hitam. ",
"Pada kaedah pertama, bintang-bintang mengorbit lohong hitam pada jarak selamat dan tidak disedut masuk oleh lohong hitam itu. Namun, apabila suatu bintang berada terlalu dekat dengan lohong hitam, gas-gas pada bintang tersebut akan mula ditarik masuk dengan ganas ke dalam lohong hitam. ",
"Dalam perjalanan masuk ke lohong hitam, gas-gas ini akan berpusar-pusar mengelilingi lohong hitam seperti puting beliung. Pusaran ini sangat rancak sehingga menyebabkan suhu gas ini mencanak naik dan memancarkan sinar-X. Antara lohong hitam yang memancarkan sinar-X ini ialah Cygnus X-1. ",
"Pada mulanya, apabila ahli astronomi mencerap Cygnus X-1, mereka terkebil-kebil mencari punca sinar-X yang sangat kuat. Teori-teori sains tidak dapat menjelaskan punca sinar-X ini melainkan ia terhasil daripada lohong hitam yang menelan bahan-bahan bakar daripada bintang malang yang berada terlalu hampir dengannya. Anda boleh lihat lakaran lohong hitam ini di bawah. Memang betul-betul pemusnah bintang!",
"Pancaran gelombang kegravitian",
"Kaedah yang ketiga pula lebih maju dan sukar dikesan iaitu dengan melihat pada kesan riak (ripple) daripada gelombang kegravitian yang terhasil apabila lohong hitam berlanggar dan bergabung. ",
"Gelombang kegravitian? Apa tu? Kita mungkin pernah lihat gelombang dengan membayangkan gelombang air yang berombak di tepi pantai. Sebenarnya, graviti juga begitu! Albert Einstein mengusulkan bahawa graviti sebenarnya bukanlah suatu daya, tetapi graviti ialah lengkungan pada ruang dan masa di alam semesta kita yang terbentuk oleh jasad-jasad yang wujud di dalamnya (termasuklah tenaga). ",
"Oleh sebab lohong hitam mempunyai jisim yang tinggi, ia melengkungkan ruang masa dengan lebih ketara. Lihat pada gambaran di bawah tentang lengkungan ruang masa oleh lohong hitam. Okey, sekarang kita dah tengok bahawa lohong hitam ini melengkungkan ruang masa.",
" Jadi, apa yang akan berlaku jika kita ada dua lohong hitam yang beradu tenaga dan menelan satu sama lain? Gelombang kegravitian akan terhasil! Apabila gelombang kegravitian ini dihasilkan, ia dapat dikesan di Bumi apabila gelombang ini tiba. Namun, pengesanan gelombang kegravitian ini sukar kerana gelombang ini sangat lemah setelah merambat jauh dan tersebar ke alam semesta sebelum menuju ke Bumi. Melalui kaedah ketiga ini, lebih 60 perlanggaran lohong hitam telah dikesan.",
"Pengimejan secara terus",
"Kaedah keempat lebih mudah difahami iaitu dengan terus mengambil gambar lohong hitam. Kaedah-kaedah sebelum ini adalah kaedah mencerap lohong hitam secara tidak terus (indirect) dan kita tak dapat nak tengok gambar lohong hitam yang sebenar. Hanya kesan-kesannya saja. ",
"Namun dengan teknologi yang berkembang, dan berbilion-bilion duit dihabiskan untuk kajian sains, kita berjaya merakam gambaran sebenar lohong hitam. Pada 10 April 2019, satu kerjasama antarabangsa para ahli sains berjaya merakamkan satu gambar lohong hitam gergasi di galaksi M87 menggunakan banyak gabungan teleskop radio di Bumi. Gambar lohong hitam ini boleh dilihat di bawah. ",
"Kalau dilihat pada gambar ini, kita dapati bahawa di tengah-tengah gambar adalah gelap sahaja dan dikelilingi oleh cahaya berwarna oren di sekelilingnya. Yang ditengah ialah lohong hitam, manakala yang mengelilinginya ialah gas-gas yang berpusar ke dalamnya. Bukan senang nak tangkap gambar lohong hitam! Kalau tak ada gas-gas di sekeliling tu, kita hanya dapat lihat satu gambar yang hitam saja. Setakat ini, hanya satu saja lohong hitam yang berjaya ditangkap gambarnya.",
"Gambar lohong hitam M87: https://www.nationalgeographic.com/science/2019/04/first-picture-black-hole-revealed-m87-event-horizon-telescope-astrophysics/",
"Haa, itulah dia 4 kaedah yang digunakan untuk mencari kewujudan lohong hitam. Namun begitu, pencarian lohong hitam tidak terhad kepada 4 kaedah ini kerana masih terdapat kaedah lain untuk menentukan kewujudan lohong hitam.",
"Semoga tulisan ini menambahkan minat kita untuk menceburi bidang sains dan terus mengkaji khazanah di alam semesta!"
] |
https://ajar.com.my/2020/07/12/planet-mana-paling-hampir-dengan-bumi-jawapannya-tidak-dijangka/ | Planet Mana Paling Hampir dengan Bumi? Jawapannya Tidak Dijangka! | [
"Sewaktu kita di sekolah rendah, kita pernah belajar tentang ahli-ahli dalam sistem suria seperti planet, komet, meteor dan bulan. Berdasarkan ilmu sains sekolah rendah yang kita pelajari, terdapat 9 planet dalam sistem suria (8 planet untuk silibus baharu) iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto (Pluto tidak disebut dalam silibus baharu). ",
"Kesemua planet ini mengorbit Matahari pada orbit masing-masing dengan jarak tertentu dari Matahari. Kita juga belajar tentang tertib susunan planet ini berdasarkan jarak masing-masing daripada Matahari bermula dengan Utarid, diikuti oleh Zuhrah dan seterusnya sehingga planet Pluto.",
"Oleh itu, jika kita ditanya soalan yang berbunyi ‘planet manakah paling hampir dengan Matahari?’. Sudah tentu jawapannya ialah planet Utarid. Planet Utarid mempunyai orbit paling kecil di antara planet-planet dalam sistem suria. Jawapan yang logik dan masuk akal. Soalan pun agak senang.",
"Planet Sebelah Bumi Bukan yang Paling Hampir dengan Kita?",
"Bagaimana pula dengan soalan ini ‘planet manakah paling hampir dengan Bumi?’. Jawapan yang mungkin kita akan congak ialah Zuhrah atau Marikh. Oleh sebab Bumi ialah planet ketiga dari Matahari, Zuhrah dan Marikh pula masing-masing ialah planet kedua dan keempat dari Matahari, sudah tentu salah satunya ialah planet terdekat dengan Bumi. ",
"Berdasarkan simulasi astronomi (SkySafari 6), jarak Zuhrah daripada Matahari ialah 108 juta km manakala jarak Marikh daripada Matahari pula ialah 228 juta kilometer. Jarak Bumi ke Matahari pula ialah 150 juta km. Dengan menggunakan sedikit matematik, kita akan membuat rumusan bahawa Zuhrah ialah planet paling hampir dengan Bumi. Jaraknya ialah 42 juta km dari Bumi sedangkan Marikh ialah 78 juta km dari Bumi.",
"Namun berdasarkan kajian 3 saintis yang diterbitkan dalam Physics Today, mereka mendapati bahawa kedua-dua planet ini bukanlah planet paling hampir dengan Bumi tetapi planet Utarid ialah planet paling hampir dengan Matahari. Eh? Kenapa pula?",
"Secara purata, jarak Utarid ke Matahari ialah 63 juta km. Kalau dibuat kira-kira, sepatutnya jarak Bumi ke Utarid ialah 87 juta km. Tapi mengapa pula Utarid lebih hampir dengan Bumi? Bahkan menurut laman web NASA (sebelum kertas kajian ini diterbitkan), planet Zuhrah adalah planet paling hampir dengan Bumi. Jadi, di mana salahnya?",
"Berdasarkan pengiraan kita tadi, kita mengandaikan Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh berada dalam satu garis lurus dari Matahari. Namun secara realiti, kesemua planet bergerak mengelilingi Matahari dalam orbit masing-masing dengan tempoh pusingan yang berbeza. Ini bermaksud, ada waktu, Zuhrah berada ‘di belakang’ Matahari dan Utarid berada ‘di hadapan’ Matahari seperti dalam simulasi 1 di bawah. Pada waktu lain pula, Zuhrah berada dekat dengan Bumi manakala Utarid berada di sebalik Matahari seperti dalam simulasi 2.",
"Jika diperhatikan, pada waktu tertentu, Utarid lebih dekat dengan Bumi berbanding Zuhrah dan pada waktu lain, Zuhrah lebih dekat dengan Bumi berbanding Utarid. Begitu juga dengan Marikh. Kadang-kadang, Marikh lebih dekat dengan Bumi berbanding Utarid dan Zuhrah seperti dalam simulasi 3.",
"Haa. Maksudnya, Zuhrah bukanlah secara mutlak berada pada jarak paling dekat dengan Bumi. Daripada pemerhatian ini, 3 orang saintis tersebut mula menulis beberapa rumus fizik dan menjalankan simulasi pergerakan planet-planet dalam sistem suria. Mereka menghitung planet manakah yang berada paling hampir dengan Bumi dalam waktu yang paling lama. Mengikut perhitungan mereka, Utarid ialah planet yang paling lama berada paling hampir dengan Bumi. Zuhrah berada di tempat kedua dan Marikh berada di tempat ke tiga. Secara purata, jarak ke Bumi bagi Utarid ialah 1.039 AU, Zuhrah ialah 1.136 AU dan Marikh ialah 1.701 AU. (1 AU = 150 juta km).",
"Manakala purata masa paling hampir dengan Bumi berdasarkan simulasi 10 ribu tahun, Utarid berada sekitar 4.6 ribu tahun (46%) paling hampir dengan Bumi, Zuhrah 3.6 ribu tahun (36%), Marikh 1.8 ribu tahun (18%).",
"Bagaimana hal ini boleh berlaku?",
"Planet mengorbit Matahari disebabkan oleh tarikan graviti. Berdasarkan Hukum Kegravitian Semesta Newton, lebih kecil jarak antara planet dengan Matahari, lebih kuat tarikan graviti. Apabila tarikan graviti lebih kuat, maka planet akan mengorbit Matahari dengan lebih pantas. Planet yang lebih hampir dengan Matahari mempunyai tempoh yang lebih singkat berbanding planet yang lebih jauh daripada Matahari. Hal ini juga disebut oleh Johannes Kepler dalam hukum Kepler ketiga.",
"Berdasarkan hukum graviti di atas, Utarid akan berpusing mengelilingi Matahari dengan lebih laju berbanding planet Zuhrah dan planet-planet lain. Anda boleh gunakan simulasi di bawah untuk melihat pergerakan planet dalam sistem suria.",
"Simulasi: https://www.solarsystemscope.com/",
"Selepas mendapatkan keputusan di atas, para saintis ini menghitung pula planet yang paling dekat dengan planet-planet lain. Sebagai contoh Musytari, kita mungkin meneka bahawa Marikh atau Zuhal ialah yang paling hampir. Namun berdasarkan simulasi, Utarid ialah planet paling hampir dengan kesemua planet dalam sistem suria! Menakjubkan!",
"Analoginya, merujuk semula kepada situasi Bumi tadi, kita boleh andaikan Utarid, Zuhrah dan Marikh ialah jiran rumah bagi Bumi. Zuhrah dan Marikh masing-masing tinggal di sebelah kanan dan kiri Bumi. Tapi Utarid yang paling kerap menjenguk Bumi! Zuhrah dan Marikh pula selalu keluar jauh dari rumah. Rajin-rajinlah kita bertanya khabar dengan jiran-jiran kita. Jangan duduk terperap saja!",
"Rujukan:"
] |
https://ajar.com.my/2020/07/16/di-manakah-pusat-alam-semesta/ | Di manakah pusat alam semesta? | [
"Sejak zaman Greek purba lagi, sarjana Greek telah mula berbahas tentang keadaan alam semesta. Mereka ingin tahu di manakah kedudukan manusia yang sebenar, bukan lokasi di Bumi, tetapi lokasi Bumi di alam semesta. Zaman mereka banyak berbeza dengan zaman kita. Zaman mereka tiada lampu LED, lampu-lampu jalan, dan lampu dari bangunan yang menyumbang kepada pencemaran cahaya di waktu malam. Mereka hanya berbekalkan lilin yang tak berapa terang untuk menerangi malam mereka. Di sebabkan teknologi lampu mereka tidak sehebat kita, di waktu malam, mereka dapat menikmati pemandangan langit yang dipenuhi oleh bintang-bintang, gugusan bintang atau buruj, galaksi-galaksi, nebula dan sebagainya. Hasil daripada keindahan alam ini, tercetus dalam minda sarjana-sarjana mereka untuk mengkaji tentang keadaan alam semesta.",
"Antara model yang diperkenalkan ialah model geosentrik oleh Aristotle dan kemudiannya diperbaiki oleh Ptolemy. Model Aristotle meletakkan Bumi (sfera) sebagai pusat alam semesta, dikelilingi oleh Matahari, Bulan, 5 buah planet yang dapat dilihat dengan mata kasar iaitu Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal, dan objek samawi lain. Model Aristotle ini meletakkan Bulan sebagai lapisan pertama, diikuti oleh Utarid, kemudian Zuhrah, Matahari, Marikh, Musytari, Zuhal dan objek-objek lain yang kelihatan tidak bergerak pada lapisan terakhir. Model ini popular dalam kalangan sarjana Greek kerana ia menghubungkan alam semesta dengan keindahan simetri dalam matematik iaitu bentuk orbit objek-objek samawi ini ialah bulat. Bulat mempunyai simetri yang tak terhingga. ",
"Setelah beberapa abad kemudian, Ptolemy menambahbaik model ini berdasarkan pemerhatian baharu berkenaan dengan gerakan songsang sebahagian planet (retrograde motion). Ptolemy menambah epikitar (epicycle) bagi sebahagian planet untuk menjelaskan pemerhatian tersebut.",
"Model Ptolemy ini bertahan lebih seribu tahun sebelum dicabar oleh Copernicus yang mengusulkan model heliosentrik. Model heliosentrik meletakkan Matahari sebagai pusat bagi alam semesta manakala Bumi hanyalah satu planet daripada planet-planet lain di sistem suria. Pada mulanya, model ini mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak kerana membawakan satu perubahan terhadap model Ptolemy yang telah kukuh diterima. Namun setelah ahli-ahli astronomi terkemudian menghalakan teleskop mereka ke lapangan angkasa, mereka dapat memberikan bukti-bukti pemerhatian yang menyokong model baharu daripada Copernicus. Pada abad-abad seterusnya, model geosentrik mula digantikan oleh model heliosentrik kerana semakin banyak bukti yang menyanggah model geosentrik oleh Ptolemy.",
"Model Copernicus ini mula diperbaiki dengan penemuan-penemuan baharu seperti hukum Kepler, penemuan planet Uranus dan Neptun dan hukum graviti. Model Matahari sebagai pusat alam semesta diterima agak lama sehinggalah dicabar oleh penemuan baharu oleh ahli astronomi. Selepas beberapa ratus tahun penciptaan teleskop, teknologi teleskop semakin maju dengan penciptaan teleskop yang lebih besar yang dapat melihat gambar-gambar dengan lebih jelas. Dengan bantuan alat teleskop ini, ahli astronomi dapat melihat pergerakan sebahagian bintang dia angkasa dan mereka mendapati bahawa bintang-bintang ini tidak bergerak mengelilingi Matahari, tetapi mengelilingi pusat Bima Sakti. Bintang-bintang yang bertaburan diangkasa adalah sebahagian daripada isi kandungan galaksi Bima Sakti, malah Matahari hanyalah sebutir bintang daripada jutaan bintang-bintang ini.",
"Maka model alam semesta bertukar dengan meletakkan Galaksi Bima Sakti sebagai keseluruhan alam semesta dan bintang-bintang di dalamnya mengelilingi pusat galaksi ini.",
"Namun model ini tidak bertahan lama. Kefahaman tentang alam semesta berubah secara drastik apabila cerapan oleh Edwin Hubble mendapati bahawa terdapat galaksi-galaksi lain selain dari galaksi Bima Sakti dan kebanyakan galaksi-galaksi ini bergerak menjauhi galaksi kita. Dalam masa yang sama, teori kerelatifan oleh Einstein ditambah baik oleh beberapa ahli fizik lain untuk menerangkan keadaan sebenar alam semesta ini.",
"Teori kerelatifan memberitahu bahawa alam semesta ini terdiri daripada ruang masa dan ruang masa ini berasal daripada satu titik ketunggalan (singularity) pada 14 bilion tahun lalu. Titik ini berkembang dalam satu proses dentuman besar (Big Bang) dan membentuk alam semesta kita pada hari ini. Sebagai analogi, bayangkan ruang masa ini diwakili oleh sebiji belon. Kemudian belon ini ditiup dan berkembang. Alam semesta juga begitu. Alam semesta secara keseluruhannya berkembang dari satu titik. Semua yang terkandung dalam alam semesta berasal dari titik tersebut termasuklah ruang masa.",
"Berdasarkan model terbaru ini, semua tempat adalah pusat alam semesta, atau pusat pengembangan alam semesta. Bumi adalah pusat alam semesta. Matahari adalah pusat alam semesta. Setiap bintang adalah pusat alam semesta. Malah setiap ruang di alam semesta ini adalah pusat alam semesta kerana segalanya berasal dari titik yang sama.",
"Bagi penulis, persoalan yang lebih menarik ialah adakah alam semesta ini tak terhingga (infinite) atau terdapat sempadan alam semesta. Inilah persoalan yang masih belum terjawab oleh ilmu sains pada hari ini. Kita tak tahu penghujung alam semesta. Adakah alam semesta tiada penghujung, atau ada sempadan alam semesta yang masih di luar ilmu pengetahuan kita. Hanya Allah yang tahu. Kita sebagai manusia, teruskanlah mengkaji khazanah yang terkandung dalam alam semesta ini."
] |
https://ajar.com.my/2020/07/18/graviti-tiada-di-angkasa-lepas-betul-ke/ | Graviti Tiada di Angkasa Lepas? Betul Ke? | [
"Adakah graviti wujud di angkasa lepas?",
"Pernah tak anda tonton tayangan berkaitan angkasa lepas seperti Gravity(2013), Interstellar(2014) dan Star Trek? Pernah tak anda tonton video angkasawan ISS yang terapung-apung? Pernah tak tonton video Dr. Sheikh Muszapharr Shukor di ISS?",
"Dalam video atau tayangan-tayangan ini, anda dapat perhatikan pergerakan angkasawan yang berbeza dengan kita di Bumi. Mereka dapat terapung-apung sedangkan kita sentiasa jatuh ke arah Bumi? Mengapa situasi ini berlaku?",
"Jawapan yang terlintas di fikiran anda pastinya ialah graviti! Bumi mempunyai graviti yang menarik kita ke arahnya. Sebab itu kita sentiasa jatuh ke arah Bumi. Jika kita lontarkan buah epal ke atas, ia akan jatuh semula ke Bumi kerana ia ditarik ke arah Bumi. Bumi menghasilkan graviti yang menarik benda yang berjisim ke arahnya. Ok, jadi kita tak boleh terapung adalah disebabkan oleh graviti Bumi.",
"Berbalik semula kepada cerita angkasawan tadi. Kenapa angkasawan boleh terapung? Antara jawapan yang kita dengar ialah kerana di angkasa lepas, graviti tidak wujud. Atau di ISS, graviti terlalu lemah. Sebab itu angkasawan boleh terapung dan tak ditarik ke bawah. Mereka tidak dapat rasa tarikan graviti seperti kita di Bumi.",
"Hmmm. Betulkah jawapan tu? Betulkah graviti tak wujud di angkasa lepas? Betulkah graviti tak wujud di ISS?",
"Untuk artikel ini, kita akan rungkaikan persoalan ‘adakah graviti wujud di angkasa lepas dan di ISS’.",
"Hukum Kegravitian Semesta Newton",
"Graviti ialah satu daripada 4 daya asas di alam semesta kita. 3 yang lain ialah daya lemah nukleus, daya kuat nukleus dan daya elektromagnet. Bagi setiap daya ini, ada hukum fizik yang menjelaskan daya-daya ini.",
"Hukum kegravitian semesta Newton digunakan untuk menjelaskan daya graviti. Hukum ini dirumuskan oleh Isaac Newton beberapa abad lalu. Berdasarkan hukum ini, graviti akan meningkat apabila jisim suatu jasad itu meningkat. Sebagai contoh, Matahari mempunyai graviti yang lebih tinggi berbanding Bumi disebabkan oleh jisim Matahari yang lebih besar berbanding Bumi. Selain jisim, graviti juga bergantung kepada jarak antara dua jasad. Lebih besar jarak antara dua jasad, lebih kecil daya graviti. Sebagai contoh, kita di Bumi tidak dapat rasa kesan graviti daripada Matahari sebab jarak kita ke Matahari adalah terlalu jauh berbanding dengan jarak kita ke Bumi.",
"Bagi yang ambil Fizik di peringkat SPM (silibus baharu KSSM), anda pasti tahu rumus bagi daya graviti iaitu Rumus ini menyatakan bahawa daya graviti akan bertambah apabila jisim antara dua jasad bertambah, dan daya graviti berkurang jika jarak antara dua jasad bertambah. G pula ialah pemalar kegravitian Newton dengan nilai yang sangat kecil iaitu. Jika anda gantikan nilai jisim anda, jisim Bumi, jarak anda dengan Bumi (sama dengan jejari Bumi), dan pemalar kegravitian, anda akan dapat berat anda dalam unit Newton. Jika jisim anda ialah 70 kg, daya graviti yang tarik anda ke Bumi adalah sekitar 686.7 Newton.",
"Sekarang kita lihat semula kepada persoalan awal tadi. Adakah graviti wujud di angkasa lepas? Adakah graviti wujud di ISS?",
"Angkasa lepas adalah ruang yang sangat luas. Kalau kita lihat pada gambar-gambar galaksi yang diambil oleh teleskop-teleskop angkasa seperti Hubble, kita akan dapati bahawa bintang-bintang dalam galaksi-galaksi ini kelihatan seperti butir-butir pasir yang bertaburan. Seolah-olah galaksi ini penuh dan mampat dengan bintang. Namun kalau kita perhatikan sistem suria kita, jarak antara Bumi dengan Bulan pun sudah lebih 300 ribu kilometer. Sangat jauh! Jarak kita ke planet Zuhrah pula lebih 50 juta kilometer! Jarak kita ke Matahari lagi lah jauh, 150 juta kilometer! Lebih menakjubkan, jarak kita dengan bintang yang terdekat dengan kita selepas Matahari ialah 4 tahun cahaya! Lebih 3 trillion kilometer! Jadi, walaupun galaksi kelihatan penuh dengan bintang, jarak antara bintang-bintang ini sangatlah besar. Galaksi ini penuh dengan ruang kosong. Jarak antara galaksi lagilah jauh.",
"Jika kita terperangkap di ruang-ruang kosong di angkasa lepas, bolehlah mengucap siap-siap. Bintang atau planet paling dekat pun dah bertahun cahaya. Mungkin cicit kita yang ke 10 baru dapat sampai ke bintang tu.",
"Ok, jadi kita dah tahu bahawa angkasa lepas ini penuh dengan ruang kosong. Dan jika kita berada jauh daripada bintang-bintang, kita tak dapat rasakan tarikan graviti sebab daya graviti terlalu lemah. Penerangan ini adalah betul jika kita jauh (bertahun-tahun cahaya) dari apa-apa jasad yang besar seperti bintang atau planet.",
"Bagaimana pula dengan ISS? Adakah ISS cukup jauh dari Bumi sehingga daya graviti dari Bumi ini terlalu lemah?",
"Kita mungkin berikan jawapan yang sama seperti di atas; daya graviti di ISS adalah terlalu lemah, sebab itu angkasawan boleh terapung-apung di dalamnya. Jawapan ini sebenarnya kurang tepat.",
"Bagi menjawab dengan lebih tepat, kita lihat pada daya graviti antara ISS dengan Bumi. ISS mengorbit Bumi pada altitud sekitar 400 km daripada permukaan Bumi. Kita gantikan nilai ini ke dalam rumus graviti tadi. Jika seorang angkasawan berjisim 70 kg berada di ISS, dia akan rasa tarikan graviti sekitar 600 Newton. Ini bermaksud, di ISS, tarikan graviti masih lagi wujud dan kuat. Sekitar 90% daripada tarikan graviti di Bumi.",
"Graviti masih wujud di ISS, tapi mengapa angkasawan dapat terapung-apung di ISS? Mengapa ISS tidak menghentam Bumi?",
"Sebelum kita jawab persoalan di atas, kita lihat pada situasi di bawah. Andaikan kita ada sebuah meriam. Apabila kita tembak peluru daripada meriam tersebut, peluru itu akan meluncur keluar dan jatuh semula ke Bumi disebabkan tarikan graviti. Jika kita tambahkan lagi kekuatan meriam, peluru itu akan meluncur dengan lebih jauh daripada titik asal tadi. Sekarang, kita gunakan meriam yang sangat kuat. Peluru yang ditembak keluar, akan jatuh ke arah Bumi, namun ia terlepas daripada mencapai Bumi kerana Bumi ini sfera dan melengkung. Setiap kali peluru itu nak jatuh ke Bumi, Bumi melengkung menyebabkan peluru itu terlepas daripada mencapai Bumi.",
"Situasi ini adalah sama dengan ISS. ISS sentiasa ditarik ke Bumi, namun disebabkan Bumi melengkung, ISS sentiasa terlepas daripada menghentam Bumi.",
"Bagi angkasawan di dalam ISS, mereka juga akan ditarik ke arah Bumi dan terlepas daripada menghentam Bumi seperti ISS. Mereka akan sentiasa jatuh ke Bumi. Dalam situasi ini, graviti masih lagi menarik mereka, namun mereka tak dapat rasa ‘berat’ sebab mereka berada dalam keadaan ‘jatuh bebas’. Jatuh bebas inilah yang menyebabkan angkasawan tak dapat rasa ‘berat’ mereka menyebabkan mereka terapung-apung di angkasa.",
"Sebenarnya kita tidak perlu naik ke ISS untuk rasa situasi ‘jatuh bebas’. Kita dapat rasa berat disebabkan oleh lantai yang kita pijak ini, mengenakan daya yang sama dengan berat kepada kaki kita. Bagi menghilangkan daya daripada lantai ini, kita perlu buang lantai tersebut daripada dipijak oleh kaki kita. Macam mustahil kan? Tapi kita boleh cipta situasi ini dengan berada dalam lif. Perasan tak, kalau lif mula turun ke bawah, kita dapat rasa lebih ringan dari biasa. Kalau lif tu memecut ke bawah dengan pecutan yang sama dengan graviti, kita akan dapat rasa terapung-apung seolah-olah tiada graviti yang bertindak.",
"Rumusannya, graviti wujud di ISS dan di kawasan yang berdekatan dengan jasad yang besar seperti planet dan bintang. Graviti sangat lemah di kawasan yang jauh daripada jasad-jasad ini."
] |
https://ajar.com.my/2020/07/20/10-fakta-astronomi-yang-anda-perlu-tahu/ | 10 Fakta Astronomi yang anda perlu tahu | [
"Astronomi adalah satu bidang sains yang paling tua bagi peradaban manusia. Sejak awal peradaban manusia, kita telah mula melihat ke angkasa bagi mempelajari tentang khazanah-khazanah alam semesta yang ada. Di malam hari, kita dapat lihat pergerakan planet, bintang dan galaksi merentasi langit malam. Di siang hari pula, kita dapat lihat Matahari yang banyak memberi manfaat kepada kita. Apabila kita mendongak ke langit, banyak persoalan yang bermain di fikiran kita. Kita ingin tahu di manakah kedudukan sebenar kita di alam semesta? Bintang apa yang paling besar? Dan banyak lagi persoalan-persoalan lain di fikiran. Jika anda ada soalan yang berkaitan, bolehlah tulis di ruangan komen.",
"Pengetahuan manusia semakin berkembang selari dengan perkembangan teknologi. Semakin besar teleskop yang dibina, semakin banyak bintang dan galaksi dapat dicerap, semakin banyak persoalan yang timbul. Khazanah ilmu di alam semesta ini luas. Tak dapat kita kuasai dalam umur kita yang singkat ini. Namun, jangan kita tinggalkan kesemuanya. Oleh itu, artikel ini akan berkongsi kepada anda tentang 10 fakta astronomi yang kita patut tahu.",
"Bumi yang didiami oleh manusia adalah satu-satunya planet yang pernah didiami oleh manusia. Planet kita ini pula terletak dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem suria. Sistem suria ini boleh kita anggap sebagai satu keluarga yang terdiri daripada Matahari sebagai bintang di tengah-tengah, dikelilingi oleh 8 planet, planet-planet kerdil, komet, asteroid dan batuan-batuan lain yang mengelilingi Matahari.",
"Sistem suria kita mempunyai 8 jasad yang dikategorikan sebagai planet. Planet mengikut urutan jarak terdekat dari Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Namun daripada 8 planet ini, hanya 6 yang dapat dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan teleskop iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari dan Zuhal. Planet Uranus dan Neptun pula memerlukan bantuan teropong atau teleskop untuk dicerap.",
"Anda pasti pernah dengar fenomena gerhana matahari dan gerhana bulan kan? Gerhana Matahari berlaku apabila bulan melintasi antara Bumi dan Matahari dalam satu garis lurus. Gerhana Matahari hanya dapat disaksikan pada waktu siang. Gerhana bulan pula berlaku apabila Bumi melintasi antara Bulan dan Matahari dalam satu garis lurus, dan hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Gerhana ini mungkin dianggap jarang berlaku. Namun pada hakikatnya, gerhana berlaku setiap tahun. Cuma hanya sebahagian tempat yang dapat saksikan gerhana untuk satu-satu tahun.",
"Apabila kita lihat langit yang tak berawan pada waktu malam, kita dapat saksikan banyak bintang yang bertaburan di angkasa. Bintang-bintang ini bercahaya disebabkan berlakunya pelakuran hidrogen yang membentuk helium dan melepaskan tenaga cahaya dan haba. Bintang-bintang ini hanya dapat dilihat pada waktu malam. Namun, kita sebenarnya dapat lihat bintang pada waktu siang. Ya, bintang itu adalah matahari kita! Matahari juga bercahaya dan panas disebabkan proses pelakuran hidrogen. Jika kita berada jauh dari Matahari, Matahari akan kelihatan seperti sebutir bintang sahaja seperti bintang-bintang yang kita lihat pada waktu malam.",
"Anda pasti pernah lihat gambar-gambar galaksi yang indah di internet. Tahukah anda, kita juga berada dalam sebuah galaksi yang dikenali sebagai galaksi Bima Sakti atau Milky Way. Kita dapat lihat galaksi kita pada waktu malam di bahagian selatan langit. Galaksi kita ini berbentuk pilin berpalang (barred spiral galaxy), dan sistem suria berada pada satu bahagian lengan galaksi kita.",
"Dalam sistem suria, ada ahli-ahlinya yang terdiri daripada Matahari, planet, planet kerdil, asteroid, komet dan batuan-batuan lain. Begitu juga dengan galaksi. Galaksi terdiri daripada kumpulan bintang-bintang yang diikat antara satu sama lain disebabkan graviti. Dalam sesebuah galaksi, terdapat ratusan bilion bintang di dalamnya! Galaksi kita ini mengandungi lebih 250 bilion bintang yang membentuknya.",
"Galaksi kita mempunyai 250 bilion bintang. Sebahagian galaksi lain mempunyai lebih 1 trilion bintang, manakala sebahagian lain mempunyai bilangan yang kurang dari itu. Namun yang lebih menakjubkan, alam semesta kita ini mengandungi ratusan bilion galaksi di dalam nya. Bahkan mungkin lebih dari itu! Dalam setiap galaksi ini mempunyai berbilion bintang. Dan kebanyakan bintang mempunyai sistem planet tersendiri seperti sistem suria. Banyaknya khazanah ilmu di alam semesta ini!",
"Setiap yang hidup, pasti ada permulaannya. Manusia biasanya hidup sekitar 60 hingga 80 tahun. Namun bagi jasad-jasad samawi, nilai ini hanyalah sekelip mata. Jika diperhatikan, umur sistem suria kita adalah sekitar 4.6 bilion tahun! Kalau nak faham dengan lebih jelas, 4 bilion tahun adalah 4 000 000 000 tahun! Fuh lama tu! Ini juga bermaksud matahari dan planet-planet di sistem suria ini terbentuk kira-kira 4.6 bilion tahun lalu.",
"Jika sistem suria berumur 4.6 bilion tahun, bagaimana pula dengan alam semesta? Sudah tentu alam semesta lebih tua. Berdasarkan ilmu sains hari ini, dan cerapan-cerapan oleh teleskop, umur alam semesta adalah sekitar 14 bilion tahun! Sistem suria kita ini hanyalah lebih kurang 1/3 daripada umur alam semesta. Tua kan? Setiap yang hidup, pasti akan mati.",
"Walaupun teknologi hari ini berkembang pesat, khazanah-khazanah alam semesta dikorek hari-hari, namun rahsia yang terkandung di alam semesta ini sangatlah sedikit yang kita ketahui. Daripada keseluruhan isi kandungan alam semesta, kita hanya dapat lihat dan cerap 4 peratus sahaja daripada kandungan alam semesta. Baki 96 peratus alam semesta ini terdiri daripada jirim-jirim dan tenaga-tenaga yang tak dapat kita lihat dan cerap. 70 peratus terdiri daripada tenaga gelap (dark energy) manakala 26 peratus terdiri daripada jirim gelap (dark matter). Yang kita dapat cerap, hanya 4 peratus yang dikenali sebagai jirim nampak (visible matter). 4 peratus ini pun kita tak dapat faham sepenuhnya.",
"Sesungguhnya alam semesta ini penuh dengan rahsia-rahsia tentang kehebatan Penciptanya. Kita ditugaskan untuk menggunakan khazanah alam semesta ini untuk beribadah kepada-Nya. Marilah sama-sama kita mengkaji alam semesta ini dan merungkai ilmu-ilmu yang ada. Namun kita harus ingat, ilmu kita ini sangatlah terbatas. Semakin banyak kita kaji, semakin banyak persoalan yang timbul. 1 soalan terjawab, timbul lagi 100 soalan lain. Begitulah hakikat manusia yang lemah ini."
] |
https://ajar.com.my/2020/07/23/boleh-ke-masa-bergerak-ke-belakang/ | Boleh Ke Masa Bergerak Ke Belakang? | [
"Mengapa masa bergerak ke hadapan sahaja?",
"Setiap dari kita pasti dapat ingat apa yang berlaku semalam kan? Ada yang ke sekolah, ada yang ke kelas-kelas kuliah di universiti, ada yang bekerja, ada yang tidur makan tidur makan. Dalam memori kita, kita dapat ingat apa yang telah berlaku. Kita ada ingatan tentang peristiwa di masa lepas. Cuba perhatikan gambar di bawah.",
"Ramai dari kalangan kita yang tidak menyaksikan peristiwa ini. Mungkin ada sebahagian yang hidup ketika ini. Namun satu perkara yang kita semua bersetuju, peristiwa ini memang telah berlaku pada 31 Ogos 1957. Kita tahu ia berlaku dengan 100% keyakinan. Sekarang perhatikan pula gambar di bawah.",
"Apabila kita perhatikan gambar di atas, pasti kita terbayang akan masa hadapan. Mungkin berlaku 50 tahun lagi, 100 tahun lagi atau mungkin tidak akan berlaku. Kita dapat meneka gambar ini menggambarkan suasana masa akan datang. Namun ia tidak wujud dalam memori kita. Kita tidak pernah melaluinya. Bahkan tiada seorang pun di muka Bumi ini yang pernah mengingati suasana di atas.",
"Daripada kedua-dua gambar di atas, kita dapat lihat tentang perubahan atau perjalanan masa. Setiap masa yang berdetik, akan membawa kita menjelajah daripada masa lampau, ke masa hadapan. Kita sentiasa bergerak ke hadapan. Masa sentiasa menuju ke hadapan. Tidak pernah berlaku lagi dalam ingatan kita, masa ini tidak bergerak atau patah balik ke belakang. Anak panah masa sentiasa menghala ke hadapan bagi kita.",
"Persoalan ini mungkin pernah terlintas dalam fikiran kita. Mengapa masa hanya bergerak ke hadapan dan tidak berhenti atau ke belakang? Pergerakan masa yang hanya bergerak dalam satu arah menyebabkan ahli-ahli fizik dan falsafah mencari-cari jawapan tentang persoalan ini.",
"Dari sudut hukum fizik, perjalanan masa ini berbeza dengan perjalanan masa dalam kehidupan seharian kita. Kebanyakan hukum fizik mempunyai simetri masa. Maksudnya, hukum fizik tidak menetapkan arah pergerakan masa. Masa bergerak ke hadapan, atau ke belakang, hukum fizik masih lagi dipatuhi.",
"Kita ambil contoh sebuah kotak yang penuh dengan bola-bola kecil yang bergerak. Bola-bola ini berlanggar antara satu sama lain mengikut hukum Newton. Cuba perhatikan. Adakah animasi ini dimainkan ke hadapan, atau ke belakang? Dapatkah anda membezakan pergerakan ke hadapan atau ke belakang bagi bola-bola ini? ",
"Sukar untuk kita bezakan kedua-duanya kerana perlanggaran antara bola ini tak bergantung kepada arah gerakan masa. Ke hadapan, atau ke belakang, kedua-duanya masih mematuhi hukum fizik.",
"Sebahagian ahli fizik melihat bahawa terdapat kaitan antara arah gerakan masa dan satu kuantiti fizikal yang dikenali sebagai entropi. Biasanya entropi ini dikaitkan dengan keserabutan atau bilik yang bersepah. Lebih tepat lagi, entropi ini adalah susunan suatu sistem yang ada bagi sistem tersebut. Saya lebih suka kaitkan entropi dengan air milo yang dibancuh. Apabila air milo siap dibancuh, susu pekat akan berada di bawah manakala campuran air milo berada di atas susu pekat tersebut. Keadaan ini mempunyai entropi yang rendah kerana susunan molekul susu pekat dan air milo hanya 1, iaitu molekul susu pekat di bawah, dan air milo di atas. Apabila kita kacau air tersebut dengan sudu, entropinya akan meningkat kerana terdapat banyak susunan yang mungkin bagi susu pekat dan air milo tersebut.",
"Berdasarkan hukum termodinamik kedua, entropi sentiasa bertambah dengan masa, atau paling kurang pun, entropi kekal pada nilai asal. Entropi tidak akan sekali-kali berkurang. Analoginya dengan air milo tadi, susunan susu pekat di bawah dan air milo di atas hampir mustahil untuk kita perolehi semula setelah dikacau.",
"Jadi adakah arah gerakan masa boleh dijelaskan melalui entropi? Memang benar entropi dapat menjelaskan beberapa fenomena arah gerakan masa. Apabila ais cair menjadi air, ia tidak kembali semula menjadi ais. Apabila telur pecah, ia tidak akan kembali semula menjadi telur yang asal. Begitu juga dengan air milo tadi. Kesemua contoh di atas adalah contoh yang mematuhi hukum termodinamik kedua. Entropi rendah menjadi tinggi mengikut peredaran masa. Selesai.",
"Namun, hukum termodinamik masih lagi belum dapat menyelesaikan misteri perjalanan masa. Ia hanya memberitahu kita bahawa entropi suatu sistem sentiasa meningkat dengan masa. Ia tak menjelaskan kepada kita mengapa masa hanya bergerak pada satu arah. Ia tak menjawab mengapa hukum-hukum fizik lain tidak memerlukan masa bergerak pada satu arah. Kalau ikutkan hukum fizik, telur yang pecah, masih lagi boleh dicantumkan semula. Bahkan jika kita hidup dalam alam semesta yang mempunyai telur pecah yang bercantum dengan sendiri, masa masih lagi beredar ke hadapan. Persepsi kita terhadap masa berbeza dengan perubahan entropi bagi suatu sistem.",
"Apa sebenarnya masa ini?",
"Berdasarkan situasi di atas, ada dua jenis masa iaitu masa termodinamik yang berkait dengan peningkatan entropi, dan masa persepsi iaitu masa yang kita alami. Namun, ada lagi beberapa jenis masa lain seperti masa biologi yang berkait dengan perubahan biologi dengan masa, masa sebab akibat (causal time) iaitu masa yang mengaitkan suatu akibat yang berlaku adalah daripada satu sebab sebelumnya, masa kuantum iaitu masa apabila suatu fungsi gelombang musnah (wave function collapse) dan masa kosmologi iaitu masa yang berkait dengan pengembangan alam semesta.",
"Berbalik semula kepada hukum termodinamik kedua, ia secara tak langsung mengaitkan alam semesta ini dengan entropi. Jika entropi sentiasa meningkat dengan masa, ini bermaksud entropi alam semesta pada suatu ketika dahulu adalah sangat rendah. Hipotesis ini disokong oleh teori Dentuman Besar (Big Bang) yang menyatakan bahawa alam semesta ini bermula dari satu titik yang panas. Alam semesta kita berkembang dan menjadi lebih kompleks dengan pembentukan planet, bintang, galaksi, lohong hitam dan selainnya yang mempunyai entropi yang lebih tinggi.",
"Inilah yang kita perhatikan daripada data-data teleskop. Persoalan seterusnya timbul, mengapa alam semesta ini bermula dalam keadaan entropi yang rendah. Sedangkan ia boleh sahaja bermula dengan entropi yang sangat tinggi. Banyak persoalan yang muncul apabila kita mengkaji tentang khazanah-khazanah alam semesta ini. Mengapa alam semesta bermula dalam keadaan entropi rendah? Kita belum tahu. Allah masih belum memberikan jawapan ini kepada hamba-hambaNya.",
"Jadi, mengapa masa hanya bergerak pada satu arah? Mengapa kita boleh ingat perkara yang berlaku semalam, tapi bukan perkara yang berlaku esok? Tiada manusia yang tahu. Hukum fizik masih tak dapat memberikan jawapannya lagi. Marilah kita teruskan berfikir dan mengkaji khazanah ilmu yang terbentang luas. InsyaAllah suatu hari nanti, usaha kita ini dapat memberi manfaat kepada umat akan datang."
] |
https://ajar.com.my/2020/07/28/mana-planet-kesembilan/ | Mana Planet Kesembilan? | [
"Sistem suria adalah sebuah rumah yang kita tinggal di dalamnya sejak dari awal peradaban manusia. Setakat hari ini, masih belum ada manusia yang keluar dari sistem suria dan melawat ke sistem bintang yang lain. Dalam sistem suria inilah terletaknya planet yang didiami oleh manusia iaitu Bumi. Bumi yang penuh dengan kehijauan pokok-pokok dan kebiruan langit yang kita saksikan setiap hari. Bumi ini lah yang penuh dengan rezeki untuk kita, dari sudut makan minum, tempat tinggal, dan khazanah-khazanah ilmu. Bumi ini terletak dalam sistem suria.",
"Sistem suria kita ini ada sejarahnya. Berdasarkan kajian tentang batu-batuan di Bumi, Bulan dan meteor, kita dapat menyimpulkan bahawa sistem suria kita ini berumur dalam lingkungan 4.6 bilion tahun. Ini termasuklah ahli-ahli yang mendiami sistem suria kita seperti Matahari, planet-planet, bulan, komet, asteroid, meteor dan batuan-batuan kecil lain. Matahari berumur sekitar 4.6 bilion tahun, begitu juga dengan planet-planet yang ada.",
"Pluto Bukan Lagi Planet",
"Setakat hari ini, ada 8 buah planet yang telah ditemukan dalam sistem suria kita. Dahulu 9 planet, namun planet yang kesembilan iaitu Pluto telah dikeluarkan daripada senarai planet kerana ia tidak memenuhi kriteria baharu untuk planet. Bagi sesebuah jasad dikategorikan sebagai planet, ia perlu 3 kriteria berikut:",
"Berdasarkan kriteria-kriteria baharu ini, pluto tidak lagi dikira sebagai planet kerana ia tidak menepati syarat yang ketiga. Selain pluto, terdapat jasad-jasad lain yang dikenali sebagai plutino yang mendiami orbit yang sama dengan pluto.",
"Hanya 8 jasad sahaja yang menepati kriteria planet ini iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Namun, berdasarkan kajian terbaharu berkenaan dengan pergerakan objek-objek di kawasan lingkaran Kuiper[1], ahli astronomi menghipotesiskan kewujudan planet kesembilan yang masih belum ditemukan. Lingkaran Kuiper ialah kawasan batuan yang terletak selepas orbit planet Neptun. Planet kesembilan ini dijangka mengorbit Matahari pada orbit yang lebih jauh daripada Pluto dan mengambil masa lebih kurang 15 ribu tahun untuk membuat satu pusingan lengkap mengelilingi Matahari (Pluto hanya mengambil masa sekitar 248 tahun). Planet kesembilan ini juga dijangka mempunyai jisim yang lebih besar dari Bumi iaitu sekitar 5 hingga 10 kali ganda jisim Bumi[2].",
"Planet kesembilan ini mula dihipotesiskan pada awal tahun 2016. Namun setelah 4 tahun teleskop-teleskop besar yang ada hari ini mencerap langit, masih belum ada yang menemukan planet kesembilan ini. Pencarian planet kesembilan ini tidak mudah. Disebabkan planet ini berada pada jarak yang sangat jauh iaitu lebih kurang 13 hingga 26 kali ganda saiz orbit Neptun, ia akan kelihatan sangat kecil. Neptun yang lebih besar dan dekat pun sukar untuk dicerap, dan hanya kelihatan seperti sebuah titik kecil dalam teleskop. Bukan itu sahaja, planet juga tidak memancarkan cahaya. Kita hanya dapat mencerap planet kesembilan ini jika cahaya yang dipantulkan oleh planet tersebut mempunyai kecerahan yang cukup tinggi untuk dikesan oleh teleskop-teleskop di Bumi. Jadi, di manakah planet kesembilan ini?",
"Kita masih belum tahu dengan tepat. Kiraan demi kiraan telah dilakukan bagi menentukan kedudukan sebenar planet kesembilan. Namun setelah dihalakan teleskop ke kawasan persembunyian planet kesembilan, kita masih gagal menemukannya.",
"Bagi yang berminat dalam bidang astronomi, bolehlah terjun dalam bidang ini dan bekerja untuk mencari planet kesembilan ini. Masih banyak ilmu berkaitan sistem suria kita yang belum kita ketahui lagi.",
"Ahli astronomi yang terlibat dalam menghipotesiskan kewujudan planet kesembilan ini mempunyai sejarah yang menarik tentang diri beliau. Sejak 2006 sehingga kini, banyak ahli astronomi profesional dan amatur yang tidak berpuas hati dengan perlucutan gelaran planet bagi Pluto. Antara punca kriteria planet ini diusulkan adalah disebabkan oleh penemuan planet-planet lain di lingkaran Kuiper seperti Sedna dan Eris oleh kumpulan ahli astronomi yang diketuai oleh Michael Brown daripada California Institute of Technology (Caltech). Beliau adalah antara orang yang terlibat dalam melucutkan Pluto daripada senarai planet. Ironinya, beliau juga menghipotesiskan kewujudan planet kesembilan berdasarkan analisis beliau terhadap pergerakan jasad-jasad ‘planet kerdil’ yang beliau temukan.",
"Rujukan"
] |
https://ajar.com.my/2020/07/29/ini-cara-kita-boleh-gunakan-lohong-hitam-untuk-kegunaan-manusia/ | Ini Cara Kita Boleh Gunakan Lohong Hitam Untuk Kegunaan Manusia | [
"Antara sumber tenaga yang kita manfaatkan dalam kehidupan kita adalah sumber tenaga daripada Matahari. Matahari bukan sahaja diciptakan untuk memancarkan cahaya dan tenaga, tetapi ia juga berperanan memastikan Bumi, serta planet-planet lain bergerak dalam orbit masing-masing. Jika Bumi berada pada orbit yang terlalu jauh dari Matahari, ia akan menjadi terlalu sejuk untuk kehidupan. Begitu juga jika ia terlalu dekat dengan Matahari, ia akan menjadi terlalu panas untuk kehidupan. Setiap makhluk yang Allah ciptakan, ada manfaat darinya.",
".",
"Bagaimana pula dengan lohong hitam? Bukti kewujudan lohong hitam semakin banyak. Beberapa dekad lalu, lohong hitam hanyalah spekulasi berdasarkan teori yang tertulis di atas kertas. Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lohong hitam telah pun dikesan oleh para saintis melalui pelbagai kaedah seperti melihat kepada gelombang kegravitian (gravitational waves) dan juga pergerakan bintang-bintang yang mengorbit lohong hitam tersebut. Yang terbaharu, pada 10 April 2019, gambar pertama lohong hitam berjaya direkodkan oleh satu kerjasama para ahli astronomi, jurutera, pakar sains komputer dan ahli fizik di peringkat antarabangsa. Gambar ini menambahkan lagi keyakinan dan bukti tentang kewujudan lohong hitam. Ia bukan hanya wujud pada teori di kertas, ia terbukti wujud di alam semesta.",
"Jadi, apakah manfaat lohong hitam ini diciptakan?",
"Manfaat Lohong Hitam",
"Banyak manfaat yang kita dapat daripada penciptaan lohong hitam ini. Yang pertama, kewujudan lohong hitam ini telah mengesahkan sebahagian teori fizik yang sedia ada seperti teori kerelatifan am. Oleh itu, kajian seterusnya boleh menggunakan teori ini sebagai satu rujukan untuk mengembangkan teori-teori fizik baharu. Jika teori baharu yang dikemukakan menjangkakan sesuatu yang bertentangan dengan teori yang telah dibuktikan, maka ia perlu diubahsuai supaya bertepatan dengan data-data yang diterima.",
"Yang kedua, lohong hitam ini dapat digunakan sebagai ‘mesin masa’ jika manusia mempunyai teknologi penjelajahan angkasan lepas nanti. Lohong hitam mempunyai graviti yang sangat kuat apabila kita berada berhampiran dengannya. Berdasarkan teori kerelatifan am, semakin kuat medan graviti, semakin perlahan masa akan berlalu. Jika kita berada berhampiran dengan lohong hitam, maka masa kita akan berlalu dengan lebih perlahan berbanding rakan-rakan kita yang berada di Bumi.",
"Yang terakhir dan mungkin lebih praktikal, lohong hitam boleh digunakan sebagai penjana tenaga yang sangat cekap (efficient). Lohong hitam mempunyai ciri-ciri yang sangat sesuai untuk teknologi manusia yang terhad. Walaupun lohong hitam mempunyai graviti yang sangat tinggi, ia mempunyai saiz yang sangat kecil. Kita ambil contoh Matahari. Jika sebuah lohong hitam mempunyai jisim yang sama dengan Matahari, jejari lohong hitam tersebut hanyalah sekitar 3 kilometer sahaja! Sedangkan Matahari mempunyai jejari 700 ribu kilometer! Jika Bumi menjadi lohong hitam, ia hanya sebesar duit 50 sen saja!",
"Dengan saiz yang kecil, kita mampu menjadikan lohong hitam ini sebagai penjana tenaga yang sangat cekap melalui proses Penrose tanpa perlu menggali sumber-sumber yang terlalu banyak. Proses Penrose ialah satu proses untuk mengeluarkan tenaga daripada lohong hitam dengan menghantar masuk objek ke dalamnya. Huh… Macam mana tu?",
"Lohong hitam secara teorinya, akan berputar. Ini disebabkan oleh keabadian momentum sudut (conservation of angular momentum). Lohong hitam wujud apabila bintang yang besar memusnah dan meninggalkan teras yang menjadi lohong hitam. Oleh sebab kebanyakan bintang berputar pada paksinya, maka apabila ia mengecut menjadi lohong hitam, lohong hitam ini akan berputar dengan lebih laju.",
"Apabila lohong hitam berputar, ia akan menyebabkan ruang di sekeliling lohong hitam itu diputarkan juga selari dengan putaran lohong hitam tersebut. Jika kita mempunyai lohong hitam yang tak berputar, apa-apa objek yang dilontarkan padanya akan terus kekal di dalamnya jika ia melintasi ufuk peristiwa (event horizon). Namun bagi lohong hitam yang berputar, ia mempunyai bentuk fizikal yang berbeza berbanding lohong hitam yang statik.",
"Lohong hitam berputar (juga disebut sebagai lohong hitam Kerr) mempunyai satu ruang di luar ufuk peristiwanya yang disebut sebagai ergosfera (ergosphere). Di ruang ini lah kita boleh ‘mencuri’ tenaga daripada lohong hitam tersebut untuk kita manfaatkan. Caranya ialah dengan menghantar masuk apa-apa objek ke dalam ergosefera, kemudian objek tersebut berpecah kepada dua. Satu ditarik masuk ke dalam lohong hitam, manakala satu lagi dipecut keluar daripada ergosfera tersebut. Hasilnya, objek yang dipecut keluar itu akan mempunyai tenaga yang lebih tinggi berbanding tenaga asalnya sebelum ia dilontar masuk. Tenaga ini diperoleh dengan mengurangkan tenaga putaran lohong hitam tersebut.",
"Bagi menghasilkan penjana yang lebih praktikal, kita boleh gunakan cahaya, dan satu cermin sfera yang menutupi lohong hitam tersebut. Dengan memancarkan cahaya ke arah lohong hitam, dan menutup cermin sfera tersebut, cahaya akan terus dipantul dan tenaganya terus bertambah hasil ‘mencuri’ tenaga daripada lohong hitam. Kita boleh gunakan cahaya ini untuk menjana tenaga yang sangat banyak.",
"Bila baru kita boleh gunakan kaedah penjanaan tenaga ini? Wallahualam. Kita tidak tahu dimanakah lohong hitam yang paling dekat dengan kita. Namun ada kemungkinan lohong hitam wujud dalam sistem suria kita. Boleh rujuk artikel lepas. Semoga tulisan ini memberi semangat kepada pembaca untuk menceburi bidang sains.",
"Bacaan tambahan:"
] |
https://ajar.com.my/2020/08/04/misteri-umur-alam-semesta/ | Misteri Umur Alam Semesta | [
"Umur alam semesta adalah antara persoalan yang menjadi misteri bagi kita sejak Edwin Hubble menemukan bahawa alam semesta ini berkembang. Sebelum penemuan oleh Edwin Hubble, kita menyangka bahawa alam semesta ini adalah statik dan tidak berubah. Dalam erti kata lain, alam semesta kita ini telah wujud tanpa permulaan.",
" Inilah juga kepercayaan awal Albert Einstein sehingga beliau mengubahsuai teori kerelatifan beliau bagi menjelaskan alam semesta yang statik. Kita sebagai orang islam, percaya bahawa alam semesta pasti mempunyai permulaan kerana alam ini juga adalah mahkluk. Selepas Edwin Hubble menemukan bahawa galaksi-galaksi lain bergerak menjauhi kita, para saintis yakin bahawa alam semesta kita mempunyai permulaannya dan kita mula bertanyakan tentang umur alam semesta ini.",
"Umur alam semesta ditentukan berdasarkan teori Big Bang iaitu alam semesta kita bermula daripada satu titik dan kemudian mengembang menjadi alam semesta yang kita lihat seperti hari ini. Oleh itu, kita hanya perlu ‘undurkan’ masa sehinggalah kesemua galaksi bercantum pada satu titik. Kaedah nak ‘undurkan’ masa ini bukanlah satu kerja yang mudah. Ada beberapa kaedah yang digunakan oleh ahli astronomi untuk melihat keadaan alam semesta kita ketika ia lebih muda.",
"Salah satu kaedah bagi menentukan umur alam semesta ialah dengan melihat kepada sejenis fenomena yang berlaku dalam galaksi iaitu supernova jenis-IA (disebut satu A). Fenomena ini berlaku apabila bintang kerdil putih meletup kerana mencapai jisim tertentu yang menyebabkannya tidak stabil. Letupan ini akan menghasilkan kecerahan yang hampir sama bagi setiap letupan supernova jenis-IA. Oleh sebab kecerahan letupan supernova ini hampir sama, ahli astronomi dapat menggunakan letupan ini sebagai kayu ukur bagi menentukan jarak ke letupan tersebut.",
"Melalui kaedah ini, ahli astronomi dapat menhitung pengembangan alam semesta melalui pencerapan letupan supernova jenis-IA di dalam galaksi-galaksi yang jauh. Semakin jauh galaksi yang dicerap, semakin muda umur alam semesta ketika itu kerana cahaya yang tiba ke teleskop kita adalah cahaya galaksi tersebut ketika ia dipancarkan. Berdasarkan pemerhatian galaksi-galaksi yang jauh ini, ahli astronomi mendapati bahawa galaksi-galaksi ini bergerak menjauhi kita pada halaju 74 kilometer per saat per megaparsec. Ini bermaksud bagi satu objek yang berada pada jarak 1 megaparsec (lebih kurang 3.26 juta tahun cahaya) dari kita akan bergerak menjauhi kita pada halaju 74 kilometer sejam. Jika galaksi tersebut berada pada jarak 2 megaparsec, ia akan menjauhi kita pada halaju 148 kilometer sejam.",
"Kuantiti 74 kilometer sejam ini dikenali sebagai pemalar Hubble dan ia digunakan bagi menentukan kelajuan alam semesta berkembang dan seterusnya umur alam semesta. Berdasarkan pemalar Hubble daripada pencerapan letupan supernova jenis-IA, umur alam semesta adalah dalam lingkungan 13.2 bilion tahun.",
"Kaedah kedua ialah dengan mencerap sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik (Cosmic Microwave Background Radiation). Sinaran ini dipancarkan ketika alam semesta berumur sekitar 400 ribu tahun, umur yang agak muda dibandingkan dengan 13 bilion tahun.",
"Banyak teleskop telah digunakan bagi memetakan sinaran ini seperti teleskop Cosmic Background Explorer (COBE), Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) dan Planck. Yang terbaharu ialah Atacama Cosmology Telescope (ACT).",
"Sebelum data-data daripada Planck dan ACT diterbitkan, ahli astronomi mendapati bahawa nilai pemalar Hubble yang dihitung daripada COBE dan WMAP adalah agak jauh daripada nilai yang dihitung melalui supernova jenis-IA. Namun, nilai ini mempunyai bar ralat yang besar dan bertindih dengan bar ralat daripada hitungan pemalar Hubble dariapda supernova jenis-IA.",
"Disebabkan bar ralat yang dihasilkan agak besar, teleskop Planck dan ACT dilancarkan bagi mengurangkan bar ralat ini. Apabila data-data dari teleskop Planck dapat diakses dan dianalisis oleh ahli astronomi, suatu kejutan besar berlaku. Bar ralat ini tidak lagi bertindih. Nilai pemalar Hubble yang diperoleh oleh kedua-dua kaedah ini adalah berbeza dan ini menyebabkan ahli astronomi menggaru kepala bagi mencari jawapannya.",
"Pada tahun ini, data daripada teleskop ACT pula dianalisis dan mengesahkan data daripada teleskop Planck. Berdasarkan analisis terbaharu oleh teleskop ACT, nilai pemalar Hubble ialah 67.6 kilometer per saat per megaparsec. Umur alam semesta yang diperoleh ialah 14.5 bilion tahun. Nilai yang besar dibandingkan dengan umur alam semesta yang dihitung menggunakan kaedah letupan supernova.",
"Perbezaan antara kedua-dua kaedah ini mendapat komentar yang berbeza daripada ahli-ahli astronomi. Sebahagian mereka menunding jari ke arah kejituan peralatan yang digunakan. Sebahagian lagi menjadikan misteri ini sebagai satu lompong dalam ilmu astronomi yang masih belum kita ketahui.",
"Banyak misteri yang ada di alam semesta ini. Kita sebagai khalifah di muka Bumi, kaji dan manfaatkanlah segala khazanah yang terkandung di alam semesta ini."
] |
https://ajar.com.my/2020/08/05/sekuat-manakah-letupan-ammonium-nitrat/ | Sekuat Manakah Letupan Ammonium Nitrat? | [
"Hari ini kita digemparkan dengan satu tragedi yang sangat menyedihkan dan juga mengerikan iaitu letupan sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat di Beirut, Lebanon. Menurut laporan berita, ammonium nitrat tersebut disimpan di dalam stor yang berada di bandar, di mana terdapat kebakaran yang berlaku. Kebakaran tersebut lantas menjilat gudang yang mengandungi ammonium nitrat tersebut dan terjadilah letupan.",
"Kami di Ajar bersimpati atas tragedi yang Beirut dan kami doakan yang terbaik bagi saudara seIslam kami di sana.",
"Allahummaghfirlahum warhamhum, waa’fihi, wa’fua’nhum. Inalillah wa inna ilaihi rojiun.",
" Atas kesempatan ini juga, tanpa ada niat untuk memperolokkan tragedi ini, kami ingin merungkaikan dari segi saintifik, bagaimana letupan ammonium nitrat berlaku dan mengapa ianya teramat kuat.",
"Ammonium Nitrat ",
"Ammonium Nitrat ialah suatu kompaun yang terdiri daripada ion ammonium dan ion nitrat terhasil daripada tindak balas asid-alkali daripada kompaun ammonia dan asid nitrik. Antara kegunaan ammonium nitrat dalam kehidupan manusia adalah:",
"Namun begitu, manusia memang senang mendengar bisikan syaitan lalu menjadi perosak di muka bumi. Ada yang menggunakan bahan ini untuk mencipta bahan letupan dan menggugat ketenteraman awam.",
"Ammonium Nitrat sebenarnya bukanlah suatu kompaun yang mudah terbakar, namun ia merupakan suatu bahan oksida, yakni akan melepaskan oksigen sekiranya ia diletupkan. Oksigen yang terhasil tersebutlah sebenarnya yang menjadi bahan makan letupan, lantas menjadikan ledakan yang lebih besar. Tambahan, proses penguraian (decomposition) kompaun ini juga merupakan suatu reaksi eksotermik, di mana haba dirembeskan kepada alam persekitaran.",
"Tenaga yang terhasil melalui penguraian Ammonium Nitrat",
" bermaksud ia terdiri daripada 2 atom nitrogen, N, 4 hidrogen, H dan 3 oksigen, O. penguraian reaksi letupan adalah seperti berikut.",
"Ini bermaksud, letupan untuk dua molar (lebih kurang macam unit kepekatan) akan menghasilkan 2 gas nitrogen, , 1 gas oksigen, , dan 4 air, . Untuk mengukur tenaga, kita harus mengira enthalpy unit tenaga setiap molekul:",
"Ini juga bermaksud untuk setiap 2 mol reaksi letupan terjadi akan terhasillah 408 kJ ataupun 204 kJ bagi setiap mol. ",
"1 mol ammonium nitrat pula bersamaan dengan lebih kurang 0.08kg, dan menurut berita, NH4NO3 yang tersimpan di Beirut ialah 2,750 tan ataupun, 2,750,000 kg.",
"Di sini kita dapat mengira molarity dan tenaga letupan Beirut iaitu:",
"Oh wow!! 7 billion kJ tenaga tu!!!",
"Mungkin kalian tak boleh bayangkan berapa banyak tenaga tu, jom kita lihat contoh:",
"Kalau tak boleh bayangkan Mike Tyson, letupan 1kg TNT ialah 4,600kJ dan ini bermaksud letupan Beirut sama seperti 1.5 juta kg TNT!",
"Teman-teman, kami di Ajar berharap agar teman-teman semua menggarab ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia tidak lain dan tidak bukan untuk memakmurkan satu-satunya rumah yang Allah kurniakan kepada kita. Kita belum lagi tahu sekiranya tragedi ini ialah angkara teroris totok yang suka carik pasal nak masuk neraka dan kami doakan ini hanyalah kemalangan semata-mata.",
"Allah mengurniakan kita akal, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin dan peliharalah keamanan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, namun kebanyakan masa, manusialah yang merosakkan sesama manusia.",
"Kami doakan yang membaca akan menjadi khalifah Allah yang akan menggunakan ilmu Allah dengan betul dan penuh dengan keadilan!"
