author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264407/berita/nasional/rm500-juta-diperuntuk-melalui-ikr-baik-pulih-projek-kecil---rafizi
RM500 juta diperuntuk melalui IKR, baik pulih projek kecil - Rafizi
PUTRAJAYA - Kerajaan memperuntukan sebanyak RM500 juta melalui Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) sebagai salah satu usaha membantu orang ramai melalui penambahbaikan insfrastruktur kecil awam.Menterinya, Rafizi Ramli berkata, IKR membolehkan rakyat memaklumkan secara terus mengenai keperluan projek infrastruktur kecil awam di kawasan kediaman masing-masing kepada Kementerian Ekonomi dengan kos projek tidak melebihi RM200,000.Melalui peruntukan tersebut, Rafizi berkata, IKR dijangka memanfaatkan sekurang-kurangnya 2,500 projek kemudahan rakyat di seluruh negara.Ia antaranya termasuk projek baharu dan baik pulih kemudahan asas awam seperti tandas, surau atau lif yang tidak melebihi jumlah yang ditetapkan, tambah Rafizi.“Tetapi kita harapkan permohonan yang masuk akal, misalnya RM50,000 (kos projek). Jadi itu akan memanfaatkan jauh lebih baik (bilangan) projek.“Ia juga bergantung kepada tempat-tempat dan projek. Kalau boleh kita gandakan (2,500 projek), kita jangka 5,000 projek seluruh negara dalam tempoh dua atau tiga bulan ini,” katanya di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan IKR.Jelas Rafizi lagi, IKR merupakan bantuan Kerajaan Persekutuan dan bertujuan mendemokrasikan dana kerajaan dalam membiayai pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam yang terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).Pelaksanaan IKR juga, jelas beliau bertujuan membantu kontraktor-kontraktor kecil seluruh negara yang akan mendapat manfaat daripada projek-projek terbabit. - Awani
4
20 Jun 2023 03:09pm
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264405/berita/nasional/tidak-timbul-soal-ancaman-kedaulatan-bila-rohingya-sambung-belajar
'Tidak timbul soal ancaman kedaulatan bila Rohingya sambung belajar'
PUTRAJAYA - Soal ancaman kedaulatan negara tidak timbul susulan pelarian Rohingya diberi peluang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam negara.Ini kerana kata Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebagai sebuah negara bertamadun, Malaysia diharap untuk membantu pelarian."Dalam konteks ini, Qatar menyediakan sumbangan untuk pelarian Rohingya," katanya menerusi sidang akhbar sempena Program Semarak Siswa Madani di sini pada Selasa.Menurutnya, KPT tiada halangan untuk memberi tempat kepada golongan itu sekiranya mereka benar-benar layak."Kita tahu masa depan mereka bergantung sama ada dia boleh dapat ilmu ataupun tidak," katanya.Beliau berkata demikian mengulas mengenai kebimbangan segelintir pihak selepas Rohingya diberi peluang untuk menyambung pengajian di universiti tempatan.Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dipilih sebagai institusi yang akan mendaftarkan pelarian Rohingya sebaik sahaja program pengajian diwujudkan.Peluang pengajian tinggi untuk Rohingya ini dibiayai oleh derma AS$50 juta daripada Dana Qatar Untuk Pembangunan yang diterima sebelum 2020.Mohamed Khaled berkata, penempatan pelarian Rohingya sebagai mahasiswa tidak tertakluk kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja."Kalau hendak masuk universiti, mereka sememangnya pandai dan layak. Ia tidak semestinya IPTA tetapi boleh juga swasta (IPTS)," katanya.Dalam majlis tersebut, Mohamed Khaled menyampaikan insentif RM2,000 seorang kepada 31 pelajar IPT yang menyumbangkan pingat emas di dalam temasya Sukan SEA ke-32 di Kemboja Mei lepas.Pada perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata, kerajaan tidak boleh memaksa syarikat atau majikan memberi layanan sama rata terhadap pelatih industri.Menurutnya, pelatih industri juga menyedari bahawa mereka bukanlah pekerja di syarikat berkenaan."Mereka bukan pekerja maka sudah tentu tidak wajar untuk mendapat gaji atau layanan sama," katanya.
4
20 Jun 2023 02:52pm
NOOR AZLIDA ALIMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264403/berita/hiburan/keputusan-lafaz-cerai-hafidz-roshdi-shuhada-27-julai-depan
Keputusan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 27 Julai depan
SHAH ALAM - Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, menetapkan keputusan pengesahan lafaz cerai pelakon, Hafidz Rosdi terhadap isterinya, Shuhada pada 27 Julai depan.Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin memutuskan demikian selepas Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, selaku plaintif dan Shuhada sebagai defendan selesai memberi keterangan.Mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 13 Julai depan.Dalam prosiding ini, Hafidz diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader sementara peguam syarie, Nurfarhana Abd Manaf bagi pihak Shuhada.Sebelum ini, Shuhada atau nama penuhnya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mendakwa Hafidz telah melafazkan cerai sebanyak dua kali iaitu pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.Pada 22 Februari, Hafidz dipercayai melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap Nurul Shuhada di hadapan ahli keluarganya.Kemelut rumah tangga salah seorang finalis Hero Remaja itu mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
4
20 Jun 2023 02:45pm
ADILA SHARINNI WAHID
https://www.sinarharian.com.my/article/264399/berita/semasa/pengawal-keselamatan-didenda-rm3000-pindah-wang-individu-lain
Pengawal keselamatan didenda RM3,000 pindah wang individu lain
KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Selasa kerana kesalahan memindahkan sejumlah wang RM14,000 milik individu lain melalui akaun sebuah bank pada 2 Mac lalu.Majistret Muhammad Fitri Mokhtar mengenakan denda itu selepas tertuduh, Mohd Adnan Md Johari, 50, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memindahkan wang milik Mohd Zawawi Mamat, 56, melalui akaun sebuah bank antara jam 12.38 hingga 1.12 tengah hari di Jalan Pengkalan Demit di sini.Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, tertuduh mengetahui perbuatannya itu satu kesalahan dan memiliki kad transaksi automatik bank yang berkaitan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Siti Aisyah Abdul Manah sementara tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Guaman Kebangsaan Kelantan.Sebelum itu, tertuduh melalui peguamnya merayu hukuman diringankan dengan alasan hanya berpendidikan setakat Tingkatan Dua yang menjadi antara faktor terlibat dengan kesalahan itu.Siti Aisyah bagaimanapun memohon hukuman setimpal kerana kesalahan jenayah komersial adalah perkara serius.Tertuduh kemudian dikenakan denda itu atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskannya, namun dia membayar denda tersebut.
4
20 Jun 2023 02:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264400/berita/semasa/rayuan-7-individu-batal-larangan-merokok-di-kedai-makan-ditolak
Rayuan 7 individu batal larangan merokok di kedai makan ditolak
PUTRAJAYA - Tujuh individu hari ini gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu bagi mencabar keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengenakan larangan merokok di semua kedai makan.Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan menolak permohonan untuk mendapat kebenaran itu, dan mengarahkan mereka membayar kos guaman RM30,000 kepada KKM.Dengan keputusan hari ini, percubaan Mohd Hanizam Yunus, Zulkifli Mohamad, Mohd Laisani Dollah, Mohd Sufian Awaludin, Ridzuan Muhammad Noor, Mohd Yazid Mohd Yunus dan Yuri Azhar Abdollah bagi mencabar larang merokok di kedai-kedai makan oleh KKM yang telah berlarutan selama lima tahun, kini berakhir.Hakim Zabariah yang mengetuai panel hakim itu berkata persoalanan undang-undang yang dibangkitkan oleh individu berkenaan tidak memenuhi tiga syarat yang diperlukan di bawah Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.Di bawah seksyen berkenaan, pemohon perlu menampilkan persoalanan undang-undang yang baharu, yang mempunyai kepentingan awam, dibangkitkan buat kali pertama.Dalam keputusan sebulat suara hari ini, Hakim Zabariah berkata, persoalan undang-undang mengenai Perkara 5 (kebebasan diri) dan Perkara 8 (semua orang adalah sama di sisi undang-undang) dalam Perlembagaan Persekutuan telah selesai, dan persoalanan undang-undang yang dibangkitkan dalam kes ini tiada kepentingan awam yang memerlukan penghujahan lebih lanjut di Mahkamah Persekutuan.Pada 31 Disember 2018 tujuh lelaki itu yang menubuhkan persatuan dikenali sebagai Persatuan Pertahankan Perokok (PHP) memohon satu deklarasi bahawa keputusan KKM untuk melarang merokok di kedai makan adalah tidak berperlembagaan.Menurut mereka, perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makanan dan kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang mencukupi seperti kawasan merokok atau memasukkan peruntukan di bawah larangan merokok bagi pengusaha kedai makan untuk menyediakan kawasan larangan merokok mereka sendiri.KKM mengenakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Januari 2019.Pada 29 Oktober 2019 Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan tujuh individu berkenaan untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan KKM melarang merokok di kedai makan, dan pada 23 Nov tahun lepas pula Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi itu.Dalam prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili tujuh individu berkenaan menggesa mahkamah membenarkan rayuan, dan menampilkan tiga persoalanan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.Salah satu persoalanan yang dibangkitkan adalah sama ada pindaan kepada Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau bagi melarang perbuatan merokok di keda-kedai makan termasuk dalam kawasan tertutup yang dilengkapi dengan pendingin hawa dan kawasan terbuka, adalah bertentangan dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin, yang mewakili KKM berhujah bahawa larangan merokok di keda-kedai makan memberi kelebihan kepada orang awam kerana orang ramai menyokong keputusan itu. - Bernama
4
20 Jun 2023 02:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264395/berita/nasional/sistem-emr-dilaksana-secara-bersepadu-di-seluruh-negara-pada-2026
Sistem EMR dilaksana secara bersepadu di seluruh negara pada 2026
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan peluasan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) secara bersepadu ke seluruh negara melalui ‘cloud deployment’ atau penggunaan pengkomputeran awan pada 2026.Timbalan Menteri berkenaan, Lukanisman Awang Sauni berkata, ketika ini KKM sedang melaksanakan projek perintis EMR di Negeri Sembilan yang melibatkan peluasan sistem EMR secara penggunaan awan itu ke semua fasiliti KKM, pembangunan platform perkongsian maklumat kesihatan bersepadu dan perluasan integrasi ke semua fasiliti KKM serta pembangunan klinik virtual di negeri itu."Melalui projek perintis EMR di Negeri Sembilan, kerajaan akan berupaya menguruskan risiko pelaksanaan inisiatif EMR seperti faktor ketersediaan fasiliti termasuklah bekalan elektrik, ketersediaan infrastruktur ICT dan lain-lain keperluan naik taraf fasiliti."Selain itu, dasar berkaitan perkhidmatan yang terlibat dapat diperkukuhkan dan juga lain-lain keperluan seperti penambahan sumber manusia dan peningkatan tahap kompetensi terhadap sistem EMR,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Dr A Lingeshwaran yang ingin tahu mengapa perlu menunggu sehingga 2026 untuk memulakan inisiatif EMR sedangkan banyak negara telah mempunyai sistem tersebut dan mengapa projek perintis masih diperlukan.Lukanisman berkata, inisiatif EMR telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Ke-Enam melalui pelaksanaan sistem maklumat pesakit di hospital dan di klinik-klinik kesihatan serta pelaksanaan pelbagai sistem sokongan klinikal seperti sistem maklumat pengimejan, sistem maklumat makmal dan sistem maklumat farmasi."Setakat ini, 41 daripada 149 hospital KKM iaitu 27.5 peratus dan 103 daripada 1,086 klinik kesihatan KKM iaitu 9.5 peratus telah mempunyai sistem pengurusan pesakit. Bagi klinik pergigian pula, 31 daripada 704 klinik pergigian KKM iaitu 4.4 peratus telah mempunyai sistem pengurusan pesakit,” katanya. - Bernama
4
20 Jun 2023 02:11pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264402/berita/politik/wanita-amanah-pkr-kelantan-hantar-senarai-calon-prn
Wanita Amanah, PKR Kelantan hantar senarai calon PRN
KOTA BHARU - Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kelantan telah menyerahkan senarai nama calon-calon yang dirasakan layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti, kata Ketuanya, Dr Hafidzah Mustakim.Beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan berkata, pihaknya berharap agar potensi yang ada pada kaum wanita dapat ditingkatkan lagi di peringkat kepimpinan parti, sehingga melayakkan mereka menjadi wakil rakyat."Dengan lebih ramai calon wanita dalam PRN kali ini kita berharap isu-isu wanita dan keluarga serta pelbagai permasalahan infrastruktur dan sosioekonomi rakyat di Kelantan dapat diselesaikan dengan lebih baik," katanya kepada Bernama hari ini.Katanya, umum mengetahui bahawa kejayaan sesebuah parti politik bergantung kepada kekuatan jentera wanita mereka untuk melakukan aktiviti kempen dan pelbagai khidmat di peringkat akar umbi.Sementara itu Ketua Wanita PKR Kelantan, Nor Azmiza Mamat memaklumkan pihaknya juga telah menghantar senarai nama calon untuk pertimbangan pimpinan parti."Kita telah buat keputusan menghantar dua nama untuk pertimbangan parti,” katanya.DUN Kelantan yang mempunyai 45 kawasan, akan dibubar pada 22 Jun ini untuk memberi laluan kepada PRN, yang bakal menyaksikan perebutan kerusi yang sengit antara PAS dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan PH. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:PH Kelantan serah senarai calon PRNPRN: Bersatu Kelantan letak calon boleh menang lawan BN
4
20 Jun 2023 02:10pm
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
https://www.sinarharian.com.my/article/264397/berita/politik/prn-2-adun-pkr-sokong-calon-amanah-pertahan-kerusi-sabak-meru
PRN: 2 ADUN PKR sokong calon Amanah pertahan kerusi Sabak, Meru
SHAH ALAM - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan Meru menyatakan sokongan penuh kepada calon daripada Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.ADUN Sabak, Ahmad Mustain Othman dan ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar sebelum ini memenangi kerusi itu atas tiket Amanah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bagaimanapun kedua-dua pemimpin itu menyertai PKR pada tahun 2020.Ahmad Mustain berkata, pada ketika ini perkara lebih mustahak sudah tentu memenangkan calon daripada Pakatan Harapan (PH)."Bagi saya ada kerusi atau tidak, ia tidak memberi apa-apa kesan kerana sebagai pemimpin kita tidak mengejar kedudukan serta pangkat."Sekiranya kerusi (DUN Sabak) diberi kepada Amanah ia terpulang kepada pucuk pimpinan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Beliau memberitahu, sokongan hendaklah diberikan kepada mana-mana calon PH dan tentunya mahu memastikan kemenangan di DUN berkenaan.Sehubungan itu, katanya, beliau memohon pertimbangan daripada pucuk pimpinan parti agar mengembalikan semula kerusi Parlimen Sabak Bernam kepada PKR pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Sudah menjadi tradisi PKR bertanding di Parlimen (Sabak Bernam) sejak 1999 lagi sebelum kerusi ini diberikan kepada Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) pada PRU14 dan kepada Amanah PRU15," tambahnya.Sementara itu, Mohd Fakhrulrazi berkata, kerusi DUN Meru itu diserahkan sepenuhnya kepada pimpinan PH untuk membuat keputusan terbaik.Jelas beliau, parti mana pun bertanding mewakili PH di DUN Meru, ia perlu disokong dalam usaha menyumbang satu kerusi bagi pembentukan kerajaan PH di negeri ini.Malah, katanya, sekiranya perkhidmatannya masih diperlukan PKR, beliau terbuka dan bersedia untuk diletakkan sebagai calon PRN."Saya bersedia jika diperlukan, namun apa pun saya serah kepada kepimpinan," ujarnya.Pada PRU14 lalu, Ahmad Mustain mewakili Amanah menang majoriti 130 undi selepas memperoleh 6,891 undi menewaskan calon BN, Sallehuddin Mohd Iskan yang mendapat 6,851 undi serta calon Pas, Sallehen Mukhyi dengan 6,183 undi.Kerusi DUN Meru menyaksikan Mohd Fakhrulrazi juga daripada Amanah memperoleh 17, 655 undi dengan majoriti 9,608 undi menewaskan calon BN, Khairul Anuar Saimun yang mendapat 7,804 undi.Calon Pas, Noor Najhan Mohamad Salleh dan bebas masing masing memperoleh 7,804 dan 72 undi.
4
20 Jun 2023 02:08pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/264394/berita/nasional/tiada-aduan-rasmi-diterima-harga-ikan-naik---salahuddin
Tiada aduan rasmi diterima harga ikan naik - Salahuddin
KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan setakat ini tiada aduan rasmi dilaporkan kepada kementerian mengenai kenaikan harga ikan kegemaran rakyat Malaysia di beberapa negeri sehingga mencecah 40 peratus sejak selepas Aidilfitri lalu.Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun pegawai dan penguat kuasa KPDN akan sentiasa memantau harga bagi memastikan mana-mana pihak tidak melakukan pencatutan selain tidak patuh kepada harga ditetapkan."Ada beberapa aduan (tidak rasmi) mengenai ikan rakyat yang diterima (media sosial). Kita dapati faktor berlakunya permintaan tinggi semasa cuaca di Pantai Timur dalam keadaan laut 'berangin' dan berlakunya cuaca tidak menentu."Jadi memang ada kenaikan beberapa harga ikan itu, namun kita dapati dalam masa dua tiga hari ini keadaan kembali stabil. Ada barangan seperti sayuran dan ikan ini memang bergantung pada keadaan cuaca."Keadaan supply (bekalan) kadang-kadang begitu tinggi tetapi faktor itu hanya sementara dan ia akan turun dalam tempoh tertentu," katanya.Salahuddin (tengah) ketika Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 pada Selasa.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 pada Selasa.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan masalah kenaikan harga ikan kegemaran rakyat Malaysia di beberapa negeri sehingga mencecah 40 peratus sejak selepas Aidilfitri lalu mendapat perhatian KPDNSalahuddin berkata, pihak kementerian akan meneliti masalah berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.Situasi di setiap negeri bagaimanapun berbeza, misalnya kembung yang dijual di Kelantan naik sehingga RM15 berbanding RM12 sekilogram, sementara di Kuala Lumpur pula cecah RM24 sekilogram.Kenaikan itu dikatakan disebabkan keadaan laut bergelora yang biasa berlaku setiap Jun hingga Oktober menyebabkan hasil tangkapan nelayan berkurangan, selain faktor cuaca panas global.Mengulas mengenai isu bekalan ikan, Salahuddin berkata, pihaknya menyerahkan bidang kuasa tersebut kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menangani masalah berkenaan."Bagaimanapun kita setiap hari memantau harga barang keperluan rakyat ini," ujarnya.
4
20 Jun 2023 01:55pm
ADILA SHARINNI WAHID
https://www.sinarharian.com.my/article/264393/berita/semasa/pembantu-penguat-kuasa-jpj-dituduh-terima-rasuah-rm2200
Pembantu penguat kuasa JPJ dituduh terima rasuah RM2,200
KOTA BHARU - Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,200 daripada syarikat pengangkutan trailer, lima tahun lalu.Tertuduh, Mohd Wazir Sangidin, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh yang bertugas di Stesen Penguat kuasa JPJ Mentara KM 10 Jalan Gua Musang-Merapoh, Gua Musang didakwa menerima RM500 tanpa balasan daripada pemilik syarikat terbabit, Seh Ban Heng, masing-masing melalui tiga transaksi secara dalam talian pada 18 Januari, 23 April dan 16 Mei 2018.Pada pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima RM700 tanpa balasan daripada individu sama melalui transaksi sama pada 11 Jun 2018.Perbuatan itu didakwa diketahui ada kaitan dengan tugas-tugas rasminya iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas trailer mengikut Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mariah Omar manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Firdaus M Farouk.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh menjelaskan jaminan tersebut.Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 30 Julai ini.
4
20 Jun 2023 01:51pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264392/berita/nasional/penggantian-segera-untuk-kekosongan-jawatan-doktor-kontrak
Penggantian segera untuk kekosongan jawatan doktor kontrak
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan segera mengisi kekosongan jawatan doktor kontrak di klinik dan hospital kerajaan susulan penyerapan hampir 4,000 doktor kontrak ke jawatan tetap, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.Beliau berkata, langkah penggantian itu dilakukan bagi mengelak kekurangan kakitangan perubatan selain memastikan kelancaran perkhidmatan kesihatan negara."Apabila masuk penempatan daripada houseman (doktor pelatih) kepada pegawai perubatan (MO), tentu ada penggantian selepas itu."Jadi insya-ALLAH semua itu kita akan pertimbangkan. Jangan bimbang kemaslahatan petugas kita, kita akan ambil prihatin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan 2023 bertema "Kenali Ubat Anda: Pembudayaan Literasi Kesihatan" di sini hari ini.Dr Zaliha berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hartal Doktor Kontrak (HDK) semalam yang memberi amaran masalah kekosongan jawatan di klinik dan hospital kerajaan bakal mengganggu kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.Beliau berkata, Jemaah Menteri pada 1 April lepas bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi yang menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, bagi menangani isu doktor kontrak.Katanya, jawatankuasa itu telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk dengan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (Schomos) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bagi melihat semua sudut, namun hasilnya belum dibentangkan kepada Kabinet.Mengenai persidangan hari ini, Dr Zaliha berkata, KKM mengambil maklum bahawa sebahagian masyarakat lebih gemar mengamalkan rawatan kendiri dengan membeli ubat di farmasi komuniti, kedai ubat tradisional dan pembelian dalam talian."Tanpa pengetahuan yang mendalam mengenai penyakit dan kesesuaian ubat yang diambil, pengguna berisiko terdedah kepada kesan mudarat yang membahayakan kesihatan mereka," katanya.Justeru, katanya, program berkenaan mendidik masyarakat supaya bijak membuat keputusan tentang kesihatan mereka serta tidak mudah terpedaya dengan iklan atau individu yang memberi janji manis, terutama yang melibatkan penyakit kronik serta mengandungi kenyataan superlatif seperti terbaik, berkesan, dijamin selamat dan mujarab. - Bernama
4
20 Jun 2023 01:44pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264391/berita/hiburan/rohana-jalil-dalam-keadaan-lemah---haiza
Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza
KUALA LUMPUR - Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, dilaporkan dalam keadaan lemah.Perkembangan terbaharu itu dikongsi oleh salah seorang teman rapatnya, Haiza Hanafi kepada Astro Awani hari ini."Sejak Ahad lalu ketika saya datang melawat, memang keadaan dia lemah."Tetapi dia boleh dengar bila saya bisik di telinga dia. Haiza beritahu dia datang (melawat), dia angguk," kata penyanyi lagu Dag Dig Dug itu.Haiza atau nama sebenar, Rohaizah Nordin menambah juara Bintang RTM 1980 itu masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ibu negara.Bagaimanapun, ujarnya Rohana sudah tidak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).Pada April lalu, Rohana yang juga pelantun lagu Rayuanku dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU akibat kebocoran pada usus.Sementara pada 23 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi penyanyi veteran itu.Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979.Berbekalkan pengalaman menyanyi ekspo dan fun fair, penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor itu mencuba nasib dalam pertandingan Bintang RTM 1976, tetapi tuah tidak menyebelahinya.Dengan bakat dan kesungguhannya, Rohana kemudian dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.Sementara itu, dalam perkembangan sama, penyanyi terkenal, Datuk Francissca Peter berkongsi doa dan harapan agar rakan seangkatannya itu diberi kesembuhan.Francissca secara peribadi berkongsi kesedihan dengan perkembangan kesihatan Rohana."Saya sangat berharap dan berdoa agar dia cepat sembuh. Semoga Tuhan menyembuhkan Rohana dan memberi kekuatan kepada keluarga dan orang yang tersayang serta membantunya pada ketika ini. Mari kita sama-sama berdoa untuk Rohana Jalil," tulis Francissca dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya. - Awani
4
20 Jun 2023 01:34pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264390/berita/nasional/kerajaan-fokus-tarik-pelaburan-bernilai-tinggi-bidang-digital-ai-data-raya
Kerajaan fokus tarik pelaburan bernilai tinggi bidang digital AI, data raya
KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memfokuskan usaha menarik pelaburan langsung asing dan domestik bernilai tinggi dalam bidang digital tertentu seperti kecerdasan buatan (AI) dan analitis data raya.Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, bidang lain termasuk Internet benda (IoT), blok rantai, keselamatan siber, teknologi dron, teknologi media kreatif termasuk realiti lanjutan dan realiti campuran."Secara kolektif, kerajaan melalui MDEC telah memperuntukkan jumlah keseluruhan RM238 juta di bawah bajet Rancangan Malaysia ke-12 sebagai pelaburan awam ke dalam sembilan sektor Program Mangkin Malaysia Digital (Pemangkin) dengan memberi fokus kepada pembangunan industri seperti infrastruktur digital, pendidikan dan memberikan kemahiran kepada rakyat untuk berjaya dalam ekonomi digital."Sebanyak RM45 juta daripada jumlah peruntukan digunakan untuk meningkatkan kebolehupayaan teknologi seperti teknologi blok rantai, automasi, AI dan lain-lain, manakala RM50 juta daripada jumlah peruntukan adalah melalui geran padanan digital," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Wan Martina Wan Yusoff mengenai senarai prospek pelaburan digital yang telah dikenal pasti dan sektor yang terlibat di bawah pelaburan bernilai RM1 bilion semasa pelancaran Pemangkin pada 17 April lepas.Sembilan sektor digital tumpuan khusus di bawah Pemangkin pertanian, pelancongan, kandungan, kesihatan, perbandaran, kewangan, perkhidmatan, perdagangan dan ekonomi Islam. - Bernama
4
20 Jun 2023 01:26pm
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
https://www.sinarharian.com.my/article/264389/berita/semasa/guna-ekzos-bising-demi-kepuasan
'Guna ekzos bising demi kepuasan'
KUALA LUMPUR - Mahu tarik perhatian penunggang motosikal lain dan ingin kepuasan antara alasan pemilik motosikal yang mengubah suai motosikal menggunakan ekzos bising.Kesemua penunggang itu bagaimanapun ditahan menerusi Op Bersepadu yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di hentian rehat dan rawat (R&R) Seremban, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, operasi pada jam 11 malam itu turut dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)."Polis telah mengeluarkan 186 saman kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan."Kesalahan dikesan ialah nombor plat (61), cermin sisi (35), aksesori tidak sempurna (32), tiada lesen memandu (17), tidak pamer pelekat L/P (8) dan lain-lain kesalahan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Tambah Mat Kasim, operasi yang tamat pada jam 3 pagi itu turut menyita 16 motosikal atas kesalahan ubah suai ekzos.Polis telah mengeluarkan 186 saman kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Op Bersepadu di hentian rehat dan rawat (R&R) Seremban pada Sabtu.Katanya, motosikal yang disita membabitkan jenis Yamaha iaitu LC135, Y15, RXZ, Lagenda dan 125Z."Alasan yang diberi penunggang kerana ubah suai ekzos adalah kerana pengaruh rakan sebaya untuk menambahkan kelajuan, mahu menarik perhatian penunggang motosikal yang lain serta ingin mendapat kepuasan diri sendiri," ujarnya.Selain itu, kata beliau, pihak JAS turut mengeluarkan 13 kompaun kepada penunggang motosikal atas kesalahan bunyi bising."Motosikal yang disita telah dibawa me Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk tindakan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.
