author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264934/bisnes/inflasi-malaysia-terus-mereda-28-peratus-pada-mei
Inflasi Malaysia terus mereda, 2.8 peratus pada Mei
INFLASI Malaysia terus mereda kepada 2.8 peratus pada Mei 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.2 berbanding 126.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan memaklumkan, kenaikan inflasi tersebut kekal didorong sektor Restoran dan Hotel iaitu 6.7 peratus dan sektor Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (5.9 peratus).Bagaimanapun, lapor DOSM, peningkatan perlahan bagi kumpulan Pengangkutan iaitu 1.0 peratus berbanding April 2023 (2.3 peratus) sedikit sebanyak mengimbangi inflasi daripada terus meningkat lebih tinggi."Selain itu, kenaikan inflasi di Malaysia pada Mei 2023 turut didorong oleh peningkatan bagi kumpulan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.9 peratus); Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (2.7 peratus); Kesihatan (1.9 peratus) dan Pendidikan (1.9 peratus)."Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain dan Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan pula masing-masing meningkat 1.8 peratus."Ini dikuti oleh, Minuman Alkohol dan Tembakau (0.7 peratus) dan Pakaian dan Kasut (0.4 peratus)," memetik kenyataan tersebut.DOSM memaklumkan, kenaikan komponen makan di rumah adalah didorong terutamanya oleh kenaikan subkumpulan daging (7.8 peratus); susu, keju dan telur (6.5 peratus); beras, roti dan bijirin lain (6.0 peratus) serta gula, jem, madu, coklat dan manisan (3.7 peratus).Buah-buahan meningkat sebanyak 3.6 peratus dan Ikan & makanan laut meningkat 2.7 peratus.Inflasi keseluruhan secara bulanan pada Mei 2023 meningkat kepada 0.2 peratus berbanding April 2023 (0.1 peratus).Ini disumbangkan terutamanya oleh Restoran dan Hotel (0.6 peratus), Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (0.5 peratus) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (0.5 peratus).Sementara itu, inflasi teras meningkat lebih perlahan kepada 3.5 peratus (April 2023: 3.6 peratus).Bagi inflasi di peringkat negeri pula, sembilan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 2.8 peratus dengan Labuan merekodkan peningkatan paling rendah sebanyak 1.2 peratus pada Mei 2023.Bagaimanapun, tujuh negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Sarawak (3.5 peratus), Selangor (3.3 peratus), Perak (3.2 peratus), Putrajaya (3.1 peratus), Pahang (3.1 peratus), Melaka (3.1 peratus) dan Sabah (3.0 peratus).Bagi perbandingan dengan negara-negara lain, Malaysia mencatatkan kadar inflasi yang lebih rendah berbanding Zon Euro (6.1 peratus), Filipina (6.1 peratus), Amerika Syarikat (4.0 peratus), Indonesia (4.0 peratus) dan Republik Korea (3.3 peratus). - AwaniInflasi Malaysia terus mereda kepada 2.8% pada Mei 2023.#StatsMalaysia#ARC2023#BE2023#BP2024#myagricensus#StatistikNadiKehidupan#StatistikSegalanyaPastipic.twitter.com/BizVMuIrOA— DOSM (@StatsMalaysia) June 23, 2023
4
23 Jun 2023 01:44pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264928/bisnes/johor-penyumbang-terbesar-jumlah-perdagangan-negara
Johor penyumbang terbesar jumlah perdagangan negara
JOHOR muncul sebagai penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan negara bernilai RM247.592 bilion bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sumbangan Johor daripada segi perdagangan dan pelaburan adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi negara."Kedua-dua perdagangan dan pelaburan (Johor) adalah penting dan daripada segi sumbangan Johor untuk perdagangan, kedudukannya naik nombor satu iaitu 30 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia,” katanya.Tengku Zafrul berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini, pada Khamis.Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM842.795 bilion bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini.Bagi tempoh yang sama tahun lepas, Johor berada di tempat ketiga daripada segi jumlah perdagangan di belakang Selangor dan Pulau Pinang.MITI akan memudahcara pelaburan E&E, kimia dan tenaga lestari di JohorSelain itu, Tengku Zafrul berkata, momentum pelaburan di Johor disifatkan terus positif dan semakin berkembang dengan sektor utama terus menjadi fokus seperti elektrik dan elektronik (E&E) serta kimia dan petrokimia."Mesyuarat hari ini juga membincangkan fokus akan datang iaitu industri tenaga boleh diperbaharui (RE) dan tenaga kerja, justeru pelabur-pelabur dan syarikat-syarikat diminta memberi tumpuan kepada dua aspek ini,” katanya.Selain itu, beliau turut memuji prestasi dan penyelarasan serta kerjasama agensi persekutuan dan kerajaan negeri dalam memastikan semua pelaburan di negeri Johor yang diumumkan, berjaya dilaksanakan."Contohnya apabila pelabur datang, kadang-kadang ada (projek) yang tidak dapat dilaksanakan tetapi di Johor ini, berdasarkan ‘track record’ (rekod pencapaian) hampir 98 peratus projek yang diumumkan telah dapat dilaksanakan,” kata Tengku Zafrul.Sementara itu, Onn Hafiz menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) dan agensi persekutuan serta negeri yang terlibat dalam memastikan pelaburan di Johor dalam tahap terbaik.Ia juga dapat dilihat apabila negeri itu turut mencatatkan eksport tertinggi dalam negara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, katanya."Kerjasama antara MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan agensi-agensi di bawah kementerian bersama dengan agensi-agensi di peringkat negeri seperti Invest Johor dan pihak berkuasa tempatan yang banyak menyumbang kepada angka pelaburan ini."Nilai eksport terus meningkat kerana pelabur-pelabur hendak lihat daripada segi kecekapan, bagaimana kita membantu mereka kerana time is money,” katanya lagi. - Bernama
4
23 Jun 2023 11:48am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264902/bisnes/sesi-pembukaan-saksi-ringgit-lemah-berbanding-dolar-as
Sesi pembukaan saksi ringgit lemah berbanding dolar AS
RINGGIT memulakan dagangan pagi ini rendah berbanding dolar AS selepas mata wang AS terus mengukuh berikutan data ekonomi yang menggalakkan, kata seorang pakar ekonomi.Pada 9 pagi, unit tempatan menyusut nilai kepada 4.6630/6670 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6580 pada penutupan Khamis.Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, pergerakan menaik dolar AS didorong oleh data Jualan Rumah Sedia Ada Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan."Laporan itu membantu mengukur kekuatan pasaran perumahan AS dan merupakan penunjuk utama kekuatan ekonomi keseluruhan selain bacaan kukuh itu turut membantu meningkatkan lagi dolar,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, bank pusat utama di seluruh dunia meneruskan pendirian mereka terhadap kenaikan kadar faedah untuk meredakan inflasi."Kami percaya trajektori menurun boleh dijangkakan bagi ringgit berbanding dolar AS sepanjang hari," katanya.Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan agak tinggi berbanding pound Britain kepada 5.9439/9490 daripada 5.9496/9567 pada penutupan semalam, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2588/2618 daripada 3.2776/2817 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1083/1127 daripada 5.1182/1243 sebelumnya.Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean yang lain.Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4677/4709 daripada 3.4697/4740 pada penutup Khamis tetapi merosot berbanding baht Thai kepada 13.2796/2978 daripada 13.2720/2934 semalam.Mata wang tempatan turut lemah berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.40 daripada 8.36/8.38 sebelumnya dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 312.0/312.5 daripada 311.3/311.9 sebelumnya. - Bernama
4
23 Jun 2023 10:22am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264843/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
KETERANGAN Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell di hadapan House Financial Services Committee mengenai memerangi inflasi AS dan beberapa petunjuk untuk menaikkan kadar faedah telah menyebabkan ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, menandakan penurunan untuk hari keempat berturut-turut.Pada jam 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.6525/6580 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6430/6470 pada Rabu.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang pasaran negara pesat membangun termasuk ringgit terjejas secara negatif kerana kadar faedah di negara maju meningkat dengan pantas selepas lebih sedekad rangsangan monetori."Pada masa ini, ringgit berada pada kedudukan lebihan jualan berbanding dolar AS daripada sudut teknikal."Mungkin risiko penurunan selanjutnya agak terhad. Paras rintangan dan sokongan semasa bagi dolar-ringgit AS berada pada RM4.7495 dan RM4.6257,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.Pada penutupan, unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.9496/9567 daripada 5.8975/9026, jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.2776/2817 daripada 3.2716/2746 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.1182/1243 daripada 5.0678/0722 pada Rabu.Unit tempatan menguncup berbanding mata wang negara-negara Asean lain kecuali baht Thai.Ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.2720/2934 daripada 13.3194/3381 semalam, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4697/4740 daripada 3.4546/4578 sebelumnya, merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 311.3/311.9 daripada 310.4/310.9 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.36/8.38 from 8.34/8.35 semalam. - Bernama
4
22 Jun 2023 07:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264801/bisnes/rizab-antarabangsa-bnm-turun-kepada-as113-bilion
Rizab antarabangsa BNM turun kepada AS$113 bilion
JUMLAH rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) adalah AS$113.0 bilion (AS$1=RM4.65) pada 15 Jun 2023.Dalam kenyataannya pada Khamis, bank pusat itu berkata, jumlah tersebut memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.Komponen utama rizab antarabangsa BNM itu ialah masing-masing rizab mata wang asing sebanyak AS$100.2 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas atau SDR (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3 bilion).BNM berkata, jumlah aset adalah RM607.74 bilion yang merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM498.18 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM12.59 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.73 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.54 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM67.56 bilion).Modal dan liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar sebanyak RM100 juta manakala rizab (RM166.40 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.12 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM192.42 bilion), deposit oleh kerajaan Persekutuan (RM8.76 bilion), deposit lain (RM38.47 bilion), kertas Bank Negara (RM9.57 bilion), peruntukan SDR (RM28.73 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.18 bilion). - Bernama
4
22 Jun 2023 04:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264716/bisnes/nilai-ringgit-kekal-rm464-pagi-ini
Nilai ringgit kekal RM4.64 pagi ini
RINGGIT dibuka mendatar berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini berikutan komen daripada Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kemungkinan kenaikan kadar di Amerika Syarikat (AS).Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada paras 4.6435/6470 berbanding dolar AS daripada 4.6430/6470 pada penutup semalam.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Pengerusi Rizab Persekutuan AS Fed Jerome Powell terus bertegas dalam ucapannya kepada Kongres AS bahawa memerangi inflasi akan terus menjadi keutamaan, sekali gus membayangkan dua lagi kenaikan kadar tahun ini."Kenyataan Powell telah memusnahkan harapan bagi meningkatkan ekonomi yang menyaksikan penurunan harga ekuiti dan hasil bon yang lebih tinggi."Ini akan menguntungkan dolar AS kerana perbezaan kadar faedah memihak kepada aset AS," katanya kepada Bernama, sambil menambah tahap rintangan semerta untuk USD/MYR ialah pada pada 4.7495, manakala tahap sokongan pada 4.6257.Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Unit tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9284/9328 daripada 5.8975/9026 pada penutupan semalam, merosot berbanding yen Jepun pada 3.2728/2755 daripada 3.2716/2746 dan lemah berbanding euro menjadi 5.1018/1057 daripada 5.0678/0722 sebelumnya.Begitu juga berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit diniagakan lemah.Nilai ringgit turun berbanding baht Thai kepada 13.3361/3523 daripada penutupan semalam 13.3194/3381 dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4635/4666 berbanding 3.4546/4578 sebelumnya.Ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.36 daripada 8.34/8.35 pada Rabu, tetapi tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 310.4/301.9 - Bernama
4
22 Jun 2023 10:22am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264674/bisnes/niaga-hadapan-emas-ditutup-rendah
Niaga hadapan emas ditutup rendah
NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merosot untuk hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan logam berharga itu dan pasaran pertukaran asing bergelut dengan pelabur yang kekal berhati-hati menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell hari ini.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pasaran AS juga mula mengambil kira kelembapan kitaran dalam pertumbuhan ekonomi, yang juga negatif untuk emas.Menurut nota penyelidikan runcit RHB, niaga hadapan emas Comex mengalami tekanan jualan yang kuat semalam, merosot AS$23.50 untuk ditutup rendah kepada AS$1,947.70 dan melepasi di bawah paras sokongan AS$1,950."Komoditi itu mula diniagakan pada AS$1,970.70 dan selepas naik kepada paras tertinggi pada AS$1,971.80, ia susut sepanjang sesi tersebut, mencecah paras terendah AS$1,940.80 sebelum ditutup dalam julat negatif."Harga rendah terkini mengesahkan bahawa penurunan berada dalam kawalan,” katanya.Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2023 merosot kepada AS$1,937.30 setiap troy auns daripada AS$1,956.20 setiap troy auns semalam.Kontrak bagi Julai 2023, Ogos 2023, September 2023 dan Oktober 2023, masing-masing ditutup kepada US$1,946.0 setiap troy auns.Jumlah dagangan meningkat kepada 35 lot daripada 17 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 90 kontrak daripada 68 kontrak.Harga emas fizikal berada pada AS$1,930.45 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 20 Jun. - Bernama
4
21 Jun 2023 08:03pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264669/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
RINGGIT diniagakan rendah berbanding dolar AS pada Rabu untuk hari ketiga berturut-turut kerana ketidaktentuan global terus mempengaruhi prestasi mata wang tempatan.Selain itu ia turut dipengaruhi oleh jangkaan bahawa Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell cenderung untuk menaikkan kadar faedah apabila beliau membuat ucapan di hadapan Kongres lewat hari ini dan penurunan tahap keyakinan terhadap ekonomi China.Pada jam 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.6430/6470 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6385/6425 pada Selasa.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, gabungan pendirian Fed yang cenderung menaikkan kadar faedah di sebalik sentimen lemah di China benar-benar menjejaskan mata wang tempatan."Yuan didagangkan rendah dan ini biasanya bermakna ringgit yang lebih lemah ditambah lagi dengan jangkaan bahawa Powell akan menaikkan kadar faedah daripada menurunkannya dalam ucapannya nanti dan sesi soal jawab dengan ahli Kongres AS lewat malam ini,” katanya kepada Bernama.Mengulas mengenai pergerakan dan impak bank pusat global terhadap ringgit, Innes berkata Fed pada umumnya adalah penggerak pasaran apabila ia berkaitan dengan mata wang Asia."Saya menjangkakan dolar AS akan didagangkan berbanding ringgit pada 4.68 melainkan Fed tidak menaikkan kadar faeedah atau data pekerjaan AS menjadi lemah serta inflasi teras jatuh dengan ketara," tambahnya.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali euro.Pada penutupan, unit tempatan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.8975/9026 daripada 5.9220/9271, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2716/2746 daripada 3.2751/2781, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 5.0678/0722 daripada 5.0676/0719 pada Selasa.Unit tempatan mengukuh berbanding mata wang negara-negara Asean lain kecuali rupiah Indonesia.Ringgit meningkat berbanding baht Thai kepada 13.3194/3381 daripada 13.3486/3666 pada Selasa, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4546/4578 daripada 3.4551/4584 sebelumnya, turun berbanding rupiah Indonesia kepada 310.4/310.9 daripada 309.0/309.5, menambah nilai menjadi 8.34/8.35 berbanding peso Filipina daripada penutup 8.35/8.36 semalam. - Bernama
4
21 Jun 2023 07:49pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264626/bisnes/shopee-perkasa-1200-penjual-melalui-pemasaran-berasaskan-nilai
Shopee perkasa 1,200 penjual melalui pemasaran berasaskan nilai
[DIKEMAS KINI] SHOPEE memperkasakan seramai 1,200 penjual untuk kekal relevan dengan memenuhi keperluan pengguna muda dalam talian melalui pemasaran berasaskan nilai di Shopee Seller Summit 2023.Pengarah Shopee Malaysia, Cheng Xun Chua berkata, konvensyen e-dagang tahunan terbesar yang memasuki tahun enam itu membolehkan para penjual mempraktikkan trend terbaharu pengguna dalam talian dan menggunakan ciri-ciri perniagaan terbaharu Shopee Marketplace.Ujar beliau, pihaknya turut mengumumkan beberapa inisiatif platform 2023 yang bertumpukan kepada kemajuan penjual di negara ini."Pertama, Shopee mengukuhkan keupayaan logistik dan pembayaran, dan mengutamakan pemeliharaan jenama dengan menambah baik pengalaman membeli-belah pelanggan berasaskan nilai."Kedua, Shopee memaksimumkan nilai jangka hayat pelanggan menggunakan pangkalan pengguna dengan membina sinergi kategori silang dan merapatkan lagi hubungan antara penjual dan pelanggan mereka, meningkatkan penglibatan pembeli-belah dan maksimumkan kecapaian penjual," katanya ketika dalam Shopee Seller Summit yang berlangsung di sebuah pusat peranginan pada Rabu.Dalam pada itu, menurut Xun Chua, sebanyak 10 penjual berasaskan nilai buka pop-up booths untuk demonstrasi bagaimana mereka pacu nilai unik melalui pengalaman pengguna (user experience), penceritaan asli (authentic storytelling) dan penglibatan lancar pengguna (seamless engagement).Xun Chua ketika berucap dalam Shopee Seller Summit 2023 di sebuah pusat peranginan pada Rabu.Ulasnya, penjual Shopee Xpert dan Shopee Bintang pula mengendalikan permainan interaktif seperti Marketplace Inclusion Treats-ln-the-Jar, Building Connected Communities Jenga, dan Rede fining E-Commerce Pictionary, untuk bersuai kenal serta mencipta pengalaman berasaskan nilai."Di landskap e-dagang terkini, pelanggan mengambil peduli nilai yang dipegang dan yang dipraktikkan oleh penjual dengan memeriksa apa kata pempengaruh dan rakan sekutu tentang jenama mereka."Dengan Shopee 360 Marketing Solutions, kami membekalkan platform solusi pemasaran komprehensif dan menyeluruh termasuk pelbagai khidmat dan fungsi perniagaan bagi membantu penjual meningkatkan jualan dan profil mereka," ujarnya.Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, Shopee menaiktaraf kemahiran dan mengintegrasikan lebih 250,000 penjual baharu untuk keterangkuman digital serta menyaksikan 145 penjual baharu mencatat rekod jualan melebihi RM500,000 dalam 12 bulan pertama dalam talian pada tahun lalu.Tambahnya, Shopee Seller Summit juga membawakan ciri-ciri praktikal perniagaan untuk menaiktaraf kemahiran dan memperkasakan penjual untuk mencapai kejayaan dalam talian dan membina masa depan mampan untuk mereka."Setiap tahun, beribu penjual menjalin hubungan 'networking' dan mempelajari sesuatu yang baharu untuk berkembang di Seller Summit kami. Tahun ini, saya berpeluang menyantuni forum panel tentang strategi proaktif pemasaran berasaskan nilai yang saya yakin akan memacu impak sosial dan perniagaan setiap industri.Kehadiran peserta dalam Shopee Seller Summit 2023 di sebuah pusat peranginan pada Rabu."Tidak dilupakan juga, saya mengucapkan terima kasih kepada penaja yang menyumbang kepada kejayaan Seller Summit 2023 iaitu Commerce.Asia, Intrepid, Kumoten, Mono & Co, PayRecon, Red Dino, SiteGiant, dan Toyo, dan banyak lagi," tambahnya.Turut hadir barisan panel konvensyen tersebut adalah pemenang Penjual Baharu Terbaik dan Khidmat Pelanggan Terbaik Shopee Super Award 2022 atau selebriti masakan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman; Roy Sam dari PerySmith, Kim Yeo (Ecobb); Sammy Chong (Celovis Jewelry) dan So Bee Leng (Coty Malaysia).
4
21 Jun 2023 04:24pm
MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
https://www.sinarharian.com.my/article/264574/bisnes/koperasi-pdrm-agih-dividen-rm267-juta
Koperasi PDRM agih dividen RM26.7 juta
KOPERASI Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) mengumumkan agihan dividen tahunan sebanyak lima peratus atas modal yuran dan enam peratus atas modal syer kepada 109,185 anggota koperasi dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM26.7 juta.Pengumuman agihan itu dibuat Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid merangkap Timbalan Yang Dipertua Koperasi PDRM Berhad, sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-88 di sini pada Rabu.KPDRM dalam satu kenyataannya berkata, bayaran dividen tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun anggota yang membuat simpanan bermula 23 Jun ini."KPDRM turut mencatat perkembangan positif dengan mencatat peningkatan prestasi apabila menduduki tangga ketiga dalam indeks 100 koperasi terbaik Malaysia," katanya pada Rabu.Sementara itu, pada majlis sama, penyampaian pampasan takaful turut diberikan kepada dua orang waris anggota iaitu Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, Allahyarham Rusli Abas yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal.Untuk tujuan tersebut, waris Allahyarham menerima pampasan berjumlah RM177,500, manakala seorang lagi waris iaitu anak kepada Allahyarham Mohamad Sabri Ayob menerima sejumlah RM 92,500.Jelas kenyataan itu, KPDRM turut menawarkan caruman serendah RM11 satu unit atau sebulan untuk takaful kelompok kepada ahli bagi memberi perlindungan kepada anggota dan waris sekiranya berlaku perkara atau kejadian yang tidak diingini.Tambahnya, anggota boleh menambah unit insurans sehingga maksimum enam unit, selain terbuka kepada pasangan serta anak-anak anggota.Selain itu, penganugerahan khas diberikan kepada anggota yang mempunyai modal yuran paling tinggi, anggota paling setia sama ada masih berkhidmat atau bersara.Menurutnya, anugerah turut diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Kecil Daerah (AJKKD) yang paling komited, Koperasi Daerah paling aktif dan pemenang utama pertandingan rekacipta logo dan nama sistem KPDRM."Semua pemenang menerima wang tunai, sijil penghargaan dan trofi," ujar kenyataan itu.
4
21 Jun 2023 12:33pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264564/bisnes/airasia-menang-lagi-anugerah
AirAsia menang lagi anugerah
AIRASIA dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 untuk kali ke-14 berturut-turut, sekali gus menjadikan syarikat penerbangan itu penanda aras global bagi kualiti dan kecemerlangan syarikat penerbangan.Syarikat penerbangan itu juga muncul sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2023, seperti yang diundi oleh pengembara yang mengambil bahagian dalam tinjauan kepuasan penumpang syarikat penerbangan terbesar dari September 2022 hingga Mei 2023.Lebih 100 warganegara (pelanggan) mengambil bahagian dalam tinjauan itu, dengan 20.23 juta penyertaan yang layak dikira dalam membuat keputusan.Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 telah diadakan bersempena dengan Pameran Udara Paris (Paris Air Show) yang diadakan dari 19-25 Jun di Le Bourget Parc des Expositions di Paris.Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes berkata, kemenangan syarikat penerbangan itu adalah pencapaian luar biasa, lebih-lebih lagi bagi jenama Asean, terutamanya selepas pandemik Covid-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang telah memberi kesan teruk kepada industri penerbangan.Fernandes berkata, pengiktirafan luar biasa itu merupakan bukti kukuh kepada pemulihan dan pertumbuhan kukuh syarikat penerbangan itu dan penumpang yang dibawanya, serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan menyediakan perkhidmatan yang luar biasa walaupun menghadapi cabaran yang dibawa oleh pandemik global.Beliau berkata,AirAsia terus mengesahkan komitmennya untuk cemerlang dalam pengalaman pelanggan dengan pelbagai peningkatan kecerdasan buatan untuk chatbotnya, AskBo, di samping pelancaran teknologi pengecaman muka biometrik sendiri, FACES, yang akan menjadikan penerbangan dan kesalinghubungan dengan syarikat penerbangan berkenaan lebih cekap dan lancar berbanding sebelum ini.AirAsia lebarkan sayap, tambah 19 pesawat A320 tahun iniDalam pada itu, AirAsia bersedia untuk melebarkan sayapnya menerusi penambahan 19 pesawat Airbus 320 (A320) baharu yang dijangka mula beroperasi tahun ini, dengan pesawat pertama dijangka diterima menjelang akhir bulan depan.Fernandes berkata, tambahan pesawat baharu itu akan menyokong usaha syarikat penerbangan berkenaan untuk meraih semula 100 peratus kapasiti sebelum pandemik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.Beliau berkata, setakat ini, kumpulan itu mempunyai 170 kapal terbang yang kembali beroperasi."Kami telah memuktamadkan 19 pesawat dan sedang berbincang untuk menerima lebih banyak."Pada masa sama, AirAsia turut menjangkakan kesemua 204 pesawat akan diaktifkan menjelang akhir Ogos ini dan mencapai 100 peratus kapasiti seperti sebelum pandemik beberapa bulan akan datang,” katanya kepada media Malaysia di Pertunjukan Udara Paris di sini.Sebanyak 362 pesawat A321 dijangka tiba tahun depan, katanya sambil memaklumkan AirAsia X dijangka memiliki 15 pesawat berbadan lebar dan 20 pesawat XLR."Kami turut bercadang untuk membawa A330 ke Indonesia dan Filipina untuk meluaskan rangkaian ini,” katanya.Sementara itu, Fernandes berkata, kumpulan itu telah berusaha memperoleh margin yang baik dan yakin terdapat peningkatan pada akhir tahun ini walaupun dolar Amerika Syarikat mengukuh."Selain itu, kami menjangkakan pertumbuhan paling kukuh adalah dari Thailand berikutan pasaran meramalkan pemulihan yang teguh selepas pandemik,” katanya.Beliau berkata, syarikat penerbangan itu juga berharap perniagaan kargo dan logistiknya, Teleport akan menerima kapal pengangkut khas A321F yang pertama daripada tiga, pada Julai untuk meningkatkan volum dan mempercepat penghantaran rentas sempadan di rantau ini.Berkenaan status Nota Amalan 17 (PN17) syarikat berkenaan, Fernandes menyatakan keyakinan untuk keluar daripada senarai PN17 Bursa Securities pada tahun ini."Saya berpendapat bahawa Jun dan Julai adalah bulan yang penting untuk kami. Jadi, tunggu dan lihat,” katanya.Capital A memasuki senarai PN17 Bursa Securities - kategori bagi entiti yang berdepan masalah pada Januari 2022.- Bernama
4
21 Jun 2023 12:02pm
DIANA AZIS
https://www.sinarharian.com.my/article/264540/bisnes/jompay-bank-rakyat-dilancar
JomPAY Bank Rakyat dilancar
BANK Rakyat menjalin kerjasama strategik bersama Touch ‘n Go eWallet bagi membolehkan pelanggan membuat pembayaran bil dalam aplikasi itu menerusi JomPAY.Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr Mohammad Hanis Osman berkata, kerjasama tersebut merupakan sebahagian daripada agenda digitalisasi syarikat yang digariskan dalam pelan strategik lima tahun Bank Rakyat 2025 (BR25).“Kolaboratif ini menandakan lanjutan perjalanan transformasi digital dan aspirasi BR25 untuk mencapai segmen pelanggan baharu menggunakan platform e-dompet.“Ia mengukuhkan komitmen kami untuk membawa produk dan inovatif baharu ke pasaran digital, selain meningkatkan pengalaman pembayaran tanpa tunai,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran JomPAY Bank Rakyat di platform Touch ’n Go eWallet pada Selasa.Dalam pada itu, Mohammad Hanis menjelaskan Bank Rakyat menjadi bank pertama dalam industri perkhidmatan JomPAY yang menjalin kerjasama bersama aplikasi berkenaan.Justeru, beliau berkata, pihaknya akan terus meneroka perkongsian dengan pemain industri e-dompet untuk meningkatkan keupayaan pembayaran digital sebagai usaha berterusan memberi nilai lebih baik kepada pelanggan.“Perluasan perkhidmatan JomPAY Bank Rakyat di platform e-dompet bukan sahaja mewujudkan inovasi baharu dalam saluran digital perbankan melalui perkhidmatan pihak ketiga, malah turut memperluaskan akses produk dan perkhidmatan.“Besar harapan saya agar semangat kerjasama ini dapat dipertingkatkan untuk menggerakkan negara ke arah pembayaran elektronik, di samping sistem bayaran yang cekap dan berkesan,” ujarnya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Alan Ni berkata, pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan rakan kongsi lain sebagai usaha membawa penyelesaian digital yang mampu memberi manfaat kepada pengguna dan perniagaan.“Sebagai institusi bukan perbankan yang boleh mengakses JomPAY, pengguna kami kini mempunyai penyelesaian menyeluruh untuk membuat pembayaran bil dengan selamat dalam satu aplikasi.“Secara tidak langsung ia menjadikan aplikasi Touch ‘n Go eWallet sebagai platform paling mudah untuk menguruskan perbelanjaan bulanan,” katanya.Bank Rakyat merupakan peserta JomPAY, sebuah platform pembayaran bil dalam talian yang dikendalikan dan diurus oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).
4
21 Jun 2023 10:11am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264541/bisnes/nilai-ringgit-susut-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit susut berbanding dolar AS
NILAI ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini apabila pelabur terus mendapatkan mata wang selamat berikutan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global, kata seorang pakar ekonomi.Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6485/6525 berbanding dolar AS daripada 4.6385/6425 pada penutup Selasa.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan masih lemah kerana kebanyakan bank pusat utama dilihat mengambil sikap yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah di tengah-tengah persekitaran mudah tunai global yang ketat."Pasaran agak cemas kerana Rizab Persekutuan dijangka mengekalkan pendirian monetari yang ketat di sini untuk membendung inflasi."Pelabur juga akan memberi perhatian kepada ucapan pengerusi Fed Jerome Powell di hadapan Kongres AS, yang dijangka menyentuh pandangan tentang ekonomi,” katanya kepada BernamaSementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9310/9361 daripada 5.9220/9271 pada penutupan semalam, lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2810/2840 daripada 3.2751/2781 pada Selasa dan lemah berbanding euro kepada 5.0743/0787 daripada 5.0676/0719 sebelumnya.Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit bergerak kebanyakannya bercampur-campur.Ringgit meningkat sedikit berbanding baht Thai kepada 13.3152/3378 daripada 13.3486/3666 semalam tetapi merosot nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4540/4590 daripada 3.4490/4556 sebelumnya.Nilai mata wang tempatan turut menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 308.9/309.4 daripada 308.5/309.2 pada Selasa dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.31/8.33 daripada 8.30/8.32 pada Selasa. - Bernama
4
21 Jun 2023 10:04am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264526/bisnes/xiaomi-lebih-bergaya-bersama-leica
Xiaomi lebih bergaya bersama Leica
SYARIKAT teknologi global, Xiaomi Malaysia melancarkan model baharu Xiaomi 13 Ultra dengan kerjasama Leica untuk memajukan lagi teknologi pengimejan mudah alih.Kolaborasi itu telah membawa kepada penghasilan sistem empat kamera utama pusat dengan sensor satu inci, bukaan (apertur) berubah-ubah, paparan WQHD gred ultra bersama ketepatan warna yang sangat baik.Model ini turut dilancarkan dengan prestasi premium Snapdragon 8 Gen 2 dan dibungkus dalam reka bentuk klasik.Telefon pintar ini menyokong RAM sehingga 16GB LPDDR5x diikuti dengan storan UFS4.0 sehingga satu TB dan FBO (Pengoptimuman Berasaskan Fail).Menariknya, kerjasama antara Xiaomi dan Leica, membawa kepada penghasilan optik ‘Leica Xiaomi 13 Ultra’ yang memaparkan ciri bersaiz padat, apertur besar, prestasi pengimejan tinggi, kebolehpercayaan dan ketahanan.Kanta optik Leica menggunakan reka bentuk polinomial ultra tinggi tertib yang membolehkan ketepatan reka bentuk untuk mencapai tahap nanometer dan menghampir had optik.Sistem empat kamera itu dilengkapi penutup katan optik Leica jarak fokus antara 12 milimeter (mm) untuk sudut ultra lebar, 23mm (sudut lebar), 75mm (telefoto), 120mm (telefoto super baharu) dan penambahan 46mm dan 26mm panjang melalui ‘In-Sensor-Zoom’.Bukan itu sahaja, telefon pintar ini telah mengoptimumkan sepenuhnya aliran kerja RAW dan banyak algoritma dipindahkan ke domain RAW untuk memastikan julat dinamik, butiran, tekstur imej dalam meningkatkan kualiti pengimejan.Kamera utama menyokong 50MP RAW dan menyediakan UltraRAW 14-bit berbilang bingkai yang mengambil terus data daripada sistem pengkomputeran untuk penghasilan resolusi dan julat dinamik yang lebih tinggi.Aspek lain pula, Xiaomi 13 Ultra menggunakan paparan AMOLED melengkung 6.73 inci dalam resolusi 3,200x1,440 dengan kedalaman warna 12-bit dan Dolby Vision.Bukan itu sahaja, Xiaomi 13 Ultra mampu memulihkan visual dalam butiran yang jelas dan warna standard kandungan skrin.Ia mempunyai mod kecerahan tinggi sehingga 1,300 nits dan kecerahan puncak sehingga 2,600 nits.Telefon pintar itu juga disokong dan dimajukan oleh rangkaian teknologi sendiri. Xiaomi 13 Ultra memberikan pengecasan yang boleh dipercayai, selamat, pantas dan jangka hayat bateri panjang.Bateri 5,000mAh (typ) yang besar dan boleh dicas 100 peratus dalam masa 35 minit dengan pengecasan turbo berwayar 90W.Perincian telefon berkenaan turut ditambah dengan mod hibernasi baharu yang dicetuskan secara automatik apabila bateri menurun kepada satu peratus yang mana ia mengehadkan latar belakang aktiviti dan membolehkan peranti digunakan sehingga 60 minit atau membuat panggilan telefon selama 12 minit.Xiaomi 13 Ultra dijual dengan harga RM5,199 dan boleh dibeli di kedai Xiaomi yang sah dan peruncit rasmi lain di seluruh negara.Tempahan peranti itu akan dibuka bermula 23 hingga 29 Jun ini.Telefon pintar berkenaan didatangkan dengan tiga variasi warna iaitu hitam, putih dan hijau zaitun.Pembeli terawal akan mendapat Set Pencetak Foto Segera Xiaomi 1S secara percuma bernilai RM619 dengan storan 100GB di Google One selama enam bulan dan 1+1 tahun jaminan lanjutan pada peranti premium baharu.