] |
https://ajar.com.my/2020/08/08/kenapa-ada-nombor-khayalan-dalam-matematik/ | Kenapa Ada Nombor Khayalan Dalam Matematik? | [
"Sejak dari bangku sekolah lagi kita telah di ajar tentang nombor. Bermula dengan konsep “sa”, “puluh” dan “ratus”, kita kemudiannya berkenalan dengan pelbagai jenis nombor lain, seperti nombor bundar, pecahan, nombor perpuluhan, nombor negatif dan nombor tak rasional yang tak boleh ditulis sebagai nombor biasa (seperti pi dan nombor euler).",
"Kesemua nombor ini, pada satu tahap, kelihatan seperti sudah mencukupi untuk memuatkan segala ilmu matematik yang kita ada, kan?",
"Dengan mengetahui konsep tambah, tolak, darab dan bahagi antara nombor-nombor yang kita ada, kita boleh mengira hampir kesemua topik dalam matematik asas. Justeru, ahli matematik pada zaman dahulu percaya, selepas kelahiran pelbagai jenis nombor yang telahpun disebutkan tadi, tiada lagi keperluan lain untuk menambah jenis nombor yang baharu.",
"Ternyata mereka silap.",
"Bercakap mengenai Matematik, topik kira-kira bukanlah satu-satunya cabang utama dalam Matematik. Selain dari operasi asas Matematik (iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi), Algebra juga merupakan salah satu cabang utama Matematik yang diajarkan kepada kita apabila kita mula melangkah masuk ke sekolah menengah.",
"Algebra, pada dasarnya, merujuk kepada cabang Matematik yang berkaitan dengan manipulasi persamaan dan simbol (yang ramai orang cakap mereka tak suka Matematik sebab dia dah mula takde nombor, dia ada huruf je. Ini semua salah Algebra!). Dengan kemahiran asas Algebra, kita boleh mula memahami persamaan-persamaan asas, persamaan fizikal seperti luas bulatan (Luas Bulatan = pi x jejari2) atau luas segi empat (Luas Segi Empat = Lebar x Tinggi). Dengan pemahaman persamaan fizikal ini pula, kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.",
"Salah satu idea utama dalam algebra adalah untuk mencari nilai bagi pembolehubah (contohnya x dan y). Sebagai contoh, sekiranya 3x – 2 = 4, dengan menggunakan konsep asas dari algebra,",
"kita boleh mengira bahawa nilai bagi x sebenarnya adalah 2. Kira-kira ini agak mudah, bukan?",
"Nilai yang ‘tidak wujud’",
"Namun ahli Matematik, sewaktu mengkaji algebra, terjumpa dengan beberapa situasi di mana nilai pembolehubah tersebut tidak dapat ditemukan. Sebagai contoh, cuba anda selesaikan persamaan di bawah ini:",
"Melihat kepada persamaan di atas, mungkin naluri awal anda akan mengatakan “Jawapan dia mesti 3, sebab 3 kuasa 2 adalah 9”.",
"Kalau itu adalah jawapan anda, jawapan anda sebenarnya.. adalah salah. Hal ini kerana 3 kuasa 2 boleh ditulis semula sebagai 3 darab 3, dan 3 darab 3 adalah 9, sedangkan jawapan yang di sebelah kanan adalah –9 (nombor negatif).",
"Begitu jugalah kalau anda menganggap bahawa nilai bagi y adalah -3, hal ini juga adalah salah kerana -3 darab -3 akan membawa kepada 9, yang masih lagi merupakan satu angka yang positif.",
"Maka, dalam usaha ahli Matematik untuk mencari jawapan bagi soalan Algebra seperti ini, mereka telah mencipta satu sistem nombor baru, iaitu nombor yang kini lebih dikenali sebagai nombor khayalan (imaginary number). Nombor khayalan diberikan definasi seperti berikut:",
"Dan dengan kemunculan nilai khayalan inilah baru kita mampu menyelesaikan masalah yang kita ada tadi.",
"Perlu diberi perhatian bahawa pada asalnya, ahli Matematik kurang senang dengan idea memberi nilai punca kuasa 2 kepada nombor -1 sebagai satu nombor yang wujud.",
"Hal ini kerana, salah satu aplikasi awal kepada kuasa dua adalah luas segi empat tepat (lebar darab panjang) yang selalunya wujud sebagai formula . Sekiranya anda mengambil nilai nombor khayalan sebagai satu bentuk nombor yang betul wujud, maka anda juga perlu fikirkan apa akibatnya sekiranya kita ada satu segi empat dengan sisi , yang akan mengakibatkan luas kepada segi empat kita mempunyai luas sebanyak -1.",
"Eh, segi empat apa pula ada luas negatif satu?",
"Justeru, apabila idea nombor khayalan ini diusulkan, ramai ahli Matematik yang menolak idea itu. Antara yang mahsyur menolaknya adalah Rene Descartes, antara individu pertama yang menggunakan istilah “Khayalan” untuk nombor ini kerana dia kurang senang dengan konsep nombor ini.",
" “[…] sometimes only imaginary, that is one can imagine as many as I said in each equation, but sometimes there exists no quantity that matches that which we imagine.” – Descartes",
"Meskipun kurang senang, masih ramai ahli Matematik yang menggunakan idea nombor khayalan ini dalam pengiraan mereka, terutamanya dalam bidang Trigonometry yang melibatkan pengiraan sudut.",
"Antara ahli Matematik terkenal yang memahsyurkan penggunaan nombor khayalan adalah Abraham De Moivre yang memperkenalkan formula DeMoivre, dan Leonhard Euler yang memperkenalkan persamaan Euler. Persamaan Euler kini dianggap salah satu persamaan paling cantik dalam Matematik, dan sangat besar aplikasinya dalam trigonometri.",
"Individu yang menjadikan nombor khayalan sebagai satu nombor yang diterima pakai oleh ahli Matematik ialah Caspar Wessel pada tahun 1799, yang mengusulkan satu cabang Matematik baharu, yang dipanggil nombor kompleks (terdiri dari nombor nyata dan nombor khayalan).",
"Carl Friedrich Gauss, seorang lagi ahli Matematik ternama pada zaman itu, turut menyambung kerja Wessel, dengan komentarnya yang tersendiri mengenai nama “khayalan” yang baginya agak menyeleweng.",
"If one formerly contemplated this subject from a false point of view and therefore found a mysterious darkness, this is in large part attributable to clumsy terminology. Had one not called +1, ?1, ??1 positive, negative, or imaginary (or even impossible) units, but instead, say, direct, inverse, or lateral units, then there could scarcely have been talk of such darkness. – Gauss",
"Kegunaan Nombor Khayalan",
"Meskipun namanya agak menyeleweng kerana memberi gambaran bahawa nombor ini seperti tidak wujud dan sekadar khayalan, nombor khayalan sebenarnya memainkan peranan yang amat besar dalam bidang Matematik, Fizik dan Kejuruteraan. Terdapat satu bidang khusus yang dicipta untuk mempelajari nombor khayalan, yang dipanggil Analisis Kompleks (Complex Analysis).",
"Nombor khayalan paling banyak digunapakai dalam pemprosesan signal (signal processing), di mana signal yang ditukarkan kepada signal digital selalunya akan melalui Analisis Fourier, salah satu bentuk analisis matematik bersandarkan kepada konsep trigonometri.",
"Selain dari Analisis Fourier, nombor khayalan juga digunapakai dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik, di mana ia digunakan bagi menganalisa voltan dan arus bagi sesuatu litar, terutamanya dalam litar arus bolak-balik (alternating current).",
"Selain dari kejuruteraan, nombor khayalan juga turut muncul dalam budang fizik, seperti bidang Dinamik Bendalir bagi menerangkan aliran cecair (potential flow). Satu lagi bidang yang menggunapakai nombor khayalan adalah bidang Fizik Kuantum, di mana nombor ini tiba-tiba muncul dalam salah satu persamaan asas Fizik Kuantum, iaitu Persamaan Schroedinger.",
"Rujukan:",
"“A brief history to imaginary numbers”, (June 2019). Science Focus. ",
"“What is Algebra?”, (March 2016). Live Science“",
"“An Imaginary Tale: The Story of ??1”, (2007). Princeton University Press.",
"“Imaginary AC Circuits aren’t really Complex”, (2017). HACKADAY” "
] |
https://ajar.com.my/2020/08/17/covid-19-ada-apa-dengan-mutasi-d614g/ | COVID-19: Ada Apa Dengan Mutasi D614G? | [
"Baru-baru ini, hangat diperkatakan kemunculan virus penyebab COVID-19 dari jenis baru, yang dikenali sebagai D614G. Ianya mungkin baru di negara kita dengan penemuan sampel yang diperoleh dari kluster Sivaganga tetapi dari sudut global virus dari jenis ini sudah berada di dalam kitaran jangkitan diketahui bermula sejak pada hujung Januari 2020 yang lalu. Kemunculan di Malaysia bukanlah suatu perkara yang mengejutkan kerana lambat laun, virus baru yang bermutasi ini tetap akan mendominasi dunia selagi mana tiada vaksin yang berkesan. Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang virus dari jenis baru ini, kita perlu memahami apakah itu yang dimaksudkan dengan mutasi D614G yang sering diperkatakan oleh media mahupun pihak KKM.",
"Ada apa dengan mutasi D614G?",
"D614 ini ialah singkatan kepada kedudukan tepat amino acid ataupun juga disebut sebagai kodon (bahasa saintifik). Amino acid merupakan sejenis elemen protin paling ringkas yang membentuk struktur protin yang lebih besar. Setiap amino acid dibentuk oleh tiga digit DNA yang disebut sebagai kodon. Sekiranya berlaku pertukaran pada salah satu daripada tiga digit DNA ini, maka codon atau amino acid juga akan bertukar. Inilah yang dinamakan mutasi secara pertukaran.",
"Setiap amino acid memiliki sistem pengabjadannya. Dalam kes ini, D614 merujuk kepada kedudukan amino acid dari jenis D, iaitu aspartic acid pada lokasi amino acid ke-614. Maka, mutasi D614 bermaksud telah berlaku mutasi pada amino acid ke-614 ini dan dalam kes virus penyebab COVID-19 ini ianya telah berubah kepada amino acid dari jenis G, iaitu glycine. Dari sudut saintifik, perubahan genetik ini (mutasi) biasanya akan disebut sebagai D614G atau sesetengah laporan akan merujuk jenis virus asal dengan D614 dan jenis virus yang telah berubah melalui mutasi sebagai G614. G614 dan D614G adalah sama, hanya cara ditulis berbeza, jadi jangan pening-pening fikir.",
"Virus D614 VS virus G614",
"Jadi, adakah wujud perbezaan antara virus dari jenis D614 dengan virus dari jenis G614 ini? Secara ringkasnya, populasi virus pada awal kes pandemik kebanyakannya didominasi oleh virus dari jenis D614 yang pertama kali dijumpai di Wuhan, China. Kemunculan virus yang bermutasi kepada jenis G614 pula hanya mula dijumpai sekitar pada hujung Januari 2020 di negara Eropah.",
"Oh ya, virus dari jenis D614G bukanlah satu-satunya jenis virus yang bermutasi, bahkan terlalu banyak mutasi telah berlaku. Cumanya, virus dari jenis D614G ini satu-satunya telah mula mendominasi jangkitan pada peringkat global.",
"Sama ada virus G614 ini datang daripada China atau dari negara lain seperti Eropah itu belum dipastikan namun virus dari jenis G614 kini mula mendominasi kes jangkitan di pelusuk dunia menenggelamkan jumlah jangkitan oleh virus dari jenis D614.",
"Adakah virus dari jenis D614G atau G614 ini lebih mudah berjangkit?",
"Dari aspek kebolehjangkitan, virus dari jenis G614 dikatakan memiliki tahap yang jauh lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda berbanding virus dari jenis D614. Hal ini telah dilaporkan oleh Korber et al., (2020) dan Li et al., (2020) yang masing-masing mengaitkan dengan peningkatan kadar muatan virus (viral load) pada pesakit dan 10 kali ganda kemampuan menjangkiti sel-sel lain. Namun, harus difahami juga bahawa kedua-dua kajian ini hanya tertakluk kepada beberapa tanggapan (assumptions) berikut:",
"1. Peningkatan kadar muatan virus tidak menggambarkan kemampuan transmisi bagi virus tersebut. Kebanyakan penyebaran wabak berlaku semasa fasa pre-asimtomatik tetapi kajian oleh Korber et al., (2020) hanya mengambil kira pesakit pada fasa simtomatik.",
"2. Kajian yang dilakukan oleh Li et al., (2020) pula hanya mengambil kira tanggapan melalui in vitro (sel-sel dalam petri dish) tetapi bukanlah secara in vivo (interaksi sesama hos dan protein).",
"Jadi adakah virus D614G (atau G614) ini memiliki kebolehjangkitan yang jauh lebih tinggi? Secara mudah, kajian Sains masih tiada kata putus yang jelas (baca sebagai tiada data yang jelas dan mencukupi). Namun, adalah lebih baik untuk sesiapa sahaja sentiasa berwaspada.",
"Adakah virus D614G atau G614 ini lebih berbahaya (baca membunuh)?",
"Untuk mengatakan virus D614G lebih berbahaya disebabkan oleh peningkatan kadar muatan virus (viral load), ianya tiada hubung kait dengan kadar bahayanya penyakit COVID-19 ini. Hal ini telah dilaporkan oleh Lorenzo-Redondo (2020) telah mendapati kadar muatan virus (viral load) tidak memainkan peranan terhadap kadar keterukan jangkitan tersebut tetapi lebih membantu kepada kadar kebolehjangkitan virus tersebut.",
"Logiknya, dari sudut evolusi sesuatu virus, adalah penting untuk memastikan hos atau perumah yang ingin dijangkiti itu terus hidup. Tanpa hos, virus tidak boleh bercambah. Maka, secara amnya, virus yang ingin terus bermandiri tidak akan membunuh hosnya (manusia) atau paling tidak, tidak akan menyebabkan simtom jangkitan yang teruk sehingga tidak mampu bergerak dan aktif. Pergerakan hos yang aktif dan keadaan yang sihat diperlukan oleh coronavirus untuk terus bermandiri dan berkitar dalam komuniti manusia.",
"Oleh itu, adalah logik mutasi yang terhasil itu mungkin mewujudkan virus yang memiliki kadar keterukan jangkitan yang lebih rendah bagi meningkatkan kadar kebolehjangkitan. Hal ini boleh berlaku melalui proses tekanan selektif (selective pressure), di mana hanya virus yang memiliki sifat kebolehjangkitan yang tinggi dengan kadar keterukan jangkitan yang rendah sahaya dipilih untuk terus berkitar dan bercambah dalam sesuatu komuniti. Manakala virus-virus asal seperti D614 yang memiliki kadar keterukan jangkitan akan dihilangkan dari kitaran jangkitan melalui saringan proaktif pihak jabatan kesihatan.",
"Maka, virus D614G ini mungkin tidak jauh lebih atau sama bahaya dengan virus asal D614 tetapi mungkin lebih mudah berjangkit.",
"Dari sudut pandang yang lain pula, dengan meningkatnya kadar kebolehjangkitan juga bererti pengawalan jangkitan COVID-19 akan menjadi lebih susah. Mungkin, sesetengah pihak boleh mentafsirkan – virus dari jenis baru ini mungkin lebih berbahaya kerana tahap ketersampaiannya terhadap pesakit berisiko juga akan meningkat, lantas boleh meningkatkan kadar kematian. Sejauhmanakah ianya akan menyebabkan kematian, kita tidak pasti. Yang kita pasti – jangkitan pada kluster Sivaganga serba sedikit memberi kita isyarat bahawa virus daripada jenis ini tidak boleh dipandang enteng.",
"Apa impak mutasi D614G ini terhadap aspek rawatan terapeutik dan pembangunan vaksin?",
"Sudah pasti ramai tertanya-tanya, apakah impak dengan wujud virus dari jenis D614G atau G614 ini?",
"Ada dua sudut yang boleh saya sampaikan: (1) Dari sudut rawatan terapeutik (ubat-ubatan) dan (2) dari aspek pembangunan vaksin.",
"2) Impak terhadap pembangunan vaksin",
"Mutasi pada amino acid D614G tersebut kemungkinan besar tidak akan memberikan apa-apa impak terhadap keberkesanan vaksin yang akan muncul di pasaran kelak. Hal ini kerana mutasi D614G itu berlaku pada struktur spike protein sahaja dan kebarangkalian besar tidak akan memberi sebarang kesan terhadap tahap immunogenik yang dimiliki oleh epitope receptor binding domain (RBD), iaitu domain protein yang berperanan besar dalam berinterkasi dengan angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2). Hal ini disokong oleh beberapa kajian yang menunjukkan bahawa perubahan genetik pada D614G tidak menghalang peranan antibodi dalam menyahkan virus, bererti antibodi tetap boleh berfungsi pada virus dari jenis D614G.",
"Ianya sudah pasti satu berita yang melegakan bagi kita kerana mutasi pada D614G tidak mungkin akan menghampakan usaha pembangunan vaksin yang sedang dijalankan, yang mana sesetengah vaksin tersebut sememangnya dibuat untuk mensasarkan RBD. Berdasarkan asas ini, tiada keperluan untuk membangunkan vaksin yang kedua pada ketika ini.",
"Namun, para saintis tidak menolak kemungkinan mutasi pada D614G ini boleh memberi kelebihan kepada virus tersebut untuk lebih mudah ‘melekat’ pada sel hos. Hal ini berdasarkan kepada kajian model struktur protin yang mendapati mutasi tersebut memberi ruang kepada spike protein untuk berada dalam keadaan sentiasa bersedia untuk melekat pada sel hos, lalu meningkatkan kadar kebolehjangkitan.",
"Kesimpulan",
"Penularan virus dari jenis D614G baru-baru ini benar-benar memberi satu tamparan dan cabaran hebat terhadap barisan hadapan. Virus D614G secara pemerhatiannya ternyata memiliki kapasiti kebolehjangkitan yang tinggi berbanding daripada virus jenis asal. Walaupun kadar keterukan jangkitannya mungkin tidak jauh lebih berbahaya daripada virus asal, tahap penularannya agak membimbangkan dan boleh membantutkan proses pengawalan wabak ini secara berkesan. Mutasi yang berlaku dijangkakan tidak akan memberi kesan yang besar terhadap keberkesanan vaksin yang sedang dibangunkan. Namun, ianya mungkin akan menjejaskan ubat-ubatan yang mensasarkan spike protein.",
"Masyarakat khususnya orang awam perlu lebih berwaspada dan lebih tegas dalam mengikuti SOP yang sedia ada. Tanpa kerjasama orang awam, usaha membanteras penularan melalui contact tracing oleh pihak KKM akan menjadi lebih mencabar dan sia-siap. Kes kluster Sivaganga memberi pengajaran baru kepada kita bahawa usaha pematuhan SOP bukanlah untuk menyusahkan rakyat tetapi untuk kebaikan bersama.",
"Rujukan:(Senarai rujukan sila ke pautan http://www.aminrukaini.com/…/covid-19-ada-apa-dengan-mutasi…)",
"Ditulis oleh:",
"Amin Rukaini Bin MustafaBSc in Biological Sciences (Biotechnology) (The University of Edinburgh, UK)MSc in Biotechnology (The University of Edinburgh, UK)Pelajar PhD, Biotechnology (Molecular Microbiology) (University of Cambridge, UK)"
] |
https://ajar.com.my/2020/08/17/ahli-matematik-teragung-yang-tidak-pernah-wujud/ | Ahli Matematik Teragung Yang Tidak Pernah Wujud | [
"Apabila anda membeli buku, anda pasti akan melihat nama penulis buku tersebut bukan? Apakah reaksi anda apabila mengetahui yang penulis buku tersebut sebenarnya tidak wujud? ",
"Mungkin reaksi pihak American Mathematical Society (AMS) sama seperti anda apabila mereka menerima permohonan untuk menjadi ahli daripada Nicolas Bourbaki. Nicolas Bourbaki merupakan antara ahli matematik terhebat abad ke-20. Bourbaki berkemungkinan ahli matematik terakhir yang menguasai hampir semua aspek dalam bidang matematik. Namun wujud satu masalah, Nicolas Bourbaki sebenarnya tidak wujud!",
"Siapakah Nicolas Bourbaki?",
"Nicolas Bourbaki tidak wujud sebagai seorang individu namun Bourbaki merupakan nama samaran sekumpulan ahli matematik, terutamanya alumni daripada École Normale Supérieure(ENS). Walaupun bekas-bekas anggotanya secara terbuka membincangkan penglibatan masa lalu dengan kumpulan itu, ahli-ahli Bourbaki mempunyai kebiasaan untuk merahsiakan keahlian semasa mereka masih lagi aktif sebagai anggota Bourbaki.",
"Perang Dunia Pertama telah mengorbankan ramai ahli intelektual Perancis. Akibatnya, buku-buku teks kalkulus standard universiti yang ditulis lebih dari dua setengah dekad sebelumnya sudah ketinggalan zaman. Mereka berpendapat buku teks standard pada masa itu tidak mencukupi untuk penyelidikan. Oleh itu, mereka memutuskan untuk mengambil inisiatif untuk menulis buku teks yang terkini namun mereka tidak ingin mendedahkan identiti sebenar mereka. Sebagai jenaka, mereka menamakan diri mereka bersempena nama seorang jeneral Perancis, Charles Bourbaki yang tewas dalam perang Franco-Prusia. Selepas perang tamat, beliau cuba membunuh diri namun juga gagal seperti di medan perang. Jadi beliau benar-benar seorang yang selalu gagal dan ahli-ahli matematik Perancis ini terutamanya Andre Weil, yang menyukai jenaka dan ejekan, memilih namanya untuk kumpulan mereka.",
"Henri Cartan, Claude Chevalley, Jean Delsarte, Jean Dieudonné, René de Possel dan André Weil merupakan pengasas Bourbaki. Mereka akan bertemu sekali-sekala di Café Capoulade untuk perbincangan. Mereka tidak ada pemimpin. Semua terbitan mereka mesti mendapat persetujuan sebulat suara daripada setiap ahli. Pada awal penubuhan Bourbaki, mereka masih muda, bersemangat dan penuh dengan idea.",
"Mereka menyatakan yang Bourbaki ditubuhkan untuk menghasilkan buku dalam bidang analisis matematik. Kalkulus merupakan antara topik dalam bidang analisis.",
"Cara kerja Bourbaki",
"Mesyuarat Bourbaki pertama diadakan pada bulan Julai 1935. Sekiranya ada di kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan sesuatu draf, kebiasannya draf tersebut akan terus dibuang. Perbincangan mereka yang bersemangat dan hangat hanya mencari bukti formal (formal proof) yang kukuh(rigor). Tidak ada tempat untuk perkara seperti ‘intuisi’! Untuk Bourbaki, pengabstrakan dan kegunaan diperlukan untuk kesempurnaan.",
"Bourbaki percaya pada matematik abstrak dan berkeras menolak untuk menangani apa sahaja yang berkaitan dengan fizik matematik, kombinatorik atau logik matematik. Mereka tidak menyukai angka dan menolak untuk bekerja dalam bidang matematik gunaan seperti persamaan pembezaan separa gunaan (applied partial differential equations). Malah karya-karya mereka turut jarang mempunyai sebarang contoh bagi setiap topik. Ahli matematik berpengaruh seperti Benoit Mandelbrot terpaksa meninggalkan Perancis kerana ideanya hanya berdasarkan gambar. Mereka juga tidak menyukai intuisi(intuition). Karya Bourbaki tidak mempunyai angka, intuisi atau aplikasi tetapi karya mereka mencari kefahaman dan struktur yang dipercayai.",
"Sumbangan Bourbaki",
"Sumbangan agung Bourbaki kepada matematik adalah penghasilan buku Éléments de mathématique (Elemen Dalam Matematik) yang mana mempunyai ketebalan melebihi 6000 muka surat dan dibahagikan kepada beberapa jilid dan buku. Ketika pengasas-pengasas Bourbaki mula bekerja untuk menghasilkan Éléments, mereka pada awalnya merancang untuk menjadikan buku tersebut sebagai karya tentang analisis dan memilih Traité d’analyse sebagai tajuk buku mereka. Bahagian permulaan adalah secara komprehensif mengenai topik-topik matematik sebelum analisis, dan disebut sebagai “Paket Abstrak”. Seiring berjalannya waktu, ahli kumpulan Bourbaki mengembangkan “bahagian permulaan” karya yang dicadangkan ini sehingga ia mempunyai beberapa jilid dan merangkumi sebahagian besar karya yang merangkumi teori set(set theory), aljabar abstrak(abstract algebra), dan topologi. Setelah ruang lingkup projek berkembang jauh melebihi tujuan asalnya, tajuk buku Traité d’analyse ditukar menjadi Éléments de mathématique. ",
"Bourbaki turut memperkenalkan simbol set kosong (empty set) yang diguna pakai sehingga ke hari ini. Set kosong merupakan satu set yang tidak mempunyai sebarang elemen.",
"Selain itu, Bourbaki turut memperkenal konsep injektif(injective), surjektif(surjective) & bijektif(bijective). ",
"Sebagai contoh, jika kita mempunyai dua set iaitu A dan B. Injektif ialah apabila kesemua elemen dalam set A dipetakan kepada sebahagian set B dan setiap elemen dipetakan kepada hanya satu elemen yang lain. Surjektif pula berlaku apabila kesemua elemen set A dipetakan kepada semua elemen set B tetapi ada elemen set B yang dipetakan kepada lebih daripada satu elemen set A. Bijektif pula apabila setiap elemen dalam set A dipetakan kepada satu elemen set B dan ini dipanggil sebagai fungsi satu-kepada-satu.",
"Kritikan terhadap Bourbaki",
"Walaupun Bourbaki memberikan banyak sumbangan dalam bidang matematik, namun mereka juga tidak terlepas daripada kritikan daripada ahli matematik malah mereka turut menerima kritikan daripada bekas ahli mereka sendiri. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Bourbaki cendurung untuk melakukan matematik secara abstrak. Cara kerja ini mengundang kritikan kerana karya-karya mereka mempunyai kesukaran untuk difahami oleh pelajar-pelajar yang baru ingin mempelajari matematik. Walaupun karya mereka bertujuan untuk menyediakan asas matematik, namun ia sangat sukar untuk difahami. Malah bekas ahli Bourbaki seperti Claude Chevalley menyatakan Éléments adalah tidak berguna untuk seseorang yang baru ingin mempelajari matematik.",
"Bourbaki turut menerima kritikan kerana tidak mempedulikan bidang matematik gunaan dalam karya-karya mereka. Mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang matematik tulen tanpa membuat sebarang sumbangan dalam bidang matematik gunaan. Walaupun bidang analisis mempunyai beberapa cabang yang boleh dianggap sebagai cabang matematik gunaan seperti keberangkalian(probability) dan persamaan pembezaan(differential equations), mereka tidak pernah memasukkan topik-topik tersebut dalam karya mereka.",
"Kesimpulan",
"Tidak ada keraguan bahawa Bourbaki mengangkat kepentingan “bukti rasmi”. Konsep “Rigor”, pengabstrakan dan keaslian memperoleh status mereka dalam dunia matematik kerana karya Bourbaki. Mungkin ada berbagai pendapat mengenai bagaimana Bourbaki memilih untuk bekerja, tetapi tidak ada percanggahan bahawa Bourbaki berjaya mengubah cara matematik dilakukan.",
"Rujukan"
] |
https://ajar.com.my/2020/08/18/kita-rupanya-menelan-plastik-tanpa-sedar-ini-makanan-yang-mengandungi-plastik-yang-kita-tak-tahu/ | Kita Rupanya Menelan Plastik Tanpa Sedar. Ini Makanan yang Mengandungi Plastik yang Kita Tak Tahu. | [
"Tidak dinafikan, penciptaan plastik merupakan suatu “8th wonder of the world” ataupun antara ciptaan ulung manusia. Terlalu banyak kegunaan dan kelebihan plastik yang menyebabkan penggunaan yang meluas di sekeliling barangan harian anda. Namun begitu, plastik bukanlah suatu ciptaan yang sempurna dan mempunyai ciri-ciri buruk yang menyebabkan plastik dipersetankan pada abad ke-21 ini.",
"Antara sebab terbesar mengapa plastik dibenci ialah:",
"Malangnya, kita baharu sahaja mengetahui kesan buruk plastik terhadap alam sekitar, dan sudah terlewat menangisi bubur. Lebih mengerikan lagi, pencemaran plastik kini adalah di luar kawalan di laut Bumi dan sehinggakan terdapat pulau yang diperbuat daripada plastik.",
"Rupa plastik yang seakan-akan makanan bagi hidupan laut menyebabkan plastik dimakan oleh hidupan tersebut. Akhirnya, yang memakan hidupan laut seperti ikan, ketam dan udang ini ialah manusia yang membuang sampah plastik merata-rata.",
"Berapa Banyak Plastik dalam Makanan Laut?",
"Pada 9 Julai 2020, Riberio et al. (2020) (et al. = dan rakan-rakan) daripada The University of Queensland, Australia telah menerbitkan artikel yang melakukan analisis terhadap nilai kandungan plastik mikro yang terkandung di dalam makanan laut komersial di Australia. ",
"Ini merupakan suatu kerja yang agak baru dan berimpak besar dalam bidang kualitatif plastik mikro. Riberio et al. (2020) menggunakan teknik kromatografi gas di mana bahan uji kaji tersebut akan dibakar dan segala molekul akan terurai lalu dibaca oleh mesin kromatografi. Makanan laut yang di uji kaji oleh Riberio et al. ialah:",
"Kajian kromatografi gas tersebut telah menemui beberapa molekul plastik berserta contoh produk asal yang agak mengejutkan iaitu:",
"Dapatan Analisis",
"Berikut pula merupakan gambar rajah yang menunjukkan kandungan plastik untuk setiap gram makanan:",
"Menurut rajah di atas, setiap makanan laut yang telah diuji kaji mengandungi plastik yang di mana sotong dan udang merupakan makanan yang paling kurang; pada 0.04 dan 0.07 mg per g tisu; dan ikan sardin mempunyai kuantiti plastik yang agak membingungkan iaitu 2.9mg perg tisu. Lagi mengejutkan ialah,kandungan PE dalam ikan sardin adalah sangat tinggi, lebih kurang 2.5 mg per g tisu.",
" Dengan dapatan ini Roberio et al, berikut merupakan potensi penelanan plastik melalui pemakanan makanan laut ialah seperti di dalam kotak merah pada jadual di bawah:",
"Melalui kajian analisis biologikal, fisiologikal, anatomi dan habitat setiap haiwan yang telah diuji kaji, beberapa hipotesis telah dikeluarkan bagi menerangkan mengapa kandungan plastik mikro berbeza-beza.",
"Kesan memakan plastik mikro",
"Jadi, adakah bahaya untuk manusia memakan plastik? Setakat ini, tiada kajian yang mempunyai jawapan yang konklusif. Namun, plastik mengandungi bahan kimia yang toksik yang akan mengganggu sistem badan manusia sekiranya diambil dengan kadar yang terlalu banyak. Mungkin anda boleh kaji sendiri tentang kesan buruk plastik terhadap manusia kerana agak mengerikan dan hiperbolik untuk kami menyatakan bahawa ia akan berlaku terhadap anda.",
"Bumi ini rumah kita",
"Jadi, persoalannya sekarang, apakah seharusnya kita lakukan? Kita tidak dapat mengelakkan daripada memakan plastik mikro kerana kajian telah menunjukkan sama ada makanan liar mahupun ternak, kandungan plastik bergantung kepada jenis makanan yang anda makan.",
"Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah dengan menjalani kehidupan yang kurang bergantung kepada plastik yang tidak boleh diurai (non-biodegradable) dan sebagai seorang muslim dan khalifah Allah yang bertanggung jawab, jaga kebersihan dan jangan buang plastik merata-rata di samping melakukan lebih kitar semula.",
"Maha Pemurah dan Maha Mengasihani Allah, Ia mengurniakan pelbagai kemudahan dan kesenangan buat hamba-hambanya. Namun, akhirnya manusia yang bijak pandai ni jugaklah yang menjahanamkan muka Bumi ni dengan pelbagai cara sebab tamak dan tak bersyukur atas pemberian Allah. Umat Islam seharusnya terkehadapan dalam menangani isu-isu yang melibatkan penjahanaman Bumi kerana Allah meletakkan kita sebagai Khalifah di muka Bumi.",
"“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” Ar-Ruum, 30:41.",
"Ambillah masa ini untuk bermuhasabah dan lakukan perubahan dalam komuniti! Wallahua’lam."
] |
https://ajar.com.my/2020/08/20/lalat-cacing-skru-serangga-mengerikan-yang-memakan-daging/ | Lalat Cacing Skru – Serangga Mengerikan Yang Memakan Daging | [
"Kebersihan memberi kesan besar terhadap kesihatan individu. Kebersihan merangkumi keadaan sekeliling dan diri sendiri. Apabila kebersihan tidak dijaga atau kotor ini akan menghasilkan bau yang busuk dan keadaan yang tidak selesa bagi masyarakat sekeliling. Bagi sesetengah individu ini bukanlah masalah besar. Tapi kebanyakkan orang ini mengambarkan sikap malas, pengotor dan membahayakan diri dan orang lain.",
"Keadaan sekeliling dan diri yang kotor akan menarik minat organisma yang terlibat dengan proses pereputan. Mereka ini memakan dan mengurai sisa-sisa makanan. Antara paling jelas muncul ialah lalat. Lalat sendiri terdapat pelbagai jenis dan spesies. Ada lalat rumah(houseflies), langau hijau(blowflies), lalat daging(fleshflies) yang memakan sisa sampah. Mereka juga bertelur pada sisa-sisa makanan. Telur ini akan menetas menjadi ulat yang akan memakan sisa-sisa makanan ini. Keadaan ini akan menambahkan populasi bilangan lalat disebabkan ulat-ulat ini akan membesar, memasuki fasa pupa dan keluar sebagai lalat dewasa. Populasi lalat yang bertambah pastinya akan menganggu penduduk setempat. Lalat juga merupakan vektor pembawa penyakit yang cukup terkenal dalam menyebabkan keracunan makanan.",
"Selain lalat yang disebut diatas, ada satu jenis lalat yang lagi bahaya dan mengerikan. Ini kerana lalat ini tidak bertelur di sisa-sisa makanan tetapi bertelur di badan haiwan atau manusia yang masih hidup. Masalah ini selalu berlaku pada haiwan ternakan seperti lembu, kuda, kambing dan pelbagai lagi. Lalat ini dipanggil lalat cacing skru.",
"Lalat cacing skru ini terdapat dua spesies yang terkenal iaitu lalat cacing skru dunia baru (Cochliomyia hominivorax) dan lalat cacing skru dunia lama (Chrysomya bezzinana). Nama dunia baru dan lama ini lebih merujuk kepada taburan spesies lalat ini dijumpai. Dunia lama merujuk kepada ketamadunan dunia yang lama seperti Mesir, Eropah, Iraq, Asia, Afrika manakala dunia baru lebih kepada benua Amerika yang sejarahnya lebih baru berbanding dunia lama.",
"Kawasan luka pada badan haiwan atau manusia akan menarik minat lalat betina dewasa untuk bertelur berhampiran kawasan itu. Lalat betina juga akan menghisap dan mengambil semua keperluan nutrien dari kawasan luka bagi memenuhi keperluan pembentukkan telurnya selepas proses mengawan dengan lalat jantan. Berbeza dengan lalat betina, lalat jantan cacing skru pula lebih memilih nektar pada bunga sebagai makanan harian. ",
"Lalat betina juga berpotensi besar bertelur di tepi mulut, gusi, tepi hidung dan telinga. Tempat-tempat ini mempunyai daging atau tisu yang lembut dan mudah dilukakan oleh ulat dari lalat ini. Selepas menjumpai tempat yang sesuai untuk bertelur mereka akan bertelur dalam jumlah 100 hingga 200 biji telur pada kawasan tersebut. Telur ini akan mengambil masa 12 hingga 24 jam sebelum menetas menjadi larva atau ulat. Ulat ini bewarna putih dan kelihatan sama dengan ulat sampah yang selalunya mudah dijumpai pada sampah yang penuh dengan sisa makanan.",
"Apabila menetas dan menjadi ulat, ulat ini akan bergerak ke kawasan luka atau [email protected] pada badan haiwan, manusia yang lembut. Jika ulat ini bergerak ke kawasan luka, luka itu akan menjadi lebih dalam hasil korekan ulat-ulat ini menggunakan cangkuk yang ada pada mulut mereka. Jika ulat bergerak ke kawasan daging yang lembut seperti di dalam hidung dan telinga atau gusi, ulat akan menggunakan cangkuknya untuk melukakan kawasan tersebut. Proses pemakanan akan dimulakan. Semakin lama ulat cacing skru ini berada pada kawasan daging itu semakin besar dan dalam luka yang akan terbentuk.",
"Proses pemakanan mengambil masa 5 hingga 7 hari sehingga ulat cukup besar dan mengandungi semua keperluan nutrien sebelum memasuki fasa pupa. Sebelum fasa pupa bermula, ulat yang telah cukup keperluan nutrien akan bergerak keluar dari kawasan luka. Ulat ini akan menjatuhkan dirinya ke tanah. Apabila jatuh ke tanah, ulat ini akan menimbus dan menyembunyikan badannya dibawah tanah. Pupa akan mengambil masa 7 hari hingga 2 bulan sebelum keluar dari pupa sebagai lalat cacing skru dewasa.",
"Ulat cacing skru ini selalunya menajdi masalah bagi haiwan ternakan kerana kesukaran haiwan ternakan untuk mencuci luka pada belakang badan dan kepala. Jika tidak dirawat oleh pemilik, keadaan haiwan ternakan ini akan menjadi semakin teruk. Selain itu, terdapat juga kes-kes dimana ulat ini infestasi badan manusia seperti di gusi dan di dalam hidung. Telur lalat ini mengambil masa 12 hingga 24 jam untuk menetas maksudnya jika manusia itu tidak mandi atau membersihkan kawasan kritikal kegemaran lalat ini bertelur potensi sangat besar ulat ini infestasi bahagian badan manusia itu. Kita di Malaysia terutamanya, pasti tidak mempunyai masalah ini kerana secara purata orang Malaysia mandi dua kali sehari. Jika disabun dengan betul lagila berkurang potensi diinfestasi ulat lalat ini. Mungkin ada yang bertanya bagaimana lalat ini boleh bertelur dalam mulut di gusi. Lalat ini boleh bertelur di dalam mulut apabila kita tidur. Pastinya kita tidak sedar samada kita tidur mulut terbuka atau tertutup. Bagi orang yang tersumbat hidungnya pasti mulutnya akan terbuka untuk bernafas. Inilah peluang terbaik lalat untuk bertelur di dalam mulut. Oleh itu, gigi perlu digosok dan dibersihkan setiap hari.",
"Bagi umat Islam pula yang solat wajib lima waktu lagila kurang potensi infestasi disebabkan kita mencuci semua bahagian yang disukai oleh lalat-lalat ini. Ini kerana apabila solat kita akan mengambil wuduk dan akan menggunakan air mencuci bahagian tangan, mulut, hidung, telinga dan kaki. Oleh itu sangat bertepatan kebersihan itu tuntutan agama yang mahukan keadaan terbaik bagi umatnya.",
"Rujukan"
] |
https://ajar.com.my/2020/08/23/bumi-sebenarnya-ada-lebih-daripada-1-kutub-utara/ | Bumi Sebenarnya Ada Lebih Daripada 1 Kutub Utara. | [
"Ya, anda tak salah baca tajuk. Ramai orang sebenarnya tak tahu bahawa Bumi yang kita diami ni sebenarnya mempunyai bukan sahaja dua kutub, iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan, bahkan Kutub Utara kita sendiri sebenarnya wujud di beberapa lokasi yang berbeza.",
"Baiklah, untuk definasi Kutub Utara yang pertama, kita boleh anggapkan Bumi ini berbentuk seperti sebiji bola (kalau anda golongan flat earth mungkin tak perlu baca artikel ni). Maka, bahagian bola kita, sama seperti Bumi, akan ada bahagian paling atas, dan bahagian paling bawah. Berdasarkan pemetaan dunia, bahagian paling atas Bumi dikenali sebagai Kutub Utara secara geografi (Geographic North Pole), dan bahagian paling bawah dikenali sebagai Kutub Selatan secara geografinya (Geographic South Pole).",
"Jadi itu je lah kan? Mana ada Kutub Utara yang lain, kan?",
"Nanti dulu.",
"Kutub Utara Bukan Kutub Utara dan Kutub Selatan Bukan Kutub Selatan",
"Kalau anda pernah bermain dengan kompas, anda pasti akan perasan bahawa bahagian Utara kompas anda akan sentiasa menghadap ke satu arah Utara. Maka, dalam minda kita, seringkali kita sangka bahawa Utara yang ditunjukkan oleh kompas itu adalah Kutub Utara Geografi Bumi.",
"Sebenarnya, andaian anda ini adalah salah.",
"Baik, ayuh kita lihat kepada sifat kompas anda. Kompas anda yang menunjukkan arah Utara itu sebenarnya berpunca daripada bar magnet. Magnet, sama seperti Bumi, memiliki dua medan, iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan. Kajian para saintis telahpun menonjolkan beberapa sifat magnet, seperti dua kutub yang sama akan saling menolak, dan dua kutub yang berlawanan akan saling menarik.",
"Nah, di sinilah sangkaan orang selalunya silap.",
"Kalau anda fikir semula, bar magnet di dalam kompas anda (Kutub Utara) sedang tertarik ke arah Kutub Utara Bumi. Eh, tapi tadi baru je kita cakap yang dua kutub yang sama akan saling menolak? Kenapa pulak Kutub Utara dalam kompas kita tertarik kepada Kutub Utara Bumi?",
"Ha? Peliknya?",
"Sebenarnya, Kompas kita bukanlah tertarik kepada Kutub Utara Bumi tu, sebaliknya, wujud satu kawasan yang memiliki kekutuban Kutub Selatan di bahagian Utara Bumi kita. Kawasan ini dipanggil sebagai Kutub Utara Magnet (Magnetic North Pole).",
"Kalau anda rasa macam pening, jangan risau. Benda ni memang dibuat untuk memeningkan orang pun. Pada asalnya orang dulu telahpun tersedar bahawa mereka tersilap sebab mereka menyangkan bahawa kompas mereka sentiasa menunjuk ke arah Utara, sebelum mereka faham bagaimana magnet berfungsi.",
"Justeru, selepas saintis memahami sifat magnet, mereka tersedar bahawa Kutub yang selama ini mereka sangka Utara adalah sebenarnya Kutub Selatan secara magnetiknya, kerana Kutub Utara dan Kutub Selatan lah yang sepatutnya saling menarik, bukan Kutub Utara dengan Kutub Utara.",
"Disebabkan konvension (sebab semua orang melakukan kesilapan yang sama), jadi ahli saintis yang mengkaji sifat medan magnet Bumi terus menggunakan gelaran Medan Magnet Utara Bumi (North Magnetic Pole) yang sebenarnya berkutub Selatan.",
"Bagaimana medan magnet Bumi ni terhasil?",
"Buat masa sekarang, disebabkan kita tidak mempunyai kepakaran untuk pergi meneroka lebih dalam dari bahagian Teras Bumi (Earth Crust), maka kita sebenarnya tidak ada fakta sebenarnya bagaimana Medan Magnet Bumi boleh terjadi.",
"Teori utama yang kita ada dipanggil Geo-Gynamo, di mana apabila kita pergi ke bahagian Bumi kita yang lebih dalam, suhu akan meningkat dan lebih panas, menjadikan batuan besi di bahagian Teras Luar (Outer Core) akan berada dalam keadaan cecair. Besi yang cair, ditambah dengan putaran Bumi, akan menyebabkan cas dalam bahagian Teras Luar untuk bergerak, dan menurut salah satu konsep asas dalam Magnetisme, cas yang bergerak mampu menghasilkan arus elektrik, dan sekaligus arus elektrik tersebut menghasilkan Medan Magnet.",
"Wayar yang mengalirkan arus eletrik akan menghasilkan medan magnet (boleh dilihat dari corak serbuk besi disekeliling). Menggunakan hujah yang sama, arus dalam Teras Bumi juga mampu menghasilkan Medan Magnet.",
"Disebabkan pergerakan cecair dalam Teras Luar Bumi ini adalah bersifat tidak sekata, maka Medan Magnet Bumi juga sebenarnya adalah tidak sekata. Intuisi kita mungkin menyangka bahawa Medan Magnet Bumi, sama seperti Medan Magnet berbentuk bar, akan wujud dalam bentuk bertentangan (180 darjah), namun hakikatnya ia tidaklah 180 darjah antara satu sama lain (rujuk rajah).",
"Kalau anda pernah dengar atau baca mengenai topik Pemutaran Kutub (Magnetic Reversal), ketahuilah bahawa putaran kutub terlahir dari perubahan Kutub Magnet ini. Disebabkan pergerakan cecair besi dalam Bumi yang sentiasa berubah, lokasi letaknya Kutub Utara Magnet dan Kutub Selatan Magnet ini juga sentiasa berubah. Objek samawi lain pun sebenarnya ada fenomena perubahan kutub ini, seperti Matahari yang berubah Kutub Medan Magnetnya dianggarkan setiap 11 tahun.",
"Sekiranya kita inginkan satu Kutub Utara dan Kutub Selatan yang saling bertentangan dari segi kekutuban mereka, hal ini adalah apa yang dinamakan sebagai Kutub Geomagnet Bumi (Geomagnetic North dan Geomagnetic South). Kutub Geomagnet ini adalah satu bentuk anggaran bagi bagaimana bentuk umum Medan Magnet Bumi kita ini, lebih-lebih lagi kalau dilihat dari luar Bumi.",
"Disertakan gambar bagi ketiga-tiga lokasi Kutub Utara kita; Kutub Utara secara geografi, Kutub Utara melalui definasi medan magnetnya, dan Kutub Geomagnet yang merupakan satu bentuk anggaran nilai Kutub Utara.",
"Anda boleh menonton video dari MinutePhysics ini untuk maklumat lanjut.",
"Sekian.",
"Penulis merupakan seorang pensyarah Fizik dan Matematik dari HELP University. Sila hantarkan email kepada [email protected] sekiranya ada sebarang soalan ataupun komen.",
"Rujukan dan bacaan lanjut:",
"“North Pole”, National Geographic. https://www.nationalgeographic.org/encyclopedia/north-pole/",
"“Reversals: Magnetic Flip”, British Geological Survey. http://www.geomag.bgs.ac.uk/education/reversals.html",
"“Magnetic north just changed. Here’s what that means.”, National Geographic. https://www.nationalgeographic.com/science/2019/02/magnetic-north-update-navigation-maps/",
"“Explained: Dynamo Theory”, MIT News. https://news.mit.edu/2010/explained-dynamo-0325"
] |
https://ajar.com.my/2020/08/23/dari-mana-datang-ulat-buah/ | Dari mana datang ulat buah? | [
"Apabila disebut manga, belimbing, betik dan kemanisan buah-buah ini pastinya mengiurkan. Malangnya buah-buah ini apabila dibeli dan dipotong terdapat makhluk-makhluk kecil berwarna putih menggeliat ke kiri dan ke kanan cuba melarikan diri dari gerakan tangan yang memotong buah-buah yang baru dibeli itu. Dari mana datangnya ulat-ulat putih ini? Bagaimana mereka ini boleh berada di dalam buah-buah ini? Apabila buah dipilih kulit luarnya kelihatan elok dan tiada rosak tetapi malangnya ada makhluk perosak rupanya sedang berpesta buah-buahan di dalam.",
"Ulat ini datang dari lalat buah. Lalat yang datang ke buah-buah yang sedang membesar menyuntik telur-telur mereka ke dalam isi buah-buah ini. Telur ini akan menetas menjadi ulat-ulat yang bakal merosakkan isi buah-buahan. Seekor lalat betina berkeupayaan bertelur sehingga 500 biji telur sepanjang hayatnya. Telur ini akan mengambil masa minimum sehari untuk menetas. Larva akan keluar dari telur. Menggunakan cangkuk yang ada pada mulut larva, proses memakan buah akan berlaku. Sebab inilah lalat buah telah disenarai oleh 64 buah negara dunia sebagai perosak utama tanaman.",
"Malaysia pastinya tidak terkecuali. Kita sendiri selalu mengalami masalah ini. Ulat-ulat telah dahulu memakan buah-buah yang dibeli kita. Sebagai contoh lalat buah dari Bactrocera papayae terkenal sebagai perosak bagi buah betik, jambu batu, manga, belimbing dan banyak lagi.",
"Terdapat satu lagi jenis serangga yang berkait rapat dengan lalat buah iaitu dipanggil penyengat atau “wasp”. Serangga ini diguna dibeberapa tempat sebagai kawalan biologi lalat buah. Kawalan biologi ini penting bagi mengelak penggunaan racun serangga yang bukan sahaja membunuh lalat buah tetapi haiwan lain dan semestinya beracun kepada manusia. Contohnya penggunaan malathion yang boleh mengganggu sistem saraf manusia. Kawalan biologi ini selalunya melibatkan penggunaan musuh semulajadi perosak. Penyengat ini merupakan musuh semulajadi lalat buah.",
"Penyengat mempunyai satu struktur badan yang panjang dan tajam. Struktur ini berkeupayan menyucuk atau menyuntik telur penyengat ke dalam ulat lalat buah. Struktur ini dipanggil ovipositor. Ovipositor ini akan digerak-gerak sehingga dapat menembusi badan ulat. Apabila dicucuk telur penyengat akan dimasukkan ke dalam ulat. Telur ini akan menetas menjadi ulat di dalam ulat lalat buah.",
"Ulat penyengat akan bertindak sebagai parasit memakan semua nutrient dalam badan ulat lalat buah. Ulat lalat buah akan meneruskan fasa kitar hidup yang ada sehingga ke fasa pupa. Sepatutnya lalat buah dewasa yang akan keluar dari pupa tetapi yang keluar dari pupa adalah penyengat dewasa. Penyengat ini juga digelar parasitoid yang merujuk kepada serangga yang ulatnya menjadi parasit bagi perumah(serangga lain).",
"Secara sejarahnya, seawal tahun 1912, Hawai telah menggunakan penyengat dari spesies Psyttalia humilis dan Diachasmimorpha tyroni dalam kaedah kawalan biologi lalat buah. Begitulah rantaian kehidupan dua jenis serangga ini. Satu serangga memakan buah-buahan, satu lagi hidup memakan serangga itu dari dalam. Inilah ciptaan Tuhan, mereka dicipta merosak memusnah yang lain demi kelangsungan kehidupan spesiesnya. Telah dicipta dan acuannya begitu.",
"Pastinya manusia itu berbeza dengan haiwan yang tidak mempunyai kod-kod moral, etika dan agama. Bukanlah kehidupan ini, kita hidup atas musnahnya orang lain.",
"Rujukan"
] |
https://ajar.com.my/2020/08/28/cara-membina-jalur-gemilang-menggunakan-set-geometri/ | Cara Membina Jalur Gemilang menggunakan set geometri | [
"Bendera Malaysia yang juga dikenali sebagai Jalur Gemilang telah direka oleh Mohamed Hamzah merupakan lambing kedaulatan Negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya menghormati Jalur Gemilang dan mengenalinya.",
"Tapi tahukah anda cara-cara untuk melukis Jalur Gemilang dengan tepat dan betul menggunakan set geometri?",
"Jom, sediakan Kertas, alat tulis seperti pensil, pembaris dan set geometri.",
"Kita lukis bersama-sama Jalur Gemilang dengan mengikut panduan seperti dibawah. Video juga disediakan dibawah untuk memahami cara pembinaan bendera ini dengan lebih jelas.",
"Langkah 1: Persediaan",
"Langkah ini adalah persediaan untuk melukis Bendera Malaysia dan ukuran-ukuran ini diperlukan semasa proses pembinaan Jalur Gemilang",
"a. Bina garisan yang ditetapkan sebagai 1 unit",
"b. Bina garisan berukuran 2 ½ unit",
"c. Bina garisan 2 2/3 unit",
"Langkah 2: Melukis Bahagian 14 Jalur",
"Langkah 3: Persediaan Melukis Bulan Sabit dan Bintang",
"Titik persilangan S, T, U dan V ditanda",
"Langkah 4: Melukis Bulan Sabit",
"Langkah 5: Melukis Bintang 14 Bucu",
"Bintang 14 bucu yang akan dihasilkan ini hanyalah anggaran sahaja, bukan 100% tepat. Jadi bintang yang terhasil mungkin akan kelihatan sedikit tidak seragam. Teknik yang digunakan disini adalah yang paling ringkas dan mudah untuk dihasilkan.",
"Kemaskan, maka siaplah Jalur Gemilang anda untuk diwarnakan",
"Selamat Mencuba"
] |
https://ajar.com.my/2020/09/01/ini-10-negara-paling-kecil-di-dunia/ | Ini 10 Negara Paling Kecil di dunia | [
"Kita tahu bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang besar dibandingkan dengan negara-negara seperti China, Rusia dan USA. Namun kita juga tahu bahawa jiran-jiran terdekat kita adalah lebih kecil berbanding dengan Malaysia. ",
"Negara jiran kita seperti Singapura dan Brunei adalah sangat kecil dibandingkan dengan negara kita. Malah, Singapura (721.5 km persegi) adalah lebih kecil berbanding dengan negeri terkecil di negara kita iaitu Perlis (819 km persegi). Namun, masih wujud negara yang lebih kecil berbanding Singapura. Malah, Singapura tak termasuk pun dalam senarai 10 negara terkecil di dunia! Jom kita kenali negara-negara terkecil di dunia ini.",
"Malta",
"Malta adalah sebuah kepulauan di selatan Eropah dan berada di Laut Mediterranean. Negara yang kesepuluh terkecil ini mempunyai keluasan sekitar 316 kilometer persegi dan ibu kotanya, Valletta merupakan ibu kota terkecil dalam Kesatuan Eropah dengan keluasan 0.8 kilometer persegi. Malta mempunyai sejarah yang panjang disebabkan oleh kedudukan geografinya yang berada di Laut Mediterranean. Kepulauan ini telah mula didiami lebih 7 ribu tahun lalu dan telah diterokai oleh berbagai tamadun seperti tamadun Greek, Rom, Arab dan British. Oleh sebab itu, terdapat banyak tinggalan bersejarah di negara ini sehingga mendapat pengiktirafan daripada UNESCO.",
"Maldives",
"Maldives adalah sebuah kepulauan kecil di selatan Asia dan terletak di Lautan Hindi. Negara ini mempunyai keluasan 300 kilometer persegi menjadikannya negara kesembilan terkecil di dunia. Dengan pantai yang menarik dilengkapi dengan kemudahan yang sangat baik, pelancongan merupakan sektor kedua terpenting dalam menjana ekonomi di negara ini selepas perikanan. Maldives adalah antara negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya.",
"Saint Kitts and Navies",
"Sejujurnya, penulis belum pernah mendengar nama negara ini kecuali setelah mencarinya di Google. Saint Kitts and Navies merupakan sebuah kepulauan yang terletak di Hindia Barat dan termasuk dalam Antillen Kecil. Kepulauan Saint Kitts and Navies ini adalah antara tempat pertama di Carribean yang dijajah oleh penjajah dari Eropah. Negara ini menduduki tempat kelapan negara terkecil dengan keluasan sekitar 261 kilometer persegi.",
"Marshall Island",
"Marshall Island adalah sebuah kepulauan yang terletak di tengah Lautan Pasifik dengan keluasan 181 kilometer persegi. Disebabkan kedudukannya yang jauh di tengah Lautan Pasifik, Marshall Island hanya menerima kurang daripada 5 ribu pengunjung setiap tahun. Oleh itu, negara ini perlu bergantung kepada sumber lain untuk menjana ekonomi tempatan seperti perikanan dan penjanaan tenaga melalui sumber yang boleh diperbaharui seperti cahaya matahari dan angin. Walaupun saiznya yang kecil, pulau ini sebenarnya adalah negara yang mempunyai peratus lautan yang terbesar iaitu 97.87% negara ini terdiri terdiri daripada lautan. ",
"Liechtenstein",
"Liechtenstein adalah sebuah negara di Eropah yang terletak di antara negara Switzerland dan Austria. Negara kecil ini hanya berkeluasan 160 kilometer persegi namun kecantikannya tiada bandingan. Liechtenstein terdiri daripada kawasan pergunungan dan lembah menjadikannya seolah-olah seperti sebuah tempat dari kayangan.",
"San Marino",
"San Marino adalah sebuah negara di Eropah dan dikelilingi sepenuhnya oleh negara Itali. Namun negara ini bukanlah satu-satunya negara yang dikelilingi oleh Itali. Kita akan lihat sebentar lagi negara mana yang juga dikelilingi oleh Italy. San Marino hanya mempunyai keluasan 61 kilometer persegi! Namun ia merupakan antara negara yang mempunyai kekayaan yang tak terbanding. Negara ini adalah satu-satunya negara yang mempunyai pemilikan kereta yang lebih banyak berbanding bilangan rakyatnya sendiri.",
"Tuvalu",
"Tuvalu adalah satu lagi kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik dengan keluasan 26 kilometer persegi. Negara ini terdiri daripada beberapa pulau dan pulau terbesarnya ialah Funafuti. Disebabkan kedudukan geografinya yang sangat terasing, negara ini tidak dikunjungi pelancong seperti negara-negara lain. Tidak banyak benda yang boleh dilakukan di negara ini. Malah banyak penduduk di sini keluar bekerja di negara lain seperti New Zealand dan Australia.",
"Nauru",
"Nauru adalah sebuah negara yang berjiran dengan negara yang keempat dalam senarai ini namun mempunyai keluasan 21 kilometer persegi. Nauru mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia kaya dengan sumber alam semula jadi iaitu fosfat. Sekitar tahun 1950-an, Nauru mula menggali sumber fosfat dengan agresif dan mula memperoleh kekayaan dengan cepat. Namun sumber ini tidak berkekalan. Sekitar 1980-an, sumber fosfat di Nauru mula berkurang dan tidak mampu lagi menampung negara ini selain kegagalan menguruskan harta negara. Akhirnya, negara ini mula mengalami kemerosotan ekonomi.",
"Monaco",
"Monaco kerap kali disalah anggap bahawa ia adalah sebahagian daripada Perancis. Ini kerana Monaco dikelilingi oleh Perancis pada setiap sempadan kecuali di bahagian pesisir pantai yang bersempadan dengan Laut Mediterannean. Negara kecil ini mempunyai keluasan hanya 2.1 kilometer persegi. Walaupun kecil, negara ini adalah antara yang terkaya di dunia. Hampir 30 peratus daripada rakyat negara ini adalah jutawan!",
"Vatican City",
"Vatican adalah tidak asing lagi bagi mereka yang belajar tentang sejarah Islam dan Eropah kerana Vatican adalah tempat tinggal bagi pemerintah tertinggi dalam agama Kristian Katolik, Pope. Negara ini terletak betul-betul di tengah kota Rom dan hanya bersaiz 0.44 kilometer persegi. Di sinilah tempat Pope dipilih dan juga tempat Pope memberi arahan ke seluruh masyarakat Kristian sejak zaman empayar Rom dahulu.",
"Rujukan"
] |
https://ajar.com.my/2020/09/06/betulkah-teknologi-5g-selamat/ | Betulkah Teknologi 5G Selamat? | [
"Saya pasti kita semua mempunyai telefon pintar dalam poket. Malah sebahagian anda mungkin membaca artikel ini menggunakan telefon pintar anda. Seperti yang kita sudah tahu, telefon pintar ini dapat mengakses internet melalui rangkaian yang sedia ada pada hari ini seperti 4G LTE. Apabila telefon kita menunjukkan simbol ‘3G’, ‘H’, atau ‘E’, kita pasti akan hampa, atau kita akan mencari-cari kawasan yang mempunyai isyarat 4G. Teknologi 4G telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013 dan kini liputannya telah mencapai hampir ke semua kawasan yang mempunyai kepadatan pengguna telefon pintar yang tinggi. Teknologi 4G ini mempunyai kelajuan maksimum muat turun sekitar 100 megabit per saat (Mbps) dan kelajuan muat naik sekitar 50 Mbps.",
"Teknologi 4G ini mula diganti oleh teknologi 5G pada tahun 2019. Dengan perkembangan Internet Kebendaan (IoT), kereta tanpa pemandu, permainan servis awan (cloud-service games) dan realiti maya mudah alih, keperluan untuk internet yang lebih pantas mula timbul. Teknologi 4G tidak mampu menampung keperluan ini dan harus diganti (malah nak tengok video YouTube pun masih tersekat-sekat). Dengan kelajuan maksimum 10 gigabit per saat (10 Gbps), iaitu seratus kali ganda berbanding kelajuan 4G, teknologi 5G dijangka akan memenuhi keperluan pasaran hari ini.",
"Namun persoalan yang sering ditimbulkan oleh sebahagian orang ialah sama ada teknologi 5G ini selamat atau tidak.",
"Seperti 4G, 5G juga menggunakan gelombang elektromagnet untuk menghantar dan menerima data. Namun teknologi 5G menggunakan lebar jalur (bandwidth) yang lebih luas iaitu dari frekuensi yang digunakan oleh 4G (600 MHz hingga 2.5 GHz) hingga 100 GHz dan ke atas.",
"Dengan frekuensi yang lebih tinggi, lebih banyak data yang dapat dihantar dan diterima serta kependaman (latency) yang sangat rendah.",
"Seperti yang dijelaskan di atas, teknologi 5G menggunakan gelombang elektromagnet untuk penghantaran dan penerimaan data. Gelombang elektromagnet ini mempunyai pelbagai spektrum dari spektrum radio hingga sinaran gama bergantung kepada frekuensi gelombang ini. Spektrum radio mempunyai frekuensi yang rendah iaitu sekitar 300 MHz dan ke bawah. Frekuensi ini adalah sama dengan frekuensi yang kita lihat pada radio dalam kereta tu. Spektrum gelombang elektromagnet yang digunakan oleh teknologi 5G terletak pada spektrum gelombang mikro (600 MHz – 100 GHz).",
"Sinaran gelombang elektromagnet terbahagi kepada dua iaitu sinaran mengion dan tidak mengion (ionizing & non-ionizing radiation). Sinaran mengion ini boleh memberi kesan pada sel-sel dalam badan seperti merosakkan molekul protein, DNA dan RNA. Contoh sinaran mengion ialah sinar-X yang digunakan untuk melihat tulang dalam badan kita. Jika dikenakan dos yang banyak, ia boleh membunuh banyak sel dalam badan kita. Sebab itu pengimejan sinar-X mempunyai had tertentu untuk digunakan. Begitu juga dengan sinaran daripada sumber radioaktif di loji-loji nuklear. Pekerja-pekerja di loji nuklear perlu dipantau kadar pendedahan mereka terhadap sinaran mengion.",
"Sinaran tidak mengion pula terdiri daripada spektrum-spektrum yang mempunyai frekuensi yang lebih rendah seperti spektrum radio dan gelombang mikro. Teknologi 5G, 4G dan sebelumnya, serta wifi dan komunikasi radio kesemuanya menggunakan sinaran tidak mengion. Sinaran tidak mengion juga mempunyai kesan buruk seperti boleh menyebabkan kulit terbakar jika didedahkan secara berlebihan pada dos yang tinggi. Contohnya adalah ketuhar gelombang mikro (microwave oven) yang digunakan untuk memanaskan makanan. Ketuhar ini memancarkan sinaran tak mengion (gelombang mikro) menyebabkan molekul pada makanan tersebut bergetar dengan pantas dan memanaskan makanan tersebut.",
"Teknologi 5G tidak menggunakan sinaran mengion untuk penghantaran dan penerimaan maklumat. Jadi sepatutnya ia adalah selamat digunakan. Inilah yang disebutkan oleh pelbagai badan berautoriti seperti World Health Organization (WHO) dan United Nation (UN). Namun disebalik itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan sebaliknya iaitu sinaran tidak mengion ini sebenarnya boleh memberi kesan buruk kepada manusia seperti peningkatan risiko kanser. Banyak kertas kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kesan buruk penggunaan sinaran tidak mengion ini kepada badan manusia.",
"Kita masih belum tahu secara pasti sama ada teknologi ini selamat atau tidak dalam jangka masa panjang kerana teknologi ini baru sahaja diperkenalkan. Kajian terhadap penggunaan teknologi tanpa wayar seperti 2G, 3G, Wifi telahpun menunjukkan kesan buruk bagi pengguna yang kerap seperti peningkatan risiko kanser. Hanya masa serta sokongan dana terhadap kajian ini dapat memberikan jawapan jelas kepada kita."