4
20 Jun 2023 01:25pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/264388/berita/semasa/kereta-masuk-tali-air-pengedar-dadah-ditahan-polis
Kereta masuk tali air, pengedar dadah ditahan polis
PENDANG - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dicekup polis selepas kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air Kampung Alor Besar, dekat sini pada petang Isnin.Suspek berusia awal 30-an itu sebelum itu cuba melarikan diri selepas terserempak dengan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di kawasan tepi jalan Kampung Batu Menunggul, dekat sini pada jam 6.30 petang.Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superitendan Arriz Sham Hamezah, pasukan polis yang menjalankan tugas Op Tapis Khas Kontinjen Kedah 2.0 kemudiannya terus mengejar suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih."Sebaik sahaja sampai di persimpangan tiga jalan mini tar Kampung Alor Besar, kereta suspek telah hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air Kampung Alor Besar."Pasukan Polis terus bertindak dengan turun dari kenderaan yang dinaiki dan masuk ke dalam tali air tersebut untuk mengeluarkan suspek yang masih berada dalam keretanya."Setelah berjaya membawa suspek dengan selamat ke atas tebing tanah dan pemeriksaan terhadap suspek dapati tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang undang. Pemeriksaan fizikal juga dapati suspek tidak mempunyai sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Jelas Arriz Sham, suspek telah dibawa ke IPD Pendang untuk tindakan lanjut.Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu merupakan seorang pengedar dadah yang aktif di kawasan daerah Pendang sejak setahun yang lalu."Suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985)," ujar beliau lagi.
4
20 Jun 2023 01:22pm
SYAMILAH ZULKIFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/264387/berita/semasa/pemilik-restoran-ditengking-enggan-guna-perkhidmatan
Pemilik restoran ditengking enggan guna perkhidmatan
SEREMBAN - Hanya kerana enggan menyelenggara alat pemadam api dengan dua lelaki yang menyediakan perkhidmatan itu, seorang pemilik restoran di Medan Perdagangan Kepayang di sini mendakwa dia dimarahi.Kejadian pada Isnin itu turut menyebabkan mangsa Lee Wai Peng, 49, bimbang akan keselamatannya kerana lelaki terbabit dilihat seolah-olah berlagak ala gangster.Menceritakan kejadian, Wai Peng berkata, mereka yang dilihat berusia lingkungan 20-an dan 40-an datang ke restorannya memberitahu dari sebuah syarikat membekal dan menyelenggara alat pemadam api."Mereka minta untuk memperbaharui alat pemadam api di restoran saya yang telah hampir tamat tempoh."Bila saya beritahu telah memperbaharuinya dengan syarikat lain, mereka seperti gangster memarahi sambil menengking saya sehingga menakutkan pelanggan yang ada waktu itu,"katanya pada sidang akhbar bersama Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon pada Selasa.Malah katanya, lelaki terbabit turut memberitahu penyelenggaraan alat pemadam api di kawasan Bukit Kepayang di bawah kuasa mereka.Wai Peng bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan menjelaskan, menjadi haknya untuk menggunakan perkhidmatan sesiapa yang diingini."Selepas itu mereka tunjukkan isyarat tangan sambil berkata 'u jaga tau'. Mereka seolah-olah mengugut saya."Sepanjang 10 tahun berniaga, ini pertama kali saya berdepan kes sebegini," ujarnya.Sementara itu, Tan Lee Koon menasihatkan pemilik premis yang berdepan insiden sama agar tampil membuat laporan polis.Ujarnya, tidak sepatutnya kontraktor yang menyediakan perkhidmatan itu memaksa pemilik premis menggunakan perkhidmatan mereka."Kalau ada keraguan boleh semak senarai syarikat kontraktor yang diberi tauliah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," jelasnya.
4
20 Jun 2023 01:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264386/berita/nasional/5g-syarikat-telekomunikasi-umum-berita-gembira-hujung-bulan-ini---fahmi
5G: Syarikat telekomunikasi umum berita gembira hujung bulan ini - Fahmi
PUTRAJAYA - Syarikat telekomunikasi bakal mengumumkan beberapa berita baik berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G negara pada hujung bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, beliau berkata, syarikat telekomunikasi telah menandatangani perjanjian akses untuk membolehkan mereka menepati perkhidmatan 5G."Jadi saya harap menjelang 30 Jun ini kita akan ada beberapa pengumuman baik dan penting dari kalangan syarikat telekomunikasi. Mereka akan bersama dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan pemegang ekuiti,” katanya.Setakat Mei lepas, Fahmi berkata, pencapaian pelaksanaan 5G di bawah DNB telah mencapai 62.1 peratus dan ia satu perkara yang membanggakan.Beliau berkata, mesyuarat pasukan petugas 5G yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa turut diadakan hari ini bagi memastikan pelaksanaan rangkaian 5G mengikut aturan ditetapkan.Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.Menurutnya, peralihan kepada model dwirangkaian itu akan dilaksanakan berpandukan syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian.Mengenai keputusan kerajaan supaya Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera, Fahmi berkata, perkara itu akan diusahakan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) manakala tugas dan fungsi CyberSecurity Malaysia (CSM) akan diperjelas supaya tidak berlaku pertindihan."Ini penting kerana di mana-mana negara perlu ada badan kawal selia industri keselamatan siber. Di Malaysia kita menuju ke arah itu dan ini akan diusahakan bersama NACSA."Insya-ALLAH kita harapkan NACSA sebagai badan kawal selia atau entiti yang ambil alih nanti bila akta keselamatan siber ada manakala CSM memainkan peranan sebagai agensi penting bagi memastikan keselamatan siber di Malaysia terkawal dan terjamin,” katanya.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Jun lepas berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara memutuskan agar satu Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera bagi memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan. - Bernama
4
20 Jun 2023 01:14pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/264385/berita/politik/agihan-kerusi-muktamad-selepas-dun-bubar---salahuddin
Agihan kerusi muktamad selepas DUN bubar - Salahuddin
KUALA LUMPUR - Agihan kerusi melibatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya di enam negeri akan dimuktamadkan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menjelaskan rundingan bagi pengagihan kerusi antara kedua-dua gabungan tersebut hampir selesai."Kita hampir selesai sebenarnya. Hampir 95 peratus."Ada sedikit sangat lagi mungkin selesai selepas semua DUN tersebut dibubarkan, saya yakin ia akan selesai (agihan kerusi)."Ini kerana pengalaman kita yang banyak kali berunding ini mesti akan selesai," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 di sini pada Selasa.Pada 17 Jun lepas, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, berkata, pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan PH di enam negeri yang bakal menghadapi PRN tidak lama lagi, sudah 90 peratus selesai.Mohamad berkata, bagaimanapun terdapat satu ke dua kerusi berlaku pertindihan membabitkan semua negeri berkenaan.Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, maka satu PRN perlu diadakan sekiranya kerajaan negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing atau DUN terbubar dengan sendiri selepas tamat tempoh.Mengambil kira tempoh pembubaran itu, PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu serta Kelantan dijangka diadakan pada Julai atau Ogos, iaitu 60 hari daripada tarikh pembubaran.PRN itu perlu diadakan memandangkan tempoh mandat DUN di enam negeri berkenaan akan berakhir pertengahan tahun ini.
4
20 Jun 2023 01:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264384/berita/nasional/badan-pengelola-haji-thailand-pelajari-cara-th-urus-jemaah
Badan Pengelola Haji Thailand pelajari cara TH urus jemaah
MAKKAH - Badan Pengelola Haji Thailand berminat dengan strategi dan pengalaman Tabung Haji (TH) dalam pengurusan jemaah memandangkan negara berkenaan masih ketinggalan dari aspek itu.Ketua Rombongan Haji Thailand, Dr Zakee Abdulaziz Pitakkumpun berkata, seperti semua sedia maklum, umat Islam di Thailand adalah minoriti dan badan yang menguruskan jemaah haji di negara berkenaan perlu bergerak atas kaki sendiri.Atas dasar itu kata Dr Zakee, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan TH bagi mendapatkan input berkenaan pengurusan haji."Kami dapat mempelajari sistem TH yang kukuh seterusnya dapat meningkatkan keupayaan kami dalam memberi perkhidmatan yang terbaik untuk jemaah haji Thailand," katanya pada sidang media selepas kunjungan ke Ibu Pejabat TH di Abraj Janadriyah pada Ahad.Dr Zakee berkata, pada tahun ini sebanyak 11,300 jemaah haji dari Thailand hadir ke Tanah Suci berbanding kuota penuh sebanyak 13,000 orang yang diperuntukkan kerajaan Arab Saudi.Katanya, semua jemaah dari negara berkenaan perlu membayar antara 220,000 sehingga 280,000 Thai Baht seorang (RM29,000 hingga RM37,000) untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.Kata beliau, jumlah bayaran berkenaan meningkat berbanding tahun sebelumnya dan mereka menerima rungutan daripada jemaah haji Thailand."Haji itu wajib bagi mereka yang mampu (istito'ah). Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam memahamkan jemaah mengenai istito'ah jadi kita harap dapat mempelajarinya," katanya.Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, hubungan baik di antara kedua-dua negara telah lama terjalin dan setiap tahun diadakan perjumpaan di Makkah, Malaysia dan Thailand bagi bertukar pandangan, pengalaman dalam urusan haji kedua-dua negara.Rombongan Haji Thailand dibawa bertemu dengan jemaah haji Malaysia di Ibu Pejabat TH di Abraj Janadriyah di Makkah."Kita adakan perbincangan secara mendalam atas hal ehwal yang mempunyai kepentingan bersama kerana negara-negara Asia Tenggara berada di bawah satu muassasah yang sama."Turut dibincangkan dari segi hukum-hakam kerana setiap tahun diadakan muzakarah untuk bincang pendirian memperhalusi berkenaan hukum dalam melaksanakan ibadah haji."Kita juga bincang soal pengendalian penerbangan, operasi Masyair, pengendalian jemaah yang lanjut usia yang memerlukan rawatan perubatan," katanya.Syed Saleh berkata, TH turut berkongsi model diaplikasikan institusi tabungan itu dalam mendepani kenaikan kos yang dihadapi saban tahun."Kita ada terangkan model TH iaitu kekuatan dana yang ada untuk buat pelaburan seterusnya beri balik pulangan kepada pendeposit supaya mereka dapat tingkatkan simpanan hingga satu tahap dapat tunai haji."Dengan dana yang kukuh boleh uruskan tempahan hotel, penerbangan dari awal tanpa perlu tunggu wang simpanan jemaah haji. Kita juga boleh uruskan perjanjian jangka panjang seperti dilakukan dengan Masyariq untuk mengelakkan peningkatan kos," katanya.
4
20 Jun 2023 01:07pm
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264382/berita/politik/prn-bersatu-kelantan-letak-calon-boleh-menang-lawan-bn
PRN: Bersatu Kelantan letak calon boleh menang lawan BN
KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan mempertaruhkan calon boleh menang dalam usaha merampas kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, usaha itu bagi mengukuhkan lagi tampuk pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan yang merupakan rakan sekutu mereka menerusi Perikatan Nasional (PN)."Calon yang kita pertaruhkan ini datang daripada pelbagai latar belakang merangkumi akademik, profesional dan sebagainya bagi memastikan kemenangan menjadi milik Bersatu dan PN," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Selasa.Menurut beliau, Bersatu Kelantan sudah menyerahkan senarai nama calon kepada pusat untuk dinilai sama ada layak atau sebaliknya.Ujarnya, senarai itu akan diputuskan dalam masa terdekat termasuklah agihan kerusi secara muktamad.Kamaruddin memberitahu, setakat ini Bersatu sah akan bertanding di enam kerusi sahaja.
4
20 Jun 2023 01:05pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264381/berita/semasa/video-eksekutif-akaun-dituduh-pecah-amanah-wang-syarikat-lebih-rm600000
[VIDEO] Eksekutif akaun dituduh pecah amanah wang syarikat lebih RM600,000
MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang eksekutif akaun wanita sebuah syarikat didakwa di dua buah Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM680,108.13.Tan Siau Ling, 43, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan tiga lagi di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.Bagi tiga pertuduhan, dia dituduh memindahkan wang berjumlah RM293,249.28 ke dalam akaun peribadinya di sebuah premis di Jalan PM 5, Plaza Mahkota Melaka, di sini, antara 4 Julai 2019 hingga 23 Oktober 2019.Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis sebulan sekali.Wanita itu yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan dikurangkan kerana tidak mempunyai wang.Darmafikri menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan.Bagi tiga pertuduhan lagi, Siau Ling didakwa melakukan perbuatan sama membabitkan jumlah RM386,858.85 dengan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun peribadinya serta sebuah syarikat lain.Dia dituduh melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh sama.Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun dan sebat dan denda.Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan sama manakala tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan serupa.Hakim Mohd Sabri menetapkan jaminan RM35,000 dan membenarkan syarat tambahan. Sebutan kes ditetapkan pada 18 Julai. - Bernama
4
20 Jun 2023 01:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264380/berita/sukan/euro-2024-wales-mahu-layak-secara-merit
Euro 2024: Wales mahu layak secara merit
WALES kekal optimis untuk meraih slot secara automatik ke Kejohanan Euro 2024 biarpun tewas dua kali berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan.Keyakinan itu diluahkan jurulatihnya, Rob Page yang percaya anak-anak buahnya mampu melakukannya dengan baik dalam baki saingan akan datang.“Saya percaya (layak ke Euro secara merit).“Bagi menjayakannya kami perlu melakukannya dengan baik," katanya yang hanya mencatat satu kemenangan dalam 12 aksi sejak Wales layak ke Piala Dunia lalu.Wales tewas kepada Turki 0-2 dalam pertembungan di Samsun untuk mengulangi episod buruk di Armenia minggu lalu yang menyaksikan lawan di ranking ke-97 dunia itu merakam kemenangan 4-2 di Cardiff.Setelah lapan perlawanan, Wales ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Turki dan dua mata di belakang Armenia yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.Pasukan pilihan di peringkat Kumpulan D, Croatia yang bermain kurang dua perlawanan menyamai kedudukan Wales yang memungut empat mata.Wales hampir pasti dijamin tempat play-off menerusi ranking Liga Negara-Negara, tetapi Page menegaskan Wales mampu mara secara automatik.“Kem pusat kali ini mengecewakan tetapi terdapat banyak pengajaran yang boleh dikutip daripadanya.“Kami akan menanganinya. Kami turun dalam setiap perlawanan untuk menang."Ini bermakna adalah sangat penting kami mencapai kemenangan di tempat sendiri dan meraih seberapa banyak mata dari situ,” katanya.
4
20 Jun 2023 12:57pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264379/berita/nasional/sokong-pemberian-elaun-pelatih-industri---ahmad-fadhli
Sokong pemberian elaun pelatih industri - Ahmad Fadhli
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyokong 100 peratus cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya syarikat yang menawarkan latihan industri kepada mahasiswa mempertimbangkan elaun munasabah.“Cadangan ini telah saya lontarkan di Dewan Rakyat ketika perbahasan pada 16 Februari 2023, malangnya pada masa itu tiada respons yang jelas daripada kementerian berkaitan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.Jelas beliau, terdapat banyak isu yang mana warga siswa dieksploitasi bagi kepentingan perusahaan industri semasa menjalani latihan.Justeru, ia memerlukan kepada dasar baharu yang mewajibkan pembayaran elaun agar setimpal dengan kerja mereka.Baru-baru ini, Anwar ketika program Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata, bayaran yang terlalu rendah oleh majikan terhadap pelajar yang sedang menjalani latihan industri disifatkan sebagai tidak munasabah.Ujarnya, majikan seharusnya mempertimbangkan untuk membayar jumlah yang sekurang-kurangnya mampu menampung kos perjalanan atau perbelanjaan harian pelajar berkenaan.Mengulas lanjut, beliau berkata, penglibatan banyak syarikat yang menyediakan latihan industri akan memberi manfaat yang lebih baik kepada anak-anak muda.
4
20 Jun 2023 12:52pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264377/berita/nasional/kuota-pengambilan-pelajar-perubatan-ipt-tempatan-dikekalkan
Kuota pengambilan pelajar perubatan IPT tempatan dikekalkan
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan kuota pengambilan pelajar perubatan di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata, kuota yang dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah 4,820 orang setahun, namun jumlah siswazah sebenar adalah lebih rendah iaitu kira-kira 4,000 orang setahun."Kementerian akan terus kekalkan jumlah yang ditetapkan kerana antaranya permohonan ramai untuk mengambil jurusan perubatan dan kadar (yuran) yang ditetapkan untuk universiti tempatan adalah murah, maka demikian kita sebenarnya melakukan pendemokrasian pendidikan."Kita membenarkan ramai memohon untuk ambil jurusan perubatan, kalau kita kurangkan (pengambilan) dalam negara maka sudah tentu ada yang terpaksa ke luar negara dan kosnya sangat tinggi," katanya.Beliau berkata, jika pengambilan pelajar dihadkan bagi jurusan itu, ia akan merugikan negara memandangkan kerajaan telah membuat pelaburan bagi menghasilkan doktor, di samping keyakinan terhadap sistem pendidikan negara untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang itu.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Profesor Tan Sri Dr Mohamed Haniffa Abdullah yang bertanya mengenai penambahan kuota pelajar perubatan IPT tempatanMohamed Khaled berkata, siswazah perubatan dalam negara pada 2020 adalah seramai 2,401 orang, 2021 (3,132) manakala bagi 2022 (3,934 orang).Katanya, antara faktor jumlah siswazah yang rendah adalah kegagalan menamatkan pengajian, menukar jurusan dan lain-lain.Beliau berkata, anggaran siswazah perubatan tempatan bagi tiga tahun akan datang adalah kira-kira 3,934 orang setahun iaitu 2,281 daripada IPT awam dan 1,653 daripada IPT swasta.Berhubung isu lambakan siswazah perubatan daripada IPT tempatan dan luar negara, Mohamed Khaled berkata, isu itu sedang diteliti jawatankuasa peringkat tertinggi diterajui KKM. - Bernama
4
20 Jun 2023 12:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264378/berita/sukan/piala-fa-jdt-tawar-1000-tiket-buat-penyokong-selangor
Piala FA: JDT tawar 1,000 tiket buat penyokong Selangor
KELAB Johor Darul Ta'zim (JDT) memaklumkan khabar gembira buat penyokong Selangor apabila menawarkan 1,000 tiket untuk menyaksikan aksi separuh akhir Piala FA kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Isnin.Ketua Pegawai Eksekutif, Alistair Edwards berkata, peruntukan itu ada atas dasar semangat kesukanan bagi memeriahkan suasana saingan Piala FA dan jumlah tiket itu adalah seperti yang dipohon pengurusan Selangor FC.“Ia atas dasar semangat kesukanan. Diharapkan lebih ramai penyokong pasukan pelawat hadir untuk menikmati suasana stadium yang diiktiraf dunia.“Ia juga peruntukan tiket untuk penyokong pasukan pelawat tertinggi pernah diberikan bagi menyaksikan perlawanan di stadium yang serba canggih ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers.SSI dipilih sebagai `2020 World Stadium of the Year' tiga tahun lalu.Menurut Edwards, sebelum ini tiket terbanyak yang ditawarkan kepada penyokong pasukan pelawat adalah sebanyak 800 keping.Pertembungan skuad Harimau Selatan dan Gergasi Merah bakal menyaksikan kapasiti penuh ketika JDT selaku juara bertahan memburu slot ke pentas final bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu.
4
20 Jun 2023 12:38pm
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264375/berita/politik/ph-kelantan-serah-senarai-calon-prn
PH Kelantan serah senarai calon PRN
KOTA BHARU - Pakatan Harapan (PH) Kelantan sudah menyerahkan senarai nama pendek kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk dinilai sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Pengerusinya, Muhamad Husain berkata, senarai nama itu meliputi pelbagai latar belakang dan pihaknya menyerahkan kepada pucuk tertinggi parti untuk membuat keputusan."Kita sudah hantar dan hanya tunggu kelulusan daripada pimpinan pusat."Setakat ini, PH akan bertanding di 14 kerusi, manakala senarai calon pendek telah dibuat," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.Sebelum itu Muhamad hadir pada Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas di antara beliau dan bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Kamaruddin Md Nor di sini.Menurut beliau, peningkatan sokongan orang ramai terhadap PH di negeri ini dilihat tidak memberikan jalan mudah kepada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRN nanti.Ujarnya, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH ke negeri ini menerima sambutan yang sangat luar biasa.Muhamad memberitahu, melihat kepada sambutan itu pihaknya berharap pada PRN nanti akan turut memberikan peluang kepada PH untuk menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN).ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Tiada masalah pembahagian kerusi di KelantanPRN Kelantan: Pas jangka PH, UMNO beri tentangan sengit
4
20 Jun 2023 12:29pm
MUHAMMAD AMINNURALIFF
https://www.sinarharian.com.my/article/264376/berita/semasa/penunggang-ducati-maut-kertas-siasatan-sedang-dilengkapkan
Penunggang Ducati maut: Kertas siasatan sedang dilengkapkan
AMPANG JAYA - Kertas siasatan insiden kemalangan maut lawan arus di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) susur Hulu Klang di sini Rabu lalu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek yang merupakan penunggang motosikal jenis Yamaha dipercayai mengakibatkan kemalangan tersebut telah dirakam percakapan."Selain suspek, beberapa saksi melibatkan operator kamera litar tertutup Lebuhraya SUKE telah dirakam percakapan, siasatan lanjut kini masih dilengkapkan untuk tindakan selanjutnya."Suspek kini masih lagi cedera namun berada dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, motosikal milik suspek dan mangsa telah dihantar untuk pemeriksaan Puspakom dan Jabatan Kimia.Pada Rabu, seorang lelaki maut selepas tercampak dari motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya sebelum jatuh dari jambatan di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) susur Hulu Klang di sini.Mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, menunggang motosikal jenis Ducati Panigale melalui jalan berselekoh dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus.Mangsa kemudian melanggar penghadang sebelah kiri jalan sebelum tercampak dan terjatuh ke bawah jambatan pada ketinggian kira-kira 30 meter.ARTIKEL BERKAITAN:Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover' elak motosikal lawan arusPenunggang Ducati maut: Suspek lawan arus dakwa tersesat jalanKemalangan Ducati: Rakaman CCTV dihantar ke makmal forensik PDRM
4
20 Jun 2023 12:26pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264373/berita/semasa/palsu-tuntutan-pemandu-jabatan-rakan-dan-pemilik-bengkel-didakwa
Palsu tuntutan: Pemandu jabatan, rakan dan pemilik bengkel didakwa
SHAH ALAM - Seorang pemandu sebuah jabatan kerajaan dan rakannya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dengan seorang pemilik bengkel bagi tuntutan palsu insurans kemalangan kenderaan.Erhanhazwan Hasim, 38, dan rakannya Ali Mochammad, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.Pemilik bengkel itu, Hamidah Buang, 40, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan seorang ejen sebuah syarikat insurans mengenai borang laporan kemalangan kenderaan seorang wanita bagi tuntutan insurans berjumlah RM4,899.19 dengan mengemukakan butir matan palsu termasuk borang yang ditandatanganinya tanpa pengetahuan wanita itu.Erhanhazwan, pemandu di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor dan Ali yang bekerja sebagai peniaga, dituduh bersubahat dengan Hamidah untuk tujuan sama.Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Batu 16 Jalan Ipoh, Gombak pada 9 Mac 2021.Pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin sementara Hamidah diwakili peguam Shalehuddin Salam manakala Erhanhazwan dan Ali tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 masing-masing kepada Erhanhazwan dan Ali manakala RM5,000 kepada Hamidah dengan seorang penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM pada setiap bulan.Sebutan semula kes bagi semua tertuduh ditetapkan 26 Julai. - Bernama
4
20 Jun 2023 12:19pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/264372/berita/semasa/maritim-tahan-bot-nelayan-asing-ceroboh-perairan-langkawi
Maritim tahan bot nelayan asing ceroboh perairan Langkawi
LANGKAWI - Sebuah bot nelayan asing dipercayai dari Thailad yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis di kedudukan lebih kurang 2.4 batu nautika barat laut Pulau Jemurok, Langkawi pada Isnin.Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, bot berkenaan ditahan ketika bot Maritim Malaysia sedang menjalankan rondaan rutin di perairan Langkawi pada jam 12 tengah hari.Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati, bot tersebut dikendalikan dua kru termasuk tekong masing-masing berumur 37 tahun dan 44 tahun."Pemeriksaan lanjut turut menemui dokumen pengenalan diri mereka yang meragukan selain tidak mempunyai permit menangkap ikan daripada Pengarah Perikanan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Romli berkata, kesemua mereka serta bot berkenaan ditahan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Seksyen 16 (3) akta yang sama kerana gagal memberitahu pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel, dalam hal memasuki perairan perikanan Malaysia.Jelasnya, sabitan di atas kedua-dua kesalahan itu boleh dihukum denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600,000 ke atas setiap kru mengikut Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985."Bot dan peralatan menangkap ikan boleh dilucuthak kepada kerajaan Malaysia jika sabit kesalahan."Kesemua kru juga akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," ujarnya.Tambahnya, Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal daripada sebarang pelanggaran undang-undang termasuk aktiviti perikanan tanpa permit, pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia dan salah laku yang lain.Sebarang maklumat berkenaan penguatkuasaan dan carilamat, orang ramai boleh menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 untuk maklum balas segera.