4
21 Jun 2023 08:35am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264495/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
RINGGIT diniagakan rendah berbanding dolar AS pada Selasa di tengah-tengah peningkatan permintaan terhadap aset selamat, terutamanya dolar AS, apabila peserta pasaran memantau rapat hala tuju yang diambil bank pusat seperti People’s Bank of China (PBoC) dan Bank of England (BoE).Pada jam 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.6385/6425 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6265/6350 pada Isnin.Ketua ahli ekonomi dan ketua kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, langkah terbaharu oleh PBoC untuk menurunkan kadar dasarnya sebanyak 10 mata asas telah mencetuskan semula tanggapan ekonomi global yang perlahan."Selain itu, kemungkinan langkah mengetatkan monetari oleh BoE pada Khamis akan menyokong pandangan bahawa keadaan kekangan monetari global akan memberi kesan kepada pertumbuhan global,” katanya kepada Bernama.Beliau juga berkata, penurunan Eksport Malaysia yang lebih kecil daripada jangkaan pada Mei menunjukkan bawah kepelbagaian dalam eksport negara mungkin membantu mengurangkan impak daripada ketidaktentuan global yang semakin meningkat."Dolar AS-ringgit (kadar) terapung sekitar RM4.6280 hingga RM4.6398 sepanjang hari dagangan,” katanya.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9220/9271 daripada 5.9242/9351 pada Isnin tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.2751/2781 daripada 3.2588/2650 sebelumnya dan turun berbanding euro kepada 5.0676/0719 daripada 5.0470/0563.Unit tempatan juga lemah berbanding mata wang negara-negara Asean lain.Rupiah Indonesia dan ringgit mendahului penurunan dalam kalangan mata wang utama Asia berbanding dolar AS apabila kadar petunjuk aras pertama China dalam tempoh 10 bulan gagal menenangkan pelabur yang mencari lebih banyak rangsangan.Unit tempatan turun berbanding baht Thai kepada 13.3486/3666 daripada 13.2926/3236 pada Isnin, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4551/4584 daripada 3.4490/4556 sebelumnya dan jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 309.0/309.5 daripada 308.5/309.2 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.36 daripada 8.30/8.32. - Bernama
4
20 Jun 2023 08:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264398/bisnes/skyworld-lancarkan-prospektus-ipo-tingkat-potensi-perniagaan
SkyWorld lancarkan prospektus IPO tingkat potensi perniagaan
SYARIKAT pemaju hartanah SkyWorld Development Berhad melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) bersempena dengan cadangan penyenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad untuk meningkatkan potensi perniagaan.Pengasas SkyWorld dan pengerusi eksekutif bukan bebas, Datuk Seri Ng Thien Phing berkata, pelaksanaan IPO itu melibatkan terbitan awam sebanyak 208,000,000 saham baharu dan tawaran untuk penjualan 192,000,000 saham sedia ada pada harga 80 sen.Ujarnya, syarikat telah mengumpul RM166.4 juta dan memperuntukkan RM100.0 juta atau 60.1 peratus daripada hasil yang diperoleh daripada terbitan awam untuk perolehan tanah pembangunan.“Sebanyak 21.2 peratus dan 12 peratus telah dianggarkan untuk modal kerja bagi pembangunan projek dan pembayaran balik pinjaman bank masing-masing. Baki 6.7 peratus daripada hasil telah diperuntukkan untuk perbelanjaan berkaitan IPO.“SkyWorld bercadang untuk mengisytiharkan dividen tahunan bersamaan dengan 20 peratus daripada keuntungan selepas cukai boleh diagihkan kepada pemilik syarikat pada asas yang disatukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurut Thien Phing, SkyWorld telah membuktikan dirinya sebagai pemaju hartanah berpengalaman yang memberikan perumahan berkualiti.Jelasnya, dengan pelaksanaan IPO tersebut akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat dalam pasaran hartanah dan memberikan nilai jangka panjang kepada para pemegang saham.“Kami percaya tawaran IPO kami berpotensi untuk meningkatkan operasi perniagaan kami, mencipta nilai untuk pemegang saham kami, dan memberi manfaat kepada prospek jangka panjang,” ujarnya.Dalam pada itu, Pengarah eksekutif dan ketua perbankan pelaburan kumpulan serta perbankan Islam Kenanga Investment Bank Berhad, Datuk Roslan Tik berkata, latihan IPO yang sesuai merupakan peluang pertumbuhan projek perumahan di Kuala Lumpur memandangkan urbanisasi semakin meningkat.“Saya ingin menyampaikan penghargaan kami kepada lembaga pengarah dan pengurusan SkyWorld kerana mempercayai kami, Kenanga Investment Bank Berhad yang berperanan sebagai penasihat utama, penaja jamin dan ejen penempatan untuk latihan ini,” katanya.
4
20 Jun 2023 02:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264346/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran yang lemah terhadap mata wang tempatan, kata seorang pakar ekonomi.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6325/6385 berbanding dolar AS daripada 4.6265/6350 pada penutup semalam.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit juga lemah berbanding pound British dan euro berikutan pendirian di Bank of England dan Bank Pusat Eropah yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah."Persekitaran luaran kelihatan semakin tidak menentu apabila bank pusat utama kekal bertegas dengan azam mereka untuk menurunkan inflasi."Sehubungan itu, gandingan US/Ringgit dijangka kekal sekitar RM4.62 berikutan sentimen pasaran yang lemah," katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.9296/9373 daripada 5.9242/9351 pada Isnin, turun berbanding yen Jepun menjadi 3.2598/2643 daripada 3.2588/2650 dan lemah berbanding euro kepada 5.0582/0648 daripada 5.0470/0563 sebelumnya.Begitu juga, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN lain.Nilai ringgit turun berbanding baht Thai kepada 13.3152/3378 daripada 13.2926/3236 semalam dan lebih rendah berbanding dolar Singapura menjadi 3.4540/4590 berbanding 3.4490/4556.Ringgit turut lemah berbanding rupiah Indonesia pada 308.9/309.4 daripada 308.5/309.2 dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.33 daripada 8.30/8.32. - Bernama
4
20 Jun 2023 09:55am
NORAFIZA JAAFAR
https://www.sinarharian.com.my/article/264301/bisnes/enrichmoney-mudahkan-perbelanjaan-tanpa-tunai-di-luar-negara
EnrichMoney mudahkan perbelanjaan tanpa tunai di luar negara
APLIKASI e-dompet EnrichMoney yang dilancarkan Mac lalu memudahkan pengembara mengurus perbelanjaan di luar negara.Ketua Pegawai Eksekutif Penyelesaian Kesetiaan dan Perjalanan Malaysia Aviation Group, Philip See berkata, e-dompet berbilang mata wang dan kad prabayar Visa membolehkan pemegang kad ini membuat membeli mata wang dunia dan menebus mata bagi mendapatkan pulangan tunai.Menurutnya, EnrichMoney dikuasakan oleh Merchantrade dan boleh digunakan ke 430,000 peniaga Visa di Malaysia and 80 juta pedagang Visa di seluruh dunia.“EnrichMoney adalah penyelesaian perjalanan yang sempurna untuk mereka yang melancong sama ada untuk perniagaan, menghabiskan masa lapang atau pelajar yang tinggal di luar negara.“Platform ini juga membolehkan ibu bapa menghantar dana dengan mudah ke e-dompet anak mereka, memastikan akses pantas kepada perbelanjaan yang diperlukan,” katanya selepas majlis pelancaran EnrichMoney di Hotel Grand Hyatt, di sini pada Isnin.Philip (dua dari kiri) pada pelancaran EnrichMoney di Hotel Grand Hyatt di sini pada Isnin.Beliau berkata, aplikasi ini telah merekodkan 10,000 muat turun menerusi App Store atau Google Play Store sejak diperkenal Mac lalu.Ujar beliau, pemegang kad EnrichMoney berpeluang mempercepatkan status elit mereka dengan melakukan tambah nilai sehingga 31 Julai 2023 ini."Pemegang kad yang menambah nilai 40,000 mata akan layak mendapat status Enrich Silver, manakala mereka yang menambah nilai 80,000 mata akan diberikan dengan status Enrich Gold."Ini membolehkan pemegang kad mendapat akses dan faedah eksklusif apabila melancong dengan Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan rakan kongsi," katanya.Bagi tempoh sama, Enrich kini memberikan 1,000 mata bonus Enrich dan akses kepada Golden Lounge secara percuma sebagai menarik pengguna baharu.Selain itu, bagi menggalakkan perbelanjaan pula, 1,000 pemegang kad pertama yang melakukan transaksi minimum RM3,000 akan menerima MHGiftcard bernilai RM50.Tiga pelanggan yang berbelanja paling banyak pula akan memenangi 50,000 mata bonus Enrich, bersamaan dengan tiket pergi balik ke Jepun atau Australia yang mana tawaran itu sah sehingga 31 Julai 2023.
4
19 Jun 2023 07:18pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264304/bisnes/label-tiada-minyak-sawit-menyalahi-undang-undang---mpoc
Label 'Tiada Minyak Sawit' menyalahi undang-undang - MPOC
MAJLIS Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menggesa peruncit untuk membuang semua produk dan bahan pengiklanan yang dipamerkan serta jualan yang mempunyai logo diskriminasi terhadap minyak sawit dari premis mereka.Jika gagal berbuat demikian, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, kata MPOC dalam satu kenyataan pada Isnin.Peraturan-peraturan di bawah Seksyen 69 Akta Perihal Dagangan 2011 melarang mana-mana orang dalam apa sahaja perniagaan atau perdagangan, atau dalam apa-apa iklan, untuk menggunakan apa-apa pernyataan, ungkapan serta petunjuk yang mendiskriminasi atau memboikot produk minyak sawit.Peraturan itu berkuat kuasa pada Mac 2022 dan selepas setahun tempoh tangguh, penguatkuasaannya kini dimulakan sepenuhnya."Kedai runcit yang mempamerkan dan menjual produk yang dilabel sebagai 'Tiada Minyak Sawit' (NPO) akan berdepan hukuman jika didapati bersalah oleh pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)."Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh MPOC, ada 80 cawangan di Lembah Klang yang menjual produk ini, khususnya di kawasan berstatus elit."Surat telah dihantar kepada lapan syarikat induk daripada 80 cawangan tersebut untuk menarik perhatian mereka dan menggesa mereka mengambil tindakan segera bagi mematuhi peraturan," katanya.Menurut MPOC, label NPO mungkin wujud dalam banyak dakwaan lain seperti 'Bebas Minyak Sawit', 'Tanpa Minyak Sawit', 'Tiada Lemak Sawit', 'Tidak Kepada Minyak Sawit' dan lain-lain, dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa asing.Tinjauan yang sama juga mendapati ia juga terpapar dalam pelbagai bentuk logo, menggambarkan orang utan atau meletakkan garis condong atau tanda silang pada gambar kelapa sawit.Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Belvinder Sron berkata, minyak sawit merupakan komoditi nombor satu negara termasuk memainkan peranan penting dalam ekonomi kita dan ia perlu dilindungi sebaik mungkin.Selain itu, minyak sawit adalah bahan serba guna yang boleh dipakai secara meluas dalam pelbagai industri seperti sektor makanan, oleokimia dan biobahan api."Walaupun penting untuk menggalakkan amalan mampan dan bertanggungjawab dalam industri minyak sawit, adalah sama mustahak bagi mengelak daripada mewujudkan naratif prejudis terhadap komoditi ini secara keseluruhan."Sekiranya semua usaha anti minyak sawit di negara ini tidak ditangani, produk berasaskan sawit akan terus dinafikan dan diboikot di pasaran dunia," katanya. - Bernama
4
19 Jun 2023 07:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264287/bisnes/pengurangan-duti-setem-saham-jadikan-bursa-tempatan-lebih-menarik
Pengurangan duti setem saham jadikan bursa tempatan lebih menarik
LANGKAH kerajaan untuk mengurangkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Bursa Malaysia Securities sehingga 0.10 peratus daripada nilai kontrak berkuat kuasa Julai depan, dijangka dapat menarik lebih banyak pelabur dalam usaha memajukan lagi pasaran, kata ahli ekonomi.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, juga bertujuan mengurangkan lagi kos urus niaga sekuriti untuk pelabur."Ini akan menggalakkan pelabur untuk melabur di Bursa Malaysia, tidak kiralah dalam kalangan pihak institusi atau pelabur runcit."Apabila terdapat lebih banyak penggiat di Bursa Malaysia, ini akan meningkatkan lagi mudah tunai dalam pasaran saham, sekali gus menggalakkan mekanisme bagi mengenal pasti harga lebih baik untuk saham-saham yang tersenarai,” katanya kepada Bernama.Ketika mengumumkan perkara itu pada majlis pelancaran Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam masa terdekat ini, kadar duti setem bagi saham yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities akan dikurangkan kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak 0.15 peratus masa ini, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap kontrak.Mengulas selanjutnya, Mohd Afzanizam berkata, Perdana Menteri juga kekal komited untuk melaksanakan pembaharuan struktur sebagai antara kaedah dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi.Malah, ini dapat dilihat daripada pengumuman mengenai pelaksanaan usaha pembaharuan bagi memudahkan serta mempercepat proses penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) dan mengurangkan lagi tempoh untuk disenaraikan di pasaran."Secara ringkasnya, ini adalah pembaharuan jangka sederhana hingga jangka panjang yang jika dilaksanakan dengan baik, dapat meningkatkan lagi potensi pertumbuhan Malaysia. Pelaburan sentiasa menjadi komponen utama ekonomi kerana dapat menggalakkan inovasi serta hasil produktiviti lebih baik,” katanya.Pada majlis sama, Perdana Menteri juga mengumumkan beberapa langkah untuk merangsang pasaran modal dan mewujudkan lebih banyak kekayaan untuk rakyat.Selain aspek pengurangan kadar duti setem dan memudahkan proses penyenaraian, kerajaan akan turut meneliti dasar bagi menarik dan memudahkan usaha penubuhan pejabat di Malaysia dan menggalakkan usaha penerokaan korporat menerusi lebih banyak dasar cukai dan insentif yang memudahkan.Perubahan tersebut secara langsung dapat mengurangkan kos urus niaga atau transaksi sekuriti dan menjadikan pasaran saham Malaysia lebih kompetitif, dapat merangsang pasaran dan meningkatkan daya tarikannya.Anwar berkata, peningkatan mudah tunai pasaran akan menarik lebih banyak dana domestik dan asing ke dalam pasaran saham Malaysia, sekali gus menggalakkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) serta memudahkan syarikat tersenarai awam mengumpul dana bagi tujuan pengembangan perniagaan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.Sementara itu, Profesor Madya Abu Sofian Yaacob daripada Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia berkata, apa yang penting adalah untuk bagaimana langkah-langkah baik yang dapat merangsang pasaran itu dapat direalisasikan."Antara faktor yang menyumbang secara langsung kepada pasaran modal adalah aspek kestabilan kerajaan sedia ada. Pelabur mahu melihat satu kerajaan yang stabil dan terbuka."Faktor lain adalah kadar pertukaran asing yang stabil berbanding kumpulan mata wang utama. Ini akan menjadi petunjuk dari segi keuntungan terhadap mata wang negara,” katanya.Abu Sofian berkata, kerajaan juga perlu menggalakkan dan memudahkan pelaburan dan syarikat tempatan melabur lebih banyak, terutama dalam ekonomi baharu serta inovatif.Dalam pada itu, Ketua Penyelidikan dan Nasihat Kekayaan UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, impak segera daripada langkah mengurangkan duti setem itu adalah menggalakkan lebih banyak penyertaan pelabur asing dalam pasaran modal."Biarpun ketidaktentuan (pasaran) mungkin lebih ketara sejajar peningkatan urus niaga, situasi sedemikian mungkin juga bersifat sementara. Impak pengurangan kadar setem duti terhadap ketidaktentuan itu juga belum jelas walaupun mungkin positif dalam kes-kes tertentu."Ini berikutan realiti bahawa pasaran itu juga terdapat bilangan peniaga yang rasional dan asas yang mana dagangan mereka boleh menstabilkan pasaran menerusi pergerakan harga menghampiri nilai asas sebenar (saham),” katanya. - Bernama
4
19 Jun 2023 06:01pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264252/bisnes/pelabur-asing-jual-saham-sembilan-minggu-berturut-turut
Pelabur asing jual saham sembilan minggu berturut-turut
PELABUR asing kekal sebagai penjual bersih untuk minggu kesembilan berturut-turut di Bursa Malaysia dengan aliran keluar asing bersih berkurangan kepada RM189.4 juta berbanding RM443.8 juta pada minggu sebelumnya, menurut MIDF Research.Dalam Laporan Aliran Dananya bagi minggu berakhir 16 Jun 2023, firma penyelidikan itu berkata, pelabur asing merupakan penjual bersih pada sepanjang minggu tersebut kecuali pada hari Isnin apabila mereka memilih kaunter seperti Maybank (RM17.7 juta), RHB Bank (RM8.6 juta) dan YTL Corporation (RM8.5 juta).Tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk asing bersih ialah pengangkutan dan logistik (RM103.9 juta), pembinaan (RM28.4 juta) serta produk dan perkhidmatan pengguna (RM14.3 juta).Dalam pada itu, tiga sektor utama yang mencatatkan aliran keluar asing bersih ialah perkhidmatan kewangan (RM141.4 juta), perladangan (RM60.1 juta) serta produk perindustrian dan perkhidmatan (RM50.4 juta).Sebaliknya, MIDF Research berkata, pelabur asing terus menjadi pembeli bersih ekuiti Asia untuk minggu ketujuh berturut-turut, dengan belian bersih sebanyak AS$3.04 bilion (AS$1=RM4.61)."Satu-satunya negara yang mencatatkan aliran keluar ialah Indonesia, Thailand dan Malaysia,” katanya.Menurut MIDF Research, pelabur institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu ketiga berturut-turut sebanyak RM81.2 juta.Setakat ini, institusi tempatan telah menjadi pembeli bersih ekuiti domestik selama 18 daripada 24 minggu, dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM3.20 bilion.Pada masa sama, peruncit tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keempat berturut-turut selepas membeli RM108.3 juta saham, dengan jumlah belian bersih setakat ini sebanyak RM418.2 juta.Dari segi penyertaan, firma penyelidikan itu berkata terdapat peningkatan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) secara keseluruhan dalam kalangan pelabur runcit (13.7 peratus), institusi tempatan (15.1 peratus) dan warga asing (46.5 peratus). - Bernama
4
19 Jun 2023 04:15pm
RAIHAM MOHD SANUSI
https://www.sinarharian.com.my/article/264213/bisnes/aco-tech-lancar-pusat-pengalaman-digital-pertama-malaysia
ACO Tech lancar pusat pengalaman digital pertama Malaysia
SYARIKAT dalam Kumpulan Proton, ACO Tech yang juga dimiliki bersama oleh Altel dan ECARX melancarkan pusat pengalaman digital pertama negara, Proton Digital Experience (Proton DX) pada Isnin.Proton DX yang terletak di Quill City Mall, di sini, merupakan pusat untuk peminat kereta dan teknologi dari semua peringkat usia untuk berkumpul dan menyaksikan inovasi terbaharu dalam industri automotif.Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu berkata, ia juga untuk mencetuskan minat generasi muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).Katanya, Proton DX berkeluasan 1,607 meter persegi menjadi lokasi yang menggabungkan elemen teknologi interaktif, rekreasi dan gaya hidup untuk mencipta satu pusat pengalaman yang unik."Kami teruja untuk menyediakan penyelesaian yang meningkatkan pengalaman pemanduan, menjadikan setiap pemanduan adalah baik untuk rakyat Malaysia memandangkan mobiliti pintar dalam industri automotif berkembang dengan pantas."Proton DX adalah salah satu platform yang mempamerkan kepakaran kami," katanya pada majlis pelancaran Proton DX yang disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang di Quill City Mall di sini.Hadir sama, Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar; Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif China Construction Bank (CCB) Malaysia, Wang Qijie.Proton DX mempunyai enam zon dan tarikan utama adalah di zon Kokpit Virtual kerana ia membolehkan pengunjung menikmati pemanduan maya dalam sebuah ruang seakan teater tertutup sekali gus dapat mengalami mobiliti pintar.Selain mempamerkan teknologi-teknologi automotif dalam pasaran, Kokpit Virtual itu juga berfungsi sebagai platform pengalaman konseptual yang menggabungkan inovasi mobiliti masa depan.Lih Kang (kanan) yang diiringi Li Pu menandatangani plak perasmian Proton DX. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAHProton DX yang dibangunkan ACO Tech dengan kerjasama Proton serta CCB dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam dan orang ramai boleh masuk secara percuma.Li menjelaskan, pusat itu menawarkan ruang yang imersif untuk semua orang mempelajari tentang teknologi inovatif yang digunakan dalam kereta dan pada masa yang sama, memberikan pengalaman yang melangkaui pemanduan di jalan raya."Dalam usaha kami untuk menerajui industri mobiliti pintar, kami berharap Proton DX akan menjadi platform untuk pendidikan STEM. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan tahap kesedaran teknologi dan pengetahuan negara," ujarnya.Sementara itu, pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran, Lih Kang memberitahu, inisiatif ACO Tech, Proton dan DRB-Hicom melancarkan pusat itu sejajar dengan misi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) untuk menjadikan negara bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi menjadi pereka teknologi menjelang 2030."Pusat ini memberi peluang untuk orang ramai rasa pengalaman digital dalam industri automotif seterusnya membolehkan kita menarik perhatian dan minat anak-anak yang sebelum ini mungkin kurang berminat terhadap bidang sains dan teknologi."Jadi saya yakin dengan adanya fasiliti-fasiliti di Proton DX ini, ia akan menarik minat golongan muda sekali gus dapat membantu kita menambah lagi pelajar-pelajar aliran Sains," jelasnya.
4
19 Jun 2023 01:51pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/264189/bisnes/yayasan-mr-diy-anjur-pelbagai-program-komuniti
Yayasan MR D.I.Y anjur pelbagai program komuniti
KUMPULAN MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y) menerusi Yayasan MR D.I.Y, akan melaksanakan pelbagai program komuniti sekali gus memberikan nilai tambah kepada kehidupan rakyat Malaysia.MR D.I.Y dalam satu kenyataan berkata, yayasan yang baharu ditubuhkan baru-baru ini telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif, Zaleha Mohd Mydin yang baharu untuk menerajui dan melaksanakan program dirancang.“Bidang tumpuan yayasan berkenaan termasuklah perlindungan alam sekitar, peningkatan kesihatan dan kesejahteraan penduduk, menyokong program pembangunan dan peningkatan kapasiti, serta mempromosikan dan memupuk seni dan budaya kaya Malaysia,” jelas kenyataan itu.Zaleha berkata, misi Yayasan MR D.I.Y. ialah melaksanakan program yang memberikan impak positif kepada masyarakat.“Saya teruja untuk memulakan kerja bersama-sama pasukan kami, rakan kongsi, dan pelbagai agensi kerajaan untuk merealisasikan wawasan ini. Tujuan kami adalah untuk meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat. Kami mengucapkan setinggi penghargaan kepada Kumpulan MR D.I.Y. kerana menyokong penubuhan Yayasan ini,” kata Zaleha.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, Adrian Ong berkata, Zaleha memainkan peranan penting dalam menjayakan program impak komuniti Kumpulan MR D.I.Y. selama bertahun-tahun termasuk memimpin pasukan MR D.I.Y. Cares dan pelbagai inisiatif lain yang kami jalankan semasa pandemik Covid -19.“Zaleha mempunyai pengetahuan, pengalaman dan semangat yang diperlukan untuk memastikan Yayasan MR D.I.Y. memberi manfaat kepada pelbagai pihak dan komuniti.“Kami mengamanahkan beliau dengan sokongan dan sumber untuk membantu merealisasikan visi kami menjadikan Malaysia lebih baik," kata Ong.Pada 2022, MR D.I.Y. telah melaksanakan lebih daripada 90 program impak komuniti, memberi manfaat kepada lebih daripada 126,000 penerima dan komuniti mereka.Kumpulan ini juga telah menerima anugerah ESG pertamanya, sebagai Pemain Baru Terbaik dalam Kategori Ekuiti, dalam The Edge ESG Awards 2022 yang pertama.
4
19 Jun 2023 12:16pm
MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
https://www.sinarharian.com.my/article/264185/bisnes/gabema-kliec-sasar-lahir-pakar-blockchain
Gabema, KLIEC sasar lahir pakar blockchain
GABEMA Academy mengorak langkah ke hadapan apabila bekerjasama dengan Kuala Lumpur International Education Consortium (KLIEC) bagi melahirkan pakar blockchain di negara ini.Pengarah Urusan Gabema Academy, Norizwan Ali berkata, pihaknya akan bekerjasama sebagai penyedia latihan bertauliah bagi program Profesional Diploma In Blockchain and Decentralized Finance yang mendapat akreditasi oleh London Examination Board (LEB).Beliau berkata, program itu merupakan inovasi bagi mendepani cabaran semasa dalam era yang semakin kompleks dengan perkembangan teknologi pesat, seterusnya melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran relevan dan mengikut pasaran semasa.“Dalam dunia yang serba pantas pada hari ini, perkembangan teknologi dalam dunia telah mengubah bentuk industri dengan kemunculan teknologi blockchain dan decentralized finance atau kewangan tidak berpusat.“Kemunculan teknologi ini juga telah menyebabkan inovasi industri ke arah digital dan menyebabkan peningkatan permintaan bagi profesional yang berkemahiran dalam bidang ini dengan pengetahuan meluas diperlukan.“Bagi memenuhi keperluan pasaran, program Profesional Diploma In Blockchain and Decentralize Finance diperkenalkan dalam melahirkan pakar dalam bidang tersebut,” katanya baru-baru ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) penubuhan pusat akreditasi di antara Gabema Academy dan KLIEC.Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Gabema Malaysia, Datuk Benjamin Mohd Shariff dan Pengerusi KLIEC Berhad, Datuk Daud.Gabema Academy merupakan entiti pendidikan yang menawarkan pengajian dalam industri teknologi kewangan digital dengan barisan tenaga pengajar pakar dan mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam industri.KLIEC merupakan sebuah pertubuhan perintis yang diasaskan di Malaysia dan berdedikasi untuk mempromosikan pendidikan serta latihan bertaraf antarabangsa.Ketika ini, seramai 15 graduan diploma profesional dalam bidang itu berjaya dilahirkan bagi sesi pengambilan pertama.Kerjasama tersebut menyasarkan seramai 50 pelajar pada sesi pengambilan kedua yang baru dibuka baru-baru ini, seterusnya mencapai sasaran keseluruhan seramai 1,000 pelajar pada akhir tahun ini.Mengulas lanjut, Norizwan berkata, program itu bertujuan membuka ruang kepada pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan mereka menerusi modul yang diperkenalkan dalam tempoh enam hingga 12 bulan.Melalui program itu, jelasnya, pelajar dapat memahami asas pembinaan blockchain, kewangan tidak berpusat, kontrak pintar, menganalisa dalam pasaran digital aset kripto, dapat memastikan pelabur dan syarikat mematuhi undang-undang serta regulasi digital aset kripto.Katanya, pelajar yang menamatkan pengajian akan mendapat akses dalam jaringan hubungan antara Gabema Academy dan KLIEC dengan syarikat blockhain.Menurutnya, ia membolehkan pelajar mendapat sokongan dan bantuan dalam membina kerjaya yang sesuai dengan latar belakang dan kemahiran mereka sama ada sebagai tenaga pengajar, konsultan atau penganalisa.“Mereka juga boleh memilih untuk menggunakan kemahiran dan ilmu yang mereka pelajari dalam memulakan kerjaya sebagai usahawan dalam industri blockchain dan kewangan tidak berpusat.“Ia sama ada membina projek blockchain bagi kegunaan syarikat atau membawa produk blockchain ke pasaran Malaysia dengan bantuan dan sokongan dari Gabema Academy."Kesedaran mengenai blockchain masih rendah di kalangan masyarakat negara ini di mana hanya lima peratus sahaja yang mengetahuinya,” katanya.Sementara itu, Benjamin berkata, kerjasama akademi dan KLIEC adalah usaha bagi memenuhi permintaan profesional dalam bidang blockchain dan kewangan tidak berpusat yang semakin meningkat.Beliau berkata, peningkatan tersebut disebabkan kemajuan dan inovasi teknologi yang berkembang pantas di seluruh dunia."Orang ramai perlu merebut peluang keemasan ini untuk menjadi pakar dalam industri yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia," ujarnya.
