url
stringlengths 33
217
| headline
stringlengths 5
198
| content
sequence |
---|---|---|
https://ering.com.my/2019/07/antutu-senarai-10-peranti-berprestasi-terbaik-sepanjang-bulan-jun-2019/ |
Antutu: Senarai 10 Peranti Berprestasi Terbaik Sepanjang Bulan Jun 2019
| [
"Sudah menjadi kebiasaan, setiap bulan platform penanda aras Antutu akan mengeluarkan laporan mengenai senarai 10 peranti berprestasi terbaik. Terkini, laporan untuk bulan Jun telah pun dikeluarkan dan agak mengejutkan apabila Nubia Red Magic 3 masih kekal berada di tangga pertama dengan skor 382,331 mata.",
"Tangga kedua milik Black Shark 2 (375,592) kemudiannya diikuti oleh Xiaomi Mi 9 Transparent Edition dengan jumlah skor 371,021 mata. Senarai 10 peranti dengan prestasi terbaik sepanjang bulan Jun seperti berikut :"
] |
https://ering.com.my/2019/05/muka-baru-mira-filzah-dilantik-sebagai-duta-rasmi-siri-honor-20/ |
Muka Baru! Mira Filzah Dilantik Sebagai Duta Rasmi Siri HONOR 20
| [
"Sedia maklum, siri HONOR 20 dijadualkan diperkenal pada 21 Mei 2019 dalam sebuah acara pelancaran di London. Bagi memeriahkan kedatangannya, HONOR dilihat mengalu-alukan kehadiran pelakon cantik, Mira Filzah sebagai duta rasmi siri HONOR 20!",
"Pemilihan ini sekali gus meletakkan Mira sebaris dengan duta HONOR yang lain seperti Zizan Razak, SonaOne dan Captain Meow (catbassador HONOR). Difahamkan, Mira akan dilantik sebagai Wonder Girl untuk siri HONOR 20. HONOR juga bakal membawa dua orang pemenang bertuah untuk sama-sama ke London melalui peraduan HONOR Chief Fashion Officer.",
"Populariti Mira dalam industri tanah air memang tidak dapat disangkal. Oleh itu, penglibatannya sebagai duta dilihat dapat memperluaskan pengenalan produk kepada pembeli tempatan – kerana pelakon cantik ini memiliki ramai peminat fanatik.",
"[/video]\n[/video]\n[/video]\n[/video]\n[/video]\n[/video]\n[/video]\n[/video]\n[/video]"
] |
https://ering.com.my/2017/07/microsoft-hentikan-kemas-kini-windows-phone-8-1/ |
Microsoft Hentikan Kemas Kini Windows Phone 8.1
| [
"Ramai pengguna kini lebih terarah untuk menggunakan platfom Android dan iOS, yang dahulunya pernah menggunakan Windows Phone kini tidak lagi. Apa yang boleh dikatakan, platform Windows Phone di telefon pintar tidak banyak yang menyokong aplikasi pihak ketiga. Sekaligus menjadikan jenama ini “hidup segan mati tak mahu”.",
"Bermula hari ini, pihak pembangun Windows tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kemas kini berkaitan Windows Phone 8.1 secara global. Tambah lagi, dalam beberapa tahun akan datang kemungkinan Windows 10 juga akan mengikut jejak langkah abangnya.",
"Oleh kerana lambakan jenama terutamanya dari China yang menawarkan peranti pada harga jauh lebih rendah serta kebolehan untuk melakukan pelbagai tugas, Windows Phone tidak lagi dihiraukan dan diketepikan dari carta pilihan. Selain, setelah hampir dua tahun Windows tidak mengeluarkan sebarang telefon pintar baru, perjalanan Windows Phone mungkin akan terhenti."
] |
https://ering.com.my/2018/11/hanya-rm899-dapatkan-huawei-y9-2019-mulai-11-november/ |
Hanya RM899! Dapatkan Huawei Y9 (2019) Mulai 11 November!
| [
"Semalam Huawei baru sahaja mengumumkan kemasukan peranti entry-level terbaik mereka iaitu Huawei Y9 (2019) akan tersedia sempena jualan 11.11 ini, dan hari ini pihak Huawei telah pun mengumumkan harga jualannya bersama sejumlah promosi menarik.",
"Terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan Blue Sapphire, Huawei Y9 (2019) akan dijual pada harga RM899 melalui semua kedai Huawei, Huawei Online Store, pengedar sah dan rakan telco.",
"Sempena dengan kempen 11.11 ‘Huawei Mega Online Sale Day’, anda boleh membeli baucer RM250 pada harga RM50 mulai sekarang hingga 10 November 2018, yang boleh ditebus pada 11.11 di Huawei Store.",
"Dengan baucer rebat sebanyak RM250, anda hanya perlu membayar RM649 untuk mendapatkan Huawei Y9 (2019). Lebih menarik, bagi setiap pembelian anda juga akan menerima produk AirAsia seperti AirAsia Cap, AirAsia Phone Magnet Holder (In car), AirAsia Felt Folder atau AirAsia Keychain sementara stok masih ada.",
"Untuk makluman, Huawei Y9 (2019) direka untuk memenuhi kesemua keperluan asas yang semua orang inginkan. Ia disertakan dengan sistem Quad kamera, 3D Arc design, paparan Fullview dan bateri yang tahan lama, direka untuk semua golongan sama ada dewasa mahupun remaja."
] |
https://ering.com.my/2020/12/teknologi-solace-membantu-federal-aviation-administration-memperkemas-aliran-data-untuk-nextgen-weather-systems/ |
Teknologi Solace Membantu Federal Aviation Administration Memperkemas Aliran Data untuk NextGen Weather Systems
| [
"Program automasi sepenuhnya yang meningkatkan keselamatan dan mengoptimumkan penggunaan ruang udara dengan memberi amaran kepada sistem pengurusan trafik udara tentang kejadian cuaca luar biasa dalam tempoh maksimum lapan jam lebih awal",
"OTTAWA, Ontario, 9 Disember 2020 /PRNewswire/ — United States Federal Aviation Administration (FAA) menggunakan platform pengurusan dan penstriman peristiwa untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat masa nyata dengan cekap yang diperlukan bagi pengaktifan NextGen Weather Systems, yang terdiri daripada Common Support Services – Weather (CSS-Wx) dan NextGen Weather Processor (NWP). Platform pemprosesan NextGen Weather System menyokong pengenalpastian kekangan aliran lalu lintas dan ancaman bahaya keselamatan semasa perjalanan dan menyampaikan terjemahan maklumat cuaca yang diperlukan untuk meramalkan halangan dalam laluan dan kekangan kapasiti ruang udara sehingga tempoh maksimum lapan jam lebih awal.",
"Seperti yang dinyatakan dalam laman web FAA, “NWP menggabungkan maklumat daripada radar cuaca, satelit persekitaran, kilat, pemerhatian meteorologi (dari permukaan stesen dan pesawat) dan model output ramalan bernombor NOAA untuk menghasilkan produk yang lebih baik kepada semua pengguna FAA dan pemegang taruh National Airspace System (NAS).”",
"Aplikasi teknologi Solace ke atas NextGen Weather Systems adalah contoh NAS Enterprise Message Service (NEMS) FAAS, suatu pelaksanaan perisian tengah berorientasikan pesanan yang biasa digelar sebagai System Wide Information Management (SWIM) dalam bidang penerbangan. NEMS ialah sebuah sistem NAS yang luas yang menyediakan teras utama perkongsian data digital untuk inisiatif NextGen yang banyak dan pelbagai dan berasaskan teknologi Solace.",
"Menurut laman web FAA,”SWIM membolehkan peningkatan kesedaran situasi umum dan memperbaiki ketangkasan NAS untuk menyampaikan maklumat yang jitu kepada orang yang betul pada waktu yang tepat. SWIM ialah infrastruktur yang menawarkan titik akses tunggal untuk data penerbangan, dengan pengeluar data menerbitkannya sekali dan pengguna mengakses maklumat yang mereka perlukan melalui satu sambungan.”",
"Khusus untuk NextGen Weather Systems, PubSub+ akan mengendalikan proses menangani pelbagai format data dan memastikan penghantaran data cuaca masa nyata melalui Aviation Weather Display (AWD) NWP dan ke sistem seperti Time-Based Flow Management (TBFM) dan Traffic Flow Management System. Sistem ini, yang juga berinteraksi dengan Common Support Services-Weather (CSS-Wx), memproses sejumlah besar data cuaca dan menghasilkan keputusan maklumat sokongan kepada pembuat keputusan Trafik Udara yang bertanggungjawab secara langsung untuk memastikan keselamatan dan penggunaan ruang udara yang optimum di sepanjang masa, terutama dalam keadaan cuaca yang buruk.",
"“Kami gembira dapat bekerjasama dengan FAA untuk menjadikan ruang udara lebih selamat kepada para pengembara sambil mengoptimumkan ruang udara yang tersedia dan membantu syarikat penerbangan beroperasi dengan lebih berkesan,” kata Denis King, CEO, Solace. “Adalah sungguh memuaskan apabila melihat NextGen Weather Program memanfaatkan asas yang kukuh SWIM NAS Enterprise Messaging Service yang telah dibangunkan oleh FAA menggunakan platform pengurusan dan penstriman peristiwa PubSub+ dan kami berharap dapat bekerjasama dengan erat bersama-sama mereka kerana mereka memanfaatkan asas yang kukuh ini untuk aplikasi NextGen yang lain.”",
"Tentang SolaceSolace membantu syarikat-syarikat perniagaan besar menjalankan urusniaga secara moden dan dalam masa nyata dengan memberikan segala yang diperlukan untuk menjadikan operasi perniagaan dan interaksi pelanggan mereka didorong oleh peristiwa. Dengan PubSub+, platform pengurusan peristiwa yang pertama dan satu-satunya wujud di pasaran, syarikat ini menyediakan cara yang komprehensif untuk membuat, mendokumentasi, meneroka dan menyalurkan peristiwa dari tempat ia dihasilkan hingga ke tempat ia perlu digunakan – dengan selamat, boleh dipercayai, cepat dan terjamin. Di sebalik teknologi Solace, ia didukung oleh sekumpulan pakar pergerakan data yang terkemuka di dunia, dengan pengalaman hampir 20 tahun yang membantu perusahaan global menyelesaikan beberapa cabaran paling sukar dalam pelbagai industri – daripada pasaran modal, peruncitan dan permainan hingga ruang angkasa, penerbangan dan automotif. Syarikat yang telah mantap seperti SAP, Barclays dan Royal Bank of Canada, serta pengeluar automobil multinasional seperti Groupe Renault dan Groupe PSA dan pengganggu industri seperti Jio, menggunakan teknologi peristiwa broker canggih Solace untuk memodenkan aplikasi warisan, menggunakan perkhidmatan mikro yang moden dan membina jaringan peristiwa untuk menyokong seni bina awan hibrid, berbilang awan dan IoT mereka. Ketahui lebih lanjut di solace.com.",
"Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Data Analytics"
] |
https://ering.com.my/2019/03/rebut-peluang-menang-pass-eksklusif-ke-pelancaran-siri-huawei-p30-di-paris/ |
Rebut Peluang Menang Pass Eksklusif Ke Pelancaran siri HUAWEI P30 Di Paris
| [
"Bahang pelancaran siri HUAWEI P30 semakin terasa! Hanya berbaki lebih kurang dua minggu sahaja lagi HUAWEI bakal memperkenalkan smartphone flagship terbaru tersebut kepada umum!",
"Nak dapat jemputan eksklusif? Nah! Inilah peluangnya…HUAWEI kini menawarkan pass eksklusif ke pelancaran siri P30 di Paris untuk diberikan kepada SEORANG pemenang bertuah bagi merasai sendiri acara berprestij tersebut.",
"Teruja? Bagaimana untuk menang? Mudah sahaja! Anda hanya perlu pergi ke Facebook HUAWEI . Like & kongsi video INI , kemudian tag 3 orang rakan anda! (pastikan akaun anda ditetapkan kepada public ~). Peraduan bemula HARI INI – 10 Mac 2019. Maklumat lanjut, layari HUAWEI."
] |
https://ering.com.my/2017/04/celcom-berikan-data-percuma-untuk-facebook-whatsapp-selama-seminggu/ |
Celcom Berikan Data Percuma Untuk Facebook & WhatsApp Selama Seminggu
| [
"Pada minggu lepas, rangkaian Celcom agak terganggu apabila pengguna cuba untuk mengakses Facebook dan WhatsApp. Oleh kerana itu, Celcom akan memberikan data Internet percuma tanpa had kepada pengguna Celcom dan Xpax selama seminggu bermula dari 29 April 2017 sehingga 5 Mei 2017. Penggunaan kuota data Internet dalam Facebook dan WhatsApp tidak akan ditolak dalam tempoh berkenaan.",
"Dalam masa yang sama, Celcom menyatakan akan bekerjasama dengan pihak Facebook untuk menawarkan pengalaman lebih baik kepada pelanggannya. Selain itu, proses menaik taraf akan dipercepatkan dan dijangka selesai akhir bulan ini."
] |
https://ering.com.my/2018/08/nikmati-61gb-internet-percuma-dengan-jualan-gegar-giga-hotlinkmu/ |
Nikmati 61GB Internet PERCUMA Dengan Jualan Gegar GIGA HotlinkMU!
| [
"Pelanggan Hotlink kini boleh menikmati Internet berkelajuan tinggi 61GB PERCUMA, SEPANJANG HARI sebagai sebahagian daripada Jualan Gegar GIGA HotlinkMU sempena bulan kemerdekaan ini.",
"Apa yang perlu anda lakukan ialah membeli mana-mana HotlinkMU GIGA Deals secara eksklusif di aplikasi Hotlink RED, dan dengan serta-merta menikmati data percuma untuk SEMUA keperluan Internet, pada bila-bila masa tanpa batasan atau sekatan.",
"Untuk membeli HotlinkMU GIGA Deals, anda hanya perlu:"
] |
https://ering.com.my/2018/11/zon-perbandingan-realme-2-pro-huawei-nova-3i-samsung-galaxy-a8-2018-xiaomi-mi-a2/ |
[Zon Perbandingan] Realme 2 Pro, Huawei Nova 3i, Samsung Galaxy A8 (2018) & Xiaomi Mi A2
| [
"Tahun 2018 kita banyak menyaksikan pelbagai model telefon pintar kelas pertengahan yang ditawarkan dengan spesifikasi ‘padu’ pada harga lebih mampu milik. Bahkan, setiap satunya pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.",
"Justeru, mari kita lihat perbandingan antara Realme 2 Pro dengan Huawei Nova 3i, Samsung Galaxy A8 (2018) dan Xiaomi Mi A2. ‘Mereka’ dilihat hadir dengan sejumlah inovasi menarik masa kini seperti penggunaan skrin lebih luas, fungsi kamera yang canggih di samping penawaran harga terbaik.",
"Hmmm…Apa pendapat anda? Hanya tanya pendapat yaa bukan kritikan. Yang mana anda yang terbaik, terserah dan anda bebas beri komen. ~"
] |
https://ering.com.my/2015/12/xox-mobile-kini-menawarkan-servis-pasca-bayar/ |
XOX Mobile Kini Menawarkan Servis Pasca Bayar
| [
"XOX Mobile merupakan pembekal perkhidmatan telekomunikasi yang diperkenalkan pada tahun 2005 dengan menawarkan pakej talian pra-bayar. Namun kini mereka sudah mula menawarkan pakej pasca bayar yang sedikit berbeza daripada pembekal lain.",
"Pakej tersebut menawarkan peluang menjana pendapatan melalui program affiliate mereka. Secara amnya anda akan menerima rebat sekiranya anda mengajak kenalan atau ahli keluarga mendaftar dengan pakej pasca bayar XOX Mobile."
] |
https://ering.com.my/2019/10/black-shark-2-pro-tampil-dengan-warna-baharu-blast-orrange-cantik-giler/ |
Black Shark 2 Pro Tampil Dengan Warna Baharu Blast Orange Edition !!! Cantik Giler
| [
"Semua pasti mengenali jenama telefon pintar ini Black Shark 2 Pro yang sebelum ini hadir dengan 3 varian warna iaitu Shadow Black, Iceberg Grey dan juga Gulf Blue.",
"Kini, menerusi laman sesawang Weibo, ia akan dihadirkan dengan warna baharu iaitu Blast Orange Edition yang memaparkan kombinasi warna oren dan hitam.",
"Buat yang tidak mengetahui, peranti ini hadir dengan cip pemproses Snapdragon 855+ dan dipadankan dengan 12GB + 128GB. Ia dijual pada harga RMB2,999 (Kira -kira RM1,769) dan akan dijual secara rasmi di China pada 18 Oktober 2019 ini.",
"Beli Peranti Black Shark di Sini:"
] |
https://ering.com.my/2021/07/time-adalah-pertama-di-malaysia-mendapat-sijil-mef-3-0-lso-sonata/ |
TIME Adalah Pertama di Malaysia mendapat sijil MEF 3.0 LSO Sonata
| [
"TIME dotCom (TIME) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjadipertama di Malaysia untuk menjadi Lifecycle Service Orchestration (LSO) Sonata yang disahkan oleh Metro Ethernet Forum (MEF) untuk melaksanakan Antaramuka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang membolehkan pesanan automatik perkhidmatan Carrier Ethernet (CE) Access E-Line di rangkaiannya.",
"MEF LSO Sonata menyediakan piawaian untuk saling beroperasi di antara penyedia perkhidmatan, membolehkan automasi perkhidmatan dan proses merentasi penyedia dan rangkaian. Dengan ini pensijilan, TIME bersedia untuk berhubung dengan penyedia lain di seluruh dunia yang memenuhi LSO MEF Piawaian Sonata yang menawarkan perkhidmatan sebut harga, pesanan dan inventori automatik.Dia menambah bahawa pensijilan adalah bahagian penting dari dorongan untuk mempercepat automasi perkhidmatan rangkaian sesuai dengan keperluan pelanggan yang terus berkembang sebagai sebahagian daripada digital mereka perjalanan transformasi. Orkestrasi perkhidmatan kitaran hayat automatik akan berjalan lancar dan pengalaman pelanggan yang lebih cekap, memberikan penyelesaian menyeluruh secara menyeluruh ke memastikan perniagaan dapat menyesuaikan diri dan mengikut skala yang sesuai. ",
"Pelbagai produk dan penyelesaian TIME kini lebih jelas daripada sebelumnya. Bersama dengan perkhidmatan orkestrasi dan fungsi rangkaian virtualisasi, TIME telah menyediakan rangkaiannya untuk membenarkan fungsi yang didorong oleh perisian, meniadakan pergantungan tradisional pada perkakasan dan pembuatan lebih mudah untuk menyediakan persekitaran yang lebih terbuka, lincah dan automatik untuk pelanggannya."
] |
https://ering.com.my/2017/12/acer-jemput-rakan-media-untuk-makan%c2%b2-sempena-hari-natal/ |
Acer Jemput Rakan Media Untuk Makan² Sempena Hari Natal
| [
"Sebagai tanda terima kasih kepada rakan media, Acer telah menjemput rakan media untuk majlis makan-makan sempena hari Natal. Majlis berlangsung di Botanica + Co Restaurant & Bar hari ini telah dihadiri oleh ramai para media.",
"Dalam majlis tersebut, Acer telah mempamerkan tiga komputer riba terbaru yang akan dilancarkan pada Januari 2018. Model pertama adalah Acer Switch 7 edisi Hitam. Masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti sebelum ini, Acer hanya menambah warna baru iaitu hitam sahaja.",
"Model seterusnya adalah Acer Spin 3, sebuah komputer riba yang direka untuk kegunaan seharian. Walaupun model ini telah berada di pasaran malaysia pada Oktober 2017, tidak diketahui apakah pembaharuan yang akan ditonjolkan pada model terbaru ini.",
"Model terakhir yang dipamerkan adalah Acer Swift 5. Ia menampilkan rekaan logam yang nipis serta mampu bertahan selama 8 jam.",
"Buat masa ini, masih belum ada sebarang harga, cuma Acer memberitahu ketiga-tiga peranti ini akan dilancarkan pada Januari 2018."
] |
https://ering.com.my/2016/03/menonton-iflix-kini-lebih-mudah-murah-dengan-celcom/ |
Menonton Iflix Kini Lebih Mudah & Murah Dengan Celcom
| [
"Iflix baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Celcom Axiata Berhad (Celcom). Ini merupakan kerjasama yang ketiga selepas TM Unifi dan juga Digi. Melalui kerjasama ini, pengguna Celcom & Xpax kini boleh menonton iflix secara percuma selama 2 bulan bermula 15 Mac 2016. Selepas dari tempoh tersebut, iflix boleh dilanggan dengan diskaun 10% iaitu hanya RM9 sebulan. Lebih mudah lagi, langganan ini boleh dicaj ke dalam bil Celcom ataupun ditolak daripada kredit prabayar Xpax.",
"Untuk menikmati kemudahan ini, pengguna hanya perlu ke laman rasmi iFlix atau memuat turun aplikasi iflix di iOS atau Android secara percuma. Pastikan anda adalah pengguna Celcom untuk menikmati langganan secara percuma ini.",
"Iflix adalah servis penstriman video yang kini terdapat di Malaysia, Thailand serta Filipina yang menawarkan pelbagai rancangan dan filem yang sedia ditonton oleh semua pengguna tanpa sekatan. Setiap pengguna boleh mendaftar sehingga lima peranti serentak."
] |
https://ering.com.my/2020/02/76551/ |
Ada Kejutan Dari realme! Jom Saksikan Live Khas Pelancaran realme C3!
| [
"realme Malaysia secara rasminya mengumumkan bahawa mereka bakal memperkenalkan peranti baharu mereka iaitu realme C3 pada 3 Mac ini. Pelancaran ini boleh ditonton secara live menerusi Facebook / YouTube bermula jam 2.30 petang! Berikut adalah platform untuk menonton live :",
"Lebih menarik, realme juga menjanjikan sesuatu yang menarik – di mana jualan awal akan ditawarkan kepada mereka yang menonton pelancaran ini secara live! Jualan diadakan secara eksklusif di Shopee, bermula jam 6 petang!"
] |
https://ering.com.my/2018/09/sertai-peraduan-samsung-mirror-mirror-me-menang-trip-ke-korea/ |
Sertai Peraduan Samsung, “Mirror Mirror Me” & Menang Trip Ke Korea
| [
"Anda ingin menjadi sebahagian daripada penonton program kecantikan terkemuka Korea di samping mempelajari teknik solekan daripada pakar dan selebriti kegemaran??? Jika jawapannya ya, inilah peluang anda!",
"Samsung Malaysia hari ini melancarkan peraduan fotografi yang dinamakan “Mirror Mirror Me” di mana memberi peluang kepada anda untuk menjadi “Better Girl” dalam rancangan realiti terkemuka Korea Selatan iaitu ‘Get it Beauty’! Peraduan ini bermula daripada sekarang sehingga 21 Oktober 2018.",
"Menarik kan?! Pasti anda teruja sangat-sangat! Bagaimana nak join? Ikuti beberapa langkah mudah di bawah :",
"Langkah 1 : Ambil selfie atau video anda di hadapan cermin dengan cara yang paling unik dan kreatif menggunakan peranti pintar Samsung Galaxy.",
"Langkah 2 : Kongsi gambar atau video berkenaan ke laman Instagram dan lengkapkan entri tersebut dengan kapsyen yang paling menarik.",
"Langkah 3 : Sertakan hashtags ini: #BetterGirlsMalaysia #BetterYou #WithGalaxy #GalaxyFanWeeks dan kemudian tag @SamsungMalaysia supaya posting anda dapat dilihat.",
"Langkah 4 : Tag seorang rakan yang anda ingin berkongsi pengalaman bersamanya!",
"Pemenang bertuah peraduan ini bakal menerima percutian selama 4 hari, 3 malam ke Korea Selatan dan menjadi ‘Better Girl’ di rancangan realiti ‘Get it Beauty’ bersama pelakon Jung Hae-In!"
] |
https://ering.com.my/2017/03/nixplay-seed-bingkai-gambar-digital-untuk-media-sosial/ |
Nixplay Seed, Bingkai Gambar Digital Untuk Media Sosial
| [
"Rekaan smartphone dan tablet yang ada di pasaran sekarang kelihatan sama sahaja, tiada perbezaan yang ketara dapat dilihat di antara satu sama lain. Kehadiran Nixplay Seed pastinya mampu menarik perhatian anda!",
"Nixplay Seed adalah sebuah bingkai gambar digital dengan rekaan klasik moden. Menampilkan tiga paparan skrin berukuran 7 inci sehingga 10 inci beresolusi HD, bingkai gambar digital ini boleh memaparkan gambar dari media sosial popular seperti Facebook dan juga Instagram.",
"Terdapat dua butang utama untuk mengawal dan mengubah paparan gambar yang sedia ada, dalam masa yang sama, anda juga boleh membuat panggilan video menggunakan sambungan WiFi. Selain boleh disambungkan dengan tiga peranti serentak, memainkan video daripada YouTube juga boleh dilakukan dengan menggunakan Nixplay Seed.",
"Buat yang berminat untuk memiliki bingkai gambar digital ini, pastikan anda menggunakan smartphone dari Android serta iOS. Harga jualan untuk produk ini adalah USD 129.99 (kira-kira RM 578)."
