author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
NORMAWATI ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/261156/bisnes/majuperak-bank-rakyat-bersama-bangunkan-rumah-perakku
Majuperak, Bank Rakyat bersama bangunkan Rumah Perakku
IPOH - Majuperak Holdings Berhad (MHB) menandatangani pembiayaan pembinaan bernilai RM22 juta dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) di bawah projek Rumah Perakku.Projek pembangunan 601 unit rumah mampu milik di Mukim Sungai Terap dekat Batu Gajah itu dilaksanakan secara berfasa bermula September 2023 dan dijadualkan siap dalam tempoh dua tahun.Pengerusi Eksekutif MHB, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, skim perumahan yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan 46.38 hektar itu menyasarkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM132 juta.Menurutnya, dengan kemudahan bank bernilai RM22 juta itu, jumlah keseluruhan komponen yang bakal dibangunkan termasuklah Rumah Perakku 1; Rumah Perakku 2; dan Rumah Perakku 3 yang mempunyai empat bilik dan dua bilik air."Pembiayaan Pembinaan ini membuktikan keyakinan Bank Rakyat terhadap kemampuan Majuperak dalam melengkapkan pembangunan projek skim perumahan."Sejak ditubuhkan, penglibatan Majuperak sebagai pemain industri bagi sektor perumahan telah terbukti melalui 14 projek perumahan terdahulu dengan GDV mencecah RM1.09 bilion."Antara lokasi projek perumahan berjaya disiapkan termasuk di Mukim Hulu Kinta, Mukim Sungai Terap dan Mukim Changkat Jong," katanya dalam sesi menandatangani pembiayaan pembinaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching.Majlis menandatangani diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, Syed Agil Syed Hashim dan Naib Presiden Kanan Korporat dan Komersial Bank Rakyat, Mohd Hamka Abd Rani.Harga rumah yang ditawarkan di bawah projek berkenaan adalah antara RM90,000 hingga RM300,000.Sementara itu, Sandrea berkata, inisiatif MHB itu adalah selari dengan usaha kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan kediaman yang mampu dimiliki rakyat dari pelbagai peringkat pendapatan.Katanya, kerjasama diberikan Bank Rakyat diharap memberi suntikan kepada MHB agar projek berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan."Dalam merancang sebuah perumahan baharu, kerajaan negeri amat menekankan aspek perancangan."Segala persiapan perlu dibuat dengan baik supaya pelaksanaannya mengikut jadual tanpa sebarang isu yang menyusahkan pembeli," katanya.
4
31 Mei 2023 03:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261146/bisnes/aset-rizab-rasmi-negara-as11442-bilion-pada-akhir-april-2023
Aset rizab rasmi negara AS$114.42 bilion pada akhir April 2023
ASET rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion (AS$1=RM4.60) manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$601.3 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).Dalam kenyataan pada Rabu, BNM berkata, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.Ia turut memberi panduan mengenai jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang, menurut bank pusat itu."Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$16.15 juta."Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara."Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$22.99 bilion pada akhir April 2023, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya.BNM berkata, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.Bank pusat itu berkata, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.23 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.Katanya satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$371.0 juta."Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen serta tidak mempunyai kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa serta bank dan institusi kewangan lain."BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya.- Bernama
4
31 Mei 2023 02:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261141/bisnes/pasaran-modal-bantu-malaysia-capai-agenda-keterjaminan-makanan
Pasaran modal bantu Malaysia capai agenda keterjaminan makanan
PASARAN modal mampu menjadi pemboleh dan pemecut yang berkuasa untuk membantu Malaysia mencapai agenda keterjaminan makanan negara, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).Pengerusi, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, akses kepada kewangan adalah kunci kepada masa depan yang lebih cerah untuk pertanian, terutamanya bagi pekebun kecil dan usahawan pertanian yang ingin memodenkan pertanian dan mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)."Cara pembiayaan alternatif seperti pembiayaan platform pendanaan ramai berasaskan ekuiti (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) membolehkan pelabur yang mempunyai selera risiko yang lebih besar untuk menggerakkan modal terus kepada usahawan tani."Ini menyediakan lebih banyak pilihan untuk syarikat baharu dan pertumbuhan tinggi untuk mengakses modal yang berkaitan dengan profil risiko perniagaan mereka,” katanya dalam ucapan perasmian di Persidangan Fintech SCxSC (SCxSC) Fostering Innovative Finance (Memupuk Kewangan Inovatif) hari ini.Awang Adek berkata, kedua-dua ECF dan P2P telah menyokong lebih 7,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan mengumpul lebih RM4.40 bilion sejak diperkenalkan pada 2015.Selain itu, beliau menambah Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MyCIF) turut berkesan dalam membantu usahawan tani untuk mendapatkan pembiayaan melalui ECF dan P2P.MyCIF telah ditubuhkan oleh kerajaan pada 2019 untuk melabur bersama-sama pelabur swasta dalam PMKS dan perusahaan sosial melalui platform ECF dan P2P, dan Malaysia merupakan negara pertama di rantau ini yang mengguna pakai model pelaburan bersama khusus untuk platform kewangan alternatif."Jumlah yang diperoleh melalui platform ECF dan P2P meningkat lebih daripada 300 peratus antara 2019 dan 2021."Pada 2022, MyCIF memperkenalkan nisbah peruntukan khas 1:2 untuk sektor pertanian. Kami telah melihat daya tarikan untuk inisiatif ini, empat kali lebih banyak perniagaan tani mengumpul dana melalui platform ECF dan P2P,” kata Awang Adek.Beliau berkata, ini termasuk perniagaan tani yang terlibat dalam rantaian nilai ternakan menyeluruh seperti Hellas Technology Farm, ladang ikan laut dalaman berasaskan teknologi dan Agroprenuer Farms, platform teknologi untuk menghubungkan petani kecil dengan pembeli akhir.Untuk meningkatkan pertumbuhan dalam sektor strategik dan kurang mendapat perkhidmatan, SC telah melancarkan program kerjasama baharunya di bawah payung SCxSC, GROW, yang akan menjadi platform untuk pembiayaan alternatif."Ia bertujuan untuk memudahkan perbincangan berasaskan tindakan bagi meningkatkan keberkesanan dasar serta mengemudi sasaran pembangunan teknologi kewangan (fintech) dengan lebih baik."GROW akan mengutamakan pertanian. Kami mahu membina kesedaran mengenai pembiayaan alternatif untuk sektor pertanian, meningkatkan akses pembiayaan untuk PMKS berasaskan pertanian; dan menggalakkan pelaburan dalam usahawan tani,” katanyaAwang Adek berkata, sektor pertanian mewakili kira-kira 10 peratus daripada tenaga kerja negara dan menyumbang enam peratus daripada eksport keseluruhan Malaysia namun sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara relatifnya telah menurun.Pada tahun 2022, sumbangan sektor pertanian kepada KDNK adalah 6.6 peratus berbanding 7.1 peratus pada 2021 disebabkan oleh peralihan struktur ekonomi negara kepada aktiviti yang berasaskan perindustrian dan perkhidmatan.Tambahnya, kedudukan Malaysia juga menurun dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (GFSI) 2022."Ini menunjukkan jaminan makanan negara berada pada tahap sederhana sahaja. Jadi, kita perlu berusaha lagi untuk mengukuhkan lagi kedudukan negara dalam GFSI selain memastikan sistem makanan kekal berdaya tahan dalam pelbagai keadaaan,” katanya. - Bernama
4
31 Mei 2023 02:08pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261087/bisnes/nilai-ringgit-rendah-berbanding-dolar-as-awal-urus-niaga
Nilai ringgit rendah berbanding dolar AS awal urus niaga
RINGGIT diniagakan lebih lemah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini di tengah-tengah kekurangan petunjuk mengenai penyelesaian kepada kebuntuan had hutang Amerika Syarikat.Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6025/6060 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada paras 4.6005/6045.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata gandingan dolar AS/ringgit kemungkinan tersekat pada paras RM4.60 sepanjang hari."Walaupun Rizab Persekutuan AS mungkin tidak begitu agresif dalam mengetatkan pendirian monetari mereka, isu mengenai had hutang AS terus menjadi tumpuan,” katanya.Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan turun kepada 3.2941/2968 berbanding yen Jepun daripada 3.2821/2852 pada penutupan Selasa, lebih rendah berbanding euro menjadi 4.9399/9436 daripada 4.9327/9369 dan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.7168/7211 daripada 5.7129/7179 semalam.Ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.Nilai ringgit merosot berbanding baht Thai kepada 13.2496/2661 daripada 13.2251/2427 dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4067/4096 daripada penutupan urus niaga Selasa pada paras 3.4035/4070.Mata tempatan juga menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 307.0/307.5 daripada 306.9/307.4 dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.18/8.19 daripada 8.16/8.17. - Bernama
4
31 Mei 2023 09:54am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261043/bisnes/ringgit-ditutup-tidak-berubah-ekoran-faktor-luaran
Ringgit ditutup tidak berubah ekoran faktor luaran
RINGGIT ditutup tidak berubah berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipengaruhi oleh faktor luaran memandangkan pasaran menunggu hasil undian berkaitan siling hutang AS oleh Kongres AS esok.Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.6005/6045 berbanding dolar AS daripada 4.6030/6060 ketika ditutup pada Isnin.Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit secara amnya masih lemah, dengan dolar AS bergerak mencecah setinggi RM4.6173 sebelum ditutup menghampiri RM4.6100."Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai ringgit ketika ini memandangkan pelabur menumpukan secepat mana untuk isu had hutang AS boleh diselesaikan,” katanya kepada Bernama.Beliau berkata dari sudut teknikal, mata wang tempatan berada dalam keadaan terlebih jual, menunjukkan risiko penurunan ringgit selanjutnya adalah terhad.Buat masa ini, pasangan dolar AS/ringgit berada di bawah sedikit paras rintangan RM4.6257, manakala paras sokongan pada RM4.5491."Pasaran pertukaran mata wang asing berhati-hati dengan cara ahli politik AS yang akan membuat keputusan, memandangkan pihak yang berselisihan, Demokrat dan Republikan, mungkin tidak begitu cenderung untuk memenuhi keputusan yang begitu pantas,” katanya.Pada penutupan hari ini, ringgit diniagakan tidak berubah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.7129/7179 daripada 5.6829/6866 ketika ditutup pada Isnin dan hampir mendatar berbanding euro pada 4.9327/9369 daripada 4.9330/9363.Ringgit tidak berubah berbanding yen Jepun pada 3.2821/2852 daripada 3.2820/2844 semalam.Pada masa yang sama, mata wang tempatan didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara Asean.Unit domestik meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 306.9/307.4 daripada 307.3/307.7 ketika ditutup semalam dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.2251/2427 daripada 13.2316/2463.Ringgit tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.16/8.17 daripada 8.20/8.21 ketika ditutup pada Isnin namun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4035/4070 daripada 3.4016/4043. - Bernama
4
30 Mei 2023 08:07pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261027/bisnes/bursa-malaysia-ditutup-rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah
BURSA Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya pada Selasa berikutan keadaan berjaga-jaga dalam pasaran menjelang pengundian rang undang-undang siling hutang Amerika Syarikat (AS) yang dijangkakan seawal Rabu.Kongres AS perlu menaikkan siling hutang menjelang 5 Jun atau negara itu akan mengalami kekurangan tunai untuk membayar obligasinya dan ketika ini keyakinan adalah tinggi persetujuan akan dapat dicapai.Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.02 mata kepada 1,396.91 daripada paras penutup 1,404.93 pada Isnin.Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.11 mata kepada 1,406.04 yang mana merupakan paras tertinggi intra harinya.Keseluruhan pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 466 berbanding 358, manakala 431 kaunter tidak berubah, 1,009 tidak diniagakan dan 60 yang lain digantung.Jumlah dagangan susut kepada 2.38 bilion unit bernilai RM2.01 bilion daripada 2.73 bilion unit bernilai RM1.87 bilion.Seorang penganalisis berkata, saham perbankan yang pulih pada awalnya, gagal mengekalkan prestasinya. Sektor lain seperti penjagaan kesihatan, teknologi, perladangan dan produk dan perkhidmatan perindustrian juga rendah semasa musim keputusan korporat.Selain itu, katanya, minat dalam bursa tempatan juga terjejas oleh penurunan firma perindustrian China dalam tempoh empat bulan pertama 2023, di tengah-tengah kekurangan pemangkin susulan penutupan Wall Street semalaman pada Isnin.China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia.Menurut penganalisis itu, para pelabur juga menunggu data Keyakinan Pengguna Conference Board (CB) Amerika Syarikat (AS) bagi Mei yang akan dikeluarkan lewat hari ini.Data Keyakinan Pengguna CB mengukur tahap keyakinan pengguna dalam aktiviti ekonomi.Sementara itu, naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, FBM KLCI ketika ini berada dalam situasi terlebih jual yang teruk, jadi beliau merasakan aktiviti membeli saham berharga rendah akan muncul dan menjangka indeks petunjuk pasaran itu akan melantun semula tidak lama lagi."Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,400-1,410 bagi tempoh berbaki minggu ini," katanya kepada Bernama.Saham wajaran tinggi Maybank susut satu sen kepada RM8.59, Public Bank turun lima sen kepada RM3.84, Tenaga Nasional jatuh 13 sen kepada RM9.62 dan Petronas Chemicals berkurangan 12 sen kepada RM6.75.CelcomDigi meningkat satu sen kepada RM4.57 dan CIMB tidak berubah pada RM4.89.Dalam kalangan kaunter cergas, Dagang NeXchange naik 2.5 sen kepada 41.5 sen, YTL meningkat satu sen kepada 91 sen, Widad menokok setengah sen kepada 43.5 sen, Top Glove jatuh lima sen kepada RM1.11 dan Bahvest Resources meningkat dua sen kepada 22 sen.Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 45.94 mata kepada 10,279.11, Indeks FBMT 100 turun 48.71 mata kepada 9,982.90 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 55.66 mata kepada 10,654.41.Indeks FBM 70 susut 30.73 mata kepada 13,550.89 manakala Indeks FBM ACE turun 3.99 mata kepada 4,967.09.Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 27.98 mata kepada 15,269.30, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.01 mata kepada 162.52, Indeks Perladangan berkurangan 46.91 mata kepada 6,747.50 manakala Indeks tenaga naik 13.17 mata kepada 827.04.Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.61 bilion unit bernilai RM1.79 bilion daripada 1.53 bilion unit bernilai RM1.45 bilion pada Isnin.Jumlah dagangan waran menokok kepada 291.34 juta unit bernilai RM35.75 juta daripada 274.34 juta unit bernilai RM35.30 juta.Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 475.20 juta saham bernilai RM179.17 juta daripada 921.19 juta saham bernilai RM388.47 juta sebelumnya.Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 301.46 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (275.67 juta); pembinaan (46.36 juta); teknologi (236.12 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (79.88 juta); hartanah (139.17 juta); perladangan (26.35 juta); REITs (7.26 juta), dana tertutup (213,500); tenaga (156.74 juta); penjagaan kesihatan (152.57 juta); telekomunikasi dan media (59.89 juta); pengangkutan dan logistik (21.19 juta); dan utiliti (111.77 juta). - Bernama
4
30 Mei 2023 07:01pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/261001/bisnes/raih-lebih-rm2000-sebulan-hasil-jualan-mesin-layan-diri
Raih lebih RM2,000 sebulan hasil jualan mesin layan diri
SEORANG pekerja swasta mampu menjana keuntungan lebih RM2,000 dalam sebulan menerusi perniagaan mesin layan diri.Amiruddin Ahmad Abdul Jalil, 28, merupakan salah seorang peserta usahawan mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) melahirkan rasa lega kerana inisiatif tersebut membantu dirinya menambah pendapatan sampingan memandangkan kenaikan kos sara hidup ketika ini."Saya menjual pelbagai makanan antaranya nasi, mi, sandwich dan kuih pada harga antara RM2 hingga RM5 menerusi mesin layan diri yang terletak di KL Sentral."Saya mampu meraih jualan sebanyak RM4,000 hingga RM5,000 malah keuntungan pula diterima berjumlah RM2,500 selama sebulan. Terdapat penambahbaikan perlu dilakukan dengan memperbanyakkan lagi makanan dalam mesin tersebut."Jadi kita sasarkan keuntungan sebanyak RM7,000 pada masa akan datang. Inisiatif berkenaan adalah platform terbaik bagi golongan berpendapatan rendah (B40) menjana pendapatan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Pada Mac lepas, Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli melancarkan program mesin layan diri IPR dan kerajaan menyasarkan mesin berkenaan dapat diperluas kepada 5,000 penerima di bawah Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) pada tahun ini.Menerusi inisiatif INSAN, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat yang telah dipilih dan akan menerima sewaan bulanan serta dibayar terus kepada penyedia mesin layan diri antara RM600 hingga RM800 bergantung kepada jenis mesin.Mengulas lanjut, Amiruddin Ahmad berkata, pelbagai manfaat diterima sebagai peserta di bawah inisiatif berkenaan termasuk tidak dikenakan sewa selama dua tahun dan cas elektrik pula ditanggung pemilik tapak atau rakan strategik."Secara anggaran jumlah kos di KL Sentral boleh mencecah RM2,000 termasuk sewa tapak dan utiliti lain namun ia sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh dua tahun."Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan peluang dan manfaat seperti ini bagi membantu golongan B40 dan memerlukan untuk menjana pendapatan tambahan," ujarnya.Dalam pada itu, Amiruddin Ahmad menambah perkara tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada usahawan malah memberi pilihan kepada orang ramai untuk membeli makanan siap masak pada harga berpatutan dan murah.Selain itu, Amiruddin Ahmad juga berharap lebih ramai golongan muda yang berani untuk mencuba sesuatu baharu bagi mengubah nasib dan menambah pendapatan sampingan."Saya bekerja sepenuh masa tetapi berani untuk sertai program ini untuk jana pendapatan sampingan sebab saya tinggal di bandar dan kos sara hidup pula tinggi di sini," ujarnya.
4
30 Mei 2023 04:42pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260974/bisnes/malaysia-antara-negara-terbaik-bagi-industri-ev
Malaysia antara negara terbaik bagi industri EV
MALAYSIA merupakan antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik (EV) kerana ia mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport, kata Persatuan Kenderaan Elektrik Malaysia (EVAM).Presidennya, Datuk Dennis Chuah berkata, Malaysia mempunyai infrastruktur, kumpulan tenaga kerja, kemahiran dan teknologi inovatif yang tepat untuk menyokong industri EV dan memenuhi keperluan rantaian nilai global di Asia Tenggara dan melangkauinya."Sudah ada segelintir syarikat Malaysia yang mengeksport komponen kepada pengeluar EV."Syarikat automotif tempatan telah mengumumkan rancangan untuk EV pertama mereka dan kami melihat lebih ramai pemain automotif asing memasuki ke Malaysia,” katanya pada sidang media E-Mobility Asia di sini hari ini.Chuah berkata, kerajaan telah menyediakan insentif untuk meningkatkan penggunaan EV melalui pengecualian cukai dan pemasangan 10,000 unit pengecasan EV menjelang 2025."Walaupun secara asasnya EV di Malaysia pada masa ini adalah rendah iaitu kurang daripada satu peratus pemilikan kereta, berita baiknya ialah permintaan semakin meningkat."Ini menunjukkan penggunaan EV bersedia untuk pengembangan kerana pengguna berusaha lebih sedar untuk menjadi mesra alam dan mereka melihat terdapat pilihan di hadapan mereka dan kerja-kerja infrastruktur sedang dijalankan,” katanya. - Bernama
4
30 Mei 2023 03:24pm
IZWAN ROZLIN
https://www.sinarharian.com.my/article/260910/bisnes/skyworld-rangkul-anugerah-seni-bina-landskap-malaysia
SkyWorld rangkul Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia
PEMAJU hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) merangkul Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia ke-13 (MLAA13) dalam satu majlis yang diadakan di The Westin Desaru Coast Resort, Johor baru-baru ini.Ketua Pegawai Eksekutif Skyworld, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan SkySanctuary Park di Setapak, Kuala Lumpur itu membuktikan sumbangan luar biasa SkySanctuary Park dalam mewujudkan landskap bandar dan menyediakan tempat percutian yang mempesonakan di ibu kota.Menurutnya, peranan Skyworld bukan sekadar membina rumah dan ruang komersial tetapi turut mewujudkan komuniti mampan yang mengutamakan kesejahteraan serta kualiti hidup.“Ia termasuk mewujudkan kawasan hijau yang luas bagi memberi peluang komuniti hidup dalam persekitaran semula jadi.“SkySanctuary Park ialah taman bandar yang direka khas untuk penduduk pembangunan SkySanctuary, menggabungkan alam semula jadi dan reka bentuk moden dengan menawarkan komuniti oasis bandar yang unik serta pengalaman hidup di tepi tasik,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Chee Sang berkata, kawasan seluas 1.18 hektar itu mengintegrasikan secara harmoni ruang hijau yang subur, selain dilengkapi kemudahan rekreasi.“SkySanctuary Park mempunyai 72 spesies dan 100,523 tumbuhan botani termasuk pokok, kawasan rumput, pokok renek, tanah lembap asli serta tumbuhan akuatik.“Ia mampu menawarkan ekosistem bertenaga yang menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan memupuk hubungan komuniti dengan dunia semula jadi.“Di luar tarikan estetiknya, tasik taman ini mempunyai tujuan penting sebagai kolam tadahan, yang bukan sahaja berkesan mengurangkan risiko banjir tetapi juga menyumbang kepada pemuliharaan flora dan fauna asli,” jelasnya.Ujarnya, SkySanctuary Park juga dapat memelihara biodiversiti, memupuk kemampanan dan mewujudkan ruang bagi manfaat kepada masyarakat.“SkyWorld bertekad bukan sahaja mahu membina persekitaran sihat tetapi juga membina masa depan cerah untuk perjalanan hidup lebih baik,” kata Chee Sang.
4
30 Mei 2023 10:43am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260908/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga pagi Selasa menjelang keputusan mengenai siling hutang AS.Pada jam 9.09 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6040/6080 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada paras 4.6030/6060.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, beliau menjangkakan gandingan dolar AS/ringgit didagangkan dalam julat sempit hari ini pada sekitar RM4.60.Beliau menambah, risiko kelewatan dalam membuat keputusan mengenai siling hutang AS boleh menyebabkan pasaran mata wang kekal berhati-hati, sekali gus menjurus kepada permintaan yang berterusan untuk mata wang selamat seperti dolar AS."Jadi semua mata akan tertumpu pada Capitol Hill memandangkan tarikh akhir 5 Jun semakin hampir," katanya.Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menyusut nilai untuk mencatatkan paras 3.2862/2893 berbanding yen Jepun daripada 3.2820/2844 pada penutup Isnin, merosot berbanding euro kepada 4.9341/9384 daripada 4.9330/9363, dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.6928/6978 daripada 5.6829/6866 semalam.Berbanding mata wang Asean pula, ringgit turut diniagakan kebanyakannya rendah.Ringgit turun berbanding baht Thailand kepada 13.2829/2995 daripada 13.2316/2463 dan susut berbanding dolar Singapura menjadi 3.4041/4075 daripada 3.4016/4043 pada Isnin.Mata wang tempatan lebih rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 307.4/307.9 daripada 307.3/307.7 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.20/8.21. - Bernama
4
30 Mei 2023 10:05am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260858/bisnes/harga-minyak-susut-ringgit-ditutup-rendah-berbanding-dolar-as
Harga minyak susut, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
RINGGIT susut daripada pengukuhannya pada minggu lepas apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, susulan penurunan harga minyak mentah serta jangkaan kenaikan kadar faedah di negara maju itu pada bulan depan.Malah, unjuran kenaikan kadar faedah itu terus mengasak ringgit biarpun persetujuan awal berkaitan had paras hutang AS telah dicapai.Pada 6 petang ini, ringgit turun ke paras 4.6030/6060 berbanding dolar AS daripada 4.5970/6035 yang dicatatkan pada akhir urus niaga Jumaat lepas.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit bergerak dalam jajaran RM4.60 berbanding dolar AS hari ini.Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, dolar AS kekal di landasan stabil berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah pada bulan depan.Mengulas had siling hutang AS yang memberi impak buruk ke ayas mata wang lain, beliau berkata, tumpuan seterusnya adalah sesi pengundian ahli kongres AS mengenai perkara itu pada Rabu ini.Presiden Joe Biden telah menggesa Kongres meluluskan perjanjian had hutang tentatif yang dicapai dalam pertemuannya dengan Speaker Dewan, Kevin McCarthy pada akhir minggu lepas.Menurut laporan stesen penyiaran BBC, sekiranya diluluskan, ia akan membenarkan kerajaan AS membuat pinjaman sehingga selepas pilihan raya presiden seterusnya yang dijadualkan pada November 2024.Mohd Afzanizam berkata, pada masa ini, paras rintangan dan sokongan bagi ringgit masing-masing pada RM4.6257 dan RM4.5491 berbanding dolar AS.“Kami mengunjurkan julat lebih kecil bagi gandingan dolar AS/ringgit akan berterusan sehingga isu had paras hutang AS itu selesai,” katanya.Pada akhir urus niaga hari ini, prestasi ringgit kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.Ringgit hampir tidak berubah berbanding pound Britain pada 5.6829/6866 daripada 5.6819/6899 pada Jumaat, meningkat berbanding euro pada 4.9330/9363 daripada 4.9340/9409 dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2820/2844 daripada 3.2918/2967.Berbanding mata wang Asean, ringgit sebaliknya mencatat prestasi bercampur-campur.Unit tempatan itu mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 307.3/307.7 daripada 307.3/307.9 minggu lepas, mencatat penurunan kecil pada 3.4016/4043 berbanding dolar Singapura daripada 3.4012/4062 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2316/2463 daripada 13.2539/2784.Ringgit juga mengukuh berbanding peso Filipina pada 8.20/8.21 daripada 8.24/8.25, sebelum ini. - Bernama
4
29 Mei 2023 07:49pm
IZWAN ROZLIN
https://www.sinarharian.com.my/article/260826/bisnes/bioeneco-terima-pensijilan-label-emas-hijau
BioEneco terima pensijilan Label Emas Hijau
BIO Eneco Sdn Bhd (BioEneco), pengeluar, pengilang dan pembekal bahan api biojisim terkemuka di Malaysia telah meraih pensijilan Label Emas Hijau (GGL), baru-baru ini.Pengarah Urusan BioEneco, Oliver Yeo berkata, pensijilan yang diterima akan mengukuhkan komitmen BioEneco untuk menyediakan produk biojisim berkualiti tinggi.Menurutnya, ia turut mengiktiraf bahawa syarikat itu memastikan amalan perniagaannya patuh pada peraturan dan mampan.“Kami akan terus memacu perubahan positif dalam operasi perniagaan kami yang turut mementingkan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Difahamkan BioEneco memperoleh paten daripada MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) pada September 2022 untuk barisan pengeluarannya.“Teknologi tinggi yang dipatenkan itu membolehkan barisan pengeluaran BioEneco membuang kekotoran dari tempurung inti sawit (PKS) dengan cekap dan melengkapkan ia dengan sistem pensterilan UV untuk membunuh bakteria,” ujar Oliver.Ditubuhkan pada 2002, GGL merupakan program pensijilan antarabangsa untuk biojisim mampan.Ia dimiliki oleh Green Gold Label Foundation dan merupakan antara skim pensijilan biojisim terawal.GGL direka bentuk untuk memberikan jaminan bahawa sumber produk biojisim adalah daripada sumber yang mampan.Skim itu mengambil kira asal-usul (pengurusan hutan atau pertanian) dan maklumat rantaian bekalan (tenaga dan karbon).Ia juga sejajar dengan peraturan negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2021-2025 yang berpandukan tonggak kemampanan (ekonomi, sosial dan alam sekitar).Langkah itu bertujuan untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau (GHG) bersih-sifar seawal 2050 dan antarabangsa peraturan untuk mendapatkan biojisim mampan, seperti Stimulasi Pengeluaran Tenaga Mampan dan Peralihan Iklim (SDE) dan skim Pemberian Tarif (FIT) Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI).