4
19 Jun 2023 11:51am
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/264175/bisnes/auto-labur-catat-6348-transaksi
Auto Labur catat 6,348 transaksi
KEMPEN Jom Auto Labur (Auto Labur) kali kelima anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mencatatkan sebanyak 6,348 transaksi dengan potongan berjumlah RM2.6 juta.Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzaffar Othman berkata, kempen kali kelima itu menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM255,000 kepada 719 orang pemenang.Menurutnya, ASNB telah berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan.“Ini dapat dilihat menerusi penyertaan positif dalam Auto Labur yang mencatatkan sejumlah RM292 juta sejak dilancarkan empat tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.Sementara itu, pada 12 Jun lepas, ASNB telah meraikan para pemenang utama Kempen Jom Auto Labur tahun lalu yang bermula pada Oktober hingga Disember 2022.Beliau berkata, pemenang pertama Kempen Jom Labur kali kelima, Farisha Fran Anak Patrick, yang berasal dari Sibu, Sarawak berjaya membawa pulang sebuah Perodua Alza 1.5 AV.“Seramai tiga peserta berada di tempat kedua dalam kempen itu, Fanny Eva, Azuwiza Darus dan Nor Famiza Amielia Shuhaimi yang masing-masing memenangi sebuah Yamaha Y15ZR.Muzaffar“Diikuti seramai lima peserta memenangi tempat ketiga kempen tersebut iaitu Nur Kamilah Mazlan, Nurulhuda Mahat, Jumiah Katiman, Mohamad Razaleigh Zulkifli dan Nur Insyirah Binti Zulkhaire. Kesemua mereka berjaya membawa pulang sebuah Apple iPhone 14 128GB.“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pemenang-pemenang yang telah menyertai Kempen Jom Auto Labur,” kata Muzaffar.ASNB juga turut mengumumkan seramai 10 pemenang hadiah sagu hati berupa Apple iPad 64GB (WiFi Cellular) setiap seorang dan sebanyak 450 hadiah bulanan yang terdiri daripada unit-unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM100 setiap seorang.Sebanyak 150 hadiah bonus iaitu unit-unit ASB bernilai RM300 setiap seorang dan 100 hadiah khas sempena Penganjuran Minggu 2 Saham Amanah Malaysia 2022 yang lalu.“Kerajaan telah mengumumkan peningkatan had pelaburan ASB dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dari RM200,000 dinaikkan ke RM300,000. Saya ingin menyeru agar para pemegang unit menggunakan peluang ini demi manfaat diri sendiri dan keluarga,” kata Muzaffar.Sementara itu, pemenang hadiah pertama. Farisha berkata, pemotongan minima Auto Labur sebanyak RM50 adalah mengikut kemampuan beliau dan telah mendorong untuk berdaftar.Kemudahan Auto Labur di platform myASNB memanfaatkan perkhidmatan Direct Debit untuk memudahkan pelabur membuat pelaburan berkala secara automatik untuk akaun unit amanah mereka sendiri, akaun minor (Akaun Bijak/Remaja) dan pihak ketiga yang layak.Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2019, Auto Labur membantu para pelabur melabur secara konsisten mengikut kemampuan kewangan masing-masing melalui potongan terus daripada akaun bank pelabur tanpa sebarang caj.
4
19 Jun 2023 10:41am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264170/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin di tengah-tengah sentimen berhati-hati berterusan berkisarkan kepada pertumbuhan global.Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.6160/6205 berbanding dolar AS daripada 4.6130/6165 pada penutup Jumaat lalu.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dagangan ringgit dijangka kekal dalam julat yang ketat hari ini berikutan ketidaktentuan yang berlaku pada kadar dana Rizab Persekutuan Amerika Syarikat."Pelabur juga akan memantau testimoni Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell kepada Jawatankuasa Ekonomi Bersama pada Khamis untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana Fed akan menetapkan dasar monetarinya pada separuh kedua 2023,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9177/9235 daripada 5.9014/9059 pada Jumaat lepas tetapi menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2523/2557 daripada 3.2721/2748 serta mengukuh berbanding euro kepada 5.0481/0530 daripada 5.0503/0541 sebelumnya.Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain.Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2846/3041 daripada 13.2974/3140 minggu lepas dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4471/4510 daripada 3.4513/4542.Bagaimanapun, unit tempatan lebih rendah berbanding rupiah Indonesia pada 308.9/309.4 daripada 308.7/309.1 dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.30 daripada 8.26/8.27 minggu lepas. - Bernama
4
19 Jun 2023 09:34am
NORMAWATI ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264089/bisnes/bizfrancais-perak-sasar-pembiayaan-rm368-juta
BizFrancais Perak sasar pembiayaan RM3.68 juta
PERBADANAN Nasional Bhd (Pernas) menyasarkan potensi pembiayaan sehingga RM3.68 juta menerusi penganjuran program BizFrancais Perak 2023.Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, peruntukan itu bagi membiayai semua keperluan perniagaan termasuklah perbelanjaan modal, latihan dan kursus kepada usahawan yang menceburi sektor francais."Di Perak ini, kita nak galakkan lagi mereka menceburi francais."Mungkin ada antaranya baru berjinak-jinak, jadi dengan adanya program BizFrancais, Pernas dapat membantu mereka dari segi pembiayaan untuk mulakan perniagaan dan sebagainya," katanya sempena Program BizFrancais Perak 2023 di sini pada Ahad.Program dirasmikan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi dan Pembangunan Usahawan Perak, Salbiah Mohamed dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pernas, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek.Salbiah (tengah) merasmika Program BizFrancais Perak 2023 di Hotel Casuarina, Meru pada Ahad.BizFrancais Perak yang berlangsung di Hotel Casuarina, Meru itu merupakan siri jelajah pertama tahun ini.Selain Perak, program berkenaan akan diadakan di lima lagi negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang.Hazimah berkata, sejak diperkenalkan pada 2019, Pernas telah menganjurkan 16 siri program BizFrancais seluruh negara dan meluluskan RM14.94 juta pembiayaan.Katanya, bagi usahawan Perak pula, Pernas telah membiayai RM17.6 juta melibatkan pelbagai program perniagaan sejak 2004 hingga kini."Tahun ini, Pernas menyasarkan pembiayaan berjumlah RM6.13 juta melibatkan 22 syarikat di Perak," katanya.Pada program sama, Pernas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Sultan Abdul Aziz (USAS) bertujuan memberi pendedahan kepada graduan mengenai ekosistem francais.Menerusi MoU itu, Pernas akan menyediakan latihan modal insan dan konsultasi perniagaan, latihan keusahawanan, pembangunan perniagaan serta francais dan latihan industri.Selain itu, berlangsung sesi penyampaian cek replika dan sijil penghargaan kepada peserta Projek Excelerator, Program Pembangunan Francais serta surat tawaran program Transformasi Perniagaan (BIT) Pernas.Pernas turut menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada 200 golongan asnaf di negeri itu di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pernas Prihatin dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
4
18 Jun 2023 02:54pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263971/bisnes/88620-individu-guna-pinjaman-gopinjam-bernilai-rm911-juta---mof
88,620 individu guna pinjaman GOpinjam bernilai RM91.1 juta - MOF
SEBANYAK RM91.1 juta telah dikeluarkan melalui inisiatif GOpinjam, pinjaman peribadi berjangka pendek yang dibangunkan CIMB Bank Berhad (CIMB) dengan kerjasama TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) kepada 88,620 pelanggan individu sehingga akhir Mac 2023.Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan, 55 peratus daripada peminjam berkenaan ialah golongan belia berumur di bawah 30 tahun dengan pinjaman purata yang diberikan sebanyak RM1,500 seorang."GOpinjam merupakan sebahagian daripada agenda rangkuman kewangan CIMB yang ditawarkan melalui platform e-wallet TNGD untuk memenuhi keperluan kewangan sementara pelanggan yang tidak mempunyai akaun bank atau rekod kredit dan memerlukan pinjaman berjumlah kecil bagi tempoh singkat."Sebelum ini, mereka sukar mendapat akses dan mungkin terpaksa bergantung kepada pemberi pinjam tidak berlesen seperti Ah Long untuk mendapatkan pinjaman,” kata MOF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.MOF menjawab pertanyaan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) berhubung jumlah peminjam dan purata pembiayaan diluluskan khususnya golongan belia yang membuat pinjaman peribadi secara terus dengan institusi bukan kewangan seperti di Shopee (Sloan), TNGeWallet (GOPinjam) dan BigPay.Dalam menawarkan produk pembiayaan, MOF berkata, semua institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dikehendaki mematuhi keperluan yang digariskan bank pusat bagi memastikan layanan adil terhadap pengguna dan melindunginya daripada beban hutang berlebihan dan kesulitan kewangan."Langkah ini termasuk menjalankan penilaian kemampuan dan mematuhi nisbah khidmat hutang yang berhemat untuk memastikan pengguna mampu membayar balik pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan."Selain itu, institusi kewangan perlu memberikan maklumat penting berhubung produk bagi memudahkan pelanggan membuat keputusan tepat termasuk kadar faedah, jumlah faedah yang perlu dibayar pada sepanjang tempoh dan tindakan yang boleh diambil oleh bank sekiranya berlaku kemungkiran,” katanya.Menurut MOF, BNM sentiasa memantau dan memastikan insitusi kewangan bertindak secara adil ketika menawarkan perkhidmatan dan produk kewangan mereka kepada pelanggan."Sekiranya bank pusat mengesan sebarang amalan pasaran yang tidak adil dan boleh menyebabkan kemudaratan besar kepada pengguna kewangan, tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan yang sesuai dan tegas akan diambil,” katanya. - Bernama
4
17 Jun 2023 03:55pm
NORAFIZA JAAFAR
https://www.sinarharian.com.my/article/263936/bisnes/pkns-sasar-20-unit-azhara-cassia-terjual
PKNS sasar 20 unit Azhara, Cassia terjual
PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan pakej menarik bagi pembelian kediaman Azhara dan Cassia sempena Kempen Discover PKNS 2023 yang berlangsung di Antara Gapi Serendah pada Sabtu.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Hartanah) PKNS, Ir Md Kamarzan Md Rais berkata, antara pakej menarik ditawarkan termasuk diskaun selain PKNS turut menanggung kos perjanjian jual beli (SPA) kepada bakal pembeli kediaman berkenaan.Menurutnya, berbaki 20 unit rumah berkembar dua tingkat daripada keseluruhan 200 unit belum terjual setakat ini."Keistimewaan unit Cassia dan Azhara mempunyai reka bentuk moden dengan persekitaran selesa selain berhampiran Rawang Bypass yang memudahkan akses untuk ke Kuala Lumpur."Harga jualan adalah antara RM600,000 ke RM700,000 selepas diskaun dan menyasarkan baki unit tersebut mampu dijual sepenuhnya melalui kempen yang dijalankan hari ini," katanya selepas majlis perasmian Kempen Discover PKNS 2023@Antara Gapi pada Sabtu.Md Kamarzan (tengah) ketika majlis Discover PKNS Antara Gapi berlangsung di Tasik Antara Gapi pada Sabtu.Kempen tersebut berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad menawarkan pakej jualan Cassia berkeluasan 2,375 kaki persegi (harga asal RM731,000) dan Azhara berkeluasan 2,796 kaki persegi (RM835,000).Md Kamarzan berkata, pada kempen tersebut, PKNS turut perkenal projek baharu di perbandaran Antara Gapi membabitkan 90 unit rumah berkembar di Seksyen 6A bakal dibangunkan pada Ogos.Ujarnya, PKNS kini giat menambah baik fasiliti dan landskap Antara Gapi disusuli pembukaan galeri jualan bagi projek baharu berkenaan.Beliau berkata, pembukaan restoran makanan segera, McDonald's di Antara Gapi dijadualkan November ini juga dijangka bakal menarik pembeli hartanah di kawasan perbandaran tersebut.Antara Gapi merupakan sebuah perbandaran terancang seluas 952.57 ekar yang dibangunkan oleh PKNS sejak 1998 terdiri unit perumahan serta komersial.Perbandaran itu bertema panorama alam tropika menawarkan pelbagai kemudahan kepada pembeli antaranya Sekolah Kebangsaan Antara Gapi, pusat komersial, taman permainan serta kawasan rekreasi yang memberikan keselesaan dan kemudahan kepada penduduk sekitarnya.
4
17 Jun 2023 01:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263838/bisnes/rm137-trilion-ddi-diluluskan-sejak-2013---tengku-zafrul
RM1.37 trilion DDI diluluskan sejak 2013 - Tengku Zafrul
PELABURAN langsung domestik (DDI) kekal sama pentingnya kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) walaupun tumpuan diberikan kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang semakin pulih sejak pandemik Covid-19.Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebenarnya, DDI telah memainkan peranan yang sama dalam memastikan kesejahteraan firma dan usahawan tempatan dan dalam menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia."Dari tahun 2013 hingga suku pertama 2023, RM1.37 trilion DDI telah diluluskan, diterajui oleh sektor perkhidmatan dengan kira-kira RM1 trilion (RM1.0043 trilion atau 73.3 peratus), manakala sektor pembuatan menerima RM291. 8 bilion (21.3 peratus) dan sektor utama, RM73.9 bilion (5.4 peratus)."Kebanyakan daripada pelaburan ini, khususnya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan telah memupuk inovasi dan meningkatkan daya saing global Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran skim Pembiayaan Peluang Kedua Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), di sini pada Jumaat.Tengku Zafrul berkata, bagi pembuatan, perkhidmatan terpilih dan sektor utama di bawah bidang kuasa Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sejumlah 9,976 projek milik Malaysia telah diluluskan dengan pelaburan bernilai RM408 bilion dan ia mewujudkan hampir 490,000 (489,561) pekerjaan.Dalam menyedari kepentingan DDI kepada KDNK, beliau berkata, MITI bersama agensi penggalakan pelaburan utama Malaysia, MIDA telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk mewujudkan ekosistem perindustrian domestik kukuh dan menggalakkan pelaburan domestik.Menurutnya, Program Penyelarasan Rantaian Bekalan, MIDA mengintegrasikan syarikat tempatan ke dalam rantaian bekalan MNC dan LLC yang keupayaan teknologinya dimanfaatkan oleh syarikat domestik untuk meningkatkan daya saing mereka, contohnya MIDA-Perodua Digital Transformation Ecosystems (DTE)."Kedua, SME Desk MIDA yang beroperasi sebagai'pusat sehenti yang komprehensif menawarkan khidmat nasihat yang tidak ternilai berkaitan dengan kemudahan kerajaan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pada tahun 2022, hampir 1,200 PKS menggunakan platform ini, berfungsi sebagai pemangkin kepada PKS untuk mengatasi cabaran, merebut peluang dan berkembang maju dalam landskap perniagaan yang berkembang pesat hari ini."Ketiga, kerajaan juga telah memperkenalkan Dana Intervensi Industry4WRD, berperanan untuk menyokong PKS Malaysia dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan bagi mengguna pakai teknologi Industri 4.0,” katanya.Setakat 31 Mei 2023, Tengku Zafrul berkata, sebanyak 335 projek PKS berjumlah RM123 juta telah diluluskan di bawah Dana Intervensi Industry4WRD."Menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kami memberikan penekanan yang sama kuat untuk meningkatkan pelaburan domestik kerana kami mengiktiraf sumbangan penting DDI kepada ekonomi."Sehubungan itu, NIMP2030 juga bertujuan untuk memudahkan pertumbuhan, daya saing dan penyertaan syarikat tempatan dalam sektor nilai tambah yang lebih tinggi dengan meningkatkan kerumitan keseluruhan produk industri pembuatan kami, industri teknologi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bertenaga secara digital, memudahkan mencapai sasaran sifar bersih karbon negara, menjaga keselamatan ekonomi dan keterangkuman syarikat-syarikat berkenaan,” katanya.Menerusi NIMP2030 yang dimuktamadkan oleh MITI, kementerian mahu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pemindahan faedah FDI ke dalam ekonomi domestik dan merangsang DDI, kata Tengku Zafrul."Hubungan antara FDI dan DDI jarang berlaku dengan sendirinya. Tanpa dorongan dasar yang sesuai untuk mempertingkatkan hubungan sedemikian, FDI boleh berakhir dengan beroperasi sebagai ‘enklaf’ atau terpencil dalam ekonomi Malaysia,” katanya.Beliau berkata, salah satu pemboleh utama untuk semua ini adalah untuk merangka dan menggerakkan ekosistem pembiayaan yang lebih inovatif dan inklusif untuk perniagaan domestik dan PKS untuk terus hidup, berkembang maju dan mendapat manfaat daripada ekosistem FDI itu. - Bernama
4
16 Jun 2023 06:29pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263835/bisnes/th-sumbang-hampir-setengah-juta-naik-taraf-masjid-di-sabah
TH sumbang hampir setengah juta naik taraf masjid di Sabah
LEMBAGA Tabung Haji (TH) menyerahkan sumbangan hampir setengah juta ringgit di dua perkampungan daerah Kota Belud, Sabah menerusi program Musolla TH.Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, sumbangan sebanyak RM491,944.15 disalurkan bagi projek pembinaan surau Kampung Narinang dan menaik taraf Masjid Al-Hadhari Kampung Menunggui agar dapat memberi manfaat kepada 700 orang penduduk Islam di kawasan itu.“Sumbangan ini dapat menyediakan ruang ibadah untuk penduduk di Kampung Narinang yang menginap di atas tanah wakaf oleh 100 orang di mana 80 daripadanya adalah mualaf.“Menerusi program Musolla TH ini juga, sumbangan disalurkan bagi menaik taraf Masjid Al-Hadhari di Kampung Menunggui bagi menampung penambahan seramai 600 orang penduduk Islam di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambah beliau, pelaksanaan program kemasyarakatan tersebut adalah bagi menyediakan ruangan ibadah yang selesa dan kondusif di kawasan setempat dalam usaha memartabatkan syiar Islam.Menurut Ameen, kerja pembinaan surau Kampung Narinang dan membaik pulih masjid Kampung Menunggui dijangka mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.“Menerusi program ini diharap dapat menjaga kebajikan asnaf dan keperluan keluarga B40 serta mualaf miskin.“Usaha TH ini akan diteruskan dengan mengenal pasti kawasan yang memerlukan pembinaan surau baru atau menaik taraf masjid,” katanya.
4
16 Jun 2023 06:14pm
NORAFIZA JAAFAR
https://www.sinarharian.com.my/article/263805/bisnes/perodua-sumbang-ativa-kepada-perbadanan-wakaf-selangor
Perodua sumbang Ativa kepada Perbadanan Wakaf Selangor
PERBADANAN Wakaf Selangor (PWS) telah menerima sumbangan sebuah Perodua Ativa 1.0L Turbo AV daripada syarikat pengeluar kenderaan tersebut dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.PWS menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, sumbangan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) itu sebagai menghargai dan menyokong perjuangan PWS dalam mengurus serta mentadbir harta wakaf di Selangor.Menurutnya, satu majlis ringkas penyerahan kenderaan tersebut telah berlangsung di Bangunan Korporat Perodua Sungai Choh Rawang."Penyerahan kenderaan Perodua Ativa ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad kepada Pengerusi PWS, Datuk Ibrahim Md Yusof."PWS turut membuat pembelian sebuah Perodua Alza dan diserahkan pada majlis sama, " menurut kenyataan pada Jumaat.Turut hadir pada program itu, Timbalan Pengerusi PWS, Datuk Mohd Misri Idris dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Anuar Hamzah Tohar.
4
16 Jun 2023 04:19pm
IZWAN ROZLIN
https://www.sinarharian.com.my/article/263750/bisnes/hospital-pantai-cheras-labur-rm1-juta-untuk-pusat-dialisis
Hospital Pantai Cheras labur RM1 juta untuk pusat dialisis
HOSPITAL Pantai Cheras melabur sebanyak RM1 juta bagi mewujudkan sebuah pusat dialisis bagi memenuhi permintaan komuniti setempat.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rachel Yew berkata, sebanyak enam unit hemodialisis baharu telah ditempatkan di hospital berkenaan tahun ini.Menurutnya, unit baharu berkenaan mampu memberikan perkhidmatan dialisis kepada pesakit buah pinggang kronik (CKD).“Rawatan menggunakan mesin dialisis terbaharu ini selamat untuk membersihkan darah dan membuang bahan buangan seperti kalium dan urea serta lebihan air daripada darah.“Setiap pesakit dialisis akan menerima perkhidmatan tambahan yang merangkumi pengurusan anemia serta pemantauan cecair dan pemakanan,” katanya pada majlis perasmian Pusat Dialisis Hospital Pantai Cheras di sini pada Jumaat.Turut hadir Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Pakar Perunding Nefrologi, Dr. Ong Chun Seong.Jelas Rachel, dengan ada unit baharu ini sesi rawatan dialisis tawaran istimewa akan diberikan kepada 50 pelanggan pertama, diskaun 50 peratus untuk sesi dialisis kedua dan percuma untuk sesi dialisis ketiga untuk perkhidmatan dialisis pesakit luar.“Setiap pesakit akan menerima khidmat nasihat pakar diet untuk memastikan mereka mendapat pemakanan yang betul.Tambahnya lagi, kini nisbah 1 daripada 7 rakyat Malaysia mengalami penyakit buah pinggang kronik (CKD).“Pada tahun 2018, seramai 8,341 pesakit memerlukan rawatan dialisis, tetapi dalam tempoh kurang daripada setahun jumlahnya meningkat kepada 44,136 pesakit.“Malah menjelang 2040, bilangan pesakit memerlukan dialisis dijangka akan mencecah 106,000 orang,” ujarnyaSementara itu Pakar Perunding Nefrologi Dr. Ong Chun Seong berkata, terdapat dua sesi rawatan dalam sehari melibatkan 12 pesakit.“Setiap sesi akan mengambil masa empat jam dan pesakit akan menjalani rawatan tiga kali seminggu,” katanya.Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berharap agar mereka yang berisiko supaya membuat pemeriksaan kesihatan awal bagi mengesan sebarang penyakit.“Pengesanan awal penyakit buah pinggang boleh mencegah ianya dari menjadi teruk dan kritikal,” katanya.
4
16 Jun 2023 12:40pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/263737/bisnes/cimb-perkenal-penyelesaian-pembiayaan-asb
CIMB perkenal penyelesaian pembiayaan ASB
CIMB Bank Berhad (CIMB) dan CIMB Islamic Bank Berhad, telah memperkenalkan penyelesaian pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang inklusif bersama CTOS Digital (CTOS) and Sun Life Malaysia Takaful Berhad (SLMT).CIMB dalam satu kenyataan berkata, bermula 15 Jun 2023, pelanggan yang melanggan penyelesaian pembiayaan tersebut sepanjang tempoh kempen akan turut layak menerima Laporan Asas MyCTOS dengan CCRIS secara percuma, yang memberikan rumusan kesihatan kredit mereka.“Pelanggan juga boleh menikmati diskaun menarik untuk Laporan & Penilaian Kredit MyCTOS jika mereka memerlukan tinjauan yang lebih komprehensif mengenai situasi kewangan mereka.“Ini akan membantu mereka memahami serta menilai kedudukan kewangan mereka dengan lebih baik dan merancang dengan sewajarnya untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang mereka.“Di samping itu, pelanggan yang melanggan penyelesaian pembiayaan tersebut akan menerima perlindungan takaful untuk kemalangan peribadi 12 bulan secara percuma yang bernilai RM10,000."Faedah takaful ini termasuk kemalangan peribadi sebanyak RM5,000 untuk kematian/hilang upaya keseluruhan kekal dan tambahan RM5,000 untuk kematian akibat kemalangan,” jelas kenyataan itu.Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna dan Digital Kumpulan, CIMB Group berkata, Effendy Shahul Hamid berkata, CIMB percaya bahawa kemampanan perniagaannya adalah berkait rapat dengan pemerkasaan pelanggan kami.“Inisiatif ini menggalakkan usaha tersebut dan memastikan bahawa pelanggan yang mengakses pembiayaan ASB melalui kami juga akan diperkenalkan kepada konsep pengurusan kewangan dan insurans."Kami mengambil berat perkara ini sejajar dengan peranan kami untuk membina masyarakat yang inklusif, progresif dan celik kewangan.“Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan rakan kerjasama kami CTOS dan SLMT melalui penyelesaian nilai tambah yang inovatif ini, demi mempertingkatkan kebolehcapaian dan daya maju dana ASB untuk rakyat Malaysia, terutamanya komuniti M40 dan B40,” kata Effendy.Terbuka kepada warganegara Malaysia Bumiputera berumur 18 tahun dan ke atas, kemudahan Pembiayaan ASB CIMB menawarkan pembiayaan sehingga RM200,000, dengan tempoh pembiayaan antara lima hingga 40 tahun bagi tujuan melabur dalam dana ASB.CIMB komited untuk menggalakkan inisiatif kewangan yang inklusif melalui produk dan perkhidmatannya.
4
16 Jun 2023 11:43am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263694/bisnes/separuh-peruntukan-ipr-diagih-kepada-inisiatif-usahawan-tani
Separuh peruntukan IPR diagih kepada inisiatif Usahawan Tani
KEMENTERIAN Ekonomi menjelaskan sebanyak 50 peratus daripada RM750 juta peruntukan di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), diperuntukkan kepada Inisiatif Usahawan Tani (Intan).Menurut kementerian itu juga, berdasarkan anggaran awal, sebanyak 20 peratus daripada peruntukan berkenaan diagihkan untuk Inisiatif Usahawan Makanan (Insan) dan 30 peratus untuk Inisiatif Operator Perkhidmatan (Ikhsan).Berdasarkan Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu, sejumlah RM750 juta disediakan kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan Inisiatif IPR untuk tahun 2023.Sehubungan itu, kementerian menyasarkan untuk membantu sekurang-kurang 100,000 peserta daripada isi rumah miskin tegar, miskin dan B40 terutama bagi tiga inisiatif rintis di bawah IPR iaitu Intan, Insan dan Ikhsan."Ketiga-tiga inisiatif rintis ini dikenal pasti bagi menjana pendapatan secara mampan dan pada masa sama membantu mengatasi isu utama yang dibangkitkan pada masa ini."Ini termasuk mengatasi isu kos sara hidup yang tinggi, isu import bahan makanan yang tinggi dan isu pergantungan yang tinggi kepada buruh asing," demikian menurut kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis.Kementerian itu menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terenganu) yang ingin tahu mengenai pecahan peruntukan sebanyak RM750 juta bagi pelaksanaan IPR. - Bernama
4
15 Jun 2023 10:04pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263675/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-seiring-prestasi-mata-wang-serantau
Ringgit ditutup rendah seiring prestasi mata wang serantau
RINGGIT meneruskan momentum penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Khamis, seiring dengan prestasi mata wang serantau dan di tengah-tengah pendirian bank pusat AS yang kekal cenderung menaikkan kadar faedah, kata penganalisis.Pada jam 6 petang ini, ringgit berada di paras 4.6235/6280 berbanding dolar AS daripada 4.6195/6235 pada akhir urus niaga semalam.Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pasaran sememangnya bersedia dengan tindakan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menangguhkan kenaikan kadar faedah dan jangkaan peningkatan satu mata kepada 25 mata asas pada bulan ini.Bagaimanapun, bank pusat AS itu sebaliknya bertindak menaikkan kadar itu ke paras lebih tinggi iaitu pada panduan 50 mata asas yang merupakan kenaikan sebanyak dua kali."Tindakan itu lebih tinggi daripada jangkaan awal pasaran dan akibatnya dolar AS lebih mengukuh berbanding ringgit. Namun selepas kejutan awal itu reda, pasaran akan menumpukan kepada data ekonomi dan metrik inflasi berbanding panduan Fed."Memandangkan inflasi AS dijangkakan menurun pada musim panas ini, saya berpendapat bahawa dolar AS akan turut lemah sedikit. Pada masa sama, penyusutan ringgit juga berkemungkinan menghampiri paras kemuncaknya berikutan langkah China melaksanakan langkah rangsangan ekonomi yang akan mendorong eksport Malaysia ke negara itu,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, unjuran Kadar Dana Fed sebanyak 5.6 peratus menjelang akhir tahun daripada jangkaan 5.1 peratus sebelum ini, juga hanya membuktikan pendirian Fed yang kekal dengan pendirian menaikkan kadar faedahnya dari segi dasar monetari."Mungkin ini yang menyumbang kepada pengukuhan dolar AS pada hari ini,” katanya.Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia.Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2781/2816 daripada 3.3015/3046 namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.8543/8600 daripada 5.8423/8473 semalam dan susut berbanding euro kepada 5.0151/0200 daripada 4.9918/9962.Bagaimanapun, unit tempatan itu mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2783/2981 daripada 13.3192/3380 sebelum ini namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4442/4481 daripada 3.4433/4465.Ringgit juga meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 309.1/309.6 daripada 309.8/310.3 namun kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.26/8.27. - Bernama
4
15 Jun 2023 07:34pm
ADILA SHARINNI WAHID
https://www.sinarharian.com.my/article/263615/bisnes/petronas-bantu-tingkat-kecemerlangan-pelajar
Petronas bantu tingkat kecemerlangan pelajar
YAYASAN Petronas tampil membantu usaha kerajaan dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan melalui sumbangan kelengkapan persekolahan kepada 5,040 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di tiga negeri Pantai Timur.Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohamad Ahmad Shazly Ramli, berkata, sumbangan disampaikan menerusi program Memperkasakan Ilmu: Back to School 2023 (BTS 2023) di Kelantan, Terengganu dan Pahang.“Daripada jumlah itu, seramai 2,520 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah menerima sumbangan di 10 daerah di Kelantan.“Di Terengganu melibatkan 1,680 pelajar dan di Pahang seramai 840 pelajar,” katanya di sini pada Khamis.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Kelantan, Azhar Salleh yang menyampaikan sumbangan itu.Ahmad Shazly berkata, sumbangan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri“Setiap pelajar menerima satu set seragam sekolah, kasut, pakaian sukan dan alat tulis.“Sebagai tambahan, pelajar sekolah menengah menerima sebuah kalkulator saintifik,” ujar beliau.Mohammad Ahmad Shazly memberitahu syarikat itu akan terus komited dalam menghulurkan sumbangan demi kecemerlangan pendidikan negara.“Justeru, kami berharap sumbangan yang disampaikan, mampu membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk terus gigih dan aktif menuntut ilmu.“Kejayaan mereka akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara,” tambah beliau.
4
15 Jun 2023 04:07pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/263544/bisnes/maybank-islamic-lancar-ezywasiat
Maybank Islamic lancar EzyWasiat
SHAH ALAM - Maybank Islamic Berhad (Maybank Islamic) telah melancarkan EzyWasiat, perkhidmatan penulisan wasiat yang inovatif dan efisien untuk umat Islam di Malaysia pada Rabu.Maybank Islamic dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan digital baharu itu membolehkan pelanggan merancang dan menyiapsediakan wasiat mereka dengan lebih cekap dan teratur, selaras dengan syariah dan undang-undang faraid.“Platform EzyWasiat dibangunkan mengikut model bantuan unik di mana pelanggan akan dibantu secara langsung oleh penasihat pengurusan kekayaan patuh syariah atau pengurus hubungan yang akan menggabungkan algoritma faraid untuk memudahkan proses penulisan wasiat.“Pelanggan hanya perlu menyediakan dokumen yang betul, dan dengan bayaran serendah RM600, penulisan wasiat mereka boleh disempurnakan dalam masa 30 minit sahaja,” jelas kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, tujuan utama EzyWasiat adalah untuk memberikan kelapangan minda dalam pengurusan harta dan memastikan harta tersebut diuruskan dengan betul setelah pemergian individu.“Produk ini disasarkan kepada umat Islam dan tidak hanya terhad kepada mereka yang sudah lama berniat untuk menyediakan wasiat tetapi terhalang sama ada disebabkan oleh faktor kerumitan proses, kos atau kurangnya kemudahan,” kata kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, untuk menyediakan kemudahan itu kepada pelanggan, Maybank Islamic telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat fintech, CreateWills Sdn Bhd serta menggabungkan nasihat sokongan dan pegawai perhubungan pelanggan Maybank Islamic yang berdedikasi.Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, pelancaran EzyWasiat adalah selaras dengan aspirasi bank itu untuk membangunkan penyelesaian baharu dan inovatif yang dapat memberikan impak positif kepada komuniti secara meluas."Kami kekal komited untuk menerajui perbankan patuh syariah bukan sahaja di rantau ini malah serata dunia. Berbekalkan jalinan perkongsian pintar, kami berada pada kedudukan yang strategik untuk membuka jalan ke arah fasa pertumbuhan kewangan Islam yang seterusnya."Selain memenuhi janji kami terhadap kelestarian kewangan Islam, kami juga berusaha untuk mendigitalkan produk-produk kami dalam menawarkan penyelesaian kepada para pelanggan, maka tercetusnya kerjasama dengan CreateWills ini."Kerjasama antara Maybank Islamic dan CreateWills menandakan pencapaian penting dalam bidang perkhidmatan penulisan wasiat bagi umat Islam, khususnya dari segi perancangan harta patuh Syariah. Ia juga mengukuhkan komitmen Maybank Islamic untuk menjadikan perkhidmatannya mudah diakses oleh semua umat Islam di Malaysia," tambah Rafique.Sementara itu, Ketua Pengurusan Kekayaan dan Pembangunan Perniagaan Patuh Syariah Maybank Islamic, Ahmad Shareza Abdul Rahman berkata, dengan EzyWasiat, umat Islam dapat memanfaatkan perkhidmatan penulisan wasiat khusus untuk mereka yang menitikberatkan keperluan syarak dan perancangan masa hadapan demi orang yang tersayang."Dengan proses penulisan wasiat yang dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit dan struktur harga yang berpatutan, kami ingin memastikan agar tiada sesiapapun yang terkecuali daripada bantuan guaman perancangan harta yang berkualiti tinggi.“Malah, EzyWasiat yang berasaskan teknologi digital ini mudah untuk diubahsuai dari masa ke masa jika diambil kira realiti perubahan hidup dan peredaran masa yang dinamik," jelas Ahmad Shareza.
