author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/252853/bisnes/gocar-tawar-perkhidmatan-percuma-selama-sejam
GoCar tawar perkhidmatan percuma selama sejam
PLATFORM mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan, GoCar Malaysia (GoCar) menawarkan penggunaan percuma selama sejam dihadkan pada RM14 kepada orang ramai untuk menempah GoCar Share (perjalanan pergi balik) bagi tempoh dua jam atau lebih sepanjang bulan Ramadan ini.GoCar dalam satu kenyataan berkata, promosi itu sah untuk tempahan yang dibuat bermula sekarang hingga 21 April 2023 dengan menggunakan kod promo 'GOBERBUKA'.“Pelanggan boleh menggunakan kod promo ini tanpa had sepanjang tempoh kempen ini.Terdapat pelbagai kenderaan disediakan bermula daripada kereta kompak hingga kenderaan pelbagai guna (MPV) yang luas demi memenuhi keperluan dan bajet berbeza.“Dengan kadar bermula hanya RM13.90 sejam, GoCar menawarkan mode pengangkutan yang mudah dan mampu milik untuk anda berkongsi pengalaman dan memori berbuka puasa bersama keluarga serta rakan-rakan,” jelas kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, tawaran itu terbuka kepada orang ramai di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru yang tidak mempunyai kenderaan tetapi tidak mahu menggunakan pengangkutan awam terutama ketika waktu puncak sebelum iftar boleh memanfaatkan perkhidmatan perkongsian kereta GoCar sebagai satu alternatif yang lebih mampu milik.“Bagi mereka yang masih belum cuba memandu kereta elektrik sepenuhnya (EV), ini adalah peluang terbaik untuk merasai sendiri pengalaman memandu Nissan Leaf yang senyap dan bersih di bandar,” kata kenyataan itu.GoCar baru-baru ini telah menukar kadar jam GoEV (perjalanan pergi balik) kepada RM17.90 berbanding RM24.90 sejam sebelum ini.Untuk menempah GoCar Share atau GoEV, download aplikasi mudah alih GoCar.
4
04 April 2023 11:03am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252847/bisnes/nilai-ringgit-dibuka-kukuh-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS
NILAI ringgit mengukuh pagi ini dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada urus niaga Selasa selepas data indeks pengurus pembelian (PMI) pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan adalah lebih rendah daripada jangkaan iaitu 46.3 mata untuk Mac, kata seorang pakar ekonomi.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4030/4075 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Isnin pada 4.4175/4195.Terdahulu, data ISM AS dijangka rendah sedikit pada 47.5 mata untuk bulan Mac berdasarkan anggaran konsensus berbanding 47.7 mata pada bulan Februari.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pesanan baharu dan indeks pekerjaan juga turun, masing-masing kepada 44.3 (Februari: 47.0) dan 46.9 (Februari: 49.1) pada Mac."Ini menunjukkan sentimen perniagaan lebih lemah untuk bulan kelima berturut-turut."Situasi sebegitu mungkin boleh mendorong Rizab Persekutuan AS menukar pendirian mereka selepas kenaikan 475 mata asas dalam kadar dana Persekutuan,” katanya kepada Bernama.Justeru, indeks dolar AS (DXY) susut 0.44 peratus kepada 102.059 mata."Ini bermakna ringgit boleh meningkat berbanding dolar AS seperti mata wang lain. "Dolar AS dianggarkan dalam julat antara RM4.40 dan RM4.41 hari ini,” tambahnya.Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.4637/4693 daripada 5.4552/4576 pada penutup Isnin, merosot sedikit berbanding euro menjadi 4.7988/8037 daripada 4.7930/7952 dan susut berbanding yen Jepun pada 3.3210/3247 berbanding 3.3127/3145 sebelumnya.Berbanding mata wang Asean pula, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3173/3212 daripada 3.3182/3199 pada penutup Isnin, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.06/8.08 daripada 8.07/8.07 dan tinggi berbanding rupiah Indonesian kepada 294.00/294.50 daripada 295.00/295.30 sebelumnya.Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai baht Thai kepada 12.8607/8799 daripada 12.8419/8537 pada penutup Isnin. - Bernama
4
04 April 2023 10:23am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252818/bisnes/minat-syarikat-china-labur-di-malaysia-meningkat-petanda-baik
Minat syarikat China labur di Malaysia meningkat, petanda baik
PENINGKATAN minat syarikat China terhadap Malaysia memberi petanda baik kepada negara dan telah meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-China, disokong oleh keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Zafrul berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus membantu memudahkan urusan pelabur untuk menjalankan perniagaan di negara ini bagi menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa menyokong industri, perdagangan dan pelaburan."Saya ingin mengucapkan tahniah kepada MIDA dan semua agensi berkaitan dalam membantu mendapatkan pelaburan berpotensi ini (bernilai RM170 bilion)."Kini, MITI, MIDA dan agensi lain perlu mula bekerja keras untuk membuat susulan dan merealisasikan pelaburan ini dalam tempoh masa sesingkat mungkin,” katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman berkata, menerusi misi perdagangan dan pelaburan di China baru-baru ini lebih 20 syarikat telah menunjukkan minat serius untuk melabur dalam ekonomi Malaysia yang sedang berkembang pesat merangkumi bidang seperti produk petrokimia, produk solar dan kaca, pusat data antarabangsa dan bahagian-bahagian dan komponen kenderaan elektrik.Antara syarikat yang menyatakan minat mendalam untuk melabur di Malaysia ialah Zhejiang Zhink Group, LONGi, GDS, Shanghai DC Science dan ZTE Corporation, yang kesemuanya mengakui potensi yang besar di Malaysia."Pencapaian ini menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi daripada pengguna teknologi digital utama dunia yang menempatkan satu pertiga daripada syarikat unicorn dunia,” kata Arham.Pada 2022, Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan bernilai RM264.6 bilion (AS$59.9 bilion) dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan primer.Daripada jumlah ini, RM55.4 bilion (AS$12.5 billion) disumbang oleh China melibatkan sejumlah 91 projek."Usaha niaga ini berpotensi mewujudkan 11,545 peluang pekerjaan baharu bagi tenaga kerja Malaysia yang sekali gus mengukuhkan lagi struktur ekonomi negara,” kata MIDA. - Bernama
4
03 April 2023 11:26pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/252814/bisnes/misi-perdagangan-ke-turkiye-jana-rm11-bilion
Misi perdagangan ke Turkiye jana RM1.1 bilion
[DIKEMAS KINI] MISI perdagangan ke Turkiye melibatkan 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia baru-baru ini berjaya menjana jumlah nilai dagangan sebanyak RM1.1 bilion, di sebalik kesan pandemik dan cabaran global.SME Corporation Malaysia (SME Corp) dalam kenyataan pada Isnin berkata, misi ke Istanbul dan Sakarya yang diadakan pada 26 Februari sehingga 6 Mac lepas telah diketuai oleh organisasi berkenaan yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Dewan Perniagaan dan Industri Islam Antarabangsa Malaysia (MIICCI)."Sepanjang misi sembilan hari itu, sebanyak 97 siri perbincangan perniagaan mengenai penyumberluaran produk dan perkhidmatan telah diadakan yang melibatkan 72 syarikat Turki dan 10 syarikat Malaysia dalam sektor makanan dan minuman, farmaseutikal, penjagaan kesihatan peribadi, minyak dan gas serta sistem solar."Inisiatif ini membuktikan usaha berterusan Malaysia untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global bernilai tinggi dengan mewujudkan peluang akses pasaran kepada usahawan tempatan untuk meneroka pasaran Turkiye," katanya.Menurut SME Corp, minat mendalam ditunjukkan oleh syarikat Turkiye semasa misi perdagangan tersebut menjadi pemangkin utama dalam menyokong pengantarabangsaan PKS kedua-dua negara.Katanya, delegasi Malaysia juga diberikan pendedahan mengenai peraturan dan undang-undang import Turkiye, keperluan perniagaan serta ciri-ciri pasaran tempatan melalui siri seminar, lawatan tapak, sesi pemadanan perniagaan serta peluang rangkaian."Pihak terlibat dari Turkiye adalah Small and Medium Enterprise Development Organisation of Turkiye (KOSGEB), Turkiye Halal Certification Body (GIMDES), Independent Industrialist and Businessmen’s Association (MUSIAD), Dewan Perdagangan GEBZE, Dewan Perdagangan KOCAELI dan Dewan Perdagangan SAKARYA," ujarnya.Jelas kenyataan itu lagi, kerjasama strategik antara SME Corp, MIICCI dan persatuan atau dewan perniagaan dari Turkiye berkenaan melambangkan kepentingan sinergi ekosistem perdagangan dalam meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia serta mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia – Turkiye terutama dalam sektor ekonomi.Tambah SME Corp, misi tersebut juga menyaksikan beberapa komitmen usaha sama (JV) dipersetujui melibatkan PS Polypack Sdn Bhd dengan Pimtas Plastik, Agym Nutrition Sdn Bhd dengan Yeni Elif dan Avecena Glove Sdn Bhd dengan Gebze Guzeller serta Memorandum Persefahaman (MoU) antara Petro Teguh (M) Sdn Bhd dan Asas Corporation dari Turkiye.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, misi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha SME Corp untuk meningkatkan keupayaan praeksport PKS serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti perniagaan Malaysia menerokai pasaran global.Menurut Rizal, pihaknya juga menawarkan beberapa inisiatif lain untuk menyokong pengantarabangsaan PKS melalui Program Pengukuhan Eksport PKS yang telah dibuka untuk permohonan mulai 15 Mac 2023."Program ini menggalakkan transformasi PKS ke pasaran global dengan mewujudkan rangka kerja berasaskan pasaran melalui penyediaan bantuan kewangan dalam bentuk geran padanan untuk pelbagai aktiviti berkaitan eksport."Bagi meningkatkan penjenamaan di peringkat global, SME Corp juga melaksanakan program National Mark of Malaysian Brand (NMMB), satu program pensijilan melambangkan kualiti, kecemerlangan dan keunggulan produk dan perkhidmatan PKS Malaysia yang setanding dengan standard antarabangsa," ulasnya.Malaysia dan Turkiye menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (MTFTA), yang dimeterai pada 1 Ogos 2015.Sehingga Disember 2022, kadar purata pertumbuhan tahunan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Turki adalah 34 peratus, menunjukkan masih banyak ruang untuk sektor perniagaan memanfaatkan MTFTA.Pada tahun 2022, Malaysia adalah rakan dagang terbesar Turkiye di ASEAN manakala Turkiye rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan sumber import keenam terbesar dalam kalangan negara Asia Barat dengan jumlah eksport Malaysia ke Turki berjumlah RM17.39 bilion pada 2022.
4
03 April 2023 09:59pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252808/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-walau-harga-minyak-mentah-kukuh
Ringgit ditutup rendah walau harga minyak mentah kukuh
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini walaupun harga minyak mentah kukuh.Pada masa ini, minyak mentah Brent naik 4.92 peratus kepada AS$83.82 setong, kata seorang ahli ekonomi.Pada 6 petang, unit tempatan merosot kepada 4.4175/4195 berbanding dolar AS daripada 4.4130/4175 pada Jumaat lepas.Dilaporkan bahawa Arab Saudi dan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum serta sekutunya (OPEC+) mengumumkan pengurangan seterusnya dalam kuota pengeluaran mereka sebanyak lebih 1.2 juta tong sehari.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, USD/MYR berada dalam julat kecil walaupun terdapat berita mengenai pengurangan pengeluaran yang mengejut oleh OPEC+ pada hujung minggu."Bagaimanapun, pasangan USD/MYR berada pada 4.42 pada hari ini. Peserta pasaran dilihat masih mengambil kira mengenai keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS."Sejumlah data yang diumumkan pada minggu ini akan memberi petunjuk terutamanya Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS untuk indeks sektor pembuatan dan perkhidmatan serta senarai gaji bukan ladang AS pada Jumaat,” katanya kepada Bernama.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit diniagakan rendah pada Isnin sejajar dengan mata wang Asia lain berikutan pasaran memberi reaksi negatif terhadap langkah pengurangan pengeluaran oleh OPEC dan hasil AS yang meningkat berikutan kebimbangan mengenai harga pengguna dan kesan inflasi daripada kos bahan api yang tinggi."Bagaimanapun, Malaysia akan mendapat manfaat daripada harga minyak yang tinggi, justeru, ringgit akan terlindung berikutan Malaysia adalah pengeluar minyak utama di rantau ini,” katanya.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Ia meningkat berbanding pound kepada 5.4552/4576 daripada 5.4580/4636 pada Jumaat lepas dan naik berbanding euro kepada 4.7930/7952 daripada 4.8036/8084, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3127/3145 daripada 3.3083/3122 sebelum ini.Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3182/3199 daripada 3.3185/3224 pada Jumaat lepas, meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.07/8.07 daripada 8.12/8.13 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8419/8537 daripada 12.9031/9220 sebelum ini.Bagaimanapun, unit tempatan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 295.00/295.3 daripada 294.20/294.70 pada Jumaat lepas. - Bernama
4
03 April 2023 08:37pm
MOHD HAFIZ ISMAIL
https://www.sinarharian.com.my/article/252784/bisnes/ppb-properties-beri-nafas-baharu-kepada-bedong
PPB Properties beri nafas baharu kepada Bedong
PPB Properties yang merupakan divisyen hartanah PPB Group Berhad telah melancarkan Lumina Bedong, perbandaran pertama Bedong, Kuala Muda, Kedah yang bakal menghidupkan semula komuniti, mengubahnya menjadi satu perbandaran kontemporari dan meriah.Ketua Pegawai Eksekutif, Low Eng Hooi berkata, dibina dengan keutamaan kepada masyarakat, Lumina Bedong sedia untuk menambah baik dan memodenkan bandar tersebut dengan menyerlahkan ruang sentrik orang ramai, pengalaman hidup baharu serta ruang komersial yang maju.Menurutnya, perbandaran yang terletak di atas tanah pegangan bebas seluas 92 hektar ini menampilkan kira-kira 1,500 unit rumah teres mampu milik dan dibina secara strategik dengan pelbagai kemudahan."Apabila siap, perbandaran itu akan menempatkan taman seluas 2.2 hektar yang merupakan taman rekreasi terbesar di kawasan tersebut. Ia memberikan peluang kepada penduduk untuk merasai kemudahan komuniti seperti trek berjoging dan berbasikal, laluan refleksologi dan kawasan permainan kanak-kanak."Lumina Bedong dijangka bakal menarik pasangan yang baru mendirikan rumahtangga atau keluarga muda yang mencari rumah pertama mereka. Bukan itu sahaja, ia juga diharapkan dapat menarik keluarga dari kawasan sekitar yang ingin menaik taraf kepada rumah yang lebih baharu dan lebih luas dalam perbandaran induk serba lengkap yang terancang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada Fasa 1, PPB Properties akan melancarkan 221 unit rumah teres satu setengah tingkat dan satu tingkat."Pusat tumpuan rumah kediaman ini ialah taman seluas 0.93 hektar dengan pelbagai kemudahan, termasuk gelanggang futsal, denai joging, gimnasium terbuka dan tanah permainan kanak-kanak, sesuai untuk keluarga."Perbandaran itu juga akan terdiri daripada hab komersial seluas 9.3 hektar, menjadikannya pembangunan komersial terbesar dalam kawasan tersebut. Hab komersial ini merangkumi peruncitan dengan tawaran yang pelbagai sesuai untuk orang dewasa yang bekerja, keluarga dan kanak-kanak."Selain memberikan kemudahan kepada penduduk, ruang ini akan memacu perniagaan baharu, peluang pekerjaan untuk masyarakat dan menarik orang ramai ke Bedong," ujar beliau.Tambah Eng Hooi, syarikat berkenaan telah membina reputasi cemerlang dalam menghasilkan ruang kediaman, pusat membeli belah dan komersial bernilai tinggi sejak 40 tahun yang lalu."Syarikat ini juga telah membangunkan projek-projek yang berjaya di Cheras, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Dengan pelancaran baharu Lumina Bedong, syarikat itu kini bersiap sedia untuk melebarkan sayap ke wilayah Utara."Dengan pembangunan Lumina Bedong, kami bersedia untuk merancakkan semula dan mengubah landskap Bedong. Kami berharap dapat memacu landskap sosio-ekonomi kawasan itu melalui komponen kediaman, komersial dan rekreasi kami."Selain itu lokasinya juga strategik di sepanjang jalan utama Alor Setar-Sungai Petani, dengan pelbagai kemudahan berdekatan seperti sekolah dan unit perniagaan. Lumina Bedong mempunyai anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM900 juta dengan sasaran siap pada tahun 2035," katanya lagi.
4
03 April 2023 05:46pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252767/bisnes/bnm-nilai-kesan-kenaikan-opr-100-bps-sebelum-ambil-tindakan-lanjut
BNM nilai kesan kenaikan OPR 100 bps sebelum ambil tindakan lanjut
BANK Negara Malaysia (BNM) akan menilai kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 100 mata asas (bps) pada 2022 ke atas ekonomi Malaysia sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut, kata Penolong Gabenor, Fraziali Ismail.Beliau berkata, OPR itu telah dinaikkan secara beransur-ansur kepada 2.75 peratus dan bank pusat mesti menilai kesannya terhadap keadaan ekonomi semasa."Kita berada di landasan untuk mencapai sasaran sebagai contoh, tahun ini, inflasi di antara 2.8 peratus dengan 3.8 peratus dan pertumbuhan ekonomi pula di antara empat peratus dengan lima peratus,” katanya kepada pemberita selepas Ucapan Tahunan Gabenor BNM pada Forum Ekonomi Malaysia anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di Asia School of Business di sini, pada Isnin.Terdahulu dalam ucaptamanya, beliau berkata, dasar monetari akan terus mengimbangi risiko inflasi domestik dan pertumbuhan ekonomi, justeru, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM akan terus memantau kesan pelarasan OPR yang lepas ke atas ekonomi."Setakat ini, kesan pelarasan OPR yang lepas terhadap keadaan kewangan adalah teratur, tiada tanda-tanda pengetatan yang keterlaluan bagi penggunaan dan pelaburan, tanda-tanda penyederhanaan dalam kekuatan tekanan inflasi susulan jangkaan normalisasi inflasi, namun inflasi kekal tinggi,” katanya.MPC BNM dijadual mengadakan mesyuarat ketiga pada 2 dan 3 Mei, 2023.Fraziali berkata, normalisasi tahap akomodasi dasar monetari yang seterusnya akan terlihat menerusi keadaan yang berubah, dan pada masa sama, MPC kekal berwaspada dengan faktor kos termasuk yang timbul daripada perkembangan pasaran kewangan yang boleh menjejaskan prospek inflasi.Tekanan harga mungkin lebih berterusan berbanding jangkaan, katanya.Beliau berkata, oleh itu penting untuk menguruskan inflasi dalam memastikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan."Sebarang pelarasan ke atas tahap akomodasi akan terlihat menerusi keadaan global dan domestik yang berubah-ubah serta implikasinya terhadap unjuran keseluruhan pertumbuhan dan inflasi domestik,” katanya.Melalui laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2022 yang dikeluarkan BNM baru-baru ini, pertimbangan dasar monetari MPC akan tertumpu kepada pengurusan risiko inflasi di samping menyokong pertumbuhan ekonomi mampan pada 2023, dan sama seperti ekonomi lain, 2023 akan menjadi tahun mencabar bagi ekonomi Malaysia dengan pertumbuhan ekonomi diunjurkan lebih sederhana manakala inflasi dijangka kekal tinggi.Dalam laporan itu, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pelarasan dasar monetari yang berlebihan boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi negara, manakala kurang pelarasan pula boleh menyebabkan jangkaan inflasi tidak terkawal yang menjejaskan kuasa beli pengguna dan kemampanan pertumbuhan ekonomi."Dalam persekitaran ini serta selaras dengan mandat BNM di sisi undang-undang untuk menggalakkan kestabilan harga dan pada masa yang sama memberikan perhatian sewajarnya kepada perkembangan dalam ekonomi, MPC telah menaikkan OPR secara beransur-ansur dan terkawal."Memandangkan dasar monetari berfungsi dengan sela masa, tindakan mengekalkan OPR baru-baru ini membolehkan MPC menilai kesan daripada pelarasan OPR secara berturut-turut, di samping perkembangan keadaan yang mempengaruhi prospek pertumbuhan dan inflasi,” katanya dalam laporan itu. - Bernama
4
03 April 2023 04:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252687/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-terkejut-pengeluaran-minyak-dikurang
Ringgit dibuka rendah 'terkejut' pengeluaran minyak dikurang
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin apabila langkah mengejut oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) pada hujung minggu menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang pakar ekonomi.Pada Ahad, Arab Saudi dan pengeluar minyak OPEC+ lain dilaporkan mengumumkan pengurangan lanjut kuota pengeluarannya sebanyak lebih 1.2 juta tong sehari.Ketika ini, indeks penanda aras minyak mentah Brent meningkat sebanyak 5.70 peratus kepada AS$84.44 setong.Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4200/4240 berbanding dolar AS berbanding kadar penutup Jumaat lalu pada 4.4120/4170.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata langkah itu mungkin mencadangkan bahawa inflasi boleh terus meningkat jika harga minyak kekal pada tahap tinggi.Beliau berkata, pasaran turut memfokuskan pada beberapa data penting yang akan dikeluarkan minggu ini termasuk data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang dijangka rendah sedikit pada 47.5 mata untuk bulan Mac (Februari: 47.7 mata) berdasarkan anggaran konsensus.Begitu juga, Perubahan Pekerjaan Bukan Ladang Pemprosesan Data Automatik (ADP) AS yang dijangka turun kepada 200,000 pada bulan Mac daripada 242,000 pada Februari manakala Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) dianggarkan berkurangan menjadi 240,000 pada Mac berbanding 311,000 pada Februari."Justeru, kami mengunjurkan gandingan ringgit/dolar AS kekal dalam julat yang ketat antara RM4.41 dan RM4.42 kerana peserta pasaran mahu menilai data yang bakal diumumkan dan bagaimana kenaikan harga minyak berperanan terhadap inflasi,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.4388/4437 daripada 5.4580/4636 pada penutup Jumaat lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.7793/7837 daripada 4.8036/8084, tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.3221/3253 daripada 3.3083/3122 sebelumnya.Pada masa yang sama, berbanding mata wang ASEAN, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi.Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.3171/3203 daripada 3.3185/3224 pada penutup Jumaat, lebih tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.11/8.15 daripada 8.12/8.13 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8919/9093 daripada 12.9031/9220 sebelumnya.Bagaimanapun, mata wang tempatan susut sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 294.60/295.10 daripada 294.20/294.70 pada penutup Jumaat. - Bernama
4
03 April 2023 11:01am
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/252608/bisnes/mardi-lancar-kit-book-mysavefood
MARDI lancar Kit Book MYSavefood
INSTITUT Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bersama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) melancarkan Kit Book MYSavefood bagi melaksanakan program Malaysia Save Food (MYSaveFood) di bazar Ramadan secara lebih sistematik mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.MARDI dalam kenyataan berkata, buku panduan tepat dan lengkap itu dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk memaparkan SOP bagi menjalankan kerja-kerja mengendalikan makanan tidak terjual di bazar Ramadan."Ia melibatkan kerja-kerja seperti aliran kerja sukarelawan di tapak projek, skop tugasan sukarelawan berdasarkan aliran kerja, skop tugasan ketua bazar, SOP bagi setiap proses, cara penggunaan aplikasi projek dan lain-lain."Pengalaman selama lapan tahun mengendalikan MYSaveFood Ramadan ini telah menjadikan buku panduan tersebut sebagai satu hub informasi lengkap untuk penganjur, ketua bazar dan sukarelawan," katanya.Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah MARDI, Dr Asfaliza Ramli dan turut dihadiri Presiden Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia, Muhammad Nasim A Ralim.Menurut MARDI, cetusan idea projek MYSaveFood Ramadan bermula di Kampung Baru pada tahun 2016 melalui inisiatif belia tempatan iaitu Mohamad Rahimi Adnan dengan disokong dan dibantu oleh Pemuda GEMA.Jelas kenyataan itu, projek berkenaan telah dijadikan salah satu inisiatif utama di bawah program MYSaveFood oleh MARDI selain berkembang dari tahun 2016 sehingga kini di bawah kelolaan Pemuda GEMA."Projek MYSaveFood Ramadan merupakan satu inisiatif pengurusan sisa makanan 'Food Waste Management' di bazar Ramadan secara berstrategi melalui usaha menyelamatkan lebihan makanan dan minuman tidak berjaya dijual oleh peniaga bazar," ujarnya.Justeru, MARDI berkata, objektif program berkenaan adalah bagi membudayakan satu sistem pengurusan sisa makanan efektif di bazar Ramadan yang mudah direplikasi dalam usaha mengurangkan pembaziran sisa makanan berlaku dalam kalangan peniaga terbabit.Jelas MARDI, usaha tersebut juga membantu dalam mengurangkan penghasilan gas metana yang memberi kesan kepada pemanasan global.Tambah kenyataan itu lagi, perancangan bagi program berkenaan pada tahun 2023 adalah lebih sistematik selain jumlah penyertaan bazar dijangka akan meningkat memandangkan sambutan diterima oleh sukarelawan dan peniaga bazar adalah sangat menggalakkan."Jadi pihak MYSaveFood bersama penganjur dan rakan strategik lain akan bersama-sama menggerakkan operasi program ini selain terlibat dalam pemberian sumbangan terutama dari sudut kewangan, kumpulan media, sukarelawan dan percetakan bahan program bagi memastikan program ini berjaya," jelasnya.
4
02 April 2023 03:21pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252564/bisnes/lbs-jalin-kerjasama-sany-group-bina-10000-unit-hartanah
LBS jalin kerjasama SANY Group bina 10,000 unit hartanah
PEMAJU hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama syarikat pengeluar peralatan berat, SANY Group Co Ltd (SANY Group) bagi membangunkan 10,000 unit hartanah di seluruh Asia, dengan nilai projek berkenaan sebanyak RM3 bilion.Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, kerjasama itu juga melibatkan pelaburan kira-kira RM8 bilion untuk pelabuhan pintar laut dalam dan membina pusat setempat Hab Pelabuhan Industri 4.0 di Zon Ekonomi Pesisiran Pantai Melaka (M-WEZ).Ujarnya, ia terdiri daripada zon perdagangan bebas, minyak dan taman perindustrian cecair gas asli serta perniagaan berkaitan pelabuhan yang menggunakan kepakaran.“Sejak 2017, kami telahpun bekerjasama dengan SANY Group dalam menjalin usaha sama untuk memulakan kilang konkrit pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS).“Kita berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan SANY Group bagimeneroka sinergi bagi kedua-dua pembangunan hartanah dan pembangunan industri di seluruh Asia serta pembangunan pelabuhan di Melaka.“Selain turut berhasrat untuk menjadi pemaju terkemuka di peringkat serantau dan berharap ianya tercapai melalui penggunaan produk konkrit pra-tuang IBS,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Majlis menandatangani MoU tersebut diadakan di China World Hotel Beijing, China, yang mana Hock San telah menandatangani bagi pihak LBS manakala SANY Group diwakili oleh Presidennya, Tang Xiu Guo.Hock San (dua dari kanan) dan Xiu Guo menyerahkan dokumen perjanjian masing-masing yang diadakan di China World Hotel Beijing, China.Majlis bersejarah tersebut turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan jemaah menteri termasuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Selain itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.Menurut Hock San, pihak mereka optimis untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Melaka menerusi pembangunan pelabuhan perindustrian.Tambah beliau, perjanjian tersebut berkuat kuasa pada 1 April selama satu tahun dengan lanjutan secara automatik untuk tempoh sama, melainkan perjanjian tersebut diperbaharui dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Sebelum itu, SANY Group merupakan peneraju global dalam bidang kejuruteraan mesin, pengeluaran perkilangan dan disenaraikan oleh Forbes sebagai syarikat yang ke-468 terbesar di dunia.Berpangkalan di China, SANY Group merupakan syarikat pengeluar peralatan berat kedua terbesar di dunia dan terkenal dengan produk inovatif dan berkualiti tinggi.Syarikat berkenaan juga pengeluar utama peralatan berteknologi tinggi dan terlibat dalam aktiviti pembinaan am dengan 20 buah pusat penyelidikan serta pembangunan (R&D), pembuatan kereta, peralatan mesin pelabuhan, industri tenaga baharu, reka bentuk seni bina, internet industri dan pengeluar produk konkrit pratuang dengan jalin- an kerjasama di 150 buah negara
4
02 April 2023 11:11am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252556/bisnes/aktiviti-ekonomi-dijangka-berkembang-pada-2023---bnm
Aktiviti ekonomi dijangka berkembang pada 2023 - BNM
PENGEMBANGAN berterusan dalam kegiatan ekonomi pada tahun ini dijangka berlaku walaupun pada kadar yang lebih rendah berbanding 2022, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).Oleh itu, kelesuan dalam pasaran pekerja (kekurangan dalam permintaan terhadap pekerja berbanding dengan bekalan pekerja yang ada dalam ekonomi) dijangka terus berkurangan, disokong oleh momentum pemulihan guna tenaga yang terus kukuh, katanya dalam laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari (TEM) 2022.Bagaimanapun katanya, keadaan pasaran pekerja Malaysia masih agak jauh daripada kesesakan (pasaran pekerja dikatakan sesak, dengan pengangguran yang rendah)."Secara khususnya, masih terdapat sedikit tahap kekurangan penggunaan, memandangkan penyertaan tenaga kerja yang tinggi, serta sedikit baki pekerja yang masih berada di luar tenaga pekerja akibat COVID-19 (iaitu, tenaga kerja ‘berpotensi’)."Hal ini disokong sebahagiannya oleh kemasukan semula pekerja asing secara beransur-ansur yang dijangka meredakan baki kekurangan pekerja,” katanya.Menurut BNM, terdapat lagi ruang untuk gaji dan upah dan oleh itu, pendapatan pekerja Malaysia untuk meningkat sebelum memberikan tekanan yang ketara ke atas harga."Malah, nisbah Pampasan Pekerja (COE) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun pada 2021 kepada 34.8 peratus, yang merupakan peralihan arah trend yang diperhatikan sebelum pandemik (2020: 37.1 peratus; 2019: 35.9 peratus).Selain itu, katanya pemulihan yang tidak sekata terus memberikan kesan kepada kumpulan yang mudah terjejas seperti wanita, belia dan pekerja berkemahiran rendah.Sementara itu, BNM berkata, bagi menyokong pertimbangan dasar monetari, pandemik Covid-19 menyebabkan perlunya pengembangan alat pengawasan bank dalam menilai keadaan pasaran pekerja.Katanya, penilaian yang lebih komprehensif dan terperinci tentang keadaan pasaran pekerja keseluruhan menyumbang kepada usaha menyokong keputusan dasar monetari berasaskan bukti."Walaupun dasar monetari terutamanya alat kitaran balas, ia sangat bergantung kepada dasar struktur, yang memberi kesan kepada keupayaan ekonomi untuk menghadapi kejutan."Pemulihan yang mampan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk bertahan apabila dasar monetari terus disokong oleh pembaharuan struktur yang saling melengkapi," menurut bank pusat itu.Katanya pandemik Covid-19 merupakan titik perubahan yang penting dan suatu peluang untuk menangani isu struktur yang mengekang pasaran pekerja Malaysia sejak sebelum krisis.Katanya, ini termasuk kebergantungan yang berlebihan pada model pengeluaran berkos rendah, penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi yang rendah dan ketidakpadanan kemahiran yang ketara."Jika tidak ditangani, isu-isu ini akan terus mengekang tahap upah dan meningkatkan kesan negatif kejutan seperti Covid-19 kepada pendapatan isi rumah,” katanya.Oleh itu, BNM berkata, dasar ekonomi perlu menuju ke arah mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi melalui pelaburan berkualiti, membangunkan tenaga kerja yang dinamik dan berkaliber tinggi, mempercepat penggunaan teknologi dan pendigitalan serta mengukuhkan sistem perlindungan sosial."Akhirnya, kita perlu memastikan bahawa keuntungan ekonomi membolehkan pekerja memperoleh upah yang setimpal,” katanya.Jelasnya, yang utama, perkaitan antara upah dengan produktiviti mesti diperkukuh."Cabaran yang besar juga diakui masih berterusan, termasuk kuasa tawar-menawar pekerja yang rendah dan kesulitan dalam menguatkuasakan kontrak pekerja,” katanya.BNM berkata, pemulihan upah yang agak perlahan yang diperhatikan selepas pandemik menekankan keperluan mendesak untuk mengatasi cabaran sedemikian."Kesimpulannya, Malaysia perlu mempercepat pembaharuan untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan dan inklusif, di samping membina daya tahan isi rumah dan pasaran pekerja terhadap kejutan,” katanya. - Bernama
4
02 April 2023 10:26am
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/252480/bisnes/pr1ma-scid-meterai-mou-bina-kediaman-guna-teknologi-ibs
PR1MA, SCID meterai MoU bina kediaman guna teknologi IBS
PERBADANAN PR1MA Malaysia (PR1MA) dan anak syarikat milik SANY Group, SANY Construction Industry Development (M) Sdn Bhd (SCID) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membina kediaman mampu milik menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS).MOU berkenaan ditandatangani di Beijing, China pada Sabtu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain dihadiri Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Pengerusi PR1MA, Datuk Azrulnizam Abdul Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd Nazri Md Shariff dan Presiden SANY Group Co Ltd, Tang Xiuguo.PR1MA dalam satu kenyataan berkata, MoU tersebut merupakan lanjutan kepada perjanjian pernah ditandatangani sebelum ini oleh PR1MA dan SCID pada Mac 2022 untuk membina kilang IBS di lokasi strategik dengan potensi pelaburan di Malaysia bernilai sehingga RM75 juta."Kerjasama kukuh antara PR1MA dan SCID itu bagi mempercepatkan penyediaan 12,000 rumah mampu milik menerusi teras strategik Bandar Mini PR1MA."PR1MA telah menentukan empat lokasi untuk projek Bandar Mini PR1MA iaitu di Teluk Intan, Perak; Simpang Pulai, Perak; Teluk Kumbar, Pulau Pinang; dan Ayer Panas, Melaka."Menerusi kerjasama ini, SCID akan membina sebuah kilang pengajar IBS untuk mengeluarkan komponen bangunan pratuang (precast) yang digunakan dalam projek-projek PR1MA," jelas kenyataan itu.Menurut PR1MA, SCID juga akan membangunkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional bagi melatih pekerja mahir tempatan dalam teknologi IBS melalui kerjasama dengan institusi pendidikan tempatan dan agensi kerajaan berkaitan.Tambah kenyataan itu lagi, kerjasama tersebut dijangka dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada pekerja berkemahiran tinggi dalam teknologi berkenaan."MoU ini juga mengukuhkan peranan SCID sebagai penasihat teknologi bagi Pusat Kecemerlangan PR1MA berkaitan teknologi IBS untuk sistem pembinaan termaju dan sebagai rakan teknologi kepada Bandar Mini PR1MA," ujarnya.Sementara itu, Kor Ming berkata, kerjasama tersebut merupakan langkah penting ke arah mencapai aspirasi kerajaan dalam meningkatkan pemilikan kediaman mampu milik berkualiti tinggi terhadap rakyat Malaysia.Jelas Kor Ming, pelaburan SANY Group ke Malaysia menyumbang kepada pelaburan langsung asing dan pemindahan teknologi sangat dialu-alukan sekali gus membuktikan bahawa negara ini berada di landasan tepat untuk menarik pelaburan asing berimpak tinggi.Selain itu, Azrulnizam berkata, pihaknya berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan SCID kerana PR1MA dan negara ini boleh mendapat manfaat daripada syarikat tersebut yang merupakan pakar dalam teknologi IBS."Ini membolehkan PR1MA meningkatkan lagi usaha membina kediaman mampu milik bagi memenuhi permintaan pembeli rumah di Malaysia," jelasnya.
