url
stringlengths
33
217
headline
stringlengths
5
198
content
sequence
https://ering.com.my/2018/09/samsung-galaxy-p30-p30-model-pertama-samsung-dengan-sokongan-pengimbas-cap-jari-atas-skrin/
Samsung Galaxy P30 & P30+, Model Pertama Samsung Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Atas Skrin?!
[ "Sebelum ini Samsung ada berkongsi bakal memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari pada skrin yang diberi nama Samsung Galaxy S10. Berdasarkan pendedahan yang mula dikongsikan di Internet, Samsung dikatakan bakal memperkenalkan teknologi tersebut lebih awal melalui pelancaran siri baharu iaitu Galaxy P tidak lama lagi.", "Samsung dikhabarkan akan memperkenalkan dua model iaitu Galaxy P30 dan juga Galaxy P30+. Berbeza dengan teknologi sensor pengimbas cap jari pada skrin menggunakan ultrasonik yang akan digunakan pada Galaxy S10, kedua-dua model dari siri Galaxy P ini akan menggunakan sensor pengimbas cap jari pada skrin jenis optikal di bawah panel LCD.", "Mengenai spesifikasi dan harga penawaran Galaxy P30 dan Galaxy P30+, ianya bakal diumumkan pada 11 Oktober 2018. Sama-sama nantikan!", "Galaxy P30 may be Samsung’s in-display fingerprint sensor phone https://t.co/JFFy0b2s4D", "— SamMobile (@SamMobiles) September 24, 2018" ]
https://ering.com.my/2019/09/program-trade-in-dari-machines-rebat-sehingga-rm2950/
Program Trade-In Dari Machines – Rebat Sehingga RM2950!
[ "Nak tukar henfon baharu? Ni ada tawaran hebat dari Machines!", "Program Trade-In yang dianjurkan oleh Machines ini menawarkan rebat sehingga RM2950! Wow banyak kan?!", "Korang yang berminat boleh layari Machines untuk maklumat yang terkini! Trade-in ini terbuka kepada jenama termasuk iPhone, Samsung, HUAWEI, OPPO dan vivo." ]
https://ering.com.my/2017/10/huawei-mate-10-pro-diperkenalkan-skrin-6-amoled-189-dwi-kamera-leica/
Huawei Mate 10 Pro Diperkenalkan – Skrin 6” OLED 18:9, Dwi Kamera Leica
[ "Bukan satu model sahaja yang diperkenalkan, Huawei turut memperkenalkan model seterusnya iaitu Huawei Mate 10 Pro. Model ini dilihat lebih premium dengan kehadiran skirn hampir penuh di depan selain spesifikasi yang lebih tinggi berbanding Huawei Mate 10.", "Huawei Mate 10 Pro memiliki skrin FHD+ 2160 x 1080p dengan nisbah 18:9 yang memanjang. Skrin bersaiz 6 inci FullView Display ini menggunakan paparan OLED berteknologi HDR10 yang menawarkan pengalaman menonton yang lebih imersif.", "Dengan kerjasama Leica, kamera belakang mendapat konfigurasi sensor 20 Megapiksel monochrome dan 12 Megapiksel RGB. Sensor RGB ini satu satunya yang membawakan ciri penstabilan imej optikal (OIS) dan kedua-dua sensor sedia dengan aperture sebesar f/1.6. Untuk berselfie pula, bahagian depan hadir dengan kamera 8 Megapiksel f/2.0.", "Masih menyediakan pemproses Kirin 970, ia juga mendapat bekalan memori RAM 6GB serta ruang simpanan 128GB yang juga menyokong slot Hybrid untuk kad microSD. Sistem operasi Android 8.0 Oreo dan EMUI 8.0 pula membolehkan pengguna melakukan multi-tasking dan Easy Projector di telefon pintar dan monitor secara serentak menggunakan sambungan USB Type-C.", "Kerangka badan Mate 10 Pro direka berasaskan logam setebal 7.9mm malah ia menawarkan sokongan dwi SIM 4G LTE+ serta sistem speaker stereo. Ia juga lebih tahan lasak kerana diperkukuhkan dengan badan kalis air dan debu IP67. Bateri berkapsiti 4,000mAh juga lebih selamat untuk dicas kerana turut mendapat pengesahan dari TUV Safety Certified – pengecasan end-to-end paling selamat digunakan di dunia.", "Ciri lain diperhebatkan dengan AI Accelarated Translator iaitu bantuan maya lebih kurang seperti Bixby dan Siri. Huawei Mate 10 Pro menyediakan pilihan warna dalam kemasan Midnight Blue, Titanium Gray, Pink Gold, dan Mocha Brown.", "Setakat ini, harga dan pasaran untuk Huawei Mate 10 Pro belum diumumkan tetapi ia semestinya akan dibawa masuk sekali bersama Huawei Mate 10 kelak." ]
https://ering.com.my/2017/12/vivo-x20-fifa-world-cup-russia-2018-dilancarkan/
vivo X20 FIFA World Cup Russia 2018 Dilancarkan
[ "FIFA World Cup 2018 yang akan tiba tidak lama lagi bakal berlangsung di Russia. Sesi undian pasukan negara juga telah diadakan pada minggu lepas. Malah, majlis ini juga telah dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan, para media, tetamu, organisasi bisnes dan penaja.", "vivo yang menjadi penaja rasmi bagi temasya berprestij ini dalam masa sama juga telah melancarkan peranti edisi istimewa vivo X20 FIFA World Cup 2018 Russia. Peranti ini tidak menerima naik taraf dari segi perkakasan dalaman tetapi hanya diubah dari segi luaran iaitu dengan cop edisi khas FIFA World Cup.", "Pada bulan September yang lalu, vivo X20 telah diperkenalkan dengan ciri-ciri telefon pintar kelas pertengahan. Ia hadir dengan paparan skrin 6 inci Super AMOLED HD penuh+ dengan cip Snapdragon 660 Octa-core. Memori pula didatangkan bersama 4GB RAM dan 64GB ROM.", "Bateri yang dimuatkan adalah sebesar 3,250mAh yang menyokong pengecasan pantas. Kamera utama pula padat dengan dwi lensa 24 Megapiksel F/1.8 (12MP+5MP) serta kamera depan 12 Megapiksel F/2.0. Kedua-dua kamera ini mampu mengambil gambar berkualiti tinggi 24 Megapiksel.", "Setakat ini, pihak vivo Malaysia masih lagi belum mengumumkan tarikh ia akan mula berada di pasaran tempatan." ]
https://ering.com.my/2019/09/30-perkara-menarik-pada-siri-huawei-mate-30-korang-suka-yang-mana/
30 Perkara Menarik Pada Siri HUAWEI Mate 30 – Korang Suka Yang Mana?
[ "HUAWEI baru sahaja perkenalkan siri Mate baharu mereka – HUAWEI Mate 30 dan HUAWEI Mate 30 Pro. Jika diteliti, pelbagai penambaikan telah disertakan pasa siri kali ini termasuklah dari segi dalaman dan luaran.", "Lebih menarik, ia juga dilihat mampu menarik mata ramai peminat setia pencinta gajet serata dunia. Berikut kami senaraikan 30 ciri menarik yang ada pada siri Mate kali ini, agak-agak part mana yang korang suka?", "29) Harga Boleh Pergi Jauh, hmmm…." ]
https://ering.com.my/2018/12/gambaran-produk-terbaharu-huawei-ditahap-maximum/
Gambaran produk terbaharu Huawei Ditahap MAXimum
[ "Menjelang keriangan sambutan akhir tahun 2018, Huawei membawakan sebuah telefon pintar baharu yang akan memberikan kepada anda kepuasan hiburan MAXimum pada 12 Disember ini.", "Didatangkan dengan paparan 7.12 inci FullView Display, telefon pintar terbaharu ini bertujuan untuk meningkatkan kepuasan sinematik di tahap yang lebih tinggi.", "Didatangkan sekali dengan saiz bateri yang besar dan rekaan yang tampak mewah, pengalaman pengguna pastinya dipertingkatkan.", "Pastikan anda kekal bersama kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai telefon ini dalam masa yang terdekat." ]
https://ering.com.my/2019/06/pandang-pertama-asus-vivobook-ultra-a512-peranti-elegan-dengan-spesifikasi-memukau/
Pandang Pertama ASUS VivoBook Ultra A512 : Peranti Elegan Dengan Spesifikasi Memukau
[ "ASUS baru sahaja melancarkan komputer riba terbaharunya iaitu ASUS VivoBook Ultra A512 yang pastinya menjanjikan kepuasaan kepada pengguna. Reka bentuk luaran komputer riba ini sahaja sudah membuatkan yang melihat terus jatuh cinta. Itu belum lagi ditambah dengan spesifikasi dalamannya yang memukau.", "Dari segi rekaan luaran, komputer riba ini tampil dengan Chassis yang sangat menarik dengan rekaan yang unik. Dengan logo ASUS yang sedikit timbul di bahagian belakang memberikan rasa eksklusif bagi komputer riba ini.", "Paparan juga sangat menakjubkan apabila ia tampil dengan bezel yang sangat nipis. Dengan saiz 5.7 mm dengan nisbah skrin ke kerangka bagi komputer riba ini dengan 88%.", "Dengan disertakan dot di sekeliling papan kekunci memberikan satu perasaan yang baharu yang menambahkan lagi nilai eksklusif bagi peranti ini.", "Dalam pada itu, di sebelah kiri komputer riba ini, disertakan dengan 2 port USB 2.0 Type-A.", "Manakala di bahagian kanan komputer riba ini pula di hadirkan dengan port USB 3.1 Gen 1 Type-C, USB 3.1 Gen 1 Type-A, Audio Jack, Port HDMI1.4 dan SD card reader.", "Apa yang pasti, ia turut menggunakan reka bentuk engsel ErgoLift yang boleh menampung paparan dengan stabil serta mengangkat sedikit papan kekunci komputer riba ini sebanyak 3°. Lebih selesa nak menaip menggunakan peranti ini.", "Papan kekunci peranti juga adalah sangat baik apabila ia turut disertakan dengan papan kekunci nombor yang memudahkan pengguna.", "Bukan itu sahaja, Backlit pada papan kekunci ini turut menambahkan lagi keterujaan ketika menggunakannya khususnya ketika sedang bermain game.", "Di bahagian touchpad komputer riba ini turut disertakan dengan pengimbas cap jari yang memberikan kelainan berbanding model lain. Bagi yang berminat,  ASUS VivoBook Ultra A512 dijual pada harga RM2,899. ", "15.6 inciFHD (1920 x 1080) panel with 178-degree wide view angle FHD (1920 x 1080)", "1 x USB 3.1 Gen 1 Type-C™", "1 x USB 3.1 Gen 1 Type-A", "1 x 3.5mm audio combo jack", "2 x high-quality stereo speakers dengan ASUS Sonic Master technology dan surround effects", "65W bagi model dengan discrete graphics" ]
https://ering.com.my/2016/01/info-bocor-facebook-messenger-sedang-dibangunkan-untuk-platform-mac/
Info Bocor : Facebook Messenger Sedang Dibangunkan Untuk Platform Mac
[ "TechCrunch telah melaporkan bahawa mereka mempunyao bukti gambar yang menunjukkan pekerja Facebook sedang giat membangunkan aplikasi Messenger untuk platform Mac. Berita ini telah diterima dengan baik oleh majoriti pengguna, menurut mereka ini akan memudahkan mereka untuk bersembang dengan rakan tanpa perlu menggunakan pelayar web. Namun Facebook enggan mengulas berita tersebut dan hanya menyebut tentang desas desus tentang pembangunan chat bot." ]
https://ering.com.my/2021/02/kerjasama-vivo-x-lazmall-beri-jualan-terhangat-pada-2-februarinikmati-harga-telefon-pintar-vivo-serendah-dari-rm359/
Kerjasama Vivo X LazMall Beri Jualan Terhangat Pada 2 Februari!!!Nikmati Harga Telefon Pintar vivo Serendah Dari RM359!!
[ "vivo Malaysia Menawarkan telefon pintar dengan tawaran menarik di vivo Malaysia’s Official Store di LazMall bersempena dengan kerjasama vivo X LazMall yang berlangsung pada 2 Februari!! PElanggan boleh membeli telefon pintar vivo serendah RM359 dan boleh menebus hadiah menarik dan baucar sehingga RM70.", "Pada hari tersebut, pelanggan boleh merebut tawaran terbaik bagi telefon terpilih pada harga serendah RM359!", "Selain itu, 300 pelanggan pertama layak untuk menerima hadiah percuma bagi setiap pembelian peranti vivo sementara stok masih ada. ", "Dalam pada itu, pelanggan yang membeli mana-mana produk di vivo Malaysia’s Official Store di LazMall pada 2 Februari ini, turut layak menebus baucar eksklusif bernilai sehingga RM70.", "Share and Win (28 January – 2 February 2021)", "Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi baucar RM88 dengan menyertai “Share and Win” bermula dari 28 Januari hingga 2 Februari dengan mengikuti 3 langkah ini", "Customers also stand a chance to win RM 88 voucher by participating in the “Share and Win” activity starting from 28 January until 2 February 2021, by following three simple steps below: ", "Step 1: Like dan Share post ini https://www.facebook.com/176887556513133/posts/773901520145064/?d=n ", "Step 2: Screenshot shared Facebook post dan klik ‘Message’ chatbox vivo Malaysia’s official store  di LazMall", "Step 3: hantarkan screenshot dan teruskan bersama vivo official store di LazMall bagi pengumuman pemenang pada 2 February 2021. ", "bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari vivo Malaysia Official Facebook Page atau official website.  " ]
https://ering.com.my/2019/08/samsung-galaxy-book-s-turut-muncul-secara-rasmi-sokong-snapdragon-8cx-windows-10/
Samsung Galaxy Book S Turut Muncul Secara Rasmi – Sokong Snapdragon 8cx & Windows 10
[ "Seiring pelancaran rasmi siri Samsung Galaxy Note 10, syarikat tersebut turut muncul dengan penawaran terbaru untuk komputer riba iaitu Samsung Galaxy Book S. Menariknya mengenai komputer riba ini – ia elegan dengan penawaran jangka hayat bateri yang panjang.", "Samsung Galaxy Book S membawakan paparan bersaiz 13.3 inci dan menggunakan Window 10 bersama sokongan rangkaian LTE secara terbina. Enjin dalaman peranti dikuasakan pemproses Snapdragon 8cx (7nm) dengan memori 8GB RAM serta storan sehingga 512GB.", "Menariknya mengenai Samsung Galaxy Book S, ia menawarkan penggunaan dan jangka hayat bateri yang cukup panjang – Samsung mendakwa mampu bertahan sehingga 23 jam lamanya. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan peranti ini untuk pasaran tempatan." ]
https://ering.com.my/2020/09/comviva-menerima-pensijilan-penyedia-perkhidmatan-token-pengeluar-i-tsp-daripada-visa/
Comviva menerima pensijilan Penyedia Perkhidmatan Token Pengeluar (I-TSP) daripada Visa
[ "– Telah diperakui untuk penyelesaian pembayaran mudah alih tanpa sentuh berasaskan HCE dan Pentokenan", "NEW DELHI, 10 September 2020 /PRNewswire/ — Comviva, pemimpin global dalam penyelesaian kewangan digital, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diperakui oleh Visa sebagai Penyedia Perkhidmatan Token Pengeluar (I-TSP). Comviva sebelum ini telah disahkan sebagai Penyedia Perkhidmatan Pemohon Token (TR-TSP) oleh Visa dalam bulan Jun 2017. Pensijilan Visa I-TSP dan TR-TSP adalah untuk platform mobqiuity® Comviva yang memanfaatkan teknologi Emulasi Kad Hos (HCE) dan Pentokenan untuk memberikan pembayaran mudah alih tanpa sentuhan yang pantas, selamat, tanpa gangguan dan mudah kepada pelanggan. HCE membolehkan pelanggan memiliki kad kredit atau debit versi digital pada telefon bimbit mereka dan mengetik telefon bimbit di mesin POS yang disahkan payWave/payPass untuk membuat pembayaran. Pentokenan akan menutup maklumat butiran kad untuk memastikan bahawa pembayaran dilaksanakan dengan cara yang selamat.", "Pembayaran kad digital seperti pembayaran eDagang, pembayaran mudah alih sentuh dan bayar di POS saudagar dan pembayaran dalam aplikasi telah berkembang pesat dan begitu juga keperluan untuk keselamatan transaksi yang lebih baik. Perkhidmatan pentokenan seperti Perkhidmatan Token Visa (VTS) memastikan transaksi kad selamat dengan menggantikan butiran kad yang sensitif dengan pengecam digital unik yang disebut token. Token membolehkan pembayaran diproses tanpa mendedahkan butiran kad sebenar.  ", "Visa menyegerakan penerapan pembayaran digital yang selamat menggunakan Pentokenan, dengan membenarkan rakan pihak ketiga yang diluluskan yang disebut Penyedia Perkhidmatan Token (TSP) untuk memberikan akses kepada Perkhidmatan Token Visa (VTS). TSP disambungkan ke VTS dan membantu Pemohon Token (TR); yang terdiri meliputi entiti seperti dompet digital, aplikasi pembayaran digital, pemboleh pembayaran dan saudagar untuk membolehkan pembayaran menggunakan Token. Comviva adalah TSP yang diperakui oleh Visa. Terdapat dua jenis TSP: TSP Pemohon Token (TR-TSP) dan Pengeluar TSP (I-TSP). TR-TSP membolehkan Pemohon Token mengembangkan penyelesaian pembayaran digital yang memanfaatkan VTS. I-TSP menyediakan penyelesaian untuk institusi kewangan dalam perkhidmatan pembayaran digital bagi pemohon token yang mengambil bahagian. Platform mobqiuity® Comviva kini menawarkan penyelesaian TR-TSP dan I-TSP yang disahkan untuk digunakan dengan VTS.", "Menyatakan rasa gembira beliau apabila menerima pensijilan, Srinivas Nidugondi, EVP dan COO, Mobile Financial Solutions di Comviva, berkata, “Kami gembira dapat menyelesaikan semua syarat penilaian program Visa Sedia TSP dan mencapai pensijilan I-TSP. Dengan perakuan I-TSP dan TR-TSP, mobqiuity® kini dapat menawarkan kepada bank pengeluar, institusi kewangan dan penyedia dompet digital pihak ketiga suatu penyelesaian pembayaran mudah alih berskala lengkap dan komprehensif yang memanfaatkan HCE dan Pentokenan. Kami mengucapkan terima kasih kepada Visa atas sokongan mereka dan memberi kami peluang untuk menjadi sebahagian daripada program TSP mereka.”", "“Pembayaran tanpa sentuh Ketik dan Bayar adalah bersih dan selamat dan oleh itu semakin popular dalam tempoh pandemik yang sedang dialami,” tambahnya lagi.", "Penyelesaian Mobiquity® HCE dan Pentokenan Comviva telah digunakan oleh pelbagai bank dan pengeluar kad di seluruh dunia. SBI Card, salah satu pengeluar kad kredit terkemuka di India, telah menggunakan penyelesaian HCE dan Pentokenan mobiquity® pada bulan Oktober 2019 untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran SBI Card Pay mudah alih tanpa sentuh.", "Nota: mobiquity® ialah tanda dagangan berdaftar di India sahaja ", "Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce High Tech Security Contracts Financial Technology" ]
https://ering.com.my/2016/09/asus-zenpad-3s-10-tablet-terbaik-di-pasaran-masa-kini/
ASUS Zenpad 3S 10, Tablet Terbaik Di Pasaran Masa Kini!
[ "Pada pameran IFA 2016, ASUS yang mengambil bahagian telah mengumumkan tablet terbarunya, dikenali sebagai ZenPad 3S 10. Ia merupakan salah satu tablet terbaik di pasaran hari ini.", "Hadir dengan paparan skrin berukuran 9.7 inci beresolusi 2048×1536 piksel, peranti ini dikuasakan oleh pemproses MediaTek 8176 berkelajuan Dual Core 2.1GHz dan Quad Core 1.7GHz serta dilengkapi memori dalaman sebesar 64GB dengan 4GB RAM.", "Berbeza dengan tablet yang ada di pasaran hari ini, ZenPad 3S 10 pastinya digemari oleh golongan audiophile kerana tablet ini memfokuskan kepada sokongan audio. Ia menyokong teknologi NXP Smart Amplifier, selain sokongan audio sehingga 7.1 Surround Sound. ASUS memberitahu, pengguna mendengar audio berkualiti tinggi melalui tablet ini sehingga audio 192kHZ, 24-bit.", "Tidak ketinggalan, ZenPad 3S 10 menyokong pengimbas cap jari 360 darjah serta bateri sebesar 5900mAh hadir dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Lebih menarik lagi, tablet ini telah didatangkan dengan pen stylus yang diberi nama Z Stylus yang mampu bertahan selama 150 jam. Sepertimana model ZenPad sebelum ini, ASUS ZenPad 3S 10 menyokong Folio Cover yang dapat melindungi tablet anda." ]
https://ering.com.my/2021/05/samsung-galaxy-s21-versi-khas-olimpik-terdedah/
Samsung Galaxy S21 Versi Khas Olimpik Terdedah!!
