url
stringlengths 33
227
| headline
stringlengths 6
157
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.thepatriots.asia/sistem-ekonomi-feudal-yang-menghalang-daya-keusahawanan-masyarakat-pribumi-melayu/ | Sistem Ekonomi Feudal Yang Menghalang Daya Keusahawanan Masyarakat Pribumi Melayu | [
"Seperti yang kita permikiran feudal amatlah menebal dalam diri orang Melayu itu sendiri, apabila orang Melayu dikatakan amatlah taat dan tunduk kepada raja mereka. Orang Melayu tidak boleh hidup di negeri yang tiada rajanya.",
"Maka segala usaha yang orang Melayu lakukan adalah demi untuk raja mereka. Orang Melayu juga suka akan gelaran-gelaran atau nama yang diberikan oleh raja pada majlis adat istiadat. Namun sebenarnya kita juga tidak boleh pula menganggap orang-orang Melayu ini mudah diperbodohkan oleh raja-raja mereka. Jika kita membaca hikayat-hikayat Melayu sebenar ada menunjukkan sikap sinis mereka kepada golongan raja secara halus.",
"Bahkan golongan-golongan yang kritis kepada golongan elit ini pasti akan merujuki hikayat-hikayat Melayu di dalam menunjukkan nilai sebenar sistem feudal orang Melayu itu sendiri. Bahkan penulis-penulis teks istana juga akan cuba memperlihatkan sisi baik sultan untuk dijadikan panduan oleh pemerintahnya.",
"Menurut Anthony Milner, tema yang ditunjukkan oleh Sulalatus Salatin adalah ketidak adilan pemerintah yang tidak adil mampu menjatuhkan pemerintahannya. Orang Melayu juga mempunyai cara mereka yang tersendiri di dalam menunjukkan protes kepada pemerintah yang tidak adil dengan dengan berpindah ke politik yang lain.",
"Protes ini sebenarnya sangat membimbangkan raja-raja Melayu pada ketika itu kerana raja sangat berbangga dengan rakyat yang ramai dan berusaha mempertahankan pengikutnya ditambahkan lagi dengan dengan populasi rakyat di Tanah Melayu itu tidaklah ramai.",
"John Guillick mengakui perkara ini dan menganggap melarikan diri adalah pilihan terakhir dan satu bentuk protes kepada pemerintah yang buruk. Rakyat suka berpindah randah bahkan Sultan di wilayah lain pasti suka dengan kedatangan rakyat yang baru. Apa yang penting di dalam kehidupan orang Melayu adalah negeri itu harus mempunyai Sultan.",
"Namun pada abad ke-19, lahirnya kelompok intelektual liberal yang terpengaruh dengan cara pandang barat serta kebangkitan kesedaran akan islam menyebabkan sistem Kerajaan ini mendapat kecaman. Kebanyakkan kritikan terhadap sistem ekonomi dan politik sesebuah kerajaan pada ketika itu adalah sikap pemerintah Melayu yang terlalu mengejar pengikut yang ramai dan menggunakan kekayaan mereka sebagai matlamat untuk mencapai perkara itu.",
"Hal seperti inilah yang mampu mewujudkan persaingan politik. Rakyat mempunyai wang walaupun sedikit juga berpontensi mengumpulkan pengikut mereka sehingga dianggap sebagai ancaman. Di dalam sistem kerajaan Melayu pada ketika itu, raja sangat menjaga hierarki dan status kedudukan mereka. Sesiapa mempunyai kekayaan melebih status hierarki mereka maka harta mereka akan dirampas.",
"Ada juga jika usaha itu terlibat aktif dalam mengumpul hasil-hasil hutan seperti di Borneo maka mereka diberi gelaran yang sesuai dengan hierarki yang mampu mengukuhkan kedudukan Sultan. Orang Eropah pula memandang langkah merampas harta demi kedudukan hierarki adalah perbuatan tirani.",
"Ditambah lagi pada waktu itu pada 1800, penjajah mempromosikan semangat keusahawan dalam kalangan orang kebanyakan. Bahkan akhbar Singapura pada akhbar ke-19 menyebut apabila rakyat mengerjakan banyak, sebaik sahaja hasil tanah itu berhasil maka ketua kampong akan mengambilnya. Namun permikiran politik kerajaan Melayu tidak memandang ia salah kerana demi menjaga hierarki mereka hasil pengaruh agama Hindu dulu.",
"Daripada segi perdagangan, kita juga mengakui kegiatan perdagangan sememangnya sangat terkenal di kepulauan Melayu semenjak era kerajaan Srivijaya lagi berdasarkan bukti arkeologi yang dijumpai. Oleh sebab itu, Syed Hussein Alatas menyatakan orang Melayu mempunyai kelas perdagangan yang kuat. Namun persoalannya adakah kelas perdagangan orang Melayu itu bebas ataupun dikawal?",
"Anthony Milner melihat kemakmuran perdagangan di pemerintahan istana itu bukan dengan perkembangan kapistalisme tempatan. Namun kita juga harus mengakui golongan sultan memainkan peranan besar di dalam perdagangan. Mereka dianggap sebagai saudagar yang hebat di dalam negeri mereka. Bahkan para sultan berjaya menarik minat pedagang asing untuk berlabuh di dalam negeri mereka.",
"Namun mereka tidak memberkan peluang untuk melahirkan usahawan tempatan dalam kalangan rakyat biasa. Kathirithamby-Wells mengakui bahawa terdapat perbezaan diantara perdagangan di Surat, Bengal dan Coromondel dimana mana negeri ini mempunyai satu kelas pedagang tempatan.",
"Namun di Asia Tenggara, hanya pedagang asing mempunyai kelebihan tersendiri. Orang Asing tidak termasuk di dalam sistem masyarakat Melayu walaupun ada masa mereka bersatu dengan masyarakat tempatan. Kalau kita melihat catatan lama kebanyakkan pedagang asing mempunyai penempatan mereka tersediri seperti diakui oleh Raffles pada tahun 1800-an.",
"Menurut George Earl di dalam bukunya The Eastern Seas hlm 184 menyatakan bahawa di Terengganu kawasan orang Cina adalah teratur, mempunyai rumah, kedai dan jalan-jalan tersendiri manakala penempatan orang Melayu itu berselerak. Begitu juga di Patani dan Pontianak, masyarakat Cina masih berpegang kepada undang-undang dan adat mereka. Hal ini menyebabkan orang Cina mudah mengumpul kekayaan kerana mereka hidup di luar hierarki kerajaan.",
"Rakyat Kerajaan Melayu tiada kebebasan untuk mengumpul kekayaan yang dianggap sebagai ancaman dan melawan hierarki. Perdagangan yang berskala besar harus dibuat atas pemerintah dan setidak-tidaknya dalam struktur hierarki politik mereka menurut Anthony Milner. Pegawai Perancis yang melawat Terengganu pada abad ke 18 menyatakan bahawa satu-satunya saudagar di situ adalah Sultannya. ",
"Brown di Brunei: The Structure and history of Bornean Malay Sultanate hlm 63 menyatakan keadaan di Brunei dan Sarawak apabila mengatakan pihak bangsawan mengawal perdagangan yang dianggap sebagai betuk pentadbiran kawasan. Rajah Sarawak James Brooke menyatakan bahawa hak mendayung perahu (bot, kapal) terletak sepenuhnya di tangan sultan pada abad ke 19. Oleh sebab itu, masyarakat Eropah menyifatkan orang-orang yang hidup di dalam politik sebergini sebagai tidak memiliki hak sebagai individu mahupun terhadap harta.",
"Abdullah bin Munsyi tokoh intelektual dan ahli sastera Melayu Peranakan yang banyak mengembara memerhati kehidupan sosial orang Melayu dan sahabat Raffles berkata: ‘’Apa guna rajin kita itu? Maka jikalau kita mendapat sedikit wang atau makanan niscaya dilobakan dan dirampas oleh orang besar itu (Kisah Pelayaran Abdullah 44-45). Abdullah Munsyi banyak mengkritik politik feudal yang mementingkan hierarki pada ketika itu.",
"Oleh sebab itu, sistem hierarki dilihat menghalang daya keusahawanan masyarakat Pribumi. Sebenarnya ada sebab-sebab yang lain kenapa Raja-Raja Melayu akan berasa terancam jika rakyatnya mengumpul kekayaan. Insya Allah akan dibahaskan di artikel yang lain",
"RUJUKAN:",
"The Malays oleh Anthony Milner",
"Malays Ideas Of Developement: From Lord to Feudal Karya Saharuddin Maa’ruf",
"Hikayat Pelayaran Abdullah",
"Palace, Political Party and Power: A story of the Socio-Political Development of Malay Kingship oleh Kobkua Suwanathat-Pian",
"Traditionalism and Ascendency of Malay Ruling Class in colonial Class oleh Donna J.Amroso"
] |
https://www.thepatriots.asia/perbelanjaan-ketenteraan-amerika-syarikat/ | Perbelanjaan Ketenteraan Amerika Syarikat | [
"Pengurusan pertahanan Amerika Syarikat saban tahun menjadi soalan cepumas. Setiap masa perkara sama ditanya: kenapa banyak sangat? Bila bercakap tentang banyak, bukannya berpuluh-puluh bilion dolar. Sebaliknya, Amerika Syarikat dengan selamba membelanja beratus-ratus bilion yang mana dalam kalangan rakyat mereka pun ramai berasa terkilan.",
"Dan selalunya topik pertahanan Amerika Syarikat akan mendatangkan hujah: antara sembilan negara yang paling banyak berbelanja dalam ketenteraan, Amerika Syarikat menjuarai carta. Dan digabungkan bajet pertahanan lapan negara menyusul sekalipun masih belum menandingi Amerika Syarikat (Zissimos & Spoehr, 2017).",
"Amerika Syarikat memerlukan perbelanjaan banyak untuk menguruskan sebuah pasukan yang besar. Operasi ketenteraan Amerika pun terbukti jauh lebih luas berbanding lapan negara lain. Dan mengatakan Amerika lebih berbelanja sebenarnya menunjukkan kelemahan dari segi pemahaman tentang doktrin ketenteraan negara tersebut. Saiz sebuah negara jujurnya tidak begitu memainkan peranan.",
"China dan Rusia lebih besar berbanding Amerika. Namun secara sosial pula, kedua-dua negara tersebut mengharapkan syarikat-syarikat pengeluar senjata yang dimiliki kerajaan. Mana-mana syarikat swasta yang beroperasi diwajibkan memberikan potongan harga besar jika kerajaan membuat pesanan. Amerika pula mempunyai suatu senarai panjang pengeluar senjata dan kemudahan pertahanan, yang semuanya dimiliki swasta dimana setiap kos ditanggung kerajaan.",
"Senjata seperti M16 sebagai contohnya dikeluarkan oleh pakatan syarikat Bushmaster, Colt, Daewoo, FN Herstal, General Motors, H&R Firearms, dan Elisco. F-22 Raptor dan F-35 Lightning II yang diagungkan dengan keupayaan pertempvran pelbagai peranan pula dimiliki Lockheed Martin Aeronautics. Jelas sekali sangat berbeza dengan JSC Sukhoi sebagai contohnya, yang kerajaan Rusia sudah gabungkan bersama Mikoyan, Ilyushin, Irkut, Tupolev dan Yakovlev menjadi PJSC United Aircraft Corporation.",
"Jadi tidak peliklah setiap tahun Amerika mengeluarkan dana melebihi AS$700 bilion, tiga kali ganda lebih banyak berbanding gabungan China dan Rusia. Dan dasar pro-swasta bertunjangkan kapitalisme sahaja bukanlah penentu segala dasar. Jumlah wang diperlukan tidak boleh ditentukan sekelip mata. Pertama seakli, doktrin ketenteraan Amerika perlu difahami secara mendalam terlebih dahulu. Kemudian barulah ancaman negara boleh diteliti.",
"Kalau tahun 2018-2019, White House memperuntukkan AS$700/716 bilion untuk kegunaan Pentagon. Peruntukan sedemikian dipecah tiga: (a) bajet pertahanan induk, (b) dana operasi overseas contingency (OCO) dan (c) peruntukan perkongsian bersama Jabatan Tenaga berkaitan tenaga/senjata nuklear. Sekali lagi 95%-100% daripada syarikat-syarikat terlibat dimiliki secara swasta.",
"Selain tiga induk ini, dana AS$700 bilion ini juga mempunyai perkaitan bersama jabatan-jabatan lain seperti Keselamatan Tanah Air (Homeland Security) dan Negara (State). Maka secara gabungan keseluruhan jabatan, tidak pelik kalau AS$1 trilion dituangkan setiap tahun (Harrison & Daniels, 2019). Pada masa yang sama, sub-sektor kemanusiaan seperti kebajikan staf tercedera dan pencen pun diperlukan juga. Lebih penting sekali, sektor kerajaan pun wajib membayar cukai kepada Rizab Persekutan.",
"Memandangkan rakyat mula berasa terkilan, ahli-ahli politik mula dipengaruhi sentimen sosial dan berdebat tentang perbelanjaan ketenteraan. Namun tiada ramai pun dalam Kongres tidak kira daripada parta mana yang nekad untuk mengurangkan perbelanjaan. Amerika Syarikat pertama sekali mengamalkan strategi utama bahawa “untuk menjaminkan keamanan, kekacauan perlu diuruskan.” Pendekatan ini digelar primacy, dimana dunia wajib diselamatkan untuk menyelmatkan negara. Maka sebab itu juga mereka bergiat aktif sambil menyebarkan demokrasi, mencantas persaingan (kalau negara musuh ada nuklear) dan menggunakan sekatan ekonomi.",
"Mana mungkin pendekatan sebegini boleh dijayakan dengan perbelanjaan cukup-cukup makan. Berdasarkan perjanjian-perjanjian pertahanan dengan negara lain, Amerika Syarikat juga diwajibkan mempertahankan kedaulatan 25% daripada populasi dunia (Taylor, 2015). Sebanyak 11 negara berada dibawah naungan pertahanan Amerika secara terus. Penglibatan di TImur Tengah pun telah menelankan perbelanjaan tinggi, seperti Afghanistan dan Iraq. Mungkin suatu masa dahulu perbelanjaan tersebut tidak dihiraukan pun. Namun apabila bebanan hutang negara mencecah AS$20 trilion, semuanya berubah.",
"Oleh kerana ketiadaan sistem penjagaan kesihatan universal dan juga pendidikan percuma, rakyat mula berasa tersisih dan didiskriminasi dasar kerajaan sendiri. Sebagai negara paling kaya di dunia, rakyat sangat mudah untuk menjadi fakir. Premium hospital dan pendidikan pun sudah melampau, terutamanya jika tiada insurans medikal. Jadi dengan perubahan ekosistem sosial, pengaruh politik sudah mula mempersoalkan kepentingan berbelanja sebegitu besar bagi sektor pertahanan.",
"Antara ahli politik yang ghairah untuk mengurangkan perbelanjaan ialah Bernie Sanders. Analisis ekonomi daripada pihak ketiga, terutamanya Institute for Spending Reform menyediakan suatu senarai panjang cadangan untuk menjimatkan bajet Pentagon sambil menambahbaikkan keupayaannya.",
"Namun jelas dan nyata – untuk mengurangkan perbelanjaan, Amerika perlu merombak semula dasar luar negara berdasarkan kepentingan, keutamaan dan strategi.",
"RUJUKAN:",
"Harrison, T. & Daniels, S.P. (2019). Analysis of the FY 2019 Defense Budget. Retrieved from https://csis-prod.s3.amazonaws.com/s3fs-public/publication/180917_Harrison_DefenseBudget2019.pdf?uUH.v7t_nXrNnkX01631tlu7IGamFIe9",
"Taylor, A. (2015, May 30). Map: The U.S. is bound by treaties to defend a quarter of humanity. Retrieved from https://www.washingtonpost.com/news/worldviews/wp/2015/05/30/map-the-u-s-is-bound-by-treaties-to-defend-a-quarter-of-humanity/",
"Zissimos, R. & Spoehr, T.W. (2017, July 12). Putting Defense Spending in Context: Simple Comparisons Are Inadequate. Retrieved from https://www.heritage.org/sites/default/files/2017-07/BG3229_0.pdf"
] |
https://www.thepatriots.asia/kepingan-salji-telah-melajukan-pencairan-ais/ | Kepingan Salji Telah Melajukan Pencairan Ais | [
"Kepingan\nsalji yang turun di Artik mampu memerangkap haba – cukup untuk melajukan\npencairan ais. Kesannya, lautan di Artik mampu kehilangan ais 20 tahun lebih\nawal. Menurut Frank Li dari Jet\nPropulsion Laboratory, kita selalu memikirkan kepingan salji sebagai sejuk,\ntetapi sebenarnya ia merupakan zarah ais yang berperanan seperti selimut. ",
"Ais\ndi laut Artik mencair lebih cepat daripada apa yang diramalkan. Justeru,\nkumpulan Frank Li membuat kajian dan mendapati terdapat lebihan haba\nterperangkap dalam kepingan salji – menjadikan purata ais di laut Artik menipis\nsebanyak 0.3 meter. Menyebabkan ais tersebut lebih mudah terdedah dengan\npencairan pada musim panas.",
"Pemanasan\nsejagat telah menyebabkan cairnya ais di lautan Artik – terus mencair dalam\ntempoh beberapa dekad. Pada januari 2017, kawasan laut yang diliputi ais\nmenduduki paras paling rendah. Kehilangan ais di lautan Artik akan mengancam\nhaiwan seperti beruang salji yang memerlukan ais untuk memburu. ",
"Dalam satu tempoh pada abad ini, lautan Artik dijangka akan mengalami musim panas tiada ais selama 3 juta tahun. Saintis membuat kiraan dan meramalkan hal itu berlaku apabila kepekatan karbon dioksida mencecah 680 ppm yang akan berlaku pada sekitar tahun 2072. Namun, pemanasan daripada kepingan ais mungkin akan mengawalkan hal tersebut iaitu pada tahun 2052 apabila kepekatan karbon mencecah 550 ppm.",
"RUJUKAN:"
] |
https://www.thepatriots.asia/legenda-merong-mahawangsa-hikayat-berdirinya-negeri-kedah/ | Legenda Merong Mahawangsa: Hikayat Berdirinya Negeri Kedah | [
"500 tahun sebelum Qin Shi Huang membina Tembok Besar China, 700 tahun sebelum Colosseum berdiri gagah di bumi Rom, 500 tahun sebelum rumah api Iskandariah dibina, sesungguhnya bangsa Melayu membina peradaban hebat di Sungai Batu yang membekalkan besi terbaik yang pernah dunia lihat ke seluruh dunia. Dan tahukah anda peradaban ini dibina di bumi Kedah?",
"Sebab itu, kita perlu tahu legenda siapakah pengasas negeri Kedah ini. Dan kalian akan dipersembahkan dengan kisah-kisah yang agung, yang kedengaran sangatlah epik tentang bagaimana berdirinya negeri Kedah Tua. Mungkin nanti cerita ini kedengaran sangatlah janggal kerana wujudnya watak seperti Nabi Sulaiman A.S, Rom dan China.",
"Tetapi saya mahu kita pandang kisah ini sebagai mungkin cara orang-orang Melayu kita bercerita kepada kita secara berlapik tentang bagaimana perhubungan kerajaan Kedah Tua dan juga Langkasuka dengan pelbagai dunia.",
"Dalam kita memandang sejarah bangsa kita, kita kena buang jauh-jauh tentang bagaimana barat melihat sejarah mereka, tetapi sebaliknya kita harus pakai kaca mata baru yang dipanggil sebagai kaca mata sejarah Melayu.",
"Baik, sudah bersedia untuk bersama saya menyelami legenda hebat yang terkarang dalam Hikayat Merong Mahawangsa, salah satu daripada hikayat hebat. Hmmm.. di mana ya saya nak mulakan hikayat hebat ini, yang pasti menimbulkan rasa kagum dalam setiap jiwa kita?",
"Ohh ya, mungkin juga saya mulakan dengan kisah bagaimana Raja Rom dikatakan menghantarkan rombongan peminangan untuk mengahwinkan anaknya dengan Maharaja China. Bayangkanlah… kisah legenda terbentuknya negara Kedah ini dimulakan dengan kemunculan watak Raja Rom dan Maharaja China? Hebat bukan? Ehh saya kacau mood kalian nak membaca? Hahaha… maaf-maaf. Kita kembali meneroka cerita ini.",
"Siapa tahu dalam ketika Raja Rom merancang untuk meminangkan anak Raja China, maka seekor burung garuda menentang perkahwinan ini. Menurut burung Garuda, Rom dan China adalah dua buah yang sangat jauh dan sangatlah susah untuk dua orang anak raja ini saling bertemu. Lalu si burung garuda itu pun menghadap Nabi Sulaiman A.S untuk melaporkan tentang hal ini.",
"Nabi Sulaiman A.S yang mendengarkan laporan burung Garuda ini membalas bahawa kalaulah sudah ditakdirkan bahawa kedua-dua anak raja tadi berjodoh, maka tiadalah yang mampu untuk memisahkannya. Burung Garuda tadi yang mendengarkan balasan daripada Nabi Sulaiman A.S tidak puas hati dan tetap berkeras mahu menggangu perkahwinan anak raja Rom dan China ini. Maka Nabi Sulaiman pun membenarkan apa sahaja rancangan Burung Garuda tadi kalau benar dia berniat sedemikian.",
"Dengan hati yang gembira kerana permintaannya diperkenankan oleh Nabi Sulaiman A.S, maka mengembaralah burung garuda tadi daripada kerajaannya Nabi Sulaiman A.S hari ini ke negara China. Lalu sampai sahaja di China, maka dicatatkan bahawa burung garuda tadi pun menculik anak perempuan raja China lalu dibawanya ke Pulau Langkapuri, dan di Langkawi, si burung Garuda tadi pun membina sebuah istana yang dijaganya dengan ketat. Puteri China tadi pun dikurung di dalam istana itu bersama dayang-dayangnya sekali.",
"Kemudian, dalam waktu yang sama, Raja Rom pun meminta bantuan Merong Mahawangsa untuk memimpin dan memandu putera rajanya yang dalam perlayaran ke China. Lalu ketika berlayar dari bumi Rom ke bumi China, dicatatkan bahawa burung Garuda tadi pun menyerang kapal yang dinaiki oleh Merong Mahawangsa tadi bersama putera Rom. Kapal tersebut karam dan tersebutlah bahawa putera Rom tadi dihanyutkan dek laut sehingga ke sampai ke Pulau Langkapuri. Di sana, Putera Rom tersempak dengan Puteri China tadi lalu mereka saling jatuh cinta. Disembunyinya Putera Rom tadi di dalam sebuah gua lalu dijaga dengan baik.",
"Maka untuk menghalau si burung garuda tadi sementara mereka saling kenal dan bermadu kasih, maka Puteri China tadi membuat helah bahawa dia mahukan beberapa buah pakaian kesayangannya lalu menghantarkan burung Garuda tadi pulang ke China.",
"Masa pun bergulir laju, lalu dicatatkan bahawa burung Garuda tadi pun pergi menghadap Nabi Sulaiman A.S. Lalu dihadapan Nabi Sulaiman A.S, dengan bangganya si Garuda mengatakan bahawa dia telah berjaya memisahkan Puteri dan Putera China dan Rom. ",
"Nabi Sulaiman A.S yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku antara kedua-dua pasangan itu pun memerintahkan raja Jin yang berada di bawah pemerintahannya untuk pergi mendapatkan Puteri dan Putera Rom lalu dihadapkan di hadapannya. Mengetahui akan berita itu, maka burung Garuda rasa kecewa yang amat sangat. Sempat lagi Nabi Sulaiman A.S menitip persanan kepada burung Garuda tadi.",
"Ada empat perkara dalam dunia ini yang diluar kemampuan manusia dan hamba TUHAN yang lain untuk mengawalnya:",
"1. Rezeki 2. Kematian 3. Cinta dan Jodoh Pertemuan 4. Penceraian",
"Mendengarkan apa yang diungkapkan oleh Nabi Sulaiman itu, maka burung Garuda pun membawa diri ke sebuah pulau yang jauh dari manusia, dan sejak hari itu dia tidak pernah dilihat lagi. Raja Jin diarahkan untuk membawa dua pasangan itu ke China lalu disatukan di sana. Putera Rom pun menghantarkan surat pada ayahnya menyatakan bahawa dia sudah selamat dikahwin dengan puteri China.",
"Dalam masa yang sama, Merong Mahawangsa dicatatkan selamat daripada serangan Garuda itu lalu dihanyutkan ke sebuah tempat. Di tempat itu, Merong Mahawangsa tersempak dengan satu bangsa yang dipanggil sebagai bangsa gergasi. Lalu bersama bangsa gergasi ini, Merong Mahawangsa pun membina sebuah kerajaan yang bernama Langkasuka. Dan nanti ratusan tahun selepas peristiwa ini, bahkan mungkin juga ribuan tahun, nama Langkasuka adalah antara calon kepada sebuah nama negara yang akhirnya dinamakan sebagai Malaysia.",
"Kerajaan Langkasuka di bawah pemerintahan Merong Mahawangsa menjadi sangatlah makmur sehingga menarik banyak perhatian raja-raja dari pelbagai tempat. Lalu dicatatkan suatu hari, Merong Mahawangsa sedang mencari isteri untuk anak lelakinya lalu dihantarkan utusan ke Acheh dan Kelinggi. Rombongan di hantar ke Kelinggi tersempak dengan Menteri Rom di sana. ",
"Maka menteri Rom pun menyampaikan kepada Merong Mahawangsa bahawa Raja Rom memanggilnya kembali pulang.Sebelum pulang ke Rom, sempat lagi Merong Mahawangsa menukarkan nama Langkasuka kepada Kedah Zamrin Tua. Dipesannya pada anak lelakinya yang bernama Raja Merong Mahapudisat supaya membesarkan jajahan takluk Kedah sepanjang dia tidak berada di situ. ",
"Pesan Merong Mahawangsa kepada anaknya hendaklah dirajakan anak-anaknya ke beberapa bahagian di Tanah Melayu ketika itu. Seperti mana wasiat si ayah, anak sulungnya dirajakan di Benua Siam, anak keduanya, dirajakan di Perak, manakala anak perempuannya dirajakan di Pattani. Putera Bongsu mewarisi kerajaan Mahapudisat dengan nama Raja Seri Mahawangsa. ",
"Lalu Kedah di bawah pemerintahannya anaknya pun maju jaya sehinggalah pada pemerintahan Phra Ong Mahawangsa yang menjadi raja pertama Kedah yang memeluk Islam. Lalu Phra Ong Mahawangsa menukarkan namanya menjadi Sultan Mudzafar Shah I. Sultan Mudzafar Shah adalah pengasas Kesultanan Kedah, iaitu antara kesultanan yang tertua di Asia Tenggara dan Malaysia, yang berusia seawal 1136 Masihi. Lalu dari Kesultanan Kedah yang diasaskan oleh Phra Ong Mahawangsa, ia kekal sehingga hari ini. ",
"RUJUKAN:Hikayat Merong Mahawangsa Maziar Mozaffari Falarti. (2012). Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society. Lexington Books. Liaw Yock Fang. (2012). A History of Classical Malay Literature. ISEAS/Obor. "
] |
https://www.thepatriots.asia/saintis-jumpa-planet-yang-bukan-sfera/ | Saintis Jumpa Planet Yang Bukan Sfera | [
"Kita sangka setiap planet berbentuk sfera seperti bumi, Marikh, Utarid dan Zuhal. Tetapi berdasarkan satu kajian yang diterbitkan jurnal Astronomy & Astrophysics, wujud sebuah planet berbentuk bola ragbi sebesar planet Musytari.",
"Menurut penulis kajian Babatunde Akinsanmi dari Universiti Geneva, pembentukan bentuk aneh ini berlaku akibat pergerakan pasang surut yang dialami planet tersebut. Bintang yang dikelilinginya 1.7 kali ganda lebih besar daripada matahari dengan planet itu beredar mengelilinginya. Berdasarkan kajian mereka, setahun di planet yang diberi nama WASP-103b itu bersamaan dengan sehari di bumi.",
"Penemuan ini dibuat menerusi teleskop angkasa lepas CHEOPS dengan berpandukan data yang dikumpul daripada Teleskop Angkasa Lepas Hubble dan Spitzer milik NASA. CHEOPS berupaya mengesan tanda cahaya khas sesebuah planet apabila ia beredar mengelilingi bintangnya. Dari situ, para pengkaji astronomi dapat mengesan perubahan pada bentuk planet seperti WASP-103b.",
"Perubahan ini boleh dikesan dengan mengira parameter tak berdimensi sesebuah planet atau nombor Love. Ia merupakan kaedah pengiraan ketegaran sesebuah planet dan dinamakan sempena ahli matematik British Augustus E. H. Love. Menerusi kaedah ini, ini membantu saintis mengetahui bagaimana jisim sesebuah planet diagihkan dan mengetahui struktur dalaman sesebuah planet.",
"Bagi planet WASP-103b, nombor Lovenya serupa dengan planet Musytari. Ini menunjukkan struktur dalaman kedua-dua planet sama walaupun mempunyai isipadu lapan kali ganda. Dari segi jisim, kedua-duanya mempunyai jisim sebanyak 1.5 kali ganda.",
"Begitupun, angka ini boleh saja berubah menerusi pelbagai kajian baru berkenaan WASP-103b. Menerusi pemerhatian berterusan CHEOPS dan pengenalan Teleskop Angkasa Lepas James Webb, ia dapat membantu komuniti astronomi merungkai lebih banyak misteri di sebalik planet itu.",
"RUJUKAN",
"Carpineti, A. (2022, 12 Januari). Astronomers Discover Weird-Shaped Exoplanet Squished Like A Rugby Ball. IFLScience.",
"The Byte. (2022, 12 Januari). SCIENTISTS JUST DISCOVERED A PLANET THAT’S NOT A SPHERE. Futurism."
] |
https://www.thepatriots.asia/berjemaah-teras-sosial-masyarakat-melayu-yang-kian-hilang/ | Berjemaah: Teras Sosial Masyarakat Melayu Yang Kian Hilang | [
"Ada beberapa teras atau elemen terpenting dalam masyarakat Melayu suatu ketika dulu. Salah satunya adalah konsep hidup berjemaah.",
"Konsep ini walaupun sudah wujud sebelum Islam, tapi ia menjadi lebih kukuh setelah kedatangan Islam memandangkan berjemaah juga adalah ajaran Islam.",
"Nenek moyang kita dulu, banyak melakukan aktiviti secara berjemaah. Membuat rumah, memindah rumah, menanam dan menuai padi, menggali parit dan terusan, membuat lemang dan dodol menjelang lebaran, memasak kenduri dan pelbagai aktiviti dilakukan secara berjemaah.",
"Tidak ketinggalan, solat fardu, membaca Yasin dan berzikir juga dilakukan secara berjemaah.Masjid, surau dan balai menjadi tempat biasa perkumpulan masyarakat.",
"Sebab itu banyak peribahasa Melayu yang menjunjung konsep hidup berjemaah. Antaranya “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “kuat pokok kerana akar, kuat akar kerana tanah”.",
"Dahulu orang saling mengenali sehingga menjangkau radius 5 km dalam sesebuah kampung atau kejiranan. Jika seseorang anak gadis dalam sesebuah kampung diusik atau dijatuhkan maruahnya, maka satu kampung pemuda akan membelanya.",
"Sikap anti-sosial dianggap sikap yang tidak baik sehingga digelar ‘kera sumbang’. Sumbang itu sendiri membawa maksud sesuatu yang tercela.",
"Namun hari ini, akibat gaya hidup dan corak sosial yang semakin berubah menyebabkan jiran sebelah rumah pun tidak dikenali.",
"Di Jepun sekarang, akibat terlalu mengejar kemajuan duniawi, masyarakat sedang dilanda fenomena ‘kodokushi’ iaitu orang yang mati tanpa disedari oleh jiran.",
"Tidak mustahil kita juga boleh terkena fenomena tersebut jika kita tidak balik pada teras hidup berjemaah ini.",
"Insya Allah akan datang saya akan kongsikan pula konsep berjemaah dalam perniagaan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dulu yang kini juga telah hilang.",
"Hasanuddin YusofMaktab PenyelidikanTamadun Alam Melayu dan Islam."
] |
https://www.thepatriots.asia/hussain-haniff-pengarah-filem-melayu-yang-dilupakan/ | Hussain Haniff: Pengarah Filem Melayu Yang Dilupakan | [
"Dalam kebanyakan artikel, kajian ilmiah, dokumentari, kupasan filem dan sebagainya, tidak ramai penulis yang membicarakan tentang pengarah-pengarah filem Melayu di studio Cathay-Keris Film seperti Hussain Haniff. Kita sering terlupa bahawa Cathay-Keris Film juga telah banyak mengeluarkan filem-filem yang berkualiti serta turut terlibat di dalam perkembangan dunia perfileman Melayu. Kewujudan para pekerja di studio berkenaan seolah-olah dilupakan walaupun mereka juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Malay Film Productions dan Merdeka Film Studio.",
"Hussain Haniff atau nama sebenarnya Muhammad Hussain bin Muhammad Haniff telah dilahirkan pada tahun 1934. Terdapat dua percanggahan tentang tempat lahirnya. Pertama, ada yang mengatakan bahawa beliau dilahirkan di Pakistan, dan yang kedua ada yang mengatakan bahawa beliau dilahirkan di Johor. Semasa beliau masih kecil, Hussain Haniff telah berhijrah ke Singapura bersama-sama bapanya Muhammad Haniff (atau M. Haniff). Di Singapura, bapanya bekerja sebagai seorang pelukis dan pereka set di studio Malay Film Productions (MFP) yang dimiliki oleh Shaw Brothers.",
"Karier seni Hussain Haniff bermula sebagai pelakon tambahan di MFP. Hussain Haniff muncul sebagai pelakon tambahan menerusi filem Bapa Saya (1951) dan Juwita (1951). Dalam masa yang sama, beliau membantu bapanya melukis backdrop dan set untuk filem-filem MFP di awal tahun 1950-an. Selepas itu, Hussain Haniff mula berjinak-jinak dengan kerja-kerja penyuntingan filem di MFP. Beliau banyak menimba ilmu daripada seorang penyunting filem yang bernama H.R. Narayana.",
"Dalam penghujung tahun 1950-an, Hussain Haniff telah berhijrah ke Cathay-Keris Film (CKF). Seperti di MFP, Hussain Haniff diberi tugas untuk menyunting filem-filem keluaran studio itu. Hussain Haniff merupakan seorang penyunting filem yang sangat hebat. Filem-filem yang pernah disunting olehnya sering mendapat kutipan box office.",
"Antara filem-filem yang pernah mendapat sentuhan penyuntingan daripada beliau ialah Che Mamat Parang Tajam (1958) arahan S. Roomai Noor, Orang Minyak (1958) arahan L. Krishnan, Jula Juli Bintang Tiga (1959) arahan B.N. Rao, Raden Mas (1959) arahan L. Krishnan, Rasa Sayang -Eh! (1959) arahan L. Krishnan, Bawang Puteh Bawang Merah (1959) arahan S. Roomai Noor, Noor Islam (1960) arahan K.M. Basker dan Sri Mersing (1961) arahan Salleh Ghani.",
"Menurut Hamzah Hussin (Pegawai Penerangan Filem Melayu di CKF), Hussain Haniff sangat menyukai kerja-kerja penyuntingan filem. Baginya, penyuntingan filem adalah satu seni yang mempunyai keunikan yang tersendiri dan dia percaya bahawa tugas seorang penyunting filem ialah mempersembahkan sebuah filem dari bahan-bahan yang telah digambarkan oleh jurugambar.",
"Hamzah Hussin juga pernah berkata, “Bagi saya, Hussain ialah seorang penyunting filem yang cepat dan tangkas. Saya pernah melihat dia mengambil filem yang sudah dicetak lalu melihatnya dengan menyuluhkan lampu dan mengerat filem itu dengan tarikan tangannya, tanpa menggunakan gunting.”",
"Pada tahun 1961, Hussain Haniff diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem pertama beliau iaitu Hang Jebat yang dilakonkan oleh Nordin Ahmad, M. Amin, Latifah Omar, Mahmud Jun dan ramai lagi. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Hussain Haniff tidak boleh membaca dan menulis. Dengan bantuan rakan-rakannya seperti sasterawan Ali Aziz yang juga penulis cerita asal, Shariff Medan sebagai penulis kata bual dan M. Amin sebagai penulis lakon layar serta penolong pengarah, beliau mampu mengangkat karya sulungnya itu sebagai suatu era baru dalam pengarahan filem Melayu.",
"Filem Hang Jebat telah mendapat sambutan luar biasa dari peminat filem Melayu ketika itu. Hussain Haniff telah berjaya mengubah pandangan masyarakat Melayu terhadap watak Hang Jebat yang sebelum itu dianggap sebagai penderhaka kepada wira Melayu sejati.",
"Melalui filem itu, beliau telah berjaya mencipta teknik-teknik penggambaran baru yang selama ini belum pernah digunakan dalam filem-filem Melayu. Hussain Haniff juga menjadi pengarah pertama yang menggunakan kren untuk melakukan penggambaran filem. Filem itu juga telah dipilih untuk pertandingan Festival Filem Asia Pasifik ke-9 di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1962.",
"Hussain Haniff sangat terkenal dengan sifat cerewet dan panas barannya. Beliau sanggup tunggu berjam-jam untuk mendapatkan satu syot filem dan dalam mood yang betul. Beliau juga enggan menggunakan hujan tiruan untuk filem-filem arahannya, dan sanggup menunggu sehingga hari benar-benar hujan untuk melakukan penggambaran.",
"Menurut Hamzah Hussin lagi, beliau menganggap bahawa Hussain Haniff merupakan seorang ‘pemberontak’. Beliau gemar ‘memberontak’ dan memvisualkan perbuatan itu di dalam filem-filem arahannya. Oleh sebab itu banyak filem-filem arahan Hussain Haniff memaparkan pertumpahan darah, elemen-elemen sadisme dan unsur-unsur taboo yang kadangkala agak keterlaluan. Beliau juga seorang perfectionist yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam pembikinan sesebuah filem terutamanya dari sudut syot filem, muzik latar serta penyuntingan filem.",
"Pernah berlaku pergaduhan di antara Hussain Haniff dengan wartawan hiburan. Semuanya berpunca daripada wartawan hiburan tersebut mengkritik secara berlebihan cara lakonan seniwati Fatimah Ahmad di dalam filem Dang Anom (1962). Hussain Haniff yang berang dengan kritikan itu telah bertindak di luar kawalan dengan menampar muka wartawan hiburan tersebut. Walau bagaimanapun, hubungan dingin antara Hussain Haniff dengan wartawan hiburan itu telah didamaikan di dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh pihak studio CKF dan Persatuan Wartawan Melayu Singapura.",
"Sepanjang riwayatnya, Hussain Haniff telah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali. Pertama, dengan Fatimah Musteja Sani. Mereka memperoleh enam orang anak. Perkahwinan beliau yang kedua ialah dengan seniwati Fatimah Ahmad. Hasil perkahwinan ini mereka memperoleh dua orang anak.",
"Hussain Haniff telah meninggal dunia pada 4 April 1966 di rumahnya yang terletak di No. 7 MacPherson Road, Singapura. Beliau meninggal dunia dalam usia yang cukup muda, iaitu 32 tahun akibat penyakit kanser perut. Sahabat handai beliau dari studio CKF dan MFP turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau. Jenazah beliau kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bidadari, Singapura.",
"Filem Jiran Sekampong (1965) sedang di ulang tayang ketika beliau meninggal dunia, manakala filem terakhirnya iaitu Udang Disebalek Batu (1966) sedang menunggu tarikh untuk ditayangkan di rangkaian panggung-panggung wayang Cathay. Beliau tidak sempat untuk mengarahkan sebuah filem epik purbawara yang berjudul Tun Perak. Pihak studio CKF juga tidak berminat untuk meneruskan projek filem tersebut kerana bagi mereka, Hussain Haniff sahaja yang layak untuk mengarahkannya. Dengan itu, projek tersebut terbengkalai begitu sahaja sehinggalah penutupan studio itu pada tahun 1973.",
"Filem-filem Arahan Hussain Haniff",
"1. Hang Jebat (1961)\n2. Dang Anom (1962)\n3. Mata Shaitan (1962)\n4. Korban Kaseh (1962)\n5. Masok Angin Keluar Asap (1963)\n6. Gila Talak (1963)\n7. Dua Pendekar (1964)\n8. Kalong Kenangan (1964)\n9. Istana Berdarah (1964)\n10. Chinta Kaseh Sayang (1965)\n11. Jiran Sekampong (1965)\n12. Udang Disebalek Batu (1966)",
"Anugerah Yang Pernah Dimenangi",
"Anugerah Khas: Cerita Rakyat Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-9 (1962) di Seoul, Korea Selatan – Dang Anom",
"Sumber:",
"• Dato’ Ahmad Fauzee Samad\n• Hidir Ali Razali\n• Ismadi Ismail (Tengku Zakaria P. Ramlee/TzP)\n• Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik\n• Mustafar A.R. (Filem Klasik Malaysia)\n• Daftar Filem Melayu (1933-1993) oleh Jamil Sulong, Hamzah Hussin dan Abdul Malek Mokhtar (FINAS, 1993)\n• Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film ke Studio Merdeka oleh Hamzah Hussin (Penerbit UKM, 1997)\n• Malaysian Cinema in a Bottle by Hassan Abd Muthalib (Merpati Jingga, 2013)"
] |
https://www.thepatriots.asia/lagenda-naga-yang-diabadikan-dalam-house-of-the-dragons/ | Lagenda Naga Yang Diabadikan Dalam House of the Dragons | [
"Tak lama lagi, drama spinoff Game of Thrones (GoT), House of the Dragon (HotD) bakal disiarkan di HBO Max. Merupakan prekuel kepada drama yang pernah mencetuskan fenomena itu, ia berkisar tentang kisah Dinasti Targaryen dan naga mereka sebelum tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Dance of the Dragons. Tetapi sebelum itu, apa beza naga GoT dan HotD dengan naga-naga di luar sana?",
"Naga secara tradisinya ialah raksasa besar yang bersayap dan mempunyai kuasa untuk memusnahkan apa saja benda di hadapannya. Walaupun bentuknya berbeza-beza mengikut setiap mitos yang diketahui, raksasa ini dikenali dengan satu nama saja: naga. Tetapi dalam sesetengah mitos lain, raksasa ini turut dikenali sebagai drake, wyvern atau wyrm. Keempat-empatnya saling berbeza antara satu sama lain.",
"Tapi sebelum itu, kalau korang minat cerita mitologi Melayu, kami cadangkan korang dapatkan LIPUR LARA ALAM MELAYU. Tengah ada diskaun sekarang ni. Harga asal RM35 tapi sekarang boleh dapatkan dengan harga RM31.50. Beli di Shopee The Patriots: https://shopee.com.my/Lipur-Lara-Alam-Melayu-i.238336777.21315815920",
"Sebelum mengetahui perbezaan empat makhluk mitologi ini, apa itu naga sebenarnya? Naga merupakan sejenis raksasa reptilia besar yang mempunyai sayap seperti kelawar, kuku tajam dan sisik tebal yang meliputi seluruh badan bak perisai. Ada juga naga yang mempunyai ekor panjang dan berduri di mana ia boleh digerakkan sebagai cemeti.",
"Dalam kebanyakan cerita mitologi, naga boleh mengeluarkan api jika merasakan dirinya terancam. Tetapi ia juga boleh menghasilkan kilat, angin sejuk atau racun mengikut kesesuaian naratif mitologi yang didengar. Gambarannya juga berubah-ubah daripada pemangsa agresif hinggalah makhluk yang mempunyai ciri dewa/ketuhanan. Kebiasaannya, naga berperanan sebagai penjaga harta yang tidak ternilai harganya.",
"Disebabkan gambaran naga sebagai makhluk kayangan, ia digambarkan mempunyai usia panjang. Selain itu, ia juga digambarkan mempunyai kemampuan untuk bertelur seperti digambarkan dalam GoT. Justeru, bila anak naga ini lahir, ia dikenali sebagai drake.",
"Wyvern juga merupakan naga jika mengikut takrifan Bahasa Inggeris Pertengahan/Middle English (jenis Bahasa Inggeris yang dipertuturkan selama lebih 300 tahun selepas penaklukan orang Norman hingga akhir abad ke-15). Naga atau dragon bermaksud ular (snake/serpent) dengan wyvern pula bermaksud ular tedung.",
"Dari segi fizikal, wyvern tidak jauh beza dengan naga kecuali dari segi saiz. Wyvern kecil sedikit berbanding naga dengan bahagian hadapannya membentuk sayap seperti kelawar. Ini menjadikan pergerakannya sama seperti burung atau kelawar. Selain itu, ia lebih menjurus kepada haiwan buas dengan magis dijadikan mekanisme pertahanan sekiranya terancam.",
"Tidak seperti naga dan wyvern, wyrm langsung tidak mempunyai anggota badan atau sayap. Jika ia boleh terbang sekalipun, ia dilakukan sama ada melalui magis atau kaedah lain. Disebabkan itu pergerakannya lebih halus. Bentuk wyrm lebih serupa dengan naga-naga yang ditampilkan dalam mitologi Asia Timur.",
"Jadi, apa beza naga, wyvern dan wyrm? Pertama, dari segi sayap, hanya naga dan wyvern saja yang mempunyai sayap besar bagi membolehkan ia terbang. Bagi wyrm pula, ia boleh terbang dengan cara meluncur atau terapung secara magis.",
"Kedua, dari segi bilangan anggota badan, naga dan wyvern saja yang ada. Tangan yang dimiliki dua makhluk mitologi ini lebih kepada menangkap, mencengkam atau mencakar. Sementara baki anggota badan kedua-duanya ialah bahagian kaki. Naga mempunyai anggota tubuh yang lebih tegap jika dibandingkan dengan wyvern.",
"Ketiga, kebijaksanaan naga, wyvern dan wyrm bergantung kepada naratif sesebuah mitos. Sekiranya ia berkisar tentang konflik antara manusia dengan alam, maka naga atau wyvern ditampilkan sebagai raksasa buas yang tidak boleh ditundukkan.",
"Dalam cerita yang lain, ia ditonjolkan mempunyai kebijaksanaan mengakali lawan yang cuba mendapatkan harta yang dijaga atau berkomunikasi dalam bahasa manusia bagi membuat tuntutan. Sesetengah mitologi turut menggambarkan naga dan wyrm sebagai berniat baik dan cuba membantu protagonis sesebuah cerita seperti digambarkan dalam drama fiksyen sejarah Merlin, filem-filem epik Hong Kong dan filem Marvel Cinematic Universe (MCU), Shang Chi and the Legend of the Ten Rings.",
"Keempat, dari segi melawan ancaman, ketiga-tiga jenis naga ini mampu menghasilkan senjata berasaskan pernafasan seperti api, angin sejuk atau racun. Cuma yang membezakan wyvern dan wyrm dengan naga ialah kedua-duanya bergerak lebih pantas dan anjal bila mengelak. Wyvern dan naga juga berupaya melancarkan serangan fizikal terhadap pihak lawan. Manakala wyrm pula bergantung kepada keupayaan magis semasa mempertahankan diri.",
"Dalam sibuk cakap pasal naga dan perbezaan bagi setiap jenis, agaknya naga Tasik Chini masuk dalam kategori mana ya? Pastinya menarik jika kelibat wyrm yang menjadi bentuk naga di sebelah Asia Timur merupakan bentuk sebenar naga tasik berkenaan mengikut mitos orang Jakun yang menetap di situ.",
"Mungkin pada peminat GoT, naga nampak sama saja. Tetapi ia amat signifikan kepada dunia fantasi berkenaan kerana naga mengubah sepenuhnya hasil peperangan lagi-lagi bila dikawal oleh kerabat diraja Targaryen. Salah satu naga yang bakal membuat kemunculan di HotD ialah Vhagar dengan salah seorang penunggangnya ialah Putera Daemon Targaryen (Matt Smith).",
"Dalam GoT, kelibatnya hanya sebagai tengkorak naga yang dibuang ke Red Keep atas arahan Raja Robert Baratheon (Mark Addy). Tetapi bagi kerabat Targaryen terutama Daenerys (Emilia Clarke), ia merupakan lambang kekuatan mereka. Dengan menamakan salah satu kapalnya berdasarkan nama naga yang pernah menjadi tunggangan keluarganya, ia bukan sekadar menunjukkan kebangkitan semula Daenerys untuk menggulingkan Dinasti Baratheon. Tetapi ia turut melambangkan naga telah kembali ke Westeros.",
"Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:",
"World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9\nThe Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF",
"RUJUKAN",
"10Differences.org. Dragon Vs Wyvern Vs Drake Vs Wyrm: What’s the Difference?.",
"DifferenceBetween.net. Difference Between Wyvern and Dragon."
] |
https://www.thepatriots.asia/kaum-gipsi-orang-india-eropah/ | Kaum Romani: Orang India Eropah? | [
"Masyarakat Romani atau lebih dikenali dengan panggilan gipsi merupakan kumpulan etnik minoriti yang terbesar di eropah. Dianggarkan sekitar 15 juta masyarakat eropah sekarang mempunyai susur galur dari etnik ini. Gelaran ‘gipsi’ berasal dari perkataan Egypt (Mesir) kerana masyarakat eropah menyangka etnik ini berasal dari negara mesir sebelum berhijrah dan tiba di timur eropah sekitar abad ke-11 Masihi. Walaubagaimanapun, satu kajian DNA terperinci dari Universiti Oxford, United Kingdom yang diterbitkan jurnal saintifik PloS ONE pada 13 mac 2013 membuat kesimpulan bahawa etnik Romani atau Gipsi ini berasal dari wilayah utara India.",
"Kebanyakan kaum ini tinggal secara nomad di dalam kereta kuda yang bergerak secara berkumpulan atau dipanggil kumpanias. Setiap kumpanias akan dipimpin oleh seorang voivode (ketua) yang dilantik dalam kalangan komuniti dalam kumpanias tersebut. Jawatan voivode akan dipegang seumur hidup dan lantikan voicode baru hanya akan dijalankan sekiranya voivode semasa meninggal dunia. Phuri dai pula merupakan satu gelaran yang diberikan kepada wanita tertua dalam sesebuah kumpanias. tugas phuri dai ialah menjaga kebajikan kaum wanita dan kanak-kanak dalam kumpanias itu. Struktur keluarga dalam etnik Romania tidak banyak berbeza dengan bangsa lain. selalunya sesebuah keluarga Romani akan diketuai oleh seorang lelaki dewasa bersama seorang isteri, anak lelaki, menantu perempuan, anak-anak yang masih belum berkahwin dan cucu. Selalunya, anak-anak kaum romani akan diatur berkahwin pada usia seawal 16-17 tahun.",
"Kaum Romani tidak mempunyai agama yang khusus. Selalunya mereka akan menganuti agama penduduk tempatan seperti Katolik, Protestan, dan Islam. Walaubagaimanapun, setiap kaum romani diajar untuk hidup dalam satu prinsip kehidupan yang dipanggil ‘Rromano’. Prinsip ini meliputi kebersihan, kesucian, kehormatan, dan keadilan. Bahasa utama bagi kaum ini pula dipanggil Rromanes. Bahasa ini merupakan pecahan dari bahasa sanskrit bermakna ia tidak jauh berbeza dengan bahasa-bahasa India yang lain seperti bahasa hindi, punjabi, bengali dan sebagainya.",
"Sebelum aktiviti perhambaan bangsa Afrika berlaku di Eropah, masyarakat Romani terlebih dahulu menjadi mangsa perhambaan dan diskriminasi oleh masyarakat Eropah. Mereka digambarkan sebagai kumpulan penglipur lara yang suka mencuri harta benda dan berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain. Pada tahun 1554, parlimen Inggeris telah meluluskan undang-undang untuk menangkap mana-mana kuam Romani yang tinggal di wilayah mereka untuk dihukum bunuh hanya kerana perbezaan budaya dan warna kulit.",
"Tidak cukup dengan itu, kaum Romani juga menjadi mangsa kekejaman askar nazi ketika perang dunia ke-2 meletus di Eropah. Rejim Nazi menghantar kaum Romani ke wilayah Jerman untuk dijadikan buruh paksa sebelum dibunuh dengan kejam. Sekurang-kurangnya 10 000 kaum Romani dibunuh oleh tentera Nazi dalam wilayah Jerman dan Soviet manakala hampir 220 000 kaum Romani terkorban dalam Perang Dunia Kedua.",
"Pada zaman moden ini, masih terdapat sebahagian kaum Romani yang masih mengekalkan kehidupan secara nomad. Cumanya, mereka bertukar dari menggunakan kereta kuda ke kenderaan moden seperti kereta RV, van, dan lain-lain. Pada tahun 2000, Konggres Romani Sedunia ke-5 telah berlangsung. Hasilnya, sebuah negara tidak bertanah (non-territorial nation) diwujudkan khusus kepada etnik romani dan diiktiraf oleh Kesatuan Eropah. Sejak dari itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi menghakis stigma negatif dan menangani isu kemiskinan, kesihatan, pendidikan dan kesamarataan terhadap kaum romani.",
"Rujukan"
] |
https://www.thepatriots.asia/politik-identiti-dan-ozil/ | Politik Identiti Dan Ozil | [
"Politik identiti (politics of identity) dalam dunia bola sepak semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Sebelum ini ada kontroversi tentang skuad pemain Perancis samada mereka lebih “Perancis” atau lebih “Afrika”, sekarang Mesut Özil pula yang mengumumkan persaraannya daripada mewakili skuad Jerman.",
"Özil menyatakan “racism dan disrespect” sebagai puncanya bersara. Özil merupakan salah satu daripada lebih kurang 3 juta penduduk Jerman yang berketurunan Turki. 3 juta tu ramai juga, kira-kira 4% daripada keseluruhan penduduk Jerman (83 juta), menjadikan komuniti Turki kumpulan minoriti terbesar di Jerman.",
"Dan itu juga merupakan penyebab sentimen anti-Turki yang tebal di Jerman. Selepas penyatuan Jerman tahun 1990, ekonomi Jerman tak mampu menyerap penduduk Jerman Timur yang ramai, maka ramai penduduk asal Timur menganggur. Dan penganggur ni tak puas hati bila nampak orang Turki boleh ada kerja, maka ramai menyertai kumpulan “Neo-Nazi” dan menyerang orang Turki. Agak ironik sebab Ataturk tu idola Hitler dulu, ada dikupas dalam “Atatürk in the Nazi Imagination” (2014) oleh Stefan Ihrig.",
"Jadi tak hairan bila pasukan Jerman kalah, maka orang mula nak jadikan Özil sebagai kambing hitam. “German when you won, immigrant when you lost”. Sebelum Piala Dunia dah ramai yang tak puas hati dengan Özil sebab dia pergi bergambar dengan Erdoğan semasa Mei 2018. Jadi lepas kekalahan Jerman dalam Piala Dunia, perasaan tak puas hati terhadap Özil terus meletup.",
"Ada juga yang kata Özil sendiri yang cari pasal, sebab sehingga hari ini Özil masih memegang dua pasport (Jerman dan Turki), ada dua kerakyatan. Malah Özil sendiri kata dia ada dua hati, satu untuk Jerman satu untuk Turki. Bila orang mempersoalkan kesetiaannya, Özil memetik nama Lukas Podolski (yang juga memegang dua pasport, satu Jerman satu Poland) sebagai bukti “double standard” pengkritiknya. Özil kata orang tak bising pasal Podolski tapi bising pasal dia sebab dia Turki, dan sebab dia Muslim. Soal kesetiaan hanyalah poyo, masalah sebenar ialah Islamophobia.",
"Tapi kelebihan Özil ni dia jujur, dia tak kata “I’m German first” pastu keluar kenyataan persaraan dalam Bahasa Turki. Özil cuma nak buktikan bahawa tiada percanggahan antara menjadi rakyat Jerman yang integrate ke dalam budaya mainstream, pada masa yang sama berbangga dengan “root” dia. Dia sedang menguji “multiculturalism” yang diwar-warkan oleh Barat, sejauh mana mereka boleh mengamalkannya, atau sekadar “lips service” dan hipokrisi."
] |
https://www.thepatriots.asia/negative-flash-bila-kemarahan-menguasai-diri/ | Negative Flash – Bila Kemarahan Menguasai Diri | [
"Apabila moral seseorang dibuang demi menyelamatkan orang yang disayangi, sudah tentulah seseorang itu akan menjadi lebih agresif. Itulah yang terjadi kepada The Flash, Barry Allen. Setelah The Flash dibawa oleh Reverse Flash ke dalam Negative Speed Force, keseluruhan tenaga Negative Speed Force telah mempengaruhi The Flash. Dengan tenaga pemusnah Negative Speed Force, The Flash telah digelar sebagai Negative Flash.",
"Moral ditolak tepi. Tidak ada perkara yang boleh menghalang Negative Flash. Dia pasti akan menumpaskan musuhnya tidak kira dengan apa cara sekalipun. Negative Flash beberapa kali melaungkan kepada Reverse Flash bahawa dia akan membunuh Reverse Flash dengan mematahkan lehernya. Sebelum ini juga, The Flash pernah membunuh Reverse Flash dengan cara yang sama secara tidak sengaja.",
"Menjadi seorang superhero kadang-kadang terpaksa mengorbankan perasaan orang lain. Contoh, Barry Allen terpaksa menipu Iris West setiap kali dia ingin menyelesaikan kes jenayah seperti rompakan oleh The Rogues, serangan Gorilla Grodd, dan lain-lain lagi. Menurut prinsip asas superhero, seorang superhero itu tidak boleh mendedahkan dirinya kerana ini akan mendatangkan bahaya kepada orang yang disayanginya. Barry Allen masih juga tenang menghadapi situasi itu.",
"Namun menjadi seorang Negative Flash, dia tidak hirau tentang tindakan yang dibuat olehnya. Personalitinya lebih bersifat agresif, tegas dan memberontak. Perlahan-lahan Negative Flash menjadi seperti Reverse Flash. Negative Flash telah menarik kesemua Negative Speed Force yang ada pada Reverse Flash. Kata-kata Negative Flash telah membuatkan Reverse Flash sedar bahawa dia bukanlah sesiapa pun pada mata The Flash.",
"“Kau ialah seorang yang mudah dilupakan. Dan tak akan ada orang yang akan bina Muzium Eobard Thawne!”",
"Dengan kekuatan Negative Speed Force nya, Negative Flash tidak perlu mengelak daripada ditembak oleh peluru pun. Peluru-peluru tersebut menjadi debu sebelum menyentuh Negative Flash. Namun, kekuatan ini tidak memberikan sebarang kelebihan kepada Negative Flash pun. Ia lebih menjadi beban kepada Negative Flash kerana proses penyembuhannya menjadi lebih lambat daripada biasa.",
"Personaliti alter ego Negative Flash iaitu Barry Allen juga berubah. Seorang yang sabar dan tenang telah berubah menjadi seorang yang penuh dengan konflik, keras kepala dan memberontak. Dia sanggup mempertikaikan kerjayanya sebagai seorang Saintis Forensik yang telah berjasa untuk Central City. Barry Allen meninggikan suaranya kepada Captain Singh, iaitu orang atasannya. Barry Allen telah menjadi seorang yang panas baran dan hanya mengikut emosi. Malah, Iris West juga takut dengan Barry Allen yang panas baran.",
"Emosi panas baran dan memberontak sewajarnya dikawal, jika tidak ia akan memakan diri sendiri. Memperhambakan sifat marah akan membuatkan orang lain terkesan dengan perbuatan anda. Raut wajah, pergerakan yang tidak tentu arah, kata-kata yang boleh mengguris perasaan orang lain ialah kesan daripada terlampau mengikut sifat marah. Mahukah orang tersayang anda menjauhi diri anda akibat takut dengan sifat marah anda? Maka, pengawalan sifat marah ini perlu dilakukan dengan perlahan dan berkala supaya tidak ditimpa musibah."
