author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
NOOR AINON MOHAMED
https://www.sinarharian.com.my/article/264734/berita/semasa/kelindan-maut-lori-langgar-belakang-treler
Kelindan maut, lori langgar belakang treler
TELUK INTAN - Seorang kelindan maut selepas lori yang dinaikinya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 8, Jalan Teluk Intan-Kampung Gajah di sini pada Khamis.Kejadian sekitar jam 2.30 pagi itu telah mengorbankan Abdul Nasir Imran, 60, manakala pemandu lori berusia 30 tahun cedera ringan di kepala.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati, treler berkenaan mengalami kerosakan teknikal telah berhenti di atas jalan."Tiba-tiba lori yang dinaiki mangsa dari arah belakang telah merempuh bahagian bucu kanan belakang treler terbabit."Kemalangan itu menyebabkan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit," katanya dalam satu kenyataan di sini.Menurutnya, pemandu lori yang mengalami cedera ringan telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan."Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk dibedah siasat."Pemandu dan kelindan treler masing-masing berusia 33 dan 22 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu," katanya.Ahmad Adnan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Kenderaan terlibat ditahan untuk dihantar pemeriksaan Puspakom dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu."Orang ramai yg mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hanif Ghazali di talian 013-8211978," katanya.
4
22 Jun 2023 11:53am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264732/berita/politik/dun-kelantan-bubar-hari-ini
DUN Kelantan bubar hari ini
KOTA BHARU - [KEMAS KINI] Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mempunyai 45 kerusi pada Khamis secara rasmi dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).Ia susulan pengumuman Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada sidang medianya Rabu lepas, bahawa pembubaran DUN itu mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan enam hari lebih awal, berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 26 Jun ini.Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pas mendominasi Kelantan apabila menang 37 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) menguasai lapan kerusi.Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed kemudian bertindak keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu.PRN Kelantan kali ini akan menyaksikan BN membuat kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH), selain Pas yang menerajui Kelantan sejak 1990 juga tidak bersendirian apabila membentuk kerjasama dengan Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN).Ketika ditemui media pada Rabu, Setiausaha Pas Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat mengesahkan parti itu akan bertanding di 39 kerusi DUN manakala Bersatu akan menentang BN di enam kerusi.Bagi BN dan PH, kedua-dua gabungan berkenaan juga telah menyelesaikan pembahagian kerusi masing-masing.Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman dilapor berkata, calon BN akan diletakkan di 31 kerusi manakala 14 kerusi diberikan kepada PH.Kelantan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN termasuk Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. - Bernama
4
22 Jun 2023 11:53am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264736/berita/nasional/bil-elektrik-tinggi-tnb-saran-amal-penggunaan-tenaga-berhemah
Bil elektrik tinggi: TNB saran amal penggunaan tenaga berhemah
SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mahu pengguna lebih peka terhadap kaedah penggunaan setiap perkakas elektrik secara optimum bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik.TNB dalam kenyataan pada Khamis menjelaskan, peningkatan bekalan tenaga sebanyak 19,716 Megawatt (MW) dicatat pada 11 Mei lalu disumbang oleh penggunaan tenaga bagi peralatan seperti penyaman udara dan kipas.“Jumlah kilowatt-jam (kWh) tenaga digunakan semakin meningkat menyebabkan pengiraan bil melibatkan blok tarif lebih tinggi dan pengguna akan menerima bil dengan jumlah tinggi.“Justeru, pengguna digalakkan untuk mengamal tip penggunaan tenaga berhemah dan elakkan pembaziran dengan memuat turun aplikasi myTNB serta mendaftarkan akaun TNB, sama ada premis dipasang meter pintar atau tidak.“Ia bagi mengenal pasti jumlah penggunaan elektrik secara bulanan dan melihat sejarah penggunaan elektrik serta mudah menyemak bil elektrik,” ujarnya.Pengguna boleh melayari www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energysavingstips/tips-tricks untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan elektrik.Dalam pada itu, TNB turut mencadangkan, budaya penggunaan tenaga elektrik yang betul dan secara berhemah bukan sahaja perlu diamalkan dalam keadaan cuaca panas bahkan amat wajar menjadi amalan seterusnya untuk bersama-sama menyumbang kepada usaha sejagat ke arah kehidupan yang lebih lestari.Tambahan lagi katanya, bagi kediaman yang dipasang meter pintar mempunyai kelebihan tambahan dalam memantau penggunaan elektrik harian dalam unit ringgit ataupun kWh melalui portal myTNB ataupun aplikasi myTNB.“Kelebihan utama meter pintar adalah dari segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan perbelanjaan tenaga isi rumah.“Dengan informasi penggunaan elektrik secara harian, pengguna yang mempunyai meter pintar diberi pemerkasaan diri untuk merancang dan mengawal penggunaan tenaga elektrik dengan lebih efisien,” ujarnya.
4
22 Jun 2023 11:46am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264733/berita/nasional/anak-johor-jadi-penterjemah-di-masjidil-haram
Anak Johor jadi penterjemah di Masjidil Haram
MAKKAH - Ketika kali pertama bertemu, penampilan seorang pemuda ini nampak seperti pelajar Malaysia lain yang berada di bumi Makkah untuk menuntut ilmu di universiti.Oleh kerana bertubuh kecil, mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa Muhammad Mujahid Zaharudin, 26, dari Johor Bahru, Johor mempunyai kerjaya yang menarik.Dalam temubual hampir satu jam dengan media Malaysia mengenai kehidupan beliau di Tanah Suci ini, Muhammad Mujahid berkongsi pengalaman bertugas sebagai penterjemah di Masjidil Haram.Beliau bertanggungjawab dalam menterjemah khutbah Jumaat, Hari Arafah, solat gerhana matahari dan bulan, solat mohon hujan serta beberapa tugasan penting lain.Graduan lulusan Universiti Umm Al-Qura, Makkah dalam bidang Syariah dan mempunyai diploma bahasa Arab itu juga penghafaz 30 juzuk al-Quran serta 4,000 hadis.Kata Muhammad Mujahid, untuk melayakkan dirinya menjawat tugas berkenaan bermula Oktober 2022 lalu sebenarnya agak sukar kerana Arab Saudi menetapkan kelayakan yang tinggi."Di sini saya seorang sahaja yang tiada kelulusan Sarjana dan PhD (Doktor Falsafah), maka mereka menetapkan saya perlu ada kebolehan tambahan seperti keputusan cemerlang di universiti dan alhamdulilah saya dapat memenuhinya," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, penterjemah di Masjidil Haram terbahagi kepada 10 bahasa dan setiap bahasa mempunyai empat petugas.Katanya, petugas kumpulan pertama bertugas di pejabat melibatkan terjemahan untuk papan tanda dan khutbah manakala kumpulan kedua berada di lapangan untuk membantu jemaah dari Malaysia dan Indonesia yang mahu bertanya soalan.Bertugas sebagai penterjemah memerlukan penelitian kerana melibatkan imej Kementerian Haji dan Umrah."Setiap minggu rutin kerja terjemah khutbah Jumaat. Kami ada empat orang, sebulan ada empat kali Jumaat jadi setiap seorang akan kena terjemah sekali."Teks khutbah akan dapat sehari atau dua hari awal, saya terjemah kemudian rakam untuk jemaah dengar secara langsung ketika penyampaian," katanya.Muhammad Mujahid berkata, tugasan mencabar dalam kariernya ialah apabila perlu melakukan terjemahan kuliah Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais."Hampir setiap bulan beliau ada majlis khusus di Masjidil Haram dan pada masa itu tiada teks ucapan, Sheikh Sudais petik satu hadis atau ayat al-Quran dan syarahkannya. Ketika itu terjemahan secara langsung."Cabarannya Sheikh Sudais pandai berpuisi, bersajak dan simpulan bahasa berbeza tidak seperti bahasa kita. Contohnya panjang tangan bahasa Melayu ialah mencuri tapi panjang tangan bahasa Arab ialah orang yang suka bersedekah," katanya.Kata beliau, terdapat juga metafora digunakan yang memerlukan penelitian supaya ayat yang diterjemah tidak membawa maksud yang berbeza."Setakat ini alhamdulilah tugas dapat dilaksanakan dengan baik kerana kumpulan kami sentiasa teliti dalam penterjemahan kerana ia melibatkan imej Kementerian Haji dan Umrah," katanya.Anak sulung daripada tujuh beradik yang sudah berkahwin dan baru sahaja menimang cahaya mata itu bercadang untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan kemudiannya peringkat PhD.Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru yang mencatatkan keputusan 11A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017 berkata, bidang agama yang diceburinya adalah pilihan yang tepat."Bapa saya seorang pensyarah kejuruteraan elektrikal di universiti tempatan dan beliau banyak memberikan galakan kerana pada pandangan beliau, bidang yang saya ceburi mempunyai masa depan yang cerah," katanya.
4
22 Jun 2023 11:34am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264731/berita/nasional/rayuan-haji-mengapa-b40-m40-perlu-bayar-penuh
Rayuan haji: Mengapa B40, M40 perlu bayar penuh?
MAKKAH - Jemaah haji B40 dan M40 yang dapat ke Tanah Suci pada tahun ini selepas rayuan mereka diterima perlu membayar jumlah penuh RM30,850 kerana tidak berada dalam giliran untuk tunai haji pada tahun semasa.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, berdasarkan giliran tahun ini keutamaan diberikan kepada mereka yang terpilih untuk menunaikan haji pada 2020, 2021 dan 2022 yang tertangguh akibat Covid-19."Apabila ada kekosongan kerana jemaah lain tolak atas sebab tertentu, kita buka giliran kepada mereka yang berada di luar giliran. Giliran mereka ini mungkin pada 2025, 2026 atau 2027 dan layak menerima bantuan kewangan haji pada tahun-tahun itu."Tetapi apabila mereka ini membuat rayuan dan berjaya, polisi rayuan ialah mereka semestinya ada kemampuan atau istito'ah jadi perlu bayar penuh," katanya ketika sesi ramah mesra bersama jemaah haji di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah, Abraj Al-Janadriyah di sini pada Rabu.Mohd Na'im berucap pada majlis ramah mesra di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah, Abraj Al-Janadriyah pada Rabu.Beliau menjawab soalan seorang jemaah haji wanita yang bertanyakan mengapa jemaah B40 dan M40 yang terpilih menunaikan haji selepas membuat rayuan perlu menanggung kos seperti golongan T20.Bayaran untuk jemaah haji Muassasah bagi kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM10,980 seorang, RM15,980 bagi M40 dan kumpulan T20 perlu membuat bayaran penuh.Dalam sidang media selepas sesi ramah mesra tersebut, Mohd Na'im berkata, terdapat 60,000 pendeposit Tabung Haji (TH) yang sedang menunggu giliran dan sanggup membayar jumlah penuh kos haji tetapi tidak terpilih pada tahun ini."Bayangkan kalau mereka yang merayu tahun ini dapat potong giliran, dapat pula bantuan kewangan, sedangkan pendeposit lain berkemampuan dan bersetuju untuk membayar penuh RM30,850 tetapi tidak berjaya dalam rayuan."Terdapat juga 69 jemaah haji B40 dan M40 yang menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini menolak bantuan kewangan kerana sedar bahawa istito'ah adalah asas wajib dalam menunaikan haji," katanya.Mohd Na'im dalam pada itu berkata, seramai 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Makkah dengan penerbangan terakhir membawa 357 jemaah telah tiba di Jeddah pada Rabu malam.Mohd Na'im melawat seorang jemaah yang dimasukkan ke Pusat Rawatan TH, di Makkah.Ketika ini katanya, 56 jemaah haji dirawat di Pusat Rawatan TH dan lima orang di Hospital Arab Saudi dan semuanya dalam keadaan stabil.Jumlah jemaah yang meninggal dunia setakat ini adalah seramai dua orang dengan kematian terbaharu pada Isnin melibatkan jemaah wanita berusia 75 tahun dari Selangor disebabkan jangkitan kuman dalam paru-paru.
4
22 Jun 2023 11:25am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264726/berita/nasional/agong-permaisuri-selamat-tiba-di-madinah
Agong, Permaisuri selamat tiba di Madinah
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Kota Suci Madinah, Arab Saudi pada Rabu.Menerusi perkongsian dalam Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz pada 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz pada 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia). - Foto FB Istana Negara"Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua yang diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan paduka-paduka anakanda disambut Gabenor Madinah, Yang Amat Mulia Putera Faisal bin Salman Al Saud,” menurut catatan itu, pada Khamis.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berada di Madinah dan Makkah hingga 1 Julai untuk menunaikan ibadah haji.Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama
4
22 Jun 2023 11:13am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264727/berita/sukan/southampton-pertaruh-magis-martin-kembalikan-status-elit
Southampton pertaruh magis Martin kembalikan status elit
KELAB Liga Kejuaraan, Southampton melantik pengendali berpengaruh Russell Martin sebagai pengurus baharu The Saints dengan kontrak tiga tahun selepas bekas pemain pertahanan itu meninggalkan Swansea City, kata kelab yang diturunkan pangkat dari Liga Perdana Inggeris itu.Pemilihan pengendali berusia 37 tahun itu menyaksikan dia diamanahkan untuk membawa kelab yang beraksi di Stadium St Mary's tersebut kembali ke liga teratas England musim depan.“Sejujurnya merupakan satu keistimewaan untuk menerima peluang ini di Southampton, sebuah kelab yang mempunyai sejarah yang begitu panjang dalam liga Inggeris."Matlamat saya adalah untuk mengembalikan kelab ini ke tempat asalnya - dalam liga utama bola sepak Inggeris. Saya bersedia untuk cabaran ini dan akan memberikan segala-galanya untuk mencapai matlamat ini dan untuk memberikan penyokong pasukan sesuatu yang membanggakan mereka,” kata Martin.Sebagai rekod, Martin mengambil alih The Swans menjelang kempen 2021-22 memimpin kelab Wales itu ke tangga ke-15 pada musim pertamanya.Swansea City kemudiannya memperbaiki kedudukan apabila apabila mengakhiri cabaran di tempat ke-10 musim lalu, hampir kehilangan tempat playoff dengan tiga mata.Martin yang lebih gemar kepada gaya bola sepak Barcelona dan Manchester City, berjaya mempraktikan gaya permainan sama di Swansea apabila secara rutin mendominasi penguasaan bola dalam saingan Liga Kejuaraan."Dia sangat sesuai untuk apa yang kami cuba capai, dengan rekod kukuh dalam membangunkan dan memupuk pemain muda yang berbakat untuk memenuhi potensi mereka serta memberikan keputusan di padang," kata pengarah baharu bola sepak Saints, Jason Wilcox.Sebagai rekod, Martin mempunyai baki kontrak lebih setahun bersama Swansea setelah setelah menandatangani perjanjian tiga tahun pada 2021."Kelab ini juga berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa kami terhutang pampasan penuh untuk Russell, dan kami akan terus bekerja dengan tekun dan strategik untuk melindungi kepentingan terbaik kelab," kata Swansea.
4
22 Jun 2023 11:09am
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
https://www.sinarharian.com.my/article/264725/berita/semasa/dua-warga-emas-rugi-rm10000-ditipu-orang-menteri
Dua warga emas rugi RM10,000 ditipu 'orang menteri'
KUALA SELANGOR - Dua ibu tunggal warga emas mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000 selepas diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai 'orang menteri' pada Jumaat lalu.Shaidah Hamid, 71, dan rakannya, Saamah Basri, 72, masing-masing menetap di Batu 8, Kampung Asahan di sini didatangi suspek kononnya untuk menguruskan bantuan.Shaidah berkata, kejadian kira-kira jam 11 pagi itu berlaku ketika dia sedang berehat di luar rumahnya sebelum ditegur seorang lelaki tidak dikenali."Lelaki itu datang ke rumah saya dan mengaku sebagai 'orang' kepada seorang menteri dan mahu menguruskan bantuan makanan dan wang."Saya percayakan lelaki itu kerana biasa orang datang ke rumah untuk memberi bantuan."Saya tidak mengesyaki apa-apa dan kemudian menaiki keretanya menuju ke rumah Saamah terletak kira-kira 100 meter bagi tujuan sama," katanya ketika ditemui di kediamannya pada Khamis.Menurut Shaidah, lelaki yang memandu kereta itu kemudian membawa mereka berdua ke 'pejabat menteri' di Pekan Bestari Jaya.Katanya, sejurus tiba di parkir kawasan itu, lelaki berkenaan meminta supaya memberi semua barang kemas dengan alasan mahu menimbang bagi proses penilaian zakat."Waktu itu, saya percayakan lelaki itu berniat baik dan menyerahkan satu gelang tangan dan dua cincin serta kad pengenalan," ujarnya.Jelas Shaidah, Saamah pada ketika itu turut menyerahkan satu gelang tangan dan cincin sebelum mereka diminta menunggu di sebuah restoran berdekatan."Dia sempat bawa kami ke restoran dan meninggalkan kami kononnya untuk naik ke tingkat atas pejabat menteri."Namun, saya mula curiga kerana lelaki itu masih tidak muncul selepas lebih sejam dan mendapati keretanya sudah tiada di tempat parkir."Ketika itu baru tersedar kami mungkin ditipu lelaki tersebut dan segera menghubungi seorang jiran meminta anaknya mengambil kami yang ketika itu tidak membawa wang," katanya.Sehubungan itu, katanya, satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada hari sama.Saamah berkata, meskipun kehilangan barangan kemas, namun dia bersyukur mereka terselamat dan tidak dicederakan lelaki tersebut."Paling penting nyawa kami selamat dan mujur kami tidak ditinggalkan di hutan atau kawasan lain."Saya berharap orang ramai berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa seperti kami," jelasnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.Beliau memberitahu, seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes itu ditahan kira-kira jam 4 petang Rabu."Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan akan memberi laporan penuh menerusi kenyataan media petang ini," tambahnya.
4
22 Jun 2023 11:06am
NORAFIDAH ASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264723/berita/semasa/ugut-kes-selenggara-pemadam-api-dua-lelaki-ditahan
Ugut kes selenggara pemadam api, dua lelaki ditahan
SEREMBAN - Polis menahan dua lelaki selepas dipercayai mengugut seorang pemilik restoran di Medan Perdagangan Kepayang di sini berhubung perkhidmatan menyelenggara alat pemadam api.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berumur 55 dan 24 tahun itu ditahan pada Selasa kira-kira jam 10.30 malam selepas menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 49 tahun mengenai ugutan tersebut sehari sebelum itu."Salah seorang daripadanya mempunyai rekod berkaitan dadah dan telah direman selama sehari bagi membantu siasatan kes."Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Dalam pada itu beliau turut menasihatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang kejadian seumpama itu atau sekiranya terdapat mana-mana pihak yang berlagak seperti samseng dalam proses penyelenggaraan dan pembekalan alat pemadam api di balai polis berhampiran.Sinar Harian sebelum ini melaporkan hanya kerana enggan menyelenggara alat pemadam api dengan dua lelaki yang menyediakan perkhidmatan itu, seorang pemilik restoran mendakwa dia dimarahi.Kejadian pada Isnin itu turut menyebabkan mangsa Lee Wai Peng, 49, bimbang akan keselamatannya kerana lelaki terbabit dilihat seolah-olah berlagak ala gangster.
4
22 Jun 2023 10:58am
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264722/berita/semasa/kastam-kelantan-rampas-rokok-seludup-rm11-juta
Kastam Kelantan rampas rokok seludup RM1.1 juta
KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas rokok seludup bernilai RM1.1 juta termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan pada 15 Jun lalu.Dalam serbuan di Tumpat dan Kota Bharu itu, empat lelaki turut ditahan bagi membantu siasatan berkait dengan rampasan terbabit.Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, dalam serbuan pertama di Tumpat pada jam 8.30 pagi, pihaknya telah menahan seorang suspek dan merampas 115 peti rokok seludup."Pemeriksaan ke atas kotak-kotak itu membawa kepada penemuan 150,000 batang rokok seludup. Pada masa yang sama, kita turut menyita tiga buah lori dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurut beliau, pada hari yang sama, bertindak atas maklumat sepasukan anggota kastam telah melakukan serbuan di sebuah rumah di kawasan Kota Bharu.Ujarnya, serbuan itu membawa kepada rampasan 421,800 batang rokok seludup dan tangkapan dua suspek yang dipercayai terlibat dengan aktiviti tersebut.Beliau memberitahu, selain itu sebuah lori dan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) turut dirampas."Siasatan awal mendapati modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk rokok-rokok tersebut dari negara jiran melalui jalan laut atau sungai untuk diedarkan ke luar Kelantan."Kesemua kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.
4
22 Jun 2023 10:55am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264721/berita/nasional/penggantian-acryl-sani-tidak-kontroversi---saifuddin-nasution
Penggantian Acryl Sani tidak kontroversi - Saifuddin Nasution
PUTRAJAYA - Seorang pegawai polis mahupun penjawat awam yang dilantik secara kontrak boleh ditamatkan atau dipendekkan perkhidmatannya pada bila-bila masa, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata, sehubungan itu, soal penggantian jawatan Ketua Polis Negara (KPN) yang sebelum ini disandang oleh Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani kepada Timbalannya, Tan Sri Razarudin Husain ialah satu proses biasa."Tiada kontroversi. Saya sendiri sebelum ini dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah), kemudian diikuti Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan perkara ini diuruskan dengan baik sekali."... saya juga telah bercakap dengan Tan Sri Acryl Sani... dan esok (Khamis) kita akan melakukan majlis serah terima tugas di Pulapol (Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur), jadi tiada apa-apa yang kontroversi,” katanya pada Sesi Eksklusif Editor Media Bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, pada Rabu.Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang pelantikan Razarudin sebagai KPN yang baharu menggantikan Acryl Sani berkuat kuasa esok seperti yang diumumkan beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.Acryl Sani sebelum ini dilantik sebagai KPN secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa pada 4 Oktober 2021 selepas beliau bersara dan sepatutnya tamat Oktober tahun ini.Saifuddin Nasution menjelaskan secara pirinsipnya, sesiapa sahaja pegawai polis yang berpangkat Komisioner Polis (CP) layak untuk dilantik sebagai KPN mahupun Timbalan Ketua Polis Negara."PDRM mempunyai seramai 25 pegawai berpangkat CP. Mereka ini ialah kelompok bakat untuk menjawat dua jawatan ini, ketika ini mereka menduduki jabatan-jabatan yang ada di Bukit Aman, menjadi Ketua Polis Negeri atau berada di cawangan khas."Pada masa yang sama, kita ada 47 pegawai polis berpangkat Timbalan Komisioner Polis (DCP), inilah bakat pegawai polis yang ada yang akan dilibatkan jika ada penggantian untuk jawatan,” katanya.Beliau berkata, mereka akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria termasuk integriti, kefahaman yang baik tentang keamanan dan ketenteraman awam, selain pengalaman dan kelulusan akademik.Sementara itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Acryl Sani atas khidmat yang diberikan sepanjang menjadi Ketua Polis Negara."Saya selesa dengan tahap kerjasama dengannya, dia sangat kondusif, tidak susah bekerja dengan beliau yang banyak menguruskan tentang soal keamanan dan ketenteraman awam secara profesional sepanjang pasukan polis berada di bawah kepimpinannya,” katanya. - Bernama
4
22 Jun 2023 10:50am
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
https://www.sinarharian.com.my/article/264719/berita/semasa/lelaki-maut-kemalangan-motosikal-terbakar
Lelaki maut kemalangan, motosikal terbakar
KOTA TINGGI - Seorang penunggang maut apabila motosikalnya terbakar setelah terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Simpang Perani, Jalan Aping Waha, Kota Tinggi, pada Rabu.Mangsa dikenali sebagai Mohd Azizi Muhamed, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Ismail A Bakar, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 kira-kira jam 9.07 malam mengenai kebakaran motosikal dan kemalangan tersebut.Katanya, satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan lapan anggota dihantar ke tempat kejadian."Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati sebuah motosikal telah musnah 90 peratus selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Wira. Bagaimanapun kereta tersebut telah tiada di lokasi kejadian semasa PKO tiba"PKO kemudiannya bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air pam jentera J1-50 sehingga kebakaran padam sepenuhnya."Terdapat seorang mangsa iaitu lelaki dewasa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akibat kemalangan berkenaan," katanya.Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
4
22 Jun 2023 10:38am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264718/berita/nasional/prn-parti-politik-diberi-peringatan-tidak-sentuh-isu-3r
PRN: Parti politik diberi peringatan tidak sentuh isu 3R
PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi peringatan kepada parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race).Beliau berkata, jika perkara sedemikian berlaku menjelang PRN tidak lama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang dan boleh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Mana-mana parti (politik) bebas memberikan apa jua pandangan berbeza tidak kira sama ada pandangan terhadap kerajaan yang memerintah sekarang asalkan tidak menyentuh aspek 3R."Berpolitik gaya 3R merupakan trend terkini yang saya lihat tidak ‘surut’ dan saya percaya ia akan berterusan menjelang PRN nanti,” katanya dalam sesi eksklusif editor media bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini baru-baru ini.Enam negeri yang akan mengadakan PRN ialah Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, tindakan sedemikian akan dipantau Pasukan Khas 3R yang ditubuhkan sejak Mac lepas."Saya percaya kepimpinan PDRM di bawah Tan Sri Razarudin Husain yang baru dilantik sebagai Ketua Polis Negara akan memberi tumpuan kepada trend berkenaan (politik gunakan isu 3R),” katanya.Sementara itu, diminta mengulas mengenai persiapan PRN di enam negeri berkenaan, beliau berkata, PDRM sentiasa berada pada tahap bersiap siaga dan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi pilihan raya itu."SOP berkenaan antaranya memberi jaminan keselamatan terhadap rakyat yang keluar mengundi, selain memastikan tidak berlaku pelanggaran undang-undang khususnya pada PRN,” katanya. - Bernama
4
22 Jun 2023 10:31am
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264715/berita/nasional/lebih-8-juta-terima-str-3-mulai-isnin-ini
Lebih 8 juta terima STR 3 mulai Isnin ini
PUTRAJAYA - Lebih 8 juta golongan B40 yang layak bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) mulai Isnin ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran tersebut membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing."Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Aidiladha berbanding perancangan awal pada Julai bagi meringankan beban kewangan rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima mulai 26 Jun hingga 5 Julai manakala mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran tunai dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Isnin.Fasa pertama dan kedua STR telah disalurkan pada Januari serta April lepas."Ketiga-tiga fasa STR ini melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi tahun," katanya.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pembayaran fasa keempat STR dijangka dilakukan pada November depan.Status kelulusan STR 3 dibuka untuk semakan mulai 26 Jun. Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai."Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)," ujar beliau.Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di portal rasmi STR .
