url
stringlengths
33
217
headline
stringlengths
5
198
content
sequence
https://ering.com.my/2017/08/pengguna-xpax-kini-layak-beli-telefon-pintar-idaman-secara-ansuran/
Pengguna Xpax Kini Layak Beli Telefon Pintar Idaman Secara Ansuran
[ "Jika sebelum ini pengguna pelan prabayar tidak berpeluang untuk memiliki telefon pintar idaman mereka dengan bayaran secara ansuran. Oleh itu, Celcom hari ini dengan bangganya melancarkan EasyPhone For Prepaid iaitu pelan ansuran peranti pintar khusus untuk pelanggan Xpax dan pelanggan baru. Bagi menjayakan pelan skim terbaru ini, Celcom telah melantik Aeon Credit Service Berhad sebagai rakan kongsi niaganya.", "Pelan EasyPhone ini menawarkan 30 telefon pintar dari pelbagai jenama seperti Apple, Samsung, Huawei, Oppo, dan Xiaomi dengan kadar ansuran bulanan serendah RM74, malah Celcom juga akan menkreditkan masa berbual sebanyak RM30 selama 24 bulan kepada anda. Lebih menariknya, proses untuk skim ansuran ini tidak memerlukan wang pendahuluan ataupun kad kredit.", "Bagi anda yang berminat, kini anda tidak perlu ke cawangan Blue Cube atau pusat Celcom kerana ia boleh dimohon secara atas talian. Permohanan untuk EasyPhone ini akan mengambil masa dalam tempoh 3 hari waktu bekerja. Bagaimanapun, jika anda salah seorang pemegang kad kredit Aeon atau Express Card, tempoh kelulusan akan dipercepatkan kepada 15 minit, wow!", "Dalam masa yang sama anda perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan termasuk pengenalan dan status pekerjaan. Selepas permohonan lulus, apa yang perlu anda buat ialah pergi ke mana-mana stor Blue Cube yang berhampiran untuk proses kutipan.", "Melalui pelan EasyPhone ini Celcom berharap setiap rakyat Malaysia kini bebas untuk memiliki telefon pintar idaman mereka tanpa perlu dibebani kos yang tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Xpax hari ini." ]
https://ering.com.my/2018/08/ifa-2018-acer-swift-5-laptop-15-inci-paling-ringan-di-dunia/
IFA 2018 : Acer Swift 5, Laptop 15 Inci Paling Ringan Di Dunia
[ "Di acara IFA 2018 yang berlangsung di Berlin , Acer memperkenalkan pelbagai komputer riba dan monitor baru termasuklah Acer Swift 5 yang dipertingkatkan secara radikal.", "Acer Swift 5 (SF515-51T) hadir dengan bersaiz 15.6 inci pada resolusi Full HD dan berat kurang daripada 1 kilogram seterusnya menjadi komputer riba 15 inci yang paling ringan di dunia.", "Acer Swift 5 dibina menggunakan aloi magnesium-lithium yang menjadikan ia kuat dan ringan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pemproses Intel Core i7 dan i5 generasi ke-8, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD yang cukup pantas.", "Pada masa sama, siri komputer riba Acer Swift 3 juga telah disegarkan dengan paparan 13.3 dan 14 inci yang datang dengan bilah lebih langsing menjadikan peranti lebih bergaya.", "Acer Swift 3 dilengkapi dengan siri CPU Intel Core generasi kelapan bersama-sama ciri yang membolehkannya disambungkan ke internet menggunakan sambungan 4G/LTE." ]
https://ering.com.my/2016/10/b-o-ss-kamera-aksi-dah-sampai/
B.O.SS Kamera Aksi Dah Sampai!
[ "Bertempat di District 21, IOI City Mall, Putrajaya, kami hadir bagi menyaksikan pelancaran kamera aksi terbaru dari Sony. Namun jika kita tengok di dalam pasaran sekarang ini, sudah banyak pilihan kamera aksi ditawarkan dari pelbagai pengeluar, malah ada yang dijual pada harga yang sangat murah. Jadi apa istimewanya kamera aksi Sony kali ini, kami akan kongsikan sedikit informasi berkenaan kamera ini dengan anda.", "Kali ini Sony membawakan dua variasi kamera aksi kepada anda semua, FDR-X3000R yang mampu merakam video 4K dan juga HDR-AS300R yang menyokong rakaman maksimum Full HD. Kedua-dua kamera ini dilengkapi sistem penstabilan imej Balanced Optical SteadyShot (B.O.SS), FDR-X3000R dan HDR-AS300R merupakan kamera aksi pertama di dunia yang dilengkapi sistem penstabilan imej ini.", "B.O.SS menghasilkan rakaman video yang lebih stabil berbanding sistem penstabilan digital, kerana ia adalah sistem fizikal yang mengunci kedudukan lensa ketika rakaman sedang dilakukan, lantas menghasilkan video yang stabil walaupun anda sedang melakukan aktiviti riadah dan ekstrem.", "Sony juga menghasilkan ekosistem aksesori yang luas bagi menyokong kamera ini. Antara aksesori terbaru yang diperkenalkan adalah:", "a) RM-LVR3: Live View Remote ini membolehkan anda melihat paparan semasa rakaman.\nb) AKA-FGP1: Pemegang kamera dan juga mount Live View Remote.\nc) AKA-MCP1: Pelindung kamera.", "FDR-X3000R, HDR-AS300R, AKA-FGP1 dan AKA-MCP1 akan mula dijual stor Sony dan wakil penjual di seluruh Malaysia mulai bulan ini. Setakat AKA-FGP1 dijual pada harga RM109, sementara harga untuk peranti yang lain masih belum diumumkan, nantikan kemas kini harga dari kami." ]
https://ering.com.my/2021/02/octapharma-ag-data-muktamad-daripada-kajian-nuprotect-yang-diterbitkan-tentang-keimunogenan-nuwiq-dalam-kalangan-pesakit-yang-menghidap-haemofilia-a-yang-teruk-belum-pernah-dirawat/
Octapharma AG: Data muktamad daripada kajian NuProtect yang diterbitkan tentang keimunogenan Nuwiq® dalam kalangan pesakit yang menghidap haemofilia A yang teruk, belum pernah dirawat
[ "LACHEN, Switzerland, 23 Februari 2021 /PRNewswire/ — Octapharma hari ini mengumumkan hasil muktamad daripada kajian NuProtect tentang keimunogenan Nuwiq® dalam kalangan pesakit yang menghidap haemofilia A yang teruk, yang belum pernah dirawat (PUP), telah diterbitkan dalam jurnal perubatan terkemuka Thrombosis and Haemostasis (Liesner RJ et al. “Simoctocog Alfa (Nuwiq®) in Previously Untreated Patients with Severe Haemophilia A: Final Results of the NuProtect Study” https://www.thieme-connect.com/products/ejournals/abstract/10.1055/s-0040-1722623). ", "Kajian NuProtect (NCT01712438; EudraCT 2012-002554-23) ialah kajian Fasa III prospektif, berbilang negara, label terbuka yang tidak dikawal yang dimulakan pada bulan Mac 2013 untuk menilai keimunogenan, keberkesanan dan keselamatan Nuwiq®. Kajian ini telah merekrut pesakit daripada pelbagai peringkat umur dan asal etnik di 38 lokasi di 17 buah negara dan mengikuti pesakit selama 100 hari pendedahan atau sehingga 5 tahun. Dengan pendaftaran oleh 110 orang pesakit, kajian NuProtect ialah kajian klinikal terbesar bagi menyelidik hanya satu produk dalam dalam kalangan PUP yang sebenar.", "Daripada 105 orang PUP boleh dinilai yang menghidap haemofilia A yang teruk dan menerima Nuwiq® untuk pencegahan dan rawatan pendarahan:", "“Kajian NuProtect menunjukkan bahawa terdapat risiko rendah pembentukan perencat dalam kalangan PUP yang memulakan rawatan dengan Nuwiq®,” ulas Dr Ri Liesner, penyelidik penyelaras kajian NuProtect dan klinisian di Hospital Great Ormond Street untuk Kanak-kanak, London, UK. “Data ini menunjukkan Nuwiq® mungkin menjadi pilihan menarik bagi pesakit yang baru didiagnosis dengan haemofilia A yang teruk, seperti kanak-kanak kecil dan mewakili subset pesakit yang mudah diserang.”", "Pembentukan perencat kepada faktor pengganti VIII (FVIII) membimbangkan para doktor serta pesakit dan keluarga mereka, terutamanya semasa memulakan rawatan. Perencat menyebabkan pilihan terapi FVIII menjadi tidak berkesan dan mengehadkan pilihan rawatan.", "Data ini melengkapi banyak pengalaman klinikal dalam kalangan pesakit haemofilia A yang menerima Nuwiq® untuk rawatan dan pencegahan pendarahan.", "“Nuwiq® dibentuk dalam turutan sel manusia yang bertujuan untuk mengurangkan risiko perencat dalam kalangan PUP, ” kata Larisa Belyanskaya, Ketua Haematologi IBU, Octapharma. “Kami gembira dapat berkongsi data positif ini yang mencerminkan matlamat ini yang kami harap dapat menyumbang dalam menangani cabaran utama rawatan ini.”", "“Kami tahu bahawa pesakit haemofilia A menghadapi cabaran dalam membuat keputusan rawatan seumur hidup,” ulas Olaf Walter, Ahli Lembaga Pengarah Octapharma. “Data ini menyerlahkan potensi Nuwiq® untuk menyakinkan semula PUP dan keluarga mereka sambil mereka mereka memulakan rawatan mereka. Penerbitan ini membawa kami lebih hampir kepada pencapatan matlamat Octapharma untuk membolehkan semua pesakit menjalani kehidupan yang sihat.”", "Pada awal tahun ini, FDA telah meluluskan penyertaan data imunogenik daripada kajian NuProtect ke dalam Maklumat Preskripsi Nuwiq®. Penerbitan lanjut tentang analisis lain daripada kajian NuProtect sedang dirancang.", "Profesor Anthony Chan, seorang pengarang bersama penerbitan dan Profesor Pediatrik di McMaster University, Kanada, berkata: “Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Octapharma kerana membangunkan Nuwiq, menaja ujian dan menyediakan terapi yang sangat baik kepada pesakit haemofilia A.“", "Octapharma juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pusat yang terlibat serta pesakit dan penjaga mereka di atas sumbangan mereka kepada kajian ini.", "Nuwiq® (simoctocog alfa) ialah protein VIII (rFVIII) faktor rekombinan generasi ke-4 yang dihasilkan dalam turutan sel manusia tanpa pengubahsuaian atau pelakuran kimia dengan mana-mana protein1 yang lain. Ia dikultur tanpa bahan tambahan yang berasal daripada manusia atau haiwan, tanpa epitop protein antigenik bukan manusia dan mempunyai persamaan yang tinggi dengan faktor von Willebrand1. Rawatan Nuwiq® telah dinilai dalam tujuh ujian klinikal yang telah dilengkapkan yang menyertakan 201 pesakit yang menghidap haemofilia A yang teruk, yang pernah dirawat sebelum ini (PTP; 190 individu), termasuk 59 kanak-kanak1. Nuwiq® boleh didapati dalam dos 250 IU, 500 IU, 1000 IU, 2000 IU, 2500 IU, 3000 IU dan 4000 IU2. Nuwiq® diluluskan untuk digunakan dalam rawatan dan profilaksis pendarahan dalam kalangan pesakit haemofilia A (kekurangan FVIII kongenital) meliputi semua kumpulan umur2.", "1.  Lissitchkov T et al. Ther Adv Hematol 2019; 10:2040620719858471.2.  Nuwiq® Summary of Product Characteristics.", "Haemophilia A ialah kecelaruan pendarahan keturunan yang dikaitkan dengan kromosom X yang disebabkan oleh kekurangan faktor VIII (FVIII), jika tidak dirawat boleh menyebabkan pendarahan di dalam otot dan sendi dan seterusnya artropati dan morbiditi yang teruk. Penyakit ini mempengaruhi satu dalam 10,000 lelaki di seluruh dunia. Profilaksis dengan terapi penggantian FVIII mengurangkan kejadian pendarahan dan risiko kerosakan sendi kekal. ", "Beribu pejabat di Lachen, Switzerland, Octapharma ialah salah sebuah pengeluar protein manusia yang terbesar di dunia. Ia membangun dan menghasilkan protein manusia daripada plasma manusia dan turutan sel manusia.", "Octapharma mempunyai lebih 9,000 orang pekerja di seluruh dunia untuk menyokong rawatan pesakit di 118 buah negara dengan produk yang merangkumi tiga bidang terapeutik: Haematologi, Imunoterapi dan Penjagaan Kritikal.", "Octapharma memiliki tujuh buah tapak R&D dan enam buah kemudahan pembuatan tercanggih di Austria, Perancis, Jerman, Mexico dan Sweden serta mengendalikan lebih 160 buah pusat pendermaan plasma di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat.", "Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service Clinical Trials/Medical Discoveries STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)" ]
https://ering.com.my/2021/01/spesifkasi-kamera-samsung-galaxy-s21-terdedah/
Spesifkasi Kamera Siri Samsung Galaxy S21 Terdedah??
[ "Siri Samsung Galaxy S21 Bakal Dilancarkan Pada 14 Januari ini, dan ada sesuatu yang menarik apabila spesifkasi kamera peranti ini dikhabarkan telah terdedah!!", "Bagi peranti Galaxy S21 dan S21+ ini bakal hadir dengan kamera hadapan 10MP dan ia dikatakan bakal hadir dengan kamera belakang 64MP + 12MP + 12MP.", "Bagi S21 Ultrea pula ia hadir dengan kamera hadapan 40MP dan kamera belakang 108MP + 12MP + 10MP + 10MP.", "Sejauh manakah kebenarannya?? Sama-sama kita nantikan ketika ia dilancarkan pada 14 Januari." ]
https://ering.com.my/2020/12/maxeon-solar-technologies-memenangi-pengesahan-paten-di-china/
Maxeon Solar Technologies Memenangi Pengesahan Paten di China
[ "Paten teknologi panel sel solar bumbung Syarikat", "SINGAPURA, 22 Disember 2020 /PRNewswire/ — Maxeon Solar Technologies, Ltd. (NASDAQ: MAXN), peneraju inovasi solar global, hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah menerima pengesahan paten positif yang dinyatakan dalam tindakan pengesahan paten yang difailkan di China oleh pengilang Cina, LONGi Green Energy Technology Co., Ltd. Tindakan itu diajukan terhadap salah satu paten Maxeon untuk teknologi panel sel solar bumbung proprietari dan asas yang digunakan untuk menyusun panel solar yang direka bentuk, dibuat dan dijual oleh Maxeon dengan jenama ‘SunPower Performance’.", "Pada bulan Mei 2020, pentadbiran harta intelek negara China (CNIPA) menerima permintaan untuk pengesahan yang difailkan oleh LONGi Green Energy Technology Co., Ltd. suatu paten oleh Maxeon tentang kecekapan tinggi panel sel solar bumbung (paten China N° 201710523237.1). Berikutan pendengaran lisan pada bulan Oktober 2020, tuntutan LONGi telah dikaji semula daripada ketidaksahihan dan berpuluh-puluh dokumen seni sebelum ini, akhirnya menyimpulkan bahawa paten Maxeon adalah sah. Keputusan oleh CNIPA ini mengukuhkan lagi hak harta intelek Maxeon di China untuk teknologi panel sel solar bumbung.", "Panel sel solar bumbung biasanya dihasilkan dengan memisahkan sel suria menjadi jalur sel suria yang lebih kecil dan seterusnya menghubungkan jalur sel suria yang dihasilkan dalam susunan berlapis-lapis yang sangat banyak menggunakan pelekat konduktif. Hasilnya ialah panel kuasa yang lebih tinggi, kecekapan yang lebih tinggi, dengan kebolehpercayaan yang ditingkatkan dan ketahanan yang lebih baik berbanding panel konvensional.", "Proses seni bina dan pembuatan panel sel solar bumbung Performance dipelopori oleh syarikat permulaan yang berpangkalan di Silicon Valley, Cogenra Solar. SunPower Corporation mengambil alih Cogenra pada 2015 dan Maxeon mengekalkan hak IP teknologi bumbung berikutan pengasingan daripada SunPower pada bulan Ogos 2020. Panel solar prestasi dihasilkan di China oleh Huansheng Photovoltaic (Jiangsu) Co., Ltd., usaha sama Maxeon dengan Tianjin Zhonghuan Semiconductor Co., Ltd. Dengan lebih daripada 3 gigawatt yang digunakan di lebih daripada 60 buah negara hingga kini, panel Performance ialah teknologi panel sel solar yang paling banyak digunakan dalam industri.  ", "“Keputusan ini merupakan pengesahan penting tentang kekuatan paten kami dan inovasi dasar di sebalik panel prestasi kami. Teknologi ini dilindungi oleh portfolio antarabangsa yang terdiri lebih daripada 150 paten dan aplikasi paten yang merangkumi reka bentuk sel suria dan panel suria serta alat dan proses pembuatan utama,” kata Jeff Waters, CEO Maxeon Solar Technologies. “Kami sangat menitikberatkan kepentingan pegangan dan melindungi hak harta intelektual kami. Menghormati IP adalah penting untuk pembangunan industri solar secara teratur.”", "“Harta intelek kami ialah aset perniagaan utama. Kami akan mempertahankan hak harta intelek kami dan mengambil tindakan terhadap penggunaan yang tidak dibenarkan, kerana kami mempunyai terhadap Canadian Solar Jepun K.K.” tambah Lindsey Wiedmann, Ketua Pegawai Undang-Undang Maxeon. Pada bulan September 2020, Maxeon memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Daerah Tokyo, Jepun dengan dakwaan Canadian Solar Japan mengguna pakai paten Maxeon, No. Paten Jepun JP6642841B2 (“Shingled Solar Cell Module”) untuk teknologi panel sel solar bumbung proprietari dan asas yang digunakan untuk menyusun panel solar SunPower Performance.", "Tentang Maxeon Solar TechnologiesMaxeon Solar Technologies (NASDAQ:MAXN) ialah Powering Positive Change™ (Memperkasakan Perubahan Positif). Maxeon yang beribu pejabat di Singapura, ialah syarikat yang mereka bentuk, mengeluarkan dan menjual panel solar jenama SunPower® di lebih dari 100 buah negara, yang mengendalikan jenama SunPower di seluruh dunia di luar Amerika Syarikat. Syarikat ini merupakan peneraju dalam inovasi suria dengan akses kepada lebih 900 paten dan dua barisan produk panel suria yang terbaik. Dengan operasi di Afrika, Asia, Oceania, Eropah dan Mexico, produk Maxeon merangkumi pasaran loji tenaga solar dan atap global melalui rangkaian dengan lebih daripada 1,100 rakan kongsi dan pengedar yang dipercayai. Sebagai perintis dalam pembuatan solar yang lestari, Maxeon memanfaatkan sejarah 35 tahun dalam industri solar dan menerima banyak anugerah untuk teknologinya. Untuk maklumat lanjut tentang cara Maxeon melaksanakan motonya Powering Positive Change™ sila lawati kami di www.maxeon.com, di LinkedIn dan di Twitter @maxeonsolar.", "Pernyataanberpandangan ke depan tentang siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan yang dimaksudkan dengan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta tahun 1995,termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan tentang kesahihan berterusan hak harta intelek syarikat, keupayaannya untuk melindungi harta intelektual dan keupayaan untuk mempersendakan dan menggalakkan pembangunan, serta status litigasi berterusan syarikat, kos berkaitan dan kebarangkalian kejayaan. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini berdasarkan pada andaian, jangkaan dan kepercayaan masa kini dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Perbincangan terperinci tentang faktor-faktor ini dan risiko lain yang mempengaruhi perniagaan kami termasuk dalam pemfailan yang kami buat dengan SEC dari masa ke semasa, termasuk Borang 20-F kami, yang disahkan oleh SEC berkuat kuasa pada 4 Ogos 2020, di bawah tajuk khusus “Item 3.D. Risk Factors.” Salinan fail ini boleh didapati dalam talian daripada SEC atau pada Seksyen Kewangan & Pemfailan pada laman web Perhubungan Pelabur kami di www.maxeon.com/financials-filings/sec-filings. Semua pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini adalah berdasarkan maklumat yang ada pada masa ini dan kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini berdasarkan maklumat baharu atau peristiwa masa depan.", "© 2020 Maxeon Solar Technologies, Ltd. Hak Cipta Terpelihara. MAXEON ialah tanda dagangan berdaftar bagi Maxeon Solar Technologies, Ltd. Sila layari www.maxeon.com/trademarks untuk maklumat lanjut. ", "Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities Legal issues Patent Law" ]
https://ering.com.my/2019/11/xiaomi-mi-watch-rasmi-jam-pintar-serba-serbi-lengkap-bateri-lebih-besar/
Xiaomi Mi Watch Rasmi – Jam Pintar Serba Serbi Lengkap & Bateri Lebih Besar!
[ "Seiring pelancaran Xiaomi Mi CC9 Pro, Xiaomi turut muncul dengan jam pintar petama keluaran mereka iaitu Xiaomi Mi Watch. Jam pintar ini membawakan sejumlah ciri dan fungsi menarik yang pastinya membuatkan ramai teruja dan tergoda.", "Xiaomi Mi Watch membawakan paparan skrin sentuh persegi berukuran 1.78″ AMOLED dengan kepadatan 326ppi. Bahagian belakang jam ini diperbuat daripada seramik, manakala badan pula diperbuat daripada aloi aluminium dengan kemasa matte. Pada sebelah kanan jam terdapat dua butang fizikal dan mikrofon. Bahagian bawah pula terdapat dok pengecasan dan monitor denyutan jantung.", "Beralih pada kemasan tali, ia diperbuat daripada getah fluoro yang mesra kulit. Tersedia dalam pelbagai jenis warna termasuk biru, putih, hitam dan silver. Enjin dalaman jam pintar ini adalah cipset Snapdragon Wear 3100 4G chipset yang menampilkan empat teras Cortex A7 (1.2GHz).", "Melengkapinya, bateri sebesar 570mAh dengan keupayaan bertahan sehingga 36 jam atau sehingga dua hari dengan pengecasan tunggal. Ciri menarik lain termasuk NFC , Bluetooth 4.2, Wi-Fi (n), GPS, dan speaker yang mengagumkan. Lebih mengejutkan, Xiaomi menggunakan platform WearOS Google untuk smartwatch ini dan ditawarkan di pasaran China pada harga seperti berikut : CNY 1,299 (kira-kira RM768)." ]
https://ering.com.my/2021/01/mydin-tawarkan-pembayaran-tanpa-sentuhan-melalui-shopeepay/
MYDIN Tawar Pembayaran Tanpa Sentuhan Melalui ShopeePay
[ "Rangkaian pemborong dan peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) kini menawarkan ShopeePay di cawangannya di seluruh negara, menjadikannya pasar raya besar pertama di negara ini untuk berbuat demikian.", "Kerjasama strategik antara MYDIN dan dompet mudah alih ShopeePay memberikan pilihan pembayaran tanpa sentuhan baharu untuk pelanggan MYDIN dengan tujuan meningkatkan kecekapan pembayaran dan menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan pada masa yang membimbangkan ini.", "Sempena kerjasama ini, para pengunjung MYDIN akan menikmati pulangan tunai istimewa sekali sahaja bernilai RM4 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM10 dan membayar dengan ShopeePay di mana-mana cawangan MYDIN dari sekarang hingga 28 Februari 2021, atau sehingga ia ditebus sepenuhnya. Para pembeli juga bakal menerima pulangan tunai RM3 setiap hari bagi pembelian seterusnya di mana-mana cawangan apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM15 dalam satu transaksi.", "Selain itu, pengunjung yang menggunakan ShopeePay buat  kali pertama akan menerima baucar RM8 apabila mereka melakukan pembelian pertama dengan perbelanjaan minimum RM25.", "Untuk mula menggunakan ShopeePay dan menikmati penjimatan, para pengunjung boleh mengambil kesempatan ini untuk membeli peralatan sekolah di MYDIN untuk anak-anak mereka menjelang permulaan sesi persekolahan tahun 2021. Kempen istimewa “Kembali ke Sekolah Bersama MYDIN!” berlangsung dari 7 Januari hingga 24 Januari 2021, dan akan menawarkan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah, barangan alat tulis dan banyak lagi dengan tawaran menarik." ]
https://ering.com.my/2019/05/huawei-diberi-lesen-sementara-untuk-terus-sediakan-kemas-kini-android-hingga-19-ogos-2019/
HUAWEI Diberi Lesen Sementara Untuk Terus Sediakan Kemas Kini Android – Hingga 19 Ogos 2019
[ "Semalam kita dikejutkan dengan berita mengenai Google telah menggantung sokongan Android secara serta merta terhadap HUAWEI. Sekaligus, perkara ini telah menimbulkan kerisauan kepada pengguna sedia ada. Pun begitu, Google telahpun mengesahkan perkhidmatan Android pada peranti sedia ada akan terus disokong.", "Laporan terbaru memetik Reuters, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah memberikan lesen sementara kepada HUAWEI – dimana tempoh lanjutan selama 90 hari yang membenarkan HUAWEI meneruskan beberapa kegiatan termasuk menyediakan kemas kini perisian untuk peranti dan mengekalkan peralatan rangkaiannya yang sedia ada. Sumber berkata lagi, lesen sementara ini berkuatkuasa mulai sekarang dan tamat pada 19 Ogos 2019." ]
https://ering.com.my/2017/04/instagram-umum-peroleh-700-juta-pengguna-serata-dunia/
Instagram Umum Peroleh 700 Juta Pengguna Serata Dunia
[ "Gambar yang diambil di telefon pintar sering kali dimuat naik di laman sosial, termasuklah Instagram. Ciri-ciri yang ada pada Instagram ini lebih mudah diguna dan tidak hairanlah pembangun aplikasi yang dimiliki oleh Facebook ini menjangkau sehingga 700 juta pengguna yang berdaftar.", "Pada bulan Disember 2016, mereka mencatatkan 600 juta pengguna dan meningkat kepada 100 juta dalam masa empat bulan sahaja. Kemajuan ini mengukuhkan lagi syarikat berkenaan dan dijangka angka tersebut akan terus bertambah.", "Instagram telah memperkenalkan ciri-ciri Stories, di mana pengguna boleh berkongsi gambar dan video yang akan terpadam secara automatik dalam tempoh masa 24 jam. Ciri-ciri ini pertama kali diperkenalkan oleh Snapchat, dengan sambutan yang memberansangkan Instagram juga turut serta dan diikuti oleh Facebook dan WhatsApp." ]
https://ering.com.my/2018/09/pra-tempahan-samsung-galaxy-note9-ocean-blue-percuma-pembersih-hampagas-bernilai-rm899-promosi-hanya-3-hari/
Pra-Tempahan Samsung Galaxy Note9 Ocean Blue PERCUMA Pembersih Hampagas Bernilai RM899 – Promosi Hanya 3 HARI!