] |
https://www.thepatriots.asia/jose-rizal-kebangaan-bangsa-melayu/ | Jose Rizal: Kebanggaan Bangsa Melayu | [
"30 Disember ialah hari perginya seorang pejuang bangsa di Filipina yang melawan penjajah Sepanyol. Sehari selepas hari tersebut, saya berjaya menyiapkan artikel ini. Oleh itu, di Filipina, 30 Disember dikenali sebagai Hari Rizal kerana mengenangkan kepahlawanan beliau. Artikel ini akan membincangkan mengapa nama Jose Rizal dipuja sehingga hari ini, bukan sahaja di Filipina sehingga dipanggil sebagai “kebanggaan bangsa Melayu” oleh Rafael Palma pada tahun 1949 dalam biografi Jose Rizal tulisannya, The Pride of the Malay Race: A Biography of José Rizal.",
"Pelbagai kisah yang bertaraf legenda menyelubungi nama Jose Rizal ini. Antaranya ialah dikatakan bahawa Jose Rizal ialah seorang genius yang konon mahir dalam 22 buah bahasa termasuklah Bahasa Melayu. Pendidikan awalnya ialah diajar secara tutor di rumah. Universiti dan bidang yang pernah dipelajari oleh tokoh bangsa Filipina ini ialah falsafah dan persuratan di Universiti Santo Tomas pada 1887, belajar Medik dan falsafah di Universiti Central de Madrid, Sepanyol. Kemudian, Jose Rizal ke Universiti Paris dan Universiti Heidelberg untuk menghabiskan pelajaran dalam bidang opthalmologi, sejenis bidang berkaitan dengan mata di bawah seorang doktor terkenal bernama Otto Becker.",
"Penulis-penulis Filipina selalu merujuk kepada beliau ialah ahli linguistik, pemuisi, novelis, pemuzik, ethologi, jurutera, doktor, sejarawan, ahli perniagaan, pakar ekonomi, ahli falsafah dan banyak lagi label yang sering diletakkan ke atas hero negara mereka ini. Dia juga dikatakan sangat cemerlang dalam bidang seni mempertahankan diri, main pedang, pengukir, pelukis, guru, antropologi, kewartawanan dan banyak lagi. Namun, perjuangan dan bagaimana Jose Rizal menanam idealogi nasionalisnya ialah melalui karya-karya puisi dan novel yang ditulisnya.",
"Usianya sangat pendek, hanya mencapai usia 35 tahun sahaja. Lahirnya pada 19 Jun, 1861 di Calamba, Filipina membolehkan Jose Rizal menyaksikan dengan mata kepalanya diskriminasi yang dilakukan oleh penjajah Sepanyol. Inilah yang membawa kepada penulisan demi penulisan yang dinukilkan oleh Jose Rizal yang ditakuti Sepanyol akan menjatuhkan mereka. Kebanyakan waktu di Eropah digunakan oleh Jose Rizal untuk menulis novel-novelnya.",
"Novelnya seperti Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Aku) di dalam Bahasa Sepanyol diterbitkan pada 1887 di Berlin. Novel ini mendedahkan tentang korupnya gereja Katolik Filipina dan sisi gelap penjajahan Sepanyol di Filipina. Ini membuatkan ketika Jose Rizal pulang ke Filipina lalu dipanggil untuk menghadap gabenor menjelaskan isi novelnya.",
"Ketika itu, gabenor Sepanyol di Filipina menerima penjelasannya. Namun, Jose Rizal tidak berhenti menulis novel yang mengkritik kerajaan Sepanyol di Filipina. Sekuel kepada novel pertamanya ialah El Filibusterismo (Bermaharajalelanya Keserakahan). Dalam novel ini, ia mengisahkan dua watak utamanya bernama Elias dan Ibarra yang sanggup mengorbankan jiwa dan nyawa mereka demi memerdekan tanah air mereka dan mendedahkan betapa bangsatnya penjajah Sepanyol yang mampu bermaharajalela kerana dibantu oleh fatwa-fatwa korup golongan gereja.",
"Selepas itu, ketika menulis untuk La Solidaridad, sebuah akhbar yang menyebarkan propaganda menentang penjajah Sepanyol, Rizal menuntut supaya diberikan kebebasan bersuara dan berhimpun, hak yang sama rata untuk orang Filipina, dan penguatkuasaan undang dikenakan ke atas paderi-paderi Filipina yang korup. Selain itu, dia meminta agar Sepanyol meletakkan Filipina sebahagian daripada wilayah Sepanyol dan Filipina mempunyai wakil dalam parlimen Sepanyol ketika itu.",
"Ya, Jose Rizal tidak menyeru semangat kemerdekaan pada ketika dalam artikelnya itu, namun keteguhannya menentang penjajah Sepanyol yang menginspirasikan penentangan ke atas penjajah Sepanyol. Mungkin sebab itu Sepanyol ketika itu melihat Jose Rizal sebagai berbahaya dan menjatuhkan hukuman buang negeri ke wilayah Dapitan di Selatan Filipinan, Mindanao. Sempat juga Jose Rizal mengasaskan Liga Filipina yang menuntut perubahan kepada Filipina melalui cara bukan keganasan.",
"Semuanya pada 1895 Masihi apabila Jose Rizal meminta kebenaran untuk mengembara ke Cuba sebagai doktor di sana kerana wabak demam kuning sedang menyerang Cuba. Namun, Jose Rizal ditangkap oleh Penjajah Sepanyol dengan alasan La Liga yang ditubuhnya telah mempengaruhi Revolusi Filipina yang meletup menentang penjajah Sepanyol, meski Jose Rizal tidak ada kena mengena dengan organisasi dan nasionalis yang menggerakkan revolusi itu.",
"Pada 30 Disember 1896, dia dihukum mati tembak sampai mati. Pada 2 jam sebelum kematiannya, permintaan terakhir Jose Rizal adalah dibenarkan untuk berkahwin dengan buah hati pengarang jantungnya (Josephine) yang selama ini perkahwinan mereka ditolak oleh gereja tempatan kerana penentangan Jose Rizal ke atas korupsi gereja tempatan.",
"Permintaan terakhirnya juga ialah dia meminta agar dia dia dibenarkan berdiri menghadap para penembaknya, namun permintaan itu ditolak dan dia tetap disuruh berpaling ke belakang, menandakan bahawa kononnya dia ialah seorang pemberontak. Namun, ketika dia ditembak bertalu-talu, Jose Rizal sempat berpaling ke arah kanan, menghadap matahari yang sedang terbit ketika itu. Kata-kata terakhir sebelum dia rebah ialah…",
"“Consummatum Est!”\n",
"Yang boleh diterjemahkan sebagai…",
"“Ia sudah tamat…”",
"Kononnya, kata-kata ini pernah diungkapkan juga oleh Jesus Christ ketika dia disalibkan.",
"Selain daripada kisah terinspirasinya sebagai antara tokoh pertama yang menentang penjajah dalam sejarah Rumpun Melayu itu, Jose Rizal juga terkenal kerana meninggalkan legasi seperti semangat bangsa Melayu dan menjadikan jati diri kebangsaan sebagai rumpun Melayu itu sebagai kebangaan dan roh nasionalismnya menentang penjajah Sepanyol.",
"Dalam buku Leon Guerrero yang bertajuk The First Filipino: A Biography of Jose Rizal menyebut bahawa Jose Rizal ingin menjadikan bangsa Melayu Filipina boleh maju menjadi seperti bangsa-bangsa lain di dunia. Selain itu, ketika berada di Paris, Perancis, Jose Rizal pernah mewujudkan sebuah kumpulan rahsia, yang dimana kumpulan rahsia itu untuk menjawab tuduhan bahawa Melayu Filipina sebagai tidak bertamadun sebelum kedatangan Sepanyol dan juga mengumpulkan seluruh bangsa Melayu dari Alam Melayu termasuklah Tanah Melayu, Indonesia dan Borneo dan membebaskan mereka dari belenggu penjajah.",
"Idea-idea asal Jose Rizal ini telah menginspirasikan pemimpin-pemimpin Filipina yang terkemudiannya seperti Apolinario Mabini yang mencetuskan Revolusi Filipina menggulingkan penjajah Sepanyol. Mabini memandang revolusi yang digerakkannya sebagai bentuk pembebasan ke atas orang Melayu dan mengimpikan untuk membentuk sebuah federasi negara-negara Asia yang berkongsi bersama kebudayaan Melayu bersama mereka.",
"Ini juga membuatkan Wenceslao Quinto Vinzons seorang mahasiswa Filipina di Universiti Filipina dan membentuk Perhempoenan Orang Melayoe, sebuah kumpulan yang menggunakan bahasa Melayu dalam ritual rahsia mereka, mempromosikan pengajian Bangsa Melayu dan membentuk sentiment kesatuan dalam bangsa Melayu. Kumpulan ini bukan sahaja disertai oleh Melayu Filipina, bahkan dari Thailand, Semenanjung Tanah Melayu dan juga Polinesia.",
"Pada akhir-akhir usianya juga, Jose Rizal menulis sebuah puisi bertajuk Mi Ultimo Adios (Salam Terakhir) yang diabadikan kepada bangsanya. Semoga isi puisi ini mengakhiri artikel ini juga memberi inspirasi kepada kita. Isi puisi tersebut boleh dibaca seperti berikut:",
"Jika di atas pusaraku kelak nampak yang tumbuh di tengah rumput, bunga yang sederhana, dekatkan ke bibirmu dan ciumlah rohku.",
"Sentiasa ku rasa di alisku dalam pusara yang sejuk di bawah, sentuhan perasaan lembutmu, hembus nafasmu yang hangat.",
"Rujukan:",
"Md. Salleh Yaapar. (2014) Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu: Ke arah Pencerahan yang Dinantikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka",
"Minako Sakai. (2003) Reviving Malay Connections in Southeast Asia. University of New South Wales",
"Shaharom TM Sulaiman. (2008) Riwayat Hidup Rizal. Kosmo",
"Norshahril Saat. (2011) Azam Rizal Dalam Rumpun Melayu. Berita Harian",
"Kallie Szczepanski. (2017) Jose Rizal: National Hero of the Philippines. Thought Co",
"Biography.com (2017) Jose Rizal. A&E Television Networks"
] |
https://www.thepatriots.asia/tan-sri-sri-cempaka-kontik-kamariah-wanita-melayu-pertama-lulus-senior-cambridge/ | Tan Sri Sri Cempaka Kontik Kamariah: Wanita Melayu Pertama Lulus Senior Cambridge | [
"Senior Cambrige setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia pada zaman penjajah. Tidak ramai orang Melayu terutama perempuan yang lulus Senior Cambridge pada zaman penjajahan terutama awal 1900. Ini adalah kerana faktor kedudukan sekolah Inggeris pada masa tersebut yang teretak di kawasan bandar.",
"Selain faktor agama kerana kebanyakan ibu bapa Melayu pada zaman tersebut beranggapan sekolah Inggeris milik kafir maka takut anak mereka menjadi kafir. Kebanyakan sekolah Inggeris didirikan oleh paderi Kristian. Malah gurunya juga kebanyakannya juga mubaligh pada awalnya. Anak perempuan pula pada masa itu jarang sekali disekolahkan. Kalau disekolahkan pun hanya setakat darjah 5 sekolah Melayu.",
"Menakjubkan apabila ayah Kontik Kamariah beranggapan sebaliknya. Ayahnya Allahyarham Ahmad Panglima Garang Ishak bekas Penghulu Kuala Lumpur telah menyekolahkan Kontik Kamariah sehingga peringkat tertinggi di sekolah Inggeris. Kontik Kamariah telah dilahirkan pada tahun 1911 di Kampung Seputih Kuala Lumpur. Bersekolah rendah di Sekolah Melayu Seputih Kuala Lumpur sehingga lulus darjah 5. Kemudian Bersekolah di Sekolah Menengah Methodist Kuala Lumpur sehingga lulus Senior Cambridge.",
"Mengikuti latihan perguruan di Institut Victoria dan merupakan wanita Melayu pertama yang mengikuti kursus perguruan. Menjadi guru selama beberapa tahun sebelum dilantik menjadi Inspektor Sekolah Melayu Perempuan Kuala Lumpur pada tahun 1939. Berkahwin dengan Allahyarham Bahadun Haji Hassan seorang duta.",
"Antara seorang yang lantang menentang penjajah dan memperjuangkan pendidikan terutama kepada kaum wanita. Aktif di dalam pelbagai pertubuhan koperasi. Dianugerahkan gelaran Tan Sri atas jasanya.",
"Sumber:",
"Kontik Kamariah. Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus. Universiti Malaya.",
"http://www.arkib.gov.my/web/guest/tan-sri-datin-sri-cempaka-kontik-kamariah-bt.-ahmad2"
] |
https://www.thepatriots.asia/soltis-jun-datang-lagi-musim-panas-dan-musim-sejuk/ | Soltis Jun Datang Lagi (Musim Panas Dan Musim Sejuk) | [
"Pada hari ini iaitu 21 JUN 2017 ,",
"Akan berlakunya satu fenomena yang dipanggil Solstis Jun .",
"Solstis Jun secara rasminya akan bermula pada :",
"..",
"Bagaimana Solstis Jun berlaku ? .",
"Umum mengetahui paksi bumi condong sebanyak 23.5 darjah ketika mengorbit matahari .",
"akibat nya ,",
"Kedudukan matahari tidak selalu berada pada tempat yang sama jika kita perhatikan setiap hari .",
"kadang kala matahari kelihatan di kawasan sebelah utara .",
"kadang kala matahari kelihatan berada di kawasan sebelah selatan .",
"Dan , ada kalanya matahari kelihatan berada tegak di atas garisan khatulistiwa .",
"..",
"Untuk fenomena Solstis Jun yang berlaku hari ini , kedudukan matahari kelihatan berada di kawasan sebelah utara .",
"Lebih tepatnya , matahari akan kelihatan tegak di garisan sartan .",
"Ketika ini , matahari berada paling jauh ke utara dari khatulistiwa .",
"Dalam setahun , fenomena Solstis akan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada :",
"– Bulan JUN ",
"– Bulan DISEMBER",
"..",
"Mengikut takrifan astronomi :",
"Ketika solstis bulan jun berlaku ,",
"ia menandakan :",
"– Permulaan musim panas di hemisfera utara .",
"– permulaan musim sejuk di hemisfera selatan .",
"..",
"Sebelum bermulanya Solstis Jun ,",
"Kedudukan matahari berada tegak di garisan khatulistiwa iaitu pada bulan Mac .",
"Ketika matahari di khatulistiwa pada bulan mac , berlaku nya fenomena yang dinamakan ekuinoks mac .",
"Hari demi hari ,",
"matahari akan kelihatan “”bergerak”” sedikit demi sedikit ke arah hemisfera utara dan akan menuju ke garisan sartan .",
"Ketika matahari kelihatan tegak di garisan sartan inilah dinamakan fenomena solstis jun .",
"secara dasar nya , ",
"solstis pada bulan jun ini menandakan bermulanya perubahan musim daripada ekuinoks musim bunga di hemisfera utara kepada solstis musim panas .",
"Atau ,",
"perubahan musim daripada ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan kepada solstis musim sejuk ..",
"..",
"Kesan Ketika Solstis Musim Panas ",
"( hemisfera utara ) dan Solstis Musim Sejuk ( hemisfera selatan ) :",
"– Kawasan yang berada di hemisfera utara akan mengalami siang yang lebih panjang serta malam yang singkat .",
"– Kawasan yang berada di hemisfera selatan pula akan mengalami siang yang singkat serta malam yang panjang .",
"– Kutub utara mengalami panjang waktu siang 24 jam dan kutub selatan mengalami panjang waktu malam 24 jam.",
"..",
"Kesan Di Malaysia :",
"– Solstis Jun tidak terlalu memberi kesan yang ketara di Malaysia kerana kedudukan Malaysia terletak berhampiran garisan khatulistiwa .",
"..",
"Kesimpulan nya ,",
"Fenomena solstis merupakan aturan Allah terhadap alam ini yang berlaku setiap tahun . .",
"Jadi ,",
"Fenomena ini bukan la sesuatu yang baru bagi golongan yang rajin berfikir serta memerhati kekuasaan Allah terhadap alam ini . .",
"Wallahu A’lam .",
"” Majulah Falak Untuk Ummah “"
] |
https://www.thepatriots.asia/kisah-sebenar-st-valentine/ | Kisah Sebenar St Valentine | [
"Setiap kali 14 Februari menjelang, itulah hari yang dikatakan oleh orang Barat sebagai hari memanifestasikan perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusia.",
"Dan selalunya bila ditanya tentang Hari Valentine, ramai orang Barat mengatakan ia sebagai hari penghormatan St Valentine. Kah, itu cuma fiksyen! Hakikatnya, kisah Hari Valentine dan protagonisnya itu sebenarnya jauh lebih berd4rah dari apa yang diperkatakan hari ini.",
"Sumber-sumber dari Tamadun Rom mengatakan Hari Valentine ialah hari meraikan Valentine atau Valentinus dan kekasihnya yang dihukum bvnvh pada 14 Februari 269 atau 270 Masihi semasa era pemerintahan Maharaja Claudius Gothicus.",
"Keg4nasan ini bukan perkara baru ketika itu kerana penganut Kristian dianggap musuh oleh kerajaan Rom dan diburu habis-habisan. Kisah ini merupakan sebahagian daripada riwayat Acta Sanctorum (Kisah Santo-Santo) yang dimulakan oleh Jean Bolland, seorang paderi Jesuit abad ke-17.",
"Bukan mudah bagi paderi-paderi yang terlibat merekodkan kisah-kisah mereka kerana kisah-kisah santo ini bertaburan di seluruh dunia. Ia diteruskan dari satu generasi ke satu generasi dengan jilid terakhir Acta Sanctorum diterbitkan pada tahun 1940. Dan satu jilid yang menyentuh Hari Valentine sebenarnya mengandungi pelbagai cerita tentang Valentini termasuk St Valentine yang dikatakan m4ti pada abad ketiga Masihi.",
"Kisah Valentinus yang paling awal ialah kisah seorang panglima tentera bernama Valentinus. Beliau dikatakan terlibat dalam satu kempen ket3nteraan Rom di Afrika dan terbvnvh dalam satu pert3mpuran bersama 24 4skar lain.",
"Malangnya, tidak banyak maklumat yang boleh direkodkan memandangkan kelompok Bollandist (kelompok penulis yang meneruskan kerja Jean Bolland) hanya merekodkan nama mereka dan bagaimana mereka m4ti.",
"Dalam satu kisah lain yang direkodkan dalam Acta, seorang paderi Rom bernama Valentinus ditahan kerana mengamalkan ajaran Nasrani semasa era Maharaja Gothicus. Valentinus kemudiannya diletakkan di bawah jagaan seorang bangsawan Rom bernama Asterius.",
"Semasa di bawah jagaan beliau, kedua-duanya mula berdebat termasuk bagaimana agama Nasrani boleh membawa orang-orang pagan keluar daripada kegelapan dan menuju ke arah cahaya.",
"Asterius yang tertarik dengan seruan Valentinus kemudiannya membuat tawaran kepadanya: jika dia boleh menyembuhkan anak perempuannya yang buta, maka beliau bersedia memeluk agama baru itu.",
"Valentinus bersetuju dan Asterius merasa terkejut kerana anak perempuannya yang selama ini buta tiba-tiba boleh melihat semula. Ini mendorong beliau sekeluarga memeluk agama Kristian. Namun, kisah tersebut diketahui Maharaja Gothicus dan ini menimbulkan kemurkaannya.",
"Akibatnya, semua pihak yang terlibat termasuk Valentinus dikenakan hukuman m4ti dengan paderi itu dihukum p3nggal.",
"Tetapi seorang wanita yang alim berjaya melarikan m4yat paderi itu dan mengebumikannya di Via Flaminia, sebuah lebuh raya purba lama yang menghubungkan Rom dengan Rimini. Hari ini, sebuah gereja kecil dibina di situ sebagai tanda penghormatan kepada Valentinus.",
"Kisah ketiga membabitkan Valentinus berlaku di Umbria, Itali membabitkan seorang bishop bernama Valentinus. Valentinus yang juga seorang bishop dari Terni dikatakan ditahan semasa era Gothicus dan diletakkan dalam tahanan seorang bangsawan Rom.",
"Dan seperti kisah Valentinus yang sebelumnya, dia berjaya menyembuhkan putera kepada bangsawan berkenaan dan mendorong mereka sekeluarga memeluk agama Kristian. Dan riwayatnya turut berakhir bila dia dip3nggal dan dikebumikan di Via Flaminia.",
"Justeru menurut kelompok Bollandist, ada dua riwayat Valentinus yang berkongsi persamaan dari segi pengakhiran mereka dan tempat mereka dikebumikan. Dan paling penting, ketiga-tiga versi dari Afrika, Rom dan Umbria bukan versi romantik yang dijaja media moden hari ini.",
"Malah menurut mereka, kisah Valentine/Valentinus yang dihukum m4ti kerana cinta itu langsung tidak mempunyai sebarang asas sejarah yang kukuh.",
"Ada pula yang melihat sambutan Valentine ini sebenarnya samaran kepada perayaan pagan Rom yang dikenali sebagai Lupercalia.",
"Lupercalia yang disambut pada pertengahan Februari pada asalnya merupakan ritual sebuah kultus maskulin termasuk meng0rbankan anjing dan kambing sebelum bertukar menjadi sambutan keraian.",
"Pada hari perayaan, orang-orang muda akan berlari ke jalan-jalan dan meraba sesiapa saja yang lalu dengan tali kulit yang diperbuat daripada kulit kambing yang baru saja m4ti dis3mbelih.",
"Bagi wanita mengandung pula, sambutan Lupercalia merupakan hari terbaik untuk mereka mendapatkan bayi yang sihat. Dan pada tahun 496 Masihi, Paus Gelasius dikatakan mencerca sambutan tersebut sebagai teruk dan tidak bermaruah.",
"Bagaimanapun, berdasarkan pengamatan penulis dan sejarawan, tiada sebarang bukti yang menyokong teori Lupercalia merupakan asal-usul kepada sambutan Valentine moden hari ini.",
"Jadi, apa sebab yang menjadikan Hari Valentine yang dikenali hari ini? Jika anda nak mencari pelakunya, salahkan penulis dan penyajak terkenal Inggeris Zaman Pertengahan Geoffrey Chaucer.",
"Dalam Parlement of Fouls, Chaucer mengisytiharkan pesta St Valentinus sebagai hari di mana burung mengawan untuk menghasilkan telur. Sejak itulah, ia menjadi permulaan kepada tradisi mengisytiharkan cinta pada hari berkenaan dan ia dimulakan oleh bangsawan-bangsawan Eropah.",
"Contohnya pada abad ke-15, Charles I yang juga Duke of Orleans merupakan seorang bangsawan Perancis yang terlibat dalam kempen Pert3mpuran Agincourt.",
"Baginda kemudiannya ditangkap dan dijadikan sebagai tawanan p3rang oleh kerajaan England dan dipenjarakan di Menara London. Semasa dalam tahanan, Charles I menulis banyak sajak termasuk sajak yang ditujukan kepada isterinya, Bonne of Armagnac.",
"Dalam satu koresponden surat antara baginda dengan Bonne, Charles I menyatakan rasa rindu yang teramat kepadanya. Malah, baginda turut menggelar isterinya sebagai Valentine yang lembut di matanya.",
"Salah satu sajaknya yang bertajuk ‘Is she not passing fair’ kemudiannya dijadikan lagu oleh Edward Alger dan menjadi sebahagian daripada komposisi komposer terkenal, Claude Debussy.",
"Bagi orang Inggeris, mereka menerima idea yang dibawa Chaucer itu. Justeru pada setiap 14 Februari, lelaki dan wanita ketika itu menggunakan hari itu untuk mengekspresikan cinta mereka.",
"Selepas era Revolusi Perindustrian, ia memudahkan penghasilan kad berskala besar yang mengandungi sajak atau kata-kata romantis. Dan ia dikukuhkan lagi bila pengeluar-pengeluar coklat seperti Hershey dan Cadburry memasarkan produk mereka untuk orang tersayang pada Hari Valentine.",
"Hari ini, kedai-kedai di Barat terutama di England dan Amerika Syarikat dihias dengan bentuk hati dan sepanduk yang mengandungi pengisytiharan cinta pada Hari Valentine.",
"Penjual-penjual mengisi stok mereka dengan apa saja benda yang berkait dengan hari berkenaan yang membawa kepada terma ‘Jadilah Valentineku’.",
"Nasib baik tiada siapa yang membuat permintaan agar kepala kekasih mereka dijadikan sebagai tanda cinta teragung…",
"Bagi umat Islam, setiap hari merupakan hari cinta dan kasih sayang. Justeru, usah ikut naratif orang luar yang hanya menjadikan hari tertentu sebagai hari meraikannya. Kerana agama itu sendiri merupakan agama yang mementingkan kasih sayang dan penghormatan.",
"RUJUKAN:",
"Bitel, Lisa. (2018). The Gory Origins of Valentine’s Day. Smithsonian Magazine. https://www.smithsonianmag.com/history/gory-origins-valentines-day-180968156/"
] |
https://www.thepatriots.asia/thuggee-kumpulan-assassin-dalam-tamadun-india/ | Thuggee – Kumpulan Assassin Dalam Tamadun India | [
"Dalam bahasa Sanskrit, Thuggee bermaksud ‘persembunyian’. Dalam lembaran sejarah pula, ia merupakan panggilan bagi sebuah kumpulan pembvnvh profesional yang bergiat aktif di India pada kurun ke-13 hingga ke-19 Masehi. Kumpulan tersebut kadangkala disifatkan sebagai m4fi4 pertama di dunia. Perkataan thvg, yang merujuk kepada ahli thuggee kemudian dipinjamkan ke dalam bahasa Inggeris sewaktu penj4j4han British di India.",
"Modus operandi utama thuggee kebiasaannya adalah menemani mana-mana musafir untuk tempoh yang lama sehingga berjaya memperoleh kepercayaan mereka. Kemudian pada waktu malam, mereka akan menj3rvt mangsa dengan sapu tangan atau tali j3rvt – satu kaedah pembvnvhan yang pantas, senyap, dan tidak meninggalkan sebarang kesan. Setelah mangsa dibvnvh, hartanya akan dir0mp4k dan jasadnya pula dikuburkan dengan berhati-hati.",
"Umumnya, jenayah pembvnuvan mereka melibatkan kerjasama yang efisien, baik sewaktu menghampiri mahupun menyerang mangsa. Setiap pembvnvhan tidak dijalankan secara sendirian, sebaliknya dilakukan secara berkumpulan. Ada yang ditugaskan untuk ‘mencairkan hati’ mangsa dengan kata-kata lunak, ada yang berperanan memantau keadaan sekeliling, dan tentunya, ada yang bertindak selaku pembvnvh.",
"Menurut Guinness Book of Records, kumpulan-kumpulan thuggee bertanggungjawab atas pembvnvhan kira-kira 2 juta individu. Bagaimanapun, anggaran bilangan tersebut lazimnya berbeza-beza memandangkan tiada sumber yang dapat memastikan sejak bilakah kumpulan tersebut bergiat aktif.",
"Catatan pertama yang menyifatkan thuggee sebagai sebuah kumpulan pembvnvh tersusun yang sama sekali berbeza dengan kumpulan bandit biasa adalah karya Ẓiyāʾ-ud-Dīn Baranī berjudul Sejarah Fīrūz Shāh, dikarang sekitar tahun 1356 Masehi.",
"Walaupun ahli-ahli thuggee sering dikaitkan dengan tujuh suku India-Muslim yang identitinya sudah pun luput dari sejarah, kumpulan tersebut hakikatnya lebih sinonim dengan agama Hindu. Lebih-lebih lagi, ahli-ahli thuggee yang beragama Hindu berkongsi satu persamaan utama, iaitu menyembah Dewi Kali, dewi keh4ncvran dan pembaharuan. Bagi mereka, pembvnvhan yang dilakukan adalah bertujuan membantu dewi tersebut mengekalkan keseimbangan di dunia – antara baik dan jahat, hitam dan putih.",
"Walau apa pun perbezaan yang dimiliki oleh setiap anggota thuggee, mereka disatukan oleh satu ritual yang sama – ritual yang membuatkan kumpulan tersebut dilabel sebagai sebuah kultus atau aliran keagamaan. Mereka mempunyai satu slogan yang tersendiri, iaitu Ramasi, di samping beberapa tanda isyarat yang hanya diketahui oleh mereka.",
"Ahli-ahli thuggee juga diikat oleh beberapa peraturan, seperti larangan mencuri harta orang lain tanpa membvnvh mereka terlebih dahulu. Mereka juga dilarang dari membvnvh golongan Brahman kerana kedudukan mereka yang suci. Memandangkan setiap pembvnvhan dianggap sebagai suatu persembahan buat Dewi Kali, maka membvnvh orang yang sakit sama sekali tidak digalakkan. Kaum wanita juga tidak dibenarkan untuk dibvnvh, kerana mereka dihormati sebagai jelmaan Kali.",
"Keahlian thuggee biasanya diwarisi daripada seorang ayah kepada anak. Ada juga ahli thuggee yang dilatih oleh seorang guru (umpama mentor dan protégé). Dalam sesetengah keadaan, anak kepada mangsa thuggee diambil dan dididik menjadi pembvnvh, lebih-lebih lagi kehadirannya di sisi mereka akan menggugurkan sebarang syak wasangka pihak berkuasa sekali gus melepaskan mereka dari sebarang tuduhan jen4y4h.",
"Kegiatan thuggee akhirnya dibanteras oleh pihak penjajah British pada 1830-an, selepas penggubalan Akta Pembanterasan Thuggee dan Dacoity. Dalam akta berkenaan dinyatakan, “Dengan ini, diwartakan bahawa sesiapa sahaja yang terbukti menganggotai, sama ada sebelum atau sesudah akta ini dikeluarkan, mana-mana kumpulan Thug, sama ada di dalam atau di luar wilayah kekuasaan Syarikat Hindia Timur, akan dihukum penjara seumur hidup.”",
"Bagi menambahkan lagi kadar keberhasilan akta tersebut, beberapa dasar turut dilaksanakan. Antaranya termasuklah pemberian insentif kepada ahli thuggee yang mendedahkan nama rakan-rakan subahat mereka, di samping kempen kesedaran tentang modus operandi kumpulan pembvnvh berkenaan.",
"Setelah menebarkan kekacauan dan ketakutan di seluruh India setidak-tidaknya selama enam kurun, kegiatan thuggee akhirnya berjaya dibanteras secara tuntas. Bagaimanapun, reputasi mereka masih hidup sehingga hari ini dan nama mereka digunakan secara meluas (dalam bahasa Inggeris) sebagai label kepada mana-mana penj3n4yah g4n4s.",
"TERJEMAHAN\nApril Holloway. (2 Oktober 2014). Thuggees – the Cult Ass4ssins of India. Ancient Origins.\nhttps://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/thuggees-cult-assassins-india-002145"
] |
https://www.thepatriots.asia/kisah-penerima-hadiah-nobel-kimia-2019/ | Kisah Penerima Hadiah Nobel Kimia 2019 | [
"Beberapa minggu lepas, tiga saintis mendapat penghormatan apabila berkongsi kemenangan anugerah Hadiah Nobel 2019 dalam kategori Kimia berikutan sumbangan mereka terhadap pembangunan bateri ion-litium. Mereka ialah John B. Goodenough, M. Stanley Whittingham dan Akira Yoshino. Bagi Prof Goodenough, beliau turut mencipta sejarah sebagai penerima Hadiah Nobel paling tua pada usia 97 tahun. Ketiga-tiga mereka berkongsi hadiah kemenangan berjumlah sembilan juta krona (RM3.89 juta). ",
"Bagi Prof Olof Ramstrom, penciptaan bateri ion-litium ini merupakan batu asas kepada dunia digital. Bateri ini bukan saja ringan dan boleh dicas tetapi juga berkuasa dan banyak digunakan dalam banyak benda dari telefon bimbit hinggalah komputer riba dan kereta elektrik. Menurut salah seorang anggota jawatankuasa, Sara Snogerup Linse dari Universiti Lund, ketiga-tiga saintis itu telah membangunkan sebuah bateri yang bukan saja ringan tetapi berpotensi tinggi dalam banyak aplikasi elektronik. Selain digunakan dalam kereta elektrik, ia juga boleh menyimpan tenaga dari sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan tenaga angin.",
"Asas kepada penciptaan bateri ini bermula pada tahun 70-an semasa krisis minyak melanda dunia ketika itu. Whittingham, 77, yang berasal dari Nottingham, UK berusaha membangunkan teknologi tenaga yang tidak bergantung kepada sumber tenaga fosil. Beliau menemui satu bahan yang kaya dengan tenaga dipanggil titanium disulfida yang kemudiannya digunakan sebagai katod (terminal positif) dalam bateri litium. Whittingham yang kini mengajar di Binghamton University di Vestal, Amerika Syarikat turut menghasilkan anod (terminal negatif) yang diperbuat daripada litium metalik. Bahan itu menjadi pilihan kerana berupaya melepaskan elektron sekaligus menjadikannya sesuai untuk dijadikan bateri. Ia mampu menghasilkan tenaga sebanyak dua volt tetapi litium metalik berpotensi menjadikan bateri tersebut meletup. ",
"Goodenough berpandangan ciptaan itu mempunyai potensi tetapi ia boleh diperbaiki dengan menukar bahan binaan katod dari bahan bersifat sulfida kepada bahan bersifat oksida. Pada tahun 1980, selepas mengkaji pelbagai bahan, beliau yang kini mengajar di Universiti Texas menggunakan kobalt oksida untuk menaikkan potensi tenaga bateri litium dari dua volt kepada empat volt. Dengan menjadikan katod Goodenough sebagai asas pembinaan bateri litiumnya, ini membolehkan Yoshino, 71, menghasilkan bateri ion-litium komersial pertama pada tahun 1985. Sony kemudiannya mengeluarkan bateri litium secara komersial pada tahun 1991 dengan menggunakan susunan yang dibuat oleh saintis kelahiran Osaka itu.",
"Bagi anggota jawatankuasa Hadiah Nobel ini, mereka melihat penciptaan bateri ini mengubah dunia untuk selama-lamanya. Ini kerana ia bukan saja digunakan dalam banyak aplikasi elektronik seharian tetapi membuka jalan kepada lebih banyak inovasi yang menyokong setiap aspek penting kehidupan. Bagi Pengerusi Royal Society UK, Prof Sir Venki Ramakrishnan, pencapaian ketiga-tiga saintis ini seharusnya diraikan. Beliau berkata, “Jarang sekali penemuan saintifik dibuat hasil usaha solo dan ianya amat bermakna Hadiah Nobel Kimia untuk tahun ini diberi dalam bentuk perkongsian.”",
"SUMBER",
"Rincon,\nPaul. (2019). Nobel chemistry prize: Lithium-ion battery scientists honoured.\nBBC. https://www.bbc.com/news/science-environment-49962133"
] |
https://www.thepatriots.asia/betul-ke-pengangkutan-awam-boleh-kurangkan-jem/ | Betul Ke Pengangkutan Awam Boleh Kurangkan Jem? | [
"Sejak akhir-akhir ini, kita sering dimomokkan bahawa pengangkutan awam boleh menyelesaikan masalah kesesakan secara total. Katanya apabila ramai menaiki pengangkutan awam macam LRT, secara automatiknya jumlah kenderaan akan menurun. Tapi sebenarnya tanggapan itu bersifat separa benar.",
"Hal ini demikian kerana masalah utama rakyat Malaysia adalah mereka perlu menggunakan kenderaan untuk bergerak ke tempat kerja dan sekolah dalam masa yang sama. Sekarang ini tak semua pengangkutan awam melalui semua tempat kerja dan sekolah rakyat Malaysia. Lepas itu, ramai daripada kita yang tinggal di kawasan kurang penduduk tetapi bekerja di bandar besar. Contohnya anda tinggal di Semenyih dan kerja di Bangsar, memang susah nak naik pengangkutan awam.",
"Kalau begitu, kerajaan kena bina MRT ataupun LRT yang boleh menghubungkan Semenyih dan Bangsar. Tapi ada ke yang nak naik? Kita boleh tengok jaringan LRT di Palembang. Pada asalnya LRT Palembang dibina bersempena Sukan Asia dan diharap mampu menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam. Tapi hari demi hari, jumlah penumpang semakin menurun sehingga LRT Palembang mengalami kerugian besar.",
"Situasi ini juga terjadi di Malaysia apabila terdapat beberapa stesen MRT yang dibina di kawasan kurang penduduk. Jadi tak ramai yang nak singgah ke stesen itu dan timbul persoalan kenapa dibina. Buang duit cukai rakyat saja buat stesen yang orang tak nak singgah.",
"Ditambah lagi kita juga gemar guna kenderaan persendirian kerana selesa, cepat dan bebas merancang perjalanan. Berbekalkan masalah-masalah ini, kita pun lebih gemar bergerak menggunakan kenderaan persendirian sehingga berlakunya kesesakan sangat dahsyat. Sekarang ini macam mana nak selesaikan masalah kesesakan, adakah dengan bina LRT dan MRT secara membuta tuli?",
"Sebelum nak bina LRT ataupun MRT, perkara paling penting sekali adalah pastikan jumlah penduduk sesuai dengan laluan train. Bayangkan kawasan pinggir bandar dengan penduduk kurang daripada 100,000 diberikan LRT dengan kekerapan 2 minit setiap train, pasti tidak ramai yang naik dan akan rugi.",
"Nak atasi masalah itu adalah dengan menaiki bas sebab lagi senang nak masuk ke kawasan-kawasan kecil. Tapi bas pula selalu lambat dan masa yang diambil dari satu kawasan nak ke kawasan lain sangat lama, padahal jaraknya dekat sahaja. Jadi lepas ini bas boleh menukar sedikit laluan mereka di mana ketika waktu puncak, bas akan terus bergerak ke stesen pertukaran.",
"Kalau dalam kawasan bandar pula, bas selalunya menggunakan konsep hub-and-spoke dimana bas di semua laluan akan berhenti di stesen pusat. Jadi kalau nak pergi ke satu kawasan itu tapi tiada bas direct ke sana, boleh buat pertukaran di stesen pusat. Kalau nak lagi mudah, guna sahaja konsep ring-and-spoke. Kesemua bas akan menggunakan laluan yang sama dan anda bebas menuju ke mana kawasan dalam bandar tanpa perlu buat pertukaran bas. Cuba bayangkan jika konsep ini diguna pakai dan melalui kesemua pejabat serta sekolah, pasti kesesakan di sesebuah bandar akan reda.",
"Seterusnya pembinaan stesen dan landasan LRT/MRT juga didakwa membuatkan kesesakan semakin ganas. Katanya pembinaan tersebut telah memakan jalan dan membahayakan pengguna jalan. Lepas itu MRT dan LRT sangat susah nak masuk kawasan yang miliki kepadatan penduduk begitu tinggi. Kalau cuba juga, bersiap-sedialah untuk menghadapi kemarahan penduduk.",
"Untuk hal ini kita boleh contohi Jepun yang membina kereta api bawah tanah dengan begitu banyak. Pembinaan laluan kereta api bawah tanah tidak akan mengganggu kawasan kepadatan penduduk yang tinggi dan boleh melalui kawasan pinggir bandar. Hasilnya, sebanyak 3 juta orang akan menggunakan kereta api bawah tanah di Jepun. Jadi jika sudah ada train yang lebih efisien dan pantas, orang Jepun terus kurang menggunakan kenderaan sendiri.",
"Macam mana pula kalau Malaysia dah buat MRT bawah tanah yang banyak laluan dan bas dengan kekerapan begitu tinggi tapi kita masih lagi nak bawa kenderaan sendiri?",
"Kita boleh contohi Korea Selatan iaitu dengan mengubah lebuhraya kepada laluan pejalan kaki walaupun ramai yang menentang. Disebabkan laluan tersebut agak panjang, Korea Selatan telah memperkenalkan sistem penyewaan dan pengkongsian basikal. Jadi kereta pun tidak dapat masuk dan rakyat yang pemalas boleh kayuh basikal.",
"Korea itu jauh sangat, tidak mengapa kita lihat Singapura pula. Apa yang Singapura buat adalah dengan mengenai cukai begitu tinggi untuk mana-mana rakyat memiliki kereta. Malah Singapura tidak membenarkan rakyat menggunakan kereta yang sama lebih daripada 15 tahun. Maka lebih baik tak payah beli kereta sebab membazir dan pengangkutan awam lebih murah.",
"Tapi Singapura itu negara maju, tak boleh nak banding dengan kita yang banyak keburukan. Kita tengok pula kepada Filipina, setiap kereta tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar Manila sehari dalam seminggu. Caranya adalah Filipina akan mengesan nombor terakhir di plat kereta. Kalau nombor itu 4, maka satu hari dalam minggu tersebut tidak dibenarkan sebarang kereta yang nombor plat terakhirnya 4 memasuki pusat bandar.",
"Kesimpulannya, pengangkutan awam bukanlah satu-satunya penyelesaian kepada masalah kesesakan. Kalau pengangkutan awam sangat efisien tetapi banyak highway dibina dan sikap kita yang gemar naik kereta sendiri, masalah kesesakan tidak akan selesai. Apa-apapun, rakyat dan kerajaan perlu sama-sam memainkan peranan agar masalah kesesakan selesai.",
"RUJUKAN:",
"Downs, A. (2004, Januari 1). Traffic: Why it’s getting worse, what government can do. Brookings. Dipetik daripada https://www.brookings.edu/research/traffic-why-its-getting-worse-what-government-can-do/",
"Hewett, J. (2017, Januari 29). How the world’s biggest city avoids congestion. Financial Review. Dipetik daripada https://www.afr.com/opinion/how-the-worlds-biggest-city-avoids-congestion-20170128-gu0hxj",
"Renan Hafsar. (2020, Oktober 24). LRT di Jakarta dan Palembang kok gagal (1). Kumparan. Dipetik daripada https://kumparan.com/renan-hafsar/lrt-di-jakarta-dan-palembang-kok-gagal-1-1uRxjXUa2b3/3",
"Smarter Cambridge Transport. (2016, Disember 12). Reducing traffic congestion and pollution in urban areas. Dipetik daripada https://www.smartertransport.uk/smarter-cambridge-transport-urban-congestion-enquiry/",
"Watanabe, S. (2014, Disember 17). Japanese companies try to ease congestion with technology. Nikkei. Dipetik daripada https://asia.nikkei.com/Business/Japanese-companies-try-to-ease-congestion-with-technology"
] |
https://www.thepatriots.asia/reaktor-arka-fantasi-atau-realiti/ | Reaktor Arka: Fantasi Atau Realiti | [
"Kita semua tahu sumber tenaga yang menjana tenaga untuk sut-sut Iron Man ialah reaktor arka. Reaktor sama ini juga yang menyelamatkan nyawa Tony Stark apabila menjana tenaga diperlukan untuk magnet menarik serpihan besi dari terkena bahagian jantungnya seperti dipaparkan dalam siri filem Iron Man. Bagi orang biasa seperti kita, kita sangka semua ini masih dalam ruangan fiksyen. Namun seperti sut rangka luar yang diinspirasikan dari sut Iron Man, reaktor arka juga sebenarnya sedang dibangunkan ketika ini. Jika ianya berjaya, maka ia bakal merealisasikan apa yang dikatakan Stark dalam filem The Avengers, “Sumber tenaga bersih dan berterusan.”",
"Projek reaktor arka sebenarnya sudah dalam peringkat kajian dan pembangunan (R&D) sejak 20 tahun lepas oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT). Mereka bereksperimen pelakuran nuklear melalui alat lakuran nuklear jenis tokamak (berbentuk donat) paling kecil di dunia iaitu Alcator C-Mod. Matlamat kajian ini ialah membina sebuah reaktor lakuran paling kecil di dunia dengan mencetuskan reaksi lakuran berbentuk donat dengan radius 3.3 meter. Tiga jenis reaktor ini boleh membantu menjana tenaga sebuah bandaraya sebesar Boston.",
"Dan kumpulan penyelidik MIT ini semakin hampir merealisasikan impian tersebut walaupun pemotongan dana persekutuan boleh memperlahankan kemajuan alat ini. Kumpulan penyelidik ini termasuklah calon Doktor Falsafah (Ph.D) MIT, Brandon Sorbom dan Pengarah Pusat Lakuran dan Sains Plasma (PSFC) MIT, Dennis Whyte. Hasil dari kajian mereka berkenaan Alcator C-Mod, ini membawa kepada pembangunan reaktor ARC (affordable(berpatutan), robust (tahan lasak) dan compact (padat)). Berdasarkan anggaran, reaktor ARC ini hanya menggunakan 50 megawatt (MW) tenaga untuk menghasilkan tenaga lakuran sebanyak 500MW, 200MW daripadanya boleh dihantar ke grid elektrik. Ini cukup untuk memberi tenaga elektrik kepada populasi seramai 200,000 orang.",
"Versi animasi ARC yang dihasilkan PSFC MIT: https://www.youtube.com/watch?v=efOlmF3wjJE",
"Kita semua tahu sumber tenaga yang menjana tenaga untuk sut-sut Iron Man ialah reaktor arka. Reaktor sama ini juga yang menyelamatkan nyawa Tony Stark apabila menjana tenaga diperlukan untuk magnet menarik serpihan besi dari terkena bahagian jantungnya seperti dipaparkan dalam siri filem Iron Man. Bagi orang biasa seperti kita, kita sangka semua ini masih dalam ruangan fiksyen. Namun seperti sut rangka luar yang diinspirasikan dari sut Iron Man, reaktor arka juga sebenarnya sedang dibangunkan ketika ini. Jika ianya berjaya, maka ia bakal merealisasikan apa yang dikatakan Stark dalam filem The Avengers, “Sumber tenaga bersih dan berterusan.”",
"Projek reaktor arka sebenarnya sudah dalam peringkat kajian dan pembangunan (R&D) sejak 20 tahun lepas oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT). Mereka bereksperimen pelakuran nuklear melalui alat lakuran nuklear jenis tokamak (berbentuk donat) paling kecil di dunia iaitu Alcator C-Mod. Matlamat kajian ini ialah membina sebuah reaktor lakuran paling kecil di dunia dengan mencetuskan reaksi lakuran berbentuk donat dengan radius 3.3 meter. Tiga jenis reaktor ini boleh membantu menjana tenaga sebuah bandaraya sebesar Boston.",
"Dan kumpulan penyelidik MIT ini semakin hampir merealisasikan impian tersebut walaupun pemotongan dana persekutuan boleh memperlahankan kemajuan alat ini. Kumpulan penyelidik ini termasuklah calon Doktor Falsafah (Ph.D) MIT, Brandon Sorbom dan Pengarah Pusat Lakuran dan Sains Plasma (PSFC) MIT, Dennis Whyte. Hasil dari kajian mereka berkenaan Alcator C-Mod, ini membawa kepada pembangunan reaktor ARC (affordable(berpatutan), robust (tahan lasak) dan compact (padat)). Berdasarkan anggaran, reaktor ARC ini hanya menggunakan 50 megawatt (MW) tenaga untuk menghasilkan tenaga lakuran sebanyak 500MW, 200MW daripadanya boleh dihantar ke grid elektrik. Ini cukup untuk memberi tenaga elektrik kepada populasi seramai 200,000 orang.",
"Versi animasi ARC yang dihasilkan PSFC MIT: https://www.youtube.com/watch?v=efOlmF3wjJE",
"Tidak seperti alat lakuran lain yang dibangunkan sejak 35 tahun lepas, perbezaan ARC dengan reaktor-reaktor lain ialah ia menggunakan teknologi superkonduktor yang membantunya menjana tenaga 50 kali ganda lebih banyak berbanding versi-versi sebelumnya. Magnet dalam ARC ini juga bersifat modul jadi ia mudah dikeluarkan dan bekas vakum di mana tempat reaksi lakuran berlaku boleh digantikan dengan cepat. Ciri ini membantu bukan saja proses penaiktarafan tetapi juga membantu ARC menguji banyak rekaan bekas vakum pada satu alat.",
"Proses lakuran berlaku menggunakan dua jenis atom hidrogen iaitu deuterium dan tritium serta menyuntik gas dalam bekas kurung. Saintis kemudian menambah tenaga bagi mengeluarkan elektron dari atom lalu membentuk ion plasma. Dari situ, ia mengeluarkan sejumlah besar tenaga. Menurut pasukan penyelidik, sekiranya proses ini dapat ditambahbaik, ia berpotensi menyediakan tenaga yang berpanjangan dan menyelesaikan krisis tenaga yang dihadapi dunia. Atas sebab itu, pasukan ini memilih jenis tokamak atau bentuk donat di mana ia dibentuk menjadi bentuk angka lapan. Minyak kemudian dipanaskan mencecah suhu melebihi 150 juta darjah Celsius sekaligus membentuk plasma panas. Medan magnet yang kuat digunakan untuk menghalang plasma dari terkena dinding reaktor bagi mengelakkan ia kehilangan suhu, sekaligus hilang tenaga yang dijana. Medan magnet ini terhasil oleh gegelung-gegelung superkonduktor yang mengelilingi bekas dan arus elektrik yang dibawa melalui plasma.",
"Namun, satu perkara yang mengundang kekecewaan kepada penyelidik-penyelidik ini ialah gegelung-gegelung magnet yang bertanggungjawab menghasilkan medan magnet menjadi batu penghalang kepada kemajuan projek ini. Menerusi ARC, penyelidik-penyelidik menggunakan pita superkonduktor bahan nadir bumi barium kuprum oksida (REBCO) untuk membentuk gegelung-gegelung magnet yang lebih berkuasa berbanding versi-versi sebelumnya. Menerusi REBCO, ia membantu gegelung-gegelung ini mengepung plasma panas, sekaligus membolehkan reaktor menjadi lebih kecil, murah dan lebih cepat dibina. Dan menurut Sorbom, sebarang kenaikan dalam medan magnet amat membantu dalam kajian ini. Walaupun superkonduktor baru ini tidak menghasilkan medan magnet yang lebih berkuasa, ianya masih mencukupi untuk meningkatkan tenaga lakuran 10 kali ganda berbanding standard superkonduktor yang diketahui setakat ini.",
"Selain MIT, negara-negara Eropah turut terlibat dalam kajian reaktor arka ini menerusi pembinaan reaktor lakuran mereka yang dipanggil JET. Reaktor ini memegang rekod tenaga lakuran paling banyak dijana iaitu 16MW tetapi memerlukan tenaga elektrik sebanyak 24MW untuk beroperasi. Dan mereka juga sedang membina reaktor lakuran paling berkuasa iaitu ITER dengan kos sebanyak $40 bilion di Perancis. ITER yang dijangka siap pada 2020 dan eksperimen bagi loji ini hanya akan berlangsung pada 2027. Bagi saintis-saintis MIT ini, reaktor-reaktor seperti JET dan ITER ini akan tinggal sejarah dengan pengenalan ARC.",
"Penerangan berkenaan JET: https://www.youtube.com/watch?v=pBH933CyT5o",
"Penerangan berkenaan ITER: https://www.youtube.com/watch?v=kuq1HU2gYEk",
"Selain dengan saiz yang kecil, ARC sebenarnya boleh mengurangkan pengeluaran bahan buangan radioaktif di mana separuh hayat bahan tersebut lebih pendek berbanding separuh hayat bahan buangan dari hasil pembelahan nuklear. Dan ARC juga tidak menggunakan tenaga yang banyak berbanding reaktor-reaktor lain termasuk JET. Walaupun saiz reaktor ini tidaklah sekecil seperti versi reaktor arka yang digunakan Tony Stark dalam Iron Man (2008), ia masih lagi reaktor paling kecil di mana ia berkemampuan menjana tenaga lapan kereta Tesla atau dua mesin pengimejan resonans magnetik (MRI).",
"Sebelum MIT boleh meneruskan pembinaan ARC, mereka perlu membuktikan reaktor mereka boleh mengekalkan reaksi lakuran. Ketika ini, reaktor C-Mod hanya beroperasi selama beberapa saat dan menggunakan tenaga yang banyak yang memaksa MIT menggunakan transformer penampan untuk menyimpan tenaga diperlukan untuk menjalankannya tanpa menyebabkan bandar Cambridge bergelap. Dan dengan radius plasma 0.68 meter, ianya lebih kecil dari apa yang diperlukan ARC. Jadi sebelum ARC dapat direalisasikan, alat lakuran MIT seterusnya iaitu alat tahap maju dan eksperimen tokamak RF (ADX) akan menguji pelbagai kaedah mengendalikan suhu seperti matahari tanpa mengurangkan prestasi plasma. Selepas ia mencapai prestasi memuaskan, barulah ARC bakal menentukan sama ada ia dapat menjana tenaga dengan banyak atau sebaliknya. Dari situ, ia menentukan bagaimana tenaga dapat disalurkan ke grid dengan memindahkan haba pada penjana tenaga.",
"Buat masa ini, nampak mustahil tetapi harapan masih ada. Satu kajian yang dibuat sekumpulan penyelidik dari Universiti Washington membuktikan tenaga lakuran boleh menjadi masa hadapan dalam dunia tenaga. Mereka mereka satu konsep reaktor tenaga lakuran di mana ia dibuat berdasarkan skala loji elektrik besar dan boleh menjadi pesaing kepada loji tenaga yang dikuasakan oleh arang batu. Loji tersebut dibina menggunakan teknologi sedia ada dan menghasilkan medan magnet untuk mengekalkan plasma di tempatnya cukup untuk menghasilkan proses lakuran berlaku, sekaligus membenarkan plasma panas bertindak balas dan terbakar. Reaktor ini boleh beroperasi secara berterusan di mana ia boleh memanaskan plasma bagi mengekalkan keadaan termonuklearnya. Haba yang dijana daripada reaktor akan memanaskan penyejuk yang digunakan untuk memusing turbin dan menjana tenaga elektrik, sama seperti bagaimana reaktor biasa beroperasi. Rekaan dan kajian tersebut sudah dibentangkan pada Persidangan Tenaga Lakuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang diadakan di St. Petersburg pada awal tahun 2015.",
"Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tokamak Energy, David Kingdom menyifatkan tenaga lakuran merupakan tenaga lakuran paling penting bumi untuk dekad-dekad seterusnya dan boleh jadi solusi kepada masalah pemanasan global yang berlaku hari ini. Siapa sangka, idea reaktor arka yang membantu menyelamatkan Stark semasa di Vietnam/Afghanistan (komik Iron Man/Iron Man (2008)) sebenarnya berpotensi menjadi solusi krisis tenaga yang dihadapi hari ini dan dekad-dekad seterusnya.",
"SUMBER"
] |
https://www.thepatriots.asia/asas-perakaunan-cukai-bisnes/ | Asas Perakaunan & Cukai Bisnes | [
"Kejayaan pengusaha mana-mana perniagaan kini bukan lagi rahsia. Kunci utamanya adalah pada pengurusan akaun dan cukai. Tidak kiralah hebat macam mana pun seseorang itu dalam buat jualan, jika pengurusan akaun tidak teratur dan selalu culas bayar cukai, yakinlah perniagaannya pasti akan jatuh suatu hari nanti.",
"Berikut beberapa perkara penting yang perlu anda tahu dalam akaun bisnes.",
"Asingkan Duit Bisnes vs Peribadi",
"Ramai antara kita yang sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Tidak kira sekecil mana pun seperti hanya buat dropship atau affiliate, itu sudah dikira sebagai perniagaan.",
"Namun kesilapan ramai orang buat adalah campur adukkan duit tambahan yang diperoleh tadi untuk kegunaan peribadi. Perkara ini sangat penting kerana ada kaitan dalam pembayaran cukai.",
"Seeloknya daftarlah SSM kemudian buka akaun semasa untuk perniagaan anda. Berbanding anda gunakan akaun simpanan peribadi untuk transaksi perniagaan, anda kena rekod betul-betul supaya membezakan sama ada kegunaan peribadi atau perniagaan.",
"Namun tak bermakna dah ada akaun semasa perniagaan tak perlu rekod. Tetap kena rekod juga. Bila dah asingkan siap-siap, penyata bank yang dicetak juga boleh dijadikan rekod khas untuk perniagaan anda. Logik bukan?",
"Sebaiknya haruslah segala transaksi perniagaan didokumentasikan. Sekarang ni dah ada banyak aplikasi yang memudahkan proses dokumentasi. Bagi yang nak buat secara manual, berikut beberapa kategori penting yang perlu ada dalam dokumen anda.",
"Jualan",
"Kita semua pasti pernah melalui proses transaksi jualan ni. Selepas kita membeli suatu barangan, kita akan terima resit kan? Begitu juga kalau kita jual barang kepada pelanggan, kita kena beri resit. Resit adalah bukti jualan anda kepada pelanggan.",
"Ada juga yang jalankan perniagaan dalam bentuk perkhidmatan. Bagi jenis ini, kebanyakannya akan gunakan invois sebagai bukti jualan. Ini kerana mungkin bayaran agak tinggi dan pembayaran yang dipersetujui adalah berperingkat. Resit hanya diberikan apabila pelanggan membuat bayaran.",
"Dari sini kita boleh nampak perbezaan antara invois dan resit. Invois adalah dokumen transaksi yang berlaku secara hutang. Manakala resit adalah rekod yang melibat penerimaan duit.",
"Kos vs Belanja",
"Bab ni ramai orang keliru. Nampak sama tapi tidak.",
"Kos adalah belanja wajib, tanpanya jualan tidak akan berlaku. Contohnya kalau nak jual kek, mestilah kena beli tepung kan? Harga tepung adalah kos. Tanpa tepung, tak boleh buat kek seterusnya tak boleh menjual.",
"Manakala belanja pula adalah belanja sunat. Contoh sewa bulanan kedai kek. Tak ada kedai pun jualan tetap boleh berlaku seperti buat kek di rumah.",
"Dalam kategori ini seperti biasa, ada invois dan resit. Bezanya dokumen ini kita terima sebab kita yang menjadi pelanggan dalam hal ini.",
"Aset",
"Segala milik bisnes hendaklah direkodkan sebagai aset. Aset terbahagi kepada dua iaitu aset tetap dan aset semasa. Aset tetap mungkin kita mudah faham seperti kedai, kenderaan, mesin dan sebagainya.",
"Bagaimana pula aset semasa? Berikut antara contoh aset semasa :",
"Di sini kita boleh lihat pentingnya invois iaitu rekod transaksi yang berlaku secara hutang. Segala hutang pelanggan yang belum dibayar akan diletakkan dalam kategori aset.",
"Aset = Liabiliti + Ekuiti",
"Liabiliti juga terbahagi kepada dua iaitu :",
"Hutang pelanggan adalah contoh mudah bagi liabiliti semasa. Manakala liabilti jangka masa panjang pula adalah seperti hutang pinjaman kenderaan atau perniagaan.",
"Seterusnya, ekuiti adalah peratusan modal pemilik perniagaan dan keuntungan yang terkumpul.",
"Selesai bahagian perakaunan, kita masuk pula bahagian cukai.",
"Terdapat banyak perbezaan antara Enterprise (pemilikan tunggal) dan Sendirian Berhad (Sdn Bhd) dalam pembayaran cukai.",
"Tahun pertama perakaunan bagi enterprise bermula daripada bulan yang didaftarkan dan berakhir sebelum 31 Disember dalam tahun yang sama. Pembayaran cukai adalah sebelum 30 Jun pada tahun seterusnya.",
"Tahun kedua perakaunan enterprise bermula pada awal tahun dan berakhir pada akhir tahun seperti biasa. Begitulah tahun-tahun berikutnya.",
"Manakala tempoh perakaunan Sdn Bhd pula dikira setahun daripada tarikh penubuhan syarikat. Contohnya syarikat ditubuhkan pada Julai 2020, maka tarikh tutup adalah pada Julai 2021. Pembayaran cukai perlu diselesaikan dalam tempoh 7 bulan sebelum tarikh tutup akaun.",
"Turutan pembayaran cukai adalah daftar jika belum daftar. Pendaftaran cukai boleh dibuat di ez.hasil.gov.my . Seterusnya, isytihar pendapatan dan bayar cukai (jika ada).",
"Pengisytiharan cukai sangat penting meskipun selepas buat kira-kira, tiada cukai yang dikenakan. Untuk pengiraan, anda perlu jumlah segala pendapatan dan kemudian tolak belanja, elaun modal & pelepasan individu.",
"Baki selepas ditolak itu yang dipanggil sebagai jumlah pendapatan yang dikenakan cukai. Untuk tahu peratusan cukai yang dikenakan, kita boleh rujuk dalam jadual yang disediakan oleh LHDN.",
"Disinilah pentingnya untuk anda rekod segala maklumat yang perlu diambil kira dalam formula pengiraan pendapatan yang dikenakan cukai seperti diatas.",
"Perniagaan yang membayar cukai adalah satu tanda perniagaannya dalam keadaan baik. Ini kerana secara logiknya cukai hanya dikenakan pada perniagaan yang buat untung sahaja. Tapi ada sahaja yang buat untung tetapi liat untuk bayar cukai.",
"Mereka yang elak bayar cukai ni jenis yang tidak mahukan perniagaan mereka berkembang. Macam mana bayar cukai boleh kembangkan perniagaan pula tu? Pelik?",
"Tidak pelik sebenarnya. Sebab itu ada frasa yang mengatakan perniagaan yang bayar cukai adalah perniagaan yang ‘terpaksa’ berkembang. Ini sesuatu yang positif! Siapa yang tidak mahukan perniagaannya berkembang bukan?",
"Apa-apa pun, kena pastikan asas perakaunan tu kena susun cantik."
] |
https://www.thepatriots.asia/sejarah-pahit-gereja-suzdal-mengukuhkan-identiti-bangsa-rusia/ | Sejarah Pahit Gereja Suzdal Mengukuhkan Identiti Bangsa Rusia | [
"Tidak ramai yang faham kepentingan sejarah. Asal kami tulis pasal sejarah saja, mesti datang puak yang cakap, “asyik-asyik imbau kenangan lama.” Golongan yang mempersoal tentang sejarah harus lihat Rusia hari ini. Betapa besarnya negara ini tetapi bangsanya tidak pernah menyisihkan sejarah. Kalau tidak percaya, cuba tengok bandar Suzdal yang terletak dalam Vladimir Oblast (Zon Vladimir). Dua nama ini merupakan identiti utama Rusia, yang berasal daripada sebuah negeri dipanggil Vladimir-Suzdal.",
"Sampai hari ini Rusia mengekalkan identiti sejarah bandar Suzdal. Sesiapa saja yang mengunjungi bandar ini akan berpatah balik masa ke zaman 1,000 tahun lalu, apabila negeri silam Vladimir-Suzdal menjadi wilayah naungan Mongol. Tidak perlu belek buku sejarah. Tidak perlu buka manuskrip lama. Cukup tengok saja seni bina bandar. Pasti akan sampai titik terawal penubuhan Persekutuan Rusia.",
"Kenangan Pahit Di Suzdal",
"Untuk mendapatkan perspektif, cuba tengok Pulau Perhentian. Saiznya dalam lingkungan 15 kilometer persegi saja. Itulah saiz bandar Suzdal, serba kecil tetapi dengan 30 buah gereja. Ertinya kalau berjalan setiap kilometer, pasti akan jumpa dua buah gereja. Suzdal dianggap bandar kaya gereja kerana 1) rakyatnya patuh pada agama Kristian Ortodoks dan 2) sejarah pahit di sebalik setiap gereja.",
"Sebelum kita cakap pasal Vladimir the Great, apa kata kita bincang sekejap tentang Vladimir Putin? Beliau telah menubuhkan sebuah ’empayar baharu’ selepas teruk dirobek kroni-kroni Boris Yeltsin pada era pasca-Soviet. Teruk Putin kena untuk sampai pada tahap sekarang. Jadi kalian dipelawa membeli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA yang dah ada di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Putin-Tsar-Moden-Rusia-i.238336777.17912981320?",
"Apabila Vladimir the Great membuka negaranya pada tahun 980, seluruh wilayah di kawasan tersebut menjadi penting. Ada banyak bandar dalam wilayah tersebut – Novgorod, Vladimir-Suzdal, Yaroslavl antaranya (Nikolaeva, 2022). Ini kira zaman pra-Moscow apabila putera-putera berbangsa Rusia gemar tanding-menandingi antara satu sama lain. Jadi pemerintah Vladimir-Suzdal mempunyai ilham luar kotak.",
"Mereka membina rumah dan kedai yang diperbuat daripada kayu. Walau bagaimanapun, mereka mewajibkan gereja dibina dengan menggunakan batu kapur. Bukan main susah batu kapur perlu diangkut daripada kuari yang terletak 400 kilometer jauh. Tidak cukup dengan bahan, struktur juga wajib kuat. Gereja dibina begitu kukuh untuk menampung kekuatan teknologi pada masa itu.",
"Zaman sekarang, sebatang misil sudah cukup untuk meratakan bangunan. Namun pada zaman itu, jentera perang lebih berfizikal. Anak panah perlu tepat. Menara kepung (siege tower) pula untuk menumbangkan pertahanan. Tiada siapa cukup gila untuk meratakan sebuah bangunan. Jadi pada mata pemerintah Vladimir-Suzdal, inilah peluang untuk menyelamatkan rakyat. Mereka mewajibkan gereja-gereja dibina begitu kuat dan kukuh supaya boleh menjadi kubu ketika dikepung.",
"Tidak pasti jika semua gereja berhubung antara satu sama lain melalui jalan bawah tanah. Tetapi gereja-gereja dibina kerajaan Vladimir-Suzdal berjaya menyelamatkan ribuan nyawa pada ketika bandar mereka dikepung musuh (Dingfelder, 2013). Maka gereja-gereja di Suzdal jika ada mata dan mulut pasti boleh bercerita tentang kematian barisan pertahanan. Berapa ramai yang pergi buat selamanya untuk mengekalkan kota ini….",
"Sejarah Dipelihara Sampai Sekarang",
"Kebijaksanaan pemerintah Vladimir-Suzdal mencapai telinga pemerintah-pemerintah lain. Mereka mula melihat ilham gereja sebagai langkah keselamatan. Banyak pihak membina gereja dengan batu, supaya boleh meniru keberkesanan gereja-gereja Vladimir-Suzdal. Walau bagaimanapun, bandar-bandar ini kemudian menjadi mangsa kerakusan Kesatuan Soviet yang mengimarahkan ajaran komunisme.",
"Begitu gigih Soviet bertindak menghapuskan agama dan mencabut akar Kristian daripada rahim bangsa. Namun budaya Suzdal menghunus jari tengah terhadap kekafiran Soviet. Mereka berpegang teguh pada prinsip keagamaan dan selama 70 tahun itulah mereka bertahan asakan Vladimir Lenin, Joseph Stalin, Nikita Khrushchev, Leonid Brezhnev dan Mikhail Gorbachev.",
"Tahan punya tahan, Kesatuan Soviet terburai dengan legasinya dipijak. Suzdal pula dijulang sebagai identiti negara. Di sini jelas – sejarah menjadi saksi kehebatan sebuah bangsa. Apabila sejarah dicabut daripada akarnya, tinggal hanya rangka terurai dibuai dorongan lain.",
"Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:\nWorld Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9\nThe Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF",
"RUJUKAN:",
"Dingfelder, S. (2013, Jun 6). Suzdal, Russia, holds on to its sacred sites. The Washington Post.",
"Nikolaeva, K. (2022). Suzdal. The Golden Ring of Russia."
