author_name
stringclasses
77 values
article_url
stringlengths
71
524
article_title
stringlengths
14
86
article_text
stringlengths
242
35.4k
reading_time
stringclasses
1 value
article_dt
stringlengths
19
25
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249627/bisnes/bursa-malaysia-meneruskan-kerugian-pada-sesi-pagi
Bursa Malaysia meneruskan kerugian pada sesi pagi
BURSA Malaysia melanjutkan kerugiannya pada sesi dagangan pagi berikutan kegawatan dalam sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.Pada waktu rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 20.83 mata, atau 1.47 peratus, kepada 1,401.00 daripada 1,421.83 pada penutupan Isnin.Indeks utama itu dibuka 4.87 mata lebih rendah kepada 1,416.96 pada pagi ini.Keadaan pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 705 berbanding 171, manakala 284 kaunter tidak berubah, 1,087 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.75 bilion unit yang bernilai RM1.15 bilion.Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur akan menumpukan pada data indeks harga pengguna yang akan dikeluarkan lewat hari ini.Di Bursa Malaysia, firma pembrokeran itu berkata sektor pertahanan dengan asas yang kukuh mungkin melantun semula.Selain itu, saham teknologi tempatan mungkin juga melantun semula ketika aktiviti memburu harga murah.Dalam kalangan saham berwajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank susut empat sen kepada RM8.40, Public Bank susut lapan sen kepada RM3.93, CIMB susut 11 sen kepada RM5.22, Petronas Chemicals turun 15 sen kepada RM6.95, dan TNB turun dua sen kepada RM9.30.Antara saham aktif, Vinvest Capital susut setengah sen kepada 22 sen, BSL Corporation turun satu sen kepada lima sen, E.A. Technique (M) susut tujuh sen kepada 22 sen, dan Awanbiru Technology turun tiga sen kepada 44 sen, manakala MY E.G. Services naik satu sen kepada 78.5 sen.Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas Syariah susut 135.87 mata kepada 10,514.08, Indeks FBM Emas susut 142.21 mata kepada 10,233.21, FBM ACE susut 87.78 mata kepada 5,211.28, Indeks FBMT 100 susut 137.56 mata kepada 9,924.35, dan FBMT 70 jatuh 139.05 mata kepada 13,105.33.Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 226.99 mata kepada 15,493.40, Indeks Perladangan menguncup 106.11 mata kepada 6,686.22, Indeks Tenaga turun 17.60 mata kepada 835.23, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.74 mata kepada 169.83. - Bernama
4
14 Mac 2023 02:54pm
IZWAN ROZLIN
https://www.sinarharian.com.my/article/249587/bisnes/pmwcbm-maggi-lahirkan-3500-usahawan-wanita
PMWCBM Maggi lahirkan 3,500 usahawan wanita
SERAMAI 3,500 usahawan wanita dalam bidang perniagaan makanan berjaya dilahirkan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi® (PMWCBM) sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2020.Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, program dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu mampu membantu melahirkan wanita berdaya saing di negara ini."Program edisi ketiga PMWCBM diadakan dengan kerjasama syarikat teknologi Google, Meta dan TikTok menawarkan bengkel peningkatan kemahiran komprehensif dan kelas induk yang memfokuskan pada penciptaan kandungan untuk media sosial, pertumbuhan peribadi dan cara mengembangkan perniagaan berasaskan makanan.“Tumpuan utama adalah kepada komuniti B40 menerusi bengkel peningkatan kemahiran dan sesi penglibatan untuk membantu mereka memanfaatkan ekonomi digital,” katanya pada pelancaran Program Wanita Cukup Berani Maggi® (PMWCB) di sebuah hotel di sini pada Isnin.Juan berkata, bengkel kali ini turut menjemput pakar daripada Google, Meta dan TikTok turut berkongsi panduan, nasihat dan amalan terbaik tentang penciptaan kandungan, manakala pengaruh yang berjaya berkongsi cerita mereka untuk memberi inspirasi kepada peserta.“Selepas proses pemilihan yang ketat, 21 pemenang akan dipilih untuk menerima kontrak dengan Maggi® dan menjadi sebahagian daripada program bimbingan eksklusif untuk menjadi pencipta kandungan makanan,” katanya.Program berkenaan dilancarkan oleh Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri. Turut hadir Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi® Nestlé (Malaysia), Geetha Balakrishna.Sementara itu, Nancy berkata, PMWCBM sejajar dengan matlamat KPWKM untuk mempromosikan penyertaan aktif wanita dalam tenaga kerja“Tema Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, #EmbraceEquity mampu meningkatkan kemahiran wanita dan komuniti terpinggir dengan kemahiran digital yang menyediakan peluang pendapatan baharu dan mengecilkan jurang kesaksamaan jantina," ujarnya.Nancy berkata, kesaksamaan gender memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan pelbagai pihak berkepentingan dan pihaknya turut berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kolaborasi antara pihak swasta dan sektor awam.
4
14 Mac 2023 12:21pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249567/bisnes/ringgit-dibuka-kukuh-berbanding-dolar-as
Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS
NILAI ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pagi ini apabila dolar AS mula lemah selepas saham-saham berkaitan perbankan di Amerika Syarikat (AS) merosot dengan ketara di tengah-tengah kebimbangan mengenai krisis Silicon Valley Bank (SVB), kata seorang penganalisis.Pada 9 pagi, mata wang tempatan mengukuh nilai kepada 4.4850/4950 berbanding dolar AS daripada penutup semalam 4.4925/4965.Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran menjangka Rizab Persekutuan akan lebih berpihak kepada pertumbuhan ekonomi pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan minggu depan berikutan kejatuhan SVB."Selain itu, Bank Pusat Eropah pula diunjur lebih kepada menaikkan kadar faedah pada mesyuarat 16 Mac nanti dengan konsensus menunjukkan kenaikan 50 mata asas dalam kadar kemudahan deposit yang kini berada pada 2.50 peratus,” katanya kepada Bernama.Sehubungan itu, beliau berpendapat ringgit dijangka meningkat berbanding dolar AS pada Selasa.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.4551/4673 daripada 5.4292/4340 pada penutup Isnin dan rendah berbanding euro kepada 4.8075/8182 daripada 4.7957/8000, manakala meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3656/3734 daripada 3.3727/3763 sebelum ini.Bagaimanapun, ringgit berbanding mata wang Asean yang lain diniagakan lebih tinggi.Mata wang tempatan menambah nilai berbanding baht Thai kepada 12.9797/13.0158 daripada 12.9819/9994 pada Isnin, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3274/3351 daripada 3.3354/3389, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 291.60/292.40 daripada 292.10/292.25 dan tinggi berbanding peso Filipina pada 8.15/8.19 daripada 8.17/8.18 pada Isnin. - Bernama
4
14 Mac 2023 09:56am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249543/bisnes/niaga-hadapan-emas-ditutup-tinggi
Niaga hadapan emas ditutup tinggi
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin dengan sejumlah 65 lot diniagakan.Kontrak niaga hadapan emas bagi bulan semerta Mac 2023 meningkat kepada AS$1,894.30 setiap troy auns manakala April 2023 menokok kepada AS$1,902.0 setiap troy auns.Sementara itu, kontrak bagi Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada AS$1,902.0 setiap troy auns.Harga emas fizikal berada pada AS$1,861.25 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 10 Mac, 2023. - Bernama
4
13 Mac 2023 09:48pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249531/bisnes/petronas-catat-pencapaian-terbaik-dalam-sejarah
Petronas catat pencapaian terbaik dalam sejarah
[DIKEMAS KINI] Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan prestasi kewangannya yang paling mantap dengan keuntungan bersih RM101.6 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022), meningkat 100 peratus berbanding RM50.9 bilion setahun lalu, didorong oleh keadaan pasaran yang menggalakkan tahun lepas.Syarikat minyak dan gas negara itu merekodkan hasil paling tinggi tahun ke tahun (y-o-y) sebanyak RM375.3 bilion pada FY2022 daripada RM248.0 bilion, melonjak 51 peratus terutamanya disebabkan impak harga yang menggalakkan untuk produk-produk utama sejajar dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 70 peratus tahun ke tahun kepada RM170.7 bilion.Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, ketika pada 2022 membolehkan kumpulan itu memanfaatkan kenaikan harga minyak dan gas dengan baik, tahun lepas juga menandakan peningkatan turun naik permintaan bekalan didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran dan peralihan tenaga yang dipercepatkan."Walaupun kami mantap dengan kedudukan yang lebih kukuh, Petronas akan terus mengukuhkan rantaian nilai bersepadu dengan fokus yang lebih terarah kepada kecemerlangan komersial dan operasi,” katanya pada majlis pengumuman prestasi kewangan Petronas untuk tahun kewangan 2022 di sini, hari ini.Tengku Muhammad Taufik menegaskan, Petronas akan meneruskan pengembangannya secara organik dengan meneroka peluang dan menegakkan disiplin modal dalam pelaburan semula dan mengembangkan portfolio perniagaannya.Aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) Petronas meningkat kepada RM135.3 bilion, manakala pelaburan modal berjumlah RM50.1 bilion disumbangkan oleh projek-projek huluan dan hiliran.Jumlah aset syarikat juga mengukuh kepada RM710.6 bilion pada 31 Disember 2022.Ekuiti pemegang sahamnya meningkat kepada RM401.6 bilion pada 31 Disember 2022, terutamanya disebabkan oleh keuntungan yang dicatatkan pada tahun tersebut.Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Liza Mustapha berkata, walaupun sebahagian besar penjanaan hasil adalah di Malaysia, 74 peratus daripada hasil itu direalisasikan melalui eksport dan operasi antarabangsa.Beliau menambah, perbelanjaan modal domestik meningkat sebanyak 24 peratus dengan keputusan pelaburan akhir (FID) adalah untuk 16 projek, manakala pinjaman kumpulan berjumlah RM104 bilion.Petronas merekodkan jumlah purata pengeluaran harian sebanyak 2,434 ribu tong setara minyak (boe) sehari pada 2022, lebih tinggi daripada 2,275 ribu boe sehari pada 2021, terutamanya didorong oleh permintaan keseluruhan yang bertambah baik untuk gas di Semenanjung Malaysia ditambah dengan peluang yang direalisasikan dan prestasi yang lebih baik daripada operasi antarabangsa.Kumpulan itu juga mencapai 37 hidrokarbon pertama, 26 FID, dan sembilan penemuan penerokaan di Malaysia dan luar negara, kata Petronas.Melangkah ke hadapan, Liza berkata, industri minyak dan gas berpotensi menyaksikan harga menjadi sederhana pada 2023 memandangkan jangkaan kelembapan ekonomi, walaupun ia berdepan dengan ketidaktentuan pasaran yang berpanjangan."Dalam persekitaran ini, syarikat akan terus memacu kecemerlangan operasi dalam perniagaan terasnya sambil mengejar sasaran pertumbuhan dan kemampanan,” tambah beliau. - Bernama
4
13 Mac 2023 07:38pm
NUR IFTITAH ROZLAN
https://www.sinarharian.com.my/article/249530/bisnes/maxis-terus-pacu-transformasi-digital-perkasa-perniagaan-di-malaysia
Maxis terus pacu transformasi digital, perkasa perniagaan di Malaysia
MAXIS Bhd (Maxis) terus bertindak sebagai pemacu transformasi digital dengan mengadakan forum Maxis Business Spark Engage 2023 bagi tujuan memperkasakan perniagaan di Malaysia dalam keadaan landskap digital yang pantas dan tidak menentu.Ketua Segmen Korporat dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Maxis, Kevin Lee berkata, syarikat telekomunikasi itu baru-baru ini telah mengetuai sesi panel yang membincangkan topik ‘Formula Kemenangan untuk Membina Kelebihan dalam Ketidaktentuan’.Menurutnya, forum berkenaan membincangkan komponen utama yang diperlukan untuk mencapai kelebihan digital, termasuk mempercepat penggunaan teknologi dan mengautomasikan tugas manual.“Selain itu, melindungi aset digital dan faedah bekerjasama dengan penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) yang sesuai.“Perbincangan tumpuan tahun ini menampilkan tetamu khas yang merupakan pemenang Grand Prix sebanyak 13 kali, David Coulthard yang berkongsi pandangannya dengan wartawan dan pengarang Formula Satu (F1) terkenal, Lee McKenzie mengenai bagaimana teknologi telah mengubah dunia perlumbaan F1.“Berhubung persekitaran perniagaan yang sangat kompetitif, Coulthard menekankan kepentingan kepercayaan, kerja berpasukan dan semangat dalam menggunakan data masa nyata untuk memastikan ketepatan dan hasil yang optimum, serta amalan terbaik yang boleh digunakan untuk mana-mana perniagaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.Maxis mengetuai sesi panel yang membincangkan topik ‘Formula Kemenangan untuk Membina Kelebihan dalam Ketidaktentuan’ dalam forum Maxis Business Spark Engage 2023.Selain Kevin, turut hadir sebagai panel ialah Ketua Pegawai Keselamatan Lapangan Asia Pasifik Palo Alto Security, Ian Lim dan Naib Presiden Operasi Holiday Tours, Lawrence Annies.Ujar Kevin, transformasi digital merupakan satu bentuk perjalanan berterusan dan sentiasa akan ada sesuatu perkara baharu yang ditemui dalam persekitaran yang dipacu oleh teknologi ini.“Oleh sebab inilah siri Maxis Business Spark telah berkembang menjadi platform penting yang memberi peluang kepada perniagaan merangkumi pelbagai saiz untuk menyelami isu-isu penting yang boleh ditangani secara kolektif, membincangkan penyelesaian serta mendapat manfaat daripada pengetahuan dan pengalaman yang mendalam,” jelasnya.Beliau berkata, ini merupakan tahun keempat Maxis menganjurkan siri Maxis Business Spark, platform untuk membincangkan cabaran dan berkongsi pengetahuan mendalam tentang ekonomi digital.Tambah Kevin, Maxis Business Spark Engage 2023 menandakan lelaran terbaharu acara tersebut, yang terus menjadi peluang berharga untuk peniaga menimba ilmu daripada pakar industri, meluaskan rangkaian dan bekerjasama dengan rakan.“Forum eksklusif tersebut menarik pelbagai pemimpin perniagaan terkemuka yang terdiri daripada ketua pegawai IT, pengarah dan ketua jabatan IT yang mewakili PKS utama, syarikat besar serta organisasi kerajaan,” katanya.Dalam pada itu, jelasnya, menyedari bahawa kejayaan transformasi digital memerlukan kerja berpasukan dan perkongsian yang kukuh, Maxis Business komited untuk menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai oleh pelanggan.“Dengan rekod prestasi yang terbukti membantu organisasi menggunakan dan memanfaatkan teknologi, kami memahami cabaran unik yang dihadapi oleh perniagaan hari ini dan menyediakan penyelesaian, rangkaian dan kepakaran yang tepat untuk membantu mereka terus menerajui dunia yang sentiasa berubah.“Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Maxis Business boleh membantu mempercepat perjalanan digital anda, layari https://business.maxis.com.my/en/campaign/maxis-right-expertise/,” ujarnya.
4
13 Mac 2023 07:22pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249495/bisnes/kuih-raya-dari-hati-sasar-buat-25000-biji-kuih
Kuih Raya Dari Hati sasar buat 25,000 biji kuih
CADBURY Dairy Milk dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memperkenalkan acara Kuih Raya Dari Hati dengan menyasarkan pembuatan 25,000 biji kuih untuk disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan sempena Aidilfitri tahun ini.Menerusi acara tersebut, orang ramai akan bersama-sama membuat kuih Tart Cadbury dengan menggunakan bahan yang telah pun disediakan oleh pihak penganjur.Menurut Pengarah Urusan Mondelēz International Malaysia dan Singapura, Narmeen Khan, acara Kuih Raya Dari Hati ini dilancarkan demi mengukuhkan persaudaraan melalui pembuatan kuih dan menyemai sifat pemurah dalam diri.Barisan tetamu kehormat bergambar pada sesi pelancaran Majlis Cadbury Dairy Milk x Mydin Kuih Raya Dari Hati yang berlangsung di Mydin USJ pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID“Cadbury Dairy Milk mahu memberi peluang kepada mereka yang menyambut bulan mulia ini untuk mencipta kenangan bersama ketika membuat kuih dan berkongsi kebaikan kepada mereka yang memerlukan.“Kami berharap agar aktiviti ini dapat mencatat kejayaan dalam The Malaysia Book of Records, namun tanpa Mydin segala hasrat yang diinginkan mustahil untuk dilaksanakan sendiri,” katanya ketika ditemui pada sesi perasmian acara Kuih Raya Dari Hati, di Mydin USJ, pada Isnin.Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat berganding bahu bersama Cadbury Dairy Milk.Jelasnya, amalan berkongsi kebaikan dan meluangkan masa bersama amat ditekankan pada bulan Ramadan.Acara Kuih Raya Dari Hati menampilkan Fazley sebagai tenaga pengajar yang menunjukkan cara-cara membuat kuih Tart Cadbury.Tambah beliau lagi, Mydin turut menyediakan tempat khas untuk Cadbury Dairy Milk mengadakan acara membuat kuih raya bersama para peserta.“Semoga acara ini akan memberikan secebis memori indah dalam kalangan keluarga dan senyuman kepada warga rumah kebajikan ketika menyambut hari raya,” katanya.Sesi membuat kuih itu turut dihadiri chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan usahawan terkenal seperti Noor Nabila Mohd Noor dan Tya Arifin.Pada Ahad lalu, Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah pun mengadakan acara tersebut dan ia juga akan dianjurkan di beberapa cawangan lain antaranya Mydin Tunjong, Kelantan (16 Mac) dan Mydin Mutiara Rini, Johor (17 Mac).Untuk menyertai acara itu, orang ramai hanya perlu mendaftar di laman rasmi Cadbury Dairy Milk dan layak untuk menerima baucar Mydin.
4
13 Mac 2023 04:33pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249452/bisnes/hotel-amari-kl-saji-bufet-ramadan-citarasa-malaysia-amaya
Hotel Amari KL saji bufet Ramadan citarasa Malaysia, Amaya
HOTEL Amari Kuala Lumpur buat pertama kalinya menawarkan bufet Ramadan kepada orang ramai bermula 23 Mac hingga 20 Aprill ini.Bufet dengan sentuhan hebat chef eksekutif hotel itu, Fadzil Arshad membawakan gabungan citarasa Malaysia dan Amaya seperti kari kepala ikan, ayam panggang percik, kambing panggang, aneka sate, serawa durian, kek lapis Sarawak dan kek suji.“Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai juadah bufet lain yang disediakan di lapan gerai menampilkan pelbagai jenis masakan daripada aneka panggang, bakar, bergoreng dan bersup.“Antara menu istimewa lain boleh dirasai adalah seperti sup tulang rawan yang dimakan bersama kepingan roti,” katanya dalam satu kenyataan pada IsninTawaran bufet Ramadan ini berharga RM168 seorang untuk dewasa manakala kanak-kanak adalah sebanyak RM84 manakala bagi mereka yang membuat pembayaran bermula pada Isnin sehingga 22 March layak menerima diskaun 15 peratus iaitu RM142.80 bagi dewasa dan RM71.40 untuk kanak-kanak.Untuk sebarang pertanyaan atau sumbangan, orang ramai boleh menghubungi 603 2330 5800 / 603 2330 5855 atau emel ke [email protected].
4
13 Mac 2023 01:51pm
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
https://www.sinarharian.com.my/article/249423/bisnes/mbsb-bank-buka-cawangan-baharu-di-kota-bharu
MBSB Bank buka cawangan baharu di Kota Bharu
MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) membuka cawangan baharunya di Jalan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan dalam usaha menyantuni dan mendekati para pelanggan.Ketua Pegawai Strategi MBSB Bank, Datuk Azlan Shahrim berkata, pembukaan cawangan tersebut penting bagi membolehkan pelanggan menguruskan kewangan secara bersemuka terutama semasa melakukan transaksi yang memerlukan khidmat nasihat terperinci di sebalik kebangkitan perbankan digital."Dengan pembukaan cawangan ini juga, pelanggan boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Akaun Simpanan Primewin-i dan juga Akaun Semasa Primewin-i."Ia memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah menarik termasuklah wang tunai, kereta mewah, pakej percutian dan banyak lagi melalui penganjuran kempen 'SIMPAN BERGANDA MENANG BERGAYA 2.0' yang sedang berlangsung sehingga 31 Mei ini," katanya.Menurut beliau, cawangan tersebut juga berfungsi sebagai pusat tumpuan dan tanda keberadaan MBSB Bank dalam kalangan komuniti setempat.Ujarnya, MBSB Bank sentiasa komited untuk berkhidmat kepada masyarakat bukan sahaja menerusi produk-produk perbankan, tetapi juga menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat.Azlan memberitahu, pada Disember 2022, MBSB Bank telah menyalurkan sumbangan makanan asas melalui program ‘Box of Care’ kepada 300 orang penduduk di PPR Kota Bharu."Pada Januari lalu, sumbangan ‘Box of Care turut disampaikan kepada 150 orang mangsa banjir di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Pasir Mas," katanya.
4
13 Mac 2023 11:33am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249402/bisnes/ringgit-dibuka-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
NILAI ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini menjelang pengeluaran laporan inflasi Amerika Syarikat untuk Februari minggu ini, kata seorang penganalisis.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5120/5175 berbanding dolar AS daripada penutupan urus niaga Jumaat pada paras 4.5180/5220.Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Harga Pengguna (IHP) inflasi keseluruhan dan teras dijangka meningkat masing-masing 6.0 peratus dan 5.5 peratus pada bulan Februari berbanding 6.4 peratus dan 5.6 peratus pada bulan sebelumnya berdasarkan anggaran konsensus."Nampaknya trend disinflasi dijangka berterusan walaupun pada kadar yang lebih perlahan."Dari sudut pasaran mata wang, ini akan terus menyokong dolar AS dalam tempoh terdekat kerana ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan bermesyuarat minggu depan," katanya kepada Bernama.Beliau turut menambah gandingan AS$/MYR diunjur kekal sekitar RM4.50, dengan tahap rintangan dan sokongan masing-masing pada RM4.5328 dan RM4.4659.Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3574/3620 daripada 3.3038/3070 pada penutup Jumaat, turun berbanding pound Britain kepada 5.4469/4535 daripada 5.4148/4196 sebelumnya dan lemah berbanding euro kepada 4.8193/8251 daripada 4.7823/7865.Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Mata wang tempatan itu lebih rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9842/13.0075 daripada 12.8894/9064 pada Jumaat dan turun berbanding dolar Singapura menjadi 3.3420/3463 daripada 3.3316/3351 sebelumnya.Bagaimanapun, ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 291.90/292.50 daripada 292.30/292.80, manakala tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.19/8.21 daripada 8.19/8.20 sebelumnya. - Bernama
4
13 Mac 2023 09:53am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249340/bisnes/pelaburan-utama-kejayaan-pelanggan-dorong-epicor-berkembang
Pelaburan utama, kejayaan pelanggan dorong Epicor berkembang
EPICOR Software Corporation merupakan peneraju global perusahaan khusus industri kini dalam memacu penggunaan perisian awan di seluruh Asia.Pelanggan Epicor yang menggunakan perisian awan di seluruh rantau meningkat lebih daripada 190 peratus tahun ke tahun pada 2022.Peningkatan berkenaan disebabkan perniagaan berhijrah atau memilih untuk melaksanakan Epicor Kinetic dalam perisian awan iaitu platform yang dibina khas, fleksibel dan berskala yang membantu pengeluar bersaing dengan lebih baik supaya dapat mengembangkan perniagaan mereka.Naib Presiden Serantau Epicor, Asia, Vincent Tang berkata, kesemua pelanggan Epicor di Asia mengutamakan perisian awan tahun lepas untuk memanfaatkan keselamatan, fleksibiliti dan skalabiliti.Jelas beliau, Epicor membuat pelaburan merentasi pasaran termasuk China, Indonesia, Filipina dan Vietnam bagi membantu pelanggan memodenkan dan membuktikan masa depan penyelesaian mereka.“Selain itu ia untuk mendapat manfaat daripada kepakaran industri yang mendalam dan syarikat yang memahami cabaran pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Menerusi acara syarikat, Hari Pelanggan Asia ReConnect 2023, ia merupakan peluang untuk meraikan dan menganugerahkan pelanggan yang telah memanfaatkan Epicor dalam mengubah perniagaan dan menghasilkan hasil positif, inovatif dan memberi kesan.Antara anugerah yang diberikan adala​​h Journey to the Cloud Excellence Award, telah dimiliki oleh Mobility Werk Advantech kerana mengambil perjalanan ke perisian awan untuk mengautomasikan proses dengan lebih baik dan kekal terkini dengan teknologi terkini.Seterusnya, Business Transformation Excellence Award pula dirangkul oleh syarikat Custom Molded Products. Perniagaan berkenaan telah meningkatkan kadar acuan dengan ketara dan hasil jualan eksport meningkat hampir dua kali ganda.Bagi Digital Transformation Excellence Award telah dianugerahkan kepada Wise Ally Holdings. Dengan Epicor, perusahaan itu dapat mempercepatkan proses sebut harga melalui automasi dengan kurang ralat manual, menyokong pengurusan kos dan laporan kewangan masa nyata yang lebih tepat.Akhir sekali, perusahaan Cat Thai yang telah menggunakan Epicor selama 10 tahun telah dianugerahkan Technology Innovation Excellence Award kerana berjaya menyesuaikan diri, berkembang dan berinovasi untuk kekal berdaya saing dalam pasaran.Mengulas lanjut mengenai penganugerahan itu, Naib Presiden Kanan dan Ketua Jualan Antarabangsa Epicor, Andy Coussins berkata, pengiktirafan pelanggan adalah sangat penting kepada Epicor dan ia sangat mengagumkan untuk meraikan kejayaan itu secara peribadi.“Mendengar cerita pelanggan, kami menunjukkan cara penyelesaian yang membolehkan mereka memastikan dunia berubah, walaupun semasa masa yang mencabar.“Kami berterima kasih kepada pelanggan atas komitmen berterusan kepada Epicor dan berharap dapat membantu mereka mencapai kejayaan masa depan,” katanya.
4
12 Mac 2023 06:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249229/bisnes/cita-rasa-serantau-di-doubletree-by-hilton
Cita rasa serantau di DoubleTree by Hilton
SHAH ALAM - Bersempena dengan kehadiran Ramadan, Hotel DoubleTree Hilton Shah Alam i-City menawarkan hidangan istimewa bufet bertemakan cita rasa serantau.Pengurus Besar, Gagan Talwar berkata, tema cita rasa serantau terinspirasi daripada keunikan budaya dan masakan ikonik Malaysia.“Kami turut menampilkan hidangan dari negara Indonesia dan Thailand.“Makan Kitchen juga menyediakan hidangan istimewa India dan masakan Cina di samping menikmati pelbagai lagi hidangan seperti Rojak Buah Pak Muaz dan Rojak Tonggek,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Menurutnya, bufet tersebut akan bermula pada 23 Mac hingga 12 April 2023 depan.Tambahnya, setiap minggu akan menampilkan hidangan yang berbeza-beza bagi memberikan pengalaman yang terbaik buat pengunjung.Antara hidangan istimewa yang boleh dinikmati ialah nasi minyak berempah, ayam goreng lengkuas, dan sotong sambal petai.“Harga bagi orang dewasa adalah RM178 dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun berharga RM89 serta percuma di bawah umur lima tahun.“Tawaran pembelian awal pada harga RM148 bagi setiap orang dewasa untuk tempahan dan bayaran penuh boleh dibuat dari sekarang hingga 21 Mac 2023,” jelasnya.Jelasnya, bufet tersebut diadakan pada setiap Sabtu hingga Rabu dan tempahan awal boleh dilakukan supaya pengunjung dapat menikmati harga diskaun bagi dewasa.“Pengunjung juga boleh menikmati diskaun 15 peratus untuk tempahan berkumpulan seramai 15 orang dan ke atas. Bufet ini akan bermula dari 6.30 petang hingga 10.30 malam,” ujarnya.“Selain tawaran bufet Ramadan, kami turut menyediakan kawasan makan peribadi yang sesuai untuk sebarang majlis di samping meraikan bulan mulia bersama kami,” katanya.
4
11 Mac 2023 08:27pm
FARAH SHAZWANI ALI
https://www.sinarharian.com.my/article/249213/bisnes/koop-sahabat-meterai-mou-bangun-hartanah-pusat-penjagaan-kesihatan
Koop Sahabat meterai MoU bangun hartanah, pusat penjagaan kesihatan
KOPERASI Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Marriott International dan Hospital Islam Az Zahrah bagi projek pembangunan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM250 juta di sini pada Sabtu.Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor bersama Pengarah Kanan Pembangunan Hotel Asia Pasifik, Marriott International, Andree Susilo, dan Pengurus Besar Hospital Islam Az Zahrah, Ali Karimi Abd Rahman dan disaksikan oleh Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Siti Azlin Ahmad Dauta.Mohd Najib (kanan), Andree Susilo (kiri) dan Ali Karimi (tiga dari kiri) selepas majlis menandatangani MoU dengan Marriott International dan Hospital Islam Az Zahrah di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.Menerusi perjanjian tersebut, Koop Sahabat melantik Marriott International sebagai operator pengendali hotel dengan kapasiti bilik sebanyak 300 unit di atas tanah milik kumpulan Koop Sahabat di Pantai Chenang, Langkawi dengan menggunakan jenama Fairfield By Marriott.Manakala Pusat Penjagaan Kesihatan Ambulatory Care Centre di Kuantan, Pahang akan dikendalikan oleh Hospital Islam Az Zahrah, bakal menyediakan perkhidmatan perundingan, rawatan dan intervensi penjagaan kesihatan menggunakan teknologi terkini perubatan.Pusat perubatan ini juga akan dilengkapi dengan fasiliti rehabilitasi perubatan dan vokasional, oncology suites, assisted living, hemodialisis, pengimejan diagnostik, ‘confinement suites’, ‘wellness spa’ dan beberapa lagi fasiliti sokongan perubatan.Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor berkata, kedua-dua projek dengan nilai pembangunan kasar keseluruhan sebanyak RM250 juta itu dijangka beroperasi pada tahun 2024 dan 2026.“Projek ini mampu merancakkan aktiviti pembangunan hartanah dan pembinaan selaras dengan perancangan strategik yang telah dirangka pihak koperasi.Mohd Najib (dua dari kanan) mewakili Koop Sahabat menerima anugerah koperasi ketujuh terbaik peringkat kebangsaan dalam profil 100 koperasi terbaik Malaysia pada tahun 2022 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.“Koop Sahabat juga yakin dengan pembangunan hartanah yang tidak hanya tertumpu kepada pembangunan perumahan sahaja, sebaliknya penumpuan harus diberikan kepada pembangunan secara ‘Built To Suit’ yang mampu membantu kerajaan menyediakan kemudahan asas seperti hospital dan pusat pendidikan.“Koop Sahabat juga merupakan kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), akan cuba memainkan peranan dalam membantu kerajaan membina infrastruktur asas di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Bersempena program Real Estate Invest Day dan Majlis Apresiasi Koperasi terbaik Tahun 2022 Wilayah Persekutuan itu, Koop Sahabat telah dinobatkan sebagai koperasi ketujuh terbaik peringkat kebangsaan dalam profil 100 koperasi terbaik Malaysia pada tahun 2022 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.Koop Sahabat adalah sebuah koperasi perkhidmatan yang ditubuhkan pada 30 Ogos 2012 di bawah Akta Koperasi 1993 dengan keanggotaan kini melebihi 400,000 anggota di seluruh Malaysia, terdiri daripada usahawan wanita B40.Perniagaan Koop Sahabat kini meliputi perniagaan dalam perkhidmatan kewangan seperti Ar Rahnu, pembangunan hartanah, pelaburan korporat, pelaburan strategik serta pelaburan di dalam ekuiti awam.