[ "Samsung Galaxy Note 9 telahpun dirasmikan di pasaran tempatan dengan tawaran harga jualan RM3,699 untuk varian 128GB, serta RM4,599 untuk varian 512GB. Peranti ini mempunyai peningkatan yang ketara pada kuasa, produktiviti, ketahanan unggul dan hiburan penuh, hadir bersama tiga pilihan warna menarik iaitu Midnight Black, Metallic Copper dan Ocean Blue. ", "Ramai yang berminat pada warna baharu Ocean Blue ini, mungkin disebabkan S-Pen yang berwarna kuning nampak agak unik. Kini Samsung Malaysia membuka sesi pra-tempahan bagi Galaxy Note9 Ocean Blue berkapasiti 512GB, dengan tawaran PERCUMA seunit pembersih hampagas Samsung POWERstick bernilai RM889. ", "Tawaran promosi ini hanya berlangsung untuk 3 hari bermula 21 hingga 23 September 2018. Yang berminat boleh membuat tempahan di SINI. " ]
https://ering.com.my/2017/05/otterbox-untuk-samsung-galaxy-s8-s8/
OtterBox Untuk Samsung Galaxy S8 & S8+
[ "Peranti yang mahal sudah tentu ingin dilindungi, kerana kos untuk membaik pulih paparan skrin tentunya tinggi. Oleh itu, OtterBox telah membawa pelbagai jenis sarung pelindung termasuk pelindung skrin buat Samsung Galaxy S8/S8+.", "OtterBox juga mendapat pengiktirafan Drop+Protection dengan 238 jam ujikaji termasuk 24 ujian bagi memastikan ketahanannya tidak diragui. Mari kita lihat model-model yang disediakan.", "Model ini meyediakan kombinasi pelbagai warna yang terang dan sepadan.", "Model ini pula didatangkan dengan warna jernih supaya warna pada telefon boleh dilihat secara jelas.", "Di antara ketiga-tiga model Symmetry, kemasan yang terdapat pada jenis ini pula agak berkilat seperti logam.", "Model ini pula kelihatan agak tebal sedikit tetapi menawarkan perlindungan yang lebih berbanding Symmetry.", "Sesuai untuk aktiviti lasak, Defender melindungi peranti daripada terjatuh ataupun terhentak. Bahagian depan pula hadir dengan Alpha Glass iaitu kepingan gelas yang melindungi skrin.", "Sarung pelindung boleh lipat dengan kemasan kulit bersama benang jahitan melindungi keseluruhan bahagian peranti.", "Melindungi paparan skrin Samsung Galaxy S8/S8+ daripada hentakan, mengekalkan sensitiviti tekanan pada papan sesentuh. Sesuai digunakan pada semua jenis sarung pelindung OtterBox.", "Kesemua model siri Defender, siri Commuter, siri Symmetry, siri Strada, siri Folio dan Alpha Glass boleh didapati di laman OtterBox. Anda boleh mengunjungi kedai-kedai terpilih di:" ]
https://ering.com.my/2018/08/25mp-kamera-hadapan-disahkan-hadir-pada-oppo-f9-bersama-ai-beauty-2-1/
25MP Kamera Hadapan Disahkan Hadir Pada OPPO F9 Bersama AI Beauty 2.1
[ "Kad jemputan dari OPPO Malaysia mengenai pelancaran rasmi OPPO F9 telah disahkan pada 16 Ogos (Khamis) ini. Sebelum pelancaran rasmi, sejumlah spesifikasi telah didedahkan seperti skrin paparan jenis titisan air, pengecasan pantas VOOC yang menawarkan penggunaan selama 2 jam bagi 5 minit pengecasan, serta penawaran 16MP + 2MP kamera utama pada rekaan warna cerun.", "Terkini, satu lagi spesifikasi yang diketengahkan oleh OPPO F9 turut didedahkan! Kamera hadapan 25MP dengan sokongan ciri AI Beauty 2.1 menjadikan F9 sebuah peranti pintar pertama yang hadir dengan ciri berkuasa ini dalam arena swafoto.", "Teknologi AI Beauty 2.1 membolehkan anda melihat dahulu kesan kecantikan pada gambar swafoto anda sebelum mengambil gambar. Tambahan lagi HDR juga membantu dalam menawarkan pencahayaan yang lebih baik pada hasil penggambaran.", "Bagi maklumat lanjut lagi, kita tunggu pelancaran rasmi pada 16 Ogos ini." ]
https://ering.com.my/2016/02/eksklusif-sekitar-pelancaran-lenovo-theatermax/
EKSKLUSIF! Sekitar Pelancaran Lenovo TheaterMax
[ "Sebuah majlis pelancaran eksklusif anjuran Lenovo telah berlangsung dan sidang editor eRing berada di lokasi untuk melaporkan berita tersebut kepada anda. Ruang legar majlis menunjukkan sedikit petunjuk apa yang bakal menyusul sepanjang majlis tersebut. Terdapat beberapa hiasan virtual seperti panorama pantai, gerabak kereta api dan pelbagai lagi yang membuatkan editor sedikit teruja dengan majlis tersebut. Mari ketahui dengan lebih lanjut tentang teknologi TheaterMax yang menjadi salah satu tumpuan dalam majlis pelancaran ini!", "TheaterMax merupakan teknologi paparan VR yang buat pertama kali dibawakan oleh Lenovo di dalam pasaran smartphone. Melalui teknologi ini, Lenovo memberikan akses yang lebih mudah dan pantas kepada pengguna dalam menikmati video VR yang imersif, anda hanya perlu menghidupkan fungsi paparan VR pada VIBE X3 dan K4 Note, selepas itu paparan peranti akan bertukar kepada mod split screen. Apabila fungsi ini diaktifkan, video format biasa boleh dinikmati dengan lebih imersif, ala-ala 3D!", "Cara mengaktifkan fungsi TheaterMax / split screen :", "Untuk menikmati tontonan video VR, Lenovo juga memperkenalkan sebuah peranti yang dikenali sebagai ANTVR yang dibangunkan sebuah syarikat dari projek Kickstarter. Ia mempunyai lensa segi empat yang besar, lantas memberikan kepuasan ketika menonton video. Ia juga dilengkapi span lembut bagi memastikan pemakai berasa selesa walaupun menonton untuk tempoh yang lama. Sebaik sahaja mengaktifkan fungsi VR Glasses Split Screen Mode, anda boleh meletakkan smartphone pada slot pemegang di bahagian hadapan.", " Bacaan lanjut mengenai pelancaran Lenovo VIBE X3 & K4 Note" ]
https://ering.com.my/2021/05/mahkamah-tinggi-putuskan-penjualan-kotak-tv-media-mengandungi-kandungan-yang-tidak-dapat-kebenaran-sah-hakcipta-adalah-haram-boleh-diambil-tindakan-undang-undang/
Mahkamah Tinggi Putuskan Penjualan Kotak TV Media Mengandungi Kandungan Yang Tidak Dapat Kebenaran Sah Hakcipta Adalah haram & Boleh Diambil Tindakan Undang-Undang
[ "Untuk keputusan julung kalinya, Mahkamah Tinggi Harta Intelek di Kuala Lumpur memaktubkan bahawa sebarang penjualan, tawaran untuk menjual, pengedaran dan / atau membekalkan Kotak TV media atau peralatan perisian penstriman haram (“ISD”) yang mengandungi kandungan yang tidak mendapat kebenaran sah hakcipta, merupakan pelanggaran hak cipta di bawah Akta Hakcipta 1987. ", "Tindakan yang diambil di Mahkamah Tinggi Harta Intelek tersebut dibawa oleh Measat Broadcast Networks Sdn. Bhd., penyedia perkhidmatan untuk Astro, terhadap penjual ISD yang menyediakan aplikasi siaran Astro menerusi internet secara tidak sah atau di laman kandungan penstriman haram. ", "Pendakwaan penuh bersejarah itu merupakan tindakan pertama yang diambil oleh Mahkamah Tinggi Harta Intelek, dan diterima baik dan begitu dialu-alukan oleh pihak berwajib dan pemain industri dalam usaha mereka memerangi cetak rompak digital. Penggiat industri termasuklah Astro memuji tindakan yang diambil Mahkamah Tinggi dengan menyatakan bahawa ini merupakan satu langkah berani yang diambil dan kita berada di landasan yang betul dalam membendung jenayah cetak rompak di Malaysia. ", "Kerugian tahunan yang disebabkan kegiatan cetak rompak digital ini dianggarkan sebanyak RM3 bilion kepada industri media dan hiburan tanah air. Ia juga melibatkan kehilangan sejumlah RM500 juta cukai pendapatan dan mengakibatkan beribu-ribu individu kehilangan pekerjaan. ", "Keputusan yang dibuat pihak Mahkamah Tinggi Hari ini merupakan susulan dari kes-kes aktiviti jenayah yang dikenakan ke atas penjual ISD sebelum ini. Pada 8 Februari lalu, seorang Pengarah di sebuah syarikat IT didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 41 (1) (ha) Akta Hakcipta 1987 kerana menjual teknologi atau alat bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi. Pada 16 Februari pula, seorang Pengarah wanita yang memilik syarikat aksesori telefon megaku bersalah di atas pertuduhan memiliki beberapa unit Kotak TV Media yang mempunyai aplikasi siaran Astro menerusi internet secara tidak sah. Tertuduh dedenda sebanyak RM30,000 di bawah Seksyen 232(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menjadikan beliau sebagai pesalah pertama disabit kesalahan menjual peralatan perisian penstriman haram (ISD). " ]
https://ering.com.my/2019/08/jom-meriahkan-sony-expo-2019-pelbagai-aktiviti-menarik-menanti-bermula-sekarang-1-september-2019/
Jom Meriahkan Sony Expo 2019, Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti! – Bermula Sekarang ~ 1 September 2019!
[ "Hello semua! Suka cita dimaklumkan bahawa Sony Expo 2019 kini telah membuka tirainya – berlangsung dari sekarang hingga 1 September 2019 , bertempat di Centre Court,  Mid Valley Megamall!", "Expo ini mempromosi serta mempamerkan pelbagai produk terkini Sony. Di samping itu, pelbagai acara dan aktiviti menarik turut menanti para pengunjung. Antaranya, bersempena pelancaran Truly Wireless headphones WF-1000XM3 di Malaysia, Sony begitu dedikasi menyediakan peminat setia dengan sesi perkongsian pengalaman selama sehari yang dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos 2019.", "Selain itu, pengunjung akan disajikan dengan pengalaman pengalaman bersama BRAVIA OLED A9G dan sistem audio wayarles Extra Bass Sony yang belum pernah dirasai sebelum ini. Pengunjung juga berpeluang bermain VR dan mengenali lebih dekat dengan barisan kamera terkini Sony termasuk Sony Alpha – sebuah kamera kompak yang premium.", "Tidak terhenti di situ saja, pengunjung juga sekali lagi diberi peluang untuk melihat sendiri pelbagai produk terbaharu daripada Sony – termasuk : AIBO robotic “puppy”, Xperia 1, Dolby Atmos sound bars dan banyak lagi!", "Jadi, jangan lupa ramai-ramai memeriahkan Sony Expo 2019! Ajak keluarga, jiran, sahabat rakan dan taulan okay! Jumpa anda semua di sana dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini. Jangan lupa like dan komen di Facebook kami!" ]
https://ering.com.my/2016/12/whatsapp-mungkin-tidak-lagi-akan-berfungsi-pada-smartphone-anda/
WhatsApp Mungkin Tidak Akan Berfungsi Lagi Pada Smartphone Anda
[ "Jangan terkejut sekiranya tiba-tiba aplikasi WhatsApp tidak boleh digunakan lagi pada peranti anda. Ini kerana WhatsApp akan menghentikan sokongan operasi kepada sesetengah peranti.", "WhatsApp memuat naik kenyataan bahawa mereka bertindak sedemikian bagi meletakkan fokus operasi sepenuhnya kepada model peranti yang digunakan majoriti pengguna. Bermula tahun hadapan sekiranya anda menggunakan peranti atau versi sistem operasi di bawah, anda perlu naik taraf peranti atau kemas kini sistem operasi bagi terus menggunakan WhatsApp.", "Untuk membaca kenyataan penuh, sila layari laman blog WhatsApp." ]
https://ering.com.my/2017/09/prestasi-cip-a11-iphone-x-jauh-lebih-baik-berbanding-peranti-android-yang-lain/
Prestasi Cip A11 Iphone X Jauh Lebih Baik Berbanding Peranti Android Yang Lain
[ "Minggu lepas kita telah melihat peranti iPhone terbaru dilancarkan secara rasmi. iPhone yang diperkenal menawarkan beberapa ciri menarik seperti kamera yang dipertingkat, sensor pengimbas wajah 3D, pengecasan pantas, dan cip pemproses tercanggih Apple iaitu A11 Bionic.", "Melalui satu ujian GeekBench yang dilakukan, ternyata cip keluaran Apple terbaru ini jauh lebih baik berbanding cip-cip lain di luar sana. Sebelum ini, Samsung Galaxy Note 8 berada di tempat pertama dalam senarai telefon pintar berprestasi tinggi. Namun, selepas kemunculan iPhone X ia dikatakan telah membungkus peranti-peranti Android yang lain dengan jurang skor yang banyak.", "Skor pada ujian single-core kini hampir dua kali ganda lebih baik berbanding A10 Fusion selain 40% lebih tinggi daripada Snapdragon 835/Exynos 8895 di Galaxy Note 8. Menariknya, A11 Bionic juga menjadi cip pertama keluaran Apple yang menduduki kedudukan tertinggi dalam ujian multi-core.", "Apple A11 Bionic diterajui oleh pemproses enam-teras, dua daripadanya berkuasa tinggi dan empat selebihnya berkuasa efisyen. Apa yang menjadi kelebihan pada cip terbaru ini, ia boleh beroperasi keenam-enam teras sekaligus – tetapi tidak pada A10 fusion. Di samping itu, iPhone X masih lagi mengekalkan memori RAM sebanyak 3GB sama seperti model tahun lepas.", "Walaubagaimanapun, kita tunggu sahaja sehingga cip Kirin 970 diperkenalkan Oktober kelak. Mampukah Kirin memintas kedudukan A11 Bionic sekarang ini?" ]
https://ering.com.my/2020/01/peranti-misteri-honor-muncul-di-teena-kamera-belakang-dengan-rekaan-segi-empat-memanjang/
Peranti Misteri HONOR Muncul Di TEENA – Kamera Belakang Dengan Rekaan Segi Empat Memanjang?
[ "Sudah agak lama kita tidak mendengar khabar berita daripada HONOR kan? Kini, mereka memecah kesepian dengan kemunculan peranti misteri – telah disenaraikan di laman TEENA. Memetik imej dikongsi, peranti misteri ini mempunyai perumahan kamera belakang berbentuk segi empat memanjang.", "Peranti ini muncul dengan kod nama “MOA-AL00” dan dikatakan telah disahkan sejak 25 Disember yang lalu. Imej pada data pangkalan data TEENA turut menunjukkan peranti tersebut bakal didatangkand dengan kemasa warna biru – memberi gambar ia merupakan salah satu pilihan warna untuk model berkenaan.", "Imej hadapan peranti tidak mendedahkan sebarang reka bentuk pada skrin. Namun begitu sumber mengatakan jika imej tersebut dicerahkan sedikit, terdapat seakan – akan rekaan takuk kecil pada skrin hadapan. Selain itu, tiada sokongan pengimbas cap jari fizikal dilihat – sekaligus memberi bayangan ia bakal didatangkand dengan pengimbas cap jari pada skrin dan seharunya ia menggunakan panel AMOLED.", "Beralih pada bahagian belakang, terdapat perumahan segi empat memanjang yang agak ‘luas’ bersama dua lensa – terdapat persediaan LED Flash di antara kedua- dua lensa. Peranti misteri ini juga dilihat seakan – akan dibina dengan kemasan kaca bersama sudut melengkung pada keempat – empat sisi.", "Buat masa ini, masih belum diketahui apakah nama rasmi untuk model ini. Butiran lanjut mengenainya mungkin bakal muncul pada minggu – minggu mendatang. So stay tuned! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini." ]
https://ering.com.my/2019/12/vivo-v17-kini-rasmi-beri-imej-terbaik-menerusi-lensa-48mp-dijual-pada-harga-rm1699/
vivo V17 kini Rasmi – Beri Imej Terbaik Menerusi Lensa 48MP & Dijual Pada Harga RM1,699
[ "Menghampiri penghujung tahun 2019, namun vivo tidak memperlahankan langkahnya apabila telah merasmikan satu lagi peranti baharu yang dikenali sebagai vivo V17. Hadir dengan 2 varian warna iaitu Crystal White dan Admiral Blue, ia bakal dijual pada harga RM1,699 bermula 21 Disember 2019.", "vivo V17 tampil dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.44″ FHD+ Super AMOLED Ultra O Screen, nyata mampu memberikan tontonan terbaik kepada pengguna kerana kamera swafoto bersaiz kecil hanya terletak di sisi atas kanan.", "Teknologi pengimbas cap jari pada skrin (In-Display Fingerprint Scanning) turut disokong pada V17, dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, ia membolehkan pengguna menyahkunci peranti dengan lebih selamat dan mudah.", "Bukan itu sahaja, ia turut dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core dan dipadankan dengan aspek memori 8GB RAM + 256GB ROM, sekaligus menjanjikan prestasi terbaik dalam kelasnya.", "vivo V17 menggunakan FunTouch OS 9.2 (berdasarkan Android 9), dibekalkan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan Dual-Engine Fast Charging yang mana membawa ketahanan yang lebih tinggi bahkan pengecasan yang lebih pantas menggunakan port USB-C.", "Tambahan menarik, vivo V17 juga hadir dengan sokongan ciri Ultra Game Mode yang mana ia mampu menawarkan pengalaman permainan yang cukup baik tanpa diganggu oleh notifikasi. Ciri-ciri menarik yang lain termasuk juga Multi-Turbo dan “Voice Changer”, kedua-duanya memastikan pemain dapat menikmati prestasi permainan pada tahap tertinggi.", "Kamera vivo V17 sangat baik dihadirkan dengan AI kuad kamera utama 48MP (f/1.8) + 8MP Super Wide-Angle (f/2.2) + 2MP Macro (f/2.4) + 2MP Bokeh (f/2.4), manakala kamera swafoto adalah 32MP (f/2.45).", "Bagi melengkapkan lagi pilihan penggambaran yang lebih profesional, V17 juga menawarkan mod ciri “Super Night Mode” dan “Super Night Selfie” bagi meningkatkan lagi hasil penggambaran yang lebih jelas tanpa menjejaskan kualiti gambar pada waktu malam.", "Pra-tempahan boleh dibuat melalui vivo Official Store mulai hari ini, setiap penempahan akan mendapat baucar bernilai RM50 dan hadiah misteri lagi. Jualan pertama akan bermula 21 Disember, di semua kedai sah vivo dan vivo Official Store." ]
https://ering.com.my/2016/11/promosi-hebat-mi-malaysia-di-lazada/
Promosi Hebat Mi Malaysia Di Lazada
[ "Tarikh 11.11 pastinya ditunggu ramai pengguna yang menanti jualan murah serta promosi untuk produk pelbagai jenama. Bagi peminat smartphone dan gajet pula, Mi Malaysia bersama-sama Lazada telah bekerjasama membawakan promosi istimewa yang telah pun bermula tepat 12 malam tadi.", "Promosi ini hanya ditawarkan kepada pembelian melalui portal Lazada dan antara produk yang ditawarkan adalah :-", "Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Mi Malaysia, anda boleh layari Facebook Xiaomi." ]
https://ering.com.my/2018/02/rasmi-xiaomi-redmi-5-ram-2gb16gb-berharga-rm499-redmi-5-plus-ram-4gb64gb-rm899/
Rasmi!! Xiaomi Redmi 5 [RAM 2GB/16GB] berharga RM499 & Redmi 5 Plus [RAM 4GB/64GB] RM899
[ "Sebelum ini, eRing ada memberitahu mengenai pelancaran dua varian terbaru Redmi 5 dan 5 Plus yang akan diperkenalkan hari ini. Kini Xiaomi dengan rasminya telah menambah dua lagi model baru untuk anda iaitu Redmi 5 [RAM 2GB/16GB] dan Redmi 5 Plus [RAM 4GB/64GB] yang dijual pada harga RM499 dan RM899.", "Xiaomi terlebih dahulu memperkenalkan Redmi 5 [RAM 3GB/32GB] serta Redmi 5 Plus [RAM 3GB/32GB] yang boleh dibeli dengan harga RM679 dan RM749.", "Masih mengekalkan spesifikasi yang sama, cuma ia menawarkan lebih banyak pilihan memori untuk anda. Xiaomi Redmi 5 [RAM 2GB/16GB] dan Redmi 5 Plus [RAM 4GB/64GB] boleh di beli di Lazada bermula hari ini." ]
https://ering.com.my/2016/10/pinout-permainan-simple-dengan-grafik-mengasyikkan/
PinOut, Permainan Simple Dengan Grafik Mengasyikkan
[ "Ketika tengah buntu mencari idea di depan komputer sebentar tadi, editor saja menyinggah di Play Store, mana la tahu kalau terjumpa aplikasi atau game yang menarik. “Eh, pelik ni”, itu reaksi pertama apabila melihat sebuah game pinball dengan tanda Editor’s Choice, “Best sangat ke? Pinball je kot” sambil tangan menekan butang Install.", "Tahu–tahu dah main hampir 10 minit. Pada pendapat editor permainan ini cukup simple, macam permainan pinball lain. Yang menariknya adalah pada peta permainan yang tidak statik, seolah-olah anda bermain melepasi satu peringkat ke peringkat lain tanpa perlu keluar dari peta sedia ada. Pukulan bola dianggap berjaya apabila anda melepasi satu peringkat, dan untuk berjaya anda perlu memastikan bola melalui trek laluan yang betul, agak mencabar apabila anda semakin maju di dalam peringkat permainan.", "Tarikan kedua, mungkin yang paling kuat adalah grafiknya. Konsep neon yang diterapkan PinOut memang membuatkan editor sedikit terleka sambil mengagumi grafiknya yang smooth dan cantik. Trek di dalam permainan ini diwarnai dengan lampu neon, hmm rasa macam dalam filem Tron. Tak percaya tengok video ni.", "Tak best la kalau layan sorang, nie dia link download untuk PinOut pada smartphone iOS atau Android, free je!" ]
https://ering.com.my/2019/08/last-call-beli-menang-besar-di-karnival-huawei-2019-jangan-terlepas-peluang-menangis-tak-berlagu-nanti/
Last Call!!! Beli & Menang Besar Di Karnival HUAWEI 2019! Jangan Terlepas Peluang, Menangis Tak Berlagu Nanti!