] |
https://www.thepatriots.asia/grigori-perelman-genius-yang-menolak-as-1-juta/ | Grigori Perelman : Genius Yang Menolak AS$ 1 Juta | [
"Sekiranya anda berjaya menyelesaikan masalah matematik yang sangat rumit, apakah yang anda lakukan? (a) Terima semua penghargaan dan wang tunai yang dihadiahkan kepada anda atau (b) Tolak semua penghargaan dan wang tunai yang dihadiahkan kepada anda dan letak jawatan sebagai seorang penyelidik. Sebagai manusia yang normal, sudah tentu kita akan memilih (a) kerana kita inginkan penghargaan di atas segala pengorbanan dan jasa yang telah kita lakukan. Namun begitu, sebaliknya berlaku kepada seorang insan istimewa yang bernama Grigori Perelman. Grigori Perelman, seorang pakar matematik dari Russia menjadi terkenal kerana tindakannya yang menolak semua penghargaan dan wang tunai yang dihadiahkan kepada dirinya.",
"Grigori Yakovlevich Perelman dilahirkan di Leningrad, Kesatuan Soviet (kini Saint Petersburg, Russia) pada 13 Jun 1966. Kedua–dua ibubapanya merupakan keturunan Yahudi. Beliau tinggal bersama ibu dan adik perempuannya setelah ayahnya berpindah ke Israel. Beliau mula menunjukkan bakatnya dalam bidang matematik semenjak berusia 10 tahun semasa menyertai pertandingan matematik peringkat daerah. Pada tahun 1982, Perelman terpilih untuk menyertai pasukan Olimpiad Kesatuan Soviet yang bertanding di pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa. Beliau berjaya mendapat markah penuh lalu memenangi pingat emas dalam pertandingan tersebut. Malah, beliau turut menerima anugerah khas atas kebijaksanaan beliau menyelesaikan masalah matematik tanpa sebarang kesalahan. Perelman juga diterima masuk ke Universiti Negeri Leningrad kerana mewakili Kesatuan Soviet ke pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa.",
"Pada tahun 2000, Institut Matematik Clay (CMI) telah menyenaraikan tujuh masalah matematik yang dikenali sebagai Masalah Hadiah Milineum dan Tekaan Poincare merupakan antara masalah yang disenaraikan. CMI menawarkan pingat dan wang tunai AS$ 1 Juta kepada sesiapa yang dapat menyelesaikan salah satu daripada Masalah Hadiah Milineum.",
"Grigori Perelman mengejutkan dunia matematik pada tahun 2002 setelah beliau menerbitkan 3 kertas kajian melalui laman web ArXiV. Kertas-kertas kajian tersebut mengandungi penyelesaian kepada masalah matematik yang sangat rumit yang dikenali sebagai Tekaan Poincare (Poincare Conjecture). Ia merupakan salah satu masalah yang paling utama dalam bidang Topologi dan telah membingungkan pakar-pakar matematik sejak dicadangkan oleh Henri Poincare pada tahun 1904.",
"Perelman berjaya membuktikan bahawa sebarang bentuk yang tidak memiliki lubang boleh diunjur atau dikecilkan menjadi satu sfera (Every simply connected, closed 3-manifold is homeomorphic to the 3-sphere) dengan menggunakan “Ricci flow”, teknik yang digunakan dalam Geometri Pembezaan (Differential Geometry). Setelah kertas kajian Perelman tersebar di Internet, pakar-pakar matematik di seluruh dunia mula menyemak penyelesaian beliau bagi memastikan dakwaan Perelman adalah tepat. Sebelum Perelman, ramai ahli matematik profesional dan amatur yang mendakwa telah berjaya menyelesaikan Tekaan Poincare namun penyelesaian mereka sebenarnya tidak tepat.",
"Pada tahun 2006, seramai 9 ahli matematik telah mencadangkan nama Perelman untuk Pingat Fields (Fields Medal) atas jasanya yang menyelesaikan Tekaan Poincare. Pingat Fields merupakan anugerah tertinggi dalam matematik yang diberikan kepada ahli matematik yang memberikan sumbangan besar dalam bidang matematik. Pingat Fields merupakan anugerah yang setaraf dengan Hadiah Nobel.",
"Namun begitu, Perelman memilih untuk menolak daripada menerima hadiah tersebut. Presiden Kesatuan Matematik Antarabangsa, Sir John Ball pergi ke Saint Petersburg untuk bertemu dengan Perelman. Beliau cuba memujuk Perelman untuk menerima anugerah tersebut. Beliau dikatakan cuba memujuk Perelman selama 10 jam namun Perelman tetap berkeras untuk menolak daripada menerima anugerah tersebut lalu Sir John Ball pulang dengan penuh kehampaan.",
"Setelah beberapa minggu, Perelman menceritakan kembali tawaran yang dibuat oleh Sir John Ball, “Pertama, datang dan terima anugerah tersebut. Kedua, terima tanpa perlu datang. Ketiga, tidak perlu terima.” Perelman menyatakan bahawa awal-awal lagi beliau sudah memilih pilihan ketiga. Bagi Perelman, menyelesaikan Tekaan Poincare merupakan anugerah terbesar, tiada anugerah lain yang dapat memberikan kepuasan kepada dirinya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak berminat dengan sebarang anugerah, duit mahupun kemasyhuran. Hal ini kerana beliau tidak ingin dipaparkan seperti binatang yang berada di dalam zoo.",
"Akhirnya, pada 18 March 2010, setelah berpuas hati dengan penyelesaian Perelman, pihak CMI bersetuju untuk menganugerahkan Hadiah Milenium dan wang tunai AS$1 Juta kepada Grigori Perelman. Namun begitu, beliau mengejutkan ramai pihak apabila menolak hadiah yang diberikan oleh CMI! Beliau berasakan keputusan CMI tidak adil kerana hadiah wang tunai tersebut sepatutnya dikongsi bersama Richard Hamilton, individu yang bertanggungjawab mencipta “Ricci flow”. Beliau menyatakan pencapaian Richard Hamilton setanding dengan beliau kerana telah mencipta teknik yang membolehkan dirinya menyelesaikan Tekaan Poincare. Setelah Perelman menolak hadiah wang tunai tersebut, pihak CMI menggunakan wang tersebut untuk tujuan penyelidikan matematik.",
"Perelman dikatakan telah meninggalkan dunia matematik selepas meletakkan jawatan sebagai penyelidik di Institut Steklov. Beliau enggan ditemu bual oleh pihak media malah beliau dikatakan tidak memotong kuku dan rambut kerana ingin menjauhkan dirinya daripada orang ramai. Walaupun berjaya menyelesaikan salah satu daripada masalah matematik yang paling rumit, beliau tetap tinggal bersama ibu dan adiknya di sebuah apartmen kecil. Terdapat beberapa dakwaan menyatakan bahawa Perelman menjauhkan dirinya daripada orang ramai kerana beliau sedang cuba menyelesaikan masalah – masalah matematik yang lain. Mungkin pada satu hari nanti, Perelman bakal mengejutkan dunia kembali dengan penyelesaiannya.",
"Sebagai penutup, kita dapat simpulkan bahawa ahli matematik sebenarnya bekerja dengan bertungkus lumus bukan untuk wang mahupun kemasyhuran tetapi sebenarnya mereka inginkan kepuasan dalam bidang yang mereka cintai. Menyelesaikan suatu masalah matematik dapat memberikan kepuasan yang tidak ternilai walaupun masalah tersebut hanyalah latihan dalam tutorial!",
"Rujukan :",
"http://wwkosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0703&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm",
"https://www.theguardian.com/world/2010/mar/23/grigory-perelman-rejects-1m-dollars",
"http://www-history.mcs.st-andrews.ac.uk/Biographies/Perelman.html",
"https://www.telegraph.co.uk/culture/9475585/Searching-for-Grigori-Perelman-Russias-reclusive-maths-genius.html",
"Artikel ditulis oleh Addeen untuk The Patriots."
] |
https://www.thepatriots.asia/filem-melayu-klasik-yang-bertemakan-perang-dunia-kedua/ | Filem Melayu Klasik Yang Bertemakan Perang Dunia Kedua | [
"Jika ditanyakan tentang filem patriotik hitam putih yang memaparkan suasana Perang Dunia Kedua, sudah tentu masyarakat kita secara amnya hanya akan menyebut filem Sergeant Hassan (1958). Namun begitu, masih terdapat dua filem yang bertemakan Perang Dunia Kedua dalam sejarah perfileman tanah air. Ramai yang terlepas pandang ataupun tidak sedar akan kewujudan dua lagi filem yang bertemakan Perang Dunia Kedua.",
"Pada tahun 1947, syarikat Malayan Arts Productions telah menerbitkan sebuah filem yang berjudul Seruan Merdeka. Filem ini telah diarahkan oleh seorang pengarah berbangsa India iaitu B.S. Rajhans. Filem yang dikenali dengan judul “Call of Freedom” atau “Voice of Freedom” ini menampilkan Salleh Ghani dan Rokiah Hanafi sebagai pelakon utama. Seruan Merdeka telah mencatat sejarah apabila menjadi filem Melayu pertama selepas Perang Dunia Kedua. ",
"Seruan Merdeka mengisahkan tentang keganasan serta kekejaman Kempeitai di Singapura semasa Perang Dunia Kedua. Mereka kemudiannya ditentang oleh sebuah pasukan gerila yang dipimpin oleh Leftenan Rashid lakonan Salleh Ghani. ",
"FAKTA MENGENAI FILEM SERUAN MERDEKA\n•\tMula ditayangkan di seluruh Malaya pada 2 Ogos 1947.\n•\tFilem berbahasa Melayu yang pertama selepas Perang Dunia Kedua.\n•\tPara pelakon dikehendaki berlatih di Panggung Royal, North Bridge Road dan Istana Kampung Gelam.\n•\tSatu-satunya filem yang diterbitkan oleh Malayan Arts Productions.\n•\tSalleh Ghani dan Rokiah Hanafi menjadi hero dan heroine pertama filem Melayu selepas Perang Dunia Kedua.\n•\tFilem Melayu ketiga yang diarahkan oleh B.S. Rajhans selepas Laila Majnun (1933) dan Menantoe Doerhaka (1942).\n•\tSalah seorang pelakon iaitu Bachtiar Effendi menjadi penolong pengarah filem ini.\n•\tFilem ini telah hilang atau pupus akibat kurangnya kesedaran terhadap penyimpanan filem.",
"Pada tahun 1958, studio Malay Film Productions (MFP) telah menerbitkan dua buah filem yang bertemakan Perang Dunia Kedua. Pada bulan Ogos 1958, filem Sergeant Hassan yang diarahkan oleh pengarah dari Filipina iaitu Lamberto V. Avellana telah diterbitkan. Pihak MFP melantik beliau sebagai pengarah filem Melayu susulan daripada kemenangan filemnya di Festival Filem Asia Pasifik pada tahun 1956. Di Festival filem tersebut, filem arahannya iaitu Anak Dalita telah memenangi Anugerah Filem Terbaik. Oleh itu, Shaw Brothers meletakkan harapan yang tinggi supaya filem Sergeant Hassan dapat diselenggarakan dengan baik. Filem Sergeant Hassan ini telah menampilkan P. Ramlee, Sa’adiah, Jins Shamsudin, Salleh Kamil, Daeng Idris dan Omar Rojik sebagai para pelakonnya. Fakta mengenai filem Sergeant Hassan ini telah dikupas oleh saudara Hidir Ali Razali melalui artikelnya di laman web The Patriots yang bertajuk Fakta-Fakta Menarik Mengenai Filem Sergeant Hassan.\nSebuah lagi filem bertemakan Perang Dunia Kedua telah diterbitkan oleh pihak MFP pada tahun yang sama. Filem Mata Hari menampilkan para pelakon seperti Maria Menado, Ahmad Mahmud, Omar Rojik, Salleh Kamil, Aziz Jaafar, Jins Shamsudin dan Daeng Idris. Filem ini telah diarahkan oleh seorang lagi pengarah dari Filipina iaitu Ramon A. Estella dan ceritanya dikarang oleh A. Razak, suami kepada Maria Menado. Mata Hari telah diedarkan pada bulan November 1958.",
"FAKTA MENGENAI FILEM MATA HARI\n•\tMula ditayangkan pada November 1958.\n•\tFilem kelima dan terakhir Maria Menado di MFP. Sebelum ini, Maria Menado pernah berlakon di MFP menerusi filem Pulau Mutiara (1951), Penghidupan (1951), Permata Di-Perlimbahan (1952) dan Gadis Peladang (1952).\n•\tFilem ketiga dalam sejarah perfileman Malaysia/Singapura yang bertemakan Perang Dunia Kedua.\n•\tFilem ketiga arahan Ramon A. Estella di MFP. Sebelum itu beliau mengarahkan filem Kembali Saorang (1957) dan Anak Pontianak (1958).\n•\tFilem ini lahir selepas pihak Shaw Brothers berpuas hati dengan kutipan box office filem Sergeant Hassan.\n•\tTerdapat khabar angin yang mengatakan bahawa pengarah Ramon A. Estella ingin menampilkan Jaime de la Rosa (bintang filem yang sangat popular di Filipina) menerusi filem ini. Namun perkara tersebut telah dibatalkan.\n•\tWatak Matahari lakonan Maria Menado ini seolah-olah menyerupai keperibadian Shamsiah Fakeh, seorang pejuang gerila yang menganggotai Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu.\n•\tSelepas berlakon di dalam filem ini, Maria Menado yang telah mengikat kontrak selama setahun dengan MFP telah diambil berlakon di dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup. Beliau diberi peranan sebagai Puteri Mayang Murai di dalam filem tersebut, namun akibat satu peristiwa beliau telah digugurkan daripada senarai pelakon dan meninggalkan studio MFP buat selama-lamanya. Watak Puteri Mayang Murai itu kemudiannya diserahkan kepada Rahmah Rahmat yang turut membintangi filem Mata Hari sebagai pelakon pembantu.",
"Ketika Persekutuan Tanah Melayu baru menyambut ulangtahun kemerdekaan yang pertama, sudah ada tiga buah filem yang memberi gambaran tentang perjuangan sebuah bangsa yang mahu membebaskan tanah airnya daripada penjajah. Jika diperhatikan, ketiga-tiga filem ini telah diarahkan oleh pengarah berbangsa asing. Walau bagaimanapun, nilai-nilai patriotisme sangat tinggi telah ditonjolkan secara jelas serta dipaparkan bahawa perjuangan membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah ini telah dilakukan oleh semua kaum.",
"Walaupun filem Seruan Merdeka, Sergeant Hassan dan Mata Hari ini hanyalah sebuah fiksyen, namun filem-filem seperti inilah yang menaikkan semangat patriotisme dan menjadi perintis kepada filem-filem perang Melayu selepas itu.",
"Sumber",
"•\tKelab Filem & Muzik Melayu Klasik\n•\tDato’ Ahmad Fauzee Samad\n•\tHidir Ali Razali\n•\tMustafar A.R. (Filem Klasik Malaysia)\n•\tDaftar Filem Melayu (1933-1993) oleh Jamil Sulong, Hamzah Hussin dan Abdul Malik Mokhtar (FINAS, 1993)\n•\tFilem-Filem P. Ramlee oleh Mustafar A.R. dan Aziz Sattar (MZA Terbit, 2008)\n•\t120 Malay Movies oleh Amir Muhammad (Matahari Books, 2010)\n•\tIndian Daily Mail (Singapore)"
] |
https://www.thepatriots.asia/deklarasi-balfour-asal-usul-negara-haram-israel/ | Deklarasi Balfour: Asal Usul Negara Haram Israel | [
"Deklarasi Balfour merupakan idea pemula kepada pembentukan sebuah negara haram yang dikenali sebagai Israel. Deklarasi ini adalah cetusan idea salah seorang ahli politik terkemuka British, iaitu Arthur James Balfour merangkap Setiausaha Luar kerajaan British.",
"Pada 2 November 1917, Balfour telah menulis surat kepada seorang bangsa Yahudi yang terkenal pada zaman itu, Baron Lionel Walter Rothschild. Di dalam surat itu, Balfour secara rasminya menyuarakan sokongan dan komitmen padu dari kerajaan British untuk pembinaan sebuah negara bangsa Yahudi di dalam wilayah Palestin.",
"Hasilnya, Deklarasi Balfour telah dijadikan sebagai pemberat utama kepada penubuhan sebuah sistem atau mandat yang dikenali sebagai ‘League of Nations Mandate’, bagi meletakkan wilayah Palestin dan Transjordan di bawah jurisdiksi kerajaan British yang bermula pada tahun 1922 hingga 1948.",
"Mandat ini secara asasnya menjadi asbab utama tertubuhnya negara haram Israel, lebih-lebih lagi setelah idea itu datang dan disokong oleh negara kuasa besar seperti British yang memiliki pengaruh signifikan di dalam organisasi antarabangsa sebesar ‘League of Nations’ (LON).",
"LON melalui Perjanjian Versailles yang dibuat pada tahun 1919, kemudiannya meluluskan Mandat Kelas A yang mana mandat ini memberikan ‘mandatory power’ kepada British untuk menentukan hala tuju wilayah Palestin, di samping membantu memperkasakan organisasi politik radikal bangsa Yahudi seperti Zionis.",
"Seperti apa yang kita ketahui, wilayah Palestin adalah bekas jajahan takluk Empayar Turki Uthmaniyah selama lebih daripada 400 tahun, sebelum empayar khilafah Islam terakhir itu tumbang ketika berakhirnya Pe.rang Dunia Pertama (WW1) pada tahun 1918. Pun begitu, sejarah berkaitan tanah Palestin sebenarnya jauh lebih lama daripada itu.",
"Menurut rekod, konflik besar atau pepe.ran.gan di antara kesatuan negara Arab dan Israel pernah tercetus sekurang-kurangnya sembilan kali. Semuanya bermula selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengusulkan sebuah resolusi untuk menubuhkan negara haram Israel di dalam wilayah Palestin.",
"Melalui pelan resolusi tersebut, PBB pada tahun 1947 telah mencadangkan agar wilayah Palestin dibahagikan kepada tiga wilayah utama, iaitu wilayah Arab Palestin, wilayah Yahudi dan wilayah PBB (kota Baitulmaqdis). Resolusi tersebut telah dibantah oleh beberapa buah negara Arab.",
"Sungguhpun pelan itu menerima penentangan hebat, mereka tetap ingin meneruskan aspirasi penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948 yang kemudiannya mencetuskan Pe.ra.ng Arab-Israel 1948, dengan penglibatan lima buah negara Arab seperti Mesir, Iraq, Syria, Lubnan dan Jordan.",
"Walau bagaimanapun, pep.era.ngan tersebut tidak memihak kepada rakyat Palestin, memandangkan negara haram Israel yang disokong oleh beberapa negara barat khususnya Benua Eropah tetap mengisytiharkan ‘kemerdekaan’ mereka pada 14 Mei 1948 dan melantik David Ben-Gurion sebagai Perdana Menteri pertama Israel.",
"Per.an.g Arab-Israel berakhir secara rasminya pada tahun 1949, melalui permeteraian perjanjian gencatan senjata (cease-fire). Perjanjian tersebut telah meletakkan wilayah Tebing Barat di bawah penguasaan kerajaan Jordan, di samping Mesir menguasai wilayah Semenanjung Gaza.",
"Menjelang tahun 1956, wilayah Timur Tengah sekali lagi berdepan dengan konflik ketenteraan yang dikenali sebagai ‘Suez Crisis’. Krisis ini bermula setelah Presiden Mesir ke-2, iaitu Gamal Abdul Nasser mengambil alih Terusan Suez yang merupakan laluan perdagangan utama yang menghubungkan laut Merah dan laut Mediterranean.",
"Pertempuran itu mengakibatkan Mesir menanggung kekalahan besar, setelah Israel yang disokong oleh kerajaan British dan Perancis (selaku pemilik bersama projek terusan Suez) berjaya merampas wilayah Semenanjung Sinai dan Terusan Suez daripada cengkaman kuasa Mesir.",
"Kesatuan negara Arab yang terdiri daripada negara Mesir, Syria dan Jordan kemudiannya bertempur sekali lagi dengan negara haram Israel pada tahun 1967 (Pe.ran.g Enam Hari). Pe.per.ang.an ini memberikan kemenangan besar kepada Israel, sekali gus memberikan mereka akses yang lebih meluas ke atas wilayah Timur Tengah, seperti Semenanjung Gaza, Semenanjung Sinai (Mesir), Tebing Barat (Jordan) dan Golan Height (Syria).",
"Enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1973, Mesir dan Syria telah melancarkan ser.angan udara ke atas Israel pada hari perayaan bangsa Yahudi, iaitu ‘Yom Kippur’. Pe.per.an.gan yang turut digelar sebagai ‘Yom Kippur War’ itu berlangsung selama dua minggu, dan sekali lagi menyebabkan negara Arab terciduk.",
"Sehingga ke hari ini, kedaulatan wilayah negara Palestin telah dirobek teruk oleh rejim zionis yang bernaung di bawah negara haram Israel. Rangkaian pep.era.ngan yang sepatutnya memberi ruang kepada Palestin untuk bernafas, hanya menjadikan wilayah itu semakin teruk dan melemah. Peradaban dunia Islam harus menjadikan perkara ini sebagai pencetus untuk mewujudkan sebuah kesatuan yang lebih utuh.",
"Akan tetapi, perkara sebaliknya pula yang berlaku pada zaman ini bila mana negara Islam memilih untuk berbalah sesama sendiri serta lebih bangga menjadi ‘balaci’ kepada kuasa-kuasa besar dunia demi menjaga kepentingan geopolitik dan kelangsungan hidup sendiri, berbanding membentuk kesatuan Islam di seluruh dunia."
] |
https://www.thepatriots.asia/raja-kamehahameha-i-pengasas-empayar-hawaii-yang-agung/ | Raja Kamehahameha I: Pengasas Empayar Hawaii Yang Agung | [
"Kalau ditanyakan apa maksud kamehameha kepada kebanyakan orang kita, kebanyakan kita akan terbayangkan satu jurus kuasa dari sebuah anime Jepun yang terkenal, iaitu Dragon Ball. Bayangan watak Master Roshi, pembuat jurus tersebut dalam anime ini akan menyusul dalam tabir minda kita. Jeritan Son Goku, protagonis utama anime tersebut menyebut perkataan “KA..ME..HA..ME…HA!!!” sambil mengumpul tenaga di kedua-dua tangan lalu melepaskannya ke arah pihak musuh pasti akan terlukis kembali di minda kita terutama ketika hero zaman kanak-kanak kita ini beradu tenaga dengan musuh seperti Buu dan juga Cell.",
"Namun seberapa banyak antara kita yang tahu lafaz Kamehameha itu sebenarnya datang dari seorang pengasas empayar agung nun jauh di Hawaii? Ya, saudara jauh orang Melayu kita, iaitu bangsa Hawaii mempunyai seorang raja agung yang mempunyai nama Kamehameha dan raja itu pula menjadi kebanggaan mereka sehingga kini.",
"Raja Kamehameha I atau lebih dikenali sebagai Kamehameha Yang Agung (The Great) lahir pada tahun 1758. Baginda ialah pendiri kepada Kerajaan Hawaii yang sebenarnya sebuah empayar yang mengabungkan suku-suku kecil Oʻahu, Maui, Molokaʻi, Lānaʻi dan Kauaʻi kepada sebuah pemerintahan pusat yang kukuh. Nama sebenar baginda ialah Paiea manakala maksud Kamehameha itu ialah “The Very Lonely One” iaitu nama lain untuk Paiea.",
"Menurut tradisi di Hawaii, apabila munculnya Kokoiki atau Komet Halley, maka kononnya seorang penakluk yang hebat akan lahir. Kahuna, seorang bomoh terkenal dalam masyarakat Hawaii ketika tu meramalkan bahawa dengan kedatangan komet Halley itu, akan muncul seorang pemimpin hebat di kalangan mereka yang akan mengalahkan musuh mereka dan menyatukan seluruh kepulauan Hawaii. Dikatakan bahawa detik kelahiran Raja Kamehameha memang bertepatan dengan munculnya komet Halley (Kokoiki) pada tahun 1758.",
"Legenda menceritakan lagi bahawa seorang lelaki akan menyatukan seluruh Kepulauan Hawaii yang berpecah belah. Diceritakan bahawa lelaki itu mampu mengubah kedudukan batu Naha,sebuah batu legenda yang besar dan berbentuk kuboid. Sejak sekian lama, banyak lelaki an jejaka Hawaii yang cuba menolak batu itu namun tidak berjaya. Dan ketika Kamehameha cuba untuk menolak batu itu, seorang ketua puak asli di Hawaii pada masa itu mengatakan bahawa lelaki ini tidak layak untuk menolak Batu Naha. Namun, selepas percubaan yang keras, akhirnya Kamehameha berjaya menolak batu itu dan ini memeranjatkans emua orang.",
"Pertempuran Mokuhai adalah detik pertama Raja Kamehameha I mula menampakkan bakat kepimpinannya. Ketika saudara Raja Alapai, Kalakiopuu meninggal dunia,pulau-pulau di Hawaii dibahagi menjadi dua, masing-masing untuk diwariskan kepada anaknya, Kiwalao dan anak saudaranya, Kamehameha. Perselisihan faham telah berlaku di daerah Keomo dan akhirnya tercetusnya peperangan.",
"Berjaya mencapai kemenangan dalam pertempuran itu, maka Kamehama I berjaya mengawal beberapa buah daerah. Bermula daripada situ, Kamehameha I mula memasangkan impian untuk menyatukan seluruh Hawaii di bawah satu pemerintahan. Dengan bantuan pedagang British dan juga Amerika, yang membekalkan senjata api kepada Raja Kamehameha, serta beberapa orang penasihat Eropah untuk baginda seperti Isaac David dan John Young.",
"Antara pertempuran yang paling diingati dalam percubaan Kamehameha I meluaskan empayarnya ialah pada Pertempuran Kawela, di mana baginda dicatatkan mengetuai 960 perahu perang serta 10,000 orang askar menyerang pulau Maui and Molokaʻi. Dalam peperangan ini, diceritakan bahawa jeneral perang kepercayaan Kamehameha I iaitu Kaʻiana telah mengkhianati perjuangan Kamehameha I. Namun Ka’iana telah terbunuh dalam pertempuran itu.",
"Kesemua pulau di Hawaii berjaya dikuasai oleh beliau kecuali pulau Kauai dan Niihau yang masih belum berada dibawah kekuasaannya pada tahun 1795. Namun, berkat diplomasi yang bijak daripada baginda, dua pulau tersebut berjaya dimasukkan kedalam wilayah kekuasaan Kamehameha pada tahun 1810,sekaligus beliau berjaya menyatukan seluruh pulau di Hawaii.",
"Kamehameha I juga terkenal dengan memperjuangkan undang-undang yang dipanggil Kānāwai Māmalahoe ( Undang-undang pengayuh berpecah), iaitu undang-undang yang melindungi hak asasi manusia bagi mereka yang bukan pejuang dalam peperangan (wanita, kaum tua dan juga kanak-kanak). Lebih kurang sama dengan undang-undang dan etika perang yang digariskan oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W untuk umat Islam . Pada hari ini, undang-undang yang diperjuangkan oleh baginda masih lagi dipakai dalam dunia moden."
] |
https://www.thepatriots.asia/5-buah-kitab-sihir-terkenal-dunia/ | 5 Buah Kitab Sihir Terkenal Dunia | [
"Manusia dan alam saling berkait antara satu sama yang lain, umpama air dicincang tidak putus sehinggalah manusia percaya terdapat ‘kuasa’ yang memimpin mereka, kemudian menyembahnya bagi memastikan apa yang mereka nikmati berkekalan.",
"Selagi manusia menyembah akan kuasa yang lebih besar dan agung, selagi itulah manusia mencipta sejenis ‘perantara’ untuk melaksanakan hubungan dengan kuasa tersebut. ‘Perantara’ itu adalah sihir, sumpahan, mantera, dan ilmu hitam yang telah diamalkan oleh tamadun seluruh dunia.",
"Kemudian, sihir dan ilmu hitam itu dibukukan menjadi kitab sihir (grimoires) untuk panduan kepada sesiapa yang ingin mengamalkannya. Berabad-abad kemudian, kitab-kitab sihir menjadi panduan kepada organisasi kultus yang masih aktif sehingga abad ini dalam kerahsiaan.",
"Untuk artikel ini, saya senaraikan 5 buah kitab sihir yang terkenal dan memberi maklumat penting dalam mengenali dunia sihir/ilmu hitam.",
"KITAB ABRAMELIN THE MAGE",
"Kitab Abramelin The Mage sebenarnya adalah buku autobiografi tentang seseorang bernama Abraham of Worms. Abraham adalah penganut ajaran Yahudi dari Jerman dan hidup antara abad ke-14 dan ke-15 Masihi.",
"Kitab Abramelin juga sebenarnya hadiah untuk anak lelakinya, Lamech untuk mewarisi ilmu sihir dan pengetahuan Kabbala dari Abraham. Buku tersebut juga menjelaskan bagaimana beliau memperoleh ilmu sihir itu.",
"Abraham memulakan pengembaraan mistiknya ketika kematian ayahnya yang memberi isyarat kepadanya tentang ‘cara diperlukan untuk memiliki ilmu Kabbala Suci’. Kerana terpengaruh untuk memperoleh ilmu tersebut, Abraham mengembara ke Mayence (Mainz) untuk belajar di bawah bimbingi rabbi bernama Moses.",
"Setelah 4 tahun pelajari ilmu dari rabbi Moses, beliau mengembara lagi selama 6 tahun, sehingga tiba di Mesir. Di situlah beliau menemui seorang ahli sihir bernama Abramelin The Mage yang tinggal di padang pasir luar kota Arachi. Abramelin dikatakan mengajarkan ilmu Kabbala kepada Abraham dan memberikan beliau dua buah manuskrip berkenaan ilmu tersebut.",
"Ilmu penting dalam kitab Abramelin itu adalah tentang ritual bernama ‘Abramelin Operation’, ilmu yang memberikan ahli sihir tentang ‘ilmu dan bicara’ dari bidadari dan sihir membutakan syaitan. Kitab itu kemudian menjadi panduan kepada organisasi kultus bernama Hermetic Order of the Golden Dawn dan sihir mistik Thelema yang diasaskan oleh Aleister Crowley, ahli kultus yang terkenal dalam dunia kultus.",
"KITAB ARS NOTORIA",
"Kitab Ars Notoria adalah kitab tertua yang menjadi sebahagian dalam koleksi kitab Lesser Keys of Solomon sejak abad ke-13 Masihi. Kandungan kitab Ars Notoria adalah ilmu ‘academia’ yang apabila dia mahir ilmu tersebut, dia akan memiliki kepetahan berkata-kata yang bertaraf tinggi, ingatan memori yang kuat, dan kebijaksanaan yang tiada batasan.\nKitab ini juga mempunyai koleksi cara sembahyang dan mantera-mantera sihir yang bertarikh sebelum tahun 1200-an. Ia ditulis dalam beberapa bahasa seperti bahasa Yunani, Hebrew, dan Latin.",
"Buku ini hanya menjadi panduan kepada pembaca untuk menguatkan kuasa mentalnya dengan meminta kepada ‘tuhan’ untuk memperoleh ‘hadiah kebijaksanaan’. Salah satu ‘hadiah kebijaksanaan’ yang sentiasa diminta pembaca adalah ‘kesempurnaan memori’.\nAntara pembaca yang layak membaca Ars Notoria adalah mereka yang mempelajari seni liberal seperti arimetrik, geometri, dan falsafah. Dengan memiliki kitab ini, pembaca akan (dipercayai) peroleh ilmu gambaran, kepetahan, dan renungan untuk menguatkan ingatan.",
"KITAB PSEUDOMONARCHIA DAEMONUM",
"Kitab yang dikenali sebagai False Hierarchy of Demons adalah kitab abad ke-16 yang terkenal dengan koleksi senarai nama 69 iblis. Pada asalnya, kitab ini cumalah lampiran buku tentang ilmu iblis (demonology) dan sihir oleh Johann Weyer, seorang doktor dari Belanda dan pengamal ilmu kultus pada tahun 1515.",
"Pada usia muda, Weyer mahir berbahasa Latin dan kemudian menjadi anak didik Heinrich Cornelius Agrippa, seorang ahli silap mata terkenal, ahli teologi, dan ahli kultus di Antwerp, Belgium. Dari sinilah, Weyer mula tertarik dengan ilmu silap mata di bawah didikan Agrippa.",
"Apabila berkerjaya sebagai doktor perubatan, minatnya kepada ilmu sihir semakin mendalam. Ketika Weyer berkhidmat di kota Arnhem pada 1545, beliau dipanggil untuk menghadiri mahkamah bagi memberi nasihat tentang kes melibatkan keupayaan meramal. Sejak kes itulah beliau fokus mendalami ilmu sihir seiring bekerja sebagai doktor.\n27 tahun kemudian, ketika umur Weyer 62 tahun, beliau menerbitkan kitab Pseudomonarchia Daemonum.",
"Dalam buku tersebut, beliau menulis setiap iblis dan raksasa yang dia senaraikan mempunyai kuasa ilusi yang mampu mengkhayalkan manusia yang tidak mengamalkan ilmu sihir. Khayalan ini Weyer namakan sebagai ‘kesakitan mental’.",
"Tujuan sebenar Weyer bukukan kitab ini adalah membantu pesalah jenayah sihir yang disyaki mengalami ‘kesakitan mental’. Sebenarnya, beliau mengaku bahawa dia cuba membantu ahli-ahli sihir keluar dari pertuduhan amalan sihir namun tidak ada catatan bertulis tentang usahanya. Yang ada hanyalah permohonan untuk memberikan perlindungan terhadap golongan ahli sihir namun diabaikan oleh kerajaan.",
"KITAB PICATRIX",
"Kitab Picatrix adalah satu-satunya kitab sihir yang bukan berasal dari Eropah. Ia adalah kitab Arab kuno tentang ilmu astrologi (meramal) dan sihir kultus yang ditulis pada abad ke-10 atau ke-11 Masihi.",
"Kitab yang juga mempunyai penerangan kaitan ramalan dengan bintang dan bacaan sihir-sihir telah banyak diterjemah ke bahasa lain kemudian disebar ke seluruh dunia. Kitab ini kemudian popular dalam kalangan kumpulan kultus berabad lamanya.",
"Tajuk asal Picatrix adalah Ghāyat al-Ḥakīm yang bermaksud “The Aim of the Sage” atau “The Goal of the Wise”. Saat kitab ini diterjemah buat pertama kalinya dalam bahasa Sepanyol, raja kota Castil bernama Alfonso the Wise menamakannya sebagai Picatrix dalam bahasa Latin.",
"Kandungan Picatrix ini adalah gabungan ilmu sihir dan astrologi. Yang menariknya kitab ini adalah ia mengandungi koleksi ‘resepi ajaib’. ‘Resepi ajaib’ ini bermaksud penghasilan ramuan aneh yang bertujuan untuk mendapatkan perubahan kesedaran, pengalaman roh keluar dari jasad, malah merasakan kematian. Bahan-bahan biasa untuk menghasilkan ramuan itu adalah darah, lendir atau peluh, cebisan otak bercampur dengan dadah hashish, opium, dan tumbuhan psiko-aktif (mengkhayalkan).",
"KITAB ARBATEL",
"Kitab Arbatel atau Arbatel de Magia Veterum adalah kitab yang dibukukan pada fasa Pencerahan Eropah dan satu-satunya kitab paling berpengaruh pada zaman tersebut. Berbeza dengan kitab-kitab lain yang biasa mengandungi bacaan dan amalan sihir, kitab ini mengandungi nasihat dan bimbingan spiritual untuk menuju kehidupan yang baik.",
"Dikatakan Arbatel telah ditulis pada tahun 1575. Penulisnya tidak diketahui namun para pengkaji percaya bahawa lelaki bernama Jacques Gohory (pentaksub ajaran Paracelsus iaitu tokoh sains yang mengkaji toksik) adalah penulis kitab Arbatel.",
"Arbatel menerangkan tentang hubungan positif antara alam dengan manusia dan sistem cakerawala. Dengan menekankan hubungan positif ini, dipercayai bahawa manusia mampu hidup dengan baik dengan berhubungan bersama alam dan cakerawala. Kepercayaan baik yang terdapat dalam kitab ini menjadi popular dalam kalangan warga Eropah.",
"Nak cari kelima-lima kitab popular ini? Cari saja di Google, ada lambakan dokumen versi pdf tapi kena pandai cari yang asli atau terjemahan punya.",
"RUJUKAN:",
"Gillan, J. (13 November 2020). Magic of the Ancients: Five Incredible Texts of Spells, Curses, and Incantations. Ancient Origins. Retrieved from 17 November 2020."
] |
https://www.thepatriots.asia/fakta-fakta-menarik-mengenai-oktoberfest-yang-kita-harus-tahu/ | Fakta-Fakta Menarik Mengenai Oktoberfest Yang Kita Harus Tahu | [
"Seperti yang kita ketahui baru-baru ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan penganjuran pesta arak Oktoberfest di sebuah pusat beli-belah di ibu negara. Dan kita pasti menjangkakan amukan sesetengah pihak yang menganggap pihak berkuasa menafikan ‘hak’ mereka. Walaupun jawapan konkrit telah diberi oleh pihak berkuasa terutama pihak polis, pihak-pihak sebegini masih berkeras dan cuba menegakkan benang basah mereka. Apa sebenarnya Oktoberfest ini? Di sini, saya menyediakan beberapa fakta pelik tapi benar tentang Oktoberfest.",
"1. ‘ITU ASALNYA PESTA KAHWIN.’",
"Bagi yang baru saja mencari Oktoberfest pasti mengaitkan ia dengan arak. Tetapi hakikatnya, ia sebenarnya bermula sebagai pesta meraikan Raja Bavaria, Raja Ludwig I dan Maria Theresenia dari Saxonia. Perkahwinan diraja ini berlaku di Theresienwiese, di mana upacara ini terus berlangsung sehingga ke hari ini. Pada mulanya, perkahwinan pasangan diraja ini diraikan dengan perlumbaan kuda. Namun pada tahun 1819, ia digantikan dengan pedati-pedati bir dan satu edik: parti perlu dianjurkan bila menghampiri musim luruh. Untuk pengetahuan semua, Oktoberfest dianjurkan pada setiap tahun tetapi beberapa kali dibatalkan pada tahun-tahun tertentu. Pada tahun 1870, pesta ini dibatalkan kerana Perang Prussia-Perancis. Dua kali ia dibatalkan kerana wabak taun dan hiperinflasi pada era 1920-an. Semasa Perang Dunia Kedua, Oktoberfest turut dibatalkan atas sebab keselamatan.",
"2. ‘ENCIK, SILA TUNJUK GELAS ANDA.’",
"Jika anda meminati pasukan Bayern Munich, pasti anda perasan gelas minuman satu liter yang dipanggil Masskrugs yang dipegang mereka semasa mempromosikan Oktoberfest. Dan ini menjadi idaman mana-mana pengunjung untuk memiliki gelas tersebut bila pergi ke pesta ini. Tetapi jika ada berangan nak membawanya keluar secara senyap-senyap, lupakanlah. Ini kerana gelas-gelas tersebut dimiliki dewan-dewan bir atau pemilik tanah di situ. Dan mereka meletakkan pengawal-pengawal keselamatan pada bahagian gelas tersebut diletakkan semasa pengunjung mengambilnya dari khemah-khemah yang menyediakan bir tersebut. Tahun lepas sahaja, pengawal keselamatan berjaya mendapatkan semula 226,000 Masskrugs dari diambil oleh pengunjung. Jika anda tidak bernasib baik dan ditahan, anda akan didakwa atas kesalahan mencuri. Jika anda nak juga gelas tersebut, ia sebenarnya dijual di Oktoberfest",
"3. SEPTEMBERFEST",
"Memang betul kalau ikut logik, pesta sebegini dianjurkan pada bulan Oktober tetapi pihak berkuasa meminda tarikh tersebut pada pertengahan bulan September. Alasan mereka ialah pada ketika itu, cuaca masih lagi panas dan tidak terlalu sejuk semasa menghampiri musim luruh. Dan pindaan ini turut dibuat bagi menarik lebih ramai orang menghadiri Oktoberfest. Acara ini bermula pada Sabtu pertama selepas 15 September dan berlangsung antara 16-18 hari serta tetap berakhir pada bulan Oktober.",
"4. HARGANYA BUATKAN ORANG TERPENGARUH",
"Bagi pengunjung Oktoberfest di Jerman, bir terbaik untuk diminum ialah bir Munich. Tetapi kosnya boleh membuatkan mata mereka terbeliak. Ini kerana kos pengeluaran bir semakin meningkat dari tahun ke tahun. Purata harga bir Munich ketika ini ialah $12. Ia sedikit mahal berbanding purata harga satu dekad terdahulu iaitu $8.50. Walaupun harganya agak mahal, namun kandungan alkohol antara tujuh hingga lapan peratus dan harga sebotol air mineral ialah $9, itu tidak menghalang mereka minum. Berdasarkan statistik, pengunjung Oktoberfest minum 7.5 juta liter bir Munich. Dan bagi penduduk tempatan, jika mereka melihat ada pengunjung sudah terbaring atas jalan atau tapak pesta kerana mabuk, mereka ada gelaran khas bagi pengunjung sebegini. Pengunjung sebegini dipanggil Bierleichen atau mayat-mayat bir..",
"5. MAKANAN PESTA",
"Dalam tempoh 17 atau 18 hari, pengunjung Oktoberfest makan 500,000 hidangan ayam panggang dan 120,000 sosej khinzir. Dan pada tempoh sama, mereka turut makan 118 ekor lembu dan 53 ekor anak lembu. Jika ada menyangka pesta ini ialah pesta makanan terbesar di dunia, salah lagi. Di Cincinatti, Ohio, ia merupakan tapak kepada pesta Oktoberfest terbesar di Amerika Syarikat. Di sini, penganjur menganjurkan pertandingan makan bratwurst tahunan. Pada tahun 2011, pemenang berjaya memenangi hadiah wang tunai $2,000 selepas makan 35 bratwurst dalam tempoh 10 minit.",
"6. ‘TUNGGU DATUK BANDAR KATA BOLEH’",
"Bermula pada tahun 1950, pengunjung Oktoberfest tidak boleh minum melainkan Datuk Bandar Munich kata boleh. Upacara bermula pada pukul 12 tengah hari diikuti 12 tembakan kehormatan. Kemudian Datuk Bandar membuka tong bir pertama dan menjerit, “O’ zapft is!” (ianya dibuka dalam bahasa Austro-Bavaria). Setelah itu, beliau menyerahkan gelas bir pertama kepada Menteri-Presiden Negeri Bavaria sebagai tanda pesta bermula. Jangan terkejut jika ternampak pengunjung berkongsi bir dengan pelajar-pelajar sekolah. Ini kerana had umur untuk minum arak di Jerman ialah 16 tahun. Jika mereka diiringi ibu bapa mereka, maka had umurnya ialah 14 tahun.",
"7. ‘SIAPA ADA HILANG BARANG…. DAN KANAK-KANAK.’",
"Satu lumrah bagi mana-mana pengunjung tertinggal atau kehilangan barangan peribadi bila berada di tempat awam terutama tapak pesta seperti Oktoberfest. Setiap tahun, bahagian Hilang dan Jumpa Oktoberfest menerima 4,000 barang hilang di tapak pesta. Antara barang yang selalu hilang sepanjang tahun-tahun penganjuran ialah 350 telefon bimbit, 520 dompet yang tidak dituntut, 425 kunci, 1300 pakaian dan perhiasan serta sepasang gigi palsu. 48 kanak-kanak turut hilang tetapi berjaya dijumpai dan dikembalikan semula kepada ibu bapa atau penjaga mereka. Selain itu, bahagian hilang dan jumpa turut menemui topi keledar Viking, tongkat dan kerusi roda elektrik.",
"8. PESTA TERBESAR",
"Pesta Oktoberfest yang terbesar pernah dianjurkan bukannya di Munich, Jerman seperti ramai sangkakan. Sebaliknya ia berlaku di sebuah bandar bernama Kitchener-Waterloo di Kanada. Sejak ia dianjurkan pada tahun 1969, ia menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong. Setiap tahun, Oktoberfest di situ menarik kehadiran antara 750,000 hingga sejuta orang.",
"Selain di Kitchener-Waterloo, di sesetengah tempat turut menganjurkan Oktoberfest mengikut versi mereka. Seperti mana yang cuba dilakukan di Malaysia, pesta ini turut dianjurkan di Denver, Blumenau (Brazil), Lima (Peru), Hong Kong, Bangalore (India) dan Bandaraya Ho Chi Minh (Vietnam). Dan jangan terkejut jika ada mendengar berita Oktoberfest turut dianjurkan di Tebing Barat. Pesta tersebut diadakan di bandar Taybeh, satu-satunya bandar yang mempunyai kilang bir di Palestin.",
"9. ‘DILARANG MASUK.’",
"Jika ada individu yang nak memasuki Oktoberfest tetapi dihalang oleh pihak penganjur, maka kena tengok apa kesalahan yang dilakukan sehingga tidak dibenarkan masuk. Bagi pihak penganjur, mereka berbuat demikian atas alasan nak menjaga prestij pesta tersebut dari dicemari oleh individu-individu sebegini. Ada dua kes di mana dua personaliti terkenal dihalang dari memasuki Oktoberfest:",
"a) Pada tahun 2006, pewaris empayar perhotelan Hilton, Paris Hilton pergi ke Oktoberfest dengan memakai pakaian tradisional Bavaria, dirndl bagi mempromosikan jenama sebuah wain yang ditinkan. Tetapi tindakan Hilton mendapat kecaman penduduk tempatan kerana menyalahgunakan dirndl untuk tujuan komersial. Berikutan itu, pihak penganjur melarang beliau dari masuk ke pesta tersebut.",
"b) Legenda Arsenal yang kini berkhidmat sebagai orang nombor tiga Arsene Wenger, Jens Lehmann turut mengalami nasib sama tetapi atas sebab berbeza. Semasa beliau masih lagi aktif bermain bersama kelab Vfb Stuttgart, Lehmann menghadiri Oktoberfest beberapa jam selepas Stuttgart kalah dalam satu perlawanan dengan FC Cologne. Bagi pemain bola sepak, lazimnya mereka perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan untuk keluar lebih-lebih lagi pada hari perlawanan. Dan bila cerita ini tersebar luas, penganjur tiada pilihan selain melarang Lehmann masuk ke pesta tersebut.",
"10. APLIKASI UNTUK ACARA BERUSIA 202 TAHUN",
"Walaupun pesta ini berusia 202 tahun, ini tidak menghalang penganjur untuk cuba mengikut peredaran semasa. Dua hari selepas pesta ini bermula, aplikasi Oktoberfest dimuat turun sebanyak 750,000 kali oleh pengunjung. Aplikasi ini digunakan untuk mengukur tahap alkohol dalam badan dan berapa lama masa diperlukan untuk kembali pulih. Aplikasi tersebut mengira tahap alkohol dan masa yang diperlukan dengan mengambil ukuran ketinggian, berat dan jumlah alkohol yang diambil. Ada juga aplikasi digunakan untuk cari jodoh seperti aplikasi ‘Wiesn mengorat dan jumpa’ (Wiesn flirt and find). Tetapi kalau itu berakhir dengan kegagalan, pengunjung boleh saja mencuba permainan simulasi menghantar bir di khemah-khemah bir.",
"11. ‘SEKALI PALSU DAA…’",
"Pada tahun 2004, polis Bavaria berjaya menahan dan menamatkan sindiket penjualan kupon palsu untuk Oktoberfest. Kumpulan penipu ini mahu menjual 30,000 ribu kupon palsu ini kepada orang tengah pada harga 3 Euro dan dijual semula kepada pengunjung dengan harga 5 Euro. Pelayan-pelayan pesta yang perasan akan kewujudan kupon ini segera memberitahu pihak berkuasa dan mereka mengesan tiket ini dicetak di Yugoslavia. Pihak berkuasa menganggarkan sekiranya kupon itu berjaya dijual habis, kilang bir terbesar di Bavaria boleh mengalami kerugian hampir 500,000 Euro.",
"12. GELAS DAN PERGADUHAN",
"Bila mana manusia sudah mabuk, pasti pertimbangan mereka akan terjejas. Dan jika anda gabungkan elemen emosi dan senjata dengan mabuk, ia pasti akan berakhir dengan buruk. Masskrugs memang digunakan sebagai gelas bir tetapi ia juga berpotensi sebagai senjata dalam pergaduhan dan ini dipandang serius oleh pihak polis. Tahun lepas saja, 58 pergaduhan dilaporkan pada pihak berkuasa di mana ada sesetengah kes pengunjung melemparkan gelas ke arah penduduk tempatan. Pada tahun 2010, seorang penduduk tempatan yang naik angin memukul seorang pelancong Kanada dengan gelas itu. Pada hari yang sama, seorang pelancong Austria turut mengalami nasib sama. Tidak seperti pelancong Kanada yang berjaya mengelak dari sebarang kecederaan, pelancong Austria itu pula mengalami pendarahan dalam otak. Sekiranya si pelaku ditahan, mereka akan didakwa atas tuduhan menyerang dengan senjata merbahaya. Hukuman bergantung kepada umur dan kecederaan yang dialami mangsa. Hukuman penjara bagi si pelaku antara penjara enam bulan hingga penjara seumur hidup.",
"SUMBER:",
"Pankalla, Maya. Reader’s Digest. 13 Fun Facts About Octoberfest. http://www.readersdigest.ca/travel/canada/13-oktoberfest-fun-facts/"
] |
https://www.thepatriots.asia/saintis-menemui-bukti-manusia-hampir-pupus/ | Saintis Menemui Bukti Manusia Hampir Pupus! | [
"Banyak bandar hari ini tidak berpenghuni, dipanggil “ghost town” kerana bunyi angin di sekitar bangunan kosong. Itulah realiti dunia jika satu hari nanti, manusia pupus. Konsep ini bukan fiksyen atau teori semata-mata. Sejarah membuktikan yang manusia pernah hampir pupus. Bayangkan – jika trend sedemikian berterusan, nescaya Bumi hari ini menjadi “ghost planet”.",
"Bukti-bukti risiko kepupusan sebenarnya sudah banyak. Ramai saintis turun padang di Jebel Irhoud yang terletak dalam negara Morocco. Jebel Irhoud pernah menarik pemain industri perlombongan. Namun pada tahun 1960, pelombong Morocco menemui sebuah tapak prasejarah; setahun kemudian, saintis arkeologi menemui tengkorak di sini (Hublin, et al., 2017). Sejak hari itu, banyak rangka manusia prasejarah dikeluarkan daripada bumi Jebel Irhoud.",
"Rangka-rangka ini kemudian dibawa ke makmal untuk tujuan penyelidikan. Pertama seakli, saintis menokhtahkan orang-orang prasejarah ini hidup sekitar 315,000 tahun yang lalu. Wajah mereka adalah sama seperti kita, cuma sedikit melonjong yang membawa sebarang kemungkinan tentang saiz otak (Greshko, 2017). Walau bagaimanapun, saintis mengesahkan nasib manusia prasejarah jarang elok. Malah dua kali manusia prasejarah menghampiri kepupusan, terutamanya pada zaman antara 195,000-123,000 tahun yang lalu.",
"Bukti Dalam Darah Kita",
"Pada zaman ini, keadaan Bumi semakin sejuk dan kering. Saintis menemui bukti migrasi manusia daripada Jebel Irhoud ke arah satu kawasan pesisiran laut yang kaya dengan kerang (Marean, 2010). Migrasi ini bukan mudah; populasi manusia tumbang begitu mendadak sampai jadi ibaratkan macam nasib harimau (Panthera tigris jacksoni) di Semenanjung Malaysia sekarang. Walaupun kritikal lagi ngeri, penemuan ini membuktikan keupayaan akal dalam minda manusia terdahulu. Mereka berfikir untuk menyelesaikan masalah yang timbul… cuma impaknya sangat pedih kalau tengok dari segi genetik.",
"Ambil contoh cimpanzi misalnya. Dari segi fizikal, semua cimpanzi nampak sama – macam bapa yang sengaja tidak bayar nafkah anak. Namun genetik kalangan cimpanzi sangat berpelbagaian – malah dalam satu kawasan yang sama sekalipun. Mudah kata, kelompok cimpanzi di situ lain untuk dibandingkan dengan kelompok di sini. Tetapi manusia di seluruh dunia mempunyai genetik bertunggal, sama dan tidak berpelbagaian antara satu sama lain (Gee, 2021). Perkara ini berpunca kerana semua manusia sekarang turun daripada leluhur daripada kawasan pesisiran laut yang diceritakan.",
"Roda Sedang Berputar",
"Saintis berpendapat risiko kepupusan ini memberi impak kepada kehidupan manusia moden. Sejak kebelakangan ini, kualiti sperma dikatakan menurun begitu mendadak dengan pencemaran dikatakan punca (Aggarwal-Schifellite, 2021). Kemudian aktiviti ekonomi manusia pula tidak mesra alam, dikeruhkan pula dengan peluang ekonomi tidak seimbang untuk semua terutamanya golongan miskin.",
"Perkara ini terbukti benar, dengan impak perubahan iklim terhadap industri makanan. Berdekad-dekad petani mengerjakan bumi dengan baja kimia hingga tanah hilang kualiti (soil degradation). Kemudian pengurusan perikanan yang dikatakan overfishing pula. Impak-impak ini membawa risiko merbahaya terhadap manusia, yang tiada manfaat dari segi genetik untuk dibandingkan dengan haiwan.",
"Atas sebab itu juga, kadar kelahiran sedang menurun daripada “5:1” ke “2.5:1” (anak:ibu). Ikut minda orang ramai, takkan jadi masalah. Tetapi cuba bayangkan daripada perspektif berikut:",
"Agak melampau untuk gelabah cakap manusia akan pupus. Tetapi tidak melampau kalau kata kita sekarang ada masalah besar. Cuma itulah, kalau cerita pasal sains – siapa yang minat?",
"RUJUKAN:",
"Aggarwal-Schifellite, M. (2021, Mei 11). Study aims to quell fears over falling human sperm count. Harvard University.",
"Gee, H. (2021, November 30). Humans are doomed to go extinct. Scientific American.",
"Greshko, M. (2017, Jun 8). These early humans lived 300,000 years ago – but had modern faces. National Geographic. ",
"Hublin, J., et al. (2017). New fossils from Jebel Irhoud, Morocco and the pan-African origin of Homo sapiens. Nature. 546: 289-292.",
"Marean, C. (2010). When the Sea Saved Humanity. Scientific American."
] |
https://www.thepatriots.asia/banyak-planet-tiada-orbit-sebenarnya/ | Banyak Planet Tiada Orbit Sebenarnya | [
"Sistem Suria nampak indah dengan lapan planet tersusun pada landasannya. Ikut hukum alam, semua planet mengelilingi Matahari ikut orbit masing-masing. Malah Matahari itu sendiri sedang mengorbit Pusat Galaksi. Bermakna planet Bumi misalnya bergerak tawaf Matahari yang sedang bertawaf sekali.",
"Bumi mengambil masa sekurang-kurangnya 365 hari untuk lengkap satu pusingan yang dipanggil tahun. Manakala Matahari pula mengambil masa 225 hingga 250 juta tahun untuk mengelilingi Pusat Galaksi.",
"Usia Matahari berada dalam lingkungan 4.6 bilion tahun. Jadi bermakna, Matahari baru lengkap 20 pusingan pada orbitnya.",
"Mengenali Planet Tanpa Orbit",
"Keadaan dalam Sistem Suria tidak boleh dianggap sebagai satu-satunya model angkasa. Sebenarnya banyak planet tiada orbit, berawang-awangnya bagaikan debu di padang bintang.",
"Mereka digelar planet berapung (free-floating planet) atau planet yatim orphan planet). Ada yang memanggil planet peηγαηgαk (rogue planet) kerana tidak mengikuti peraturan alami. Mereka menjelajahi ruangan angkasa tidak dibatas sebarang orbit.",
"Jadi kalau ikut kebarangkalian, memang mereka boleh lαηggαr Bumi. Kerana sekarang ini pun, mereka sedang lαηggαr apa sahaja. Silap-silap, lαηggαr planet lain.",
"Tetapi kebarangkalian tidak semestinya kepastian, kerana planet yatim paling berhampiran pun adalah WISE 0855-0714 yang terletak 7.1 tahun cahaya (1 tc = 9.7 trilion km) jauh.",
"Sangat jauh, senang cakap. Maka Bumi lebih berisiko terkena heηtαmαη asteroid, untuk dibandingkan dengan planet yatim.",
"Kegigihan Pihak Eropah",
"Dalam menghayati keindahan alam semesta, Kesatuan Eropah merencanakan sebuah usaha untuk mengenal pasti jumlah planet yatim dalam Bima Sakti. Mereka mempunyai Balai Cerap Selatan Eropah (ESO) yang mampu menjalankan penyelidikan rumit ini.",
"ESO selama ini sudah mengumpulkan data begitu banyak, yang perlu disaring semula. Proses saringan ini mudah sahaja. Memandangkan planet yatim mempunyai haba serba cukup, teleskop ESO sudah mengesan mereka.",
"Maka sekarang mereka hanya perlu mengukur pergerakan, warna dan kilauan berjuta-juta objek yang sudah dicerap selama ini.",
"Walaupun namanya Eropah, teleskop milik ESO banyak berada di Chile. Contohnya VLT Survey Telescope (VST) dan MPG/ESO 2.2, barangkali kerana medan pandangan (field of view) yang lebih strategik di situ.",
"Sekejap sahaja, ESO melaporkan penemuan 70 planet yatim baharu yang berawang-awangan bagai tiada masa depan dalam Bima Sakti (Miret-Roig, et al., 2021). Tiada sistem sudi meminang mereka sampai selamanya hidup menyendiri seperti segelintir dalam kalangan pembaca sekarang.",
"Keperluan Kajian Planet Yatim",
"Letυραη Besar (Big Bαηg) berlaku sekitar 13.8 bilion tahun lalu yang memulakan alam semesta ini (Duren, 2017). Proses pembentukan alam pula mengambil masa sangat lama, sebelum mencapai usia matang seperti hari ini.",
"Jadi untuk belajar tentang alam angkasa, mesti kena tengok objek-objek yang berawang-awangan.",
"Planet yatim adalah contoh paling baik. Tambah pula planet-planet yatim yang baru terhasil. Mereka meninggalkan jejak yang mana saintis boleh ikut untuk belajar macam mana planet yatim terhasil berbeza dengan planet berorbit.",
"Ada pendapat menyatakan planet yatim terjadi selepas kerυηtυhan awan gas yang terlalu ringan untuk menjadi sebuah bintang (Hicks, 2021).",
"Ada juga berpendapat planet yatim diteηdαηg keluar daripada sistem induk sampai tersasar jauh daripada orbit sedia ada. Jadi buat masa sekarang, saintis sedang mengkaji untuk tengok punca paling tepat dengan fitrah planet yatim.",
"Meskipun Agensi Angkasa Eropah (ESA) tidak bercita-cita setinggi NASA, jasa mereka dalam perkara ini wajar diberi perhatian juga.",
"RUJUKAN:",
"Duren, M. (2017, Mei 10). Understanding the Bigger Energy Picture: DESERTEC and Beyond. Springer. Halaman 90.",
"Hicks, J. (2021, Disember 23). Astronomers discover largest group of ‘rogue planets’ yet. The Verge.",
"Miret-Roig, N., et al. (2021). A rich population of free-floating planets in the Upper Scorpius young stellar association. Nature Astronomy."
] |
https://www.thepatriots.asia/peralihan-empayar-safavid-dari-sufi-ke-syiah/ | Peralihan Empayar Safavid Dari Sufi Ke Syiah | [
"Pada mulanya tanah Parsi ataupun Iran moden merupakan rumah kepada penganut sunni. Tapi kehadiran Empayar Safavid telah mengubah segalanya apabila keseluruhan wilayah itu mula menjadi tempat tinggal bagi penganut syiah. Boleh dikatakan bahawa Safavid merupakan empayar syiah.",
"Ironinya nenek moyang kepada pengasas Empayar Safavid merupakan seorang ahli sufi. Betul ke?",
"Bibit-bibit Safavid mula muncul setelah kelahiran Safi al-Din di Ardabil. Sejak kecil lagi dia banyak belajar tentang agama Islam. Tapi semua itu tidak mencukupi baginya lantas mahu mendalami sufi. Dia pun pergi keluar mengembara untuk mencari guru yang mursyid. ",
"Selama bertahun-tahun dia cuba mencari Shaykh Najib al-Din Buzghush untuk mempelajari sufi. Sayangnya ketika sampai di Shiraz, Shaykh Najib al-Din Buzghush telah meninggal dunia. Maka Safi al-Din meneruskan perjalanan untuk mencari guru yang kedua iaitu Syeikh Zahed Gilani.",
"Setelah 4 tahun mencari, Safi al-Din berjaya menemui Syeikh Zahed Gilani. Dia pun mula mendampingi Syeikh Zahed Gilani sebagai anak murid selama 25 tahun. Kesetiaan Safi al-Din membuatkan dia dianggap sebagai orang kuat kepada Syeikh Zahed Gilani. Malah dia juga turut dikahwinkan dengan anak perempuan Syeikh Zahed Gilani.",
"Tidak lama kemudian Safi al-Din telah diberikan kepercayaan untuk mewarisi aliran sufi Zahediyeh yang dibawa oleh Syeikh Zahed Gilani. Dekat sinilah semuanya bermula apabila Safi al-Din telah mengubah aliran sufi Zahediyah kepada Safaviyya. Hal ini membuatkan ahli keluarga Syeikh Zahed Gilani tidak berpuas hati. Tapi Safi al-Din tidak ambil peduli tentang amaran itu.",
"Sedikit demi sedikit, aliran sufi Safaviyya yang menganut sunni bermazhab Syafie ini mula cenderung ke arah Syiah. Tapi deme tidaklah mengaku diri tu terpengaruh dengan syiah dan masih lagi kental sebagai ahli sufi. Kemuncaknya adalah ketika Empayar Safavid telah diasaskan selepas 150 tahun kemunculan aliran sufi Safaviyya. Bermakna aliran sufi tersebut telah berubah kepada badan politik dan pemerintahan",
"Pada mulanya pemerintah pertama Empayar Safavid iaitu Ismail I hanya menguasai Azerbaijan sahaja setelah berjaya menakluk Tabriz daripada tangan Aq Qoyunlu. 10 tahun kemudian Ismail I dapat menguasai hampir keseluruhan Iran lantas menjadikan Safavid sebagai empayar yang mampu bersaing dengan Uthmaniyah dan Mughal.",
"Persoalannya macam mana Empayar Safavid boleh bertukar daripada sufi ke syiah?",
"Sebaik sahaja menaiki takhta sebagai pemerintah Empayar Safavid, Ismail I telah menjadikan syiah imam 12 sebagai agama rasmi empayar. Penukaran ini dilakukan bagi membezakan mereka dengan dua lagi empayar sunni iaitu Uthmaniyah dan Mughal.",
"Selepas syiah imam 12 diiktiraf sebagai agama rasmi, Ismail I telah mengarahkan rakyat menukar fahaman dari sunni ke syiah. Hal ini menimbulkan sedikit konflik sebab nenek moyang Ismail I telah lama berpegang kepada sunni bermazhab syafie. Tiba-tiba pulak dia nak tukar fahaman sehingga memaksa rakyat turut serta. Malah masjid-masjid sunni juga mula ditukar kepada rumah ibadat penganut syiah. Ismail I juga mula membenarkan ucapan kata-kata hinaan kepada 3 sahabat Rasulullah yang menjadi khalifah terawal dunia Islam.",
"Bukan setakat itu sahaja, Ismail I juga bersifat kejam dengan mana-mana rakyat ataupun cendekiawan yang tidak mahu bertukar kepada syiah. Dia juga cuba membawa syiah sehingga ke luar lingkungan Empayar Safavid. ",
"Tindakan Ismail I ini mendapat respon daripada Sultan Beyazid II dari Uthmaniyah. Baginda cuba menegur secara lembut tetapi tidak diendahkan oleh Ismail I. Nak tak nak, berperang adalah jalan terakhir. Sejak itulah tanah Parsi ataupun Iran menjadi syiah sehingga ke hari ini. ",
"RUJUKAN:",
"Ali Izadi. (2021, Julai 27). Who is Sheikh Safi al-Din Ardabili? Islamic Republic News Agency. Dipetik daripada https://en.irna.ir/news/84417235/Who-is-Sheikh-Safi-al-Din-Ardabili",
"Britannica. (2023, Februari 28). Safavid dynasty. Dipetik daripada https://www.britannica.com/topic/Safavid-dynasty",
"Britannica. (n.d). Ismāʿīl I: Shah of Iran. Dipetik daripada https://www.britannica.com/biography/Ismail-I-shah-of-Iran",
"Hejazi, A. (n.d). The Safavids, an introduction. Khan Academy. Dipetik daripada https://www.khanacademy.org/humanities/art-islam/chronological-periods-islamic/islamic-art-late-period/a/the-safavids-an-introduction",
"Seyed Salman Safavi. (2018). The practice of Sufism and the Safavid order. London Academy of Iranian Studies Press"
] |
https://www.thepatriots.asia/kenapa-kita-semua-ketagih-media-sosial/ | Kenapa Kita Semua Ketagih Media Sosial? | [
"Pada suatu yang sibuk, anda sedang mempunyai banyak perkara yang dilakukan, tapi semua job-list itu hanya berada dalam kepala anda. Terasa berat dan ingin berehat sebentar, anda mencapai handphhone dan mula scroll Facebook, Instagram, Twitter, dan kemudian Tik-Tok.",
"Kemudian apabila ditengok pada jam, sudah 3 jam berlalu! Pantas masa bergerak tanpa anda sedari.",
"Jika anda pernah mengalaminya, mungkin anda adalah seorang yang sudah mula ketagih media sosial.",
"Namun apakah kenapakah boleh tertagih dengan media sosial ini? Apa yang membuatkannya begitu menarik sampaikan kita sendiri tidak sedar. Sehinggakan dikatakan media sosial ini terkenal dengan istilah “dadah digital”.",
"Seorang ahli psikologi yang terkenal, B. F. Skinner telah menjalankan satu eksperiment ke atas burung merpati beliau. Beberapa ekor burung merpati dibiarkan kelaparan sehingga 75% daripada berat badan asalnya. Kemudian burung tersebut diletakkan di dalam kotak eksperimen.",
"Burung tersebut diajar untuk mematuk butang plexiglass jika ingin mendapatkan makanan. Jadi setiap kali butang itu dipatuk, makanan akan keluar.",
"Sekarang Skinner cuba untuk memberikan sedikit “cabaran” kepada merpatinya. Kali ini, makanan akan keluar secara rawak pula.",
"Jadi jika sebelum ini satu patukan keluarkan satu makanan,kali ini mungkin, katakan : 2 kali patuk satu makanan,3 kali patuk satu makanan, atau 5 kali patuk satu makanan.",
"Kali ini Skinner terkejut kerana semua merpatinya menjadi tidak betul! Semua merpati tersebut tidak berhenti untuk mematuk.",
"Bahkan ada merpati yang mematuk 2.5 kali sesaat untuk tempoh 16 jam!",
"Ada juga yang mematuk sehingga 87,000 kali dalam tempoh 14 jam.",
"KENAPA KITA KETAGIH?",
"Jawapannya berada pada satu bahagian kecil dalam otak kita dipanggil nucleus aacumbens. Atau juga dikenali sebagai pusat sistem ganjaran (Brain’s Pleasure Centre).",
"Setiap kali anda melakukan aktiviti yang gembira, hormon gembira kana dirembeskan dan bahagian ini akan diaktifkan. Bahagain ini jugalah yang akan diaktifkan dengan makanan, seks, membeli belah, alkohol, rokok, malah dadah.",
"Bilakah kali terakhir anda perasan masuk ke apps Facebook, kononnya mahu melihat feeds untuk 10 minit sahaja, kemudiannya terkunci dalam apps tersebut selama berjam -jam? Sungguh ketagih bukan?",
"Soalan saya, kenapa perkara ini terjadi?",
"Jawapannya kerana design. Ya, kerana cara platform social media itu dibina adalah untuk menyenbakan orang ketagih.",
"Pertama, fungsi Likes, Comments , dan Share. Ini adalah yang dipanggil stimulus atau rangsangan yang kita akan dapat, sama seperti burung merpati tadi yang mendapat kacang sebagai makanan.",
"Kita juga akan merasa gembira jika mendapat likes yang banyak atau shares yang banyak. Betul bukan?",
"Kedua, fungsi scrolling. Skrin paparan handphone kita adalah terhad di bahagian bawah. Kita tidak tahu berita atau feeds apa yang akan keluar dari bawah apabila kita scroll ke atas. Ada feeds yang menyeronokkan dan ada feeds yang kita tidak gemar.",
"Jika feeds yang membuatkan kita gembira keluar, ia akan merangsang otak kita lagi. Kita tidak boleh jangka feeds apa yang akan keluar, tapi kita boleh scroll semahunya sampai kita letih. Kedengaran serupa?",
"Ya, di sinilah jawapannya! Sama seperti burung merpati tadi. Dia tahu dengan mematuk butang tersebut, dia akan mendapat makanan.",
"Tetapi dia tidak tahu pada patukan yang ke berapa dia akan dapat makanan. Jadi apa yang dia buat? Teruskan patuk dan patuk sehinggalah makanan keluar. Walaupun sehinggalah beribu-ribu kali.",
"Konklusinya, setiap product designer tahu macam mana sistem ini berfungsi, dan mereka mempunyai kuasa untuk memanipulasi fungsi otak kita.",
"Selain daripada pelbagai benda baik dan bermanfaaat lain yang kita peroleh, tidak salah juga untuk mengetahui sisi buruk yang ada pada benda yang tiap-tiap hari kita gunakan ini.",
"Apa yang anda dapat simpulkan jika anda ialah Skinner yang menjalankan ujikaji tersebut?",
"Mudah. Haiwan boleh dimanipulasi jika untuk membuat aktiviti yang tidak berfaedah dalam jangka masa yang lama jika diberikan ganjaran yang secara rawak.",
"Semoga tidak menjadi merpati ujikaji!",
"RUJUKAN:",
"User behaviour – Websites and apps are designed for compulsion, even addiction. Should the net be regulated like drugs or casinos?. https://aeon.co/essays/if-the-internet-is-addictive-why-don-t-we-regulate-it",
"‘Superstition’ In The Pigeon. https://psychclassics.yorku.ca/Skinner/Pigeon/"
] |
https://www.thepatriots.asia/hussien-onn-penyelamat-krisi-beras-negara/ | Hussien Onn: Penyelamat Krisis Beras Negara | [
"Pada awal tahun 1973, Malaysia mengalami krisis beras yang meresahkan semua pihak.",
"Ketika itu, Malaysia bergantung kepada import beras asing sebanyak 10 hingga 20 peratus atau 100,000 hingga 200,000 tan setahun yang diperolehi dari negara Thailand dan China.",
"Krisis ini mula berlaku apabila Kerajaan Thailand melarang pengeksportan beras keluar dari negara mereka dan mengenakan kouta sebanyak 3,900 tan untuk dijual kepada Malaysia sedangkan keperluan negara untuk Semenanjung Tanah Melayu sahaja adalah sebanyak 30,000 tan beras dalam tempoh masa tertentu.",
"Krisis ini sebenarnya melibatkan seluruh dunia apabila negara-negara pengeluar beras dunia seperti Thailand, Indonesia, India dan Bangladesh mengalami cuaca kemarau dan ribut taufan melanda negara Filipina. Ditambah pula dengan kemerosotan 10 peratus pengeluaran padi di negara China yang turut dilanda bencana alam pada tahun sebelumnya.",
"Lebih merumitkan, negara pengeksport beras seperti Republik Khmer (Kemboja) pula terpaksa mengimport beras akibat cuaca buruk, pentadbiran dan pengawalan tanaman yang tidak betul serta peperangan yang terjadi di negara mereka.",
"Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia mengarahkan Tun Hussein Onn selaku Timbalan Perdana Menteri memikirkan langkah-langkah drastik untuk menangani masalah ini.",
"HUSSEIN ONN BERHADAPAN CABARAN BERIKUT ;",
"1. Kurangnya beras dalam negara akan melaparkan rakyat,",
"2. Jika bekalan beras terlalu banyak pasti akan menjejaskan pendapatan petani yang membanting tulang di sawah akibat penurunan harga padi ke paras terendah,",
"3. Perlu mengekang golongan penyorok beras dan penyeludup beras tempatan ke negara jiran kerana harga beras di pasaran dunia naik mendadak.",
"Menggunakan kecekalan dan kebijaksanaannya, Hussein Onn menggunakan agensi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) yang ditubuhkan oleh Tun Razak pada 20 September 1971 untuk mengimbangi kedua-dua pihak (rakyat dan petani) disamping memperbaiki taraf hidup petani.",
"Malaysia beruntung dengan kebijaksanaan pemimpin dan kecekapan kakitangan LPN, negara kita berjaya membawa masuk beras-beras dari negara lain bagi menampung kekurangan beras akibat kouta yang dikenakan oleh negara Thailand.",
"Hussein Onn juga memujudkan Jawatankuasa Peringkat Menteri dan Negeri. Pasukan Polis serta Tentera pula berjaya mengadakan sekatan jalan raya di sempadan bagi membanteras penyeludupan beras ke luar negara. Pihaknya juga menggerakkan operasi menyerbu kilang-kilang yang menyorok stok simpanan beras.",
"Tun Hussein Onn dianggap sebagai pemimpin yang tegas dan berkaliber sehingga mampu memujudkan kerjasama yang erat di antara agensi-agensi kerajaan untuk menyelesaikan krisis negara.",
"Al-Fatihah kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Terima kasih dari rakyat Malaysia atas sumbangan Tuan.",
"—————–\nRujukan : Buku DAULAT UMNO Edisi Khas/Tok Ayah Zahalan Man, terbitan Cahaya Nur Modal Insan."