4
11 Mac 2023 06:13pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/249156/bisnes/pendapatan-peserta-empower-mne-kelantan-melonjak-6-kali-ganda
Pendapatan peserta empower MNE Kelantan melonjak 6 kali ganda
SERAMAI 150 peserta Program Reskilling & Upskilling: empower ECER Micro/New Entrepreneurship Development 2022 (MNE) dari setiap daerah iaitu Tumpat dan Gua Musang diraikan dalam Majlis Apresiasi di sini, pada Khamis.Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Baidzawi Che Mat.Program yang telah bermula pada April hingga Oktober 2022 itu telah menawarkan empat kursus iaitu Food Preneur, Jahitan, Mobile Spa dan Mobilegrafi & Digital Pemasaran.Pada majlis tersebut, empat usahawan telah dipilih sebagai peserta terbaik bagi mewakili kursus yang ditawarkan iaitu Zulkifli Aftarular dari kursus Food Preneur, Wan Nur Aqila Wan Roslan (Jahitan, Che Siti Roslaini Che Roslan (Mobile Spa) dan Rohani Shah Mustapha (Mobilegrafi dan Digital Pemasaran).Pemilihan dibuat berdasarkan kepada peningkatan pendapatan tertinggi yang berjaya diraih selepas mengikuti program empower ECER dengan kesemua mereka telah meraih peningkatan pendapatan sebanyak tiga kali ganda.Rohani yang hanya meraih pendapatan RM800 telah meningkat kepada RM5,199.30 selepas menyertai program berkenaan.Begitu juga Che Siti Roslaini yang berjaya meningkat pendapatan kepada RM3,600 berbanding hanya RM1,000 sebelum menyertai program.Program MNE sebagai salah satu projek usaha sama antara ECERDC dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menyasarkan kepada golongan B40, telah terbukti memberi manfaat kepada semua usahawan terpilih.Sepanjang program berlangsung, para usahawan telah diberi latihan program pembangunan secara percuma, kit pemula perniagaan dan bimbingan khusus dalam perniagaan yang diceburi untuk membantu ekonomi keluarga.
4
11 Mac 2023 12:59pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249095/bisnes/ringgit-ditutup-kepada-rm452
Ringgit ditutup kepada RM4.52
RINGGIT ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat, membayangkan situasi jajaran terhad ketika peserta pasaran menunggu pengumuman data gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) malam ini, kata seorang penganalisis.Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.5180/5220 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5170/5200 pada Khamis.Ketua ekonomi, analisis pasaran dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, purata pendapatan setiap jam dijangka meningkat sebanyak 4.7 peratus tahun ke tahun pada Februari 2023 daripada 4.4 peratus pada bulan sebelumnya."Pertumbuhan gaji tinggi bermakna Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengetatkan lagi dasar monetarinya yang kemungkinan menaikkan kadar 50 mata asas lagi pada mesyuarat akan datang yang dijadualkan pada 21-22 Mac,” katanya kepada Bernama.Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4148/4196 daripada 5.3608/3643 pada Khamis dan turun berbanding euro kepada 4.7823/7865 daripada 4.7690/7722. Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3038/3070 daripada 3.3160/3184 pada Khamis.Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.Unit tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesian kepada 292.30/292.80 daripada 292.70/292.90 pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3316/3351 daripada 3.3405/3432.Bagaimanapun ia susut berbanding baht Thai kepada 12.8894/9064 daripada 12.8814/8962 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.19/8.20 daripada 8.18/8.18. - Bernama
4
10 Mac 2023 07:14pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/249069/bisnes/siri-baharu-hino-200-dilancar
Siri baharu HINO 200 dilancar
HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (Hino) melancarkan model kenderaan baharu, siri HINO 200, tambahan kepada edisi barisan Kenderaan Komersial Ringan (LGV) yang menawarkan prestasi canggih serta saiz ideal.Pengarah Urusannya, Atsushi Uchiyama berkata, pelancaran siri HINO 200 itu bertepatan dengan hasrat syarikat dalam menyediakan truk yang sesuai dan menepati keperluan pasaran tempatan untuk menyokong perniagaan pelanggan.Ujar Uchiyama, siri baharu yang didatangkan dengan slogan 'Just Low, Just Fit' itu juga sejajar dengan misi Hino iaitu "menjadi syarikat kenderaan komersial yang paling mengutamakan pelanggan dan boleh dipercayai di Malaysia."Siri HINO 200 direka untuk kejayaan perniagaan pelanggan kami dan ia dilengkapi dengan ciri seperti akses mudah ke jalan yang lebih kecil atau sempit dan keperluan untuk perubahan dalam industri kenderaan komersial."Kenderaan komersial ringan baharu kami, siri HINO 200 adalah salah satu produk kami yang telah kami usahakan untuk mencapai kepuasan pelanggan," katanya ketika dalam majlis pelancaran Siri HINO 200 di sebuah hotel pada Jumaat.Ulas Uchiyama, pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak 300 unit bagi siri berkenaan pada tahun ini.Lebih menarik lagi, menurutnya, siri HINO 200 ini adalah yang pertama dalam barisan keseluruhan model yang didatangkan dengan enjin antara penyejukan cas turbo Euro 4 dan keserasian B20 Diesel."Siri 200 mempunyai enjin yang senyap tetapi berkuasa pada 144 kuasa kuda brek dan tork 300 Nm."Gabungan ini akan menghasilkan kawalan pelepasan yang baik dan pembakaran bahan api yang lebih bersih," ujarnya.Dalam pada itu, kata Uchiyama, tarikan utama siri tersebut ialah ketinggian kabin dan dek yang rendah.Jelasnya, ciri-ciri itu memberikan akses mudah kepada pelanggan untuk memuat dan memunggah kargo mereka."Dari segi keselamatan tambahan, ciri keselamatan utama dan asas bagi setiap kenderaan ialah Sistem Brek Antikunci (ABS)."Sama seperti model HINO yang lain, barisan baharu ini dilengkapi dengan ABS yang menghalang roda terkunci semasa brek berat dan membolehkan sentuhan dikekalkan dengan permukaan jalan dan cengkaman tambahan."ABS membantu pemandu kekal mengawal kenderaan untuk mengelakkan halangan di laluannya semasa membrek," jelasnya.
4
10 Mac 2023 05:14pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249052/bisnes/stok-minyak-sawit-malaysia-susut-656-peratus
Stok minyak sawit Malaysia susut 6.56 peratus
JUMLAH stok minyak sawit Malaysia turun sebanyak 6.56 peratus kepada 2.11 juta tan metrik pada Februari 2023 daripada 2.26 juta tan metrik yang direkodkan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).MPOB dalam satu kenyataan hari ini berkata, stok minyak sawit mentah (MSM) berkurangan sebanyak 7.69 peratus kepada 1.16 juta tan metrik pada Februari daripada 1.25 juta tan metrik pada Januari manakala stok minyak sawit diproses susut 5.15 peratus kepada 959,451 tan metrik daripada 1.01 juta tan metrik sebelumnya.Pengeluaran MSM merosot 9.35 peratus kepada 1.25 juta tan metrik pada Februari daripada 1.38 juta tan metrik pada Januari, manakala pengeluaran isirong sawit turun 7.10 peratus kepada 316,196 tan metrik daripada 340,369 tan metrik."Eksport minyak sawit juga susut 1.99 peratus pada Februari kepada 1.11 juta tan metrik daripada 1.13 juta tan metrik pada Januari manakala eksport oleokimia meningkat 8.13 peratus kepada 228,088 tan metrik berbanding 210,936 tan metrik,” katanya.MPOB berkata, eksport biodiesel pada bulan tersebut meningkat 3.23 peratus kepada 14,699 tan metrik daripada 14,239 tan metrik pada bulan sebelumnya, manakala eksport dedak isirong sawit naik 4.04 peratus kepada 210,612 tan metrik daripada 202,431 tan metrik.Manakala, eksport minyak isirong sawit jatuh 3.57 peratus pada Februari kepada 59,888 tan metrik daripada 62,102 tan metrik pada Januari. - Bernama
4
10 Mac 2023 03:33pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249050/bisnes/nilai-urus-niaga-hartanah-2022-dijangka-di-paras-tertinggi
Nilai urus niaga hartanah 2022 dijangka di paras tertinggi
JUMLAH nilai urus niaga hartanah Malaysia pada 2022 berkemungkinan melebihi paras tertinggi yang pernah direkodkan sebanyak RM161 bilion pada 2014, didorong oleh pemulihan dalam permintaan.Ahli Lembaga Pengarah Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Ahmad Zamzuri Kamarudin berkata, setakat suku ketiga 2022, jumlah nilai urus niaga hartanah Malaysia hampir RM141 bilion yang dicatatkan pada 2021.Pusat Maklumat Harta Tanah Negara akan mengumumkan angka 2022 minggu depan, katanya kepada kepada pemberita di Konvensyen Tahunan Hartanah Kebangsaan di sini hari ini."Kami menjangkakan 2022 akan melepasi angka tersebut berikutan suku ketiga 2022 yang positif dan susulan momentum itu kami menjangkakan pasaran hartanah akan kekal positif pada 2023,” katanya.Sementara itu, Presiden MIEA, Chan Ai Cheng berkata, keyakinan pembeli nampaknya telah kembali apabila jumlah pertanyaan untuk penyewaan dan jualan telah meningkat pada suku terakhir 2022.Beliau berkata, sentimen telah pun bertukar positif sejak Disember tahun lepas berdasarkan tinjauan sentimen MIEA.Ai Cheng menganggap kenaikan kos pinjaman akibat kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tahun lepas nampaknya tidak memberi kesan kepada pembeli di Malaysia."Walaupun keadaan ekonomi yang suram, ejen dan pemain tempatan kami bersikap positif untuk tahun 2022. Kira-kira separuh daripada mereka berpendapat bahawa tahun 2023 akan menjadi lebih baik," katanya. - Bernama
4
10 Mac 2023 03:19pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/249047/bisnes/angkasa-sasar-200-cawangan-coophardware-menjelang-2025
Angkasa sasar 200 cawangan CoopHardware menjelang 2025
ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan untuk membangunkan 200 cawangan CoopHardware yang diusahakan oleh koperasi anggotanya di seluruh negara menjelang 2025.Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, setakat ini, terdapat 20 outlet CoopHardware koperasi naungan Angkasa dan optimis sasaran itu akan dicapai berikutan trend permintaan untuk menambahkan bilangan cawangan itu meningkat dalam kalangan anggota koperasi.“CoopHardware menawarkan bahan binaan dengan harga kompetitif iaitu lebih murah sebanyak 10 hingga 20 peratus berbanding harga pasaran. CoopHardware juga menyediakan lebih 32 bahan binaan antaranya paku, simen dan besi yang berkualiti.“Angkasa telah mengambil bahan binaan ini secara pukal dari pembekal luar negara antaranya dari China. Kita juga menjangkakan akan mengambil dari pembekal dari beberapa negara lain antaranya dari Jerman,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Perumahan Mampu Milik Tulip Untuk Warga Koperasi Perumahan Awam Malaysia (Kopama) Berhad dan Chester Denai Alam Sdn Bhd (Chester ) di sini pada Jumaat.Pada majlis itu, Abdul Fattah menyaksikan Pengerusi Kopama, Datuk Abd Rahim Hashim dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Chester Group, Datuk Howard Chew menandatangani perjanjian kerjasama tersebut. Turut hadir ialah Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.Mengulas lanjut, Abdul Fattah yang juga Presiden Asean Co-Operative Organization (ACO) berkata, Coophardware dapat mengurangkan kos bahan binaan sektor hartanah terutamanya kepada koperasi.“Ia juga membantu untuk menyediakan rumah atau premis perniagaan kepada anggota koperasi pada harga yang lebih mampu milik dan mewujudkan konsep 'rent to own' kepada anggota koperasi.“Ia juga boleh menggunakan konsep pembiayaan 'musyarakah mutanaqisah' kepada anggota di mana perkongsian pemilikan rumah di antara anggota dan koperasi sehingga pembiayaan diselesaikan sepenuhnya oleh anggota. Ia juga memanjangkan tempoh pembiayaan sehingga ke generasi ke dua berdasarkan keanggotaan koperasi,” kata Abdul Fattah.Mengulas lanjut mengenai kerjasama Kopama dan Chester, Abdul Fattah berkeyakinan kerjasama itu akan merancakkan sektor hartanah dan pembinaan koperasi di negara ini khususnya pemilikan rumah untuk anggota koperasi.“Kerjasama strategik ini merupakan usaha yang digalakkan untuk memacu sektor koperasi sebagai penyedia rumah mampu milik dan lot-lot perniagaan pada harga berpatutan.“Dengan kekuatan sektor koperasi perumahan berjumlah 309 dan pembinaan berjumlah 248 koperasi, saya percaya gerakan koperasi dapat mengembalikan kegemilangan sebagai penyedia perumahan mampu milik seperti yang pernah dicapai sebelum ini,” katanya.Sementara itu, Chew berkata, menerusi kerjasama itu, Chester menyediakan sebanyak 150 unit rumah terdiri daripada pembangunan bercampur iaitu apartmen servis dan pejabat kecil rumah pejabat (Soho) kepada pihak Kopama dan pembinaan itu dijangka siap pada tahun 2025.“Tulip merupakan projek perumahan di kawasan Denai Alam. Kami menawarkan harga yang berpatutan bermula RM300,000 hingga RM600,000 kepada Kopama. Kediaman ini mempunyai 32 tingkat dan terdiri daripada dua blok.“Kediaman ini yang terletak di kawasan Denai Alam ini menyediakan akses perhubungan lebuhraya yang mudah kepada pembelinya untuk ke Lembah Klang. Ia juga dikelilingi oleh pelbagai kemudahan asas, berdekatan kompleks membeli-belah, universiti dan sebagainya,” katanya.
4
10 Mac 2023 03:17pm
NORAFIDAH ASSAN
https://www.sinarharian.com.my/article/249002/bisnes/mohd-faiz-pemenang-cabutan-istimewa-akaun-pelaburan-i-rizq-plus
Mohd Faiz pemenang cabutan istimewa Akaun Pelaburan-i Rizq Plus
MOHD Faiz Abd Rahman membawa pulang wang tunai RM100,000 selepas beliau diumumkan sebagai pemenang cabutan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus semasa majlis penyampaian hadiah yang diadakan di cawangan Bank Rakyat Kuala Pilah di sini pada Khamis.Malah jelas Mohd Faiz, ia merupakan kali pertama beliau memenangi hadiah cabutan hadiah bagi produk pelaburan."Syukur atas rezeki yang dikurniakan ini dan saya amat teruja serta berterima kasih kepada Bank Rakyat kerana memperkenalkan produk pelaburan yang mudah untuk disertai seperti Akaun Pelaburan-i Rizq Plus."Selain dapat mengembangkan wang simpanan, saya juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan dapat mengeluarkan wang pelaburan saya pada bila-bila masa sahaja,” katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Zulkarnain Taman berkata, Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menunjukkan komitmen Bank Rakyat yang sentiasa berusaha mempelbagaikan tawaran dalam produk dan perkhidmatannya bagi memenuhi kepuasan pelanggan.“Diharapkan inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu memupuk tabiat melabur dan menyimpan dalam kalangan masyarakat malah dapat menggalakkan pelanggan untuk melabur dan menyimpan secara konsisten bagi memenuhi komitmen kewangan mereka,” ujarnya.Bank Rakyat serah hadiah lumayan RM100,000 kepada pemenang cabutan istimewa Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.Akaun Pelaburan-i Rizq Plus merupakan akaun pelaburan sulung Bank Rakyat yang diperkenalkan pada Julai 2022 lalu bagi membolehkan pelanggan Bank berkenaan melabur dalam aktiviti kewangan patuh Syariah.Di samping berpeluang memperoleh pulangan keuntungan yang tinggi, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta secara keseluruhan menerusi program cabutan hadiah bagi kategori cabutan bulanan dan setiap setengah tahun.Seramai 743 pelanggan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus Bank Rakyat telah berjaya memenangi cabutan wang tunai berjumlah keseluruhan RM562,000 sejak diperkenalkan.Pelanggan boleh mendapatkan maklumat berhubung Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menerusi laman web dan media sosial rasmi Bank Rakyat, perkhidmatan perbankan internet iRakyat atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454 serta mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran.
4
10 Mac 2023 11:03am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/249003/bisnes/ringgit-dibuka-rendah
Ringgit dibuka rendah
KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila mata wang negara maju itu mengukuh menjelang pengeluaran data senarai pembayaran gaji bukan ladang (NFP) AS lewat hari ini, kata penganalisis.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5200/5245 berbanding dolar AS daripada 4.5170/5200 ketika ditutup pada Khamis.Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran berhati-hati mengenai NFP, yang dijangka berkurangan kepada 205,000 pada Februari, selepas melonjak kepada 517,000 pada Januari.NFP boleh menjadi pemangkin untuk dagangan dalam pasaran pertukaran asing berdasarkan perubahan dalam pekerjaan."Indeks dolar AS kekal tinggi pada lebih 105 mata namun 0.39 peratus lebih rendah apabila indeks ini ditutup. Oleh itu, ringgit dijangka kekal dalam lingkungan RM4.50 hingga RM4.51 berbanding dolar AS hari ini,” katanya kepada Bernama.Sementara itu, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sememangnya telah dijangkakan oleh pasaran, dan ini menandakan sedikit kestabilan ekonomi."Dari sudut pandang teknikal, pasangan dolar AS-ringgit kini berada dalam zon rintangan yang penting."Jika ia berjaya menembusi di bawah 4.4680, ia mungkin susut serendah 4.3650 dalam beberapa hari. Sebaliknya, jika harga itu menembusi melebihi 4.5350, ia boleh meningkat kepada 4.5800,” katanya.Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3245/3283 daripada 3.3160/3184 ketika ditutup pada Khamis serta rendah berbanding pound British kepada 5.3924/3977 daripada 5.3608/3643.Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 4.97698/7.78698 7722.Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.Mata wang tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9161/9356 daripada 12.8814/8962 semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 292.90/293.20 daripada 292.70/292.90.Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3397/3433 daripada 3.3405/3432 pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.18/8.20 daripada 8.18/8.18. - Bernama
4
10 Mac 2023 10:33am
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
https://www.sinarharian.com.my/article/248962/bisnes/projek-bandar-saujana-putra-sedia-20000-peluang-pekerjaan
Projek Bandar Saujana Putra sedia 20,000 peluang pekerjaan
PROJEK Bandar Saujana Putra yang akan dibangunkan di sini secara usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan Oriental Interest Berhad (OIB) dijangka memberi impak positif terutamanya menyediakan 20,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek yang mengambil masa selama 10 tahun keseluruhan untuk dibangunkan itu membabitkan jangkaan nilai pembangunan kasar sebanyak RM2.5 bilion.Menurutnya, projek tersebut dijangka memberikan impak pertumbuhan ekonomi dan pembangunan terutama di daerah Kuala Muda khasnya dan negeri Kedah amnya."Kerajaan negeri menyokong sebarang bentuk kerjasama antara pihak awam dengan swasta membangunkan kawasan baharu di negeri ini demi kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi rakyat sebagaimana dibuktikan OIB dan PKNK," katanya semasa perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Bandar Saujana Putra di Amanjaya Mall, dekat sini pada Khamis.Hadir sama, Pengerusi OIB, Tunku Mohamad Zulkifli Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Datuk Syed Yussof Syed Othman.Muhammad Sanusi (empat dari kanan) pada Majlis Pecah Tanah Projek Bandar Saujana Putra.Sementara itu, Tunku Mohamad Zulkifli Osman berkata, komponen utama pembangunan projek ini membabitkan 40 peratus pembangunan perumahan manakala 60 peratus pembangunan adalah membabitkan lot-lot industri dan perniagaan."Projek Usahasama Bandar Saujana Putra ini diusahakan di atas tanah milik PKNK seluas 484.12 hektar atau 1,200 ekar dan 200 ekar pula adalah hakmilik OIB," katanya dalam ucapan.Syed Yussof pula berkata, pembangunan fizikal akan bermula pada suku tahun kedua 2024 dan siap sepenuhnya pada suku tahun keempat 2032.Menurutnya, bagi komponen kediaman, sebanyak 5,400 buah rumah bakal dibina merangkumi Rumah Kasih Rakyat iaitu 1,100 unit, Rumah Makmur Kedah (664 unit), Rumah Aman Kedah (500 unit), Rumah Teres Setingkat (1,855 unit) dan Rumah Berkembar Setingkat (1,318 unit)."Kediaman ini menggabungkan reka bentuk moden dan elegan ini bakal menjadi pilihan terbaik kepada penduduk sekitar untuk membeli rumah dengan harga mampu milik."Komponen industri pula akan menawarkan 230 lot tanah industri berkonsepkan taman perindustrian yang lengkap dengan prasarana asas, sistem kawalan keselamatan, kafeteria, pusat riadah dan dewan serbaguna serta Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ)," katanya dalam ucapan.
4
09 Mac 2023 09:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248944/bisnes/ringgit-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT ditutup tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.Pada jam 6 petang, unit tempatan naik kepada 4.5170/5200 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5230/5265 pada Rabu.Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit terus kekal dalam julat sempit dengan sedikit peningkatan yang dilihat pada sepanjang hari."Ia jelas menunjukkan bahawa keputusan BNM untuk mengekalkan OPR pada 2.75 peratus adalah menepati jangkaan. Sehubungan itu, ia tidak menjejaskan ringgit kerana tiada unsur kejutan (kenaikan OPR)," katanya kepada Bernama.Beliau berkata, kini pasaran akan tertumpu kepada data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) pada malam Jumaat dan data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS minggu depan sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) berlangsung pada 21 hingga 22 Mac.Ringgit diniagakan kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama lain.Unit tempatan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.3160/3184 daripada 3.2880/2908 ketika ditutup pada Rabu dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.3608/3643 daripada 5.3530/3571 sebelumnya dan merosot berbanding euro kepada 4.7690/7722 daripada 4.7650/7687.Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.Ringgit turun berbanding baht Thai kepada 12.8814/8962 daripada 12.8912/9070 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 292.70/292.90 daripada 292.90/293.30. - Bernama
4
09 Mac 2023 07:29pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248900/bisnes/malaysia-punyai-komitmen-kukuh-terhadap-asean-china
Malaysia punyai komitmen kukuh terhadap ASEAN, China
MALAYSIA melihat komitmennya kepada ASEAN sebagai kepentingan strategik dalam penglibatannya dengan negara-negara ASEAN lain dan China, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Beliau berkata, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dan juga ASEAN, sambil menambah China dan ASEAN - dengan gabungan penduduk lebih dua bilion - boleh membentuk trajektori Asian Century (Abad Asia)."Malahan, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka menjadi pendaya kukuh bagi usaha ini. China menyaksikan perdagangannya dengan ASEAN meningkat sebanyak 15 peratus pada 2022 - tahun pertama RCEP mula berkuat kuasa."Hubungan ekonomi kita terus bertahan dalam tempoh mencabar. Perdagangan dua hala China-ASEAN malahan menongkah arus negatif yang disebabkan oleh pandemik, meningkat daripada AS$641.5 bilion pada 2019 kepada AS$975.3 bilion pada 2022,” katanya dalam ucap tama beliau pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Perniagaan CGS China-ASEAN, di Singapura, pada Khamis.Beliau juga berkata, China merupakan pelabur utama Malaysia pada tahun lepas dengan pelaburan bernilai AS$12.5 bilion (RM55.4 bilion).Ketika rantau ini membina semula ekonominya daripada kemusnahan akibat pandemik Covid-19, Tengku Zafrul berkata, Malaysia, bersama-sama dengan China dan negara anggota ASEAN, boleh juga menimbang membentuk perkongsian kerjasama pelbagai hala dengan negara-negara lain yang menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan.Ini akan membantu memudahkan aliran barang, modal dan perkhidmatan, katanya, sambil menambah Malaysia bersedia untuk menyokong BRI dengan tenaga kerja mahirnya yang fasih bertutur pelbagai bahasa.Beliau juga mencadangkan beberapa sektor utama diteroka secara bersama-sama untuk manfaat bersama semua pihak.Ini termasuk pasaran kewangan dan pasaran halal, katanya, sambil menambah 20 peratus daripada populasi besar China tidak mempunyai akaun bank, manakala 70 peratus penduduk Asia Tenggara sama ada tidak mempunyai akaun bank atau jarang menggunakan perkhidmatan bank."Sudah tentunya terdapat peluang besar dalam segmen ini. Juga, di rantau ini yang 42 peratus penduduknya adalah orang Islam, kewangan Islam dan industri halal masih belum dimanfaatkan sepenuhnya bagi perniagaan berkaitan China, termasuk dari segi BRI,” katanya.Sehubungan itu, beliau mencadangkan pengiktirafan bersama pensijilan halal antara satu sama lain, sebagai permulaan, yang akan memastikan kecekapan kos yang lebih baik bagi perusahaan kecil dan sederhana.China dan negara-negara anggota ASEAN juga boleh bekerjasama rapat dalam sektor seperti alam sekitar, sosal dan tadbir urus (ESG) dan tenaga bersih serta ekonomi digital.Tengku Zafrul berkata, Malaysia mempunyai dasar yang kukuh bagi kesemua ketiga-tiga sektor tersebut yang mencerminkan komitmen kemampanan negara, fokus utama kepada teknologi digital serta pasaran kewangan yang dikawal selia dengan baik dan ekosistem halal."Sebagai menteri perdagangan baharu Malaysia, saya boleh katakan bahawa kami berusaha keras untuk meletakkan Malaysia sebagai negara yang properdagangan, properniagaan dan propelaburan."Oleh itu, ingin saya katakan bahawa Malaysia mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi papan loncatan utama dan efisien dari segi kos atau pangkalan sokongan bagi negara-negara yang mahu memasuki bukan hanya Asia Tenggara tetapi juga negara-negara lain di Asia termasuk China,” katanya.Sementara itu, beliau berkata Malaysia yakin rundingan Kawasan Perdagangan Bebas Asean-China (ACFTA) yang dijangka dimuktamadkan dalam masa dua tahun, juga akan mengukuhkan lagi hubungan rapat sedia ada di peringkat dua hala dan juga serantau.Menyentuh mengenai prinsip berkecuali ASEAN, beliau berkata, Malaysia juga akan meneruskan hubungan baik dengan semua rakan dagang utamanya."Selain itu, hubungan antara ASEAN dan China perlu sentiasa berlandaskan sikap saling mempercayai dan menghormati."Kita amat berharap sebarang potensi persengketaan kuasa besar tidak akan menular ke sempadan kita. Tetapi kita menghargai kehadiran dan komitmen mereka ke rantau kita, terutamanya dalam perniagaan, pelaburan dan perdagangan."Menjadi harapan besar kita agar Asia Tenggara boleh kekal sebagai zon konflik atau permusuhan yang minimum, dan rantau yang menyokong kerjasama, kemakmuran dan keamanan global,” katanya. - Bernama
4
09 Mac 2023 04:07pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/248901/bisnes/panasonic-malaysia-sasar-kuasai-pasaran-14-peratus
Panasonic Malaysia sasar kuasai pasaran 14 peratus
PANASONIC Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Malaysia) optimis untuk mencapai penguasaan bahagian pasaran jualan vakum di Malaysia sebanyak 14 peratus pada tahun 2023 berbanding hanya 12 peratus sahaja sebelum ini.Pengurus Besar Pemasaran Peralatan Panasonic Malaysia, Shinichi Tsuda berkata, setakat ini, jumlah jualan vakum yang dicatatkan dalam pasaran Malaysia pelbagai jenama ialah 200 juta unit pada tahun 2022 dan sebanyak 12 peratus daripada jumlah itu merupakan vakum jenama Panasonic Malaysia.Menurutnya, Panasonic Malaysia berkeyakinan sasaran itu mampu dicapai dengan mengembangkan dan mengukuhkan pasaran dalam talian (online) serta pengeluaran produk baharu yang berinovasi dan berkualiti.“Kami turut melihat permintaaan pelanggan terhadap peralatan kelengkapan rumah semakin baik pada tahun ini selepas pandemik Covid-19 dan dijangka ia akan menyumbang kepada jualan Panasonic Malaysia,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Pembersih Hampagas Hos Pejal Tanpa Wayar Buatan Jepun, di sini pada Khamis.Hadir sama ialah Pengarah Pemasaran Produk Pengguna dan Perkhidmatan Pelanggan Panasonic Malaysia, Fumiaki Tanaka dan Ketua Bahagian Pemasaran Peralatan 2, Panasonic Malaysia, Stacy Kew.Tsuda berkata, Panasonic Malaysia melancarkan rangkaian siri Pembersih Hampagas Hos Pejal Tapa Wayar Buatan Jepun yang diperluas dengan dua model paling ringan (MC-SB33J dan MC-SB53K) terkini direka untuk menjadikan pembersihan lebih mudah.Panasonic Malaysia melancarkan siri Pembersih Hampagas Hos Pejal Tanpa Wayar Buatan Jepun dengan dua model ringan MC-SB33J dan MC-SB53K.“Ini berikutan pelancaran Pembersih Hampagas Hos Pejal Tapa Wayar Bebas Kusut (MC-SB85K) yang dilancarkan tepat setahun lalu sangat popular dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak dan haiwan peliharaan berbulu."Pelancaran Pembersih Hampagas Tapa Wayar Panasonic merangkumi komitmen kami selaras falsafah 'Create Today. Enrich Tomorrow'. Model pembersih hampagas baharu yang dilancarkan pada hari ini merupakan salah satu daripada tawaran produk berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk membantu orang ramai menjalani cara kehidupan lebih baik," katanya.Beliau berkata, MC-SB33J dijual pada harga RM1349, MC-SB53K pula pada harga RM1966 dan MC-SB85K pada harga RM2799."Dua model MC-SB33J dan MC-SB53K tersedia untuk pembelian di semua pengedar sah Panasonic serta pasaran dan platform online," katanya.Beliau berkata, ciri utama model MC-SB33J dan MC-SB53K baharu menggabungkan Teknologi Float-Lite Panasonic dengan ciri pembersihan lantai fleksibel 360° yang menjadikannya mudah dan efisien untuk bergerak ke sudut dan ruang yang sempit.“Pembersih hampagas ini juga menampilkan pemegang ergonomik baharu yang dimajukan dengan 840 paten, untuk memastikan cengkaman selesa dan navigasi mudah,” katanya.Dengan berat hanya 1.3 kilogram (kg), MC-SB33J mungkin ringan tetapi pastinya boleh melakukan pelbagai fungsi.Model MC-SB33J mudah diangkat untuk membersihkan ruang yang tinggi tanpa menegangkan tulang belakang atau lengan.Pengguna tidak perlu menyusahkan diri dengan menggunakan pembersih hampagas yang berat untuk melakukan pembersihan harian kerana ini berkuasa, tangkas dan cukup ringan untuk dikemudi dengan mudah.Kotak habuk dan penapis boleh dibasuh dan mudah dibuka serta dibersihkan sekali gus menjadikannya mudah diselenggara untuk prestasi terbaik.Masa pengecasan yang singkat hanya 3.5 jam bermakna tidak perlu menunggu lama untuk menggunakannya semula.Reka bentuk model pembersih hampagas baharu telah direka sebaiknya untuk gaya hidup yang harmoni pengguna dengan reka bentuk yang bergaya dan minimalis, sebati dengan citarasa setiap kediaman.Sementara itu, model MC-SB53K dilengkapi dengan ciri Tangle Free Power Nozzle bersama dengan ciri House Dust Sensor yang mampu mengesan zarah mikroskopik habuk dan kotoran untuk memastikan permukaan bersih.Dua model MC-SB33J dan MC-SB53K tersedia untuk pembelian di semua pengedar sah Panasonic serta pasaran dan platform online.