4
29 Mei 2023 04:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260824/bisnes/kadar-jangka-pendek-ditutup-stabil-susulan-operasi-bnm
Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat menjadi RM46.61 bilion daripada RM42.17 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dana Islam berkurangan kepada RM20.99 bilion daripada RM26.83 bilion sebelumnya.Terdahulu, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo berbalik.Selain itu, BNM telah menyemak tender semalaman konvensional kepada RM45.6 bilion daripada RM44.7 bilion.Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM45.6 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM21.0 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah pada 2.96 peratus pada 26 Mei 2023. - Bernama
4
29 Mei 2023 04:21pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260788/bisnes/indeks-harga-pengeluar-malaysia-turun--30-peratus-pada-april
Indeks Harga Pengeluar Malaysia turun -3.0 peratus pada April
INDEKS Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia merosot kepada -3.0 peratus pada April 2023 daripada -2.9 peratus pada Mac 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).Penguncupan IHPR bagi April disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan, kata DOSM dalam satu kenyataan pada Isnin.Jabatan itu berkata, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan terus menunjukkan trend negatif selama sepuluh bulan berturut-turut, merekodkan -26.0 peratus berbanding -28.7 peratus pada Mac.Sementara itu, sektor perlombongan turut mencatatkan penurunan -4.7 peratus pada April 2023 berbanding -11.5 peratus pada bulan sebelumnya, kesan kejatuhan indeks pengekstrakan petroleum mentah -12.5 peratus.Pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan peningkatan marginal 0.2 peratus pada April 2023 berbanding 0.3 peratus pada bulan sebelumnya.Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 0.8 peratus, disebabkan peningkatan dalam indeks penanaman tanaman kekal (1.1 peratus), manakala sektor perlombongan mencatatkan peningkatan 0.5 peratus, seiring dengan peningkatan indeks pengekstrakan petroleum mentah (1.5 peratus).Sektor pembuatan pula mencatatkan peningkatan perlahan 0.1 peratus, disebabkan oleh indeks pembuatan produk makanan (0.9 peratus) dan pembuatan kimia dan produk kimia (0.7 peratus).Sementara itu, sektor bekalan elektrik dan gas turun kepada -0.6 peratus berbanding 0.5 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, manakala sektor bekalan air kekal tidak berubah.DOSM turut menjelaskan bahawa ketidaktentuan harga terutamanya dalam tenaga dan produk makanan memberi kesan kepada indeks harga pengeluar di kebanyakan negara.IHPR Amerika Syarikat meningkat 2.3 peratus selepas peningkatan 2.7 peratus pada Mac 2023, yang boleh dilihat pada permintaan makanan akhir terutamanya dalam indeks buah-buahan segar dan tembikai serta telur untuk kegunaan segar.Walau bagaimanapun, inflasi pengeluar India turun -0.9 peratus (Mac 2023: 1.3 peratus) pertama kali sejak Julai 2020, manakala harga pengeluar China pula turun -3.6 peratus berbanding -2.5 peratus pada bulan sebelumnya. - Bernama
4
29 Mei 2023 01:06pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260757/bisnes/ringgit-dibuka-lemah-berbanding-dolar-as
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka lemah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Isnin di tengah-tengah kebuntuan mengenai siling hutang Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.6160/6205 berbanding dolar AS berbanding penutupan Jumaat pada paras 4.5970/6035.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, petunjuk daripada Presiden AS Joe Biden dan speaker lain mencadangkan ahli-ahli kongres akan bersetuju dengan terma pada hari Rabu.Pada Jumaat, Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen menunjukkan tarikh akhir untuk tarikh tamat had hutang telah dilanjutkan kepada 5 Jun.Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun ia meningkat kepada 3.2791/2825 daripada 3.2918/2967 pada penutupan Jumaat.Ringgit akan menyusut nilai berbanding euro kepada 4.9474/9523 daripada 4.9340/9409 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.6975/7031 daripada 5.6819/6899 sebelum ini.Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean yang lain.Ringgit meningkat sedikit berbanding baht Thailand pada 13.2510/2697 dari 13.2539/2784 tetapi merosot berbanding dolar Singapura pada 3.414/4150 daripada 3.4012/4062 hari Jumaat.Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 308.6/309.1 daripada 307.3/307.9 dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.26/8.28 daripada 8.24/8.25. - Bernama
4
29 Mei 2023 10:19am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260485/bisnes/susut-nilai-mata-wang-baru-baru-ini-tak-terhad-kepada-ringgit
Susut nilai mata wang baru-baru ini tak terhad kepada ringgit
DOLAR AS yang kukuh dijangka akan berterusan dalam masa terdekat dan ekonomi perlu bersedia untuk satu lagi pusingan pasaran mata wang yang sukar berikutan risiko yang meningkat akan membawa kepada fenomena pasaran kewangan di seluruh dunia.Pada tahun lepas, kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS menjadi faktor utama pasaran mata wang lemah, termasuk ringgit, berikutan dolar AS dilihat memberi pulangan yang lebih baik dari aspek perbezaan kadar faedah.Dalam tempoh yang penting dan tidak menentu ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan tugas yang baik dalam menguruskan risiko daripada kejutan luaran dan menangani dolar AS yang kukuh.Bagaimanapun, kini, had hutang kerajaan AS yang tidak dijangka telah menyebabkan satu lagi ketidaktentuan dalam pasaran, dengan ringgit dan mata wang Asia tidak terlepas daripada impaknya.Menjawab pertanyaan daripada Bernama, BNM berkongsi perkara dan pandangan mengenai ringgit dalam perkembangan terkininya.Perkembangan semasa dalam pasaran kewangan global telah menjejaskan sentimen pasaran.Keadaan ini termasuk had tertinggi hutang AS yang belum dapat diselesaikan serta episod tekanan sektor perbankan di AS dan Eropah.Hal ini telah menyebabkan meningkatnya permintaan terhadap aset selamat seperti dolar AS dan aliran keluar daripada kebanyakan ekonomi sedang pesat membangun apabila pelabur melindungi pelaburan mereka.Berlatarkan keadaan ini, dolar AS telah mengukuh berbanding kebanyakan mata wang.Impaknya, ringgit menghadapi tekanan penurunan nilai yang ketara, sama seperti kebanyakan mata wang.Oleh itu, penurunan nilai ringgit baru-baru ini tidak terhad kepada Malaysia semata-mata.Prestasi ringgit secara keseluruhan perlu diberikan pertimbangan bukan sahaja berbanding dengan dolar AS tetapi juga dengan mata wang negara rakan perdagangan utama Malaysia.Pergerakan ringgit berbanding rakan dagang utama negara, seperti yang diukur oleh kadar pertukaran efektif nominal (NEER), secara relatif adalah lebih perlahan.Dalam persekitaran semasa, perkembangan luaran memberikan impak yang lebih besar terhadap prestasi ringgit.​​​​ Berdasarkan situasi ini, prestasi ringgit berbanding dolar AS, atau mana-mana mata wang lain, tidak mencerminkan kedudukan ekonomi negara.Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang dalam julat 4.0 - 5.0 peratus pada 2023.Permintaan dalam negeri akan terus mendorong pertumbuhan, disokong oleh pasaran pekerja yang terus pulih serta pelaksanaan projek pelaburan dan projek modal jangka panjang, termasuk pelaburan langsung asing yang diluluskan seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), LRT Laluan Shah Alam atau LRT 3 dan Lebuhraya Pan Borneo.Pada masa yang sama, pasaran eksport dan segmen produk Malaysia yang pelbagai akan terus menyokong daya tahan sektor luaran.Pergerakan ringgit akan terus ditentukan oleh pasaran dan BNM akan terus menguruskan risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan yang meningkat.Bagi tujuan ini, operasi pasaran BNM akan memastikan pasaran kewangan mempunyai mudah tunai yang mencukupi serta berfungsi secara teratur.Prestasi ringgit dijangka bertambah baik apabila ketidakpastian berhubung perkembangan pasaran global menjadi reda.Hal ini seterusnya akan mencerminkan kekukuhan asas ekonomi Malaysia dengan lebih baik. - Bernama
4
26 Mei 2023 09:44pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260472/bisnes/ringgit-melantun-semula-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS apabila rundingan had siling hutang Amerika Syarikat (AS) berjalan lancar dengan mata wang tempatan juga mengukuh berbanding mata wang utama lain dan serantau.Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.5970/6035 berbanding dolar AS meningkat daripada paras penutup 4.6245/6285 pada Khamis.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit pulih semula hari ini berlegar pada paras RM4.6082."Nampaknya ada berita positif daripada perbincangan had hutang AS, dengan beberapa pengurangan perbelanjaan dalam bahagian tertentu. Sekiranya penggubal undang-undang AS mencapai persetujuan dengan had siling hutang dengan segera, pendekatan risiko akan kembali semula."Pergerakan dolar AS-ringgit pada RM4.6125 agak rendah daripada paras ketahanan segera pada RM4.6257 dan ia dianggap terlebih jual berdasarkan kepada petunjuk teknikal,” katanya kepada Bernama.Pada penutup dagangan hari ini, ringgit meningkat berbanding kumpulan mata wang utama lain.Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6819/6899 daripada paras penutup 5.7247/7296 pada Khamis, naik berbanding euro kepada 4.9340/9409 daripada 4.9630/9673 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2918/2967 daripada 3.3141/3172.Ringgit diniagakan naik sedikit berbanding mata wang negara-negara Asean lain yang juga terjejas akibat daripada drama rundingan had siling AS, dengan peso Filipina turun 0.49 peratus berbanding dolar AS diikuti baht Thailand (0.07 peratus).Unit tempatan melantun semula kepada 3.4012/4062 berbanding dolar Singapura daripada 3.4202/4237 pada Khamis dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 307.3/307.9 daripada 309.2/309.6.Ringgit naik berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.25 daripada 8.25/8.26 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2539/2784 daripada 13.3602/3776 sebelumnya. - Bernama
4
26 Mei 2023 07:49pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/260483/bisnes/axiata-tumpu-cipta-masa-depan-digital
Axiata tumpu cipta masa depan digital
AXIATA Group Berhad (Axiata) meneruskan untuk memberi tumpuan dalam mencipta masa depan digital kepada pelanggan selain meningkatkan nilai pemegang taruh (stakeholder).Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Axiata, Vivek Sood berkata, ia bagi membina strategi syarikat tersebut untuk berkembang menjadi Telco Digital generasi akan datang yang pelbagai."Axiata mempunyai prestasi kewangan kukuh dan terus memenuhi keperluan digital pelanggan walaupun persekitaran operasi yang pesat berubah dengan digariskan oleh halangan ekonomi makro."Kami kekal berdaya tahan selain mengukuhkan asas dengan penciptaan nilai yang mampan. Antara langkah dibuat termasuk penggabungan Celcom-Digi dan memulakan penubuhan bank digital di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mengulas lanjut, Vivek berkata, walaupun kecemerlangan dalam prestasi operasi kekal sebagai pemboleh utama kejayaan, namun pihaknya akan terus kekal fokus pada perjalanan transformasi.Menurut Vivek, Axiata boleh terus memainkan peranan penting dalam menyokong perniagaan dan komuniti untuk memajukan pertumbuhan selain membina kejayaan kolektif ke arah masa depan yang didayakan secara digital.Sementara itu, Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata, Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 yang diadakan pada Jumaat menyaksikan pemegang saham menyatakan sokonga berterusan kepada kumpulan tersebut ketika menghadapi tempoh yang mencabar dan sukar.Menurut Shahril Ridza, Axiata telah menunjukkan pendekatan berhemat dan progresif dalam meningkatkan daya tahan keseluruhannya yang dicapai oleh keupayaan pelaksanaan secara kukuh selain ketangkasan kumpulan tersebut.Jelasnya, kemampanan dan tindakan terhadap iklim terus menjadi tumpuan penting Axiata."Axiata juga merumuskan Jawatankuasa Kelestarian Lembaga Pengarah dan memperbaharui Rangka Kerja Kemampanan untuk memacu aspirasi ke arah memajukan masa depan digital, di mana orang ramai, planet dan perniagaan boleh berkembang maju secara kolektif."Menerusi pelancaran Pelan Hala Tuju Karbon Axiata Net-Zero pada 2022 selaras dengan Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi), Axiata mula menerima cadangan Pasukan Petugas mengenai Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD) yang dirancang pada tempoh tiga tahun."Pelaksanaan berkenaan dijangka dapat menyediakan perniagaan untuk mengurangkan kesan dan risiko iklim selain merealisasikan peluang masa depan," jelasnya.
4
26 Mei 2023 07:37pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260468/bisnes/tengku-zafrul-ketuai-misi-perdagangan-miti-ke-jepun
Tengku Zafrul ketuai misi perdagangan MITI ke Jepun
MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun dari 29 Mei hingga 3 Jun 2023 untuk mengukuhkan hubungan perdagangan, perindustrian dan pelaburan sedia ada antara kedua-dua negara.Misi itu akan meliputi Tokyo dan Osaka dan akan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.Dalam kenyataan pada Jumaat, MITI berkata, misi perdagangan dan pelaburan adalah program utamanya, yang turut mencerminkan fungsi utamanya sebagai kementerian yang bertanggungjawab untuk menggalakkan perdagangan dan menarik pelaburan asing serta menggalakkan pelaburan tempatan.Jepun telah menjadi rakan dagang yang penting dan sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) untuk Malaysia selama beberapa dekad."Misi ini dijangka mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara sejajar dengan peningkatan hubungan dua hala Malaysia-Jepun kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada tahun lepas,” menurut MITI.Misi ini akan memberi tumpuan kepada teknologi terkini dan nilai tambah tinggi yang strategik dalam produk elektrik dan elektronik (E&E), kimia dan produk kimia serta kenderaan elektrik, dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai tema asas.Sehubungan itu, Tengku Zafrul dan delegasinya akan bertemu dengan pemain industri Jepun yang terkemuka dalam sektor ini, yang telah menunjukkan minat mereka untuk melabur dan mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia.Lawatan ke kemudahan teknologi sedang pesat membangun baharu untuk sektor pembuatan dalam automotif, E&E serta penangkapan dan penyimpanan karbon juga sebahagian daripada program tersebut.Tengku Zafrul juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Nishimura Yasutoshi untuk membincangkan isu dua hala dan kerjasama ekonomi melalui pelbagai platform antarabangsa, terutamanya Dialog Dasar Perindustrian Awam-Swasta Jepun-Malaysia, Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).Pada 2022, Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan sebanyak AS$41.21 bilion (RM181.50 bilion) berbanding AS$36.41 bilion (RM149.76 bilion) pada 2021.Jumlah perdagangan Malaysia-Jepun pada 2022 telah meningkat 21.2 peratus tahun ke tahun.Eksport utama Malaysia ke Jepun pada 2022 ialah gas asli cecair, produk E&E, petroleum mentah, minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit serta kimia dan produk kimia manakala import utama Malaysia dari Jepun pada 2022 ialah produk E&E, jentera, peralatan dan alat ganti, pembuatan logam, kimia dan produk kimia serta peralatan pengangkutan.Dari segi pelaburan, Jepun telah menjadi antara sumber utama FDI Malaysia untuk sektor pembuatan.Sehingga 2022, sebanyak 2,746 projek pembuatan dengan penyertaan Jepun telah dilaksanakan."Projek ini telah menjana impak limpahan yang positif untuk rantaian bekalan perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan menyediakan pekerjaan kepada 336,326 orang,” menurut MITI.Katanya Jepun disenaraikan sebagai pelabur asing keempat terbesar dari segi projek pembuatan yang dilaksanakan.Kebanyakan pelaburan ini dalam produk E&E, kimia dan produk kimia, produk mineral bukan logam, peralatan pengangkutan dan produk petroleum. - Bernama
4
26 Mei 2023 07:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260433/bisnes/edge-group-dari-uae-percaya-malaysia-platform-pasaran-lebih-besar
Edge Group dari UAE percaya Malaysia platform pasaran lebih besar
EDGE Group, sebuah konglomerat milik kerajaan UAE yang terlibat dalam teknologi maju dan industri pertahanan, percaya Malaysia adalah platform yang baik untuk syarikat itu memasuki pasaran yang lebih besar, terutamanya di Asia dan Asia Tenggara.Sebagai permulaan, Caracal, sebuah syarikat Edge Group, telah menandatangani perjanjian dengan Ketech Asia Sdn Bhd, pengeluar peluru dan penyedia penyelesaian senjata kecil, untuk pengeluaran dan penjualan semula senapang tempur CAR 816 Caracal di Malaysia.Di bawah perjanjian itu, kedua-dua syarikat akan menjalankan pemindahan teknologi yang membolehkan Ketech Asia memasang senapang tempur CAR 816 di kemudahan baharunya di Pahang bagi menyokong keperluan Angkatan Tentera Diraja Malaysia.Ketua Pegawai Eksekutif Caracal, Hamad Al Ameri berkata, Edge Group mempunyai banyak produk dan berharap syarikat dapat lebih bekerjasama dengan kerajaan dan syarikat Malaysia pada masa depan."Kami sedang berunding dengan rakan kongsi kami untuk memanfaatkan industri berasaskan Malaysia. Kami sedang meninjau pasaran berpotensi itu. Kami akan meneruskan dan mengikuti perkembangan ini (menandatangani perjanjian dengan Ketech Asia),” katanya kepada Bernama di luar acara Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA), Edisi Ke-16 yang bermula pada Selasa.Al Ameri berkata, kumpulan mempunyai kepelbagaian penuh dalam perniagaan pertahanan untuk memenuhi semua keperluan sektor pertahanan."Edge Group adalah kumpulan teknologi maju yang menggabungkan lebih 20 entiti kepada empat kluster teras -- Platform dan Sistem, Peluru Berpandu dan Senjata, Electronic Warfare dan Teknologi Siber serta Perdagangan dan Sokongan Misi."Syarikat adalah baharu dan ditubuhkan pada 2019. Bagaimanapun, sejak itu, kami berjaya menembusi banyak pasaran dan berkembang menjadi antara pemain pertahanan terbesar di rantau ini dan di peringkat global,” katanya.Dilancarkan pada November 2019, konglomerat yang berpangkalan di Abu Dhabi itu ialah antara kumpulan teknologi maju terkemuka di dunia, ditubuhkan untuk membangunkan penyelesaian yang cepat dan berani untuk pertahanan dan seterusnya serta menjadi pemangkin kepada perubahan dan transformasi.Mengenai LIMA’23, Al Ameri berkata, pameran itu adalah platform yang baik untuk mempamerkan produk dan keupayaannya kepada pasaran pertahanan. - Bernama
4
26 Mei 2023 04:33pm
NURHIDAYAH HAIROM
https://www.sinarharian.com.my/article/260428/bisnes/sharp-lancar-siri-baharu-tv-aquos-xled
Sharp lancar siri baharu TV AQUOS XLED
SHAH ALAM – Sharp Corporation melancarkan model televisyen terkini dan tercanggihnya, SHARP AQUOS XLED di rantau Asia, Timur Tengah dan Afrika, di Osaka, Jepun baru-baru ini.Model televisyen terbaharu yang menggabungkan ciri terbaik televisyen jenis LCD serta OLED itu, dipasarkan secara rasmi meliputi di Malaysia, Thailand, Singapura, Vietnam, Indonesia, Filipina, Bangladesh, Taiwan, Timur Tengah dan Afrika.President Sharp Corporation’s TV Systems Business Unit, Hirofumi Okamoto, berkata, televisyen terbaharu itu merupakan versi peningkatan AQUOS XLED yang telah diperkenalkan di Jepun pada 2021.Menurutnya, sebagai jenama TV nombor satu di Jepun, Sharp menyasarkan untuk menyumbang kepada pertumbuhan industri dengan sentiasa mengembangkan teknologi dan membangunkan inovasi baharu pada masa hadapan.“Kami amat teruja untuk memperkenalkan generasi baharu teknologi AQUOS XLED di rantau Asia, Timur Tengah dan Afrika.“Kami percaya bahawa ia akan membantu meningkatkan tahap hiburan di rumah dengan menawarkan pengalaman menonton yang lebih hebat.“Pada tahun yang akan datang, kami akan terus mempromosikan produk televisyen kami di pasaran-pasaran ini supaya SHARP terus menjadi jenama yang dekat di hati kalangan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.SHARP AQUOS XLED 4K model 65 inci boleh dibeli dengan harga RM15,999 dan orang ramai boleh melihat keunikannya di rangkaian pengedar secara dalam talian serta di premis jualan sah.Selain itu, pelanggan yang membeli televisyen baharu ini akan menerima dron DJI Mini 3 bernilai RM2,399 secara percuma.SHARP AQUOS XLED mampu memberi takrifan generasi televisyen terkemuka menerusi sentuhan reka bentuk artistik selain inovasi hebat yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman tontonan menyamai paparan sebenar dan mencapai tahap baharu.Ia juga terbukti sebagai keluaran terbaik SHARP dalam segmen 4K dengan memaparkan paparan gambar serta audio terbaik.
4
26 Mei 2023 04:23pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260393/bisnes/hanya-secure2u-aplikasi-mae-luluskan-transaksi---maybank
Hanya Secure2u aplikasi MAE luluskan transaksi - Maybank
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) mengumumkan pengesahan Secure2u akan dialihkan kepada aplikasi MAE mulai 1 Julai, 2023 bagi mempertingkatkan ciri sekuriti dalam talian untuk pelanggan bank.Mulai tarikh itu, hanya Secure2u melalui aplikasi MAE yang akan digunakan untuk meluluskan kesemua transaksi yang dibuat melalui web Maybank2u, aplikasi M2U, aplikasi MAE dan transaksi dalam talian bagi kad Maybank.Dalam kenyataan pada Jumaat, bank itu menjelaskan kaedah tunggal pengesahan melalui aplikasi MAE itu, yang terikat pada satu peranti bagi setiap akaun, merupakan langkah perlindungan tambahan memandangkan ia meminimumkan kemungkinan butiran perbankan dalam talian pelanggan terjejas atau digunakan oleh mana-mana pihak ketiga.Pelanggan yang telah sedia menggunakan aplikasi MAE digalakkan untuk sentiasa mengemaskinikan aplikasi itu bagi memastikan mereka menggunakan versi terkini pada setiap masa, menurutnya.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Datuk John Chong berkata, pihaknya komited untuk memerangi penipuan kewangan."Maybank komited dalam usaha ini dengan mempercepat pendigitalan dan pemodenan teknologi melalui peningkatan infrastruktur kami secara kerap dan sentiasa memperhalusi ciri keselamatan tawaran kami,” katanya.Bank itu memaklumkan terdapat sekali tempoh pengaktifan 12 jam untuk pelanggan mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau pada peranti yang lain, dan dalam tempoh itu tiada transaksi yang memerlukan pengesahan Secure2u boleh dilakukan.Langkah ini bertujuan menghalang kelulusan transaksi yang tidak dibenarkan dan memberikan perlindungan dipertingkatkan untuk pelanggan."Bagi memastikan proses yang lebih lancar semasa peralihan Secure2u kepada aplikasi MAE, Maybank menggesa pelanggan untuk berpindah kepada Secure2u secepat mungkin,” menurut Maybank.Pada Februari, Maybank memperkenalkan Kill Switch pada aplikasi MAE dan laman web Maybank2u sebagai alat tambahan untuk melindungi dana pelanggan daripada penipuan dalam talian.Ciri Kill Switch membolehkan pelanggan menyahaktifkan akses Maybank2u mereka buat sementara waktu dan menyekat penggunaan kad kredit mereka apabila mengesan sebarang transaksi yang mencurigakan, dan ciri ini akan ditambahkan tidak lama lagi dalam apllikasi MAE untuk pengguna kad debit Maybank pada Jun 2023. - Bernama
4
26 Mei 2023 01:36pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260364/bisnes/lbs-lonjak-keuntungan-bersih-suku-tahun-pertama
LBS lonjak keuntungan bersih suku tahun pertama
PEMAJU perumahan, LBS Bina Group Berhad mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM39.37 juta pada suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 berdasarkan hasil daripada pendapatan berjumlah RM384.86 juta.Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir Lim Hock San berkata, pembangunan hartanah kekal sebagai penyumbang kepada keuntungan syarikat dengan lebih 96 peratus daripada jumlah pendapatan sebanyak RM370.44 juta yang didorong oleh kadar pengambilan projek utama di Cybersouth, Bukit Jalil dan LBS Alam Perdana.Menurutnya, sehingga 24 Mei 2023 syarikat telah memperoleh jumlah jualan hartanah sebanyak RM526 juta daripada rumah mampu milik dengan tempahan berjumlah RM589 juta.“LBS mempunyai 22 projek pembangunan sedang berjalan dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM6.5 bilion. Pada 30 April 2023 jualan tanpa bil sebanyak RM2.39 bilion dijangka akan memberikan pendapatan kukuh untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.“Kami berusaha meningkatkan keuntungan bersih luar biasa kepada 9.5 peratus berbanding 8.3 peratus suku pertama 2022 berikutan pelan strategik dan kawalan kos bagi mengoptimumkan margin,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambah beliau, syarikat turut merekodkan jualan hartanah sebanyak RM526 juta dan akan melancarkan kempen terbaharu iaitu ‘rezeki ekstra dikongsi kembali’ menawarkan kepada pembeli rumah memenangi duit raya bernilai lebih RM438,000 dengan enam ganjaran bonus menarik.Jelasnya, walaupun Bank Negara Malaysia telah meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas, namun produk mereka masih berada dalam lingkungan perumahan mampu milik dan terletak di kawasan strategik akan terus menerima permintaan yang kukuh.“Kami turut merancang pelancaran projek-projek lain dijangka akan meningkatkan jualan hartanah LBS baki tahun ini dengan memberi penekanan kepada kehendak pembeli rumah bagi memenuhi sasaran jualan.“Bantuan inisiatif ekonomi yang positif seperti keputusan kerajaan baru-baru ini untuk memberi subsidi harga simen bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah RM300,000.“LBS akan terus beriltizam mengulangi kejayaan pada 2022 dengan komitmen untuk memberikan lebih baik kepada pembeli rumah, komuniti dan pihak berkepentingan,” ujarnya.
4
26 Mei 2023 11:14am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260357/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-kemelut-hutang-as-beri-kesan
Ringgit dibuka rendah, kemelut hutang AS beri kesan
RINGGIT kekal di bawah tekanan ketika hasil perbincangan mengenai had siling hutang Amerika Syarikat (AS) terus mencetuskan ketidaktentuan yang ketara.Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam yang mencatat paras terendah dalam tempoh enam bulan.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tindakan Fitch Ratings menyenaraikan dana berdaulat kerajaan AS dalam Pemantauan Penarafan Negatif selanjutnya, hanya menunjukkan potensi penurunan penarafan yang terus ketara.‘’Ini mungkin menjadi sebab mengapa pulangan hasil kertas 10 tahun Perbendaharaan AS yang tinggi menghampiri lapan mata asas kepada 3.82 peratus."Sehubungan itu, kami menjangkakan ketidaktentuan akan terus ketara dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada Bernama.Mohd Afzanizam berkata, gandingan ringgit-dolar AS kekal lemah dengan kadar perukaran ditutup lebih rendah sebanyak 0.72 peratus semalam berbanding sehari sebelumnya, sekali gus melepasi paras rintangan sebelum ini pada 4.7495.Dari segi carta teknikal, beliau menjangkakan tahap rintangan seterusnya pada 4.7495.‘’Masih belum jelas sama ada Kongres AS akan bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang tidak lama lagi."Aspek politik juga bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan ketika pihak Republikan berkemungkinan dilihat hanya memanfaatkan keadaan selepas kadar sokongan terhadap presiden terus rendah."Atas alasan itu, perincian perjanjian terbabit adalah penting kerana membabitkan aspek mengenai potongan perbelanjaan dan kesannya terhadap pertumbuhan,” katanya.Menurutnya, setakat ini data dilihat agak positif dengan Tuntutan Awal Pengangguran AS susut kepada 229,000 minggu lepas berbanding 242,000 sebelum ini manakala anggaran kedua bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2023 negara maju itu menokok 1.3 peratus berbanding unjuran 1.1 peratus.Susulan itu, katanya, dolar AS dijangka terus mendapat permintaan tinggi.Di peringkat tempatan, pelabur akan memantau data inflasi April 2023 yang akan diumumkan hari ini.Sebelum ini, inflasi Mac 2023 turun kepada 3.4 peratus daripada 3.7 peratus pada bulan sebelumnya.Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya lebih mengukuh berbanding mata wang utama kecuali berbanding euro yang susut kepada 4.9635/9662 daripada 4.9630/9673 pada sesi akhir urus niaga semalam.Ringgit meningkat berbanding yen Jepun pada 3.3086/3106 daripada 3.3141/3172 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7026/7057 daripada 5.7247/7296.Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur mata wang Asean lain.Ia mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.4168/4191 daripada 3.4202/4237 semalam dan naik berbanding baht Thailand pada 13.3306/3440 daripada 13.3602/3776.Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding rupiah Indonesia kepada 309.4/309.8 daripada 309.2/309.6 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.25/8.26.Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannyaSementara itu, Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya susulan jualan berterusan saham wajaran tinggi dalam sentimen pasaran Asia yang bercampur-campur.Pada 9.17 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 2.51 mata kepada 1,399.97 daripada 1,402.48 sewaktu ditutup semalam.Indeks tersebut dibuka mengukuh 0.45 mata pada 1,402.93.Pasaran secara meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 211 berbanding 162 manakala 232 kaunter tidak berubahh; 1,671 tidak diniagakan manakala 26 lain digantung dagangannya.Jumlah dagangan sebanyak 287.93 juta unit bernilai RM186.64 juta.Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata, pengumuman mengenai kadar inflasi Malaysia hari ini akan menjadi tumpuan ramai."Indeks FBM KLCI kekal suram berikutan tekanan jualan berterusan dalam saham perbankan dan perladangan."Kami juga percaya aktiviti memburu saham berharga rendah di bursa tempatan akan muncul selepas ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak menunjukkan sebarang tanda kemelesetan selepas pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku pertama 2023 yang lebih tinggi daripada jangkaan awal,” katanya.Bagi komoditi, firma pembrokeran itu berkata, harga minyak mentah Brent turun ke paras US$76 setong manakala harga minyak sawit mentah melepasi paras RM3,500 satu tan dan harga emas terus melonjak kepada US$1,940 setiap auns.Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank naik 3.0 sen masing-masing kepada RM8.59 dan RM3.92; Petronas Chemicals meraih 1.0 sen kepada RM6.98 manakala Tenaga Nasional susut 5.0 sen kepada RM9.53 dan CIMB Group tidak berubah pada RM4.96.Bagi saham aktif, YTL Corporation naik 2.5 sen kepada 80.5 sen; Revenue Group menokok 1.0 sen kepada 27.5 sen; YTL Power International menambah 7.0 sen kepada RM1.22 manakala Vinvest Capital dan Velesto Energy susut setengah sen kepada 6.5 sen dan 22.0 sen.Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas susut 22.45 mata kepada 10,261.96; Indeks FBMT 100 turun 22.01 mata kepada 9,967.95; Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 56.34 mata kepada 10,587.76; Indeks FBM 70 merosot 46.53 mata kepada 13,378.49 dan Indeks FBM ACE menguncup 40.51 mata kepada 4,903.68.Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.49 mata kepada 163.65; Indeks Perladangan merosot 96.86 mata kepada 6,708.89 dan Indeks Tenaga menguncup 5.39 mata kepada 813.37 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 44.54 mata kepada 15,362.97. - Bernama
4
26 Mei 2023 10:42am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260172/bisnes/anak-syarikat-serba-dinamik-ingkar-bayar-rm1463-juta-pembiayaan
Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta pembiayaan
ANAK syarikat Serba Dinamik Holdings Bhd, Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) ingkar dalam pembayaran kemudahan ekuiti dan pembiayaan berjangka berjumlah kira-kira RM14.63 juta yang disediakan oleh Public Bank Bhd (PBB) dan Public Islamic Bank Bhd (PIBB).Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, ia berkata bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Februari 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Januari 2023.Bagi PIBB pula, SDSB ingkar dalam membayar pembiayaan berjangka i-ekuiti berjumlah RM9,576,806.53, pembiayaan berjangka i-ekuiti (2) berjumlah RM3,235,442.30 dan pembiayaan berjangka i-ekuiti (3) RM1,285,362.13 pada 11 Januari 2023.Menurut syarikat itu, Victor Saw Seng Kee daripada PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd telah dilantik sebagai pihak pelikuidasi bagi Serba Dinamik, Serba Dinamik Group Bhd, SDSB dan Serba Dinamik International Ltd pada 10 Januari 2023.Serba Dinamik berkata, pada masa ini, PBB dan PIBB telah memulakan prosiding undang-undang bagi menjalankan hak sebagai pemiutang bercagar mengikut terma perjanjian pembiayaan.Bagi langkah menangani keingkaran bayaran faedah, ia berkata, pasukan pelikuidasi telah menghubungi PBB dan PIBB bagi membincangkan aspek keputusan yang boleh memberi manfaat untuk syarikat, SDSB serta PBB dan PIBB."Syarikat akan berusaha untuk meneruskan perniagaan dan operasinya biarpun berlaku keingkaran itu. Syarikat juga sedang menjalankan beberapa penyusunan semula dan langkah mengurangkan kos bersama pihak pelikuidasi dalam usaha mengurangkan aliran keluar tunai dan meningkatkan aliran masuk tunai,” katanya.Serba Dinamik berkata, ini juga adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula yang besar dan pelan regulasisasi untuk memulihkan status syarikat dan menyelesaikan isu kewangan yang dihadapi pada masa ini.Setakat ini, syarikat itu berkata, pihaknya tidak dapat memberi pengisytiharan kemampuan bayar atau kesolvenan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd mengikut Perenggan 9.19A (4) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd. - Bernama
4
24 Mei 2023 11:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260158/bisnes/sedania-catat-keuntungan-tiga-kali-ganda-pada-suku-pertama
Sedania catat keuntungan tiga kali ganda pada suku pertama
PEMANGKIN ESG Sedania Innovator Berhad (Sedania) mencatatkan lonjakan tiga kali ganda keuntungan pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (1QFYE23).Pengasas dan Pengarah Urusannya, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, keuntungan selepas cukai melonjak kepada RM1.6 juta pada suku pertama 2023 berbanding RM510,000 tahun lalu."Prestasi keuntungan yang positif dicapai seiring dengan pendapatan kumpulan yang meningkat 29 peratus kepada RM11.7 juta pada 1QFYE23 daripada RM9.0 juta setahun yang lalu."Ia didorong oleh sumbangan yang lebih kukuh daripada segmen ‘Sustainable Healthcare’ dan ‘FinTech’, serta keuntungan operasi yang lebih baik daripada semua segmen perniagaan.“Keuntungan selepas cukai 1QFYE23 kami melebihi pendapatan tahunan penuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambah Azrin, pencapaian positif tersebut merintis potensi pertumbuhan memberangsangkan untuk Sedania pada tahun ini."Jenama ‘Sustainable Healthcare’ kami, Offspring, kini boleh didapati di 26 negara selepas pengembangan pasaran terbaharunya ke UAE, Arab Saudi dan Mesir. Ia merupakan antara pemacu pertumbuhan kami masa hadapan."Dengan kira-kira 200 negara di dunia dan anggaran peningkatan populasi hampir dua bilion orang dalam tempoh 30 tahun akan datang, masih terdapat banyak ruang untuk pertumbuhan luas bagi Offspring terutama di dunia hari ini yang semakin menghargai dan mengutamakan kelestarian," ujarnya.Menurut beliau, prospek pertumbuhan bagi segmen ‘FinTech’ juga bertambah baik melalui kerjasama hibah digital dengan syarikat bersekutu terbaharu, Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah Shoppe).Jelasnya, dengan kadar pelaksanaan hibah dalam kalangan umat Islam Malaysia kini hanya 0.2 peratus, terdapat banyak peluang pertumbuhan melalui kerjasama ini."Kami berada dalam kedudukan strategik untuk mengembangkan keuntungan dengan memasuki pasaran yang belum diterokai ini sambil memacu warisan lestari dan perancangan kekayaan."Ia untuk masyarakat Islam tempatan, terutamanya dengan beberapa institusi perkhidmatan kewangan menyatakan minat terhadap platform hibah digital hujung ke hujung kami yang lengkap," tambah beliau.Dalam 1QFYE23, Sedania turut mencatatkan sumbangan keuntungan daripada syarikat bersekutu berjumlah RM160,000.Ia diperoleh daripada Wasiyyah Shoppe berikutan selesai pengambilalihan 20 peratus kepentingan Sedania seperti yang diumumkan pada 1 Mac 2023.