4
22 Jun 2023 10:24am
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264714/berita/sukan/ranking-dunia-azizulhasni-naik
Ranking dunia Azizulhasni naik
KEJAYAAN jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta sensasi pada Kejuaraan Lumba Basikal Trek Asia 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan menjelmakan perkhabaran gembira kepada ranking atlet program Road To Gold (RTG) tersebut.Pelumba kelahiran Terengganu itu menyatakan rasa puas dengan pencapaian tersebut selepas melalui pelbagai cabaran musim ini."Assalamualaikum, selamat pagi semua. Ada sedikit berita gembira yang saya nak kongsikan dengan anda semua pagi ini."Syukur, alhamdulillah. Ranking dunia semasa saya telah naik beberapa anak tangga. Seperti gambar dikongsikan kepada semua, ranking dunia saya sekarang adalah Keirin - 3 manakala Individual Sprint - 6."Sedikit sebanyak ini memberikan suntikan semangat untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow nanti dan juga langkah yang amat positif di dalam proses kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024."Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan dan doa daripada anda semua. Malaysia Boleh," katanya.Sebagai rekod, Azizulhasni mencipta magis tersendiri apabila menyambar 12 pingat emas peribadi dalam edisi tersebut.
4
22 Jun 2023 10:18am
NORAFIDAH ASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264713/berita/semasa/lelaki-berselimut-curi-beg-imam-ketika-solat-subuh
Lelaki 'berselimut' curi beg imam ketika solat subuh
JEMPOL- Seorang warga emas kehilangan dokumen penting termasuk kad bank dan wang tunai RM150 selepas beg silang miliknya dicuri lelaki 'berselimut' ketika solat subuh di Surau Kampung Indah, Bahau di sini dalam kejadian awal pagi Rabu.Perbuatan suspek berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) surau berkenaan setelah mangsa Abdul Rahman Salimap, 68, menyedari begnya tiada.Menurut anak tiri mangsa, Rafika Fitri Masweldi, 33, bapanya itu sering menunaikan solat lima waktu di surau berkenaan dan ia merupakan kejadian kelima membabitkan jenayah curi dan pecah tabung surau di situ."Kejadian kira-kira jam 6 pagi, ketika itu ayah jadi imam dan ada jemaah wanita di belakang tabir, bagaimanapun ayah sedar ada kelibat belakangnya namun beranggapan ada jemaah lain datang hendak solat."Selesai solat, beg yang diletakkan di tepi sudah hilang, lalu ayah memaklumkan perkara itu kepada imam surau sebelum memeriksa CCTV," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Ujarnya, selain kad bank dan wang tunai, turut berada dalam beg berkenaan adalah lesen memandu, kad pengenalan serta beberapa dokumen lain.Katanya, wang berkenaan sepatutnya digunakan untuk membeli ubat berikutan kesihatan bapanya tidak begitu baik termasuklah penglihatannya."Dalam bank ada juga duit namun kami sudah 'block' kad berkenaan. Saya berharap pelaku dapat ditangkap kerana bukan senang untuk mencari wang zaman ekonomi tidak menentu ini."Tambahan pula dengan keadaan kesihatan ayah yang sudah uzur... saya berharap orang ramai akan lebih berhati-hati walaupun berada dalam surau ataupun masjid," katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Bahau pada Rabu.Dalam pada itu, berdasarkan perkongsian rakaman CCTV yang dimuat naik Rafika Fitri di Facebook memaparkan seorang lelaki dilihat masuk ke dalam surau dengan menutup muka dan badannya menggunakan kain dipercayai selimut.Lelaki berkenaan kemudiannya mencapai beg silang di bahagian tepi surau sebelum keluar.Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol,Superintenden Hoo Chang Hook ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
4
22 Jun 2023 10:13am
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
https://www.sinarharian.com.my/article/264711/berita/politik/wanita-pkr-masih-runding-lapan-kerusi-prn-selangor
Wanita PKR masih runding lapan kerusi PRN Selangor
SHAH ALAM - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berunding dengan kepimpinan tertinggi parti itu untuk bertanding lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata, rundingan mengenai kuota calon peringkat sayap itu dibincangkan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek bersama kepimpinan tertinggi parti berkenaan."Di peringkat Majlis Pimpinan Wanita PKR telah bersetuju meletakkan lapan calon di PRN Selangor dan kita berharap pucuk pimpinan memberi pertimbangan," katanya ketika ditemui pada Khamis.Juwairiya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati berkata, kewibawaan calon wanita PKR terserlah apabila berjaya memenangi enam kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu."Daripada enam penyandang ini, kita minta tambahan dua lagi kerusi baharu untuk ditandingi calon wanita PKR."Kali ini mungkin ada pertukaran kerusi (calon wanita PKR) kerana tidak semestinya DUN dimenangi mereka (PRU14 ) kekal dengan harapan kuota ini dapat ditingkatkan dan bukan berkurangan," jelas beliau.Tambah beliau, wanita PKR mempunyai ramai calon berkredibiliti dan bersedia untuk diletakkan sebagai calon."Kita yakin boleh menyediakan calon berkaliber untuk lapan kerusi ini dan berharap kepimpinan negeri dan juga pusat dapat mempertimbangkan," tambahnya.Mengulas mengenai kesediaan beliau mempertahankan DUN Bukit Melawati, Juwairiya berkata, setakat ini fokus beliau mahu memastikan kerusi itu kekal milik PKR."Saya bersedia mempertahankan DUN Bukit Melawati lebih-lebih lagi nampak perubahan positif dan bertambah baik apabila Kerajaan Perpaduan dimeterai."Saya yakin dapat meyakinkan pengundi dalam PRN Selangor dan bersedia untuk terus berkhidmat," jelasnya.Menurut beliau, masih banyak perancangan yang belum selesai dan tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Kita rugi dua tahun (akibat PKP) kerana tidak dapat melaksanakan sebarang pembangunan, infrastruktur dan projek yang tujuannya meningkatkan taraf hidup rakyat."Sebenarnya hanya tiga tahun yang kita dapat buktikan hasil kerja dan sumbangan kepada rakyat disebabkan PKP."Saya percaya jika lima tahun atau diberi satu penggal lagi lebih banyak limpahan manfaat yang akan dirasai penduduk," ujarnya.Sinar Harian pada 10 Jun lalu melaporkan, wanita PKR menyasarkan seramai lapan calon wanita diketengahkan untuk bertanding mewakili parti itu pada PRN Selangor.
4
22 Jun 2023 09:53am
NOOR AINON MOHAMED
https://www.sinarharian.com.my/article/264710/berita/semasa/pelajar-tahfiz-dikhuatiri-hilang-dalam-kebun-getah
Pelajar tahfiz dikhuatiri hilang dalam kebun getah
GERIK - Seorang pelajar tahfiz dilaporkan hilang dalam kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah di sini, pada Rabu.Mangsa dikenali sebagai Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris, 17, yang dipercayai mengalami gangguan emosi kali terakhir dilihat menunggang motosikal di Kampung Ulu Kenderong di sini, sekitar jam 9 pagi.Pencarian yang dilakukan ahli keluarga berjaya menemukan motosikal mangsa yang ditinggalkan di kebun getah berkenaan sekitar jam 6 petang sebelum melaporkan kepada pihak polis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal diterima sekitar jam 1.33 pagi pada Khamis dan pos kawalan bomba telah dibuka di tempat kejadian."Operasi ditangguhkan sehingga pagi ini berikutan keadaan yang gelap dan sempit selain tiada liputan Government Integrated Radio Network (GIRN)."Unit Anjing Pengesan (K9) bersama Pasukan Multi Skill (MUST) telah tiba di lokasi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat," katanya ketika dihubungi di sini.Menurut beliau, fokus pencarian melibatkan kawasan seluas dua kilometer dari lokasi terakhir motosikal mangsa ditemui.
4
22 Jun 2023 09:40am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264709/berita/hiburan/bintang-pop-korea-selatan-pernah-tipu-hidap-kanser-ditemui-mati
Bintang pop Korea Selatan pernah tipu hidap kanser ditemui mati
BINTANG pop Korea Selatan, Choi Sung-bong ditemui mati di rumahnya di daerah Yeoksam-dong, Seoul pada 9.41 pagi, Selasa, lapor The Korea Times.Penyanyi berusia 33 tahun itu ditemui mati selepas meninggalkan pesanan di YouTube, yang memohon maaf atas 'kesilapan bodohnya'.Bagaimanapun pihak polis masih melakukan siasatan terhadap kematian Sung Bong.Sung Bong yang mula dikenali selepas menyertai program Korea’s Got Talent pada 2011 pernah mencetuskan kontroversi apabila berbohong mengenai dirinya menderita kanser.Ia mencetuskan kemarahan selepas ramai yang terpedaya dengan memberikan derma kepadanya selepas Sung Bong pernah membuat kutipan dana untuk membiayai rawatan penyakitnya.Ini merupakan berita kematian kedua melibatkan artis dari Korea Selatan dalam tempoh seminggu.Sebelum ini aktres Park Soo Ryun meninggal dunia pada usia 29 tahun setelah terjatuh dari tangga ketika pulang ke rumah.
4
22 Jun 2023 09:30am
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/264702/berita/sukan/harrif-mohon-tajaan-basikal-trek
Harrif mohon tajaan basikal trek
JAGUH berbasikal lebuh raya negara, Mohd Hariff Saleh tampak benar-benar serius untuk kembali aktif menggegarkan trek velodrom.Selepas membuat penampilan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini, Harrif nyata tidak mahu menoleh ke belakang lagi.Namun, Harrif yang terkenal selaku pakar pecut dalam acara lebuh raya berdepan masalah tidak memiliki basikal trek untuk merealisasikan impiannya itu.“Saya memang berkeinginan jika ada pihak-pihak yang hendak menaja basikal trek velodrom ataupun peralatan lain seperti handle untuk acara trek.“Jika saya memiliki basikal sendiri, mudah bagi saya berlatih untuk menguatkan lagi sprint (pecut) dan juga stamina selain latihan road (lebuh raya) sekarang.“Tambahan pula, (dengan) velodrom yang baru siap berpangkalan di Dungun, Terengganu, mudah untuk saya berlatih di sana.“Saya berharap ada pihak sudi membantu masalah saya ini. Saya jarang nak luahkan apa yang terbuku di hati ini,” tulis Harrif di laman sosial Facebook miliknya pada Selasa.Hariff berkata, dia hanya menggunakan basikal trek yang dipinjamkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) ketika membuat penampilan pada ACC 2023 yang berakhir Isnin lalu.“Saya juga berterima kasih kepada MSNT kerana memberi pinjam basikal baru-baru ini kepada saya untuk mewakili malaysia dalam saingan ACC dan kejohanan kebangsaan.“Memandangkan sekarang di Malaysia sudah banyak perlumbaan (trek) dianjurkan, cita-cita saya juga ingin menjadi seperti Dato Azizul (jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang).“Walaupun berlainan acara, saya akan fokus pada acara track endurance,” jelas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu.Pada ACC 2023, Harrif berjaya menamatkan acara elimination (perlumbaan penyingkiran) di tangga kelapan daripada 15 pelumba biarpun hanya membuat persiapan dalam tempoh dua minggu.Sejurus menamatkan acara tersebut, Harrif atau lebih terkenal dengan panggilan Mamat menyatakan kesediannya membarisi skuad berbasikal trek negara jika khidmatnya diperlukan.Pada masa sama, Harrif mengakui tumpuan utamanya ketika ini adalah bersama TSG memandangkan dia sudah mencipta nama dalam saingan lebuh raya lebih sedekad yang lalu.
4
22 Jun 2023 09:30am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264699/berita/nasional/ekonomi-positif-jika-gubal-undang-undang-berkaitan-elemen-ali-baba
Ekonomi positif jika gubal undang-undang berkaitan elemen Ali Baba
SHAH ALAM - Pakar ekonomi menyenaraikan tujuh kesan positif terhadap ekonomi negara jika meneliti semula beberapa komponen dalam menggubal undang-undang khusus baharu berkaitan elemen rent-seeking atau konsep Ali Baba dilaksanakan.Antaranya, peluang pekerjaan meningkat, tidak berlakunya ketirisan ringgit, rancak pertumbuhan ekonomi, kenaikan nilai mata wang dan kelahiran usahawan baharu.Menurut Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim, apabila struktur perniagaan dan ekonomi tidak lagi didominasi oleh warga asing atau sesuatu kaum, ia secara tidak langsung mewujudkan peluang rakyat tempatan untuk berdagang.“Langkah tersebut dapat mengelak ketirisan juga kebocoran ringgit keluar negara dan perkara ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan nilai mata wang negara di pasaran.“Selain itu, ia juga membantu mewujudkan persekitaran ekonomi jauh lebih sihat dan kompetitif diikuti dengan amalan rasuah serta budaya mendapatkan laba (keuntungan) melalui cara mudah dapat dikurangkan atau dihapuskan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Kementerian Ekonomi sedang mengkaji beberapa komponen untuk menggubal undang-undang khusus baharu yang mampu mematahkan konsep Ali Baba dalam struktur perniagaan dan ekonomi negara.Menteri berkenaan, Rafizi Ramli berkata, isu warga tempatan yang menyewakan perniagaan dimiliki kepada warga asing telah berlanjutan sekian lama tanpa sebarang undang-undang khusus berkaitannya sehingga menyebabkan wujud rasa tidak adil dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.Pada masa sama, Mohd Faisol menjelaskan, penggubalan itu mendorong kepada kelahiran lebih ramai usahawan dan peniaga yang serius dan kompeten dalam sesuatu bidang.Tambahnya, melalui peluang ekonomi secara terbuka dan adil, ia mampu menjana pendapatan tambahan dan keuntungan kepada para peniaga.“Mereka juga mampu untuk menjalankan perniagaan secara konsisten dan berdaya maju bagi jangka masa panjang dan jika ini terjadi, peredaran wang dalam pasaran akan beredar secara sihat.“Bukan itu sahaja, masyarakat setempat mungkin tidak perlu risau lagi dengan isu jenayah, keselamatan dan kualiti barangan serta harga barangan jika para peniaga terdiri daripada masyarakat tempatan,” ujarnya.Beritahu Mohd Faisol lagi, implikasi ke enam adalah penjimatan kos tambahan barangan dan perkhidmatan mungkin berlaku kerana tiada lagi amalan rasuah melalui konsep Ali Baba.Katanya, konsep pengagihan kekayaan dalam ekonomi negara akan berlaku secara adil kerana rakyat Malaysia dapat berniaga dalam keadaan sejahtera dan terpelihara daripada ancaman peniaga warga asing.“Kesan terakhir adalah mereka juga tidak lagi perlu berhadapan dengan ancaman lesen perniagaan yang disewakan oleh pihak berkepentingan kepada pihak ketiga semata-mata ingin meraih laba dengan sewaan tersebut,” jelasnya.
4
22 Jun 2023 09:00am
LIZA MOKHTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/264696/berita/politik/mic-mohon-kerusi-tetapi-keputusan-masih-belum-diketahui
MIC mohon kerusi tetapi keputusan masih belum diketahui
SHAH ALAM - MIC mengesahkan memohon beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu untuk ditandingi parti tersebut pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran bagaimanapun tidak mendedahkan senarai kerusi itu kepada Sinar Premium.Cuma beliau berkata, MIC menyerahkan keputusan berhubung jumlah kerusi yang di mohon parti itu kepada pihak kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).“Kita telah serahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan tentang permohonan kerusi itu. Setakat ini, masih belum ada keputusan,” katanya ringkas pada Rabu.MCA dan MIC Negeri Sembilan sebelum ini berpendapat, tidak sepatutnya mereka tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding pada PRN kelak.Menurut Ketua MCA negeri, Siow Koi Voon, pihaknya kekal dengan prinsip semua parti komponen yang menyertai Kerajaan Perpaduan perlu diberikan peluang untuk bertanding.Ketua MIC negeri, Datuk L Manickam pula tidak bersetuju jika parti itu tidak diberi sebarang kerusi.Sebelum ini, di Pulau Pinang, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, MIC dan MCA negeri berkenaan turut meminta beberapa kerusi untuk ditandingi bagaimanapun sehingga kini masih menjadi tanda tanya.Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-14, MIC meletakkan sembilan calon iaitu tiga kerusi DUN di Selangor melibatkan Ijok, Sungai Tua dan Sentosa; Kedah (Lunas dan Bukit Selambau); Pulau Pinang (Bagan Dalam dan Perai); dan Negeri Sembilan (Jeram Padang dan Sri Tanjung).
4
22 Jun 2023 08:30am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264706/berita/semasa/bekas-teman-wanita-pemain-bola-sepak-sabah-ditahan
Bekas teman wanita pemain bola sepak Sabah ditahan
KOTA KINABALU - Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai merosakkan pintu rumah bekas teman lelakinya yang juga pemain bola sepak Sabah.Wanita itu ditahan pada jam 8 malam, Rabu bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, tangkapan dibuat susulan daripada laporan polis yang dibuat pemain bola sepak berkenaan pada 17 Jun lalu."Pengadu mengatakan bahawa pintu rumahnya telah dirosakkan oleh bekas teman wanitanya."Suspek kemudian berjaya ditahan dan dengan tertangkapnya suspek, kita percaya dapat menyelesaikan kes ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih berhubung kes ini yang telah dimuat naik dan tular di platform media sosial."Tangkapan dibuat bersabit dengan kes melakukan khianat dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
4
22 Jun 2023 08:19am
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/264694/berita/nasional/peluang-pelajar-sabah-berdialog-dengan-pemimpin
Peluang pelajar Sabah berdialog dengan pemimpin
SHAH ALAM - Program perkongsian ilmu dan interaktif Sinar Harian, Dialog Siswa merupakan platform terbaik kerana konsepnya yang memberikan peluang kepada pemimpin tempatan untuk berinteraksi dengan golongan mahasiswa secara lebih dekat.Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, Dialog Siswa juga memberikan peluang kepada pemimpin untuk mendengar suara pelajar yang mengetengahkan pelbagai isu yang dekat dengan mereka.“Saya sentiasa terbuka untuk berkongsi pandangan dan berdialog dengan pelajar. Saya juga bersedia untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Program Dialog Siswa itu akan diadakan di Dewan Al Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, Sabah yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada jam 8.30 malam, Khamis.Selain Shahelmey, program itu turut menampilkan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah sebagai panelis dan ia akan dikendalikan oleh anak tempatan, Safwan Sawi.Shahelmey dan Masiung akan mengupas pelbagai topik berkaitan perumahan, masyarakat, pembangunan dan generasi muda di Sabah.Kedua-dua panelis bukan sahaja akan berkongsi pandangan dengan pelajar dari UiTM cawangan Sabah dari Kampus Kota Kinabalu malah dari beberapa universiti di sekitar Sabah.Bagaimanapun, Shahelmey berkata, jawapan yang akan diberikan bergantung kepada kesesuaian soalan dan skop tugasan beliau.“Saya harap program ini menjadi satu jambatan kepada pelajar dengan kerajaan dalam berkomunikasi perihal isu-isu yang berkaitan,” katanyaSementara itu, Masiung berkata, program Dialog Siswa memberikan peluang kepada beliau untuk mendengar pandangan anak muda dalam mengupas isu domestik di Sabah kerana pandangan mereka akan mempengaruhi kerajaan dalam membuat keputusan.“Saya bersedia berkongsi informasi dan membetulkan isu melibatkan perumahan dan komersial yang berkait rapat dengan LPPB Sabah.“Jika ada soalan agak panas, kita bersedia untuk menjawab dan memberikan maklum balas yang terbaik terhadap isu yang dibangkitkan,” ujarnya.Tambahnya, pelajar hari ini adalah golongan pelapis yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa depan.“Sudah tentu kita sebagai pemimpin di peringkat negeri akan memberi suntikan semangat kepada mereka untuk mempunyai keterampilan dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bakal pentadbir kerajaan dan pemimpin negara,” jelasnya.Sebelum ini, dua edisi Dialog Siswa menampilkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.
4
22 Jun 2023 08:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264707/berita/semasa/polis-terima-empat-laporan-penipuan-culik-murid-sekitar-lembah-klang
Polis terima empat laporan penipuan culik murid sekitar Lembah Klang
KUALA LUMPUR - Polis menerima empat laporan berhubung modus operandi terkini penipuan penculikan melibatkan murid sekolah di sekitar Lembah Klang, pada 13 hingga 15 Jun lalu.Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, satu pesanan ringkas turut tular melalui aplikasi Whatsapp berhubung kejadian tersebut."Siasatan awal kes tersebut mendapati, seorang wanita tempatan telah menerima panggilan telefon daripada seorang individu tidak dikenali yang mendakwa telah menahan anaknya dan meminta wang tebusan."Wanita itu dengan segera bertindak memeriksa keadaan anaknya dan mendapati anaknya dalam keadaan selamat."Wanita itu serta-merta memutuskan panggilan dengan suspek tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.Mengulas lanjut, Amihizam berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu Cubaan Penipuan.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut."Jangan mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali serta buat semakan dengan menghubungi pihak sekolah atau dapatkan pengesahan guru sekolah sekirannya anda mengalami situasi tersebut."Hubungi balai terdekat sekiranya anda mengalami masalah dan berhadapan dengan situasi ini serta jangan mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali."Buat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," jelas beliau.Amihizam berkata, orang ramai juga boleh melaporkan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan."Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan," ujarnya. - Awani
4
22 Jun 2023 08:08am
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
https://www.sinarharian.com.my/article/264704/berita/politik/siapa-calon-poster-boy-ph-pn-di-selangor
Siapa calon poster boy PH, PN di Selangor?
PENGUMUMAN calon poster boy Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pastinya ditunggu-tunggu pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor nanti.Pemilihan poster boy sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Selangor lebih-lebih lagi pemimpin itu mesti bersifat ‘popular’ kerana aura dimiliki bukan hanya di kerusi dimenangi peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) semata-mata, sebaliknya disenangi di seluruh negara.Gambar dari kiri: Mohd Yahya, RoslanDUN Selangor yang secara rasmi dibubarkan pada Jumaat, dijangka sengit bukan sahaja dalam soal pemilihan calon bertanding tetapi siapakah calon poster boy bakal ditampilkan parti politik?Baca analisis penuh 'Siapa calon poster boy PH, PN di Selangor?' di Sinar Premium.