4
15 Jun 2023 12:02pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263529/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar-as-permintaan-lemah
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, permintaan lemah
NILAI ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan permintaan yang lemah walaupun Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar penanda arasnya pada 5.25 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam Rabu.Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.6210/6245 berbanding dolar AS daripada 4.6195/6235 pada penutup hari Rabu.Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, dengan perbezaan kecil antara kadar faedah semasa Malaysia iaitu 3.0 peratus, dolar AS boleh kehilangan daya tarikannya dalam jangka pendek dan sederhana, justeru, membuka ruang untuk peningkatan nilai ringgit dalam beberapa bulan akan datang.Beliau berkata, langkah terbaharu Fed juga menandakan perubahan penting dalam pendirian Fed, setelah menghabiskan 10 mesyuarat terakhir secara beransur-ansur menaikkan kadar faedah."Dari sudut teknikal, sekiranya gandingan ringgit-dolar AS (kadar) berjaya menembusi di bawah 4.5980, ia boleh susut serendah 4.5250 dalam beberapa hari,” katanya.Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, walaupun Fed mengekalkan kadar penanda aras pada 5.25 peratus, ia bagaimanapun terus kekal cenderung untuk menaikkan kadar faedah dan berusaha menurunkan kadar inflasi kepada paras sasarannya iaitu 2.0 peratus.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2899/2926 daripada 3.3015/3046 pada penutup Rabu tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.8497/8542 daripada 5.8423/8473 semalam dan turun berbanding euro kepada 5.0078/0116 daripada 4.9918/9962.Bagaimanapun, mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean lain.Ringgit rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 309.9/310.3 berbanding 309.8/310.3 pada penutup semalam.Bagaimanapun, mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2864/3022 daripada 13.3192/3380 pada Rabu, menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.4429/4460 daripada 3.4433/4465 semalam dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.27 from 8.26/8.27 sebelumnya. - Bernama
4
15 Jun 2023 10:48am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263343/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-sebab-kurang-permintaan
Ringgit dibuka rendah sebab kurang permintaan
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kekurangan permintaan walaupun Indeks Dolar AS (DXY) lebih rendah, kata seorang penganalisis.Pada 9 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.6190/6240 berbanding unit negara maju daripada 4.6115/6185 sewaktu ditutup pada Selasa.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan AS pada Mei berkemungkinan lebih rendah daripada jangkaan, membuktikan kadar inflasi AS semakin turun."Ini menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) telah mempamerkan kredibiliti untuk mengurangkan inflasi selepas menaikan kadar dasar sebanyak 500 mata asas sejak Mac tahun lepas."Mungkin sudah tiba masanya untuk Fed menilai semula tindakan mereka sebelum ini dan memungkinkan kadar inflasi turun tanpa perlu melaksanakan langkah memperketat monetari yang seterusnya,” katanya kepada Bernama.Sambil memaklumkan DXY susut sebanyak 0.3 peratus kepada 103.33 mata, beliau berkata ringgit diramal menerima rangsangan daripada kadar inflasi AS yang lebih rendah berikutan Fed mungkin menghentikan sementara kenaikan kadar dasar pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS lewat malam ini."Petunjuk teknikal kesemuanya memaparkan bahawa ringgit dalam keadaan terlebih jual berbanding dolar AS, oleh itu, kita mungkin menyaksikan peningkatan ringgit hari ini,” kata Mohd Afzanizam.IHP keseluruhan AS merosot kepada 4.0 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023, lebih rendah daripada anggaran konsensus 4.1 peratus.Malah, IHP teras turut menyederhana kepada 5.3 peratus pada bulan tersebut daripada 5.5 peratus pada Mei 2022.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan itu turun berbanding pound Britain kepada 5.8246/8309 daripada 5.7953/8041 sewaktu ditutup pada Selasa dan susut berbanding euro kepada 4.9839/9893 daripada 4.9823/9898 semalam, namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2983/3021 daripada 3.3043/3096 sebelum ini.Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN lain.Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4411/4453 daripada 3.4399/4454 pada Selasa, menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 310.7/311.2 daripada 310.2/310.8 semalam dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.26/8.28 daripada 8.24/8.26 sebelum ini.Bagaimanapun, mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.3155/3368 daripada 13.3442/3699 semalam. - Bernama
4
14 Jun 2023 10:23am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263293/bisnes/kontrak-ketua-pegawai-eksekutif-petronas-disambung
Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Petronas disambung
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, kontraknya yang akan tamat hujung bulan ini telah disambung.Tanpa menyelidik butiran kontraknya, beliau berkata, pemegang saham dan ahli lembaga pengarah Petronas akan menjadi pihak yang menjawab perkara itu."Kontrak saya telah dilanjutkan, dan saya rasa setakat itu yang saya boleh katakan. Selebihnya, anda perlu mendapatkan komen daripada pemegang saham dan lembaga pengarah,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) Edisi Kelima di sini pada Selasa.Pada Jun 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu mengumumkan pelantikan Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden dan CEO kumpulan syarikat minyak negara itu.Berkuat kuasa 1 Julai, 2020, Tengku Muhammad Taufik menggantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Malaysian Airlines Bhd yang baharu.Sementara itu, mengulas tema IEW tahun ini iaitu 'Peralihan Ke Arah Masa Depan Karbon Sifar Bersih', Tengku Muhammad Taufik berkata, walaupun peralihan sifar bersih adalah jalan ke hadapan, tetapi tidak perlu ada ada satu pendekatan tunggal, terutamanya di Asia yang mana negara-negara rantau itu memiliki tahap ekonomi dan kemajuan yang berbeza."Jangan silap, semua orang mengakui perubahan iklim adalah nyata, terdapat keperluan bagi menangani pemanasan global, dan kami juga harus mengakui untuk mematuhi had Perjanjian Paris."Tetapi dengan mengenakan hanya satu kaedah sebagai cara yang betul adalah tidak terpakai, terutamanya bagi konteks Asia yang mana kita masih perlu berkembang, terdapat hak untuk kemakmuran. Kita mempunyai negara yang mempunyai tahap kekayaan dan kemajuan ekonomi yang berbeza. Anda tidak boleh mengenakan satu kaedah, satu pendekatan kepada setiap negara di Asia,” katanya.Tengku Muhammad Taufik berkata, Sarawak telah mengambil pendirian untuk pandang ke hadapan dalam menyediakan ekosistem tenaga penyahkarbonan."Ia adalah satu cabaran kerana teknologi masih perlu matang, tetapi langkah pertama mereka (Sarawak) untuk berada di kedudukan itu (adalah terpuji) sama ada (contohnya) bekerjasama dengan kami (Petronas) untuk mengusahakan bahan api bio berasaskan alga untuk bahan api penerbangan yang lebih mampan dan banyak lagi inisiatif lain."Bersama-sama dengan menghijaukan sistem tenaga dan elektrik melalui lebih banyak kuasa hidro, saya rasa langkah yang diambil oleh Sarawak sememangnya untuk menyediakan ekonominya ke arah pengurangan karbon,” tambah beliau. - Bernama
4
13 Jun 2023 09:10pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263290/bisnes/minyak-sawit-malaysia-tidak-diubah-suai-secara-genetik---mpob
Minyak sawit Malaysia tidak diubah suai secara genetik - MPOB
MINYAK sawit Malaysia tidak diperoleh daripada sebarang mekanisme yang diubah suai secara genetik (GM), kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Biologi dan Penyelidikan Kelestarian MPOB, Meilina Ong-Abdullah berkata, MPOB sedang menjalankan penyelidikan mengenai GM sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan masa hadapan."GM adalah sebahagian daripada sasaran penyelidikan yang kami ada. Kita memang ada sistem yang berterusan... sama ada berjaya atau tidak, ia masih perlu diuji."Penyelidikan sedang dijalankan daripada segi penggunaan teknologi untuk menambah baik dan mendapatkan kualiti minyak lebih baik. Kami menggunakan teknologi kerana ia adalah kunci untuk mendorong potensi kelapa sawit melalui pengubahsuaian genetik,” katanya pada Persidangan Penanam Antarabangsa ke-10 (IPC 2023) hari ini.Selain itu, MPOB juga menggunakan penyuntingan genom genetik selain daripada kaedah kejuruteraan genetik yang lain, kata Meilina.Setiap tanaman mempunyai had daripada segi hasil, justeru GM dan penyuntingan genom akan membolehkan lebih banyak pengeluaran minyak sawit."Kami boleh mengubah suai gen untuk meningkatkan hasil, GM dan penyuntingan genom membolehkan kami berinovasi melebihi potensi genetik tanaman biasa."Secara teorinya, potensi hasil adalah 18 tan sehektar tetapi secara praktikalnya ia hanya menghampiri 13.6 tan sehektar. Tetapi dengan pengeditan GM dan genom, kami boleh menghasilkan lebih banyak minyak sawit,” katanya.Penyuntingan genom atau gen ialah sekumpulan teknologi yang membolehkan saintis mengubah asid deoksiribonukleik (DNA) organisma, teknologi tersebut dapat menambah, membuang atau mengubah bahan genetik pada lokasi tertentu dalam genom.Melina berkata, daripada segi penerimaan orang ramai, ia masih dipersoalkan mengenai GM dan penyuntingan genom."Ia tidak berbahaya....ia pada asasnya adalah sedikit perubahan, penyingkiran gen, menyunting apa sahaja yang ada. Ia lebih diterima oleh pengguna kerana kita tidak meletakkan sebarang gen ‘alien’ (asing) ke dalam organisma."Suntingan genom dianggap lebih diterima oleh orang ramai dan telah terbukti kerana orang ramai mengambil kacang soya, sebagai contoh. Ia selamat, ia hanya persepsi orang ramai,” katanya. - Bernama
4
13 Jun 2023 08:40pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263277/bisnes/malaysia-raih-komitmen-pelaburan-teknologi-digital-rm83-bilion
Malaysia raih komitmen pelaburan teknologi digital RM8.3 bilion
MALAYSIA meraih komitmen pelaburan sebanyak RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital semasa misi pelaburan ke Minggu Teknologi London 2023 yang diketuai Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Pelaburan ini dijangka mencipta tidak kurang daripada 1,800 pekerjaan bernilai tinggi, umum beliau pada majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan International Data Centre Authority (IDCA) di sini.Selain itu, MDEC juga mengadakan pertukaran kerjasama dengan UK-ASEAN Business Council (UKABC) dan Commonwealth Enterprise and Investment Council.Semasa acara itu, Sunway Group turut menandatangani MoU dengan Wippd dan pengumuman pelaburan lain dibuat oleh sembilan syarikat terkemuka dari United Kingdom (UK) termasuk Access Group, Dataswyft, TPP, Activpayroll, Ekco, Yondr Group, GBG, Hamilton Barnes dan MMOB.Fahmi berkata kejayaan ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap rangka kerja kukuh Malaysia Digital (MD), yang merupakan inisiatif strategik nasional yang memacu ekonomi digital berada di landasan tepat seiring dengan visi Malaysia Madani.Menerusi misi ini, Fahmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz turut mengadakan sesi meja bulat berkenaan inisiatif MD bersama tokoh-tokoh dan eksekutif perniagaan.Beliau juga dijadual memberikan ucap tama bertajuk "Opportunities in ASEAN” pada Minggu Teknologi London 2023 serta menjadi salah seorang ahli panel pada sesi Global Tech Stage. - Bernama
4
13 Jun 2023 07:39pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263271/bisnes/ringgit-ditutup-tinggi-sedikit-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
RINGGIT ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa menjelang pengumuman indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) untuk Mei lewat hari ini.Pada ja 6 petang, mata wang tempatan itu ditutup pada 4.6115/6185 berbanding dolar AS 4.6175/6220 ketika ditutup pada Isnin.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS berkemungkinan mengekalkan Kadar Dana Fed (Rizab Persekutuan AS) semasa mesyuarat pada 13-14 Jun."Tetapi persoalan yang lebih penting ialah sama ada ia akan meneruskan kempen kenaikan kadar semula pada Julai dan seterusnya. Sehubungan itu, ringgit dijangka akan berada pada jajaran julat yang kecil dalam tempoh terdekat sehingga lebih banyak penjelasan mengenai jangkaan terhadap kadar faedah di AS,” katanya.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7953/8041 daripada 5.8157/8214 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3043/3096 daripada 3.3162/3197, tetapi jatuh berbanding euro kepada 4.9823/9898 daripada 4.9804/9853 sebelumnya.Bagaimanapun, mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4399/4454 daripada 3.4408/4444 pada Isnin dan lebih tinggi sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 310.2/310.8 berbanding 310.6/311.0 semalam.Mata wang tempatan itu, bagaimanapun, turun berbanding baht Thailand kepada 13.3442/3699 daripada 13.3400/3599 sebelum ini dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.26 daripada 8.23/8.25. - Bernama
4
13 Jun 2023 07:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263253/bisnes/troli-pintar-ezycart-bakal-digunakan-di-pasar-raya-terkemuka
Troli pintar EzyCart bakal digunakan di pasar raya terkemuka
TROLI beli-belah pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI), EzyCart, yang merupakan produk inovasi tempatan akan digunakan di pasar raya besar terkemuka di Malaysia seperti Redtick, Lotus’s dan Jaya Grocer.Dibangunkan melalui kerjasama NanoMalaysia Bhd dan penyedia penyelesaian automasi runcit berasaskan AI, Retailetics Sdn Bhd, produk pintar itu mempunyai teknologi seperti imbasan kod bar, pengesahan berat barangan dan gabungan sensor ciri canggih yang dapat mengelak risiko kecurian.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NanoMalaysia, Dr Rezal Khairi Ahmad berkata, EzyCart itu, yang dilengkapi dengan sistem e-dompet, juga membantu pengguna mencari produk di rak barangan serta menggunakan bahan antibakteria berasaskan teknologi nano bagi memastikan ia sentiasa bersih.Ditemui selepas pelancaran EzyCart oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang di Redtick Putrajaya pada Selasa, beliau berkata, NanoMalaysia memperuntukkan dana RM1 juta bagi pembangunan troli tersebut.Lih Kang (kiri) melancarkan troli pintar EzyCart di Putrajaya pada Selasa. - Foto BernamaBuat permulaan, katanya, EzyCart akan diaplikasikan di Redtick Putrajaya dengan sebanyak 10 troli diletakkan di pasar raya itu."Kita (NanoMalaysia) juga akan membimbing Retailetics bagi tujuan pemasaran produk sehingga dapat menembusi pasaran rantau Asia Tenggara," katanya.NanoMalaysia ditubuhkan pada 2011 sebagai syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk bertindak sebagai sebuah entiti perniagaan yang diamanahkan dengan aktiviti pengkomersialan dan perindustrian nanoteknologi menerusi model pembangunan usaha sama. - Bernama
4
13 Jun 2023 05:54pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/263196/bisnes/ifpsb-ptppg-tandatangani-moa-bina-empayar-bekalan-ayam
IFPSB, PTPPG tandatangani MoA, bina empayar bekalan ayam
[DIKEMAS KINI] GLOBAL Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) menerusi Ikhwan Fateh Poultry Sdn Bhd (IFPSB) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama PT. Putra Perkasa Genetika (PTPPG) sebagai usaha dalam membina empayar bekalan ayam di negara ini.Pengerusi Eksekutif GISBH, Nasiruddin Mohd Ali berkata, usaha itu secara langsung dapat mewujudkan tabungan bekalan ayam dalam negara sekaligus membantu kerajaan dari segi keterjaminan makanan.“Di GISBH ini kami dah buat penyelidikan, cari pengalaman berkenaan hal ayam ini sudah lebih lima tahun termasuklah kami tengok di Turkiye, Mesir macam mana (pengurusannya). Rupanya baka ayam ini kita tengok, tidak ada orang Islam yang menguruskan.“Empayar ayam itu maksudnya kita ada bekalan dan makanan, maknanya itu milik kita. Macam Eropah dan sebagainya, mereka ada (ayam) milik mereka sendiri, tetapi atas nama orang Islam, kita tidak ada.“Jadi ini cita-cita dalam GISB untuk mewujudkan satu empayar ayam yang sekarang kita dah berjalan dan hampir 90 peratus dan tunggu mendapat kelulusan daripada kerajaan Malaysia sahaja,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Nasiruddin (kiri) menghadiahkan plak Taburan Cawangan GISB Holding kepada Menteri Pertanian Republik Indonesia, Dr Syahrul Yasin Limpo.Ujar beliau, perjanjian tersebut disaksikan sendiri oleh Menteri Pertanian Republik Indonesia, Dr Syahrul Yasin Limpo di sebuah hotel di Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia pada Jumaat.Menurutnya, MoA itu juga bagi mengelakkan harga ayam daripada dimonopoli oleh golongan kapitalis di negara ini.“Maknanya sebagai orang Islam, kita boleh kawal harga dan bagi (bekalan ayam) kepada semua orang, bukan seperti syarikat kapitalis. Sesetengah orang bila ada lebihan ayam, mereka bakar ayam dan sebagainya, itu yang kita pernah dengar.“Dalam Islam, kalau ada lebih maknanya kita ada tabungan ayam. Kita dah senaraikan nama-nama orang miskin ini, kita bagi (anak ayam) pada mereka, buat macam penternakan ayam kontrak.“Lepas itu, kita bagi makanan dan sebagainya, mereka tinggal jaga (anak ayam) sahaja. Kemudian, kita ambil balik, jadi tidak ada sebab kenapa kita perlu bakar anak-anak ayam,” ujarnya.
4
13 Jun 2023 02:37pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/263136/bisnes/dosz-coffee-sasar-buka-100-outlet-seluruh-negara
Dosz Coffee sasar buka 100 outlet seluruh negara
[DIKEMAS KINI] DOSZ Coffee melancarkan pembukaan outlet kelapan di kawasan Lembah Klang sempena menyambut ulang tahun yang pertama bagi jenama itu pada Isnin.Pengurusnya, Effendy berkata, pihaknya menyasarkan untuk membuka sebanyak 100 outlet dalam tempoh tiga hingga lima tahun ini susulan jenama tersebut berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan orang ramai khususnya penggemar kopi.“Insya-ALLAH sasaran saya tahun ini kita akan ada sekurang-kurangnya 15 outlet dan pada bulan Julai depan kita akan buka satu (cawangan) di Nilai, Negeri Sembilan yang mana kita buat satu konsep kedai ‘eco-friendly’ (mesra alam).“Objektif kami sepanjang tiga hingga lima tahun ini, memang (kita sasar buka) 100 outlet. Paling hampir bulan depan (kita akan buka cawangan) di Melaka, Pulau Pinang dan Johor Baharu.“Kami memang tak sangka berjaya kembangkan perniagaan kami secepat ini tetapi alhamdulillah ramai yang hubungi kami melalui Instagram, tanya bila nak buka (cawangan) di Damansara dan sebagainya. Jadi saya rasa sambutan yang amat menggalakkan dari mereka,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Ulang Tahun Pertama Dosz Coffee dan pelancaran outlet terbarunya di lobi Menara Allianz Central pada Isnin.Ujar Effendy, pihaknya juga bakal melancarkan sistem aplikasi bagi memudahkan proses pembelian dan pembayaran untuk pelanggan.Menurutnya, Dosz Coffee selaku jenama tempatan mampu bersaing berkembang lebih jauh, setanding dengan produk-produk kopi luar negara yang lain meskipun berada di pasaran selama setahun lebih.“Dari segi penghantaran, buat masa sekarang ini, kita ada Grab, FoodPanda dan Shopee. Sekarang ini, saya juga sedang berurusan dengan pihak pembekal lain untuk membekalkan perkhidmatan penghantaran.“Insya-ALLAH kami akan cuba menaikkan industri kopi di Malaysia ini, yang mana kita harap dengan sokongan dari orang ramai dan mengetengahkan penggunaan bahan berkualiti semuanya daripada pasaran tempatan,” ujarnya.Dalam pada itu, Pengurus Besar Operasi Dosz Coffee, Mohd Fariq Khalid berkata, selain menawarkan harga yang berpatutan, menu Dosz Coffee juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana ia menggunakan bahan-bahan berkualiti daripada jenama pasaran tempatan.“Sebenarnya kita memang menyokong dan nak memajukan jenama tempatan, sebab kita tengok susah di Malaysia ini untuk produk lokal maju.“Jadi saya sasar, kita nak eksklusifkan jenama Dosz Coffee dan bahan-bahan produk tersebut. Sekarang (kita tengah kaji) macam mana nak buat jenama Dosz Coffee ini pegi lagi jauh,” jelasnya.
4
13 Jun 2023 09:26am
ASWANY OMAR
https://www.sinarharian.com.my/article/263109/bisnes/umk-meterai-kerjasama-tiga-universiti-asia-tenggara
UMK meterai kerjasama tiga universiti Asia Tenggara
UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Sains Data dan Pengkomputeran (FSDK) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Fatoni, Thailand dan Antsbees Sdn Bhd sempena Karnival TechnoConnect 2023.Kerjasama strategik itu melibatkan bidang akademik, penyelidikan dan pelaksanaan program eksekutif dalam bidang data analitik.Majlis menandatangani MoU berkenaan disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razli Che Razak manakala Universiti Fatoni diwakili oleh Timbalan Rektor (Hubungan Antarabangsa dan Alumni), Prof Madya Dr Sukree Langputeh dan Ketua Pegawai Eksekutif Antbees Sdn Bhd Sofian Sharin.Dr Razli berkata, MoU merangkumi beberapa inisiatif termasuk usaha menyokong pertumbuhan ekonomi digital.Menurut beliau, FSDK merupakan antara usaha universiti untuk melahirkan graduan berkualiti dari bidang Sains Data dan Kepintaran Buatan.“Permintaan kerja yang semakin mendadak dalam bidang ini juga telah menjadi pemacu utama pertumbuhan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia."Ekonomi di negara ini sudah berkembang selepas pandemik Covid-19 menggalakkan peningkatan permintaan untuk penyelesaian digital dalam pelbagai sektor, termasuk kewangan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan e-dagang,” katanya.Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Che Mohd Hashim Abdullah dan Pengerusi Antsbees Sdn Bhd, Datuk Mat Noor Nawi.Pada majlis sama, Dr Razli turut merasmikan pelancaran Fakulti FSDK selain meraikan kejayaan penarafan jabatan (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Sains Data) kepada fakulti.Sebelum itu, UMK turut menandatangani MoU antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan MOA Universitas Mercu Buana (UMB), Indonesia.Sementara itu, Dekan FSDK, Dr Hasyiya Karimah berkata, dengan kerjasama akademik antara tiga Universiti di Asia Tenggara membuktikan FSDK dan UMK berada di peringkat antarabangsa.“Pelbagai aktiviti akan dijalankan melalui kerjasama ini seperti program mobiliti pelajar, pertukaran staf akademik dan pelantikan profesor pelawat," katanya.
4
12 Jun 2023 09:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263100/bisnes/ringgit-terus-lemah-berbanding-dolar-as
Ringgit terus lemah berbanding dolar AS
RINGGIT meneruskan momentum lemah menjelang akhir dagangan hari ini untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).Seorang penganalisis berkata, momentum lemah itu berlaku berikutan pelabur mengalihkan tumpuan kepada tiga mesyuarat bank pusat utama pada minggu ini.Pada 6 petang, mata wang tempatan ditutup pada 4.6175/6220 berbanding dolar AS daripada 4.6115/6160 sewaktu ditutup pada Jumaat.Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit bergelut untuk tidak selari daripada kelemahan yuan menjelang data aktiviti China yang akan dikeluarkan pada Jumaat."Di luar rantau ini, fokus pada minggu ini adalah kepada tiga bank pusat utama, Rizab Persekutuan (Fed) AS, Bank Pusat Eropah (ECB) dan Bank of Japan."Walaupun prospek kenaikan kadar ECB adalah negatif terhadap ringgit berbanding mata wang Eropah lain, semua tukaran asing Asia tertumpu kepada Fed yang dijangka dengan pendirian cenderung untuk menaikkan kadar faedah dan menandakan kenaikan kadar pada Julai, yang masih menjejaskan ringgit daripada perspektif perbezaan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.Bagaimanapun, pelabur ringgit masih bimbang dengan ekonomi China."Sehubungan itu, sekiranya data aktiviti China pada minggu ini adalah tidak memberangsangkan, keadaan ini boleh menyebabkan People’s Bank of China untuk melemahkan mata wang itu menerusi penurunan kadar dan ringgit kemudiannya akan merosot."Sekiranya pihak Fed masih berpendirian untuk menaikkan kadar faedah, satu lagi kenaikan daripada ECB, dan kemungkinan penurunan kadar dari China boleh memberikan kesan negatif di peringkat tempatan dalam jangka pendek,” kata Innes.Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 5.8157/8214 daripada 5.7819/7875 sewaktu ditutup pada Jumaat, rendah berbanding euro kepada 4.9804/9853 daripada 4.9611/9659 dan yen Jepun iaitu 3.3162/3197 daripada 3.3022/3059 sebelum ini.Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4408/4444 daripada 3.4294/4330 pada Jumaat, menyusut berbanding baht Thailand kepada 13.3400/3599 daripada 13.3196/3376, hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 310.6/311.0 daripada 310.6/311.2 dan berada pada 8.23/8.25 berbanding peso Filipina daripada 8.23/8.24. - Bernama
4
12 Jun 2023 08:08pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263097/bisnes/axiata-ncell-sahkan-penerimaan-anugerah-timbang-tara-icsid
Axiata, Ncell sahkan penerimaan Anugerah Timbang Tara ICSID
AXIATA Group Berhad (Axiata) yang merupakan syarikat induk Ncell Axiata Limited, mengesahkan penerimaan anugerah timbang tara daripada Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID).Anugerah itu sekali gus menolak dakwaan yang dikemukakan oleh Axiata Investments UK Limited, anak syarikat milik penuh Axiata dan Ncell Axiata Limited terhadap Republik Demokratik Persekutuan Nepal.Menurut Kenyataan Axiata, prosiding timbang tara ICSID (No. Kes ARB/19/15) yang dimulakan oleh Axiata Uk serta Ncell itu melibatkan tuntutan di bawah Perjanjian bertarikh 2 Mac 1993 antara Kerajaan United Kingdom, Ireland Utara dan Kerajaan Nepal.Katanya, perjanjian itu bertujuan untuk promosi dan Perlindungan Pelaburan (BIT) yang berkaitan dengan kelakuan Nepal terhadap Ncell (Timbang Tara BIT) serta pemerolehan Axiata UK bagi pegangan saham tidak langsung 80 peratus dalam Ncell pada 2016 (Transaksi)."Tribunal yang ditubuhkan menurut Perkara 37(2)(b) Konvensyen ICSID (Tribunal) untuk mempengerusikan kes itu pada 9 Jun 2023 telah memberikan anugerah yang menolak tuntutan yang dibuat oleh Axiata UK dan Ncell (Anugerah)."Ia turut menyatakan dalam Anugerah itu bahawa Nepal harus mengelak daripada menuntut apa-apa cukai, yuran, penalti atau faedah selanjutnya berhubung dengan transaksi.Tambah Axiata, pengumuman lanjut akan dibuat atas perkembangan material yang timbul daripada perkara tersebut."Kami mengucapkan terima kasih kepada ICSID dan semua peserta dalam prosiding ini dan akan terus terlibat dengan Kerajaan Nepal (GoN) secara konstruktif."Axiata dan Ncell telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan sosioekonomi Nepal secara tidak langsung menyokong lebih daripada 25,000 pekerjaan dan menghubungkan lebih 16 juta pelanggan merentas rangkaiannya," ujarnya.Menurut Axiata, di bawah Tanggungjawab Sosial Korporatnya, Ncell telah melabur lebih daripada NPR1.75 bilion dalam pelbagai projek yang merangkumi pendidikan, kesihatan dan alam sekitar.“Kedua-dua syarikat tetap komited sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan mereka di Nepal,” katanya.
4
12 Jun 2023 07:50pm
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
https://www.sinarharian.com.my/article/263095/bisnes/rtc-kelantan-sasar-jualan-rm350-juta-tahun-ini
RTC Kelantan sasar jualan RM350 juta tahun ini
PUSAT Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Tunjong, di sini menyasarkan jualan RM350 juta pada tahun ini.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bermula Januari hingga Mei tahun ini sebanyak RM122 juta nilai jualan telah direkodkan."Melihat kepada jumlah itu, kita optimis sasaran itu mampu dicapai."Pada masa sama, FAMA turut menjangkakan seramai 1.5 juta orang akan berkunjung ke RTC Kelantan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Menurut beliau, sepanjang tahun lalu sebanyak RM320 juta nilai jualan berjaya direkodkan.Ujarnya, kawasan ini berperanan sebagai sebuah pusat pembekalan dan pengedaran hasil tani serta produk makanan.Mohamad memberitahu, RTC Kelantan menjadi jambatan penghubung antara pengeluar dan pembekal bahan mentah kepada pengguna."Lokasi ini merupakan pusat pemasaran hasil pertanian borong dan runcit yang utama di negeri ini."Pemodenan kaedah niaga dalam kalangan penjaja kecil dapat ditambah baik di bawah satu bumbung."Ia meliputi aspek seperti penyediaan premis dan kemudahan yang lebih tersusun, bersih serta dapat memberi keselesaan kepada pengunjung selain meningkatkan pendapatan usahawan termasuklah penjaja," katanya.Menurut beliau, pada masa ini komponen yang sedia ada terdiri daripada Blok Pentadbiran, Blok Peruncitan, Blok Pemborongan dan Blok Pelbagai.Tambah Mohamad, RTC Kelantan turut mempunyai, medan selera, tapak florikultur, pasarina dan tapak ekspo."Kawasan ini menyediakan lot niaga bagi semua komponen utama dengan jumlah peserta seramai 805 orang yang beroperasi setiap hari," katanya.