[ "YEAH! Secara eksklusif, HUAWEI Y9 Prime (2019) kini di Malaysia! Berita gembira ini ternyata membuatkan peminat setia HUAWEI berasa teruja. Dengan hanya RM899, HUAWEI Y9 Prime (2019) direka serba serbi lengkap – termasuk reka bentuk anggun, kapasiti bateri besar 4,000mAh dan storan 128GB ROM. → KLIK REVIU", "TAPI…Anda tahu tak ada cerita menarik lain yang korang tak tahu? Aha! Ada benda kami nak kongsi…Tahukah anda bahawa setiap pembelian HUAWEI Y9 Prime (2019) sepanjang Karnival HUAWEI 2019, korang berpeluang memenangi hadiah lumayan termasuk sebuah kereta mewah?! Ya, betul! Inilah masanya! Beli hari ini juga sebelum karnival tamat pada Ahad (4 Ogos 2019)!", "Dengan rekaan kamera auto pop-up, HUAWEI Y9 Prime (2019) sememangnya menepati statusnya sebagai sebuah peranti penuh bergaya. Skrin bersaiz 6.59″ Ultra FullView Display – cukup puas dinikmati untuk pengalaman tontonan tiada tandingan. Lebih menarik, ia mempunyai storan yang besar – 128GB ROM dan dilengkapi storan tambahan 512GB.", "Keistimewaan lain pada HUAWEI Y9 Prime (2019) termasuklah bateri 4,000mAh, kamera selfie  hebat 16MP, 3 kamera dengan fungsi berbeza – 16MP (main) + 2MP (depth) + 8MP (Ultra wide) dan cipset Kirin 710F. Psst! Kamera pop-up katanya mampu bertahan sehingga 100,000 kali buka-tutup. Memang sangat wow! Betul tak?! Rugi kalau tak beli ni, cepat-cepat sebelum habis!", "Haaa bukan hanya peranti baharu HUAWEI Y9 Prime (2019) sahaja, ada penawaran hebat dengan harga terbaik untuk sejumlah peranti HUAWEI! Semua laris bak pisang goreng panas!", "Sambil membeli belah, dapat hadiah percuma! Beli mana-mana peranti HUAWEI terpilih dan rebut hadiah hebat bernilai RM1,000,000. Menariknya, hadiah utama ditawarkan termasuk sebuah Mercedes-Benz GLA 200 Night Edition, E-Bike Orbit (100 x unit), Electric Scooter Starlight (400 x unit) dan banyak lagi!", "Selain itu, terdapat juga pelbagai hadiah menarik lain untuk direbut! Pelanggan boleh menebus hadiah tersebut menerusi mana-mana 30 hotspot yang mengambil bahagian sepanjang karnival berlangsung.", "Sejak Karnival HUAWEI 2019 berlangsung, sambutan meriah telah diterima dari setiap peminat HUAWEI dengan kepuasan mereka membawa balik peranti yang digemari. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan! Kalau terlepas, memang menangis tak berlagu…", "Sama ada ingin memiliki peranti baharu HUAWEI Y9 Prime 2019 atau peranti yang lain, datang beramai-ramai, Karnival HUAWEI 2019 berlangsung sehingga Ahad ini (4 Ogos 2019) sahaja. Lebih maklumat, layari HUAWEI Official Store, kunjungi kedai HUAWEI terdekat atau hubungi talian perkhidmatan di 1800-22-0086.", "Beli HUAWEI Y9 Prime (2019) & Rebut Peluang Menangi Sebuah Mercedes Di Karnival HUAWEI 2019!" ]
https://ering.com.my/2020/05/paper-mario-the-origami-king-bakal-dilancarkan-pada-17-julai-ini/
Paper Mario: The Origami King Bakal Dilancarkan Pada 17 Julai Ini!!!
[ "KEpada peminat Mario, ini ada sesuatu yang menarik apabila permainan Paper Mario: The Origami King akan tiba pada 17 Julai ini!", "Hal ini terdedah menerusi satu muat naik video di YouTube yang memperlihatkan grafik yang kemas dengan lipatan origami.", "Permainan ini memperlihatkan Mario dan beberapa watak sampingan akan melawan pasukan Folded Sodier yang telah menculik Princess Peach.", "Berdasarkan video acah yang diperlihat di atas, permainan ini kelihatan akan mempunyai pelbagai bentuk permainan dan pengembaraan yang menarik dicampur dengan elemen lipatan kertas Origami yang mana pasti akan memberi kelainan buat siri tersebut.", "Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini secara eksklusif di konsol Switch menjelang Julai ini." ]
https://ering.com.my/2016/03/neymar-dan-mascherano-menjadi-duta-oppo-r9/
Neymar Dan Mascherano Menjadi Duta OPPO R9
[ "Baru-baru ini OPPO mengumumkan pelancaran global peranti terbaru mereka iaitu R9. Semenjak dari itu beberapa teaser dan berita selebriti terkenal memperagakan smartphone yang dilengkapi Super VOOC dan teknologi SmartSensor Image Stabilization mula tersebar di atas talian. Antara artis yang dikenal pasti telah menggunakan peranti itu adalah Yang Mi (pelakon) dan TFBOYS (artis berkumpulan lelaki), mereka merupakan artis yang sangat terkenal di China dan mempunyai jutaan peminat.", "OPPO bukan sahaja menggunakan artis untuk menarik perhatian pengguna, malah terdapat beberapa imej menunjukkan bintang bola sepak dunia, Neymar dan Javier Mascherano sedang memegang OPPO R9 untuk proses rakaman iklan. OPPO sememangnya sudah menjalinkan kerjasama dengan Barcelona dengan menghasilkan OPPO R7 Plus Edisi Barcelona, jadi tidak mustahil bintang bola sepak dari Barcelona itu terlibat dengan promosi OPPO R9." ]
https://ering.com.my/2018/09/nikmati-tawaran-9-9-super-deals-vivo-di-lazada-dengan-diskaun-5/
Nikmati Tawaran 9.9 Super Deals vivo Di Lazada Dengan Diskaun 5%!
[ "Sama seperti tawaran 9.9 Super Deals di Shopee, Vivo juga mempunyai promosi hebat yang sama di laman e-dagang terkemuka, Lazada Malaysia bermula dari 6 hingga 9 September 2018 ini!", "Anda hanya perlu menggunakan kad promo VIVO5PRNTOFF bagi menikmati potongan sehingga 5% dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 500. Kod promo berkenaan juga boleh digunakan kepada semua aksesori dan model vivo yang terpilih seperti V5, Y69, Y65, V7 dan V7+.", "Sekali lagi jangan lupa, tawaran ini hanya berlangsung pada 6 hingga 9 September sahaja! Haaa…Tunggu apa lagi mark kalendar anda sekarang!", "Untuk maklumat lanjut, sila layari Lazada atau laman rasmi vivo Malaysia ." ]
https://ering.com.my/2016/09/apple-watch-series-2-peningkatan-spesifikasi-dalam-rekaan-yang-sama/
Apple Watch Series 2: Peningkatan Spesifikasi dalam Rekaan yang Sama
[ "Pada acara WWDC yang berlangsung pada Jun 2016 yang lalu telahpun memperlihatkan pendedahan pertama platform terbaru untuk Apple Watch dengan kemas kini watchOS 3 yang menawarkan pelbagai fungsi terbaru yang lebih menarik.", "Genap setahun selepas kemunculan sulung Apple Watch generasi pertama, kini tiba masanya untuk ia digantikan dengan generasi kedua smartwatch keluaran Apple dengan kehadiran Apple Watch Series 2. Mungkin rekaan fizikalnya kelihatan sama sahaja seperti model sebelum ini, tetapi apa yang pasti Apple Watch Series 2 ini telah menerima sokongan spesifikasi yang telah dipertingkatkan.", "Populariti serta fenomena luar biasa permainan Pokemon Go sudah tidak dapat disangkal lagi apabila ia telah dimuat turun lebih dari 500 juta kali di seluruh dunia sejak Julai yang lalu. Malah menurut laporan daripada Niantic Inc, pemain Pokemon Go di seluruh dunia telah mencatatkan jarak berjalan keseluruhan mencapai 4.6 bilion kilometer, dan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan impak permainan tersebut dalam mendorong pemain untuk menjalani gaya hidup sihat.", "Menyedari akan pengaruh besar permainan tersebut, Niantic telah mengesahkan kehadiran Pokemon Go pada Apple Watch tidak lama lagi. Dengan Apple Watch, pemain boleh terus memainkan permainan ini dengan lebih baik dan lebih selamat. Sebagai contoh, anda masih boleh berjoging seperti biasa dan dalam masa yang sama boleh memantau status telur Pokemon, status Trainer, melihat sekiranya terdapat Pokemon berdekatan, dan juga menerima notifikasi Pokestop berhampiran.", "Sebagaimana generasi pertama, Apple Watch Series 2 telah diperkenalkan dalam dua pilihan kemasan berbeza iaitu Aluminium dan juga Stainless Steel. Namun begitu, Apple nampaknya telah memperkenalkan satu lagi kemasan baru untuk Apple Watch Series 2 dengan kemunculan siri Apple Watch Edition yang mana kerangkanya diperbuat daripada Seramik. Tampil dalam kemasan berwarna putih berkilat yang kelihatan sangat elegan, penggunaan Seramik juga sebenarnya turut menjanjikan ketahanan 4x lebih baik jika dibandingkan dengan Stainless Steel. ", "Selain Apple Watch Series 2, Apple turut berkolaborasi dengan jenama Hermes dan juga Nike dalam memperkenalkan dua lagi model eksklusif dengan kehadiran model Apple Watch Hermes dan juga Apple Watch Nike+. Selain daripada menampilkan penggunaan kemasan kerangka yang lebih menarik, ia juga turut menerima rekaan tali jam yang eksklusif daripada kedua-dua jenama tersebut. Tidak cukup dengan itu, Apple Watch edisi khas ini juga telah menerima sentuhan unik pada persembahan keseluruhan antaramuka jam." ]
https://ering.com.my/2020/06/samsung-galaxy-m51-muncul-di-geekbench-betul-ke-ni/
Samsung Galaxy M51 Muncul Di Geekbench? Betul Ke Ni?
[ "Ada sesuatu yang menarik mengenai peranti daripada Samsung iaitu Galaxy M51 telah muncul di Geekbench.", "Berdasarkan render tersebut, peranti ini dikhabarkan bakal tampil dengan skrin 6.5″ AMOLED Display dan hadir dengan kamera berlubang.", "Menariknya, ia turut dohadirkan dengan headphone jack. Berkemungkinan, ia turut dihadirkan dengan Snapdragon 675 SoC dan dipadankan dengan 8GB RAM dan menjalankan Android 10." ]
https://ering.com.my/2021/02/ryan-ding-5g-menerangi-masa-depan/
Ryan Ding: 5G Menerangi Masa Depan
[ "SHENZHEN, China, 19 Februari 2021 /PRNewswire/ — Di sesi pra-taklimat media dan juruanalisis dalam talian Huawei untuk MWC Shanghai 2021, Ryan Ding, Pengarah Eksekutif dan Presiden Carrier Business Group menyampaikan ucapan dasar bertajuk “5G Menerangi Masa Depan” (“5G Lighting up the Future”).", "“2020 merupakan tahun yang sukar. Sepanjang tempoh ini, Huawei bekerjasama erat bersama pelanggan kami,” En. Ding memulakan ucapan. Pada tahun 2020, Huawei menyokong operasi stabil yang melibatkan 300 rangkaian merentas lebih daripada 170 negara dan membantu operator menyediakan perkhidmatan dalam talian serta meminimumkan impak pandemik terhadap perniagaan mereka. Melalui jalinan kerjasama dengan Huawei, operator dapat menarik 22 juta pengguna jalur lebar kediaman tanpa wayar baharu di seluruh dunia. Hasil daripada kerjasama ini, orang ramai dapat mengakses perkhidmatan teleperubatan dan bekerja dari rumah dengan mudah.", "5G membangun lebih pantas daripada yang kami jangkakan. Lebih daripada 140 rangkaian 5G komersial telah digunakan di 59 negara. Menurut Ding, lebih 50% daripada rangkaian ini dibina oleh Huawei. Ekosistem berkenaan juga semakin matang. Di China, lebih daripada 68% telefon pintar yang dihantar pada tahun 2020 merupakan telefon 5G. Lebih daripada 200 modul 5G dan peranti industri kini tersedia, bagi menyokong aplikasi 5G dalam rangkaian industri yang luas.", "Ryan Ding: 5G Lighting up the Future", "Huawei membantu operator membina rangkaian terbaik. Menurut laporan tahun 2020 daripada pihak ketiga, termasuk IHS, P3, OpenSignal dan Meqyas, rangkaian 5G terbaik di Seoul, Amsterdam, Madrid, Zurich, Hong Kong dan Riyadh kesemuanya merupakan rangkaian yang dibina oleh Huawei. Ding menegaskan bahawa pengalaman rangkaian yang hebat menjadi asas kejayaan perniagaan dan kesemua 6 bandar ini baru sebahagian kecil daripada yang sebenarnya dari segi inovasi kolaboratif kami bersama operator. Sebagai contoh, dengan menggunakan 64T64R AAUs Huawei dan algoritma berbilang antena yang utama, LG U+ mencapai kecekapan spektrum yang lebih tinggi dan pengalaman rangkaian lebih baik sebanyak lebih 25% berbanding operator lain. Dengan Blade AAU Huawei, yang boleh beroperasi menerusi Sub3G mahupun C-Band, Sunrise dapat memendekkan masa pemerolehan tapak daripada 24 bulan kepada 6 bulan dan merupakan satu-satunya operator dengan 5 penarafan cemerlang berturut-turut di Switzerland.", "5G menjadi sebahagian daripada proses pengeluaran teras dalam industri-industri. Menuju ke hadapan, En. Ding benar-benar yakin terhadap prospek penggunaan aplikasi industri 5G berskala besar pada tahun 2021.", "Aplikasi 5G telahpun digunakan dalam lebih daripada 20 industri, termasuk pengilangan, rawatan kesihatan, pendidikan dan logistik. Ding menunjukkan contoh-contoh di China yang mana aplikasi industri 5G sudahpun membuktikan nilainya seperti dalam perlombongan arang batu, pembuatan keluli dan pengilangan, yang mana penerimaan 5G telah menjadikan pengeluaran lebih selamat, lebih pintar dan lebih cekap, menurut Ding. Ding menekankan bahawa, “5G bukan lagi untuk pengamal awal, ia meningkatkan kehidupan harian kita. Tahun 2021 akan menjadi tahun pertama dengan aplikasi industri 5G secara besar-besaran. Operator akan memerlukan keupayaan baharu dalam perancangan, penggunaan, penyelenggaraan, pengoptimuman dan operasi rangkaian demi mencapai “0 ke 1″ dan mengulangi kejayaan daripada 1 menjadi banyak. Huawei akan mengadakan pameran dan perbincangan mendalam mengenai topik-topik ini bersama pemegang kepentingan industri secara dalam talian dan luar talian di MWC Shanghai akan datang. Kami akan tetap berinovasi bagi membantu pelanggan kami membina rangkaian 5G yang terbaik dan mencapai kejayaan perniagaan yang lebih besar.”", "Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news" ]
https://ering.com.my/2019/05/pubg-mobile-club-open-sea-league-2019-diperkasakan-oleh-peranti-dari-vivo/
PUBG Mobile Club Open SEA League 2019 Diperkasakan Oleh Peranti Dari Vivo
[ "Diperkasakan oleh jenama peranti pintar terkemuka dunia, Vivo, pasukan terbaik PUBG dari Asia Tenggara termasuklah RRQ Athena dari Thailand yang merupakan juara global PUBG MOBILE Star Challenge 2018 memulakan perlawanan mereka di dalam PUBG MOBILE Club Open SEA League 2019 (PMCO 2019 SEA League) yang bermula dari 8 Mei 2019.", "Pasukan-pasukan yang bertanding ini bukan hanya merebut ‘Winner-winner chicken dinner’ tetapi juga USD 2.5 juta yang menjadi hadiah utama bagi pertandingan ini.", "Kerjasama bersama Vivo ini pastinya memberikan pengalaman bermain permainan mudah alih terbaik kepada pemain dan peminat.", "Bagi pertandingan kali ini, pemain akan menggunkan V15 Pro dengan 8GB RAM bagi memberikan prestasi gaming terbaik. Dilengkapi dengan Multi-Turbo Engine yang pastinya memberikan prestasi optimum ketika bermain dalam keadaan yang tegang.", "Ia mengabungkan Multi-Turbo Engine Center Turbo, Net Turbo, Cooling Turbo, AI Turbo dan Game Turbo dalam memberikan prestasi terbaik. Dengan paparan Ultra FullView menambahkan lagi keterujaan pemain ketika menewaskan pihak lawan.", "PMCO 2019 SEA League akan melaksanakan 5 perlawanan setiap hari dalam tempoh 5 minggu. Terdapat 20 pasukan dari finalis kebangsaan dan 4 pasukan wildcard yang dibahagikan kepada 3 kumpulan. 4 pasukan yang menduduki ranking teratas akan layak untuk memasuki PMCO 2019 SEA League Grand Finals.", "PMCO 2019 akan sampai ke kemuncak pada Julai ini yang mana 16 pasukan akan bertarung dalam Spring Split Global Finals di Berlin, Jerman.", "PMCO 2019 Spring Split bakal bermula Mac ini dengan lebih dari 30000 pasukan dari seluruh dunia ebertarung dalam game kelayakan bagi mendapatkan tempat di Spring Split Group Stage bagi negara masing-masing.", "Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai PMCO 2019, anda boleh klik di sini." ]
https://ering.com.my/2020/01/realme-5-pro-chroma-white-berharga-rm999-ketersediaan-4-februari-rebut-sementara-stok-masih-ada/
realme 5 Pro Chroma White Berharga RM999 – Ketersediaan 4 Februari! Rebut Sementara Stok Masih Ada!
[ "Eksklusif bersempena dengan Hari Valentine, realme Malaysia membawakan sebuah ‘varian baharu’ untuk realme 5 Pro iaitu Chroma White (8GB RAM + 128GB ROM). Peranti ini boleh didapati dengan hanya RM999 sahaja! Lebih mengujakan, edisi terhad ini hanya ditawarkan sebanyak 500 unit sahaja – siapa cepat dia dapat! So, kepada yang berminat ketersediaan bermula 4 Februari ini, jam 12 pagi menerusi Shopee." ]
https://ering.com.my/2019/03/anda-pengguna-samsung-galaxy-s10-dapatkan-langganan-spotify-premium-selama-3-bulan-secara-percuma/
Anda Pengguna Samsung Galaxy S10? Dapatkan Langganan Spotify Premium Selama 3 Bulan Secara PERCUMA!
[ "Sekiranya anda pengguna Samsung Galaxy S10, kini anda boleh ke laman web rasmi Samsung Malaysia untuk menebus langganan spotify premium selama tiga bulan secara PERCUMA! Promosi ini bermula dari SEKARANG hingga 31 Mei 2019.", "Mengikut terma dan syarat yang dinyatakan, tawaran ini terbuka kepada pengguna Samsung Apps dan sah untuk 20,000 ahli baru Samsung Galaxy S10 yang berdaftar berdasarkan syarat first come first serve. Maklumat lanjut, KLIK PADA PAUTAN INI." ]
https://ering.com.my/2018/02/koleksi-jam-tangan-pintar-terbaru-fossil-sempena-musim-bunga-2018/
Koleksi Jam Tangan Pintar Terbaru Fossil Group Sempena Musim Bunga 2018
[ "Siapa tidak kenal dengan jam tangan dari jenama terkenal keluaran Fossil, dan terbaru Fossil Group telah memperkenalkan beberapa koleksi jam tangan pintar mereka sempena musim bunga 2018. Hadir dengan rekaan moden dan klasik yang elegan, sesuai digayakan oleh golongan lelaki dan juga perempuan. Nak tahu model apa yang diperkenalkan, mari kita lihat….", "1. Q Venture Touchscreen Smartwatch (FTW6010)", "Jam tangan pintar ini masih kelihatan feminin dan bergaya serta boleh disesuaikan dengan citarasa anda. Berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang kini bukan lagi masalah. Dengan jam tangan pintar ini, anda boleh membuat panggilan, menerima mesej dan emel di hujung jari sahaja.", "2. Kate Spade Metro Touchscreen Smartwatch (KST2003)", "Ia adalah sebuah jam tangan pintar dengan sokongan skrin sentuh pertama diperkenalkan pada siri ‘Kate Spade’. Dengan rekaan moden klasik, ia sememangnya sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang ringkas tetapi menawan.", "3. Smartphone Fosil Q Annette Smartwatch (FTW5023)", "Mengekalkan ciri-ciri vintaj, jam tangan pintar hibrid ini masih kekal releven pada zaman moden ini. Ditambah dengan angka ROM, satin dial serta penanda 12.", "4. Fossil Q Jacqueline Smartwatch Hybrid (FTW5025)", "Jam tangan pintar ini sesuai untuk mereka yang gemar bersenam dengan ciri-ciri utamanya adalah untuk fungsi kecergasan. Ia membantu anda bersenam, minum air dengan secukupnya serta makan makanan seimbang.", "1. Skagen Falster Touchscreen Smartwatch (SKT5001 & SKT5003)", "Menampilkan paparan skrin sentuh pertama dari siri Skagen, ia dilengkapi dengan teknologi yang memudahkan pengguna berhubung dengan tersayang hanya melalui jam tangan pintar ini sahaja. Dari segi rekaannya pula, terdapat dua pilihan warna tali kulit bermutu tinggi iaitu hitam dan coklat.", "1. Smartwatch Mini Skagen Hald Hybrid (SKT1409 & SKT1411)", "Mengimbangi jam luaran analog dengan fungsi pintar, ia direka khas untuk golongan wanita yang inginkan kelainan dalam berfesyen. Malah jam tangan ini juga ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu White Dial dan Rose Gold.", "1. Diesel On Full Guard Touchscreen Smartwatch (DZT2006)", "Dari rekaan jam tangan pintar ini, ia menawarkan rekaan tahan lasak yang menggunakan tali silikon serta sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Dilengkapi fungsi seperti T-ON-I (Waktu, Penganjur, Pemberitahuan, Perisikan), ia juga dapat mengesan setiap langkah pengguna.", "2. Michael Kors Sofie Smartwatch (MKT5042)", "Selain rekaan serta warna elegan, jam tangan pintar ini ditambah dengan ciri-ciri pintar menarik termasuk kemas kini media sosial untuk fungsi penjejakan kecergasan.", "1. Skagen Falster Touchscreen Smartwatch (SKT5000)", "Rekaan moden untuk jam tangan pintar dengan paparan skrin sentuh Skagen menawarkan satu warna sahaja iaitu silver serta dilengkapi dengan paparan antara muka yang mudah untuk tujuan navigasi.", "2. Armani Exchange Hybrid Smartwatch (AXT1021)", "Kini anda tidak akan terlepas sebarang acara penting, hanya miliki jam tangan pintar ini.", "3. Fossil Q Explorist Touchscreen Smartwatch (FTW4010)", "Sokongan sistem operasi AndroidWear 2.0 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik pada jam tangan pintar ini membolehkan anda membuat pelbagai perkara hanya di hujung jari sahaja.", "4. Fossil Q Machine Hybrid Smartwatch (FTW1166)", "Warna dan rekaan yang ditonjolkan oleh Fossil Group ini sememangnya sesuai untuk golongan lelaki.", "1. Emporio Armani Hybrid Smartwatch (ART3019)", "Warna jam tangan pintar ini biasanya menjadi kegilaan ramai terutamanya golongan wanita. Ia sesuai untuk mereka yang gemar bersenam dengan pelbagai ciri-ciri menarik.", "2. Skagen Hald Hybrid Mini Smartwatch (SKT1411)", "Kecantikan emas mawar yang menampilkan rekaan jam tangan analog dengan keupayaan jam tangan pintar hibrid terkecil, hanya berukuran 34mm.", "3. Fossil Q Jacqueline Hybrid Smartwatch (FTW5020)", "Merangkumi gaya dan fungsi yang hebat, ia boleh menjejaki pergerakan seperti langkah, kalori dan jarak untuk memastikan anda sentiasa memenuhi matlamat gaya hidup sendiri.", "4. Michael Kors Sofie Smartwatch (MKT5040)", "Hadir dengan rekaan paparan penuh berwarna Silver dan Rose gold bersama lapisan aksen pavé, jam tangan ini membolehkan anda memilih pelbagai paparan sesuai dengan gaya anda." ]
https://ering.com.my/2016/12/apple-airpods-akhirnya-mula-dijual-dengan-penghantaran-mengambil-masa-dua-minggu/
Apple AirPods Akhirnya Mula Dijual, Dengan Penghantaran Mengambil Masa Dua Minggu
[ "Ketiadaan audio jack pada iPhone 7 sudah dikomentasikan cukup banyak dan langkah berani Apple menerima pelbagai reaksi dari pengguna, ada yang tidak gembira dan ada juga yang sudah bersedia untuk menerima revolusi tersebut. Apple juga menjanjikan sebuah peranti audio yang hebat bagi menarik pengguna menggunakan iPhone 7, tetapi pada harga yang sangat-sangat tinggi.", "Harga AirPods sudah diumumkan sedikit masa yang lalu, namun pelancarannya ditangguhkan kerana Apple memerlukan sedikit masa sebelum menjualnya kepada pengguna. Kini Apple AirPods sudah sedia dijual dan ia ditawarkan secara serta merta kepada semua pengguna di seluruh dunia. Pengguna di Malaysia boleh mendapatkan Apple AirPods pada harga RM849 dari stor atas talian Apple. Tempoh penghantaran AirPods dijangka akan mengambil masa dua minggu dari tarikh pembelian." ]
https://ering.com.my/2020/10/siri-iphone-12-bakal-dilancarkan-13-oktober-ini/
Siri iPhone 12 Bakal Dilancarkan 13 Oktober Ini!!!!