] |
https://www.thepatriots.asia/isteri-isteri-raja-raja-melayu-yang-berbangsa-asing/ | Isteri-Isteri Raja-Raja Melayu Yang Berbangsa Asing | [
"Pertama\nsekali, penulis ingin merafak sembah takzim dan merakamkan setinggi-tinggi\nucapan tahniah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-16,\nSultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa billah Shah dan juga Tuanku Permaisuri\nAgong atas pertabalan baginda berdua pada 30 Julai yang lalu. Penulis memohon\nke hadrat Allah SWT supaya sentiasa membimbing baginda berdua memerintah negara\ndengan adil dan saksama demi agama, bangsa dan negara tercinta kita ini. Amin.",
"Berbalik pada perbincangan artikel ini, pada tahun lepas, 2018, negara menerima khabar gembira apabila DYMM Yang Dipertuan Agong ketika itu yang juga Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, melangsungkan perkahwinan dengan seorang bekas ratu cantik Russia bernama Rihana Oksana Gorbatenko. Penulis tidak mahu mengulas berkenaan status rumahtangga baginda tersebut pada masa kini kerana ia adalah urusan peribadi baginda dan hal ehwal dalaman istana Kelantan. Diharapkan semua urusan baginda berjalan dengan baik.",
"Apa\nyang mahu diperbincangkan ialah berkenaan wanita-wanita berbangsa asing atau\nberketurunan bangsa asing yang pernah menjadi isteri Raja-Raja Melayu dan ada juga\ndalam kalangan mereka yang ditabalkan sebagai Sultanah semasa pemerintahan\nsuami mereka. Dalam sejarah Raja-Raja Alam Melayu khususnya di Tanah Melayu\natau pada masa kini negara tercinta kita Malaysia, perkahwinan antara Raja-Raja\nMelayu dengan wanita berbangsa asing bukanlah sesuatu yang asing dan baharu.",
"Jika kita telusuri catatan sejarah Alam Melayu seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka, terdapat catatan daripada manuskrip Sulalatus Salatin yang menceritakan berkenaan perkahwinan seorang puteri raja berbangsa China daripada Tanah Besar China yang bernama Puteri Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Shah setelah beliau memeluk agama Islam. ",
"Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang putera iaitu Paduka Mimat. Sama ada benar atau tidak Puteri Hang Li Po tersebut merupakan puteri kepada Maharaja China pada zaman Dinasti Ming ketika itu atau hanya seorang gadis berbangsa China yang menetap di Melaka ketika itu, terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan para sejarawan. ",
"Walau bagaimanapun, perkahwinan tersebut tidak mustahil boleh berlaku kerana pada waktu itu, Kesultanan Melaka mempunyai hubungan diplomasi yang begitu erat dengan Kerajaan Dinasti Ming di Tanah Besar China. Tambahan pula, pelabuhan entreport Melaka dan Selat Melaka ketika itu begitu sesak dengan kemasukan para pedagang asing terutamanya daripada Tanah Besar China. ",
"Itu adalah catatan sejarah yang tidak dapat disangkal lagi. Lebih menarik lagi, lebih awal daripada zaman tersebut, terdapat catatan Portugis menulis bahawa Megat Iskandar Shah, Raja Melaka yang kedua pernah berkahwin dengan seorang gadis anak kepada seorang kapten kapal Cina yang menetap di Melaka.",
"Kesultanan Johor moden mencatatkan ramai wanita berbangsa asing dikahwini oleh Sultan-Sultan Johor dan pernah ditabal sebagai Sultanah Johor. Almarhum Sultan Abu Bakar Johor pernah berkahwin dengan tiga orang wanita berbangsa Eropah, Cina dan Turki Kaukasan. Dua daripada mereka pernah ditabal sebagai Sultanah Johor ketika zaman pemerintahan baginda. ",
"Pertama ialah seorang wanita berketurunan kacukan Eropah dan Cina iaitu Cecilia Catherina Lange. Bapanya berasal dari Denmark yang menetap di Bali manakala ibunya merupakan seorang wanita berbangsa Cina. Setelah memeluk Islam dan berkahwin dengan Sultan Abu Bakar sekitar tahun 1870, beliau memakai nama dan gelaran Y.A.M Cik Puan Besar Zubaidah. Bagindalah merupakan bonda kepada Sultan Ibrahim al-Masyhur yang menggantikan takhta ayahanda baginda.",
"Almarhum\nSultan Abu Bakar juga berkahwin dengan seorang wanita berbangsa Cina bernama\nWong Ah Gew. Beliau merupakan anak seorang pedagang Cina terkenal yang menetap\ndi Singapura. Setelah memeluk Islam dan berkahwin dengan Sultan Abu Bakar\nsekitar tahun 1880-an, beliau ditabalkan sebagai Sultanah Johor dengan memakai\nnama dan gelaran Sultanah Fatimah. Baginda mangkat pada awal tahun 1890-an. Cik\nPuan Aminah iaitu adik-beradik dengan Sultanah Fatimah berkahwin pula dengan\nUngku Abdul Majid, adinda kepada Sultan Abu Bakar dan dikurniakan seorang\nzuriat iaitu Ungku Maimunah yang berkahwin dengan sepupunya, Sultan Ibrahim\nal-Masyhur.",
"Ketika\nzaman pemerintahan Sultan Abu Bakar juga, hubungan diplomatik antara Kerajaan\nJohor dengan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah begitu erat. Baginda pernah\nberkahwin dengan seorang gadis berbangsa Kaukasan (Caucassian) dari Istanbul\niaitu Khadijah Hanum pada awal tahun 1890-an dan ditabal sebagai Sultanah Johor\ndengan gelaran Sultanah Khadijah. Melalui perkahwinan tersebut, baginda berdua\ndikurniakan seorang puteri bernama Tunku Fatimah.",
"Seperti\nAlmarhum ayahandanya, Almarhum Sultan Ibrahim al-Masyhur juga pernah berkahwin\ndengan beberapa orang wanita berbangsa Eropah dan India. Baginda sendiri\nberdarah kacukan bangsa Eropah dan Cina pada sebelah nasab bonda baginda.\nBaginda pertama kali berkahwin dengan sepupunya, Ungku Maimunah yang\nberketurunan Cina pada nasab sebelah bondanya sepertimana yang telah dijelaskan\nsebelum ini dan baginda memakai gelaran Sultanah Maimunah. Bagindalah bonda\nkepada Sultan Ismail yang menggantikan takhta ayahandanya.",
"Kali\nkedua Sultan Ibrahim al-Masyhur berkahwin pula dengan seorang wanita yang\ndikatakan berketurunan India dan ditabal sebagai Sultanah Johor dengan gelaran\nSultanah Rogayah / Ruqaiya. Melalui perkahwinan tersebut, baginda berdua\ndikurniakan seorang putera yang bernama Tengku Putra Abu Bakar. Putera kepada\nTengku Putra Abu Bakar iaitu Tengku Sulaiman pula berkahwin dengan seorang\nputeri kepada Tuanku Syed Harun Putra Jamalullail, Raja Perlis, dan beliau\npernah ditabal sebagai Pemangku Raja Perlis ketika Tuanku Syed Harun Putra\nbertakhta sebagai Yang Dipertuan Agong ketiga.",
"Perkahwinan\nkelima baginda adalah dengan seorang wanita Inggeris bernama Helen Bartholomew\ndi London dan ditabalkan sebagai Sultanah Johor dengan gelaran Sultanah Helen\nIbrahim pada tahun 1931.",
"Setelah\nmereka berdua berpisah, Sultan Ibrahim al-Masyhur mengahwini seorang lagi\nwanita berbangsa Eropah iaitu Marcella Mendl yang memeluk Islam dan menukar\nnamanya kepada Fawziah. Ditabal sebagai Sultanah Johor sekitar tahun 1940-an\ndengan memakai gelaran Sultanah Marcella Ibrahim. Melalui perkahwinan tersebut,\nbaginda berdua dikurniakan seorang puteri bernama Tunku Miriam.",
"Seperti\nnendanya, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Johor juga pernah berkahwin dengan\nseorang wanita berbangsa Inggeris bernama Josephine Ruby Trevorrow. Setelah\nmemeluk Islam dan berkahwin dengan baginda Sultan Iskandar, beliau memakai nama\ndan gelaran Cik Puan Khalsom. Bagindalah bonda kepada Sultan Ibrahim Ismail\nyang memerintah negeri Johor pada masa kini dan juga bonda kepada Tuanku Hjh.\nAzizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merupakan DYMM Raja Permaisuri Agong\npada masa kini.",
"Itu cerita negeri Melayu di selatan, di negeri-negeri Melayu utara dan Pantai Timur Tanah Melayu pula, ramai Raja-Raja Melayunya yang berkahwin dengan wanita berbangsa Thai atau Siam. Sebagai contoh, Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pernah berkahwin dengan ramai wanita berbangsa Thai atau berketurunan Siam. ",
"Antaranya ialah Cik Sepa Chandra yang berbangsa Thai. Tinggalan Istana Sepacendera di Alor Star adalah bukti binaan cinta yang dibina atas perintah Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk isterinya itu. Melalui perkahwinan tersebut, baginda berdua dikurniakan beberapa orang putera dan puteri.",
"Kemudian\nSultan Abdul Hamid Halim Shah berkahwin pula dengan seorang wanita berketurunan\nThai yang bernama Cik Manjalara, anak seorang Pegawai Thai. Beliau adalah bonda\nkepada Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia kita iaitu Tunku Abdul Rahman Putra\nal-Haj yang juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama.",
"Selain\nitu, Sultan Abdul Hamid Halim Shah juga pernah berkahwin dengan tiga orang\nwanita berketurunan Arab daripada keluarga Sayyid dan Syarifah iaitu Syarifah\nMeriam, Syarifah Seha dan Syarifah Fatimah. Setiap perkahwinan mereka\ndikurniakan zuriat putera dan puteri.",
"Jika\nSultan Muhammad V pernah mengahwini Ratu Cantik Russia, Almarhum Tuanku Syed\nHarun Putra Jamalullail, Raja Perlis keenam pula pernah mengahwini seorang Ratu\nCantik Thailand bernama Riem Baedsayanawim yang memeluk Islam dan memakai nama\ndan gelaran Cik Puan Mariam. Hasil perkahwinan baginda berdua dikurniakan\nbeberapa orang putera. Keturunan Raja-Raja Perlis sendiri adalah daripada\nketurunan wangsa kabilah Arab Jamalullail yang bersambung nasab sehingga Nabi\nMuhammad SAW.",
"Dalam sejarah Kerajaan Negeri Sembilan, DYMM Yang Dipertuan Agong yang pertama yang juga Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Abdul Rahman, perkahwinan pertama baginda adalah dengan seorang wanita berbangsa Eropah bernama Dulcibella Campbell. ",
"Setelah memeluk Islam dan berkahwin dengan baginda, beliau menukar nama dan memakai gelaran Cik Puan Maimunah. Bagindalah merupakan bonda kepada Almarhum Tuanku Ja’afar yang menggantikan takhta ayahanda baginda dan juga pernah menaiki takhta sebagai DYMM Yang Dipertuan Agong yang ke-10.",
"Sultanah\nPahang sebelum ini iaitu Sultanah Hajjah Kalsom yang merupakan balu kepada\nAlmarhum Sultan Haji Ahmad Shah, berdarah kacukan Parsi dan Pakistan. Baginda\nberdua dikurniakan seorang putera. Raja Permaisuri Perak ketika ini yang juga merupakan\nisteri kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah iaitu Tuanku Zara Salim merupakan\ndarah kacukan “Mat Salleh” dari nasab ayahanda baginda. ",
"Sultan\nSharafuddin Idris Shah yang sedang memerintah negeri Selangor pada masa kini\npernah mengahwini seorang wanita kulit putih dari Amerika Syarikat yang bernama\nLisa Davis. Setelah memeluk Islam dan berkahwin dengan baginda, beliau memakai\ngelaran Cik Puan Nur Lisa Idris. Beliau merupakan bonda kepada Raja Muda\nSelangor pada masa kini iaitu Tengku Amir Shah yang akan mewarisi takhta\nayahandanya.",
"Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi billah Shah yang pernah memerintah negeri Terengganu pernah berkahwin dengan seorang wanita berketurunan keluarga Arab al-Sagoff dan juga al-Junid yang terkenal dan begitu berpengaruh di Alam Melayu. Wanita tersebut bernama Y.T.M Dato’ Seri Syarifah Nong Fatimah al-Sagoff. ",
"Beliau merupakan bonda kepada Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan yang memerintah negeri Terengganu pada masa kini. Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri mempunyai darah keturunan Thai apabila moyang perempuan baginda yang juga bonda kepada Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin iaitu nenda baginda, merupakan seorang wanita berbangsa Thai yang memeluk Islam dan menukar namanya kepada Cik Maimunah apabila berkahwin dengan ayahanda baginda Sultan Ismail iaitu Almarhum Sultan Zainal Abidin II.",
"Jika\nkita membaca sejarah Raja-Raja Melayu di luar Tanah Melayu, terdapat juga\nrumpun Raja Melayu yang berkahwin dengan wanita bangsa asing seperti Almarhum\nSultan Syarif Abdul Hamid II Alkadrie daripada Kesultanan Pontianak di\nKalimantan Barat yang berkahwin dengan seorang wanita Belanda kelahiran\nSurabaya bernama Marie atau Didie van Delden. Setelah memeluk Islam dan\nberkahwin dengan baginda, beliau bergelar Ratu Mas Mahkota Pontianak. Baginda\nSultan Syarif Abdul Hamid II sendiri berdarah kacukan Arab dan Melayu. Hasil\nperkahwinan baginda berdua mereka dikurniakan seorang putera dan seorang\nputeri.",
"Kepada\nRaja-Raja Melayu serta para sultanah dan isteri-isteri mereka yang telah\nkembali ke hadrat Ilahi, marilah kita sebagai umat Islam berdoa semoga Allah\nSWT mengampuni dosa mereka dan ditempatkan roh-roh mereka bersama orang-orang\nsolihin. Kepada Raja-Raja Melayu, Sultanah dan Raja Permaisuri yang masih\nhidup, kita doakan kesejahteraan mereka dan sentiasa diberi kekuatan dan\npetunjuk dalam memerintah negera dan negeri dengan adil, saksama, aman dan\nmakmur. Amin.",
"RUJUKAN:",
"Kong\nYuanzhi, “Cerita Hang Li Po: Ode Persahabatan Kedua-Dua Bangsa China-Malaysia,”dalam Sari 19 (2019), hlm. 179-187.",
"Nurulwahidah\nFauzi, “Peranan Arab Hadrami di Dalam Mempengaruhi Politik Istana Kerajaan\nJohor Pada Awal Abad ke-20 M,” dalam International Journal of West Asian\nStudies, Vol. 4, No. 2, hlm. 1-21.",
"Yazid\nMat & Hazman Hassan, “Perlis: Dari Jajahan Takluk ke Negeri Berdaulat,”\ndiakses daripada Laman Web Rasmi Arkib Negara Malaysia pada bulan Julai 2019.",
"Laman\nweb Royal Ark, pautan laman web: http://www.royalark.net,\ndirujuk pada bulan Julai 2019."
] |
https://www.thepatriots.asia/harry-potter-tawanan-azkaban-penjara-atau-rumah-sakit-jiwa/ | Harry Potter & Tawanan Azkaban – Penjara Atau Rumah Sakit Jiwa? | [
"Dalam banyak-banyak siri Novel Harry Potter (1 – 7), Novel Harry Potter & Tawanan Azkaban adalah yang paling sedikit bilangan jualannya, hanya 65 juta daripada 500 juta salinan terjual sehingga awal tahun 2020 [1]. Tapi kali ini penulis tak nak bincang pasal jualan buku ini, penulis nak bedah berkenaan Azkaban.",
"Apa sebenarnya Azkaban? Adakah ianya satu penjara? Rumah sakit jiwa? atau kem konsentrasi? J.K. Rowling pernah dedahkan bahawa Azkaban diambil daripada penjara sebenar Alcatraz dan perkataan ‘Abadan’ yang datang daripada bahasa Hebrew dan Arab [2].",
"Asalnya, Azkaban adalah sebuah kubu, yang dibina pada kurun ke-15 oleh seorang ahli sihir dan penuntut ilmu hitam yang hebat bernama Ekrizdis. Lokasinya berjaya disembunyikan oleh Ekrizdis menggunakan mentera penyembunyian, terhijab pandangan Azkaban daripada mata Muggle dan Ahli Sihir ketika itu [2]. Beliau juga tinggal di sana sambil menawan, mengumpan dan menyeksa kelasi Muggle sampai ke akhir hayatnya.",
"Mentera penyembunyian (concealment) Ekrizdis sungguh berkuasa sehingga Azkaban berjaya disembunyikan sehingga beliau mati. Selepas kematiannya, mentera itu semakin lemah dan menghilang, sekaligus mendedahkan kewujudan Azkaban di mata dunia. Namun begitu, apa yang membimbangkan masyarakat bukanlah Azkaban itu sendiri, tapi apa yang menghuni di dalamnya, iaitu makhluk Dementors.",
"Kita akan bincangkan pasal Dementors untuk artikel lain kali. Namun persoalan yang kita ingin bincangkan di sini ialah peranan Azkaban itu dalam siri Harry Potter. Mengapakah tempat yang begitu digeruni masih dibiarkan? Adakah tempat itu memberi sumbangan kepada dunia? Dan adakah Azkaban ini berkesan dalam menjalankan peranan logistiknya kepada dunia?",
"Selepas kewujudan Azkaban diketahui oleh masyarakat ketika itu, ahli sihir lain berpendapat untuk menghancurkan tempat itu. Namun, mereka bimbang jika tempat itu dihapuskan, Dementors akan berkeliaran dan menghuru-harakan dunia. Maka tempat itu dibiarkan selama beberapa tahun sehinggalah Damocles Rowle dilantik sebagai Menteri Sihir pada tahun 1718 sehingga 1726.",
"Beliau yang bersikap ‘anti-Muggle’ mengguna semula Azkaban sebagai satu penjara kepada Muggle dan Dementors sebagai pengawal penjara tersebut bagi menjimatkan kos daripada membina penjara yang baru. Beliau mengambil kesempatan terhadap sikap ketidakpuasan hati para ahli sihir yang dipaksa untuk tidak menonjolkan diri dengan Muggle, sekaligus mengkapitaliskan pengurusan Azkaban dan Dementors.",
"Jadi tak payahlah ambil manusia jadi pengawal, tak payah bayar gaji, makan dan minum. Jimat duit, tenaga, masa. Namun, bayaran untuk Dementors ialah jiwa manusia, jadi penghuni Azkaban perlu dipertingkatkan secara optimum memenuhi keperluan Dementors. Di sini timbul persoalan, adakah masyarakat perlukan Azkaban atau Azkaban perlukan masyarakat?",
"Makanan utama Dementors ialah harapan, kegembiraan dan semangat juang manusia untuk teruskan hidup [3]. Kalau nak pastikan Dementors cukup makan, bilangan manusia perlu dipertingkat. Jadi, tak kiralah manusia itu penjenayah atau tak, asalkan Dementors cukup makan, dan populariti serta legasi Kementerian Sihir dijaga, sumbatlah sesiapa sahaja dalam penjara. Kalau nak bincang secara komparatif, situasi ini berlaku sama seperti dekat US sekarang.",
"US memiliki penghuni penjara terbesar dunia, iaitu sebanyak 2.2 juta orang pada awal Jun 2020 [4]. Namun bukan semuanya penjenayah. Dalam krisis pesakit mental, mereka lebih kerap bersemuka dengan polis berbanding psikiatris. Jadi hasilnya, 2 juta orang pesakit mental disumbat ke dalam lokap setiap tahun [5]. Sekurang-kurangnya 15% lelaki dan 30% perempuan dalam penjara memiliki komplikasi masalah mental. Jadi, patutkah pesakit mental disumbat ke dalam penjara, sedangkan majority pesakit mental adalah ‘non-violent’ [6] ?",
"Dalam novel Harry Potter, stok manusia yang macam mana kesukaan Dementors, orang gembira atau orang kecewa? Kajian menunjukkan bahawa program-program dan polisi yang meningkatkan kegembiraan ada menunjukkan kesan langsung dalam mencegah jenayah dan penggunaan dadah [7].",
"Maka, Dementors lebih suka orang yang gembira berbanding orang yang sudah depresi. Tidak hairanlah antara tindakan Voldemort selepas hidup semula ialah melepaskan Dementors berkeliaran merata-rata, kerana mereka dambakan jiwa yang gembira, berbanding jiwa penghuni Azkaban yang sudah merana.",
"Bila kita perhati balik, siri Harry Potter ini cuba mengajar kita bagaimana sesebuah masyarakat mengendalikan golongan penjenayah dan pesakit mental. Mereka golongan yang berbeza, namun berakhir di tempat yang sama.",
"Jika kita nak panggil penghuni Azkaban sebagai banduan, itu kurang tepat kerana polisi yang diamalkan hanyalah tangkap muat sahaja secara rawak. Muggle ke anti-Muggle ke, Dementors tetap diberi makan. Kita sendiri pun tidak pernah mempersoalkan penghuni penjara sama ada betul-betul bersalah atau tidak.",
"RUJUKAN:",
"[1] J. Atkins, “The Most Popular Harry Potter Book (According To Sales),” screenrant.com, 7 January 2020. [Online]. Available: https://screenrant.com/harry-potter-book-popular-best-sales/. [Accessed August 2020].",
"[2] S. Natividad, “10 Facts About Azkaban The Harry Potter Films Left Out,” screenrant.com, 6 April 2019. [Online]. Available: https://screenrant.com/harry-potter-azkaban-movies/#:~:text=9%20IT%20WASN’T%20ORIGINALLY,practitioner%20of%20the%20Dark%20Arts.. [Accessed August 2020].",
"[3] J. Novaro, “7 WAYS THE HARRY POTTER SERIES DEALS WITH MENTAL ILLNESS,” www.jimenainovaro.com, 27 May 2019. [Online]. Available: https://www.jimenainovaro.com/blog/2019/5/27/7-ways-the-harry-potter-series-deals-with-mental-illness. [Accessed August 2020].",
"[4] statista.com, “Countries with the largest number of prisoners, as of June 2020,” statista.com, [Online]. Available: https://www.statista.com/statistics/262961/countries-with-the-most-prisoners/. [Accessed 28 August 2020].",
"[5] National Alliance of Mental Illness, “Jailing People with Mental Illness,” nami.org, [Online]. Available: https://www.nami.org/Advocacy/Policy-Priorities/Divert-from-Justice-Involvement/Jailing-People-with-Mental-Illness. [Accessed August 2020].",
"[6] Swanson et.al., “Mental illness and reduction of gun violence and suicide: bringing epidemiologic research to policy,” Ann Epidemiol, vol. 25, no. 5, p. 366–376, 2015.",
"[7] University of California, “Happiness can deter crime, a new study finds,” sciencedaily.com, 23 August 2011. [Online]. Available: https://www.sciencedaily.com/releases/2011/08/110822091859.htm. [Accessed August 2020]."
] |
https://www.thepatriots.asia/polo-sejarah-sukan-bangsawan-dan-raja-raja/ | Polo: Sejarah Sukan Bangsawan Dan Raja-Raja | [
"Aku tak tahu kenapa, tetapi baru-baru ini hangat pulak isu tentang sukan Polo. Sebagai seorang yang sangat oppurtunis, aku mengambil kesempatan untuk menggunakan isu ini untuk menceritakan sedikit serba sedikit tentang sejarah sukan Polo. Selain kau orang dok melayan dua tokoh negara kita bergaduh, apa kata kita ambil sikit manfaat dengan berilmiah sedikit daripadanya.",
"Sukan polo ya? Haa… sukan polo! Sejarahnya dikatakan berkemungkinan merupakan sukan yang paling tua di dunia dengan dicatatkan bahawa dimainkan sekurang-kurangnya pada 600 SM oleh suku Turkoman dan orang Parsi, di mana pada perlawanan itu dimenangi oleh suku Turkoman. Parsi dipercayai sebagai tempat asal-usulnya sukan Polo dengan lelaki dan perempuan dikatakan bermainnya. Gambaran Maharaja Khosrow dan juga permaisurinya sangat dekat sukan Polo.",
"Antara tokoh-tokoh purba yang bermain dengan sukan Polo ialah Maharaja Shapur II yang bermainnya ketika hanya berusia 7 tahun sahaja pada tahun 316 Masihi. Kemudian, musuh, jiran dan nemesis utama Parsi iaitu Byzantine mempelajari sukan ini lalu terus menjadi tradisi di kalangan bangsawan Byzantine pula.",
"Dikatakan bahawa Maharaja Theodosius II (408-450 Masihi) telah membina sebuah stadium yang dinamakan tzykanisterion yang dibina di dalam mahligai agung Byzantine itu sendiri. Ketaksuban Byzantine pada polo bukan sahaja mewujudkan maharaja yang sangat mahir bermainnya seperti Maharaja Basil I (867-886 Masihi), bahkan terdapat seorang maharaja seperti Maharaja Alexander (912-913) yang mati kerana hanya kepenatan bermain polo sahaja!",
"Selain mati kepenatan, pemerintah kerajaan Trebozond seperti John I ()1235-1238 Masihi) atau seperti Qutubuddin Aibak (1206-1210 Masihi) pemerintah Kesultanan Delhi mati dalam kemalangan ketika bermain polo. Tokoh-tokoh lain yang turut dicatatkan menggemari sukan ini adalah seperti Salahuddin Al-Ayyubi (1174 –1193 Masihi) daripada Dinasti Ayyubi dan Baybars (1260 – 1277) daripada Kesultanan Mamluk turut menggalakkan dan bermain sukan ini.",
"Bukan di wilayah sekitar Eropah, Utara India dan Timur Tengah sahaja, bahkan sukan ini turut sampai ke negara seperti China dan Jepun ketika Zaman Pertengahan dahulu popularitinya. Di China, dipercayai bahawa sukan Polo mula memasuki ketamadunan mereka pada tahun penghujuing Dinasti Han oleh suku Xianbei daripada Utara China. Ketrika zaman zaman Dinasti Tang, sukan ini menjadi sangat popular bahkan kebanyakan pemain ternamanya daripada kaum wanita sendiri.",
"Pada zaman moden, British yang bertanggungjawab dalam penyebaran sukan polo ini apabila ketika mereka mula menjajah India. Polo mula menjadi popular di England dan banyak kelab Polo mula tumbuh di England. Dari situ, mereka mula menjadi penyebar sukan polo ke bahagian-bahagian lain di dunia termasuklah Argentina, yang kemudiannya akan dikenali sebagai salah satu kiblat utama sukan Polo kerana betapa banyak pemain polo handalan dunia lahir dari sana!"
] |
https://www.thepatriots.asia/tapak-tamadun-antara-tertua-dunia-ditemui-di-oman/ | Tapak Tamadun Antara Tertua Dunia Ditemui Di Oman | [
"Ahli-ahli arkeologi di Oman menemukan sebuah tapak Zaman Gangsa dan Zaman Besi yang cukup penting semasa melakukan kerja-kerja awal dalam Projek Jalan Berkembar- Sinaw-Mahut (pada Februari 2014). Hasil-hasil awal penerokaan yang dilakukan telah mendedahkan sejumlah barangan purba yang usianya menjangkau 2300 tahun dan lebih. Barangan tersebut mempunyai kaitan dengan tamadun Majan yang agung, sebuah tamadun yang kali pertama disebutkan di dalam teks-teks kuneiform Sumeria sebagai sumber tembaga dan batu diorit yang penting buat Mesopotamia.",
"Sepasukan penyelidik dari Kementerian Warisan dan Budaya mula menjalankan kerja-kerja ekskavasi di tapak arkeologi yang terletak di Bildat Al-Ayoon itu demi memelihara sekitar 250 buah kubur sebelum melanjutkan kerja-kerja pembinaan jalan. Ahli-ahli arkeologi menemukan sejumlah artifak, termasuklah tembaga dan barang perhiasan yang bertarikh sekitar Zaman Besi hingga ke pertengahan Zaman Gangsa bagi tamadun Majan, yang kadangkala disebut sebagai tamadun Magan.",
"Tablet-tablet Sumeria yang menyebutkan tentang tamadun Magan sebagai sumber yang membekalkan tembaga dan dipercayai secara meluas bahawa Magan ini terletak di Oman moden dan mungkin meliputi sebahagian Iran. Catatan-catatan perdagangan dari tamadun Lembah Indus, Sumeria dan Assyria kesemuanya menyebutkan tentang pelabuhan Magan dan menyifatkan kejayaan ekonomi yang mereka kecapi sebagai sumbangan yang antara lain adalah daripada Magan, yang dirujuk dalam teks-teks purba sebagai ‘Gunung Tembaga’.",
"Sememangnya bukti dari penggalian yang dilakukan berhampiran Sohar di Oman mendapati bahawa lombong tembaga dan kilang peleburan dibangunkan dengan cukup maju pada tahun 2000SM. Pada hari ini, terdapat sebanyak 150 buah tapak tembaga purba ditemui di seluruh Oman.",
"Pelbagai komoditi berharga yang lain di Mesopotamia turut datang dari Magan. Antara lain termasuklah kayu dan batu. Tukang-tukang kayu dari Magan juga pernah disebutkan secara spesifik di dalam inskripsi-inskripsi Sumeria tahun 2050SM.",
"Isolasi relatif dari tamadun Magan berlanjutan sehingga milenium pertama apabila tapak-tapak arkeologi yang digali menunjukkan petanda bahawa Oman telah pun berhubung dengan empayar Assyria dan Arya. Tamadun Arya dipercayai memperbaharui hubungan perdagangan dengan Oman yang berfungsi sebagai rangkaian yang membawa masuk kayu, tembaga dan rempah-ratus.",
"Penyelidikan yang lebih mendalam di semenanjung Oman telah menemukan sejumlah tapak arkeologi milik tamadun Magan. Akan tetapi, maklumat berkenaan zaman yang penting dalam sejarah Oman ini masih lagi tidak banyak. Ahli-ahli arkeologi masih belum mengetahui sama ada terdapat sebarang barangan tembaga di tapak arkeologi Bildat Al-Ayoon ataupun tidak. ",
"Walau bagaimanapun, diharapkan supaya penemuan yang dilakukan ini dapat mencerahkan lagi kefahaman tentang tamadun Magan yang masih serba sedikit setakat ini, sebuah tamadun yang memainkan peranan yang cukup penting buat Mesopotamia dan sejarah Oman. ",
"DITERJEMAHKAN DARI:April Holloway. (13 Februari 2014). Ancient artefacts found in Oman are linked to great Majan civilisation. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/ancient-artefacts-found-oman-are-linked-great-majan-civilisation-001337 "
] |
https://www.thepatriots.asia/the-38th-parallel-sempadan-yang-memisahkan-dua-korea/ | The 38th Parallel: Sempadan Yang Memisahkan Dua Korea | [
"Semenanjung Korea secara rasminya bebas dari cengkaman Jepun selepas berakhirnya P3rang Dunia Kedua (WW2) pada tahun 1945, setelah dikuasai oleh Empayar Jepun sejak dari tahun 1910 semasa era pemerintahan Emperor Sunjong, iaitu Dinasti terakhir Raja Korea.",
"Namun begitu, pembebasan tersebut tidak memberikan Korea status sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka.",
"Sebaliknya, ketiadaan Jepun telah membentuk kelompongan kuasa (power vacuum) di semenanjung Korea, sekali gus menjadikan wilayah strategik itu sebagai kawasan perebutan pengaruh yang melibatkan dua hegemoni kuasa besar dunia; Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet (USSR).",
"Amerika Syarikat yang pada ketika itu sedang berada di ambang P3rang Dingin dengan Kesatuan Soviet, telah menjadikan wilayah Korea sebagai ‘benteng’ utama dalam mengekang sebarang usaha penyebaran pengaruh komunis Soviet dan China.",
"Setelah ‘Allies Power’ berjaya menundukkan Empayar Jerman dan Jepun semasa WW2, AS dan USSR dengan ghairahnya memulakan langkah percaturan geopolitik mereka di Benua Asia khususnya di wilayah Asia Timur dengan mensasarkan semenanjung Korea dan Vietnam.",
"Persaingan dua kuasa besar tersebut kemudiannya membawa kemudharatan yang besar ke atas rakyat Korea, yang mana Bangsa Korea telah di doktrin dengan dua ideologi politik berbeza, iaitu; Kapitalis dan Sosialis.",
"Perbezaan yang ketara dalam aspek fundamental asas ideologi ini telah membawa kepada perpecahan semenanjung Korea, sedangkan dahulunya mereka semua hidup di bawah satu empayar yang sama selama beribu tahun.",
"Pada tahun 1948, semenanjung Korea telah dipecahkan kepada dua wilayah iaitu; wilayah Korea Utara dan Korea Selatan. Perpecahan ini dibuat menerusi garis sempadan ‘artificial’ ciptaan barat yang dinamakan sebagai ‘The 38th Parallel’.",
"Lebih spesifik, sempadan ini direka oleh ‘US War and State Department’ bagi menggerakkan usaha untuk membentuk sebuah negosiasi yang ‘harmoni’ bersama USSR.",
"Wilayah selatan telah dikuasai oleh pimpinan kerajaan yang berideologi Kapitalis, menerusi pemerintahan Syngman Rhee selaku Presiden Korea Selatan yang pertama, setelah menubuhkan kerajaan ‘Republic of Korea’ (ROK) pada 15 Ogos 1948 atas sokongan padu dari AS.",
"Manakala, wilayah utara pula ditadbir oleh Kim Il-Sung yang turut digelar sebagai ‘Pemimpin Ulung’ Korea Utara yang pertama, dengan mengadaptasi ideologi Komunis atas sokongan kerajaan Soviet dan China menerusi penubuhan ‘Democratic People’s Republic of Korea’ (DPRK) pada 9 September 1948.",
"Melalui ‘persefahaman’ yang dibuat secara bersama di antara kerajaan AS dan USSR, kedua-dua hegemoni tersebut telah bersetuju untuk membuat pengunduran tentera dari semenanjung Korea secara berperingkat.",
"Pengunduran itu dimulakan oleh tentera Soviet pada tahun 1948, diikuti dengan pengunduran pasukan tentera AS pada tahun 1949.",
"Walau bagaimanapun, pengunduran kedua-dua pasukan tentera ini tidak langsung memberikan keamanan kepada semenanjung Korea. Sebaliknya, negara Korea Utara dan Korea Selatan bertanggapan bahawa mereka adalah musuh.",
"Permusuhan sesama sendiri itu telah diburukkan lagi dengan kewujudan fahaman radikal yang dibentuk melalui pertembungan dua ideologi politik yang berbeza. Hal ini dikatakan demikian kerana, masing-masing mahu mentadbir semenanjung Korea secara total dengan mendirikan negara berasaskan fahaman sendiri.",
"Malah, kedua-dua pemimpin Korea Utara dan Korea Selatan dikatakan tidak menerima sebarang bentuk ketetapan yang telah dipersetujui menerusi ukiran sempadan ‘The 38th Parallel’. Hal ini telah membawa kepada malapetaka baharu yang dahsyat, iaitu P3rang Korea yang berlaku pada 25 Jun 1950 hingga 27 Julai 1953.",
"Menurut rekod sejarah, sempadan ‘The 38th Parallel’ telah direncanakan sejak bulan Julai tahun 1945 lagi, melalui persidangan antarabangsa yang dikenali sebagai ‘Postdam Conference’.",
"Persidangan Postdam telah dianjurkan oleh ‘The Allied Powers’, yang terdiri daripada negara-negara pemenang WW2 iaitu; AS, USSR dan British. Persidangan yang diadakan di wilayah Berlin, Jerman ini berlangsung pada 17 Julai 1945 hingga 2 Ogos 1945.",
"Pada awalnya, sempadan ‘The 38th Parallel’ hanya lah bersifat sementara dengan tujuan untuk ‘menstabilkan’ semula wilayah semenanjung Korea selepas berakhirnya WW2, yang mana AS dan USSR bersetuju untuk menguruskan perletakan senjata angkatan tentera Jepun secara bersama.",
"Tidak lama selepas itu, persidangan seterusnya diadakan di Moscow, Russia bagi membincangkan pembentukan dan hala tuju kerajaan Korea yang merdeka.",
"Persidangan yang turut dikenali sebagai ‘Moscow Conference’, telah mencadangkan agar AS, USSR, British dan China untuk terlibat secara langsung di dalam usaha mempersiapkan kepimpinan kerajaan baharu Korea dalam jangka masa 5 tahun, yang bermula pada bulan Disember 1945.",
"Walau bagaimanapun, persetujuan tersebut tidak bertahan lama, setelah P3rang Dingin di antara AS dan USSR bermula pada tahun 1947.",
"P3rang Dingin yang dibuat secara ‘halus’ ini semestinya mempengaruhi situasi politik di semenanjung Korea. AS dan USSR seolah-olah menjadikan wilayah itu sebagai gelanggang ‘proxy war’ yang bertujuan semata-mata untuk menjamin kepentingan strategik mereka di wilayah tersebut.",
"Pep3rangan Korea yang berakhir pada tahun 1953, telah membawa kepada pengekalan sempadan ‘The 38th Parallel’ sehingga ke hari ini. Sempadan ini terletak di kawasan gencatan senjata dan ketenteraan semenanjung Korea, iaitu ‘Korea Dimilitarized Zone’ (DMZ).",
"Sebagai info, nama sempadan ini diambil bersempena dengan latitud berukuran 38° yang terkandung di atas peta dunia. Sempadan Korea juga diiktiraf sebagai salah sebuah sempadan paling ‘hostile’ dan bahaya di dunia, yang memerlukan tahap kesiap-siagaan keselamatan tertinggi."
] |
https://www.thepatriots.asia/mary-max-2009-penyakit-mental-persahabatan/ | Mary & Max (2009) : Penyakit Mental & Persahabatan | [
"Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kematian Chester Bennington, vokalis dari band Linkin Park yang dikenali di seluruh dunia. Baru-baru ini juga, The Patriots telah menaikkan sebuah artikel tentang kemurungan. Kali ini, aku akan menulis tentang salah satu filem yang paling menarik yang pernah aku tonton, filem yang membuka mata dan minda aku tentang penyakit mental (mental illness), iaitu Mary & Max.",
"Mary & Max merupakan sebuah filem animasi ‘one stop’, bergenre drama-komedi. Filem ini diinspirasikan daripada persahabatan pena yang terjalin selama 20 tahun, di antara Pengarah (Adam Elliot) filem ini sendiri dengan seseorang yang berasal daripada New York. Penceritaan filem ini dilakukan menerusi ‘third person narration’. Gaya penceritaan mampu menarik minat kanak-kanak, namun mesej dan focus di sebalik filem Mary & Max ini hanya mampu difahami dan lebih sesuai dipertontonkan kepada orang dewasa. Filem yang berdurasi lebih kurang 1 jam setengah ini menceritakan kisah persahabatan pena di antara seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun yang tinggal di Australia (Mary) dengan seorang lelaki dewasa yang berumur 44 tahun yang tinggal di New York (Max).",
"Apa yang menarik tentang kehidupan Mary dan Max?",
"Mary Daisy Dinkle merupakan seorang kanak-kanak yang berkaca-mata. Mary lahir dengan tanda lahirnya di dahi yang sering dijadikan bahan ejekan dan bulian rakan-rakannya di sekolah. Mary merupakan anak tunggal yang tinggal bersama kedua ibu bapanya (Norman dan Vera Dinkle). Norman merupakan seorang yang obses dengan bangkai burung, manakala Vera pula merupakan seorang peminum (alcoholic). Mary merupakan seorang kanak-kanak yang kesunyian, membesar tanpa perhatian yang sepatutnya daripada ibu bapanya sendiri. Mary juga mempunyai seekor ayam belaan yang diberi nama Ethel.",
"Max Jerry Horrowitz merupakan seorang lelaki Yahudi yang bertukar menjadi seorang Atheist, setelah mengkaji buku-buku yang menulis tentang Tuhan. Max juga menghidap obesiti dan hanya suka memakan ‘chocolate hotdog’. Max tinggal berseorangan di salah satu apartment di New York, ditemani oleh seekor kucing yang diberi nama Hal, beberapa ekor siput babi yang dinamakan dengan nama-nama saintis terkemuka, seekor ikan yang diberi nama Henry dan juga seorang ‘imaginary friend’ yang bernama Mr. Ravioli. Max juga mempunyai seorang jiran buta yang bernama Ivy. Disebabkan penyakit obesiti nya, Max sering menghadiri ‘support group’ yang diberi nama ‘Overeaters Anonymous’ di samping temu janjinya dengan psikiatris yang bernama Dr Bernard Hazelhof.",
"Di antara persamaan Mary dan Max ialah mereka meminati rancangan televisyen yang bertajuk The Noblets, meminati coklat dan mereka juga berasal daripada institusi kekeluargaan yang bermasalah.",
"Mengapa Filem Ini Perlu Ditonton?",
"Mary & Max merupakan salah satu filem yang mampu meningkatkan kesedaran dan mengubah persepsi dan stigma masyarakat tentang penyakit mental. Ini kerana, melalui filem Mary & Max ini sendiri, penonton didedahkan dengan kepada 3 jenis penyakit mental yang dihidapi oleh 3 watak iaitu:",
"1. Aspeger Syndrome ",
"Asperger Syndrome merupakan satu cabang kepada penyakit autism di mana pesakit mengalami dan mempamerkan kesukaran berinteraksi secara sosial dan komunikasi non-verbal di samping mempunyai minat spesifik yang tersendiri. Meraka yang menghidap Asperger Syndrome tidak pula mempunyai kesukaran bertutur mahupun masalah dari segi tumbesaran kognitif. Malah, sesetengah pesakit mampu mempamerkan kebolehan berbahasa yang tinggi.",
"Menerusi babak-babak awal filem, symptom Asperger Syndrome ini boleh dilihat pada watak Max. Namun, Max hanya disahkan menghidap Asperger menuju pengakhiran filem. Sebagai contoh, Max seringkali menyatakan bahawa dia tidak memahami niat di sebalik perangai, perlakuan dan tingkah-laku manusia sekeliling. Max juga tidak mampu mengenalpasti gaya ‘non-verbal’ yang digunakan manusia dalam komunikasi seharian, seperti senyuman, kerutan dahi dan lambaian tangan. Oleh itu, apabila Marjorie Butterworth cuba mendekatinya, Max merasa sangat tidak selesa, kerana dia tidak memahami kehendak dan tingkah laku wanita tersebut. Pesakit Asperger Syndrome juga sering kali mempunyai keunikan dan kelebihan dari segi kebolehan untuk fokus dan dan memberikan tumpuan yang tinggi. Dalam filem Mary & Max ini, Max boleh membaca 2 helai muka surat dalam satu masa di mana hanya sebelah mata yang digunakan untuk membaca 1 helai muka surat dan sebelah lagi untuk helaian muka surat yang kedua.",
"Kebanyakan daripada mereka yang menghidap Asperger Syndrome merasakan bahawa mereka tidak perlu diubati. Seperti Max yang menyatakan, ‘I do not feel disabled, defective, or in need of a cure. I like being an “aspie”! It would be like changing the colour of my eyes.’",
"2. Agoraphobia",
"Agoraphobia merupakan salah satu penyakit mental di mana pesakit mengalami masalah ketakutan apabila berada di tempat-tempat tertentu. Pesakit akan merasakan bahawa sesuatu yang buruk bakal berlaku di tempat tersebut dan mereka akan cuba menjauhkan diri daripada berada di situ.",
"Watak yang menghidap Agoraphobia ialah jiran hadapan rumah Mary yang bernama Len Hislop. Len merupakan seorang askar veteran yang pernah berkhidmat semasa Perang Dunia Ke-2. Len mengalami kecacatan kekal di mana kedua belah kaki nya telah diratah ikan Piranha apabila dia ditangkap dan diseksa oleh tentera Jepun. Oleh itu, Len hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda. Disebabkan penyakit Agoraphobia nya, Len telah mengupah Mary untuk mengambilkan surat-suratnya di luar rumah dan menyerahkan kepadanya.",
"Agoraphobia boleh berpunca daripada faktor genetik mahupun faktor sekeliling. Seseorang itu juga boleh menghidap Agoraphobia apabila pernah melalui trauma yang menimbulkan perasaan takut terhadap tempat tertentu. Dalam filem Mary & Max ini, agoraphobia yang dihidapi Len berpunca daripada trauma yang telah menyebabkan kecacatannya.",
"Kemurungan ataupun ‘depression’ merupakan salah satu penyakit mental yang mampu mencederakan dan membunuh diri. Bagi mereka yang tidak pernah mengalami kemurungan, ianya adalah satu penyakit yang sukar untuk diterangkan mahupun difahami. Kemurungan ini merupakan penyakit yang lebih daripada sekadar perasaan sedih, tetapi ia merupakan perasaan sedih dan ‘moody’ melampau, tanpa sebab-sebab tertentu, dan mampu menyerang pada bila-bila masa dalam durasi yang berbeza. Kemurungan mampu memberi kesan serius pada kesihatan mental mahupun fizikal pesakit. Produktiviti dalam melakukan urusan seharian juga boleh terkesan dengan kemurungan.",
"Dalam filem Mary & Max, watak Mary bermula sebagai seorang kanak-kanak yang kesunyian dan mempunyai keyakinan diri yang rendah. Berpunca daripada ketidaksempurnaan fizikal (tanda lahir nya di dahi), Mary membesar tanpa seorang pun sahabat melainkan Max, sahabat penanya. Namun, persahabatan mereka hampir musnah apabila setelah meningkat dewasa, Mary menggunakan Max sebagai satu kajian pembelajarannya (research case study) dalam mendalami Asperger Syndrome. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Max kerana bagi Max, satu-satunya sahabat yang dipercayai telah ‘melabel’ dirinya sebagai pesakit mental. Hal ini menyebabkan Mary kemurungan dan menjejaskan kesihatan mental dan juga fizikalnya sendiri,",
"‘Mary fell into a puddle of depression, self-loathing, and cooking sherry. She lost interest in the world, and it lost interest in her.’ ",
"Akibat daripada kemurungannya, dia ditinggalkan oleh suaminya sendiri dan akhirnya, Mary membuat keputusan untuk membunuh diri dengan menggantung dirinya.",
"Mary & Max mengajar penonton tentang erti persahabatan yang sebenar",
"“God gave us our relatives: thank God we can choose our friends.”- Ethel Watts Mumford",
"Persahabatan yang sebenar itu merupakan persahabatan yang menerima segala kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bukan sahaja menerima malah saling melengkapi dan menguatkan.",
"Menerusi filem Mary & Max, penonton didedahkan dengan persahabatan yang bertahan berdekad lamanya. Persahabatan yang bermula pada tahun 1976, dengan sebuah ‘yellow pages’ dan dengan sekeping surat yang ditulis oleh kanak-kanak berusia 8 tahun. Persahabatan di antara dua insan yang tidak sempurna di bawah situasi dan masalah yang berbeza, mengajar penonton tentang bagaimana penyakit mental itu hanyalah sebuah diagnosis dan bukanlah penentu sikap dan individualiti seseorang manusia.",
"Persahabatan Mary dan Max juga mempamerkan bahawa dengan meyedari kekurangan diri sendiri, baru lah kita dapat menyelami kekurangan yang lain. Hal ini dapat menimbulkan persefahaman di dalam hubungan persahabatan itu sendiri.",
"Menyingkap kata-kata Max dalam suratnya kepada Mary,",
"‘When I received your book, the emotions inside my brain felt like they were in a trumble dryer, smashing into each other. The hurt felt like when i accidentally stapled my lips together, the reason I forgive you is because you are not perfect. You are imperfect, and so am I. All humans are imperfect, even the man outside my apartment who litters. When I was young, I wanted to be anybody but myself. Dr Bernard Hazelhof said I was on a desert island then I would have to get used to my own company, just me and the coconuts. He said I would have to accept myself, my warts and all, and that we don’t get to choose our warts. They are a part of us and we have to live with them, we can, however, choose our friends and I am glad I have chosen you. Dr Bernard also said, that everyone’s lives are like a very long sidewalk. Some are well paved, others, like mine, have cracks, banana skins and cigarette butts. Your sidewalk is like mine but probably not as many cracks. Hopefully, one day our sidewalks will meet and we can share a can of condensed milk. You are my best friend. You are my only friend.’",
"Mary & Max mengajar kita tentang ketidaksempurnaan (imperfection).",
"Penyakit mental itu wujud dengan cabang yang berbeza. Seperti penyakit-penyakit lain, penyakit mental ataupun ‘mental illness’ ini bukanlah berpunca daripada kelemahan berhadapan dengan dugaan hidup mahupun kekurangan iman dalam diri. Seperti penyakit-penyakit lain, penyakit mental juga perlu diambil serius dan perlu dirujuk kepada pakar/psikiatris.",
"Tiada seorang pun manusia yang sempurna. Setiap seorang daripada kita mempunyai kekurangan masing-masing. Perbezaannya hanyalah pada pilihan manusia untuk mempamerkan kekurangan tersebut ataupun menyembunyikannya di dalam diri.",
"We are all fighting our own battles and demons within ourselves.",
"Oleh itu, sentiasa lah berlaku dan berkata baik sesama manusia, kerana di sebalik senyuman dan tawa, mungkin tersembunyi kesedihan dan kemurungan yang tidak dijangka.",
"Mencaci dan mengejek mereka yang menghidap penyakit mental sangatlah tidak membantu untuk memulihkan kondisi mereka apatah lagi menghukum sewenang-wenangnya. Sedarlah diri, kita semua manusia yang penuh dengan cacat cela, berhentilah membuat kerja Tuhan yang Maha Sempurna.",
"Aku harap dengan review kali ini, kesedaran tentang penyakit mental di kalangan masyarakat kita dapat meningkat. Diharapkan juga, penulisan ini ‘sampai’ kepada semua lapisan masyarakat dalam keadaan yang baik, seperti kata-kata Max, ‘gey gezunterheyt’.",
"Rujukan & bacaan lanjut:",
"i. autismspeaks.org\nii. www.nhs.uk\niii. www.helpguide.org\niv. autisminitiatives.org\nv. https://www.theodysseyonline.com/17-things-you-need-to-know-about-mental-illnes"
] |
https://www.thepatriots.asia/kerana-vira-aku-binasa/ | Kerana ‘Viral’, Aku Binasa | [
"Jujurnya, aku tak pernah minat semua benda berkait dengan tular ini. Sebab bagi aku, ianya bukan ada nilai berita. Kalau ada sekalipun, cukup untuk kita ambil iktibar atau jadikan inspirasi. Tapi masalah bagi orang kita ialah apa benda yang dirasakan pelik atau salah, tindakan pertama ialah tularkan perkara tersebut di laman media sosial. Bila ia dapat sambutan, maka keluarlah segala perkataan tak sepatutnya bila menonton. Dan bila itu saja tidak mencukupi, kita tularkan video-video di mana dalam sesetengah keadaan, ia amat jelik dan memualkan.",
"Bila ditanya kenapa tular benda sebegini, jawapannya ialah nak benda ini diketahui umum. Si pelaku nak orang ramai tahu si pelaku dan kenapa dia bersalah. Si pelaku mahukan informasi yang diterima diketahui umum secepat mungkin. Masalahnya ialah bila apa yang ditularkan itu palsu atau ia beri gambaran salah pada satu situasi. Contoh paling mudah, kisah seorang pak cik yang mengalihkan jubahnya dari seorang perempuan tapi dilabel sebagai miang dan seumpamanya. Di sini aku nak tanya, ke mana perginya pertimbangan akal kita? Dan kalau terkena situasi tersebut, maka apa yang kita harus buat? Kita takkan berbuat demikian sebab lidah kita terlalu sedap mengutuk orang dalam video itu dan tangan gatal nak berkongsi dengan sesiapa saja yang mahu menonton.",
"Bukan sekali dua tapi banyak kali kita ditipu berkenaan benda ini. Dan ini dimanfaatkan oleh orang-orang tertentu terutama ahli politik untuk meraih populariti murahan. Bagi yang mengikuti kisah pilihan raya, pasti takkan lupa kisah 40,000 orang Bangladesh jadi pengundi hantu atau kisah pusat undi bergelap. Berita-berita palsu dakwa seseorang itu sakit atau telah meninggal dunia, sudah ramai terkena dari karyawan seni sampailah golongan berpengaruh. Tularkan maklumat palsu dengan hasrat cetus huru-hara atau bagi harapan palsu, ini memang kerap. Pilih medium apa yang anda nak dari petikan pos media sosial kepada rakaman video atau gambar yang diedit mengikut agenda orag tertentu. Pendek kata, ia sesuatu yang memualkan dan merosakkan keamanan udara sesebuah kawasan.",
"Bila sudah jadi kes-kes viral yang dibuktikan palsu, kerajaan terpaksa buat satu portal iaitu portal Sebenarnya.my untuk melihat sesebuah cerita yang kita tahu sah atau bohong. Portal Sebenarnya.my ini merupakan tindak balas kepada kebanjiran berita palsu yang melanda masyarakat hari ini. Ia dianggap satu sumber yang berautoriti dan amat membantu dalam memerangi penularan berita-berita palsu. Tapi sayang, benda sebegini gagal dimanfaatkan kerana persepsi kerajaan mengawal berita agar khalayak tidak tahu. Masalahnya, kalau itu tidak boleh dipercayai, maka siapa yang harus dipercayai?",
"Pada aku, benda sebegini sebenarnya tak diperlukan sebab Tuhan sudah beri panduan kepada kita sendiri untuk tahu sesebuah berita itu palsu atau tidak. Allah s.w.t sudah berfirman dalam ayat 6, Surah Al-Hujurat, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”",
"Bila dapat sesuatu berita, patutnya ia diselidiki sehabis mungkin. Kita kena tengok siapa pembawa berita itu sebab pembawa berita ini boleh saja ada agenda tertentu. Kita kena tengok juga aspek keperibadiannya kerana boleh saja ia mempengaruhi kesahihan berita yang dibawa. Selain itu, bila dapat berita, sahkan berita tersebut dengan sumber yang kuat dan dipercayai. Malangnya, orang kita dilihat lebih berminat menyebarkan benda-benda sebegini tanpa mengetahui nilai berita, motif berita dan kesan sekiranya ia disebarkan. Jika setakat untuk bantu pihak berkuasa mengesan penjenayah atau sebarluaskan info kritikal, itu tiada masalah.",
"Masalahnya, bila berita yang disebarkan itu palsu atau sengaja bagi gambaran salah pada individu atau organisasi, tidakkah kita sedar kita sebenarnya menyebarkan fitnah? Sudahlah sebarkan fitnah, kita mengata lagi orang dalam video atau gambar tersebut. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya sediakan ladang dosa untuk diri sendiri. Dan ianya akan terus bertambah selagi mana benda itu tersebar luas dan orang terus percaya.",
"Tuhan amat membenci perbuatan fitnah dan menyelar mereka sekeras-kerasnya dalam Al-Quran. Tak percaya? Firman-Nya dalam ayat 11, Surah Al-Qalam, “Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan.” Nampak ringan? OK, ambil ini pula. Firman Allah dalam ayat 193, Surah Al-Baqarah, “Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Betapa besarnya perbuatan ini sampai Tuhan perintahkan golongan pemfitnah diperangi!",
"Dan ada tempat istimewa untuk kelompok ini dalam neraka. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang berkata mengenai seorang mukmin yang tidak ada padanya, maka Allah akan menempatkan mereka di Rodghah Al-Khabal sehingga ia keluar dari apa yang ia katakan.” (Riwayat Abu Daud) Para ulama yang mensyarahkan hadis ini menyatakan Rodghah Al-Khabal ialah sebuah tempat mengandungi cairan penduduk neraka terdiri daripada peluh, darah, nanah, kotoran dan apa saja dari golongan pemfitnah sampailah ia keluar dari apa yang dikatakan atau tuduhan tersebut ditarik balik.",
"Kalau dicampak ke situ saja tidak menggerunkan, golongan sebegini patut takut pada perkataan ini: muflis. Ya, muflis tapi bukan dari segi kebendaan tapi dari segi amalan. Ini yang dijanjikan Nabi s.a.w dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Pada satu ketika, baginda bertanya definisi muflis kepada para sahabat. Mereka menjawab, “Orang yang muflis (bankrap) diantara kami adalah orang yang tidak punya dirham dan tidak punya harta.” Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Orang yang muflis (bankrap) dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) melaksanakan shalat, menjalankan puasa dan menunaikan zakat, namun ia juga datang (membawa dosa) dengan mencela si ini, menuduh si ini (memfitnah), memakan harta ini dan menumpahkan darah si ini serta memukul si ini. Maka akan diberinya orang-orang tersebut dari kebaikan-kebaikannya. Dan jika kebaikannya telah habis sebelum ia menunaikan kewajibannya, diambillah keburukan dosa-dosa mereka, lalu dicampakkan padanya dan ia dilemparkan ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim)",
"Makanya, masihkah anda berani menularkan sesebuah video atau berita lebih-lebih lagi sekiranya ia palsu? Walau apapun alasan anda, kalau anda teruskan juga, maka anda sebenarnya jadi api dalam sekam yang mengancam keharmonian dan keamanan masyarakat."