4
01 April 2023 03:24pm
RAIHAM MOHD SANUSI
https://www.sinarharian.com.my/article/252469/bisnes/beri-kesegaran-ketika-beribadah
Beri kesegaran ketika beribadah
BAGI memberikan kesegaran ketika beribadah, Mydin Mohamed Holding Sdn Bhd (Mydin) dan pengeluar produk kelengkapan rumah, Procter and Gamble (P&G) menjalankan usahasama strategik menerusi program Solat Tarawih bersama Ustaz Don.Melalui program itu, Mydin yang juga syarikat rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan membantu memperkenalkan produk penyegar fabrik Febreze Inspirasi Attar yang dilancarkan P&G sempena Ramadan kali ini.Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, penyegar fabrik itu berfungsi seperti dua dalam satu kerana bukan sahaja membunuh kuman tetapi mengeluarkan aroma minyak atar iaitu wangian Timur Tengah.“Produk Febreze terbaharu ini menjadikan minyak atar sebagai inspirasi dan belum pernah ada lagi produk seperti ini di pasaran.“Ia boleh digunakan untuk sejadah, telekung dan baju Melayu yang boleh memberi kesegaran ketika beribadah,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama Ustaz Don yang disertai 20 penuntut tahfiz dari Ma’ahad Tahfiz Al-Madani, di sini pada Khamis.Program yang menampilkan penceramah terkenal, Don Daniyal Don Biyajid sebagai imam solat tarawih tersebut turut dihadiri Pengurus Besar P&G Malaysia, Nantha Kumaran Kalimuthu.Sebelum bersolat tarawih serta bermoreh, pelajar tahfiz yang hadir turut bersolat Maghrib, berbuka puasa, mendengar tazkirah dan bacaan al-Quran serta solat Isyak bersama Don Daniyal bagi menyemarakkan bulan Ramadan.Ameer menjelaskan, program sama akan dianjurkan di Mydin Tunjong, Kelantan pada 6 April ini sebelum dilaksanakan di cawangan-cawangan pasar raya itu yang lain.Don Daniyal mengimamkan solat Tarawih di Mydin Subang Jaya pada program yang dianjurkan Mydin dan ditaja P&G pda Khamis. FOTO: MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAHSementara itu, Don Daniyal berkata, kehadirannya dalam program itu sebagai tanda sokongan kepada Mydin dan P&G kerana menggalakkan umat Islam menjaga kebersihan dan berwangi ketika beribadah seperti sunnah Nabi Muhammad SAW.“Aroma minyak atar ini sendiri sememangnya boleh membangkitkan memori kepada orang tersayang contohnya mengingatkan kita pada ayah dan mak masing-masing yang suka memakai wangian ini,” ujarnya.Dalam pada itu, Nantha memberitahu, program itu juga diadakan bagi membolehkan pihaknya menyumbang semula kepada masyarakat sempena meraikan bulan puasa.
4
01 April 2023 02:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252381/bisnes/ringgit-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini kerana dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran pertukaran asing.Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.4130/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4185/4225 ketika ditutup pada Khamis.Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, menjelang data perbelanjaan penggunaan peribadi teras Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluakan lewat hari ini, pasaran baru sahaja keluar daripada tempoh di mana mod mencegah risiko berlaku berikutan kejatuhan Silicon Valley Bank dan Signature Bank di AS bersama-sama dengan kebimbangan terhadap bank-bank utama di Eropah."Langkah pencegahan oleh Rizab Persekutuan serta kesediaan bank swasta lain untuk mengambil alih institusi kewangan yang terjejas telah berjaya menenangkan pasaran," katanya.Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.United tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3083/3122 berbanding 3.3282/3315 ketika ditutup pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding pound Britain kepada 5.4580/4636 daripada 5.4533/4582 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.8036/8084 daripada 4.7985/8028.Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3185/3224 berbanding 3.3244/3279 ketika ditutup semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.12/8.13 daripada 8.12/8.13 sebelumnya.Unit tempatan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 294.20/294.70 daripada 293.60/294.00 ketika ditutup pada Khamis dan mengucup berbanding baht Thai kepada 12.9031/9220 daripada 12.8970/9147 pada Khamis.- Bernama
4
31 Mac 2023 08:28pm
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/252364/bisnes/kebanyakan-kontrak-datasonic-daripada-tender-terbuka
Kebanyakan kontrak Datasonic daripada tender terbuka
[DIKEMAS KINI] DATASONIC Group Bhd memaklumkan kebanyakan daripada sembilan kontrak yang diperoleh daripada kerajaan berjumlah RM1.1 bilion adalah melalui tender terbuka.“Ringkasnya, tujuh kontrak rundingan terus yang disebut di Parlimen merujuk kepada produk berikut: Pasport, MyKad, MACS (Sistem Pelepasan Automatik Malaysia) Autogate, dan iKad,” kata Datasonic dalam satu kenyataan di sini hari ini.“Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kebanyakan daripada sembilan kontrak kerajaan pada mulanya dimenangi melalui tender terbuka.“Datasonic telah menyediakan dokumen ID terjamin keselamatan kepada JPN sejak 1999 serta pasport polikarbonat baharu sejak 2012,” katanya sebagai mengulas laporan The Edge Khamis lalu.Pada Khamis lalu, Saifuddin Nasution berkata, dalam jawapan bertulis Parlimen bahawa tujuh daripada sembilan kontrak itu diperoleh melalui rundingan terus antara 2016 dan 2022.Berikut adalah kenyataan penuh Datanoic:1) MyKadKami telah memenangi kontrak pembekalan ID Kebangsaan (MyKad) berasaskan polikarbonat pada tahun 2012 melalui tender terbuka dengan menunjukkan ciri-ciri kualiti dan keselamatan kami yang dipertingkatkan termasuk sistem dan penyelesaian percetakan ukiran laser, namun dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding vendor sebelumnya (penilaian dan proses POC mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan).Ini membantu kerajaan menikmati penjimatan yang ketara. la juga telah membantu menyelesaikan isu kualiti yang lalu (pemisahan badan kad, kadar kegagalan tinggi membaca cip MyKad, dan sebagainya).Dengan pembinaan polikarbonat dan penyediaan cip yang sangat terjamin Tahap 1 yang dilengkapi dengan Sistem Operasi (OS) baharu kami, kadar penolakan telah dikurangkan dengan ketara dengan penjimatan kos yang ketara kepada kerajaan.Reka bentuk dan keselamatan MyKad kami telah ditingkatkan kepada standard industri yang lebih tinggi.Dengan ini, JPN memenangi pelbagai Anugerah Program Keselamatan dan Pengesahan Terbaik untuk dokumen ID Kebangsaan kami pada 2012, 2013 dan 2015.Kini, Malaysia adalah salah satu negara paling cekap yang boleh mengeluarkan ID Kebangsaannya kepada semua rakyat dalam masa 30-45 minit di seluruh negara, tanpa menjejaskan keselamatan.Baru-baru ini pada 2022, Kerajaan menganugerahkan kami kontrak selama 12 bulan sebagai sebahagian daripada pelan peralihannya kepada reka bentuk dan teknologi baharu.Disebabkan oleh sifat projek keselamatan ini, melalui proses tender yang panjang mungkin tidak berkesan dan tepat pada masanya. Oleh itu, kami terlibat melalui proses rundingan terus. Sudah menjadi amalan biasa bahawa rundingan harga kami sentiasa menghasilkan pengurangan harga lima hingga 10 peratus.Melalui amalan perolehan ini, Kerajaan membayar harga yang lebih rendah untuk vendor yang boleh dipercayai dengan kualiti produk yang terjamin.Pendekatan rundingan terus ini terbukti memberi manfaat kepada kedua-dua pihak semasa pandemik, kerana kerajaan dapat memastikan rantaian bekalan tidak terjejas sambil memastikan ciri keselamatan yang terbaik untuk rakyatnya.2) Pasport iaitu Kontrak Halaman Data PasportPenglibatan kami dalam projek pasport bermula dengan halaman data polikarbonat pasport dan pemperibadiannya.Syarikat kami memenangi projek tersebut pada tahun 2012 melalui tender terbuka dengan cadangan nilai inovatif kepada kerajaan dengan modal sifar dengan Kerajaan hanya membayar untuk pasport yang berjaya diperibadikan dan dikeluarkan kepada orang ramai (diberikan pasport bayar setiap barang) dan menggunakan polikarbonat dengan reka bentuk yang canggih dan selamat kami.3) Cip Pasportla adalah satu perkembangan semula jadi bahawa cip pasport yang tertanam dalam kulit belakang pasport dipindahkan ke halaman data polikarbonat dan diikat di dalamnya (mengikut saranan ICAO, kerana halaman data polikarbonat adalah tempat yang lebih selamat untuk meletakkan cip berbanding dengan penutup belakang ) dan hanya logik bahawa cip itu juga dibekalkan oleh vendor halaman data polikarbonat.Jadi, pada tahun 2015, syarikat itu mencadangkan kepada Kerajaan untuk membekalkan cip peringkat/peringkat tertinggi, namun dengan diskaun 15 peratus kepada harga yang dibekalkan oleh vendor ketika itu, dan dipertingkatkan dengan ciri keselamatan cip yang dipertingkatkan dan untuk membolehkan pembacaan pantas bagi pasport Malaysia kami melalui autogate elektronik di seluruh negara, yang disokong oleh sistem pengecaman muka yang dibangunkan dalaman kami yang setanding, jika tidak lebih baik, daripada vendor antarabangsa.4) Buku pasportBerikutan itu, pada tahun 2016, syarikat itu mencadangkan kepada Kerajaan dan memenangi kontrak buku kecil pasport dengan cadangan nilai diskaun 15 peratus berbanding harga vendor ketika itu.Kontrak itu merangkumi penambahbaikan kepada keseluruhan reka bentuk buku kecil pasport dan ciri keselamatan termasuk kulit buku (setem emas), muka surat visa, engsel keselamatan, dan sebagainya. Bagi memikul akauntabiliti dan liabiliti penuh untuk pembuatan dan pembekalan pasport Malaysia keseluruhannya kepada Kerajaan yang selaras dengan pemikiran pada masa itu sebagai multivendor.Dengan peningkatan hebat dalam kualiti, reka bentuk dan ciri keselamatan, kami telah berjaya membantu Jabatan Imigresen untuk memenangi "Dokumen Keselamatan Terbaik Tahun 2018" yang berprestij dalam acara dokumen keselamatan global yang diadakan di Hanoi, Vietnam.Pada November 2021, kami diberi pelanjutan kontrak selama dua tahun tanpa nilai tambahan sepanjang tempoh tersebut, kerana kegawatan ekonomi dan kebimbangan terhadap pandemik kian meningkat. Pada masa ini, permintaan untuk pasport dan MyKad merosot kepada hanya 10 peratus daripada permintaan biasa.Walaupun selepas bertahun-tahun, harga pasport kami yang ditawarkan kepada Kerajaan pada tahun 2016 kekal jauh lebih murah daripada yang dibayar negara jiran seperti Singapura dan Thailand hari ini. Apatah lagi, pasport kami mempunyai kualiti yang unggul.Di samping itu, dengan R&D berterusan kami, kami juga telah mempatenkan dan mendapatkan Sistem Operasi Cip Datasonik (DCOS) kami yang diperakui dengan EAL 4, yang kami miliki bersama dengan Kerajaan untuk penyelesaian ID Nasional dan pasport kami.5) MACSPada 2019, kami memenangi projek MACS eGate melalui tender terbuka, dan kami berbangga menjadi yang pertama di rantau ini untuk melaksanakan teknologi biometrik muka untuk eGates.Kami membangunkan enjin pengecaman muka khusus untuk wajah serantau, yang menghasilkan prestasi autogate yang lebih baik.Kejayaan pelaksanaan facial autogate kami di Lapangan terbang KLIA pada tahun 2016 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, dan projek ini merupakan satu lagi ujian yang membuktikan bahawa produk yang dibangunkan tempatan kami adalah setanding, jika tidak lebih baik daripada standard antarabangsa.Pada tahun 2021, kami telah dianugerahkan fasa kedua sistem eGate MACS melalui rundingan terus, yang merupakan pengiktirafan terhadap kualiti produk kami.Pelanjutan itu diberikan pada 2022 tanpa nilai kontrak tambahan, kerana tapak projek tidak siap semasa tempoh pandemik. Kami berbangga untuk terus menyediakan produk berkualiti tinggi kami kepada kerajaan dan memastikan keperluan keselamatan mereka dipenuhi dengan teknologi termaju.6) iKadKami telah menyertai tender iKad pada tahun 2020. Kami telah dipanggil untuk rundingan terus pada November 2022. Semasa rundingan ini, kami mengetahui bahawa spesifikasi dan harga bidaan kekal tidak berubah.Kami difahamkan bahawa Kerajaan telah pun melalui proses penilaian tender, yang merangkumi pertimbangan kedua-dua aspek teknikal dan kewangan. Kami yakin bahawa tawaran kami kepada Kerajaan adalah yang terbaik, dan kami berharap untuk menyampaikan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan mereka. Harga yang kami tawarkan adalah satu pertiga daripada harga vendor sebelum ini dan kualitinya serupa dengan MyKad.Kami pada setiap masa memberikan yang terbaik dari segi harga, proposisi nilai (nilai untuk wang), meningkatkan kualiti dan standard keselamatan kepada Kerajaan untuk perkhidmatan penyampaian awam yang terbaik dan kami menyediakan produk, penyelesaian dan perkhidmatan kami mengikut jadual pelaksanaan. dan keperluan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian dan kontrak tanpa menjejaskan kualiti dan keselamatan dokumen pengenalan negara kita. - Dagangnews
4
31 Mac 2023 06:21pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252332/bisnes/ringgit-dijangka-terus-pulih-cecah-435-pada-suku-kedua-2023
Ringgit dijangka terus pulih, cecah 4.35 pada suku kedua 2023
KALANGAN ahli ekonomi mengunjurkan prospek lebih baik bagi ringgit dalam suku kedua 2023 di tengah-tengah jangkaan ekonomi negara yang berdaya tahan.Kenanga Investment Bank Bhd menerusi nota Pandangan Ekonomi pada Jumaat menyifatkan momentum pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan turut menyokong keyakinan pelabur dan menarik aliran modal asing.Sehubungan itu, bank pelaburan tersebut tidak melihat sebarang risiko daripada pilhan raya negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi."Kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) akibat jangkaan pasaran terhadap kecenderungan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah, persekitaran politik Malaysia yang lebih stabil dan prospek ekonomi lebih berdaya tahan, berkemungkinan besar dapat membantu ringgit diniagakan lebih mengukuh di bawah paras 4.40 menjelang akhir suku kedua,” katanya.Susulan itu, ia masih mengekalkan unjuran suku kedua dan akhir 2023 dengan ringgit masing-masing pada 4.35 dan 4.11 berbanding dolar AS.Bank pelaburan itu bagaimanapun mengingatkan bahawa ketegangan kian ketara antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta konflik Rusia-Ukraine yang berterusan, menjadi antara risiko yang boleh memberi tekanan kepada ringgit."Selain itu, kemelut perbankan di AS dan Eropah setakat ini tiada peningkatan bagi mengelak risiko secara ketara, sebagaimana dipaparkan menerusi Indeks Volataliti Opsyen Bursa Lembaga Chicago."Di sebalik kebimbangan mengenai potensi risiko, beberapa pelabur masih memilih untuk melabur dalam aset berisiko, khususnya di negara sedang pesat membangun. Ini mungkin disebabkan oleh pertumbuhan jangka panjang yang berpotensi dan mengatasi risiko jangka pendek," katanya.Kenangan Investment Bank berkata, adalah penting untuk menyedari bahawa keadaan kekal dinamik dengan krisis perbankan serantau di AS dan negara maju itu juga berdepan satu lagi pusingan kemelut kewangan.Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu bahawa kenaikan kadar di peringkat domestik akan membantu pengukuhan ringgit dalam suku kedua.Beliau juga optimis dengan jangkaan ringgit mencecah paras 4.35 berbanding dolar AS, dapat dicapai menjelang akhir suku tersebut.Kali terakhir ringgit mencecah paras itu adalah pada Februari lepas dan seterusnya pada 4.52 yang juga paras paling lemah setakat tahun ini.Menurutnya, pada masa ini, pihak Fed lebih berpendirian terkawal dari segi mengetatkan kitaran monetari.Mohd Afzanizam juga menjangkakan Fed mungkin melaksanakan kenaikan sebanyak 25 mata asas lagi pada Mei yang menjadikan Kadar Dana Fed (FFR) kepada 5.25 peratus.Berikutan itu, beliau menyifatkan data-data yang bakal diumumkan sebagai penting dalam membentuk pendirian Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) di masa depan."Kami percaya bahawa ekonomi AS akan mula menyederhana pada suku kedua susulan impak kenaikan kadar faedah sebelum ini berjumlah 475 mata asas sejak awal tahun lepas dan akan mula memberi kesan kepada ekonomi."Apabila kos pinjaman tinggi, perniagaan berkemungkinan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan berkaitan perbelanjaan modal. Ini berikutan kekangan kadar faedah atau di peringkat dalaman yang menjadi mekanisme lazim bagi pelaksanaan pematuhan atau usaha wajar yang mungkin diperketat."Pada masa sama, isi rumah juga tidak berminat jika kadar faedah terlalu tinggi dan mengelak daripada membeli barangan berharga mahal. Dinamik sedemikian akan memberi kesan kepada sektor-sektor tertentu seperti hartanah, bank, prosfesional dan bahan binaan,” katanya - Bernama
4
31 Mac 2023 03:46pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252329/bisnes/ekonomi-malaysia-tumbuh-sederhana-43-peratus-tahun-ini
Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana 4.3 peratus tahun ini
EKONOMI Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 4.3 peratus pada 2023 disokong oleh permintaan dalam negeri di tengah-tengah jangkaan kelembapan dalam permintaan luar manakala pertumbuhan penggunaan swasta dijangka kekal kukuh, walaupun pada kadar yang lebih perlahan pada 6.3 peratus pada 2023 berbanding 11.3 peratus pada 2022, kata Kumpulan Bank Dunia.Bank Dunia berkata, pertumbuhan ekonomi disokong oleh peningkatan dalam keadaan pasaran buruh serta langkah sokongan pendapatan berterusan daripada kerajaan, dengan pelaburan diunjurkan meningkat sebanyak 4.4 peratus pada 2023 berbanding 6.8 peratus pada 2022, mencerminkan aliran berterusan pelaburan modal dalam sektor swasta dan awam."Sementara itu, inflasi diunjurkan menjadi sederhana kepada antara 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023 (2022: 3.3 peratus) memandangkan kekangan bekalan global berkurangan dan harga komoditi yang stabil."Sebagai ekonomi yang sangat terbuka, Malaysia akan terus menghadapi risiko besar yang tercetus daripada persekitaran luaran. Ini termasuk keadaan kewangan global yang lebih ketat, kelembapan yang lebih mendalam dalam ekonomi utama dan pencerobohan Rusia yang berpanjangan ke atas Ukraine, yang boleh menyebabkan kelembapan pertumbuhan global yang lebih teruk daripada jangkaan," kata kumpulan itu dalam Analisis Tinjauan Kemiskinan Makro mengikut Negara dan Unjuran untuk Dunia Membangun hari ini.Bank Dunia juga menghuraikan bahawa dari segi domestik, sumber utama risiko penurunan adalah berkaitan dengan ketidaktentuan dalam inflasi dan paras hutang yang agak tinggi, yang boleh membebankan permintaan dalam negeri."Melangkah ke hadapan, isi rumah miskin dan kurang berkemampuan yang paling terjejas oleh pandemik mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih, memerlukan semula program perlindungan sosial yang berkesan dan bersasar. Oleh itu, rancangan kerajaan untuk mengemas kini pendapatan garis kemiskinan dan indeks kemiskinan pelbagai dimensi adalah tepat pada masanya dan penting untuk memastikan langkah-langkah itu sepadan dengan taraf hidup semasa Malaysia,” katanya.Bank Dunia juga menekankan bahawa cabaran yang dihadapi oleh Malaysia termasuk ruang fiskal yang semakin sempit, kerana perbelanjaan tegar dalam gaji, pencen dan pembayaran faedah terus meningkat dan pada masa yang sama, hasil negara kekal dalam arah aliran menurun."Kerajaan membentangkan semula belanjawan yang disemak pada Februari 2023 selepas pentadbiran baharu mengambil alih berikutan pilihan raya umum. Dalam ucapan belanjawan, kerajaan baharu telah menyatakan bahawa ia menjangkakan defisit fiskal menurun kepada 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar daripada 5.6 peratus pada 2022."Kerajaan juga menyatakan bahawa ia merancang untuk membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal tahun ini. Walaupun tekanan inflasi keseluruhan kekal terkawal pada 3.3 peratus pada 2022 (2021: 2.5 peratus), harga makanan dan tenaga yang lebih tinggi telah menyumbang kepada peningkatan kebimbangan terhadap kos sara hidup yang lebih tinggi dan kekurangan makanan, terutamanya dalam isi rumah yang kurang berkemampuan.Memetik anggaran daripada Organisasi Makanan dan Pertanian, kejadian kekurangan makanan yang teruk telah meningkat di Malaysia sejak 2016 dan antara 2019 dan 2021, kelaziman kekurangan makanan yang sederhana atau teruk ialah 15.4 peratus, bersamaan dengan lima juta orang. - Bernama
4
31 Mac 2023 03:33pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/252275/bisnes/mr-diy-sumbang-487-komputer-kepada-maco
MR D.I.Y sumbang 487 komputer kepada MACO
MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y) memberikan sumbangan sebanyak 487 set komputer bernilai lebih RM480,000 ke beberapa sekolah di Semenanjung Malaysia yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Pemerkasaan Komputer oleh Medical Awareness Camp Outreach (MACO).MACO adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada doktor-doktor pakar dan para sukarelawan bukan perubatan yang menyediakan perkhidmatan perubatan percuma, hidangan makanan, bantuan makanan, dan komputer yang dibaik pulih kepada golongan yang kurang berkemampuan.MR D.I.Y dalam satu kenyataan berkata, komputer-komputer tersebut diperoleh daripada ibu pejabat MR D.I.Y. di Seri Kembangan dan cawangan-cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara, kemudian dibaik pulih oleh Jabatan IT peruncit.“Sebanyak 10 buah sekolah telah menerima set komputer dibaik pulih yang lengkap termasuk Unit Pemprosesan Pusat (CPU), monitor, papan kekunci, dan aksesori."Literasi komputer adalah kemahiran yang penting dalam dunia pada hari ini. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran komputer untuk melakukan apa sahaja, dari kajian hingga menyediakan kertas kajian dan pembentangan serta untuk membuat permohonan pengajian di universiti dan mendapatkan pekerjaan,” jelas kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, inisiatif itu menjadikan komputer lebih mudah diakses oleh golongan kurang berkemampuan yang mungkin tidak mempunyai akses kepada perkakasan untuk mengembangkan dan mempraktikkan pengetahuan literasi digital mereka.Ini adalah kali kedua MR D.I.Y bekerjasama dengan MACO dalam inisiatif seperti ini.Pada bulan April 2022, MACO telah membaik pulih lebih 2,000 set komputer untuk melengkapkan makmal komputer di sekolah-sekolah di bawah Program Pemerkasaan Komputer dengan sebahagian daripadanya diperoleh daripada MR D.I.Y. dengan sokongan jabatan IT peruncit tersebut.Program Pemerkasaan Komputer MACO adalah salah satu daripada banyak lagi inisiatif yang disokong oleh MR D.I.Y. untuk membantu komuniti sekolah.
4
31 Mac 2023 11:01am
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/252271/bisnes/kk-super-mart-tawar-harga-istimewa-lebih-50-produk-terpilih
KK Super Mart tawar harga istimewa lebih 50 produk terpilih
RANGKAIAN KK Super Mart menawarkan harga istimewa melibatkan lebih 50 produk terpilih pelbagai kategori bermula 26 Mac sehingga 24 April 2023 sempena menyambut bulan Ramadan dan Syawal.KK Super Mart dalam satu kenyataan berkata, antara produk yang terlibat ialah barang keperluan harian, makanan ringan, minuman berkarbonat dan makanan kucing.“Keriangan ini boleh dikongsi dengan ahli keluarga, rakan-rakan, dan insan tersayang untuk memeriahkan suasana dan sambutan perayaan tahun ini. Sebagai sebuah jenama Malaysia yang kian berkembang, KK Super Mart berbesar hati dapat meraikan setiap perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.“Kami ingin berkongsi kegembiraan ini dengan menawarkan promosi-promosi yang menarik dan berbeza mengikut jenis perayaan,” jelas kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, antara promosi oleh KK Super Mart ialah Cabaran Beli & Menang yang menawarkan hadiah utama wang tunai sebanyak RM1.1 juta untuk direbut.“Dengan setiap pembelian RM23 dan ke atas, pelanggan layak untuk menyertai cabaran ini yang berbaki hanya dua bulan sahaja lagi sebelum tamat pada 31 Mei ini.“Pelanggan yang bertuah juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik yang ditawarkan oleh KK Super Mart,” kata kenyataan itu.
4
31 Mac 2023 10:32am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252234/bisnes/niaga-hadapan-emas-ditutup-tinggi
Niaga hadapan emas ditutup tinggi
NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis dengan sejumlah 35 lot diniagakan.Kontrak bulan semerta Mac 2023 berada pada AS$1,967.00 setiap troy auns (AS$1=RM4.4185).Kontrak bagi April 2023, Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya ditutup pada AS$1,973.40 setiap troy auns.Harga emas fizikal berada pada AS$1,965.00 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 29 Mac, 2023. - Bernama
4
30 Mac 2023 09:58pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252215/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-ekoran-kurangnya-pemangkin
Ringgit ditutup rendah ekoran kurangnya pemangkin
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan pemangkin baharu walaupun Indeks Dolar AS (DXY) bergerak ke bawah sebanyak 0.2 peratus, kata seorang penganalisis.Pada 6 petang, mata wang tempatan jatuh kepada 4.4185/4225 berbanding dolar AS daripada kadar 4.4155/4210 pada penutup Rabu.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berdasarkan prestasi pasaran ekuiti, kelihatan mod risiko masih dapat disaksikan walaupun kebimbangan semakin berkurangan terhadap sektor perbankan Amerika Syarikat."Ringgit kini bergerak sedikit di atas paras sokongan RM4.4099, dan tidak lagi berada dalam kedudukan terlebih jual, membayangkan ia memerlukan pemangkin yang lebih kukuh untuk terus meningkat,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan turun sedikit berbanding pound Britain kepada 5.4533/4582 daripada 5.4531/4599 ketika ditutup pada Rabu, susut berbanding euro kepada 4.7985/8028 daripada 4.7943/8003, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3282/3315 daripada 3.3524/3569 semalam.Pada masa yang sama, ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang Asean.Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3244/3279 berbanding 3.3219/3263 semalam, turun sedikit berbanding peso Filipina pada 8.12/8.13 daripada 8.11/8.12 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 293.60/294.00 daripada 293.20/293.70 semalam.Bagaimanapun, ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8970/9147 daripada 12.9267/9485. - Bernama
4
30 Mac 2023 08:35pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252183/bisnes/pemegang-unit-asb-2-asm-terima-agihan-pendapatan-rm164-bilion
Pemegang unit ASB 2, ASM terima agihan pendapatan RM1.64 bilion
SYARIKAT pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM1.64 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023.Dalam kenyataan pada Khamis, menurutnya Amanah Saham Bumiputera (ASB 2) mengisytiharkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM0.62 bilion, bersamaan 5.00 sen seunit kepada 513,244 pemegang unit yang kini memiliki 12.42 bilion unit.Amanah Saham Malaysia (ASM) mengisytiharkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM1.02 bilion, iaitu bersamaan 4.50 sen seunit kepada 575,351 pemegang unit dengan pegangan 22.74 bilion unit.Sehingga 28 Mac 2023, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM536.09 juta, manakala ASM mencatatkan RM784.83 juta."Pendapatan bagi kedua-dua dana ini diperoleh melalui keuntungan, dividen serta sumbangan pendapatan lain terealisasi daripada pelaburan domestik dan antarabangsa, dalam persekitaran inflasi yang lebih tinggi dan kebimbangan terhadap kemelesetan global yang meningkat."Kedua-dua dana juga telah mendapat manfaat daripada strategi kepelbagaian portfolio masing-masing dengan peningkatan peruntukan dalam instrumen pendapatan tetap seiring dengan peningkatan keluk kadar hasil,” menurut PNB.Pengagihan pendapatan ASB 2 dan ASM adalah bersamaan dengan jumlah pulangan, masing-masing sebanyak 5.00 peratus dan 4.50 peratus, kedua-duanya mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank pada 2.52 peratus sebanyak 248 mata asas (bps) untuk ASB 2 dan 198 bps untuk ASM.Pengagihan yang diisytiharkan oleh dana-dana ini akan dilaburkan semula secara automatik dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2023.Urus niaga ASB 2 dan ASM di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan Internet telah ditangguhkan sementara bermula 28 hingga 31 Mac 2023 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 April 2023, atau mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 3 April.Sementara itu, PNB berkata had pelaburan individu dalam ASB dan ASB 2 yang ditingkatkan daripada RM200,000 kepada RM300,000 setiap satu akan berkuat kuasa pada 1 April 2023 tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia."Peningkatan had pelaburan ini merupakan satu langkah positif dan sejajar dengan usaha PNB untuk terus menggalakkan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya. - Bernama
4
30 Mac 2023 05:36pm
ROSHILA MURNI ROSLI
https://www.sinarharian.com.my/article/252160/bisnes/rhb-islamic-sumbang-dron-lori-kepada-lznk
RHB Islamic sumbang dron, lori kepada LZNK
RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic atau RHB) menyerahkan dua dron pertanian dan sebuah lori tipper bernilai hampir RM300,000 melalui sumbangan Zakat Wakalah untuk meningkatkan taraf hidup petani asnaf di Kedah, dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali berkata, agihan Zakat Wakalah tersebut digunakan untuk membantu petani asnaf di Kedah melalui projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf Zakat Kedah (Smart SBBA) oleh LZNK.Katanya, projek Smart SBBA ini bertujuan untuk pembangunan ekonomi ummah, memfokuskan golongan Asnaf dan petani miskin di negeri Kedah."Pada masa yang sama, RHB Islamic juga menyerahkan sebanyak RM500,000 dalam bentuk zakat perniagaan kepada LZNK," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.Menurutnya, projek Smart SBBA ini selari dengan dasar mekanisme agihan Zakat Wakalah RHB Islamic, iaitu untuk tujuan pemerkasaan sosio-ekonomi."Kami berharap bantuan ini dapat membantu para peserta menjana pendapatan yang konsisten dan seterusnya meningkatkan lagi taraf hidup mereka."RHB Islamic akan terus bekerjasama dengan LZNK untuk mengembangkan lagi inisiatif-inisiatif berimpak tinggi pada masa hadapan," katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman berkata, projek Smart SBBA ini dapat menolong petani asnaf untuk mencapai hasil sawah dengan lebih efisien dan memudahkan kerja penanaman dengan penggunaan teknologi dan kelengkapan jentera yang disediakan"LZNK amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan RHB Islamic dalam usaha yang amat bermakna itu."Kami akan terus mempelbagaikan inisiatif dalam menyalurkan sumbangan zakat untuk manfaat kelompok masyarakat yang lebih besar," katanya.Menurut Zakaria, projek Smart SBBA merangkumi kawasan sawah dengan keluasan 211 hektar, dan telah memanfaatkan seramai 69 petani asnaf di Yan, Kubang Pasu, dan Kota Setar."Melalui projek ini, para petani berpeluang untuk memandu jentera dan lori, dan mengendali dron dengan sendiri sekali gus membantu mereka meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian," katanya.