4
22 Jun 2023 08:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264703/berita/nasional/supercop-baharu-malaysia
'Supercop baharu' Malaysia
SHAH ALAM - Pelantikan Tan Sri Razarudin Husain sebagai Ketua Polis Negara yang baharu, manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai timbalannya merupakan kombinasi terbaik demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, gandingan mantap kedua-dua tokoh itu tidak dapat disangkal lagi memandangkan masing-masing mempunyai kredibiliti serta berpengalaman lama dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).Katanya, semua pihak tahu Razarudin merupakan pegawai kanan polis yang sudah lama berkhidmat dengan PDRM dan Ayob Khan pula telah membuktikan prestasi terbaik beliau ketika menjadi Ketua Polis Johor sungguhpun masih muda.Baca berita penuh 'Supercop baharu' Malaysia' di Sinar Premium.
4
22 Jun 2023 07:30am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264705/berita/semasa/maklumat-pergerakan-anwar-bocor-netizen-bangkit-persoalan
Maklumat pergerakan Anwar bocor, netizen bangkit persoalan
SHAH ALAM - Sebuah akaun di laman Twitter mendedahkan pergerakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menggunakan jet kerajaan.Akaun itu memuat naik informasi penggunaan jet tersebut dalam satu ciapan yang dipercayai digunakan bagi membawa Ahli Parlimen Tambun ke Perak pada Rabu."Anwar ini nak pergi Perak pun kene (kena) naik jet kerajaan. Begitulah caranya nk (nak) kurangkan kos sara hidup," katanya pemilik akaun tersebut secara sinis di Twitter pada Khamis.Dakwaan tersebut secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai tentang bagaimana informasi berkenaan dibocorkan sebegitu mudah kepada orang awam.Menurut pengguna akaun W, satu siasatan harus dijalankan bagi mengesan individu yang menyebarkan maklumat tersebut."Senangnya maklumat Perdana Menteri tersebar? Keselamatan beliau terdedah macam itu je, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kena siasat," ujarnya dalam komentar.Sementara itu, individu bernama Ace menyatakan bahawa tindakan membocorkan maklumat berkenaan memberi risiko bahaya terhadap Anwar."Korang ini gila ke?" soalnya.
4
22 Jun 2023 07:06am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264689/berita/nasional/malaysia-tiada-kaedah-kawal-pelarian
Malaysia tiada kaedah kawal pelarian
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan membuka peluang kepada pelarian Rohingya untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bukanlah faktor utama golongan itu akan ‘membanjiri’ Malaysia.Pakar Undang-undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Salawati Mat Basir sebaliknya berkata, ia berlaku disebabkan kelalaian Malaysia yang tidak pernah ada pengawalan pelarian.Menurut beliau, tidak pernah diketahui setakat mana kawalan pelarian Rohingya yang diterima ke Malaysia dan perkara tersebut menjadi tanda tanya semua pihak.“Tidak payah kata peluang bagi pelarian Rohingya belajar akan menyebabkan mereka membanjiri negara ini, sedangkan Malaysia sendiri sejak dari dahulu lagi tiada mekanisme pengawalan pelarian.“Kebanjiran bangsa pelarian itu disebabkan kelalaian sendiri (Malaysia)."Kalau tidak diberi peluang belajar pun mereka tetap ramai di negara ini,” katanya.Pada Selasa, Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, soal ancaman kedaulatan negara tidak timbul susulan pelarian Rohingya diberi peluang melanjutkan pengajian di IPT di dalam negara.Ujarnya, ini kerana sebagai sebuah negara bertamadun, Malaysia diharap untuk membantu pelarian.Sementara itu, Salawati berkata, Malaysia mungkin merasakan sudah tiba masanya negara memberi peluang kepada pelarian Rohingya yang terpilih untuk menyambung pelajaran di IPT.“Saya rasa ia lebih kepada insan Malaysia, terpulang kepada tuan rumah untuk beri atau tidak. Dalam hal ini, Malaysia mungkin rasa sudah tiba masanya peluang itu diberikan.“Kita juga dapat menaikkan imej negara memandangkan kita sangat teruk dihina negara luar berhubung layanan terhadap pelarian Rohingnya,” katanya.
4
22 Jun 2023 07:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264688/berita/nasional/dulu-asyik-pertikai-bila-jadi-kerajaan-tak-tahu-buat---shahrir
'Dulu asyik pertikai, bila jadi kerajaan tak tahu buat' - Shahrir
SHAH ALAM - Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengkritik kerajaan kini didakwa tidak cekap dalam pengendalian urus tadbir negara.Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu mendakwa, ketika menjadi pembangkang, pihak berkenaan terlalu banyak mempertikaikan pelbagai perkara."Bertahun sebagai pembangkang asyik menyalahkan dasar dan strategi kerajaan, tapi bila sudah jadi kerajaan tidak pula tahu buat yang betul," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.Beliau turut memuat naik hantaran berhubung kritikan terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang didakwa masih tidak dapat menyelesaikan kemelut ekonomi melanda negara."Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah boleh bubar jawatan Menteri Ekonomi itu."Ekonomi rakyat dan negara semakin tergugat," kata beliau.
4
22 Jun 2023 12:13am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264687/berita/semasa/insiden-kepala-air-dua-wanita-china-ditemukan-lemas
Insiden kepala air: Dua wanita China ditemukan lemas
KUALA LUMPUR - Dua wanita warga China ditemukan lemas selepas dihanyutkan dalam insiden kepala air ketika mandi di air terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini petang Rabu.Fenomena kepala air di kawasan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat di bahagian hulu sungai yang menyebabkan paras air terjun menjadi tinggi dengan arus deras.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat Xia Yuan Ling, 55, ditemukan tersangkut di celahan batu pada jam 6.18 petang kira-kira 200 meter dari tempat kedua-dua mangsa dilaporkan hanyut."Manakala mangsa kedua ditemui pada jam 10.20 malam di celah batu, 50 meter dari lokasi Yuan Ling dijumpai."Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan kedua-dua wanita pada jam 5.30 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian."Operasi pencarian ditamatkan pada jam 11 malam," katanya. - Bernama
4
21 Jun 2023 11:45pm
AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI
https://www.sinarharian.com.my/article/264686/berita/sukan/harimau-muda-akhiri-kempen-piala-asia-b-17-dengan-kemenangan
Harimau Muda akhiri kempen Piala Asia B-17 dengan kemenangan
SKUAD Bawah (B-17) tahun negara menutup kempen Piala Asia B-17 dengan noktah kemenangan selepas menewaskan Laos 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A sebentar tadi.Dalam aksi di Stadium Thammasat, Bangkok itu, skuad muda negara bermula garang, namun kesilapan barisan pertahanan menyebabkan kapten Laos, Sayfon Keohanam menyumbat gol pada minit ke-12.Tersentak dengan jaringan itu, anak-anak buah Osmera Omaro bangkit memburu gol penyamaan sehingga akhirnya berjaya merobek gawang Laos menerusi Dainei Mat Disa pada minit ke-43.Aksi babak kedua menyaksikan Harimau Muda terus bersemangat memburu gol sebelum Dainei berjaya meledak jaringan kedua pada minit ke-78.Laos cuba bangkit memburu gol penyamaan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.Kemenangan itu setidak-tidaknya mampu menebus maruah Harimau Muda selepas mereka gagal layak ke suku akhir apabila tewas dalam dua aksi awal peringkat kumpulan.Harimau Muda memulakan kempen di Bangkok dengan langkah kiri apabila tewas 0-4 kepada Yemen sebelum mengalami kekalahan 0-3 ketika berdepan Thailand.
4
21 Jun 2023 10:58pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264684/berita/nasional/ahli-politik-tak-patut-masuk-campur-isu-kedah-pulau-pinang
'Ahli politik tak patut masuk campur isu Kedah-Pulau Pinang'
SHAH ALAM - Isu Kedah-Pulau Pinang yang hangat diperkatakan baru-baru ini sepatutnya memerlukan penyertaan daripada ramai pakar sejarah.Pensyarah Kanan Bahagian Sejarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azmi Ariffin berkata, ia kerana perbahasan tersebut memerlukan perbincangan secara teknikal tanpa terbawa-bawa dengan sentimen.Justeru, tidak wajar isu berkenaan mendapat penyertaan pimpinan parti politik yang bersulamkan sentimen.“Bila ada ahli politik yang masuk dalam perkara ini dan bawa maklumat tidak tepat. Ia mengakibatkan masalah, tambahan lagi kalau ada pengikut, lebih teruk polemiknya.‘Perbezaan dari segi pandangan sejarah sepatutnya disambut dengan baik kerana ia bersifat harmoni. Namun, sebaliknya bila berlaku campur tangan politik.“Tiada istilah untuk berbincangnya dari sudut tersebut, selagi masih ada ruang kefahaman yang luas. Ia dapat mewujudkan perdebatan yang sihat,” katanya semasa Program Sinar Libe ‘Sejarah atau Perlembagaan’ pada Rabu.Mei lalu, orang ramai dikecohkan dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut.Jelasnya, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pula baru-baru ini bertitah, hakikat bahawa tanah Pulau Pinang hanyalah dipajak, perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.Baginda bertitah, perbincangan mengenai perkara itu haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.Dalam pada itu, Azmi menambah, pemimpin politik sama ada kerajaan atau pembangkang seharusnya duduk bersama bagi menyatupadukan seluruh masyarakat Malaysia.Jelasnya, ia pernah dibuktikan pasca 13 Mei 1969 apabila wujud banyak dasar perpaduan ketika itu.
4
21 Jun 2023 10:02pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264681/berita/hiburan/alif-satar-isteri-berlepas-ke-makkah-tunai-haji
Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji
SEPANG - Kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan Alif Satar ketika ditanya perasaannya diberi kesempatan untuk menunaikan fardu haji tahun ini.Kelopak matanya pula bergenang menginsafi kebesaran ALLAH mengundang bukan hanya dia, bahkan isterinya, Sha Dila Halid yang menemaninya ke Tanah Suci.Sekitar pukul 7.20 malam ini, Alif dan Sha Dila akan berlepas ke Makkah bagi menyempurnakan tuntutan rukun Islam kelima.Kepada Astro Awani, Alif, 33, bercerita betapa undangan ke rumah ALLAHitu bagaikan rahmat yang terlalu agung buatnya.“Sebelum ini, setiap hari dan setiap masa sejak tahun 2017 Alif memanjat doa kepada ALLAH agar mengundang Alif dan isteri untuk menunaikan haji. Setiap tahun, Alif sentiasa mengharapkan undangan itu diberikan.Kegembiraan Alif Satar tambah berganda kerana menyertai rombongannya menunaikan haji tahun ini ialah Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin. - Foto Astro Awani“Alhamdulillah, doa Alif telah diangkat oleh ALLAH. Sukar digambarkan perasaan gembira yang bukan kepalang. Terima kasih ALLAH, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan,” kata artis versatil ini ketika ditemui Astro Awani di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.Dalam leka memikirkan kegembiraan diundang sebagai tetamu ALLAH untuk mengerjakan haji, Alif turut membayangkan juga bagaimana kelak apabila umat Islam syurga kelak.Namun begitu, Alif sangat-sangat yakin ketika ini adalah masa yang terbaik untuk dia dan isteri meluangkan masa dan kesempatan menzahirkan kesyukuran dengan melalui perjalanan spiritual di Makkah dan Madinah.“Perjalanan spiritual ini adalah satu jihad yang terbesar dalam hidup Alif dan juga rakan-rakan jemaah haji lain kerana perlu meninggalkan anak-anak dan keluarga di tanah air.“Tetapi, dari satu perspektif lain, Alif melihat pemergian ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji adalah pengorbanan yang kecil berbanding apa yang telah Nabi Ibrahim dan anakanda baginda, Nabi Ismail lalui di zaman itu,” kata Alif lagi.Justeru, kesempatan di Makkah kelak, Alif berikrar, untuk melakukan yang terbaik dan memberi fokus pada ibadah yang dituntut.Pada kesempatan di Tanah Suci juga, Alif tentu sekali akan berdoa kepada ALLAH agar sekembalinya ke tanah air kelak, dia akan dianugerahkan haji mabrur.Satar Ramli (kiri) dan Norhafiza Mohamad (dua dari kiri) turut berada di KLIA menghantar Alif Satar dan Sha Dila ke Makkah pada Rabu. - Foto Astro Awani“Semoga ada perubahan yang lebih baik buat Alif dan isteri apabila kami kembali kelak walapun dalam hati ada sedikit rasa takut, namun Alif akan manfaatkan peluang ini untuk buat yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan haji mabrur... Insya-ALLAH,” ujarnya lagi.Ketika di KLIA tadi juga, Alif berkongsi kegembiraan berganda kerana turut bersama-samanya menyerti rombongan perjalanan haji ini ialah Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.“Nikmat dan rezeki yang ALLAH berikan amat luar biasa buat Alif,” kata dalam nada sebak.Turut berada di KLIA menghantar Alif dan isteri ke Makkah ialah bapa dan artis itu, Mohd Satar Ramli dan Norhafiza Mohamad. - Awani
4
21 Jun 2023 09:03pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264680/berita/hiburan/jaafar-onn-sifatkan-rohana-sahabat-sejati
Jaafar Onn sifatkan Rohana sahabat sejati
SUBANG JAYA - Pelakon dan penyanyi, Jaafar Onn mengakui cukup terkesan dengan pemergian sahabat baiknya, Allahyarham Rohana Jalil, 68, pada Selasa.Jaafar yang sudah lebih 40 tahun mengenali Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil, menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang sahabat sejati dan tiada ganti.“Dia seorang sahabat yang memahami siapa diri saya. Malah dalam ramai-ramai artis popular, hanya dia sahaja yang mahu berduet dengan saya. Dia terima saya seadanya.“Selama bersahabat, saya tak pernah ambil hati dengan apa yang dia cakap pada saya. Kalau ada rasa kecil hati, saya terus buang dan lupakan kerana kami sudah lama kenal, lebih 40 tahun.“Bukan senang nak cari sahabat yang tahu siapa diri kita. Kadang-kadang ada orang kenal perkotak-katikkan kita, tapi dia tak pernah. Dia suka berterus-terang dan kalau ada yang tak betul, dia tegur dan beri semangat pada saya,” katanya kepada Sinar Harian.Akui Jafaar, 71, terlalu banyak kenangannya bersama Allahyarham yang amat menggemari asam pedas masakannya itu.Antara yang paling diingati ketika menjayakan persembahan terakhir bersama penyanyi lagu Rayuanku itu beberapa bulan lalu.“Saya ada menjayakan persembahan bersamanya di Plaza Masalam beberapa bulan lalu dan pada ketika itu saya tengok dia dalam keadaan sakit yang agak teruk.“Saya cakap pada dia, kalau sakit kenapa datang, tetapi dia kata datang sebab saya selalu jemput dia buat persembahan. Duit adalah soal kedua, tetapi baginya memenuhi undangan orang adalah lebih utama, apatah lagi bila sudah berjanji.“Ketika itu saya tengok dia nak berjalan susah dan menyanyi pun sambil duduk. Saya kagum sangat dengan semangatnya,” akui pelakon drama Cili Padi itu lagi.Jaafar sebelum ini pernah tampil dalam album duet bersama Allahyarham Rohana dan sering menjayakan persembahan pentas bersama.Terdahulu, ibu kepada pelakon Kilafairy itu disahkan meninggal dunia akibat kebocoran usus di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam Selasa.Jenazah selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, sekitar 11.45 pagi Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: 'Arwah isteri terbaik dalam segala segi' - Suami Rohana Jalil'Saya reda, sudah buat terbaik ketika hayat mama ada' - KilafairyRakan artis kongsi duka pemergian Rohana JalilJenazah Rohana Jalil disembahyangkan di Masjid Al-FalahJenazah Rohana Jalil selamat dikebumikanRohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza
4
21 Jun 2023 08:42pm
ROSLINDA HASHIM
https://www.sinarharian.com.my/article/264677/berita/politik/senarai-calon-pas-kedah-diteliti-majlis-syura
Senarai calon Pas Kedah diteliti Majlis Syura
ALOR SETAR - Senarai calon Pas Kedah sudah dihantar ke Majlis Syura Pas untuk penilaian sebelum dimuktamadkan menjelang pilihan raya negeri (PRN).Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kesemua nama yang diserahkan itu akan dibuat tapisan oleh Majlis Syura agar calon boleh menang dapat diketengahkan.Menurutnya, Pas negeri hanya membuat tapisan awal menerusi ‘bank calon’ dengan menamakan empat atau tiga nama di sesebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).“Majlis Syura akan teliti senarai, banyaklah nama sebab mereka adalah tapisan dalam bank calon Pas. Di setiap DUN, mungkin hantar empat hingga tiga nama."Majlis Syura akan putuskan siapa yang akan bertanding kelak,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco terakhir sebelum pembubaran DUN Kedah, di Wisma Darul Aman pada Rabu.Ditanya sama ada kesemua calon disenaraikan memenuhi kriteria dan layak diangkat sebagai calon PRN, Muhammad Sanusi bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat nama yang tidak diluluskan Majlis Syura.“Saya tak tahu sama ada setakat ni semua layak atau tidak. Majlis Syura yang buat keputusan. Mungkin saya pun tak layak (daripada penilaian Majlis Syura),” katanya lagi.Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu memaklumkan, terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedia ada yang menarik diri dan tidak akan bertanding dalam PRN kali ini.“Ada daripada ADUN Pas nyatakan hasrat tak mahu bertanding. Orang Pas ni tawaduk, mereka tak tawar diri, kalau tidak dipilih tidak datang beban.“Ada juga calon Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang sudah jadi ahli Parlimen tak mahu bertanding DUN lagi, termasuk Pas. Mereka mahu beri peluang kepada orang lain,” katanya.Menurutnya, apa jua keputusan tertakluk pada Majlis Syura, sekiranya diarahkan untuk bertanding calon berkenaan perlu menerima tanggungjawab itu.“Keputusan untuk dicalonkan bukan pada batang tubuh tetapi keputusan parti. Kalau parti minta individu itu bertanding, dia perlu terima."Ada kemungkinan parti arahkan dan ia satu kewajipan untuk individu tersebut, termasuklah orang yang tak mahu bertanding lagi,” jelasnya.
4
21 Jun 2023 08:30pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264675/berita/nasional/takkan-ingin-biar-ringgit-jatuh-begitu-saja-rafizi---isham
'Takkan ingin biar ringgit jatuh begitu saja, Rafizi' - Isham
SHAH ALAM - Kerajaan disarankan supaya segera berbincang langkah-langkah untuk menangani isu krisis kejatuhan wang ringgit yang berlaku di negara ini.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, ringgit sudah lama jatuh dan jika berterusan ia akan membawa kesan buruk terhadap harga barang dan makanan yang banyak bergantung kepada import.“Rafizi kata kerajaan tidak bincang lagi pun tentang sama ada kerajaan akan campur tangan untuk mempertahankan ringgit, dia kata kita bukan ada banyak rizab pun untuk mempertahankan ringgit.“Ada banyak cara kerajaan boleh mempertahankan ringgit dan bukan hanya dengan menggunakan rizab.“Perlu bincang segera, jika tidak takkan kerajaan ingin biarkan ringgit jatuh begitu sahaja, Rafizi (Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli)?” soalnya dalam siaran di Facebook pada Rabu.Pada Selasa, media melaporkan bahawa Rafizi memaklumkan tiada sebarang perbincangan dibuat oleh kerajaan untuk terbabit secara terus dalam mengimbangi isu kejatuhan pasaran modal dan ringgit yang mencetuskan kebimbangan banyak pihak pada waktu ini.Menurutnya, kerajaan melihat setiap campur tangan bagi menyokong pasaran modal dan ringgit akan membabitkan kos yang besar, yang mana dana itu sepatutnya disalurkan kepada keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi Malaysia.
4
21 Jun 2023 08:18pm
ROSLINDA HASHIM
https://www.sinarharian.com.my/article/264672/berita/politik/prn-bertandinglah-secara-anak-jantan---sanusi
PRN: Bertandinglah secara anak jantan - Sanusi
ALOR SETAR - Semua parti politik diminta mengamalkan sepenuhnya amalan demokrasi sepanjang tempoh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hari pengundian sehingga pembentukan kerajaan selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN).Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua parti yang bertanding PRN termasuk Perikatan Nasional (PN) harus menggunakan kekuatan sendiri tanpa perlu menyalahgunakan aset kerajaan.Menurutnya, tidak sewajarnya mana-mana pihak menggunakan aset kerajaan ketika turun berkempen.“Saya harap proses demokrasi berjalan dengan betul. Jangan guna harta atau dana kerajaan untuk kempen. Jangan guna agensi atau jabatan kerajaan ketika turun berkempen,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman pada Rabu.Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, setiap parti memiliki kapasiti masing-masing dan seharusnya menggunakan kekuatan itu untuk menawan pengundi.“Kempen atas kekuatan dan kapasiti parti masing-masing. Bertandinglah secara anak jantan. Jangan cakap lain, buat lain,” katanya.Menurutnya lagi, Penasihat Undang-Undang Negeri akan menggariskan perkara yang boleh dilaksanakan sepanjang tempoh kerajaan sementara atau ‘caretaker government’.“Kita akan arah semua Exco pulangkan kenderaan rasmi masing-masing. Kita mahu sepanjang mereka berkempen, tak guna harta kerajaan. Saya harap parti-parti lain guna kaedah sama,” ujarnya.Muhammad Sanusi dijadual mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 25 Jun ini untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN Kedah, iaitu pada 28 Jun ini.Beliau turut mengingatkan agar tidak melangkaui kuasa Sultan Kedah dan semua perkara berkaitan hanya akan diumumkan selepas mendapat perkenan Sultan Sallehuddin.“Selepas diperkenankan Sultan, baru boleh umum. Saya pun tak boleh namakan siapa Exco, orang lain pun tak boleh namakan saya sebagai Menteri Besar atau poster boy, kalau di umum awal, tetapi Sultan tak beri perkenan, macam mana?“Berilah ruang dan kuasa tersebut ada pada pihak lain. Kita pandai-pandai cakap siapa poster boy sedangkan ia bidang kuasa pihak lain, jangan kita langgar,” jelasnya.