] |
https://www.thepatriots.asia/halloween-perayaan-pagan-celtic-yang-dimodenkan/ | Halloween: Perayaan Pagan Celtic Yang Dimodenkan | [
"1. Halloween adalah sebuah hari perayaan yang disambut oleh masyarakat Kristian pada masa kini yang ditetapkan pada 31 Oktober. Perayaan yang pada mulanya merupakan sebuah sambutan agama pagan, lama-kelamaan ianya diserapkan ke dalam agama Kristian sebagai salah satu bentuk kebudayaan agama mereka.",
"2. Perlu diketahui sejarah perayaan ini bermula pada 2,000 tahun dahulu yang dimana bangsa Celtic, bangsa yang pernah mendiami tanah yang disempadankan negara moden sekarang iaitu Ireland, United Kingdom dan Perancis utara, menyambut sambutan tahun baru mereka pada 1 November.",
"(The Archaeology of Celtic Britain and Ireland: C.AD 400 – 1200 oleh Lloyd Robert Laing).",
"3. Pada hari itu (1 November), bangsa Celtic menandakan hari tersebut merupakan hari terakhir berakhirnya musim panas dan bakal bermulanya musim sejuk yang dipenuhi kegelapan, kesejukan dan musim yang dimana menyebabkan kematian manusia di wilayah berkenaan.",
"4. Bangsa Celtic percaya bahawasanya pada malam 31 Oktober, benteng penghalang diantara dunia kematian dan dunia kehidupan akan dibuka, dan para roh dari dunia kematian akan mengambil peluang ini untuk kembali ke bumi.",
"5. Bangsa Celtic yang percaya dengan kehadiran para roh yang bakal mencetuskan kekacauan diantara manusia bahkan merosakkan tanaman menemui sebuah inisiatif untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku iaitu dengan melakukan sebuah upacara yang menghormati dewa-dewi mereka. Upacaya perayaan ini dikenali sebagai Eve of Samhain dan dijalankan oleh para Druid. Sam-hain membawa maksud ‘penghujung musim panas’.",
"Jadinya, pada petang tersebut (sebelum tibanya malam 31 Oktober), para pendeta Celtic atau lebih dikenali sebagai Druid akan melakukan sebuah ritual kepercayaan mereka dengan membakar unggun api yang dianggap suci ditengah sesebuah kelompok masyarakat. Pada waktu berjalannya ritual tersebut, masyarakat Celtic kuno selalunya mengenakan pakaian/kostum yang diperbuat daripada haiwan (tulang, kulit dan bulu haiwan).",
"Setelah masyarakat berkumpul di sekitar unggun api, maka mereka dikehendaki mempersembahkan korban mereka kepada dewa-dewi dengan membakar haiwan atau hasil tanaman mereka ke dalam unggun api tersebut. Dengan mempersembahkan korban mereka, maka mereka percaya yang para dewa-dewi akan melindungi bangsa Celtic selama berlangsungnya musim sejuk tanpa sebarang kecelakaan atau kematian.",
"Sebelum tibanya malam, maka unggun api tersebut dipadamkan pada petang itu juga. Maka pada malam 31 Oktober, unggun api tersebut dinyalakan semula yang menandakan musim sejuk mereka selamat tanpa ancaman bahaya.",
"(Magic of the Celtic Otherworld: Irish History, Lore and Rituals oleh Steve Blamires).",
"6. Sehinggalah tiba pada tahun 43 M, empayar Rom berhasil menakluk keseluruhan tanah yang majoritinya didiami oleh bangsa Celtic. Pertembungan diantara agama Kristian yang menjadi agama rasmi empayar Rom dan agama pagan anutan bangsa Celtic selama 400 tahun lamanya menyebabkan sebahagian kebudayaan Celtic diserapkan ke dalam kebudayaan Rom. Tidak terlepas juga dengan perayaan Samhain ini.",
"7. Empayar Rom mencampurkan perayaan Samhain ke dalam dua buah perayaan mereka iaitu perayaan Ferallia dan Pomona.",
"Perayaan Ferrallia adalah perayaan bangsa Rom yang menghormati roh orang yang telah meninggal dunia manakala perayaan Pomona merupakan sebuah sambutan yang menghormati Dewi Pomona, iaitu dewi yang menjaga buah-buahan dan pokok.",
"(Ovid’s Revisions: The Editor as Author oleh Francesca K. A. Martelli & Halloween and Commemorations of the Dead oleh Roseanne Montillo)",
"8. Setelah mendapat perizinan rasmi daripada kaisar empayar Rom Byzantine Phocas untuk mengubah kuil Pantheon (kuil menyembah dewa agama pagan Rom) ke gereja maka pada tanggal 13 Mei 609 M, Pope Boniface IV menetapkan perayaan pada hari tersebut adalah ‘All Martyrs Day’.",
"9.Setelah beberapa lama menyambut perayaan All Martyrs Day, maka Pope Gregory III menetapkan pula tarikh perayaan tersebut diubah ke tanggal 1 November dan hari tersebut mula digelar sebagai ‘All Saints Day’.",
"10. Pada abad ke-9 M, seiring dengan perkembangan kekuasaan empayar Rom dan agama Kristian, maka majoriti masyarakat Celtic yang memegang agama pagan berubah perlahan-perlahan dan menganut agama Kristian.",
"11. Pada tahun 1000 M, pihak gereja menetapkan pula pada tanggal 2 November sebagai ‘All Souls’ Day’ iaitu hari yang menghormati para roh.",
"Hari perayaan ‘All Souls’ Day’ masyarakat Celtic yang beragama Kristian hampir menyamai perayaan pagan Samhain iaitu hari tersebut juga diraikan masyarakat dengan menyalakan unggun api yang besar dan masyarakat yang berpakaian sepertimana menyambut perayaan Samhain. Selain itu, Hari Para Saint (All Saints Day) dikenali sebagai All-hallows atau All-hallowmas yang diambil daripada perkataan ‘Alholowmesse’. Lama-kelamaan bangsa Celtic yang beragama Kristian memanggil perayaan All Saints Day sebagai All-Hallows Eve.",
"Dan dari hari All Hallows Eve sambutan bangsa Celtic ini, ianya mula diserapkan kepada bangsa lain dan pada hari kita semua mengenalinya sebagai Hari Halloween.",
"Kesimpulannya, Hari Halloween merupakan perayaan yang pada asalnya merupakan sebuah sambutan khusus yang diraikan oleh bangsa Celtic ketika mereka masih memegang agama pagan. Tetapi kerana ianya adalah sebuah perayaan yang turut dilakukan oleh umat Kristian, kita umat Islam haruslah menghormati sambutan sebegini, tetapi janganlah kita sesekali mengorbankan keimanan kita dengan turut menyambut perayaan tersebut. Cukuplah sekadar menghormati, bukannya ikut serta sekaki dengan memasang alasan ‘aku fleksibel’.",
"Kepala Jack o Lantern kau. Sebab apa? Sebab perayaan ini tidak ada kena mengena dengan bangsa Melayu dan agama Islam.",
"Saudara-saudara seIslamku, ingatlah ayat suci ini selalu dan sematkan di dalam hati kita untuk diamalkan tanpa segan-silu:",
"“Katakanlah; Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu juga tidak akan menyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan menyembah sebagaimana caramu menyembah. Kamu juga tidak menyembah sebagaimana caraku menyembah. Bagi kamu agamamu sendiri dan bagiku agamaku sendiri”.",
"(Al-Kafirun ayat 1-6).",
"Sumber:",
"1. Ascension Cosmology oleh TJ Morris.",
"2. The Archaeology of Celtic Britain and Ireland: C.AD 400 – 1200 oleh Lloyd Robert Laing.",
"3. Magic of the Celtic Otherworld: Irish History, Lore and Rituals oleh Steve Blamires.",
"4. Ovid’s Revisions: The Editor as Author oleh Francesca K. A. Martelli.",
"5. Halloween and Commemorations of the Dead oleh Roseanne Montillo"
] |
https://www.thepatriots.asia/penemuan-manusia-pra-sejarah-berusia-40000-tahun-ditemui-di-china/ | Penemuan Manusia Pra-sejarah Berusia 40,000 Tahun Ditemui Di China | [
"Kalau pasal manusia prasejarah, mesti ada yang terus salah faham tentang teori evolusi bagai. Umumnya, orang kita seolah-olah tutup telinga habis kerana sangka sains menafikan kewujudan Adam as.",
"Penjelasan di sini sangat mudah: sains tidak pernah menafikan kewujudan baginda. Sebaliknya sains tidak dapat mengulas kerana rangka suci baginda tidak pernah (atau takkan mungkin) ditemui.",
"Saintis menyibukkan diri dalam usaha penggalian yang mendedah banyak prasejarah menarik tentang asal-usul manusia.",
"Salah satu perkara menarik ditemui di China.",
"Kekayaan Bumi Prasejarah",
"Orang sekarang selalu membayang manusia prasejarah macam beruk. Sebab ramai termakan habis kononnya Charles Darwin cakap manusia berevolusi daripada beruk (beliau tidak pernah cakap). Untuk memahami kehidupan prasejarah, kena buka minda sikit dan ketepikan habis pemahaman pasal beruk.",
"Manusia prasejarah sebenarnya berbudaya. Cuma bukti budaya mereka belum ditemui habis. Teknologi arkeologi sejak kebelakangan ini semakin maju, membolehkan kita faham pasal budaya prasejarah. Hasil kerjasama antara saintis China dan Jerman, hari ini kita belajar satu benda baharu pasal budaya prasejarah.",
"Lama kumpulan ini mengkaji di Lembangan Nihewan… atau lebih dikenali sebagai “Xiaochangliang”. Bagi yang mengikuti arkeologi China, mereka akan tahu Xiaochangliang merupakan kawasan paling penting dalam dunia prasejarah.",
"Di sinilah saintis jumpa peralatan batu yang berusia 1.36 juta tahun (Yang, et al., 2016). Dalam kawasan Xiaochangliang, saintis jumpa 40 tapak yang mempunyai peralatan sejuta tahun.",
"Bayangkan Xiaochangliang macam negeri. 40 tapak ini merupakan daerah. Mudah untuk faham.",
"Imbangan Penjαjαhan Pra-Tamadun",
"Salah sebuah “daerah” adalah Xiamabei. Di sini saintis terjumpa banyak unsur kebudayaan, seperti alat, cat dan lukisan serba unik. Apabila dibandingkan dengan penemuan tempat lain, saintis perasan ketara juga perbezaannya. Seolah-olah penemuan Xiamabei ada identiti tersendiri.",
"Sebelum ulas panjang pasal identiti, kita tengok dulu ciri-ciri unsur budaya ini. Pada zaman prasejarah dulu, manusia terbukti menggunakan ochre iaitu campuran tanah liat dan pasir.",
"Warna ochre boleh kata antara jingga dan merah-merahan, terbukti digunakan di Afrika dan Eropah sekurang-kurangnya 300,000 tahun yang lalu. Penemuan ochre paling tua di sebelah Asia pula baru dalam lingkungan 40,000 tahun sahaja (Lanese, 2022).",
"Dan ochre di Xiamabei ditemui dalam bentuk serbuk. Maksudnya, manusia prasejarah berjaya menukar ochre mentah (daripada tanah) ke ochre proses (bentuk serbuk).",
"Selain daripada inovasi rumit ini, saintis juga jumpa alat-alat batu yang berfungsi macam pisαυ. Kalau ochre yang mudah boleh diproses begitu rumit, alat-alat ini lagilah. Ada bukti yang pemegang pisαυ diukir betul-betul kemas untuk memudahkan kerja.",
"Penemuan sebegini membuktikan jurang inovasi dalam “evolusi teknologi”. Analoginya, macam syarikat Apple tiba-tiba buka kilang di tengah-tengah hutan Amazon. Dan semua suku dalam hutan tersebut ibaratkan jadi ketinggalan zaman. Sekadar analogi sajalah.",
"Apabila saintis mengesahkan unsur budaya beridentiti ini, mereka pula tengok “jenis manusia” yang hidup di kawasan tersebut. Semasa zaman prasejarah, manusia sebenarnya berjenis-jenis seperti Homo sapiens, Homo habilis, Homo neanderthalis dan sebagainya.",
"Tengok punya tengok, akhirnya memang sah: manusia prasejarah Xiamabei adalah H. sapiens.",
"Penemuan ini bantu saintis memahami tentang macam mana manusia hidup di persekitaran lebih sejuk. Budaya manusia prasejarah itu sendiri resap masuk dalam kehidupan sosial dan amalan ekonomi sampai mereka boleh menyesuaikan diri ikut musim (Wang, et al., 2022).",
"Mereka berjaya dimana manusia prasejarah sebelum mereka gagal. Jadi di sini saintis menubuhkan suatu teori kukuh. Bahawasanya H. sapiens datang untuk mengambil alih kawasan kerana mampu hidup.",
"Mungkin sebab itu juga, H. sapiens bangkit menjadi kuasa dominan di China bermula 40,000 tahun yang lalu (betul-betul dominan sekitar 29,000 tahun yang lalu).",
"RUJUKAN:",
"Lanese, N. (2022, Mac 3). Traces of an Ancient Human Culture From 40,000 Years Ago Unearthed in China. Live Science.",
"Wang, F., et al. (2022). Innovative ochre processing and tool use in China 40,000 years ago. Nature.",
"Yang, S., et al. (2016). The Lithic Assemblages of Xiaochangliang, Nihewan Basin: Implications for Early Pleistocene Hominin Behavior in North China. PLOS One."
] |
https://www.thepatriots.asia/apa-beza-turki-dan-turkic/ | Apa Beza Turki Dan Turkic? | [
"“Rakyat Turki yang mendirikan Republik Turki, disebut sebagai Türk milleti (Turkish nation/bangsa Turki)” — Mustafa Kemal Ataturk",
"Istilah ‘Turk’, pada konteks moden adalah perkataan Inggeris untuk merujuk kepada orang yang menyebut diri mereka sebagai seorang ‘Türk’. Tetapi pada dasarnya istilah atau nama ini dianggap pertama kali digunakan oleh orang-orang Proto-Mongolik dari suku etnik Hsien-pi di Asia Tengah.",
"Ia digunakan oleh suku Hsien-pi untuk merujuk kepada sekelompok golongan elit terkemuka dari suku-suku Konfederasi Hun yang tinggal di sekitar kawasan antara Sungai Ural dan Gunung Altai (wilayah yang disebut sebagai Tamadun Scythia oleh orang Yunani).",
"Manakala, perkataan Turk dikesan kali pertama digunakan sebagai nama untuk sebuah entiti politik ketika zaman kerajaan Türk Khaganate yang bermula di Gunung Altai pada pertengahan abad ke-6 yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Köktürk’ (Gokturk Khaganate).",
"Gokturk Khaganate atau Empayar Gokturk ini dipersetujui oleh para sejarawan Turkologi sebagai kerajaan berdaulat bangsa Turk yang pertama di dunia. Tamadun China dan Yunani juga didapati turut menggunakan perkataan yang sama iaitu “Turk” berdasarkan sistem abjad masing-masing.",
"Setelah runtuhnya Empayar Türk Kaghanate yang Kedua, zaman pergolakan yang besar menyebabkan berlaku penyebaran dan penghijrahan besar-besaran suku dari pecahan empayar Gokturk di sekitar Asia Tengah.",
"Akhirnya hari ini mereka telah membentuk pelbagai negara berdasarkan identiti budaya bangsa Turkik yang dimulakan melalui proses migrasi dan asimilasi campuran etnik baru di sepanjang perjalanan mereka.",
"Hasilnya, masing-masing pecahan ini akhirnya membentuk variasi suku kaum dengan nama yang berbeza, namun memiliki persamaan ketara dari segi bahasa, budaya dan pegangan agama.",
"PERSOALAN TENTANG ASAL USUL OGHUZ TURK",
"Di antara kumpulan-kumpulan Turkik yang bermigrasi ini ialah Konfederasi Oghuz, mereka bergerak mengikut laluan pinggir laut Caspian menuju ke semenanjung Anatolia di mana mereka kemudian bergaul dan bercampur dengan kumpulan etnik tempatan, akhirnya mewujudkan bangsa ‘Turki’ (Turkish) dan mengangkat dialek Oghuz Turkic mereka sebagai bahasa Turki.",
"Antara fakta penting yang harus diketahui ialah orang Turki tidak pernah “ethnically homogenous” atau tidak memiliki susurgalur keturunan yang sama secara langsung dengan orang Turkik sejak awal permulaan sejarah mereka. Orang-orang Turk Oghuz dari awal lagi tidak pernah kelihatan atau memiliki ciri-ciri fizikal Asiatic-Mongoloid pada asalnya. (bermata sepet, berkulit kuning langsat)",
"Cabang Turk Oghuz, Kipchak dan Karluk memiliki sifat antropologi suku Yörük moden Anatolia yang yang sempurna, suku ini juga dikenali sebagai salah satu pecahan genetik masyarakat dari cabang Turk Oghuz.",
"Menurut beberapa penelitian antropologi Rusia, orang Turk nomadik memiliki lebih banyak ciri-ciri ciri Europid semenjak kira-kira abad ke-6 hingga abad ke-9. Teori yang menegaskan bahawa bangsa Turk yang asli mestilah memiliki rupa fizikal Asiatik seperti Mongol dan bermata sepet adalah sekadar kenyataan bersifat politik.",
"Fakta lain yang tidak boleh dipertikaikan adalah bahawa catatan sejarah kontemporari tidak mengemukakan sebarang bukti mengenai proses asimilasi yang sistematik, atau masyarakat Kristian dipaksa memeluk Islam di Anatolia.",
"Agama, bahasa, budaya, dan tradisi kaum-kaum minoriti bukan Islam terselamat dan terpelihara walaupun hidup di bawah pemerintahan bangsa Turki selama hampir satu milenium, kerana orang Turki sentiasa menjadi elemen dominan secara demografi dan mendominasi kelas pemerintah di Anatolia, ia seperti sudah ditakdirkan, tuah bangsa Turki nampak di Anatolia.",
"Atas sebab ini, orang-orang Eropah Barat mula memanggil wilayah Anatolia sebagai “Turkey-Turchia”, yang bermaksud tanah orang Turki, sejak seawal abad ke-12. Jadi, tanah itu telah lama dinamakan bersempena nama sebuah etnik secara tidak langsung.",
"Ringkasnya, ‘Orang Turkik’ hari ini adalah “Orang Türk yang tersakiti” kemudian tersebar melalui proses etnogenesis sepanjang milenium yang melahirkan pelbagai bangsa yang saling berkait, dan keturunan sub-kelompok tertentu yang bernama Oghuz, dan berasimilasi dalam skala besar dengan genetik Mediterranean, kini bangsa ini menggunakan kata istilah Türk sebagai nama kebangsaan mereka.",
"SALAH FAHAM TENTANG ISTILAH TURKIC",
"Istilah “Turkic” adalah sejenis idea atau konsep buatan yang dicipta pada zaman moden secara politik, ia dicipta oleh para ahli bidang Turkologi dari Kesatuan Soviet.",
"Joseph Stalin, diktator Kesatuan Soviet ingin memecahbelahkan kesatuan orang Turki selama-lamanya. Dia melaksanakan dasar pemisahan budaya dengan membayangkan sebuah Republik artifikal di atas peta, dan masing-masing menjadi sebahagian daripada wilayah Kesatuan Soviet, seperti Uzbekistan dan Azerbaijan.",
"Orang Rusia memberikan nama yang berbeza kepada setiap pecahan bangsa Turk yang dibawah pengaruh mereka. Oleh itu, politik Rusia lebih terkenal sebagai kuasa pemisah.",
"Budaya yang berbeza diterapkan ke atas setiap republik “Turkik” ini. Budaya, huruf dan abjad ditukar untuk memecahkan kesatuan, bahkan kesannya masih boleh dilihat hingga hari ini melalui sempadan-sempadan Stalin yang memisahkan bangsa Turk.",
"Dengan kata lain, Kazakh, Uzbek, Azerbaijani, Kyrgyz, Turkish (Anatolia), Turkmen, Altai atau Bashkurt, mereka semua ini secara kolektif hanyalah orang Turk.",
"Setiap pecahan suku kaum ini memiliki dan berkongsi sejarah, asal usul, budaya, dan bahasa yang sama. Keluarga linguistik dan etnologi yang disebut “Turkic” merupakan catatan pertama yang diketahui tentang orang Turk dan berusia satu milenium lebih tua daripada konsep moden.",
"Hari ini, istilah Turkic lebih sinonim dikaitkan dengan istilah etno-linguistic yang melibatkan pecahan kaum yang berbeza-beza tetapi bertutur dalam satu kumpulan keluarga bahasa yang sama iaitu bahasa “Turkic”.",
"KAUM MINORITI MAMPU MENDOMINASI POPULASI",
"Tradisi negara dan asal-usul bangsa Kazakh bermula dengan kaum Hun secara teorinya, Setelah kaum Hun, tibalah zaman Empayar Göktürk, Setelah Göktürk, bangsa Mongol bangkit menakl*k sepertiga dunia.",
"Kemudian muncul era Pax Mongolica yang menyaksikan proses asimilasi dan pertukaran budaya besar besaran berlaku, secara beransur-ansur membentuk Kazakhstan yang merdeka pada zaman moden ini. Ini menjelaskan bahawa suku Kazakh tidak muncul dengan begitu sahaja tanpa sebab.",
"Sebaliknya, menurut bancian penduduk pada tahun 2006, struktur etnik Turki ditunjukkan seperti berikut:",
"-Turki 90%\n-Kurdi 7%\n-Zaza 1%,\n-Arab 1%\n-Circassian 0.3%\n-Laz 0.2%\n-Lain-lain 0.4%.",
"Berdasarkan angka-angka ini, ia menunjukkan bahawa satu-satunya kumpulan etnik minoriti dengan jumlah populasi yang besar dan boleh mempengaruhi struktur etnik secara umum, adalah orang Kurdi.",
"Dalam laporan lain yang dikemukakan oleh Suruhanjaya EU pada tahun 2005 yang bertajuk “Europeans and Languages”, 93% penduduk Turki menyatakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa Turki. Justeru, menyuarakan ‘klaim’ seperti “terdapat 24, 36, atau bahkan 47 etnik di Turki” dengan memanipulasi fakta dan angka juga merupakan usaha yang bermotifkan politik.",
"SOLUSI MENURUT MUSTAFA KEMAL",
"Istilah “Turkishness-Türklük” digambarkan sebagai “mempunyai hubungan kewarganegaraan dengan Negara Turki” dalam perlembagaan Turki. Mustafa Kemal Atatürk, pengasas Republik Turki moden, juga menggambarkan konsep kebangsaan melalui perlembagaannya sebagai berikut:",
"“Rakyat Turki yang mendirikan Republik Turki, disebut sebagai Türk milleti (Turkish nation/bangsa Turki)”",
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, istilah “Türkiyeli / dari Turki” dicipta dan dilaksana berdasarkan pendapat awam. Sebagai contoh, kita tidak mungkin dapat melihat definisi seperti “seseorang dari Jerman, Perancis, atau Britain” sebagai mewakili satu nama bangsa secara kolektif dalam perlembagaan negara-negara Eropah ini.",
"Oleh itu, tidak hairanlah seorang warganegara Republik Turki sentiasa dirujuk sebagai “orang Turk”, yang merupakan unsur dominan dan tiang pendiri negara bangsa itu.",
"Secara ringkasnya, seperti yang sering kita baca di laman sesawang perbincangan tamadun seperti Quora dan platform yang sewaktu dengannya, anggota dari mana-mana negara tertentu, dan bahkan seorang yang bukan berbangsa Turki tetapi memiliki kewarganegaraan Turki berusaha sedaya upaya untuk membuktikan bahawa orang Turki tidak wujud atau tidak asli.",
"Tetapi ketika mereka melakukannya, kebiasaannya mereka gagal meneruskan perbahasan ke satu titik penemuan baharu, mereka biasanya akan merosakkan perbincangan dengan “membawang” tentang isu-isu gosip dan politik semasa.",
"Perkataan “Turkic” merupakan konsep buatan yang direka ahli Turkologi Soviet untuk memisahkan negara-negara “Turkic” berdasarkan identiti dan bahasa sebagai sebahagian daripada proses asimilasi secara sistematik yang dilaksanakan oleh Republik Kesatuan Soviet.",
"Strategi ini, yang boleh dikatakan berjaya sampai ke batas tertentu, diselesaikan ketika menjelang akhir dekad 1930-an setelah melakukan penindasan luar biasa terhadap pemimpin ideologi dan intelektual yang hanya menyebut diri mereka sebagai orang Turki, dan bahasa mereka sebagai bahasa Turki.",
"Malahan, 20 jenis bahasa “Turki” yang berbeza dihasilkan untuk membezakan identiti negara-negara Turkik di bawah cengkaman Soviet dan lagi menggunakan satu bahasa sastera umum.",
"Peralihan dari tulisan Arab ke abjad Latin bertujuan untuk menguatkan lagi pemisahan identiti dan juga untuk menjauhkan rakyat Turk Azerbaijan dengan rakyat Turkistan dari pengaruh bangsa Turki di Anatolia. Namun reformasi bahasa oleh Mustata Kemal Atatürk pada tahun 1928 mengakibatkan usaha tersebut menemui kegagalan.",
"Sebelum akhir tahun 1930-an, sistem tulisan Cyrillic diserap terhadap bangsa Turkik. Karakter yang berbeza disesuaikan pada setiap bahasa sastera Turkik untuk sebutan perkataan yang serupa. Pada mulanya, perkataan “Turkic” jarang digunakan oleh sumber Barat dan Inggeris. Selepas separuh kedua tahun 1970-an, ia mula digunakan secara meluas ketika Per*ng Dingin sedang berlangsung.",
"Jadi, perkataan “Turki” mewakili status kewarganegaraan dan kebangsaan orang yang tinggal di Turki tanpa mengira agama dan etnik. Seperti yang dijelaskan oleh Mustafa Kemal Atatürk, “Rakyat yang mendirikan negara Republik Turki disebut sebagai bangsa Turki”, yang masih menjadi definisi yang sah hingga saat ini."
] |
https://www.thepatriots.asia/moana-kaitannya-dengan-dajjal-dan-manifetasi-tamadun-melayu-polinesia-untuk-dihayati/ | Moana: Kaitannya Dengan Dajjal Dan Manifestasi Tamadun Melayu-Polinesia Untuk Dihayati | [
"Antara persoalan-persoalan yang selalu dimainkan bila bercakap mengenai Moana ia adalah sebuah filem yang dikaitkan dengan Dajjal. Justeru, artikel ini akan mengulas sejauh mana dakwaan itu, sambil kita menghayati sejarah nenek moyang kita rumpun Melayu-Polinesia ini. ",
"Jadi, saya mahu memulakan artikel ini dengan beberapa petikan sejarah supaya kita merasai benang halus antara bangsa Melayu dan Hawaii, sehingga kita menganggap bahawa cerita ini ialah cerita tentang kita juga. ",
"Dalam Around The World With A King (1904), tulisan William N. Armstrong, pada halaman 126, ketika Raja Kalakaua dari Hawaii bertemu dengan Raja Chulalongkorn dari Thailand pada lewat bulan March tahun 1881, ketika raja Chulangkorn bertanyakan dari bangsa manakala Raja Kalakaua ini berasal, tanpa berselindung dengan penuh bangga, Raja Kalakaua mengatakan:",
"“Darah Melayu mengalir dalam badan beta!”",
"Lalu disahut oleh Raja Chulangkorn:",
"“Orang Thai pun mengalir darah bangsa Melayu dalam diri mereka!”",
"Ya kawan-kawan, kita sedang menonton sebuah filem yang sedang menggambarkan kepada kita tentang sebuah saudara jauh kita yang serumpun dari sudut bahasa, sejarah, budaya, dan juga keturunan. Kita sedang melihat sebuah filem yang membicarakan tentang kebudayaan seorang saudara jauh Melayu dan bagaimana mereka melupakan diri mereka setelah sekian lama ditelan oleh sejarah. Ironinya, situasi yang sama turut terlihat pada bangsa Melayu kita sendiri.",
"Saya cukup memuji Disney dalam kajian mereka mendalam tentang rumpun Austronesia/Melayu-Polinesia sebelum menghasilkan filem ini, sesuatu yang filem mahupun karya Malaysia sangat kekurangan. Sebagai contoh, dalam filem ini anda akan melihat bagaimana babi, ayam, kelapa dan tatu menjadi objek yang selalu dipaparkan seiring dengan perkembangan watak Moana itu sendiri. Mengapakah sedemikian?",
"Dalam makalah Coconut (Cocos nucifera L.) DNA studies support the hypothesis of an ancient Austronesian migration from Southeast Asia to America tulisan Luc Baudouin dan Patricia Lebrun, dua penulis ini mencadangkan bahawa antara faktor utama yang membuatkan kelapa boleh berada sehingga jauh Ecuador dan Benua Amerika kerana dibawah oleh suku-suku Austronesia/Melayu-Polinesia daripada Asia Tenggara kira-kira 2000 tahun yang lalu. Siapa suku-suku Austronesia ini? Tentunya nenek moyang kita, orang Melayu dan pelbagai suku-suku pelaut Austronesia yang wujud hari ini. Justeru, tidak hairanlah kalau anda melihat bagaimana kelapa cukup sinonim dengan pelaut-pelaut Austronesia di dalam filem ini.",
"Tidak cukup dengan itu, misalnya penggunaan ayam dan babi juga sangat berkait rapat dengan tamadun pelaut Austronesia/Melayu-Polinesia itu sendiri. Sebagai contoh, ayam sangat dekat dengan Austronesia/Melayu-Polinesia. Di dalam buku Austronesian Diaspora and The Ethnogeneses of People in Indonesian Archipelago : Proceedings of the International Symposium pada halaman 199 mengatakan bahawa orang Austronesia/Melayu-Polinesia di Kepulauan Melayu atau lokasi yang lebih tepat di Indonesia Timur pada hari ini adalah antara bangsa terawal di dunia yang mula menjinakkan ayam dan mendomestikkan pengunaaan ayam.",
"Begitu juga dengan babi yang juga dikatakan bangsa Austronesia/Melayu-Polinesia antara bangsa terawal yang mengaplikasikan pengunaan babi berbanding bangsa lain lalu tersebar ke serata tamadun yang lain. Sebab itu, watak yang mengiringi Moana dalam filem ini berkisarkan seekor babi yang comel dan juga seekor ayam yang mereng yang sangat mencuit hati para penonton.",
"Filem ini sangat jujur mengambarkan betapa suku-suku Austronesia/Melayu-Polinesia ini ialah raja lautan. Sebagai contoh, ketika Moana terjumpa sebuah gua atas bimbingan neneknya, dan sekaligus memorinya terus terbang tentang siapakah sebenarnya bangsa Austronesia/Melayu-Polinesia. Sebuah babak yang mengambarkan nenek moyang Moana begitu gigih meredah lautan. Bahkan lirik-lirik lagunya sungguh berhantu dan membuatkan bulu roma saya terus meremang. Saya kongsikan dengan kalian:",
"Tatou o tagata folau e vala’auinaE le atua o le sami tele e o maiIa ava’e le lu’itau e leleiTapenapena",
"Aue, aueNuku i muaTe manulele e tataki eAue, aueTe fenua, te mālieNae ko hakilia mo kaiga e",
"We read the wind and the sky when the sun is highWe sail the length of the seas on the ocean breezeAt night, we name every starWe know where we areWe know who we are, who we are",
"Aue, aueWe set a course to findA brand new island everywhere we roamAue, aueWe keep our island in our mindAnd when it’s time to find homeWe know the way",
"Aue, aueWe are explorers reading every signWe tell the stories of our elders in a never-ending chainAue, aueTe fenua, te mālieNā heko hakiliaWe know the way",
"Apa yang anda dapat daripada lirik lagu di atas? Lagu ini menceritakan kepada kita siapa itu bangsa Austronesia/Melayu-Polinesia itu sebenarnya! Suka saya kaitkan lirik di atas dengan sejarah tentang bagaimana Lynda Shaffler ada memetik dalam buku beliau.",
"“Bangsa Melayu berlayar dengan bantuan bacaan angin dan bintang, melalui pembacaan akan bentuk dan warna awan, atau melalui pembacaan warna air laut, melalui gelombang dan juga alunan ombak lautan. Orang Melayu dapat mengenal pasti lokasi sebuah pulau sejauh 30 batu jauhnya melalui pembacaan pada spesis burung, ikan dan batu karang yang ada di dalam lautan, sambil dibantu oleh alunan ombak.”",
"Babak ini dapat dilihat apabila Maui berlayar merentasi lautan luas bersama dengan Moana. Filem ini menggambarkan ilmu yang dimiliki oleh Maui dan lirik lagu We Know The Way seperti mana yang dicatatkan oleh Lynda Shaffler. Hayati bait-bait lirik seperti:We read the wind and the sky when the sun is highWe sail the length of the seas on the ocean breezeAt night, we name every starWe know where we areWe know who we are, who we are Dengan jelas, digambarkan bagaimana Maui mengajarkan Moana bagaimana untuk membaca bintang dan angin, untuk membaca air laut dan menaikkan layar dan mengenal pasti bagaimana untuk mengetahui mereka sudah sampai ke bahagian perairan atau tidak.",
"Info tambahan untuk lirik lagu itu, kalau anda turut mendengar dan memasang telinga lirik dalam Bahasa Hawaii, anda akan menjumpai perkataan-perkataan dalam Bahasa Hawaii yang turut wujud dalam Bahasa Melayu menjadikan dua bahasa ini sebagai bahasa adik-beradik. Sebagai contoh, Pulau dan Benua.",
"Tentunya, babak paling berhantu di dalam filem ini ialah di babak akhir yang melibatkan bagaimana Moana berhadapan dengan makhluk yang menjadi batu penghalang antara Moana dan Maui untuk mencapai misi dan objektif mereka. Ketika Moana sedang memujuk si raksasa yang sedang mengamuk itu, saya cukup tersentuh dengan bait-bait ayat yang berbunyi:",
"“Mereka rampas hati kau daripada diri kau. Tetapi pada penghujungnya, hanya kau yang mengenali siapa diri kau!”",
"Saya terus mengaitkan babak itu dengan percubaan penjajah untuk menjatuhkan prestij bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain dalam rumpun Austronesia/Melayu-Polinesia. Saya memandang hati itu sebagai simbolik kepada akar, imej dan identiti rumpun Austronesia/Melayu-Polinesia itu sendiri. Apabila penjajah menjajah mereka, mereka cuba membuatkan bangsa-bangsa ini menjauhkan diri mereka hakikat diri mereka.",
"Sebagai contoh bangsa Melayu, betapa berusahanya penjajah ini cuba mengambarkan siapa diri kita dan mengubah sejarah kita. Namun, pada penghujungnya hanya kita sahaja yang mengenali diri kita. Kita ialah bangsa pelaut yang menjelajah dan menjajah. Kita mengetahui prestij bangsa kita, dan semoga ia tidak ditelan zaman!",
"Dan kita sedang berada pada topik yang ditunggu oleh kita semua. Apakah benar Maui ini ada kaitan dengan Al-Masih Ad-Dajjal?",
"Sebenarnya hanya kerana terdapat sebuah hadis yang mengaitkan bahawa Dajjal datang daripada sebuah kepulauan lalu dikurung disana, terus mereka mengaitkan bahawa Maui dalam filem ini ada kaitan dengan Dajjal. Sebenarnya, dari mana cerita Maui ini?",
"Sama seperti unsur-unsur Austronesia/Melayu-Polinesia yang dipaparkan, ia datang daripada mitologi Polinesia itu sendiri. Ingat orang Yunani sahaja ada mitologinya? Orang Austronesia/Melayu-Polinesia pun adalah! Kalau Yunani terkenal dengan Zeus atau Norse terkenal dengan Lokinya, orang Austronesia/Melayu-Polinesia terkenal dengan seorang tokoh bernama Maui!",
"i. Mitos Maori",
"Dalam mitos Maori, Maui digambarkan sebagai seorang bayi ajaib yang dilontarkan oleh bondanya ke dalam laut sebelum diselamatkan oleh semangat laut dan dijaga oleh entiti yang setaraf tuhan bernama Tama-nui-te-ra lalu dijaga sehinga ke dewasa. Kisah yang menyelubungi Maui dalam mitologi Maori sangat epik. Antaranya ialah kanu yang didayungnya bertukar menjadi sebuah kepulauan yang menjadi rumah orang Maori hari ini iaitu Aotearoa atau New Zeland atau kisah bagaimana Maui menipu Dewa Api dan mencuri helah untuk menghasilkan api.",
"Kebolehan Maui yang lain adalah seperti membuatkan Matahari lebih lama berada di atas langit kerana siang yang terlalu pendek membuatkan orang-orangnya tidak dapat bekerja lebih masa. Kononnya Maui memukul matahari berulang kali menggunakan sejenis senjata yang menyerupai sabit yang dipanggil sebagai Manaiakalani yang panjang sehingga Matahari bersetuju untuk bergerak lebih perlahan dan memanjangkan tempoh waktu kesiangan.",
"ii. Mitos Hawaii",
"Mitos Maui dalam kisah orang Hawaii hampir sama atas dasar serumpun. Kalau dalam mitos Maori mengatakan bahawa Maui memukul matahari dengan tulang berbentuk sabit milik nenek moyangnya untuk memastikan matahari tidak bergerak terlalu lama, dalam mitos orang Hawaii pula diceritakan kononnya ketika ibunya mengadu kepada Maui bahawa hari terlalu pendek untuk menyidai kainnya, maka Maui telah memanjat gunung paling tinggi iaitu Gunung Berapi Tama-nui-te-ra.",
"Ketika Matahari sedang terbit, maka Maui dikatakan menggunakan rambut daripada adik-beradik perempuannya dan menjadikan tali lalu mengikat cahaya matahari dengan rambut tersebut. Matahari dikatakan merayu kepada Maui dan akan memenuhi permintaannya untuk memanjangkan siang berbanding malam sekiranya Maui melepaskannya.",
"Kalau orang Maori dengan mitos yang mengatakan bahawa Kepulauan New Zealand hari ini berasal daripada kanu yang didayung oleh Maui, orang Hawaii pula mempunyai mitos tersendiri tentang bagaimana kepulauan Hawaii ini boleh terbentuk. Kononnya ketika Maui pergi memancing dengan adik-beradiknya, Maui telah membawa mata kailnya dipanggil sebagai Manaiakalani dan mula memancing.",
"Mata kail tersebut dipasang oleh Maui di dasar lautan dan dia selepas itu, menipu adik-beradik lelakinya kononnya mereka telah menangkap seekor ikan yang sangat besar. Percaya dengan kisah itu, maka mereka anak-beranak mula menarik tali pancing sehingga terbitnya pulau dari dasar laut yang dikenali sebagai Pulau Hawaii hari ini.",
"iiii. Mitos Samoa",
"Dalam mitologi Samoa, Maui lebih dikenali sebagai TI’I-TI’I. Nama penuh Maui dalam miotologi Samoa ialah Maui-TI’I-TI’I dan antara kisah-kisah hebat yang menyelubungi Maui ini ialah membunuh seekor sotong kurita yang tinggal dalam sebuah gua. Kononnya sotong kurita ini mempunyai janggut yang sangat panjang dan kalau dia lapar, dia hanya perlu mengeluarkan janggutnya dari gua tersebut dan menarik mana-mana manusia masuk ke dalam mulutnya.",
"Antara persamaan Maui dalam mitologi Samoa dan mitologi orang polinesia yang lain ialah Maui dan penghasilan api dalam masyarakat Polinesia. Mengikut orang Samoa, api tidaklah wujud di kalangan manusia sehinggalah Maui mennyelinap masuk ke dalam sarang bawah tanah milik Dewa Api dan Gempa Bumi iaitu Dewa Mafuie. Kononnya untuk merampas api milik Dewa Api dan memulangkan kepada manusia, Maui harus bergusti dengan Dewa Api sehinggalah salah satu daripada tangannya patah.",
"Saya hanya menaikkan tiga buah mitologi Polinesia tentang Maui ini sendiri. Suku-suku lain yang turut berkongsi mitos Maui ini adalah seperti Tongga, Fiji, Tahitian, Mangareva dan banyak lagi. Secara ringkasnya, daripada kisah mitologi Polinesia di atas, kaum Mauii ini adalah Hercules bagi masyarakat rumpun Melayu-Polinesia. Seperti mana Hang Tuah ialah Hercules bagi masyarakat Melayu, Maui ialah Hercules bagi masyarakat Polinesia.",
"Sebenarnya, hikayat ini seperti mana hikayat bangsa lain, adalah sebuah kisah yang terselit sesuatu yang tersirat tentang tamadun sebuah bangsa. Kebiasaan seperti dalam setiap tamadun, tentu ada seorang tokoh yang sangat dikagumi. Lalu kekaguman atas tokoh ini membuatkan dia dipuja-puja sehinggakan diangkat menjadi TUHAN. Lalu banyaklah kisah-kisah mengagumkan mengelilingi tokoh ini. Terkadang juga, sebuah masyarakat menulis kisah sebegini dalam hikayat-hikayat mereka adalah sebagai untuk mengambarkan maksud tersirat dalam tamadun mereka.",
"Sebagai contoh, kalau kisah Maui ini, dia selalu dikaitkan dengan senjata ajaib berbentuk kerawit/sabit Maui yang banyak membantunya dalam pelayaran. Hakikatnya, sabit itu adalah sekadar gambaran merujuk kepada buruj jengking yang digunakan dalam ilmu navigasi di lautan. Kisah Maui dikatakan berkemampuan menarik matahari supaya siang hari lebih panjang sebenarnya membawa maksud berpindah ke kawasan yang jauh dari khatulistiwa di mana siang harinya lebih panjang pada Musim panas. Sebab itu masyarakat Hawaii anntara masyarakat yang paling jauh dalam wilayah masyarakat-masyarakat Austronesia/Melayu-Polinesia yang lain.",
"Saya percaya bahawa Maui ialah seorang manusia biasa seperti kita, tetapi kisahnya ditulis dalam bentuk hikayat dan bersifat kod yang dinanti untuk dibedah sendiri oleh anak cucuknya. Ia saling tak tumpah seperti mitos-mitos orang melayu kita. Sebagai contoh, Singapura dilanggar Todak atau kisah si Badang yang minum muntah Jin lalu menjadi gagah perkasa. Mitos adalah cara orang purba memahami dunia sekeliling mereka menggunakan daya kreativiti yang tertumpu di bahagian otak belah kanan.",
"Satu dua kebetulan dalam sebuah mitologi dengan kisah Dajjal tak boleh dijadikan sebagai hujah untuk mengaitkan Maui dengan Dajjal. Anda sebenarnya sedang menghina sejarah nenek moyang anda yang merupakan pelaut kental. Dalam banyak-banyak mesej hebat yang dipaparkan dalam filem, nak mengaitkan watak Maui dengan Dajjal jugak yang kita dok sebarkan.",
"Dan ketika ditanyakan oleh rakan facebook kalau benar bahawa Maui ini bukan Dajjal Al-Masih, kenapa mesti mitosnya berlatarkan kepulauan sekaligus menyamai hadis nabi tentang Dajjal yang dikurung disebuah kepulauan? Saya hanya menepuk dahi mendengarkan soalan ini.",
"Bangsa Melayu-Polinesia ialah sebuah bangsa yang menongkah lautan dan bermain dengan ombak. Mereka ialah Lord Of The Sea. Apabila mitologi mereka tidak berasaskan kepulauan dan lautan, tentu ada yang tidak kena. Tak akanlah mitologi bangsa pelaut harus berlatarkan padang pasir dan juga kawasan bersalji seperti mana mitologi Arab dan Eropah?",
"Akhir kata daripada saya, ambilah kata-kata daripada Prof Tatiana Denisova daripada Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains & Peradaban, Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia, seorang wanita Russia yang sangat tinggi roh Melayunya dan mengabadikan hidupnya mengkaji hikayat-hikayat Melayu:",
"“Hikayat dan Legenda itu adalah seni intelektualisma pada tahap tertinggi.”",
"Apabila anda menghina hikayat orang Austronesia/Melayu-Polinesia dengan sedemikian rupa, anda juga menghina tingkat intelektual yang dimiliki oleh orang Austronesia//Melayu-Polinesia apabila mendakwa salah satu daripada tokoh dalam sejarah mereka sebagai Dajjal/Anti-Christ.",
"Bagaimana mahu membuktikan bahawa Maui ialah Dajjal? Persoalan ini kami beratkan kepada mereka yang menyokong bahawa Dajjal ialah Maui.",
"1.) Buktikan bahawa Tamim dalam hadis Nabi pernah berlayar sejauh sehingga ke Kepulauan Pasifik di Hawaii.",
"2.) Buktikan teknologi perkapalan yang bagaimana yang membawa mereka sampai ke Hawaii. Sebab untuk menongkah arus lautan luas, bukan persisiran memerlukan teknologi perkapalan yang hebat, lagi-lagi pada zaman nabi.",
"3.) Buktikan bahawa terdapat pertembungan tamadun antara tamadun Arab dan Hawaii. Bawakan bukti dari kedua-dua tamadun seperti manuksrip, catatan atau chant orang Hawaii sendiri.",
"4.) Buktikan bahawa timeline Tamim dan Mauii adalah sama. Kalau tidak, perbezaan timeline dalam perbahasan sejarah meranapkan segala hujah terkemudian dan premis sejarah anda."
] |
https://www.thepatriots.asia/dekad-terpanas-sepanjang-sejarah/ | Dekad Terpanas Sepanjang Sejarah | [
"Menurut United Nations (UN), dekad (10 tahun) terkini merupakan dekad terpanas yang pernah direkodkan dalam sejarah. Menurut World Meterological Organization (WMO) menyatakan suhu global setakat ini telah meningkat 1.1 darjah Celsius sejak zaman pra-industri (1850 – 1900). Hal itu telah meletakkan 2019 sebagai antara tahun (top 3) paling hangat yang pernah direkodkan. Penyebaran karbon dioksida hasil daripada pembakaran manusia, membina bangunan dan penggunaan kenderaan telah menjadikan 2019 memecahkan rekod kepekatan karbon di atmosfera yang terus meningkatkan pemanasan global.",
"Laut yang menyerap 90% haba berlebihan yang dihasilkan oleh gas rumah hijau telah berada pada suhunya yang tertinggi. Lautan dunia kini sebahagiannya lebih berasid berbanding 150 tahun yang lalu. Hal ini telah mengancam ekosistem marin terpenting yang mana berbilion manusia bergantung kepadanya.",
"Pada bulan Oktober, purata paras air laut direkodkan berada pada paras tertinggi, disumbang oleh 329 bilion tan ais yang cair dari Greenland dalam tempoh 12 bulan.",
"Selain daripada fenomena perubahan iklim (climate change) yang perlu dihadapi oleh generasi masa hadapan, mereka juga perlu menghadapi kesan daripada fenomena tersebut ke atas manusia. Menurut laporan, lebih daripada 10 juta manusia telah pun dipindahkan ketika separuh tahun pertama 2019 – 7 juta disebabkan oleh cauca yang ekstrim seperti ribut, banjir dan kemarau. Ketika penghujung tahun, WMO menyatakan pemindahan berlaku disebabkan oleh cuaca yang ekstrim dapat mencecah seramai 22 juta orang.",
"Suhu baru sahaja meningkat sebanyak 1 darjah Celsius sejak zaman pra-industri, 2019 telah menghadapi gelombang haba yang membawa maut di Eropah, Australia dan Jepun. Ribut melanda telah memberikan malapetaka kepada tenggara Afrika. Api liar berada di luar kawalan di Australia dan California.",
"UN pada masa ini sedang memuktamadkan peraturan untuk perjanjian iklim Paris pada tahun 2015 yang meminta setiap negara untuk membataskan peningkatan suhu global di bawah 2 darjah Celsius. Pada tahun lepas, IPCC telah menggariskan betapa pentingnya untuk manusia memastikan bahawa suhu berada di bawah peningkatan suhu sebanyak 2 darjah Celsius dengan menghapuskan penyebaran gas rumah hijau serta ke arah penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy). UN menyatakan dunia perlu memotong penyebaran karbon sebanyak 7.6% setiap tahun sehingga tahun 2030 untuk memastikan suhu tidak lebih daripada peningkatan sebanyak 1.5 darjah Celsius.",
"RUJUKAN:",
"It’s Official: This Is The Hottest Decade in Recorded History, UN Warns. https://www.sciencealert.com/2010s-hottest-decade-in-recorded-history-un-says-as-emissions-rise-again"
] |
https://www.thepatriots.asia/kita-hampir-menang/ | Kita Hampir Menang | [
"Di saat ada media yang cuba memfokuskan isu kekurangan PPE semalam sehingga mencetus rasa panik [1], saya tetap menganggap sidang media Ketua Pengarah Kesihatan petang kelmarin adalah berita paling baik pernah kita dapat sepanjang wabak ini.",
"Kenapa?",
"Kerana Dr Noor Hisham adalah penjawat awam. Dia bukan ‘people pleaser’ yang perlu cari undi rakyat untuk mengekalkan jawatan.",
"Jadi apabila beliau mengatakan PKP Fasa 3 (bermula hari ini) berkemungkinan mampu MENAMATKAN terus wabak, ia adalah satu khabar gembira yang menenangkan jiwa setiap kita.",
"Kata-kata beliau bersandarkan statistik kejayaan yang sangat memberansangkan:",
"1. Semalam adalah hari ke 5 kita mencatatkan kes sembuh mengatasi kes positif baharu. Dan semua ini berlaku hanya dalam tempoh 8 hari.",
"Ini bermakna pada minggu terakhir PKP Fasa 2, hanya 3 hari kita mencatatkan peningkatan kes aktif. Baki 5 hari lagi mencatatkan penurunan.",
"Malahan kita berjaya menafikan analisis JP Morgan apabila jumlah kes positif kita masih di bawah 5000 berbanding jangkaan 6200 kes oleh institut antarabangsa tersebut",
"2. Tiada langsung petugas kesihatan dijangkiti ketika menguruskan pesakit kes positif – membuktikan keberkesanan SOP sedia ada serta kekompetanan setiap anggota yang terlibat.",
"3. Kapasiti rawatan pesakit Covid kita berjaya ditingkatkan kepada 7000 orang, jauh melepasi kadar kes aktif setakat semalam (13 April) iaitu 2,464 pesakit. Ini termasuk pembukaan pusat rawatan dan kuarantin MAEPS Serdang hanya dalam tempoh 4 hari yang dipuji media Jepun.",
"4. Kita berjaya melaksanakan 81,730 pengujian atau nisbah 2490 pengujian per sejuta penduduk. Hampir 50000 pengujian ini dilaksanakan hanya dalam tempoh 2 minggu PKP Fasa 2 melalui kerjasama MOSTI dan KPT.",
"Jumlah pengujian ini tidak termasuk ujian yang belum ada keputusan (pending case).",
"Pengujian kita juga berketepatan tinggi berbanding serological test yang diamalkan oleh sesetengah negara jiran yang akhirnya terbukti bermasalah.",
"5. Kerajaan hari ini juga memberi sepenuh kepercayaan kepada penjawat awam. Ini boleh kita lihat apabila inisiatif KPT bagi membawa pulang mahasiswa segera dibatalkan setelah diberi nasihat oleh Dr Noor Hisham.",
"Kepercayaan tinggi kepada kebolehan penjawat awam ini adalah antara punca kenaikan moral barisan hadapan kita.",
"6. Rakyat juga memberikan kepercayaan kepada kerajaan hari ini. Tak pernah kita lihat di negara lain, apabila seorang ketua kerajaan mengumumkan lanjutan perintah berkurung maka ia akan disambut penuh gembira oleh segenap lapisan rakyat.",
"Malaysia je lain.",
"Kegembiraan ini bukan dibuat-buat melainkan berdasarkan keyakinan bahawa apa yang sedang dijalankan hari ini adalah 100% demi kebaikan negara.",
"Percayalah tuan-tuan. Perang ini sudah hampir tamat.",
"Dan kita sedikit sahaja lagi akan menang",
"#KitaAkanMenang",
"Abdul Rahim Hilmi Zakariya\nBukit Tunggal Kuala Terengganu",
"RUJUKAN:",
"[1] https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/13/health-d-g-says-current-ppe-supply-can-only-last-two-weeks-calls-for-donati/1856395"
] |
https://www.thepatriots.asia/kenapa-makanan-korea-pedas/ | Kenapa Makanan Korea Pedas? | [
"Jujur cakap, orang Korea nak hilangkan stress dan sengsara hidup diorang dengan makan makanan pedas",
"Kebanyakan orang Korea cuba menghilangkan stress, kemurungan dan patah hati dengan memakan makanan seperti tteokbokki, mi dan kuah yang pedas-pedas.",
"Pedas dia terbahagi kepada 3 tahap.",
"1. Jjajeung (Pedas Gila)",
"Makanan ni pedas nak mati sampai buat lidah terbakar, muka berpeluh, mata berair dan hidung berhingus.",
"Dikatakan restoran makanan terpedas di Seoul, Shingil Spicy Jjambbong dakwa 10 orang pengsan dalam setahun bila makan di restorannya. Malah siap claim lagi, “Kemurungan atau stress dapat diatasi dalam masa 10 minit.”",
"Biasanya orang yang sedang stress dengan kerja makanan benda ni. Kerana kesengsaraan tahan pedas itu dapat melupakan seketika deadline yang terlepas, dimarah bos, makian klien dan mesin fotostat rosak.",
"2. Mashi-neun (Pedas Sedap)",
"Tak macam jjajeung, tahap kepedasannya masih boleh bawak bincang. Pedas yang rasa nak tambah lagi.",
"Ia membuatkan anda ketagih untuk terus makan dan bagus bagi sesiapa yang sedang patah hati.",
"3. Siwonhan-mat (Pedas Segar)",
"Segar yang dimaksudkan tu ialah rasa nyaman efek kuah panas mengalir ke dalam kerongkong dan tubuh. Ibarat makan mi maggi berkuah perisa kari panas-panas semasa hari hujan.",
"Oleh: Azizul Farhan",
"…",
"Korea banyak mengalami anjakan paradigma dari zaman ke zaman. KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah Korea hingga kini. Boleh beli di:",
"https://bit.ly/tamadunkorea"
] |
https://www.thepatriots.asia/macam-mana-ekonomi-rom-boleh-jadi-kuat/ | Macam Mana Ekonomi Rom Boleh Jadi Kuat? | [
"Tahap prestasi ekonomi di Rom memuncak sekitar abad ke-2 M sehinggalah zaman moden awal. Antara tunjang utama yang memacu ekonomi Rom ialah pertanian, perdagangan, pembangunan infrastruktur, perlombongan, perhambaan, kestabilan kerajaan, sistem yang teratur dan pembandaran.",
"Suku Mediterranean mendominasi pertanian Rom dengan tanaman seperti bijirin, anggur dan pokok zaitun. Penduduk berhampiran Rom dan pusat bandar besar lain menghasilkan produk berkualiti tinggi seperti madu, hasil buruan dan ikan.",
"Rom membina akuaduk untuk membekalkan air bersih kepada bandar-bandar, memudahkan pembandaran kota dan membangunkan industri. Rangkaian jalan menghubungkan wilayah-wilayah dalam empayar, memudahkan komunikasi dan perdagangan.",
"Ekonomi Rom tak sepenuhnya bergantung pada pertanian. Beberapa industri juga dibangunkan. Buruh dan hamba digunakan dalam beberapa industri seperti dalam pembuatan bahan binaan, tembikar, batu bata, dan jubin. Pembuatan tekstil juga antara produk yang menjana hasil kepada Rom.",
"Jumlah perdagangan serantau dan antara wilayah yang sangat tinggi ialah bukti betapa kuatnya ekonomi Rom. Tinggalan kapal karam yang banyak membuktikan perdagangan Rom memuncak pada abad ke-1 dan awal abad ke-2 M.",
"Perdagangan dengan wilayah di luar empayar Rom yang paling menguntungkan dari segi kewangan ialah perdagangan dengan India melalui pelabuhan Laut Merah. Barangan mewah ketika itu seperti rempah ratus, mutiara, gading, dan sutera diimport. Manakala eksport utama ialah wain dan tekstil.",
"Muziris atau kontrak perdagangan membuktikan kargo bernilai tinggi yang boleh didapati dari India. 120 kapal belayar setiap tahun ke India dari Myos Hormos di Laut Merah. Ada kemungkinan satu pertiga daripada bajet ketenteraan yang dianggarkan sekitar 643–704 juta sesterces diperoleh hanya daripada hasil kastam perdagangan di Laut Merah.",
"Oleh: Azizul Farhan",
"…",
"Sebenarnya ada banyak sejarah menarik pasal empayar Rom ni. Alang-alang kita cakap pasal Rom ni, apa kata korang cuba tengok KITAB TAMADUN ROM. Cepat beli dekat: https://bit.ly/KitabTamadunRom"
] |
https://www.thepatriots.asia/apa-perbezaan-sosialism-dan-komunis/ | Apa Perbezaan Sosialism Dan Komunis? | [
"Komunisme dan Sosialisme — kedua-duanya adalah kumpulan idea atau falsafah yang boleh diterapkan sama ada di dalam politik ataupun ekonomi atau kedua-duanya sekali.",
"Walaupun dua ideologi ini sering digunapakai secara silih berganti dan lahir dari akar yang sama, tapi idea yang dibawa oleh sosialisme dan komunisme berbeza berdasarkan prinsip utama.",
"Tapi ramai yang adakalanya keliru, dan menganggap kedua-dua sistem ini adalah benda yang sama. Tapi tanggapan dua ideologi ini sebagai benda yang sama pada dasarnya boleh dianggap betul dan salah sekaligus.",
"Asas sosialisme dan komunisme adalah falsafah ekonomi yang menganjurkan pemilikan harta awam berbanding pemilikan harta persendirian, terutamanya dalam konteks pengeluaran, pengagihan dan pertukaran barang (menjana kekayaan) dalam masyarakat.",
"Kedua-duanya bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang mereka anggap dicipta oleh sistem pasaran bebas kapitalis, ia termasuklah eksploitasi golongan kelas pekerja dan jurang besar antara orang kaya dan miskin.",
"Tetapi, walaupun sosialisme dan komunisme saling berkongsi beberapa persamaan asas, masih wujud banyak perbezaan yang penting dan ketara di antara sosialisme dan komunisme.",
"Sosialisme lahir sebagai bentuk tindak balas terhadap perubahan ekonomi dan sosial yang melampau yang disebabkan oleh Revolusi Perindustrian, terutamanya melibatkan golongan kelas pekerja yang bergelut untuk hidup.",
"Pada masa itu, semakin ramai orang mula bekerja di kilang berbanding bertani. Ramai golongan kelas pekerja yang terus bertambah miskin walaupun para pemilik kilang, ladang dan beberapa industri lain meraih untung hingga menjadikan tauke-tauke ini semakin kaya.",
"Sosialisme tampil dan mencadangkan perubahan sepenuhnya dilakukan dalam sektor pengeluaran, di mana kekayaan dibahagikan di antara semua orang. Tapi, bagaimana caranya? Pernah terima BR1M?",
"Ya, percukaian adalah kuncinya. Di bawah sosialisme, kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan orang kaya dikenakan cukai yang tinggi. Cukai ini kemudian membantu memberi manfaat kepada orang miskin. Pada dasarnya sosialis diibaratkan seperti Robin Hood. BR1M salah satu contoh.",
"Namun, hari ini, kita menuju ke arah yang bertentangan dari segi ekonomi. Dengan globalisasi dan syarikat multinasional muncul di mana-mana saja, pemimpin dunia seperti tiada kekuatan untuk mengatur.",
"Oleh kerana kerangka ekonomi yang begitu meluas saat ini, dari semua teori sosialisme yang berbeza, sosialisme demokratik telah berkembang sebagai pilihan yang paling relevan.",
"Pada separuh masa pertama abad ke-19, pemikir sosialis awal seperti Henri de Saint-Simon, Robert Owen dan Charles Fourier menawarkan model tersendiri bagi menstruktur kembali masyarakat dalam garisan kerjasama dan komuniti.",
"Idea mereka adalah dengan menolak budaya persaingan dalam masyarakat yang sudah lama wujud dalam sistem kapitalisme, di mana, pasaran bebas akan mengawal bekalan dan permintaan barang.",
"Kemudian Karl Marx muncul, seorang ahli falsafah politik dan ahli ekonomi Jerman yang akan menjadi salah seorang pemikir sosialis paling berpengaruh dalam sejarah dunia.",
"Berkolaborasi dengan Friedrich Engels, Karl Marx menerbitkan The Communist Manifesto pada tahun 1848, ia merangkumi penulisan yang mengkritik model-model sosialis sebelum itu kerana menawarkan cita-cita utopia yang sama sekali tidak realistik langsung.",
"Marx berpendapat bahawa keseluruhan sejarahnya adalah tentang perjuangan kelas masyarakat, dan kelas pekerja (atau proletariat) akan menamatkan dominasi kelas kapital (borjuasi).",
"Kemudian, proletariat akan mendapat kuasa terhadap hak kawalan setiap asas pengeluaran, lalu menghapuskan perbezaan kelas masyarakat dan meletakkan status semua rakyat sebagai sama rata.",
"Komunisme, adakalanya disebut sebagai revolutionary socialism, juga merupakan sebuah ideologi atau falsafah politik ekonomi yang berasal sebagai tindak balas terhadap Revolusi Perindustrian.",
"Struktur dan bentuk komunisme ini kemudiannya akan digambarkan melalui definisi teori-teori Marxisme, iaitu idea komunisme adalah sosialisme baharu tetapi versi yang jauh lebih radikal.",
"Di negara komunis yang tulen, seperti yang diusulkan oleh Vladimir Lenin, kerajaan yang memerintah secara sepihak perlu mengambil alih seluruh faktor pengeluaran. Ia mengagihkan semua kekayaan yang dikumpulkan di kalangan rakyatnya secara sama rata.",
"Oleh itu, rakyat negara komunis hampir tidak perlu membeli apa-apa. Sebaliknya, mereka diberikan segalanya oleh kerajaan. Dengan begitu banyak perincian yang ketat, tak hairanlah bila komunisme tulen segera menemui kegagalan ketika Lenin menubuhkan negara Soviet. Tak relevan.",
"Bahkan hakikatnya, selama bertahun-tahun ekonomi Soviet lebih cenderung ke arah bentuk sosialisme yang berpusat, dan bukannya komunisme. Itu pun tetap runtuh kerana keperluan membentuk Federasi Rusia kapitalis yang kita kenali hari ini.",
"Sebenarnya, golongan Marxis sering menganggap sosialisme sebagai fasa pertama yang diperlukan bagi melengkapkan fasa peralihan sistem dan pemikiran dari kapitalisme ke komunisme.",
"Marx dan Engels sendiri tidak pernah secara konsisten atau menerangkan perbezaan komunisme dari sosialisme dengan lebih jelas, yang akhirnya menyumbang kepada kekeliruan secara kekal di antara kedua istilah politik tersebut.",
"Dalam komunisme, tidak ada hak pemilikan harta persendirian. Semua harta dan tanah adalah dimiliki secara bersama (komunal), dan setiap individu haruslah mendapat bahagian berdasarkan apa yang mereka perlukan.",
"Kerajaan pusat yang kuat atau biasanya dirujuk sebagai ‘negara’ akan mengendalikan segala aspek pengeluaran ekonomi, dan menyediakan keperluan asas kepada rakyat, termasuklah makanan, perumahan, rawatan perubatan dan pendidikan.",
"Sebaliknya dalam sosialisme, individu masih ada hak memiliki harta persendirian. Tetapi, industri pengeluaran, atau alat utama untuk menjana hasil kekayaan harus dimiliki dan diuruskan secara komunal oleh pihak kerajaan yang dipilih secara demokratik.",
"Perbezaan lain adalah cara untuk mencapainya. Dalam komunisme, revolusi bersenjata yang penuh keganasan berdarah di mana golongan pekerja bangkit menentang kelas pertengahan dan kelas atasan dianggap sebagai babak yang tak dapat dielakkan demi membentuk sebuah negara komunis.",
"Revolusi pertama yang dilaksanakan oleh pendokong ideologi berorientasikan rakyat kelas bawahan ini adalah Revolusi Rusia yang dilancarkan oleh Vladmir Lenin pada tahun 1917.",
"Negara kita pernah menghadapi zaman darurat sebanyak dua kali iaitu Darurat Malaya pada tahun 1948–1960 dan Insurgensi Komunis pada tahun 1968–1989 kerana Parti Komunis Malaya melancarkan penentangan gerila bersenjata.",
"Namun Parti Komunis Malaya akhirnya gagal, ini menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang berjaya menundukkan kebangkitan idea komunisme secara ketenteraan dan politik.",
"Ideologi sosialisme jarang sekali melahirkan pendokong yang berpotensi untuk taksub, dan ia lebih bersifat fleksibel. Pendokongnya lebih cenderung kepada usaha perubahan dan pembaharuan sistem.",
"Tapi sosialisme yang sebenar akan melaksanakan perubahan ini melalui proses demokrasi di dalam struktur sosial dan politik yang sedia ada, mereka tidak perlu menjatuhkan struktur itu sekiranya tiada keperluan.",
"Bahkan, ada beberapa prinsip sosialisme yang diterima untuk diaplikasikan oleh banyak negara walaupun negara itu berorientasikan sistem kapitalisme. Dan komunisme yang wujud hari ini adalah inovasi dari idea Lenin, bukan Karl Marx.",
"Ciri-ciri sosialisme ini boleh dilihat di negara kita melalui program-program kebajikan yang berasaskan hasil pulangan cukai secara terus kepada rakyat.",
"Contohnya semasa zaman pemerintahan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, zaman di mana beliau amat terkenal dengan program-program ‘cash handout’ terus kepada rakyat yang dari golongan B40.",
"Mungkin inilah sebahagian dari ‘fasa perjalanan menggantikan kapitalisme dengan komunisme’ seperti yang disimpulkan oleh pemikir sosialis terdahulu, tapi negara kita hanya melaksanakannya untuk menampung keperluan golongan tidak berkemampuan.",
"Dan mungkin kita belum bersedia untuk menerima atau mencapai tahap ‘sifar kemiskinan’, bahkan sistem ini yang diterapkan di negara-negara komunis sendiri masih gagal mencapai tahap sifar kemiskinan.",
"Dalam penulisannya pada tahun 1875, Critique of the Gotha Program, Karl Marx meringkaskan idea komunis melalui falsafah ini:",
"“Dari semua orang mengikut kemampuan masing-masing, kepada semua orang mengikut keperluan masing-masing.”",
"Sebaliknya, sosialisme pula lebih didasarkan kepada idea yang menganjurkan individu yang diberikan pampasan berdasarkan sistem meritokrasi, iaitu mengikut nilai sumbangan mereka secara individu terhadap ekonomi.",
"Demokrasi sosial, salah satu struktur sosialisme moden, lebih menumpukan usaha mencapai reformasi sosial dan mengagihkan kekayaan kepada rakyat melalui proses demokrasi. Kerana itu sosialis demokratik boleh meraikan keberadaan bersama dengan ekonomi pasaran bebas yang kapitalis.",
"Di bawah pimpinan Vladimir Lenin, gerakan Bolshevik mempraktikkan teori Marxisme dengan melancarkan Revolusi Rusia 1917 yang menggulingkan pemerintahan monarki Empayar Rusia.",
"Revolusi ini menjadi batu asas kepada pembentukan sebuah negara dengan sistem pemerintahan sosialis-komunis yang pertama di dunia. Komunisme kekal di negara Republik Sosialis Kesatuan Soviet sehinggalah kejatuhannya pada tahun 1991.",
"Hari ini, ‘komunisme’ masih wujud di Republik Rakyat China, Cuba, Korea Utara, Laos dan Vietnam — walaupun pada hakikatnya, sebuah negara komunis yang benar-benar mempraktikkan sistem komunisme yang sebenar adalah tidak pernah wujud.",
"Bahkan idea-idea komunisme turut gagal kerana berhadapan dengan pelbagai budaya setempat yang adakalanya tidak sesuai untuk dilaksanakan sistem komunis. Contohnya, Indonesia dan Malaysia.",
"Kerana cabaran menghadapi budaya setempat inilah yang melahirkan lebih banyak kelompok komunis-sosialis berkiblatkan individu pemimpin, muncul lah istilah-istilah seperti Marxisme, Leninisme, Stalinisme, Maoisme, dan banyak lagi.",
"Negara-negara yang disebut itu diklasifikasikan sebagai negara komunis kerana kerajaan pusat akan mengawal seluruh aspek sistem ekonomi dan politik secara autokratik. (Korea Utara telah menukar istilah ideologi / sistem politik pemerintah negara mereka kepada nama ‘Juche’)",
"Tetapi semua negara ini tidak pernah berjaya mencapai matlamat yang mahu menghapuskan kapitalisme, sistem pemilikan harta secara persendirian atau menghapuskan jurang kelas masyarakat.",
"Apatah lagi di abad ke-21 ini sudah tiada pemerintah imperialis yang perlu ditumbangkan untuk mencapai ideologi komunis yang sebenar, mereka gagal menghapuskan jurang antara orang kaya dan orang miskin kerana negara komunis itu sendiri menjadi imperialis hari ini.",
"Sama seperti komunis, tidak ada mana-mana negara yang mencapai matlamat sosialisme yang tulen. Negara-negara yang dianggap sebagai negara sosialis seperti Norway mempunyai sektor kapitalis yang berjaya dan mengikut dasar yang sebahagian besarnya selaras dengan demokrasi sosial.",
"Kebanyakan negara-negara Eropah dan Amerika Latin meraikan dan menganjurkan program sosialis seperti pendidikan percuma, rawatan dan penjagaan kesihatan bersubsidi dan mereka melahirkan para pemimpin sosialis yang dipilih melalui kertas undi dengan tahap kejayaan yang berbeza.",
"Di Amerika Syarikat, sosialisme dari segi sejarahnya tidak menikmati kejayaan yang ketara sebagai sebuah gerakan politik. Titik kemuncak politik sosialis Amerika adalah pada tahun 1912.",
"Ia merupakan tahun di mana pemimpin Parti Sosialis, Eugene Victor Debs meraih sebanyak 6% undi sebagai calon pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah menjadi calon presiden sebanyak lima kali. Dan itulah pencapaian sosialis yang paling cemerlang dalam politik Amerika.",
"Tetapi pada masa yang sama, program-program di Amerika Syarikat yang pernah dianggap sebagai program sosialis, seperti Medicare (sejenis program insurans kesihatan) dan Akta Jaminan Sosial, telah diserap sebagai sebahagian daripada cara hidup di Amerika hingga ke hari ini.",
"Democratic Socialist, sebuah gerakan politik Amerika Syarikat yang sedang berkembang berada di antara titik tertentu yang memisahkan demokrasi sosial dengan komunisme.",
"Seperti pendokong komunis, pendokong sosialis demokratik percaya bahawa golongan pekerja harus mengawal sebahagian besar alat pengeluaran, dan tidak tunduk pada kehendak pasaran bebas dan kelas kapitalis.",
"Tetapi mereka tetap berpegang kepada falsafah bahawa halatuju idea sosialisme mereka mestilah dicapai melalui proses demokrasi, bukannya revolusi.",
"Sebenarnya, komunisme tidak pernah berfungsi dengan baik selama ia wujud. Boleh dikatakan satu-satunya negara komunis yang berjaya secara praktikal adalah negara Cuba, tetapi negara pulau kecil itu pun perlahan-lahan memeluk kapitalisme hari ini."