[ "Berita baik buat semua peminat iPhone apabila Apple telah mengumumkan bahawa akan melancarkan siri iPhone 12 Pada13 Oktober.", "Bertemakan Hi, Speed, perlancaran siri iphone 12 ini bakal hadir dengan spesifikasi yang menakjubkan bagi kestiap model.", "Pelancaran ini akan dibawakan secara langsung dari Apple Park. Jadi, sama-sama kita nantikan!!!" ]
https://ering.com.my/2019/02/84-juta-fail-digital-cetak-rompak-dimuat-turun-pada-2018/
84 Juta Fail Digital Cetak Rompak Dimuat Turun Pada 2018
[ "Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa sebanyak 84 juta fail digital cetak rompak telah dimuat turun melalui BitTorrent yang kebanyakkan daripada fail tersebut adalah fail filem dan siri televisyen.", "Menurut beliau, hal ini secara langsung telah memberikan kerugian berbilion ringgit. Justeru, kerajaan perlu bertindak bagi mengatasi masalah ini kerana ia memberi kesan kepada ramai pihak.", "Tambah beliau lagi, jumlah ini merupakan suatu yang mengejutkan kerana perkhidmatan penstriman video sah sudah pun berada di Malaysia seperti Netfilx, iFlix, Viu dan sebagainya.", "Syarikat penerbit tempatan seperti media prima juga telah menawarkan siri televisyen yang di paparkan di kaca televisyen disiarkan menerusi platform seperti Youtube secara percuma." ]
https://ering.com.my/2020/09/maxeon-solar-technologies-sertai-persidangan-pelabur-yang-akan-datang/
Maxeon Solar Technologies Sertai Persidangan Pelabur yang Akan Datang
[ "SINGAPURA, 4 September 2020 /PRNewswire/ — Maxeon Solar Technologies, Ltd., (NASDAQ: MAXN), peneraju global dalam inovasi solar, hari ini mengumumkan bahawa ia akan hadir pada dua persidangan pelabur yang akan datang:", "Maxeon Solar Technologies (NASDAQ: MAXN) ialah Powering Positive Change™. Beribu pejabat di Singapura, Maxeon mereka bentuk dan menjual panel solar jenama SunPower di lebih daripada 100 negara dan menjadi peneraju inovasi solar dengan akses kepada lebih daripada 900 paten dan dua barisan produk panel solar terbaik dalam kelasnya. Dengan operasi di Afrika, Asia, Oceania, Eropah dan Mexico, produk Maxeon merangkumi pasaran loji tenaga solar dan atap global melalui rangkaian lebih daripada 1,100 rakan kongsi dan pengedar yang dipercayai. Pelopor dalam pembuatan solar lestari, Maxeon memanfaatkan sejarah 35 tahun dalam industri solar dan banyak anugerah untuk teknologinya. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana Maxeon adalah Powering Positive Change™, kunjungi kami di www.maxeon.com, di LinkedIn dan di Twitter @maxeonsolar.", "Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan dalam pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Swasta tahun 1995, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan mengenai rancangan masa depan dan bidang tumpuan kami, kedudukan kami untuk kejayaan masa depan berikutan pencar keluar, rancangan perniagaan masa depan, dan jangkaan kami untuk kolaborasi teknologi.Kenyataan pandang ke hadapan ini berdasarkan pada andaian, jangkaan dan kepercayaan semasa kami dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang besar yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan pandang ke hadapan ini. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan atau menyumbang kepada perbezaan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada: cabaran mengurus usaha sama dan perkongsian kami, termasuk kemampuan kami untuk berjaya menguruskan hubungan pembekal dan pelanggan utama, serta hubungan kerjasama bekalan dan teknologi dengan SunPower Corporation; persaingan dalam industri tenaga solar dan am dan tekanan ke bawah terhadap harga jualan dan harga tenaga borong; dan kejayaan usaha penyelidikan dan pengembangan kami yang berterusan dan kemampuan kami untuk mengkomersialkan produk dan perkhidmatan baharu, termasuk produk dan perkhidmatan yang dikembangkan melalui kerjasama strategik. Perbincangan terperinci mengenai faktor-faktor ini dan risiko lain yang mempengaruhi perniagaan kami termasuk dalam pemfailan yang kami buat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dari semasa ke semasa, termasuk laporan terbaharu kami di Borang 20-F, seperti yang dipinda, terutama di bawah tajuk “Faktor Risiko.” Salinan fail ini boleh didapati dalam talian daripada SEC atau di bahagian Pemfailan SEC di laman web Hubungan Pelabur kami di www.maxeon.com/investor-relations. Semua kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini berdasarkan maklumat yang ada pada masa ini, dan kami tidak berkewajiban untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini berdasarkan maklumat baharu atau peristiwa masa depan.", "© 2020 Maxeon Solar Technologies, Ltd. Hak Cipta Terpelihara. MAXEON ialah tanda dagang berdaftar Maxeon Solar Technologies, Ltd. Layari www.maxeon.com/trademarks untuk maklumat lanjut.", "Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Utilities Future Events" ]
https://ering.com.my/2019/12/sertai-cabaran-liveagameanda-rebut-hadiah-utama-berupa-samsung-galaxy-a50s/
Sertai Cabaran #liveAgameanda & Rebut Hadiah Utama Berupa Samsung Galaxy A50s!
[ "Jom serlahkan bakat terpendam korang, join #liveAgameanda dan rebut hadiah utama berupa Samsung Galaxy A50s! Bermula sekarang hingga 28 Disember 2019, sertai Samsung A Squad – Steffi Sidhu , Ismail Izzani , Nabila Razali dan Haqiem Rusli untuk LIVE A-Game mereka menggunakan ciri Super Steady dan Ultra Wide Angle pada Samsung Galaxy A50s.", "Bukan itu sahaja, malah korang juga berpeluang memenangi hadiah menarik lain yang menakjubkan dengan submit video dan gambar kreatif korang mengikut cabaran yang dipilih. Berikut adalah senarai hadiah :", "Sertai sekarang dan tunjukkan apa yang korang ada! Pemenang akan diumumkan pada 10 Januari 2020. Maklumat lanjut, layari Samsung Malaysia." ]
https://ering.com.my/2019/10/5-tarikan-utama-pada-asus-vivobook-s15-beli-pada-harga-rm3199/
5 Tarikan Utama Pada ASUS VivoBook S15 – Beli Pada Harga RM3,199!
[ "Moden! Bergaya! Ringan! Colorful! Ini dia ASUS VivoBook S15, sebuah komputer riba baharu yang diperkenalkan oleh ASUS Malaysia baru-baru ini.", "Selain reka bentuk yang sangat menarik dan tidak ketinggalan zaman, apa yang istimewa pada laptop ini. Prestasi boleh tahan ke? Semua ini akan terjawab dalam ulasan kami, check it out~", "Kerangka logam berkualiti matte pertama kalinya menggunakan rekaan logo baharu – ASUS VivoBook, di samping bertambah warna baharu juga iaitu Moss Green dan Punk Pink selain Cobalt Blue, Transparent Silver dan Gun Metal. Suka yang mana?", "Rekaan engsel Ergolift kali ini mampu manaikkan papan kekunci sebanyak 3° ke atas berbanding versi sebelumnya, dan rekaan ini dapat menjamin pengaliran haba yang memuaskan sepanjang penggunaannya.", "Papan kekunci bersaiz penuh ini menawarkan kualiti menaip yang sangat selesa, number pad juga telah diletakkan di sebelah kiri dengan sokongan LED backlight memudahkan kerja menaip pada keadaan yang kurang pencahayaan.", "Perlu memuji ASUS dari segi penggunaan ports, pada sisi kiri tersedia 2 x USB 2.0 Type-A ports dan penunjuk bateri yang mampu menunjukkan keadaan bateri apabila dicas penuh. Pada sisi kanan pula terdapat slot kad microSD, 3.5mm audio jack, USB 3.0 Type-C, USB 3.0 Type-A, HDMI dan power jack.", "VivoBook S15 sebenarnya tidak nampak besar sangat, namun paparan skrin bersaiz 15.6 inci ini cukup memuatkan dalam badan kecil ini. Tambahan bezel nipis yang mencapai nisbah skrin-ke-kerangka 88% memberikan kepuasan kepada pengguna.", "Sistem keselamatan yang patut dimiliki dalam sesebuah laptop tetap tidak diabaikan oleh VivoBook S15, pada bahagian bezel nipis diletakkan sebiji kamera yang berfungsi sebagai pengecaman wajah.", "Speaker berada di dua sisi bawah laptop, dilengkapi sistem bunyi Harman Kardon mampu memberikan pengalaman hiburan yang mantap sama ada bermain permainan atau menonton video.", " VivoBook S15 dikuasai Intel Core i5-8265U, Windows 10 Home, 4GB 2400MHz DDR4 RAM dan NVIDIA GeForce MX250 GPU, secara keseluruhan dari kelas pertengahan ia boleh dikatakan sangat memuaskan dengan skor 3655 di bawah ujian PC Mark10.", "ASUS menawarkan 3 jenis mod pengecasan yang kami rasa sangat berguna, antaranya:", "Kami telah menguji ketahanan bateri VivoBook S15 dengan menonton YouTube selama 1 jam, di bawah sambungan WiFi. Bateri menunjukkan penurunan sebanyak 5% dari 100% ke 95% sahaja, bermakna hanya perlukan 10% sahaja untuk menonton sebuah filem. Ohsem…", "MyASUS menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna, antaranya peringatan kemas kini, memperbaiki masalah produk, serta servis atas talian dan soal jaminan produk.", "VivoBook S15 terbina dalam aplikasi “YourPhone”, anda hanya perlu memuat turun aplikasi yang sama pada peranti pintar maka bolehlah menyambungkannya terus ke laptop ini. Jika peranti pintar yang digunakan adalah siri Samsung Galaxy Note 10, anda boleh mengaktifkannya tanpa memuat turun sebarang aplikasi lagi.", "Walaupun VivoBook S15 bukan sebuah gaming laptop, namun ia tetap menyokong mod permainan serta rakaman video game semasa bermain dan lain-lain.", "Sebagai tambahan menarik kepada VivoBook S15, dalam pembungkus ini turut disertakan pelekat eksklusif ASUS yang mana dapat mempersembahkan gaya peribadi pemuda masa kini. Apatah lagi pilihan warna yang pelbagai, lelaki atau perempuan juga akan tertarik padanya.", "Secara keseluruhannya, ASUS VivoBook S15 boleh dikatakan sebuah laptop bergaya bahkan berprestasi baik yang sangat sesuai untuk semua golongan, sama ada pengendalian dokumen atau hiburan sepanjang waktu tetap menawarkan pengalaman unggul padanya." ]
https://ering.com.my/2016/05/kehadiran-wmp-hello-kitty-grace-10-light-limited-edition-di-malaysia/
Kehadiran WMP Hello Kitty Grace 10 Light Limited Edition di Malaysia!!!
[ "Anda peminat tegar Hello Kitty? Atau gemar mengumpul barang-barang eksklusif Hello Kitty? Kini anda boleh mendapatkan WMP Hello Kitty Grace 10 Light Limited Edition iaitu tablet 2 dalam 1 di Malaysia!", "WMP Hello Kitty Grace 10 Light adalah tablet 2 dalam 1 edisi terhad yang dioperasikan oleh Windows 10. Peranti ini turut hadir dengan papan kekunci Hello Kitty Pigo eksklusif, di mana ia hanya seberat 600gram.", "Apa-apa spesifikasi selanjutnya, nantikan berita lanjutan daripada eRing di majlis pelancaran rasminya pada 25 Mei 2016." ]
https://ering.com.my/2016/02/street-fighter-v-dilancarkan-secara-rasmi-di-malaysia/
Street Fighter V Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
[ "Street Fighter V telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia, majlis yang diadakan di Art Paper Works dihadiri oleh pelbagai pihak penaja dan syarikat yang terlibat secara langsung dalam penjualan siri permainan tersebut seperti Gamer Hideout, Streamline Studios, Telekom Malaysia dan MDeC.", "Majlis itu juga dibanjiri oleh ramai peminat setia siri permainan tersebut yang beratur bagi merasai pengalaman pertama Street Fighter V dan melakukan pre-order permainan tersebut. 100 pesanan terawal pada majlis tersebut menerima t-shirt dan pelekat istimewa. Selain itu satu pertandingan permainan turut diadakan yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM 2,000.", "Majlis itu juga turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang memberikan pengunjung pelbagai produk menarik seperti SFV Arcade FightStick Tournament Edition, figura BigBoysToys Ken / Chun-Li, Mad Catz SFV FightPad Pro dan baucer Gamers Hideout bernilai RM100. Bagi mereka yang berminat mendapatkan permainan ini anda bolehlah membeli dari Gamer Hideout (salinan fizikal) bernilai RM 239 ataupun dari stor Steam (salinan fail komputer) pada harga RM 222." ]
https://ering.com.my/2018/10/jabra-melancarkan-engage-50-alat-dengar-digital-profesional-bagi-panggilan-yang-lebih-baik/
Jabra melancarkan Engage 50, Alat Dengar Digital Profesional Bagi Panggilan Yang Lebih Baik
[ "\nJabra melancarkan Engage 50 yang mana merupakan sebuah alat dengan digital profesional yang menetapkan satu standard bagi kualiti panggilan dan produktiviti pekerja untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. jabra telah menghasilkan Engage 50 untuk menyelesaikan masalah ketika berdepan dengan pelanggan yang mana kajian terbaru menunjukkan 73 peratus daripada agen mendapati Noise mempunyai kesan negatif pada produktiviti.", "Direka khas untuk suasana softphone, ia dilengkapi dengan ciri-ciri untuk mengatasi noise dan gangguan pada contact centre untuk menjamin kepuasan pelanggan. Jabra Engage dilengkapi dengan dengan keunikan 3 sistem mikrofon yang menapis noise pada latar belakang dan bunyi pernafasan yang memberikan pemanggil pengalaman sepenuhnya. Dengan peringkat tertinggi perlindungan pendengaran untuk agen.", "Dalam pada itu, Jabra Engage 50 mempunyai perisian yang khusus untuk memberikan analisis panggilan dalam membuat mendorong membuat keputusan untuk memperbaiki pengalaman pelanggan. Ketika menggunakan Jabra Engage 50, pengguna akan pendapat panduan pada paparan skrin menerusi Perisian Jabra Direct untuk melaras mikrofon boom arm jika ia tidak berada pada kedudukan yang ideal.", "Dengan perisian jabra Express, anda boleh mendapat gambaran keseluruhan data bagi pengguna secara individu atau berkumpulan. Contohnya, ukuran noise pada latar belakang memberikan syarikat petunjuk mengenai kawasan atau waktu noise.", "Headset ini juga juga menekankan isu gangguan yang memberi kesan pada fokus agen. Namun ia dapat dihindari dengan multi-colour status lights pada kedua-dua earcups. Cahaya ini boleh disesuaikan untuk kegunaan perniagaan 2 bagi memastikan pengguna tidak terganggu ketika panggilan penting.", "Selain itu, Engage 50 juga dilengkapi dengan aksesori kawalan panggilan iaitu jabra Engage link yang akan memastikan agen dapat melaraskan paras volume dan mute, pangilan pantas, menjawab dan menamatkan panggilan dan mengemaskini status light hanya pada sentuhan satu butang.", "Setiap headset mengandungi kategori pertama USB-C untuk memudahkan sambungan kepada PC dan peranti telefon dan dengan pilihan sambungan USB-A sebagai aksesori.", "Berikut merupakan harga bagi headset ini." ]
https://ering.com.my/2021/07/kolaborasi-antara-free-fire-street-fighter-v-pemain-kini-boleh-melakukan-aksi-hadouken-di-dalam-permainan-ini/
Kolaborasi Antara Free Fire & Street Fighter V – Pemain Kini Boleh Melakukan Aksi Hadouken Di Dalam Permainan Ini!!
[ "Acara crossover terbaru Free Fire dengan Street Fighter V disiarkan hari ini. Acara “Free Fighter” global mengundang Survivors untuk membawa pakaian peminat yang bergaya menggemari Chun-Li dan Ryu untuk bertempur dan mempelajari Hadouken yang legendaris, pergerakan Ryu yang terkenal. Ini akan disertai oleh sebilangan besar kandungan terhad masa eksklusif dalam permainan!!", "Ryu akan membawa serangan khas Hadouken khasnya ke Free Fire. Apabila dilakukan, Hadouken melihat Ryu mengirim lonjakan tenaga semangat yang kuat melalui telapak tangannya dan ke arah lawan. Penyelamat kini dapat belajar dan melakukan salah satu budaya pop paling pergerakan pertempuran yang dikenali di Free Fire – sebagai emote!", "Pertarungan dengan gaya dengan koleksi Street Fighter V Penyelamat akan mendapat akses ke pelbagai item fesyen bertema Street Fighter V yang diilhamkan oleh permainan – untuk membolehkan mereka bertempur dengan gaya. Ini termasuk pakaian ikonik Chun-Li – menampilkan qipao biru dan gelang berduri yang mematikan – serta kulit Gloo Wall yang diilhamkan oleh pejuang, kedua-duanya boleh didapati dari 9 Julai. Sebagai tambahan kepada kostum ikonik Chun-Li, Survivors akan segera diberi peluang untuk menambah Pakaian Ryu ke almari pakaian mereka.", "Sebagai sebahagian daripada usaha terbaru Garena untuk membawa kandungan yang dilokalkan kepada pemainnya, akan ada siaran langsung tempatan yang eksklusif, dengan tepat dinamakan “Free Fighter Face-off”, yang menampilkan pengaruh dari Malaysia dan Filipina menjuarai gelaran “Free Fighter” terkuat. The stream dijadualkan diadakan pada 9 Julai, 10PM.", "Peminat di kedua-dua negara boleh menantikan peserta menjalin kerjasama yang jelas cabaran, seperti pertandingan Hadouken sahaja, dalam satu siri pertempuran satu lawan satu antara pasukan influencer, yang dibahagikan kepada Team Chun-Li dan Team Ryu. Nantikan untuk mengetahui siapa akan ditugaskan kepada pasukan yang berbeza! Keseronokan tidak berakhir di sana – penonton aliran berpeluang bermain dengan kegemaran mereka influencer dalam perlawanan bilik adat terbuka untuk semua. Semasa segmen ini, pemain berpeluanguntuk memenangi salinan Street Fighter V di Steam apabila mereka membersihkan pencapaian tertentu semasasepadan!" ]
https://ering.com.my/2018/08/tip-elakkan-kejutan-bil-semasa-menunaikan-haji/
Tip! Elakkan Kejutan Bil Semasa Menunaikan Haji
[ "Perayauan antarabangsa (Roaming) yang ditawarkan oleh telco tempatan dapat membantu memudahkan pengguna untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan apabila berada di luar negara. Namun, penggunaan tanpa memahami kaedah yang betul boleh menyebabkan bil telefon melambung tinggi.", "Terdapat pengguna yang mengalami kejutan bil selepas kembali ke tanah air dan mendapati bil telefon mencecah ribuan ringgit kerana menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa untuk panggilan telefon dan data internet.", "Bagi mengelakkan kerisauan pengguna semasa berada di luar negara terutama bagi jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan ibadah haji pada bulan ini, beberapa tip boleh dijadikan panduan seperti berikut:", "Ini adalah untuk memastikan anda mendapat maklumat yang tepat mengenai caj yang akan dikenakan. Anda tidak akan dikecualikan daripada membayar caj tersebut walaupun anda benar-benar tidak tahu.", "Ini adalah sebagai langkah keselamatan sekiranya anda kehilangan telefon ketika berada di sana. Anda juga boleh memuatnaik maklumat penting ini dan menyimpannya di dalam storan atas talian untuk capaian mudah dari mana sahaja.", "Anda tidak digalakkan menggunakan cara ini jika tidak biasa dengan tetapan peranti pintar. Disarankan membawa peranti pintar kedua bagi penggunaan kad sim tempatan, untuk menerima atau membuat panggilan penting ketika berada di tanah suci, manakala peranti pintar anda boleh digunakan untuk sambungan Wi-Fi sahaja.", "Terdapat kad sim antarabangsa yang dijual di Malaysia yang mungkin lebih sesuai dan memenuhi keperluan anda, di samping dapat mengurangkan kerumitan untuk mendaftar kad sim semasa di luar negara.", "Lakukan sedikit kajian mengenai pelan yang disediakan di sana, dan pilih pakej kad sim yang terbaik serta sesuai dengan penggunaan anda sepanjang berada di sana.", "Kebanyakan telco tempatan mempunyai rakan perayauan antarabangsa  di semua negara dengan tawaran pakej khas kadar rata bagi panggilan suara dan data. Nyahaktifkan “Sambungan Automatik ke Rangkaian” dan pastikan anda sentiasa disambungkan kepada rakan perayauan telco anda untuk menikmati pakej khas ini.", "Jika ingin terus berhubung hanya menggunakan Wi-Fi, anda boleh menukar mod peranti pintar ke mod “Airplane” atau “Pesawat” dan gunakan WiFi awam yang boleh dapati di sana.", "Jika anda hanya mahu menerima panggilan dan SMS semasa berada di luar negara, boleh menggunakan aplikasi seperti “WhatsApp Call/Video Call” dan gunakan Wi-Fi sahaja." ]
https://ering.com.my/2016/06/shopee-malaysia-berkolaborasi-dengan-pos-malaysia-untuk-melancarkan-program-penghantaran-percuma/
Shopee Malaysia Berkolaborasi Dengan Pos Malaysia Untuk Melancarkan Program Penghantaran Percuma
[ "KEMAS KINI!\nTempoh “Program Penghantaran Percuma” terhad sehingga 30 Jun 2016 sahaja.", "\nShopee selaku laman web membeli-belah sosial yang pertama seumpamanya dengan lebih dari 12 juta pengguna dari rantau ini telah berkolaborasi dengan Pos Malaysia. Jalinan ini sekaligus membolehkan pelanggan Shopee untuk membuat pembelian barang tanpa dikenakan sebarang caj penghantaran. Pelancaran program ini secara tidak langsung berupaya memudahkan dan melancarkan proses jual beli.", "Versi Beta yang telah dilancarkan pada Mei lalu untuk penjual terpilih yang telah dibuat secara berperingkat ini bertujuan untuk memantau perkembangan dan penerimaan Program Penghantaran Percuma ini. Program ini akan memberikan subsidi yang dihadkan kepada penjual untuk penghantaran barangan di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sawarak.", "Selain mampu menarik perhatian pengguna untuk membeli barang tanpa dikenakan caj penghantaran, program ini juga turut memberikan keuntungan kepada penjual kerana permintaan yang lebih meluas dari seluruh negara. Sehubungan dengan pelancaran Program Penghantaran Percuma, Shopee turut menawarkan akses percuma ke program keusahawanan dan juga bengkel yang dikenali sebagai Shopee University untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada bakal usahawan dalam industri eDagang." ]
https://ering.com.my/2017/08/android-8-0-oreo-sudah-rasmi/
Android 8.0 Oreo Sudah Rasmi!