[ "Samsung telah memperlihatkan edisi khas Samsung Galaxy S21 bagi versi sukan Olimpik yang tampil dengan warna biru dengan kemasa emas yang menawan.", "Peranti ini bakal ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi Docomo sahaja. Dari aspek spesifikasi, peranti ini hadir dengan spesifikasi yang sama dengan generasi sebelum ini.", "Dikhabarkan, telefon ini akan diberikan kepada semua atlet yang bertanding pada sukan Olimpik nanti." ]
https://ering.com.my/2018/03/sony-terima-anugerah-daripada-if-design-gold-awards-2018-if-design-awards-2018/
Sony Terima Anugerah Daripada iF Design Gold Awards 2018 & iF Design Awards 2018
[ "Sony adalah salah satu jenama pengeluaran telefon pintar terkenal dengan bangganya berkongsi berita baik kepada penggunanya dengan anugerah yang diterima oleh iF Design Gold Awards 2018 dan iF Design Award 2018. Antara produk yang menerima anugerah berprestij ini adalah barisan daripada telefon pintar, peranti gaming, kamera digital, wayarles speaker dan juga wayarles headphones.", "Telefon pintar ini mendapat sokongan terbaru Motion Eye dimana kamera yang digunakan dibina berasaskan teknologi Sony ‘α’ dan ‘Cyber-shot’. Dilengkapi dengan kamera belakang 19 Megapiksel, sensor Exmor RS ini mampu merakam video gerak perlahan sehingga 960fps. Ciri Predictive Capture pula membolehkan peranti mengesan perbuatan atau senyuman sebelum butang shutter ditekan. Kamera depan pula hadir dengan sensor 1/3” 13 Megapiksel, tiada masalah untuk rakaman selfie kerana menyediakan fungsi display flash", "Peranti ini mampu memainkan permainan beresolusi 4K. Ia memuatkan pemproses grafik yang lebih hebat bagi membolehkan anda bemain permainan 4K dan disambungkan ke uniy PlayStation VR.", "Ia direka menggunakan teknologi daripada BRAVIA TV untuk menghasilkan paparan 4K HDR yang pertama di dunia dengan saiz skrin 5.5 inci Corning Gorilla Glass 5 berteknologi TRILUMINOS menghasilkan kontra, kejelasan, keterangan dan juga warna yang sangat tepat. Jika sekarang anda masih bertanya bagaimana untuk memainkan paparan 4K HDR, Amazon Prime adalah aplikasi di mana pengguna dapat menonton video yang menyokong resolusi setinggi itu.", "Didatangkan dengan saiz kerangka yang lebih kecil iaitu menggunakan paparan 4.6 inci HD penuh. Walaupun memiliki badan yang kompak, ia direka dengan terperinci kerana turut mendapat sokongan kalis air IP68 dan panel Corning Gorilla Glass 5 yang tahan lasak. Kamera depan didatangkan dengan sensor 8MP bersudut lebar 120 darjah – selain boleh diubah kepada 80 darjah sesuai untuk penggambaran selfie. Lebih menarik dengan penambahbaikan ciri Clear Audio+ , pembatalan suaran (noice cancelling) dan DSEE HX.", "Speaker ini boleh disambungkan sehingga 10 unit di dalam satu rangkaian untuk membolehkan anda menikmati audio yang lebih luas dan lantang. Mod stereo ini mencipta kesan bunyi yang boleh didengar dari pelbagai arah, sama dengan pendengaran semula jadi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi SongPal pada telefon pintar Android atau iOS untuk memain muzik, menghidupkan dan mematikan lampu pembesar suara, menambah pembesar suara dan banyak lagi.", "Bagi yang sentiasa bergerak, peranti ini cukup sesuai dengan anda yang mana menawarkan bunyi EXTRA BASS yang jelas dan padu di dalam badan kecil. Dengan jangka hayat bateri yang panjang, kira-kira 16 jam, anda boleh terus bergembira sepanjang hari tanpa perlu risau. Sony XB10 ini juga boleh disambungkan dengan XB10 lain untuk menyediakan mod stereo untuk mewujudkan ruang bunyi yang lebih luas dan kesan mendengar muzik dari pelbagai arah.", "Alat ini menawarkan Hi-Res Audio melalui penguat digital yang ditala mengikut teknologi S-Master HX. Melaluinya, pengalaman mendengar muzik kini menjadi lebih jelas dan mengasyikan. Dengan casis badan berasaskan aluminium, kerangka NW-300 mampu bertahan lebih lama malahan tahan lebih lasak. Menggunakan kabel dalaman OFC, muzik yang disalurkan menjanjikan prestasi tinggi dan tidak mudah untuk kehilangan isyarat transmisi.", "Earphone ini ternyata lebih sesuai dan selesa untuk dipakai sepanjang hari dengan rekaan neckband yang hanya perlu disangkutkan pada bahagian leher si pemakai. Lebih menarik, ia fon kepala pertama di dunia dilengkapi dengan teknologi pembatalan bunyi lebih maju yang dikenali sebagai Atmospheric Pressure Optimising. Ciri ini memastikan penyesuaian teknologi pembatalan bunyi pada altitud tinggi ketika berada di dalam penerbangan bagi memastikan bunyi audio yang lebih jelas dan sempurna. Malah sokongan amplifier audio beresolusi tinggi dari S-Master HX turut menjanjikan bunyi yang lebih dinamik dan juga mengurangkan isu herotan (distortion).", "Projektor interaktif yang menukar mana-mana permukaan rata menjadi skrin sentuh 23 inci dengan resolusi HD. Ia dibina menggunakan teknologi paparan unjuran SXRD Sony, dan input sentuhan dijayakan melalui gabungan cahaya InfraMerah dan pengesanan melalui kamera yang mengesan input dalam 60fps.", "Sony juga memuatkan sensor yang beprestasi tinggi dengan sensor 15.3 Megapiksel Exmor RS CMOS bersama pemproses berteknologi BIONZ X. Lensa sudut lebar ZEISS Tessar T 24mm F4 ini pula dapat menghasilkan rakaman berkualiti tinggi berbentuk RAW, JPEG dan semua jenis bentuk format video. Fungsi shutter 1/32000 saat berkebolehan merakam imej serta objek yang bergerak pantas dengan baik sekali.", "iF Design Awards 2018 dianjurkan oleh organisasi reka bentuk bebas tertua di dunia, iF International Forum Design GmbH yang berpusat di Hannover memiliki tenaga kerja seramai 63 anggota yang terdiri daripada pakar bebas dari seluruh dunia." ]
https://ering.com.my/2016/05/tawaran-sepanjang-karnival-digi-4g-lte/
Tawaran Sepanjang Karnival Digi 4G LTE!
[ "Digi telah melancarkan Karnival Digi 4G LTE bermula dari 19 Mei sehingga 30 Jun di 150 Digi Stores & Digi Stores Express seluruh negara. Melalui karnival tersebut, Digi membuka peluang kepada anda untuk menikmati pelbagai tawaran istimewa seperti diskaun smartphone dan juga hadiah-hadiah menarik.", "Menurut Loh Keh Jiat, (Digi’s Chief Marketing Officer) karnival tersebut adalah sebagai salah satu tanda terima kasih mereka terhadap pengguna Digi yang setia menyokong mereka.", "Anda boleh membawa pulang hadiah istimewa seperti speaker edisi terhad bernilai RM 169 dan Clash Royale key ring bernilai RM 59 apabila anda mendaftar atau menaik taraf pelan Digi Postpaid.", "Selain itu, Digi juga menawarkan potongan harga bagi peranti Android dan iPhone melalui pembelian postpaid bundle. Pelanggan yang mendapatkan Samsung Galaxy Note5 bakal membawa pulang barangan premium dari Samsung dan bagi yang membeli Huawei Mate 8 sepanjang tempoh karnival, anda berpeluang memenangi jam Huawei bernilai RM 1,799." ]
https://ering.com.my/2020/12/perkongsian-infodas-dan-opswat-menggabungkan-penyelesaian-domain-silang-akreditasi-secret-dengan-perlindungan-perisian-hasad-untuk-misi-domain-kritikal/
Perkongsian INFODAS dan OPSWAT menggabungkan penyelesaian domain silang akreditasi SECRET dengan perlindungan perisian hasad untuk misi domain kritikal
[ "COLOGNE, Jerman dan SAN FRANCISCO, 6 Disember 2020 /PRNewswire/ —", " /PRNewswire/ — INFODAS, peneraju dalam penyelesaian domain silang, rakan kongsi dengan OPSWAT, peneraju dalam perlindungan ancaman berdasarkan kandungan, untuk membolehkan penyelesaian akses yang selamat untuk domain sensitif hingga kepada SECRET dalam sektor awam dan infrastruktur kritikal.", "Organisasi sektor awam yang mengendalikan maklumat sulit dan ingin memanfaatkan pendigitan perlu menyelesaikan tiga isu. Pertama, mereka perlu mengawal data mana yang meninggalkan domain sensitif. Kedua, mereka perlu memastikan domain sensitif dan bukan sensitif diasingkan pada sepanjang masa. Ketiga, mereka perlu memastikan supaya data yang masuk daripada rangkaian atau media mudah alih yang lain tidak mempunyai muat beban yang berbahaya seperti serangan perisian tebusan atau hari sifar. Pengendali infrastruktur kritikal berdepan dengan isu yang sama apabila menghubungkan teknologi yang beroperasi (OT) dengan teknologi maklumat (IT).", "Dengan menggabungkan SDoT Diode INFODAS searah atau SDoT Security Gateway dua arah dengan OPSWAT’s MetaDefender Kiosk dan Vault, semua isu di atas ditangani. Penyelesaian domain silang SDoT mengawal aliran data pada semua lapisan dan sentiasa mengekalkan pengasingan domain logikal. Mereka melindungi perkara yang terkandung dalam sistem yang sama dengan titik kawalan sempadan. MetaDefender dan Kiosk memeriksa sebarang data yang dibawa masuk dari luar melalui proses imbasan dan sanitasi yang teliti bagi semua komponen data menggunakan 35+  enjin anti-perisian hasad. MetaDefender juga boleh digabungkan dengan penyelesaian kerja PATCH.work INFODAS untuk pengurusan tampalan automatik bagi sistem jurang udara. Malah, MetaDefender Vault ialah storan fail yang selamat dan penyelesaian dapatan semula yang melindungi data kritikal dan menghalang ancaman. Ia mengehadkan akses dalam organisasi dan memberikan penjejakan penting serta maklumat pengauditan.", "Semua elemen kumpulan produk Secure Domain Transition (SDoT) telah memenuhi keperluan ketat Pejabat Persekutuan Jerman bagi Keselamatan Maklumat (BSI) untuk keselamatan perkakasan dan perisian di German SECRET dan tahap ke bawah. Kelulusan NATO dan EU SECRET juga diberikan selepas penilaian mendalam selama berbilang tahun. Ini menjadikannya mudah untuk mendapat reka bentuk penyelesaian dengan akreditasi MetaDefender dalam ketenteraan, keselamatan tanah air dan senario perisikan serta memberikan ketenangan bagi tahap perlindungan gred ketenteraan untuk para profesional keselamatan maklumat infrastruktur kritikal.", "Thorsten Ecke, Pengarah Urusan INFODAS berasa teruja tentang perkongsian serta gabungan teknologi Jerman dan AS ini. “Rangkaian produk OPSWAT dan INFODAS adalah sangat melengkapi dan menyelesaikan isu keselamatan maklumat dunia nyata”. Dr. Alexander Schellong, Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa menambah “Lebih tiga tahun lalu, terdapat beberapa orang pelanggan telah bertanyakan perkongsian ini kepada kami. Saya berasa gembira kerana kami telah berjaya lulus semua ujian dan tidak sabar untuk bekerja dengan OPSWAT di Jerman dan peringkat antarabangsa”.", "Tom Mullen, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan di OPSWAT juga berasa teruja “Sebagai vendor keselamatan siber yang memfokuskan untuk melindungi sektor awam dan infrastrukur kritikal yang sering ditanya oleh pelanggan kepada kami tentang cara mereka perlu mengukuhkan dan mengawal pengangkutan data yang dianalisis oleh domain keselamatan silang MetaDefender.  Kami berasa gembira untuk mengesyorkan produk SDoT daripada INFODAS apabila menyediakan penyelesaian yang berkesan dan diperakui untuk kedua-dua keperluan asas.  Penyepaduan OPSWAT MetaDefender dan SDoT CDS daripada INFODAS menawarkan penyelesaian yang lancar untuk mengawal dan melindungi domain persilangan data di samping memastikan data untuk diangkut tidak mempunyai muat beban yang berbahaya.”", "Kedua-dua produk boleh didapati dengan serta-merta.", "INFODAS ialah perniagaan bebas milik keluarga yang ditubuhkan pada tahun 1974 di Jerman. Syarikat tersebut membangunkan penyelesaian domain silang inovatif berdasarkan prinsip keselamatan melalui reka bentuk dan memberikan Keselamatan Siber serta rundingan IT kepada pelanggan kerajaan, pertahanan dan komersial. Penyelesaian domain silang keluarga produk INFODAS SDoT (SDoT Security Gateway, SDoT Software Data Diode, SDoT Labelling Service, PATCH.works) diluluskan hingga ke Jerman, EU dan NATO SECRET serta disenaraikan dalam katalog jaminan maklumat NATO. Selama 10 tahun yang lepas, produk SDoT telah digunakan dalam persekitaran yang paling sukar dan misi yang kritikal di seluruh dunia. Ia direka dan dihasilkan di Jerman berlandaskan prinsip keselamatan melalui reka bentuk dan ketelusan rantaian bekalan.", "OPSWAT melindungi infrastruktur kritikal. Kami menganggap bahawa sebarang kemasukan fail atau peranti, penyusuran, atau meninggalkan perusahaan boleh menyebabkan risiko. Untuk melakukan perkara ini, kami menyediakan platform ancaman siber yang bukan hanya mengesan ancaman, tetapi juga mencegahnya. Platform kami memberikan proses yang benar-benar selamat untuk pemindahan fail dan peranti kepada dan daripada rangkaian kritikal. OPSWAT menyediakan proses ini kepada lebih 1,500 orang pelanggan di seluruh dunia.", "Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Homeland Security Joint ventures Data Analytics" ]
https://ering.com.my/2018/11/level-up-kl-2018-melabuhkan-tirai-dengan-gilang-gemilang/
Level UP KL 2018 Melabuhkan Tirai Dengan Gilang Gemilang
[ "LEVEL UP KL 2018 baru sahaja melabuhkan tirai rabu lalu yang mana Studio Game Di Asia Tenggara dan pendatang baharu membawa pulang hadiah-hadiah menarik sebagai sebahagian daripada SEA Game Awards 2018, SEA Game Jam 2018 dan IPCC Awards 2018.", "Dilangsungkan buat tahun yang kedua, anugerah berprestij ini dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan dan meraikan kreativiti, kesenian dan genius teknikal dari kalangan pemaju dan permainan game yang terbaik di rantau ini.", "Sebanyak 100 penyertaan permainan game yang diterima dari seluruh rantau ini termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesi, Thailand, Vietnam dan Filipina. Berikut merupakan senarai pemenang.", "\nDalam pada itu, majlis ini turut meraikan 3 pemenang teratas dari SEA Game Jam session yang merupakan game jam yang berlangsung selama 36 jam yang menyaksikan pemaju game yang berpotensi dari rantau ini. Ini merupakan senarai pemenang bagi kategori ini.", "Majlis tersebut juga mengumumkan Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) 2018. Pertama kali ia diperkenalkan pada tahun 2006, IPCC menyediakan platform untuk bakat tempatan untuk mengekspresikan kreativiti dan mempertingkatkan pembangunan dan pengkomersialan inovatif, digital content bertaraf dunia dan juga meningkatkan penghasilan harta intelek. Setiap pemenang bagi kategori ini menerima geran bernilai RM50000 dan lesen Adobe Creative Cloud." ]
https://ering.com.my/2017/11/digi-perkenalkan-pembayaran/
Digi Perkenalkan Pembayaran Tanpa Tunai vcash
[ "Digi hari ini telah menandatangani satu perjanjian yang melantik rangkaian pembayaran dalam talian MOLPay dan iPay88 sebagai rakan kongsi untuk vcash iaitu perkhidmatan pembayaran mudah alih. Di bawah perjanjian ini, vcash akan menyediakan pilihan pembayaran untuk pengguna di bawah rangkaian pembayaran MOLPay dan iPay88.", "Ia membolehkan pelanggan berurusan dengan peniaga hanya menggunakan vcash di kedai online di seluruh negara. vcash adalah aplikasi pembayaran mudah alih yang mudah digunakan untuk membayar, menghantar, meminta dan menyimpan wang. Perkhidmatan ini tersedia untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira pengendali telkom.", "Kerjasama dengan MOLPay dan iPay88 ini dikatakan akan menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk memulakan transaksi vcash tanpa menggunakan kad debit atau kad kredit. Secara tidak langsung, ia akan membuka satu gerbang pembayaran utama di Malaysia kelak. Malah, tidak lama lagi peniaga terkemuka seperti Lazada, 11street, dan lain-lain turut akan menyertai platfom e-Wallet vcash.", "Dari segi keselamatan, ia setaraf dengan sistem perbankan termasuk dari segi pembayaran urus niaga, deposit wang tunai, serta penghantaran wang kepada rakan dan keluarga selain pemindahan dana peer-to-peer (P2P). Urusan P2P dan ePayment adalah percuma untuk semua pengguna.", "vcash boleh digunakan dengan mudah secara online atau offline. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini secara percuma di Play Store atau App Store. Seterusnya tetapkan profil dan mendepositkan wang ke dalam akaun. Selepas itu, imbas kod QR di kaunter pembayaran untuk melakukan transaksi. Bagaimanapun, setiap urus niaga memerlukan kebenaran PIN atau cap jari untuk tujuan keselamatan.", "Untuk mendepositkan wang ke dalam aplikasi vcash, pengguna boleh pergi ke kedai Digi untuk memasukkan wang tunai di kaunter, atau perbankan dalam talian melalui FPX atau JOMpay.", "Bagi pendapat kami, pembayaran mudah alih vcash sangat efisyen kerana kita tidak lagi memerlukan wang kertas untuk transaksi. Jadi tidak perlu lagi buang masa untuk korek poket nak dapatkan duit syiling bukan?" ]
https://ering.com.my/2017/02/nantikan-pandang-pertama-honor-6x-dari-kami-pada-minggu-hadapan/
Nantikan Pandang Pertama Honor 6X Dari Kami Pada Minggu Hadapan
[ "eRing telah dijemput Huawei untuk mengikuti sebuah program istimewa di mana kami akan berpeluang untuk mengenali dengan lebih rapat peranti terbaru Honor 6X. Sebelum kami ke sana untuk melihat dan mencuba Honor 6X, mari kita sama-sama lihat serba sedikit informasi mengenai peranti tersebut.", "Honor dikenali sebagai salah satu jenama yang menawarkan peranti pada harga yang lebih mesra ekonomi. Honor 6X adalah sesuatu yang cukup istimewa kerana ia merupakan sebuah peranti mampu milik yang menawarkan spesifikasi kamera yang ada pada smartphone berstatus flagship. Kamera dwi-lensa merupakan sesuatu yang cukup hangat ketika ini, namun peranti dengan teknologi tersebut dijual pada harga yang amat tinggi, lantas menghadkan jumlah pembeli yang mampu mendapatkannya. Dengan Honor 6X, nampaknya smartphone dengan kamera dwi-lensa akan digunakan dengan lebih meluas.", "Honor tidak meletakkan fokus mereka pada kamera Honor 6X sahaja, komponen lain juga telah dinaik taraf. Honor 6X dilengkapi dengan cip pemproses Octa-core HiSilicon Kirin 655, 4GB RAM, 64GB ROM dan juga bateri berkapasiti 3340mAh. Spesifikasi ini sudah cukup bagus untuk digunakan secara intensif oleh pengguna masa kini.", "Pada masa kini, peranti bajet juga hadir dengan bahan binaan dan kualiti fizikal yang premium. Honor 6X dilengkapi panel gelas melengkung 2.5D dan juga rangka metallic yang sekaligus memberikan keteguhan kepada peranti dan kepuasan ketika menggunakan Honor 6X.", "CES 2017: Honor 6X, Smartphone Dwi-Kamera Harga bajet" ]
https://ering.com.my/2017/04/nessa-melancarkan-alat-bantuan-pendengaran-secara-rasmi-di-malaysia/
Nessa Melancarkan Alat Bantuan Pendengaran Secara Rasmi Di Malaysia
[ "Nessa Malaysia telah melancarkan alat bantuan pendengaran untuk golongan yang kehilangan deria mendengar secara rasminya di Malaysia. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seramai 360 juta orang mengalami masalah pendengaran dan di Malaysia sendiri, terdapat 3.8 juta warga emas mempunyai tahap masalah pendengaran tertentu.", "Alat ini dicipta bertujuan supaya komunikasi antrara ibu dan anak serta mengembalikan dinamik keluarga. Beberapa pengguna termasuk Presiden Skuad 69 PDRM, Tuan Haji Abdul Aziz Bakar berkongsi perjalanan perubahannya selepas menggunakan alat bantuan pendengaran daripada Nessa. Alat bantuan pendengaran bertaraf dunia ini diperbuat di Denmark dengan kerjasama Apple dan sesuai untuk TV dan iPhone.", "Menampilkan rekaan ringan dan selesa untuk dipakai, dengan berat hanya 3 gram dan sekecil wang syiling 10 sen, pemakaiannya hampir tidak kelihatan. Selain itu, ia akan menangani sebarang stigma bagi mereka yang enggan menggunakan alat bantuan pendengaran.", "Setiap pengguna digalakkan untuk mengunakan alat Nessa di kedua-dua belah telinga untuk pendengaran yang lebih baik dan berkesan. Harga bagi satu alat Nessa bermula dari harga RM4,000 untuk Essential sehingga RM7,000 untuk model Premium.", "Mengikut pengalaman editor di majlis pelancaran itu, testimoni secara langsung yang dilakukan amat mengagumkan kerana warga emas yang memakai alat bantuan pendengaran Nessa ini boleh mendengar percakapan seseorang dalam jarak lebih dari 10 meter dengan nada yang normal." ]
https://ering.com.my/2021/05/maxis-digital-marketing-starter-kit-bolehkan-pks-menjangkau-lebih-ramai-pelanggan/
Maxis Digital Marketing Starter Kit Bolehkan PKS Menjangkau Lebih Ramai Pelanggan
[ "Maxis telah melancarkan Digital Marketing Starter Kit, platform pemasaran digital serba lengkap yang membantu perniagaan menjangkau lebih banyak pelanggan dalam talian. Direka untuk memperkasakan perniagaan yang baru dalam eDagang dan mereka yang tidak mempunyai pengalaman pemasaran digital, Digital Marketing Starter Kit adalah sebahagian daripada penawaran eDagang dan Runcit Maxis.", "Perniagaan yang berminat untuk meneroka ciri terbaru ini dapat menikmati percubaan percuma selama 30 hari sebagai permulaan. Tempoh percubaan percuma memberikan kelonggaran untuk membatalkannya pada bila-bila masa, tanpa menanggung kos atau bayaran tambahan. Sebagai tambahan, Digital Marketing Starter Kit boleh dituntut di bawah Geran Digitalisasi SME.", "Cara terpantas dan paling mudah untuk masuk dalam talian", "Digital Marketing Starter Kit menangani beberapa perkara penting bagi perniagaan: Kekurangan masa dalam menguruskan pelbagai platform digital dan saluran penjualan; sedikit atau tidak ada kepakaran untuk menjangkau pembeli dalam talian dengan berkesan; dan dana yang terhad untuk menggunakan khidmat luar bagi karya kreatif untuk kerja pengiklanan.", "Dengan Starter Kit, perniagaan dapat membangun kehadiran dalam talian dengan cepat dalam empat langkah mudah:", "Untuk mendaftar percubaan percuma selama 30 hari dan mengetahui bagaimana Digital Marketing Starter Kit dapat membantu PKS menjangkau khalayak baru, lawati: https://business.maxis.com.my/en/digital-solutions/digital-marketing-starter-kit/", "Sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi oleh MDEC di bawah Geran Digitalisasi PKS, Maxis membolehkan PKS menuntut hingga RM5,000 untuk mengambil pelbagai penyelesaian digital dari Maxis. Maxis Business juga mempunyai SME Help Squad yang berdedikasi untuk membimbing perniagaan di setiap langkah, menghasilkan proses aplikasi yang lebih sederhana, lebih mudah dan memaksimumkan peluang dana mereka.", "Setelah didaftarkan, PKS dapat mengakses platform latihan yang kaya dengan kandungan eDagang dan Runcit Maxis serta mendapat akses ke webinar dan acara langsung kami dengan pemimpin pemikiran industri dan rakan global." ]
https://ering.com.my/2019/11/siri-cpu-threadripper-generasi-ketiga-kini-diperkenal-ketersediaan-bermula-25-november-2019/
Siri CPU Threadripper Generasi Ketiga Kini Diperkenal – Ketersediaan Bermula 25 November 2019
[ "AMD kini mengumumkan ketersediaan siri CPU Threadripper generasi ketiga – AMD Ryzen Threadripper 3960X & AMD Ryzen Threadripper 3970X. Kedua-dua CPU ini dibina bagi memberikan prestasi terbaik buat semua peminat PC.", "Barisan siri CPU terbaru ini mempunyai dua pemproses yang dibina berasaskan teras 7nm “Zen 2” – menawarkan sehingga 88 PCIe® 4.0 dan 144MB cache dengan kecekapan tenaga yang luar biasa. Ia juga dibina dengan jumlah teras dan bebenang kuasa cukup tinggi – 24 & 32 teras fizikal serta 48 & 64 bebenang kuasa. Bagi kelajuan, AMD Ryzen Threadripper 3960X memiliki kelajuan asas 3.8GHz, manakala Threadripper 3970X pula berkelajuan 3.7GHz.", "Siri CPU Threadripper generasi ketiga didakwa menawarkan prestasi sehingga 66% kecekapan kuasa yang lebih baik dan kesemuanya bakal hadir ke pasaran secara global pada 25 November 2019." ]