4
21 Jun 2023 08:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264668/berita/nasional/skim-perubatan-madani-ringankan-beban-rawatan-kesihatan-b40
Skim Perubatan Madani ringankan beban rawatan kesihatan B40
KUALA LUMPUR - Skim Perubatan Madani yang menawarkan rawatan percuma bermula 15 Jun lepas sangat membantu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan golongan B40 mengurangkan bebanan kewangan dalam mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta.Skim Perubatan Madani merupakan satu inisiatif rintis kerajaan bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terutamanya dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut atau rawatan pesakit luar kes-kes akut di pengamal perubatan swasta umum (GP) yang berdaftar.Skim itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 Februari lepas merupakan satu daripada inisiatif kerajaan mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.Rawatan pesakit luar kes-kes akut percuma yang ditawarkan merangkumi rawatan bagi demam, selesema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan pelbagai lagi dengan peruntukan sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.Tinjauan Bernama mendapati orang ramai menyifatkan Skim Perubatan Madani amat membantu mereka mendapatkan rawatan kesihatan dengan segera tanpa perlu bersesak di Klinik Kesihatan (KK) selain meringankan beban dan berharap skim tersebut diteruskan selepas tempoh tamat pada 31 Dis ini.Di PERAK, seorang warga emas, Maimunah Abd Rahman, 60, melahirkan rasa syukur kerana kerajaan memperkenalkan skim itu yang secara tidak langsung memudahnya mendapat rawatan kesihatan dengan cepat."Skim ini dapat mengurangkan waktu menunggu berbanding di Klinik Kesihatan. Kita ketahui Klinik Kesihatan kadangkala sesak.Di PULAU PINANG, seorang penerima STR, Mohd Syukor Mohd Sulaiman, 38, berkata, skim itu dapat mengurangkan beban kewangan keluarganya."Bukanlah saya minta saya, isteri atau tiga anak sakit kerana nak dapatkan bantuan perubatan itu tapi sekurang-kurangnya kami dapat berjimat jika ada ahli keluarga yang tidak sihat dan perlukan rawatan di klinik atau hospital terutama ketika belum gaji."Saya kerja di kedai makan dan gaji tidak seberapa... ada anak kecil berusia dua tahun jadi bab sakit atau tidak sihat itu terutama demam dan selesema boleh kata kerap juga, jadi bantuan perubatan itu sudah tentu satu nikmat dan sangat membantu kami sekeluarga," katanya.Di JOHOR, pesara swasta Mohd Ali Mohd Ekhbal, 58, menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan skim tersebut yang disifatkan berupaya membantu golongan pesara terutama golongan B40."Bantuan melalui skim perubatan terbaharu ini bukan sahaja meringankan beban kewangan tetapi pada masa yang sama membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan, cuma saya harapkan dalam masa yang terdekat ia akan dapat diperluas ke daerah yang lain selain Johor Bahru,” katanya.Di SELANGOR, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata, skim berkenaan perlu diberikan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat agar mereka mengetahui manfaat serta akses kesihatan yang diterima oleh mereka."Skim tersebut bagus dalam memberi solusi untuk penyuraian pesakit luar di KK dan hospital kerajaan yang memerlukan rawatan cepat bagi kes akut antaranya demam, selesema, sakit kepala dan cirit-birit serta secara langsung mengurangkan waktu menunggu pesakit untuk menerima konsultasi daripada doktor,” katanya ketika dihubungi.Beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk memperluas skim tersebut di bawah klinik kendalian anak syarikat namun ia perlu diteliti lebih lanjut kerana Selangor turut menganjurkan skim yang hampir serupa iaitu menerusi Program Iltizam Selangor Sihat dengan setiap penerima berdaftar golongan B40 mendapat RM500 bagi kategori keluarga dan RM250 untuk individu.Di SARAWAK, pekerja swasta, Dexter McQueen, 42, berkata inisiatif itu juga dapat mengurangkan jumlah pesakit yang menerima rawatan di KK serta mengurangkan bebanan doktor."Sekurang-kurangnya doktor di Klinik Kesihatan boleh fokus merawat mereka yang amat memerlukan seperti warga tua dan ibu mengandung serta kes-kes kesihatan yang lebih berat."Ini adalah langkah dan usaha yang baik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di negara ini secara keseluruhannya,” katanya.Daerah terlibat program rintis Skim Perubatan Madani ialah Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak). - Bernama
4
21 Jun 2023 07:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264665/berita/nasional/khairy-dakwa-ahmad-maslan-penyebab-ekonomi-merudum
Khairy dakwa Ahmad Maslan penyebab ekonomi merudum
SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa semakin banyak Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan berkaitan ekonomi maka ia akan merudum dengan begitu pantas.Katanya, tindakan Ahmad berbicara soal ekonomi, seolah-olah ada pengumuman besar untuk memastikan nilai ringgit lebih kukuh.“Kenyataan dibuat itu menjadikan individu di pasaran kewangan, pelaburan mahu mengetahui berita yang bakal disampaikan itu.“Bagi saya cara pengumuman itu bagus kerana ia merupakan gerakan taktikal, namun ia tidak akan mengubah soal gambaran landskap pelaburan di negara kita,” katanya menerusi rancangan podcast Keluar Sekejap pada Rabu.Sebaliknya, Khairy menjelaskan dua cara untuk menarik pelaburan dan mengukuhkan nilai ringgit di Malaysia adalah dengan menjual sedikit pegangan kepada Sovereign Wealth Fund (SWF) dan menjadikan negara sebagai pejabat keluarga (family office).Jelasnya, pelabur yang datang melabur melihat kepada kerajaan, usaha syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menyediakan peluang untuk dilaburkan dalam sesuatu usaha niaga."Apabila pegangan dijual sedikit kepada SWF, ia akan memberi kesan lebih besar daripada pengumuman yang kecil untuk jangka masa panjang.Pada masa sama, Khairy berkata, untuk meningkatkan pelaburan ke dalam negara, kerajaan bukan sahaja perlu menarik perhatian syarikat dan profesional, sebaliknya pejabat keluarga juga.“Sejak beberapa tahun lalu, strategi Singapura adalah menarik pejabat keluarga yang mana ia merupakan satu entiti ditubuhkan oleh keluarga kaya untuk menguruskan kewangan mereka.“Cuma kita perlu ada persekitaran polisi yang lebih fleksibel untuk pejabat keluarga ditubuhkan di sini,” ujarnya.
4
21 Jun 2023 07:29pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264664/berita/politik/kj-tak-setuju-gelombang-hijau-diguna-untuk-takutkan-pengundi
KJ tak setuju 'gelombang hijau’ diguna untuk takutkan pengundi
SHAH ALAM - Perkataan ‘gelombang hijau’ dengan merujuk sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) dilihat ditimbulkan sesetengah pihak dengan konotasi negatif.Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkataan tersebut digambarkan dengan maksud tersirat yang mencerminkan bahawa wujudnya propaganda ekstremis.“Terdapat media luar negara yang menggunakan perkataan ‘gelombang hijau’, seolah-olah sekiranya PN menang pilihan raya, maka negara akan dikuasai kumpulan seperti Taliban.“Jadi saya sangat tidak setuju bila pimpinan DAP, seperti Tan Sri Lim Kit Siang menggunakan gelaran tersebut untuk memomokkan undi,” katanya.Baru-baru ini, Kit Siang menyatakan yang kerajaan harus melaksanakan dasar-dasar reformasi dan program pembinaan semula negara bagi mencegah Malaysia tenggelam dalam gelombang hijau Pas.Katanya, kerajaan harus mengambil pelajaran daripada Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelakkan demokrasi dirampas oleh politik pembohongan, ketakutan, kebencian, perkauman dan agama.Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) bukan disebabkan oleh faktor agama dan bangsa tetapi hakikatnya adalah kerana ketidakstabilan negara kini.
4
21 Jun 2023 07:29pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264663/berita/sukan/bekas-pengadil-kebangsaan-antarabangsa-meninggal-dunia
Bekas pengadil kebangsaan, antarabangsa meninggal dunia
KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) mengucapkan takziah buat ahli keluarga bekas pengadil ragbi kebangsaan dan antarabangsa, Allahyarham Firdaus Sani Shaari yang menghembuskan nafas terakhirnya pada Rabu.Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KPM), Datuk Shahrul Zaman Yahya juga menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat keluarga besar ragbi Malaysia."Allahyarham merupakan antara individu yang banyak berbakti dan berjasa terhadap pembangunan sukan ragbi negara menerusi komitmen dalam dunia ke pengadilan serta pembangunan modal insan sukan ini."Mengenai kebajikan keluarga Allahyarham, KRM akan membantu berdasarkan kemampuan kewangan persatuan bagi memastikan nasib keluarga arwah sentiasa mendapat pembelaan sewajarnya."KRM mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," katanya kepada Sukan Sinar.Terdahulu KRM memaklumkan Allahyarham yang berusia 53 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh jam 5.40 pagi Rabu.Sementara itu, menurut anaknya yang dikenali sebagai Alif, jenazah ayahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kepayang, Masjid Taufiqiyah, Ipoh pada jam 12.30 tengah hari Rabu."Terima kasih buat semua yang mendoakan dan juga bertanyakan status dari masa ke semasa. Kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya.Sebagai rekod, Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak, merupakan bekas pengarah pengadil Putrajaya, jurulatih perlawanan rasmi (2010 -2023), tenaga pengajar (2010-2023), komisioner perlawanan (2017- 2023), pegawai pertandingan (1990-2016).
4
21 Jun 2023 07:24pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264658/berita/semasa/lebih-100-mangsa-penipuan-pelaburan-serah-penyataan-tambahan
Lebih 100 mangsa penipuan pelaburan serah penyataan tambahan
KUALA LUMPUR - Lebih 100 mangsa yang terlibat dengan penipuan pelaburan dipercayai mencecah RM1 bilion menghantar penyataan tambahan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap syarikat disyaki pecah amanah dan menipu duit pelaburan.Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim yang mewakili mangsa berkata, penyerahan penyataan tambahan itu diharap dapat digunakan bagi melancarkan siasatan SSM.Menurut beliau, belum ada lagi tangkapan dilakukan sejak mereka membuat laporan polis pada Mac lepas dan ia meresahkan mangsa yang terlibat."Merujuk kepada Seksyen 27A Akta SSM iaitu kuasa penguatkuasaan dan pemeriksaan penyiasatan yang mana pendaftar (ketua pegawai eksekutif SSM) mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis dalam apa jua yang diperuntukkan dalam tatacara."Ini bermaksud SSM ada kuasa untuk menangkap. Tak perlu tunggu polis. SSM boleh terus menangkap sekiranya skim pelaburan itu adalah skim pelaburan yang gagal daftar di bawah Akta Skim Kepentingan 2012,” katanya pada sidang media di Menara SSM @ Sentral di sini pada Rabu.Hishamuddin berkata, mana-mana pengarah syarikat yang menjalankan skim pelaburan tanpa berdaftar dengan SSM di bawah Akta Skim Kepentingan 2012, boleh dikenakan penjara selama 10 tahun atau denda RM50 juta.Ini merupakan langkah ketiga diambil mangsa penipuan syarikat pelaburan tersebut setelah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) masing-masing pada Mac dan April lepas.Kebanyakan mangsa yang ditemui mengakui tertarik untuk menyertai skim pelaburan tersebut setelah syarikat pelaburan itu memberitahu nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan telah turut sama menyertai skim pelaburan terbabit sedangkan mereka tidak terlibat langsung dengan syarikat pelaburan itu.Seorang bapa kepada atlet terkenal yang enggan mendedahkan namanya turut terpedaya dan menjadi mangsa skim pelaburan itu dengan kerugian berjumlah RM150,000 setelah menyangka skim pelaburan itu adalah produk ditawarkan oleh bank tempatan."Tetapi sebenarnya tidak. Ejen yang kenalkan saya dengan skim pelaburan itu memang seorang pekerja sebuah bank tempatan, namun akibat dikaburkan dengan pulangan sehingga enam peratus sebulan. Saya terus sertai skim pelaburan itu dan hanya sempat merasa ‘habuan’ untuk tiga bulan pertama sahaja dan langsung tidak terima duit sehingga sekarang,” katanya kepada Bernama. - Bernama
4
21 Jun 2023 07:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264661/berita/politik/isu-pakaian-jururawat-bukti-pas-masih-kekal-stereotaip-lama---kj
Isu pakaian jururawat bukti Pas masih kekal stereotaip lama - KJ
SHAH ALAM - Isu pakaian jururawat yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor dalam sidang Parlimen baru-baru ini membuktikan Pas masih kekal dengan stereotaip lama dan jumud.Menurut bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, masih terdapat banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).“Sebagai menteri yang memulakan kertas putih kesihatan sebelum ini. Saya nak ia dibentangkan kerana hendak bincang isu serius termasuk sistem kesihatan tak cukup pelaburan dan kekurangan kakitangan kesihatan.“Ini yang buat saya geram kerana ia secara tidak langsung membuktikan Pas masih terbawa-bawa dengan stereotaip lama.“Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah jelaskan bahawa pemakaian jururawat telah pun mematuhi standard syariah yang sepatutnya,” katanya dalam Program Keluar Sekejap pada Rabu.Program tersebut dikelolakan olehnya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.Wan Razali ketika sesi perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, etika berpakaian jururawat wanita di kebanyakan fasiliti kesihatan awam di negara ini disifatkan tidak patuh syariah.Beliau menggesa kerajaan melihat semula etika berkenaan supaya golongan itu diberi pilihan untuk memilih pakaian yang lebih sesuai.Khairy Jamaluddin dalam rancangan menambah, Pas kini semakin dikenali sebagai sebuah parti yang mempunyai ramai golongan profesional.Bagaimanapun ujarnya, dengan hanya satu kenyataan, ia mampu mengubah pandangan rakyat Malaysia terutama masyarakat Melayu yang moderat.ARTIKEL BERKAITAN: KKM harap isu pakaian jururawat tidak terus diperbesarKritik pakaian jururawat, Wan Razali digesa mohon maafMajoriti berpendapat pakaian jururawat 'biasa jer''Pakaian jururawat wanita ketat, tak patuh syariah' - MP KuantanHentikan prejudis, pakaian jururawat ikut spesifikasi khas WHO
4
21 Jun 2023 07:02pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264656/berita/semasa/tangkap-layar-perbualan-ebit-pengadu-didedahkan
Tangkap layar perbualan Ebit, pengadu didedahkan
TENOM - Analisis telefon bimbit milik pengadu berhubung tangkap layar perbualan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, didapati bermula sejak 4 Mac 2021.Perkara itu didedahkan oleh Juruanalisis Kanan Audio/Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, Selangor, Asisten Superitenden Latifah Abdul Aziz di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada Rabu.Latifah yang hadir sebagai saksi ketujuh pendakwaan memberitahu mahkamah, tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit itu bertanda NA-1 menunjukkan bahwa perbualan melalui aplikasi WhatsApp bermula pada 4 Mac 2021.Ia antara perkara dijelaskan oleh saksi berkenaan berdasarkan 219 gambar tangkap layar diperoleh daripada telefon bimbit pengadu yang disimpan dalam sebuah cakera padat DVD-R.Cakera padat itu juga merupakan salah satu bahan bukti dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew.Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang mengetuai pemeriksaan utama turut meminta penjelasan saksi mengenai tangkap layar yang memaparkan nombor 02:28 am dalam gambar tangkap layar pertama.Saksi menjelaskan nombor itu merujuk kepada masa mesej berkenaan dihantar kepada penerima (pengadu).Gambar tangkap layar yang dipaparkan juga menunjukkan terdapat panggilan suara yang tidak dijawab pada dua tarikh berbeza yang dilakukan oleh pengirim mesej (Ebit) kepada penerima (pengadu).Perbicaraan pada sesi kali ini berlangsung tanpa kehadiran Ebit Lew kerana peguamnya memaklumkan Ebit sedang menunaikan ibadah haji di Makkah.Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.Perbicaraan berlangsung di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad serta Zahida Zakaria.Ebit diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Mohd Syarulnizam Salleh Keruak.
4
21 Jun 2023 06:55pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264655/berita/nasional/harga-petrol-diesel-kekal-seminggu-lagi
Harga petrol, diesel kekal seminggu lagi
KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula esok sehingga 28 Jun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).MOF, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter)."Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.Kementerian tersebut memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama
4
21 Jun 2023 06:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264657/berita/nasional/dewan-negara-lulus-ruu-suruhanjaya-koperasi-malaysia-2023
Dewan Negara lulus RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2023
KUALA LUMPUR - Rang Undang Undang (RUU) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 yang bertujuan memantapkan badan penyelia berkenaan melalui penstrukturan semula dan pewujudan jawatan utama diluluskan di Dewan Negara, hari ini.RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.Ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Ewon berkata, pembahagian kuasa, lantikan dan penyusunan semula penjawatan akan dilaksanakan.Jawatan pengerusi eksekutif yang sebelum ini mentadbir dan mengawas suruhanjaya berkenaan akan distruktur menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO), manakala timbalan pengerusi akan ditukar kepada timbalan CEO, katanya.Tambahan dua lagi perjawatan timbalan CEO juga akan diwujudkan, di samping jawatan baharu pengerusi lembaga, empat ex-officio dan enam ahli lembaga pengarah (satu telah dilantik).Ewon berkata, perjawatan yang melibatkan lantikan oleh menteri berkaitan sektor koperasi adalah bagi memastikan penyumbang utama gerakan koperasi dan hanya mereka yang layak dilantik, mencakupi setiap sektor dan wilayah di seluruh negara."Ahli lembaga pengarah yang telah dilantik adalah Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (Datuk Mohd Ali Mansor) yang memang terlibat dengan gerakan koperasi dalam sektor latihan."Kita juga mengambil kira pandangan gerakan koperasi di negara ini sama ada di Sarawak, Sabah, koperasi bumiputera dan bukan bumiputera serta gerakan yang telah berjaya. Ini juga kita pertimbangkan," katanya.Beliau berkata, pindaan yang melibatkan kuasa menteri menamatkan lantikan tanpa sebab juga bertujuan memastikan mereka yang dilantik sentiasa menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan."Sekiranya mereka leka dan tidak dapat menjalankan amanah, maka ini memberi peringatan bahawa kita boleh menamatkan pelantikan itu," katanya.Beliau berkata, implikasi kewangan juga akan diteliti susulan pelantikan baharu itu. - Bernama
4
21 Jun 2023 06:46pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264653/berita/semasa/1mdb-mahkamah-diberitahu-kedengaran-seperti-suara-najib-dalam-rakaman-audio
1MDB: Mahkamah diberitahu 'kedengaran seperti' suara Najib dalam rakaman audio
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa salah satu daripada suara di dalam empat klip audio yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 'kedengaran seperti’ suara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Saksi pendakwaan ke-42 itu berkata demikian selepas empat klip audio dimainkan di mahkamah hari ini di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam perbicaraan Najib yang berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.Beliau berkata, dua daripada suara dalam rakaman audio itu dipercayai perbualan antara Najib dan seorang pemimpin Timur Tengah.Dalam satu lagi klip audio, Mohd Irwan turut mengenal pasti bahawa salah satu suara dalam audio itu adalah suara bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.Sementara itu semasa permeriksaan balas oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata, beliau tidak pasti sekiranya suara di dalam rakaman audio itu adalah suara Najib, kerana beliau tidak berada di tempat itu semasa perbualan berlangsung.Muhammad Shafee: Selepas mendengar rakaman itu, bolehkah anda mengatakan bahawa ini adalah palsu?Mohd Irwan: Saya tidak boleh kata apa-apa, kerana saya bukan pakar.Terdahulu hari ini, Hakim Sequerah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menerima empat rakaman audio itu sebagai bukti.Sebelum ini, pihak pendakwaan telah memohon supaya rakaman audio diterima untuk identifikasi dalam perbicaraan, bagi menyangkal hujah pembelaan bekas perdana menteri, bahawa wang yang masuk ke akaun bank peribadinya adalah derma.Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa rakaman audio perbualan yang didakwa antara Najib dan seorang pemimpin dari Timur Tengah adalah sangat relevan untuk menyangkal pembelaan tertuduh.Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.Perbicaraan bersambung 7 Julai. - Bernama
4
21 Jun 2023 06:29pm
MUHAMMAD AMINNURALIFF
https://www.sinarharian.com.my/article/264651/berita/semasa/pura-pura-minta-bantuan-sebelum-samun-penunggang-p-hailing
Pura-pura minta bantuan sebelum samun penunggang p-hailing
KUALA LANGAT - Seorang penunggang p-hailing menempuh detik cemas apabila disamun dua lelaki warga Indonesia bersenjatakan parang di tepi jalan di Jenjarom, di sini pada Ahad lalu.Mangsa mulanya ditahan oleh salah seorang suspek yang berpura-pura mahu meminta bantuan dalam kejadian kira-kira jam 1.36 pagi.Suspek kemudiannya bertindak menarik kunci motosikal lelaki tersebut namun tidak berjaya sebelum seorang lagi rakan suspek dari arah semak berhampiran meluru sebelum bertindak menyamun mangsa.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM2,000 akibat kejadian itu."Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan usaha memburu kedua-dua suspek terlibat sedang giat dijalankan," katanya.Pada Selasa, tular hantaran di Facebook menyatakan seorang individu disamun di salah satu kawasan di tepi jalan di Jenjarom.
4
21 Jun 2023 06:26pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264652/berita/politik/kj-sudah-ada-jawapan-tawaran-muhyiddin
KJ sudah ada jawapan tawaran Muhyiddin
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui sudah mempunyai jawapan berhubung pelawaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti tersebut.Bercakap ketika podcast 'Keluar Sekejap', bekas Menteri Kesihatan itu bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas mengenai jawapan diberikan kepada Muhyiddin."Saya berhutang jawapan dengan Muhyiddin berhubung tawaran keahlian parti Bersatu dan peluang untuk terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang."Saya telah jumpa dan beri pandangan saya tetapi beliau minta saya fikir lagi."Bagi saya ada kata putus, tetapi apabila pemimpin yang saya sanjungi minta saya fikirkan lagi. Kita fikirkan lagilah," ujarnya.Khairy Jamaluddin yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan turut menjelaskan bahawa beliau memerlukan sedikit masa untuk berbuat demikian."Saya minta beliau sedikit masa, Dewan Undangan Negeri (DUN) pun belum bubar jadi ada masa untuk apa-apa berlaku," katanya
4
21 Jun 2023 06:22pm
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/264650/berita/politik/jangan-keliru-mainan-persepsi-pembangkang-di-media-sosial
Jangan keliru mainan persepsi pembangkang di media sosial
KUBANG PASU - UMNO Kedah mengingatkan ahlinya agar tidak terkeliru dengan mainan persepsi pihak lawan di media sosial.Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak lawan mencipta naratif songsang yang melampau menggunakan media sosial untuk mengelirukan dan menghilangkan keyakinan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini."Saya nak ingatkan kepada semua apa yang berlaku sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah mainan naratif songsang dan persepsi buruk melampau di media sosial oleh pihak lawan," katanya pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Persiapan PRN DUN Bukit Kayu Hitam di Pejabat UMNO Bahagian Kubang Pasu, dekat sini.Mahdzir yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut mengingatkan ahli UMNO agar tidak lagi berpolemik dengan isu sejauh mana perjalanan gabungan BN-PH dalam Kerajaan Perpaduan."Sekarang adalah masa untuk menentukan kemenangan bersama dalam PRN bagi mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat."Saya mengharapkan sokongan mutlak daripada ahli-ahli UMNO, semangat saya seorang sebagai ketua tak cukup, saya perlukan sokongan semangat dan kerjasama daripada semua."Ahli-ahli UMNO sendiri jangan kalih ke lain dan sesiapa sahaja yang ditentukan oleh parti untuk menjadi calon nanti hendaklah kita sokong sepenuhnya," ujar beliau.Jelas Mahdzir, Kedah bakal menjadi tumpuan seluruh negara berbanding Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.Menurutnya, keputusan PRN di negeri tersebut sudah boleh dijangka berbanding di Kedah yang mana pengundinya lebih dinamik dan bijak dalam membuat penilaian."UMNO dan BN masih ada harapan untuk mencatat kemenangan dalam PRN kali ini berdasarkan situasi semasa sekarang agak berbeza sedikit dengan PRU lalu."Kita yakin boleh kalih semula Kedah, sebab Kedah adalah 'sweet state' yang mana rakyat Kedah cerdik dalam memilih. Jadi jika kita masuk dalam pilihan raya kali ini dengan cara yang betul dan tepat kita boleh menang," katanya lagi.
4
21 Jun 2023 06:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264649/berita/nasional/kj-pertahan-rafizi
KJ pertahan Rafizi
SHAH ALAM - Ketiadaan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli semasa mesyuarat hala tuju ekonomi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bukan satu isu, kata bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Menurutnya, meskipun Rafizi memegang portfolio tertinggi dalam kementerian berkenaan, namun ia bukan syarat buat beliau untuk hadir ke dalam semua perbincangan.“Meskipun beliau (Rafizi) tiada, namun Ketua Setiausaha (KSU) kementeriannya, Datuk Nor Azmie Diron hadir dalam mesyuarat berkenaan.“Anwar dan Rafizi pun sebenarnya masih ada masa lain untuk bertukar pandangan iaitu semasa Mesyuarat Kabinet Menteri dan juga Mesyuarat Tindakan Ekonomi,” kata beliau dalam Program Keluar Sekejap, pada Rabu.Program tersebut dikelolakan beliau bersama Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.Baru-baru ini, Anwar mengadakan perbincangan berkaitan hala tuju ekonomi negara yang disertai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani dan juga pakar ekonomi lain.Bagaimanapun, ketiadaan Rafizi dalam mesyuarat tersebut dan kehadiran Khairy Jamaluddin menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan orang ramai.Susulan desas desus tersebut, Khairy Jamaluddin dalam rancangan sama menafikan mesyuarat itu mempunyai kaitan dengan sebarang agenda politik.Jelasnya, perbincangan tersebut sememangnya memfokuskan tentang masalah hala tuju ekonomi negara.“Saya hadir kerana kapasiti saya yang merupakan bekas Menteri Kesihatan dan juga seorang pemikir. Jadi, ia merupakan satu khidmat kepada negara sebenarnya,” kata beliau.Bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut memuji Anwar yang disifatkan sangat terbuka dengan pelbagai pandangan semasa mesyuarat berkenaan.