[ "Google secara rasminya telah mengumumkan nama akhir bagi Android O. Sistem operasi terbaru ini sudah mendapat nama sebenarnya, iaitu Android 8.0 Oreo. Ya, jangkaan kita betul kerana Google sering kali menggunakan perkataan yang diambil daripada makanan manis. Ini adalah kali kedua pihak Google berkerjasama dengan syarikat pengeluar makanan. Sebelum ini Android 4.4 Kitkat (Nestle), kali ini syarikat Mondelez pula mengambil tempat.", "Android 8.0 Oreo menawarkan sejumlah ciri-ciri yang baru, ini temasuk tahap penjimatan kuasa yang lebih efisyen, sistem operasi yang lebih lancar, pemprosesan yang lebih pantas, dan ruangan memori yang lebih terurus. Seperti yang sedia maklum, Android Oreo akan menawarkan kemaskini seperti antaramuka, emoji, Picture-in-Picture (PIP), notifikasi, dot notifikasi, permesejan dan ciri-ciri menarik yang lain.", "Di samping itu, Google juga menyatakan sehingga akhir tahun ini beberapa telefon pintar seperti Essential, General Mobile, Huawei, HMD Global (Nokia), HTC, LG, Motorola, Kyocera, Sharp, Sony, dan Samsung akan mengguna pakai sistem OS terbaru ini. Apa yang pasti, Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL antara yang terawal memilikinya." ]
https://ering.com.my/2018/10/buat-pra-tempah-samsung-galaxy-a7-2018-bermula-15-oktober-21-oktober-2018/
Buat Pra-Tempah Samsung Galaxy A7 (2018) Bermula 15 Oktober ~ 21 Oktober 2018
[ "Semalam Samsung Electronics Mobile telah memperkenal Samsung Galaxy A7 (2018) untuk pasaran tempatan pada harga RM1,299. Tidak sabar ingin menjadi orang pertama yang menggunakan telefon pintar ini? Ada berita baik buat peminat Samsung di luar sana!", "Buat pra-tempah eksklusif Samsung Galaxy A7 (2018) akan bermula 15 Oktober sehingga 21 Oktober 2018 dan dapatkan tiga barangan menarik secara percuma yang bernilai RM302.", "Di antara hadiah yang ditawarkan adalah Pelindung skrin Samsung (RM112), Mini Tripod (RM95) serta Mug Termos (RM95). Kepada yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan eksklusif Samsung Galaxy A7 di Harvey Norman, Seng Heng, SenQ, 11street, Lazada dan juga Shopee." ]
https://ering.com.my/2021/04/kejohanan-eworld-bola-sepak-untuk-persahabatan-sedang-dijalankan-untuk-kali-kedua-dalam-simulator-berbilang-pengguna-dunia-f4f-world/
“Kejohanan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan” sedang dijalankan untuk kali kedua dalam simulator berbilang pengguna Dunia F4F World
[ "MOSCOW, 25 April, 2021 /PRNewswire/ — “Kejohanan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan” (eF4F) akan diadakan unuk kali kedua pada akhir bulan Mei. Pusingan kali ini, lebih daripada 200 buah negara akan mewakili.", "Peristiwa penting dalam Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom Bola Sepak untuk Persahabatan (F4F) juga akan diadakan dalam format digital tahun ini kerana pandemik. Sekali lagi, “Kejohanan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan” (eF4F) pada 2021akan diadakan pada simulator berbilang pemain “Bola Sepak untuk Persahabatan Dunia” (F4F World), yang khusus dibangunkan untuk F4F. Setiap pasukan terdiri daripada enam pemain. Permainan berjalan selama 2 setengah daripada 3.5 minit.", "Sejak 19 April, akademi bola sepak di seluruh dunia telah dijemput untuk mencalonkan kanak-kanak perempuan dan lelaki berumur 12 hingga 14 sebagai pemain. “Kejohanan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan” (eF4F) akan diadakan dari 27 hingga 29 Mei.", "Pemenang “Kejohanan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan” pada 2020 ialah pasukan “Granular salamander”, yang mana pemainnya datang dari Bosnia Herzegovina, Kazakhstan, Latvia, Emiriah Arab Bersatu, Rusia dan Turki. Sepanjang peristiwa akhir dalam musim ke-8 bagi “Bola Sepak untuk Persahabatan”, gelaran GUINESS WORLD RECORDSTM yang baharu telah ditetapkan untuk kebanyakan peserta dalam tempat perjumpaan video bola sepak.", "Sejak bulan Disember 2020, “F4F World” tersedia kepada sesiapa sahaja yang berminat, dan juga di luar pertandingan eF4F, percuma dalam 27 bahasa yang berbeza. Penekanannya adalah pada sembilan nilai F4F: persahabatan, kesamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kasih sayang, kemenangan, tradisi dan kehormatan. Permainan “F4F World” boleh didapati di MS Windows, Apple MacOS dan iOS dan dibangunkan oleh syarikat DataArt.", "Andrey Trusov, DataArt: “Ia sangat menarik dan memotivasikan untuk mempunyai peluang menyumbang kepada pembangunan F4F. Bagi saya, ia merupakan pengalaman baharu bahawa terdapat pertandingan sedemikian unuk kanak-kanak – yang juga menggalakkan nilai seperti persahabatan, keadilan dan keamanan.”", "F4F telah wujud sejak 2013. Ia dianjurkan oleh Gazprom dan disokong oleh UEFA, FIFA dan UN. Dalam lapan musim yang lalu, kira-kira 15,000 orang kanak-kanak dan golongan muda dari 211 buah negara dan wilayah telah mengambil bahagian dalam program. Pada 2020, Bola Sepak untuk Persahabatan diadakan dalam format dalam talian pada platform yang dibangunkan khusus untuk tujuan ini.", "Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Sports Telecommunications Children-related news Future Events" ]
https://ering.com.my/2018/03/panggilan-terakhir-untuk-dapatkan-honor-9-lite-berharga-rm699/
Panggilan Terakhir Untuk Dapatkan Honor 9 Lite Berharga RM699
[ "Pada hari pelancaran Honor 9 Lite di Shopee, seramai 1,500 pelanggan bertuah telah membelinya pada harga RM699. Hanya mengambil masa 5 minit, sebanyak 500 unit Honor 9 Lite telah terjual. Apa yang menyedihkan, pelanggan yang selebihnya hanya mampu melihat iklan sahaja. Bagaimanapun, dengan sambutan yang hangat dan permintaan yang tinggi, Honor akan menawarkannya sekali lagi untuk pelanggan yang terlepas peluang.", "Pada 14 Mac 2018 ini, kepada yang ingin membelinya pada harga diskaun iaitu RM699, anda boleh bersiap sedia dan menanda kalendar. Bermula jam 9 pagi, Honor 9 Lite boleh dibeli pada harga RM699 dengan diskaun sebanyak RM50 daripada harga asal RM749.", "Honor 9 Lite menawarkan peranti dengan skrin FullView 5.65-inci beresolusi HD penuh+. Terdapat dwi-kamera di depan dan juga belakang menjadikan peranti ini memiliki empat kamera. Dikuasakan cip pemproses Kirin 659 dan RAM 3GB, ia juga menyediakan ruang storan seluas 32GB.", "Honor 9 Lite boleh didapati dengan pilihan warna Sapphire Blue dan Glacier Grey." ]
https://ering.com.my/2019/08/redmi-note-8-kini-rasmi-pada-harga-bermula-dari-rm589-hadir-dengan-4-kamera-pemproses-snapdragon-665/
Redmi Note 8 Kini Rasmi Pada Harga bermula Dari RM589 – Hadir Dengan 4 Kamera & Pemproses Snapdragon 665
[ "Ini satu lagi peranti yang diperkenalkan iaitu Redmi Note 8 yang mana ia bakal dijual pada harga RM589.", "Redmi Note 8 bakal tampil dengan skrin 6.3″ IPS LCD Full HD+ yang memberikan kepuasan paparan kepada pengguna. Ia turut dihadirkan dengan Corning Gorilla 5.", "Berbeza dengan Redmi Note 8 Pro, peranti ini tampil dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 665 AEI dan di padankan dengan RAM sebesar 4GB/6GB dan storan sebesar 64GB/ 128GB.", "Turut melengkapi adalah sistem operasinya adalah Android 9 Pie + MIUI 10. Ia turut menggunakan Adreno 610 yang memberikan grafik yang mempersona.", "Aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP. manakala bagi kamera hadapan pula ialah 13MP.", "Bateri juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 4000mAh dengan pengecasan 18W.", " Dihadirkan dengan 3 warna iaitu Biru, Putih dan Hitam. Berikut adalah harga jualan peranti ini:" ]
https://ering.com.my/2018/01/samsung-galaxy-s9-dan-galaxy-s9-tunjuk/
[Tertiris] Samsung Galaxy S9 Dan Galaxy S9+ Tunjuk Rupa Belakang Pula
[ "Sebelum ini kita dah melihat panel depan Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan menyediakan paparan Infiity Display dengan bezel yang nipis. Dalam perkembangan lanjut, baru-baru ini ada pembikin video berkongsi satu video memaparkan panel belakang siri Galaxy S terbaru.", "Menurut sumber imej yang diambil kemungkinan sudah disunting dengan menaikkan tahap keterangan tetapi dari segi rekaan ia tidak jauh beza dengan rekaan sarung peranti yang tertiris beberapa bulan lalu.", "Apa yang boleh dilihat, Samsung Galaxy S9 akan hadir dengan kamera tunggal di depan manakala model diatasnya menggunakan fungsi dwi kamera dimana kedua-duanya dibekalkan dengan cip terbaru Samsung iaitu Exynos 9810. Samsung juga dikatakan akan kekal menyediakan bicu audio jack walaupun ia semakin disingkirkan pada peranti dari jenama lain." ]
https://ering.com.my/2020/06/oppo-sahkan-bakal-tampil-dengan-android-11-beta-pada-siri-oppo-find-x2/
OPPO Sahkan Bakal Tampil Dengan Android 11 Beta Pada Siri OPPO Find X2!!
[ "Pengguna OPPO Find X2 dan OPPO Find X2 Pro mesti teruja apabila OPPO bakal menyertakan Android 11 Beta dengan ColorOS pada bulan ini.", "Menurut OPPO mereka akan mengoptimumkan sistem operasi dengan melaksanakan kerjasama dengan Google." ]
https://ering.com.my/2021/06/pendedahan-bahawa-snapdragon-888-pro-akan-dilancarkan-kelajuan-cpu-ditingkatkan-kepada-3-0ghz/
Pendedahan Bahawa Snapdragon 888 Pro Akan Dilancarkan – Kelajuan CPU Ditingkatkan Kepada 3.0GHz!
[ "Menurut laporan media asing, Qualcomm Snapdragon 888 Pro akan dilancarkan, ia masih dirancang dengan proses 5nm dan reka bentuk seni bina tiga kluster untuk teras super, teras besar dan teras kecil. Antaranya adalah Cortex X1, dan teras besar adalah teras Cortex A78.", "Perlu disebutkan bahawa frekuensi CPU telah ditingkatkan menjadi 3.0GHz, dan skor berjalan Antutu diharapkan mencapai tahap tinggi baru.", "Telah dilaporkan bahawa banyak pengeluar telefon bimbit menguji Snapdragon 888 Pro, yang mungkin digunakan dalam kapal induk kelas atas yang dikeluarkan pada paruh kedua tahun ini. Antaranya, flagship layar lipat Galaxy Z Fold3 yang akan datang Samsung mungkin dilengkapi dengan cip ini.", "Di samping itu, SM8450, penerus Snapdragon 888, juga dalam persiapan penuh. Produk terminal mungkin dilancarkan pada akhir 2021. Berdasarkan proses pembuatan proses 4nm, Lenovo mungkin melancarkan SoC ini untuk pertama kalinya, yang mana layak dinantikan." ]
https://ering.com.my/2017/12/inilah-hasil-gambar-yang-diambil-menggunakana-vivo-v7/
Inilah Hasil Gambar Yang Diambil Menggunakan vivo V7
[ "Kini terdapat banyak telefon pintar di pasaran yang menawarkan kebolehan kamera yang jauh lebih baik berbanding dahulu. Baru-baru ini pada majlis pelancaran vivo V7, vivo telah menjemput seorang jurufoto prosfesional, Arthur Chen untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai peranti vivo V7.", "Apa yang telah dikongsi oleh beliau salah satunya ialah kehebatan kamera yang ada pada telefon pintar kini setanding kamera DSLR. Apa yang terdapat pada vivo V7, ia mampu mengambil gambar yang jelas dan cantik pada waktu siang serta penggambaran malam tidak menjadi sebarang masalah.", "Kalau cakap sahaja pasti ramai yang tidak percaya, jadi dengan foto-foto yang telah diambil oleh beliau anda sendiri boleh nilaikan", "Untuk makluman, vivo V7 menggunakan kamera utama 16 Megapiksel khas kepada mereka yang mengutamakan penggambaran berkualiti tinggi. Pada masa sama Arthur Chen juga seorang editor majalah, pengarah filem iklan, dan seorang juri pertandingan foto." ]
https://ering.com.my/2016/11/peranti-audio-premium-dari-harmankardon/
Peranti Audio Premium Dari Harman/Kardon
[ "Sehari sudah berlalu, namun editor masih lagi terpegun dengan Harman/Kardon AKG N90Q. Saya ceritakan kenapa…", "Jemputan ke acara pelancaran Harman/Kardon adalah sesuatu yang sangat saya nanti-nantikan, ini kerana saya memang peminat muzik dan kualiti audio adalah sesuatu yang sangat diambil berat ketika memilih peranti audio. Kualiti binaan, kemasan, fungsi dan juga kualiti audio adalah antara elemen yang diambil kira dan ia haruslah menepati citarasa saya, dan Harman/Kardon AKG N90Q pada pendapat saya, cukup sempurna.", "Rangka aluminium memberikan keteguhan kepada headphone ini, sesuatu yang normal bagi headphone berkelas premium, jadi tidak perlu saya ulas dengan panjang berkenaan keteguhan kerana ia sememangnya sebuah peranti yang solid. Dari segi kemasan pula, ia memang menepati citarasa saya yang gemarkan peranti yang tidak menonjol. Kemasan berwarna hitam dan emas nampak cukup elegan, kemas dan mewah sambil mengekalkan reka bentuk low profile.", "Bunyi AKG N90Q pula bukan calang-calang, ianya telah ditala oleh pemenang anugerah Grammy, Quincy Jones, beliau merupakan produser yang sangat disegani dalam dunia muzik. Dengan menggunakan kalibrasi TruNote, peranti ini membolehkan anda mendapatkan kualiti audio yang terbaik bagi bunyi akustik. Di samping itu anda juga boleh menetapkan tune audio anda dengan peranti ini, ia mempunyai mikrofon di setiap cup yang mengesan pergerakan audio di telinga anda dan menalanya secara automatik untuk kualiti yang lebih baik.", "Selain AKG N90Q, Harman/Kardon juga memperkenalkan beberapa peranti audio lain yang merangkumi peranti untuk sukan, kasual, sambungan tanpa wayar dan lain-lain.", "• Under Armour Sport Wireless Heart Rate – RM959\n• Under Armour Sport Wireless (1.5) – RM729", "• JBL Reflect Contour – RM399\n• JBL Reflect Response – RM769\n• JBL Reflect Mini BT – RM469", "• JBL Reflect Aware (sambungan Lightning connector) – RM799\n• JBL Reflect Mini – RM279", "(sambungan tanpa wayar)\n• E55 BT (Over-ear) – RM699\n• E45 BT (On-ear) – RM459", "(sambungan wayar)\n• E25BT (In-ear) – RM299\n• E35 – RM329\n• E15 – RM169", "(sambungan tanpa wayar)\n• T450BT – RM249", "(jenis on-ear, sambungan wayar)\n• T450 – RM159", "(jenis in-ear, sambungan wayar)\n• T290 – RM139\n• T210 – RM89\n• T110 – RM69" ]
https://ering.com.my/2018/11/honor-8x-kini-boleh-di-dapati-dalam-warna-merah/
Honor 8X Kini Boleh Di Dapati Dalam Warna Merah
[ "Sejak Honor 8X dilancarkan di Malaysia, ia telah pun terjual 1000 unit pada hari pertama jualan atas talian dilakukan dan telah memecahkan rekod jualan telefon pintar Honor terlaris di Malaysia. Justeru Honor telah memperkenalkan Honor 8X dengan warna merah yang mana ia dijual pada harga yang sama dengan Honor 8X iaitu RM949.", "Honor 8X edisi merah akan tersedia pada pembelian atas talian pada 7 November 2018 manakala penjualan di kedai pula pada 10 November 2018. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah cepat-cepat membeli kerana ia terhad kepada 500 unit sahaja bagi Honor 8X edisi merah.", "Selain itu, setiap pembelian Honor 8X edisi merah, pelanggan juga akan diberikan Honor Band 3 secara percuma di Hihonor.com.", "Honor 8X dilengkapi dengan Kirin 710 chipset dan kapasiti bateri 3750 mAh. Ia juga mempunyai dwi lensa, 20M + 2M aperture bagi kamera belakang ialah F/1.8. Honor 8X nyata merupakan sebuah telefon pintar yang meliputi seluruh aspek kegunaan harian tanpa mengira latar belakang pengguna.", "Bagi mendapat maklumat lebih lanjut mengenai Honor 8X edisi merah dan produk Honor yang lain, bolehlah layari laman sesawang rasmi Honor atau Laman Facebook Rasmi Honor . Anda boleh singgah di kedai rasmi atas talian di shopee , Lazada atau 11 street ." ]
https://ering.com.my/2018/12/huawei-nova-4-dijangka-sokong-pemproses-kirin-970/
Huawei Nova 4 Dijangka Sokong Pemproses Kirin 970?
[ "Semakin hari semakin banyak berita ketirisan mengenai Huawei Nova 4. Selepas beberapa kebocoran maklumat berkaitan telefon tersebut sebelum ini, kini terdapat satu lagi desas-desus yang mengatakan ia dipercayai bakal disokong oleh pemproses Kirin 970.", "Sumber juga menyatakan bahawa ia bakal hadir dengan dua versi iaitu asas dan premium. Difahamkan, hanya model premium sahaja yang bakal membawakan kamera sensor sebesar 48MP.", "Versi premium akan hadir dengan sensor 48MP+16MP+2MP pada kamera utama. Manakala, kamera utama versi asas pula menggabungkan sensor 20MP+16MP+2MP. Kedua-duanya dilengkap dengan kamera hadapan sebesar 25MP.", "Bercakap mengenai rekaan, Huawei Nova 4 dijangka hadir dengan skrin sebesar 6.4 inci FHD+ bersama memori sebesar 8GB dan dibantu oleh storan sebesar 128GB ROM. Turut melengkapinya, bateri berkapasiti 3,750.", "Pun begitu, maklumat tersebut masih lagi belum diketahui kesahihannya. Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi pada 17 Disember ini!" ]
https://ering.com.my/2018/06/asus-vivowatch-bp-diperkenalkan-sokong-teknologi-pengesanan-tekanan-darah/
ASUS VivoWatch BP Diperkenalkan – Sokong Teknologi Pengesanan Tekanan Darah
[ "Menyedari akan masalah tekanan darah tinggi yang semakin tinggi hari ini, ASUS telah memperkenalkan sebuah jam tangan pintar yang mampu mengesan tekanan darah dengan kemunculan model VivoWatch BP.", "Walaupun hadir dengan rekaan yang agak besar, VivoWatch BP merupakan jam tangan pintar yang pertama di dunia menyokong teknologi pengesanan tekanan darah. Dengan menggabungkan sensor EKG (electrocardiogram) dan PPG (photoplethysmography), ia berupaya mendapatkan bacaan tekanan darah dan juga kadar degupan jantung yang lebih tepat.", "Untuk mendapatkan bacaan tekanan darah, pengguna hanya perlu menekan jari pada sensor PPG yang terletak bersebelah dengan skrin selama 15 hingga 20 saat. Selain pengesanan tekanan darah dan juga kadar degupan jantung, VivoWatch BP turut menyokong fungsi lain seperti mengesan pola tidur, dan juga aktiviti lain termasuklah senaman menggunakan aplikasi pemantauan kesihatan ASUS iaitu HealthAI.", "ASUS VivoWatch akan dijual pada harga USD169 (kira-kira RM665) di Taiwan bermula penghujung Julai nanti, dan diikuti pasaran Eropah pada bulan Ogos 2018." ]
https://ering.com.my/2020/06/skyworth-bawakan-teknologi-canggih-terus-kepada-pengguna-melalui-pameran-canton-2020/
SKYWORTH Bawakan Teknologi Canggih Terus kepada Pengguna Melalui Pameran Canton 2020
[ "SHENZHEN, China, 17 Jun 2020 /PRNewswire/ — SKYWORTH, jenama TV yang terkemuka di China dan perintis global bagi AIoT skrin besar, hari ini mengumumkan kemunculan sulungnya di Pameran Canton ke-127. Bersiaran langsung dari studio penyiarannya di Shenzhen, jenama ini akan berkongsi perkembangan terkini mengenai inovasi dan kemajuan perintisnya yang terkini dalam teknologi bersama seluruh pelosok dunia.", "Bagi memulakan acara ini, strim langsung akan dimulakan dengan jelajah ekstensif ke ibu pejabat SKYWORTH, termasuk sorotan ringkas akses-semua-kawasan eksklusif bilik pameran produk SKYWORTH, makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta studio reka bentuk. Bagi membawa pengalaman maya yang revolusioner, sekali gus mengekalkan kontak fizikal sifar, dron digunakan untuk merakam rakaman udara, bagi menawarkan penonton dengan pandangan dekat yang mengagumkan terhadap perkarangan SKYWORTH.", "Susulan daripada jelajah ini, pengurus produk daripada SKYWORTH akan memperkenalkan penambahan terkini kepada barisan TV canggihnya, termasuk TV vertikal 8K perintisnya dan TV dinding OLED ultra-nipis, yang hanya berukuran 4.6mm pada titiknya yang paling nipis.", "Sepanjang sembilan hari akan datang, SKYWORTH akan membawa segalanya daripada barisan pengeluarannya kepada pesanan daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya terus ke rumah orang ramai, membolehkan penonton untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi canggih yang memberi kuasa kepada televisyen SKYWORTH. Barisan kandungan yang mengujakan ini termasuk sesi dengan pasukan reka bentuk utama SKYWORTH, yang akan berkongsi kisah di belakang tabir mengenai pembangunan produknya dan perbincangan bersama Tony Wang, Ketua Eksekutif dan Presiden SKYWORTH TV, yang akan bersedia untuk menjawab sendiri soalan-soalan daripada pengguna seluruh dunia.", "Ditubuhkan pada tahun 1988, SKYWORTH ialah pembekal yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi canggih yang unik dan berpatutan. Di samping mengembangkan perniagaannya ke seluruh APAC, SKYWORTH menubuhkan tapak pembuatan di Afrika Selatan pada tahun 2005 dan kini telah memberi tumpuan untuk pengembangan antarabangsa yang lebih jauh. Sejak penampilan pertamanya di Pameran Canton pada tahun 2009, SKYWORTH telah menjadi kemunculan tetap di acara ini, menganjurkan 22 sesi berturut-turut untuk para hadirin. Pada ketika itu, jualan tahunan luar negara syarikat meningkat daripada lebih RMB 1 bilion kepada RMB 10 bilion, memandangkan SKYWORTH telah beralih daripada globalisasi produknya kepada globalisasi penyelesaian teknologinya.", "Pameran Canton 2020 ialah satu peluang untuk penonton meneroka lebih jauh ke dunia SKYWORTH dan mengetahui lebih lanjut mengenai produk terkininya. Dengan audiens yang semakin berkembang melibatkan pembeli luar negara, para hadirin telah menyaksikan kejayaan penembusan SKYWORTH ke dalam pasaran global, beralih daripada jenama yang dikaitkan sebagai “Buatan China” kepada “Direkayasa di China“.", "Untuk menyertai acara siaran strim langsung SKYWORTH dan mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi canggihnya, kunjungi https://ex.cantonfair.org.cn/pc/en/exhibitor/4ab00000-005f-5254-03df-08d7ed79a759/live.", "Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Television Trade show news" ]
https://ering.com.my/2019/08/sahut-cabaran-ilovesinging-dan-berpeluang-memenangi-sesi-rakaman-bersama-faithful-music/
Sahut Cabaran #ilovesinging Dan Berpeluang Memenangi Sesi Rakaman Bersama Faithful Music
[ "Anda ingin merakam nyanyian di studio rakaman secara percuma? Ini berita baik buat anda kerana Warner Music Malaysia berkolaborasi dengan TikTok bagi melancarkan cabaran #ilovesinging. Ia bertujuan untuk mencungkil bakat nyanyian terpendam dari pengguna TikTok dengan memberi fokus kepada suara asal atau versi cover asal.", "Bermula dari 10 hingga 18 Ogos, pengguna TikTok boleh menyertai cabaran #ilovesinging dengan memuat naik video nyanyian lagu kegemaran dari artis kegemaran anda dengan rendisi tersendiri. Anda boleh memilih sama ada menggunakan instrument, acapella, raps dan banyak lagi asalkan anda menggunakan suara asli anda.", "Seorang pemenang yang bertuah akan berpeluang mengalami pengalaman sebagai seorang artis selama sehari, “A Day as a Singer” apabila anda bakal merakam lagu di studio rakaman yang ditaja khas oleh Faithful Music.", "Beberapa artis telah memuat naik video cabaran #ilovesinging seperti Faizal Tahir, Layla Sania, Amir Masdi, Sissy Iman dan Masya Masyitah bagi memberi insiprasi kepada anda.", "Pada ketika ini, TikTok tersedia di lebih dari 150 pasaran dalam 75 bahasa." ]
https://ering.com.my/2017/03/kemas-kini-android-nougat-untuk-siri-asus-zenfone-3/
Kemas Kini Android Nougat Untuk Siri ASUS ZenFone 3
[ "Perhatian buat pemilik peranti siri ASUS ZenFone 3 (ZE520KL dan ZE552KL), kemas kini sistem operasi Android 7.0 Nougat sudah pun mula diedarkan ASUS kepada peranti tersebut.", "Kemas kini yang diedarkan melalui over-the-air (OTA) akan memberikan versi sistem operasi terbaru kepada anda dengan fungsi terbaru yang ada pada Android Nougat. Jika anda mahu mengemas kini peranti, anda memerlukan sekurang-kurangnya 1.5GB storan kosong untuk memasang Android Nougat di dalam peranti anda.", "Fungsi, ciri dan tambah baik baru:", "1. Suis notifikasi bundle (Settings > Notification > Configure notifications).", "2. Menambah baik fungsi input sentuhan.", "3. Pengaktifan FET VoLTE dan VoWiFi.", "4. Membuang “Share Link” kerana ia tidak stabil untuk Android Nougat.", "6. Membuang fungsi “Tap and hold to show menu”, dan menambah “Tap and hold to activate Multi-window” ke paparan Settings > ASUS customized settings > Recent apps key.", "7. Quick Settings kini menyokong paparan tambahan.", "9. Membuang fungsi Shake Shake dari ZenMotion.", "10. Live wallpapers seperti Holo Spiral, Bubbles, Black Hole, Phase Beam akan disingkirkan dari dalam sistem kerana ia tidak sesuai dengan sistem operasi terbaru." ]
https://ering.com.my/2018/10/huawei-nova-3-terima-kemas-kini-fungsi-night-mode/
Huawei Nova 3 Terima Kemas Kini Fungsi Night Mode
[ "Huawei nampaknya terus memberi kejutan buat peminat setia mereka apabila memaklumkan bahawa pemilik Huawei Nova 3 kini boleh memuat turun fungsi Night Mode pada peranti masing-masing bermula HARI INI.", "Melalui fungsi ini, pengguna kini boleh mengambil gambar pada waktu malam dengan lebih terang dan jelas kerana dedahan selama empat saat. Kemudiannya, kebolehan kecerdasan buatan (AI) Huawei yang cekap mampu menghasilkan gambar luar biasa yang berkualiti dan menarik." ]
https://ering.com.my/2016/05/oppo-r7s-r7-plus-terima-rom-project-spectrum-berasaskan-android-marshmallow/
OPPO R7s & R7 Plus Terima ROM Project Spectrum Berasaskan Android Marshmallow
[ "Bagi memberi lebih kebebasan kepada penggunanya, OPPO telah mengumumkan ketersediaan ROM Project Spectrum dalam versi beta untuk model R7s. Ini akan diikuti pula dengan model R7 Plus yang akan menerimanya pada 13 Mei ini.", "Project Spectrum merupakan alternatif rasmi kepada ROM ColorOS yang diperkenalkan oleh OPPO dan ROM ini menawarkan pengalaman penggunaan yang hampir sama seperti ROM Android yang asal seperti yang boleh dilihat pada peranti Nexus.", "Walau bagaimanapun, keistimewaan fungsi yang terdapat pada ColorOS akan dikekalkan pada ROM beta ini. Project Spectrum yang berasaskan kepada Android 6.0.1 Marshmallow ini turut dilengkapi dengan fungsi penjimatan bateri Doze Mode dan juga Google Now on Tap.", "Sebagai rujukan, Project Spectrum sebelum ini sudahpun diperkenalkan untuk tiga peranti keluaran OPPO iaitu Find 7, R5 dan juga R7g (tersedia di Taiwan, Australia dan Singapura). Untuk memasang Project Spectrum pada R7s, pemilik peranti tersebut boleh melayari laman sesawang https://bit.ly/1Zba99G.", "Sekiranya anda membeli peranti ini di kedai, pastikan anda menghubungi pihak penjual terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat berkaitan polisi jaminan waranti sebelum membuat pemasangan Project Spectrum ini pada R7s atau R7 Plus." ]
https://ering.com.my/2020/09/rocketium-melancarkan-davinci-automasi-pintar-untuk-platform-reka-bentuk-kolaboratifnya/
Rocketium melancarkan daVinci, automasi pintar untuk platform reka bentuk kolaboratifnya
[ "BANGALORE, India dan SAN FRANCISCO, 8 September 2020 /PRNewswire/ — Syarikat automasi yang dibiayai secara usaha sama Rocketium telah melancarkan daVinci, lapisan kecerdasan untuk platform reka bentuk kolaboratifnya. daVinci mengautomasikan beberapa langkah dalam membuat dan mengurus sepanduk dan video berjenama. Ini membantu perusahaan menghapuskan segala masalah dalam penyelesaian penciptaan, kerjasama dan penyimpanan mereka.", "Perusahaan menghadapi dua cabaran yang menjadi lebih besar selepas COVID-19 – keperluan untuk lebih banyak kandungan digital kerana perhatian pengguna telah beralih ke dalam talian, dan peruntukan menjadi lebih ketat. Halangan terbesar untuk ini adalah bahawa pihak pemasaran tidak mempunyai cara untuk mendapatkan kreativiti jenama tanpa bantuan para pereka. Ini menyebabkan para pereka melakukan kerja yang berulang untuk setiap eksperimen, penyuntingan dan penyesuaian yang diperlukan pihak pemasaran.", "Rocketium menyelesaikannya dengan menggabungkan pembelajaran dari barisan pemasangan pengilangan. Penelitian ringkasnya adalah pereka dan pihak pemasaran hebat dalam perkara yang berbeza dan platform yang sama harus membantu mereka berdua. Rocketium membolehkan pereka memberi tumpuan kepada kreativiti dengan membolehkan mereka membuat sepanduk dan pencontoh video. Rocketium membantu pihak pemasaran memberi tumpuan kepada eksperimen berasaskan data dengan membolehkan mereka membuat kerja pematuhan jenama yang kreatif menggunakan pencontoh ini.", "“Rocketium memperkemas proses reka bentuk yang memakan masa di seluruh aset aplikasi dan pemasaran digital. Ini telah menyelesaikan masalah penyesuaian kandungan kreatif sambil memberi kekuatan kepada pasukan untuk berdikari, “kata Rahul Deorah, VP Pemasaran di Urban Company, pasaran perkhidmatan ke rumah terbesar di India.", "daVinci membawakan automasi untuk menghapuskan lebih banyak lagi langkah dalam proses yang membosankan hari ini. Ia menganalisa fail Photoshop untuk membuat pencontoh pintar. Ia menggunakan AI untuk mengubah imej yang belum diolah untuk komposisi, yang telah menjimatkan banyak masa untuk kerja yang sukar. Penghubung lembaran pintarnya membolehkan pihak pemasaran menghasilkan beribu-ribu karya kreatif dalam beberapa minit. daVinci menampilkan automasi aliran kerja seperti terjemahan, teks ke pertuturan dan perkongsian automatik. Konfigurasi daVinci membolehkannya mengautomasikan sebarang aliran kerja perusahaan.", "Jenama e-dagang global menggunakan Rocketium untuk penyesuaian komunikasi pelanggan di setiap titik sentuhan secara peribadi. Mereka boleh melancarkan pelbagai kempen pada hari yang sama dan tidak perlu menunggu selama berminggu-minggu. “daVinci menggabungkan kreativiti manusia dengan kehebatan automasi. Ini membantu perniagaan untuk berkomunikasi secara lebih jelas dengan pelanggan mereka. Kami bertujuan untuk membawa kecekapan pembahagian tenaga kerja ke dalam revolusi digital hari ini,” kata Satej Sirur, Ketua Pegawai Eksekutif Rocketium.", "Rocketium membantu perusahaan membuat sepanduk dan video untuk jenama pada skala besar. Keupayaan seperti akses berasaskan peranan, tadbir urus jenama, pengurusan aset digital dan integrasi pihak ketiga menjadikan Rocketium sebagai penyelesaian lengkap untuk pemasaran berskala besar dan operasi reka bentuk.", "Laman web: rocketium.com Dapatkan demo: rocketium.com/is/request-demo Imej: bit.ly/2FeZb4x", "Keywords: Art Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Design Automation Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services" ]
https://ering.com.my/2016/09/xiaomi-mi-max-boleh-dibeli-bermula-hari-ini/
Xiaomi Mi Max, Boleh Dibeli Bermula Hari Ini!