https://ering.com.my/2020/01/vivo-nex-3-5g-diiktiraf-sebagai-smartphone-berprestasi-tinggi-di-penanda-aras-antutu/
vivo NEX 3 5G Diiktiraf Sebagai Smartphone Berprestasi Tinggi Di Penanda Aras AnTuTu
[ "Sepanjang 2019, pelbagai pengeluar pengeluar telefon pintar dilihat berlumba-lumba menghasilkan smartphone yang berprestasi tinggi. vivo juga tidak ketinggalan, bahkan salah satu model mereka iaitu vivo NEX 3 5G menduduki tangga teratas pada penanda aras AnTuTu sekaligus diiktiraf sebagai smartphone berprestasi tinggi di antara peranti Android lain. Ujian penanda aras AnTuTu terdiri daripada beberapa ujian yang menyeluruh dalam mengukur prestasi keseluruhan.", "Jika dilihat, hasil ujian AnTuTu pada Oktober lalu jelas menyaksikan peranti gaming berada di belakang dan beberapa peranti utama berjaya mencapai tangga teratas. Salah satunya adalah vivo – telah disenaraikan sebagai peranti utama terbaik dari segi prestasi. Menarik bukan?", "Untuk makluman, vivo NEX 3 Glowing Night kini boleh didapati di Malaysia. Bagi yang berminat, korang boleh dapatkan menerusi vivo official store, kedai konsep vivo, pengedar sah, rakan kerjasama vivo dan platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Presto Mall." ]
https://ering.com.my/2020/11/tanla-catat-suku-terbaik-yang-dirangsang-oleh-pendapatan-daripada-cpaas-dan-digital/
Tanla catat Suku terbaik yang dirangsang oleh pendapatan daripada CPaaS dan Digital
[ "HYDERABAD, India, 1 November 2020 /PRNewswire/ — Tanla Platforms Limited (NSE: TANLA) (BSE: 532790), penyedia terbesar CPaaS, telah mengumumkan pada hari ini keputusan berikut untuk suku yang berakhir pada 30 September 2020 berbanding dengan suku tahun kewangan sebelumnya", "“Saya amat gembira dapat melaporkan Hasil, EBITDA & EPS yang tertinggi pernah dicapai pada Q2FY21. Kedudukan kami yang dominan dan sebagai pelopor pasaran dalam CPaaS, semasa fasa katarsis Digital ini, menggalakkan peningkatan Hasil”, ulas Uday Reddy, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Tanla.", "Mengulas dengan lebih lanjut, Uday Reddy berkata, “Kami akan meneruskan fokus dan pelaburan kami yang teguh pada platform & produk, jenama, kejayaan pelanggan dan bakat yang akan mendorong pertumbuhan masa hadapan.”", "Modal saham berbayar Tanla berjumlah 13,60,36,450 saham ekuiti ₹1/ sesaham pada 30 September, 2020 setelah pembelian balik sebanyak 1,66,92,752 saham ekuiti Re.1 setiap satu dan peruntukan 4,71,645 saham ekuiti Re.1 sesaham di bawah Pelan Pembelian Saham Pekerja, 2016.", "Syarikat ini telah membayar dividen interim Re.1 sesaham kepada para Pemegang Saham pada tarikh Rekod pada 18 September, 2020 dengan agregat ₹13,57,87,600/-.", "Sepanjang tempoh yang mencabar ini, kami memberi tumpuan kepada memastikan keselamatan pekerja kami dengan menggalakkan mereka bekerja dari rumah dan mengurangkan interaksi di tempat awam dengan menyediakan infrastruktur yang diperlukan dan Dana Covid untuk membantu mereka bagi keperluan perubatan diri sendiri dan keluarga terdekat. Kami juga telah berjaya memberi sokongan yang diperlukan kepada pelanggan dan rakan kongsi kami serta memastikan mereka berjaya memberikan kerja yang terbaik semasa mereka beroperasi dari jarak jauh.", "Tanla ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Hyderabad, India, yang ditubuhkan pada tahun 1999. Syarikat ini ialah penyedia terbesar CPaaS yang mengendalikan lebih 250 bilion komunikasi perniagaan setiap tahun dengan bahagian pasaran mencecah ~ 70%. Tanla menginovasikan cara dunia berkomunikasi, sentiasa meningkatkan tahap standard melalui peningkatan kelajuan, kemudahan, dan kemudahan penyelesaian Komunikasi Awan, dengan mengadaptasi teknologi canggih seperti rantaian blok, Kecerdasan Buatan, dan Pembelajaran Mesin untuk memenuhi keperluan pelbagai pelanggan yang bijak, dari perusahaan hinggalah ke syarikat pengangkutan di pelbagai lokasi. Tanla bekerjasama dengan semua syarikat telekomunikasi terkemuka di India bagi mewujudkan Rangkaian Rantaian Blok Telekom yang pertama di India. Tanla ialah sebuah syarikat awam berhad yang tersenarai di bursa saham terkemuka India(NSE: TANLA) (BSE: 532790)", "Siaran ini mungkin mengandungi ‘pernyataan berwawasan’ yang berdasarkan kepada jangkaan, andaian, anggaran dan unjuran semasa tentang Tanla Platforms Limited (“Syarikat”), industri kami, keadaan ekonomi dalam pasaran di tempat kami beroperasi, dan perkara lainnya. Penyataan tersebut merangkumi, antara lain, perbincangan strategi perniagaan dan jangkaan kami mengenai kedudukan pasaran, operasi masa hadapan, margin, keuntungan, kecairan dan sumber modal. Pernyataan ini tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain serta bergantung kepada peristiwa dan keadaan masa hadapan. Pernyataan tersebut tidak menjamin keputusan atau perkembangan masa hadapan dan keputusan atau hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang tersirat dalam pernyataan berwawasan tersebut. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan penyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian mengenai turun naik pendapatan, turun naik kadar pertukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat, termasuk faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi kelebihan kos kami, kenaikan gaji, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan profesional berkemahiran tinggi, masa dan kos melebihi harga tetap, tempoh masa tetap kontrak, penumpuan pelanggan, sekatan imigrasi, penumpuan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus operasi antarabangsa, pengurangan permintaan teknologi di bidang fokus utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kemampuan kami untuk berjaya menyelesaikan dan mengintegrasikan pemerolehan yang berpotensi, liabiliti untuk kerosakan pada kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat di mana Syarikat telah membuat pelaburan strategik, penarikan atau berakhirnya insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik wilayah, perubahan peraturan, sekatan undang-undang untuk meningkatkan modal atau pemerolehan syarikat di luar negara India, dan larangan penggunaan harta intelektual dan keadaan ekonomi am yang mempengaruhi industri kami. Memandangkan hal ini dan ketidakpastian lain, anda tidak boleh membuat kesimpulan bahawa keputusan atau hasil yang disebut dalam mana-mana pernyataan berwawasan ini akan tercapai. Semua pernyataan berwawasan ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang ada pada kami pada tarikh ini, dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berwawasan ini untuk menunjukkan peristiwa atau keadaan pada masa hadapan kecuali jika diminta oleh undang-undang.", "Untuk maklumat lanjut, anda boleh menulis kepada: [email protected]", "V. Keuntungan sebelum kepentingan bukan kawalan/bahagian dalam untung bersih/(kerugian) syarikat gabungan (IV- V)", "VI. Bahagian untung bersih/(kerugian) syarikat gabungan", "VII. Keuntungan sebelum cukai (V – VI)", "IX. Keuntungan pada tahun ini (VII -VIII)", "XI. Jumlah pendapatan Komprehensif untuk tempoh (X + XI)", " (c) Aset tidak ketara dalam pembangunan", "           (iii) Baki bank selain wang tunai", " (d) Liabiliti untuk cukai semasa (bersih)", "Peruntukan untuk pengurangan pelaburan dalam Syarikat Gabungan", "Kerugian yang tidak direalisasikan dalam turun naik pertukaran wang asing", "Keuntungan operasi sebelum caj modal kerja", "Perubahan dalam aset dan liabiliti operasi", "(Kenaikan)/Penurunan dalam aset kewangan dan bukan kewangan", " (Kenaikan)/Penurunan dalam liabiliti kewangan dan bukan kewangan", "Wang tunai yang dijana daripada operasi", "Wang tunai bersih yang dijana daripada aktiviti operasi", "Tunai bersih dijana/(digunakan) dalam aktiviti pelaburan", "Pembayaran untuk pembelian semula saham ekuiti termasuk kos transaksi", "Tunai Bersih digunakan untuk aktiviti pembiayaan", "Perubahan bersih tunai dan setara tunai", "Tunai dan setara tunai pada permulaan tempoh", "Tunai dan setara tunai pada akhir tempoh" ]
https://ering.com.my/2021/07/oneplus-9t-bakal-dilancar-pada-ogos-bakal-hadir-dengan-peningkatan-hasselbald-dengan-100mp-snapdragon-888/
OnePlus 9T Bakal Dilancar Pada Ogos? Bakal Hadir Dengan Peningkatan Hasselbald Dengan 100MP & Snapdragon 888+?
[ "Baru-baru ini, sebilangan netizen luar negara memberitakan berita di platform sosial bahawa siri OnePlus 9T akan dilancarkan pada suku ketiga 2021 (Julai hingga September), dan kemudian beberapa blogger memberitakan bahawa mesin itu tidak akan debut pada bulan Julai, yang bermaksud bahawa Pesawat akan dilancarkan pada bulan Ogos paling awal.", "Perlu disebutkan bahawa selain aspek inti dari OnePlus 9T dapat ditingkatkan, sistem pencitraan, yang merupakan sorotan terbesar dari siri OnePlus 9, juga akan ditingkatkan lagi. Ia akan dilengkapi dengan 108 juta piksel yang masih dibuat oleh Kazakhstan dan Soviet Union. Kamera utama, ditambah dengan sudut ultra lebar IMX766, membentuk sistem empat kamera.", "Di samping itu, beberapa netizen baru-baru ini memperlihatkan rendering OnePlus 9T Pro, yang menunjukkan bahawa keseluruhan reka bentuk mesin akan meneruskan generasi sebelumnya. Bahagian depan masih merupakan skrin berlubang hiperboloid, tetapi bahagian belakang telah membawa banyak perubahan.", "Gambar menunjukkan bahawa modul kamera belakang OnePlus 9T Pro juga menambah layar sekunder berdasarkan empat kamera. Fungsi spesifik tidak diketahui pada masa ini, tetapi diramalkan bahawa fungsi pratonton Selfie dengan kamera belakang tidak boleh ada .", "Sub-skrin ini, ditambah dengan IMX766 dan lensa permukaan berbentuk bebas, akan membawa kesan selfie yang sangat kuat, yang patut dinantikan." ]
https://ering.com.my/2020/06/lenovo-thinkpad-e14-e15-dah-rasmi-dijual-pada-harga-bermula-rm3499/
Lenovo ThinkPad E14 & E15 Dah Rasmi!! – Dijual Pada Harga Bermula RM3499!!
[ "Lenovo hari ini telah melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Lenovo ThinkPad E14 dan E15 yang dijual pada harga bermula dari RM3499.", "Kedua-dua komputer riba ini dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen 7 4700U memberikan prestasi yang lebih tinggi dan keupayaan inovasi IT yang lebih pintar untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kerja jarak jauh.", "Menariknya, papan kekunci peranti ini mengintegrasikan Microsoft Keys dan hotkeys Skype for Business dan dilengkapi dengan fungsi TrackPoint.", "Selepas reka bentuk siri ThinkPad E yang dikemas kini, nisbah skrin telah meningkat sebanyak 85%. Yang perlu disebutkan ialah mereka juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi unik.", "Berikut adalah harga bagi kedua-dua peranti ini:• ThinkPad E14 14 inci = RM3,499• ThinkPad E15 15.6 inci = RM3,449" ]
https://ering.com.my/2021/02/mahkamah-menolak-tuntutan-rohm-semiconductor-a-s-untuk-penghakiman-perisytiharan-bukan-pelanggaran-ke-atas-paten-maxpower-semiconductor-dan-mendesak-agar-penimbangtaraan-dijalankan/
Mahkamah Menolak Tuntutan ROHM Semiconductor A.S untuk Penghakiman Perisytiharan Bukan Pelanggaran ke atas Paten MaxPower Semiconductor dan Mendesak agar Penimbangtaraan Dijalankan
[ "SAN JOSE, California, 15 Februari 2021 /PRNewswire/ — MaxPower Semiconductor, Inc. (MaxPower) iaitu penyedia produk semikonduktor kuasa berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan keputusan perbicaraan pada 4 Februari 2021 yang lalu, Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Utara California telah menolak aduan ROHM Semiconductor USA LLC (ROHM USA) untuk penghakiman perisytiharan bukan pelanggaran paten MaxPower.  Mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa Perjanjian Lesen Teknologi (Technology License Agreement, TLA) MaxPower dengan ROHM Co., Ltd. (ROHM Japan; 6963:JPTokyo) mengikat anak syarikat ROHM Jepun, termasuk ROHM USA dan bahawa perjanjian yang sama menghendaki ROHM USA untuk melaksanakan timbang tara terhadap tuntutan bukan pelanggarannya.", "“Kami gembira kerana Mahkamah membenarkan usul kami untuk mendesak agar penimbangtaraan dijalankan. Kami berharap dapat menyelesaikan pertikaian tentang pelanggaran ROHM terhadap teknologi dan paten peparit MOSFET tidak eksklusif yang terkenal milik kami. Kami yakin bahawa kami akan menang dalam penimbangtaraan ini dan kami berhasrat untuk terus melindungi aset teknologi serta hak milik intelektual kami yang lain secara agresif,” kata Dr. Mohamed Darwish, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MaxPower.", "Roger Cook, peguam utama MaxPower mengulas: “ROHM telah menggunakan prosiding penghakiman perisytiharan yang tidak wajar ini untuk mengelakkan penyelesaian secara timbang tara terhadap pertikaian lesen teknologi yang melibatkan penjualan ROHM bagi peparit silikon karbida MOSFET. Syukurlah, penyelesaian terhadap pertikaian ini kini dapat diteruskan.”", "Tentang Kes tersebutMenghadapi pertuduhan MaxPower bahawa ROHM Jepun telah melanggar tanggungjawabnya di bawah Perjanjian Lesen Teknologi pada 23 September 2020, ROHM USA mengajukan tuntutan mahkamah terhadap MaxPower untuk memohon penghakiman perisytiharan bahawa silikon karbida (SiC) MOSFET ROHM, tidak melanggar empat paten yang menjadi milik MaxPower A.S. Perintah Mahkamah yang menolak tuntutan tersebut dan mendesak ROHM USA untuk melakukan timbang tara dapat dilihat di https://www.pacermonitor.com/public/case/36415380/Rohm_Semiconductor_USA,_LLC_v_MaxPower_Semiconductor,_Inc, Case No. 20-cv-06686-VC.", "Tentang MaxPower Semiconductor Inc.MaxPower Semiconductor, Inc. ialah sebuah syarikat semikonduktor kuasa yang canggih dan mengkhusus dalam penyampaian teknologi/produk yang inovatif, terbukti dan menjimatkan kos serta mengoptimumkan Penyelesaian Pengurusan Kuasa. MaxPower ialah sebuah syarikat milik persendirian dengan portfolio IP yang sangat kukuh dan luas yang diasaskan oleh sebuah pasukan terkenal di peringkat antarabangsa dalam industri teknologi kuasa. Untuk maklumat lanjut, sila layari  https://www.maxpowersemi.com" ]
https://ering.com.my/2016/12/sokongan-peranti-pebble-berakhir-hujung-tahun-2017/
Sokongan Peranti Pebble Berakhir Hujung Tahun 2017
[ "Ini adalah sambungan kepada berita penjualan Pebble yang kini dimiliki Fitbit. Ramai pemilik Pebble gusar akan masa depan peranti mereka selepas Pebble di dalam genggaman Fitbit yang bertindak menghentikan semua jualan dan penghasilan jam tangan pintar Pebble.", "Sehubungan dengan itu, Pebble mengeluarkan kenyataan bahawa peranti Pebble sedia ada akan menerima sokongan perisian sehingga hujung tahun 2017. Sokongan ini akan menyaksikan Pebble melancarkan sokongan perisian bagi memastikan Pebble dikemas kini secara baik sepanjang tahun hadapan dan mungkin akan mengeluarkan ciri dan fungsi baru sebelum Pebble menutup operasi mereka.", "Tempoh satu tahun ini juga kami rasakan sesuai untuk anda mula mencari jam tangan pintar baru bagi menggantikan Pebble anda." ]
https://ering.com.my/2016/10/bual/
BUAL, Menjadikan Bual Lebih Efektif!
[ "Sekarang, semakin banyak aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk membuat panggilan suara melalui data Internet dengan mudah. BUAL adalah salah satunya aplikasi yang ditawarkan untuk pengguna Android dan iPhone. Selain boleh membuat panggilan secara percuma untuk pengguna BUAL, anda juga boleh membuat panggilan biasa dengan kos yang lebih rendah. Ia sekali gus menjadikan BUAL lebih efektif sekiranya anda membuat panggilan kepada keluarga ketika berada di luar negara.", "Di samping itu, BUAL juga turut menyokong aplikasi permesejan untuk menghantar dan menerima teks. Untuk mereka yang aktif berhubung antara satu sama lain melalui panggilan suara ataupun mesej, mungkin boleh mencuba aplikasi BUAL yang ditawarkan secara percuma ini." ]
https://ering.com.my/2018/06/acer-predator-x27-menjanjikan-pengalaman-bermain-permainan-video-lebih-lancar/
Acer Predator X27, Menjanjikan Pengalaman Bermain Permainan Video Lebih Lancar!
[ "Monitor Predator X27 menampilkan teknologi Quantum Dot yang menawarkan julat warna lebih luas, bersama tahap kecerahan, kepadatan dan ketepatan lebih tinggi untuk visual yang jelas serta menyokong 99% ruang Adobe RGB. Selain teknologi Quantum Dot, monitor ini dilengkapi NVIDIA G- Sync untuk permainan video yang lancar.", "Selain menjanjikan pengalaman bermain permainan video yang lancar, monitor Predator X27 didatangkan dengan teknologi Predator HDR Ultra. Ia menawarkan kualiti kontras julat berdinamik tinggi yang terbaik melalui pemalapan LED pada 384 zon yang dikawal secara berasingan serta hanya akan memancarkan cahaya apabila dan di mana ia diperlukan. ", "Dengan memalapkan lampu latar di bahagian belakang, skrin mampu memaparkan warna hitam yang lebih dalam gelap. Sekali gus memberi kelebihan apabila menonton video atau bermain permainan video yang mempunyai adegan-adegan gelap. Sudut tontonan 178 darjah menawarkan ruang menonton yang maksimum dan memastikan permainan dapat dilihat dengan jelas dari pelbagai posisi.", "Lebih menarik, Predator X27 bersaiz 27 inci memiliki alat pengesan lampu ambien binaan dalam yang akan mengubah suai tahap kecerahan secara automatik dengan cara mengukur kondisi cahaya di sekitarnya. Bahagian atas Predator Shield boleh dibuka berdasarkan kepada keperluan pemain. Manakala bahagian dalam diperbuat daripada material anti silau untuk menghalang masalah silau yang disebabkan oleh lampu ambien. ", "Dilengkapi dengan Predator GameView, monitor-monitor yang unik ini boleh diubah dan disimpan dalam tiga mod khas yang mudah ditukar oleh pemain ketika bermain seperti mod Standard, ECO, Graphic dan Movie. ", "Ditawarkan pada harga RM9,999, Predator X27 boleh didapati mulai pertengahan Julai 2018 di semua pengedar sah Acer di seluruh negara.", "Selain monitor, Acer turut memperkenalkan sebuah papan kekunci terbaru yang diberi nama Predator Aethon 500. Papan kekunci mekanikal ini sangat tahan lasak dengan jangka hayat 70 juta kali tekanan pada setiap kekuncinya. Kini, pemain boleh mengubah suai setiap satu kekunci dengan 16.8 juta pilihan warna menerusi aplikasi PredatorQuartermaster.", "Ditawarkan pada harga RM739, papan kekunci ini boleh didapati hari ini di semua kedai rasmi dalam talian dan pengedar sah Acer yang terpilih di seluruh negara. ", "Maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Acer Malaysia atau hubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat)." ]
https://ering.com.my/2019/08/redmi-note-8-pro-kini-rasmi-pada-harga-bermula-dari-rm825-hadir-dengan-kamera-sebesar-64mp-nfc/
Redmi Note 8 Pro Kini Rasmi Pada harga Bermula Dari RM825 – Hadir Dengan Kamera Sebesar 64MP & NFC!!
[ "Buat peminat peranti dari Redmi, ini ada berita baik buat anda apabila jenama ini baru melancarkan peranti terbaharu yang dikenali sebagai Redmi Note 8 Pro yang bakal dijual pada harga bermula dari RM825.", "Peranti ini sangat menakjubkan apabila tampil dengan paparan 6.53″ IPS LCD FHD+ (1080 x 2340 Piksel) dan disertakan dengan Corning Gorilla Glass 5.", "Dihadirkan dengan Android 9.0 Pie + MIUI 10 dan dipadankan dengan pemproses yang sangat berkuasa iaitu Mediatek Helio G90T membuatkan ia antara yang berkuasa bagi kelasnya.", "Melengkapi spesifikasi dalaman ini dalam aspek memori yang mana ia dihadirkan dengan RAM sebesar 6GB / 8GB dan storan sebesar sehingga 128GB.", "Ini yang menjadi kegilaan apabila peranti ini tampil dengan kamera utama 64MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan 20MP. Hasil gambar pasti sangat menakjubkan.", "Aspek bateri juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 4500mAh dengan pengecasan pantas 18W serta Quick Charge 4.0.", "Bagi anda yang minat bermain game, ia turut disertakan dengan MediaTek Hyper Engine dan Game Turbo 2.0 serta sistem penyejukkan.", "Pengimbas cap jari pula disertakan di bahagian belakang peranti ini.", "Ia juga diersertakan dengan ciri NFC yang memberikan kelebihan buat peranti anda.", " Tampil dalam 3 warna iaitu Hijau, Putih dan Kelabu. Ia bakal tersedia dalam 3 varian dan harga seperti berikut:" ]
https://ering.com.my/2018/02/mwc-2018-nokia-pisang-dilancarkan-dengan-sokongan-4g-dan-aplikasi-sosial/
MWC 2018 : Nokia “Pisang” Dilancarkan Dengan Sokongan 4G Dan Aplikasi Sosial
[ "Kita masih tidak lupa khidmat peranti Nokia suatu ketika dahulu. Sehingga kini kita masih merindukan telefon Nokia dengan rekaan ikoniknya. Untuk zaman moden ini, Nokia tampilkan Nokia 8110 4G di acara MWC 2018.", "Bagi yang sudah menonton filem ‘The Matrix’ pada tahun 1999, anda mesti pernah ternampak telefon ini didalam satu babak aksi filem tersebut. Ya! Nokia melancarkan model ini semula tetapi kini dengan sokongan 4G dan skrin berwarna. Lebih menariknya, permainan Snake masih dikekalkan dengan antaramuka baharu. Selain itu, aplikasi pra pasang dimuatkan dengan Google Assistant, Google Maps, Twitter, Facebook, dan Facebook Messenger.", "Walaupun terdapat ciri-ciri baharu, telefon ini tidak menyediakan kamera swafoto sebaliknya hanya menawarkan kamera belakang 2 Megapiksel. Menerusi paparan QVGA 2.4-inci, ia juga dikuasakan cip Snapdragon 205, storan 4GB, dan kebolehan untuk Wifi Hotspot. Dengan bateri sebesar 1,500mAh dan sistem operasi Smart Feature OS, telefon ini berupaya menjanjikan jangka hayat bateri sehingga 9 jam untuk panggilan VoLTE dan 48 jam untuk memainkan muzik menerusi bicu audio.", "Buat masa ini, tiada pengumuman dibuat untuk pasaran Malaysia, tetapi akan dijual bermula Mei depan dengan tanda harga bermula €80 (kira-kira RM385). Nokia 8110 4G didatangkan dengan dua varian iaitu satu SIM dan dwi-SIM." ]
https://ering.com.my/2018/05/vivo-v9-red-velvet-sudah-mula-dijual-di-pasaran-tempatan/
Vivo V9 Red Velvet Sudah Mula Dijual Di Pasaran Tempatan
[ "Vivo V9 warna Red Velvet sudah mula dijual di pasaran tempatan bermula 12 Mei yang lalu. Secara tidak langsung warna ini juga menyambut kemenangan kerajaan Pakatan Harapan yang memenangi pilihanraya umum ke-14 baru-baru ini.", "Harga untuk pilihan warna Red Velvet ini tidak berubah dan masih kekal dengan tanda harga RM1,399 sebuah. Vivo V9 hadir dengan skrin hampir penuh, dwi kamera berkuasa AI (kecerdasan buatan), kamera depan 24 Megapiksel yang jelas, serta sarat dengan ciri-ciri yang dimahukan rata-rata pengguna Malaysia.", "Vivo V9 Red Velvet boleh didapatkan di stor online Lazada dan kedai-kedai wakil sah seluruh negara. Sementara itu, untuk warna biru Sapphire pula, vivo kini membuka untuk pra-tempahan di Lazada.", "Baca juga: Reviu Eksklusif: vivo V9, Dwi Kamera Lakar Sejarah!" ]
https://ering.com.my/2021/07/kaset-lama-super-mario-yang-belum-dibuka-dijual-di-lelong-dengan-harga-rm6-54-juta/
Kaset Lama Super Mario Yang Belum Dibuka: Dijual Di Lelong Dengan Harga RM6.54 Juta!