] |
https://ajar.com.my/2020/09/11/5-peristiwa-kepupusan-terbesar-di-planet-bumi/ | 5 Peristiwa Kepupusan Terbesar Di Planet Bumi | [
"Kepupusan adalah apabila suatu spesis itu hilang dan lenyap secara keseluruhan dari muka Bumi ini. Kita sedia tahu bahawa banyak spesis telah pupus sepanjang zaman semenjak dahulu lagi. Antara kepupusan yang diketahui umum ialah kepupusan dinosaur jutaan tahun lalu. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa dinosaur ini sebenarnya hidup dalam beberapa era dan setiap era ini, mempunyai peristiwa kepupusan atau ‘kiamat kecil’nya yang tersendiri yang menghapuskan hampir keseluruhan hidupan yang hidup pada era tersebut. Keseluruhannya, terdapat sebanyak lima peristiwa kepupusan besar yang telah melenyapkan lebih 3 per 4 spesis yang hidup pada sesuatu era tersebut. Jom kita lihat 5 peristiwa kepupusan yang telah berlaku dan juga 1 tambahan yang menarik untuk dihayati.",
"Pengakhiran era Ordovician ini berlaku kira-kira 444 juta tahun lalu dan telah mengorbankan sekitar 85 peratus spesis laut yang wujud ketika itu. Peristiwa kepupusan Ordovician atau Ordovician-Silurian ini diteorikan berlaku dalam dua kali ‘pukulan’. Kedua-dua pukulan ini dikaitkan dengan pengglasieran atau penghasilan glasier di Gondwana (benua utama di Bumi ketika itu). Pukulan pertama yang membunuh hidupan ketika itu dikaitkan dengan penurunan suhu Bumi disebabkan glasier dan penurunan paras laut. Selepas pukulan pertama berakhir, hidupan yang masih ada terus beradaptasi dengan norma baharu. Namun tidak lama kemudian, paras laut semakin meningkat dan perubahan iklim berlaku sekali lagi, kehidupan-kehidupan mula mati dan tidak sempat beradaptasi dengan perubahan yang ketara ini.",
"Kepupusan terbesar yang kedua ialah pada penghujung era Devonian iaitu sekitar 370 juta tahun lalu. Pengakhiran era ini telah membunuh 50 peratus genus ketika itu dan sekitar 70 hingga 82 peratus spesis telah pupus. Namun, tidak seperti kepupusan lain, kepupusan Devonian ini tidak disepakati akan sebab ia berlaku. Malah, tempoh peristiwa kepupusan ini juga agak panjang berbanding kepupusan lain iaitu selama tiga juta tahun. Oleh itu, banyak teori yang diusulkan tentang akibat berlakunya kepupusan Devonian ini. Antaranya ialah sinaran daripada letupan supernova yang berdekatan, letusan gunung berapi dan pelepasan magma yang berterusan.",
"Kepupusan Permian-Triassic ini berlaku pada penghujung era Permian dan awal era Triassic iaitu kira-kira 250 juta tahun lalu. Peristiwa ini merupakan peristiwa kepupusan yang paling buruk pernah berlaku berbanding 4 peristiwa yang lain kerana ia telah mengorbankan 95 peratus daripada spesis yang melata di daratan dan yang berenang di lautan. Terdapat dua sebab yang diusulkan oleh para ahli paleontologi iaitu hentaman oleh asteroid dan letusan gunung-gunung berapi secara besar-besaran. Hasilnya ialah peningkatan suhu global sebanyak 6 darjah Celcius dan pengeluaran gas rumah hijau yang ketara dan seterusnya membunuh kebanyakan hidupan yang hidup.",
"Era Triassic telah menyaksikan dinosaur pertama muncul dan melata di Bumi setelah peristiwa Kepupusan Permian-Triassic sebelum itu. Dalam era Triassic, Bumi ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Pangea dan Panthalessa. Pangea ialah sebuah benua super gergasi dan satu-satunya benua yang wujud pada ketika itu yang merupakan gabungan benua-benua yang ada hari ini. Manakala lautan pada waktu tersebut pula ialah Panthalessa dan merangkumi seluruh Bumi kecuali benua Pangea. Hidupan ketika ini merupakan saki baki spesis yang terselamat daripada kepupusan sebelum itu. Namun mereka tidak hidup lama. Selepas 50 juta tahun daripada peristiwa Kepupusan Permian-Triassic, benua Pangea mula merekah dan terpisah. Kemudian aktiviti letusan gunung berapi semakin meningkat di seluruh benua Pangea. Pelepasan gas karbon dioksida telah menyebabkan pemanasan global dan juga telah menyebabkan air laut menjadi berasid. Akibatnya, banyak hidupan daratan dan lautan telah terkorban. Namun, tidak semua pupus dan ada yang berjaya mengharungi malapetaka ini.",
"Selepas peristiwa kepupusan Triassic-Jurassic, kebanyakan hidupan yang melata di muka Bumi ialah dinosaur manakala hidupan di lautan didominasi oleh Mosasaur. Era Jurassic dan Cretaceous ini adalah era dinosaur yang biasa kita kenal melalui filem seperti Jurassic Park dan Jurassic World. Tyrannosaurus Rex atau lebih dikenali sebagai T-Rex, Titanosaurus dan Brachiosaurus yang berleher panjang, Stegosaurus yang mempunyai plat tajam di belakang, kesemua dinosaur ini hidup pada era Jurassic dan Cretaceous. Pada era ini juga, benua-benua mula bergerak dan membentuk 7 benua yang ada pada hari ini. Pengakhiran dinosaur ini berlaku sekitar 66 juta tahun lalu iaitu apabila sebuah asteroid sebesar 11 hingga 81 kilometer menghentam Bumi dan mengakibatkan malapetaka yang berganda-ganda seperti tsunami yang besar, peningkatan suhu yang ketara, kemusnahan hutan dan debu asap yang melitupi langit. Keadaan ini telah mengorbankan majoriti dinosaur di daratan, hidupan di lautan serta tanam-tanaman.",
"Demikianlah 5 peristiwa kepupusan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah Bumi kita. Namun, ia masih belum berakhir. Para saintis berpendapat bahawa kita sedang melalui fasa kepupusan ke 6 dan peristiwa ini bukanlah disebabkan oleh asteroid, letusan gunung berapi atau gempa Bumi, tetapi disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri yang melenyapkan banyak spesis yang ada di Bumi ini. Jadi, marilah kita berusaha memelihara flora dan fauna yang ada daripada berlakunya kepupusan. Kurangkan penggunaan kereta atau motosikal dan banyakkan menggunakan basikal atau bas untuk bergerak bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, elakkan pembakaran terbuka, kurangkan penggunaan plastik dan cuba berusaha semampu mungkin untuk memelihara khazanah yang ada hari ini.",
"Rujukan"
] |
https://ajar.com.my/2020/09/16/6-syarikat-teknologi-gergasi-yang-jatuh-tersungkur/ | 6 Syarikat Teknologi Gergasi yang Jatuh Tersungkur | [
"Kehidupan kita pada dekad yang baru ini dipenuhi dengan pelbagai teknologi moden seperti rangkaian internet yang luas, ribuan model telefon pintar di pasaran dan jam-jam tangan pintar yang merekodkan kesihatan kita. Banyak syarikat berlumba-lumba untuk menembusi pasaran tekonologi hari ini kerana permintaan yang tinggi. Berbagai lagi idea yang ditransformasikan dalam bentuk peranti telah dicipta. Namun, tidak semua teknologi ini berjaya mendapat tempat dalam kalangan warga Bumi era baru ini. Ada yang gagal pada peringkat awal, ada yang tersungkur mencari pelabur dan penjana malah ada juga yang berjaya tetapi tidak mampu mengekalkan kejayaan mereka. Dalam artikel ini, saya kongsikan 6 teknologi (dan juga syarikat) yang cuba membawa idea-idea baharu namun gagal dalam mencapai sasaran mereka.",
"Vine merupakan sebuah platform sosial yang berasaskan video berulang 6 saat. Aplikasi Vine mula dilancarkan pada tahun 2013 dan meraih kemuncak popularitinya pada tahun 2014 apabila 200 juta pengguna menggunakan Vine untuk berkongsi video mereka. Banyak selebriti yang ada pada hari ini memulakan kerjaya mereka dari Vine seperti Zach King dan Logan Paul. Namun, Vine sudah tidak lagi dikenali pada hari ini seperti Instagram dan Facebook. Kejatuhan Vine ini sebenarnya bermula sebelum pelancaran Vine lagi. Vine telah dibeli oleh Twitter pada tahun 2012 sebagai sebuah platform video bagi laman Twitter dan juga sebagai sebuah serang balas terhadap Facebook yang telah membeli Instagram pada tahun yang sama. Kejatuhan Vine berpunca dari Twitter sendiri kerana Twitter tidak mempunyai halatuju yang jelas untuk Vine. Pada tahun 2015, Twitter telah melancarkan sokongan video bagi platform mereka sendiri yang tidak menggunakan Vine. Masalah halatuju ini telah menyebabkan pengasas Vine meninggalkan Vine pada tahun 2014 dan diikuti pula oleh pengurusan lain. Masalah pentadbiran Vine ini berlarutan, dan Vine gagal untuk menumpukan bakat mereka untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan untuk para pengguna. Akhirnya pada tahun 2016, platform Vine telah ditamatkan oleh Twitter.",
"Syarikat Blockbuster LLC ini pasti diketahui ramai terutamanya bagi mereka yang sentiasa menantikan filem-filem Hollywood yang baharu. Syarikat ini merupakan pengeluar utama filem-filem ini melalui sewaan kaset video di kedai-kedai mereka. Pada penghujung abad ke 20, syarikat ini mula meraih populariti dan berjaya menembusi pasaran dunia. Kaset-kaset video ini memberikan platform kepada para penonton untuk menonton filem-filem yang diminati di rumah mereka tanpa perlu ke panggung wayang. Apabila masuk ke abad baru, internet mula popular dan digunakan dalam kalangan masyarakat. Pengenalan teknologi 3G telah membolehkan penstriman video melalui internet di mana-mana sahaja. Namun, Blockbuster LLC tidak mahu berinovasi dan mengambil manfaat teknologi ini. Akibatnya, Blockbuster LLC mula kehilangan pelanggan mereka kepada syarikat lain seperti Netflix. Pada 2010, Blockbuster terpaksa memfailkan bankrap dengan mempunyai hutang lebih 1 billion dollar. Suatu ketika dahulu, syarikat ini mempunyai lebih 9000 kedai penyewaan video. Kini hanya satu sahaja kedai Blockbuster yang tinggal.",
"Masyarakat di Malaysia pasti pernah mendengar tentang Segway beberapa tahun lalu. Mana tidaknya, pengangkutan dua tayar yang dapat mengimbangi badan penggunanya ini kelihatan seperti datang dari masa hadapan. Pengguna dapat bergerak dengan pantas dengan hanya menggerakkan badan ke hadapan dan kebelakang sahaja. Berbagai model Segway telah dikeluarkan ke seluruh dunia dan menjadi popular apabila selebriti mula menggunakannya. Namun, Segway tidak bertahan lama. Banyak peristiwa yang membawa kepada pengakhiran ini. Yang paling utama ialah dari sudut peraturan jalan raya. Segway ini masih lagi tidak dapat diketegorikan sama ada ia adalah pengangkutan yang hanya boleh digunakan di jalan raya atau ia boleh digunakan di laluan pejalan kaki. Pada Julai 2020, Segway telah mengumumkan bahawa mereka akan berhenti mengeluarkan model baharu.",
"Masyarakat Malaysia mungkin tidak pernah mendengar nama Juicero ini namun ia pernah hangat dan tular di dunia barat. Juicero merupakan sebuah produk yang bertujuan memudahkan semua orang untuk menghasilkan jus buah-buahan di rumah. Kebiasaannya, kita perlu membasuh dan memotong buah-buahan, dan kemudian memasukkan buah-buahan tersebut kedalam mesin jus. Selepas jus siap diperah, kita perlu membasuh semula mesin jus dan membuang lebihan serat buah tadi. Juicero cuba menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan mesin Juicero dan pek jus buah-buahan. Mesin Juicero ini dapat menghasilkan jus dengan memerah pek tersebut. Pengguna hanya perlu memasukkan pek tersebut ke dalam mesin, imbas kod pek tersebut pada telefon dan tunggu mesin Juicero menghasilkan jus. Konsep ini telah menarik banyak pelabur kerana menggunakan teknologi Internet Kebendaan. Namun, produk ini tidak bertahan lama kerana mesin Juicero tersebut dijual pada harga yang sangat mahal iaitu sekitar RM 3000. Kemudian, terdapat pendedahan bahawa pek Juicero tersebut dapat menghasilkan jus dengan kualiti yang sama tanpa memerlukan mesin yang mahal itu. Akibatnya, penjualan mesin Juicero menjunam dan akhirnya syarikat Juicero terpaksa menutup operasi pada tahun 2017.",
"Jenama Kodak sangat popular suatu ketika dahulu kerana ia mendominasi pasaran fotografi. Kodak telah diasaskan pada tahun 1888 oleh George Eastman dan Henry A. Strong dengan visi membawa peluang fotografi kepada semua orang. Kodak berjaya merevolusi teknologi fotografi dengan pelaburan yang banyak dalam bidang teknologi fotografi filem dan bahan-bahan kimia yang berkaitan dengan filem. Banyak kilang dan makmal kimia yang dihasilkan bagi meningkatkan lagi kualiti kamera Kodak ini. Pada tahun 1975, Steven Sasson, seorang jurutera Kodak berjaya menghasilkan kamera digital pertama yang tidak lagi perlu menggunakan filem dan kartrij (cartridge). Namun, Kodak tidak mengambil peluang memajukan lagi ciptaan baharu ini kerana mereka telah banyak melabur dalam teknologi filem dan terlalu banyak kilang filem mereka di serata dunia. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat mula mencuba teknologi ini seperti Canon, Nikon dan Fujifilm. Penghasilan kamera digital sangat murah, ringan dan lebih berkualiti berbanding kamera filem. Walaupun Kodak cuba untuk meneroka semula bidang kamera digital ini, mereka tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain kerana masih lagi mengandaikan bahawa teknologi kamera filem tetap akan laku dalam pasaran. Akhirnya pada tahun 2012, Kodak jatuh bankrap setelah gagal bersaing dan berinovasi dalam fotografi yang mereka sendiri telah mendominasi berdekad-dekad sebelumnya.",
"Jika anda lahir pada tahun 90-an atau sebelumnya, pasti anda pernah mendengar jenama Nokia. Mana tidaknya, hampir semua orang mempunyai telefon bimbit Nokia. Malah ada juga dalam kalangan pelajar sekolah yang mencuri-curi bawa masuk telefon Nokia mereka ke asrama. Antara model yang popular ialah Nokia ‘tiga-tiga sekupang’ atau Nokia 3310. Ini kerana telefon ini berdering dengan sangat kuat serta getarannya boleh menusuk ke tulang! Permainan ‘Snake’ juga popular disebabkan telefon ini. Jenama Nokia, telah mendominasi dan menguasai pasaran telefon bimbit pada dekad yang lalu. Namun hari ini, hampir tiada orang yang menggunakan jenama Nokia lagi. Kejatuhan Nokia bermula apabila iPhone dan Android mula memasuki pasaran telekomunikasi. Nokia pernah mencuba telefon yang mempunyai skrin berwarna, dan berkamera seperti model N95 dan N96. Nokia juga telah membawa servis permainan mudah alih Ngage pada tahun 2008. Namun dengan sistem pengendalian Symbian (Symbian OS) yang tidak mesra pengguna, ramai pengguna meninggalkan Nokia dan menggunakan telefon pintar lain seperti iPhone dan Samsung Galaxy.",
"Pengajaran",
"Begitulah 6 syarikat teknologi yang popular serta mendapat perhatian ramai, namun disebabkan kegagalan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam berinovasi, mereka tersungkur ke Bumi. Pada hari ini, kita sangat kenal pada jenama besar seperti Apple, Samsung, Netflix, Microsoft, Facebook dan Google. Namun, kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. Mereka mungkin akan terus mendominasi. Namun mereka juga mungkin gagal jika tersalah langkah. Sama juga dengan kehidupan kita. Pastikan kita merancang kehidupan kita dengan baik. Jika kita gagal merancang dengan baik, kita sebenarnya merancang untuk gagal."
] |
https://ajar.com.my/2020/09/19/10-fakta-tentang-bumi-yang-kita-patut-tahu/ | 10 Fakta tentang Bumi yang Kita Patut Tahu | [
"Bumi kita ini adalah satu-satunya planet yang didiami oleh manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sejak ribuan tahun lalu. Ratusan juta tahun lalu, dinosaur-dinosaur mendiami planet ini dan kemudian selepas era dinosaur berakhir, kita pula yang hidup di sini. Planet ini ialah tempat kehidupan kita. Rumah kita. Segala urusan kehidupan kita, dilakukan di Bumi. Semakin kita melata di Bumi, semakin kita kagum dengan segala yang ada di Bumi. Namun, sebanyak mana yang kita ketahui tentang Bumi kita ini? Dalam artikel ini, kita akan lihat 10 fakta yang menarik tentang Bumi kita ini.",
"Bumi kita ini terletak dalam sebuah sistem bintang yang dikenali sebagai sistem suria. Di dalam sistem suria ini, Matahari berada di pusatnya, dan terdapat 8 planet yang mengelilingi Matahari pada jarak masing-masing. Bumi merupakan salah satu planet ini dan ia merupakan planet ketiga daripada susunan jarak planet ke Matahari dengan purata jarak 150 juta kilometer dari Matahari.",
"Bumi sebenarnya bukanlah sebuah sfera yang betul-betul sfera tetapi Bumi ini terbonjol sedikit disebabkan oleh putaran Bumi. Bagi sfera yang unggul, ia akan mempunyai jejari yang sama di semua lokasi. Jarak dari permukaan ke pusat sfera adalah sama panjang. Bumi berbentuk sfera oblat iaitu sfera yang ‘dipenyekkan’ pada kawasan kutub utara dan selatan. Oleh itu, jarak dari kutub utara dan selatan ke pusat Bumi adalah lebih hampir berbanding jarak dari khatulistiwa ke pusat Bumi.",
"Kita tahu bahawa 1 hari adalah bersamaan dengan 24 jam dan kita juga tahu bahawa Bumi ini berputar pada paksinya. Namun, satu putaran 360° Bumi adalah lebih kecil daripada 24 jam iaitu hanya sekitar 23 jam 56 minit dan 4 saat. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh kesan gerakan Bumi pada orbitnya. Bumi bukan sahaja berputar, tetapi ia juga mengorbit Matahari. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh membuat carian perbezaan hari sidereus dan hari suria.",
"Bumi kita pada hari ini terdiri daripada 7 benua dan 4 lautan. Namun, keadaan Bumi jutaan tahun lalu berbeza dengan keadaan pada hari ini. Sekitar 300 juta tahun lalu, Bumi hanya terdiri daripada 1 benua gergasi yang diberi nama Pangea serta 1 lautan gergasi yang diberi nama Panthalessa. Dinosaur yang ada pada ketika ini dapat melata ke seluruh kawasan daratan di Bumi. Benua Pangea ini tidak kekal lama. Benua ini melalui beberapa proses pemisahan sepanjang ratusan juta tahun sehinggalah kepada keadaan pada hari ini.",
"Segala makhluk yang ada di alam semesta ini mempunyai tarikh lahir masing-masing. Begitu juga dengan Bumi. Bumi kita berumur sekitar 4.5 bilion tahun (atau 4500 juta tahun). Umur ini dapat ditentukan berdasarkan kajian mengenai Matahari, Bulan dan juga batu-batuan yang wujud di Bumi. Kelahiran Bumi ini berlaku serentak dengan kelahiran sistem suria. Oleh sebab itu, Matahari dan planet-planet di dalam sistem suria mempunyai umur yang hampir sama iaitu sekitar 4.5 bilion tahun.",
"Bumi kita ini dipenuhi oleh lautan. Jika kita pergi ke lautan, berapa dalam kita boleh pergi sebelum mencapai dasarnya? Kalau di tepi pantai, sudah pasti dasarnya tidaklah begitu dalam. Tak sampai 10 meter pun. Namun apabila kita pergi ke tengah-tengah laut, dasar laut tersebut akan menjadi sangat dalam. Dasar laut yang paling dalam di muka Bumi ini adalah di suatu kawasan peparit yang dinamakan sebagai peparit Mariana. Kawasan ini terletak di barat Lautan Pasifik dan 200 kilometer timur dari pulau Mariana.",
"Antara sebab Bumi kita ini dapat didiami oleh manusia adalah sebab atmosferanya yang selamat untuk manusia. Seperti yang kita sedia maklum, manusia memerlukan oksigen untuk bernafas. Namun, sebenarnya udara atau atmosfera di Bumi kita ini bukanlah oksigen sepenuhnya. Udara yang kita hirup ini mengandungi 78% nitrogen, 20% oksigen dan 2% gas-gas lain. Pecahan udara ini yang membolehkan kita bernafas. Jika peratus oksigen terlalu tinggi, kita boleh mengalami keracunan oksigen dalam darah kita.",
"Eh, bukankah nitrogen yang paling banyak seperti pada nombor 4? Ya, nitrogen merupakan unsur paling banyak dalam atmosfera, namun dalam kerak Bumi, unsur yang paling banyak ialah oksigen yang merangkumi 46.4% daripada jisim Bumi diikuti oleh silikon (28.2%) dan aluminium (8.3%).",
"Sistem suria kita terdiri daripada 8 buah planet. 2 daripadanya tidak mempunyai bulan iaitu planet Utarid dan Zuhrah. Manakala 6 planet lain mempunyai bulan masing-masing yang mengelilingi planet tersebut termasuklah Bumi. Bumi ialah satu-satunya planet dengan hanya 1 bulan yang mengelilinginya.",
"Bumi kita berputar pada paksinya dan juga mengelilingi Matahari. Putaran Matahari menyebabkan perubahan siang dan malam. Manakala pusingan orbit Bumi mengelilingi Matahari pula menyebabkan berlakunya 4 musim. Kejadian 4 musim ini adalah disebabkan kecondongan Bumi pada paksinya iaitu sebanyak 23.5° daripada satah orbitnya. Disebabkan kecondongan ini, pada bulan tertentu, sebahagian Bumi akan menerima cahaya Matahari dengan lebih lama berbanding bahagian Bumi yang lainnya."
] |
https://ajar.com.my/2020/09/21/10-perkara-menarik-tentang-alam-semesta/ | 10 Perkara Menarik tentang Alam Semesta | [
"Alam semesta ini sangatlah besar dan tak terjangkau dek akal memikirkannya. Ia dipenuhi oleh berbilion-bilion bintang, galaksi, lohong hitam, dan segala jenis objek yang wujud di angkasa. Banyak khazanah alam semesta ini dikaji oleh ahli-ahli fizik dan astronomi yang kita tidak tahu. Oleh itu, jom kita baca artikel ini berkenaan dengan 10 fakta menarik tentang alam semesta yang anda mungkin tidak tahu!",
"Lebih 100 tahun lalu, ahli fizik dan astronomi menyangka bahawa alam semesta ini adalah statik dan tidak berubah termasuklah Albert Einstein. Kemudian pada tahun 1929, Edwin Hubble, seorang ahli astronomi British mendapati bahawa hampir kesemua galaksi bergerak menjauhi galaksi kita, Bima Sakti. Daripada penemuan ini, ahli fizik dan astronomi mengusulkan sebuah model kelahiran alam semesta iaitu model Letupan Besar (Big Bang). Berdasarkan model ini, alam semesta ini bermula dari sebuah titik kecil dan mengembang kepada alam semesta yang kita lihat pada hari ini.",
"Alam semesta kita ini mempunyai permulaannya sama seperti manusia. Namun manusia yang hidup hari ini, paling tua pun lahir sekitar awal abad ke 20. Sudah tiada lagi manusia yang hidup sebelum tahun 1900. Namun alam semesta kita lebih tua dari segala yang terdapat di dalamnya. Berdasarkan kajian mengenai taburan dan pergerakan galaksi, para ahli astronomi menghitung umur alam semesta pada nilai 13.7 billion tahun! Ini bermakna, peristiwa Letupan Besar berlaku pada 13.7 bilion tahun lalu.",
"Jadi, umur alam semesta kita ialah 13.7 bilion tahun. Bagaimana pula dengan saiznya? Ini juga menjadi tanda tanya dalam kalangan ahli astronomi. Lalu mereka pun menghalakan teleskop mereka ke angkasa untuk melihat pergerakan galaksi-galaksi yang dapat dilihat. Berdasarkan pencerapan ini, ahli astronomi menganggarkan bahawa saiz diameter alam semesta yang dapat dilihat ialah 93 bilion tahun cahaya atau 880 septilion meter iaitu 880 diikuti oleh 24 kosong dibelakangnya. Fuh. Besar tu!",
"Galaksi dan bintang yang dapat dilihat oleh teleskop-teleskop di Bumi, datang dalam bentuk cahaya. Malah, semua yang kita lihat ini, adalah disebabkan oleh cahaya yang masuk ke mata kita. Kita mungkin sangka bahawa cahaya ini adalah sekelip mata. Namun pada hakikatnya, cahaya juga mempunyai kelajuannya yang tersendiri iaitu 300 juta meter sesaat. Oleh sebab itu, bintang-bintang yang kita lihat di angkasa sebenarnya adalah keadaan bintang-bintang tersebut di masa lampau. Semua yang kita lihat adalah masa lampau.",
"Apabila kita mendongak ke langit malam yang jauh dari pencemaran cahaya dan tanpa gangguan awan, kita dapat lihat beribu-ribu bintang bertaburan di langit. Bintang-bintang ini terdiri daripada pelbagai gas, namun lebih 90% daripada gas di dalam bintang ialah unsur hidrogen dan helium. Kedua-dua unsur hidrogen dan helium ini wujud ketika kelahiran alam semesta iaitu ketika peristiwa Letupan Besar.",
"Salah satu deria daripada lima deria manusia ialah pendengaran. Di kawasan bandar, telinga kita dapat mendengar bunyi-bunyi kereta yang meluncur di jalan raya. Di kawasan kampung pula, kita dapat mendengar bunyi-bunyi burung bersiul. Bagaimana pula dengan bunyi di alam semesta? Sebenarnya, alam semesta ini sangatlah sunyi. Jika kita ke angkasa, kita tak dapat mendengar apa-apa pun. Ini kerana bunyi dihasilkan oleh getaran pada udara. Disebabkan angkasa ini ialah vakum, maka bunyi tidak dapat dipindahkan di angkasa.",
"Teleskop-teleskop yang ada pada hari ini mempunyai saiz yang sangat besar. Malah ada yang mencecah 10 meter saiz cerminnya. Namun, tidak semua yang ada di alam semesta, dapat dicerap oleh teleskop-teleskop ini walaupun saiznya sebesar Bumi. Ini kerana alam semesta kita dipenuhi oleh 2 entiti yang tidak diketahui oleh ahli astronomi iaitu tenaga gelap dan jirim gelap. Kedua-dua entiti ini hanya diketahui kewujudannya melalui kesan graviti kepada objek yang dapat dilihat. Dengan melihat pada kesan graviti ini, ahli astronomi menyimpulkan bahawa semua yang dapat kita lihat melalui teleskop hanyalah 4 peratus daripada keseluruhan isi kandungan alam semesta! 96 peratus lagi masih misteri.",
"Permukaan matahari mempunyai suhu sekitar 5 ribu darjah Celcius. Bumi pula mempunyai suhu purata 15 darjah Celcius. Bagaimana pula dengan alam semesta? Alam semesta juga mempunyai suhunya yang tersendiri iaitu sekitar -270 darjah Celcius. Namun suhu ini bukanlah malar. Ketika alam semesta mula lahir daripada letupan besar, suhunya mencecah jutaan darjah Celcius. Setelah ia berkembang, suhu ini mula menurun sehinggalah suhu -270 darjah Celcius sekarang.",
"Tanpa cahaya matahari, kita dapat lihat kegelapan langit di malam hari yang dihiasi oleh cahaya-cahaya kerdipan bintang. Apabila kita meneroka ke angkasa, meninggalkan galaksi kita, alam semesta ini dipenuhi oleh ruang kosong yang langsung tidak mempunyai apa-apa. Beginilah keadaan alam semesta kita pada skala yang besar. Sebahagiannya dipenuhi oleh galaksi dan kluster galaksi. Manakala sebahagian lain pula hanyalah ruang kosong yang tidak mengandungi apa-apa pun. Jika anda tiba-tiba terperangkap di sini, hanya kegelapan yang ada!",
"Eh? Fakta nombor 3 mengatakan bahawa alam semesta mempunyai saiz diameter 93 bilion tahun cahaya. Maksudnya ia ada penghujung lah kan? Jawapannya ialah saiz 93 bilion tahun cahaya tersebut merujuk kepada alam semesta yang dapat dilihat. Cahaya yang sampai ke mata teleskop-teleskop di Bumi, paling jauh ialah 93 bilion tahun cahaya. Jadi, apa yang ada di sebalik itu? Jawapannya ialah kita tidak tahu. Namun berdasarkan model Letupan Besar, kemungkinannya ialah disebalik ‘penghujung’ alam semesta ini ialah galaksi-galaksi juga. Alam semesta kita tidak berpenghujung.",
"Begitulah serba sedikit maklumat berkenaan alam semesta yang mungkin kita tidak tahu. Namun ini bukanlah segala-galanya. Alam semesta ini mengandungi terlalu banyak khazanah untuk ditulis dalam sebuah artikel. Sama-samalah kita berfikir dan mengkaji betapa banyaknya khazanah yang belum diteroka."
] |
https://ajar.com.my/2020/09/22/10-perkara-menarik-mengenai-graviti-yang-kita-jarang-dengar/ | 10 Perkara Menarik Mengenai Graviti yang Kita Jarang Dengar | [
"Ketika kita sekolah rendah dahulu, kita pernah belajar dalam subjek sains mengenai graviti. Graviti yang menyebabkan objek-objek ditarik ke Bumi. Namun, graviti bukan hanya menyebabkan objek-objek ditarik ke Bumi, malah banyak lagi perkara menarik berkenaan graviti. Oleh itu, jom kita belajar tentang 10 perkara menarik mengenai graviti!",
"Graviti wujud disebabkan oleh jisim dan sentiasa menghala ke arah jisim tersebut. Bumi mempunyai jisim yang sangat besar. Oleh itu, tarikan graviti Bumi sentiasa menghala ke arah pusat Bumi. Semua yang ada di Bumi, dan juga yang berdekatan dengan ruang angkasa Bumi, akan sentiasa di tarik ke arah Bumi. Air laut, kereta, bangunan, semuanya ditarik ke Bumi. Begitu juga dengan Bulan!",
"Jasad-jasad yang besar seperti Matahari dan Bumi, mempunyai tarikan graviti yang sangat besar. Ini disebabkan oleh besarnya jisim Matahari dan Bumi. Antara Matahari dengan Bumi, Matahari mempunyai jisim yang lebih besar. Jadi, tarikan graviti Matahari lebih besar berbanding tarikan graviti Bumi. Sebab itu Matahari mampu menarik semua planet mengelilinginya tetapi Bumi hanya mampu menarik Bulan sahaja.",
"Sebenarnya, graviti ini bukan sentiasa wujud. Ia bergantung kepada kewujudan jisim. Dalam perkara nombor 9, semakin besar jisim, semakin besar graviti. Namun, graviti bukan sahaja bergantung pada jisim, ia juga bergantung kepada jarak dengan jisim tersebut. Semakin jauh jarak kita dengan sesuatu jisim seperti Bumi, semakin kecil tarikan graviti Bumi tersebut.",
"Eh, macam teori konspirasi pulak. Graviti tidak wujud di ISS? Sebelum kita menjawab persoalan ini, kita kenal pasti dahulu serba sedikit berkenaan ISS. ISS ialah Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa yang terletak kira-kira 400 kilometer daripada permukaan Bumi. Dengan jarak ini, graviti Bumi di ISS ialah sekitar 90% daripada tarikan graviti di permukaan Bumi. Jadi, jika graviti wujud di ISS, mengapa angkasawan di ISS terapung di dalamnya? Adakah ini suatu penipuan guna skrin hijau? Jawapannya boleh di dapati dalam artikel ini [1].",
"Ini pun pelik juga. Macam mana graviti boleh wujud di ISS, tapi tak ada di pusat Bumi? Begini. Apabila kita berada di pusat Bumi, kesemua jisim Bumi ini sedang ‘melitupi’ kita dari semua arah. Setiap jisim Bumi ini, mengenakan tarikan graviti terhadap kita ke arah Bumi (yang melitupi kita). Apabila dicampurkan kesemua tarikan ini, hasilnya ialah sifar. Tidak ada langsung tarikan graviti Bumi di pusatnya!",
"Jika berat anda yang ditimbang di Bumi ialah 60 kg (sebenarnya 600 Newton), berat anda jika ditimbang di Marikh pula hanyalah 20kg! Perbezaan ini adalah disebabkan oleh tarikan graviti di planet Marikh. Tarikan graviti di Bumi mempunyai nilai 3 kali ganda lebih kuat berbanding di planet Marikh. Oleh sebab berat ialah hasil darab jisim dengan graviti, lebih besar graviti, lebih besarlah berat anda!",
"Hal ini mungkin menghairankan kita terutamanya yang pernah belajar fizik di Tingkatan 4. Dulu kita belajar, daya ini ialah F = ma. Daya sama dengan jisim darab pecutan. Graviti pula ialah jisim darab pecutan graviti, F = mg. Jadi, kenapa graviti ini bukan daya pula? Kaitan graviti dengan kelengkungan ruang masa inilah yang menjadikan Albert Einstein seorang genius. Beliau menteorikan bahawa graviti ini sebenarnya disebabkan kelengkungan ruang masa oleh tenaga dan jisim dan bukanlah sejenis daya. Teori beliau telah berjaya disahkan banyak kali, dan pada hari ini, kita juga memanfaatkan daripada teori kerelatifan am oleh Einstein.",
"Seperti yang kita sedia maklum, cahaya tidak mempunyai jisim. Kita suluhlah lampu stadium pun, bacaan penimbang tetap menunjukkan 0 kilogram. Jadi, kita mungkin membuat kesimpulan bahawa cahaya tidak mempunyai jisim, berat dan juga tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti. Namun sebenarnya, cahaya boleh ditarik oleh graviti! Berdasarkan perkara nombor 4, graviti melengkungkan ruang masa. Maka, apabila cahaya menghampiri kelengkungan ini, ia akan turut terbengkok dan mengikuti bentuk ruang masa di situ. Pembengkokkan cahaya ini telah pun dibuktikan melalui banyak imej galaksi-galaksi yang dirakam oleh teleskop.",
"Graviti bukan sahaja dapat membengkokkan cahaya, malah ia juga bergerak pada halaju cahaya. Untuk faham dengan lebih mendalam, kita perlu lihat semula berkenaan dengan graviti dan ruang masa. Graviti daripada sesuatu jisim menyebabkan ruang masa melengkung. Apabila jisim ini bergerak, meletup, atau berlanggar, ia akan menyebabkan pergerakan pada ruang masa di sekelilingnya. Pergerakan atau ‘alunan’ ruang masa ini dinamakan sebagai gelombang kegravitian dan gelombang inilah yang bergerak pada halaju cahaya. Gelombang kegravitian ini telahpun ditemui berpuluh-puluh kali sejak tahun 2015.",
"Anda pasti pernah mendengar tentang black hole atau lohong hitam kan? Lohong hitam ini sebenarnya terjadi disebabkan oleh amukan graviti yang tersangat kuat. Apabila tiada daya lain menghalang graviti, maka graviti akan menarik segalanya sehinggalah terbentuknya satu entiti yang dinamakan sebagai lohong hitam. Lohong hitam diketahui wujud melalui proses kematian sesebuah bintang apabila bintang tersebut kehabisan segala tenaga untuk melawan graviti. Lohong hitam ini sangat misteri dan banyak kajian dihabiskan untuk mencerap dan melihat apa yang berlaku di dalam lohong hitam. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan lohong hitam, bolehlah baca artikel-artikel ini. [2][3][4][5]\n"
] |
https://ajar.com.my/2020/09/24/menariknya-ilmu-falak-ini-5-perkara-kita-patut-tahu-tentangnya/ | Menariknya Ilmu Falak! Ini 5 Perkara Kita Patut Tahu Tentangnya | [
"Ilmu falak ialah satu ilmu yang mengkaji tentang pergerakan jasad-jasad di langit seperti Bulan, Matahari dan bintang. Perkataan falak itu kadang-kadang di tukar kepada astronomi. Kedua-dua bidang ini mempunyai kaitan yang rapat, namun ada sedikit perbezaan antara kedua-duanya iaitu dari sudut aplikasi. Dalam artikel ini, kita akan gunakan kedua-duanya dengan maksud yang sama. Ilmu falak biasanya dikaitkan dengan ilmu yang dikembangkan pada zaman keemasan Islam di Baghdad pada era Abbasiah. Kajian tentang pergerakan objek-objek samawi ini telah pun bermula sebelum itu. Malah, tidak diketahui bilakah ilmu ini bermula. Apabila umat Islam mencapai kegemilangan, ilmu ini berkembang dengan sangat pantas. Ini kerana banyak perkara ibadah dalam Islam, memerlukan ilmu ini untuk disempurnakan. Perkara-perkara ibadah ini juga penting untuk kita hari ini terutamanya yang beragama Islam. Oleh itu, saya akan berkongsi 5 perkara penting dalam ilmu falak ini.",
"Sejak sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab di Semenanjung Arab, banyak mengembara di padang pasir bagi urusan perniagaan. Begitu juga dengan masyarakat dalam tamadun-tamadun lain. Pengembaraan memerlukan arah petunjuk yang betul sebelum perjalanan dimulakan. Bagi menentukan arah ini, seseorang pengembara perlu memahami petunjuk-petunjuk yang berkaitan seperti kedudukan lokasi tempatan, kedudukan Matahari, dan kedudukan bintang. Pelayaran telah pun wujud sebelum kedatangan islam terutamanya di Laut Meditterannean. Namun apabila Islam tersebar, para pendakwah Islam mula berlayar ke laut lepas seperti ke India dan Asia Tenggara. Pelayaran di laut lepas lebih mencabar berbanding di daratan kerana petunjuk arah hanya boleh dikenal pasti melalui kedudukan bintang, sebelum penciptaan kompas. Ahli-ahli falak lah yang membantu menghasilkan panduan bagi memastikan pelayaran ini berjaya sampai ke destinasi. ",
"Kegunaan pertama ilmu falak ialah untuk menentukan waktu berlakunya kejadian gerhana Matahari dan gerhana Bulan. Gerhana Matahari berlaku apabila bulan berada betul-betul di antara Matahari dan Bumi. Cahaya Matahari yang menimpa Bumi, dihalang oleh Bulan. Kejadian gerhana matahari ini hanyalah berlaku ketika fasa bulan baru iaitu ketika ‘ijtimak’ atau ‘conjunction’ antara Matahari dan Bulan seperti yang dilihat oleh pemerhati di Bumi. Gerhana Bulan pula berlaku apabila Bumi berada betul-betul di antara Matahari dan Bulan. Kekerapan berlakunya gerhana ini boleh dikira dan dihitung menggunakan ilmu falak ini.",
"Apabila kita hendak merancang sesuatu aktiviti, kita perlukan dua perkara iaitu tempat, dan juga waktu. Waktu. Bagaimana ia ditentukan? Waktu ini boleh dibahagikan kepada tarikh, dan juga masa. Masa boleh ditentukan dengan jam, dan perbincangan mengenainya tidak akan disentuh di sini. Tarikh pula, ditentukan menggunakan kalendar. Terdapat pelbagai jenis kalendar yang digunakan. Secara umumnya, ada 3 jenis kalendar iaitu kalendar bulan, kalendar Matahari, dan kalendar matahari-bulan. Bagi sarjana falak muslim, sistem kalendar ini menjadi motivasi untuk mengkaji bidang falak ini kerana ia melibatkan ibadah seperti waktu puasa dan waktu raya. Kalendar Hijri yang digunakan, adalah berdasarkan kitaran Bulan. Pada akhir bulan, para ahli falak akan mencerap anak bulan untuk menentukan bulan baru.",
"Seseorang muslim, wajib baginya melengkapkan 5 rukun Islam. Salah satunya ialah menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Kewajiban melaksanakan solat ini adalah suatu yang baharu yang tidak diwajibkan kepada tamadun-tamadun sebelum itu. Oleh itu, para ilmuan falak dalam kalangan umat Islam menghabiskan masa mereka mengkaji berkenaan waktu-waktu solat supaya waktu-waktu ini dapat dihitung dengan lebih tepat. Pada hari ini, kita tidak begitu menghargai penentuan waktu solat ini kerana semuanya telah terpampang dalam aplikasi telefon, atau takwim hijri. Semuanya tersedia. Namun penentuan waktu solat ini, memerlukan kajian yang teliti terhadap pergerakan Matahari setiap hari, sepanjang tahun. Kajian mengenai waktu solat ini sentiasa berterusan dan dapat dilihat pada tahun 2019 apabila berlakunya perubahan waktu Subuh hasil dapatan kajian mengenainya.",
"Apabila kita berbicara mengenai solat, kita tidak akan terlepas berkenaan dengan isu arah kiblat. Antara syarat sah solat ialah menghadap ke arah kiblat. Arah kiblat pula merujuk kepada arah ke Kaabah dari kedudukan tempatan mengikut jarak terpendek. Arah kiblat tidak begitu menjadi isu ketika penyebaran Islam masih lagi dalam lingkungan semenanjung Arab. Apabila Islam mula berkembang ke serata dunia terutamanya di Eropah dan Asia, penentuan arah kiblat ini mula dibincangkan. Bagaimana kita nak tentukan arah kiblat ini di tempat yang jauh dari Makkah? Haa. Ahli-ahli falak sudahpun mengkaji mengenai kedudukan Makkah berdasarkan geometri dan juga kedudukan Matahari dan bintang. Kita akan lihat dengan lebih lanjut dalam artikel yang mendatang, InsyaAllah.",
"Kesimpulan",
"Ilmu falak ini bukan sahaja merangkumi 5 perkara di atas, malah ia lebih luas dari itu. Pada hari ini, ilmu falak dan astronomi telah merevolusikan teknologi yang ada pada hari ini. Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), sistem telekomunikasi, dan banyak lagi teknologi moden hari ini adalah berdasarkan perkembangan ilmu-ilmu ini. Jika kita perhatikan sejarah, tamadun yang menguasai dunia seperti Greek, Rom, tamadun Islam dan tamadun barat hari ini, mereka semua menguasai ilmu matematik dan ilmu astronomi. Oleh itu, marilah kita kuasai kedua-dua ilmu ini supaya kita dapat mendominasi."
] |
https://ajar.com.my/2020/09/25/ini-5-sains-kaedah-penentuan-arah-kiblat/ | Ini 5 Sains Kaedah Penentuan Arah Kiblat | [
"Arah kiblat ialah arah dari lokasi tempatan ke Kaabah mengikut jarak terpendek dari kedua-dua lokasi ini. Mengetahui arah kiblat sangat penting kerana ia merupakan salah satu syarat sah solat. Sejarah arah kiblat ini bermula selepas kedatangan Islam. Pada mulanya, kiblat umat Islam adalah ke Bait Al-Maqdis di Palestin. Kemudian pada tahun ke-2 hijrah, dengan arahan Allah SWT, kiblat berubah kepada Masjid Al-Haram di Makkah. Pada era awal Islam ini, pencarian arah kiblat tidak begitu menjadi masalah kerana lokasi yang berhampiran dengan Makkah. Namun, apabila Islam berkembang ke seluruh dunia termasuklah ke Malaysia, penentuan arah kiblat menjadi permasalahan dalam ilmu astronomi atau ilmu falak. Dalam artikel ini, kita akan lihat berkenaan 5 kaedah penentuan arah kiblat yang digunakan hari ini.",
"Kita mungkin biasa dengan kaedah matahari terbenam ini di Malaysia. Kadang-kadang, kita dengar bahawa arah kiblat ialah arah barat. Oleh sebab Matahari terbenam di Barat, maka arah kiblat adalah pada arah Matahari terbenam. Arah kiblat adalah arah Matahari terbenam ini ada asasnya. Namun kita perlu tahu bahawa tempat terbenam Matahari sentiasa berubah. Perubahan tempat terbenam Matahari ini adalah disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi dengan satah orbit, dan juga pusingan Bumi mengelilingi Matahari. Di Malaysia, arah kiblat adalah sekitar sudut azimut 291° hingga 293° dari arah utara. Jadi, kita perlu hitung sudut perbezaan antara Matahari terbenam dan azimut kiblat. Di bawah ini adalah jadual perbezaan sudut ini secara kasar.",
"Setiap hari, Matahari akan melintasi langit pada siang hari. Kedudukan Matahari yang berubah-ubah ini akan menghasilkan panjang bayang yang berbeza pada sudut yang berbeza. Perubahan arah bayang ini boleh membantu memberi nilai arah kiblat yang sebenar. Langkah pertama ialah menentukan azimut Matahari pada waktu yang dikira. Maklumat azimut Matahari boleh diperoleh daripada berbagai aplikasi, antaranya ialah Daff Moon Phase dan SkySafari 6. Daripada maklumat azimut Matahari, hitung perbezaan sudut antara azimut Kaabah (291°-293°) dan azimut Matahari dengan menggunakan bayang-bayang yang dihasilkan oleh Matahari. Kemudian, dapatkan arah kiblat dengan mengikut perbezaan sudut ini, beserta kedudukan Matahari",
"Sebelum kita pergi kepada kaedah ini, kita kena kenal dahulu dengan istilah ‘istiwa’. Istiwa ini bukanlah yang berkaitan dengan ayat istiwa dalam Al-Quran, tetapi berkaitan dengan arah kedudukan di langit. Sesuatu objek itu dikatakan ‘istiwa’ apabila ia berada betul-betul di atas sesuatu objek lain. Tongkat istiwa pula ialah tongkat yang berdiri pada sudut tegak (90°) dengan tanah. Pergerakan bayang tongkat ini akan memberikan arah timur dan barat. Bagi mendapatkan arah ini, kita hanya perlu tandakan ketinggian bayang tongkat ini dalam selang masa beberapa jam. Apabila kita sambungkan kesemua tanda tadi, kita akan dapat arah timur (ke arah terbit matahari) dan arah barat (ke arah terbenam matahari) dengan sangat tepat (lebih tepat berbanding kompas). Apabila kita tahu arah barat, kita hanya perlu pusing sebanyak 21°-23° ke kanan dari arah barat untuk mendapatkan arah kiblat.",
"Pada hari ini, hampir semua orang mempunyai telefon pintar dalam poket masing-masing. Malah sebahagian daripada pembaca artikel ini juga sedang membaca menggunakan telefon pintar. Biasanya telefon pintar pada hari ini mempunyai banyak pengesan (sensor) di dalamnya termasuklah kompas. Bagi menentukan arah kiblat menggunakan aplikasi telefon, terdapat banyak aplikasi yang ada di playstore/appstore namun tidak semuanya memberikan bacaan yang tepat. Aplikasi yang menggunakan kompas telefon (biasanya anda diminta membuat bentuk 8 sebelum menggunakannya) akan terdedah kepada gangguan interferens daripada alat-alat elektrik dan elektronik di sekeliling terutamanya di dalam bangunan. Jadi, saya tidak mengesyorkan aplikasi seperti ini melainkan dalam keadaan terdesak. Namun, ada aplikasi yang menawarkan penentuan arah kiblat dengan lebih tepat seperti Easy Qibla 3in1 (Arah Kiblat). Aplikasi ini menggunakan Google Maps untuk menunjukkan garisan arah kiblat, dan juga arah Matahari dan Bulan. Anda hanya perlu mengetahui arah Matahari, atau Bulan, atau apa-apa struktur disekeliling yang kelihatan dalam gambar Google Maps, dan terus dapatkan arah kiblat.",
"Kaedah yang ini merupakan kaedah yang paling tepat dan boleh digunakan di mana-mana lokasi yang menerima cahaya matahari ketika fenomena ini berlaku. Istiwa a’dzam merujuk kepada kedudukan Matahari tepat di atas Kaabah yang berlaku 2 kali setiap tahun. Peristiwa Istiwa A’dzam berlaku pada 28 Mei sekitar jam 5:16 petang dan 16 Julai sekitar jam 5:28 petang waktu Malaysia. Pada waktu ini, anda hanya perlu melihat pada bayang-bayang objek yang tegak. Arah kiblat boleh diukur dengan arah bayang-bayang tersebut yang menuju ke Matahari.",
"Penentuan arah kiblat ini sangat penting bagi umat Islam bagi memastikan kesempurnaan solat kita. Ia juga telah membantu umat islam untuk maju dalam bidang ilmu falak. Maka, marilah kita berusaha memastikan solat kita sempurna, dan juga banyakkan belajar ilmu-ilmu baharu pada hari ini.",
"Gunakan kaedah-kaedah ini di tempat-tempat perseorangan yang tidak pasti arah kiblatnya. Bagi rumah yang berdekatan dengan surau atau masjid, boleh rujuk pada arah kiblat surau atau masjid tersebut. Jangan ubah arah kiblat di surau atau masjid yang telahpun disahkan arah kiblatnya."
] |
https://ajar.com.my/2020/09/29/5-perkara-penting-tentang-pencarian-alien/ | 5 Perkara Penting Tentang Pencarian Alien | [
"Waktu malam hari yang tiada awan, kita dapat lihat ribuan bintang di langit. Kita mungkin bertanyakan soalan ini. Adakah hidupan di Bumi, satu-satunya hidupan yang wujud dalam alam semesta ini? Suatu ketika dahulu, manusia menganggap bahawa Bumi ini ialah satu tempat yang ‘special’ dan merupakan pusat alam semesta. Bintang-bintang pula adalah tempat para tuhan (mengikut tamadun Greek dan Rom). Namun, selepas kedatangan Islam dan kemudiannya diikuti oleh perkembangan teknologi yang pesat telah mengubah perspektif kita terhadap angkasa. Teleskop dicipta untuk melihat objek-objek di langit dengan lebih dekat.",
"Selepas teleskop angkasa mula menghantar maklumat ke Bumi, kita dapat tahu bahawa alam semesta yang dapat dilihat ini mempunyai diameter 90 bilion tahun cahaya! Di dalamnya terdapat lebih 100 bilion galaksi, dan dalam setiap galaksi ini terdapat lebih 100 bilion hingga 1 000 bilion bintang di dalamnya. Beberapa tahun kebelakangan ini pula, kita dapat tahu bahawa banyak bintang mempunyai planet-planet yang mengorbitnya; seperti sistem suria. Jadi, kita dapat menyimpulkan bahawa terdapat banyak planet yang sesuai untuk didiami oleh hidupan di alam semesta ini. Mungkin melebihi 1 trillion calon planet! Dengan bilangan planet yang sangat banyak ini, persoalan kita tentang kewujudan hidupan lain selain di Bumi menjadi semakin menarik. Kita ingin tahu wujudkah ‘alien’ atau tidak? Dalam artikel ini, saya akan berkongsi tentang 5 perkara tentang pencarian alien.",
"Paradoks Fermi ini memerihalkan tentang satu ‘kepelikan’ dalam alam semesta hari ini. Kita tahu bahawa alam semesta ini sangat besar dan luas, di dalamnya terdapat trillion planet yang boleh didiami, namun di mana hidupan ‘alien’ di luar sana? Paradoks ini mula diusulkan oleh Enrico Fermi, seorang ahli Fizik dari Itali. Antara kenyataan yang berkaitan dengan paradoks ini ialah hidupan luar Bumi tidak dapat dikesan pun di Bumi, segala hidupan di Bumi, memang lahir di sini. Banyak pandangan ahli-ahli fizik dan astronomi mengenai hal ini. Antara jawapan yang diberikan untuk paradoks ini adalah memang tamadun yang sangat-sangat maju di luar sana tidak wujud. Dalam erti kata lain, alien tidak wujud. Namun, jawapan ini juga menerima kritikan kerana ia tidak mempunyai ‘bukti’. Sesuatu yang masih belum dijumpai, tidak semestinya tidak wujud. Selain itu, ada jawapan-jawapan lain bagi paradoks ini seperti berikut:",
"Perbincangan mengenai paradoks Fermi ini masih terbuka dan tidak mempunyai jawapan yang memuaskan.",
"Selepas paradoks Fermi popular dalam kalangan saintis, seorang lagi ahli astronomi iaitu Frank Drake membuat satu persamaan bagi menerangkan kebarangkalian berkenaan bilangan tamadun yang boleh berkomunikasi dengan kita di Bumi. Persamaan ini tidaklah seperti persamaan kerelatifan Am Einstein, atau persamaan daya Newton, tetapi ia hanyalah satu tekaan secara matematik tanpa data yang mencukupi. Persamaan ini mengambil kira 7 faktor iaitu",
"Persamaan Drake menyatakan bahawa bilangan tamadun yang boleh berkomunikasi dengan kita adalah hasil darab kesemua faktor ini. Namun, masalah besar bagi persamaan ini ialah maklumat bagi setiap faktor ini hanya ada satu, iaitu Bumi. Kita tidak mempunyai data yang cukup untuk mendapatkan maklumat ini.",
"Salah satu elemen penting dalam pencarian tamadun luar atau ‘Alien’ ialah air. Bumi kita dipenuhi oleh air. Bahkan 70% daripada Bumi adalah air dan air merupakan satu elemen penting dalam kehidupan sejak ratusan juta tahun dahulu lagi. Dinosaur-dinosaur, kebanyakannya hidup berdekatan dengan sumber air seperti laut dan sungai. Haiwan-haiwan juga begitu. Banyak tumbuh-tumbuhan hidup dengan mekar di kawasan yang kaya dengan sumber air. Bagi mencari kewujudan air di planet-planet lain, ahli astronomi meletakkan satu kriteria bagi planet yang memungkinkan kewujudan air iaitu di kawasan ‘goldilock’. Planet yang berada dalam kawasan ‘goldilock’ ini, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengandungi atmosfera dan suhu yang sesuai bagi kehidupan. Malah, dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang perihal kehidupan dan air dalam surah Al-Anbiya ayat 30.",
"Pada hari ini, komunikasi antara kita adalah sangat mudah dan pantas. Kita mempunyai telefon pintar yang mampu menghantar mesej dengan sekelip mata sahaja melalui rangkaian internet. Kita juga boleh menelefon rakan-rakan kita melalui rangkaian internet dan juga radio. Oleh itu, kaedah komunikasi kita ini juga tentu boleh digunakan untuk menghubungi alien. Pada tahun 1974, satu isyarat radio yang mengandungi maklumat tentang Bumi dan isi kandungannya telah dihantar ke gugusan bintang M13 melalui teleskop radio Arecibo. Isi kandungan isyarat radio ini kini dikenali sebagai Mesej Arecibo (Arecibo Message). Isyarat ini dijangka akan tiba di M13 sekitar 25 ribu tahun lagi kerana jaraknya ialah 25 ribu tahun cahaya. Jika alien wujud di M13 dan mampu membaca dan memahami Mesej Arecibo ini, kemudian mereka membalas isyarat ini dengan mesej mereka pula, mesej ini akan mengambil masa lagi 25 ribu tahun untuk kembali ke Bumi. Lama lagi nampaknya nak kena tunggu.",
"Apabila kita bercerita tentang alien, kita perlu lihat pada satu kategori penting iaitu kecerdasan sesuatu kehidupan. Kita sebagai manusia, mampu melakukan banyak perkara termasuklah mencipta berbagai-bagai teknologi. Kita juga mampu berfikir mengenai kehidupan lain di luar Bumi, dan mencari mereka. Namun, kehidupan lain di Bumi seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan, tidak dapat melakukan banyak perkara yang boleh dilakukan oleh manusia. Jadi, apabila kita mencari kehidupan lain di luar sana, kita perlu bezakan kecerdasan ini. Salah satu ukuran ini ialah Skala Kardashev yang diperkenalkan oleh Nikolai Kardashev pada tahun 1964. Skala ini mengukur tahap teknologi sesuatu tamadun berdasarkan kuantiti tenaga yang mereka dapat gunakan. Secara umumnya, skala ini terbahagi kepada tiga iaitu:",
"Pada ketika ini, tamadun manusia tidak termasuk pun dalam mana-mana tahap kerana kita masih belum mampu menggunakan segala tenaga yang ada di Bumi ini. Carl Sagan, seorang ahli astronomi yang popular meletakkan manusia sebagai tamadun tahap 0. Michio Kaku, seorang ahli fizik menjangkakan manusia akan mencapai tamadun tahap 1 dalam 100 hingga 200 tahun akan datang.",
"Kesimpulan",
"Kita tidak tahu sama ada ‘alien’ wujud ataupun tidak di luar sana. Bagi umat Islam, kita juga tidak tahu secara yakin sama ada ‘alien’ ini pernah diisyaratkan ataupun tidak dalam sumber wahyu. Sebahagian ayat al-Quran mungkin hanya dapat difahami apabila sesuatu penemuan dilakukan yang selari dengan Al-Quran. Begitulah maksud mukjizat sepanjang zaman. Walaupun status kewujudan ‘alien’ tidak diketahui, kita wajib beriman dengan alam ghaib kerana ia disebut dalam nas wahyu. Namun, paling penting sekali ialah kita perlu sedar bahawa kita ini hanyalah satu makhluk kerdil dalam trillion-trillion makhluk Allah lain yang diciptakan.",
"Rujukan"
] |
https://ajar.com.my/2020/10/02/5-fakta-menarik-mengenai-nombor-perdana/ | 5 Fakta Menarik Mengenai Nombor Perdana | [
"Semasa di bangku persekolahan, kita pernah belajar mengenai nombor perdana(prime number). Nombor perdana merupakan nombor yang mempunyai hanya dua faktor iaitu hanya boleh dibahagi dengan nombor 1 dan dirinya sendiri sahaja. Sebagai contoh 2,3,5,7 merupakan beberapa nombor perdana. Nombor yang mempunyai lebih daripada dua faktor dipanggil sebagai nombor gubahan (composite number). Sebenarnya terdapat banyak fakta menarik mengenai nombor perdana yang mungkin tidak pernah diceritakan oleh guru anda.",
"Nombor perdana dikaji sejak 3500 tahun dahulu",
"Kajian mengenai nombor perdana bermula sejak Zaman Mesir Purba lagi iaitu kira-kira 3500 tahun dahulu. Ahli matematik Yunani, Euclid berjaya membuktikan nombor perdana mempunyai bilangan tak terhingga. Satu lagi penemuan Yunani iaitu Saringan Eratosthenes (Sieve of Eratosthenes) masih digunakan sebagai kaedah untuk mencari senarai nombor perdana. Kaedah ini merupakan kaedah terawal untuk mencari nombor perdana.",
"Dengan menggunakan kaedah ini, anda dapat mengetahui nombor perdana dalam lingkungan tertentu. Sebagai contoh, kita ingin mengetahui apakah nombor perdana dari 1-100. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:",
"2 merupakan satu-satunya nombor perdana yang genap.",
"Pernahkah anda terfikir jika terdapat nombor perdana yang genap selain nombor dua? Dua merupakan nombor perdana kerana ia hanya mempunyai dua faktor iaitu satu dan dua sahaja. Ia juga merupakan satu-satunya nombor perdana yang genap kerana kesemua nombor genap selain daripada dua dapat dibahagikan dengan dua. Dua juga merupakan nombor perdana yang paling kecil.",
"73,939,133 merupakan nombor perdana yang sangat pelik",
"73,939,133 merupakan nombor perdana yang pelik kerana setiap kali digit terakhir dibuang, nombor tersebut tetap menjadi nombor perdana.",
"Nombor perdana digunakan dalam kriptografi",
"Nombor perdana digunakan dalam algoritma RSA iaitu antara sistem kriptografi. Algoritma RSA dinamakan bersempena nama tiga orang ahli matematik yang memperkenalkan konsep tersebut pada 1977 iaitu Ron Rivest, Adi Shamir dan Leonard Adleman.",
"Apabila anda membeli sesuatu barangan menggunakan kad kredit anda di portal atas talian, nombor perdana akan digunakan. Sebelum nombor kad kredit anda dihantar melalui internet, ia mesti dienkripsi untuk tujuan keselamatan, dan setelah diterima oleh pihak peniaga, ia mesti didekripsi. Algoritma RSA menggunakan konsep “kunci awam” (public key) iaitu maklumat yang tersedia untuk umum, dan “kunci peribadi” (private key), sesuatu yang hanya diketahui oleh pihak penyahkod. Secara kasarnya, kunci awam merupakan nombor besar yang merupakan hasil darab dua nombor perdana, manakala kunci peribadi terdiri daripada dua nombor perdana itu sendiri. Algoritma RSA sangat berkesan kerana adalah sangat sukar untuk menfaktor nombor yang sangat besar kepada dua nombor perdana walaupun dengan menggunakan teknologi yang terkini.",
"Permasalahan mengenai nombor perdana",
"Walaupun nombor perdana telah dikaji selama ribuan tahun, namun masih terdapat banyak permasalahan mengenai nombor perdana yang belum diselesaikan. Salah satu masalah yang terkenal mengenai nombor perdana yang terkenal adalah Tekaan Nombor Perdana Berkembar (Twin Prime Conjecture). Nombor perdana dikenali sebagai Nombor Perdana Berkembar jika jarak antara satu nombor perdana dengan nombor perdana yang lain adalah dua. Sebagai contoh, (3,5), (11,13), (41,43). Persoalan sama ada bilangan nombor perdana berkembar adalah tidak terhingga telah menjadi salah satu persoalan terbuka dalam teori nombor selama bertahun-tahun.",
"Sebenarnya, terdapat banyak fakta menarik mengenai nombor perdana. Walaupun konsep nombor perdana nampak agak membosankan namun ia mempunyai banyak fakta-fakta menarik dan mempunyai aplikasi dalam kehidupan seharian."
] |
https://ajar.com.my/2020/10/06/5-salah-faham-popular-tentang-teori-big-bang/ | 5 Salah Faham Popular Tentang Teori Big Bang | [
"Setiap makhluk yang hidup, pasti mempunyai tarikh kelahirannya sama seperti kita. Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, semuanya mempunyai permulaan. Begitu juga dengan Bumi, Matahari dan Sistem Suria, ketiga-tiga ini lahir bersama-sama sekitar 4.6 billion tahun lalu. Bagaimana pula dengan langit yang dipenuhi bintang-bintang ini? Bagaimana dengan alam semesta kita? Adakah ia juga mempunyai tarikh kelahiran?",
"Jawapannya sudah tentulah ya. Kesemua yang disebutkan di atas adalah makhluk Allah, dan setiap makhluk mempunyai tarikh kelahiran masing-masing. Berdasarkan maklumat terkini daripada cerapan-cerapan langit, alam semesta kita ini bermula sekitar 14 billion tahun yang lalu. Permulaannya dijelaskan oleh satu teori yang ramai pernah mendengarnya iaitu teori Letupan Besar atau lebih popular dengan nama teori “Big Bang”.",
"Teori Letupan Besar ini walaupun popular, ia sering disalah tafsir oleh masyarakat. Ada yang menentangnya kerana mempunyai teori lain, ada yang menentangnya kerana faktor tafsiran agama dan ada yang menentangnya kerana bunyinya yang tidak logik. Oleh itu, dalam artikel ini, saya akan jelaskan berkenaan salah faham umum berkenaan teori Big Bang.",
"Big Bang ialah satu letupan yang menghasilkan alam semesta",
"Inilah salah faham yang paling utama berkenaan teori Letupan Besar. Apabila kita dengar perkataan “Letupan” Besar atau Big “Bang”, kita akan terbayang keadaan alam semesta ini pada mulanya meletup dengan besar sehingga membentuk alam semesta kita hari ini. Kita juga terbayang letupan besar ini mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Namun pada hakikatnya, letupan besar ini sangat berlainan daripada tanggapan umum. Pada kelahiran alam semesta, keseluruhan alam semesta ini termasuklah bintang, galaksi, dan juga ruang-masa berasal dari satu titik yang dikenali sebagai ‘kesinggularan’ (singularity). Titik ini kemudian mengembang kepada alam semesta yang kita lihat pada hari ini. Pengembangan inilah yang dikenali sebagai “Big Bang”.",
"Big Bang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat",
"Letupan yang kita faham seperti letupan mercun dan bom akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Jadi, apabila permulaan alam semesta dikatakan sebagai letupan besar, maka kita anggap bahawa ia mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Namun pada hakikatnya, letupan besar atau lebih tepat lagi pengembangan awal alam semesta ini, langsung tidak mengeluarkan bunyi. Penjelasan ini mudah sahaja untuk difahami. Oleh sebab letupan besar ini sebenarnya ialah pengembangan, maka tidak ada yang ‘meletup’ untuk menghasilkan bunyi.",
"Big Bang berlaku di satu kawasan khusus",
"Apabila kita fikirkan tentang letupan mercun, mercun tersebut meletup ke persekitaran. Asal-usul letupan itu adalah daripada mercun tersebut. Jadi, menjadi kebiasaan jika kita bertanya ‘di manakah berlakunya letupan besar?’. Adakah wujud satu titik khusus di angkasa yang merupakan titik asal-usul letupan besar atau alam semesta?. Jawapannya tidak. Letupan besar ini adalah pengembangan keseluruhan alam semesta. Pada asalnya, kesemua alam semesta ini adalah satu dan kemudian terpisah kepada semua yang kita lihat hari ini. Ruang dan masa itu sendiri adalah satu sebelum ia mengembang. Antara persoalan seterusnya yang akan ditanya ialah ‘jika alam semesta itu mengembang, ia mengembang kepada apa?’ dan ‘apakah ‘disebalik’ alam semesta ini?’. Persoalan ini mungkin akan dikongsi dalam artikel akan datang, InsyaAllah.",
"Big Bang hanyalah sebuah teori tanpa pembuktian",
"Ini satu lagi salah tanggap yang popular terutamanya dalam kalangan mereka yang langsung tidak pernah mengkaji sedikitpun berkaitan teori ini. Teori letupan besar ini bukanlah satu teori atas kertas sahaja dan ia bukan juga teori konspirasi tertentu. Sebelum tahun 1920-an, ahli astronomi menyangka bahawa alam semesta ini sebenarnya adalah statik dan tidak bergerak. Malah mereka juga menyangka alam semesta ini tidak mempunyai umur (umurnya infiniti). Inilah pegangan ahli-ahli astronomi, fizik dan lain-lain pakar dalam bidang ini termasuklah Albert Einstein. Namun pada tahun 1920-an, ahli astronomi Edwin Hubble mendapati bahawa alam semesta ini berkembang dan bukan statik. Kemudian pada era 1950-an, teori letupan besar dikukuhkan lagi dengan penemuan isyarat gelombang mikro dari langit yang dikenali sebagai Sinar Latar Belakang Gelombang Mikro Kosmik (Cosmic Microwave Background Radiation). Selepas teleskop-teleskop dihantar ke angkasa untuk mencerap, banyak lagi penemuan baharu yang menyokong teori letupan besar ini.",
"Big Bang menerangkan sepenuhnya asal-usul alam semesta",
"Asal-usul alam semesta boleh diterangkan oleh teori letupan besar merupakan salah tanggap yang paling ‘akademik’ kerana mereka yang pernah mengkaji bidang ini pun terperangkap dengan salah tanggap ini. Teori letupan besar ini menyatakan bahawa alam semesta ini asalnya ialah satu, dan termampat kesemuanya dalam titik kesinggularan, kemudian ia mengembang kepada keadaan hari ini. Teori ini tidak menerangkan ‘apa yang mencetuskan titik kesinggularan ini mengembang’ atau ‘dari mana munculnya titik kesinggularan yang mengandungi keseluruhan alam semesta ini’ atau ‘apa yang wujud sebelum letupan besar’.",
"Teori letupan besar ini kerapkali kita dengar dalam program-program sains, dan kadang-kala kita juga mungkin pernah bertanyakan soalan ini. Bagi yang muslim, kita percaya bahawa semua makhluk ini ada awalnya. Jadi, teori Big Bang ini adalah salah satu bukti bahawa alam semesta ini juga ada awalnya. Yang tiada awal dan tiada akhir, hanyalah Allah SWT, yang menciptakan segala-galanya."
] |
https://ajar.com.my/2020/10/07/apa-terjadi-jika-kita-mati-di-angkasa/ | Apa Terjadi Jika Kita Mati di Angkasa? | [
"Kita sedia tahu bahawa alam semesta adalah sangat luas. Pada malam hari, kita dapat lihat kegelapan malam yang dipenuhi oleh cahaya bintang-bintang di angkasa. Ada bintang-bintang ini yang berada pada jarak ratusan tahun cahaya dan ada juga yang berada pada jutaan tahun cahaya. Luas alam semesta ini. ",
"Keluasan ini menyebabkan kita menjadi ingin tahu akan apa yang ada di langit itu. Maka banyaklah program penjelajahan angkasa untuk mengkaji tentang segala khazanah di angkasa. Antara program yang dijalankan ialah Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (International Space Station) dan program koloni planet Marikh. Setakat artikel ini ditulis, 12 angkasawan telah mendarat di Bulan, dan beratus-ratus angkasawan telah pergi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. Kesemuanya selamat mendarat di Bumi. ",
"Timbul persoalan dalam diri kita, bagaimana jika angkasawan mati di angkasa? Apa yang akan berlaku kepada mayat mereka? Persoalan ini akan kita bincangkan dalam artikel ini.",
"Sebelum itu, mari kita terokai dulu perbezaan antara angkasa dan muka bumi kita.",
"Tarikan Graviti",
"Angkasa ini cukup berbeza dengan Bumi. Di ruang angkasa, tarikan graviti adalah sangat kecil dibandingkan dengan keadaan di Bumi. Graviti datang daripada jisim yang ada. Bumi mempunyai jisim yang besar, maka tarikan gravitinya sangat kuat berbanding dengan kawasan di angkasa yang jauh daripada sebarang jisim seperti bintang dan planet.",
"Atmosfera",
"Kemudian, di Bumi ini dilitupi oleh atmosfera yang terdiri daripada 78 peratus nitrogen, 21 peratus oksigen dan baki gas-gas lain. Gas-gas ini diperlukan oleh manusia untuk bernafas dengan sempurna. Berbeza dengan alam semesta yang hampir vakum iaitu hampir tiada gas di dalamnya. Namun di sesetengah kawasan di alam semesta, terdapat debuan gas yang biasanya terdiri daripada gas hidrogen dan oksigen.",
"Suhu",
"Suhu juga berbeza. Suhu di permukaan Bumi adalah sekitar 15 darjah Celcius. Di kawasan berdekatan khatulistiwa, suhunya lebih tinggi iaitu sekitar 25 darjah Celcius. Ada juga kawasan di Bumi dengan suhu melebihi 35 darjah Celcius dan adaa yang di bawah takat beku. Suhu di Bumi ini sesuai untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Di angkasa pula, suhunya jauh berbeza. Suhu purata angkasa adalah sekitar 3 Kelvin, iaitu -270 darjah Celcius! Suhu ini sangat-sangat rendah dibandingkan dengan Bumi.",
"Tekanan",
"Oleh sebab Bumi kita ini mempunyai atmosfera, maka ia juga mempunyai tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera ini. Secara purata, atmosfera Bumi adalah sekitar 101 kilo Pascal. Tekanan ini cukup untuk kewujudan air dalam bentuk cecair pada suhu purata Bumi. Di angkasa pula, disebabkan ia adalah ruang hampir vakuum, maka tekanannya sangatlah rendah dibandingkan dengan tekanan di Bumi.",
"Sinaran berbahaya",
"Di Bumi, kita ada lapisan-lapisan atmosfera yang melitupinya. Atmosfera ini bukan sahaja memberikan udara, oksigen dan tekanan untuk kita hidup, ia juga menjadi pelindung daripada sinaran-sinaran berbahaya seperti sinaran ultraungu daripada Matahari, sinar-X, sinar gama dan sinar kosmik daripada angkasa. Di angkasa, sinar-sinar berbahaya ini dapat bergerak bebas tanpa sebarang halangan.",
"Jadi kita sudah lihat perbezaan antara keadaan di angkasa lepas dan keadaan di Bumi. Seterusnya kita ingin tahu pula apa yang akan terjadi jika kita berada di angkasa lepas?",
"Perlindungan Sut Angkasawan",
"Semua angkasawan yang berlepas ke angkasa, akan dilengkapi dengan sut angkasawan. Sut-sut ini ada berbagai jenis tetapi kesemuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menyediakan perlindungan buat angkasawan-angkasawan daripada bahaya angkasa lepas. Sut-sut ini bukan hanya dilengkapi dengan tangki oksigen, ia juga mempunyai tekanan yang sesuai dengan manusia dan juga lapisan-lapisan sut ini melindungi angkasawan daripada sinaran berbahaya di angkasa.",
"Perlindungan stesen angkasa",
"Sut angkasawan membolehkan angkasawan bergerak bebas di angkasaraya. Namun bekalan oksigen yang ada di dalam sut ini adalah terhad. Oleh itu, biasanya angkasawan akan berada di dalam stesen angkasa yang dilengkapi dengan segala jenis perlindungan. Stesen angkasa ini mempunyai semua perlindungan yang ada pada sut angkasawan, dan dilengkapi juga dengan tandas, makanan dan minuman. Oleh itu, biasanya angkasawan akan berada di dalam stesen ini sepanjang keberadaan mereka di angkasa.",
"Kita berbalik semula kepada persoalan asal. Cuma sebelum itu, kita lihat dahulu apa yang akan berlaku jika kita masih hidup, tetapi berada di angkasa dalam keadaan tanpa sebarang perlindungan.",
"Sinaran Berbahaya menghancurkan DNA",
"Tanpa apa-apa sut yang melindungi badan kita, kita akan terdedah kepada sinaran-sinaran berbahaya seperti sinaran kosmik dan sinar gama. Sinaran berbahaya ini akan merosakkan DNA-DNA dan membakar sel-sel badan jika terdedah kepada kuantiti yang banyak seperti dedahan terus Matahari.",
"Suhu badan akan menurun",
"Kemudian, suhu yang sangat rendah (-270 darjah Celcius) akan menurunkan suhu badan kita perlahan-lahan. Namun, suhu yang sejuk ini bukan musuh utama kita.",
"Tiada oksigen untuk organ berfungsi",
"Kebanyakan organ dalaman kita berfungsi apabila cukup bekalan oksigen dalam darah kita. Oksigen-oksigen ini diperoleh melalui pernafasan kita. Tanpa udara dan oksigen untuk bernafas, kita akan kehilangan bekalan oksigen untuk organ-organ dalaman kita berfungsi. Kita mampu sedar sekitar 15 saat selepas ketiadaan oksigen dan seterusnya akan pengsan (blackout). Beberapa minit kemudian, semua organ dalaman akan mati, dan kita juga akan mati.",
"Tekanan rendah merosakkan paru-paru",
"Tekanan yang rendah di angkasa, akan menyebabkan gas-gas dalam paru-paru kita mengembang. Jika kita menahan nafas di angkasa, gas-gas ini akan mengembang dan boleh merosakkan paru-paru kita. Paru-paru kita boleh meletup jika gas-gas ini tidak dibebaskan ke luar. Jadi, sebaiknya kita kosongkan paru-paru kita secepat mungkin",
"Air dalam badan akan menyejat",
"Di bumi, air dapat wujud dalam bentuk cecair kerana tekanan yang tinggi oleh atmosfera. Apabila tiada tekanan yang mencukupi di angkasa, air akan mula menyejat dalam badan kita. Ini akan menyebabkan kulit-kulit kita membengkak. Namun kulit kita cukup kuat untuk mengelakkan daripada meletup. Jika kita sempat masuk semula ke tempat yang mempunyai tekanan yang mencukupi, kita akan beransur pulih seperti sediakala.",
"Kita sudah lihat jika kita terlepas ke angkasa, kita akan mempunyai beberapa saat untuk menyelamatkan diri. Bagaimana pula jika seseorang angkasawan mati di angkasa? Apa yang akan berlaku kepada jasad angkasawan tersebut?",
"Sebenarnya, tidak banyak perubahan yang akan berlaku. Di Bumi, bakteria-bakteria dalam badan kita akan makan sel-sel badan kita yang telah mati. Bakteria-bakteria dalam tanah juga akan menghancurkan badan kita. Namun di angkasa, bakteria-bakteria ini tidak dapat hidup kerana keadaan yang kurang sesuai. Mereka juga akan mati seperti kita. Jadi, di angkasa, proses pereputan itu tidak berlaku dengan cepat seperti di Bumi. Malah, kita akan seolah-olah di’mumia’kan jika mayat kita berada di angkasa. Badan kita tidak berubah. Barangkali, alien yang akan menjumpai jasad kita suatu hari nanti atau mungkin juga generasi manusia akan datang nanti, berjaya memperoleh mayat kita dan memberikan pengebumian yang sempurna."