[ "Xiaomi Mi Max yang diperkenalkan di China pada bulan Mei 2016 kini telah dijual di pasaran Malaysia bermula hari ini, 3 September 2016. Phablet berskrin 6.44 inci ini dijual pada harga RM 999 oleh pengedar sah mereka Thorus dan juga Lazada, serta ditawarkan melalui telco Celcom dan Yes.", "Bagi yang belum tahu, Mi Max adalah sebuah phablet pertama keluaran Xiaomi yang menampilkan paparan skrin berukuran 6.44 inci serta menawarkan bateri berkapasti 4850mAh. Bukan itu sahaja, Mi Max yang diperkenalkan di Malaysia adalah variasi Qualcomm Snapdragon 650, dengan pemproses Hexa Core 1.8GHz, paparan grafik Adreno 510 dan memori 32GB ROM serta 3GB RAM.", "Dari fungsi multimedia pula, Mi Max menyokong lensa kamera utama 16 Megapiksel bersama laser auto fokus dan LED flash, kamera depan 5 Megapiksel serta teknologi pengecaman cap jari telah menjadi fungsi penting yang perlu ada pada telefon pintar hari ini." ]
https://ering.com.my/2020/11/xinhua-silk-road-acara-promosi-pelancongan-kebudayaan-diadakan-di-daerah-zhongxian-chongqing-di-barat-daya-china/
Xinhua Silk Road: Acara promosi pelancongan kebudayaan diadakan di Daerah Zhongxian, Chongqing di barat daya China.
[ "BEIJING, 2 Nov. 2020 /PRNewswire/ — Acara promosi pelancongan kebudayaan berskala besar, yang mempamerkan produk pelancongan berkualiti dan kebudayaan kreatif, telah diadakan pada hari Isnin di Daerah Zhongxian, Perbandaran Chongqing di barat daya China. Ketua daerah Huang Zuying berperanan sebagai promoter pelancongan kebudayaan dan memperkenalkan tarikan unik Daerah Zhongxian kepada warganet melalui penstriman langsung.", "“Kesetiaan ialah teras rohaniah budaya Zhongxian,” ujar Huang, menambah bahawa daerah tersebut adalah satu-satunya yang dinamakan “kesetiaan” dalam sejarah China.", "“Jika anda berminat dengan sejarah dan kemanusiaan, saya mengesyorkan Shibao Stockaded Village (Perkampungan Benteng Shibao), Pulau Huanghua, Muzium Zhongzhou, Kuil Baigong dan Jalan Purba Zhongzhou. Jika anda lebih suka tempat yang menarik dan menakjubkan, saya mengesyorkan anda menonton persembahan Flames and Fumes: Three Kingdoms (Api dan Asap: Tiga Kerajaan), pergi ke Lembah Huatian dan Bandar E-sukan, dan menyusuri Sungai Dongxi. Jika anda teringinkan tempat yang santai dan tenang, saya mengesyorkan anda melawat Three Gorges Orange County Pastoral Complex, Golden Flower dan Fruit Mountain, Taman Hutan Tianchi dan Perkampungan Air Guanhu di Pekan Maguan,” Huang mengesyorkan beberapa laluan pelancong yang berkualiti tinggi kepada warganet.", "Perlu dinyatakan bahawa Shibao Stockaded Village, yang menghadap Sungai Yangtze dan dibina di atas batu-batan, dikenali sebagai salah satu daripada lapan bangunan ajaib di dunia. Persembahan Flames and Fumes: Three Kingdoms ialah pertunjukan pemandangan sebenar aras tinggi berdasarkan kisah sejarah.", "Selain itu, Huang memperkenalkan makanan tempatan kepada warganet, termasuk tauhu tapai Zhongzhou, oren Zhongxian, ladu manis dan sebagainya.", "Huang Zuying, ketua Daerah Zhongxian, mempromosikan pelancongan kebudayaan tempatan kepada warganet melalui penstriman langsung, pada hari Isnin.", "Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Computer/Electronics Entertainment Social Media Travel Trade show news" ]
https://ering.com.my/2020/10/dji-pocket-2-kini-rasmi-dijual-pada-harga-bermula-dari-kira-kira-rm1448/
DJI Pocket 2 Kini Rasmi!!! – Dijual Pada Harga Bermula Dari Kira-Kira RM1448!!!
[ "Berita baik apabila DJI Pocket 2 kini telah dilancarkan yang mana ia dijual pada harga bermula dari $349 (kira-kira RM1448)!!!", "Menariknya mengenai peranti ini apabila ia hadir dengan sensor 64MP CMOS dan hadir dengan kemampuan rakaman video sehingga 4K dan boleh di zum 4x.", "Bagi sistem audio pula, ia hadir dengan sistem zum audio yang memberi fokus kepada subjek yang pengguna zum.", "Berikut adalah harga jualan bagi peranti ini:" ]
https://ering.com.my/2018/07/neffos-x9-hadir-bersama-skrin-5-99-inci-fullview-display-dwi-kamera-bermula-rm599/
Neffos X9, Hadir Bersama Skrin 5.99 Inci FullView Display & Dwi Kamera Bermula RM599
[ "TP-Link Malaysia baru sahaja melancarkan barisan peranti Neffos yang di bawah harga RM800, dan salah satu adalah Neffos X9. Peranti ini dilengkapi dengan paparan skrin 5.5 inci FullView Display, sokongan mod Night Display amat sesuai bagi mereka yang suka menggunakan peranti sebelum tidur. ", "Dwi kamera 13MP + 5MP pada panel belakang menawaran efek bokeh yang cantik pada gambar potret, selain itu PDAF dan f/2.0 aperture juga memastikan gambar diambil lebih jelas dan memuaskan. Tidak lupa pada 8MP kamera hadapan yang mampu meningkatkan hasil gambar swafoto dengan adanya AI Beautification. ", "Neffos X9 dikuasakan oleh pemproses Octa-core di bawah sistem operasi Android 8.1 Oreo dalam dua varian, iaitu 3GB RAM dan 32GB ROM, serta 4GB RAM dan 64GB ROM. Sistem keselamatan Face Unlock juga terbina dalam bersama teknologi AI terkini, manakala kapasiti bateri untuk X9 adalah 3060mAh.", "Kepada yang berminat, Neffos X9 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Space Black dan Monlight Silver. Harga jualan adalah RM599 bagi varian 3GB RAM, manakala RM799 bagi varian 4GB RAM boleh didapati bermula akhir bulan Ogos 2018 nanti." ]
https://ering.com.my/2017/07/enaknya-huawei-enjoy-7-rasa-ayam-kfc/
Enaknya Huawei Enjoy 7 Rasa Ayam KFC
[ "Haruman bau ayam KFC sudah cukup membuat perut berentak-rentak bagai studio jamming, inikan pula kalau telefon diperbuat daripada ayam KFC. Jangan percaya, itu semua gimik dan gurauan sahaja!", "Baru-baru ini Huawei telah melancarkan telefon pintar Huawei Enjoy 7 edisi khas KFC dengan potret Encik Colonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken di belakang. Peranti ini juga lebih dikenali sebagai Huawei Y7 Prime dengan paparan 5.5 inci HD yang baru sahaja dibawa masuk pada awal bulan yang lepas.", "Bagi menyambut ulang tahun ke-30 cawangan pertama KFC di Beijing, Huawei bekerjasama menghasilkan sebanyak 5,000 unit Huawei Y7 Prime dengan harga CNY1,099 (kira-kira RM688) untuk dijual di sana. Nampak menarik bukan, tetapi tidak mungkin dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan edisi standard Huawei Y7 Prime di kedai-kedai sah yang berdekatan dengan tanda harga RM999." ]
https://ering.com.my/2017/06/samsung-galaxy-a3-2016-menerima-kemas-kini-android-nougat/
Samsung Galaxy A3 (2016) Menerima Kemas Kini Android Nougat
[ "Samsung sudah mula mengeluarkan kemas kini Android Nougat kepada para pengguna Samsung Galaxy A3 (2016) bermula di negara Eropah, manakala untuk pengguna di negara lain termasuk Malaysia, ia akan tiba tidak lama lagi. Pengguna boleh menyemak tentang kemas kini terbaru ini melalui halaman tetapan dan boleh memuat turun secara OTA terus daripada telefon.", "Kemas kini Android 7.0 Nougat ini memerlukan muat turun sebanyak 950MB, dan perlu diingatkan setiap kemas kini perlu dibuat dengan sambungan Internet yang stabil supaya sistem perisian tidak terjejas pada masa kelak." ]
https://ering.com.my/2018/11/digi-mengorak-langkah-kini-melalui-program-perintis-bertemakan-kesihatan-kempen-digi-stepz/
Digi Mengorak Langkah, Kini Melalui Program Perintis Bertemakan Kesihatan – Kempen Digi Stepz
[ "Dalam usaha terus memberi perkhidmatan terbaik, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini telah mengorak langkah lebih mantap lagi dengan mengumumkan perlancaran program perintis bertemakan kesihatan dinamakan Kempen Digi Stepz.", "Kempen Digi Stepz merupakan sebuah program kesihatan perintis yang membolehkan warga Malaysia kekal cergas dengan mengukur purata langkah harian mereka menerusi penggunaan peranti kecergasan. Lebih menarik, para peserta juga akan memperoleh pelbagai ganjaran hanya dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif.", "Program ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang berusia antara 18 hingga 39 tahun dan ianya berlangsung mulai 3 November sehingga 2 Disember 2018 di semua Digi Stores yang turut mengambil bahagian terutama di kawasan Lembah Klang. Maklumat lanjut layari SINI. " ]
https://ering.com.my/2016/08/jualan-powerbank-meningkat-mendadak/
Jualan PowerBank Meningkat Mendadak?!
[ "Okay, sudah masuk hari ke 3 Pokemon Go boleh dimainkan secara sah di Malaysia, hari Sabtu yang lalu saya menghabiskan masa memburu Pokemon bersama rakan sehingga pukul 5 pagi. Memang seronok dapat lepak dan bergelak sakan dengan rakan-rakan, tetapi yang tak best kami semua terpaksa berebut powerbank dan hanya 2 daripada 8 orang yang pergi memburu membawa powerbank. Jadi timbullah niat untuk membeli powerbank keesokan harinya.", "Walaupun tiada sumber menunjukkan bahawa permintaan terhadap powerbank menaik secara mendadak dalam beberapa hari ini, tetapi menurut pemilik kedai gajet yang sempat kami sembang dengannya, sememangnya permintaan powerbank pada hari Sabtu dan Ahad agak luar biasa, ini semua gara-gara Pokemon Go.", "Mana tidaknya, permainan Pokemon Go sememangnya terkenal dengan kebolehan menghabiskan bateri dalam masa yang singkat, mungkin sebab itu permintaan terhadap powerbank kebelakangan ini mendadak naik. Pada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan, mungkin ini masa yang tepat untuk anda menjual powerbank." ]
https://ering.com.my/2019/11/permainan-multiplayer-fps-red-dot-bakal-dilancarkan-pada-peranti-android/
Permainan Multiplayer FPS Red Dot Bakal Dilancarkan Pada Peranti Android!
[ "Permainan FPS di mobile semakin hangat sejak kebelakangan ini, selain PUBG Mobile, League of Legends, Mobile Legends atau Call of Duty Mobile yang baru sahaja dilancarkan dan menerima sambutan di luar jangkaan dari peminatnya, kini tampil lagi satu permainan multiplayer FPS yang bakal dilancarkan pada peranti Android.", "Permainan baharu ini dikenali sebagai Red Dot, dijangka akan dilancarkan pada awal tahun depan. Red Dot menawarkan 3 mode iaitu Team Deathmatch, Battle Royale dan Single-Player, melalui trailer yang dikongsikan permainan ini nampaknya cukup padu dan mempunyai UI yang menarik.", "Korang yang berminat perlu bersabar sementara menunggu ia hadir ya…" ]
https://ering.com.my/2021/04/imej-terdedah-dikatakan-samsung-galaxy-a22-terdedah-bakal-hadir-dengan-3-kamera/
Imej Terdedah Dikatakan Samsung Galaxy A22 Terdedah?? – Bakal Hadir Dengan 3 Kamera?
[ "Ada satu maklumat terdedah di laman sesawang Oneleak Voice yang mana ia memperlihatkan rekaan yang dikhabarkan milik Samsung Galaxy A22!!!", "Menurut gambar yang terdedah, peranti ini hadir dengan warna hitam. Dikatakan, peranti ini hadir dengan kamera 48MP + 8MP + 2MP bagi kamera belakang.", "Masih belum diketahui lagi, bilakah peranti ini akan dilancarkan. Jadi, sama-sama kita nantikan!!!" ]
https://ering.com.my/2021/08/gopayz-lancarkan-gogold-tawar-pembelian-emas-digital-serendah-rm5-giveaway-sehingga-rm75-ribu/
GoPayz Lancarkan GoGold!! – Tawar Pembelian Emas Digital Serendah RM5 & Giveaway Sehingga RM75 Ribu!!
[ "GoPayz, e-wallet mandiri U Mobile Sdn Bhd, telah bekerjasama dengan ACE Capital Growth Sdn Bhd (ACE), anak syarikat Ace Innovate Asia Berhad (03028), untuk melancarkan GoGold. Perkhidmatan digital terbaru yang terdapat di aplikasi GoPayz ini membolehkan pengguna membeli dan menjual emas digital di platform aman dan patuh Syariah ACE dengan senang hati, sambil menikmati salah satu spread harga emas terendah di pasaran Malaysia. Selain itu, GoGold juga menawarkan kemudahan akses kerana pengguna boleh memilih untuk membeli emas digital dari harga serendah RM5.", "Untuk menandakan pelancaran GoGold, 5,000 yang pertama mendaftar ke GoGold akan menerima emas digital percuma bernilai RM5. Selain itu, pengguna GoPayz yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM20 setiap transaksi di GoGold juga akan berusaha memenangi 1 gram emas digital. Akan ada sejumlah 200 pemenang yang akan mendapat 1 gram emas digital yang dikreditkan ke akaun GoGold mereka, dan pemenang akan dipilih berdasarkan setiap transaksi ke-50. Secara keseluruhan, terdapat sehingga RM75,000 emas digital percuma yang akan dimenangi sehingga 21 September 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai GoGold termasuk Terma dan Syarat, lawati laman sesawang GoPayz." ]
https://ering.com.my/2018/11/lg-xboom-ai-thinq-wk9-pembesar-suara-pintar-lg-sokong-teknologi-ai/
LG XBOOM AI ThinQ WK9 – Pembesar Suara Pintar LG Sokong Teknologi AI
[ "LG baru sahaja melancarkan sebuah speaker pintar dengan sokongan Google Assistant. Kebolehan yang mampu dilakukan oleh speaker berbentuk segi empat ini, boleh mengetahui keadaan cuaca, mencari resipi, memantau keadaan rumah, mendengar muzik dan menonton video.", "Menariknya, speaker dengan teknologi AI ini menampilkan paparan skrin sentuh berukuran 8-inci HD yang pastinya memberi keseronokan apabila menonton video di YouTube ataupun mendengar muzik kegemaran. Pada bahagian kanan dan kiri LG WK9, terdapat dua speaker yang mampu menghasilkan audio berkualiti tinggi, dengan kerjasama Meridian Audio.", "Lebih istimewa, sokongan lensa beresolusi 5 Megapiksel membolehkan anda membuat panggilan video dengan orang tersayang walau di mana sahaja berada. Dioperasikan oleh Android, LG KW9 dibekalkan dengan bateri 5.6W dan berkemampuan mengawal peralatan rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, penyaman udara dan pelbagai lagi menggunakan speaker ini sahaja!", "Kepada yang berminat, speaker pintar ini ditawarkan pada harga USD199.99 (kira-kira RM838). Tetapi tidak diketahui bila tarikhnya untuk pasaran tempatan." ]
https://ering.com.my/2016/09/servishero/
ServisHero
[ "ServisHero membawakan servis pakar nombor satu di Asia Tenggara kepada anda. Melalui aplikasi ini anda boleh mencari dan mengupah sesiapa sahaja yang ingin memberikan perkhidmatan mereka kepada anda. Terdapat ramai pakar yang menawarkan servis mereka melalui aplikasi ini, dari tukang paip, pakar pendawaian elektrik, guru, jurugambar, pereka fesyen dan pelbagai servis lain lagi.", "Selepas anda melalui proses tapisan, aplikasi ini akan memadankan anda dengan pakar-pakar tersebut, anda boleh berbincang tentang bayaran dan terma bekerja bersama-sama pakar tersebut melalui aplikasi ini, setelah itu anda disarankan agar meletakkan rating kepada pembekal servis bagi memudahkan pengguna lain mencari dan menilai servis dari pakar." ]
https://ering.com.my/2018/04/nokia-7-plus-nokia-1-akan-dilancarkan-pada-10-april-2018/
Nokia 7 Plus & Nokia 1 Akan Dilancarkan Pada 10 April 2018!