4
21 Jun 2023 06:07pm
MUHAMMAD AMINNURALIFF
https://www.sinarharian.com.my/article/264646/berita/semasa/calling-centre-diserbu-19-ditahan-tipu-tawaran-kerja
Polis serbu 'calling centre', 19 ditahan tipu tawaran kerja
KAJANG - Seramai 19 individu warga China dan Vietnam diberkas dalam serbuan di sebuah premis dipercayai pusat panggilan penipuan dalam talian di sebuah rumah, di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua suspek diberkas menerusi serbuan dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kajang."Tangkapan melibatkan seorang lelaki warga China dan 18 individu termasuk enam wanita warga Vietnam."Sebanyak 15 set komputer pelbagai jenama, 35 unit telefon bimbit pelbagai jenis, satu unit passport dan satu set kunci rumah bersama alat kawalan jauh turut dirampas dalam serbuan itu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Katanya, pusat panggilan tersebut dipercayai menjalankan kegiatan penipuan tawaran kerja sambilan yang tidak wujud dengan menyasarkan mangsa daripada warga Vietnam."Mangsa akan dihubungi dengan menggunakan platform sosial berpangkalan di Vietnam seterusnya ditawarkan kerja sambilan dengan membuat tugasan pembelian melalui menerusi laman sesawang yang disertakan," katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Kajang untuk permohonan tahanan reman untuk siasatan lanjut."Orang ramai diingatkan agar tidak bekerja dengan sindiket penipuan dalam talian sekaligus menjadikan pekerjaan itu sebagai sumber pendapatan," katanya.Ujar Mohd Zaid, pekerjaan seperti ini adalah satu kesalahan jenayah dan mereka yang terlibat boleh dituduh di mahkamah."Polis akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana sindiket penipuan atas talian yang cuba menjadikan daerah Kajang khasnya dan Selangor amnya sebagai hub atau pusat aktiviti jenayah penipuan atas talian."Orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penipuan dalam talian ini boleh menghubungi talian hotline IPD Kajang di talian 03-89114242," katanya.
4
21 Jun 2023 05:54pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264645/berita/semasa/mahkamah-rayuan-kekalkan-pembebasan-bekas-timbalan-pengarah-kanan-dbkl
Mahkamah rayuan kekalkan pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada satu pertuduhan menerima suapan berjumlah RM150,000.Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk P. Ravinthran, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk S. M. Komathy sebulat suara menolak rayuan terakhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Sabudin Mohd Salleh.Ravinthran yang mempengerusikan panel itu berkata tiada rekod dokumen pengeluaran wang daripada akaun syarikat atau sebarang penyata bank menunjukkan responden (Sabudin) telah menerima wang itu."Pertuduhan terhadap responden merujuk kepada satu tempoh dalam Ogos 2018. Bagaimanapun, tiga saksi pendakwaan mengatakan ia mungkin dilakukan dalam Jun 2018 kerana tarikh Hari Raya Puasa atau hari Raya Haji dan ia tidak jelas. Inilah faktor utama Mahkamah Sesyen tidak menerima bukti daripada ketiga-tiga saksi pendakwaan.Mahkamah Sesyen tidak menganggap ketiga-tiga saksi pendakwaan boleh dipercayai dan tiada alasan untuk mahkamah ini campur tangan dengan dapatan itu setelah mempertimbangkan keadaan kes ini. Maka kami menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen,” kata Ravinthran.Sabudin hadir di mahkamah hari ini berkerusi roda dan kelihatan tenang selepas mendengar keputusan itu sementara isterinya kelihatan melakukan sujud syukur dan menangis di galeri awam.Pada 8 April, 2021 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Sabudin tanpa memanggil beliau untuk mempertahankan diri dan kemudian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Feb 2022 mengekalkan keputusan itu dan menolak rayuan pihak pendakwaan.Sabudin, 61, yang merupakan Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL didakwa menerima RM150,000 daripada Chia Chee Seng, Pengarah Tegap Elit Sdn Bhd sebagai satu dorongan untuk beliau menentusahkan bagi pembayaran pendahuluan yang dikemukakan beberapa syarikat.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Ukay Perdana di sini antara 13 hingga 19 Ogos, 2018.Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal sementara Sabudin diwakili peguam K. Theivaendran. - Bernama
4
21 Jun 2023 05:40pm
NOOR AZLIDA ALIMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264644/berita/hiburan/syamsul-akan-tarik-balik-saman-terhadap-maiwp-jawi
Syamsul akan tarik balik saman terhadap MAIWP, Jawi
KUALA LUMPUR - Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof dilaporkan akan menarik balik saman RM10 juta terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dua pegawai kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Mahkamah Tinggi di sini.Perkara itu disahkan peguam, Datuk Adnan Seman yang mewakili Maiwp selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Aisyaf Falina Abdullah pada Rabu."Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk pengurusan kes selanjutnya," kata peguam itu ketika dihubungi pemberita.Pada 28 Mac lalu, Syamsul memfailkan saman terhadap MAIWP dan dua kakitangan jabatan itu, membabitkan penyebaran fakta-fakta aib dan memalukan kepada ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail dan berhubung kenyataan isterinya Ira Kazar selepas dipanggil oleh pihak Jawi, Ogos tahun lepas.Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof selaku plaintif, mengambil tindakan undang-undang itu melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam Di Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd Haris Abdllah; Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Jawi sebagai defendan pertama hingga ketiga.Menerusi pernyataan tuntutan, pengarah berusia 39 tahun ini menuntut ganti rugi teladan (tidak dinyatakan jumlah) ke atas defendan kerana didakwa dengan sengaja dan berniat jahat untuk membuka aibnya.Dia juga memohon deklarasi bahawa gambar pernyataan yang mengandungi nama Syamsul, Ira atau Faghira Fatini, 28; separuh tandatangan dan pernyataan bertulis adalah satu keterangan yang telah diambil oleh defendan-defendan atau ejennya, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undang-undang yang berkait.Syamsul juga memohon deklarasi bahawa gambar pernyataan tersebut yang telah dirakam oleh defendan atau ejen adalah dokumen dalam kawalan mereka.Ia termasuk deklarasi bahawa penyebaran gambar pernyataan tersebut dibuat oleh defendan atau ejen.Syamsul yang mempunyai 1.8 juta peminat di akaun Instagram berkata, pada 20 Disember 2022, ibunya telah menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp iaitu gambar pernyataan mengandungi nama Ira, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis.Dia yang juga pelakon filem 'KL Gangster' menyatakan bahawa, gambar pernyataan tersebut yang mengandungi fakta mengaibkan dan memalukannya, telah disebar kepada ibunya, sebelum ini."Plaintif kemudiannya telah menghubungi Ira dan dia memaklumkan bahawa keterangan tersebut dibuat ketika merakam keterangan oleh defendan, berhubung siasatan kes oleh isteri petama, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin (ketika itu)."Ira kemudiannya membuat laporan polis pada 23 Disember tahun sama," kata Syamsul dalam pernyataan itu.Sedangkan dia berkata, keterangan Ira yang dirakam oleh defendan pertama tertakluk di bawah Seksyen 59 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah yang mana pernyataan itu dikategorikan sebagai dokumen persendirian dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.Oleh itu, plaintif mendakwa ketiga-tiga defendan telah melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 apabila menyebarkan gambar pernyataan tersebut dan mendakwa beliau telah dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang mengguris perasaan serta mengalami tekanan perasaan.Akibat penyebaran fakta-fakta aib itu, plaintif telah dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang mengguris perasaan selain mengalami tekanan perasaan yang tinggi.Tindakan defendan atau ejen katanya telah mengaibkan dan memburukkan imej, nama serta reputasinya selaku pelakon dan pengarah filem.Tambahan lagi katanya, keterangan itu telah ditokok tambah oleh defendan sedangkan ia bukan keterangan yang diberikan oleh isterinya.Katanya, kenyataan tidak benar itu merupakan fitnah, kerana ia memberi gambaran bahawa dia melakukan maksiat dan mempunyai hubungan luar perkahwinan bersama pihak lain.Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co.Pada 14 Jun lalu, Syamsul menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah dengan talak satu buat kali kedua, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini.ARTIKEL BERKAITAN:'Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof'Tiada dendam, ini ujian hidup, saya reda' - Syamsul YusofKes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar selesai - Peguam Syamsul
4
21 Jun 2023 05:38pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264647/berita/hiburan/arwah-isteri-terbaik-dalam-segala-segi---suami-rohana-jalil
'Arwah isteri terbaik dalam segala segi' - Suami Rohana Jalil
SUBANG JAYA - Suami Allahyarham Rohana Jalil, Jahangir Khan, 66, menyifatkan penyanyi popular era 1980-an itu sebagai isteri yang terbaik dalam segala aspek.Menurut Jahangir, selama 40 tahun hidup bersama, mereka tidak pernah berdepan masalah atau krisis besar kerana saling memahami dan menjaga rumah tangga dengan baik.“Arwah adalah seorang isteri yang terbaik dalam segala segi. Dia mempunyai keperibadian yang sangat murni, tiada ganti.“Sepanjang hidup bersama, kami tidak pernah berdepan krisis besar dan saya bersyukur dapat berada di sisinya sehingga ke akhir hayat arwah,” katanya yang merupakan seorang pesara polis.Jahangir KhanLebih dua bulan menjaga arwah isteri yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu akibat kebocoran usus, Jahangir mengakui sukar melupakan segala kenangan ketika masih bersama Allahyarham.“Saya masih terdengar-dengar suara dan gelak ketawanya yang cukup gemar bercerita. Alhamdulillah selama 40 tahun hidup bersama, saya sangat bahagia.“Sebelum pemergiannya, saya tidak nampak apa-apa tanda, melainkan fizikalnya yang semakin susut. Saya pernah beberapa kali mengajak dia melakukan pemeriksaan kesihatan kerana bimbang akan keadaannya, tetapi dia sering menolak.“Akhirnya pada April lalu, pada satu malam dia mengadu sakit dan esoknya saya terus membawanya ke hospital. Doktor mengesahkan arwah mengalami kebocoran usus. Tidak lama selepas itu, kuman merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang,” jelasnya.Rohana disahkan meninggal dunia sekitar 11.33 malam Selasa dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, sekitar 11.45 pagi Rabu.Allahyarham yang menutup usia pada 68 tahun itu meninggalkan suami dan tiga anak.ARTIKEL BERKAITAN: Rohana Jalil meninggal duniaRakan artis kongsi duka pemergian Rohana JalilJenazah Rohana Jalil disembahyangkan di Masjid Al-FalahJenazah Rohana Jalil selamat dikebumikanRohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza
4
21 Jun 2023 05:32pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264642/berita/sukan/sukan-asia-medan-perang-buat-atlet
Sukan Asia 'medan perang' buat atlet
WILAYAH Hangzhou di China yang menjadi tuan rumah Sukan Asia 2022 bukan destinasi 'makan angin menarik', sebaliknya merupakan medan 'perang' buat atlet untuk membawa pulang pingat buat negara.Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menyokong penuh syarat ketat yang ditetapkan jawatankuasa pemilihan atlet ke temasya tersebut untuk memastikan hanya yang berpotensi memenangi pingat disenaraikan mewakili negara.“Kita beri sokongan penuh khususnya syarat yang lebih ketat. Apa yang penting Sukan Asia bukan pendedahan tapi medan pertempuran untuk atlet menunjukkan prestasi yang tinggi,” katanya.Beliau menegaskan para atlet perlu membuktikan pemilihan ke temasya tersebut berbaloi seiring dengan fasiliti yang disediakan buat mereka.“Siapa yang layak dalam kategori A, mereka sepatutnya membuktikan segala kemudahan yang kita berikan kepada mereka selama ini.“Selayaknya diterima, jangan ambil mudah,” katanya.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria pada Selasa menegaskan atlet yang berpotensi untuk menyumbang pingat sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian pada Sukan Asia Hangzhou akhir September depan.Penetapan itu dibuat susulan tahap kompetitif tinggi di Sukan Asia yang tidak sesuai untuk digunakan sebagai platform pendedahan buat atlet.Syarat itu juga bagi memastikan pencapaian hambar kontinjen negara di Jakarta-Palembang 2018 tidak berulang apabila bersaing di Hangzhou.Sebagai rekod, kategori A akan ditanggung sepenuhnya oleh MOM dan ia melibatkan atlet yang memperoleh keputusan empat terbaik dalam kejohanan peringkat Asia.Kategori B pula akan ditanggung sepenuhnya persatuan sukan berkaitan, namun atlet atau pasukan yang layak beraksi ke temasya itu perlu mempunyai pencapaian enam terbaik dalam kejohanan sebenua.
4
21 Jun 2023 05:28pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264640/berita/semasa/empat-suspek-kes-buli-ditahan-di-kota-samarahan
Empat suspek kes buli ditahan di Kota Samarahan
KUCHING - Polis Sarawak menahan empat suspek kes buli melibatkan pelajar Tingkatan Satu di Kota Samarahan susulan satu rakaman video berdurasi 47 saat yang tular di media sosial, Isnin lepas.Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintenden Brodie Brangka berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian tersebut yang dibuat oleh mangsa pada hari sama dan siasatan lanjut telah dijalankan."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di belakang blok kedai Taman Desa Permai, Kota Samarahan. Seorang pelajar Tingkatan Satu sekolah tersebut telah dipukul oleh empat orang pelajar lelaki dari sekolah sama."Kesemua suspek telah dikenal pasti dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan untuk siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, pihak sekolah juga telah dimaklumkan mengenai kejadian terbabit dan meminta orang awam tidak menyebarkan rakaman video tersebut serta membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu agar tidak mengganggu siasatan. - Bernama
4
21 Jun 2023 05:25pm
NOOR AINON MOHAMED
https://www.sinarharian.com.my/article/264639/berita/semasa/warga-asing-ditahan-raba-pengunjung-pasar-malam
Warga asing ditahan raba pengunjung pasar malam
IPOH - Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di tapak pasar malam Taman Perpaduan, Tambun di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek, 20, ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun."Polis berjaya memperoleh perintah tahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul kehormatan."Dengan tertangkapnya suspek, kes ini berjaya diselesaikan. Polis akan melengkapkan siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat memapar tangkapan terhadap suspek dipercayai meraba seorang wanita warga tempatan.Suspek berjaya ditangkap oleh pengunjung dan urusetia tapak pasar malam berkenaan sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.
4
21 Jun 2023 05:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264635/berita/nasional/idris-jusoh-lepaskan-jawatan-pengerusi-felda
Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda
KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Idris Jusoh mengesahkan pengunduran beliau daripada jawatan berkenaan berkuat kuasa 30 Jun ini.Menerusi laman Facebooknya, bekas Menteri Pendidikan Tinggi itu menjelaskan, beliau menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti baharu.Idris dalam kenyataannya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi peluang kepadanya menjawat jawatan berkenaan.Penghargaan juga ditujukan kepada warga peneroka, petugas Felda sepanjang perkhidmatannya.Beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Lembaga Pengarah agensi itu, berkuat kuasa 1 Mei 2020.Bagaimanapun, pengganti beliau bagi jawatan Pengerusi Felda masih belum diumumkan. - Awani
4
21 Jun 2023 05:22pm
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264641/berita/nasional/moratorium-seksyen-309-kanun-keseksaan-masih-berkuat-kuasa
Moratorium Seksyen 309 Kanun Keseksaan masih berkuat kuasa
PUTRAJAYA - Moratorium ke atas Seksyen 309 Kanun Keseksaan masih lagi dikuatkuasakan meskipun proses pindaan tiga rang undang-undang (RUU) menyahjenayahkan cubaan bunuh diri di peringkat Parlimen telahpun selesai.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, ketiga-tiga RUU itu perlu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya diwartakan dalam Warta Kerajaan sebelum berkuat kuasa."Moratorium masih lagi berkuasa terhadap Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan tiada pendakwaan boleh dijalankan di bawah seksyen tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2023 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023 yang antara lain, menyahjenayahkan cubaan bunuh diri di Malaysia telah diluluskan di Dewan Negara pada Selasa.RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 yang antara lain memberikan kuasa kepada pegawai intervensi krisis (pegawai agensi-agensi di bawah sistem Malaysian Emergency Response Services – MERS 999) untuk menangkap (menyelamatkan) seseorang yang cuba bunuh diri pula telah diluluskan di Dewan Negara sehari kemudian."Dengan kelulusan ketiga-tiga RUU ini di Dewan Negara, proses pindaan undang-undang bagi menyahjenayahkan cubaan bunuh diri di peringkat Parlimen telah pun selesai," ujar beliau.Dalam pada itu, Ramkarpal turut mengucap terima kasih kepada semua pihak termasuk ahli Parlimen yang telah memberikan sokongan dalam usaha mengubah pendekatan terhadap cubaan bunuh diri daripada yang bersifat punitif pada masa ini kepada suatu pendekatan yang berasaskan kepada rawatan perubatan.
4
21 Jun 2023 05:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264634/berita/sukan/skuad-taekwondo-dapat-sentuhan-korea
Skuad taekwondo dapat sentuhan Korea
SKUAD taekwondo bakal mendapat sentuhan Korea Selatan apabila bekas juara dunia dari negara kimchi itu akan menurunkan ilmunya kepada atlet negara.Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Taekwondo Malaysia (TM), R. Dhanaraj berkata, mereka ialah Lee Woo Jin dan Kim Jin Man yang akan membantu atlet negara bagi meningkatkan teknik dalam kategori freestyle poomsae.Katanya, persatuan terpaksa mendapatkan kepakaran Korea kerana pada Sukan Asia Hangzhou atlet yang bersaing bagi kategori poomsae perlu beraksi dalam dua jenis kategori iaitu freestyle dan tradisional.“Kategori poomsae, atlet perlu bertanding dalam dua acara iaitu freestyle dan tradisional untuk mendapatkan satu pingat. Ini bermaksud seorang atlet akan beraksi kedua-dua kategori berkenaan.“Disebabkan, freestyle lebih kepada akrobatik, jadi kita akan jemput jurulatih khas Korea yang memang pakar dalam acara ini. Woo Jin dan Jin Man dari Korea ini adalah bekas juara dunia dan mereka akan bantu atlet negara selama sebulan,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan atlet ke Sukan Asia bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Selasa.Menurut Dhanaraj, dua jurulatih itu akan tiba di Malaysia pada Sabtu dan mereka akan bantu atlet negara selama sebulan.“Atlet kita akan ambil bahagian dalam kejohanan dunia di Korea Selatan pada 5 hingga 10 Ogos ini dan mereka akan terus berlatih di sana selama tiga minggu sebelum pulang ke Malaysia untuk persiapan ke Sukan Asia,” katanya.Pada mesyuarat itu, beliau menjelaskan MOM bersetuju menghantar tiga atlet ke temasya empat tahun sekali itu.Katanya, dua atlet dari disiplin poomsea iaitu Nur Humairah Abdul Karim dan Jason Loo layak untuk ke Sukan Asia kerana mempunyai prestasi dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MOM selepas meraih pingat perak dan gangsa dalam kejohanan dunia tahun ini.“Kita juga sedang berusaha untuk memastikan seorang lagi atlet taekwondo, Syafiq Zuber yang meraih emas acara kyorugi pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini tersenarai ke Sukan Asia nanti.“MOM mempertikai kedudukan Syafiq ke Sukan Asia. Pihak persatuan akan buat rayuan supaya Syafiq diserapkan ke Sukan Asia atas tiket kategori B1,” ujarnya.
4
21 Jun 2023 05:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264633/berita/sukan/kamake-dedah-punca-kekalahan-besar-papua-new-guinea
Kamake dedah punca kekalahan besar Papua New Guinea
KETUA jurulatih Papua New Guinea, Harrison Kamake mendedahkan punca kekalahan besar pasukannya apabila dibelasah Malaysia 0-10 dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Selasa.Beliau berkata, dalam awal saingan para pemain berjaya mengikut percaturan permainan, namun pada babak kedua mereka hilang fokus dan ia membawa padah kepada pasukan.“Tahniah buat Malaysia, mereka adalah pasukan yang lebih baik pada malam ini (Selasa). Kesemua pemain beraksi mengikut perancangan yang ditetapkan tetapi pada separuh masa kedua pemain mula hilang fokus.“Bermain dengan pasukan yang lebih berkualiti seperti Malaysia membuatkan kami dihukum apabila mula hilang fokus,” katanya dalam sidang media selepas berakhir perlawanan.Anak-anak buah Kamake berjaya memberi saingan kepada skuad Harimau Malaya apabila mereka hanya sekadar bolos satu gol di minit-minit akhir menerusi sepakan penalti.Bagaimanapun masuk separuh masa kedua, mereka seperti hilang apabila bolos sembilan gol.Dalam aksi itu, pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi meledak empat jaringan, manakala enam gol lagi hasil sumbangan Faisal Halim, Danial Ting, Safawi Rasid dan hatrik Paulo Josue.Kamake menerima kekalahan besar itu dengan hati terbuka dan akan terus memperbaiki segala kelemahan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan lain.Beliau juga bertekad untuk terus bekerja dengan pemain-pemain muda bagi membina sebuah skuad yang ampuh.Papua New Guinea hadir dengan keyakinan selepas mereka berjaya mengikat Singapura 2-2 dalam perlawanan persahabatan, namun terpaksa akur dengan kualiti yang ada pada pasukan lawan.
4
21 Jun 2023 05:11pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264638/berita/hiburan/saya-reda-sudah-buat-terbaik-ketika-hayat-mama-ada---kilafairy
'Saya reda, sudah buat terbaik ketika hayat mama ada' - Kilafairy
PENYANYI dan pelakon, Kilafairy menganggap peluang berada bersama dan menemani ibunya sehingga ke nafas terakhir adalah momen tidak akan dilupakannya.Meskipun sedih dengan kehilangan itu, Kila, 31, reda dengan takdir dengan pemergian ibunya, Allahyarham Rohana Jalil yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.34 malam tadi.“Alhamdulillah, arwah pergi dalam keadaan baik dan segala urusan jenazah termasuk pengebumian dipermudahkan. Malah, arwah juga pergi dalam keadaan tersenyum.“Walaupun sedih, tapi saya reda kerana itulah yang selalu diajar oleh kedua-dua ibu bapa saya bahawa yang hidup pasti akan mati.“Saya lega kerana sudah buat yang terbaik ketika hayatnya masih ada. Dari awal dia sakit dan dimasukkan ke hospital sehinggalah pada saat pemergiannya, saya ada di sisi."Malah saya juga berpeluang memandikan dan mengambil wuduk untuknya,” katanya yang ditemui ketika majlis pengebumian Allahyaraham ibunya.Gambar kenangan Kilafairy bersama Allahyarham ibunya, Rohana Jalil.Kila atau nama sebenarnya, Syakila Nisha, mengakui terlalu banyak kenangan bersama Allahyarham yang akan kekal kemas dalam ingatan, termasuk pesan dan nasihat yang diberikan selama ini.“Arwah mama seorang yang sangat lucu dan suka bergurau. Kami banyak menghabiskan masa bersama kerana saya belum berkahwin dan masih tinggal bersamanya.“Pesan yang paling saya ingat adalah nasihatnya agar saya sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan tidak lupa diri,” katanya yang kelihatan cukup tenang.Terdahulu Rohana yang juga merupakan penyanyi popular era 1980-an dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu akibat kebocoran usus.Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.33 malam Selasa.Jenazah ibu kepada tiga cahaya mata itu selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, sekitar 11.45 pagi Rabu.
4
21 Jun 2023 05:10pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264631/berita/sukan/arif-aiman-selesa-merendah-diri
Arif Aiman selesa merendah diri
BINTANG sensasi, Arif Aiman Hanapi selesa merendah diri apabila memberi kredit kepada rakan sepasukan biarpun meledak empat gol ketika membantu Harimau Malaya membenam Papua New Guinea 10-0 dalam aksi persahabatan di Kuala Terengganu pada malam Selasa.Pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan bangga, namun tanpa berselindung mengakui masih banyak yang perlu dipelajari memandangkan perjalanannya masih jauh.“Alhamdulillah, pertama sekali saya bangga tapi bukan sebab empat gol, tapi kerana rakan sepasukan bantu saya untuk jaringkan gol pada malam ini (Selasa).“Namun bagi saya tidak ada sebab untuk berpuas hati dalam penampilan pada kali ini, perjalanan masih jauh dan berliku. Saya cuma berikan terbaik dan bukan senang membarisi kesebelasan utama pasukan lagipun ramai pemain senior, tapi ia bagus sebagai persaingan,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan.Pemain kelahiran Pahang itu tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringannya apabila dimasukkan pada separuh masa kedua apabila meledak pada minit ke-57′, 60, 87 dan 89.Enam gol lagi hasil sumbangan Faisal Halim, Danial Ting, Safawi Rasid dan hatrik Paulo Josue.Arif juga mengakui pasukan bergelut pada separuh masa pertama kerana hanya menjaringkan satu gol, namun kata-kata semangat daripada ketua jurulatih Kim Pan-gon membuatkan mereka lebih bersemangat apabila masuk separuh masa kedua.“Semua tahu separuh masa pertama memang kita bergelut sikit tapi coach sentiasa memberi semangat kerana kita berjaya cipta banyak peluang pada separuh masa pertama tapi tiada rezeki untuk gol.“Pada separuh masa kedua selepas saya, Faisal dan rakan lain masuk fokus kami adalah untuk menghasilkan gol dan ia berjaya,” katanya.Di sebalik dua kemenangan selepas menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 sebelum ini dan ketika menentang Papua New Guinea, Arif berkata mereka tidak boleh berasa berpuas hati.Ini kerana katanya, perlawanan-perlawanan yang dihadapi itu adalah sebagai persiapan skuad Harimau Malaya untuk ke Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.“Tiada sebab untuk saya berpuas hati kerana ini adalah persiapan kami ke Piala Asia dan persediaan ini amat penting untuk pemain dan pasukan Harimau Malaya,” kata pemain berusia 21 tahun itu.