4
09 Mac 2023 04:07pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248888/bisnes/kadar-opr-kekal-pada-275-peratus
Kadar OPR kekal pada 2.75 peratus
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.Perkara tersebut dimaklumkan BNM menerusi satu kenyataan hari ini.Pada tahap OPR semasa, BNM memaklumkan pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi."MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi."MPC terus berwaspada terhadap faktor kos yang boleh menjejaskan prospek inflasi, termasuk faktor yang disebabkan oleh perkembangan pasaran kewangan," memetik kenyataan tersebut.Kenyataan itu menambah, langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.Malah, BNM memaklumkan, MPC akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan yang mampan. - Awani
4
09 Mac 2023 03:17pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248832/bisnes/ringgit-meningkat-semula-daripada-kejatuhan-mendadak
Ringgit meningkat semula daripada kejatuhan mendadak
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, meningkat semula daripada kejatuhan mendadak pada Rabu selepas dolar AS melonjak berikutan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah.Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.5190/5235 berbanding dolar AS daripada 4.5230/5265 pada Rabu.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit mungkin kembali kepada kedudukan sebelumnya selepas mencatatkan penurunan."Bagaimanapun, pelabur akan terus berhati-hati tanpa mengira aspek kestabilan ringgit pada pada Khamis,” katanya kepada Bernama.Innes berkata, Fed AS masih berdepan dengan gabungan luar biasa kekuatan dan kelemahan pasaran buruh dalam sektor yang paling sensitif kepada kadar faedah seperti perumahan."Walaupun Fed diminta untuk menyelesaikan isu bekalan buruh struktur, malangnya bagi pelabur Asia, Fed dilihat bersedia untuk menaikkan kadar faedah bagi mengurangkan inflasi,” katanya.Sementara itu, Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka kekal rendah dan terus berada pada sekitar paras halangan segera pada RM4.5293."Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini akan memberi lebih banyak warna kepada Kadar Dasar Semalaman. Oleh itu, ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil hari ini,” katanya.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound apabila ia meningkat kepada 5.3528/3581 pada pagi ini daripada 5.3530/3571 pada Rabu.Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2993/3028 daripada 3.2880/2908 pada Rabu dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7662/7709 daripada 4.7650/7687 pada Rabu.Sebaliknya, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN, kecuali baht Thai.Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3388/3426 daripada 3.3397/3428 pada Rabu, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 292.7/293.1 daripada 292.9/293.3 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 8.17/8.18 daripada 8.18/8.19 sebelum ini.Bagaimanapun, unit tempatan merosot berbanding baht Thai kepada 12.8985/9169 daripada 12.8912/9070 pada Rabu. - Bernama
4
09 Mac 2023 10:38am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248805/bisnes/bukit-bintang-jadi-pentas-peragaan-fesyen-raya-lazlook
Bukit Bintang jadi pentas peragaan Fesyen Raya Lazlook
PERUSAHAAN e-commerce antarabangsa, Lazada memeriahkan Jalan Bukit Bintang di sini, dengan pentas peragaan Koleksi Raya Lazlook.Menampilkan rekaan elegan busana baju kurung dan kebaya berinspirasi moden, sebanyak 10 koleksi jenama tempatan diperagakan di laluan sepanjang 500 meter, bermula di Bukit Bintang sehingga ke pentas akhir di CommonsKL.Antara jenama yang turut serta ialah Naelofar, Rico Rinaldi, Petit Moi, Poplook, Cynthia Tang, Bayu Somerset, Zoe Arissa, Zucca, Gene Martino dan TATO Shop.Lebih daripada 50 model memperagakan Koleksi Raya Lazlook, pada Rabu.Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, kesemua koleksi berkenaan dipersembahkan sebagai 'lookbook' langsung dan memberi peluang kepada peminat fesyen untuk mendapatkan inspirasi.Menurutnya, lebih daripada 50 model terlibat untuk menjayakan pentas peragaan fesyen Raya Lazlook kali ini.“Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan jenama dan pereka fesyen terkemuka tempatan dalam mempersembahkan Koleksi Raya LazLook menerusi cara yang 'glam' dan unik.“Ia peragaan lain daripada yang lain kerana ini merupakan cara unik untuk menawan hati peminat dalam kategori fesyen dan pelanggan tempatan,” katanya ketika ditemui di CommonsKL, pada Rabu.Alan ChanTambah beliau, kategori Fesyen Raya Lazlook mendapat sambut hangat sewaktu jam pertama berlangsungnya Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 yang bermula pada 3 Mac lalu di seluruh Asia Tenggara.Dalam pada itu, Alan berkata, terdapat pelbagai inspirasi gaya raya dan jenama Muslimah kegemaran ramai serta ganjaran tambahan dengan penjimatan berganda.“Sempena jualan ulang tahun ini juga, orang ramai boleh menikmati penjimatan seperti ‘Everyday Cashback’ dan penghantaran percuma.“Bukan itu sahaja, Fesyen Raya Lazlook menampilkan seleksi mesti beli yang menarik dan unik pada harga berpatutan,” katanya.Lazada menjadikan Bukit Bintang sebagai pentas peragaan Fesyen Raya Lazlook.Jelas beliau, kesemua koleksi baharu yang diperagakan itu tersedia di Lazada dan pelanggan hanya perlu klik pada ikon LazLook.Acara peragaan itu tidak hanya memaparkan koleksi raya semata-mata, malah terdapat juga perkongsian petua dan tip stail penggayaan yang menarik, aktiviti 'shoppertainment' seperti permainan dan cabaran untuk penonton dalam talian dan yang menghadiri program tersebut.Lebih menarik, kesemua mereka berpeluang untuk memenangi hadiah dan baucar bernilai lebih RM50,000.Model mengayakan busana raya bermula di Bukit Bintang sehingga ke CommonsKL.Acara berkenaan menampilkan Amelia Henderson dan Haziq Hussni sebagai pengacara Fesyen Raya LazLook.Majlis turut dihadiri selebriti popular antaranya Nora Danish, Nabila Razali dan Naim Daniel.
4
09 Mac 2023 08:50am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248708/bisnes/digital-sloan-penyelesaian-pembiayaan-buat-pengguna-shopee
Digital SLoan penyelesaian pembiayaan buat pengguna Shopee
SEAMONEY Capital Malaysia Sdn Bhd menawarkan penyelesaian pembiayaan digital khususnya untuk pengguna dan penjual Shopee melalui SLoan.Shopee Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, SLoan memberikan lebih fleksibiliti kewangan kepada pengguna Shopee dalam memenuhi keperluan mereka dan melengkapkan cara mereka mengurus kewangan peribadi dengan mudah, cepat dan selamat."SLoan untuk penjual Shopee membantu mereka mengukuhkan modal kerja jangka pendek dan memberi mereka kapasiti kewangan yang lebih besar untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan,” katanya.SLoan ialah penyelesaian pembiayaan digital yang telah diberikan lesen pinjaman wang di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.Pembeli dan penjual yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SLoan boleh melawati pusat bantuan kami di https://help.shopee.com.my/portal/article/114257-SLoan-FAQ, untuk mengetahui cara ia berfungsi. - Bernama
4
08 Mac 2023 03:12pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248636/bisnes/nilai-ringgit-lemah-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit lemah berbanding dolar AS
[DIKEMAS KINI] Nilai ringgit kembali dibuka rendah berbanding dolar AS selepas mencatatkan kenaikan pada hari-hari sebelumnya apabila dolar AS mengukuh, didorong oleh laporan monetari separuh tahun kepada kongres oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang lebih memihak kepada menaikkan kadar faedah.Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.5065/5140 berbanding dolar daripada penutupan Selasa pada paras 4.4710/4730.Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Ketua Rizab Persekutuan AS Jerome Powell masih tetap dengan pendirian kepada menaikkan kadar faedah."Rizab Persekutuan bersedia untuk menaikkan kadar dana Persekutuan, malah mungkin lebih tinggi daripada apa yang diharapkan oleh pasaran sekiranya data terus menunjukkan daya tahan lebih lanjut terhadap ekonomi AS.Dalam perkembangan lain, Mohd Afzanizam turut berkata, Indeks Dolar AS (DXY) telah meningkat 1.21 peratus kepada 105.616 mata."Justeru, ringgit dijangka berada di sisi yang lebih lemah hari ini dengan tahap rintangan semasa sekitar RM4.5293 berbanding dolar AS dan akan bergerak ke arah ini dalam jangka masa terdekat," katanya.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi terhadap sekumpulan mata wang utama.Unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3321/3410 daripada 5.3715/3739 pada hari Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.7539/7618 daripada 4.7647/7669 tetapi rendah berbanding yen menjadi 3.2813/3.2870 daripada 3.2909/2926 sebelumnya.Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding beberapa mata wang ASEAN.Mata wang tempatan itu menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3283/3341 daripada 3.3210/3229 semalam dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.15/8.17 daripada 8.12/8.13.Ringgit juga lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 293.2/293.8 daripada 290.90/291.1 pada penutupan sebelumnya tetapi tinggi berbanding baht Thai pada 12.8354/8615 daripada 12.9332/9453. - Bernama
4
08 Mac 2023 09:55am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248582/bisnes/banjir-syarikat-insurans-sedia-segerakan-proses-tuntutan
Banjir: Syarikat insurans sedia segerakan proses tuntutan
AHLI Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) bersedia memberi bantuan kepada pemegang polisi terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini melalui proses tuntutan dipercepatkan dan pertimbangan khas berdasarkan kepada kes mengikut kes.Persatuan tersebut, dalam kenyataan pada Selasa, memaklumkan pemegang polisi diminta menghubungi pengantara atau penanggung insurans untuk mendapatkan nasihat lanjut kerana skop perlindungan, terma dan syarat termasuk langkah bantuan ditawarkan oleh satu syarikat insurans mungkin berbeza dengan yang lain."Kerugian akibat banjir, sila rujuk senarai semak untuk memastikan syarikat insurans anda boleh membantu mempercepatkan proses tuntutan,” menurut kenyataan itu.Senarai Semak adalah seperti berikut:Langkah 1: Semak untuk memastikan polisi anda turut merangkumi perlindungan akibat bencana banjir.Langkah 2: Maklumkan perantara atau syarikat insurans anda dengan butiran jumlah kerugian.Langkah 3: Berikan maklumat lengkap termasuk semua dokumentasi sokongan berkaitan kepada syarikat insurans anda termasuk gambar jika ada.Langkah 4: Bergantung pada keterukan kerugian, syarikat insurans anda boleh melantik penyelaras bebas nilai kerugian untuk membantu anda memfailkan tuntutan anda.Menurut PIAM, walaupun kesedaran pengguna tentang risiko kepada nyawa dan kerosakan harta benda telah meningkat dengan peningkatan kadar pengambilan insurans banjir kenderaan motor (komprehensif) daripada lima peratus untuk tahun penuh 2021 kepada 12 peratus pada (separuh pertama 2022), namun masih terdapat banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan daya tahan kewangan terutamanya dalam kalangan B40.PIAM berkata, perlindungan banjir tersedia secara meluas kepada rakyat Malaysia yang berkemampuan kerana semua syarikat ahli PIAM menyediakan perlindungan banjir di bawah polisi motor dan kebakaran komprehensif dengan premium tambahan tertakluk kepada budi bicara pengunderaitan masing-masing.Bertentangan dengan persepsi biasa, perlindungan banjir adalah berpatutan kerana premium motor tambahan untuk perlindungan banjir dianggarkan antara RM0.08 hingga RM1.74 sehari.Bagi insurans kebakaran, premium tambahan untuk perlindungan banjir (untuk risiko di bawah RM10 juta) hanyalah 0.086 peratus daripada jumlah diinsuranskan, harga yang kecil untuk dibayar memandangkan pendedahan kepada banjir yang telah menyebabkan berjuta-juta kerugian harta benda setiap tahun."Untuk jumlah perlindungan insurans sebanyak RM200,000, ini diterjemahkan kepada premium tambahan sebanyak 47 sen sehari atau RM14 sebulan. Bagi polisi tarif pemilik rumah dan isi rumah, perlindungan banjir dimasukkan sebagai sebahagian daripada perlindungan standard,” katanya.PIAM juga menggalakkan pemegang polisi menyemak polisi motor dan kebakaran mereka untuk memastikan mereka dilindungi secukupnya daripada kerugian banjir dan menghubungi pengantara atau penanggung insurans mereka yang bersedia memberikan bantuan yang diperlukan.PIAM ialah persatuan perdagangan kebangsaan semua syarikat langsung dan insurans semula berlesen untuk insurans am di Malaysia. Pada masa ini, PIAM mempunyai 25 syarikat ahli. - Bernama
4
07 Mac 2023 08:37pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/248560/bisnes/novartis-malaysia-tawar-terapi-inovatif-kepada-pesakit-kolesterol
Novartis Malaysia tawar terapi inovatif kepada pesakit kolesterol
NOVARTIS Malaysia menyediakan rawatan yang berkesan dan berterusan untuk pesakit dalam mengawal kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-C), dengan Sybrava.Presiden Negara Novartis Malaysia, Elwakil Mohamed berkata, Sybrava merupakan terapi inovatif yang membantu dalam menurunkan tahap LDL-C dalam darah sebagai tambahan kepada rawatan penurun kolesterol sedia ada dan pengubahsuaian gaya hidup.Ujar beliau, terapi tersebut menyediakan pengurangan LDL-C yang berkesan dan berterusan, meningkatkan kesihatan pesakit dengan hanya dua dos penyelenggaraan setahun.“Sybrava membantu profesional perubatan merawat individu yang mempunyai kolesterol tinggi walaupun menerima rawatan dengan statin yang boleh diterima secara maksimum.“Gabungan jadual dos penyelenggaraan dua kali setahun yang mudah, serta keupayaan untuk digunakan dalam penjagaan primer dan diberi pengurangan yang berterusan dalam LDL-C adalah pencapaian yang sangat positif dalam penjagaan pesakit," katanya.Menurut El-Wakil, berdasarkan keputusan Orion 10, penyelidikan klinikal, inclisiran memberikan pengurangan LDL yang berkesan sehingga 52 peratus pada pesakit dengan peningkatan LDL-C walaupun terapi penurun kolesterol diterima secara maksimum.“Kami di Novartis Malaysia komited untuk merawat hiperkolesteremia atau paras kolesterol darah tinggi dengan terapi inovatif baharu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
4
07 Mac 2023 05:49pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248536/bisnes/rizab-antarabangsa-bnm-as1143-bilion-pada-28-februari
Rizab antarabangsa BNM AS$114.3 bilion pada 28 Februari
RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.3 billion (US$1=RM4.47) pada 28 Februari 2023.Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.Bank pusat dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$102.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM614.91 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM501.63 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.8 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.06 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.7 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM71.56 bilion).BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM155.52 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.54 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM213.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.02 bilion), deposit lain (RM37.45 bilion), kertas Bank Negara (RM6.7 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.17 bilion). - Bernama
4
07 Mac 2023 04:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248510/bisnes/airasia-tawar-62-penerbangan-tambahan-sempena-aidilfitri
AirAsia tawar 62 penerbangan tambahan sempena Aidilfitri
SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan 62 penerbangan tambahan pada tambang tetap ke tujuh destinasi di Sabah dan Sarawak bermula 19 hingga 30 April ini sempena Aildilfitri.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, harga tiket ditawarkan ialah RM199 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri; dan RM249 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu."Jumlah tempat duduk tersedia ialah 11,400,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa, selain menambah tempahan boleh dibuat bermula hari ini hingga 30 April ini untuk perjalanan bermula 19 hingga 21 April dan 20 hingga 30 April ini.Anthony berharap syarikat penerbangan lain mencontohi langkah AirAsia khususnya semasa tempoh perayaan bagi membolehkan lebih ramai perantau pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga.Mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, Anthony berkata, operasi pencarian akan dimulakan sekiranya terdapat bukti baharu yang dikemukakan kepada kerajaan."Kalau ada bukti baharu, sudah tentu usaha pencarian akan dimulakan segera,” katanya.Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 itu hilang daripada radar kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Beijing.Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di kawasan berkeluasan berjuta kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, namun pesawat MH370 atau bangkainya gagal ditemukan.Mengenai langkah mitigasi ekoran perkhidmatan aerotrain di KLIA dihentikan sementara pada 2 Mac atas faktor keselamatan susulan insiden aerotrain terkandas sehari sebelum itu, Anthony berkata, perkhidmatan bas pengantara antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit telah dipertingkatkan. - Bernama
4
07 Mac 2023 02:44pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/248483/bisnes/mr-diy-dinobat-rakan-kongsi-korporat-cemerlang-2022
MR D.I.Y. dinobat Rakan Kongsi Korporat Cemerlang 2022
SHAH ALAM - Universiti Malaya (UM) menganugerahkan Anugerah Rakan Kongsi Cemerlang 2022 kepada Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad (MR D.I.Y.) sebagai menghargai sokongan dan sumbangan berterusan peruncit tersebut kepada universiti dan komunitinya.MR D.I.Y. ialah penerima tunggal bagi kategori Anugerah Rakan Kongsi Korporat Cemerlang.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, MR D.I.Y. mahu membina sebuah perniagaan yang mampan dan memberi impak positif kepada masyarakat."Pengasas kami, Tan Yu Yeh, merupakan alumni universiti ini dan beliau telah membantu kami untuk memulakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada universiti, para pelajar, dan masyarakat dalam pelbagai bidang termasuk memberikan bantuan berkaitan pandemik, bantuan kewangan kepada para pelajar, mempromosikan konsep kelestarian di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara, serta menambah baik peralatan dan kemudahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).“Usaha sama sejak sekian lama dan saling menguntungkan ini adalah sesuatu yang amat kami hargai, dan anugerah ini merupakan pengiktirafan yang membuktikan bahawa usaha kami telah menghasilkan perubahan. Bagi pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan Kumpulan MR D.I.Y., terima kasih kami ucapkan kepada UM atas pengiktirafan ini,” katanya dalam satu kenyataan.Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr.Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, kerjasama UM-MR D.I.Y. adalah contoh usaha sama universiti-industri yang cemerlang dengan impak yang meluas, menjangkau jauh melangkaui komuniti universiti.Toh Puan Dr Aisyah (tengah) menyampaikan Anugerah Rakan Kongsi Cemerlang 2022 kepada Andrian Ong dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Shaliza Ibrahim.“Pelbagai inisiatif telah kami laksanakan bersama dan memberi impak positif kepada para pelajar, komuniti pengajar, hospital pengajar kami iaitu PPUM serta murid-murid di sekolah menengah di seluruh negara yang merupakan tunjang masa hadapan universiti ini dan negara kita,” katanya.“Sokongan mereka sangat konsisten, pelbagai, dan amat berharga, dan inilah sebabnya kami berbesar hati untuk memilih MR D.I.Y. sebagai 'Rakan Kongsi Korporat Cemerlang UM'. Komuniti Universiti Malaya berterima terima kasih atas segala yang telah dilakukan,” katanya.Program Anugerah Kecemerlangan Universiti Malaya dilancarkan pada tahun 2009 merupakan program anugerah tahunan yang dicipta untuk mengiktiraf kakitangan universiti dan organisasi-organisasi korporat yang telah menyumbang kepada universiti tersebut sehingga meraih kecemerlangan.Dalam edisi 2022 ini, program anugerah itu mengiktiraf seramai 56 ahli akademik, kakitangan dan fakulti UM, serta tokoh awam dan organisasi korporat dalam 45 kategori.Anugerah-anugerah tersebut telah disampaikan oleh Canselor Universiti Malaya, Sultan Perak, Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah dan Pro Canselor universiti, Toh Puan Dr. Aishah Ong dan Tan Sri Ramli Ngah Talib.
4
07 Mac 2023 12:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248360/bisnes/pengeluaran-minyak-sawit-dijangka-terjejas-jika-hujan-berterusan
Pengeluaran minyak sawit dijangka terjejas jika hujan berterusan
PENGELUARAN minyak sawit mungkin boleh terjejas sekiranya hujan lebat berterusan sehingga suku kedua, kata seorang peserta industri.Menurut pengarah syarikat perladangan Ganling Sdn Bhd, Ah Ling, banjir yang melanda pada masa ini dijangka hanya memberi impak minimum kepada pengeluaran, tetapi angka pengeluaran perlu disemak jika hujan berterusan."Sebaik sahaja selepas bulan Disember, kami mengunjurkan pengeluaran domestik meningkat daripada 18.4 juta tan kepada 19.1 juta tan. Mungkin (ia memerlukan) sedikit pelarasan."Biasanya kesan La Nina terhadap pengeluaran sawit berbanding El Nino sangat berbeza. La Nina sangat fizikal tetapi tidak semua kawasan dinaiki air."Dan saya rasa ia sudah mula kering sekarang," katanya pada acara webinar minyak sawit anjuran UOB Kay Hian pada hari Isnin.Beliau berkata, walaupun La Nina boleh mengganggu bekalan pada suku pertama, pengeluaran akan meningkat pada separuh pertama tahun ini dan hingga ke suku pertama 2024.Dan sekiranya El Nino muncul pada separuh kedua tahun ini, ia tidak mungkin memberi kesan kepada bekalan dan harga minyak sawit mentah (MSM) sehingga separuh kedua tahun depan, tambahnya.Beliau seterusnya berpendapat inventori semasa sebanyak 2.1 juta tan kekal menyokong paras harga MSM semasa."Harga MSM dijangka lemah pada separuh kedua tahun ini disebabkan pengeluaran yang lebih tinggi dan permintaan yang lemah," katanya.Namun begitu, beliau berkata, La Nina pada masa ini yang dijangka berakhir bulan ini, masih boleh memberi kesan kepada pengeluaran kacang soya di Argentina dan selatan Brazil, sekali gus melonjakkan harga komoditi itu.Keadaan itu dijangka tidak memberi kesan kepada penanaman kacang soya di Amerika Syarikat, tambah Ling. -Bernama
4
06 Mac 2023 04:19pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248355/bisnes/permintaan-minyak-sawit-2023-dijangka-melonjak-1985-juta-tan
Permintaan minyak sawit 2023 dijangka melonjak 19.85 juta tan
PERMINTAAN terhadap minyak sawit Malaysia djangka melonjak kepada 19.85 juta tan tahun ini berbanding 19.01 juta tan yang disaksikan semasa 2022 berikutan eksport dijangka menokok kepada 16.44 juta tan daripada 15.73 juta tan sebelum ini.Baki permintaan dijangka datang daripada domestik (2.98 juta tan) serta penggunaan bagi pengeluaran biodiesel (440,000 tan), kata Presiden Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India Sudhakar Desai.Lonjakan dalam permintaan ini kebanyakannya datang dari India termasuk peralihan permintaan minyak sawit dari Indonesia ke Malaysia disebabkan sekatan eksport negara tersebut, yang mana, ini akan membantu meningkatkan permintaan dan mengurangkan stok sedia ada di Malaysia.Malaysia diramalkan mempunyai 4.33 juta tan stok pada penghujung 2023, lebih tinggi berbanding 4.22 juta tan pada tahun lepas, manakala pengeluaran keseluruhan dijangka berkembang sederhana sebanyak 2.6 peratus kepada 18.95 juta tan tahun ini."Ia bukan pertumbuhan yang besar. Pengeluaran masih tidak stabil di Malaysia," katanya semasa webinar minyak sawit UOB Kay Hian hari ini.Gabungan penghasilan Malaysia-Indonesia diunjurkan mencecah 68.72 juta tan pada 2023, dengan eksport sebanyak 44.63 juta tan.Indonesia membekalkan 57.09 juta tan minyak sawit kepada angka keseluruhan pengeluaran.Sudhakar berkata India, pengguna minyak sawit kedua terbesar, diunjur mengimport 14.37 juta serta minyak sayuran pada 2022/2023, yang mana, 9.3 juta tan adalah minyak sawit, 3.01 juta tan adalah minyak kacang soya dan 2.01 juta tan adalah minyak bunga matahari."Seperti negara lain, India perlu mengambil stok apabila terdapat penurunan harga yang mendadak. Bagi saya, ia kelihatan seperti permintaan terhadap minyak sayuran telah memulih," katanya.Tambah beliau, harga minyak sawit telah turun daripada paras kemuncak April 2022 dan berlegar pada paras semasa iaitu lebih RM4,200 satu tan.Harga minyak kacang soya pula menurun sebanyak 37 peratus dan harga minyak bunga matahari telah menyusut 43 peratus.Pada skala global, pengeluaran minyak sawit dijangka mencecah 79.22 juta pada 2022/2023, aliran menaik 10 peratus daripada 2021/2022. Sebaliknya, permintaan global terhadap kacang soya adalah lebih rendah sebanyak 0.3 peratus kepada 60.19 juta tan.Pengeluaran minyak sawit global dianggarkan berkembang 4.81 peratus kepada 78.12 juta tan, manakala kacang soya bertambah 2.82 peratus kepada 60.61 juta tan. - Bernama
4
06 Mac 2023 03:57pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/248351/bisnes/tune-talk-tawar-pakej-perpaduan-insurans-kemalangan-diri
Tune Talk tawar Pakej Perpaduan, insurans kemalangan diri
TUNE Talk Sdn Bhd (Tune Talk) telah menyertai Pakej Perpaduan Prabayar Mudah Alih (Pakej Perpaduan) dengan harga RM30 dan mengambil inisiatif menawarkan insurans kemalangan diri (PA) percuma kepada pelanggannya untuk membantu dan meringankan bebanan mereka.Ketua Pengarah Eksekutif Tune Talk, Ameen Amaendran, Tune Talk berbesar hati diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada program Pakej Perpaduan untuk membantu golongan sasaran.Menurutnya, selain menawarkan 30GB data internet, Tune Talk juga memberi lebih nilai dengan menawarkan lima talian untuk satu keluarga bertujuan untuk meringankan bebanan rakyat.“Kami memahami situasi ekonomi rakyat dan sentiasa mendengar kehendak pengguna. Kami berharap inisiatif ini dapat mendorong pengguna dalam kehidupan seharian terutamanya dengan PA percuma yang kami tawarkan,” katanya dalam satu kenyataan.Ameen Amaendran berkata, inisiatif Pakej Perpaduan yang diambil oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu sejajar dengan matlamat Kerajaan Perpaduan dan Tune Talk untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dan memastikan misi rangkaian digital akan tercapai.Pakej Perpaduan menawarkan harga lebih rendah khusus untuk golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).Ia menawarkan pelan prabayar dengan kelajuan lebih tinggi, namun pada harga yang lebih rendah.Golongan yang layak dapat menikmati 30GB data internet dengan kelajuan tiga Megabait sesaat (mbps) hanya RM30 dan ianya sah selama 180 hari.Jika kuota data habis digunakan sepenuhnya sebelum tempoh sah 180 hari, pengguna boleh melakukan penambahan data dengan membeli pas Internet.
4
06 Mac 2023 03:47pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248347/bisnes/sedania-as-salam-jalin-kerjasama-dengan-wasiyyah-shoppe
Sedania As Salam jalin kerjasama dengan Wasiyyah Shoppe
ANAK syarikat Fintech Sedania Innovator Bhd (Sedania), Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (Sedania As Salam) bersetuju untuk membantu mengembangkan produk dan servis syarikat amanah patuh syariah, Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah Shoppe) kepada rangkaian luas institusi perkhidmatan kewangan (FSI) menerusi satu jalinan kerjasama pada Isnin.Ketua pegawai eksekutifnya, Nisa Ismail berkata, pihaknya akan bertindak sebagai pemudah cara dari segi prosedur dan undang-undang bagi produk serta servis syarikat yang diperkenalkan berkenaan.“Umum mengetahui, antara produk Wasiyyah yang mendapat perhatian ramai adalah aplikasi UsraHDD dalam melaksanakan akad dan penyimpanan dokumen hibah secara atas talian. Teknologi yang diperkenalkan itu sedikit sebanyak menjadi pemudah cara kepada orang ramai.“Pihak Sedania pula akan bertindak dengan mengiklankan produk tersebut di institusi perbankan dengan melicinkan segala pengurusannya dari segi prosedur dan undang-undang.“Contohnya, jika seseorang individu itu membuat pembelian rumah menerusi sesebuah bank. Pihak bank dapat memperkenalkan pakej hibah berserta prosedur yang lengkap dan mudah kepada dia jika ingin membuat sebarang pewarisan terhadap ahli keluarga tersayang seperti anak angkat,” katanya semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di Hotel Avante di sini.Beliau menambah, kerjasama ini juga membolehkan Sedania As Salam menerokai pasaran hartanah Islam yang sedang berkembang dengan nilaian sekitar RM200 bilion.Jelasnya, ia juga diyakini dapat mempertingkatkan keupayaan Wasiyyah Shoppe untuk berkembang dengan lebih jauh.“Kami menjangkakan akan memperoleh sebahagian besar daripada pasaran hartanah Islam tahun ini kerana hanya 0.2 peratus daripada 15 juta umat Islam di Malaysia telah melaksanakan hibah setakat ini,” kata Nisa.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Ariffin Sabirin berharap, kerjasama yang dijalinkan ini dapat membuka peluang besar bagi mereka untuk melindungi kekayaan dan pewarisan harta dalam kalangan umat Islam di negara ini.“Dengan gabungan keupayaan penyedia platform digital yang mantap dan syarikat pemegang amanah terkemuka, kami juga boleh membina potensi kejayaan daripada pasaran hartanah Islam dan mengembangkan lagi ke arah menyediakan hibah untuk produk perbankan runcit dalam masa terdekat,” ujar beliau.