] |
https://ajar.com.my/2020/10/10/penaklukan-kutu-beras/ | Kenapa Beras Dijajah Kutu? | [
"Malaysia telah merdeka lebih kurang 63 tahun yang lepas. Namun, terdapat satu ruang di rumah anda, yang berkemungkinan, masih dijajah, dilapah dan dirobek dengan sewenang-wenangnya. Anda mungkin sedar, mahupun tidak, penjajah tersebut tidak akan mengendahkan kewujudan anda selagi mana mereka dapat habuan emas putih yang dicintai oleh semua rakyat Malaysia; beras.",
"Sekiranya anda sedar, anda akan buat tak endah dan berkata di dalam hati “alah, benda kecik tu? Lepas cuci beras nanti, tak sampai seminit hilang la”. Ya, itu mungkin apa yang anda rasa sekarang. Dalam masa sebulan, benda kecik itulah yang akan membesar, dalam nombor kewujudannya. Sepasukan menjadi sekumpulan, sekumpulan menjadi sekampung, sekampung menjadi sebandar dan sebandar menjadi senegara. Akhirnya, bekas simpanan beras anda menjadi jajahan takluk oleh ribuan kutu beras yang merampas beras anda sewenang-wenangnya.",
"Pada masa itu, masa cucian seminit telah pun menjadi lima belas minit ke setengah jam. Sekiranya dalam masa setengah jam itu anda mencuci secara acuh tak acuh, nasi yang anda makan akan mengandungi butiran hitam yang akan meremangkan bulu roma anda. Kutu beras.",
"Kutu Beras",
"Kutu beras ataupun nama saintifiknya Sitophilus oryzae ialah suatu makhluk kumbang yang berasal daripada:",
"Kutu beras selalunya 3-4.5mm panjang, dan berwarna coklat (kalau rasa coklat tak wujud kita sebut oren gelap) ataupun hitam. Berbeza dengan kutu, kutu beras menjamah nutrisi daripadi beras dan tidak menyedut darah manusia yang tak menjaga kebersihan.",
"Kutu beras dewasa mampu terbang, namun tak bermaksud ia perlu untuk terbang jauh dan mampu hidup untuk lebih kurang 7 bulan. Yang betina mampu untuk bertelur sebanyak 2-6 sehari dan lebih 300 telur dalam satu kehidupan.",
"Kutu beras ini berasal daripada saat beras dituai. Apabila pengilang membersihkan dan membungkus beras dengan pek vakum, kutu beras dewasa mungkin mati atau tidak aktif, tetapi telurnya tetap hidup. Sekiranya beras ini disimpan di suatu bekas yang tidak kedap udara, maka berkemungkinan besar telur tersebut akan menetas dan melahirkan generasi penjajah kutu beras yang baru.",
"Kesan Kepada Beras",
" Sekiranya kutu-kutu beras ini dapat menguasai bekas beras anda, maka mereka akan memakan beras anda dan meninggalkan satu jasad beras yang lompong dan rapuh menjadi debu sekiranya dipicit. Ini akan menghilangkan nutrisi dan menghilangkan tekstur beras yang telah ditebuk tadi. Beras anda juga akan berkemungkinan mengandungi telur atau pupa. Oleh itu, beras anda harus dibersihkan, dan beras yang ringan dan lompong akan terapung dan anda boleh membuang beras yang rosak tersebut.",
"Cara-Cara Menghalang Penjajahan Kutu Beras",
" Ada beberapa cara untuk menghalang ataupun memberhentikan aktiviti kutu beras di dalam bekas beras anda."
] |
https://ajar.com.my/2020/10/15/berapa-sebenarnya-yang-tuan-kedai-rugi/ | BERAPA SEBENARNYA YANG TUAN KEDAI RUGI? | [
"Baru-baru ini tular di media sosial satu soalan uji minda yang sangat mengelirukan.",
"Soalan ini menimbulkan kekeliruan kerana pencuri tersebut membeli di kedai yang sama. Kenapalah pencuri itu pergi beli dekat kedai sama? Kan dah menyusahkan orang nak kira kerugian yang dialami oleh tuan kedai. Jadi berapakah sebenarnya kerugian tuan kedai? Soalan cuma tanya kerugian yang dialami dan tidak tanya sama ada kerugian dari segi wang tunai ataupun keseluruhan. Kita akan kira kerugian untuk dua kategori. Pertama, kerugian dari segi wang tunai dan kedua, kerugian keseluruhan yang dialami oleh tuan kedai. Kerugian keseluruhan termasuk kerugian dari segi barang yang “dibeli” oleh pencuri tersebut.",
"Kerugian wang tunai.",
"Mula-mula pencuri “mengambil” RM300 di kaunter kedai kemudian dia menggunakan wang dicuri tersebut untuk membeli barangan sebanyak RM210. Kemudian tuan kedai memulangkan baki RM90 kepada pencuri tersebut. Jadi berapakah jumlah kerugian? Mari kita kira.",
"Wang diambil oleh pencuri",
"-RM300",
"Wang dibayar oleh pencuri",
"+RM300",
"Baki diberikan oleh tuan kedai",
"-RM90",
"Jumlah",
"-RM90",
"Jumlah kerugian yang ditanggung oleh tuan kedai adalah sebanyak :",
"-RM300 + RM300 – RM90 = -RM90",
"Jadi, tuan kedai mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM90.",
"Kerugian keseluruhan.",
"Jadi, bagaimana pula dengan kerugian keseluruhan yang dialami oleh tuan kedai? Seperti yang telah dijelaskan di bahagian atas, kerugian keseluruhan termasuk nilai barangan yang diambil oleh pencuri.",
"Wang diambil oleh pencuri",
"-RM300",
"Wang dibayar oleh pencuri",
"+RM300",
"Harga barangan yang dibeli pencuri",
"-RM210",
"Baki diberikan oleh tuan kedai",
"-RM90",
"Jumlah",
"-RM300",
"Maka, jumlah kerugian yang ditanggung oleh tuan kedai adalah sebanyak :",
"-RM300 + RM300 – RM210 – RM90 = -RM300",
"Jadi, jawapan kepada soalan ini adalah B iaitu RM300."
] |
https://ajar.com.my/2020/10/17/cabaran-buat-botol-terapung-dengan-pensel/ | Cabaran Buat Botol Terapung Dengan Pensel | [
"Kalau ternampak ada botol-botol kosong di rumah, jangan dibuang begitu sahaja. Jangan pula dibiarkan ia bersepah-sepah tanpa dimanfaatkan. Sebelum ibu yang tercinta mengangkat intonasi suara supaya cepat-cepat buang ke tong kitar semula, baik kita kutip segera untuk buat satu cabaran ini.",
"Pernah dengar tak cabaran buat botol terapung dengan menggunakan pensel?",
"Percaya tak yang kita boleh buat botol terapung dengan hanya menggunakan sebatang pensel sahaja?",
"Eh, macam mana tu? Guna kuasa apa pula ya?",
"Cuba lihat gambar di atas. Hebatnya adik tu berjaya mengangkat botol tersebut. Tinggi pulak tu ya?",
"Ya, sebenarnya memang kita boleh buat. Ini bukan magis.",
"Tak sabar dah ke nak cuba buat? Jom, kita buat sama-sama. Kita tengok samada anda berjaya atau tidak.",
"Syarat cabaran ini adalah anda perlu mengangkat botol yang benar-benar kering dengan menggunakan pensel tanpa menyentuh dinding dan lantai botol itu. ",
"Lihat gambar di bawah ini, dari kiri bahan tersebut adalah beras, kacang hijau dan chacha Anda perlu pilih salah satu bahan untuk menjadi isi yang akan memenuhi botol.",
"Katakan anda memilih beras.",
"Sekarang penuhkan botol itu dengan beras tersebut sehingga ke leher botol. Eh sekejap, tapi macamana pula nak masukkan bahan-bahan melalui mulut botol yang sempit? Haa jom kita tengok kaedah adik-adik ni masukan bahan mereka ke dalam botol.",
"Yang ini menggunakan kaedah corong kertas. Caranyanya ambil sehelai kertas, gulungkan sehingga membentuk kon dan tampalkan dengan pelekat. Kemudian letak sahaja di mulut botol, dan tuangkan kacang hijau dengan mudah!",
"Cara kedua, masukkan menggunakan tangan. Berapa lama agaknya masa diperlukan untuk memenuhkan chacha ke dalam botol ini?",
"Cara terakhir, menggunakan cawan plastik dan kemudian tekan sedikit bagi membentuk muncung.",
"Antara ketiga-tiga kaedah ini, mana satukah kaedah yang dapat memasukkan bahan paling cepat dan paling sedikit bahan yang tertumpah?",
"Tada.. dah siap isi beras ke dalam botol. Sekarang kita ambil pensel dan masukkan melalui mulut botol. Kemudian, cubalah angkat! Tengok adik-adik ni, gembiranya dapat berlumba dengan kawan buat cabaran ini.",
"Kalau anda telah berjaya, tahniah diucapkan. Sekiranya tidak berjaya jangan putus asa sila cuba lagi ya sampai dapat.",
"Wah, kali ini botol berjaya diangkat! Syabas!",
"Sekarang cuba tukarkan bahan yang diisi ke dalam botol dengan bahan-bahan lain yang terdapat di rumah seperti biji sagu, kacang tanah, jagung kering, dan sebagainya.",
"Yang mana satukah bahan yang membolehkan botol diangkat lebih mudah? Dan yang paling penting apakah sains yang menyebabkan botol boleh diangkat menggunakan pensel apabila diisikan dengan bahan-bahan tersebut? Memang magis atau cuma helah sains?",
"Ini sebab botol berjaya diangkat secara ‘magis’.",
"Sebenarnya apa yang membantu kita untuk menjayakan cabaran ini adalah dengan adanya daya geseran.",
"Daya geseran adalah penjelasan sains yang menyebabkan botol dapat diangkat apabila diisikan dengan bahan seperti beras dan lain-lain. Daya geseran merupakan salah satu daya yang wujud di sekeliling kita. Daya geseran dapat memperlahankan objek dan akhirnya memberhentikannya.",
"Geseran dikatakan berlaku apabila dua permukaan bersentuhan di antara satu sama lain dan sentiasa menentang arah gerakan objek. Daya ini dipengaruhi oleh jenis permukaan dan jisim objek.",
"Tahukah anda apabila semakin kasar jenis sesuatu permukaan itu, semakin besar daya geserannya?",
"Selain itu, apabila bertambahnya jisim sesuatu objek, semakin besar pula daya geserannya.",
"Berbalik kepada cabaran mengapungkan botol dengan pensel tadi,sebenarnya bahan-bahan yang dipenuhkan di dalam botol menjadi tersusun dengan rapat dan bergeser antara satu sama lain dengan sedikit ruang udara yang wujud. Tindakan menarik pensel yang berada di dalam butiran bahan-bahan tidak bergerak di dalam botol, mampu untuk mengangkat botol daripada permukaan meja. Daya geseran dapat melekatkan pensel dengan butiran bahan yang berada di dalam botol tersebut.",
"Sememangnya kita mendapat manfaat daripada daya geseran yang wujud di sekeliling kita. Walaubagaimanapun, daya geseran juga mempunyai kesan mudarat seperti dapat menyebabkan kehausan sesuatu objek (tapak kasut dan tayar), memberikan bunyi yang tidak diingini (seperti geseran gigi atau dua objek logam), menghasilkan haba dan menjadi panas (seperti gosokan tangan), serta menyukarkan menarik atau menolak objek yang berat.",
"Ada sesuatu yang menarik untuk kita renungkan jika kita menyemak maksud geseran di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka pergeseran membawa maksud ‘perbezaan pendapat’.",
"Sepertimana kesan daya geseran boleh merosakan peralatan dan perkakas, pergeseran sesama manusia pula boleh menyebabkan permusuhan. Di dalam kehidupan kita, sekiranya berlaku pergeseran atau perselisihan pendapat dengan orang lain, kita perlu mengawal keadaan itu agar keadaan tidak menjadi lebih buruk seperti pergaduhan dan sebagainya. Kerana antara akhlak mulia orang beriman ialah meninggalkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan sengketa dan permusuhan, seperti bergaduh dan mencela. Rasulullah SAW pernah berkata yang bermaksud,",
"“Aku menjamin dengan sebuah istana di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran, meskipun dia di pihak yang benar, sebuah istana di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan pendustaan meskipun ia bergurau, sebuah istana di atas syurga bagi orang yang memperbaiki akhlaknya” – (Hadis Riwayat Imam Abu Daud)",
"Jom kita syukuri rahmat daya geseran dalam kehidupan serta kita menjauhi pergesaran lalu mendapat jaminan syurga!",
"*Sebahagian gambar daripada sumber program FantaSains",
"Bawakan pengalaman FantaSains ke tempat anda serta dapatkan majalah FantaSains untuk pembelajaran sains yang menarik dan menyeronokan. FantaSains – Celik sains, celik jiwa. Hubungi 019-2542109 atau email [email protected].",
"***"
] |
https://ajar.com.my/2020/10/18/wang-gelap-dan-ekonomi-bawah-tanah/ | Wang Gelap dan Ekonomi Bawah Tanah | [
"Beberapa hari yang lepas, Ajar telah menerbitkan satu artikel berkenaan dengan “soalan Matematik viral”. Dalam soalan tersebut, situasi yang diberikan adalah seorang lelaki yang mencuri duit sebanyak RM300, dan duit tersebut kemudiannya digunapakai untuk membeli barangan. Jawapan menurut perkiraan saya, asalnya adalah dalam RM600, namun artikel tersebut menjelaskan bahawa jumlah kerugian yang ditanggung oleh Tuan Kedai adalah RM300.",
"Setelah melakukan sedikit kajian, saya bersetuju dengan jawapan RM300 tersebut, namun atas alasan yang agak berbeza dari yang dinyatakan dalam artikel berkenaan.",
"Penjelasan",
"Untuk memahami jawapan ini dengan lebih jelas, kita perlu memecahkan situasi ini kepada dua situasi yang berbeza. Situasi pertama yang perlu diperhalusi adalah situasi kecurian, dan situasi kedua adalah situasi pembelian barangan.",
"Dalam situasi kecurian tersebut, telah berlaku kehilangan wang tunai dalam simpanan Tuan Kedai. Dalam erti kata lain, wang tunai telah bertukar tangan dari Tuan Kedai kepada Pencuri, sebanyak RM300.",
"Soalan saya, duit RM300 ini sebenarnya dikategorikan sebagai apa?",
"Dalam istilah ekonomi, duit tunai RM300 ini dikategorikan sebagai Wang Gelap (Black Money).",
"Wang Gelap merujuk kepada apa-apa nilai wang yang terhasil dari transaksi yang menyalahi undang-undang (dalam kes ini mencuri).",
"Justeru, untuk menjawab soalan dalam artikel tersebut, jumlah kerugian sebenar yang ditanggung oleh Tuan Kedai adalah RM300, dan ia adalah kerana RM300 tersebut telahpun dicuri.",
"Transaksi yang berlaku seterusnya adalah satu transaksi perniagaan yang biasa, maka secara matematiknya;",
"Tuan Kedai: Rugi RM300; Transaksi normal: RM300; Pencuri: Mendapat untung RM300dalam bentuk barangan (RM210) dan wang tunai RM90).",
"Sekiranya anda masih keliru, bayangkan, sekiranya pencuri itu tidak menggunakan wang curiannya di kedai yang sama, namun menggunakannya di kedai yang lain. Transaksi perniagaan di kedai yang lain akan berlaku sepertimana transaksi biasa, bukan?",
"Awas: Mencuri adalah satu kesalahan jenayah!",
"Wang Haram dan Macau Scam",
"Situasi yang terjadi tadi (pencuri menggunakan wang yang dicuri tadi), dalam terma ekonomi, boleh dikategorikan sebagai Pengubahan Wang Haram. Wang Haram yang diperoleh dari aktiviti jenayah seperti kecurian, rompakan, penjualan dadah dan bahan larangan serta pelacuran misalnya, adalah antara wang yang wujud dalam ekonomi setempat, namun tida dapat dikawal oleh pihak berkuasa (no regulation of money).",
"Selain dari itu, Wang Gelap atau Wang Haram juga boleh diterbitkan dari aktiviti seperti rasuah dan mengelak dari pembayaran cukai. Rasuah, seperti yang kita tahu, tidak melibatkan nilai yang kecil, dan transaksi rasuah juga akan menerbitkan wang dari sumber yang tidak diketahui asalnya.",
"Mengelak dari membayar cukai pula menerbitkan Wang Haram, sebagai contoh nilai hartanah sebuah rumah adalah RM200,000, namun transaksi yang direkodkan adalah RM100,000 (untuk mengelak dari membayar cukai yang tinggi), nilai lebihan sebanyak RM100,000 itu kini menjadi satu bentuk Wang Gelap/Wang Haram kerana ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.",
"Kewujudan Wang Gelap/Wang Haram ini kemudian akan mewujudkan satu sektor ekonomi bawah tanah (underground economy), yang mana ini merupakan tempat di mana Wang Haram ini boleh digunakan sesama penjenayah. Dengan kecanggihan teknologi, banyak kumpulan jenayah kini telahpun menukar modus operasi mereka dari menyimpan wang fizikal kepada menyimpan matawang digital (digital currency) kerana ia lebih selamat dan tidak memakan banyak ruang.",
"Situasi Wang Gelap ini agak menarik sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini terdapat beberapa kes Macau Scam yang telah pun berjaya dijatuhkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).",
"Tapi, apa pulak Macau Scam ni?",
"Macau Scam merujuk kepada situasi di mana orang awam diperdaya untuk menyerahkan sebahagian besar wang mereka kepada individu yang menipu (ditulis Penipu) atas alasan-alasan yang melibatkan badan-badan kerajaan atau urusan perbankan.",
"Terdapat laporan (seperti dalam gambar) di mana seorang wanita dari Kedah kehilangan lebih dari RM100,000 apabila dia dihubungi oleh pihak Polis dari IPD Seremban kerana disyaki terlibat dengan penggubahan wang haram. Dia telahpun diminta untuk memasukkan sejumlah wang untuk perlindungan insurans andainya berlaku apa-apa masalah.",
"Perkara yang menarik untuk diperhatikan dalam kes ini adalah bagaimana wang yang didapati secara haram ini kemudiannya “diubah” menjadi bersih (money laundering).",
"Kebanyakan wang haram ini kemudiannya dilaburkan untuk menghasilkan suatu “transaksi halal”, seperti pelaburan dalam perniagaan (kes pelaburan gerai minuman Boba) dan orang yang memiliki wang hasil penipuan itu juga mengamalkan gaya hidup yang mewah (pembelian secara tunai, namun sumber wang tidak dapat dikenalpasti).",
"Dalam kes Macau Scam yang ditahan pihak berkuasa, dalang sindiket tersebut pada asalnya adalah dari China, namun beberapa orang ejen dari Malaysia dilantik untuk “menguruskan pelaburan” tersebut dengan mencari ahli perniagaan yang berpotensi “mencuci” wang haram tersebut.",
"Dalam kes ini, tanggungjawab berat dipikul oleh pihak berkuasa dan institusi perbankan seperti PDRM, SPRM dan LHDN, kerana dalam proses untuk menyemak semula wang-wang haram yang dibersihkan ini, mereka perlu penyiasatan yang menyeluruh, seperti rekod asset, transaksi yang dibuat dan sebagainya.",
"Rumusan",
"Sebagai rumusan, pengubahan wang haram merujuk kepada situasi di mana wang yang diperoleh dari sumber yang haram atau tidak dicukai, kembali dialirkan kepada kitaran ekonomi (disucikan). Dalam soalan yang viral tadi, jumlah rugi yang ditanggung oleh Tuan Kedai adalah RM300 kerana wang yang telah dicuri, namun transaksi yang berlaku antara Tuan Kedai dan Pencuri itu adalah satu transaksi yang sah, dan ia tidak menghasilkan apa-apa kerugian.",
"Kerugian yang sebenar adalah Pencuri itu sendiri, kerana dia telah menanggung dosa mencuri, dan hendaklah dia bertaubat atas segala kesalahan yang telah dia lakukan.",
"Rujukan:"
] |
https://ajar.com.my/2020/11/03/jika-satu-nombor-ini-berubah-maka-alam-semesta-akan-berlainan-sepenuhnya/ | Jika satu nombor ini berubah, maka alam semesta akan berlainan sepenuhnya! | [
"Alam semesta mengandungi segala macam perkara menakjubkan seperti planet, bintang dan galaksi. Masing-masing bergerak mengikut hukum-hukum fizik tertentu seperti hukum kerelatifan Am oleh Einstein. Dengan menggunakan hukum ini, kita dapat meramal pergerakan setiap galaksi yang ada di alam semesta ini, serta pengembangan alam semesta dari bermulanya letupan besar (big bang). Selain daripada hukum kerelatifan ini, terdapat satu lagi hukum fizik yang asas iaitu Mekanik Kuantum. Jika kerelatifan menerangkan pergerakan jasad-jasad besar seperti galaksi dan bintang, mekanik kuantum pula menerangkan tentang pergerakan jasad-jasad kecil seperti atom.",
"Kedua-dua hukum ini dibina berdasarkan beberapa pemalar (constant) seperti laju cahaya c, pemalar kegravitian G, pemalar Planck h bar, dan pemalar Boltzmann k. Kesemua pemalar ini mempunyai nilai tertentu dengan unit masing-masing. Sebagai contoh, laju cahaya ialah 299 792 458 meter per saat.",
"Apabila hukum-hukum asas ini terbina berdasarkan beberapa pemalar ini, satu persoalan yang mungkin timbul ialah adakah pemalar ini sebenarnya malar? Adakah nilai laju cahaya sememangnya 299 792 458 meter per saat dan bukan nilai lain?",
"Adakah pemalar ini sebenarnya malar?",
"Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu semak semula bagaimana kita memberikan nilai kepada setiap pemalar ini.",
"Laju cahaya, didefinisikan sebagai jarak yang dilalui oleh cahaya dibahagikan dengan masa yang diambil. Namun definisi ini tidak menyeluruh. Kita perlukan satu kayu ukur bagi jarak dan masa sebelum kita dapat menentukan nilai laju cahaya.",
"Unit asas yang kita gunakan bagi jarak ialah meter dan satu meter didefinisikan sebagai jarak yang dilalui oleh cahaya dalam 1/299 792 458 saat. Hal ini langsung tidak membantu kita mendefinisikan cahaya kerana kayu ukur kita tetap cahaya. Begitu juga dengan masa.",
"Satu saat bergantung kepada sinaran daripada atom caesium yang berubah daripada keadaan teruja kepada keadaan yang lebih stabil. Sinaran ini adalah sinaran cahaya.",
"Seperti yang kita dapat lihat, untuk menentukan nilai laju cahaya, kita perlu tentukan kayu ukur jarak dan masa yang tidak bergantung kepada cahaya, namun kita tidak dapat berbuat demikian kerana tidak ada kaedah lain yang wujud secara asas dalam alam semesta ini melainkan cahaya.",
"Begitu juga dengan pemalar yang lain. Puncanya adalah kerana kesemua pemalar ini mempunyai unit atau ‘dimensi’ masing-masing. Apabila pemalar ini mempunyai unit, maka kita perlu definisikan unit itu pula, maka kerja kita tidak selesai kerana definisinya berpatah balik pula kepada pemalar.",
"Timbul pula lagi satu persoalan, adakah wujud pemalar yang tidak mempunyai unit atau dimensi?",
"Pemalar tanpa unit",
"Selain pemalar-pemalar di atas yang memenuhi segala formula dalam hukum-hukum fizik, wujud 26 pemalar ‘utama’ yang membentuk keadaan alam semesta kita hari ini. Kesemua 26 pemalar ini lebih asas daripada pemalar-pemalar yang disebutkan di atas kerana kesemuanya tidak mempunyai unit atau dimensi.",
"Kita tidak akan berbincang mengenai kesemua 26 pemalar ini, kecuali satu iaitu pemalar struktur halus (fine structure constant). Seterusnya kita akan lihat berkenaan pemalar struktur halus ini dan apa yang berlaku jika nilainya berubah.",
"Nombor paling asas dalam alam semesta",
"Pemalar struktur halus ini penuh misteri kerana maksud sebenar bagi pemalar ini tidak diketahui secara pasti. Penemuan pertama yang melibatkan pemalar ini ialah nisbah antara tenaga antara dua elektron dengan jarak d, dan tenaga foton dengan panjang gelombang d. Namun ini bukannya satu-satunya kemunculan pemalar struktur halus dalam hukum fizik. Pemalar ini juga menerangkan kekuatan interaksi antara elektron dan foton.",
"Keunikan pemalar ini adalah kerana ia tidak mempunyai dimensi. Ini bermaksud nilainya adalah malar dan tidak perlu kayu ukur seperti laju cahaya. Nilai bagi pemalar struktur halus ini adalah sekitar 1/137 tidak kira kita gunakan sistem imperial atau sistem metrik. Nilai yang diberikan sentiasa sekitar 1/137.",
"Sebab itu nilai ini adalah salah satu nilai yang ahli fizik cadangkan untuk dihantar ke angkasa. Jika sebuah tamadun alien yang sudah menguasai ilmu kuantum menerima isyarat berkenaan 1/137 dari Bumi, mereka akan faham bahawa kita juga telah menguasai ilmu kuantum. Begitu juga sebaliknya, jika kita mendapat isyarat 1/137 dari langit, maka kita boleh mengandaikan bahawa berkemungkinan tamadun alien yang menguasai ilmu kuantum telah menghantar isyarat kepada kita.",
"Perubahan kecil pemalar, perubahan besar alam semesta",
"Nilai pemalar ini sekitar 1/137. Persoalan yang kita mungkin tanya adalah apa yang akan berlaku jika nilai ini berubah?",
"Lihat semula kepada maksud pemalar ini sebagai kekuatan interaksi antara elektron dan foton. Jika nilai pemalar ini berubah, maka kekuatan interaksi ini juga akan berubah. Apabila kekuatan interaksi antara elektron dan foton berubah, maka keseluruhan hukum fizik dan hukum kimia akan berubah!",
"Bahkan, jika nilai ini berubah sedikit, berkemungkinan alam semesta tidak akan wujud seperti yang kita lihat hari ini.",
"Begitulah serba sedikit berkenaan satu nombor ‘pemalar’ yang boleh mengubah alam semesta keseluruhannya dengan perubahan kecil nilainya."
] |
https://ajar.com.my/2020/11/27/ilmu-sains-dan-persamaaan-matematik-dikatakan-ilmu-sihir-hermes-trismegistus-ahli-sihir/ | Ilmu Sains dan persamaaan Matematik dikatakan ilmu sihir? Hermes Trismegistus ahli sihir? | [
"Untuk kalini, saya fokuskan kepada ilmu Matematik memandangkan Matematik ni dah dianggap musuh tradisi kebanyakan manusia. Meh kita toleh jap belakang, tengok semula faktor utama asal terbitnya ilmu ini.",
"Perkara pertama perlu difahami bahawa Matematik itu bercabang. Dan cabang utama Matematik asas yang digariskan oleh ahli Matematik terdahulu ialah Mantik, Aritmetik, Geometri, Astronomi, dan Muzik. Adapun cabang yang lain, seperti ilmu Optik, Mekanik, dan lain-lain berkembang selari dengan keperluan manusia.",
"Eh, muzik pun termasuk dalam Matematik? Serius ah?!",
"Haa, ni nak terang satu-satu. Kita mula dengan mantik dulu. Mantik ialah unsur matematik yang penting kerana matematik itu dianggap sebagai ilmu sains pasti; maka, kaedah pembuktian dan hasilnya adalah benar dan tepat relatif terhadap premis pembinaannya sama ada premis yang berbentuk aksiom, postulat, proposisi atau seumpamanya.",
"Maka, kaedah mantik yang sahih digunakan untuk membimbing ahlinya berfikir secara bersistem, analitis, kritis serta membuat keputusan tepat dalam keadaan yang terhad untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jadi, kita boleh lihat apabila sesuatu soalan matematik itu dijawab, yang dititikberatkan ialah pengaplikasian kefahaman dan konsep dengan cara tulis yang teratur dan bersistematik.",
"Apabila mantik sahih yang digunakan, maka, kita akan menghampiri jawapan yang sebenarnya. Sebab itu pakar matematik terdahulu sangat mementingkan cara penulisan dan cara pertuturan. Keterkaitan satu huruf ke satu huruf, satu ayat ke satu ayat menggambarkan tahap mantik seseorang yang menggambarkan kecerdasan akal dan kebenaran si penulis/ si pertutur.",
"Dalam beberapa kitab agama terulung, disebut oleh beberapa ulama seperti Imam al-Syafie, Imam al-Ghazali dan Syeikh al-Islam bahawa ilmu mantik dalam Matematik berperanan dengan baik dan dibincangkan oleh mereka yang dianugerahkan akal cergas. Dan peranan paling utama ilmu ini dalam kalangan ahli matematik terdahulu adalah untuk berhujah tentang pembuktian ketuhanan dengan penciptaan dunia.",
"Kedua, aritmetik. Cabang ini berkait rapat dengan pengiraan nombor. Wujudnya cabang ini kerana ahli matematik menghasilkan nombor untuk membuat pengiraan berkenaan hal berkaitan astronomi. Orang Babylon dan Yunani menggunakan sistem 60 dalam sistem nombor untuk menentukan saat, minit, jam, hari dalam setahun dan sudut. Sistem ini lah menerangkan kepada kita 60 minit sejam, 60 saat seminit, 360 hari setahun dan 360 darjah untuk satu bulatan. Lalu, al-Khawarizmi memudahkan lagi pengiraan dengan memperkenalkan sistem 10 atau disebut sebagai sistem syariah yang kemudiannya disebarkan ke seluruh dunia oleh Paus Sylvester II dan Fibonacci apabila sistem ini dipindahkan ke Eropah. Dan sistem inilah yang digunapakai dalam sistem nombor sekarang.",
"Ketiga, geometri. Geometri dianggap sebagai bahasa alam yang indah. Semua objek ciptaan Ilahi dalam alam ini hakikatnya ialah ciptaan berbentuk geometri. Geometri menggambarkan hakikat alam semesta. Keratan kon merupakan contoh bentuk asas geometri. Apabila keratan kon dikerat rentas melalui pelbagai sudut, maka terhasillah bentuk-bentuk lain. Dan disebut bahawa garis lurus itu tidak wujud, tetapi, hanyalah satu bentuk bulatan yang khusus dengan jejari yang tak terhingga. Macam mana kita sangkakan kita bergerak lurus di muka bumi, tetapi, hakikatnya kita bergerak mengikut bulatan bumi.",
"Keempat, astronomi. Astronomi ialah ilmu tentang bintang atau ilmu yang mengkaji berkenaan jasad-jasad di langit. Dalam tamadun Islam, ilmu ini digunakan untuk hal ibadah seperti sembahyang, puasa dan haji.",
"Kelima, muzik. Asal kelahiran ilmu ini adalah melalui alunan fenomena alam seperti tiupan angin, aliran air, kicauan unggas dan seumpamanya. Muzik juga boleh lahir daripada susunan intonasi suara dan alat yang mengeluarkan bunyi. Lalu, digubah menggunakan susunan nisbah dalam teori nombor. Muzik yang baik disusun berdasarkan siri harmonik, siri geometri atau siri aritmetik. Syair juga dikategorikan dalam ilmu ini dengan melakukan penggubahan berbentuk suara. Al-Farabi dikenali sebagai salah seorang penggubah muzik yang agung kerana mampu mensintesiskan alunan muzik sehingga mempengaruhi perasaan manusia.",
"Secara umumnya, kelima-lima cabang ini wujud dalam tamadun awal kerana dua faktor :",
"Tamadun awal tersebut ialah tamadun Mesir, tamadun Yunani, tamadun Islam, tamadun Hindu, tamadun China dan tamadun Eropah. Tamadun besar manusia telah mencatatkan kegemilangan dalam ilmu Matematik. Dunia seluruhnya mewarisi sejarah silam secara silih-berganti.",
"Persoalannya, macam mana boleh timbul ilmu ni? Konfem ahli sihir ni! Hermes lah ahli sihirnya!",
"Sebelum menghukum, kita telusuri dulu kisah awal Hermes seperti yang ditulis oleh beberapa ahli sejarawan berdasarkan kajian-kajian mereka.",
"Mengikut penulisan barat, kewujudan Hermes dianggap sebagai satu mitos. Tetapi, terdapat peninggalan bukti daripada penulisan ahli Sejarah terdahulu bahawa Hermes itu wujud dan digelar “The powerful magician”.",
"Manakala, mengikut kajian primer Prof. Mat Rofa Ismail menerusi penulisannya (2004), Hermes itu wujud, dan menurut ahli Sejarah tamadun Islam, Hermes merupakan pengasas ilmu matematik, astronomi dan beberapa ilmu sains yang lain.",
"Hermes ialah gelaran bagi pelopor ilmu yang agung dalam tamadun Yunani. Dan tercatat sekurang-kurangnya tiga Hermes dalam sejarah silam tamadun Yunani. Berdasarkan daripada beberapa kajian, dipercayai bahawa salah seorang daripada Hermes ialah Nabi Idris.",
"Kita percaya melalui firman Allah S.W.T bahawa setiap kaum pasti ada Rasul yang diutuskan untuk membawa petunjuk dan ilmu. Maka, Lembah Nil dipercayai ada hubungan dengan Nabi Idris a.s. yang dikenali sebagai Hermes dalam sejarah Yunani. Namun masyarakat Yunani tidak menghubungkan Hermes dengan kenabian, tetapi hanyalah rangkaian ilmuwan atau ahli hikmah agung dalam masyarakat Mesir dan Yunani. Sebab itu jika diperhatikan sejarah hidup tokoh ilmuwan Yunani terawal seperti Thales, Socrates, Aristotles, Pithagoras dan rangkaian pemikir-pemikir mereka mempercayai kewujudan Tuhan serta kebangkitan pada hari akhirat walaupun dalam pelbagai versi kepercayaan.",
"Malah disebut oleh ahli Sejarah tentang perjalanan Pithagoras, seorang ahli matematik Yunani yang mengakui peranan Hermes dan para Rasul dalam matematik Yunani. Pengembaraan beliau ke timur termasuk Lembah Tigris, Parsi dan India untuk mempelajari ilmu matematik dan falsafah telah mempertemukan Pithagoras dengan pengikut-pengikut para nabi, dan dipercayai juga berlaku pertemuannya bersama murid Nabi Daud a.s (King David) dan murid Nabi Sulaiman a.s (Solomon) di Syam. Yang akhirnya diadun pemikirannya dan penemuannya dalam teori aritmetiknya yang kemudian dikembangkan oleh Tamadun Arab.",
"Maka, sihir yang didakwa itu, dipercayai bahawa wahyu Allah kepada Nabi Idris a.s. Baginda dianugerahi pelbagai ilmu pengetahuan termasuklah ilmu tentang pengiraan masa, kalendar dan musim di sekitar Laut Mediterranean, dan kemudiannya ilmu ini dikembangkan di Lembah Nil oleh anak Baginda, Misr bersama seorang lagi nabi seperti yang disebut dalam kitab terdahulu, iaitu nabi Daniel a.s. Hal ini menjadikan Mesir (sempena nama anak Baginda, Misr) muncul sebagai sebuah tamadun yang mempunyai warisan Matematik teragung di dunia. Buku Matematik paling agung dalam sejarah dunia yang bertajuk The Elements, telah ditulis oleh Euklid dalam tamadun Mesir, dan dipercayai merupakan sebahagian daripada warisan para nabi sebelumnya.",
"Ilmu ini terus berkembang ke tamadun-tamadun lain, sehingga melahirkan beberapa nama ahli Matematik agung yang lain.",
"Kesimpulannya, setiap ilmu yang bermanfaat itu datangnya daripada Allah. Malah, fakta ilmu sains dan matematik itu sendiri jelas terkandung dalam beberapa firmanNya.",
"Oleh itu, Allah tekankan dalam al-Quran supaya manusia itu perlu menjadi seperti golongan ulul albab, yang sentiasa berfikir dan berzikir. Dalam erti kata lain, mereka melihat dunia, memikirkan manfaatnya, dan kembalikan pujian kepada Allah dengan memanifestasikan kesyukuran dalam kesungguhan ibadah dan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik di dunia.",
"Berfikir tanpa zikir, ibarat mereka yang hanya mementingkan dunia tanpa memikirkan hak Pencipta.",
"Berzikir tanpa fikir, ibarat mereka yang hanya semata-mata beribadah, tanpa melihat manfaat dunia kepada akhiratnya. Lalu diabaikan hak keluarga, masyarakat, dan negaranya yang perlu dia tunaikan.",
"Jadilah manusia yang berzikir dan berfikir!",
"Oleh:",
"Nur Asmila Syahmah bt Ahmad Sukri",
"Pelajar postgrad di Institut Mathematical Research (INSPEM), UPM dalam Master Sains Penyelidikan dalam Pendidikan Matematik.",
"1. Buku Sejarah Aritmetik dan al-Jabar Islam (1995), Mat Rofa Ismail.",
"2. Buku Matematik Merentas Tamadun (2004), Mat Rofa Ismail.",
"3. https://arnemancy.com/articles"
] |
https://ajar.com.my/2020/11/28/kenapa-orang-takut-matematik/ | Kenapa Orang Takut Matematik? | [
"Ramai yang merasakan matematik antara subjek yang sukar kerana subjek ini dianggap ‘kering’, tiada roh dan membosankan. Satu habuk tak faham! Itu sebabnya masih ramai yang tidak menguasai ilmu ini kerana ketakutan yang melanda. Kalau tak, takdela istilah “Mathematical Anxiety”(Keresahan Bermatematik) dan “Mathemaphobia” dalam ilmu psikologi kan. ",
"KERESAHAN BERMATEMATIK",
"Jika ditinjau kajian-kajian semasa berkenaan masalah utama pelajar Malaysia untuk menguasai ilmu ini adalah kerana satu persepsi telah menguasai pemikiran mereka. Matematik hanyalah bersifat kuantitatif dan tiada erti. Hanya beberapa perkara sahaja yang berguna dalam kehidupan.",
"Tetapi, tahu tak, ilmu matematik muncul kerana nilai dan roh yang terletak padanya.",
"NILAI MATEMATIK",
"Aik? Macam mana pula tu?",
"Ya. llmu matematik itu bukan hanya bersifat kuantitatif (hanya melibatkan nombor dan pengiraan) tetapi, asas sifatnya ialah kualitatif. Ahli matematik terdahulu menganalisa keadaan sekitar dan diterjemahkan melalui ilmu matematik untuk mendapatkan satu pembuktian nyata. Maka, barulah terhasil teori, formula, konsep, postulat dan sebagainya.",
"Macam kita lah kan. Bila nak sesuatu, baru kita bina satu strategi atau cara untuk dapatkan benda tu. Tapi, permulaannya mesti sebab keinginan dan pemerhatian kita. Mustahil tiba-tiba pula boleh wujud strategi tu dalam pemikiran kita. Iye dok?",
"Perkara yang sama juga berlaku pada ilmu Matematik. Ada sebab dan nilai mengapa wujudnya ilmu ini.",
"Cuba kita baca beberapa contoh kat bawah ni.",
"Dan banyak lagi. Jenuh nak tulis semua. Kita kongsi sikit-sikit dulu nak bagi buka minda.",
"Nampak tak bukti bahawa ilmu matematik ni sebenarnya sarat dengan nilai, budaya dan agama. Dan asasnya kerana ingin mencari Sang Pencipta. Tapi, fakta ini hilang bila ilmu ini mula dikembangkan di Eropah.",
"HILANGNYA NILAI MATEMATIK",
"Peringkat awal ilmu ini dibawa ke Eropah daripada tamadun Islam oleh Fibonacci sewaktu Eropah baru berkembang daripada Zaman Kegelapan kepada Zaman Pembaharuan Renaissance. Nilai dan budaya masih ada pada ilmu ini sehingga ke era Newton. Tetapi, selepas era Newton, ilmu matematik telah dipisahkan daripada nilai dan agama.",
"Faktor pertembungan institusi gereja dan perkembangan matematik menyebabkan masyarakat Eropah tidak selesa mengaitkan Matematik dan agama atau ketuhanan. Dan dipercayai, faktor utama menyumbang kepada permasalahan ini ialah kewujudan falsafah Rene Descartes, yang merupakan seorang sarjana matematik Eropah.",
"Beliau telah membangunkan sistem falsafah mekanisme, yang menghakis nilai-nilai agama dan budaya pada ilmu matematik. Lalu, ilmu Matematik dikembangkan dengan kefahaman bahawa alam ini hanyalah mesin besar yang dipenuhi zarah bergerak bebas dan merdeka daripada kewujudan Tuhan. Yang relevan hanyalah sekadar mematematikkan ‘mesin’ di hadapan mereka kerana tidak ada kewujudan lain di samping ‘mesin’ itu.",
"PERTUKARAN NAMA TOKOH ASAL PENEMUAN ILMU",
"Maka, sejarah telah diolah. Nilai itu dicantas dan ditempek cerita berkenaan nilai budaya mereka. Nama-nama tokoh digantikan dengan nama mereka. Antaranya,",
"Malah, pencapaian tamadun India dan Cina turut diubah. Oleh sebab itu, ilmu matematik yang dipelajari kini tiada nilai, kerana yang menulisnya juga adalah yang menolak nilai. Lalu, diolah mengikut kehendak mereka. Mereka juga yang dipandang tinggi akhirnya. Hakikatnya, hampir keseluruhan ilmu hanyalah disalin lalu ditempek nama. Mudah betul kerja.",
"MATEMATIK UNTUK KENAL ALLAH",
"Jadi semua, kita perlu buka semula minda kita dan fahami nilai serta asas utama ilmu matematik supaya minat kita mekar bak bunga terhadap ilmu ini. Ceh!",
"Ilmu matematik bukan hanya sembarangan ilmu yang tidak penting, tetapi, ilmu inilah yang paling penting sehinggakan ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa ilmu matematik ibu kepada semua ilmu.",
"Pentingnya kita memahami konsep matematik ini bukanlah hanya semata-mata kerana kehendak sistem, tetapi, demi pembentukan diri kita sendiri untuk belajar sampai kepada Sang Pencipta. Barulah kita nampak kepentingan STEM bukan sekadar dalam konteks materialistik, tetapi, mungkin suatu keperluan untuk memenuhi kehendak dan keperluan semasa manusia. Jadi, bila dah faham, pasti lebih ramai golongan cerdik pandai mampu dilahirkan dalam bidang STEM ini.",
"Malah, dalam kitab-kitab ulama banyak disebut berkenaan Matematik sebagai satu keperluan asas kehidupan. Sehinggakan Imam Syafie’ menyebut bahawa “Sesiapa yang mempelajari ilmu matematik, akalnya cemerlang.”",
"Jom kembalikan nilai dan roh pada matematik. Konfem seronok belajar kan!"
] |
https://ajar.com.my/2020/11/30/misteri-angka-angka-ajaib-dalam-alam-semesta/ | Misteri Angka – Angka Ajaib dalam Alam Semesta | [
"Ada satu soalan yang telah lama saya pendam. Saya telah bertanya kepada ramai orang, bahkan saya telah merujuk kepada pakar ilmuan segala benda, Syeikh al-Google, namun persoalan saya masih belum berjawab, sehingga ke hari ini.",
"Jadi, untuk memahami intipati soalan saya, izinkan saya terlebih dahulu memperjelaskan beberapa perkara.",
"Alam ini dicipta dengan amat unik. Bumi, sebagai contoh, dibina dengan satu sistem pertahanan dari serangan ribut solar, yang kita panggil sebagai medan geomagnet. Medan geomagnet berfungsi sebagai “pelindung” andaikata matahari tiba-tiba mengeluarkan radiasi yang amat besar, jadi ia melindungi manusia di dalamnya dari terkena sinaran radiasi merbahaya.",
"Bumi juga mempunyai air, yang merupakan salah satu pembentuk utama hidupan organik di alam semesta. Bahkan sehingga kini, sekiranya kita meneroka planet-planet lain, perkara utama yang kita akan cari adalah sumber air – kerana dengan adanya sumber air, kita tahu bahawa kita (hidupan Bumi) boleh hidup di planet tersebut, dan ada kebarangkalian besar bahawa planet tersebut memiliki hidupannya yang tersendiri.",
"Apa yang ingin saya tanyakan bukanlah berkenaan dengan sesuatu yang fizikal, tetapi berkenaan dengan sesuatu yang… matematikal.",
"Tidak seperti medan geomagnet dan air yang melambangkan keunikan Bumi, sebenarnya, dalam bidang Fizik dan Matematik, kita memiliki beberapa angka unik yang lebih misteri asal usulnya. Angka misteri ini saya akan kategorikan kepada dua bahagian: Pemalar Matematikal, dan Pemalar Fizikal. Saya akan berikan beberapa contoh bagi kedua-dua pemalar ini, dan saya akan nyatakan soalan saya di akhir bahagian artikel ini.",
"Pi merupakan satu angka tidak rasional yang terhasil daripada bulatan. Pi dapat dikira sekiranya anda mengambil nisbah ukur lilit (circumference) suatu bulatan penuh (full circle), dan anda bahagi ukur lilit tersebut dengan nilai diameter bulatan tersebut. ",
"Fun fact: apa-apa bulatan akan memberi nilai yang sama, yang maksudnya sekiranya anda mengambil satu bulatan sekecil duit syiling kita, dan satu lagi bulatan sebesar saiz Bulan, dan anda cari nisbah antara ukur lilit dan diameter, anda akan mendapat nilai yang sama!",
"Nah, sekarang tidakkah anda berasa sedikit ganjil, bagaimana bulatan kecil dan bulatan besar mampu memberi satu nilai yang serupa?",
"Kita mungkin telah belajar semenjak sekolah menengah bahawa cara untuk mencari nilai x bagi formula quadratik adalah dengan mengambil punca kuasa (root) bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, x2 = 4 boleh dipermudahkan dengan mengambil punca kuasa bagi 4, iaitu +2 dan -2. Ini bererti bahawa x adalah bersamaan dengan 2, atau -2.",
"Sekarang, katakan kita mengubah sedikit struktur soalan. Apakah nilai x bagi persamaan quadratik x2 = -4?",
"Sekiranya anda ada asas yang kukuh dalam matematik, anda pasti sedar bahawa tiada nilai nombor nyata yang mampu menyelesaikan permasalahan tersebut. x = -2? Bukan, sebab -2 × -2 adalah 4 (positif), tapi dalam soalan ini kita ada nilai 4 adalah negatif.",
"Jeng jeng jeng.",
"Bagi menyelesaikan permasalahan ini, ahli matematik telah menyelesaikan soalan tersebut dengan memperkenalkan nombor khayalan, i, yang diberi tafsiran . Untuk maklumat lebih berkenaan nombor khayalan, anda boleh tekan link ini.",
"Nombor Euler (e = 2.718…) merupakan antara nombor yang jarang sekali didendangkan di kalangan orang awam. Nombor Euler mula dikaji oleh Jacob Bernoulli apabila beliau mula mengkaji mengenai bunga atau faedah dari Bank (compound interest).",
"Dalam asas perbankan, bunga atau faedah (compounding interest) akan diberikan berdasarkan kepada bagaimana pengiraan faedah dilakukan, sama ada secara tahunan (annually), dua kali setahun (semi-annually), setiap bulan (monthly), setiap minggu (weekly) atau setiap hari (daily). Pengiraan faedah ini dipanggli sebagai n. Menurut Bernoulli, semakin besar nilai n, nilai faedah tidak akan bertambah menjadi infiniti, sebaliknya ia akan menghampiri nilai e, iaitu nilai Nombor Euler (rujuk rajah).",
"Sehingga ke hari ini, nombor Euler adalah amat berguna dalam menerangkan bagaimana sesuatu graf berkembang, terutamanya dalam graf sains yang melibatkan model pertumbuhan penduduk (population growth model).",
"Cahaya merupakan kelajuan yang paling laju dalam alam semesta. Perkara ini merupakan idea asal kepada hasil kerja Albert Einstein dalam hasil kerja Teori Relativiti Khususnya (Special Relativity), dan sekiranya ada apa-apa dapat dibuktikan melebihi kelajuan cahaya, sama ada kita berjaya membuktikan bahawa Einstein salah, atau kita telahpun menemui satu cabang fizik yang belum pernah diteroka.",
"Kelajuan cahaya, menurut definasi fizik, adalah berkadaran dengan 2.99 juta km per saat (tepatnya 299 792 458 m/s). Salah satu keistimewaan laju cahaya ini adalah, kelajuan cahaya merupakan satu bentuk had limitasi kepada konsep causality, satu konsep besar dalam sains yang memberi makna sebab dan akibat (cause and effect).",
"Hal ini adalah kerana menurut relativiti khusus (special relativity), apabila objek bergerak semakin laju, masa akan bergerak semakin perlahan, dan sekiranya objek bergerak pada kadar yang sama dengan kelajuan cahaya, masa akan berhenti.",
"Mengambil hipotesis ini dan meletakkan limitasi pada had laju cahaya, sekiranya apa-apa objek mampu bergerak lebih laju dari cahaya, diteorikan bahawa masa akan bergerak mengundur bagi mereka.",
"Pemalar fizikal kedua ini merujuk kepada nilai 1 cas elektron, yang bersamaan dengan 1.602 ×10-19 C. Sekiranya anda tidak mengetahui sifat cas elektron, rasanya cukup sekiranya anda tahu bahawa cas ini bererti bahawa sekiranya anda memiliki satu elektron, maka cas elektrik yang akan anda perolehi adalah bersamaan dengan nilai -1.602 × 10-19 C.",
"Untuk mendapatkan cas sebanyak -1 C pula (atau -1 Coulomb), anda memerlukan sebanyak hampir 6 juta juta juta elektron (ya, ada tiga kali juta, ataupun 1018).",
"Cas elektron ini merupakan satu perkara yang penting dalam bidang elektrikal, kerana arus elektrik terhasil akibat daripada pergerakan elektron yang menghasilkan arus. Arus elektrik yang terhasil (electrical current) kemudian akan digunakan untuk membuat kerja dan digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik.",
"Cuba teka pemalar graviti ni nilainya berapa? 10 m/s2, 9.8 m/s2, atau 9.81 m/s2? Jawapannya, kesemua angka yang diberikan tadi adalah salah. Nilai sebenar bagi pemalar graviti adalah 6.67 × 10-11 m3/kgs.",
"“Haaa? Tapi, tapi bang, cikgu saya cakap nilai dia 9.8 m/s2 bang…”",
"Ha meh abang betulkan balik persepsi tersebut. 9.8 m/s2 atau nilai yang berkadaran sama dengan itu sebenarnya adalah nilai yang dipanggil tarikan graviti Bumi (Earth’s Gravitational Acceleration), dan bukan nilai bagi pemalar Bumi. Ia dipanggil tarikan graviti Bumi atas beberapa faktor, iaitu pertama, nilai tersebut hanya berfungsi di permukaan planet Bumi, dan ia akan berubah andaikata kita berada di planet lain, atau Bulan, sebagai contoh.",
"Kedua, ia dipanggil tarikan graviti, kerana ia merupakan satu bentuk kadar tarikan hanya di atas permukaan muka Bumi. Nah sekarang bayangkan kalau anda berada di bahagian dalam Bumi (bukan dekat permukaan Bumi lagi), maka anda tidak boleh menggunakan nilai 9.8 m/s2 atau seumpamanya lagi.",
"Nilai Pemalar Graviti yang sebenar adalah 6.67 × 10-11 m3/kgs, dan nilai ini pertama sekali dikaji oleh Bapa Graviti Klasikal, iaitu Sir Isaac Newton.",
"Sewaktu Newton sedang mengkaji graviti, Newton berjaya menghasilkan rumus graviti yang melibatkan daya, jarak dan jasad sesuatu objek. Nilai 9.8 m/s2 juga sebenarnya diambil berdasarkan kepada hasil kerja Newton, dengan mengkhususkan salah satu objek dalam persamaan tersebut dengan Bumi (berat Bumi dan ukur jarak jejari Bumi).",
"Sekarang, berbalik kepada soalan asal artikel ini tadi, kita telah diperkenalkan kepada beberapa nilai pemalar dalam matematik dan fizik. Menurut sains, sekiranya salah satu dari nilai pemalar ini berubah, sebagai contoh nilai pi berubah dari 3.1412 menjadi 3, sebagai contoh, atau nilai pemalar graviti berubah, dari 6.67 × 10-11 m3/kgs menjadi 1 m3/kgs sebagai contoh, maka alam kita akan berubah sepenuhnya, dan tidak akan menjadi alam yang kita kenali hari ini. Bahkan ada juga saintis yang lebih pesimistik yang mengatakan bahawa sekiranya nilai tersebut berubah, alam tidak mungkin terjadi!",
"Dalam konsep fizik, hal ini adalah apa yang dikenali sebagai Fine-Tuning Argument, yang mana saintis mempercayai bahawa dalam prospek konsep Hipotesis Pelbagai Alam (Multiverse/Many World Hypothesis), kita menjadi alam yang mampu dicerap atas asbab alam ini telah dilampaskan (fine-tuned) untuk menghasilkan alam ini.",
"(Anda boleh baca artikel “Jika satu nombor ini berubah, maka alam semesta akan berlainan sepenuhnya!” yang membincangkan mengenai pemalar dengan lebih lagi)",
"Jadi sekarang soalan saya, kenapa kesemua nilai-nilai pemalar ini, memiliki nilai yang mereka ada sekarang?",
"Sehingga ke hari ini, tiada siapa pun yang ada jawapan yang kukuh untuk menjawab persoalan tersebut. Paul Dirac, salah seorang pemenang hadiah Novel Fizik, telah bertanyakan soalan tersebut dalam majalah sains Nature, dan sehingga ke hari ini, saintis masih menggaru kepala mencari “punca” kenapa pemalar ini mampu terhasil. Antara usaha mereka sehingga ke hari ini adalah dengan sentiasa menyemak, adakah pemalar fizikal dan matematikal ini sentiasa malar (is it always constant under all conditions?).",
"Bagi kita pula sebagai umat Islam, selain mengambil perkara ini sebagai “Allah takdirkan ia terjadi begitu”, kita juga disuruh untuk berfikir, sepertimana suruhan dalam al Quran supaya kita sentiasa menjadi kaum yang berfikir.",
"Dan Dia telah menundukan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) dari padanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir. (Al-Quran Surah Al-Jathiyah: 13)"
] |
https://ajar.com.my/2020/12/02/ketepatan-matematik-rasulullah-dalam-perang-badar/ | KETEPATAN MATEMATIK RASULULLAH DALAM PERANG BADAR | [
"Menurut Sun Tzu dalam karyanya, The Art of War, salah satu faktor utama untuk memenangi sesebuah peperangan adalah dengan mengetahui kekuatan diri sendiri dan kekuatan lawan. Perkara ini turut dibuktikan oleh Rasulullah S.A.W dalam peperangan Badar.",
"Secara amnya, kita mengetahui bahawa faktor utama kemenangan umat Islam dalam peperangan Badar adalah disebabkan oleh bantuan Allah s.w.t.. Tetapi, usaha dan strategi umat Islam ketika itu juga antara faktor kemenangan dalam peperangan ini. ",
"Eh jap. Perang Badar yang mana ek?",
"Jom kita ingat semula secara ringkas kisah perang Badar Kubra yang dianggap sebagai satu peperangan yang agung dalam sejarah Islam. Sebab utama berlakunya peperangan ini kerana umat Islam ingin menawan kafilah perniagaan Quraisy yang tiba dari Syam di bawah kelolaan Abu Sufyan. Hal ini bagi merampas apa yang dibawa bagi menggantikan sebahagian harta umat Islam yang ditinggalkan di Kota Makkah sebelum itu. Peperangan ini terkandung kisah mukjizat yang mengkagumkan kerana pertolongan Allah dihantar bersama 1000 Malaikat (boleh rujuk Surah al-Anfal ayat 9 dan ayat 10), untuk memberi ketenangan ke dalam hati umat Islam supaya semangat berjihad di jalan Allah terus berkobar-kobar biarpun dari aspek kuantiti tentera dan persiapan peralatan tentera muslimin sudah kalah pada awalnya.",
"Sebelum bantuan ini datang, pelbagai strategi telah dibina oleh Baginda Rasulullah S.A.W.. Dan yang nak difokuskan dalam penulisan ini adalah bagaimana konsep Matematik telah diaplikasikan oleh Baginda S.A.W dalam memperkukuhkan lagi strategi peperangan ketika itu.",
"Berbalik kepada teori peperangan Sun Tzu seperti yang sudah dinyatakan di atas, di sinilah kebijaksanaan Baginda Rasulullah S.A.W mengaplikasikan konsep matematik bagi merisik kekuatan tentera Musyrikin.",
"KONSEP PERTAMA",
"Dalam kitab Al Sirah al Nabawiyah yang dikarang oleh Ibnu Hisyam, beliau menceritakan bahawa sebelum berlakunya kemuncak peperangan Badar, Rasulullah S.A.W telah mengutus Zubair bin Awwam dan Sa’ad bin Abi Waqqash untuk mengintip musyrikin Quraisy. Ketika menjalankan misi itu, mereka telah berjaya menangkap dua orang daripada pasukan Quraisy, lalu di bawa ke markas tentera Islam.",
"Rasulullah S.A.W terus meminta kedua-duanya menceritakan perihal tentera musyrikin. Lalu, mereka memberitahu keberadaan tentera musyrikin di balik bukit pasir yang dilihat di pinggiran paling jauh.",
"Kemudian, Baginda S.A.W bertanyakan mengenai jumlah tentera musyrikin dan kekuatan mereka. Namun, tidak dijawab dengan tepat oleh kedua-duanya. Maka, Rasulullah mencari satu kaedah bagi mendapatkan anggaran yang tepat tentang jumlah bilangan tentera musyrikin.",
"Lalu, Baginda S.A.W bertanyakan mengenai jumlah ekor unta yang disembelih setiap hari. Maka, djawab oleh kedua-duanya, “Kadang-kadang sehari sembilan ekor, kadang-kadang sepuluh ekor.”",
"Dari jawapan tersebut, Rasulullah S.A.W terus menganggarkan bahawa anggaran tentera musyrikin adalah antara 900 hingga 1000 orang.",
"Kenapa sebegitu ya?",
"Secara logiknya, seekor unta dianggarkan boleh dimakan oleh seratus orang. Jadi, bagi menyelesaikan permasalahan di atas :-",
"1 unta : 100 orang ;",
"9 unta : 900 orang & 10 unta : 1000 orang",
"Maka, anggaran yang terhasil adalah 900 ke 1000 orang tentera. Dan ternyata anggaran itu adalah tepat!",
"KONSEP KEDUA",
"Soalan ketiga yang ditanya oleh Baginda S.A.W kepada kedua-dua musyrikin Quraisy yang ditangkap adalah berkenaan siapa tokoh musyrikin yang bersama mereka. Lalu, dijawab kedua-duanya semua nama tokoh mereka.",
"Bagi kita, mungkin itu hanya sekadar nama. Tetapi, tidak pada Baginda S.A.W. Itu merupakan maklumat penting untuk Baginda mengira dengan tepat tentang kekuatan tentera Islam. Baginda perlu membuat perbandingan kekuatan bagi memutuskan siapa dalam kalangan tentera Islam yang mampu menandingi pihak musuh apabila bermulanya perlawanan satu lawan satu.",
"Maka, apabila bermulanya peperangan, di saat perlawanan satu lawan satu, majulah tiga orang ahli perang tentera Quraisy. Mereka ialah Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah dan Al-Walid bin Utbah. Manakala, di pihak tentera Islam, pada mulanya akan dikeluarkan pemuda Ansar. Tetapi, tidak dipersetujui oleh tentera musyrikin kerana dianggap tidak sekufu. Lalu, daripada perkiraan matematik Baginda Rasulullah S.A.W, dikirimlah Ubaidah, Hamzah dan Ali bagi mewakili tentera Islam. Dan ternyata perkiraan Rasulullah S.A.W itu benar apabila ketiga-tiga sahabat telah memenangi pertarungan itu.",
"Jadi di mana terletaknya konsep matematik tu?",
"Konsep tersebut terletak pada hitungan Rasulullah S.A.W mengenai ketangkasan para sahabat bermain pedang, kelincahan dalam pergerakan, dan kekuatan menghunus pedang. Dan daripada hitungan ini, Baginda S.A.W menisbahkan kepada kekuatan tokoh tentera musyrikin berdasarkan nama yang telah disebut tadi. Saat tiga orang tentera musyrikin mara ke pertarungan, Baginda S.A.W telah memutuskan dengan tepat, siapa yang akan mewakili tentera Islam berdasarkan anggaran awal yang telah dibuat.",
"Sirah ini telah memperlihatkan kepada kita betapa bergunanya konsep matematik bagi memenangkan tentera Islam dalam peperangan yang begitu penting sekali dalam sejarah peradaban Islam. Tanpa diketepikan faktor utama kemenangan adalah daripada Allah S.W.T.. Dan sesungguhnya, ilmu ini juga antara bentuk bantuan Allah melalui kecerdikan Baginda Rasulullah S.A.W untuk mencapai kemenangan ini.",
"Tapi, apa fungsi kita tahu kisah ini?",
"Fungsi utama kita perlu tahu kisah ini supaya kita sedar, kita sedang berperang dengan benda yang salah.",
"Berperang dengan apa?",
"Berperang dengan matematik lah. Hakikatnya, matematik ni perlu dibuat kawan dan bukannya lawan.",
"Fungsi utamanya adalah supaya kita tahu bahawa hakikatnya ilmu matematik ini sangat diperlukan dalam kehidupan dan telah digunakan awal lagi ketika zaman para Nabi. Dan mungkin ketika itu tiada istilah jelas mengenai nama ilmu tersebut, tetapi, telah lahir secara tidak langsung dalam pemikiran manusia yang waras.",
"Tapi, masalahnya, bukan kita guna semua yang belajar kat sekolah dengan universiti pun. Certain je yang guna.",
"Haa. Untuk penerangan ni, korang boleh toleh balik ke artikel ni ek :",
"Nak tinggal korang dengan satu kata-kata Archimedes :",
"“Mathematics reveals its secrets only to those who approach it with pure love, for its own beauty.”"