4
21 Jun 2023 05:07pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264630/berita/nasional/agong-raja-permaisuri-zahir-takziah-kepada-keluarga-rohana-jalil
Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Rohana Jalil
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penggiat seni tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air."Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini," menurut hantaran itu.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, telah dirawat di hospital sejak April lepas disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.Allahyarham yang berasal dari Kota Tinggi, Johor mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM (Radio Televisyen Malaysia) pada 1980.Sepanjang empat dekad berkecimpung dalam bidang muzik, Allahyarham telah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas.Antara lagu popular beliau ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta, duet bersama To'ki. - Bernama
4
21 Jun 2023 04:40pm
MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
https://www.sinarharian.com.my/article/264629/berita/semasa/aktiviti-penyelewengan-diesel-tumpas
Aktiviti penyelewengan diesel tumpas
SHAH ALAM - Bukan sekali sekala tetapi ia merupakan aktiviti harian dilakukan satu sindiket menyeleweng minyak diesel membabitkan sebuah stesen minyak di Seksyen 22, dekat sini.Bagaimanapun, aktiviti yang dipercayai dijalankan sejak enam bulan lalu akhirnya tumpas apabila empat lelaki bersama tiga buah lori ditahan pada Isnin.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, satu operasi hendap secara strategik telah dilakukan bersama petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas sindiket tersebut.Beliau berkata, serbuan di stesen minyak tersebut membolehkan KPDN Negeri Selangor menyita minyak diesel berjumlah 13,802 liter yang dipercayai telah diisi ke dalam tiga buah lori diubah suai.Kata beliau, intipan yang dilakukan beberapa jam sebelum serbuan menyaksikan lori-lori tersebut telah mengisi minyak ke dalam tangki biasa, sebelum disedut menggunakan pam khas ke tangki yang telah diubah suai atau tangki tambahan."Modus operandi suspek sindiket ini adalah mengisi minyak menggunakan nozel pengisi secara serentak serta membuat dua transaksi pembayaran dalam satu-satu masa."Bukan sekali sekala kumpulan sindiket ini membuat penyelewengan tetapi ia dilakukan pada setiap hari antara jam 9 malam hingga 1 pagi, malah suspek dipercayai membuat pengisian secara berulang antara enam hingga 10 kali satu hari untuk dihantar ke stor penyimpanan."Kita percaya, ia bukan sahaja dijual kepada pihak industri malah diseludup ke negara jiran," katanya pada sidang akhbar pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata, kesemua lori yang disita tidak mempunyai dokumen atau permit untuk urusan membeli barangan kawalan daripada KPDN.Katanya, dalam serbuan tersebut, sebuah treler yang mempunyai tangki tambahan berkapasiti 20,000 liter telah digunakan untuk mengisi minyak sebanyak 8,352 liter, sementara dua lori lagi berjaya mengisi lebih daripada 5,000 liter.Menurutnya, nilai minyak diesel dan lori yang disita dianggarkan berjumlah RM250,000.Selain itu kata beliau, pihaknya juga merampas wang tunai berjumlah RM20,000 yang dipercayai hasil jual beli minyak diesel bersubsidi tersebut.Tambahnya, selain tiga lori dan empat suspek warga tempatan dipercayai sebagai pemandu lori, seorang warga asing merupakan pekerja stesen minyak telah direman sehingga Jumaat ini.Ditanya sama ada pihak pengurusan stesen minyak terlibat dengan aktiviti penyelewengan tersebut, beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan keterangan percakapan telah diambil.Jelasnya, siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 ke atas pemilik stesen minyak kerana melanggar Peraturan 12A kesalahan di bawah Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 kerana menjual diesel kepada kenderaan melebihi 250 liter, seperti yang ditetapkan oleh Pengawal Bekalan.
4
21 Jun 2023 04:31pm
ROSHILA MURNI ROSLI
https://www.sinarharian.com.my/article/264625/berita/semasa/penipuan-phone-scam-di-kedah-catat-kerugian-rm52-juta
Penipuan Phone Scam di Kedah catat kerugian RM5.2 juta
ALOR SETAR - Sebanyak 125 kertas siasatan dibuka sejak Januari sehingga Mei lalu bagi kes penipuan membabitkan Phone Scam di Kedah.Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Saleh, berkata, kes terbabit semakin meningkat di negeri ini sehingga menyebabkan kerugian mencecah hampir RM5.2 juta.Katanya, peningkatan itu berbeza berbanding tahun lalu yang hanya membabitkan 100 kertas siasatan dan kerugian sebanyak RM2.2 juta dalam tempoh sama."Peningkatan kes sebanyak 25 peratus dan jumlah kerugian dua kali ganda berbanding tahun lalu harus diambil langkah yang lebih efektif dan berkesan untuk menyedarkan orang ramai."Ia termasuk menyedarkan mereka tentang modus operandi terkini yang dilakukan oleh sindiket-sindiket penipuan dan mencegah mereka daripada terus menjadi mangsa penipuan," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.Menurutnya sepanjang tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kedah mengambil pendekatan mengadakan pelbagai program pencegahan jenayah di daerah sekitar kontinjen Kedah."Ini termasuk program Jelajah Kempen Anti Scam JSUK Kedah dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad yang dianjurkan hari ini sebagai langkah membanteras dan mencegah jenayah komersial, khususnya berkaitan kes penipuan membabitkan perbankan," katanya.Fisol berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan tidak menekan mana-mana pautan sama ada diterima melalui mesej, media sosial dan e-mel."Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mendedahkan dan berkongsi apa-apa data perbankan yang dimiliki dengan pihak ketiga serta tidak membenarkan mana-mana akaun bank di bawah milikan diakses dan diserahkan kepada individu lain,," katanya.Ujarnya, tindakan berkenaan adalah bagi mengelakkan orang ramai daripada terus menjadi mangsa penipuan dan juga dapat mengelakkan diri daripada terbabit dengan keldai akaun."Sebarang aduan berkaitan kes penipuan juga boleh disalurkan kepada pusat operasi yang menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian iaitu Pusat Respons Scam Kebangsaan (NCRC) melalui talian 997," katanya.
4
21 Jun 2023 04:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264624/berita/sukan/azizulhasni-diharap-kekalkan-kayuhan-emas-di-sukan-asia
Azizulhasni diharap kekalkan 'kayuhan emas' di Sukan Asia
JAGUH berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang cemerlang meraih dua gelaran Asia baru-baru ini, diharap dapat mengekalkan 'kayuhan emasnya' pada Sukan Asia Hangzhou di China bermula 23 September hingga 8 Oktober ini.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, Azizulhasni kini berada dalam prestasi terbaik untuk menjayakan misi itu selepas meraih emas berganda menerusi acara keirin dan pecut pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023."Ini membuktikan Azizulhasni sudah cukup bersedia dan fokus untuk mengharungi dua lagi tugasan penting selepas ini - Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos dan Sukan Asia."Jadi saya berharap beliau dapat mengulangi kejayaannya pada Sukan Asia nanti, memandangkan Azizulhasni dijangka sekali lagi bersaing dengan pelumba-pelumba yang bertanding pada ACC kali ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.Azizulhasni, 35, yang terkenal dengan julukan 'The Pocket Rocketman' mencipta sensasi di Velodrom Nasional, Nilai, apabila menyambar emas berganda pada ACC 2023 yang berakhir pada Isnin lepas, selain berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya bagi acara pecut.Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut menampilkan semangat terpuji untuk menyumbang gangsa acara keirin walaupun berdepan kemalangan pada pusingan separuh akhir sehingga mengalami kecederaan, manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis turut beraksi cemerlang muncul juara acara 1 kilometer ujian masa individu (ITT).Muhammad Fadhil juga beraksi cemerlang untuk mengetuai trio pecut berpasukan yang dibarisi dua pelumba muda - Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah - meraih pingat gangsa acara itu.Bagi kategori wanita, pelumba cilik berusia 19 tahun Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meraih perak dengan memecahkan rekod kebangsaan acara 500 meter ITT.Sementara itu, ketua jurulatih skuad trek negara John Beasley, menyambut baik pembinaan velodrom berkelas dunia di Sarawak yang diharap mampu melahirkan lebih ramai pelumba trek berbakat."Mendapat venue berkualiti merupakan satu berita yang baik. Kita telah mempunyai satu lokasi yang menghasilkan atlet yang bagus di Johor, kali ini kita dapat yang ini, jika dapat lebih banyak (venue) di negara ini, kita benar-benar berada di landasan tepat,” katanya.Baru-baru ini, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pembinaan velodrom mengikut standard antarabangsa dijangka bermula tahun depan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching. - Bernama
4
21 Jun 2023 04:15pm
MUHAMMAD AMINNURALIFF
https://www.sinarharian.com.my/article/264622/berita/semasa/suspek-pukul-pekerja-kedai-serbaneka-diberkas
Suspek pukul pekerja kedai serbaneka diberkas
KAJANG - Dua individu yang dipercayai mengakibatkan seorang lelaki cedera dipukul di sebuah kedai serbaneka di Semenyih diberkas polis pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kedua suspek merupakan lelaki warga tempatan."Kedua-dua suspek berumur 31 dan 32 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah Berat(D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Seremban, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor."Tangkapan yang dijalankan kira-kira jam 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari itu turut merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Katanya, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod melibatkan kes jenayah dan dadah."Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.Pada Selasa, pekerja sebuah kedai serbaneka di Semenyih cedera dipukul dalam kejadian pada Selasa.Mangsa dipukul kerana mendakwa suspek bertindak mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa mahu membuat sebarang bayaran.Mangsa yang mengalami kecederaan di muka mendapatkan rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
4
21 Jun 2023 04:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264620/berita/sukan/pengganti-choong-hann-tak-boleh-dibuat-terburu-buru---norza
Pengganti Choong Hann tak boleh dibuat terburu-buru - Norza
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) tidak boleh mengambil langkah terburu-buru dalam mencari pengganti Wong Choong Hann, yang meletak jawatan sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan baru-baru ini.Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengakui tidak mudah mencari jurulatih yang mampu mengisi kelompongan ditinggalkan Choong Hann yang menamatkan tempoh perkhidmatan hampir lima tahun sejak November 2018 bersama badan memayungi badminton negara itu.Katanya, kebanyakan jurulatih terutamanya dari luar juga pastinya sedang memberi komitmen jitu membantu negara masing-masing menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, dengan kempen kelayakan sedang rancak berlangsung hingga April tahun depan."Tentu sekali kita sedang cari jalan sesuai ganti Choong Hann. Bukan senang kerana beliau telah bersama kita sejak lima tahun lepas, sudah sebati dan menjadi satu daripada penggerak serta aset pasukan badminton kita."Oleh itu, kita harus kenal pasti jurulatih sesuai, namun ia bukan jalan mudah.... Sama ada menerusi penyesuaian struktur masa ini (jurulatih) atau ambil orang baharu, perkara itu masih dalam perbincangan, tak boleh terburu-buru mahupun tangkap muat," katanya selepas mesyuarat pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2022 di Kuala Lumpur pada Rabu.Mengenai pengganti Michelle Chai yang meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Mohamad Norza berkata BAM masih melakukan proses pencarian bagi memastikan individu itu benar-benar layak mengepalai ABM."Kita juga melantik ejen headhunter untuk lihat dari seluruh pelosok dunia individu yang boleh mengendalikan akademi sukan, lebih-lebih lagi sesuai dengan badminton," katanya.Bulan lepas, Michelle secara sukarela menyerah serta menghantar notis peletakan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif ABM susulan prestasi hambar skuad wanita negara yang tersingkir daripada saingan Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.Michelle pada sidang media berkata kekalahan mengejut 0-3 di tangan skuad wanita Filipina pada aksi suku akhir di Dewan Badminton, Stadium Nasional Morodok Techo itu tidak boleh diterima dan memerlukan jalan penyelesaian barisan pengurusan serta kejurulatihan ABM. - Bernama
4
21 Jun 2023 04:11pm
NOR AZURA MD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264616/berita/politik/prn-pkr-johor-siap-sedia-bantu-negeri-sembilan
PRN: PKR Johor siap sedia bantu Negeri Sembilan
JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor bersedia menghantar jentera bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.Naib Pengerusi II PKR negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pada PRN tersebut, PKR Johor berkemungkinan akan diminta membantu jentera parti di Negeri Sembilan memandangkan kedudukannya lebih dekat dengan negeri ini."Kesemua 26 cabang PKR di Johor sudah diminta bersiap sedia untuk menghantar jentera yang komited dan berpengalaman bagi membantu kemenangan pada PRN."Sudah tentu jentera yang dihantar tahu tentang kempen dan pilihan raya kerana sebelum ini Johor sudah melaksanakan PRN dan mereka sudah berpengalaman," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Tebrau pada Rabu.Wee Tse yang juga Ahli Parlimen Tebrau berkata, kemenangan di Negeri Sembilan cukup penting kerana negeri itu turut menjadi sasaran Perikatan Nasional (PN)."PN mahu menang di Negeri Sembilan kerana mendakwa peratus undi Melayu lebih tinggi di negeri itu berbanding Pulau Pinang."Apa-apa pun kita tidak mahu terlepas peluang dan akan hantar jentera yang komited bertugas dan membantu kempen PRN," katanya.Selain Negeri Sembilan, PRN turut akan diadakan di Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
4
21 Jun 2023 03:54pm
IZWAN ROZLIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264617/berita/nasional/mahasiswa-perlu-berani-tampil-idea-baharu
Mahasiswa perlu berani tampil idea baharu
KUALA LUMPUR – Mahasiswa yang mahu menceburi bidang keusahawanan perlu berani mengenengahkan elemen baharu serta segar untuk kekal relevan pada masa akan datang.Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, dalam dunia perniagaan tidak semua yang dirancang akan kekal dan berjaya selamanya melainkan mempunyai perancangan rapi untuk terus maju.Menurut beliau, jika dahulu orang minat untuk beli dan baca buku secara fizikal tetapi sekarang tidak lagi apabila segala sumber maklumat diambil alih oleh media sosial.Muhammad Nasir berucap pada Karnival Minggu Keusahawanan di UPNM pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB“Terbukti dengan kewujudan banyak portal berita, laman web dan sebagainya mempengaruhi cara khalayak bertindak daripada suka membeli buku dan surat khabar kini mereka beralih kepada bahan bacaan dalam talian.“Bisnes juga sudah beralih kepada media sosial, jadi kita perlu pandai menyesuaikan diri dengan teknologi yang ada dan pastinya setiap cara itu ada buruk dan baik yang harus dikuasai dan dipelajari,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena Karnival Minggu Keusahawanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini pada Rabu.Karnival anjuran Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan Pusat Pembangunan Keusahawanan &Inovasi dengan kerjasama Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan dan Fakulti Kejuruteraan/ Pusat Bahasa,Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM, Profesor Dr Muhd Zu Azhan Yah; Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi, Sarina Abdul Rani; Timbalan Dekan (Akademik dan Prasiswazah), Dr Salma Yusof dan Profesor Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Dr Mohd Abdullah Jusoh.Tegas Muhammad Nasir, usahawan perlu menguasai bidang yang diceburi tanpa mengharapkan orang tengah ataupun staf.Muhd Zu Azhan menyerahkan cenderahati kepada Muhammad Nasir. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB“Kalau nak jadi usahawan kuih bahulu sebagai contoh, kena kita sendiri yang beli dan cari bahan-bahannya, kena tahu cara hendak bakar baru bisnes boleh berjaya,” jelasnya.Selain itu, beliau turut mengingatkan mahasiswa untuk terus berdaya saing dan membuka minda agar tidak terus terperosok di bawah paras kemiskinan.“Perlu diingat jangan terlibat dalam perkara atau amalan yang boleh menjatuhkan moral dan agama yang kita pegang selama ini.“Perlu ada integriti, sentiasa berpegang kepada halal dan haram agar apa yang kita usahakan itu diredai tuhan kerana sehebat mana pun kita jangan lupa bahawa kuasa Tuhan itu boleh merubah segala-galanya. Jadi jangan leka dan alpa bila dianugerahkan dengan kejayaan,” ujarnya.
4
21 Jun 2023 03:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264609/berita/nasional/16-atlet-kurang-upaya-intelek-bertanding-sukan-olimpik-khas-dunia-di-berlin
16 atlet Kurang Upaya Intelek bertanding Sukan Olimpik Khas Dunia di Berlin
SHAH ALAM - Seramai 22 atlet Malaysia akan bertanding di Sukan Olimpik Khas Dunia yang akan berlangsung di Berlin, Jerman dari 17 Jun hingga 25 Jun ini.Daripada 22 atlet itu, seramai 16 atlet Kurang Upaya Intelek (ID) akan bertanding dalam sukan renang, bocce, badminton, olahraga, pingpong dan boling.Seramai 39 orang delegasi termasuk jurulatih, pegawai dan kakitangan perubatan dimana diketuai oleh Dr. Sivanesan Govindasamy dan Bong Koi Sin telah berlepas ke Berlin, baru-baru ini.Berlin menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 7,000 atlet dan delegasi dari 190 negara kerana ia menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Khas Dunia 2023 iaitu acara sukan inklusif terbesar di dunia untuk orang ID.U Mobile, syarikat telekomunikasi yang mengutamakan data dan memenangi banyak anugerah telah menjadi penaja utama pasukan Sukan Olimpik Khas Malaysia (SOM).Inisiatif terbaharu ini adalah selaras dengan usaha syarikat telekomunikasi untuk meraikan semangat tiada tandingan rakyat Malaysia terhadap Sukan Olimpik Khas Dunia ini.Bagi memudahkan perwakilan berhubung, U Mobile telah menyediakan semua ahli pasukan dengan langganan U Postpaid. Kontinjen yang akan memperoleh data 5G atau 4G yang sangat pantas dan perayauan global percuma apabila mereka berada di luar untuk latihan atau pertandingan, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.Bukan itu sahaja, para atlet juga akan menikmati pengalaman U Mobile dengan peranti 5G serba baharu.Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian, berkata, inisiatif ini adalah wajar sebagai usaha syarikat telekomunikasi itu sendiri untuk mengeluarkan semangat Unbeatable dalam diri semua orang.“U Mobile amat berbesar hati kerana berpeluang menjadi penaja utama pasukan Olimpik Khas Malaysia yang akan menyertai Sukan Olimpik Khas Dunia akan datang di Berlin.“Tema Sukan Olimpik Khas Dunia tahun ini ialah #UnbeatableTogether dan U Mobile sangat mempercayai semangat itu. Kami juga berharap perkongsian ini akan membantu meningkatkan kesedaran tentang Olimpik Khas kami yang luar biasa dan memupuk penyertaan untuk semua peringkat keupayaan.“Atas semangat itu, kami mengucapkan selamat bertanding kepada Pasukan Malaysia pada temasya tahun ini kerana kami pasti akan menyokong mereka,” katanya.Sementara itu, Ketua Delegasi atlet Malaysia, Dr. Sivanesan Govindasamy, berkata, pihaknya merakamkan penghargaan yang tulus kepada U Mobile atas usaha luar biasa mereka dalam mempromosikan penyertaan syarikat telekomunikasi melalui sukan.“Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada perwakilan yang mengambil bahagian dalam Sukan Dunia tetapi juga berfungsi sebagai platform yang berkuasa untuk menguatkan suara perubahan dalam komuniti orang kurang upaya intelek,”katanya.Berkenaan peluang pingat, Dr. Sivanesan berkata, pihaknya menyasarkan tiga pingat emas, dan berharap atlet menggunakan peluang ini untuk bersungguh-sungguh bersaing dalam platform sukan lebih 7,000 atlet dari seluruh dunia.“Mereka akan bersaing, dan juga mengalami kegembiraan, persahabatan, keberanian, dan pencapaian bersama-sama.”“Kami percaya bahawa sokongan adalah amat penting dan atlet-atlet ini berhak mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari Malaysia,”katanya.Bagi mereka yang ingin menyertai Pasukan Malaysia di Sukan Dunia, anda boleh berbuat demikian dengan menyiarkan kata-kata sokongan dan galakan di media sosial anda dengan menggunakan hashtag rasmi #UnbeatableTogether dan #MYUnbeatableTeam.Untuk menyebarkan kesedaran dan mengumpul sokongan komuniti bagi pasukan Olimpik Malaysia dan mempromosikan keterangkuman menyeluruh, U Mobile telah mencipta InstagramAR Filter yang membolehkan pengguna berinteraksi dan berkongsi untuk mempamerkan sokongan mereka di sini.Untuk maklumat lanjut tentang Sukan Olimpik Khas Malaysia dan usaha mereka bekerja dengan komuniti kurang upaya intelek, layari www.u.com.my/specialolympicsmalaysia atau www.specialolympicsmalaysia.org
4
21 Jun 2023 03:30pm
ADILA SHARINNI WAHID
https://www.sinarharian.com.my/article/264612/berita/nasional/6771-veteran-atm-dapat-kerja-selepas-latihan-peralihan-perhebat
6,771 veteran ATM dapat kerja selepas Latihan Peralihan Perhebat
KOTA BHARU - Sejumlah 67 peratus atau 6,771 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mendapat pekerjaan selepas menjalani Latihan Peralihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dalam tempoh 2018 hingga 2022.Pengarah Bahagian Kewangan dan Akaun Perhebat, Zaidah Mohd berkata, mereka antaranya golongan pekerja bermajikan, bekerja sendiri dalam ekonomi gig dan usahawan yang memperoleh pendapatan purata sekitar RM3,000 sehingga RM5,000 sebulan.Menurut beliau, angka peratusan terbabit dikira daripada 10,072 veteran yang dapat dihubungi sementara jumlah sebenar keseluruhan veteran dilatih dan dipantau dalam tempoh berkenaan adalah 22,398.“Daripada 6,771 veteran mempunyai pendapatan itu, seramai 1,789 veteran memilih bekerja dengan majikan, usahawan kecil-kecilan dan ekonomi gig (3,813) serta usahawan mempunyai syarikat sendiri (1,169).“Seramai 3,301 masih tidak bekerja kerana sebahagiannya menyambung pengajian, sedang mencari pekerjaan dan atas pilihan sendiri serta bergantung pada pencen,” katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Latihan Peralihan Perhebat di Tunjong di sini pada Rabu.ZaidahTurut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pengurusan), Datuk Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.Zaidah berkata, dalam usaha memberi nilai tambah kepada kebolehpasaran veteran dalam sektor pekerjaan, Perhebat bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia melalui Program Recognition of Prior Experiential Learning (R-Pel).“R-Pel memberi peluang veteran menyambung pengajian dan mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Satu hingga Tiga, Diploma Kemahiran Malaysia Tahap Empat dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap Lima.“Manfaat juga diluaskan melalui 16 Pusat Latihan dan Bimbangan Veteran di seluruh negara termasuk di Kedah, Kelantan dan Pahang,” ujar beliau.Pada Selasa, akhbar melaporkan Kementerian Pertahanan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengukuhkan fungsi dan hala tuju Perhebat supaya proaktif dalam menyediakan latihan kepada veteran ATM.