4
06 Mac 2023 03:39pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/248343/bisnes/hwc-coffee-sasar-buka-40-cawangan
HWC Coffee sasar buka 40 cawangan
HWC Coffee Malaysia (HWC Coffee) menyasarkan untuk membuka 40 cawangannya di seluruh Malaysia pada tahun ini dan memperkenalkan kedai Flagship luar negara pertama di Brunei pada pertengahan April depan.Ketua Pegawai Eksekutif HWC Coffee Malaysia, Zenda Ng berkata, rangkaian kedai kopi itu juga akan mula mengendalikan kedai Flagship dan Akademi Kopi di Malaysia mulai Mei.Menurutnya, sejak kedai jenama pertama HWC Coffee dibuka di sebuah pusat beli-belah di negara ini pada April 2022, rangkaian itu telah berkembang pesat dengan membuka 15 cawangannya dalam masa sembilan bulan sahaja.“Pada tahun 2023, HWC Coffee berjaya melancarkan kedai mini di tiga bangunan rumah inap yang terkenal. Sehingga Februari, HWC Coffee mempunyai 18 cawangan,” katanya dalam satu kenyataan.Ng berkata, HWC juga merancang untuk membuka cawangannya di Pulau Pinang pada April dan di bandar-bandar utama lain.Mengulas lanjut, beliau berkata, Flagship Store dan Akademi Kopi di Malaysia terletak di Lembah Klang dan dibuka pada Mei nanti.“Kedai utama akan menyediakan pilihan kopi dalam kualiti dan harga yang berbeza untuk memenuhi pilihan pelbagai penggemar kopi manakala akademi kopi akan menekankan latihan barista, kursus pendek dan pengalaman kopi hujung minggu.“Kami juga akan memperkenalkan perkhidmatan klinik kopi unik HWC Coffee dari Taiwan ke Malaysia dan melibatkan pelanggan tempatan serta penggemar kopi dengan cara yang menarik," kata Ng.Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan HWC Coffee, syarikat itu menganjurkan lawatan ke Taiwan pada awal Mac dengan menjemput pengamal media dari Malaysia dan Brunei, pencipta kandungan dan rakan niaga mengalami proses penuaian dan pemprosesan kopi, pemanggangan dan pembungkusan di mana HWC Coffee diasaskan.“Matlamat program ini adalah untuk mempromosikan komitmen HWC terhadap konsep Dari Ladang ke Cawan dan profesionalisme HWC Coffee,” katanya.Sementara itu, HWC telah mengumumkan pelantikan selebriti Malaysia, Jack Tan dan Natasha Sass sebagai HWC Friends.Rangkaian kedai kopi itu juga akan melancarkan biji kopi bermusim serba baharu sempena pembukaan kedai utamanya di Malaysia.Dua koleksi tersebut ialah HWC Taiwan Alishan Honey Roasted Coffee Bean dan HWC Ethiopia Yirgacheffe Roasted Coffee Bean, dengan pensijilan Halal daripada Persatuan Pembangunan Integriti Halal Taiwan.
4
06 Mac 2023 03:21pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248288/bisnes/julies-perkenal-siri-biskut-baharu-charm
Julie's perkenal siri biskut baharu, Charm
PENGELUAR biskut berjenama popular, Julie’s melancarkan rangkaian produk biskut baharu, Charm yang diinspirasikan daripada pencuci mulut lazat, siri biskut pertama sejak penubuhannya.Pengarah Julie's Biskut, Tzy Horng Sai berkata, Charm diciptakan khas bagi menyuntik rasa pencuci mulut popular dan klasik serta yang mudah dimakan.Menurutnya, biskut Charm itu boleh didapati dalam dua perisa yang lazat iaitu Double Chocolate (coklat berganda) and Tiramisu."Sejak penjenamaan semula syarikat pada tahun 2020, kami sentiasa mengambil pendekatan yang lain dari yang lain dalam memperkenalkan produk baharu di pasaran."Jenama Julie’s adalah sinonim dengan biskut yang berkualiti di kalangan pengguna."Justeru, dengan rangkaian biskut baharu ini, kami bukan sahaja ingin memperkenalkan produk yang lazat dan berkualiti, tetapi juga mahu memberi inspirasi positif kepada pengguna," katanya dalam majlis 'Me, Myself and Charm' bagi pelancaran biskut baharu di APW Bangsar, di sini, pada Jumaat.Menurut Horng Sai, Malaysia menjadi negara pertama yang melancarkan produk biskut Charm, dan akan dilancarkan secara berperingkat di luar negara.Katanya, idea di sebalik biskut Charm itu adalah bagi mewujudkan produk untuk orang ramai boleh nikmatinya sebagai cara memanjakan diri.Pengarah Julie's biskut, Tzy Horng Sai (tengah) ketika menuang 'simbolik bagi pelancaran biskut baharu di majlis 'Me, Myself and Charm', APW Bangsar, di sini, pada Jumaat.Dengan produk ini, kami ingin mengingatkan pengguna untuk membenarkan diri menikmati sesuatu seperti Charm sekali-sekala dalam kehidupan mereka sebagai salah satu cara 'self-love'.""Kami berharap produk baru ini dapat membawa impak positif dalam kehidupan pengguna,"katanya.Double Chocolate adalah biskut berperisa coklat gelap yang merupakan perisa popular kegemaran ramai dan ia mempunyai tekstur licin dan berkrim yang cair di dalam mulut apabila dimakan.Perisa Tiramisu pula lebih unik dan jarang dijumpai dalam bentuk biskut, menjadikannya pilihan yang menarik untuk pengguna yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.Charm direka untuk dinikmati sebagai snek persendirian, atau dihidangkan bersama kopi dan teh, serta boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat kek.Orang ramai yang ingin merasai biskut Charm boleh membelinya di dalam talian melalui kedai rasmi Julie’s di Shopee and Lazada atau kunjungi kedai serbaneka atau pasar raya besar berdekatan.Lawati laman web atau ikuti di Facebook dan Instagram Julie’s, dengan melayari pautan www.facebook.com/JuliesBiscuits dan www.instagram.com/juliesbiscuits untuk maklumat lanjut.
4
06 Mac 2023 10:35am
MOHD AZLIM ZAINURY
https://www.sinarharian.com.my/article/248111/bisnes/pokanime-planet-bergabung-di-amcorp-mall
Pokanime Planet 'bergabung' di Amcorp Mall
BARANGrare, vintage klasik, antik atau apa sahaja nama diberikan, barangan dijual di Amcorp Mall di sini memiliki nilai sentimental terutama bagi pengumpul barangan lama.Pelbagai pilihan barang vintage digunakan sejak era tahun 1950-an hingga 1990-an boleh didapati di tiga aras bangunan Amcorp Mall dalam tempoh tiga hari bermula Sabtu pada jam 10 pagi sehingga 8 malam.Lebih menarik acara Pokanime Planet Mini anjuran Rasta Creation Sdn Bhd turut berjalan serentak dan ia merupakan julung-julung kalinya diadakan hasil gabungan dua pihak mewakili golongan muda dan vendor barangan rare dan vintage.Pengerusi Pokanime Planet, Rasta Rashid berkata, acara itu diadakan kerana mahu pengunjung berpeluang merasai pengalaman sekali seumur hidup yang menampilkan watak-watak anime serta jualan pelbagai barangan antik, aksesori dan pelbagai lagi.Rasta Rashid"Mini pelancaran ini juga bagi mempromosikan acara Pokanime Planet pada 17 hingga 18 Jun di Exhibition Center Pavilion Bukit Jalil dan sebagai menguar-uarkan kehadiran Pokanime Planet bagi tahun kedua sekali gus membantu meraih pengunjung di Amcorp Mall."Acara turut membantu mempromosikan acara 'cosplay' dengan kerjasama 'collectors pick' yang mana vendor terdiri daripada penggiat barangan antik bergabung dengan peminat 'cosplay' di bawah satu bumbung."Pokanime Planet turut membuka booth jualan tiket serta pembelian booth bagi acara bakal berlangsung pada Jun di Exhibition Center Pavilion Bukit Jalil nanti," katanya ditemui Sinar Harian di Amcorp Mall di sini pada Sabtu.Hadir sama, penganjur bersama mewakili Amcorp Mall, Edward Loong Jit Wai dan wakil vendor, Zahari Mahmood yang juga merupakan bekas wartawan.EdwardSelain itu, menurut penganjur, acara juga bertujuan mencipta peluang menyumbang kepada ekonomi negara menerusi pendekatan 6P iaitu pelancongan, perniagaan dan pekerjaan, pendidikan, pengangkutan, persembahan serta promosi.Meninjau tapak jualan itu juga, pengunjung pastinya rambang mata melihat dan memilih pelbagai barangan vintage dan rata-ratanya pasti teruja menatap sesuatu barang yang diklasifikasikan sebagai klasik.Barangan seperti aksesori motosikal, kereta sorong bayi, tin minyak, basikal, botol minuman, perhiasan rumah, jam, pakaian mahupun kereta dan motosikal lama antara dipamer dan dijual di situ.Mini pelancaran ini juga bagi mempromosikan acara Pokanime Planet pada 17 hingga 18 Jun di Exhibition Center Pavilion Bukit Jalil. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIBPastinya pengunjung berusia 50 tahun ke atas berpeluang menggamit nostalgia mengenainya yang menceritakan pelbagai kisah suka duka.Bagi generasi muda, mereka bertuah kerana masih berpeluang menimba pengalaman memenuhi kotak minda selain memperkaya perbendaharaan ilmu dengan menjana pengetahuan baharu.Sementara itu, Edward berkata, dalam acara berkenaan pengunjung dapat menyaksikan 258 peniaga membawa bersama barangan yang mempunyai keunikan tersendiri malah pembeli boleh tawar-menawar.Rasta (lima dari kiri), Edward (lima dari kanan) dan Zahari (empat dari kiri) bergambar bersama watak-watak anime di Amcorp Mall. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB"Setiap satunya mempunyai cerita, tidak hairan walaupun ada sesetengah barangan itu dijual pada harga tinggi sekali pun peminatnya sanggup membayar semata-mata hasrat untuk memilikinya tercapai," katanya.
4
04 Mac 2023 04:34pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/248095/bisnes/axiata-enterprise-rakuten-symphony-bawa-penyelesaian-open-ran
Axiata Enterprise, Rakuten Symphony bawa penyelesaian Open RAN
AXIATA Group Berhad menerusi Axiata Enterprise dengan Rakuten Symphony mengumumkan perjanjian yang menyaksikan Rakuten Symphony membekal dan menyampaikan perkhidmatan telekomunikasi rangkaian persendirian di Malaysia, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh, Kemboja dan Indonesia.Axiata dalam kenyataan berkata, melalui perjanjian itu, Rakuten Symphony dan Axiata akan membawakan penyelesaian Rangkaian Akses Radio Terbuka (Open RAN) inovatif yang kini digunakan oleh Rakuten Mobile di Jepun kepada pelanggan perniagaan di seluruh Asia Selatan yang ingin menggunakan rangkaian tanpa wayar persendirian perusahaan yang mematuhi RAN Terbuka.Menurut kenyataan itu, Rakuten Symphony membantu syarikat telekomunikasi di seluruh dunia dengan penggunaan perkhidmatan rangkaian ‘cloud-native’ sepenuhnya berdasarkan piawaian terbuka dan automasi dan orkestrasi lanjutan.“Ini sekali gus membolehkan syarikat membina rangkaian mudah alih secara selamat dan terbuka dengan mudah pada kelajuan tinggi dan kos rendah,” katanya.Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Enterprise, Dr Gopi Kurup berkata, perjanjian dengan dengan Rakuten Symphony memberikan pemilik perniagaan dan perusahaan di ASEAN dan Asia Selatan dapat meningkatkan tahap permainan mereka melalui teknologi Rangkaian Akses Radio Terbuka (O-RAN) ‘Private 4G’ dan rangkaian teknologi 5G.“Dengan menjadi antara penggerak pertama dalam Enterprise 5G dan Perkhidmatan Pintar domain, Syarikat Operasi kami (“OpCos”) diutamakan sebagai Pembekal Perkhidmatan pilihan,” jelasnya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Mobile dan Rakuten Symphony, Tareq Amin menjelaskan pihaknya teruja dengan perjanjian bersama Axiata Enterprise untuk menggunakan inovasi Rakuten Symphony Produk RAN terbuka.“Selain dibungkus sebagai penyelesaian rangkaian dalam kotak kepada pelanggan perniagaan mereka di seluruh Asia dengan menyediakan penyelesaian telco perusahaan swasta,” katanya.Rakuten Mobile telah menetapkan pelbagai mercu tanda industri dengan pelancaran skala penuh perkhidmatan mudah alih komersialnya pada rangkaian mudah alih ‘cloud-native’ maya sepenuhnya yang pertama di dunia pada tahun 2020.Rakuten Symphony yang dilancarkan pada 2021 kini membawakan penyelesaian infrastruktur dan platform 4G dan 5G di bawah sepanduk global tunggal kepada pengendali di seluruh dunia.Pendekatan inovatif untuk membina rangkaian mudah alih itu membawa kedua-dua kos dan operasi kecekapan, serta kepantasan dalam menggunakan perkhidmatan baharu dan menjana pendapatan tambahan aliran untuk pengendali.Jelas kenyataan itu, perjanjian itu adalah sejajar dengan visi Axiata untuk membina yang terbaik dalam kelasnya dengan perkongsian untuk membangun dan menyediakan penyelesaian termaju kepada pelanggannya di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara.
4
04 Mac 2023 03:06pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248086/bisnes/kerajaan-sedia-rm50-juta-buat-usahawan-francais-tahun-ini
Kerajaan sedia RM50 juta buat usahawan francais tahun ini
KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini untuk menyediakan skim pembiayaan bagi membantu usahawan francais, menurut menteri berkenaan, Datuk Ewon Benedick.Beliau berkata, peruntukan itu meliputi Skim Pembiayaan Francaisi/Francaisor, Skim Pembiayaan Pra-Francais/ Pra-Francaisor; Skim Pembiayaan Pra-Francais (Lisensor/Lisensi), Skim Pembiayaan BIT Pra-Francaisor/Pra-Francaisi dan Skim Recurve."Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak RM299 juta pembiayaan francais disediakan kepada 1,859 usahawan francais melalui pelbagai skim pembiayaan."Sebagai agensi di bawah Kuskop, Pernas berperanan untuk pembangunan usahawan francais. Pernas juga akan memberikan pelbagai bantuan dan sokongan kepada usahawan termasuk kemudahan pembiayaan, latihan dan membuka peluang kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk meneroka bidang keusahawanan francais,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Business in Transformation Expo 2023 (BITe) di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alampada Sabtu yang turut dihadiri Timbalan Menteri, Kuskop K.Saraswathy dan Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin.Menurutnya, penganjuran BITe 2023 yang berlangsung selama dua hari dan berakhir esok mampu menggalakkan penyertaan usahawan baharu selain membantu usahawan mikro dan kecil memperkenalkan model perniagaan dan mengembangkan jenama.Selain itu, Ewon berkata, program Business In-Transformation (BIT) mampu membantu usahawan mikro dan kecil menjalankan perniagaan dengan lebih kompetitif serta efisien.Beliau berkata, sehingga 31 Disember 2022, Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 313 usahawan BIT berjumlah RM9.9 juta."Pakej pembiayaan pra-francaisi BIT juga telah ditambah baik dengan kemudahan pembiayaan sehingga RM50,000 untuk memberi peluang kepada bakal usahawan memiliki konsep perniagaan lebih baik."Penambahbaikan ini telah memberi peluang kepada ramai peniaga mikro dan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan penambahan outlet,” katanya.Sementara itu, Hazimah berkata, pihaknya menyasarkan untuk membangunkan 24 pra-francaisor dan 240 pra-francaisi daripada kalangan usahawan BIT pada tahun ini dalam usaha meramaikan lagi usahawan sekali gus memperbanyakkan jenama francais tempatan."Apa yang membanggakan, penyertaan usahawan mikro dalam program BIT telah melahirkan seramai 1,400 pra-francaisi sekali gus mencipta lebih 2,800 peluang pekerjaan baharu," katanya. - Bernama
4
04 Mac 2023 02:29pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/248024/bisnes/ringgit-ditutup-rendah
Ringgit ditutup rendah
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS kerana sentimen pasaran tempatan kekal lemah berikutan pendirian agresif Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat.Pada jam 6 petang, ringgit jatuh kepada 4.4765/4780 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 pada Khamis.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pegawai Fed telah memberi amaran bahawa kadar faedah yang lebih tinggi mungkin berlaku, menyebabkan lebih ramai pelabur memilih aset-aset yang lebih selamat."Kita juga menyaksikan lantunan kukuh dalam sektor perkhidmatan di China yang mana indeks pengurus pembelian perkhidmatan Caixin/S&P Global meningkat kepada 55.0 pada Februari daripada 52.9 pada Januari."Bagaimanapun, ia diimbangi oleh data hasil 10 tahun Perbendaharaan AS yang lebih tinggi yang berada pada 4.06 peratus pada masa ini, menjadikan aset-aset Malaysia tidak menarik,” katanya kepada Bernama.Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Unit tempatan itu merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2877/2890 daripada 3.2772/2813 semalam dan menurun berbanding pound Britain kepada 5.3642/3660 daripada 5.3546/3606, tetapi ia meningkat berbanding euro kepada 4.7487/7503 daripada 4.7539/7592 semalam.Sementara itu, ringgit juga kebanyakannya diniagakan lebih rendah berbanding beberapa mata wang Asean.Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3255/3269 daripada 3.3210/3252 semalam, jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.8998/9105 daripada 12.8583/8789 dan menurun berbanding peso Filipina kepada 8.16/8.17 daripada 8.13/8.14.Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 292.30/292.60 daripada 292.60/293.20 semalam. - Bernama
4
03 Mac 2023 07:43pm
FARAH SHAZWANI ALI
https://www.sinarharian.com.my/article/248000/bisnes/tepatkah-langkah-ltat-menswastakan-bousted
Tepatkah langkah LTAT menswastakan Bousted?
INSTITUSI keselamatan sosial dan badan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Tabung Haji serta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) seharusnya memainkan peranan sekadar menjadi pelabur ekuiti dalam syarikat tersenarai tanpa pegangan yang dominan, kata pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi."Institusi keselamatan sosial dan badan berkanun tidak sesuai mahupun layak menguruskan operasi syarikat," kata beliau dalam satu ciapan di Twitter hari ini.Nada serupa disuarakan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Johari Ghani di mana semasa berhujah di Parlimen telah menyarankan kepada kerajaan supaya dana pelaburan berkaitan kerajaan - LTAT, PNB, KWAP, TH & EPF mengehadkan pelaburan mereka di dalam mana-mana syarikat kepada tidak lebih dari 5% - 10% saham dalam sesebuah syarikat.Malaysia kata beliau, harus melihat kaedah pelaburan yang diguna pakai oleh negara- negara maju di dunia yang kebiasaannya hanya melabur sebanyak 5% dalam satu-satu syarikat."Dan sekiranya syarikat yang dilabur wujud masalah atau pengurusan yang lemah, mereka boleh mudah menjualnya."Ini bagi membolehkan dana-dana awam yang dilabur dapat diselamatkan dan sekaligus kerajaan tidak perlu diheret dalam langkah 'bailout'," ujar beliau.Mereka mengulas mengenai langkah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menawarkan 40.58 peratus saham pengambilalihan secara sukarela bersyarat kepada lembaga pengarah Boustead Holdings Bhd (BHB), semalam.Terdahulu, LTAT telah membuat tawaran pengambilalihan sukarela untuk semua sa... yang belum dimilikinya dalam BHB pada & sen sesaham.Tawaran itu adalah susulan kerugian besa suku tahunannya sebanyak RM402 juta, termasuk kemerosotan nilai yang ditangg oleh Pharmaniaga Bhd sebanyak RM552 juta akibat kegagalan menjual stok vaksin Covid- 19.LTAT memberi tawaran untuk membeli 40.58 peratus saham yang tidak dipegang oleh LTAT dan dana pencen angkatan tentera tersebut dijangka mengeluarkan RM703.25 juta untuk perjanjian itu, dan menurut pemfailan di Bursa Malaysia, LTAT dikatakan tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian BHB.Sementara itu, Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Profesor Geoffrey Williams berkata penawaran tersebut akan memberi kesan kepada prestasi dana LTAT dan dividen serta pencen untuk kakitangan dan pesara Angkatan Tentera."Terdahulu, disebabkan oleh prestasi kewangan Pharmaniaga, ia memberi pulangan pelaburan yang lemah kepada BHB dan berikutan penawaran ini mengakibatkan LATA menanggung kos untuk mengambilnya secara persendirian dan menampung kerugian berkaitan," kata beliau.Secara keseluruhan, Williams berkata ia berpotensi menyebabkan lebih banyak skop kerugian dalam satu segmen dilindungi oleh keuntungan dalam segmen lain yang tidak cekap atau menunjukkan prestasi yang kewangan yang cemerlang serta boleh merosakkan prestasi keseluruhan."Isu ini memberi implikasi yang lebih luas terhadap prestasi LTAT sebagai dana pencen yang menjadi perhatian selama bertahun- tahun," ujar beliau lagi.Namun seorang lagi penganalisis, Wan Mohd Farid Wan Zakaria berkata, langkah LTAT ini perlu untuk memastikan kelangsungan LTAT itu sendiri.Beliau yang merupakan pensyarah kanan Fakulti Pengurusan & Perniagaan UiTMmenambah, "untuk jangka masa pendek, LTAT perlu melindungi dan menjamin kelangsungan mereka"."Jika transaksi korporat ini tidak dilakukan sekarang dan LTAT menunggu dengan lebih lama sambil berharap situasi akan bertambah baik, adakah situasi akan bertambah baik untuk Boustead?"Atau adakah ia akan bertambah buruk? Ketidaktentuan ini terlalu tinggi dan membawa risiko yang besar kepada LTAT yang perlu menjamin kebolehan Lembaga itu membayar dividen yang baik untuk pencarum untuk warga Angkatan Tentera Malaysia," ujar beliau.Namun, LTAT perlu memastikan ketelusan dan tata kelola yang baik diutamakan dalam penstrukturan semula Boustead jika berjaya dalam langkah penswastaan ini ekoran pelbagai masalah yang melanda anak-anak syarikat Boustead Holdings sebelum ini, kata beliau. - DagangNews.com
4
03 Mac 2023 05:45pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/247916/bisnes/tawaran-epik-sempena-jualan-hebat-ulang-tahun-ke-11-lazada
Tawaran Epik sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada
LAZADA menerusi Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang diadakan bermula 2 Mac hingga 13 Mac 2023 merupakan festival membeli-belah 11 hari yang paling epik dengan pelbagai tawaran hebat, diskaun, ganjaran, shoppertainment menarik dan penjimatan berganda.Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, sempena ulang tahun yang ke-11 ini, Lazada membawakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih relevan, lancar di samping keceriaan shoppertainment dan yang paling penting tawaran pada harga yang berpatutan dan pembelian yang berbaloi sekali gus membolehkan orang ramai lebih berjimat.“Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 kali ini juga merupakan peluang komersil untuk pelbagai jenama terkemuka di LazMall serta para penjual dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Lazada Marketplace untuk memaksimumkan keuntungan dan menggapai jutaan pelanggan di seluruh Malaysia.“Sama ada pelanggan membeli produk dari penjual tempatan, mahupun luar negara atau jenama antarabangsa, yang pastinya orang ramai akan jimat apabila mereka membuat tindanan baucar, digandakan dengan diskaun, ganjaran dan baucar Penghantaran Percuma,” katanya dalam satu kenyataan.Chan berkata, pelanggan boleh berjimat dengan tindakan baucar, 'cashback' tiap hari, Lazada Bonus, LazCoins dan baucar penghantaran percuma.Lazada menawarkan pelbagai tawaran menarik sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang diadakan bermula 2 hingga 13 Mac depan.“Bermula 3 hingga 5 Mac 2023, nikmati diskaun hingga 90 peratus untuk jenama terpilih di LazMall menerusi 'Crazy Brand Mega Offers'. Pelanggan juga boleh merebut produk dengan harga terendah menerusi promosi Mesti Beli.“Chup Dulu pula menjanjikan kepada pelanggan penjimatan berganda dengan hanya meletakkan deposit terlebih dahulu sebelum bermulanya Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada pada 2 Mac, jam 8 malam,” katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Diskaun Jualan Hebat Ulang Tahun, Ain Edruce dan Duta Jenama Lazada, Nora Danish dan Nabila Razali serta tetamu selebriti Dolla dan Tasnim Shah akan memberikan kata kunci tertentu yang boleh dikumpulkan sepanjang enam episod LazLive..“LazLive akan disiarkan secara serentak di YouTube, Facebook, TikTok, dan Twitter Lazada Malaysia pada 2 Mac 2023, jam 7.30 malam hingga 9.30 malam dan pada 3 hingga 7 Mac 2023, jam 9 malam hingga 11 malam.“Setiap strim langsung LazLive akan memaparkan tawaran dari pelbagai jenama terkemuka, di mana penonton juga boleh mengundi untuk mendapatkan penjimatan dan diskaun tambahan, serta peluang untuk memenangi baucar istimewa bernilai lebih daripada RM50,000,” katanya.Lazada juga menawarkan pelbagai tawaran istimewa lain antaranya menerusi Kotak Kejutan, pelanggan juga berpeluang mendapatkan produk unik dan terkini dari LazGlobal, Taobao dan Pertandingan Motor 3.3 Grand Giveaway.Sepanjang Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada, pelanggan boleh membeli baucar digital pada harga diskaun untuk pelbagai pilihan makanan, pakej percutian dan tiket untuk pelbagai tarikan.Pengguna juga boleh mencuba Cabaran Bestie Lazzie untuk mengetahui profil unik membeli-belah mereka berdasarkan perjalanan beli-belah dalam talian mereka selama ini, sebagai ganjaran bonus, mereka yang berkongsi profil unik di media sosial dengan tanda pagar #LazadaMY11Birthday boleh mengumpul ganjaran dan baucar eksklusif.
4
03 Mac 2023 10:57am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247848/bisnes/ltat-swastakan-boustead-dengan-nilai-rm703-juta-atau-855-sen-sesaham
LTAT swastakan Boustead dengan nilai RM703 juta atau 85.5 sen sesaham
KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan menswastakan Boustead Holding Berhad dengan nilai RM703 juta atau 85.5 sen sesaham.LTAT telah mengeluarkan notis mengenai tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat kepada Lembaga Pengarah Boustead untuk baki 823 juta saham dalam Boustead atau 40.58% yang tidak dipegang oleh LTAT.Untuk makluman, Boustead merupakan anak syarikat LTAT dengan kumpulan itu memiliki saham sebanyak 59.42%.Boustead merupakan konglomerat pelbagai dengan perniagaan teras yang merangkumi sektor perladangan, hartanah, perindustrian, farmaseutikal, industri berat, perdagangan, kewangan dan pelaburan.LTAT berkata, tawaran itu tidak bersyarat pada tahap minimum penerimaan kerana mereka sudah sudah memegang lebih daripada 50% saham mengundi dalam Boustead.Bagaimanapun tawaran itu adalah bersandarkan kepada kelulusan Menteri Kewangan atau syor Bank Negara Malaysia (BNM) atau kelulusan BNM dibawah Seksyen 87 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Seksyen 99 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) untuk membenarkan pihak yang menawar memperoleh sehingga 100% kepentingan ekuiti Boustead.Katanya, pengecualian BNM daripada mematuhi Seksyen 110 FSA dan Seksyen 122 IFSA berhubung dengan keperluan untuk LTAT dan/atau syarikat yang dinamakannya diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan Affin Bank Berhad dan entiti berlesen yang berkaitan."Syarat-syarat ini mestilah dipenuhi dalam tempoh 21 hari selepas tarikh tutup pertama, seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pengambilalihan Wajib yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia."Tawaran tersebut merupakan langkah signifikan bagi LTAT dalam pengambilalihan Boustead yang membolehkan fleksibiliti untuk melaksanakan pelan pemulihan kumpulan itu bagi memastikan kemampanan tabung untuk Angkatan Tentera serta pesara tentera, selaras dengan pelan transformasi LTAT yang sedang dilaksanakan," katanya.Dalam pada itu, LTAT pada masa ini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memberhentikan atau menstruktur semula pekerja Boustead sebagai akibat langsung daripada tawaran tersebut."Tawaran itu bukanlah tawaran mandatori daripada LTAT untuk memperoleh semua baki saham mengundi dalam Affin Bank Berhad, Boustead Plantations Berhad, Boustead Heavy Industries Corporation Berhad dan Pharmaniaga Berhad yang belum lagi dipegang oleh LTAT secara langsung atau tidak langsung."Ia kerana LTAT mempunyai kawalan berkanun terhadap Boustead," katanya. - DagangNews.com
4
02 Mac 2023 06:28pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/247762/bisnes/cathay-pacific-tawar-80000-tiket-ke-hong-kong
Cathay Pacific tawar 80,000 tiket ke Hong Kong
SEMPENA kempen World of Winners, ditaja oleh Airport Authority Hong Kong (AAHK) yang akan memberikan 500,000 tiket percuma kepada pelawat global, Cathay Pacific menawarkan 80,000 tiket penerbangan dua hala ke Hong Kong kepada penduduk di seluruh Asia Tenggara.Cathay Pacific dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 7,000 tiket adalah untuk rakyat Malaysia.“Inisiatif ini menyokong kempen Hello Hong Kong oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong ke bandar tersebut apabila sekatan perjalanan ditarik balik.“Di Asia Tenggara, kempen tersebut dilancarkan secara berperingkat bermula dengan Thailand, Singapura dan Filipina masing-masing pada 1, 2 dan 3 Mac 2023. Ia akan disusuli Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Kemboja secara berperingkat dua minggu kemudian,” jelas kenyataan itu.Hong Kong Palace Museum.Menurut kenyataan itu, kempen promosi Hello Hong Kong sedang dilancarkan di seluruh dunia untuk menghantar mesej positif mengenai Hong Kong kembali bersama tarikan dan pengalaman baharu yang menarik menanti pengunjung.“Pelbagai tawaran mesra yang menarik daripada lebih 16,000 cawangan di seluruh bandar telah diatur oleh HKTB melibatkan sektor pelancongan dan perhotelan untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung.“Antaranya, pada peringkat awal, sekurang-kurangnya sejuta baucar penggunaan pelawat 'Hong Kong Goodies' akan diberikan meliputi minuman alu-aluan percuma di bar, restoran dan hotel yang mengambil bahagian atau baucar tunai untuk ditebus dalam pengangkutan, sektor kulinari dan peruncitan serta tarikan,” kata kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, untuk menyertai kempen tersebut, peserta mestilah menjadi ahli Cathay dan mereka boleh mendaftar untuk keahlian percuma di laman web Cathay Pacific.Kempen itu akan berlangsung dari 16 Mac 2023 hingga 22 Mac 2023.Hong KongDalam tempoh ini, ahli mesti melawati laman web kempen Cathay Pacific, log masuk menggunakan butiran keahlian Cathay mereka dan menjawab tiga soalan dengan betul. Hadiah akan diberikan kepada sehingga 7,000 peserta dengan jawapan yang betul.Setiap ahli boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Pemenang akan diumumkan di laman web kempen pada 3 April 2023 dan akan menerima e-mel dengan butiran tentang cara menebus hadiah.Pengurus Besar Serantau Cathay Pacific untuk Asia Tenggara, Dominic Perret berkata, apabila Cathay Pacific dan Hong Kong bangkit daripada tiga tahun yang mencabar dan pasaran mula pulih, pihaknya teruja untuk membina semula syarikat dan habnya.“Sebagai syarikat penerbangan terkemuka di rantau ini, kami berbangga menjadi sebahagian daripada kempen untuk mempromosikan Hong Kong di Asia Tenggara dan kami berharap pelanggan dapat merasai semua tawaran hebat yang Hong Kong tawarkan sebaik mereka menaiki penerbangan kami,” katanya.