4
30 Mac 2023 04:19pm
RAIHAM MOHD SANUSI
https://www.sinarharian.com.my/article/252159/bisnes/bank-rakyat-umum-dividen-15-peratus
Bank Rakyat umum dividen 15 peratus
BANK Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM426.77 juta.Dividen itu menyamai kadar pada tahun kewangan sebelumnya dan pembayarannya akan diagihkan kepada 799,511 anggotanya bermula Khamis (hari ini).Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Bank Rakyat masih lagi mengekalkan prestasi kadar dividen berjumlah dua digit untuk tempoh lebih 30 tahun.Beliau percaya, pencapaian itu adalah hasil daripada komitmen Bank Rakyat untuk mencapai mandat yang dipertanggungjawab bagi memperkasa kesejahteraan ekonomi anggota dan pelanggannya."Saya berharap dengan penerimaan dividen ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi anggota dalam mengharungi pascapandemik Covid-19."Di samping itu ia membantu anggota dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi," katanya pada majlis mengumumkan dividen Bank Rakyat dan prestasi kewangan Kumpulan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 di Menara Kembar Bank Rakyat di sini pada Khamis.Hadir sama, pemangku Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr Mohammad Hanis Osman.Ewon memberitahu, selain itu, Kumpulan Bank Rakyat turut meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM33.57 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi.Katanya, satu peratus bersamaan RM16.78 juta lagi disumbangkan kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi menjadikan jumlah sumbangan bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM50.35 juta.Sementara itu, Mohd Irwan berkata, Kumpulan Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 yang lebih tinggi sebanyak RM1.70 bilion berbanding RM1.63 bilion pada tahun sebelumnya.Menurutnya, keuntungan sebelum cukai dan zakat yang lebih tinggi itu dicapai melalui kekukuhan asas dan fokus terhadap aktiviti teras, meskipun ketidaktentuan ekonomi susulan pasca pandemik."Prestasi kewangan tahun 2022 ini turut didorong oleh aktiviti pembiayaan dan pelaburan kumpulan, mencerminkan kekuatan dan daya tahan yang telah dibina oleh kumpulan sejak tahun-tahun kebelakangan ini."Di samping itu, peruntukan penjejasan yang mencukupi pada tahun semasa, sejajar dengan aliran industri juga telah meningkatkan prestasi kumpulan," ujarnya.Mohd Irwan menegaskan, pencapaian berkenaan turut didorong oleh pendapatan operasi kumpulan yang meningkat sebanyak 3.42 peratus kepada RM5.90 bilion berbanding RM5.71 bilion sebelum ini didorong oleh pertumbuhan pembiayaan yang kukuh dalam segmen perbankan runcit dan perniagaan, serta dibantu oleh pergerakan Kadar Dasar Semalaman (OPR).Kata beliau, prestasi kumpulan yang lebih baik itu turut disokong peningkatan pendapatan berasaskan fi dan kutipan susulan pembiayaan hapus kira sebanyak 24.10 peratus kepada RM440.79 juta daripada RM355.19 juta pada tahun sebelumnya.
4
30 Mac 2023 04:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252155/bisnes/tnb-press-metal-aluminium-di-tempat-teratas-global-esg-monitor
TNB, Press Metal Aluminium di tempat teratas Global ESG Monitor
[DIKEMAS KINI] Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Press Metal Aluminium menduduki tangga teratas mendahului senarai syarikat lain di bawah FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI) dalam ketelusan perniagaan yang mampan berdasarkan laporan Global ESG Monitor (GEM).Pengasas Bersama GEM, Michael Diegelmann berkata, kemasukan 30 syarikat Malaysia dalam GEM 2022 mencerminkan komitmen negara terhadap ketelusan amalan perniagaan seiring dengan prosedur rangka kerja antarabangsa.“Dengan purata skor 54 daripada 100 mata, indeks Malaysia menduduki tempat kelima bersama di samping Dow Jones antara 10 indeks yang dikaji.“Penarafan FBMKLCI bukan sahaja mempamerkan ketelusan yang mampan, tetapi juga menyerlahkan keperluan untuk pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang lebih mendalam dan terperinci di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.Global ESG Monitor (GEM), sebuah inisiatif penyelidikan yang mengkaji ketelusan ESG dalam pelaporan bukan kewangan syarikat terbesar di dunia, mendedahkan bahawa syarikat Malaysia menggunakan rangka kerja, piawaian dan alat strategik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam alam sekitar, sosial dan tadbir urus mereka ( pelaporan ESG).Malaysia tidak mempunyai kandungan dan tahap perincian yang sesuai diperlukan untuk ketelusan optimum, sekali gus meletakkan kedudukannya di bahagian tengah dalam kalangan rakan serantau serta global.Dalam pada itu, Pengasas Bersama dan Ketua Penyelidikan GEM, Ariane Hofstetter berkata, Malaysia berjaya memenuhi rangka kerja antarabangsa, namun setiap syarikat perlu memberi penekanan terhadap aspek alam sekitar, sosial dan tadbir untuk masa depan yang lebih mampan.“Walaupun syarikat Malaysia cemerlang dalam mematuhi rangka kerja antarabangsa, adalah penting mereka menyediakan maklumat yang lebih komprehensif tentang aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus,”jelasnya.Sementara itu, Pengarah Urusan Perspective Strategies, Andy See berkata, ketelusan pelaporan ESG adalah penting untuk memaklumkan dan melibatkan pihak berkepentingan kerana ia telah diwajibkan untuk semua syarikat senarai awam Malaysia sejak 2016.“Walaupun masih terdapat banyak halangan untuk syarikat Malaysia diatasi dalam hal ketelusan, secara keseluruhannya, ini adalah berita baik untuk pelabur dan pihak berkepentingan lain ketika kami bergerak ke arah yang betul.“Kami percaya ini hanyalah langkah pertama usaha untuk menonjolkan kepentingan ketelusan ESG dalam laporan kemampanan untuk syarikat awam di Malaysia,” katanya.
4
30 Mac 2023 03:56pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252134/bisnes/bnm-dijangka-kekalkan-opr-hingga-akhir-tahun
BNM dijangka kekalkan OPR hingga akhir tahun
KENANGA Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) telah mencapai penghujung kitaran pengetatan monetarinya dan akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus untuk sepanjang tahun ini.Ini berdasarkan aliran menurun seterusnya dalam inflasi teras dan utama di bawah 3.0 peratus dan jangkaan kelembapan ekonomi global dalam keadaan kewangan yang lebih ketat, yang mampu menjejaskan pertumbuhan domestik pada tahun hadapan."Kami percaya bank pusat berdedikasi untuk mengekalkan kedua-dua harga yang stabil dan pertumbuhan ekonomi yang mampan."Bagaimanapun, kami menganggap masih ada ruang untuk bank pusat menyesuaikan kadar dasar, mungkin dengan kenaikan 25 mata asas (bps) kepada 3.00 peratus, sekiranya berlaku kejutan yang tidak dijangka kepada harga komoditi global atau pasaran kewangan global, juga sebagai perubahan kepada dasar subsidi tempatan, yang menyebabkan kenaikan semula tekanan inflasi domestik,” katanya dalam nota kajian pada Khamis.Firma penyelidikan itu berkata, BNM dijangka tidak mengurangkan kadar dasar pada 2023 atau 2024.Mengenai baki akaun semasa, Kenanga Research berkata, walaupun ia menjangkakan kelembapan dalam aktiviti luaran disebabkan oleh permintaan global yang lebih lemah di tengah-tengah risiko kemelesetan yang meningkat, pendapat firma itu adalah sejajar dengan unjuran BNM bahawa baki akaun semasa akan kekal melebihi 2.5 peratus pada tahun 2023."Sebagai perbandingan, kami menjangkakan baki akaun semasa berkembang sebanyak 2.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, terutamanya disebabkan oleh jangkaan peningkatan dalam aktiviti pelancongan dan pemulihan permintaan yang kukuh dari China."Walaupun terdapat pelbagai potensi risiko kepada ekonomi global, kami percaya faktor-faktor ini akan memberi kesan positif kepada imbangan akaun semasa Malaysia,” katanya.Pendapat yang boleh menaikkan ringgitMengenai ringgit, firma penyelidikan itu yakin dengan mata wang tempatan memandangkan dolar AS yang lebih lemah berikutan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menukar kepada polisi yang lebih berdiplomasi daripada polisi agresif, bersama-sama dengan landskap politik dan prospek ekonomi Malaysia yang bertambah baik, yang mungkin menarik aliran masuk modal asing dan menyokong mata wang tempatan.Ia berkata, yuan yang mengukuh di tengah-tengah potensi pemulihan ekonomi China yang mantap selepas pembukaan semula mungkin juga membantu mengukuhkan ringgit kerana korelasi positifnya yang kukuh."Apabila Fed mula melonggarkan dasar monetarinya, mungkin sebanyak 50 mata asas pada suku keempat 2023, ia boleh membawa kepada peningkatan aliran modal bersih ke dalam pasaran pesat membangun yang menghasilkan pulangan tinggi, seterusnya memanfaatkan ringgit."Bagaimanapun, kami sedar risiko luaran seperti ketegangan di antara AS dan China serta perang Rusia-Ukraine, boleh memberi kesan buruk kepada ringgit dan mempengaruhi hala tujunya. Namun begitu, pada ketika ini, kami masih mengekalkan unjuran kami pada RM4.11 berbanding dolar AS pada penghujung 2023,” tambahnya.Lebih banyak pengecualian cukai untuk caruman persaraanKenanga Research bersetuju dengan pandangan BNM bahawa pembaharuan diperlukan untuk memastikan rakyat Malaysia dilindungi secukupnya semasa persaraan mereka.Ia menganggap pengecualian cukai yang lebih besar boleh diberikan kepada caruman persaraan untuk menggalakkan caruman sukarela yang lebih tinggi."Selain dana persaraan dan menambah baik jaringan keselamatan sosial hari tua, umur persaraan pada masa ini iaitu 60 tahun, boleh dinaikkan memandangkan potensi purata jangka hayat Malaysia terus bertambah baik pada masa hadapan."Ini selari dengan saranan BNM supaya peluang pekerjaan untuk pekerja tua diwujudkan dan ditingkatkan melalui langkah dasar, bagi memastikan pekerjaan yang mencukupi untuk individu daripada semua peringkat umur,” katanya.Kenanga Research berkata walaupun menaikkan kadar caruman individu dan majikan mungkin diperlukan pada akhirnya, tetapi adalah penting untuk mengambil kira tahap pendapatan boleh guna dan melaksanakannya di samping pertumbuhan gaji yang mencukupi dan kadar pengangguran yang stabil. - Bernama
4
30 Mac 2023 02:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252113/bisnes/kerajaan-kaji-model-pencukaian-lebih-teratur
Kerajaan kaji model pencukaian lebih teratur
KERAJAAN melaksanakan strategi hasil jangka sederhana bagi mengkaji model pencukaian negara untuk tempoh tiga tahun dalam memastikan perancangan cukai jangka panjang adalah lebih teratur, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.Beliau berkata, model pencukaian negara pada masa ini tidak mampan dalam mengawal kadar hutang negara yang tinggi.Menurutnya, ini berikutan jumlah Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada tahun ini adalah sekitar RM1.9 trilion daripada enam tahun purata jumlah hasil cukai kepada KDNK iaitu 11.55 peratus, antara yang terendah berbanding negara-negara ASEAN."Antara langkah kerajaan adalah menerusi pemberian subsidi bersasar, selain meluaskan asas hasil cukai, menambah baik, menyemak semula struktur dan perundangan cukai serta memberi insentif-insentif pencukaian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berhubung tindakan kerajaan untuk menyelaras cukai-cukai yang dikutip bersesuaian dengan negara Asean untuk meneruskan pembayaran hutang bagi membiayai faedah dan subsidi.Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan akan membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal di Parlimen pada tahun ini untuk membantu kerajaan mengawal selia kaedah negara membelanjakan wang.Katanya tumpuan kerajaan pada masa ini adalah berasaskan tiga aspek iaitu mengukuhkan kedudukan fiskal negara, meningkatkan hasil dan menstrukturkan ekonomi. - Bernama
4
30 Mac 2023 12:53pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252082/bisnes/malaysia-asean-jadikan-bayaran-rentas-sempadan-satu-realiti
Malaysia, ASEAN jadikan bayaran rentas sempadan satu realiti
MALAYSIA bersama-sama empat negara ASEAN akan mengambil bahagian dalam fasa seterusnya rangkaian pembayaran rentas sempadan pelbagai hala Projek Nexus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).Berdasarkan Laporan Tahunan 2022 BNM yang dikeluarkan pada Khamis, fasa itu bermatlamat untuk membolehkan Nexus menjadi model yang berdaya maju dari segi operasi dan komersial menjelang 2025.Sehubungan itu, BNM telah menandatangani Memorandum Persefahaman Rangkaian Pembayaran Serantau dengan bank pusat Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand semasa Sidang Kemuncak G20 di Bali pada November 2022."Projek ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk rantau ini. Pengguna akan dapat menikmati pembayaran serta pemindahan dana yang lebih murah, cepat dan telus antara negara yang mengambil bahagian pada masa hadapan."Projek ini juga dapat mengukuhkan kerjasama perdagangan dan ekonomi antara rantau, di samping mendorong inovasi yang lebih rancak dalam ruang pembayaran," kata bank pusat itu.Eksperimen Projek Nexus, yang telah disempurnakan pada Disember 2022, menunjukkan bahawa model pelbagai hala untuk menghubungkan sistem pembayaran segera (IPS) secara teknikalnya boleh dilaksanakan."Semasa eksperimen dijalankan, pembayaran rentas sempadan berjaya dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam masa 60 saat," kata laporan itu.Menurut laporan itu, pengaturan Nexus merangkumi model ujian (atau Nexus Gateway) dan draf peraturan untuk peserta Nexus (atau Nexus Scheme).Katanya, Nexus Gateway ini berfungsi sebagai platform utama bagi IPS untuk menghubungkan serta menguruskan pembayaran dan pemindahan dana rentas sempadan termasuk perkara-perkara berkaitan pembayaran seperti penghantaran mesej pembayaran, penukaran mata wang dan saringan pematuhan, dengan segera.Manakala, Nexus Scheme pula merupakan buku peraturan standard yang menggariskan peranan serta tanggungjawab semua peserta dalam pengaturan Nexus, termasuk pengendali IPS dan penyedia perkhidmatan pembayaran.Bagaimanapun, laporan itu berkata walaupun eksperimen ini menunjukkan pengaturan Nexus boleh dilaksanakan secara teknikal, terdapat faktor lain yang masih perlu dipertimbangkan sebelum Nexus boleh dilaksanakan dalam situasi sebenar.Antara faktor yang boleh diambil kira adalah pengaturan tadbir urus untuk entiti yang akan menguruskan dan mengendalikan pengaturan Nexus, katanya.Terdahulu, Malaysia telah melaksanaan IPS pada Disember 2018 dan ia memacu ke arah transaksi pembayaran runcit serta kiriman wang domestik yang lebih mudah.Bagaimanapun, pembayaran dan pengiriman wang ke luar negara masih lagi sukar, jadi bank telah berusaha untuk menjalinkan IPS negara kita dengan IPS di beberapa negara jiran bagi memastikan pembayaran rentas sempadan memberikan manfaat yang setara dengan pembayaran domestik pada masa ini.Setakat ini, bank telah mewujudkan jalinan pembayaran rentas sempadan dua hala dengan Thailand, Indonesia dan Singapura untuk membolehkan pembayaran melalui kod QR. - Bernama
4
30 Mac 2023 10:39am
DIANA AZIS
https://www.sinarharian.com.my/article/252079/bisnes/model-c55-android-pertama-tawar-pengalaman-dynamic-islandprime
Model C55 Android pertama tawar pengalaman ‘Dynamic Island′
REALME Malaysia menampilkan telefon pintar baharu kelas pertengahan dikenali Realme C55 yang menawarkan storan berkapasiti besar dengan pengecasan pantas.Menawarkan fungsi unik mirip Dynamic Island di iPhone 14 Pro iaitu Mini Capsule, C55 yang dinaik taraf dengan ciri terbaik segmen kamera dengan keupayaan 64 mega pixel (MP) dan memori berkapasiti 256 giga bait (GB).Bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini, model berkenaan turut dilengkapi dengan bateri 5,000 milliampere-hour (mAh) yang menyokong pengecasan pantas Voltage Open Loop Multi-step Constant-Current (SuperVOOC) 33W melalui Universal Serial Bus (USB-C).Oleh itu pengguna hanya memerlukan 63 minit untuk mengecas daripada sifar ke 100 peratus.Lebih menarik, C55 dilengkapi dengan kamera swafoto 8MP dan lensa 2MP hitam putih disamping pemprosesan Mediatek Helio G88 12nm, RAM Maya (DRE) yang menggandakan saiz RAM menerusi penggunaan storan dalaman.Model ini merupakan produk Siri C pertama yang menampilkan sensor OV64B perdana dengan saiz 0.7μm piksel dan format optik satu per dua iaitu sensor sama digunakan dalam Realme GT Master Edition.Berbanding model C35 sebelumnya, saiz sensor C55 ditingkatkan sehingga 54 peratus dan kejelasan resolusi turut meningkat 53.8 peratus.Segmen Kamera 64 MP TerbesarSelain teknologi terkini yang diperkenalkan, C55 menampilkan mod imej inovatif dengan penapis bagi memberi pengalaman baharu kepada pengguna.C55 menawarkan storan berkapasiti besar dengan pengecasan pantas.Menerusi teknologi pengimejan ProLight, model ini berkesan meningkatkan resolusi dengan mengoptimumkan keupayaan penyerlahan bagi memelihara lebih banyak perincian dalam keadaan cahaya rendah.Keupayaan ini memberi kejelasan terbaik kepada gambar yang diambil dalam keadaan gelap tanpa menjejaskan butiran halus subjek berkenaan.Kapsul Mini pertama AndroidRealme C55 melakar pembaharuan terbaharu dengan menampilkan kapsul mini pertama pada rangkaian Android dengan mengubahsuai sistem operasi mereka dan menambah ciri berkenaan yang berfungsi seakan Dynamic Island di iPhone 14 Pro.Kapsul ini memberikan ruang hitam lebih lebar dengan menayangkan maklumat berguna antaranya kuasa mengecas, peratus bateri, penggunaan data serta jumlah langkah harian.Selain itu sistem bunyi pada C55 bersifat mono dan ia memiliki jek audio 3.5mm untuk menikmati sistem bunyi lebih hebat di telinga.Didatangkan dengan dua warna iaitu kuning (Sunshower) dan hitam (Rainy Night), kedua-duanya adalah warna gradien yang kelihatan berubah-ubah jika dipandang dari sudut berbeza.C55 menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W.Model ini ditawarkan pada harga bermula RM699 bagi varisai 128GB manakala RM799 (256GB).Realme Leap to Champion RoadshowSebagai meraikan pelancaran C55, Realme akan menganjurkan jelajah di Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada 31 Mac hingga 2 April ini manakala di Genting Highland (7 April hingga 9 April).Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya sesi bertemu artis, cabutan bertuah, promosi jualan, pengalaman produk selain berpeluang memenangi hadiah sehingga RM30,000.Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman Facebook rasmi Realme Malaysia https://www.facebook.com/realmeMalaysia/
4
30 Mac 2023 10:05am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/252030/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-susulan-pengambilan-untung
Ringgit ditutup rendah susulan pengambilan untung
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan beberapa aktiviti pengambilan untung memandangkan peningkatan pantas unit tempatan akhir-akhir ini, kata seorang penganalisis.Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4155/4210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3990/4030 pada Selasa.Ketua ahli ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, unjuran pertumbuhan dan inflasi Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporan tahunan 2022 yang dikeluarkannya hari ini adalah sangat sejajar dengan unjuran Kementerian Kewangan."Mereka (BNM) yakin dengan ekonomi domestik dengan pekerjaan penuh telah dapat dicapai. Tambahan lagi, aktiviti pelaburan dijangka kekal kukuh memandangkan pelaksanaan projek prasarana."Pembukaan semula sempadan China juga boleh meningkatkan ekonomi kita menerusi industri berkaitan pelancongan. Justeru, saya fikir satu lagi kenaikan 25 mata asas dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh berlaku pada bila-bila masa pada tahun ini,” katanya kepada BernamaAfzanizam berkata, kenaikan kadar OPR boleh membantu meningkatkan ringgit terutamanya apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dijangka menamatkan trend kenaikan kadarnya tidak lama lagi.Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali yen Jepun, apabila ia meningkat kepada 3.3524/3569 daripada paras 3.3606/3642 pada Khamis.Unit tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.4531/4599 daripada 5.4046/4095 dan susut berbanding euro kepada 4.7943/8003 daripada 4.7580/7623 sebelumnya.Pada masa yang sama, ringgit juga diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang negara-negara Asean.Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3219/3263 daripada 3.3100/3135, susut berbanding peso Filipina kepada 8.11/8.12 daripada 8.07/8.09 dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.9267/9485 daripada 12.8288/8457.Bagaimanapun ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 293.20/293.70 daripada 291.60/291.90 sebelumnya. - Bernama
4
29 Mac 2023 07:10pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251989/bisnes/wanita-malaysia-jana-lebih-rm176-juta-sebagai-hos---airbnb
Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta sebagai hos - Airbnb
AIRBNB berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.Dalam satu kenyataan hari ini, Airbnb berkata, wanita adalah tulang belakang dalam komuniti hos Airbnb, dan mereka merangkumi 55 peratus daripada semua hos di seluruh dunia.Mereka memperoleh lebih daripada AS$16 bilion (AS$1=RM4.41) pada platform itu pada tahun 2022 di seluruh dunia, hampir 10 peratus lebih tinggi berbanding hos lelaki.Ketua dasar awamnya untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan Mich Goh berkata hos wanita memainkan peranan yang semakin penting dalam sektor pelancongan terutamanya di Malaysia. Menjadi hos kepada rumah inap telah memberikan wanita Malaysia peluang kewangan yang besar di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup.Memandangkan kos sara hidup terus meningkat, wanita beralih menjadi penyambut kedatangan pengembara ke rumah mereka bagi memperoleh pendapatan tambahan dan berkongsi layanan serta budaya mereka dengan orang lain."Pada Bulan Wanita Antarabangsa ini, kami meraikan wanita yang luar biasa ini di platform kami, dan semangat keusahawanan serta semangat sepanjang hayat mereka."Kami komited untuk memastikan setiap wanita diiktiraf, dan menyediakan peluang kepada lebih ramai lagi untuk berkongsi manfaat pelancongan," katanya dalam satu kenyataan. - Bernama
4
29 Mac 2023 04:34pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/251956/bisnes/s-p-setia-beri-ganjaran-kepada-pembeli-rumah
S P Setia beri ganjaran kepada pembeli rumah
S P Setia mengumumkan pemenang kempennya, SetiaCation dan Ganjaran Akhir Tahun dengan hadiah bernilai lebih RM800,000 di Amari Kuala Lumpur baru-baru ini.S P Setia dalam satu kenyataan berkata, kempen SetiaCation memberikan ganjaran kepada lebih 500 pemenang yang merupakan pembeli rumah hartanah S P Setia bermula 16 Ogos hingga 31 Disember 2022 dengan jaminan penginapan tiga hari dua malam di Amari Kuala Lumpur, Amari SPICE Penang dan Amari Johor Bahru, Johor.“Sembilan daripada pembeli rumah itu dipilih memenangi percutian ke hotel Amari di Maldives, Phuket, Bangkok, Krabi dan Laos,” jelas kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, menerusi Ganjaran Akhir Tahun yang berlangsung sempena kemenangan ke-14 S P Setia sebagai Pemaju Hartanah pertama pada 'Property Developer of The Edge Malaysia Top Property Developers Awards' tahun 2022, ganjaran wang tunai diberikan kepada 14 pemenang dan termasuk tujuh ahli 'Citizen Setia' sedia ada dan tujuh pembeli rumah baharu.Pemenang SetiaCation.“Kedua-dua kempen ini diadakan bertujuan untuk menghargai pembeli rumah Citizen Setia, mempromosikan projek S P Setia selain menampilkan SP Setia Amari Kuala Lumpur dan Amari SPICE Penang yang bermula beroperasi pada September tahun lepas,” kata kenyataan itu.Pemenang SetiaCation menerima hadiah utama iaitu percutian empat hari tiga malam ke Amari Havodda Maldives.Hadiah utama Ganjaran Akhir Tahun bagi pembeli sedia ada bernilai RM68,888 manakala pemenang hadiah utama bagi kategori pembeli baharu membawa pulang wang tunai bernilai RM118,888.
4
29 Mac 2023 01:55pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251957/bisnes/nilai-jualan-syarikat-jualan-langsung-diunjur-rm30-bilion
Nilai jualan syarikat jualan langsung diunjur RM30 bilion
[DIKEMASKINI] NILAI jualan syarikat jualan langsung diunjurkan kepada RM30 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, jumlah itu mengambil kira industri jualan langsung mempunyai potensi besar."Nilai jualan bagi tahun 2021 bagi industri ini adalah RM27 bilion," katanya menerusi sidang akhbar selepas menyampaikan Geran Kajian, Pembangunan dan Pengkomersilan (R&D&C) Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung di kementerian itu, di sini pada Rabu.Menurutnya, industri jualan langsung menunjukkan impak positif melalui sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara."Industri ini sebenarnya sangat berpotensi untuk mereka yang tidak mahu bekerja pada waktu pejabat, dihambat masa atau tersekat dalam kesesakan kerana dalam segmen ekonomi gig, mereka boleh menggunakan jualan langsung sebagai satu medium untuk meraih pendapatan yang lumayan,” katanya.Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif pemberian Geran R&D&C bertujuan untuk memperkembangkan perniagaan sektor itu khususnya kepada syarikat jualan langsung yang mengeluar dan memasarkan produk tempatan berasaskan sumber alam."Sebelum ini terdapat kira-kira 400 syarikat jualan langsung dan hanya 18 peratus sahaja daripada jumlah tersebut merupakan syarikat asing."Oleh itu, kita mahu syarikat-syarikat tempatan yang berjaya dalam bidang jualan langsung ini terus maju ke hadapan terutamanya dalam bidang kecantikan, kosmetik dan kesihatan yang menghasilkan produk-produk herba, vitamin serta makanan tambahan," katanya.Tegas Salahuddin, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan produk jualan langsung kerana ia dipantau dan diberi kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Apabila dikeluarkan lesen kepada syarikat berkenaan, maknanya pelanggan tak perlu bimbang mengenai kualiti kerana dalam jawatankuasa tersebut terdapat wakil daripada KKM," katanya.Pada majlis itu, 14 syarikat jualan langsung menerima lesen baharu dan 54 syarikat menerima lesen pembaharuan.Pada perkembangan lain, Salahuddin berkata, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengadakan mesyuarat susulan peningkatan harga ayam di peringkat ladang."Ini kerana ada desas desus beberapa hari kebelakangan ini, jadi kedua-dua kementerian adakan pertemuan untuk periksa secara tuntas dan mungkin kita boleh umumkan esok (Khamis) apa hasil pertemuan ini,” ujarnya.Dalam pada itu, Salahuddin menyifatkan pelancaran aplikasi Kita Jaga oleh Kementerian Ekonomi merupakan satu compliment ke arah memudahkan pelanggan menyemak lokasi atau kedai yang menawarkan harga berpatutan."Sesiapa pun boleh ada aplikasi itu, lebih banyak pun tak apa. Tetapi kita akan terus bersama bagi memastikan data itu boleh berhubung antara satu sama lain," katanya.