4
21 Jun 2023 03:23pm
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
https://www.sinarharian.com.my/article/264608/berita/politik/amanah-sedia-pertahan-lapan-kerusi-dun-selangor
Amanah sedia pertahan lapan kerusi DUN Selangor
KUALA SELANGOR - Parti Amanah Negara (Amanah) sedia mempertahankan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang disandang parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Pengarah Strateginya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sudah semestinya Amanah mahu memenangi lapan kerusi DUN tersebut."Kita kalau bersaing (dalam pilihan raya) sememangnya mahu menang dan bukannya untuk kalah," katanya ketika ditemui pada Program Serahan Bayaran Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada seorang mangsa kemalangan di Kampung Parit Mahang, di sini pada Rabu.Ditanya mengenai kerusi bakal ditandingi Amanah pada PRN Selangor, beliau berkata, jumlah sebenar kerusi itu akan diumumkan kepimpinan tertinggi dalam tempoh terdekat."Semua itu sudah boleh dijangka dan kerusi penyandang (Amanah) juga ada lapan (di Selangor)."Itu satu teka teki menarik dan biar kepimpinan atasan membuat keputusan kerana kita memang ada perbincangan dan bersiap siaga menghadapi PRN kali ini," ujar beliau.Mengulas mengenai saingan Perikatan Nasional (PN) pada PRN di Selangor, Dr Dzulkefly mengakui kemungkinan Pakatan Harapan (PH) bakal menghadapi saingan sengit.Katanya, PN dijangka menggunakan medium media sosial untuk berkempen dalam pilihan raya sebelum ini."Kita mahu kempen secara sihat dan tidak merobek dengan isu perkauman, bagi saya biar ia sengit tapi politik sihat," jelasnya.Sehubungan itu, katanya, rakyat diyakini terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Selangor yang gigih berkhidmat terutama dalam isu pekerjaan, kesihatan dan ekonomi sejak beberapa penggal lalu."Kita yakin PH mempunyai peluang untuk menang pada PRN kali ini kerana kita membawa perkara penting terutama dari segi kebajikan kepada kehidupan rakyat," jelasnya.
4
21 Jun 2023 03:19pm
ZURAIMEE ZAINAL
https://www.sinarharian.com.my/article/264606/berita/sukan/brm-fc-dedah-punca-tarik-diri
BRM FC dedah punca tarik diri
KUALA Kangsar BRM FC tampil menjelaskan masalah kewangan dihadapi pasukan berkenaan merupakan punca kelab dari Perak itu menarik diri baki saingan Kejuaraan MBSB Bank 2023.Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Kangsar BRM FC, Ghafari Nasir menegaskan, keputusan itu dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak BRM."Ini disebabkan kerana beberapa syarikat penajaan yang telah tidak menunaikan janji seperti yang dipersetujui sebelum ini."Sehubungan itu, saya mewakili Kelab Bolasepak BRM memohon maaf kepada semua pemain dan pengurusan pasukan yang telah berkhidmat dalam beberapa perlawanan musim ini."Tunggakan gaji kepada semua pegawai dan pemain pasukan akan dilunaskan kelab secara berperingkat mengikut jumlah sebenar yang layak diterima mereka."Kelab Bolasepak BRM juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pemain dan pengurusan pasukan yang bersama kelab ini dari awal musim," katanya.Sebagai rekod, Kuala Kangsar BRM menduduki tangga kesembilan liga dalam kalangan 14 pasukan dengan mengumpul enam mata hasil dua menang dan tujuh tewas.Terdahulu Liga Bolasepak Amatur (AFL) mengesahkan menerima surat makluman penarikan diri kelab yang berpusat di Kuala Kangsar tersebut.“Kuala Kangsar BRM FC telah secara rasmi menarik diri dari saingan Kejuaraan MBSB Bank menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 19 Jun.“Kita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab nekad dengan keputusan mereka.“AFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC,” kata Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
4
21 Jun 2023 03:12pm
NOR AZURA MD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264605/berita/semasa/dapat-rm500-tapi-minta-bayar-rm2000
Dapat RM500 tapi minta bayar RM2,000
JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Hasrat seorang peniaga mahu membuat pinjaman wang sebanyak RM10,000 tidak kesampaian, malah terpaksa berdepan pelbagai ugutan selepas ditipu sindiket ceti haram yang menyamar sebagai ejen bank.Malah, lelaki itu turut diugut akan dipotong tangan sekiranya tidak membuat bayaran yang ditetapkan.Mangsa, Liew Choon Guan, 30, yang menjalankan perniagaan pengurusan jenazah berkata, segalanya bermula ketika dia melayari laman Facebook yang memaparkan logo bank dan iklan pinjaman wang pada 5 Jun lalu.Menurut Choon Guan, dia yang berminat untuk membuat pinjaman telah berhubung dengan seorang lelaki bernama Aaron yang mengaku sebagai ejen sebuah institusi kewangan."Lelaki berkenaan memberi penerangan berkaitan pembayaran dan bagi proses permohonan pinjaman, saya menyerahkan maklumat peribadi termasuk salinan kad pengenalan, slip gaji, gambar, slip gaji serta bil elektrik seperti diminta."Saya kemudian difahamkan pinjaman peribadi berkenaan sudah diluluskan dan tidak lama selepas itu saya menerima wang RM500 yang dimasukkan ke akaun bank saya," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse di sini pada Rabu.Choon Guan berkata, dia hanya menyedari Aaron adalah ahli sindiket ceti haram selepas dia didesak membuat bayaran sebanyak RM2,000."Saya tidak membuat sebarang bayaran sebagaimana yang diminta. Saya juga menyatakan akan memulangkan semula wang yang dipinjam dan meminta mereka tidak mengganggu saya."Tetapi, mereka tetap meminta saya untuk menjelaskan bayaran RM2,000 yang ditetapkan. Malah mereka juga ugut akan potong tangan saya dan sebarkan maklumat peribadi saya di laman sosial," katanya.Jelasnya, dia semakin bimbang dengan keselamatan dirinya dan kedua ibu bapanya akan diugut oleh ahli sindiket.Sementara itu, Wse Tse meminta orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyerahkan butiran peribadi kepada pihak ketiga tanpa ada pengesahan yang sebenar."Semakin banyak kejadian penipuan membabitkan media sosial dan pinjaman tidak wujud seumpama ini."Oleh itu, saya minta orang ramai sepatutnya lebih berhati-hati dengan taktik licik ceti haram yang menyamar sebagai ejen bank dan sebagainya untuk memerangkap mangsa baharu," katanya.
4
21 Jun 2023 03:05pm
NOR AZURA MD AMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264607/berita/semasa/warga-singapura-dakwa-isi-minyak-dalam-tong-untuk-go-kart
Warga Singapura dakwa isi minyak dalam tong untuk 'go-kart'
ISKANDAR PUTERI - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan penghantar makanan dan dua lelaki warga asing di sebuah stesen minyak yang tular pada Rabu berpunca daripada perselisihan faham.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Sunway Box di sini pada jam 8.37 malam,16 Jun lalu.Beliau berkata, laporan polis telah dibuat pada hari yang sama oleh penghantar makanan berusia 44 tahun itu."Pada jam 8.20 pagi Rabu, polis mengesan sebuah video berdurasi satu minit 50 saat di halaman Twitter " Mynewshub" yang memaparkan pertelingkahan sekumpulan individu berlaku di sebuah stesen minyak."Penghantar makanan itu mendakwa semasa hendak mengisi minyak, sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dinaiki dua lelaki warga asing telah berhenti untuk mengisi minyak di pam yang sama."Penghantar makanan itu kemudiannya melihat warga asing tersebut memegang tong di pam yang sama dan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Jelasnya, pertengkaran itu kemudiannya dileraikan anggota polis bantuan yang turut berada di situ dan warga Singapura terbabit belum sempat mengisi minyak yang dipercayai hendak digunakan untuk aktiviti 'go-kart'.Video berkenaan turut dikongsi di Tiktok yang sudah dilihat lebih 800,000 pengguna laman sosial terbabit.
4
21 Jun 2023 03:00pm
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
https://www.sinarharian.com.my/article/264601/berita/politik/mca-harap-tak-dipinggir-mohon-kerusi-di-kedah
MCA harap tak dipinggir, mohon kerusi di Kedah
SUNGAI PETANI - MCA Kedah memohon agar parti itu tidak dipinggirkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya satu kerusi untuk ditandingi.Ketua Pemuda MCA Bahagian Sungai Petani, Choo Tai Jie berpendapat, sebagai rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN), adalah wajar parti itu diberikan peluang bertanding dalam PRN akan datang.Menurutnya, atas semangat Kerajaan Perpaduan, semua parti termasuk MCA dan MIC harus diberi peluang, walaupun kedua-duanya telah gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu."Kami tahu BN dan Pakatan Harapan (PH) akan berhadapan satu cabaran besar pada PRN ini, oleh itu semangat kerjasama harus dipupuk dalam kalangan parti dan ini akan menaikan semangat semua ahli parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan."Selain itu, rundingan dan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) harus diselesaikan lebih awal bagi membolehkan parti memfokuskan isu rakyat dan ekonomi negara sekali gus membolehkan persiapan dilakukan untuk menghadapi PRN," katanya.Menurutnya, kawasan yang akan ditandingi bergantung kepada pucuk pimpinan serta calon pula tidak semestinya datang daripada Pemuda MCA.Pada PRU15 lalu, MCA bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar sementara calon MIC di Padang Serai telah bertindak menarik diri selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan bagi memberi laluan kepada rakan gabungan iaitu calon dari PH yang turut bertanding.Bagaimanapun, kedua-dua kerusi tersebut berpihak kepada Perikatan Nasional (PN).Sementara itu, pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, MCA tewas di kerusi Kota Darul Aman, Gurun, Kulim dan Bakar Arang yang menjadi milik DAP dan PKR.Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun, Tan Sri Johari Abdul dari PKR telah mengumumkan peletakan jawatan Disember lalu dan telah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
4
21 Jun 2023 02:55pm
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264597/berita/politik/prn-pas-kelantan-serah-lebih-100-nama-calon
PRN: Pas Kelantan serah lebih 100 nama calon
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Pas Kelantan menyerahkan lebih 100 nama untuk diangkat sebagai calon kepada pucuk pimpinan tertinggi parti pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.Setiausaha Pas negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, senarai nama itu termasuklah penyandang yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu."Setiap DUN mengemukakan antara tiga hingga lima nama untuk diletakkan sebagai calon wakil rakyat."Calon-calon itu adalah hasil kajian dan suara diberikan oleh ahli di peringkat akar umbi," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya pada Rabu.Menurut beliau, kebanyakan calon merupakan individu yang bersih dan boleh memberikan kemenangan kepada parti.Ujarnya, kesemua mereka akan ditapis oleh Majlis Syura Ulamak sebelum diumumkan sebagai calon sah untuk PRN dan proses tapisan berkenaan merupakan amalan Pas setiap kali menghadapi pilihan raya."Untuk PRN kali ini, kita akan tampilkan 30 peratus muka baharu daripada pelbagai latar belakang termasuklah profesional," katanya.
4
21 Jun 2023 02:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264599/berita/semasa/najib-keluarkan-cek-hampir-rm23-juta-untuk-khidmat-media-antarabangsa
Najib keluarkan cek hampir RM23 juta untuk khidmat media antarabangsa
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Rabu diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pembayaran hampir RM23 juta melalui 39 keping cek kepada syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd kerana menyediakan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepada bekas perdana menteri itu antara 2011 hingga 2014.Pengarah syarikat itu, Datuk Mohd Omar Mustapha, 51, berkata, pembayaran berjumlah RM22,981,688 diterimanya antara 3 Mac 2011 hingga 23 April 2014 kerana syarikat terbabit menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk penyediaan teks ucapan dalam bahasa Inggeris untuk Najib sama ada di dalam atau di luar negara."Ia juga bagi menyelaras segala urusan dengan pihak media antarabangsa yang berpusat di Malaysia, menyelaras temu duga Najib sewaktu lawatan ke luar negara dengan media antarabangsa dan menyediakan deraf temu duga atau artikel oleh Najib dalam majalah atau surat khabar dalam bahasa Inggeris,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib.Menurut saksi pendakwaan ke-45 itu, urusan perkhidmatan syarikat tersebut kepada Najib bermula selepas timbulnya isu perkhidmatan oleh APCO Worldwide kepada kerajaan Malaysia yang pada 2010 pihak kerajaan telah membayar RM76.8 juta setahun kepada APCO."Pembayaran ini telah dibuat oleh pihak kerajaan atas perkhidmatan PR Antarabangsa (Perhubungan Awam) yang telah diberikan oleh APCO antara Julai 2009 hingga Jun 2010. Pembayaran ini telah menjadi isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen dan saya difahamkan kontrak antara APCO dan kerajaan selepas itu tidak disambung."Ekoran daripada isu tersebut, saya melihat terdapat peluang perniagaan di situ dan telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif APCO di Malaysia pada masa itu, Paul Stadlen untuk bertanya sama ada beliau bersedia untuk keluar daripada APCO dan menyediakan perkhidmatan secara persendirian dan beliau bersetuju,” katanya.Omar berkata, APCO antara syarikat PR Antarabangsa terbesar di dunia yang beribu pejabat di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan di lebih 30 buah negara termasuk Malaysia.Saksi itu seterusnya berkata, beliau juga telah berjumpa dengan Najib di pejabat Perdana Menteri pada Mac 2011 untuk menawarkan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepadanya.Menurut Omar, dalam perbincangan itu, beliau telah menawarkan perkhidmatan tersebut dan pembayaran berdasarkan tuntutan yang dikemukakannya setiap bulan kepada Najib."Pada masa itu, Najib telah bersetuju dengan cadangan perkhidmatan tersebut. Saya tidak meminta sebarang kontrak ditandatangani untuk perkhidmatan ini dan beliau (Najib) juga tidak minta sebarang kontrak daripada saya. Urusan ini hanyalah melibatkan perjanjian lisan sahaja memandangkan isu ini kemungkinan besar boleh dipolitikkan."Saya percaya Najib boleh mempercayai saya dalam urusan ini kerana saya pernah bekerja sebagai pegawai khas utamanya ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2004 hingga 2005,” katanya.Ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi itu berkata Najib merupakan satu-satunya pelanggan dalam syarikatnya dan setiap bulan beliau sendiri akan ke pejabat Najib untuk mendapatkan cek-cek itu."Saya berjumpanya (Najib) setiap bulan dan saya berikan invois termasuk kos operasi dan beliau akan membuat pembayaran. Saya menerima pembayaran selama tiga tahun daripadanya tanpa disoal oleh pihak bank atau sebarang amaran daripada bank,” katanya.Sementara itu, ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, saksi itu berkata perkhidmatan yang diberikannya kepada Najib adalah bagi tujuan rasmi dan beliau tidak mengetahui sumber wang yang digunakan Najib untuk membayar syarikatnya.Ahmad Akram: Adakah kamu tahu dari akaun mana Najib bayar kepada kamu?Mohd Omar: Saya hanya menerima bayaran melalui cek...setahu saya, beliau menandatangani cek tersebut secara peribadi, di hadapan saya.Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi diteruskan dengan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberi keterangan. - Bernama
4
21 Jun 2023 02:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264598/berita/kempen-sirim-bina-kesedaran-kepentingan-keselamatan
Kempen SIRIM bina kesedaran kepentingan keselamatan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kempen keselamatan SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat penuh SIRIM Berhad memberi impak positif kepada masyarakat khususnya dari segi keprihatinan terhadap standard piawaian produk atau barangan di pasaran.Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Qas International, Nur Fadhilah Muhammad berkata, isu keselamatan merupakan perkara penting bagi memastikan orang ramai dapat melindungi diri mereka daripada risiko menggunakan barangan yang tidak mendapat kelulusan daripada SIRIM.Tambahnya, kempen yang diadakan dengan kerjasama pelajar tahun akhir program Advokasi Awam (INCspect) Komunikasi Antarapersonal Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) mampu meningkatkan kepentingan pengguna terhadap produk atau perkhidmatan diiktiraf SIRIM.“Slogan ‘ada SIRIM baru beli’ memberi kesan positif kepada masyarakat tentang keselamatan barang atau perkhidmatan berada di pasaran.“Pengguna sekarang lebih peka terhadap logo SIRIM dan kerjasama semua pihak mampu meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai produk atau perkhidmatan yang diiktiraf oleh syarikat kami,” katanya semasa majlis sumbangan 570 topi keledar kepada pelajar UITM pada Rabu.Menurut Fadhilah, inisiatif dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilakukan sebagai langkah menyokong usaha mengurangkan kadar kecederaan berat akibat penggunaan topi keledar tidak menepati standard yang ditetapkan serta diuji oleh SIRIM QAS International.“UITM dipilih sebagai rakan strategik kami bersandarkan peratusan pelajar mereka yang menggunakan motosikal lebih tinggi berbanding kereta sebagai mod kenderaan utama ke universiti,” jelasnya.Sementara itu, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UITM, Profesor Abd Rashid Abd Rahman berkata, kolaborasi antara SIRIM dan pelajar UITM memberi manfaat kepada komuniti dan mampu membina kesedaran mengenai kepentingan keselamatan.“Program ini penting bukan sahaja memberi topi keledar kepada para pelajar sahaja, tetapi memupuk masyarakat membeli barangan yang telah ditetapkan standard dan piawaian keselamatan supaya ia lebih terjamin,” katanya.
4
21 Jun 2023 02:39pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264596/berita/nasional/wcr-kedudukan-lebih-baik-bukti-keyakinan-pelabur---ahli-ekonomi
WCR: Kedudukan lebih baik bukti keyakinan pelabur - Ahli ekonomi
KUALA LUMPUR - Kedudukan Malaysia pada tangga ke-27 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2023 berbanding ke-32, menggambarkan keyakinan pelabur dan mengesahkan komitmen negara terhadap dasar ekonomi semasa dan hala tuju strategik sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan dan perdagangan.Profesor ekonomi Sunway University, Dr Yeah Kim Leng berkata, kejayaan itu yang diraih baru-baru ini menggariskan komitmen negara untuk mengemukakan dasar ekonomi dan orientasi strategik sebagai lokasi pilihan bagi pelaburan dan perdagangan."Kejayaan itu juga adalah pengiktirafan kepada peningkatan tahap pelaburan langsung asing serta keyakinan pelabur terhadap prestasi ekonomi kita."Selain itu, peningkatan yang konsisten ini akan menggalakkan kerajaan untuk menumpukan kepada bidang lain yang telah dikenal pasti memerlukan lebih banyak perhatian seperti pembangunan modal insan, pembaharuan dalam kawal selia digital dan perniagaan serta pembangunan mampan,” katanya.Menurut IMD, Malaysia berada pada kedudukan ke-27 dalam kalangan negara paling berdaya saing dunia pada 2023, melonjak daripada tangga ke-32 berikutan pemulihan ekonomi, pertumbuhan pelaburan serta aspek yang baik bagi kestabilan kadar pertukaran dan pasaran buruh.Walaupun Malaysia kukuh antaranya dari segi harga, infrastruktur asas dan dasar cukai, IMD berkata negara ini tidak memenuhi standard bagi kedudukan sub-faktor seperti perundangan perniagaan, pendidikan dan rangka kerja sosiobudaya.Sehubungan itu, Yeah berkata, masih terdapat ruang penambahbaikan dari segi kemudahan untuk menjalankan perniagaan dan mengurangkan beban pengawalseliaan."Kualiti pendidikan juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan penawaran bakat yang memenuhi keperluan kemahiran industri,” katanya sambil memaklukan persepaduan sosial boleh ditambah baik menerusi dasar yang inklusif dan usaha negara intuk menggalakkan perpaduan.Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perkembangan semasa dalam ranking IMD menunjukkan bahawa kerajaan dalam kedudukan yang tepat untuk memacu negara menjadi negara maju."Kedudukan sebagai berdaya saing itu memaparkan antara lainnya aspek kelancaran menjalankan perniagaan, dasar lebih jelas dan konsisten serta kerangka kerja undang-undang yang berwibawa dan membolehkan perniagaan terus maju."Ini akan menyumbang dari segi peningkatan pekerjaan tambahan untuk kelompok rakyat yang mahir, khususnya dalam kalangan siswazah,” katanya.Sementara itu, Penganalis Ekonomi daripada Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kedudukan atau ranking tersebut adalah berdasarkan data jelas (bersifat kuantitatif yang boleh dianalisis secara rasmi) selain persepsi daripada kalangan pengurus global."Sejajar dengan kestabilan politik yang dicapai pada tahun lepas, ini telah meningkatkan persepsi pengurus terhadap prospek ekonomi Malaysia serta daya saingnya."Pada tahun lepas juga menyaksikan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia melonjak kepada 8.7 peratus yang turut membuktikan aspek daya saing itu,” katanya.Ahmed Razman berkata, peningkatan dari segi harga juga disebabkan oleh kemampuan negara mengekalkan kadar inflasi yang rendah berbanding negara-negara Asean lainnya.Laporan WCR IMD tersebut adalah berdasarkan 336 kriteria daya saing mengikut empat kategori -- prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan korporat dan infrastruktur.Malaysia berada di kedudukan ke-27 daripada 64 negara, naik lima tangga dan meningkat dalam keempat-empat kategori itu yang memaparkan optimistik serta kemampuan berdaya tahan dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi global dan krisis selain pelbagai halangan domestik.Denmark di kedudukan teratas bagi tahun kedua berturut-turut dan diikuti Ireland manakala Switzerland di tempat ketiga. - Bernama
4
21 Jun 2023 02:30pm
NORAFIDAH ASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264593/berita/semasa/bekas-anggota-tldm-dijel-enam-bulan-tipu-pembayaran-tak-wujud
Bekas anggota TLDM dijel enam bulan tipu pembayaran tak wujud
SEREMBAN - Bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas lima pertuduhan memperdayakan lima mangsa dengan membuat pembayaran tidak wujud melibatkan kerugian hampir RM20,000 bulan lepas.Tertuduh, Mohamad Norikhwan Adha Mohamad Soffian, 26, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosni.Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdaya seorang lelaki dengan membuat pembayaran tidak wujud secara dalam talian berhubung pembelian sebuah motosikal Yamaha 125ZR berjumlah RM10,500 sehingga mendorong lelaki berkenaan menyerahkan motosikal tersebut.Pertuduhan kedua hingga keempat pula, tertuduh didakwa memperdaya tiga mangsa berasingan berhubung pembelian tiga jenis telefon bimbit iPhone 13 Pro Max bernilai RM3,750, iPhone 12 Pro Max (RM2,550) dan iPhone 11 beserta 11 barangan telekomunikasi bernilai RM2,569.Tertuduh sama turut didakwa memperdayakan seorang lagi mangsa dengan membuat pembayaran secara dalam talian yang tidak wujud untuk pembelian pakaian lelaki bernilai RM507.50.Kesemua perbuatan berkenaan didakwa dilakukan pada 17 hingga 18 Mei lepas antara jam 5.02 petang hingga 7.36 malam di sekitar kawasan Nilai.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.Tertuduh yang diwakili peguam Syed Fadil Syed Othman dan M Parameswari dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara paling minimum memandangkan tertuduh tidak bekerja dan perlu menanggung ibu bapanya yang uzur, isteri dan seorang anak.Selain itu katanya, sekiranya tertuduh dikenakan hukuman penjara, tertuduh memohon untuk dihantar ke penjara Tapah, Perak kerana keluarganya berada di sana.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman dan Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi.Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan terhadap tertuduh dari tarikh sabitan.Dalam mahkamah sama, tertuduh bersama Muhammad Asyraf Zaini, 27, dan Abdul Rahman Zaini, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis syabu anggaran berat 6.30 gram di sebuah rumah beralamat di Taman Desa Palma, dekat Nilai, jam 10 pagi, 16 Jun lalu.Justeru, ketiga-tiga tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta yang sama.Ketiga-tiga tertuduh diberi jaminan sebanyak RM3,000 seorang dan sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Ogos depan.