4
02 Mac 2023 12:38pm
NORAFIZA JAAFAR
https://www.sinarharian.com.my/article/247759/bisnes/hello-cbp-tawar-bmw-hadiah-keseluruhan-lebih-rm1-juta
Hello CBP tawar BMW, hadiah keseluruhan lebih RM1 juta
CO-OPBANK Pertama (CBP) menawarkan hadiah utama sebuah kereta BMW 2 Series Coupe 218i kepada pelanggan bertuah menerusi Kempen Hello CBP yang berlangsung dari 1 Januari lalu hingga 31 Disember depan.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pelanggan yang melanggan produk seperti Pembiayaan Peribadi Al-Yasser, Pembiayaan Perumahan Al-Amali, Pembiayaan Ar Rahnu, Akaun Simpanan-i Salam dan juga Deposit-i Berjangka sepanjang tempoh itu layak menyertai kempen tersebut.Khairil AnuarMenurutnya, hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1 juta yang ditawarkan itu adalah tertinggi pernah ditawarkan kepada pelanggan.”CBP amat menghargai segala sokongan diberikan dan kami mengharapkan agar terus mendapat sokongan yang berterusan daripada pelanggan,” katanya ditemui pada Makan Malam CEO CBP bersama Editor dan Ketua Pengarang media di Bangunan AICB pada Rabu.Menerusi kempen itu, pelanggan bertuah turut berpeluang memenangi hadiah sebuah motosikal BMW GS310 dan 10 pakej percutian.Khairil Anuar berkata, dari Januari hingga kini lebih 5,000 pelanggan baharu telah melanggan produk pembiayaan di bank tersebut dan layak menyertai kempen berkenaan."CBP menyasarkan lebih 20,000 pelanggan baharu akan disantuni menerusi produk pembiayaan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada tahun ini," katanya.Katannya, CBP akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan keperluan masyarakat di negara ini."Tahun ini, kita menyasarkan pertumbuhan aset kepada RM9 bilion. Untuk ke arah itu, kita perlu bergerak lebih agresif dengan penumpuan kepada produk pembiayaan khususnya produk-produk runcit CBP.Khairil Anuar (kanan) memberikan ucapan pada Makan Malam CEO CBP bersama Editor dan Ketua Pengarang media di Bangunan AICB pada Rabu."Kita juga ada perancangan untuk memperkenal pembiayaan baharu iaitu kepada bisnes-bisnes kecil selain pembiayaan kepada koperasi dan sektor korporat pada tahun ini," katanya.Selain itu katanya, CBP juga ke arah memperkukuh sistem dan infrastruktur bank bagi menyediakan perkhidmatan pembiayaan untuk mengembangkan ekonomi.Pada perkembangan sama beliau berkata, CBP yang mempunyai 29 cawangan di seluruh Malaysia bakal menambah tiga lagi cawangan iaitu Sandakan, Miri dan Kuching pada tahun ini.Ujarnya, pemilihan lokasi tersebut berdasarkan sambutan menggalakkan diterima di Sabah dan Sarawak selain potensi bisnes yang besar di sana.
4
02 Mac 2023 12:30pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247740/bisnes/nilai-ringgit-terus-meningkat-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS
RINGGIT diniagakan tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini dalam situasi yang menyaksikan petunjuk bercanggah daripada Amerika Syarikat mengenai inflasi dan kadar faedah, kata seorang penganalisis.Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4670/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4740 pada penutup Rabu.Data PMI Pembuatan ISM AS, satu lagi indikator inflasi, menambah sedikit kepada 47.7 mata pada Februari daripada 47.4 mata pada bulan sebelumnya tetapi masih di bawah 48.0 mata daripada anggaran konsensus.Ketua Ekonomi & Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, salah seorang pegawai (mengundi) Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS, Neil Kashkari membayangkan beliau terbuka kepada kenaikan 25 mata asas (bps) atau 50 bps dalam mesyuarat yang akan datang pada bulan Mac.Begitu juga, pegawai (bukan mengundi) Raphel Bostic mencadangkan kadar dana Fed sepatutnya berada dalam julat 5.00 peratus hingga 5.25 peratus, dan tahap sebegitu perlu dikekalkan dengan baik sehingga 2024."Pendirian yang menjuruskan kepada kenaikan kadar faedah oleh para pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) terus menjadi tumpuan," katanya kepada Bernama.Justeru, Mohd Afzanizam mengunjurkan ringgit kekal dalam julat sempit berbanding dolar AS menjelang mesyuarat FOMC pada pertengahan Mac.Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro, menyaksikan mata wang itu merosot kepada 4.7618/7698 daripada 4.7580/7612 semalam.Mata wang tempatan turut meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2783/2843 daripada 3.2916/2941 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3693/3783 daripada 5.3956/3992 sebelum ini.Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang Asean.Ia menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3256/3315 daripada 3.3333/3361 pada hari Rabu dan meningkat berbanding Thai baht untuk mencatatkan 12.8381/8652 daripada 12.8484/8637.Mata wang tempatan mengukuh sedikit berbanding peso Filipina pada 8.12/8.14 daripada 8.13/8.14 dan rupiah Indonesia pada 293.10/293.80 daripada 293.40/293.80 semalam. - Bernama
4
02 Mac 2023 10:07am
MOHD AZLIM ZAINURY
https://www.sinarharian.com.my/article/247722/bisnes/bufet-ramadan-cita-rasa-muhibah-di-sacc
Bufet Ramadan 'Cita Rasa Muhibah' di SACC
PUSAT Konvensyen Shah Alam (SACC) kembali dengan tradisi bufet Ramadan bertemakan Cita Rasa Muhibah bermula 25 Mac sehingga 19 April ini.Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Yusof Mahmud, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional hasil daripada pencampuran budaya pelbagai kaum etnik hidup bersama sejak sekian lama."Mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan situasi masyarakat majmuk ini, SACC memilih Cita Rasa Muhibah sebagai tema menu bufet Ramadan kali ini," ujar Mohd Yusof kepada pemberita pada Rabu.Beliau berkata demikian pada Majlis Prebiu Bufet Ramadan SACC 2023 di SACC, Seksyen 14, Shah Alam yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Datuk Mahmud Abad.Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah SACC Convec Sdn Bhd, Azlina Amran.Mohd Yusof menambah, chef SACC diketuai Rizal Nahar bersama-sama kumpulan chef SACC menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC."Setiap kali Ramadan juga, sudah menjadi kelaziman bagi SACC untuk menyediakan hidangan utama iaitu kambing kebuli yang sering menjadi tumpuan pengunjung.Sudah menjadi kelaziman bagi SACC untuk menyediakan hidangan utama iaitu kambing kebuli"Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa seperti ayam bakar bersantan, kambing varuval, ikan stim ala nyonya, daging bakar masak lemak, udang goreng telur masin dan sebagainya."Tambahan lagi, SACC turut menyediakan gerai makanan yang menyajikan mi kari nyonya, apam lenggang, gerai mamak, aneka goreng-goreng, sup periuk dan banyak lagi," tambahnya.Dengan hanya RM98 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak (tujuh hingga 12 tahun), amat berbaloi dengan pakej ditawarkan dan kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah dijamu secara percuma.Bagi yang merancang untuk berbuka bersama rakan niaga atau keluarga, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan penjimatan melalui promosi istimewa kini berlangsung di laman sesawang SACC iaitu www.sacc.com.my/ramadan-buffet dengan hanya RM78 bagi promosi pembukaan enam hari awal dan RM88 bagi promosi pembelian awal Bufet Ramadan SACC 2023.Dalam pada itu, menyedari unjuran agar memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadan, SACC mengambil satu lagi inisiatif bekerjasama dengan MyFundAction dalam membantu mengumpul dana untuk penambahbaikan Program Pendidikan Kanak-Kanak B40 di Selangor.SACC menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik.Mekanisme digunakan adalah melalui setiap baucar pembelian awal bufet Ramadan dijual dengan harga RM88, RM1 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan lain kepada program diamanahkan oleh MyFundAction.Sementara itu, bagi pelanggan korporat, pakej korporat ditawarkan dengan harga bermula daripada RM98 lengkap dengan penggunaan ruang dewan, seleksi menu, sistem audio dan visual khas buat tetamu yang diundang.Untuk pakej ini, pihak yang berminat boleh menghubungi SACC dan berbincang dengan pegawai jualan untuk memastikan sambutan Ramadan dapat berjalan dengan lebih lancar.Tempahan awal boleh dibuat dengan menghubungi SACC di talian 03-5511 8858 dan perkembangan semasa juga boleh diikuti di laman Facebook: SACCOfficialnew dan Instagram: shahalamconventioncentre untuk maklumat lebih terkini.
4
02 Mac 2023 08:35am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247683/bisnes/ringgit-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT meningkat semula selepas tiga hari dagangan berturut-turut mencatatkan penurunan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan data pembuatan China yang kukuh mendorong sentimen risiko.Pada 6 petang, unit tempatan naik kepada 4.4710/4740 berbanding dolar AS daripada 4.4850/4895 pada Selasa.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, unit tempatan diniagakan tinggi selepas Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan China meningkat kepada 52.6 pada Februari 2023, paras tertinggi sejak April 2012, menunjukkan bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu pulih dengan baik."Hari ini adalah hari yang lebih baik berikutan data China yang kukuh dan ini akan menyokong ringgit melalui hubungan eksport Malaysia ke China,” katanya kepada Bernama.Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kenaikan ringgit sejajar dengan penurunan Indeks Dolar AS sebanyak 0.45 peratus kepada 104.397 mata."Paras semasa RM4.4710 agak hampir dengan paras sokongan pada RM4.4612,” katanya.Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Unit tempatan merosot berbanding euro kepada 4.7580/7612 daripada 4.7572/7620 semalam, berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.2916/2941 daripada 3.2799/2835, bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.3956/3992 daripada 5.4152/4206 sebelum ini.Ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3333/3361 daripada 3.3247/3285 pada Selasa, berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8484/8637 daripada 12.6892/7073 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.13/8.14 daripada 8.10/8.12 sebelum ini.Ia naik berbanding rupiah Indonesia kepada 293.40/293.80 daripada 293.80/294.30 semalam. - Bernama
4
01 Mac 2023 08:15pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247685/bisnes/pelaburan-langsung-ke-luar-negara-meningkat-rm6021-bilion
Pelaburan langsung ke luar negara meningkat RM602.1 bilion
JUMLAH pelaburan langsung ke luar negara (DIA) syarikat Malaysia meningkat sebanyak 10.1 peratus kepada RM602.1 bilion pada 2022 berbanding RM547.0 bilion pada tahun sebelumnya.Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang memetik data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, DIA bagi tahun 2022 pula telah mencatatkan peningkatan ketara dengan pelaburan paling tinggi ke Singapura iaitu sebanyak RM126.8 bilion diikuti Indonesia (RM63.5 bilion) dan Belanda (RM38.8 bilion).Bagi tahun 2021, pelaburan langsung ke luar negara mencatatkan pelaburan paling tinggi ke Singapura iaitu sebanyak RM109.4 bilion diikuti Indonesia (RM51.6 bilion) dan United Kingdom (RM35.2 bilion)."Sektor yang menyumbang kepada jumlah DIA tertinggi bagi 2021 adalah sektor perkhidmatan iaitu sebanyak RM374.1 bilion dengan kenaikan sebanyak 8.6 peratus kepada RM406.2 bilion diikuti sektor perlombongan sebanyak RM65.2 bilion pada tahun 2021, meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM76.0 bilion."Sektor perkilangan pula mencatatkan sebanyak RM53.7 bilion pada tahun 2021 dan turut meningkat sebanyak 10.8 peratus pada 2022 kepada RM59.5 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.Kementerian itu menjawab soalan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) yang ingin tahu kedudukan pelaburan negara di luar negeri dan jumlah pelaburan bagi 2021 dan 2022.Aliran keluar DIA yang meningkat terutamanya dalam aktiviti kewangan, perlombongan, perkilangan, dan pertanian menunjukkan daya saing yang tinggi syarikat Malaysia untuk berkembang dan bersaing serta mengambil bahagian dalam rantaian bekalan di peringkat serantau dan global, kata MITI. - Bernama
4
01 Mac 2023 08:02pm
MOHD HAFIZ ISMAIL
https://www.sinarharian.com.my/article/247626/bisnes/insken-catat-rm11-juta-hasil-jualan-178-pekerjaan-baharu
Insken catat RM11 juta hasil jualan, 178 pekerjaan baharu
PROGRAM Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) Bumiputera Business Coaching (IBBC) mengekalkan momentum kecemerlangannya selepas berjaya mencatatkan hasil jualan RM11 juta dan 178 pekerjaan baharu melalui pelaksanaan sembilan program bimbingan pada tahun lalu.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, seramai 251 usahawan telah tamat mengikuti program berkenaan dan 12 daripada mereka telah bertukar status daripada peniaga mikro kepada kecil bimbingan yang dijalankan selama empat bulan."Secara keseluruhan, 54 peratus peserta berjaya mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) program yang ditetapkan iaitu peningkatan hasil jualan minimum sebanyak 20 peratus melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi ini yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” katanya pada Rabu.Ujar beliau, peningkatan jualan itu juga melibatkan sembilan industri antaranya IBBC Kiosk Vendor, Pet Care, Jualan Pasar Raya, Printing dan amp, Related Services dan Postnatal.“Muhammad Mikhail Aiman Mohd Nazari, peserta Program IBBC Printing & Related Services adalah antara yang terbaik kerana berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 223 peratus.“Faktor yang mempengaruhi peningkatan hasil jualan selepas mengikuti program ini adalah apabila beliau konsisten menggunakan semua platform pemasaran serta menambah pasukan jualan, pemasaran dan produksi seperti yang dipelajari serta dibimbing di dalam program IBBC,” katanya.Tambahnya lagi, usahawan yang dilihat bersungguh-sungguh ingin memajukan perniagaan seperti peserta program berkenaan akan terus dibantu dan disokong oleh kementerian termasuklah kesemua agensi.“Laporan peserta program ini seterusnya akan dihantar kepada agensi di bawah kementerian ini untuk dipertimbangkan bagi penyaluran geran, pinjaman serta bantuan yang bersesuaian,” katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, usahawan yang ingin berjaya memerlukan latihan, bimbingan dan sokongan daripada pelbagai pihak.Muhd Firdaus“IBBC merupakan program yang komprehensif kerana dilengkapi dengan semua keperluan tersebut termasuklah kepakaran 'Industry Coach' dan juga rangkaian usahawan.“Gabungan kesemua komponen ini terbukti telah membuahkan hasil yang amat baik. Setiap industri mempunyai peserta cemerlang yang diukur melalui peningkatan hasil jualan serta komitmen mereka,” katanya.
4
01 Mac 2023 04:52pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247612/bisnes/malaysia-sepanyol-meterai-mou-kerjasama-teknologi
Malaysia-Sepanyol meterai MoU kerjasama teknologi
MALAYSIA mengalu-alukan pelaburan daripada pemain industri berkaitan teknologi yang menyertai Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2023, terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,Datuk Seri Chang Lih Kang berkata, Malaysia merupakan destinasi pelaburan yang mahu mengembangkan bahagian pasarannya dalam ekonomi digital, yang seterusnya akan diterjemahkan kepada peningkatan dalam peluang perdagangan dan perniagaan.Sehubungan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dijadual menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Sepanyol dalam bidang STI pada 2 Mac 2023.MoU itu dijangka meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara, khususnya kementerian sains dan teknologi mereka dalam industri STI."Dengan pemeteraian MoU itu, kedua-dua negara akan meneroka kerjasama lanjut dalam STI termasuk bioteknologi, sains angkasa, teknologi baru muncul dan kecekapan tenaga, antara lain," katanya kepada Bernama di luar MWC 2023, di sini.Sementara itu, Chang menekankan bahawa penyertaan MOSTI dalam MWC 2023 telah membuka peluang bagi penerokaan peraturan kecerdasan buatan (AI) dan kaedah untuk pelaksanaan etika AI, yang merujuk kepada beberapa pertimbangan yang berkaitan keselamatan, kebimbangan manusia dan isu alam sekitar."Kami juga mengadakan perbincangan yang sangat bermanfaat dalam memahami teknologi baru muncul dalam telekomunikasi seperti pecutan transformasi digital selain, rangka kerja peraturan AI," katanya.MOSTI telah melancarkan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan Malaysia 2021-2025 yang bertujuan mewujudkan ekosistem inovasi AI kendiri yang berpandukan kepada tujuh prinsip AI yang bertanggungjawab."Bagaimanapun, pada masa ini, tiada rangka kerja dan garis panduan minimum mengenai pelaksanaan prinsip AI yang bertanggungjawab di Malaysia," katanya.Dalam pada itu, Chang berkata, MOSTI sentiasa mencari jalan bagi memastikan ekosistem kawal selia secara keseluruhannya berkesan dan koheren dalam menghadapi cabaran baharu."Malaysia berada di hadapan keluk pada ketika ini, hasil daripada nasihat pakar serta kerjasama dengan agensi tempatan dan syarikat teknologi."Huawei Technologies adalah salah satu syarikat yang berada di barisan hadapan dalam usaha ini dalam menyampaikan visi yang akan membantu kami mewujudkan Malaysia yang didigitalkan."Kerjasama Huawei dengan agensi di bawah MOSTI, Technology Park Malaysia Corp dalam membangunkan platform e-Perkhidmatan Malaysian Research Accelerator for Technology Innovation (MRANTI) untuk mempercepatkan pengkomersialan teknologi, meningkatkan inovasi tempatan dan membangunkan teknologi, sewajarnya dipuji," katanya. - Bernama
4
01 Mac 2023 04:06pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/247592/bisnes/agihan-keuntungan-th-diumum-awal-suku-kedua
Agihan keuntungan TH diumum awal suku kedua
LEMBAGA Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 pada awal suku kedua tahun ini setelah kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.TH dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini agihan keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan kedudukan kewangan awal.“Keputusan ini mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklumbalas awal Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), selaras dengan usaha TH untuk memperkukuhkan operasi, pengurusan dan tadbir urus institusi haji negara,” jelas kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, TH terus kekal komited untuk memberi agihan keuntungan yang mampan dan stabil selari dengan mandat penubuhannya mengurus simpanan umat Islam Malaysia bagi tujuan menyempurnakan Rukun Islam kelima iaitu haji.
4
01 Mac 2023 02:46pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/247578/bisnes/aeon-buka-cawangan-ke-35-di-putrajaya
AEON buka cawangan ke 35 di Putrajaya
AEON bersedia untuk meluaskan perkhidmatannya melalui pembukaan besar-besaran kedai baharunya yang merupakan cawangan ke-35 di Putrajaya pada 2 Mac.AEON dalam satu kenyataan berkata, AEON Putrajaya, di IOI City Mall Putrajaya akan memenuhi keperluan masyarakat di kawasan sekitar, khususnya di Putrajaya dan wilayah selatan Selangor.“Ia akan menjadi cawangan ke-35 sejak 1984. Di kedai baharu ini, pembeli akan berpeluang menerokai Home Coordy terbesar di Malaysia yang terletak di tingkat satu.“Pilihan hiasan dan kelengkapan rumah yang luas ini pasti memenuhi keperluan mana-mana pembeli yang arif. Ia juga membawa label fesyen eksklusif AEON, termasuk SCAR, Plus Collection, ti:zed, dan Guys' Vision, yang sangat diidamkan dan kedai itu turut menawarkan pilihan jenama isi rumah mewah yang mengkagumkan,” jelas kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, AEON Putrajaya juga akan menampilkan produk Kasual Dalaman (iC), kedai konsep pakaian dalam khusus AEON bagi pakaian dalam berfungsi, pakaian aktif dan pakaian kasual yang berasal dari Jepun.“Turut terletak di tingkat satu ialah Glam Beautique yang pertama di kedai AEON di Malaysia. Glam Beautique menampilkan jabatan kecantikan dengan jenama tempatan dan antarabangsa. Pelbagai produk penjagaan kulit baharu, solekan, minyak wangi dan bahagian wanita yang memenuhi keperluan wanita dari semua saiz.“Sama seperti semua kedai AEON yang lain, kedai baharu ini juga akan membawa produk Top Valu, menyediakan pelanggan dengan pelbagai jenis barangan berkualiti tinggi seperti barangan runcit, barangan keperluan rumah dan keperluan harian,” kata kenyataan itu.Bagi peminat Pokemon, AEON Putrajaya adalah destinasi yang sesuai kerana sudut Pokemon turut disediakan untuk peminat melayari dan menyelami dunia Pokemon dengan membeli-belah barangan bertemakan Pokemon serta mencari hadiah yang sesuai buat peminat Pokemon.AEON Putrajaya menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung.Secara keseluruhan, kedai ini ialah destinasi membeli-belah terbaik untuk keluarga, menawarkan sesuatu untuk semua orang.Falsafah "Pelanggan Didahulukan" AEON membolehkannya melebihi jangkaan pengguna dan meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka setiap kali mereka memilih untuk membeli-belah dengan AEON.AEON yakin kehadirannya di kedai baharu ini akan menambah nilai kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara dan menyumbang kepada pembangunan positif sektor peruncitan.Dengan penambahan AEON Putrajaya, AEON kini akan beroperasi dengan 28 AEON Malls, 35 AEON Stores, 9 MaxValu Prime Supermarkets, 65 AEON Wellness dan 44 DAISO di seluruh negara.
4
01 Mac 2023 01:33pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/247568/bisnes/celcomdigi-sk-telecom-meterai-mou-bangunkan-metaverse
CelcomDigi, SK Telecom meterai MoU bangunkan metaverse
CELCOMDIGI Berhad (CelcomDigi) dan SK Telecom pengendali telekomunikasi tanpa wayar Korea Selatan terkemuka telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka dan membangunkan platform metaverse mudah alih pertama di Malaysia yang diterajui oleh pengendali.MOU berkenaan ditandatangani pada Kongres Dunia Mudah Alih 2023 di Barcelona oleh Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Berhad, Datuk Idham Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif SK Telecom, Young-sang Ryu.CelcomDigi dalam satu kenyataan berkata, di bawah MOU berkenaan, kedua-dua syarikat akan mencipta peluang perniagaan baharu menerusi kolaborasi untuk membangunkan dan menawarkan kes-kes kegunaan metaverse dan kecerdasan buatan (AI) yang dioptimumkan untuk pasaran Malaysia, melalui Pusat Inovasi CelcomDigi.“Dengan memanfaatkan proses pengkomputeran pinggir untuk pengalaman kependaman yang terbaik, pembangunan platform metaverse mudah alih pertama di Malaysia yang diterajui oleh pengendali turut mendorong penciptaan bersama serta menawarkan kandungan dan perkhidmatan metaverse baharu untuk pelanggan dan perniagaan di Malaysia.“CelcomDigi dan SK Telecom akan meneroka penciptaan perkhidmatan metaverse merentasi vertikal-vertikal seperti pendidikan, kesihatan, peruncitan dan hiburan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekosistem metaverse di Malaysia,” jelas kenyataan itu.Idham berkata, kerjasama itu akan menjadikan pihaknya pelopor dalam pembangunan perkhidmatan metaverse yang inovatif untuk Malaysia dengan memanfaatkan teknologi terkini, termasuk 5G.“CelcomDigi sangat teruja untuk bekerjasama dengan syarikat ICT global terkemuka, SK Telecom untuk membangungkan ekosistem metaverse di Malaysia.“Kerjasama ini adalah sebahagian daripada perjalanan kami untuk menjadi syarikat telekomunikasi dan teknologi yang terkemuka di Malaysia."Kami berazam untuk berpadu tenaga dengan lebih banyak organisasi tempatan untuk mencipta kes kegunaan inovatif yang akan menyemarakkan pertumbuhan ekonomi digital negara,” katanya.Sementara itu, Ryu Youngsang berkata, ketika pihaknya melebarkan sayap ke pasaran global dengan platform Metaverse Ifland, syarikat-syarikat telekomunikasi utama di negara-negara dan rantau Asia Tenggara memainkan peranan penting sebagai rakan kongsi.“Melangkah ke hadapan, kami akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat ini untuk mengembangkan skop perkhidmatan metaverse kami,” katanya.
4
01 Mac 2023 12:43pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/247556/bisnes/ribuan-rakyat-malaysia-meriahkan-acara-milo
Ribuan rakyat Malaysia meriahkan acara Milo
RIBUAN rakyat Malaysia memberikan sokongan dan hadir memeriahkan acara anjuran Milo, #JomMinumMILO bersama Sahabat MILO® Park Seo-Jun yang diadakan di Sunway Pyramid pada Sabtu.Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, acara istimewa itu meraikan Kolaborasi Bertenaga MILO® x Park Seo-Jun yang menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia menerusi varian Milo dalam stik pek yang mudah dibawa ke mana sahaja untuk memenuhi keperluan apa jua gaya hidup pada bila-bila masa.Menurutnya, varian stik pek Milo merupakan rangkaian produk yang berkhasiat sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan dan kepelbagaian dengan rasa Milo hebat.“Varian tersebut termasuk MILO® 3-in-1, MILO® Original, MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® Less Sugar dan MILO® HI-FIBRE yang menawarkan lebih kebaikan serta nutrisi yang menepati pelbagai keperluan pengguna, termasuklah Park Seo-Jun yang menjalani gaya hidup aktif.“Kami gembira kerana berpeluang membawa Sahabat MILO® Park Seo-Jun lebih dekat dengan rakyat Malaysia kerana negara ini merupakan pasaran Milo terbesar di dunia. Kami ingin menonjolkan tenaga Sahabat MILO® Park Seo-Jun kepada rakyat Malaysia serta menunjukkan bagaimana varian Milo kegemaran beliau memenuhi keperluan gaya hidup aktifnya.“Inilah keunikan rangkaian varian stik pek Milo. Kami menawarkan pelbagai jenis Milo kegemaran anda supaya anda juga boleh memilih satu atau apa jua pilihan yang serasi dengan keperluan serta gaya hidup anda,” katanya ketika berucap ketika acara Jom Minum Milo bersama Park Seo- Jun di Malaysia! di sini pada Sabtu.Ribuan rakyat Malaysia teruja apabila Milo merealisasikan impian mereka untuk #JomMinumMILO bersama Sahabat MILO® Park Seo-Jun.Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle Malaysia, Juan Aranols dan duta Milo HI- Fibre yang juga legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.Pada acara itu, Park Seo-Jun berkongsi cara kegemarannya menikmati Milo yang menyebabkan para penyokong bersorak gemuruh apabila beliau menjemput semua yang hadir untuk sama-sama menikmati secawan MILO® kegemarannya dengan slogan kempen yang kini ikonik, ‘Jom Minum MILO®’.Menurut Seo- Jun, beliau pernah mendengar bahawa Milo jenama kegemaran seluruh rakyat Malaysia.“Setelah merasai sendiri kekuatan tenaga semua yang hadir pada hari ini, tidak syak lagi rakyat Malaysia benar-benar menggemari Milo,” katanya.Sementara itu, para pengunjung di Sunway Pyramid turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti jerayawara dengan promosi istimewa, minuman Milo kegemaran rakyat daripada van Milo dan bahan-bahan promosi menampilkan Sahabat MILO® Park Seo-Jun yang menjemput semua untuk #JomMinumMILO.
4
01 Mac 2023 12:26pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247550/bisnes/novartis-malaysia-diiktiraf-antara-majikan-terbaik-dunia
Novartis Malaysia diiktiraf antara majikan terbaik dunia
NORVATIS Malaysia, syarikat ubat-ubatan inovatif terkemuka negara, menjadi salah satu majikan terbaik di dunia apabila meraih pengiktirafan Top Employer- Certified Excellence in Employee Conditions selama empat tahun berturut-turut.Novartis Malaysia merupakan antara 15 syarikat yang menerima pengiktirafan di Malaysia dan di Asia Pasifik.Anugerah berkenaan mengesahkan komitmen Novartis Malaysia memperjuangkan budaya kerja ‘Inspired, Curious, dan Unbossed' dalam syarikat yang membolehkan kakitangan melaksanakan kerja pada tahap optimum secara konsisten setiap hari.Falsafah syarikat adalah untuk memperkasakan hubungan manusia dan telah terbukti bahawa kerjasama merupakan ramuan utama kejayaan berterusan sebagai syarikat multinasional terkemuka negara.Syarikat berkenaan memiliki lebih 800 kakitangan dan mempunyai tiga bahagian utama yang terdiri daripada Innovative Medicine (Pharma dan Oncology), Sandoz (Biosimiliars) dan Novartis Corporate Center (NOCC KL).NOCC KL telah mengembangkan operasi kepada 25 pasaran termasuk ibu pejabat Novartis di Basel, Switzerland melalui penyelesaian kerja berdaya digital, data dan bertaraf tinggi.Presiden Negara, Novartis Malaysia, Mohamed Elwakil berkata, pengiktirafan itu mengesahkan kewujudan syarikat sebagai badan perniagaan ubat-ubatan inovatif terkemuka negara dalam membantu menambah baik kehidupan lebih 32 juta rakyat Malaysia.Jelas beliau, objektif utama syarikat adalah mempunyai keupayaan untuk menarik, memahirkan dan mengekalkan seseorang yang berbakat.“Ia merupakan ramuan penting dalam menyokong pelaksanaan strategi kami dan perkembangan produk inovatif bagi membantu rakyat di seluruh negara.“Pengiktirafan berkenaan secara tidak langsung menjadi isyarat kepada bakat-bakat untuk melihat kami sebagai suatu tempat pekerjaan yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah beliau, orang ramai juga boleh mengenal erti kepuasan, di samping mencari peluang mengembangkan keupayaan diri bersama syarikat.Dalam pada itu, Ketua Organisasi dan Manusia, Novartis Malaysia, Anne Heng berkata, anugerah itu merujuk kepada kegigihan syarikat dalam mewujudkan ekosistem dan budaya serta mengoptimumkan bakat.Menurutnya, syarikat sentiasa menggalakkan komunikasi dan kerjasama jelas antara lebih 800 kakitangan di Malaysia untuk mewujudkan persekitaran kerja yang optimum untuk semua.