] |
https://ering.com.my/2017/03/tarikh-pra-tempah-samsung-galaxy-s8-di-malaysia/ |
Tarikh Pra-Tempah Samsung Galaxy S8 Di Malaysia
| [
"Lagi berita mengenai Samsung Galaxy S8 yang baru sahaja dilancarkan. Menurut Lee Jui Siang (Naib Presiden IT & Mobile Business, Samsung Malaysia), tiga variasi warna Galaxy S8 akan dibawa masuk ke Malaysia di dalam fasa pertama jualan iaitu hitam, kelabu dan juga emas.",
"Beliau menambah lagi bahawa pra-tempah untuk Galaxy S8 akan dimulakan pada 11 April 2017 sehingga 13 April 2017 berserta tawaran hadiah istimewa dan juga diskaun.",
"Tabung ada lagi kan? Pergi korek sekarang!"
] |
https://ering.com.my/2018/10/huawei-matebook-x-pro-bakal-masuk-pasaran-malaysia-tidak-lama-lagi/ |
Huawei Matebook X Pro Bakal Masuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi!
| [
"Huawei Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan Huawei Matebook X Pro untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Difahamkan, Huawei MateBook X Pro akan dilancarkan secara rasmi pada Oktober ini.",
"Pun begitu, buat masa ini tarikh dan juga harga jualan tempatan untuk Huawei Matebook X Pro masih belum lagi diumumkan. Sama-sama kita tunggu sahaja sehingga pelancaran rasmi kelak! Tidak mustahil Huawei akan ada kejutan yang lebih ‘boom’ untuk semua peminatnya!",
"Komputer Riba Huawei MateBook Bakal Hadir Ke Malaysia?!"
] |
https://ering.com.my/2018/03/oppo-a71-2018-berharga-rm699-dijual-bermula-22-mac-2018/ |
OPPO A71 (2018) Berharga RM699 – Dijual Bermula 22 Mac 2018
| [
"Sebelum ini, kami ada menulis artikel mengenai peranti terbaru OPPO A71 (2018) yang akan diperkenalkan di pasaran tempatan. Hari ini, OPPO Malaysia telah mengumumkan harga rasmi bagi telefon pintar ini adalah berharga RM699. Ia akan mula dijual bermula 22 Mac 2018 dan eksklusif untuk telco Digi serta kedai rasmi OPPO.",
"Model sebelum ini hanya menyokong memori 16GB ROM dengan 3GB RAM. Tetapi model versi peningkatan ini telah menawarkan versi 32GB ROM dengan 3GB RAM. Spesifikasi lain yang disokong oleh peranti ini adalah menawarkan pemproses Snapdragon 450 yang hadir dengan GPU Adreno 506, ia turut menyokong Octa Core berkelajuan 1.8GHz.",
"Masih mengekalkan paparan skrin berukuran 5.2 inci beresolusi 1280×720 piksel, penggambaran OPPO A71 (2018) juga dikekalkan iaitu kamera utama 13 Megapiksel dengan aperture f/2.2, manakala kamera swafoto pula beresolusi 5 Megapiksel yang hadir dengan ciri A.I Beauty Recognition Technology.",
"Sementara itu, Digi turut menawarkan pelan bundle, di mana pengguna boleh mendapatkan OPPO A71 (2018) pada harga RM299 apabila menandatangani pelan Digi Postpaid 58. Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Facebook OPPO Malaysia."
] |
https://ering.com.my/2016/06/cm-applock-intruder-selfie/ |
CM AppLock – Intruder Selfie
| [
"Aplikasi keluaran Cheetah Mobile sememangnya popular dikalangan pengguna peranti Android dan kini pengeluar aplikasi tersebut telah memperkenalkan pengunci aplikasi yang patut anda miliki iaitu CM AppLock – Intruder Selfie. Sebagaimana nama yang digunakan, aplikasi ini akan mengambil gambar selfie individu yang cuba mengakses aplikasi yang telah anda kunci apabila kata laluan yang dimasukkan adalah tidak betul. Lebih istimewa, aplikasi ini juga turut menyokong peranti Samsung atau Android 6.0 yang hadir dengan sokongan pengimbas cap jari."
] |
https://ering.com.my/2016/09/asus-melancarkan-vivostick-pc-bersaiz-poket/ |
ASUS Melancarkan VivoStick, PC Bersaiz Poket?!
| [
"ASUS baru-baru ini telah melancarkan PC bersaiz poket yang dikuasakan pemproses Intel Atom yang mampu menukar mana-mana monitor/TV dengan sambungan HDMI untuk menjadi sebuah komputer berkuasa penuh.",
"VivoStick yang dipacu Intel Atom dibantu oleh RAM berkapasiti 2GB dan ROM 32GB. Ia mampu memberikan prestasi yang lancar bagi menjalankan proses asas sebuah komputer.",
"Anda cuma perlu menyambungkan VivoStick pada mana-mana monitor atau TV dengan sokongan HDMI, selepas itu lihat monitor/TV tersebut beroperasi sebagai sebuah komputer, tanpa perlu sebuah desktop bersaiz besar.",
"Walaupun bersaiz kompak, VivoStick masih mampu menyokong sambungan WiFi, Bluetooth 4.1, USB 2.0, HDMI, audio dan juga dilengkapi kipas terbina dalam untuk proses penyejukan. VivoStick sememangnya sesuai digunakan di mana sahaja, tidak kira di rumah mahupun pejabat. Ibarat anda membawa ke mana sahaja komputer peribadi, tetapi tanpa berat yang melampau.",
"ASUS menawarkan VivoStick pada harga RM 699 dan memberikan jaminan selama satu tahun kepada setiap unit pembelian.",
"1 x Audio jack (mic in/ headphone out combo)"
] |
https://ering.com.my/2020/09/apple-event-bakal-berlangsung-pada-15-september-ini-adakah-iphone-12-bakal-dirasmikan/ |
Apple Event Bakal Berlangsung Pada 15 September Ini!!! Adakah Siri iPhone 12 Bakal Dirasmikan??
| [
"Ada sesuatu yang menarik buat peminat jenama Apple apabila mereka dikhabarkan bakal melangsungkan Apple Event pada 15 September ini di Apple Park California.",
"Berkemungkinan mereka akan memperkenalkan peranti yang ditunggu-tunggu iaitu iPhone 12 dan Apple watch serta iOS 14.",
"Teruskan bersama kami untuk mendapatkan maklumat lanjut!"
] |
https://ering.com.my/2020/09/smartconnect-travel-faedah-eksklusif-untuk-pemegang-nama-domain-travel/ |
SmartConnect .Travel: Faedah Eksklusif untuk Pemegang Nama Domain .Travel
| [
"WASHINGTON, 8 September 2020 /PRNewswire/ — The Travel Partnership Corporation (TTPC) Umum Penubuhan SmartConnect .Travel, Kumpulan Ahli-Sahaja untuk Pemegang Nama Domain .Travel, Menghubungkan Industri Perjalanan dan Pelancongan.",
"Sejak tahun 2005, .Travel merupakan sambungan nama domain yang eksklusif bagi industri perjalanan dan pelancongan. Syarikat-syarikat perjalanan kecil dan sederhana secara global telah menerima dan mempromosi domain .Travel mereka, yang membantu mereka menonjol dalam talian dan mempamerkan perniagaan mereka untuk menarik pelanggan baharu.",
"Untuk terus melayani pengguna nama domain .Travel, Travel Partnership Corporation (TTPC), sebuah organisasi bukan untung global yang terdiri daripada ahli Lembaga dari Timur Tengah, Amerika Utara, Eropah, dan Asia merangkumi pengembaraan koc motor, e-perjalanan, pengendali lawatan destinasi, persatuan pengembaraan negara dan antarabangsa, dan pengangkutan udara, telah melancarkan Komuniti Perniagaan SmartConnect .Travel di LinkedIn. Misi komuniti ini ialah untuk mengumpulkan ahli-ahli untuk mempromosi perniagaan mereka, membina rangkaian rujukan, dan menjalin hubungan yang berkekalan dengan pembeli dan pembekal yang sealiran pemikiran. Keahlian untuk Komuniti Perniagaan SmartConnect adalah percuma kepada pengguna domain .Travel.",
"“Sejak tahun 2005, ribuan agensi perjalanan dan pengendali pelancong telah menggunakan nama domain .travel untuk membezakan mereka sebagai penyedia perkhidmatan terbaik dalam kelas dalam industri ini,” kata Birger Bäckman, Presiden dan Pengerusi Lembaga TTPC. “Kini, Komuniti Perniagaan SmartConnect .Travel di LinkedIn menawarkan destinasi utama untuk semua perniagaan berkongsi pengetahuan, rangkaian dengan rakan kongsi sedia ada dan berpotensi, dan mengembangkan jejak perjalanan mereka.”",
"Pakar mengiktiraf .Travel sebagai lanjutan nama domain yang eksklusif yang boleh memberi faedah kepada industri perjalanan di seluruh dunia. “.Travel adalah sesuai untuk perjalanan dan pelancongan, dan membantu menyampaikan siapa kami dan apa yang kami lakukan,” kata Steffi Gretschel, Ketua PR Antarabangsa di Leipzig.Travel.",
"Sebagai sebahagian daripada pelancaran Komuniti Perniagaan SmartConnect .Travel, .Travel mengadakan promosi “Pulih Semula bersama .Travel” sehingga 31 Disember 2020, menawarkan nama domain .Travel untuk hanya US$9.99 kepada perniagaan perjalanan dan pelancongan untuk menjenamakan dan menghubungkan mereka dengan lebih baik dengan pelanggan dalam talian mereka.",
"Latar Belakang The Travel Partnership Corporation (TTPC)",
"The Travel Partnership Corporation (TTPC), syarikat bukan untung beribu pejabat di Washington D.C., ditubuhkan untuk mempromosi domain peringkat tertinggi .Travel yang khusus industri. Terbuka kepada semua persatuan perjalanan dan pelancongan bona fide, TTPC ialah badan konsortium industri pelancongan dan mewakili sektor industri yang luas, yang termasuk lebih daripada 1,000,000 agen pelancongan, pengendali pelancong, syarikat penerbangan, hotel, syarikat penyewaan kereta, kapal pesiaran, syarikat bas, feri, keretapi, taman tema, biro konvensyen, dan pejabat-pejabat pelancongan kebangsaan.",
"Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati http://www.ttpc.travel/.",
"Latar Belakang Donuts Inc. and .Travel",
".Travel dimiliki dan dikendalikan oleh Donuts Inc., pendaftar domain peringkat tertinggi baharu (TLD) global yang terbesar di dunia. Donuts memudahkan dan menghubungkan dunia dalam talian yang terpecah dengan nama-nama domain dan teknologi berkaitan yang membolehkan orang dan perniagaan membina, memasar dan memiliki identiti digital mereka. Di samping TLD yang berkaitan dengan pelancongan kami, Donuts menawarkan pelbagai nama yang jelas dan bermakna untuk kegunaan sebagai pengecam perniagaan (seperti .ltd, .company), navigasi (seperti .careers, .support), dalam pasaran menegak (seperti .photography, .cafe, atau .builders) atau dalam generik yang luas (seperti .social, .world, .live).",
"Untuk mengetahui lebih lanjut tentang domain peringkat tertinggi .Travel, sila lawati: https://www.travel.domains/travel/.",
"Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Social Media Travel New products/services Not for profit"
] |
https://ering.com.my/2018/04/msi-perkenalkan-laptop-gaming-gs65-gt75-ge-raider-untuk-pasaran-malaysia/ |
MSI Perkenalkan Laptop Gaming GS65, GT75, GE Raider Untuk Pasaran Malaysia
| [
"MSI yang terkenal dengan laptop gaming hari ini mengumumkan ketersediaan produk terbaharu GS65 Stealth Thin, GE Raider RGB Edition, dan GT75VR dengan pemproses i9 untuk para peminat tempatan tidak lama lagi.",
"Kesemua laptop ini dibawa masuk dengan isi dalaman serba canggih dengan adanya perisian Intel Generasi ke-8 bersama rekaan yang lebih agresif sesuai kepada para gamer di Malaysia.",
"Sebuah laptop gaming yang dilengkapi paparan IPS berteknologi 144Hz 7ms dengan ruang bezel nipis menjadikan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 82 peratus termasuk kelengkapan kamera web di bahagian bawah skrin. Laptop ini dikuasakan pemproses Intel Core i7 dan kad grafik GTX 1070 berteknologi NVIDIA Max-Q sekaligus melonjakkan prestasi sehingga 40 peratus lebih baik berbanding generasi sebelum.",
"Berat laptop ini adalah sekitar 1.8kg dimana ia juga hadir dengan sistem penyejuk MSI Cooler Boost Trinity serta bateri 82Whr yang boleh dioperasikan selama 8 jam lamanya. Pembaharuan telah dilakukan pada bahagian papan kekunci, kini ia didatangkan dengan RGB rekaan SteelSeries yang membolehkan pengguna menkustom setiap butang yang ada.",
"Laptop ini telah diumumkan di acara CES 2018 yang lalu. Reka bentuk keseluruhan pada produk ini diilhamkan daripada sebuah kereta sukan dan PC Master Race’s Love, membuatkan permukaan luar dan dalam dilengkapi lampu berwarna pelangi. Lampu RGB ini memiliki 16.8 juta warna yang boleh dibahagikan kepada 24 zon berasingan.",
"Konfigurasi dalaman menempatkan pemproses Intel Core i7 disamping kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070. Ia dipadankan dengan paparan berteknologi 120Hz 3ms yang turut disejukkan menerusi dua kipas MSI Cooler Boost 5 serta isi dalaman lain seperti Bluetooth v5.0, Nahimic 3, Killer Networking, dan banyak lagi.",
"Bagi pengguna yang lebih hardcore, sebuah laptop mungkin sesuai untuk digunakan kerana ia menjadi laptop gaming pertama di dunia menggunakan pemproses Intel Core i9. Menerusi papan kekunci mekanikal, model terbaru ini menawarkan pengguna prestasi tanpa batasan khususnya dalam bermain game. Rekaan yang tebal dalam masa sama memberikan pengguna gaya hidup kasual seperti sebuah komputer desktop.",
"Perkakasan yang lebih baik pada sistem kipas penyejuk MSI Cooler Boost Titan telah mendorong keputusan prestasi meningkat naik kepada 70 peratus berbanding Intel Core i7. Selain daripada bermain game, ia juga sesuai untuk melakukan produktiviti dalam kerja-kerja di meja pejabat.",
"Berkenaan harga untuk ketiga-tiga laptop, pihak MSI masib belum membuat pengumuman tetapi kami jangkakan majlis pelancaran akan berlangsung dalam minggu ini."
] |
https://ering.com.my/2018/10/tukar-beli-telefon-pintar/ |
Kempen Tukar Beli Telefon Pintar & Dapatkan vivo Y85 Atau V9 Dengan Rebat RM100
| [
"Nak beli telefon pintar baru? Bermula 13 Oktober sehingga 4 November 2018, anda boleh menikmati penjimatan hebat dengan rebat bernilai RM100 apabila tukar beli telefon pintar lama dengan dua peranti keluaran vivo.",
"Dua model yang ditawarkan adalah vivo Y85 atau vivo V9, dan anda hanya perlu mengunjungi mana-mana stor konsep vivo atau pengedar sah di seluruh negara.",
"vivo V9 menawarkan lensa hadapan beresolusi 24 Megapiksel dengan teknologi terkini, AI Face Beauty. Dengan teknologi baru ini, V9 mampu memberikan pengalaman berswafoto yang lebih sempurna dan semula jadi kepada kaki swafoto.",
"Manakala vivo Y85 pula dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti kamera hadapan 16 Megapixel dengan teknologi AI yang mampu mengambil gambar swafoto yang cerah. Manakala penggambaran utama dwi kamera pula beresolusi 16MP f/2.0 + 2MP f/2.0 yang hadir dengan mod Potret.",
"Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi vivo atau Facebook vivo Malaysia."
] |
https://ering.com.my/2018/04/jbl-rising-star-singing-competition-2018-kini-menerima-pendaftaran-dalam-talian/ |
“JBL Rising Star Singing Competition 2018” Kini Menerima Pendaftaran Dalam Talian
| [
"Adakah anda minat menyanyi? Atau minat dalam persembahan? Kini anda berpeluang merebut hadiah bernilai sehingga RM100,000 dalam pertandingan nyanyian JBL Rising Star Singing Competition 2018 yang dianjurkan oleh Hot Gadgets, pengedar tunggal JBL di Malaysia.",
"JBL Rising Star Singing Competition 2018 telah mula menerima penyertaan atas talian, pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 16 – 30 tahun. Syaratnya mudah je, peserta perlu sediakan video rakaman (durasi 1 minit) yang memaparkan anda menyanyikan lagu pilihan sendiri. Seterusnya anda perlu memuat naik rakaman tersebut di Instagram dengan hashtag #JBLMY dan #JBLRISINGSTAR.",
"18 peserta akan dipilih ke pusingan separuh akhir, di mana 15 peserta akan dipilih oleh 3 juri profesional iaitu Hanz Guo Wen Han, Jenn Chia dan Hael Husaini, dan 3 peserta dengan jumlah like tertinggi di Instagram akan mara secara automatik ke pusingan separuh akhir pada 19 Mei 2018 (Sabtu).",
"10 peserta akhir yang dipilih pada pusingan separuh akhir akan bertanding pada 23 Jun 2018 (Sabtu) di Sunway Velocity Mall untuk menentukan 3 tempat teratas. Selain 3 pemenang utama, peserta juga berpeluang membawa pulang gelaran “Anugerah Penyertaan Dalam Talian Paling Popular” dan “Anugerah Persembahan Terbaik”.",
"Juara akan menerima hadiah bernilai sehingga RM50,000, termasuk wang tunai RM 8,000, beberapa produk keluaran JBL, serta gelaran duta “JBL Rising Star” di mana akan membuat penampilan di semua kempen atau aktiviti JBL selama setahun."
] |
https://ering.com.my/2020/01/google-drive-kini-turut-dihadirkan-dalam-betuk-pwa/ |
Google Drive Kini Turut Dihadirkan Dalam Bentuk PWA!!!
| [
"Buat yang tidak tahu, google kini telah menawarkan Google Drive dalam bentuk aplikasi web progresif yang dikenali sebagai PWA.",
"Bagi pengguna yang menggunakan pelayar web yang menyokong PWA, Google Drive akan muncul dan terlihat pada bahagian bar carian dan anda boleh memasang aplikasi Google Drive dalam bentuk PWA. Jika tiada, tekan simbol menu 3 titik dan pilih ‘Install Google Drive’.",
"Bagi yang tidak mengetahui, pengguna yang menggunakan Chrome atau Android yang mempunyai kapasiti memori yang kecil, anda digalakkan menggunakan PWA ini."
] |
https://ering.com.my/2021/01/langkah-strategik-ssg-ke-tokyo-mengukuhkan-status-mereka-sebagai-peneraju-permintaan-gen-b2b-di-apac/ |
Langkah strategik SSG ke Tokyo Mengukuhkan Status Mereka Sebagai Peneraju Permintaan Gen B2B di APAC
| [
"Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden SSG, Michael Whife “diberi penghormatan dan keistimewaan” untuk membawakan penyelesaian pemasaran yang inovatif ke rantau tersebut ",
"TOKYO dan DENVER, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ — Selling Simplified Group, Inc. (SSG), hari ini mengumumkan pembukaan pejabatnya di Tokyo, Jepun, menandakan lokasi ke-11 syarikat tersebut di Asia Pacifik dan seterusnya menjadikan ia sebagai peneraju permintaan gen B2B di rantau APAC.",
"Michael Whife, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden SSG, berkata, “Kami benar-benar berbesar hati diberi keistimewaan untuk berada di pentas B2B Jepun dan berharap untuk menyampaikan perkhidmatan sebagai peneraju B2B Jepun dengan teknologi penjanaan permintaan yang paling inovatif di pasaran.”",
"Dalam usaha berterusan SSG untuk mengubah landskap penjanaan permintaan B2B di APAC, langkah strategik ke Tokyo membolehkan syarikat tersebut menyokong salah satu pasaran paling penting di rantau ini.",
"Whife berkata, “Pendekatan kami di APAC, yang kami telah gilap selama empat tahun yang lalu, direka dengan sempurna untuk pasaran seperti Jepun, yang mengutamakan keutuhan penampilan dalam kalangan perniagaan tempatan.”",
"Dengan menekankan falsafah SSG dalam menyampaikan perkhidmatan kepada perniagaan secara dalaman, Whife meneruskan: “Kami telah menjadi penyokong kepada model perniagaan yang dipusatkan sejak kali pertama kami memasuki pasaran Asia pada tahun 2016. Tumpuan kami, khususnya di Jepun, adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang benar-benar berdedikasi kepada para pelanggan kami dengan menubuhkan pejabat serantau yang dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat Jepun, daripada tugasan jualan dan operasi hingga kepada kreativiti dan analisis data.",
"“Kami memahami bahawa keistimewaan yang diberikan ini adalah untuk mengalu-alukan kehadiran kami di pasaran Jepun dan matlamat kami adalah untuk menghormati keistimewaan tersebut dengan menyediakannya dalam bahasa ibunda yang disokong oleh penyelesaian pemasaran yang inovatif serta data tempatan yang diperkayakan.”",
"SSG telah berjaya menjalankan kempen B2B dalam bahasa Jepun selama dua tahun, dengan disokong oleh data pihak pertama Jepun yang meluas. “Data kami, yang telah diterjemah dan disusun secara khusus untuk rantau ini, tidak syak lagi merupakan kaedah yang paling bersesuaian untuk usaha kepemimpinan penjanaan B2B bagi penduduk Jepun,” kata Whife.",
"Pengumuman tersebut diadakan berikutan rangsangan daripada pasaran tempatan sedia ada yang berpotensi sebagai pembekal permintaan tempatan yang benar-benar berdaya maju."
] |
https://ering.com.my/2019/09/proton-iriz-r5-bakal-tersedia-bagi-permainan-simulasi-rali-wrc-8/ |
Proton Iriz R5 Bakal Tersedia Bagi Permainan Simulasi Rali WRC 8!!
| [
"Anda pasti berbangga apabila mendengar berita ini apabila Proton Iriz R5 bakal disertakan dalam permainan simulasi perlumbaan rali WRC 8.",
"Bukan hanya kereta Proton Iriz, tetapi juga kereta ‘legend’ yang lain seperti Porse 911 GT3 RS RGT dan Lancia Fulvia HF.",
"Dalam pengumuman yang dilakukan oleh Bigben ini, pelbagai lagi kereta yang popular yang turut disertakan dengan pada WRC 8 ini. Berikut adalah kereta yang tersenarai:",
"Menariknya, setiap kereta yang disertakan boleh digunakan pada setiap mod perlumbaan.",
"Bagi pra tempahan, anda akan menerima Lancia 037 dan Porsche 911 GT3 RS RGT dalam game tersebut. Manakala Escort MKII 1800, Lancia Delta HF Integrale Evoluzione dan AlpineA110 pula hadir sebagai DLC hari pertama menerusi pek kereta Lengedary.",
"Bagi yang berminat, WRC 8 ini akan tersedia bagi PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 5 September. Bagi platform Switch pula, ia bakal hadir sekitar Oktober nanti!"
] |
https://ering.com.my/2021/07/vivo-berkerjasama-dengan-logitech-g-lancarkan-meet-the-new-match-pelbagai-tawaran-menarik-di-shopee/ |
vivo Berkerjasama Dengan Logitech G LAncarkan “Meet The New Match” – Pelbagai Tawaran Menarik Di Shopee!!!
| [
"Sebagai syarikat teknologi global yang terkemuka, vivo bekerjasama dengan Logitech G untuk melancarkan kempen “Meet the New Match” di Shopee Mall, bermula dari 20 Julai hingga 24 Julai. Perjanjian bundle eksklusif vivo x Logitech G akan dibuat terdapat di kedai perdana rasmi vivo di Shopee Mall, yang menawarkan pelanggan untuk membawa pulang hadiah bernilai RM6,377.",
"Dengan pelancaran vivo V21 Arctic White Edisi Khas (8GB + 128GB) baru-baru ini, vivo bekerjasama dengan Logitech G untuk menawarkan tawaran bundle yang menarik. Pelanggan boleh membeli vivo V21 Arctic terkiniEdisi Khas Putih dan Logitech G333 dari harga serendah RM1,764.",
"Selain itu, pengguna yang membeli telefon pintar vivo terpilih akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM498, termasuk klip topeng vivo, kantung pembersih, tanpa wayar fon telinga dan casing telefon pintar asal, sementara stok masih ada. Pada masa yang sama, mereka yang membeli siri vivo X60 atau V21 berhak menikmati Jaminan Lanjutan 1 Tahun dan Skrin 1 tahun Perlindungan Keretakan bernilai RM399.",
"Pelanggan dapat menikmati potongan harga 88% dengan perbelanjaan minimum RM1, dengan had RM7, danmenebus baucar diskaun sehingga RM70 dengan perbelanjaan minimum RM499, dengan syarat dansyarat terpakai.",
"Peluang berbelanja dan memenangi hadiah bernilai sehingga RM6,377 dari kedua-dua kedai utama rasmi vivodan kedai rasmi Logitech G di Shopee Mall, dengan pesanan selesai. Sebanyak 23 pemenang akan dipilih secara rawak untuk memenangi hadiah seperti di bawah:",
"Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman facebook vivo dan Shopee."