4
29 Mac 2023 01:49pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251908/bisnes/ringgit-dibuka-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
NILAI ringgit terus meningkat dan dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal dagangan pagi ini, kata seorang penganalisis.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.3940/3980 berbanding dolar AS daripada kadar penutupan urus niaga Selasa 4.3990/4030.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dolar AS dilihat lemah apabila mata wang utama seperti euro dan yen Jepun mengukuh kepada AS$1.0844 setiap euro dan 130.77 yen bagi setiap dolar AS.Beliau berkata, Indeks dolar AS (DXY) turun 0.42 peratus kepada 102.43 mata."Ini berlaku selepas Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan Amerika Syarikat (AS) meningkat lebih daripada jangkaan kepada 104.2 mata pada Mac berbanding jangkaan pasaran 101 mata, lebih tinggi daripada 103.4 mata pada Februari,” katanya kepada Bernama.Beliau menambah, beberapa pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS turut mencadangkan bahawa kenaikan kadar perlu diteruskan untuk menurunkan inflasi di AS.Selain itu, Mohd Afzanizam berkata, pelabur juga akan menantikan data Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (PCE) yang akan dikeluarkan pada Jumaat.Dalam pada itu, beliau percaya ringgit mempunyai kekuatan untuk terus meningkat berbanding dolar AS."Paras sokongan semasa ialah pada paras RM4.3297, justeru, terdapat jangkaan ringgit akan terus mengukuh. Gandingan dolar/ringgit diunjur berlegar antara RM4.39 dan RM4.40 hari ini," katanya.Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun yang mana nilai mata wang tempatan telah meningkat kepada 3.3463/3498 daripada 3.3606/3642 semalam.Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4209/4258 daripada 5.4046/4095 pada penutup Selasa dan lemah berbanding euro kepada 4.7662/7705 daripada 4.7580/7623 sebelumnya.Pada masa yang sama, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN, tetapi mendatar berbanding dolar Singapura pada 3.3100/3132 daripada 3.3100/3135 semalam.Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.06/8.09 daripada 8.07/8.09 pada Selasa, lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.8277/8458 daripada 12.8288/8457 sebelumnya dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 291.20/291.60 daripada 291.60/291.90 semalam. - Bernama
4
29 Mac 2023 10:32am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251871/bisnes/ringgit-ditutup-tinggi-permintaan-untuk-dolar-as-melemah
Ringgit ditutup tinggi, permintaan untuk dolar AS melemah
RINGGIT ditutup lebih tinggi pada Selasa berbanding dolar AS selepas permintaan bagi dolar US mula melemah, berikutan krisis perbankan Amerika Syarikat (AS).Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.3990/4030 berbanding dolar AS daripada 4.4190/4240 yang direkodkan pada Isnin.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, memandangkan ringgit telah melangkaui paras sokongannya pada RM4.4099, paras sokongan seterusnya berada pada RM4.3297."Ini menunjukkan bahawa ringgit memerlukan pemangkin yang kukuh untuk naik, yang mana tidak lain adalah melalui kemungkinan pendirian tidak agresif Rizab Persekutuan AS (Fed) semasa dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada Mei depan."Sekiranya krisis perbankan di AS, yang dicetuskan oleh Silicon Valley Bank dan Signature Bank dibendung, ringgit berpotensi menjadi lebih kukuh daripada paras semasa," katanya kepada Bernama.Memandang ke hadapan, Afzanizam berkata, pasaran juga menantikan pengeluaran data keyakinan pengguna AS yang dijangka lewat hari ini termasuk laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) esok, untuk sebarang petunjuk baharu.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.4046/4095 daripada 5.4159/4221 yang disaksikan pada penutupan Isnin, menokok berbanding yen Jepun kepada 3.3606/3642 daripada 3.3612/3653, namun susut sedikit berbanding euro kepada 4.7580/7623 daripada 4.7579/7633 sebelum ini.Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3100/3135 daripada 3.3151/3191 dan mantap berbanding peso Filipina kepada 8.07/8.09 daripada 8.14/8.15.Ringgit berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8288/8457 daripada 12.8236/8440 dan jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 291.60/291.90 daripada 291.30/291.90 pada Isnin. - Bernama
4
28 Mac 2023 08:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251851/bisnes/proton-umum-x90-kenderaan-tenaga-baharu-pertamanya
Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya
PENGELUAR kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) pada Selasa mengumumkan X90 sebagai nama rasmi bagi kenderaan tenaga baharu pertamanya (NEV).Model X90 itu adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiga Proton selepas X70 dan X50 dan dibangunkan bagi memenuhi segmen premium, moden serta keluarga.Ketua Pegawai Esekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, kejayaan memperkenalkan X90 juga amat bermakna kerana dibuat ketika sambutan ulang tahun ke-40 Proton selain menjadi permulaan bagi kehadiran lebih banyak model NEV di masa-masa akan datang.SUV X90 didatangkan dalam empat varian standard, eksekutif, premium dan perdana."Ini juga seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kenderaan generasi akan datang."Selain itu, ia juga membuktikan bahawa biarpun selepas empat dekad, Proton masih memainkan peranan utama dalam membangunkan industri automotif tempatan,” katanya pada majlis previu X90 untuk media di sini, pada Selasa.SUV X90 yang didatangkan dalam empat varian standard, eksekutif, premium dan perdana juga ditawarkan dalam enam warna iaitu putih, perak, kelabu, coklat, merah delima dan biru laut.Model kenderaan elektrik hibrid ringan itu bukan setakat menawarkan ruang dan kebolehgunaan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, tetapi juga tersedia sebagai enam tempat duduk dengan kerusi individu di barisan kedua.Nadi kenderaan ini adalah sistem motor elektrik sinergi (EMS) 48V yang inovatif dan mengintegrasikan enam komponen teras, termasuk motor 'belt-starter generator' (BSG) 48V, pengubah DCDC, bateri lithium-ion 48V, sistem pengurusan bateri dan sistem kawalan modul hibrid."Berteraskan rangkaian kuasa dengan sistem EMS 48V dan enjin 1.5L TGDi yang memenangi anugerah, X90 memberi (hentakan) output gabungan 190PS dan 300Nm."EMS 48V menyuntik dorongan tambahan 13PS dan 45Nm yang menjadikannya pilihan berkuasa namun menjimatkan bagi pakej SUV tiga barisan. Rangkaian kuasa itu telah menerima penghargaan di pasaran seperti China dan Filipina serta dipasang dengan transmisi 7-kelajuan dwicekam yang pantas dan dioptimumkan untuk sistem baharu bagi menghasilkan pengalaman mengemudi yang dinamik, mantap serta lancar," kata Proton dalam satu kenyataan.Menurut Proton, sistem berkuasa ini tidak hanya meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan pelepasan, namun turut memberi kuasa dan tork tambahan untuk prestasi lebih baik."Ini adalah kenderaan mampan yang menawarkan prestasi luar biasa dengan aspek mesra alam sebagai teras, kemudahan memotong kenderaan lain serta daya pecutan lancar," katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah menyifatkan X90 sebagai paparan komitmen syarikat itu dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dengan menggunapakai teknologi enjin hijau ke arah menetapkan standard baharu dalam mobiliti kelestarian.Beliau berkata, harga Proton X90 tersebut akan diumumkan pada majlis pelancaran rasmi yang dijadualkan dalam masa terdekat ini.Model X90 itu akan dipasang di kilang Proton Tanjung Malim bersama dengan X50 dan X70. - Bernama
4
28 Mac 2023 06:29pm
MOHD AZLIM ZAINURY
https://www.sinarharian.com.my/article/251757/bisnes/sibs-2023-sasar-capai-potensi-jualan-rm15-bilion
SIBS 2023 sasar capai potensi jualan RM1.5 bilion
SIDANG Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 bakal berlangsung bermula pada 19 sehingga 22 Oktober ini menyasarkan mencapai potensi jualan RM1.5 bilion, di samping menarik 50,000 pengunjung.Exco Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, acara selama empat hari itu merangkumi keseluruhan lapan dewan ekspo dan dua dewan persidangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).“Invest Selangor sekali lagi mengetuai jawatankuasa penganjur dan menampilkan sejumlah enam acara unik serentak antaranya Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) dan Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan)."Empat acara lagi ialah Ekspo Taman Perindustrian Selangor (SPARK 2023), Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor (SABC 2023), Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC 2023) dan Ekspo R&D Dan Inovasi Selangor (SRIE 2023)."Di samping program utama ini, SIBS 2023 turut menampilkan tiga acara lain iaitu Selangor International Culinary Festival (SICF), Selangor International Healthcare Conference (SIHC) dan Selangor International Business Summit Invitational Golf Tournament 2023," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.Bagi pempamer yang ingin menyertai acara ini bagi mempamerkan jenama dan perniagaan mereka boleh menghubungi urusetia di Invest Selangor sebelum 31 Mac untuk menikmati diskaun sehingga 30 peratus.Chang Khim berkata, SIBS adalah platform hebat untuk industri perniagaan mempamerkan jenama dan perkhidmatan mereka kepada khalayak yang pelbagai daripada pelbagai industri dan negara.Beliau berkata, dengan mengambil bahagian dalam SIBS, pihaknya berharap peserta mendapat pendedahan diperlukan khusus yang berpotensi menarik pelanggan baharu, sekali gus membawa kepada pertumbuhan perniagaan."Bagi mereka yang berminat untuk menaja dan meningkatkan keterlihatan jenama anda melalui SIBS 2023, anda boleh menghubungi urusetia kami di Invest Selangor."Saya juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami baru sahaja membuka pendaftaran pelawat kami dan bagi yang berminat untuk melawat, sila daftar di www.selangorsummit.com," katanya.Pada tahun lalu, SIBS berjaya mencatat potensi rundingan jualan bernilai RM1.45 bilion iaitu jumlah tertinggi sepanjang sejarah penganjurannya.Sementara pada tahun ini, Chang Khim turut menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 pelawat perdagangan menyertai sidang kemuncak perniagaan terbesar di Asia, mengatasi 40,342 yang direkodkan tahun lepas.Bertemakan Selangor Pintu Gerbang Asia, SIBS 2023 yang dianjurkan sejak 2015 itu menyediakan 1,050 reruai di lapan dewan ekspo dan dua dewan persidangan.Pada 2020, acara itu dibuat secara dalam talian susulan Covid-19 membabitkan 286 pempamer dan dilakukan secara hibrid pada 2021 meliputi 494 pempamer secara fizikal dan 623 (dalam talian) manakala 906 pempamer tahun lalu.
4
28 Mac 2023 12:34pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/251753/bisnes/celcomdigi-business-perkukuh-penyelesaian-digital
CelcomDigi Business perkukuh penyelesaian digital
CELCOMDIGI melancarkan CelcomDigi Business, satu inisiatif yang menekankan komitmen syarikat untuk membantu semua perusahaan melonjakkan kecekapan dan produktiviti perniagaan mereka menerusi rangkaian penyelesaian digital dan sambungannya.CelcomDigi dibangunkan berlandaskan kekuatan, kepakaran dan rekod prestasi dalam menyediakan perkhidmatan untuk lebih 20 juta pelanggan.CelcomDigi Business mengukuhkan kemampuan syarikat dalam tawaran penyelesaian mudah alih, tetap, internet kebendaan (IoT), Awan dan keselamatan siber kepada pelanggan perniagaan daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), perusahaan korporat dan segmen sektor awam.Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, CelcomDigi Business menawarkan rangkaian, produk dan perkhidmatan, pengalaman pelanggan, inovasi serta pakar industri terbaik daripada kedua-dua organisasi bagi memenuhi pelbagai keperluan perniagaan pada masa kini dan akan datang.“Kami ingin membantu mereka memanfaatkan peluang dan kelebihan menggunakan teknologi serta penyelesaian digital yang tepat dalam menyelesaikan permasalahan perniagaan di samping meningkatkan kecekapan. Kami berharap dapat memperkasakan mereka untuk bersaing dan berkembang maju dalam ekonomi digital hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.Idham berkata, CelcomDigi Business amat berbesar hati berpeluang berkhidmat dan membantu setiap pelanggan perniagaan dengan efektif dengan memanfaatkan pengalaman yang luas, rangkaian yang unggul dan ekosistem rakan kongsi yang hebat, yang membolehkan mereka terus berinovasi.“Kami komited untuk menjadi rakan kongsi yang paling dipercayai oleh perniagaan dengan kedudukan syarikat di landasan yang tepat untuk memacu 5G, penyelesaian AI dan IoT, serta membangunkan peluang pertumbuhan baharu untuk perusahaan besar, PKS dan syarikat baharu.“Kami teruja untuk memenuhi keperluan pelanggan perusahaan, membantu mereka mencapai matlamat perniagaan dan seterusnya mencapai kejayaan,” katanya.Idham berkata, pelanggan perusahaan terutamanya PMKS bakal menikmati tawaran menarik baharu yang akan dilancarkan di bawah jenama CelcomDigi Business.“Sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia, adalah penting bagi PMKS untuk mendigitalkan perniagaan mereka.“Kami akan membawakan produk dan penyelesaian digital yang ditambah baik ke pasaran dalam masa terdekat, demi memastikan mereka mempunyai akses terhadap penyelesaian digital serta kepakaran yang berpatutan dan terbaik dalam kelasnya untuk menyokong usaha pendigitalan mereka,” katanya.CelcomDigi Business menawarkan pelbagai penyelesaian khas menerusi rangkaian terluas dan terpantas di negara ini.Untuk tawaran mudah alih dan tetap, perusahaan dapat menikmati sambungan dengan nilai terbaik, boleh dipercayai dan berprestasi tinggi, yang memudahkan perniagaan beroperasi di mana-mana sahaja serta mengguna pakai IR4.0.Perniagaan yang ingin mempercepatkan inisiatif pendigitalan mereka boleh meneroka penyelesaian IoT CelcomDigi Business yang menjadikan mesin sebuah aset yang lebih pintar untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, manakala penyelesaian Awan dan Sekuriti Siber pula mampu mengubah dan menambah baik urus tadbir perniagaan serta melindungi data dan harta intelek.
4
28 Mac 2023 12:19pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251740/bisnes/ringgit-dibuka-tinggi-berbanding-dolar-as-pagi-ini
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan permintaan baharu untuk mata wang tempatan menjelang pengeluaran laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 29 Mac dan data keyakinan pengguna AS lewat hari ini, kata seorang penganalisis.Pada 9 pagi, nilai mata wang tempatan melantun kepada 4.3850/3900 berbanding dolar AS daripada kadar penutup urus niaga Isnin pada 4.4190/4240.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran sedang menantikan pandangan BNM mengenai krisis perbankan yang melanda Silicon Valley Bank dan Signature Bank di Amerika Syarikat, serta pemberi pinjaman global Credit Suisse dan Deutsche Bank."Pelabur agak bimbang sama ada Malaysia terjejas akibat krisis itu dan apakah status bank tempatan kita ekoran impak (perbankan) global berkenaan," katanya.Berdasarkan prestasi ekuiti global malam tadi, nampaknya kebimbangan terhadap bank-bank AS berkurangan sekiranya dilihat pada angka S&P 500, katanya."Selain itu, sokongan daripada pihak berkuasa dan pengambilalihan bank bermasalah oleh institusi kewangan lain menunjukkan bahawa masalah semasa terkawal."Justeru, sentimen pasaran dijangka kekal terkawal," katanya sambil menambah mata wang tempatan boleh kekal dalam julat kecil antara RM4.42 hingga RM4.43 hari ini.Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS susut sebanyak 0.16 peratus berbanding ringgit semalam disebabkan kekurangan hala tuju kerana pelabur masih dalam mod tunggu dan lihat menjelang pengeluaran data keyakinan pengguna AS.Dalam pada itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.7428/7482 daripada 4.7579/7633 pada penutup Isnin, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3979/4041 daripada 5.4159/4221 dan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3522/3565 daripada 3.3612/3653 sebelumnya.Pada masa yang sama, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang Asean.Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 289.1/289.6 daripada 291.30/291.90 pada Isnin dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2992/3035 daripada 3.3151/3191.Mata wang tempatan juga lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.7619/7828 daripada 12.8236/8440 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.07/8.09 daripada 8.14/8.15 sebelumnya. - Bernama
4
28 Mac 2023 10:30am
IZWAN ROZLIN
https://www.sinarharian.com.my/article/251718/bisnes/promosi-raya-guardian-tawar-penjimatan-50-peratus
Promosi Raya Guardian tawar penjimatan 50 peratus
PENERAJU rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit, Guardian Malaysia menawarkan penjimatan sehingga 50 peratus sempena ‘Guardian Raya Untuk Semua’ bermula 30 Mac ini.Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, Guardian turut menawarkan pelbagai hadiah istimewa untuk pelanggan menerusi pembelian di semua stor fizikal miliknya dan dalam talian miliknya.“Diskaun 70 peratus juga diberikan bagi pembelian untuk barangan kedua produk penjagaan diri terpilih jenama Guardian,” katanya pada tayangan perdana iklan komersial televisyen (TVC) ‘Guardian Raya Untuk Semua’ dan majlis berbuka puasa bersama media di sini pada Isnin.Teo berkata, antara tawaran istimewa Hari Raya termasuklah percuma beg penyusun kecantikan dengan pembelian RM160 ke atas; percuma set tiga pinggan seramik dengan pembelian RM120 ke atas dan percuma bekas kaca meadows dengan penutup buluh dengan pembelian RM120 ke atas.“Selain itu, belian Air Fryer Mini Eksklusif 1.5 liter pada RM89 (jimat 50 peratus); percuma kupon penjagaan kulit RM10 dengan pembelian RM80 ke atas; percuma baucer jenama penjagaan kulit bernilai RM118 dan sampul duit raya eksklusif Guardian untuk belian RM68 ke atas,” jelasnya.Tambahnya lagi, bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia Guardian akan mendermakan RM0.15 bagi setiap liter produk mandian jenamanya yang terjual.Mengulas lanjut TVC yang menampilkan selebriti Amy Mastura dan Sham Visa, Teo berkata, iklan berkenaan dihasilkan dengan membawa mesej mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai kekeluargaan.“Apa yang menjadikan iklan ini berbeza daripada yang sebelumnya adalah tahun ini, Guardian menampilkan empat finalis Peraduan Face of Healthy Beauty Guardian 2019.Teo berkata, keempat-empat wanita ini, Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi, bukan sahaja sebagai pelanggan setia Guardian malah merupakan ikon Healthy Beauty yang menjadi imej Guardian selama ini.TVC ‘Guardian Raya Untuk Semua' boleh ditonton menerusi www.guardian.com.my dan aplikasi mudah alih Guardian.
4
28 Mac 2023 07:03am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251703/bisnes/niaga-hadapan-emas-ditutup-rendah
Niaga hadapan emas ditutup rendah
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin dengan sejumlah 105 lot diniagakan.Kontrak niaga hadapan emas bagi bulan semerta Mac 2023 meningkat kepada AS$1,964.50 setiap troy auns (AS$1=RM4.4190).Kontrak bagi April 2023, Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada AS$1,970.90 setiap troy auns.Harga emas fizikal berada pada AS$1,993.80 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 24 Mac, 2023. - Bernama
4
27 Mac 2023 09:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251688/bisnes/ringgit-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS selepas bergerak dalam julat terhad pada Isnin disebabkan aktiviti dagangan yang lengang, kata seorang penganalisis.Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu didagangkan tinggi sedikit pada 4.4190/4240 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 ketika ditutup pada Jumaat lepas.Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ini kerana perhatian telah beralih ke arah sektor perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kerana bank-bank pusat telah memperlahankan kenaikan kadar faedah mereka."Ringgit mungkin bergerak jauh lebih tinggi memandangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) telah memperlahankan kenaikan kadarnya."Nampaknya keadaan (krisis perbankan) terkawal memandangkan kesediaan pihak ketiga untuk mengambil alih bank yang terjejas," katanya kepada Bernama.Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, pasaran masih menilai keadaan semasa.Dilaporkan minggu lepas bahawa peminjaman bank dalam diskaun Fed meningkat dengan mendadak kepada AS$117 bilion, lebih tinggi daripada paras minggu sebelumnya sebanyak AS$32 bilion dan melepasi AS$112 bilion yang dicatatkan semasa krisis gadai janji.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan itu jatuh berbanding euro kepada 4.7579/7633 daripada 4.7476/7535 ketika ditutup pada Jumaat dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4159/4221 daripada 5.4034/4101 sebelumnya.Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3612/3653 daripada 3.4099/4144 minggu lepas.Berbanding mata wang Asean, ringgit didagangkan lebih tinggi.Ia meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 291.30/291.90 daripada 291.90/292.50 pada Jumaat lepas dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3151/3191 daripada 3.3178/3225 sebelumnya.Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8236/8440 daripada 12.9610/9835 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.14/8.15 daripada 8.15/8.16 sebelumnya. - Bernama
4
27 Mac 2023 07:53pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251563/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-sedikit
Ringgit dibuka rendah sedikit
RINGGIT diniagakan rendah sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini berikutan ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat, kata seorang pakar ekonomi.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.4270/4310 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Jumaat minggu lepas pada 4.4250/4305.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva membayangkan bahawa risiko ketidakstabilan kewangan telah meningkat.Beliau menambah, kenyataan seumpama itu muncul selepas lebih banyak bank terlibat dan paling terkini ialah Deutsche Bank."Komuniti pelabur masih keliru dengan situasi ini."Justeru, ketidaktentuan pasaran telah menjadi kian ketara dan saya tidak terkejut sekiranya mod penghindaran risiko berlaku minggu ini,” katanya kepada Bernama.Sehubungan itu, Mohd Afzanizam mengunjurkan ringgit akan berlegar dalam julat yang sempit antara RM4.42 dan RM4.43 hari ini.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 4.7635/7678 daripada 4.7476/7535 pada penutup Jumaat lepas dan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.4142/4191 daripada 5.4034/4101 sebelumnya.Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3848/3881 daripada 3.4099/4144 minggu lepas.Pada masa yang sama, berbanding mata wang Asean ringgit diniagakan bercampur-campur.Mata wang tempatan lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 292.1/292.5 daripada 291.90/292.50 Jumaat minggu lepas dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3218/3253 daripada 3.3178/3225 sebelumnya.Namun begitu, mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9252/9421 daripada 12.9610/9835 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.14/8.15 daripada 8.15/8.16 sebelumnya. - Bernama
4
27 Mac 2023 10:00am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251325/bisnes/ringgit-dijangka-diniagakan-dalam-jajaran-kecil
Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
RINGGIT dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan menjelang laporan tahunan Bank Negara Malaysia pada 29 Mac depan, kata seorang ahli ekonomi.Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran terus menjangkakan BNM akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) pada Mei."Kami percaya langkah untuk kenaikan 25 mata asas dalam OPR mungkin akan berlaku. Kita akan mendapat tahu lebih banyak perkembangan baharu minggu depan daripada BNM apabila mereka mengeluarkan laporan tahunan mereka. Justeru, kami menjangkakan dolar AS berada dalam julat antara RM4.41 dan RM4.42 minggu depan,” katanya kepada Bernama.Mata wang tempatan mengakhiri minggu ini dengan ditutup lebih rendah berbanding dolar AS disebabkan pengambilan untung sederhana selepas peningkatan mendadak baru-baru ini.Pada asas minggu ke minggu, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada 4.4250/4305 pada Jumaat daripada 4.4850/4880 dalam minggu sebelumnya.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama berbanding minggu sebelum ini.Unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain pada 5.4034/4101 daripada 5.4390/4426 minggu sebelumnya, meningkat berbanding euro kepada 4.7476/7535 daripada 4.7743/7775, tetapi merosot berbanding yen Jepun kepada 3.4099/4144 daripada 3.3679/3704 sebelumnya.Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang Asean.Unite tempatan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.3178/3225 daripada 3.3393/3418 minggu sebelumnya, naik berbanding baht Thai kepada 12.9610/9835 daripada 13.0987/1151, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 291.90/292.50 daripada 292.20/292.60 dan bertambah berbanding peso Filipina kepada 8.15/8.16 daripada 8.19/8.20 sebelumnya. - Bernama
4
25 Mac 2023 10:26am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251303/bisnes/peniaga-perabot-jadi-jutawan-bsn-ssp
Peniaga perabot jadi jutawan BSN SSP
SEORANG pengusaha perabot berusia 56 tahun dari ibu negara diumumkan sebagai jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) SSP kedua pada tahun ini.BSN dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Cabutan Jutawan bulan Februari 2023 berkenaan telah diumumkan pada Majlis Cabutan BSN SSP pada 4 Mac di Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak."Beliau telah mula menyimpan dalam BSN SSP secara konsisten bermula 1992 dan telah memenangi beberapa kategori hadiah sebelum ini. Beliau menasihati orang ramai supaya memulakan simpanan secara konsisten dengan segera walaupun hanya dalam jumlah yang kecil terutamanya dalam BSN SSP."BSN terus komited menambah baik produk BSN SSP dari semasa ke semasa agar kekal kompetitif. Usaha berterusan ini kami lakukan bagi menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda menyimpan,” menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, BSN telah memperkenalkan pelbagai kategori cabutan dan hadiah menarik pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM27 juta untuk lebih 18,000 pemenang, selain menawarkan Cabutan Jutawan dengan seorang pemenang akan membawa pulang BSN SSP RM1 juta setiap bulan."Lebih istimewa pada tahun ini, BSN menawarkan hadiah BSN SSP RM1 juta dan juga sebuah kereta BMW X5 pada cabutan bulan Disember. Syarat simpanan minimum ialah RM3,000 selama sekurang-kurangnya 90 hari,” menurut kenyataan itu.BSN juga memaklumkan penyimpan BSN SSP dalam kalangan guru kini berpeluang menyertai kategori baharu iaitu Cabutan Guru yang akan diadakan setiap bulan dengan ganjaran BSN SSP RM50,000 bagi hadiah pertama dengan simpanan minimum RM200, selain Cabutan Jutawan pada April akan diadakan khas buat golongan guru.BSN memaklumkan karnival BSN SSP seterusnya akan diadakan di Aeon Kinta City Mall Ipoh, Perak bermula Rabu hingga Ahad depan bermula 10 pagi hingga 10 malam.Dalam pada itu, Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, setakat Januari lepas, jumlah simpanan BSN SSP adalah hampir RM5 bilion dan lebih RM250 juta telah dicatatkan untuk simpanan baharu bagi bulan yang sama. - Bernama
4
24 Mac 2023 11:32pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251272/bisnes/bursa-malaysia-ditutup-pada-paras-terendah-harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
BURSA Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah seiring dengan pasaran serantau berikutan pelabur kekal berhati-hati bahawa krisis perbankan global boleh menjadi lebih buruk meskipun Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen memberi jaminan untuk memastikan deposit yang selamat di bank, menurut penganalisis.Sentimen lemah di bursa tempatan telah mendorong indeks utama merosot 0.80 peratus menyusut di bawah paras 1400.Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 11.28 mata kepada 1,399.70, iaitu pada paras terendah hari ini berbanding 1,410.98 sewaktu ditutup pada Khamis.Saham pandu pasaran dibuka meningkat 0.15 mata kepada 1,411.13 dan mencapai paras tertinggi harian sebanyak 1411.67 pada awal dagangan.Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 496 berbanding 339, manakala 440 kaunter tidak berubah, 998 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangan.Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.99 bilion unit bernilai RM1.91 bilion daripada 3.26 bilion unit bernilai RM2.03 bilion pada Khamis.Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, krisis perbankan di AS dan Eropah baru-baru ini hanya memberikan impak kecil terhadap Malaysia berikutan sistem perbankan tempatan dikawal selia dengan baik, begitu juga risiko kualiti aset yang diuruskan sewajarnya."Bagaimanapun, berikutan situasi global dan serantau yang tidak menentu, kami menjangkakan sentimen pasaran jangka pendek akan kekal membimbangkan,” katanya menerusi nota pada Jumaat.Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura berkurangan 0.20 peratus kepada 3,212.64, Indeks Hang Seng Hong Kong menyusut 0.67 peratus kepada 19,915.68, Indeks Nikkei 225 Jepun merosot 0.13 peratus kepada 27,385.25, dan Indeks Komposit SSE China turun 0.64 peratus kepada 3,265.65.Bagi saham wajaran tinggi, MISC meningkat tiga sen kepada RM7.19, Maybank menyusut enam sen kepada RM8.43, Public Bank berkurangan lima sen kepada RM3.90, manakala CIMB dan TNB masing-masing turun dua sen kepada RM5.19 dan RM9.54.Bagi saham aktif, Dagang NeXchange meningkat tiga sen kepada 59 sen, AT Systematization tidak berubah pada satu sen, Revenue Group menyusut 2.5 sen kepada 27.5 sen, Computer Forms turun 7.5 sen kepada 27.5 sen, dan Top Glove berkurangan 6.5 sen kepada 95.5 sen.Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 78.87 mata kepada 10,258.18, Indeks FBMT 100 menyusut 77.34 mata kepada 9,951.83 dan Indeks FBM 70 merosot 91.46 mata kepada 13,297.72.Indeks FBM Emas Shariah merosot 71.33 mata kepada 10,599.21 dan Indeks FBM ACE turun 10.83 mata kepada 5,303.82.Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 116.63 mata kepada 15,449.52, Indeks Tenaga berkurangan 8.37 mata kepada 802.88, Indeks Perladangan susut 55.58 mata kepada 6,713.93 dan Indeks Produk dan Perindustrian Pengguna bekurangan 1.63 mata kepada 165.54.Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 1.89 bilion saham bernilai RM1.64 bilion berbanding 2.28 bilion bernilai RM1.76 bilion pada Khamis.Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 415.85 juta unit bernilai RM51.81 juta daripada 433.61 juta unit bernilai RM73.54 juta semalam.Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 676.06 juta saham bernilai RM216.94 juta daripada 546.78 juta saham bernilai RM189.56 juta sebelum ini.Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 245.12 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (432.20 juta); pembinaan (39.84 juta); teknologi (440.29 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (80.36 juta); hartanah (133.95 juta); perladangan (31.56 juta); REIT (7.05 juta), dana tertutup (900); tenaga (915.03 juta); penjagaan kesihatan (280.27 juta); telekomunikasi dan media (61.95 juta); pengangkutan dan logistik (25.19 juta); serta utiliti (22.54 juta). - Bernama
4
24 Mac 2023 06:55pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251222/bisnes/bnm-dijangka-naikkan-opr-pada-julai---pakar-ekonomi
BNM dijangka naikkan OPR pada Julai - Pakar Ekonomi
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia dijangka hanya menaikkan kadar faedah semalaman (OPR) pada Julai, dan akan mengekalkan paras sedia ada walaupun Rizab Persekutuan AS meningkatkan kadar dasarnya, kata beberapa pakar ekonomi.Mereka berpendapat Bank Negara akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya pada awal Mei sebelum membuat kenaikan 25 mata asas (bps) pada separuh kedua tahun itu.Selepas Mei, mesyuarat MPC seterusnya akan diadakan pada awal Julai.Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar dana persekutuannya sebanyak 25bps kepada 4.75-5.00 peratus, paras tertinggi sejak September 2007 pada Rabu.Ketua ekonomi dan analisis pasaran Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Bank Negara "sangat bebas" dalam penilaian ekonomi dan keputusan dasar monetarinya.Bank Muamalat, katanya, masih menaruh harapan untuk kenaikan 25 mata asas dalam OPR pada separuh kedua 2023."Walaupun Feds dijangka lebih dovish pada masa hadapan, perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai Bank Negara. Ini memandangkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang kukuh tahun lepas pada 8.7 peratus."Kita dapat melihat jumlah transaksi hartanah berkembang pada klip pantas 23.6% pada 2022 berbanding kadar pertumbuhan purata kompaun (CAGR) 30 tahun sebanyak 7.0 peratus setahun," kata Afzanizam kepada NST.Beliau menambah, bahawa aktiviti ekonomi yang normal menunjukkan bahawa permintaan dalam negeri terus kukuh.Perkara yang sama boleh dikatakan untuk jualan automotif yang meningkat 39 peratus pada Februari, kata Afzanizam.Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Jalilah Baba berkata langkah Fed akan menjejaskan kadar dasar Bank Negara.Jalilah berkata, kenaikan kadar faedah akan menyebabkan pinjaman menjadi lebih mahal kepada syarikat swasta dan individu."Ini akan menyebabkan kurang perbelanjaan isi rumah dan syarikat juga, tetapi ia juga mungkin menurunkan harga barangan dan perkhidmatan. Pada masa yang sama, keadaan ini boleh menjejaskan perniagaan secara negatif kerana perbelanjaan akan dihadkan," katanya.Penganalisis ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, Bank Negara akan ditekan untuk mengurangkan jurang kadar antara Malaysia dan AS.Jurang itu, yang melebar kepada 2.00 mata peratusan, akan menjejaskan keputusan pelabur untuk melabur di Malaysia kerana mereka akan lebih berminat untuk melabur di AS, tambah beliau.Ahmed Razman berkata, kenaikan Fed akan mengakibatkan aktiviti ekonomi AS menjadi perlahan. Ini akan memberi kesan negatif kepada ekonomi Malaysia yang disebabkan oleh penurunan permintaan eksport tersebut ke AS.Beliau menjangkakan, kenaikan 25 mata asas dalam OPR pada Mei, tertakluk kepada pergerakan kadar inflasi dalam beberapa bulan akan datang.Kenanga Research berkata, Bank Negara berkemungkinan mengekalkan OPR tidak berubah pada 2.75 peratus untuk baki 2023, walaupun pengerusi Fed telah menyebut langkah itu sebagai mempertahankan daya tahan sektor perbankan dan usaha menentang inflasi."Walau bagaimanapun, kemungkinan sebarang keputusan kadar untuk melaraskan kadar dasar bergantung terutamanya kepada arah aliran inflasi dan prospek pertumbuhan, dan pada tahap tertentu sebarang keputusan dasar fiskal utama yang dibuat oleh kerajaan," katanya. - DagangNews.com
4
24 Mac 2023 02:00pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/251207/bisnes/azrulnizam-pengerusi-baharu-pr1ma
Azrulnizam Pengerusi baharu PR1MA
PERBADANAN PR1MA Malaysia (PR1MA) mengumumkan pelantikan Datuk Azrulnizam Abdul Aziz sebagai Pengerusi baharu menggantikan Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd Nazri Md Shariff berkata, Azrulnizam mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan.Ujar beliau, Azrulnizam pernah menggalas beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Al Rajhi Banking & Investment Corporation Malaysia Berhad; Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Chartered Sa’adiq Berhad; Pengerusi Pelaburan MARA Berhad dan Penasihat Kewangan Strategik Kumpulan, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).“Saya bagi pihak warga kerja PR1MA mengucapkan tahniah kepada Datuk Azrulnizam atas pelantikan sebagai Pengerusi dan mengalu-alukan kedatangan beliau ke PR1MA.“Kami yakin beliau akan dapat memacu PR1MA dalam memenuhi aspirasi dan mandat Kerajaan, khususnya penyediaan kediaman mampu milik yang berkualiti,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu, ulas Mohd Nazri, Azrulnizam mempunyai latar belakang pendidikan dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Hartford, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran daripada Universiti Wichita State, AS.“Ketika ini, Datuk Azrulnizam berkhidmat sebagai Pengarah Bebas di MBSB Bank, AmMetlife Takaful dan Thriven Global Berhad.“Atas kapasiti peribadi, beliau adalah Pengarah CR FinaCapital Sdn Bhd dan Petrowangsa Sdn. Bhd.“Beliau juga merupakan Profesor Adjung di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA,” ujarnya.