4
20 Jun 2023 12:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264374/berita/nasional/pertikai-status-pulau-pinang-bercanggah-perlembagaan-persekutuan
Pertikai status Pulau Pinang bercanggah Perlembagaan Persekutuan
SHAH ALAM - Pertikaian status dan kewujudan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dianggap bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan.Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan sudah jelas menyebut bahawa Pulau Pinang dan Kedah adalah negeri dalam Malaysia maka kewujudannya perlu dihormati semua pihak.Menurutnya, biarpun terdapat perdebatan hangat dalam kalangan pensyarah yang ingin masyarakat menilai semula sejarah dan melihat kembali kepada status pemilikan sebenar Pulau Pinang, namun segala proses perdebatan itu hanya sekadar perdebatan ilmiah sahaja.“Untuk mengubah kedudukan atau sempadan sesebuah negeri juga bukanlah satu proses mudah kerana ia memerlukan persetujuan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri yang terlibat.“Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan Parlimen boleh melalui undang-undang menerima masuk negeri- negeri lain ke dalam Persekutuan dan mengubah sempadan negeri, tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan negeri itu (dinyatakan melalui undang-undang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri) dan Majlis Raja-Raja,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ujarnya, cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengubah kedudukan sesebuah negeri dilihat sukar dilaksanakan dan tidak realistik dengan sejarah perjalanan negara Malaysia.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut yang mana, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.Muhammad Sanusi turut mendakwa, pihaknya tidak perlu mengambil kembali negeri itu kerana Pulau Pinang tidak pernah 'terlepas' dari Kedah.Pada Ahad, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, pembentukan Malaysia tidak sepatutnya menjadi titik yang membenarkan sejarah Kedah wujud sejak sekian lama dipadamkan.Baginda menegaskan, tidak wajar sekiranya suara rakyat negeri itu didiamkan terutama membabitkan sejarah dan kedaulatan Kedah."Adalah lebih baik sekiranya fakta ini dikaji secara ilmiah dan lebih tersusun supaya dapat dijadikan rujukan serta membawa kebaikan kepada generasi akan datang,” titah baginda.ARTIKEL BERKAITAN:'Pulau Pinang itu Kedah punya' - SanusiPulau Pinang tidak pernah terpisah dari KedahSejarah Pulau Pinang harus diperjelas segera demi rakyatSewaan Pulau Pinang telah lama terbatalIsu tanah Pulau Pinang dipajak perlu diperjelas berlandas fakta - Sultan Kedah
4
20 Jun 2023 12:11pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264371/berita/sukan/kelab-arab-saudi-intai-kelibat-heung-min
Kelab Arab Saudi intai kelibat Heung Min
KELAB Arab Saudi, Al-Ittihad masih belum puas dengan pembelian berprofil tinggi, Karim Benzema dari Real Madrid apabila mengintai peluang untuk 'melamar' Son Heung Min dari Tottenham Hotspur.Al-Ittihad dilaporkan merisik penyerang Korea Selatan itu dengan tawaran perjanjian empat tahun dan bayaran gaji 26 juta pound (RM154 juta) semusim.Kelab tersebut dijangka mengemukakan tawaran 51 juta pound (RM302 juta) kepada Tottenham termasuk bonus buat pemain berusia 30 tahun itu.Spurs bagaimanapun dilaporkan akan menolak tawaran terhadap penyerang itu, yang menjadi tonggak utama kelab utara London berkenaan sejak beberapa tahun.Dia meledak 145 gol dalam 372 perlawanan buat Spurs sejak menyertai kelab itu dari Bayer Leverkusen pada 2015.Heung Min awal bulan ini mengakui bergelut pada musim lalu kerana terpaksa beraksi dalam kesakitan selama sembilan bulan.Kesukaran dialaminya terbukti apabila Spurs beraksi hambar musim lalu dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kelapan.Sekiranya berhijrah ke Al-Ittihad, Heung Min akan bersatu semula dengan bekas pengurus Spurs, Nuno Espirito Santo yang membimbing kelab Arab Saudi itu merangkul kejuaraan musim lalu.
4
20 Jun 2023 12:08pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264369/berita/nasional/nur-jazlan-yakin-mampu-laksana-tugas-timbalan-speaker-dewan-negara
Nur Jazlan yakin mampu laksana tugas Timbalan Speaker Dewan Negara
KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang baru dilantik semalam menghargai keyakinan yang diberikan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan nama beliau bagi jawatan itu.Katanya, beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai pencalonan berkenaan sehinggalah dimaklumkan Jumaat lepas."Bagaimanapun berdasarkan pengalaman saya selama tiga penggal sebagai ahli Parlimen dan juga sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Kira-Kira Wang Negara (PAC), saya rasa saya mampu untuk menjalankan tugas ini,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.Nur Jazlan berkata, beliau akan membantu Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, selain bertekad memperkasakan fungsi dan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara.Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara selepas mendapat 43 undi dalam pengundian lantikan jawatan itu.Turut dicalonkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris yang dicadangkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:Wan Junaidi, Nur Jazlan, Mujahid angkat sumpah Ahli Dewan Negara
4
20 Jun 2023 11:54am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264364/berita/nasional/kerajaan-kekal-pendirian-tidak-tambat-ringgit---ahmad-maslan
Kerajaan kekal pendirian tidak tambat ringgit - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR - Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak menambat ringgit dalam usaha menangani penyusutan nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kesan buruknya kepada rakyat.Ketika menegaskan perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan menambat ringgit akan menyebabkan Malaysia hilang keupayaan untuk meneruskan dasar monetari dan seterusnya memaksa Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke tahap sama seperti kadar faedah Amerika Syarikat yang kini di ambang 5.00-5.25 peratus."Alangkan OPR kita pada 3.00 peratus rakyat sudah rasa amat tidak selesa, ini kan pulak (jika) dinaikkan kepada 5.25 peratus."Satu lagi keburukan (menambat ringgit), kawalan aliran modal tidak akan bebas kerana keluar masuk pelaburan asing ke dalam negara kita akan dikawal. Apabila kita tambat nilai ringgit, maka ini menjejaskan keyakinan dan daya saing negara,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar sama ada kerajaan akan bertindak menambat ringgit serta punca kejatuhan ringgit dan usaha menanganinya.Mengulas selanjutnya, Ahmad berkata, sebahagian besar daripada kejatuhan kadar pertukaran ringgit pada tempoh terdekat ini didorong oleh pengukuhan dolar AS dan nilai mata wang serantau seperti yen Jepun, baht Thailand, won Korea, renminbi China dan peso Filipina turut susut."Walaupun terdapat mata wang negara jiran yang menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dolar AS, namun negara-negara tersebut telah mengetatkan dasar monetari dengan lebih agresif,” katanya.Ahmad berkata, Malaysia juga akan memerlukan rizab antarabangsa yang tinggi untuk menjaga tambatan itu seperti nilai yang ditetapkan.Dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan yang penting sebagai penyerap kejutan luaran di samping mengurangkan impak terhadap aktiviti ekonomi domestikSehubungan itu, katanya, kerajaan terus komited dan fokus dalam usaha melaksanakan polisi struktural yang berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara bagi menarik aliran masuk dana dan pelaburan asing yang akan menyokong pengukuhan nilai ringgit.Ini termasuk menerusi dasar untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti Malaysia menerusi pelaksanaan Dasar Pelaburan Baharu (NIP)."Kerajaan juga akan memastikan kemampanan fiskal dan keadaan makroekonomi yang stabil akan terus terpelihara dengan merumus dasar fiskal jangka sederhana yang teguh, berhemah dan jelas seperti Dasar fiskal, Akta Tanggungjawab Fiskal yang akan dibentangkan kepada Parlimen tidak lama lagi,” katanya.Pada masa sama, beliau berkata, BNM akan mengambil pendekatan untuk memastikan pelarasan ringgit berada dalam keadaan teratur.Malah, bagi menangani kemeruapan pasaran pertukaran asing, bank pusat itu akan terus menguruskan risiko-risiko dari perkembangan domestik dan luaran serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur."Risiko daripada pergerakan mendadak nilai pertukaran ringgit berbanding dolar AS juga dapat dikurangkan melalui penggunaan instrumen lindung nilai, penekanan kepada pinjaman luar yang berhemah dan kedalaman pasaran mata wang dalam negara yang tinggi,” katanya. - Bernama
4
20 Jun 2023 11:35am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264365/berita/nasional/pelabur-makin-yakin-lebih-banyak-pelaburan-masuk-ke-malaysia---fahmi
Pelabur makin yakin, lebih banyak pelaburan masuk ke Malaysia - Fahmi
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Keyakinan pelabur terhadap Malaysia kini semakin baik dan ia akan mendorong lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata, keyakinan itu dizahirkan para pelabur ketika beliau bertemu mereka di London baru-baru ini sewaktu melakukan lawatan kerja sempena Minggu Teknologi London (LTW) 2023.Beliau berkata, misi pelaburan ke LTW 2023 dari 12 hingga 16 Jun itu juga menyaksikan Malaysia meraih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital."Kita telah tinggalkan satu perasaan positif dalam kalangan pelabur, mereka (dapat) rasa hala tuju, kestabilan politik dan keupayaan Malaysia untuk jadi pusat tumpuan bagi pelaburan."Mereka ada keyakinan tambahan. Insya-ALLAH, tidak mustahil, dalam masa tidak berapa lama lagi lebih banyak pelaburan masuk ke negara kita,” katanya.Fahmi seterusnya menyeru agensi dan jabatan di bawah KKD untuk tidak bekerja secara silo, sebaliknya perlu saling bekerjasama mengetengahkan produk digital atau industri kreatif yang bertepatan di forum antarabangsa seperti LTW tahun depan."Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) atau Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebagai contoh, wajar mengumpulkan produk bersesuaian daripada agensi-agensi KKD untuk diperkenalkan kerana ia membantu eksport ekonomi digital."Ini datangkan hasil kepada negara... bekerjasama dan bergerak pantas ke depan," katanya.Sementara itu, Fahmi berkata, Finas perlu memainkan peranan membantu membawa karya filem dan industri kreatif untuk diketengahkan ke pasaran luar negara seperti di rantau Asia Tenggara yang mempunyai jumlah populasi 650 juta orang."Realitinya, kalau kita lihat audiens di Malaysia untuk filem, tidak besar mana. Daripada jumlah 34 juta rakyat Malaysia, yang benar-benar menonton filem mungkin tidak cecah 10 juta."Bila lihat rantau Asia Tenggara, jumlah penduduk 650 juta dan tidak perlu pergi jauh, Singapura, Indonesia dan Brunei ini, mereka ada rumpun Melayu dan Bahasa Melayu mudah difahami audiens, dan kita teliti usaha untuk eksport filem ke negara berkenaan," katanya.Beliau turut merakamkan penghargaan di atas filem-filem Malaysia yang menerima penganugerahan dan menempah kejayaan di peringkat antarabangsa, yang jelas membuktikan tentang kebolehan dan bakat besar yang ada dalam industri filem Malaysia.Sebelum ini, filem indie 'Tiger Stripes' terbitan syarikat Ghost GRRRL Pictures Sdn Bhd mencipta sejarah dengan menjadi filem Malaysia pertama memenangi hadiah utama untuk filem terbaik di Minggu Pengkritik Cannes, bar sisi (sidebar) untuk Festival Filem Cannes yang berprestij dari 17 hingga 25 Mei lepas.Filem 'Abang Adik' pula berjaya melakar sejarah apabila memenangi tiga anugerah utama pada Far East Film Festival Ke-25 yang berlangsung di Udine, Itali pada 21 hingga 29 April lepas, selain berjaya memenangi trofi Golden Mulberry, Black Dragon Critics dan Anugerah White Mulberry untuk filem cereka terbaik. - Bernama
4
20 Jun 2023 11:30am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264360/berita/nasional/pj-love-u-tema-ulang-tahun-ke-17-bandaraya-petaling-jaya
‘PJ LOVE U’ tema ulang tahun ke-17 Bandaraya Petaling Jaya
PETALING JAYA - “PJ Love U” diangkat menjadi tema sambutan ulang tahun ke-17 Petaling Jaya sebagai bandar raya menerusi pelaksanaan 21 program sepanjang Jun ini.Datuk Bandar, Mohamad Azhan Md Amir berkata, keraian itu akan disempurnakan dengan acara kemuncak Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-17 yang dijadualkan berlangsung di Laman MBPJ hadapan Ibu Pejabat MBPJ di Jalan Yong Shook Lin di sini, pada 24 Jun ini, bermula jam 8 malam.Pengisytiharan rasmi Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya dibuat pada 20 Jun 2006.Jelasnya, sambutan tahun ini meliputi pelbagai program berbentuk jualan, pameran, pertandingan, kejohanan, sumbangan termasuk perkhidmatan percuma yang dirangka Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi mendekatkan diri dengan komuniti setempat.“Tahun 2023 ini merupakan tahun yang ke-17 Petaling Jaya menjadi sebuah bandar raya. ‘PJ Love U’ diangkat sebagai tema untuk menzahirkan rasa kasih sayang MBPJ kepada seluruh penduduk di Petaling Jaya khasnya dan penduduk negeri Selangor serta Malaysia amnya.“Kemuncak sambutannya ialah pada 24 Jun ini, iaitu acara perasmian yang akan diserikan dengan persembahan istimewa oleh Firman dan Nabila Maharani dari Indonesia, di samping Neeta Manis, Mr 5k dan Aliff Aziz,” katanya.Menurutnya, keraian tahun ini turut menyaksikan Laman MBPJ, Lorong Tengah ‘PJ Art Lane’ dan sekeliling Menara MBPJ, Dataran Boulevard serta sebahagian Jalan Yong Shook Lin, Jalan Selangor dan Jalan Sultan bermandikan cahaya lampu hiasan pada waktu malam.Mohamad Azhan berkata, buat julung kalinya juga akan diadakan pertandingan bagi acara perarakan pada malam perasmian yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,500, sijil dan hadiah iringan bagi kategori badan korporat, majlis perwakilan penduduk, pusat pengajian tinggi, dan badan kerajaan.“Majlis menyasarkan sebanyak 16 pasukan bakal menyertai pertandingan dan sehingga kini, 18 pasukan telah mengesahkan penyertaan. Ia melepasi sasaran awal yang ditetapkan,” katanya mengenai pertandingan perarakan itu yang akan turut disertai Sahabat Radio Suria FM.Pemenang bagi kategori Keseluruhan Terbaik bakal menerima wang tunai RM3,000, manakala pemenang tempat pertama diperuntukkan RM1,500, kedua (RM1,000) dan ketiga, RM500. Sebanyak RM500 juga menanti Pemenang Kostum Terbaik.Hidupkan pelbagai lokasiPelaksanaan program-program turut bertumpu di Taman Bandaran Kelana Jaya, The Spine SS7 Kelana Jaya, Dewan D’Kelana SS7, selain lokasi utama di Laman MBPJ, Dataran Boulevard dan Pusat Bandar Seksyen 52.“Pemilihan lokasi ini selaras dengan hasrat Majlis menghidupkan persekitaran Pusat Bandar Seksyen 52 dan seterusnya mempergiatkan usaha mempromosi Bandar Raya Petaling Jaya sebagai Kota Seni,” jelas Mohamad Azhan.Ini disusuli acara PJ Smart Ride pada 25 Jun yang menyaksikan selebriti popular, Baggio Damasutra bakal memberi cabaran dalam pertandingan kayuhan berbasikal sejauh 45km yang menawarkan pendaftaran percuma.Pada sebelah malam, MBPJ menyeru umat Islam khususnya warga Petaling Jaya menghadiri majlis PJ Berselawat di Dataran Boulevard, Seksyen 52 Petaling Jaya.MBPJ turut memberi penawaran percuma bagi penggunaan tempat letak kereta, kolam renang, gelanggang badminton dan tenis, selain 300 pendaftaran perpustakaan dan pemberian 1,000 anak pokok.Mohamad Azhan yang menyambut ulang tahun Petaling Jaya buat kali kedua, mengimpikan bandar raya terkemuka Selangor ini dikenali bukan saja di Malaysia, malah luar negara.“Selain mengimpikan Petaling Jaya dikenali sebagai Kota Seni yang penuh dengan aktiviti kebudayaan dan pelancongan, saya berharap MBPJ menjadi Pihak Berkuasa Tempatan yang memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Petaling Jaya dan menjadi contoh atau model kepada agensi kerajaan, mahu pun swasta.“Kenalilah Petaling Jaya ini sebagai satu bandar raya yang maju dan sejahtera, selaras pelan strategik PJSSR 2023, ‘PJ Smart, Sustainable and Resilience 2030,” katanya, seraya mengalu-alukan kehadiran pengunjung dalam dan luar negara memeriahkan sambutan kali ini.#MalaysiaMadani #KitaSelangor #PJLoveU#UlangtahunBandarayaPJ17#MBPJ
4
20 Jun 2023 11:30am
MOHD ISKANDAR OTHMAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264363/berita/semasa/maqis-rampas-1714-kg-makanan-haiwan
Maqis rampas 1,714 kg makanan haiwan
BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 1,715 kilogram (kg) makanan haiwan dari Thailand yang cuba dibawa masuk melalui pintu masuk Dermaga Air Dalam di sini pada Ahad lalu.Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, makanan haiwan bernilai RM55,605 itu didapati tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.Menurutnya, kegagalan untuk mengemukakan permit import bagi pengimportan makanan haiwan adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].Makanan haiwan bernilai RM55,605 didapati tidak mempunyai permit import Maqis yang sah."Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama," katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.Muhammad Ikram berkata, Maqis sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan dan memastikan di semua pintu masuk negara bersama agensi penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan komoditi keselamatan keluaran pertanian yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.
4
20 Jun 2023 11:25am
NORAWAZNI YUSOF
https://www.sinarharian.com.my/article/264361/berita/semasa/pemandu-lori-tangki-didakwa-sebabkan-kematian-dua-beradik
Pemandu lori tangki didakwa sebabkan kematian dua beradik
KUANTAN - Seorang pemandu lori tangki didakwa di Mahkamah Trafik Khas Kuantan pada Selasa atas pertuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian kepada dua beradik pada 13 Jun lalu.Tertuduh, Muhammad Noor Azwan Abd Saman, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.Dia didakwa memandu kenderaan berat itu tanpa kecermatan kepada pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kematian kepada Siti Nur Alia Saffiyah, 18, dan Siti Mazurah Zulkifli, 30.Perbuatan itu didakwa dilakukan Muhammad Noor Azwan di Jalan Kuantan-Segamat, dekat persimpangan lampu isyarat Felda Lepar Hilir, di sini pada jam 11 malam, 13 Jun lalu.Pendakwaan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87 - Pindaan 1999) dan sabitan bagi kesalahan itu boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhlin Hani Khairon, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Selain itu, lesen tertuduh juga boleh dibatalkan mahkamah, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun dari tarikh sabitan.Dalam prosiding itu, Fadhlin Hani memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM15,000 berserta seorang penjamin bercagar.Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memohon agar jumlah ikat jamin itu dikurangkan kerana pendapatan bulanannya hanya RM3,000.Muhammad Noor Azwan turut memberitahu, dia juga menanggung isteri dan tiga anak serta ibunya yang sudah tua.Majistret kemudiannya membenarkan jumlah ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bercagar serta menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai.Kes ditetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Pada 14 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan, dua beradik maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran persimpangan lampu isyarat Felda Lepar Hilir.Dalam kemalangan kira-kira jam 11 malam itu, pemandu kereta jenis Proton Wira, Siti Nur Alia Saffiyah dan kakaknya, Siti Mazurah beralamat dari Felda Lepar Hilir 1 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Pemandu lori tangki yang beralamat di Perkampungan Sungai Isap di sini, di tidak mengalami sebarang kecederaan.Punca kemalangan dipercayai lori membawa muatan bahan api petroleum dari arah Muadzam Shah ke sebuah stesen minyak, di sini hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki dua beradik yang bekerja sebagai juru jual dan pramusaji itu.