] |
https://www.thepatriots.asia/kenapa-lanun-pakai-penutup-mata-sebelah-2/ | Kenapa Lanun Pakai Penutup Mata Sebelah? | [
"Zaman dulu aktiviti lanun memang lasak sampai pihak kerajaan Eropah sakit kepala kerana aktiviti perdagangan terjejas. Kalangan lanun dengan berani merampas kapal perang berteknologi yang digunakan untuk meneruskan aktiviti lanun.",
"Akan tetapi, sedar tidak, ramai lanun mengenakan penutup mata (eyepatch) seolah-olah mereka terkena penyakit buta sebelah mata. Namun nampaknya ada penjelasan saintifik yang mewajarkan budaya lanun ini.",
"Teknologi perkapalan terdahulu bergantung pada angin dan kayu pendayung, kadangkala ombak. Berbeza dengan kelasi, para lanun hidup dan mati di laut. Jadi mereka meluangkan masa terlalu lama mengharungi pagi, petang dan malam dengan cahaya semulajadi.",
"Hari ini kapal sudah lengkap dengan elektrik yang menyalakan ruangan. Tetapi zaman dulu, lilin dan pelita perlu digunakan secara cermat kerana kesilapan kecil boleh membunuh.",
"Terlalu lama hidup dalam gelap boleh memberi kesan pada mata. Lanun pun mengambil giliran, iaitu bekerja waktu siang atau berjaga malam ikut kata nakhoda. Malam biasanya ada kapal yang lalu lalang.",
"Jadi tidak kira waktu, mesti ada orang menjadi mata anak kapal. Dan mata-mata kapal wajib ada mata yang berfungsi dengan baik.",
"Tiba saja masa, mereka perlu bertempur untuk rampas kapal. Tidak kira siang atau malam, cahaya adalah segalanya. Untuk memulakan usaha rampasan, lanun akan menghampiri kapal sasaran.",
"Selepas mematahkan sistem pertahanan berjarak (ranged defense), lanun akan naik menyerbu dan bermain pedang dengan anggota-anggota kapal sasaran.",
"Kalau serang waktu siang, serbuan memang senang. Nampak habis segalanya. Malam pun sama, mesti ada cahaya yang menerangi kegelapan. Tetapi pertempuran takkan habis di bahagian atas kapal (top deck).",
"Lanun mesti kena turun ke dalam kapal, yang dipadam segala lilin dan pelita sebagai strategi.",
"Anggota-anggota dalam kapal ini sudah biasa bergelap. Lanun pula tiba-tiba baru turun. Jadi mata mereka perlu menyesuai dengan keadaan baru (Mitchell, 2013).",
"Penutup Mata Mempercepat Penyesuaian",
"Lanun semasa menyerbu akan mengenakan penutup pada mata kiri (atau kanan). Jadi mata tersebut sudah biasa bergelap.",
"Apabila turun ke bahagian dalam kapal, mereka sekadar tukar tempat penutup mata. Kalau mata kiri asalnya ditutup, mereka tukar ke mata kanan pula. Kerana mata kiri sudah biasa bergelap.",
"Turun ke bahagian dalam kapal, mata kiri sudah sesuai dengan kegelapan (Caruso, 2007). Secara saintifik, mata kiri sudah visually adapted untuk lihat dalam gelap.",
"Namun, saya sebagai penulis wajib berlaku jujur pada pembaca. Penggunaan penutup mata terbukti secara saintifik membantu lanun.",
"Tetapi bukti ini tidak boleh diambil sebagai faktor mutlak tentang kenapa lanun mengenakan penutup mata.",
"Mungkin ada sebab lain, seperti pembudayaan bahawasanya seseorang itu bukan lanun jika tidak pakai penutup mata.",
"Teori ini bukan suatu hipotesis kosong. Ia berasas, cuma dengan kemajuan elektrik penggunaannya sudah tidak diperlukan. Anggota-anggota tentera moden pun sudah tidak perlu bergantung pada mata kasar untuk menyerang kapal musuh.",
"Sekarang sudah ada teknologi night vision goggles yang membolehkan anggota tengok dalam gelap dengan risiko jika tiba-tiba ada suar terang yang boleh membutakan mata.",
"Tambah pula zaman sekarang rampasan kapal dibuat secara terhad pada gerombolan tertentu sahaja. Jadi penggunaan penutup mata wajar dianggap sebagai teori berasas sahaja… bukan penentu mutlak yang menokhtahkan suatu kepastian.",
"RUJUKAN:",
"Caruso, R. (2007, Ogos 13). Why does it take so long for our vision to adjust to a darkened theater after we come in from bright sunlight? Scientific American.",
"Mitchell, H. (2013, April 8). Burning Question. The Wall Street Journal."
] |
https://www.thepatriots.asia/nirvana-kisah-kegemilangan-kematian-dan-legasi/ | Nirvana: Kisah Kegemilangan, Kematian Dan Legasi | [
"Nirvana dianggap kumpulan alternatif rock yang paling berpengaruh dalam sejarah. Mereka telah membina empayar dengan muzik mereka sendiri.",
"Ideologi muzik yang lebih kepada undeground ini akhirnya dibawa masuk ke dunia maintsream oleh Kurt Cobain dan rakan-rakannya.",
"Awalnya mereka sendiri tidak mampu memberitahu apa jenis muzik yang mereka mahu bawakan. Mereka juga dilabel tak ubah seperti sebuah kumpulan Pop Rock yang memasukkan elemen metal.",
"Sememangnya mereka adalah kumpulan yang banyak rona di dalam muzik mereka berunsurkan grunge. Satu bunyi muzik alternatif yang lazy sound dengan vokal macam nak tak nak jer nyanyi.",
"Kurt Cobain terlalu banyak pengaruh dalam muzik termasuk Soundgarden. Nirvana telah menjadi satu platform yang menterjemahkan muzik yang mereka suka kepada bunyi mereka sendiri dengan konsep melodik.",
"Mereka juga telah menaikkan muzik indie dan imej anti-rocks star. Naskah In Utero adalah gambaran jelas apa yang mereka mahu hidangkan kepada audien.",
"Dan harus diakui, Nirvana telah banyak bergantung kepada imej front man mereka, Kurt Cobain.",
"#BERMULANYA…",
"Segalanya bermula pada sekitar 1985 di mana, Kurt Cobain telah bertemu dengan Chris (Krist) Novoselic di Aberdeen. 2 rakan ini sangat berbeza.",
"Novoselic adalah seorang remaja yang dari keluarga yang stabil. Cobain pula ada banyak ‘bintik’ hitam dalam sejarah hidupnya dengan impak perceraian ibu bapanya ketika dia baru berusia 8 tahun.",
"Selepas perceraian itu, Cobain tidak tentu arah, dia duduk dengan dengan beberapa saudara-mara dia.",
"Dalam pada seorang remaja yang mencari kebahagiaan dan merindui ibu dan ayahnya, Cobain banyak menyendiri dan mendengar muzik The Beatles dan juga rock keras seperti heavy metal.",
"Beliau semakin serius dengan muzik dan beliau kemudian lebih banyak mendengar muzik punk. Beliau bertemu dengan kumpulan Melvins, sebuah kumpulan punk rock di Olympia yang bergerak undeground.",
"Selepas berkenalan dengan beberapa band punk rock, Cobain akhirnya menjadi musician untuk beberapa band temasuk Fecal Matter.",
"#NOVOSELIC DAN KURT",
"Hubungan rapat dia dengan bassist Melvins, Buzz Osborne telah membawa kepada pembentukan identiti muzik Kurt Cobain dan inilah punca kepada pertemuan beliau dengan Chris Novoselic.",
"Mereka berdua menubuhkan band yang digelar Stiff Woodies, dengan Kurt Cobain bermain drums, Novoselic pula bermain bass. Mereka menjemput ramai vokalis dan gitaris utama untuk persembahan mereka.",
"Namun selepas itu, Cobain telah menjadi gitaris dan vokalis. Mereka menukar nama band kepada Skid Row, bergabung dengan drummer Aaron Burkhart.",
"#LAHIRLAH NIRVANA",
"Pada 1986, Buckhart meninggalkan Skidrow dan digantikan oleh Chad Channing. Akhirnya pada 1987, mereka bertiga memutuskan yang kumpulan mereka diberikan nama Nirvana. Nama yang akan mengubah hidup Kurt Cobain dan rakan-rakannya 360% selepas ini.",
"Mereka aktif melakukan persembahan di sekitar Olimpia. Imej macho Cobain dengan gaya lebih santai menjadi kegilaan gadis-gadis di sekitarnya. Ia berbeza dengan imej rockers yang lain termasuk punk rock yang lain.",
"Selepas menawan Olimpia, mereka berjaya merakamkan 10 demo tape. Mereka akhirnya ditandatangani oleh Jonathan Poneman yang menjadi label penaung band mereka selepas itu.",
"Pada 1988, Nirvana telah memulakan kerjasama dengan Poneman dengan terbitnya single Love Buzz.",
"Ia telah diberikan sambutan hangat. Nirvana kemudian menerbitkan album Bleach dan menjadi lagu-lagu dalam album tersebut telah diputarkan di radio serta di kolej.",
"Ia petanda yang kumpulan ini adalah kumpulan yang menarik perhatian remaja ketika itu.",
"Mereka melakukan beberapa siri jelajah promosi album ini dan berjaya terjual sebanyak 35,000 salinan. Mereka mulai mendominasi saluran radio kolej.",
"Ketika ini mereka juga ada Jason Everman yang menjadi gitaris kedua. Tetapi Everman terpaksa meninggalkan Nirvana untuk menyertai Soundgarden dan kemudiannya Mindfunk.",
"#GROHL LENGKAPKAN THE BEST LINE UP",
"Nirvana kemudian melepaskan beberapa single yang juga menjadi perhatian ramai. Selepas itu, Nirvana mendapatkan khidmat Dave Grohl bekas ahli kumpulan Scream.",
"Grohl telah menjadi drummer Nirvana. Mereka bekerja keras untuk album baru. Pada September 1991, Nirvana mengeluarkan album Nevermind.",
"Tanpa berlengah mereka meneruskan strategi yang sama dengan jelajah album yang berterusan. Hasilnya album ini berjaya dijual lebih 100,000 salinan pada beberapa bulan pertama.",
"Dilaporkan, mereka gagal menampung permintaan lebih 50,000 lagi ketika itu. Ini kerana mereka tak menyangka yang album ini laku.",
"Beberapa lagu mereka telah berjaya menjadi hits terutama sekali Smells Like Teen Spirit. Lagu yang menjadi karya paling signifikan kepada mereka.",
"#SMELLS LIKE TEEN SPIRIT",
"Lagu ini membawa Nirvana jauh termasuk undangan melakukan persembahan live di MTV. Jackson Juan memberikan ‘boost’ terbesar kepada kumpulan ini.",
"Smells Like Teen Spirit telah menendang lagu Dangerous – Michale Jackson daripada takhta carta Bilboard. Ia juga menguasai British Top Ten.",
"Album Nevermind dianugerahkan tripple plantinum. Ia telah menjadi medium terkuat menarik lebih ramai pengikut baru band ini dari USA dan dari seluruh dunia.",
"Nirvana meningkat sangat mendadak. Setiap aksi mereka di pentas menjadi perhatian. Undangan tak putus-putus. Cobain akhirnya berkahwin dengan Courtney Love yang merupakan ketua kumpulan rock/foxcore band, Hole.",
"#KEGEMILANGAN DAN DADAH",
"Selepas perkahwinan ini, Cobain dan Love telah berhadapan dengan masalah dadah dan ketagihan. Banyak persembahan Nirvana dibatalkan termasuk tour yang besar.",
"Cobain kemudian memberitahu yang beliau terpaksa mengambil banyak ubatan kerana ada masalah sakit usus yang kronik.",
"Sakit beliau ini telah membuatkan Cobain masuk hospital ketika di Belfast selepas malam konsert di sana.",
"Cobain dan Love dituduh oleh Vanity Fair telah mengambil heroin ketika Love sedang mangandung. Pasangan ini mahu menyaman penerbit artikel tersebut.",
"Courtney Love kemudiannya telah melahirkan anak perempuan yang sihat pada 18 Ogos 1992 diberikan nama Frances Bean Cobain.",
"Tidak lama selepas itu, Kurt Cobain dan Courtney telah berdepan dengan perundangan untuk hak penjagaan anak.",
"Badan kebajikan kanak-kanak di LA telah menuduh pasangan ini tidak layak untuk menjaga anak mereka kerana masalah ketagihan dadah seperti yang ditulis oleh Vanity Fair.",
"Namun pasangan ini berjaya mempertahankan hak penjagaan anak mereka pada 1993.",
"#KURT COBAIN SEMAKIN KRONIK",
"Selepas beberapa masalah melanda Kurt Cobain dengan masalah kesihatan beliau, Nirvana tidak dapat meneruskan rakaman album susulan selepas Nevermind seperti yang mereka rancang.",
"Mereka awalnya merancang menerbitkan album baru pada 1992. Tetapi ia gagal. Mereka akhirnya menerbitkan album kompilasi Incesticide pada 1992. Album ini juga larus dan berada dalam top 40 du USA dan top 15 di UK.",
"Nirvana kemudian memutuskan untuk bergabung dengan penerbit Steve Albini untuk album baru mereka. Kontroversi melanda dan membuatkan album baru mereka juga lambat untuk diterbitkan.",
"Pada April 1993, Cobain dilaporkan telah mengurung dirinya di dalam bilik mandi dan cuba membunuh diri.",
"Cobain melawan masalah itu namun tidak lama selepas itu berita ketagihan ini keluar lagi.",
"Tidak lama selepas itu, Cobain dilaporkan mengambil dadah sehingga overdose ketika di New Music Seminar di New York Roseland Ballroom pada Julai 1993.",
"#IN UTERO",
"Selepas beberapa kontroversi hak label, Nirvana mengeluarkan album In Utero pada September 1993. Ia mendapat respon positif daripada media dan pengkritik. Mereka menjelajah seluruh USA bersama-sama dengan gitaris undangan Pat Smear.",
"Memang sudah dijangka album ini akan laris kerana populariti Nirvana ketika itu terlalu kuat. Kisah kontroversi Kurt Cobain turut antara faktor kerana peminat sentiasa resah takut Nirvana ini berkubur awal.",
"Mana taknya, imej Cobain membuatkan Nirvana digam beberapa penaja dan penganjur konsert.",
"Pada akhir 1993, mereka telah merakamkan live album Nirvana: MTV Unplugged in New York. Cobain sangat komited dengan persembahan ini lebih daripada persembahan lain.",
"Beliau sangat cerewet dalam soal bunyi unplugged. Cobain tidak mahu album unpglugged ini hanya pada nama. Beliau sendiri selalu mengkritik beberapa persembahan unplugged menggunakan effect gitar rock yang melampau.",
"Cobain beberapa kali meminta Grohl jangan mengetuk dram terlalu kuat yang akhirnya membawa kepada penggunaan brush oleh Grohl yang sukar mengawal ketukan beliau.",
"Cobain menggunakan effect gitar paling minima dengan konsep pentas yang beliau mahukan.",
"Apa yang digambarkan oleh Cobain dari segi tata rias pentas sudah menunjukkan perasaan beliau yang penuh dengan kecelaruan dan tekanan.",
"Pentas dihiasi dengan lilin hitam dan bunga teratai putih seperti majlis pengkebumian.",
"Selepas Tour USA, mereka melakukan Tour Eropah pada Februari 1994.",
"Tamat persembahan di Rome, Cobain telah meminta untuk bercuti di sana beberapa hari dengan isterinya.",
"Sekali lagi, Kurt Cobain dilaporkan cuba membunuh diri dengan mengambil berlebihan ubat penenang rohypnol dengan champagne. Isterinya bangun pada awal pagi 4 Mac 1994 lalu mendapati Cobain terlantar dan cuba membunuh diri.",
"Baki jelajah mereka dibatalkan serta-merta. Beberapa media melaporkan Cobain bukan mahu membunuh diri kerana overdose itu adalah satu ‘kemalangan’.",
"Sebaliknya di kem Nirvana, mereka ada bercerita tentang Kurt Cobain ada meninggalkan nota bunuh diri ketika itu. Ia tidak dihebohkan kepada umum.",
"Cobain telah pulang ke Seattle dan berita tentang masalah mental beliau mulai menjadi topik di media cetak.",
"#TERKUBUR DI SEATTLE",
"Kurt Cobain akhirnya memutuskan untuk pulang ke Seattle dah berehat di sana. Sekali lagi dia cuba membunuh diri dengan mengurung dirinya di dalam bilik mandi. Polis berjaya menenangkan Cobain.",
"Pihak pengurusan Nirvana telah memberikan sokongan dengan menghantar Cobain ke Exodus Recovery Center di L.A. Tetapi dia melarikan diri untuk pulang ke rumahnya di Seattle.",
"Pada 5 April 1994, dia telah menembak dirinya di kepala. Namun mayatnya hanya ditemui pada 8 April 1994 oleh juruelektrik. Ibunya membuat laporan polis tentang kehilangan anaknya pada 4 April 1994.",
"#KEMATIAN NIRVANA DAN LEGASI",
"Album MTV mereka hanya dapat dikeluarkan pada akhir 1994. Grohl menyifatkan ia adalah penerbitan album yang penuh ‘kesakitan’ oleh dia dan Novoselic.",
"Album itu menjadi hits dan terjual habis. Itulah buah tangan terakhir Cobain untuk peminat beliau.",
"Selepas perginya Kurt Cobain, Grohl dan Novoselic telah menamatkan era Nirvana. Yang tinggal hanyalah legasi.",
"Grohl tidak mahu mencari pengganti Kurt Cobain kerana bagi beliau, Nirvana ada Kurt Cobain, matinya Cobain bermaksud matinya Nirvana.",
"Grohl yang masih banyak lagu mahu dirakamkan dengan Kurt Cobain telah menubuhkan Foo Fighter. Pada awalnya rumors mengaitkan Novoselic akan menyertai beliau, ianya tidak benar.",
"Pada akhir 90-an, Novoselic telah mencadangkan untuk menerbitkan album yang memuatkan beberapa lagu Nirvana yang sudah dirakamkan tetapi tidak dikeluarkan.",
"Ia berhadapan dengan masalah hak cipta. Akhirnya Novoselic, Grohl dan balu Kurt Cobain, Courtney Love berjaya mendapatkan hak untuk menerbitkan With The Light Out pada 2004.",
"Itulah kisah Nirvana dibawa pergi oleh Kurt Cobain. Yang tinggal hanyalah legasi. Mereka telah menjadi antara kumpulan alternative rock paling berpengaruh sepanjang zaman.",
"Top 3 songs favorite kau orang daripada Nirvana?"
] |
https://www.thepatriots.asia/gerakan-renaissance-terawal-di-eropah/ | Gerakan Renaissance Terawal di Eropah | [
"Renaissance tidak muncul selewat yang kita jangkakan. Walaupun Renaissance dirujuk pada gerakan intelektual yang mencapah seluruh Eropah, tetapi gerakannya mula tercetus seawal di Itali. Kelompok terawal yang mencetuskan Renaissance adalah kelompok Humanis. Matlamat utama Humanis adalah untuk mengembalikan semula kegemilangan tertinggi yang pernah dicapai oleh manusia. Menurut pengetahuan mereka adalah untuk mengembalikan semula katamadunan Yunani dan Rom tetapi dengan cara yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan tempatan. Kegemilangan yang dirujuk oleh Humanis adalah bersangkut paut dengan kegemilangan dalam intelektual, seterusnya ia memberikan pengaruh pada peringkat sosial.",
"Kita telah bagi gambaran awal mengenai aktiviti penemuan dan penterjemahan teks-teks Yunani dan Rom yang memberikan pengaruh pada pelbagai gerakan intelektual awal di Eropah. Apakah yang membezakan antara gerakan intelektual yang berlaku sebelum Renaissance (gerakan Skolastik) dengan gerakan Renaissance?",
"Kedua-dua gerakan mempunyai capaian dalam pengajian klasik Rom dan Yunani. Gerakan Skolastik hanya menumpukan pengajian mereka pada aspek perbincangan yang selalunya menjadi rujukan dan pelengkap pada falsafah dan pemikiran yang mereka usulkan. Gerakan Renaissance pula menumpukan pengajian tersebut dengan aplikasikannya. Gerakan Renaissance telah memberikan pengaruh dalam bidang seni bina dan keseniaan. Seterusnya dapat dilihat persamaan antara bandar Yunani dan bandar Itali yang telah memberikan dorongan pada politikal teoris untuk membentuk sistem politik yang serupa seperti Yunani.",
"Dari aspek pengajian, Skolastik lebih menumpukan pengajian mereka dalam bidang falsafah dan metafizik. Gerakan Renaissance pula lebih menumpukan pengajian mereka dalam bidang etika, sastera, retorik, bahasa, sejarah dan pelbagai bidang yang dapat mereka aplikasi dan membentuk dunia yang maju. Walaupun sebenarnya kita nafikan perkembangan falsafah yang dicetuskan oleh gerakan Renaissance.",
"Perkataan ‘Renaissance’ berasal dari Perancis yang bermaksud ‘kelahiran semula’ atau ‘pembaharuan’. Segalanya bermula daripada seorang individu Itali yang bernama Francesco Petrarch (1304M – 1364M) yang dianggap sebagai pencetus Renaissance. Petrarch merupakan seorang Humanis. Humanis adalah kelompok yang menggerakkan Renaissance.",
"Petrarch memulakan gerakan mengumpulkan semula karya-karya klasik yang pernah ditinggalkan oleh Rom sejak kejatuhannya. Pengikut-pengikut Petrarch telah menjejak kembali manuskrip-manuskrip dan teks klasik. Mereka telah pergi ke perpustakaan-perpustakaan dan biara-biara yang telah lama ditinggalkan. Mereka telah menuju ke Konstantinopel untuk mendapatkan kembali serpihan-serpihan karya ilmuan Yunani. Karya-karya tersebut merangkumi pelbagai bidang yang pernah dicapai oleh Rom dan Yunani seperti sains, falsafah, sastera, etika, muzik, seni dan lain-lain. Ketika Konstantinopel ditakluk pada tahun 1453M oleh Empayar Uthmaniyyah, terdapat warga Byzantine yang lari membawa karya-karya klasik tersebut ke Itali. Antara contoh terbaik adalah, sebanyak 238 manuskrip dibawa dari Byzantine. Dalam 238 itu termasuklah karya asing Sophocles, Euripides dan Thucydides.",
"Manuskrip-manuskrip tersebut telah disalin semula, diterjemah, disyarah dan ditunjukkan kepada rakan-rakan terdekat, lalu disebarkan kepada orang awam. Kemunculan teknologi percetakan tidak lama selepas itu, telah meningkatkan kadar sebaran dengan lebih luas dalam tempoh masa yang singkat. Mereka telah menubuhkan akademi untuk mengajar karya-karya itu.",
"Selain Humanis, sebab lain kemunculan awalnya di Itali adalah peranan bangsawannya. Setelah peristiwa ‘Black Death’ yang akan kita jelaskan pada bab akan datang, Itali telah menjadi wilayah yang paling urban di Eropah.",
"Itali cuba menghidupkan kembali sistem kemajuan Rom iaitu memusatkan kembali sistem sosial dan meninggalkan feudalism. Kebanyakan wilayah-wilayah (saya tidak gunakan ‘negara’ atas sebab sistem negara itu belum meuncul hinggalah abad ke-18) Eropah di luar Itali, bangsawannya masih mengamalkan feudalism dan sistem kewangan mereka bergantung pada tanah yang diusahakan. Kita akan jelaskan pada bab akan datang mengenai feudalism. Itali pula, telah mula mengamalkan sistem kewangan berbentukan perbankan. Antara keluarga yang menguruskan sistem perbankan ini adalah keluarga Medici yang agak terkenal di seluruh Eropah. Dorongan hal ini kerana pengaruh gerakan Humanis serta kesedaran bangsawan. Bangsawan telah melabur harta mereka dalam gerakan pembaharuan ini.",
"Kuasa Gereja telah membantutkan aktiviti kelimuan di sekolah-sekolah dan universiti seperti menghadkan subjek-subjek tertentu serta golongan yang boleh mendapatkan pendidikan. Di Itali, kuasa Gereja agak lemah, maka kuasa sekular (bangsawan) agak kuat. Tambahan pula, pengawasan daripada Gereja juga agak lemah dan universiti-universiti di Itali lebih bebas dalam pengajiannya. Malah, walaupun Paus berpusat di Itali, kuasanya hanya setakat pada aspek moral."
] |
https://www.thepatriots.asia/bahasa-melayu-lingua-franca-agama-buddha/ | Bahasa Melayu Lingua Franca Agama Buddha | [
"Semasa zaman kegemilangan ajaran Buddha di rantau Asia Tenggara, bahasa Melayu turut memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan ajaran Buddha.",
"Mengikut Aurora Roxas-Lim (1973), kajian yang dilakukan oleh Louis-Charles Damais menunjukkan bahawa bahasa Melayu Kuno merupakan antara bahasa perantara yang utama yang digunakan oleh sarjana dan penganut Buddha di Srivijaya.",
"Sarjana-sarjana Buddha, selain daripada menguasai bahasa Sanskrit dan bahasa Pali, mereka turut menguasai bahasa Melayu kuno dan menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pertuturan seharian semasa pengajian mereka di Srivijaya.",
"Perkara ini amat menarik untuk diperhatikan kerana di rantau Asia Tenggara, terutamanya di Srivijaya, sarjana-sarjana yang berkumpul di sini terdiri daripada pelbagai bangsa dan berasal daripada pelbagai negara.",
"Bayangkan, sarjana-sarjana Buddha yang terkenal seperti I Tsing (635M-713M) yang berasal dari China, Vajrabodhi (671M-741M) yang berasal dari Sri Lanka dan Atisa (982M-1054M) yang berasal dari Bengal pernah menggunakan bahasa Melayu semasa persinggahan mereka di Srivijaya!",
"Penemuan inskripsi-inskripsi seperti inskripsi Talang Tuwo, Kedukan Bukit dan Telaga Batu di Sumatera mengesahkan lagi pengunaan bahasa Melayu sebagai medium penyebaran agama Buddha.",
"Di dalam inskripsi Talang Tuwo (684M) sebagai contoh, terdapat beberapa elemen ajaran Buddha dipahat di dalam inskripsi tersebut. Antaranya ialah perintah supaya mematuhi tiga ‘ratna’ (The Three Jewels of Buddhism: Buddha, Dharma dan Sangha), seruan supaya menjadikan ‘Mahasattva’ sebagai suri teladan dan pengharapan supaya sekalian manusia berjaya untuk mencapai ‘bodhi’ atau pencerahan.",
"Dua contoh di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan antarabangsa lebih awal daripada penubuhan kerajaan Melaka dan bahasa ini telah lama diangkat menjadi bahasa ilmu pengetahuan yang utama sebelum kedatangan Islam ke Asia Tenggara.",
"Pencapaian hebat bahasa ini kemudiannya diteruskan semasa pemerintahan kesultanan-kesultanan Melayu dan sepatutnya boleh ditingkatkan lagi selepas pembentukan Malaysia pada zaman moden. -FM",
"Rujukan:\n1) Buddhism in Early Southeast Asia: A Contribution to the Study of Cultural Change oleh Aurora Roxas-Lim\n2) The Buddhist-Hindu Divide in Premodern Southeast Asia oleh John Miksic\n3) The Indianized States of South-East Asia oleh George Cœdès"
] |
https://www.thepatriots.asia/mengenang-kembali-30-tahun-selepas-tamatnya-p%ce%b5rang-dingin/ | Mengenang Kembali 30 Tahun Selepas Tamatnya Pεrang Dingin | [
"Tahun 2021 menandakan genapnya 30 tahun pengakhiran kepada Perang Dingin di antara dua hegemoni besar dunia pada abad yang lalu, iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang berlangsung pada tahun 1947 hingga 1991.",
"Perang Dingin yang berlaku telah memberikan kesan yang mendalam terhadap pembentukan hala tuju peradaban dunia milenial pada hari ini, yang mana setiap insiden besar yang tercetus di sepanjang era itu telah membentuk pelbagai jenis ‘reaksi’ dan impak.",
"Ketegangan yang memuncak di antara Amerika Syarikat dan negara-negara Benua Eropah di bahagian barat dengan Kesatuan Soviet dan China yang terletak di bahagian timur, telah membawa kepada pembentukan sebuah organisasi besar dunia yang dikenali sebagai ‘North Atlantic Treaty Organization’ (NATO), pada 4 April 1949.",
"Selain NATO, Kesatuan Soviet dan beberapa negara di kawasan Benua Eropah Timur pula telah membentuk sebuah lagi koalisi ketenteraan yang dinamakan sebagai ‘Warsaw Pact’, pada 14 Mei 1955. Koalisi yang tumbang pada tahun 1991 ini adalah reaksi balas mereka terhadap blok Barat, selepas Jerman Barat menyertai NATO.",
"Selain itu, Perang Dingin juga telah mencetuskan beberapa siri Perang Proksi (Proxy War) dan Perang Saudara (Civil War) yang didalangi oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet secara langsung mahupun tidak.",
"Antara peperangan yang pernah tercetus ketika zaman itu, ialah; Perang Korea (1951-1953), Krisis Cuban (1962), Perang Vietnam (1964-1973), Krisis Congo (1960-1965), Perang Laos (1959-1975), Perang Ethiopia-Somalia (1977-1978), dan pelbagai lagi.",
"Walau bagaimanapun, tujuan sebenar artikel ini ditulis bukan lah untuk mengimbau kembali zaman Perang Dingin yang terdahulu.",
"Saya agak tertarik dengan intipati ucapan yang disampaikan oleh Presiden China, iaitu Xi Jinping semasa sesi persidangan ‘World Economic Forum’ (WEF) yang diadakan secara maya, pada 25 Januari 2021.",
"Menerusi ucapan yang berdurasi selama 24 minit itu, beliau ada menyebut beberapa kali tentang kemungkinan berlakunya ‘Perang Dingin Baharu’ (New Cold War).",
"Jika diteliti semula bait-bait kata dan intonasi di dalam kerangka ucapan itu, ianya jelas tidak dibuat secara semberono tanpa sebarang agenda, dan ucapan itu tidak pula disampaikan dengan nada yang berbaur provokatif.",
"Presiden China yang ke-9 itu, dilihat seolah-olah ingin membentuk sebuah naratif yang baharu, dengan menyelar dan menyindir beberapa tindakan serta polisi yang diambil oleh sesetengah blok kuasa, tanpa menyebut mana-mana negara atau pemimpin secara spesifik.\nYang mana, kata beliau; tindakan yang telah diambil oleh sesetengah negara ke atas China dilihat agak ‘keras’ dan beliau menganggap tindakan itu sebagai suatu tindakan yang membawa kepada perpecahan kesatuan global.",
"Xi Jinping menerusi ucapannya turut menyebut; “To build small circles or start a new cold war, to reject, threaten or intimidate others, to wilfully impose decoupling, supply disruption or sanctions, and to create isolation or estrangement will only push the world into division and even confrontation”.",
"Dalam pada itu, Xi Jinping turut menyeru agar kesemua negara-negara anggota ekonomi dunia untuk membina sebuah ekosistem ekonomi yang terbuka (open world economy), dengan mengamalkan dasar dan nilai yang bersifat multilateral, khususnya melibatkan urusan perdagangan.",
"Beliau juga berharap agar apa jua bentuk diskriminasi dapat segera dihapuskan, baik dari segi penetapan piawaian (standard), peraturan, sistem, termasuk penghapusan ‘tembok penghadang’ (barriers) yang mampu menghalang kelancaran aliran perdagangan, pelaburan dan pertukaran teknologi.",
"Cumanya, agak ironi sedikit apabila mendengar ucapan yang pada hemat saya, memiliki sebegitu banyak nilai positif. Ucapan ini terbit dari mulut seorang pemimpin yang datang dari sebuah negara maju, yang agak terkenal dengan pengamalan dasar ‘diskriminasi’.",
"Semua orang sedia maklum tahu, bahawasanya negara itu sedang terlibat dengan beberapa aktiviti mendiskriminasi sesebuah etnik minoriti Islam. Mereka juga gigih menekan sebuah masyarakat sivil yang enggan tunduk menerima falsafah ‘komunis’ atau ‘undemocratic’ bawaan mereka.",
"Mereka juga sedang giat menceroboh sebahagian besar wilayah lautan yang dimiliki secara bersama oleh beberapa negara kecil seperti Malaysia, Filipina, Brunei dan Vietnam, yang mana pemilikan lautan ini dijamin menerusi ketetapan ‘Exclusive Economic Zone’ (EEZ) dan disokong oleh sistem perundangan laut antarabangsa.",
"Apakah intipati ucapan itu hanya lah satu lagi retorikal yang tipikal dari sesebuah negara kuasa besar dunia?",
"Kita cukup sedar bahawa, kuasa besar sememangnya memiliki kemampuan untuk ‘memanipulasi’ sistem perundangan antarabangsa demi menjamin kepentingan dan kelangsungan hidup mereka. Itu lah yang kita takrifkan sebagai hipokrasi.",
"Sama-sama kita nantikan apa reaksi balas dari Amerika Syarikat yang dipimpin oleh Presiden baharu. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan diharapkan agar masyarakat dunia khususnya Malaysia, dijauhkan dari ancaman Peang Dingin."
] |
https://www.thepatriots.asia/kisah-mcdonalds-pertama-di-soviet-union/ | Kisah Mcdonalds Pertama Di Soviet Union | [
"Apabila Mcdonalds bertindak untuk membekukan operasinya di Rusia angkara negara itu menyerang Ukraine, ratusan penduduk mula bersesak-sesak ke restoran makanan segera itu sebelum ditutup.",
"Jangan terkejut situasi ratusan penduduk bersesak-sesak mendapatkan Mcdonalds di Rusia bukanlah pertama kali berlaku. Kejadian ini pernah berlaku ketika Mcdonalds pertama kali dibuka di Soviet Union.",
"Persoalannya macam mana sebuah restoran makanan segera daripada negara musuh boleh memulakan operasinya di Soviet Union?",
"Semuanya bermula pada tahun 1988 apabila pihak Soviet Union telah memberikan kebenaran untuk Mcdonald’s membuka cawangannya. Namun dua tahun selepas itu barulah Mcdonalds berjaya beroperasi di Soviet Union dengan Dataran Pushkinskaya di Moscow.",
"Pembukaan Mcdonalds telah disokong oleh dasar perestroika yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev bagi mereformasi politik dan ekonomi di Soviet Union.",
"Tujuan utama dasar ini dimulakan kerana Mikhail Gorbachev ingin melihat Soviet Union maju seperti Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat.",
"Dari situ sedikit demi sedikit, Soviet Union mula mengurangkan kawalan ekonomi dan mula pergi ke pasaran bebas.",
"Sebaik sahaja Mcdonalds dibuka, restoran makanan segera itu telah diserbu oleh lebih 30 ribu pengunjung dalam satu hari yang membentuk beberapa kilometer barisan manusia. Hal ini sekaligus menjadikan cawangan di Dataran Pushkinskaya sebagai Mcdonalds paling ramai dikunjungi.",
"Tindakan ribuan pelanggan yang membanjiri Mcdonalds ketika itu kerana mereka ingin mengetahui apa itu budaya barat.",
"Ini kerana selama bertahun-tahun mereka telah dihidangkan dengan budaya komunis yang agak keras.",
"Malah masyarakat Soviet Union ketika itu turut terkejut dengan layanan yang agak bersopan-santun daripada staf Mcdonalds di Dataran Pushkinskaya. Sebelum ini, Soviet Union sangat dikenali dengan layanan yang agak dingin terutamanya di kaunter-kaunter khidmat pelanggan.",
"Kemasukkan Mcdonalds telah membuatkan masyarakat Soviet Union menerima kejutan budaya lantas menjadi antara salah satu sebab mengapa mereka membanjiri restoran makanan segera itu.",
"Selain itu, barang-barang daripada Mcdonalds seperti cawan kertas telah dikitar semula oleh masyarakat Soviet Union sebagai cenderamata untuk hiasan.",
"Apa yang menariknya adalah harga Big Mac di Mcdonald pertama di Soviet Union bersama dengan harga pas bulanan bas. Senang cerita, harganya memang cukup mahal tetapi masyarakat Soviet Union tetap setia beratur untuk mendapatkannya.",
"Walau bagaimanapun dari satu sudut yang lain, pembukaan Mcdonalds di Dataran Pushkinskaya menandakan bahawa Soviet Union sudah bersedia keluar daripada sistem ekonomi komunis.",
"Malah ada yang beranggapan Soviet Union hanya akan menjadi komunis dalam pentadbiran sahaja manakala untuk ekonomi, mereka akan pergi kepada pasaran bebas.",
"Ramalan itu hampir betul apabila 2 tahun selepas Mcdonalds dibuka, Soviet Union telah runtuh setelah presiden Mikhail Gorbachev telah meletakkan jawatan. Secara tidak langsung, beberapa negara yang bernaung di bawah Soviet Union mula mengisytiharkan kemerdekaan.",
"Rusia pula telah bertukar menjadi sebuah republik persekutuan yang bebas daripada pengaruh komunis. Setahun selepas itu, barulah Mcdonalds kedua dibuka Rusia dan sehingga ke hari ini terdapat lebih 100 cawangan di sana.",
"RUJUKAN:",
"Egorov, B. (2019, Januari 29). How the USSR’s first McDonald’s drove Russians crazy. Russia Beyond. Dipetik daripada https://www.rbth.com/history/329911-ussrs-first-mcdonalds"
] |
https://www.thepatriots.asia/kenapa-bangsa-memerlukan-negara/ | Kenapa Bangsa Memerlukan Negara? | [
"Oleh: John J. Mearsheimer*",
"Bangsa menginginkan negara untuk dua sebab, yang pertama adalah penentuan nasib sendiri (self-determination). Seperti mana-mana kumpulan sosial yang besar, bangsa lebih suka menjalankan urusan mereka sendiri dan menentukan nasib diri mereka semampu yang mungkin.",
"Cara terbaik untuk mencapai matlamat tersebut ialah untuk bangsa mengawal institusi politik yang membentuk kehidupan sehariannya. Di dunia moden, ia diterjemahkan dengan memiliki negara sendiri.",
"Sudah tentu, bukan semua bangsa dapat memenuhi cita-cita ini, dan bangsa-bangsa yang tidak dapat memiliki negara sendiri tidak semestinya akan lenyap. Seperti mana yang dicatatkan oleh ahli falsafah politik Yael Tamir, “Hak untuk penentuan nasib sendiri boleh direalisasikan dalam pelbagai cara: autonomi budaya, autonomi wilayah, persekutuan, dan perikatan (confederation).”",
"Tetapi dia mengakui bahawa “negara-bangsa tidak dapat dipersoalkan dapat memastikan tahap autonomi nasional seluas yang mungkin dan jangkauan maksimum bagi kemungkinan untuk menikmati kehidupan nasional.”[1] Bangsa mendorong daripada bawah ke atas untuk menubuhkan negara yang mereka boleh kuasai dan jalankan.",
"Bangsa-bangsa juga mahukan negara mereka sendiri kerana ini adalah cara terbaik untuk memaksimumkan prospek survival mereka. Bangsa menghadapi pelbagai ancaman terhadap kewujudan mereka, bermula dengan sifat intrusif negara moden.",
"Negara dinasti tidak banyak campur tangan dalam kehidupan seharian orang-orang di dalam sempadannya.",
"Negara dinasti kebanyakannya mengutip cukai dan mencari sejumlah kecil orang muda yang mungkin akan berkhidmat dalam tentera. Jika tidak, orang-orang kebanyakannya ditinggalkan sendirian di bawah bidang kuasa kebudayaan dan institusi politik tempatan.",
"Tetapi, ketika mana negara semakin terlibat dalam kehidupan rakyatnya, ia berubah secara drastik. Negara mempunyai insentif yang kuat untuk membentuk rakyatnya ke dalam sebuah budaya tunggal dengan bahasa yang sama dan sejarah bersama.[2]",
"Dorongan untuk menyeragamkan budaya ini, yang sinonim dengan pembinaan bangsa (nation-building), memberikan bahaya besar kepada mana-mana kumpulan minoriti dalam negara multinasional, hanya kerana majoriti cenderung untuk memastikan budaya bersama (common culture) yang muncul adalah ditakrifkan oleh bahasa dan tradisi mereka sendiri. Budaya minoriti kemungkinan akan diketepikan dan mungkin juga lenyap.",
"Seperti yang dinyatakan oleh Walker Connor, negara yang terlibat dalam pembinaan bangsa (nation-building) adalah selalunya dalam urusan penghancuran bangsa (nation-breaking) juga.[3]",
"Cara terbaik bagi bangsa untuk mengelakkan nasib sedemikian adalah untuk memiliki negaranya sendiri. Logik ini menjelaskan mengapa begitu banyak negara multinasional telah pecah berkecai sejak dua abad yang lalu.[4]",
"Sebab lain mengapa ahli bangsa-bangsa minoriti bimbang mengenai survival mereka adalah bahawa mereka mungkin boleh terbvnuh dalam p3rang saudara. Satu contoh yang baik ialah penghapusan bangsa (genosid) oleh Hutu terhadap Tutsi di Rwanda pada tahun 1994.",
"Kempen pembvnuhan terhadap kumpulan minoriti mungkin berlaku untuk beberapa sebab. Ia mungkin didorong oleh kebencian terhadap pengaruh golongan minoriti yang tidak seimbang dalam ekonomi, atau minoriti mungkin dilihat sebagai musuh dalam selimut seperti orang Armenia di Turki semasa P3rang Dvnia P3rtama.[5]",
"Ia Iadalah sentiasa lebih selamat untuk memiliki negara sendiri daripada mendapat hasil buruk imbangan kuasa dalam sebuah negara multinasional yang tidak terkawal.",
"Akhirnya, survival nasional adalah perkara yang sangat membimbangkan bagi orang-orang jajahan semasa zaman imperialisme, dan ketakutan terhadap penaklukan memainkan peranan penting dalam menyebarkan sistem negara moden di luar Eropah.[6]",
"Di antara awal abad ke-16 dengan awal abad ke-20, kuasa dunia Eropah mencipta empayar yang meliputi sebahagian besar dunia. Orang pribumi yang ditakluki oleh empayar-empayar yang luas sekali ini sering melihat budaya mereka dirosak teruk oleh kuasa imperial, empayar yang sering membatasi pendidikan penduduk pribumi, memusnahkan ekonomi mereka, mengerahkan anak muda mereka, merampas tanah ladang mereka.,",
"Bahkan memaksa penduduk asal ke dalam perhambaan virtual (atau perhambaan sebenar). Penduduk tempatan yang didorong oleh golongan elit mereka akhirnya mula melihat diri mereka sebagai bangsa dan memikirkan mengenai penentuan nasib sendiri. Dalam kebanyakan kes, satu-satunya cara untuk mencapai matlamat tersebut adalah melepaskan diri daripada empayar dan menubuhkan negara-bangsa yang merdeka.",
"Sebab-sebab yang meyakinkan ini bagi sesebuah bangsa untuk menginginkan negara sendiri telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara-bangsa. Kebalikannya juga adalah benar: negara-negara dinasti mempunyai sebab yang kuat untuk mengubah diri mereka menjadi negara-bangsa, kerana negara mendapat manfaat besar apabila rakyat mereka diorganisasikan menjadi bangsa.",
"NOTA",
"[1] Yael Tamir, Liberal Nationalism (Princeton, NJ: Princeton University Press, 1993), hlm. xiv, 74.",
"[2] Eugen Weber, Peasants into Frenchmen (Stanford, CA: Stanford University Press, 1976).",
"[3] Walker Connor, “Nation-Building or Nation-Destroying?,” World Politics 24, no. 3 (April 1972): 319–55.",
"[4] Ianya adalah jelas daripada buku The Art of Not Being Governed oleh Scott bahawa logik yang sama teraplikasi kepada kelompok-kelompok yang tinggal di luar daripada negara dan berusaha untuk menghindari daripada dimasukkan ke dalamnya. Dia menulis: “Di mana mereka boleh. . . semua negara di rantau ini telah cuba membawa orang-orang seperti itu di bawah pentadbiran rutin mereka, untuk menggalakkan dan, lebih jarang lagi, untuk menegaskan penjajaran bahasa, budaya, dan agama dengan populasi majoriti di teras negara “(ms. 12). Jangkauan negara adalah sangat besar hari ini sehingga sangat sedikit kelompok yang terus hidup di luar daripada negara.",
"[5] Benjamin A. Valentino, Final Solutions: Mass Killing and Genocide in the 20th Century (Ithaca, NY: Cornell University Press, 2004), hlm. 157–66.",
"[6] Partha Chatterjee, The Nation and Its Fragments: Colonial and Postcolonial Histories (Princeton, NJ: Princeton University Press, 1993); Partha Chatterjee, The Black Hole of Empire: History of a Global Practice of Power (Princeton, NJ: Princeton University Press, 2012",
"*John Mearsheimer adalah profesor sains politik di University of Chicago dan pengarang buku The Tragedy of Great Power Politics (W.W Norton, 2001) dan The Great Delusion: Liberal Dreams and International Realities (New Haven, CT: Yale University Press, 2018)",
"Terjemahan: Muaz Malik",
"SUMBER:\nDiolah daripada The Great Delusion (2018)"
] |
https://www.thepatriots.asia/black-shuck-saka-anjing-hitam-mat-salleh/ | Black Shuck: Saka Anjing Hitam Mat Salleh | [
"Legenda dan kisah mitos mengenai hantu Black Dog (Anjing Hitam) kebanyakannya berlaku di Kepulauan British dan di beberapa tempat lain. Walaubagaimanapun, ia lebih menjadi fenomena di Inggeris, tempat yang sangat kaya dengan legenda dan mitos mengenai anjing.",
"Ciri-ciri utama legenda Anjing Hitam selain daripada muncul di malam hari, ia memiliki akar dari manusia dan sesetengah tempat. Juga, sebagai pembawa petanda kem4tian dengan penglibatan syaitan, makhluk itu digambarkan berwarna hitam. Anjing Hitam dipercayai pernah dilihat di Isle of Man, Brittany, dan Kepulauan Channel.",
"Kisah mengenai anjing hitam, anjing hantu, atau anjing ner4ka ini wujud di hampir setiap wilayah seluruh dunia. Mungkin perkara pertama yang terlintas di fikiran kita apabila memikirkan tentang anjing hantu yang menakutkan ini adalah imej kej4hatan, petanda kem4tian, atau bahkan anjing berkepala dua iaitu Cerberus dari mitologi Yunani kuno.",
"Agak masuk akal juga, kerana kebanyakan waktunya makhluk-makhluk misteri ini sering digambarkan sebagai makhluk j4hat, tetapi tahukah anda bahawa kadang-kala mereka juga dilihat sebagai pelindung yang baik?",
"Populariti legenda haiwan bernama anjing ini tidak mengejutkan lagi, kerana anjing adalah haiwan peliharaan yang menjadi pilihan utama manusia, hubungan di antara manusia dan anjing boleh dijejak sejauh zaman Paleolitik dan ia berterusan selama ribuan tahun hingga ke hari ini. Bagi legenda anjing hitam, artikel ini akan memberi tumpuan kepada beberapa versi Inggeris yang agak rumit.",
"Anjing Hitam United Kingdom",
"Dalam banyak-banyak tempat di dunia ini, Inggeris mungkin merupakan bangsa yang menyimpan paling banyak kisah-kisah legenda, atau penampakan anjing hitam. Di tempat lain pula masing-masing mungkin mempunyai versi kisahnya sendiri, dengan nama yang berbeza juga diberikan kepada legenda anjing hitam, seperti: Black Shuck, Gurt Dogs, Padfoot, Barguest, Harry Hound, Yeth hound, dan the Grim.",
"Seperti kebanyakan legenda, asal usul hikayat ini juga sukar untuk dibuktikan. Mark Norman, seorang pengkaji yang telah menyelidik legenda anjing hitam di England selama bertahun-tahun, telah menjejaki catatan terawal melalui teks kesusasteraan Inggeris sejak tahun 1127.",
"Berdasarkan kajian Norman, anjing hitam boleh muncul dalam bentuk yang berbeza, tetapi terdapat beberapa ciri umum dengan semua ciri-ciri ini: mereka adalah makhluk yang sangat besar, dengan bulu lebat yang tidak rata, dan mata besar yang bersinar (biasanya berwarna merah).",
"Perincian yang berbeza-beza menjadikan anjing itu unik, seperti rantai di leher mereka, badan tanpa kepala, atau bahkan mempunyai wajah manusia. Beberapa legenda menggambarkan anjing hantu itu besar, bahkan hingga menyamai saiz sebuah rumah, manakala yang lain-lain mendakwa bahawa mereka berjalan hanya menggunakan dua belah kaki belakang mereka seperti manusia.",
"Binatang buas yang penuh dengan misteri gelap ini terkenal dengan gaya ikoniknya iaitu mereka akan menghilang di sebalik kabus tanpa meninggalkan jejak selepas menakut-nakutkan orang.",
"Walaupun haiwan ghaib ini sangat kerap digambarkan sebagai makhluk j4hat yang membawa b4la dan nasib malang, anjing hitam juga memiliki konotasi kebaikan – sebagai semangat pelindung yang berdamping dengan satu keluarga atau tempat tertentu, seperti jalan raya misalnya.",
"Salah satu legenda anjing hantu Inggeris yang paling popular dikatakan telah berlaku di Pasar Bungay di Suffolk. Ia bermula dengan ribut yang kencang melanda pada pagi tahun 1577, sementara para paroki sebuah gereja menghadiri acara bakti Ahad.",
"Dikatakan mereka disilaukan oleh satu sambaran api, kemudian seekor anjing hitam muncul di gereja sambil berlari-lari dan menimbulkan rasa panik di kalangan hadirin. Anjing hantu itu kemudian telah meragut nyawa dua orang lelaki yang sedang berlutut untuk melaksanakan ibadat mereka, dan menyebabkan ceder4 dan luk4 yang p4rah akibat kebakaran pada hadirin yang lain.",
"Walaupun anjing itu digambarkan sebagai pembawa b4la dan kem4tian, ada beberapa kisah lagenda yang melibatkan anjing hitam yang baik, seperti yang diceritakan oleh Johnnie Greenwood dari Swancliffe. Lelaki itu diekori oleh seekor anjing hitam ketika berjalan pada waktu tengah malam di hutan. Makhluk itu kekal berada di sisinya untuk mengiringi sehingga dia keluar dari hutan.",
"Beberapa tahun kemudian, dua orang penjen4yah mengaku bahawa mereka berniat mahu mer0mpak dan membvnuh Johnnie pada malam itu di tengah-tengah hutan, tetapi mereka membatalkan niat j4hat itu setelah menyedari kehadiran seekor anjing hitam yang besar sedang menemaninya.",
"Manakala petikan berikut adalah dari kenyataan James Barnes ketika menceritakan kisah seekor anjing hitam yang sangat popular dari Dartmoor:",
"“Di Dartmoor, Cabell si bangsawan terkenal itu adalah pemburu yang menjual jiwanya kepada syaitan. Semasa dia meninggal dunia pada tahun 1677, anjing hitam dikatakan muncul di sekitar ruang perkuburannya. Pemburu hantu itu dikatakan menunggang anjing hitam; kisah ini memberi inspirasi kepada Arthur Conan Doyle untuk menulis karya fantasi terkenalnya, The Hound of the Baskervilles”.",
"Menurut beberapa kepercayaan yang berbeza, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan makhluk ghaib, tetapi fakta tentang kewujudannya sendiri masih tidak jelas. Di tempat-tempat yang dipengaruhi oleh agama Kristian, dikatakan dengan hanya memakai lambang salib atau memiliki gambar tokoh dewata suci sudah cukup untuk menjauhkan anjing hitam itu dari diri mereka.",
"Manakala, beberapa lagi amalan kepercayan tahyul-tahyul yang lain bagi mengelakkan makhluk ini adalah melibatkan amalan seperti membawa paku keranda, menabur air tawar ke atas tanah di belakang anda sepanjang masa anda berjalan, atau membawa sepasang gunting besi setiap masa.",
"Di samping itu, dikatakan bahawa anda harus mengelakkan persimpangan jalan, atau laluan air seperti sungai, hutan, atau padang luas yang memanjang. Pantang larang ini telah menyebabkan sebarang perjalanan jauh adalah hampir mustahil pada zaman tersebut.",
"Anjing Hitam Di Seluruh Dunia",
"Terdapat begitu banyak kisah legenda anjing hitam sehingga kita boleh menikm4ti pelbagai variasi dan versi mitos sebegini selama bertahun-tahun. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai legenda lain yang melibatkan anjing hantu, ada beberapa kawasan lagi yang perlu diperhatikan: anjing pengawal dalam ilmu dukun, legenda Celtic, legenda Welsh, mitologi Finland, mitologi Eropah Utara, legenda Amerika Utara, legenda Asia, mitos Yunani, kisah di hampir seluruh wilayah United Kingdom, mitos yang melibatkan buruj Canis dan bintang Sirius, dan yang terakhir, kemunculan makhluk legenda dalam budaya pop – seperti salah satu watak novel Harry Potter iaitu ‘Sirius Black’.",
"Anjing hitam turut dikenali di seluruh dunia sebagai penjaga alam ghaib, anjing ner4ka, pengawal mistik, petanda kem4tian, b4la mal4petaka, dan pembawa kemurungan. Mereka muncul dalam mitologi dan cerita rakyat yang mengerikan selama berabad-abad.",
"Dalam sebuah kisah Amerika Latin, “The Cadejo,” seekor anjing hitam dengan mata berapi dan berkuku tajam mengikut pemabuk di tengah malam sehingga mereka pulang. Dalam beberapa variasi legenda Cadejo, seekor anjing putih melindungi manusia dari Cadejo si anjing hitam yang j4hat.",
"Dalam mitologi Yunani, terdapat kisah anjing penjaga Hades yang terkenal, Cerberus, makhluk yang menakutkan dengan tiga kepala dan ekor berbelit, ia merupakan salah seekor lagi jenis anjing hitam yang besar.",
"Cerberus bertanggungjawab memastikan roh orang yang telah m4ti kekal berada di Dunia Bawah (ner4ka). Anjing itu sangat hebat sehingga tugasan Hercules yang terakhir dan yang paling sukar adalah menangkap makhluk yang menakutkan ini.",
"Di Mesir kuno, dewa Anubis pada asasnya dianggap sebagai serigala atau anjing yang juga dikenali sebagai An-pu. Nama An-pu yang lebih awal adalah Imy-ut yang bererti ‘dia adalah kulitnya’ atau plasenta. Ia sebenarnya merujuk kepada anak yang belum lahir. Anubis sebagai makhluk dewata juga disebut sebagai ‘Pembuka Jalan’.",
"Apabila Anubis disebut dengan istilah Impou, kita akan mendapat dua makna, salah satunya merujuk kepada anjing muda dan satu lagi adalah anak kecil. Dengan kata lain terdapat sifat dualiti bagi Anubis yang berkaitan dengan hidup dan m4ti.",
"Anubis dalam kepercayaan agama Mesir kuno dikaitkan dengan Bintang Sirius. Kaitan lain adalah antara Anubis dengan Cerberus dari mitos Yunani kuno, ia bukan berkait sebagai makhluk dewata sahaja, tetapi juga kerana Cerberus pada asalnya adalah Dewi Hecate.",
"Di Britain terdapat berpuluh-puluh kisah mengenai anjing hitam. Di sana, istilah itu digunakan untuk merujuk kepada anjing dengan elemen mistik yang mewakili petanda buruk ( nama berbeza mengikut kawasan yang berbeza di UK) yang wujud dalam setiap cerita rakyat Inggeris.",
"Anjing hitam terus mendapat reputasi buruk di Britain melalui anjing hitam Perdana Menteri zaman Per4ng Dunia Kedua, Winston Churchill. Tetapi bukan anjing hitam sebenar yang dipeliharanya menjadi isu, namun, dia sering merujuk kepada masalah depresi teruk yang dihadapinya itu sebagai “anjing hitam”. Ernest Hemingway di Amerika Syarikat juga menyebut tentang masalah kemurungan yang dihadapinya secara berkala sebagai “anjing hitam.” Tetapi ironinya, dia sendiri memelihara seekor anjing hitam dan dilihat bersama dengan anjing kesayangannya itu di dalam gambar.",
"Tidak ramai orang tahu bahawa Churchill yang lantang itu sebenarnya memiliki masalah kemurungan. Selama beberapa dekad, Churchill mengelak dari berdiri terlalu dekat dengan balkoni dan landasan kereta api. Churchill mengetahui tentang masalahnya dan menamakannya sebagai “anjing hitam”, sama seperti Samuel Johnson (yang sama sebagaimana tokoh terkenal yang lain, mend3rita penyakit kemurungan).",
"Churchill hampir dilumpuhkan oleh perasaan putus asa sehingga dia menghabiskan hampir seluruh waktunya di tempat tidur tanpa tenaga, hilang minat terhadap semua perkara, kehilangan selera makan, dan tidak dapat menumpukan perhatian.",
"Ramai pakar dan para pengkaji telah berusaha untuk menjelaskan punca-punca di sebalik legenda anjing hitam dan populariti mereka di seluruh dunia. Tafsiran mereka berkisar dari pengajaran dalam cerita rakyat hingga fenomena yang tidak dikenali yang digambarkan oleh nenek moyang mereka yang jauh. Tiada sesiapa yang mampu memberikan satu jawapan yang merangkumi semua legenda dengan sempurna.",
"Sejak awal sejarah dunia, manusia sering diancam oleh serigala, yang jauh lebih besar daripada anjing di kebanyakan lokasi di seluruh dunia. Ini mungkin boleh menjelaskan sifat j4hat anjing dalam beberapa kisah anjing hantu dan reputasi mereka sebagai penjaga ner4ka.",
"Namun, jika menurut kisah-kisah lagenda bangsa Turkik, serigala merupakan haiwan mistik yang menjadi peneman mereka, bahkan serigala diangkat sebagai simbol haiwan kebangsaan Turkik.",
"Sebab-sebab lain mungkin berkaitan dengan dongeng yang diceritakan kepada anak-anak untuk mengelakkan mereka daripada pergi ke tempat-tempat berbahaya. Penjelasan lain pula berkaitan dengan bah4ya tersembunyi yang terdapat di laluan haram.",
"Walau bagaimanapun, hampir tidak ada sebarang perkara yabg dapat menjelaskan legenda anjing hitam. Namun, sama ada mereka mewakili unsur baik atau j4hat, kita sebagai umat Islam tidak boleh mempercayai kisah tahyul dan tidak boleh menganiayai anjing walaupun anjing merupakan najis yang perlu disertu sekiranya disentuh dalam keadaan basah. Hingga ke hari ini, kisah anjing hitam masih ada dan berkembang di seluruh dunia.",
"RUJUKAN:",
"B. (2011). Black Dogs, the Guardians of the C0rpse Ways. At the Edge. Indigogroup.co.uk.",
"Porter, J. R. & Russell, W. M. S. (eds). Animals in Folklore. S. Brewer, Folklore Society.",
"Carter, A. (1979). ‘Company of Wolves’ in The Bl0ody Chamber. Gollancz, London."