4
24 Mei 2023 09:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260174/bisnes/sektor-aeroangkasa-peroleh-kontrak-pembuatan-rm57-bilion
Sektor aeroangkasa peroleh kontrak pembuatan RM5.7 bilion
SEKTOR aeroangkasa Malaysia memperoleh kontrak pembuatan bernilai RM5.7 bilion untuk mengeluarkan bahagian-bahagian dan komponen pesawat bagi pelbagai pelanggan global sejak ekonomi dibuka semula secara berperingkat pada lewat 2021.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kementeriannya menjangkakan projek ini akan menyediakan lebih banyak peluang penyetempatan dan rantaian bekalan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan potensi nilai subkontrak sebanyak RM1 bilion."Selain itu, lebih 500 pekerjaan berkemahiran tinggi baharu akan diperlukan untuk menyokong projek ini bagi tempoh dua tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).Tengku Zafrul berkata, subsektor penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) telah menerima minat tinggi daripada pemain tempatan dan asing untuk mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, atau menggunakan Malaysia sebagai hab pengembangan mereka di Asia Tenggara."Beberapa projek MRO yang melibatkan MRO berat dan komponen bernilai RM600 juta sedang dilaksanakan ketika ini dan apabila siap kelak, Malaysia akan dapat menawarkan lebih banyak perkhidmatan penyenggaraan asas yang mana komponen pesawat tertentu boleh dibaiki di dalam negara pada kadar yang lebih kompetitif dan masa pemulihan yang lebih cepat,” katanya.Beliau berkata, semua pencapaian itu dijangka menyumbang kira-kira 25 hingga 30 peratus peningkatan kepada RM15.3 bilion hasil industri yang diraih pada 2022."Kontrak pembuatan aeroangkasa juga akan menjana tambahan 15 hingga 20 peratus eksport bahagian-bahagian dan komponen aeroangkasa, yang berjumlah RM6.3 bilion pada 2022,” katanya.Tengku Zafrul berkata, kementeriannya sedang membuat perancangan jangka panjang dan meletakkan pemboleh yang sesuai di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu untuk turut memastikan sasaran Malaysia menjana pendapatan RM55.2 bilion dan 32,000 pekerjaan berkemahiran tinggi berkualiti tinggi dapat dicapai.Kementerian itu juga telah meluluskan dua projek aeroangkasa bernilai RM146.75 juta melibatkan pembuatan aeroangkasa dan subsektor MRO pada 2022.Pada masa hadapan, agensi di bawah MITI - Perbadanan Industri Aeroangkasa Kebangsaan Malaysia (NAICO) - akan membangunkan kerjasama strategik dengan pengeluar peralatan asli untuk meningkatkan rantaian bekalan aeroangkasa Malaysia dan memanfaatkan trend untuk membuat penyumberan luar kontrak aeroangkasa ke rantau Asia Tenggara."NAICO, melalui Pusat Kecemerlangan Aeroangkasa Malaysia, akan mengenal pasti dan memupuk PKS tempatan yang berpotensi untuk menjadi juara global, sambil turut membantu mengukuhkan kedudukan negara dalam rantaian bekalan aeroangkasa di seluruh dunia,” katanya. - Bernama
4
24 Mei 2023 08:22pm
FARAH SHAZWANI ALI
https://www.sinarharian.com.my/article/260114/bisnes/muva-datasonic-dan-tnb-ilsas-bangunkan-projek-di-guinea
MUVA, Datasonic dan TNB ILSAS bangunkan projek di Guinea
SHAH ALAM - Persatuan Perikatan UAV Malaysia (MUVA) mengumumkan kerjasama mereka dalam membangunkan penyelesaian tinjauan dan pemetaan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) termaju untuk projek E-Land DGB di Republik Guinea, Afrika.Projek itu akan dijayakan bersama Datasonic Group Berhad (DGB) iaitu penyedia penyelesaian ICT berasaskan keselamatan terkemuka dan TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS) yang juga institut latihan terulung untuk Tenaga Nasional Berhad.Presiden MUVA, Dr Mohd Zaliman Mohd Yusoff berkata, perkongsian strategik itu menghimpunkan kepakaran dan sumber ketiga-tiga organisasi untuk menyampaikan teknologi dan perkhidmatan UAS yang inovatif untuk projek E-Land.“Kerjasama itu bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran UAS MUVA, keupayaan penyelesaian ICT berasaskan keselamatan Datasonic dan kemahiran latihan TNB ILSAS untuk menyokong pembangunan penyelesaian UAS termaju yang disesuaikan khusus untuk projek E-Land.“Projek ini akan menggunakan teknologi UAS untuk menjalankan aktiviti tinjauan dan pemetaan lanjutan, membolehkan pengumpulan dan analisis data yang cekap untuk pembangunan dan pengurusan projek,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Tambah Mohd Zaliman, nilai perjanjian projek antara MUVA dan DGB dianggarkan RM300 juta untuk tempoh lima tahun.Jelasnya, nilai anggaran itu adalah berdasarkan tinjauan udara dan kerja perkhidmatan pemetaan di seluruh negara termasuk pemerolehan data, pemprosesan dan analisis data imej dan peta topografi untuk projek E-Land DGB di Republik Guinea."Projek E-Land DGB memberikan peluang menarik untuk mempamerkan potensi teknologi UAS dalam aplikasi ukur dan pemetaan. Melalui kerjasama ini, kami komited untuk menyampaikan penyelesaian UAS inovatif yang meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kemampanan alam sekitar projek.“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Datasonic dan TNB ILSAS, memanfaatkan kepakaran gabungan kami untuk menyediakan teknologi dan perkhidmatan UAS yang komprehensif untuk Projek E-Land,” katanya.Presiden merangkap Ketua Projek Khas di Datasonic, Datuk Syahril Abdullah berkata, pihaknya gembira menjadi sebahagian daripada kerjasama ini dan akan membawa pengalaman luas dalam penyelesaian ICT berasaskan keselamatan untuk meningkatkan keupayaan UAS untuk projek E-Land.“Kami menyasarkan untuk menyediakan platform yang boleh dipercayai dan selamat untuk aktiviti ukur dan pemetaan projek. Kerjasama ini menekankan komitmen kami untuk memanfaatkan teknologi untuk penyelesaian yang berkesan,” ujar beliau.Pengurus TNB ILSAS, Sharizam Salleh pula akan menggunakan kepakaran mereka dalam latihan dan pembinaan kapasiti serta akan memastikan kakitangan projek dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengendalikan teknologi UAS dengan selamat dan berkesan.
4
24 Mei 2023 05:34pm
IZWAN ROZLIN
https://www.sinarharian.com.my/article/260095/bisnes/latar-belakang-syarikat-terlibat-mou-di-china-ditapis
Latar belakang syarikat terlibat MoU di China ditapis
SEMUA memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara syarikat Malaysia dengan China sebelum ini dinilai dan ditapis terlebih dahulu secara komprehensif serta telus oleh Jawatankuasa Penilaian MoU yang dianggotai beberapa kementerian dan agensi.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penilaian itu termasuk membabitkan penelitian implikasi MoU terhadap dasar luar negara, memastikan syarikat tidak disenarai hitam oleh Kementerian Kewangan (MOF) serta impaknya dalam aspek perdagangan dan pelaburan negara.Menurutnya, selepas penelitian yang dibuat secara komprehensif itu, terdapat juga beberapa MoU yang ditandatangani, ditolak jawatankuasa terbabit berikutan ia tidak memenuhi kriteria selain tidak membawa faedah ekonomi yang signifikan kepada negara."Selain MOF, jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Kementerian Luar yang akan meneliti implikasi perjanjian terhadap dasar luar negara."Sebarang MoU membabitkan syarikat Malaysia dan negara asing yang bakal disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dinilai terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Penilaian MoU."Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) pula akan mengambil kira faedah yang diperoleh terhadap aspek perdagangan negara, manakala Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meneliti dalam aspek pelaburan negara."Tanggungjawab MITI pula menganalisis kekuatan kewangan syarikat tempatan yang terbabit dengan MoU itu, sementara pejabat undang-undang MITI akan memastikan perjanjian tidak akan memberi sebarang implikasi buruk terhadap kerajaan," katanya menerusi video yang dimuat naik di Twitternya pada Rabu.Beliau berkata demikian bagi memberi penjelasan terhadap isu dibangkitkan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berhubung persoalan mengenai status beberapa syarikat Malaysia yang menandatangani MoU bersama syarikat China ketika lawatan Perdana Menteri ke negara itu sebelum ini yang disifatkan beliau tidak mempunyai rekod pencapaian yang mencukupi.Akhir Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke China bagi bertemu pemimpin utama negara itu serta pelabur dan tokoh korporat utama China.
4
24 Mei 2023 04:19pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/260006/bisnes/nilai-ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS apabila nilai dolar AS kekal kukuh, didorong oleh lonjakan dalam hasil Perbendaharaan AS di tengah-tengah ketidaktentuan yang menyelubungi perbincangan siling hutang Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.5790/5820 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa 4.5700/5750.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, siling hutang kerajaan AS terus menjadi perhatian kerana ahli politik masih belum mencapai persetujuan untuk menaikkan had hutang, yang mana kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kemungkiran dalam obligasi hutang."Pada 129 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, hutang kerajaan AS adalah besar dan oleh itu sebarang kemungkiran boleh menjejaskan seluruh pasaran global."Namun begitu, dolar AS masih disifatkan sebagai mata wang selamat dan pada masa ketidaktentuan, peserta pasaran akan cenderung untuk mendapatkan perlindungan dengan memegang lebih banyak dolar,” katanya kepada Bernama.Beliau turut menyatakan Indeks Dolar AS (DXY) kekal pada paras tinggi 103.488 mata.Oleh itu, ringgit diunjurkan kekal lemah, pada 4.5725 berbanding dolar AS dengan paras rintangan pada RM4.6257, tambah beliau.Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.6894/6931 daripada 5.6577/6639 pada Selasa, turun berbanding euro kepada 4.9325/9357 daripada 4.9251/9305 dan rendah berbanding yen Jepun pada 3.3059/3083 daripada 3.3006/3044 semalam.Berbanding mata wang Asean lain, ringgit turut diniagakan rendah.Ringgit turun berbanding rupiah Indonesia pada 307.7/308.1 daripada 307.1/307.7 pada penutup Selasa dan merosot nilai kepada 3.3994/4021 daripada 3.3920/3962 berbanding dolar Singapura semalam.Mata wang tempatan turun sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.21/8.22 berbanding 8.20/8.21 daripada penutup Selasa dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2341/2481 daripada 13.1712/1920 sebelumnya. - Bernama
4
24 Mei 2023 09:39am
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/259835/bisnes/bdb-bina-rumah-mampu-milik-di-langkawi
BDB bina rumah mampu milik di Langkawi
LANGKAWI - Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikat penuh miliknya BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) membangunkan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa di Mukim Bandar Kuah, dekat sini.Pengerusi BDB, Che Had Dhali berkata projek pembangunan berkenaan bakal dibangunkan di atas tanah seluas 16.9 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar bernilai RM60.7 juta.Menurutnya, pembangunan projek berkenaan memfokuskan perumahan mampu milik dan perumahan Dasar Kerajaan Negeri Kedah (DPrNK) yang dijangka pembinaan bermula hujung tahun 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.“Pembangunan Aman Nusa bakal menyaksikan pembinaan perancangan untuk membina 120 unit rumah teres 1 tingkat dan 27 unit kedai pejabat 2 tingkat yang terbuka kepada orang ramai untuk memilikinya.“Dalam pada itu, bagi pembinaan DPrNK pula, Kumpulan BDB akan membangunkan sebanyak 35 Unit Rumah Kasih Rakyat, 12 Unit Rumah Makmur Kedah Dan sembilan Unit Rumah Aman Kedah di dalam perancangan projek Aman Nusa ini.“Kumpulan BDB sememangnya memahami kepada permintaan dan keperluan rakyat di negeri Kedah yang sememangnya memerlukan perumahan mampu milik dan diharapkan dengan adanya Aman Nusa ini kelak, sedikit-sebanyak dapat membantu golongan B40 dan M40 di Langkawi khususnya untuk memiliki rumah mereka sendiri,” katanya.Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Pelancaran Perumahan Mampu Milik Aman Nusa yang disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Hotel Adya, Kuah pada Isnin.Hadir sama Exco Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Mohd Firdaus Ahmad, Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Divisyen Hartanah Kumpulan BDB, Zawawi Wahab.Che Had menjelaskan, Aman Nusa merupakan projek terbaharu di Langkawi dalam mengembangkan portfolio pelaburan dan pembangunan Kumpulan BDB di pulau berkenaan.Ujarnya, pada 29 Mac lalu Kumpulan BDB menerusi BDB Infra Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian jualan saham di antara Gemi Puncak Sdn Bhd dan juga Gemi Puncak Quarry Sdn Bhd, sekaligus menjadikan Kumpulan BDB sebagai pemilik kuari granit yang terbesar di Langkawi berkeluasan 64 ekar.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (tengah) bergambar bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Mohd Firdaus Ahmad (tiga dari kiri) Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya (dua dari kiri), Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah (kiri), Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali (tiga dari kanan), Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman (dua dari kanan) dan Ketua Divisyen Hartanah Kumpulan BDB, Zawawi Wahab (kanan).Katanya lagi, Kumpulan BDB telah pun memiliki Darulaman Sanctuary iaitu kawasan ekopelancongan di Lubuk Semilang seluas 226 ekar, Langkawi Art Box, The Langkawi Cultural Village iaitu pembangunan komersial seluas 4 ekar yang mempunyai 35 unit perniagaan di Padang Mat Sirat serta mempunyai bank tanah di Kuala Temoyong seluas 12.4 ekar.“Bersempena dengan penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA'23), Kumpulan BDB turut menawarkan platform BDB@Langkawi dengan dua tarikan utama iaitu The Airventure dan The LAB di mana The Airventure ini sangat unik."Ia menyediakan ruang dan kemudahan untuk orang ramai menyaksikan pertunjukan udara dari jarak dekat dan jelas kerana lokasinya berhampiran dengan ‘air strip’ serta dilengkapi dengan ruang tinjau dengan kemudahan seperti calet dua tingkat, cabana, green box dan kawasan cocktail untuk orang awam," jelas beliau.Tambahnya, The LAB pula akan memperkenalkan Food & Fun Garden yang mana membuka peluang dan ruang untuk peniaga tempatan memperkenalkan dan menjual produk dan perkhidmatan sewaktu LIMA’23."Kumpulan BDB menyediakan ruang parkir yang mencukupi serta gerai makanan dan ruang santai yang luas dan kemudahan lain seperti surau, tempat bersantai untuk menonton pameran udara dan tandas dengan dikelilingi kedai kabin kontena yang menarik,"“Dengan ini, Kumpulan BDB mengharapkan untuk terus dapat terlibat secara langsung dalam pembangunan di Langkawi sekaligus bukan sahaja dapat membangunkan pulau peranginan ini tetapi juga Negeri Kedah secara amnya,” kata Che Had lagi.
4
23 Mei 2023 11:19am
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/259834/bisnes/khairol-anuar-dilantik-pengerusi-sirim-berhad
Khairol Anuar dilantik Pengerusi SIRIM Berhad
INSTITUT Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad) mengumumkan pelantikan Technopreneur, Datuk Ir Dr Khairol Anuar Mohamad Tawi sebagai pengerusi yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 20 Mei 2023.Pelantikan pemegang Ijazah Sarjana Eksekutif dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Cranfield Institute of Management, United Kingdom itu bagi menggantikan Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali yang telah tamat tempoh perkhidmatan.SIRIM Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, Khairol Anuar merupakan jurutera profesional bertauliah oleh Lembaga Jurutera Malaysia dan Felo Institut Pengurusan Malaysia (MIM) serta kini adalah ahli Lembaga Penasihat Digital Perak Corporation Berhad.Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai lembaga pengarah di beberapa institusi seperti Tabung Amanah Melaka, Institut Sukan Negara, MAIM Holdings Berhad dan mantan Presiden Pengasas Pertubuhan Peruncit Bumiputera.“Beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran yang penting untuk jawatan utama ini.“Pelantikan beliau mencerminkan aspirasi SIRIM dalam melaksanakan peranan dan fungsi organisasi ini sebagaimana yang telah dimandatkan oleh kerajaan.“Selain mendorong SIRIM untuk terus memberi sokongan padu kepada rakan kongsi dan memastikan pertumbuhan yang mampan dengan memperkuatkan kemampuan dan terus relevan kepada industri melalui inovasi produk,” kata SIRIM Berhad dalam kenyataan pada Selasa.Khairol Anuar mendapat pendidikan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan selepas tamat pengajian tinggi, beliau memulakan kerjaya di Jabatan Telekom Malaysia pada 1983.Lebih 14 tahun berkhidmat dengan pelbagai jawatan di Kumpulan SAPURA, beliau menubuhkan KAT Technologies Sdn Bhd pada 1994 sebagai pengerusi eksekutif.Pada tahun sama, beliau menghadiri Harvard Senior Management Development Programme dan menjadi ahli Harvard Business School Alumni Club of Malaysia.Beliau juga mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Swansea, Wales, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran dan Felo Kehormat pada 2015.Antara anugerah yang diterima beliau adalah Anugerah Ikon Anak Melaka, Anugerah Tokoh Usahawan Islam Negeri Melaka, Usahawan Unggul oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Usahawan Terbaik oleh The Star dan Usahawan Teknologi oleh Young Entrepreneur Organization Malaysia.
4
23 Mei 2023 11:05am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259788/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar US apabila pasaran melihat perbincangan mengenai siling hutang Amerika Syarikat (AS) antara Presiden AS, Joe Biden dan Speaker Dewan Perwakilan AS dari parti Republikan, Kevin McCarthy sebagai positif untuk dolar AS manakala pertumbuhan ekonomi China yang lemah terus membebankan ringgit.Pada jam 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.5350/5405 berbanding dolar AS daripada 4.5365/5395 ketika ditutup pada Khamis.Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes berkata, siling hutang berlanjutan tetapi pasaran kekal yakin dengan berhati-hati bahawa Biden dan McCarthy akan mencapai perjanjian menjelang hujung minggu ini."Pasaran memberi respons yang menggalakkan untuk dolar AS manakala pemulihan China yang tidak sekata, sentimen tempatan yang berhati-hati, aliran portfolio kurang menyokong dan pembelian dolar US menjadikan ringgit lebih lemah," katanya.Pada penutupan pada Isnin, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.Ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 5.6578/6634 daripada 5.6370/6438 ketika ditutup pada Jumaat, turun berbanding euro kepada 4.9189/9238 daripada 4.8978/9037 dan berkurangan berbanding yen Jepun pada 3.2973/3008 daripada 3.2839/2881 sebelumnya.Ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang negara Asean.Unit tempatan menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 305.3/305.8 daripada 303.6/304.2 ketika ditutup Jumaat, turun berbanding dolar Singapuran kepada 3.3799/3835 daripada 3.3715/3758 dan merosot berbanding baht Thai kepada 3.1950/2138 daripada 13.1862/2083.Bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.14/8.16 sejak Jumaat lepas. - Bernama
4
22 Mei 2023 08:04pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/259765/bisnes/pernas-buka-cawangan-gloria-jeans-coffees-yang-ke-47
Pernas buka cawangan Gloria Jeans Coffees yang ke-47
PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (WLSB) yang merupakan pemegang francais induk jenama Gloria Jean’s Coffees membuka cawangan yang ke-47 di Conezion IOI Resort City Putrajaya pada Isnin.Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, bakal usahawan perlu merebut peluang untuk menceburi industri kopi premium seperti Gloria Jean’s Coffees.Menurutnya, Gloria Jean’s Coffees menawarkan peluang kerjaya untuk menjadi francaisi di mana jenama itu merupakan satu-satunya jenama 'gourmet coffee' antarabangsa yang menawarkan sistem francais di Malaysia sekali gus mampu menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini seterusnya bergelar coffeepreneur.“Pernas menyediakan khidmat nasihat, pembiayaan dan program latihan bagi membantu bakal usahawan yang berminat untuk meneroka bidang perniagaan Gloria Jean’s Coffees."Selain itu Pernas turut menyediakan skim pinjaman pembiayaan sehingga 70 peratus kepada bakal usahawan baharu,” katanya ketika berucap semasa merasmikan cawangan terbabit.Hazimah mencuba sendiri pembuatan kopi di Gloria Jean’s Coffees.Hazimah berkata, setakat ini, Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 45 orang usahawan kopi Gloria Jean’s Coffees dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM13 juta.“Gloria Jean’s Coffees menawarkan tiga konsep francais kepada mereka yang berminat untuk menceburi perniagaan ini iaitu konsep lot kedai, kios dan coffee cart,” ujarnya.Beliau berkata, Pernas menyasarkan pembukaan 80 cawangan baharu Gloria Jean’s Coffees dalam tempoh lima tahun.
4
22 Mei 2023 06:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259725/bisnes/malaysia-diunjur-kekal-terajui-pasaran-perbankan-islam-rantau-ini
Malaysia diunjur kekal terajui pasaran perbankan Islam rantau ini
MALAYSIA diunjurkan untuk kekal sebagai pasaran perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik dengan 62.7 peratus daripada jumlah aset segmen itu di rantau ini dan dijangka mengekalkan kedudukan kukuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang, kata S&P Global Ratings.Agensi penarafan itu berkata, pembiayaan Islam di Asia Tenggara turut diunjur berkembang sebanyak lapan peratus dalam tempoh dua tahun akan datang yang menyaksikan Malaysia mengekalkan kedudukan dominannya dalam pasaran."Bank-bank Islam dalam pasaran utama Malaysia dan Indonesia mempunyai permodalan sihat dan asas deposit runcit yang stabil," katanya dalam laporan mengenai sektor perbankan Islam Asia Pasifik, hari ini.Menurut unjuran S&P Global, Asia Pasifik menyumbang 20.7 peratus bahagian aset perbankan Islam global (Iran dikecualikan berikutan ketidaktentuan melampau mata wang negara tersebut) manakala Asia Tenggara menguasai 80 peratus daripada aset perbankan Islam Asia Pasifik.Bagi aspek enjin pertumbuhan rantau itu, S&P Global berkata, ini termasuk cadangan penggabungan Malaysia Building Society Bhd dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd yang mewujudkan bank dengan perkhidmatan Islam sepenuhnya di Malaysia serta meningkatkan pendigitalan perkhidmatan perbankan di rantau ini.Satu lagi pemacu pertumbuhan adalah permintaan kukuh dan potensi pasaran belum diterokai yang ketara di Indonesia, Bangladesh dan Pakistan, kata agensi itu.S&P Global turut mengunjurkan bahagian pembiayaan Islam oleh bank-bank Islam Malaysia di Asia Tenggara akan meningkat kepada 45 peratus menjelang 2026.Dari segi aliran keuntungan, agensi penarafan itu berkata, bank-bank Malaysia dijangkakan kekal mendatar pada tahun ini."Penurunan margin dan kos pembiayaan yang tinggi akan diimbangi oleh normalisasi kadar cukai," katanya.Dalam pada itu, S&P Global berkata, terdapat beberapa bank Islam kecil yang berjaya mencatat pemulihan keuntungan yang ketara berikutan peruntukan lebih rendah."Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun akan datang, bank-bank besar Malaysia akan terus mengatasi prestasi bank lebih kecil kerana mempunyai kepelbagaian profil perniagaan dan kecekapan operasi," katanya.Ia juga menyifatkan bank-bank Islam Malaysia berperanan sebagai peneraju dalam aspek amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).S&P Global berkata, 18 peratus daripada jumlah pembiayaan telah disalurkan kepada sektor utama dengan perusahaan kecil dan sederhana menjadi penerima terbesar pembiayaan bertanggungjawab (61.8 peratus).Insentif kawal selia, katanya, akan memudahkan peningkatan penerbitan sukuk kemampanan, termasuk potongan cukai sehingga 2025 serta geran dalam usaha menampung kos semakan luaran."Selain itu, penerbitan sukuk kelestarian antarabangsa akan mempelbagaikan asas pelabur dan memperluas kesedaran mengenai kewangan Islam,” katanya. - Bernama
4
22 Mei 2023 03:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259721/bisnes/rizab-antarabangsa-bnm-meningkat-kepada-as1147-bilion
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$114.7 bilion
RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$114.7 bilion (AS$1=RM4.53) setakat 15 Mei 2023, daripada AS$114.4 bilion pada 28 April 2023.BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.Bank pusat berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$102.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion), dan aset-aset rizab lain (AS$2.9 bilion).Jumlah aset berjumlah RM620.02 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM506.33 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.21 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.63 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.45 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM71.26 bilion).BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM167.93 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.55 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM202.81 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.76 bilion), deposit-deposit lain (RM39.84 bilion), kertas Bank Negara (RM9.66 bllion), peruntukan SDR (RM28.73 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.65 bilion). - Bernama
4
22 Mei 2023 03:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259720/bisnes/agrobank-perkenal-program-takaful-kepada-petani
Agrobank perkenal program takaful kepada petani
AGROBANK mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan program takaful pertama kepada komuniti petani sebagai usaha berterusan untuk menangani isu keselamatan makanan di negara ini.Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program itu menyediakan perlindungan asas kepada petani daripada kerugian terutama jika ditimpa bencana alam.“Kami juga menumpukan kepada pembinaan kapasiti dalam sektor pertanian.“Ini termasuk melabur dalam program pendidikan latihan untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan petani kami dengan mempromosikan penggunaan teknologi moden mampu milik sebagai amalan terbaik,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau yang juga Naib Pengerusi Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Nasional di Negara Anggota Bank Pembangunan Islam (ADFIMI) berkata, walaupun terdapat pelbagai usaha bagi menyelesaikan isu keselamatan makanan, namun sektor pertanian perlu beralih kepada pertanian lestari.Tengku Ahmad Badli Shah bergambar bersama ahli ADFIMI.Tambahnya, ia membantu menangani permintaan segera dan ketersediaan makanan sambil mempertimbangkan kesan jangka panjang aktiviti pertanian terhadap sumber asli negara ini.“ADFIMI harus memanfaatkan kepakaran dan pengetahuan kolektif dalam melaksanakan lebih banyak dasar, perbincangan dan kerjasama strategik untuk menggalakkan penggunaan amalan lestari dalam sektor pertanian,” katanya.