4
20 Jun 2023 11:21am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264359/berita/nasional/kpkm-teliti-cadangan-penubuhan-agensi-tingkat-keterjaminan-makanan
KPKM teliti cadangan penubuhan agensi tingkat keterjaminan makanan
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan penubuhan agensi khusus bagi meningkatkan keterjaminan makanan sebagai agenda nasional.Timbalan Menteri berkenaan, Chan Foong Hin berkata, idea penubuhan agensi itu dicetuskan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) awal tahun ini, sebagai salah satu inisiatif mengurangkan kos sara hidup rakyat.Foong Hin berkata, kajian awal KPKM mendapati penubuhan agensi sekuriti makanan negara hendaklah dilihat secara holistik merangkumi empat aspek utama iaitu elemen ketersediaan, kebolehcapaian, keselamatan makanan dan pemakanan serta kestabilan dan kemampanan."Oleh itu penubuhan agensi sekuriti makanan negara memerlukan penilaian lanjut berkaitan implikasi perundangan, kewangan, sumber manusia dan penyelarasan semula fungsi serta peranan antara kementerian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.Katanya, dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan, kerajaan turut mengamalkan pendekatan rentas kementerian bagi memastikan sistem makanan negara mantap dan berfungsi dengan cekap dan produktif.Beliau menjawab soalan Senator Abdul Nasir Idris yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Agensi Makanan Malaysia dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan sebagai agenda nasional.Selain itu Foong Hin berkata, KPKM turut komited memastikan keterjaminan makanan khususnya dalam membentuk sistem pengeluaran makanan negara yang berdaya tahan dan membantu pihak pengeluar makanan."Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah peruntukan infrastruktur yang moden dan cekap, pemberian insentif, sokongan dalam bentuk khidmat nasihat dan teknikal, geran, dana pembiayaan, pengecualian cukai, subsidi dan akses pasaran serta padanan perniagaan,” katanya. - Bernama
4
20 Jun 2023 11:15am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264362/berita/hiburan/suami-fatin-afeefa-jelaskan-nombor-plat-fancy-pakai-masa-kahwin
Suami Fatin Afeefa jelaskan nombor plat 'fancy' pakai masa kahwin
[DIKEMAS KINI] SUAMI kepada pelakon Fatin Afeefa, iaitu Aliff Awang tampil bersuara untuk menjelaskan kekecohan yang timbul berhubung nombor plat yang digunakan di kereta mewah McLaren yang dikatakan bukan nombor sebenar.Menerusi Instagram Story, Aliff atau lebih mesra disapa Opai berkata, dia tidak menerima sebarang panggilan atau surat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti yang didakwa sebelum ini.Menurut laporan portal Gempak, Opai menjelaskan, dia tidak menggunakan nombor plat ‘QPA1’ itu sewaktu memandu kenderaan di atas jalan raya."JPJ tak ada panggil pun. Tak ada surat sampai. JPJ tak ada pun call (hubungi). Tapi saya rasa kalau nak bagi penjelasan, ini penjelasan saya."Biasalah orang kahwin pakai nombor plat 'fancy', nombor plat cantik letak nama sendiri. Tak pakai atas jalan pun. Kahwin pun hampir setengah tahun dah. Dah lama tular," katanya.Dalam pada itu, Opai memohon supaya netizen berhenti mengaitkan namanya lagi semata-mata mahu menumpang populariti."Orang Malaysia dah bosan dengar cerita Opai."Saya tahu orang nak pakai nama saya sebab senang nak FYP. Sebab apa? Sebab memang kita bagus. Assalamualaikum," katanya mengakhirinya.Terdahulu, JPJ mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.Sebelum ini, netizen mempersoalkan adakah kenderaan tersebut milik Opai memandangkan nombor plat yang tertera bukan berdaftar atas kenderaan terbabit malah ia berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.Minggu lalu selepas kecoh Opai hina kereta bukan supercar, Fatin kemudian dilihat memadam gambar suaminya di media sosial dan dalam masa yang sama memuat naik fotonya manis berhijab.Terdahulu dalam laporan Harian Metro, JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kereta mewah McLaren tampil membuat laporan selepas tular gambar kenderaan tersebut minggu lalu.“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam hina kereta, suami Fatin Afeefa jelas perkara sebenar
4
20 Jun 2023 11:12am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264354/berita/sukan/kepahlawanan-saka-julang-england
Kepahlawanan Saka julang England
HATRIK Bukayo Saka membantu England mengukuhkan cengkaman Kumpulan C selepas menewaskan Macedonia Utara 7-0 dalam kelayakan Euro 2024 di Stadium Old Trafford pada Selasa sekali gus kemenangan keempat berturut-turut.Selain tiga gol bintang Arsenal pada minit ke-38, 47 dan 51 itu, kapten The Three Lions Harry Kane turut melebarkan jaringan minit ke-29 dan 73 untuk negaranya, manakala dua gol lagi disumbangkan Marcus Rashford (minit ke 45) dan Kalvin Phillips (64)."Ini adalah perasaan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Tiada apa yang boleh saya katakan untuk menggambarkan kegembiraan."Ia adalah musim yang sangat panjang. Saya tidak boleh menamatkannya dengan cara yang lebih baik dan masa untuk berehat dan berehat."Kami benar-benar gembira dengan cara para penyokong berubah dalam menyatakan sokongan," kata Saka.Sebagai rekod, Saka, 21 tahun adalah pemain Arsenal pertama yang menjaringkan hatrik untuk England dan yang termuda sejak Theo Walcott ketika menentang Croatia pada 2008.Kemenangan England itu mencerahkan peluang pasukan tersebut menyambar slot pusingan akhir tahun depan selepas mengumpul 12 mata sempurna.Ukraine di tangga kedua dengan enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan diikuti Itali ketiga, dua mata kurang satu perlawanan berbanding pesaing mereka.Dalam pada itu, pengendali England, Gareth Southgate memuji prestasi hebat Saka walaupun mengalami kecederaan achilles yang menyuramkan persembahan bersama The Three Lions."Dia mengalaminya selama beberapa minggu. Ia kecederaan yang hanya perlu lebih bijak untuk diuruskan. Dan apabila anda melalui perlawanan terbaik dalam hidup anda, ia adalah peringatan bahawa ia berbaloi untuk melalui perkara ini," kata Southgate semasa sidang akhbar.Mbappe lebarkan rentak kemenangan GreeceDalam perkembangan berasingan, bintang sensasi Perancis, Kylian Mbappe membantu Perancis mengekalkan rekod sempurna kelayakan Euro 2024 Kumpulan B dengan kemenangan 1-0 ke atas Greece yang beraksi 10 pemain di Stadium Stade de France, Saint-Denis, Paris pada Selasa.MbappeMalah, jaringan penalti Mbappe pada minit ke-55 separuh masa kedua menyaksikan bintang kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) itu muncul penjaring terbaik Perancis sepanjang musim dengan 54 gol untuk kelab dan negara dalam 58 perlawanan, mengatasi Just Fontaine pada 1957-58.Greece kendalian Gus Poyet terpaksa beraksi 10 pemain selepas Konstantinos Mavropanos dibuang padang pada minit ke-69 selepas gol Mbappe.Gol itu juga membantu penyerang PSG tersebut menyamai pencapaian penyerang Norway dan Manchester City, Erling Haaland yang akan berpeluang menamatkan penjaring terbanyak dalam kalangan mereka yang bermain dalam lima liga teratas Eropah apabila menentang Cyprus pada Rabu.Tiga mata diraih Les Parisian itu kendalian Didier Deschamps membolehkan naib juara Piala Dunia Qatar 2022 berkenaan mendahului Kumpulan B dengan 12 mata, enam mata di depan Greece di tempat kedua.Anak buah Deschamps akan menentang Republik Ireland dalam perlawanan berikutnya di Stadium Parc des Princes, Paris pada 8 September depan.
4
20 Jun 2023 10:26am
NORAFIZA JAAFAR
https://www.sinarharian.com.my/article/264352/berita/politik/rodziah-sedia-beri-laluan-muka-baharu-di-dun-batu-tiga
Rodziah sedia beri laluan muka baharu di DUN Batu Tiga
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail sedia memberi laluan kepada muka baharu untuk menggantikan beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.Rodziah berkata, muka baharu diperlukan sebagai pemimpin pelapis untuk pentadbiran kerajaan negeri Selangor.Menurutnya, ruang itu juga bagi membolehkan beliau menumpukan tugas sebagai ahli Parlimen Ampang yang mula disandang selepas menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu."Dalam keputusan mesyuarat cabang baru-baru ini, mereka mengharapkan agar kedua-dua ADUN kekal iaitu Najwan Halimi (Kota Anggerik) dan saya di DUN Batu Tiga."Sejak jadi ahli Parlimen, tugas saya bertambah. Kerja di Parlimen pun banyak."Apa pun kita serahkan kepada pucuk pimpinan tentukan, yang penting kedua-dua kerusi tersebut kekal milik PKR," katanya mengulas kedudukan beliau menjelang PRN Selangor.Ia selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan DUN Selangor secara rasmi pada 23 Jun ini.Beliau berkata, beberapa nama calon telah disediakan bagi tujuan tersebut termasuk calon muda yang berkelayakan."Kita kena lihat pertandingan bukan sekadar untuk rebut kerusi tapi memastikan pentadbiran negeri dikekalkan."Kalau diminta bertanding, saya perlu akur tetapi kalau boleh, lebih elok beri ruang kepada orang baharu untuk memimpin negeri, " katanya.Rodziah yang juga Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor telah menyandang wakil rakyat DUN Batu Tiga selama tiga penggal berturut-turut sejak 2008.Pada PRU15, beliau menang kerusi Ampang dengan majoriti 29,681 undi menewaskan lapan calon lain termasuk penyandang kerusi berkenaan, Datuk Zuraida Kamaruddin.
4
20 Jun 2023 10:21am
IZWAN ROZLIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264349/berita/nasional/diskaun-bayaran-balik-ptptn-bukti-usaha-kerajaan-bantu-peminjam
Diskaun bayaran balik PTPTN bukti usaha kerajaan bantu peminjam
Pelaksanaan insentif diskaun dan penangguhan bayaran balik oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini amat baik dan wajar diteruskan.Golongan belia yang menjadi peminjam khususnya mereka yang datang daripada keluarga B40 bersyukur dengan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023 ini.Inisiatif itu termasuk diskaun 15 peratus bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (mengikut jadual bayaran balik) dan diskaun 5 peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.Ia juga melibatkan inisiatif tawaran kedua iaitu pemberian penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan.Penganalisis ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menyambut baik insentif diskaun dan penangguhan bayar balik yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui agensi pembiayaan pendidikan itu.DR AHMED RAZMAN Beliau berkata, jika dilihat secara keseluruhan, insentif ini banyak memberi manfaat kepada penuntut yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.Jelasnya, hasrat kerajaan untuk mendekati golongan mahasiswa wajar dipuji namun beberapa pendekatan perlu dikaji semula agar mereka yang benar-benar layak sahaja boleh menerima manfaat ini.“Kalau lihat mengenai insentif ini, memang banyak manfaatnya kepada rakyat khususnya penuntut yang datang daripada keluarga susah.“Ini termasuklah penyelesaian hutang pembiayaan dengan diskaun 20 peratus jika dapat dilangsaikan hutang dan juga diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang perlu dikaji semula.“Ini kerana tidak semua mahasiswa datang daripada keluarga yang senang, jadi diskaun jika dapat bayar semua atau separuh ini hanya keluarga T20 sahaja yang mampu,” ujarnya.INFO GRAFIKBeliau bagaimanapun berpendapat insentif sedemikian wajar diteruskan pada masa akan datang untuk memberi lebih banyak kemudahan sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan dengan rakyat yang memerlukan.Layari www.budget.gov.my/manfaat untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk mendapatkan inisiatif ini dan meneroka lebih banyak peluang yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat.REAKSI BELIAABDUL LATIFDiskaun yang diperkenalkan PTPTN telah mengurangkan beban bayaran balik pinjaman terutama graduan yang baru mendapat pekerjaan.” - Abdul Latif Abd Rahim, 25.MUHD HAZIQBagi mereka yang baru bekerja, penangguhan bayaran balik PTPTN amat membantu kerana kos sara hidup tinggi di bandar.” - Muhd Haziq Zuhaimi, 25.MUHAMMAD AMMARDiskaun 20 peratus pembayaran balik pinjaman PTPTN ini boleh diteruskan tanpa sebarang tempoh had masa kerana peminjam sudah boleh merancang perbelanjaan bulanan dan pembayaran semula PTPTN.” - Mohammad Ammar Mohammad Hadis, 24.NUR AMALIENAPenangguhan enam bulan untuk gaji bawah RM1,800 memang terbaik. Untuk 20 peratus diskaun pula, jika bayar penuh pun sangat berbaloi kerana wang yang ada boleh dijadikan simpanan masa depan.” - Nur Amaliena Sapian, 24.KHAIRUN KHALEEDAInisiatif ini berbaloi sebab diskaun 15 peratus yang diberikan dapat menggalakkan peminjam melakukan bayaran balik melalui skim potongan gaji.” - Khairun Khaleeda Ramli, 26.
4
20 Jun 2023 10:17am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264350/berita/sukan/saya-tidak-kejar-rekod-rekod-kejar-saya---ronaldo
'Saya tidak kejar rekod, rekod kejar saya' - Ronaldo
PENYERANG sensasi Cristiano Ronaldo tidak akan berputus asa bermain untuk Portugal ketika pemain itu bersedia membuat penampilan antarabangsa ke-200 menentang Iceland dalam kelayakan Euro 2024 di Stadium Laugardalsvollur, Reykjavik.Pemain berusia 38 tahun itu mencipta rekod antarabangsa lelaki baharu apabila memenangi cap ke-197 menentang Liechtenstein pada Mac.“Saya tidak akan berputus asa untuk datang ke sini (ke pasukan kebangsaan Portugal), kerana ia sentiasa menjadi impian semua.“Mencapai 200 perlawanan antarabangsa bukan untuk sesiapa sahaja, ia menunjukkan rasa cinta yang saya ada untuk negara dan pasukan saya,” katanya pada sidang media di Reykjavik menjelang perlawanan pada Rabu.Untuk rekod, Ronaldo menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan sejak Roberto Martinez mengambil alih tugas sebagai pengendali Portugal awal tahun ini.Namun Ronaldo gagal menjaringkan gol dalam kemenangan bergaya Portugal 3-0 ke atas Bosnia & Herzegovina minggu lalu."Sesungguhnya adalah amat menakjubkan untuk menobatkan perlawanan antarabangsa ke-200 saya dengan gol.“Saya tidak mengejar rekod, mereka mengejar saya. Saya gembira kerana ia adalah sebahagian daripada motivasi untuk terus berada di peringkat tertinggi bersama pasukan.“Ia sesuatu yang saya tidak pernah fikir akan dicapai,” kata Ronaldo, penjaring rekod antarabangsa pemain bola sepak lelaki sepanjang zaman dengan 122 gol.Dalam pada itu, Martinez mengesahkan bahawa penyerang itu yang kini bermain untuk Al-Nassr di Arab Saudi akan memulakan permainan berdepan Iceland.“Seorang pemain mencapai 200 perlawanan, itu unik. Ia satu kebanggaan untuk bola sepak Portugal,” kata bekas pengendali Belgium itu.Sebagai rekod, Portugal di landasan terbaik ke Euro Jerman 2024 apabila menduduki tangga teratas Kumpulan J selepas menjaringkan 13 gol tanpa bolos dalam tiga kemenangan berturut-turut.
4
20 Jun 2023 10:06am
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
https://www.sinarharian.com.my/article/264348/berita/semasa/gagal-bawa-masuk-gelatin-haiwan-bernilai-lebih-rm600000
Gagal bawa masuk gelatin haiwan bernilai lebih RM600,000
PELABUHAN KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menggagalkan cubaan membawa masuk gelatin haiwan bernilai lebih RM600,000 dari Pakistan di Pelabuhan Klang Utara, di sini, Jumaat lalu.Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan yang dijalankan Pegawai Penguat Kuasa Maqis pada jam 11.30 pagi.Menurutnya, gelatin seberat 18,000 kilogram yang dianggarkan bernilai RM635,383.33 itu tidak mengikut syarat rawatan yang ditetapkan sebagaimana dinyatakan dalam import permit."Perbuatan mengimport dagangan tidak mematuhi syarat permit dikeluarkan oleh Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (2), akta yang sama."Jika sabit kesalahan, pihak bertanggungjawab dengan barangan dagangan berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Sobri berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan setiap keluaran pertanian yang masuk dalam negara bagi memastikan keluaran pertanian diimport mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan oleh kerajaan.Jelasnya, langkah itu bagi memastikan barang dagangan adalah bebas daripada perosak dan penyakit serta halal untuk dimakan dan seterusnya menjamin keselamatan makanan.
4
20 Jun 2023 10:06am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264347/berita/nasional/600-asnaf-terima-manfaat-daripada-peruntukan-ptptn
600 asnaf terima manfaat daripada peruntukan PTPTN
Norliza (tiga dari kiri) menyantuni salah seorang penerima sumbangan semasa sesi ‘walkabout’ di Flat Kampung Melayu, Pulau Pinang.SHAH ALAM - Seramai 600 golongan asnaf menerima manfaat menerusi Program Setulus Kasih PTPTN yang dilaksanakan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).PTPTN dalam satu kenyataan berkata, program itu melibatkan negeri- negeri terpilih seluruh Malaysia dengan sumbangan zakat PTPTN berjumlah RM120,000 yang disalurkan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dan kotak makanan barangan keperluan harian.“Secara keseluruhannya, sumbangan ini memberi manfaat kepada 600 penerima terdiri daripada pelajar dan keluarga asnaf. Setiap pelajar dan keluarga akan menerima simpanan akaun Simpan SSPN Prime dan sumbangan kotak makanan berjumlah RM200,” jelas kenyataan itu pada Isnin.Menurut kenyataan itu, bagi memastikan bantuan yang diberikan dinikmati oleh golongan sasar, program ini turut melibatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin setempat.Norliza (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kotak makanan dan replika kad Simpan SSPN Prime kepada salah seorang penerima sumbangan. “Program ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan penabungan bagi tujuan pendidikan serta membantu meringankan beban golongan yang memerlukan,” kata kenyataan itu.Sementara itu, pada 16 Jun lepas, Pulau Pinang telah menjadi lokasi pertama bagi Program Setulus Kasih PTPTN dan penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim bertempat di Surau Kampung Melayu, Ayer Hitam.Turut hadir, Pengurus Besar Kanan Jabatan Operasi Cawangan PTPTN, Mohd Rusdi Ismail; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang, Muhammad Muhsin Abdul Rahman.Menurut kenyataan itu, pemberian sumbangan berjumlah RM20,000 itu merangkumi simpanan akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM10,000 dan kotak makanan berjumlah RM10,000 yang disampaikan kepada 100 pelajar dan keluarga asnaf di Pulau Pinang.Norliza (tengah)bergambar bersama penerima sumbangan Program Setulus Kasih PTPTN yang diadakan di Surau Kampung Melayu, Ayer Hitam Pulau Pinang.“Kami berharap melalui sumbangan yang diberikan PTPTN ini dapat membantu meringankan beban hidup golongan yang memerlukan, meningkatkan motivasi anak-anak untuk terus mencipta kejayaan dalam akademik dan sahsiah, sekali gus menjadi modal insan berguna kepada agama, bangsa dan negara,” kata kenyataan itu.PTPTN telah mewujudkan instrumen simpanan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai platform terbaik untuk menggalakkan masyarakat merancang kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.Simpan SSPN menyediakan pelbagai keistimewaan untuk manfaat masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan dijamin kerajaan.
4
20 Jun 2023 10:05am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264344/berita/hiburan/akui-khilaf-jemput-ustaz-wadi-janna-nick-mohon-maaf
Akui khilaf jemput Ustaz Wadi, Janna Nick mohon maaf
KUALA LUMPUR - Pelakon Janna Nick mengakui kekhilafannya apabila menjemput pendakwah popular, Ustaz Mohamad Wadi Annuar atau popular dengan panggilan Ustaz Wadi ke majlis perkahwinannya bersama Dini Schatzmann, minggu lalu.Kata Janna, dia terlepas pandang mengenai aspek penganjuran majlis resepsi yang kurang sesuai dihadiri tokoh agamawan seperti Ustaz Wadi."Tujuan saya menjemput Ustaz Wadi kerana malam sebelum hari pernikahan, kami minta beliau mengetuai majlis doa selamat dan bacaan Yassin."Malam itu juga, beliau ada menyampaikan ceramah berkaitan kehidupan berumah tangga."Saya minta maaf, saya sedar itu merupakan kelalaian dan kesalahan dari pihak saya (kerana) majlis itu tidak sesuai dengan beliau," katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Jemputan Ke Neraka pada Isnin.Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner itu juga meminta agar orang ramai berhenti memperkatakan isu berkenaan apatah lagi selepas Ustaz Wadi sendiri sudah memberi penjelasan di pihaknya."Saya sangat menghormati Ustaz Wadi dan juga para ulama, kalau mahu bandingkan nama saya dengan Ustaz Wadi, sangat jauh perbezaannya."Saya rasa hina sangat kalau mahu panjangkan isu ini. Niat saya hanyalah sekadar memohon keberkatan dengan meminta seorang ahli agama yang tinggi ilmu, mendoakan majlis dan rumah tangga saya."Saya mohon kepada orang ramai untuk tidak lagi kaitkan nama Ustaz Wadi dengan saya. Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi dengan beliau," katanya lagi.Terdahulu, netizen meluahkan rasa tidak selesa melihat kehadiran agamawan itu ke majlis resepsi pasangan berkenaan yang bertema ala kebaratan.Netizen mempersoalkan kejanggalan apabila pendakwah itu 'terpaksa' berada dalam majlis di mana pengantin mengenakan pakaian tidak menutup aurat manakala tetamu yang hadir juga dilihat kurang tertib.Dalam penjelasannya, Ustaz Wadi memaklumkan kehadirannya itu adalah kerana menjadi kewajipan untuk memenuhi undangan pernikahan, namun mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis lebih awal selepas memaklumkan kepada tuan rumah. - AwaniARTIKEL BERKAITAN:Ustaz Wadi jelas isu hadir majlis perkahwinan Janna NickJanna Nick sah jadi isteri Dini Schatzmann dengan sekali lafaz
4
20 Jun 2023 09:41am
NORHASPIDA YATIM
https://www.sinarharian.com.my/article/264345/berita/politik/pertarungan-sebenar-di-terengganu-antara-umno-pas---ahmad
'Pertarungan' sebenar di Terengganu antara UMNO, Pas - Ahmad
KUALA TERENGGANU - Parti-parti komponen yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu perlu menerima hakikat bahawa 'pertarungan' sebenar dalam pilihan raya itu hanya melibatkan dua parti dominan iaitu Pas dan UMNO.Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, hakikat itu perlu diterima kerana ia adalah gambaran terhadap situasi sebenar dalam setiap pilihan raya yang diadakan di negeri tersebut.Justeru, katanya, parti komponen termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berlapang dada terutama melibatkan keputusan agihan kerusi yang telah dicadangkan UMNO Terengganu kepada pimpinan tertinggi di peringkat pusat, baru-baru ini."Bagi pihak kita, agihan kerusi itu sudah selesai. Biar pucuk pimpinan yang putuskan sebab keputusan itu ada justifikasi tersendiri."Dia (PKR) pun kena ukur baju di badan sendiri berapa kekuatan dia, berapa cawangan dia ada... berapa ramai ahli dia. Macam UMNO di Kuala Terengganu sahaja kita ada 20 lebih cawangan tapi dia berapa cawangan yang ada."Jangan nak 'glamour' saja... saya kata kita nak menang. Jawatan lain banyak lagi... (kalau tak terpilih calon) boleh dilantik senator atau di mana-mana GLC (syarikat berkaitan kerajaan negeri)."Nak cakap banyak takut pihak sana (PKR) terasa hati, tapi itu lah hakikatnya kena terima... pertarungan sebenar memang antara Pas dan UMNO sahaja (kalau di Terengganu)," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku 'Wanita Desa Ke Global' di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini pada petang Isnin.Terdahulu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya yakin boleh menang di beberapa kerusi yang telah dikenal pasti di Terengganu.Ujar beliau, parti tersebut mempunyai beberapa kelebihan antaranya menjadi parti pilihan di kawasan urban yang diduduki banyak pengundi profesional dan berpendidikan tinggi seperti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar."Kita yakin boleh menang kerana beberapa faktor seperti demografi, 'track record' dan hasil tinjauan kaji selidik yang dilakukan," katanya.
4
20 Jun 2023 09:40am
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
https://www.sinarharian.com.my/article/264343/berita/semasa/lelaki-rentung-isteri-dua-anak-parah-kereta-terbakar
Lelaki rentung, isteri, dua anak parah kereta terbakar
KULIM - Seorang lelaki rentung, manakala isteri dan dua anak parah apabila kereta dinaiki keluarga itu terbakar dalam kemalangan kira-kira jam 2.20 petang di Jalan Kulim-Baling pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, pemandu berusia 27 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mangsa lain dihantar ke Zon Merah Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.Menurutnya, ketika kejadian mangsa bersama isteri berusia 28 tahun dan dua anak berusia tiga dan empat tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kulim ke Baling."Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan sehingga menyebabkannya terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah Baling ke Kulim.“Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan berusia 46 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.Akibat pertembungan itu, kenderaan yang dinaiki mangsa telah terbakar dan memerlukan bantuan pasukan bomba untuk memadamkan kebakaran.Mohd Redzuan berkata, mayat mangsa kemudiannya ditemukan dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu selepas bomba berjaya memadam api.Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
4
20 Jun 2023 09:28am
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264341/berita/nasional/tarikh-pendaftaran-peperiksaan-spm-calon-persendirian-dilanjutkan
Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM calon persendirian dilanjutkan
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian sehingga 6 petang 30 Jun ini.KPM dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, keputusan pelanjutan tarikh tersebut adalah selaras dengan teras keempat Nadi Keunggulan kementerian yang memberi perhatian terhadap isu keciciran pendidikan selain hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar peluang kedua diberikan kepada hampir 30,000 calon SPM tahun lalu yang tidak hadir untuk menduduki peperiksaan SPM."Pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan sppat.moe.gov.my," kata kenyataan itu.Calon perlu mematuhi syarat-syarat pendaftaran yang telah ditetapkan serta perlu membuat bayaran asas dan bayaran mata pelajaran yang hendak didaftarkan.Permohonan pendaftaran peperiksaan calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar, manakala pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian selain calon lepasan SPM Tahun 2022 masih tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran sedia ada."Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian boleh diperoleh daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) di pautan lp.moe.gov.my," menurut kenyataan itu.Tambah kenyataan itu, KPM sentiasa prihatin dengan masa depan anak-anak bakal peneraju negara dan berharap agar calon-calon lepasan peperiksaan SPM Tahun 2022 menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk menduduki dan memperbaiki keputusan peperiksaan SPM masing-masing.Sebelum ini, tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian telah tamat pada 16 Jun lalu.