4
01 Mac 2023 12:04pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247539/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
NILAI ringgit terus lemah berbanding dolar AS pagi ini berikutan kebimbangan pasaran mengenai inflasi Amerika Syarikat yang akan menentukan langkah seterusnya Rizab Persekutuan.Pada 9.28 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4930/4980 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada paras 4.4850/4895.Ketua Ekonomi & Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar inflasi AS sangat menjurus ke arah trend menaik.Beliau berkata, Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi teras telah meningkat berbanding jangkaan pada Januari kepada 4.7 peratus berbanding unjuran pasaran sebanyak 4.3 peratus."Ini telah memberikan kekuatan selanjutnya kepada indeks dolar AS yang kini berlegar melebihi 105 mata."Paras rintangan gandingan dolar-ringgit adalah sekitar RM4.52 pada masa ini. Ia mungkin berlarutan di sekitar paras itu dalam tempoh terdekat berikutan pendirian Rizab Persekutuan yang lebih cenderung kepada menaikkan kadar faedah," katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.7513/7566 daripada 4.7572/7620 semalam, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4028/4088 daripada 5.4152/4206, tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.2954/2993 daripada 3.2799/2835.Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang Asean lain.Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3304/3343 daripada 3.3247/3285 pada Selasa, jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.7494/7693 daripada 12.6892/7073, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 294.30/294.80 daripada 293.80/294.30 dan lebih rendah berbanding peso Filipina kepada 8.13/8.15 daripada 8.10/8.12 sebelumnya. - Bernama
4
01 Mac 2023 11:17am
RAIHAM MOHD SANUSI
https://www.sinarharian.com.my/article/247467/bisnes/s-p-setia-capai-jualan-rm411-bilion-lebihi-sasaran
S P Setia capai jualan RM4.11 bilion, lebihi sasaran
KUMPULAN syarikat pemaju hartanah, S P Setia Bhd (S P Setia) merekodkan jumlah jualan mencapai RM4.11 bilion pada tahun kewangan 2022, melebihi sasaran sebanyak RM110 juta.Pencapaian jualan yang kukuh itu diterjemahkan daripada lonjakan pendapatan sebanyak RM4.45 bilion dan keuntungan sebelum cukai yang membanggakan iaitu sebanyak RM564.1 juta.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Bhd, Datuk Choong Kai Wai berkata, pihaknya gembira dengan jualan yang direkodkan kerana ia menunjukkan daya tahan dan sifat serba boleh pasukan S P Setia dalam menavigasi syarikat dalam mendepani pasaran hartanah global yang lemah."Jumlah jualan yang dijamin adalah sebahagiannya dilengkapkan dengan usaha bersepadu untuk menjelaskan inventori yang telah siap berjumlah RM622.0 juta dalam nilai jualan."Sehingga 31 Disember 2022, kumpulan memperoleh jualan tambahan dalam perancangan sebanyak RM385 juta," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.Dengan pencapaian itu, S P Setia mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 1.47 sen sesaham dan dividen keutamaan sebanyak 6.49 peratus dan 5.43 peratus untuk Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Islam A dan C masing-masing untuk tahun kewangan tersebut.Kai Wai memberitahu, projek tempatan menyumbang RM3.58 bilion atau kira-kira 87 peratus daripada jualan manakala projek antarabangsa menyumbang RM525 juta atau kira-kira 13 peratus daripada jualan."Untuk projek tempatan, jualan diperoleh terutamanya dari wilayah tengah dengan RM2.54 bilion. Wilayah selatan menyumbang RM615 juta manakala wilayah utara dan timur menyumbang RM322 juta."Bagi projek antarabangsa, Stesen Janakuasa Battersea (BPS) mengatasi prestasi dengan jualan RM424 juta, manakala Australia menyumbang RM43 juta lagi," ujarnya lagi.Di Pulau Pinang, Setia Fontaines menyasarkan untuk melancarkan Amansara Utara Fasa 3 melibatkan pembinaan rumah teres setingkat dan dua tingkat pada suku kedua tahun ini.Mengulas lanjut, Kai Wai menjelaskan, menerusi pelaburan dalam BPS, S P Setia melakar satu lagi pencapaian besar dengan kejayaan pembukaan rasmi bangunan stesen janakuasa ikonik yang diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong pada Oktober 2022.Menurutnya, bagi projek di dalam negeri pada suku keempat 2022, jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) yang dicatatkan S P Setia adalah sekitar RM1.36 bilion dan kebanyakannya tertumpu di wilayah tengah."Projek dari perbandaran matang seperti Setia Eco Park, Bandar Kinrara and Bandar Setia Alam yang dilancarkan telah habis dijual sepenuhnya."Pelancaran hartanah komersial sulung Kumpulan di Setia Alamsari mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kadar pengambilan sebanyak 80 peratus," tambahnya.Kai Wai memaklumkan, susulan itu pihaknya meletakkan sasaran jualan berjumlah RM4.2 bilion bagi tahun kewangan 2023, mewakili kadar pertumbuhan lima peratus berbanding tahun sebelumnya."Disokong oleh jualan belum dibil sebanyak RM7.3 bilion, 47 projek yang sedang dibangunkan dan baki simpanan tanah seluas 2,658 hektar dengan GDV RM121.02 bilion setakat 31 Disember 2022, kami menjangka perniagaan kekal berdaya tahan menghadapi cabaran pasaran semasa," kata beliau.ENDS
4
28 Februari 2023 06:08pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247416/bisnes/mara-biaya-rm3669-juta-usahawan-industri-halal---ahmad-zahid
Mara biaya RM36.69 juta usahawan industri halal - Ahmad Zahid
MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan sebanyak RM36.69 juta kepada 663 usahawan industri halal bagi membantu mereka membangunkan perusahaan tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perbadanan itu turut mengatur pelbagai strategi dalam menyediakan prasarana yang menyokong kepada pembangunan industri berkenaan.“Ia seperti kemudahan latihan bagi membangunkan modal insan, pembangunan perniagaan meliputi keseluruhan sistem dalam perniagaan serta menyediakan kemudahan sokongan yang diperlukan sesebuah perniagaan seperti inkubator, premis perniagaan yang menepati spesifikasi industri dan logistik halal serta akses kepada pasaran domestik dan antarabangsa.“Saya berasa bangga apabila dimaklumkan yang Mara mempunyai hampir keseluruhan daripada yang saya sebutkan tadi,” katanya semasa lawatan kerja di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) pada Selasa.Ahmad Zahid berkata, nilai pasaran halal domestik Malaysia diunjurkan meningkat kepada RM400 bilion sekali gus menyumbang 11 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.Justeru, ia membuka ruang untuk kemajuan pasarannya meningkat bagi memberi faedah kepada umat Islam di peringkat antarabangsa.“Peluang bagi pembangunan industri halal sentiasa terbuka luas berikutan perdagangan halal di pasaran global diunjurkan mencecah RM22.34 trillion sehingga tahun 2030 dengan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia yang dianggarkan mencapai 1.6 bilion,” ujarnya.Jelas beliau, industri itu dikenal pasti sebagai sektor berimpak tinggi yang akan meningkatkan kapasiti dan keupayaan Malaysia dalam meningkatkan pembangunan tenaga kerja, memacu pembangunan industri serta meningkatkan daya saing produk.Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid turut mengumumkan kelulusan kepada permohonan Mara untuk meningkatkan voltan elektrik di Kimar bagi merancakkan lagi produktiviti makanan halal di kilang tersebut.“Saya berharap dengan ini, Kimar akan dapat selangkah ke hadapan dalam industri halal,” ujarnya.
4
28 Februari 2023 03:03pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247385/bisnes/kk-group-salur-sumbangan-kepada-mangsa-gempa-bumi-syria
KK Group salur sumbangan kepada mangsa gempa bumi Syria
KUMPULAN KK Group of Companies menyalurkan sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa gempa bumi yang terjejas di Syria.Antaranya lampin bayi, tuala wanita, makanan kering, sarung tangan perubatan dan barang-barang yang diperlukan.Pengerusi eksekutif kumpulannya, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, kehadiran beliau bersama-sama bekas Duta Palestin di Malaysia, Tan Sri Ahmad Al Farra ke kedutaan Syria di Malaysia adalah untuk menyampaikan simpati kepada mangsa yang terjejas.“Selepas perbualan bersama duta besar Syria, jelas bahawa gempa bumi baru-baru ini telah menyebabkan kerosakan yang teruk kepada negara ini.“Ia juga mengakibatkan peningkatan kadar kematian dan kecederaan kepada warganegara mereka dan saiz kemusnahan ini amat dahsyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pada masa sama, beliau berharap orang ramai dapat menunjukkan semangat belas kasihan dan memberikan sokongan kepada negara-negara yang terjejas.“Kami gembira melihat pelbagai unit dan organisasi di Malaysia termasuk keluarga diraja, kakitangan kerajaan dan sektor swasta seperti Dewan Perdagangan dan Industri China Malaysia sukarela menghulurkan bantuan.“Mereka telah menunjukkan semangat cinta yang besar dan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia peduli dengan komuniti antarabangsa,” katanya.Sementara itu, Menteri Penasihat Kedutaan Arab Syria di Malaysia, Mhd Ghiath Ibrahim menghargai bantuan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk membantu usaha pemulihan gempa bumi.Jelas beliau, Kerajaan Malaysia dan rakyat bertindak dengan pantas untuk memperluaskan bantuan kepada mangsa yang terjejas.“Bantuan yang diberi turut termasuk dengan menghantar pasukan carian dan penyelamat ke kawasan yang terjejas serta sumbangan awam dana bantuan dan bekalan,” katanya.Jelas beliau, infrastruktur yang kurang dibangunkan di kawasan bencana Syria telah memburukkan lagi keadaan.“Gempa bumi telah memberi kesan yang teruk kepada Syria dan berlakunya kekurangan bekalan.“Selain itu, infrastruktur komunikasi tempatan yang kurang dibangunkan telah menyukarkan untuk menganggarkan bilangan mangsa,” jelasnya.Tambahnya, infrastruktur pengangkutan ke kawasan-kawasan yang terjejas di Syria kurang dibangunkan yang telah mewujudkan had ketara dan memperlahankan operasi menyelamat.“Saya berharap bantuan dari negara-negara lain akan tiba dengan segera untuk usaha pemulihan,” ujarnya.Kedutaan berkenaan turut memaklumkan bahawa mereka telah melancarkan kempen pengambilan dana kecemasan dan menggalakkan orang untuk membuat sumbangan tunai melalui akaun rasminya.
4
28 Februari 2023 12:21pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247367/bisnes/nuuna-bihun-goreng-segera-pertama-di-malaysia
Nuuna bihun goreng segera pertama di Malaysia
SYARIKAT pengeluar pelbagai jenama beras antaranya Jati, Serba Wangi Sdn Bhd (Serba Wangi) tampil dengan produk terbaharu iaitu bihun goreng segera pertama di Malaysia.Menurut Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi, Chua Keng Jin, produk yang diberi nama Nuuna bihun goreng segera itu diilhamkan daripada perkataan Korea ‘Noona’ yang merujuk kepada panggilan kakak oleh adik lelaki.Katanya, ia melambangkan keakraban dan mencerminkan nilai kekeluargaan serta kebersamaan dalam menikmati produk keluaran baharu itu sesuai dengan slogan iaitu Nikmati Keceriaan Bersama.“Visi utama kami adalah untuk memberikan hidangan yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berkualiti. Proses penyediaannya amat mudah hanya empat minit sahaja untuk disiapkan.“Ia sesuai untuk para ibu yang sibuk mengejar masa tetapi tetap mahu memberikan makanan berkualiti kepada seisi keluarga. Ia turut menjadi pilihan mereka yang gemar melancong ke luar negara tetapi tidak boleh meninggalkan selera masakan Malaysia,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran produk Nuuna di sini, pada Ahad.Antara aktiviti lain yang diadakan pada majlis tersebut adalah demo memasak oleh chef jemputan, kuiz penonton dan pertandingan memasak.Tambah beliau, pihaknya memperkenalkan dua perisa yang telah disesuaikan dengan selera masyarakat Malaysia berbilang kaum di negara ini.“Kita ada perisa asli dan pedas. Jadi, pengguna boleh memilih perisa kegemaran masing-masing mengikut citarasa mereka.“Nuuna bihun goreng segera boleh didapati di pasar raya besar seperti Mydin, Lotus‘s, EON dan lain-lain,” ujarnya.Keng Jin turut menguar-uarkan Peraduan Sahur Bersama Nuuna yang akan diadakan pada bulan Ramadan tidak lama lagi.“Untuk penyertaan, peserta perlu like dan follow Facebook serta Instagram Nuuna, kemudian kongsikan gambar atau video resipi kreatif Nuuna bihun goreng di kedua-dua laman sosial itu berserta tag @nuunamalaysia dan hashtag#SahurBersamaNuuna.“Hadiah utama sebuah motosikal Vespa menanti pemenang bertuah,” katanya.Sementara itu, pemenang pertandingan memasak Norizah Husain, 44, memberitahu, dia berasa bersyukur kerana dipilih sebagai pemenang.“Berdasarkan pengalaman memasak Nuuna bihun goreng segera, saya berpendapat ia mudah dimasak tidak seperti produk lain yang mana jika terlebih rendam bihun akan menjadi lembik.“Oleh itu, saya cadangkan kepada semua rakyat Malaysia agar memilih Nuuna untuk dihidangkan kepada tetamu dan keluarga,” jelasnya.
4
28 Februari 2023 10:54am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247355/bisnes/permintaan-vaksin-covid-19-rendah-pharmaniaga-rugi-besar
Permintaan vaksin Covid-19 rendah, Pharmaniaga rugi besar
PHARMANIAGA Bhd telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM607.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding keuntungan bersih RM172.15 juta pada tahun sebelumnya, dengan peruntukan RM552 juta untuk 'saham vaksin Covid-19 yang bergerak perlahan' sehingga mendorong syarikat bermasalah kewangan itu berada di bawah kategori PN17.Perolehan merosot 27.1 peratus kepada RM3.51 bilion daripada RM4.82 bilion berikutan terdapat permintaan yang lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian vaksin Covid-19."Bagaimanapun, kumpulan telah mencapai pertumbuhan menggalakkan dalam perniagaan konsesi apabila produk tambahan telah ditambah ke dalam senarai konsesi yang berkuat kuasa mulai separuh kedua 2021."Selain itu, terdapat juga sumbangan yang lebih baik daripada sektor swasta sebanyak kira-kira 50 peratus hasil daripada usaha jualan agresif yang ditambah dengan produk baharu yang dilancarkan ke pasaran sepanjang tahun ini," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.Syarikat farmaseutikal itu ketika bercakap mengenai prospek pasaran tempatan memberitahu kerajaan telah melanjutkan tarikh rundingan perjanjian konsesi kumpulan kepada Jun 2023.Perniagaannya tetap beroperasi seperti biasa semasa peringkat akhir rundingan.Syarikat itu juga mencatatkan pertumbuhan 50 peratus dari tahun ke tahun yang menggalakkan dalam pasaran swasta dan menyasarkan untuk mengekalkan pertumbuhan pada 2023.Dalam kenyataan berasingan, disebabkan rawatan perakaunan itu yang selaras dengan keperluan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia dan amalan tadbir urus baik Pharmaniaga, kumpulan itu perlu menyediakan sejumlah RM552.3 juta bagi stok vaksin.Katanya, peruntukan yang tidak dapat dielakkan itu telah mencetuskan kriteria Nota Amalan 17 (PN17) untuk Pharmaniaga."Pharmaniaga mengalami cabaran tahun kewangan 2022 disebabkan penyediaan stok vaksin Covid-19 yang bergerak perlahan dengan jangka hayat tertentu dalam inventorinya."Ini mengakibatkan kerugian sebelum cukai dan zakat serta kerugian selepas cukai dan zakat masing-masing sebanyak RM580.8 juta dan RM605 juta," katanya.Mengulas perkara itu, kumpulan kni sedang berbincang dengan pelbagai pihak, baik tempatan mahupun luar negara untuk membeli vaksin dan optimis dengan hasil yang baik daripada rundingan berkenaan."Tanpa mengambil kira isu tersebut, syarikat memberi jaminan kepada semua pihak bahawa ia komited untuk melaksanakan pelan regularisasi mengikut keperluan Bursa Malaysia dalam masa yang ditetapkan."Pelan itu akan memberi tumpuan kepada mengukuhkan kedudukan kewangan serta jaminan bahawa aktiviti perniagaan syarikat akan kekal berdaya maju dengan prospek pertumbuhan," katanya.Syarikat itu berkata aktiviti operasi bagi kedua-dua perniagaan konsesi dengan Kementerian Kesihatan dan perniagaan bukan konsesi dengan sektor swasta tidak akan terganggu, malah terus utuh."Kumpulan komited untuk memberi perkhidmatan kepada semua obligasi kewangan kepada pemberi pinjaman dan institusi kewangan lain, serta merangka pelan aliran tunai yang optimum," katanya. - Bernama
4
27 Februari 2023 11:05pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247317/bisnes/ringgit-terus-catat-aliran-penurunan
Ringgit terus catat aliran penurunan
RINGGIT terus mencatatkan aliran penurunan pada minggu ini untuk ditutup rendah pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang kekal lemah susulan tiada petunjuk baharu.Pada 6 petang, unit tempatan merosot kepada 4.4755/4805 berbanding dolar AS daripada 4.4335/4370 pada Jumaat lepas.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pelabur tempatan kekal tidak memasuki pasaran selepas dolar AS menyaksikan permintaan yang tinggi berikutan hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang kukuh.Selain itu, katanya, kenyataan terkini oleh peneraju Federal Reserve (Fed) Bank of Cleveland Loretta Mester mengenai keperluan untuk menaikkan kadar faedah berikutan data inflasi yang tinggi turut memberi tekanan kepada ringgit."Peneraju Fed Bank of Cleveland Loretta Mester pada hujung minggu berkata Fed perlu menaikkan kadar lagi berikutan data inflasi yang tinggi."Baru-baru ini, data inflasi AS, termasuk Indeks Harga Pengguna, Indeks Harga Pengeluar dan Perbelanjaan Penggunaan Peribadi, meningkat melebihi jangkaan,” katanya kepada Bernama.Selain itu, katanya ketegangan AS-China muncul semula menyebabkan pelabur beralih daripada pelaburan Asia.Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2816/2855 daripada 3.2804/2833 pada Jumaat lepas dan berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.3162/3204 daripada 3.2970/3001 sebelum ini.Ia turut merosot berbanding euro kepada 4.7212/7265 daripada 4.6933/6970 pada minggu lepas dan susut berbanding pound kepada 5.3576/3636 daripada 5.3308/3350. - Bernama
4
27 Februari 2023 07:30pm
NUR IFTITAH ROZLAN
https://www.sinarharian.com.my/article/247315/bisnes/naik-had-pelaburan-pnb-buat-pengumuman-berasingan
Naik had pelaburan: PNB buat pengumuman berasingan
PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) akan membuat pengumuman secara berasingan berhubung tarikh kuat kuasa peningkatan had pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2).PNB dalam satu kenyataan memaklumkan, had pelaburan bagi kedua-dua amanah saham itu akan dinaikkan ke RM300,000 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu.Menurutnya, sebelum ini, kedua-dua unit amanah itu masing-masing mengekalkan jumlah had pelaburan sebanyak RM200,000.“Seiring iltizam Kerajaan Perpaduan yang memastikan kesaksamaan masyarakat berbilang kaum, kami turut berbesar hati memaklumkan saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) akan ditingkatkan sebanyak RM5 bilion.“Pengumuman ini selaras dengan usaha PNB untuk terus menggalakkan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu turut memberitahu, pihaknya menyambut baik pembentangan Belanjawan 2023 yang mengutamakan pemacuan pertumbuhan ekonomi berhemat dan pembangunan saksama demi menggalakkan keadilan sosial untuk rakyat Malaysia.Mengulas mengenai penggabungan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, Yayasan Ekuiti Nasional dan Yayasan Pelaburan Bumiputra, PNB memaklumkan, akan memberi sokongan terhadap cadangan pemusatan institusi-institusi dengan fungsi yang hampir sama agar lebih efektif dalam menunaikan mandat masing-masing.“Bagi memastikan keberkesanan operasi, PNB akan bekerjasama dengan pihak yang berkenaan,” jelasnya.
4
27 Februari 2023 06:41pm
MUKHRIZ MAT HUSIN
https://www.sinarharian.com.my/article/247304/bisnes/samling-komited-kurangkan-kesan-pelepasan-karbon
Samling komited kurangkan kesan pelepasan karbon
KERAJAAN negeri Sarawak yang menyasarkan untuk menempatkan negeri itu di barisan hadapan dalam melaksanakan mitigasi perubahan iklim, mengorak langkah positif dengan penganjuran Persidangan Karbon Asia 2023 (ACC2023).Dianjurkan oleh Argus Media dengan kolaborasi Bersama Kerajaan Sarawak dan penaja Bersama Samling Group serta disokong oleh Business Events Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad, ACC2023 akan berlangsung pada 15 hingga 16 Mac 2023 di Pullman Hotel di Kuching, Sarawak.Persidangan itu adalah ideal bagi pendatang baharu industri sehingga ke peneraju pasaran yang mana peserta berpeluang untuk berinteraksi, belajar dan menjalin rangkaian dengan pakar-pakar mengenai kaedah menangani karbon.Bukan seperti persidangan tradisional, acara itu juga menghubungkan pemain industri, pakar industri serta rakan kongsi swasta dan awam, menerangkan keperluan penting untuk melibatkan diri dan bekerjasama bagi menyumbang kepada pasaran karbon.Persidangan itu juga selaras dengan komitmen negeri Sarawak mencapai pelepasan sifar bersih dan memacu ekonomi hijau.Malah, Sarawak adalah negeri pertama di Malaysia yang menggubal perundangan membenarkan perniagaan teroka karbon dan alam semula jadi, menunjukkan usaha kerajaan negeri untuk berada di barisan hadapan dalam mitigasi perubahan iklim.Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni dalam satu kenyataan berkata, adalah berguna untuk mempelajari pandangan daripada pakar terkemuka mengenai hala tuju masa depan pasaran karbon Asia dan kesan ke atas pasaran karbon global."Diharap idea dan amalan terbaik yang dikongsi pada persidangan ini dapat disesuaikan untuk Sarawak,” kata beliau.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Samling, Lawrence Chia berkata, Samling Timber menyokong penuh pandangan jauh dan komitmen kerajaan negeri Sarawak untuk mengurangkan kesan pelepasan karbon, memudahkan pemuliharaan dan pemeliharaan hutan sambil membangunkan aliran hasil baharu melalui perdagangan karbon, penyimpanan karbon dan tenaga boleh diperbaharui.Sebagai pemain utama dalam industri perkayuan, katanya, mereka bertanggungjawab untuk memacu perbualan dan memberi inspirasi kepada tindakan."ACC2023 menyediakan platform yang ideal, menghimpunkan pemegang kepentingan antarabangsa dan tempatan di bawah satu bumbung. Keterukan darurat iklim memerlukan kita untuk menggunakan setiap alat berkualiti tinggi yang boleh digunakan."Dalam industri perkayuan, bekalan kayu asli yang semakin berkurangan bermakna kita kini perlu memberi keutamaan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan serta bergerak ke arah sumber hasil yang lebih mampan," katanya dalam satu kenyataan.Katanya, mereka juga percaya pembiayaan kredit karbon mempunyai potensi untuk syarikat perkayuan dan industri lain mengubah operasi mereka dan memacu sumber pendapatan yang mampan."Didorong oleh peningkatan permintaan daripada industri dan syarikat yang ingin mengimbangi pelepasan karbon, persidangan ini bertujuan untuk memberikan pandangan tentang pertumbuhan pasaran karbon dan memastikan pertumbuhan ini diuruskan secara bertanggungjawab dalam mencapai matlamat bersih-sifar," katanya.Persidangan dua hari itu, yang akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menampilkan pakar-pakar global dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, yang akan berkongsi pandangan mengenai rangka kerja kawal selia pasaran karbon serta masa depan pasaran karbon Asia Pasifik.Ketua Projek Karbon Kumpulan Samling, Francois Blignaut akan menjadi penceramah pada sesi bertajuk 'Kajian kes: membongkar proses pembangunan dan pelancaran projek VCO berasaskan alam di Asia'.Kumpulan syarikat Samling merupakan konglomerat Malaysia dengan pelbagai kepentingan perniagaan daripada pengurusan sumber hutan kepada ladang kelapa sawit, pembangunan hartanah dan perniagaan automotif di pelbagai negara di peringkat global.Ditubuhkan pada tahun 1963 dan beribu pejabat di Sarawak, syarikat itu mempunyai lebih daripada 20,000 pekerja berdedikasi di seluruh jejak antarabangsa.
4
27 Februari 2023 06:11pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247207/bisnes/ringgit-dibuka-rendah-ekoran-hasil-as-lebih-tinggi
Ringgit dibuka rendah ekoran hasil AS lebih tinggi
NILAI ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan permintaan yang lebih baik untuk dolar AS selepas dirangsang oleh hasil AS yang kukuh, kata penganalisis.Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4520/4565 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat lalu pada paras 4.4335/4370.Hasil 10 tahun AS dilaporkan meningkat sebanyak enam mata asas (bps) kepada 3.94 peratus sementara hasil dua tahun naik 12 mata asas kepada 4.81 peratus.Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, hasil AS yang lebih tinggi dan sentimen risiko yang tidak menentu akan memberi kesan negatif kepada ringgit."Perubahan sentimen berikutan laporan deflator Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) teras yang lebih kukuh daripada jangkaan, menambah kebimbangan mengenai keperluan untuk kadar terminal Rizab Persekutuan (Fed) yang lebih tinggi," katanya kepada Bernama.Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2670/2706 daripada 3.2804/2833 pada Jumaat lepas dan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.3246/3300 daripada 5.3308/3350 sebelumnya.Nilai ringgt menyusut sedikit berbanding euro pada 4.6986/7034 daripada 4.6933/6970 dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2990/3026 daripada 3.2970/3001 pada penutup Jumaat. - Bernama
4
27 Februari 2023 09:52am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247211/bisnes/kumpulan-kmdi-lantik-nur-nasrin-sebagai-ceo-baharu
Kumpulan KMDI lantik Nur Nasrin sebagai CEO baharu
KUMPULAN KMDI melantik Nur Nasrin Aqmar Mad Nasrun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.Dalam satu kenyataan baru-baru ini, pelantikan Nur Nasrin memberi ruang untuk KMDI berkembang maju kerana beliau merupakan CEO termuda syarikat berstatus awam.Nur Nasrin merupakan graduan terbaik dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Mornash, Australia.KMDI adalah syarikat hartanah, pengilangan IBS kenaf dan pembekalan air bersih melalui syarikat induknya KMDI Harta Berhad dan KMDI Holding Sdn Bhd yang kini sedang menjalankan projek perumahan komersial dan perumahan rakyat mencecah nilai RM750 juta.KMDI akan berkembang pesat membuka bandar baru yang akan dijangka melebihi RM1bilion menjelang akhir tahun 2023.Pengurusan tertinggi KMDI mengucapkan selamat maju jaya atas pelantikan itu, semoga misi dan visi Kumpulan KMDI tercapai dengan jayanya.Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Nur Nasrin berkata, moto ‘we build for nation’ menjadi pegangannya dan KMDI.“Saya mempunyai visi jelas membantu rakyat bumiputra yang miskin memiliki rumah dan air bersih dengan kos yang rendah.“Bermula dari usia muda dalam bidang pembinaan mengajar saya erti tidak berputus asa bagi menolong buruh-buruh kecil untuk mendapat peluang pekerjaan.“Saya tahu persaingan merebut peluang pekerjaan bagi mereka semakin sukar. Peluang ini yang saya akan tawarkan di KMDI untuk membantu mereka,” katanya.