] |
https://ajar.com.my/2020/12/04/konjektur-collatz-semua-nombor-akan-jadi-1-betul-ke/ | Konjektur Collatz : Semua Nombor akan Jadi 1. Betul Ke? | [
"Konjektur Collatz: Mudah Difahami, Sukar dibuktikan",
"Jom kita main satu permainan. Cara permainannya mudah sahaja:",
"Sebagai contoh, kita pilih nombor 12 .",
"Jika kita teruskan proses ini, 4 akan menjadi 2 kemudiannya menjadi 1 dan ia akan berulang pada 4, 2, 1 dan seterusnya. Ini bermaksud permainan ini akan tamat pada nombor 1 .",
"Maka",
"Bermaksud 12 akan menjadi kepada 1 \n",
"Ok, apa kata kita cuba nombor lain pula. Katakan kita pilih nombor 7 .",
"Jika kita buat proses jujukan tadi, kita akan dapat hasil seperti berikut:",
"Jadi 7 pun akan menjadi 1 .",
"Anda boleh pilih apa-apa nombor, dan cuba buat proses ini, pasti akhirnya nombor tersebut akan menumpu menjadi 1.",
"Masalah ini dikenali sebagai Konjektur Collatz (Collatz Conjecture) ataupun Terkaan Collatz.",
"Konjektur Collatz (Terkaan Collatz)",
"Penyataan Masalah",
"Jika \boldsymbol{n} adalah positif integer, nombor berikutnya diperolehi melalui proses berikut:",
"Proses ini diulang sehingga mencapai 1.",
"Terkaan Collatz (Konjektur)",
"Bagi sebarang integer positif \boldsymbol{n} yang dipilih, semuanya akan menjadi 1.",
"Persoalannya, benarkah SEMUA nombor yang dipilih akan menjadi 1?",
"Sebelum kita pergi lebih jauh, kita berkenalan dulu dengan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan masalah ini, iaitu Lothar Collatz",
"Lothar Collatz",
"Lothar Collatz adalah seorang ahli matematik Jerman. Beliau lahir pada 6 Julai 1910 di Arnsberg, Westphalia.",
"Nama Konjektur Collatz diambil sempena nama beliau, apabila beliau memperkenalkan masalah ini pada tahun 1937, dua tahun selepas beliau menerima kedoktoran.",
"Masalah yang belum dapat diselesaikan",
"“Adakah SEMUA nombor integer positif yang melalui proses jujukan Collatz ini akan menjadi 1″",
"Masalah ini adalah masih belum dapat dibuktikan sehingga hari ini. Walaupun ahli matematik telah mencuba jujukan ini kepada nombor sebesar 500 digit dan memang nombor-nombor tersebut menjadi 1. Tetapi wujudkah nombor yang tidak akan menjadi 1?",
"Konjektur Collatz adalah satu masalah yang disifatkan oleh ahli matematik sebagai masalah matematik yang paling susah untuk dibuktikan. Semua berpendapat, pengetahuan sedia ada tentang matematik masih belum cukup untuk membuktikan konjektur ini.",
"Ada yang berpendapat, Konjektur ini tidak akan diselesaikan di zaman ini kerana kita masih belum bersedia.",
"Walaupun Konjektur Collatz ini susah untuk dibuktikan, tetapi untuk memahami masalah ini tidaklah terlalu sukar. Jadi Collatz adalah masalah yang mudah difahami, tetapi sangat susah untuk dibuktikan.",
"Pokok Collatz (Collatz Tree)",
"Antara teknik yang biasa digunakan oleh ahli matematik untuk membuktikan suatu terkaan adalah dengan mengenalpasti corak (pattern) sesuatu masalah. Adakah masalah tersebut mempunyai suatu corak yang berulang-ulang? Jika ya, mungkin pembuktian boleh dihasilkan daripada corak tersebut.",
"Jadi, dalam usaha ahli matematik menyelesaikan masalah ini melalui corak, maka terhasillah apa yang dikenali sebagai pokok Collatz. Pokok Collatz adalah sebuah graf yang menunjukkan laluan untuk ‘setiap’ nombor sebelum ia menjadi 1. Ada nombor yang laluan singkat sebelum menjadi 1 dan ada yang panjang. Sebagaimana contoh di atas, nombor 12 hanya memerlukan 10 langkah sebelum menjadi 1, tapi bagi nombor 7, ia memerlukan 17 langkah sebelum menjadi 1.",
"Jika diperhatikan, laluan bagi 7 dan 12 akan menjadi 10 dan seterusnya proses akan menjadi 1. (gunakan mode lanscape untuk paparan penuh)",
"Maka laluan bagi 7 boleh di sambung pada laluan 12 kerana kedua-duanya akan menjadi 10 dan seterusnya menjadi 1. Ini membentuk pokok Collatz. (gunakan mode lanscape untuk paparan penuh)",
"Kemudian, anda boleh menyambung pokok ini dengan laluan-laluan bagi nombor yang lain dan anda akan dapati banyak laluan-laluan yang boleh disambung. Ini adalah contoh pokok Collatz yang dihasilkan, anda juga boleh hasilkan pokok Collatz anda sendiri.",
"Hampir dibuktikan",
"Pada tahun 2019, seorang ahli matematik terkenal yang juga pemenang Field Medals 2006, Terence Tao telah menerbitkan ‘bukti’ bahawa Konjektur Collatz adalah benar bagi ‘kebanyakan’ nombor (pautan pembuktian beliau). Walaupun pembuktian beliau bukanlah pembuktian yang menyeluruh, tapi ia adalah satu pencapaian yang besar dalam masalah Konjektur Collatz.",
"Walaupun Konjektur Collatz merupakan masalah popular dalam bidang matematik, namun pembuktiannya tidak mempunyai aplikasi. Namun begitu, banyak penerokaan baharu yang wujud disebabkan oleh Konjektur Collatz ini. Mungkin tidak berguna walaupun dibuktikan, tetapi perjalan membuktikannya membuka ruang kepada terbinanya idea baharu matematik.",
"Jadi, kalau tak ada apa-apa nak dibuat dimasa lapang, bolehlah cuba buat pokok Collatz. Mana tahu, tiba-tiba dapat ilham untuk selesaikannya. Boleh penulis tumpang bangga.",
"Video Penerangan Tentang Konjektur Collatz",
"Rujukan:"
] |
https://ajar.com.my/2020/12/06/penaakulan-logika-yang-anda-kena-tahu-sebelum-mengecam-di-media-sosial/ | Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial | [
"Semua manusia tercipta dengan latar belakang, pengalaman dan intuisi berbeza. Tidak hairanlah apabila variasi pandangan dan pendapat itu berlaku. Dan perkara ini merupakan satu perkara yang baik kerana satu kelompok itu dapat membantu membuka satu dimensi pemikiran yang baru kepada kelompok yang lainnya.",
"Dalam konteks negara kita sekarang yang dihujani pelbagai isu, terlalu ramai netizen-netizen yang berani dan lantang melontarkan hujah serta pendapat masing-masing. Sehinggakan aktiviti kecam-mengecam turut berlaku dengan jayanya. Al-maklumlah fasa PKP kan. Inilah masanya untuk memanfaatkan penggunaan media sosial dengan baik.",
"Habis tu, salah ke? (soalan tak puas hati)",
"Uish. Tak salah. Silakan selagi mana boleh membuka mata manusia-manusia lain dengan lebih luas, dan selagi mana tidak melebihi batas syariat.",
"Sebab itu juga wujudnya penulisan ini. Saya nak dedahkan satu konsep matematik untuk kita jadi lebih bijak dalam membuat sebarang kecaman, komen dan menghukum sesuatu isu. (Angkat kening)",
"Bukan main tajuk kali ini. Serius arr nak kecam pun, guna konsep matematik? ",
"Ya serius! Jom kita lihat buktinya.",
"PENAAKULAN LOGIK",
"Konsep yang dimaksudkan ialah penaakulan logik. Kalau bahasa omputihnya, kita sebut Logical Reasoning. Kita belajar waktu tingkatan 4. Haa, ingat tak? Bagi yang dah lama belajar,mesti terimbau kenangan manis dengan tajuk ni kan. Rasa senang sangat nak score. Betul ke? (Angkat kening)",
"Logik ni apa?",
"Logik ini sebenarnya perkataan lain bagi mantik. Dan mantik ini merupakan satu cabang dalam matematik kerana peranannya yang utama bagi memastikan kesahihan pembuktian dalam setiap kajian.",
"Pada akhir 1980-an, mantik telah dijadikan satu tajuk dalam matematik KBSM selepas kesedaran dalam kalangan penggubal kurikulum terhadap peri pentingnya ilmu mantik dalam aliran sains dan teknologi kini, terutamanya bidang matematik dan komputer. Hal ini bagi membuka fikiran dan minda pelajar supaya lebih kritis, rasional, bersistem dan analitis. Maka, terciptalah satu topik yang dipanggil logik dalam sistem pembelajaran sehingga kini.",
"Pemikiran logik adalah satu cara fikir untuk mencari jawapan atau membuat keputusan kepada suatu permasalahan. Terdapat enam konsep asas dalam pemikiran logik. Antaranya ialah konsep andaian, premis, konsep pernyataan umum, konsep pernyataaan khas, konsep kelayakan dan konsep menyangkal. Ilmu ini turut menjadi konsep asas kepada ilmu tauhid dan ilmu agama yang lain bagi menetapkan sesuatu hukum.",
"Seperti yang dinyatakan oleh Prof. Mat Rofa Ismail (2013), sebuah hadis riwayat Ath-Thabrani ada menyatakan bahawa “Banyak bicara, maka banyak salahnya, banyak salah, maka banyak dosanya, banyak dosa, maka tempatnya di neraka.” Dengan menggunakan kaedah transitif dalam ilmu logik, hadis ini menerangkan kepada kita bahawa, apabila kita banyak bicara, maka, kesimpulannya tempat kita di neraka.",
"Di bawah konsep ini, terdapat pelbagai kaedah yang dapat diaplikasikan dalam membuat sesuatu penghujahan. Tetapi, untuk penulisan kali ini, saya kemukakan dua kaedah penting dalam penaakulan logik yang sesuai dengan konteks semasa masyarakat kita, iaitu kaedah implikasi dan kaedah induksi.",
"Kaedah Implikasi",
"Secara tulisan logiknya,",
"p ialah antejadian/ hipotesis, ",
"q ialah akibat.",
"Dalam kaedah ini, satu pernyataan asal akan menghasilkan tiga keadaan bersyarat, yang disebut dengan istilah akas, songsangan dan kontrapositif. Secara matematiknya, sekiranya pernyataan itu betul, maka ayat kontrapositif juga akan betul. Manakala, sekiranya ayat akas itu betul, maka ayat songsangan juga betul. Tetapi, perlu kepada satu pembuktian. Sebagai asas untuk penggunaan kaedah ini :",
"Pernyataan : Jika p, maka q.",
"Akas : Jika q, maka p.",
"Songsangan : Jika bukan p, maka bukan q.",
"Kontrapositif : Jika bukan q, maka bukan p. ",
"Untuk lebih memahami aplikasikannya, kita cuba uji dalam satu contoh kes. Kesnya berbunyi begini :",
"“ Oyen telah didakwa melakukan satu perbuatan yang tidak senonoh ke atas Comot. Maka, tuan Comot telah membuat laporan ke atas salah laku Oyen. Maka, Oyen telah direman bagi membantu siasatan.”",
"Maka, daripada fakta kes ini, kaedah implikasi akan membantu menerangkan andaian-andaian yang mungkin berlaku. ",
"Pernyataan : Jika Oyen melakukan perbuatan tidak senonoh itu, maka dia didapati bersalah dan perlu dijatuhkan hukuman.",
"Akas : Jika Oyen didapati bersalah dan perlu dijatuhkan hukuman, maka, dia melakukan perbuatan itu.",
"Songsangan : Jika Oyen tidak melakukan perbuatan itu, maka dia didapati tidak bersalah dan tidak perlu dijatuhkan hukuman.",
"Kontrapositif : Jika Oyen tidak didapati bersalah dan tidak dijatuhkan hukuman, maka, dia",
"tidak melakukan perbuatan itu.",
"Langkah seterusnya ialah kita perlu menguji kebenaran tiga kenyataan bersyarat yang telah dinyatakan, barulah hukuman itu dapat dijatuhkan dengan adil.",
"Bagaimana ingin dinilai kebenarannya?",
"Kalau rajin, boleh cuba buat pengiraan di bawah ini.",
"Teori Bayes/ Bayes Theorem",
"Teori ini antara kaedah untuk mendapatkan solusi dan tekaan kebarangkalian yang berlaku dalam sesuatu jenayah. Antara item yang diperlukan dalam pengiraan ini ialah kebarangkalian masa dan tempat berlaku, nama penjenayah, dan kenalan penjenayah. Berikut antara model sistem yang digunakan dalam teori ini :",
"Dan di bawah ni, saya tempek terus gambar formulanya.",
"Fuh! Dahsyatkan. Macam mana nak kira ni? Maklumat pun tak cukup.",
"Jawapannya, tidak perlu kira. Biar mereka yang berautoriti sahaja bergerak untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dan membuat pengiraan ini. Kita tak perlu pening-pening kepala.",
"Jadi, apa tindakan kita?",
"Kita doakan supaya urusan pihak berautoriti dipermudahkan dan kebenaran segera dibentangkan. Baik Oyen, mahupun Comot, bukti kukuh diperlukan untuk menentukan pihak yang teraniaya supaya penjenayah sebenar diheret ke muka pengadilan.",
"Kaedah Induksi",
"Kaedah ini menghasilkan hujah induktif, iaitu satu kesimpulan umum yang dibuat daripada kes-kes khusus. Sebelum kesimpulan itu dibuat, kita perlu hadirkan dahulu premis-premisnya.",
"Mari kita lihat contoh kes ini:",
"“Oyen dan Yoyo dikatakan melakukan perbuatan sumbang. Malah, kedua-duanya mempunyai bulu di badan yang berwarna oren.”",
"Eh, bulu? Kucing rupanya.",
"Premis pertama : Oyen didakwa melakukan perbuatan sumbang.",
"Premis kedua : Yoyo didakwa melakukan perbuatan sumbang.",
"Kesimpulan : Semua kucing yang berbulu oren didakwa melakukan perbuatan sumbang.",
"Tetapi, adakah kesimpulan ini benar?",
"Dalam konsep taakulan logik, satu perkara yang perlu diketahui ialah kesimpulan hujah induktif tidak semestinya benar kerana hujah ini boleh dipengaruhi intuisi dan pengalaman sebelum. Premis atau kesimpulan yang dihadirkan boleh dipertikaikan kebenarannya selagi mana tiada satu bukti atau hujah kukuh yang membenarkan kesimpulan tersebut.",
"Maka, dalam isu ini, seseorang itu lebih memegang kepada kepercayaan dan pengalamannya, berbanding hujah manusia lain. Ini juga diterangkan oleh falsafah Falibilism, iaitu satu prinsip manusia yang mungkin salah berdasarkan kepercayaan, sangkaan dan kefahamannya, tetapi, masih dianggap betul selagimana tiada bukti kukuh lain yang dikemukakan.",
"KESIMPULAN",
"Secara kesimpulannya, dua kaedah ini saya dedahkan kepada anda bagi memperjelaskan kaedah matematik yang rasional dalam menyedarkan manusia berkenaan pentingnya kebenaran sesuatu perkara untuk mendapatkan satu kesimpulan yang jelas. Hal ini kerana hakikat logik dalam matematik hanyalah untuk mencari kebenaran dan perlukan kepada pembuktian jelas sebelum menjatuhkan hukuman ke atas sesuatu perkara atau peristiwa.",
"Berdasarkan pembuktian kaedah yang pertama, ilmu ini mengajar kita supaya bersikap rasional dalam membuat andaian dan tidak menjatuhkan hukuman selagi mana belum dikemukakan satu bukti yang kukuh.",
"Manakala, berdasarkan pembuktian kaedah yang kedua, ilmu ini mengajar kita bahawa sifat manusia ini mudah membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman-pengalaman dan kes-kes khusus yang pernah dialaminya, walaupun firasat dan rasanya itu mungkin salah.",
"Oleh yang demikian, dalam konteks bersuara dan mengecam di media sosial, jadikanlah konsep ini sebagai asas untuk membuat satu kesimpulan dan menjatuhkan hukuman. Sebelum dikemukakan bukti yang jelas, usahlah berlebihan dalam menyalahkan, dan usahlah berlebihan dalam mempertahankan. Cukuplah berbicara sekadar untuk memahamkan masyarakat dan mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Bimbang sekiranya hasil siasatan membuktikan sebaliknya dengan tanggapan dan tindakan kita, maka, kita termasuk dalam golongan yang menyebarkan fitnah dan yang merugikan.",
"Dan yang paling penting, jagalah perilaku dan akhlak dengan sebaiknya. Setiap manusia membawa identiti dan nama yang perlu dijaga. Janganlah hanya kerana kekhilafan dan ketamakan kita, habis semua manusia yang bersama kita terkena tempias yang sama.",
"Inilah yang kita sebut, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga! Kerana Oyen dan Yoyo, merana semua kucing oren di dunia! Kesian Yaya.",
"Yaya mana pula ni? (Garu kepala)",
"Akhir kalam, sentiasalah beringat pada hadis Rasulullah S.A.W, agar kita sentiasa berwaspada dan tidak tergolong dalam keadaan yang disebutkan.",
"Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.",
"Nau’zubillahiminzalik!",
"RUJUKAN :"
] |
https://ajar.com.my/2020/12/11/kisah-milo-si-kuat-dengan-pithagoras-si-pintar/ | Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar | [
"Dalam sejarah pengenalan ilmu falsafah dan Matematik kepada dunia, nama Pithagoras sudah tidak asing lagi dengan sekalian manusia. Tetapi, siapa pula Milo? Apa kaitannya dengan Pithagoras? Yang tahu, minuman malt coklat Milo saja.",
"Tahu tak, nama Milo pada malt coklat tu sebenarnya diambil daripada nama seorang manusia yang kuat dan gagah pada zaman Yunani dahulu. Pada zaman yang sama juga, hidupnya seorang insan yang hebat intelektualnya, iaitu Pithagoras. Maka, di sinilah berlakunya pertemuan dua orang yang menggegar sejarah dunia dengan kisah kehebatan masing-masing.",
"PERJALANAN KEHIDUPAN PITHAGORAS",
"Pithagoras dilahirkan di Pulau Samos pada sekitar tahun 582 SM dan meninggal dunia pada tahun 507 SM. Beliau merupakan seorang ahli Falsafah Yunani yang mempunyai pemikiran unik dalam falsafah pengajian matematik serta berjaya mempengaruhi generasi yang datang selepasnya. Kisah sebenar kehidupan beliau masih kekal misteri sehingga ke saat ini kerana Pithagoras telah mengamalkan sikap kerahsiaan tentang kehidupan dan kegiatan ilmuwannya. Namun demikian, beberapa kajian telah dibuat berdasarkan kepada beberapa sumber dan bukti yang ditemui oleh ahli sejarawan dan falsafah.",
"Penulisan ini hanya akan berfokuskan tentang kehidupan dan kegiatan ilmu beliau.",
"Pithagoras dipercayai telah mengembara untuk tujuan ilmu. Beliau telah mengembara dari tempat beliau, menuju ke sekitar Laut Mediterranean. Sepanjang pengembaraannya itu, beliau telah menemui ramai ilmuwan yang pelbagai latar belakang dan kepercayaan. Dalam pengembaraan di sekitar Laut Mediterranean yang dipercayai rantau para nabi, terdapat kajian yang menyatakan bahawa beliau telah bertemu dan berguru dengan sahabat serta pengikut para Nabi. Ketika beliau mengembara ke Parsi, beliau telah bertemu dengan pengikut Zoeraster dan seterusnya bertemu dengan pengikut Khrisna ketika pengembaraannya di India.",
"Beliau telah memperoleh banyak ilmu Timur sepanjang pengembaraannya yang bercampur baur antara kebenaran dengan mitos. Antaranya ialah, beliau berpendapat bahawa bumi berputar mengelilingi matahari, manakala matahari pula berputar mengelilingi api. Pandangan beliau yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari diperoleh menerusi Rasul dan pandangan ini sudah tentu di luar dugaan insan ketika itu. Manakala, pandangan bahawa matahari mengelilingi api pula mungkin merupakan warisan majusi Parsi.",
"Jika dilihat dalam penulisan-penulisan Pithagoras yang diriwayatkan oleh generasi kemudian, telah dinyatakan bahawa beliau banyak menyebut hubungan beliau dengan ajaran yang bersumberkan wahyu. Dinyatakan juga bahawa teorem matematik serta rumus siri misalnya, adalah salinan daripada pengikut para rasul. Begitu juga teorem Pithagoras dan rajah segi empat ajaib berdimensi tinggi yang mungkin diperoleh menerusi pengikut Hermis di kalangan masyarakat Yunani, yang dipercayai bahawa salah seorang Hermis ialah Nabi Idris A.S..",
"Berkenaan agama Pithagoras, tiada maklumat yang cukup untuk menyatakan kepercayaannya dengan tepat. Hal ini disebabkan oleh tabii ajaran Pithagoras yang rahsia dan tertutup. Hanya golongan yang terpilih sahaja yang boleh menjadi muridnya. Pithagoras telah mengasaskan Persaudaraan Pithagoras yang melibatkan 600 ahli dengan ikrar dan janji untuk berpegang teguh pada kerahsiaan ajaran, dan sesiapa yang membuka rahsia akan dihukum mati dengan hukuman diselam di dalam air. Terdapat satu kisah dicatatkan bahawa seorang ahli pernah diselam sampai mati kerana membuka rahsia tentang struktur bongkah dodekahedron yang dibina dengan menggunakan 12 bongkah pentagon sekata. Fuh, dahsyat!",
"Apabila mereka berjaya membuktikan teorem Pithagoras, mereka telah merayakan kejayaan itu dengan menyembelih seratus ekor lembu jantan walau pada hakikatnya Pithagoras bukanlah orang pertama yang menggunakan teorem tersebut, tetapi orang China dan Babylon telah mendahului beliau selama seribu tahun awal. Di China, teorem ini dikenali sebagai Gou-gu.",
"Pithagoras menyelidiki rahsia alam untuk menyampaikan dirinya kepada rahsia kebenaran. Alam dicipta oleh Tuhan dalam nisbah yang teratur mengikut kadar dan nisbah yang tepat. Empat unsur utama alam ialah tanah, air, api dan angin yang menggabungkan semua makhluk mengikut nisbah yang telah ditentukan. Andainya nisbah itu diubah, maka pincanglah alam ini. Menurut beliau, nisbah berkaitan dengan nombor. Manakala nombor ialah asas matematik. Matematik ialah asas falsafah dan falsafah pula ialah asas atau tapak mencari kebenaran. Pithagoras telah mengisytiharkan dirinya sebagai ahli falsafah kerana kecintaannya kepada ilmu yang begitu mendalam.",
"Bila yang nak jumpa Milonya?",
"Sabar jap. Jom kita kenal pula dulu siapa Milo.",
"PERJALANAN KEHIDUPAN MILO",
"Menurut beberapa catatan sejarah, Milo merupakan seorang penguasa Croton. Croton ialah sebuah bandar kecil yang terletak di Tenggara Itali, yang juga merupakan kawasan tamadun Yunani. Saban tahun, Sukan Olimpik akan dirayakan di Croton. Croton terkenal dengan kejayaannya melahirkan atlet yang hebat dan mendominasi Sukan Olimpik. Milo antara nama yang terbesar kerana telah memenangi Sukan Olimpik sebanyak 6 kali, dan ada yang mengatakan bahawa 12 kali.",
"Turut tercatat dalam kajian bahawa Milo telah memenangi banyak lagi pertandingan lain yang berprestij, termasuklah 32 kali kemenangan dalam acara gusti.",
"Untuk membina kekuatan dirinya, Milo telah berlatih dengan cara yang unik, tetapi telah diperlekehkan oleh ramai orang sehinggalah terbukti kekuatan Milo dan terlihat postur badannya yang tegap dengan otot. Setiap hari selama empat tahun, beliau akan mengangkat anak lembu di belakangnya sehinggalah anak lembu tersebut besar. Hari demi hari, beliau menjadi semakin kuat dan gagah. Dan apabila lembu tersebut sudah tersangat besar dan tua, beliau memakan lembu tersebut dan mencari alternatif lain untuk mengasah lagi bakat dan kekuatan beliau.",
"PERTEMUAN MILO DAN PITHAGORAS",
"Suatu masa, Pithagoras meninggalkan Samos dan berpindah ke Croton. Di sinilah beliau telah mengasaskan kumpulan beliau dengan pengikut yang ramai bercirikan seperti yang telah disebut di atas. Pithagoras dipercayai telah berkahwin dengan Theano, yang juga merupakan pelajar beliau dan antara yang menempa nama dalam sejarah falsafah dan matematik. Menurut kajian, dipercayai bahawa Milo merupakan salah seorang pengikut beliau.",
"Pertemuan mereka bermula apabila Milo telah menyelamatkan kehidupan Pithagoras daripada ditimpa bumbung yang hampir jatuh mengenai beliau. Malah, ada catatan yang menyatakan bahawa Milo telah berkahwin dengan anak perempuan Pithagoras iaitu Myia.",
"Pada tahun 510 SM, bandar Croton telah diserang oleh musuh dan dipercayai bahawa Pithagoras telah membantu Milo mempertahankan bandar Croton dalam serangan itu sehingga mencapai kemenangan. Kemudian, pada tahun 508 SM, akademi Pithagoras telah diserang dan ramai pengikutnya telah mati. Tetapi, faktor kematian Pithagoras yang sebenar tidak dapat dikenal pasti apabila ada kajian yang menyatakan bahawa kebarangkalian beliau berjaya melarikan diri dan meninggal di Metapontium, dan ada yang menyatakan bahawa beliau membunuh diri selepas serangan yang berlaku sehingga mengakibatkan kematian ramai pengikutnya. Walaupun begitu, pengaruhnya telah berkembang kemudiannya di kalangan dukungan ajarannya yang dikenali sebagai mazhab Pithagoras. Penulisan-penulisan beliau telah disusun kembali oleh ramai penulis, termasuklan Nikomakhus dan Ikhwan al-Safa.",
"Apa yang berlaku pada Milo?",
"Ketika Milo sudah tua, beliau ingin menguji semangat dan kekuatannya. Kemudian, dia terjumpa satu batang pokok yang sumbing ketika melalui sebuah hutan. Lalu, beliau membelahnya dengan menggunakan tangan. Malang tidak berbau apabila tangannya telah terperangkap di batang pokok itu dan beliau tidak dapat melepaskan diri sehinggalah beliau dimakan oleh serigala. ",
"GEGAR DUNIA?",
"Setelah dilihat daripada keseluruhan kisah, mungkin kisah hubungan antara Pithagoras dan Milo tidak begitu signifikan untuk diketengahkan. Tetapi, fakta dan sejarah itu masih relevan untuk diceritakan kerana nilai yang terkandung padanya jika dilihat dalam satu pemerhatian yang lebih luas. Kedua-dua individu ini memberi nilai kekuatan yang berbeza untuk tatapan kita, iaitu kekuatan mental dan kekuatan fizikal.",
"Kehadiran Pithagoras dalam kehidupan Milo dipercayai sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran dan kejayaan Milo. Tetapi, pengkaji Barat masih menyatakan bahawa Milo tidak berjaya mempelajari kepintaran Pithagoras dengan mendalam apabila kisah kematiannya seperti tidak masuk akal.",
"KEHEBATAN MILO DAN KISAH KHABIB",
"Walau bagaimanapun, kehebatan dan kekuatan Milo tidak wajar dipersoal dan direndahkan. Semangat dan kesungguhan beliau membina kekuatan biarpun ditertawakan perlu dicontohi. Kisah beliau yang berlatih dengan seekor anak lembu sehingga menjadi seekor lembu yang begitu besar mengajar kita untuk memahirkan diri pada perkara asas dahulu, dan perlahan-lahan membina kekuatan dan keyakinan diri. Jika difikirkan semula, sejarah ini persis sekali dengan kisah Khabib Nurmagomedov. Sejarah telah berulang dan terbukti melalui kisah kekuatan dan kejayaan beliau yang juga memulakan latihannya sedari kecil dengan seekor anak beruang sehinggalah besar.",
"NILAI FALSAFAH PITHAGORAS",
"Manakala, kisah kehidupan Pithagoras sangat memberi nilai dan pengajaran yang banyak kepada kita untuk memainkan peranan sebagai hambaNya yang bertaqwa dan penuntut ilmu yang mendambakan Syurga. Pithagoras memerhatikan alam ini sebagai satu temasya yang besar, bagaikan sebuah pentas yang luas. Dengan menggunakan segala keupayaan yang telah dianugerahkan Ilahi, ahli Falsafah memerhati dan merenung secara mendalam bagi memahami dan menganalisa setiap peristiwa yang berlaku. Seperti dalam sebuah lakonan, ahli falsafah tidak melihat dan terpegun dengan pelakon, tetapi, ahli falsafah lebih melihat dan terpegun dengan penulis skrip dan pengarah lakonan tersebut. Menurut Pithagoras lagi,",
"“Ahli falsafah cintakan hikmah untuk menyelidiki rahsia alam semesta ini. Aritmetik ialah ilmu asas untuk menyelidiki rahsia tersebut.”",
"Malah, tercatat dalam satu kajian tentang kisah pertanyaan Putera Leon mengenai maksud falsafah menurut Pithagoras ketika mereka menghadiri Sukan Olimpik. Lalu, Pithagoras menjelaskan :",
"“Wahai Putera Leon, kehidupan ini bolehlah dibandingkan dengan Sukan Olimpik ini. Ada yang datang untuk kemenangan, ada pula yang datang untuk kemasyhuran nama, tetapi hanya sebahagian kecil daripada mereka yang datang untuk memerhati, mengkaji, memahami apa yang berlaku di sini. Golongan terakhir inilah yang dinamai ahli falsafah.”",
"KESIMPULAN",
"Selain daripada mempelajari nilai dan pengajaran, mengetahui fakta dan sejarah juga merupakan satu disiplin ilmu. Hal ini supaya kredit ilmu itu diberikan kepada yang benar dan berhak. Oleh sebab itu, jika dilihat dalam kitab-kitab terdahulu, di bahagian pengenalan sahaja telah dihurai panjang mengenai pengasas sebenar sesuatu ilmu demi mendapat keberkatan dan keredhaan ke atas ilmu yang telah diperoleh. Inilah adab seorang pelajar yang perlu kita contohi dan ketengahkan semula pada zaman ini. Bukan hanya membuta tuli menulis dan berkongsi idea orang lain, lalu diletak nama sendiri tanpa segan-silu. Semoga kita semua menjadi penuntut ilmu yang berhemah dan berhikmah! ",
"Rujukan dan Bacaan Lanjut :"
] |
https://ajar.com.my/2020/12/13/apa-yang-berlaku-kepada-tubuh-apabila-ia-mati-dan-mula-mereput/ | Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput? | [
"Setiap yang hidup pasti akan mati. Kematian ini pula tidak mengira usia. Ada yang masih bayi sudah dijemput Illahi. Tambah lagilah yang sudah berusia. Jika kita ini seseorang yang penuh perasaan ingin tahu mungkin kita tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada tubuh badan kita selepas kita mati. Maka penulisan ini secara ringkas cuba selami secara sains apa yang berlaku pada tubuh kita selepas kematian. ",
"Terdapat lima fasa selepas kematian iaitu ",
"Fasa Segar",
"Fasa segar merupakan fasa sejurus kematian sehingga tubuh badan mulai mengembung. Beberapa perkara dapat dilihat pada tubuh badan. Semasa masih hidup tubuh badan masih mempunyai peredaran darah. Jantung masih berdegup memaksa darah mengalir ke seluruh tubuh badan. Apabila kematian berlaku, semua fungsi badan terhenti. Termasuklah peredaran darah. Darah yang berhenti bergerak ini mulai jatuh ke bahagian paling bawah disebabkan tarikan graviti. Ini menyebabkan berlakunya perubahan warna pada bahagian bawah badan tersebut. Selalunya perkara ini dapat dilihat 1 jam selepas kematian. Pembentukan penuh perubahan dapat dilihat 3 hingga 4 jam selepas kematian. Perubahan ini terus berlaku sehingga 12 jam dan akan kekal begitu. Bahagian tubuh badan yang terdapat tekanan padanya disebabkan oleh pakaian atau apa-apa tekanan tidak akan menunjukkan perubahan warna pada kulit jika kulit tersebut dibahagian bawah. Perubahan suhu tubuh badan mulai berlaku dan dipengaruhi oleh suhu persekitaran.",
"Di samping itu, terdapat perubahan kimia yang menyebabkan otot pada tubuh badan menjadi keras. Sejurus selepas kematian, tubuh badan masih mudah dibengkokkan. Ini disebabkan terdapatnya proses penghasilan asid laktik. Pengumpulan asid laktik yang banyak akan menyebabkan keasidan sel bertambah. Ini menyebabkan kekejangan otot pada tubuh badan yang boleh dilihat pada 2 hingga 6 jam pertama dan akan terus berlaku sehingga 12 jam selepas kematian. Kekejangan otot ini bermula pada bahagian otot muka dan merebak ke otot yang lain untuk 4 hingga 6 jam seterusnya. Kekejangan ini akan bertahan sehingga 24 hingga 84 jam. Selepas itu, otot akan kembali ke asal dan tidak lagi kejang. ",
"Walaubagaimanapun, terdapat dua faktor primer yang mempengaruhi keadaan kekejangan tubuh badan ini. Faktor pertama ialah suhu persekitaran. Jika suhu persekitaran rendah potensi kekejangan akan bertambah cepat dan memanjangkan masa kekejangan. Manakala jika suhu yang tinggi akan menyebabkan sebaliknya. Faktor primer kedua adalah keadaan metabolik badan. Sekiranya seseorang itu terlibat dengan aktiviti yang berat, kekejangan tubuh badan akan bertambah cepat.",
"Terdapat perubahan warna kulit ke arah kehijauan pada bahagian abdomen, lebam dan rekahan pada kulit dan “tache noir” pada mata. Pembentukan warna hijau ini adalah disebabkan oleh pembentukan gas hydrogen sulfide oleh abdomen dan tubuh badan. Gas ini merupakan molekul yang kecil dan senang meresap ke bahagian tubuh badan yang lain. Apabila gas ini bertindakbalas dengan heamoglobin yang terdapat pada sel darah merah, sulfhemoglobin akan terbentuk. Pigment ini akan berubah warna daripada merah menjadi hijau dan akan kelihatan dari dalam salur darah.",
"Manakala “tache noir” pula adalah suatu perubahan pada bahagian mata yang terbuka sewaktu kematian dan tidak ditutup. Mata yang tidak ditutup ini akan menyebabkan bahagian berdekatan kornea yang dipanggil sklera menjadi kering. Keadaan ini mengakibatkan pembentukan warna kekuningan pada bahagian tersebut kemudian terbentuk garis tebal kehitaman.",
"Beberapa jenis serangga mulai menghampiri kawasan bukaan pada tubuh badan. Bukaan ini termasuklah rongga hidung, telinga, mulut, anus, kemaluan dan luka jika ada. Antara serangga yang datang ini adalah lalat daging (Sarcophagidae) dan langau hijau (Calliphoridae). Lalat betina akan tiba dan meneroka terlebih dahulu tempat-tempat berpotensi untuk bertelur. Antara spesies langau hijau yang terkenal dan mudah didapati di Malaysia ialah Chrysomya megacephala. Satu lagi spesies yang selalunya ada bersama Chrysomya megacephala ialah Chrysomya rufifacies.",
"Lalat betina ini selalunya akan mencari bukaan-bukaan badan dan masuk ke arah dalam sedikit untuk bertelur. Seekor langau hijau boleh bertelur daripada 200 biji telur hingga 300. Walaupun begitu kawasan kesukaan lalat ini adalah tempat atau bukaan pada badan yang disebabkan oleh luka. Telur lalat ini akan menetas menjadi ulat atau larva instar pertamar. Larva ini akan mula memakan luka dan tisu tubuh badan.",
"Bagi kematian yang melibatkan tempat yang lembap dan berair. Bahagian kulit yang dipanggil epidermis mulai terpisah dengan bahagian dalamnya dermis. Keadaan ini menyebabkan kulit mudah dipisahkan dengan tubuh badan. Antara tempat yang boleh berlaku pemisahan ini adalah bahagian kulit tangan. Keadaan ini menyebabkan keadaan tangan seperti memakai sarung tangan.",
"Fasa Kembung",
"Bakteria mempunyai kaitan rapat dengan tubuh badan manusia. Terdapat bakteria yang diluar badan dan bakteria yang di dalam badan. Semasa hidup, tubuh badan mempunyai sistem yang rumit dalam melindungi dirinya daripada diganggu bakteria penyebab penyakit. ",
"Selain itu, terdapat juga bakteria baik yang membantu sistem badan sebagai contoh bakteria yang terdapat di dalam usus besar yang membantu proses pencernaan makanan. Bakteria ini selagi berada di usus besar tidak akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan manusia. Masalahnya, apabila tubuh badan berhenti berfungsi bakteria ini tiada lagi halangan untuk bergerak ke tempat lain di dalam tubuh badan. Di tambah lagi keadaan tubuh badan yang hilang keupayaan mengawal bakteria-bakteria ini menjadikan tubuh badan medium paling bagus untuk pembiakan dan pertumbuhan bakteria. Bakteria-bakteria ini tanpa dikawal akan mencernakan sel-sel dan tisu-tisu tubuh badan. ",
"Percernaan dan pemecahan sel, tisu dan organ tubuh badan banyak berlaku di usus disebabkan kuantiti bakteria yang banyak disitu. Proses tindakbalas bakteria ini menyebabkan penghasilan gas. Gas yang terkumpul menyebabkan bahagian tubuh badan mengembung. Waktu ini, suhu tubuh badan akan lebih tinggi berrbanding suhu sekeliling. Bau ammonia juga sangat kuat. Cecair alkali yang terhasil dari pemecahan sel, tisu dan organ mula mendak ke bawah badan. Disebabkan ini tanah di persekitaran bawah badan berubah menjadi lebih alkali. Pada waktu ini, lalat menjadi sangat tertarik pada tubuh badan yang mengembung. ",
"Fasa pereputan aktif",
"Proses pereputan aktif ini dapat dilihat jelas apabila pembusukkan tubuh badan mulai berlaku disebabkan pelepasan gas hasil tindakbalas bakteria. Pada waktu ini juga, larva iaitu ulat daripada penetasan telur lalat dewasa mulai memakan bahagian tubuh terutama kulit dengan aktif. Daripada keadaan mengembung tubuh badan mulai mengempis akibat kehilangan gas ke udara. Proses pemakanan oleh larva begitu banyak di dalam dan luar tubuh badan sehingga ada yang jatuh ke tanah.",
"Waktu ini juga beberapa kumbang mulai bertambah. Di penghujung proses ini, kebanyakkan larva ini akan bertukar menjadi pupa dan mulai bergerak menjauhi tubuh badan dan jatuh ke tanah.",
"Fasa pos pereputan",
"Fasa ini tubuh badan akan tinggal kulit, tulang rawan dan tulang sahaja. Lalat dan larva akan berkurang dan banyak diganti oleh kumbang. Kumbang ini akan terus menjalankan aktiviti memakan apa yang tinggal di tulang. Proses memakan ini melibatkan bahagian daging dan tulang rawan sehingga yang tinggal adalah bahagian tulang.",
"Fasa tulang",
"Fasa ini bermula apabila tubuh badan hanya tinggal tulang dan rambut.",
"Apabila disebut tentang kematian pastinya terngiang-ngiang lagu Selimut Putih. Antara liriknya:",
"“Jasad terbujur di pembaringan”, “Terbujur badan dan kedinginan”.",
"Inilah yang pasti akan berlaku. Kita akan tinggalkan semua yang kita ada di dunia. Yang dibawa amal bakti sepanjang hayat.",
"Moga Tuhan rahmati, kasihani dan ampuni kita semua. Amin."
] |
https://ajar.com.my/2020/12/15/5-kumbang-dengan-tingkah-laku-yang-pelik/ | 5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik | [
"Dunia serangga mempunyai seribu satu keunikan yang pastinya mengujakan apabila diketahui. Antara keunikan ini adalah tingkah laku kumbang dalam kehidupan seharian mereka. Sesuatu tingkah laku kumbang ini ditonjolkan selalunya bertujuan untuk proses adaptasi dengan persekitaran dalam memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dan terus ada kelangsungan hidup dari satu generasi ke generasi seterusnya. Disini saya ingin berkongsi sedikit keunikan tingkah laku kumbang untuk bacaan semua.",
"1. Kumbang Merah Palma",
"Kumbang merah palma boleh dijumpai banyak di kawasan ladang kelapa sawit. Kumbang ini merupakan kumbang perosak banyak jenis tanaman seperti kelapa sawit, kelapa, kurma dan pelbagai lagi.",
"Tingkah laku pembiakan jantan boleh dikatakan sangat unik kerana terdapat kes-kes dimana kumbang jantan ini didapati mengawan dengan kumbang betina yang sudah mati. Ditambah pelik lagi bukan seekor mayat kumbang betina yang si jantan mengawan tetapi dua ekor. Kumbang jantan akan menerbalikkan badan kedua-dua betina dan naik ke atasnya. Si jantan akan mengeluarkan zakarnya yang dipanggil aedagus dan memasukkan ke dalam organ pembiakan kumbang betina. Proses ini berlangsung selama 1 minit sebelum bergerak ke kumbang betina yang lagi satu. Selalunya kumbang jantan yang masih muda melakukan tingkah laku ini.",
"Satu lagi tingkah laku pembiakan yang sangat pelik bagi kumbang merah palm aini adalah terdapatnya “Multiple Male Mounting” yang mana kumbang jantan cuba memasukkan zakarnya ke kumbang jantan yang lain. Ini pastinya menunjukkan ciri homoseksual di kalangan serangga terutama kumbang [1].",
"2. Kumbang Atlas",
"Kumbang Atlas ini boleh dijumpai di kawasan hutan dan selalunya tinggal di kawasan kayu yang telah mati. Kumbang sendiri merupakan serangga holometabolus yang mengalami metamorfosis lengkap. Maksudnya fasa pramatang serangga sangat berbeza dengan dewasa. Selalunya fasa pramatang serangga mereka berada dalam bentuk ulat atau larva.",
"Larva kumbang atlas terkenal dengan tingkah laku menakutkan dan kejam terhadap adik beradiknya atau haiwan lain. Larva boleh menggigit menggunakan rahangnya kuat apabila disentuh. Larva ini pastinya tidak tinggal bersendirian, mereka akan menyerang dan lawan adik beradik mereka sendiri sehingga mati. Persaingan dan konflik yang terjadi semua disebabkan untuk mendapatkan penguasaan mutlak ruang dan makanan yang terhad.",
"3. Kumbang Canthon virens",
"Kumbang Canthon virens dewasa sangat terkenal dengan teknik menangkap mangsa mereka iaitu permaisuri semut Atta. Ada kumbang akan terbang dalam bentuk zigzag dan cuba menangkap belakang permaisuri semut Atta. Cubaan menangkap ini bukan dilakukan oleh seekor kumbang sahaja tetapi beberapa ekor. Apabila kumbang ini berjaya memposisi dirinya di atas badan permaisuri semut Atta terutama bahagian toraks dan dengan cepat kumbang ini memenggal kepala permaisuri semut Atta. Yang menariknya kumbang betina yang melakukan proses memenggal ini [2].",
"Selepas itu, kumbang jantan yang lain akan menolong untuk memotong bahagian badan permaisuri semut Atta seperti bahagian kaki bagi memudahkan proses mengguling mayat permaisuri semut Atta ke tempat penanaman. Mayat ini akan ditanam berhampiran dengan tempat kumbang betina bertelur supaya apabila telur kumbang menetas, larva akan ada sumber makanan.",
"4. Kumbang Tahi",
"Kumbang betina dari jenis kumbang tahi sangat terkenal dengan ciri keibuan yang terbaik dan cemerlang dalam dunia serangga disebabkan komitmen mereka membesarkan dan menjaga anak masing-masing. Mereka akan selalu berhampiran, mengasuh dan memberi makan anak-anak mereka sehingga lebih dari 2 bulan. Kumbang ini juga terkenal dengan kekuatan dan keupayaan mereka menarik berat yang 1,140 kali ganda dari berat badan. Najis ini dikatakan boleh sebesar bola tenis.",
"5. Kumbang Tanah",
"Kumbang tanah merupakan kumbang yang mempunyai sepasang kelenjar pygidial pada bahagian belakang badan yang boleh mengeluarkan bahan kimia dalam bentuk cecair yang mempunyai ciri menyengat. Bau cecair ini seolah-olah bau plastik yang terbakar dan berfungsi untuk menghalau manusia serta pemangsa seperti katak, dan burung. Kumbang ini akan menyembur cecair ini ke arah musuh.",
"Ada beberapa jenis kumbang tanah menghasilkan cecair berasid yang disembur dalam keadaan suhu yang panas. Mereka ini seperti pengebom disebabkan semburan cecair panas ini disembur dengan disertai dengan bunyi “pop” yang kuat. Kumbang tanah jenis ini juga dikenali sebagai kumbang pengebom [3].",
"Dunia serangga terutama kumbang kelihatan begitu ekstrem dan mungkin melampau bagi kita. Dengan adanya tingkah laku seks dengan mayat, homoseksual, dan pembunuhan adik beradik menunjukkan alam haiwan ini mempunyai kepelbagaian tingkah laku yang diluar pemikiran manusia. Pastinya bukanlah sesuatu yang baik hendak didasarkan hujah bahawa jika alam haiwan berperangai sedemikian maka tidak pelik sebenarnya manusia juga berperangai sedemikan.",
"Kita sebagai manusia dikurniakan akal dan pemikiran, ditambah pula moral agama pastinya tidak meletakkan haiwan sebagai penanda aras bagaimana mahu hidup di atas muka bumi Tuhan ini. "
] |
https://ajar.com.my/2020/12/20/konsep-matematik-rasulullah-s-a-w-untuk-tingkatkan-kualiti-ibadah-manusia/ | Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia | [
"Kita sering terdengar tentang gandaan pahala sekiranya mengamalkan sesuatu sunnah, selawat dan zikir. Tetapi, pernah tak kita terfikir sekiranya kita tiada kefahaman logik Matematik, bagaimana kita boleh fahami maksud-maksud hadis Rasulullah S.A.W berkenaan dengan amalan-amalan tersebut?",
"Jurusan Hadis Memerlukan Matematik",
"Malah, diceritakan oleh Habiburrahman El-Shirazy, seorang sasterawan Indonesia, berkenaan kehidupan beliau yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Hadis bahawa kesedaran pentingnya ilmu Matematik telah subur dalam dirinya ketika itu. Beliau menyatakan bahawa Matematik ini tidak terpisah daripada ilmu-ilmu syariat yang termaktub dalam al-Quran dan Hadis. Malah, pemahaman yang baik tentang logik Matematik akan menjadikan seseorang itu seolah-olah memiliki satu ‘mukjizat’ dalam menyelesaikan kehidupan seharian.",
"Mungkin inilah faktor utama mengapa ilmu ini dianggap satu magik dan sihir. Hmmm…",
"Matematik Rasulullah Tingkatkan Kualiti Ibadah",
"Berpandukan wahyu daripada Allah S.W.T dan kurniaan kecerdasan serta ketinggian pemikiran, Rasulullah S.A.W telah mendidik para sahabat untuk menjadi lebih produktif dalam urusan harian, tanpa mengetepikan zikrullah kepada Sang Pencipta, tetapi tidak juga dengan menfokuskan kepada zikir dan mengabaikan urusan harian serta tanggungjawab yang lain. Malah, jika ditelusuri sirah-sirah Baginda S.A.W dan para sahabat, kehidupan mereka terlalu padat dengan urusan Negara, masyarakat, dakwah dan keluarga. Terlalu banyak hak yang perlu ditunaikan. Maka, dalam menunaikan hak Allah S.W.T, dengan berpandukan wahyu, logik Matematik telah diajarkan dan digunakan untuk meningkatkan kualiti ibadah manusia seharian.",
"Kisah Juwairiyah",
"Cuba kita renungi satu hadis dan kisah Baginda S.A.W dan isteri Baginda, Juwairiyah binti Al-Harits. Antara hadis masyhur yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim.",
"Daripada Juwairiyah r.a, Nabi S.A.W keluar dari rumahnya pada waktu pagi ketika dia sedang mendirikan solat Subuh di tempat solat dalam rumahnya. Kemudian Baginda S.A.W pulang selepas masuknya waktu Dhuha, dan mendapati Juwairiyah masih di tempat solatnya. Baginda bertanya : “Engkau masih lagi dalam keadaan sepertimana aku pergi tadi.” Juwairiyah menjawab : “ Ya.” Nabi S.A.W pun bersabda : “Sesungguhnya aku telah menyebut empat kalimah sebanyak tiga kali. Seandainya ditimbang kalimah yang aku sebut itu dengan kalimah yang engkau sebut itu akan mengatasi kalimah-kalimah yang engkau sebut. (Kalimah-kalimah yang aku sebut ialah)",
"“Maha Suci Allah dan pujian untukNya sebanyak jumlah makhluk ciptaanNya, mengkut redhaNya kepada diriNya, menurut berat arsyNya, dan sebanyak tinta kalimah-kalimahNya.”",
"Daripada kisah ini, Juwairiyah telah berzikir sedari waktu Subuh sehinggalah waktu Dhuha. Jika dikira jumlahnya, mungkin logiknya sudah mencecah ribuan. Lalu, Baginda S.A.W mengajarkan zikir yang apabila dibaca hanya 3 kali, mampu menyamai jumlah ribuan zikir Juwairiyah.",
"Penerangan Konsep Matematik",
"Cuba kita jelaskan dalam konteks konsep Matematik yang kita belajar di bangku sekolah.",
"WAKTU DHUHA = WAKTU SYURUK + 1/3 (WAKTU SYURUK – WAKTU SUBUH)",
"Sudah tentu hasil waktunya perlu mengikut masa dan tempat. Tetapi, secara puratanya, waktu Dhuha akan bermula 28 minit selepas waktu Syuruk. Dan anggaran masa Subuh ke Dhuha, menghampiri 2 jam.",
"Anggaran 2 jam = 7,200 saat",
"Berdasarkan anggaran ini, zikir Juwairiyah mungkin mencecah 7,200 kali dengan masa yang diambil hampir 2 jam.",
"Maka, dengan hanya mengambil masa yang tidak sampai 10 saat, empat kalimah yang diajarkan oleh Baginda S.A.W telah mampu menyeimbangi sebanyak 7,200 zikir Juwairiyah yang memakan masa 2 jam. Dan bayangkan sekiranya masa 2 jam itu, dibacakan empat kalimah tersebut, maka anggaran jumlahnya telah menyamai sebanyak 51,840 kali. Semakin bertambah kuantiti dan kualitinya. Subhanallah!",
"Kesimpulan",
"Secara logiknya, agak sukar bagi kita mengamalkan zikir sebanyak puluhan ribu sehari. Sekiranya capai, Alhamdulillah.",
"Tetapi, dengan logik Matematik canggih yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W, tidak mustahil untuk kita capai angka sebesar itu. Malah, tiada alasan lagi untuk kita katakan tiada masa untuk kita berzikir dalam sehari kita bekerja dan mengendalikan kehidupan. Rasulullah S.A.W telah mengajar kepada kita sesuatu yang mudah dan mampu diterima oleh akal setiap umatnya.",
"Hakikatnya, ilmu ini adalah ajaran Allah untuk memudahkan manusia melalui wahyu kepada Rasulullah S.A.W untuk disampaikan kepada umat manusia. Kerana Allah S.W.T Maha Mengetahui tahap setiap hambaNya. Mana mungkin Sang Pencipta tidak mengenal ciptaanNya. Cuma kita yang masih sombong dan bongkak untuk berusaha mengenali Sang Pencipta dengan sebenar-benar kecintaan.",
"Oleh yang demikian, kisah ini antara contoh yang menjelaskan kepada kita bagaimana konsep Matematik menjadi teras oleh Allah untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia sehingga mampu mengimbangi dunia dan akhiratnya.",
"Tapi kan, bila difikir-fikir balik. Adakah Allah yang telah menggunakan ilmu Matematik, atau manusia yang menggunakan ilmu Allah ini lalu diistilahkan dengan ilmu Matematik?",
"Sudah tentulah, manusia yang mengkaji dan mengambil ilmu ini daripada sebahagian ilmu Allah berdasarkan sumber-sumber yang disediakan oleh Allah S.W.T, lalu diistilahkan kepada ilmu Matematik. Malah, istilah tersebut juga adalah ilham daripada Allah kerana tiada satupun di dunia ini terlahir tanpa bantuan daripadaNya. Allahuakbar!",
"Akhir kata, jom sama-sama kita ambil masa beberapa saat untuk lazimi empat kalimat di atas setiap hari. Lagi lama, lagi bagus. Kalau berjam-jam kita mampu habiskan untuk memenuhi tanggungjawab kepada insan yang tersayang, mengapa tidak hanya beberapa saat untuk memenuhi tanggungjawab kita kepada Dia yang paling layak disayang. Kan?",
"RUJUKAN/ BACAAN LANJUT :",
"1. Tuhan Pasti Ahli Matematika, Hadi Susanto",
"2. https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/12/pengiraan-waktu-dhuha-berdasarkan-formula-falak/",
"3. https://web.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/sahihkah-kelebihan-zikir-seperti-di-dalam-gambarjawapanassalamualaikumzikir-ini-/1967889293238561/?_rdc=1&_rdr",
"4. https://www.hmetro.com.my/addin/2018/08/373114/pemberat-neraca-amal"
] |
https://ajar.com.my/2020/12/29/ini-apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-kalori/ | Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori | [
"Setiap hari kita makan dan minum. Di Malaysia, acara makan-makan luar (eating out) sudah sebati dalam kehidupan orang kita bahkan boleh dipanggil sebagai budaya kita. Selain untuk memberikan kita tenaga dan nutrisi yang mencukupi untuk badan, ia juga boleh mengeratkan hubungan sesama kita. Ada yang suka lepak mamak, ada yang dah dibiasakan menjamah di kafe-kafe mahal, dan ada juga beli di gerai-gerai tepi jalan dan lepak di taman. Ada juga yang elakkan diri daripada ikut rakan-rakan, keluarga mahupun rakan sekerja keluar makan kerana ingin diet dan kuruskan badan. Dalam kalangan mereka ini, pasti ada beberapa orang pernah terjumpa gambar di bawah ini.",
"Gambar ini boleh dikatakan betul dan mampu memberi impak kepada orang-orang yang ingin mengurangkan berat badan namun dalam artikel ini, ada beberapa perkara perlu diperbetulkan tentang kalori makanan yang masuk dalam badan, pembakaran kalori badan setiap hari, dan perkaitan antara dua itu.",
" Satu perkara yang harus diketahui semua ialah untuk menambah berat badan (tidak kira dalam bentuk otot atau lemak), seseorang haruslah mengambil kalori (makanan dan minuman) melebihi daripada jumlah yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dan mengekalkan berat badan sekarang, dan untuk mengurangkannya, ambil kalori kurang daripada itu. Sebagai contoh, seorang lelaki berumur 26 tahun berketinggian 169 cm, berat 65 kilogram dan hanya buat sedikit aktiviti fizikal dalam seminggu memerlukan dalam 1900 kcal sehari untuk kekalkan berat badannya. Untuk mengurangkan berat badan, dia haruslah kurangkan kalori sebanyak 250 kalori setiap hari untuk sebulan untuk mengurangkan 1 kilogram berat badan. Gambarajah contoh ada di bawah:",
"Namun begitu, topik tentang kalori dan fisiologi manusia adalah lebih kompleks daripada itu. Sebagai contoh, badan kita akan menggunakan tenaga dan kalori untuk kita meneruskan hidup tanpa kita sedari. Penggunaan kalori oleh badan kita adalah berdasarkan formula berikut:",
"% Jumlah penggunaan kalori sehari = [% Kadar dasar metabolik (BMR)] + [% Penghasilan haba bukan aktiviti (NEAT)] + [% Penghasilan haba daripada aktiviti (EAT)] + [% Kesan pembakaran daripada makanan (TEF)].",
"Ini adalah kadar paling standard di mana ini adalah kadar tenaga yang digunakan badan untuk melakukan proses badan untuk hidup seperti pernafasan, pengaliran darah, penghadaman, suhu badan dan sistem imun.",
"Ini termasuklah apapa pergerakan badan dibuat dalam sehari seperti berjalan ke dapur sebab lapar, melompat-lompat untuk menangkap rama-rama di taman, mengangkat barang runcit yang disuruh oleh mak dan juga menaiki tangga sambil termengah-mengah.",
"Sama seperti NEAT, tapi yang dilakukan dengan sengaja untuk kekal aktif seperti bermain badminton, berjogging, mengangkat dumbbell dan juga apapa aktiviti mengeluarkan peluh.",
"Thermic effect of foods (TEF) adalah kadar di mana setiap makanan yang kita makan akan membakar kalori semasa dihadam. Sebagai contoh, badan kita akan membakar lebih banyak kalori semasa menghadam makanan berprotein tinggi berbanding karbohidrat dan lemak. Justeru, makanan berprotein adalah digalakkan untuk diambil untuk kuruskan badan.",
" Untuk lelaki berumur 26 tahun tadi hanya perlu kekalkan pengambilan 1900 kcal sahaja sehari untuk kekalkan berat badan. Jadi apa perkaitan dengan gambar pertama tadi tentang kuih? Sebenarnya tiada kaitan sangat cuma nak bagitahu yang topik kalori ini lebih rumit daripada apa yang kita fahami. Betul, untuk orang yang sangat conscious tentang kalori dan berat badan, mereka harus fahami apa yang dimasukkan dalam badan mereka namun harus diketahui juga, tiada masalah pun makan kuih ketayap, seri muka, cendol, karipap dan bubur pulut hitam (terliur pula) asalkan kekal dalam jumlah kalori yang lebih rendah daripada sepatutnya.",
" Jangan lupa juga aktiviti fizikal, senaman atau bersukan untuk mempercepatkan lagi proses pengurangan berat badan itu, selain menambah jisim otot.",
"Oleh: Naim Sufi",
"Pakar Nutrisi, Graduan University of Leeds"
] |
https://ajar.com.my/2021/01/08/pernahkah-anda-dengar-tentang-bayi-satu-bapa-tapi-dua-ibu/ | Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu? | [
"Ditulis oleh: Hayani Mirza binti Kamaruddin, Lavniah & Marryam Nornabila binti Muhammad",
"Adakah anda pernah dengar tentang seorang bayi mempunyai 3 genetik dari 2 orang ibu dan seorang ayah? Ya, penemuan baharu lagi aneh ini telah dijumpai di Mexico, Amerika Syarikat. Penemuan ini menjadi berita tergempar di kalangan para saintis di serata dunia. Pelbagai artikel saintifik dan penemuan antara para saintis dilakukan untuk membincangkan mengenai teknik ini.",
"Three-parents baby ialah hasil persenyawaan genetik dari 2 orang ibu dan seorang ayah. Proses persenyawaan ini menggunakan teknologi memanipulasikan dan penggantian mitokondria yang lebih dikenali sebagai Mitochondrial Replacement Technology (MRT). Untuk menggabungkan genetik dari tiga individu ini, kaedah persenyawaan in vitro (IVF) diguna pakai. Teknik MRT ini juga telah diluluskan di United Kingdom dan ianya dikenali sebagai pemindahan pro-nuklear.",
"Teknik ini melibatkan persenyawaan antara telur ibu yang mempunyai penyakit DNA mitokondria dan sperma ayah, di mana ianya dikendalikan di dalam makmal. Setelah telur ibu dan sperma ayah disenyawakan, nuklei yang mengandungi data genetik ibu dan ayah akan dikeluarkan. Kemudian, telur ibu kedua yang tidak mempunyai penyakit DNA mitokondria akan dibuang nukleinya, lalu digantikan dengan nuklei yang disenyawakan tadi. Setelah itu, embrio yang telah diubahsuai ini akan dimasukkan ke dalam uterus ibu pertama semula.",
"Teknik penggantian mitokondria ini bertujuan untuk mengurangkan kesan mutasi terhadap DNA, mengatasi masalah kemandulan di kalangan wanita serta dapat mengelakkan berlakunya penyakit genetik yang berpotensi untuk berlaku dalam keturunan keluarga.",
"Isu ini bermula dimana seorang wanita berusia 32 tahun, berbangsa Jordan mempunyai sindrom leigh iaitu penyakit mutasi genetik menyebabkan dia sukar untuk mendapatkan anak. Wanita ini dan suaminya mempunyai dua orang zuriat sebelum ini, namun, kedua-duanya sudah meniggal dunia berpunca daripada masalah mutasi genetik tersebut.",
"Oleh itu, pasangan suami isteri tersebut bertekad untuk mendapatkan pertolongan daripada John Zhang seorang doktor pakar di New Hope Fertility Center di Bandar New York. Bayi pasangan suami isteri itu telah selamat dilahirkan pada bulan April 2016 hasil daripada teknik tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa isu berkaitan dengan penggunaan teknik MRT ini. Para saintis sendiri risau akan potensi sekiranya ibu penderma DNA mitokondria dan DNA milik ibu tidak serasi. Ketidakserasian ini akan mengakibatkan penyakit diabetes atau parkinson pada anak tersebut. Justeru itu, tiada kepastian bahawa teknik ini seratus peratus menjamin zuriat yang sihat.",
"Oleh yang demikian, para saintis dari serata dunia masih mencari cara penyelesaian untuk menangani masalah DNA yang tidak serasi pada kedua-dua ibu ini. Pelbagai kajian dan penemuan dilakukan bagi menjayakan teknik Three-parents baby mampu digunakan dengan lebih efisen dikalangan pasangan suami isteri yang mempunyai masalah untuk melahirkan anak. Para saintis juga berpendapat bahawa dengan teknik ini, lebih ramai zuriat dapat diselamatkan dan penyakit mitokondria juga dapat dikurangkan di kalangan populasi manusia.",
"González Santos, S. P., Stephens, N., & Dimond, R. (2018). Narrating the First “Three-Parent Baby”: The Initial Press Reactions From the United Kingdom, the United States, and Mexico. https://journals.sagepub.com/doi/full/10.1177/1075547018772312",
"Hamzelou, J. (2016). Exclusive: World’s first baby born with new “3 parents” technique. https://www.newscientist.com/article/2107219-exclusive-worlds-first-baby-born-with-new-3-parent-technique/",
"Reardon, S. (2017). Genetic details of controversial ‘three-parent baby’ revealed. https://www.nature.com/news/genetic-details-of-controversial-three-parent-baby-revealed-1.21761",
"Rogers, K. (2019). Three-parent baby. https://www.britannica.com/science/three-parent-baby"
] |
https://ajar.com.my/2021/01/17/apa-pentingnya-etnozoologi/ | Apa Pentingnya Etnozoologi? | [
"Pemburuan haram, pemakanan eksotik, pemerdagangan hidupan liar, haiwan perosak dan kemalangan jalan raya yang membabitkan hidupan liar adalah simptom kepada konflik antara hidupan liar dan manusia. Pembangunan dan kemusnahan hutan seringkali menjadi punca utama kepada permasalahan ini selain daripada permintaan yang tinggi untuk mengekstrak hidupan liar di hutan untuk kegunaan manusia.",
"Kerapkali apabila kajian yang ingin dilaksanakan terhadap hidupan liar selalu berkisar tentang topik asas (fundamental) atau lebih terperinci lagi mengenai topik populasi, taburan, evolusi dan kepelbagian spesies hidupan liar di suatu kawasan. Kesemua topik ini secara umumnya boleh dikategorikan dalam topik ekologi.",
"Manakala kajian kemasyarakatan banyak mengambil sudut sosio-ekonomi, pendapatan isi rumah, persepsi masyarakat, dan kajian-kajian yang tertumpu pada kehidupan seorang manusia. Kajian-kajian ini boleh dikategorikan dalam bidang antropologi dan sosiologi. Etnozoologi pula menggabungkan kedua-dua bidang ini untuk memahami dengan lebih lengkap tentang interaksi dan hubungan antara manusia dan haiwan disekeliling mereka.",
"‘Etno’ dalam bahasa latin bermaksud bangsa, orang atau budaya, ‘zoo’ pula bermaksud haiwan dan ‘logi’ bermaksud kajian. Secara lengkapnya Ethnozoologi adalah kajian lepas dan terkini mengenai interaksi antara budaya manusia dan haiwan di persekitaran mereka. Ia termasuk dalam penamaan haiwan, pengetahuan masyarakat dan penggunaan haiwan dalam persekitaran mereka.",
"Ahli etnozoologi selalunya terdiri dari sekumpulan pengkaji dari latar belakang ekologi, sains sekitaran dan sosiologi. Mereka akan datang ke suatu tempat untuk mengkaji ekologi haiwan yang ada di suatu tempat contohnya populasi mamalia besar (tapir, gajah, banteng, seladang, babi) dalam suatu hutan simpan. ",
"Mereka akan melakukan kajian menggunakan kaedah kamera jebak (camera trap), pemasangan kolar haiwan, dan Analisa GIS (geographic information system) untuk mengetahui kawasan rayau haiwan-haiwan tersebut. Dan dalam masa yang sama, mereka juga menemuramah masyarakat yang hidup di dalam dan pinggiran hutan itu untuk mendapatkan maklumat lebih dan pengetahuan lepas tentang hidupan liar di kawasan itu. Orang melayu, orang asli, orang india, orang cina, dan pendatang asing masing-masing mempunyai persepsi, pengetahuan, dan interaksi tersendiri apabila ditanya mengenai hidupan liar di sekeliling mereka. Seterusnya data dari kesemua kajian itu akan dirangkumkan untuk ahli etnozoologi memahami lebih mendalam tentang haiwan dan manusia dalam suatu kawasan.",
"Ahli etnozoologi sebenarnya dapat mendatangkan kepentingan yang serba lengkap kepada pemuliharaan hutan dan hidupan liar. Hal ini demikian kerana, mereka bukan sahaja dapat mengumpul data asas hidupan liar di suatu kawasan, tetapi dapat mengenalpasti punca sekumpulan haiwan bertindak sedemikian rupa hasil aktiviti manusia di sekitar mereka. Mereka juga dapat mengenalpasti ancaman yang menimpa kepada hidupan liar dari dulu hingga kini melalui temuramah masyarakat.",
"Bahkan dalam masa yang sama, ahli etnozoologi juga berpeluang mendidik masyarakat tentang status hidupan liar yang diancam kepupusan ekstrem. Mereka mampu menerapkan nilai menyayangi alam sekitar dengan menunjukkan bukti yang jelas kepada masyarakat. Pendidikan secara langsung seperti ini diharap dapat membuka masyarakat yang kurang akses ke Pendidikan formal dan capaian internet yang baik untuk belajar tentang isu alam sekitar.",
"Yang paling penting, hasil kajian ahli etnozoologi dapat membantu usaha kerajaan dalam membentuk polisi pemuliharaan alam semulajadi dan hidupan liar secara holistik tanpa mengabaikan kepentingan masyarakat yang ada di sekitar habita hidupan liar dan kawasan hitan simpan. Bidang ini masih belum cukup ahlinya di Malaysia dan keilmuannya juga masih belum matang di kalangan ahli akademik di Malaysia. Justeru itu, penulis menggalakkan para pencinta hidupan liar untuk terjun sama ke dalam bidang etnozoologi bagi membangunkan cabang ilmu yang bermanfaat ini di Malaysia lagi-lagi mereka yang berkemahiran dalam penggunaan teknologi terkini."