] |
https://ering.com.my/2016/02/whatsapp-dan-gmail-mencatat-rekod-pengguna/ |
WhatsApp Dan Gmail Mencatat Rekod Pengguna
| [
"WhatsApp dan Gmail kini tersenarai sebagai aplikasi elit dengan jumlah pengguna aktif mencecah 1 bilion. WhatsApp membuat pengumuman tersebut melalui laman blog mereka dan berita Gmail pula disampaikan Sundar Pichai.",
"Google merupakan syarikat yang mempunyai barisan aplikasi yang banyak digunakan secara global. Sebelum Gmail mencecah angka 1 bilion, aplikasi seperti Search, Google Play, YouTube, Android, Chrome dan Maps turut berjaya mencatat kejayaan yang sama. WhatsApp yang dimiliki Facebook merupakan aplikasi kedua dari syarikat Mark Zuckerberg yang mencecah angka tersebut. Kedua-dua aplikasi tersebut merupakan antara salah satu keperluan utama di dalam dunia teknologi dan dengan penarikan semula perkhidmatan berbayar WhatsApp baru-baru ini, dijangkakan aplikasi tersebut akan terus berkembang dalam masa yang akan datang."
] |
https://ering.com.my/2018/10/samsung-galakkan-kreativiti-dengan-pergerakan-blueandyellow/ |
Samsung Galakkan Kreativiti Dengan Pergerakan #BlueAndYellow
| [
"Sempena kehadiran Samsung Galaxy Note 9 di pasaran tempatan baru-baru ini, Samsung Malaysia menjemput orang ramai mengambil bahagian dalam pergerakan #BlueAndYellow mereka bagi menambahkan kreativiti dalam kehidupan sekaligus pada masa sama melepaskan imaginasi kreatif melalui seni, gambar dan video.",
"Langkah 1 : Ambil gambar paling kreatif dengan sebahagian besarnya terdiri daripada warna biru dan kuning.",
"Langkah 2 : Kongsikan di media sosial anda (Facebook atau Instagram). Pastikan gambar yang anda muat naik dan setting akaun anda ditetapkan kepada umum.",
"Langkah 3 : Sertakan hashtags ini : #BlueAndYellow #GottaHaveIt supaya posting anda dapat dilihat dan jangan lupa tag @Samsungmalaysia juga!",
"Sekiranya anda mencari lebih banyak inspirasi, anda juga dijemput untuk berkunjung ke Samsung Galaxy Studio9 yang terletak di tengah-tengah Kota Kuala Lumpur (berhadapan Fahrenheit88) bermula HARI INI hingga 31 Oktober 2018.",
"Lebih menarik, ambil gambar selfie/welfie di salah satu daripada tiga tempat yang ditetapkan serta diikuti dengan dua hashtag tambahan: #GalaxyNote9 #studio9MY dan berpeluang memenangi sepasang tiket untuk memasuki Muzium Selfie di Fahrenheit88."
] |
https://ering.com.my/2020/08/dst-perluas-transformasi-digital-dan-inovasi-seluruh-brunei-bersama-syarikat-gergasi-teknologi-multisys-dari-filipina/ |
DST Perluas Transformasi Digital dan Inovasi seluruh Brunei bersama Syarikat Gergasi Teknologi, MultiSys dari Filipina
| [
"BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei, 10 Ogos 2020 /PRNewswire/ — Satu Perjanjian Perkongsian telahpun ditandatangani secara maya antara Datastream Digital Sdn Bhd (DST) dan MultiSys Technologies Corporation (MultiSys), sebuah syarikat Penyelesaian Kejuruteraan Perisian yang berpangkalan di Filipina bagi memperkukuhkan teras mereka menuju dunia transformasi digital dan inovasi di Brunei dan Filipina.",
"Upacara penandatanganan maya dirasmikan oleh kedua-dua Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif Datastream Digital Sdn Bhd (DST) dan David Almirol Jr., Ketua Pegawai Eksekutif MultiSys Technologies Corporation (MultiSys) bersama-sama Tetamu Kehormat, Yang Mulia Haji Sofian bin Haji Mohammad Jani, Pengerusi Datastream Digital Sdn Bhd (DST).",
"Turut hadir bagi menyaksikan upacara penandatanganan maya di Brunei tersebut ialah Tuan Yang Terutama, Christopher B. Montero, Duta Filipina ke Brunei, Puan Yang Terutama, Puan Hjh Johariah Hj Abd Wahab, Duta Brunei Darussalam ke Filipina, yang turut menyertai kami secara maya dari Filipina dan Yang Mulia Tuan Hj Muhammad Yazid bin Dato Paduka Hj Mahadi, Timbalan Pengerusi Datastream Digital Sdn Bhd (DST). Hadir secara maya di Filipina ialah Al Panlilio, Presiden Smart Communications, Inc. dan Jovy Hernandez, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ePLDT, Inc.",
"Menerusi perkongsian antara DST dan MultiSys ini, kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan satu sama lain dalam teknologi telekomunikasi dan penyelesaian kejuruteraan perisian agar dapat memberi akses yang lebih baik dan pengalaman pengguna yang lebih lancar dalam sebarang persekitaran. Kolaborasi ini akan turut membawa peluang yang hebat untuk bersama-sama membangunkan dan memanfaatkan pasaran luar negara dengan penyelesaian yang inovatif.",
"Pembangunan pelbagai teknologi yang dicadangkan akan berpotensi untuk membuka jalan buat DST dan MultiSys bagi meluaskan tawaran penyelesaian Perniagaan-kepada-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-kepada-Perniagaan (B2B) dalam ekosistem masing-masing. Tambahan pula, platform sedia ada MultiSys akan turut dikuasakan oleh DST dan berkembang secara beransur-ansur kepada pelbagai penyelesaian MultiSys.",
"Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif DST mengulas, “Agar berjaya dalam usaha transformasi digital DST, sebagai penyedia Perkhidmatan Digital dengan misi utamanya untuk ‘Mencipta Kemudahan dan Nilai melalui Ekosistem Gaya Hidup Digital utama,’ DST berkolaborasi dengan pengusaha-pengusaha utama yang sealiran yang berkongsi DNA digital yang serupa dengan DST. Multisys ialah rakan kongsi kolaboratif untuk DST. Multisys akan menyediakan blok binaan digital yang akan dikuasakan oleh DST.”",
"Beliau menyambung, “Perkongsian kami bersama Multisys akan meningkat selanjutnya dengan melapiskan perkhidmatan digital pada bahagian atas untuk memperbaiki khidmat pelanggan dan penglibatan dengan pelanggan kami.”",
"MultiSys bekerjasama dengan beberapa unit kerajaan di seluruh Filipina untuk projek Bandar Pintarnya. Projek ini merupakan program utama yang dilancarkan pada tahun 2019 untuk memudahkan lagi urus niaga kerajaan tempatan melalui penciptaan aplikasi dan pemasangan mesin kios bayaran tanpa tunai di pelbagai pejabat kerajaan dan komuniti setempat. MultiSys turut menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat gergasi teknologi global seperti Amazon Web Services (AWS) dan Google untuk projek-projeknya.",
"David Almirol Jr., Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas MultiSys berkata, “Kami sangat teruja mengenai perkongsian strategik bersama DST memandangkan kami akan bersama-sama meneroka dan membangunkan pelbagai peluang yang akan membawa transformasi digital yang lebih besar untuk kedua-dua pasaran. Hal ini sangat penting khususnya, bukan sahaja untuk syarikat, tetapi untuk negara kami serta bagi menonjolkan lagi kepintaran teknologi Filipina ke luar negara.”",
"Perkongsian ini akan melengkapkan DST bagi meneruskan perjalanan transformasi digitalnya dalam meningkatkan pengalaman pelanggan digital mereka bagi menyediakan gaya hidup Pintar yang lebih baik dan menyokong objektif-objektif Negara Pintar Kerajaan Brunei, memandangkan platform sistem MultiSys mempunyai keupayaan untuk menyokong urus niaga tanpa kertas dan menyelaraskan proses kerajaan.",
"Ini akan membolehkan dan memperkasa DST untuk meneroka dan mengeksploitasi sepenuhnya kemungkinan untuk meningkatkan tawaran perkhidmatan mereka melebihi perkhidmatan standard penyedia perkhidmatan telekomunikasi tradisional. Platform digital DST bukanlah penghujung kepada agenda transformasi DST. DST bersedia untuk berkolaborasi dengan pengusaha-pengusaha utama digital terkemuka yang lain di Brunei Darussalam dan luar negara bagi membina dan mengintegrasikan selanjutnya platform digital di luar bidang telekomunikasi. Usaha niaga ini akan membolehkan DST untuk memanfaatkan Platform Digital ini di wilayah ini, bahkan sehingga ke tahap melangkaui Brunei Darussalam.",
"Latar Belakang Datastream Digital Sdn Bhd (DST)",
"DST ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terbesar di Brunei yang menawarkan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih dan tetap. Dengan lebih dua dekad menyediakan perkhidmatan mudah alih ke seluruh negara, DST terus berusaha meningkatkan dan menyediakan kualiti produk dan perkhidmatan yang terbaik. Kini, DST meneruskan hala tuju transformasinya dengan berkembang daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi menjadi penyedia perkhidmatan bersepadu dan dalam masa yang sama menyokong Wawasan 2035 Negara berkenaan bagi mendorong ke arah ekonomi yang dinamik dan mampan.",
"Latar Belakang MultiSys Technologies Corporation (MultiSys)",
"MultiSys ialah firma penyelesaian kejuruteraan perisian terkemuka yang berpangkalan di Filipina yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan perisian, platform sistem dan perkhidman integrasi berskala penuh dan berkesan kos yang digunakan oleh lebih daripada 2,500 syarikat dan organisasi. MultiSys ialah cabang teknologi MVP Group of Companies yang merangkumi PLDT dan Smart, dua daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi Filipina, serta Meralco, sebuah syarikat pengagihan kuasa elektrik utama di negara berkenaan termasuk wilayah ibu kotanya, Metro Manila.",
"Nama: Nurul Nabihah Haji MokhsenJawatan: Penyusun Iklan, Jualan dan Pemasaran, DSTEmel: [email protected]: +6738928383",
"Nama: Freddie TingJawatan: Naib Presiden Bersekutu, Perniagaan Digital, DSTEmel: [email protected]: +6737179293"
] |
https://ering.com.my/2018/10/generasi-baru-siri-5000-lebih-berkuasa-versatil/ |
Generasi Baru Siri Dell Inspiron 5000 – Lebih Berkuasa & Versatil
| [
"Jika model siri Dell Inspiron 7000 di luar bajet, anda boleh membeli model kemas kini yang lebih murah iaitu Dell Inspiron 14 5000 (5480) ataupun Inspiron 14 5000 2-in-1 (5482).",
"Selain mempunyai reka bentuk yang anggun, ia juga hadir dengan paparan resolusi FHD yang baik. Siri ini turut menawarkan fungsi facial recognition yang membolehkan anda boleh log masuk dengan hanya melihat kamera yang disediakan, sangat mudah. Terdapat juga papan kekunci backlit untuk memberikan keselesaan ketika anda melakukan kerja dalam persekitaran malap. Kedua-duanya menawarkan fungsi kerja dan hiburan yang sangat baik.",
"Dilengkapi fungsi storan lebih besar yang menawarkan prestasi yang lebih baik dari aspek masa respon kerja dan juga penggunaan kuasa, ianya sesuai bagi mereka yang mahukan komputer berkuasa yang versatil dalam melakukan pelbagai tugasan.",
"Dell Inspiron 14 5000 2-in-1 (5482)",
"14 inci FHD IPS LCD (1920 x 1080)",
"Intel UHD Graphics 620 & NVIDIA GeForce MX130 2GB",
"256GB m.2 PCIE & 1TB 5.4k rpm HDD",
"324.3 x 232 x 18.77 – 19.1mm / 1.48kg",
"328 x 232.8 x 19.95mm / 1.75kg"
] |
https://ering.com.my/2021/06/siri-ikon-wild-rift-asia-tenggara-piala-super-musim-panas-bakal-menampilkan-aksi-kemuncak-dengan-16-pasukan-dari-8-rantau-termasuk-malaysia-bertarung-untuk-gelaran-juara/ |
Siri Ikon Wild Rift Asia Tenggara – Piala Super Musim Panas Bakal Menampilkan Aksi Kemuncak – dengan 16 Pasukan dari 8 Rantau Termasuk Malaysia Bertarung Untuk Gelaran Juara
| [
"Siri Ikon 2021 Asia Tenggara (SEA) anjuran Riot Games, bakal berakhir dengan kejuaraan serantau pertamanya bagi tahun ini, iaitu Piala Super Musim Panas. Sepanjang litar kejohanan ini, pasukan-pasukan telah bertarung dalam League of Legends: Wild Rift, iaitu versi mudah alih permainan arena pertempuran dalam talian berbilang pemain (MOBA) yang mencatat lebih 660,000 muat turun di Malaysia, serta lebih 12 juta muat turun di seluruh SEA dan Hong Kong.",
"Siri Ikon Wild Rift SEA – Piala Super Musim Panas dibawakan oleh Philippine Pro Gaming League (PPGL), iaitu liga e-sukan multi-permainan terbesar di negara berkenaan, yang dimiliki bersama oleh organisasi esports terkemuka, Mineski Philippines dan rakan telekomunikasi jangka panjangnya, Globe Telecom. Kejohanan ini turut ditaja oleh syarikat peranti pintar antarabangsa OPPO, yang merupakan peranti mudah alih rasmi Piala Super Musim Panas. Dari lebih 800 peserta yang layak, hanya 16 pasukan akan mara ke kejohanan serantau Wild Rift, iaitu pasukan No.1 dan No.2 dari lapan wilayah: Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan Vietnam. Mereka akan bersaing merebut gelaran juara Piala Super Musim Panas yang pertama serta hadiah berjumlah USD 150,000 (kira-kira RM620,850)",
"Dua jaguh tanah air yang bakal mewakili Malaysia dalam pertempuran ialah Berjaya Dragons dan Geek Fam. Berjaya Dragon telah mendominasi peringkat kumpulan ESL Mobile Open 2021 Summer: Malaysia, dengan keputusan 6-0 dan mengungguli kejuaraan serantau dan hadiah wang sebanyak $4,845 USD (kira-kira RM20082), setelah mengalahkan Geek Fam 4-1 dalam pusingan Grand Final. Sebagai pemenang tempat kedua, Geek Fam telah membawa pulang wang hadiah sebanyak $2,422 USD (kira-kira RM10039).",
"Pasukan bakal menyertai pusingan kelayakan terdiri daripada MVP dan QWQ dari Hong Kong, Onic Esports dan Bigetron Infinity dari Indonesia, Amihan Esports dan Team Secret dari Filipina, ONE Team dan Flash Wolves dari Taiwan, EVOS Esports TH dan Buriram United Esports dari Thailand, Alliance dan Impunity Esports dari Singapura, serta SBTC Esports dan CERBERUS Esports dari Vietnam.",
"Siri Ikon Wild Rift SEA – Piala Super Musim Panas dibahagikan kepada dua peringkat, bermula dengan Peringkat Kumpulan yang bakal berlangsung dari 19 hingga 22 Jun dan peringkat ‘Playoff’ dari 25 hingga 27 Jun. Grand Final juga akan berlangsung pada hari terakhir.",
"Peringkat Kumpulan akan berdasarkan format ‘double round-robin’. Semua pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan yang masing-masing terdiri daripada empat pasukan, dengan maksimum 2 pasukan No. 1. Dalam peringkat ini, tiada pasukan dari negara yang sama yang akan bertarung antara satu sama lain. Sebanyak 12 perlawanan akan berlangsung setiap hari sehingga tiga pasukan teratas dari setiap kumpulan ditentukan.",
"Kemudian, pasukan-pasukan yang menang akan mara ke pusingan ‘Playoff’ berdasarkan siri ‘Best of Five’ dalam satu format penyingkiran tunggal. Pasukan-pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan suku akhir, manakala yang lainnya akan bertanding untuk kedudukan masing-masing. Seperti Peringkat Kumpulan, tiada pasukan dari negara yang sama yang akan bertarung antara satu sama lain dalam pusingan kelayakan. Selepas itu, penyingkiran tunggal akan diteruskan sehingga tinggal dua pasukan teratas sahaja yang akan bersaing merebut gelaran juara Piala Super Musim Panas Asia Tenggara dan penakluk Rift.",
"Buktikan kemampuan anda. Serlahkan kekuatan anda. Tunjukkan semangat juara takkan gentar. Lakarlah Lagenda anda!",
"Nikmati penstriman langsung eksklusif Siri Ikon Wild Rift SEA-Piala Super Musim Panas di saluran rasmi PPGL."
] |
https://ering.com.my/2016/11/sambut-krismas-dengan-honor-malaysia/ |
Sambut Krismas Dengan Honor Malaysia!
| [
"Kita semakin menghampiri penghujung 2016 dan ini bermakna lebih banyak tawaran dan promosi istimewa untuk anda semua.",
"Untuk perhatian anda semua, Honor Malaysia akan melancarkan tawaran yang sangat menarik bagi meraikan Krismas 2016. Dari 1 Disember sehingga 12 Disember 2016, anda boleh mendapatkan peranti Honor pada harga istimewa dan apa yang lebih menarik adalah Honor akan memberikan pelbagai hadiah percuma untuk anda semua.",
"Jadi jangan lupa dapatkan peranti Honor dari 1 sehingga 12 Disember ini dari Vmall, DirectD, SenHeng Malaysia dan TF Enterprise Concept Store di Plaza Lowyat."
] |
https://ering.com.my/2018/01/honor-umum-9-peranti-akan-menerima-android-8-0-oreo/ |
Honor Umum 9 Peranti Akan Menerima Android 8.0 Oreo
| [
"Honor baru sahaja mengumumkan barisan peranti yang bakal menerima kemas kini sistem operasi terbaru Android 8.0 Oreo. Dalam pengumuman itu, mereka mengesahkan pengguna peranti honor 7X, honor 8, honor V8, honor Note 8 , honor 8 Lite, honor 9 Lite, honor V9, dan honor View 10 (V10) tersenarai untuk kemas kini tersebut.",
"Maka dalam beberapa bulan akan datang pengguna peranti yang ini bakal menikmati antaramuka baru serta ciri menarik yang didatangkan sekali bersama EMUI 8.0. Manakala untuk honor 7X dan honor View 10 di Malaysia, anda akan ditawarkan ciri pengecaman wajah Face Unlock.",
"Pada masa sama, honor juga kekal dengan keputusan untuk tidak memberi Android Oreo kepada para pengguna honor 8 seluruh dunia. Sungguhpun begitu, mereka ini masih menerima perubahan dari segi antaramuka seakan Android Oreo menggantikan antaramuka Android Nougat sedia ada dalam kemas kini akan datang.",
"Jadi bagi 9 pengguna peranti ini, anda kini boleh menarik nafas lega."
] |
https://ering.com.my/2016/05/flash-plus-2-dilancarkan-secara-rasmi-dengan-harga-jualan-rm599/ |
Flash Plus 2 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Jualan RM599
| [
"Kuala Lumpur, 24 Mei – Flash Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran rasmi siri terbaru Flash dengan kehadiran Flash Plus 2 di negara ini. Selain mempertaruhkan keupayaan penggambaran terbaik sepertimana model Flash sebelum ini, generasi terbaru ini tampil lebih sempurna dengan penggunaan kerangka logam premium yang menawarkan kombinasi ‘perkakasan’ dan juga ‘perisian’ yang terbaik.",
"Walaupun boleh dikategorikan sebagai telefon pintar mampu milik, Flash Plus 2 menyokong spesifikasi terkini seperti sokongan pengimbas cap jari yang pantas, teknologi pengecas pantas, audio berkualiti HiFi berkeupayaan 32-bit, dioperasikan dengan Android 6.0 Marshmallow, pemproses Octa Core dari MediaTek Helio P10, dan juga paparan skrin berukuran 5.5 inci beresolusi HD Penuh.",
"Mulai hari ini, pengguna sudah boleh membuat pra-tempahan Flash Plus 2 dengan sokongan 2GB RAM serta memori dalaman sebesar 16GB pada harga RM599. Pembelian boleh dibuat melalui laman web membeli-belah dalam talian nombor satu di Asia iaitu Lazada dengan dua warna pilihan iaitu perak (Luna Silver) dan juga emas (Venus Gold).",
"Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, Flash Plus 2 versi 3GB RAM dengan memori dalaman 32GB akan turut diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada pertengahan ataupun penghujung Jun ini dengan harga jualan RM729."
] |
https://ering.com.my/2020/02/shopeepay-sertai-duitnow-pindah-wang-dengan-segera-selamat/ |
ShopeePay Sertai DuitNow – Pindah Wang Dengan Segera & Selamat!
| [
"Payments Network Malaysia (PayNet) dan Shopee mengumumkan kerjasama menjadikan ShopeePay sertai ekosistem DuitNow. Melaluinya, pelanggan dapat memindahkan wang dengan segera dan selamat melalui ShopeePay dan akaun dari 40 buah bank serta 5 aplikasi e-Dompet lain yang mengambil bahagian.",
"Selain itu, ShopeePay juga akan menerima pakai DuitNow QR dan Standard QR Nasional Malaysia. Ia sekaligus membolehkan pengguna ShopeePay mengakses peruncit dan pekedai yang menerima pembayaran DuitNow QR. Penyertaan ShopeePay ke dalam ekosistem DuitNow akan mengembangkan ekosistem tersebut untuk kepentingan pengguna dan peniaga.",
"Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser berkata pihaknya begitu teruja dengan penyertaan Shopee sebagai pengguna awal DuitNow 2.0 yang membolehkan pelanggan untuk membeli-belah dan membayar dengan lancar. Gabungan debit segera akan menambah baik proses pembayaran dengan ketara dan pelanggan dapat melakukan transaksi dengan ringkas dan mudah."