4
24 Mac 2023 12:37pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/251204/bisnes/pizza-hut-lancar-spicy-krunch
Pizza Hut lancar Spicy Krunch
PIZZA Hut telah melancarkan piza serba baharu, Spicy Krunch menerusi kerjasama dengan salah satu snek paling ikonik di Malaysia, Mamee Monster.Tidak seperti hidangan piza lain, Spicy Krunch mencetuskan citarasa yang luar biasa dan nostalgia manis untuk satu-satunya pengalaman buat para penggemar piza.Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, kerjasama antara dua jenama hebat iaitu Mamee Monster dan Pizza Hut mungkin kelihatan seperti sesuatu yang tidak dijangka tetapi kami merasakan piza gabungan luar biasa ini akan menjadi juadah tumpuan ramai tanpa mengira usia khususnya sewaktu berbuka puasa dan ketika sambutan Hari Raya.“Makanan adalah lebih daripada sekadar khasiat, ia adalah satu pengalaman dan piza bertujuan untuk dinikmati bersama-sama."Inilah sebabnya di Pizza Hut, kami secara konsisten berusaha menginovasikan piza kami agar setiap hidangan tidak dapat dilupakan oleh pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.Chong berkata, Piza Spicy Krunch menampilkan kerak piza yang berintikan keju, dengan bebola ayam rangup, sos pedas istimewa, dihidangkan bersama mi snek Lada Hitam Mamee Monster yang istimewa.“Sama seperti hari raya yang kunjung tiba hanya setahun sekali, peluang untuk menikmati piza ini juga merupakan pengalaman sekali seumur hidup."Jangan terlepas tawaran Ramadan dan pesan sebelum jam 4.30 petang antara 22 Mac hingga 21 April 2023 untuk menikmati diskaun RM7," katanya.Selain itu, bermula 27 Mac hingga 13 April 2023, hantar potret keluarga terpanjang anda dan berpeluang memenangi Kotak Pesta Raya Looooooooong kenduri oleh Pizza Hut.Pesan sekarang melalui aplikasi Pizza Hut atau pergi ke restoran berdekatan untuk makan di restoran atau bawa pulang.
4
24 Mac 2023 12:32pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251191/bisnes/nilai-ringgit-rendah-sedikit
Nilai ringgit rendah sedikit
RINGGIT diniagakan rendah sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal hari ini kerana sesetengah pelabur dilihat mengambil kesempatan daripada nilai dolar AS yang lemah, kata peniaga.Pada jam 9.30 pagi, nilai mata wang tempatan menyusut kepada 4.4220/4260 berbanding dolar AS daripada kadar penutup semalam 4.4160/4200.Dalam nota pada Jumaat, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, nilai dolar AS telah turun berikutan kenaikan sedikit dalam kadar faedah di Amerika Syarikat."Biasanya mata wang meningkat seiring dengan kadar faedah negara pengeluar. Walau bagaimanapun, kenaikan terbaharu di AS sudah dijangkakan dan komen daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed) nampaknya kini membayangkan dasar monetari yang kurang ketat."Sesetengah penganalisis sudah mula meramalkan Rizab Persekutuan mungkin menghentikan seketika kenaikan itu. Selain itu, dolar AS turut terjejas oleh data Jualan Rumah/Kediaman Baharu untuk bulan Februari, yang lebih rendah daripada jangkaan,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.7864/7907 daripada 4.8055/8098 pada penutup semalam dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4254/4303 daripada 5.4379/4428 pada Khamis, tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.3950/3986 daripada 3.3679/3712 sebelumnya.Pada masa yang sama, berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit didagangkan lebih rendah.Ringgit menyusut nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 288.1/288.5 daripada 287.70/288.10 pada penutup Khamis dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.3293/3328 daripada 3.3278/3313 sebelumnya.Mata wang tempatan itu turut turun berbanding baht Thailand kepada 12.9765/9947 daripada 12.9562/9741 semalam dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.14/8.15 daripada 8.13/8.14 sebelumnya. - Bernama
4
24 Mac 2023 11:03am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251141/bisnes/ringgit-terus-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
[DIKEMASKINI] Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis meneruskan aliran meningkatnya bagi hari keempat berturut-turut selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) membayangkan pendekatan monetari lebih longgar pada masa depan.Pada jam 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4160/4200 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4530/4580 pada Rabu.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sekiranya dolar AS tidak melepasi paras sokongan RM4.4099 ketika ini, paras ketahanan seterusnya dijangkakan pada RM4.3297.Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Rabu tetapi membayangkan dalam satu kenyataan bahawa kenaikan kadarnya telah menghampiri fasa akhir.Mohd Afzanizam berkata, kenyataan Fed itu ada menyebut akan keadaan mudah tunai terhad yang akan menjejaskan isi rumah dan perniagaan."Fed memaklumkan tentang tekanan dalam sistem perbankan Amerika Syarikat dan bagaimana ia boleh memberi impak kepada isi rumah dan perniagaan apabila keadaan mudah tunai menjadi semakin terhad."Saya fikir ura-ura kemungkinan Fed akan melonggarkan dasar monetarinya akan memberi rangsangan pada masa depan," katanya kepada Bernama.Beliau berkata, Indeks Dolar AS (DXY) terus jatuh kepada 101.98 mata daripada paras penutup 102.346 mata semalam dan semua mata wang utama mencatatkan aliran yang sama, meningkat berbanding dolar AS.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.8055/8098 daripada paras penutup 4.8026/8080 pada Rabu dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3679/3712 daripada 3.3592/3633. Bagaimanapun ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4379/4428 daripada 5.4696/4758.Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean.Unit tempatan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 287.70/288.10 daripada 290.10/290.60, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3278/3313 daripada 3.3363/3406 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.13/8.14 daripada 8.16/8.18 sebelumnya.Bagaimanapun, ringgit turun berbanding baht Thai kepada 12.9562/9741 daripada 12.9297/9506 sebelumnya. - Bernama
4
23 Mac 2023 07:10pm
IZWAN ROZLIN
https://www.sinarharian.com.my/article/251119/bisnes/pkns-samsung-meterai-mou-beri-nilai-tambah-kepada-pembeli
PKNS, Samsung meterai MoU, beri nilai tambah kepada pembeli
PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya.Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) ini merupakan satu lagi usaha bagi memastikan PKNS dapat memberikan kediaman selesa, moden serta dilengkapi peralatan terkini.Menurutnya, dengan menggabungkan kepakaran dua organisasi, perkongsian ini boleh mencipta tawaran baharu yang mampu mencipta impak dan nilai yang lebih besar.“Pelanggan boleh mendapat harga diskaun untuk pakej peralatan rumah berkualiti yang dimulakan dengan projek rumah teres dua tingkat, Puteri Ariana di Kota Puteri, Batu Arang.“Saya yakin pelanggan kami juga mahukan peralatan yang berkualiti dengan harga mampu milik untuk rumah baharu dan pastinya jenama Samsung menjadi pilihan kerana produknya yang berkualiti tinggi,” katanya ketika sidang akhbar majlis menandatangani MoU di Ibu pejabat PKNS Shah Alam pada Khamis.Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Mahmud mewakili PKNS, manakala Samsung Malaysia Electronics diwakili oleh Presidennya, Denny Kim.Tambah Mahmud, peranan PKNS dalam sektor perumahan melangkaui sekadar kemampuan dan pembiayaan.“PKNS bukan sahaja menyediakan perumahan yang sistematik dan mampan yang dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan yang berkualiti, tetapi juga membolehkan pembeli rumah memiliki produk berjenama.“Peti sejuk, televisyen, penghawa dingin adalah keperluan pada masa kini, jadi kerjasama ini juga secara tidak langsung memberi peluang kepada pelanggan menggunakan produk berkualiti dan diyakini,” katanya.Sementara itu, Denny di dalam ucapannya amat berbesar hari dengan kesediaan PKNS untuk bekerjasama dengan Samsung.“PKNS juga merupakan syarikat pemaju hartanah terbesar di Malaysia sudah pasti Samsung juga tidak mahu ketinggalan dalam merealisasikan impian rakyat Malaysia yang menyokong kami selama ini,” ujarnya.
4
23 Mac 2023 05:05pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/251115/bisnes/freeyond-kini-di-pasaran-malaysia
FreeYond kini di pasaran Malaysia
SYARIKAT teknologi konsumer dari Shenzhen, FreeYond meluaskan produknya di Malaysia dan menyasarkan untuk menjadi pemain utama melalui segmen elektronik konsumer di Asia Tenggara.Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FreeYond, Dr Lei Yu berkata, FreeYond memperluaskan jangkauannya ke pasaran baharu dan memperkenalkan produknya dengan teknologi canggih kepada pengguna di Malaysia.“FreeYond memberikan tumpuan kepada inovasi, kualiti dan kepuasan pengguna dan berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju di rantau ini menerusi produk-produk yang berbaloi dan menawan.“Kami gembira melancarkan jenama dan produk kami di Malaysia. Kami mahu membekalkan produk yang inovatif dan mesra pengguna kepada orang ramai di serata dunia dan kami teruja untuk berbuat demikian di Malaysia.“Kami yakin produk FreeYond memberikan impak positif dalam kehidupan para pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.Pada Selasa, FreeYond telah melancarkan jenama produknya dalam satu majlis di Kuala Lumpur. Hadir dan merasmikan program itu ialah Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil.Fahmi (kiri), Chai (dua dari kiri) bersama tetamu kenamaan yang hadir merasmikan FreeYond di Malaysia dalam sau majlis yang diadakan baru-baru ini.Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil berkata, ia menandakan satu kejayaan baharu bagi landskap digital Malaysia dengan pelancaran produk mampu milik FreeYond yang memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia.“Pelancaran jenama FreeYond adalah satu langkah yang betul dan saya ingin melihat kesan positifnya terhadap ekonomi dan masyarakat kita secara keseluruhan," katanya.Perkembangan FreeYond ke rantau Asia Tenggara menyusuli penerimaan pusingan pelaburan 'angel' yang telah meraih sekitar Cina Yuan (CNY) 100 juta iaitu RM64,624,380 pada Januari lalu.Pelaburan tersebut dibuat oleh konsortium Malaysia yang diterajui oleh seorang pelabur yang ternama dari Malaysia, Pengarah FreeYond yang juga Pengerusi Eksekutif Great Work Corporation Limited, Datuk Eddie Chai.FreeYond berhasrat untuk memanfaatkan pengaruh Eddie dalam usaha meluaskan perniagaannya di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura.FreeYond juga melancarkan dua telefon pintar baharu iaitu M5 dan F9, dua jam tangan pintar Watch S1 dan F1 an satu set kepala True Wireless Stereo (TWS) – Pods 1.FreeYond juga telah mengumumkan tiga telefon pintar yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi iaitu M5 5G, M5A, dan F9S.Produk FreeYond kini ada di Malaysia melalui outlet peruncit yang terpilih. Ia juga boleh didapati di kedai e-dagang rasmi Shopee dan Lazada FreeYond bermula 26 Mac 2023.
4
23 Mac 2023 05:01pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/251110/bisnes/200-pencipta-kandungan-sertai-lazxperience-2023
200 pencipta kandungan sertai LazXperience 2023
SHAH ALAM – Seramai 200 pencipta kandungan LazAffiliates, KOC dan KOL tempatan berhimpun untuk menyertai acara eksklusif, LazXperience 2023 yang diadakan di The Grounds KL, MAHSA Avenue, Kuala Lumpur, baru-baru ini.LazXperience 2023 menampilkan personaliti ternama seperti Nadhir Nasar, Sharifah Rose, Ernie Zakri, Adriana Adnan, Dalia Farhana dan emcee Melissa Th’ng.Acara tersebut merupakan sebahagian daripada usahanya dalam menggalakkan pencipta kandungan digital untuk menyertai dan mendapat manfaat daripada ekonomi digital melalui kandungan sosial, strim langsung dan keterlibatan kreatif dalam talian bersama para pengikut mereka dan komuniti yang lebih meluas di media sosial, laman sesawang, blog dan aplikasi dalam talian.Timbalan Presiden Eksekutif, Ketua Pertumbuhan Pengguna dan Trafik, Lazada Malaysia, Rick Ting berkata, Lazada Malaysia telah memperbaharui program LazAffiliates dan di bawah pakej terbaharu, rakan sekutu affiliate boleh meraih komisen sehingga 80 peratus bagi setiap pembelian yang dijana oleh pautan yang dikongsi dalam kandungan digital mereka.“Program tersebut juga telah dikembangkan untuk berfungsi dengan lebih interaktif dan boleh diakses menerusi aplikasi LazAffiliates. Terdapat beberapa ciri-ciri utama yang membolehkan pencipta kandungan digital mengenalpasti produk kegemaran dengan lebih mudah ataupun barangan yang sedang trending, lantas menyesuaikannya dengan kecenderungan serta kehendak para pengikut mereka,” katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, sejak pelancaran LazAffiliates pada 2016, komuniti tersebut terus berkembang dan menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan, sehingga mencapai lebih daripada 120,000 rakan sekutu affiliate berdaftar.“Sebagai peneraju eDagang di rantau ini, kami sentiasa mencari jalan untuk menceriakan dan menarik minat para pengguna dalam talian serta komuniti pelanggan omnichannel. LazAffiliates telah dikurasi khas bagi membolehkan rakyat Malaysia terutamanya para pelajar, graduan, generasi muda dan mereka yang muda di hati untuk menjana pendapatan dalam ekosistem eDagang.“Dengan penambahbaikan terbaharu LazAffiliates, kami berharap ianya dapat menggalakkan lebih banyak penyertaan dan menghubungkan konsumer dengan jenama yang dipromosikan oleh pencipta kandungan, lantas membolehkan mereka menjana pendapatan di atas daya kreativiti masing-masing.“Dalam masa sama, mereka dapat berinteraksi dengan para pengikut dengan cara yang lebih menyeronokkan,” katanya.Pasukan kepimpinan kanan Lazada Malaysia dan KOL selebriti di LazAffiliates LazXperience 2023.LazXperience 2023 turut menceriakan para hadirin dengan pelbagai aktiviti, kejutan, hadiah cabutan bertuah yang amat menarik, produk yang ditaja khas oleh Skechers, Casio, Wardah dan Skintific, di samping sesi perkongsian yang memaparkan tip dan cara untuk mengoptimumkan pendapatan sebagai rakan affiliate.Pada majlis tersebut, Lazada turut mengiktiraf pencapaian KOC berprestasi tinggi yang selama ini sangat aktif dan banyak menyumbang kepada pelbagai kempen Lazada dengan acara khas penyampaian LazAffiliates Awards 2022.Antara penerima anugerah ialah LazAffiliates 2022 High Achiever Award ialah Sherlyn Goh, LazAffiliates 2022 Most Collaborative Award ialah Involve Asia Technology, LazAffiliates 2022 New Ace Award ialah Mohamad Hambali Adenan, LazAffiliates 2022 Rising Star Awardialah Nurul Ain Shaari dan LazAffiliates 2022 The Advocate Award ialah Maisarah Mahasan.
4
23 Mac 2023 04:43pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/251069/bisnes/pernas-peruntuk-rm360000-bangunkan-he-she-coffee
Pernas peruntuk RM360,000 bangunkan He & She Coffee
PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) memperuntukkan RM360,000 untuk membangunkan jenama He & She Coffee yang berpotensi difrancaiskan dan mendapat bimbingan serta bantuan pembiayaan.Pengerusinya, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, jenama He & She Coffee bakal menerima pembiayaan menerusi program Pernas iaitu Program Be Your Own Boss (BYOB) sebanyak RM300,000 manakala peruntukan melalui projek Xcelerator berjumlah RM60,000.Menurutnya, jenama itu telah didaftarkan di Malaysia Franchise Express (MyFEX), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) dan dijangka mencapai status francais pada Julai tahun ini.“He & She Coffee merupakan jenama kopi kampus menawarkan pakej prafrancais mampu milik serendah RM250,000 sehingga RM580,000. Kini, jenama ini telah memiliki 30 cawangan di seluruh Malaysia dan bakal membuka lima cawangan baharu pada tahun ini.Hazimah (dua dari kiri) pada Majlis Soft-Launching Cawangan He & She Coffee yang ke-30 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dekat sini.“Jenama ini menyasarkan 50 cawangan kampus di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun,” katanya.Beliau berkata demikian pada pada Majlis Soft-Launching Cawangan He & She Coffee yang ke-30 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), dekat sini.Turut hadir pada majlis hari ini ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif He & She Coffee, Zulkiflee Yusof dan Alumni IIUM dan Lisensi He & She Coffee IIUM Gombak, Datuk Mohd Irwan Mohd MubarakHazimah berkata, berbeza dengan jenama kopi yang lain, selain mengetengahkan konsep kopi gaya hidup kampus, He & She Coffee juga membuka peluang keusahawanan kepada siswazah daripada golong kurang berkemampuan.“Secara tidak langsung, inisiatif ini mampu membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dan melahirkan usahawan francais muda dalam kalangan siswazah,” katanya.Beliau berkata, program-program Pernas seperti Projek Xcelerator bertujuan meningkatkan bilangan penglibatan usahawan siswa siswi dan gradúan dalam keusahawanan francais dan terdapat sebanyak 34 jenama telah terlibat dalam projek itu.Mengulas mengenai industri kopi di Malaysia, Hazimah berkata, budaya minum kopi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat negara ini perlu diteliti secara kritis.“Usahawan perlu bijak mengambil peluang dan melihat senario ini sebagai peluang yang baik sekali gus merancakkan lagi industri makanan dan minuman kopi negara,” katanya.
4
23 Mac 2023 01:01pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251045/bisnes/ringgit-terus-meningkat-rm443-satu-dolar-as
Ringgit terus meningkat, RM4.43 satu dolar AS
RINGGIT terus meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Khamis selepas kebimbangan yang kian ketara terhadap prospek ekonomi global mengalihkan perhatian pelabur ke arah mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata seorang peniaga.Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4370/4405 daripada dolar AS berbanding kadar penutup semalam pada paras 4.4530/4580.Menurut peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz, kebanyakan pakar percaya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) tidak akan menaikkan kadar faedahnya pada hari Rabu, memandangkan keadaan semasa sektor perbankan yang goyah."Bagaimanapun, Rizab Persekutuan memutus menaikkan kadar faedah daripada 4.75 kepada 5.0 peratus. Ini adalah kenaikan kedua iaitu hanya 0.25 peratus yang diguna pakai oleh Rizab Persekutuan, sekali gus menandakan penurunan sistematik dalam kenaikan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menokok nilai berbanding pound Britain kepada 5.4531/4574 daripada 5.4696/4758 pada penutup semalam, tetapi susut berbanding euro menjadi 4.8292/8330 daripada 4.8026/8080 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3899/3928 daripada 3.3592/3633 sebelumnya.Pada masa yang sama, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding baht Thailand kepada 12.9931/13.0105 daripada 12.9297/9506 pada Rabu dan turun berbanding dolar Singapura menjadi 3.3406/3435 daripada 3.3363/3406.Bagaimanapun, nilai ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 289.10/289.50 daripada 290.10/290.60 semalam dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.13/8.14 daripada 8.16/8.18 sebelum ini. - Bernama
4
23 Mac 2023 10:32am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/251008/bisnes/ringgit-terus-mengukuh-berbanding-dolar-as
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
RINGGIT terus mengukuh berbanding dolar US untuk hari ketiga berturut-turut berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih lemah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) lewat malam ini malah mungkin akan wujud pengurangan pada separuh kedua tahun ini.Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4530/4580 berbanding dolar US daripada 4.4690/4715 yang disaksikan semalam.Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sentimen pasaran adalah tidak konsisten dengan prospek kadar faedah AS, yang mana, niaga hadapan kadar faedah bagi kadar dana Fed menunjukkan potensi penurunan pada separuh kedua 2023."Kejadian baru-baru ini dalam sektor perbankan AS menjadi peringatan bahawa prospek masih berhati-hati dan ini menimbulkan persoalan sama ada menaikkan kadar faedah adalah langkah terbaik untuk dibuat Fed," katanya kepada Bernama.Katanya lagi, dolar US telah melepasi paras sokongan serta-merta sebanyak RM4.4728 dan paras sokongan seterusnya berada pada RM4.4076."Oleh itu, ringgit boleh meningkatkan lagi sekiranya nada Fed bertukar lebih lembut malam ini," katanya.Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Ringgit menokok berbanding pound British kepada 5.4696/4758 daripada 5.4759/4789, naik berbanding euro kepada 4.8026/8080 daripada 4.8028/8055 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3592/3633 daripada 3.3807/3829 sebelum ini.Pada masa sama, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang Asean.Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9297/9506 daripada 13.0166/0311, semakin mantap berbanding rupiah Indonesia kepada 290.10/290.60 daripada 291.10/291.50 dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3363/3406 daripada 3.3423/3444.Ia juga bertambah baik berbanding peso Filipina kepada 8.16/8.18 daripada 8.21/8.22 sebelum ini. - Bernama
4
22 Mac 2023 08:23pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/250981/bisnes/tiktok-perbaharui-garis-panduan-komuniti
TikTok perbaharui Garis Panduan Komuniti
SHAH ALAM - Syarikat aplikasi perkongsian, TikTok memperbaharui Garis Panduan Komuniti platform berkenaan bagi memperkukuhkan peraturan sedia ada sekaligus memberi perlindungan terhadap potensi ancaman-ancaman yang baharu.Ketua Global Polisi Produknya, Julie de Bailliencourt berkata, pembaharuan yang akan berkuatkuasa pada 21 April ini turut memperkenalkan panduan Prinsip Komuniti TikTok, membimbing dari segi penyediaan kandungan yang menegakkan hak asasi manusia dan rangka kerja undang-undang antarabangsa.“Setakat ini, pihak kami telah merujuk lebih daripada 100 organisasi di seluruh dunia, termasuk Persatuan Antarabangsa untuk Pencegahan Bunuh Diri, Majlis Penasihat Keselamatan TikTok Asia Tenggara, Persatuan Bertindak Semua Wanita di Malaysia dan ahli-ahli dalam komuniti kami.“Input mereka membantu kami mengukuhkan peraturan kami dan bertindak balas terhadap ancaman baharu dan potensi bahaya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu, ujar Julie, beberapa perubahan utama Garis Panduan Komuniti tersebut adalah dari segi media sintetik, penambahan kumpulan baharu, perlindungan sivik dan integriti pilihan raya.Menurutnya, dalam beberapa bulan akan datang, TikTok akan menyediakan latihan tambahan kepada moderator mereka untuk membantu menguatkuasakan peraturan dan piawaian yang dikemas kini dengan lebih berkesan apabila ia mula dilancarkan.“Kami juga telah membentangkan empat pendekatan kami untuk penyediaan kandungan.“Antaranya membuang kandungan yang melanggar peraturan; kandungan matang yang hanya boleh dilihat oleh orang dewasa (18 tahun ke atas); jadikan kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan khalayak umum sebagai tidak layak untuk kategori pengesyoran dan memperkasakan komuniti dengan alat dan sumber maklumat terkini untuk terus mengawal pengalaman mereka,” ujarnya.Sementara itu, ulasnya, kemas kini pada Garis Panduan Komuniti juga turut merangkumi perluasan dari aspek strategi penguatkuasaan.“Antaranya ialah berkongsi lebih banyak maklumat tentang tindakan yang kami ambil terhadap akaun yang melanggar peraturan kami, berikutan kemas kini kami awal tahun ini dan menjelaskan bahawa kami tidak membenarkan penggunaan berbilang akaun untuk memintas peraturan kami atau penguatkuasaan mereka dengan sengaja.“Selain itu, menjelaskan pertimbangan yang kami ambil kira apabila kami menguatkuasakan peraturan kami berdasarkan kepentingan awam dan pendekatan kami terhadap kandungan yang mengkritik tokoh-tokoh awam.“Termasuk butiran lanjut tentang cara kami menggunakan label maklumat, amaran dan skrin ikut serta,” jelasnya.
4
22 Mac 2023 06:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250959/bisnes/rizab-antarabangsa-bnm-as114-bilion
Rizab antarabangsa BNM AS$114 bilion
RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.0 bilion (AS$1= RM4.47) pada 15 Mac 2023, dan paras rizab ini memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$101.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.9 bilion).Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM614.08 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM500.06 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.29 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.77 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM72.81 bilion).BNM berkata bahawa modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM158.77 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.43 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM209.32 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.52 bilion), deposit lain (RM37.93 bilion), kertas Bank Negara (RM7.87 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.92 bilion). - Bernama
4
22 Mac 2023 04:47pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/250953/bisnes/frank-lao-ambil-alih-35-peratus-kepentingan-zus-coffee
Frank Lao ambil alih 35 peratus kepentingan ZUS Coffee
JUTAWAN Filipina, Frank Lao yang merupakan individu di sebalik dua francais restoran paling terkenal di Filipina, Choi Garden dan Gloria Maris telah melabur dalam ZUS CoffeeKetua Pegawai Operasi Choi Garden, Janica Lao telah menandatangani perjanjian untuk membeli saham sebanyak 35 peratus dalam ZUS Coffee dan jenama kopi itu diwakili oleh Pengasas Bersama ZUS Coffee, Ian Chua dalam satu majlis yang diadakan di Malaysia pada minggu lepas.Janica berkata, kumpulan Choi Garden berhasrat untuk berkembang di Filipina dan ZUS Coffee merupakan integrasi yang sesuai untuk perancangan mereka."Kami berhasrat untuk memperkenalkan ZUS Coffee kepada Filipina. ZUS Coffee tidak berniat untuk menjadi francais dan kesemua kedai mereka dimiliki oleh syarikat itu dan mereka berhasrat untuk menjadi juara jenama tempatan.“Pengembangan ZUS Coffee di Malaysia sangat pantas dalam tiga tahun ini dan mereka beriltizam untuk memenuhi pasaran Malaysia dengan perisa tempatan. Kami percaya mereka akan melakukan perkara yang sama di pasaran Filipina," katanya dalam satu kenyataan.Sementara itu, Ian Chua teruja untuk memulakan projek baharu itu bersama kumpulan Choi Garden.“Kami cukup berbangga dengan kopi kami. Lebih menggembirakan, ahli perniagaan terkenal seperti Frank Lao melabur dalam perniagaan kami dan ia menunjukkan keyakinan terhadap jenama ini.“Kami akan memulakan perjalanan baharu untuk mengembangkan lagi perniagaan dan membawa ZUS Coffee ke Filipina dan terima kasih kepada kumpulan Choi Garden yang melabur. Ini adalah masa yang sangat baik untuk kami mengembangkan syarikat. Ia adalah sebuah permulaan untuk ZUS Coffee,” katanya.Ian Chua berkata, ZUS Coffee menawarkan kopi ‘specialty’ yang konsisten dan berpiawaian tinggi, menggunakan bahan-bahan dan teknologi berkualiti tinggi dan model perniagaan yang inovatif dengan harga berpatutan.“ZUS Coffee membuka kedai pertamanya di Malaysia pada tahun 2019. Kini, ZUS Coffee memiliki 197 outlet di seluruh negara dengan perjualan kopi yang mencecah 30 juta cawan.“Jenama kopi tempatan itu telah berkembang pesat di Malaysia dengan model perniagaan inovatifnya yang menawarkan produk berkualiti dengan harga yang berpatutan, kafe moden ‘insta-worthy’, serta dilengkapi dengan aplikasi pesanan dan penghantaran.“Lebih 1.5 juta individu telah memuat turun aplikasi itu setakat 20 Mac 2023, dan pada masa ini terdapat lebih 800,000 pengguna aktif setiap bulan,” katanya.Ian Chua berkata, ZUS Coffee sedang berusaha untuk meningkatkan bilangan pengguna aplikasi melalui pelbagai bentuk promosi.Menurut Ian Chua, syarikat itu merancang untuk membuka 150 outlet di kawasan strategik di sekitar Malaysia pada tahun ini."Kami optimis mengenai pasaran kopi dan pengembangan syarikat kami. Kami sangat berterima kasih dengan ZUSsies dan pekerja tempatan kami atas semua pencapaian kami setakat ini.“Kami mendapati semakin ramai orang menyukai kopi kami dan meminta kami membuka lebih banyak cawangan dan untuk mempelbagaikan menu makanan. Kami akan memperkenalkan makanan panas untuk memenuhi selera mereka," tambahnya.
4
22 Mac 2023 04:06pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/250911/bisnes/raya-serba-baharu-tawar-140-produk-istimewa
Raya Serba Baharu tawar 140 produk istimewa
PERUNCIT perkakas rumah kegemaran negara, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) menerusi kempen perayaan terbarunya, Raya Serba Baharu menawarkan sebanyak 140 produk istimewa Aidilfitri di cawangan terpilih bermula 15 Mac hingga 30 April ini.Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, buat julung kalinya, MR D.I.Y. menawarkan rangkaian produk hari raya terbaharu termasuk kerongsang, dokoh kebaya dan songkok, serta butang baju Melayu.“Hari Raya adalah salah satu masa untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan silaturrahim dalam kalangan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Matlamat kami dengan 'Raya Serba Baharu' adalah untuk membolehkan semua rakyat Malaysia memanfaatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, sama ada mereka menjadi tuan rumah meraikan keluarga dan rakan-rakan, atau menziarahi orang tersayang.“Kami telah menyediakan keperluan khas musim perayaan pada 'Always Low Prices', menjadikannya mudah diakses oleh rakyat sambil mengurangkan beban kewangan mereka di musim perayaan ini. Ini semua adalah untuk memberi dan menambah nilai kepada rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan yang penuh bermakna buat mereka,” katanya dalam satu kenyataan.MR D.I.Y. set jag kaca 5 dalam 1 ditawarkan pada harga RM13.90.Beliau berkata, antara produk lain dalam rangkaian itu termasuklah barangan hari raya dan keperluan rumah pada harga berpatutan seperti hiasan gantung, pelekat dan hiasan Raya, hingga ke pelita Raya dan lampu LED, untuk menceriakan kediaman.“Kami juga menawarkan set jag kaca 5-dalam-1 yang istimewa, dengan diskaun 30 peratus pada RM13.90 (Harga Biasa RM19.90), sesuai untuk menjamu para tetamu. Dan terdapat juga beg hadiah, kotak, dan sampul duit Hari Raya.“MR D.I.Y. juga menawarkan pembersih isi rumah dan produk penjagaan diri bagi memastikan kediaman dan keluarga berada pada tahap terbaik. Sebagai tambahan kepada rangkaian barangan Hari Raya yang disenaraikan di atas, anak syarikat kumpulan MR D.I.Y., MR. DOLLAR, turut menawarkan makanan ringan, minuman, dan barangan keperluan rumah pada harga berpatutan sempena Hari Raya ini,” katanya.Goh berkata, MR D.I.Y. bekerjasama dengan dua selebriti terkenal, Wani Kayrie dan Ara Johari, dalam filem web 'Raya Serba Baharu' yang akan ditayangkan pada 7 April 2023.“Filem web ini mencerminkan semangat kami yang sentiasa memberi kesan positif kepada komuniti di mana sahaja kami beroperasi dan sangat menyentuh hati,” katanya.Beliau berkata, MR D.I.Y. juga bekerjasama dengan tiga penyedia perkhidmatan kewangan untuk menawarkan pulangan tunai dalam premis dan diskaun yang menarik di MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR. Tiga penyedia perkhidmatan kewangan itu adalah dua e-dompet - Boost dan Touch ‘n Go eWallet, serta bank HSBC.Pelanggan yang berbelanja minimum RM40 di MR. D.I.Y., RM50 di MR. TOY, atau RM30 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima empat peket sampul duit Raya percuma, sementara stok masih ada.