[ "Kaset Super Mario yang belum dibuka yang dilancarkan oleh Nnintendo pada tahun 1996 dilelong dengan harga AS $ 1.56 juta (kira-kira RM6.54 juta) semalam, mencatat rekod.", "Dilaporkan bahawa Super Mario 64 yang dilelong ini adalah permainan terlaris Nintendo, dan ini adalah kaset permainan 3D pertama dengan watak Mario. Syarikat lelong itu mengatakan bahawa kaset tersebut dijual dengan harga lebih dari satu juta dolar dengan harga tinggi, yang sepenuhnya tidak dijangka, tetapi identiti pembeli tidak didedahkan." ]
https://ering.com.my/2020/07/waze-kini-tampil-dengan-penambahbaikan-yang-comel-giler/
Waze Kini Tampil Dengan Penambahbaikan Yang Comel Giler!!!
[ "Waze, sebuah pelantar yang menyatukan komuniti di dalam dan di luar jalanan, bersedia untuk menyambut orang ramai yang kembali ke jalan raya dengan identiti jenama dan Moods baru untuk menyuntik lebih banyak keseronokan dalam setiap perjalanan. ", " Sama ada anda “Happy,” “Wild,” “Zombified,” atau apa sahaja perasaan yang anda alami, terdapat Mood untuk semua orang menggambarkan perasaan mereka semasa dalam trafik, dalam semua detik-detik yang berbeza perjalanan mereka, dan membuat orang tersenyum, walaupun mereka tidak banyak sebab untuk tersenyum.", "Selain daripada Moods, sebuah palet warna baru Waze yang berani mencerminkan kegembiraan dan keunikan pengguna kami, dan bahasa visual baru berdasarkan jalanan dan peta, akan dapat dilihat di beberapa tempat, termasuk laman web Waze, e-mel, dan saluran sosial." ]
https://ering.com.my/2018/12/sertai-peraduan-huawei-snowy-christmas-photo-challenge-menang-hadiah-menarik/
Sertai Peraduan “Huawei Snowy Christmas Photo Challenge” & Menang Hadiah Menarik!
[ "Huawei kini sedang mengadakan peraduan “Huawei Snowy Christmas Photo Challenge” bersempena sambutan Hari Krismas tidak lama lagi. Peraduan ini bermula HARI INI hingga 14 Disember 2018.", "Langkah 1 : Anda perlu ‘LIKE’ post ini dan ‘FOLLOW’ Facebook rasmi Huawei Malaysia.", "Langkah 2 : Ambil gambar yang paling kreatif di lokasi utama salji menggunakan mana-mana peranti Huawei.", "Langkah 3 : Kongsi entri tersebut di media sosial anda (Facebook). Pastikan gambar yang anda muat naik dan setting akaun anda ditetapkan kepada umum.", "Langkah 4 : Jangan lupa tag @HUAWEIMobileMY dan sertakan juga hashtags berikut : #HUAWEIsnowychristmast supaya posting anda dapat dilihat.", "10 pemenang bertuah akan memenangi penawaran hadiah istimewa yang merupakan tiket eksklusif ke Huawei Chrismast Night pada 20 Disember depan! So, good luck semua! ❤" ]
https://ering.com.my/2018/01/kemas-kini-ios-11-2-2-ada-masalah-lagi-prestasi-iphone-6-turun-sebanyak-41/
Kemas Kini iOS 11.2.2 Ada Masalah Lagi! Prestasi iPhone 6 Turun Sebanyak 41%?!
[ "Masalah Apple semakin banyak sejak pengenalan sistem operasi iOS 11 ini! Baru-baru ini kemas kini terbaru iOS 11.2.2 telah didedahkan secara rasmi, dan Apple menyeru semua pengguna iPhone harus membuat pengemaskinian ini. Menurut Apple, penambahbaikan kali ini untuk mengatasi isu keselamatan yang dikenali sebagai ancaman “spectre” pada pelayar Safari, di mana maklumat penting anda akan dicuri sekiranya digodam.", "Namun, ramai pengguna menghadapi masalah prestasi iPhone menurun selepas mengemaskini ke iOS terbaru ini. Menurut laporan dari Gordon Kelly (editor laman rasmi Forbes), pemaju Melvin Mughal telah mencatatkan prestasi iPhone 6 beliau selepas mengemaskini iOS 11.2.2 dari iOS 11.1.2. Beliau turut mejalankan lebih daripada 30 ujian benchmark, dan mendapati ujian pada single-core dan multi-core mempunyai penurunan sebanyak 41% dan 39% secara purata.", "Masalah ini bukan hanya berlaku pada peranti iPhone yang lama, terdapat pengguna iPhone 8 dan iPhone X turut menghadapai masalah ini, cuma penurunan prestasi tidak terlalu serius, kira-kira 10%. Ada juga sebilangan kecil pengguna berasa prestasi iPhone mereka bertambah baik setelah kemas kini." ]
https://ering.com.my/2018/01/tag-heuer-umum-jam-pintar-murah-melalui-connected-modular-41/
Tag Heuer Umum Jam Pintar Murah Melalui Connected Modular 41
[ "Tag Heuer merupakan satu jenama jam tangan mewah yang terkenal seantero dunia. Tidak hanya tertumpu pada jam mekanikal, Tag Heuer kini dilihat menjinakkan diri dalam pengeluaran jam tangan pintar. Jika Connected Modular 45 yang pernah dilancarkan sebelum ini berharga $1,550 (kira-kira RM6,136), Connected Modular 41 pula lebih ‘murah’ iaitu pada harga $1,200 (sekitar RM4,750) seutas.", "Ia bukan sahaja memiliki tanda harga lebih rendah malah saiznya juga agak kecil berbanding generasi sebelumnya. Jam ini direka menggunakan badan berukuran 41mm dan didatangkan dengan tujuh versi yang berbeza. Untuk memenuhi citarasa, pelanggan ditawarkan dengan sembilan jenis tali jam pelbagai warna untuk dipadankan bersama tetapi, pelanggan perlu membayar wang tambahan.", "Tag Heuer Connected Modular 41 dibangunkan dengan kerjasama Intel dan Google sekaligus, ia dioperasikan oleh Android Wear. Spesifikasi lain mendapati ia menyediakan paparan AMOLED beresolusi 390 x 390 dengan kecerahan mencecah 350 nits.", "Perkakas dalaman menerusi pemproses Snapdragon Wear 2100, RAM 1GB dan storan seluas 8GB melancarkan sistem perisian jam ini. Dengan fungsi NFC, dan GPS, ia juga menyokong sokongan kalis air pada kedalaman 50 meter.", "Selain daripada mempamerkan sebuah jam tangan pintar, pengguna juga boleh menukar badan digital ini kepada badan mekanikal menerusi Calibre 5." ]
https://ering.com.my/2018/12/pengguna-digi-hotlink-maxis-dan-u-mobile-kini-boleh-membuat-pembelian-di-huawei-appgallery/
Pengguna DiGi, Hotlink, Maxis Dan U Mobile Kini Boleh Membuat Pembelian Di Huawei AppGallery
[ "Selain aplikasi Google Play Store, istimewa buat peranti Huawei kerana terdapat aplikasi yang membolehkan mereka memuat turun pelbagai aplikasi, permainan ataupun tema telefon khas iaitu Huawei AppGallery. Lebih menarik, melalui aplikasi ini juga Huawei turut menjanjikan pelbagai ganjaran serta promosi untuk penggunanya.", "Huawei AppGallery telah mengumumkan satu lagi perkhidmatan terbaharu untuk pemilik peranti Huawei membuat pembelian dalam aplikasi dengan lebih mudah. Kini pelanggan Digi, Hotlink, Maxis dan U Mobile sudah boleh membuat pembelian dalam aplikasi yang akan terus dicas pada akaun telco yang digunakan.", "Integrasi pembayaran di antara Huawei AppGallery dengan telco tempatan ini bukan sahaja ekosistem yang lebih baik tetapi ia juga dijamin selamat untuk digunakan. Lebih istimewanya setiap pembelian dalam aplikasi di AppGallery Carnival atau Carnival Themes sehingga 31 Disember ini akan turut ditawarkan dengan pelbagai ganjaran, diskaun dan tawaran daripada Lazada, Starbucks dan pelbagai lagi." ]
https://ering.com.my/2020/10/tidak-perlu-lagi-ke-bank-untuk-buka-akaun-bank-hong-leong-tawar-proses-on-boarding-digital-menerusi-aplikasi-applyhlb/
Tidak Perlu Lagi Ke Bank Untuk Buka Akaun Bank – Hong Leong Tawar Proses ‘ON-BOARDING’ Digital Menerusi Aplikasi Apply@HLB
[ "Berikutan penerbitan garis panduan Electronic Know-Your-Customer (eKYC) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30hb Jun 2020, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) merupakan bank pertama di Malaysia yang menawarkan sistem ‘on-boarding’ digital untuk warga Malaysia yang ingin membuka akaun. Proses baharu pembukaan akaun bank ini beralih sepenuhnya secara digital serta tidak lagi memerlukan pelanggan untuk mengunjungi cawangan Bank atau Terminal Layan Diri.", "Bermula hari ini, pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi ‘Apply@HLB’ untuk membuka akaun di mana-mana dan bila-bila sahaja, manakala kad debit akan dihantar ke mana sahaja mereka berada di dalam negara. Cara perbankan mudah dan lancar ini bersesuaian dengan situasi semasa di mana COVID-19 terus menimbulkan kerisauan berhubung kesihatan, selain mencetuskan peralihan kepada gaya hidup digital.", "Dengan aplikasi ‘Apply@HLB’, membuka akaun bank boleh dilakukan dengan tiga langkah mudah bila-bila dan di mana sahaja. Pelanggan hanya memerlukan MyKad untuk proses ini.  ", "Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas layak memohon pembukaan akaun HLB melalui aplikasi ‘Apply@HLB’, yang boleh dimuat turun di Google Play, App Store dan Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut tentang ‘Apply@HLB’, sila layari www.hlb.com.my/apply." ]
https://ering.com.my/2018/04/samsung-malaysia-mula-menawarkan-galaxy-j2-pro-pada-harga-rm499/
Samsung Malaysia Mula Menawarkan Galaxy J2 Pro Pada Harga RM499
[ "Samsung Malaysia hari ini mengumumkan kemasukan sebuah peranti terbaharu ke pasaran tempatan iaitu Samsung Galaxy J2 Pro. Telefon pintar ini pada mulanya telah diperkenalkan di pasaran Vietnam pada Januari lalu. Harga yang ditawarkan untuk Samsung Galaxy J2 Pro ialah RM499.", "Peranti ini duduk di bawah kelas permulaan dengan spesifikasi seperti paparan 5” Super AMOLED (540 x 960p) yang disertakan bersama cip pemproses Snapdragon 425, RAM sebesar 1.5GB, dan storan 16GB. Ia juga dibekalkan kamera utama 8 Megapiksel LED flash disamping kamera swafoto 5 Megapiksel.", "Didatangkan dengan ciri sokongan kad mikroSD, peranti ini dikuasakan Android Nougat 7.1 Nougat, bateri berkapasiti 2,600mAh dan sokongan dwi-SIM slot.", "Samsung Galaxy J2 Pro mula berada di bilik pameran Samsung Experience Store bermula hari ini. Terdapat empat pilihan warna antaranya Blue Silver, Pink, Black, dan Gold." ]
https://ering.com.my/2021/03/digi-ajak-rakyat-derma-peranti-terpakai-menerusi-kempen-mybaikhati-bagi-membantu-pelajar-b40-dalam-e-pembelajaran/
Digi Ajak Rakyat Derma Peranti Terpakai Menerusi Kempen #MYBaikHati Bagi Membantu Pelajar B40 Dalam e-Pembelajaran
[ "Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai #MYBaikHati, sebuah kempen pengumpulan peranti secara penyumberan orang ramai (crowdsourcing). Kempen ini bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih baik bagi pembelajaran digital dan peluang yang sama rata kepada pelajar daripada komuniti berpendapatan rendah (B40) supaya mereka dapat terus maju di zaman digital ini.", "Melalui kempen #MYBaikHati, Digi akan mengumpul peranti terpakai seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba daripada masyarakat sekitar termasuk pelanggan serta kakitangannya untuk diperbaharui dan diedarkan kepada para pelajar  di kalangan B40. Kempen setahun yang dilancarkan semalam bermula di Lembah Klang, dan akan dikembangkan ke seluruh negara kelak.", "Untuk menyertai kempen ini, rakyat Malaysia yang berada di Lembah Klang boleh menderma dengan cara dua pilihan mudah:", "Jenis peranti yang diterima adalah telefon pintar, tablet yang menyokong teknologi 4G, Chromebook dengan Windows 8 ke atas serta komputer riba, dan disarankan untuk diserahkan bersama pengecas peranti tersebut. Peranti yang diterima mestilah dalam keadaan yang masih berfungsi dan tiada kerosakan besar, manakala peranti yang tidak memenuhi syarat akan dilupuskan dengan cara yang bertanggungjawab. ", "Kesemua peranti yang didermakan akan dinilai, dibaik pulih dan seterusnya diedarkan kepada pelajar B40 yang layak di Pusat Internet Komuniti (PIK) Digi yang terpilih. Pelajar daripada golongan berpendapatan rendah boleh menyemak kelayakan mereka di PIK terdekat, yang mana nama mereka akan disahkan berdasarkan senarai B40 yang disediakan oleh kerajaan.", "Seperti yang diumumkan oleh kerajaan semalam, #MYBaikHati merupakan inisiatif bersama sektor telekomunikasi untuk mengumpul peranti terpakai daripada orang ramai demi membantu memudahkan pembelajaran digital untuk pelajar dalam komuniti B40. ", "Untuk maklumat lanjut mengenai MyBaikHati dan cara menderma, layari www.digi.com.my/yellow-heart/MyBaikHati." ]
https://ering.com.my/2017/05/waze-menawarkan-penggunanya-menjadi-seorang-juruterbang-mas/
Waze Menawarkan Penggunanya Menjadi Seorang Juruterbang MAS
[ "Waze Malaysia telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines bagi memberikan ‘pengalaman juruterbang’ kepada pengguna-pengguna Waze di serata Malaysia. Menurut Pengurus perniagaan Waze, Edward Ling menyatakan bahawa pihak Waze ingin memberikan tarikan yang unik, maka ini adalah salah satu cara untuk membawa jenama kepada para pengguna dari sehari ke sehari.", "Ciri ini boleh didapati di dalam aplikasi dengan akses yang mudah. Para pengguna perlu pergi ke ikon Settings > Display & Map > Car on Map dan pilih ikon kapal terbang Malaysia Airlines. Selain itu, terdapat satu iklan meminta pengguna untuk menukar ikon kereta kepada ikon kapal terbang MAS sebelum memulakan perjalanan.", "Untuk mengetahui lebih lanjut cara-cara membuat tetapan sila tonton video yang disediakan." ]
https://ering.com.my/2020/12/siri-lenovo-lemon-k12-bakal-dilancarkan-pada-12-disember-ini/
Siri Lenovo Lemon K12 Bakal Dilancarkan Pada 12 Disember Ini!!
[ "Peminat Lenovo pasti berasa teruja dengan berita ini apabila Lenovo China telah mengumumkan bakal melancarkan satu lagi peranti pintar yang dikenali sebagai Siri lenovo Lemon K12 pada 12 Disember ini.", "Buat masa ini tiada lagi spesifikasi yang terdedah, namun dikhabarkan ia bakal hadir dengan kapasiti bateri yang besar dengan kuasa pemproses yang sangat hebat.", "Bakal tampil dengan sistem 3 kamera pasti membuatkan peminat tidak sabar menantikan kehadiran peranti ini. Jadi, sama-sama kita nantikan!!" ]
https://ering.com.my/2018/03/beberapa-model-huawei-dari-siri-p10-mengalami-penurunan-harga/
Model Huawei Dari Siri P10 Diturunkan Harga!
[ "Umum mengetahui 27 Mac 2018 adalah tarikh pelancaran rasmi bagi Huawei P20 di Paris. Seperti biasa, ini menandakan akan ada penurunan harga bagi beberapa model Huawei tahun lepas.", "Di Lazada, Huawei P10 telah mendapat diskaun sehingga RM1000 menjadikan harganya kini adalah RM1,489 berbanding harga asal semasa pelancaran iaitu RM2,499.", "Inginkan peranti yang lebih besar, Huawei P10 Plus juga diturunkan harga serendah RM1,899 di mana harga asal adalah RM3,499. Peranti ini menawarkan RAM sebesar 6GB serta storan 128GB.", "Mahukan sesuatu yang baru, apa kata anda bertukar ke honor View 10 yang kini dijual pada harga RM1,788 (asal RM2,099). Selain tampil dengan paparan skrin dengan nisbah 18:9, telefon pintar ini juga menawarkan RAM sebesar 6GB RAM dan storan 128GB.", "Jika anda berminat dengan mana-mana tawaran di atas, boleh ke laman rasmi Lazada." ]
https://ering.com.my/2019/08/ber-merdeka-with-lenovo/
[Promosi]: “Ber-Merdeka” With Lenovo – Jangan Lepas Peluang Rebut Tawaran Menarik Kaw-Kaw!
[ "Bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan pada tahun ini, Lenovo mengajak orang ramai untuk “Ber-Merdeka” With Lenovo! Pelbagai tawaran menarik ditawarkan kepada pelanggan yang membeli produk Lenovo IdeaPad, Legion dan IdeaCentre terpilih.", "Mana-mana pelanggan yang membeli produk terpilih di  Lenovo Exclusives Store di seluruh Malaysia berpeluang menikmati akses sepanjang hayat untuk versi lengkap Microsoft Office Home & Student 2019 Suites bernilai RM529 – pakej termasuk Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan OneDrive. Selain itu, pelanggan juga bakal mendapat Lenovo Premium Care Warranty.", "Pelanggan yang suka membeli melalui online, boleh juga dapatkan produk Lenovo di Lazada dan Shopee." ]
https://ering.com.my/2019/12/oppo-a9-2020-hanya-rm999-eksklusif-jualan-12-12-di-lazada-shopee/
OPPO A9 2020 Hanya RM999! Eksklusif Jualan 12.12 Di Lazada & Shopee!
[ "Akhir tahun jom kita raihkan bersama jualan mega dari OPPO! Sempena OPPO 12.12 Super Deals yang bakal berlangsung pada 12 ~ 14 Disember 2019, harga OPPO A9 2020 telah dikurangkan dari RM1,199 ke RM1,099. Lebih menarik lagi, anda boleh dapatkan diskaun baucar RM100 sempena jualan 12.12 di Lazada dan Shopee.", "Bermakna peranti OPPO A9 2020 hanya perlu RM999 sahaja untuk mendapatkannya dengan adanya diskaun baucar, cepat-cepat kumpul baucar di Lazada dan Shopee bermula 12 ~ 14 Disember untuk menikmati potongan menarik ini.", "OPPO A9 2020 menawarkan prestasi penggunaan yang memuaskan pada harga yang lebih mesra, termasuk kuad kamera 48MP + 8MP Ultra Wide Angle + 2MP Potret + 2MP Mono Lens, 8GB RAM + 128GB ROM, kapasiti bateri 5000mAh dan sebagainya.", "Nak Nampak Super Gempak? Ini Benda Cool Pada OPPO A9 2020 Yang Korang Kena Cuba! " ]
https://ering.com.my/2017/01/kempen-huat-kaw-kaw/
Masa Untuk Shopping Dengan Shopee Dalam Kempen Huat Kaw Kaw!
[ "Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, pasti ramai yang sudah siap sedia merancang untuk mengemas dan menghias rumah. Bila dah siap kemas nanti mesti badan pun dah penat dan malas keluar untuk ber-shopping. Tidak apa, sebab korang boleh shopping dalam Shopee dan ada tawaran istimewa untuk mereka yang membeli-belah dengan Shopee.", "Kempen “Huat Kaw Kaw” yang baru sahaja dilancarkan menawarkan anda pelbagai produk pada harga istimewa terdiri daripada peranti pintar, barangan elektronik, barangan kesihatan, produk bayi dan bermacam-macam lagi. Selain itu ada tawaran “Crazy Mobile Deals” bagi beberapa model smartphone premium pada harga tidak masuk akal.", "Apalah Tahun Baru Cina tanpa Ang Pao, sebagai persiapan menjelang perayaan ini, Shopee juga akan memperkenalkan ‘Fortune Ang Pao’ untuk anda semua. ‘Fortune Ang Pao’ edisi terhad ini akan dijual pada harga RM1 di akaun rasmi Shopee dan Shopee_mamak. Ang Pao ini dilengkapi dengan baucar membeli-belah RM7 dan juga memberikan anda peluang untuk memenangi pelbagai hadiah dari Shopee terdiri daripada produk OPPO, Huawei, Samsung, tiket wayang, pakej percutian, baucer membeli-belah dan juga 888,888 syiling Shopee." ]
https://ering.com.my/2016/02/samsung-mengungguli-jualan-tahun-2015/
Samsung Mengungguli Jualan Tahun 2015
[ "Jualan global smartphone pada tahun 2015 meningkat sebanyak 14.1% dari tahun sebelumnya dengan angka jualan mencecah 1.4 bilion dalam tahun tersebut. Bagi setiap jualan 5 peranti, satu daripadanya adalah model Samsung, menjadikan jenama dari Korea Selatan tersebut paling laris. Secara total Samsung berjaya menjual 320 juta smartphone berbanding Apple di tempat kedua dengan angka jualan 226 juta. Ranking jualan pada tangga ketiga menjadi milik Huawei (104 juta), diikuti Lenovo/Motorola (72.7 juta) dan Xiaomi (65.6 juta). Antara statistik lain yang menarik sepanjang 2015 adalah jualan smartphone yang luar biasa pada penghujung tahun tersebut. Dalam suku ke empat 2015, sebanyak 400 juta smartphone dijual dalam masa 3 bulan sahaja.", "Selain itu penganalisis statistik juga mengeluarkan kenyataan bahawa sistem operasi paling popular adalah Android dengan 80.7 pengguna sepanjang 2015, diikuti iOS 17.7%. Ianya sudah dijangkakan kerana perbezaan polisi kedua-dua sistem operasi tersebut di mana Android lebih terbuka dan tersedia kepada pengeluar peranti. Jualan smartphone Windows dan BlackBerry pula terus menurun dan sekali gus memberi kesan kepada pegangan pasaran global." ]
https://ering.com.my/2018/01/kehebatan-penggambaran-siri-asus-zenfone-4-di-tangan-jurugambar-profesional/
Kehebatan Penggambaran Siri ASUS ZenFone 4 Di Tangan Jurugambar Profesional
[ "Apabila disebut sahaja tentang telefon pintar yang menyokong keupayaan penggambaran terbaik, rata-rata daripada pengguna di luar sana pastinya akan terfikirkan model flagship yang dijual pada harga yang sangat tinggi. Sebenarnya tanpa memerlukan peranti yang mahal, anda juga sebenarnya sudah mampu memiliki hasil gambar yang sangat menarik. Ini jelas dapat dilihat melalui koleksi hasil gambar yang telah diambil oleh jurugambar profesional dengan menggunakan siri ASUS ZenFone 4 iaitu model ZenFone 4 dan juga ZenFone 4 Pro.", "*Klik di SINI untuk melihat lebih banyak gambar" ]
https://ering.com.my/2021/05/imej-iphone-13-dengan-warna-rose-pink-terdedah/
Imej iPhone 13 Dengan Warna Rose Pink Terdedah??