4
22 Mei 2023 03:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259675/bisnes/ajinomoto-ajak-lawat-kilang-pintar-mesra-alam-baharu
Ajinomoto ajak lawat kilang pintar, mesra alam baharu
KILANG pintar dan mesra alam baharu Ajinomoto (M) Berhad (AMB) di Bandar Enstek Halal Hub kini dibuka untuk lawatan orang ramai.Kilang tersebut disahkan secara rasmi dengan penarafan 'Perak’ Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang menggunakan teknologi canggih bagi mengoptimumkan operasi melalui automasi serta pendigitalan digabungkan untuk meningkatkan kecekapan produktiviti.“Kilang ini juga direka untuk menyediakan pekerja dengan persekitaran yang kondusif dan mesra kerja termasuk dilengkapi fasiliti rekreasi.“Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti lawatan galeri dan koridor pengeluaran, demonstrasi masakan serta sesi hidangan ringkas,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Dalam pada itu, Ajinomoto berkata, pengunjung yang datang turut menerima cenderahati menarik dengan pelbagai sampel produk selepas lawatan.Menurutnya, lawatan itu adalah percuma dan maklumat lanjut serta pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web Ajinomoto Malaysia di www.ajinomoto.com.my/contact-us/factory-visit-0.“Pengunjung boleh melawat antara jam 9 pagi hingga 4 petang dari Isnin hingga Jumaat,” katanya.
4
22 Mei 2023 12:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259672/bisnes/huobi-global-dikenakan-tindakan-kendali-dax-secara-haram
Huobi Global dikenakan tindakan kendali DAX secara haram
SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) telah mengambil tindakan terhadap Huobi Global Limited dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Leon Li kerana mengendalikan pertukaran aset digital (DAX) di Malaysia tanpa pendaftaran atau secara haram.Suruhanjaya itu berkata, syarikat terbabit turut diarah untuk menghentikan operasi di negara ini termasuk laman web dan aplikasi mudah alihnya seperti Apple Store, Google Play dan mana-mana platform aplikasi digital lain.“Ia termasuk menghentikan pengedaran, penerbitan atau penghantaran sebarang iklan sama ada dalam e-mel atau di platform media sosial kepada pelabur Malaysia.“Keputusan ini dibuat selepas terdapat kebimbangan mengenai pematuhan platform tersebut terhadap keperluan kawal selia tempatan dan dalam usaha melindungi kepentingan pelabur,”katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Tambah suruhanjaya itu, mengendalikan DAX tanpa didaftarkan dengan SC sebagai Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.Jelasnya, pelabur Malaysia yang telah menggunakan Huobi Global Limited untuk segera menghentikan dagangan melalui platform, menarik balik semua pelaburan mereka dan menutup akaun mereka.Menurutnya, mereka yang melabur dengan entiti, individu tidak berlesen atau tidak berdaftar terdedah kepada risiko seperti penipuan dan mungkin tidak dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia.“Pelabur dinasihatkan untuk melabur dan berurusan dengan RMO yang berdaftar dengan SC supaya dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia.“Mereka harus berhati-hati apabila memilih platform pelaburan dan sentiasa melakukan semakan sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelak daripada menjadi mangsa skim penipuan,” katanya.
4
22 Mei 2023 12:19pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/259668/bisnes/pop-mart-buka-cawangan-pertama-di-malaysia
POP MART buka cawangan pertama di Malaysia
SYARIKAT hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya, POP MART membuka cawangan pertamanya di Malaysia yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.Presiden POP MART Global, Justin Moon berkata, Malaysia ialah pasaran terbaharu di rantau ini yang menjadi tumpuan POP MART selepas jenama tersebut bertapak di Singapura pada 2021.“POP MART telah menceburi pasaran Malaysia buat pertama kali pada awal 2021 menerusi gedung e-dagang rentas sempadan. Dalam tempoh dua tahun lepas, syarikat telah mengembangkan pasaran Malaysia dalam usaha membina landasan yang kukuh bagi membuka gedung fizikal tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.Pada Sabtu, Justin bersama Pengarah POP MART South Asia Pte Ltd, Tan Tong Hong, Pengurus Besar POP MART Malaysia Sdn Bhd, Max Tan dan Pengarah Kanan, Bahagian Penyewaan Pavilion KL, Lovell Ho telah telah merasmikan pembukaan cawangan baharu itu.Menurutnya, pembukaan gedung Malaysia membuka lembaran baharu dalam peluasan perniagaan POP MART di Asia Tenggara dan Malaysia berpotensi besar sebagai sebuah pasaran utama selepas Singapura.“Kedua-dua negara mempunyai budaya tempatan yang sebanding dan juga pasaran pengumpul koleksi mainan seni yang agak besar. Kami boleh memanfaatkan pencapaian kami di Singapura untuk membina operasi di Malaysia dengan potensi meluaskan perniagaan ke negara-negara jiran yang lain,” katanya.Antara koleksi yang terdapat di POP MART yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur. Gambar kecil: Justin MoonJustin berkata, POP MART bercadang untuk terus meluaskan pasaran Malaysia dengan membuka banyak gedung fizikal dan mesin layan diri (robo shop) di lokasi-lokasi utama di Malaysia, selain daripada saluran dalam taliannya.“Sejak melancarkan perniagaan globalnya pada 2018, POP MART sentiasa memberi keutamaan kepada pasaran Asia Tenggara. Kebanyakan jenama China yang menceburi pasaran luar negara, Asia Tenggara adalah salah satu daripada pasaran utama buat mereka.“Negara-negara Asia Tenggara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, penggunanya mempunyai kuasa beli yang besar dan ruang pasarannya agak luas,” katanya.Beliau berkata, tahap pelaburan yang tinggi disertakan oleh sokongan kukuh bagi perusahaan yang dibiayai pelabur asing telah mewujudkan persekitaran perniagaan yang mantap."Pasaran Asia Tenggara ialah pasaran yang patut diterokai, dari segi potensi perniagaan di dalam atau di luar talian. Kami bermula di Singapura dan kini menceburi pasaran Malaysia.Kami berharap untuk terus meluaskan pasaran kami di Asia Tenggara dan membina rangkaian jualan di dalam dan di luar talian, dengan menyesuaikan sepenuhnya kepada budaya tempatan,” ujarnya.Gedung POP MART Pavilion KL seluas 146 meter persegi ini telah direka bentuk untuk menarik hati golongan muda dewasa dan milenial dengan lampu warna RGB berubah-ubah di pintunya dengan hiasan dalaman yang berwarna-warni serta menarik perhatian.Rangkaian barangan di POP MART Malaysia termasuk produk edisi terhad bagi peminat tempatan seperti DIMOO Mango Jelly (Jeli Mangga) Plus, SKULLPANDA Dark Maid Edisi Terhad 100 peratus, Labubu Shepherd Edisi Terhad 100 peratus dan bahan koleksi popular lain.POP MART juga meraikan satu lagi detik penting hari ini, iaitu hari jadi DIMOO, salah satu IP (harta intelek) utama dan watak paling disayangi jenama ini.Para peminat boleh menebus pelbagai cenderahati DIMOO dengan pembelian yang dibuat dan menjadi antara yang pertama di rantau ini untuk memiliki Siri Retro DIMOO, yang dibawakan secara eksklusif di POP MART Pavilion KL hari ini.
4
22 Mei 2023 11:57am
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/259654/bisnes/kevin-dilantik-terajui-hlbb-berkuat-kuasa-1-julai-depan
Kevin dilantik terajui HLBB berkuat kuasa 1 Julai depan
HONG Leong Bank Bhd (HLBB) mengumumkan pelantikan Kevin Lam Sai Yoke sebagai Pengarah Urusan (MD) Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 1 Julai 2023.HLBB dalam satu kenyataan berkata, Kevin akan menggantikan Domenic Fuda yang akan bersara daripada jawatan yang sama berkuat kuasa 30 Jun 2023.“Fuda telah menerajui pertumbuhannya dengan memberikan tumpuan utama kepada penyelesaian yang mengutamakan pelanggan, teknologi dan pelaburan digital serta kemampanan sebagai tonggak strategik untuk pertumbuhan semasa dan masa depannya.“Di bawah kepimpinan Fuda, bank ini telah melalui transformasi saluran penyampaian, pematuhan yang kukuh dan asas pengurusan risiko, inisiatif strategik peneraju industri bagi memenuhi agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta menerajui metrik kewangan terkemuka dan produktiviti dan pulangan yang konsisten,” kata kenyataan itu baru-baru ini.HLBB mengucapkan terima kasih kepada Fuda kerana kepimpinan dan pencapaiannya serta mendoakan kejayaannya dalam memulakan fasa seterusnya dalam hidupnya.Menurut kenyataan itu, Kevin mempunyai pengalaman luas dalam perbankan, teknologi dan kepimpinan selama 30 tahun merentas bank serantau dan antarabangsa di beberapa negara.“Sebelum menyertai HLBB, beliau berkhidmat sebagai Ketua Perbankan Digital Kumpulan TMRW United Overseas Bank Ltd (UOB) untuk pasaran serantau terutamanya berpangkalan di Singapura“Beliau sebelum ini bekerja di pelbagai pasaran ASEAN selama sedekad, termasuklah di Jakarta sebagai Presiden Pengarah UOB Indonesia dan Kuala Lumpur, mengetuai perkhidmatan kewangan peribadi di UOB Malaysia dan kemudiannya berkhidmat sebagai timbalan ketua pegawai eksekutif, menyelia perniagaan perbankan borong dan teknologi serta operasi,” jelas kenyataan itu.Sementara itu, Fuda berkata, beliau telah mendapat keistimewaan menerajui HLBB melalui tempoh transformasi digital dan membawa perubahan dalam memenuhi keperluan pelanggan.
4
22 Mei 2023 11:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259643/bisnes/ringgit-dibuka-tinggi-sedikit
Ringgit dibuka tinggi sedikit
RINGGIT dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini walaupun nilai dolar AS bergerak lebih kukuh apabila pelabur memberikan perhatian kepada penyelesaian rundingan berkenaan siling hutang Amerika Syarikat (AS) minggu ini.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5320/5375 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Jumaat minggu lepas pada 4.5350/5405.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen dijangka memberikan makluman terkini mengenai tarikh akhir siling hutang serta jumlah wang tunai yang boleh dibelanjakan oleh kerajaan AS untuk urusan operasinya buat masa ini.Selain itu, beliau berkata minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan diterbitkan pada Rabu dan pada Jumaat, pelabur sudah boleh meneliti ukuran inflasi oleh Rizab Persekutuan AS (Fed)."Gabungan penghindaran risiko dan jangkaan Fed yang lebih cenderung untuk menaikkan kadar faedah bermakna dolar AS akan terus disokong dengan baik hari ini."Kami percaya ganding dolar-ringgit AS akan diniagakan agak hampir kepada paras halangan RM4.5491 dalam tempoh semerta sehingga pelabur melihat lebih jelas mengenai kebuntuan siling hutang AS diselesaikan," katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan lemah berbanding pound Britain kepada 5.6500/6569 berbanding 5.6370/6438 pada penutup Jumaat, susut berbanding euro kepada 4.9054/9114 daripada 4.8978/9037 dan turun berbanding yen Jepun pada 3.2917/2959 daripada 3.2839/2881 sebelumnya.Berbanding mata wang Asean yang lain pula, ringgit diniagakan bercampur-campur.Ringgit menambah nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 303.4/304.0 daripada 303.6/304.2 pada penutup Jumaat dan meningkat meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2190/2404 daripada 13.1862/2083.Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 3.3728/3771 berbanding dolar Singapura daripada 3.3715/3758 sebelumnya tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.14/8.16. - Bernama
4
22 Mei 2023 10:29am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259581/bisnes/hubungan-malaysia-uae-di-landasan-betul
Hubungan Malaysia-UAE di landasan betul
HUBUNGAN perdagangan dua hala di antara Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini berada di landasan pertumbuhan yang betul, dengan lebih banyak bidang dan peluang untuk diteroka oleh kedua-dua negara dalam melangkah maju, menurut pandangan pakar ekonomi.Profesor ekonomi di Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng berkata, UAE ialah antara 20 destinasi eksport utama Malaysia selain menjadi antara pasaran yang paling pesat berkembang untuk eksport Malaysia, apabila berkembang 43 peratus pada 2022.Beliau berkata justeru, terdapat potensi kukuh untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, dengan Malaysia boleh memanfaatkan pasaran Timur Tengah melalui UAE dan demikian juga UAE boleh meneroka peluang perdagangan dan pelaburan di ASEAN melalui Malaysia."Memandangkan ekonomi maju menghadapi cabaran dalam mengekalkan pertumbuhan, negara yang bergantung kepada perdagangan seperti Malaysia perlu mempelbagaikan pasaran eksportnya untuk mengimbangi permintaan pasaran maju yang semakin lemah."Perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan negara-negara di Asia telah sedia berkembang. Oleh itu, memperluas tumpuan ke rantau lain termasuk negara Timur Tengah akan menjadi peluasan semula jadi bagi pempelbagaian pasaran eksport,” katanya kepada Bernama.Berkongsi pandangan yang sama, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, beliau mendapati eksport Malaysia ke UAE terlalu kecil."Data terbaru pada April 2023 menunjukkan eksport ke UAE berjumlah 1.0 peratus. Jadi jelas, terdapat lebih banyak ruang untuk kerjasama seterusnya."Saya juga mendapati kebanyakan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) telah melaksanakan banyak usaha untuk mempelbagaikan ekonomi mereka daripada industri bahan api fosil semata-mata. Oleh itu, amat wajar untuk bekerjasama dengan UAE dalam sebarang pembangunan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.Pada Februari, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan UAE, melalui perbualan telefon, telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan dan tenaga.Sementara itu, Kim Leng berkata, selain sektor makanan halal dengan kedua-dua negara boleh menggalakkan pelaburan yang boleh melonjakkan pengeluaran makanan dan meningkatkan jaminan makanan setiap negara, tenaga boleh baharu dan pelaburan hijau juga menjadi bidang yang berpotensi untuk diteroka demi manfaat bersama.Mengulas mengenai jaminan makanan, beliau berpandangan bahawa rasional untuk menggalakkan pelaburan dalam pengeluaran makanan adalah untuk memastikan bekalan makanan jangka masa panjang dan mempertingkatkan jaminan makanan bagi kedua-dua negara."Malaysia akan mendapat manfaat daripada peranannya sebagai hab pengeluaran dan eksport memandangkan negara ini boleh memanfaatkan sumber tanah pertanian dan kelebihan iklim pertumbuhan tanaman."Selain itu, akan wujud lebih banyak faedah pembangunan jika pelaburan modal disalurkan kepada pertanian pintar yang memanfaatkan kuasa teknologi digital,” katanya.Semasa lawatan rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE pada 2022, Putrajaya secara rasmi menjemput UAE untuk meneroka peluang dalam pembangunan projek Bandar Malaysia yang telah diteliti semula dengan menyediakan pakej untuk lebih ramai pelabur mengambil bahagian.Ismail Sabri juga menyatakan minat syarikat Malaysia untuk bekerjasama dengan firma UAE dalam industri petroleum, termasuk dalam sektor huluan dan gas asli cecair, tenaga boleh baharu, baja dan karbon dioksida.Kim Leng berkata, penyertaan syarikat UAE dalam projek Bandar Malaysia akan menjadi pemangkin dalam mengukuhkan keyakinan pelabur di samping menarik pelabur Timur Tengah lain bukan sahaja dalam pembangunan bandar malah juga aktiviti ekonomi seperti kewangan Islam, pelancongan dan logistik.Mengenai sektor minyak dan gas, beliau berkata, UAE menyumbang 6.0 peratus kepada jumlah import bahan api Malaysia manakala eksport ke UAE membentuk kira-kira 1.0 peratus daripada jumlah eksport bahan api Malaysia pada 2022.Beliau berkata, bahagian yang agak kecil itu menunjukkan ruang untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam industri minyak dan gas masing-masing, termasuk cari gali dan pengeluaran di negara Teluk yang kaya dengan minyak itu.Kedua-dua negara telah menjalinkan hubungan dua hala pada awal 1970-an, diikuti dengan pembukaan misi diplomatik Malaysia di Abu Dhabi pada 1983 dan Kedutaan UAE di Kuala Lumpur pada 1995. - Bernama
4
21 Mei 2023 05:19pm
DIANA AZIS
https://www.sinarharian.com.my/article/259542/bisnes/skyworld-rangkul-empat-anugerah-starproperty-2023
SkyWorld rangkul empat Anugerah StarProperty 2023
[DIKEMAS KINI] PEMAJU hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) menerima empat pengiktirafan pada Anugerah StarProperty 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.Empat anugerah itu adalah tempat pertama ALL-STARS StarProperty (kategori syarikat tidak tersenarai); Anugerah Frontier Finder (Cemerlang) bagi SkyBlox@SkySanctuary; Anugerah Business Estate (Kepujian) untuk Dataran SAMA@SkySanctuary serta Anugerah Skyline (Kepujian) bagi Curvo [email protected] Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, kejayaan merangkul semua anugerah itu secara tidak langsung menyuntik motivasi serta galakan kepada syarikat untuk lakukan yang terbaik sebagai pemaju bandar."Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan kepada pasukan yang bekerja keras dan menunjukkan komitmen mereka dalam menjayakan perkara ini,” katanya.Dalam pada itu Chee Seng memaklumkan, SkyWorld sedang membangunkan dua projek pembinaan dibawah SkySanctuary iaitu SkyBlox dan SAMA Square.Bagi projek SkyBlox yang dibangunkan di atas sebidang tanah terbiar di Setapak, Kuala Lumpur, pembinaan rumah mampan itu menggunakan konsep pasang siap supaya ia boleh dipindahkan dengan mudah ke kawasan lain menggunakan sistem modular."SkyBlox direka secara unik untuk menangani isu kadar sewa yang tinggi dalam bandar dengan penyediaan kediaman mampu milik dan fleksibel, ditambah dengan kemudahan terkini."Kami meluangkan banyak masa untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan kepada pembangunan produk, perancangan reka bentuk dan pengoptimuman kegunaan produk akhir bagi memperhalusi idea penggunaan semula rumah untuk mempromosikan kemampanan," jelasnya.Kumpulan SkyWorld bergambar dengan anugerah yang diterima pada malam Anugerah StarProperty 2023.Sementara itu mengenai Dataran SAMA yang juga terletak di Setapak, Chee Seng memaklumkan, SkyWorld telah menetapkan standard yang tinggi dengan sasaran ia dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.Beliau berkata, dataran itu akan dilengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan yang dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat serta pengunjung."Seni bina dan landskap Dataran SAMA mencerminkan sebuah bandar kontemporari yang mampu membantu memacu pembangunan ekonomi di Setapak selain mewujudkan peluang pekerjaan."Selain itu ia akan menyumbang kepada ekonomi tempatan sekali gus meningkatkan nilai hartanah serta kualiti hidup keseluruhan kawasan tersebut.“Dengan visi untuk 'Menjadikan Kehidupan Lebih Baik', SkyWorld komited dalam menyampaikan pengalaman hidup luar biasa di bandar, selaras tonggak jenama kami (iaitu) Sky Living - Pengalaman, Inovasi dan Penciptaan Nilai,” ujarnya.
4
21 Mei 2023 01:10pm
FARAH SHAZWANI ALI
https://www.sinarharian.com.my/article/259532/bisnes/jenama-cap-kaki-tiga-bantu-tangani-masalah-ketidakseimbangan-makanan
Jenama Cap Kaki Tiga bantu tangani masalah ketidakseimbangan makanan
JENAMA terkemuka Cap Kaki Tiga melakukan inisiatif menyediakan makanan percuma kepada gelandangan dan golongan kurang berkemampuan dalam usaha menangani masalah ketidakseimbangan makanan serta membantu mereka yang memerlukan.Pengarah Perniagaan Kumpulan Jenama Cap Kaki Tiga, Chris Lim berkata, ia adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dalam memberi impak positif kepada individu yang berdepan dengan masalah kebuluran dan kemiskinan.Menurutnya, bagi menjayakan misi itu, syarikat tersebut bekerjasama dengan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) untuk menyediakan makanan percuma.“Syarikat telah menyediakan 250 pek makanan dan kita turut menyumbangkan Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga Cooltopia berperisa buah.“Kesyukuran, empati, kebolehpercayaan dan memupuk semangat muhibah kepada masyarakat sentiasa menjadi nilai dan budaya korporat jenama Cap Kaki Tiga keluaran Kumpulan Wen Ken.“Kami berharap dapat memberikan lebih banyak sumbangan kepada kebajikan sosial dan menyebarkan kasih sayang serta perhatian kepada mereka yang memerlukannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Sebahagian daripada kakitangan jenama Cap Kaki Tiga yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.Sementara itu, Pengurus Pemasaran Cap Kaki Tiga, Jason Hong berkata, pihaknya percaya bahawa setiap orang berhak mendapat akses kepada makanan yang berkhasiat tanpa mengira keadaan mereka.Jelasnya, inisiatif yang dilakukan syarikat itu adalah salah satu cara untuk memberi balik kepada masyarakat dan memberi impak yang positif kepada mereka yang berdepan dengan cabaran hidup.“Melalui aktiviti CSR ini, syarikat berusaha untuk memberi impak yang positif kepada kakitangan, serta masyarakat tempatan. Kami berharap bahawa lebih banyak syarikat akan menyokong Pertiwi dalam inisiatif yang baik ini,” jelasnya.
4
21 Mei 2023 12:28pm
NURUL HUDA HUSAIN
https://www.sinarharian.com.my/article/259436/bisnes/lbs-umum-pemenang-ganjaran-utama-kempen-lbs-fabulous-extra-2022-2023
LBS umum pemenang ganjaran utama kempen ‘LBS Fabulous Extra 2022-2023’
SYARIKAT pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) pada Sabtu, mengumumkan lima pemenang Perodua Axia bagi cabutan bertuah kempen LBS Fabulous Extra 2022-2023.Lima buah Perodua Axia itu merupakan antara ganjaran utama yang ditawarkan kepada pembeli bertuah yang membeli hartanah dengan harga bermula RM300,001 ke atas.Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, seramai 600 orang pemenang cabutan bertuah telah dipilih secara rawak bagi pusingan pertama menerusi media sosial Facebook rasmi syarikat itu pada 3 Mei lalu.Ujarnya, LBS sentiasa mengambil berat keinginan dan hasrat pembeli rumah dan akan terus berusaha untuk memberi nilai tambah.“Diharap cabutan bertuah ini akan memberi pengalaman manis apabila mereka membuat keputusan untuk memiliki rumah LBS sebagai kediaman mereka. Kempen 'LBS Fabulous' pertama pada tahun lepas, telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan.“Selain berusaha untuk menyediakan perumahan mampu milik, LBS juga turut memberikan pengalaman membeli rumah yang unik,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang bertuah di galeri jualan KITA @ Cybersouth, di sini, pada Sabtu.Turut hadir, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Joey Lim Hock Guan; Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Seri Daniel Lim Hock Sing dan pegawai tertinggi syarikat yang lain.Mengulas lanjut, Hock San berkata, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) serta peningkatan harga rumah ketika ini diakui menyebabkan ramai yang akan ‘berkira-kira’ untuk membeli rumah.Namun katanya, LBS tetap komited untuk memastikan hasrat rakyat di negara ini membeli rumah akan dipenuhi.“Tumpuan LBS ketika ini adalah untuk terus menjadi pemaju perumahan mampu milik yang sentiasa menekankan kepada kualiti dan dalam masa yang sama memberi penekanan kepada komuniti dan ketersambungan,” katanya.Tambahnya lagi, bakal pembeli rumah di perbandaran KITA @ Cybersouth yang membuat pembelian daripada 20 hingga 21 Mei 2023 juga berpeluang untuk memenangi televisyen 40 inci secara percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).Sementara itu, sepasang suami isteri menerima ‘durian runtuh’ selepas diumumkan pemenang dua hadiah utama kempen berkenaan.Falize Akmal Ahmad, 30 dan isteri, Nur Nafishah Mudir, 26, diumum pemenang cabutan bertuah sebuah Perodua Axia dan sebuah kerusi urut Ogawa Smart Reluxe Massage Chair bernilai RM10,999.Berkongsi detik manis itu, Falize Akmal yang juga pekerja swasta berkata, hadiah berganda yang dimenanginya itu disifatkan pengalaman paling bermakna di dalam hidupnya.“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan hadiah yang tidak disangka-sangka ini dan impian saya sebenarnya ingin membeli kereta kedua untuk kegunaan isteri berulang-alik ke tempat kerja.“Tidak sangka pula hadiah yang ingin saya belikan kepada isteri ‘datang’ dengan percuma. Jutaan terima kasih kepada pihak LBS kerana merealisasikan impian saya ini,” katanya yang juga pembeli rumah teres satu tingkat.Dalam pada itu, selain lima Perodua Axia dan kerusi urut, hadiah menarik lain yang turut ditawarkan termasuk motosikal SM Sport 110, mesin basuh, peti sejuk, peralatan rumah, sistem hi-fi dan pelbagai lagi.