4
22 Mac 2023 02:01pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250860/bisnes/ringgit-kekal-lebih-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit kekal lebih tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT mengekalkan aliran meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan hari ini berikutan kebimbangan yang bertambah terhadap perkembangan ekonomi global yang menyaksikan lebih banyak pelabur beralih daripada mata wang selamat, menurut peniaga.Pada jam 9.15 pagi, mata wang tempatan menokok kepada 4.4680/4710 berbanding dolar AS daripada 4.4690/4715 sewaktu ditutup semalam.Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, dolar AS merosot berbanding ringgit pada Selasa, menjelang pemantauan rapat terhadap keputusan kadar faedah AS."Pasaran agak berbelah bagi berhubung perkara yang dijangka dilakukan Rizab Persekutuan AS (Fed) esok. Satu kemungkinan adalah kenaikan kadar faedah berikutan inflasi yang tinggi dan pengangguran yang rendah."Bagaimanapun, satu daripada isu berikutan pendirian ini adalah dapat menambahkan lagi tekanan terhadap sektor perbankan, dan krisis keyakinan terhadap bank berkecenderungan menjadi lebih buruk berbanding inflasi,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4590/4627 daripada 5.4759/4789 sewaktu ditutup semalam, menokok berbanding yen Jepun kepada 3.3736/3761 daripada 3.3807/3829, namun merosot berbanding euro kepada 4.8111/8144 daripada 4.8028/8055 sebelum ini.Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.Mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.9425/9575 daripada 13.0166/0311 pada Selasa dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3418/3446 daripada 3.3423/3444, namun tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 291.10/291.50 dan berbanding peso Filipina kepada 8.21/8.22. - Bernama
4
22 Mac 2023 10:14am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250817/bisnes/ringgit-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT meneruskan keuntungannya untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini kerana pasaran menjangkakan RIzab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah, kata seorang ahli ekonomi.Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.4690/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4830/4885 yang direkodkan semalam.Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran nampaknya menjangkakan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) akan cenderung menurunkan kadar faedah berikutan perkembangan semasa industri perbankan AS."Keputusan untuk menurunkan kadar faedah ini menjelaskan kenapa dolar AS diniagakan dalam jajaran kecil hari ini," katanya.Sementara itu, Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata, pasaran sudah mula membahagikan isu perbankan AS dan Kesatuan Eropah (EU), risiko berkenaan tidak merebak ke Asia."Apa yang penting dalam pasaran pertukaran asing, ia dianggap sebagai kejutan menurunkan kadar faedah oleh Fed."Justeru, ringgit didagangkan lebih kukuh kerana penurunan kadar faedah AS dijangka akan berlaku sebelum akhir tahun,” katanya.Innes berkata, tumpuan kini beralih kepada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Rabu ini, sama ada mengekalkan kadar faedah atau menaikkannya sebanyak 25 mata asas tetapi dasar monetori oleh bank pusat akan menjadi perkara paling penting."Jika Pengerusi Fed Jerome Powell memilih untuk menurunkan kadar faedah maka ringgit akan meningkat bagaimanapun menjelang pengumuman itu kenaikan ringgit mungkin akan dihadkan,” katanya.Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun.Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.4759/4789 daripada 5.4657/4724 ketika ditutup semalam dan turun berbanding euro kepada 4.8028/8055 daripada 4.7843/7901, bagaimanapun ia melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.3807/3829 daripada 3.4177/4224 sebelumnya.Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.Ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.0166/0311 daripada 13.1408/1631 pada Isnin dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 291.10/291.50 daripada 291.80/292.30 sebelumnya.Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3423/3444 daripada 3.3408/3454 semalam dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.21/8.22 daripada 8.20/8.21 sebelumnya. - Bernama
4
21 Mac 2023 08:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250810/bisnes/mbsb-bank-lancar-aplikasi-m-trade-permudah-pembiayaan-kewangan
MBSB Bank lancar aplikasi M Trade permudah pembiayaan kewangan
MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) secara rasmi melancarkan aplikasi mudah alih M Trade pada Selasa bagi memudahkan urusan pembiayaan kewangan kepada para pelanggannya di seluruh Malaysia.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bank tersebut, Datuk Nor Azam M Taib berkata, menerusi aplikasi tersebut, pengguna dapat menjalankan segala urusan transaksi dengan hanya menggunakan telefon bimbit.Ujar beliau, ia juga dilengkapi ciri keselamatan meyakinkan iaitu sistem biometrik cap jari dan pengecaman wajah sebelum dapat diakses“Aplikasi ini turut memudahkan dokumentasi perniagaan pelanggan daripada kalangan perusahaan eksport dan import. Mereka hanya perlu imbas dokumen bagi urusan penghantaran, ia dapat diselesaikan dengan segera.“Kalau sebelum ini, cara yang digunakan agak tradisional, mereka perlu pos surat itu ke cawangan kami yang berdekatan. Tetapi kini tidak lagi,” katanya kepada media semasa Majlis Pelancaran Aplikasi M Trade di Petaling Jaya pada Selasa.Beliau menambah, sekiranya terdapat perusahaan yang belum bersedia, kaedah lama masih diguna pakai.“Mereka boleh tempah urusan penghantaran itu menerusi aplikasi ini juga dan pihak bank akan menghantar staf untuk menguruskannya, jadi tiada masalah di situ,” jelasnya.Kata Nor Azam, inovasi yang dikembangkan oleh MBSB Bank itu secara tidak langsung menjadi satu faktor utama pengembangan perniagaan mereka dan juga para pelanggan.Beliau dalam perkembangan lain masih meneliti sasaran keuntungan yang ingin dicapai menerusi kemunculan aplikasi berkenaan.“Sebelum ini sasarannya sekitar RM16 bilion namun tetapi terkini kita sudahpun mencapai RM23 bilion keuntungan melaluinya, jadi kita tengok balik perkara ini untuk buat perangkaan baharu,” ujarnya.Pengguna yang berminat boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi Apple App Store dan Google Play.
4
21 Mac 2023 07:00pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250797/bisnes/lbs-sedia-jalin-lebih-banyak-kerjasama-dengan-kerajaan-selangor
LBS sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan kerajaan Selangor
SYARIKAT pemaju perumahan, LBS Bina Group Berhad (LBS) bersedia untuk menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan kerajaan Selangor dalam menyediakan rumah untuk semua kelompok pendapatan.Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, sebelum ini pihaknya telah bekerjasama dengan kerajaan Selangor untuk membina 7,210 unit Rumah Idaman MBI di seluruh negeri berkenaan.“Projek itu telah dilancarkan pada Oktober 2022 dan dijangka siap dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi.“Sekiranya diberi peluang sekali lagi sudah tentu LBS bersedia untuk memberi komitmen penuh dalam membina lebih banyak lagi projek perumahan mampu milik untuk penduduk Selangor,” katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia di Hotel Eastin pada Selasa.Menerangkan tentang pelancaran rumah satu tingkat di Cybersouth, Dengkil, Selangor, Hock San yang juga Presiden Pesekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia berkata, pembinaaan projek perumahan itu dibina kerana menerima permintaan tinggi.Majlis Ramah Mesra Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien turut dihadiri Amirudin (empat dari kanan) pada Selasa.Tambah beliau, walaupun projek perumahan berkenaan tidak memberi pulangan keuntungan besar seperti projek rumah dua tingkat tetapi pihaknya memgambil pendekatan memenuhi keinginan orang ramai untuk memiliki rumah.“Pihak kami mengambil keputusan untuk menyediakan rumah mampu milik dengan harga kurang daripada RM500,000. Kami bersyukur, setelah majlis pelancaran projek itu dibuat, boleh dikatakan hampir 90 peratus unit telah pun terjual,” jelasnya.Tambahnya lagi, syarikat itu bukan sahaja membina rumah satu tingkat di Cybersouth tetapi turut membangunkan kediaman di Batu Pahat, Johor dengan harga kurang daripada RM400,000.Majlis Ramah Mesra Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.Persekutuan Persatuan - Persatuan Hokkien Malaysia mempunyai dua ratus dua puluh tiga (223) cawangan Persatuan Hokkien di seluruh negara termasuk Sabah dan SarawakMenerusi ucapan perasmian itu, Hock San berharap agar kerajaan Selangor mengalu-alukan lebih banyak peluang pelaburan luar negara seperti China.Jelas beliau, pihaknya sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan yang baik demi kelangsungan pembangunan negeri dan negara.
4
21 Mac 2023 05:48pm
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
https://www.sinarharian.com.my/article/250751/bisnes/menu-rahmah-set-patin-tempoyak
Menu Rahmah set patin tempoyak
Menyahut seruan kerajaan bagi menyemarakkan kempen Menu Rahmah, restoran Temerloh Catering di Setia Alam, Selangor turut mengambil inisiatif memperkenalkan Patin Tempoyak Rahmah Kasih Sayang.Pengarah Urusannya, Khairul Izwandy Abdul Jazam berkata, menu berharga RM5 itu berupa satu set lengkap ikan patin dan nasi serta air putih.Menurutnya, walaupun Menu Rahmah ditawarkan pada harga murah, rasa dan kualiti makanan yang disediakan untuk pelanggan masih sama.“Bezanya kami berikan ikan bersaiz kecil untuk Menu Rahmah, sesuai dengan harga RM5 yang dikenakan.“Saya mengalu-alukan orang ramai untuk merasainya sendiri. Kami masih menjaga kualiti menu ini, tidak sekali-kali kami menurunkan gred ramuan yang digunakan,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.Kenyataan beliau itu sekali gus menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan bahawa ikan patin gred rendah digunakan untuk Menu Rahmah Patin Tempoyak Rahmah Kasih Sayang.Khairul Izwandy berkata, antara pengunjung yang pernah merasai Menu Rahmah di Temerloh Catering ialah Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin.Set ikan patin tempoyak asli sangkar yang diberi nama Patin Tempoyak Rahmah Kasih Sayang.“Saya ada jemput beliau untuk datang menikmati hidangan menu ini dan antara komen beliau di Facebooknya selepas merasai menu ini adalah beliau berpuas hati, katanya ‘memang sedap, puas makan’.“Jadi bagi mereka yang masih sangsi saya jemput untuk datang rasa sendiri. Bagi saya menu ini berbaloi cuma orang kena faham dengan harga RM5 mereka tak akan dapat saiz ikan besar, jadi saiz ikan patin sedikit kecil,” katanya.Sementara itu menyentuh mengenai sambutan terhadap menu berkenaan, Khairul Izwandy berkata, jualan set makanan tersebut laris setiap hari.“Kita menyediakan 20 sehingga 30 set setiap hari di cawangan Temerloh Catering Setia Alam. Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakan daripada masyarakat setempat,” katanya.Jelasnya, perniagaan Temerloh Catering dimulakan oleh ibu bapanya 25 tahun lalu di Temerloh, Pahang dan akan perluaskan lagi perniagaan ini.
4
21 Mac 2023 02:53pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250717/bisnes/khazanah-nasional-catat-untung-rm16-bilion
Khazanah Nasional catat untung RM1.6 bilion
KHAZANAH Nasional Bhd mencatatkan keuntungan daripada operasi yang lebih tinggi iaitu RM1.6 bilion bagi tahun kewangan 2022 berbanding RM670 juta yang direkodkan pada tahun kewangan 2021 walaupun pasaran global yang mencabar dan tidak menentu.Pengarah Urusan, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, prestasi keuntungan yang lebih memberangsangkan itu disumbangkan terutama oleh aktiviti pengewangan dan rosot nilai yang lebih rendah dalam portfolio."Wujud kebimbangan yang berterusan bahawa persekitaran inflasi dan keadaan monetari yang mengetatkan akan membawa kepada kemelesetan global, semakin buruk apabila ditambah dengan risiko geopolitik yang berlarutan."Walau bagaimanapun, pendekatan pelaburan berdisiplin Khazanah berpandukan Peruntukan Aset Strategik jangka panjang dan pengurusan portfolio aktif kami telah membantu mengharungi ketidaktentuan dalam pasaran, di samping mengekalkan disiplin dalam penciptaan nilai dan usaha pengewangan kami,” katanya semasa taklimat media mengenai prestasi kewangan 2022 Khazanah di sini, pada Selasa.Dana kekayaan negara itu mengisytiharkan dividen RM500 juta bagi 2022 kepada kerajaan, menjadikan dividen terkumpul yang diisytiharkan sejak 2004 kepada RM17.1 bilion. - Bernama
4
21 Mac 2023 12:22pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250691/bisnes/ringgit-kekal-momentum-positif-berbanding-dolar-as
Ringgit kekal momentum positif berbanding dolar AS
RINGGIT mengekalkan momentum positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Selasa, memandangkan ketidaktentuan global yang berterusan mendorong lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang negara yang sedang pesat membangun, termasuk ringgit, kata peniaga.Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4710/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4830/4885 ketika ditutup pada Isnin.Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, ketidaktentuan berlarutan susulan rundingan pembelian Credit Suisse oleh bank terbesar Switzerland, UBS."Krisis keyakinan dalam sistem perbankan ini sedang dipantau secara berhati-hati oleh semua peserta pasaran di seluruh dunia, manakala Switzerland melakukan satu campur tangan penting dalam sejarahnya untuk memudahkan transaksi antara UBS dan Credit Suisse."Di Malaysia, data imbangan perdagangan adalah lebih tinggi berbanding jangkaan, menandakan kemungkinan peningkatan ringgit berbanding dolar AS. Di Amerika Syarikat, keputusan kadar faedah dijangka pada Rabu dan ini akan dipantau rapat oleh semua pelabur kerana ia berpotensi menjadi peristiwa yang menggerakkan pasaran utama,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.4101/4137 daripada 3.4177/4224 semasa ditutup pada Isnin namun, susut berbanding pound British kepada 5.4868/4917 daripada 5.4657/4724 semalam.Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.7916/7959 daripada 4.7843/7901.Walau bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih tinggi kebanyakannya berbanding mata wang lain Asean.Mata wang tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3406/3440 daripada 3.3408/3454 pada penutupan Isnin dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1380/1560 daripada 13.1408/1631.Ringgit stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 291.00/291.40 daripada 291.80/292.30 namun turun berbanding peso Filipina kepada 8.23/8.24 daripada 8.20/8.21. - Bernama
4
21 Mac 2023 10:15am
RAIHAM MOHD SANUSI
https://www.sinarharian.com.my/article/250664/bisnes/umw-toyota-motor-lancar-toyota-vios-serba-baharu
UMW Toyota Motor lancar Toyota Vios serba baharu
UMW Toyota Motor melancarkan model generasi keempat Toyota Vios, sedan subkompak popular paling laris dalam pasaran kereta bukan nasional Malaysia dengan lebih setengah juta unit terjual sejak diperkenalkan pada 2003.Model baharu yang amat dinanti-nantikan itu ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.5 E (AT) dan 1.5 G (AT) dengan harga atas jalan tanpa insurans masing-masing bermula RM89,600 dan RM95,500.Toyota Vios serba baharu menawarkan prestasi lebih baik, pecutan lebih pantas dan teknologi baharu menjadikannya pilihan lebih menarik kepada pelanggan yang sedang mencari kereta yang boleh dipercayai, cekap dan mampu milik.Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K Ravindran berkata, selaras dengan trend syarikat berkenaan dalam menawarkan kereta lebih baik, Toyota telah menggabungkan teknologi automotif termaju dengan spesifikasi yang dinaik taraf bagi menyediakan nilai terunggul dalam pemilikan Toyota Vios serba baharu.Menurutnya, model baharu tersebut didatangkan dengan enjin 1.5 liter DOHC Dual VVT-i yang terbukti dipertingkatkan untuk menawarkan prestasi lebih kukuh, manakala transmisi tujuh kelajuan CVT dengan Sequential Shiftmatic memberikan pecutan lebih tangkas, selain meningkatkan lagi tahap kecekapan bahan api.Kata beliau, ia turut dilengkapi Toyota Safety Sense (TSS) yang menawarkan ciri keselamatan lebih baik menerusi penggunaan teknologi termaju kepada pemandu dan penumpang.Toyota Vios serba baharu tersedia dalam lima pilihan warna dengan Spicy Scarlet tampil sebagai pilihan terkini."TSS memberi amaran kepada pemandu mengenai bahaya dan bertindak balas secara autonomi bagi mencegah atau mengelakkan pelanggaran."Pemandu juga akan dapat menikmati paparan gred tinggi dan keselesaan yang lebih baik dengan tempat duduk hadapan yang direka bentuk semula untuk posisi pemanduan selesa serta sokongan yang lebih baik," katanya pada majlis pelancaran Toyota Vios Serba Baharu di M Resort & Hotel Kuala Lumpur pada Isnin.Ravindran menjelaskan, fungsi baharu seperti 'Paddle Shifters' dan 'Electronic Parking Brake' menambahkan lagi kemudahan kepada semua pemandu.Menjangkaui sentuhan elegan, ujarnya, Toyota Vios serba baharu mengetengahkan pengalaman premium secara menyeluruh dengan bahan lebih baik dan lebih lembut di seluruh kabin.Dikilangkan di Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) di Bukit Raja, Klang, model berkenaan memenuhi standard kualiti di seluruh rantaian proses pemasangan yang cekap sejajar dengan 'Toyota Way'."Tarikan baharu Toyota Vios ialah di mana ia menjadi kenderaan pertama yang menggabungkan teknologi terkini ketika proses pemasangan."Ruang enjin juga direka semula bagi mengurangkan titik putus bentuk, seterusnya ia dapat mengurangkan lagi beratnya," tambah Ravindran.Beliau memberitahu, penggunaan teknologi termaju dalam proses pemasangan Toyota Vios serba baharu bukan sahaja meningkatkan kualiti dan kecekapan pengeluaran malah menggalakkan lagi peningkatan kemahiran tenaga kerja, memupuk pengembangan pengetahuan dalam industri dan seterusnya memberi sumbangan positif kepada ekonomi tempatan."Maklum balas terhadap Toyota Vios serba baharu adalah luar biasa dengan jumlah tempahan melebihi 5,000 unit sejak pengumuman tempahan dibuka pada 24 Februari lalu. Ini adalah bukti populariti Toyota Vios Serba Baharu di pasaran Malaysia," ujarnya.Model berkenaan tersedia dalam lima pilihan warna dengan Spicy Scarlet tampil sebagai pilihan terkini dan hadir dengan waranti lima tahun serta perbatuan tanpa had.
4
20 Mac 2023 11:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250648/bisnes/niaga-hadapan-emas-ditutup-tinggi
Niaga hadapan emas ditutup tinggi
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin dengan sejumlah 99 lot diniagakan.Kontrak niaga hadapan emas bagi bulan semerta Mac 2023 meningkat kepada AS$1,997.20 setiap troy auns.Kontrak bagi April 2023, Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada AS$2,003.80 setiap troy auns.Harga emas fizikal berada pada AS$1,962.10 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 17 Mac, 2023. - Bernama
4
20 Mac 2023 09:24pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250638/bisnes/ringgit-ditutup-mengukuh-sedikit-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS
RINGGIT diniagakan dalam julat kecil dan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga pada Isnin ketika peserta pasaran lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) pada 21-22 Mac ini, kata ahli ekonomi.Ringgit mengukuh sedikit kepada 4.4830/4885 berbanding dolar AS daripada 4.4850/4880 pada Jumaat lepas.Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, rata-rata peserta pasaran masih menumpukan hasil mesyuarat FOMC itu walaupun kebimbangan mengenai kemelut perbankan mereda selepas UBS bersetuju membeli saingannya yang bermasalah, Credit Suisse."Kami berpendapat pasaran berbelah bahagi sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) akan meneruskan pendirian yang cenderung terhadap kenaikan kadar faedah susulan insiden bank yang lumpuh di negara itu."Namun, perkembangan ini sebaliknya adalah positif untuk ringgit kerana pasaran niaga hadapan dana Fed telah menerima pengurangan kadar pada separuh kedua 2023."Oleh itu, ringgit agak bertahan buat masa ini,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, penurunan hasil benar adalah baik untuk mata wang negara sedang pesat membangun dengan pertukaran asing Asia (forex) seperti yang berlaku sebelum ini, menjadi penerima manfaat terbesar."Penyusutan hasil itu kekal menjadi tarikan bagi mata wang negara sedang pesat membangun, terutama ringgit yang mempunyai kaitan kuat dengan penggunaan domestik China yang positif,” katanya.Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.Unit tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.4177/4224 daripada 3.3679/3704 sebelum ini, rendah berbanding pound Britain kepada 5.4657/4724 daripada 5.4390/4426 dan turun berbanding euro kepada 4.7843/7901 daripada 4.7743/7775.Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang Asean iaitu susut berbanding baht Thailand kepada 13.1408/1631 daripada 13.0987/1151 pada Jumaat lepas.Ia juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3408/3454 daripada 3.3393/3418 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.19/8.20 sebelumnya.Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia pada 291.80/292.30 daripada 292.20/292.60 pada Jumaat lepas. - Bernama
4
20 Mac 2023 08:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250612/bisnes/jualan-kenderaan-pada-februari-melonjak-62649-unit---maa
Jualan kenderaan pada Februari melonjak 62,649 unit - MAA
JUALAN kenderaan di Malaysia melonjak 39 peratus kepada 62,649 unit pada Februari tahun ini berbanding 45,062 unit pada bulan yang sama tahun lalu disebabkan penghantaran tempahan yang tertunggak, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).Dalam satu kenyataan pada Isnin, persatuan itu berkata, keseluruhan volum industri bagi Februari 2023 adalah 27 peratus lebih tinggi dari Januari 2023 iaitu sebanyak 49,479 unit.Jumlah jualan Februari bagi tahun sehingga kini lebih tinggi pada 112,128 unit berbanding 86,595 unit dalam tempoh yang sama pada 2022.Jualan kenderaan penumpang meningkat kepada 55,555 unit pada Februari 2023 berbanding 40,119 unit pada Februari 2022, dan jualan kenderaan komersial pada bulan yang sama meningkat kepada 7,094 unit daripada 4,943 unit sebelum ini, kata MAA.Sebanyak 63,798 kenderaan dikeluarkan pada Februari 2023 berbanding 51,291 unit pada bulan yang sama tahun lepas. Pengeluaran kenderaan penumpang berjumlah 59,843 unit berbanding 47,445 unit setahun yang lalu. Pengeluaran kenderaan komersial berjumlah 3,955 unit berbanding 3,846 unit sebelumnya.Mengenai unjuran untuk Mac 2023, MAA menjangkakan volum jualan akan lebih tinggi dari Februari 2023, dipacu oleh penghantaran segera oleh syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir pada 31 Mac, 2023, kempen promosi musim perayaan Hari Raya dan bagi memenuhi tempahan yang dibuat semasa tempoh pengecualian cukai jualan. - Bernama
4
20 Mac 2023 04:50pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250608/bisnes/kadar-jangka-pendek-ditutup-stabil
Kadar jangka pendek ditutup stabil
KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Isnin susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM44.12 bilion daripada RM47.95 bilion pagi ini manakala mudah tunai dana Islam berkurangan kepada RM23.22 bilion daripada RM23.66 bilion.Terdahulu, bank pusat mengadakan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan satu tender repo berbalik.Ia juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.Pada jam 4 petang, BNM menawarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM44.1 bilion dan satu tender pasaran wang Murabahah RM22.2 bilion, kedua-dua bagi wang sehari.Selain itu, BNM turut menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM21.2 bilion kepada RM22.2 bilion.Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 17 Mac 2023. - Bernama
4
20 Mac 2023 04:42pm
DIANA AZIS
https://www.sinarharian.com.my/article/250592/bisnes/farm-fresh-labur-rm25-juta-bangunkan-icoe-tenusu
Farm Fresh labur RM25 juta bangunkan ICOE Tenusu
FARM Fresh Berhad (FFB) melabur sejumlah RM25 juta sejak 2017 bagi membangunkan Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) Tenusu sebagai usaha mengembangkan industri tenusu tempatan.Ketua Pegawai Operasi Kumpulan FFB, Azmi Zainal menjelaskan, projek kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) itu turut memberi tumpuan terhadap pembangunan pusat agropelancongan bagi menggalakkan generasi muda meminati bidang pertanian.Beliau berkata, kerjasama pemain industri membolehkan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mengikuti latihan industri dan menimba pengalaman bagi mempersiapkan diri bersaing dalam dunia pekerjaan."Selain kerjasama membangunkan pusat agropelancongan, FFB dan UPM turut berkolaborasi dari segi memberi latihan amali kepada 670 pelajar UPM sejak 2012. Daripada jumlah itu, 58 graduan telah diserap menjadi pekerja FFB."Ini merupakan satu indikasi kepada syarikat lain di luar sana untuk bekerjasama dengan universiti bagi memberi situasi menang-menang kepada dua pihak," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) bersama UPM pada Isnin.Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyaksikan pertukaran MoA berkenaan.Dalam pada itu Azmi memaklumkan, ICOE Tenusu UPM-Farm Fresh yang meliputi 40.5 hektar tanah di Ladang 16 UPM akan diperkasakan dari semasa ke semasa bagi menjadikan pusat itu sebagai pusat rujukan pembelajaran."Ini membolehkan pengunjung yang datang ke sini bukan sahaja boleh melihat proses tenusu tetapi juga pelbagai aktiviti lain seperti ladang sayur, dusun, perikanan, ikan hiasan dan kambing."Oleh itu kerjasama dengan UPM ini bukan hanya dalam bidang ternakan tetapi pemasaran, perniagaan, pelancongan dan sains makanan," jelasnya.Azmi (kanan) dan Mohd Roslan (kiri) ketika sesi pertukaran MoA bagi pembangunan ICOE Tenusu di Ladang 16 UPM pada Isnin.Sementara itu Naib Canselor UPM, Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata, usahasama antara universiti berkenaan dan FFB merangkumi bidang pengajaran dan pembelajaran; penyelidikan dan inovasi; aktiviti keusahawanan pelajar serta latihan kemahiran berkaitan untuk kakitangan UPM."Saya berharap kerjasama ini mampu melonjakkan keterlibatan industri dalam memacu UPM sebagai menara ilmu dan terus kekal sebagai peneraju bidang pertanian di samping merancakkan bidang tujahan lain," ujarnya.
4
20 Mac 2023 03:22pm
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/250573/bisnes/skyworld-terima-pengiktirafan-di-anugerah-hartanah-malaysia
Skyworld terima pengiktirafan di Anugerah Hartanah Malaysia
PEMAJU perbandaran terkemuka, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) menerima anugerah di Anugerah Hartanah Malaysia 2022 bagi SkyAwani 2 Residences di bawah kategori rumah mampu milik.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, ia merupakan anugerah pertama SkyWorld di Anugerah Hartanah Malaysia daripada Persekutuan Hartanah Antarabangsa Malaysia (FIABCI).“Kami sememangnya berbesar hati menerima anugerah berprestij ini daripada FIABCI-Malaysia. Ini adalah anugerah pertama untuk SkyWorld daripada FIABCI-Malaysia dan diharapkan banyak lagi anugerah pada masa akan datang.“Pengiktirafan SkyAwani 2 Residences di bawah Kategori Perumahan Mampu Milik menjadi bukti komitmen kami dalam menyediakan kediaman berkualiti.“Kami berikrar untuk terus mengutamakan dan menghasilkan mutu kerja terbaik melalui prinsip Bangunan Sihat, Kehidupan Sihat. Anugerah ini merupakan batu loncatan yang baik untuk pasukan untuk terus memberikan kecemerlangan.SkyWorld meraikan kemenangan pertama Anugerah FIABCI-Malaysia.“Selain rumah mampu milik, kami akan terus menumpukan pada pembangunan rumah yang berkualiti di semua projek yang terletak di dalam bandar Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurut beliau, pihaknya akan berusaha meningkatkan kualiti hidup selaras tujuan syarikat iaitu untuk ‘Menjadikan Kehidupan Lebih Baik’.“Saya memuji seluruh pasukan atas kerja berkaliber, masa, dedikasi dan usaha mereka.“Kami akan terus menunaikan janji menyediakan kediaman yang berkualiti selain merangsang pertumbuhan syarikat untuk memberi manfaat kepada semua pemegang kepentingan kami,” tambahnya.Chee Seng berkata, FIABCI-Malaysia terkenal kerana menerapkan piawaian luar biasa dan menjadi penanda aras utama dalam industri hartanah Malaysia untuk pengiktirafan projek yang terbaik."Anugerah Hartanah Malaysia oleh FIABCI-Malaysia dilihat sebagai pengiktirafan standard untuk pemain industri," katanya.
4
20 Mac 2023 02:13pm
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/250564/bisnes/carsome-perkasa-pembeli-kereta-wanita
Carsome perkasa pembeli kereta wanita
PLATFORM e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, Carsome melancarkan inisiatif 'Women Take the Wheel' sempena Hari Wanita Antarabangsa.Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Carsome, Juliet Zhu berkata, ia akan dilaksanakan di Malaysia, Indonesia dan Thailand selaras dengan komitmen syarikat untuk menjadi lebih inklusif dalam segala interaksi yang melibatkan masyarakat.Menurut Juliet, berdasarkan data, bilangan pembeli kereta dalam kalangan wanita telah meningkat lebih daripada 308 peratus dalam tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya.Oleh demikian katanya, inisiatif Women Take The Wheel bertujuan untuk memperkasa pembeli kereta wanita melalui pengalaman dan penawaran yang berbeza.Tambah beliau, inisiatif itu akan mengambil kira permintaan untuk mendapatkan bimbingan dan panduan terutama dalam aspek teknikal serta yang berkaitan dengan proses peringkat awal pembelian kereta.“Kami telah mendengar maklum balas pelanggan wanita Carsome dan dimaklumkan tentang cabaran yang mereka hadapi sepanjang proses pemilikan kereta.“Di samping keyakinan, ketelusan dan menyediakan pilihan menerusi pengalaman pembelian dan penjualan kereta secara digital, Women Take the Wheel melambangkan sokongan kami kepada wanita untuk membuat keputusan tepat.“Ini hanyalah titik permulaan, dan kami berasa teruja untuk memberi lebih banyak manfaat kepada pelanggan wanita untuk bulan-bulan yang seterusnya. Ia juga menunjukkan dedikasi jangka panjang kami ke arah persekitaran yang lebih inklusif untuk representasi yang lebih seimbang dalam industri automotif.“Kami harap apa yang dibina pada hari ini akan menjadi asas pada masa akan datang untuk meneruskan sokongan terhadap para wanita,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.Juliet (dua dari kiri) menyertai sesi bual santai bertajuk Meningkatkan Pengalaman Pengguna Wanita.Juliet berkata, sebahagian daripada inisiatif Women Take the Wheel, Carsome akan menyediakan 11 pakar perkhidmatan di ‘Inspection and Experience Center’ terpilih.Jelas beliau, ia termasuklah PJ Automall, Kepong, Kelana Jaya, Puchong, Klang, Seremban, Melaka, Skudai, Ipoh dan Bayan Lepas.Menurutnya, pakar perkhidmatan tersebut akan menyediakan sokongan dan panduan kepada pelanggan wanita dengan layanan yang lancar daripada pandu uji hingga pemilikan kereta.“Selepas itu pelanggan akan dapat menikmati kemudahan sokongan selepas jualan menerusi interaksi digital Carsome,” ujarnya.Menurut Juliet, program itu dimulakan dengan 30 hari jaminan wang dikembalikan untuk pelanggan wanita dan satu bulan insurans hayat percuma daripada Fi Life.Jelasnya, tawaran itu sah sepanjang tempoh kempen dari 8 hingga 31 Mac 2023.“Ibu bapa juga boleh memanfaatkan sudut kanak-kanak yang mula diperkenalkan di PJ Automall.“Berdasarkan maklum balas, Carsome akan terus berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan inisiatif tersebut yang bertujuan untuk menyediakan pengalaman yang lebih mesra pelanggan,” katanya.