4
26 Februari 2023 09:34pm
IZWAN ROZLIN
https://www.sinarharian.com.my/article/247120/bisnes/sasar-jualan-200000-minyak-wangi-samtilla
Sasar jualan 200,000 minyak wangi SAMTILLA
KUALA LUMPUR – Jenama minyak wangi SAMTILLA keluaran SAMTILLA HQ mensasarkan jualan permulaan 200,000 unit produk berkenaan bernilai RM9.8 juta.Berkonsepkan kualiti wangian lima bintang pada pada harga marhaen, produk yang dijenamakan oleh pasangan pelakon dan juga selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kini bakal menembusi pasaran Brunei dan Singapura.Malah pencapaian mereka dalam bisnes minyak wangi ini semakin menyerlah apabila berjaya membuka cawangan pengedar di Brunei, Johor, Kelantan dan Selangor.“Terbaharu kita juga merancang untuk memasuki pasaran Singapura dalam waktu terdekat,” katanyaBersama sebahagian usahawan wangian SAMTILLA yang hadir.Shaheizy menambah, bukan mudah untuk mengekalkan momentum pencapaian perniagaannya tanpa bantuan daripada pengasas bersama produk itu iaitu Mts Qairy Maheran.“Ini satu permulaan baik kerana saya mengenali Mts Qairy Maheran dan beliau amat berpengalaman dalam seelok-belok dunia perniagaan.“Saya yakin tanpa usaha beliau dan juga pasukan, jenama ini kian mendapat sambutan baik masyarakat tempatan negara ini,” katanya ketika pelancaran produk berkenaan di Shah Alam pada Jumaat.Pelancaran wangian SAMTILLA meriah dengan kehadiran usahawan seluruh negara termasuk dari Brunei dan Singapura.Shaheizy berkata, SAMTILLA HQ juga merancang untuk membimbing 100,000 usahawan yang bergabung dengan SAMTILLA Circle menjelang 2025.“Platform SAMTILLA bukan sekadar boleh mendapat pendapatan malah ia juga mampu melahirkan usahawan berjaya, sebab itu saya yakin untuk bekerjasama dengan Mts Qairy Maheran,” katanya.Sementara itu Qairy yang merupakan pengasas bersama produk berkenaan berkata buat masa ini pihaknya berbesar hati kerana dapat bersama pasangan selebriti itu merintis sebuah perniagaan yang akan menjadi sebuah fenomena.“Sasaran pada 2025 kita nak jadi pengedar wangian nombor satu di malaysia dan tahun hadapan kita akan ada sekurang-kurangnya 10 jutawan SAMTILLA.“Setiap bulan kita akan juga akan produk baru sebab sekarang semua orang berusaha cari pendapatan tambahan dan kami juga tidak akan putus untuk bantu mereka dapatkan rezeki itu,” katanya.Dalam pada itu Syatilla menegaskan bahawa bisnes SAMTILLA bukan produk ‘hit and run’ seperti yang pernah berlaku membabitkan artis lain sebelum ini.“Dengan pakej bermula RM78 untuk dropship, mereka akan dapat dua minyak wangi dalam satu kotak (lelaki dan perempuan).“Bila nak jual perfume kita kena jujur untuk jual. Untuk dropship akan dapat dua minyak wangi SAMTILLA mereka boleh terangkan kepada pelanggan bau wangian hasil testimoni sendiri.“Jadi RM78 sudah boleh untung RM10 dan tak perlu simpan stok,” jelasnya.Tambahnya, SAMTILLA hq akan proses semua tempahan dan pos pada pelanggan dan sebab kita ada perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pos Malaysia.“Diharapkan dengan insiatif dan sokongan daripada SAMTILLA HQ, usahawan yang bergabung dalam SAMTILLA Circle akan terus berkembang dan mencapai kejayaan."Kami masih membuka kepada mereka yang ingin menjadi pengedar di Singapura, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang,Kedah, Pahang dan Perlis," katanyaMereka yang ingin menyertai rangkaian SAMTILLA CIRCLE boleh mendaftar di laman web www.samtilla.com (Facebook, Instagram, TikTok) atau hubungi talian hotline 0197000370.
4
26 Februari 2023 12:31pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/247094/bisnes/12-syarikat-terima-anugerah-lep
12 syarikat terima Anugerah LEP
SEBANYAK 12 syarikat yang terdiri daripada milik tempatan dan Jepun menerima Anugerah Dasar Pandang ke Timur (LEP) yang disampaikan ketika Majlis Makan Malam Gala anjuran Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS) pada Sabtu.Anugerah tersebut meliputi sembilan kategori iaitu Penubuhan Pendidikan, Kadar Pengambilan Kerja Tinggi Rakan LEP, Pelaburan Baharu, Pelaburan Kawasan Luar Bandar, Perniagaan dan Perkhidmatan Cemerlang, Penubuhan Awal, Pelaburan Tinggi, Pemindahan Teknologi Lanjutan serta Usahawan Inspirasi Rakan LEP.Bagi kategori Anugerah Penubuhan Pendidikan, ia dimenangi oleh Syarikat Teikyo (Malaysia) Sdn Bhd sementara Anugerah Kadar Pengambilan Kerja Tinggi Rakan LEP pula dirangkul DXC Technology.Anugerah Pelaburan Baharu pula diberikan kepada Mitsui Fudosan (Asia) Malaysia Sdn Bhd manakala Anugerah Pelaburan Kawasan Luar Bandar dinobatkan kepada Rohm-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd.Aeon Co (M) Bhd muncul sebagai penerima untuk kategori Anugerah Perniagaan dan Perkhidmatan Cemerlang sementara Toray Group Malaysia pula di bawah Anugerah Penubuhan Awal.Kategori Pemindahan Teknologi Lanjutan dimenangi oleh dua syarikat iaitu DRB-Hicom Berhad dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).Sementara itu, tiga syarikat antaranya Robopreneur Sdn Bhd, Akar Indah Engineering Sdn Bhd dan Twistcode Technologies Sdn dinobatkan sebagai penerima kategori Usahawan Inspirasi Rakan LEP.Presiden ALEPS, Isrami Ismail ketika program tersebut menzahirkan terima kasih terhadap perusahaan berkenaan yang telah membantu memajukan pembangunan negara.“Kami berharap menerusi Anugerah LEP ini akan menggalakkan lebih banyak pelaburan dan kerjasama pada masa hadapan dengan pemain industri dari Jepun,” ujar beliau.Hadir sama ketika majlis tersebut, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong dan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko.
4
26 Februari 2023 07:10am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246975/bisnes/emas-diniagakan-rendah-minggu-depan
Emas diniagakan rendah minggu depan
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan pada aliran penurunan berikutan kekurangan pemangkin pasaran untuk meningkatkan permintaan, kata peniaga.Katanya, pelabur akan turut memantau data inflasi harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat untuk membuat keputusan perdagangan.PCE AS akan menetapkan tahap untuk kemas kini unjuran rasmi Rizab Persekutuan (Fed) AS pada mesyuarat mereka pada 22 Mac.Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan emas domestik diniagakan kebanyakannya rendah sepanjang minggu ini.Secara keseluruhannya, sebanyak 296 lot dicatatkan sepanjang minggu ini.Pada asas mingguan, bulan semerta Februari 2023 merosot kepada AS$1,822.50 bagi setiap auns troy daripada AS$1,824.20 bagi setiap auns troy dan Mac 2023 berkurangan kepada AS$1,828.70 bagi setiap auns troy daripada AS$1,830.90 bagi setiap auns troy, minggu lepas.April 2023, Mei 2023, Jun 2023 dan Ogos 2023, masing-masing pada AS$1,838.10 bagi setiap auns troy.Harga emas fizikal berada pada AS$1,826.05 bagi setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh Persatuan Pasaran Jongkong London (LBMA) semasa penetapan tengah hari pada 23 Februari 2023. - Bernama
4
25 Februari 2023 10:38am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246970/bisnes/ringgit-diunjur-sekitar-44275-44575-minggu-depan
Ringgit diunjur sekitar 4.4275-4.4575 minggu depan
RINGGIT dijangka diniagakan dalam lingkungan 4.4275 hingga 4.4575 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang juga julat lebih luas berikutan ketidaktentuan pasaran.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit dijangka lebih pada kedudukan bertahan dalam minggu depan kecuali data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS menunjukkan penurunan."Namun, jika data tersebut lebih tinggi daripada dijangkakan, ini akan mendorong pengukuhan dolar AS pada minggu depan dan hanya menjejaskan mata wang Asia termasuk ringgit,” katanya kepada Bernama.Menurutnya, data PCE itu juga dijangka akan menjadi asas bagi hala tuju kadar faedah dalam mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) pada 22 Mac ini.Pada minggu yang baru berakhir, ringgit kebanyakannya lebih rendah berbanding dolar AS susulan kebimbangan mengenai keputusan Fed mengenai kadar faedah, peningkatan hasil Perbendaharaan negara maju itu serta penurunan harga minyak mentah.Malah, ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan momentu belian dan seiring dengan kelemahan sentimen mata wang Asia yang lain.Bagi asas mingguan, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 4.4335/4370 semalam berbanding 4.4310/4345 pada seminggu sebelumnya.Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lainnya berbanding minggu sebelum ini.Unit tempatan itu susut berbanding pound Britain pada 5.3308/3350 daripada 5.2919/2961 dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2970/3001 daripada 3.3062/3093.Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6933/6970 daripada 4.7137/7174 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.2804/2833 daripada 3.2864/2892. - Bernama
4
25 Februari 2023 10:04am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246941/bisnes/pemaju-gesa-tangani-harga-tinggi-bahan-bangunan
Pemaju gesa tangani harga tinggi bahan bangunan
LANGKAH kerajaan untuk meningkatkan peruntukan kredit perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM5 bilion akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli rumah, menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).Presidennya, Datuk NK Tong berkata, langkah tersebut akan memanfaatkan 20,000 peminjam yang tidak berpendapatan tetap."Pendekatan yang diambil kerajaan mungkin kelihatan berani dan agresif, namun, pada hakikatnya adalah berhemat berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan global yang lebih perlahan pada 2023,” katanya dalam kenyataan sempena pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.Objektif SJKP ialah menawarkan jaminan bagi pihak kerajaan kepada bank-bank yang mengambil bahagian dengan menawarkan pembiayaan perumahan kepada golongan berpendapatan tidak tetap tetapi berkelayakan seperti petani dan peniaga kecil untuk membeli rumah.Malah, Rehda turut menyokong usaha kerajaan untuk membina 12,400 unit rumah kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 4,250 unit Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), masing-masing dengan peruntukan bernilai RM367 juta dan RM358 juta."Bagaimanapun, kami masih bimbang mengenai isu-isu mendesak yang diketengahkan dalam memorandum kami untuk Belanjawan 2023 seperti peningkatan berterusan harga bahan bangunan yang tidak ditangani."Kami menegaskan bahawa sekiranya isu ini dibiarkan terlalu lama, ia akan memberikan impak buruk terhadap harga rumah di pasaran terbuka,” kata Tong.Sementara itu, pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd berkata, langkah kerajaan untuk meneruskan pengecualian duti setem bagi rumah pertama akan membantu pembeli untuk lebih berjimat.Pengecualian sepenuhnya duti setem diberikan kepada hartanah bernilai RM500,000 ke bawah dan 75 peratus untuk rumah bernilai lebih RM500,001 hingga RM1 juta."Sebagai contoh, pengecualian 75 peratus ke atas pembelian hartanah bernilai RM750,000 akan menjimatkan pembeli sehingga RM15,000."Ini akan menarik minat pembeli rumah kali pertama yang berpendapatan sederhana hingga tinggi serta mereka yang berhasrat meningkatkan hartanah,” menurut Pengarah Urusan kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum. - Bernama
4
24 Februari 2023 10:07pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246910/bisnes/sektor-korporat-ceria-tanpa-cukai-makmur---abdul-wahid
Sektor korporat ceria tanpa cukai makmur - Abdul Wahid
KETIADAAN Cukai Makmur dalam Belanjawan 2023, yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 2023, memberikan kelegaan yang besar kepada sektor korporat, kata Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar."Tanpa pengenaan Cukai Makmur, penganalisis meramalkan konsensus kadar pertumbuhan pendapatan sesaham (EPS) sebanyak 20.1 peratus untuk 2023 berbanding negatif 1.3 peratus untuk 2022."Ini petanda yang baik untuk pasaran modal,” katanya dalam satu kenyataan selepas Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 pada Jumaat.Beliau juga memuji komitmen yang dipertingkatkan terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan pembangunan mampan."Saya gembira apabila Perdana Menteri komited kepada belanjawan pengembangan tetapi dengan kemampanan kewangan jangka panjang dan tanggungjawab fiskal dengan mengurangkan defisit fiskal kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 daripada 5.6 peratus pada 2022 dan seterusnya kepada 3.2 peratus pada 2025,” katanya.Beliau berkata ini akan dapat dicapai dengan meningkatkan keberkesanan kutipan cukai dan menutup ketirisan serta meluaskan asas hasil dengan pengenalan semula cukai ke atas barangan mewah dan cukai keuntungan modal (CGT) ke atas saham dalam syarikat-syarikat yang tidak tersenarai.Beliau menambah bahawa yang kedua itu adalah optimum kerana ia akan menggalakkan lebih banyak syarikat tidak tersenarai untuk menyenaraikan saham mereka di bursa saham dan merangsang pertumbuhan pasaran modal. - Bernama
4
24 Februari 2023 08:22pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246902/bisnes/ringgit-ditutup-rendah-berbanding-dolar-as
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
RINGGIT ditutup lebih rendah berbanding dolar AS minggu ini berikutan kekurangan momentum belian, seiring dengan sentimen lemah mata wang Asia lain, kata penganalisis.Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4335/4370 berbanding dolar AS daripada penutupan pada Khamis iaitu 4.4315/4365.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit hanya lemah sedikit dan ia mungkin disebabkan oleh kenaikan harga minyak.Ketika berita ini ditulis, penanda aras minyak mentah Brent naik 1.08 peratus kepada US$83.16 setong.Innes berkata, pelabur tertumpu kepada data inflasi harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini."Jika PCE lebih tinggi daripada jangkaan, ia akan membentuk dolar AS yang lebih kukuh minggu depan," katanya kepada Bernama.Di Malaysia, beliau berkata, perbelanjaan yang dikecilkan dalam Belanjawan 2023 boleh memberi kesan negatif kepada ringgit daripada perspektif pertumbuhan tetapi mungkin membantu daripada perspektif fiskal yang berhemat."Justeru, saya berpendapat ia adalah sedikit keseimbangan," katanya.Kerajaan telah menganggarkan bahawa perbelanjaan mengurus pada tahun 2023 akan menurun sebanyak 1.2 peratus kepada RM289.1 bilion daripada RM292.7 bilion pada 2022, kebanyakannya disebabkan oleh peruntukan subsidi lebih rendah apabila ia membentangkan belanjawan tahun ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.Bagaimanapun, peruntukan Belanjawan 2023 telah disemak naik kepada RM388.1 bilion daripada bajet berjumlah RM372.3 bilion pada Oktober 2022.Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 3.2804/2833 daripada 3.2998/3036 semalam, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2970/3001 daripada 3.2990/3032 sebelumnya.Unit tempatan mengukuh berbanding euro pada 4.6933/6970 daripada 4.6943/6996 and melonjak berbanding pound Britain kepada 5.3308/3350 daripada 5.3311/3371 ketika ditutup pada Khamis. - Bernama
4
24 Februari 2023 07:46pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246801/bisnes/digi-catat-untung-bersih-rendah-pada-tahun-kewangan-2022
Digi catat untung bersih rendah pada tahun kewangan 2022
DIGI.com Bhd (CelcomDigi) mencatatkan untung bersih yang lebih rendah kepada RM763.50 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022) daripada RM1.16 bilion tahun ke tahun disebabkan susut nilai tambahan dan kos kewangan hasil daripada penyelarasan dasar perakaunan dan anggaran, dan pelaksanaan penggabungan, serta Cukai Makmur.Hasil bagi tempoh itu, bagaimanapun meningkat sedikit kepada RM6.77 bilion berbanding RM6.33 bilion setahun sebelumnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.Dalam kenyataan berasingan, CelcomDigi berkata, syarikat itu mencatatkan penambahbaikan yang menyeluruh dalam segmen pascabayar, prabayar, gentian dan perusahaan, dipacu oleh gabungan produk Internet berkelajuan tinggi serta memenuhi permintaan Internet yang semakin meningkat daripada pelanggannya.Ia menambah bahawa purata data bulanan bagi setiap pengguna untuk pelanggan Digi mencapai 24.5GB, meningkat 18.4 peratus tahun ke tahun, manakala pelanggan Celcom merekodkan penggunaan 28GB, meningkat 15 peratus tahun ke tahun.Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi menjangkakan pertumbuhan yang berterusan dalam penggunaan data, terutamanya perkhidmatan 4G, disokong oleh penggunaan awal teknologi 5G dan peningkatan penggunaan perkhidmatan digital dan platform."Memandangkan prospek ekonomi makro yang mencabar, kami akan menggunakan gabungan kekuatan kami untuk meletakkan diri kami pada masa hadapan, dengan tumpuan segera pada pengukuhan teras dan kawasan pertumbuhan hasil baharu, sambil memberikan pengalaman Internet yang berkualiti kepada pelanggan,” tambahnya.Syarikat itu berkata, ia juga akan mendapatkan kelulusan daripada pemegang sahamnya untuk cadangan menukar nama kepada CelcomDigi Bhd pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Jumaat.Jika diluluskan, pemfailan rasmi mengenai keputusan EGM akan dibuat kepada Bursa Malaysia petang ini, kata syarikat itu. - Bernama
4
24 Februari 2023 03:31pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/246783/bisnes/dbkl-luluskan-pembangunan-menara-ynh
DBKL luluskan pembangunan Menara YNH
YNH Property Berhad (YNH) pada Jumaat mengumumkan bahawa syarikat berkenaan telah menerima kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan perintah pembangunan yang dipinda untuk projek Menara YNH perdananya.YNH dalam kenyataan berkata, menara itu telah dikonseptualisasikan sebagai pembangunan bercampur terdiri daripada servis apartmen, hotel, pejabat kecil - rumah pejabat (SOHO), pejabat dan ruang runcit yang terletak secara strategik di daerah Pusat Perniagaan Kuala Lumpur.Menurut kenyataan berkenaan, pembangunan tanah komersial pegangan bebas tersebut akan mengambil kawasan seluas kira-kira tiga ekar dan nilai pembangunan kasar projek itu dianggarkan berjumlah RM3 bilion.Sementara itu, Pengerusi YNH, Datuk Dr Yu Kuan Chon memaklumkan kelulusan perintah pembangunan dan pelan bangunan yang dipinda untuk Menara YNH menandakan satu peristiwa penting bagi kumpulannya kerana mereka kini boleh memberi tumpuan kepada penjualan unit kediaman ke pasaran."Ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulan sambil berusaha untuk meningkatkan nilai pemegang saham secara konsisten.“Berada di kawasan 'super prime' di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, Menara YNH dibayangkan untuk menjadi mercu tanda utama di Kuala Lumpur dan dibina dengan mengutamakan inovasi dan kelestarian selain pemandangan yang tidak terganggu iaitu pencakar langit kota Kuala Lumpur yang cantik,” katanya.Menurut Kuan Chon, kelulusan daripada DBKL adalah tepat pada masanya kerana YNH bercadang untuk menyelesaikan cadangan pelupusan Kiara 163 Retail Park dan AEON Seri Manjung tidak lama lagi.Jelasnya, cadangan pelupusan itu akan menjana kemasukan wang tunai RM422.5 juta kepada kumpulan sekali gus mengukuhkan kunci kira-kira mereka.Selain membolehkan kumpulan memperoleh pembiayaan masa depan yang diperlukan untuk memulakan pembangunan Menara YNH.
4
24 Februari 2023 02:17pm
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
https://www.sinarharian.com.my/article/246767/bisnes/maxis-catat-untung-bersih-rm118-bilion
Maxis catat untung bersih RM1.18 bilion
SHAH ALAM - Maxis Bhd (Maxis) mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.181 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.Maxis dalam kenyataan berkata, keuntungan pada tahun lepas menurun sebanyak 9.7 peratus disebabkan Cukai Makmur yang dikenakan pada tahun tersebut.Bagaimanapun, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasannya (EBITDA) meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada RM3.938 bilion didorong oleh hasil yang lebih tinggi.Maxis turut mengisytiharkan dividen interim sebanyak lima sen sesaham pada suku keempat tahun kewangan 2022, menjadikan dividen tahun penuh kepada 20 sen sesaham.Berbanding tahun kewangan 2021, syarikat itu mencatatkan hasil perkhidmatan yang lebih tinggi dengan EBITDA dan aliran tunai bebas operasi yang stabil pada RM3.303 bilion bagi 2022.Hasil perkhidmatan meningkat kepada RM8.336 bilion berikutan pertumbuhan dalam semua segmen perniagaan pengguna dan perusahaan.Perniagaan pengguna mencatatkan hasil sebanyak RM6.811 bilion, meningkat 4.8 peratus.Sementara itu, pasca bayar terus menyaksikan pertumbuhan pelanggan yang kukuh, meningkat 6.5 peratus menjadikan jumlah langganan pasca bayar kepada 3.34 juta.Namun prabayar mencatatkan penurunan sebanyak 2.9 peratus dalam langganan, disebabkan migrasi prabayar kepada pasca bayar yang berterusan.Segmen itu kekal berdaya tahan dengan pelanggan keseluruhan stabil pada 5.79 juta dan memberikan hasil sebanyak RM2.693 bilion.Kesalinghubungan kediaman menyampaikan pertumbuhan hasil dua angka, menyumbang RM843 juta, meningkat 16.9 peratus.Segmen ini kekal berdaya tahan, dengan pelanggan keseluruhan stabil pada 5.79 juta dan memberikan hasil sebanyak RM2.693 bilion.Hasil Perniagaan Perusahaan berjumlah RM1.525 bilion tidak termasuk 'wholesale voice', hasil teras untuk perniagaan meningkat 8.8 peratus dan segmen itu terus menunjukkan potensi peningkatan hasil pada masa hadapan."Maxis menutup tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dengan mencatatkan pertumbuhan merentasi perniagaan pengguna dan perusahaan, kekal di landasan dengan strategi konvergen."Berbanding tahun kewangan 2021, syarikat mencatatkan hasil perkhidmatan yang lebih tinggi dengan EBITDA dan aliran tunai bebas operasi yang stabil pada RM3.303 bilion bagi 2022," menurut kenyataan berkenaan.Goh Seow EngSementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Goh Seow Eng berkata, syarikat itu tangkas dalam menyesuaikan diri dengan landskap telekomunikasi yang berubah-ubah."Kekuatan kami dalam mudah alih, rangkaian, tawaran konvergen dan jejak gentian secara meluas dengan meletakkan kami pada kedudukan kukuh untuk terus maju sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia."Banyak yang perlu dilakukan tahun ini kerana kami menjangkakan persekitaran yang semakin mencabar dan kompetitif pada masa hadapan," katanya.Mengenai 5G, Maxis berharap dapat melancarkan produk dan perkhidmatan berkaitan 5G secara komersial tidak lama lagi.Tambah kenyataan itu lagi, syarikat telekomunikasi itu terus membangunkan kes penggunaan 5G pelbagai industri dengan pemain utama untuk kegunaan komersial melalui 5G Alliance yang semakin berkembang."Ia juga telah memperluaskan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G ke lebih banyak negara dan telah melancarkan pelbagai peranti 5G kepada pelanggan," ujarnya.
4
24 Februari 2023 11:50am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246756/bisnes/giant-cold-storage-jadi-milik-syarikat-malaysia
Giant, Cold Storage jadi milik syarikat Malaysia
KUALA LUMPUR - DFI Group (DFI) memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka Malaysia yang diketuai ahli perniagaan dan usahawan, Datuk Andrew Lim, untuk mengambil alih keseluruhan perniagaan makanan DFI di Malaysia, termasuk jenama ikonik Giant.DFI dalam satu kenyataan berkata, peralihan itu dijangka selesai awal bulan depan.Andrew Lim mempunyai rekod prestasi yang luas dan dikenali dengan kejayaannya dalam kepimpinan runcit serta menyumbang ketara kepada pertumbuhan dan transformasi landskap runcit di Malaysia.Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Kumpulan SOGO Department Store Sdn Bhd, serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan GAMA yang memiliki dan mengendalikan jenama ikonik GAMA Supermarket & Departmental Store di Pulau Pinang."Syarikat tempatan ini berkongsi kepercayaan yang sama seperti DFI dalam memberi fokus kepada menyampaikan kualiti, perkhidmatan serta nilai hebat kepada pelanggan."DFI yakin pemilik tempatan berpengalaman seperti Andrew Lim akan memberi manfaat serta perubahan positif kepada pelanggan dan kakitangan Giant, Cold Storage dan Mercato."Perkembangan positif ini sudah pasti akan menjana pertumbuhan masa depan berdasarkan pengetahuan pasaran yang mendalam, pelaburan jenama dan kekuatan daya saing untuk membentuk landasan kukuh," kata DFI dalam kenyataan itu di sini pada Khamis.Menurut DFI, syarikat tempatan itu juga akan mengambil alih 2,500 kakitangan sedia ada."DFI berterima kasih ke atas dedikasi dan komitmen kakitangan, serta percaya pengalaman dan semangat mereka terhadap jenama ini akan diteruskan dengan memberi sokongan padu kepada cita-cita kompetitif Lim dan pasukan kepimpinan tempatan ini."Mereka juga akan menerima manfaat daripada peluang pertumbuhan kerjaya dengan menjadi sebahagian daripada syarikat yang lebih besar di Malaysia," katanya.Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group Asia Tenggara, Chris Bush, berkata syarikat itu yakin dengan kepimpinan syarikat tempatan terbabit menerajui kejayaan masa depan perniagaan makanan."Kami amat gembira apabila dapat memastikan perolehan perniagaan makanan ini diberi kepada syarikat tempatan yang dihormati serta berjaya, dengan mengekalkan kakitangan berdedikasi syarikat, dimana ia menyediakan peluang pertumbuhan kerjaya untuk kakitangan dan meningkatkan daya saing, perkhidmatan serta memberi nilai yang lebih besar untuk pelanggan di Malaysia."Kami mendoakan yang terbaik kepada pemilik baharu serta semua rakan sekerja kami di masa hadapan," katanya.Sementara itu, Lim berkata: "Kami mengucapkan terima kasih kepada DFI Retail Group kerana memberi kepercayaan serta amanah kepada kami memajukan lagi jenama runcit terkenal di Malaysia ini."Kami, bersama-sama dengan 2,500 rakan serta teman sekerja yang baharu ini akan berusaha sebaik mungkin untuk menambah nilai dan meningkatkan ekuiti jenama Cold Storage, TMC, Giant dan Mercato di Malaysia," katanya.Sementara itu, menurut DFI, ia kekal komited terhadap perniagaan runcit di Malaysia dengan mempertajamkan fokus strategik kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan yang kini berkembang pesat.Katanya, DFI Group akan terus memiliki dan mengendalikan sepenuhnya kedai Guardian Health and Beauty dan merancang pertumbuhan pesat Guardian Malaysia dengan jangkaan penambahan rangkaian kedai yang kini melebihi 500 cawangan serta menambah ratusan perkerjaan dalam tempoh dua tahun ini."Peralihan ini akan membolehkan DFI Group menumpukan perhatian eksklusif kepada pengembangan perniagaan Guardian di Malaysia."Kami teruja dengan peluang untuk memajukan Guardian dengan lebih pesat disokong dengan penambahan cawangan yang ketara, penambahbaikan kedai dan peningkatan tawaran kepada pelanggan," katanya. - Awani
4
24 Februari 2023 10:47am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246747/bisnes/nilai-ringgit-tidak-berubah-berbanding-dolar-as
Nilai ringgit tidak berubah berbanding dolar AS
NILAI ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pagi ini dengan perhatian pelabur terarah kepada pembentangan semula Belanjawan 2023 Malaysia petang ini.Selain itu, tumpuan pelabur turut diberikan kepada data Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini, kata seorang penganalisis.Pada 9 pagi, nilai ringgit berada pada 4.4315/4360 berbanding dolar AS daripada 4.4315/4365 pada penutup Khamis.Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata data PCE AS dijangka menunjukkan peningkatan dan sekiranya data adalah lebih tinggi daripada jangkaan, ia akan menyediakan laluan ke arah dolar AS yang lebih kukuh pada minggu depan."Namun begitu, pembentangan semula Belanjawan 2023 berkemungkinan menawarkan sedikit sokongan propertumbuhan kepada ringgit hari ini,” katanya.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Belanjawan Malaysia Madani 2023 di Dewan Rakyat lewat hari ini, belanjawan negara pertama yang dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau.Dalam pada itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound Britain, menyaksikan ia menambah nilai kepada 5.3289/3343 daripada 5.3311/3371 pada penutupan Khamis.Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun menjadi 3.2990/3028 daripada 3.2855/2895 semalam, rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3019/3058 daripada 3.2990/3032, dan susut berbanding euro kepada 4.7000/7048 daripada 4.6943/6996 sebelumnya. - Bernama
4
24 Februari 2023 09:57am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246740/bisnes/bisa-hargai-kerja-keras-usahawan-tanah-air
BISA hargai kerja keras usahawan tanah air
SHAH ALAM - Anugerah Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) yang julung kali dianjurkan oleh Sinar Harian dilihat sebagai satu platform dan inisiatif terbaik untuk menghargai kerja keras usahawan tanah air.Pengasas dan pemilik jenama Rasta Creation Sdn Bhd, Rasta Rashid berkata, semua penggiat industri bekerja keras untuk memastikan mereka sentiasa dalam industri terutamanya sewaktu pasca pandemik Covid-19."Apabila hari ini (Jumaat) BISA memberikan anugerah kepada saya dan usahawan lain, saya pasti ini adalah satu kebanggaan dan penghargaan kepada diri kita sendiri."Semua pemain industri bergelut untuk memastikan mereka sentiasa kekal relevan dalam industri, dan pastinya untuk melaksanakan itu bukanlah satu perkara yang mudah."Ia memerlukan kecekalan dan kekentalan dalam diri. Untuk mencapai hasrat ini, ada tiga perkara yang saya selalu tekankan kepada anak-anak buah saya iaitu misi, visi dan objektif," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Malam Penganugerahan BISA, di sini pada Khamis.Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) berkata, adalah menjadi tanggungjawab untuk dirinya mengangkat martabat industri batik ke persada antarabangsa."Saya perlu memainkan peranan untuk menaikkan martabat industri terutamanya fesyen dan batik."Di samping itu juga saya ingin memastikan pereka fesyen dan pembuat batik akan sentiasa dapat bergabung tenaga supaya kita saling membantu dalam membina ekosistem yang baik."Maksudnya pereka membuat rekaan, pembuat batik pula membuat batik. Kita sama-sama berkongsi rezeki, itu adalah matlamat saya," ujar penerima Anugerah Fesyen Kreatif Batik Pilihan 2023 pada Malam Penganugerahan BISA yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City itu.
4
24 Februari 2023 08:50am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246738/bisnes/nak-berniaga-kena-ada-ilmu---tya
'Nak berniaga kena ada ilmu' - Tya
SHAH ALAM - Mana-mana individu yang berhasrat untuk memulakan perniagaan dinasihatkan untuk menimba ilmu pengetahuan dan tidak melepaskan mana-mana peluang yang ada di depan mata.Pengarah Eksekutif A Klasse Essentials Sdn Bhd, Tya Arifin berpandangan, anak muda khususnya yang baru mula berniaga digalakkan untuk berguru dengan mentor yang tepat dan arif untuk mengajar selok belok dunia perniagaan."Untuk berjaya sekarang sudah tidak lagi dinilai dengan faktor usia. Seberapa tinggi keinginan seseorang untuk berjaya, setinggi itu jugalah usaha yang perlu ditonjolkan."Nak berniaga kena ada ilmu. Sekarang kita tengok ramai anak muda yang sudah mula berniaga."Berbekalkan minat yang tinggi ditambah dengan ilmu dan didikan yang diterima, insya-ALLAH kita boleh memulakan apa jenis perniagaan yang ingin dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Malam Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) pada Khamis.Tya Arifin. - Foto Sinar HarianBeliau yang menerima Anugerah Usahawan Muda 2023 pada malam berkenaan turut meluahkan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan oleh Sinar Harian.Luahnya, penganugerahan itu merupakan satu apresiasi buat dirinya untuk terus memacu perniagaan jus kesihatan Mutyara ke peringkat yang lebih tinggi."Saya lihat anugerah ini sebagai satu penghargaan atas kerja keras saya dan pasukan dalam tempoh lima tahun ini."Namun ini tidak bermakna kita sudah cukup hebat, malah saya rasa lebih bertanggungjawab untuk bantu lebih ramai usahawan terutamanya golongan wanita, di samping membantu masyarakat untuk lebih sihat dengan produk kami, " ujarnya.Beliau turut berkongsi, jamu Mutyara keluaran syarikatnya akan mula dibawa masuk ke pasaran negara jiran, Indonesia dalam masa terdekat ini."Sebelum ini produk kita hanya boleh didapati di Malaysia, Singapura dan Brunei. Tahun ini, sedikit masa sahaja lagi kita akan pergi ke Indonesia pula, iaitu negara kelahiran saya, " katanya.