] |
https://ajar.com.my/2021/01/18/anti-nutrient-musuh-yang-kacau-penyerapan-nutrien-ini-kawan-atau-lawan/ | Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan? | [
"Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Walaupun kita rasa kawan kita itu baik sebab selalu tolong kita, tanya khabar kita, tapi ada kalanya, merekalah yang akan menikam kita di belakang tanpa diduga. Kawan makan kawan. Musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan. ",
"Justeru itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam berkawan. Samalah dengan apa yang kita makan dan minum ni, kita anggap apa yang kita makan semuanya akan diserap dengan baik dan menjadi kawan kita, namun ada juga “pihak” yang sanggup mengganggu penyerapan nutrients kita dan akhirnya menjadi lawan kita.",
"Haaa “pihak” ini kita panggil anti-nutrients atau anti-nutritional factors. Untuk memudahkan pembacaan, kita panggil AN saja. AN ni ialah sejenis molekul yang akan melekat pada minerals, protein atau zat tertentu yang akhirnya akan menyebabkan penyerapan separa terbantut atau sepenuhnya. ",
"Wow ada pula macam itu kan. Kenapa ada pula bahan yang akan ganggu penyerapan nutrients? Ada pakar menyatakan bahawa AN ini yang ada banyak dalam sesetengah bijirin, kekacang, dan kebiasaanya dalam sumber tumbuhan adalah untuk mengelakkan daripada binatang memakan mereka dalam kuantiti yang banyak.",
"Contoh AN yang biasa kita jumpa ialah:",
"Jadi, kalau macam tu, kita patut kurangkan pengambilan makanan yang ada AN ni ke? Sebab nanti penyerapan nutrients terbantut? Tidak juga. Apa yang menarik ialah AN ni juga ada baiknya juga. Jadi, adakah AN ni kawan atau lawan? Sebenarnya dua-dua. Rumit kan?",
"Contoh kebaikan AN:",
"Setelah diteliti dari pelbagai sudut, kebaikannya melebihi keburukannya. Jadi, makan jelah kacang-kacang kegemaran korang tu. Tapi masih perlu lakukan beberapa langkah untuk mengurangkan kandungan AN dalam tu. Macam mana tu? Kita boleh cuba:",
"Antara fakta menarik tentang AN:",
"Akhir kata, pelbagaikan jenis makanan dalam seharian untuk dapatkan nutrients yang pelbagai sekaligus dapat banyak jenis kebaikan dari pelbagai sumber. Elakkan daripada makan daripada satu sumber sahaja. Dan, jangan lupa makan sayur dan buah juga ya!"
] |
https://ajar.com.my/2021/01/20/paradoks-kembar-kenapa-orang-yang-memecut-laju-lebih-muda/ | Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda? | [
"Siapa tak kenal Albert Einstein bukan? Saintis terhebat abad ke 20. Sebahagian dari kita mungkin pernah belajar tentang sumbangan Einstein seperti E=mc2 yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan bom atom, dan juga tenaga nuklear. Namun, sumbangan Einstein yang merevolusikan bidang fizik merupakan teori kerelatifan beliau iaitu kerelatifan khas dan kerelatifan am. Kedua-dua teori beliau ini memang betul-betul perlu berfikir luar kotak lah, tak terjangka dek fikiran manusia. Namun, ini tidak bermakna kita tak boleh memahami sumbangan beliau. Bahkan, pelajar sekolah menengah pun mampu belajar teori kerelatifan khas!",
"Dalam artikel ini, kita akan menumpu pada teori kerelatifan beliau yang pertama iaitu teori kerelatifan khas. Secara asasnya, terdapat dua asas penting teori ini iaitu hukum fizik adalah sama dalam semua kerangka inersia, dan halaju cahaya adalah malar dalam semua kerangka inersia. Penerangan tentang asas ini saya telah terangkan dalam video berikut [1].",
"Daripada dua asas ini, pelbagai fenomena luar biasa yang diramalkan, antaranya ialah dilasi masa. Ringkasnya berkaitan dilasi masa, semakin pantas sesebuah objek bergerak, semakin perlahan masanya berlalu jika dilihat oleh orang yang tidak bergerak. Jika seseorang bergerak menghampiri halaju cahaya, masanya akan bergerak sangat-sangat perlahan dibandingkan dengan orang yang tidak bergerak. [2]\n",
"Fenomena dilasi masa ini dibayangkan berlaku kepada sepasang kembar. Seorang bernama Haziq, dan kembarnya bernama Peah. Andaikan kedua-dua mereka ialah 27 tahun. Kemudian, Peah menaiki kapal angkasa yang bergerak sangat pantas, dan kemudian kembali semula ke Bumi selepas 10 tahun. Maknanya, Haziq berumur 37 tahun, tetapi bagaimana pula dengan Peah? Kalau ikutkan fenomena dilasi masa, umur Peah sepatutnya lebih muda berbanding Haziq, mungkin Peah hanya 30 tahun! Jadi wujud paradoks antara umur Peah dan Haziq!",
"Contoh Haziq dan Peah di atas biasa digunakan untuk menerangkan tentang paradoks kembar. Walaupun contoh di atas menerangkan hakikat fenomena dilasi masa, tetapi ia tidak menerangkan tentang ‘paradoks’ yang berlaku. Paradoks ni bila ada percanggahan dua kenyataan, namun situasi di atas, tiada percanggahan pun kalau kita menerima teori kerelatifan khas bukan?",
"Jadi, di mana paradoksnya?",
"Paradoksnya adalah pada kerelatifan halaju. Macam mana tu? Begini. Bayangkan kita berada dalam kereta sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Pernahkan kita tiba-tiba rasa macam kereta kita bergerak ke belakang? Tapi bila tengok balik, sebenarnya kereta sebelah yang bergerak ke hadapan. Inilah yang dimaksudkan dengan halaju itu relatif. Jika kita nampak seseorang bergerak ke hadapan, orang tersebut juga boleh nampak kita yang sebenarnya bergerak ke belakang.",
"Berbalik semula kepada situasi Haziq dan Peah di atas, Haziq di Bumi dan Peah naik kapal angkasa. Apa yang Haziq nampak adalah Peah naik kapal dan bergerak sangat pantas dan kembali ke Bumi. Disebabkan Peah yang bergerak laju, maka jam Peah sepatutnya bergerak perlahan dan Peah sepatutnya lebih muda.",
"Paradoksnya adalah disebabkan laju itu relatif. Dari perspektif Peah, beliau melihat Haziq dan Bumi yang sebenarnya bergerak menjauhi beliau, sebelum kembali ke arah beliau. Jadi, dari sisi pandang Peah, disebabkan Haziq yang bergerak, maka sepatutnya jam Haziq yang perlahan, dan Haziq yang sepatutnya lebih muda!",
"Kita ada paradoks! Siapa yang lebih muda sepatutnya? Haziq atau Peah? Jawapan lengkap bagi paradoks ini memerlukan sedikit matematik, tapi kita akan cuba faham tanpa matematik. Apabila Peah naik ke kapal angkasa, beliau perlu melakukan beberapa kali pecutan (perubahan laju), iaitu ketika berlepas, berpatah balik, dan mendarat. Ketika pecutan ini, Peah tidak lagi berada dalam kerangka inersia (laju malar). Jadi, apabila Peah mendarat semula ke Bumi, Peah yang sebenarnya lebih muda disebabkan beberapa kali pecutan yang dilakukan oleh Peah.",
"Begitulah cerita sebenar mengenai paradoks kembar, dan penyelesaiannya."
] |
https://ajar.com.my/2021/01/21/apa-itu-anti-oksida-ia-baik-ke/ | Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke? | [
"Terma antioksidan sudah sinonim dengan pemakanan sihat lebih-lebih lagi dengan topik buah-buahan dan sayur-sayuran (BDS). Terdapat lambakan dan letusan (dibaca: explosion) jenama dan produk yang mengetengahkan penggunaan jus atau ekstrak BDS di pasaran yang mengeksploitasi terma “antioksidan tinggi”, “meningkatkan keanjalan kulit”, “mengurangkan kesan penuaan” dan “menurunkan risiko kanser”, dan kebiasaannya dipasarkan kepada golongan tua khususnya. Hal ini ditambah lagi dengan gimik “produk ini menggunakan makanan Sunnah” yang dicampur dengan ekstrak buah kurma, habbatussauda, buah delima dan madu. Namun, adakah benar kesemua dakwaan itu? Apakah pula antioksidan?",
"Sebelum kita pergi ke topik saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjamah BDS sebanyak lima hidangan setiap hari, kita harus tahu apa itu antioksidan yang ada dalam BDS itu, dan apa kaitannya dengan kesihatan.",
"Antioksidan ialah sesuatu molekul yang mampu meneutralkan dan menukar radikal bebas kepada bahan yang lebih stabil, dan kebiasaannya didapati dalam BDS yang berwarna-warni. Contoh antioksidan yang selalu kita dengar ialah vitamin C, vitamin E, beta-karotina dan juga glutathione. Selain boleh didapati daripada makanan, badan kita juga mampu menghasilkan antioksidan yang tersendiri. Ia mempunyai lebihan elektron, dan inilah sebabnya struktur antioksidan ini kebiasaannya ada satu atau lebih ikatan berganda (double bond).",
"Apakah itu pula radikal bebas? Radikal bebas ialah sesuatu molekul yang terhasil dari dalam badan manusia, daripada sekeliling kita dan melalui pemakanan. Molekul ini tidak stabil disebabkan ketiadaan satu elektron atau lebih di gegelang luar molekul itu, menyebabkannya “menyerang” molekul lain demi menyeimbangkan kembali molekul itu. Hal ini sangat berbahaya kerana kebiasaannya radikal bebas yang terdiri daripada spesies oksigen reaktif (ROS) dan spesies nitrogen reaktif (RNS) ini sangat reaktif dalam “mencuri” elektron daripada lemak, protein dan DNA sel-sel badan kita, seterusnya merosakkan dan mengurangkan fungsi mereka. Namun begitu, radikal bebas bukanlah sesuatu molekul yang jahat sepenuhnya kerana tanpa mereka, sistem imun kita akan lumpuh kerana sel-sel imun kita seperti makrofaj, sel-T dan neutrophil menggunakan radikal bebas untuk “meracuni” pathogen, mikroorganisma dan bendasing.",
"Radikal bebas ini dihasilkan daripada:",
"Tahap radikal bebas dan antioksidan dalam badan seharusnya berada dalam keseimbangan untuk kesihatan dan fungsi badan yang efisien. Hal ini disebabkan interaksi antara kedua-dua molekul itu, di mana radikal bebas yang kekurangan elektron akan dapat elektron daripada antioksidan. Baik kan Encik antioksidan ini? Diibaratkan radikal bebas ini dihasilkan oleh sel otot semasa bersenam, datang pula Encik Glutathione untuk bagi satu eletron kepadanya, sekali gus menjadikan radikal bebas kepada radikal stabil.",
"Namun, jika tahap radikal bebas melebihi tahap antioksidan, akan berlaku satu situasi dinamakan stress oksidasi (oxidative stress). Radikal bebas akan bebas (hehe) untuk “menyerang” dan “mencuri” elektron daripada sel-sel yang berdekatan. Jika dibiarkan berlanjutan, situasi ini (long-term oxidative stress) akan menyumbang kepada proses inflamasi yang berlanjutan (long-term inflammation) dan pembentukan beberapa penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, Alzheimer’s, arthritis, kanser, sakit jantung dan mempercepat proses penuaan.",
"Jika dilihat kepada struktur antioksidan, kita boleh nampak dengan jelas ikatan berganda (double bond) yang berada di merata tempat. Ikatan berganda ini bermaksud kehadiran lebihan elektron yang boleh pergi ke mana sahaja dalam ruangan struktur molekul itu sendiri. Apabila antioksidan ini bertemu jodoh dengan radikal bebas, akan berlaku ikatan kasih antara dua itu; jika tidak, radikal bebas ini akan berjodoh dengan sel-sel badan. Kita tidak mahu situasi itu berlaku. Pemberian dan pencurian elektron haruslah serentak, dan dengan persetujuan kedua-dua pihak. Sel-sel badan tidak rela diperlakukan begitu.",
"Oleh itu, apa perlu kita buat demi menghubungkan ikatan kasih antara antioksidan dan radikal bebas ini, sekaligus mengurangkan kebarangkalian berlakunya stress oksidasi?"
] |
https://ajar.com.my/2021/01/22/boleh-ke-kita-merentasi-masa-time-travel/ | Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)? | [
"Salah satu elemen penting yang menjadikan sesebuah filem sains fiksyen itu menarik ialah perjalanan merentas masa atau time travel. Banyak filem yang menggunakan elemen pengembaraan masa untuk membina jalan cerita yang lebih menarik. Antaranya ialah Interstellar (2014), Predestination (2014) dan yang terbaru, Tenet (2020). ",
"Kita juga mungkin biasa membaca komik Doraemon waktu kita kecil. Cerita Doraemon juga terbina dengan konsep merentasi masa iaitu Doraemon merupakan robot kucing pintar yang telah pergi ke masa lampau untuk menjadi peneman Nobita.",
"Satu persoalan yang mungkin kita tertanya selepas menonton filem-filem ini ialah adakah perjalanan merentasi masa ini suatu yang menepati hukum sains atau ia sebenarnya mustahil? Adakah wujud teori sains yang menerangkan konsep ini? ",
"Bagi soalan ‘adakah perjalanan merentasi masa ini suatu yang mematuhi hukum sains?’, jawapannya ialah Ya dan Tidak.",
"Ya jika kita merentas ke masa hadapan. Tidak jika kita merentas ke masa lampau.",
"Bagaimana kita nak merentas ke masa hadapan? Mudah saja! Sekarang ini pun kita sedang bergerak ke masa hadapan! Tak perlu buat apa-apa, duduk saja, masa sentiasa bergerak ke hadapan.",
"Huh, tak best nya. Bagaimana nak lompat ke 20 tahun akan datang tanpa perlu menunggu 20 tahun? Boleh ke?",
"Ya jawapannya boleh! Berdasarkan teori Kerelatifan Khas oleh Albert Einstein, semakin pantas sesuatu objek bergerak, semakin perlahan masanya berlalu. Jika anda bergerak menghampiri laju cahaya, maka masa anda akan menjadi perlahan sangat-sangat dibandingkan dengan orang lain.",
"Jadi, kalau nak terus ke 20 tahun akan datang, anda boleh bina sebuah roket, kemudian naik dan pecut roket tersebut sampai menghampiri laju cahaya. Jelajah dalam roket tu beberapa hari dan kemudian patah balik ke Bumi. Anda akan dapati masa di Bumi telah berlalu berpuluh-puluh tahun!Ini satu kaedah. Cuma kaedah ini agak sukar juga sebab susah untuk kita pecut menghampiri laju cahaya.",
"Ada kaedah lain tak? Ya! Ada kaedah kedua iaitu menggunakan teori Kerelatifan Am oleh Albert Einstein juga. Berdasarkan teori ini, semakin kuat graviti, semakin perlahan masa berlalu. Jadi, kalau kita nak pecut ke masa depan, kita naik roket, kemudian pergi berhampiran mana-mana lohong hitam dan duduk di situ beberapa hari. Cuma kena pastikan tak terjun masuk lohong hitam ya. Kemudian, kita patah balik ke Bumi, dan kita akan dapati masa di Bumi telah berlalu beberapa puluh tahun! Kaedah inilah yang digunakan dalam filem Interstellar.",
"Okay. Nak pergi ke depan memang boleh, tapi bagaimana nak pergi ke masa lepas?",
"Jika diikutkan teori Einstein di atas, memang mustahil untuk kita berpatah balik ke masa lepas. Bagaimana pula dengan teori lain? Setakat ini, belum ada teori yang membolehkan kita ke masa lepas. Cuma, ada satu kaedah untuk kita bergerak ke masa lepas, tetapi dengan had-had tertentu.",
"Kaedah ini adalah dengan menggunakan lohong cecacing atau ‘wormhole’. Lohong cecacing adalah satu lohong yang menghubungkan dua ruangmasa yang berlainan. Contohnya, jika satu pintu lohong ini berada di Bumi, dan satu lagi berada di galaksi Andromeda (2.5 juta tahun cahaya), apabila kita masuk ke lohong ini, kita boleh melalui jalan pintas untuk ke Andromeda.",
"Kaedah ini adalah dengan menggunakan lohong cecacing atau ‘wormhole’. Lohong cecacing adalah satu lohong yang menghubungkan dua ruangmasa yang berlainan. Contohnya, jika satu pintu lohong ini berada di Bumi, dan satu lagi berada di galaksi Andromeda (2.5 juta tahun cahaya), apabila kita masuk ke lohong ini, kita boleh melalui jalan pintas untuk ke Andromeda.",
"Lohong ini membolehkan kita bergerak ke masa lepas dengan menggerakkan salah satu pintu lohong dengan pantas. Berdasarkan teori kerelatifan khas Einstein yang dijelaskan di atas, masa di pintu ini akan berjalan perlahan. Jadi, kalau tahun kita adalah 2021, kita boleh pergi ke Andromeda, yang berada pada tahun 1990, sebagai contoh. Namun, kita tidak boleh pergi ke masa lampau sejauh-jauhnya. Kita hanya boleh pergi, paling awalpun adalah pada waktu lohong ini dihasilkan. Jadi, kalau kita mencipta lohong cecacing pada tahun 2020, kita tidak boleh pergi ke masa sebelum 2020. Namun, jika kita tunggu 30 tahun kemudian, 2050, kita boleh berpatah balik ke tahun 2020.",
"Pengembaraan merentasi masa ke masa lampau mempunyai masalahnya yang tersendiri. Ia bukan sahaja tidak dibolehkan melalui hukum Fizik, malah, ia juga bertentangan dengan logik akal. Ini kerana beberapa paradoks muncul jika merentas ke masa lampau boleh dilakukan, seperti paradoks datuk, paradoks tali kasut dan paradoks Fermi.",
"Namun, sebaiknya kita habiskanlah masa kita ini sebaiknya. Jangan terlalu dikenang masa lalu. Kita seharusnya cuba untuk menjadi lebih baik di masa kini, dan di masa akan datang."
] |
https://ajar.com.my/2021/01/25/jus-buah-buahan-betul-ke-sihat/ | Jus buah-buahan : Betul Ke Sihat? | [
"Rasanya semua orang tahu kebaikan buah-buahan untuk badan. Seringkali kita dinasihatkan untuk makan buah-buahan setiap hari demi kulit yang cantik, kurangkan risiko demam, senangkan membuang air besar dan banyak lagi kebaikannya. Tapi adakah kita rakyat Malaysia makan buah-buahan setiap hari dengan mencukupi? ",
"Satu kajian dibuat pada tahun 2015 berdasarkan Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) 2014 menunjukkan hanya 3.7% daripada penduduk Malaysia menjadikan buah-buahan sebagai makanan tambahan setiap hari. Hal ini sangat membimbangkan kerana buah-buahan adalah antara makanan yang sihat yang harus dijadikan amalan semua orang, apatah lagi terdapat jurang perbezaan pemakanan buah-buahan antara masyarakat kampung dan penduduk bandar. Dalam kalangan kita yang makan buah-buahan pula, ada yang makan begitu sahaja, potong dan masukkan dalam peti ais dimakan sejuk-sejuk dan ada juga yang mengisar dan dibuat jus. Namun, adakah terdapat perbezaan khasiat antara buah-buahan yang masih ada bentuk dan yang dijadikan jus?",
" Jus buah-buahan atau kalori cecair (liquid calories) sebenarnya kurang menyihatkan berbanding jika dimakan begitu sahaja kerana buah-buahan segar (whole fruits):",
"Hal ini juga berkait rapat dengan gula buah itu sendiri yang terdiri daripada gula ringkas yang sangat mudah untuk diserap oleh badan, dan ketersediaan (availability) gula itu. Jika kita lihat kepada buah-buahan yang tidak dijuskan, kita akan dapat rasa sukarnya untuk kita gigit dan makan berbanding jika kita hirup sahaja jus itu. Kehadiran serat dan integriti struktur (structural integrity) buah itu sendiri membuatkan kita sukar ambil dalam kuantiti yang banyak kerana ianya sangat mengenyangkan. Struktur matriks buahan itu membuatkan gula buah itu akan diserap dengan lebih perlahan ke dalam darah kita, berbanding dengan jus yang sangat mudah diserap. Justeru, kita dapat buat kesimpulan di mana jus buah-buahan:",
"Sama seperti buah-buahan, ada juga yang mengambil ikhtiar untuk mengisar sayur-sayuran dan dijadikan amalan seharian, ada juga yang campur antara keduanya. Jika ingin dibandingkan, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah antara makanan yang mesti diambil oleh semua orang demi khasiatnya tidak kira dalam apa bentuk sekalipun, cuma antara kedua bentuk itu, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam bentuk asli tanpa dikisar adalah lebih baik berbanding dalam bentuk jus.",
" Topik ini kemungkinan tiada masalah sangat untuk mereka yang tiada isu kesihatan, namun untuk orang yang ingin kurangkan berat badan dan pesakit kencing manis, hal ini harus diambil dengan lebih serius kerana betapa mudahnya untuk mencapai kalori harian dengan kalori cecair (liquid calories) berbanding kalori pepejal (solid calories), serta hal berkaitan dengan indeks glisemik. Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa minuman manis dan bergula."
] |
https://ajar.com.my/2021/01/27/lysine-untuk-tambah-selera-makan-benar-atau-mitos/ | Lysine untuk tambah selera makan – benar atau mitos? | [
"Untuk yang sudah berkeluarga, pernahkah anak-anak anda susah nak makan, bagi itu tak mahu, ini tak mahu, sudahnya badannya kurus dan beratnya sampai tahap yang membimbangkan. Dan pernahkah juga, semasa dalam situasi itu, setelah pelbagai usaha telah dibuat, anda pergi ke farmasi untuk mencari supplement untuk tambah selera? Saya 99% yakin pekerja farmasi akan cuba jual supplement yang berasaskan lysine, dan akan cuba yakinkan kita bahawa lysine adalah bagus untuk tambah selera makan, kebiasannya untuk budak-budak. Tapi benarkan lysine ini terbukti berkesan untuk tambah selera makan sekaligus naikkan berat badan anak-anak kecil?",
"Lysine ialah satu asid amino yang diperlukan namun tidak boleh dihasilkan oleh badan dan harus datang daripada diet. Sebagai panduan, terdapat sembilan asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan (essential amino acid), manakala 11 lagi boleh dihasilkan dalam badan (non-essential amino acids). Kesemua asid amino ni adalah bahan binaan untuk membuat protein di mana protein berlainan akan menggunakan asid amino berlainan dan berlainan pula cara pembinaannya. Protein- protein ini sangat penting untuk pelbagai fungsi badan seperti penghadaman, pengaliran darah, detoksifikasi di hati, pembuatan hormone dan sistem imun. Lysine ini boleh didapati dalam kebanyakan makanan berprotein seperti ayam, daging lembu, kambing, ikan, udang, telur dan produk tenusu.",
" Antara fungsi asas lysine ialah:",
"Pelbagai kertas kajian, journal dan artikel demi pencarian perkaitan lysine dengan selera makan (untuk manusia) tidak membuahkan hasil. Kebanyakannya lebih kepada fungsi asid amino itu sendiri kepada badan, hampir serupa dengan fungsi asid amino yang lain – lebih kepada pembuatan dan pembaikan sel-sel badan. Supplemen lysine untuk menambah selera makan anak-anak adalah dusta semata-mata dan mitos.",
" Namun, jika masih ingin meningkatkan selera makan anak-anak, ibu bapa boleh cuba untuk memberikan supplement yang mengandungi zink kepada mereka. Hal ini kerana, selain daripada pelbagai fungsi lain zink, ia juga terlibat dalam pemberian rasa dan bau (sense of smell and taste) manusia (untuk orang dewasa juga). Zink terlibat sebagai “pembantu” kepada enzim yang memberikan deria rasa untuk manusia, sekali gus akan membuatkan anak-anak mahu makan apa-apa yang diberikan kepada mereka. Selain itu, zink juga menyokong pembuatan protein dan tumbesaran badan serta penting untuk sistem imun.",
" Zink boleh didapati dalam makanan berprotein tinggi juga, sama seperti lysine. Bagi mereka yang amalkan veganism atau vegetarian adalah dalam kesusahan kerana zink dalam sumber tumbuh-tumbuhan adalah sukar untuk diserap oleh badan. Ibu bapa juga boleh cuba mempelbagaikan lagi cara penyediaan makanan yang membolehkan anak-anak makan dan tanya mereka apa yang mereka suka makan.",
"Beberapa tips lagi untuk meningkatkan berat badan mereka:",
" (Penulis adalah bekas ahli nutrisi di sebuah farmasi dan mempunyai pengalaman dalam pengendalian pelanggan terutamanya ibu bapa yang datang untuk supplemen lysine)"
] |
https://ajar.com.my/2021/03/08/ketahui-sejarah-ringkas-8-mac-hari-wanita-sedunia/ | Ketahui Sejarah Ringkas 8 Mac, Hari Wanita Sedunia | [
"Menelusuri sejarah panjang sehingga berlakunya pengiktirafan 8 Mac sebagai sambutan Hari Wanita Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1977, akan menampakkan kepada kita betapa wanita itu kuat dan menjadi luar biasa apabila dirinya mempunyai kesedaran dalam mentafsirkan erti kehidupan yang sebenar. Sehinggakan Mahatma Gandhi menyebut bahawa,",
"“Woman is the companion of man, gifted with equal mental capacity…If by strength is meant moral power, then woman is immeasurably man’s superior…If non-violence is the law of our being, the future is with women…” – Mahatma Gandhi",
"Kedatangan Islam kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad S.A.W telah mengangkat martabat wanita sepertimana yang telah dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran. Melangkaui beberapa generasi selepas kewafatan Baginda S.A.W, dunia kembali merendahkan martabat wanita serta mengetepikan hak-hak yang telah digariskan. Maka, telah berlaku gerakan-gerakan radikal yang dipimpin oleh wanita yang semakin sedar dek tekanan yang diberikan, khususnya di kalangan wanita kelas pekerja. Semangat memperjuangkan kesamarataan gender dan menentang kapitalisme ketika itu telah melahirkan satu sejarah yang panjang.",
"BERMULANYA GERAKAN RADIKAL",
"Permulaan gerakan atas dasar kesedaran ini telah bermula dengan watak seorang tokoh kiri Jerman yang bernama Clara Zetkin. Beliau telah memimpin satu biro wanita dalam Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD) di Eropah bagi menggerakkan tuntutan hak wanita akibat tekanan dan pemerasan tenaga kerja terhadap pekerja-pekerja wanita untuk keuntungan pemodal besar dengan perluasan sistem ekonomi kapitalis yang semakin pesat pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ketika itu juga, wanita dilarang menghadiri mesyuarat politik atau menyertai mana-mana parti politik.",
"Dengan pimpinan Clara Zetkin, gerakan wanita pekerja di Jerman telah berkembang dengan pertambahan keanggotaan wanita daripada 10,500 orang pada tahun 1907 kepada 150,000 orang pada tahun 1913. Clara Zetkin juga telah menentang penglibatan negara Jerman dalam perang imperialis dan menganjurkan persidangan antarabangsa wanita sosialis anti-perang pada tahun 1915 di Berlin sehingga beliau pernah ditangkap beberapa kali ketika Perang Dunia pertama disebabkan pendiriannya itu.",
"Pada tahun 1908, 30,000 orang pekerja kilang baju di New York telah bermogok dan berarak dengan tujuan untuk menuntut pengurangan jam bekerja, gaji yang setimpal dan hak mengundi untuk wanita. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Nasional Wanita yang ditubuhkan oleh Parti Sosialis Amerika (SPA) menetapkan satu hari kempen untuk bergerak secara massa dalam menuntut hak mengundi wanita sehinggalah mereka berjaya menganjurkan aksi “Hari Wanita Kebangsaan” pada 28 Februari 1909. Aksi massa inilah yang telah mengilhamkan pemimpin sosialis di Eropah untuk menganjurkan Hari Wanita Antarabangsa selepas itu.",
"Pada 26 – 27 Ogos 1910, Luise Zietz yang merupakan seorang tokoh sosialis Jerman telah mencadangkan usul sambutan “Hari Wanita Antarabangsa” setiap tahun. Usul ini telah dibuat dalam satu Persidangan Wanita Sosialis Antarabangsa di Copenhagen, Denmark. Usul ini disokong oleh Clara Zetkin dan 100 orang aktivis wanita kiri dari 17 buah negara yang hadir dalam persidangan itu. Usul tersebut dilihat sebagai satu strategi untuk memperjuangkan kesamarataan dan hak mengundi untuk semua termasuk wanita. Slogan yang diangkat ketika itu ialah “Undi untuk wanita akan menyatukan kekuatan kita dalam perjuangan untuk sosialisme.”",
"Setahun selepas itu, Hari Wanita Antarabangsa telah disambut kali pertama pada 19 Mac 1911 kerana, tarikh tersebut pada tahun 1948 merupakan peristiwa raja Prusia menghadapi pemberontakan bersenjata rakyat Jerman dan telah menjanjikan banyak perubahan dalam aspek sosial, termasuklah hak mengundi wanita. Sambutan ini telah diraikan oleh lebih sejuta orang di Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland dengan perarakan mengemukakan tuntutan wanita.",
"Pada tahun 1917, Hari Wanita Antarabangsa di Rusia telah disambut dengan mengadakan mogok kerja dan demonstrasi besar-besaran sebagai bantahan terhadap penglibatan Empayar Tsar Rusia dalam Perang Dunia pertama dan dek masalah ekonomi yang telah dilakukan oleh pemerintahan Tsar ketika itu. Protes besar-besaran ini telah mencetuskan satu revolusi yang akhirnya menjatuhkan pemerintahan Tsar sebagai satu pemerintahan Empayar Rusia. Peristiwa ini telah menampakkan kepada dunia tentang kehebatan perjuangan kaum wanita dalam menentang sistem Negara.",
"Revolusi yang tercetus telah menjatuhkan kekuasaan golongan oligarki dan merangsang kebangkitan pekerja. Dengan bermatlamatkan perjuangan menuntut hak mengundi wanita di kebanyakan negara, sambutan Hari Wanita Sedunia telah diteruskan sebagai satu hari solidariti antarabangsa bagi wanita dalam perjuangan untuk kesamarataan ekonomi, sosial dan politik.",
"8 Mac disambut secara rasminya oleh Rusia selepas Revolusi Oktober 1917 dengan pengisytiharan Hari Wanita Antarabangsa sebagai hari cuti oleh pemimpin Revolusi Rusia pada tahun 1922. Begitu juga di Sepanyol dan China yang turut mengisytihar 8 Mac sebagai hari cuti rasmi.",
"Pada tahun 1960-an, telah tercetus gelombang kedua gerakan feminism di Barat kerana golongan wanita giat memperjuangkan isu diskriminasi seks dan mencabar susunan seksis dalam masyarakat patriarki. Gerakan-gerakan ini sehingga mewajahkan bahawa usaha menegakkan hak wanita telah menjadi sebahagian daripada politik arus perdana di peringkat antarabangsa.",
"PENGIKTIRAFAN PBB",
"Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengumumkan bahawa tahun 1975 merupakan Tahun Wanita Antarabangsa. Manakala, pada tahun 1977, PBB mengiktiraf secara rasmi tanggal 8 Mac sebagai Hari Wanita Antarabangsa.",
"Pada tahun 1979, Perhimpunan Agung PBB telah menerima Konvensyen tentang Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) yang merupakan satu dokumen antarabangsa menggariskan hak-hak wanita. CEDAW telah diangkat sebagai batu penanda sejarah yang penting untuk perlindungan hak wanita.",
"Setelah itu, Persidangan Wanita Sedunia telah dilaksanakan secara berkala bagi memperincikan lagi hak-hak wanita yang perlu digariskan dan diberi perhatian sehinggalah diluluskan Deklarasi Beijing pada tahun 1995 dalam persidangan keempat. Deklarasi tersebut merupakan satu resolusi PBB yang menggariskan prinsip-prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita. Satu pelan tindakan telah dipersetujui oleh 189 buah kerajaan di dunia, termasuklah Malaysia.",
"KONVENSYEN PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP WANITA (CEDAW) DI MALAYSIA",
"CEDAW mempunyai tiga prinsip utama yang harus dipatuhi untuk mewujudkan kebebasan yang ingin dicapai. Tiga prinsip tersebut ialah prinsip kesetaraan substantif, prinsip tidak mendiskriminasi dan prinsip kewajipan negara yang meratifikasikannya.",
"Dalam konteks Malaysia sebagai negara Islam, kesamarataan yang dibawa adalah berbeza dalam konteks tertentu. Oleh yang demikian, pengamal undang-undang Negara memberi tafsiran yang luas pada perkataan “diskriminasi” sehingga tiada suatu penetapan yang mengikat kita mengikuti keputusan Konvensyen CEDAW. Islam tidak mendiskriminasi manusia melalui gender, tetapi, Islam itu adil dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Perbezaan fungsi antara gender tidak bermakna peninggian kepada satu jantina serta pengasingan kepada satu jantina yang lain. Bagi mengetahui lanjut mengenai kajian pengimplementasian CEDAW di Malaysia, kalian boleh buka kajian ini. public_view.php (um.edu.my)",
"Dalam konteks Malaysia hari ini, tema yang dibawakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2021 sangat bertepatan dengan keadaan semasa. “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran” dan “Wanita Waja Negara” memberikan makna dan nilai yang begitu tinggi kepada diri seorang wanita. Beberapa usaha telah dilaksanakan dan dipersembahkan kepada masyarakat oleh KPWKM seperti yang telah dinyatakan oleh YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff dalam temubual bersama dengan TV Al-Hijrah baru-baru ini. Boleh lihat di pautan ini.",
"https://www.facebook.com/100050312087009/posts/266008781752856/",
"Sekarang adalah masa kita sebagai wanita untuk lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran untuk bangkit mendepani pelbagai cabaran sekarang. Sekarang adalah masa kita untuk bangkit menerima huluran daripada pihak kementerian, NGO atau mana-mana individu sebagai kekuatan bersama mengharungi setiap mehnah di hadapan.",
"Yang paling penting, kekuatan utama untuk melahirkan kekuatan-kekuatan lain adalah melalui keteguhan Iman yang menjadi nilaian utama antara gender di sisi Allah S.W.T.",
"Sedarilah wanita,",
"Akalmu senipis bilahan rambut,",
"Tebalkan ia dengan limpahan ilmu.",
"Hatimu bak kaca yang rapuh,",
"Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.",
"Semoga kita terus diberi kekuatan untuk memaknai frasa “Wanita Waja Negara” dengan terjemahkannya kepada tindakan sebaiknya sebagai seorang wanita remaja, pekerja, ibu, isteri dan warga Malaysia berlandaskan kefahaman dan semangat juang yang benar.",
"Selamat Hari Wanita Sedunia!",
"Rujukan",
"1. Hari Wanita Antarabangsa – satu sejarah ringkas – Sosialis ",
"2. Jurnal Ratifikasi CEDAW di Malaysia, public_view.php (um.edu.my)",
"3. Women’s Day History – Origin and History of Women’s day (womensdaycelebration.com)",
"4. Ketahui Sejarah Hari Wanita Sedunia – Verst Bae & Beauty"
] |
https://ajar.com.my/2021/03/08/sifar-hero-teragung-tanpa-nilai/ | SIFAR : HERO TERAGUNG ‘TANPA NILAI’ | [
"Sebelum diperkenalkan sistem-10 dalam sistem nombor, pelbagai bentuk nombor lain telah digunakan dalam masyarakat silam dengan diwakilkan simbol huruf bahasa masing-masing.",
"Pada zaman Yunani, mereka menggunakan tanda alfa untuk menunjukkan nombor satu, beta untuk nombor dua, gama untuk nombor tiga dan delta untuk nombor seratus.",
"Pada zaman Rom, simbol dibawah menggambarkan sistem nombor mereka :",
"Dalam sistem ini, satu, lima, sepuluh, lima puluh, seratus dan seribu merupakan nombor rujukan untuk menentukan penambahan dan penolakan. Andainya simbol satu diletakkan di sebelah kiri lima, hal ini bermaksud 5 – 1. Dan apabila diletakkan simbol satu di sebelah kanan, maka, hal ini bermaksud 5 + 1. Fuh! Sakit otak fikir.",
"Dalam tradisi China, mereka menggunakan rod pembilang untuk menyatakan sistem angka. Rod pembilang menunjukkan digit dengan jumlah batang, dan setiap batang serenjang mewakili lima. Menurut para pengkaji, sistem China menggunakan asas 10 dalam penulisan nombor.",
"Sistem Arab silam menggunakan sistem angka Ahli Kitab yang diwarisi daripada kaum Yahudi, yang dinamai sistem abjad hawwaz seperti yang tertera di bawah.",
"Begitu juga dengan orang-orang Babylon, Mesir, Rom dan India yang turut menggunakan huruf-huruf mereka untuk menyatakan nombor. Tetapi, semua sistem ini tidak menggunakan sistem nilai tempat yang menyebabkan pengiraan melibatkan nombor besar tidak dapat dilakukan.",
"Habis tu, mana datangnya nombor-nombor besar sekarang?",
"Hubungan Islam-India",
"Pada kurun ke-9, Kerajaan Abbasiyyah menjadikan aktiviti penterjemahan dan mempelajari ilmu luar Arab sebagai agenda utama kerajaan. Maka, buku Yunani, India dan Parsi telah dibawa masuk ke tamadun Islam ketika itu, lalu diterjemahkan kepada bahasa Arab. Antara buku yang telah diterjemahkan ialah buku astronomi India yang bertajuk Sindhinda atau Sindhanta. Buku tersebut telah mengetengahkan penggunaan sembilan huruf awal bahasa Sanskrit bagi menggambarkan sistem nombor. Simbol angka asas tersebut ialah ;",
"Eh, macam pernah tengok je! Ni nombor Arab kan?",
"Ya. Itu sekarang. Dulu, asalnya daripada kitab astronomi India yang disebut di atas. Dalam satu kajian Prof. Mat Rofa Ismail, tercatat bahawa terdapat penegasan oleh Al-Biruni dalam karya-karya beliau mengenai simbol nombor yang digunapakai sekarang adalah berasal daripada jenis angka yang terbaik di sisi tamadun India.",
"Terdapat satu lagi simbol yang digunakan di dalam buku tersebut untuk menandakan kegagalan/ kehampaan tidak memperoleh data bagi jadual astronomi. Simbol ini disebut Sunya, yang bermaksud kosong atau hampa, dan ditanda dengan titik atau bulatan kecil.",
"Bermulalah hikayat si Hero",
"Asal kandungan kitab tersebut sebenarnya bukanlah untuk menerangkan berkenaan aritmetik, tetapi merupakan buku tentang jadual falak, yang memperkenalkan simbol-simbol sembilan angka utama. Simbol-simbol ini kemudiannya dijadikan asas pembentukan sistem-10 oleh al-Khawarizmi. Beliau telah menjadikan simbol Sunya sebagai penentu nilai tempat. Tetapi, nama Sunya telah ditukarkan kepada sifr (sifar) yang memberi sama erti, iaitu hampa atau kosong.",
"Tapi, mai mana pulak dah perkataan ni? (loghat Kedah)",
"Perkataan sifar ini diambil oleh al-Khawarizmi daripada sebuah hadis Qudsi yang terkenal ketika itu, yang bermaksud :",
"“Allah s.w.t. segan untuk menghampakan permintaan hamba-Nya, yakni pulang dengan tangan sifar apabila hamba telah menadah tangannya berdoa”. (HR Abu Dawud)",
"Daripada perkataan ini, dunia mengenali sifar menerusi karya-karya ahli matematik Arab. Perkataan sifar telah diubahsuai menjadi zero, zefro, ziffer, cipher atau cephirum.",
"Maka, bermulalah peranan sifar dalam sistem nombor bagi memberikan nilai kepada nombor-nombor lain. Sehinggakan sebesar-besar nombor juga sudah dapat dinilaikan dengan kehadiran sifar walaupun hakikatnya, simbol sifar itu sendiri ialah kosong dan tiada nilai.",
"Begitulah hikayat hero sejati. Kehadirannya memberi nilai besar kepada orang ramai, walaupun dirinya tiada nilai. Walau besar pengorbanannya, dirinya masih kosong. Inilah yang kita katakan pejuang tanpa nama.",
"Siapa Hero Sebenar",
"Berbalik kepada realiti manusia, dunia melihat Muhammad bin Musa al-Khawarizmi lah merupakan hero sebenar kepada sistem nombor dalam Matematik. Beliau yang memperkenalkan penggunaan sifar ini sebagai asas kepada sistem-10. Nilai simbol sifar ini yang pada asalnya disebut sebagai Sunya dalam kitab astronomi India, Sindhinda hanyalah untuk menandakan tiada data yang diperoleh untuk sesuatu data.",
"Tetapi, al-Khawarizmi telah mentakrifkan simbol sifar ini dengan takrifan yang lebih bermakna, sehingga membawa matematik kepada satu dimensi pengiraan yang begitu mudah dan berkesan. Perkara ini tanpa diketepikan hakikat bahawa sembilan simbol angka terbaik yang digunakan adalah berasal daripada India. Oleh sebab itu, angka ini disebut sebagai angka al-Hind oleh penulis Islam, atau yang masyhurnya disebut sebagai Hisab al-Hind. Manakala, di Barat, angka ini dikenali sebagai angka Arab-Hindu.",
"Kemudiannya, aksara-aksara ini telah diubahsuai oleh ahli matematik Islam Sepanyol sebagai versi kedua sistem nombor tersebut, yang dikenali sebagai sistem Arab-Sepanyol, iaitu 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 0. Versi inilah yang telah digunakan di seluruh dunia sehingga kini.",
"Simbol ‘0’ telah digunakan dahulu oleh bangsa Melayu?",
"Tetapi, pada tahun 2019, satu kajian telah dibuktikan oleh Prof. Shaharir bahawa simbol ‘kosong’ ini telah lama digunakan sebelum India. Dalam kajian ini, dapatan menunjukkan bangsa Melayulah hero sebenar. Korang boleh baca artikel lanjut pada pautan ini :",
"https://ajar.com.my/2020/06/04/nombor-0-ciptaan-agung-manusia-yang-sebenarnya-dicipta-orang-melayu/",
"Walaupun demikian, beberapa pengkaji dan ahli matematik negara masih merasakan perlu kepada kajian yang lebih mendalam berkenaan ini. Daripada bukti yang ditunjukkan, jelas kepada kita bahawa bangsa Melayu telah mendahului dalam penggunaan ‘0’. Tetapi, sejarah turut mencatat kemunculan tamadun India seawal penciptaan Nabi Adam, iaitu manusia pertama di muka bumi ini. Adapun konsep ‘sifar’ yang disebut oleh al-Khawarizmi ada falsafahnya tersendiri, antaranya seperti yang tercatat di atas.",
"KESIMPULAN",
"Penggunaan sifar atau sistem-10 dalam ilmu Matematik merupakan satu penemuan yang begitu penting. Bayangkan sekiranya tidak diperkenalkan sistem ini, bertambah peninglah semua nak belajar Matematik.",
"Betapa besar sumbangan ahli matematik terdahulu kepada perkembangan ilmu sekarang. Tidak kira latar tamadun, pegangan dan kepercayaan, tetapi, kecintaan mereka kepada ilmu dan kebenaran itulah yang membuka jalan ilmu yang lebih mudah kepada kita sekarang.",
"Apakah kita juga mencintai ilmu seperti mereka?"
] |
https://ajar.com.my/2021/03/12/isra-mikraj-mukjizat-yang-tidak-mampu-ditandingi-oleh-otak-terbijak-einstein/ | Isra’ Mikraj’ : Mukjizat Yang Tidak Mampu Ditandingi Oleh Otak Terbijak Einstein | [
"27 Rejab adalah tanggal berlakunya mukjizat Rasulullah S.A.W yang sehingga kini masih dipertikaikan dan diperbahaskan oleh manusia yang tiada keimanan dan kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan dalam urusan kehidupan. Tetapi, sebagai umat Islam yang mengimani setiap sifat Allah, tiada yang mustahil apabila Allah mengatakan “Kun Fayakun” yakni “Jadilah ia” maka, jadilah sesuatu itu mengikut kehendakNya. Demikian juga hal yang melibatkan mukjizat Isra’ Mikraj ini, yang tiada langsung keraguan padanya kerana apabila Allah mengkehendaki sesuatu, maka, berlakulah ia mengikut perintah Allah biarpun tidak tercapai dek logik akal manusia kerana itulah bukti Allah Maha Berkuasa.",
"Malah, ratusan teori telah diciptakan oleh manusia didorong dengan semangat saintisme, menghasilkan pembuktian yang dirasakan mampu menandingi kekuasaan Allah dan membuktikan ketidakwujudan Allah menerusi kehebatan sains dan teknologi ciptaan manusia. Tetapi, walau hebatnya seseorang itu, walau terulungnya beliau sehingga digelar manusia paling cerdik di muka bumi ini, masih tidak dapat menyaingi dan mencabar kekuasaan Allah.",
"Demikianlah dibuktikan oleh beberapa kajian mengenai teori Einstein yang mungkin terbatal jika dibuktikan dengan perjalanan mikraj Rasulullah S.A.W.. Meskipun ilmu Einstein mampu meruntuhkan geometri Euklidean yang telah diagungkan selama 2000 tahun lamanya dan menghukum kepalsuan teori Newton, tetapi keupayaan itu tidak dapat dipraktiskan untuk menyaingi hukum Allah S.W.T..",
"Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita telusuri secara ringkas perjalanan Isra’ Mikraj Rasulullah S.A.W..",
"PERJALANAN ISRA’ MIKRAJ RASULULLAH S.A.W",
"Peristiwa Isra’ Mikraj merupakan satu mukjizat Rasulullah S.A.W yang melibatkan satu perjalanan panjang yang hanya berlaku pada satu malam sahaja. Perjalanan ini dibahagikan kepada dua fasa.",
"1. Isra’ iaitu perjalanan mulia Rasulullah S.A.W dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa di al-Quds, Palestin.",
"2. Mikraj iaitu perjalanan Rasulullah S.A.W dari Masjid al-Aqsa naik ke lapisan langit tertinggi, Sidratil Muntaha dan bertemu dengan Allah Rabbul Jalil.",
"Kisah pengembaraan ini telah dijelaskan secara lengkap oleh Imam Bukhari dan Muslim. Mengambil ringkasannya daripada buku Fiqh al-Sirah pertama, malam bersejarah ini telah menyaksikan “Buraq” sebagai tunggangan Rasulullah S.A.W. dalam perjalanan Isra’. “Buraq” merupakan sejenis binatang besar sedikit dari keldai dan kecil sedikit dari baghal (dikatakan sejenis haiwan hasil kacukan kuda betina dan keldai jantan). Binatang ini melangkah kakinya sejauh mata memandang.",
"Apabila Baginda S.A.W tiba di Masjid al-Aqsa, Baginda S.A.W menunaikan solat dua raka’at dan setelah itu didatangi Malaikat Jibril bersama dua biji gelas untuk dipilih oleh Baginda S.A.W.. Satu gelas itu berisi arak, manakala yang satu lagi berisi susu. Lalu, Rasulullah S.A.W memilih susu dan disebut oleh Malaikat Jibril kepada Baginda S.A.W mengenai pilihannya itu bahawa “Engkau telah memilih yang fitrah dan semulajadi.”",
"Setelah itu, Rasulullah S.A.W dibawa naik ke langit pertama, ke-dua, ke-tiga dan sehinggalah tiba di “Sidratul Muntaha”. Di sinilah Baginda S.A.W bertemu dengan Allah S.W.T dan berbicara perihal solat 5 waktu.",
"Pada keesokan pagi, Baginda S.A.W menceritakan setiap perkara yang berlaku dan dilihat oleh mata kepalanya kepada masyarakat umum. Namun, cerita itu hanya mengundang gelak tawa orang musyrikin, malah, Baginda S.A.W turut dicabar untuk menceritakan dan membuat gambaran mengenai “Baitul Muqadddis” sekiranya Rasulullah S.A.W benar-benar bersembahyang di dalamnya. Ketika itu, Baginda S.A.W agak menghadapi kesukaran untuk menyahut cabaran tersebut kerana kekurangan ingatan Baginda S.A.W untuk meneliti sehalusnya tentang binaan “Baitul Muqaddis”. Lalu, Allah S.W.T menampakkan di mata kasar Rasulullah S.A.W akan gambar dan pemandangan “Baitul Muqaddis” secara terperinci dengan tiga dimensinya yang akhirnya membuatkan Baginda S.A.W mampu menjawab setiap pertanyaan masyarakat.",
"Melalui riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda, “Puak Quraisy telah mendusta segala cakapku, kemudian akupun bangun ke anjung (Saidina Ismail). Lepas itu, Allah pun menampakkan kepadaku “Baitul Muqaddis”. Ini membolehkan aku menceritakan segala-galanya tentang tempat-tempat dan tanda-tanda keistimewaan pemandangan Baitul Muqaddis yang dipaparkan oleh Allah S.W.T.”",
"Beberapa orang Musyrikin yang telah mendengar cerita Isra’ dan Mikraj Rasulullah S.A.W itu berkejar menemui Sayyidina Abu Bakar dan menceritakan perihal Nabi Muhammad S.A.W yang dikatakan telah pergi ke Baitul Muqaddis dan naik ke langit dengan harapan Sayyidina Abu Bakar akan terperanjat dan kebingungan, tetapi sebaliknya yang berlaku. Dengan tenang Sayyidina Abu Bakar menjawab,”Sekiranya itu yang diceritakan oleh Baginda, maka semuanya adalah benar belaka. Sebenarnya aku telah mempercayai Nabi Muhammad S.A.W tentang perkara-perkara lain yang lebih dari itu.”",
"Dan pada subuh pagi hari Isra’ itu, Malaikat Jibril telah mendatangi dan mengajar Baginda S.A.W mengenai cara-cara, rukun-rukun dan setiap satu perkara yang berkait dengan fardhu sembahyang dan waktu-waktunya. Diriwayatkan bahawa sebelum diturunkan syariat sembahyang kepada Rasulullah S.A.W, Baginda telah melakukan sembahyang dua raka’at pagi dan petang mengikut perlakuan yang diajarkan oleh Sayyidina Ibrahim ‘alaihissalam.",
"TEORI RELATIF MASA EINSTEIN",
"Seksyen ini hanya akan menyentuh secara ringkas mengenai konsep teori ini yang berkaitan dengan isi penulisan. Untuk dapatkan penerangan secara terperinci, korang boleh baca di sini ya. Apa Itu Teori Kerelatifan Khas? | AJAR",
" Pada tahun 1905, Einstein telah mengemukakan dua postulat.",
"Daripada kedua-dua postulat ini, dapat disimpulkan bahawa setiap pergerakan adalah relatif dan kelajuan cahaya dalam vakum adalah sama pada semua pemerhati. Perkara ini telah membawa kepada berlakunya dilasi masa.",
"Dilasi masa merupakan satu konsep yang menyebabkan masa seseorang pemerhati itu bergerak lebih perlahan berbanding pemerhati lain. Dan apabila seseorang pemerhati itu bergerak, masanya bergerak pada kadar yang lebih perlahan berbanding pemerhati yang pegun. Semakin laju pemerhati itu bergerak, semakin perlahan masanya berlalu.",
"Daripada beberapa pengiraan yang telah dikeluarkan, Einstein telah menyatakan bahawa cahaya mempunyai kelajuan tertinggi. Menurut teori relativiti Einstein juga, sekiranya terdapat perkara yang melebihi kelajuan cahaya, maka masa akan undur ke belakang dan setiap jarak di hadapan akan terpadam. Tetapi, sekiranya seseorang itu bergerak dengan kelajuan kurang daripada kelajuan cahaya, maka masa akan bergerak seperti biasa.",
"Daripada pernyataan Einstein ini, dapat dilihat bahawa ianya hanya terpakai pada objek yang bergerak dengan kelajuan tinggi yang menghampiri kelajuan cahaya. Sedangkan pergerakan seharian kita yang sangat perlahan jika dibandingkan cahaya sukar untuk membuktikan atau mematahkan perkara ini walaupun dilihat sukar diterima akal. Oleh sebab itu, dunia masih menerima teori ini selagimana tiada pembuktian yang menolak teori ini dengan penemuan saintifik yang baru dan lebih signifikan.",
"Tetapi, dalam dunia Islam, telah terlakar mukjizat Nabi Muhammad S.A.W menerusi perjalanan Baginda S.A.W dalam peristiwa Isra’ Mikraj yang menyanggahi teori ini dengan kekuasaan Allah S.W.T.",
"LOGIK EINSTEIN DAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W",
"Pada tahun 2020, satu kajian telah dibuat untuk membuktikan teori Einstein tidak mampu menandingi Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Dalam teori relativiti masa Einstein, kelajuan tertinggi ialah kelajuan cahaya. Tetapi, Al-Quran menyatakan bahawa peristiwa Isra’ Mikraj melebihi kelajuan cahaya.",
"Peristiwa ini dikatakan sangat luar biasa kerana berlaku pada waktu 2/3 malam dan Baginda S.A.W telah melepasi alam semesta yang memerlukan kepada 13.7 bilion tahun cahaya mengikut kajian saintis, serta Baginda S.A.W telah memecahkan rekod melebihi jarak itu.",
"Pertama, kita kaitkan teori Einstein dengan Surah al-Ma’arij ayat 4, yang disebutkan oleh Allah bahawa jalan para malaikat naik menghadap Tuhan dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun. ",
"Kelajuan ini menunjukkan kelajuan yang mungkin digunakan oleh Malaikat untuk naik menghadap Allah dengan menggunakan persamaan yang dikemukakan oleh Einstein. Dan nilai ini menghampiri kelajuan cahaya dan sepertimana kita tahu, sesungguhnya Malaikat juga dicipta daripada cahaya (nur). Maka, perjalanan Baginda S.A.W juga akan dinisbahkan demikian. Oleh yang demikian, terdapat tiga perkara utama yang telah dipersoalkan mengikut kepada teori Einstein.",
"1. Kelajuan ini terpakai pada cahaya. Tetapi, Rasulullah S.A.W bergerak bersama jasadnya yang bukan tercipta daripada cahaya.",
"2. Sekiranya perjalanan Mikraj Rasulullah S.A.W berlaku dengan kelajuan cahaya iaitu 300,000 KM per saat, jarak yang akan dicapai hanyalah 4,320 juta KM, yang mungkin hanya sampai ke planet Neptun. Manakala, untuk tiba di bintang terhampir, Alfa Centauri, mengambil masa selama 4.4 tahun dengan kelajuan cahaya. Maka, mustahil Baginda S.A.W hanya mengambil masa satu malam untuk bertemu Allah di langit tertinggi dengan kelajuan yang sama dengan cahaya. Dan perjalanan Baginda S.A.W juga berlaku secara dua hala iaitu pergi dan pulang. Sudah tentu masa dan jaraknya akan digandakan. Ini bermakna, kelajuan Baginda S.A.W adalah melebihi kelajuan cahaya.",
"3. Mengikut kepada teori Einstein juga, sekiranya seseorang bergerak dengan kelajuan cahaya, badannya akan musnah. Dan perkara ini boleh dikaitkan dengan persoalan pertama. Tetapi, Rasulullah S.A.W tidak mengalami perkara sedemikian.",
"Oleh yang demikian, teori relatif Einstein tidak mampu untuk menerangkan peristiwa ini biarpun pelbagai lagi teori lain dikeluarkan setelah itu oleh pengikut-pengikut Einstein bagi menerangkan peristiwa Isra’ Mikraj dalam kerangka masa yang dikemukakan oleh Einstein. Sehinggakan terdapat juga pandangan bahawa Baginda S.A.W terkeluar daripada ruang masa sepanjang peristiwa ini berlaku.",
"KESIMPULAN",
"Demikianlah hebatnya kekuasaan Allah yang tidak mampu ditandingi oleh logik akal manusia. Hakikatnya, logik akal manusia itu juga adalah sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya untuk hanya memikirkan kerangka keperluan diri manusia, bukanlah untuk menandingi kekuasaanNya. Kerana inilah hukum akal yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Adapun wujudnya istilah berfikir di luar kotak, tiada manusia yang mampu berfikir melebihi kerangka sepatutnya kerana bagi manusia yang beriman, yang membatasi otak dan akalnya ialah iman.",
"Sesungguhnya, ilmu sains dan teknologi itu juga tercipta daripada cebisan ilmu Allah yang ditetapkan olehNya untuk membantu proses kehidupan umat manusia. Malah, ilmu ini juga adalah alat bantu utama Allah kepada hambaNya untuk menstabilkan fitrah manusia dalam mencari Sang Pencipta. Maka, bagi mereka yang memanfaatkannya dengan kebenaran, jadilah mereka itu hamba yang begitu patuh kepadaNya. Tetapi, bagi mereka yang sombong menggunakan pinjaman ilmu Allah ini untuk memuaskan nafsu semata, maka, mereka sedang menuju satu keruntuhan. ",
"Adapun pada peristiwa Isra’ dan Mikraj ini tercipta banyak kebaikan dan kemuliaan. Malah, kisah-kisah yang dipertontonkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W sepanjang perjalanan yang agung ini adalah satu bentuk peringatan dan kasih sayang kepada semua hambaNya.",
"Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ ayat 1,",
"“Maha Suci Allah yang telah memperjalanan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”",
"Sebagai hamba yang beriman, wajib untuk kita mengimani mukjizat ini dan mengambil ibrah pada setiap peristiwa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur dan berusaha menambahkan keimanan kepadaNya setiap hari.",
"Ayuh lazimi doa ini secara harian,",
"”Ya Allah, Tolong aku untuk menyebut nama-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah yang baik untuk-Mu.”",
".",
".",
"RUJUKAN DAN BACAAN LANJUT",
"1. View of Study of Relativity Theory of Einstein: The Story of Ashabul Kahf and Isra’ Mi’raj (scie-journal.com)",
"2. The Journey of Isra’ and Mi’raj in Quran and Science Perspective, 7587-18529-1-SM.pdf",
"3. Einstein mencadangkan Teori Relativiti (eferrit.com)",
"4. Apa Itu Teori Kerelatifan Khas? | AJAR",
"5. Fiqh al-Sirah 1, Syeikh Ramadhan al-Buti"
] |
https://ajar.com.my/2021/03/14/14-mac-hari-matematik-sedunia-ada-aku-kisah/ | 14 Mac Hari Matematik Sedunia. Ada Aku Kisah? | [
"Matematik merupakan satu bidang ilmu yang sangat tua dan bernilai merentas pelbagai bidang lain. Seharusnya perlu ada pengiktirafan kepada ilmu ini oleh masyarakat sedunia kerana ilmu inilah yang menjadi tunjang dan asas kepada kehidupan kita dalam aspek kecil kehidupan sehinggalah aspek besar yang melibatkan negara dan dunia. Tetapi, kesukaran bidang ilmu ini telah membuatkan ia dilupai, malah tidak digemari oleh ramai orang.",
"Maka, UNESCO telah berinisiatif untuk mengiktiraf 14 Mac sebagai Hari Matematik Sedunia sebagai tanda penghargaan dan galakan kepada komuniti untuk kembali memperingati sumbangan Matematik dalam memperbaiki kualiti kehidupan dan peningkatan kemajuan dunia.",
"Jadi, takkanlah sehari pun kita tak boleh luangkan sekejap untuk menghargai Matematik setelah 364 hari kita berkalut benci? (Ambil sapu tangan lap mata)",
"Tapi, apa kita nak buat sebenarnya dengan Hari Matematik Sedunia ni? Takkanlah 24 jam dalam 14 Mac ni nak selesaikan masalah Matematik atas kertas? Takkanlah 24 jam tu nak hafal sifir je? Takkanlah 24 jam tu nak meratib perkataan Matematik di bibir? Ke nak kena beli kek, kemudian ‘upload’ di media sosial sempena sambutan Hari Matematik Sedunia?",
"Makanya, kita perlu jelas dahulu faktor utama Hari Matematik Sedunia ini diiktiraf. Barulah kita faham apa definisi ‘menghargai’ dan ‘mengingati’ itu sebenarnya.",
"PENGIKTIRAFAN HARI MATEMATIK SEDUNIA OLEH UNESCO",
"Pada November 2019, UNESCO telah mengiktiraf 14 Mac sebagai Hari Matematik Sedunia ketika persidangan mereka kali ke-40. Faktor utama pengiktirafan ini adalah disebabkan oleh UNESCO berpandangan bahawa perlunya kepada satu kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan matapelajaran Sains Matematik dalam sektor-sektor mencabar yang menjadi keperluan dunia sekarang seperti kecerdasan buatan (AI), perubahan klimaks, tenaga dan pembangunan lestari dan penambahbaikan kualiti hidup dalam pembangunan diri, negara dan dunia.",
"Sebelum pengiktirafan ini dilakukan, banyak negara telah meraikan 14 Mac sebagai Hari Pi (Pi Day), yang merupakan nilai pemalar Matematik yang mempunyai keunikan tersendiri dan terkenal serata dunia dengan pembundaran nilai kepada 3.14. Oleh yang demikian, hari Pi disambut pada 14.3 ataupun 14 Mac. Dan kini disambut pula sebagai Hari Matematik Sedunia.",
"Setiap tahun, Hari Matematik Sedunia akan disambut dengan anjuran pelbagai aktiviti yang melibatkan bidang Sains Matematik oleh pihak UNESCO dan Kesatuan Matematik Antarabangsa (IMU) dengan kerjasama organisasi-organisasi Sains Matematik lain seluruh dunia.",
"PENGERUSI SAMBUTAN HARI MATEMATIK SEDUNIA",
"IMU ialah sebuah pertubuhan saintifik antarabangsa berstatus bukan kerajaan dan mempromosikan kerjasama antarabangsa dalam bidang sains matematik di semua peringkat merentasi dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke universiti, dari rumah sehinggalah ke kilang industri pembuatan, dan dari pasar sehinggalah ke kawasan perladangan. IMU juga merupakan ahli Majlis Sains Antarabangsa (ISC) yang berprinsipkan kebebasan serta bertanggungjawab ke atas pensejagatan ilmu sains.",
"IMU bertindak sebagai pengerusi kepada sambutan Hari Matematik Sedunia dengan melaksanakan semua usaha yang bertujuan untuk meletakkan bidang Matematik di tempat sebenarnya dalam kalangan masyarakat.",
"Setiap tahun, tema sambutan adalah berlainan. Bagi tahun 2021, tema yang ditetapkan ialah “Mathematics for a Better World”. Hal ini bertepatan dengan keadaan dunia yang dilanda Pandemik Covid-19 yang memerlukan kepada ilmu Matematik dalam setiap pemodelan dan pembangunan alat bagi memahami, memantau dan mengawal penyebaran virus. Selain itu, tema ini juga bertepatan dengan kepentingan bidang Sains Matematik dalam kelancaran sistem dunia.",
"Untuk mengetahui lebih lanjut perihal tema dan sambutan tahun ini, korang boleh layari web ini Mathematics for a Better World | International Day of Mathematics 2021 (idm314.org) ",
"HARI MATEMATIK SEDUNIA DI MALAYSIA",
"Malaysia turut komited untuk menjadi negara maju, khususnya dalam industri pembuatan dan perkhidmatan berasaskan kepada teknologi tinggi. Peranan Matematik sebagai satu pemandu kuasa di sebalik pelbagai perkembangan dalam bidang Sains dan Teknologi perlu diketengahkan.",
"Dalam perspektif Islam, ilmu Matematik juga jelas tertera dalam kitab suci al-Quran menerusi penerangan-penerangan alam, perkisahan sirah, aspek hukum-hakam dan perihal muamalat. Justeru, Akademi Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM) telah ditubuhkan bagi menghubungjalinkan bidang ilmu ini dengan masyarakat. Ahli-ahli dalam akademi ini terdiri daripada golongan profesor Negara dan cendekiawan Matematik yang perlu memasyarakatkan keilmuannya.",
"Maka, AISMM telah bekerjasama dengan IMU untuk mengadakan sambutan Hari Matematik Sedunia dan mewakili IMU sebagai badan penganjur yang bertanggungjawab mengkoordinasi perayaan ini di Malaysia.",
"SAMBUTAN HARI MATEMATIK SEDUNIA",
"Matlamat sambutan ini adalah sangat murni iaitu bagi menggalakkan komuniti terlibat dalam ilmu Matematik, mendedahkan penggunaan Matematik dalam kehidupan seharian, menyuburkan minat Matematik dalam kalangan murid, membentuk pemikiran logik dan analisis dalam kalangan murid serta menyedarkan manusia bahawa Matematik itu wujud dalam kehidupan seharian.",
"Ilmu Matematik merupakan satu ilmu yang akan sentiasa berkembang dan kekal relevan sepanjang zaman. Hal ini kerana manusia tidak pernah berhenti bekerja untuk memperbaiki ilmu ini dengan berterusan mencari jawapan kepada persoalan apa itu Matematik. Malah, ilmu ini unik kerana menjadi sebahagian daripada keperluan kehidupan manusia yang telah terbangun sejak lebih 5,000 tahun dahulu. Sejarah mencatat bahawa kehidupan manusia itu sering mengukur dan berkomunikasi tentang masa, kuantiti, kualiti, dan jarak yang menjadi komponen utama dalam pembelajaran ilmu Matematik.",
"Suatu hal yang menarik, menurut seorang pengkaji tamadun berkaliber, George Sarton, bahawa pencapaian sesuatu tamadun itu mempunyai kaitan dengan perkembangan Matematik. Manakala, ulama’ terdahulu menganggap Matematik sebagai ilmu alat yang mesti dikuasai secara fardu kifayah bagi tujuan pengiraan ummah, sama ada mengenai urusan kehidupan seharian ataupun melibatkan hukum-hakam agama.",
"APA SUMBANGAN MATEMATIK KAT AKU?",
"Sekiranya kita memahami makna Matematik itu dalam perspektif yang lebih luas tanpa dihadkan hanya pada nombor dan pengiraan, kita akan dapati hampir segenap kehidupan kita adalah sumbangan daripada ilmu Matematik.",
"Nak faham lanjut, boleh baca balik artikel ni ya Kenapa Orang Takut Matematik? | AJAR.",
"Dan kalau nak tahu dari aspek falsafah dan sejarah ilmu ini, boleh baca artikel ini Ilmu Sains dan persamaaan Matematik dikatakan ilmu sihir? Hermes Trismegistus ahli sihir? | AJAR.",
"Panjang pula kalau nak hurai dalam artikel ni. Tambahan lagi huraian-huraian tersebut sudah ditulis dalam artikel khas sebelum ni. Maka, rajinlah untuk buka kembali ya! (Senyum penuh harapan)",
"Secara ringkas dan mudahnya, kehidupan harian kita memerlukan kepada masa dan waktu, pengiraan wang, pemutusan keputusan, pemilihan muzik, pemanduan kereta, pergerakan koordinasi badan, penggunaan media elektronik, pertuturan bersama manusia lain, efisien dalam membuat kerja dan sistematik dalam pengurusan. Semuanya memerlukan kepada ilmu Matematik untuk menjayakannya.",
"Malah, dalam aspek ibadah juga melibatkan ilmu Matematik. Solat, zikir, selawat, sedekah harian, doa harian dan sebagainya. Haa, macam mana tu? Cuba fikir celah mana ilmu Matematik ini berperanan. Kalau tak dapat idea juga, boleh buka artikel ni Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia | AJAR",
"Maka, tidak perlu dibayangkan penggunaan formula-formula yang sukar untuk memahami penggunaan Matematik dalam kehidupan kerana ilmu ini tidak hanya terbatas kepada perkara itu.",
"KESIMPULAN",
"Secara spesifiknya, sambutan ini mungkin lebih ditekankan kepada organisasi-organisasi dan institusi-institusi pendidikan dan para pelajar di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti, untuk menghidupkan persekitaran yang cemerlang dalam bidang ilmu ini. Namun, masih menjadi satu kepentingan kepada masyarakat seluruhnya untuk turut mengetahui dan memahami perihal sambutan ini walaupun secara ringkas.",
"Maka, kaedah menyambut hari istimewa ini tidaklah sehingga menuntut kepada satu sambutan yang besar sepertimana sambutan hari sedunia yang lain. Tetapi cukuplah kepada usaha untuk kembali membetulkan persepsi negatif terhadap ilmu ini dan menimbulkan kesedaran dalam diri tentang peranan dan nilai sebenarnya, di samping membantu memupuk penghayatan ini kepada anak-anak dan masyarakat sekitar.",
"Usaha ini boleh dibuat melalui pembacaan-pembacaan ringan dan mengikuti beberapa penerangan daripada cendekiawan-cendekiawan Matematik negara mengenai ilmu ini. Usaha anda membaca artikel ini juga antara langkah untuk membantu anda menghargai ilmu ini. Tahniah!",
"Selamat Hari Matematik Sedunia!",
"RUJUKAN :",
"1. International Day of Mathematics, International Day of Mathematics (unesco.org)",
"2. International Day of Mathematics, Mathematics for a Better World | International Day of Mathematics 2021 (idm314.org)",
"3. Hari Matematik Sedunia pupuk minat subjek tertua, Prof. Dr. Zuhaimy Ismail di pautan Hari Matematik Sedunia pupuk minat subjek tertua (malaysiagazette.com)",
"4. Matematik Merentas Tamadun, Mat Rofa Ismail."