4
12 Jun 2023 07:46pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263066/bisnes/stok-minyak-masak-malaysia-meningkat-126-peratus-pada-mei
Stok minyak masak Malaysia meningkat 12.6 peratus pada Mei
JUMLAH stok minyak sawit Malaysia meningkat 12.6 peratus kepada 1.69 juta tan pada Mei 2023 daripada 1.50 juta tan pada bulan sebelumnya.Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dalam laporan prestasi terkini industrinya, berkata, inventori minyak sawit mentah (MSM) naik 10.7 peratus kepada 921,800 tan bulan lepas daripada 832,966 tan pada April.Sementara itu, stok minyak sawit yang diproses naik 15.1 peratus kepada 764,982 tan daripada 664,651 tan sebelum ini.Pengeluaran MSM meningkat 26.8 peratus kepada 1.52 juta tan pada Mei daripada 1.20 juta tan pada bulan sebelumnya, manakala pengeluaran isirung sawit naik 25.1 peratus kepada 367,689 tan daripada 293,919 tan.Bagaimanapun, MPOB berkata, eksport minyak sawit susut 0.8 peratus atau 8,521 tan kepada 1.08 juta tan pada Mei daripada 1.09 juta tan sebelum ini manakala eksport oleo kimia meningkat 2.5 peratus kepada 227,043 tan.Sementara itu, eksport biodiesel melonjak 219.8 peratus kepada 13,568 tan pada Mei berbanding 4,242 tan bulan sebelumnya, eksport dedak isirung sawit meningkat 4.2 peratus kepada 177,877 tan daripada 170,772 tan sebelum ini, dan eksport minyak isirung sawit naik 6.1 peratus kepada 93,804 tan daripada 88,447 tan pada April.Jumlah import MSM kekal sifar pada Mei, manakala jumlah import minyak sawit melonjak 87.7 peratus kepada 80,926 tan berbanding 43,118 tan bulan sebelumnya. - Bernama
4
12 Jun 2023 04:36pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263057/bisnes/perdagangan-borong-runcit-malaysia-tumbuh-63-peratus-pada-april
Perdagangan borong, runcit Malaysia tumbuh 6.3 peratus pada April
PERDAGANGAN Borong dan Runcit Malaysia mencatat nilai jualan berjumlah RM136.0 bilion, meningkat sebanyak 6.3 peratus tahun ke tahun pada April 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang meningkat 12.9 peratus atau RM6.9 bilion kepada RM60.5 bilion manakala perdagangan borong juga menokok 3.2 peratus atau RM1.9 bilion kepada RM60.9 bilion."Bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan perdagangan borong dan runcit turun -1.8 peratus berikutan penyusutan bagi subsektor kenderaan bermotor dan perdagangan borong masing-masing -19.8 peratus dan -1.1 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.Subsektor kenderaan bermotor pada turun 5.1 peratus kepada RM14.6 bilion, dipengaruhi oleh jualan kenderaan bermotor yang merosot -17.3 peratus atau RM1.4 bilion kepada RM6.8 bilion.Beliau berkata, selain itu jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal turut menguncup -29.8 peratus."Bagi perbandingan bulanan, subsektor ini turut merekodkan pertumbuhan negatif sebanyak -19.8 peratus, disebabkan oleh kejatuhan pada jualan kenderaan bermotor dengan -33.5 peratus,” katanya.Mohd Uzir berkata, dari segi prestasi rentas subsektor, pertumbuhan pertumbuhan subsektor perdagangan runcit mencatat 12.9 peratus pada April 2023, disokong oleh jualan runcit bagi kedai bukan pengkhususan yang meningkat 18.0 peratus atau RM3.6 bilion kepada RM23.4 bilion.Kumpulan lain dalam subsektor tersebut yang turut merekodkan pertumbuhan positif adalah jualan runcit di kedai pengkhususan 17.4 peratus; jualan runcit bahan api kenderaan 19.6 peratus dan jualan runcit makanan, minuman dan tembakau 15.1 peratus."Kenaikan 3.2 peratus bagi subsektor perdagangan borong pula disumbangkan oleh jualan borong makanan, minuman dan tembakau yang meningkat sebanyak RM900 juta atau 7.7 peratus kepada RM12.1 bilion."Ini diikuti oleh jualan borong barangan isi rumah (5.4 peratus) dan jualan borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup (5.1 peratus),” katanya.Menurut Mohd Uzir, indeks volum perdagangan borong dan runcit pada April 2023 mencatat pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 4.7 peratus yang disumbangkan oleh perdagangan runcit (10 peratus) dan perdagangan borong (3.4 peratus)."Indeks volum pelarasan musim pula meningkat 6.5 peratus bagi bulan ke bulan,” katanya. - Bernama
4
12 Jun 2023 03:02pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/263064/bisnes/malaysia-catat-jumlah-perdagangan-rm28-trilion-pada-2022
Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022
MALAYSIA mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).Eksport meningkat 25 peratus kepada RM1.6 trilion pada 2022 berbanding RM1.2 trilion pada 2021, manakala import meningkat 31.3 peratus kepada RM1.3 trilion berbanding RM987.3 bilion setahun sebelumnya, katanya dalam satu kenyataan sempena laporan Statistik Perdagangan Malaysia Mengikut Negeri 2023 pada Isnin.Ia berkata, tujuh negeri mencatatkan pertumbuhan dua digit untuk eksport dan import iaitu Labuan, Sarawak, Kedah, Johor, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.Eksport yang lebih tinggi dicatatkan di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (RM107.7 bilion, 30.3 peratus), Johor (RM84.7 bilion, 35.2 peratus), Sarawak (RM45.4 bilion, 52.7 peratus), Selangor (RM22. 4 bilion, 8.8 peratus), Kedah (RM14.4 bilion, 36.1 peratus), Sabah (RM8.8 bilion, 27.0 peratus), Labuan (RM8.2 bilion, 75.3 peratus), Kuala Lumpur (RM2.9 bilion, 4.5 peratus), dan Pahang (RM2.9 bilion, 8.9 peratus), katanya.Jabatan itu berkata, eksport juga meningkat di Negeri Sembilan (RM2.2 bilion, 9.4 peratus), Melaka (RM1.2 bilion, 4.1 peratus), Kelantan (RM1.2 bilion, 42.1 peratus), Perlis (RM392.1 juta, 34.2 peratus) dan Terengganu (RM325.7 juta, 1.9 peratus).Bagaimanapun, ia berkata, eksport di Perak menyusut RM2.2 bilion atau 5.6 peratus kepada RM37.1 bilion.DoSM berkata, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama Malaysia dengan menyumbang 29.9 peratus, diikuti Johor (21 peratus) dan Selangor (17.8 peratus)."Pertumbuhan eksport itu disokong oleh eksport litar elektronik bersepadu yang kukuh di Pulau Pinang dan Selangor, manakala produk petroleum bertapis merupakan penyumbang utama eksport di Johor,” katanya.Jabatan itu berkata, import yang lebih tinggi dicatatkan oleh semua negeri, iaitu Johor (RM96.3 bilion, 49.7 peratus), Pulau Pinang (RM61.1 bilion, 26.4 peratus), Selangor (RM56.0 bilion, 20.2 peratus), Kedah (RM16.2 bilion, 28.0 peratus), Melaka (RM15.6 bilion, 61.4 peratus), Kuala Lumpur (RM15.5 bilion, 21.0 peratus), dan Negeri Sembilan (RM12.9 bilion, 41.2 peratus).Ia berkata, peningkatan dalam import turut dicatatkan oleh Sarawak (RM10.8 bilion, 46.0 peratus), Pahang (RM7.3 bilion, 47.7 peratus), Perak (RM4.8 bilion, 14.9 peratus), Sabah (RM2.1 bilion, 25.8 peratus), Labuan (RM1.4 bilion, 71.2 peratus), Terengganu (RM1.1 bilion, 21.9 peratus), Perlis (RM425.0 juta, 50.9 peratus) dan Kelantan (RM191.0 juta, 9.9 peratus).Sementara itu, DoSM menyatakan Selangor kekal mendominasi import Malaysia dengan 25.7 peratus, diikuti Pulau Pinang (22.6 peratus) dan Johor (22.4 peratus).Import yang tinggi dicatatkan di Selangor disumbangkan oleh barangan elektrik dan elektronik lain.Di samping itu, litar elektronik bersepadu merupakan penyumbang utama import di Pulau Pinang.Manakala keluaran petroleum bertapis merupakan penyumbang utama import di Johor. - Bernama
4
12 Jun 2023 02:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262973/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan pada 13 dan 14 Jun.Pada 9.08 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.6155/6185 berbanding dolar AS daripada 4.6115/6160 ketika ditutup pada Jumaat.Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,konsensus pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan Kadar Dana Fed tidak berubah pada 5.25 peratus.Sebelum mesyuarat itu diadakan, kadar inflasi AS bagi Mei akan dikeluarkan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) diunjurkan menjadi sederhana 4.2 peratus daripada 4.9 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya manakala IHP dijangka meningkat 5.6 peratus daripada 5.5 peratus pada April."Memandangkan paras kadar inflasi yang tinggi, peserta pasaran berhati-hati dan sejajar dengan itu, dolar AS-ringgit mungkin terus berada pada julat RM4.61 hari ini."Walaupun Fed mungkin menghentikan sementara (kenaikan kadar), persoalan penting kini adalah perkara yang akan menjadi penilaian terbaharu mereka mengenai ekonomi, memandangkan aspek mata data menunjukkan aliran terus perlahan pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama.Beliau berpandangan perkara itu yang mengganggu pasaran kerana mesyuarat ini akan dianggap (yang akan memutuskan mengenai) penghentian sementara (bagi kenaikan kadar).Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.8035/8073 daripada 5.7819/7875 ketika ditutup pada Jumaat lepas serta rendah berbanding yen Jepun kepada 3.3110/3131 daripada 3.3022/3059.Walau bagaimanapun, ringgit lemah berbanding euro kepada 4.9584/9617 daripada 4.9611/9659.Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara Asean lain.Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4354/4379 daripada 3.4294/4330 pada Jumaat serta susut berbanding baht Thailand kepada 13.3303/3452 daripada 13.3196/3376.Unit domestik juga lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 310.9/311.3 daripada 310.9/311.3 semasa penutupan pada Jumaat lepas serta tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.23/8.25 berbanding 8.23/8.24. - Bernama
4
12 Jun 2023 10:30am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262872/bisnes/sp-setia-rangkul-anugerah-emas-dunia-berganda
SP Setia rangkul anugerah Emas Dunia berganda
SHAH ALAM - SP Setia Berhad merangkul kemenangan berganda Emas Dunia di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2023 di Miami, Florida dan mencatat rekod sebagai pemaju hartanah Malaysia dengan kemenangan terbanyak iaitu 17 Emas Dunia.Antara pengiktirafan yang diterima adalah anugerah teratas dalam kategori pelan induk yang berjaya dirangkul oleh Setia Eco Templer di Rawang manakala Setia V Residences, Pulau Pinang turut menduduki tempat teratas di bawah kategori kediaman bertingkat.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad, Datuk Choong Kai Wai berkata, Setia Eco Templer seluas 78.5 hektar dengan konsep 'Legend of Nine Creeks' kerana sembilan anak sungai tersedia secara semula jadi telah dipelihara semasa pembangunannya.“Setia V Residences pula merupakan pembangunan kediaman tertinggi di Pulau Pinang yang menyediakan pemandangan indah Lautan Hindi dan langit negeri berkenaan.“Jadi apabila sekali lagi diiktiraf oleh anugerah berprestij itu, ia membuktikan bahawa usaha syarikat adalah bersifat berterusan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Pada masa sama, Kai Wai menjelaskan bahawa SP Setia mahu komuniti dan generasi dapat membentuk hari yang mendatang dengan lebih balik melalui rumah serta ruang yang dibina.Tambahnya, fokus syarikat mahu mencipta masa depan yang lebih hijau dan komited untuk menjadi pemacu perubahan dengan menukar cara hidup, menyepadukan amalan mampan melalui pembangunan dan operasi.“Kami juga mahu mencipta ruang yang boleh memberi inspirasi menerusi Pelan Hala Tuju Kelestarian yang dilancarkan baru-baru ini dan menyasarkan untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050,” ujarnya.Sebelum ini juga Setia Eco Templer dan Setia V Residences juga merupakan pemenang di bawah kategori Pelan Induk dan Kediaman Bertingkat di Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2022 pada Mac tahun ini.
4
11 Jun 2023 01:49pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262852/bisnes/mbi-terengganu-pgb-jalin-kerjasama-kukuhkan-ekonomi-negeri
MBI Terengganu, PGB jalin kerjasama kukuhkan ekonomi negeri
KUALA LUMPUR – Mentri Besar Terengganu Incorporated (MBI) dan PETRONAS Gas Berhad (PGB) hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka potensi kerjasama berkaitan dengan Cadangan Pembangunan Loji Janakuasa Hidro Mini dan Cadangan Pengurusan Operasi dan Penyenggaraan Terminal di Terengganu, pada Jumaat lalu.Hadir menyokong jalinan kerjasama strategik yang berlangsung di sebuah hotel di sini ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Dalam majlis berkenaan, MBI diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Ketua Pegawai Kewangan merangkap Penasihat Kewangan kepada Menteri Besar Terengganu, Muhammad Ramizu Mustaffa, manakala PGB pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Aziz Othman dan Pengurus Besar Kanan, Pemprosesan Gas dan Utiliti, M Nazir, M Nor.Pemeteraian MoU ini menandakan langkah awal kerjasama antara MBI dan PGB bagi mengukuhkan pembangunan ekonomi di Negeri Terengganu. Kedua-dua pihak akan membuat penilaian bersama ke atas kebolehlaksanaan kedua-dua cadangan pembangunan tersebut.Tengku Farok yang berucap ketika majlis menyuarakan keyakinan beliau terhadap jalinan kerjasama strategik oleh kedua-dua belah pihak yang selaras dengan pelan dan aspirasi Kerajaan Negeri Terengganu.”Saya yakin bahawa kerjasama ini akan membuka peluang baharu dan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu, sejajar dengan matlamat pelan jangka masa panjang yang diberi nama Pelan Induk Terengganu Sejahtera atau singkatannya PITAS 2030,” katanya.Pembangunan loji janakuasa hidro kecil yang dicadangkan melalui anak-anak sungai di daerah Dungun adalah seiring dengan teras strategik 9 PITAS 2030 iaitu Pengukuhan Infra, Pemerkasaan Teknologi Hijau dan Pengawalan Impak Bencana. Projek ini dilihat sebagai penyelesaian Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang kritikal dalam menjadi solusi cabaran bekalan elektrik terutamanya bagi kawasan luar bandar yang terpencil.Bagi cadangan kerjasama pengurusan, operasi dan penyenggaraan terminal oleh sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Terenganu pula, ia dilihat sebagai satu langkah strategik dan berimpak yang mana jika dapat direalisasikan dengan jayanya, bakal membuka ruang pemerkasaan ekonomi bukan sahaja buat organisasi-organisasi terlibat, tetapi juga buat komuniti setempat melalui penawaran peluang pekerjaan dan perkongsian kemahiran teknikal.”Saya percaya Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong Petronas dan PGB dengan penyediaan infrastruktur dan sumber yang lengkap. Kerjasama kukuh yang terjalin sebelum ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak."Justeru pihak Kerajaan berharap jalinan kerjasama baharu ini akan mengukuhkan lagi hubungan dengan Petronas dan dan PGB,” tambah YBM Tengku Seri Bijaya Raja lagi.MBI telah meletakkan visi untuk menjalankan pelaburan strategik bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan di Negeri Terengganu. Usaha hari ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk melihat pembangunan yang lebih berdaya saing dapat dicapai melalui pelaburan strategik tertumpu.Sementara itu, dalam perkembangan lain, satu lagi MoU turut ditandatangani antara Pesama Timber Corporation Sdn Bhd (Pesama) bersama Forest Avenue International (Forest Avenue) bagi meluaskan segmen pengkomersilan ‘finger-joint’ dan ‘moulding’ di pasaran.Dr. Ahmad Samsuri (tengah) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Pesama dan GPB.Pesama merupakan anak syarikat Golden Pharos Bhd (GPB) yang menjalankan perniagaan perkayuan di Terengganu manakala Forest Avenue merupakan anak syarikat Kumpulan Supreme, syarikat perkayuan terbesar di Klang, Selangor.
4
11 Jun 2023 11:21am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262779/bisnes/skyworld-terima-anugerah-emas-di-fiabci
Skyworld terima anugerah emas di FIABCI
PEMAJU bandar SkyWorld Development Berhad menerima Anugerah Emas Dunia sempena majlis Anugerah Prix d'Excellence FIABCI 2023 yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat menerusi projek SkyAwani 2 Residences.Majlis anjuran Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) itu telah membuktikan projek SkyAwani 2 Residences mempunyai kemampuan dan komitmen untuk menyediakan penyelesaian perumahan mampan serta berkualiti tinggi.Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld Development Berhad, Lee Chee Seng berkata, projek tersebut menunjukkan dedikasi syarikat untuk mewujudkan komuniti yang mampan dan inklusif serta kediaman mampu milik kepada rakyat Malaysia di bawah program Residensi Wilayah.“Projek tersebut telah siap pada 2020 dan telah dinobatkan skor QLASSIC dengan 79 peratus yang merupakan pengiktirafan tertinggi menerusi kategori Residensi Wilayah di Malaysia oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).Foto bersama pemenang World Prix d'Excellence Awards anjuran FIABCI.“SkyWorld akan terus kekal di barisan hadapan dalam industri secara konsisten bagi membangunkan projek termaju khususnya di kawasan bandar.“Ia menyemarakkan lagi semangat untuk mewujudkan komuniti mampan yang benar-benar meningkatkan pengalaman hidup sejajar dengan tujuan kami untuk menjadikan kehidupan lebih baik,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Menurut Chee, kecemerlangan yang dikecapi di peringkat antarabangsa menunjukkan pembangunan yang dihasilkan memenuhi aspirasi pembeli.Jelasnya, anugerah yang diterima ini juga menunjukkan kecemerlangan syarikat di peringkat antarabangsa meletakkan mereka sebaris dengan pemaju hartanah terkemuka dari seluruh dunia.“Pengiktirafan antarabangsa ini adalah bukti kekuatan produk kami dalam memenuhi aspirasi pemilik rumah, pembeli hartanah dan masyarakat masa kini,” katanya.
4
10 Jun 2023 05:47pm
MOHD AZLIM ZAINURY
https://www.sinarharian.com.my/article/262717/bisnes/bank-rakyat-kembali-tawar-pembiayaan-peribadi-i-diva-pelaburan-i-rizq
Bank Rakyat kembali tawar Pembiayaan Peribadi-i Diva, Pelaburan-i Rizq
BANK Rakyat kembali menawarkan Pembiayaan Peribadi-i Diva serta akaun Pelaburan-i Rizq Plus sebagai tanda penghargaan di samping memberikan nilai tambah baharu kepada 812,757 anggotanya.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, inisiatif berkenaan bagi memastikan anggota Bank Rakyat dapat menikmati pelbagai manfaat.Menurutnya, antaranya menerusi penyediaan kemudahan produk dan perkhidmatan dibangunkan khusus untuk anggota, selain daripada manfaat pembayaran dividen serta kadar keuntungan lebih rendah dan banyak lagi."Saya percaya keprihatinan Bank Rakyat amat selari dengan nilai Malaysia Madani yang mengutamakan kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat Malaysia secara menyeluruh."Ini sekali gus menunjukkan komitmen dan ihsan Bank Rakyat dalam memastikan kebajikan dan kemakmuran ekonomi anggotanya terus dipelihara," ujarnya.Antara perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2023 di Kuala Lumpur pada Sabtu.Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2023 yang menghimpunkan 902 perwakilan individu dan koperasi di Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat di sini pada Sabtu.Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasami dan Pemangku Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.Sementara itu, Mohd Irwan berkata, pelancaran inisiatif terbaharu itu merupakan langkah proaktif bank dalam menawarkan perkhidmatan kewangan komprehensif bagi menghargai kesetiaan dan keyakinan anggota terhadap Bank Rakyat."Besarlah harapan agar anggota memberi sokongan dengan melanggan kesemua produk ditawarkan bagi membolehkan kita mencatatkan keuntungan lebih memberangsangkan pada tahun ini," katanya.Pembiayaan Peribadi-i Diva menawarkan kadar keuntungan tetap serendah 2.99 peratus dengan jumlah maksimum pembiayaan sehingga RM400,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.Ujarnya, tawaran berkenaan juga membolehkan anggota untuk menikmati ansuran bulanan lebih rendah yang mana dividen tahunan dijadikan sebagai ansuran pembiayaan."Pembiayaan ini dapat membantu anggota mengurangkan beban aliran tunai mereka dan mampu membuat simpanan serta mempunyai lebihan tunai untuk tujuan pelaburan dan sebagainya," tambah Mohd Irwan.Menerusi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus pula, Bank Rakyat menawarkan cabutan khas berjumlah RM69,000 untuk dimenangi 69 pemenang sempena ulang tahun Bank Rakyat ke-69 pada tahun ini.Kempen tersebut berlangsung bermula pada Sabtu iaitu 10 Jun sehingga 31 Disember 2023.Selain berpeluang memenangi cabutan hadiah kempen untuk anggota, anggota turut berpeluang menyertai cabutan akaun Pelaburan-i Rizq Plus bersama-sama pelanggan lain dilaksanakan setiap bulan dengan tawaran hadiah keseluruhan berjumlah RM1 juta dan cabutan istimewa hadiah setengah tahun berjumlah RM100,000.
4
10 Jun 2023 11:50am
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
https://www.sinarharian.com.my/article/262691/bisnes/nextdc-diiktiraf-pusat-data-peringkat-empat-pertama-asia-tenggara
NEXTDC diiktiraf pusat data peringkat empat pertama Asia Tenggara
KUALA SELANGOR - NEXTDC Limited (NEXTDC) yang beroperasi di Petaling Jaya menjadi satu-satunya pusat data dengan pengiktirafan peringkat empat yang pertama di Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun akan datang.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengiktirafan itu merupakan piawaian industri tertinggi global bagi industri penyimpanan data.Menurut beliau, pelaburan syarikat terkemuka Australia yang membawa nilai pelaburan RM3 bilion itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya kerana ia membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini."Sudah pasti kita memerlukan banyak tenaga (kerja) dan memerlukan kepakaran dari segi jurutera dan juruteknik untuk mengurus pusat data ini yang dianggarkan beroperasi penuh dalam tempoh 18 bulan ini," katanya.Beliau berkata demikian ketik ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di Padang Awam Kampung Permatang di sini pada Jumaat malam.Amirudin berkata, pusat data bukanlah sesuatu yang asing di negeri ini kerana sebuah platform e-dagang juga sedang dibina di Bukit Raja, Klang.Katanya, kemasukan syarikat data itu secara tidak langsung memberi kesan langsung dan manfaat besar kepada pelaburan di negeri ini."Tahun lepas antara menjadi penyebab Johor mendapat pelaburan lebih daripada RM 70 bilion kerana terdapat banyak pusat data dibuka di negeri itu."(Syarikat teknologi global) memilih Johor sebagai lokasinya tetapi menariknya kali ini, syarikat ini berpusat di Pelabuhan Klang akan menjadi pusat data Asia Pasifik," jelasnya.
4
10 Jun 2023 08:08am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262665/bisnes/niaga-hadapan-emas-ditutup-tinggi
Niaga hadapan emas ditutup tinggi
NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Jumaat apabila permintaan terhadap aset selamat meningkat susulan tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.Jabatan Buruh AS melaporkan pada Khamis bahawa tuntutan pengangguran awal negara itu meningkat sebanyak 28,000 kepada 261,000 pada minggu yang berakhir pada 3 Jun, peningkatan terbesar sejak Julai 2021 dan melebihi anggaran konsensus sebanyak 235,000.Seorang peniaga berkata, data lebih tinggi itu mencetuskan jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS mungkin tidak akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu depan, yang seterusnya menyebabkan minat pelabur beralih kepada logam berharga itu.Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2023 naik kepada AS$1,968.7 setiap troy auns (AS$1=RM4.61) berbanding paras penutup AS$1,952.60 setiap troy auns pada Khamis.Sementara itu, kontrak bagi Julai 2023, Ogos 2023, September dan October 2023 semuanya ditutup pada AS$1,977.40 setiap troy auns.Jumlah dagangan meningkat kepada 10 lot berbanding sembilan lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 37 kontrak berbanding 34 kontrak.Harga emas fizikal berada pada AS$1,966.4 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 7 Jun. - Bernama
4
09 Jun 2023 08:30pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/262598/bisnes/nextdc-sasar-labur-rm3-bilion-di-malaysia
NEXTDC sasar labur RM3 bilion di Malaysia
PUSAT data terkemuka Australia, NEXTDC Limited (NEXTDC) menyasarkan untuk melabur RM3 bilion di Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang melalui pusat data pertamanya di Kuala Lumpur (KL1), sebuah fasiliti pusat data bertaraf dunia yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.NEXTDC dalam satu kenyataan berkata, KL1 merupakan langkah pertama NEXTDC ke Asia yang mempunyai beberapa pasaran pusat data terbesar dan berkembang pesat di dunia.“NEXTDC melihat Malaysia sebagai pasaran yang optimal untuk langkah pertamanya ke Asia dengan permintaan meningkat untuk penyelesaian pusat data berkualiti, ekonomi digital yang kian canggih, penggunaan data yang tinggi per kapita, dan peningkatan dalam penggunaan teknologi berasaskan awan.“NEXTDC komited dalam inisiatif pembangunan kemahiran digital dan pendidikan untuk membantu memperkasakan tenaga kerja ICT dan digital Malaysia demi memacu daya saing Malaysia di persada Asia,” jelas kenyataan itu.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia menyambut baik keputusan NEXTDC untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan baharu di luar rantau Oceania.“Ini mencerminkan keyakinan terhadap ekosistem pelaburan dan perniagaan di tanah air kita, menguatkan lagi nama Malaysia yang semakin meningkat naik sebagai destinasi pelaburan pusat data utama, dan kedudukan kita sebagai pusat digital pilihan di Asia Tenggara,” katanya.Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil berkata, Malaysia diiktiraf sebagai destinasi utama untuk pelaburan pusat data di Asia Tenggara.“Lokasi strategik, persekitaran politik yang stabil dan infrastruktur digital yang kukuh telah mengukuhkan kedudukan negara ini. Dengan pelaburan NEXTDC di Malaysia, kita melangkah lebih jauh dalam mengangkat negara kita sebagai pusat digital utama di ASEAN.“Kini, inisiatif strategik nasional Malaysia Digital (MD) sedang memacu keupayaan digital kita dan meningkatkan tawaran nilai kita untuk menarik pelaburan digital, dengan tujuan utama ke arah meningkatkan ekonomi digital. Bersama-sama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), kami akan memberikan sokongan penuh buat kemasukan NEXTDC dan pertumbuhan industri pusat data kita melalui pelbagai inisiatif Pemangkin,” katanya.Fahmi, (empat dari kiri), Craig (lima dari kiri) dan Amirudin (enam dari kiri) bersama tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Pusat Data NEXTDC yang diadakan di Kuala Lumpur.Beliau berkata, dengan adanya kampus pusat data terbaharu mereka, NEXTDC bukan hanya memperkuatkan infrastruktur digital Malaysia tetapi mempercepatkan transformasi digital negara ini yang giat berkembang.“Langkah ini mencerminkan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap ekosistem pusat data kita yang kukuh dan memperkasakan, bakat tempatan dalam bidang digital, dan infrastruktur kita yang bertaraf dunia,” kata Fahmi.Pada masa yang sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri Selangor komited sepenuhnya untuk menyokong pelabur berimpak tinggi seperti NEXTDC.Komisioner Tinggi Australia untuk Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr Justin Lee berkata, pelaburan NEXTDC sebanyak RM 3 bilion di Malaysia mencerminkan kerjasama ekonomi yang rapat dan semakin berkembang antara Australia dan Malaysia.“Kerjasama ekonomi digital merupakan keutamaan dalam Perjanjian Strategik Komprehensif Australia-Malaysia. Kemasukan NEXTDC ke Malaysia dan pasaran Asia yang lebih luas merupakan pencapaian penting, yang akan meningkatkan aspirasi ekonomi digital Malaysia dengan melabur dalam infrastruktur dan kemahiran kritikal untuk menarik syarikat teknologi besar,” katanya.Ketua Pegawai NEXTDC, Craig Scroggie berkata, fasiliti KL1 yang baharu ini menampilkan penanda aras kelestarian bertaraf dunia dan piawaian infrastruktur kritikal yang terkemuka.“Acara bersejarah ini menandakan permulaan baharu bagi perluasan NEXTDC di rantau Asia. Kami teruja kerana sumbangan pelaburan strategik ini dalam membentuk masa depan infrastruktur digital sekali gus mencipta pelbagai peluang pekerjaan teknologi di Malaysia dan di luar negara,” katanya.