] |
https://ering.com.my/2019/02/bocor-lagi-oppo-f11pro-bakal-hadir-dengan-rekaan-pop-up-kamera/ |
Bocor Lagi, OPPO F11 Pro Bakal Hadir Dengan Rekaan Pop-Up Kamera
| [
"Bocor dan bocor lagi…Kini, muncul satu lagi berita menarik ingin kami kongsikan mengenai OPPO F11 Pro yang mana peranti ini dilihat bakal hadir dengan rekaan pop-up kamera bersama ketersediaan dwi kamera utama (disusun menegak) pada panel belakang. Selain itu, pengimbas cap jari turut terbina pada bahagian belakang.",
"F Series upgraded, in more ways than one. ⬆️📸 #OPPOF11Pro coming soon. pic.twitter.com/9K0o9OpJGo",
"— OPPO (@oppo) February 15, 2019",
"Appearances are often misleading. 👼Reveal your true self, with a #BrilliantPortrait. 😈#OPPOF11Pro is coming soon. 🥊 pic.twitter.com/GBKrgaHHOq",
"— OPPO (@oppo) February 17, 2019",
"Perkara ini didedahkan sendiri oleh pihak OPPO menerusi beberapa video acah yang dimuat naik melalui laman Twitter rasmi mereka.Pun begitu, OPPO masih lagi berteka teki mengenai tarikh pelancaran rasminya! Sama-sama kita tungguuu~"
] |
https://ering.com.my/2021/03/sonata-software-akan-memanfaatkan-pasaran-pengalaman-pelanggan-cx-untuk-menjana-pertumbuhan/ |
Sonata Software akan memanfaatkan Pasaran Pengalaman Pelanggan (CX) untuk menjana pertumbuhan
| [
"Mengumumkan pelancaran global ‘CXe’, penyelesaian pengurusan CX bersepadu Sonata yang unik direka khas untuk kehidupan normal baharu ",
"BENGALURU, India, 23 Mac 2021 /PRNewswire/ — Sonata Software, sebuah syarikat penyelesaian perkhidmatan IT dan teknologi global, hari ini mengumumkan rancangannya untuk memanfaatkan pasaran pengalaman pelanggan (CX) untuk menjana pertumbuhan dengan pelancaran ‘CXe’, penyelesaian pengurusan CX bersepadu yang unik yang telah dibangunkan menggunakan pendekatan ‘Platformation’, iaitu rangka kerja Sonata yang terkenal untuk transformasi digital. ‘CXe’ merupakan tawaran menarik daripada Sonata yang direka untuk para pelanggan yang mencari penyelesaian lengkap CX holistik dalam normal pasca pandemik baharu di seluruh dunia.",
"Kesan global pandemik belum pernah terjadi sebelum ini dan pasaran CX menyaksikan peningkatan ketara di segenap rantau. Menurut kajian oleh Fortune Business Insights, pasaran tersebut diunjurkan untuk bercambah daripada USD9.26 bilion pada tahun 2020 kepada USD21.86 bilion pada tahun 2027 pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sebanyak 13.0% bagi tempoh antara tahun 2020 hingga tahun 2027.",
"Pada bulan Mac 2020, Sonata telah mengambil alih GBW yang berpusat di Melbourne, perintis dalam domain CX dengan pengalaman selama 30 tahun dalam menyampaikan peningkatan CX untuk jenama terkenal di seluruh dunia. ‘CXe’ ialah hasil gabungan kaedah Pengurusan CX dan kepakaran GBW yang ditambah dengan metodologi Platformation Sonata yang memacu transformasi digital dan kepakaran yang mendalam dalam teknologi sejajar seperti penglibatan, data dan analisis pelanggan.",
"“Walau apa pun tingkah laku pelanggan yang sedang mengalami perubahan ketika pasca pandemik ini, asas-asas bagi memastikan CX yang hebat tetap sama. Dengarkan kehendak pelanggan dengan bersungguh-sungguh & bertindak berdasarkan maklum balas tersebut. Perancangan rapi tentang program CX melibatkan pemahaman yang memacu pengalaman pelanggan yang hebat dalam perjalanan pelanggan dan kitaran hayat mereka dan menggunakan pemahaman mendalam ini untuk mereka bentuk program CX yang hebat,” kata Srikar Reddy, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Sonata Software, semasa mengumumkan pelancaran ‘CXe’. “Suatu perancangan rapi di sepanjang program pengukuran CX adalah penting untuk memastikan keberkesanan program ini. Komponen pengukuran CX yang berbeza adalah saling berkait & merupakan suatu gabungan audit Misteri, beli-belah misteri & disepadukan ke dalam program aVOC melalui platform data biasa yang akan melengkapkan anda dengan kaedah asas untuk memastikan pelanggan anda mendapat CX yang konsisten dan hebat.”",
"CX telah lama dinanti-nantikan oleh kebanyakan perniagaan, mereka yang menggunakan perkhidmatan ini menikmati kesetiaan pelanggan, menarik mereka berbelanja lebih banyak dan meraih sokongan mereka – dari mulut ke mulut, menurunkan kos untuk memperoleh pelanggan baharu, jadi, adalah tidak mengejutkan apabila melihat kebanyakan syarikat memanfaatkan program yang meminta maklum balas daripada pelanggan. Walau bagaimanapun, mengikut Sonata, berdasarkan kajian Analyst dan pengalaman GBW, hanya satu daripada lima atau enam syarikat berjaya memperolehinya. Bagi yang lain, keuntungan yang boleh dijana oleh CX masih kekal sebagai impian yang sangat didambakan. Memandangkan perubahan pada tahun lepas apabila perjalanan pelanggan telah bertukar bagi kebanyakan syarikat, tugas tersebut telah menjadi semakin sukar. Ini telah memberi peluang yang besar kepada Sonata untuk melancarkan penyelesaian CX, ‘CXe’ yang dipertingkatkan kepada pelanggan sedia ada dan maklum balas awal daripada pelanggan di seluruh dunia adalah amat memberangsangkan. Sonata kini sedang mengumpulkan pasukannya untuk menawarkan penyelesaian kepada lebih ramai pelanggan baharu selain meningkatkan pelaburan dalam pembangunan penyelesaian dan pemasaran dengan peluang yang diwujudkan oleh CX.",
"Bekas Pengarah Urusan Dairy Farm dan penasihat kepada banyak syarikat terkemuka, Venkatesh Parthasarathy berkata, “Penyelesaian CX yang dipertingkatkan oleh Sonata ini sememangnya unik dan memulihkan bahagian-bahagian yang bermasalah ketika pasukan saya menggunakan vendor yang berlainan bagi setiap program dan kehilangan peluang untuk bersama-sama melihat pelanggan, namun kelebihan yang tetap ada ialah kemampuan untuk melihat kesan program CX dalam perniagaan anda.”",
"Grant Salmon, Ketua Pegawai Eksekutif GBW (kini menjadi Sonata Software Company) dan seorang veteran dalam industri menambah, “Pengalaman GBW selama lebih 30 tahun memberi kami kefahaman tentang mengapa syarikat-syarikat gagal dengan program pengurusan CX mereka, pertama sekali adalah kerana ramai yang tidak mempunyai wawasan dengan hanya mengukur satu peringkat dalam perjalanan pelanggan dan bukannya perjalanan yang lengkap. Seterusnya, terdapat banyak penggunaan platform kegunaan kendiri yang hebat dikendalikan oleh pakar, tetapi ramai pelanggan terkeliru antara automasi dengan pengetahuan & kepakaran. Kemudian terdapat kes yang melibatkan data yang berselerak kerana adanya pasukan dalam talian & runcit, lalu menyebabkan program Maklum balas pelanggan & pembelian Misteri mengabaikan faktor bahawa pelanggan adalah satu dan pasukan yang perlu bertindak berdasarkan maklum balas dapat berfungsi dengan lebih baik sekiranya mereka dapat melihat maklum balas bersama-sama berbanding secara berseorangan. Akhir sekali, anda perlu mengetahui sama ada CX anda memberi kesan kepada hasil perniagaan anda dan jika program anda tidak memberikan anda kebolehlihatan, anda akan kehilangan minat. Itulah sebabnya kami memperkenalkan ‘CXe’ dengan penawaran program yang serba lengkap yang dapat menangani cabaran-cabaran yang ada pada program konvensional.”",
"Untuk Maklumat Lanjut tentang Sonata Software, sila layari: www.sonata-software.com",
"Untuk maklumat lanjut tentang media sahaja, sila hubungi : Nandita VenkateshSonata Software LimitedCIN- L72200MH1994PLC082110A.P.S. Trust Building,Bull Temple Road, N.R. ColonyBangalore 560019, IndiaTel: +91 80 [email protected] ",
"Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics"
] |
https://ering.com.my/2021/05/imej-tertiris-iphone-13-memperlihatkan-takuk-lebih-kecil-susunan-kamera-yang-berbeza/ |
Imej Tertiris iPhone 13 Memperlihatkan Takuk Lebih Kecil & Susunan Kamera Yang Berbeza!!
| [
"Youtuber @Waqar Khan yang terkenal mendedahkan versi rendering dan video demo iPhone 13, yang tidak jauh berbeza dengan penampilan sebelumnya. Perbezaan terbesar antara penampilan dan iPhone 12 adalah bahawa takuk lebih kecil dan susunan kamera belakang telah berubah.",
"Menurut berita terdahulu dari banyak sumber, Apple akan terus melancarkan siri iPhone 13 baru (atau siri iPhone 12s) pada bulan September tahun ini. Menurut tahun-tahun sebelumnya, peningkatan iPhone baru tahun ini mungkin tidak terlalu besar, dan itu adalah sudah dijangka. Beberapa penyesuaian pada konfigurasimisalnya, takuk depan sedikit berkurang, modul lensa belakang diubah menjadi susunan pepenjuru, sensor ditingkatkan, atau versi penyimpanan 1TB akan disediakan .",
"Menurut berita sebelumnya, siri iPhone 13 pada dasarnya akan meneruskan reka bentuk siri iPhone 12, masih mengadopsi reka bentuk bingkai tengah dan rata, layar mengadopsi layar Samsung LTPO, menyokong kadar penyegaran adaptif 120Hz, dan membawa penyesuaian pintar pada layar fungsi kadar penyegaran."
] |
https://ering.com.my/2021/05/flowbird-mengubah-mobiliti-urban-di-monaco/ |
Flowbird Mengubah Mobiliti Urban Di Monaco
| [
"PARIS, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ — Monaco yang komited sepenuhnya dengan revolusi digital melalui program Lanjutan Monaco telah melancarkan aplikasi mudah alih Monapass dan Pembayaran Terbuka, secara kerjasama dengan Dewan Bandaraya Monaco dan Compagnie des Autobus de Monaco (CAM). ",
"MONAPASS, APLIKASI ‘MOBILITI SEBAGAI PERKHIDMATAN’ (MAAS) MENYEDIAKAN PENYELESAIAN SEMUA DALAM SATU KEPADA PENGGUNA ",
"Monaco meneruskan transformasi digitalnya dengan melancarkan ‘Monapass’, satu aplikasi mobiliti baharu untuk pengguna, pelancong dan penumpang. Aplikasi ini menggunakan kepakaran dan pengetahuan Flowbird, peneraju dunia dalam teknologi mobiliti urban sebagai satu penyelesaian. ",
"Monapass merupakan aplikasi mudah alih semua dalam satu dengan perancangan perjalanan dan sistem pembayaran bersepadu untuk pengangkutan di Monaco termasuk: ",
"Kad, langganan dan kaedah pembayaran disepadukan ke dalam satu aplikasi, yang juga menyediakan pelbagai ciri termasuk maklumat lalu lintas, jadual perjalanan bas, ketersediaan basikal dan lokasi pada masa nyata. Aplikasi mudah alih percuma ini membenarkan pengguna untuk merancang dan membayar perjalanan mereka dengan mudah dan selamat melalui tiket tunggal, pas, langganan bas atau basikal. Sebagai contoh, pengguna boleh meletakkan kenderaan mereka di bandar sebelum menggunakan bas dan/atau basikal, yang boleh ditempah dan dibayar melalui aplikasi mudah alih Monapass. ",
"Sebagai tambahan kepada meningkatkan pengalaman tiket dan pembayaran pengguna, Monapass menggalakkan mobiliti hijau dan aktif, sebagai sokongan terhadap objektif Monaco dalam mengurangkan lalu lintas kenderaan ringan sebanyak 20% menjelang 2030. ",
"PEMBAYARAN TERBUKA – PENYELESAIAN DIGITAL UNTUK MOBILITI PINTAR",
"Penyelesaian digital Flowbird membenarkan bandar-bandar mengakses sistem mobiliti urban berbilang mod dan mampan yang mudah, pantas, selamat dan terjamin. Flowbird yang beroperasi di lebih lapan puluh buah negara telah melancarkan tawaran digital yang dioptimumkan untuk Monaco sebagai tindak balas kepada keperluannya yang unik.",
"Flowbird juga melancarkan Pembayaran Terbuka di rangkaian bas CAM, menggabungkan tiket dan pembayaran elektronik bagi membolehkan penumpang menggunakan kad bank mereka sebagai tiket pengangkutan. Sistem ini juga mematuhi pembayaran menggunakan peranti pintar seperti telefon dan jam tangan. Sentuhan pada alat pengesah dengan peranti pembayaran tanpa sentuhan mereka apabila menaiki kenderaan membenarkan penumpang melakukan perjalanan dan menikmati manfaat daripada harga optimum. Penduduk dan pelancong yang mengunjungi Monaco boleh menggunakan perkhidmatan ini, membenarkan mereka menikmati tambang paling kompetitif untuk perjalanan mereka: Pembayaran Terbuka sesuai untuk semua orang dan sistem pintar menyediakan had harga harian, mingguan atau bulanan, bagi menjamin nilai terbaik untuk semua perjalanan. ",
"Logo – https://mma.prnasia.com/media2/1513800/Flowbird_Logo.jpg?p=medium600 Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/flowbird-mengubah-mobiliti-urban-di-monaco-1.jpg ",
" Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Transportation Travel New products/services Financial Technology "
] |
https://ering.com.my/2016/07/sertai-acara-asus-zenvolution/ |
Sertai Acara ASUS Zenvolution
| [
" ASUS Malaysia akan mengadakan acara pelancaran Zenvolution tidak lama lagi, dan kini mereka telah membuka beberapa jemputan terhad untuk anda semua.",
"Untuk dijemput ke acara Zenvolution, anda perlu mendaftarkan diri anda melalui Facebook dengan mengisi borang. Selepas itu, anda akan menerima e-mel daripada ASUS Malaysia mengesahkan tempat duduk anda.\nDaftar sekarang sebelum kerusi keluar. Tarikh akhir pendaftaran adalah 31 julai 2016.",
"1. Hanya yang berusia 13 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan mendaftar dan menghadiri acara ini.",
"2. Isi borang dengan butiran yang benar.",
"3. Satu kad jemputan hanya berhak mendapat satu cenderahati dan satu penyertaan lucky draw sahaja.",
"4. Terma & Syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.",
"5. ASUS Malaysia berhak untuk tidak menghantar kad jemputan dan / atau menolak kemasukan ke acara tersebut sekiranya pendaftar melanggar terma dan syarat-syarat."
] |
https://ering.com.my/2019/03/digi-bersama-gibraltar-bsn-tawarkan-dengue-cover-perlindungan-perubatan-lebih-mudah/ |
Digi Bersama Gibraltar BSN Tawarkan Dengue Cover+ – Perlindungan Perubatan Lebih Mudah
| [
"Baru-baru ini Digi dengan kerjasama Gibraltar BSN telah melancarkan Dengue Cover+, sebuah pelan perlindungan digital sepenuhnya edaran Digi dan ditawarkan secara eksklusif kepada semua pelanggan pasca bayar dan prabayar Digi sedia ada di Malaysia, yang berumur 18 ~ 45 tahun menerusi pendaftaran mudah secara dalam talian.",
"Pelanggan Digi di kawasan berisiko tinggi wabak denggi akan menerima notis pemberitahuan segera daripada pihak Digi, pada masa yang sama, mereka juga akan ditawarkan peluang untuk melindungi diri serta keluarga dengan Dengue Cover+.",
"Pelan insurans digital ini boleh didapati bermula dengan harga serendah RM0.15 (pakej Silver) sehari yang menawarkan manfaat Tunai Hospital, manfaat Kematian serta manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), termasuk manfaat tambahan sekiranya pelanggan mengalami serangan virus Denggi atau Zika. Premium akan dimasukkan terus ke akaun Digi mereka dan pemohon juga tidak perlu menjalani sebarang bentuk pemeriksaan kesihatan.",
"Maklumat lanjut boleh layari Digi Dengue Cover+."
] |
https://ering.com.my/2021/06/imej-oneplus-nord-2-tertiris-reka-bentuk-seakan-oneplus-9/ |
Imej OnePlus Nord 2 Tertiris?? Reka Bentuk Seakan OnePlus 9!
| [
"OnePlus telah memperluaskan barisan produknya dengan produk pertengahan OnePlus Nord, dan imej terdedah 91mobiles dan OnLeaks yang baru dibocorkan memungkinkan kita melihat bagaimana rupa telefon bimbit siri Nord yang seterusnya yang dikhabarkan. ",
"Model ini, yang disebut Nord 2 (walaupun kami tidak tahu apakah itu nama rasmi), nampaknya mendapat banyak inspirasi reka bentuk dari OnePlus 9, terutamanya modul kamera belakang berbentuk segi empat bulat yang serupa.",
"Modul kamera belakang mempunyai kamera 50 megapiksel, 8 megapiksel, dan 2 megapiksel, sementara kamera selfie adalah 32 juta piksel.",
"Untuk skrin, Nord 2 akan memiliki layar FHD + AMOLED 6,43 inci dengan kecepatan penyegaran 90Hz, dan “mungkin” memiliki sensor cap jari pada skrin. Dari segi prestasi, telefon bimbit arus perdana ini juga akan mempunyai cip MediaTek Dimensity 1200, memori sehingga 12GB dan ruang penyimpanan 256GB, walaupun ruang penyimpanan ini “mungkin tidak dapat diperluas. Menurut khabar angin, Nord 2 juga mempunyai bateri 4500mAh dan menyokong rangkaian 5G.",
"OnePlus Nord 2 diharapkan akan dilancarkan pada 9 Juli, tetapi kami belum tahu pasar mana yang mungkin tersedia."
] |
https://ering.com.my/2018/11/honor-malaysia-meraikan-kegilaan-bola-sepak-dengan-1-gol-1-honor/ |
Honor Malaysia Meraikan Kegilaan Bola Sepak Dengan “1 Gol, 1 Honor”
| [
"Honor mengumumkan kerjasama rasmi dengan AFF Suzuki Cup 2018 yang merupakan pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh ASEAN Football Federation (AFF). Disertai oleh negara-negara Asia Tenggara.",
"Mengangkat tema, ‘1 Goal, 1 honor’, bertujuan untuk memperlihatkan sokongan yang utuh terhadap pasukan kebangsaan. Justeru, Honor akan memberikan 1 unit model terharu Honor 8X kepada peminat bola sepak tempatan bagi setiap gol yang diperoleh oleh pasukan kebangsaan ketika pertandingan tersebut berlangsung dari 12 hingga 24 November 2018.",
"Sebagai tambahan, dari 9 sehingga 12 November dan 21 sehingga 24 November, Honor Malaysia akan melaksanakan 1 siri pertandingan di page media sosial rasmi mereka dan bakal memberikan tiket eksklusif secara percuma. Peminat dan pembeli dinasihatkan untuk follow laman rasmi Facebook Honor bagi mendapatkan update terkini tentang pertandingan ini.",
"Dalam pada itu, menurut ketua Honor Malaysia, George Zhao Zhiwei, kerjasama ini merupakan satu platform yang penting bagi jenama baharu untuk menzahirkan hubungan dengan pengguna.",
"“Kami sangat teruja menjadi satu-satunya jenama telefon pintar yang membawakan kegilaan bola sepak ini di malaysia. Kerjasama ini membenarkan peminat bola sepak , peminat Honor dan pengguna di Malaysia lebih mudah untuk menonton perlawanan ini melalui paparan skrin di peranti telefon kami.",
"“Bagi pihak Honor, kami ingin mengucapkan selamat berjaya buat pasukan Hariamau Malaya dalam pertandingan ini,” katanya.",
"Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kerjasama ini dan produk yang menarik dari Honor Malaysia, sila layari laman sesawan rasmi Honor dan portal informasi di hihonor, atau pergi ke page Facebook rasmi Honor ."
] |
https://ering.com.my/2020/01/oppo-meraikan-tahun-baru-cina-dengan-tawaran-serendah-rm571-hadiah-istimewa-baucar-eksklusif-di-shopee-lazada/ |
OPPO Meraikan Tahun Baru Cina Dengan Tawaran Serendah RM571 + Hadiah Istimewa + Baucar Eksklusif Di Shopee & Lazada
| [
"Musim perayaan Tahun Baru Cina ini, OPPO ingin memberi ganjaran kepada peminat mereka dengan melancarkan Kempen CNY eksklusif di Shopee dan Lazada.",
"Meriahkan Tahun Baru Cina dengan peranti baharu! Anda boleh dapatkan OPPO A5 2020 (3GB RAM + 64GB ROM) dengan harga serendah RM571 sahaja dengan baucar “HUAT” bernilai RM28 di Shopee.",
"Jangan terlepas peluang merebut ini kerana baucer terhad dan tersedia dari 13 ~ 15 Januari 2020 (sementara stok masih ada) di Shopee dan Lazada.",
"Selain Shopee, Lazada juga menawarkan baucar RM88 apabila berbelanja minimum RM1,288. Bermakna anda boleh membeli OPPO Reno dengan harga lebih menarik iaitu hanya RM1,311 dengan baucar yang diterima.",
"Tambahan menarik lagi, anda boleh mendapat kotak hadiah eksklusif CNY yang bernilai RM138 bagi berbelanja sebanyak RM1,000. Rebut sementara stok masih ada."
] |
https://ering.com.my/2020/09/xinhua-silk-road-bandaraya-ningbo-timur-china-percepat-pembinaan-bandaraya-pintar/ |
Xinhua Silk Road: Bandaraya Ningbo Timur China percepat pembinaan bandaraya pintar
| [
"BEIJING, 17 September 2020 /PRNewswire/ — Bandaraya Ningbo Timur China, penyumbang penting kepada Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dan salah satu daripada bandaraya Cina yang merintis pelaksanaan pelan strategik kebangsaan untuk terus membangunkan sektor pengeluaran di China, mempercepatkan pembinaan bandaraya pintar.",
"Pada 5 Jun tahun ini, Ningbo mengeluarkan pelan tindakannya untuk mempromosi pembinaan infrastruktur baharu di sepanjang tempoh 2020-2022, menunjukkan bahawa ia akan menggunakan pengkomputeran awan, data besar, Internet Komunikasi Benda, 5G, kecerdasan buatan, dan teknologi rantaian blok di bidang-bidang seperti tadbir urus, penjagaan kesihatan, ekonomi perindustrian untuk menjadikan tadbir urus bandar dan perkhidmatan awam lebih pintar.",
"Bandaraya pesisir pantai ini memulakan projek otak bandaraya dengan pelaburan bernilai 460 juta yuan pada 8 Ogos. Mengutamakan pendigitalan perkhidmatan kerajaan, pemantauan penguatkuasaan undang-undang, tadbir urus sosial, perkhidmatan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, projek ini dianggap sebagai infrastruktur teras bagi tadbir urus digital, cerdas dan pintar di Ningbo. ",
"Bandaraya ini memberikan kepentingan terhadap pembinaan rangkaian 5G, yang merupakan asas kepada pembinaan bandaraya pintar. Setakat hujung bulan Ogos tahun ini, 9,458 stesen pangkalan 5G telah dibina di Ningbo, dengan isyarat 5G meliputi kawasan-kawasan bandar utama, pelabuhan dan teluk di seluruh bandaraya, kata Chen Chenghai, pegawai yang berkhidmat di Biro Ekonomi dan Teknologi Maklumat Perbandaran Ningbo, pada sesi Ekspo Bandaraya Pintar dan Ekonomi Cerdas ke-10.",
"Ningbo telah membentuk sejumlah kes demonstrasi penggunaan biasa 5G ditambah dengan port cerdas, pemanduan cerdas, budaya dan pelancongan pintar, pengeluaran cerdas dan Internet perindustrian. Sebagai contoh, Pelabuhan Zhoushan Ningbo, pelabuhan tersibuk China, telah mula menggunakan teknologi 5G untuk mengawal kren sejak bulan April lalu, yang pertama seumpamanya di negara ini.",
"Dalam langkah seterusnya, Ningbo akan terus mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G untuk memperkasa pembinaan bandaraya pintar, kata Chen."
] |
https://ering.com.my/2017/04/xiaomi-mi-6-secara-rasmi-dilancarkan-hadir-dengan-qualcomm-snapdragon-835/ |
Xiaomi Mi 6 Secara Rasmi Dilancarkan! Hadir Dengan Qualcomm Snapdragon 835!
| [
"Keupayaan peranti keluaran Xiaomi tidak perlu lagi dipersoalkan kerana mereka sering mengeluarkan peranti yang baik pada harga yang berpatutan. Tahun ini peranti utama mereka Xiaomi Mi 6 dilancarkan lantas memberi pengguna smartphone berasa teragak-agak untuk membeli flagship dari jenama lain.",
"Rekaan luaran dengan kerangka bodi gelas 3D dan hasil pembuatan bingkai stainless steel patut dipuji. Sekali imbas sahaja membuatkan hati berasa terpegun apatah lagi keupayaan dalamannya yang setanding flagship dari pengeluar nombor satu dunia.",
"Jurutera Xiaomi meletakkan cip pemprosesan Snapdragon 835 dan kad grafik Adreno 540 untuk meledakkan kuasa Mi 6 sehingga 2.45GHz pada kelajuan maksimum. Bahagian kamera belakang menerima lensa sudut lebar 4-axis OIS 12MP dan 12MP telefoto dengan kemampuan menangkap gambar bokeh.",
"Kamera depan pula 8MP dengan fungsi beautify untuk swafoto yang baik dan jelas. Gambar yang diambil semestinya akan dipaparkan ke paparan skrin 1920 x 1080 HD penuh anti silau. Pengalaman permainan video dan menonton filem pastinya seronok dengan sistem pembesar suara stereo. Luaran yang baik tidak lengkap dengan ciri-ciri kalis percikan air dan pengimbas cap jari di bawah gelas.",
"Selain itu, perkakasan dalaman menggunakan RAM sebesar 6GB LPDDR4, storan 64GB dan varian atas iaitu 128GB tidak menyokong slot microSD tambahan. Sistem pengoperasian Android Nougat dan bateri berkapasiti 3350mAh memberi masa menunggu yang panjang buat pengguna. Pengecasan pantas Quick Charge 3.0 disambung melalui kabel jenis USB Type-C. Xiaomi Mi 6 juga menjadi peranti terawal menerima kehadiran Bluetooth versi 5.0.",
"Setelah meneliti spesifikasi ringkas di atas, warna pilihan ditawarkan adalah Hitam, Putih, Biru dan Silver. Manakala untuk pengguna yang ingin kelihatan unik dan berlainan, boleh mendapatkan warna Seramik dengan salutan emas 18-karat pada gegelung kamera belakang.",
"Kami berharap Xiaomi Malaysia segera membawa masuk peranti ini, kerana rakyat Malaysia hari ini lebih cenderung untuk membeli peranti dengan harga yang jauh lebih murah dengan spesifikasi terbaik."
] |
https://ering.com.my/2019/08/honor-v30-dikatakan-bakal-hadir-dengan-sokongan-rangkaian-5g/ |
HONOR V30 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Sokongan Rangkaian 5G
| [
"Sebelum ini, presiden HONOR iaitu Zhao Ming pernah mendedahkan bahawa peranti 5G pertama HONOR akan datang dari siri V. Suppp berdesuppp! Akhirnya terjawab! Beliau kini mengesahkan bahawa HONOR V30 akan menjadi peranti 5G pertama keluaran HONOR.",
"Memetik beberapa sumber, perkara ini didedahkan oleh beliau menerusi catatan di laman Weibo . Menurut Zhao, HONOR V30 akan menjadi peranti pertama HONOR dengan sokongan rangkaian 5G dan ia juga menyokong rangkaian SA/NSA . Maklumat lanjut mengenai spesifkasi peranti masih belum dikongsi – namun ramai yang berspekulasi bahawa ia bakal tampil lebih berkuasa."
] |
https://ering.com.my/2020/12/apple-bakal-hadir-dengan-kereta-jenama-sendiri-pada-tahun-2021-serius-laa/ |
Apple Bakal Hadir Dengan Kereta Jenama Sendiri Pada Tahun 2021?? Serius Laa??!!
| [
"Dalam satu laporan daripada media asing, projek kereta elektrik Apple dijangka akan keluar dua tahun lebih awal dan akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2021. Dilaporkan bahawa Apple telah secara diam-diam menguji puluhan kereta prototaip di jalan California, dan komponen yang berkaitan dari “Apple Electric Car” yang mana akan memulakan pengeluaran pada suku kedua tahun depan.",
"Walau bagaimanapun, tarikh pelancaran produk masih belum dapat dipastikan. ",
"Apple masih akan terus meningkatkan jumlah kenderaan uji pandu sendiri. Pada masa ini, 66 kenderaan ujian memandu sendiri berdaftar dengan Jabatan Kenderaan Bermotor Negeri California."