4
20 Jun 2023 09:02am
NORAWAZNI YUSOF
https://www.sinarharian.com.my/article/264340/berita/semasa/lelaki-maut-dalam-nahas-babit-treler-motosikal
Lelaki maut dalam nahas babit treler, motosikal
KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 109.6 Lebuhraya Karak pada jam 9.18 malam Isnin.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan itu berlaku melibatkan sebuah treler dengan motosikal."Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, seorang lelaki didapati tersepit dan kita menjalankan operasi bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan rescue tool."Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau memaklumkan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
4
20 Jun 2023 08:57am
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
https://www.sinarharian.com.my/article/264339/berita/semasa/lelaki-ditemukan-maut-terduduk-dalam-tandas-dengan-kesan-kelar
Lelaki ditemukan maut terduduk dalam tandas dengan kesan kelar
SUNGAI PETANI - Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan terduduk di tandas rumahnya di Taman Kelisa Ria di sini kira-kira jam 1.10 petang pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kematian mangsa disahkan pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani setelah pemeriksaan dibuat di lokasi kejadian.Menurutnya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dihantar ke lokasi kejadian."Kejadian diadu jiran yang memeriksa rumah itu selepas isteri mangsa cuba menghubungi lelaki berusia 58 tahun itu sejak jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari, namun tidak berjawab."Disebabkan itu, isterinya telah menghubungi jiran bagi memeriksa keadaan mangsa."Ketika jiran masuk ke rumahnya mendapati pintu pagar besi bertutup dan tidak berkunci selain pintu utama tidak ditutup."Bagaimanapun, sebaik sahaja masuk jirannya terkejut apabila melihat keadaan ruang tamu yang berlumuran darah sebelum menghubungi ambulans," katanya.Menurut Zaidy, mayat ditemui dalam keadaan terduduk sambil mukanya berada di dalam lubang tandas selain menemui kesan kelar pada tangan sebelah kiri.Zaidy berkata, pemeriksaan lanjut telah menemui sebilah pisau potong kertas di atas lantai ruang tamu.Mayat dihantar ke HSAH untuk proses bedah siasat.
4
20 Jun 2023 08:49am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264333/berita/sukan/aaron-wooi-yik-bertambah-baik-agresif
Aaron-Wooi Yik bertambah baik, agresif
PERUBAHAN ketara dipamerkan oleh beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam beberapa kejohanan sebelum ini disifatkan sebagai sesuatu yang positif.Malah, pengarah kejurulatihan beregu negara, Rexy Mainaky mengakui gembira dengan perkembangan itu dan percaya Aaron-Wooi Yik semakin mengakhiri kemarau kejuaraan terbuka pertama mereka“Permainan Aaron-Wooi Yik bertambah baik sejak dari Terbuka Singapura, manakala dalam Terbuka Indonesia, kita dapat lihat mereka agak agresif.“Ini adalah petanda positif apabila mereka lebih konsisten berdepan pasangan teratas. Mereka mungkin kalah (Ahad) tetapi saya percaya kemenangan itu tidak jauh,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sebelum itu, Aaron-Wooi Yik mengakhiri kempen Terbuka Indonesia dengan gelaran naib juara selepas tewas dalam perlawanan akhir di Stadium Istora, Senayan pada Ahad.Aaron-Wooi Yik tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-17, 21-18, sekali gus menjadi kekalahan pertama dalam sembilan pertemuan sebelum ini.Dalam pada itu, Rexy menegaskan tumpuan terhadap gandingan ranking ketiga dunia itu kini adalah untuk meningkatkan kekuatan individu masing-masing.“Kami perlu bantu mereka mencari jalan untuk mengubah perlawanan ketika kedua-duanya berada di bawah tekanan.“Kedua-duanya mesti sama baik dalam serangan dan pertahanan dan aspek lain seperti servis, permainan gelanggang hadapan dan kemahiran dan taktik lain.“Mereka telah menunjukkan banyak peningkatan sejak kebelakangan ini dan kami perlu meneruskannya momentum ini,” katanya.Sementara itu, Rexy memaklumkan Aaron-Wooi Yik akan dipersiapkan untuk mengharungi tiga kejohanan dalam masa terdekat selepas Terbuka Indonesia.“Tumpuan selepas ini adalah Terbuka Korea, Terbuka Jepun diikuti Terbuka Australia,” katanya.Ditanya mengenai pendekatan diambilnya dalam memastikan Aaron-Wooi Yik berada tahap kecergasan terbaik dan mengelak risiko kecederaan Rexy berkata, “Saya sering mengingatkan mereka untuk mendapatkan rehat yang cukup.“Selain itu, mereka perlu amalkan permakaman yang bergizi dan banyakan lakukan regangan fizikal," ujarnya
4
20 Jun 2023 08:45am
NOR AZURA MD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264338/berita/semasa/wanita-maut-dihempap-bumbung-sekolah
Wanita maut dihempap bumbung sekolah
SEGAMAT - Seorang wanita maut selepas rumahnya dihempap bumbung sekolah yang diterbangkan angin di Tahang Rimau di sini pada Isnin.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim Rahmat berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada jam 7.41 malam.Menurutnya, sebuah jentera FRT bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seg Hwa."Bumbung sekolah berkeluasan 501 meter persegi runtuh dan diterbangkan angin menghempap sebuah rumah yang terletak kira-kira 30 meter dari sekolah."Terdapat seorang wanita dikenali sebagai V Mahedevi telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba."Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Jelasnya, mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 8.21 malam.
4
20 Jun 2023 08:41am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264329/berita/sukan/suara-hati-kecil-jelitawan-raducanu
Suara hati kecil jelitawan Raducanu
EMMA Raducanu pemenang sensasi Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021 pada usia 18 tahun itu mengakui kejayaan dan kemasyhuran segera selepas menjuarai Grand Slam memberikan tekanan kepadanya.Malah, bintang tenis berusia 20 tahun yang kini menduduki ranking ke-128 dunia menegaskan ada ketikanya dia berharap tidak menjuarai Grand Slam sebelum ini.“Sejujurnya saya amat meraikannya ketika menjuarai Grand Slam sebelum ini, kerana kejuaraan itu telah benar-benar menukar hala tuju perjuangan karier dunia tenis saya.“Namun sejak mengalami beberapa kecederaan, kemerosotan mula melanda saya satu demi satu. Biarpun begitu saya tetap tabah dan bertoleransi tinggi, tetapi sejujurnya bukan sesuatu yang mudah. ​​“Kadang-kadang saya berfikir sendiri dan berharap saya tidak pernah memenangi Terbuka Amerika Syarikat,” ujarnya.Emma Raducanu mengakui gelaran juara dimilikinya benar-benar menukar hala tuju perjuangan karier dunia tenisnya.Raducanu sebelum ini menjulang kejuaraan Grand Slam 2021 dengan bergaya, tanpa kehilangan satu set pun dalam sembilan perlawanan sebelum ke perlawanan akhir.Mengakui kemenangan itu datang dengan pujian, namun Raducanu mendedahkan bahawa dunia sukan berprestij itu sarat dengan segala berkemungkinan.“Sememangnya, saya perlu matang dengan cepat kerana apabila menang saya sangat naif.“Apa yang saya sedar dua tahun lalu, siri jelajah dan segala yang datang dengannya, ia bukanlah ruang yang sangat bagus, boleh dipercayai dan selamat.“Anda perlu sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada dalam industri, terutamanya ketika berumur 19, sekarang 20.“Namun saya telah belajar, dan kekalkan dalam kalangan kelompok sekecil mungkin,” katanya yang kini tanpa bimbingan daripada mana-mana jurulatih sejak berpisah dengan Sebastian Sachs.Sebagai rekod, Raducanu terlepas Terbuka Perancis tahun ini dan tidak menyertai Wimbledon kerana masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan pada pergelangan tangan dan buku lalinya.
4
20 Jun 2023 07:45am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264335/berita/nasional/cahaya-society-sokong-kpm-teliti-pindaan-peraturan-1998
Cahaya Society sokong KPM teliti pindaan peraturan 1998
SHAH ALAM - Cahaya Society menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak tanpa dokumen mendapatkan akses pendidikan di sekolah kerajaan.Jawatankuasanya dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, bagi memastikan usaha itu dapat direalisasikan dengan konkrit dan komprehensif, beberapa perkara susulan ingin dicadangkan."Pertama, mendefinisikan istilah tanpa dokumen atau warganegara untuk konteks Sabah, memandangkan istilah ini masih disalah fahami dan membentuk stigma yang cenderung kepada fahaman perkauman yang radikal."Mengenal pasti kanak-kanak tanpa dokumen menerusi pemetaan dan pendataan di lapangan serta sesi konsultasi bersama NGO/NGI yang bekerja dalam isu ini."Ia termasuk menghasilkan pelan tindakan yang menyeluruh dengan mengambil kira pandangan para akademik, aktivis, 'think-tank' dan pengamal advokasi pendidikan membabitkan kanak-kanak tanpa dokumen dengan memastikan representatif Sabah dan Sarawak secara penuh," kata kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, semua pihak terbabit perlu melancarkan kempen 'Pendidikan Untuk Semua' sama ada berbentuk digital dan fizikal ke seluruh negara."Ia bagi memastikan tiada lagi sentimen dan prejudis yang membawa kepada perpecahan kaum."Justeru, Cahaya Society amat berharap agar pihak kerajaan serius, komited dan sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan cadangan pindaan ini berjaya," kata kenyataan itu.Pada 14 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan KPM sedang meneliti untuk meminda peraturan kemasukan ke sekolah bagi memastikan akses pendidikan disediakan kepada kanak-kanak termasuk bukan warganegara dan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 itu akan terpakai bagi kemasukan ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
4
20 Jun 2023 07:04am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264327/berita/nasional/sewaan-pulau-pinang-telah-lama-terbatal
Sewaan Pulau Pinang telah lama terbatal
SHAH ALAM - Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan, isu sewaan Pulau Pinang telah terbatal sebaik sahaja Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) 1948 ​​ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan wakil British, Sir Edward Gent.Menurutnya, berdasarkan sejarah dan surat perjanjian pada tahun 1786, Francis Light hanya menyewa kepada Kedah dan ia dibayar secara tahunan.“Bagaimanapun, selepas Pulau Pinang dikuasai oleh British, ia sudah menjadi satu perkara yang sah dan sewaan diteruskan sehingga terbentuknya PPTM 1948.“Menerusi perjanjian tersebut, Pulau Pinang telah dimasukkan ke dalam PPTM sebagai negeri bebas daripada jajahan takluk British.Apabila kita merdeka, sekali lagi perjanjian di antara British dan Pulau Pinang dibuat menjadikan negeri itu berdaulat.“Jadi sebaik sahaja negeri itu ada kedaulatan rasmi, secara tidak langsung isu sewaan di antara Pulau Pinang dan Kedah tidak lagi timbul dan terbatal,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, hakikat bahawa tanah Pulau Pinang hanyalah dipajak perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.Sultan Sallehuddin bertitah, bagaimanapun, perbincangan mengenai perkara ini haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.Mengulas lanjut, Ramlah berkata, sudah menjadi lumrah apabila satu perjanjian baharu dibuat, maka persetujuan terdahulu itu secara automatik terbatal.Tambah beliau, sewaktu membentuk Malaysia, Pulau Pinang dianggap sebagai salah satu negeri yang berdaulat walaupun tiada raja memerintah.“Sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan, British melepaskan Pulau Pinang melalui surat penyerahan semula kepada orang tempatan (penduduk Pulau Pinang) dan menjadikan gabenor sebagai ketua mereka.“Sejarah yang terjadi sebelum PPTM 1948, PPTM 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 tidak boleh berlaku semula dan akan kekal menjadi kisah lampau,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN:'Pulau Pinang itu Kedah punya' - SanusiPulau Pinang tidak pernah terpisah dari KedahSejarah Pulau Pinang harus diperjelas segera demi rakyatSewaan Pulau Pinang telah lama terbatalIsu tanah Pulau Pinang dipajak perlu diperjelas berlandas fakta - Sultan Kedah
4
20 Jun 2023 07:00am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264334/berita/sukan/argentina-tanpa-messi-tetap-padu-di-indonesia
Argentina tanpa Messi tetap padu di Indonesia
JUARA dunia, Argentina tanpa kelibat kapten berpengaruh, Lionel Messi berjaya menjinakkan Indonesia 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno, pada Isnin.Malah tanpa kelibat Messi, pemenang Ballon d'Or tujuh kali dan pemain baharu kelab Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat (MLS), Inter Miami, aura lebih 60,000 para penyokong skuad Garuda berjaya membentuk lautan baju merah.Argentina memberikan tekanan sejak dari sepak mula, menguasai bola ketika Indonesia mengharungi badai setengah jam pertama jelmaan skuad La Albiceleste kendalian Lionel Scaloni tersebut.Gol dicari Argentina akhirnya hadir menerusi pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG) Leandro Paredes pada minit ke-38 selepas menterjemah bantuan gol Exequiel Palacios sekali gus merobek pertahanan ampuh anak buah Shin Tae-yong tersebut.Paredes antara pencetak gol ketika Argentina menewaskan Indonesia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno pada Isnin.Separuh masa kedua tuan rumah yang berstatus ranking ke-149 dunia berusaha kembali dalam permainan dengan membawa masuk beberapa pemain gantian.Bagaimanapun, Argentina kembali melebarkan pendahuluan hasil sentuhan Cristian Romero yang menyudahkan bantuan gol daripada Giovani Lo Celso pada minit ke-55.Selain Messi, kunjungan Argentina ke Indonesia juga tanpa kelibat beberapa tonggak termasuk pemain tengah Juventus, Angel Di Maria dan pertahanan Benfica, Nicolas Otamendi.La Albiceleste sebelum berkunjung ke Jakarta, telah menewaskan Australia, 2-0 dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Beijing minggu lalu, dengan Messi menjaringkan gol terpantas dalam kariernya.Dalam pada itu, Scaloni mengakui Argentina berdepan kesukaran untuk mengalahkan Indonesia terutamanya dengan gaya permainan dipamerkan skuad Garuda tersebut.Biarpun begitu Scaloni tetap memuji Julian Alvarez dan para pemain Argentina lain apabila menampilkan permainan terbaik masing-masing dalam perlawanan berintensiti tinggi tersebut."Ya, seperti yang saya jangkakan sebelum ini bahawa ia bukan merupakan satu perlawanan yang mudah berdepan Indonesia."Namun saya gembira apabila para pemain telah melakukan yang terbaik tambahan pula Argentina tampil ke Jakarta tanpa beberapa pemain utama," katanya.
4
20 Jun 2023 06:58am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264326/berita/nasional/tahap-2-tip-tanda-kemajuan-ketara-tangani-isu-pemerdagangan-orang
Tahap 2 TIP: Tanda kemajuan ketara tangani isu pemerdagangan orang
KUALA LUMPUR - Status Malaysia pada Tahap 2 Pemerhatian menerusi Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2023, menandakan kemajuan ketara dalam menangani isu pemerdagangan orang di negara ini, berbanding tahun-tahun sebelumnya.Justeru, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof Datuk Rahmat Mohamad berkata, organisasi tersebut, memuji usaha bersepadu kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan kedudukan TIP negara."Langkah-langkah yang diambil kerajaan, mencerminkan komitmen yang kukuh untuk memerangi pemerdagangan orang dan mengiktiraf kepentingan untuk keluar dari Tahap 3, bagi mengelakkan sekatan eksport produk-produk tempatan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.Sebagai organisasi yang komited dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia termasuk memerangi pemerdagangan orang, Rahmat berkata, Suhakam tetap teguh dalam menyokong inisiatif yang bertujuan untuk membasmi jenayah tersebut.Beliau menyifatkan kerjasama antara kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang relevan, penting untuk merealisasikan objektif Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0), dan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa 2021-2025 (NAPFL).Suhakam juga mengulangi saranannya kepada kerajaan, untuk meningkatkan usaha bagi menghalang, menerajui pembasmian pemerdagangan orang, penyeludupan migran dan memastikan perlindungan sepenuhnya serta bantuan kepada mangsa pemerdagangan dan penyeludupan di setiap peringkat.Laporan TIP yang dikeluarkan 15 Jun, menunjukkan kedudukan Malaysia naik daripada Tahap 3 ke Tahap 2 Pemerhatian, sementara menyarankan agar Malaysia memberi penekanan kepada kes pemerdagangan orang yang melibatkan penjawat awam serta menambah baik kerjasama antara agensi. - Bernama
4
20 Jun 2023 12:20am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264325/berita/semasa/mo-baharu-penipuan-guna-dokumen-ada-logo-tandatangan-polis
MO baharu penipuan, guna dokumen ada logo, tandatangan polis
IPOH - Memperdayakan mangsa dengan menghantar dokumen palsu menggunakan paparan waran tangkap atau notis kehadiran yang mempunyai logo polis, merupakan modus operandi terbaharu sindiket penipuan dalam talian yang dikesan.Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan malam ini berkata, pihaknya menerima dua laporan polis yang menggunakan modus operandi berkenaan, kononnya melibatkan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perlis.Beliau berkata, kes pertama melibatkan seorang peniaga kedai makan di Teluk Intan, yang ditipu kononnya waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya, namun ia tidak melibatkan kerugian apabila peniaga itu terus membuat laporan polis, manakala dalam kes kedua seorang pensyarah universiti menjadi mangsa, mengakibatkan beliau mengalami kerugian RM98,000.Difahamkan kedua-dua kes berlaku baru-baru ini.Sementara itu, Mohd Yusri berkata, sepanjang tahun lepas 358 kes ‘phone scam’ telah dilaporkan, membabitkan kerugian berjumlah RM15,110,598.87, manakala bagi tempoh Januari hingga Mei lepas, 181 kes ‘phone scam’ disiasat melibatkan kerugian berjumlah RM8,088,363.49Katanya, antara modus operandi yang digunakan ialah menyamar sebagai pihak berkuasa, institusi kewangan, mahkamah, syarikat insurans dan syarikat penghantaran. - Bernama
4
20 Jun 2023 12:01am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264323/berita/sukan/upnm-kekal-penguasaan-peringkat-ketiga-ltdlpt-2023
UPNM kekal penguasaan peringkat ketiga LTdlPT 2023
UNIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meneruskan penguasaan saingan Le Tour de IPT (LTdlPT) 2023 apabila mengungguli peringkat ketiga pada Isnin.Namun kali ini giliran pelumba jersi 55, Ahmad Irfan Abdul Hamid apabila menguasai laluan sejauh 84.5 kilometer (km) dari Politeknik Port Dickson hingga Universiti Putra Malaysia (UPM).Pecutan bertenaga Ahmad Irfan membolehkannya melakarkan catatan masa 2 jam 7 minit 12 saat (s) dalam perlumbaan sengit berkenaan sekali gus mengekalkan jersi Polka Dot (Raja Bukit).Tempat ketiga menjadi milik Muhammad Aniq Najmuddin Md Sufian dari Universiti Teknologi Mara A (2:07:12s) diikuti ketiga pelumba Malaysian University Cycling Team B, Muhamad Firas Aliyan Ismail (2:07:12s).Sementara itu, pemenang dua peringkat terawal dari UPNM, Mohamad Afi Danial Ramli Abu Bakar menduduki tempat kelapan dengan catatan 2 jam 9 minit 38 saat.Keputusan peringkat ketiga tidak menjejaskan status pelumba jersi 56 itu yang masih mengekalkan Jersi Kuning bagi juara keseluruhan peringkat ketiga, Jersi Putih (pelumba terbaik bawah 21 tahun) dan Jersi Hijau (Raja Pecut).Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli berkata, “Saya sangat berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelumba-pelumba muda IPT walaupun ini edisi pertama, mereka nampak matang walaupun masih kurang pengalaman.”Saingan seterusnya pada Selasa merupakan peringkat keempat sejauh 83.5km bermula dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi hingga Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya.
4
19 Jun 2023 11:41pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264324/berita/nasional/mbm-sokong-pelajar-tercicir-duduki-spm-semula
MBM sokong pelajar tercicir duduki SPM semula
SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) mencari hampir 30,000 pelajar tercicir dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 untuk menduduki semula peperiksaan itu atau beralih ke Program Pendididkan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).Exco dan juga Timbalan Pengerusi Biro Pendidikannya, Mohd Fauzi Fadzil berkata, pembangunan belia termasuk dalam bidang akademik sepatutnya tidak hanya bergantung kepada teknologi dan persekitaran persekolahan semata-mata sebaliknya perlu melibatkan pelajar bersama pertubuhan belia bagi membantu mereka membina jati diri."Ia kerana tanpa jati diri yang mantap maka mereka akan hanyut dalam mengejar impian yang sia-sia seperti menjadi jutawan berasaskan kandungan media sosial."Kepentingan pendidikan lebih besar daripada matlamat untuk mengumpul kekayaan material keduniaan. Pendidikan perlu dilihat sebagai ‘kenderaan’ untuk mengangkat status individu dan negara."Justeru, MBM sentiasa bersedia menjadi rakan pembangunan negara bersama KPM bagi membantu membawa kembali hampir 30,000 pelajar yang tercicir semasa SPM 2022 untuk kembali ke dunia akademik," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Tambah Mohd Fauzi, pihaknya juga yakin dan mampu untuk membantu mengembalikan semangat pelajar tersebut melalui pembentukan jati diri yang mantap supaya fokus mereka dapat dibentuk kembali.Pada Isnin, media melaporkan KPM akan terus memberi peluang kedua kepada pelajar yang tercicir untuk menduduki peperiksaan SPM.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga menawarkan peluang menceburi bidang lain menerusi TVET yang dibuka seluas-luasnya kepada pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan.
4
19 Jun 2023 11:33pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264322/berita/nasional/lhdn-terima-229613-borang-b-setakat-14-jun-angka-masih-rendah
LHDN terima 229,613 Borang B setakat 14 Jun, angka masih rendah
KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sejumlah 229,613 Borang B secara e-filing bagi taksiran cukai 2022 dengan nilai cukai RM1.21 bilion setakat 14 Jun lepas, sebelum tarikh akhir pada 30 Jun ini.Pengarah Cawangan Pembayar Cukai Besar LHDN, Kamarudin Hashim berkata, angka tersebut masih rendah berbanding sebanyak 777,579 Borang B dengan cukai bernilai RM5.56 bilion yang diterima pada 2022 bagi tahun taksiran 2021."Ini berikutan masih ramai yang memilih untuk membayar cukai di saat-saat akhir."(Perlu diingatkan bahawa) pembayar cukai yang gagal membuat taksiran dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan penalti sehingga 300 peratus manakala yang gagal melaporkan pendapatan secara tepat boleh dikenakan penalti sehingga 100 peratus daripada jumlah cukai taksiran,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk ‘Layanan Cukai ke Atas Pendapatan Perniagaan Individu,’ malam ini.Sehubungan itu, Kamarudin mengingatkan agar mereka terbabit yang layak dikenakan cukai untuk menyedari dan menunaikan tanggungjawab tersebut, terutama mereka dengan pendapatan perniagaan individu daripada hasil perniagaan pemilikan tunggal.Menurutnya, kelompok itu adalah syarikat yang menjalani perniagaan runcit, jualan langsung, penternakan, gerai, firma guaman, bidang penulisan, penyanyi, ‘youtuber’ dan pempengaruh.Malah, katanya, kesedaran membayar cukai dalam kalangan kategori tersebut masih rendah berbanding individu dengan pendapatan penggajian dan syarikat korporat.Berikutan itu, Kamarudin berkata, pihak LHDN kini aktif menjalankan libat urus dengan mereka daripada kategori pendapatan perniagaan individu terbabit dalam usaha meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab membayar cukai. - Bernama
4
19 Jun 2023 11:33pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264319/berita/nasional/lra-tok-bali-bukanlah-projek-baharu---tuan-ibrahim
'LRA Tok Bali bukanlah projek baharu' - Tuan Ibrahim
SHAH ALAM - Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Tok Bali bukanlah perkara baharu, sebaliknya hanya meneruskan projek sedia ada dengan menukar nama.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebenarnya tiada yang baharu dalam pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan.Menurutnya, Anwar hanya meneruskan usaha lama yang telah dilaksanakan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)."Ia hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan oleh pihak KASA ketika saya menerajuinya."Projek LRA Tok Bali bukanlah satu projek baharu, ia sekadar perubahan nama daripada LRA Semerak yang dinamakan KASA sebelum ini."Penamaan LRA Semerak ketika itu dibuat kerana ia dibina di tepi Sungai Semerak dan di atas tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Semerak," katanya menerusi kenyataan di Facebooknya pada Isnin.Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga bekas Menteri Alam Sekitar dan Air menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu yang mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan."Saya menyambut baik pengumuman PMX untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan sebagaimana yang diumumkan."Alhamdulillah, demi kesejahteraan dan kebaikan, ia sememangnya wajar diteruskan," ujarnya.Pada Ahad, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500 juta bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan.Katanya, peruntukan itu bagi menyegerakan pembinaan LRA Tok Bali dan penggantian paip di Bachok.