4
20 Mei 2023 03:18pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259334/bisnes/ringgit-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT mengehadkan penurunannya untuk mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, walaupun mata wang negara maju itu agak kukuh susulan data ekonomi AS yang memberangsangkan.Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5350/5405 berbanding dolar AS daripada 4.5365/5395 ketika ditutup pada Khamis.Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, walau bagaimanapun, ringgit masih lemah walaupun terdapat kenyataan yang berpandangan bahawa kebuntuan siling hutang AS akan diselesaikan."Di peringkat tempatan, perdagangan Malaysia bagi April yang mencatatkan pertumbuhan rendah juga menunjukkan prospek permintaan luaran semakin mencabar dalam keadaan isu siling hutang AS yang berterusan,” katanya kepada Bernama.Pada penutupan hari ini, ringgit didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.6370/6438 daripada 5.6452/6490 semasa ditutup pada Khamis serta naik berbanding euro kepada 4.8978/9037 daripada 4.9076/9108.Unit domestik juga lebih stabil berbanding yen Jepun kepada 3.2839/2881 daripada 3.2926/2950.Ringgit turut didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.Mata wang tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 303.6/304.2 daripada 305.0/305.4 ketika ditutup semalam serta kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3715/3758 daripada 3.3724/3748 semalam.Ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 13.1862/2083 daripada 13.2105/2247 namun, susut berbanding peso Filipina kepada 8.14/8.16 daripada 8.11/8.13. - Bernama
4
19 Mei 2023 07:19pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259348/bisnes/hab-serantau-cognizant-wujudkan-5000-pekerjaan-menjelang-2026
Hab Serantau Cognizant wujudkan 5,000 pekerjaan menjelang 2026
HAB Serantau Cognizant di Malaysia dijangka mewujudkan 5,000 pekerjaan baharu termasuk pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi menjelang 2026, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.Beliau berkata, hab itu juga akan menjadi pusat kepada Makmal Pengalaman Inovasi pertama Cognizant Malaysia di Asean; Cognizant-AWS (Amazon Web Services) Pusat Kecemerlangan (CoE); CoE Kejuruteraan Kualiti dan Jaminan; dan Pusat Penyampaian Luar Pesisir."Sebagai peneraju global dalam industri perkhidmatan profesional, Cognizant telah memilih mengembangkan operasinya di Malaysia."Kehadiran syarikat yang semakin berkembang adalah bukti Malaysia memudahkan perusahaan untuk melakukan perniagaan, memiliki asas-asas ekonomi yang kukuh yang menyokong pendirian proindustri, properdagangan dan propelaburan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)," katanya dalam ucapan semasa pelancaran Hab Serantau Cognizant di sini, pada Jumaat.Tengku Zafrul menyatakan Malaysia sedang pesat membangun sebagai hab digital Asean, disebabkan oleh faktor-faktor seperti infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sangat maju, kumpulan bakat teknologi yang banyak, dan rangka kerja perlindungan harta intelek yang teguh dan kedaulatan undang-undang."Pelancaran Hab Serantau Cognizant Malaysia hari ini bukan sekadar pengembangan fizikal, tetapi simbol pertumbuhan, kemajuan dan komitmen syarikat terhadap pelaburannya di Greater Kuala Lumpur dan di Malaysia."Kami mengalu-alukan lebih banyak pelaburan strategik daripada Cognizant dan dengan senang hati akan bekerjasama dengan anda dalam hal ini."MITI berharap dapat bekerjasama rapat dengan Cognizant Malaysia bagi mewujudkan ekonomi teknologi yang cergas dan mampan," tambahnya.Sementara itu, Tengku Zafrul memberi jaminan MITI dan agensinya akan terus memainkan peranan dalam menarik pelaburan digital yang berkualiti, mewujudkan lebih banyak nilai dan peluang untuk pertumbuhan melalui data dan teknologi berasaskan awan, serta menjana pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia."Pelaburan ini juga penting dalam mewujudkan kesan limpahan untuk perusahaan kecil dan sederhana, yang juga boleh menjadi bertaraf dunia dengan menjadi sebahagian daripada ekosistem vendor syarikat multinasional seperti Cognizant, selaras dengan aspirasi digital kami seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12," tambah beliau.Daripada pasukan kecil seramai 32 pekerja pada tahun 2014, Cognizant Malaysia telah berkembang dengan tenaga kerja lebih 2,000 orang yang menyampaikan penyelesaian digital termaju di seluruh rantau ini. - Bernama
4
19 Mei 2023 06:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259251/bisnes/lotuss-malaysia-lancar-kempen-kongsi-ceria
Lotus’s Malaysia lancar kempen Kongsi Ceria
LOTUSS Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melancarkan kempen Kongsi Ceria yang dipenuhi dengan pelbagai tawaran menarik, aktiviti-aktiviti di stor dan Buku Amal Kongsi Ceria Lotus’s dari 11 Mei hingga 7 Jun 2023 sempena ulang tahun pertama hari ini.Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah berkata, kempen tersebut bertujuan mengumpul dana bagi empat organisasi yang mengkhusus kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.Antaranya, Pusat Perubatan Unit Kanser Kanak-Kanak Universiti Malaya, Tender Touch Pediatric Rehab, untuk kanak-kanak kurang upaya perkembangan, Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS) dan Nourish Malaysia.Ahli My Lotus’s Yang Bertuah berpeluang memenangi 25 set 10,000 mata My Lotus’s, dan 1 pemenang hadiah utama akan memenangi 1,000,000 mata My Lotus’s setiap minggu, dengan perbelanjaan minimum RM50 setiap transaksi sepanjang tempoh kempen Kongsi Ceria.“Buku Amal Kongsi Ceria Lotus’s boleh didapati di semua 65 stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online, Lazada, Shopee, Foodpanda dan Grab dengan harga RM1 dan ia mengandungi berbagai kupon bagi memberikan penjimatan kepada pelanggan berjumlah RM600 untuk lebih 6,000 produk ditawarkan.“Semua hasil daripada pembelian buku amal akan disalurkan terus kepada empat organisasi ini bagi kanak-kanak yang memerlukan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu, menurut beliau, Lotus’s Malaysia turut menawarkan kemudahan membeli-belah, nilai penjimatan yang terbaik, berkualiti dan pelbagai pilihan produk Jenama Lotus’s kepada pengguna serta menjadi nadi masyarakat melalui program #KitakanJiran.Dapatkan buku Baucar Amal dengan hanya RM1 di stor Lotus's terdekat anda atau di Lotus's Shop Online.Tambahnya, selain menawarkan penjimatan kepada pelanggan mereka turut menggunakan peralatan operasi cekap dan berprestasi tinggi di stor bagi meningkatkan campuran tenaga bersih melalui pemasangan panel solar untuk mencapai sasaran neutraliti karbon menjelang tahun 2030.“Keupayaan kami untuk memberi impak kepada komuniti telah meningkatkan perniagaan sehingga berkembang dan saya amat berbangga dengan sumbangan budaya kesukarelawanan yang telah dipupuk dengan semangat #KitakanJiran termasuk tumpuan dalam bidang kelestarian.“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan ini dan semua pelanggan dijemput untuk menyertai program dianjurkan sepanjang tempoh kempen,” katanya.Pertandingan Instagram Jom Parti Kat Lotus’s (11-31 Mei 2023). Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM20 dalam satu resit boleh kongsikan foto pakaian hari jadi terbaik mereka di mana-mana stor Lotus’s ke Instagram mereka, diikuti dengan menandakan halaman Instagram rasmi Lotus’s Malaysia di @LotussMalaysia, dengan hashtag #LotussKongsiCeria dalam kapsyen mereka. Hadiah bernilai lebih RM9,000 untuk dimenangi dan pakaian yang terbaik dengan kapsyen paling kreatif akan berpeluang memenangi iPhone 14 128GB.
4
19 Mei 2023 01:08pm
ASWANY OMAR
https://www.sinarharian.com.my/article/259226/bisnes/platform-integrasi-halal-bantu-usahawan-ke-peringkat-global
Platform Integrasi Halal bantu usahawan ke peringkat global
[DIKEMAS KINI] PLATFORM Integrasi Halal (HIP) membantu usahawan memperkenalkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation (HDC) Berhad, Hairol Ariffein Sahari berkata, ramai usahawan di negara ini tidak tahu saluran untuk mendapatkan sijil halal.Beliau memberitahu, platform itu sudah mempunyai 12,000 ahli sejak diperkenalkan pada pada tahun 2021 dan seramai 2,300 mendapat Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)."Inilah platform di mana usahawan boleh berinteraksi di antara satu sama lain, mereka yang mempunyai sijil halal boleh menggalakkan rakan lain mendapatkan sijil berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah Halal Malaysia 2023-Kelantan di sini pada Khamis.Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Isham Ishak dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.Menurut Hairol Ariffein, HDC akan membantu usahawan yang sudah mendapat sijil berkenaan untuk mempertingkatkan pengeluaran dan membawa produk mereka ke peringkat antarabangsa."Kebanyakan usahawan baharu akan lebih mempunyai motivasi selepas melihat ramai rakan mereka dalam platform itu sudah berjaya dan mampu bersaing dengan produk terkenal yang lain," katanya.Sementara itu, beliau memberitahu, banyak insentif yang disediakan kepada usahawan yang mendapat sijil halal termasuk akses khidmat nasihat, pasaran, bahan mentah dan pembiayaan."Kami telah bekerjasama dengan SME bank dengan menyediakan dana RM100 juta untuk membantu usahawan yang layak mendapatkan sijil itu," katanya.Program empat hari itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Hanifa Ahmad.
4
19 Mei 2023 10:56am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259219/bisnes/nilai-ringgit-susut-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit susut berbanding dolar AS
RINGGIT memulakan urus niaga pagi ini rendah sedikit berbanding dolar AS selepas beberapa data makroekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan membantu melonjakkan permintaan untuk mata wang AS.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5445/5480 berbanding dolar AS daripada kadar penutupan semalam 4.5365/5395.Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Tuntutan Pengangguran Permulaan AS -- yang mengukur bilangan pemohon yang memohon insurans pengangguran minggu lepas -- lebih rendah pada 242,000 berbanding unjuran an 254,000."Satu lagi penunjuk makroekonomi yang menyokong dolar AS ialah Indeks Pembuatan Persekutuan Philadelphia AS dengan bacaan hari ini pada -10.4 berbanding unjuran -19.8, yang juga positif untuk dolar,” katanya.Selain itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Rizab Persekutuan AS (Fed) telah membayangkan kebarangkalian penghentian sementara dalam kenaikan kadar faedah pada mesyuarat akan datang agak tipis kerana Fed masih terikat dengan ancaman inflasi."Walaupun berada dalam mod risiko, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.64 peratus kepada 103.544 mata kerana Rizab Persekutuan masih cenderung untuk menaikkan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.Justeru, ringgit dijangka kekal lemah dengan paras semasa RM4.5380 agak hampir dengan paras rintangannya iaitu RM4.5491.Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6411/6454 daripada 5.6452/6490 pada penutup Khamis, meningkat berbanding euro menjadi 4.8958/8996 daripada 4.9076/9108 semalam dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2831/2861 daripada 3.2926/2950 sebelumnya.Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean.Ia susut berbanding rupiah Indonesia kepada 305.6/306.0 daripada 305.0/305.4 pada penutup Khamis, merosot kepada 3.3728/3756 berbanding dolar Singapura daripada 3.3724/3748 semalam dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.14/8.15 daripada 8.11/8.13 sebelumnya.Namun begitu, ringgit menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 13.1839/2002 daripada 13.2105/2247 semalam.
4
19 Mei 2023 10:17am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259120/bisnes/bhic-peroleh-dua-kontrak-berkait-kapal-selam-tldm-bernilai-rm140-juta
BHIC peroleh dua kontrak berkait kapal selam TLDM bernilai RM140 juta
ANAK syarikat milik penuh Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES), menerima surat lantikan bagi dua kontrak berkaitan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM140 juta.Kontrak pertama melibatkan kontrak sokongan perkhidmatan interim (ISS) bagi kapal selam Kelas Perdana Menteri TLDM bernilai RM99.8 juta, kata BHIC dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis.Tempoh kontrak itu adalah selama 11 bulan bermula dari 15 Mac 2023 sehingga 14 Februari 2024.Dalam makluman berasingan kepada bursa, kumpulan itu berkata, BSES juga memperoleh lanjutan kontrak penyelenggaraan kemudahan kapal selam untuk TLDM bernilai RM40.2 juta.Tempoh kontrak adalah selama 12 bulan bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023."Kontrak rasmi antara kerajaan Malaysia dan BSES akan dimuktamadkan dan dimeterai kemudiannya,” kata BHIC.Kumpulan itu berkata, kedua-dua kontrak tersebut akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan BHIC Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. - Bernama
4
18 Mei 2023 03:04pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259104/bisnes/sp-setia-capai-hasil-jualan-rm103-bilion-suku-tahun-ini
SP Setia capai hasil jualan RM1.03 bilion suku tahun ini
SP Setia Berhad mencapai hasil jualan membanggakan sebanyak RM1.03 bilion untuk suku pertama yang berakhir 31 Mac 2023 merangkumi hasil berjumlah RM968 juta dengan keuntungan sepadan sebelum cukai sebanyak RM116 juta.Penyumbang utama keuntungan itu termasuk projek tempatan RM903 juta atau lebih kurang 87 peratus daripada jualan yang dijamin sebahagian besarnya dari wilayah tengah dengan RM546 juta dan selatan sebanyak RM285 juta, manakala projek antarabangsa menyumbang RM130 juta atau lebih kurang 13 peratus daripada jualan.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad, Datuk Choong Kai Wai berkata, pencapaian tersebut mencerminkan peningkatan dalam persekitaran makroekonomi kerana sentimen pasaran yang mencabar.“Inventori bernilai RM107 juta telah dijelaskan pada suku ini dan memperoleh jumlah tempahan sebanyak RM512 juta pada 31 Mac 2023 serta kekal teguh terhadap penukaran tempahan kepada jualan.‘’SP Setia merancang untuk melancarkan hartanah tempatan bernilai RM4.89 bilion dan pelancaran akan tertumpu di wilayah tengah dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM3.83 bilion, wilayah Johor pula sebanyak RM403 juta dan utara bernilai RM575 juta di kawasan Pulau Pinang,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.Setia Eco Park Goldea 2 yang terletak di Presint Arundina bakal dilancarkan.Menurut Chong, pihaknya telah melancarkan GDV berjumlah RM683 juta hartanah yang kebanyakannya terdiri daripada rumah teres dua tingkat dan rumah berkembar seperti Setia Eco Templer, Setia Alam Impian dan Setia Eco Gardens dalam tempoh tersebut.Jelasnya, dengan kenaikan Kadar Polisi Semalaman oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu mengatasi inflasi akan memberi tekanan dan menambah beban kepada pembeli rumah baharu.Tambahnya, dengan jualan yang membanggakan pihak syarikat begitu optimis mensasarkan jualan sebanyak RM4.2 bilion.“Kami menyedari pelbagai langkah telah diumumkan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa bagi mengutamakan pembangunan komuniti yang mampan dengan mengambil tindakan permintaan pasaran serta tahap kemampuan pembeli.“Kami terus memberi penekanan kepada penawaran baharu bagi memenuhi permintaan pembeli dengan mempelbagaikan sektor hartanah supaya dapat mengembangkan kehadiran di beberapa pasaran Australia dan Vietnam memandangkan potensi pertumbuhan kukuh dalam pasaran ini,” katanya.
4
18 Mei 2023 02:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/259067/bisnes/ringgit-kembali-kukuh-berbanding-dolar-as-pada-sesi-awal-urus-niaga
Ringgit kembali kukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga
NILAI ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pagi ini kerana pergerakan dolar AS telah terjejas disebabkan kebimbangan terhadap siling hutang Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5230/5280 berbanding dolar AS daripada kadar penutup semalam 4.5250/5275.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat ahli-ahli politik AS akan berusaha menyelesaikan kebuntuan ini kerana mereka perlu memastikan ekonomi terus mengekalkan pertumbuhan."Cuma, situasi politik boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam pasaran kewangan," katanya kepada Bernama sambil menambah sehubungan itu, ringgit dijangka sedikit stabil hari ini.Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, gandingan USD/MYR mungkin bergerak secara mendatar menjelang pengeluaran data Tuntutan Pengangguran Awal AS bersama-sama Indeks Pembuatan Persekutuan Philadelphia AS.Dalam pada itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan lemah berbanding pound Britain kepada 5.6456/6518 berbanding 5.6300/6331 pada penutup Rabu dan susut berbanding euro menjadi 4.9034/9088 daripada 4.9006/9033 semalam, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2907/2945 daripada 3.3039/3060 sebelumnya.Ringgit juga diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean.Mata wang tempatan bergerak mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 304.1/304.6 daripada 304.2/304.6 pada penutup Rabu, merosot kepada 3.3696/3736 berbanding dolar Singapura daripada 3.3693/3714 semalam, susut berbanding peso Filipina pada 8.07/8.09 daripada 8.05/8.06 dan rendah berbanding baht Thai kepada 13.2136/2343 daripada 13.2059/2182 sebelumnya. - Bernama
4
18 Mei 2023 10:32am
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
https://www.sinarharian.com.my/article/259064/bisnes/fiesta-harumanis-daman-raih-jualan-lebih-rm75000
Fiesta Harumanis D'Aman raih jualan lebih RM75,000
LEBIH RM75,000 hasil jualan berjaya diperoleh sepanjang tiga hari Fiesta Harumanis D'Aman berlangsung sekali gus menunjukkan sambutan menggalakkan terhadap harumanis keluaran Kedah itu.Pengarah Pertanian Negeri Kedah, Ramli Abdul Rahman berkata, hasil jualan meliputi 15 metrik tan buah tersebut melibatkan penyertaan 10 usahawan dari pelbagai daerah terutama Kubang Pasu dan Padang Terap.Menurutnya, penganjuran fiesta bermula 12 hingga 14 Mei lalu itu bertujuan mempromosikan buah tersebut yang baru dijenamakan semula."Harga jualan bermula RM20 hingga RM35 sekilogram mengikut gred tidak termasuk penghantaran... kita juga menerima tempahan melalui dalam talian yang sambutan turut memberangsangkan," katanya.Menurut Ramli, pengeluaran pada tahun 2022 iaitu tahun pertama dijenamakan semula membabitkan hasil jualan berjumlah RM1.6 juta bersamaan 70 metrik tan buah."Keluasan penanaman harumanis Kedah meliputi 107.76 hektar bersamaan 7,000 batang pokok yang diusahakan oleh 131 petani berdaftar," katanya.Jelasnya, antara cabaran yang dihadapi ialah gangguan cuaca kerana harumanis akan lebih berkualiti jika sentiasa terdedah kepada cuaca panas.Beliau berkata, Jabatan Pertanian Negeri Kedah menyasarkan jumlah pengeluaran mencapai 600 metrik tan membabitkan keluasan penanaman meningkat kepada 200 hektar menjelang 2025.Jelas Ramli, Harumanis D'Aman bukanlah berhasrat menandingi harumanis di Perlis namun melengkapi antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan permintaan dan pasaran."Selain mempromosi harumanis dan dijadikan acara tahunan agropelancongan, fiesta yang dianjurkan juga membantu usahawan memasarkan produk sekali gus memperkenalkan teknologi pertanian melalui khidmat nasihat dan klinik pertanian."Saya berharap Harumanis D'Aman menjadi trending dan sebagai pilihan kepada penggemar buah tersebut," katanya.
4
18 Mei 2023 10:15am
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/259013/bisnes/coway-malaysia-perkenal-identiti-jenama-diperbaharui
Coway Malaysia perkenal identiti jenama diperbaharui
COWAY memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui selaras dengan ulang tahunnya ke-17 sekali gus menandakan komitmen berterusan Coway untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.Coway dalam satu kenyataan berkata, Coway telah mengembangkan penawaran produknya dari penulen air serta penulen udara kepada pengalaman peralatan rumah yang lebih holistik untuk orang ramai di Malaysia.“Ini termasuk memperkenalkan rupa baharu Coway, perluasan perniagaan seperti Penyaman Udara Coway serta Kerusi Urut Coway terbaharu.“Coway percaya untuk mengekalkan relevan jenama dan sebagai pendorong utama untuk membawakan gaya hidup yang lebih sihat, Coway komited untuk menjadi ‘Innovator and caregiver’ yang mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik pada setiap saat setiap hari,” jelas kenyataan itu.Pada Rabu, pelbagai produk Coway seperti penulen air CORE PLUS, Kerusi Urut Coway, Penyaman Udara Coway dan penulen udara NOBLE telah dipamerkan semasa acara Brand Renewal yang diadakan di The Space, Menara Ken TTDI.Pada majlis sama, duta jenama tempatan Coway Malaysia, Mira Filzah memeriahkan acara tersebut dengan kehadirannya di mana beliau berkongsi maksud "Change" dan bagaimana Coway telah mengubah hidupnya.KYLE CHOIPengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, tahun 2023 merupakan tahun yang hebat jenama itu di Coway Malaysia.“Di samping meraikan tahun ke-17 kami berkhidmat untuk rakyat Malaysia, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik perubahan dalam kehidupan isi rumah Malaysia dengan produk dan perkhidmatan kami.“Kami melancarkan identiti jenama kami yang diperbaharui mewakili komitmen serta dedikasi kami terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan, serta visi kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia,” kata Choi.Beliau berkata, komitmen yang digalas oleh Coway 17 tahun yang lalu untuk menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia tidak goyah dan akan terus memenuhi janji ini untuk membawakan pengalaman peralatan rumah yang holistik kepada rakyat Malaysia sebagai syarikat Best Life Solution.Coway akan menggalakkan dan mendorong rakyat Malaysia untuk terus aktif dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan acara tahunannya Coway Run yang akan berlangsung pada September 2023.
4
17 Mei 2023 06:23pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/258975/bisnes/ayam-brand-promosi-produk-baharu
Ayam Brand promosi produk baharu
AYAM Brand terus mempromosikan pelbagai rangkaian produk terbaharunya melalui Ayam Brand Truck di beberapa lokasi terpilih seluruh Semenanjung Malaysia bermula Mei hingga Ogos depan.Ayam Brand dalam satu kenyataan berkata, antara produk baharunya ialah pes rendang, pes kari ayam, pes sambal tumis dan pes asam pedas yang menggunakan resipi asli tempatan atau cita rasa warga Malaysia.“Kami mempromosikan produk baharu ini dengan menjelajah ke seluruh negara bagi memastikan orang ramai dapat membeli dan menikmati produk baharu ini dengan cita rasa asli secara percuma,“ jelas kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, rangkaian produk baharu Ayam Brand tidak mempunyai bahan pengawet, tanpa bahan aditif dan tambahan MSG serta disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).“Penggunaan pes ini dapat menjimatkan masa kerana senang dibuka dan dimasak. Setiap pes disediakan dalam bentuk pek seberat 180 gram (g) sesuai untuk dihidangkan kepada satu keluarga atau lima hingga enam orang.“Sepanjang promosi itu berlangsung, banyak aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya ialah pembeli boleh berswafoto bersama trak Ayam Brand dan menerima hadiah misteri. Turut diadakan ialah Kira dan Menang yang menawarkan baucar tunai RM50,” kata kenyataan itu.Antara lokasi trak Ayam Brand di Selangor ialah Pasar Tani Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada 19 Mei 2023, diikuti Pasar Tani Seksyen 6 Kelana Jaya (1) pada 20 Mei 2023 dan Pasar Tani Stadium (1) Shah Alam pada 21 Mei 2023.Trak Ayam Brand juga akan berada di sekitar Kuala Lumpur antaranya di Menara Worldwide pada 22 Mei 2023, di Pasar Tani Taman Keramat Permai pada 24 Mei 2023, diikuti Pasar Tani Tasik Permaisuri pada 27 Mei 2023 dan Pasar Tani Danau Kota pada 28 Mei 2023.
4
17 Mei 2023 03:27pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258909/bisnes/nilai-ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan sikap pelabur yang kekal berhati-hati berhubung tarikh akhir siling hutang Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5130/5175 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa 4.4975/5005.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perbincangan antara Presiden AS dan Speaker Dewan masih belum menunjukkan hasil yang ketara, kecuali kedua-duanya komited untuk menyelesaikan isu itu."Sementara itu, jualan runcit AS -- barometer untuk perbelanjaan pengguna yang menyumbang lebih daripada dua pertiga kepada ekonomi AS -- meningkat kepada 0.4 peratus bulan ke bulan pada April 2023 selepas penurunan dua bulan berturut-turut,” beliau kepada Bernama.Bagaimanapun, beliau menyatakan data terbaharu adalah di bawah anggaran konsensus sebanyak 0.7 peratus, menunjukkan bahawa prospek ekonomi untuk perbelanjaan isi rumah kekal mencabar."Indeks dolar AS (DXY) terus kekal tinggi dan sekali gus menunjukkan penghindaran risiko dalam pasaran mata wang," kata Mohd Afzanizam.Oleh itu, beliau percaya ringgit akan terus kekal lemah dalam tempoh terdekat kerana pelabur lebih suka memegang mata wang selamat kerana ketidaktentuan siling hutang kekal dengan tarikh akhir 1 Jun semakin hampir.Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6349/6406 berbanding 5.6367/6405 pada penutup Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3074/3110 daripada 3.3126/3150 sebelum ini, tetapi susut berbanding euro untuk mencatatkan paras 4.9056/9105 berbanding 4.8991/9024 semalam.Ringgit juga didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean.Ia menyusut nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 304.4/304.9 daripada 303.4/303.8 pada hari Selasa, turun kepada 3.3684/3720 berbanding dolar Singapura daripada 3.3659/3686 semalam dan merosot berbanding peso Filipina pada 8.03/8.05 from 8.02/8.03 sebelumnya.Namun, ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.2218/2404 daripada 13.2400/2547 penutupan urus niaga semalam. - Bernama
4
17 Mei 2023 10:07am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258868/bisnes/masih-awal-untuk-ukur-impak-kerajaan-perpaduan-terhadap-ekonomi
Masih awal untuk ukur impak Kerajaan Perpaduan terhadap ekonomi
MASIH awal untuk mengukur sama ada Kerajaan Perpaduan sekarang yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi lebih kestabilan terhadap persekitaran ekonomi negara, kata agensi penarafan Moody’s.Penolong naib presiden dan penganalisis kumpulan risiko negaranya, Nishad Majmudar berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pergolakan politik telah berkurangan atau meningkat di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru sahaja berlangsung pada November tahun lepas."Secara umumnya, memandangkan parameter yang dilaksanakan kerajaan perpaduan dan hakikat bahawa mereka telah mencadangkan satu set pembaharuan fiskal pada tahun ini, itu adalah beberapa petanda yang kami akan lihat sehingga kepada potensinya untuk mengurangkan pergolakan politik."Daripada perspektif kami, kami akan melihat kebarangkalian momentum di sebalik beberapa pembaharuan seperti Akta Tanggungjawab Fiskal, sebagai contoh, yang menjadi perhatian utama kami dalam senarai langkah-langkah yang agak mudah untuk dilaksanakan,” katanya semasa sidang meja bulat media maya Moody’s bertajuk "Inside ASEAN: Malaysia” pada Selasa.Dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, Nishad berkata, suatu yang menarik adalah untuk melihat sejauh mana pilihan raya itu boleh memberi manfaat kepada Kerajaan Perpaduan dari segi kemungkinan modal politik tambahan untuk meneruskan beberapa pembaharuan fiskal tersebut.Menurutnya, agensi penarafan itu menyedari akan daya tahan institusi dasar ekonomi utama Malaysia, terutamanya memandangkan ketidaktentuan politik sejak PRU14, yang mana institusi seperti Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan (MOF) dapat mencapai objektif dasar mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun berlaku pergolakan politik."Adalah penting untuk mengambil maklum bahawa kami ketika ini menilai bahawa pergolakan politik beberapa tahun lepas tidak menjejaskan keupayaan institusi utama seperti BNM dan Kementerian Kewangan untuk melaksanakan mandat mereka."Bagaimanapun, kami menilai bahawa pergolakan itu telah menghalang beberapa pembaharuan lebih mendalam dalam inisiatif fiskal yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang dan kerajaan sebelum ini dan ia akan menyokong peningkatan profil kredit," kata Nishad.Pada masa hadapan, beliau berkata, negara dijangka kekal berada dalam persekitaran politik dan dasar yang agak tidak menentu dengan potensi bertemu jalan buntu."Selain itu, kami berpandangan orang ramai akan terus berharap agar sokongan fiskal terhadap ekonomi diteruskan, memandangkan pemulihan yang tidak sama rata di semua segmen masyarakat dan kumpulan pendapatan. Oleh itu, kami fikir akan ada risiko pertumbuhan perlahan,” kata Nishad.Ini, katanya, akan termasuk beberapa pembaharuan utama iaitu pengembangan asas hasil dalam pelbagai bentuk, seperti, pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau pengembangan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), penstrukturan semula subsidi, serta pelaksanaan kembali beberapa peraturan fiskal sebelum Covid-19 seperti siling hutang berkanun pada 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK)."Akhir sekali, pembaharuan utama juga termasuk perundangan yang telah dicadangkan dan berpotensi dibentangkan di Parlimen tahun ini tetapi belum menjadi kenyataan seperti Akta Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan,” tambahnya. - Bernama
4
16 Mei 2023 08:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258862/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
RINGGIT susut lagi untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah sentimen berwaspada terhadap prospek pertumbuhan global, kata seorang ahli ekonomi.Pada 6 petang, ringgit menurun kepada 4.4975/5005 berbanding dolar AS daripada 4.4960/4985 yang dicatatkan semalam.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit menunjukkan trend lemah selepas sebahagian besar data ekonomi China yang dikeluarkan hari ini mencatatkan angka di bawah jangkaan berbanding apa yang diramalkan pasaran.Biro Statistik Kebangsaan China melaporkan pelaburan aset tetap negara itu meningkat hanya 4.7 peratus berbanding anggaran konsensus pasaran sebanyak 5.5 peratus, manakala jualan runcit dan pengeluaran perindustrian masing-masing berjumlah 18.4 peratus serta 5.6 peratus, di bawah konsensus pasaran iaitu pada 21.0 peratus dan 10.9 peratus."Ini mencerminkan prospek pertumbuhan global masih mencabar tetapi harapan untuk China menjadi pemangkin utama pengembangan global berikutan pembukaan semula ekonomi masih wujud."Bagaimanapun, ia mungkin tidak mudah memandangkan kemungkinan halangan-halangan sedia ada di sepanjang jalan," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.Pada penutup, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Ia merosot berbanding euro kepada 4.8991/9024 daripada 4.8863/8890 yang disaksikan semasa penutupan Isnin, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.6367/6405 daripada 5.6169/6200 dan lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.3126/3150 daripada 3.3010/3031 sebelum ini.Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Ia menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 303.4/303.8 daripada 303.6/304.0 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2400/2547 daripada 13.3045/3174.Berbanding dolar Singapura, ia melemah kepada 3.3659/3686 daripada 3.3592/3616 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.02/8.03. - Bernama
4
16 Mei 2023 07:30pm
NORAFIZA JAAFAR
https://www.sinarharian.com.my/article/258789/bisnes/jati-cipta-rekod-mbor-sempena-ulang-tahun-ke-30
Jati cipta rekod MBOR sempena ulang tahun ke-30
SAMBUTAN ulang tahun Jati ke-30 mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menghasilkan guni beras terberat di Malaysia.Pengurus Besar Serba Wangi Sdn Bhd, Chua Ken Jin berkata, guni beras seberat tiga tan yang dihasilkan telah berjaya memadamkan rekod lama iaitu 1.501 tan."Beras seberat tiga tan itu kemudian akan disumbangkan kepada golongan memerlukan seperti rumah kebajikan anak yatim dan pusat penjagaan warga emas," katanya pada sambutan ulang tahun Jati ke-30 berlangsung di pusat beli-belah Lot 10 di sini pada Selasa.Perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Datuk Azman Mahmood.Pelbagai acara diadakan pada sambutan itu antaranya 30 arca hidangan disediakan penganjur dan pengunjung yang hadir boleh menyertai pertandingan tangkap dan menang dengan 303 set hadiah menarik ditawarkan.Ken Jin berkata, Jati merupakan jenama daripada syarikat pengeluar, Serba Wangi Sdn Bhd yang telah berkembang menjadi salah satu produk terkemuka dan menjadi pilihan nombor satu kebanyakan keluarga di Malaysia."Kejayaan ini merupakan salah satu penghormatan dan pengiktirafan yang amat membanggakan buat Jati dan sudah tentu kejayaan ini tidak dapat dikecapi tanpa sokongan daripada pelanggan seluruh negara."Selepas tiga dekad berada di pasaran, Jati telah membuktikan kewibawaan menerajui industri dengan kepelbagaian barangan yang dihasilkan termasuk tepung, bihun, bijiran dan lain-lain."Ini menunjukkan dedikasi Jati dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan."Saya berharap agar Jati dapat menjadi jenama global dengan pelbagai jenis produk yang memenuhi keperluan orang ramai di semua peringkat masyarakat satu hari nanti," katanya.