] |
https://ering.com.my/2020/11/zymo-research-menerima-pengiktirafan-tanda-ce-ivd-untuk-kit-magbead-viral-quick-dna-rna/ |
Zymo Research Menerima Pengiktirafan Tanda CE IVD untuk Kit MagBead Viral Quick-DNA/RNA™
| [
"Proses pembersihan virus yang boleh dipercayai dan sensitif yang digunakan untuk pengesanan dan analisis virus SARS-CoV-2",
"IRVINE, California, 23 November 2020 /PRNewswire/ — Zymo Research hari ini mengumumkan bahawa Kit Viral MagBead Quick-DNA/RNA™ telah diluluskan untuk edaran ke pasaran Kesatuan Eropah (EU). Produk ini direka untuk proses pemurnian virus DNA dan/atau RNA yang pantas daripada sampel biologi yang disimpan di DNA/RNA Shield, Zymo Research.™ DNA/RNA Shield™ digunakan untuk pengumpulan sampel, pengawetan asid nukleik dan penyahaktifan patogen. Pengasingan asid nukleik berkualiti tinggi tersedia untuk semua aplikasi hiliran seperti Next-Gen Sequencing dan pengesanan RT-qPCR.",
"“Zymo Research memainkan peranan yang penting dalam memerangi pandemik COVID-19 yang sedang berlaku kini,” kata Dr. Stanislav Forman, seorang saintis di Zymo Research. “Semua produk dalam ujian aliran kerja COVID-19 kami telah diiktiraf dengan tanda CE IVD; oleh itu, ia dapat membantu pelanggan klinikal kami di negara-negara EU serta negara lain.”",
"Kit MagBead Viral Quick-DNA/RNA™ yang diiktiraf dengan tanda CE IVD ini memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan persekitaran EU. Ia boleh digunakan untuk pembersihan virus DNA/RNA, seperti SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19, atau jenis-jenis sampel patogenik yang lain. Kit tersebut merupakan sebahagian daripada beberapa ujian aliran kerja FDA EUA SARS-CoV-2 yang dibangunkan oleh syarikat terkenal seperti Illumina dan Fulgent Genetics.",
"“Kami amat berbesar hati apabila Kit MagBead Viral Quick-DNA/RNA™ Zymo Research menerima pengiktirafan Tanda CE IVD daripada EU,” kata Thiago Pinto Nogueira, Pengarah Pembangunan Perniagaan Veritas Bio . “Di Brazil, agensi kawal selia kesihatan kami (ANVISA) mengalu-alukan produk yang diiktiraf dengan Tanda CE. Ini mempermudahkan kerja-kerja kami apabila produk didaftarkan secara tempatan. Untuk para pelanggan kami, tanda ini menunjukkan bahawa produk tersebut telah mematuhi standard kesihatan dan keselamatan.”",
"Untuk maklumat lanjut tentang Kit MagBead Viral Quick-DNA/RNA™ Zymo Research, sila layari laman web mereka atau hubungi mereka melalui e-mel di [email protected].",
"Tentang Zymo Research Corp.Zymo Research ialah sebuah syarikat swasta yang telah memberi khidmat kepada komuniti saintifik dan diagnostik dengan alat biologi molekul canggih sejak 1994. “Keindahan Sains adalah untuk Menjadikan Semua Perkara Mudah”, adalah moto yang dizahirkan dalam semua produk mereka, daripada epigenetik hingga teknologi penyucian DNA/RNA. Terkenal dalam sejarah sebagai peneraju epigenetik, Zymo Research menjangkaui sempadan dengan penyelesaian baharu dalam pengumpulan sampel, pengukuran mikrobiom, alat diagnostik, dan teknologi NGS yang berkualiti tinggi dan mudah digunakan. Ikuti Zymo Research di Facebook, LinkedIn, Twitter, dan Instagram.",
"Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/zymo-research-menerima-pengiktirafan-tanda-ce-ivd-untuk-kit-magbead-viral-quick-dna-rna-1.jpg Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/zymo-research-menerima-pengiktirafan-tanda-ce-ivd-untuk-kit-magbead-viral-quick-dna-rna.jpg ",
"Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)"
] |
https://ering.com.my/2016/07/blackberry-ke-indonesia-untuk-bantuan/ |
BlackBerry Ke Indonesia Untuk Bantuan
| [
"BlackBerry telah lama berada di dalam dunia teknologi, dahulu mereka mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan merupakan antara nama yang memacu kemajuan teknologi mobil. Namun lama-kelamaan taring syarikat ini mula hilang dan sedikit demi sedikit cengkaman mereka di dalam pasaran mula terlepas.",
"Pelbagai usaha telah dilakukan oleh BlackBerry untuk mengukuhkan semula nama mereka di dalam pasaran teknologi, antaranya adalah dengan mengadaptasi sistem operasi Android dalam peranti mereka. Langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan pasaran Android sangat luas, namun jualan peranti mereka tidak juga menggalakkan kerana terdapat ratusan jenama lain yang perlu mereka saingi dalam pasaran yang sangat padat ini.",
"Kini BlackBerry beralih arah ke Indonesia, khususnya syarikat Emtek. Usaha sama ini membolehkan Emtek membangun dan menaik taraf aplikasi BBM dan lain-lain aplikasi berasaskan komunikasi untuk BlackBerry. Menurut laporan, Emtek juga bercadang untuk membuka satu lagi pejabat di Toronto bagi bekerja lebih dekat dengan BlackBerry."
] |
https://ering.com.my/2018/04/boost-dan-johor-4-0-menggalakkan-bangsa-johor-berbelanja-secara-e-dompet/ |
Boost Dan Johor 4.0 Menggalakkan ‘Bangsa Johor’ Berbelanja Secara e-Dompet
| [
"Johor 4.0 telah dilancarkan baru-baru ini oleh Menteri Besar Johor dan Menteri Komunikasi dan Multimedia juga bersama-sama Axiata Digital e-Code dan Boost. Kerjasama yang dijalinkan menandakan satu lagi perkongsian penting yang akan memperluaskan ekosistem tanpa tunai di Malaysia seterusnya membolehkan banyak perniagaan tempatan meneroka gaya hidup dompet elektronik mudah alih tanpa kad.",
"Buat masa ini, peniaga-peniaga Boost boleh ditemui di Jakel, Bazaar Karat, Kilang Bateri, Angsana Mall dan KSL Mall di daerah utama negeri Johor. Selain itu, Boost turut melebarkan sayap di beberapa tempat lain seperti pusat membeli-belah Komtar JBCC, Medini Mall, dan kawasan sekitarnya.",
"Boost merupakan aplikasi e-dompet yang kini digunakan oleh lebih 2.1 juta pengguna dan peniaga dalam talian dan luar talian di lebih 9,000 lokasi. Revolusi ini bertujuan menggalakkan cara pengguna di Malaysia berurusan dengan pembayaran tanpa tunai dan tanpa kad. Dalam segmen ini, Boost mensasarkan kepada peniaga pasar malam terpilih, trak makanan, gerai makan, medan selera, dan pelbagai industri makanan dan minuman (F&B), hiburan, pengangkutan, gedung beli-belah dalam talian serta kedai buku.",
"Sebagai aplikasi gaya hidup, pengguna boleh melakukan perkhidmatan seperti membeli top up prabayar dan baucar digital serta memberi hadiah kepada pengguna lain, pemindahan wang secara percuma dan juga “Go Dutch” dengan ciri bil pecahan yang unik.",
"Tidak lama lagi perkhidmatan Boost dijangka akan memacu pembayaran tanpa tunai di Johor, dan membawa golongan kurang berminat menjadi ekonomi digital sama ada mereka seorang peniaga pasar malam ataupun seseorang tanpa kad kredit.",
"Pengguna telefon pintar yang berminat untuk menggunakan aplikasi Boost, boleh memuat turun di Google Play Store dan Apple App Store."
] |
https://ering.com.my/2020/11/anda-kini-boleh-menonton-ejen-ali-di-netflix/ |
Anda Kini Boleh Menonton Ejen Ali Di Netflix!!!
| [
"Kanak-kanak serta peminat filem animasi terkenal tanah air iaitu Ejen Ali kini anda boleh berasa teruja apabila filem ini telah tersedia di platform Netflix.",
"Filem yang berjaya mencetus fenomena di Malaysia ini telah berjaya mencatat jumlah kutipan sehingga RM30 juta.",
"Buat yang tidak mengetahui, filem Ejen Ali ini bermula daripada siri rancangan kartun di televisyen dan disebabkan ia mendapat sambutan luar biasa, ia terus dibawakan ke layar perak."
] |
https://ering.com.my/2020/10/celcom-hantar-keperluan-digital-anda-di-hadapan-pintar-pastikan-anda-kekal-selamat-di-rumah/ |
Celcom Hantar Keperluan Digital Anda Di Hadapan Pintar & Pastikan Anda Kekal Selamat Di Rumah!!!
| [
"Celcom Axiata Berhad (Celcom) menjangkau kepada pelanggan melalui perkhidmatan penghantaran inovatif sepantas 24 jam, iatiu dash4ME, yang boleh didapati melalui Celcom Online Shop. Ia memberi kemudahan kepada pelanggan dengan penghantaran kad SIM dan peranti, yang terjamin dan selamat dalam masa 24 jam daripada waktu pembelian, sehingga ke hadapan pintu rumah mereka. ",
"Sebagai memenuhi keperluan kesemua rakyat Malaysia dalam situasi pandemik COVID-19, Celcom terus menyokong pelanggan yang bekerja dari rumah dan menjalankan peranan mereka untuk terus kekal selamat di rumah serta membantu mengecilkan lengkungan pandemik tersebut. Daripada 1 Oktober sehingga 30 November 2020, 100 orang pelanggan pertama Celcom Online Shop akan menikmati penghantaran percuma melalui dash4ME apabila membeli pelan terpilih berikut:",
"Selain itu, sehingga 31 Disember 2020, pelanggan yang mendaftar bagi pelan pascabayar Celcom MEGA dan talian keluarga boleh menikmati diskaun 50% ke atas bil mereka untuk tempoh tiga bulan. Rebat tersebut ditawarkan bagi pendaftaran baharu pelan Celcom MEGA dengan mana-mana pas; Unlimited M, Unlimited L, atau Lightning M, L atau XL melalui Celcom Online Shop. ",
"Perkhidmatan penghantaran dalam 24-jam dash4ME oleh Celcom kini ditawarkan di seluruh Lembah Kelang (Selangor dan Kuala Lumpur). ",
"Tambahan lagi, Celcom turut menyediakan tawaran khas kepada pelanggan sepanjang tempoh ini: ",
"Bagi maklumat lanjut berkenaan tawaran terkini dan esklusif Celcom, pelanggan boleh melayari laman sesawang kami www.celcom.com.my atau lawati laman Facebook dan Twitter Celcom."
] |
https://ering.com.my/2018/11/apple-padam-aplikasi/ |
Apple Padam Aplikasi Membuat Stickers Untuk WhatsApp Dari App Store?!
| [
"Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai fungsi Stickers yang hadir pada kemas kini terbaharu WhatsApp. Selain itu, pengguna juga boleh menambah Stickers atau mencipta sendiri Stickers untuk digunakan pada aplikasi WhatsApp melalui aplikasi pihak ketiga.",
"Semenjak itu, ramai pembangun telah membanjiri Google PlayStore dan App Store dengan aplikasi khas untuk mencipta Stickers. Menurut WABetaInfo, Apple baru-baru ini telah mengambil langkah menarik balik kesemua aplikasi membuat Stickers dari App Store.",
"Apple memberikan alasan terlalu banyak aplikasi dengan fungsi serupa, WhatsApp tidak memerlukan aplikasi lain, dan rekaan aplikasi yang sama. Adakah anda gemar menggunakan fungsi Stickers pada WhatsApp? Apa kata anda mengenai penarikan Apple ini?"
] |
https://ering.com.my/2015/12/celcom-first-blue-dan-gold-menawarkan-internet-hujung-minggu-percuma-dan-pelbagai-hadiah/ |
Celcom FIRST Blue Dan Gold Menawarkan Internet Hujung Minggu Percuma Dan Pelbagai Hadiah
| [
"Baru-baru ini Celcom melancarkan pelan FIRST Blue dan FIRST Gold yang menawarkan sehingga 4 GB kuota internet percuma pada hujung minggu selain servis muzik streaming percuma melalui aplikasi Yonder Music. Pada setiap bulan, pelanggan pelan tersebut juga berpeluang memenangi hadiah saguhati seperti pas tayangan filem dari GSC, MBO dan Escape. Celcom juga menawarkan pembelian peranti pada kadar diskaun apabila anda membeli peranti bersama pelan, Samsung Galaxy Note 5 dijual pada harga RM1838, Samsung Galaxy S6 edge+ pada harga RM2188 dan Xiaomi Redmi Note 2 pula RM288. Anda boleh mendafter untuk menyertai pelan terbaru Celcom ini di Blue Cube dan cawangan Celcom Xclusive."
] |
https://ering.com.my/2018/05/perbezaan-vivo-v9-dengan-vivo-x21-yang-patut-anda-tahu/ |
Perbezaan vivo V9 Dengan vivo X21 Yang Patut Anda Tahu
| [
"Mungkin ramai diantara pembaca yang sudah kenal dengan peranti vivo V9. Bagaimanapun tidak lama lagi vivo bakal membawa masuk vivo X21 ke pasaran Malaysia yang mana telefon pintar ini dilengkapi pengimbas cap jari terbina pada skrin.",
"Jadi, untuk perbezaan antara vivo V9 dan vivo X21, di bawah anda boleh lihat kedua-duanya hadir dengan rekaan depan yang hampir sama. Dua peranti ini menyediakan paparan FullView dengan nisbah 18:9 serta nisbah skrin-ke-badan yang melebihi 90 peratus untuk X21 dan 90 peratus pada V9.",
"Pada sebelah belakang, vivo V9 dipadankan dengan pengimbas cap jari tradisional, tetapi untuk vivo X21 ia tidak lagi mengenakan pengimbas cap jari biometrik sebaliknya menggunakan pengimbas cap jari ultrasonik terbina pada skrin. Ini bermakna vivo X21 menjadi peranti yang terawal di dunia merealisasikan teknologi itu pada sebuah telefon.",
"Daripada segi perkakasan dalaman, memori RAM 6GB dan 128GB storan dimuatkan pada badan vivo X21. Untuk vivo V9 ia hanya ditawarkan memori sebesar 4GB dan 64GB storan. Beralih ke lensa kamera belakang, terdapat dwi sensor 16 MP + 5 MP untuk vivo V9. Bagi X21 pula, ia menerima gabungan kamera 12 MP + 5 MP. Bagaimanapun, untuk kamera depan V9 dibekalkan sensor 24 Megapiksel, sementara X21 dengan sensor 12 Megapiksel.",
"Itu antara perbezaan yang boleh kita lihat secara kasar buat masa ini. Dijangka vivo X21 akan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Jun dan harga masih belum diumumkan."
] |
https://ering.com.my/2016/05/konsol-permainan-windows-10-dari-china/ |
Konsol Permainan Windows 10 Dari China
| [
"Tencent, syarikat China yang memiliki Riot, pembina permainan League of Legends, telah mengumumkan konsol baru menggunakan Windows 10 yang boleh muat turun dan stream permainan. Pengenalan tersebut dilihat telah dibuat dalam masa yang terbaik kerana China telah menarik semula kekangan konsol permainan pada tahun lalu, kekangan tersebut telah dimulakan semenjak tahun 2000.",
"Konsol tersebut dikenali dengan nama Tencent Games Platform Box yang dikuasakan pemproses Intel generasi ke 6 dan spesifikasi lain yang mampu memainkan permainan seperti League of Legends, FIFA Online 3, NBA 2K Online, Monster Hunter Online dan Need for Speed: Hot Pursuit Tournament. Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada konsol ini akan dijual pada pasaran luar China."
] |
https://ering.com.my/2020/05/siri-oppo-reno3-kini-rasmi-dijual-pada-harga-rm1699/ |
Siri OPPO Reno3 Kini Rasmi – Dijual Pada Harga RM1699!!!
| [
"Buat peminat OPPO, korang mesti teruja apabila OPPO telah melancar 2 peranti terbaharu yang dikenali sebagai OPPo Reno3 dan OPPO Reno3 Pro.",
"OPPo Reno3 Pro ini tampil dengan spesifikasi yang sangat baik iaitu apabila ia dihadirka ndengan skrin bersaiz 6.4″ AMOLED. Apa yang pasti, peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Helio P95 dan dipadankan dengan RAM sebesar 8GB serta storan 256GB.",
"Dari aspek kamera pula, ia dihadirkan dengan 64MP + 13MP + 8MP + 2MP bagi kamera belakang dan kamera hadapan pula disertakan dengan dwikamera 44MP + 8MP. Uniknya mengenai peranti ini apabila ia dihadirkan dengan 5x zum hibrid dan 20x digital zum.",
"Dari aspek bateri juga baik apabila ia dihadirkan dengan kapasiti bateri sebesar 4025mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 30W, VOOC Flash Charge 4.0.",
"Bagi OPPO Reno3 pula, spesifikasi tidak banyak beza dengan OPPO Reno3 PRo, namun dengan beberapa perbezaan. Peranti ini tampil dengan pemproses P95 dan dihadirkan dengan kamera utama 48MP dan hanya 1 kamera bagi kamera hadapan. Ia juga dihadirkan dengan pengecasan pantas VOOC Flash Charge 2.0 20W.",
"Berikut adalah harga jualan bari siri OPPO Reno 3:"
] |
https://ering.com.my/2017/07/vivo-x9s-dan-x9s-plus-akan-diperkenalkan-khamis-ini/ |
vivo X9s Dan X9s Plus Akan Diperkenalkan Khamis Ini?!
| [
"Seperti kebiasaan, para pembuat telefon pintar berlumba-lumba memperkenalkan produk masing-masing, ini termasuk syarikat berasal dari China, vivo akan menampilkan dua peranti pada 6 Julai ini.",
"Iklan yang tersebar itu menunjukkan seorang selebriti sedang memasukkan telefon pintar ke kocek depan. Dua telefon pintar yang ingin diperkenalkan itu ialah vivo X9s dan X9s Plus. Menurut laman sesawang TENAA, China spesifikasi pada salah satu model ini hadir dengan paparan bersaiz 5.85 inci HD penuh, pemproses lapan teras 1.95GHz, RAM sebanyak 4GB dan 64GB storan dalaman.",
"Kamera pula dilengkapi dengan sistem dwi lensa 20 Megapiksel dan 8 Megapiksel di depan, manakala kamera belakang dengan 16 Megapiksel bersama-sama bateri berkapasiti 3,920mAh yang dioperasikan oleh Android 7.1.1 Nougat.",
"Maklumat lebih lanjut kita nantikan perasmiannya pada Khamis ini."
] |
https://ering.com.my/2021/08/digi-kumpul-data-kesejahteraan-digital-pelajar-sekolah-melalui-kaji-selidik/ |
Digi Kumpul Data Kesejahteraan Digital Pelajar Sekolah Melalui Kaji Selidik!!
| [
"Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”) melancarkan kaji selidik ‘Kehidupan dalam Talian Kanak-kanak sepanjang Wabak COVID-19: Nilai dan Cabaran’ Yellow Heart. Ia bertujuan mengenal pasti bagaimana pelajar sekolah di Malaysia menyesuaikan diri dengan gaya hidup digital yang baharu semasa pandemik ini. Ini termasuk bagaimana situasi tersebut mempengaruhi literasi dan daya tahan digital pelajar dalam menghadapi potensi risiko dalam talian.",
"Digi menyasarkan untuk mengumpul maklum balas daripada sekurang-kurangnya 2,000 pelajar sekolah di seluruh negara, berumur 10 hingga 18 tahun. Kaji selidik ini akan dijalankan selama sebulan bersempena dengan Hari Belia Antarabangsa pada minggu hadapan. Ia akan dilakukan secara dalam talian di https://www.surveymonkey.com/r/YHSurvey2021?lang=ms sehingga 6 September 2021.",
"Kaji selidik ‘Kehidupan dalam Talian Kanak-kanak sepanjang Wabak COVID-19: Nilai dan Cabaran’ ini adalah kajian gaya hidup digital terbaharu Digi yang akan dijalankan dengan kerjasama Universiti Sunway sebagai rakan analisis penyelidikan, serta AI Talent-PDC dan Kelab Lions Sunway Damansara Metro sebagai rakan pelaksana. Sebelum ini, Digi telah berjaya mengumpul maklumat berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar mengenai buli siber melalui kaji selidik “Digi Yellow Heart Cyberbullying and Youth Disposition” yang diadakan pada tahun 2018.",
"Melalui inisiatif Yellow Heart, Digi menggalakkan penggunaan internet yang selamat dan mendukung usaha membina daya tahan digital dalam kalangan pelajar sekolah. Baru-baru ini, Digi telah meraikan ulang tahun ke-10 program Safe Internet yang bertujuan memperkasa rakyat Malaysia untuk menjadi pengguna dalam talian yang bertanggungjawab. Sebagai usaha melengkapkan rakyat Malaysia dengan bahan serta pengetahuan berkaitan dengan keselamatan internet, Digi telah menyediakan beberapa sumber seperti portal Yellow Heart Safe Internet, iaitu portal sehenti yang mengandungi pelbagai bahan pendidikan seperti buku panduan, video dan modul untuk ibu bapa serta kanak-kanak.",
"Di samping itu, Digi juga bekerjasama dengan UNICEF Malaysia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan pembelajaran",
"Kemahiran Masa Hadapan melalui platform Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) agar pelajar sekolah di Malaysia dapat menikmati pelbagai peluang pembelajaran menerusi internet. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Yellow Heart Digi, layari https://www.digi.com.my/yellow- heart."
] |
https://ering.com.my/2020/09/kumpulan-e-dagang-terbesar-taiwan-lancar-khidmat-rentas-sempadan-pchomesea-bawakan-berjuta-juta-produk-taiwan-berkualiti-ke-pasaran-asia-tenggara/ |
Kumpulan e-Dagang Terbesar Taiwan Lancar Khidmat Rentas Sempadan PChomeSEA Bawakan Berjuta-juta Produk Taiwan Berkualiti ke Pasaran Asia Tenggara
| [
"Can’t connect to MySQL server on ‘192.168.120.250’ (111) [2003]",
"An sql error occurred while fetching this page. Please contact an administrator if this problem persists.",
" Powered by PRN Asia 2011 PRN Asia "
] |
https://ering.com.my/2017/09/google-pixel-2-akan-diperkenalkan-4-oktober-depan/ |
Google Pixel 2 Akan Diperkenalkan 4 Oktober Depan?
| [
"Kehadiran peranti Google Pixel di arena telefon pintar global banyak memberi saingan kepada model-model lain. Ianya bukan sahaja menawarkan antaramuka Android tulen yang kemas malah, ia juga sering mendapat kemas kini terbaru oleh Google sendiri.",
"Lihat sahaja pada kejayaan Google Pixel generasi sulung, pada mulanya ramai memandang rendah prestasinya berbanding flagship lain. Apa tidaknya, rekaan luar yang agak ketinggalan pada masa itu, membuatkan ia kurang mendapat perhatian.",
"Melalui satu kongsian gambar yang baru sahaja tersebar, Google dikatakan telah meletakkan satu iklan besar di sebuah bangunan di Boston, AS yang melihatkan satu ayat ringkas yang berbunyi “Tanyakan lebih banyak lagi pada telefon anda” diikuti simbol Google dan tarikh di bawahnya.",
"Secara tidak langsung, ramai mengatakan ianya sebuah acara pelancaran telefon pintar terbaru, Google Pixel 2. Kebetulan, model tahun lepas juga dilancarkan pada tarikh yang sama.",
"Bagaimanapun, kita tunggu sahaja khabar selanjutnya mengenai peranti induk dari Google ini."
] |
https://ering.com.my/2016/06/wajah-baru-pebble-time-round/ |
Wajah Baru Pebble Time Round
| [
"Pebble adalah sebuah nama yang cukup gah dalam dunia peranti wearable smartwatch. Peranti mereka dikenali sebagai wearable yang mempunyai fungsi minimal tetapi penting, kuasa bateri yang bertahan lama dan juga reka bentuk yang segar dan menarik.",
"Kini Pebble telah melancarkan pula Pebble Time Round dengan dua kemasan baru, iaitu Silver dan Gold. Model baru ini nampak lebih elegan dan mewah, amar sesuai dipakai ke majlis-majlis rasmi.",
"Kepada mereka yang berminat, harga Pebble Time Round model baru ini adalah USD 199 (RM 813.62), dan bagi mereka yang melakukan pledge untuk model ini, anda bakal mendapat unit anda lebih awal dari orang lain bersama cacahan laser unik pada peranti anda."
] |
https://ering.com.my/2020/01/skor-geekbench-samsung-galaxy-s20-terdedah-mencatatkan-single-core-561-multi-core-2358/ |
Skor GeekBench Samsung Galaxy S20 Terdedah? Mencatatkan Single-Core 561 & Multi-Core 2358
| [
"Terbaru, Samsung Galaxy S20 dikatakan telah muncul di platform penanda aras Geekbench. Galaxy S20 5G yang muncul dengan kod nama “SM-G981U” dilihat mencatatkan markah sebanyak 561 mata untuk ujian single-core dan 2358 mata untuk ujian multi-core.",
"Senarai Geekbench juga menunjukkan ia dikuasakan oleh cip pemproses dengan kod ‘kona’ – di mana terdapat maklumat mendedahkan kod tersebut adalah nama yang merujuk kepada cip pemproses terbaru, Snapdragon 865. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan sesetengah pasaran dijangka dibekalkan dengan Exynos 9830 (Exynos 990).",
"Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Jadi sama – sama kita tunggu dan jangan lupa acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 yang dijadulkan berlangsung pada 14 Februari ini! Kekal bersama eRing okay!"