4
19 Jun 2023 11:08pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264318/berita/nasional/saifuddin-nasution-ziarah-mat-sabu
Saifuddin Nasution ziarah Mat Sabu
SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail petang tadi melawat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.Saifuddin Nasution berkata, beliau menziarahi sahabat baiknya itu yang kini sedang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan."Petang tadi saya hadir ziarah sahabat baik saya, Saudara Mohamad Sabu. Alhamdulillah beliau kini stabil, cuma perlu sedikit masa untuk pulih sepenuhnya."Moga saudara Mohamad Sabu segera dikurniakan aafiyah dan dapat kembali berkhidmat, Insya-ALLAH," katanya melalui laman Facebook pada Isnin.Beliau turut memuat naik gambar bersama Mohamad di laman Facebook.Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Mohamad selamat menjalani pembedahan appendicitis (apendiks) di Hospital Putrajaya.Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada Khamis untuk mendapatkan rawatan dan perlu menjalani pembedahan atas nasihat pakar perubatan.ARTIKEL BERKAITAN: Mohamad Sabu selamat dibedah, keadaan stabilMat Sabu dijadual jalani pembedahan apendiks malam ini
4
19 Jun 2023 10:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264316/berita/sukan/zahid-harap-azizulhasni-teruskan-usaha-raih-emas-pertama-olimpik
Zahid harap Azizulhasni teruskan usaha raih emas pertama Olimpik
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang terus berusaha bagi mendapatkan emas pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan mengucapkan tahniah kepada The Pocket Rocketman yang telah menghadiahkan kilauan emas berganda pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai."Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan pencapaian beliau ini dan atlet-atlet sukan lain yang sentiasa berusaha gigih mengharumkan nama Malaysia di arena sukan antarabangsa."Tahniah semuanya! Malaysia berbangga,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebooknya, pada Isnin.Pada ACC 2023 yang menutup tirai hari ini, Mohd Azizulhasni, 35, sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila meraih gelaran berganda menerusi acara pecut, Rabu lepas dan keirin semalam, sekali gus mencipta legasi sendiri dengan 12 pingat emas ACC secara keseluruhan.Sementara itu, Ahmad Zahid juga merakamkan ucapan tahniah kepada pelumba negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang telah menamatkan penantian tujuh tahun untuk meraih gelaran di pentas Asia selepas mengungguli acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) hari ini.Pelumba berusia 25 tahun itu mencatatkan satu minit 00.559 saat pada final sekali gus mengakhiri kemarau lebih sedekad Malaysia untuk gelaran tersebut selepas kejayaan Mohd Edrus Yunus pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras. - BernamaARTIKEL BERKAITAN: Azizulhasni congak langkah ke ParisSaya lihat penonton 'gila', saya pun 'gila' - AzizulhasniAzizulhasni sambar emas ke-12
4
19 Jun 2023 09:53pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264315/berita/nasional/tren-ekspres-rakyat-timuran-dari-tumpat-ke-jb-ikut-jadual
Tren Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat ke JB ikut jadual
KOTA BHARU - Perkhidmatan tren Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat, Kelantan ke Johor Bahru, Johor hari ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berkata, walaupun berlaku kemalangan membabitkan seorang individu yang maut digilis kereta api kira-kira 12.47 tengah hari tadi, ia tidak menyebabkan berlaku kelewatan kepada penumpang untuk sampai ke destinasi."Perkhidmatan tren ekspres dari Tumpat ke Johor Bahru hari ini berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak akan berlaku kelewatan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Isnin.Beliau berkata, KTMB menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut.Sebelum ini media melaporkan, badan lelaki maut dirempuh dan digilis kereta api di Kampung Palekbang dalam kejadian tersebut.Mangsa dikatakan tidur di atas landasan sebelum dirempuh tren Ekspres Rakyat Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat itu. - Bernama
4
19 Jun 2023 09:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264314/berita/nasional/jayakan-reformasi-inisiatif-ekonomi-dirancang---anwar
Jayakan reformasi, inisiatif ekonomi dirancang - Anwar
KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian mengenai Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Putrajaya pada Isnin bersetuju supaya semua pihak perlu bergerak sebagai satu pasukan ke arah mempercepatkan pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, KSP RMK12 perlu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat susulan daripada perubahan dan cabaran sosioekonomi semasa."(Oleh itu) Input-input daripada semua kementerian akan diambil kira dalam penyediaan KSP RMK12 ini."Sehubungan itu, semua kementerian perlu lebih serius serta bertindak dengan lebih proaktif, agresif dan berani bagi menyelesaikan isu-isu pelaksanaan dasar, terutamanya berkaitan rakyat mengikut lunas perundangan sedia ada,” katanya menerusi satu catatan di Facebook pada Isnin.Anwar berkata, mesyuarat khas berkenaan diadakan bagi membincangkan hala tuju baharu (2023-2025) yang perlu dibentangkan dalam KSP RMK-12 bagi memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan berada di landasan yang tepat ke arah mencapai agenda Malaysia Madani."KSP RMK-12 merupakan dokumen dasar yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan berteraskan nilai-nilai murni,” katanya. - Bernama
4
19 Jun 2023 08:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264313/berita/nasional/kpt-ksm-perlu-kerjasama-wujud-dana-latihan-industri
KPT, KSM perlu kerjasama wujud dana latihan industri
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi diminta bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mewujudkan sebuah dana latihan industri, bagi memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat terpilih.Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Barjoyai Bardai berkata, penubuhan dana itu, dapat menyelaras pemberian elaun yang bersesuaian kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka sepanjang menjalani latihan tersebut."Pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh bekerjasama dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), kerana syarikat yang mencarum dengan HRDF dapat menikmati tawaran latihan yang bersesuaian dengan pekerjaan mereka secara percuma."Jadi sekiranya IPT dapat sama-sama mewujudkan dana latihan industri dan mencarum dengan HRDF, elaun latihan industri itu lebih mudah diselaraskan, sekali gus mengurangkan beban pelajar yang sedang menjalani latihan industri,” katanya.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin meninta syarikat supaya mempertimbangkan pemberian elaun yang munasabah kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka seperti kos tambang dan makanan.Anwar berkata, bagaimanapun kerajaan tidak akan menetapkan satu kaedah pembayaran yang jelas kepada pelatih industri, memandangkan latihan itu bukan bersifat paksaan.Barjoyai berkata, pelajar praktikal juga boleh dibayar mengikut kadar produktiviti mereka, sekiranya pelajar berkenaan dapat memberi pulangan atau keuntungan kepada syarikat, kerana pada hakikatnya majikan sudah melaksanakan tanggungjawab untuk melatih pelajar berkenaan.Mengakui tekanan kos sara hidup pelajar kini, Barjoyai berkata seorang pelajar memerlukan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk menampung keperluan mereka, tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan serta bergantung kepada lokasi.Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muhammad Asree Abdul Aziz, mencadangkan kerajaan memberi subsidi upah latihan industri atau pelepasan cukai khas kepada syarikat terlibat.Beliau berkata, langkah itu akan memberi keputusan menang-menang kepada semua pihak, memandangkan banyak syarikat masih dalam proses pemulihan ekonomi selepas berdepan pandemik Covid-19 sebelum ini."Kami memahami kos sara hidup terus meningkat tanpa dijangka dan pinjaman pendidikan dan biasiswa semakin menipis peluang untuk diperolehi, namun pelajar juga harus memahami apakah tujuan utama latihan industri ini."Perlu difikirkan juga kesanggupan pihak industri dalam menerima pelajar ini untuk diberi latihan di syarikat mereka, namun pihak industri juga sewajarnya tidak membebankan kerja-kerja tertentu terhadap pelajar, sehingga memberi kesan kewangan kepada mereka,” katanya. - Bernama
4
19 Jun 2023 08:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264310/berita/sukan/shah-firdaus-dapat-basikal-baharu-sebelum-sukan-asia---beasley
Shah Firdaus dapat basikal baharu sebelum Sukan Asia - Beasley
KETUA Jurulatih Berbasikal Trek Negara, John Beasley menyatakan bahawa Muhammad Shah Firdaus Sahrom, akan menerima basikal baharu sebelum Sukan Asia Hangzhou, yang dijadualkan dari 23 September hingga 8 Oktober.Beasley berkata, beliau akan berasa gembira jika versi baharu basikal WXR-Vorteq, akan siap sebelum Kejohanan Dunia dari 3-13 Ogos di Glasgow, Scotland, namun baginya sebelum Sukan Asia merupakan tarikh yang lebih realistik."Shah Firdaus rosakkan dua basikal pada dua perlumbaan terakhir. Sebelum ini, berlaku banyak kemalangan tetapi tiada yang rosak, tetapi pada dua kemalangan terakhir, dua basikal telah rosak, jadi ia cuma nasib tidak baik. Kami ada sedikit peruntukan, jadi kita akan pastikan untuk mendapatkan beberapa buah basikal lagi."Beliau rosakkan basikal projek dua dan tiga, tetapi kita akan ada basikal projek empat tidak lama lagi. Ia direka bentuk dalam cara yang membolehkan kami melakukan pembaikan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, di sini pada Isnin.Shah Firdaus, 27, kehilangan basikal keduanya berturut-turut semalam, selepas terlibat dalam kemalangan ketika separuh akhir keirin lelaki, namun menunjukkan semangat melawan yang baik untuk mengayuh basikal yang rosak untuk layak ke peringkat akhir.Beliau kemudiannya menggunakan basikal versi prototype untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 (projek satu) bagi memenangi pingat gangsa, manakala Datuk Mohd Azizulhasni menang emas.Sebelum ini, Shah Firdaus kehilangan basikalnya di Siri Piala Trek Antarabangsa Hong Kong, bulan lepas.Dilaporkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk basikal digunakan Mohd Azizulhasni dan Shah Firdaus, yang dibangunkan Institut Sukan Negara (ISN) menerusi kerjasama dengan Vorteq dan Worx Bikes untuk Olimpik Tokyo menelan belanja kira-kira RM13 juta, dengan setiap basikal bernilai kira-kira RM300,000. - Bernama
4
19 Jun 2023 08:07pm
NOOR AZLIDA ALIMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264311/berita/semasa/datuk-didenda-rm60000-kemuka-butiran-dana-mitra-palsu
Datuk didenda RM60,000 kemuka butiran dana Mitra palsu
KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas tiga pertuduhan pilihan, mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu membabitkan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) pada dua tahun lalu.Datuk B Reghu, 63, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, semasa prosiding yang dijadual untuk perbicaraan di hadapan Hakim, Azura Alwi.Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara 21 bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.Mengikut tiga pertuduhan pilihan itu, dia didakwa menggunakan dua invois bertarikh 25 November dan 18 Disember 2019 berjumlah RM25,000 sebagai tulen sementara satu lagi baucar bayaran bertarikh 29 November tahun sama (RM5,000) yang mana dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia merupakan dokumen palsu, di Mitra pada 5 Mei 2021.Semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagaimanapun, bagi 20 lagi pertuduhan pilihan membabitkan dokumen palsu yang dihadapi Reghu sebelum ini dipertimbangkan sebagai 'take into consideration' (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd ‘Afif Ali sementara pembelaan oleh peguam, Hamidi Mohd Noh.Pada 18 Februari tahun lalu, dia mengaku tidak bersalah atas 35 pertuduhan utama, mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu membabitkan dana Mitra berjumlah RM276,625.Tertuduh turut diberikan 23 pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan membabitkan amaun berjumlah RM100,625.Mengikut 35 pertuduhan itu, dia didakwa mengemukakan Laporan Akhir Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara Reform Training yang mana program-program yang diperuntukkan di bawah geran kewangan Mitra antaranya senarai kedatangan peserta, surat perakuan penggunaan dana, baucar bayaran, invois dan cek deposit resit di Mitra, Putrajaya pada 5 Mei 2021.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai yang palsu atau RM10,000 atau mengikut mana-mana lebih tinggi.Bagi 23 lagi pertuduhan pilihan, dia didakwa dengan curangnya menggunakan pelbagai dokumen sebagai tulen, dengan sebab untuk mempercayai bahawa ia adalah dokumen palsu pada tarikh dan lokasi sama.
4
19 Jun 2023 08:04pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264309/berita/nasional/malaysia-dalam-misi-memenangi-perlumbaan-ekonomi-di-asia-tenggara
Malaysia dalam misi memenangi 'perlumbaan ekonomi' di Asia Tenggara
JOHOR BAHRU - Malaysia kini dalam misi untuk memenangi ‘perlumbaan ekonomi’ dalam kalangan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara, selepas disifatkan kehilangan banyak peluang yang dicetuskan oleh pandemik Covid-19, tiga tahun lepas.Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, dalam mencapai misi tersebut, kerajaan juga telah menaikkan peruntukan pembangunan bagi tahun ini kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion pada tahun lalu.Selain itu, beliau berkata, kerajaan Persekutuan akan terus memberi fokus kepada pembangunan ekonomi negeri dengan Johor diberi penekanan kerana menerima pelaburan langsung asing tertinggi sebanyak RM80.6 bilion pada tahun lepas."Kerajaan Perpaduan (menerusi) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam misi untuk mengejar kembali peluang ekonomi dan pelaburan yang kita telah hilang dan kita mahu ‘memenangi perlumbaan’ ini."Beberapa tahun lalu apabila kita dengar berita syarikat Tesla mahu melabur di Indonesia, ramai di antara kita berasa bimbang pelaburan asing akan lari ke negara jiran, namun dalam masa singkat kini kita telah dapat tarik semula pelaburan, antaranya Tesla, Amazon, Geely dan Rongsheng Petrochemical Co Ltd,” kata beliau ketika berucap merasmikan pembinaan laluan pejalan kaki ‘City Link Skybridge, di sini, pada Isnin.Justeru, bagi memastikan kesemua pelaburan tersebut dapat direalisasikan, beliau berkata, kerajaan menerusi agensi-agensi berkaitan akan terus memudah cara bagi membolehkan pelaburan asing masuk dengan lebih agresif ke dalam negara.Pada majlis itu, beliau turut merasmikan pembinaan laluan pejalan kaki yang bakal dibina sepanjang 280 meter dengan kos bernilai RM50 juta.Laluan itu menghubungkan Coronade Square ke Johor Bahru Sentral. - Bernama
4
19 Jun 2023 07:49pm
TERJEMAHAN SINAR HARIAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264306/berita/cuaca-panas-membunuh
Cuaca panas membunuh!
NEW DELHI - Hampir 100 kematian direkodkan setelah gelombang haba ekstrem melanda utara India sejak empat hari lalu.Data pemerintah pada Ahad menunjukkan kira-kira 54 individu dimasukkan ke hospital di daerah Ballia di Uttar Pradesh meninggal dunia pada 15 hingga 17 Jun lalu."Seramai 400 lagi pesakit sedang dirawat kerana pelbagai masalah penyakit disebabkan cuaca panas melampau tersebut," ujar pihak berkuasa kesihatan.Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai masalah kesihatan yang menjadi bertambah buruk kerana keadaan cuaca sekarang.Bagi menangani kes yang semakin meningkat, pihak berkuasa terpaksa membatalkan kesemua permohonan cuti kakitangan perubatan di Ballia selain menyediakan katil tambahan bagi menampung jumlah pesakit.Sementara itu, Menteri Kesihatan Uttar Pradesh, Brijesh Pathak berkata, pemerintah negeri telah melancarkan siasatan terhadap punca sebenar kematian 'luar biasa' di Ballia."Kami berdepan kekurangan pengusung kerana kebanjiran pesakit di hospital," lapor India Today memetik kenyataan seorang staf kesihatan.Jabatan Meteorologi memaklumkan suhu maksimum di Uttar Pradesh mencecah sehingga 43 darjah Celsius pada akhir minggu lalu iaitu lima darjah melebihi paras normal.Jelasnya, gelombang haba ekstrem dijangka berterusan di bahagian timur pada minggu ini.Situasi sama turut dihadapi di negeri Bihar di mana hampir 44 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam kerana gelombang haba ekstrem yang kini melanda rantau Asia.Menurut pemerintah tempatan, sebanyak 18 lokasi di negeri itu mengalami cuaca panas terik luar biasa dengan suhu di 11 daerah melepasi 44 darjah Celsius pada Sabtu.Kajian World Weather Attribution, sebuah kumpulan akademik mengenai perubahan iklim mendapati cuaca panas melampau bahagian Asia Selatan pada April disifatkan 30 kali ganda lebih dahsyat. - Agensi
4
19 Jun 2023 07:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264305/berita/nasional/dewan-negara-lulus-dua-rang-undang-undang
Dewan Negara lulus dua rang undang-undang
KUALA LUMPUR - Dewan Negara pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2023.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, pindaan terhadap Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 itu antara lain bagi membolehkan rakyat Malaysia dibebaskan daripada keberhutangan dan kebankrapan."Seramai 130,000 dijangka dilepaskan daripada status muflis setelah pindaan akta tersebut diluluskan,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu selepas dibahas oleh 16 senator sebelum diluluskan.Rang undang-undang berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat pada 24 Mei lepas.Rang undang-undang itu juga memperuntukkan individu bankrap berumur 70 tahun ke atas dan pesakit mental layak dilepaskan melalui pengeluaran sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) selain penambahbaikan peruntukan pelepasan automatik.Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika menggulung Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2023 berkata kementerian itu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah membangunkan aplikasi Smart Quran.Beliau berkata, aplikasi berkenaan adalah satu-satunya aplikasi yang telah melalui semakan kementerian dan diperakui Lembaga Kawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran (LPPQ) sebagai alternatif bagi membolehkan rakyat merujuk kitab suci itu secara digital."Aplikasi itu turut menggunakan terjemahan daripada tafsir pimpinan Ar-Rahman manakala bacaan Qari diambil kebenaran bertulis daripada Mujamma Malik Fahd daripada Arab Saudi. Itu kita sediakan alternatif kepada rakyat," katanya.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Wan Martina Wan Yusoff yang bertanyakan mengenai tindakan pihak berkuasa bagi menyemak aplikasi al-Quran secara digital.Persidangan Dewan Negara bersambung esok. - Bernama
4
19 Jun 2023 07:32pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264302/berita/sukan/gandingan-senior-muda-taruhan-papua-new-guinea
Gandingan senior, muda taruhan Papua New Guinea
PAPUA New Guinea berazam memberi tentangan sengit kepada skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon pada pertemuan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam esok.Susulan keputusan seri 2-2 berdepan Singapura pada aksi persahabatan di negara berkenaan Jumaat lalu, PNG tidak sabar untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan.Bagaimanapun pengendali Papua New Guinea, Harrison Kamake berkata, keputusan malam esok bergantung kepada kemampuan pasukan gabungan pemain muda dan senior melaksanakan pendekatan taktikal yang diatur.“Kami sudah cukup bersedia dan positif untuk berdepan dengan skuad Harimau Malaya..keputusan bergantung kepada pendekatan kepada perlawanan ini.“Tetapi kami menghormati semua pemain Malaysia, kami tahu cara mereka bermain. Malaysia mempunyai pemain yang cukup berkualiti terutama kapten (pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim),” katanya pada sidang akhbar pada Isnin.Pertemuan esok adalah kedua dalam siri aksi persahabatan antarabangsa selepas Harimau Malaya membenam Kepulauan Solomon 4-1 di venue sama, Rabu lalu.Harimau Malaya kini memburu kemenangan keempat berturut-turut dalam aksi persahabatan selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 di Johor, Mac lalu.Berdasarkan rekod dengan PNG, Malaysia telah memenangi tiga daripada empat perlawanan dengan pertemuan terakhir pada 2016 menyaksikan Harimau Malaya menang 2-1, lima bulan selepas tewas 0-2 kepada lawan yang sama.Hanya lima pemain daripada skuad 2016 kekal dalam pasukan Papua New Guinea sekarang termasuk kapten Raymond Gunemba yang menjaringkan gol penyamaan kedua menentang Singapura.Selain menyedari keupayaan skuad Harimau Malaya, Gunemba percaya rakan sepasukannya yang bermotivasi tinggi mampu mempamerkan aksi berkualiti untuk memberi saingan sengit.“Selepas menonton perlawanan tuan rumah menentang Kepulauan Solomon, saya rasa standard skuad Harimau Malaya meningkat berbanding skuad 2016. Kini mereka memiliki pemain berkualiti dan kami perlu bersedia dengan baik untuk cabaran sukar esok,” kata penyerang berusia 37 tahun itu.Malaysia kini berada di ranking ke-138 dunia manakala Papua New Guinea di kedudukan ke-159.
4
19 Jun 2023 07:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264303/berita/sukan/olimpik-paris-aura-pearly-thinaah-mampu-hadirkan-malaysia-emas
Olimpik Paris: Aura Pearly-Thinaah mampu hadirkan Malaysia emas
GANDINGAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, semakin berbisa apabila mampu menempuh rali panjang untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan dalam beberapa siri kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) baru-baru ini.Pendapat itu dilontarkan bekas pemain beregu wanita negara Woon Khe Wei yang merasakan juara Terbuka Perancis 2022 itu, mampu menghadirkan kilauan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berdasarkan rentak persefahaman yang ditonjolkan mereka.Bagaimanapun Khe Wei, menasihatkan Pearly untuk menguatkan jisim otot badannya dan mengambil pemakanan yang baik, bagi mengurangkan kecederaan yang sering membelenggu pemain berusia 23 tahun itu.“Saya rasakan mereka berada dalam keadaan terbaik dan saya suka cara mereka (Pearly-Thinaah) bermain, terutamanya saya dapat lihat Thinaah telah meningkat dengan banyak dari segi bertahan. Mereka lebih kuat dan boleh dapat mata dengan mudah, jadi mereka sebabkan pasangan lain sukar berhadapan dengan mereka.“Saya tahu ketika Terbuka Malaysia, hampir kesemua perlawanan kira-kira satu jam setengah dan ia bukan suatu yang mudah untuk mereka pulih semula dalam tempoh singkat. Oleh kerana Pearly lebih kurus menyebabkan tempoh pemulihannya ambil lebih banyak masa,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.Khe Wei yang pernah bergandingan bersama Vivian Hoo memenangi emas Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland serta Sukan SEA 2013 di Myanmar berkata ia suatu yang normal bagi atlet badminton melalui proses pemulihan yang lama, selepas berhempas pulas dalam perlawanan rali panjang.Pearly-Thinaah terpaksa mengharungi empat perlawanan lebih dari sejam, merangkumi aksi 5 jam 54 minit pada Masters Malaysia 2023, pada bulan lepas.Pasangan ranking ke-12 dunia itu berjaya meraih pingat perak, selepas ditewaskan beregu kedua terbaik dunia Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan, 20-22, 21-8, 17-21 pada aksi final.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga mengumumkan pasangan itu untuk tidak menyertai Terbuka Indonesia yang berakhir semalam, apabila Pearly mengalami kecederaan siku yang menyaksikan mereka terpaksa menarik diri dari pusingan pertama Terbuka Singapura pada awal bulan ini.- Bernama
4
19 Jun 2023 07:29pm
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
https://www.sinarharian.com.my/article/264298/berita/semasa/bikers-halang-laluan-parkir-suka-hati-kena-saman
'Bikers' halang laluan, parkir suka hati kena saman
MUAR - Polis mengeluarkan tiga saman terhadap sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi atas kesalahan halangan lalu lintas pada Selasa.Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz, siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi meletakkan kenderaan di kaki lima kedai hingga berlaku pertelingkahan."Polis Daerah Muar mengesan tiga video tular yang dimuat naik melalui akaun media sosial Facebook yang memaparkan kejadian penunggang motosikal besar membuat provokasi terhadap individu."Sekitar 10 pagi pada Ahad, Pusat Kawalan Daerah Muar telah menerima panggilan yang memaklumkan terdapat pertelingkahan antara penunggang dan orang awam di Jalan Majidi Muar."Bertindak atas maklumat, polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah ke lokasi dan mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat tindakan kumpulan motosikal berkuasa tinggi terbabit meletakkan kenderaan di kaki lima kedai," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.Tambah Raiz, pihak polis juga telah meleraikan pertelingkahan yang berlaku dan meminta kerjasama untuk mengalihkan kenderaan yang di parkir di kaki lima.Malah katanya, polis turut mengeluarkan saman 170A atas kesalahan halangan terhadap pemilik kenderaan terbabit.
4
19 Jun 2023 06:46pm
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264292/berita/nasional/empat-projek-mega-ternakan-ayam-pedaging-dilaksana-felcra
Empat projek mega ternakan ayam pedaging dilaksana Felcra
PUTRAJAYA - Sebanyak empat projek mega ternakan ayam pedaging secara tertutup yang dilaksanakan oleh Felcra Berhad di kawasan luar bandar.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi menampung keperluan bekalan makanan dalam negara serta berpotensi mengubah landskap sebuah pekan kecil atau desa kepada persekitaran berkualiti."Ia melibatkan Tanjung Seratus, Kuala Rompin dengan kapasiti 300,000 ekor ayam bagi setiap pusingan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.Selain itu, tiga projek mega lagi di Sungai Damak, Lipis Pahang, Padang Terap Kedah, dan Paloh 4 Gua Musang Kelantan pula membabitkan masing-masing 250,000 ekor ayam bagi setiap pusingan.Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, projek berkenaan dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi setempat seperti perkhidmatan dan penyelenggaraan, kerja-kerja landskap, pembekalan, pembinaan, kontrak dan sebagainya."Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada generasi warga peserta untuk membina kerjaya serta menjana pendapatan selain dapat mengisi kekosongan jawatan yang akan ditawarkan," ujar beliau.Menurutnya, projek itu juga merupakan kesinambungan dalam usaha kerajaan untuk terus meningkatkan taraf kehidupan rakyat melalui Pelan transformasi FELCRA 2.0 dan seterusnya memperkukuhkan ekonomi negara secara keseluruhannya."Isu keterjaminan makanan akan menjadi satu elemen penting dalam usaha berterusan bagi memastikan perancangan rantaian bekalan di dalam negara terus berdaya tahan sekali gus dapat memberikan kelangsungan kehidupan kepada seluruh rakyat," katanya.