] |
https://www.thepatriots.asia/kisah-sultan-muhammad-al-fatih-dipukul-gurunya/ | Kisah Sultan Muhammad Al-Fatih Dipukul Gurunya | [
"Sebagai seorang sultan yang agung, Sultan Muhammad al-Fatih tidak pernah takut pada mana-mana makhluk. Maharaja Rom sendiri terusir dari istananya disebabkan serangan dari Al-Fatih.",
"Namun, Sultan Muhammad al-Fatih sangat takut pada guru-gurunya. Perasaan takut ini lahir dari rasa hormat yang sangat mendalam.",
"Setiap kali berjumpa guru-gurunya, Sultan Muhammad al-Fatih akan tunduk dan cium tangan gurunya. Apabila guru-gurunya masuk ke dalam majlisnya, Sultan Muhammad al-Fatih akan segera bangun dari tempat duduk.",
"TETAPI sebelum kita habiskan artikel ini, kami nak cadangkan kalau kalian berminat dengan sejarah Uthmaniyyah, makanya buku kami, UTHMANIYYAH DI HUJUNG JARI adalah yang paling sesuai. Beli di Shopee: http://bit.ly/3aYK93g",
"Suatu ketika, seorang guru Sultan Muhammad al-Fatih yang bernama Syeikh Aq Syamsuddin masuk ke istana ketika Sultan Muhammad al-Fatih sedang bermesyuarat dengan para pembesarnya. Melihat kedatangan gurunya itu, Sultan Muhammad al-Fatih kelam kabut bangun menyambut gurunya.",
"Perdana Menteri Uthmaniyah yang bernama Mahmud Pasha bertanya pada Sultan mengapa baginda menyambut Syeikh Aq Syamsuddin sebegitu sedangkan baginda tidak pernah melakukannya pada sesiapa.",
"Sultan Muhammad al-Fatih menjawab, “Perasaan hormatku pada lelaki ini (Syeikh Aq Syamsuddin) sangat mendalam. Apabila orang-orang lain berada di sisiku, tangan mereka akan menggeletar. Sebaliknya, apabila aku melihatnya, tangan aku pula yang menggeletar.”",
"Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih boleh memiliki sifat menghormati guru begini?",
"Jawapannya, ayahnya sendiri yang memberikan rotan pada gurunya.",
"Ketika Sutan Muhammad al-Fatih remaja, ayahnya iaitu Sultan Murad telah mengamanahkan pendidikan Sultan Muhammad al-Fatih pada seorang ulama yang sangat tegas dan garang yang bernama Mullah Kurani.",
"Di samping itu, Sultan Murad II juga memberikan rotan atau kayu pada Mullah Kurani supaya Mullah Kurani memukul Sultan Muhammad al-Fatih sekiranya al-Fatih ingkar dengan sebarang arahan Mullah Kurani.",
"Dalam sebuah majlis di istana, Mullah Kurani berkata pada Sultan Muhammad al-Fatih “Ayahmu telah mengutuskan aku kepadamu dan menyuruhku untuk mengajarimu. Baginda memerintahkan aku untuk memukulmu sekiranya engkau mengingkari perintahku.”",
"Mendengar kata-kata Mullah Kurani itu, Sultan Muhammad al-Fatih pun ketawa kerana baginda menyangka Mullah Kurani hanya bergurau dengannya.",
"Maka Mullah Kurani terus memukul Sultan Muhammad al-Fatih dengan kuat sambil dilihat oleh para pembesar dan hadirin yang hadir dalam majlis itu.",
"Sejak itu, Sultan Muhammad al-Fatih sangat takut dengan Mullah Kurani. Baginda tidak berani membantah setiap suruhan dan arahan Mullah Kurani. Hasilnya, dalam tempoh yang singkat baginda berjaya menghafaz Al-Qur’an di bawah bimbingan Mullah Kurani.",
"Maka ketahuilah, sultan yang telah berjaya ‘memukul’ empayar Rom, pernah dipukul oleh gurunya!",
"Rasa best sangat baca artikel ini? Anda akan rasa lagi best kalau baca buku kami, Uthmaniyyah Di Hujung Jari. Tengah ada diskaun 10 peratus sekarang! Dapatkan di Shopee kami dengan segera! Beli di: http://bit.ly/3aYK93g"
] |
https://www.thepatriots.asia/australotitan-fosil-dinosaur-terbesar-di-australia/ | Australotitan – Fosil Dinosaur Terbesar Di Australia! | [
"Baru-baru ini, sekumpulan saintis Australia mengesahkan fosil tu.la.ng dinosaur yang ditemui pada 2007 merupakan spesies baru dinosaur terbesar yang pernah ditemui di benua berkenaan. Australotitan cooperensis atau gergasi selatan merupakan antara 15 fosil dinosaur terbesar yang ditemui di seluruh dunia. Mereka percaya ia boleh mencapai ketinggian 6.5 meter dan panjang 30 meter atau sepanjang gelanggang bola keranjang.",
"Fosil ini ditemui di sebuah ladang di barat daya Queensland dan mengambil masa lebih sedekad untuk dikenalpasti. Ini kerana para saintis perlu membandingkan fosil yang ditemui dengan fosil-fosil dinosaur spesies lain termasuk jenis sauropod. Sauropod ialah sejenis dinosaur herbivor yang mempunyai kepala kecil, leher dan ekor yang panjang serta kaki yang besar bak tiang bangunan.",
"Spesies dinosaur ini wujud semasa era Cretaceous sekitar 92 hingga 96 juta tahun yang lalu. Fosil ini diberi gelaran Cooper oleh pasukan pengkaji kerana ia ditemui berhampiran dengan Cooper Creek. Selain berdepan proses pengenalpastian spesies dinosaur, keadaan dan saiz fosil serta lokasi fosil yang terpencil turut menjadi asbab pengenalpastian fosil mengambil masa lama.",
"Kebanyakan fosil Australotitan kini ditempatkan di Muzium Queensland dan Muzium Sejarah Alam Semulajadi Eromanga. Pengkaji paleontologi percaya spesies ini ada kaitan dengan tiga lagi jenis sauropod iaitu Wintonotitan, Diamantinasaurus dan Savannasaurus.",
"Menariknya, ladang di mana fosil Australotitan dijumpai berhampiran Eromanga milik dua pengkaji dinosaur, Robyn dan Stuart Mackenzie. Mackenzie menganggap pengelasan fosil berkenaan kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pencarian fosil berkenaan. Bagi kerajaan negeri Queensland, pengelasan Australotitan ini dilihat bakal merancakkan lagi usaha pengkaji dinosaur mencari fosil di Australia terutama di negeri itu.",
"RUJUKAN:",
"BBC News. (2021). Scientists say new dinosaur species is largest found in Australia.",
"Sumber gambar: Muzium Queensland"
] |
https://www.thepatriots.asia/21-penjejak-iban-dan-sarawak-rangers-dari-malaya-dan-singapura/ | 21 Penjejak Iban Dan Sarawak Rangers Dari Malaya Dan Singapura | [
"ANDAI ada anak Sarawak yang berkata bahawa apa yang berlaku di Malaya sekarang tidak melibatkan Sarawak adalah sesuatu yang amat kita kesali kerana walau tiada darah yang mengalir di dalam tubuh badan seorang anak Sarawak itu sekalipun satu sejarah yang berkaitan dengan perjuangan k0munis di bumi Malaya turut pernah melibatkan anak Sarawak.",
"Mungkin sudah hidup di dalam aman yang nyaman, segalanya serba serbi ada sehingga kita lupa daratan malah terus lupa ingatan mengenai satu ceritera sejarah mengenai sebahagian anak Sarawak yang menabur keringat dan bakti mereka ketika darurat k0munis berlangsung di Malaya iaitu jauh sebelum Negara Malaysia ditubuhkan iaitu pada tahun 1948.",
"Ya, disinilah pasukan yang gagah terdiri dari anak Sarawak yang amat dibanggakan oleh Pesuruhjaya British Malaya iaitu Sir Gerald Templer yang menggelar pasukan Penjejak Iban dan Sarawak Rangers sebagai “Pasukan Terbaik Di Dunia”. Dan kata pujian yang sama turut pernah dipertuturkan oleh Presiden Sukarno iaitu presiden Indonesia ketika zaman Konfrontasi Indonesia/Malaysia (1962-1965) di dalam ucapannya iaitu ”Tentera Iban ini datangnya tidak diundang, saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa. Ramai yang berc3rai dari badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia”.",
"Penglibatan anak Sarawak mula berjuang di medan pep3rangan di Malaya bermula pada tahun 1948 iaitu ketika zaman Darurat K0munis Malaya yang mana menyaksikan keringat mereka dituntut oleh Koloni British pada masa itu. Dengan Sarawak dibawa jajahan Koloni Mahkota Sarawak British maka kerajaan pada masa itu bersetuju untuk menghantar 49 penjejak Iban ke Malaya bagi membantu memerangi k0munis yang berleluasa pada waktu itu.",
"Kepakaran 49 orang anak-anak Iban ini bukanlah hanya sembrono dipilih sebaliknya sudah membuktikan bahawa mereka yang terbaik daripada seluruh rumah-rumah panjang kaum Iban di Sarawak itu. Jika diikutkan di dalam perjanjian yang pertama, kesemua mereka hanya berkhidmat selama tiga bulan sahaja di Malaya dan usai tempoh perkhidmatan mereka tamat, dari 49 orang ada 24 orang yang memilih untuk terus berbakti di Malaya.",
"Tatkala itulah 24 orang penjejak Iban yang tinggal di Malaya telah diserapkan ke Pasukan Ferret No. 4 yang juga dianggotai oleh pasukan tentera Gurkha dan tentera Force 136. Dari 24 orang pada mulanya akhirnya ramai anak-anak Iban terus mendatangi Malaya dan berkhidmat sebagai pertahanan paling hadapan di medan pep3rangan. Dicatatkan sehingga tahun 1952 ada lebih 1,168 penjejak Iban yang berkhidmat sebagai Penjejak Iban Sarawak di bumi Malaya.",
"Jika diikutkan sebagai barisan pertahanan paling hadapan sepatutnya ramai penjejak iban yang mungkin terkorban atau tercedera sewaktu bertembung dengan k0munis dari tahun 1948 namun begitu mungkin ramai tidak mengetahui bahawasanya hanya pada tahun 1951 barulah ada seorang penjejak Iban yang terkorban di Malaya iaitu yang bernama Jaweng Anak Jugah, anak Iban kelahiran Kapit, Sarawak. Dan Mendiang Jaweng bukanlah terkorban ditembak musuh pada waktu itu sebaliknya kerana ditembak secara tidak sengaja sebab disangkakan salah seorang musuh ketika serang hendap k0munis berlaku.",
"Mengikut sejarah, penjejak Iban hanyalah pasukan separa tentera sahaja tetapi atas nama menjaga kebajikan mereka dari segi hak dan status, Kerajaan Koloni British di Malaya, Kerajaan Koloni Mahkota Sarawak British dan pemimpin kaum Iban di Sarawak telah mengambil kata sepakat untuk mengiktiraf penjejak Iban sebagai unit tentera. Tanggal 1 Januari 1953, Sarawak Rangers Unit Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi dengan pegawai pemerintahnya yang pertama adalah Leftenan Kolonel C.J Baird.",
"Kemudian pada tanggal 1 April 1960, Sarawak Rangers Unit Sarawak, Borneo telah ditubuhkan secara rasminya di bumi Sarawak oleh Kerajaan Koloni Mahkota Sarawak British dengan pegawai pemerintahnya merupakan anak tempatan yang juga salah seorang penjejak Iban bernama Leftenan Tomlow Anak Isa. Ini merupakan satu penghormatan yang besar kepada kaum bumiputera Sarawak amnya dan kaum Iban khususnya di dalam rentatan perjuangan anak Sarawak mempertahankan ibu pertiwi kita memandangkan ketika itu Sarawak masih lagi menjadi tanah jajahan British.",
"Ini hanya satu sejarah ringkas mengenai keberadaan penjejak Iban dan Sarawak Rangers di bumi Malaya dan berbalik kepada satu sejarah yang begitu mencengkam jiwa malah meninggalkan luka yang amat dalam adalah mengenai kepulangan “jasad tanpa nyawa” para penjejak Iban yang terkorban dibvnuh k0munis sewaktu zaman darurat k0munis berlangsung di Malaya.",
"Bayangkan setelah berpuluh-puluh tahun jasad dikuburkan jauh dari keluarga, dibiar sepi tanpa ada yang menjenguk pusara kerana difahamkan keluarga di Sarawak tidak mengetahui dimanakah pusara mereka berpuluh-puluh tahun lamanya dan atas inisiatif seorang anak Iban kelahiran Kampung Lachau Dua, Simanggang iaitu Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah @ Rober Madang Langi yang juga seorang pesara tentera yang dianugerahkan Pingat Gagah Berani oleh Kerajaan Malaysia atas kecemerlangannya bertingkah dengan k0munis memungkinkan “pulai menoa” 21 penjejak Iban dan Sarawak Rangers ini ke Sarawak pada tahun 2011.",
"Ops Ngerapuh yang dijelmakan pada tahun 2008 oleh beliau bagi membawa pulang penjejak Iban dan Sarawak Rangers yang mana pusara mereka berselerakkan di bumi Malaya dan Singapura bukanlah mudah. Jika tiada usaha dan tekad yang waja mana mungkin kerja-kerja sesulit ini boleh dilakukan. Namun atas nama bagi memastikan saudara seSarawak “kembali” ke ibu pertiwi memungkinkan beliau menggunakan segala pengalaman dan hubungan di dalam ketenteraannya menjejak pusara-pusara 21 penjejak Iban dan Sarawak Rangers ini sampai dapat.",
"Lokasi pusara 21 penjejak Iban yang dikenalpasti masih lagi berada di bumi Malaya pada waktu itu adalah seperti berikut:",
"DIKUBURKAN DI TEPI JALANRAYA! Ya, itulah kenyataan yang harus kita terima apabila berkata di dalam darurat atau waktu pep3rangan. Dan dinyatakan pusara penjejak Iban bernama Ungkok Anak Jugam itu telah dialihkan ke tepi jalan KM4 Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah satu dekad yang lalu bagi membenarkan pembinaan lebuhraya pada waktu itu.",
"Hanya pada bulan April tahun yang sama ia berjaya dijejaki oleh Leftenan Kolonel Rizal Robert baharulah pusara Mendiang Ungkuk Anak Jugam dipindahkan ke Tanah Perkuburan Gereja Katolik St. Michael’s di Alor Setar. Bagi memastikan adat kaum Iban dipertahankan, beliau turut mengadakan “upacara miring” dijalankan ketika proses pemindahan pusara Mendiang Ungkuk dilakukan.",
"Satu kerja yang memakan masa bertahun lamanya yang mana Ops Ngerapuh jika dilihat dari sasarannya adalah untuk membawa pulang kesemua 21 penjejak Iban dan Sarawak Rangers pada tanggal 31 Ogos 2010. Atas sebab-sebab tertentu akhirnya Kerajaan Negeri Sarawak bersama dengan Kerajaan Malaysia serta penglibatan beberapa agensi pertahanan termasuklah persatuan Veteran Tentera Sarawak dan SEDC akhirnya memungkinkah ianya berlaku dan sejak itulah ianya dikenali sebagai Ops Mai Pulai 2011.",
"Ops Mai Pulai dilestarikan pada tanggal 26 Julai 2011 apabila rangka-rangka 21 penjejak Iban dan Sarawak Rangers diterbangkan dengan pesawat tentera ke Lapangan Terbang Tentera Udara Kuching. “Kepulangan” mereka disambut oleh ribuan rakyat Sarawak lebih-lebih lagi keluarga 21 penjejak Iban dan Sarawak Rangers yang terlibat dengan linangan airmata dan kesedihan yang amat sangat. Dengan penuh adat-istiadat ketenteraan akhirnya mereka mendapat pengiktirafan yang sewajarnya setelah berbakti kepada negara dengan kesemua mereka dikebumikan semula pada tanggal 27 Julai 2011 di Makam Pahlawan Sarawak di Kuching.",
"Ingatilah sejarah ini wahai rakyat Malaysia amnya dan anak Sarawak khususnya, jangan kita beralah dengan mainan politik sesetengah pihak yang cuba untuk mengangkat ideologi k0munis bertapak kembali di bumi Malaysia. Waima abu sekalipun ianya bukan sekadar abu TETAPI ada rasa sakit dan luka yang paling dalam di dalam sejarah perjuangan anak Sarawak samada di bumi Malaya mahupun di Sarawak sendiri. Jangan cuba mengubah sejarah!",
"RIP Sarawakian warriors, the brave one!",
"-HB-",
"#kameksayangSarawakbah!",
"RUJUKAN:",
" The Star, 23/7/2011 – Reburial for 21 Iban Trackers and Sarawak Rangers. https://www.thestar.com.my/news/community/2011/07/23/reburial-for-21-iban-trackers-and-sarawak-rangers/ ",
"Borneo Post, 25/7/2011 – 21 Iban Trackers To “Come Home” Finally. https://www.theborneopost.com/2011/07/25/21-iban-trackers-to-‘come-home’-finally/",
"An Update Of Ops Ngerapuh. http://pgbwarrior.blogspot.com/2010/08/update-on-ops-ngerapuh.html ",
"D3ad Iban Warriors To Go Home. http://pgbwarrior.blogspot.com/search/label/Iban%20Trackers%20going%20home",
"Borneo Oracle – Penjejak Iban Dan Sarawak Rangers"
] |
https://www.thepatriots.asia/doktor-celaka-yang-menghamilkan-50-wanita/ | Doktor Celaka Yang Menghamilkan 50 Wanita | [
"Semua manusia dilahirkan sempurna dari segi fitrah. Tetapi nilai kesempurnaan ini sangat subjektif. Setakat paru-paru lemah sampai boleh kena asma masih lagi sempurna. Malah orang hilang upaya penglihatan yang bergantung selamanya pada tongkat pun masih sempurna. Konsep ini mudah dipakai untuk faham individu yang mengalami masalah kesuburan.",
"Kena faham awal-awal. Masalah kesuburan tidak melunturkan kejantanan atau kewanitaan seseorang. Kerana tangga kesuburan ini bertingkat-tingkat – ada yang boleh hamil cuma perlu bantuan saintifik seperti teknik tabung uji misalnya.",
"Teknik ini sangat mahal sebenarnya – dalam lingkungan AS$12,000 hingga AS$14,000 kalau di Amerika Syarikat (Conrad, 2021). Ada rawatan yang mencecah AS$30,000. Kena tengok pada keupayaan pesakit itu sendiri. Mahal macam mana sekalipun, ramai sanggup buat kerana mahu anak.",
"Pasangan Los Angeles siap terbang ke Albany, New York, kerana klinik sana lebih murah selepas ambil kira kos penerbangan dan penginapan (Leonhardt, 2019).",
"Gambaran ini sudah cukup untuk pembaca bayangkan keterdesakan keluarga. Prosesnya rumit tetapi boleh faham kalau tengok pada asas: 1) ovum dikeluarkan daripada ovari dan kemudian 2) ovum dipasangkan dengan sperma lelaki. Semua dibuat dalam makmal. Apabila dua benih disenyawakan, nutfah kemudian 3) dipindah balik masuk dalam rahim wanita yang 4) lahir macam biasa.",
"Persoalan sekarang: macam mana kalau ada tangan musibat yang sengaja tukar sperma? Kira tukar sampel air mani terus.",
"Pekung Akhirnya Terlondeh",
"Amerika Syarikat sebelum ini sangat ketinggalan dalam bab nasab. Banyak kes pembunuhan tidak selesai kerana identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti. Macam Malaysia senang sikit – ada cap jari dalam simpanan kerajaan (diambil semasa membuat kad pengenalan).",
"Jadi jumpa mayat, pasangkan saja cap jari mangsa guna rekod simpanan. Amerika Syarikat lain. Cap jari dianggap suci ala-ala “my body, my rights”. Tetapi kempen kesedaran sudah membetulkan perspektif dangkal ini.",
"Sebab itulah ramai pakat hantar maklumat DNA mereka untuk disimpan pihak ketiga macam Ancestry.com atau 23andMe. Katakanlah ada keluarga hilang anak di Minnesota. Tetapi di Texas, polis jumpa mayat yang sudah reput. Keluarga masih mencari (padahal polis sudah jumpa). Guna saja data untuk dipadankan. Dan individu juga boleh padankan dengan DNA ahli keluarga lain, jika ada, dalam sistem tersebut.",
"Tanpa disangka, kaedah ini melondehkan pekung seorang doktor jahat yang bernama Donald Cline. Doktor ini sebelum ini mengendalikan rawatan tabung uji. Keluarga bayar mahal supaya boleh hamil. Dan ramai wanita hamil selepas menjalani rawatan Dr. Cline.",
"Walau bagaimanapun pada Ogos 2017, seorang wanita bernama Heather Woock mendapat mesej rantaian daripada ramai orang yang tidak dikenali. Semua mendakwa DNA mereka berpadanan dengan Woock, menurut 23andMe dan Ancestry.com. Kira Woock adalah kakak atau adik mereka. Mula-mula Woock fikir mereka sedang scam. Rupa-rupanya memang betul kerana ibu bapa mereka menjalani rawatan Dr. Cline.",
"Modus Operandi Donald Cline",
"Kerja Dr. Cline mudah saja. Air mani adalah kunci utama. Beliau membuang air mani suami. Dan beliau letak air mani sendiri. Jadi semua nutfah adalah anak Dr. Cline, mudah kata. Ada dalam kalangan wanita hamil guna sistem bank sperma. Mereka mahu anak tetapi malas berkahwin atau cari pasangan.",
"Sekadar petik ikut katalog dan hamil saja. Cuma mereka tidak dapat ciri-ciri mereka petik kerana anak semua muka macam Dr Cline (Zhang, 2019).",
"Siasatan mendapati Dr. Cline buat perangai antara tahun 1979 hingga 1986. Memang kena betul dengan tahun kelahiran Heather Woock (dan semua yang menghubungi beliau). Dr. Cline buka klinik pada tahun 1979, sangat kena kalau tengok balik garisan masa pada kertas siasatan.",
"Apa yang berlaku di sini adalah pecah amanah antara doktor dan pesakit. Para suami pakat terduduk tengok muka anak yang bukan anak benih sendiri. Mereka dikhianati. Yang paling sedih adalah macam mana mereka sedar mereka dikhianati. Ceritanya begini: Amerika Syarikat membudayakan hadiah “pembuktian” pada Hari Krismas, Hari Ibu dan Hari Bapa.",
"Anak-anak yang meningkat dewasa akan cetak Laporan Ujian DNA yang dihias kemas. Laporan ini diberi kepada ibu bapa mereka sebagai hadiah. Masalahnya, laporan mendedahkan ibu mereka adalah ibu kandung. Tetapi lelaki disangka bapa bukan bapa kandung. Kerana benih menjadikan mereka ditabur Dr. Cline.",
"RUJUKAN:",
"Conrad, M. (2021, September 28). How Much Does IVF Cost? Forbes.",
"Leonhardt, M. (2019, Ogos 13). Women are traveling far and wide for affordable IVF – here’s why it’s so expensive. CNBC.",
"Zhang, S. (2019, April). The Fertility Doctor’s Secret. The Atlantic."
] |
https://www.thepatriots.asia/sejarah-penjinakkan-kucing/ | Sejarah Penjinakkan Kucing | [
"Selalunya, setiap kali aku balik ke rumah daripada universiti, benda pertama yang aku buat ialah pergi ke balkoni rumah untuk melihat tuan besar rumah kami: Muezza. Hobi dia setiap hari ialah tidur dan melantak. Kucing aku yang satu lagi, Brad Pitt adalah berlainan dengan Muezza dari segi sifat. Barangkali kerana baka Maine Coone nya, dia suka ikut dan perhati ahli rumah kami dalam melakukan sesuatu. Juga, Brad Pitt ni lebih bijak, mampu selesaikan puzzle mudah seperti membuka sangkar dengan sendiri, mendengar cakap dan sebagainya, berpadanan dengan gelaran baka kucing Maine Coone sebagai ‘anjing’ versi kucing. ",
"Melihatkan dua ekor kucing ni di rumah, satu soalan\nmenjelma di fikiran aku. Dari mana kucing ni datang?",
"Kucing domestik yang melata zaman sekarang adalah\nhasil domestifikasi kucing liar di kawasan hutan. Jadi, inilah persoalannya;\nkucing hutan mana?",
"Menurut dapatan saintis, baka induk kucing hutan\ndipercayai berpusat Eropah sekitar 50,000 tahun dahulu. Kemudiannya, variasi\nkucing hutan Eropah ni bermigrasi ke Asia Tengah, yakni di sekitar kawasan\nAfrika Utara sehinggalah ke wilayah Turki, sekitar 10,000 tahun lepas. (ini\nadalah penting). Kemudiannya, kucing hutan ni bermigrasi ke merata tempat dan\nmewujudkan baka kucing hutan yang lain seperti kucing hutan Eropah, dan kucing\nhutan Asia. ",
"Dapatan mengenai baka induk Asia Tengah ni penting kerana garis masa migrasi dan tempat adalah selaras dengan kebangkitan tamadun-tamadun purba. Hasil ekskavasi kubur neolitik berusia 9,5000 tahun di Cypurs menemukan tulang temulang manusia dan kucing yang berdekatan antara satu sama lain. Dalam dunia arkeologi dan ekskavasi, manusia selalunya akan menanam objek dan haiwan kesayangan mereka sekali dalam kubur mereka, sebagaimana kubur orang Mongol yang mempunyai kubur kuda berdekatan dengannya. Menariknya, Cyprus tak mempunyai mana-mana jenis baka kucing hutan di situ. Ini memberi makna kebarangkalian kucing dalam kubur tersebut diimport dari wilayah luar, dan wilayah terdekat yang mempunyai baka kucing liar ialah Asia Tengah. Kucing hutan Afrika. ",
"Tamadun purba tertua di dunia terletak di kawasan Sabit Subur, juga di Asia tengah. Hasil penemuan arkeologi di wilayah ini menemukan tapak neolitik pra-tembikar di tapak bukit Taurus dan gunung Zagros. Tamadun neolitik dikenali sebagai tamadun di mana manusia mula menternak haiwan dan juga bercucuk tanam. Ini ialah kata kunci kedua. Apabila manusia mula mengumpulkan hasil tanaman seperti gandum di gudang, ini akan menarik haiwan perosak untuk berkampung dan memakan semua hasil gandum ni. Apa yang menarik tentang kucing ni ialah, kalau haiwan jinak lain selalunya manusia yang ternak dia sampai jadi jinak. Kucing ni dia yang ajar diri dia jadi jinak semata mata untuk senang cari makan. Bila jadi macam tu, lagi la manusia nak bela dia sebagai haiwan peliharaan. Maknanya memang dari dulu lagi la kucing ni kuat curi tulang.",
"Jadi, apa langkah terbaik untuk mencegah masalah ni? Ya, kucing lah solusi tersebut. Proses domestifikasi kucing hutan adalah selari dengan zaman neolitik di Sabit Subur. Namun, kucing hutan pada zaman tersebut mungkin terhad kepada haiwan pengawal binatang perosak semata-mata berbanding haiwan peliharaan. Ini juga secara tak langsung menceritakan kenapa tamadun Mesir Purba menyembah kucing – sebab kucing ni makan haiwan perosak, dan juga sebab mereka ni melindungi firaun daripada haiwan berbisa macam ular yang memang makanan mereka. Sebab tu dewi Bastet, dewi kesuburan Mesir Purba berkepala kucing, ada cerita tentang dia berlawan dengan dewa ular Apep.",
"Bila ada teknologi perkapalan, orang boleh berniaga jauh jauh dari kampung halaman mereka. Namun, ada masalah lain pula yang muncul. Tikus pun akan naik kapal dagang sebab ada makanan. Jadi, pelaut pelaut purba ni akan bawa kucing sekali untuk kawal haiwan perosak. ",
"Selain daripada itu, kucing ni derianya sensitive. Mereka oleh tahu kalau kalau ribut akan muncul di lautan. Lama kelamaan orang mula menganggap kapal akan menjadi lebih bertuah kalau ada kucing. Kalau kita ikut catatan sejarah pun memang banyak kapal terselamat daripada bencana sebab tengok kucing berperangai pelik di kapal.",
"Ada kalanya, kucing ni akan terlepas ke kawasan asing dan beranak pinak di situ. Bermula dari perihal inilah, kucing melata di satu dunia jadi baka berasingan. Sebab berdagang sahaja. Tradisi kucing atas kapal ni bertahan dari zaman purba hinggalah awal abad ke-20. Itupun ada je kapal yang bawa kucing untuk bermanja manja dan juga sebab mitos kucing bertuah tu. ",
"Sampai sekarang kalau kita buat kajian perbandingan DNA, kucing domestik\ntak kira Maine Coon di Amerika, atau Angora di Turki, kesemuanya dikira\nketurunan kucing hutan Afrika, padahal di benua mereka tu ada sahaja kucing\nhutan lain.",
"RUJUKAN:",
"Driscoll, Carlos\n(2009). “The Taming of the Cat. Genetic and Archaeological findings hint\nthat wildcats became housecats earlier- and in different place- than previously\nthought”. Scientific American. 300.6: 68–75.",
"Serpell, James\nA., “Domestication and history of the cat”, The Domestic\nCat, Cambridge University Press,\npp. 83–100, ISBN 9781139177177, retrieved 2019-04-09"
] |
https://www.thepatriots.asia/macam-mana-brunei-bebas-covid-19-selama-setahun/ | Macam Mana Brunei Bebas COVID-19 Selama Setahun? | [
"Dulu rakyat Malaysia tengok statistik COVID-19 dengan perasaan penuh bangga. Walaupun ada beberapa kluster, rantaian kebolehjan.gkitan sudah berjaya dibenamkan. Angka harian pun turun hingga ke paras satu angka saja. Semua kenangan manis ini sekarang menjadi angan-angan sahaja.",
"Kes harian sudah mencecah ribuan setiap hari, nampak macam sangat sukar pula untuk disifarkan semula seperti dulu. Banyak kesilapan telah berlaku, dengan ada pula varian-varian baru. Namun perkara ini tidak langsung berlaku di brunei. Kalau tengok statistik sepanjang masa, Brunei seolah-olah kebal pun ada.",
"Pernah sekali Brunei berjaya bertahan 91 hari tanpa satu kes. Konsistensi ini berakhir pada 7 Ogos 2020, kerana satu kes import daripada Yaman. Kes seterusnya dikesan pada 23 November, apabila seorang wanita berumur 37 tahun mendarat daripada India.",
"Ini pun kes import. Sehingga 3 Mei 2021, Brunei hanya mempunyai tujuh kes aktif, dengan 227 kes keseluruhan. Tidak melampau kalau kata Brunei bebas COVID-19… kerana kebanyakan kes terbaru diimport daripada negara lain.",
"Untuk faham kejayaan Brunei, perlu faham dulu kegagalan Amerika Syarikat, India dan Malaysia dalam menangani COVID-19. Ketiga-tiga negara ini gagal pada awalnya kerana satu perkara sahaja: politik. Inilah rahsia sulung Brunei, iaitu kejituan sebuah kerajaan yang memerintah.",
"Pertama sekali, Brunei mempunyai sebuah kerajaan monarki mutlak tanpa pec.ahan negeri. Sistem unitari diamalkan Brunei menjaminkan kuasa pusat (central authority) dan tempatan (local government) berada pada tangan Sultan Hassanal Bolkiah.",
"Jadi rakyat Brunei tiada sebarang pilihan raya untuk menentukan kerajaan, seperti Malaysia dan United Kingdom.",
"Tanpa pilihan raya bermakna ahli-ahli parti tidak perlu ke sana sini untuk berkempen, sekali gus menyeb.arkan peny.akit secara tidak sengaja.",
"Kedua, Brunei menguatkuasakan undang-undang yang jelas. Kejayaan Brunei memang berpunca daripada politik yang stabil. Dengan politik sebegini, kerajaan mampu bertegas dalam usaha pembendungan dan pencegahan COVID-19 tanpa perlu bimbang dengan implikasi kepentingan.",
"Sistem “strong government” ini dibantu pula dengan ekonomi yang tidak bergantung pada warga luar negara (Nadia & Case, 2021). Bermakna kerajaan perlu menjaga kebajikan rakyat sahaja.",
"Sistem “strong government” boleh membuat apa saja. Brunei tidak peduli jika China akan marah. Kerajaannya tutup pintu dari awal lagi. Cuba lihat balik apa Brunei buat pada Januari 2020.",
"Semua rakyat China daripada Hubei tidak dibenarkan masuk langsung. Malaysia mengambil langkah berbeza: “ada simtom sikit pun kita akan kuarantin”, kata Dr Mahathir Mohamad (Azil, 2020).",
"Dengan menggunakan langkah disarankan World Health Organization seperti penutupan tempat ibadat, penjarakan sosial dan pembersihan diri, Brunei berjaya memµtµskan rantaian kebolehj.angkitan.",
"Dan ekonomi negara tersebut telah dibuka sepenuhnya, jauh lebih awal untuk dibandingkan dengan mana-mana negara di dunia ini. Dengan hanya “penguatkuasaan kerajaan yang jelas” dan “pematuhan marhaen yang menyeluruh”, Brunei berjaya.",
"Malaysia gagal dalam dua perkara ini. Pilihan raya negeri demikian hari tidak sepatutnya berlaku. Kalau terpaksa dianjurkan sekalipun, semua parti patut memboikot. Tindakan ini memanglah akan memberi kemenangan mudah.",
"Namun ia juga akan menunjukkan nilai tanggungjawab kepimpinan dalam menghadapi musibah paling besar sejak pepe.rang.an dengan komunis. Dan kemenangan pilihan raya ini pun bukan sama sekali kekal selamanya. Mandat hanya diberikan selama lima tahun sekali sahaja, itupun jika tidak dibubar awal.",
"Walau bagaimanapun, rakyat marhaen turut berkongsi tanggungjawab. Gelombang ketiga ini berlaku kerana ramai gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan. Banyak media bercerita tentang kluster baru yang dicetuskan kerana sambutan Aidilfitri.",
"Peningkatan mendadak di Kelantan dan Melaka pun berlaku kerana ziarah raya (Bernama, 2021). Ini belum lagi pasal temu janji vaksin yang hampir 10,000 penduduk di Kelantan setakat ini tidak hadir (Razali, 2021).",
"Tiada salah jika ingin mencontohi Brunei. Kalau minta rumuskan punca kejayaan Brunei dengan hanya satu patah perkataan, jawapannya mesti “tanggungjawab”. Negara itu telah membuktikan nilai sebuah tanggungjawab.",
"Bukan tanggungjawab daripada kerajaan semata-mata. Rakyat pun mempunyai tanggungjawab. Apabila kedua-dua pihak bertanggungjawab, tentu sekali COVID-19 boleh dibenamkan. Kalau asyik salahkan satu sama lain, sampai sudah tidak kemana.",
"RUJUKAN:",
"Azil, F. (2020, Januari 26). Mustahil untuk kuarantin semua pelancong China di Malaysia, Tun M. Astro Awani.",
"Bernama. (2021, Mei 21). Ziarah raya punca peningkatan kes Covid-19 di Melaka, Kelantan. Sinar Harian.",
"Nadia, A.H., & Case, W. (2021, Januari 28). Behind Brunei’s COVID-19 success story. East Asia Forum.",
"Razali, H. (2021, Mei 24). Hampir 10,000 penduduk Kelantan tak hadir janji temu vaksin. Berita Harian."
] |
https://www.thepatriots.asia/kapal-perang-geobukseon-kapal-besi-ampunh-tamadun-korea/ | Kapal Perang Geobukseon: Kapal Besi Ampuh Tamadun Korea | [
"– Sejenis kapal perang jenis Panokseon & digunakan oleh angkatan laut Dinasti Joseon pada abad ke-15 sehingga abad-19.",
"– Versi awal kapal ini direka bentuk asalnya adalah untuk merempuh kapal musuh & dikenali sebagai Gwiseon ( spear ship ) sekitar tahun 1413-1415 seperti dicatatkan dalam ‘ Annals of Joseon Dynasty ‘.",
"– Ketika kerajaan Joseon menghadapi waktu kemakmuran yang panjang, kapal ini dinyah-aktifkan oleh kerajaan.",
"– Pada sekitar tahun 1592-1598, kapal ini direka bentuk semula & dibangunkan kembali oleh panglima Dinasti Joseon yang terkenal iaitu, Panglima Laut Yi-Shun Shi untuk menghadapi serangan armada laut Jepun ketika zaman pemerintahan Toyotomi Hideyoshi yang berhasrat menakluk Dinasti Ming di China melalui jalur negara Korea.",
"– Setelah berbincang dengan anggotanya, Admiral Yi mengarahkan pembinaan kapal ini semula & ketua yang dilantik dalam projek pembinaan kapal ini ialah Na Dae-Yong yang mengikut reka bentuk yang sedia ada ( reka bentuk Gwiseon ).",
"– Dalam diari catatan perang Admiral Yi, yang bertajuk Nanjung Ilgi ditulis oleh anak saudaranya, Yo Beon dinyatakan dengan terperinci tentang pembinaan & isi dalam kapal, ini serta laporan ujikaji persenjataan meriam Korea yang mampu menembak sejauh 300m-500m (diujikaji pada tanggal 12 Mac 1592).",
"– Kapal ini dimulakan pembinaan dalam sekitar tahun 1591 ketika Admiral Yi memangku tugas sebagai panglima laut yang menjaga daerah Jeon Ra.",
"– Kapal kura-kura ini disiapkan & dilancarkan pada tanggal 27 Mac 1592 iaitu sehari sebelum pengepungan Busanji & peperangan Dadaejin.",
"– Sumber mengatakan kayu yang digunakan untuk membuat kapal ini adalah jenis kayu pokok ‘Red Pine’ & kapal kura-kura yang selalu digunakan ketika waktu ini adalah jenis yang berukuran 100-200 kaki panjang ( 30m-37m).",
"– Setiap kapal kura-kura ini boleh memuatkan 50-60 tentera laut, 80 orang pendayung & seorang kapten kerana mempunyai dua dek ( tingkat ).",
"– Kapal ini dilengkapi oleh lima jenis meriam Korea (Chontong) iaitu, Cheonja (Heaven), Jija (Earth), Hyeonja (Black), Hwangja (Yellow) & Seungja (Victory), dan meriam yang paling jauh tembakkannya adalah jenis Hwangja yang mencapai sejauh 1,200m bersamaan 3,900 kaki (diletakkan di dalam saluran mulut kepala naga).",
"– Kapal ini juga dilengkapi senjata ‘Thunder-crush bomb’ iaitu sejenis mortar China versi Korea & ‘Giant Arrow’ yang dimana ukuran anak panah yang paling panjang adalah mencapai 3m bersamaan 9 kaki panjang.",
"– Kapal ini mempunyai 20 dayung ( 80 orang pendayung ) & 11 lubang meriam di sisi kiri dan kanan kapal serta dua tiang beserta layar.",
"– Dinamakan sebagai kapal kura-kura kerana badan kapal ini dilindungi oleh perisai berlapis kayu tebal berbentuk cangkerang kura-kura yang dilapisi kepingan besi berbentuk heksagon & menonjol duri-duri besi yang tajam dari kepingan besi ini.",
"– Kelebihan cangkerang ini berfungsi untuk melindungi tentera laut & para pendayung daripada serangan panahan berapi Jepun & Horokubiya ( sejenis bom tangan yang sering digunakan oleh tentera laut Jepun ketika berperang di laut ).",
"– Duri-duri besi yang tajam ini bertindak sebagai ‘anti-boarding’ kerana tentera laut Jepun tidak mampu untuk mendarat di atas kapal ini & jika mereka melompat ke atas bumbung kapal ini mereka akan mati ditikam.",
"– Kelebihan lain kapal ini adalah mempunyai sebuah kepala naga yang diletakkan di muncung kapal yang mampu menyemburkan asap sulfur, api, & peluru meriam.",
"– Dalam versi lama, fungsi kepala naga ini adalah untuk menyemburkan racun melalui pembakaran bahan-bahan beracun yang dibakar di dalam suatu bekas yang diletakkan di dalam badan kapal.",
"– Asap sulfur yang disemburkan dari kepala naga ini digunakan dalam serangan secara ‘distance combat’ iaitu dengan menyembunyikan diri lalu menyerang secara mengejut, kerana asap sulfur ini mampu membutakan penglihatan pihak armada Jepun & mengurangkan keupayaan armada Jepun untuk menentukan lokasi kapal ini ketika asap sulfur memenuhi arena pertempuran.",
"– Selepas menyemburkan asap sulfur, maka kapal-kapal ini akan muncul secara mendadak dari kepulan asap & merempuh kapal-kapal Jepun ( dibawah kepala naga ini diletakkan kepingan kayu tebal yang berwajah bertujuan untuk rempuhan secara ganas ).",
"– Kepala naga ini juga berfungsi sebagai ‘phychological warfare’ iaitu menyerang psikologi pihak musuh dengan menjatuhkan semangat berperang tentera Jepun apabila mereka apabila melihat mulut naga ini memuntahkan peluru meriam jenis Hwangja & menenggelamkan kapal-kapal Jepun.",
"– Taktik merempuh dan menenggelamkan kapal musuh dipanggil oleh armada laut Jepun sebagai ‘Blind Ship’ & serangan seperti ini dapat dilihat dalam peperangan Dangpo serta Sacheon ( 1592 ).",
"– Jumlah kapal perang Jepun yang tenggelam akibat dari taktik ini adalah sebanyak 160 buah kapal perang.",
"– Taktik rempuhan & serbuan terhadap kapal-kapal perang Jepun juga dapat dilihat dalam peperangan Noryang.",
"– Walaupun kelebihannya boleh menyerang & menguasai musuh di kawasan-kawasan perairan yang sempit, tetapi kapal ini mempunyai kelemahan berperang di kawasan laut terbuka kerana kelajuannya terbatas & ia akan menjadi susah dikendalikan apabila menghadapi tiupan angin yang kuat.",
"– Ini kerana kapal kura-kura berbentuk kotak & ianya direka bentuk khusus untuk serangan di kawasan yang sempit sahaja seperti di kawasan perairan selat.",
"– Walaupun kerajaan Jepun mempunyai para Samurai yang berani mati, ‘matchlock arquebes’ & pengalaman berperang yang panjang tetapi mereka mampu dikalahkan dengan kapal yang bernama Geobukseon."
] |
https://www.thepatriots.asia/pesawat-u-2-pengintip-malar-hijau-amerika/ | Pesawat U-2: Pengintip Malar Hijau Amerika | [
"Pesawat pengintip merupakan antara alat pengintipan yang digunakan agensi perisikan untuk mengintip kedudukan musuh atau melihat apa yang cuba dirahsiakan sesetengah negara. Dalam kes pesawat pengintip U-2, pesawat ini bukan saja mempengaruhi dasar luar Amerika Syarikat melalui maklumat yang diperolehinya. Tetapi pada masa sama, ia juga tidaklah boleh diharap seperti yang disangkakan seperti ditunjukkan dalam kes juruterbang Francis Gary Powers. Kisah Powers diadaptasi dalam filem Bridge of Spies yang diarahkan oleh Steven Spielberg dengan menampilkan Tom Hanks sebagai peguam, James B. Donovan yang mengaturkan pertukaran Powers dengan perisik Soviet, Rudolf Abel (Mark Rylance).",
"Semasa berucap di Fulton, Missouri pada 5 Mac 1946, Perdana Menteri Britain Winston Churchill memberi ingatan kepada Barat bahawa Kesatuan Soviet sudah membina tirai besi di Eropah Timur. Ucapan berkenaan sebenarnya turut memberi petunjuk Perang Dingin sudah bermula. Untuk mendapat apa-apa kelebihan ke atas Soviet, perisikan Amerika Syarikat berusaha menghantar pesawat-pesawat pengintip untuk mengambil gambar tetapi sedar usaha mereka pasti akan dipatahkan oleh jet-jet Soviet seperti MiG yang dibantu oleh radar, ironinya disumbang oleh Uncle Sam kepada Moscow semasa Perang Dunia Kedua (WWII).",
"Kepimpinan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) berpandangan satu cara untuk mengelak dikesan radar ialah terbang pada altitud tinggi. Ini kerana radar Soviet hanya mempunyai kemampuan mengesan setakat 67,000 kaki. USAF cuba mengubahsuai 20 pesawat RB-57D yang mempunyai kemampuan terbang altitud tinggi tetapi dianggap masih tidak boleh terbang tinggi dalam jarak sukar dicapai pesawat-pesawat MiG. Pada tahun 1953, pereka legenda Lockheed Kelly Johnson membentangkan pelan pesawat CL-282 kepada USAF di mana ia mempunyai rekaan seperti pesawat peluncur, fiuslaj yang panjang dan sayap yang besar. Pesawat ini amat ringkas sehinggakan ia tidak mempunyai tayar untuk mendarat dan perlu mendarat menggunakan bahagian bawah pesawat.",
"Tetapi idea berkenaan tidak mendapat sambutan dari USAF tetapi menarik minat Agensi Perisikan Pusat (CIA). CL-282 menjadi asas kepada pesawat U-2 yang kita kenali hari ini. Untuk memastikan pesawat ini kekal rahsia, pesawat ini diklasifikasikan sebagai utiliti atau U, biasanya diberi kepada pesawat ringan. Dan di pihak Lockheed pula, mereka memberitahu U2 merupakan pesawat cuaca altitud tinggi.",
"Selepas pesawat tersebut siap dan bersedia untuk diterbangkan, USAF tidak mahu mengambil risiko menghantar juruterbang mereka melakukan penerbangan pengintipan ke atas Soviet. Ini mendorong campur tangan veteran WWII dan Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower kerana sedar idea sebegitu boleh memberi kesan buruk dari segi politik. Ini membawa kepada operasi bersama USAF-CIA dipanggil Dragon Lady dengan CIA mengambil juruterbang yang tamat perkhidmatan dari USAF sebagai ‘pemandu’ U-2.",
"U2 mempunyai fiuslaj yang panjang dan kurus serta sayap yang mempunyai 80 kaki yang membantunya terbang pada ketinggian 72,000 kaki, lebih daripada jangkauan radar Soviet. Dan memandangkan ia terbang pada ketinggian dengan keadaan seperti di angkasa lepas, juruterbang perlu memakai sut tekanan. Mereka boleh hilang berat badan sebanyak enam paun untuk misi penerbangan selama lapan jam walaupun mereka dibekalkan dengan makanan berbentuk cecair melalui tiub yang bersambung pada topi keledar.",
"U-2 boleh terbang dengan kelajuan 430 batu sejam, menyamai kelajuan pesawat P-51 Mustang semasa WWII. Dan bila pesawat itu ditambahbaik dari segi enjin, ia berkemampuan terbang pada ketinggian 75,000 kaki tetapi ini juga memaksa juruterbang sentiasa berjaga-jaga kerana ia boleh mengalami pegun semasa terbang dengan laju. Pada awalnya, pesawat ini hanya dilengkapi dengan kamera dengan lensa fokal 180 inci untuk mengambil gambar-gambar resolusi tinggi. U-2 kemudiannya dilengkapi semua peralatan mengumpul maklumat perisikan.",
"Tidak seperti CL-282, ia boleh mendarat dengan tayar di bawah muncung dan ekor pesawat tetapi daya angkat luar biasa terima kasih kepada sayapnya yang panjang menyukarkan mana-mana juruterbang untuk mendaratkan U-2. Dan situasi tersebut tidak dibantu dengan darjah penglihatan yang kurang elok dari kokpit, memaksa krew lapangan atau padang terbang memandu kereta di landasan sebagai panduan kepada juruterbang untuk mendarat. Walaupun bermasalah dari segi pendaratan, kombinasi altitud dan daya angkat pesawat berkenaan membolehkannya terbang secara jarak jauh. Ada satu kisah membabitkan pesawat ini di mana seorang juruterbang melaporkan mengalami masalah enjin. Dia meluncurkan pesawatnya sejauh 300 batu sebelum berjaya mendarat di sebuah pangkalan USAF di New Mexico.",
"Walaupun kebimbangan Eisenhower bersebab, operasi bersama Dragon Lady digerakkan dengan penerbangan pertama untuk mengintip Eropah Timur bermula pada 20 Jun 1956 disusuli penerbangan mengintip Soviet pada 4 Julai tahun sama. Dan walaupun pesawat berkenaan berjaya dijejak oleh radar Soviet, jet-jet MiG-15 dan MiG-17 tidak dapat memintas berikutan ia terbang pada altitud tinggi. Amerika Syarikat turut meminjamkan pesawat berkenaan untuk kegunaan Tentera Udara Diraja (RAF) sebagai bayaran menggunakan pangkalan tentera udara di United Kingdom dan meningkatkan lagi lebih banyak aliran maklumat perisikan.",
"Tetapi bagi CIA, mereka sedar U-2 saja tidak mencukupi. Ini mendorong pihak agensi melancarkan Projek Pelangi (Project Rainbow) untuk menaiktaraf pesawat U-2 untuk meningkatkan peluang ia tidak dikesan radar. Tetapi projek tersebut tidak berhasil dan mendorong Lockheed meneruskan projek berkenaan pesawat A-12, pesawat yang akhirnya membawa kepada pesawat ikonik SR-71 Blackbird. Antara kejayaan yang dibawa U-2 ialah mendapat maklumat Soviet tidak meletakkan pesawat pengebom jarak jauh M-4 di pangkalan utamanya dan memantau operasi tentera Britain dan Perancis semasa Krisis Suez. Maklumat yang diperoleh digunakan Eisenhower untuk menekan London untuk membatalkan campur tangan mereka di situ.",
"Walaupun sedar nilai strategik yang dibawa U-2, ia masih dianggap berisiko. Maka, bukan sekali dua Eisenhower membatalkan dan memberi kebenaran semula kepada Dragon Lady untuk terbang pada penggal keduanya sebagai presiden. Kebimbangan bekas jeneral tentera Bersekutu itu ada asasnya kerana pada akhir dekad berkenaan, Soviet sudah membangunkan peluru berpandu darat ke udara (SAM) yang berkemampuan menembak jatuh pesawat U-2, satu fakta yang turut diakui Langley.",
"Tetapi ada satu perkhabaran yang dibawa Presiden Kesatuan Soviet, Nikita Khrushchev yang membuatkan Pentagon gelisah. Khrushchev mendakwa negara berkenaan berkemampuan membina peluru berpandu antara benua (ICBM), satu khabar yang mendorong Eisenhower meluluskan siri pengintipan baru U-2 untuk menilai sejauh mana ancaman ICBM Soviet ke atas Amerika Syarikat.",
"Dan keputusan ini yang membawa kepada kisah Powers yang diadaptasi oleh Spielberg dan Coen bersaudara untuk filem mereka, Bridge of Spies. Powers menerbangkan pesawat U-2 dari Pangkalan Udara Incirlik, Turki untuk misi pengintipan biasa Soviet dan ini berlaku pada 1 Mei 1960 yang juga cuti umum Kesatuan Soviet. Pesawatnya berjaya dikesan oleh radar Soviet dan ini menyebabkan mereka melancarkan tiga peluru berpandu SA-2 untuk memusnahkan pesawat berkenaan. Satu peluru berpandu terkena pesawat MiG-19 Rusia yang mengakibatkan juruterbangnya terbunuh, satu tidak mengenai sasaran dan satu lagi meletup berhampiran pesawat U-2. Powers berjaya keluar dan U-2 terhempas dalam keadaan ia masih elok. Dan seperti kita sedia maklum, Powers kemudian ditahan agensi perisikan Soviet, Jawatankuasa Keselamatan Negara (KGB) di Lubyanka dan disoal siasat selama beberapa bulan.",
"CIA dan Washington menyediakan cerita bahawa pesawat yang terhempas itu merupakan pesawat cuaca yang hilang. Soviet dan Khrushchev membiarkan Eisenhower menggunakan alasan berkenaan selama seminggu sebelum Moscow mendedahkan cerita sebenar berkenaan Powers, sesuatu yang memalukan Eisenhower dan mengakibatkan sesi perbincangan Moscow-Washington kecoh dan terpaksa dibatalkan. Bagi Langley, ia merupakan satu kejutan yang tidak disangka-sangka kerana menyangka mana-mana juruterbang U-2 yang ditembak jatuh takkan terselamat.",
"Dan seperti apa yang digambarkan dalam Bridge of Spies, Powers dan seorang pelajar Amerika bernama Frederic Pryor berjaya ditukar dengan Abel pada 10 Februari 1962. Operasi pengintipan U-2 di Soviet ditamatkan tetapi itu tidak menghalang Lockheed meneruskan proses penaiktarafan U-2. Pesawat U-2A dan U-2C dinaiktaraf kepada U-2E dan U-2F yang berkemampuan mengisi minyak semasa di udara dan boleh terbang dengan jarak 9,200 batu. Amerika Syarikat turut cuba melancarkan U-2 dari kapal pengangkut pesawat untuk mengurangkan kebergantungan pada pangkalan udara luar. Tetapi setakat artikel ini ditulis, walaupun pelancaran dari kapal pengangkut dianggap berjaya, tiada sebarang misi pengintipan dijalankan dari kapal-kapal pengangkut.",
"Walaupun operasi pengintipan U-2 di Soviet sudah ditamatkan, perhatian CIA kini terarah kepada musuh baru Uncle Sam yang menubuhkan rejim komunis di Cuba, Fidel Castro. Pada 14 Oktober 1962, pesawat U-2 yang diterbangkan Mejar Richard Heyser berjaya mendapatkan gambar-gambar berkualiti yang menunjukkan pihak Soviet mendirikan kemudahan peluru berpandu jarak sederhana di Cuba, yang membawa kepada Krisis",
"Peluru Berpandu Cuba. U-2 sekali lagi menjadi pemain penting dalam hubungan luar Moscow-Washington bukan saja kerana foto-foto itu tetapi tindakan Moscow menembak jatuh pesawat U-2 yang dipandu Mejar Rudolf Anderson melalui peluru berpandu SA-2. Kematian Anderson hampir-hampir mencetuskan Perang Dunia Ketiga tetapi Khrushchev dan pengganti Eisenhower, John F. Kennedy memutuskan untuk mematikan semua bentuk tindakan agresif sekaligus menamatkan krisis berkenaan.",
"Selepas insiden Anderson yang ditembak jatuh, USAF mengambilalih semua unit U-2 daripada CIA dan mengklasifikasikannya semula sebagai Skuadron Pengintipan Strategik. Untuk dekad berikutnya, unit-unit ini dihantar ke India, Thailand, Jepun dan Filipina untuk mengambil gambar kubu pertahanan tentera Vietcong di Vietnam Utara, pergerakan tentera Indonesia dan Korea Utara dan struktur sempadan di China. Kadangkala, USAF turut menghantar pesawat U2 ke Timur Tengah untuk memantau perkembangan konflik Arab-Israel. Pada awal tahun 1960-an, Amerika turut melancarkan operasi bersama dengan Taiwan melalui Detasmen H dengan pembentukan Skuadron Black Cat. Juruterbang-juruterbang ROC menerbangkan pesawat hingga ke tanah besar China dari Lanzhou hinggalah Kunming. Bagaimanapun, apa yang berlaku ke atas Powers kembali berlaku kepada juruterbang-juruterbang ROC. Dalam 104 misi pengintipan yang digerakkan ROC, lima pesawat U-2 ditembak jatuh. Selepas hubungan Amerika-China kembali baik semasa era Richard Nixon, pesawat-pesawat ini dihentikan operasi pada tahun 1974.",
"Sebanyak 104 pesawat U-2 dihasilkan di mana pesawat terakhir dihasilkan pada tahun 1989. Kebanyakan unit U-2 hari ini diambil dari model U2-R di mana saiz fiuslaj ditambah sebanyak 30%, panjang sayap ditambah kepada 100 kaki dan kapasiti minyak ditambah. Pada tahun 1981, ada satu pesawat U2-R baru diperkenalkan dengan pod perisikan istimewa di bawah sayap dan radar perisikan taktikal. Hari ini, U-2 dan TR-1 tidak lagi dihantar untuk mengintip kawasan merbahaya kerana tugas berkenaan diserahan kepada satelit tanpa mengancam nyawa para juruterbang. Walau bagaimanapun, U-2 masih tetap digunakan untuk misi pengintipan dengan syarat kawasan berkenaan bebas daripada SAM dan jet-jet pejuang moden di mana ia membekalkan gambar-gambar berkualiti berbanding yang disediakan satelit.",
"Selepas tamat Perang Dingin, U-2 dan TR-1 dinaiktaraf kepada model U2-S dengan 31 unit masih beroperasi sehingga kini. Unit ini mampu terbang dengan kelajuan 500 batu sejam dan ditambah dengan sistem kedudukan global (GPS) dan penderia yang ditambahbaik. Dan pada tahun 2012, pesawat berkenaan turut diubahsuai di bawah program CARE yang mempunyai tekanan kabin rendah dan pengumpul air kencing yang lebih jelas bagi memberi pengalaman yang lebih selesa kepada juruterbang. Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, pesawat-pesawat U-2 dari Sayap Pengintipan Kesembilan telah digerakkan untuk misi pengintipan di Iraq dan Afghanistan dengan durasi misi sebanyak 12 jam untuk mengesan kedudukan pejuang Taliban dan ISIS.",
"USAF sedang berkira-kira sama ada menamatkan khidmat U-2 dan menggantikannya dengan dron RQ4 Global Hawk. Tetapi pesawat berkenaan dilihat mempunyai penderia yang lebih canggih berbanding RQ-4 dan kos penerbangannya masih lagi berpatutan. Tambahan pula, USAF berpandangan RQ-4 mungkin mengambil masa sedekad untuk menyediakan liputan sama yang disediakan oleh U-2. Dan memandangkan kempen perang yang dilaksanakan Amerika Syarikat untuk memerangi ISIS, kos operasi U-2 sudah disediakan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2019.",
"Lockheed ketika ini dalam proses kajian dan pembangunan (R&D) untuk pesawat pengintip TR-X di mana rekaannya diambil dari U2. Syarikat pengeluar pesawat itu berpandangan lebih elok ia dijadikan sebagai dron bagi membolehkannya terbang di kawasan-kawasan berisiko tinggi. Pentagon sedang berkira-kira sama ada hendak mengeluarkan kos pelaburan $4 bilion untuk 30-40 dron pengintip yang boleh bertahan lama tetapi boleh dikesan pada radar. Buat masa ini, Dragon Lady terus beroperasi di lapangan. Walaupun rangkanya dilihat sudah lama tetapi penderianya yang ditambahbaik membolehkan U-2 terus beroperasi dan menyediakan maklumat apa yang berlaku di bawah dari angkasaraya.",
"SUMBER",
"Roblin, Sebastian. (2016). National Interest. America’s U-2 Spy Plane: Still Spying on America’s Enemies (At Almost 60 Years Old). http://nationalinterest.org/blog/the-buzz/americas-u-2-spy-plane-still-spying-americas-enemies-almost-18223/page/0/2"
] |
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-money-laundering-beroperasi/ | Bagaimana Money Laundering Beroperasi? | [
"Pengubahan wang haram merupakan suatu perkara yang kerapkali berulang tetapi boleh meninggalkan kesan besar terhadap dunia. Setiap negara perlu dilengkapkan dengan akta-akta tertentu bagi menangani aktiviti ini.",
"Wang haram merupakan antara isu penting yang dibincangkan di peringkat Kumpulan Tujuh (tujuh negara paling maju dunia). Jadi ini bukan aktiviti biasa-biasa untuk diperlekehkan.",
"Sejak tahun 2018, rakyat Malaysia tanpa henti mendengar gejala pengubahan wang haram.",
"Sekarang ini pun sudah ada penularan berita pengubahan wang haram berhubungan penipuan Macau. Kemahiran diplomasi penipu Macau jangan sesekali dipandang enteng, kerana pengurus bank pun boleh rugi RM1.97 juta (Bernama, 2020).",
"Jadi soalan yang harus ditanya: bagaimana penerima (sang penipu) boleh menggunakan RM1.97 juta ini?",
"Penipuan RM100,000 mungkin boleh dikaburi, bagaikan senaskhah buku A Game of Thrones sahaja. Tetapi RM1.97 juta terlalu banyak. Dan kebiasaannya, penipu Macau takkan berhenti dengan seorang sahaja. RM1.97 juta boleh menjadi RM19.7 juta.",
"Jadi tentu sekali penipu mencari cara untuk membuktikan amaun diperolehi itu adalah daripada jalan yang sah.",
"Namun tentu sekali bukan semua orang faham definisi atau pengertian aktiviti ini, apatah lagi prosesnya. Ia bukan sekadar mencuci duit bagaikan merendamkan wang kotor dalam air sabun.",
"Prosesnya sangat rumit daripada jalan pemerolehan lagi. Asasnya penipu menggunakan cara sedemikian:",
"Dalam proses ini, banyak pihak berkuasa boleh diperkudakan untuk memutihkan wang.",
"Pihak bank pun boleh terlibat sekali, terutamanya jika dipegang dan dikuasai individu-individu tidak bermoral yang bersekongkol dengan pihak kongsi gelap.",
"Kebebasan sektor kewangan tanpa saringan selalunya membenarkan kerja kotor ini.",
"Broker kewangan pun mampu menyimpan wang tunai dengan banyak tanpa mengisytiharkan sumber asal dana ini.",
"Dengan cara ini institusi kewangan menjadi jendela pengubahan, kerana wang haram dicampur dengan wang halal. Selalunya pemain wang haram mempunyai syarikat sah berakaun sempurna yang menepati segala perincian undang-undang.",
"Selepas berjaya menempatkan wang, penipu akan mencari jalan untuk menukarkannya pula. Penempatan membolehkan mereka membeli aset tertentu untuk dijual semula.",
"Dengan cara ini, mustahil sesiapa pun boleh mencari kepincangan. Kalau rumah contohnya, penipu tidak begitu menghiraukan pun jika membeli dengan RM1 juta wang haram tetapi menjual dengan RM800,000 yang sah di sisi undang-undang.",
"Selain daripada cara pembelian aset, penipu juga boleh menukarkan wang tunai ini menjadi draf bank atau pesanan wang (money order).",
"Proses ini mengembalikan wang ke dalam sebuah ekonomi melalui sistem perbankan. Berbeza dengan pelapisan, wang haram sekarang ini dijadikan wang halal seolah-olah pendapatan sah perniagaan. Urusan hartanah pun selalu digunakan dalam usaha penggabungan.",
"Pendigitalisasi Wang Haram",
"Kemajuan teknologi tidak bermakna pengubahan wang haram semakin sukar. Malah dengan adanya teknologi, aktiviti pengubahan wang haram kian rancak terutamanya dengan wang elektronik matawang kripto.",
"Permainan video sebagai contohnya memberi laluan mudah kepada aktiviti wang haram. Second Life dan World of Warcraft membolehkan pengguna tukar duit (haram) untuk membeli barangan maya yang boleh dijual semula (Solon, 2013).",
"Jadi senang kata, aktiviti pengubahan wang haram tanpa henti berlaku dengan kecilikan dan kemahiran dalam mencari kelompangan institusi kewangan. Apabila dibantu orang dalam sendiri, apa-apa perkara pun dimudahkan.",
"Pada tahun 1996 sahaja, Tabung Kewangan Antarabangsa menganggarkan yang lima peratus daripada ekonomi dunia terlibat dalam gejala pengubahan wang haram.",
"Jika masih berterusan, bermakna hari ini aktiviti ini sedang memproses sebanyak AS$4 trilion.",
"RUJUKAN:",
"Bernama. (2020, Oktober 10). Bank manager loses RM1.97 mil in Macau scam. The Edge Markets.",
"Solon, O. (2013, Oktober 21). Cybercriminals launder money using in-game currencies. Wired."
] |
https://www.thepatriots.asia/beruk-pun-memakai-minyak-wangi/ | Beruk Pun Memakai Minyak Wangi | [
"Tinjauan tentang kebersihan di United Kingdom pernah mendedahkan hakikat yang tidak terjangka. 1,000 lelaki British mengaku bahawa mereka melihat cermin 23 kali sehari.",
"Pihak yang sama mendapati perempuan hanya melihat 16 kali sehari. Ini bermakna, lelaki lebih suka melihat cermin (AFP, 2015).",
"Kajian ini memang tidak menyeluruh. 1,000 suara tidak membawa sebarang persepsi konstruktif bagi pihak berbilion di dunia ini.",
"Tetapi andainya konsisten, ada satu realiti menarik di sini. Lelaki kacak melihat cermin untuk mengekalkan ketampanan.",
"Arnold Schwarzenegger mempunyai 1001 sebab ketika itu untuk tengok cermin.",
"Yang bermuka tembok pula sekadar cermin diri sendiri sahaja, mencari punca kenapa asyik kena friendzone.",
"Namun yang tidak kacak jangan pasrah, sebab banyak buaya sebenarnya bermuka tembok.",
"Persepsi sebegini mungkin kelihatan lucu. Tetapi inilah realiti. Lelaki kadangkala mengemaskan diri, terutamanya jika bujang.",
"Minyak wangi mesti ada untuk menutup bau badan jika ada (mencegah lebih baik daripada mengubati). Walau bagaimanapun, siapa sangka yang beruk pun mengamalkan cara sama.",
"Mengenali Spesis Primat Berkenaan",
"Dunia primat sebenarnya sangat luas. Mereka terdiri daripada pelbagai jenis keluarga seperti cercopithecidae (monyet), hominidae (gorilla) dan hylobatidae (ungka).",
"Tetapi ada satu lagi keluarga yang harus disebut: lemuridae yang menurunkan beberapa genus lemur di Madagascar.",
"Sama seperti manusia, lemur jantan juga mengenakan minyak wangi untuk menarik perhatian betina.",
"Walau bagaimanapun, lemur tidak mampu membuat keputusan berakal. Mereka sebaliknya ditentukan fitrah, seperti musim untuk meng-awan.",
"Dalam masa setahun, betina hanya memb-iak selama dua hari biasanya pada bulan April.",
"Benih daripada jantan mengambil masa singkat untuk menyebabkan betina bunting.",
"Dan anak dilahirkan sekitar Ogos hingga September untuk mengimbangi kitaran populasi Madagascar.",
"Anak-anak ini pula akan meng-awan setelah mencapai usia tiga tahun, tertakluk jika cukup makanan dari kecil. Jika kurang makan, mereka mungkin bermula setahun lewat.",
"Tempoh bunting yang singkat ini amat penting untuk kemandirian spesis, kerana mereka seperti manusia hanya melahirkan satu anak pada setiap masa.",
"Hanya kadang-kadang sahaja mereka direzekikan kembar. Anak-anak mereka mempunyai kebarangkalian tinggi untuk ma-ti awal. Jadi mereka mesti memb-iak.",
"Sebuah penyelidikan saintis-saintis Jepun mendedahkan cara pemilihan jantan dalam kalangan wanita yang sangat unik.",
"Menghampiri musim, lemur jantan akan mengeluarkan bahan menarik daripada kelenjar lengan.",
"Bahan ini kemudian akan disapu pada ekor yang dihayun untuk melepaskan harumannya.",
"Biasanya kelenjar ini mengeluarkan bau untuk menanda kawasan dan menentukan dasar sosial. Tetapi untuk memb-iak, bahan ini menjadi minyak wangi (Shirasu, et al., 2020).",
"Tentang Minyak Wangi Lemur",
"Kelompok jantan dalam kalangan lemur menggunakan feromon syah-wat yang hampir sama seperti haiwan lain.",
"Malah manusia juga mempunyai feromon ini (Wessel, 2017). Tetapi feromon haiwan lain jauh berlainan untuk dibandingkan dengan anugerah biologi pada lemur ini.",
"Feromon sedemikian mempunyai haruman bunga atau semerbak buah-buahan. Betina yang menghidu akan berasa tertarik dengan jantan, bagaikan dicalit minyak dagu.",
"Bayangkanlah, sepanjang tahun kelenjar lengan ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan (pada hidung manusia).",
"Tetapi sampai saja musim meng-awan, baunya bertukar wangi. Saintis meniru bau ini untuk disapu pada kapas.",
"Terbukti bau ini menarik betina, kerana banyak menghampiri kapas tersebut.",
"Analisis kimia mengenal pasti tiga jenis molekul bau yang terdapat pada feromon ini. Saintis mengandaikan bahawa hormone testosterone dalam kalangan jantan yang menyebabkan pengeluaran bau ini.",
"Hormon ini dihasilkan kerana musim mengawan, seperti ditentukan naluri binatang. Apabila mencapai usia, mereka secara automatik (melainkan jika ada masalah yang belum diketahui) akan memperolehi kebolehan ini.",
"Tetapi golongan saintis juga sedang berkhilaf dari segi pendapat. Ada yang menyatakan bahawa tarikan syah-wat tidak semestinya berlaku. Bau ini sekadar menarikkan perhatian, tanpa menaikkan naf-su haiwan (Weisberger, 2020).",
"Ada banyak pengajaran di sini. Buat kaum hawa, kalau kalian keluar dengan lelaki yang terlupa pakai minyak wangi, tolong hantar artikel ini untuk mereka baca.",
"RUJUKAN:",
"AFP. (2015, Mei 18). Men check themselves out more than women: study. New York Daily News.",
"Shirasu, M., et al. (2020, Jun 8). Key male glandular odorants attracting female ring-tailed lemurs. Current Biology. 30 (11): 2131-2138.",
"Weisberger, M. (2020, April 23). Male lemurs ‘stink flirt’ using fruity, floral love potion. Live Science.",
"Wessel, L. (2017, Mac 7). Do human pheromones actually exist? ScienceMag."