[ "Nokia Malaysia telah mula menghantar kad jemput untuk ke majlis pelancaran Nokia 7 Plus dan Nokia 1 untuk pasaran tempatan yang bakal berlangsung pada 10 April 2018 ini. ", "Kepada yang belum tahu, Nokia 7 Plus adalah telefon pintar dengan nisbah skrin 18:9 juga yang pertama menggunakan cip pemproses Snapdragon 660, serta hadir bersama paparan IPS LCD 6-inci HD penuh+. Pada bahagian penggambaran, peranti ini menggabungkan dua lensa kamera iaitu 12 MP dengan aperture f/1.75 dan 12 MP telefoto 2x zum bersama aperture f/2.6 dengan sensor kamera menggunakan jenama Zeiss. Ia turut dibekalkan dengan RAM 4GB dan storan 64GB.", "Manakala Nokia 1 pula hadir dengan skrin berwarna 4.5-inci IPS LCD FWGA yang dikuasakan pemproses MediaTek MT6737M. Memori dalaman pula dibekalkan RAM 1GB, serta storan 8GB. Tidak ketinggalan juga, kamera belakang menempatkan sensor 5 Megapiksel sementara kamera depan 2 Megapiksel. Peranti Android Oreo Go Edition ini dijana bateri sebesar 2,150mAh.", "Kepada yang berminat untuk mengetahui harga jualan kedua-dua peranti ini, jangan ketinggalan untuk mengikuti eRing ya! " ]
https://ering.com.my/2017/02/reviu-eksklusif-xiaomi-mi-mix-memperkenalkan-paparan-edge-to-edge/
Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi MIX, Memperkenalkan Paparan Edge to Edge
[ "Xiaomi Mi MIX adalah salah satu peranti yang cukup istimewa pada pendapat kami. Ia merupakan sebuah peranti yang menjadi petunjuk ke manakah hala tuju reka bentuk sebuah telefon pintar pada masa akan datang. Idea sebuah peranti dengan paparan penuh sudah lama dibangkitkan pelbagai pihak yang terlibat di dalam dunia teknologi, baik dari pengeluar dan juga peminat.", "Sebelum ini, kita hanya melihat imej-imej konsep yang dikongsikan di pelbagai ceruk Internet dan hanya mampu mengharapkan sahaja ia menjadi realiti tidak lama lagi. Kini ia sudah pun tiba, dilahirkan oleh Xiaomi dengan nama Mi MIX.", "Pada mulanya, Xiaomi mengumumkan Mi MIX sebagai telefon konsep, sebuah indikasi visi masa depan syarikat tersebut. Dan kemudian mereka membuat kejutan dengan mengumumkan pelancaran untuk pasaran umum sebagai sebuah peranti yang sedia digunakan.", "Estetik rekaan menjadi daya penarik utama Mi MIX, buktinya boleh dilihat ketika proses membuka kotak peranti ini. Xiaomi nampaknya benar-benar mahu menjadikan Mi MIX sesuatu yang cukup istimewa dengan kotak pembungkusan yang premium dan unik.", "Pembungkusan menggunakan kotak boleh lipat memberikan pengalaman unboxing yang unik. Di dalam kotak ini terdapat peranti pintar itu sendiri, kabel USB Type-C, plug pengecas dengan sokongan cas pantas dan juga sebuah casing kulit premium.", "Dari segi ergonomik, Xiaomi Mi MIX bukanlah peranti yang paling selesa untuk dipegang, ia agak berat dan agak lebar, namun tidaklah sehingga memberikan ketidakselesaan ketika digenggam. Malah, dengan skrin sebesar 6.4 inci, Mi MIX mempunyai saiz keseluruhan yang hanya sedikit besar berbanding peranti flagship pesaing seperti Huawei Mate 9.", "Bahan binaan Mi MIX pula memberikan rupa dan feel yang unik pada peranti ini. Panel depan, belakang dan sisi peranti diperbuat daripada seramik yang mampu memberikan peranti ini ketahanan dari calar yang sangat tinggi. Bukan setakat itu sahaja, butang pada peranti ini juga diperbuat daripada bahan yang sama, lantas memberikan feel yang sangat-sangat premium.", "Namun bahan seramik ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri, pertama sekali kotoran berminyak seperti dari jari amat mudah melekat pada panel peranti ini, memberikan rupa yang agak kotor apabila digunakan pada jangka masa yang lama. Anda perlu kerap mengelap panel depan dan belakang bagi memastikan Mi MIX nampak bersih dan kemas ketika digunakan.", "Kelemahan kedua adalah peranti ini agak licin. Sepanjang tempoh awal menggunakan peranti ini, kerap kali peranti hampir tergelincir dari tangan, menyebabkan kami memilih untuk memakaikan casing kulit yang disertakan bagi mengelakkan perkara tidak diingini dari terjadi. Casing kemasan kulit memberikan cengkaman yang baik ketika menggunakan peranti.", "Bahagian paparan merupakan topik utama di dalam ulasan Mi MIX, kerana pada komponen inilah yang meletakkan Mi MIX berbeza dengan peranti lain. Skrin IPS 6.4 inci ini dihasilkan oleh Sharp dan menawarkan 1080 x 2040 resolusi piksel dengan kepadatan 362ppi. Ratio paparan 17:9 adalah sesuatu yang agak luar biasa dan janggal, namun kami tidak mempunyai sebarang masalah layout paparan di dalam semua aplikasi yang digunakan pada peranti ini.", "Untuk mengatakan bahawa Xiaomi Mi MIX merupakan sebuah peranti bezel–less adalah sesuatu yang agak tidak benar, malah Xiaomi juga tidak menggunakan terma tersebut untuk menggambarkan Mi MIX. Ini kerana masih terdapat garisan bezel senipis 2mm yang boleh dilihat di sepanjang sisi peranti. Ini merupakan bezel paling minimal yang boleh dilihat pada pilihan peranti yang ada sekarang.", "Berkenaan kualiti paparan pula, kami amat berpuas hati dengan paparan IPS yang digunakan pada Mi MIX. Memang jika diberi pilihan kami akan memilih skrin jenis AMOLED pada bila-bila masa. Namun skrin IPS Mi MIX tidak mengecewakan dengan tona warna yang menonjol, hitam pekat dan juga kontra warna yang sungguh baik. Pengalaman ketika bermain permainan mobil dan juga menonton video amat memuaskan.", "Bagaimanapun terdapat satu kekurangan pada skrin Mi MIX, kami mendapati skrinnya agak sensitif. Kerap kali aplikasi muzik dilancarkan dan audio dimainkan ketika Mi MIX berada di dalam poket.", "• Paparan Mi MIX meliputi hampir keseluruhan panel hadapan menyebabkan kamera hadapan terpaksa diletakkan di bahagian bawah paparan.", "Sudah lihat bukan reka bentuk Xiaomi Mi MIX kan, adakah anda perasan sesuatu yang janggal pada peranti ini? Xiaomi Mi MIX hadir dengan rekaan paparan skrin tanpa bezel pada bahagian atas kerangkanya. Keunikan rekaan ini secara tidak langsung telah mendorong Xiaomi untuk memperkenalkan dua teknologi terbaru memandangkan ia tidak lagi dilengkapi dengan lubang earpiece dan juga proximity sensor. Berikut adalah dua teknologi terbaru yang telah diperkenalkan pada Xiaomi Mi MIX:", "Ketiadaan lubang earpiece konvensional pada Mi MIX sememangnya kelihatan unik, tetapi bagaimana pula jika panggilan dilakukan? Di sinilah keunikan Mi MIX terserlah, pemacu seramik akan menukarkan isyarat elektrik kepada tenaga mekanikal. Seterusnya tenaga mekanikal ini akan mencipta satu gelombang mikroseismik yang akan menghasilkan resonansi pada panel peranti dan ia kemudiannya akan ditukarkan kepada gelombang bunyi yang akan dihantar terus ke telinga. Jadi walaupun anda berada di dalam persekitaran yang bising, panggilan masih boleh didengari.", "Sepanjang mencuba panggilan pada peranti Mi MIX, kami perlu membiasakan diri untuk menempatkan telinga betul-betul di kawasan yang memberikan kualiti audio yang jelas. Pada fasa awal penggunaan peranti ini, audio panggilan sedikit tenggelam. Lama kelamaan, setelah mengenal pasti kawasan panel hadapan yang mampu memberikan kualiti audio panggilan yang jelas, panggilan amat mudah dilakukan.", "Mi MIX juga tidak lagi tampil dengan proximity sensor biasa dengan sokongan inframerah, sebaliknya ia telah dilengkapi dengan proximity sensor jenis Ultrasonic terbina-dalam. Jadi apabila digunakan, ia dengan tepat mampu mengesan sekiranya pengguna berada berdekatan dan mampu mengelakkan sentuhan tanpa disengajakan.", "Xiaomi Mi MIX dilengkapi Android versi Marshmallow dengan modifikasi MIUI 8.0 yang menampilkan pelbagai pembaharuan seperti set ikon, skim warna dan animasi adalah lebih baik. Namun rupa antaramuka MIUI terbaru ini hanyalah rombakan kecil yang diberikan Xiaomi.", "Yang menarik pada MIUI 8 adalah pada fungsi Dual Apps di mana anda boleh mempunyai dua aplikasi yang sama pada peranti, sebagai contoh, mempunyai dua akaun WhatsApp di dalam peranti yang sama, satu untuk setiap SIM. Anda juga boleh memilih mana-mana aplikasi untuk fungsi ini, cuma pergi ke bahagian tetapan untuk mengaktifkannya. Aplikasi kedua boleh dikenalpasti melalui penanda pada ikon aplikasi.", "Satu lagi fungsi yang diperkenalkan adalah Quick Ball yang menawarkan akses pantas kepada beberapa tugasan. Fungsi ini boleh diakses dengan menekan butang di bahagian kiri sekali pada bar navigasi yang kemudiannya akan melancarkan satu butang khas dengan shorcut tugasan seperti Home, App Switcher, Screenshot dan memadamkan skrin.", "Tidak dinafikan lagi bahawa Xiaomi Mi MIX dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 821 menjanjikan prestasi yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain. Namun begitu, prestasi pemproses Quad Core berasaskan semikonduktor 14nm FinFET pada Mi MIX adalah setanding dengan pemproses terbaru HiSilicon Kirin 960 yang menyokong pemproses Octa Core berasaskan semikonduktor 16nm FinFET pada Huawei Mate 9.", "Xiaomi Mi MIX dikuasakan oleh bateri 4400mAh, lebih dari cukup untuk membekalkan kuasa untuk penggunaan berat dalam aktiviti seharian seperti melayari web, bermain permainan, menonton video dan bermacam-macam lagi. Ia juga menyokong sistem pengecasan Qualcomm Quick Charge 3.0 yang harus digunakan bersama plug pengecas yang disertakan.", "← Proses mengecas dimulakan pada jam 10 pagi sebaik sahaja peratusan bateri berbaki 10%.", "← Selepas 30 minit dicas, peratusan bateri telah bertambah sebanyak 34% kepada 44%.", "← Selepas 1 jam dicas, peratusan bateri telah bertambah lagi sebanyak 34% kepada 78%.", "← Bateri telah berjaya dicas sepenuhnya ke 100% selepas 1 jam 51 minit atau bersamaan 111 minit.", "Xiaomi Mi MIX dilengkapi dengan kamera 16MP yang mempunyai phase detection autofocus, f/2.0 aperture dan LED flash, dwi-nada flash. Manakala pada kamera hadapan pula dilengkapi sensor 5MP f/2.0.", "Prestasi kamera Mi MIX secara keseluruhannya tidak setanding dengan peranti flagship lain, namun ia masih mampu menghasilkan tangkapan imej yang baik dan berkualiti. Tona warna nampak menonjol dan butiran juga amat jelas sekiranya anda berada di dalam keadaan yang mempunyai pencahayaan yang cukup. Anda boleh rujuk beberapa keping gambar yang sempat kami tangkap.", "Harga jualan Mi MIX agak tinggi lantas menyukarkan kami untuk mengesyorkan peranti ini kepada pasaran umum. Ia mempunyai kualiti binaan yang amat bagus, prestasi yang baik dan juga teknologi terkini. Oleh kerana harganya yang tinggi, ia mungkin lebih sesuai dibeli mereka yang mempunyai bajet berlebihan untuk mendapatkan sebuah peranti yang cukup unik di pasaran. Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan peranti ini di Satu Gadget." ]
https://ering.com.my/2020/12/maxis-lengkapkan-makmal-komputer-dengan-komputer-untuk-pelajar-mulakan-pembelajaran-digital-sempena-festival-cahaya/
Maxis Lengkapkan Makmal Komputer Dengan Komputer Untuk Pelajar Mulakan Pembelajaran Digital Sempena Festival Cahaya
[ "Sempena musim perayaan Deepavali baru-baru ini, Maxis telah melengkapkan makmal komputer MySkills Foundation, sebuah firma sosial yang menyediakan kemahiran hidup dan vokasional, dan SJK(T) Kuala Kubu Bharu dengan komputer untuk membantu pembelajaran ICT mereka.", " Komputer telah diberi dan dipasang oleh dua kumpulan kecil sukarelawan Maxis yang juga merupakan Maxperts sambil mematuhi SOP PKPB. Pelajar dan guru amat gembira mendapat bimbingan Maxperts untuk memasang komputer yang dilengkapi dengan WiFi selama setahun yang akan mereka gunakan di makmal computer mereka.", "Khidmat masyarakat Maxis amat mementingkan pendidikan, sama ada untuk memberi akses untuk pembelajaran digital untuk komuniti, bengkel pemasaran digital bagi pengusaha mikro atau kesedaran keselamatan siber bagi kanak-kanak. Program komuniti utama syarikat, eKelas, bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar di masyarakat luar bandar.", " Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini untuk pelajar dari Sekolah Rendah 6 hingga Tingkatan 5 membawa kandungan pendidikan berkualiti dengan cara yang menyeronokkan dan bersemangat, sesuai dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. eKelas dikendalikan di sekolah dan Pusat Internet MCMC yang berfungsi sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan yang kurang ditembusi liputan rangkaian. Program ini telah diakui oleh Kementerian Pendidikan sebagai inisiatif di bawah “Program Imersif Tinggi” (Highly Immersive Programme), di mana para pelajar layak untuk mengumpulkan markah kokurikulum dari penyertaan mereka dalam eKelas." ]
https://ering.com.my/2016/02/pakar-menyarankan-syarikat-induk-google-membeli-aig/
Pakar Menyarankan Syarikat Induk Google Membeli AIG
[ "Beberapa penganalisa menyarankan agar syarikat induk Google (Alphabet ) agar mengambil alih syarikat pembekal insuran AIG kerana langkah itu dianggap berbaloi memandangkan masa depan perkhidmatan kewangan berlandaskan teknologi sangat cerah.Sekiranya Alphabet membeli AIG, mereka boleh menggunakan kepakaran, tenaga dan sumber sedia ada yang ada pada syarikat insuran itu dan menjadikannnya pusat penyelidikan kewangan.", "AIG pada kebelakangan ini berada pada posisi yang tidak stabil dengan kos operasi yang melebihi bajet, pertukaran eksekutif dan pelbagai masalah lain. Alphabet pula sedang berkembang dengan pesat dan tidak hairanlah jika penganalisa pasaran menyarankan agar syarikat tersebut membeli AIG dalam usaha pelaburan dalam industri kewangan. Ketika ini harga pasaran AIG adalah 68 bilion dolar." ]
https://ering.com.my/2018/03/pelajar-ekelas-terima-wang-tunai-rm1200-dan-hadiah-daripada-maxis/
Pelajar eKelas Terima Wang Tunai RM1,200 Dan Hadiah Daripada Maxis
[ "Hari ini pelajar cemerlang yang menyertai eKelas menerima penghargaan daripada pihak Maxis berupa wang tunai dan pek permulaan sekolah. Bagi yang masih belum tahu, eKelas adalah pembelajaran melalui komputer berasaskan awan khusus kepada pelajar menengah bawah bermula tingkatan 1, tingkatan 2, dan tingkatan 3 (PT3).", "Dimiliki oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pusat pembelajaran komputer eKelas kini berada di 45 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di 10 negeri seluruh Malaysia yang dikelolai oleh Maxis. Para peserta eKelas yang menerima anugerah telah menunjukkan pencapaian yang ketara dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik.", "Anugerah yang diberikan memerlukan peserta eKelas mendapat sekurang-kurangnya satu peningkatan gred untuk tiga mata pelajaran yang disebutkan tadi. Penganugerahan ini sekaligus melayakkan setiap seorang menerima wang tunai RM1,200 yang akan didepositkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bersama pek permulaan sekolah. Bagi peserta eKelas yang mendapat peningkatan gred dalam dua mata pelajaran pula, mereka turut mendapat anugerah dengan wang tunai SSPN berjumlah RM600 dan pek permulaan sekolah.", "Majlis Anugerah Gemilang berlangsung di Menara Maxis, Kuala Lumpur telah menjemput seramai 11 pelajar dan majlis dihadiri Pengerusi SKMM, Tan Sri Dr. Halim Shafie bersama Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda dan kakitangan Maxis serta ibu bapa pelajar." ]
https://ering.com.my/2020/02/terima-anugerah-inovasi-di-ces-2020/
A&S Distribution Sdn Bhd Umum Produk Baru & Terima Anugerah Inovasi Di CES 2020
[ "A&S Distribution Sdn Bhd telah mengambil bahagian dalam persidangan CES 2020. Pada persidangan tersebut, A&S Distribution dengan bekerjasama bersama DC mengumumkan barisan produk baharu. Ia termasuklah fon telinga tanpa wayar versi Batman / Wonder Woman dan perkakasan elektronik dengan rekaan Harley Quinn, Supergirl serta banyak lagi watak lain.", "Selain itu, A&S Distribution turut memperkenalkan beberapa lagi produk lain seperti pembersih vakum tanpa wayar La Femmina Medio, pembersih vakum tanpa wayar La Femmina Perfetto dan pengering rambut tanpa wayar Styler. Tidak ketinggalan, A&S Distribution turut menerima anugerah inovasi CES – menerusi produk produk pengerinting rambut automatik tanpa wayar. TAHNIAH!!" ]
https://ering.com.my/2020/05/isteady-x-hohem-pesaing-senyap-seterusnya-terajui-industri-gimbal-telefon-pintar/
iSteady X Hohem – Pesaing Senyap Seterusnya Terajui Industri Gimbal Telefon Pintar
[ "SHENZHEN, China, 27 Mei 2020 /PRNewswire/ — Semua orang berusaha untuk menghasilkan Gimbal Telefon Pintar yang lebih baik. Hari ini, bagi kebanyakan syarikat, ini bererti penstabil yang ringan. Hal yang sama juga untuk iSteady X Hohem.", "Hohem memperkenalkan ciri yang amat menarik untuk iSteady X: dengan mengekalkan kestabilan Pro sistem 3-paksi, ia dapat mengurangkan dengan ketara beratnya kepada hanya 259 gram dan meningkatkan muatan sehingga 280g.", "Penstabil Hohem mempunyai reka bentuk lipatan dan mekanisme penguncian serba baharu yang dapat menyediakan penstabilan yang lebih baik untuk video dan tidak menggunakan ruang yang banyak. Umumnya, video gerakan tinggi dan pergerakan bergoyang boleh memusnahkan kandungan, terutamanya untuk pengguna telefon pintar. Atas sebab inilah lebih ramai pengguna memilih untuk memiliki gimbal mudah alih yang canggih bagi mengendalikan pergerakan bergoyang dan memperoleh kualiti video yang lebih baik. Lantaran terdapat pelbagai pergerakan, tiada jaminan untuk memperoleh kandungan yang lancar dengan kayu boleh pegang atau dipegang dengan tangan yang mudah. Justeru itu, cara yang terbaik adalah dengan menggunakan gimbal berkualiti tinggi seperti iSteady X dan menukar sepenuhnya cara menghasilkan video.", "Dari segi kefleksibelan, Hohem terus meningkatkan teknologi gimbal telefon pintarnya menerusi pelancaran iSteady X. Dengan mengurangkan dengan ketara berat penstabil, iSteady X masih mempunyai ciri-ciri pengendalian yang cemerlang dengan 3-paksi. Ini bererti pengguna boleh membalik, merakam dan menangkap video hasil daripada motor sorot yang direka bentuk dengan sistem 3-paksi boleh putar. Paling penting, iSteady X turut memberikan pengguna dengan kefleksibelan gimbal boleh pakai untuk situasi seperti mendaki dan menunggang. Di samping itu, Smart iSteady X berfungsi dengan sistem IOS atau Android.", "Sistem ‘aktif’ 3-paksi: Condong, Gulung dan Sorot. Sistem 3-paksi dalam gimbal dapat membantu menetapkan kamera pada kedudukan yang stabil. Dengan sistem ini, pengguna dengan mudah dapat merakam video yang lancar.", "Walaupun terdapat pelbagai gimbal yang disediakan dalam pasaran, Hohem bukan sahaja mencapai penaiktarafan teknologinya, tetapi juga meningkatkan pengalaman pengguna: menjadikannya peranti yang mudah digunakan. Buat mereka yang gemar merakam video, iSteady X ialah pilihan yang sangat baik.", "Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services" ]
https://ering.com.my/2019/04/9-perkara-pada-huawei-nova-4e-buat-kalian-bergaya-persis-superstar-nombor-3-paling-gempak/
9 Perkara Pada HUAWEI Nova 4e Buat Kalian Bergaya Persis Superstar – Nombor 3 Paling Gempak!
[ "HUAWEI Nova 4e dilihat membawakan penawaran spesifikasi seimbang bersama rekaan menawan dan menyokong fungsi yang pasti memenuhi pengguna masa kini. Harga yang ditawarkan juga menarik iaitu RM 1,199 seunit. Berikut adalah 9 perkara pada HUAWEI Nova 4e yang pasti buat kalian bergaya sepuasnya!", "HUAWEI Nova 4e tidak mengecewakan…Bercakap mengenai luaran, HUAWEI Nova 4e menampilkan susuk tubuh menarik dengan kemasan yang mengikut trend terkini. Ditambah lagi dengan panel kaca melengkung 3D, ia ternyata menyerlahkan lagi bentuk telefon sekaligus meletakkan Nova 4e pada tahap terbaik dalam setiap hati pembeli.", "Nova 4e hadir dalam tiga pilihan warna menawan seperti Pearl White, Midnight Black dan Peacock Blue. Untuk posting kali ini, unit reviu yang diterima adalah Peacock Blue. Peacock blue mempunyai kemasan tona warna biru dan ungu. Selain itu, ia juga memiliki efek pantulan yang dilihat menarik tiap mata memandang.", "Melihat kepada rekaan paparan skrin Nova 4e, model keluaran HUAWEI ini ternyata tiada kekurangannya dan ia terlihat seperti sebuah telefon pintar yang mempunyai tarikan tersendiri dalam menarik minat pembeli.", "Skrin bersaiz 6.15″ IPS LCD FHD+ (2312 x 1080 piksel) dengan kemasan takuk kecil pasa bahagian atas telefon sekaligus memberikan ruang lebih luas untuk paparan dengan warna cemerlang. Ini sekaligus mampu menjamin kepuasan semasa membuat sebarang kerja di telefon termasuklah menonton video dan sebagainya. Paparan juga selamat kerana ia telah menerima pensijilan keselesaan mata, TUV Rheiland untuk pengalaman lebih selesa.", "Dari segi penggambaran, ternyata Nova 4e juga tidak mengecewakan kerana jujur dikatakan ia cukup sempurna untuk menangkap gambar selfie. Tidak keterlaluan jika dikatakn kamera swafoto Nova 4e sangat hebat – dilengkapi 32MP (f/2,0) dengan sokongan pelbagai mod termasuk panorama, potrait, AR Lens dan banyak lagi.", "Lebih mengujakn, teknologi AI yang diketengahkan dilihat mampu menghasilkan gambar selfie yang lebih semula jadi dan sentiasa menjanjikan sisi yang terbaik. Nova 4e juga merupakan yang pertama dalam peranti HUAWEI dibenamkan dengan sensor setinggi ini. Kamera swafoto Nova 4e boleh mengenal pasti lebih daripada 8 kategori berbeza termasuklah bunga, malam dan sebagainya.", "Selain kamera swafoto, kamera utama Nova 43 juga tidak mahu kalau di mana ia hadir dengan keupayaan sistem tri-kamera utama yang tiada tandingan – gabungan lensa 24MP (wide-angle) (f/1.8) + 8MP (ultra wide-angle) + 2MP (bokeh). Selain itu, ia juga menyokong sudut luas mencecah 120 darjah.", "Melaluinya, anda boleh menembak tanpa had dan meluaskan perspektif dengan kanda sudut lebar sehingga 120 darjah. Confirm lepas ni tak ada lagi yang tertinggal! Gambar terhasil pun lebih menarik dengan efek tangkapan yang menakjubkan. Kamera utama juga mampu mengenal pasti 22 kategori berbeza termasuklah makanan, bangunan dan sebagainya. Tetapan warna dan kontras juga dilaraskan secara automatik.", "Adakah anda bosan dengan semua ringtone panggilan masuk yang sedia ada? Jangan risau! Dengan Nova 4e, kini anda boleh membuat setiap panggilan masuk lebih menghiburkan dengan fungsi video ringtone khusus. Anda juga boleh menetapkan video kegemaran anda sebagai nada dering untuk kenalan yang berbeza termasuklah keluarga, rakan-rakan, kekasih dan banyak lagi.", "Enjin dalaman NOVA 4e mampu menjalankan tugas harian dengan lancar – menggunakan cip Kirin 710 bersama kombinasi memori yang besar iaitu 6GB RAM dan membolehkan anda menyimpan semua diingini dalam storan dalaman 128GB. Melaluinya, pengguna kini memiliki lebih banyak ruang untuk kandungan dan aplikasi penting termasuklah muzik, gambar dan sebagainya.", "Nova 4e bukan sahaja sesuai untuk kaki selfie, malah teknologi yang dibenamkan padanya menjadikan ia juga sesuai untuk gamers. Ketersediaan pemproses grafik yang dikuasakan oleh GPU Turbo 2.0 sekaligus dilihat mampu meningkatkan prestasi untuk pengalaman gaming yang lebih baik. Ia juga menjadikan penggunaan menjadi lebih pantas.", "Nova 4e juga hadir dilengkapi ketahanan bateri yang dianggap cukup memadai untuk penggunaan hari ini iaitu 3,340 mAh melalui pengecasan USB-C – menyokong pengecasan pantas 9V/2A. Bahkah, ia juga sekaligus sedikit sebanyak dilihat mampu memberi kepuasan kepada kaki gamers.", "Perkara menarik lain yang dapat dilihat pada Nova 4e ini adalah ketersediaan HUAWEI HiVison pada sistem operasi yang mana banyak membantu dalam menguruskan kehidupan seharian pengguna. Terdapat empat fungsi utama Hivision iaitu QR Code, translate, shopping dan identify. Dengan Nova 4e, kini bergayalah sepuasnya tanpa rasa gentar!" ]
https://ering.com.my/2019/02/memacu-kejayaan-2018-bersama-vivo/
Memacu Kejayaan 2018 Bersama vivo
[ "Tahun 2018 menyaksikan vivo melancarkan pelbagai model telefon pintar dengan teknologi terkini. Ini terbukti apabila pada Januari 2018, vivo memperkenalkan teknologi pengecaman cap jari pada paparan skrin pad a CES 2018. Kemudian vivo melancarkan vivo X20Plus versi pengecaman cap jari pada skrin di China sebulan kemudian.", "Pada bulan Febuari pula, vivo melancarkan APEX yang mana ia didatangkan dengan rekaan yang inovatif seperti elevating front camera. Ia juga disertakan dan sensor yang tersembunyi. Telefon ini mencapai nisbah skrin ke kerangka sebanyak 89%.", "Pada Mac pula, vivo melancarkan telefon pintar yang hadir dengan dwi kamera pada siri V iaitu vivo V9. V9 merupakan telefon pintar yang didatangkan dengan nisbah skrin ke kerangka yang paling besar di malaysia iaitu 90%.", "Vivo turut mengumumkan strategi kecerdasan buatan pada April dan mereka menyasarkan pelancaran telefon pintar 5G di “The Future of Communication” sub forum bagi forum BoAo yang berlangsung di Persidangan Asia Tahunan 2018.", "Sebagai penaja rasmi telefon Piala Dunia 2018, vivo telah melancarkan kempen global baharu yang bertajuk “My Time, My FIFA World Cup”, di Taman Olimpik Beijing pada bulan Mei.", "Vivo turut memperkenalkan X21 di Malaysia yang mana telefon ini disertakan dengan paparan 6.28 inci FHD+ FullView. Dengan takuk yang nipis dan sisi bezel bersaiz 1.66mm, ia mencapai nisbah skrin ke kerangka sebanyak 90.3%.", "Ketika MWC Shanghai 2018, vivo telah mendedahkan teknologi Time of Flight (TOF) yang menjanjikan anjakan paradigma dalam pengimejan, AR dan interaksi antara manusia dan mesin.", "Pada bulan Julai dan Ogos 2018, vivo telah mengumumkan NEX yang merupakan siri flagship yang didatangkan dengan elevating camera dan paparan Ultra FullView di malaysia.", "Mengikuti kejayaan siri V adalah pelancaran vivo V11 pada September 2018. Peranti ini merupakan telefon pintar yang didatangkan dengan teknologi pengecaman cap jari pada skrin. Turut dilengkapi dengan kamera AI yang memudahkan proses merakam gambar.", "Edisi terhad Fairy Pink vivo V11i telah didedahkan pada Oktober 2018 yang merupakan satu langkah menunjukkan tanda sokongan kempen kesedaran kanser payudara.", "Pada Disember 2018, vivo telah dianugerahkan salah satu inovasi terbaik teknologi pengecaman cap jari pada skrin oleh media antarabangsa.", "Dalam pada itu, vivo turut memperkenalkan telefon dwi paparan iaitu vivo NEX Dual Display Display yang didatangkan dengan 3 kamera dan 10GB RAM yang pastinya menawarkan prestasi yang terbaik.", "Vivo telah berkolaborasi bersama PUBG MOBILE Malaysia bagi menjayakan PMNC 2018 pada penghujung tahun 2018 yang menyaksikan 16 pasukan dari 4 negeri (Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur) berentap bagi merebut kejuaran. Pertandingan berlangsung dari Disember 2018 sehingga januari 2019.", "Vivo pastinya setiasa membawakan inovasi dalam teknologi kepada pengguna. Dengan kejayaan yang digapai pada tahun 2018 akan menjadi pendorong buat vivo untuk terus melangkah jauh pada tahun 2019." ]
https://ering.com.my/2021/01/pengguna-berpeluang-memenangi-perlindungan-insurans-setahun-kredit-gopayz-jika-mengirim-e-angpow-cny-menerusi-p2p/
Pengguna Berpeluang Memenangi Perlindungan Insurans Setahun & Kredit GoPayz Jika Mengirim E-Angpow CNY Menerusi P2P!!