4
24 Februari 2023 08:28am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246736/bisnes/harap-jadi-pemangkin-kepada-usahawan-lain---kevin
‘Harap jadi pemangkin kepada usahawan lain’ - Kevin
KETUA Pegawai Eksekutif KZ Sdn Bhd dan Pengasas Bukan Soal Kurus Kevin Zahri menyifatkan pengiktirafan beliau dalam Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) sebagai pemangkin kepada usahawan lain untuk terus berkembang.Beliau yang merupakan penerima Anugerah Usahawan Selebriti Kesihatan 2023 berkata, meskipun perniagaan yang dibangunkan secara kecil-kecilan, ia tidak bermakna seseorang tersebut tidak boleh mencapai kejayaan.“Semua pemenang disini mewakili industri yang berbeza. Semoga kemenangan saya ini berikan semangat kepada usahawan dalam bidang sama bersaing sesama sendiri untuk berjaya satu hari nanti,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.BISA merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.Penganugerahan itu merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City pada Khamis.Menurut Kevin, anugerah tersebut adalah sangat bermakna bagi diri beliau dan rakan usahawannya yang telah bersusah payah membangunkannya.“Sangat-sangat berasa bersyukur sebab saya berusaha dalam bidang ini pun sudah lama. Jadi, ia sangat dihargai apabila dapat penghargaan daripada media lagi-lagi Sinar Harian,” ujarnya.Mengulas mengenai perancangan pada masa akan datang, beliau berkata, ketika ini syarikatnya sedang memasarkan Kempen Kurus Raya.“Ia bertujuan untuk membimbing peserta dalam alam maya. Ia merupakan program 60 hari untuk mengurangkan berat badan bagi berdepan dengan Hari Raya Aidilfitri nanti,” jelasnya.
4
24 Februari 2023 07:50am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246735/bisnes/buat-bisnes-perlu-ikhlas-beri-khidmat-terbaik---che-ta
'Buat bisnes perlu ikhlas, beri khidmat terbaik' - Che Ta
SHAH ALAM - Usahawan perlu melakukan perniagaan dengan ikhlas dan memberikan khidmat terbaik supaya pelanggan mendapat kepuasan serta manfaat yang sebaiknya.Berikut merupakan rahsia kejayaan yang dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif byRCW, Rozita Che Wan yang lebih dikenali Che Ta dalam mengembangkan perniagaannya.Tambah penerima Anugerah Usahawan Selebriti 2023 itu, dengan kewujudan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA), ia menjadi pemangkin kepada usahawan lain untuk bersaing secara sihat.“Saya bersyukur dan teruja serta berterima kasih kepada Sinar Harian kerana sudi menganugerahkan saya bagi kategori ini.“Saya rasa, lagi banyak anugerah sebegini, lagi bagus industri kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan BISA di sini pada Khamis.BISA merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.Penganugerahan itu merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City pada Khamis.Tambah Che Ta, meskipun seseorang tersebut hanya mempunyai perniagaan yang kecil, namun mereka perlu menonjolkan diri untuk diketahui umum.“Bukan syarikat besar sahaja mendominasi negara kita yang boleh buat duit. Tapi, syarikat yang belum besar pun boleh membuka mata orang ramai.“Boleh sahaja nak mula berniaga secara kecil-kecilan. Macam saya bermula pada 2017. Tiada asas, tetapi sebab kita semangat, Alhamdulillah sampai setakat ini,” katanya.
4
24 Februari 2023 07:35am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246734/bisnes/pengiktirafan-bisa-jadi-benchmark-kepada-usahawan
Pengiktirafan BISA jadi 'benchmark' kepada usahawan
PENGIKTIRAFAN Anugerah Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) menjadi 'benchmark' (penanda aras) kepada usahawan lain dalam memperjuangkan perniagaan mereka sendiri dalam industri.Pengasas dan Pengarah Urusan Skin Dessert, Zirra Abdullah yang menang BISA bagi kategori Anugerah Pemasaran di Media Sosial berkata, pengiktirafan tersebut meletakkan Skin Dessert sebagai salah satu jenama yang membina kepercayaan untuk kumpulan, pengguna dan rakyat di seluruh negara."Malam ini pun kita lihat orang-orang yang menerima Anugerah BISA ini pun bukan sebarangan dan semua itu terdiri daripada pelbagai bidang masing-masing."Saya memang rasa teruja dan sebak kerana ini satu-satunya platform yang saya boleh membina kepercayaan kepada pengguna dan rakyat Malaysia supaya mereka nampak jenama Skin Dessert itu dikedepankan.Zirra ketika ditemui dalam Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis. - Foto Sinar Harian"Pada masa yang sama juga, meletakkan Skin Dessert dengan jenama-jenama yang mendapat kepercayaan dan pilihan di hati pengguna," katanya.Zirra berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.BISA memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.Penganugerahan BISA merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan bakal diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City pada Khamis.
4
24 Februari 2023 07:19am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246733/bisnes/bisa-jadi-sokongan-motivasi-farm-fresh-ke-antarabangsa
BISA jadi sokongan, motivasi Farm Fresh ke antarabangsa
PENGANUGERAHAN Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) menjadi sokongan moral dan motivasi kepada Farm Fresh untuk terus memajukan jenama perniagaan ke peringkat antarabangsa.Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal berkata, selain BISA, setiap anugerah yang dimenangi juga secara langsung dapat menjadi inspirasi kepada usahawan-usahawan lain untuk berusaha dengan lebih keras."Saya gembira menang Anugerah BISA ini, terutamanya ini adalah anugerah program BISA Sinar Harian yang pertama, jadi ia satu penghargaan kepada kami."Bagi saya, Anugerah BISA itu bagus untuk Sinar Harian selaku media untuk memberi pengiktirafan kepada para usahawan."Ia memberi motivasi kepada usahawan-usahawan kecil supaya mereka boleh kerja dengan lebih kuat lagi kerana mereka memerlukan pendedahan dan pengiktirafan terutamanya daripada media sendiri," katanya.Beliau berkata demikian dalam Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.Azmi (kanan) dan isterinya bergambar bersama Anugerah BISA yang diterimanya pada KhamisAzmi menerima Anugrah BISA bagi kategori Anugerah Jenama Tenusu Terunggul 2023.Ujar beliau, Farm Fresh menyasarkan untuk menjadi jenama tenusu yang dikenali di seluruh Asia."Kita dah mula berkembang ke Filipina. Tahun depan ke Indonesia dan kita pun sudah ada di Australia."Kita, jenama-jenama tempatan ini kena jadi juara di negara-negara luar," ujarnya.BISA memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.Penganugerahan BISA merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City malam tadi.
4
24 Februari 2023 07:08am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246723/bisnes/bisa-hubung-semua-usahawan-pks-dalam-satu-platform
BISA hubung semua usahawan PKS dalam satu platform
[DIKEMAS KINI] BISNES Sinar Harian Awards (BISA) berpotensi menjadi penghubung kepada semua usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berinteraksi dan memperkembangkan perniagaan mereka dalam satu platform.Pengarah Urusan Diverse Supply Chain Sdn Bhd (DSC), Kayden Ong berkata, Majlis BISA perlu diadakan pada setiap tahun sebagai tanda menghargai usaha para peniaga tempatan yang bekerja keras memperkembangkan perniagaan mereka.“Saya yakin BISA dapat menjadi platform yang menghubungkan semua usahawan IKS dalam satu platform yang membolehkan mereka memperkembangkan perniagaan bersama."Jadi memang saya berbangga dapat bekerjasama dengan Sinar Harian, sebagai satu jenama yang besar."Saya percaya semua dapat bersama dalam mencapai kejayaan yang lebih besar," katanya.Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan perasmian Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.BISA memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.Penganugerahan BISA merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan bakal diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City malam ini.
4
24 Februari 2023 12:12am
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/246719/bisnes/daripada-kedai-papan-kini-miliki-gedung-besar
Daripada kedai papan, kini miliki gedung besar
SHAH ALAM - Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin menerima anugerah utama bagi Anugerah Bisnes Sinar Harian (BISA) yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City di sini malam tadi.Ameer Ali, 67, yang merangkul trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2023 menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai bukti hasil penat lelah yang dilakukan bapanya, Mydin Mohamed pada tahun 1957 membuahkan hasil.Beliau bagaimanapun berkata, anugerah tersebut bukanlah untuk dibangga-banggakan, sebaliknya sebagai pembakar semangat untuknya dan warga kerja Mydin supaya terus bekerja lebih kuat bagi memastikan kepuasan pelanggan.Malah, beliau turut menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu tanggungjawab berat untuk beliau dan warga kerja Mydin supaya dapat mencurah bakti serta berkhidmat kepada masyarakat.“Saya hanya penerima. Anugerah ini sebenarnya adalah untuk semua keluarga besar Mydin.“Tidak lupa kepada staf-staf Mydin, disebabkan mereka, Mydin berada pada tahap sekarang dan menerima anugerah ini.“Terima kasih juga kepada isteri dan ahli keluarga saya yang selalu menyokong,” katanya kepada Sinar Harian selepas menerima anugerah tersebut.Ameer Ali berkata, rahsia untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya ialah perlu mempunyai ilmu, disiplin dan keikhlasan, bukan sekadar berniat untuk mengejar kekayaan dengan cepat.“Perniagaan bukan sekadar untuk kita mengejar keuntu-ngan tetapi minat yang mendalam dan kesungguhan adalah kunci kejayaan sesebuah perniagaan.Ameer Ali (kiri) dan Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (kanan) mengiringi Salahuddin pada Anugerah Bisnes Sinar Harian (BISA) di Shah Alam, malam tadi.“Bagaimana kita dapat memanfaatkan perniagaan kepada masyarakat agar dapat menyumbang kepada ekonomi komuniti dan negara secara keseluruhannya,” ujar beliau.Tambah beliau lagi, bagi yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana bidang tersebut amat mencabar walaupun mempunyai modal yang besar.“Dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, tiada apa yang mustahil seperti Mydin yang bermula daripada sebuah kedai papan, kini merupakan rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan,” katanya.Sementara itu, Ameer Ali turut berharap penganjuran BISA menarik minat lebih ramai usahawan tempatan di negara ini untuk terus bekerja kuat dan berjaya dalam bidang per-niagaan.“Jika saya (menang anugerah) BISA, anda pun semestinya bisa (boleh) menang,” seloroh beliau.
4
23 Februari 2023 11:25pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246710/bisnes/kerajaan-mahu-usahawan-pemain-industri-bantu-usahawan-kecil
Kerajaan mahu usahawan, pemain industri bantu usahawan kecil
KERAJAAN mahu melihat para usahawan atau pemain-pemain industri yang berjaya menjadi Payung Rahmah dalam membantu peniaga-peniaga kecil pada masa akan datang.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, melalui usaha tersebut, usahawan-usahawan kecil yang dibantu itu juga diharap bakal menjadi 'big players' (pemain besar) dalam industri.Ujar beliau, itu antara nilai konsep Payung Rahmah yang ditekankan untuk menggalakkan para usahawan tempatan membawa jenama ke peringkat antarabangsa."Di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami sedia bantu anda untuk mendaftarkan perniagaan anda, itu tekad kami kepada pelanggan-pelanggan kami iaitu anda (usahawan) semua."Yang penting adalah hasil akhir anda semua iaitu pelanggan kami yang akan membantu meningkatkan produktiviti industri kecil dan sederhana (IKS) dan jangan hanya pada hari ini terhenti kepada IKS sahaja."Kami ingin melihat anda semua menjadi 'big players', pemain-pemain industri yang berjaya dan juga menjadi Payung Rahmah yang akan memayungi pula pemain-pemain kecil yang memerlukan bimbingan," katanya.Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan perasmian Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.BISA memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.Penganugerahan BISA merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan bakal diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City malam ini.Kerajaan bakal rungkai kerenah birokasi yang menyusahkan pemain industriKerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus membantu memperkasakan usahawan tempatan dengan merungkai kerenah birokasi yang selama ini menyusahkan pemain industri.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan berganding bahu dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit melibatkan peniaga."Kadang-kadang kerenah birokrasi itu yang dianggap menyusahkan usahawan. Usahawan secara formalnya (berada) di bawah KUSKOP, tetapi kementerian ini juga terlibat dengan KPDN."Jadi, kalau perlu ada sesi lihat urus, usahawan boleh berjumpa dengan kami (untuk) berbincang sekiranya ada masalah dengan birokrasi."Setakat ini belum ada lagi yang saya dengar (aduan) secara serius. Sekiranya ada, jangan segan untuk datang ke KPDN, kami dengan KUSKOP akan terus membantu apa yang boleh," katanya.Salahuddin dalam pada itu turut menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang cenderung dalam bidang perniagaan.Ujarnya, kerajaan akan memberikan peluang yang luas untuk pemain industri memainkan peranan mereka dalam menentukan dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara."Saya harap usahawan akan dapat terus mencipta nama. Kerajaan akan berikan segala bentuk insentif."Kita tidak boleh menafikan peranan industri kecil dan sederhana (IKS) yang mesti diberikan sokongan dan dukungan, di samping kita dapat kembali meyakinkan negara luar untuk datang dan menyuburkan kembali pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara," katanya.
4
23 Februari 2023 10:32pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246707/bisnes/pemenang-perlu-jadi-contoh-kepada-usahawan-lain
Pemenang perlu jadi contoh kepada usahawan lain
PEMENANG Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) perlu menjadi contoh atau pemangkin kepada rakan usahawan lain.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia supaya setiap usahawan dapat memajukan perniagaan masing-masing.“Kita mungkin bermula dengan kecil, lama-kelamaan akan menjadi besar dan gagah di persada bisnes ataupun perniagaan dalam negara.“Dan seterusnya juga mampu menerjah ke dunia antarabangsa,” beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian pada Majlis Penganugerahan BISA di sini pada Khamis.BISA memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.Penganugerahan BISA merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.“Kita mungkin bermula dengan kecil, lama-kelamaan akan menjadi besar dan gagah di persada bisnes ataupun perniagaan dalam negara."Salahuddin berkata, Malaysia perlu mencontohi Jepun dan Korea Selatan yang mengamalkan konsep Saemaul Undong.Ketibaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub ke Anugerah BISA di Hotel DoubleTree by Hilton, Shah Alam. -Foto Sinar Harian“Ia satu pendekatan ekonomi yang persis seperti Dasar Ekonomi Baru. Satu masa dahulu, Malaysia berada pada garisan yang sama dengan Jepun dan Korea Selatan.“Apabila konsep itu yang bermula dengan usahawan kecil, terapi kemudian menjadi besar dan hari ini Korea dan Jepun menjual jenama produk mereka ke persada antarabangsa,” katanya.Tambah beliau, meskipun Malaysia agak ketinggalan dibandingkan dengan dua negara tersebut, namun ia bukan alasan untuk tidak boleh maju ke hadapan.“Kita ada anak-anak Malaysia yang ada di merata tempat. Ada pakar teknologi maklumat di benua Eropah. Saya juga difahamkan seorang anak Malaysia dibela, dijaga oleh kerajaan Jepun kerana kemahirannya dalam bidang teknologi.“Anak Malaysia yang begitu mahir dengan minyak dan gas, bukan sekadar di Petronas, tetapi syarikat antarabangsa seperti Shell juga menghargai bagaimana anak-anak Malaysia mempunyai bakat yang sama taraf malah lebih baik untuk bersaing di peringkat antarabangsa” ujarnya.
4
23 Februari 2023 10:09pm
NAZRIN ZULKAFLI
https://www.sinarharian.com.my/article/246694/bisnes/permulaan-untuk-sinar-harian-sokong-bantu-usahawan-bangkit
Permulaan untuk Sinar Harian sokong, bantu usahawan bangkit
KEMUNCAK Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) yang berlangsung dengan meriah merupakan satu permulaan bagi Sinar Harian menyokong dan membantu usahawan-usahawan di Malaysia untuk terus bangkit berdiri serta berkembang maju.Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, berbeza dengan anugerah lain yang biasa dianjurkan untuk perniagaan dan ekonomi, BISA bukan sekadar pentas menyampaikan anugerah semata-mata.Beliau sebaliknya berkata, BISA direka khas untuk mengiktiraf usahawan-usahawan tempatan di Malaysia terutama pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).“Unik dan istimewanya BISA, ia bukan sekadar menghargai pemilik bisnes, malah kita turut mengangkat pelbagai agensi yang berada dalam ekosistem perniagaan.“Kita mahu rakyat mengetahui bahawa dalam kejayaan seseorang usahawan, ada organisasi lain yang mungkin turut memainkan peranan, baik agensi-agensi kerajaan, perbankan, syarikat telekomunikasi, pasar raya besar dan platform beli-belah dalam talian,” katanya semasa berucap dalam Anugerah BISA di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City di sini pada Khamis.Majlis anugerah berkenaan dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.Sementara itu, Farah berkata, penerima anugerah terpilih akan menjadi inspirasi kepada peniaga baharu terutama generasi muda yang kini semakin berkembang apabila ramai mahu menceburi bidang perniagaan.Selain itu, ujar beliau, dengan kerjasama dan sokongan daripada pelbagai kementerian serta agensi kerajaan lain, Sinar Harian akan memainkan peranan sebagai jambatan penghubung komuniti bisnes di Malaysia.“Lebih banyak pertukaran idea, masterclass, bengkel dan kerjasama dapat kita lakukan bersama untuk meneroka segala kemungkinan dalam era digitalisasi teknologi hari ini.“Apa yang pasti, dalam usaha menjadi penghubung komuniti bisnes, Sinar Harian juga berharap kita dapat bersama-sama menyebar luas dan menerapkan mengenai kepentingan integriti dan kejujuran dalam perniagaan,” katanya.Tambah Farah, bisnes bukan sekadar keuntungan, kerugian, pendapatan dan perolehan semata-mata, sebaliknya dengan penerapan nilai murni seperti integriti, disiplin serta kejujuran, seseorang usahawan pasti akan kekal lama dalam perniagaan diceburinya.“BISA akan turut menghargai dan mengangkat tokoh perniagaan yang mencipta model bisnes serta ekonomi dengan nilai murni ini untuk menjadi inspirasi kita,” kata beliau.Salahuddin (lima dari kanan) diiringi Farah (tiga dari kiri) bersama barisan tetamu kehormat pada Majlis Anugerah BISA di Hotel Double Tree by Hilton, Shah Alam. -Foto Sinar Harian
4
23 Februari 2023 08:43pm
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246691/bisnes/ringgit-ditutup-tinggi
Ringgit ditutup tinggi
RINGGIT mengakhiri penurunan selama dua hari berturut-turut untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan sentimen pasaran tempatan yang lebih baik dalam persekitaran harga minyak mentah global yang tinggi, kata penganalisis.Pada jam 6 petang, unit tempatan naik kepada 4.4315/4365 berbanding dolar AS daripada 4.4420/4460 pada Rabu.Pada masa ini, harga penanda aras minyak mentah Brent meningkat 0.25 peratus kepada AS$80.80 setong.Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, sentimen pasaran tempatan lebih baik hari ini berikutan turun naik kadar AS yang akhirnya berhenti meningkat."Di Asia, ketiadaan data China berakhir minggu depan berikutan data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China akan dikeluarkan pada 28 Februari, yang dijangka dicatatkan kukuh berdasarkan trend mobiliti yang kukuh di China."Saya berpendapat ini menyokong pasaran mata wang tempatan berikutan kenaikan hasil AS baru-baru ini yang mula berkurangan,” katanya kepada Bernama.Mengenai pembentangan semula Belanjawan 2023 esok, Innes berkata, belanjawan itu boleh memberi rangsangan kepada sentimen tempatan jika ia pro-perniagaan, seperti yang dinyatakan oleh sebahagian ahli ekonomi.Sementara itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2855/2895 daripada 3.2935/2968 pada Rabu dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2990/3032 daripada 3.3157/3189 semalam.Ia turut meningkat berbanding euro kepada 4.6943/6996 daripada 4.7258/7301 dan naik berbanding pound kepada 5.3311/3371 daripada 5.3655/3703 sebelum ini. - Bernama
4
23 Februari 2023 08:11pm
NURUL HUDA HUSAIN
https://www.sinarharian.com.my/article/246687/bisnes/wellspire-holdings-bhd-catat-hasil-rm3258-juta
Wellspire Holdings Bhd catat hasil RM32.58 juta
SYARIKAT pengedar makanan pembungkusan pengguna dan peruncit dalam talian Thailand, Wellspire Holdings Bhd mencatatkan hasil RM32.58 juta dan kerugian sebelum cukai sebanyak RM0.17 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022.Keuntungan sebelum cukai bagi suku tersebut ialah RM1.22 juta selepas mengambil kira perbelanjaan penyenaraian sekali sahaja sebanyak RM1.39 juta.Tiada angka perbandingan untuk tempoh sama sebelumnya kerana tiada laporan kewangan interim disediakan.Pada perspektif kumulatif, syarikat mencatatkan hasil sebanyak RM123.37 juta (FY2021: RM136.70 juta) dan untung sebelum cukai RM5.90 juta (FY2021: RM19.10 juta).Dilaraskan keuntungan sebelum cukai, selepas mengambil kira perbelanjaan penyenaraian sekali sahaja untuk tahun setakat ini, ialah RM9.86 juta.Kemerosotan dalam hasil dan keuntungan sebelum cukai tahun ke tahun adalah disebabkan oleh kesan pandemik Covid-19 global ke atas industri makanan ringan.Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Wellspire, Mo Guopiao berkata, bergerak ke hadapan, kumpulan percaya bahawa permintaan untuk snek sihat seperti produk kuaci dan kacang dijangka meningkat di Thailand kerana pendapatan isi rumah dan perbelanjaan pengguna pulih dalam fasa pasca pandemik."Dengan kesan positif ke atas ekonomi am dimangkin oleh pembukaan semula sempadan dan kelonggaran dan penyingkiran Covid-19 yang berterusan, laluan yang sihat untuk pemulihan angka pendapatan dijangkakan,” katanya.Menurut Pejabat Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara Thailand, pihak Ekonomi Thailand pada 2023 dijangka berkembang dalam julat 3.0 peratus hingga 4.0 peratus terutamanya disokong oleh pemulihan pelancongan domestik, pengembangan kedua-dua pelaburan swasta dan awam, permintaan dan pertumbuhan sektor pertanian bertambah baik."Berdasarkan landskap operasi yang bertambah baik juga, Wellspire kekal positif terhadap keupayaan Kumpulan untuk terus mencapai pencapaian yang memuaskan keputusan kewangan,” tambahnya.Sebagai sebahagian daripada strategi korporat masa hadapan Kumpulan, Wellspire berhasrat untuk memperoleh atau membina gudang dan kemudahan operasi untuk meningkatkan asas asetnya.Pada masa yang sama, Kumpulan juga merancang untuk mengembangkan rangkaian produknya untuk memasukkan jenis makanan ringan lain dengan memanfaatkan akses pasarannya kepada pangkalan pengguna akhir yang berpotensi besar di Thailand.Dalam ruang e-dagang, Wellspire bertujuan untuk mengukuhkan ciri platform sedia ada yang dikendalikan oleh anak syarikatnya, Keymall Retail, untuk melengkapkan lagi model perniagaan yang sedia ada dan untuk meningkatkan kehadiran dalam taliannya.
4
23 Februari 2023 07:13pm
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/246584/bisnes/celcomdigi-lancar-minggu-teknologi-perniagaan
CelcomDigi lancar Minggu Teknologi Perniagaan
CELCOMDIGI melancarkan siri Minggu Teknologi Perniagaan di Johor pada 21 hingga 22 Februari lepas.CelcomDigi dalam satu kenyataan berkata, Minggu Teknologi Perniagaan menawarkan pelbagai perniagaan daripada semua segmen seperti korporat, sektor awam dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), peluang untuk menemui dan mengenal pasti teknologi serta penyelesaian digital yang betul untuk organisasi mereka.“Pemilik perniagaan yang hadir pada program itu memperoleh pandangan dan pengalaman daripada pelbagai kes penggunaan yang dipamerkan daripada rakan kongsi CelcomDigi meliputi teknologi dan inovasi seperti 5G, Cloud, IoT, Cybersecurity dan penyelesaian sambungan tetap serta pengalaman Metaverse,” jelas kenyataan itu.Pameran itu juga melibatkan syarikat peneraju industri seperti Bridgenet, Infront Consulting, Garuda Robotics, Huawei, Cisco Meraki dan Samsung.CelcomDigi berkata, siri pameran Minggu Teknologi Perniagaan seterusnya akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 16 hingga 17 Mac 2023.
4
23 Februari 2023 11:39am
NORSHAHZURA MAT ZUKI
https://www.sinarharian.com.my/article/246577/bisnes/aeon-catat-hasil-rm41-bilion-dalam-tahun-kewangan-2022
AEON catat hasil RM4.1 bilion dalam tahun kewangan 2022
AEON CO. (M) BHD. (AEON) merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sejumlah RM211.4 juta iaitu peningkatan sebanyak 61.4 peratus berbanding RM131 juta yang dicatat pada tahun lepas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.AEON dalam satu kenyataan berkata, syarikat juga mencatat hasil sejumlah RM4.14 bilion iaitu 14.1 peratus lebih tinggi berbanding hasil tahun lepas sebanyak RM3.63 bilion.“Perkhidmatan peruncitan merekodkan hasil yang memberangsangkan sejumlah RM903.7 juta iaitu kenaikan sebanyak 5.8 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas yang telah mencatat hasil sebanyak RM854.2 juta.“Peningkatan hasil ini didorong terutamanya oleh perayaan-perayaan awal dan perbelanjaan semasa cuti akhir tahun,” jelas kenyataan itu.AEON berkata, hasil yang dicatat oleh perkhidmatan pengurusan hartanah bertambah kepada RM158.1 juta, iaitu 14.6 peratus lebih tinggi berbanding catatan suku tahun sama tahun lepas sebanyak RM137.9 juta.Pengarah Urusan AEON, Keiji Ono berkata, pertumbuhan hasil dan keuntungan AEON adalah hasil langsung daripada penyambungan semula aktiviti ekonomi, ditambah dengan perbelanjaan yang lebih tinggi semasa perayaan.“Di sebalik tekanan inflasi global yang berterusan dan cabaran rantaian bekalan, kami telah berjaya mencapai tahap keuntungan pra-pandemik yang merupakan pencapaian yang luar biasa.“Keputusan akhir tahun ini dicapai melalui komitmen dan sokongan dari AEON People, rakan niaga dan para pelanggan kami. Kami telah berjaya mengharungi cabaran ini, dan keputusan kewangan akhir tahun ini mencerminkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk berjaya,” katanya.Beliau berkata, selama ini, AEON telah berjaya meletakkan jenama dan portfolionya di samping mewujudkan strategi kategori pelanggan yang jelas dan kukuh untuk meningkatkan pengalaman membeli belah.“Bagi AEON, ia bukan sahaja memenuhi keperluan pelanggan tetapi mencipta pengalaman bernilai yang akan mewujudkan kesetiaan dan kepercayaan dalam jangka panjang.“Kami juga percaya bahawa dengan mengutamakan agenda kemampanan, AEON dapat mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang saham, pelanggan dan pekerja kami. AEON kekal komited terhadap inisiatif kemampanannya dan kami berbangga dengan kemajuan yang telah kami capai ke arah mencapai matlamat kemampanan kami.“Kami akan terus mempergiatkan inisiatif kemampanan kami dengan pemasangan sistem Solar Photovoltaic (PV) di pusat membeli-belah AEON dan melaksanakan inisiatif pengurusan sisa," kata Ono.Beliau berkata, AEON juga akan terus menumpukan pada pembangunan AEON Living Zone dalam mempercepatkan penyepaduan digitalnya ke dalam model perniagaan sedia ada untuk memastikan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah di samping AEON akan kekal maju.“Ia akan dilaksanakan untuk kemudahan ekosistem kami dan semua pusat beli-belah dan pasar raya kami letakkan pada satu platform yang dikongsi bersama."Bagi perlaksanaan ini, kami akan memastikan setiap inisiatif yang dijalankan bukan sahaja tertumpu kepada pertumbuhan perniagaan tetapi juga memenuhi keperluan pelanggan dan komuniti kami,” katanya.AEON juga mengumumkan dividen akhir sebanyak empat sen sesaham biasa untuk tahun kewangan bersamaan dengan RM56.2 juta atau nisbah pembayaran 50 peratus untuk kelulusan pemegang saham.
4
23 Februari 2023 10:52am
null
https://www.sinarharian.com.my/article/246566/bisnes/nilai-ringgit-kembali-pulih
Nilai ringgit kembali pulih
NILAI ringgit kembali pulih berbanding dolar AS pagi ini menjelang pengeluaran minit mesyuarat terkini Jawatankuasa Pasaran Terbuka Amerika Syarikat (AS).Pada 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.4350/4390 berbanding dolar berbanding penutupan Rabu 4.4420/4460.Peniaga Activtrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, pasaran lebih berhati -hati menjelang pengeluaran minit itu memandangkan ia menawarkan petunjuk mengenai pandangan Rizab Persekutuan."Pandangan yang lebih menjurus kepada meningkatkan kadar faedah akan membawa kepada dasar kewangan yang lebih ketat dan ini boleh menyebabkan dolar AS terus meningkat berbanding ringgit ke paras 4.5000," katanya.Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, peniaga dan pelabur juga akan mengambil sikap berhati -hati menjelang data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) pada Jumaat, yang akan menyediakan tahap unjuran Rizab Persekutuan pada mesyuarat 22 Mac.Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2884/2918 daripada 3.2935/2968 pada Rabu dan naik berbanding dolar Singapura menjadi 3.3090/3122 dari 3.3157/3189 semalam.Ringgit turut meningkat berbanding euro kepada 4.7060/7102 daripada 4.7258/7301 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3451/3499 daripada 5.3655/3703 sebelum ini. - Bernama
4
23 Februari 2023 09:36am