4
16 Mei 2023 02:22pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258739/bisnes/nilai-ringgit-lebih-tinggi-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS
NILAI ringgit bertambah baik berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi Selasa di tengah-tengah harapan terhadap persetujuan untuk meningkatkan siling hutang Amerika Syarikat (AS).Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4910/4935 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Isnin pada 4.4960/4985.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kegagalan mencapai persetujuan mengenai siling hutang AS boleh membawa kepada persekitaran bebas risiko dan ini boleh menjejaskan mata wang lain termasuk ringgit.Oleh itu, pelabur akan memantau dengan teliti perbincangan pada Selasa mengenai siling hutang AS.Dilaporkan Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen berkata bahawa pentadbiran dan kongres Republikan sedang membuat kemajuan dalam rundingan mereka mengenai perbelanjaan persekutuan dan menaikkan had hutang.Yellen bagaimanapun, mengulangi bahawa AS berkemungkinan masih akan mungkir terhadap kewajipan hutangnya seawal 1 Jun jika Kongres AS tidak bertindak.Selain itu, Mohd Afzanizam berkata beberapa data China akan diumumkan hari ini termasuk Pelaburan Aset Tetap (FAI),Jualan Runcit dan Pengeluaran Perindustrian untuk bulan April.''Mungkin, ini boleh menyokong ringgit hari ini kerana ekonomi China yang semakin baik akan membantu mengekalkan pertumbuhan global, yang boleh memberi kesan limpahan positif kepada ekonomi Malaysia,'' katanya.Ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 4.8867/8894 daripada 4.8863/8890 pada penutup Isnin, lemah berbanding pound Britain pada 5.6268/6299 berbanding 5.6169/6200 dan turun berbanding yen Jepun menjadi 3.3039/3060 daripada 3.3010/3031 sebelumnya.Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 303.2/303.6 daripada 303.6/304.0 tetapi lemah berbanding baht Thailand kepada 13.3067/3200 daripada 13.3045/3174 pada penutup Isnin.Mata wang tempatan turut menyusut nilai kepada 3.3625/3647 berbanding dolar Singapura daripada 3.3592/3616 dan mendatar berbanding peso Filipina pada 8.02/8.03 daripada 8.02/8.03. - Bernama.
4
16 Mei 2023 10:34am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258701/bisnes/niaga-hadapan-emas-ditutup-tinggi
Niaga hadapan emas ditutup tinggi
NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dengan 23 lot diniagakan.Kontrak bulan semerta Mei 2023 naik kepada AS$2,020.20 setiap troy auns daripada AS$2,011.20 setiap troy auns pada Jumaat minggu lepas.Kontrak bagi Jun 2023, Julai 2023, Ogos 2023, Oktober 2023 dan Disember 2023 semuanya ditutup pada AS$2,028.40 setiap troy auns.Harga emas fizikal berada pada AS$2,019.90 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 12 Mei, 2023. - Bernama
4
15 Mei 2023 09:44pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258675/bisnes/bursa-malaysia-ditutup-rendah-sesi-kelima-berturut-turut
Bursa Malaysia ditutup rendah sesi kelima berturut-turut
BURSA Malaysia meneruskan penurunan untuk ditutup rendah bagi sesi kelima berturut-turut hari ini berikutan sentimen pasaran yang lemah akibat perkembangan luaran yang mempengaruhi selera risiko pelabur.Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.55 mata atau 0.39 peratus kepada 1,417.37 daripada 1,422.92 sewaktu ditutup pada Jumaat.Indeks utama itu dibuka 1,423.53 lebih tinggi pagi ini sebelum berubah-ubah antara 1,415.94 dan 1,427.36 sepanjang sesi dagangan.Sentimen pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 547 berbanding 304, manakala 411 kaunter tidak berubah, 995 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.Jumlah dagangan merosot kepada 2.66 bilion unit bernilai RM1.41 bilion daripada 2.74 bilion unit bernilai RM1.77 bilion pada Jumaat.Penganalisis kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong berkata, FBM KLCI mencatat aliran rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap siling hutang Amerika Syarikat dan menjelang pengeluaran data jualan runcit dan pengeluaran perindustrian China esok."Pada masa depan, kami menjangkakan sentimen akan kekal tenang tanpa kemunculan petunjuk baharu, manakala dana asing masih mengurangkan pegangannya dalam ekuiti Malaysia. Bagaimanapun, pelabur mungkin memantau dengan teliti musim laporan keputusan suku tahunan semasa,” katanya kepada Bernama.Leong melihat paras sokongan segera pada 1,413 mata dan paras halangan pada 1,437 dan 1,450.Saham wajaran tinggi Public Bank turun tiga sen kepada RM3.94, Petronas Chemicals menguncup lima sen kepada RM6.98, CelcomDigi turun enam sen kepada RM4.42, manakala Maybank tidak berubah pada RM8.69.Bagaimanapun, Tenaga meningkat enam sen kepada RM9.52 dan CIMB meraih tiga sen kepada RM4.98.Dalam kalangan saham aktif, VSolar tidak berubah pada setengah sen, Jade Marvel turun setengah sen kepada 26.5 sen, BSL Corporation menambah setengah sen kepada lima sen, manakala Revenue Group menyusut satu sen kepada 31.5 sen.Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 39.02 mata kepada 10,376.63, Indeks FBMT 100 turun 38.27 mata kepada 10,073.11 dan Indeks FBM ACE berkurangan 3.47 mata kepada 4,981.01.Indeks FBM 70 turun 46.47 mata kepada 13,441.69 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 48.38 mata kepada 10,727.54.Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.4 mata kepada 165.72, Indeks Tenaga turun 2.0 mata kepada 827.39, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 23.89 mata kepada 15,489.39 dan Indeks Perladangan turun 64.94 mata kepada 6,891.72.Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.62 bilion unit bernilai RM1.17 bilion daripada 1.70 bilion unit pada RM1.50 bilion pada Jumaat.Jumlah dagangan waran meningkat kepada 394.36 juta unit bernilai RM69.14 juta berbanding 338.39 juta unit bernilai RM54.18 juta Jumaat lepas.Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 649.65 juta saham bernilai RM175.52 juta daripada 699.03 juta saham bernilai RM215.96 juta sebelum ini.Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 250.99 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (550.72 juta); pembinaan (40.99 juta); teknologi (190.77 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (43.69 juta); hartanah (200.63 juta); perladangan (27.36 juta); REIT (10.64 juta), dana tertutup (9,000); tenaga (139.46 juta); penjagaan kesihatan (64.94 juta); telekomunikasi dan media (45.41 juta); pengangkutan dan logistik (29.91 juta); serta utiliti (21.37 juta). - Bernama
4
15 Mei 2023 06:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258658/bisnes/aktiviti-pasaran-harta-tanah-turun-57-peratus-suku-pertama-2023
Aktiviti pasaran harta tanah turun 5.7 peratus suku pertama 2023
AKTIVITI pasaran harta tanah direkodkan menurun sebanyak 5.7 peratus pada suku pertama (S1) 2023, sekali gus menunjukkan pelancaran kediaman baharu juga berkurangan hampir 4,700 unit berbanding tahun sebelum ini.Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia berkata, ia kerana faktor bermusim dalam pembelian rumah yang lazimnya rendah semasa awal tahun.Ujarnya, selain itu, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) serta Indeks Sentimen Pengguna (CSI) yang menurun pada S1 2023 iaitu 99.2 mata manakala S1 2022 pula 108.9 mata adalah antara faktor yang menyumbang kepada penurunan aktiviti pasaran kediaman khususnya."Lebih daripada 89,000 transaksi bernilai RM42.31 bilion direkodkan pada S1 2023. Ini menunjukkan penurunan aktiviti pasaran sebanyak 5.7 peratus berbanding S1 2022 tetapi jumlah nilai transaksi meningkat sedikit 0.8 peratus."Penurunan aktiviti di subsektor harta tanah kediaman dan pertanian masing-masing pada kadar 6.6 peratus dan 12.5 peratus berbanding tahun lalu memberi kesan ke atas prestasi pasaran harta tanah keseluruhan."Penurunan ini diimbangi oleh peningkatan aktiviti di subsektor perdagangan dan tanah pembangunan, masing-masing meningkat 14.5 peratus dan 2.8 peratus di dalam bilangan serta 22.1 peratus dan 30.4 peratus di dalam nilai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurut agensi itu, penurunan pelancaran kediaman baharu itu adalah seiring dengan penurunan jumlah lesen pemaju, permit dan iklan jualan perumahan baharu serta pembaharuan yang diluluskan oleh Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.Maklumnya, daripada 5,641 lesen (Januari dan Februari 2022) kepada 2,911 lesen (Januari dan Februari 2023)."Johor mencatat jumlah pelancaran baharu tertinggi negara sebanyak 2,077 unit iaitu kira-kira 45 peratus daripada jumlah seluruh negara, dengan prestasi jualan 24.9 peratus. Selangor menawarkan jumlah kedua tertinggi (791 unit, 17.0 peratus syer) dengan prestasi jualan iaitu 37.0 peratus."Pelancaran baharu berharga RM300,000 dan ke bawah berjumlah 1,193 unit (25.6 peratus) mencatat prestasi jualan 20.2 peratus (242 unit) manakala RM500,000 dan ke atas berjumlah1,986 unit (42.6 peratus) merekodkan prestasi jualan lebih baik iaitu hampir 54.0 peratus," katanya.
4
15 Mei 2023 05:49pm
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/258625/bisnes/skyworld-bakal-ke-pasaran-utama-bursa-malaysia
SkyWorld bakal ke Pasaran Utama Bursa Malaysia
SHAH ALAM - Pemaju perbandaran terkemuka, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) yang terlibat dalam pegangan pelaburan menerima persetujuan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.SkyWorld dalam satu kenyataan berkata, bersempena dengan penyenaraian itu, tawaran awam permulaan (IPO) SkyWorld melibatkan terbitan awam adalah sebanyak 208 juta saham baharu yang mewakili kira-kira 20.8 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar semasa penyenaraian.Menurutnya, daripada 208 juta saham itu, 50 juta akan disediakan untuk permohonan rakyat Malaysia manakala 25 juta saham diperuntukkan bagi permohonan oleh pengarah berkelayakan, pengurusan kanan utama, pekerja dan individu yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan."Baki 133 juta saham baharu akan disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan terpilih," katanya.Tambah kenyataan itu, IPO terbabit turut menyaksikan tawaran untuk penjualan 192 juta saham sedia ada, bersamaan dengan kira-kira 19.2 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan kumpulan.Sementara itu, 150 juta saham sedia ada akan disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) manakala baki 42 juta saham sedia ada telah diperuntukkan untuk institusi dan pelabur terpilih.Pengasas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas SkyWorld, Datuk Seri Ng Thien Phing berkata, kelulusan itu merupakan peristiwa dan kejayaan penting bagi syarikat itu serta keyakinan kukuh terhadap trajektori pertumbuhannya."Sementara perjalanan ke arah penyenaraian masih berjalan, kami kekal fokus pada perniagaan sambil berusaha untuk menyampaikan perkembangan berterusan kami menuju standard yang lebih tinggi," katanya pada Isnin.Kenanga Investment Bank Bhd ialah penasihat utama, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO.
4
15 Mei 2023 03:30pm
NORAFIZA JAAFAR
https://www.sinarharian.com.my/article/258615/bisnes/pkns-kekal-harga-rumah-walau-pasaran-perlahan
PKNS kekal harga rumah walau pasaran perlahan
PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) antara pemaju yang berjaya mengekalkan harga rumah semasa walaupun berdepan isu kenaikan harga binaan pasaran.Pengurus Komunikasi Korporat PKNS Muhammad Sobree Zainal Abidin berkata, PKNS masih mengekalkan objektif sama untuk membina rumah buat rakyat di Selangor.Menurutnya, PKNS turut menjalin kerjasama dengan pihak perbankan dalam membantu pembeli mendapatkan pinjaman dengan pekej menarik."Alhamdulillah walaupun pasaran agak perlahan namun PKNS mengekalkan jumlah pembinaan rumah dan juga merupakan pemaju yang mengekalkan harga rumah walaupun hadapi isu kenaikan harga barang binaan."PKNS banyak bekerjasama dengan pihak perbankan, ada yang tawarkan promosi istimewa untuk pelanggan PKNS."Disamping itu, PKNS juga bekerjasama dengan Samsung menyediakan pekej pembelian barangan elektrik. Ini membolehkan pembeli rumah PKNS mendapatkan harga istimewa untuk perkakasan elektrik berkenaan," katanya ditemui pada Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Isnin.Antara tetamu yang hadir pada Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS 2023 yang berlangsung di SACC pada Isnin.Antara pemimpin yang hadir pada program berkenaan termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta barisan Exco Kerajaan Negeri selain bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Dalam pada itu, Muhammad Sobree berkata, rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini menunjukkan peningkatan kehadiran sehingga 2,000 orang berbanding tahun lepas seramai 1,500 tetamu.Beliau berkata, program tahunan itu merupakan inisiatif PKNS untuk meraikan Aidilfitri bersama rakan korporat dan rakan strategik serta pihak berkepentingan yang berurusan dengan PKNS."Selain menyambut hari raya, majlis ini juga dapat perkukuh sinergi kerjasama diantara PKNS dan pihak yang berurusan dengan PKNS."Tahun ini kita mencatakan kehadiran paling ramai, saya percaya ini kerana bisnes PKNS semakin berkembang dan kenalan perniagaan juga semakin ramai," katanya.
4
15 Mei 2023 03:15pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/258612/bisnes/mr-diy-buka-stor-pertama-emtop-pertama-di-malaysia
MR D.I.Y buka stor pertama EMTOP pertama di Malaysia
[DIKEMAS KINI] PERUNCIT perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad (MR.D.I.Y.) telah membuka stor pertama jenama perkakas antarabangsa terkenal, EMTOP di negara ini yang terletak di Bandar Puteri Puchong, Selangor pada 24 April lepas.EMTOP, jenama yang dipercayai di lebih 80 negara di seluruh dunia menghasilkan pelbagai produk perkakas yang terkenal dengan kualiti dan ketahanan pembinaannya.Sebanyak 1,000 rangkaian produk EMTOP melibatkan alat-alat kuasa, aksesori alat kuasa dan alat-alat sumber kuasa, malahan, produk-produk EMTOP menggunakan bateri standard untuk lebih daripada 100 perkakas mereka, menjadikannya mudah dan efisien untuk pengguna.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, sekatan perjalanan semasa pandemik, kenaikan kos bahan mentah dan kos perkhidmatan yang lebih tinggi telah mengilhamkan budaya buat sendiri (DIY) dalam kalangan rakyat Malaysia.“Ini seterusnya meningkatkan permintaan untuk perkakas, alat dan gajet. Kami memutuskan untuk menjadi francaisi induk kepada jenama EMTOP di Malaysia.“EMTOP merupakan jenama antarabangsa yang diiktiraf di peringkat global dan menjadi kegemaran para peminat DIY dan profesional dalam industri pembinaan. Stor EMTOP menawarkan pelbagai perkakas asas dalam satu lokasi yang mudah dan pada harga yang berpatutan, sesuai dengan janji kami untuk menyampaikan produk berkualiti pada harga yang mampu milik,” katanya dalam satu kenyataan.Adrian berkata, EMTOP juga telah dibuka di Klang, Selangor pada Sabtu lepas“MR D.I.Y telah mengatur pelbagai aktiviti menarik sempena pembukaan kedai EMTOP pertama, termasuk diskaun sehingga 30 peratus untuk alat kuasa, penggiling sudut, pemandu impak, gerudi tanpa wayar, gerudi impak, dan pemutar skru tanpa wayar, serta promosi hadiah apabila pelanggan membeli produk EMTOP,” katanya.Peruncit tersebut juga akan mengadakan siri demonstrasi produk di EMTOP, Bandar Puteri Puchong, dan MidValley Megamall, Kuala Lumpur yang berlangsung bermula 5 Mei hingga 5 Jun 2023.
4
15 Mei 2023 03:02pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258603/bisnes/malaysia-catat-aliran-keluar-ketiga-tertinggi-di-asean
Malaysia catat aliran keluar ketiga tertinggi di ASEAN
NEGARA-negara Asean mencatat aliran keluar asing bersih bagi minggu berakhir 12 Mei, dengan Indonesia meraih aliran keluar asing bersih tertinggi berjumlah AS$139.6 juta, kata MIDF Research.Firma penyelidikan itu dalam nota hari ini berkata, Thailand mencatat aliran keluar kedua tertinggi untuk minggu keempat berturut-turut iaitu AS$138.3 juta.Malaysia pula mencatat aliran keluar ketiga tertinggi berikutan pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia dengan jumlah aliran keluar asing bersih RM46.4 juta untuk minggu keempat berturut-turut pada minggu dagangan berakhir 12 Mei."Filipina merekodkan aliran keluar asing bersih berjumlah US$12.4 juta, manakala Vietnam US$6.2 juta untuk minggu kedua-dua berturut-turut,” katanya.Bagi Malaysia, MIDF Research berkata, minggu berkenaan bermula dengan positif apabila aliran masuk asing bersih mencatat RM9.5 juta pada Isnin dan RM81.8 juta pada Selasa."Warga asing mula melakukan jualan bersih bermula Rabu hingga Jumaat dengan aliran keluar berjumlah sehingga RM137.6 juta,” katanya.Menurutnya dana asing telah menjadi penjual bersih bagi ekuiti Malaysia untuk tempoh 13 daripada 19 minggu tahun ini dengan aliran keluar berjumlah sehingga RM2.18 bilion."Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih adalah telekomunikasi dan media (RM62.9 juta), utiliti (RM26.4 juta) dan perladangan (RM12.1 juta)."Tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar asing bersih terdiri daripada perkhidmatan kewangan (RM84.5 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM32.6 juta) dan pembinaan (RM17.6 juta),” katanya.MIDF Research berkata, institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih bagi minggu ketiga berturut-turut iaitu RM49.9 juta pada minggu lepas, dengan setiap hari dagangan adalah hari belian bersih oleh institusi-institusi tempatan melainkan pada Selasa yang menyaksikan aliran keluar sebanyak RM63.9 juta."Sebahagian besar aliran masuk diperoleh pada Jumaat iaitu RM72.3 juta apabila Bank Negara Malaysia mengumumkan pengembangan ekonomi domestik yang lebih baik daripada jangkaan iaitu 5.6 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023,” katanya.Firma penyelidikan itu berkata, institusi tempatan telah menjadi pembeli bersih selama 14 daripada 19 minggu pada tahun ini dengan aliran masuk berjumlah RM2.09 bilion."Peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih bagi minggu kedua berturut-turut sebanyak RM3.6 juta dengan setiap hari dagangan adalah hari jualan bersih kecuali pada Rabu (RM15.3 juta) dan Khamis (RM25.4 juta),” katanya.Bagaimanapun, peruncit tempatan telah menjadi pembeli bersih ekuiti domestik bagi tempoh sembilan daripada 19 minggu tahun ini dengan jumlah aliran masuk RM93.4 juta.Dari segi penyertaan, wujud peningkatan purata jumlah dagangan harian dalam kalangan peruncit tempatan iaitu 5.3 peratus, institusi tempatan pada 16.2 peratus dan pelabur asing berjumlah 30.6 peratus. - Bernama
4
15 Mei 2023 02:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258553/bisnes/ringgit-dibuka-lemah-berbanding-dolar-as
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila nilai dolar AS mengukuh berikutan kebimbangan berlakunya kelembapan ekonomi, kata seorang penganalisis.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.4920/4970 berbanding dolar AS daripada kadar penutup hari Jumaat 4.4765/4835.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dolar AS meningkat berbanding mata wang utama lain kerana kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi semakin meningkat, walaupun kadar inflasi global telah menyederhana manakala Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) kemungkinan menghentikan seketika kenaikan kadar faedah."Mesyuarat berkenaan tahap siling hutang AS yang sepatutnya diadakan minggu ini juga akan dipantau dengan teliti untuk melihat sama ada had hutang akan dimansuhkan pada bulan Jun.Selain itu, Mohd Afzanizam berkata, titik data turut menunjukkan pertumbuhan yang menyederhana dan trend disinflasi."Jadi, kini tiba masanya untuk melihat kesan terhadap makroekonomi memandangkan transmisi dasar monetari akan mengambil sedikit masa untuk memberi kesan yang bermakna."Oleh itu, pasaran pertukaran asing akan terus terkawal, sekali gus menyokong dolar AS,” katanya sambil menambah ringgit dijangka kekal lemah dengan paras rintangan seterusnya pada RM4.5491.Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.8752/8806 daripada 4.8839/8915 pada penutupan hari Jumaat, naik berbanding yen Jepun kepada 3.3061/3103 daripada 3.3233/3290 dan meningkat berbanding pound Britain pada 5.5930/5992 daripada 5.6082/6169 sebelumnya.Bagaimanapun, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang Asean.Nilai ringgit lemah berbanding baht Thailand kepada 13.3029/3260 daripada 13.1658/1922 pada penutup Jumaat dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 304.4/305.0 daripada 303.4/304.1 minggu lepas.Ringgit turut merosot nilai menjadi 3.3562/3605 berbanding dolar Singapura daripada 3.3552/3609 pada Jumaat lepas dan menyusut berbanding peso Filipina pada 8.04/8.06 daripada 8.02/8.04 sebelum ini. - Bernama
4
15 Mei 2023 10:31am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258231/bisnes/ringgit-menyusut-lagi-hari-ini
Ringgit menyusut lagi hari ini
RINGGIT menyusut lagi hari ini untuk mengakhiri minggu ini lebih rendah berbanding dolar AS walaupun Malaysia mencatatkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama yang lebih baik daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.4765/4835 berbanding dolar AS daripada 4.4615/4665 yang disaksikan semalam.Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi Malaysia merekodkan pengembangan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 selepas didorong oleh perbelanjaan sektor swasta.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dolar AS mendapat manfaat daripada status selamatnya di tengah-tengah drama siling hutang Amerika Syarikat (AS) yang telah meletakkan kerajaan AS berisiko dalam membayar hutangnya."(Drama itu) memberi gambaran bahawa risiko keingkaran oleh kerajaan AS telah meningkat sekiranya mereka memutuskan untuk tidak menaikkan siling hutang sebelum tamat tempoh (had hutang) menjelang 1 Jun depan."Sehubungan itu, pasaran mata wang berkemungkinan berdepan kehindaran risiko dan permintaan terhadap mata wang selamat itu perlu dikuasai," katanya kepada Bernama.Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Ia merosot berbanding euro kepada 4.8839/8915 daripada 4.8751/8805 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.3233/3290 daripada 3.3122/3161 sebelumnya.Ia lebih tinggi berbanding pound Britain pada 5.6082/6169 berbanding 5.6161/6224 sebelum ini.Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Ia menokok berbanding baht Thailand kepada 13.1658/1922 daripada 13.2283/2482 dan mengukuh kepada 3.3552/3609 berbanding dolar Singapura daripada 3.3588/3628 sebelumnya.Ringgit jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 303.4/304.1 daripada 302.9/303.5 semalam dan melemah berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.00/8.01. - Bernama
4
12 Mei 2023 07:24pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258147/bisnes/mitec-terima-empat-anugerah-di-hapa-awards
MITEC terima empat anugerah di HAPA Awards
PUSAT Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) menerima empat anugerah destinasi pelancongan terbaik Malaysia di bawah kategori MICE antaranya, Anugerah Ketahanan HAPA 2023, Personaliti Hospitaliti dan Pelancongan Terbaik Malaysia untuk Kepimpinan Impak Positif serta 30 Chef Terbaik HAPA untuk Master of Banquet Chef of the Year di HAPA Awards Malaysia Siri 2023-2024.Ketua Pegawai Eksekutif, Mala Dorasamy berkata, pengiktirafan itu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pilihan bagi perancang antarabangsa menganjurkan acara global utama mereka di MITEC.“Ini satu penghormatan apabila memenangi bukan sahaja satu tetapi kesemua empat anugerah yang dicalonkan di HAPA Awards Malaysia.“Kami lebih bermotivasi untuk terus menjadi pendorong infrastruktur penting bandar supaya dapat menyumbang kepada kesan ekonomi Kuala Lumpur dan Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah PGSB Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata, MITEC mampu mengatasi cabaran dalam memupuk bakat dan kecekapan di kalangan pekerja.Mala Dorasamy sewaktu menerima anugerah di HAPA Awards Malaysia Siri 2023-2024.“Ketangkasan MITEC untuk mengatasi cabaran dan paling penting komitmen serta semangat pekerja adalah tunjang kepada mereka untuk menjadi tempat teratas di Malaysia.“Anugerah ini adalah bukti dedikasi, semangat dan komitmen mereka kepada pusat itu. Perkhidmatan luar biasa dan kemahiran masakan pasukan juga telah memperoleh beberapa anugerah lain,” jelasnya.Anugerah HAPA yang dikenali sebagai ‘Oscar's in Hospitality’ juga telah menganugerahkan MITEC Anugerah Ketahanan untuk mengatasi cabaran pandemik pada tahun 2020 dan 2021.Dalam pada itu, Mala Dorasamy berkata, keutamaan untuk menyampaikan perkhidmatan luar biasa bertaraf dunia kepada pelanggan, pelawat dan negara merupakan dedikasi yang tidak berbelah bahagi."Kejayaan kami dibina atas komitmen pekerja kami dan saya bangga dapat memimpin pasukan yang bersemangat dan bekerja keras," katanya.