] |
https://ering.com.my/2017/05/reviu-eksklusif-samsung-galaxy-c9-pro-tampil-dengan-sokongan-spesifikasi-hebat/ |
Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy C9 Pro, Tampil Dengan Sokongan Spesifikasi Hebat
| [
"Sokongan paparan skrin yang besar bukanlah sesuatu yang baru untuk peranti keluaran Samsung, tetapi kemunculan siri terbaru iaitu Samsung Galaxy C9 Pro yang menyokong skrin sebesar 6.0 inci ini nampaknya telah memperlihatkan beberapa penambahbaikan pada sokongan spesifikasinya berbanding model keluaran Samsung yang lain.",
"Ini jelas dapat dilihat melalui sokongan memori dalaman 64GB, kapasiti RAM mencecah 6GB, speaker stereo dan juga lensa kamera depan beresolusi 16 Megapiksel. Jadi sekiranya anda sedang mencari peranti dengan sokongan paparan skrin yang besar, ternyata Samsung Galaxy C9 Pro merupakan salah satu model yang patut dipertimbangkan…",
"Sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 653 dengan keupayaan 64-bit serta kapasiti RAM yang sangat besar mampu memastikan Galaxy C9 Pro untuk mengoperasikan beberapa aplikasi secara serentak dengan lebih lancar. Apa yang lebih istimewa, Galaxy C9 Pro merupakan peranti pertama daripada Samsung yang menyokong RAM berkapasiti 6GB dan sekaligus menjadikannya antara beberapa model smartphone di pasaran yang menyokong RAM terbesar seperti OnePlus 3/3T, OPPO R9s Plus dan ASUS ZenFone 3 Deluxe (ZS570KL).",
"Saiz paparan skrin yang besar dengan sokongan resolusi HD Penuh bukanlah sesuatu yang baru kerana banyak pengeluar yang tampil dengan spesifikasi sebegitu, dan ini termasuklah model Sony Xperia XA Ultra, Huawei Mate 9 dan juga OPPO R9s Plus. Namun begitu, apa yang membezakan Galaxy C9 Pro dengan model lain di pasaran adalah paparan Super AMOLED yang menjanjikan kejituan warna yang sangat menonjol serta kontras yang optimum. Selain itu, kelebihan Super AMOLED turut menyokong fungsi paparan ‘Always-on Display’.",
"Apabila sebut sahaja tentang saiz skrin yang besar, sokongan bateri berkapasiti besar adalah merupakan salah satu keperluan utama bagi menjanjikan hayat bateri yang lebih baik. Oleh itu, Galaxy C9 Pro telah menampilkan sokongan bateri berkapasiti 4000mAh yang mampu memastikan masa penggunaan yang sangat baik. Bahkan proses mengecas juga terasa lebih cepat dengan adanya teknologi Adaptive Fast Charging yang menyokong output 9V1.67A atau 5V2A.",
"Paparan skrin yang besar sudah tentunya amat praktikal untuk anda yang mementingkan aspek multimedia seperti memain permainan mudah alih ataupun menonton klip video di YouTube. Jadi sokongan speaker stereo pada Galaxy C9 Pro sememangnya menjadi salah satu sebab mengapa anda perlu memilihnya. Kedudukan speaker stereo Galaxy C9 Pro tampil sama seperti yang dimiliki oleh iPhone 7 / 7 Plus, Huawei Mate 9 dan juga Huawei P9 Plus, iaitu satu speaker di bahagian bawah kerangka dan satu lagi di lubang earpiece.",
"Mengambil gambar menggunakan kamera smartphone bukan sahaja merupakan satu trend, tetapi ia juga boleh dilihat telah menggantikan penggunaan kamera kompak. Sebagaimana kamera utama, sokongan kamera depan yang berkualiti juga menjadi kriteria penting terutamanya bagi penggemar swafoto. Galaxy C9 Pro sememangnya tidak mengecewakan kerana ia menampilkan dua buah lensa beresolusi 16 Megapiksel untuk kamera utama dan juga kamera depannya.",
"① Adapter pengecas 9V1.67A / 5V2A\n② Earphone\n③ Kabel USB Type-C\n④ Penyambung microUSB ke USB Type-C\n⑤ Pin slot\n⑥ Buku manual",
"Sebagaimana smartphone yang lain, bahagian atas paparan skrin telah menempatkan lubang earpiece, lensa depan beresolusi 16 Megapiksel dan juga dua buah sensor iaitu proximity serta ambient light. Apa yang lebih menariknya, lubang earpiece ini juga turut berfungsi sebagai salah satu daripada speaker stereo.",
"Ruang bezel di bahagian bawah paparan skrin Galaxy C9 Pro pula telah menempatkan satu butang kawalan fizikal iaitu butang Home dan dua butang sentuhan iaitu butang Recent Apps serta butang Back dengan nyalaan LED berwarna putih. Seperti biasa, butang Home ini juga turut dilengkapi dengan fungsi pengimbas cap jari.",
"Walaupun tampil dengan paparan skrin Super AMOLED 1080p sebesar 6.0 inci, Galaxy C9 Pro masih mampu memberikan rasa pegangan yang agak baik kerana saiz bezel sisinya yang agak nipis. Malah kehadiran bingkai hitam di sekeliling paparan skrin juga tidak begitu ketara sekaligus memberikan paparan yang lebih baik dan optimum.",
"Dengan ketebalan kerangka hanya 6.9mm sahaja, lensa utama beresolusi 16 Megapiksel yang disokong oleh Galaxy C9 Pro kelihatan sedikit timbul dari permukaan panel belakangnya. Di sebelah kirinya boleh ditemui dua buah LED Flash dalam dua warna berbeza bagi mendapatkan tona warna lebih asli.",
"Berbeza dengan rekaan jalur antena yang digunapakai pada peranti keluaran HTC dan juga Apple, Samsung telah menampilkan rekaan jalur antena yang kelihatan lebih menarik. Namun sama ada kebetulan ataupun tidak, rekaan tiga jalur antena yang dimiliki oleh Galaxy C9 Pro ini sebenarnya kelihatan agak sama rekaannya dengan model OPPO R9s Plus.",
"Bahagian atas kerangka Galaxy C9 Pro hanya dilengkapi dengan satu sahaja lubang mikrofon. Manakala bahagian bawahnya pula telah dioptimumkan ruang yang ada dengan penyediaan port 3.5mm audio jack, port USB Type-C, lubang mikrofon dan juga satu lagi speaker stereo.",
"Sisi kiri hanya menempatkan butang kawalan suara, manakala sisi kanannya pula dilengkapi dengan butang kuasa, slot kad microSD dengan sokongan kapasiti maksimum sehingga 256GB, dan satu lagi slot kad yang membolehkan anda untuk memasukkan dua kad nanoSIM secara serentak.",
"Samsung Galaxy C9 Pro telah menerima sentuhan antaramuka terbaru daripada Samsung iaitu TouchWiz Grace UX, sama seperti yang pernah diperkenalkan pada Samsung Galaxy Note7 dan juga versi kemas kini Android 7.0 Nougat pada model Samsung Galaxy S7 dan juga S7 Edge. Sebagai rujukan pembaca, kami akan berkongsi antaramuka versi terbaru TouchWiz ini seperti berikut:",
"Info: Aplikasi Samsung Notes merupakan aplikasi lengkap yang membolehkan anda untuk mengambil nota teks ataupun nota bergambar, membuat lakaran, rakaman suara dan juga senarai semak yang lengkap dengan fungsi lengkap.",
"Info: Sekiranya anda berhadapan dengan sebarang masalah teknikal dengan peranti ini, anda boleh terus menghubungkan peranti milik anda terus ke pakar teknikal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.",
"Info: Terdapat tiga fungsi utama disokong oleh aplikasi ini iaitu Manage untuk pendaftaran waranti peranti serta mempelajari tip dan trik peranti, Rewards pula memaparkan promosi serta tawaran terbaru dari Samsung, dan juga Support untuk mendapatkan lokasi pusat servis terdekat.",
"Info: Tiga fungsi utama disediakan oleh aplikasi ini iaitu perlindungan data dengan menyimpan gambar, memo dan aplikasi di dalam folder berkunci, mengunci aplikasi dan juga menggunakan dua aplikasi yang sama secara berasingan.",
"Apabila anda membuat keputusan untuk memiliki sebuah smartphone baru, perkara utama yang sering anda akan lakukan adalah membezakan model tersebut dengan beberapa model lain yang terdapat di pasaran.",
"Jadi sekiranya anda telah menetapkan kriteria spesifik iaitu ingin memiliki sebuah smartphone dengan sokongan paparan skrin besar iaitu antara 5.9 hingga 6.4 inci, kami akan membandingkan Samsung Galaxy C9 Pro dengan tiga model yang dijual pada harga berbeza, bagi membantu anda untuk menilai sendiri sama ada Samsung Galaxy C9 Pro yang berharga RM2,299 ini adalah berbaloi jika dibandingkan dengan smartphone yang dijual pada harga lebih mahal atau lebih murah darinya…",
"Seperti yang anda ketahui, tidak banyak peranti keluaran Samsung yang menampilkan sokongan speaker berkualiti stereo dan ini merupakan salah satu keistimewaan Galaxy C9 Pro. Namun begitu agak mengecewakan kerana sama seperti HTC 10, kekuatan speaker pada lubang earpiece Galaxy C9 Pro yang berfungsi sebagai tweeter adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan kekuatan speaker di bahagian bawah kerangkanya yang berfungsi sebagai woofer. Malah sokongan speaker stereo pada Galaxy C9 Pro juga tidak menyokong fungsi auto-rotate yang mana memerlukan anda memegangnya pada orientasi melintang yang betul bagi memastikan saluran bunyi kiri dan kanan adalah betul.",
"Malah fungsi mod speaker stereo pada Galaxy C9 Pro juga boleh dimatikan dan hanya speaker di bahagian bawah kerangka sahaja yang akan menghasilkan bunyi sekiranya fungsi ini ditutup. Untuk pengetahuan anda juga, fungsi speaker stereo ini juga hanya akan diaktifkan apabila anda mendengar muzik, menonton video dan juga ketika memainkan permainan mudah alih sahaja.",
"Proses mengecas dimulakan pada jam 2.45 petang ketika bateri berbaki 10%.",
"Selepas 30 minit (3.15 petang), peratusan bateri telah mencatatkan 47% iaitu pertambahan sebanyak 37%.",
"Selepas 1 jam dicas (3.45 petang), peratusan bateri telah mencatatkan 83% iaitu pertambahan sebanyak 36%.",
"Bateri berjaya dicas sepenuhnya ke 100% selepas 88 minit (1 jam 28 minit)."
] |
https://ering.com.my/2018/08/pelancaran-bersejarah-samsung-galaxy-note9-dijual-mulai-24-ogos-2018/ |
Pelancaran Bersejarah Samsung Galaxy Note9 – Dijual Mulai 24 Ogos 2018
| [
"Peranti pintar berkeupayaan tinggi Samsung Galaxy Note9 kini diraihkan bersama 2000 orang bertempat di Arena Axiata, Bukit Jalil. Peningkatan ketara yang menggabungkan kuasa, produktiviti, ketahanan unggul serta hiburan penuh menjadikan siri Note terbaru ini berkuasa besar di kalangan peranti lain sedia ada di pasaran.",
"Dalam majlis pelancaran ini, pasukan demo Taekwondo terkemuka dunia, K-Tigers juga mempersembahkan seni mempertahankan diri yang digemari ramai. Seni ini melambangkan ketangkasan dan kuasa sepertimana kekuatan yang ditawarkan pada Note9.",
"Ciri-ciri premium seperti paparan Infiniti 6.4 inci Super AMOLED QHD+ HDR, cip pemproses Exynos 9810, 6GB/8GB RAM dan 128GB/512GB bersama kad microSD sehingga 512GB, kapasiti bateri sebesar 4,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas, serta kalis air dan debu IP68 tidak ketinggalan dibekalkan pada Note9.",
"Tambahan lagi kombinasi dwi kamera 12MP + 12MP dengan aperture f/1.5-f/2.4 + f/2.4 yang menyokong zum optikal 2x, dibawah bantuan sistem OIS membolehkan Note9 bukan sahaja sebuah peranti flagship yang berproduktiviti, malah juga merupakan peranti hiburan yang sungguh berproduktif. ",
"Di samping itu, kehadiran S-Pen boleh dikatakan mempunyai peningkatan yang ketara. Sokongan Bluetooth terbina dalam membolehkannya berfungsi sebagai alat kawalan jauh sama ada mengambil gambar, membuat pembentangan, mengawal pemain muzik atau video. ",
"Galaxy Note 9 ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,699 untuk varian 128GB, dan RM4,599 untuk varian 512GB. Bagi yang berminat boleh dapatkan mulai 24 Ogos di laman e-dagang terkenal seperti Lazada, 11street, Shopee, SenHeng, Courts, Harvey Norman dan Bintang Maju Commercial, atau telco tempatan seperti Celcom, Maxis, U Mobile dan Yes dengan tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Midnight Black, Metallic Copper dan Ocean Blue."
] |
https://ering.com.my/2021/03/nikmati-hadiah-misteri-bernilai-sehingga-rm259-bagi-pembelian-siri-oppo-reno5-5g-bermula-dari-sekarang-sehingga-21-mac/ |
Nikmati Hadiah Misteri Bernilai Sehingga RM259 BAgi Pembelian Siri OPPO Reno5 5G Bermula Dari Sekarang Sehingga 21 Mac!!!
| [
"Buat peminat OPPO, kini mereka menawarkan “Picture Joy Together Deal” bermula hari ini hingga 31 Mac bagi peminat yang sentiasa menyokong OPPO.",
"Bagi pembelian mana-mana OPPO Reno5 Series 5G, anda akan mendapat hadiah bernilai dari RM99 hingga RM259.",
"HAdiah misteri ini termasuklah exquisite tumbler, Designer’s designed Reno5 BFF phone case, compatible Reno5 bag pack dan banyak lagi.",
"Jadi tunggu apa lagi. Cepat-cepat dapatkan siri OPPO Reno5!!"
] |
https://ering.com.my/2019/10/dapatkan-oppo-reno2-dengan-kad-kredit-aeon-pada-0-faedah-untuk-ansuran-12-bulan-sehingga-30-november-2019/ |
Dapatkan OPPO Reno2 Dengan Kad Kredit AEON Pada 0% Faedah Untuk Ansuran 12 Bulan – Sehingga 30 November 2019
| [
"Peminat OPPO Reno2 kini boleh dapatkan peranti baharu ini dengan pelan yang lebih menarik! Kad Kredit AEON telah menawarkan pelan ansuran selama 12 bulan tanpa faedah kepada pelanggan mereka yang ingin membeli OPPO Reno2, tiada deposit dan kad kredit diperlukan!",
"Tawaran eksklusif ini akan berlangsung mulai sekarang hingga 30 November 2019, di semua kedai konsep OPPO, kedai terpilih dan telco tempatan terpilih. Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi OPPO.",
"Reviu Eksklusif OPPO Reno2: Pelengkap Setia Si Kaki Vlogging"
] |
https://ering.com.my/2017/06/western-digital-my-passport-ssd-dijual-pada-harga-bermula-rm579/ |
Western Digital My Passport SSD Dijual Pada Harga Bermula RM579
| [
"My Passport antara SSD yang terkenal dan diguna ramai di seluruh dunia, storan jenis SSD ini lebih selamat dan pantas digunakan berbanding storan jenis HDD. Fail yang disimpan tidak mudah rosak atau bahasa lain lebih mudah “corrupt” apabila disimpan begitu lama, itu adalah kelebihan yang ada pada jenis storan SSD. Akan tetapi, jangan lupa bahawa anda perlu berbelanja lebih untuk mendapatkannya, tidak mustahil barang yang berkualiti harganya sudah pasti lebih tinggi.",
"Apa yang diperkenalkan oleh Western Digital My Passport SSD ini, ia menawarkan pemindahan data lebih pantas sehingga 515MB per saat. Setiap data yang ingin dipindah, ia didatangkan dengan kabel USB-Type C menggunakan USB 3.1 generasi ke-2 sesuai dipakai di komputer dan Mac. Dari segi ketahanan, My Passport terbaru ini mampu bertahan sehingga 1,500G hentakan pada ketinggian maksimum 6 setengah kaki.",
"Western Digital menawarkan My Passport SSD dalam tiga variasi storan bermula 256GB (RM579), 512GB (RM1,039), dan 1TB (RM2,099) yang boleh dibeli melalui laman e-dagang Lazada sehingga 6 Julai depan."
] |
https://ering.com.my/2018/03/asus-zenfone-3-laserdeluxezoom-terima-android-8-0-oreo-bulan-ini/ |
ASUS ZenFone 3 Laser/Deluxe/Zoom Terima Android 8.0 Oreo Bulan Ini
| [
"Peranti ASUS ZenFone 3 telah dipasarkan secara global bermula pada tahun 2016. Jika dikira hingga ke saat ini, peranti ini sudah agak lama di pasaran. Sudah tentu perisian dalaman juga tidak setanding peranti yang dihasilkan sekarang.",
"Jangan kecewa kerana ada berita baik untuk pengguna barisan peranti ASUS ZenFone 3. ASUS baru-baru ini mengumumkan mereka bakal menawarkan kemas kini Android 8.0 Oreo kepada semua pengguna bermula minggu ini. Peranti yang dimaksudkan ialah ZenFone 3 Laser (ZC551KL), ZenFone 3 Deluxe (ZS550KL), dan ZenFone 3 Zoom (ZE553KL).",
"Kemas kini yang akan diterima tidak lama lagi boleh dimuat turun melalui kaedah OTA (Over-The-Air) terus melalui telefon sehingga penghujung bulan Mac ini. Buat masa sekarang, pihak ASUS masih belum mengulas lanjut mengenai versi yang akan dikeluarkan.",
"Adakah anda masih setia menggunakan peranti ASUS ZenFone 3 dan berasa gembira dengan berita baik ini? Tinggalkan komen anda."
] |
https://ering.com.my/2017/04/apple-dan-foxconn-bersaing-untuk-mendapatkan-toshiba-cip/ |
Apple Dan Foxconn Bersaing Untuk Mendapatkan Toshiba Cip?
| [
"Apple adalah pelanggan utama Foxconn (Taiwan) kerana kebanyakan produk Apple dipasang di sana tetapi kedua-dua syarikat ini cuba untuk memiliki Toshiba dalam pembuatan cip canggih. Mereka nampaknya ingin bersaing untuk mengukuhkan lagi aset mereka lantas meningkatkan lagi pasaran saham. Sebaliknya syarikat Jepun ini memandang berat kerana tidak mahu teknologi mereka dikongsi oleh bangsa lain, justeru Toshiba mengemukakan pelan baru untuk meredakan kebimbangan ini.",
"Difahamkan Foxconn menawarkan sejumlah 18 billion USD untuk membeli sebahagian saham Toshiba manakala Apple pula hanya mahu 20 peratus daripada keseluruhan saham tersebut, ini akan membantu Apple mengembangkan lagi pasaran cip mereka di Amerika Syarikat. Sebelum ini, ada syarikat lain yang menyertai proses pembidaan ini termasuk Broadcom, Silver Lake Partner LP, Western Digital, Foxconn termasuk syarikat dari Korea Selatan SK Hynix, mereka telah disenarai pendek termasuk Apple, Google, Amazon dan lain-lain."
] |
https://ering.com.my/2018/08/sambutan-meriah-samsung-galaxy-note9-habis-dipra-tempah/ |
Sambutan Meriah! Samsung Galaxy Note9 Habis Dipra-Tempah
| [
"Samsung Galaxy Note9 yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi dengan membuka pra-tempahan bermula 10 Ogos hingga 19 Ogos yang lalu, telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Menurut Samsung, kedua-dua varian 128GB dan 512GB juga habis dipra-tempah oleh peminat Siri Note.",
"Baca Juga: Perbezaan Dari Segi Luaran – Samsung Galaxy Note 9 vs Galaxy Note 8",
"Hanya beberapa hari sahaja jelas memperlihatkan permintaan siri Galaxy Note di kalangan peminat Samsung masih tinggi lagi. Apatah lagi dengan setiap pra-tempahan boleh mendapat hadiah eksklusif dari Samsung.",
"Samsung Galaxy Note9 ditawarkan pada harga RM3,699 (128GB) dan RM4,599 (512GB). Pelancaran sebentar lagi kita nantikan ada apa-apa lagi tawaran istimewa dari laman e-dagang yang lain."
] |
https://ering.com.my/2016/05/bot-sembang-untuk-menggantikan-anda/ |
Bot Sembang Untuk Menggantikan Anda
| [
"Acara TechCrunch Disrupt Hackathon di New York memperlihatkan sesuatu yang mungkin anda biasa dengar tetapi sedikit unik. Sistem bot sembang adalah sesuatu yang normal, terdapat banyak aplikasi ketika ini yang membolehkan anda bersembang dengan bot, namun bot yang boleh menggantikan diri anda dan bersembang dengan rakan melalui aplikasi mesej adalah sesuatu yang baru.",
"Irene Chang merupakan orang yang mencetuskan idea ini selepas beliau mendapati amat sukar untuk sentiasa melayani mesej dari rakan-rakan, terutamanya di dalam mesej kumpulan, dia sentiasa terlepas perkara-perkara penting seperti ucapan hari jadi, perayaan dan lain-lain. Dari situ timbul idea untuk membangunkan bot mesej yang boleh melakukan perkara tersebut.",
"Apa yang menarik adalah bot tersebut mampu mempelajari stail mesej anda dan mengajuknya ketika menghantar mesej kepada rakan anda, jadi anda tidak perlu risau akan risiko perkara ini akan dihidu rakan-rakan. Aplikasi ini masih dalam peringkat pembangunan dan Chang bercadang mengintegrasikan bot ini dengan aplikasi mesej yang popular seperti WeChat, WhatsApp, Kik, Facebook Messenger dan lain-lain."
] |
https://ering.com.my/2017/07/gempak-selebriti-terkenal-korea-gong-yoo-menjadi-duta-asus/ |
[GEMPAK] Selebriti Terkenal Korea Gong Yoo Menjadi Duta ASUS?!!
| [
"Khabar angin sebelum ini mengatakan peranti flagship ASUS ZenFone 4 akan dilancarkan pada bulan September. Bagaimanapun, khabar angin yang terbaru mengatakan majlis pelancaran untuk model flagship ini akan diadakan di Taiwan pada bulan Ogos nanti.",
"Menurut Pengerusi ASUS, Jonney Shih telah memutuskan untuk melantik selebriti terkenal Korea, Gong Yoo sebagai duta bagi benua Asia. Supaya mendapat kesan pengiklanan yang lebih baik, tindakan sebegitu adalah amat diperlukan. Jika anda sudah menonton filem zombi Train to Busan, pasti watak utama itu sudah anda kenal. Bagi yang belum menonton filem tersebut, Gong Yoo juga memegang watak dalam drama bersiri Goblin yang menjadi fenomena di seluruh dunia.",
"Berbalik kepada ASUS ZenFone 4, kemungkinan peranti ini akan hadir dengan sokongan dwi kamera, tetapi ia juga tidak mustahil hadir dengan sistem tiga kamera yang sudah digunakan pada ASUS ZenFone AR. Walau bagaimanapun, eRing akan kongsikan berita-berita dan khabar angin terkini sebelum majlis pelancaran nanti kepada anda."
] |
https://ering.com.my/2017/01/ces-2017-siri-lenovo-thinkpad-terbaru-untuk-golongan-profesional/ |
CES 2017: Siri Lenovo ThinkPad Terbaru Untuk Golongan Profesional
| [
"Setahun yang lalu, Lenovo melancarkan ThinkPad X1 yang menunjukkan komitmen Lenovo untuk menghasilkan peranti buat golongan profesional yang bukan sahaja boleh diharapkan ketika bekerja, malah hebat dan juga mempunyai reka bentuk yang moden.",
"Pada CES tahun ini, Lenovo memperkenalkan generasi terbaru X1 ThinkPad sekali lagi bagi golongan profesional yang mahukan peranti yang hebat dan bergaya. Hadir dengan 3 variasi, pengguna boleh memilih di antara gaya X1 Yoga yang boleh dilipat sepenuhnya, atau gaya X1 Tablet yang mudah di bawa ke mana-mana, mahupun sebuah komputer riba lengkap dengan X1 Carbon.",
"Pada pandangan pertama, ThinkPad X1 Carbon nampak seperti sebuah komputer biasa, tetapi apabila diteliti lebih dekat, anda akan menyedari bahawa komputer riba ini amat ringan, malah yang paling ringan dalam kelasnya di bawah 1.14kg. Walaupun kecil dan ringan, ia mempunyai paparan 14 inci IPS, pelbagai jenis port sambungan, kamera inframerah, touchpad dan juga TrackPoint yang amat sinonim dengan siri ini.",
"Pelanggan yang mencari notebook yang fleksibel pula boleh mencuba ThinkPad X1 Yoga. Ia boleh disesuaikan dengan pelbagai posisi mengikut keperluan pengguna, fungsi input pen dan pelbagai fungsi tambahan lain yang dikemas kini berbanding model sebelumnya seperti sambungan Thunderbolt 3. Anda juga tidak perlu risau akan kemampuan bateri komputer ini kerana ia mampu bertahan selama 15 jam pada satu kitaran penuh bateri.",
"ThinkPad X1 Tablet pula menggabungkan reka bentuk 2-dalam-1 dengan ciri-ciri kelas perusahaan bagi memberikan sebuah komputer yang amat mudah di bawa ke mana-mana dan masih mampu menawarkan kemampuan dan fungsi lengkap sebuah komputer riba."