[ "Baru-baru ini, Peng Ponsel pemberi maklumat di luar negara mengeluarkan sekumpulan rendering siri iPhone 13 di platform sosial, yang menunjukkan bahawa siri ini akan dilengkapi dengan skema warna yang disebut “Rose Pink”. Seluruh badannya diperbuat daripada warna merah jambu. ", "Namun, pemberi maklumat mendedahkan dalam berita terbaru bahawa versi Rose Pink iPhone 13 Pro Max akan dikeluarkan pada bulan Disember 2021.", "Berdasarkan berita yang diketahui sekarang, siri iPhone 13 secara keseluruhan masih akan mewarisi reka bentuk generasi sebelumnya, reka bentuk belakang pada dasarnya tidak berubah.", "Bagi konfigurasi, siri iPhone 13 akan menaik taraf pemproses Apple A15, menggunakan proses 5nm generasi kedua TSMC, yang bukan sahaja mempunyai prestasi yang lebih kuat, tetapi juga mengurangkan penggunaan kuasa dan meningkatkan jangka hayat bateri iPhone 5G." ]
https://ering.com.my/2016/10/snorelax-alarm-clock/
Snorelax Alarm Clock, Penggera Pintar iPhone Anda!
[ "Sepanjang minggu ini hujan turun membasahi bumi Kuala Lumpur, dan keadaan trafik juga berubah. Kepada anda yang sering sampai lambat ke tempat kerja, apa kata muat turun aplikasi Snorelax Alarm Clock. Ia adalah aplikasi penggera pintar yang akan berbunyi lebih awal daripada ditetapkan pengguna apabila mengesan kesesakan jalan raya. Lokasi kesesakan akan diberikan kepada anda serta ramalan waktu kelewatan perjalanan yang akan dilalui.", "Buat masa ini Snorelax Alarm Clock hanya menyokong notifikasi kesesakan jalan raya di negara Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Selatan, Arab Saudi, UAE, Taiwan, Australia dan New Zealand. Menurut Nordin Ouameur, Snorelax Alarm Clock bakal diperkenalkan di negara asia tidak lama lagi." ]
https://ering.com.my/2021/05/ketua-negara-ust-malaysia-amar-chhajer-telah-dianugerahkan-gelaran-kehormat-oleh-tuan-yang-terutama-yang-di-pertua-negeri-pulau-pinang-malaysia/
Ketua Negara UST Malaysia, Amar Chhajer telah Dianugerahkan Gelaran Kehormat oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Malaysia
[ "– Gelaran berprestij ini dianugerahkan di atas komitmen UST ke arah Mengubah Kehidupan di Malaysia", "PENANG, Malaysia, 20 Mei 2021 /PRNewswire/ — UST, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital terkemuka, telah mengumumkan bahawa Amar Chhajer, Ketua Negara UST Malaysia, telah dianugerahkan gelaran ‘Pingat Jasa Kebaktian’ (PJK) oleh Kerajaan Malaysia. Gelaran ini memberi penghormatan kepada sumbangan Amar untuk mewujudkan ekonomi berpengetahuan dan pekerjaan teknologi di seluruh negara.", "‘Pingat Jasa Kebaktian’ (PJK) merupakan antara gelaran kebangsaan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada hari lahir beliau kepada individu yang memberikan sumbangan kepada komuniti. Amar ialah Timbalan Pengerusi untuk Kumpulan Fokus Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa penilaian untuk Penang i4.0 Seed Fund oleh Ketua Menteri.", "UST telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan digital Malaysia dan telah membina fungsi baharu, pusat penghantaran dan secara berterusan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Pada tahun 2020, UST telah melancarkan Makmal Infiniti pertamanya di Asia Tenggara yang meningkatkan kehadirannya dengan pembukaan dua buah pejabat di Malaysia. UST, salah sebuah penyedia Perkhidmatan IT dan Kejuruteraan yang paling pesat berkembang di dunia, berbangga dalam menyampaikan teknologi canggih untuk beberapa syarikat terbesar di seluruh dunia. Dengan misi untuk mengubah kehidupan, syarikat tersebut terus mencipta perbezaan dengan kualiti perkhidmatan pelanggannya. Ia telah mewujudkan platform global untuk menyatukan pelbagai orang dan meningkatkan kehidupan mereka melalui teknologi. ", "Bercakap tentang acara yang berprestij ini, Amar Chhajer, Ketua Negara UST Malaysia dan Pengarah Perniagaan Semikonduktor UST berkata, “Ia merupakan suatu penghormatan untuk dipilih menerima gelaran ‘Pingat Jasa Kebaktian’ ini. Di UST, kami berusaha untuk mewujudkan peluang-peluang yang bermakna, memberikan platform yang tepat kepada para pekerja kami bagi merealisasikan impian mereka menggunakan teknologi dan penyelesaian inovatif. Gelaran ini turut mengiktiraf ribuan pekerja hebat yang bekerja di pejabat-pejabat di Malaysia kerana mereka telah membantu menyampaikan nilai kepada pelanggan global kami sambil terus meningkatkan perniagaan kami di Malaysia.” ", "“Tahniah kepada Amar dan seluruh pasukannya di Malaysia. Mereka sentiasa membuktikan bahawa mereka sebagai pembuat perubahan dan berwawasan di UST. Kami berasa rendah hati dan berterima kasih atas pengiktirafan ini kerana UST sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam segala yang kami lakukan. Ia memberikan kepuasan untuk bekerjasama dengan mereka yang memberikan tahap komitmen dan semangat tertinggi dalam kerja mereka,” kata Alexander Varghese, Ketua Pegawai Operasi UST. ", "Selama lebih 20 tahun, UST telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat terbaik di dunia untuk memberi impak yang sebenar melalui transformasi. Dikuasakan oleh teknologi, diilhamkan oleh orang ramai dan diterajui oleh matlamat kami, kami bekerjasama dengan para pelanggan bermula daripada reka bentuk hingga kepada operasi. Melalui pendekatan yang tangkas, kami mengenal pasti cabaran teras mereka dan mencipta penyelesaian baharu yang mampu merealisasikan visi mereka. Dengan kepakaran domain yang mendalam dan falsafah yang mampu dibuktikan di masa depan, kami meletakkan inovasi dan ketangkasan ke dalam organisasi pelanggan kami—memberikan nilai yang boleh diukur dan perubahan yang berkekalan di seluruh industri dan di seluruh dunia. Bersama-sama dengan lebih 26,000 orang pekerja di 25 buah negara, kami memberikan kesan tanpa sempadan—melibatkan berbilion-bilion nyawa dalam proses ini. Sila layari kami di ust.com ", "Hubungan Media, UST: Tinu Cherian Abraham+1 (949) 415-9857", " Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Awards " ]
https://ering.com.my/2018/05/sony-menawarkan-fon-kepala-tanpa-wayar-ch400-untuk-pembelian-peranti-terpilih/
Sony Beri Percuma Fon Kepala Tanpa Wayar (CH400) Untuk Pembelian Peranti Terpilih
[ "Lebih kurang sebulan sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bersempena dengan itu, Sony kini mengadakan satu promosi dinamakan Hari Raya Bersama Xperia, menawarkan fon kepala tanpa wayar (Sony CH400) secara percuma untuk setiap pembelian Sony Xperia XZ2 dan XZ Premium yang mana masing-masing dijual pada harga RM3,299 dan RM2,699.", "Tidak cukup dengan itu, Sony juga menambah beberapa hadiah lain iaitu Pek Eksklusif yang mengandungi enam aksesori antaranya:", "Pek Eksklusif ini juga akan diberikan kepada pelanggan yang membuat pembelian peranti yang lain iaitu Xperia XA2 Ultra dan XA1 Plus. Harga untuk kedua-dua peranti ini adalah lebih mampu milik dan merupakan peranti kelas pertengahan pada harga RM1,799 dan RM1,299 seunit.", "Bagi yang berminat, tawaran ini sah bermula 15 Mei sehingga 1 Jun 2018 yang boleh dibeli di mana-mana stor rasmi Sony seluruh Malaysia." ]
https://ering.com.my/2016/06/blackberry-membuka-fungsi-panggilan-video-bbm-pada-platform-ios-dan-android/
BlackBerry Membuka Fungsi Panggilan Video BBM Pada Platform iOS dan Android
[ "BlackBerry akhirnya melancarkan fungsi panggilan video melalui aplikasi BBM pada peranti platform Android dan iOS. Fungsi ini pada mulanya diuji dalam versi beta dan mula diperkenalkan beberapa minggu lalu ke Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin.", "Ia membolehkan sesiapa sahaja yang menggunakan aplikasi untuk panggilan video dengan rakan dan keluarga melalui BBM. Untuk menggunakan fungsi ini, pastikan anda mengemas kini aplikasi BBM kepada versi terbaru. BBM Video disediakan untuk mana-mana peranti Android dengan Android 4.4 KitKat dan ke atas, atau iPhone dengan iOS 8 atau lebih tinggi.", "Kenalan dan ahli keluarga anda juga haruslah mempunyai peranti dan aplikasi yang menyokong panggilan video BBM sekiranya anda ingin menikmati servis ini." ]
https://ering.com.my/2016/10/mendalami-isu-kebakaran-dan-letupan-bateri-smartphone/
Mendalami Isu Kebakaran Dan Letupan Bateri Smartphone
[ "Banyak yang diperkatakan baru-baru ini mengenai Samsung Galaxy Note 7 yang dilaporkan cenderung untuk meletup. Namun Samsung mengesahkan hanya 35 kes letupan bateri dilaporkan dari jutaan peranti yang dijual, namun atas keselamatan pengguna, Samsung memanggil semula peranti yang dijual dan menghentikan pengedaran Samsung Galaxy Note 7.", "Letupan bateri boleh terjadi kepada mana-mana peranti, malang sekali Samsung Galaxy Note 7 sedikit terjejas dengan unit bateri yang kurang baik, dan kami percaya hanya sebilangan kecil peranti sahaja terbabit dengan insiden ini. Jadi mari kita pelajari dan mendalami apakah yang menyebabkan unit bateri boleh meletup/terbakar dan adakah langkah-langkah untuk menghindari insiden ini.", "Peranti elektronik seperti komputer dan smartphone secara umumnya menggunakan kuasa untuk beroperasi, peranti ini juga menyimpan dan menggunakan banyak kuasa, pada masa yang sama kuasa ini menghasilkan haba. Apabila terdapat kejanggalan pada perkakasan, bekalan kuasa ini menjadi tidak terkawal dan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini.", "Jurutera elektronik melengkapkan peranti dengan pelbagai pencegah (lebih dikenali sebagai fail-safe) bagi mengelakkan bekalan kuasa menjadi tidak terkawal. Pelbagai rintangan diletakkan di point tertentu di dalam peranti seperti port pengecas, papan induk dan juga di bateri itu sendiri. Fail-safe ini berfungsi sebagai titik kawalan kuasa yang akan membantu peranti bertindak sekiranya bekalan kuasa menjadi tidak terkawal. Tambahan pula perkakasan yang ada pada smartphone jauh lebih kecil berbanding pada peranti lain, ini menjadikan perkakasan tersebut lebih sensitif kepada haba dan memerlukan sistem fail-safe yang sempurna.Namun kemalangan tetap berlaku sekiranya anda tidak berhati-hati dengan corak penggunaan peranti. Jadi kami kongsikan beberapa punca kebakaran dan letupan bateri.", "Semua peranti elektronik menggunakan tenaga untuk beroperasi, tenaga elektrik ini disimpan di dalam bateri dan sentiasa aktif di dalam sel-sel bateri. Hadir bersama tenaga elektrik ini adalah suhu yang akan tersebar apabila anda menggunakan peranti.", "Corak penggunaan dan bebanan operasi sedikit sebanyak akan mempengaruhi suhu bateri. Jadi anda dinasihatkan agar tidak meletakkan bebanan operasi terlalu tinggi kepada peranti, kerana ini sekaligus akan meningkatkan suhu pelbagai komponen yang ada di dalam peranti, lantas mendedahkan anda kepada risiko kebakaran peranti.", "Baru-baru ini juga terdapat laporan kebakaran Galaxy Note 7 yang menarik minat kami berkenaan tabiat pengguna, berdasarkan bukti dan senario insiden tersebut pemilik peranti telah melakukan sesuatu yang kurang bijak dan merbahaya. Beliau telah mengecas peranti dan membiarkannya di atas katil dan pada situasi ini kemungkinan besar peranti tersebut juga telah dihimpit dengan bantal dan juga pelbagai benda lain. Suhu peranti akan meningkat apabila dicas, lebih memburukkan keadaan adalah suhu tersebut terperangkap apabila diletakkan di atas tilam dan juga dihimpap dengan pelbagai barang lain. Jadikan kejadian ini sebagai iktibar.", "Bateri untuk smartphone masa kini semakin lama semakin nipis, ini kerana pihak pengeluar berlumba-lumba siapa yang dapat mengasilkan peranti paling nipis dan ergonomik. Keghairahan ini menyaksikan komponen smartphone yang dibina semakin kompak dan kecil, termasuklah bateri. Di dalam bateri terdapat dua plat yang amat penting untuk bateri ini berfungsi.", "Oleh kerana saiz yang kompak, plat positif dan negatif hanya mempunyai ruang minimal yang memisahkan mereka. Pada kebiasaannya pengeluar mempunyai pembekal komponen mereka yang dilantik khas bagi menghasilkan komponen berkualiti tinggi dan mencapai standard tertentu, namun terdapat juga pengeluar komponen tiruan/jenama lain yang menghasilkan komponen yang sama untuk dijual pada harga murah.", "Di sinilah pengguna terdedah dengan bahaya apabila mereka mendapatkan bateri pengganti yang tidak mencapai piawaian. Hasilnya bateri terdedah dengan bahaya letupan sekiranya plat positif dan negatif diganggu atau menerima impak yang besar.", "Selain daripada dua punca yang disenaraikan, masih terdapat faktor lain yang mempengaruhi bateri seperti impak dan juga corak bekalan kuasa, namun kes berkaitan punca berkenaan amat jarang berlaku. Setelah melihat dua punca utama kerosakan bateri, mari kita lihat pula bagaimana anda boleh mengelakkan bateri anda dari rosak, terbakar dan berkemungkinan meletup.", "Ada pendapat yang bercanggah berkenaan ini, ada sesetengah mengatakan adalah selamat untuk menggunakan peranti ketika dicas ada juga yang kata tidak selamat, kami setuju dengan kedua-duanya.", "Suhu peranti akan mula naik apabila anda mengecas bateri, dan sekiranya anda menggunakan aplikasi pada peranti ia akan menambah beban kuasa dan meningkatkan suhu peranti. Bagi kami adalah selamat untuk anda sekadar menggunakan aplikasi ringan dengan jangka masa yang singkat. Namun amat merbahaya jika anda menggunakan peranti ketika dicas untuk bermain permainan video ataupun melakukan panggilan untuk tempoh masa yang lama.", "Risiko kerosakan bateri akan meningkat apabila suhu menjadi terlalu tinggi, boleh jadi unit fail-safe akan mula gagal berfungsi dan anda akan terdedah dengan bahaya kebakaran dan juga letupan. Jadi berhati-hati ketika menggunakan peranti semasa dicas", "Merujuk kepada kes letupan peranti ketika dicas di atas katil yang disebut sebelum ini, jelaslah bahawa amat penting untuk anda mengecas peranti di tempat yang sesuai. Pilih tempat yang mempunyai aliran haba yang baik dan elakkan tempat seperti katil, almari dan mana-mana lokasi berisiko.", "Tempat-tempat tersebut bukan sahaja konduktor haba yang tidak baik, malah amat berbahaya kerana anda berada sangat dekat dengan peranti ketika dicas. Saya pada kebiasaannya mengecas peranti dan membiarkannya di atas lantai di mana suhu lantai akan menarik haba berlebihan dari peranti semasa ia dicas. Selain itu saya juga ingin menasihatkan anda menanggalkan casing sekiranya casing anda mula mempengaruhi suhu peranti.", "Ramai yang berpendapat bahawa tidak selamat untuk menggunakan soket dan kabel dari pengeluar ketiga dan anda harus menggunakan aksesori asli yang diberi dalam kotak pembelian, dan itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya terdapat pelbagai pilihan dalam pasaran yang menawarkan soket dan kabel berkualiti tinggi, produk-produk tersebut telah diuji kualitinya dan selamat digunakan. Anda cuma perlu menyelidik jenama-jenama tersebut dan pastikan anda membeli produk yang tepat. Elakkan dari membeli soket dan kabel pada harga murah yang diragui kualitinya, sekiranya berlaku kecelakaan anda yang akan menanggung sakit.", "Tiada masalah sekiranya anda mahu menggunakan aksesori asli, produk dari dalam kotak pembelian sememangnya sudah ditala dan ditetapkan sesuai dengan peranti. Namun editor lebih gemar menggunakan kabel dan soket pihak ketiga kerana mahu memelihara fizikal aksesori asal yang akan menambah nilai sekiranya ingin menjual peranti." ]
https://ering.com.my/2019/10/vivo-nex-3-berharga-rm3899-pra-tempah-kini-dibuka-bawa-pulang-hadiah-bernilai-hingga-rm699/
Vivo NEX 3 Berharga RM3,899 – Pra – Tempah Kini Dibuka & Bawa Pulang Hadiah Bernilai Hingga RM699!
[ "Heyyy gais! Sesi pra-tempah untuk Vivo NEX 3 kini telah pun dibuka bermula HARI INI – 18 Oktober 2019! Harga jualan yang ditawarkan adalah RM3,899!", "Setiap pra- tempahan akan didatangkan dengan penawaran hadiah percuma bernilai hingga RM699 – termasuk Business Toiletries Case, Electric Toothbrush, Electric Shaver, jaminan waranti tambahan dan pelindungan skrin percuma selama satu tahun.", "Bagi yang berminat, pra – tempah boleh dibuat menerusi beberapa platform berbeza termasuk vivo concept store, pengedar sah vivo, rakan telco, Lazada, Shopee dan vivo Store. Sedia maklum, vivo NEX 3 bakal diperkenalkan secara rasmi pasa 17 Oktober ini. Maklumat lanjut, layari vivo Malaysia." ]
https://ering.com.my/2021/02/siri-realme-narzo-30-dilancarkan-secara-rasmi-di-india-hadir-dengan-kamera-kapasiti-bateri-yang-besar/
Siri realme narzo 30 Dilancarkan Secara Rasmi di India – Hadir Dengan Kamera & Kapasiti Bateri Yang Besar!!!
[ "Siri realme narzo 30 akhirnya dilancarkan secara rasmi di India hari ini! Realme kali ini telah melancarkan dua model, narzo 30 Pro 5G dan narzo 30A, serta fon telinga realme Buds Air 2. Mari kita tinjau pengenalan produk pada persidangan!", "Realme narzo 30 Pro 5G adalah telefon bimbit 5G pertama dalam siri narzo. Ia menawarkan dua warna Sword Black dan Blade Silver. Badan peranti ini diperhalusi dengan proses pelapisan AG generasi seterusnya, yang sangat meningkatkan penampilan dan tekstur. telefon lebih dilengkapi Pemproses MediaTek Dimensity 800U 5G yang kuat.", "Narzo 30 Pro 5G dilengkapi skrin dengan kadar penyegaran 120Hz, 6.5 inci, dengan nisbah skrin-ke-badan hingga 90,5%, dan kecerahan 600 nits dalam mod sinar matahari. Ia juga mempunyai mod perlindungan mata untuk melindungi mata pengguna.", "Telefon ini mempunyai kapasiti bateri 5000mAh yang dapat dicas sepenuhnya dalam 65 minit, dan mempunyai fungsi pengecasan Dart 30W dan fungsi pengecasan terbalik OTG, yang meningkatkan prestasi bateri ke tahap yang baru. Selain itu, telefon bimbit juga mempunyai sistem perlindungan pengecasan lima dimensi pintar dan algoritma penyesuaian VCVT untuk memastikan pengecasan selamat. Mod penjimatan kuasa supernya menggunakan lebih daripada 10 pengoptimuman kuasa tahap sistem yang sangat ketat untuk menyediakan bateri terpanjang kehidupan selepas pengisian.", "Narzo 30 Pro 5G dilengkapi dengan persediaan kamera tiga lensa yang sangat baik yang mana lensa utama adalah 48MP. Kamera hadapan pula adalah 16MP.", "Harga realme narzo 30 Pro 5G:• 6+64GB:rs.16999(kira-kira RM949)• 8+128GB:rs.16999(kira-kira RM1117)", "Reka bentuk badan realme narzo 30A lebih istimewa. Ia menggunakan reka bentuk pepenjuru untuk mewujudkan ruang visual yang tidak seimbang. Reka bentuk Matrix juga membawa dua warna Laser Blue dan Laser Black.", "Narzo 30A dilengkapi dengan bateri 6000mAh, yang merupakan model bateri terbesar dalam sejarah siri narzo. Ia boleh bertahan selama 46 hari dengan sekali cas dan mempunyai 27 jam waktu tontonan YouTube atau 10 jam masa permainan. ", "Narzo 30A dilengkapi dengan pemproses permainan MediaTek Helio G85, yang merupakan pemproses pertama dalam julat harga ini untuk memberikan prestasi serba cemerlang.", "Skrin telefon bimbit adalah reka bentuk skrin penuh 6.5 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 88.7%. Dan dalam keadaan apa pun dapat mencapai bidang pandangan maksimum 570 nits.", "Narzo 30A dilengkapi dengan lensa utama kamera belakang 13MP dan lensa apertur f / 2.2 yang besar, yang dapat memberikan cahaya tambahan ketika merakam pada waktu malamWalau bagaimanapun, lensa selfie 8MP dilengkapi dengan kecantikan AI, mod potret dan mod HDR.", "Harga realme narzo 30A:• 3+32GB:rs.8999(kira-kira RM502)• 4+64GB:rs.9999(kira-kira RM558)" ]
https://ering.com.my/2018/02/google-bakal-perluaskan-smart-reply-ke-aplikasi-pihak-ketiga/
Google Bakal Perluaskan Smart Reply Ke Aplikasi Pihak Ketiga
[ "Smart Reply yang diperkenalkan oleh Google membolehkan pengguna membalas mesej dengan cara yang lebih cepat. Ciri ini akan mencadangkan pengguna teks mesej yang sesuai untuk dihantar kepada penghantar. Ciri pintar ini berfungsi berdasarkan pembelajaran mesin yang sebelum ini hanya boleh digunakan pada aplikasi Gmail dan Allo.", "Kini, Google dikatakan bakal menawarkannya pada aplikasi permesejan pihak ketiga seperti WhatsApp, Facebook Messenger, WeChat dan sebagainya sekaligus, ia dapat memudahkan pengguna untuk membalas mesej. Contoh jika mesej yang diterima berbunyi seperti “Adakah anda terima?”, Reply akan mencadangkan teks ringkas misalnya “Maaf, saya tidak”, “Saya harus lihat ia dahulu”, atau “Saya akan hantar kepada awak”.", "Bagaimanapun, untuk Reply cadangan ini tidak akan dipaparkan secara automatik seperti yang terdapat dalam aplikasi Gmail dan Google Allo sebaliknya, teks mesej ringkas akan muncul di ruangan notifikasi pada sistem Android.", "Google difahamkan bakal memperkenalkan Reply kepada pengguna Android terlebih dahulu sebelum ke platfom yang lain. Masih belum boleh dipastikan bilakan pengenalan rasmi akan dibuat." ]
https://ering.com.my/2019/06/ura-ura-huawei-hadir-dengan-paten-baru-untuk-peranti-boleh-lipat/
[Ura-Ura] : HUAWEI Hadir Dengan Paten Baru Untuk Peranti Boleh Lipat?