4
09 Jun 2023 04:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262571/bisnes/pendapatan-pelaburan-kwsp-naik-kepada-rm1518-bilion
Pendapatan pelaburan KWSP naik kepada RM15.18 bilion
PENDAPATAN pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) naik tiga peratus kepada RM15.16 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 daripada RM14.77 bilion yang dicatatkan dalam suku tahun yang sama pada 2022.KWSP dalam kenyataan pada Jumaat berkata, jumlah tersebut selepas mengambil kira turun nilai kos atas ekuiti tersenarai yang direkodkan untuk suku tersebut.Menurutnya, pada suku yang dikaji, pendapatan daripada ekuiti meningkat kepada RM8.96 bilion, selepas mengambil kira turun nilai kos, berbanding RM8.75 bilion yang dicatatkan pada suku pertama 2022.Katanya, kelas aset ini kekal sebagai penyumbang pendapatan tertinggi pada 59 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan."Turun nilai kos bagi suku pertama 2023 adalah secara relatifnya minima pada RM0.44 juta berbanding RM1.09 bilion yang dicatatkan pada suku sama 2022, hasil daripada pengurusan portfolio aktif oleh pengurus dana KWSP."Turun nilai kos atas ekuiti tersenarai adalah polisi dalaman yang diamalkan oleh KWSP terhadap pelaburan ekuiti tersenarainya sebagai langkah berhemah untuk memastikan portfolionya kekal sihat,” katanya.KWSP berkata, instrumen pendapatan tetap, yang berfungsi sebagai pengekalan modal, telah menjadi tunjang kepada KWSP dan terus memberikan aliran pendapatan yang stabil, di samping mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan pasaran jangka pendek dan memberikan kestabilan kepada pendapatan keseluruhan KWSP.Kelas aset ini, yang terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf (MGS) serta pinjaman dan bon, menyumbang 32 peratus atau RM4.79 bilion kepada pendapatan pelaburan kasar bagi suku pertama 2023."Kedua-dua MGS dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) meningkat pada suku tahun tersebut berikutan hasil penanda aras keseluruhan telah merosot dengan jangkaan inflasi yang berkurangan di Amerika Syarikat, seterusnya memberikan peluang kepada KWSP untuk memanfaatkan keuntungan pelaburan,” katanya.Sementara itu, hartanah dan infrastruktur mencatatkan peningkatan dalam pendapatan kepada RM920 juta pada suku pertama 2023.Pendapatan daripada instrumen pasaran wang turut meningkat kepada RM490 juta daripada RM280 juta pada suku pertama 2022, sejajar dengan jangkaan pulangan yang ditetapkan untuk kelas aset ini.Menurut KWSP, aset pelaburan keseluruhannya setakat Mac 2023 meningkat kepada RM1.04 trilion, dengan pelaburan luar negara menyumbang 37 peratus daripada keseluruhan jumlah aset."Pelaburan luar negara KWSP, yang sebahagian besarnya dalam ekuiti, terus mengatasi prestasi dan menambah nilai kepada pulangan keseluruhan KWSP, seterusnya menjana pendapatan RM7.04 bilion, mewakili 46 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan yang direkodkan,” katanya.KWSP berkata, pelaburan domestik KWSP menyumbang 63 peratus daripada jumlah aset, dilaburkan terutamanya dalam instrumen Berpendapatan Tetap Dipegang Hingga Matang yang terus memberikan kestabilan pendapatan jangka panjang melalui pendapatan faedah.Portfolio ekuiti menumpukan kepada syarikat berdaya tahan dan mempunyai asas kukuhMenurut KWSP, pihaknya kekal komited untuk menyokong dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, dengan terus memperuntukkan lebih 70 peratus daripada peruntukan tahunan pelaburan baharunya kepada pasaran domestik."Sebanyak RM13.33 bilion daripada RM15.16 bilion pendapatan pelaburan dijana untuk Simpanan Konvensional dan RM1.83 bilion untuk Simpanan Shariah,” katanya.Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, walaupun KWSP mencatatkan pulangan positif setakat tahun ini, keadaan pasaran kewangan masih tidak menentu, dengan ketegangan geopolitik dan inflasi yang tinggi terus menjadi kebimbangan bagi pasaran utama di seluruh dunia.Sebagai tindak balas kepada situasi ini, beliau berkata, KWSP telah menumpukan strategi portfolionya ke arah syarikat yang berdaya tahan dan mempunyai asas kukuh yang membolehkannya untuk memberikan dividen yang stabil.Amir Hamzah berkata, adalah penting bagi KWSP untuk mempertimbangkan dinamik pasaran dengan lebih meluas bagi meningkatkan prospeknya untuk memberikan dividen yang konsisten kepada ahli."Suku tahun seterusnya akan menyaksikan KWSP memberi tumpuan kepada industri dan sektor yang dijangka pulih selepas tiga tahun pandemik, yang akan meningkatkan permintaan buruh,” katanya.Menurutnya, memandangkan Malaysia terus meningkatkan usaha pemulihan ekonominya, KWSP melihat peningkatan yang stabil dalam kadar penyertaan tenaga buruh Malaysia yang akan mewujudkan asas kukuh untuk mengekalkan perbelanjaan pengguna dan pembangunan ekonomi."Data keahlian KWSP, yang menunjukkan peningkatan berterusan bilangan ahli dan majikan yang mendaftar dengan KWSP, menyokong tanggapan bahawa permintaan buruh di negara ini sememangnya bertambah baik,” kata beliau.Sehingga Mac 2023, KWSP merekodkan pendaftaran ahli baharu sebanyak 116,423, menjadikan jumlah ahli KWSP seramai 15.79 juta.Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8.45 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 16.81 juta tenaga buruh Malaysia.Pendaftaran majikan baharu juga menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 24,281 dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah majikan yang berdaftar dengan KWSP kepada 595,730.Jumlah caruman yang diterima meningkat daripada RM21.55 bilion pada suku pertama 2022 kepada RM25.83 bilion pada suku pertama 2023, caruman suku tahunan tertinggi setakat ini yang melepasi angka pra-pandemik. - Bernama
4
09 Jun 2023 01:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262557/bisnes/mansuh-had-harga-ayam-telur-midf-positif-terhadap-sektor-pengguna
Mansuh had harga ayam, telur: MIDF positif terhadap sektor pengguna
PENYELIDIKAN MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan pandangan positif terhadap sektor pengguna susulan pemansuhan had harga ayam dan telur mulai 1 Julai, 2023.Ini memandangkan peserta industri ternakan ayam akan mempunyai fleksibiliti harga yang lebih luas untuk tindak balas kepada perubahan kos input, jelasnya.Menerusi nota penyelidikan pada Jumaat, penyelidikan MIDF berpandangan pemansuhan itu akan membolehkan kuasa pasaran menentukan harga berdasarkan situasi bekalan dan permintaan.Pandangan positif itu disokong oleh langkah defensif susulan permintaan yang berdaya tahan terhadap produk berkaitan makanan asas dan penggunaan domestik yang kukuh, dipacu oleh pasaran buruh yang stabil, perdagangan runcit yang teguh dan peningkatan kegiatan pelancongan, jelasnya."Selain itu, margin keuntungan lebih besar untuk pengeluar makanan dan minuman -- didorong oleh penurunan harga bahan mentah dan kenaikan harga sebelum ini, mengimbangi tekanan kos lain -- dan harga komoditi normal bagi makanan ternakan kemungkinan mengurangkan kos input yang tinggi untuk peserta industri ternakan ayam,” tambahnya.Menurut penyelidikan MIDF, penurunan harga kontrak niaga hadapan untuk mil kacang soya global (-1.8 peratus tahun ke tahun) dan jagung (-29.4 peratus tahun ke tahun) pada Mei 2023 boleh mengurangkan tekanan kos industri ayam dan mungkin membantu mengimbangi peningkatan kos buruh dan elektrik."Oleh itu, kami percaya pemansuhan kawalan harga (siling) selepas Julai 2023 akan membolehkan penternak ayam mempunyai lebih fleksibiliti harga untuk melepaskan kos input yang lebih tinggi kepada pengguna dan meningkatkan margin keuntungan,” katanya.Penyelidikan MIDF juga menjelaskan selain itu, penarikan balik sekatan eksport ke atas ayam hidup, ayam siang dan bahagian ayam mungkin menggalakkan peserta ternakan ayam meningkatkan pengeluaran di Malaysia dan meneroka peluang eksport untuk mempelbagaikan aliran perolehannya."Walau bagaimanapun, memandangkan bekalan telur yang terhad di Malaysia, kami menjangkakan harga telur berpotensi naik dalam tempoh terdekat."Selain itu, wabak selesema burung global telah menyebabkan pengurangan bekalan telur di negara lain, berpotensi menjadikan telur import lebih mahal di Malaysia,” menurut cabang penyelidikan MIDF itu.Pada April 2023, harga purata bagi sekilogram ayam adalah RM10.45; 47 sen bagi sebiji telur gred A, 45 sen bagi setiap telur gred B dan 44 sen bagi sebiji telur gred C."Oleh itu, kami percaya harga terapung bagi ayam tidak akan mengalami kenaikan ketara selepas pemansuhan kawalan harga (siling) namun, harga telur mungkin meningkat disebabkan bekalan terhad di dalam dan di luar negara,” jelasnya. - Bernama
4
09 Jun 2023 11:56am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262535/bisnes/ringgit-meningkat-semula-dibuka-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila mata wang negara maju itu susut berikutan data yang tidak dijangkakan, kata ahli ekonomi.Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6030/6100 berbanding dolar AS daripada 4.6185/6235 ketika ditutup pada Khamis.Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Tuntutan Pengangguran Awal AS meningkat kepada 261,000 minggu lepas -- lebih tinggi daripada anggaran konsensus sebanyak 235,000 -- yang menyebabkan penurunan nilai dolar AS."Data terkini juga menunjukkan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS pada minggu depan mungkin menghentikan kitaran kenaikan kadar buat sementara."Oleh itu, kami menjangkakan ringgit meningkat sedikit hari ini,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.3103/3156 daripada 3.3041/3079 ketika ditutup pada Khamis serta susut berbanding euro kepada 4.9630/9705 daripada 4.9557/9610.Ringgit juga lemah berbanding pound British kepada 5.7786/7874 daripada 5.7537/7600.Walau bagaimanapun, mata wang tempatan didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean lain.Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4271/4326 daripada 3.4290/4332 semasa ditutup pada Khamis serta lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 308.9/309.6 daripada 310.0/310.5.Unit tempatan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.22/8.24 daripada 8.23/8.24 sebelumnya namun rendah berbanding baht Thailand kepada 13.2992/3245 daripada 13.2647/2848 semalam. - Bernama
4
09 Jun 2023 10:23am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262504/bisnes/ringgit-tidak-akan-cecah-paras-50-berbanding-dolar-as
Ringgit tidak akan cecah paras 5.0 berbanding dolar AS
RINGGIT tidak akan mencecah paras 5.0 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana Malaysia tidak mengalami sebarang bentuk krisis, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Mohamad Zahid.Beliau berkata, bank pusat tidak melihat sebarang trend membimbangkan atau tekanan spekulatif; jadi paras 5.0 sudah tentunya tidak akan berlaku dan tidak realistik."Semasa kita mengalami penurunan paras daripada 2.5 kepada 3.0, dan kemudiannya 4.0, kita berada dalam krisis. Tetapi sekarang, kita tidak mengalami krisis."Oleh itu tidak ada sebab untuk terlalu memikirkan tentang paras dolar-ringgit,” katanya pada perbincangan panel bertajuk ‘Navigating Ringgit Exchange Rate Dynamics’ (Menangani Dinamik Kadar Pertukaran Ringgit).Acara itu diadakan bersempena dengan Simposium Sasana BNM 2023 bertemakan Pembaharuan Struktur, Bagi Malaysia yang lebih Teguh, yang diadakan di sini, hari ini.Adnan berkata, walaupun bank pusat menyedari ada sesetengah orang yang mahu melabur di luar negara, pengeksport yang teragak-agak untuk membuat pertukaran asing, atau pengimport yang merancang membeli lebih pantas, ini akan diuruskan dengan baik mengikut kemampuan BNM dalam menguruskan rizab."Sudah tentunya kita akan terus melihat pergerakan turun naik dalam ringgit-dolar, namun kita tidak nampak ringgit akan menuju ke arah tersebut (paras 5.0)."Mungkin kita akan mencecah paras 4.0 jika kita boleh pulih dengan pantas, Kita boleh mencapai paras itu,” katanya.Sementara itu, melihat kepada keseluruhan prestasi ringgit dalam kadar pertukaran efektif nominal (NEER), Adnan berkata ringgit secara relatifnya agak stabil meskipun krisis siling hutang dan perbankan di AS dan kelemahan ekonomi China, memandangkan hubung kait yang tinggi antara Malaysia dan China, dengan eksport ke China menyumbang 13.6 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.Beliau berkata, pasaran kewangan tempatan masih kukuh kerana sebahagian besar pelabur negara terbatas dalam institusi rasmi, dana pencen, syarikat insurans dan syarikat pengurusan aset."Kebanyakan daripada mereka menguruskan portfolio mereka berbanding indeks bon global. Oleh itu penting bagi negara untuk meneruskan beberapa dasar dan melakukan pembaharuan yang perlu agar bon kita terus kekal menarik kepada pelabur asing,” katanya.Sementara itu, ketua pasaran kewangan Standard Chartered Bank Malaysia, Sylvia Wong berkata, daripada perspektif sektor komersial dan swasta, Malaysia secara umumnya masih dianggap sebagai destinasi pelaburan yang baik bagi pelabur asing memandangkan antara lainnya lebihan akaun semasa dan perdagangan yang kukuh -- eksport bernilai RM1.6 trilion pada 2022 --, kecairan fleksibel dalam pasaran modal dan mudah untuk menjalankan perniagaan di negara ini."Bagaimanapun, daripada perspektif pengurus wang, pendekatan biasanya lebih berjangka pendek dan bukannya berjangka sederhana dan panjang, yang mana pertama sekali, mereka cenderung melihat kepada pengambilan risiko, dan itu adalah keadaan makro."Sebagai contoh, krisis perbankan AS adalah pengelakan risiko. Keduanya mereka mengkaji pasaran sedang pesat membangun berbanding pasaran maju dan sama ada mereka boleh mendapatkan hasil dan pulangan yang lebih baik daripada pasaran sedang pesat membangun atau pasaran maju."Ketiganya, mereka akan melihat kepada pendapatan tetap atau ekuiti. Jadi, umumnya, pengurus wang cenderung melihat kepada ketiga-tiga faktor utama ini dan perbezaan antara satu dengan lain, bergantung kepada masa dan apa yang memacu aliran,” katanya.Wong berkata, sektor swasta berharapkan kepada kestabilan dan mahu eknonomi sebenar tumbuh pesat di samping dapat membantu industri lain turut berkembang. - Bernama
4
08 Jun 2023 09:02pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262492/bisnes/niaga-hadapan-emas-ditutup-rendah
Niaga hadapan emas ditutup rendah
NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut pada Khamis berikutan pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada minggu depan.Kontrak bulan semerta Jun 2023 turun kepada AS$1,952.60 setiap troy auns daripada AS$1,968.30 setiap troy auns pada Rabu (AS$1=RM4.61).Sementara itu, kontrak bagi Julai 2023, Ogos 2023, September 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada AS$1,961.30 setiap troy auns.Sejumlah sembilan lot emas diniagakan pada Khamis.Harga emas fizikal berada pada AS$1,967.35 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 7 Jun. - Bernama
4
08 Jun 2023 07:19pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/262426/bisnes/jualan-kereta-proton-meningkat-pada-mei
Jualan kereta Proton meningkat pada Mei
JUALAN pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) meningkat semula pada Mei berikutan permulaan yang perlahan pada suku kedua 2023 disebabkan pasaran automotif Malaysia terjejas oleh cuti perayaan dan penamatan penghantaran untuk kereta bebas cukai pada Mac.Proton dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 13,268 unit melibatkan pasaran domestik dan eksport dijual bulan lepas bersamaan dengan pertumbuhan jualan 40.9 peratus berbanding April dan peningkatan 35.5 peratus berbanding Mei 2022.Menurut kenyataan itu, jualan untuk lima bulan pertama tahun ini berjumlah 62,970 unit, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 38.9 peratus penumbuhan tertinggi bagi mana-mana jenama dalam pasaran automotif Malaysia.“Jumlah Volum Industri (TIV) dianggarkan meningkat semula sebanyak 32.2 peratus pada bulan Mei, dengan jualan 61,600 unit dan hasilnya, pegangan pasaran Proton dianggarkan pada 21.5 peratus untuk bulan tersebut dan 20.9 peratus untuk tahun ini,” jelas kenyataan itu.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Mei tidak dapat dilupakan oleh Proton bukan sahaja dari segi pencapaian jualan tetapi juga kerana ia juga melancarkan Proton X90 dan meraikan ulang tahun ke-40 pada bulan yang sama.“Kami berasa rendah diri dengan angka yang dipaparkan dan peningkatan 40 peratus dalam jualan adalah ganjaran yang adil untuk usaha kami, tetapi masih ada tujuh bulan lagi bagi tahun 2023 dan syarikat sedang berusaha untuk mendapatkan banyak lagi.“Bagi prestasi model terbaharu kami, permintaan untuk Proton X90 adalah kukuh kerana pelanggan memanfaatkan pakej 'early bird' kami yang menawarkan aksesori, Proton X-Watch, pakej data dengan 4GB percuma selama lima tahun dan faedah insurans yang dipertingkatkan,” kata Roslan.Proton Saga mengekalkan kedudukannya sebagai model terlaris dengan 5,819 unit terjual pada Mei.Menurut Roslan, syarikat juga akan mengadakan lebih banyak pelancaran produk baharu dan memperkenalkan kemas kini kepada model Proton yang sedia ada serta membuat penampilan pertamanya dalam pasaran EV melalui anak syarikatnya, Pro-Net, jadi terdapat banyak aktiviti untuk sepanjang 2023.Proton memasuki pasaran eksport baharu pada Mei, pasaran pertamanya untuk 2023 dan ke-12 secara keseluruhan apabila ia diperkenalkan pada 24 Mei di Mozambique.Sebagai permulaan, pengimport tempatan menawarkan Proton X70 dan Proton X50 yang menggembar-gemburkan ciri keselamatan dan kemewahan mampu milik mereka sebagai ciri jualan unik.Selain memasuki pasaran baharu, Mei juga merupakan bulan terbaik untuk jualan eksport setakat ini untuk 2023 dengan 217 unit dihantar kepada pengedar antarabangsa, yang didahului oleh Proton Saga.Sorotan pasaran eksport lain untuk bulan itu termasuk jualan 50 unit di Brunei, yang merupakan bulan jualan terbaik di pasarannya, melebihi 43 unit yang dijual pada April 2021.Bagi jualan keseluruhan, Proton Saga mengekalkan kedudukannya sebagai model terlaris dengan 5,819 unit terjual pada Mei.Pencapaian itu meletakkannya di tempat kedua secara keseluruhan untuk sedan segmen A dengan 27,214 unit terjual setakat ini, peningkatan yang luar biasa sebanyak 51 peratus berbanding tahun sebelumnya.Terdapat tiga model Proton masih menerajui jualan keseluruhan segmen. Proton X50 terus mendahului jualan segmen B dan keseluruhan SUV dengan 2,801 unit terjual pada Mei.Proton Persona pula kekal di tangga teratas sedan segmen B, walaupun ia menduduki tempat kedua untuk jualan dengan 2,290 unit, Proton Exora pula mencapai 440 jualan untuk kekal di tangga teratas pasaran MPV segmen C.Pertumbuhan jualan YTD bagi tiga peneraju segmen ialah 31 peratus untuk Proton X50, 78 peratus untuk Proton Persona dan 39 peratus untuk Proton Exora, membuktikan permintaan untuk model Proton kekal kukuh walaupun ada saingan daripada pesaing baharu.Ini kekal benar untuk Proton Iriz juga kerana 732 unit yang dijual pada Mei membantunya mencapai peningkatan sebanyak 47 peratus dalam jualan YTD.Sebanyak 929 unit Proton X70 telah dijual pada Mei manakala Proton X90 yang serba baharu menamatkan tiga minggu pertamanya dengan 257 unit terjual, yang meletakkannya di tempat kedua dalam pasaran SUV segmen D.
4
08 Jun 2023 03:09pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262345/bisnes/ringgit-dibuka-lemah-bank-pusat-global-naikkan-kadar-faedah
Ringgit dibuka lemah, bank pusat global naikkan kadar faedah
NILAI ringgit turun berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini kerana peniaga menjangkakan langkah bank-bank pusat global terhadap kenaikan kadar faedah nampaknya masih belum berakhir, seorang pakar ekonomi.Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6035/6100 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.5950/6000.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, naratif untuk dasar monetari yang lebih ketat nampaknya muncul kembali selepas Reserve Bank of Australia dan Bank of Canada (BoC) mengumumkan kenaikan kadar dasar masing-masing minggu ini."BoC tanpa diduga menaikkan unjuran kadar semalaman sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 4.75 peratus selepas mengekalkannya stabil sejak mesyuarat Mac," katanya kepada Bernama.Begitu juga, Reserve Bank of Australia menaikkan kadar tunainya sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 4.10 peratus semalam.Kenaikan kadar menunjukkan bank-bank pusat global belum lagi selesai dengan kitaran kenaikan kadar faedah kerana mereka melihat terdapat keperluan mendesak untuk membawa inflasi kembali ke paras sasaran, kata Mohd Afzanizam."Sehubungan itu, ringgit boleh bergerak dalam julat kecil sekitar RM4.60 berbanding dolar AS kerana peserta pasaran akan terus mencerna langkah BoC dan bagaimana ia boleh menjejaskan keputusan kadar dasar bank pusat lain,” tambahnya.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menambah nilai kepada 3.2899/2947 berbanding yen Jepun daripada penutupan urus niaga semalam 3.2996/3034 tetapi merosot nilai berbanding euro kepada 4.9299/9368 daripada 4.9176/9229 dan lemah berbanding pound Britain menjadi 5.7309/7390 daripada 5.7212/7275 sebelumnya.Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan rendah.Nilai tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4140/4191 daripada 3.4098/4137 pada Rabu, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 309.4/309.9 daripada 308.8/309.2 semalam dan merosot berbanding peso Filipina pada 8.20/8.22 daripada 8.19/8.20 sebelumnya.Bagaimanapun, ringgit lebih tinggi berbanding baht Thai kepada 13.2117/2357 daripada 13.2303/2508 sebelumnya. - Bernama
4
08 Jun 2023 10:32am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262296/bisnes/ceo-petronas-yakin-lanjutan-kontraknya
CEO Petronas yakin lanjutan kontraknya
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz optimis bahawa kontraknya yang akan tamat pada akhir bulan ini berkemungkinan diperbaharui.Tengku Muhammad Taufik berkata, beliau tidak menerima sebarang bantahan daripada pemegang saham berhubung pembaharuan kontraknya."Kontrak saya... saya tidak ada sebab untuk percaya (kontrak) tidak akan dilanjutkan, ada isyarat bahawa terdapat lanjutan,” katanya pada sesi taklimat dengan editor pada Selasa.Bagaimanapun, Tengku Muhammad Taufik berkata pada akhirnya, keputusan untuk memperbaharui kontrak tersebut adalah berdasarkan budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pada Jun 2020, perdana menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden dan CEO kumpulan syarikat minyak negara itu.Tengku Muhammad Taufik menggantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkuat kuasa 1 Julai 2020 yang dilantik sebagai pengerusi baharu Malaysian Airlines Bhd. - Bernama
4
07 Jun 2023 08:08pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262275/bisnes/golden-ticket-tawar-ganjaran-lebih-rm600000
Golden Ticket tawar ganjaran lebih RM600,000
KUMPULAN Suria KLCC kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang menawarkan ganjaran lebih besar dan menarik bermula 2 sehingga 25 Jun ini.Ketua Pegawai Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, sebanyak 100 kotak misteri tersedia untuk aktiviti cabutan bertuah buat pelanggan dan setiap kotak mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ bernilai RM5,000 atau sekeping ‘Purple Ticket’ bernilai RM50.Menurutnya, pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertainya dan dapat menikmati ganjaran melalui tebusan eBaucar yang dimenangi."Satu sesi cabutan bertuah untuk setiap hari minggu akan diadakan di antara jam 12 tengah hari sehingga jam 8 malam manakala dua sesi cabutan bertuah akan diadakan setiap hujung minggu iaitu di antara jam 10 pagi hingga 2 petang dan jam 5 petang sehingga 9 malam."Selain itu, 50 pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘Golden Ticket’ akan diundang menghadiri Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, sebagai tanda penghargaan dari warga kerja Suria KLCC, seorang pelanggan setia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Super Golden Ticket’ yang bakal memberi ganjaran e-Baucar hebat yang bernilai RM10,000 tanpa perlu menambah nilai perbelanjaan.Katanya, kempen ‘The Golden Ticket’ adalah upacara tradisi tahunan yang amat berprestij dan sentiasa menantikan kehadiran pelanggan terhormat."Dianjurkan sejak tiga tahun lalu, kempen ini telah memberikan ganjaran hebat kepada pelanggan setia menerusi baucar membeli-belah bernilai lebih RM1 juta."Melihat dari sasaran impak ekonomi, kebanyakkan rakan perniagaan Suria KLCC telah mencatat peningkatan dari sudut jumlah pelanggan dan jualan terus,” katanya.Sementara itu, di Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya, kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung dari 26 Mei sehingga 18 Jun manakala Pusat Beli-Belah Mesra di Kemaman, Terengganu akan menjayakan Kempen ‘Golden Ticket’ untuk 30 hari bermula dari 2 sehingga 31 Julai 2023.Untuk maklumat lanjut sila layari www.suriaklcc.com.my, www.alamanda.com.my dan www.mesramall.com.
4
07 Jun 2023 06:44pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262279/bisnes/novartis-malaysia-diiktiraf-penaja-terbaik
Novartis Malaysia diiktiraf ‘Penaja Terbaik’
NOVARTIS Malaysia diiktiraf ‘Penaja Terbaik’ pada Anugerah Penyelidikan Tajaan Clinical Research Malaysia (CRM) atas sumbangan cemerlang kepada ekosistem klinikal di negara ini.Ia merupakan tahun keempat berturut-turut syarikat itu mendahului sebagai penaja utama bagi kajian baharu dan melabur kira-kira RM53.56 juta dalam 79 kajian berterusan yang merangkumi lebih 25 peratus daripada nilai keseluruhan di Malaysia.Presiden bagi Novartis Malaysia, Mohamed Elwakil berkata, syarikat memainkan peranan penting bagi menyokong usaha mengukuhkan khidmat penjagaan kesihatan negara khususnya dalam bidang penyelidikan dan ujian klinikal.“Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk mentafsirkan semula perubatan demi menambah baik dan melanjutkan hayat insan.“Kami turut terlibat dalam inisiatif kerajaan untuk menambah baik keupayaan tempatan dengan meningkatkan kualiti ujian klinikal dan meluaskan capaian kepada rawatan serba maju di negara ini,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohamed Elwakil bersama Ketua Hal Ehwal Perubatan Negara Novartis Malaysia, Balraj Sethi menunjukkan anugerah 'Sponsor of the Year' kerana menyumbang jumlah pengajian baharu tertinggi pada 2022 dan mempunyai salah satu daripada nilai kajian kumulatif tertinggi pada 2022.Tambah beliau, mereka akan terus meningkatkan penglibatan bersama kerajaan dan menyokong usaha untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan menerusi penyelidikan klinikal untuk merintis usaha mencari penyelesaian agar dapat menambah baik rawatan pesakit.Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif CRM, Dr Akhmal Yusof berkata, pelbagai ujian yang dilaksanakan oleh Novartis merupakan rawatan inovatif dengan meningkatkan keputusan kesihatan pesakit dalam ujian klinikal.“CRM mengiktiraf sumbangan Novartis sebagai penaja utama bagi tahun 2022 menerusi jumlah dan nilai kontrak ujian klinikal yang tinggi dibawa masuk ke dalam negara.“Nilai yang ditawarkan oleh Malaysia sebagai destinasi ujian klinikal pilihan utama adalah berdasarkan komitmen para penyelidik klinikal, pengawasan kawal selia kukuh, penghantaran data klinikal berkualiti tinggi dan proses untuk melaksanakan ujian klinikal terselaras di negara ini,” katanya.
4
07 Jun 2023 06:37pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/262179/bisnes/mr-diy-beri-diskaun-30-peratus
MR D.I.Y beri diskaun 30 peratus
KUMPULAN MR D.I.Y. (M) Berhad, (MR D.I.Y.) melalui inisiatifnya, 'Pilihan Berbaloi, Pilihlah Jenama MR D.I.Y.' memberikan diskaun harga sehingga 30 peratus melibatkan lebih 25 produk di seluruh cawangannya di Malaysia sepanjang bulan Jun.Ketua Pemasaran Kumpulannya, Alex Goh berkata, MR D.I.Y. mempunyai lebih daripada 10,000 jenama rumah dan rangkaian label peribadi yang menampilkan pelbagai jenis keperluan harian yang diperolehi terus daripada pengeluar global yang bereputasi.“Dengan mendapatkan sumber secara langsung, membeli secara pukal dan menggunakan analitik data yang ketat untuk menjangka permintaan pelanggan, MR D.I.Y. dapat mengekalkan harga kompetitif produk, sambil memberikan pelanggan jaminan kualiti."Nisbah kualiti harga inilah yang membuatkan pelanggan kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi," katanya dalam satu kenyataan.Alex berkata, rakyat Malaysia pada hari ini bimbang mengenai peningkatan kos sara hidup dan inflasi yang semakin meningkat, yang memberi tekanan besar kepada belanjawan isi rumah dan mengehadkan pilihan yang tersedia untuk mereka.“Sebagai peruncit tempatan, kami memahami perjuangan yang rakyat hadapi hari ini. Visi kami adalah untuk membina perniagaan mampan yang memberi kesan positif kepada kehidupan orang ramai,” katanya.Rangkaian produk yang ditawarkan di bawah inisiatif ‘Pilihan Berbaloi, Pilihlah Jenama MR D.I.Y.’ termasuk cat semburan hitam berkilauan pada RM5.90, kotak simpanan boleh tindan 1.6 liter pada RM4.90 dan botol air 2 liter pada RM24.90.Sebagai tambahan kepada rangkaian barangan jenama rumah yang disenaraikan di atas, anak syarikat kumpulan MR D.I.Y., MR. DOLLAR, juga menawarkan makanan ringan, minuman dan barangan keperluan rumah pada harga berpatutan dalam inisiatif itu.
4
07 Jun 2023 12:06pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262162/bisnes/nilai-ringgit-kembali-meningkat
Nilai ringgit kembali meningkat
NILAI ringgit meningkat kembali, pulih daripada kerugiannya sebelum ini dan dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Rabu, disokong oleh kenaikan harga minyak di tengah-tengah dolar AS yang agak lemah.Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6000/6050 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.6055/6100.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat ringgit bagaimanapun dijangka kekal lemah dalam tempoh terdekat kerana pelabur mahu menantikan penilaian terkini Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah."Naratif akan ada monetari yang lebih ketat sekali lagi menjadi perhatian dan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 13-14 Jun, masih ada perbincangan mengenai kemungkinan berlakunya kenaikan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.Ketika ini, penanda aras harga minyak mentah Brent meningkat 0.22 peratus kepada US$76.46 setong.Sementara itu pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika di Parlimen menekankan bahawa penyusutan nilai ringgit baru-baru ini disebabkan terutamanya kerana kenaikan faedah di Amerika Syarikat.Tambahnya, unit tempatan itu bukan satu-satunya mata wang di rantau ini yang merosot nilainya tahun ini.Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Nilai mata wang tempatan meningkat kepada 3.3001/3039 berbanding yen Jepun daripada 3.3050/3085 pada penutupan Selasa dan mengukuh berbanding euro untuk mencatatkan paras 4.9220/9274 daripada 4.9237/9286 tetapi lemah berbanding pound Britain kepada 5.7183/7245 daripada 5.7131/7187 semalam.Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.Unit tempatan itu merosot berbanding baht Thai kepada 13.2443/2640 daripada penutupan Selasa pada 13.2357/2547 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.19/8.20.Namun begitu, ia meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.4135/4174 daripada 3.4140/4179 semalam dan lebih baik berbanding rupiah Indonesia kepada 309.5/310.0 daripada 309.8/310.3. - Bernama.