] |
https://ajar.com.my/2021/03/17/lima-fakta-menarik-tentang-dna/ | LIMA FAKTA MENARIK TENTANG DNA | [
"Oleh: Azad Shidee",
"Semua orang pernah dengar tentang DNA, betul? Adakah kita tahu maksud akronim DNA itu? Sebutan sebenar DNA adalah deoxyribonucleic acid, iaitu satu jujukan panjang yang terdapat di dalam nucleus kesemua organisma hidup. ",
"DNA juga boleh dirujuk sebagai cetakan biru (blueprint) kehidupan kerana didalamnya terdapat pelbagai maklumat tentang organisma tersebut seperti jantina, penyakit, sintesis protein dan banyak lagi. Terdapat versi lain untuk DNA iaitu RNA yang merujuk kepada ribonucleic acid. RNA adalah DNA yang pendek dan digunakan untuk proses menterjemah maklumat daripada DNA bagi tindak balas kimia dalam tubuh badan (cth : penghasilan insulin). RNA juga terdapat di dalam organisma hidup termasuk bakteria dan virus. ",
"Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang DNA :",
"Struktur dan ketahanan DNA.",
"DNA hanya dibina oleh empat (4) jenis blok (disebut sebagai nitrogenous base) utama iaitu adenine (A), guanine (G), cytosine (C) dan thymine (T). Kesemua blok tersebut dihubungkan oleh kumpulan phosphate dan terbinalah tulang belakang phosphate. Dikatakan ketahanan tulang belakang phosphate ini mengambil masa 6.8 juta tahun untuk diputuskan kesemuanya (dibawah kondisi sesuai). DNA berbentuk dua rantaian panjang nucleotide (double helix structure) yang dihubungkan dengan ikatan hydrogen.",
"Panjang dan berat DNA",
"DNA sangat panjang sehinggakan kita mampu mengelilingi galaksi jika kesemua DNA dalam badan kita direntangkan! Satu DNA di dalam satu sel panjangnya 6 kaki (1.83 meter). Jika kita mengukur berat semua DNA dalam badan seorang individu, berat tersebut akan mencapai sebanyak 500g sahaja. DNA mampu memuatkan data sebanyak 7 terabyte jika disamakan dengan sistem simpanan memori.",
"Chromosome : Bentuk DNA yang boleh dilihat.",
"Ada satu lagi perkara yang menarik tentang ‘bentuk’ adalah struktur chromosome. Chromosome sebenarnya adalah bebenang DNA yang dipadatkan semasa proses pembahagian sel sedang berlaku. Kita dapat melihat DNA semasa ia berada dalam bentuk chromosome. Manusia mempunyai 46 bentuk chromosome manakala Chimpanzi dan Orang Utan mempunyai 48 bentuk chromosome.",
"Perbezaan maklumat DNA antara manusia.",
"Setiap manusia mempunyai hubungan genetik secara terus daripada nenek moyang kita iaitu Nabi Adam (kepercayaan dalam Islam). Setiap individu mempunyai persamaan jujukan (sequence) dalam DNA sebanyak 91%. Namun, kita hanya dibezakan sebanyak 9% sahaja. Malah, manusia juga dikatakan dihubungkan secara genetic dengan chimpanzi sebanyak 99% (bonobos (Pan paniscus) dan chimpanzee (Pan troglodytes). Tetapi jangan risau, hubungkait secara genetic ini tidak menjadikan kita adalah beruk secara alami. Sebagai umat islam kita menolak teori evolusi ‘manusia berasal dari chimpanzi’. Selain itu, kita juga berkongsi maklumat DNA sebanyak 40% dengan kubis.",
"DNA menyebabkan proses ‘aging’",
"Satu penemuan yang masih menjadi topik panas untuk dikaji adalah pemendekkan DNA yang menyebabkan proses penuaan berlaku. Selalunya kita mendengar proses penuaan disebabkan oleh pemakanan, cuaca setempat dan gaya hidup. Saintis menemui setiap kali proses replikasi DNA, akan terjadi pemotongan hujung DNA iaitu di kawasan telomere. Apabila pemendekan DNA berlaku, maka banyak maklumat-maklumat penting dalam DNA juga akan hilang mengikut arus masa. Proses ini berlaku secara semulajadi. Sesungguhnya ajal maut ditangan tuhan.",
"Kesimpulannya, DNA adalah satu keajaiban ciptaan Allah SWT yang boleh dilihat dan dikaji dimuka bumi. Hanya dengan molekul kecil seperti DNA ini sahaja, Allah mampu menjadikan manusia berbeza setiap seorang dan mempunyai ciri-ciri unik tersendiri"
] |
https://ajar.com.my/2021/03/19/kisah-peroket-termuda-malaysia/ | Kisah Peroket Termuda Malaysia | [
"Siapa tak kenal Hiro Hamada, seorang remaja genius dalam sebuah filem animasi ‘Big Hero 6’. Kalini, kita bercakap tentang realiti ‘Hiro Hamada’ versi muslim di Malaysia.",
"Pada tahun 2020, Ajar sudah ‘review’ satu video mengenai seorang kanak-kanak Malaysia berumur 10 tahun yang sudah pandai mencipta roket. Lebih mengejutkan apabila roket yang dihasilkan bukannya daripada botol biasa yang selalu dipertandingkan di sekolah-sekolah. Tetapi, kanak-kanak ini yang bernama Khawarizmi telah bijak menggunakan perisian CAD Fusion 360 yang telah dipelajarinya pada usia 9 tahun, untuk merekabentuk model roket bahan api pepejalnya sendiri.",
"CAD Fusion 360 ni pula bukanlah perisian main – main. Kebiasaannya perisian ini akan digunakan oleh pelajar universiti untuk membentuk model 3D sebelum dijadikan model yang sebenar. Malah, kanak-kanak 10 tahun ini juga pandai memasang dan menggunakan 3D printer untuk mencetak model roket sendiri. Untuk pengetahuan semua juga, 3D printer ini juga kebiasaannya baru digunakan oleh pelajar kejuruteraan ketika di universiti. Subhanallah.",
"Kepakaran Khawarizmi merekabentuk, memasang dan melancarkan sendiri model roket bahan api pepejal ini sendiri menyebabkan Khawarizmi digelar sebagai Rocketeer Termuda Malaysia!",
"Ke’genius’an Khawarizmi tidak hanya terhenti di situ. Baru-baru ini, ayahnya telah memuat naik satu ‘posting’ di laman muka buku milik beliau mengenai perkembangan anaknya dalam fasa pandemik Kovid-19. Rupanya Khawarizmi telah memanfaatkan masa pandemik ini untuk mempelajari perisian ‘Unreal Engine’ dan membina permainan pelancaran roket maya. Dahsyat semangat anak muda ini!",
"Dan sudah tentu setiap semangat dan kisah ada pencetus dan pemangkinnya. Dalam kisah adik Khawarizmi ini, ayahnya lah individu yang mengajar dan mendokong anaknya sehingga setara ini.",
"Kisah adik Khawarizmi ini seharusnya diketengahkan dan disebarluaskan lagi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja supaya dijadikan sebagai satu suntikan motivasi dan inspirasi untuk berani melaksanakan sesuatu yang luarbiasa walaupun skeptik masyarakat merasakan perkara tersebut mustahil untuk dilaksanakan oleh seorang budak. Segalanya terpulang kepada keinginan, usaha dan ‘mindset’ diri sendiri.",
"Perkara ini juga memerlukan kepada peranan ibu bapa untuk sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk menceburi bidang yang diminati selagimana hal tersebut berlandaskan kebaikan dan bermanfaat dalam kehidupan.",
"Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui dan mempelajari ilmu asas merekabentuk struktur model roket ini, kalian boleh kunci masa korang pada 3 April 2021 ini, jam 8.30 malam hingga 10.00 malam untuk mendengar terus perkongsian daripada adik Khawarizmi kita ni, dan bersama ayahnya juga.",
"Mereka akan bersiaran langsung di saluran berikut :",
"1. Website : https://minggusainsnegara2021.com.my/",
"2. Facebook : https://www.facebook.com/roketstem",
"3. Facebook (peribadi) : https://www.facebook.com/kamarulzamankimia/",
"4. Youtube : https://www.youtube.com/SPACESTEMMALAYSIA/",
"Inilah masanya untuk jadikan diri anda, atau anak anda sebagai ‘Hiro Hamada’ Malaysia yang seterusnya! Atau Ibnu Firnas abad ke-21!"
] |
https://ajar.com.my/2021/03/21/lipas-makhluk-yang-lagi-menarik-dari-anda-pernah-sangka/ | Lipas : Makhluk yang Lagi Menarik dari Anda Pernah Sangka | [
"Oleh: Azad Shidee",
"Dalam banyak-banyak serangga, lipas adalah makhluk Allah yang paling digeruni, menggelikan dan menakutkan. Sebab apa ramai sangat orang takut kepada lipas? Persoalan yang sering ditanya oleh orang yang berani kepada orang yang penakut lipas. Aduhhh, penulis sendiri pun tak tahu nak jawab soalan tu. Mungkin sebab kaki yang panjang, badan hitam yang berkilat atau sebab membawa banyak bakteria. Wallahu ‘alam.",
"Dalam ruangan kali ini, penulis akan berkongsi beberapa fakta yang menarik atau mungkin menakutkan dengan menggunakan fakta sains. Ya, fakta sains yang sebenar, bukannya fakta orang dulu-dulu.",
"1. Kemampuan Hidup di Semua Tempat.",
"Lipas boleh dijumpai di seluruh dunia kecuali antartika. Hal ini menjadikan lipas antara serangga yang mampu dijumpai di setiap negara. Ciri-ciri kawasan yang selalu jadi ‘port lepak’ lipas seperti persekitaran yang lembap, suam dan gelap. Contohnya, saluran paip rumah, bawah almari dan sebagainya. Selain kawasan urban dan rumah, lipas juga boleh ditemui tinggal di dalam gua, dalam tanah, celahan kayu dan pinggir paya. Persoalan tambahan, kenapa kita selalu nampak lipas keluar waktu malam? Haa, perkara ini tejadi kerana lipas adalah spesies nocturnal iaitu lebih banyak aktif pada waktu malam.",
" Peta dibawah adalah contoh taburan lipas german (Blatella germanica)",
"2. Kepelbagaian Spesies dan Morfologi",
"Secara umumnya, lipas yang rakyat Malaysia kenal warna hitam, perang dan mempunyai sayap. Disini saya tambahkan tiga spesies lipas (roaches) untuk memberikan gambaran kepelbagaian spesies.",
"i. Periplaneta Americana",
"Nama mudahnya, lipas amerika. Spesies ini kita selalu jumpa di kawasan rumah. Warnanya agak merah keperangan dan mempunyai garisan kucing di belakang kepala. Inilah lipas yang paling orang kita tak suka masa dia terbang.",
"ii. Lipas Madagascar",
"Lipas Madagascar dikategorikan antara lipas bersaiz besar di dunia dan tidak bersayap. Lipas ini mempunyai bentuk yang panjang dan lapisan kulit yang seakan-akan perisai kulit. Kadang kala manusia membela spesies ini untuk dijadikan haiwan peliharaan. Hobi masing-masing kan, apa nak dikisahkan.",
"iii. Catara rugosicollis",
"Spesies ini memang lain macam sikit. Bentuk badan yang hitam dan seakan-akan perisai perang yang telah dibom. Lipas ini boleh ditemui di kawasan hutan gunung. Entomologist Malaysia telah menemui spesies ini wujud di kawasan hutan Gunung Gading, Sarawak.",
"3. Ketahanan terhadap radiasi nuclear.",
"Satu lagi penemuan yang mengagumkan ialah beberapa jenis lipas diketahui mampu bertahan terhadap dos radiasi yang tinggi. Kajian menujukkan beberapa spesies serangga termasuk lipas mampu bertahan pada dos radiasi 10x ganda berbanding manusia bergantung kepada keadaan dan jenis radiasi. Namun penyelidik masih berdiskusi berkaitan kemampuan ketahanan ini, adakah kesan ini berkaitan survival individua atau kemampuan menghasilkan telur yang tidak mati."
] |
https://ajar.com.my/2021/03/30/boleh-ke-malaysia-mempunyai-gunung-berapi/ | Boleh Ke Malaysia Mempunyai Gunung Berapi? | [
"Rakyat Malaysia perlu merasa bersyukur kerana kerap kali terlepas daripada bencana alam yang besar seperti tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Semua bencana ini selalunya terjadi di negara berdekatan dengan Malaysia seperti Indonesia dan Filipina. Jadi, persoalannya,",
"“Kenapa Malaysia tak diancam?”",
"Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat beberapa faktor penting yang menjadikan Malaysia terselamat daripada bencana alam tersebut. Sebelum itu, mari kita belajar tentang lapisan bumi yang memainkan peranan penting kepada semua bencana tersebut.",
"Bumi mempunyai empat lapisan utama iaitu kerak bumi, mantel, teras luar dan teras dalam. Setiap lapisan mempunyai ciri-ciri tertentu. Tidak semua lapisan bumi ini keras membatu, ada juga yang mempunyai ciri-ciri separa-solid. Manusia telah banyak melakukan projek menebuk bumi semata-mata ingin mengetahui keadaan dalam bumi mahupun mencari kehidupan bawah tanah.",
"1. Kerak Bumi (Crust)",
"Ketebalan kerak bumi dianggarkan kurang daripada 100 km. Setiap tempat dibumi akan mempunyai ketebalan kerak berbeza. Kerak bumi kita boleh andaikan sebagai nipis dan mudah retak (macam kulit telur bila diketuk). Serpihan retak itu geologist menggelarkan sebagai tectonic plates. Perglanggaran antara plat tektonik mampu menyebakan pelbagai jenis bencana alam dan perubahan bentuk benua. Lapisan kerak bergerak lebih kurang 5 cm setiap tahun.",
"2. Mantel",
"Lapisan ini adalah yang paling tebal (<3000km ke dalam). Unsur utama mantel adalah iron (Fe), magnesium (Mg), dan silicon (Si). Suhu dalamnya juga sangat padat dan wujud sebagai semi-solid. Seperti lapisan kerak, mantel juga bergerak di terasnya tetapi kelajuan yang lebih perlahan.",
"3. Teras luar",
"Teras ketiga ini terdiri daripada unsur iron (Fe) dan nikel (Ni). Dianggarkan jarak kedalamanya adalah 5180 hingga 2880 kilometers dari permukaan. Teras ini wujud dalam bentuk cecair yang sangat panas dan terjadi arus pergolakkan (turbulent currents) yang menghasilkan arus eletrik. Suhu teras ini sangat panas kerana terdapat aktiviti pelakuran nuclear daripada unsur uranium (U) dan thorium (Th).",
"4. Teras dalam",
"Bayangkan di dalam bumi, terdapat bebola kecil yang mempunyai suhu hampir sama dengan permukaan matahari. Itulah gambaran teras dalam. Teras keempat ini adalah sebuah bola besi yang padat dengan radius 1220km (lebih kurang panjang Phuket ke Johor Bharu).Tediri daripada unsur iron (Fe) dan nikel (Ni). Jarak daripada permukaan bumi adalah kurang daripada 6400km. Sama seperti lapisan lain yang bergerak, teras dalam mempunyai pergerakkan yang lebih pantas daripada yang lain.",
"Malaysia Terlepas daripada Lingkaran Api Pasifik",
"Malaysia sebenarnya berada diluar lingkaran api pasifik. Indonesia, Jepun dan beberapa negara lain berada diatas lingkaran api pasifik. Oleh sebab itu mereka mempunyai banyak aktiviti gunung berapi yang aktif.",
"Seperti kita sebut diatas, plat tektonik mampu bergerak sebanyak 5cm setahun.Walaupun pergerakkanya sangat perlahan, namun aktiviti ini mampu menyebabkan gempa bumi dan tsunami. Pergerakkan tektonik yang terjadi pada lantai laut akan menghasilkan gempa bumi serta tsunami. Selain itu, negara yang berada pada kerak bumi juga turut akan berubah tempat sehingga mampu memasuki lingkaran api ini.",
"“Ok, sekarang mari kita cuba kaitkan lapisan bumi, pergerakkan tektonik dan kenapa Malaysia terselamat.”",
"Lingkaran api pasifik inilah punca sebenar kejadian gunung berapi. Disebabkan Malaysia telah melepasi kawasan ini, maka zaman sekarang, negara Indonesia pula telah berada di atas lingkaran api tersebut. Kerana itulah Indonesia menghadapi letusan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami dengan sangat banyak. Apabila plat tektonik ini bergerak dan bertembung antara satu sama lain, secara tidak langsung tekanan di bawah tanah akan meningkat sehingga menyebabkan gunung-gunung meletuskan gas beracun dan lava panas. Lava datang daripada ruang Magma yang berada di permukaan atas mantel dan akan ditolak keluar daripada gunung sebagai cecair pekat dan panas (dipanggil lava).",
"Menurut sejarah, ahli geologi telah memberitahu bahawa kedudukan Malaysia sebenarnya pernah berada di kawasaln lingkaran ini. Maknanya, Malaysia pernah menghadapi letusan gunung berapi pada zaman dahulu. Bukti arkeologi telah mengesahkan fakta ini melalui penemuan batuan gunung berapi di Kuantan, Segamat,Grik, Gua Musang, Tawau dan Semporna.",
"Andaikata suatu hari nanti plat tektonik ini bergerak dan Malaysia memasuki semula lingkaran api, maka Malaysia berpotensi melihat aktiviti gunung berapi dan gempa bumi sama seperti Indonesia. Namun berjuta tahun lagi-lah baru merasa.",
"Rujukan",
"1. Explainer: Earth layer by layer. https://www.sciencenewsforstudents.org/article/explainer-earth-layer-layer",
"2. Seven hot fact about the pacific ring of fire. https://science.howstuffworks.com/environmental/earth/geology/ring-of-fire.htm",
"3. Magma role in the rock cycle. https://www.nationalgeographic.org/article/magma-role-rock/",
"4. Volcanoes: How often do they erupt and what happens when they do? https://www.abc.net.au/news/science/2017-11-22/volcanoes-heres-what-happens-when-they-erupt/8997014",
"4. Kredit disemak oleh : Hidayah Nizar, Bsc in Mineral Resources Engineering, USM."
] |
https://ajar.com.my/2021/04/10/riang-riang-yang-meriangkan-periang-yang-riang/ | Riang – riang yang meriangkan periang yang riang | [
"Sesiapa yang pernah pergi berkhemah, masuk hutan dan tinggal dekat dengan kawasan hutan, mesti akan selalu dengar bunyi riang-riang. Spesies serangga ini sangat terkenal di Malaysia sehingga ada yang menjadikan riang-riang sebagai haiwan peliharaan. Tak kurang juga ada yang jadikan kudap-kudap. Kita akan berkenalan dengan riang-riang dan kemudian siasat macam proses riang-riang menjerit.",
"1. Tatanama",
"Selain dipanggil riang-riang, nama antarabangsanya adalah Cicada (Si-ka-da). Hal ini kerana riang-riang berasal daripada order Hemiptera, keluarga Cicadidae. Dianggarkan lebih kurang 3000 spesies yang ditemui dan masih terlalu banyak kekal misteri. Cicada di Malaysia umumnya dilihat berwarna hijau muda dan hijau gelap. Nama saintifik untuk riang-riang Malaysia adalah,",
"i. Tacua speciosa",
"ii. Dunbua vaginata",
"iii. Orientopsaltria beaudouini",
"iv. Kepelbagaian Spesies (gunakan link di rujukan untuk zoom spesies pada quality tertingggi) http://www.cesarebrizio.it/Ento_Boxes/CICADIDAE_01.html",
"2. Kitar Hidup",
"Cicada adalah spesies kumbang yang mempunyai kitar hidup yang tidak lengkap iaitu tidak melalui fasa larva.",
"Dekat mana telur Cicada dilepaskan? Jawapannya adalah di ranting dan dahan. Kemudian apabila telur menetas, Cicada kecil akan menembusi tanah dan menghisap sap sel akar pokok. Cicada bukan pemangsa yang makan serangga kecil yang lain walaupun rupanya agak brutal sikit. Tempoh hidup Cicada adalah berbeza, rekod menujukkan tempoh lama spesies ini boleh hidup adalah 2-5 tahun mengikut faktor tertentu.",
"3. Komunikasi",
"Bagaimana Cicada mengeluarkan bunyi yang bising? (https://youtu.be/b3PRkwixQnQ). Serangga ini mampu mengeluarkan bunyi sehingga 100 decibel. Bunyi yang dihasilkan datangnya daripada organ Tymbal, iaitu sejenis set tulang rusuk di bawah bahagian sayap. Setiap set tulang rusuk tersebut bersambungan dengan otot tymbal. Apabila otot mengendur dan mengecut, tulang rusuk tersebut akan melengkung dan menghasilkan bunyi ‘klik’. Disebabkan oleh aktiviti otot tersebut berlaku dengan pantas (~300klik/saat), maka kita akan mendengar satu bunyi yang tidak putus-putus. Tambahan pula, tulang tersebut terletak di dalam sebuat ruang kosong berdekatan abdomen, maka bunyi klik bertambah kuat.",
"Setiap spesies akan mengeluarkan bunyi yang unik antara satu sama lain. Bunyi tersebut kitab oleh dengar disiang hari.",
"Peristiwa Menarik Cicada di Malaysia",
"Orang Malaysia dan ilmu mistik memang tidak dapat dipisahkan. Pada tahun 2019, terjadi satu peristiwa pokok petai menangis. Maka viral-lah kejadian tersebut. Ramai juga yang menadah air kononnya menyembuhkan penyakit.",
"Selepas beberapa orang pakar mengkaji kejadian tersebut, mereka mendapati air yang keluar datangnya daripada Cicada yang mendiami pokok tersebut. Persoalannya, macam mana air itu banyak sangat dikeluarkan?",
"Hal ini disebabkan oleh kuantiti air yang diambil oleh Cicada daripada sap sel tumbuhan adalah banyak dan menyebabkan Cicada tersebut terpaksa mengeluarkan air yang lebih daripada salur pembuangannya. Pendek kata, “sesedih pokok petai menagis, sedih lagi orang yang meminumnya”.",
"Rujukan",
"1. Malaysia-Cicada Mania : https://www.cicadamania.com/cicadas/category/locations/malaysia/",
"2. Cicadidae, Entomoly Box 1: http://www.cesarebrizio.it/Ento_Boxes/CICADIDAE_01.html",
"3. https://www.britannica.com/animal/cicada",
"4. life cycle and sound produce : https://youtu.be/zRxkZWzFRCY",
"5. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/misteri-pokok-petai-menangis-terjawab-penduduk-tadah-air-kencing-serangga-197252"
] |
https://ajar.com.my/2021/04/13/eksperimen-yang-bakal-mengubah-fizik/ | Fizik Bakal Berubah Untuk Selamanya? | [
"Fizik boleh dibahagikan kepada dua bahagian – fizik klasikal dan fizik moden. Tahun 1900 selalunya diambil sebagai tahun yang menjadi titik pemisah antara dua cabang fizik ini, apabila pada tahun 1905, Albert Einstein memperkenalkan teori Relativiti kepada dunia, dan Max Planck mula meneroka konsep Fizik Kuantum dan pengkuantaan tenaga sekitar hujung tahun 1900, dan teori Kuantum mula ditambah baik pada tahun-tahun seterusnya. Sebelum kewujudan dua bidang fizik moden ini, wujud bidang fizik yang klasikal dan lebih lama dibicarakan ahli sains, antaranya adalah Mekanik Newton, Teori Elektromagnet Klasik yang diterbitkan oleh James Clerk Maxwell, hukum objek samawi bersandarkan idea Kepler dan Newton, serta cabang bidang Termodinamik hasil dari sumbangan ramai ahli sains.",
"Pada satu tahap, ahli fizik merasakan seperti mereka telah memahami segala-galanya. Untuk memahamkan pergerakan, kita hanya perlu memahamkan idea Hukum Pergerakan Newton. Untuk memahami bagaimana enjin berfungsi, kita perlu memahami idea Carnot dalam bahagian Termodinamik. Untuk faham bagaimana litar elektrik berfungsi, cukup sekadar memahami hasil kerja Maxwell. Kesemua idea dari manusia-manusia genius ini dilihat mampu digunapakai untuk menerangkan segala perkara yang berlaku dalam alam semesta kita.",
"REVOLUSI SAINTIFIK",
"Namun hasil dari revolusi saintifik, hasil dari beberapa ‘kelompongan’ yang wujud, saintis pada zaman tersebut dihentak oleh realiti yang dibawa oleh beberapa orang revolusioner yang memberontak melawan saintis lama – Albert Einstein yang memegang idea bahawa masa dan ruang bukanlah bersifat mutlak sepertimana yang didakwa oleh Newton dalam Principia-nya, Planck yang ragu-ragu dengan idea bahawa tenaga itu sifatnya ‘setongkol-setongkol’, meminjam unsur Bahasa dari Prof Shaharir. Dua revolusi besar dalam fizik ini, Relativiti dan Teori Kuantum, kemudiannya memacu lebih banyak revolusi yang baharu, seperti kelahiran cabang Fizik Nuklear, Fizik Keadaan Pepejal (Solid State Physics) dan Fizik Zarah atau Fizik Tenaga Tinggi (High Energy Physics/Particle Physics).",
"Hasil dari bertahun-tahun kajian, sebahagian idea relativity (Relativiti Khusus) berjaya digabungkan bersama dengan Teori Kuantum. Cabang ini, yang kini digelar Teori Medan Kuantum (Quantum Field Theory) membincangkan apa yang akan berlaku sekiranya objek-objek pada skala yang amat kecil (skala Kuantum) mampu bergerak pada kelajuan yang amat laju (skala Relativiti Khusus, atau menghampiri kelajuan cahaya).",
"Dari Teori Medan Kuantum ini pula, satu model baharu yang menggambarkan alam ini dicipta. Model ini terdiri dari dua kelas benda – Fermion dan Boson.",
"FIZIK MODEN",
"Pada satu tahap, kita belajar di sekolah bahawa atom adalah entiti paling kecil dalam alam semesta. Ternyata selepas kelahiran fizik moden, pelbagai entiti yang lebih kecil dari atom berjaya ditemui. Elektron adalah entiti dalam atom yang paling kecil. Proton dan neutron pula, yang merupakan sebahagian dari atom, ternyata sebenarnya tercipta dari entiti yang lebih kecil, iaitu quark. Terdapat beberapa jenis quark yang berbeza, iaitu up, down, charm, strange, top dan bottom, yang apabila dicampurkan, akan menghasilkan partikel yang lebih besar. Selain quark, ada juga muon dan tau serta neutrino mereka, dan kesemua partikel ini, Quark, Elektron, Muon, Tau dan Neutrino mereka (Neutrino Elektron, Neutrino Muon dan Neutrino Tau) kini dianggap sebagai partikel paling kecil dalam kategori Fermion.",
"Untuk Boson pula, Boson boleh dianggap sebagai partikel yang terhasil sewaktu interaksi berlaku. Sebagai contoh, interaksi antara partikel bercas akan menghasilkan daya elektromagnet, dan zarah yang berfungsi sebagai pengantara (mediator) antara partikel bercas itu adalah foton (photon), yang boleh dianggap sebagai tongkolan-tongkolan cahaya (atau bentuk partikel bagi cahaya). Gluon pula bertindak sebagai “gam” yang melekatkan quark untuk menghasilkan neutron dan proton (nama gluon diambil sempena perkataan ‘glue’ yang merujuk kepada gam). Jika ingin dijelaskan dengan mudah, mengambil contoh proton, proton sebenarnya dibina dari quark up, up dan down. Nilai cas elektrik bagi quark up adalah +2/3 cas elektrik, manakala nilai cas bagi quark down adalah -1/3. Sekiranya ditambah, ia akan menghasilkan proton yang mempunyai jumlas cas bersamaan dengan 1.",
"Masalah utama untuk proton adalah – cas bagi quark up adalah positif, dan dua quark up tidak boleh bergabung kerana mereka memiliki cas yang sama (cas positif bertemu cas positif akan menyebabkan mereka saling menolak antara satu sama lain). Dalam kes ini, gluon menjadi gam yang mengikat quark-quark ini, jadi meskipun mereka akan saling menolak, gluon akan menarik mereka.",
"Terdapat juga boson W dan Z yang turut berfungsi untuk interaksi lemah. Dan model di atas tamat selepas saintis berjaya menjumpai Higgs Boson pada tahun 2012 di CERN, dan kesemua partikel ini kini dimasukkan sebagai satu bentuk Model Piawai (Standard Model) yang dipersetujui oleh ahli fizik teori dan eksperimen dalam bidang fizik zarah.",
"Satu-satunya perkara membanggakan dalam kes Model Piawai ini adalah bagaimana ahli fizik teori dan eksperimen berjaya menggembleng usaha, dari memodelkan dan menghasilkan teori bersandarkan matematik dari gabungan Fizik Kuantum dan Relativiti, sehinggalah penciptaan Large Hadron Collider semata-mata untuk mencari kesemua partikel-partikel ini. Model Piawai ini dilihat amat berkuasa, sehingga ia dilihat sebagai salah satu model paling tepat dalam bidang sains, dan ia merupakan cubaan terbaik manusia bagi memahami alam semesta.",
"Namun, kita nampaknya masih belum berjaya.",
"JALAN MATI",
"Disebabkan kejayaan Model Piawai ini, saintis kelihatannya seperti berada dalam satu jalan mati. Segala teori yang dihasilkan berjaya ditentusahkan, dan ia akhirnya membosankan saintis dalam bidang fizik zarah itu sendiri. Secara semulajadinya, sains tidak boleh mengalami revolusi jika segala yang kita tahu dibuktikan betul. Langit itu biru? Betul. Rumput itu hijau? Betul. Air itu jernih? Betul. Perkara ini membosankan minda yang sentiasa penuh dengan tanda tanya, maka apabila tiba-tiba langit bertukar merah, rumput menjadi kering, dan air menjadi keruh, maka kita sekali lagi mula menggerakkan minda kita, segala apa yang kita faham mengenai alam ini ternyata ‘lain’ dalam beberapa situasi yang berbeza.",
"7 April lalu adalah waktu itu – waktu di mana tiba-tiba sahaja langit yang sentiasa biru bertukar merah –air yang sentiasa jernih tiba-tiba bertukar keruh – rumput yang sentiasa hijau bertukar kering.",
"Model Piawai yang selama ini menjadi kebanggaan komuniti fizik zarah kini diganggu gugat kerana salah satu teori yang dicipta ternyata tidak selari dengan hasil eksperimen yang dilakukan di Fermilab. Eksperimen ini memfokuskan kepada momen magnet, dan eksperimen itu bertujuan untuk mengukur momen magnet bagi muon (salah satu partikel asas tadi). Momen magnet (selalunya disebut dalam bentuk faktor g) untuk electron dan muon adalah dalam anggaran g = 2.00. Bagi electron, hasil eksperimen mendapati nilai g bagi electron adalah g = 2.00232, jadi faktor g bagi elektron dikira sebagai dipersetujui antara teori dan eksperimen.",
"Masalahnya sekarang, bagi muon, nilai yang diperoleh Fermilab dapat adalah g = 2.00233183620, sedangkan nilai teori yang dikira adalah g = 2.00233184080. Perbezaan nilainya bermula pada angka ke 7 selepas titik perpuluhan (dalam skala 0.00000001).",
"Kita, sebagai orang biasa, pastinya merasa aneh. “Eh, takkan nilai sekecil itu boleh dikira satu nilai yang berbeza?”",
"Di sinilah beza ahli sains dan orang awam bermula. Untuk bidang seperti bidang fizik zarah, ketepatan pada setiap titik perpuluhan adalah perlu, kerana mereka bermain dengan ‘objek’ yang teramat kecil, yang lebih halus dari debu. Sebarang bentuk pemerhatian eksperimen dan data akan dianalisis dengan titik perpuluhan yang amat besar.",
"Eksperimen mereka bukan dibuat dengan cara masuk lab dan buat eksperimen, tidak.",
"Eksperimen mereka dibuat dengan perancangan yang teliti bertahun-tahun lamanya sebelum eksperimen itu mampu dibuat.",
"Particle physics and high energy physics are the center of high precision science.",
"Berbalik kepada eksperimen muon g-2 (dibaca muon g tolak dua) tadi, gambaran momen magnet yang digunapakai selalunya adalah seperti gasing yang terliuk. Gambaran yang ada di minda saya ketika ini adalah satu gasing yang sedang berputar. Disebabkan adanya geseran dengan udara, maka gasing tersebut akan berhenti.",
"Bagi muon pula, beberapa penambahan diperlukan.",
"Pertama, pergerakan muon itu akan dikawal dengan menggunakan medan magnet. Ini rasanya mudah difahami, sebab medan magnet muon akan berinteraksi dengan medan magnet luaran (external magnetic field). Selain itu, muon akan diletakkan di dalam vakum (supaya tiada gangguan dari benda lain). Meskipun muon diletakkan dalam ruang vakum, namun menurut Teori Medan Kuantum, ruang kosong (vakum) masih lagi mempunyai partikel khayalan (virtual particle). Partikel khayalan ini akan berinteraksi dengan muon, sama gambarannya dengan interaksi gasing dan udara tadi.",
"Pelik juga kalau difikirkan semula. Gasing berinteraksi dengan udara, akan memperlahankan gasing, dan muon, berinteraksi dengan partikel khayalan (yang wujud dari ruang kosong), akan mengubah momen magnetnya.",
"Jadi, apa yang akan berlaku sekarang?",
"Sekarang, saintis akan mula membina teori baru bagi menerangkan kenapa adanya perbezaan antara nilai teori dan eksperimen. Ramai yang berpandangan bahawa ini adalah indikasi bentuk “Fizik Baru diluar Model Piawai” (New Physics Beyond the Standard Model), namun ada juga kertas yang terbit pada hari yang sama yang mengatakan bahawa percanggahan ini masih lagi tertakluk di bawah Model Piawai.",
"Jadi, adakah Model Piawai masih kukuh atau perlukan pembaharuan?",
"Mungkin. Melihat kepada respons dari ahli fizik dalam bidang ini, kebanyakan dari mereka kelihatan teruja dengan perkembangan terbaharu ini. Mungkin mereka sendiri sudah muak dengan “keberjayaan” Model Piawai, dan bagaimana ia terlampau betul sehingga menghilangkan perasaan asal sains – perasaan ingin menerokai sesuatu yang baru.",
"RUJUKAN"
] |
https://ajar.com.my/2021/04/15/kereta-masa-depan-elektrik-atau-hidrogen/ | Kereta masa depan: Elektrik atau hidrogen? | [
"Terkini, dalam fasa transisi ke arah kenderaan emisi sifar, kereta hibrid yang rendah karbon merupakan pilihan terbaik yang ada. Kereta hibrid ini menggunakan kombinasi lebih daripada satu enjin untuk menggerakkan kenderaan seperti contoh pengunaan petrol dan juga elektrik.",
"Penggunaan kereta hibrid tidak begitu meluas di Malaysia dengan hanya kira-kira 52,500 kenderaan didaftarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daripada 2010 hingga 2019 dengan purata pendaftaran kereta hibrid sebanyak 5500 buah kenderaan setiap tahun. Jumlah ini sangatlah kecil jika dibandingkan dengan hampir 500,000 kenderaan yang didaftar oleh JPJ setiap tahun.",
"Kenderaan elektrik (EV) digerakkan oleh tenaga daripada pengecasan bateri manakala kereta elektrik sel fuel (FCEV) adalah kereta yang menggunakan tindakbalas gas hidrogen dan oksigen melalui medium sel bahan api untuk penghasilan tenaga elektrik bagi pengecasan bateri sebelum digunakan untuk menggerakkan motor elektrik.",
"Jenama kereta yang terkenal dengan kereta elektrik seperti Audi, BMW, Mercedes Benz serta Tesla menawarkan model kereta dengan jarak perjalanan bermula sekitar 200 hingga 500 km bagi setiap kali pengecasan bateri. Manakala kereta hidrogen yang komersil pula dikeluarkan seperti Toyota Mirai (2015), Honda Clarity (2016) dan Hyundai Nexo (2018).",
"Jarak perjalanan bagi kereta hidrogen pula adalah sekitar 300 hingga 500 km bagi setiap kali pengisian penuh gas hidrogen. Sebagai perbandingan, jumlah masa yang diperlukan pengisian semula bahan api bagi kereta hidrogen hanyalah 2 hingga 3 minit manakala kereta elektrik memerlukan masa daripada 30 minit sehingga 12 jam bergantung kepada kapasiti pengecasan dan juga kapasiti bateri pada kereta.",
"Walau bagaimanapun, pemilikan kereta elektrik adalah jauh lebih murah daripada kereta hidrogen serta memerlukan kos penyenggaraan yang lebih rendah kerana kurang komponen mekanikal yang bergerak.",
"Selain itu, cabaran pertama bagi adaptasi oleh pengguna di Malaysia adalah kos perolehan dan pemilikan kereta elektrik atau hidrogen itu sendiri.",
"Di Malaysia, harga kereta elektrik dijual bermula dengan harga sekitar RM 180,000 bagi kereta model Nissan Leaf. Kereta hidrogen seperti Toyota Mirai dan Honda Clarity tidak dijual di Malaysia.",
"Sebagai perbandingan, harga bagi Toyota Mirai di Amerika Syarikat bermula sekitar RM 243,900 tidak termasuk duti import, duti eksais, cukai jualan, insuran, kos pengangkutan dan lain-lain. Daripada aspek kos pemilikan dan penyelenggaraan; kereta hidrogen adalah 70 peratus lebih mahal daripada kereta elektrik dan lebih 700 peratus lebih tinggi daripada kereta petrol.",
"Cabaran sebenar bagi pemilik kenderaan elektrik adalah jumlah stesen pengecasan elektrik dan juga masa yang diambil bagi pengecasan bateri. Sehingga Mei 2020, terdapat lebih 271 stesen pengecasan EV di 195 lokasi di 9 negeri seluruh Malaysia. Kebanyakan stesen pengecasan EV ini diletakkan dikawasan strategik seperti di Pusat Rawat & Rehat (R&R), stesen minyak dan juga hotel. Lokasi stesen pengecasan EV tidak menjadi masalah dikawasan bandar terutamanya di Lembah Klang. Tetapi pengecasan kereta elektrik agak sukar dilakukan dikawasan luar daripada Lembah Klang dan juga bandaraya besar seperti Johor Bahru, Ipoh dan Georgetown. Disebabkan itu, pengguna di Malaysia masih selesa menggunakan kereta yang menggunakan petrol dan diesel.",
"Setakat ini, kesesuaian penggunaan kereta elektrik adalah dikawasan bandar dengan jarak perjalanan sekitar 100 hingga 200 km. Begitu juga dengan kereta hidrogen, setakat ini hanya ada 6 stesen bersepadu pengeluaran dan pengisian semula gas hidrogen yang masing-masing berada di Kuching (2), Sri Aman (1), Sibu (1), Bintulu (1) dan Miri (1). Stesen ini dibangunkan oleh syarikat Linde dengan kerjasama Kerajaan Sarawak melalui anak syarikat kerajaan negeri, Sarawak Energy Berhad. Setakat ini masih belum ada stesen bersepadu pengeluaran dan pengisian semula gas hidrogen di Semenanjung Malaysia.",
"Rakyat Malaysia masih lagi selesa dengan menggunakan kereta konvensional yang menggunakan petrol atau diesel disebabkan kekangan kos pemilikan dan penyenggaraan. Ini disebabkan terdapat jurang perbezaan yang signifikan (sehingga 6 kali ganda) dalam kos pemilikan kereta elektrik (paling asas) sekitar RM 180,000 dengan kereta petrol Proton Saga atau Perodua Bezza sekitar RM 30,000 – RM 40,000.",
"Selain itu, pemilikan kereta hidrogen pula adalah sangat jauh daripada jangkauan disebabkan kos pemilikan yang terlalu tinggi. Walau bagaimanapun, usaha penyelidikan dan pembangunan dalam aplikasi teknologi EV dan FCEV tetap perlu diteruskan oleh penyelidik tempatan dalam melahirkan pakar rujuk yang berkemahiran tinggi.",
"Impaknya akan dapat menurunkan kos pemilikan dan penyenggaraan kereta elektrik dan kereta hidrogen serta menjadikannya mampu milik oleh seluruh warga Malaysia pada masa akan datang.",
"Disamping itu, penggunaan kereta elektrik dan kereta hidrogen ini akan dapat mengawal pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera seterusnya mengekang impak perubahan suhu dan iklim dunia.",
"Disediakan oleh;",
"Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin",
"Pegawai Penyelidik Kanan,",
"Institute of Future Energy, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),",
"Universiti Teknologi Malaysia,",
"81310 UTM Johor Bahru, Johor.",
"Rujukan:",
"Sims, R., Creutzig, F., Cruz-Núñez, X., D’Agosto, M., Dimitriu, D., Josefina, M., Meza, F., Fulton, L., Kobayashi, S., Lah, O., McKinnon, A., Newman, P., Ouyang, M., Schauer, J. J., Sperling, D., & Tiwari, G. (2014). Transport; Climate Change 2014: Mitigation of Climate Change. Contribution of Working Group III to the Fifth Assessment Report of the Intergovern- mental Panel on Climate Change.",
"Ball, M., & Weeda, M. (2015). The hydrogen economy – Vision or reality? International Journal of Hydrogen Energy, 40(25), 7903–7919. https://doi.org/10.1016/j.ijhydene.2015.04.032",
"Hydrogen fuel cell vs electric car; What you need to know?",
"https://www.euronews.com/…/hydrogen-fuel-cell-vs-electric-c…",
"Ambrose, A. F., Al-Amin, A. Q., Rasiah, R., Saidur, R., & Amin, N. (2017). Prospects for introducing hydrogen fuel cell vehicles in Malaysia. International Journal of Hydrogen Energy, 42(14), 9125–9134. https://doi.org/10.1016/j.ijhydene.2016.05.122",
"Gambar:",
"https://www.toyota.com/mirai/",
"https://www.tesla.com/en_sg?redirect=no",
"https://automobiles.honda.com/clarity-fuel-cell#",
"https://www.nissan.com.my/vehicles/all-new-nissan-leaf/overview"
] |
https://ajar.com.my/2021/04/17/kisah-cinta-yang-tragis-alam-haiwan/ | KISAH CINTA TRAGIS ALAM HAIWAN | [
"Bila disebut kisah cinta yang tragis pasti terlintas kisah Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, atau Laila dan Majnun. Kisah cinta yang tidak kesampaian. Membawa Sang Pencinta duka, derita dan lara hingga akhir usia. Ini kisah-kisah tentang manusia. Haiwan juga ada kisah-kisahnya yang tersendiri. Kisah tentang Sang Pasangan mencari-cari Sang Pelengkap hidup agar kehidupan yang dilalui lebih bermakna. Dibawah merupakan kisah ikan paus dan mentadak dalam mencari cinta dan berakhir dengan tragedi.",
"Pada tahun 1989, pasukan tentera laut Amerika Syarikat cuba merekod bunyi dalam lautan yang dalam. Dengan harapan dapat mengumpul maklumat tentang pergerakan kapal selam musuh terutama Rusia tetapi mereka telah merekod bunyi dalam laut yang sangat unik. Bunyi ini didengar lagi pada tahun 1990 dan 1991. Dengan berakhirnya perang dingin pada tahun 1991, maka tahun 1992 bunyi ini mulai tidak lagi menjadi rahsia tentera laut Amerika Syarikat. Bunyi ini ialah bunyi pada frekuensi 52 Hz. Hasil kajian Woods Hole Oceanographic Institution bunyi ini dihasilkan oleh seekor ikan paus biru yang sedang memanggil atau menarik pasangan dari jantina berlainan untuk mengawan. Masalahnya spesies ikan paus biru semuanya menghasilkan bunyi dalam laut dengan frekuensi bunyi antara 10 hingga 39 Hz.",
"Memang sesuatu yang pasti dalam dunia ikan paus, spesies tertentu hanya akan menjawab panggilan ikan paus yang lain jika panggilan dan bunyi itu dihasilkan pada frekuensi yang tertentu sahaja. Jika tidak pada frekuensi itu, ikan paus tidak akan menjawab. Oleh itu, panggilan 52 Hertz ikan paus biru ini tidak dijawab oleh mana-mana ikan paus. Sejak dari 2014, setiap tahun, bunyi 52 hertz ini direkod. Ikan paus 52 hertz ini kelihatan tidak berputus asa mencari pasangan saban tahun. Disebabkan perkara ini, ikan paus ini dipanggil ikan paus paling sunyi dalam dunia.",
"Apabila sampai usia matang, mentadak betina akan membengkokkan badannya menyebabkan bahagian abdomen mentadak meninggi. Mentadak betina kemudian akan menghasilkan feromon (bahan kimia) yang menarik dan menjerat sang jantan untuk mendekat. Mentadak jantan akan mulai datang mendekat dari depan untuk melihat jelas sang betina. Pada waktu ini, mentadak betina akan kaku tidak bergerak. Ada jenis spesies mentadak jantan akan melakukan tarian mengawan dimana mentadak jantan akan bergerak dengan cepat dalam keadaan bulatan untuk menunjukkan kepada sang betina mereka layak untuk menjadi pasangan mengawan. Tanpa mentadak jantan ini sedar mungkin ini tarian yang terakhir. Mentadak jantan kemudian akan naik ke atas badan sang betina. Bahagian organ pembiakan mentadak betina dan jantan kini sudah bercantum di mana sperma mulai masuk ke dalam organ pembiakan sang betina.",
"Mentadak jantan akan cuba memegang bahagian badan mentadak betina tanpa dia sedar sang betina mulai memusingkan badan dan kepalanya, dan mulai menggigit kaki depan mentadak jantan. Kemudian mentadak betina mulai menyerang leher mentadak jantan, cuba untuk diputuskan bahagian kepala. Mentadak jantan cuba menolak untuk melepaskan diri tetapi sang betina yang lebih besar, kuat dan rakus menggagalkan usaha mentadak jantan. Dalam cubaan ini, mentadak jantan kini mulai digigit dari bahagian kepala pula. Dari gigitan mentadak betina ini, dia mulai mengunyah dan memakan daging bahagian tangan dan kepala mentadak jantan. Untuk menguatkan lagi penguasaan terhadap mentadak jantan, sang betina menggunakan kaki depan berupa sepit untuk menghalang sang jantan melepaskan diri. Akhirnya, mentadak jantan putus bahagian kepalanya. Ajaibnya sperma dari mentadak jantan masih mengalir masuk ke dalam sang betina. Di sini mentadak betina selain memperoleh sperma, dia juga memperoleh makanan dari tingkahlaku kanibalnya memakan mentadak jantan.",
"Inilah sedikit dari kisah jutaan haiwan yang diciptakan Tuhan. Penuh keunikan dan misteri. Pasti kita pernah mendengar kisah ini, sedikit sebanyak sama dengan kisah manusia. Ada yang masih tercari-cari cinta hati tetapi tidak dijumpai. Ada juga sudah dijumpai tetapi terjerat, dijerat oleh kesengsaraan sepanjang hayat. Begitulah kehidupan yang singkat ini, Tuhan uji dalam melihat selayak mana kita untuk ditempatkan dalam kalangan para Nabi, syuhada dan golongan beriman."
] |
https://ajar.com.my/2021/04/22/lima-fakta-menarik-tentang-hidrogen/ | Lima Fakta Menarik Tentang Hidrogen | [
"Kita mungkin biasa dengar gas hidrogen semasa belajar subjek Sains atau Kimia semasa di sekolah bukan? Terkini, dengan adanya teknologi moden kereta hidrogen yang dihasilkan dapat bergerak sejauh lebih 500 km tanpa mengeluarkan sebarang pencemaran selain hanyalah air sebagai produk sampingan (by-product).",
"Hidrogen kebiasaannya dikaitkan sebagai gas ringan, mudah terbakar, meletup dan berbahaya jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Walaupun gas hidrogen ini adalah ringan, tetapi gas ini tidak sesuai digunakan untuk mengisi belon acara perasmian atau keramaian. Gas yang lebih sesuai untuk digunakan bagi belon acara seperti ini adalah gas helium, walaupun lebih mahal kosnya kerana sifatnya yang lengai dan tidak mudah meletup atau terbakar.",
"Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang hidrogen.",
"Hidrogen adalah sejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau, tiada rasa dan bahan mudah terbakar yang merupakan unsur pertama didalam jadual berkala dengan nombor atom 1 yang merupakan unsur teringkas dan terbanyak di bumi ini. Walau bagaimanapun, hidrogen tidak wujud secara atom tunggal (H) atau pun molekul hidrogen (H2) di dalam keadaan semulajadi. Hidrogen mendidih pada suhu -252.879 °C dan mempunyai ketumpatan gas pada 0.082 kg m-3 pada suhu bilik (25 °C, 1 atm). Sifat kimia hidrogen yang paling awal diketahui adalah hidrogen yang dibakar bersama oksigen akan menghasilkan air. Perkataan hidrogen sendiri berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud pembuat air (water-maker).",
"Hidrogen dihasilkan daripada pelbagai proses kimia seperti kaedah pembaharuan metana stim (steam methane reforming), gasifikasi arang (coal gasification), elektrolisis dan juga melalui kaedah biologi. ",
"Sebanyak 97 peratus daripada hidrogen yang terhasil sekarang ini dihasilkan melalui proses pembentukan hidrogen berasaskan bahan api hidrokarbon. Walau bagaimanapun, proses penghasilan hidrogen ini menghasilkan gas rumah hijau (GHG) yang mencemarkan udara, menipiskan lapisan ozon serta menyebabkan peningkatan suhu secara global seterusnya memberi impak kepada perubahan iklim global.",
"Hasil usaha dan kajian para penyelidik dan saintis, mereka kini berupaya menghasilkan gas hidrogen hijau (green hydrogen) daripada penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui serta tidak melepaskan gas rumah hijau. Contoh sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah daripada hidroelektrik, solar, geothermal, angin, ombak, dan tenaga haba lautan (ocean thermal energy).",
"Hidrogen digunakan untuk menukarkan minyak sayuran kepada produk minyak pepejal atau separa pepejal. Sebagai contoh dalam industri makanan, gas hidrogen digunakan untuk menghasilkan minyak sayuran yang terhidrogenasi seperti marjerin dan mentega.",
"Minyak sayuran akan menghasilkan produk berlainan mengikut tahap penghidrogenan yang dikenakan terhadapnya. Sebagai contoh, produk yang terhasil apabila minyak sayuran mengalami penghidrogenan bermula daripada marjerin separa cecair, marjerin lembut sehinggalah terhasilnya lelemak (shortening). Lelemak banyak digunakan dalam penyediaan pastri seperti kek, biskut dan merupakan penyumbang sumber asid lemak trans yang tinggi.",
"Lemak trans atau asid lemak trans ini merupakan suatu bentuk lemak tidak tepu. Lemak trans ini wujud dalam bentuk semulajadi dan juga bentuk buatan. Walau bagaimanapun, lemak trans buatan atau dikenali sebagai lemak trans industri atau lemak separa terhidrogenasi ini amatlah membahayakan kesihatan dan boleh menjadi punca penyakit berkaitan kardiovaskular.",
"Hidrogen boleh digunakan sebagai bahan api dalam kereta hidrogen melalui tindak balas gas oksigen dan hidrogen di dalam sel fuel untuk menghasilkan tenaga elektrik dan juga air.",
"Di dalam kenderaan fuel cell electic vehicle (FCEV) ataupun lebih dikenali dengan panggilan kereta hidrogen, sel fuel ini dipasang secara bersiri dan tersusun untuk mendapatkan keluaran voltan dan arus yang sesuai bagi kegunaan motor elektrik kenderaan hidrogen untuk membolehkannya bergerak.",
"Hidrogen cecair (liquid hydrogen) telah memainkan peranan yang sangat penting dalam penjelajahan angkasa lepas oleh National Space Agency (NASA) sejak permulaan program Apollo. Hidrogen cecair mempunyai kelebihan yang tidak ditawarkan oleh bahan bakar lain seperti berat molekul yang rendah and keluaran tenaga yang sangat tinggi semasa dibakar bersama dengan oksigen cecair (liquid oxygen). Bahan bakar cecair selalu digunakan sebagai daya tujahan tambahan untuk pelepasan roket daripada tarikan graviti bumi setelah menggunakan bahan bakar pepejal.",
"Sebelum terhasilnya baja, gas hidrogen ini diproses dan bertukar bentuk kepada gas ammonia (NH3) melalui proses Haber-Bosch. Proses ini melibatkan kombinasi antara gas hidrogen dan nitrogen dibawah tekanan dan suhu yang ditetapkan dengan pemangkin keluli.",
"Gas ammonia yang diperolehi, digunakan pula untuk menghasilkan ammonium nitrat sejenis baja yang digunakan bagi menambahkan kesuburan tanah bagi tujuan penanaman pokok dan sayur-sayuran. Selain itu, ammonia juga banyak digunakan sebagai produk pembersih rumah.",
"Kesimpulannya, banyak lagi kegunaan hidrogen dalam kehidupan kita hari ini termasuklah sebagai agen pengeluaran asid hidroklorik, gas penyejuk, penghasilan metanol dan lain-lain. Setiap ciptaan Allah SWT ini dijadikan sebaiknya untuk dikaji serta digunakan bagi manfaat manusia sejagat jika diuruskan dengan baik. Apa sahaja ilmu yang baik haruslah dikongsi untuk manfaat bersama seperti peribahasa Melayu yang mengatakan, membaca itu jambatan ilmu.",
"Disediakan oleh:",
"Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin (P. Tech, AMIChemE) ",
"Pegawai Penyelidik Kanan,",
"Institute of Future Energy,",
"Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),",
"Universiti Teknologi Malaysia,",
"81310 UTM Johor Bahru, Johor.",
"Pelajar Tahun Akhir Doktor Falsafah (PhD) – Hydrogen Production",
"Jabatan Kejuruteraan Kimia & Alam Sekitar,",
"Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia,",
"43400 UPM Serdang, Selangor."
] |
https://ajar.com.my/2021/04/23/sifar-genap-atau-ganjil/ | Sifar : Genap atau ganjil? | [
"Sifar merupakan angka atau nombor yang kita pelajari sejak kecil lagi. Kita sering menggunakan angka sifar dalam kehidupan seharian. Misalnya, sifar sentiasa muncul pada wang kertas yang kita gunakan. Namun begitu, terdapat satu persoalan yang sering dilontarkan. Adakah sifar nombor genap atau nombor ganjil?",
"Sifar mula diketahui oleh Tamadun Sumeria kira-kira 5000 tahun yang lalu. Mereka memperkenalkan sistem pengiraan bagi memudahkan mereka mencatat bilangan haiwan ternakan mereka. Tamadun Sumeria menggunakan simbol tertentu bagi mewakili nilai sifar.",
"Sekitar tahun 650 M, Brahmagupta yang merupakan seorang ahli matematik India menjadi orang pertama yang memformalkan operasi aritmetik menggunakan sifar. Dia menggunakan simbol titik di bawah nombor untuk mewakili angka sifar.",
"Pada abad kesembilan, Muhammad ibn-Musa al-Khawarizmi merupakan orang yang pertama menyelesaikan persamaan yang sama dengan sifar, atau aljabar sepertimana yang kita ketahui sekarang. Al-Khawarizmi menyebut sifar sebagai ‘sifr’ dan menjelang tahun 879 M, sifar ditulis dalam bentuk yang hampir seperti yang kita ketahui sekarang iaitu berbentuk lonjong. Simbol ini kekal dan digunakan sehingga ke hari ini.",
"Sebelum kita membahaskan sama ada sifar merupakan nombor genap atau ganjil, eloklah sekiranya kita mendefinisikan apa itu nombor genap dan ganjil.",
"Nombor genap merupakan nombor yang boleh dibahagi dengan dua atau dengan erti kata lain, nombor yang tidak akan memberikan baki apabila dibahagi dengan dua. Sebagai contoh 2,4,6,8,..",
"Nombor ganjil pula merupakan nombor yang tidak boleh dibahagi dengan dua iaitu nombor-nombor yang akan mempunyai baki apabila dibahagi dengan dua. Sebagai contoh, nombor 1,3,5,7,… .",
"Sekarang, mari kita pelajari apa yang akan berlaku apabila kita melakukan operasi tambah, tolak, darab ke atas nombor ganjil dan nombor genap.",
"Dalam jadual-jadual di atas, kita dapat lihat apabila satu nombor genap ditambah ke satu nombor genap, kita akan mendapat nombor genap semula. Manakala sekiranya nombor ganjil ditambah ke nombor genap, kita akan mendapat nombor ganjil. Namun, untuk operasi pendaraban pula, mana-mana nombor yang didarabkan dengan nombor genap akan menghasilkan nombor genap dan hanya hasil darab dua nombor ganjil akan menghasilkan nombor ganjil.",
"Sekarang mari kita bahaskan topik utama artikel ini iaitu sifar, nombor genap atau nombor ganjil?",
"Sebagaimana yang kita tahu, nombor genap merupakan nombor yang boleh dibahagikan dengan 2. Jadi, mari kita bahagikan nombor 0 dengan 2.",
" 0 apabila dibahagikan dengan 2, hasilnya adalah 0. Jadi, berdasarkan definisi nombor genap di atas, maka sifar sebenarnya merupakan nombor genap!"
] |
https://ajar.com.my/2021/04/24/asal-usul-simbol-matematik/ | Asal-usul simbol matematik | [
"Sejak dari kecil lagi kita mempelajari matematik. Operasi-operasi matematik seperti tambah, tolak, darab sering digunakan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, tahukah anda bagaimana wujudnya simbol-simbol yang kita sering gunakan tersebut? Bagaimana boleh terbentuk simbol-simbol tersebut? Mari kita teruskan.",
"Operasi tambah dan tolak mungkin merupakan operasi matematik terawal yang kita pelajari. Perkataan “add” berasal daripada perkataan Latin iaitu “et” yang bermaksud dan.",
"Tamadun Mesir Purba kira-kira beribu-ribu tahun yang lalu telah menggunakan operasi tambah. Mereka menggunakan sepasang kaki yang berjalan mengikut arah penulisan mereka sebagai simbol tambah malah mereka turut menggunakan simbol kaki terbalik bagi mewakili operasi tolak.",
"Pada tahun 1489, simbol tambah dan tolak pertama kali dicetak di dalam buku Mercantile Arithmetic karya Johannes Widmann.",
"Penampilan pertama simbol + dan – dalam bahasa Inggeris adalah dalam buku The Whetstone of Witte yang ditulis oleh ahli matematik Inggeris, Robert Recorde pada tahun 1551.",
"Simbol darab pertama kali diperkenalkan oleh William Oughtred, seorang ahli matematik yang berasal dari England kira-kira pada abad yang ke 16. Oughtred dikreditkan dengan menggunakan 150 simbol yang berbeza dalam karyanya, namun hanya beberapa simbol yang terselamat dan salah satunya adalah “x” yang mewakili pendaraban.",
"Namun begitu, tidak semuanya berjalan lancar untuk Oughtred kerana beliau mendapat tentangan dari Leibniz yang tidak setuju dengan penggunaan simbol ‘x’ oleh Oughtred. Beliau berpendapat yang penggunaan simbol ‘x’ akan mudah dikelirukan dengan x.",
"Sebenarnya, terdapat simbol lain untuk pendaraban. Sebagai contoh, ahli matematik Switzerland, Johann Rahn, (1622-1676), menggunakan tanda bintang * dalam karyanya Teutsche Algebra (1659). Simbol ini juga masih digunakan di zaman sekarang. Dalam bidang pengaturcaraan misalnya, simbol * digunakan sebagai simbol darab.",
"Ahli matematik Jerman, Gottfried W. Leibniz, memperkenalkan simbol titik bertindih bagi mewakili (:). Simbol : digunakan bagi mewakili nisbah atau “ratio” dalam bahasa inggeris. Ia merupakan antara simbol yang paling banyak digunakan sekarang. Bagi Leibniz, kelebihan menggunakan simbol ini ialah pembahagian dapat dikekalkan di sepanjang garisan yang sama dan hubungan antara pembahagian dengan pendaraban juga dapat dikekalkan.",
"Simbol obelus atau simbol bahagi yang selalu digunakan sekarang, ÷ turut diperkenalkan oleh Johann Rahn dalam buku Teutsche Algebra. Simbol itu kemudian diperkenalkan ke London melalui hasil kerja ahli matematik Inggeris Thomas Brancker yang menterjemah karya Rahn.",
"Dalam buku Mercantile Arithmetic, Robert Recorde turut memperkenalkan simbol sama dengan iaitu ‘=’. Simbol tersebut diperkenalkan kerana beliau penat mengulang perkataan sama dengan banyak kali dalam buku tulisannya. Sebelum itu, beliau telah menulis perkataan sama dengan lebih daripada 200 kali pada 200 muka surat pertama. Jadi, beliau menggantikan perkataan ‘sama dengan’ dengan 2 garis melintang yang sama panjang iaitu ‘=’. Robert Recorde menyatakan yang beliau memilih simbol tersebut kerana pada pendapat beliau, tiada dua benda yang lebih setara berbanding simbol ‘=’.",
"1. Guardian News and Media. (2014, May 21). Notation, notation, notation: a brief history of mathematical symbols | Joseph Mazur. The Guardian. https://www.theguardian.com/science/alexs-adventures-in-numberland/2014/may/21/notation-history-mathematical-symbols-joseph-mazur.",
"2. Karpinski, L. C. (1917). Algebraical Developments Among the Egyptians and Babylonians. The American Mathematical Monthly, 24(6), 257. https://doi.org/10.2307/2973180",
"3. Livio, M. (2017, December 7). Where and When Did the Symbols “+” and “–” Originate? HuffPost. https://www.huffpost.com/entry/where-and-when-did-the-sy_b_2860100.",
"4. Cajori, F. (2015). A history of mathematical notations. CosimoClassics."