4
21 Jun 2023 02:13pm
NORMAWATI ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264588/berita/semasa/9-anggota-bomba-perak-dikenakan-tatatertib-buang-kerja
9 anggota bomba Perak dikenakan tatatertib, buang kerja
IPOH - Sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang kerja kerana terlibat dalam pelbagai masalah disiplin.Pengarah JBPM negeri, Sayani Saidon berkata, salah laku yang direkodkan sepanjang tahun lalu itu membabitkan kesalahan khalwat, pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan dadah.Menurutnya, tindakan berhenti kerja dikenakan ke atas seorang anggota yang terlibat kes khalwat manakala satu kes pemalsuan dokumen dalam tindakan mahkamah."Seramai tujuh anggota dapat kita kesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan mereka ini telahpun dirujuk kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk bantu dipulihkan."Sekiranya selepas ini mereka masih terlibat, kita tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan lebih berat dengan buang kerja," katanya sempena Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pemakaian Tanda Pangkat kepada 24 pegawai di Ibu Pejabat JBPM Perak di sini pada Rabu.Beliau berkata, sebagai pasukan penyelamat, aspek disiplin amat dititikberatkan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota mahupun pegawai terlibat pelanggaran disiplin dan jenayah."Untuk kes terlibat penggunaan najis dadah ini, kita memang tiada toleransi."Kita adakan ujian urin secara rawak di setiap balai untuk memastikan bilangan pegawai terlibat dapat dikekang," katanya.Sementara itu, Sayani berkata, dalam tempoh enam bulan pertama ini, taksiran harta yang berjaya diselamatkan daripada kebakaran adalah RM143.9 juta.Katanya, jumlah itu menurun 12 peratus berbanding taksiran tahun lalu iaitu RM163.4 juta."Saya minta semua ketua balai beri tumpuan terhadap response time ke tempat kejadian dibantu bomba sukarela bagi mempercepatkan masa tiba di tempat kejadian."Pembaharuan strategi mempercepatkan time responders ke tempat kecemasan dan pelaksanaan pre-planning berterusan merupakan faktor membantu outcome ini," katanya.
4
21 Jun 2023 02:10pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264592/berita/semasa/kes-fitnah-rewcastle-brown-didengar-di-mahkamah-kuala-terengganu
Kes fitnah Rewcastle-Brown didengar di Mahkamah Kuala Terengganu
KUALA LUMPUR - Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah akan kekal dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.Ini selepas Hakim Mahkamah Tinggi, K. Muniandy menolak permohonannya untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu ke Mahkamah Tinggi di sini.Semasa menolak permohonan itu, Muniandy berkata, kuasa pemindahan di bawah Seksyen 417 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) hanya perlu dilaksanakan jika mahkamah mendapati sekiranya tidak berbuat demikian boleh menyebabkan perbicaraan yang tidak adil atau berat sebelah."Permohonan oleh pemohon (Rewcastle-Brown) kurang merit. Oleh itu ditolak,” kata hakim itu dan menambah bahawa kebimbangan Rewcastle-Brown bahawa beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil di Kuala Terengganu adalah tidak munasabah.Hakim juga memberikan beberapa alasan, antaranya tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, majistret yang mendengar kes di Kuala Terengganu adalah bebas dan tidak berat sebelah dan beliau (Rewcastle-Brown) tidak dihalang untuk menyampaikan hujahan terhadap fakta dan undang-undang sebelum majistret mencapai sesuatu penemuan."Jika keputusan kes itu tidak memihak kepada pemohon, beliau berhak merayu terhadap keputusan itu ke Mahkamah Tinggi menurut Seksyen 307 (1) CPC."Pemohon tertakluk kepada undang-undang negara di mana beliau didakwa melakukan jenayah, oleh itu sistem perundangan Malaysia, termasuk proses keadilan jenayah negara diguna pakai,” kata hakim itu.Hakim kemudiannya memerintahkan kes itu didengar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan perlu diteruskan ke perbicaraan tanpa sebarang halangan lagi memandangkan tarikh pertuduhan sudah lama iaitu pada 23 Sept 2021.Rewcastle-Brown yang berasal dari United Kingdom didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu secara tanpa kehadiran tertuduh pada September 2021 atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Beliau dituduh mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah melalui buku "The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose”.Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman mewakili pendakwaan manakala Rewcastle-Brown diwakili peguam Guok Ngek Seong. Hadir sama prosiding hari ini, Siti Anis Che Ab Wahab yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Sultanah Nur Zahirah.Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menetapkan 25 Jun untuk sebutan kes. - Bernama
4
21 Jun 2023 02:06pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264591/berita/semasa/136-kes-pegawai-imigresen-terlibat-jenayah-salah-laku
136 kes pegawai imigresen terlibat jenayah, salah laku
KUALA LUMPUR - Sebanyak 136 kes melibatkan pegawai imigresen telah disiasat dan didapati melakukan kesalahan jenayah dan salah laku melibatkan proses kemasukan warga asing ke Malaysia, sejak 2020 hingga tahun lepas.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah itu 112 kes membabitkan kakitangan yang melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993), manakala 24 lagi adalah kesalahan jenayah yang diputuskan mahkamah."KDN sangat serius serta bertegas dalam soal integriti dan tidak kompromi dalam soal salah laku kakitangan JIM,” katanya di Dewan Negara pada Rabu bagi menjawab soalan Hussin Ismail yang mahu tahu bilangan kes disiasat berhubung kewujudan unsur jenayah rasuah serta salah laku dalam kalangan pegawai imigresen melibatkan proses kemasukan warga asing.Hussin juga mahu penjelasan tentang usaha kerajaan dalam mengatasi isu pelancong yang tidak keluar dari Malaysia setelah tamat visa pelancong.Shamsul Anuar berkata, dari 2020 dan hingga 6 Jun lepas, JIM telah menangkap seramai 13,242 warga asing yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).Katanya, jumlah itu merangkumi 4,292 warga asing pada tahun 2020, 2,704 (2021), 4,267 (2022) dan 1,979 bagi tempoh Januari hingga 6 Jun tahun ini.Beliau berkata, JIM tidak pernah berkompromi dalam aspek keselamatan melibatkan kemasukan dan keberadaan warga asing di dalam negara dengan melaksanakan beberapa strategi antaranya mengenakan syarat keperluan visa ke atas warganegara asing tertentu. - Bernama
4
21 Jun 2023 02:06pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264589/berita/politik/spr-sudah-maklum-pembubaran-dun-kelantan-esok---speaker
SPR sudah maklum pembubaran DUN Kelantan esok - Speaker
KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari.Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, pihaknya sudah menghantar surat pemakluman tersebut, minggu lepas."Surat pemakluman mengenai pembubaran DUN Kelantan esok (22 Jun) telah dihantar ke SPR pada 14 Jun," katanya kepada Bernama pada Rabu.Rabu lepas, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi akan dibubarkan esok selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.Pas menguasai DUN Kelantan dengan 37 kerusi, Barisan Nasional (tujuh) dan Bersatu (satu). - Bernama
4
21 Jun 2023 02:06pm
NORAFIZA JAAFAR
https://www.sinarharian.com.my/article/264587/berita/politik/dr-siti-mariah-tidak-pertahan-dun-seri-serdang
Dr Siti Mariah tidak pertahan DUN Seri Serdang
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud memilih tidak mempertahankan kerusi disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.Siti Mariah dari Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, beliau mahu memberi peluang kepada muka baharu untuk berada dalam pentadbiran negeri.Menurutnya, keputusan itu juga dibuat bagi membolehkan beliau memberi perhatian kepada kerja kemasyarakatan."Penggal ini saya sibuk dengan pelbagai program kerajaan negeri jadi kurang bergaul dengan masyarakat setempat."Selepas ini saya berhasrat untuk mendekati warga emas. Isu kesihatan akan jadi topik utama yang akan saya bawa kepada mereka, " katanya seperti dilaporkan Selangor Kini pada Rabu.Mariah berkata, walaupun tidak bertanding, pihaknya bersedia berkongsi pengalaman dan membantu Amanah bagi PRN.Pada Isnin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan DUN Selangor dibubarkan pada 23 Jun bagi memberi laluan kepada PRN.Mariah merupakan Exco Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga serta pernah menyandang ahli Parlimen Kota Raja antara 2008 hingga 2018.Beliau menang DUN Seri Serdang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 14,363 undi menewaskan Datuk Mohamed Satim Diman (BN) dan Noor Hanim Ismail (Pas).
4
21 Jun 2023 02:04pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264586/berita/nasional/geg-kkm-jalankan-kajian-kawalan-penggunaan-rokok-vape-serentak
GEG: KKM jalankan kajian kawalan penggunaan rokok, vape serentak
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji cadangan supaya kawalan penggunaan rokok dan rokok elektronik dijalankan secara serentak melalui dasar Generasi Penamat (GEG).Timbalan Menteri berkenaan Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya mengambil maklum pandangan yang dikemukakan semua pihak sebelum Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dimulakan pada 2027."Ada beberapa perkara lagi tentang (peruntukan dalam rang undang-undang melibatkan) khidmat masyarakat dan review berkenaan tentang GEG terhadap produk vape... ada pandangan rang undang-undang itu pada dasarnya akan mewujudkan generasi penamat rokok terlebih dahulu kemudian diteruskan kepada vape dan ada pandangan yang bercadang untuk GEG diadakan secara serentak."KKM akan sedaya upaya untuk memastikan segala pandangan Ahli Parlimen diambil berat. Antara perkara yang ditekankan di Parlimen adalah kompaun yang terlalu rendah, hanya sekitar RM500 berbanding dengan cadangan asal RM5,000 dan kini kompaun sedia ada pada peringkat RM 1,000,” katanya di Dewan Negara pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Lim Pay Hen mengenai kegusaran utama yang menyebabkan rang undang-undang itu tidak dapat diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen. - Bernama
4
21 Jun 2023 02:01pm
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
https://www.sinarharian.com.my/article/264590/berita/nasional/pendaftaran-ebeliarahmah-mulai-isnin-depan
Pendaftaran eBeliaRahmah mulai Isnin depan
PUTRAJAYA - Pendaftaran program eBeliaRahmah bagi belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) untuk menerima kredit RM200 akan bermula Isnin depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta bagi program tersebut di bawah Belanjawan 2023 yang akan memanfaatkan dua juta belia."Selain bertujuan untuk terus memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, inisiatif ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pendaftaran program tersebut boleh dilakukan menerusi salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.Jelasnya, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos"Manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos depan," ujar Anwar.Tambahnya, kredit RM200 itu juga boleh dimanfaatkan di kedai peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet terlibat dalam program berkenaan, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan."Untuk maklumat lanjut mengenai e-Belia Rahmah, layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.htm," katanya.
4
21 Jun 2023 01:52pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264585/berita/nasional/kadar-kekerapan-pemeriksaan-kenderaan-tidak-boleh-dikurangkan
Kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan tidak boleh dikurangkan
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan perdagangan bagi menjamin soal keselamatan pengguna jalan yang lain.Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kesemua prosedur, standard dan kekerapan pemeriksaan di bawah kaedah-kaedah kenderaan bermotor, pemeriksaan berkala, kelengkapan kenderaan motor yang telah ditetapkan adalah berpandukan standard diguna pakai di peringkat antarabangsa."Kekerapan pemeriksaan kenderaan itu telah ditetapkan dengan mengambil kira aspek keselamatan komponen kenderaan terutamanya melibatkan komponen-komponen kritikal keselamatan seperti brek, tayar dan sistem kawalan kenderaan."Adalah dikhuatiri sekiranya tempoh (pemeriksaan) ini dijarakkan, ia akan meningkatkan risiko kegagalan komponen kenderaan berkenaan sekali gus menyebabkan nahas jalan raya teruk, terutamanya melibatkan kenderaan berat seperti lori pasir, lori batu, barangan besi, simen dan bahan-bahan binaan yang lain," katanya di Dewan Negara pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Rita Sarimah Patrick Insol tentang langkah kerajaan untuk mengurangkan kekerapan pemeriksaan kenderaan komersial dari setahun ke enam bulan tertakluk kepada road-worthiness untuk mengurangkan beban pekebun kecil.Dalam masa sama, beliau berkata pihaknya juga mengambil maklum bahawa ketika ini tiada had umur maksima bagi pergantian kenderaan barangan kerana kenderaan berusia juga turut menyumbang kepada risiko kegagalan komponen-komponen kenderaan terbabit."Jadi, perkara ini akan dipantau oleh kerajaan demi menjaga keselamatan pengguna yang lain," katanya. - Bernama
4
21 Jun 2023 01:46pm
MUHAMMAD AMINNURALIFF
https://www.sinarharian.com.my/article/264582/berita/semasa/sindiket-tumpas-68-pati-ditahan-di-terminal-bas-kota-bahru
Sindiket tumpas, 68 PATI ditahan di Terminal Bas Kota Bahru
SHAH ALAM - Kanak-kanak berumur 10 tahun antara 68 pandatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga lelaki warga tempatan diberkas menerusi Ops Gelombang 3 di Terminal Bas Kota Bahru, Kelantan di sini pada Rabu lalu.Operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia ini sekali gus menumpaskan sindiket penyeludupan manusia dipercayai dari negara jiran.Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi bermula kira-kira jam 3 pagi itu dilaksanakan sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan rentetan Ops Gelombang 2 yang dijalankan sebelum ini."Seramai 68 PATI berumur antara 10 sehingga 62 tahun dipercayai cuba merebut peluang pekerjaan secara haram di negara ini."Antara ditahan melibatkan 16 lelaki dan lima wanita Myanmar, dua lelaki, tiga lelaki Bangladesh, 10 lelaki Indonesia, seorang lelaki dan lima wanita Vietnam dan 11 lelaki, 14 wanita dan seorang kanak-kanak-kanak lelaki India," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Katanya, kesemua PATI yang ditahan dipercayai baru tiba dari negara jiran."Selain itu turut diberkas lelaki warganegara Malaysia disyaki berperanan sebagai transporter sindiket ini."Siasatan mendapati kesemua PATI ini akan dibawa ke destinasi tertentu di luar Kelantan dan sekitar Lembah Klang," katanya.Menurutnya, kegiatan sindiket ini dipercayai menyeludup PATI melalui pengkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand menerusi aduan dan risikan yang dijalankan."Dalang sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi setiap PATI untuk masuk ke negara ini dan dipercayai telah aktif sejak enam bulan lalu."Transporter tempatan menerima upah antara RM150 hingga RM250 bagi setiap orang PATI yang diangkut dari sempadan ke terminal bas," katanya.Ujar Ruslin, kes disiasat bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966."Operasi dijalankan turut menyita tiga kenderaan yang dianggarkan bernilai RM50,000 untuk tindakan lanjut."Tiga suspek tempatan direman selama enam hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan siasatan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
4
21 Jun 2023 01:19pm
NOOR AZLIDA ALIMIN
https://www.sinarharian.com.my/article/264580/berita/semasa/pemilik-kedai-stiker-tanpa-lesen-didenda-rm500
Pemilik kedai stiker tanpa lesen didenda RM500
KUALA LANGAT - Seorang pemilik kedai stiker didenda RM500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, atas satu pertuduhan menjalankan perniagaan tanpa lesen Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).Majistret Khairul Farhi Yusob menjatuhi hukuman berkenaan selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.Lelaki berusia 30-an ini didakwa mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2007.Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abdul Rahim dan Ahmad Razali Bin Abdul Manaf, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Dalam prosiding berasingan, mahkamah telah mengeluarkan satu waran tangkap berhubung kes semak samun di Bandar Mahkota Banting mengikut Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976.Tiga lagi waran dikeluarkan atas kesalahan UUK 28(1)(a) Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Perindustrian MDKL 2007, Seksyen 46(1) (e) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).Sementara itu, Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan perlu mendapatkan lesen sebelum beroperasi.Menurutnya, mulai 1 April 2022, MPKL telah menggunakan sistem Smart Selangor Parking yang boleh diakses melalui telefon bimbit."Sistem ini adalah mudah, tanpa perlu mencari mesin membayar parking dan tidak perlu menggunakan kupon."MPKL akan sentiasa mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang MPKL sedia ada," katanya.
4
21 Jun 2023 01:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264579/berita/semasa/mahkamah-tinggi-pulau-pinang-tolak-saman-fitnah-difailkan-guan-eng
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tolak saman fitnah difailkan Guan Eng
GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menolak saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terhadap Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng dan akhbar berbahasa Inggeris, The Star.Lim, yang juga bekas setiausaha agung DAP, memfailkan saman itu pada Mac tahun lepas berhubung pendapat Teik Cheng yang diterbitkan dalam ruangan "Letter to the Editor” akhbar The Star yang menuntut Guan Eng menjelaskan dakwaan bahawa RM4 juta daripada perbendaharaan persekutuan diberikan kepada sebuah sekolah rendah Cina di Johor dengan syarat nama sekolah itu ditukar.Pesuruhjaya Kehakiman, Quay Chew Soon memutuskan bahawa komen yang dibuat oleh Teik Cheng dalam tulisan pendapat itu tidak berunsur fitnah dan mengarahkan Guan Eng membayar RM20,000 kepada Teik Cheng dan RM30,000 kepada akhbar itu sebagai kos."Selepas perbicaraan penuh, saya menolak tuntutan plaintif. Kenyataan itu bukan fitnah. Plaintif seorang ahli politik dan pemimpin kanan DAP, yang menyertai pilihan raya negeri Johor apabila kenyataan yang dikatakan itu dibuat. DAP diketahui sebagai musuh politik MCA."Siapa sahaja akan berpendapat bahawa mempolitikkan sekolah rendah Cina adalah perkara yang boleh dilakukan oleh ahli politik, seperti plaintif dan sesiapa sahaja daripada DAP, dalam keadaan itu. Malah, plaintif bersetuju bahawa beliau membuat ucapan politik mengenai sumbangan DAP kepada sekolah rendah Cina,” katanya.Hakim itu berkata, turut menjadi fakta yang dipersetujui bahawa plaintif, menjelang pilihan raya negeri Johor, menyatakan bahawa semasa menjadi Menteri Kewangan, beliau telah memperuntukkan RM4 juta kepada sekolah rendah Cina di Johor."Ini, pada fikiran saya, adalah tindakan berpolitik. Oleh itu, tiada apa-apa pun dalam dakwaan 'mempolitikkan' yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan plaintif kepada kebencian atau penghinaan dalam fikiran seseorang atau akan cenderung untuk merendahkannya dalam masyarakat secara amnya."Kenyataan yang dipersoalkan itu, apabila dibaca secara keseluruhannya, hanyalah gesaan agar Guan Eng menjelaskan dakwaan yang timbul semasa pilihan raya negeri Johor dan yang tidak dinafikannya,” tambah beliau.Guan Eng diwakili oleh peguam Simon Murali dan Kok Yuen Lin; Teik Cheng oleh Ng Kian Nam, Tan Paik Hong, dan Law Quan Wei; manakala The Star oleh Abdullah Abdul Rahman dan Deanna Ternisha. - Bernama
4
21 Jun 2023 01:01pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264573/berita/nasional/pm-doakan-agong-permaisuri-peroleh-haji-mabrur
PM doakan Agong, Permaisuri peroleh haji mabrur
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berangkat ke Tanah Suci pada Rabu memperoleh haji yang mabrur dan segala urusan ibadah haji berjalan lancar.Anwar yang menghadiri Upacara Keberangkatan Seri Paduka berdua di Istana Negara pagi ini, turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci."Mendoakan semoga Tuanku sekalian memperoleh ibadah haji yang mabrur dan diberi kesihatan yang baik serta dilancarkan segala urusan ibadah haji di Tanah Suci Makkah," katanya menerusi catatan di Facebook.Seri Paduka berdua dijadual berada di Tanah Suci bermula hari ini hingga 2 Julai.Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama
4
21 Jun 2023 12:38pm
ROSILAWATI ROSEDI
https://www.sinarharian.com.my/article/264575/berita/semasa/pengurus-syarikat-ditahan-simpan-minyak-masak-lebih-had
Pengurus syarikat ditahan simpan minyak masak lebih had
TEMERLOH - Seorang pengurus syarikat berusia 41 tahun ditahan selepas menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak botol dalam kuantiti yang banyak dan melebihi had kuantiti dibenarkan di dalam lesen di sini pada Selasa.Penahanan lelaki itu susulan serbuan yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Temerloh dalam satu operasi bersepadu di sebuah premis pemborong barang-barang keperluan di Mentakab.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Temerloh, Abdul Razak Yahaya berkata, sebanyak 37,774 kilogram minyak masak telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM241,063.10."Lelaki itu ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kes disiasat di bawah Subperaturan 9(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
4
21 Jun 2023 12:31pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264577/berita/nasional/jabatan-audit-negara-pastikan-sistem-kekal-mampan
Jabatan Audit Negara pastikan sistem kekal mampan
KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara akan mengukuhkan peranannya dalam menjalankan pengauditan terhadap penyata kewangan tahunan dan laporan prestasi agensi awam, kata Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi yang baru dilantik.Wan Suraya berkata, perkara itu merupakan keutamaannya ketika ini selain memastikan sistem audit sektor awam kekal mampan dan lestari."Jabatan Audit Negara akan sentiasa peka dan prihatin dalam menjalankan kuasa pengauditan untuk memeriksa dan menyiasat pengurusan wang awam dengan tumpuan kepada kepentingan rakyat dan akauntabiliti kementerian dan jabatan kerajaan terhadap wang pembayar cukai yang dibelanjakan.Wan Suraya"Bagi tujuan tersebut, Jabatan Audit Negara akan terus menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk agensi awam dan badan lain yang berkaitan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.Wan Suraya turut menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelantikannya sebagai Ketua Audit Negara bermula 13 Jun lepas.Wan Suraya berkata, berbekalkan 29 tahun pengetahuan dan pengalaman dalam perkhidmatan awam termasuk jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), beliau komited dan beriltizam untuk memacu Jabatan Audit Negara menjadi sebuah institusi audit unggul.Beliau juga komited untuk bersama warga Jabatan Audit Negara dalam usaha mentransformasi dan menstrukturkan semula sistem pengauditan serta memantapkan pengurusan kewangan negara."Kepercayaan orang ramai terhadap sektor awam sebahagian besarnya adalah berdasarkan persepsi dalam aspek kecekapan, kebolehpercayaan dan kejujuran yang dipamerkan, justeru sektor awam perlu beroperasi dengan kompeten, amanah, jujur dan berintegriti."Institusi-institusi kerajaan juga mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap wang yang dibelanjakan dan setiap perbelanjaan haruslah memberi impak positif kepada kehidupan rakyat Malaysia,” katanya. - Bernama
4
21 Jun 2023 12:28pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/264572/berita/nasional/majlis-media-malaysia-tidak-bertentangan-prinsip-kebebasan
Majlis Media Malaysia tidak bertentangan prinsip kebebasan
KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia yang disifatkan sebagai mekanisme kawal selia industri itu, tidak bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang diperjuangkan kerajaan, Dewan Negara diberitahu pada Rabu.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Teo Nie Ching berkata, kebebasan media tidak bermakna kebebasan tanpa had, namun media bertanggungjawab untuk membuat pelaporan daripada sumber yang sahih, beretika dan adil."Negara jiran Indonesia, mereka mempunyai Dewan Pers iaitu satu bentuk Majlis Media, tetapi apa yang kita hendak adalah regulation itu, adalah daripada pihak industri sendiri supaya tiada orang yang menyalahgunakan kuasa."Dalam konteks kita (Malaysia), selalu orang risau bahawa sebagai kerajaan kami akan guna undang-undang sedia ada untuk mengekang kebebasan media, tetapi kalau regulation itu daripada industri sendiri, saya rasa itu adalah lebih adil dan boleh memastikan kepentingan semua pihak termasuk kerajaan, pembangkang dan orang awam," katanya pada sesi soal jawab.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai sama ada mekanisme kawal selia industri media menerusi penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang diperjuangkan kerajaan.Nie Ching berkata, Majlis Media Malaysia berfungsi sebagai platform bagi mana-mana pihak yang tidak selesa atau tidak berpuas hati dengan pelaporan media untuk mengemukakan laporan mereka.Ditanya mengenai sesi libat urus berhubung cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia oleh Senator Datuk Juhanis Abd Aziz, Nie Ching berkata, satu mesyuarat akan diadakan selepas jawatankuasa kerja sementara (jawatankuasa pro-tem) selesai menyediakan maklum balas mengenai draf rang undang-undang Majlis Media Malaysia.Selain itu, beliau berkata, terdapat cadangan untuk memasukkan peruntukan dalam rang undang-undang itu bagi memastikan 30 peratus ahli jawatankuasa wanita dalam Majlis Media Malaysia, namun perkara itu perlu mendapatkan persetujuan bersama jawatankuasa kerja sementara dan pihak berkepentingan."Kementerian ini sedang giat mengadakan beberapa siri perbincangan bersama jawatankuasa kerja sementara yang terdiri daripada wartawan, penerbit, penyiar dan organisasi berita mengenai perincian penubuhan Majlis Media Malaysia."Perbincangan ini merangkumi pelbagai aspek termasuk mengenai fungsi dan dana Majlis Media Malaysia yang turut terkandung di dalam draf rang undang-undang Majlis Media Malaysia yang sedang dikemas kini untuk persetujuan bersama," katanya. - Bernama
4
21 Jun 2023 12:28pm