4
19 Jun 2023 06:38pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264291/berita/nasional/kerajaan-bentang-akta-omnibus-untuk-pengurusan-data-lebih-baik
Kerajaan bentang Akta Omnibus untuk pengurusan data lebih baik
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentang Akta Omnibus di Dewan Rakyat bagi membolehkan perkongsian data antara semua agensi kerajaan menerusi sistem Pangkalan Data Utama (Padu).Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, akta berkenaan perlu memandangkan sistem Padu merupakan sistem pengumpulan data bersepadu yang lebih mudah diurus berbanding sistem pengumpulan data sedia ada."Akta Omnibus ini bukan sahaja akan memastikan (keselamatan) perkongsian data itu, ia akan memastikan bahawa proses perkongsian data itu menjadi satu mandat yang mengikut undang-undang demi menjamin Padu ini satu pangkalan data yang berterusan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator E Aknan mengenai sama ada kerajaan bercadang untuk mengadakan satu akta dalam memastikan sistem Padu dapat digunakan sepenuhnya oleh kementerian dan agensi.Pada 15 Mei lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menubuhkan Padu bagi menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemaskan pelaksanaan subsidi bersasar.Rafizi berkata, pangkalan data yang lebih bersepadu bermakna keselamatan data lebih selamat kerana data pada masa ini diurus secara berbeza di setiap kementerian dalam sistem sekarang dan pengurusan tidak dapat disatukan."Sistem yang besar dan bersepadu seperti itu akan membolehkan kerajaan dapat membina kepakaran dan langkah keselamatan siber yang lebih baik daripada pecah di beberapa tempat," katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noraini Idris mengenai langkah keselamatan sistem Padu yang diambil kerajaan bagi mengelakkan data peribadi individu digodam. - Bernama
4
19 Jun 2023 06:31pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264290/berita/nasional/agong-permaisuri-zahir-ucapan-tahniah-kepada-mandy-lai
Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Mandy Lai
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin menzahirkan ucapan tahniah kepada Mandy Lai, pelajar yang dianugerahkan International Subject Orders of Merit, First Place dan Watts Prize for Audit and Assurance - Professional Level bagi siri peperiksaan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) bulan Mac 2023.Turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pelajar SUNWAY TES Centre of Accountancy itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menurut catatan Facebook Istana Negara pada Isnin.Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas pencapaian Mandy Lai mendapat keputusan cemerlang bagi siri peperiksaan tersebut, sekali gus meraih anugerah berprestij itu dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa."Ia juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu-individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa."Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan belia, untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing,” menurut catatan itu.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Mandy Lai dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.Terdahulu, Mandy Lai dianugerahkan Tempat Pertama bagi ICAEW Certificate Level Annual Order of Merit 2022, World Prize untuk Principles of Taxation bagi bulan Jun 2022 dan World Prize untuk Financial Accounting and Reporting bagi siri peperiksaan bulan Disember 2022. - Bernama
4
19 Jun 2023 06:19pm
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
https://www.sinarharian.com.my/article/264288/berita/semasa/geng-sugu-aktif-samun-gudang-kecundang
Geng Sugu aktif samun gudang kecundang
BANTING - Polis menumpaskan Geng Sugu susulan penahanan empat lelaki yang aktif terlibat dalam jenayah samun gudang.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, empat suspek berusia lingkungan 27 hingga 30 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Tanjung Sepat, Kuala Langat pada Ahad.Menurutnya, tangkapan pertama membabitkan dua lelaki termasuk ketua geng pada jam 2.30 petang, manakala dua lagi rakannya pada jam 11.20 malam."Hasil penahanan itu, polis merampas pelbagai barang kes antaranya tiga unit alat penimbang digital, mesin gerudi, gergasi besi, sepana dan tong gas."Turut dirampas ialah dua kereta jenis Proton Wira disyaki digunakan suspek untuk melakukan samun selain sebuah motosikal curi jenis Honda EX5," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada Isnin.Beliau berkata, siasatan mendapati Geng Sugu aktif sejak tiga bulan lalu.Katanya, empat suspek tersebut masing-masing mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah."Seorang daripada suspek turut dikehendaki bersabit kes dadah di daerah Sepang."Dipercayai, geng ini terlibat dalam tiga kes samun di daerah Kuala Langat," ujarnya.Tambahnya, kesemua suspek direman enam hari bermula Isnin untuk siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.Sebelum itu, polis menerima laporan daripada seorang pekerja asing di sebuah gudang besi buruk di Banting disamun sekumpulan lelaki berparang yang melarikan pelbagai barang dianggar bernilai RM200,000 kira-kira jam 1 pagi, Ahad.
4
19 Jun 2023 06:14pm
AHMAD ISMADI ISMAIL
https://www.sinarharian.com.my/article/264286/berita/semasa/tikam-rakan-sebab-gaji-pungut-sampah-tidak-adil
Tikam rakan sebab gaji pungut sampah tidak adil
AMPANG JAYA - Tidak puas hati gaji daripada hasil memungut sampah disyaki menjadi punca seorang lelaki warga asing ditikam sekumpulan rakan senegara di tepi Jalan Pandan Cahaya 2/2, Pandan Cahaya, di sini pada Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki berusia 39 tahun yang juga pekerja pembersihan ditikam pada jam 10 malam."Kejadian tersebut berlaku pada jam 9 malam ketika mangsa baru sahaja pulang daripada majlis kenduri rumah majikannya di Kampung Pandan dan terus ke Jalan Cahaya untuk memandu lori sampah.“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa didatangi lima rakan sekerjanya lalu mencederakan pipi dan lengan kiri mangsa sehingga berdarah menggunakan pisau," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kesemua suspek kemudian melarikan diri."Mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya.Mohd Azam berkata, unit forensik dari Bukit Aman ke tempat kejadian dan menjumpai sepasang kasut dan sebilah pisau berhulu hitam serta empat kesan darah di atas jalan.“Lima suspek berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah Flat di Taman Impian Warisan, Hulu Langat pada jam 5.10 petang, Sabtu," katanya.Katanya, punca kejadian disebabkan isu tidak puas hati berkenaan gaji yang diterima hasil kerja memungut sampah yang tidak dibahagi sama rata.“Hasil ujian air kencing ke atas lima lelaki berusia 23 hingga 27 tahun mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamin," katanya.Menurutnya, kesemua mereka didapati tidak bekerja dan tiada rekod kesalahan lampau."Mereka direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
4
19 Jun 2023 06:06pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264299/berita/semasa/pengurusan-kes-permohonan-anak-ydp-sarawak-ditetap-15-ogos
Pengurusan kes permohonan anak YDP Sarawak ditetap 15 Ogos
KUCHING - Mahkamah Tinggi Kuching pada Isnin menetapkan 15 Ogos sebagai tarikh untuk pengurusan kes bagi satu permohonan injunksi yang difailkan oleh bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.Pesuruhjaya Kehakiman, Alexander Siew How Wai menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan berkenaan, yang turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam tuntutan.Prosiding hari ini turut mendengar janji kedua-dua pihak plaintif dan defendan untuk tidak berurusan atau menjual saham sebagaimana yang dinyatakan dalam tuntutan itu, sehingga tamat kes permohonan.Sulaiman yang juga pengarah urusan kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad diwakili oleh peguam, Alvin Chong dan Jonathan Tay, manakala Raghad diwakili oleh Alvin Yong dan enam peguam lagi dalam kes berkenaan. RHB Bank Berhad pula diwakili oleh Tan Kee Heng dan Lesley Ling Lyn.Media sebelum ini melaporkan Sulaiman memohon injunksi berhubung pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.Sulaiman yang merupakan anak lelaki kedua Yang Dipertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menerusi perkahwinan pertama beliau dengan Toh Puan Laila Taib, yang meninggal dunia pada 29 April 2009.Abdul Taib berkahwin dengan Raghad pada 18 Disember 2010. - BernamaARTIKEL BERKAITAN: Anak Taib Mahmud saman ibu tiri
4
19 Jun 2023 06:01pm
MUHAMMAD AMINNURALIFF
https://www.sinarharian.com.my/article/264285/berita/nasional/razarudin-ayob-khan-bakal-terajui-pdrm
Razarudin, Ayob Khan bakal terajui PDRM
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tan Sri Razarudin Husain dan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay antara nama yang dikatakan bakal mengisi dua jawatan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas ini.Razarudin ketika ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara antara nama disebut-sebut akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada Julai ini.Sebelum ini, kontrak Acryl Sani disambung untuk tempoh dua tahun yang berkuat kuasa pada 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober ini.Bagaimanapun Acryl Sani dilaporkan berkata, beliau akan mengundurkan diri daripada pasukan PDRM pada minggu pertama Julai ini.Razarudin pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Disember 2021 sebelum dilanjutkan secara kontrak selama dua tahun sehingga 15 Mac 2025.Anak kelahiran Dengkil, Selangor itu memulakan tugas pada 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai pegawai penyiasat dan meneruskan khidmat di jabatan tersebut sehingga tahun 1996 dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) di daerah Muar, Johor.Beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Perak, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sebelum dilantik ke jawatan nombor dua dalam PDRM.Sementara itu, Ayob Khan dikatakan antara calon dipertimbangkan bagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.Ayob Khan ketika ini merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan dilantik jawatan tersebut sejak 16 April lalu menggantikan Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang bersara.Sebelum ini Ayob Khan merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak dilantik ke jawatan itu pada Januari 2022.
4
19 Jun 2023 06:00pm
RAIHAM MOHD SANUSI
https://www.sinarharian.com.my/article/264284/berita/nasional/isham-saran-anwar-teliti-semula-penglibatan-nazlan-dalam-src
Isham saran Anwar teliti semula penglibatan Nazlan dalam SRC
SHAH ALAM - Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan agar meneliti semula penglibatan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd (SRC) pada tahun 2010 untuk tujuan keadilan dan mengelakkan penganiayaan ke atas bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham berkata, kerajaan perlu melihat kembali bagaimana fakta itu menyebabkan ketidakadilan ke atas Najib dalam penghakiman ke atas beliau.Menurutnya, Mohd Nazlan sebelum ini tidak pernah mendedahkan bahawa beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Am dan Setiausaha Kumpulan Maybank antara 2006 hingga 2015.Katanya, Mohd Nazlan juga tidak memasukkan mana-mana kenyataan bahawa Maybank terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada 2010 walhal Maybank mempunyai peranan dalam penubuhan SRC."Ini memberi asas kepada mana-mana pihak yang rasional bahawa Mohd Nazlan tidak dapat memberi kehakiman dengan minda yang objektif dan terbuka kerana penglibatan beliau dengan Maybank yang terlibat dengan penubuhan SRC."Maybank pernah menasihati 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menubuhkan SRC International sebagai sebuah syarikat khusus bagi tujuan perolehan aset strategik."Fakta berkenaan penglibatan Mohd Nazlan ini boleh menyebabkan penghakimannya terhadap Najib sebagai berat sebelah dan bias," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.Sebelum itu, Anwar dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti berlaku kesalahan jenayah dalam siasatan kes Mohd Nazlan selepas siasatan menyeluruh dilakukan agensi itu.Untuk rekod, Mohd Nazlan sebelum ini merupakan hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan membabitkan Najib yang juga bekas Perdana Menteri yang berdepan pertuduhan jenayah membabitkan SRC.Beliau didakwa terbabit dalam konflik kepentingan semasa mendengar perbicaraan tersebut dan melanggar kod etika.Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC bernilai RM42 juta.Mengulas lanjut, Isham yang juga Ketua Penerangan UMNO menegaskan, walaupun tindakan Mohd Nazlan yang tidak menyatakan penglibatannya dengan Maybank mungkin tidak sampai ke tahap jenayah, namun ia besar kemungkinan melanggar etika kehakiman.Ujarnya, ia sekali gus menjadi asas yang kuat untuk kes SRC membabitkan Najib dibicarakan semula dengan hakim yang dilihat tidak berat sebelah dan tidak bias agar keadilan dapat ditegakkan untuk semua."Satu tribunal kehakiman wajar ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas perkara ini berdasarkan peruntukan dalam Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan ke atas salah laku hakim," syor beliau lagi.
4
19 Jun 2023 05:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264281/berita/nasional/atlet-angkasawan-sasterawan-terima-anugerah-the-knights-2023
Atlet, angkasawan, sasterawan terima Anugerah The Knights 2023
SHAH ALAM - Jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A.Samad Said merupakan antara 70 penerima Anugerah The Knights 2023.Menurut kenyataan The Knights Award 2023 itu, ketiga-tiga mereka itu menerima pengiktirafan bagi Anugerah The Duke individu peribadi.“Anugerah itu (The Duke Award) dibuat untuk memberi penghormatan tertinggi kerana pemenang bagi kategori tersebut tiada duanya dan lambang kecemerlangan serta kepimpinan.“Kategori ini turut dimenangi oleh Profesor Tan Sri Datuk Dr Ghauth Jasmon, Datuk Seri Norman Pang, Puan Sri Dr Shariffa Sabrina, Rizal Nainy, Dr Ricky Beh dan Jonathan Chik serta Leng Yein,” kata kenyataan itu.Bagi kategori The Duke Award untuk sektor korporat dimenangi oleh Tay Motors (M) Sdn Bhd, WKV Holdings Sdn Bhd, Vivo, Parkroyal Collection KL, De.Wan 1958, Influasia Sdn Bhd, Raaji Silk Palace Sdn Bhd, RS Group, Lokes Ice Cream Sdn Bhd dan Lifecare Alliance Sdn Bhd.Tambah kenyataan tersebut, Anugerah The Knight 2023 turut mempunyai dua kategori lain iaitu The Earl dan The Baron.Beritahu kenyataan itu, Anugerah The Earl diberikan berdasarkan kejayaan cemerlang seseorang berdasarkan sumbangan dalam bidang yang diceburinya.Antara penerima anugerah bagi kategori individu peribadi ialah Datuk Ismail Nordin, Datuk Jason Tan, Bob Lam, Jack Lim, Rizal Nainy, Dr Ricky Beh, Mark Lee Kok Huang, Zung Ninja, Jaclyn Victor, Rebecca Chan, Danny Goh, Datuk Aaron Aziz, Caroline Ang, Edison Ser dan Foong Wai Leon serta Kelvin Chan.“Pemenang korporat pula dimenangi oleh Kumpulan RS, Klinik Pergigian Smileway, Ledgit Viable Sdn Bhd, Shero Cosmetic, De.Wan 1958, Tay Motors (M) Sdn Bhd, WKV Holdings Sdn Bhd, Raaji Silk Palace Sdn Bhd, Lokes Ice Cream Sdn Bhd dan Lifecare Alliance Sdn Bhd.“Ia juga turut dimenangi oleh Jade Garden Seafood Corner, De Kangaroo Production, Bam & Co, Tanah Aina Sdn Bhd, Autoris Adjusters Sdn Bhd, TCM & Western Naturopathic (M) Sdn Bhd dan Chamrun Digital Group,” kata kenyataan itu.Bagi anugerah The Baron, ia merupakan penghormatan bagi mengiktiraf penggerak industri yang semakin meningkat kerana idea, inovasi dan kepintaran telah mengubah landskap perniagaan.Antara penerima anugerah itu bagi kategori individu peribadi ialah Amber Tang, Arnold Kwok, Leanz Lim Wei Kuang, Eur Ing Hong Wai Onn, Kyle Tham dan Aya Wong.Bagi kategori korporat pula, dimenangi oleh Damoo Kitchen & Event Sdn Bhd, Gryn Tech Sdn Bhd, HAL Empire Sdn Bhd, Worldwide Express Logistics Sdn Bhd, IDOM Worldwide, Sunshine Asia Group Sdn Bhd, Leng Sean Grooming, Ash Baker Fragrances, TS Marine Frozen Sdn Bhd dan The Herba Room Enterprise.Kata kenyataan itu lagi, Anugerah The Knights 2023 bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan dengan menyediakan platform untuk mengiktiraf pencapaian yang cemerlang.Menerusi tema ‘Bond, Build dan Bloom’, majlis anugerah tersebut menekankan kepentingan kerjasama rentas industri dan sempadan untuk pendedahan pasaran maksimum demi kejayaan bersama.
4
19 Jun 2023 05:53pm
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
https://www.sinarharian.com.my/article/264280/berita/semasa/polis-lupus-barang-kes-lebih-rm200000
Polis lupus barang kes lebih RM200,000
BANTING - Polis melupuskan barang hasil kegiatan jenayah membabitkan 115 kes bernilai RM297,800.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, mengikut pecahan, enam kes membabitkan mesin bitcoin, rokok (4 kes), judi (83 kes) dan lain-lain kes (19 kes).Polis melupuskan pelbagai kes hasil jenayah bernilai lebih RM200,000 di IPD Kuala Langat pada Isnin. Foto: Rosli Talib"Rampasan bitcoin melibatkan 335 mesin mining, enam set komputer dan enam modem manakala rampasan rokok membabitkan 1,235 karton."Bagi kes judi, rampasan sebanyak 19 set komputer, 89 telefon bimbit serta lain-lain peralatan," katanya dalam sidang akhbar selepas pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada Isnin.Tambahnya, kesemua itu membabitkan kes bagi tempoh tahun 2017 hingga 2022 yang telah dituduh dan dijatuhi hukuman mahkamah.Mengulas mengenai modus operandi jenayah terbabit, Ahmad Ridhwan berkata, sindiket bitcoin dikesan menyewa rumah kedai sebagai pusat operasi dengan menggunakan identiti palsu.Katanya, kegiatan curi elektrik itu dikesan apabila pemilik premis menyedari bil elektrik mencecah puluhan ribu ringgit selain polis turut menerima maklumat daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum tindakan diambil."Kegiatan rokok seludup pula dikesan susulan penahanan kenderaan seperti lori dan van yang membawa muatan barangan itu untuk diedar ke premis sekitar Lembah Klang serta negeri berhampiran," ujarnya.Justeru, pihak polis meminta masyarakat menyalurkan sebarang maklumat mengenai kes jenayah untuk tindakan undang-undang.
4
19 Jun 2023 05:49pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264277/berita/sukan/azeem-tak-dapat-sertai-universiade-chengdu
Azeem tak dapat sertai Universiade Chengdu
HASRAT Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menggunakan khidmat jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi, bagi temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu di China dari 28 Julai hingga 8 Ogos depan, tidak kesampaian.Ketua jawatankuasa persediaan atlet ke Universiade Chengdu, Datuk Dr Pekan Ramli mengesahkan, Muhammad Azeem tidak dapat bersaing di China kerana jurulatihnya Leroy Burrell, mahu memberi tumpuan terhadap proses pemulihan pelari pecut sensasi negara itu, susulan kecederaan pangkal paha kanan dialaminya bulan lepas.Berdasarkan maklumat daripada Burrell, Pekan berkata, amat penting bagi atlet berpangkalan di Amerika Syarikat itu benar-benar fokus bagi memulihkan kecederaan dialaminya, dalam usaha memastikan Muhammad Azeem cergas bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary, pada 19 hingga 27 Ogos ini."Muhammad Azeem sebenarnya berpotensi menyumbang pingat buat negara sekiranya dapat beraksi di Universiade Chengdu."Namun, disebabkan kecederaan Muhammad Azeem, kami terpaksa ubah rancangan asal dan jurulatih Muhammad Azeem pula mahu pastikan beliau bersiap sedia dan fokus pada Kejohanan Olahraga Dunia," katanya.Justeru, Pekan yang juga Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT berkata,pihaknya, akan mempertaruhkan Mohammad Thaqif Mohammad Hisham sebagai pengganti Muhammad Azeem di China.Beliau berkata, Mohammad Thaqif mempunyai catatan peribadi terbaik 10.69 saat (s) yang dilakarnya pada Kejohanan Olahraga Hong Kong hujung April lepas.Universiade Chengdu yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 27 Ogos 2021, ditangguh pada tahun ini susulan wabak Covid-19.Selain Kejohanan Olahraga Dunia, Muhammad Azeem yang merupakan pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m) dengan catatan 10.09s, dijangka beraksi pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di China bermula 23 September hingga 8 Oktober ini.Pelajar Universiti Auburn, Alabama itu memecahkan rekod kebangsaan pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia, Ogos tahun lepas sekali gus memadam catatan lama 10.18s milik Khairul Hafiz Jantan yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak. - Bernama
4
19 Jun 2023 05:36pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264279/berita/politik/fahmi-nafi-pkr-tawar-kj-jawatan-timbalan-presiden-parti
Fahmi nafi PKR tawar KJ jawatan Timbalan Presiden parti
SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Fahmi Zainol menafikan PKR menawarkan jawatan Timbalan Presiden parti kepada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Beliau berkata, zaman sekarang terlampau banyak sindiket penipuan dengan pelbagai taktik untuk meraih perhatian masyarakat."Scam zaman moden macam-macam jenis," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.Beliau berkata demikian merujuk kepada surat rasmi yang tersebar di media sosial.Surat tersebut kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR pada Isnin, yang menawarkan bekas Menteri Kesihatan berkenaan untuk menyertai PKR termasuk memberikan jawatan Timbalan Presiden parti secara lantikan.Dalam kandungan berkenaan juga meminta Khairy untuk memberi jawapan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.
4
19 Jun 2023 05:33pm
DIANA AZIS
https://www.sinarharian.com.my/article/264274/berita/nasional/prn-accin-syor-anjur-debat-terbuka-calon-bertanding
PRN: ACCIN syor anjur debat terbuka calon bertanding
SHAH ALAM - Perikatan Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia (ACCIN) mencadangkan debat terbuka di media arus perdana diadakan antara calon parti politik terutama pimpinan negeri dan nasional menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN, Mohd Jamaludin Shamsudin berkata, penganjuran itu bertujuan memberi peluang kepada pimpinan mengemukakan manifesto parti masing-masing.“Hanya dengan debat atau dialog terbuka, kebolehan dan ilmu seseorang calon boleh dinilai dengan baik. Rakyat tidak boleh diselewengkan dengan penipuan kerana ada naratif balas yang boleh menyerlahkan hakikat kebenaran.“Dengan adanya debat, isu-isu boleh dibawa ke khalayak umum untuk dibincang, diteliti dan dinilai oleh pengundi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Dalam pada itu, Mohd Jamaludin berkata, budaya calon membaca skrip, tidak diuji penggarapan ilmu dan pengalaman sesuatu tajuk akan melahirkan pemimpin yang lembab serta tidak dinamis.Beliau menjelaskan, budaya debat juga telah lama diamalkan dalam demokrasi malah dilakukan oleh negara yang baharu melalui pembaharuan seperti Indonesia.“Di negara-negara ini, debat pilihanraya terutamanya melibatkan pemimpin tertinggi parti adalah satu acara yang ditunggu-tunggu.“Semua calon dan parti perlu diberi ruang yang secukupnya dalam semua saluran media kerajaan dan swasta untuk menyampaikan mesej dan manifesto masing-masing kepada pengundi.“Pertandingan juga biarlah positif dan konstruktif tanpa menggunakan helah atau penipuan. Ini akan membolehkan rakyat membuat penilaian terbaik seterusnya memilih pemimpin yang mampu menjanjikan manifesto bermanfaat kepada rakyat,” ujarnya.Sementara itu, beliau turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan pilihan raya telus dan adil bagi memastikan suara serta aspirasi rakyat dapat diterjemahkan melalui pilihan raya ini.
4
19 Jun 2023 05:29pm
NURUL HUDA HUSAIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264273/berita/nasional/lima-saintis-muda-wakili-malaysia-ke-mesyuarat-nobel-laureate-ke-72
Lima saintis muda wakili Malaysia ke Mesyuarat Nobel Laureate ke-72
SHAH ALAM - Lima Saintis muda negara diberi pengiktirafan mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Nobel Laureate ke-72 di Lindau, Jerman yang bakal berlangsung mulai 25 hingga 30 Jun ini.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, saintis terpilih itu adalah Dr Liyana Azmi, (Universiti Sains Islam Malaysia); Dr Norhasmira Mohammad, (Universiti Teknologi Mara); Dr Wong Yin How, (Taylors University); Dr Afifah Mohamed, dan Dr Wong Sok Kuan, (Universiti Kebangsaan Malaysia).Menurutnya, kumpulan berkenaan merupakan antara 635 saintis muda terpilih seluruh dunia akan berinteraksi secara langsung dengan sekurang-kurangnya 40 Pemenang Anugerah Nobel dalam mesyuarat kali ini yang didedikasikan bagi bidang fisiologi dan perubatan.“MOSTI menekankan keperluan untuk memberikan peluang kepada para saintis muda Malaysia untuk turut serta dalam program-program bertaraf global, seperti Mesyuarat Nobel Laureate.“Melalui perkongsian perspektif baharu serta idea-idea yang inovatif, saintis-saintis muda ini menjadi aset berharga bagi komuniti saintifik.“Langkah ini adalah penting untuk memastikan bahawa generasi baharu saintis dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan bagi menghadapi cabaran masa depan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tambahnya, Malaysia menerusi MOSTI dan Akademi Sains Malaysia (ASM) telah menghantar 84 saintis muda termasuk peserta tahun ini untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Nobel Laureate sejak tahun 2004 lalu.Sementara itu, Presiden ASM, Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen berkata, penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat Nobel Laureate ini merupakan salah satu usaha menerusi kolaborasi antarabangsa dalam memperkasakan kumpulan tersebut, sekali gus memberi peluang kepada mereka bekerjasama dengan saintis terkemuka di seluruh dunia.Ini juga katanya, secara tidak langsung turut memberi pendedahan berharga kepada mereka dan secara tidak langsung dapat memperluas rangkaian, berkongsi idea, pengetahuan dan penyelidikan.“Program ini diharap mampu memberi inspirasi serta motivasi kepada mereka untuk memajukan sains dan teknologi sekali gus memberikan impak positif kepada masyarakat,” katanya.Jelasnya, ASM membuka pencalonan bagi Mesyuarat Nobel Laureate ke-72 kepada semua saintis muda IPTA dan IPTS seluruh negara pada 21 September hingga 7 Oktober tahun lalu.Saringan awal katanya, dilakukan ASM dan seterusnya diputuskan ahli jawatankuasa Mesyuarat Nobel Laureate untuk pemilihan akhir.