4
12 Mei 2023 02:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258091/bisnes/bursa-malaysia-bercampur-campur-dalam-dagangan-awal
Bursa Malaysia bercampur-campur dalam dagangan awal
BURSA Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada sesi awal dagangan Jumaat susulan tindakan berhati-hati pelabur selepas Wall Street susut dalam senario sentimen yang kekal lemah akibat kebimbangan berkaitan had siling hutang Amerika Syarikat (AS) dan kestabilan industri perbankan.Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.72 mata kepada 1,428.90 daripada 1,428.90 pada akhir dagangan Khamis.Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 146 berbanding 112 manakala 238 kaunter tidak berubah; 1,765 tidak diniagakan dan 32 lain digantung dagangannya.Jumlah dagangan sebanyak 207.34 juta unit bernilai RM90.55 juta.Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur di Wall Street kini mengalihkan minat terhadap saham-saham teknologi berikutan jangkaan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedah sehingga bulan depan."Pada masa ini, pasaran Nasdaq lebih kukuh berbanding pergerakan Indeks Dow Jones."Di peringkat tempatan, pelabur berkemungkinan sudah mula meletakkan kedudukan masing-masing dalam saham-saham yang kukuh sebelum bermulanya musim pelaporan pendapatan,” katanya.Ia turut menyifatkan sektor teknologi berkemungkinan menyaksikan pemulihan susulan momentum di Nasdaq.Dalam pada itu, aktiviti pengambilan untung berkemungkinan dijangkakan terus berlaku dalam sektor teknologi manakala pelabur diunjur memilih kaunter emas berikutan harganya yang kukuh ketika ini.Dari segi komoditi, firma pembrokeran itu menyifatkan miyak mentah Brent susut di bawah paras US$75 setong manakala minyak sawit mentah (MSM) melebihi RM3,600 satu tan.Saham wajaran tinggi menyaksikan hts, Maybank naik satu sen kepada RM8.75; Petronas Chemicals untung enam sen kepada RM7.22; CIMB meraih dua sen kepada RM4.97 dan Tenaga Nasional melonjak 11 sen pada RM9.20 dan Public Bank tidak berubah pada RM4.01.Bagi saham aktif, Zen Tech, Vinvest and Widad mendatar pada 2.0 sen, 19.5 sen dan 42.5 sen manakala Dagang Nexchange susut 1.0 sen to 45 sen dan Salutica naik 7.5 sen kepada 95.5 sen.Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 12.68 mata kepada 10,443.61; Indeks FBMT 100 menokok 13.14 mata kepada 10,140.66 manakala Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 19.63 mata kepada 10,788.18.Selain itu, Indeks FBM ACE menambah 1.19 mata kepada 5,027.39 namun Indeks FBM 70 susut 37.59 mata kepada 13,472.36.Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.01 mata kepada 168.48; Indeks Tenaga berkurangan 4.53 mata kepada 827.28; Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 15.10 mata kepada 15,603.32 dan Indeks Perladangan menokok 10.43 mata kepada 6,924.74. - Bernama
4
12 Mei 2023 10:11am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258092/bisnes/ringgit-rendah-berbanding-dolar-as-pada-sesi-awal
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan pada Jumaat ketika dolar tersebut kekal kukuh susulan pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) negara itu.Pada jam 9 pagi, ringgit susut kepada 4.4735/4790 berbanding dolar AS daripada 4.4615/4665, semalam.Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues berkata IHP adalah satu mekanisme pengukur inflasi pada permulaan rantaian pengeluaran dan turut digunakan untuk mengukur inflasi pengguna akhir."Data hari ini menunjukkan inflasi +0.2 peratus pada April yang boleh meningkatkan inflasi keseluruhan pada bulan-bulan akan datang."Susulan peningkatan inflasi itu, pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan bertindak menaikkan kadar faedah bagi mengekang kenaikan harga yang sekali gus akan memacu pengukuhan dolar,” katanya kepada Bernama.Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IHP AS pada April mencatat 2.3 peratus selepas kenaikan 2.7 peratus pada Mac manakala IHP teras pada 3.2 peratus daripada 3.4 peratus, sebelum ini."Ia adalah aliran sama seperti IHP yang menunjukkan keadaan itu terus ketara. Risiko mengelak risiko juga dapat dilihat yang menjadikan gandingan dolar AS/ringgit mungkin kekal melebihi paras RM4.46 susulan pengukuhan permintaan terhadap dolar AS,” katanya.Beliau juga menyifatkan pengumuman data keluaran dalam negara kasar suku pertama 2023 bagi Malaysia hari ini akan turut menjadi tumpuan ramai bagi mendapatkan petunjuk mengenai hala tuju pasaran."Kami mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus dengan permintaan domestik menjadi pemacu utamanya," katanya.Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.Ringgit susut berbanding euro kepada 4.8851/8911 daripada 4.8751/8805 pada Khamis dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.3250/3294 daripada 3.3122/3161 namun mengukuh berbanding pound Britain pada 5.5990/6059 daripada 5.6161/6224.Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Unit tempatan itu meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2176/2413 daripada 13.2283/2482; susut berbanding rupiah Indonesia kepada 3.8/304.4 daripada 302.9/303.5 dan rendah pada 3.3608/3651 berbanding dolar Singapura daripada 3.3588/3628 semalam.Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.00/8.02 daripada 8.00/8.01.-- BERNAMATAG: ringgit, sesi awal, Mohd Afzanizam, Fed, inflasi
4
12 Mei 2023 10:11am
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/258042/bisnes/huawei-lancar-p60-pro-beri-pengalaman-mengagumkan-pada-pengguna
HUAWEI lancar P60 Pro, beri pengalaman mengagumkan pada pengguna
PENERAJU telefon pintar, HUAWEI Malaysia pada Khamis secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu HUAWEI P60 Pro dan beberapa produk yang lain.Melalui reka bentuk yang menakjubkan dan prestasi yang luar biasa, P60 Pro menjanjikan untuk memberikan pengalaman yang mengagumkan kepada penggunanya.HUAWEI P60 Pro disediakan dengan dua warna iaitu Rococo Pearl dan Hitam merupakan telefon pintar yang menawarkan fotografi ke satu tahap lain, reka bentuk estetik dan pengembaraan baharu kepada semua pengguna.Telefon pintar yang bermula dengan harga RM4,699 tersebut mempunyai sistem optik yang dinaik taraf sepenuhnya dan merupakan yang pertama dalam industri dilengkapi dengan Kamera Telefoto Pencahayaan Ultra dengan Kumpulan Berbilang Lensa.Pengurus Kanan Pemasaran HUAWEI, Felicia Choong berkata, HUAWEI P60 Pro yang berpaksikan pada seni cahaya selain memperkenalkan kepada era baharu pengimejan mudah alih.Felicia Choong ketika pelancaran HUAWEI P60 Pro pada Khamis.“HUAWEI P60 Pro menggunakan Paparan Quad-Curve Baharu dengan Kaca Kunlun eksklusif yang tahan lama. Sisi sedikit melengkung manakala empat tepi skrin lebih bulat menjadikan penglihatan skrin tidak terbatas dan mencapai paparan yang lebih mendalam.“Berat HUAWEI P60 Pro hanya 200 gram. Pengguna boleh menikmatinya dengan cengkaman dan sentuhan yang lebih selesa."Selain itu, kadar penyegaran tinggi penyesuaian 1-120Hz LTPO membantu mencapai keseimbangan sempurna antara kelancaran visual dan pengoptimuman penggunaan bateri,” katanya pada Khamis.Tambahnya, sistem optik yang direka bentuk semula dengan Kamera Utama Pencahayaan Ultra akan menghasilkan fotografi yang terang, memaparkan butiran sepenuhnya meskipun dalam gelap.Selain itu, menurut beliau, HUAWEI P60 Pro turut memperkenalkan Long Travel Slide Zoom Lens Group yang boleh mengawal jarak pemfokusan secara fleksibel dan mencapai pengimejan yang jelas daripada fotografi jarak jauh hingga makro dekat.Dalam masa sama katanya, peranti itu terdiri daripada bateri berkapasiti tinggi 4815 mAh dan menggunakan HUAWEI SuperCharge berwayar 88 wat (W).Dari kiri, Pengurus Kanan Pemasaran APAC HUAWEI, Tan Ling Yung; Pengarah HUAWEI Malaysia, Victor Xu Jin Long dan Felicia semasa pelancaran HUAWEI P60 Pro dan lima produk yang lain.Tambahnya, ia juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 50W dan pengecasan tanpa wayar terbalik 7.5W yang selamat dan mudah digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.“HUAWEI P60 Pro boleh dicas kepada 50 peratus dalam masa 10 minit sahaja,” ujarnya.Jelas beliau, HUAWEI P60 Pro kini sedia untuk prapesanan di semua kedai, web rasmi, Shopee, Lazada dan kedai rakan kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic.Selain itu, HUAWEI Malaysia turut memperkenalkan produk lain seperti HUAWEI Mate X3 dengan harga permulaan RM8,888, HUAWEI Watch Ultimate (RM3,799), HUAWEI Watch Buds (RM2,199), HUAWEI FreeBuds 5 (RM699) dan HUAWEI Metapad 11 inci 2023 berharga RM1,999.
4
11 Mei 2023 08:08pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/258033/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
RINGGIT mengakhiri pengukuhan awal berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila ditutup rendah pada Khamis berikutan peningkatan unit negara maju itu walaupun data Indeks harga Pengguna AS lemah, kata penganalisis.Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.4615/4665 berbanding dolar AS daripada 4.4565/4605, semalam.Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dolar AS mendapat momentum walaupun kadar inflasi April AS mencatat angka lebih rendah daripada dijangkakan."Peserta pasaran agak berhati-hati mengenai prospek global susulan pendirian dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) yang ketat manakala tindakan bank pusat di Eropah pula berkemungkinan memberi kesan terhadap pertumbuhan."Atas alasan itu, terdapat kemungkinan sentimen mengelak risiko sebagaimana dipaparkan dalam peningkatan Indeks Dolar AS,” katanya kepada Bernama.Sewaktu ditutup, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.8751/8805 daripada 4.8830/8874 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6161/6224 daripada 5.6254/6305, namun turun berbanding yen Jepun kepada 3.3122/3161 daripada 3.2962/2994, semalam.Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean.Unit tempatan itu susut kepada 3.3588/3628 berbanding dolar Singapura daripada 3.3563/3596 pada Rabu dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 3.9/303.5 daripada 302.4/302.8.Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2283/2482 daripada 13.2354/2528 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.00/801. - Bernama
4
11 Mei 2023 07:22pm
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
https://www.sinarharian.com.my/article/258011/bisnes/pelaburan-industri-halal-mampu-cecah-trilion
Pelaburan industri halal mampu cecah trilion
PERNIAGAAN industri halal antara Malaysia, Indonesia dan Thailand mampu menjangkau pelaburan mencecah trilion ringgit pada masa depan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Stanco Industri Halal Selangor, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, pertemuan dengan pengusaha di dua negara terbabit sedang giat dijalankan bagi menubuhkan sekretariat usahawan Muslim serantau di ketiga-tiga negara tersebut.Menurut beliau, ketiga-tiga negara amat serius membangunkan industri halal kerana ia boleh dilaksanakan dengan baik terutama penyediaan makanan halal."Industri halal ini berperanan penting kerana sebagai satu tuntutan untuk mendapatkan makanan, penentuan dan kualiti halal mengikut syariat sebenar," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Kerjasama Pemasaran Produk Berasaskan Kelapa antara Citra Resources and Services dan PT Nira Lestari International Indonesia di Dewan Daza Villa, Kampung Perepat, Klang di sini pada Khamis.Mohd Fakhrulrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru memberitahu, meskipun Thailand bukanlah sebuah negara Islam, namun mereka juga menitikberatkan soal pensijilan halal itu sendiri.Bagaimanapun, jelas beliau, bahan mentah bagi penghasilan produk terutama makanan di Thailand kebanyakannya diambil dari negara bukan Islam lain."Kita sepatutnya boleh perkenalkan produk (bahan mentah) daripada kita (Malaysia) atau pun Indonesia."Saya beri contoh, Indonesia dari segi bahan mentah dan kos tenaga kerja di sana jauh lebih murah berbanding di Malaysia."Tetapi dari segi teknologi, Malaysia mungkin ke hadapan dan kita juga banyak bantuan dari agensi kerajaan lain dari segi kajian, pemasaran produk dan sebagainya," ujar beliau.Sehubungan itu, katanya, beliau yakin kerjasama antara tiga negara Asia Tenggara itu mampu dimanfaatkan dalam rangka hubungan perniagaan industri halal terbabit."Thailand sendiri sebuah negara yang banyak menarik pelancong khususnya dari Timur Tengah."Pembangunan industri halal ini dapat meyakinkan pelancong Islam untuk datang ke sana dan ini juga dapat memperkenalkan produk dari negara kita ke pelancong luar," jelas beliau.
4
11 Mei 2023 06:19pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257924/bisnes/felda-perkenal-wakaf-tandan-sawit-sasar-rm192-juta-setahun
Felda perkenal Wakaf Tandan Sawit, sasar RM19.2 juta setahun
LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melalui Waqaf Felda memperkenalkan inisiatif Wakaf Tandan Sawit bagi membolehkan warga peneroka menyumbang kepada institusi wakaf ini dengan sasaran kutipan sebanyak RM19.2 juta setahun.Felda dalam kenyatan pada Khamis memaklumkan, sebelum ini sumbangan kepada Waqaf Felda dilakukan menerusi sumbangan tunai dan potongan pendapatan bulanan warga Felda."Wakaf Tandan Sawit itu merupakan cetusan idea warga peneroka itu sendiri dan telah bermula di Felda Kerteh 6, Terengganu dengan tandan sawit diwakafkan dan nilai jualannya disumbangkan ke Waqaf Felda."Peningkatan hasil ladang dengan purata produktiviti daripada 17.29 tan per hektar pada 2021 kepada 19.43 tan per hektar pada tahun lalu, telah mendorong peneroka meningkatkan amalan jariah melalui sumbangan sedekah serta wakaf,” katanya.Menurut kenyataan itu, peneroka yang berhasrat mewakafkan tandan sawit boleh membuat permohonan dengan Felda serta menyatakan bilangan tandan sawit segar sebelum dihantar ke kilang.Bilangan tandan sawit yang masak seterusnya akan diasingkan, ditimbang dan jumlah nilai daripada tandan tersebut akan diwakafkan serta dipindahkan ke akaun Waqaf Felda bagi pihak peneroka.Katanya, pelaksanaan Wakaf Tandan juga menyokong usaha kerajaan yang menyasarkan wakaf sebagai instrumen yang mampu menyumbang sehingga 20 peratus pengembangan sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030.Felda turut yakin inisiatif berkenaan mendapat sokongan penuh warga peneroka dan membuktikan kesediaan mereka sebagai komuniti berdikari yang progresif, selain bersama-sama memperkasakan institusi wakaf dan menyokong agenda pembangunan negara. - Bernama
4
11 Mei 2023 11:46am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257914/bisnes/ringgit-dibuka-tinggi-selepas-tiga-hari-menyusut
Ringgit dibuka tinggi selepas tiga hari menyusut
RINGGIT mengakhiri penyusutannya selama tiga hari berturut-turut apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan pada Khamis berikutan kemerosotan dolar AS selepas data Indeks Harga Pengguna AS pada April yang dikeluarkan malam tadi adalah lebih rendah daripada jangkaan.Pada 9 pagi, mata wang tempatan menokok kepada 4.4470/4505 berbanding dolar AS daripada 4.4565/4605 sewaktu ditutup pada Rabu.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar inflasi AS menyederhana kepada 4.9 peratus tahun ke tahun pada April, lebih rendah berbanding anggaran konsensus sebanyak lima peratus.Sementara itu, kadar inflasi teras berada pada 5.5 peratus, selari dengan ramalan konsensus."Pada umumnya, kadar inflasi AS adalah lebih rendah secara berperingkat selepas mencapai 9.1 peratus pada Jun tahun lepas, menunjukkan bahawa pendirian dasar monetari yang terbatas oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS telah menyebabkan inflasi meskipun melebihi sasaran dua peratus."Oleh itu, peluang untuk Kadar Dana Fed berhenti seketika semakin meningkat dan mengakibatkan kemerosotan dolar AS. Sehubungan itu, ringgit mungkin menokok berbanding unit negara maju hari ini,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Ringgit menyusut berbanding euro kepada 4.8877/8915 daripada 4.8830/8874 sewaktu ditutup pada Rabu dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.3162/3190 daripada 3.2962/2994 semalam, namun lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6188/6232 daripada 5.6254/6305 sebelum ini.Pada masa sama, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 13.2331/2495 daripada 13.2354/2528 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 301.8/302.2 daripada 302.4/302.8 semalam.Bagaimanapun, mata wang tempatan turun kepada 3.3588/3619 berbanding dolar Singapura daripada 3.3563/3596 pada Rabu dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.01 daripada 8.00/8.01 sebelum ini. - Bernama
4
11 Mei 2023 10:26am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257876/bisnes/familymart-malaysia-henti-jual-minuman-alkohol
FamilyMart Malaysia henti jual minuman alkohol
FAMILYMART Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggannya.Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd, Chia Lik Khai berkata, usaha berkenaan dilaksanakan sejak Mac lepas dalam memastikan pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was di premis mereka."Minuman alkohol adalah penyumbang kecil dalam perniagaan kami setakat ini. Jadi, kami menjangkakan kesannya adalah amat minimum dan kami menumpukan perbelanjaan kepada makanan dan minuman untuk menampung jualan,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengumuman produk FamilyMart Malaysia iaitu FamiCafé di Menara U, di sini yang mendapat pensijilan halal pertama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menjadikan kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia menerima pengiktirafan itu.Chia berkata konsep yang disahkan halal ini menyajikan minuman dan makanan yang sedia untuk dimakan termasuk oden, snek panas seperti chiki katsu rangup dan sosej (corndog), serta sofuto.Katanya, sehingga kini terdapat 16 FamiCafé di Malaysia, dengan sasaran untuk membuka 50 FamiCafé menjelang akhir tahun ini selain menyasarkan status halal untuk 300 FamiCafé menjelang 2025.Selari dengan usaha berterusan dalam memastikan para pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was, Chia berkata FamilyMart akan menjalani audit halal secara berperingkat mengikut panduan Jakim dan prosesnya telah bermula di dua kedai lain yang terletak di sekitar Lembah Klang.Selain itu katanya, pusat penyediaan makanan FamilyMart Malaysia yang dikendalikan oleh QL Kitchen telah diiktiraf halal oleh Jakim sejak 2019 dan setakat 30 April lepas, 172 produk makanan jenama FamilyMart didaftarkan halal di portal halal rasmi Jakim.Dalam pada Chia berkata, FamilyMart kini sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk memenuhi permintaan pelanggan di pantai timur Semenanjung dan menyasarkan 20 cawangan akan dibuka menjelang akhir 2023 di kawasan itu dengan beberapa cawangan sudah dibuka di Kuantan, Pahang.Dalam pada itu, bagi berterusan menambah keselesaan pelanggan, FamiCafé FamilyMart di Menara U kini mempunyai kios layan diri yang membolehkan pelanggan memesan produk menggunakan servis e-dompet atau kad kredit kegemaran masing-masing dengan kios layan diri akan diperkenal di FamiCafé yang lain secara beransur-ansur.QL Maxincome Sdn Bhd merupakan pemegang francais kafe kedai serbaneka FamilyMart Malaysia.- Bernama
4
10 Mei 2023 08:36pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257873/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
RINGGIT meneruskan penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari ketiga berturut-turut pada Rabu ekoran dagangan berhati-hati sebelum data inflasi AS dikeluarkan lewat malam ini, kata penganalisis.Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.4565/4605 berbanding dolar AS daripada 4.4460/4500 ketika ditutup pada Selasa.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, kelemahan ringgit disebabkan kebimbangan mengenai inflasi memandangkan pelabur menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS."Data inflasi yang lebih tinggi adalah negatif untuk aset berisiko kerana akan menyebabkan kadar pasaran menolak (kemungkinan) pengurangan kadar AS untuk baki tempoh 2023 dan (ini akan) mengukuhkan dolar AS."Sebaliknya, jika IHP AS lebih rendah daripada konsensus maka mata wang berkaitan komoditi dijangka benar-benar meraih manfaat," katanya.Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8830/8874 daripada 4.8835/8879 ketika ditutup pada Selasa dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2962/2994 daripada 3.2963/2995.Walau bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound British kepada 5.6254/6305 berbanding 5.6126/6177.Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang negara ASEAN.Ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.3563/3596 daripada 3.3522/3557 semalam dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 302.4/302.8 daripada 301.6/301.9.Unit domestik juga susut berbanding baht Thailand kepada 13.2354/2528 daripada 13.1835/2016 serta turun berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.01 daripada 7.97/7.98. - Bernama
4
10 Mei 2023 07:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257848/bisnes/harga-petrol-diesel-kekal
Harga petrol, diesel kekal
HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 11 hingga 17 Mei ini.Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter)."Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama-- BERNAMATAG: petrol, harga, diesel, RON95, RON97, kekal
4
10 Mei 2023 05:32pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/257825/bisnes/axiata-percepat-model-perniagaan-di-indonesia
Axiata percepat model perniagaan di Indonesia
AXIATA Group Berhad (Axiata) merancang untuk mempercepatkan penciptaan nilai melalui dua syarikat operasi Indonesia (OpCos), XL Axiata dan Link Net.Axiata dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya berhasrat menjadikan XL Axiata sebagai penyedia perkhidmatan mudah alih, tetap dan kandungan tertumpu (ServeCo) untuk memanfaatkan peluang pasaran dalam penumpuan mudah alih tetap (FMC) dan jalur lebar tetap (FBB) Indonesia.Jelas kenyataan itu, Link Net pula akan menjadi syarikat infrastruktur jalur lebar tetap (FibreCo) dengan memberi tumpuan kepada meningkatkan akses Fibre-to-the-Home kepada lapan juta pas rumah dalam tempoh lima tahun akan datang untuk meraih peluang borong dalam pasaran FBB yang kurang ditembusi."Kita yakin bahawa menyusun semula aset di Indonesia akan menjana iluminasi nilai yang unik selain akan menawarkan kepada pelabur akses berasingan dan bersegmen kepada pasaran FMC dan FBB Indonesia," katanya.Menurut Axiata, sejajar dengan strategi keseluruhan kumpulan untuk menyusun semula asetnya, penubuhan FibreCo dalam Link Net dan ServeCo dalam XL Axiata bakal memacu kebolehskalaan selain membuka nilai sinergi melalui penggunaan aset lebih baik dan kecekapan Go-To-Market (GTM).Dalam pada itu, Axiata berkata, XL Axiata ialah syarikat telekomunikasi digital utama Kumpulan di Indonesia dan telah menawarkan perkhidmatan FMC yang komprehensif kepada semua segmen pasaran, termasuk individu, keluarga, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS), Kerajaan dan pelanggan korporat."Terkenal dengan strategi GTM yang agresif, XL Axiata ialah jenama disegani dalam bidang telekomunikasi digital. XL Axiata akan membuka fasa pertumbuhan akan datang dengan model perniagaan ‘asset light’ bagi membuka laluan kepada syarikat tersebut."Ia bagi merealisasikan visi sebagai pengendali tertumpu terkemuka Indonesia dengan menyusun semula aset infrastruktur fiber kepada Link Net malah memberi tumpuan kepada tawaran perkhidmatan FMC yang komprehensif merangkumi jaringan mudah alih dan tetap, kandungan serta perkhidmatan digital," jelasnya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Axiata, Vivek Sood berkata, pihaknya komited sepenuhnya untuk memainkan peranan dalam memajukan ekonomi digital Indonesia selain menyokong agenda transformasi digital negara berkenaan.Ujarnya, strategi Axiata adalah untuk mengubah Link Net kepada FibreCo dan membentuk XL Axiata sebagai ServeCo yang dinamik dengan merealisasikan peningkatan nilai dalam kedua-dua OpCos melalui sinergi yang dipertingkatkan.Tambah Vivek, penyusunan semula bukan baharu kepada Axiata selepas kejayaan membina EDOTCO daripada operasi mudah alih 10 tahun lepas telah membawa kepada tumpuan yang lebih baik dan kecemerlangan operasi.“Selain membuka nilai untuk kumpulan, langkah ini juga menyokong aspirasi Axiata untuk menggalakkan kemasukan digital, memenuhi peranan strategik kami untuk mencapai keperluan segmen pasaran yang kurang diwakili dalam ekonomi ASEAN yang paling pesat berkembang,” katanya.
4
10 Mei 2023 04:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257752/bisnes/ringgit-kekal-pada-aliran-penurunan-sesi-awal
Ringgit kekal pada aliran penurunan sesi awal
RINGGIT terus berada pada aliran penurunan berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini berikutan sentimen menghindari risiko.Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.4475/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4460/4500 pada Selasa.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat (AS) akan dipantau dengan teliti berikutan pelabur mencari petunjuk kenaikan kadar faedah AS akan dihentikan seketika."Data perdagangan China, yang mendedahkan eksport sederhana kepada 8.5 peratus tahun ke tahun pada April daripada 14.8 peratus pada Mac, menunjukkan pertumbuhan global akan terus goyah."Pada masa yang sama, para pegawai Rizab Persekutuan AS yang memilih kepada kadar faedah tinggi selain siling hutang yang meningkat di Capitol Hill menunjukkan pasaran akan kekal terkawal dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Walaupun rendah berbanding pound kepada 5.6181/6212 daripada 5.6126/6177 pada Selasa, mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8798/8825 daripada 4.8835/8879 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2910/2931 daripada 3.2963/2995 sebelum ini.Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.Ia merosot kepada 3.3528/3549 berbanding dolar Singapura daripada 3.3522/3557 pada Selasa dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 301.7/301.9 daripada 301.6/301.9 semalam.Mata wang tempatan turut susut berbanding baht Thailand kepada 13.2193/2322 daripada 13.1835/2016 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.98/7.99 daripada 7.97/7.98 sebelum ini. - Bernama
4
10 Mei 2023 10:49am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257653/bisnes/rizab-antarabangsa-bnm-berjumlah-as1144-bilion
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.4 bilion
RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.4 billion pada 28 April 2023."Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$101.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion). - Bernama
4
09 Mei 2023 05:16pm
NORAFIZA JAAFAR
https://www.sinarharian.com.my/article/257655/bisnes/24-pembekal-sertai-jualan-pasar-raya-sie-fb-2023
24 pembekal sertai Jualan Pasar Raya SIE F&B 2023
PROGRAM Jualan Pasar Raya Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) Makanan dan Minuman (F&B) anjuran Invest Selangor akan diteruskan selepas menempa kejayaan pada tahun lepas.Ekspo itu membuka peluang usahawan F&B memasarkan produk mereka ke pasar raya yang mengambil bahagian.Invest Selangor dalam satu kenyataan berkata, edisi lepas menyaksikan penglibatan dua pasar raya terkemuka, ST Rosyam Mart Sdn Bhd dan Lulu Group Retail Malaysia."Program telah berjaya memasukkan kesemua 118 SKU (unit penyimpanan stok) melibatkan 24 pembekal di pasar raya yang mengambil bahagian."Promosi produk terpilih telah diadakan di ST Rosyam Mart Sdn Bhd cawangan Seksyen 9, Shah Alam dan Lulu Hypermarket di Setia City Mall," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.Invest Selangor berkata, edisi kali ini akan menampilkan penyertaan AEON CO (M) Berhad selain meneruskan usahasama dengan ST Rosyam Mart Sdn Bhd dan Lulu Group Retail Malaysia."Program melibatkan penyertaan 33 pembekal dengan 115 SKU."Lulu Group Retail Malaysia memilih 50 produk SKU daripada sepuluh pempamer, diikuti AEON CO (M) BHD dengan 35 SKU daripada tujuh pempamer manakala ST Rosyam mengambil produk daripada 16 pembekal," ujar kenyataan itu."Ketiga-tiga peruncit berkenaan memperkenalkan produk tersebut di ruang pameran sebelum dimasukkan ke rak pasar raya mereka," ujar kenyataan itu.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Datuk Hasan Azhari berkata, program tersebut diwujudkan bagi membantu usahawan meluaskan pasaran mereka melalui cawangan pasar raya terlibat.Beliau menyasarkan untuk mengembangkan program tersebut ke lebih banyak pasar raya jenama antarabangsa dan tempatan.
4
09 Mei 2023 05:06pm
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/257641/bisnes/red-bull-sasar-kuasai-60-peratus-industri-minuman-bertenaga
Red Bull sasar kuasai 60 peratus industri minuman bertenaga
KUMPULAN Yee Lee (Yee Lee) dan Kumpulan TCP (TCP) membentuk kerjasama strategik bagi ‘Memperkasa Dunia Yang Lebih Baik Untuk Semua’ dengan minuman bertenaga, Red Bull.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TCP, Saravoot Yoovidhya berkata, usahasama strategik itu menyasarkan untuk menguasai kira-kira 60 peratus industri minuman bertenaga di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.Menurutnya, sebagai permulaan, Yee Lee dan Kumpulan TCP akan menubuhkan pejabat di Malaysia yang memainkan peranan utama dalam mengukuhkan kedudukan Red Bull sebagai minuman bertenaga nombor satu di Malaysia.Pada masa sama, jelasnya, ia adalah bagi menyokong pelancaran varian Red Bull baharu pada masa akan datang.Tambah Saravoot, berdasarkan data pasaran semasa dan ramalan kategori, pendapatan dalam segmen minuman bertenaga di Malaysia dijangka mencecah RM500 juta menjelang 2027 dan dianggarkan berkembang kira-kira tujuh peratus setiap tahun."Usahasama strategik Kumpulan TCP dengan Yee Lee membawa satu tahap baharu amalan terbaik operasi dan pengurusan, keupayaan pemasaran serta pengedaran bertaraf dunia selain model pengurusan perhubungan pelanggan yang tiada tandingan kepada rakan kongsi perniagaan kami.“Di samping itu, ia membolehkan kami memahami keperluan, tabiat dan pilihan pengguna tempatan, membawa yang terbaik dari Red Bull kepada rakyat Malaysia."Kedua-dua Kumpulan TCP dan Yee Lee kini bersedia untuk merevolusikan industri minuman dengan produk baharu dan pendekatan baharu sambil memainkan peranan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand," katanya.Beliau berkata demikian semasa Majlis Menandatangai Usahasama antara Kumpulan Yee Lee Yee Lee dan Kumpulan TCP pada Selasa.Sementara itu, Pengarah Urusan Yee Lee, Lim Ee Young berkata, syarikatnya telah mula mengedarkan produk Red Bull di Malaysia sejak 2015 lagi.Tambahnya, usahasama strategik itu adalah evolusi dalam hubungan kedua-dua syarikat itu yang mana kini bersama bagi memacu pertumbuhan jenama Red Bull untuk lebih jauh dan menetapkan penanda aras baharu untuk industri FMCG.“Membuka pejabat Red Bull di Malaysia akan mengukuhkan hubungan dan penglibatan kami dengan rakan kongsi perniagaan, pengedar kecil dan peruncit kami."Kami mahu pasaran memahami bahawa Red Bull akan kekal dan berkembang seiring dengan persepsi positif bagi kategori minuman bertenaga," tambahnya.