] |
https://ering.com.my/2020/06/spesifikasi-samsung-note-20-terdedah-betul-ke-ni/ |
Spesifikasi Samsung Galaxy Note 20+ Terdedah?? Betul Ke Ni?
| [
"Disebalik keterujaan menantikan ketibaan peranti siri Samsung Galaxy Note 20, ada sesuatu yang menarik apabila spesifikasi Galaxy Note 20+ telah terdedah.",
"Menerusi satu tweet dari akaun i ice universe, memperlihatkan spesifikasi peranti ini.",
"Peranti ini dikatakan bakal hadir dengan kamera utama 108MP + 13MP + 12MP dan tampil dengan laser focus sensor. Ia juga turut dihadirkan dengan zum 50x sahaja.",
"Sejauh manakah kebenarannya? Perlu kita nantikan ketika ia dilancarkan nanti."
] |
https://ering.com.my/2021/06/dataiku-perkenal-integrasi-dengan-snowflake-untuk-mendayakan-sokongan-terhadap-fungsi-data-maju/ |
Dataiku Perkenal Integrasi Dengan Snowflake untuk Mendayakan Sokongan terhadap Fungsi Data Maju
| [
"NEW YORK, 11 Jun 2021 /PRNewswire/ — Dataiku, platform AI Perusahaan yang paling maju di dunia, hari ini mengumumkan satu integrasi dengan Snowpark dan fungsi takrifan pengguna (UDF) Java Snowflake, pengalaman pembangun baharu untuk Snowflake, berikutan pengumuman kedua-duanya di Sidang Kemuncak Snowflake. Dengan menambah sokongan untuk fungsi takrifan pengguna (UDF) Java yang kini disokong oleh Snowflake, Dataiku meneruskan kepemimpinannya dalam pengiraan tolak turun; dengan Snowpark, Snowflake dan Dataiku akan mendayakan jurutera data, saintis data, dan pembangun yang memilih bahasa lain untuk memanfaatkan keupayaan platform Snowflake yang kuat dan faedah Awan Data Snowflake.",
"Dengan integrasi UDF Java, pengguna Dataiku kini dapat memanfaatkan Snowflake dengan lebih baik untuk lebih banyak operasi – pengguna persediaan data visual kini dapat menolak turun pengiraan lebih banyak resepi visual ke enjin Snowflake, dan penskoran juga dapat berlaku secara langsung di Snowflake. Kedua-dua bidang kemudiannya dapat memanfaatkan skala Snowflake yang elastik, dan dengan itu organisasi dapat beroperasi pada set data yang lebih besar, bekerja dengan lebih pantas, dan hanya membayar untuk apa yang mereka perlukan. Tolak turun juga meminimakan pergerakan data supaya data kekal dalam Snowflake, yang meningkatkan keselamatan data dan mengurangkan kerisauan pematuhan. Dengan Snowpark, pengguna juga akan dapat melihat peningkatan dalam fungsi perkhidmatan dan lebih banyak akses untuk para pembangun – supaya lebih ramai pembangun dalam perusahaan dapat membina perkhidmatan untuk berinteraksi dengan perkhidmatan Snowflake, sambil memanfaatkan kebanyakan platform Dataiku untuk analitik maju pada skala.",
"“Dataiku telah direka untuk memanfaatkan kuasa mengira platform data secara natif. Pelancaran Snowpark & UDF Java Snowflake membolehkan kami untuk memperluaskan sokongan tolak turun sedia ada kami daripada SQL untuk fungsi yang lebih maju dalam persediaan data dan pemarkahan ramalan secara langsung di Snowflake. Ini memberikan pengguna kami keupayaan untuk mengoptimumkan pemprosesan aplikasi AI mereka di Snowflake,” kata JC Raveneau, Pengarah Kanan, Pengurusan Produk di Dataiku. ",
"“Snowflake kini dikenali kerana prestasi, kebolehskalaan, dan keserentakannya. Sebelum Snowpark dan UDF Java, interaksi dengan Snowflake kebanyakannya adalah melalui SQL,” kata Isaac Kunen, Pengurus Produk Kanan di Snowflake. “Fungsi ini membolehkan pengguna mencipta dan mengurus lebih banyak aliran kerja secara keseluruhan dalam Awan Data Snowflake, tanpa memerlukan sistem pemprosesan tambahan – memajukan misi Snowflake untuk menggerakkan data dunia, dan memberikan keupayaan kepada lebih ramai pengguna untuk mencapai wawasan data yang berkuasa dengan Awan Data Snowflake. Bekerjasama dengan Dataiku, sebuah syarikat yang berkongsi visi untuk mendemokrasikan wawasan data, akan memberi faedah kepada pelanggan bersama dengan penyelesaian analitik yang boleh diakses dan bersepadu.”",
"Snowpark dan UDF Java sedia untuk pratonton untuk pelanggan Snowflake dan akan tersedia untuk pratonton awam tidak lama lagi.",
"Dataiku ialah platform AI dan pembelajaran mesin yang terkemuka di dunia, menyokong ketangkasan dalam usaha data organisasi melalui AI yang kolaboratif, elastik, dan bertanggungjawab, semuanya pada skala perusahaan. Beratus-ratus syarikat menggunakan Dataiku untuk menyokong operasi perniagaan utama mereka dan memastikan mereka kekal relevan dalam dunia yang berubah, yang merangkumi model yang mendorong pengesanan penipuan, pencegahan pulangan pelanggan, penyelenggaraan ramalan, pengoptimuman rantaian bekalan, dan banyak lagi. Dataiku dibina untuk syarikat-syarikat yang berhasrat untuk mendemokrasikan AI di seluruh organisasi mereka, membawakan ketangkasan dan kebersediaan kepada perniagaan melalui penggunaan data oleh semua orang daripada penganalisa hinggalah kepada saintis data.",
" Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Data Analytics "
] |
https://ering.com.my/2017/05/apple-dan-nokia-selesaikan-isu/ |
Apple Dan Nokia Selesaikan Isu Pertikaian, Seterusnya Bekerjasama…
| [
"Pertikaian yang bertahun-tahun di antara syarikat gergasi Apple dan syarikat lagenda, Nokia sudah diselesaikan. Malah, mereka turut menandatangani kertas kerja dan akan bekerjasama bagi memajukan lagi produk dan jenama masing-masing.",
"Menurut Maria Varsellona, Ketua Pegawai Undang-undang Nokia, kerjasama ini amat bermakna buat Nokia dan Apple. Tambahan lagi, hubungan ini akan berubah daripada perbalahan kepada rakan kerja bagi memberi manfaat kepada pengguna. Dibalas dengan Ketua Pegawai Operasi Apple, Jeff Williams bahawa mereka menamatkan pertikaian ini dan ingin mengembangkan lagi perniagaan bersama-sama Nokia.",
"Isu pertikaian antara mereka bermula dengan masalah paten dalam reka bentuk produk, di samping itu, Nokia juga akan menerima wang pendahuluan daripada Apple dalam masa terdekat ini. Sementara itu, Nokia pula akan menyediakan infrastuktur rangkaian produk dan perkhidmatan kepada Apple. Selain itu, Apple akan membawakan produk kesihatan digital Nokia di kedai-kedai Apple kelak."
] |
https://ering.com.my/2021/01/electrifai-mengumumkan-pengembangan-penawaran-model-pembelajaran-mesin-untuk-amazon-sagemaker/ |
ElectrifAi Mengumumkan Pengembangan Penawaran Model Pembelajaran Mesin untuk Amazon SageMaker
| [
"Menyampaikan penyelesaian perniagaan melalui pembelajaran mesin yang pantas dan boleh dipercayai ",
"JERSEY CITY, New Jersey, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ — ElectrifAi, salah sebuah syarikat terkemuka di dunia dalam model kecerdasan buatan (AI) praktikal dan model pembelajaran mesin (ML) pra-binaan, hari ini mengumumkan tawaran meluas model pra-binaan dan pra-berstruktur untuk Amazon SageMaker, termasuk model yang tersedia daripada koleksi Visi Komputer dan Imej Analitik. Amazon SageMaker ialah perkhidmatan ML dari Amazon Web Services (AWS) yang membantu para saintis dan pembangun data untuk menyedia, membina, melatih dan mengguna model ML berkualiti tinggi dengan cepat melalui gabungan rangkaian luas keupayaan yang dibina khas untuk ML.",
"ElectrifAi kini telah menerbitkan 58 buah model pembelajaran mesin. ",
"Set model Visi Komputer baharu boleh berfungsi pada kamera, membolehkan aplikasi jenis baharu serta menyelesaikan rangkaian cabaran baharu. Sebagai contoh, kamera yang dipasang kepada dron boleh digunakan untuk menjejaki manusia, kenderaan dan haiwan, walaupun kamera dan subjek yang dijejaki bergerak pantas. Keupayaan analitik audio juga boleh ditambah untuk memperkuat keseluruhan penyelesaian.",
"Contoh-contoh kes penggunaan Visi Komputer ElectrifAi:",
"Model Analitik Imej boleh mengesan, membahagi dan menganotasi anomali perubatan dengan ketepatan untuk Amazon SageMaker—membolehkan seseorang menjejaki kemajuan penyakit atau kejayaan atau kegagalan sesuatu protokol rawatan. Model ini juga boleh mengenal pasti pelbagai keadaan kulit hampir serta-merta daripada gambar yang diambil menggunakan telefon pintar yang biasa.",
"Contoh-contoh kes penggunaan Analitik Imej ElectrifAi:",
"“Visi Komputer yang canggih sebagai teknologi dalam AI. Kami teruja menyaksikan model-model baharu ini akan membolehkan aplikasi baharu dengan cepat,” kata Jim McGowan, Naib Presiden Kanan Rakan Kongsi Awan dan Ketua Produk, ElectrifAi. “Model ini menghilangkan semua kerumitan melalui penggunaan antara muka yang mudah, memudahkan proses untuk membina semua jenis peralatan baharu.”",
"Model ML di AWS Marketplace boleh didapati di seluruh dunia. Sila klik di sini untuk mengakses model pra-latihan dan perkhidmatan yang berkaitan untuk membantu mempercepatkan penggunaan ML dalam organisasi anda. ",
"Tentang ElectrifAiElectrifAi ialah peneraju global dalam model pembelajaran mesin yang siap tersedia untuk perniagaan. Misi ElectrifAi adalah untuk untuk membantu organisasi mengubah cara mereka bekerja melalui pembelajaran mesin: mendorong pengurangan kos serta peningkatan keuntungan dan prestasi. Ditubuhkan pada tahun 2004, ElectrifAi menawarkan kepimpinan industri berpengalaman, suatu pasukan global dengan kepakaran domain dan a rekod yang terbukti untuk mengubah data berstruktur dan tidak berstruktur pada skala besar. Perpustakaan besar produk berasaskan Ai menjangkau fungsi perniagaan, sistem data dan pasukan untuk mendorong hasil yang unggul dalam jangka masa yang singkat. ElectrifAi mempunyai kira-kira 200 orang saintis data, jurutera perisian dan pekerja dengan rekod yang telah terbukti dalam urusan dengan lebih dari 2,000 pelaksanaan pelanggan, kebanyakannya untuk syarikat Fortune 500. Intipati misi ElectrifAi ialah komitmen untuk menjadikan Ai dan pembelajaran mesin lebih difahami, praktikal dan menguntungkan bagi perniagaan dan industri di seluruh dunia. ElectrifAi beribu pejabat di Jersey City serta pejabat-pejabat yang terletak di Shanghai dan New Delhi. "
] |
https://ering.com.my/2018/11/kempen-honor-fansgiving-miliki-honor-play-honor-band-3-pada-harga-hanya-rm1099/ |
Kempen Honor Fansgiving : Miliki Honor Play + Honor Band 3 Pada Harga RM1,099 Sahaja!
| [
"Populariti produk Honor terbukti bukan sahaja di kalangan peminatnya, tetapi juga di seluruh dunia. Malah, kehadirannya ke dunia telefon pintar dilihat menerima pelbagai respon positif.",
"Sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan itu, Honor Malaysia telah mengadakan kempen jualan ‘Honor Fansgiving’ yang bermula pada HARI INI sehingga 25 November 2018.",
"Sepanjang kempen berlangsung, pelbagai jualan hebat yang ditawarkan termasuklah:",
"Bagi menambah lagi rasa keterujaan anda, Honor turut mengadakan kempen ’72 Hours Mega Flash Sale’ yang mana berlangsung mulai 26 November 2018. Sebanyak tiga model telefon akan ditawarkan pada harga ‘super awesome’ iaitu :",
"Lebih menarik, orang ramai juga boleh menyertai peraduan ‘Spin & Win’ yang juga diadakan bermula HARI INI sehingga 28 November 2018 untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, antaranya seperti Honor 7s, Honor Play Player Edition – Red, dan banyak lagi! Maklumat lanjut, klik DI SINI."
] |
https://ering.com.my/2019/07/reviu-eksklusif-vivo-s1-unik-cantik-penuh-tarikan-tersendiri/ |
Reviu Eksklusif : vivo S1 – Unik & Cantik, Penuh Tarikan Tersendiri!
| [
"Dimasa kini terdapat pelbagai jenis reka bentuk peranti pintar yang tersedia di pasaran. Semuanya dihasilkan bagi memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai. Tapi, jika korang jenis yang mementingkan sesuatu mampu milik dengan rupa menarik serta fungsi baik, ada baiknya pertimbangkan vivo S1!",
"Bukan sahaja cantik! Malah ia juga disertakan ciri menarik yang pasti dapat memukau pemiliknya. Masih ragu- ragu sama ada pilihan terbaik atau tidak? Di sini kami senaraikan “something cool” mengenai vivo S1 – Rugi besar kalau korang tak tahu dan paling rugi kalau tak beli!",
"Salah satu keistimewaan pada vivo S1 adalah ia dibekal paparan luas bernisbah 19:5:9 bersaiz 6.38 inci Super AMOLED FHD+ dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 90%. Terdapat takuk kecil pada paparan hadapan. Paparan luas ini sememangnya sesuai untuk kandungan video dan multimedia – dengan saiz bezel yang nipis sememangnya menyerlahkan lagi rekaan hadapan peranti.",
"Belakang peranti kelihatan premium dengan sentuhan yang indah. Tiada pengimbas cap jari kelihatan, ia terbina terus di dalam paparan. Rekaan peranti dibina ergonomik untuk setiap sudut. Boleh dikatakan “ngam-ngam” dipegang. Untuk ulasan lanjut mengenai fizikal peranti, korang boleh baca artikel SEKILAS PANDANG kami.",
"vivo S1 menggunakan cip pemproses MediaTek HelioP65 sebagai tunjang utama. Ia merupakan cip lapan-teras 12nm terdiri daripada 2x teras Cortex-A75 dan 6x teras Cortex-A55. Prestasi AI turut ditingkatkan 2x – menawarkan sehingga 30% prestasi lebih pantas. Secara peribadi, cip ini mampu berfungsi dengan baik dan memberikan prestasi harian yang lancar.",
"Bagi memori, vivo S1 digandingkan dengan RAM sebesar 6GB dan storan dalaman 128GB – dirasakan memadai untuk peranti dengan segmen harga sebegini. Untuk zon ujian, kami sempat menjalankan beberapa ujian penanda aras ke atas peranti. Hasil ujian adalah seperti di bawah :",
"Sedia maklum, salah satu ciri utama yang diketengahkan pada vivo S1 adalah sokongan bateri dengan kapasiti besar iaitu 4,500 mAh. Secara peribadi, ketahanan bateri agak baik – mampu bertahan sehingga 2 hari untuk pengunaan sederhana dan sehari suntuk dengan penggunaan tegar. Pengguna juga tidak perlu menunggu lama untuk proses pengecasan semula dengan adanya teknologi Dual-Engine Fast Charging – berupaya menyingkatkan tempoh pengecasan.",
"Vivo S1 menggunakan sistem operasi Android 9 Pie dengan sentuhan antaramuka Funtouch OS 9 terus daripada kotak – Antaramuka ini menawarkan beberapa penambaikan pada rekaan serta tampil lebih warna-warni.",
"Susun atur lebih kemas dan ikon menarik serta bulat menjadikan paparan kelihatan semula jadi – boleh diubahsuai dengan mudah.Ruang notifikasi diakses melalui tatalan atas ke bawah dan pintasan fungsi boleh didapati menerusi tatalan bawah ke atas. Secara peribadi, tiada masalah berat dialami penulis sepanjang tempoh pengguna,malah ia boleh dikatakan sedap mata memandang.",
"Bagi tujuan keselamatan, vivo S1 menyokong fungsi pengimbas cap cari (Screen Touch ID Fingerprint Sensor) dan sistem imbasan wajah – ia sekaligus dapat memberikan pengguna lebih pilihan. Lebih menarik, vivo turut menyertakan beberapa animasi menarik untuk tetapan fungsi pengimbas cap jari. Sebagai tambahan, sistem keselamatan seperti Swipe, Paten, kod PIN dan kata laluan masih disediakan.",
"Kelebihan lain pada vivo S1 adalah peranti ini hadir dengan dulang kad dengan sokongan tiga slot. Melaluinya, pengguna boleh menempatkan dua slot kad SIM bersaiz nano dan juga kad microSD secara serentak.",
"Untuk kaki gaming, vivo S1 dilengkapi sokongan Ultra Game Mode dengan mod multi-turbo – mengurangkan frame-drop hingga 300% dan mengoptimumkan sumber sistem untuk prestasi permainan lebih baik. “Game Countdown” juga disertakan berfungsi sebagai peringatan sebelum permainan bermula.",
"Salah satu yang menjadi tanda ukur utama vivo S1 sudah tentu sokongan kameranya – terutama pada kamera selfie dengan lensa tunggal sebesar 32MP. Untuk kaki selfie, vivo S1 boleh dikatakan antara smartphone terbaik. Kecerahan boleh dilaras mengikut suasana. Dengan bantuan AI Portrait Framing, ia membantu menyerlahkan setiap butiran sekaligus menghasilkan tangkapan foto yang indah.",
"Selain itu, vivo S1 juga dilengkapi sokongan tiga kamera utama yang baik – dengan gabungan lensa 16MP Sony IMX449 (f/1.78) + 8MP (f/2.2) (AI Super Wide-Angle) + 2MP (f/2.4). AI Super Wide-Angle membolehkan pengguna merakam gambar bersudut luas sehingga 120 darjah – sekaligus membenarkan lebih banyak subjek dimuatkan dalam satu frame. Kualiti terhasil berada pada tahap baik dengan kemasan stuktur terperinci.",
"Kamera vivo S1 turut diselitkan pelbagai mod kamera lain untuk memperkaya pengalaman fotografi penggunanya – termasuk Fun Video, AR Stickers dan banyak lagi. Bagi yang belum familiar, fun video merupakan fungsi yang membolehkan pengguna menggunakan ciri seakan-akan pada instastory dan edit untuk menjadikannya lebih menarik.",
"Dengan sejumlah penawaran ini, secara tidak langsung meletakkan vivo S1 dalam kelas tersendiri dan memiliki keunikan menarik berbanding peranti sedia ada di pasaran – penulis yakin ia pasti digilai ramai. Harganya? Vivo S1 serba baharu ini dijual pada RM1,099 dan ia berbaloi untuk disambar! Vivo S1 ditawarkan pada ‘saku mampu milik’ namun ia mempunyai impak luar biasa. Maklumat lanjut, layari vivo Malaysia."
] |
https://ering.com.my/2019/02/senarai-harga-jualan-siri-samsung-galaxy-s10-pasaran-malaysia/ |
Senarai Harga Jualan Siri Samsung Galaxy S10 Untuk Pasaran Tempatan – Pra-Tempahan Bermula 22 Februari 2019
| [
"Untuk keriangan berganda, Samsung Malaysia hari ini sekaligus mengumumkan penawaran harga rasmi barisan siri Samsung Galaxy S10 untuk pasaran tempatan. Senarai harga jualan adalah seperti berikut :",
"Bagi yang berminat, pra tempahan dibuka pada 22 hingga 28 Februari 2019 bermula jam 10 pagi (sementara stok masih ada). Menariknya, setiap pra tempahan yang dibuat hadir dengan beberapa penawaran tambahan seperti :"
] |
https://ering.com.my/2021/07/samsung-galaxy-s22-mungkin-tidak-menggunakan-reka-bentuk-kamera-bawah-skrin/ |
Samsung Galaxy S22 Mungkin Tidak Menggunakan Reka Bentuk Kamera Bawah Skrin!
| [
"\\Menurut berita terbaru, layar lipat perdana Samsung Z Fold 3 akan memiliki teknologi kamera di skrin dan di luar skrin, tetapi siri S baru, siri S22 (dinamakan sementara), mungkin tidak dapat digunakan.",
"Sebilangan blogger digital memberitakan berita bahawa walaupun Z Fold 3 akan secara proaktif di skrin, model S22 siri iteratif Samsung masih menjadi layar berlubang. Sebabnya mudah. Kerana penjualan model siri S yang besar, Samsung cenderung menggunakan teknologi yang lebih matang. Ini juga dapat dilihat dari ini bahawa bahkan Samsung, yang memiliki teknologi layar yang sangat kuat, pada masa ini sangat konservatif dalam penggunaan teknologi kamera bawah layar. Dikombinasikan dengan berita bahawa Xiaomi juga akan menerapkan teknologi kamera bawah layar ke siri MIX unggulan kelas atas, ini dapat menunjukkan lebih lanjut bahawa teknologi kamera bawah layar belum matang.",
"Sebenarnya, melihat kembali perkembangan telefon pintar, penyebaran teknologi canggih akan memakan masa yang lama dan tidak dapat dicapai dalam sekelip mata. Walaupun teknologi kamera bawah skrin telah tersedia selama bertahun-tahun, mungkin memerlukan sedikit masa untuk benar-benar dipopularkan."