[ "Kehadiran HUAWEI Mate X ternyata berjaya mendapat sambutan menggalakkan dan menjadikan orang ramai tidak henti-henti bercakap mengenainya. Pun begitu, pelancaran peranti tersebut telah ditangguhkan ke bulan September atas alasan untuk ujian tambahan.", "Walau bagaimanapun, syarikat gergasi itu tidak berdiam diri sebaliknya terdapat maklumat tertiris mengatakan mereka dalam persediaan penghasilan pewaris baru untuk peranti boleh lipat.  Imej tersebar memaparkan paten ini menunjukkan rekaan yang ditambahbaik – bahagian luar peranti boleh dilipat ke dalam. Selain itu, ia dilihat tidak memiliki sebarang rekaan bingkai pada bahagian sisi.", "Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Mungkin kita akan mendengar lebih banyak berita tertiris mengenainya pada masa akan datang? Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!" ]
https://ering.com.my/2016/05/nak-jimat-try-servis-wifi-calling-dari-u-mobile/
Nak Jimat? Try Servis WiFi Calling Dari U Mobile!
[ "Hello geng eRing! Siapa guna U Mobile? Lepas ni jimat la bil korang sebab U Mobile baru je melancarkan servis WiFi Calling untuk pengguna talian mereka. Ni yang pertama di Malaysia tau, tepuk tangan sikit untuk U Mobile!", "Apa yang best WiFi Calling ni? Yang pertama mestilah lagi jimat dari panggilan biasa, lagi-lagi kalau korang call nombor Malaysia dari luar negara, U Mobile cas panggilan tu guna kadar tempatan je, tak pakai cas IDD, perghh. Konsepnya mudah sahaja, panggilan ke nombor Malaysia walau di mana pun lokasi akan menggunakan cas tempatan, manakala panggilan ke nombor lain-lain negara walau di mana pun lokasi akan dikenakan cas IDD.", "Lepas tu tak payah susah nak cari coverage ke apa, janji smartphone korang tersambung ke WiFi, mudah kan. Dari dalam bangunan bawah tanah pun boleh buat call, yang penting ada WiFi la, tak ada WiFi tak boleh buat apa la. Lagi satu, misalnya korang dalam flight dan nak buat call, connect saja ke sambungan WiFi dalam penerbangan", "Best kan, jadi siapa yang boleh guna servis ni, meh abang bagi details dia: –", "1. Of course korang mesti guna talian U Mobile, prepaid boleh postpaid pun boleh.", "2. Smartphone mestilah model yang support WiFi Calling macam iPhone 5C, 5S, SE, 6, 6 Plus, 6S, dan 6S Plus. Kalau pakai Android kena tunggu sampai suku tahun ketiga, barulah servis tu akan support kat peranti Android.", "3. Update iPhone anda ke versi iOS 9.3 dan pastikan carrier setting pun dah update ke versi paling baru.", "4. Aktifkan fungsi WiFi Calling kat smartphone anda, pergi ke bahagian setting>phone>WiFi Calling.", "5. Sambung ke WiFi dan nanti anda akan nampak notifikasi U Mobile WiFi kat bahagian notifikasi masa nak buat call. Kalau dah nampak tu memang anda sudah boleh buat call guna WiFi Calling la." ]
https://ering.com.my/2020/08/celgard-berjaya-di-mahkamah-uk-dan-diberi-injunksi-ke-atas-import-pemisah-bateri-senior-melalui-perbicaraan/
Celgard Berjaya di Mahkamah UK dan Diberi Injunksi Ke Atas Import Pemisah Bateri Senior Melalui Perbicaraan
[ "CHARLOTTE, Carolina Utara, 7 Ogos 2020 /PRNewswire/ — Ekoran daripada kebenaran oleh mahkamah United Kingdom (UK) pada 7 Mei 2020 berhubung injunksi interim ke atas Shenzhen Senior Technology Material Co., Ltd. (Senior) sebagaimana yang dipohon oleh Celgard, LLC (Celgard), subsidiari Polypore International, LP (Polypore) dan perintah mahkamah UK bertarikh 21 Mei 2020 untuk meneruskan kesan injunksi interim, mahkamah UK mengeluarkan Penghakiman pada 30 Julai 2020 bagi memberi injunksi melalui perbicaraan dan akan membuat satu perintah menurut syarat-syarat yang dipohon oleh Celgard yang menyekat import Pemisah Bateri Senior ke UK menerusi perbicaraan.", "Penghakiman mahkamah yang memihak kepada Celgard bukan sahaja memberi injunksi ke atas Senior, ia juga memutuskan bahawa Celgard telah mencetuskan satu isu serius untuk dibicarakan bahawa Senior telah menggunakan rahsia perdagangannya bagi membangunkan dan mengeluarkan pemisah bateri dan England merupakan forum yang sesuai untuk pertikaian pengimportan. Celgard bercadang untuk meneruskan sepenuhnya kes rahsia perdagangannya ke atas Senior.", "Pada 30 April 2020, Celgrad memfailkan permohonan untuk injunksi segera ke atas Senior di Mahkamah Tinggi Keadilan di London, England. Pada 7 Mei, secara ex parte, mahkamah UK memberi injunksi interim bagi menghalang Senior daripada mengimport pemisah bateri tertentu ke UK.", "Terdahulu pada 2 Mac, Celgard memfailkan Aduan ke atas Defendan-defendan Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (Senior-China), Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (US) Research Institute (Senior-California), Xiaomin (Steven) Zhang, Sun Town Technology, Inc., Global Venture Development, LLC, dan Global Venture Development, Inc. (secara keseluruhannya, Global Venture) (secara keseluruhannya, Defendan-defendan WDNC) di Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Barat California Utara (WDNC) atas penyalahgunaan rahsia perdagangan, amalan perdagangan yang tidak jujur dan mengelirukan serta persaingan tidak adil, konspirasi awam, pengayaan tak patut dan penukaran. ", "Di samping itu, Celgard memfailkan Aduan Pindaan Kedua ke atas Defendan-defendan termasuk Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (US) Research Institute (Senior-California) dan lain-lain (secara keseluruhannya, Defendan-defendan NDCA) atas pelanggaran paten, kemungkiran kontrak dan kemungkiran waad tersirat berniat baik dan urusan yang adil di Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Utara California (NDCA).", "Aduan WDNC mendakwa bahawa Defendan-defendan WDNC, termasuk bekas pekerja Celgard, Xiaomin (Steven) Zhang, yang kini merupakan Ketua Pegawai Teknologi Senior-China yang menukar namanya kepada Bin Wang atas permintaan Senior-China, menyalahgunakan dengan sengaja dan menyalahi undang-undang rahsia perdagangan serta maklumat sulit Celgard dan terus berbuat demikian. Beberapa pencabulan undang-undang yang lain juga turut didakwa.", "Aduan Pindaan Kedua NDCA mendakwa Defendan-defendan NDCA melanggar Paten Keluaran Semula Amerika Syarikat Celgrad RE47,520 (paten ‘520), dahulunya Paten Amerika Syarikat 6,432,586 (paten ‘586) dan Paten Amerika Syarikat Celgard No. 6,692,867 (paten ‘867). Lihat Siaran. ", "Pada Disember 2019, Celgard memfailkan Aduan Pindaan Pertama di NDCA yang menambah kepada saman tersebut Defendan-defendan Farasis, Sun Town dan Global Venture. Lihat Siaran. ", "Pada September 2019, Celgard memfailkan saman ke atas Senior yang menjual pemisah ke seluruh dunia yang dihasilkan oleh mereka di Shenzhen, China. Aduan oleh Celgard mendakwa Senior telah melanggar paten ‘520 dan ‘867 A.S. Celgrad dan melesapkan serta menyalahgunakan rahsia perdagangan dan maklumat sulit Celgard secara menyalahi undang-undang, antara pencabulan lain dan menuntut pampasan ganti rugi. Lihat Siaran.", "Pada September 2019, Celgard berjaya menyelesaikan tuntutan mahkamah pelanggaran paten ke atas Targray International. Lihat Siaran. Celgard juga berjaya menyelesaikan dua saman pada bulan Jun 2019 ke atas MTI Corporation. Lihat Siaran.", "Penghakiman UK dan keputusan yang berjaya bagi kes-kes Targray dan MTI mengukuhkan lagi integriti harta intelek (IP) Celgard berhubung pemisah bersalut dan tidak bersalut untuk bateri ion-litium. Celgard akan terus menghalang eksploitasi yang tidak adil terhadap teknologi dan IPnya bagi melindungi aset serta pelanggannya.", "Celgard mengkhusus dalam membran mikroliang proses kering bersalut dan tidak bersalut yang digunakan sebagai pemisah yang merupakan komponen utama bateri ion-litium. Teknologi pemisah bateri Celgard adalah penting untuk prestasi bateri ion-litium untuk kenderaan pemanduan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan aplikasi-aplikasi lain.", "Celgard, LLC ialah subsidiari milik penuh Polypore International, LP, sebuah Syarikat Asahi Kasei.", "Polypore ialah syarikat bertaraf global yang mempunyai kemudahan di sembilan negara yang mengkhusus dalam membran mikroliang yang digunakan dalam kenderaan elektrik dan nanoelektrik, sistem penyimpanan tenaga dan aplikasi khusus. Kunjungi www.celgard.com dan www.polypore.com.", "Keywords: Auto Computer/Electronics Oil/Energy Transportation Utilities Legal issues" ]
https://ering.com.my/2019/10/oppo-bakal-muncul-dengan-peranti-dual-mode-5g-pertama-pada-penghujung-2019/
OPPO Bakal Muncul Dengan Peranti Dual-Mode 5G Pertama Pada Penghujung 2019
[ "Ketika persidangan Qualcomm 5G Summit di Brcelona, OPPO telah berkongsi perancangan mereka untuk memperkenalkan smartphone dengan sokongan Dual-Mode 5G pertama dunia menjelang penghujung tahun ini. Ketua 5G Scientist OPPO, Henry Tan berkata peranti baru itu akan dikuasakan oleh platform mudah alih Qalcomm 5G – ia menyokong kedua-dua rangkaian SA dan NSA.", "Mewakili OPPO pada persidangan tersebut, Tang berkongsi pandangannya mengenai keadaan semasa 5G dan produk masa depan. Tang menyatakan bahawa smartphone 5G kini berada di ambang penerimaan. Sehubungan itu, OPPO dengan pesat menyedari peluang pasar baru berkat kelebihan daya saing yang kuat dari teknologi dan produk 5Gnya di seluruh dunia.", "Pada Mei 2019, OPPO bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi terkemuka Switzerland iaitu Swisscom – melancarkan OPPO Reno 5G di pasaran Swiss. Ia sekaligua menjadikannya smartphone 5G pertama boleh didapati secara komersial di Eropah. Melangkah ke hadapan, OPPO akan secara konsisten memperkenalkan lebih banyak produk 5G ke pasaran globalnya.", "Sebagai perintis dalam pembangunan peranti 5G, OPPO telah membina kepakaran yang luas dalam standardisasi, perisian dan aspek teknikal lain yang berkaitan dengan teknologi 5G. Pasukan R&D 5G OPPO secara aktif menyumbang kepada piawaian teknologi mudah alih generasi akan datang.", "Sehingga September 2019 , OPPO telah memfailkan lebih daripada 2,500 paten global dan lebih  3,000 dokumen berkaitan dengan standard 5G kepada 3GPP – menjadikan OPPO antara penyumbang utama kepada organisasi standard antarabangsa." ]
https://ering.com.my/2017/11/kenali-istilah-ict-terbaharu/
Kenali Istilah ICT Terbaharu
[ "Arus perkembangan teknologi yang sangat pesat secara tidak langsung telah berjaya mewujudkan pelbagai istilah baharu yang langsung tidak pernah kita dengari sebelum ini. Sebagai contoh, pengambilan gambar tanpa bantuan individu lain yang telah mencetuskan satu fenomena di kalangan pemilik telefon pintar telah mencetuskan penggunaan istilah baharu iaitu ‘selfie’ yang digunakan bagi merujuk aktiviti tersebut. Kemudiannya istilah yang berasal dari perkataan barat itu telah diubah menjadi ‘swafoto’ untuk disesuaikan sebagai istilah tempatan.", "Hari ini beberapa lagi istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terbaharu telah diluluskan secara rasmi oleh Jawatankuasa Istilah Semasa dan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Berikut adalah beberapa istilah dari bahasa Inggeris yang telah ditukarkan ke bahasa Melayu :" ]
https://ering.com.my/2016/08/rni-films/
RNI Films
[ "Jika anda mahukan gambar digital dengan efek filem yang hampir tulen, cubalah aplikasi RNI Films. Para pembina aplikasi RNI bertungkus lumus mencipta pelbagai jenis profil efek untuk dimuatkan di dalam aplikasi ini. Hasil gambar yang anda ambil melalui kamera smartphone akan nampak lebih asli dan natural, seolah-olah ia diambil menggunakan kamera berfilem.", "Anda boleh mengaplikasikan filter kepada imej-imej yang diambil bagi menyerlahkan mood gambar. Selain itu RNI juga dilengkapi alat talaan imej bagi membolehkan anda melakukan modifikasi kepada gambar sedia ada. Selepas itu anda boleh terus kongsikan hasil karya anda ke laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram melalui butang kongsi yang diintegrasikan bersama apliksasi ini." ]
https://ering.com.my/2017/03/bocor-xiaomi-mi-mix-2-penyambung-legasi-mi-mix/
Bocor: Xiaomi Mi Mix 2, Penyambung Legasi Mi Mix
[ "Mi Mix merupakan salah satu peranti yang paling menarik yang dikeluarkan sepanjang tahun lalu. Pada pendapat kami, peranti tersebut telah memangkin tren bezel-less di dalam dunia peranti mudah alih.", "Xiaomi dilaporkan sudah pun bekerja untuk menghasilkan sambungan model Mi Mix dan beberapa imej bocor sudah pun mula berlegar di ruang Internet. Berdasarkan imej tersebut, bukan sahaja Mi Mix 2 akan mengekalkan ciri bezel–less, malah ia juga akan dilengkapi tren kamera terbaru dengan dilengkapi kamera dwi-lensa." ]
https://ering.com.my/2017/07/pasti-terbaik-beli-vivo-v5plus-dan-dapatkan-5-ganjaran-terhebat/
Pasti Terbaik! Beli vivo V5Plus Dan Dapatkan 5 Ganjaran Terhebat!
[ "Siapa lagi yang nak beri anda ganjaran-ganjaran hebat kalau bukan vivo sendiri? Itulah janji vivo kepada pembeli vivo V5Plus.", "Bermula 15 Julai sehingga 6 Ogos 2017, vivo dengan murah hati ingin memberi anda lima hadiah istimewa, ia merupakan satu Pelindung kulit telefon pintar, satu Sarung peranti, 2xTiket wayang, Kotak hadiah premium, dan Jaminan penggantian skrin.", "Reviu Eksklusif: vivo V5Plus, Smartphone Pertama Tampilkan Dwi Kamera Hadapan Untuk Swafoto Sempurna", "Pembelian pada tarikh promosi ini akan mendapat ganjaran yang dinyatakan, seterusnya penebusan hadiah boleh dibuat pada 8 Ogos sehingga 10 Ogos 2017. Promosi ini sah di semua Concept Store vivo seluruh Malaysia.", "Jaminan perlindungan skrin adalah 1 tahun meliputi apa sahaja kerosakan. Pelanggan juga boleh mengunjungi mana-mana pusat servis vivo untuk mendapatkan penggantian secara percuma." ]
https://ering.com.my/2019/08/ohsem-realme-c2-terjual-500-unit-hanya-dalam-30-minit-peranti-paling-digemari-dalam-super-brand-festival/
Ohsem! Realme C2 Terjual 500 Unit Hanya Dalam 30 Minit – Peranti Paling Digemari Dalam Super Brand Festival
[ "Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, Realme Malaysia dengan kerjasama Shopee telah menganjurkan promosi Realme Day yang membawa pelbagai tawaran menarik pada semalam (5 Ogos).", "Seiring dengan promosi tersebut, Realme Malaysia telah mencatat rekod cemerlang yang mana 500 unit Realme C2 berjaya dijual hanya dalam 30 minit. Menurut Shopee, kedai rasmi Realme di Shopee menerima lebih daripada 110,000 kali peminat melayari.", "Realme Day merupakan salah satu kempen yang dianjurkan di bawah Shopee Brands Festival, yang berlangsung dari sekarang hingga 18 Ogos. Pengguna yang berbelanja di Shopee Mall akan menerima tawaran dan promosi menarik, termasuk tawaran Shocking Sale serendah RM1 setiap hari, baucar Surprise Hour 50% serta hadiah sampingan apabila membeli produk terpilih.", "Setiap pembelian di bawah Shopee Mall hadir dengan pulangan percuma selama 15 hari, jaminan ketulenan 100% dan penghantaran percuma. Jika anda berminat juga pada peranti Realme, boleh layari kedai rasmi Realme di Shopee." ]
https://ering.com.my/2018/03/pra-tempah-samsung-galaxy-s9-s9-dan-dapatkan-hadiah/
Pra-Tempah Samsung Galaxy S9 / S9+ Dan Dapatkan Hadiah Bernilai RM487
[ "Pelancaran Samsung Galaxy S9 / S9+ di Malaysia akan dilaksanakan minggu hadapan. Sebelum ia mula dijual di pasaran tempatan, seperti biasa para pengeluar termasuk gedung atas talian akan membuat sedikit promosi. Kali ini 11street membuka sesi pra-tempah.", "Bermula 9 Mac sehingga 15 Mac 2018, anda boleh membuat pra-tempahan Samsung Galaxy S9 / S9+ dengan warna pilihan Midnight Black, Coral Blue, dan Lilac Purple pada harga bermula RM3,299. Setiap pra-tempahan, pelanggan akan menerima pakej hadiah bernilai RM487 berupa :", "Pulangan wang (cashback) untuk pembelian Samsung Galaxy S9 / S9+ adalah 3% untuk pelanggan baru, sementara 1% untuk pelanggan sedia ada.", "Jika anda sebahagian peminat yang ternanti-nanti peranti idaman ini, sila tandakan kalendar anda bagi tidak melepaskan peluang." ]
https://ering.com.my/2017/04/tak-perlu-tunggu-samsung-galaxy-s8-untuk-guna-bixby/
Tak Perlu Tunggu Samsung Galaxy S8 Untuk Guna Bixby!
[ "Bixby ialah pembantu bagi peranti Samsung Galaxy S8 yang memudahkan anda membuka apa sahaja melalui arahan suara. Memang mudah jika Bixby juga ada pada peranti Samsung Galaxy S7 anda bukan?! Ada caranya, tapi bukan secara rasmi di Google Play Store.", "Pengguna Samsung Galaxy S7 boleh memuat turun melalui cara seperti berikut yang telah dikongsi oleh XDA Developer Forums:-" ]
https://ering.com.my/2020/07/samsung-galaxy-notw-20-bakal-hadir-dengan-exynos-990/
Samsung Galaxy Note 20 Bakal Hadir Dengan Exynos 990?
[ "Ada satu berita yang agak menarik yang mana peranti terbaharu Samsung Galaxy Note 20 dikhabarkan bakal tampil dengan cip pemproses Exynos 990.", "Agak sedikit mengecewakan apabila sebelum ini ia dikatakan bakal tampil dengan Exynos 992.", "Namun sejauh manakah kebenaranya perlu kita nantikan ketika ia dilancarkan." ]
https://ering.com.my/2016/05/google-io-2016-kini-anda-tidak-perlu-lagi-muat-turun-aplikasi/
Google I/O 2016: Kini Anda Tidak Perlu Lagi Muat Turun Aplikasi
[ "Anda sedang melayari laman web untuk membeli barang, dan apabila anda mahu teruskan untuk pembelian anda secara tiba-tiba perlu memuat turun aplikasi stor tersebut untuk melengkapkan proses seterusnya. Ini lah senario yang kadang-kadang kita hadapi dan ini sungguh menjengkelkan kerana kemungkinan besar kita hanya akan menggunakan aplikasi yang dimuat turun hanya sekali sahaja.", "Google telah menyelesaikan masalah itu dengan memperkenalkan Android Instant Apps. Ini merupakan pengumuman yang paling menarik perhatian kami di eRing. Android Instant Apps membolehkan pengguna mengakses fungsi dan antaramuka aplikasi tanpa perlu muat turun aplikasi tersebut dari Play Store.", "Salah satu contoh yang ditunjukkan adalah dengan membuka pautan laman web, apabila anda tap pautan tersebut, anda akan dibawa masuk ke dalam sistem aplikasi laman web tersebut tanpa perlu muat turun dahulu, ia lebih mudah, pantas dan efisien." ]
https://ering.com.my/2017/08/apakah-ciri-baru-yang-mediatek-helio-p30-dan-p23-tawarkan/
Apakah Ciri Baru Yang MediaTek Helio P30 Dan P23 Tawarkan?