4
09 Mei 2023 04:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257624/bisnes/pengeluaran-getah-asli-turun-01-peratus-pada-mac
Pengeluaran getah asli turun 0.1 peratus pada Mac
PENGELUARAN getah asli Malaysia menurun 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 27,188 tan metrik pada Mac berbanding 27,209 tan metrik pada Februari 2023.Pengeluaran, bagaimanapun meningkat 10.8 peratus tahun ke tahun berbanding 24,549 tan metrik pada Mac, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).Dalam laporan perangkaan getah bulanannya yang dikeluarkan hari ini, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, 88 peratus daripada pengeluaran Mac 2023 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil manakala baki 12 peratus adalah daripada sektor estet.Bagi suku pertama 2023, DOSM berkata, pengeluaran getah asli turun 7.2 peratus kepada 83,848 tan metrik daripada 90,399 tan metrik pada suku keempat 2022.Setiap tahun, ia menyusut 17.0 peratus berbanding 101,045 tan metrik pada suku pertama 2022.Jumlah stok getah asli meningkat 6.3 peratus kepada 203,372 tan metrik pada Mac 2023 berbanding 191,296 tan metrik pada Februari 2023."Kilang pemproses getah menyumbang 91.1 peratus stok akhir, diikuti oleh kilang pengguna getah (8.8 peratus) dan estet getah (0.1 peratus)," katanya.Eksport getah asli turun 5.4 peratus kepada 45,789 tan metrik pada Mac 2023 berbanding 48,393 tan metrik pada Februari 2023, dengan prestasi itu disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan, tayar, tiub, benang getah dan kondom.Mohd Uzir berkata, sarung tangan merupakan eksport utama produk berasaskan getah bernilai RM1.2 bilion pada Mac 2023, meningkat 18.4 peratus berbanding RM900 juta pada Februari 2023.DOSM berkata, China kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli, menyumbang 50.8 peratus daripada jumlah eksport pada Mac 2023, diikuti oleh Jerman (14.7 peratus), Turkiye (4.2 peratus), Pakistan (2.4 peratus) dan Mesir (1.7 peratus).Harga purata bulanan untuk lateks pekat merekodkan penurunan 1.6 peratus pada Mac 2023 kepada 530.11 sen sekilogram berbanding 538.55 sen sekilogram pada Februari 2023 manakala sekerap jatuh 1.2 peratus kepada 468.68 sen sekilogram berbanding 474.52 sen sekilogram pada Februari 2023.Harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (G.M.M) pula menurun antara 1.5 peratus hingga 1.7 peratus pada Mac 2023 berbanding bulan sebelumnya, katanya. - Bernama
4
09 Mei 2023 03:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257588/bisnes/kenanga-naikkan-saranan-prestasi-menggalakkan-terhadap-tnb
Kenanga naikkan saranan 'prestasi menggalakkan' terhadap TNB
KENANGA Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan saranan penilaiannya terhadap Tenaga Nasional Bhd (Tenaga) kepada "prestasi menggalakkan” daripada "penilaian neutral” berikutan ia terus melihat nilai dalam syarikat gergasi utiliti itu selepas penurunan harga sahamnya baru-baru ini.Bank pelaburan itu mengekalkan unjurannya ke atas syarikat tersebut dan harga sasaran sebanyak RM10.00 sesaham berikutan ia mengambil kira aliran penurunan kos bahan api."Dalam tempoh yang lebih lama, turun naik kos bahan api memberi impak neutral kepada Tenaga berikutan ‘over-recovery’ atau ‘under-recovery’ kos bahan api akhirnya akan beralih kepada pengguna akhir atau kerajaan dalam tempoh enam bulan lewat melalui rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR),” katanya dalam nota penyelidikan pada Selasa.Menurut Kenanga IB, penurunan harga arang batu dan gas baru-baru ini sehingga 20 peratus dan 25 peratus daripada paras tertinggi telah mengesahkan belum terima Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) yang rendah untuk Tenaga.Ia kekal memilih Tenaga berdasarkan "kedudukan dominannya dalam penjanaan tenaga, penghantaran dan pengedaran di Malaysia, pendapatannya yang disokong oleh ekonomi domestik yang berdaya tahan, aset yang sebahagian besarnya dikawal selia dan status saham berkaitan indeks saham wajaran tingginya.”Bagi menangani kebimbangan mengenai kapasiti Tenaga yang dijana arang batu, kumpulan akan menamatkan sepenuhnya loji jana kuasa arang batu menjelang 2045 daripada 48 peratus "gen-mix” pada masa ini.Tenaga akan memperkasakan semula loji arang batu tertentu yang ditamatkan menggunakan turbin gas kitaran gabungan (CCGT) yang amat cekap dengan bahan api yang lebih bersih seperti gas dan teknologi sedia hidrogen (teknologi hijau).Pada masa sama, kumpulan itu turut mempunyai pelan pengembangan yang agresif untuk perniagaan tenaga boleh baharunya dengan sasaran kapasiti terpasang sebanyak c.14GW menjelang 2050 daripada 0.4GW pada masa ini.Sehingga jam 10.44 pagi, TNB naik sembilan sen kepada RM9.14 dengan 1.37 juta saham bertukar tangan. - Bernama
4
09 Mei 2023 12:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257563/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
RINGGIT susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa, menjelang pengumuman laporan inflasi AS, esok.Pada jam 9.27 pagi, ringgit susut kepada 4.4370/4395 berbanding dolar AS daripada akhir urus niaga Isnin pada 4.4360/4380.Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pelabur lebih berpendirian untuk menunggu petunjuk seterusnya dan hanya membuat keputusan sewajarnya berdasarkan pengumuman data penting dalam masa terdekat ini."Atas alasan itu, gandingan dolar AS/ringgit diunjur tidak berubah pada paras RM4.43 yang agak hampir dengan paras sokongan semasa iaitu RM4.42."Bagi membolehkan dolar AS/ringgit bergerak ke paras sokongan, ia memerlukan petunjuk seterusnya iaitu kemungkinan Rizab Persekutuan AS mengubah pendirian monetari yang bergantung kepada laporan inflasi April diumumkan pada Rabu," katanya kepada Bernama.Bagi Malaysia, data yang menjadi tumpuan adalah Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) bagi Mac 2023."Kami menjangkakan pertumbuhan itu sebanyak 2.7 peratus, lebih perlahan daripada 3.6 peratus berikutan pengeluaran industri berorientasikan eksport mungkin tidak sebegitu memberangsangkan," kata Mohd Afzanizam.Sementara itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.Ringgit meningkat berbanding pound Britain pada 5.5964/5995 daripada 5.6084/6110 pada Isnin; mengukuh berbanding euro kepada 4.8772/8799 daripada 4.8960/8982 dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2833/2854 daripada 3.2854/2872.Unit tempatan itu bagaimanapun mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Ia mengukuh pada 3.3472/3496 berbanding dolar Singapura daripada 3.3489/3507 dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 301.5/301.9 daripada 301.5/301.8.Ringgit bagaimanapun susut berbanding baht Thailand kepada 13.1420/1545 daripada 13.1184/1302 namun mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.99/8.00 daripada 8.02/8.03. - Bernama
4
09 Mei 2023 10:45am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257494/bisnes/pasaran-perumahan-stabil-walaupun-opr-meningkat---juwai-iqi
Pasaran perumahan stabil walaupun OPR meningkat - Juwai IQI
KUMPULAN teknologi hartanah global Juwai IQI percaya pasaran hartanah akan kekal teguh dengan peningkatan harga yang sederhana dan permintaan terus berkembang walaupun di sebalik kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Kashif Ansari dalam kenyataan pada Isnin berkata, petunjuk pasaran perumahan adalah positif sejak tiga suku yang lepas dengan pertambahan jumlah urus niaga dan lambakan hartanah yang berkurangan."Kami yakin bahawa trend positif ini akan berterusan pada suku kedua. Walaupun kadar yang lebih tinggi akan menjadikan pembelian dan pembangunan rumah lebih mahal, kami percaya pasaran hartanah boleh menyerap kenaikan ini.Bagi pembeli, gadai janji yang lebih tinggi diimbangi oleh situasi kewangan isi rumah yang semakin baik dalam kalangan banyak keluarga.Bagaimanapun, beliau berkata peningkatan OPR sebanyak 25 mata asas (bps) menjejaskan pembeli rumah tipikal, bergantung kepada keadaan mereka.Menurut kenyataan itu, bagi gadai janji RM500,000 pada 3.5 peratus dan baki tempoh selama 20 tahun, peningkatan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus akan menyebabkan tambahan sebanyak RM124 sebulan.Kenaikan OPR akan meningkatkan kos peminjaman kepada pemaju."Kita akan dapat menyaksikan kesederhanaan dari segi jumlah projek yang dirancang dan mereka yang memulakan pembinaan dalam tempoh enam bulan akan datang."Pada 2022, pembinaan bermula pada 98,000 unit kediaman bertanah dan bertingkat tinggi. Menjelang akhir tahun ini, hanya lebih 89,000 unit sedang dalam perancangan untuk pembinaan pada masa akan datang," kata Kashif.Beliau juga berkata, BNM berazam untuk mengekang inflasi dan meredakan ekonomi kepada pemulihan bertahap, mengimbangi pertumbuhan dan inflasi."Prospek pertumbuhan adalah berdaya tahan walaupun dengan peningkatan kadar yang terkini, dan pertumbuhan ini akan menyokong pasaran perumahan,” katanya.Pada 5 Mei 2023, BNM menaikkan OPR sebanyak 25 bps kepada 3.00 peratus.Keperluan untuk meningkatkan lagi kadar itu menekankan kekuatan asas ekonomi Malaysia pada 2023."Lebih baik mempunyai ekonomi yang kukuh dan keperluan untuk menaikkan kadar bagi menghindarkan kemeruapan berbanding mempunyai ekonomi yang tidak memberangsangkan dan memerlukan rangsangan dasar,” kata Kashif. - Bernama
4
08 Mei 2023 06:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257477/bisnes/opr-naik-dorong-kerajaan-urus-perbelanjaan-secara-berhemat
OPR naik dorong kerajaan urus perbelanjaan secara berhemat
KEPUTUSAN Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan mendorong kerajaan menguruskan perbelanjaan negara secara berhemat, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli."Kalau OPR naik, secara tidak langsung ia akan memaksa kerajaan untuk berbelanja dengan baik dan secara berhemat kerana kos untuk berhutang lebih tinggi,” katanya mengulas mengenai keputusan BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus pada Rabu lepas pada Isnin.Ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Ekonomi di sini, Rafizi berkata, antara instrumen untuk mengawal aliran kewangan dalam ekonomi ialah dengan menaikkan kadar OPR.Mengakui peningkatan OPR mempunyai kesan terhadap kos sara hidup rakyat, beliau bagaimanapun berkata, ia perlu dilihat secara keseluruhan antaranya dari segi pengukuhan mata wang negara."Kalau kita tidak sesuaikan kadar (OPR) kita dengan pasaran dunia, ia akan membawa kesan lain seperti risiko dana atau portfolio pelaburan keluar yang akhirnya melemahkan mata wang negara dan mengurangkan pelaburan,” katanya. - Bernama
4
08 Mei 2023 04:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257460/bisnes/midf-jangka-2023-tahun-lebih-baik-bagi-kontraktor
MIDF jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).Bagaimanapun, ia berkata, masih banyak yang perlu diperjelaskan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan perkara tersebut dalam tempoh dua minggu akan datang dengan kerajaan negeri.Firma penyelidikan itu berkata, kerajaan persekutuan bersetuju agar laluan pertama LRT Pulau Pinang bermula dari Bayan Lepas ke Komtar dengan pelaksanaan dan perkara lain akan diperincikan kemudian."Memandangkan kerajaan persekutuan (membiayai) LRT Pulau Pinang, kerajaan negeri sedang menimbang untuk mengurangkan projek Pulau Pinang Selatan (PSI) atau menangguhkannya."Berdasarkan perkembangan baharu ini, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan antara kerajaan persekutuan dan negeri, dan juga rakan kongsi pelaksana projeknya SRS Consortium Sdn Bhd, yang 60 peratus dipegang oleh Gamuda dan baki 40 peratus oleh Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd dan Ideal Property Development Sdn Bhd," katanya dalam satu nota penyelidikan.MIDF berkata, pandangan positifnya terhadap sektor itu juga disokong oleh peruntukan RM1.2 bilion untuk pembangunan sosioekonomi di Negeri Sembilan dan perbincangan dengan rakan kongsi berpotensi mengenai kebolehlaksanaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) bernilai RM60 bilion oleh firma Malaysia.Peruntukan RM1.2 bilion itu termasuk RM600 juta untuk pembinaan susur keluar dari cadangan tol baharu ke Jalan Lingkaran Tengah Seremban, RM280 juta untuk pembinaan kemudahan Kementerian Pendidikan, dan RM160 juta untuk pembinaan jalan dan jambatan menghubungkan Bukit Pelandok dan Sungai Pelek.Firma penyelidikan itu berkata, aliran baharu dalam pekerjaan infrastruktur asas dan projek infrastruktur mega sudah pastinya akan mengujakan sektor pembinaan yang agak kurang aktif sejak beberapa tahun lalu."Kami menjangkakan 2023 menjadi tahun yang lebih baik kepada kontraktor, terutamanya dengan rangsangan daripada Bajet 2023, dengan pelbagai kerja infrastruktur dan kemudahan awam yang akan diterjemahkan kepada aliran kerja yang lebih kukuh tahun ini."Kami masih berpendapat bahawa kemuncak tahun ini ialah pelancaran Transit Aliran Berkapasiti Tinggi 3 (MRT3), yang ditangguhkan sejak Disember 2022 berikutan kajian semula oleh kerajaan untuk menurunkan kos daripada RM50 bilion kepada RM45 bilion," katanya. - Bernama
4
08 Mei 2023 03:20pm
MOHD AZLIM ZAINURY
https://www.sinarharian.com.my/article/257454/bisnes/stdc-dassault-systems-meterai-mou-program-kolaborasi-digital
STDC, Dassault Systems meterai MoU program kolaborasi digital
KERAJAAN Selangor melalui Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Dassault Systems menerusi program kolaborasi digitalnya.Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerjasama strategik bersama pemain industri juga syarikat antarabangsa seperti Dassault System akan memberi manfaat buat rakyat negeri Selangor malah rakyat Malaysia."Insya-ALLAH ada kolaborasi antara Dassault Systems dan kerajaan negeri Selangor khususnya melalui Selangor Technical Skills Development Centre (STDC)."Banyak perkara kita boleh teroka melalui kerjasama kerajaan negeri Selangor dalam inisiatif negeri pintar untuk melengkapkan persediaan tenaga kerja mencukupi dan baik melalui STDC," katanya.Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran video pendek di laman Facebooknya sempena lawatan kerja Menteri Besar ke Amerika Syarikat yang memasuki hari kedua pada Isnin.Beliau menambah, MoU yang ditandatangani kedua-dua pihak itu juga diharap dapat memberi peluang latihan penggunaan Dassault Systems yang banyak digunakan dalam sektor pembuatan kereta di Malaysia di masa depan."Kita (juga) akan mengemukakan satu pelan latihan yang boleh disertai rakyat Malaysia amnya dan rakyat Selangor khususnya," tambahnya.Pada 2 Mac lalu media melaporkan kerajaan negeri Selangor melaksanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dengan mewujudkan STDC agar pelajar dapat mengisi peluang pekerjaan dengan kemahiran tertentu.STDC adalah institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat.Pada Ogos 2020, Kolej Antarabangsa INPENS yang bertempat di Kuala Selangor dijenamakan semula sebagai STDC bagi memperkasakan TVET.
4
08 Mei 2023 03:09pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/257423/bisnes/pos-malaysia-buka-kedai-serbaneka-pertama
Pos Malaysia buka kedai serbaneka pertama
SHAH ALAM - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) membuka kedai serbaneka pertamanya, Pos Shop, di Pejabat Pos Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.Pos Malaysia dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kedai berkenaan merupakan sebahagian daripada perjalanan transformasi strategik syarikat."Ia berfungsi sebagai model untuk pembangunan masa hadapan di pejabat pos terpilih dalam negara, dengan matlamat untuk mencipta pengalaman yang lebih menarik sambil menawarkan kemudahan runcit di pejabat pos."Dengan memanfaatkan jangkauan dan titik sentuh Pos Malaysia di seluruh negara, kedai serbaneka tersebut menawarkan pelbagai pilihan minuman, pencuci mulut, makanan ringan dan produk penjagaan diri pada harga yang sangat kompetitif," katanya.Pos Shop beroperasi selama tujuh hari seminggu bermula 8 pagi hingga 8 malam.
4
08 Mei 2023 01:07pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257405/bisnes/ringgit-dibuka-rendah
Ringgit dibuka rendah
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memandangkan data pekerjaan AS yang kukuh meredakan kebimbangan terhadap kemelesetan di sana dan mendorong permintaan ke atas dolar.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.4370/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4350/4400 ketika ditutup pada Jumaat lepas.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, walau bagaimanapun, memandangkan ringgit masih terlebih jual dari sudut pandang teknikal, peningkatan ringgit berbanding dolar AS seterusnya boleh dijangkakan."Paras sokongan semasa adalah pada RM4.4254 dan ringgit mungkin cenderung kepada paras itu berbanding dolar AS,” katanya.Pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2023 Malaysia pada Jumaat akan dipantau dengan teliti, katanya."Kami mengunjurkan pertumbuhan KDNK mungkin mencapai 5.5 peratus. Unjuran sedemikian adalah berdasarkan penggunaan swasta yang lebih kukuh memandangkan pasaran buruh terus pulih," katanya.Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.Ia rendah berbanding pound British kepada 5.6044/6145 berbanding 5.5908/5971 pada Jumaat lalu dan susut berbanding euro kepada 4.8909/8997 daripada 4.8900/8955.Walau bagaimanapun, unit domestik meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2884/2945 daripada 3.3050/3090 semasa ditutup pada Jumaat lepas.Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3467/3532 daripada 3.3464/3507 pada Jumaat lepas dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 302.2/302.9 daripada 302.1/302.6.Ringgit naik berbanding baht Thai kepada 13.0924/1229 daripada 13.1446/1661 serta meningkat peso Filipina kepada 8.01/8.03 daripada 8.02/8.03. - Bernama
4
08 Mei 2023 11:23am
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/257413/bisnes/setia-alamsari-lancar-fasa-pertama-aderyn
Setia Alamsari lancar fasa pertama Aderyn
SHAH ALAM - Pembangunan perbandaran oleh S P Setia di Kajang, Selangor, Setia Alamsari telah melancarkan fasa pertama Aderyn di bawah koleksi ANDRA, koleksi pertama rumah permulaan perbandaran itu, baru-baru ini.Pengurus Besar S P Setia, Koh Sooi Meng berkata, perbandaran itu melancarkan 108 unit pertama Aderyn yang terdiri daripada sejumlah 174 rumah teres dua tingkat.Beliau berkata, fasa itu dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar RM125.7 juta dengan julat harga RM667,000 hingga RM955,000.“Permintaan untuk rumah teres adalah stabil bagi kami kerana lebih ramai pembeli atau keluarga kali pertama dari kawasan seperti Seremban, Nilai, Sepang dan Semenyih ingin meningkatkan peluang untuk memiliki kediaman tanah pegangan bebas baharu di perbandaran yang terancang seperti Setia Alamsari di kawasan Kajang selain berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.Chime Trellis di Aderyn, Setia Alamsari.“Dengan harga berpatutan, S P Setia yakin dapat merekodkan penerimaan yang baik untuk Aderyn berikutan sambutan menggalakkan daripada pertanyaan yang kami terima sejak ‘soft launch’ pada Februari sebelum pelancaran rasmi akhir Mac,” katanya dalam satu kenyataan.Sooi Meng berkata, dibina dalam komuniti berkawal, rumah Aderyn mempunyai keluasan tanah 20 kaki X 65 kaki dengan binaan luas antara 1,685 kaki persegi hingga 1,938 kaki persegi dan direka bentuk untuk berorientasikan Utara-Selatan.“Aderyn juga memenuhi permintaan untuk banyak bilik dengan memaksimumkan ruang sepenuhnya untuk menawarkan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi dalam binaan rumah permulaan.“Menimbulkan rasa tenang, seni bina Aderyn ialah keseimbangan sempurna unsur kegembiraan, ketenangan dan kemesraan disumbangkan oleh muka depannya yang minimum, namun elegan dan cara ia menghubungkan penduduk dengan alam semula jadi melalui lapan taman bertema yang terletak dalam kawasan kejiranan,” katanya.Beliau berkata, Taman Serenity seluas tiga ekar, sebuah taman poket yang terletak bersebelahan dengan Aderyn berada dalam jarak berjalan kaki dan di situlah semua lapisan masyarakat boleh pulih semula di ruang luar biasa yang estetika seperti Chime Trellis dan The Hut sambil menyelami landskap yang subur.The Hut yang terdapat di Taman Serenity Aderyn, Setia Alamsari.Setia Alamsari meliputi kawasan tanah pegangan bebas seluas 775 ekar di Kajang, Selangor dengan nilai pembangunan kasar RM5.1 bilion, pembangunan kediamannya dengan konsep reka bentuk tropika menawarkan rumah superlink, semi-d bersambung dan banglo.Sebelum ini, Setia Alamsari melancarkan fasa komersial pertamanya, Emporia, pada Ogos tahun lalu yang telah dijual sepenuhnya. 30 unit pejabat kedai dua tingkatnya disasarkan siap menjelang 2025.
4
08 Mei 2023 11:22am
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
https://www.sinarharian.com.my/article/257308/bisnes/pengunjung-serbu-discover-pkns-kota-puteri
Pengunjung serbu Discover PKNS Kota Puteri
SERAMAI 2,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan pelancaran projek Puteri Ariana sempena Discover Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Kota Puteri di sini pada Ahad.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS (Pembangunan Hartanah), Ir Md Kamarzan Md Rais berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang dua hari program itu berlangsung."Antara aktiviti berbentuk karnival disediakan seperti fun run, cabutan bertuah, pertandingan mewarna dan fotografi, persembahan artis jemputan serta acara pentas dan hiburan."Kita juga mengadakan ruang pameran antaranya kaunter bergerak Majlis Perbandaran Selayang serta saringan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran projek perumahan itu di Galeri Jualan Hartanah Kota Puteri di sini pada Ahad.Md Kamarzan berkata, program itu dilihat sebagai platform bagi mendekati orang ramai sekali gus mempromosikan produk ditawarkan PKNS.Jelas beliau, kempen itu dilaksanakan di lima lokasi mulai Sabtu lalu dan berakhir pada 29 Oktober depan."Selepas penganjuran di Kota Puteri, kempen ini diteruskan di Antara Gapi, Selangor Cyber Valley, Cyberjaya, Kompleks PKNS Shah Alam dan diakhiri di Pusat Konvensyen Shah Alam," ujarnya.Mengulas mengenai pelancaran pembangunan Puteri Ariana, Md Kamarzan memberitahu, sebanyak 72 unit rumah berkembar pelbagai saiz unit dan lot berkeluasan 1,979.7 dan 2, 258 kaki persegi ditawarkan dengan harga bermula dari RM590,000.Ujar beliau, kediaman Puteri Ariana dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik air, dengan konsep moden tropika, kadar kepadatan rendah, ruang anjung kereta luas, berdekatan rekreasi, susun atur pelan lantai yang efisien lokasi strategik dan harga berpatutan.Jelasnya, projek perumahan itu melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM48.14 juta di kawasan seluas 6.46 ekar (2.58 hektar)."Kami yakin pembangunan projek kediaman ini akan membantu meningkatkan industri komersial di sekitar Kota Puteri dengan menyediakan tempat tinggal bagi mereka yang berkeluarga dan menjadikan kawasan ini sebagai tempat tinggal," kata beliauSehubungan itu, katanya, sebanyak 72 unit kediaman itu dijangka terjual dalam tempoh sebulan sejak pelancarannya dibuka pada Ahad."Sambutan baik diterima penduduk di sini menunjukkan pembangunan PKNS diterima untuk mereka yang ingin memiliki kediaman."Selain itu, kita jangka pembangunan projek ini jangka siap pada Disember 2025," katanya.Selain itu, katanya dua lagi projek dilaksanakan PKNS di Puteri Ariana 2 dan Puteri Ariana 3 (superlink) pada tahun ini."Sebanyak 72 unit lagi pembinaan dicadang dibangunkan di Puteri Ariana 2 dan sebanyak 25 unit lagi di Puteri Ariana 3," jelas beliau.
4
07 Mei 2023 02:33pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/257284/bisnes/tnb-glomac-teroka-peluang-tenaga-hijau
TNB, Glomac teroka peluang tenaga hijau
TENAGA Nasional Berhad (TNB) dan Glomac Technology Sdn Bhd (GTSB) anak syarikat pemaju hartanah Glomac Berhad meneroka peluang tenaga hijau untuk menawarkan fasiliti dengan harga kompetitif kepada pelanggan yang berminat menggunakan tenaga bersih.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, kerjasama itu akan meningkatkan nilai perniagaan mampan TNB dan Glomac dalam membangunkan keupayaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi menyokong aspirasi Malaysia menjadi negara neutral karbon menjelang 2050.“Gandingan strategik ini akan membolehkan kedua-dua pihak memenuhi permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat terhadap tenaga hijau.“TNB sebagai syarikat utiliti tenaga negara akan membantu pelanggan dan rakan kongsi kami untuk meneroka nilai mampan mereka ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.Sementara itu, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar berkata, keputusan untuk membuka bidang perniagaan baharu dengan memberi tumpuan kepada tenaga hijau adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang dalam mempelbagaikan portfolio perniagaan yang tertumpu kepada pembangunan hartanah.Jelasnya, terdapat pelbagai potensi melalui kerjasama dengan TNB bagi membantu pelanggan di seluruh negara membuat peralihan yang lebih pantas ke arah penggunaan tenaga bersih.“GTSB boleh menyediakan penyelesaian solar fotovoltaik (Pv) terapung kepada pelanggan yang mungkin tidak mampu memasang panel solar pada hartanah mereka agar dapat membeli atau memajak sebahagian daripada kemudahan solar lebih besar dan tersedia di kawasan lain,” ulasnya.Dalam pada itu, menurut Baharin, kerjasama itu sebahagian daripada komitmen untuk memastikan kejayaan inisiatif ESG terhadap penjanaan kuasa kepada sumber yang lebih bersih dan meningkatkan Grid Masa Depan (GoTF) untuk membolehkan lebih banyak solusi hijau serta memudahkan penyertaan pengguna dalam peralihan tenaga.Ujarnya, penyelesaian teknologi inovatif yang akan membantu mempercepatkan pertumbuhannya dalam sektor tenaga boleh baharu dan berharap lebih ramai rakan kongsi yang berfikiran sama agar pengguna TNB terus diperkasakan dengan amalan bertanggungjawab serta mampan."Solar terapung menjimatkan penggunaan tanah, tidak menjejaskan ekosistem tasik, dan ia menikmati kecekapan penjanaan kuasa lebih tinggi kerana penyejatan air akan beroperasi sebagai sistem penyejukan semula jadi,” katanya.
4
07 Mei 2023 11:11am
NURUL HUDA HUSAIN
https://www.sinarharian.com.my/article/257166/bisnes/lazada-55-jualan-kasih-berganda-sempena-hari-ibu-hari-guru-aidilfitri
Lazada 5.5 Jualan Kasih Berganda sempena Hari Ibu, Hari Guru, Aidilfitri
RIBUAN promosi menarik dan penjimatan hebat untuk dijadikan hadiah Hari Ibu, Hari Guru serta Aidilfitri bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia bersempena Lazada 5.5 Jualan Kasih Berganda yang akan bermula 5 hingga 9 Mei ini.Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, tawaran produk pada harga berbaloi yang berkualiti itu juga turut bertujuan memberikan inspirasi kepada para pengguna di seluruh negara agar berkongsi kasih sayang dan menggandakan keceriaan menerusi jualan berkenaan."Sebelum Jualan 5.5 bermula secara rasmi pada 5-9 Mei 2023, para pelanggan digalakkan ‘add to cart’ produk idaman dan barang keperluan yang ingin dibeli pada 1-4 Mei 2023."Sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal menjelang tiba, terdapat pelbagai promosi dan ganjaran yang boleh dinikmati dan terdapat banyak produk menarik yang boleh dijadikan hadiah untuk ibu dan guru tersayang."Nikmati harga tanpa tandingan untuk produk seperti jam tangan pintar, wangian, kerusi urut, pakaian, aksesori fesyen, bunga segar, makanan dan minuman, rawatan spa, peralatan dapur, tiket pelancongan dan banyak lagi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Tambahnya, Lazada turut meneruskan usaha untuk membantu komuniti yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal menerusi kempen derma amal ‘Membeli Untuk Memberi’ yang merupakan inisiatif impak sosial positif, dengan kolaborasi bersama rakan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction.Van dan trak Lazada Logistics juga katanya, telah digerakkan ke 10 negeri di seluruh Malaysia iaitu Kelantan, Pahang, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur demi mengagihkan 4,500 set pek prihatin ‘Pakej Raya’ yang mengandungi keperluan makanan asas kepada 19,000 keluarga berpendapatan rendah, rumah jagaan orang tua dan rumah anak yatim."Kami ingin menzahirkan rasa penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan tersayang Lazada yang telah menyokong kempen derma amal ‘Membeli Untuk Memberi’ sepanjang bulan Ramadan."Kami akan terus berusaha untuk memupuk daya kekitaan menerusi ekosistem yang lebih inklusif, lantas memudahkan para pelanggan untuk menyumbang kepada komuniti yang memerlukan," katanya.Di samping itu menurut Alan, pada bulan ini juga sebahagian besar rakyat Malaysia masih meraikan sambutan Aidilfitri termasuklah mencari baju raya untuk rumah terbuka, serta hadiah untuk Hari Ibu dan Hari Guru.Justeru itu katanya, Lazada ingin memudahkan hasrat tersebut dengan menawarkan pelbagai seleksi produk berkualiti pada harga yang berpatutan dengan Jualan Kasih Berganda 5.5."Para pelanggan boleh menikmati diskaun hebat sehingga 50 peratus dari 1 – 5 Mei 2023 dan baucar seluruh kedai bagi jenama terkemuka seperti MAC, Timberland, Getha, Samsonite, Philips, Blackmores, Logitech dan banyak lagi dengan LazMall Brand Mega Offers."Sepanjang kempen tersebut, para pelanggan juga boleh merebut promosi istimewa bagi kategori berbeza, antaranya kelengkapan rumah (6 Mei), elektronik (7 Mei), fesyen (8 Mei), dan barangan runcit (9 Mei)."Bagi mereka yang ingin mendapatkan tawaran terbaik semasa Jualan 5.5, LazFlash bakal membawakan diskaun durian runtuh dengan potongan sehingga 90 peratus, malahan, nikmati penjimatan untuk pelbagai jenama antarabangsa menerusi Everyday Cashback (Pulangan Tunai) dan Free Shipping (Penghantaran Percuma)," katanya.Sementara itu, dalam perkembangan lain, Alan turut memaklumkan, pihaknya juga telah mendermakan 200 set pek makanan berbuka puasa kepada anak yatim, warga emas dan para penjaga di Rumah Limpahan Kasih serta Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong demi menghargai insan istimewa dari komuniti yang memerlukan.Semasa buan Ramadan juga katanya, Lazada Malaysia turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa khas bersama Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC)."Sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik dengan SIDEC, 30 penjual cemerlang Lazada juga diperkasakan untuk menggiatkan perniagaan di Festival Usahawan Gempak di Stadium Malawati Shah Alam, 7 – 9 April 2023, dengan menjual pelbagai produk hangat seperti Baju Raya, tudung, aksesori fesyen, kuih raya, produk makanan dan pelbagai barangan permintaan ramai."Festival tersebut telah menarik ratusan usahawan dan lebih daripada 40,000 pengunjung, manakala ikon Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Usahawan Gempak," katanya.
4
06 Mei 2023 01:08pm