] |
https://ajar.com.my/2021/04/24/universiti-berkuasa-solar-di-malaysia/ | Universiti Berkuasa Solar di Malaysia? | [
"Adakah anda tahu, pada tahun 2020, lebih 80% sumber tenaga bagi penjanaan tenaga elektrik di Malaysia adalah daripada sumber bukan diperbaharui (non-renewable resources)?",
"Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, penjanaan tenaga elektrik daripada sumber tenaga bukan diperbaharui Malaysia pada tahun 2020 berada pada tahap 42% bagi arang batu dan 40% sumber gas asli, manakala daripada sumber tenaga diperbaharui (renewable resources) hanyalah 9% selain penjanaan tenaga daripada sumber hidroelektrik sebanyak 8%.",
"Melalui Pelan Pembangunan Penjanaan Tenaga (2020 – 2030) seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Tenaga, pada tahun 2030, penjanaan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui di Malaysia akan meningkat kepada 23% manakala sumber arang batu menurun kepada 29%.",
"Ini akan mengurangkan kebergantungan penjanaan tenaga elektrik daripada sumber bukan diperbaharui seperti arang batu seterusnya dapat mengurangkan perlepasan gas rumah hijau ke atmosfera di bumi Malaysia.",
"Kerajaan Malaysia amat komited untuk meningkatkan penghasilan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui daripada 2% pada tahun 2019 kepada 20% pada tahun 2025. Ini adalah suatu komitmen besar kerajaan untuk mencapai lonjakan hampir 10 kali ganda (1000%) daripada status sumber tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2019.",
"Salah satu cara untuk menjana sumber tenaga boleh diperbaharui adalah melalui penghasilan tenaga elektrik menggunakan fotovoltaik solar. Dengan perkembangan teknologi terkini, kos pemasangan bagi kegunaan domestik sistem fotovoltaik solar telah dapat diturunkan dengan banyak kepada hanya RM 4,000 – 5,000 bagi setiap 1 kWp sistem yang dipasang.",
"Selaras dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan penghasilan tenaga elektrik boleh diperbaharui daripada solar, kerajaan telah memperkenalkan empat (4) fasa Stesen Fotovoltaik Solar Berskala Besar (LSSPV) yang dibuka untuk bidaan bermula daripada tahun 2016. Inisiatif ini adalah langkah penawaran kompetitif bagi menurunkan kos tenaga boleh diperbaharui daripada tenaga solar.",
"Jumlah sasaran tenaga elektrik boleh diperbaharui yang telah ditetapkan adalah sebanyak 1,000 MW atau pun 1 GW dengan beberapa syarikat yang telah memenangi bidaan dan berjaya mendapatkan kelulusan kerajaan bagi pembinaan LSSPV sehingga berkapasiti 50 MW bagi setiap stesen.",
"Tahniah dan syabas diucapkan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana telah berjaya mengoperasikan dua (2) stesen janakuasa fotovoltik solar berskala besar di Gambang, Pahang dan Pasir Gudang, Johor.",
"Stesen ini mula beroperasi pada bulan April 2019 dengan dimiliki dan dioperasikan oleh UEFSB melalui Special Purpose Vehicle (SPV), UiTM Power Sdn. Bhd. Kos pembangunan UiTM Solar Park I ini sebanyak RM 278 juta dengan 80% pembiayaan melalui terbitan sukuk. Melalui projek ini, UiTM telah diiktiraf sebagai universiti pertama di dunia yang membiayai projek hijau melalui penerbitan ASEAN Green SRI Sukuk.",
"Mula beroperasi pada November 2020, stesen janakuasa fotovoltaik solar Solar ini mempunyai kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 25 MW dan merupakan stesen kedua terbesar selepas UiTM Solar Park I (50 MW). Stesen janakuasa solar ini dijangkakan akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 11,000 ton setiap tahun.",
"Dengan adanya UiTM Solar Park I 50 MW and UiTM Solar Park II 25 MW, UiTM berupaya menjana tenaga hijau (green energy) daripada sumber tenaga boleh diperbaharui sebanyak 75 MW. Ini belum lagi mengambil kira kapasiti penjanaan tenaga melalui projek “Solar Rooftop” yang telah atau dirancang untuk dipasang di lokasi lain di kampus cawangan UiTM di seluruh negara.",
"Dengan kapasiti penjanaan tenaga elektrik melalui fotovoltik solar sebanyak 75 MW melalui UiTM Solar Park I dan II, secara rasminya, UiTM telah diiktiraf sebagai universiti awam pertama di Malaysia dengan kemudahan penjanaan tenaga solar terbesar serta universiti awam pertama di Malaysia yang mengoperasikan stesen janakuasa fotovoltaik solar secara komersil. Kedua-dua LSSPV milik UiTM ini telah mendapat kelulusan bagi konsesi pembelian tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 30 tahun.",
"Sebanyak tujuh (7) perjanjian pembelian tenaga (PPA) telah ditandatangani bagi tujuan pemasangan fasiliti fotovoltaik solar bagi projek “On-Campus Energy Optimization and Solar Rooftop” untuk kampus UiTM di Dungun, Permatang Pauh, Jengka, Kuala Pilah, Alor Gajah, Segamat dan Bertam.",
"Projek fotovoltaik solar yang lain seperti LSS TNB 50 MW di Sepang (2018), Quantum Solar Park Malaysia, 50 MW di Pendang, Kedah serta beberapa lagi stesen LSS berkapasiti 50 MW bertempat di Gurun, Kuala Ketil di Kedah, Merchang di Terangganu, Jasin di Melaka dan Rembau di Negeri Sembilan.",
"Semoga perancangan dan pelaksanaan LSSPV di Malaysia dapat berjalan dengan lancar bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber tenaga tidak boleh diperbaharui. Dengan itu, import arang batu dapat dikurangkan secara langsung manakala kesan jejak karbon (carbon footprint) dapat diminimumkan secara tidak langsung, seterusnya diharapkan langkah ini dapat membantu dalam mitigasi perubahan iklim secara global.",
"Disediakan oleh:",
"Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin (P. Tech, AMIChemE)",
"Pegawai Penyelidik Kanan, Institute of Future Energy, Universiti Teknologi Malaysia",
"Pelajar Tahun Akhir Doktor Falsafah (PhD) – Hydrogen Production",
"Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia"
] |
https://ajar.com.my/2021/04/28/dekat-muka-pun-ada-kutu/ | DEKAT MUKA PUN ADA KUTU?! | [
"Kutu merupakan spesies organisma yang kecil tetapi tidak dikategorikan sebagai serangga.",
"Ya, benar. Kutu bukan serangga kerana ciri-ciri serangga tidak ada pada fizikal seekor kutu.",
"Kutu datang daripada filum Arthropoda, iaitu satu kluster kumpulan besar dimana terdapat juga pecahan kumpulan dalaman seperti insecta (serangga), crustachea (udang) dan araknida (labah-labah).",
"Umumnya, kutu yang berinteraksi dengan manusia diketahui sebagai binatang yang hidup di kawasan rerambut tebal seperti di kepala dan di badan haiwan yang berbulu. Namun, terdapat juga kutu tinggal di kawasan kulit mamalia yang lain dan lebih tepatnya dikawasan liang roma muka.",
"Demodex spesies adalah kutu yang telah lama hidup bersama dengan spesies mamalia. Terdapat dua spesies Demodex yang ada pada manusia iaitu Demodex folliculorum dan Demodex brevis. Spesies Demodex diketahui sebagai spesies arthropoda yang paling kecil pernah dijumpai dan dikesan sebagai ‘parasitic mites’.",
"Kedua-dua spesies ini sangat umum dijumpai di sekitar muka manusia. Penemuan spesies ini pula telah terjadi pada tahun yang berbeza iaitu Demodex folliculorum (1842) dan Demodex brevis (1963). D. folliculorum dijumpai tinggal di dalam liang-liang roma (fair follicle) manakala D. brevis tinggal di kawasan kelenjar sebum yang berhubung dengan liang roma.",
"Kutu muka kelihatan agak ‘alien’ berbanding spesies kutu lain yang kita jumpa. Badannya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mempunyai lapan pasang kaki dan juga kepala. Bahagian kedua pula sangat panjang. Saiz badan Demodex hanya antara 0.3-0.5 mm sahaja.",
"Selain itu, warna tubuh badan pula agak lut cahaya sehinggakan kutu ini memilih untuk bergerak hanya pada waktu malam bagi mengelakkan terkena cahaya matahari. Kelajuan pergerakan pula hanyalah 8-16 cm per jam.",
"Apakah yang dimakan oleh kutu muka untuk hidup?",
"Kutu muka bukanlah spesies alien yang akan makan jantung manusia semasa kita tidur. Spesies ini hanya makan minyak dan sel-sel muka. Antara kawasan ‘hot spot’ di muka adalah bulu mata, pipi, kening dan dahi. Ada juga bukti bahawa kutu ini boleh berada di tempat lain seperti tengkuk, bulu badan dan kawasan kemaluan.",
"Dalam aspek pembiakan, Kutu Demodex mampu bertelur 15-20 biji telur sepanjang hidup. Ini kerana, kutu yang dewasa hanya hidup lebih kurang 3 minggu sahaja. Kawasan bersalin kutu ini adalah di dalam liang roma. Apabila terlalu banyak sisa-sisa telur yang menetas di kawasan liang roma, maka kawasan tersebut akan tersumbat.",
"Manusia dilahirkan tanpa kutu namun kita mewarisi kutu muka ini sejak 3 juta tahun terdahulu lagi. Boleh dikatakan kita semua mempunyai hubungan kekeluargaan melalui kutu muka. Apabila seorang bayi lahir, kutu daripada ibu, ayah, saudara mara akan dipindahkan melalui sentuhan kepada bayi tersebut.",
"Terdapat pelbagai industri kosmetik yang dilihat mengeluarkan pelbagai produk untuk membasmi kutu muka. Adakah ini bermaksud kutu muka sangat berbahaya dan kita wajib membeli produk tersebut?",
"Kehadiran kutu muka tidak merbahaya kepada manusia. Kalau berbahaya, sudah lama kita menghadapi ‘Pandemik Kutu Muka’. Kutu muka hanya akan memberikan ancaman kepada kita apabila populasinya terlalu banyak dan apabila seseorang itu mempunyai jenis kulit sensitif.",
"Kesan umum apabila terjadi serangan Demodex adalah kulit kemerah-merahan, kegatalan pada kulit dan ekzima. Jika terdapat banyak aktiviti Demodex dikawasan bulu mata, pesakit akan merasai kegatalan disitu dan kelihatan cecair yang mengeras (keratinization) di sekitar bulu mata.",
"Cara umum untuk menghalang muka kita dijajah oleh Demodex adalah dengan membasuh muka dua kali sehari menggunakan pencuci muka yang lembut. Kita juga boleh menggunakan ‘Tea tree oil’ pada kawasan yang mengalami kegatalan. Gunakan produk yang sesuai seperti direkomendasi oleh syarikat kosmetik. Jika terdapat serangan yang lebih teruk, segeralah bertemu dengan pakar kulit. Anda juga digalakkan membasuh bantal, selimut, penutup mata dan tuala muka dengan kerap.",
"1. https://www.healio.com/news/optometry/20120225/demodex-infestation-requires-immediate-aggressive-treatment-by-doctor-patient",
"2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3884930/",
"3. https://www.sciencemag.org/news/2015/12/what-mites-your-face-say-about-where-you-came",
"4. https://www.medicalnewstoday.com/articles/321831#treatment"
] |
https://ajar.com.my/2021/04/28/tiga-ekor-ayam-tujuh-ekor-itik-10-ekor-angsa/ | TIGA EKOR AYAM + TUJUH EKOR ITIK = 10 EKOR ANGSA? | [
"Anda akan ketawa apabila melihat persamaan di atas. Tidak masuk akal. Dari sudut sains, unitnya sahaja tidak sama. Ibarat 3 kg + 4°C = 10 m. Kita tinggalkan sebentar kisah ayam, itik dan angsa tersebut. Sekarang kita cuba lihat satu istilah sains, iaitu Kehomogenan Dimensi (Dimensional Homogeneity). ",
"Kehomogenan Dimensi adalah istilah merujuk pada persamaan yang mana unit di sebelah kanan dan di sebelah kiri adalah sama. Sebagai contoh mari kita lihat persamaan yang biasa kita lihat, iaitu persamaan gerakan linear.",
"Sepertimana yang diketahui, ‘v’ di sini merujuk pada halaju sebelum dan ‘u’ merujuk halaju selepas di dalam unit m/s. Manakala, ‘a’ merupakan pecutan di dalam unit m/s2 dan ‘s’ adalah sesaran di dalam unit m.",
"Terbukti persamaan di atas termasuk di dalam kategori persamaan yang Dimensinya homogen. Iaitu kuasa meter dan saat di sebelah kanan sama dengan sebelah kiri. Dan ya, anda boleh pergi jauh dengan melihat pelbagai persamaan lain seperti persamaan yang biasa kita lihat, Hukum Newton kedua, persamaan Bernoulli atau persamaan yang lebih rumit, persamaan Navier-Stokes. Kesemuanya persamaan ini mematuhi konsep Kehomogenan Dimensi.",
"Tetapi tahukah anda ada beberapa persamaan di bidang kejuruteraan yang konsepnya seperti ayam, itik dan angsa tadi? Dalam erti kata lain persamaan yang tidak mematuhi Kehomogenan Dimensi.",
"Sebagai contoh persamaan Hazen-William. Persamaan ini digunakan untuk mengira perbezaan tekanan dalam paip air. Persamaan ini diberikan oleh,",
"Di mana Q merupakan kadar alir di dalam m3/s, D adalah diameter paip, dp/dl adalah perbezaan tekanan per unit panjang. Tanpa perlu melihat jauh, disebabkan terdapat kuasa ‘pelik’ iaitu 2.63 dan 0.54, dapat diketahui persamaan ini tidak homogen dari segi dimensi.",
"Jadi persamaan ini salah. Mungkin itu yang terlintas di fikiran anda. Sebelum kita membuat kesimpulan, kita lihat satu lagi contoh persamaan lain, persamaan Manning. Persamaan ini digunakan untuk mencari halaju air bagi sistem aliran saluran terbuka (Open channel flow).",
"Di mana C merupakan pemalar rintangan aliran, R adalah jejari di dalam meter, dan S adalah kecerunan saluran (tiada unit). Manning membentangkan hasil kajiannya pada tahun 1889. Persamaan Manning ini hampir sama dengan apa yang telah dikemukakan oleh Gauckler pada 1868. Disebabkan hal ini terkadang persamaan ini juga dikenali dengan Persamaan Gauckler-Manning. Terdapat beberapa analisis penting terhadap persamaan ini dilakukan oleh Strickler pada 1923. Oleh yang demikian di Eropah persamaan ini lebih dikenali dengan Persamaan Gauckler-Manning- Strickler.",
"Sekarang mari kita lihat bentuk yang paling kerap digunakan untuk menggambarkan persamaan Manning ini. Di mana C di tukar kepada 1/n atau kepada K menurut Strickler.",
"Persamaan di atas ini adalah persamaan yang pelik. Ini kerana untuk menjadikan ia sebagai persamaan yang mematuhi konsep kehomogenan dimensi, pemalar n perlu mempunyai unit s/m1/3. Sedangkan n adalah pemalar tanpa unit seperti mana tercatat dalam buku dan jurnal. Jika diterima n dengan unit yang demikian, ianya juga susah untuk dihadam kerana unitnya yang agak pelik.",
"Katakanlah pemalar n ini mempunyai unit s/m1/3, jadi apabila persamaan di atas digunakan untuk mengira halaju aliran mengikut sistem Imperial, iaitu halaju di dalam unit kaki/saat (ft/s), sepatutnya nilai n ini ditukar kepada s/ft1/3. Namun ini amatlah menyukarkan kerana nilai n perlu ditukar untuk setiap kali pengiraan.",
"Terdapat pula cadangan bahawa unit s/m1/3 ini bukanlah untuk n, tetapi untuk nilai 1 di dalam persamaan tersebut. Inilah cadangan yang kelihatan terbaik meskipun masih membingungkan kerana 1 hanyalah nombor dan bukan sebarang parameter. Terdapat pelbagai cara lain turut dikemukakan namun, hakikatnya ianya tidak menutup kecacatan yang ada pada persamaan ini.",
".",
"Jadi berbalik kepada isu asal, adakah persamaan-persamaan ini salah? Secara matematiknya boleh dikatakan salah, tetapi hakikatnya persamaan ini tidaklah salah secara keseluruhan. Apatah lagi persamaan-persamaan ini telah menunjukkan keputusan yang baik.",
"Persamaan Hazen-William misalnya, digunakan secara meluas di dalam reka bentuk sistem perpaipan seperti sistem pemercik (fire sprinkler systems), sistem pengagihan air (water supply networks) dan sistem pengairan (irrigation systems). Manakala persamaan Manning pulasangat popular digunakan untuk permasalahan sistem aliran terbuka.",
"Persamaan-persamaan ini lebih dikenali dengan istilah persamaan empirikal, di mana ianya dihasilkan dengan membandingkan data-data uji kaji. Sebagai contoh, Manning telah menghasilkan persamaan tersebut dengan membandingkan data-data dari 170 uji kaji yang telah dilakukan.",
"Maka secara ringkasnya persamaan-persamaan ini hendaklah digunakan dengan berhati-hati dengan mengambil kira kekangan yang telah di nyatakan. Sebagai contoh Persamaan Hazen-William hanya boleh digunakan untuk air sahaja. Ia juga tidak mengambil kira kesan suhu dan kelikatan air tersebut.",
"Jadi adakah TIGA EKOR AYAM + TUJUH EKOR ITIK = 10 EKOR ANGSA itu benar? Jawapannya tidak. Kerana tiada data dari hasil uji kaji menyatakan sedemikian, kecuali jika para pembaca dapat membuktikannya.",
"Disediakan oleh,",
"Nurudin Abdul Settar",
"Pensyarah Bidang Kejuruteraan."
] |
https://ajar.com.my/2021/04/30/hasil-taburan-graf-surah-al-quran-yang-menakjubkan/ | HASIL TABURAN GRAF SURAH AL-QURAN YANG MENAKJUBKAN! | [
"17 Ramadan telah dipilih oleh jumhur ulama’ sebagai hari Nuzul al-Quran. Terdapat juga beberapa ulama’ yang berpendapat bahawa peristiwa ini berlaku pada tanggal 7 Ramadan, 18 Ramadan, 21 Ramadan atau 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, perbezaan-perbezaan ini mempunyai ijtihad tersendiri di kalangan ulama’ dan hanya Allah sahaja Maha Mengetahui kebenarannya. Walaupun demikian, kita perlu mengimani kalam Allah yang menyatakan bahawa al-Quran ini diturunkan dalam bulan Ramadan sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Baqarah ayat 185:",
"Maksudnya : “Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara haq dan batil).”",
"Nuzul al-Quran merupakan peristiwa penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir dengan melalui dua tahap utama.",
"1. Al-Quran diambil oleh Malaikat Jibril di Lauh Mahfuz dengan perintah dan keizinan Allah, lalu diturunkan ke langit dunia (Baital-Izzah) secara sekaligus.",
"2. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W secara beransur-ansur selama 23 tahun dari langit dunia melalui Malaikat Jibril dalam beberapa cara, antaranya ialah Malaikat Jibril memasukkan ayat ke dalam hati Nabi S.A.W ketika Baginda S.A.W tidak terkesan oleh panca indera, tetapi, Baginda S.A.W merasa bahawa wahyu itu berada di dalam hatinya, dan Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan menyampaikan ayat kepada Baginda S.A.W sehingga Baginda S.A.W menghafaz ayat yang diturunkan itu sebelum disampaikan kepada sahabat-sahabat Baginda S.A.W.",
"Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai wasilah utama penyampaian kalam Allah kepada umat manusia seluruhnya sebagai satu panduan kehidupan. Firman Allah S.W.T dalam Surah As-Sad, ayat 29 :",
"Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”",
"Al-Quran merupakan kitab yang begitu istimewa dan tidak tertanding dengan mana-mana kitab. Terlalu banyak keistimewaan yang terkandung dalam Kitabullah ini. Tetapi, pada artikel kali ini, saya ingin menekankan satu sisi dalam salah satu keistimewaannya iaitu mukjizat.",
"Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Isra’ ayat 88 :",
"Maksudnya: “Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.”",
"Dalam kitab al-I’jaz al-Ilmi oleh Yusuf al-Haj Ahmad menyebut bahawa : “Tidak diragukan lagi bahawa sudut kemukjizatan Al-Quran al-Karim begitu pelbagai dan tepat. Dari aspek kepelbagaiannnya antara lain kemukjizatan saintifik, kemukjizatan legislatif, kemukjizatan retorik, kemukjizatan metafisik, kemudian yang terakhir kemukjizatan artistik-ilustratif. Sementara dari ketepatannya, kita boleh melihat sejumlah amaran yang dibuktikan kebenarannya oleh sains moden dari waktu ke waktu. Fakta-fakta alamiah (bahanal) mahupun imbahanal ini semakin menegaskan dan mendukung isyarat yang diberitakan al-Quran.”",
"Al-Quran tidak hanya terbatas pada sesuatu perkara sahaja, tetapi meliputi keseluruhan pengetahuan yang ‘haq’ atau benar, dan diterima bersama oleh fitrah, akal, dan wahyu. Syed Muhammad Naquib al-Attas pernah menyebut bahawa Al-Quran harus dilihat bukan semata-mata sebagai sebuah kitab suci yang hanya dibaca dengan tertib, tetapi sebagai sumber ilmu, sama ada ilmu pengetahuan ataupun ilmu pengenalan.",
"Al-Quran sebagai satu mukjizat mampu mencabar akal manusia untuk mencari dan meyakini kebesaran Allah yang Maha Hebat dalam setiap penciptaan dan aturan sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Keunikan yang terdapat dalam penyusunan kandungan Al-Quran merupakan satu daripada pelbagai bentuk keunikan dan kehebatan yang terdapat dalam mukjizat Al-Quran.",
"Beberapa pengkaji telah berusaha untuk meneliti, mendalami dan mengkaji isi kandungan Al-Quran bagi melihat keunikan dan kehebatan susunannya. Antara kajian perihal ini telah dijalankan oleh Mohd Arip Kasmo pada tahun 2010 kerana usaha beliau bagi membidas pertikaian-pertikaian orientalis Barat dan penyebar agama Kristian terhadap kebenaran Al-Quran. Manakala, bagi penulisan ini, saya merujuk kepada dapatan kajian oleh Hazwani Che Ab Rahman, Nur Asyikin Hamdan, Abdul Latif Samian dan Nazri Muslim, yang telah dilakukan pada tahun 2016.",
"Kajian ini terlaksana melalui kaedah pemasukan maklumat nombor-nombor daripada penyusunan Al-Quran yang melibatkan bilangan ayat, kronologi diturunkan surah, dan kedudukan nama surah (nombor surah) ke dalam perisian Microsoft Excel dan seterusnya mengarahkan graf taburan yang diinginkan.",
"Kajian ini adalah lanjutan daripada dapatan kajian Mohd Arip Kasmo dengan dapatan yang sangat menakjubkan!",
"Graf taburan pertama yang dibentuk ialah suatu graf yang melibatkan nombor atau kedudukan nama surah dan bilangan ayat bagi setiap surah dalam Al-Quran. Pemasukan maklumat pada Microsoft Excel dalam sel seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.",
"Pemasukan nama surah yang bermula dengan surah terakhir ini dilakukan bertujuan untuk membentuk hasil yang lebih jelas kelihatan pada kedudukan yang sepatutnya. Seterusnya, Microsoft Excel diarah untuk membina suatu graf taburan berdasarkan maklumat-maklumat yang telah disenaraikan dengan paksi-x mewakili kedudukan nama surah dan paksi-y mewakili bilangan ayat bagi surah masing-masing.",
"Berikut merupakan hasil graf taburan tersebut :",
"Graf taburan yang terhasil menunjukkan surah an-Nass merupakan suatu titik yang menghampiri asalan, manakala surah al-Fatihah mewakili titik yang paling jauh kerana kedudukan surah al-Fatihah yang diletakkan dalam sel yang berada di kedudukan ke-114 dalam Microsoft Excel.",
"Graf taburan ini kemudiannya digunakan untuk proses seterusnya iaitu proses penyambungan titik-titik yang terlibat seperti pada rajah di bawah.",
"Kalimah yang terbentuk hasil daripada penyambungan titik-titik koordinat ini ialah Allah dengan ejaan jawi.",
"Pada sudut pandang yang sedikit berbeza, cantuman titik-titik koordinat pada graf yang sama dapat membentuk satu perkataan lain, iaitu kalimah nama pemilik junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam tulisan jawi.",
"Justeru, dua kalimah yang terhasil daripada cantuman taburan titik-titik koordinat untuk graf pertama ini merupakan dua kalimah yang terdapat pada kunci agama Islam, iaitu Syahadah.",
"Graf taburan yang kedua adalah dibentuk melalui pemasukan kedudukan nama surah (nombor surah) dan kronologi penurunan surah-surah tersebut. Pemasukan maklumat pada Microsoft Excel pada sel seperti yang ditunjukkan dalam rajah tersebut.",
"Pada bahagian ini, hasil penelitian yang berulang kali membawa pengkaji kepada satu lagi penemuan kalimah jawi.",
"Pandangan kalimah yang muncul dari sudut ini masih tidak jelas seperti yang ingin digambarkan, lalu dilakukan putaran rajah 5 mengikut arah lawan jam sebanyak 90 darjah.",
"Nampak tak apa yang saya nampak? Subhanallah!",
"Penemuan-penemuan ini merupakan bukti bahawa Al-Quran bukan kitab rekaan manusia, tetapi, ia milik Allah Yang Maha Mengatur dan Membentuk segala sesuatu. Mustahil bagi manusia untuk melakar kalimah yang amat bermakna ini, sedangkan ketika penurunan Al-Quran selengkapnya, masih belum wujud sistem nombor Muslim, kertas, atau graf taburan seperti yang wujud pada hari ini. Malah, pembangunan sistem graf ini memerlukan kepada sistem penomboran yang menunjukkan susunan dan ketepatan sesuatu perkara.",
"Abdul Latif Samian menyatakan bahawa penomboran kepada surah dan bilangan ayat di dalam Al-Quran menunjukkan peranan nombor yang penting bagi memastikan Al-Quran berada dalam keadaan tersusun di mana nombor merupakan makhluk Tuhan dan setiap sesuatu di alam ini semestinya boleh dinomborkan.",
"Sesungguhnya Allah S.W.T bersifat Maha Merancang, Maha Menghitung, Maha Membentuk dan Maha Hebat dalam setiap perkiraan yang dilakukan.",
"Selain itu, penemuan ini juga membuktikan bahawa Al-Quran merupakan mukjizat yang bukan semata-mata menjadi pegangan dan mentauhidkan Allah, malah merangkumi sains matematik dan penomboran yang memenuhi kehendak manusia berilmu. Malah, dalam ilmu pengkomputeran yang menguasai dunia moden hari ini turut terhasil asasnya daripada Al-Quran melalui pembuktian ahli sejarawan bahawa tokoh ilmuwan Islam, Al-Biruni merupakan pencipta komputer pertama di dunia apabila beliau menemui “0” dan angka “1” dalam formula matematiknya yang berasaskan Al-Quran.",
"Sesungguhnya ilmu-ilmu yang terkandung dalam kitab ini sudah cukup membuktikan maha luasnya ilmu Allah. Allahuakbar!",
"Maksudnya : “Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)”. – Surah al-Kahfi : 109",
"Oleh yang demikian, Al-Quran merupakan kitab yang perlu dipercayai dan diimani sepenuhnya walaupun penerangan ayat-ayat Al-Quran secara rasional dan mantiknya bertentangan dengan pemikiran seseorang yang lain. Dan beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu daripada rukun Iman.",
"Seperkara lagi perkara yang perlu kita sedar bahawa di Mahsyar nanti hanya dua amalan sahaja yang akan berani berkata-kata di hadapan Allah bagi membela tuannya, iaitu puasa dan membaca Al-Quran. Maka, bagi mereka yang mengimpikan keredhaan Allah dan Syurga-Nya, sudah pasti mereka akan merebut peluang yang diberikan Allah pada saat ini di bulan Ramadan untuk berpuasa dengan erti ibadah yang sebenar dan memperbanyakkan bacaan Al-Quran bagi mendapatkan dua syafaat utama ini untuk membantu mereka bersuara di hadapan Allah tika mana semua makhluk termasuklah para Nabi dan Rasul ketika itu hanya mampu diam membisu dan tunduk ketakutan akan kedahsyatan kemurkaan Allah S.W.T.",
"Apakah kita termasuk dalam golongan ‘mereka’ ini? Jawablah sendiri. Muhasabah.",
"1. IMAN-2016-0403-05.pdf (ukm.my)",
"2. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – BAYAN LINNAS SIRI KE-28: NUZUL AL-QURAN DAN PERPADUAN UMMAH (muftiwp.gov.my)",
"3. TARIKH NUZUL AL-QUR’AN: SATU PERBINCANGAN – Abu Anas Madani"
] |
https://ajar.com.my/2021/05/04/kalau-korang-jadi-banduan-ni-apa-korang-buat-dilema-banduan/ | ‘Kalau korang jadi banduan ni, apa korang buat? – Dilema Banduan’ | [
"Haziq dan Peah telahpun menjadi penjenayah!",
"Mula berkenalan pada 18 Jun 2019, Haziq dan Peah telah berkomplot untuk merompak Bank Nilapor yang terletak di daerah Value 3, di negara District 9. Mereka merancang rompakan mereka dengan penuh teliti, bagaimana wang akan dibawa keluar, kereta apa yang akan mereka gunakan. Mereka yakin mereka akan berjaya.",
"Tapi ternyata, pasukan polis di daerah Value 3 lebih hebat. Tak sampai 15 minit rompakan di Bank Nilapor berlaku, Haziq dan Peah telah ditangkap, dan mereka berdua dikurung dalam dua lokasi yang berbeza.",
"Menurut hukum negara District 9, mereka yang ditahan kerana merompak akan dipenjara selama maksimum 5 tahun lamanya. Ini bermakna, Haziq dan Peah akan dipenjara dan masing-masing akan menerima hukuman untuk tempoh 5 tahun penjara.",
"Namun pihak peguam memberikan pilihan kepada Haziq dan Peah.",
"Pilihannya adalah:",
"Sekiranya anda menjadi Haziq atau Peah, adakah anda akan membelot rakan anda?",
"Situasi di atas merupakan salah satu contoh konsep matematik yang dipanggil sebagai Teori Permainan (Game Theory), salah satu cabang pemodelan matematik yang melibatkan beberapa orang pemain (dalam kes ini Haziq dan Peah) yang dianggap sebagai orang yang rasional.",
"Teori matematik ini ada banyak aplikasinya dalam dunia sebenar, terutamanya dalam bidang ekonomi, kerana selain menganggap ekonomi sebagai satu isu yang bersifat kebarangkalian, pemain dalam bidang ekonomi (seperti pengeluar dan pembeli) boleh dimodelkan sebagai pemain yang rasional.",
"Orang pertama yang meneroka konsep Teori Permainan ini ialah John von Neumann, seorang ahli matematik dan juga polymath (pakar pelbagai bidang) dalam makalahnya On the Theory of Games of Strategy pada tahun 1928. Orang pertama yang menghuraikan dengan lebih mendalam tentang perkara ini ialah John Nash, ahli matematik dan juga pemenang Anugerah Nobel dalam bidang ekonomi pada tahun 1994.",
"Berbalik kepada situasi Haziq dan Peah tadi, adakah anda telah membuat keputusan sama ada mereka patut membelot rakan mereka atau tidak?",
"Menurut John Nash (dan model matematik beliau), mereka sepatutnya membelot antara satu sama lain.",
"Menurut John Nash, dalam konsep situasi seperti ini, apabila wujud dua pemain yang saling mempunyai kepentingan mereka sendiri, maka akan wujud satu bentuk stratergi dominan yang berpaksikan kepada Keseimbangan Nash (Nash Equilibrium), satu bentuk keseimbangan yang hadir dari model matematik tadi.",
"Jadi, ayuh kita modelkan situasi Haziq dan Peah tadi menjadi satu model matematik dengan angka.",
"Kita akan letakkan angka berdasarkan kepada berapa tahun mereka akan dipenjara, dan kita akan memberi nilai negatif kerana penjara adalah suatu yang buruk (negatif).",
"Perlu ditekankan juga bahawa mereka tidak mampu berinteraksi antara satu sama lain, jadi mereka tidak tahu sama ada mereka dikhianati atau tidak, sampailah ke tarikh kes dibicarakan. Perlu diingatkan juga bahawa Haziq dan Peah bukan kekasih atau kawan baik. Maka, tiada masalah pun untuk mereka saling mengkhianati antara satu sama lain.",
"Situasi 1: Haziq dan Peah saling menuduh antara satu sama lain. Mereka (kedua-duanya) akan dipenjara selama 3 tahun. (Haziq: -3 / Peah: -3)",
"Situasi 2: Haziq menuduh Peah, dan Peah diam. Maka Haziq akan bebas, namun Peah akan menerima penjara maksimum 5 tahun. (Haziq: 0 / Peah: -5)",
"Situasi 3: Peah menuduh Haziq, dan Haziq diam. Maka Peah akan bebas, dan Haziq akan dipenjara maksimum 5 tahun. (Haziq: -5 / Peah: 0)",
"Situasi 4: Peah dan Haziq sama-sama diam. Pihak pendakwaan akan menghukum berdasarkan bukti yang ada, dan mereka berdua akan dihukum penjara selama 2 tahun. (Haziq: -2 / Peah: -2)",
"Di bawah adalah satu matriks yang kita dapat keluarkan berdasarkan situasi di atas.",
"Mungkin jawapan kepada soalan adakah mereka akan membelot antara satu sama lain akan memeranjatkan anda. Namun, jawapan paling rasional untuk soalan ini adalah mereka perlu membelot atau mengkhianati rakan mereka sendiri.",
"Hal ini adalah kerana dengan mengkhianati rakan mereka, mereka akan mendapat ganjaran yang lebih tinggi (ingat, pada asalnya mereka adalah penjenayah, dan mereka memang mengejar ganjaran sahaja).",
"Sekiranya mereka memahami situasi mereka, sudah tentu mereka inginkan ganjaran tempoh penjara paling pendek, iaitu 2 tahun jika mereka tidak saling menuduh, namun terdapat ganjaran yang lebih baik dari dipenjara 2 tahun, iaitu tidak dipenjarakan langsung. Maka dengan berkhianat, mereka akan mempunyai kebarangkalian sama ada tidak dipenjara (0) atau dipenjara (-3), sedangkan sekiranya mereka diam, mereka mempunyai kebarangkalian dipenjara selama 2 tahun (-2) atau 5 tahun (-5).",
"Dalam kes ini, situasi di mana Haziq khianat dan Peah khianat adalah apa yang kita panggil sebagai Keseimbangan Nash (Nash Equilibrium) kerana pada situasi ini terletaknya penyelesaian yang stabil bagi setiap pemain (dengan anggapan bahawa setiap pemain adalah rasional dan objektif).",
"Model di atas adalah salah satu model yang bagus untuk diteroka, namun dalam dunia yang sebenar, akan berlakunya ‘personal bias’ yang akan mengurangkan kerasionalan pemain.",
"Sebagai contoh, mungkin kedua-dua pemain mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap satu sama lain, jadi mereka mungkin tidak akan mengkhianati rakan mereka. ",
"Antara contoh lain adalah mungkin Haziq merupakan seorang yang berpengaruh di daerah Value 3. Maka, Peah takut untuk mengkhianati Haziq.",
" Justeru, model ini berguna hanya dalam keadaan ideal sahaja.",
"Model Prisoner’s Dilemma ini sebenarnya boleh diaplikasikan dalam situasi semasa kita. ",
"Semenjak COVID-19 menyerang negara kita, kita telah menempuh PKP, PKPD, PKPP dan PKPB. Ramai yang takut dengan ancaman keselamatan kesihatan yang dibawa oleh COVID-19. Namun, ramai juga yang berpandangan bahawa kita perlu membuka semula sektor ekonomi kita kerana ramai yang sengsara akibat daripada ketiadaan duit kerana tiada pekerjaan dapat dilakukan sewaktu PKP berlangsung.",
"Maka, kita ada situasi yang hampir sama dengan situasi di atas. Objektif utama kita adalah untuk mengurangkan jumlah kes dan penularan wabak COVID-19. ",
"Sama seperti contoh tadi, kita akan memberi nilai matematik kepada setiap situasi. Untuk situasi yang mengekang penularan COVID-19, kita akan memberi nilai positif (+1), dan untuk situasi yang mungkin akan menambah bilangan kes COVID-19, kita akan memberi nilai negative (-1).",
"Pilihan kita adalah:",
"1. Membuka sektor ekonomi, namun ia akan meningkatkan risiko penularan wabak COVID-19 (-1).",
"2. Tidak membuka sektor ekonomi, dan tiada interaksi antara pekerja, tiada kluster tempat kerja, dan risiko penularan wabak COVID-19 adalah rendah (+1).",
"3. Membuat Perintah Kawalan Pergerakan, dan ini akan mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 (+1). ",
"4. Tidak membuat Perintah Kawalan Pergerakan, dan ini akan menambah risiko penularan wabak COVID-19 (-1).",
"Sekiranya dilihat dari sudut kesihatan melawan ekonomi, maka matriks kita akan menjadi seperti berikut :",
"Melihat kepada matriks yang sama secara objektifnya, salah satu cara yang paling berkesan sebenarnya adalah dengan mengadakan PKP semula dengan sektor ekonomi ditutup (+1,+1) bagi mengekang wabak COVID-19.",
"Inilah Keseimbangan Nash kita, dan merupakan satu strategi yang dominan. Namun, hal ini hanyalah wujud dalam satu dunia yang ideal.",
"Di alam realiti, pemain utama bagi perlawanan menentang COVID-19 terdiri daripada pelbagai pihak seperti orang ramai, penguatkuasa, pihak kerajaan, petugas barisan hadapan dan juga pihak industri ekonomi sendiri.",
"Untuk orang ramai, menurut World Economic Forum, terdapat beberapa fasa yang akan kita lalui apabila terjadinya sesuatu tragedi. Untuk tragedi pandemik dalam jangkamasa yang panjang ini, kita sebenarnya telahpun melepasi fasa “honeymoon”, dan kita sekarang sebenarnya dalam fasa “second disaster”, kerana kita sekarang sedang berhadapan dengan gelombang keempat COVID-19.",
"Lockdown itu sendiri merupakan satu bebanan jiwa, kerana sifat manusia bukanlah untuk berterusan mengurungkan diri mereka sendiri. Mereka memerlukan interaksi sosial dan sentuhan manusia.",
"Justeru, adalah dapat difahami sekiranya berlaku banyak kecelaruan jiwa pada waktu ini, kerana kita semua sedang berada dalam situasi yang sama – tertekan dan terus berharap agar situasi kita akan lebih sejahtera. Kerajaan juga boleh membantu, sekiranya membuat apa-apa PKP di masa hadapan, dengan menyediakan bantuan bersasar kepada golongan yang terjejas akibat PKP.",
"Sektor ekonomi pula perlu faham bahawa perkembangan ekonomi juga akan terjejas akibat pertambahan bilangan kes, dan kita sendiri tidak mahu mengikut jejak langkah India yang menjadi neraka COVID-19 kerana tidak mampu mengekang wabak COVID-19.",
"Dengan keupayaan sektor kesihatan yang terhad, untuk kesekian kalinya, kita perlu mencuba untuk melandaikan lekukan akibat dari kes terbaru COVID-19. Kita berada dalam persimpangan – ‘The COVID Dilemma’, kerana menurut The Edge Market, ekonomi Malaysia akan runtuh sekiranya kita mengadakan PKP sekali lagi. Pada masa yang sama, katil-katil hospital semakin penuh dan petugas barisan hadapan kita semakin penat dalam menempuh gelombang baharu ini.",
"Kita doakan yang terbaik buat mereka, dan buat kita semua.",
"(Gelombang Pertama: Pelancong China. Gelombang Kedua: Kluster Tabligh. Gelombang Ketiga: PKP Sabah. Gelombang Keempat: Sekarang)",
"“Prisoner’s Dilemma”. Elvis Picardo, Investopedia (2021). https://www.investopedia.com/articles/investing/110513/utilizing-prisoners-dilemma-business-and-economy.asp",
"“Nash Equilibrium”. James Chen, Investopedia (2021). https://www.investopedia.com/terms/n/nash-equilibrium.asp#:~:text=The%20Nash%20equilibrium%20is%20a%20decision%2Dmaking%20theorem%20within%20game,the%20decisions%20of%20other%20players.",
"“Lockdown is the world’s biggest psychological experiment – and we will pay the price”. E. V. Hoof, World Economic Forum (2020). https://www.weforum.org/agenda/2020/04/this-is-the-psychological-side-of-the-covid-19-pandemic-that-were-ignoring/",
"“Covid: Lockdown loneliness could leave people ‘stuck’, charity warns”. A. Moss, R. England, BBC (2021). https://www.bbc.com/news/uk-england-56808885",
"“Think-tank: Total lockdown would bring Malaysia to brink of economic collapse”. A. C. Shankar, The Edge Market (2021). https://www.theedgemarkets.com/article/thinktank-total-lockdown-would-bring-malaysia-brink-economic-collapse"
] |
https://ajar.com.my/2021/05/23/plastik-mikro-dari-barang-plastik-mampu-memasuki-di-dalam-uri-uri-manusia/ | PLASTIK-MIKRO DARI BARANG PLASTIK MAMPU MEMASUKI URI-URI MANUSIA | [
"Bayangkan anda adalah seorang ibu yang mengandung, dan di dalam uri anda terdapat satu bahan asing yang anda tidak tahu datang dari mana. Para saintis pula tertanya-tanya bagaimana plastik-mikro ini mampu menembusi dinding darah merah dan berkumpul di dalam uri-uri tersebut.",
"Pada Januari 2021, Jurnal Environment International, volume 146 di laman web Science Direct telah menerbitkan satu artikel yang penting kepada bidang kesihatan iaitu Plasticenta: First evidence of microplastics in human placenta.",
"Keseluruhan artikel ini menerangkan tentang penemuan pertama plastik-mikro di dalam uri-uri manusia serta memberikan andaian proses plastik-mikro itu mampu memasuki saluran darah manusia. Partikel ini hanyak bersaiz besar sedikit daripada sel darah merah iaitu sekitar 5-10 mikrometer sahaja. Sumber plastik-mikro juga ditemui pula sangat rapat dengan aktiviti harian seorang wanita.",
"Memandangkan eksperimen ini telah melibatkan manusia, jawatankuasa eksperimen telah menyatakan bahawa segala protokol telah dipatuhi mengikut kesesuaian Ethical Committee Lazio 1 (Protocol N. 352/CE Lazio 1; March 31th, 2020), dan Code of Ethics of the World Medical Association (Declaration of Helsinki).",
"1. Pemilihan ibu mengandung.",
"Dalam proses sains, ini dipanggil sebagai pemilihan sampel kajian. Eksperimen ini telah memilih enam orang wanita yang dalam proses bakal melahirkan anak. Oleh kerana eksperimen ini menggunakan sampel manusia, para ibu telah diterangkan dengan jelas segala protokol dan syarat-syarat di dalam eksperimen.",
"Apa yang menariknya, para ibu ini telah di pantau selama berbulan-bulan bagi mengelakkan kontaminasi plastik-mikro sepanjang tempoh mereka mengandung. Pelbagai pantang larang eksperimen telah disenaraikan untuk mereka.",
"Antara larangannya adalah bebas penyakit, tidak mengambil mana-mana ubat sepanjang tempoh pengawasan, tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat dan pelbagai lagi. Kawalan ini sangat penting untuk mengelakkan keraguan terhadap hasil kajian yang akan diperoleh.",
"2. SOP semasa melahirkan bayi",
"Sebelum proses melahirkan bayi, doktor telah menetapkan SOP yang penting bagi meminimumkan segala kemungkinan kontaminasi silang yang akan terjadi. Memandangkan admin belum pernah masuk ke labour room, jadi admin kurang mendapat gambaran kelengkapan alat di tempat bersalin.",
"3. Analisis partikel di dalam Uri",
"Setelah proses bersalin selesai, uri diambil dan dipotong kepada beberapa bahagian seperti bahagian uri ibu, bahagian uri janin dan bahagian membrane chorio amnio. Uri tersebut disimpan pada tahap beku -20°C. Partikel di dalam uri dianalisis menggunakan Raman Microscopy dan hasilnya diterangkan pada bahagian hasil kajian.",
"Keputusan yang agak mengejutkan telah ditemui. Saintis telah menemui sebanyak 1 jenis partikel halus (plastik-mikro) di dalam 4 uri daripada 6 sampel yang ada. Saiz bagi setiap partikel pula telah melebihi daripada 5 mikrometer.",
"Untuk pengetahuan anda, salur darah manusia terbina daripada dinding sel yang hanya setebal satu sel. Sel darah merah pula berdiameter 6 mikrometer dan tebal 2 mikrometer. Bahan merentas melalui dinding kapilari darah tidak mungkin terjadi jika saiznya sebesar 5 mikrometer. Malah, banyak juga komponen bahan mineral tidak mampu menembusi dinding kapilari darah.",
"Apakah jenis plastik-mikro yang dijumpai?",
"‘Polypropylene dan Iron Hydroksida Oksida Kuning’",
"Polypropypene adalah jenis polimer yang kita boleh temukan pada bahan membungkus, bahan industri serta pembuatan tekstil. Manakala, Iron Hydroksida Oksida Kuning pula banyak digunakan di dalam perawatan air akuarium. Antara bahan lain yang telah mereka nyatakan adalah,",
"1. bahan mengecat",
"2. bahan salutan cat",
"3. plaster",
"4. gam",
"5. bahan kosmetik",
"6. bahan penjagaan peribadi",
"Semua bahan-bahan diatas adalah peralatan yang sering kita gunakan. Wanita sering menggunakan peralatan plastik, kosmetik serta alat penjagaan peribadi. Manakala, bahan mengecat, plaster dan gam berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti suami ataupun melalui kawasan-kawasan bengkel.",
"Persoalan yang besar disini adalah bagaimana bahan sintetik yang agak besar itu mampu memasuki salur darah dan seterusnya sampai ke kawasan uri-uri. Persoalan ini belum terjawab secara saintifik lagi tetapi saintis cuba memberikan andaian bebas dan logik terhadap kejadian ini.",
"Saintis mengandaikan bahawa mustahil bahan plastik tersebut memasuki melalui rentas bahan melalui dinding salur darah, malah mustahil juga melalui aktiviti respirasi. Hal ini kerana salur darah yang wujud di dalam paru-paru adalah sangat sensitif dan hanya bahan gas seperti Oksigen dan Karbon dioksida yang mampu meresap masuk ke dalam darah.",
"Penemuan bahan polimer di dalam sistem badan haiwan ini bukanlah sesuatu yang baru. Micropartical ini mampu dijumpai di dalam banyak sistem pemakanan hidupan laut seperti sotong, ikan dan moluska (seperti kerang).",
"Kehadiran bahan plastik-mikro ini mampu mengganggu sistem pertahanan badan untuk uri-uri, signal tumbesaran kepada janin, jangkitan patogen, gangguan fisiologi dan sebagainya. Tetapi perkara yang disebut ini hanyalah andaian kerana tiada data yang sahih diperolehi lagi buat masa sekarang.",
"Bagi wanita mengandung, cuba kurangkan;",
"Dan yang terakhir, jangan mengidam sesuatu pada jam 3 pagi. Masa tu 7 Eleven pun dah tutup kerana PKP ni.",
"1. Plasticenta: First evidence of microplastics in human placenta https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0160412020322297",
"2. https://www.creativemechanisms.com/blog/all-about-polypropylene-pp-plastic",
"3. https://www.sciencedirect.com/topics/earth-and-planetary-sciences/iron-hydroxide"
] |
https://ajar.com.my/2021/05/31/suhu-berbeza-unit/ | Kenapa Nak Kira Suhu Berbeza – beza Unit? Selsius La, Fahrenheit La Kelvin La, Mana Satu Paling Bagus? | [
"Sekali lagi Haziq bergaduh dengan Peah. Peah telah berjaya mencipta skala suhu yang baharu dan dinamakan dengan darjah Peah. Haziq rasa tercabar dan kemudian turut mencipta skala suhu yang baharu. Hasilnya mereka bergaduh, skala suhu manakah yang lebih baik.",
"Mungkin kita dapat membantu menyelesaikan permasalahan ini, namun sebelum itu mungkin kita patut lihat skala-skala suhu yang wujud setakat ini.",
"Saintis terkenal Isaac Newton (1642-1727) telah mencipta skala suhunya pada tahun 1701. Beliau menetapkan suhu rujukan 0 sebagai suhu di mana pembekuan air mula berlaku dan suhu rujukan kedua adalah suhu badan manusia iaitu pada 12. Simbol yang digunakan untuk suhu ini adalah °N.",
"Skala suhu ini pula dicipta oleh Ole Christensen Rømer (1644 -1710) seorang ahli astronomi Denmark pada tahun 1701. Beliau menetapkan suhu 0 kepada suhu di mana Brine (campuran air-garam) membeku dan suhu 60 untuk suhu air mendidih. Simbol yang digunakan adalah °Rf, namun terkadang simbol untuk suhu ini juga ditulis sebagai °R, namun simbol ini tidak digunakan kerana untuk mengelakkan kekeliruan dengan simbol suhu Rankine.",
"Skala suhu ini diperkenalkan oleh seorang ahli fizik, Daniel Gabriel Fahrenheit (1686-1736) pada tahun 1724. Beliau mengadaptasi Skala Romer ke sistem skalanya. Beliau melakukan beberapa perubahan suhu rujukan kepada sistem skala beliau namun yang rujukan terakhir yang ditetapkan adalah suhu 32 untuk suhu di mana pembekuan bermula dan 212 suhu di mana air mula mendidih. Skala suhu ini masih digunakan secara meluas di Amerika Syarikat. Simbol °F digunakan untuk merujuk suhu ini.",
"Skala ini dicipta oleh René Antoine Ferchault de Réaumur (1683-1757) pada tahun 1730. Suhu 0 ditetapkan kepada suhu air membeku dan 80 untuk suhu air mendidih. Skala suhu ini pernah digunakan secara meluas di Eropah sebelum ianya kini hampir pupus. Simbol °Ré, °Re dan °r digunakan untuk merujuk pada suhu ini.",
"Skala ini dicipta oleh Joseph Nicolas Delisle (1688 -1768), seorang ahli astronomi Perancis. Skala ini dicipta pada 1732 dengan menggunakan suhu 0 untuk suhu air mendidih sebagai suhu rujukan. Tiada suhu rujukan untuk takat suhu bawah. Pada tahun 1738, seorang profesor bidang perubatan dan anatomi, Josias Weitbrecht (1702 -1747) membuat sedikit perubahan pada skala Delisle dengan menambah suhu 150 untuk suhu air mula membeku. Skala ini berbeza dengan skala yang sebelum ini. Ini kerana makin panas sesuatu benda, suhunya makin mengecil, begitu pula makin sejuk sesuatu benda suhunya makin meninggi. Simbol °D digunakan untuk suhu ini.",
"Skala ini dicipta oleh Anders Celsius (1701 – 1744) seorang ahli astronomi dari Sweden. Pada tahun 1742, beliau mereka skala ini dengan menetapkan suhu 100 sebagai suhu air membeku dan suhu 0 sebagai suhu air mendidih. Ya, skala ini sama dengan pendekatan oleh Delisle pada skalanya. Namun pada tahun 1743, seorang ahli fizik Jean Pierre Christin telah menerbalikkan sistem skala ini dengan menetapkan suhu 0 sebagai suhu air membeku dan 100 sebagai suhu air mendidih. Skala ini menggunakan simbol °C. Jadi, skala Celsius yang dipakai sekarang bukanlah skala yang asli dari encik Celsius.",
"Skala ini dicipta oleh William Thomson (1824 –1907) seorang ahli matematik, saintis dan jurutera British. Skala ini adalah skala sifar mutlak (Absolute zero). Ini bermakna suhu paling rendah ialah 0. William Thomson membuat pengiraan titik sifat mutlak dan mendapati suhu tersebut adalah pada -273.15°C. Mana tiada nilai negatif pada skala Kelvin. Menariknya lagi skala ini, skala ini tidak diawali dengan perkataan darjah. Memadai menyebut 3 K sahaja (disebut tiga Kelvin).",
"Skala ini dicipta oleh Macquorn Rankine (1820 –1872) seorang ahli fizik dan jurutera. Dengan menggunakan konsep yang sama seperti skala Kelvin, beliau menggunakan titik sifar mutlak dengan membandingkannya dengan suhu Fahrenheit. Dengan itu suhu sifar mutlak adalah pada ?459.67 °F. Simbol °R digunakan untuk sistem skala ini.",
"Bagaimana ingin menukar unit di antara suhu tersebut? Jika kita bayangkan lapan buah termometer yang mengandungi cecair yang sama, tetapi skala yang berbeza. Maka, kadar perubahan ketinggian adalah sama dengan tetapi skala mereka yang berbeza. Maka konsep nisbah boleh digunakan untuk mendapatkan suhu pada skala yang berbeza. Untuk memendekkan cerita, rumus di bawah boleh digunakan secara umum untuk kesemua unit pertukaran.",
"Di mana TB adalah suhu skala baharu, TA adalah suhu skala lama, SDB adalah suhu didih skala baharu, SBB adalah suhu beku skala baharu, SDA adalah suhu didih skala lama, SBA adalah suhu beku skala lama, Jadi berbalik kepada skala Peah dan skala Haziq, apakah rujukan kepada skala-skala tersebut?",
"Menurut Peah, skala Peah merupakan skala sifar mutlak yang berasaskan skala Réaumur. Ini bermakna suhu sifar mutlak (-218.52°Re) menurut skala Réaumur dianggap setara dengan suhu 0 di skala Peah. Ini menjadikan hubungan di antara skala Peah dan skala Réaumur adalah seperti berikut.",
"Haziq pula mengatakan bahawa skala Haziq adalah ditetapkan dengan suhu rujukan 0 sebagai suhu di mana air membeku dan 250 suhu di mana air mendidih (Jangan tanya kenapa 250, mungkin nombor ini ada nilai sentimental di sisi Haziq). Maka hubungan antara skala Haziq dan skala Celcius adalah seperti di bawah.",
"Perbandingan diantara skala Celcius, Réaumur, Peah dan Haziq pula digambarkan oleh rajah di bawah.",
"Jadi, untuk menjawab persoalan skala suhu mana yang lebih baik antara skala Peah dan skala Haziq, saya semestinya memilih skala Peah dengan alasan Peah comel. Namun bagi sisi pembaca, saya serahkan pada anda semua untuk menilai skala mana yang lebih baik.",
"Disediakan oleh,",
"Nurudin Abdul Settar.",
"Pensyarah Bidang Kejuruteraan.",
".",
"."
] |
https://ajar.com.my/2021/06/04/kenapa-nama-ubat-biasanya-susah-nak-sebut-sampai-berbelit-lidah/ | KENAPA NAMA UBAT BIASANYA SUSAH NAK SEBUT SAMPAI BERBELIT LIDAH? | [
"Nama ubat terdiri daripada beberapa nama iaitu :",
"1. Nama kimia",
"2. Nama generik",
"3. Nama dagangan",
"Contoh :",
"Nama kimia : N-(4-hydroxyphenyl)acetamide atau N-(4-hydroxyphenyl)ethanamide",
"Nama generik (non-proprietary name) : paracetamol atau acetaminophen (in USA) ",
"Nama dagangan (proprietary name / brand name): Panadol, Calpol, Tylenol, Biogesic, Cetamol, dan macam-macam lagi mengikut jenama syarikat yang mengeluarkannya.",
"Penamaan ubat-ubat yang baru terhasil dilaksanakan mengikut garis panduan penamaan ubat-ubatan dari The European Medicines Agency, atau Australia’s Therapeutic Goods Administration serta lain-lain garis panduan (guidelines) berhubung pemilihan dan kelulusan nama-nama bagi ubat atau drug yang baharu.",
"Penamaan drug adalah sesuatu yang sangat kompleks dan rumit. Penamaan sesuatu drug sama ada nama generik atau nama proprietary direka sedemikan rupa supaya dapat meminimumkan kesilapan pemberian drug kepada pesakit.",
"Banyak drug mempunyai nama-nama yang direka khusus untuk memberikan maklumat kepada pengguna atau pesakit tentang apakah sifat/jenis drug tersebut dan bagaimana ia bertindak.",
"Sebagai contoh drug untuk menahan sakit dari kumpulan perencat COX-2. Nama drug yang berakhir dengan ‘-xib’ akan memberitahu pesakit bahawa drug itu adalah jenis perencat COX-2 (COX-2 inhibitor). Contoh drug adalah seperti Celecoxib, Valdecoxib, Rofecoxib",
"Contoh lain – kumpulan drug untuk menurunkan tekanan darah menggunakan mekanisme perencatan reseptor beta salur darah – dikenali sebagai drug perencat beta (dalam Bahasa Inggeris – beta blockers agents). Secara umumnya, drug ini akan mempunyai nama yang berakhir dengan ‘-lol’.",
"Contoh drug: Propranolol, Acebutolol, Bisoprolol",
"Contoh lain pula – Rituximab hujung nama diakhiri dengan ‘-mab’ merujuk kepada drug itu adalah sejenis monoclonal antibody {singkatan diambil dari – (m)onoclonal (a)nti(b)ody.}",
"Contoh lain: antibiotik Vancomycin",
"Nama kimia vancomycin : (1S,2R,18R,19R,22S,25R,28R,40S)-48-[(2S,3R,4S,5S,6R)-3-[(2S,4S,5S,6S)-4-amino-5-hydroxy-4,6-dimethyloxan-2-yl]oxy-4,5-dihydroxy-6-(hydroxymethyl)oxan-2-yl]oxy-22-(2-amino-2-oxoethyl)-5,15-dichloro-2,18,32,35,37-pentahydroxy-19-[[(2R)-4-methyl-2-(methylamino)pentanoyl]amino]-20,23,26,42,44-pentaoxo-7,13-dioxa-21,24,27,41,43-pentazaoctacyclo[26.14.2.23,6.214,17.18,12.129,33.010,25.034,39]pentaconta-3,5,8(48),9,11,14,16,29(45),30,32,34(39),35,37,46,49-pentadecaene-40-carboxylic acid.",
"Dan nama kimia memang sukar untuk disebut, terseliuh atau ‘terkolap’ lidah, maka diberikan nama generik iaitu vancomycin. Kebanyakan antibiotik mempunyai nama yang berakhir dengan ‘-mycin’. Mycin ini selalunya adalah merujuk kepada antibiotik yang usul asalnya dihasilkan oleh bakteria.",
"Lain-lain contoh antibiotic mycin – neomycin, tobramycin, azithromycin, erythromycin",
"Dan ada banyak lain lagi jenis nama drug. Tapi, secara keseluruhannya nama-nama yang diberikan kepada drug bukanlah hanya sebuah nama biasa saja, akan tetapi ia mengandungi maklumat kumpulan drug tersebut serta bagaimana drug tersebut bertindak.",
"Disediakan oleh,",
"Tengku Azlan Shah",
"Pensyarah Kanan",
"Fakulti Farmasi dan Sains Kesihatan,",
"UniKL Royal College of Medicine Perak, Ipoh.",
"."
] |
https://ajar.com.my/2021/06/06/alahai-pdpr-lagi-25-hari/ | Alahai PdPR lagi, 25 hari! | [
"Melalui sidang media khas Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin yang telah disiarkan secara langsung hari ini, beliau telah memaklumkan bahawa Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 25 hari persekolahan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan masing-masing.",
"Bagi negeri kumpulan A yang akan bermula pada 13 Jun membabitkan Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala, bagi negeri kumpulan B yang akan bermula pada 14 Jun membabitkan Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.",
"Ketetapan ini berkuatkuasa untuk semua sekolah termasuklah sekolah swasta, sekolah antarabangsa, dan sekolah ekspatriat yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).",
"“Kita sedia maklum bahawa pada waktu ini sekolah dalam cuti pertengahan tahun dan sesi persekolahan berikutnya mengikut takwim akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk negeri kumpulan B.”",
"“Kemudian, murid akan mengikuti PdPR selama 25 hari persekolahan sehingga cuti berikutnya iaitu cuti pertengahan penggal bermula pada 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri kumpulan B.”",
"“Daripada tarikh tersebut bermula cuti pertengahan penggal sehingga 26 Julai untuk negeri kumpulan B dan 25 Julai untuk negeri kumpulan A.”",
"“Jadi, itulah takwim atau jadual penggal persekolahan yang ada dan berkuatkuasa pada hari ini,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.",
"Katanya lagi, “Ada yang akan bertanya apa akan berlaku selanjutnya selepas ini iaitu selepas berakhirnya sesi cuti pertengahan penggal itu.”",
"“Jadi, KPM akan memaklumkan kepada ibu bapa dan murid sekurang-kurangnya seminggu sebelum persekolahan bermula mengenai pendekatan selanjutnya berdasarkan situasi pada waktu itu,” katanya.",
"Bertabahlah wahai adik-adikku. Teruskan berdoa supaya dunia kembali sembuh seperti sedia kala dan adik-adik dapat menikmati pembelajaran di sekolah kembali seperti biasa. Keep pray and stay positive, okay!"
] |
https://ajar.com.my/2021/06/07/terima-vaksin-capai-imuniti-kelompok-sekat-tularan-wabak-covid-19/ | TERIMA VAKSIN, CAPAI IMUNITI KELOMPOK, SEKAT TULARAN WABAK COVID-19 | [
"Sasaran kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19 adalah dengan membentuk imuniti kelompok dengan liputan vaksin 82.8 %.",
"Melalui portal rasmi COVID-19, KKM menerang lanjut perihal Imuniti Kelompok/ Herd Imunity.",
"“Imuniti kelompok ialah keadaan penularan jangkitan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit itu. Imuniti atau daya tahan itu diperoleh hasil imunisasi. Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap #COVID19 bagi membolehkan ‘imuniti kelompok’ dapat dicapai dan penularan #COVID19 dapat dikawal.”",
"KKM telah mengeluarkan senarai golongan yang berisiko tinggi dengan jangkitan virus ini.",
"1. Warga emas.",
"2. Kanak-kanak.",
"3. Wanita mengandung.",
"4. Pesakit kronik (diabetes, hipertensi, jantung, asma)",
"5. Pesakit imuniti rendah (Kanser, HIV)",
"Pada 2 Jun lalu, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah telah memuatnaik kenyataan di Facebook beliau perihal peningkatan kes jangkitan di kalangan kanak-kanak sehingga mencecah angka 82,341 kes.",
" Manakala, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut memohon kepada orang ramai dalam hantaran di ‘tweeter’ semalam supaya mendaftarkan warga emas untuk menerima suntikan vaksin.",
"“Warga emas merupakan antara golongan yang berisiko dan terdedah kepada pelbagai penyakit termasuk COVID-19. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua untuk membantu ibu bapa, datuk dan nenek bagi mendaftar program vaksinasi dalam usaha mencapai imuniti kelompok.”",
"Hal ini kerana, gelombang ketiga yang melanda Malaysia tika ini sudah tidak sama dengan gelombang sebelum ini.",
"“Sejak 1 Mei 2021, 80% daripada jumlah kes di Malaysia adalah kes sporadik yang tidak diketahui punca jangkitannya, tidak dapat dikaitkan dengan kes atau kluster lain dan ia berlaku secara rawak.” – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).",
"Malah, dalam kenyataan akhbar KPK 6 Jun 2021 yang melaporkan situasi harian COVID-19, telah dilaporkan bahawa negara sedang berhadapan dengan tren peningkatan mendadak kes baharu dan ini adalah amat membimbangkan.",
"“Justeru, KKM ingin menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini di mana penularan COVID-19 adalah di dalam komuniti termasuklah tempat beli-belah, tempat kerja, dan sebagainya. Masyarakat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti COVID-19 tidak kira di mana mereka berada. Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes-kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini di dalam komuniti.”",
"Oleh yang demikian, sama-samalah kita menjalankan amanah dan tanggungjawab kita demi membantu menyekat penularan wabak ini. Jagalah SOP, amalkan 3W (Wash, Wear, Warn) dan elakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang). Dan yang paling utama, daftarkan diri dan orang tersayang, terutamanya golongan yang berisiko tinggi untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 . Semoga dunia kembali sembuh daripada wabak ini, inshaAllah!"
] |
https://ajar.com.my/2021/06/09/cara-semakan-keputusan-calon-spm-2020-pada-10-jun-2021-esok/ | CARA SEMAKAN KEPUTUSAN CALON SPM 2020 PADA 10 JUN 2021, ESOK! | [
"Pada 4 Jun lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan tarikh keluarnya keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 iaitu pada 10 Jun 2021. Eh, esok!",
"Semakan keputusan bagi calon sekolah dan calon persendirian boleh dibuat bermula pada jam 10 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga jam 6 petang pada 17 Jun 2021. Terdapat dua kaedah untuk membuat semakan.",
"1. Kaedah dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.",
"2. Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886.",
"Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu dan memaklumkan kaedah sesuai untuk memperoleh keputusan peperiksaan.",
"Manakala, bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan memaklumkan kaedah sesuai untuk memperoleh keputusan peperiksaan.",
"Menurut Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, slip keputusan peperiksaan hanya akan diserahkan kepada pelajar selepas keadaan mengizinkan. Sementara itu, pelajar yang ingin membuat rayuan bagi keputusan SPM 2020, mereka tidak perlu ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, sebaliknya setiap permohonan, pembayaran dan keputusan rayuan dapat dilakukan dalam talian.",
"Seramai 401,105 calon SPM 2020 yang telah menduduki peperiksaan itu selepas bertangguh beberapa kali akibat penularan wabak COVID-19.",
"Teruskan berdoa dan jangan lupa sarapan dulu sebelum semak keputusan esok. Semoga adik-adik beroleh keputusan yang cemerlang. Selamat maju jaya!"
] |
https://ajar.com.my/2021/06/10/ini-koleksi-link-group-laman-web-dan-page-yang-pelajar-lepasan-spm-perlu-tahu/ | Ini Koleksi Link, Group, Laman Web dan Page yang Pelajar Lepasan SPM perlu tahu | [
"Seramai 401,105 orang calon SPM 2020 telah menerima keputusan mereka. Walaupun dilanda pelbagai cabaran dek faktor pandemik COVID-19, adik-adik telah membuktikan itu bukan penghalangnya.",
"Sebentar tadi, Menteri Kanan Pendidikan telah mengesahkan bahawa keputusan SPM 2020 telah mencatatkan pencapaian calon yang terbaik sejak tahun 2016 dengan Gred Purata Nasional (GPN), 4.80. Tahniah!",
"Jadi, sekarang nak kena buat apa pula?",
"Adik-adik perlu tahu hala tuju selepas ini. Ke mana adik-adik nak pergi. Berikut merupakan beberapa info yang dikongsikan oleh laman facebook Apa Khabar Semua. ",
"1. Di Malaysia, bukan hanya ada asasi, matrikulasi dan STPM/ STAM, masih banyak peluang lain yang disediakan. Malah, adik-adik boleh terus memilih pengkhususan yang adik-adik minat tanpa perlu mempelajari bidang-bidang lain. Adik-adik boleh rujuk penerangan lanjut di link ini, https://www.infoupu.com/halatuju-pendidikan-selepas-spm/",
"2. Untuk 41 buah kursus asasi, adik-adik boleh rujuk di sini, https://www.upuonline.com/program-asasi-ipta.jsp",
"3. Untuk ke luar negara, ini langkah-langkah penting yang perlu dilakukan https://edubestari.com/panduan-belajar-luar-negara/",
"4. Nak terus bekerja, boleh mohon dalam sektor swasta ataupun sektor Perkhidmatan Awam. Terus ke laman ini untuk penerangan lanjut., http://kakipromo.com/permohonan-spa-online-lepasan-spm…/",
"5. Nak buka bisnes sendiri, perlu bijak merancang dan manfaatkan peruntukan-peruntukan yang disediakan oleh kerajaan. Untuk ilmu pasaran semasa boleh rujuk di FB Tuan Nik Akmal, https://web.facebook.com/akmal.nik?_rdc=1&_rdr",
"Ini link lain untuk bacaan lanjut adik-adik.",
"1. Halatuju Pendidikan Selepas SPM | Facebook",
"https://web.facebook.com/groups/halatuju?_rdc=1&_rdr",
"2. Karnival Pendidikan Tinggi Negara (2021) | Facebook",
"https://web.facebook.com/groups/infoIPTs",
"3. Info Pembiayaan Pendidikan | Facebook",
"https://web.facebook.com/groups/infopembiayaanpendidikan",
"4. 7 Pilihan Hala Tuju Lepasan SPM | Nik Faiz, The Career Expert",
"5. mustaffabdullah – Perunding Halatuju Pendidikan (002186479-K)",
"http://halatuju.com/mustaffabdullah/",
"6. HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM – digerakkan oleh perunding halatuju pendidikan",
"http://halatuju.com/selepasspm/",
"7. Laluan Kerjaya Bagi Lepasan SPM 2021",
"8. http://www.upnm.edu.my/…/mm28_buku_syarat_2021_2022…",
"Dan sebenarnya, terlalu banyak cabang dan peluang lain yang adik-adik boleh terokai yang tak tertulis di sini. Adik-adik perlu rajin lagi mencari dan bertanyakan kepada mereka yang lebih berpengalaman. Tambah-tambah di fasa PKP 3.0 ini, adik-adik boleh manfaatkan masa yang ada bersama telefon untuk mencari info-info yang boleh membantu adik-adik membuat keputusan yang terbaik untuk masa hadapan.",
"Paling penting, Solat Istikharah jangan pernah tinggal. Solat Istikharah bukan hanya untuk mencari jodoh tau. Solat Istikharah ini untuk membantu kita membuat pilihan dalam kehidupan, tidak kira apa sahaja situasinya. Maka, kita memohon supaya Allah menenangkan hati kita kepada perkara yang terbaik untuk kita dan menjauhkan kita daripada perkara yang tidak ditakdirkan untuk kita.",
"Teruskan berusaha mencari, berdoa dan buat keputusan yang terbaik ya. Selamat menempuh alam dewasa!",
"Kredit info : Laman Facebook Apa Khabar Semua"
] |