4
20 Mac 2023 01:07pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/250553/bisnes/agrobank-salur-rm240000-semai-ilmu-pertanian-kepada-pelajar
Agrobank salur RM240,000 semai ilmu pertanian kepada pelajar
SHAH ALAM - Agrobank menerusi Program Rakan Tani Muda Agrobank memperuntukkan RM240,000 kepada 80 sekolah dengan masing-masing menerima RM3,000 sebagai usaha menerap dan menyemai ilmu pertanian di kalangan pelajar.Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program berkonsepkan pendidikan pertanian itu bagi menyokong usaha dijalankan oleh pelajar, guru serta pihak pengurusan sekolah."Bagi menggalakkan lagi penglibatan murid dalam bidang pertanian di sekolah maka Pertandingan Rakan Tani Muda Agrobank digarap untuk mempergiatkan lagi aktiviti pertanian dan perkebunan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, inisiatif berkenaan adalah selaras dengan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 di mana Agrobank mempersiapkan generasi muda sebagai pelapis dalam mendepani cabaran industri agro selain sebagai pemangkin keterjaminan makanan negara.Ujarnya lagi, pertandingan Rakan Tani Muda Agrobank akan berlangsung selama empat bulan dan dijangka bermula pada Jun depan melibatkan 80 sekolah rendah dari seluruh negara bagi mencari juara keseluruhan di peringkat kebangsaan.Sementara itu, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, seramai lima wartawan dan empat organisasi media telah menerima anugerah atas sumbangan dan sokongan terhadap Agrobank menerusi liputan berita terbanyak sepanjang tahun 2022 pada majlis Malam Apresiasi Media Agrobank.Lima wartawan terbaik yang menerima Anugerah 'Sidekick Salute' Agrobank ialah Norshahzura Mat Zuki dari Sinar Harian; Hazwan Faisal Mohamad (Berita Harian); Juani Munir Abu Bakar (Utusan Malaysia); Noorazura Abdul Rahman (Harian Metro) dan Azanis Shahila Aman (New Straits Times).Katanya, setiap penerima anugerah berkenaan membawa pulang wang tunai RM500, plak kemenangan dan sijil penghargaan.Selain itu, empat organisasi media yang menerima Anugerah ’Spotlight’ Agrobank adalah Harian Metro bagi kategori Media Bahasa Melayu Terbaik; The Star (Media Bahasa Inggeris Terbaik); RTM (Media TV & Radio Terbaik) dan Berita Harian (Media Dalam Talian Terbaik).Bagi anugerah tersebut, masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000, plak kemenangan dan sijil penghargaan.
4
20 Mac 2023 12:36pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250529/bisnes/ringgit-terus-meningkat-berbanding-dolar-as
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS
NILAI ringgit terus meningkat dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini.Prestasi yang baik ini didorong oleh langkah pelabur mendapatkan semula mata wang sedang pesat membangun tatkala krisis perbankan global semakin reda selain menjelang keputusan mengenai kadar faedah AS pada pertengahan minggu, kata peniaga.Pada jam 9.15 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4680/4730 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Jumaat pada 4.4850/4880.Menurut Kenanga Research, untuk tinjauan minggu ini, beberapa data akan dikeluarkan di pasaran domestik termasuk perangkaan perdagangan luar dan laporan harga pengguna bagi bulan Februari pada Jumaat ini."Selain itu, tumpuan utama minggu ini adalah keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang akan diadakan pada Selasa dan Rabu,” katanya.Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Nilai ringgit lebih tinggi berbanding euro kepada 4.7741/7794 daripada 4.7743/7775 tetapi menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3690/3733 daripada 3.3679/3704 pada penutup Jumaat dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.4465/4526 daripada 5.4390/4426 sebelumnya.Berbanding mata wang Asean yang lain pula, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.Mata wang tempatan itu meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 291.10/291.60 daripada 292.20/292.60 pada Jumaat dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3346/3388 daripada 3.3393/3418.Ringgit menyusut nilai berbanding baht Thailand kepada 13.1350/1559 daripada 13.0987/1151 minggu lepas dan meningkat berbanding peso Filipina pada 8.18/8.19 berbanding 8.19/8.20 sebelumnya. - Bernama
4
20 Mac 2023 10:21am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250327/bisnes/andalusia-tawar-diskaun-pakej-umrah-sehingga-rm300-di-matta-fair
Andalusia tawar diskaun pakej umrah sehingga RM300 di MATTA Fair
ANDALUSIA Travel & Tours Sdn Bhd mengadakan Majlis Pelancaran Broshur dan Pakej Umrah 1445H di MATTA Fair 2023, MITEC pada Sabtu.Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah bersama-sama Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut.Menurut Md Daud, pihaknya menyedia potongan harga pakej umrah sehingga RM300 bagi mereka yang mendaftar hanya di MATTA Fair 2023.“Bukan itu sahaja, pihak kami juga turut menyediakan pelbagai tawaran menarik antaranya menyediakan harga pendaftaran yang murah, cabutan bertuah dan berpeluang membawa pulang buku panduan umrah secara percuma.Md Daud“Sebelum ini, pihak kami mengenakan RM300 bagi mereka yang mahu mendaftar bersama Andalusia tetapi menerusi MATTA Fair 2023, orang ramai berpeluang menikmati tawaran harga pendaftaran hanya RM50 sahaja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, pada Sabtu.Tambahnya, kesemua mereka berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan tiga pakej percuma iaitu pakej penerbangan umrah secara terus, pakej pelancongan ke Turki dan pakej pelancongan ke serata dunia.Pada masa sama, Md Daus menjelaskan bagi pakej baharu (Pakej Umrah 1445H), Andalusia menyasarkan untuk menerbangkan seramai 80,000 jemaah ke Tanah Suci.Potongan harga pakej umrah sehingga RM300 bagi mereka yang mendaftar hanya di MATTA Fair 2023.“Untuk pakej umrah 1444H, Andalusia telah berjaya membawa seramai 48,000 jemaah dan sasaran kami sehingga ke penghujung tahun ini adalah sebanyak 60,000 jemaah.“Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah pada bulan Ramadan, Andalusia masih ada kekosongan sebanyak 300 kerusi. Jika berminat boleh mendaftar bersama kami di MATTA Fair,” katanya.Sementara itu, Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya memberi jaminan kepada orang ramai untuk mengerjakan ibadah di Tanah Suci dengan tenang dan sempurna.Andalusia mengadakan tawaran potongan harga sehingga RM300 bagi mereka yang membuat pendaftaran pakej umrah di MATTA Fair 2023.“Kepada bakal jemaah umrah mahupun haji, mereka tidak perlu khuatir dengan pakej yang disediakan kerana kami sudah menandatangani perjanjian tempat penginapan dan penerbangan dengan syarikat terlibat.“Jadi tidak akan timbul isu tiada tempat penginapan dan tiket kapal terbang. Dengan Andalusia, para jemaah hanya perlu memberi fokus terhadap ibadah yang bakal dilakukan,” katanya.Majlis pelancaran turut diserikan dengan alunan bacaan al-Quran oleh Nor Farhatul.
4
18 Mac 2023 03:52pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250256/bisnes/ringgit-dijangka-diniagakan-berhati-hati-berbanding-dolar-as
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS
RINGGIT dijangka menyaksikan dagangan lebih berhati-hati namun cenderung mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, menjelang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) berkaitan dasar monetari.Ketua Ekonomi Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran dijangka terus bertahan dalam tempoh menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu depan.Beliau berkata, susulan tindakan Bank Pusat Eropah (ECB) menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada minggu ini, dinamik sama juga boleh dijangkakan daripada pihak FOMC."Kita boleh menjangkakan kenaikan sebanyak 25 mata asas. Namun, lebih daripada itu, bergantung kepada naratif Fed yang berkemungkinan boleh menjurus kepada peningkatan ringgit."Bagaimanapun, keadaan pasaran masih lancar yang boleh menimbulkan mod mengelak risiko. Jika itu berlaku, ini hanya meningkatkan dolar AS," katanya kepada Bernama.Mohd Afzanizam berkata, perbandingan dolar AS-ringgit berkemungkinan terarah kepada paras rintangan segera pada 4.4652 minggu depan.Dalam pada itu, ringgit mengakhiri minggu ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar AS berikutan kebimbangan mengenai berlakunya krisis perbankan selepas dua bank negara maju itu berdepan masalah.Dari seri perbandingan mingguan, ringgit juga lebih mengukuh berbanding dolar AS pada 4.4850/4880 pada Jumaat daripada 4.5180/5220 dalam minggu sebelumnya.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama berbanding minggu sebelum ini.Ia susut berbanding pound Britain pada 5.4390/4426 daripada 5.4148/4196 seminggu sebelumnya dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.3679/3704 daripada 3.3038/3070, namun meningkat berbanding euro kepada 4.7743/7775 daripada 4.7823/7865 sebelum ini.Berbanding unit negara-negara Asean, ringgit kebanyakannya diniagakan bercampur-campur.Unit tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3393/3418 daripada 3.3316/3351 pada minggu sebelumnya dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0987/1151 daripada 12.8894/9064Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 292.20/292.60 daripada 292.30/292.80 seminggu sebelumnya dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.19/8.20. - Bernama
4
18 Mac 2023 10:04am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250202/bisnes/sentimen-pulih-ringgit-kembali-mengukuh-berbanding-dolar-as
Sentimen pulih, ringgit kembali mengukuh berbanding dolar AS
RINGGIT mengakhiri penyusutan semalam apabila ditutup mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dipacu oleh pemulihan sentimen selepas kebimbangan berlakunya krisis perbankan global kian reda, kata penganalisis.Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.4850/4880 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 pada akhir urus niaga semalam.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, unit tempatan itu terus positif seiring dengan mata wang lain Asia selepas ketidaktentuan pasaran berkaitan dengan krisis perbankan global tidak lagi ketara.Namun, pada masa ini, pasaran menunggu keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai dasar monetarinya yang dijadualkan pada minggu depan bagi mendapatkan petunjuk lebih jelas."Walaupun kami menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah, namun tidak pasti sama ada ini dalam lingkungan 25 mata asas atau 50 mata asas."Jika berdasarkan reaksi risiko pasaran terhadap kenaikan oleh Bank Pusat Eropah, saya tidak menganggap keadaan ini sebagai terlalu negatif bagi ringgit,” katanya.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama.Unit tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.3679/3704 daripada 3.3866/3909 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7743/7775 daripada 4.7777/7830.Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.4390/4426 daripada 5.4330/4390 sebelum ini.Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara Asean lain iaitu mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 292.20/292.60 daripada 292.30/292.90, semalam.Ringgit juga naik berbanding dolar Singapura pada 3.3393/3418 daripada 3.3399/3438 dan meningkat berbanding peso Filipina pada 8.19/8.20 daripada 8.20/8.21 sebelum ini, namun susut berbanding baht Thailand kepada 13.0987/1151 daripada 13.0737/0947, semalam. - Bernama
4
17 Mac 2023 07:04pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250201/bisnes/bursa-malaysia-meningkat-ditutup-lebih-tinggi-hari-ini
Bursa Malaysia meningkat, ditutup lebih tinggi hari ini
BURSA Malaysia meningkat dan ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan pemulihan merentas pasaran serantau dan Wall Street semalaman berikutan kebimbangan terhadap krisis perbankan global yang mereda, menurut seorang penganalisis.Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 20.13 mata atau 1.45 peratus kepada 1,411.73 daripada 1,391.60 sewaktu ditutup pada Khamis.Saham pandu pasaran dibuka meningkat 5.68 mata kepada 1,397.28 dan bergerak antara 1,397.23 dan 1,416.92 sepanjang sesi.Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 711 berbanding 244 manakala 349 kaunter tidak berubah, 961 tidak diniagakan dan 27 lain digantung dagangannya.Jumlah dagangan sebanyak 4.43 bilion unit bernilai RM4.09 bilion.Penganalisis kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong berkata, FBM KLCI mencatat kenaikan kukuh hari ini, mengambil isyarat daripada peningkatan di Wall Street selepas bank-bank utama Amerika Syarikat (AS) berikrar menyuntik mudah tunai berjumlah US$30 bilion untuk menyelamatkan First Republic Bank."Sementara itu, RAM Ratings memberi jaminan bahawa penarafan bank-bank Malaysia kekal teguh berikutan pendedahan sistem perbankan domestik terhadap sekuriti bon masih rendah iaitu kurang daripada 25 peratus berbanding Silicon Valley Bank iaitu lebih 50 peratus pendedahan terhadap bon sekuriti,” katanya kepada Bernama.Senada dengan Leong, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, laporan bank-bank utama AS bekerjasama untuk menyelamatkan First Republic Bank telah menndorong keyakinan terhadap sistem perbankan AS.Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 12 sen kepada RM8.38, Public Bank meningkat empat sen kepada RM3.97 dan Petronas Chemicals menokok 24 sen kepada RM7.23.CIMB meningkat tujuh sen kepada RM5.22 dan TNB naik 20 sen kepada RM9.55.Bagi saham aktif, Top Glove Corporation menokok lapan sen kepada 91.5 sen, Capital A meningkat 5.5 sen kepada 83 sen, dan Zen Tech International naik satu sen kepada tiga sen.Minda Global meningkat tiga sen kepada 14.5 sen dan SMRT Holdings turun 5.5 sen kepada 51 sen.Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 155.23 mata kepada 10,336.40, Indeks FBM 70 meningkat 234.12 mata kepada 13,365.65, Indeks FBMT 100 melonjak 150.74 mata kepada 10,028.88, Indeks FBM Emas Shariah naik 185.97 mata kepada 10,667.24, dan Indeks FBM ACE meraih 58.17 mata kepada 5,248.94.Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 185.82 mata kepada 15,539.71, Indeks Tenaga meningkat 9.49 mata kepada 822.86, Indeks Perladangan naik 190.94 mata kepada 6,872.32, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.37 mata kepada 170.05.Jumlah dagangan Pasaran Utama menambah kepada 2.90 bilion saham bernilai RM3.69 bilion daripada 2.15 bilion saham bernilai RM1.85 bilion pada Khamis.Jumlah dagangan waran merosot kepada 499.27 juta unit bernilai RM77.84 juta daripada 511.37 juta unit bernilai RM76.38 juta sebelum ini.Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.03 juta saham bernilai RM320.82 juta daripada 865.90 juta saham bernilai RM292.68 juta semalam.Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 749.29 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (451.70 juta); pembinaan (46.11 juta); teknologi (265.31 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (118.49 juta); hartanah (105.56 juta); perladangan (50.11 juta); REIT (11.93 juta), dana tertutup (16,100); tenaga (244.63 juta); penjagaan kesihatan (636.58 juta); telekomunikasi dan media (94.22 juta); pengangkutan dan logistik (81.24 juta) serta utiliti (40.50 juta). - Bernama
4
17 Mac 2023 06:59pm
NURHIDAYAH HAIROM
https://www.sinarharian.com.my/article/250190/bisnes/mydin-tawar-pulangan-wang-tunai-rm300000-kepada-pengguna-e-dompet
Mydin tawar pulangan wang tunai RM300,000 kepada pengguna e-dompet
RANGKAIAN pemborong dan peruncit terbesar negara ini, Mydin menawarkan pulangan tunai sehingga RM300,000 kepada pengguna e-dompet melalui aplikasi terpilih di semua cawangannya sempena Kempen Klasiknya Raya.Pengguna hanya perlu berbelanja menggunakan aplikasi rakan strategik e-dompet iaitu Atome, Boost, E- dompet MBSB Bank, MCash, dan E- dompet Touch’nGO untuk peluang tersebut.Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, kempen ganjaran pulangan tunai yang berlangsung sehingga 7 Mei 2023 itu bertujuan menggalakkan orang ramai mengaplikasikan penggunaan teknologi bayaran secara digital yang lebih mudah dan selamat.Menurutnya, pelanggan boleh terus membayar dengan lebih cepat melalui aplikasi e- dompet tersebut sekaligus menjadikan aktiviti membeli-belah terutamanya untuk persiapan menyambut musim perayaan lebih efisien apabila dapat menjimatkan masa di kaunter bayaran.“Kami berharap kempen ini dapat menjadi momentum untuk meningkatkan penggunaan pembayaran secara elektronik di samping pelanggan turut menikmati ganjaran hebat dan kelebihan yang ditawarkan ketika membeli- belah."Mengikut rekod transaksi penggunaan e-dompet, MYDIN mencatatkan peningkatan hampir 40 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding suku terakhir tahun lepas iaitu hampir 30,000 transaksi."Ini menunjukkan kesedaran orang ramai tentang kelebihan memanfaatkan penggunaan aplikasi tersebut,"katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Pada Rabu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan Kempen 'Klasiknya Raya' di Mydin Subang Jaya, SelangorMaklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman media sosial atau laman sesawang rasmi Mydin Malaysia di www.mydin.my.
4
17 Mac 2023 05:58pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/250151/bisnes/celcomdigi-bantu-peniaga-hadapi-teknologi-digital
CelcomDigi bantu peniaga hadapi teknologi, digital
CELCOMDIGI Berhad (CelcomDigi) mengalu-alukan pemilik perniagaan dari semua segmen pada Minggu Teknologi Perniagaan di Sabah untuk mengenal pasti teknologi serta penyelesaian digital yang betul bagi organisasi mereka.Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi, Afizulazha Abdullah berkata, pemilik perniagaan yang hadir pada program itu memperoleh pandangan dan pengalaman daripada pelbagai kes penggunaan dipamerkan daripada rakan kongsi CelcomDigi meliputi teknologi dan inovasi seperti 5G, 'Cloud', 'IoT', keselamatan siber selain penyelesaian sambungan tetap serta pengalaman Metaverse.Ujarnya lagi, ia merupakan edisi kedua Minggu Teknologi Perniagaan CelcomDigi bagi tahun ini yang bermula di Johor pada bulan lepas."Sudah terbukti penerapan teknologi dan penyelesaian digital yang betul adalah berkesan dalam membantu organisasi meningkatkan kecekapan operasi, menawarkan pengalaman pelanggan lebih baik sekali gus memacu pertumbuhan perniagaan.“Memandangkan setiap organisasi yang berlainan mempunyai keperluan digital tersendiri, kami telah melancarkan Minggu Teknologi Perniagaan CelcomDigi untuk mendekati perniagaan-perniagaan di seluruh Malaysia."Ini bertujuan menyelami cabaran mereka serta mengatasinya dengan penyelesaian teknologi dan digital yang disesuaikan dengan keperluan mereka," katanya dalam satu kenyataan.Menurut Afizulazha, pihaknya yakin mempunyai kepakaran dan sumber sesuai untuk menjadi rakan kongsi digital syarikat berkenaan yang dipercayai selain menyokong perjalanan digitalisasi mereka.Pameran selama dua hari itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun bersama Afizulazha.Program edisi Sabah yang berlangsung dari 16 hingga 17 Mac 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) berkenaan membolehkan pemilik perniagaan berpeluang berhubung dengan pelbagai syarikat peneraju industri.Antaranya Ericsson, Fortinet, Infront Consulting, HTC, Rogue Asia, Garuda Robotics, Huawei, Active Telematics, M1, Sole Vision, Syndes, Athena Dynamics, LGMS, Telefonica, SecurityScorecard, Bridgenet, Cybereason, Tech Titan, dan XR Associates.
4
17 Mac 2023 02:27pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250113/bisnes/nilai-ringgit-meningkat-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit meningkat berbanding dolar AS
NILAI ringgit meningkat sedikit pagi Jumaat berbanding dolar AS pada pembukaan dagangan, menyaksikan bank-bank pusat utama lebih berhati-hati dalam strategi mengetatkan monetari masing-masing berikutan kebimbangan dalam sektor perbankan, kata seorang penganalisis.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4950/4990 berbanding dolar AS daripada kadar penutup semalam pada paras 4.5005/5055.Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan keputusan mengetatkan monetarinya dengan semua kadar penanda aras utama dinaikkan sebanyak 50 mata asas dengan Kemudahan Deposit kini berada pada 3.00 peratus.Sementara itu, beliau menyatakan beberapa data di Amerika Syarikat (AS) dilihat menyokong dolar dengan data Housing Starts melantun kepada 1.45 juta pada Februari berbanding konsensus 1.31 juta, manakala Tuntutan Pengangguran Awal merosot kepada 192,000 minggu lepas daripada konsensus 205,000."Oleh itu, kami percaya ringgit akan meningkat sedikit kepada sekitar RM4.48 hingga RM4.49 hari ini,” katanya.Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz pula berkata, dorongan makro utama seterusnya yang mungkin dapat memacu pergerakan pasaran ialah keputusan Rizab Persekutuan mengenai kadar faedah di AS, yang dijadualkan pada 22 Mac."Dari sudut teknikal, gandingan USD/MYR terperangkap dalam pergerakan mendatar. Penembusan melepasi paras 4.5300 mungkin memberi ruang untuk kenaikan selanjutnya,” katanya.Sebaliknya, sekiranya penembusan di bawah 4.4630 boleh menyebabkan gandingan USD/MYR turun serendah 4.3650 dalam masa beberapa hari.Sementara itu, mata wang tempatan diniaga kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Nilai ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3701/3736 daripada 3.3866/3909 pada penutup Khamis dan lebih tinggi berbanding euro menjadi 4.7728/7770 daripada 4.7777/7830 tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.4443/4492 daripada 5.4330/4390.Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding dengan mata wang utama Asean yang lain.Ringgit menambah nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 292.00/292.50 daripada 292.30/292.90 pada Khamis, mengukuh berbanding dolar Singapura menjadi 3.3380/3415 daripada 3.3399/3438, manakala menyusut nilai berbanding baht Thai pada 13.0760/0937 daripada 13.0737/0947 semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.20/8.22 berbanding 8.20/8.21 sebelumnya. - Bernama
4
17 Mac 2023 11:23am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250105/bisnes/bursa-malaysia-dibuka-tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi
BURSA Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Jumaat berikutan sentimen yang lebih baik, dicetuskan oleh pergerakan rancak Wall Street semalaman berikutan langkah menyelamat secara bersama First Republic Bank oleh beberapa bank besar AS, kata seorang penganalisis.Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FBM KLCI menokok 11.13 mata kepada 1,402.73 daripada 1,391.60 penutup Khamis.Pasaran pagi ini dibuka pada paras 1,397.28, mengukuh 5.68 mata.Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 304 berbanding 74, manakala 197 kaunter tidak berubah, 1,690 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.Jumlah dagangan adalah sebanyak 292.66 juta unit bernilai RM140.87 juta.Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, Wall Street pulih apabila langkah menyelamatkan Credit Suisse Group AG dan First Republic Bank meredakan kebimbangan mengenai krisis perbankan yang semakin teruk walaupun Bank Pusat Eropah menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas lagi.Sementara itu, banyak pihak menjangkakan Rizab Persekutuan AS mungkin mengambil sikap kurang agresif dalam menaikkan kadar faedah minggu depan, tambahnya."Sehubungan itu, ini mendorong Purata Perindustrian Dow Jones memperoleh 372 mata manakala Nasdaq melonjak 283 mata apabila hasil 10 tahun AS lebih tinggi kepada 3.58 peratus."Di pasaran domestik, pemulihan akan berlaku dan ia didorong oleh prestasi positif Wall Street. Oleh itu, kami mengunjurkan indeks akan berlegar dalam julat 1,390-1,405 hari ini,” katanya kepada Bernama.Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia - Maybank naik 10 sen kepada RM8.36, Public Bank menambah empat sen menjadi RM3.97, CIMB dan TNB masing-masing naik tujuh sen kepada RM5.22 dan RM9.42, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.99.Bagi saham aktif pula, Top Glove, Minda Global dan Vinvest Capital masing-masing naik satu sen kepada 84.5 sen, 12.5 sen dan 23 sen.Hong Seng Consolidated turun setengah sen kepada 14.5 sen dan Careplus tidak berubah pada 27 sen.Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 77.96 mata kepada 10,259.13, Indeks FBMT 100 naik 76.11 mata menjadi 9,954.25 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 65.20 mata kepada 10,546.47.Sementara itu, Indeks FBM 70 meningkat 89.00 mata kepada 13,220.53 dan Indeks FBM ACE menokok 72.90 mata kepada 5,263.67.Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 143.10 mata kepada 15,496.99, Indeks Perladangan meningkat 38.05 mata kepada 6,719.43, Indeks Tenaga memperoleh 4.38 mata kepada 817.75, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.79 mata kepada 168.47. - Bernama
4
17 Mac 2023 10:29am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250101/bisnes/rasai-pengalaman-suasana-membeli-belah-morocco-di-melawati-mall
Rasai pengalaman suasana membeli belah Morocco di Melawati Mall
PENGUNJUNG bakal merasai pengalaman beraya seperti membeli-belah di kota Morocco untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini apabila mengunjungi pusat beli-belah Melawati di sini.Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Melawati Mall, Anson Tan berkata, pihaknya menganjurkan kempen terbaharu iaitu 'Kilauan Raya Al-Maghribi' yang akan berlangsung pada 17 Mac hingga 1 Mei 2023.Katanya, pusat beli-belah itu akan dihiasi dengan elemen Morocco termasuk reka bentuk bangunan, replika unta serta kesenian dari negara tersebut."Kami ada membuat kajian dan suasananya benar-benar seperti di Morocco. Saya percaya orang ramai akan dapat merasainya apabila berkunjung ke sini dan sesuai jika mahu ambil gambar untuk dimuat naik ke laman sosial."Mereka tidak seharusnya melepaskan peluang dengan tawaran antaranya memenangi pelbagai hadiah lumayan yang bernilai RM10,000. Pengunjung hanya perlu menjadi ahli dan berbelanja RM300 untuk merebut hadiah tersebut," katanya pada Khamis.Beliau berkata, Melawati Mall adalah tempat yang sesuai untuk orang ramai mencari barang keperluan Hari Raya seperti baju dan kuih memandangkan terdapat banyak pilihan serta tawaran hebat bakal mereka nikmati."Tidak perlu ke tempat lain, hanya membeli-belah di sini, semua ada untuk seisi keluarga. Mereka juga berpeluang menikmati pelbagai persembahan dan bengkel raya sepanjang kempen."Saya menjangkan lebih satu juta pengunjung akan hadir ke Melawati Mall dalam tempoh kempen ini," ujarnya.Anson TanAnson turut mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi dan penaja seperti Chizu, Parfum and Beaute, Jovian dan sebagainya."Terima kasih diatas sumbangan yang tidak ternilai ke arah kejayaan kami."Kami menghargai sokongan mereka dan berharap kerjasama ini akan berterusan," jelasnya.
4
17 Mac 2023 10:23am
IZWAN ROZLIN
https://www.sinarharian.com.my/article/250102/bisnes/petal-ads-ruang-pemasaran-digital-terkini-huawei
Petal Ads ruang pemasaran digital terkini Huawei
BAGI memenuhi kehendak pasaran rantau ini, platform pengiklanan mudah alih terkenal Huawei Ads dijenamakan semula sebagai Petal Ads dengan dilengkapi ciri lebih inovatif mengakses maklumat.Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih Huawei Malaysia, Nick Zhao berkata penjenamaan semula Huawei Ads ini memberi pengalaman baharu peranan Internet dan landskap digital.Nick Zhao - Foto Sinar Harian HALIM WAHIDMenurutnya, maklumat dan dan info berkaitan perniagaan, pemasaran dapat diakses dengan mudah dan meluas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.“Ini membuka peluang perniagaan berkembang ditambah dengan kemasukan ribuan pelancong asing terutama dari China, bagaimana pemain industri dan rakan kongsi tempatan dapat mencapai kumpulan pengguna khususnya di rantau Asia Pasifik.“Paling penting Petal Ads mampu membuat pemasaran mudah alih terbaik dengan meningkatkan prestasi pengiklanan kekal mendahului pesaing selain membantu meneroka pertumbuhan baharu perniagaan anda,” katanya pada Sidang Kemuncak Petal Ads ‘Go Beyond, Go Borderless’, yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Khamis.Tiga dari kiri: Nick Zhao dan Iskandar Mirza pada Sidang Kemuncak Petal Ads ‘Go Beyond, Go Borderless’, yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Khamis.Turut hadir Pengurus Pemasaran Huawei Apac Region, Sean Kok; Ketua Petal Ads, Huawei Apac Region, Kevin Zhang; Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof.Iskandar Mirza - Foto Sinar Harian HALIM WAHIDSementara itu Iskandar mengucapkan tahniah kepada Petal Ads yang turut membantu menyumbang kepada kehadiran pelancong dari China ke Malaysia menerusi platform pengiklanan digital.“Untuk tahun 2023 khususnya, Tourism Malaysia telah menetapkan pelbagai program dan aktiviti promosi secara fizikal dan maya, khusus untuk pasaran China.“Ini termasuklah menghebahkannya menerusi media sosial dan platform utama dengan Tourism Malaysia kini aktif di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, dan TikTok,” katanyaIskandar berkata, untuk promosi di Weibo dan WeChat ia diuruskan oleh pejabat Tourism Malaysia di Shanghai, Beijing dan Guangzhou.“Untuk 2023, kami menyasarkan menerima kehadiran 16.1 juta pelancong antarabangsa yang bakal menjana pendapatan negara berjumlah RM49.2 bilion yang sebahagiannya disumbang menerusi kemasukan pelancong dari China,” ujarnya.
4
17 Mac 2023 10:17am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/250064/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-ketidaktentuan-sistem-perbankan-global
Ringgit ditutup rendah, ketidaktentuan sistem perbankan global
RINGGIT mengakhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan ketidaktentuan berlanjutan mengenai sistem perbankan global, kata penganalisis.Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.5005/5055 berbanding dolar AS daripada 4.4810/4870 ketika ditutup pada Rabu.Penganalisis berkata, pasaran pertukaran mata wang asing Asia terjejas ekoran ketidaktentuan yang berpunca daripada kebimbangan mengenai tahap kewangan satu daripada bank terbesar dunia, Credit Suisse, dan isu berterusan yang dihadapinya.Beliau berkata, buat masa ini pasaran sedang menumpukan sebarang kenyataan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) berkaitan dengan dasar monetarinya bagi beberapa bulan akan datang."Keputusan berhubung kadar faedah akan datang hanya akan dibuat pada Rabu depan dan kemungkinan pasaran menjadi sedikit tidak berubah sehingga ia diputuskan,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.4330/4390 daripada 5.4292/4364 ketika ditutup pada Rabu dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.3866/3909 daripada 3.3405/3453.Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 4.7777/7830 daripada 4.7853/7917.Mata wang tempatan juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara Asean.Unit tempatan lemah berbanding baht Thailand kepada 13.0737/0947 daripada 12.9415/9675 semalam dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 292.30/292.90 daripada 291.20/291.80.Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3399/3438 daripada 3.3291/3341 pada Rabu dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.15/8.17. - Bernama
4
16 Mac 2023 08:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249991/bisnes/sunsuria-sedia-khidmat-perubatan-hampir-dengan-komuniti
Sunsuria sedia khidmat perubatan hampir dengan komuniti
KUMPULAN hartanah terkemuka Sunsuria Berhad (Sunsuria) melancarkan inisiatif ‘Sunsuria Care’ yang menyediakan khidmat dan sokongan perubatan asas kepada orang awam, khususnya penduduk Sunsuria City.Ketua Pegawai Eksekutif Sunsuria Healthcare, Audrey Ooi berkata, langkah memperkenal inisiatif itu tepat pada waktu kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang populasinya semakin menua.Jelas beliau, keadaan itu telah membawa kepada trend ‘kediaman multigenerasi’.“Situasi itu merujuk kepada sesebuah isi rumah yang mengandungi tiga atau lebih generasi yang duduk bersama di bawah satu bumbung."Kehidupan keluarga multigenerasi juga mewujudkan generasi 'sandwich' yang terdiri daripada lingkungan 30 hingga 50 tahun, kerana ada di antara mereka sudah berkahwin tetapi pada masa sama, perlu menjaga ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebagai permulaan kepada inisiatif tersebut, Sunsuria telah membuka kemudahan perubatan pertamanya, Sunsuria Care Hub, di Sunsuria City Celebration Centre.Dr Diana Tan (tengah) memberi penerangan kepada Leong Yap (kiri) mengenai penggunaan mesin tekanan darah, antara kemudahan kesihatan yang disediakan di Sunsuria Care Hub.Pusat tersebut akan beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum. Ia dikendalikan oleh seorang doktor dan dibantu dua jururawat.Audrey berkata, penduduk-penduduk Sunsuria bolehlah berasa lega bahawa orang kesayangan mereka mempunyai akses terus kepada bantuan perubatan kecemasan profesional ketika mereka tidak berada di rumah.Jelasnya, kesibukan di tempat kerja sememangnya menyukarkan seseorang untuk memberi fokus kepada keluarga di rumah.Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Sunsuria, Tan Sri Datuk Ter Leong Yap dan Ketua Doktor Perubatan Sunsuria Healthcare, Dr Diana Tan.Kata Leong Yap, Sunsuria akan terus melabur dalam perniagaan penjagaan kesihatan kerana sektor itu memberi banyak manfaat terhadap kesejahteraan sosial masyarakat, di samping berupaya memacu pendapatan berulang untuk syarikat.