[ "GoPayz, e-dompet universal yang dibangunkan oleh U Mobile, meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina (CNY) kali ini dengan kempen ‘Fu Dao’ (福到, yang bermaksud “keberuntungan telah tiba”). Sebagai sebahagian daripada kempen, semua pengguna yang mengirim e-angpow kepada ahli keluarga dan rakan menggunakan fungsi pembiayaan antara rakan setara (P2P) di aplikasi GoPayz berpeluang memenangi langganan 1 tahun percuma perlindungan insurans kemalangan diri GoInsure, RM18 kredit GoPayz, atau kedua-duanya!", "Pengguna hanya perlu mengirim e-angpow dalam apa jua nilai melalui fungsi pemindahan GoPayz P2P antara 25 Januari hingga 28 Februari 2021 untuk layak memenangi hadiah tersedia.", "Langkah 1: Klik pada ikon ‘Kirim Wang’ di laman utama aplikasi. Harap maklum bahawa Pengirim dan Penerima haruslah merupakan pengguna Akaun Dompet Premium GoPayz untuk menikmati fungsi ini.", "Langkah 2: Masukkan jumlah dan tujuan pemindahan.", "Langkah 3: Pilih penerima dari senarai kenalan atau masukkan nombor telefon bimbit pengguna GoPayz.", "Langkah 4: Masukkan GoPin untuk mengesahkan pemindahan dan menerima notifikasi pemberitahuan setelah transaksi berjaya. Pengguna boleh mengirim wang seberapa banyak kali yang mereka ingin bagi meningkatkan peluang untuk menang, namun hanya boleh menang sekali sahaja sepanjang kempen ini.", "Para pemenang akan dipilih melalui dua pusingan – pertama, pada 17 Februari 2021 dan kedua pada 9 Mac 2021. Seramai 25 pemenang akan dipilih dalam setiap pusingan untuk menerima langganan 1 tahun percuma perlindungan GoInsure dan RM18 kredit GoPayz, manakala 75 pemenang akan hanya menerima RM18 kredit GoPayz. Secara keseluruhan, 200 pemenang akan diberi ganjaran dalam dua pusingan pemilihan. Pemenang boleh membelanjakan kredit GoPayz di mana sahaja Mastercard, Visa dan UnionPay diterima atau mengeluarkan kredit tersebut sebagai wang tunai di mesin ATM!", "Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Fu Dao’ termasuk Terma & Syarat, layari https://gopayz.com.my/GoPayz-AbundanceOfHappiness  ", "Aplikasi GoPayz tersedia di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery, pautan muat turun seperti berikut:", "Apple App Store & Google Play Store: https://bit.ly/GoPayz  " ]
https://ering.com.my/2018/06/kepada-peminat-honor-10-kini-boleh-mendapatkan-honor-10-edisi-phantom-green/
Kepada Peminat honor 10, Kini Boleh Mendapatkan honor 10 Edisi Phantom Green!
[ "Selain pelancaran honor 7A, honor Malaysia juga tidak ketinggalan memperkenalkan honor 10 edisi Phantom Green yang ditawarkan pada harga RM1,599. Ia dijual secara eksklusif di Shopee Malaysia pada 8 Jun 2018. Malah setiap pembelian honor 10 edisi Phantom Green didatangkan sekali bersama hadiah percuma bernilai RM298, sementara stok masih ada.", "honor 10 menampilkan skrin bersaiz 5.84 inci IPS LCD FHD+ beresolusi 2280 x 1080 piksel membawakan paparan bertakuk di atas. Ruang dalaman dikuasakan Kirin 970 diiikuti memori RAM sebesar 4GB dan storan seluas 128GB tanpa sokongan kad microSD.", "Dari segi penggambaran pula, peranti ini menyediakan dwi-kamera di bahagian belakang yang menggabungkan sensor 16 Megapiksel f/1.8 dan 24 Megapiksel serta bantuan aperture serendah f/0.85 melalui perisian kamera. Kamera swafoto lebih mengangumkan dengan lensa 24 Megapiksel yang menyokong ciri Potrait Lighthing." ]
https://ering.com.my/2017/07/lagenda-pokemon-akan-ke-pokemon-go-minggu-ini/
Lagenda Pokemon Akan Ke Pokemon GO Minggu Ini
[ "Penantian anda untuk melihat Lagenda Pokemon ke dalam permainan mudah alih Pokemon GO berkahir minggu ini apabila pembangun, Niantic mengumumkannya baru-baru ini. Setelah sekian lama pemain menunggu, kini ia boleh ditewaskan dalam “Gym Battle” di lokasi yang berdekatan dengan anda.", "Pada masa sama, jika anda berjaya menewaskan “Lagendary Raid Boss”, anda berpeluang untuk melihat dan menangkap lagenda seperti Articuno, Lugia Zapdos dan banyak lagi. Selepas memiliki lagenda ini, anda boleh gunakan ia untuk melawan di “Raid Bosses” dan “Gym Battle”, tetapi tidak dibenarkan untuk meletakkannya di gim tersebut kerana ia terlalu kuat dan tidak adil jika pemain lain untuk melawan anda.", "Namun, untuk menangkap lagenda ini bukannya mudah, anda perlu bekerjasama dengan pemain-pemain yang lain untuk mendapatkannya dalam tempoh masa ditetapkan. Oleh itu, ciri ini akan bertemu pemain bermula 22 Julai secara berperingkat-peringkat di seluruh dunia." ]
https://ering.com.my/2019/01/astro-tawar-pakej-broadband-bundle-buat-penduduk-di-jasin-harga-istimewa-rm99/
Astro Tawar Pakej ‘Broadband Bundle’ Buat Penduduk Di Jasin – Harga Istimewa RM99!
[ "Astro turut tidak ketinggalan dalam menawarkan pakej jalur lebar kepada penduduk di Jasin, Melaka dengan kadar bayaran bulanan minimum sebanyak RM99 – disamping penawaran pakej menarik!", "Astro menawarkan dua pilihan pakej menarik untuk para pengguna – a) pelan 50Mbps pada harga RM99 dan, b) pelan 100Mbps pada harga RM129 mulai 1 Februari 2019. Lagi menarik, kedua-dua pakej didatangkan bersama Astro Family Pack – mempunyai lebih 40 saluran termasuk Astro Ria, Astro Prima, Astro AEC dan sebagainya.", "Projek perintis jalur lebar Astro akan tersedia untuk mendaftar bermula 8 hingga 31 Januari 2019 dan pemilik rumah yang layak untuk promosi istimewa ini berpeluang menikmati:" ]
https://ering.com.my/2021/03/memori-telefon-tidak-mencukupi-langkah-langkah-untuk-memadam-memori-wechat-sebanyak-1gb/
Memori Telefon Tidak Mencukupi? Langkah-Langkah Untuk Memadam Memori WeChat sebanyak 1GB!
[ "Memadamkan sampah WeChat untuk meningkatkan memori dan kelajuan operasi telefon anda!", "WeChat ialah salah satu alat komunikasi yang biasa digunakan di Malaysia. Admin sering berbual-bual dengan rakan-rakan menggunakannya, dan tidak mengetahui bahawa WeChat akan menggunakan ruang yang begitu banyak dalam telefon bimbit sehingga tidak ada memori telefon bimbit.", "Admin sekarang mengajar korang satu cara untuk memadamkan maklumat yang menggunakan ruang dalam WeChat, dan padam sampah WeChat sebanyak 1GB untuk membebaskan lebih banyak memori telefon!", "Klik “ME” di bahagian bawah WeChat", "Kemudian, klik “Manage Current WeChat Chat History”,dan tunggu mesej korang untuk memuatkan.", "Selepas mesej dimuatkan, korang boleh melihat mesej spam yang disenaraikan, dan korang boleh memadamkannya mengikut pilihan korang, ataupun memadamkan semuanya sekali gus.", "Setelah membuat pilihan korang, klik padam di sudut kanan bawah.", "Dengan cara ini, spam mesej sebanyak 1GB di WeChat akan dipadamkan dengan beberapa langkah ini!", "Sekiranya korang tidak kerap memadamkan, atau tidak pernah memadamkan …", "Sekaranglah masanya! Setelah memadamkan sampah dalam WeChat, korang pasti rasa beban storage telefon bimbit telah banyak dikurangkan!", "Jika korang rasa langkah-langkah ini berguna, kongsikanlah dengan rakan-rakan korang!" ]
https://ering.com.my/2019/09/honor-pay-day-sale-kini-kembali-dengan-pelbagai-tawaran-yang-menarik/
HONOR Pay Day Sale Kini Kembali Dengan Pelbagai Tawaran Yang Menarik Bermula Hari Ini Sehingga 10 Oktober!
[ "Minggu-minggu gaji masuk ini sangat seronok kalau ada sale. Justeru HONOR’s Pay Day Sale kini telah kembali yang menawarkan harga telefon dan aksesori di hihonor yang sangat awesome!!! bermula dari 27 September sehingga 10 Oktober 2019.", "Antara peranti yang menerima tawaran ini termasuklah HONOR 20 Pro, HONOR View20, HONOR 8X dan lain-lain.", "Sepanjang tempoh promosi ini, pelanggan akan menerima aksesori percuma bagi pembelian telefon terpilih. HONOR menawarkan aksesori HONOR Band 5, HONOR FlyPods Lite, HONOR Watch Magic, HONOR Mini Speaker dan banyak lagi.", "Bagi pembelian HONOR 20 Lite, HONOR 20, HONOR 20 PRO and HONOR View20 sebelum 30 September, anda akan menikmati lanjutan jaminan waranti 1 tahun menerusi HONOR’s Rileks, Beli Je campaign.", "Bukan itu sahaja bundle bagi telefon HONOR View20 dan HONOR Watch Magic pada harga hanya RM1999 dan miliki HONOR View20 casing bernilai RM499 secara percuma.", "Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ini, layari laman sesawang HONOR atau anda juga boleh melayari laman Facebook HONOR." ]
https://ering.com.my/2018/09/xiaomi-redmi-note-6-pro-dipercayai-sokong-pemproses-qualcomm-snapdragon-636/
Xiaomi Redmi Note 6 Pro Dipercayai Sokong Pemproses Qualcomm Snapdragon 636?
[ "Dalam arena peranti pintar, boleh dikatakan kadar ketirisan informasi berkaitan dengan sesebuah peranti itu adalah agak tinggi.", "Selepas beberapa kebocoran maklumat berkaitan Xiaomi Redmi Note 6 Pro sebelum ini, kali ini terdapat satu lagi imej ketirisan yang mengatakan peranti pintar berkenaan dipercayai akan dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636.", "Perkara tersebut mungkin tidak dapat disangkal kerana ia telah disahkan oleh ujian penanda aras Geekbench yang dijalankan oleh Redmi Note 6 Pro yang mana jelas mendedahkan bahawa peranti ini akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636.", "Dari segi skor penanda aras, Redmi Note 6 Pro dilihat telah mencatatkan 1332 markah dalam ujian satu teras manakala dalam ujian multi-teras pula ia mencatatkan sebanyak 4675 markah.", "Di samping itu, maklumat daripada Geekbench tersebut turut mendedahkan peranti ini bakal didatangkan dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo dan dan juga RAM 4GB." ]
https://ering.com.my/2020/10/daon-mengumumkan-trilochan-sehgal-sebagai-naib-presiden-serantau-asia-tenggara/
Daon Mengumumkan Trilochan Sehgal sebagai Naib Presiden Serantau, Asia Tenggara
[ "SINGAPURA, 8 Okt. 2020 /PRNewswire/ — Daon, pemimpin global dalam “digital onboarding” dan teknologi pengesahan biometrik, hari ini mengumumkan pelantikan Trilochan Sehgal sebagai Naib Presiden Serantau, Asia Tenggara dan pembukaan pejabat baharu di Singapura. Pengumuman tersebut menegaskan kepentingan Asia Tenggara kepada Daon dan menempatkan syarikat tersebut dalam kedudukan yang kukuh untuk bertindak balas terhadap pertumbuhan perbankan digital di rantau tersebut.", "Berpangkalan di Singapura, Sehgal merupakan veteran industri dengan lebih daripada dua puluh tahun pengalaman dalam keselamatan siber, termasuk pengalaman selama bertahun-tahun di IBM, di mana beliau mengetuai perniagaan perisian pengurusan akses dan identiti untuk APAC.", "“Teknologi digital sedang mentransformasikan ekonomi Asia dengan unjuran kadar pertumbuhan tiga kali ganda dalam ekonomi digital sahaja,” ujar Tom Grissen, CEO, Daon. “Oleh kerana rantau ini penting kepada perniagaan global Daon, kami memulakan pelan pengembangan yang signifikan, termasuk mewujudkan kehadiran baru di Singapura, di samping kehadiran kami yang sudah mantap di Hong Kong, dan melantik profesional identiti yang berpengalaman serta sangat berkaliber, Trilochan Sehgal untuk memimpin perniagaan kami sebagai Naib Presiden Asia Tenggara”.", "Penyelesaian Daon yang dipercayai digunakan oleh institusi kewangan terkemuka di seluruh dunia. Di Asia, klien Daon termasuk SMFG/SMBC Jepun, Standard Chartered Bank dan sejumlah bank yang berpusat di Hong Kong serta The Hong Kong Jockey Club, yang menggunakan teknologi Daon untuk membolehkan keterlibatan tanpa geseran dengan aplikasi pertaruhan mereka. Pada tahun 2020, kehadiran syarikat di Asia telah diperluaskan untuk merangkumi kerjasama baharu yang penting. Pada bulan Mac, syarikat turut mengumumkan kontrak untuk melaksanakan “digital onboarding” dan pengesahan biometrik mudah alih kepada TONIK yang berpusat di Singapura, yang merupakan bank digital sahaja yang pertama di Filipina. Bank maya baharu seperti Mox milik Standard Chartered Bank di Hong Kong turut menggunakan teknologi Daon dan sedang dalam pengeluaran buat masa ini.", "“Meskipun terdapat beberapa kesulitan yang ditimbulkan oleh pandemik, usaha pendigitalan oleh banyak pelanggan Asia Tenggara telah dipercepatkan kebelakangan ini, dan teknologi Daon memainkan peranan yang penting dalam membolehkan inisiatif ini,” ujar Sehgal. “Rekod prestasi Daon yang amat baik dengan pelanggan global, digabungkan dengan Singapura, Malaysia dan Thailand yang bersiap sedia untuk membuka industri kepada pemain baharu dalam perbankan maya, menjadikan ia masa yang baik untuk melabur di rantau tersebut”.", "Daon memperoleh sokongan dalam pengembangan serantaunya daripada Enterprise Ireland, agensi perdagangan Ireland yang bertanggungjawab untuk pengembangan dan pertumbuhan perusahaan Ireland dalam pasaran dunia. “Enterprise Ireland gembira untuk mengalu-alukan pelantikan Trilochan Sehgal sebagai Naib Presiden Rantau Asia Tenggara untuk Daon di rantau tersebut, dan turut mengucapkan tahniah kepada syarikat atas pembukaan pejabatnya di Singapura. Daon merupakan contoh kepakaran dan kepimpinan industri Ireland yang berkaliber di dunia dalam fintech, dan ia sangat menarik untuk melihat nilai yang dibawakan oleh inovasi Ireland ke Asia,” ujar Kevin Ryan, Pengarah untuk ASEAN di Enterprise Ireland. “Perkembangan ini dan demonstrasi komitmen daripada syarikat klien ke rantau ini membuktikan kepentingan Asia Tenggara kepada kejayaan global mereka. Kami berharap untuk melihat komitmen yang sama oleh syarikat klien pada tahun 2021 dan seterusnya”.", "Hubungan MediaCarolyn Camoens / Sabrina [email protected]", "Keywords: Biometrics Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements" ]
https://ering.com.my/2020/02/render-bocor-adakah-ini-gambaran-rekaan-kamera-utama-google-pixel-5-xl/
Render Bocor, Adakah Ini Gambaran Rekaan Kamera Utama Google Pixel 5 XL?
[ "Sudah menjadi kebiasaan, siri Google Pixel bakal mendapat kemas kini baharu pada setiap Oktober – kali ini dijangka muncul dengan dua model iaitu Google Pixel 5 dan Google Pixel 5 XL. Terkini, render pertama Google Pixel 5 XL dikatakan telah bocor. Render ini diperolehi daripada seorang youtuber dikenali sebagai Jon Prosser dari FrontPageTech.", "Menurut Jon, Pixel 5 XL mempunyai 3 model prototaip dalam pembangunan. Prototaip pertama adalah seperti gambar dibawah, manakala lagi dua mempunyai perumahan kamera berbentuk segi empat sama seperti barisan Pixel 4 sedia ada. Pun begitu, ia hanya satu prototaip dan tidak bermakna sesebuah syarikat itu bakal menghasilkan rekaan berkenaan. Kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut!", "[ S U M B E R ]" ]
https://ering.com.my/2017/09/apple-watch-series-3-diperkenalkan-menawarkan-sokongan-lte/
Apple Watch Series 3 Diperkenalkan – Menawarkan Sokongan LTE
[ "Sejumlah 97% pengguna berpuas hati dengan prestasi Apple Watch. Ia juga telah menjadi jam nombor 1 dunia menewaskan jenama Rolex. Untuk memastikan kepuasan pengguna sentiasa terjamin, Apple hari ini memperkenalkan Apple Watch Series 3 kepada umum.", "Kali ini ia hadir dengan beberapa ciri terbaru, salah satunya ialah sokongan eSIM (SIM pendua) yang membolehkan peranti ini menerima panggilan telefon. Malah, ia juga menyokong sambungan rangkaian 4G LTE dengan antena yang terletak di paparan depan. Bahkan, dengan hadirnya jam ini pengguna kini boleh meninggalkan telefon pintar di rumah tanpa perlu membawanya.", "Apple Watch Series 3 dikuasakan oleh cip berprestasi tinggi W2. Ia difahamkan memberi 85% sambungan lebih baik khususnya untuk Wi-Fi. Penggunaan tenaga yang lebih rendah juga dibantu oleh perkakasan Dual-core generasi terbaru.", "Selain itu, ia juga menjanjikan pemprosesan 70% lebih pantas dari model terdahulu. Itu tidak termasuk sistem perisian, oleh itu, Apple telah menyediakan sistem operasi Apple WatchOS 4.0 terus dari kotak. Sementara itu, saiz kerangka badan masih dikekalkan dan tidak menerima banyak perubahan.", "Apple mengumumkan Watch Series 3 dengan dua varian berbeza. Untuk sokongan LTE, ia dijual dengan tanda harga USD399 (lebih kurang RM1,678, manakala, bukan LTE pada harga USD329 (kira-kira RM1,384) sebuah.", "Apple Watch Series 3 didatangkan dengan warna baharu, Gold dan Black Ceramic selain pilihan tali dengan warna lebih menyerlah. Peranti ini akan mula dipasarkan 22 September depan bersama iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.", "2. Apple iPhone X – Telefon Pintar Termaju Dengan Skrin Hampir penuh" ]
https://ering.com.my/2021/03/awe2021-berjaya-dianjurkan-dengan-pelan-tindakan-untuk-kehidupan-pintar-dalam-dekad-baharu/
AWE2021 Berjaya Dianjurkan dengan Pelan Tindakan untuk Kehidupan Pintar dalam Dekad Baharu
[ "BEIJING, 29 Mac 2021 /PRNewswire/ — Ekspo Dunia Perkakas & Elektronik 2021 (AWE2021), dengan tema “Pintarkan Masa Depan” (“Smartize the Future”) melabuhkan tirai dengan jayanya di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC), Hongqiao, Shanghai, China pada 25 Mac 2021.", "Menurut data daripada pihak penganjur AWE China Household Electrical Appliances Association (CHEAA), jumlah kunjungan AWE2021 melebihi 350,000, melakar pencapaian tinggi yang bersejarah.", "Dengan kawasan pamerannya diperluaskan kepada 150,000 meter persegi, AWE2021 menghimpunkan hampir seribu pempamer dari dalam dan luar negara termasuk syarikat-syarikat berpengaruh antarabangsa seperti Gaggenau, Miele, GE Appliances, Bosch, Siemens, Fisher & Paykel, Panasonic, Sony, Sharp, AEG, Gorenje, ASKO, SMEG, Whirlpool, Hitachi, Philips, Laurastar, 3M, Pentair, Westinghouse dan Shark, nama-nama besar domestik seperti Haier, Hisense, TCL, Skyworth, Konka, Meling, Gree, Aux, Fotile, Robam, Vatti, Vanward, Macro, Galanz, Joyoung, Supor, Lexy, Ecovacs, Meida, Golden Home, Marssenger, Sanfer, HEGII, Airmate dan Flyco, syarikat-syarikat gergasi teknologi dan syarikat-syarikat AI unikorn seperti JD.com, iFLYTEK, 360, Tuya, Topband, Ayla, Xingluo Technology, Aispeech dan SoundAI, serta pembekal-pembekal komponen dan bahan utama seperti LGD, CSOT, GMCC & Welling, Jiaxipera, Nidec, Donper, Highly, Schott, Higasket dan Saite. Sokongan berterusan daripada perusahaan yang mantap ini menunjukkan nilai dan prospek pembangunan AWE.", "Pada sebelah malam 23 Mac, Pertunjukan Malam Strim Langsung AWE dilancarkan di Tmall, JD.com dan Kuaishou dengan reruai pameran AWE sebagai latar belakang. Hasil daripada paparan perusahaan yang mengagumkan, acara strim langsung tersebut diakhiri dengan cara yang lebih berasaskan senario berbanding acara strim langsung yang dianjurkan oleh selebriti internet. Menurut statistik yang tidak lengkap, setiap perusahaan yang mengambil bahagian dalam Pertunjukan Malam Strim Langsung AWE dapat menarik berjuta-juta penonton dan berpuluh-puluh juta komen secara purata.", "Di bawah tema “Pintarkan Masa Depan”, AWE2021 menunjukkan senario baharu mengenai kehidupan pintar yang membuatkan industri dan pengguna berasa teruja selain blokbuster baharu dilancarkan oleh pempamer. Semakin banyak syarikat memilih AWE sebagai pilihan pertama mereka untuk melancarkan produk baharu, strategi baharu dan ekosistem baharu mereka. " ]
https://ering.com.my/2020/01/angkara-langgar-paten-teknologi-wifi-apple-boradcom-perlu-bayar-ganti-rugi-kepada-caltech-sebanyak-rm3-4bilionsebanyak/
Angkara Langgar Paten Teknologi WiFi, Apple & Broadcom Perlu Bayar Ganti Rugi Kepada Caltech Sebanyak RM4.5 Bilion
[ "Rentetan daripada kes 4 tahun lalu yang mana Caltech mendakwa bahawa Apple dan Broadcom telah melanggar paten teknologi WiFI milik mereka tanpa kebenaran yang mana mereka menggunakan cip rangkaian WiFi 802.11n dan 801.11ac.", "Selepas dibicarakan selama 4 tahun, Caltech telah memenangi kes tersebut. Apple dan Broadcom terpaksa membayar ganti rugi sebanyak USD1.1 bilion (kira-kira RM4.5 bilion kepada Caltech.", "Jika mengikut pecahan, Apple perlu membayar kepada Caltech sebanyak USD837 juta (kira-kira RM3.4 bilion). Bagi Broadcom pula perlu membayar USD270 juta (kira-kira RM 1.1 bilion)." ]
https://ering.com.my/2019/07/sony-perkenal-barisan-master-a9g-4k-oled-tv-harga-bermula-rm11949/
Sony Perkenal Barisan MASTER A9G 4K OLED TV – Harga Bermula RM11,949
[ "Sony kini muncul dengan model baru mereka iaitu, MASTER A9G 4K OLED TV untuk pasaran tempatan. Memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna, barisan produk baru ini menyajikan kualiti yang gambar, kejelasan dan kontras yang lebih baik.", "Barisan MASTER A9G 4K OLED TV didatang dalam tiga saiz yang berbeza iaitu 55 inci, 65inci dan 77inci. Ia didatangkan dengan rekaan yang nipis bersama sudut tontonan luas dengan 8 juta piksel dan dikawal oleh pemproses gambar X1 Ultimate.", "Selain itu, terdapat juga Pixel Contrast Booster dan 4K High Dinamik Range bagi meningkatkan warna serta kontras. Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi Acoustic Surface Audio+ untuk pengalaman bunyi lebih sempurna.", "Di samping itu, televisyen ini juga boleh berintergrasi sebagai sebuah TV Android yang menyokong pelbagai aplikasi seperti Google Play, YouTube, Netflix dan Amazon. Bagi yang berminat, harga yang ditawarkan adalah seperti di bawah :" ]