[ "Seperti yang sudah dijanjikan, MediaTek baru sahaja melancarkan dua buah cip pemproses terbaru ke dalam pasaran dunia. Diberi nama Helio P30 dan P23, ia kini menggunakan teknologi 16nm FinFET direka khusus untuk telefon pintar kelas pertengahan. Cip Helio P23 akan memasuki ke semua pasaran sementara P30 hanya di China sahaja.", "Prestasi kedua-dua cip ini tidaklah setanding Helio X30 (hanya Meizu Pro 7) yang digunakan pada peranti flagship tetapi syarikat ini menyatakan Helio P30 dan P23 akan menyediakan kelebihan dengan kestabilan ketika melayari pelayar, proses rakaman gambar untuk sistem dwi kamera, dan kelajuan memuat naiknya. Apa yang menarik, kedua-dua set cip ini turut menyokong penggunaan dua SIM 4G secara serentak.", "Helio P30 kini menyokong dwi kamera 13 Megapiksel atau sensor tunggal 24 Megapiksel, manakala P30 pula mampu menyokong sehingga dwi kamera 16 Megapiksel atau satu sensor 25 Megapiksel. Kelajuan pula dibantu oleh pemproses empat teras A53 pada 2.6GHz dan empat teras A53 pada 1.65GHz serta cip grafik Mali-G71 MP2 pada 950MHz kecuali P23 pada kelajuan 770MHz.", "MediaTek berpendapat banyak pengeluar di luar sana berminat untuk mendapatkan P23, namun untuk P30 ia akan kekal di pasaran China oleh kerana disebabkan kos tetapi jika permintaan pasarannya meningkat, MediaTek terpaksa mengubahnya." ]
https://ering.com.my/2016/09/moto-mods-hasselblad-true-zoom-sokongan-optikal-zoom-sehingga-10x/
Moto Mods Hasselblad True Zoom, Sokongan Optikal Zoom Sehingga 10x
[ "Selain smartphone, Lenovo tidak ketinggalan untuk memperkenalkan aksesori khas bagi model Moto Z Play. Hasil kerjasama dengan Hasselblad, nama besar dalam bidang fotografi, maka terhasilnya Moto Mods Hasselblad True Zoom.", "Ia menampilkan rekaan yang selesa digunakan, sama seperti yang kamera profesional Hasselblad. Kehadiran sensor beresolusi 13 Megapixel telah dipadankan dengan optikal zoom sehingga 10x. Selain itu, Moto Mods Hasselblad True Zoom turut disediakan dengan sebuah flash Xenon untuk pencahayaan yang lebih terang berbanding flash LED yang tersedia pada telefon pintar biasa.", "Aksesori ini juga mampu merakam gambar menggunakan format RAW serta disediakan sekali dengan suntingan gambar Phocus yang dihasilkan oleh Hasselblad. Namun sedikit mengecewakan kerana Hasselblad True Zoom hanya boleh membuat rakaman video HD 1080p sahaja dan dijual pada harga yang agak tinggi, iaitu € 299 (kira-kira RM 1,360)." ]
https://ering.com.my/2019/07/nintendo-switch-lite-akan-dijual-mulai-20-september-harga-sekitar-rm821/
Nintendo Switch Lite Akan Dijual Mulai 20 September – Harga Sekitar RM821
[ "Nintendo telah mengumumkan konsol permainan baharu mereka yang dinamakan sebagai Nintendo Switch Lite baru-baru ini.", "Konsol ini mempunyai rekaan yang lebih kurang sama dengan Switch, tetapi lebih mudah alih kerana ia tidak menyokong sambungan ke television, tiada kamera infra-merah, bahkan Joy-Con jua tidak boleh dipisahkan sepertimana pada Switch.", "Tambahan lagi, paparan skrin Nintendo Switch Lite juga hanya bersaiz 5.5 inci berbanding Switch yang mencapai 6.2 inci. Walaupun skrin menjadi kecil tetapi resolusinya masih menyokong 720 piksel, menjadikan grafik permainan akan lebih halus dan ia boleh dikatakan lebih memenuhi keselesaan pegangan tangan.", "Berat konsol ini juga menjadi lebih ringan hanya 275g (Switch 398g), Joy-Con kini tidak boleh dipisahkan dan ia menggunakan d-pad untuk mengawal permainan. Menurut Nintendo, Switch Lite mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi berbanding Switch, di mana mampu bertahan selama 3-7 jam.", "Nintendo Switch Lite ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu kuning, kelabu dan zamrud, dan akan dijual secara global pada harga $199 (kira-kira RM821) mulai 20 September 2019." ]
https://ering.com.my/2021/06/fantasy-town-kini-tersedia-menerusi-platforn-ios-android/
Fantasy Town Kini Tersedia Menerusi Platforn iOS & Android!!
[ "Buat kaki game, meh sini nak share apabila Garena telah mengumumkan bahawa permainan Fantasy Town kini boleh dimuat turun menerusi android dan iOS.", "Bagi yang tidak mengetahui, menerusi permainan ini, anda boleh melakukan pelbagai misi sebagai selalu penduduk pekan.", "Menariknya, pelbagai intipati budaya diterapkan di dalam permainan ini." ]
https://ering.com.my/2020/06/colortokens-perkukuh-kehadiran-anz-lantik-elvis-jusic-sebagai-pengarah-jualan-serantau/
ColorTokens Perkukuh Kehadiran ANZ, Lantik Elvis Jusic sebagai Pengarah Jualan Serantau
[ "SANTA CLARA, California, 10 Jun 2020 /PRNewswire/ — ColorTokens Inc. penginovasi yang terkemuka bagi keselamatan siber, hari ini mengumumkan pelantikan Elvis Jusic sebagai Pengarah Jualan Serantau untuk Australia dan New Zealand (ANZ). Elvis membawa sejarah kejayaan selama lebih 20 tahun dalam industri keselamatan perusahaan, pendekatan bertumpu pelanggan dan tumpuan untuk membawa nilai yang berbeza bagi melindungi data serta aset pelanggan.", "Elvis Jusic menyertai syarikat dengan pengalaman pembangunan jualan dan perniagaan luas yang terbukti oleh kejayaan luar biasa beliau di Oracle, Aruba Networks dan Palo Alto Networks, di mana beliau berkhidmat kepada pelanggan bersaiz besar mahupun kecil melalui saluran tradisional dan baru muncul. Sepanjang sejarah jualan perusahaan beliau yang panjang dan sebagai penyokong pelanggan yang berdedikasi, perubahan ke arah inovasi kekal menjadi tema yang konsisten untuk Elvis. Menerusi peranan paling terkini beliau sebagai Pengurus Besar Kebangsaan dengan Content Security, sebuah MSSP Australia, Elvis memimpin pasukan jualan kebangsaan untuk membawa pertumbuhan dan pengiktirafan tahun demi tahun yang ketara. Elvis akan bertanggungjawab untuk memacu pertumbuhan dalam seluruh pasaran ColorTokens di rantau ANZ.", "“Pendekatan memenangi anugerah ColorTokens memberi keupayaan kepada perusahaan untuk meramalkan dan menjamin 100 peratus trafik mereka, jauh melebihi trafik perimeter sebanyak 20 peratus yang menjadi had untuk kebanyakan organisasi,” kata Elvis Jusic, Pengarah Jualan Serantau untuk ANZ, di ColorTokens. “Dengan memanfaatkan kuasa keterlihatan penuh merentas lokasi, segmentasi mikro tanpa gangguan dan perlindungan titik akhir proaktif melalui PCI DSS 4.0, ColorTokens mentransformasikan cara perusahaan dapat mencapai seni bina kepercayaan sifar – kesemuanya sambil menghapuskan kerumitan penggunaan, dengan masa-mencapai-nilai dan kesederhanaan diterapkan secara intrinsik ke dalam ColorTokens Spectrum Platform. Saya teruja untuk membawa manfaat perubahan ke arah inovasi ColorTokens kepada lebih banyak perusahaan ANZ.”", "Dr. Nitin Mehta, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ColorTokens berkata: “ANZ telah menjadi kawasan yang mengalami pertumbuhan pesat dan berpotensi besar untuk ColorTokens. Kami berharap agar dapat memanfaatkan kepakaran Elvis Jusic dan obsesi pelanggan untuk mengurus dan menyokong pertumbuhan yang berterusan serta permintaan terhadap penyelesaian kami di seluruh kawasan ANZ.”", "ColorTokens Inc., peneraju bagi keselamatan kepercayaan sifar yang disampaikan oleh awan, memperkasa perusahaan global dengan pendekatan proaktif bagi menjamin beban kerja awan, aplikasi dinamik, titik akhir dan pengguna. Melalui Spectrum Platform yang memenangi anugerah, ColorTokens membawakan produk dan perkhidmatan yang membantu perniagaan menilai dengan tepat dan meningkatkan kedudukan keselamatan mereka secara drastik. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.colortokens.com.", "Hubungan Media: Corinne Breuil ColorTokens +1-4083416030 [email protected] ", "Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Personnel announcements" ]
https://ering.com.my/2018/12/ujian-beta-emui-9-0-tersedia-bagi-pengguna-nova-3-dan-3i/
Ujian Beta EMUI 9.0 Tersedia Bagi Pengguna Nova 3 Dan 3i
[ "\nKepada peminat dan pengguna telefon pintar Huawei nova 3 dan nova 3i, anda berpeluang menguji EMUI 9.0 yang direka dengan rekaan yang ringkas dan kemas.", "Penambahbaikkan baharu ini membuka potensi AI dan kualiti kehidupan yang mana memberikan pengalaman sepenuhnya bersama alam semula jadi. Ia menyediakan peningkatan kelajuan sistem, keupayaan AI yang lebih baik dan banyak lagi.", "Pengambilan pengguna untuk ujian beta kini tersedia bagi pengguna Nova 3 dan 3i. Cara untuk menyertainya amat mudah dengan mengikut langkah-langkah ini.", "1. Klik pada pautan ini, EMUIBetaTesting. (Siapa cepat dia dapat)\n2. Muat turun dan log masuk.\n3. Sertai projek ini ketika ia tersedia.\n4. Nantikan ujian beta yang akan dilancarkan pada 5 Disember 2018.", "Untuk maklumat, EMUI 9.0 telah diperkenalkan ketika pelancaran HUAWEI Mate 20 series yang mana ia direka untuk mengoptimumkan arahan operasi asas secara berterusan dan efisen melalui teknologi ramalan AI.", "Selain itu, EMUI 9.0 turut didatangkan dengan ciri-ciri yang membantu pengguna mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah HiVision, AI e-commerce, Huawei Share, phone clone, new user interface dan banyak lagi.", "EMUI 9.0 mungkin berlainan bagi setiap negara. Untuk maklumat lanjut, bagi EMUI 9.0 anda bolehlah melayari laman sesawang dengan Klik Disini . Anda juga boleh melayari laman sesawang HUAWEI  atau Facebook HUAWEI." ]
https://ering.com.my/2021/05/apple-duduki-tangga-pertama-telefon-pintar-5g/
Apple Duduki Tangga Pertama Telefon Pintar 5G!!!
[ "Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama peranti dari Apple ini. Menurut satu laporan daripada Strategy ANalytics, Apple kini berada dikedudukan pertama pada tahun ini iaitu 30.2% bagi pasaran telefon pintar 5G!!", "Berada ditempat kedua dan ketiga masing-masing adalah OPPO dan vivo. Bagi Samsung pula, ia selesa berada ditempat keempat dan Xiaomi di tempat kelima.", "Peranti iPhone 12 5G ini sangat popular dalam kalangan pengguna." ]
https://ering.com.my/2019/10/transformasi-pendidikan-digital-dengan-pembelajaran-pintar-bersama-intel/
Transformasi Pendidikan Digital Dengan Pembelajaran Pintar Bersama Intel®
[ "Sistem pendidikan abad ke-21 lebih menuju ke hala pembelajaran celik pintar, pendidikan digital sudahpun bermula diimplementasikan ke dalam pembelajaran di seluruh dunia. Murid hari ini memerlukan lebih banyak pemahaman dalam pelbagai perkara untuk berjaya dalam zaman yang pesat berubah, terutamanya zaman berteknologi pintar masa kini.", "Peranti mudah alih seperti komputer riba, peranti pintar, tablet dan pelbagai alatan ICT boleh dijadikan sebagai platform meningkatkan pembelajaran secara lebih kreatif dan inovatif. Sehubungan itu, kemudahan ICT yang dibawa oleh SNS Network dari kerjasama Intel® dalam menjayakan suasana pembelajaran yang lebih berkesan amat dititikberatkan.", "JOI® Smart Classroom yang dibawa oleh SNS Network bertujuan menyediakan pendekatan pembelajaran yang fleksibel dengan persekitaran berbeza – sekaligus bantu memotivasikan pelajar untuk terus belajar menerusi interaksi dan perbincangan yang mana semua ini dikuasakan oleh Intel®.", "Prestasi dalaman yang dioptimumkan untuk pendidikan dapat dirasai sepenuhnya melalui penggunaan JOI® Smartboard – sebuah papan putih pintar yang dapat merealisasikan pelbagai kerja pembentangan sama ada analisis video atau berinteraktif dengan murid dengan adanya sokongan Kecerdasan Buatan (AI).", "Tambahan lagi, segala data penting juga akan terlindung daripada keupayaan yang ditawarkan oleh Intel® termasuk juga sokongan sambungan lebar melalui ekosistem untuk perkongsian data yang cekap antara peranti dan awan.", "Produk Intel direka untuk kebolehpercayaan yang tinggi dan jangka hayat yang panjang, dengan komitmen ketersediaan terjamin selama 15 tahun. Segala maklumat terperinci, boleh hubungi talian 1700 – 817- 616, atau layari laman rasmi JOI." ]
https://ering.com.my/2017/12/tim-cook-perolehi-pendapatan-sebanyak-usd102-juta/
Tim Cook Perolehi Pendapatan Sebanyak USD102 Juta Untuk Tahun 2017
[ "Bloomberg hari ini telah melaporkan bahawa Tim Cook selaku Ketua Pegawai Eksekutif jenama Apple telah mencatatkan keseluruhan perolehan pendapatan sebanyak USD102 juta (kira-kira RM412 juta) sepanjang tahun 2017 ini. Jumlah pendapatan yang diperolehinya itu telah merangkumi gaji tahunannya sebanyak USD3.06 juta, bonus tahunan sebanyak USD9.33 juta, dan juga pegangan saham sebanyak USD89.2 juta.", "Apa yang lebih menariknya, perolehan pendapatan yang tinggi ini secara tidak langsung memerlukan Tim Cook untuk menggunakan pesawat peribadi untuk tujuan lawatan perniagaan ataupun peribadi. Keputusan yang dibuat oleh ahli lembaga pengarah Apple ini adalah disebabkan oleh faktor keselamatan. Selain daripada kos perbelanjaan pesawat peribadi sebanyak USD93,109 (kira-kira RM364,417), Apple juga turut mengeluarkan perbelanjaan tambahan sebanyak USD224,216 (kira-kira RM906,452) untuk aspek keselamatan peribadi beliau.", "Berdasarkan laporan itu juga, lima Pegawai Eksekutif Apple iaitu Luca Maestri, Angela Ahrendts, Johny Srouji, Dan Riccio, dan juga Bruce Sewell, turut menerima bonus tahunan USD3.11 juta (kira-kira RM12.57 juta) setiap seorang. Manakala perolehan pendapatan keseluruhan mereka dikatakan mencecah sebanyak USD24.2 juta (kira-kira RM97.83 juta), termasuk gaji tahunan dan pegangan saham.", "Data berkaitan perolehan pendapatan tahunan Tim Cook ini telah diperolehi dari pernyataan proksi Suruhanjaya Sekuriti Dan Perangkaan Amerika Syarikat sebagai rujukan untuk mesyuarat pemegang saham tahunan yang akan berlangsung pada 13 Februari 2018 nanti." ]
https://ering.com.my/2016/08/better-notes/
Better Notes
[ "ABetter Notes adalah aplikasi nota yang lebih bijak, mudah serta senang! Pengguna boleh menggunakan #hashtags apabila ingin menyimpan sebarang nota bagi memudahkan anda mencarinya kembali. Fungsi #hashstags ini membolehkan anda menyusun nota-nota penting dengan hanya satu kata nama sahaja.", "Sebagai contoh, anda juga boleh serta #Photo jika anda ingin mengingati resit, tujuk arah, tempat letak kereta dan pelbagai lagi yang dirasakan sesuai. Jadi, ia secara tidak langsung menjimatkan masa untuk mencari maklumat di dalam simpanan anda." ]
https://ering.com.my/2018/12/tertiris-gambar-dan-spesifikasi-awal-samsung-galaxy-s10-muncul-di-internet/
[Tertiris] Gambar Dan Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S10+ Muncul Di Internet
[ "Sebelum ini telah tertiris gambar dan spesifikasi bagi Galaxy S10 yang dijangka akan diperkenalkan tahun hadapan. Terbaru, terdapat pula khabar angin dan berita ketirisan tentang Samsung Galaxy S10+ (Galaxy S10 Plus) telah tersebar di Internet.", "Melalui pendedahan yang telah dibuat, Samsung Galaxy S10+ dikhabarkan akan menggunakan paparan skrin berukuran 6.44-inci Super AMOLED QHD+. Berbeza dengan generasi sebelum ini, kali ini ia hadir dengan rekaan skrin baharu yang dikenali sebagai ‘Infinity-O’ yang akan menempatkan kamera swafoto di dalam skrin.", "If the rendering is true… S10+ looks like this. . .😂 pic.twitter.com/cKtg8k7aio", "— Ice universe (@UniverseIce) December 4, 2018", "Panel belakangnya pula dipercayai menyokong tiga kamera dengan rekaan mendatar mirip seperti rekaan dwi kamera pada Galaxy Note 9 yang terdiri daripada lensa RGB, sudut luas dan juga telefoto. Malah Samsung Galaxy S10+ turut menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin. Sebagai peranti kelas atasan, peranti ini akan dikuasakan dengan Snapdragon 855 dan mampu menyokong RAM dengan kapasiti maksimum sehingga 12GB." ]
https://ering.com.my/2019/01/razer-phone-2-kini-rasmi-di-malaysia-dijual-pada-harga-rm3449/
Razer Phone 2 Kini Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM3449
[ "Siapa yang tidak kenal dengan Razer Phone. Hari ini Razer telah melancarkan telefon pintar terbaharu untuk pasaran tempatan dan peranti tersebut dikenali sebagai Razer Phone 2. Ia akan dijual pada harga RM3449 di Malaysia.", "Apa yang pasti, telefon ini memberi pemfokusan pada sokongan permua. Disertakan dengan rekaan berkotak dan mempunyai nirtakuk bersaiz 5.7 inci dengan sokongan 120Hz. Peranti ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 845, storan sebesar 64GB dan memori 8GB RAM.", "Dari aspek kamera pula, peranti ini dihadirkan dengan sokongan dwi kamera 12MP pada kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan. Dari aspek audio juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan sokongan audio Dolby 5.1 dengan kelantangan melebihi 100dB.", "Bagi telefon yang memfokuskan pada permainan mudah alih, pastinya bateri memainkan peranan yang sangat penting. Dengan kapasiti bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4+ pasti mampu memberikan pengalaman bermain permainan mudah alih dengan lebih baik.", "Lebih menarik, cahaya logo Razer di bahagian belakang boleh dikawal oleh pengguna menerusi aplikasi khusus. Apa yang pasti, ia turut disertakan dengan sokongan pengecasan nirwayar, dan kalis air IP67.", "Bagi yang berminat, aadna boleh membelinya di kedai-kedai terpilih di seluruh Malaysia. Anda juga boleh membeli telefon ini melalui syarikat telekomunikasi U Mobile dan Maxis." ]
https://ering.com.my/2018/06/siri-oppo-find-kembali-semula-oppo-find-x-bakal-dilancarkan-di-paris-pada-19-jun/
Siri OPPO Find Kembali Semula! OPPO Find X Bakal Dilancarkan Di Paris Pada 19 Jun
[ "Gambar OPPO Find X yang baru sahaja tertiris pada minggu lepas, kini telah mendapat pengesahan dari OPPO bahawa siri terbaharu ini akan dilancarkan secara rasmi di Paris pada 19 Jun 2018 nanti.", "Seperti yang ramai ketahui, siri Find adalah antara model OPPO yang lebih memfokuskan pada spesifikasi tinggi dengan ciri-ciri eksklusif. Find X yang bakal diperkenalkan ini walaupun tidak diberitahu sebarang spesifikasi yang sedia ada padanya, tetapi dengan huruf “X” jelas menunjukkan peranti ini akan lebih mencabar dan penuh inovatif.", "Selepas 4 tahun senyap dalam pasaran, adakah siri Find terbaharu akan membawa teknologi di luar jangkaan kepada peminatnya? Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi pada 19 Jun." ]
https://ering.com.my/2021/09/samsung-galaxy-a03-dilancarkan-dan-dijual-pada-harga-rm559/
Samsung Galaxy A03 Dilancarkan Dan Dijual Pada Harga RM559!
[ "Samsung Malaysia telah melancarkan Samsung Galaxy A03s baru, yang merupakan telefon pintar peringkat permulaan. Peranti ini dilengkapi dengan sensor cap jari sisi, layar 6.5HD +, kamera belakang 13MP dan bateri 5000mAh. Berikut adalah spesifikasi telefon:", "Galaxy A03s tersedia dalam tiga warna, iaitu hitam, biru dan putih, dan harganya RM559." ]
https://ering.com.my/2016/05/teaser-dron-penerbangan-dari-xiaomi/
Teaser Dron Penerbangan Dari Xiaomi
[ "Esok, 25 Mei 2016 Xiaomi dijangkakan akan mengumumkan produk terbaru mereka, dan berdasarkan teaser dan desas desus yang sedang kuat diperkatakan adalah mereka bakal melancarkan dron penerbangan quadcopter dengan unit kamera kawalan jauh.", "Video teaser telah dimuat naik ke Youku dan dengan pantas video itu tersebar dan dimuat naik semula ke YouTube. Xiaomi sememangnya terkenal dalam penghasilan smartphone, namun mereka juga banyak menghasilkan produk elektronik seperti set top box, peranti keselamatan dan bermacam-macam lagi.", "Adalah untuk menarik melihat bagaimana pasaran dron apabila Xiaomi memasuki segmen produk ini, kebanyakan pengguna melihat produk Xiaomi sebagai alternatif yang amat baik kepada produk yang hadir dengan tanda harga yang mahal. Spesifikasi yang baik, kualiti binaan yang memuaskan dan harga berpatutan ternyata resipi terbaik Xiaomi dalam memikat pelanggan." ]
https://ering.com.my/2021/01/reviu-eksklusif-adakah-berbaloi-samsung-galaxy-a12-dibeli-jom-try-tengok/
Reviu Eksklusif: Adakah Berbaloi Samsung Galaxy A12 Dibeli? Jom Try Tengok!!