4
16 Mac 2023 03:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249926/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-dolar-as-mengukuh
Ringgit dibuka rendah, dolar AS mengukuh
NILAI ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Khamis apabila dolar kembali kukuh di tengah-tengah pergolakan Credit Suisse, kata seorang penganalisis.Pada jam 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.5050/5115 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam di paras 4.4810/4870.Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penurunan ketara harga saham Credit Suisse telah memberikan tekanan kepada aset perbankan."Situasi dinamik sedemikian telah menyokong nilai dolar AS, menyaksikan Indeks Dolar AS (DXY) memperoleh 1.1 peratus kepada 104.736 mata,” katanya kepada Bernama.Beliau juga berkata mod menghindar risiko telah menjadi lebih ketara apabila pelabur berusaha mencari perlindungan daripada ketidaktentuan pasaran yang lebih besar selain menyedari bahawa harga aset berisiko telah turun, begitu juga dengan hasil Perbendaharaan AS."Hasil Perbendaharaan AS 10 tahun menyusut 24 mata asas untuk ditutup pada 3.45 peratus,” katanya sambil menambah gandingan USD/MYR boleh bertahan sekitar RM4.4900 hari ini.Sementara itu, ringgit tempatan diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.4393/4472 daripada 5.4292/4364 pada penutup Rabu dan lemah berbanding yen Jepun menjadi 3.3781/3837 daripada 3.3405/3453 semalam, tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.7699/7768 daripada 4.7853/7917 sebelumnya.Pada masa yang sama, ringgit turut diniagakan lebih rendah berbanding mata wang Asean yang lain.Ringgit menyusut nilai berbanding baht Thailand kepada 13.0395/13.0641 daripada 12.9415/9675 semalam, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 292.70/293.30 daripada 291.20/291.80 pada Rabu, turun berbanding dolar Singapura menjadi 3.3353/3406 daripada 3.3291/3341 dan rendah berbanding peso Filipina pada 8.18/8.20 daripada 8.15/8.17 sebelumnya. - Bernama
4
16 Mac 2023 10:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249898/bisnes/openacademy-20-platform-bantu-cipta-kandungan-digital
OpenAcademy 2.0 platform bantu cipta kandungan digital
APLIKASI OpenAcademy iaitu aplikasi interaktif yang memberi fokus kepada pembelajaran dan perkongsian kandungan digital oleh pemain industri berpengalaman kepada pengguna baharu yang ingin mula mencipta hub kandungan media milik mereka, kini dinaik taraf kepada versi 2.0.Pengarah Urusan OpenAcademy, Celine Ting berkata, pembaharuan aplikasi ini adalah untuk menyampaikan program pembelajaran interaktif kepada pakar industri, syarikat dan pelajar untuk meningkatkan pengalaman sekali gus menjadikan mereka pencipta kandungan."Platform ini bertujuan untuk menyampaikan program perniagaan yang tidak berat sebelah secara langsung kepada pemain industri, pelajar dan syarikat baharu."Kami mahu memberi peluang kepada individu dari pelbagai latar belakang,pengalaman dan industri untuk belajar lebih mudah dengan OpenAcademy," katanya dalam majlis pelancaran aplikasi tersebut pada Rabu.Tambahnya, dengan pelancaran versi 2.0 dalam aplikasi baharu ini akan membawa pengguna dan pencipta kandungan lebih maju ke hadapan.Ujarnya, dengan perubahan teknologi membantu lebih ramai masyarakat untuk mencipta pengetahuan dan pada masa sama menjana pendapatan sebagai pencipta kandungan digital.“Kami akan terus meningkatkan kualiti aplikasi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang sentiasa berubah-ubah dari masa ke masa.“Aplikasi ini menawarkan lebih 500 video dan 500 bahan pendidikan interaktif oleh pakar dari semua industri termasuk pemasaran digital, penjenamaan, keusahawanan, kepimpinan dan penciptaan kandungan,"katanya.Dalam pada itu, Celine berkata, pengguna yang ingin mula mencipta kandungan digital boleh memuat turun aplikasi tersebut secara percuma selain terdapat beberapa pakej pelan ditawarkan.Jelasnya, pengguna boleh membeli kredit kandungan serendah RM4.99 untuk melanggan pencipta kandungan yang mereka minati dan mencipta video melalui aplikasi tersebut.“Terdapat tiga pelan untuk pengguna iaitu pelan percuma yang mempunyai limitasi akses kepada kandungan video kami dan pelan tahunan berjumlah RM369.99 dengan bayaran RM1 untuk sehari serta pelan bulanan sebanyak RM67.99.“Pelan tahunan dan bulanan melalui aplikasi kami akan memberi akses kepada pengguna untuk menonton video baharu pada setiap minggu termasuk proses konsultasi untuk bayaran kandungan digital, menulis artikel, infografik, podcast dan juga majalah,” jelasnya.
4
15 Mac 2023 10:09pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249835/bisnes/aeon-big-taja-300-anak-pokok-kepada-orang-asli
AEON BiG taja 300 anak pokok kepada Orang Asli
AEON BiG (M) Sdn Bhd menaja sebanyak 300 anak pokok dari spesies buah dan pokok hutan untuk dimanfaatkan dari sudut ekonomi kepada masyarakat Orang Asli dalam Majlis Penanaman Pokok di Perkampungan Orang Asli Batu 12, di Gombak, pada Rabu.Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelaksanaan program itu bertepatan dengan salah satu rukun Malaysia MADANI iaitu Kemampanan, yang mensyaratkan kesejahteraan dan keseimbangan dengan pengertian saling menghormati serta mengasihi sesama manusia dan alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan."Kami di NRECC memberi sokongan kepada program AEON BiG dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR), dengan masyarakat Orang Asli melalui penanaman pokok."Penglibatan Orang Asli ini amat penting kerana mereka boleh dikatakan hidup secara harmoni bersama alam sekitar, menggunakan sumber semula jadi sebaik mungkin dengan impak yang minimum."Itu perkara yang kita perlu belajar dari masyarakat Orang Asli selain mahu memastikan bukan hanya dapat mewarisi satu negara sebaliknya planet yang lebih baik untuk anak-anak," katanya ketika sidang media selepas pelancaran Majlis Penanaman Pokok, di Dewan Serba guna Jabatan Kebajikan Orang Asli (Jakoa).Tambah Nik Nazmi, selain pihaknya dan AEON BiG, majlis itu turut melibatkan Jakoa di peringkat Selangor dan Wilayah Persekutuan."Kita juga adakan kerjasama dengan Jungle School Gombak, iaitu organisasi yang banyak membantu Orang Asli melalui perkongsian pengetahuan, budaya dan kepakaran."Selain itu, seramai 70 orang sukarelawan dari AEON BiG yang menyertai program ini bagi menanam 300 pokok berkenaan, bagaimanapun separuh akan dihantarkan ke kawasan bandar manakala separuh lagi di kawasan ini," katanya.Sementara itu, Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, pihaknya sentiasa menyokong hasrat kerajaan dalam misi tanggungjawab sosial dan alam sekitar.Ujarnya, melalui program itu, AEON BiG juga dapat berkongsi manfaat hasil bumi untuk masyarakat Orang Asli merangsang ekonomi negara dan meneruskan kehidupan harian mereka.Dalam perkembangan sama, AEON BiG turut menyumbang sebanyak 10 buah Bakul Rahmah, yang terdiri daripada barangan keperluan harian bernilai RM50 setiap satu kepada 10 keluarga orang asli yang terlibat."Itu perkara yang kita perlu belajar dari masyarakat Orang Asli selain mahu memastikan bukan hanya dapat mewarisi satu negara sebaliknya planet yang lebih baik untuk anak-anak," katanya ketika sidang media selepas pelancaran Majlis Penanaman Pokok, di Dewan Serbaguna Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA).Tambah Nik Nazmi, selain pihaknya dan AEON BiG, majlis itu turut melibatkan JAKOA di peringkat Selangor dan Wilayah Persekutuan."Kita juga adakan kerjasama dengan Jungle School Gombak, iaitu organisasi yang banyak membantu Orang Asli melalui perkongsian pengetahuan, budaya dan kepakaran."Selain itu, seramai 70 orang sukarelawan dari AEON BiG yang menyertai program ini bagi menanam 300 pokok berkenaan, bagaimanapun separuh akan dihantarkan ke kawasan bandar manakala separuh lagi di kawasan ini," katanya.Sementara itu, Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, pihaknya sentiasa menyokong hasrat kerajaan dalam misi tanggungjawab sosial dan alam sekitar.Ujarnya, melalui program itu, AEON BiG juga dapat berkongsi manfaat hasil bumi untuk masyarakat orang asli merangsang ekonomi negara dan meneruskan kehidupan harian mereka.Dalam perkembangan sama, AEON BiG turut menyumbang sebanyak 10 buah Bakul Rahmah, yang terdiri daripada barangan keperluan harian bernilai RM50 setiap satu kepada 10 keluarga orang asli yang terlibat.
4
15 Mac 2023 03:16pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249767/bisnes/ringgit-terus-cenderung-meningkat-berbanding-dolar-as
Ringgit terus cenderung meningkat berbanding dolar AS
RINGGIT meneruskan kecenderungan meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Rabu, disokong jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih kecil di AS apabila data inflasi terkini negara itu menunjukkan aliran penurunan.Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4795/4835 berbanding dolar AS daripada 4.4820/4860 ketika ditutup pada Selasa.Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, bacaan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Februari tepat seperti yang dijangkakan iaitu pada 6.0 peratus, di bawah bacaan Januari pada 6.4 peratus."Ini menunjukkan inflasi di AS semakin lemah buat masa ini, justeru Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin mengambil tindakan yang lebih sederhana berhubung keputusan kadar faedah seterusnya pada 22 Mac,” katanya.Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat data inflasi terbaru itu menyebabkan Fed berada dalam keadaan kusut."Dari satu aspek, kebimbangan mereka terhadap inflasi yang kekal tinggi akan bermakna mereka perlu melakukan lebih banyak lagi dalam menaikkan Kadar Dana Fed."Dari spektrum yang lain, kebimbangan yang memuncak mengenai bank-bank AS seperti Silicon Valley Bank dan Signature Bank menjadi peringatan bahawa dasar monetari yang terlalu ketat boleh membawa lebih banyak mudarat berbanding kebaikan,” katanya kepada Bernama.Beliau berkata, justeru, ringgit mungkin mengalami beberapa bentuk pembetulan hari ini selepas mencatatkan peningkatan semula yang kukuh sejak dua hari lepas.Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.4444/4492 daripada 5.4474/4523 ketika ditutup Selasa dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3320/3352 daripada 3.3383/3415.Unit tempatan bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.8078/8121 daripada 4.8007/8050 semalam.Pada masa yang sama, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9728/12.9896 daripada 12.9830/9999 semalam dan naik berbanding rupia Indonesia kepada 291.10/291.50 daripada 291.20/291.70.Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3285/3317 daripada 3.3254/3286 pada Selasa dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.13/8.14. - Bernama
4
15 Mac 2023 10:26am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249735/bisnes/malaysia-permudah-jalankan-perniagaan-tarik-pelabur-berkualiti
Malaysia permudah jalankan perniagaan tarik pelabur berkualiti
MALAYSIA akan mengutamakan dalam menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan di negara ini untuk menarik pelaburan berkualiti, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Beliau berkata, kerajaan akan terus memperkemas proses dan memantau serta menjejaki proses pelaburan ini dengan teliti dan dalam masa sebenar menerusi unit pengurusan dan penyampaian projek dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)."Kami akan melakarkan perjalanan pelaburan, daripada meluluskan kelulusan di peringkat kerajaan persekutuan kepada memudahkan di peringkat pihak berkuasa negeri dengan garis masa yang jelas."Pencapaian dan penjejakan penyampaian lain yang berkaitan untuk memudahkan perniagaan merealisasikan pelaburan mereka di Malaysia,” katanya dalam menyampaikan ucaptama pada Seminar mengenai Peluang Perniagaan di Malaysia yang diadakan di Korea Selatan pada Selasa.Seminar itu adalah program pertama yang dianjurkan bersama oleh agensi MITI; Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Korea Selatan dari 14-17 Mac.Tengku Zafrul menegaskan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai tawaran dalam hal perniagaan dengan kumpulan pekerja bermahiran dan asas ekonomi yang kukuh yang properniagaan, berhemat dan dasar pragmatik.Dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bagi sektor keutamaan, insentif cukai khas untuk penempatan semula telah dilanjutkan selama dua tahun sehingga 2024."Dengan insentif ini, saya percaya ia akan terus menarik pelabur dalam sektor keutamaan untuk menempatkan semula perniagaan mereka ke Malaysia dan memacu pertumbuhan jangka panjang kami melalui pelaburan berkualiti, pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti,” katanya.Beliau berkata, semua perkembangan ini memberi petanda baik untuk pelaburan dari Korea Selatan khususnya dalam bidang teknologi tinggi, inovasi, industri berasaskan pengetahuan dan kemahiran intensif untuk meneroka memanfaatkan dan menyepadukan dengan rantaian bekalan domestik Malaysia, mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi di Malaysia dan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, antara isu yang dibincangkan dengan Menteri Perdagangan Korea Selatan, Ahn Duk-geun adalah untuk memanfaatkan industri hijau dan digital untuk mengukuhkan bukan sahaja kerjasama serta penglibatan antara sektor swasta tetapi juga kerajaan-kepada-kerajaan."Mungkin, kita perlu mengadakan mesyuarat rasmi tahunan antara kedua-dua negara dalam hal perdagangan dan pelaburan...Korea Selatan mempunyai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan ASEAN, mungkin juga kita harus melihat bagaimana Korea Selatan dan Malaysia boleh mengembangkannya,” katanya dalam video berdurasi lima minit.Korea Selatan merupakan rakan dagangan kelapan terbesar bagi Malaysia dengan jumlah perdagangan berjumlah US$26.01 bilion (uS$1=RM4.48) pada 2022, meningkat 29.7 peratus berbanding US$21.01 bilion pada 2021.Daripada segi pelaburan, Korea Selatan merupakan salah satu sumber pelaburan langsung asing utama Malaysia dalam sektor pembuatan dengan 374 projek bernilai US$9.2 bilion sedang dilaksanakan dan menjana 46,260 pekerjaan setakat Jun 2022. - Bernama
4
14 Mac 2023 11:18pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/249705/bisnes/lotuss-lancar-payung-rahmah-bantu-kurangkan-kos-sara-hidup
Lotus's lancar Payung Rahmah bantu kurangkan kos sara hidup
[KEMAS KINI] LOTUS'S Stores (M) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) melancarkan inisiatif Payung Rahmah Lotus’s sebagai usaha mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat di negara ini.Presiden Lotus's Malaysia, Kenneth Chuah berkata, pihaknya komited mengadakan Jualan Rahmah, Pakej Rahmah, Bakul Rahmah dan Menu Rahmah bermula Selasa sebagai usaha berterusan dalam mewujudkan impak positif kepada komuniti kurang berkemampuan."Ramai berasa tertekan dengan peningkatan kos sara hidup terutamanya golongan B10 dan B40."Kami berharap dengan pengenalan inisiatif Jualan Rahmah ini dapat membantu meringankan beban pelanggan dengan menyediakan penjimatan sehingga 50 peratus kepada mereka melalui 6,000 produk apabila mereka membeli-belah di semua cawangan Lotus's dan platform Lotus's Shop Online kami," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambah Kenneth, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan daripada 30 peratus untuk produk makanan asas dan barangan kembali ke sekolah di bawah tawaran Pakej Rahmah.Ujarnya, pada masa sama pelanggan dapat membeli makanan menerusi inisiatif Menu Rahmah iaitu berharga RM5 di semua medan selera Lotus's.Selain itu, beliau memaklumkan melalui program komuniti #KitakanJiran Lotus’s, syarikat peruncitan akan menyumbang 1,200 Bakul Rahmah yang bakal memberi impak kepada 8,000 individu memerlukan di 200 rumah kebajikan."Mereka mendapat akses seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan, roti dan barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak sepanjang tahun.“Semangat #KitakanJiran mendorong kami di Lotus’s untuk membantu lebih banyak komuniti di sekeliling kami," katanya.Dalam pada itu, Kenneth berkata, pihaknya juga mempunyai program berterusan dengan rakan amal iaitu Kechara Soup Kitchen yang dinamakan Sama-Sama Hidup Baru di mana menyediakan makanan, kit kebersihan, sesi gunting rambut percuma dan peluang pekerjaan kepada golongan miskin bandar di stor Lotus's Malaysia.Tambahnya lagi, pelanggan juga dialu-alukan untuk menyumbang dengan menderma 390 mata MyLotus’s melalui aplikasi Lotus’s Malaysia."Seterusnya, pada Ramadhan ini, sukarelawan #KitakanJiran akan menyediakan dan mengagihkan 2,000 hidangan Berbuka Puasa kepada komuniti memerlukan di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah," ujarnya.Kenneth turut memaklumkan mengenai program sumbangan makanan secara harian dari 65 cawangan Lotus’s Malaysia di seluruh negara.Katanya, sehingga Disember 2022, Lotus’s Malaysia telah menyumbangkan lebih dari 2.42 juta kilogram makanan bersamaan dengan 10.4 juta makanan kepada individu dan keluarga B10 dan B40 melalui rakan kongsi amal Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen.Sementara itu, beliau berkata, bermula 9 Mac hingga 10 Mei depan, kempen Sama-Sama Berseri RamRaya Lotus’s menawarkan pelangga dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk barangan terpilih selain penjimatan dengan baucar diskaun disediakan dalam bentuk cetakan dan e-katalog."Turut dipromosikan adalah rekaan pakaian Hari Raya seperti set baju kurung pada harga sebanyak RM49.90, set Baju Melayu (RM69.90), Kurta (RM39.90) dan set Bayi (RM22.90)," jelasnya.Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub merasmikan pelancaran inisiatif Payung Rahmah Lotus’s di Lotus's Selayang pada Selasa.Salahuddin berkata, sokongan yang diperoleh dari Lotus's Malaysia sebagai rakan strategiknya adalah satu petanda kejayaan berterusan bagi inisiatif Payung Rahmah.
4
14 Mac 2023 07:37pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249701/bisnes/ringgit-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT melanjutkan keuntungannya pada Selasa untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS selepas pelabur berundur daripada mata wang selamat berikutan ketidaktentuan pasaran, kata seorang penganalisis.Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.4820/4860 berbanding dolar US daripada 4.4925/4965 yang direkodkan semalam.Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, peniaga akan memantau data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang dijangka dikeluarkan lewat pada Selasa.Beliau berkata, AS/MYR sudah berada dalam kedudukan terlebih jual, yang mana ringgit terjejas teruk oleh dasar Rizab Persekutuan (Fed) yang agak agresif sejak awal Februari lepas."Bagaimanapun, nasib mula berubah selepas krisis Silicon Valley Bank (SVB) mengejutkan semua pihak, yang membawa kepada jangkaan Fed yang lebih lemah dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang," katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.4474/4523 daripada 5.4292/4340 yang dicatatkan semalam dan jatuh berbanding euro kepada 4.8007/8050 daripada 4.7957/8000, ia bagaimanapun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3383/3415 daripada 3.3727/3763 sebelum ini.Sebaliknya, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean lain.Ringgit menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 291.20/291.70 daripada 292.10/292.25, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3254/3286 daripada 3.3354/3389 dan mengukuh berbanding euro kepada 8.13/8.14 daripada 8.17/8.18 sebelum ini.Bagaimanapun, ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9830/9999 daripada 12.9819/9994. - Bernama
4
14 Mac 2023 07:14pm
RAIHAM MOHD SANUSI
https://www.sinarharian.com.my/article/249685/bisnes/kekaboo-perkenal-tudung-bawal-rahmah
Kekaboo perkenal Tudung Bawal Rahmah
BAGI menyahut seruan kerajaan untuk membantu golongan memerlukan menerusi inisiatif Rahmah, syarikat pengeluar tudung bawal jenama Kekaboo, Kekaboo Sdn Bhd (Kekaboo) tampil memperkenalkan Tudung Bawal Rahmah.Ia sekali gus turut menjadi satu 'sumbangan' Kekaboo menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini kepada peminat dan pemakai tudung bawal di negara ini.Tudung Bawal Rahmah didatangkan dengan dua koleksi iaitu Tudung Rahmah Laddora yang menggunakan fabrik kapas dan Tudung Rahmah Lea Miranda berfabrik sifon yang dijual pada harga rendah iaitu hanya RM15 sehelai.Pengasas Bersama merangkap Pengarah Pemasaran Kekaboo, Nur Hazwani Zainal berkata, dua koleksi Tudung Bawal Rahmah berkenaan mendapat sambutan luar biasa apabila terjual hampir 200,000 helai dalam tempoh tiga jam ketika dilancarkan pada 1 Mac lalu.Katanya, daripada sambutan hangat yang diterima itu ia menunjukkan bahawa orang ramai sememangnya mahukan sesuatu benda atau barang keperluan yang mampu milik."Tambahan lagi sekarang pastinya ramai yang agak berkira-kira untuk berbelanja kerana musim persekolahan baharu akan bermula diikuti bulan puasa dan sambutan Aidilfitri.Tudung Rahmah Lea Miranda tampil dengan 23 rekaan."Jadi masa ini memang waktu terbaik untuk kita perkenalkan Tudung Bawal Rahmah terutama kepada peminat tudung bawal di luar sana," katanya.Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 31 Januari lalu melancarkan inisiatif Menu Rahmah bagi membantu golongan miskin tegar dan golongan kurang berkemampuan yang memerlukan makanan siap dimasak di mana set makanan itu ditetapkan pada harga RM5 dan ke bawah.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 9 Februari lalu dilaporkan berkata, konsep Menu Rahmah tersebut turut menarik minat sektor lain termasuk perubatan untuk menyediakan harga murah kepada golongan memerlukan terutama B40.Mengulas lanjut, Nur Hazwani menjelaskan, koleksi tudung keluaran syarikat itu yang menggunakan fabrik seperti Tudung Bawal Rahmah sebelum ini dijual pada harga RM25."Harga sebenar bagi koleksi Laddora dan Lea Miranda ini RM25 sehelai tetapi istimewa untuk sambutan hari raya ini menerusi kempen Rahmah kita kurangkan harganya ke RM15 tetapi materialnya masih sama iaitu kekal premium."Jahitannya juga tetap kemas dan coraknya cantik iaitu flora, abstrak dan warna lebih menyerlah (bold) dengan saiz bidang 45," tambahnya.Sementara itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksklusif (CEO) Kekaboo, Tajuddin Nor memberitahu, koleksi Tudung Bawal Rahmah Laddora menampilkan 50 rekaan pelbagai corak dan warna.Menurutnya, Tudung Bawal Rahmah Lea Miranda pula menawarkan 23 rekaan dengan kedua-dua koleksi berkenaan dihasilkan di kilang luar negara."Sekarang kita masih promosikan rekaan yang masih ada selain setiap minggu kita lancarkan rekaan baharu hingga 1 Ramadan nanti. Kemudian kita akan habiskan stok koleksi ini hingga dua minggu ke seminggu sebelum Hari Raya," jelasnya.Proses cetakan tudung bawal Kekaboo di kilang mereka di Batu Caves, Selangor.Katanya, untuk memberi banyak pilihan bagi koleksi Aidilfitri, Kekaboo juga menawarkan tiga koleksi lain iaitu Lady Boss Menjelang Raya, Mekar Raya dan Tulus Bidang 50.Tajuddin memaklumkan, koleksi Tulus Bidang 50 menawarkan tudung yang lebih labuh dengan 13 rekaan yang mempunyai peminat tersendiri.Kata beliau, menerusi kesemua koleksi Aidilfitri berkenaan, Kekaboo menyasarkan jualan sebanyak RM5 juta untuk musim perayaan Aidilfitri tahun ini."Tahun lepas jualan yang direkodkan sebanyak RM2.5 juta tetapi waktu itu tidak ada kempen besar seperti Tudung Bawal Rahmah ini yang kita buat dan kita hanya keluarkan kolelsi tudung untuk mak, anak dan Bidang 50 sahaja," ujarnya.
4
14 Mac 2023 06:28pm
NUR IFTITAH ROZLAN
https://www.sinarharian.com.my/article/249676/bisnes/12-juta-pertubuhan-terlibat-banci-ekonomi-2023
1.2 juta pertubuhan terlibat Banci Ekonomi 2023
DIANGGARKAN sebanyak 1.2 juta pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia akan diliputi dalam Banci Ekonomi 2023.Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, banci yang akan dilaksanakan bermula April hingga September itu melibatkan semua sektor ekonomi termasuk pertanian, pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta perkhidmatan.Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menganggarkan pertubuhan mikro adalah sebanyak 75.2 peratus, kecil 20.5 peratus, sederhana 1.6 peratus dan besar 2.7 peratus."Menerusi banci ini, punca pertumbuhan baharu ekonomi dapat dikenal pasti dan DOSM berupaya menjana statistik ekonomi baharu yang signifikan untuk dipantau."Ini akan memberi data yang penting kepada kerajaan untuk digunakan dalam perangkaan dan juga perancangan dasar-dasar yang lain."Ada beberapa perkara baharu yang akan mula dibanci buat pertama kali melibatkan sektor-sektor baharu termasuk industri kenderaan elektrik, e-sukan, dron dan ada juga perangkaan sosioekonomi baharu seperti pemilikan oleh belia," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Banci Ekonomi 2023 di sini, pada Selasa.Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron; Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Fraziali Ismail.Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, selepas Banci Ekonomi 2023, DOSM akan mula laksanakan banci dalam sektor pertanian bermula tahun hadapan.Ujarnya, ia bertepatan dengan dasar dan fokus kerajaan untuk menjadikan pertanian sebagai sektor dinamik yang mempunyai kepentingan strategik dalam ekonomi dan negara."Pada masa sama, (ia dapat) menawarkan kerja dengan bergaji berpatutan dan juga supaya golongan muda boleh melihat sektor pertanian sebagai bidang yang boleh menawarkan kerjaya yang baik," jelasnya.Beliau memberitahu, data merupakan perkara utama yang digunakan oleh kerajaan untuk mengukur reka bentuk masyarakat dan ekonomi negara."Melalui data ini, kerajaan boleh melihat dari segi pecahan jenis-jenis perusahaan kerana salah satu cabaran kita adalah jumlah perusahaan yang ada sekarang majoritinya, iaitu sekitar 95 peratus adalah perusahaan kecil dan mikro, bukan sederhana pun."Maksudnya keupayaannya untuk menyertai rantaian nilai yang lebih tinggi, rantaian antarabangsa untuk mengeksport barang atau menawarkan gaji yang lebih tinggi sudah tentu terhad kerana ia syarikat mikro."Jadi kita perlu tentukan selepas data yang kita ada sekarang, apakah pecahan kategori dan keupayaan perusahaan kita?"Dari situ sudah tentu kerajaan perlu merangka dasar dan program yang dapat meningkatkan keupayaan syarikat ini," katanya.Ujar beliau, Banci Ekonomi 2023 penting untuk membolehkan kerajaan menyusun langkah-langkah ke arah membina skala dan meningkatkan daya tahan perusahaan tempatan untuk melahirkan lebih banyak syarikat yang bersaiz lebih besar.Menurutnya, data itu juga membolehkan kerajaan membuat perancangan jangka masa sederhana dan panjang untuk meningkatkan keupayaan perusahaan mikro.Tambah Rafizi, segala bentuk bantuan hanya boleh diputuskan berdasarkan data-data yang telah dikenal pasti kerana setiap dasar akan melibatkan peruntukan dan perbelanjaan kerajaan."Dengan ini kita boleh lihat jika ada dasar yang memberi galakan kepada penggabungan syarikat-syarikat atau dasar yang memberi insentif supaya syarikat boleh menambah kapasiti untuk keluar daripada kategori kecil daripada sederhana," katanya.Sementara itu, Mohd Uzir memaklumkan, Banci Ekonomi 2023 merupakan banci kelima yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali.Ujarnya, kali terakhir banci ekonomi dilaksanakan adalah pada tahun 2016, iaitu bagi tahun rujukan 2015."Banci ini telah dirancang dilaksanakan pada tahun 2021 tetapi terpaksa ditunda berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara pada Mac 2020."Banci Ekonomi 2023 adalah banci pertama yang meliputi semua aktiviti ekonomi pada tahun rujukan yang sama (tahun rujukan 2022)."Berbeza dengan banci ekonomi sebelum ini, subsektor perdagangan borong dan runcit pertama kali diliputi dalam Banci Ekonomi 2023 yang mana sebelum ini Banci Ekonomi dan Banci Perdagangan Borong dan Runcit dijalankan secara berasingan," jelas beliau.
4
14 Mac 2023 05:46pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249654/bisnes/pengeluaran-getah-asli-asli-turun-36-peratus
Pengeluaran getah asli asli turun 3.6 peratus
PENGELUARAN getah asli Malaysia turun 3.6 peratus kepada 29,451 tan bulan ke bulan pada Januari 2023 daripada 30,556 tan pada Disember 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).Dalam laporan Perangkaan Getah Bulanan Malaysia Januari 2023 yang dikeluarkan pada Selasa, DOSM menjelaskan, pengeluaran getah asli susut sebanyak 39.3 peratus pada Januari 2023 daripada 48,546 tan pada bulan yang sama tahun lepas.Sebanyak 84.2 peratus pengeluaran getah asli pada Januari 2023 disumbangkan oleh sektor pekebun kecil manakala 15.8 peratus lagi daripada sektor estet, tambahnya.Jabatan itu memaklumkan jumlah stok getah asli susut 3.4 peratus kepada 194,553 tan pada Januari 2023 berbanding 201,360 tan pada Disember 2022."Kilang pemproses getah menyumbang 90.7 peratus stok akhir, diikuti kilang pengguna getah sebanyak 9.2 peratus manakala ladang getah sebanyak 0.1 peratus,” jelas DOSM.Menurut DOSM, eksport getah asli Malaysia merosot 16.3 peratus kepada 40,867 tan pada Januari 2023 daripada 48,797 tan pada Disember 2022."China kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli yang menyumbang 41.2 peratus kepada jumlah eksport pada Januari 2023, diikuti Turki dengan 5.4 peratus, Jerman sebanyak 5.1 peratus, Amerika Syarikat pula 3.6 peratus dan Brazil pada 2.7 peratus,” jelasnya.Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan peningkatan 6.8 peratus pada Januari 2023 kepada 502.05 sen sekilogram daripada 470.21 sen sekilogram pada Disember 2022, manakala harga sekerap naik 0.6 peratus kepada 463.84 sen sekilogram daripada 461.20 sen sekilogram pada Disember 2022.Harga bagi semua Getah Mutu Malaysia (GMM) meningkat antara 1.7 peratus dengan 6.7 peratus pada Januari 2023 berbanding bulan sebelumnya, menurut perangkaan. - Bernama
4
14 Mac 2023 04:51pm