4
07 Jun 2023 10:17am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262110/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan kebimbangan terhadap kestabilan ekonomi dan kewangan China serta harga minyak yang lebih lemah, kata seorang penganalisis.Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.6055/6100 berbanding dolar AS daripada 4.5745/5785 ketika ditutup pada Jumaat.Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin, 5 Jun 2023, bersempena dengan cuti umum Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, walaupun dolar AS melemah selepas paras Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat lebih rendah daripada jangkaan, ringgit tidak dapat memanfaatkannya kerana hubungan mata wang itu dengan sentimen risiko China."Lebih-lebih lagi yuan China bergelut disebabkan kekurangan sokongan dasar dan harga minyak yang lebih rendah turut memberi kesan," katanya kepada Bernama.Menurut laporan berita, harga minyak turun sebelum mencatatkan kenaikan sebelumnya adalah disebabkan pengumuman oleh pengeksport utama dunia, Arab Saudi, bahawa ia akan mengurangkan lagi pengeluaran minyak.Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent turun 1.63 peratus kepada AS$75.46 setong.Pada penutup dagangan hari ini, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3050/3085 daripada 3.2957/2989 ketika ditutup pada Jumaat tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.9237/9286 daripada 4.9254/9297 sebelumnya dan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.7131/7187 daripada 5.7323/7373.Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN lain.Ringgit naik berbanding baht Thai kepada13.2357/2547 daripada 13.2402/2591 pada penutupan pada Jumaat tetapi menguncup berbanding peso Filipina pada 8.19/8.20 berbanding 8.18/8.19 sebelumnya.Unit tempatan juga merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4140/4179 daripada 3.4026/4059 minggu lepas dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 309.8/310.3 daripada 305.0/305.5. - Bernama
4
06 Jun 2023 07:35pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262094/bisnes/indeks-sentimen-pks-separuh-pertama-2023-kekal-berdaya-tahan
Indeks sentimen PKS separuh pertama 2023 kekal berdaya tahan
SEKTOR perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) secara keseluruhannya kekal berdaya tahan selepas tinjauan Indeks Sentimen PKS bagi separuh pertama 2023 menjana bacaan positif 52.9, menurut SME Bank.Presiden kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aria Putera Ismail berkata penemuan indeks itu menunjukkan bahawa pemilik perniagaan masih optimis, berdaya tahan dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa walaupun keputusan yang direkodkan lebih rendah daripada bacaan indeks 2022 iaitu 53.8."Bacaan indeks separuh pertama ini adalah sejajar dengan kelembapan ekonomi negara yang diramalkan tahun ini yang mana SME Bank serta Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia juga menjangkakan keluaran dalam negara kasar Malaysia akan terus berkembang antara julat 4.0 peratus tahun ke tahun hingga 5.0 peratus tahun ke tahun, menyederhana daripada 8.7 peratus tahun ke tahun pada 2022,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ketua Pakar Ekonomi SME Bank, Lynette Lee pula berkata, 45 peratus daripada responden iaitu kebanyakannya perusahaan mikro dan kecil meramalkan kelembapan ekonomi dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.Beliau berkata, mengikut sektor pula, penyederhanaan terutamanya berpunca daripada pelbagai subsektor dalam industri perkhidmatan iaitu bekalan elektrik, gas, wap dan penyaman udara (utiliti), hartanah dan runcit."Bagaimanapun, 44 peratus daripada perniagaan bersaiz sederhana dan besar, menjangkakan pengembangan selanjutnya dalam aktiviti ekonomi. Perbezaan dalam jangkaan ini mencerminkan keadaan dan cabaran berbeza-beza yang dihadapi oleh perniagaan berlainan saiz,” katanya.Sehubungan itu, beliau berkat,a bank sentiasa berhati-hati dengan perkembangan di dalam dan luar negara."Persekitaran dasar monetari global yang lebih ketat, ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, inflasi tinggi dan risiko kemelesetan ekonomi tertentu boleh memberi kesan limpahan kepada ekonomi domestik dan menjejaskan trajektori pemulihan,” katanya.Kaji selidik ini yang dijalankan bermula Januari hingga Mei 2023 menerima lebih 700 responden daripada pelbagai sektor dan saiz PMKS.Indeks ini berfungsi untuk mengukur pandangan PMKS berkenaan persekitaran perniagaan yang boleh menjadi kayu pengukur dalam mengukur bagaimana ekonomi keseluruhan dijangka bertindak. - Bernama
4
06 Jun 2023 06:48pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/262081/bisnes/realme-c53-dilancarkan
realme C53 dilancarkan
REALME telah melancarkan produk baharunya, realme C53 pada Selasa dan Malaysia merupakan lokasi tayangan perdana di dunia bagi telefon pintar itu.realme dalam satu kenyataan berkata, Malaysia merupakan antara negara strategik yang sentiasa diberi perhatian oleh realme dan pada kali ini pelancaran realme C53 tidak terkecuali.Menurut kenyataan itu, sebagai permulaan kepada peningkatan strategik Siri C, realme C55 merupakan telefon pintar peringkat permulaan yang paling memikat dan pernah ada dengan beberapa ciri pertama segmen dan kejayaan luar biasa.“realme C53 didatangkan sebagai penukar permainan telefon pintar peringkat permulaan, menampilkan cas pantas 33W pertama segmen, sehingga 12GB RAM dinamik dan storan besar 128GB, dan badan Ultra Slim 7.49 milimeter (mm) paling nipis dalam segmen dan dalam Realme C Series.“C53 didatangkan dengan rekaan Shiny Champion dengan rupa yang bergaya dan unik. Sehubungan itu, realme C53 menawarkan pengalaman telefon pintar holistik pada harga yang berpatutan iaitu RM599 (6GB 128GB),” jelas kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, di bawah garis panduan naik taraf strategik Siri C, realme C53 terus membawa misi untuk menyampaikan ciri-ciri utama segmen dalam caj, storan dan reka bentuk.“Ciri-cirinya ialah Caj SUPERVOOC 33W dengan bateri besar 5000mAh, RAM dinamik 12GB dan ROM 128GB, Reka Bentuk Shiny Champion, C53 mempunyai kamera 50MP, skrin penuh aras tinggi 6.74" 90Hz dan Mini Capsule serta 6.74'' 90Hz memaparkan skrin penuh peringkat tinggi,” kata kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, ciri pertamanya, realme C53 menyasarkan untuk menamatkan era pengecasan perlahan dengan menawarkan caj 33W SUPERVOOC segmen pertama dengan teknologi pengecasan voltan tinggi dan arus rendah yang hanya mengambil masa 31 minit untuk dicas hingga 50 peratus berbanding dengan pendahulu caj 10W, C33, C53 telah meningkatkan kelajuan pengecasannya sebanyak 100 peratus.Bahagian belakang C53 direka dengan rekaan Shiny Champion yang didatangkan dengan warna Champion Gold dan Mighty BlackTekstur garis emas dan kesan cahaya keemasan di bahagian belakang menyerupai reben emas dan tumpuan, menonjolkan momen juara dengan kegembiraan dan rasa kebanggaan kejohanan.“realme C53 dikuasakan oleh chipset octa-core T612 dan digandingkan dengan sehingga 12GB RAM dinamik dan 128GB ROM yang merupakan storan terbesar dalam segmen ini. Dengan Teknologi Pengembangan RAM Dinamik DRE, realme C53 boleh mengembangkan 6GB RAM sehingga 6GB untuk menikmati pengalaman seperti 12GB, membolehkan pengalaman pengguna yang lebih lancar.“C53 menyokong dua kad sim Nano dan 1 kad MicroSD pada masa yang sama, menghasilkan pengembangan storan sehingga 2TB,” kata kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, ciri lain ialah realme C53 menyasarkan untuk menjadi telefon pintar peringkat permulaan terbaik dengan badan 7.49 mm paling nipis dalam segmen ini dan juga dalam Siri Realme C.“Di bahagian kamera belakang, C53 mempunyai kamera utama 50MP dengan apertur f/1.8 dan lensa 5P di samping lensa B&W dengan apertur f/3.0. Terdapat juga kamera swafoto 8MP di bahagian hadapan.“C53 membolehkan pengguna mencipta imej dalam gaya pilihan mereka dengan pelbagai fungsi imej inovatif. Di bahagian hadapan realme C53, ia dibina sekitar skrin penuh peringkat tinggi 6.74" 90Hz dengan kecerahan puncak 450 nits dan mempunyai takuk titisan mini di bahagian atas, menghasilkan pengalaman tontonan yang lebih selesa,” kata kenyataan itu.Ciri-ciri lain yang terdapat pada realme C53 ialah ia dilengkapi dengan pembesar suara UltraBoom 150 peratus dan penderia cap jari sisi pantas.“realme memberikan pengguna pengalaman pengguna yang tahan lama, realme C53 mematuhi ujian yang ketat untuk membawa kualiti tahap perdana. C53 juga menyampaikan tiga ciri pertama segmen yang melampaui jangkaan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan menyampaikan semangat 'juara',” kata kenyataan itu.realme C53 (6GB 128GB) akan dijual pada harga RM599 dan boleh didapati di Shopee rasmi realme Malaysia dan Lazada Flagship Store, Realme Official TikTok Shop, Realme Official Brand Stores dan Realme Authorised Dealers Malaysia pada 7 Jun 2023.
4
06 Jun 2023 05:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262077/bisnes/boost-tawar-ganjaran-kesetiaan-bayaran-bil
Boost tawar ganjaran kesetiaan bayaran bil
[DIKEMASKINI] MESKIPUN berlaku peralihan cara pengguna berbelanja akibat penurunan kuasa beli namun penyelesaian teknologi kewangan mencatatkan peningkatan penggunaan bayaran digital di seluruh negara.Ia termasuk pembayaran digital, e-dagang, dan inisiatif digital kerajaan yang mempermudahkan urusan serta memperkasakan pengguna ke arah mencapai kebebasan kewangan.Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata, peniaga yang berjaya menggabungkan perkhidmatan kewangan itu ke dalam strategi perniagaan mereka akan dapat menguasai permintaan digital yang semakin meningkat.“Melalui tinjauan pasaran, kami telah mengesahkan bahawa rakyat Malaysia sedang mencari jalan untuk memudahkan kehidupan mereka.“Lebih 30 peratus daripada responden bergelut dalam menyelaras bil dan tarikh akhir bayaran selain melaksanakan tanggungjawab yang lain dalam kehidupan harian.“Tambahan lagi, hampir 70 peratus membantu menguruskan bil bagi tanggungan mereka, dan ini menyebabkan ramai yang berharap untuk kebolehan membayar pelbagai bil secara sekali gus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Justeru, tambahnya, aplikasi Boost menyediakan ciri pengurusan pembayaran bil dikenali BoostBills yang menyatukan semua maklumat bil ke dalam satu paparan."Ia memudahkan pengguna untuk mengetahui jumlah amaun yang tertunggak dan tarikh akhir daripada lebih 50 pembekal perkhidmatan bil selain mempunyai fungsi pembayaran automatik, BoostBills.“Kami juga menawarkan fungsi Boost PayLater patuh syariah untuk pembayaran yang fleksibel dan banyak lagi,” ujarnya.Dalam pada itu, Norliza berkata, menurut kajian pasaran, lebih 80 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa mereka lebih gemar membeli-belah daripada kedai yang menawarkan ganjaran kesetiaan.Tambahnya, bukan sekadar diskaun atau promosi bermusim, peniaga perlu menawarkan program kesetiaan yang komprehensif dan sentiasa aktif yang mampan.“Aplikasi fintech seperti Boost, contohnya boleh menangani cabaran ini kerana ia mempunyai program ganjaran kesetiaan BoostUP dan dengan setiap ringgit yang dibelanjakan, pengguna akan mendapat Boost Stars.“Melalui Boost Stars yang dikumpul, pengguna boleh menebus hadiah percuma, baucar diskaun dan banyak lagi di Katalog Ganjaran BoostUP sepanjang tahun menjadikan Boost Stars setara dengan wang tunai,” ujarnya.
4
06 Jun 2023 05:39pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262075/bisnes/tumpu-isu-perjanjian-akses-5g-penyertaan-ekuiti-dalam-dnb
Tumpu isu perjanjian akses 5G, penyertaan ekuiti dalam DNB
PASUKAN Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia kini memberi tumpuan kepada penyelesaian isu berkaitan perjanjian akses 5G antara pihak penyedia perkhidmatan bersama Digital Nasional Berhad (DNB) serta penyertaan ekuiti mereka dalam entiti berkenaan.Pengerusi Bersama Pasukan Petugas berkenaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, kedua-dua isu utama tersebut akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam kumpulan kerja yang ditubuhkan dan dijangka dapat dimuktamadkan seawal penghujung bulan ini."Mesyuarat kedua Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia pada Khamis lepas bersetuju dengan struktur pasukan petugas yang merangkumi lima kumpulan kerja terdiri daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, DNB dan pihak penyedia perkhidmatan."Keputusan segera bagi perjanjian akses 5G antara pihak penyedia perkhidmatan bersama DNB akan membolehkan pihak penyedia perkhidmatan utama termasuk Maxis menawarkan pakej-pakej perkhidmatan 5G kepada pengguna," katanya.Menurut kenyataan itu penyertaan ekuiti oleh pihak penyedia perkhidmatan dalam DNB akan menyokong pembangunan rangkaian 5G oleh DNB sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.Katanya, pengguna akan terus menikmati perkhidmatan 5G sedia ada yang dilanggan secara terangkum daripada pihak penyedia perkhidmatan dalam tempoh peralihan seperti jaminan yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini."Diharapkan dengan komitmen yang diberikan oleh semua pihak terlibat, perkhidmatan 5G akan terus disediakan dengan meluas pada kadar yang berpatutan kepada rakyat," katanya. - Bernama
4
06 Jun 2023 05:27pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262061/bisnes/malaysia-bahrain-mahu-pertingkat-perdagangan-pelbagai-sektor
Malaysia, Bahrain mahu pertingkat perdagangan pelbagai sektor
MALAYSIA dan Bahrain berazam untuk meningkatkan lagi perdagangan dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, kewangan Islam, infrastruktur dan komoditi halal, kata Kuasa Usaha Kedutaan Bahrain untuk Malaysia, Rashad Alshaikh.Rashad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kedutaan pada Selasa, menekankan bahawa Malaysia merupakan pasaran import ke-27 terbesar bagi Bahrain dan pasaran eksport ke-20 terbesar."Malaysia adalah lokasi strategik di tengah-tengah pasaran Asia Tenggara dengan 676 juta penduduk, yang menawarkan peluang perdagangan kepada syarikat-syarikat bagi mengembangkan rangkaian bekalan dan operasi serantau dan global," katanya.Beliau berkata demikian ketika majlis jamuan tengah hari yang diadakan pada 29 Mei bagi memperingati inisiatif kolaboratif antara kedutaan dan Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (Bahrain EDB).Inisiatif ini bertujuan mempromosikan peluang pelaburan di Bahrain dan bertujuan memperkenalkan landskap pelaburan Bahrain yang memberi nilai tambah, berpotensi menarik pelabur tempatan dan antarabangsa susulan nilai pelaburan yang kukuh.Antara tetamu yang hadir semasa majlis jamuan tengah hari itu termasuk Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Michael Chai, Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (MICCI), Shaun Edward Cheah dan Presiden Kuala Lumpur Dewan Perniagaan Antarabangsa (KLICC), Prof Hashim Saleh.Rashad menyuarakan harapannya sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Bahrain dan Malaysia pada tahun depan, dengan menyatakan bahawa perkembangan ini merupakan platform untuk meningkatkan hubungan dua hala dan mengukuhkan kerjasama membabitkan pelbagai sektor seperti ekonomi, budaya, sains, pendidikan, dan pelancongan.Rashad turut menekankan hubungan ekonomi dan perdagangan yang berkembang pesat antara kedua-dua negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Beliau menjelaskan bahawa perdagangan tidak berasaskan minyak antara Bahrain dan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara, dengan merekodkan jumlah sekitar AS$251.4 juta tahun lalu.Nilai import Bahrain adalah AS$88 juta, manakala jumlah eksport mencapai AS$163.4 juta.Di samping majlis itu, satu webinar bertajuk "Melabur di Bahrain" diadakan, bagi menonjolkan nilai unik Bahrain dan menekankan perbezaan utama yang mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan yang ideal.Hubungan dua hala antara Bahrain dan Malaysia telah terjalin sejak 1974, dengan pembukaan kedutaan Bahrain yang baharu di Kuala Lumpur dan beroperasi sejak Julai 2019. - Bernama
4
06 Jun 2023 04:44pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262036/bisnes/matrade-bantu-pacu-eksport-ke-jepun
MATRADE bantu pacu eksport ke Jepun
PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) membantu memacu eksport ke Jepun melalui penglibatan peringkat tinggi dengan syarikat Jepun menerusi misi perdagangan dan pelaburan pertama ke Jepun.Objektif itu bagi mengukuhkan perdagangan selain meneruskan kerjasama ekonomi antara Malaysia serta Jepun yang diterajui Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dari 29 Mei hingga 2 Jun 2023.Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, Jepun kekal sebagai pasaran utama negara di Asia bagi syarikat Malaysia, sebagai rakan dagang keempat terbesar."Hasil daripada usaha proaktif MATRADE dalam mengatur penglibatan peringkat tinggi dengan sogo sosha (syarikat perdagangan am Jepun), misi perdagangan termasuk pelaburan ke Tokyo dan Osaka telah memperoleh perkongsian perniagaan dan peluang eksport yang penting," katanya.MATRADE dalam satu kenyataan pada Selasa berkata. misi itu menggariskan mesyuarat berimpak serta penglibatan peringkat tinggi yang diatur oleh MATRADE dengan sogo sosha yang komited untuk meningkatkan perdagangan dan penyumberan bagi pelbagai produk termasuk perkhidmatan Malaysia berkualiti yang bernilai AS$458 juta (RM2.1 bilion).Eksport yang ditawarkan adalah dalam bentuk tenaga, produk hijau dan mampan, minyak sawit, produk kayu, bahan serta produk kimia, barangan pengguna yang bergerak pantas dan halal termasuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dan digital."MATRADE juga memainkan peranan penting dalam mengatur pertemuan dengan syarikat pembina rumah terbesar yang berpangkalan di Osaka, Daiwa House Industry Co and Ltd."Syarikat itu agak teruja dengan kualiti produk dari Malaysia selain komited untuk terus mendapatkan sumber pembinaan, hiasan dalaman dan perabot dari Malaysia untuk projeknya di Jepun dan negara-negara Asia yang lain," kata MATRADE.Semasa misi itu, MATRADE dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) juga telah bersetuju bagi melanjutkan memorandum kerjasama (MoC) selama setahun lagi sehingga 5 April 2024, sebagai mengiktiraf inisiatif dan aktiviti yang dijalankan di bawah MoC yang ditandatangani pada 2021, yang mana ia telah berjalan selama dua tahun.MoC itu bertujuan menggalakkan perdagangan, memperdalam persefahaman, persahabatan selain menyumbang kepada pembangunan perdagangan antara kedua-dua negara termasuk dalam bidang seperti halal, teknologi maklumat dan komunikasi, e-dagang serta transformasi digital. - Bernama
4
06 Jun 2023 03:32pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/262028/bisnes/perdagangan-runcit-kekal-positif-tahun-ini---midf-research
Perdagangan runcit kekal positif tahun ini - MIDF Research
SEKTOR perdagangan runcit Malaysia kekal positif pada 2023 walaupun sentimen pengguna yang lebih lemah ketika ini.Dalam satu nota penyelidikan pada Selasa, MIDF Research berkata, ia percaya perdagangan runcit untuk barangan penting dengan harga yang kompetitif akan kekal positif pada masa akan datang.Ia berkata, perdagangan runcit kukuh pada Mac 2023, berkembang 17.7 peratus tahun ke tahun kepada RM58.7 bilion, menandakan bulan ke-12 berturut-turut pengembangan dua angka.Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kedai bukan pengkhususan serta kedai khusus untuk makanan dan minuman serta tembakau menyaksikan peningkatan dua angka yang ketara pada bulan tersebut.Perdagangan runcit untuk Mac 2023 juga menunjukkan pertumbuhan 0.9 peratus bulan ke bulan berbanding penguncupan 2.4 peratus bulan ke bulan pada bulan sebelumnya.Namun begitu, ia menyatakan bahawa Indeks Sentimen Pengguna (CSI) Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menurun daripada 105.3 mata pada suku keempat 2022 kepada 99.2 mata pada suku pertama 2023 disebabkan oleh prospek pekerjaan dan pendapatan yang lebih lemah serta kebimbangan mengenai inflasi yang meningkat."Walaupun mengambil kira faktor tersebut, rancangan perbelanjaan pengguna kekal tidak berubah," katanya. - Bernama
4
06 Jun 2023 03:07pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261968/bisnes/ringgit-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit rendah berbanding dolar AS
RINGGIT memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati terhadap unjuran global walaupun dolar AS lemah sedikit, kata seorang penganalisis.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5950/6000 berbanding dolar AS berbanding penutupan Jumaat pada 4.5745/5785.Pasaran ditutup semalam (Isnin) sempena cuti hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, dolar AS lemah sedikit berikutan data indeks pengurus pembelian (PMI) ISM Services yang kurang menggalakkan berbanding unjuran dan mengharapkan agar kenaikan kadar faedah yang lebih rendah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.Bagaimanapun, beliau menyatakan walaupun data PMI Caixin meningkat pada bulan Mei, yuan China masih lemah disebabkan oleh sentimen pasaran negatif di sekitar pertumbuhan China.Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.2927/2965 berbanding yen Jepun daripada 3.2957/2989 pada penutupan Jumaat, meningkat berbanding euro pada 4.9240/9294 daripada 4.9254/9297 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7139/7201 daripada 5.7323/7373 minggu lepas.Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2029/2222 daripada penutupan urus niaga Jumaat 13.2402/2591 dan agak tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.17/8.19 daripada 8.18/8.19.Namun begitu, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4055/4094 daripada 3.4026/4059 minggu lepas dan lemah berbanding rupian Indonesia pada 308.5/309.0 daripada 305.0/305.5 sebelumnya. - Bernama
4
06 Jun 2023 10:07am
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/261897/bisnes/kopsya-cadang-terbitkan-sukuk-berjumlah-rm2-bilion
Kopsya cadang terbitkan sukuk berjumlah RM2 bilion
KOPERASI Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (Kopsya) bercadang untuk menerbitkan sukuk berjumlah RM2 bilion bagi memenuhi pembiayaan koperasi yang tidak mencukupi.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, sejak 10 tahun ditubuhkan, sebanyak 130 koperasi telah diluluskan yang memerlukan peruntukan RM1 bilion.Bagaimanapun menurutnya, daripada jumlah tersebut, RM680 juta telah diluluskan dan kekurangan dana sebanyak RM320 juta.“Ini sebab kita akan menerbitkan sukuk untuk memenuhi keperluan itu bagi menjayakan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi.“Ini termasuk syarikat besar untuk pembiayaan pinjaman dan pembiayaan projek menerusi beberapa sektor yang telah diputuskan termasuk peruncitan, pemborongan, pelancongan, kesihatan, hartanah dan lain lagi yang akan dipertimbangkan,” katanya.Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke sembilan Kopsya di Pejabat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), pada Isnin.Tambah beliau, tiga bank terlibat dengan penerbitan tersebut dan sedang dimuktamadkan oleh ahli lembaga Kopsya sebelum dibawa kepada Suruhanjaya Koperasi untuk mendapatkan kelulusan.Jelasnya yang juga Presiden Angkasa, penerbitan tersebut disasarkan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.Menurut Abdul Fattah, sekiranya diluluskan, masalah pembiayaan modal, dana di Kopsya akan diatasi dengan adanya sumber pembiayaan modal daripada sukuk.“Sukuk ini berperingkat. Jadi kita akan habis sukuk dalam masa enam bulan dan selepas itu akan buka kepada pelabur luar mahupun institusi kewangan.“Kalau tidak, hasrat Kopsya untuk menjadi sebuah institusi koperasi yang beri pembiayaan kepada koperasi lain mungkin tidak dapat capai,” ujarnya.Dalam masa sama, menurut beliau, Kopsya turut mensasarkan 3,000 koperasi akan mendaftar menjadi ahlinya pada 2027.Jelas Abdul Fattah, Kopsya turut mensasarkan untuk menambah modal saham koperasi daripada minimum RM1,000 kepada yang lebih besar.Tambahnya, ia supaya lebih banyak dana dapat dikumpul dan seterusnya boleh diberikan kepada permohonan yang belum selesai.“Aktiviti utama Kopsya adalah menyediakan kemudahan pembiayaan kepada koperasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan.“Untuk makluman, daripada 15,315 koperasi yang berdaftar, sebanyak 1,600 telah pun menjadi ahli Kopsya. Lebih kurang 10 peratus,” katanya.
4
05 Jun 2023 03:42pm
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/261836/bisnes/malaysia-bangunkan-sektor-tenaga-diperbaharui-bernilai-tinggi
Malaysia bangunkan sektor tenaga diperbaharui bernilai tinggi
SHAH ALAM - Malaysia akan mewujudkan Pasaran Pertukaran Tenaga Boleh Diperbaharui Serantau bagi meningkatkan lagi kecanggihan sektor elektrik dan elektronik (E&E) terutamanya semikonduktor.Dalam masa sama, menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, negara juga akan membangunkan sektor tenaga diperbaharui yang bernilai tinggi.Perkara tersebut dikongsikan pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali setelah meneliti temu bual Rafizi di Qatar Economic Forum secara dalam talian.Selain itu, Noor Azlan berkata, Rafizi turut memaklumkan bahawa Malaysia perlu menggerakkan penstrukturan semula ekonomi untuk menjadi sebuah negara yang cemerlang.Menurut beliau, pemulihan pascapandemik Covid-19 dan transformasi serta kestabilan politik perlu dimanfaatkan untuk menggerakkan penstrukturan semula ekonomi.“Ketiga, perkara keutamaan untuk meningkatkan ekonomi adalah penyediaan bakat untuk menyokong pembangunan sektor bernilai tinggi yang baharu dilaksanakan.“Ia adalah melalui pendekatan ‘demand-driven’ yang menggalakkan penglibatan industri secara intensif dalam latihan dan peningkatan kemahiran,” katanya pada Isnin.Tambah Noor Azlan, rumusan seterusnya berdasarkan temu bual Rafizi adalah pelaksanaan subsidi bersasar mampu menjimatkan dan penjimatan itu akan disalurkan untuk keselamatan sosial serta pembangunan infrastruktur.Rafizi (kanan) semasa temu bual di Qatar Economic ForumMenurut beliau, proses merasionalisasikan subsidi sudah bermula dan akan dibuat secara berperingkat.Tambah Noor Azlan, Rafizi memaklumkan melalui kemajmukan masyarakat di Malaysia, ia membantu mengukuhkan hubungan pelbagai hala dengan semua blok kuasa dunia dan menekankan tawaran nilai kepada semua pihak.“Rumusan keenam adalah pembangunan akan diserahkan ke semua negeri atau wilayah dengan setiap satu mempunyai kekuatan dan daya saing tersendiri serta infrastruktur yang khusus industri,” ujarnya.Tambah beliau, penstrukturan baharu untuk meningkatkan ekonomi perlu bermula pada tahun pertama pemerintahan kerajaan baharu bagi meningkatkan keyakinan rakyat.Bagaimanapun, menurutnya, ianya perlu dilaksana secara berperingkat dan tidak berbentuk ‘big-bang’ yang memberi kejutan.Selain itu, Rafizi turut memaklumkan bahawa strategi dan fokus penstrukturan akan lebih jelas dengan pelancaran Industrial Master Plan (IMP) dan Kajian Separuh Penggal RMke12 sebelum Belanjawan 2024.Jelasnya, Malaysia mesti mengambil peluang untuk segera bersedia ketika berhadapan dengan pusingan kelembapan ekonomi global dan sedia memanfaatkan pemulihan ekonomi global kelak.Menurut Noor Azlan, Rafizi turut optimis dengan berhati-hati bahawa Malaysia mampu mencapai pertumbuhan ekonomi melebihi lima peratus.Bagaimanapun, Rafizi yakin bahawa pertumbuhan tersebut mampu mencapai melebihi empat peratus.
4
05 Jun 2023 11:21am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261775/bisnes/s-p-setia-lancar-pelan-hala-tuju-esg-pada-hari-kelestarian-sulung
S P Setia lancar pelan hala tuju ESG pada Hari Kelestarian sulung
PEMAJU hartanah, S P Setia Berhad (S P Setia) melancarkan pelan hala tuju Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dengan Hari Kelestarian pertamanya di Pusat Konvensyen Setia City pada 31 Mei.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia Berhad, Datuk Choong Kai Wai berkata, pelan hala tuju ESG itu merangkumi tujuan dan visi baharu syarikat tersebut.Beliau berkata, pihaknya bukan sahaja ke arah membantu pemuliharaan eko tetapi juga piawaian ESG."Melalui pelan hala tuju ESG yang baharu, saya juga berbesar hati untuk mengumumkan tujuan baharu kami untuk 'mencipta komuniti lestari' manakala visi baharu adalah 'menjadi pemimpin dalam mewujudkan komuniti lestari dan memperkaya gaya hidup'."Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, isu perubahan iklim dan pemanasan global lebih bersifat akademik daripada mengancam nyawa. Benar, panas dan hujan batu bukanlah perkara baharu di negara kita kerana merupakan sebahagian daripada fenomena semula jadi."Namun ia bukan perkara biasa apabila suhu memecahkan rekod dan ribut merobek bumbung," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Kai Wai berkata, peningkatan intensiti cuaca membuatkan rakyat Malaysia ingin tahu semua perkara mengenai kelestarian alam sekitar."Selain itu, berpandukan rangka kerja kemampanan baharu yang ditubuhkan pada 2022, S P Setia berhasrat untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050 dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus pada 2030 serta 70 peratus pada 2040."Kita perlu menyokong 'Mother Earth' dan sokongan ini bermula dengan rakyat. Tidak ada Planet B," jelasnya.Menurut beliau, untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan dan kesegeraan menerajui gaya hidup yang lebih mampan ke dalam operasi perniagaan, S P Setia menganjurkan perbincangan panel mengenai kesan perubahan iklim terhadap landskap perniagaan."Pada hari itu juga, Kami telah mengadakan pembentangan rangka kerja dan pelan hala tuju ESG yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Strategi SP Setia,Lindayani Tajudin," ujarnya.
4
04 Jun 2023 04:53pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/261752/bisnes/miim-i-sayang-mudahkan-urusan-wasiat-harta-pusaka
MiiM i-Sayang mudahkan urusan wasiat, harta pusaka
SYARIKAT pengurusan pusaka, Mawarith Integrated Sdn Bhd (MiiM) melancarkan perkhidmatan MiiM i-Sayang yang menyediakan solusi lebih komprehensif bagi memudahkan orang ramai melakukan pewarisan secara mudah dan sah dengan hanya di hujung jari.Pengarah Komersial MiiM, Abdul Hadi Pilus, berkata, platform pewarisan digital tersebut bagi memudahkan orang ramai melakukan pengurusan harta pusaka, wasiat dan merancang hibah aset.Tambahnya, perancangan awal wasiat atau hibah penting mengelak sebarang permasalahan berkaitan pembahagian harta pusaka apabila seseorang itu meninggal dunia."i-Sayang yang beroperasi sepenuhnya secara digital menawarkan perkhidmatan digital pentadbiran hibah aset secara telus, profesional selain menetapkan tuntutan syarak untuk kebaikan pemohon dan penerima serta ahli waris."Pendekatan kita adalah dengan menggunakan kaedah langganan. Selepas melanggan sistem ini, pelanggan akan menerima pelbagai manfaat dalam hal pengurusan wasiat, harta sepencarian dan pelbagai.“Pelanggan juga layak menerima manfaat pengurusan pusaka seperti takaful kerana kami ada tabungan daripada langganan untuk kos pengurusan kematian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Majlis Pelancaran produk tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah MiiM, Datuk Mashuri Zainal selain turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MiiM, Ramlee Said dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Cyberjaya pada Ahad.Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, menerusi platfom aplikasi mobil dan laman web, MiiM menyediakan penyelesaian yang lengkap dan juga sebagai rujukan kepada orang ramai agar lebih bersedia dalam melaksanakan hasrat pewarisan mereka.Menurutnya, orang ramai juga boleh mendapatkan dokumentasi pewarisan secara percuma di laman web www.miim.my untuk memudahkan urusan dengan institusi berkaitan seperti di Pejabat Pesaka Kecil atau di Mahkamah Tinggi Sivil atau Mahkamah Syariah sekiranya perlu.“Bagi yang mahukan perkhidmatan pewarisan digital berserta dengan servis pentadbiran lengkap, kami mengenakan kadar yuran langgan berpatutan,” ujarnya.Jelas Abdul Hadi, melihat kepada kesedaran masyarakat yang semakin baik mengenai kepentingan menyediakan dokumentasi perancangan, pihaknya mensasarkan lebih 10,000 pelanggan pada tahun ini selain dijangka memperluaskan kempen perkhidmatan dengan melantik kira-kira 5,000 ejen berdaftar sehingga akhir tahun.Sementara itu, Ramlee berkata, pihaknya juga merancang untuk mengembangkan pasaran produk mereka ke pasaran antarabangsa khususnya di Indonesia.“Kita akan pergi ke pasaran Indonesia dalam tempoh dua tahun lagi sebab sudah ada rakan kongsi selain perkemaskan lagi sistem untuk pasaran antarabangsa dengan menyasarkan 2,000 langganan di sana (Indonesia) dalam tempoh dua tahun."Kesedaran mengenai kepentingan merancang pewarisan semakin baik namun masih ada masyarakat tidak bertindak untuk melakukan tanggungjawab itu.“Ramai mula cakna mengenai kepentingan pewarisan aset tetapi apabila tiba pelaksanaan, ramai tangguh. Padahal pengisytiharan hibah atau wasiat yang lengkap dapat mengelakkan banyak isu berkaitan pembahagian harta pusaka selepas kematian,” jelasnya.