[ "Ramai yang pasti tertanya-tanya adakah berbaloi jika kita ingin membeli peranti terbaharu daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy A12?? Bagi menjawab soalan tersebut, jom kita baca artikel ini sampai habis!!! Berbaloi or tak!!", "Jika dilihat rekaan peranti ini sahaja, mungkin anda berpendapat ia seperti biasa sahaja. Namun jika anda lihat dengan secara terperinci, ia sebenarnya hadir dengan rekaan yang sangat aesthetics. ", "Perincian pada panel belakang memperlihatkan corak yang simple tetapi memberikan rasa yang lebih selesa ketika dipegang. Jadi tiada masalah untuk anda bermain game atau hanya memegang peranti ini, ia pasti sangat asyik!!", "Bagi yang tidak mengetahui, peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.5″ HD+ Infinity-V Display. Jika anda dapat lihat, peranti ini hadir dengan bezel yang sangat nipis yang bertujuan memberikan paparan yang lebih luas!!", "Dari aspek warna yang terhasil pula, bagi pandangan admin, ia memberikan warna yang jitu bagi kelasnya. Warna yang terhasil sangat baik dan vibrant. Boleh dikatakan warna yang terhasil adalah hampir tempat. Ketika anda menonton pada jangka waktu yang lama juga tidak ada masalah kerana mata anda akan selesa ketika menonton paparan peranti ini.", "Peranti ini hadir dengan pemproses Octa-Core yang berkuasa dan dipadankan dengan RAM sebesar 6GB dan storan sebesar 128GB. Sepanjang menggunakan peranti ini, kami merasakah ia sangat lancar tanpa ada sebarang gangguan. Tidak ada sebarang lag ketika menggunakannya walaupun ketika sedang bermain game.", "Jadi kami menjalankan ujian ke atas peranti ini menggunakan Geekbench 5. Hasil dapatan daripada ujian ini memperlihatkan ia berada pada prestasi yang baik. Jadi penggunaannya sangat efisen.", "Jika kita melihat dari aspek kamera pula, ini yang paling mengujakan kerana ia nyata antara sorotan bagi peranti ini. Peranti ini hadir dengan 48MP + 5MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan pastinya menjanjikan keupayaan yang sangat baik. ", "Lensa utama kamera ini menjanjikan hasil gambar dengan perincian yang lebih baik bagi kelasnya. Warna yang terhasil juga adalah sangat baik.", "Lensa Ultra Wide juga baik apabila ia mampu memberikan sudut pandang sehingga 123 darjah yang memberikan perspektif yang lebih menarik ketika mengambil gambar.", "Penghasilkan bokeh juga dilihat sangat baik dan tidak “fake” seperti sesetengah telefon di pasaran pada ketika ini. Dan apa yang lebih penting, kamera swafotonya adalah sangat baik dan memberikan imej yang lebih mempersona. ", "Jom kita lihat hasil gambar peranti ini!!", "Secara keseluruhannya, peranti ini boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki bagi mereka yang mempunyai kekangan bajet. Dengan keupayaan yang dipamerkan, pastinya ia berbaloi untuk dimiliki kerana ia seperti anda memiliki peranti mahal gittew!!! " ]
https://ering.com.my/2018/03/tertiris-spesifikasi-htc-u12-dengan-snapdragon-845-dwi-kamera-utama/
[Tertiris] Spesifikasi HTC U12 Dengan Snapdragon 845, Dwi Kamera Utama
[ "Ramai pengguna telefon pintar kini tidak mengenali jenama HTC. Suatu ketika dahulu semasa Android mula diperkenalkan, jenama ini antara jenama yang menjadi pilihan pengguna oleh kerana pada masa itu reka bentuk perantinya yang menarik. Malahan ciri dan spesifikasi yang diperkenalkan juga agak maju ke hadapan. Namun, selepas beberapa tahun jenama ini mula tidak diterima ramai kerana pengeluar lain mula menawarkan peranti jauh lebih baik.", "Kini, dalam usaha untuk bersaing di arena telefon pintar, HTC dilihat cuba memperkenalkan sebuah peranti induk dengan spesifikasi setara seperti jenama lain. Ianya diberi nama HTC U12 yang mungkin akan dilancarkan pada bulan April akan datang.", "HTC U12 generasi terbaru dikatakan akan hadir dengan perkakasan serba canggih. Ia akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 845, RAM sehingga 6GB, dan storan sehingga 256GB. Sudut tenaga pula, sebuah bateri sebesar 3,420mAh turut dimuatkan bersama.", "Peranti ini menerima paparan sebesar 5.99-inci beresolusi QHD+ dengan sistem dwi kamera berteknologi Sony 12 MP + 16 MP pada bahagian belakang. Kamera depan pula menempatkan sensor 8 Megapiksel berserta sistem operasi Android 8.0 Oreo disamping antaramuka Sense 10 dan Edge Sense 2.0.", "HTC U12 dilengkapkan dengan kerangka badan kalis air dan debu IP68 selain fungsi pengecaman wajah dan sejumlah ciri lain." ]
https://ering.com.my/2020/11/dapat-diskaun-sehingga-rm200-bagi-aksesori-honor-menerusi-honor-november-payday-sale/
Nikmati Diskaun Sehingga RM200 Bagi Aksesori HONOR Menerusi HONOR November Payday Sale!
[ "HONOr kini menawarkan tawaran yang hebat kepada peminat peranti HONOr apabila anda boleh mendapat diskaun sehingga RM200 bagi pembelian aksesori HONOR dari 20 hingga 27 November di Hihonor.", "Antara peranti yang boleh anda miliki dengan diskaun ini adalah HONOR MagicWatch 2 (Charcoal Black), HONOR Watch Magic dan HONOR Magic Earbuds. ", "Pengguna juga boleh menikmati potongan harga RM100 bagi HONOR 9X Pro, HONOR Sport Pro dan HONOR 9X Lite. Bagi mereka yang sentiasa menjaga kesihatan, anda boleh membeli tawaran bundle yang mana hanya berharga RM798 yang terdiri daripada MagicWatch 2 46mm (Charcoal Black) dan HONOR Scale 2. Bauchar RM200 turut boleh digunakan bagi bundle ini.", "Selain ini, Pengguna Hihonor boleh memenangi hadiah menarik menerusi Flip Card Game. Antara yang boleh anda menangi adalah HONOR Band 4 Running or HONOR Scale 2 dan banyak lagi.", "Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Hihonor atau Facebook HONOR." ]
https://ering.com.my/2020/06/perkenalkan-pct1-daripada-xovis-sensor-kiraan-penumpang-baharu-untuk-pengangkutan-awam-dengan-teknologi-3d-dalaman-terbukti/
Perkenalkan PCT1 Daripada Xovis – Sensor Kiraan Penumpang Baharu untuk Pengangkutan Awam Dengan Teknologi 3D Dalaman Terbukti
[ "ZOLLIKOFEN, Switzerland, 16 Jun 2020 /PRNewswire/ — Xovis telah menggalas tugas untuk membawa kepakarannya ke dalam bidang pengangkutan awam. Kereta api yang padat jam 8 pagi dan platform yang lengang jam 10 malam. Menurut Xovis, apa yang seolah-olah dapat diurus dengan mudah melalui sedikit penambahbaikan terhadap sambungan, hakikatnya dikaitkan dengan perancangan yang rumit. Teknologi pengiraan penumpangnya mendayakan penetapan jadual waktu dan konsep trafik yang cekap pada masa depan.", "The new Xovis PCT1 sensor for automatic passenger counting in public transportation (PRNewsfoto/Xovis)", "Bagi pengendali pengangkutan awam, menghasilkan jadual waktu ialah salah satu tugas yang paling penting dan paling rumit. Dengan berbuat demikian, waktu operasi, masa antara sambungan dan laluan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya, sebaliknya secara idealnya ia adalah berasaskan fakta.", "Xovis telah banyak kali berhadapan dengan isu ini. Sejak tahun 2008, syarikat Switzerland ini telah meneroka bagaimana aliran orang ramai boleh dikira dan diukur. Ia telah membangunkan teknologi yang telah terbukti berjaya.", "Christian Studer, Ketua Pegawai Produk di Xovis, menjelaskan: “Apabila menjalankan projek-projek di lapangan terbang, stesen kereta api, pusat membeli belah dan zon pejalan kaki, sambungan pengangkutan awam sering memainkan peranan utama. Lagipun, mengurus aliran orang ramai tidak berakhir pada platform. Tanpa teknologi yang andal, hampir mustahil untuk pengendali pengangkutan awam menilai dinamik pergerakan penumpang atau menukarkan aspek ini kepada data yang boleh digunakan.”", "Xovis PCT1 yang baru dibangunkan – sensor untuk pengiraan penumpang automatik – lantas disesuaikan khusus untuk sektor pengangkutan. Menggunakan PCT1, kini peluang untuk memanfaatkan kejituan yang ditawarkan oleh teknologi Xovis mungkin dapat diambil dalam sektor pengangkutan awam.", "Christian Studer mengulas seperti yang berikut: “Sensor 3D kami telah digunakan di seluruh dunia dalam cabang yang paling pelbagai selama lebih satu dekad sehingga kini. Ini termasuk lapangan terbang dan penjual runcit, selain daripada stadium, hotel, bangunan pejabat dan festival, semuanya bergantung pada penyelesaian kami. Dalam pengangkutan awam, keperluannya serupa, namun syarat-syarat yang berkaitan dan standard yang terpakai berbeza. Oleh itu, kami menyesuaikan teknologi kami mengikut syarat-syarat ini dan menjadikannya sesuai digunakan pada kenderaan. Kini, kesemuanya telah dihimpunkan dalam PCT1 – sensor pengiraan penumpang pertama kami untuk kenderaan. Sensor ini memenuhi syarat-syarat dan standard ketat yang ditetapkan untuk digunakan dalam bas dan kereta api. Ujian persekitaran yang ketat kesemuanya telah lulus dengan cemerlang.”", "Pengiraan penumpang automatik hanyalah satu permulaan. Sebagaimana yang diulas oleh Studer: “Daripada pengalaman, kami sedia maklum bahawa jumlah orang ramai memberi gambaran asas mengenai apa yang perlu diusahakan. Walau bagaimanapun, penting untuk memahami tingkah laku orang ramai secara keseluruhan. Dalam pengangkutan awam, ini mungkin melibatkan bagaimana penumpang menaiki dan turun di hentian berbeza, bagaimana basikal atau kereta sorong diangkut atau topik mengenai kebolehcapaian untuk penumpang kurang upaya. Kaedah-kaedah pengumpulan data klasik yang mana tinjauan atau pemerhatian dibuat di lokasi adalah tidak tepat mahupun berkesan. Tibalah masanya untuk analisis penumpang mengambil langkah ke hadapan yang seterusnya ke arah pendigitan.”", "Klik di sini untuk berita lengkap: https://www.xovis.com/en/xovis-insights/detail/we-introduce-the-pct1-our-new-passenger-counting-sensor-for-public-transportation/ ", "HubungiXovisIndustriestrasse 13052 ZollikofenSwitzerland+41 32 342 04 [email protected]", "Hubungan Media Andreas PernterPengarah Urusan Xovis [email protected]", "Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Transportation New products/services" ]
https://ering.com.my/2017/12/hp-tampil-dengan-spectre-13-laptop-sesentuh-ternipis-dunia-pada-harga-bermula-rm5899/
HP Tampil Dengan Spectre 13 – Laptop Sesentuh Ternipis Dunia Pada Harga Bermula RM5,899
[ "HP Malaysia hari ini memperkenalkan sebuah komputer riba terbaru yang diberi nama HP Spectre 13. Laptop ini merupakan laptop sesentuh paling nipis di dunia. Produk generasi terbaru ini kini dipertingkatkan dari segi ketahanan bateri, paparan, dan rekaan yang lebih berkotak serta moden.", "Laptop premium ini mensasarkan pengguna dari golongan yang bekerja dalam persekitaraan pejabat. Ia dilengkapi dengan paparan hiburan yang imersif melalui skrin FHD Corning Gorilla Glass bersama sistem audio berkualiti tinggi. Dikuasakan dengan pemproses generasi ke-8 Intel Core i5 dan i7, Spectre 13 dijual pada harga bermula RM5,899 seunit.", "Untuk mengekalkan laptop ini sentiasa berprestasi dalam keadaan baik, HP telah membekalkan memori RAM sebesar 8GB LPDDR3 dan storan SSD sebanyak 512GB. Daya ketahanan bateri pula menyokong penggunaan sehingga 11.5 jam dengan 50% dalam 30 minit pengecasan.", "HP Spectre yang dibina berasaskan aluminium serta kemasan karbon fiber ini hadir dengan warna Ceramic White dan Pale Gold atau boleh memilih warna Dark Ash Silver bersama kemasan tembaga.", "Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang HP di sini." ]
https://ering.com.my/2017/03/infinix-memulakan-langkah-pertama-di-malaysia-dengan-3-model-telefon-pintar/
Infinix Memulakan Langkah Pertama Di Malaysia Dengan 3 Model Telefon Pintar
[ "Infinix Mobile menyambut kemasukan rasmi mereka ke Malaysia dengan melancarkan tiga model telefon pintar terbaru, Infinix Zero 4, Infinix Zero 4 Plus dan Infinix HOT 4 Pro.", "Menurut Infinix, Asia Tenggara merupakan pasaran bagi peranti mudah alih yang sangat baik dengan potensi perkembangan jenama dan perniagaan yang positif serta permintaan dari pengguna yang berterusan. Mereka juga yakin bahawa peranti Infinix mampu menambat hati pengguna Malaysia berdasarkan kualiti, rekaan dan juga harga yang mereka tawarkan.", "Infinix Zero 4 dan Zero 4 Plus menggabungkan perkakasan dan perisian yang hebat bagi memberikan pengalaman penggunaan yang terbaik buat anda. Sebagai contoh, kamera belakang kedua-dua model ini dilengkapi penstabilan imej optik (OIS), aperture f/2.0 dan susunan 6 keping lensa bagi mendapatkan imej yang baik tanpa diganggu kesan gegaran dan cahaya malap.", "Buat masa kini hanya Zero 4 sahaja yang akan mula dijual, manakala tarikh jualan dan harga bagi model Zero 4 Plus akan diumumkan pada bulan April.", "Model ini dikuasakan oleh Android M (XOS) dan mempunyai paparan berkualiti HD 5.5 inci dan dua pembesar suara stereo berkualiti tinggi dan bateri dengan jangka hayat sehingga 48 jam.", "Ciri utama pada HOT 4 Pro adalah kualiti bunyi. Model ini dilengkapi Dirac yang mampu memberikan pengalaman audio 3D yang sangat baik dan imersif. Selain itu, ia juga mempunyai kemsapan pada panel belakang yang amat unik berbanding peranti lain di dalam pasaran." ]
https://ering.com.my/2018/10/perkongsian-gambar-dari-lensa-xiaomi-mi-mix-3/
Perkongsian Gambar Dari Lensa Xiaomi Mi MIX 3
[ "Dah baca artikel mengenai pelancaran rasmi Xiaomi Mi MIX 3? Pasti ramai yang nak tahu mengenai hasil gambar telefon pintar ini bukan? Xiaomi turut berkongsi beberapa keping hasil gambar menggunakan lensa dwi-kamera hadapan dan utama yang sangat mengagumkan!", "Mari kita lihat gambar yang dikongsi oleh Xiaomi ini…." ]
https://ering.com.my/2021/05/apple-bakal-hasilkan-konsol-sendiri-bagi-permainan-mudah-alih/
Apple Bakal Hasilkan Konsol Sendiri Bagi Permainan Mudah Alih?
[ "Ada sesuatu yang menarik apabila dikhabarkan Apple bakal membangunkan konsol bagi permainan mudah alih.", "Menurut satu tweet daripada akaun @FrontTron, menyatakan bahawa mereka akan menghasilkan konsol dengan dengan prestas iGPU yang dipertingkatkan dan menyokong ray tracing.", "Ia tidak akan menggunakan cip pemproses siri A atau M. Jadi, teruskan bersama kami bagi mengetahui perkembangan berita ini." ]
https://ering.com.my/2021/04/tmrw-lancar-tmrw-creators-camp-bantu-milenial-yang-berminat-dengan-penciptaan-kandungan-jadikan-masa-depan-milik-mereka/
TMRW lancar TMRW Creators Camp bantu milenial yang berminat dengan penciptaan kandungan jadikan masa depan milik mereka
[ "BANGKOK, 9 April 2021 /PRNewswire/ — TMRW by UOB, bank khusus mudah alih yang pertama untuk generasi digital ASEAN, telah melancarkan ‘TMRW Creators Camp’ bagi melengkapkan golongan milenial dengan kemahiran dan pengetahuan dalam usaha memajukan kerjaya impian mereka sebagai pencipta kandungan.", "En. Natee Srirussamee, Ketua Digital Runcit, UOB Thailand", "TMRW, dengan kerjasama RAiNMaker, iaitu komuniti pencipta kandungan terkemuka di Thailand, dan a day magazine, penerbit kandungan terkini di Thailand, akan menganjurkan beberapa bengkel latihan mengenai penciptaan kandungan digital mulai Mei hingga Jun 2021. TMRW Creators Camp terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburi kerjaya sebagai pencipta kandungan profesional. Pemohon mesti mempunyai saluran YouTube atau Facebook mereka sendiri dengan sekurang-kurangnya 1,000 pengikut.", "Encik Natee Srirussamee, Ketua Digital Runcit, UOB Thailand, berkata, “Sebagai bank mudah alih semata-mata yang direka khusus untuk generasi digital ASEAN, matlamat kami dari awal lagi adalah untuk sentiasa menyokong aspirasi pelanggan kami. Bermula daripada penyelesaian kewangan pintar sehinggalah inisiatif seperti TMRW Creators Camp, kami ingin memberi dorongan kepada pelanggan kami ke arah pencapaian cita-cita mereka.  ", "“Memandangkan pengguna Thai meluangkan hampir tiga jam secara purata di saluran media sosial seperti YouTube, Instagram dan TikTok[1], dan bahawa semakin banyak syarikat dan perniagaan kini mengalihkan perbelanjaan pengiklanan ke saluran digital[2], kerjaya sebagai pencipta kandungan digital mampu menjadi kerjaya yang dinamik dan mampan. Melalui TMRW Creators Camp, kami berharap para peserta dapat membangunkan atau meningkatkan kemahiran digital selain belajar cara yang lebih baik untuk melibatkan penonton supaya berjaya dalam laluan kerjaya pilihan mereka.”", "Permohonan untuk menyertai TMRW Creators Camp dibuka mulai 1 April hingga 20 April 2021. Pemohon perlu menghantar video pendek memperkenalkan diri mereka dan sebab mereka ingin menyertai TMRW Creators Camp ke laman web TMRW.", "Sehingga 100 pemohon yang berjaya akan dijemput menghadiri empat bengkel maya yang merangkumi beberapa elemen utama dalam penciptaan kandungan digital seperti penceritaan, kreativiti dalam kandungan, penciptaan kandungan video dan pelaksanaan strim langsung. Peserta perlu menghadiri semua bengkel dan menyiapkan semua tugasan mengenai topik yang diberikan. Bengkel tersebut akan dihoskan oleh pencipta kandungan terkenal di Thailand seperti Aou Spin9, Ayashi Channel, Boom Tharis, Cee Chatpawee, Codie, Eddy, Ken Nakarin dan Softpomz.", "Pada akhir keempat-empat bengkel tersebut, sepuluh finalis yang mendapat gred tertinggi dalam tugasan mereka berdasarkan kreativiti, keterlibatan dan kualiti pengeluaran, akan dijemput menyertai kelas pakar (masterclass). Dalam kelas pakar ini, mereka berpeluang untuk belajar daripada pencipta kandungan termasyhur seperti Nong Wongtanong, pengasas bersama a day magazine dan The Standard, Rawit Hanutsaha, usahawan berjaya di sebalik blog terkenal “Mission to the Moon”, dan juga Suthichai Yoon, salah seorang wartawan terulung dan berpengaruh di Thailand.", "Pemenang akan menerima wang tunai dan peralatan pengeluaran kandungan seperti kamera digital, komputer riba dan mikrofon tanpa wayar yang bernilai kira-kira 1 juta baht bagi membantu kerjaya penciptaan kandungan profesional mereka sendiri.", "Untuk maklumat lanjut mengenai TMRW Creators Camp dan kriteria permohonan, sila kunjungi www.tmrwbyuob.com/tmrwcreatorscamp dan halaman Facebook TMRW Thailand di https://www.facebook.com/tmrwthailand.", "[1] Sumber: ‘Digital 2020: Thailand’, We Are Social and Hootsuite, 2020", "[2] Perbelanjaan bagi pengiklanan digital di Thailand telah meningkat sebanyak dua digit sepanjang lima tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2020, Facebook mempunyai bahagian tertinggi dalam perbelanjaan pengiklanan (32 peratus), diikuti dengan YouTube (21 peratus). Sumber: Digital Advertising Association (Thailand), 2020", "Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications New products/services Financial Technology" ]
https://ering.com.my/2019/04/20w-mi-wireless-charging-pad-dijual-pada-harga-rm129/
20W Mi Wireless Charging Pad Dijual Pada Harga RM129 – Ketersediaan 13 April 2019
[ "Seiring dengan pelancaran Xiaomi Mi 9, syarikat tersebut turut berkesempatan memperkenalkan ahli baru dalam segmen aksesori iaitu 20W Mi Wireless Charging Pad untuk pasaran tempatan.", "20W Mi Wireless Charging Pad merupakan pengecas tanpa wayar terpantas di dunia.  Difahamkan, ia juga menyokong pelbagai peranti lain yang menyokong fungsi Qi dan hadir dengan ruang udara membolehkan pengurangan haba. Turut hadir kepala pengecas 27W.", "Menurut Xiaomi, pengguna boleh mengecas penuh bateri Mi 9 dalam hanya 90 minit dengan pengecas tanpa wayar ini. 20W Mi Wireless Charging Pad dijual pada harga RM129 – ketersediaan bermula 13 April di Lazada dan Mi stores." ]
https://ering.com.my/2017/12/pemilik-lg-v30-di-korea-selatan-mula-terima-kemas-kini-android-oreo/
Pemilik LG V30 Di Korea Selatan Mula Terima Kemas Kini Android Oreo
[ "LG V30 merupakan peranti premium terbaru yang telah dilancarkan di dalam acara tahunan IFA pada 31 Ogos 2017 boleh dianggap antara telefon pintar terbaik pernah dihasilkan oleh LG setakat ini. Ini jelas dapat dilihat melalui sokongan spesifikasi hebat seperti paparan skrin 6 inci beresolusi 2K, dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835, memori dalaman sebesar 64GB serta RAM 4GB, dan juga kamera dwi lensa dengan keupayaan penggambaran sudut luas.", "Kini keupayaan LG V30 akan lebih dioptimumkan lagi apabila pengguna di Korea Selatan sudahpun menerima kemas kini rasmi terbaru Android 8.0 Oreo. Melalui versi terbaru ini, LG V30 mampu meminimakan penggunaan tenaga apabila peranti tidak digunakan dan masa untuk menghidupkan peranti juga kini jauh lebih pantas.", "Kemas kini ini akan diterima melalui notifikasi dan proses menaik taraf boleh dibuat secara OTA (Over-The-Air). Pemilik LG V30 juga boleh menggunakan kaedah sambungan ke perisian LG PC Suite untuk menjalankan prosedur kemas kini. Buat masa ini masih belum ada maklumat rasmi berkaitan ketersediaan kemas kini Android Oreo untuk unit LG V30 di negara lain, tetapi berkemungkinan besar ia akan mula diterima seawal tahun 2018 nanti." ]
https://ering.com.my/2020/11/cip-pemproses-apple-m1-carta-skor-melebihi-1-juta-di-antutu/
Cip Pemproses Apple M1 Carta Skor Melebihi 1 Juta Di AnTuTu!!
[ "Peminat Apple mesti teruja apabila cip pemproses terbaharunya Apple M1 mencatatkan rekod skor sebanyak 1119243 mata!!!", "Buat yang tidak mengetahui, cip pemproses ini adalah berasaskan X86.", "Daripada keputusan yang dicatatkan, memperlihatkan ia mencatat 282265 bagi CPU dan 538944 bagi GPU." ]
https://ering.com.my/2018/11/joi-kembali-lagi-dengan-tablet-terkini-dua-dalam-satu-joi-11-pro-64gb-pada-11-november/
JOI Kembali Lagi Dengan Tablet Terkini Dua-Dalam-Satu – JOI 11 Pro (64GB) Pada 11 November
[ "SNS Network sebelum ini telah memperkenalkan tablet dua-dalam-satu yang berasaskan Windows 10 iaitu JOI 11 Pro, terkini varian 64GB akan dilancarkan pada 11 November 2018 nanti.", "Diketahui, JOI 11 Pro adalah revolusi tablet dengan antaramuka yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kini generasi baharu telah dilengkapi dengan storan yang lebih besar, di samping beroperasi pada Windows 10 Pro (dalam mod S) yang paling canggih dan selamat.", "Selain itu, tahap kepekaan yang lebih tepat tanpa sebarang masalah pada Active Pen Pro baharu ini telah dipertingkatkan dengan sokongan Palm Rejection, serta titik tekanan yang telah menerima penaiktarafan.", "Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan JOI 11 Pro (64GB) di semua kedai atas talian GLOO antaranya GLOO Webstore, GLOO Lazada, GLOO Shopee, GLOO Lelong dan JOI @ Shopee. Bagi jualan di luar talian, tidak tersedia lagi sehingga pengumuman selanjutnya.", "Sempena pelancaran tablet ini juga, setiap pembelian JOI 11 Pro (64GB) yang bernilai RM999 akan mendapat PERCUMA Active Pen Pro 110 yang bernilai RM129. Selain itu, pembelian PWP (Purchase with Purchase) juga ditawarkan bagi JOI 11 Metal Keyboard pada harga RM185 (harga asal: RM234.90), serta JOI 11 Keyboard Kulit pada harga RM140 (harga asal: RM187.70)." ]