] |
https://ering.com.my/2020/05/hotforex-menawarkan-ganjaran-prestasi-terbaik-kepada-pelanggan-dan-rakan-kongsi/ |
HotForex menawarkan ganjaran prestasi terbaik kepada pelanggan dan rakan kongsi
| [
"Broker pilihan dan pemenang pelbagai anugerah HotForex meraikan ulang tahun 10 tahunnya dengan menawarkan semua Pelanggan Setia dan Rakan Kongsi ganjaran yang dapat dikeluarkan setiap bulan dari hadiah terkumpul $2,000,000",
"PORT LOUIS, Mauritius, 5 Mei 2020 /PRNewswire/ — HotForex, broker forex dan komoditi serta pemenang pelbagai anugerah CFD, ditubuhkan pada tahun 2010 dan meraikan ulang tahun sepuluh tahunnya dengan menawarkan peluang kepada pelanggan dan Rakan Kongsi untuk memperoleh ganjaran bulanan yang dapat dikeluarkan dan yang dipindah terus ke akaun mereka.",
"Jurucakap HotForex berkata: “Kami sentiasa memastikan pelanggan dan rakan setia kami sebagai pusat dari segala yang kami lakukan untuk memastikan kami memberikan pengalaman perdagangan terbaik. Program ganjaran terbaru ini adalah sebahagian yang hebat dari perayaan ulang tahun 10 tahun kami, dan kami berharap setiap pelanggan dan Rakan Kongsi kami yang terhormat akan menikmati peluang untuk memperoleh bahagian mereka dari $ 2,000,000 yang tersedia! “",
"Mulai sekarang hingga akhir tahun 2020, promosi Pulangan daripada Margin Tersedia (Return on Free Margin) akan memberikan pulangan pelaburan yang boleh dikeluarkan secara bulanan kepada pelanggan, sementara Bonus Ulang Tahun 10 Tahun Rakan Kongsi HF menawarkan kepada rakan kongsi pengeluaran bonus sehingga $ 3,000 setiap bulan.",
"Ketathui dengan lebih lanjut mengenai tawaran ekslusif ini di sini.",
"Penubuhannya sejak tahun 2010, HotForex adalah jenama HF Markets Group yang merangkumi entiti global dan terkawal yang beroperasi sebagai broker pelbagai aset yang menawarkan perkhidmatan perdagangan runcit dan institusi kepada pelanggan dari seluruh dunia. HotForex terus menngukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran, fakta yang disokong oleh:",
"Untuk mengetahui mengenai HotForex, Anda boleh layari laman web kami dengan menekan di sini.",
"Berdagang produk berleveraj seperti Forex dan derivative mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur kerana ia berisiko tinggi terhadap modal anda. ",
" Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Accounting news, issues New products/services Financial Technology "
] |
https://ering.com.my/2021/05/genapsys-mengumumkan-pembiayaan-ekuiti-siri-d-bernilai-70-juta-dan-pengembangan-ahli-lembaga-pengarahnya/ |
GenapSys Mengumumkan Pembiayaan Ekuiti Siri D Bernilai $70 Juta dan Pengembangan ahli Lembaga Pengarahnya
| [
"Modal tersebut akan mendayakan kemajuan berterusan untuk platform penjujukan generasi seterusnya yang berasaskan elektronik milik GenapSys ",
"REDWOOD CITY, California, 28 Mei 2021 /PRNewswire/ — GenapSys, Inc. (GenapSys), sebuah syarikat yang membangunkan platform penjujukan elektronik yang sangat tepat dan boleh diskala, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul dana bernilai $70 juta dalam pembiayaan ekuiti Siri D. Pelabur dalam pusingan ini termasuk Farallon Capital Management, L.L.C., Soleus Capital yang merupakan ahli gabungan PBM Capital dan pelabur baharu tambahan. Hasil daripada pembiayaan ini akan digunakan untuk terus memajukan platform penjujukan berasaskan semikonduktor generasi seterusnya (NGS). ",
"“Kami gembira dapat bekerjasama dengan kumpulan pelabur bertaraf dunia yang berkongsi visi strategik kami yang luas untuk menghasilkan ekosistem penjujukan genomik yang boleh diskala dan berpatutan yang memperkasakan kedua-dua bidang penyelidikan akademik dan klinikal,” kata Jason Myers, Ph.D., Ketua Pegawai Eksekutif GenapSys. “Kami berharap dapat memanfaatkan wawasan strategik ahli Lembaga Pengarah untuk mempercepatkan pembangunan produk baharu, terutamanya dalam bidang onkologi.”",
"Pengasas dan Pengerusi GenapSys, Dr. Hesaam Esfandyarpoor menambah, “Pusingan pembiayaan terkini ini merupakan bukti kekuatan dan momentum teknologi GenapSys. Dunia baru sahaja mula mengungkap potensi penjujukan genomik yang hebat dan modal ini akan membantu mendayakan pertumbuhan GenapSys ke peringkat seterusnya. Kami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan para pelabur bertaraf dunia ini dan mengembangkan ahli Lembaga Pengarah GenapSys.” ",
"Selain itu, Bob Zollars dan wakil Farallon Capital telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah GenapSys.",
"Bob Zollars menambah, “Pembangunan GenapSys untuk ekosistem penjujukan genomik yang sangat berpatutan dan boleh diskala berpotensi mengubah keadaan manusia. Dengan teknologi penjujukan Syarikat, para penyelidik dan klinisian yang sebelum ini mengalami kekurangan akses kepada pilihan penjujukan, akan berupaya memahami dan merawat penyakit dengan lebih baik. Saya teruja untuk berkhidmat sebagai Ketua Pengarah bebas Syarikat.”",
"Bob Zollars membawa pengalaman kepemimpinan selama lebih 35 tahun dalam teknologi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pertumbuhan dan penciptaan nilai. Encik Zollars ialah Penasihat Kanan Frazier Healthcare Partners dalam perniagaan pertumbuhan ekuiti mereka. Sebelum ini, Encik Zollars merupakan Presiden Kumpulan Cardinal Health dan bertanggungjawab ke atas lima anak syarikatnya serta turut mengetuai empat bahagian operasi yang berbeza di Baxter Healthcare. Beliau merupakan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Vocera Communications, Inc. dan sebelum ini merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Neoforma, beliau telah memimpin kedua-dua syarikat ini melalui IPO yang berjaya. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Change Healthcare, Five 9, Kate Farms dan Parata Systems. Encik Zollars memperoleh M.B.A. dalam bidang Kewangan dari John F. Kennedy University dan menamatkan pengajian magna cum laude dengan B.S. dalam bidang Pemasaran dari Arizona State University yang kini menjadikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah. ",
"Tentang GenapSys, Inc.GenapSys ialah sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada kemajuan akses sejagat terhadap maklumat genomik dengan menyampaikan ekosistem penjujukan genomik yang menjimatkan, boleh diskala dan tepat sekali gus memperkasakan penggunaan penyelidikan akademik dan klinikal. Sistem ini memanfaatkan cip penjujukan berbendalir mikro elektrik proprietari dengan sejumlah pengesan yang boleh diskala yang membolehkan pelbagai kegunaan. GenapSys beribu pejabat di Redwood City, California.",
"Produk GenapSys disediakan untuk Kegunaan Penyelidikan sahaja. Bukan untuk kegunaan dalam prosedur diagnostik.",
"Untuk Pertanyaan Media:Surekha Karudapuram, Naib Presiden, Pengurusan Produk dan Pemasaran [email protected]",
"Untuk Pertanyaan Pelabur:David Deuchler, Pengarah Urusan CFA|Gilmartin [email protected] ",
" Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Venture Capital Data Analytics "
] |
https://ering.com.my/2021/03/amazfit-t-rex-pro-bakal-dilancarkan-di-malaysia-jam-tangan-pintar-gred-ketenteraan-tahan-lasak-dengan-ketahanan-agar-setanding-dengan-anda-dan-hayat-bateri1-sehingga-18-hari/ |
Amazfit T-Rex Pro Bakal Dilancarkan di Malaysia: Jam Tangan Pintar Gred Ketenteraan Tahan Lasak dengan Ketahanan agar Setanding Dengan Anda dan Hayat Bateri[1] sehingga 18 Hari
| [
"SHENZHEN, China, 23 Mac 2021 /PRNewswire/ — Amazfit, jenama global dalam pasaran peranti boleh pakai, melancarkan edisi terkini siri jam tangan pintar sukan luarnya yang berjaya, Amazfit T-Rex Pro, di acara maya secara langsung pada jam 10 malam, 23 Mac.",
"Amazfit T-Rex Pro Bakal Dilancarkan di Malaysia",
"Di Malaysia, Amazfit T-Rex Pro berharga RM 659 dan akan mula dijual pada 4 April. Prapesanan di Gedung Rasmi Amazfit (https://shopee.com.my/amazfit.os) mulai 24 Mac dan Dasher (https://shopee.com.my/dasher) mulai 28 Mac.",
"Amazfit T-Rex Pro dibangunkan berdasarkan populariti Amazfit T-Rex yang memenangi anugerah, yang mula diperkenalkan di CES 2020. Diinspirasikan oleh kejayaan pendahulunya dan melalui inovasi tekal, Amazfit T-Rex Pro melepasi 15 ujian gred ketenteraan[2]. Fungsian baharu juga termasuk tahan air 10 ATM[3], sistem pengukuran ketepuan oksigen darah, empat sistem satelit navigasi global, altimeter barometrik dan lebih daripada 100 mod sukan. Fungsi-fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasannya yang komprehensif melibatkan pelbagai mod sukan luar yang popular untuk aktiviti kembara, seraya menjadikannya lebih mudah untuk keluar daripada zon selesa anda.",
"[1] Hayat bateri mungkin berbeza mengikut tetapan, keadaan operasi dan faktor-faktor lain. Maka, hasil sebenar mungkin berbeza daripada data makmal.",
"[2] Data berkaitan mengenai topik ini datangnya daripada laporan berikut: H202005252293-01EN-G2.",
"[3] Selaras dengan piawaian GB/T 30106-2013 / ISO 22810:2010, Amazfit T-Rex Pro mencapai penarafan 10 ATM untuk rintangan air sehingga 100 meter, maka ia sesuai untuk percikan, salji, mandi, berenang, selam snorkel atau sukan air kelajuan tidak tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi halaman sokongan di support.amazfit.com."
] |
https://ering.com.my/2020/10/dst-melancarkan-innoconnect-ke-arah-membina-komuniti-yang-berhubung/ |
DST Melancarkan InnoConnect, Ke Arah Membina Komuniti yang Berhubung
| [
"BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei, 24 Okt. 2020 /PRNewswire/ — DST telah mencapai satu lagi kejayaan penting dengan pelancaran InnoConnect, sebuah lebuh raya digital yang membolehkan akses ke perkhidmatan dengan lancar dan dalam masa nyata. InnoConnect merupakan platform (pelantar) pertukaran data yang modular, mudah digunakan dan selamat. Ia juga merupakan komponen infrastruktur digital yang penting bagi laluan DST ke arah mencapai transformasi digital.",
"Pelancaran InnoConnect telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Hj Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi di Ibu Pejabat DST.",
"Dalam era digital ini, DST peka bahawa kebolehan untuk para pelanggan dapat terhubung terus menggunakan perkhidmatan hanya dalam beberapa klik adalah sangat penting dan banyak memudahkan para pelanggannya. Oleh itu, DST memperluaskan lagi perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan InnoConnect, yang membolehkan perkhidmatan disampaikan dengan lebih baik, serta mengelakkan pertindihan kerja, memanfaatkan data dengan lebih baik, dan menyampaikan perkhidmatan secara digital. InnoConnect juga menyediakan rangka kerja perkhidmatan penghantaran untuk membolehkan perkongsian maklumat dihantar dengan tepat, lancar, dan pada masa yang sama melindungi maklumat dengan selamat.",
"Radin Sufri bin Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif Datastream Digital Sdn Bhd (DST) menekankan bahawa “InnoConnect merupakan penterjemah, pengurus aliran kerja, penutup jurang, pengantara untuk komuniti, perkhidmatan, platform, pangkalan data dan lebih penting lagi sebagai saluran untuk inovasi masa depan bagi membolehkan ekosistem digital terus berkembang.” Beliau menambah lagi, “Untuk mengeluarkan potensi penuh dari ekosistem platform tersebut, InnoConnect juga dilengkapi dengan penggunaan interaksi pelanggan omni-channel kami untuk memberikan perkhidmatan kepada sektor awam dan swasta.”",
"Dalam pelancaran InnoConnect ini, DST akan dapat menyokong sektor awam dan swasta untuk lebih mudah lagi terhubung ke rangkaian sistem, serta saling beroperasi dan mudah alih dalam perkhidmatan rangkaian ekosistem yang serba kompleks. Dengan usaha ini, akan boleh mengubah cara individu, peniaga dan penyedia perkhidmatan untuk saling berinteraksi antara satu sama lain, maka memudahkan lagi untuk berhubung dengan semua rakyat Brunei.",
"Untuk maklumat lanjut mengenai InnoConnect, sila layari laman web DST di www.dst.com.bn/innoconnect",
"Mengenai Datastream Digital Sdn Bhd (DST)",
"Datastream Digital (DST) telah lahir daripada evolusi infrastruktur dalam transformasi industri telekomunikasi Brunei. Ini diikuti pula oleh usaha transformasi digital utama DST sendiri. Sebelum ini, DST merupakan Penyedia Rangkaian Mudah Alih perkhidmatan penuh dan Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih sepenuhnya sehingga sekarang, penyedia pertama digital berfokus pelanggan, aset ringan, dalam kemudahan tiga serangkai, iaitu perkhidmatan mudah alih, jalur lebar tetap dan semua perkara mendatar secara digital.",
"Kini, DST berkembang daripada penyedia perkhidmatan mudah alih menjadi penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap, untuk Kediaman dan juga Perusahaan serta konvergen perkhidmatan mudah alih dan konvergen tetap, DST terus kekal sebagai penyedia telekomunikasi utama di Brunei. Dengan perkembangan perkhidmatan kepada jalur lebar tetap, ini merupakan kawasan pembangunan untuk pertumbuhan.",
"Dengan pengalaman telekomunikasi tradisional selama 25 tahun, dan corak pemikiran yang sentiasa berubah, DST terus membangunkan platform digitalnya dan terus membina ekosistemnya untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan digital, menyediakan nilai serta kemudahan sebagai keutamaan kepada pelanggannya di Brunei, dengan matlamat visi untuk berkembang ke rantau ini sebagai penyedia perkhidmatan digital.",
"Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Data Analytics"
] |
https://ering.com.my/2020/04/zte-bantu-china-mobile-hantar-pesanan-5g-pertama-china/ |
ZTE bantu China Mobile hantar pesanan 5G pertama China
| [
"SHENZHEN, China, 13 April 2020 /PRNewswire/ — ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini telah membantu China Mobile cawangan Zhejiang menghantar pesanan 5G pertama China berasaskan standard GSMA UP2.4 di Hangzhou, China, seraya menjadikan China Mobile sebagai pengendali Cina yang pertama melaksanakan Pusat Pesanan 5G (5GMC).",
"Dijangkakan bahawa pesanan 5G China Mobile akan mula digunakan secara komersial menjelang penghujung Jun 2020, yang menjadi kiraan detik rasmi bagi penggunaan komersial pesanan 5G di China.",
"Pesanan 5G pertama ini telah merealisasikan saling sambungan antara sistem pesanan 5G dan Chatbot atau peralatan rangkaian sedia ada, melaksanakan penghantaran titik-ke-titik bagi pesanan media beraneka seperti gambar, video, lokasi dan fail.",
"Komunikasi antara terminal dan aplikasi perindustrian generasi baharu Chatbot dilaksanakan dengan memanfaatkan platform MAAP, seterusnya meningkatkan pengalaman perkhidmatan multimedia pengguna terminal dan mempercepatkan penggunaan komersial pesanan 5G dengan ketara.",
"China Mobile Cawangan Zhejiang ialah unit perintis pertama pesanan 5G China Mobile. Sistem 5GMCnya, yang dibina oleh ZTE, menggunakan seni bina NFV berasaskan awan sepenuhnya dan penyelesaian ringan terbina dalam.",
"Selain daripada keserasian ke bawah dengan pesanan ringkas 2G/3G/4G, sistem 5GMC turut menyediakan perkhidmatan pemesejan 5G serba baharu, yang menampilkan pesanan dipertingkat dan pesanan perniagaan serta naik taraf pesanan ringkas kepada pesanan media beraneka, pesanan kad dan aplikasi Chatbot.",
"Hasilnya, pengguna terminal 5G dan pengguna industri dapat mengalami perkhidmatan sehenti seperti carian, dialog, interaksi dan pembayaran dalam tetingkap pesanan, tanpa perlu memasang sebarang APP, dan oleh yang demikian dapat mengakses terus aplikasi pengendali dan pihak ketiga.",
"ZTE sudah lama komited terhadap perkhidmatan pemesejan 5G China Mobile. Sebagai penyedia perkhidmatan pemesejan yang terkemuka di dunia, ZTE bekerjasama erat dengan China Mobile untuk membimbing dan menggalakkan pewujudan standard pemesejan 5G antarabangsa. Sebagai contoh, ZTE telah membantu China Mobile untuk melengkapkan pensijilan GSMA UP buat kali pertama di dunia dan mengatur ujian jalinan kerja pesanan 5G untuk tiga pengendali Cina yang utama, seterusnya meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan pesanan 5G.",
"ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu untuk menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.",
"Setakat ini, ZTE memperoleh 46 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan serta mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi pembangunan standard antarabangsa.",
"Margaret Ma ZTE Corporation Tel: +86 755 26775189 Emel: [email protected]",
" Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services "
] |
https://ering.com.my/2016/09/cabaran-selfie-natural-oppo-f1s/ |
Cabaran Selfie Natural OPPO F1s
| [
" Sukakan selfie? Mahu menang sebuah smartphone OPPO F1s yang sememangnya hebat untuk selfie? OPPO ada tawaran istimewa untuk anda! Kini anda berpeluang memenangi OPPO F1s dan juga aksesori istimewa dalam cabaran selfie natural.",
"Apa yang anda perlu lakukan :-",
"Tempat Pertama: OPPO F1s\nTempat Kedua: iLike Bluetooth Headset\nTempat Ketiga: Selfie Sticks\n5 Hadiah Saguhati: iLike Powerbank"
] |
https://ering.com.my/2017/05/netflix-tidak-boleh-dimuat-turun-pada-peranti-yang-sudah-di-root-pada-kemaskini-akan-datang/ |
Netflix Tidak Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Yang Sudah Di ‘Root’ Pada Kemaskini Akan Datang
| [
"Peranti yang telah di ‘root’ akan memberi keseronokan kepada penggunanya kerana ia memberi keistimewaan melebihi had yang ditetapkan. Oleh itu, Netflix telah mengeluarkan kemaskini terbaru supaya ia tidak lagi boleh digunakan untuk memuat turun aplikasi popular tersebut. Hari ini, beberapa pengguna telah dihalang untuk mengakses Netflix di Google Play dengan satu mesej ringkas “Peranti anda tidak serasi dengan versi”.",
"Dalam satu kenyataan yang diberikan, versi terbaru 5.0 kini bergantung sepenuhnya kepada DRM Widevine disediakan oleh Google. Oleh itu, banyak peranti Google yang tidak sah atau telah diubah tidak akan menemui Netflix di Google Play. Bagi mereka yang tidak tahu, Widevine ialah syarikat Google yang menyediakan perlindungan kandungan berbilang platform untuk perkhidmatan penghantaran video internet.",
"Sementara itu, pengguna yang telah ‘root’ masih lagi boleh menggunakannya seperti biasa. Bahkan, ia tidak dihalang sekiranya Netflix sudah dipasang atau dimuat turun melalui APK."
] |
https://ering.com.my/2019/10/vivo-v17-pro-rasmi-peranti-dengan-6-kamera-harga-jualan-rm1699/ |
Vivo V17 Pro Rasmi, Peranti Dengan 6 Kamera – Harga Jualan RM1699!!!
| [
"Peminat peranti dari Vivo pastinya teruja apabila Vivo kini telah melancarkan 1 lagi peranti terbaharu yang dikenali sebagai Vivo V17 Pro yang mana ia bakal dijual pada harga RM1699.",
"Menariknya peranti ini tampil dengan 6.44″ FHD+ Super AMOLED Ultra FullView Display yang memberi kepuasan tontonan kepada pengguna.",
"Aspek dalaman juga sangat berkuasa apabila ia disertakan dengan Snapdragon 675AIE Octa-core dan dipadankan dengan 8GB RAM serta 128GB ROM. Jadi ia memberikan pengalaman penggunaan yang menakjubkan kepada anda.",
"Kamera juga tidak dapat disangkal lagi, sangat baik dan menakjubkan apabila hadir dengan 4 kamera di bahagian belakang iaitu 48MP + 8MP + 2MP + 2MP manakala bagi kamera hadapan pula, ia tampil dengan 2 kamera iaitu 32MP + 8MP.",
"Aspek bateri juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 4100mAh Dual-Engine Fast Charging dan menggunakan USB Type-C. Ia turut menyertakan pengimbas cap jari pada paparan dan hadir dengan Bluetooth 5.0.",
" Tampil dengan 2 warna iaitu Knight Black dan Crystal White. Ketersediaan peranti ini bermula hari ini."
] |
https://ering.com.my/2017/07/hmd-akan-melancarkan-nokia-8-paparan-qhd-dan-ram-4gb/ |
HMD Akan Melancarkan Nokia 8 – Paparan QHD Dan RAM 4GB
| [
"Tahun ini sahaja HMD Global sudah melancarkan empat model terbaru Nokia, bukan itu sahaja, dikhabarkan mereka akan menampilkan telefon pintar kelas flagship pada 31 Julai depan dengan tanda harga Euro 600 dan selepas tukaran mata wang, ia hampir ke RM3000. Harga seperti ini juga sudah semestinya akan dilengkapi dengan ciri-ciri premium dan fungsi menarik.",
"Selain itu, maklumat dari ujian AnTuTu Benchmark yang dilakukan Nokia 8 (dikenali Nokia 9) pada sebelum ini, ia akan dimuatkan dengan memori RAM 4GB beserta ruang storan sebanyak 64GB bersama cip pemproses Qualcomm Snapdragon 835. Sementara, paparan sebesar 5.3 inci dengan resolusi 2K QHD juga akan dimuatkan pada peranti Nokia 8 tahun ini.",
"Baca juga: Nokia 9 Hadir Dengan Snapdragon 835 dan RAM 4GB?!",
"HMD Global juga tidak mahu ketinggalan dalam arena smartphone, kali ini akan melengkapkan peranti high-end mereka dengan sistem dwi kamera di bahagian belakang. Sensor yang dibekalkan dikatakan akan menggunakan 13 Megapiksel jenis RGB dan monochrome. Walau bagaimanapun, Nokia masih lagi belum membuat sebarang pengumuman rasmi.",
"Justeru, apa yang boleh dikatakan Nokia nampaknya bergerak agresif pada tahun ini bertujuan untuk memberikan saingan kepada Samsung, Apple, dan Huawei. Di samping, pasaran telefon pintar kini lebih dimonopoli syarikat dari China."
] |
https://ering.com.my/2017/06/tudia-klip-penyelamat-kabel-usb/ |
TUDIA Klip, Penyelamat Kabel USB!
| [
"Peranti Apple dijual pada harga yang sangat premium, malah kualiti peranti yang dijual juga adalah berbaloi dengan harga yang dibayar. Namun satu perkara yang tidak dapat disangkal adalah kabel Lightning untuk mengecas iPhone dan iPad mudah rapuh dan koyak selepas digunakan beberapa bulan.",
"Bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sejak bertahun lamanya ini, TUDIA Klip dihasilkan oleh syarikat TUDIA dari luar negara. Apa yang menariknya aksesori ini, ia diperbuat daripada silikon dan polikarbonat yang perlu dipasang pada bahagian atas kabel Lightning bagi mengelakkannya dari terlipat sehingga terkoyak dan akhirnya terputus.",
"Hadir dengan lima pilihan warna yang terdiri daripada kelabu, merah jambu, biru, kuning dan hijau, TUDIA Klip hanya seberat 2g sahaja. Harga jualan adalah USD7 (kira-kira RM30), boleh beli di atas talian jualan Amazon."
] |
https://ering.com.my/2021/06/samsung-melancarkan-chipset-baru-untuk-meningkatkan-portfolio-5g-ran-generasi-seterusnya/ |
Samsung Melancarkan Chipset Baru untuk Meningkatkan Portfolio 5G RAN Generasi Seterusnya!!!
| [
"Chipset baru diumumkan hari ini di “Samsung Networks: Redefined,” yang menonjolkan pencapaian 5G yang terkenal dan penyelesaian baru untuk transformasi rangkaian. Pada majlis itu, Samsung menekankan pengalamannya dalam mengembangkan chipset dalaman selama lebih dari dua dekad dan mengulangi pelaburan penting di sebalik pelancaran chipset pelbagai generasi bermula dari 3G, membawa kepada penyelesaian 5G canggih hari ini. ",
"Chipset yang baru diperkenalkan ini dirancang untuk membawa barisan 5G generasi Samsung yang baru ke tahap yang baru, meningkatkan prestasi, meningkatkan kecekapan kuasa dan mengurangkan ukuran penyelesaian 5G. Cip Samsung yang baru diperkenalkan adalah:",
"Cip baru ini mengikuti RFIC generasi sebelumnya dari Samsung. Generasi pertama, diperkenalkan pada tahun 2017,mengukuhkan penyelesaian FGA 5G syarikat yang menyokong perkhidmatan jalur lebar rumah 5G pertama di duniaA.S. Dua tahun kemudian, generasi kedua menggerakkan Samsung 5G Compact Macro, industri radio mmWave 5G NR pertama, yang sejak itu banyak digunakan di A.S. Cip RFIC generasi ke-3 Samsung menyokong spektrum 28GHz dan 39GHz, dan akan menjadi tertanam dalam Samsung 5G Compact Macro generasi akan datang. Cip menggabungkan maju teknologi yang mengurangkan saiz antena hampir 50%, memaksimumkan ruang dalaman radio 5G.",
"Lebih-lebih lagi, cip RFIC terbaru meningkatkan penggunaan kuasa, menghasilkan saiz yang lebih padat,radio 5G ringan. Terakhir, daya output dan liputan cip RFIC baru telah meningkat, meningkat dua kali gandakuasa output Makro Kompak 5G generasi akan datang.",
"SoC modem 5G pertama Samsung, diperkenalkan pada tahun 2019, menggerakkan unit baseband 5G baru syarikatdan Makro Ringkas. Sehingga kini, lebih daripada 200,000 SoC modem 5G ini telah dihantar. Cip generasi kedua yang baru ini akan membolehkan unit baseband Samsung yang akan datang mempunyai dua kali ganda kapasiti, sambil mengurangkan penggunaan kuasa pada separuh setiap sel, berbanding dengan generasi sebelumnya.Lebih-lebih lagi, menyokong kedua-dua spektrum bawah 6GHz dan mmWave, ia menawarkan bentuk beam dan peningkatan kecekapan kuasa untuk radio 5G Compact Macro dan Massive MIMO generasi seterusnya Samsung, sementara mengurangkan saiz kedua-dua penyelesaian.",
"Pada tahun 2019, cip Digital / Analog Front End (DAFE) pertama diperkenalkan oleh Samsung, berfungsi sebagaikomponen penting dari radio 5G (termasuk Samsung 5G Compact Macro), dengan menukar analog ke digital dan sebaliknya, dan menyokong kedua-dua spektrum 28GHz dan 39GHz. Cip baru ini menggabungkan fungsi RFIC dan DFE untuk kedua-dua spektrum bawah-6GHz dan mmWave. Oleh mengintegrasikan fungsi-fungsi ini, cip tidak hanya menggandakan lebar jalur frekuensi, tetapi juga mengurangkan ukurannya dan meningkatkan kuasa output untuk penyelesaian generasi seterusnya Samsung, termasuk 5G Compact Macro."
] |
https://ering.com.my/2018/02/xiaomi-mi-mix-2-special-edition-kini-berharga-rm2699-sokong-8gb-ram-128gb-rom/ |
Xiaomi Mi MIX 2 Special Edition Kini Berharga RM2,699 – Sokong 8GB RAM + 128GB ROM
| [
"Selain pengumuman harga Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus, Xiaomi Malaysia turut menawarkan sebuah lagi model, Mi MIX 2 Special Edition (SE). Apa yang membezakan model ini dengan model asal adalah memori sahaja, di mana Mi MIX 2 SE menyokong RAM 8GB dengan 128GB ROM dan ia juga didatangkan dengan warna putih.",
"Spesifikasi lain yang disokong adalah paparan 18:9 FHD 5.99 inci dengan resolusi 2160 x 1080p, kamera 5 Megapiksel di depan sementara kamera utama menggunakan sensor 12 Megapiksel Sony IMX386 serta bateri berkapasiti 3,400mAh yang juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.",
"Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan peranti ini menerusi kedai rasmi Xiaomi di Lazada."
] |