4
04 Jun 2023 03:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261726/bisnes/kmi-healthcare-pkenps-tandatangan-mou-untuk-pembangunan-kesihatan-di-perlis
KMI Healthcare, PKENPs tandatangan MoU untuk pembangunan kesihatan di Perlis
Dr. Ahmad Shamsuri (tiga, kiri) dan Tuan Mohd Shukri (tiga, kanan) ketika hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU antara KMI Healthcare dan PKENPs, semalam.KUALA LUMPUR – Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) bahagian penjagaan kesihatan di bawah TDM Berhad dan Pembangunan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan perkhidmatan kesihatan di Perlis.Majlis menandatangani perjanjian itu telah diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, semalam turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli.MoU tersebut adalah bagi meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan hospital swasta atau fasiliti kesihatan di Perlis yang akan ditentukan perinciannya selepas penyelidikan yang lebih rapi dilakukan oleh kedua-dua pihak.Dr. Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata dengan kepakaran dan kualiti perkhidmatan daripada pihak KMI Healthcare dan TDM Berhad, ia bukan sahaja dapat memenuhi permintaan dan menambah pilihan perkhidmatan perubatan dalam negeri, bahkan ia juga berupaya menjadikan satu mercu tanda baharu di Utara tanahair.“Usahasama dengan pihak PKENP ini bakal menjadi tanda aras kepada kerjasama yang berterusan antara dua kerajaan negeri,” katanya.Sementara itu, Tuan Mohd Shukri, Menteri Besar Perlis pula dalam ucapannya turut menyebut mengenai hospital yang mesra ibadah ini mampu menarik ramai rakyat Perlis untuk mendapatkan rawatan di sini.“Selain daripada memberi manfaat dari sudut kesihatan, saya juga mengharapkan peluang pekerjaan dapat disediakan khususnya buat warga Perlis. MoU yang termeterai pagi ini dapat menatijahkan hubungan yang erat di antara kedua negeri ini.“Seterusnya paling penting menjadi antara pilihan utama rakyat Perlis dan penduduk sekitarnya dalam menerima penjagaan kesihatan.”Manakala Ketua Pengarah Eksekutif KMI Healthcare, Dr. Rayney Azmi Ali berkata, Perlis menjadi pilihan atas dasar permintaan masyarakat setempat dan juga saranan kerajaan negeri.Di tambah lagi ianya adalah sebahagian dari pelan pembangunan strategik 5 Tahun KMI Healthcare untuk memperkembangkan perniagaan kesihatan kami supaya lebih berdaya saing” ujar Ketua dalam ucapan pembukaannya.Dalam masa yang sama, KMI juga ingin mengimbangkan kedudukan hospital di jaluran Pantai Timur Malaysia, khususnya bandar-bandar utama seperti di Kuala Terengganu, Kuantan dan di Kemaman serta Kelantan.
4
04 Jun 2023 12:19pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261654/bisnes/kuskop-sasar-jualan-rm12-juta-sempena-minggu-pmks-zon-utara
Kuskop sasar jualan RM12 juta sempena Minggu PMKS Zon Utara
KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyasarkan potensi jualan sebanyak RM12 juta termasuk melalui padanan perniagaan sempena Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Peringkat Zon Utara yang bermula semalam hingga esok.Timbalan Menterinya, K Saraswathy berkata, program itu merupakan acara tahunan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan bagi zon utara melibatkan Pulau Pinang, Perak, Kedah serta Perlis.Beliau berkata, Minggu PMKS 2023 Peringkat Zon Utara yang diadakan sempena Minggu Usahawan Negara (MUN) anjuran KUSKOP itu, dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan PMKS tempatan serta membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada semua pihak khususnya ketika pascapandemik."Ia bermula dengan Zon Utara di Pulau Pinang diikuti dengan Sarawak seterusnya Zon Selatan di Melaka, Zon Pantai Timur di Pahang dan Sabah. Kemuncaknya adalah sambutan MUN dan Minggu PMKS 2023 Peringkat Kebangsaan pada 7 hingga 9 Julai ini di Dataran Merdeka yang bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim."SME Corp menyasarkan potensi jualan RM70 juta termasuk melalui padanan perniagaan sepanjang penganjuran Minggu PMKS 2023 itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Minggu PKMS 2023 Zon Utara di SP Arena di sini hari ini.Program itu dirasmikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif, SME CORP Rizal Nainy dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.Saraswathy berkata, program itu juga bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan PMKS kepada pembangunan ekonomi negara.Menurutnya, selain meningkatkan kesedaran umum tentang produk dan perkhidmatan PMKS daripada pelbagai industri, Minggu PMKS juga menawarkan platform untuk hebahan maklumat mengenai pembiayaan serta program pembangunan yang ditawarkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan."Pada tahun lepas, PMKS telah mencatatkan sumbangan sebanyak RM518.1 bilion atau 37.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyediakan peluang pekerjaan kepada 7.32 juta orang, ini adalah seiring teras pertama MADANI iaitu memacu pertumbuhan ekonomi negara," katanya.Beliau berkata, Minggu PMKS Zon Utara pada kali ini berjaya menonjolkan keunikan dan kepelbagian produk PMKS tempatan antaranya makanan tradisional putu Perak, peneram dan pekasam."Sebanyak 90 reruai disediakan untuk pameran dan karnival jualan, serta aktiviti menarik lain seperti kaunter bergerak oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah," katanya. - Bernama
4
03 Jun 2023 06:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261649/bisnes/potensi-pelaburan-rm23-bilion-bukti-firma-jepun-yakin-pada-malaysia
Potensi pelaburan RM23 bilion bukti firma Jepun yakin pada Malaysia
POTENSI pelaburan bernilai RM23.07 bilion yang diraih dalam misi perdagangan dan pelaburan (TIM) ke Jepun baru-baru ini, membuktikan keyakinan syarikat global terhadap ekosistem perniagaan Malaysia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Arham Abdul Rahman berkata, pihaknya turut menyambut baik rancangan pelaburan oleh syarikat-syarikat Jepun tersebut seperti NHK Spring, CKD Corporation, Denso Corporation dan Omron di Malaysia."Kita berhasrat mewujudkan peluang besar bagi pertumbuhan yang sejajar dengan tumpuan ke atas industri berteknologi tinggi, inovasi dan mampan, termasuk ekosistem kenderaan elektrik."Selain itu, kita juga komited dalam memupuk kerjasama lebih erat dan memacu pertumbuhan mampan yang melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.Misi ke Tokyo dan Osaka selama lima hari mulai 29 Mei 2023, telah diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.Ini membabitkan pertemuan dengan wakil syarikat daripada pelbagai sektor termasuk komponen berkaitan kenderaan elektrik (EV), elektrik dan elektronik, bahagian dan komponen jentera, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), logam dan kimia serta produk berasaskannya.Menurut Mida, syarikat NHK Spring, penggiat utama dalam pengeluaran substrat logam bersepadu akan mengembangkan lagi kemudahan pengeluarannya di Negeri Sembilan bagi menampung lonjakan permintaan substrat yang penting untuk tujuan elektrifikasi kereta."Memandangkan industri EV diunjur terus mencatat perkembangan ketara, rancangan pengembangan NHK Spring situ juga seiring dengan usaha Malaysia untuk menggalakkan lagi ekosistem padu bagi pembangunan EV."Pembinaan kilang dan kemudahan baharu itu dijangka siap menjelang Disember 2023, sekali gus hanya mengesahkan lagi komitmen syarikat itu terhadap Malaysia sejak pembukaan kemudahannya di Senawang, Negeri Sembilan pada 1994,” katanya.Mida berkata, pengembangan itu hanya mengukuhkan peranan NHK Spring dalam pembuatan papan pendawaian bercetak berasaskan logam serta turut meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global.Dalam pada itu, Omron pula berkongsi pelan pelaburan perniagaan masa depannya dengan menumpukan produk-produk pengeluaran menggunakan tenaga boleh diperbaharui bagi menyumbang kepada masyarakat bebas karbon di Malaysia."Komitmen Omron terhadap kelestarian itu bertepatan dengan usaha Malaysia untuk menggalakkan aspek amalan mesra alam sekitar dan teknologi hijau,” katanya.Japan Petroleum Exploration Company Ltd (Japex) pula bekerjasama dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membabitkan peluang penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), termasuk meninjau penyelesaian penyimpanan karbon dioksida bersesuaian di Malaysia.Menurut Mida, Japex yang juga syarikat cari gali, pengeluaran dan pengangkutan karbon, menyasarkan untuk meneroka penyelesaian CCS yang berpotensi menerusi aktiviti kematangan teknikal serta meneliti kaedah penangkapan dan penyimpanan maksimum.Kerjasama itu yang diumumkan pada 28 Januari 2022, turut melibatkan aspek pelepasan, jumlah tangkapan dan kaedah pemantauan karbon dioksida yang disimpan di bawah tanah.Arham berkata, Mida akan terus aktif mempromosi peluang pelaburan dan menyediakan sokongan komprehensif.Mida sebelum ini mengumumkan kejayaan Malaysia menarik pelaburan diluluskan merangkumi pelbagai sektor ekonomi berjumlah RM71.4 bilion (AS$16.2 bilion) bagi suku pertama 2023.Ini turut membabitkan 14 projek pembuatan dan perkhidmatan yang mana penglibatan Jepun itu diluluskan oleh Mida dengan jumlah pelaburan bernilai AS$47.0 juta.Kesemua projek itu diunjur dapat mewujudkan peluang pekerjaan bagi 653 orang dan meletakkan Jepun sebagai pelabur asing ketujuh terbesar segmen terbabit dalam pelaburan diluluskan pada suku pertama 2023. - Bernama
4
03 Jun 2023 05:02pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261638/bisnes/skyworld-menang-di-anugerah-hartanah-asia-pasifik-appa-2023
SkyWorld menang di Anugerah Hartanah Asia Pasifik APPA 2023
PEMAJU bandar Skyworld Development Berhad memenangi Anugerah Hartanah Asia Pasifik (APPA) 2023 bagi kategori Seni Bina Bertingkat menerusi projek Curvo Residences SkyArena di Setapak.Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Chee Seng berkata, Curvo Residences kini di fasa terakhir yang terletak di tanah seluas 1.793 hektar menguasai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM575.4 juta dan saiz unit antara 952 kaki persegi sehingga 1,345 kaki persegi dengan harga bermula RM564,000.Menurutnya, kediaman tersebut menawarkan 830 unit merentasi dua menara 44 dan 30 tingkat masing-masing dengan menara A terdiri daripada 448 unit serta menara B terdiri daripada 382 unit.“Anugerah ini memberikan kami rangsangan dan galakan diperlukan sebagai pemaju bandar serta mencipta produk inovatif bagi kehidupan lebih baik dengan komitmen pasukan yang bekerja keras bagi menjayakan projek."Curvo Residences SkyArena merangkumi kehidupan bandar terbaik yang dikelilingi oleh suasana hijau sebagai persediaan untuk memupuk kehidupan kekeluargaan dan gaya hidup urban.“Pembangunan ini menggabungkan falsafah Jepun ‘wabi-sabi’ melalui seni reka bentuk dan kemasan bangunan, bergantung kepada penggunaan bahan semula jadi dengan menggabungkan keunikan untuk keselesaan serta kesederhanaan dalam keseluruhan konsep,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Tambah beliau, projek tersebut turut menawarkan empat tingkat (7, 29, 30 dan 42A) beberapa kemudahan riadah mewah untuk penduduk antaranya termasuk bilik permainan, bilik wap, sudut perpustakaan, teluk tenggelam, dewan serbaguna dan laluan refleksologi.Jelasnya, pembangunan itu turut menghubungkan beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Jalan Genting Klang.Menurutnya, SkyArena mempunyai anggaran GDV yang mengagumkan sebanyak RM2.3 bilion dengan empat fasa iaitu fasa satu di Ascenda Residences pada 2017, manakala fasa dua Bennington Residences pula tahun 2019 telah selesai dan diserahkan kepada pembeli.“Kami melihat ciri hijau Curvo Residences sebagai komponen penting dalam projek pembangunan bersepadu SkyArena yang menekankan kepentingan mewujudkan ruang kediaman berkualiti tinggi, mampan dan berorientasikan komuniti.“SkyWorld komited untuk menyampaikan pengalaman hidup yang luar biasa di bandar sejajar dengan tonggak jenama kami,” katanya.
4
03 Jun 2023 03:30pm
NURHIDAYAH HAIROM
https://www.sinarharian.com.my/article/261524/bisnes/manulife-malaysia-jadikan-pemilikan-insurans-lebih-mudah
Manulife Malaysia jadikan pemilikan insurans lebih mudah
SHAH ALAM - Manulife Malaysia komited menjadikan pemilikan insurans di negara ini lebih mudah dalam usaha mengurangkan bilangan rakyat Malaysia yang tidak diinsuranskan.Ketua Pegawai Eksekutif, Manulife Malaysia,Vibha Coburn, berkata, kaji selidik terbaharu Manulife Asia Care Survey 2023 menunjukkan rakyat Malaysia menyedari kepentingan mempunyai pelan kewangan agar mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan dan insurans memainkan peranan penting.Menurutnya, 96 peratus rakyat Malaysia yang terlibat dengan kajian tersebut mempunyai kebimbangan berkaitan kesihatan, terutamanya berkaitan kos rawatan dan kemungkinan kehilangan pendapatan kerana sakit."Ia juga menunjukkan bahawa responden memandang baik insurans dengan 76 peratus berhasrat untuk membelinya pada tahun akan datang."Mereka yang merancang untuk membeli insurans sedang mempertimbangkan kehidupan dan kemasukan ke hospital (kedua-duanya 29 peratus), diikuti oleh kemalangan (27 peratus), penyakit kritikal (25 peratus) dan kesihatan (24 peratus)."Kaji selidik itu menggambarkan ketidak tentuan dan kebimbangan selepas Covid-19 tentang masa depan, tetapi ia meyakinkan bahawa majoriti jelas rakyat Malaysia dapat melihat kepentingan perancangan kewangan dan peranan yang dimainkan oleh insurans di dalamnya," katanya dalam satu kenyataan.Tambah Coburn, walaupun responden mengatakan bahawa menyimpan untuk persaraan adalah matlamat kewangan kedua tertinggi mereka, hampir dua pertiga daripada mereka iaitu 62 peratus tidak mempunyai pelan persaraan yang disediakan."Ini membimbangkan kerana purata jangka hayat adalah 76 tahun dan umur persaraan rasmi ialah 60 tahun. Bantuan masih diperlukan untuk meluaskan kesedaran insurans bagi kebanyakan rakyat Malaysia."Adalah penting untuk diingat bahawa kos premium insurans jauh lebih rendah daripada kos rawatan penyakit kritikal," katanya.Justeru jelas beliau, apa yang diperlukan sekarang ialah mengurangkan bilangan orang yang tidak diinsuranskan di Malaysia."Di Manulife, kami sedang melihat bagaimana kami boleh menjadikannya lebih mudah untuk mempelajari dan membeli polisi insurans."Sebagai contoh, kami mempunyai Pek Manulife Essential – pelan komprehensif dan lengkap yang sesuai untuk mereka yang baru memulakan perjalanan insurans mereka,"katanya.-END-
4
02 Jun 2023 04:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261438/bisnes/nilai-ringgit-meningkat-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit meningkat berbanding dolar AS
NILAI ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini sementara para pelabur pula masih menantikan pengeluaran data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, kata seorang peniaga.Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5990/6030 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada paras 4.6110/6165.Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, pelabur masih belum pasti mengenai hala tuju menjelang pengeluaran data senarai gaji bukan ladang AS."Dari sudut teknikal, penunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) menunjukkan bahawa dolar AS/ringgit berada dalam keadaan terlebih beli dan ringgit boleh meningkat lebih jauh sekiranya pergerakan berjaya menembusi paras 4.5860."Jika itu berlaku, gandingan dolar AS/ringgit boleh mencapai 4.5260," katanya dalam satu nota.Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit boleh stabil dan diunjur mencatatkan sedikit peningkatan, didorong oleh perkembangan positif mengenai had hutang AS.Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menyusut nilai kepada 3.3101/3132 berbanding yen Jepun daripada 3.2995/3036 pada penutupan urus niaga Khamis, turun berbanding euro kepada 4.9494/9537 daripada 4.9356/9415 dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.7602/7653 daripada 5.7407/7475 semalam.Unit tempatan turut diniagakan kebanyakan rendah berbanding mata wang Asean yang lain.Nilai ringgit turun berbanding bhat Thai kepada 13.2823/3008 daripada 13.2569/2792 semalam dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4117/4149 daripada 3.4095/4138 semalam.Ringgit lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 306.6/307.1 daripada 307.4/308.0 pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.19/8.21. - Bernama
4
02 Jun 2023 10:21am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261435/bisnes/panasonic-tawar-mss-susulan-penutupan-dua-jabatan-pembuatan
Panasonic tawar MSS susulan penutupan dua jabatan pembuatan
KAKITANGAN Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd (PMMA) yang terjejas akibat penutupan dua jabatan pembuatan di kilang Shah Alam 1 (SA1) diberi pilihan Skim Pemisahan Persetujuan Bersama (MSS), sebilangan besar telah menerimanya.PMMA dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata syarikat itu mengadakan rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan pada 31 Mac 2023 seiring dengan penutupan jabatan tersebut.Tiada kilang atau jabatan lain yang terjejas."Memandangkan kami beroperasi dalam persekitaran yang semakin kompleks, PMMA sentiasa melihat bagaimana untuk menyesuaikan diri dan mengemudi serta memaksimumkan kecekapan perniagaan dan mengembangkan syarikat secara mampan," katanya."Strategi yang dijalankan difikirkan dengan teliti dan sebarang keputusan berkaitan tenaga kerja kami dibuat dengan pertimbangan terbaik," katanya.Syarikat itu menjawab artikel disiarkan portal berita Malaysiakini semalam bertajuk "Panasonic to shut down part of Malaysian operations, hundreds to be jobless" (Panasonic akan tutup sebahagian daripada operasi di Malaysia, ramai akan kehilangan pekerjaan).PMMA berkata ia mahu mengekalkan budaya hormat-menghormati dan bertanggungjawab serta mengadakan sesi libat urus dengan kakitangannya mengenai perkara tersebut dan menyediakan bantuan dan sokongan sepanjang proses tersebut.Pekerja yang memilih MSS semasa proses rasionalisasi itu telah menerima pakej pampasan yang adil dan saksama melebihi norma industri, kata syarikat itu.Mereka yang menolak MSS akan ditawarkan pertukaran ke jabatan lain dalam PMMA, katanya.Mengenai tuntutan di mahkamah pada tahun 2016 dan 2017, syarikat itu berkata ia telah diselesaikan dan ia tiada kaitan dengan rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan tersebut.Dalam pemfailan berasingan kepada Bursa Malaysia, Pengarah Urusan PMMA Kenji Kamada telah meletak jawatan berkuat kuasa 31 Mei 2023 berikutan pertukaran wakil di Panasonic Holdings Corporation, Jepun.Selain itu dalam satu lagi pemfailan lain, ia mengumumkan pelantikan Takashi Sugihara sebagai pengarah urusan berkuat kuasa 1 Jun 2023.Sugihara mempunyai lebih 35 tahun pengalaman dengan Kumpulan Panasonic Holdings Corporation. - Bernama
4
02 Jun 2023 09:52am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261391/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-sedikit-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
RINGGIT terus menyusut untuk ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan pemangkin di tengah-tengah dolar AS yang lebih kukuh, kata seorang penganalisis.Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.6110/6165 berbanding dolar AS 4.6105/6155 ketika ditutup pada Rabu.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Rang Undang-Undang had hutang AS terus menjadi tumpuan kerana ia kini akan dibawa ke Senat untuk pengundian akhir sebelum Presiden AS Joe Biden menandatanganinya.Beliau berkata, pelabur kini juga mempunyai pandangan yang bercampur-campur mengenai potensi kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Jun.Pelabur mempunyai pandangan yang agak bercampur-campur, dan ketidaktentuan ekonomi mungkin menyebabkan peserta pasaran bersikap defensif. Sehubungan itu, dolar AS berbanding ringgit terus lemah sekitar RM4.6178, katanya kepada Bernama.Pada penutup dagangan hari ini, ringgit ditutup rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.Ia menyusut berbanding pound Britain kepada 5.7407/7475 daripada 5.6986/7048 ketika ditutup semalam, turun berbanding euro pada 4.9356/9415 daripada 4.9208/9261 dan merosot sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.2995/3236 daripada 3.2995/2.98 semalam.Pada masa yang sama, mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain.Ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 307.4/308.0 daripada 307.4/307.9 ketika ditutup pada Rabu dan hampir tidak berubah pada 3.4095/4138 berbanding dolar Singapura 3.4036/4075 ketika ditutup semalam.Mata wang tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2569/2792 daripada 13.2440/2641 tetapi meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.19/8.21 daripada 8.20/8.22 sebelumnya. - Bernama
4
01 Jun 2023 07:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261375/bisnes/hlb-raih-untung-bersih-rm295-juta
HLB raih untung bersih RM2.95 juta
KEUNTUNGAN bersih Hong Leong Bank Berhad (HLB) selepas cukai untuk sembilan bulan berakhir 31 Mac 2023 (9MFY23) meningkat 24 peratus kepada RM2.95 juta dan pendapatan sebanyak RM4.38 bilion.Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, momentum pertumbuhan pinjaman kasar dan pembiayaan juga berterusan berkembang sebanyak 7.2 peratus kepada RM174.2 bilion."Kualiti aset yang kukuh dikekalkan dengan nisbah Pinjaman Terjejas Kasar (GIL) sebanyak 0.52 peratus dan nisbah perlindungan kemerosotan nilai pinjaman berhemat (LIC) sebanyak 197 peratus."Kedudukan modal dan kecairan yang teguh dengan nisbah Ekuiti Biasa Tahap 1 (CET 1), Tahap 1 dan Jumlah Modal masing-masing pada 12.9, 13.9 dan 16 peratus manakala nisbah Pinjaman kepada Deposit (LDR) dan Nisbah Perlindungan Kecairan (LCR) masing-masing diuruskan pada 84 dan 140 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambah Dominec, pihaknya tetap optimis dengan prospek perniagaan untuk baki tahun 2023."Kami berpuas hati dengan prestasi asas HLB yang kukuh sepanjang tahun didorong dengan pertumbuhan pinjaman kukuh, kualiti aset yang mantap dan kedudukan pendanaan selain kecairan berhemat di tengah-tengah landskap global yang perlahan."Walaupun ketidaktentuan sektor perbankan di Amerika Syarikat dan Eropah dilihat terbendung setakat ini, risiko kemelesetan dalam kalangan ekonomi utama akan terus menyelubungi tinjauan pertumbuhan global," katanya.
4
01 Jun 2023 06:24pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/261348/bisnes/guardian-fun-run-tawar-hadiah-cabutan-bertuah-rm10000
Guardian Fun Run tawar hadiah cabutan bertuah RM10,000
GUARDIAN Malaysia meneruskan penganjuran acara larian terbesarnya, Guardian Fun Run untuk edisi kedua yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang pada 23 September nanti.Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, Guardian Fun Run akan dimeriahkan dengan pelbagai permainan, persembahan hiburan, pensampelan produk kesihatan dan kecantikan serta trak makanan kepada peserta.“Guardian Malaysia juga menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi oleh peserta iaitu baucar membeli-belah bernilai RM2,500 untuk setahun sebagai hadiah utama dan hadiah untuk Peraduan Kostum Terbaik,” katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, yuran pendaftaran yang ditetapkan untuk menyertai acara itu pada harga maksimum RM60 untuk peserta dewasa dan mereka akan menerima beg hadiah berisi produk bernilai RM150 pada hari larian.Terdapat empat kategori larian pada tahun ini iaitu 3 kilometer (KM) Family Run - Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun sahaja, 3KM Family Run, terbuka (13 Tahun & ke atas), 5KM Fun Run, terbuka (13 Tahun & ke atas) dan 5KM Larian Maya yang membolehkan peserta yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.Pendaftaran untuk acara larian itu kini telah dibuka sehingga 31 Julai 2023 dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar awal sebelum 11 Jun 2023.Sebagai alternatif, mereka juga boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR Guardian Fun Run di semua platform media sosial Guardian, laman web, stor dalam talian dan muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ pada Apple App atau Google Play untuk mendaftar.
4
01 Jun 2023 04:55pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261256/bisnes/nilai-ringgit-mengukuh-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar AS
NILAI ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini berikutan perkembangan positif mengenai rundingan had hutang Amerika Syarikat (AS).Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6070/6110 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.6105/6155.Bagaimanapun, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen berhati-hati mungkin muncul dalam pasaran pertukaran asing hari ini, sambil menambah gandingan AS$/MYR dijangka kekal sekitar RM4.60-RM4.61.Dalam pada itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 3.3099/3130 berbanding yen Jepun daripada 3.2951/2989 pada penutupan urus niaga Rabu, merosot berbanding euro kepada 4.9230/9273 daripada 4.9208/9261 sebelumnya dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7302/7352 daripada 5.6986/7048 semalam.Berbanding mata wang Asean, ringgit juga diniagakan rendah.Nilai ringgit turun berbanding baht Thai kepada 13.2839/3016 daripada 13.2440/2641 semalam dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4065/4100 daripada 3.4036/4075 pada Rabu.Mata wang tempatan bergerak hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 307.1/307.6 daripada 307.4/307.9 pada Rabu dan meningkat sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.19/8.21 daripada 8.20/8.22 sebelumnya. - Bernama
4
01 Jun 2023 11:01am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261205/bisnes/misi-bersama-indonesia-malaysia-ke-eu-berjaya---cpopc
Misi bersama Indonesia, Malaysia ke EU berjaya - CPOPC
MISI bersama Malaysia, Indonesia dan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) untuk menyuarakan kebimbangan dan bantahan terhadap pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) sebagai berjaya."Misi bersama itu boleh disifatkan sebagai berjaya. Aspek paling penting, terdapat keperluan untuk membuat susulan dalam memastikan perkara yang dibangkitkan dan dibincangkan diberi perhatian dan ditimbal balik."Walaupun Indonesia dan Malaysia tidak menjangka sebarang keputusan segera yang ketara daripada semua pertemuan ini, kedua-dua pemimpin telah memberikan mesej yang jelas mengenai kepentingan EU untuk mengambil kira kehendak mereka dan pada masa yang sama membuka laluan untuk kerjasama pada masa depan,” menurut CPOPC dalam kenyataan di sini pada Rabu.Misi ini diketuai bersama oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto.Ini adalah susulan kepada keputusan yang dibuat pada Mesyuarat Peringkat Menteri Dua Hala CPOPC yang diadakan pada 9 Februari 2023 di Jakarta, Indonesia.Indonesia dan Malaysia melihat EUDR sebagai bersifat diskriminasi dan membebankan yang bukan sahaja akan memberi impak buruk kepada perdagangan antarabangsa tetapi juga akan menghalang usaha industri minyak sawit untuk mencapai Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)."Kedua-dua negara telah menyatakan harapan mereka bahawa EU akan mematuhi prinsip ketelusan, tanpa diskriminasi, selaras dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), terutamanya dalam perdagangan minyak sawit dan produknya."Indonesia dan Malaysia percaya bahawa EUDR tidak seharusnya mewujudkan gangguan perdagangan atau diskriminasi dari segi liputan produk dan layanan nasional,” katanya.Walaupun negara-negara membangun terus membina sistem perdagangan pelbagai hala yang mampan, penting bahawa peraturan baharu perlu dicapai melalui pendekatan yang seimbang, inklusif dan bukan sekatan perdagangan, katanya.Libat urus positif Misi bersama itu telah mendapat penglibatan yang positif daripada pelbagai pemimpin Suruhanjaya dan Parlimen EU. Pertemuan telah dijalankan secara mesra, berterus-terang dan terbuka.Para pemimpin mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Eksekutif (EVP) Frans Timmermans, Perjanjian Hijau Eropah dan Pesuruhjaya Dasar Tindakan Iklim Josep Borrell-Fontelles, Wakil Tinggi Kesatuan Eropah untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Virginijus Sinkevičius, Pesuruhjaya Alam Sekitar, Lautan dan Perikanan, Ahli Parlimen Eropah (MEP) Heidi Hautala.Mereka turut menemui Naib Presiden Parlimen Eropah dan MEP Bernd Lange, pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa (INTA), apabila pemimpin Jakarta dan Putrajaya menekankan impak daripada EUDR terhadap rantaian nilai dan sentiasa menekankan keperluan untuk EU bekerjasama dengan negara-negara pengeluar di peringkat kerja dan teknikal."Terdapat juga keperluan untuk mewujudkan libat urus rundingan oleh kedua-dua pihak untuk membincangkan cara dan saluran pelaksanaannya."Isu yang perlu diselesaikan termasuklah penyertaan pekebun kecil dalam rantaian bekalan, penerimaan skim pensijilan mampan negara sebagai rujukan kepada garis panduan pelaksanaan, penjelasan teknikal mengenai sistem penanda aras, geolokasi, kesahan dan kebolehkesanan,” katanya.Menurut CPOPC, misi bersama itu berharap untuk mendapat respons positif terhadap isu dan kebimbangan di atas terutamanya mewujudkan pasukan petugas bersama.Kedua-dua pemimpin menegaskan mengenai keperluan isu ini yang perlu diselesaikan berdasarkan impaknya.Kedua-dua negara menekankan bahawa berkaitan dengan sistem penanda aras negara yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Eropah, melabelkan sesebuah negara sebagai berisiko tinggi, standard dan rendah memberi implikasi terhadap kedaulatan dan imej sesebuah negara."Oleh itu, EU perlu mempertimbangkan dengan teliti dan peka mengenai kesannya. Indonesia dan Malaysia menggesa EU untuk memastikan Indonesia dan Malaysia adalah negara berisiko rendah,” katanya.Pertemuan dengan pihak berkepentingan minyak sawit, wakil industri dan organisasi masyarakat sivil di Eropah turut diadakan serentak semasa lawatan ke Brussels. Para pemimpin memberi taklimat kepada pelbagai pihak berkepentingan mengenai tujuan lawatan ini dan hasil pertemuan dengan pemimpin EU. - Bernama
4
31 Mei 2023 07:44pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/261197/bisnes/sentimen-pelabur-heret-penyusutan-ringgit-berbanding-dolar-as
Sentimen pelabur heret penyusutan ringgit berbanding dolar AS
RINGGIT ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu ketika pelabur terus berhati-hati menjelang undian mengenai had siling hutang negara maju itu lewat hari ini.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kemelut berkaitan had paras hutang AS itu kekal ketara berikutan terdapat segelintir anggota Republikan Kongres itu yang tidak bersetuju dengan persetujuan berkaitannya.Sehubungan itu, beliau berkata, risiko mengenai kemungkinan penangguhan dalam mencapai keputusan terbabit sememangnya tidak boleh dinafikan.Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.6105/6155 berbanding dolar AS daripada 4.6005/6045 pada akhir urus niaga semalam.Mohd Afzanizam berkata, susulan isu itu, kalangan penggiat pasaran pertukaran asing lebih bersikap untuk bertahan atau enggan mengambil sebarang tindakan yang hanya meningkatkan lagi permintaan terhadap dolar AS."Oleh itu, proses undian Kongres AS itu pada lewat hari ini akan menjadi tumpuan ramai kerana menentukan sama ada kemelut ini benar-benar dapat berakhir,” katanya kepada Bernama.Beliau juga percaya gandingan dolar AS/ringgit berkemungkinan kekal di paras RM4.60 berikutan ketiadaan petunjuk jelas mengenai hasil undian tersebut.Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain pada akhir urus niaga hari ini.Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6986/7048 daripada 5.7129/7179 semalam, mengukuh berbanding euro pada 4.9208/9261 daripada 4.9327/9369 namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.2951/2989 daripada 3.2821/2852.Namun, ringgit sebaliknya diniagakan lebih rendah berbanding mata wang Asean lain.Unit tempatan itu rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 307.4/307.9 daripada 306.9/307.4; susut berbanding baht Thailand pada 13.2440/2641 daripada 13.2251/2427 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.22 daripada 8.16/8.17.Ringgit bagaimanapun mendatar berbanding dolar Singapura pada 3.4036/4075 daripada 3.4035/4070, sebelum ini. - Bernama
4
31 Mei 2023 07:17pm