4
19 Jun 2023 05:25pm
NOOR AZLIDA ALIMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264271/berita/semasa/permohonan-naib-ketua-umno-ditolak-radzi-jidin-kekal-di-putrajaya
Permohonan Naib Ketua UMNO ditolak, Radzi Jidin kekal di Putrajaya
PUTRAJAYA – Kerusi Parlimen Putrajaya sekali lagi kekal menjadi milik Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim untuk mencabar kemenangan Naib Presiden Bersatu ini dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli sebulat suara menolak permohonan itu, selepas berpuas hati bahawa, petisyen yang difailkan Ahmad Faisal tidak mengandungi butiran mencukupi sehingga mewajarkan ia dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.Turut bersidang ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan.Mahkamah turut berpendapat, perkara itu tidak bermerit, lalu memerintahkan Ahmad Faisal selaku pemohon membayar kos RM30,000 kepada Mohd Radzi sebagai responden.Pada 10 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membenarkan bantahan awal oleh Mohd Radzi untuk membatalkan petisyen tersebut sekali gus menyebabkan beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Putrajaya.Mahkamah Tinggi mendapati, Ahmad Faisal gagal membuktikan amalan rasuah dilakukan sama ada oleh bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut atau ejennya.Sebelum ini, Ahmad Faisal selaku seorang pengundi, memfailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan Mohd Radzi yang memenangi kerusi Parlimen Putrajaya dalam PRU lalu.Beliau mendakwa Mohd Radzi memberi sogokan RM150 kepada pengundi berdaftar di kawasan itu.Ahmad Faisal, 50, memfailkan petisyen pada 26 Januari lalu, menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dengan menamakan Mohd Radzi, 46, selaku responden tunggal.Menurut petisyen yang difailkan, pemimpin UMNO itu turut mendakwa, butiran sogokan dinyatakan menerusi perbualan dalam aplikasi ‘WhatsApp’ bertarikh 21 November dan 21 Disember 2022 serta 4 Januari lalu.Ahmad Faisal menyatakan, rasuah yang dilakukan oleh responden dan ejen-ejennya menyebabkan kemenangan kepada calon PN ini, mengalahkan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Rekod penyandang Parlimen Putrajaya selama empat penggal berturut-turut oleh Tengku Adnan sejak tahun 2004, dileburkan oleh bekas Menteri Kanan Pendidikan, Mohd Radzi ketika PRU lalu, selepas pemimpin Bersatu tersebut berjaya mengumpul 16,002 undi mengalahkan calon BN, dengan majoriti 2,310 undi.Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, memperoleh 13,692 undi manakala calon PH, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (5,988 undi) dan calon Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli (878 undi).Dua calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi mendapat 63 undi dan Lim Fice Bee pula 20 undi manakala Mohd Rosli, Samsudin serta Fice Bee hilang deposit.
4
19 Jun 2023 05:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264270/berita/nasional/siasatan-terhadap-tun-m-profesional-tiada-unsur-politik---anwar
Siasatan terhadap Tun M profesional, tiada unsur politik - Anwar
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kaedah siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dilaksanakan secara profesional tanpa ada unsur politik.Perdana Menteri berkata, arahan beliau sangat jelas yang mana badan penyiasat perlu melaksanakan tugas berdasarkan fakta dan mengikut lunas undang-undang.Katanya, jangan pula dipersoalkan apabila disiasat oleh badan penyiasat sama ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), SPRM, Bank Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Kita kena lihat kepada fakta, jika ketika memegang kuasa, kita menggunakan kuasa itu untuk memberi kontrak kepada anak pinak, ahli keluarga dan kroni serta mengkayakan diri, jangan dipersoalkan siasatan dan katakan ini tohmahan politik."Sedangkan kekayaan itu tidak dapat diterangkan dengan jelas, berapa banyak malah pengedaran wang berlaku secara berleluasa," katanya di Dewan Negara pada Isnin.Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Kesavadas A Achyuthan Nair yang ingin mengetahui sejauh manakah SPRM serius untuk menyiasat segala perilaku rasuah dan salah guna kuasa yang membabitkan bekas Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh.Sabtu lalu, SPRM memaklumkan akan meneliti unsur kesalahan rasuah berhubung dakwaan isu pemberian kontrak gentian optik RM214.2 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Tambah Anwar, Ahli Dewan Negara sepatutnya bertanggungjawab dan mengambil sikap yang sangat positif dalam hal tersebut."Kita perlu selamatkan negara dari kancah mala petaka rasuah yang berleluasa. Sekarang ini setiap tindakan yang diambil dijadikan bahan politik."Kalau ada tohmahan dan bukti terdapat mana-mana badan, bergerak atas arahan politik boleh kemukakan," ujarnya.Beliau turut memberi jaminan Kerajaan Perpaduan akan bertindak tegas bagi mengekang rasuah di negara ini."Di sini Yang Dipertua saya jamin kita akan bertindak tegas supaya penyakit barah itu dapat dihapuskan," jelasnya.
4
19 Jun 2023 05:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264282/berita/nasional/ini-sebab-sk-kanchong-darat-tersenarai-10-sekolah-terbaik-dunia
Ini sebab SK Kanchong Darat tersenarai 10 sekolah terbaik dunia
BANTING - Niat ikhlas para guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kanchong Darat di sini, yang mengadakan program untuk menarik minat murid datang ke sekolah, berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila tersenarai antara 10 sekolah terbaik dunia dalam kategori 'Supporting Healthy Lives Category'.Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kanchong Darat, Rozanah Abd Razak berkata, pihaknya bersyukur program yang diusahakan hampir empat tahun lalu yang mahu memperbaiki tahap kehadiran para murid di sekolah tersebut berjaya membuahkan hasil sehingga diiktiraf setinggi itu.Beliau berkata, program 'Minda Sihat, Warga Sihat' (Great Mind, Healty Citizen) itu yang mewajibkan setiap pelajarnya untuk turut serta, meliputi lima aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.”Melalui program itu juga, berjaya membantu menaikkan semangat murid-murid terutamanya selepas pandemik Covid-19, kerana para guru lihat mereka kurang bermotivasi untuk datang ke sekolah, selain mereka dilihat semakin malas."Oleh itu, kami wujudkan permainan 'lompat tali' (salah satu aspek) yang dilihat sangat mendapat sambutan dalam kalangan murid. Kami juga memberi kebenaran mereka untuk bermain lompat tali pada waktu rehat dan selepas sekolah, alhamdulilah, kehadiran murid-murid hari ini sangat memberangsangkan," katanya ketika ditemui selepas Karnival Perpaduan Madani 2023 Sempena 'Top 10 World's Best School Prizes' di sekolah tersebut pada Isnin.Katanya, melalui program itu juga ada dalam kalangan murid yang berjaya keluar daripada kelompok obesiti seterusnya meningkatkan tahap kecergasan mereka..Selain SK Kanchong Darat, SK Seri Permai di Bayan Baru, Pulau Pinang, turut tersenarai dalam kedudukan sepuluh teratas anugerah sekolah terbaik dunia bagi kategori berbeza.Kedua-dua sekolah tersebut berpeluang memenangi sebahagian daripada hadiah keseluruhan AS$250,000 (RM1.16 juta), untuk dikongsi sama rata bersama lima pemenang, dengan masing-masing menerima AS$50,000 (RM231,300).Sementara itu, pelajar Tahun Lima SK Kanchong Darat, Nur Khalisah Mohamad Rafi berkata program tersebut membuatkan beliau sangat teruja untuk datang ke sekolah pada setiap hari."Seronok nak pergi sekolah, bila masa lapang cikgu benarkan kami main (lompat tali) dengan kawan-kawan. Dulu saya seorang yang sangat pemalu, lepas sertai program sekolah ini, saya semakin ok," katanya.Bagi bekas pelajar sekolah berkenaan, Muhammad Ammar Zaquan Rizal Efendi, 13, berkata, walaupun tidak lagi bersekolah di situ, beliau masih bergerak aktif bersama guru-guru SK Kanchong Darat mempromosi sukan lompat tali di kawasan daerah Banting."Dulu, saya langsung tidak aktif dan tiada kawan di sekolah, walaupun sekolah ini hebat dalam sukan bola baling, boling dan olahraga, tetapi saya tidak terlibat."Namun apabila sekolah mewajibkan program ini kepada semua pelajar, saya mulai sedar akan minat saya. Sejak dari situ, saya semakin menonjol di sekolah (mewakili sekolah dalam sukan lompat tali) dan pelajar-pelajar juga mula mengenali saya," katanya.Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi pujian kepada SK Kanchong Darat kerana berjaya sampai ke peringkat tersebut."Menang atau kalah itu bukan soalnya, walaupun sekolah ini kecil, mereka buktikan mereka boleh pergi ke peringkat dunia. Tiada murid terpinggir nak pergi ke peringkat dunia, kita akan terus bagi sokongan," katanya.Beliau berharap program yang menjurus kepada 'gaya hidup sihat' ini dapat diperluaskan ke sekolah-sekolah lain di dalam negara ini."Saya tekankan tadi selain daripada pengiktirafan di peringkat dunia ini, sebenarnya kita dapat lihat ada banyak lagi potensi-potensi yang hadir. Impak dari program ini termasuk kehadiran kanak-kanak ke sekolah, perkembangan sahsiah mereka, akademik mereka dan pastinya juga aktiviti menjurus kepada gaya hidup sihat," katanya. - Bernama
4
19 Jun 2023 05:07pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264272/berita/sukan/tiada-istilah-anak-emas-dalam-program-rtg---hannah
Tiada istilah 'anak emas' dalam program RTG - Hannah
TIADA istilah ‘anak emas’ dalam program Road To Gold (RTG) yang dibentuk dalam usaha negara meraih emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Beliau menegaskan semua atlet di bawah program berkenaan menerima layanan sama memandangkan mereka bakal menggalas misi menghadiahkan emas pertama buat Malaysia di temasya berprestij itu."Kita tidak ada anak emas tertentu dalam program RTG, semua atlet adalah anak emas. Kita bagi elaun yang sama RM3,000 sebulan kepada semua atlet berada dalam program ini."Servis ISN (Institut Sukan Negara) juga kita beri kepada mereka bagi memastikan mereka ada peluang untuk berjaya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat RTG pada Isnin.Hannah berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan jawatankuasa RTG untuk mengekalkan perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dalam program itu meskipun telah tergelincir daripada kedudukan ke-10 dunia berikutan aksi kurang memberangsangkan dipamerkannya.Baru-baru ini, Zii Jia mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton bagi mendapatkan semula motivasi susulan prestasi merudum sejak akhir-akhir ini.Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, keputusan mengekalkan pemain ke-11 dunia itu dibuat selepas mengambil kira mata kelayakan ke Olimpik dan saranan teknikal berdasarkan ranking Road to Paris.Stuart berkata, RTG juga telah menerima cadangan untuk memasukkan seorang lagi pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ke dalam program tersebut berdasarkan pencapaian di kejohanan terbaru yang mereka sertai.Katanya, bagi kedudukan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang kini menghuni ranking ke-18 pula, mereka akan diberi masa sehingga September ini untuk membuktikan prestasi mereka.Sementara itu, Stuart turut mengesahkan skuad hoki lelaki kebangsaan menjadi ahli terbaru RTG sebagai persiapan mengharungi Sukan Asia 2023 September ini."Hoki akan menerima sokongan diperlukan ke temasya Sukan Asia yang merupakan medan kelayakan ke Olimpik Paris 2024,” katanya. - Bernama
4
19 Jun 2023 05:07pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264266/berita/sukan/kbs-komited-bantu-azizulhasni
KBS komited bantu Azizulhasni
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan untuk terus memberi sokongan konsisten kepada jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang dalam misinya memburu pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris tahun depan.Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara KBS dan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) yang dipengerusikan menterinya, Hannah Yeoh di Putrajaya pada Isnin.“Jawatankuasa telah meluluskan permintaan yang dibuat oleh Datuk Azizulhasni Awang dan komited untuk memastikan sokongan berterusan untuk beliau,” katanya.Sinar Harian pada 8 Jun lalu melaporkan Azizulhasni tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung masalah yang dihadapinya sejak kembali ke tanah air pada penghujung Januari lalu.Menerusi catatannya di laman sosial Facebook, Azizulhasni nyata cukup kecewa dan terkilan kerana masih tidak mendapat sistem sokongan latihan yang lebih baik berbanding di Melbourne, Australia.Mesyuarat jawatankuasa itu yang bersidang buat kali kedua akan turut meneliti semula kriteria pemilihan atlet ke dalam program RTG.Hannah memberitahu, ia melibatkan kriteria atlet yang tersenarai dalam pemenang pingat Olimpik yang lepas, senarai 10 ranking dunia dan RTG akan dipertimbangkan.Katanya, jawatankuasa turut memutuskan bahawa pemain perseorangan badminton profesional, Lee Zii Jia kekal sebagai sebahagian daripada RTG sehingga jawatankuasa berpeluang bertemu dengan jurulatih baharunya Wong Tat Meng.“Jawatankuasa akan turut mempertimbangkan untuk memasukkan pemain badminton Ng Tze Yong, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ke dalam RTG seperti yang dicadangkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).“Mengekalkan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing sehingga fasa penilaian seterusnya pada September," katanya.Hannah turut mengumumkan berita gembira buat skuad hoki negara apabila disenaraikan dalam program RTG.“Memandangkan skuad hoki lelaki telah tersenarai di dalam ranking ke-10 dunia dan bagi memastikan pasukan itu memenangi pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou dan seterusnya layak ke Olimpik, mesyuarat jawatankuasa bersetuju untuk memasukkan ke dalam program RTG,” katanya.
4
19 Jun 2023 05:03pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264264/berita/semasa/warga-emas-cedera-diserang-beruk-di-taman-tasik-taiping
Warga emas cedera diserang beruk di Taman Tasik Taiping
TAIPING - Seorang wanita warga emas cedera selepas diserang sekumpulan beruk di Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping di sini, pada pagi Isnin.Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mengenainya.Jurucakap Majlis Perbandaran Taiping (MPT) pula berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian serangan beruk itu.Menurutnya, aduan mengenainya telah dipanjangkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah menghantar kakitangan daripada Perhilitan Selama ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan.“Kita akan pasang perangkap dan akan melakukan operasi pelupusan khususnya beruk yang dipercayai menyerang mangsa,” katanya. - Awani
4
19 Jun 2023 04:58pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264262/berita/sukan/aaron-wooi-yik-dedah-punca-tewas
Aaron, Wooi Yik dedah punca tewas
BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia mendedahkan punca dia dan pasangannya, Soh Wooi Yik tewas kepada gandingan Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy dari India dalam aksi final Terbuka Indonesia pada Ahad.Aaron memberitahu, sikap gopoh dan tidak tenang ketika beraksi menjadi punca mereka gagal mengatasi cabaran pasangan lawan.Beliau meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan itu sambil mahu menjadikan kesilapan itu sebagai satu perkara positif yang perlu diperbaiki dalam saingan akan datang."Kami bermain agak gopoh dan tidak cukup tenang terutama di set pertama apabila pemain lawan mula mengejar."Semasa kami berada di depan, mereka berjaya mengutip enam mata secara berturut-turut."Berasa kecewa kerana kami sudah melangkah ke final, tetapi tidak dapat membawa pulang pingat emas. Bagaimanapun, masih ada sesuatu yang positif boleh diambil dan kami akan cuba lagi," katanya.Dalam aksi final di Istora Senayan, Jakarta, pasangan nombor tiga dunia itu sekali lagi terlepas gelaran pertama BWF selepas kalah 21-17 dan 21-18 kepada Chirag dan Rankireddy.Sementara itu, Wooi Yik berazam untuk terus bekerja keras dan enggan mengalah dalam usaha memburu gelaran sulung Jelajah Dunia sejak digandingkan pada 2017."Minta maaf kerana tidak dapat bawa pulang pingat emas, namun ini permulaan terbaik untuk kami jadi lebih baik."Kami akan terus bekerja keras untuk dapatkan gelaran pertama Jelajah Dunia," ujarnya.Sebagai naib juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang AS$43,750 (RM201,884), manakala Chirag-Rankireddy membawa pulang AS$92,500 (RM426,841).Kali terakhir pemain negara muncul juara Terbuka Indonesia adalah menerusi gandingan Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari pada 2008 selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-12, 21-12.
4
19 Jun 2023 04:57pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264261/berita/nasional/terlampau-banyak-scam-akhirnya-telegram-beri-kerjasama
Terlampau banyak 'scam', akhirnya Telegram beri kerjasama
KUALA LUMPUR - Platform media sosial, Telegram hari ini akur untuk memberi komitmen dan bersedia menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang isu keselamatan siber di platform berkenaan.Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat selama satu jam bersama wakil Telegram hari ini, beliau menegaskan terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di platform media sosial itu.Jelas Fahmi, mesyuarat tersebut berlangsung di Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, yang turut disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi SKMM, Tan Sri Salim Fateh Din serta pegawai-pegawai tertinggi PDRM."Kami juga telah menyampaikan pandangan tegas berhubung peri penting pihak Telegram dan mana-mana aplikasi pemesejan atau media sosial untuk sentiasa akur dan patuh kepada undang-undang Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mengulas lanjut, Fahmi berkata, sejak Januari 2020 hingga Mei tahun ini, jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat pelbagai aktiviti penipuan menerusi Telegram mencecah RM45 juta.Sehubungan itu, tegasnya kerajaan tidak akan berdiam diri dan membenarkan penjenayah berselindung di sebalik identiti palsu."Insya-ALLAH, pertemuan hari ini adalah permulaan yang baik dalam kerjasama rentas agensi bagi memastikan Telegram akan lebih selamat untuk digunakan," tambah beliau.Awal bulan ini, Fahmi menggesa Telegram untuk bertemu dengan SKMM berhubung pelbagai isu keselamatan siber.Beliau berkata, walaupun menerima syor yang tegas daripada SKMM, kementeriannya memberi peluang kepada Telegram untuk berhubung secara terus dengan suruhanjaya tersebut.Pada 28 Mei, Telegram dilaporkan berkata pihaknya tidak bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital kerana enggan terlibat dalam "sebarang bentuk tapisan politik". - Awani
4
19 Jun 2023 04:52pm
MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
https://www.sinarharian.com.my/article/264258/berita/semasa/sindiket-curi-catalytic-converter-kereta-tumpas
Sindiket curi 'Catalytic Converter' kereta tumpas
SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan terdapat kerjasama melibatkan sindiket antarabangsa apabila jenayah mencuri tabung penapis sisa karbon kenderaan berjaya ditumpaskan baru-baru ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, terdapat sindiket melibatkan warga tempatan melakukan jenayah mencuri tabung ekzos kenderaan yang dikenali sebagai 'Catalytic Converter', seterusnya menjual di pasaran antarabangsa seperti di Amerika Syarikat dan Jepun.Beliau berkata, pihaknya berjaya menahan dua suspek utama berusia 34 dan 43 tahun di dua lokasi berbeza di Petaling Jaya, Selangor serta Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Ahad."Dengan tertangkapnya dua suspek ini, kita yakin dapat melumpuhkan sindiket menjual komponen kereta ini ke pasaran luar negara."Polis juga masih lagi menyiasat modus operandi sindiket warga tempatan ini menjual di pasaran antarabangsa, selain melakukan siasatan lanjut bagi menangkap mereka yang terlibat," katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.Mengulas lanjut, Hussein berkata, selain boleh menjual komponen tersebut di pasaran tempatan dengan mudah iaitu antara RM300 hingga RM600 bagi satu unit, Catalytic Converter mempunyai nilai tinggi di pasaran antarabangsa.Jelas beliau, sisa toksik yang terdapat di dalam Catalytic Converter seperti rhodium, paladium serta platinum mempunyai nilai tinggi iaitu RM130 hingga RM350 untuk satu gram.Kata beliau, sisa yang terdapat di dalam Catalytic Converter digunakan untuk industri elektronik, pergigian serta bidang perubatan iaitu membuat plate tulang yang patah.Ekoran itu katanya, hasil soal siasat mendapati suspek mencuri komponen tersebut kerana terdapat permintaan menjualnya di pasaran luar negara dan mendapatkan wang tunai dengan mudah."Anggaran komponen ini boleh dijual di pasaran luar negara antara RM500 hingga RM2,500 bagi satu unit," ujarnya.Hussein berkata, pihaknya merekodkan 46 kes kecurian peralatan tersebut pada 2021, manakala 34 kes pada 2022 dan sebanyak 16 kes untuk tempoh setengah tahun ini iaitu sehingga 17 Jun.Beliau berkata, sindiket yang dipercayai bergiat aktif setahun lalu mensasarkan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan raya dan kawasan sunyi.Kata beliau, sindiket dipercayai sangat mahir melakukan pemotongan komponen berharga itu kerana bekerja di kedai alat ganti kenderaan."Mereka ini dipercayai sangat pantas melakukan jenayah mencuri komponen ekzos kenderaan dan hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk memotongnya."Dengan hanya menaiki motosikal dan membawa gergasi besi, mereka bertindak memotong komponen yang diperlukan dengan cepat," jelas beliau.
4
19 Jun 2023 04:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264265/berita/sukan/pan-gon-lakukan-perubahan-menjelang-aksi-menentang-papua-new-guinea
Pan-gon lakukan perubahan menjelang aksi menentang Papua New Guinea
SETELAH mencetak kejayaan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon baru-baru ini, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon bersedia melakukan beberapa perubahan menjelang aksi persahabatan Tier 1 menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok.Pan-gon yang menyifatkan perlawanan itu sebagai eksperimen berkata, perubahan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya antara lain adalah untuk melihat tahap prestasi pemain yang tidak turun beraksi dalam perlawanan sebelum ini.Selain itu, jurulatih dari Korea Selatan itu mahu melihat persaingan dalam kalangan pemain terus meningkat dalam usahanya membentuk skuad terbaik terutama menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan."Saya mahu menjadikan mereka (pemain) terus bersaing antara satu sama lain. Saya mahu mereka rasa tiada kesebelasan utama yang tetap, sesiapa sahaja boleh berada dalam skuad utama. Persekitaran begini yang saya suka."Sekarang kita ada dua pemain untuk satu posisi jadi mudah-mudahan boleh meletakkan tiga. Jadi semua orang perlu bersaing antara satu sama lain untuk tempat dalam kesebelasan utama dan apabila kita beri mereka peluang untuk bermain, mereka perlu tunjukkan kepada kita bahawa mereka lebih baik daripada pemain lain dalam posisi itu,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini pada Isnin.Walaupun ada perubahan dilakukan, Pan-gon berharap anak buahnya terus menerapkan falsafah pasukan, bersikap agresif dan mengawal keseluruhan perlawanan, di samping mengurangkan kesalahan teknikal."Kita perlu membiasakan diri mencipta peluang menjaringkan gol dan memaksa lawan melakukan kesilapan...kita juga perlu mengurangkan kesilapan teknikal kecil supaya dapat memberikan permainan lebih baik daripada sebelumnya,” katanya sambil mengesahkan hampir kesemua pemain berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan esok.Berdasarkan statistik pertemuan dengan Papua New Guinea, Malaysia menang tiga daripada empat perlawanan dengan pertemuan terakhir pada 2016 menyaksikan skuad Harimau Malaya menang 2-1, lima bulan selepas tewas 0-2 kepada lawan sama."Kita menyaksikan perlawanan mereka (Papua New Guinea) menentang Singapura dan mereka lebih baik daripada yang dijangkakan. Saya tidak peduli dengan sejarah pertemuan lepas, kita mencari kemenangan berturut-turut di laman sendiri, mencipta budaya menang dan membina kubu di laman sendiri. Itu adalah sasaran utama kita,” katanya.Sementara itu, pertahanan negara, Corbin Ong berkata, rakan-rakannya kini lebih fokus kepada usaha pasukan untuk mencapai tahap permainan terbaik berbanding memikirkan tentang lawan."Saya rasa di kem ini, kita lebih fokus bagaimana kita hendak bermain, bagaimana kita hendak serang dan bertahan, itu sahaja yang penting."Ia akan menjadi permainan yang berbeza, seperti kata jurulatih tumpuan kita adalah kepada karakter, kita mahu jadi agresif dan dominan pada masa sama kita mahu mengurangkan kesilapan. Jadi, daripada bercakap mengenai Papua New Guinea, kita tumpukan bagaimana kita boleh memperbaiki diri sebagai satu pasukan,” katanya.Berdasarkan ranking dunia, Malaysia menghuni tangga ke-138 manakala Papua New Guinea 159. - Bernama
4
19 Jun 2023 04:42pm