] |
https://www.thepatriots.asia/rusia-dan-jepun-masih-berper%ce%b1%ce%b7g-sejak-wwii/ | Rusia dan Jepun Masih Berperαηg Sejak WWII | [
"Dunia ini macam-macam perangai sebenarnya. Amerika Syarikat dengan egonya. Jepun pula dengan degilnya. Rusia dengan deηdαmnya. Yang serabut mestilah rakyat biasa.",
"Itulah hakikat yang boleh kita tengok sebelum dan selepas Perαηg Dunia Kedua. Cuba fikir sejenak – kenapa Amerika Syarikat menjatuhkan Little Boy dan Fat Man di Jepun?",
"Bukan satu… tetapi dua sekali jalan semata-mata untuk memaksa Jepun terima hakikat. Sedangkan Jepun sebenarnya sudahpun tewas. Puncanya adalah Rusia (Kesatuan Soviet).",
"Begini ceritanya.",
"Sebelum zaman 1940-an, Jepun dan Rusia memang sudah bersengketa.",
"Rusia tidak dapat menerima kekalahan teruk yang berlaku pada tahun 1904.",
"Jadi mereka berdeηdαm kerana menjatuhkan monarki sekitar 1910-an dan berperαηg dengan diri sendiri sepanjang 1920-an pula.",
"Peluang datang dengan sendiri sekitar 1940-an… tetapi ada masalah besar pula: Jerman buat hal dan hampir mengambil Moscow, Leningrad dan Stalingrad.",
"Selepas menewaskan Jerman, kerajaan Rusia dibawah Joseph Stalin sudah tiada mυsυh.",
"Memang benar, Rusia takkan mampu mengalahkan Jerman tanpa sokongan secara tidak langsung daripada Amerika Syarikat.",
"Tetapi dalam seni peperαηgan, siapa mendapat ibu negara mυsυh dianggap pemenang. Perlumbaan ini berpihak pada Rusia.",
"Selepas bersidang dan berdamai, Rusia mengalihkan perhatiannya ke timur pula.",
"Ini yang membimbangkan Amerika Syarikat.",
"Mimpi Buruk Boleh Menjadi Nyata",
"Kemenangan Rusia di Eropah sudah membuat Amerika Syarikat serabut.",
"Penubuhan Jerman Timur sebagai “satelit” Kesatuan Soviet menandakan alamat buruk suatu hari nanti… kerana Rusia seolah-olah ada “benteng negara” (Jerman Timur) seandainya berperαηg dengan Barat.",
"Tetapi kalau Jepun pun jatuh, Rusia kiranya menceηgkαm Eurasia. Jadi Amerika Syarikat wajib bertindak.",
"Sebaik sahaja Rusia mengisytihar perαηg terhadap Jepun pada Ogos 1945, Amerika Syarikat terus melancarkan Operasi Meetinghouse yang memangkin Operasi Centerboard I (Hiroshima) dan Operasi Centerboard II (Nagasaki).",
"Kira dalam bulan yang sama sebenarnya. Kerana Jepun enggan menyerah kalah. Dalam kalangan kerajaan Jepun, ada yang sanggup berjυαηg sampai titisan dαrαh terakhir.",
"Yalah. Jepun tidak pernah ditαwαη pihak luar. Jadi mereka tidak ‘faham’ istilah menyerah kalah. Mereka cuba berunding dengan Barat yang meletakkan syarat-syarat dianggap terlalu bongkak (Hasegawa, 2005).",
"Apabila Jepun enggan menyerah (ikut tetapan Barat), kerajaan Amerika Syarikat hilang sabar. Mereka tiada masalah untuk guna kaedah “matlamat menghalalkan cara”.",
"Fikir balik memang kejαm pun. Bayi dan kanak-kanak tidak bersalah boleh cair macam plastik atas api.",
"Tetapi sekejαm-kejαm Amerika Syarikat, kalau dapat dekat Soviet lagi kejαm jadinya. Kerajaan Jepun sedar yang mereka sudah tidak mampu memelihara kedaulatan sendiri.",
"Hukum-hakam peperαηgan sudah berubah dengan pertunjukan kuasa Amerika Syarikat.",
"Kalau dulu, kena turunkan anggota teηterα di bumi mυsυh dan kena usaha sampai kuasai ibu negara baru dikira menang. Amerika Syarikat bawa doktrin baharu. Dan Jepun tidak ‘faham’ doktrin ini.",
"Mereka bimbang kerana terbayang bahana menanti entahnya lagi teruk daripada Fat Man dan Little Boy. Kerana Presiden Harry S. Truman berkata, “kami akan memυsηαhkan setiap pelabuhan, setiap kilang dan setiap perkara yang membolehkan Jepun berperαηg.”",
"Ucapan ini dengan pula laporan Hiroshima “dibαhαm letυpαn dαhsyαt” menggerυnkan Jepun.",
"Tinggal satu jalan saja.",
"Betapa Bengangnya Rusia ",
"Maharaja Hirohito bersetuju dengan syarat perdamaian dituntut Amerika Syarikat tanpa mendesak sebarang syarat bagi pihak Jepun. Kira serah kalah penuh.",
"Ini yang Soviet benar-benar marah. Kerana Jepun sebenarnya menyerahkan kedaulatan mereka untuk dipelihara Amerika Syarikat.",
"Pihak Washington, D.C. tidak masuk campur dengan urusan kenegaraan.",
"Hirohito masih berkuasa di atas Perdana Menteri Jepun. Akan tetapi, Hirohito perlu melepaskan keteηterααηnya kepada Douglas MacArthur (kemudian Matthew Ridgway).",
"Perkara ini membantutkan habis cita-cita Soviet yang enggan berunding damai dengan Jepun sekurang-kurangnya sampai tahun 1956 (selepas zaman “penjαjαhan” Amerika Syarikat).",
"Namun kerumitan diplomasi sepanjang Perαηg Dingin memustahilkan sebarang perjanjian damai. Pendekkan cerita: Soviet pada mulanya ada hubungan baik dengan China.",
"Selepas zaman Joseph Stalin, hubungan ini hαηcur habis kerana Mao Zedong benci dengan pendekatan Soviet.",
"Apabila Soviet berpisah dengan China, pihak Jepun ambil kesempatan.",
"Mereka berunding damai dengan China. Pada mata Soviet, perjanjian damai Jepun-China meletakkan Tokyo bersama Beijing dan Washington, D.C… dua kerajaan dibenci Moscow.",
"Selepas berdamai dengan Beijing, pihak Jepun memastikan kerajaan mereka mesra dengan Ronald Reagan.",
"Kesimpulannya sampai sudah Jepun dan Soviet tidak berdamai. Pentadbiran Jepun sekarang ada berhubung dengan Vladimir Putin tentang hal ini. Mereka sedang berunding untuk merasmikan suatu perjanjian yang dirumitkan dek pendirian Jepun yang pro-Ukraine.",
"Sekatan ekonomi 2022 pula telah membatalkan semua usaha rundingan selama ini (Hee Lee, 2022). Maka secara tidak rasmi, Perαηg Dunia Kedua masih berlangsung.",
"RUJUKAN:",
"Hasegawa, T. (2005). Racing the (ditapiskan): Stalin, Truman and the Surrender of Japan. Harvard University Press. Halaman 39.",
"Hee Lee, M. (2022, Mac 22). Russia halts (ditapiskan) peace treaty talks with Japan in response to sanctions over Ukraine (ditapiskan). The Washington Post."
] |
https://www.thepatriots.asia/saintis-dapati-dinosaur-memang-makin-pupus-sebelum-hentaman-asteroid/ | Saintis Dapati Dinosaur Memang Makin Pupus Sebelum Hentaman Asteroid | [
"Dinosaur pernah bertaburan di atas alam ini dengan segala kenikmatan darat dan laut. Segalanya berakhir sekitar 66 juta tahun dahulu, apabila peristiwa kepµpµsan melanda seluruh Bumi barangkali angkara sebutir batu angkasa berdiameter hanya 10 kilometer.",
"Heηtαmαn batu ini menyebabkan sebuah kawah sangat besar di Mexico. Semua jenis haiwan berkaki empat yang melebihi 25 kilogram tµmbαηg oleh kerana ada gangguan besar pada rantaian makanan (Muench, et al., 2000).",
"Itulah pendapat saintifik yang dipegang begitu lama. Dinosaur hidup sihat walafiat. Tiba-tiba nasib mereka berubah. Namun pendapat ini semakin dibetulkan saban tahun dengan teknologi baru mengajar saintis tentang kehidupan purbakala.",
"Sekarang ada pengetahuan baru, bahawa alam sudah meηghιδαpι καηsεr… dan asteroid itu hanyalah pelµrµ pada kepala.",
"Sekumpulan saintis daripada Perancis mengkaji data yang diperolehi daripada 1,600 fosil dinosaur. Misi kajian ini diketuai Fabien Condamine daripada Institut Sains Evolusi Montpellier.",
"Dan mereka mengenal pasti sejenis trend menarik yang boleh disahkan saintis lain. Alam ini dari dulu hingga sekarang memiliki suatu imbangan kepelbagaian.",
"Maksudnya, kepelbagaian kehidupan itu sendiri harus seimbang meskipun sudah berkurun lamanya. Jika tidak seimbang, maknanya kurang berpelbagaian. Andainya kurang berpelbagaian, memang alam tidak lagi seimbang.",
"Kumpulan Condamine mula menganalisis fosil daripada haiwan jutaan tahun sebelum peristiwa kepµpµsan. Kerana mereka perlu menjejak proses evolusi haiwan pada zaman tersebut.",
"Namun dapatan mereka mendedahkan satu perkara menarik yang tidak difikirkan dulu. Bahawa dinosaur sebenarnya semakin pµpµs sebelum batu angkasa mengunjung.",
"Limpahan Yang Menjejaskan Ekosistem",
"Dulu semua berfikir bahawa Tyrannosaurus rex barangkali masih hidup kalau dinosaur tidak dipµpµskan. Realiti akhirnya terbukti. Asteroid itu hanyalah asbab sahaja.",
"Pada penghujung zaman dinosaur, Bumi sudah memasuki satu fasa penyejukan. Kalau sekarang dipanggil pemanasan global, waktu itu adalah penyejukan global. Walaupun bunyinya nyaman, penyejukan global mendatangkan tempias luar jangka bagaikan limpahan yang menjejaskan ekosistem.",
"Apabila Bumi menyejuk, banyak tumbuh-tumbuhan menjadi layu dan tidak berdaya saing seperti sebelumnya. Impak pada tumbuh-tumbuhan menjejaskan kemandirian spesis herbivor.",
"Pengurangan dinosaur herbivor memberi kesan limpahan terhadap dinosaur karnivor. Rupanya rantaian makanan sudah terganggu sebelum peristiwa kepµpµsan lagi.",
"Cuma sekarang ini, seperti yang diceritakan: alam sudah meηghιδαpι καηsεr… asteroid hanyalah pelµrµ.",
"Andainya tiada tembαkαn pada kepala sekalipun, tubuh badan akan menjadi layu dan lemah hingga pergi buat selamanya angkara καηsεr tersebut.",
"Kumpulan pimpinan Fabien Condamine mencadangkan bahawa dinosaur tetap akan pµpµs walau apa jua cara sekalipun (Charles, 2021). Asteroid hanya menyegerakan sahaja.",
"Sejarah Sentiasa Berulangan",
"Sekitar 116 juta tahun dahulu, Bumi menjadi sejuk. Suhu planet turun sehingga 5°C, yang sebenarnya sangat ketara untuk sebilangan haiwan. Proses penyejukan ini berlaku secara berperingkat dan tidak berkekalan pun.",
"Namun banyak haiwan laut menemui αjαl kerana tidak mampu hidup. (The Conversation, 2013). Perkara ini sudah lama diketahui saintis. Dan ia harus dijelaskan kepada semua… bahawa kehidupan zaman purbakala tidak semudah disangka.",
"Apa-apa saja boleh berlaku pada bila-bila masa kerana zaman dinosaur itu sendiri sangat panjang, iaitu 165 juta tahun. Sedangkan manusia hanya dalam lingkungan satu juta tahun sahaja.",
"Haiwan-haiwan ini merasai keindahan Bumi jauh lebih lama untuk dibandingkan dengan manusia. Dan fosil mereka menyimpan maklumat tentang keadaan silam, terutamanya bagaimana keadaan berubah yang boleh menjadi langkah persediaan untuk manusia akan datang.",
"RUJUKAN:",
"Charles, K. (2021, Jun 29). Dinosaurs may have already been going (ditapiskan) before the asteroid (ditapiskan). New Scientist.",
"Muench, D., et al. (2000). Primal Forces. Graphic Arts Center Publishing. Halaman 20."
] |
https://www.thepatriots.asia/peramng-kentang-goreng-kemuncak-perseteruan-burger-king-mekdi/ | Perαng Kentang Goreng: Kemuncak Perseteruan Burger King & Mekdi | [
"Sejak awal penubuhan Burger King, syarikat itu seseolah buntu untuk mengatasi Mcdonald’s ataupun Mekdi biarpun pelbagai cara telah digunakan.",
"Kedua-dua restoran makanan segera tersebut menawarkan menu sama iaitu set burger bersama-sama kentang goreng, air bikarbonat dan milik target pelanggan yang hampir serupa.",
"Namun, Mekdi tetap unggul di atas manakala Burger King masih tercari-cari sebab mengapa ini semua bisa terjadi.",
"Lama kelamaan, Burger King menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan makanan daripada Mekdi. Burger King menyedari bahawa kentang goreng Mekdi akan menjadi kejung dan liat apabila dibiarkan terlalu lama dalam suhu bilik.",
"Buktinya begitu banyak kentang goreng dibazirkan oleh pelanggan ketika mengunjungi Mekdi. Burger King melihat situasi itu sebagai peluang untuk mengatasi Mekdi dalam penghasilan kentang goreng lantas merampas takhta restoran makanan segera nombor 1 dunia.",
"Dalam masa dua tahun, Burger King telah mengarahkan sejumlah 100 orang untuk menghasilkan resepi kentang goreng baru. Setelah itu, Burger King berjaya menemui resepi terbaik iaitu jejari kentang akan digaulkan dengan tepung ubi untuk mendapatkan tekstur yang rangup.",
"Walau bagaimanapun kentang goreng dengan resepi baru itu masih belum lagi membuatkan Burger King menjadi pilihan utama pelanggan.",
"Bagi mengatasi masalah ini, Burger King telah memilih 500 orang pelanggan untuk mencuba kentang goreng baru secara percuma. Kesemua pelanggan menyatakan bahawa mereka lebih menyukai kentang goreng baru ini kerana lebih lazat berbanding Mekdi.",
"Mekdi dengan tenangnya membalas hampir 9 juta orang membeli kentang goreng daripada mereka pada setiap hari. Jadi 500 pelanggan yang lebih menyukai kentang goreng Burger King tidak akan memberikan kesan kepada hasil jualan Mekdi.",
"Burger King memberikan respon dengan mengedarkan 15 juta kentang goreng percuma kepada pelanggan setiap hari. Maklum balas yang diterima daripada orang ramai amatlah positif kerana mereka semua sangat menggemari kentang goreng Burger King. Malah pelanggan setia Mcdonald’s turut menyatakan mereka sangat sukakan kentang goreng Burger King kerana teksturnya lebih rangup.",
"Perkara ini membawa sedikit kepada kebimbangan kepada Mekdi kerana pelanggan setia mereka sudah mula lari ke Burger King.",
"Untuk melawan strategi Burger King, Mekdi telah menawarkan kentang goreng bersaiz besar secara percuma bagi setiap set yang dibeli. Kentang goreng percuma juga turut ditawarkan secara percuma kepada pelanggan yang membeli sandwic.",
"Burger King dengan sinis menyatakan tindakan Mekdi itu tidak akan memberikan sebarang kesan kepada mereka. Bahkan hasil jualan Burger King semakin meningkan ekoran daripada penawaran kentang goreng secara percuma.",
"Mekdi tidak berputus asa lantas melancarkan Big Xtra iaitu burger dengan daging lebih tebal bagi bersaing dengan Whopper milik Burger King.",
"Namun langit tidak selalunya cerah, Burger King hanya memperolehi kejayaan singkat sahaja dalam peperαngan kentang goreng. Hal ini demikian kerana semakin ramai pelanggan tidak menyukai kentang goreng Burger King atas alasan kelihatan sangat menakutkan. Malah ada pelanggan mengatakan memakan kentang goreng Burger King seperti sedang menelan batang berduri pohon mawar.",
"Sejak itu, kentang goreng Mekdi kembali menjadi pilihan pelanggan. Burger King pula sedaya umpama memperbaiki resepi kentang gorengnya bagi mengembalikan keyakinan pelanggan tapi masih lagi gagal.",
"RUJUKAN:",
"Fuson, K. (1998, Januari 3). The great ’98 potato war marketing: Burger King gives away its spuds as it goes eye to eye with McDonald’s. The Baltimore Sun. Dipetik daripada https://www.baltimoresun.com/news/bs-xpm-1998-01-03-1998003091-story.html",
"Kirk, J. (1998, Januari 3). Fast food giants’ fry fight heats up. Chicago Tribune. Dipetik daripada https://www.chicagotribune.com/news/ct-xpm-1998-01-03-9801030054-story.html",
"Scinto, M. (2021, Jun 9). The truth about the 1998 ‘Fry War’. Mashed. Dipetik daripada https://www.mashed.com/422220/mcdonalds-vs-burger-king-fries-which-is-really-better/"
] |
https://www.thepatriots.asia/inspirasi-sybil-kathigasu-dan-kejururawatan/ | Inspirasi Sybil Kathigasu Dan Kejururawatan | [
"Jururawat, Suara untuk Memimpin. Kesihatan adalah hak setiap Manusia.",
".",
"Menjadi seorang jururawat sepanjang tempoh beberapa tahun ini, tidak terkira banyaknya pengalaman yang ditimba.",
"Tapi aneh, bukan berdasarkan teori semata-mata. Pesakit itu sendiri mengajar erti berjuang, erti tidak putus asa dan erti belajar dari silap lalu agar kemudaratan dapat dielakkan.",
"Pesakit juga mengajar erti kesabaran maha tinggi dan erti pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.",
"Saya, dikenalkan dengan beberapa tokoh kejururawatan tidak kira dari barat mahupun tokoh jururawat islam.",
"Selain tokoh kejururawatan seperti Florence Nightigale dan Rufaidah binti Sa’ad, ada seorang lagi tokoh jururawat yang seolah dilupakan oleh zaman, beliau adalah Sybil Kathigasu.",
"Kenapa Sybil?",
"Beliau merupakan seorang tokoh dan icon bagi keberanian dan kepimpinan seorang jururawat.",
"Dan merupakan SATU-SATUNYA wanita Malaya atau lebih molek dikatakan Jururawat Malaya yang dianugerahkan pingat KING GEORGE IV di istana Buckingham pada Jun 1948 kerana jasa dan keberaniannya sebagai orang awam dalam menghadapi tindakan musuh.",
"Sybil merupakan Florence Nightigale Versi Malaya yang jasanya dan keberaniannya semasa zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.",
".",
"Sybil Kathigasu dilahirkan pada 3 September 1899 merupakan seorang pejuang yang telah menyelamatkan banyak nyawa khususnya beratus-ratus kaum Cina semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.",
"Ada satu jalan di Ipoh diletakkan dengan nama beliau iaitu Jalan Sybil Kathigasu, Ipoh. Dinamakan khas atas nama beliau atas jasa yang tidak terhingga. Siapa sangka seorang bidan/jururawat seperti beliau diberikan keistimewaan seperti ini bukan?",
".",
"Sybil Kathigasu dilahirkan sebagai Sybil Medan Daly di Medan Indonesia dan merupakan anak peladang Joseph Daly (Ireland-Serani/Eurasian) dan Beatrice Matilda Nee Martin yang merupakan seorang bidan berketurunan Prancis-Serani/Eurasian. Nama tengah Medan tu diberi sempena nama tempat Sybil dilahirkan. Walau bagaimanapun, Sybil dibesarkan di Tanah Melayu dan mendapat latihan Jururawat dan Bidan di Singapura pada usia 21tahun kemudian berkahwin dengan Dr Abdon Clement Kathigasu yang merupakan keturunan India Malaysia dari suku Tamil Ceylon pada 7 Januari 1919, di Gereja St John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur.",
"Kemudian mereka mengendalikan sebuah klinik di Brewster Road (sekarang merupakan Jalan Sultan Idris), Ipoh, Perak.",
"Keistimewaan Sybil ni, boleh bertutur bahasa Kantonis dengan baik.",
"Bila Tanah Melayu dijajah oleh Jepun pada 1942, mereka suami isteri bersembunyi dan berpindah ke Pekan Papar, Perak dan disinilah mereka memulakan bantuan dan khidmat tanpa mengira bangsa terutama kepada kaum Cina yang rata-rata bekerja sebagai pelombong dan peniaga.",
"Seperti lanjutan sejarah yang kita tahu, tentera Jepun menmburu dan membunuh penduduk Cina ekoran sejarah panjang di China. Masa ni, MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army) telah ditubuhkan dan menentang hebat jentera Jepun.",
"Masa ni, Sybil dan suaminya telah memberikan bantuan perubatan serta maklumat kepads gerakan bawah tanah melalui kedai dispensari Kathigasu di Pekan Papan, Perak. Selain itu, mereka membuka klinik rahsia dan merawat ramai pesakit, tentera MPAJA yang cedera.",
"Kemudian, pasangan ini telah ditangkap oleh tentera Jepun dan diseksa sebab kantoi tentang kegiatan membantu gerila anti Jepun. Masa ni, Jepun langsung tak syak Sybil boleh berbahasa Cina sebab dia bukan kaum Cina. Walau dipaksa dan diseksa dengan kuku dicabut, jarum ditusuk dibawah kukunya, kaki melecur kerana besi panas, dipukul dengan batang biluh dan sisksaan rawatan air, Sybil langsung TIDAK membocorkan nama mana-mana nama ahli gerila MPAJA. Masa ni, tulang belakangnya rosak, tulangnya patah malahan rahang pun patah.",
"Kemudian siksaan dilanjutkan dengan pelbagai tuduhan terutama menyimpan radio sebab masa tu diharamkan penggunaan radio hinggalah disumbat ke Penjara Batu Gajah pada 1943.",
"Sybil bebas dari perang apabila perang dunia kedua berakhir pada Ogos 1945. Lepas 3 minggu perang berakhir, Kapten David dari tentera British telah datang semula ke Tanah Melayu dan menemui beliau di Penjara Batu Gajah lalu Sybil dibebaskan, dibawa ke Papan kemudian diterbangkan ke England untuk menerima rawatan lanjutan.",
"Sybil meninggal dunia pada 12 Jun 1948 sewaktu berusia 48 tahun di Hospital Lanark, Scotland, Britain akibat Septisemia kerana luka dsri rahang akibat disepak dengan menggunakan but oleh Yoshimura yang menyiksa Sybil pada masa itu. Hasil bedah siasat menunjukkan organ dalaman Sybil rosak teruk dna jenazahnya dikebumikan di Lanark. Pada 1949, jenazahnya dibawa pulang ke Ipoh dan kemudian disemadikan di perkuburan Roman Katolik bersebelahan Gereja St Michael, Ipoh.",
"Kalau nak pergi tengok peninggalan Sybil, boleh ke RUMAH PERINGATAN SYBIL di rumah kedai 73, Jalan Utama, Papan berhampiran Rumah Raja Bilah.",
"Kisah Sybil ni ada diabadikan dalam satu drama dokumentari Sybil Kathigasu-Apa dosaku yang ditayangkan di Astro Citra pada Mei 2010.",
".",
"Anda boleh tengok trailer yang saya sediakan disini.",
"Anda boleh baca sejarah pengorbanan dan keberanian Sybil Kathigasu.",
"Anda rasa, layak atau tidak Sybil Kathigasu dijadikan icon kejururawatan kita selepas Florence Nightigale (Lady With The Lamp) dan Rufaidah Binti Sa’ad (Tokoh Jururawat Islam)?",
"Sybil Kathigasu, tokoh keberanian dan kepimpinan Jururawat.",
"Nur Nabiila Masfuzah\nJururawat Terlatih\n#BelNawhen"
] |
https://www.thepatriots.asia/kenapa-filem-sejarah-thailand-semua-gempak-gempak/ | Kenapa Filem Sejarah Thailand Semua Gempak-Gempak? | [
"Sebab apa kalau Thailand buat filem pasal sejarah kerajaan-kerajaan lama atau sejarah raja-raja agung mereka pasti gempak, macam filem Suriyothai dan filem King Naresuan tu?",
"Sebab keluarga diraja mereka memang sayang dan tahu pasal sejarah bangsa mereka! Mereka juga tahu kekuatan dan kelebihan ilmu sejarah sebagai alat untuk mengawal rakyat dan membangkitkan jatidiri rakyat supaya sayangkan keluarga diraja, budaya dan bangsa mereka walaupun ada daripada sejarah mereka adalah dari tokok tambah dan cedokan dari sejarah dan budaya bangsa jiran seperti Melayu, Mon dan Khmer.",
"Kita boleh tengok dalam keluarga Raja Thailand sekarang, anak perempuan keduanya, Tuan Puteri Somdet Phra Theppharat Rat Suda Chao Fa Maha Chakkri Sirinthon Ratthasima Khunakon Piyachat Sayam Borommaratchakumari*, adalah seorang pensyarah dalam bidang sejarah. Beliau mengajar dan menjadi ketua di Jabatan Sejarah Chulachomklao Royal Military Academy. Beliau juga mempunyai kepakaran membaca teks Sanskrit, Pali dan Khmer serta mempunyai Masters dalam bidang Arkeologi. Beliau juga fasih dalam bahasa China, Perancis, Inggeris malah boleh bertutur dalam bahasa German dan Latin.",
"Jadi tak pelik kalau keluarga diraja Thai begitu sayangkan budaya dan sejarah bangsa mereka. Malah kebanyakan filem sejarah katanya mendapat bantuan dana dari pihak keluarga diraja itu sendiri. Agaknya kaum kerabat diraja kita macam mana ye? Ada tak yang cakna akan sejarah sebegitu rupa? Mungkin ada cuma saya je yang tak tahu kot. Sekian.",
"~ASJ~",
"*Gelaran panjang lebar tuan puteri tersebut penuh dengan istilah Sanskrit dan Pali. Begitu juga dengan gelaran-gelaran Diraja Thai yang lain cthnya Thammarat, Worewongser Ratchaphat dan lain-lain.Tapi tak ada pon orang sibok nak kata yang keluarga diraja Thailand tu asalnya India atau Tamil atau mereka bukan Thai sebab mereka Buddha dan sebagainya. Cube perati betul-betul beberapa perkataan dalam nama puteri itu dan cari mana yang pengaruh Sanskrit.",
"Tapi peliknya bila ada raja-raja Melayu zaman Hindu-Buddha dulu ada nama dan gelaran berunsur Sanskrit macam Nila Utama, Chandrabanu, Parameswara, Samara Vijayatungga je maka semua raja-raja itu dikata bukan Melayu tapi Indian. Kepale hotok aok me!\n"
] |
https://www.thepatriots.asia/mengalirnya-darah-syahid-149-orang-di-bumi-peshawar/ | Mengalirnya Darah Syahid 149 Orang Di Bumi Peshawar | [
"Peshawar merupakan sebuah ibu kota bagi wilayah Khyber Pakhtunkhwa\nyang berada dekat dengan sempadan Pakistan dan Afghanistan. Peshawar, Pakistan\ndiiktiraf sebagai kota paling tua di dunia apabila wujud 539 tahun sebelum\nMasihi lagi. ",
"Tembakan rambang di Peshawar ini memakan\nkorban teramai dalam sejarah sejumlah 149 orang. Tembakan rambang ini berlaku\ndi Sekolah Awam Tentera Peshawar pada 16 Oktober 2014 dan lebih menyayat hati\n132 yang terkorban ialah pelajar sekolah. Pihak yang mengaku bertanggungjawab\ndalam insiden ini ialah pengganas Taliban dan mereka menyatakan bahawa mereka\nbukan menyasarkan pelajar sebaliknya para tentera sebagai balas dendam kepada\nserangan tentera secara besar-besaran terhadap kubu mereka. ",
"Tembakan rambang ini bermula pada 10:30 pagi apabila enam orang lengkap bersenjata memasuki sekolah tersebut dengan menaiki dinding penghadang sekolah tersebut. Sebelum memulakan tembakan, mereka telah membakar sebuah van di luar sekolah tersebut. Seterusnya, enam orang bersenjata ini meluruh ke auditorium sekolah tersebut dan menembak secara rambang pelajar-pelajar yang pada ketika itu berkumpul untuk menjalani latihan bantuan pertolongan cemas. ",
"Menurut Pengarah Jeneral Perhubungan Awam (\nISPR ) Peshawar, Major-Jeneral Asim Bajwa, pengganas hanya menembak seramai\nmana yang boleh dan tidak ingin pun mengambil sebarang tebusan. Disebabkan\ntembakan tersebut, ramai pelajar yang lari kearah kedua-dua laluan keluar di\nauditorium tersebut dan menuju ke taman sekolah tetapi akhirnya kebanyakan mereka\nditembak di sana. ",
" Laporan juga menyatakan pelajar-pelajar dipaksa melihat guru mereka ditembak termasuk pengetua sekolah, Tahira Qazi. Apabila sampai sahaja Special Service Group ( SSG ) ke sekolah tersebut, enam orang pengganas itu menuju ke bahagian blok pentadbiran sekolah dan mengambil beberapa tebusan di sana sebagai pelindung mereka. Namun begitu, satu daripada pengganas itu maut ditembak oleh SSG manakala yang lain masih selamat. ",
"Kesemua pasukan beruniform ketika itu menuju\nke sekolah tersebut bagi membantu SSG dan menutup semua jalan keluar yang ada\nuntuk pengganas itu melepaskan diri. Dengan kehandalan pasukan menembak\nPakistan, seorang pengganas maut di tangan mereka manakala 3 yang lain terbunuh\nketika pasukan komando menyerbu bangunan auditorium tersebut. SSG juga berjaya\nmenyahaktif bom yang diletakkan di sekolah tersebut untuk mengelakkan kematian\nyang lebih banyak. ",
"Menurut laporan akhir, seramai 149 orang\nterkorban dalam tembakan ini, 132 pelajar dan selebihnya adalah staf dan\nguru-guru sekolah. Manakala pengganas yang terselamat dijatuhi hukuman gantung\nsampai mati apabila disabitkan bersalah atas pembunuhan beramai-ramai. ",
"RUJUKAN:",
"1. https://www.bbc.com/news/live/world-asia-30491113,\nBBC News. ",
"2. http://time.com/4132276/pakistan-peshawar-school-attack-four-hanged/,\nTIME.com. \n\n3. https://www.britannica.com/event/Peshawar-school-massacre"
] |
https://www.thepatriots.asia/al-masih-al-mahdi-palsu-sepanjang-zaman/ | Al-Masih & Al-Mahdi Palsu Sepanjang Zaman | [
"Al-Masih bermaksud penyelamat. Di akhir zaman sebelum dunia kiamat, akan berlaku apocalypse. Yakni musnahnya teknologi & peradaban manusia. Tiga figur penting di zaman itu bakal memimpin umat manusia; al-Masih Dajjal, al-Masih Isa dan Imam Mahdi. Bagi orang beriman, penyelamat daripada kekufuran ialah al-Masih Isa alaihissalam dan Imam Mahdi. Bagi orang kafir, penyelamat daripada kesusahan hidup ialah al-Masih Dajjal laknatullah. Dua kelompak ini akan saling memerangi sehingga ke titisan darah yang terakhir.",
"Sebelum keluar Dajjal betul, 40 Dajjal kecil keluar dulu. Sebelum keluar Imam Mahdi betul, 40 Imam Mahdi palsu keluar dulu.",
"Dalam series The Messiah di Netflix, watak al-Masih memainkan peranan penyelamat. Dia muncul di menara masjid Damsyik, Syam dengan berpakaian kuning sepertimana riwayat hadis. Menyerupai mukjizat nabi Isa iaitu berjalan di atas air, bertahan 40 hari tanpa makan minum di dalam ribut pasir dan menghidupkan orang mati. Gayanya berambut panjang kebasah-basahan. Mempunyai raut wajah sama dengan potret Jesus menurut Roman Katholik.",
"Apa yang menarik, series ini turut menyelitkan kata-kata pak lebai.",
"“Dia menyalahgunakan ayat al-Quran.” Seorang lelaki memarahi al-Masih apabila dia menggunapakai ayat al-Quran untuk meraih pengikut sedangkan makna ayat itu tidak berpihak kepadanya. Jika al-Quran boleh ditunggang sesuka hati, maka rosaklah makna hakiki ayat. Macam pakcik Kahar, yang mengaku Rasul bila baca Yaasin ayat ke-3. Jaga zoo, jadi Rasul.",
"“Dia memakai jubah kuning di menara Syam”, kata seorang lelaki. “Sesiapa pun boleh memakai jubah kuning,” jawab seorang Imam. Perkara kebetulan bukan hujjah. Imam Mahdi itu Arab Quraisy, tetapi bukannya semua orang Arab Quraisy itu boleh sesuka hati mengaku Imam Mahdi.",
"Kristian menganggap Jesus sebagai anak Tuhan, manakala Islam menganggapnya sebagai Rasul. Nabi Isa pernah mengingatkan kaumnya yang dia akan kembali ke dunia. Wasiat ini dijaga rapi walaupun teks Injil lain banyak diselewengkan. Nanti bila turunnya Nabi Isa dari langit dengan pedang atau tombak di tangan, sebahagian orang Kristian yang berhati ikhlas berpusu-pusu memeluk Islam.",
"The Messiah bukanlah genre dokumentari. Ianya fiksyen daripada imaginasi barat. Adegan di dalamnya bukan fakta yang patut kita taksub atau leretkannya dengan teori konspirasi. Namun, yang kita boleh ambil pengajaran, ialah mudahnya manusia terpegun dengan perkara pelik. Betapa terdesaknya manusia bila di dalam kesempitan hidup, sanggup datang beribu batu semata-mata untuk disembuhkan penyakit kanser anaknya.",
"Esok lusa bila al-Masih Dajjal keluar, macam ni lah. Masa tu tiada elektrik dan teknologi. Masa tu kita kebuluran, sakit dan berperang sesama sendiri. Al-Masih Dajjal datang dengan makanan, minuman dan kesenangan. Syurga dinampakkan di tangannya. Tetapi, sesiapa yang ikut Dajjal confirm neraka. Sampaikan Nabi suruh ikat anak bini di rumah untuk tak bagi ikut al-Masih Dajjal.",
"Bagi orang berilmu dan berselawat, tidak sukar membezakan mana al-Masih yang memimpin kebenaran, mana al-Masih yang memimpin kejahatan. Mana Nabi Isa, mana Dajjal. Yang pertama, al-Masih Isa itu semestinya membawa syariat Nabi Muhammad ﷺ. Dia solat, puasa dan berjihad bersama umat Muhammad.",
"The Messiah dalam Netflix mana buat ni semua. Bila tak amalkan syariat, confirm la bukan Nabi Isa. Simple kan. Cuma yang tak simple tu, kuat tak iman kita nak menahan godaan kesenangan, kesihatan dan kemewahan dari al-Masih Dajjal, yang ketika di zaman itu dunia dipenuhi kebuluran, wabak penyakit dan kemelaratan.",
"Ada beberapa orang sepanjang sejarah, yang mengaku atau dianggap al-Masih atau al-Mahdi.",
"Antaranya:",
"Perkara pelik bukan semestinya dalil kebenaran.",
"“Jika engkau melihat seseorang dapat terbang melayang dan berjalan di lautan dengan mengambang. Tetapi dilanggarnya batas-batas syari’at Allah, maka ia adalah orang yang ditunda (siksaannya) oleh Allah dan ia adalah pelaku bid’ah,” kata Imam Syafie.",
"Imam al-Laits bin Sa’ad berkata, “Apabila kita melihat seseorang yang bisa berjalan di atas air, janganlah kita langsung menganggapnya sebagai wali Allah sebelum kita mengukur amalannya dengan Al-Quran dan As-Sunnah.”",
"Imam Syafie menambah, “Jika kalian menyaksikan seseorang dapat berjalan di atas air atau terbang di udara sekalipun, janganlah kalian menganggapnya sebagai wali, sebelum kalian mengukur amalannya dengan Al-Quran dan As-Sunnah.”",
"Ada suatu hal yang menarik dalam series The Messiah. Apabila dibongkar, watak utama yang berambut hitam panjang itu, sebenarnya telah disahkan menghidap The Messiah Complex.",
"Ianya adalah sebuah mindset dimana seseorang memegang keyakinan bahawa dia ditakdirkan untuk menjadi seorang penyelamat. Istilah tersebut juga ditujukan kepada keadaan fikiran dimana seseorang meyakini bahwa ia bertanggungjawab untuk menyelamatkan atau membantu orang lain. Ia mirip dengan delusions of grandeur. Merasakan diri istimewa.",
"Mungkin ini juga yang dihidapi ramai pengamal ajaran sesat. Apabila merasakan diri dah bagus, ditambah ramai pengikut, orang ramai pulak puji melambung, maka mulalah claim macam-macam. Kata Syeikh Nazrul Nasir, “Ajaran sesat ni, dia biasanya akan pancing dengan seks. Benda yang nafsu syahwat suka.” Pancing dengan nafsu, nak romen free, nak masuk syurga cukup dengan duit, habis hanyut manusia beramai-ramai.",
"Dalam series Netflix ni, bila CIA korek balik rupa-rupanya al-Masih itu, bernama Payam Golshiri. Berasal dari Iran dan mempunyai seorang abang. Siap diceritakan yang Mr. Golshiri ni selalu merasakan diri dia spesial. Malah lebih menarik, yang mereka adik beradik banyak belajar helah & tipu muslihat ketika kecil. Ini menimbulkan suatu assumption, adakah sebenarnya mamat al-Masih itu hanyalah seorang con man?",
"Ok, bagi yang dah tengok habis 10 episod The Messiah season 1, nak tanya ni.",
"Apa pendapat anda?",
"Dia itu gambaran Dajjal (Antichrist) ataupun con man?",
"RUJUKAN:"
] |
https://www.thepatriots.asia/kita-teruk-dijajah-china-selepas-60-tahun-merdeka/ | Kita Teruk Dijajah China Selepas 60 Tahun Merdeka? | [
"Tiada siapa mampu nafikan bahawa isu yang paling kencang bertiup menjelang sambutan kemerdekaan negara ke-60 kali ini ialah ‘penjajahan China’. Berikut analisis 19 isu yang perlu diberi perhatian.",
"1. Isu hartanah: persepsi ini agak ketara dikaitkan dengan projek di Johor dan di Melaka. Demikianlah projek ‘Shenzen Malaysia’, serta skim seperti Malaysia My Second Home (MM2H). Pemberian status pegangan bebas ‘freehold’ kepada warga China dipersoalkan kerana warga tempatan sendiri tidak mampu untuk memiliki aset hartanah. Keadaan ini juga bakal mengimpak struktur demografi penduduk negara kelak. Kerajaan Malaysia perlu campur tangan secara agresif dalam menghadapi isu pemilikan hartanah asing ini.",
"2. Isu Bank China: persepsi bahawa Bank China seperti Export-Import Bank of China (Exim Bank) memiliki peranan besar dalam penentuan beberapa keputusan melibatkan projek infrastruktur di Malaysia di mana syarat pelantikan kontraktor ditetapkan agar memberi kelebihan dan keutamaan hanya kepada para kontraktor China tidak kurang hebatnya. Rakyat Malaysia juga perlu membayar hutang projek pembangunan yang dibiayai pinjaman Bank China ini. Sewajarnya dari awal lagi sumber pembiayaan alternatif lain turut dipertimbangkan seperti Bank Pembangunan Asia (ADB) atau pun Bank Pembangunan Islam (IDB).",
"3. Isu kontraktor China: Malaysia tidak kekurangan pakar dan kemahiran bagi membina infrastruktur berskala besar seperti syarikat Gamuda, IJM, dan sebagainya. Maka sekali pun kontraktor seperti IJM diberi peluang bekerjasama dengan Beibu Gulf Port Group (China) dalam projek pelabuhan Kuantan, namun pihak kerajaan perlu lebih agresif mengusahakan agar lebih banyak kontraktor Malaysia mendapat peluang dan manfaat berbanding kontraktor China dalam pembinaan aset strategik negara.",
"4. Isu Nelayan China: pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti Datuk Seri Shahidan Kasim sendiri telah berulang kali memberi amaran akan penjajahan para nelayan asing (termasuklah dari China) di Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia. Selain daripada bantahan diplomatik yang lebih signifikan, pemerkasaan aset seperti radar dan kapal peronda perlu diberi keutamaan.",
"5. Isu Pulau Buatan China: Perkembangan pesat pembinaan pulau-pulau buatan China di Kepulauan Spratly tidak boleh dinafikan memberi impak kepada perkiraan strategik (strategic calculation) Malaysia di Laut China Selatan. Meski pun tidak berada dalam perairan Malaysia secara langsung, namun kelengkapan ketenteraan yang semakin canggih dan semakin banyak ditempatkan di sana pastinya menggugat kestabilan rantau ini.",
"6. Isu Sembilan Garis Terpecah: Peta yang diterbitkan China pada 2009 ini jelas menceroboh Zon Ekonomi Malaysia (ZEE) di mana Garis Keempat menceroboh perairan Bintulu dan Miri di Sarawak manakala Garis Kelima menerobos jauh dari perairan berhampiran Beaufort, Papar, Kota Kinabalu, Kota Belud, dan Kudat, Sabah. Dialog Konstruktif perlu diteruskan oleh Malaysia agar China memahami bahawa ianya adalah lebih bermanfaat untuk China melindungi kepentingan mereka di Laut China Selatan menerusi kerjasama ketenteraan bilateral dengan negara-negara Asia Tenggara, dan bukannya dengan cara cuba membolot Laut China Selatan.",
"7. Isu alam sekitar: Dominasi syarikat China dalam projek ECRL menimbulkan persoalan dari segi pemantauan terhadap penjagaan alam sekitar di kawasan yang terlibat. Terkini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan memorandum bantahan berhubung keperluan laporan penilaian impak alam sekitar (EA) projek ECRL ini terutama sekali hakikat bahawa Banjaran Titiwangsa bakal direntasi dalam projek ini.",
"8. Isu Tenaga: Edra Energy iaitu aset penjana tenaga milik syarikat 1MDB yang berjaya dibeli syarikat China juga dianggap bakal menjadi pemain industri tenaga yang utama di Malaysia. Meskipun kerajaan memberi jaminan bahawa TNB masih merupakan aktor yang bertanggungjawab dalam penentuan kadar tenaga (elektrik) dalam negara, namun senario sebegini perlu diperbetulkan kembali demi meraih keyakinan rakyat. Perancangan ke arah mengambil alih Edra kembali ke pangkuan milik kerajaan mahu pun swasta di Malaysia perlu dimulakan.",
"9. Isu pelabuhan Malaysia: Syarikat China telah memiliki pegangan dalam beberapa projek pembinaan pelabuhan strategik negara seperti Pelabuhan Kuantan di Pahang dan Melaka. Meskipun pembinaan pelabuhan ini cukup penting bagi meningkatkan kapasiti pelabuhan negara yang setakat ini ditampung Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas sahaja, namun ia tidak seharusnya dilihat eksklusif memanfaatkan China semata-mata sedangkan dalam masa yang sama memencilkan kuasa pasifik lain seperti Jepun dan Korea Selatan yang turut sepatutnya diundang kerana kebergantungan yang sama kepada laluan yang sama.",
"10. Isu automotif: Penjualan pegangan 49.9 peratus Proton kepada Geely dari China masih belum menunjukkan impak signifikan. Sebaliknya produk Geely iaitu ‘Boyue’ pula yang cuba dipasarkan di Malaysia. Sepatutnya Proton yang diutamakan untuk diberi akses ke China dan juga negara operasi Geely yang lain di seluruh dunia, di samping mengemukakan perancangan ampuh jangka panjang untuk kemajuan automotif negara.",
"11. Isu Sosiobudaya: Antara tanda-tanda isu ini tidak boleh dipandang enteng adalah apabila Duta China ke Malaysia Dr. Huang Huikang membuat kenyataan tentang kepentingan kaum Cina di Jalan Petaling. China turut mengeluarkan kad khas buat orang China di seberang laut. Meski pun Malaysia tegas dalam isu kewarganegaraan, isyarat perlu diberi kepada Beijing bahawa urusan dalaman negara Malaysia – sekali pun melibatkan mereka yang berketurunan Cina – tidak boleh diizinkan kepada campur tangan China.",
"12. Isu Bahasa Mandarin: sepatutnya China tidak mengulangi hegemoni kuasa-kuasa Barat yang mengutamakan Bahasa ibunda mereka semata-mata tanpa penghormatan kepada Bahasa ibunda negara-negara lain, terutama sekali negara kecil. Pemimpin Malaysia pula perlu memberi penekanan pada Bahasa Melayu sebagai Bahasa antarabangsa dan menganjurkan order multipolar bukan hanya dalam konteks politik, tetapi juga dalam konteks Bahasa.",
"13. Isu akses Maklumat: kebanyakan projek berskala gergasi China di Malaysia sukar untuk dikaji kerana kekurangan akses maklumat terbuka yang boleh dicapai secara atas talian. Hal ini pastinya membimbangkan kerana terdapat beberapa kes di mana syarikat milik China ini didapati bermasalah dalam pengurusan projek di negara-negara lain seperti China Communication Construction Company (CCCC).",
"14. Isu aset Ketenteraan: keputusan Malaysia untuk membeli empat kapal laut dari China bagi tujuan ketenteraan turut mengundang pertimbangan yang lebih mendalam. Hal ini demikian kerana kapal milik tentera China diketahui sering ‘berkonfrontasi’ dengan TLDM di ZEE milik Malaysia seperti yang pernah dialami KD Kedah tidak berapa lama dahulu. Sewajarnya syarikat anak tempatan diberi keutamaan penuh dalam projek aset strategik negara ini.",
"15. Isu Jentera China: projek pembangunan infrastruktur di Malaysia juga tidak dapat dinafikan bakal diusahakan oleh jentera-jentera berat dari China. Tiadakah syarikat milik anak tempatan yang boleh diberi peluang bagi menyediakan kemudahan jentera ini? Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan langkah yang boleh memberi manfaat kepada kontraktor serta jentera yang dioperasikan anak tempatan.",
"16. Isu Teknologi China: setakat ini boleh dikatakan tiada hitam putih yang jelas diisytiharkan tentang manfaat pemindahan teknologi dari China yang boleh memanfaatkan kapasiti syarikat atau agensi milik awam Malaysia di bawah projek-projek infrastruktur di Malaysia.",
"17. Isu peluang pekerjaan: projek-projek gergasi China di Malaysia turut membawa bersama para buruh dari tanah China. Malah baru-baru ini luas tersebar syarat pengambilan kerja yang melibatkan beberapa posisi dalam projek pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang hanya menerima pekerja yang boleh berbahasa Mandarin sahaja. Kerajaan Malaysia perlu mengambil serius isu ini agar diskriminasi sebegini tidak berterusan.",
"18. Isu Import China: kadar kebergantungan serta hubungan perdagangan yang pesat dengan China turut menimbulkan kebimbangan. Meski pun China merupakan rakan dagang utama Malaysia, namun potensi untuk berlakunya pengurangan eksport kita ke China serta lambakan import yang memudaratkan dari China tidak boleh dipandang mudah. Maka Malaysia perlu untuk menambah nilai dalam produk eksport ke China dan dalam masa yang sama mempelbagaikan destinasi import agar kebergantungan kepada import China dapat dioptimumkan.",
"19. Isu peluang anak negeri: Projek ECRL dikatakan bakal memberi faedah kepada para penduduk di sekurang-kurangnya tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Namun demikian, anak negeri di ketiga-tiga negeri tersebut kurang diberi peluang yang sepatutnya dalam proses pembinaan ECRL ini. Anak negeri Pantai Timur juga sepatutnya dilibatkan secara lebih intensif dan pada peringkat yang tertinggi dalam pembuatan keputusan berkaitan projek ECRL ini, bukannya hanya sekadar menjadi pemerhati atau mendapat peluang kerja yang ibarat ‘melukut di tepi gantang’ semata-mata.",
"Oleh:",
"Abdul Muein Abadi\nPenulis ialah Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)"
] |
https://www.thepatriots.asia/lima-orang-pelayar-ini-sanggup-merentasi-laluan-maut-demi-membuktikan-sejarah/ | Lima Orang Pelayar Ini Sanggup Merentasi Laluan Maut Demi Membuktikan Sejarah! | [
"Sepasukan pendayung Jepun dan Taiwan yang berani telah berjaya menyalin semula laluan laut penghijrahan kuno yang menggunakan perahu batang tradisional.",
"Pada suatu Ahad di waktu tengah hari, selepas dua cubaan gagal, seorang lelaki Taiwan, tiga lelaki Jepun, dan seorang wanita Jepun telah menaiki sebuah kanu kayu berukuran 7.6 meter panjang, 70 sentimeter lebar (24.93 kaki panjang kali 27.56 inci lebar) dan mendayung sejauh 200 km (125 batu) dari Daerah Taitung, tenggara Taiwan, ke Pulau Yonaguni, Okinawa.",
"Selama lebih dua hari dua malam, mereka mengira latitud di laut mengikut matahari, perjalanan mereka mengikut gugusan bintang, dan mereka menolok kelajuan angin dan arah mata angin. Mereka sedaya-upaya cuba mengikuti cara kuno dalam projek perlayaran tersebut.Kesemua kru berangkat untuk melakukan perlayaran",
"MENGAPA MELAYARI BLACK STREAM?",
"Projek ini merupakan salah satu daripada pelayaran serupa yang dipersetujui pada tahun 2017 di antara National Museum of Nature, Jepun, dengan Museum of Prehistory, Taiwan. Ketua pasukan, Yosuke Kaifa, memberitahu wartawan Jepun bahawa para pakar arkeologi merasakan penghijrahan awal manusia ke Jepun adalah dengan menggunakan tiga laluan dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Black Stream. Laluan ini mengalir daripada Filipina ke arah timur laut melepasi Jepun. Beliau menambah bahawa projek itu “bertujuan untuk menambah pengetahuan akan betapa sukarnya untuk melakukan perjalanan tersebut.”",
"Berkisar mengenai legenda Black Stream, pendayung berumur 47 tahun yang dikenali sebagai Koji Hara telah memberitahu wartawan dari Japanese Times bahawa gelora laut itulah yang “membawa kanu (canoe) dan apa yang kami lakukan hanya mengemudinya sekali-sekala.” Kenyataan tersebut sememangnya berupaya menggondol hadiah utama tahun 2019 bagi kategori merendah diri (memandangkan betapa sukarnya perlayaran tersebut, namun Koji tidak meletakkan kredit yang banyak pada dirinya).",
"Beliau menambah, “Saya tidak boleh bayangkan bagaimana manusia menjelajah pada 30,000 tahun dahulu, namun bagi perjalanan ini, saya berpendapat mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka”. Sebaik sahaja kanu yang dinaiki itu berlabuh di pesisir pulau, beberapa ratus penduduk tempatan menyambut mereka penuh riang.",
"PERSOALAN SEKITAR PARA PELAYAR KUNO YANG MEREDAH BLACK STREAM",
"Anda mungkin mengingati rancangan televisyen Jepun bertajuk Takeshi Castle yang disiarkan di antara tahun 1986 hingga 1990 di mana rakyat marhaen Jepun menolak sesama sendiri untuk maju ke hadapan. Arkeologi Jepun turut mempunyai pegangan yang sama apabila berkaitan dengan perdebatan tarikh pendaratan pertama di kepulauan itu. Zaman pendudukan manusia di Jepun sebelum 10,000 SM yang ditakrifkan melalui penarikan tembikar telah dinamakan sebagai Zaman Paleolitik Jepun dan mengunjur sehingga permulaan Zaman Mesolitik Jomon iaitu lebih kurang 14,000 SM. Para pendayung awal telah tiba pada zaman Paleolitik lebih kurang di antara 2.6 juta hingga 15,000 tahun dahulu.",
"Sementara sebahagian ahli arkeologi masih berpendapat pelayar pertama tiba sekitar tahun 40,000 SM, sebahagian lagi berpendapat bahawa teori tersebut mempunyai bukti yang meragukan dan pelayar pertama telah berkanu ke sana lebih kurang 35,000 SM.",
"Dan kita mesti mengambil kira bahawa sebahagian ahli arkeologi percaya bahawa pelayar mungkin telah tiba di Kepulauan Jepun sejak 100,000 tahun dahulu ketika Zaman Ais sedangkan mengikut catatan di dalam Facts and Details, Jepun bersambung dengan benua Asia melalui jambatan tanah ke Semenanjung Korea di selatan dan Delta Sungai Amur (kini berada di antara China dan Rusia) melalui Pulau Sakhalin di utara.",
"OLOKAN YANG MENGABURI KOMUNITI ARKEOLOGI JEPUN",
"Reputasi global Arkeologi Paleolitik Jepun telah diperlekehkan dan dimalukan oleh sebuah skandal yang dikenali sebagai Olokan Paleolitik Jepun yang akhirnya terbongkar ekoran sebuah kisah yang diterbitkan oleh Mainichi Shimbun pada 5hb November, 2000. Shinichi Shimura merupakan seorang ahli arkeologi negeri yang dihormati telah mengambil gambar ‘artifak palsu’ secara rahsia di tapak Kamitakamori dan beliau telah ditangkap pada masa itu juga.",
"Artikel Japan Times ini menerangkan bahawa ahli arkeologi telah membuat pengumuman antarabangsa sehari selepas penangkapan gambar artifak palsu tersebut. Beliau telah mengumumkan “penemuan” artifak tersebut namun sejurus selepas itu beliau telah mengaku bersalah mengenai seluruh rancangan untuk mengundurbelakangkan pentarikhan tapak tersebut.",
"Semenjak penemuan olokan tersebut, pentarikhan di antara 40,000 hingga 50,000 SM di Jepun akan diragui dan maafkan saya, saintis telah memberikan ‘purata’ pendaratan manusia pertama lebih kurang 35,000 SM walaupun dengan cara yang paling tidak saintifik. Namun begitu anda faham apa yang saya maksudkan.",
"Ekoran keaslian artifak yang menyokong kehadiran manusia pra 35,000 SM di kepulauan Jepun diragui, penganjur pelayaran kamu yang baru ini telah menjauhkan diri mereka dan mendasari laluan mereka mengikut penemuan relik yang bertarikh 30,000 tahun dahulu di Kepulauan Ryukyu.",
"Sebuah artikel di dalam World-Archeology telah membincangkan ‘enam gua batu kapur dan kawasan rekahan di pulau tersebut” yang membongkar tulang manusia berumur lebih kurang 30,000 hingga 20,000 tahun dahulu termasuklah tetulang seorang “budak perempuan berumur enam tahun yang meninggal lebih kurang 32,000 tahun dahulu.”",
"Belayar di Black Stream di dalam kanu kayu sambil menggunakan matahari, bulan, bintang dan angin di samping melihat, menghidu, merasa, dan mendengar semua yang dilakukan oleh orang yang melakukannya pada 32,000 tahun dahulu pastinya memberikan lima pendayung ini sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh mana-mana saintis PHD yang meneroka menggunakan model hipotesis.",
"Ini adalah pengalaman arkeologi yang paling mentah tanpa sebarang olokan. Tunggu dulu. Ada sesiapa yang menyiasat keberadaan baling-baling pada kanu tersebut? Kita pernah terkena sebelum ini!",
"Pasukan pendayung dari Jepun dan Taiwan tiba di Pulau Yonagumi, Okinawa sekaligus berjaya meniru semula penghijrahan manusia di antara Taiwan dan Okinawa kira-kira 30 000 tahun lalu melalui Black Stream.",
"TERJEMAHAN:",
"Ashley Cowie. (9 Julai 2019). Five Bold Navigators Master the Deadly ‘Black Stream’ After 32 000 Years. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/black-stream-0012264"
] |
https://www.thepatriots.asia/yahudi-ashkenazi-asal-usul-sebenar-yahudi-eropah/ | Yahudi Ashkenazi – Asal-Usul Sebenar Yahudi Eropah | [
"Kita\nsudah sedia maklum berkenaan dengan asal-usul kaum Yahudi adalah dari ‘Ten Lost\nTribe’, iaitu sepuluh suku kaum Yahudi yang berhijrah dari negara kelahiran\nmereka, iaitu Israel, dimana salah satu kaum tersebut ialah suku kaum Yahudi\nAshkenazi. ",
"Namun,\nsebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2013, hasil tangan kumpulan penghasil\njurnal, Nature Communication, telah mendedahkan sesuatu yang tidak dijangka dan\nagak berlainan dari apa yang diketahui umum, iaitu Yahudi Ashenazi rupa-rupanya\nberasal dari Eropah, iaitu sekurang-kurangnya dari keturunan sebelah ibu! ",
"Hal\nini bertentangan dengan apa yang sudah dipercayai oleh orang ramai, iaitu\norang-orang Yahudi tiba di benua Eropah tengah selepas Peperangan\nByzantine-Sasanian pada tahun 602-608, dan hanya mula menetap di Jerman ketika\nzaman pertengahan. ",
"BERKENAAN YAHUDI\nASHKENAZI",
"Istilah\nYahudi Ashkenazi dipakai pada hari ini bagi menerangkan tentang orang Yahudi\nyang telah membina masyarakat yang berasaskan agama di Eropah tengah dan timur,\ndimana ‘Ashkenaz’ merujuk kepada penduduk Jerman. ",
"Menurut\nUniversiti Hebrew, Jerusalem, sebanyak lebih-kurang 80% dari seluruh kaum\nYahudi moden mempunyai salasilah Ashkenazi, iaitu 10 juta di seluruh dunia\ntermasuk 2.8 juta di Israel. Tokoh-tokoh terkenal seperti Albert Einstein, Gertrude\nStein, dan Carl Sagan merupakan orang Yahudi Ashkenazi.",
"Yiddish,\niaitu sebuah bahasa tinggi Jerman yang menggunakan sistem tulisan Hebrew yang\ndipengaruhi oleh bahasa klasik Hebrew dan Aramaic, merupakan bahasa yang\ndigunakan oleh mereka.",
"Salah\nseorang daripada 17 pengarang jurnal kajian pada tahun 2013 tersebut, iaitu Profesor\nMartin Richards, seorang archaeogenetisis atau pakar sejarah genetik manusia\ndari University Huddersfield, England, menyatakan bahawa sememangnya kaum\nYahudi Ashkenazi telah menetap di Eropah selama beberapa abad. ",
"Namun\nhasil penyelidikan yang menggunakan sampel DNA menyingkapkan bahawa kaum Yahudi\ntersebut sebenarnya penduduk tempatan Eropah yang telah memeluk agama Judaism, bukan\npara individu yang meninggalkan Israel dan Timur Tengah sekitar 2,000 tahun\nyang lalu.",
"PERIHAL DNA DARI\nSEBELAH IBU",
"Kajian\nsebelumnya mendapati bahawa 50-80% dari DNA Ashkenazi dari belah bapa berasal\ndari kawasan sekitar barat daya Asia atau Near East. Berdasarkan dari maklumat\ntersebut, ramai pihak menyangka bahawa kawasan Israel dan Near East merupakan\ntanah kelahiran purba mereka. ",
"Namun pada tahun 2013, penyelidikan tersebut mendedahkan 80% dari keturunan ibu kaum Yahudi Ashkenazi berasal dari Eropah, dimana hanya terdapat segelintir yang mempunyai genetik asal dari Near East. Seperti yang dinyatakan oleh Profesor Richards, “Hal ini mencadangkan bahawa walaupun para lelaki Yahudi berhijrah dari Palestine ke Eropah sejak 2,000 tahun lepas, mereka nampaknya telah berkahwin dengan perempuan-perempuan Eropah.”",
"Yahudi\nAshkenazi, secara jelas mempunyai genetik homogenous, dimana ianya di dalam\nkumpulan genetik yang sama dengan leluhur dari Poland, Rusia, Hungary, Lithuania,\natau mana-mana tempat yang pernah diduduki oleh kebanyakan orang-orang Yahudi.\nYa, mereka semua berkongsi etnik yang sama, dan salasilah keluarga mereka\nkebanyakannya adalah dari perempuan Eropah.",
"Terdapat sebuah persoalan berkenaan bagaimana mungkin mereka hanya mempunyai sebuah kumpulan genetik? Ia kerana mereka tidak berkahwin dengan orang luar dari kawasan mereka secara besar-besaran, walau dengan kaum Yahudi yang tinggal di luar Eropah. Para penyelidik mendedahkan yang kaum Yahudi Ashkenazi telah mengamalkan isolasi sebegini selama 1,000 tahun.",
"Ternyata\nbahawa kebanyakan dari penduduk Eropah telah menganut agama Judaism pada awal\ntahun Diaspora, atau tahun keluarnya kaum Yahudi dari tanah kelahiran mereka, merupakan\norang perempuan Eropah. Hal ini telah membantu memberi penjelasan lanjut\nberkenaan mengapa orang Ashkenazi boleh menjejak garis keturunan perempuan\nmereka ke Barat dan Selatan Eropah. ",
"PENYAKIT\nKETURUNAN YANG BERKAITAN",
"Perkahwinan\nsecara isolasi yang diamalkan oleh para lelaki Yahudi terhadap perempuan\nEropah, telah menyebabkan 1 daripada 3 orang Yahudi Ashkenazi menjadi pembawa\nkepada beberapa penyakit genetik, termasuk penyakit Gaucher. Beberapa ratus\ntahun dahulu, mutasi genetik berlaku bagi segelintir orang Yahudi Ashkenazi. ",
"Gambar\nberikut merupakan bagaimana penyakit Gaucher diwariskan:-",
"Sebilangan\ndari kecelaruan genetik merupakan sebuah perkara biasa bagi masyarakat Yahudi\nAshkenazi. Berikut merupakan penyakit genetik yang biasa dihidapi oleh mereka:-",
"1)\nPenyakit Gaucher (1 daripada 10)",
"Seperti\nyang dinyatakan diatas, penyakit Gaucher merupakan salah sebuah penyakit genetik\nyang biasa berlaku bagi mereka. Penyakit ini berlaku akibat glucocerebroside,\nsejenis molekul yang terdapat di dalam glukosa, terkumpul secara tidak normal di\nsel dan sebahagian organ dan merosakkannya.",
"2)\nCystic Fibrosis (1 daripada 24) ",
"Biasanya,\nsel di dalam peparu dan sistem penghadaman menghasilkan lapisan nipis mukus yang\nlicin, namun bagi pengidap penyakit ini, lapisan tersebut menjadi lebih tebal\ndan likat, sekaligus mampu merosakkan organ dalaman terutamanya paru-paru.",
"3)\nPenyakit Tay-Sachs (1 daripada 27) ",
"Mutasi\nyang tidak normal pada gene HEXA menyebabkan penyakit ini, dimana sel-sel saraf\nmerosot secara progresif di kedua-dua saraf tunjang dan organ otak.",
"4)\nFamilial Dysautonomia (1 daripada 31)",
"Kebiasaannya\nsimptom penyakit ini telah ada apabila bayi dilahirkan. Ianya digambarkan oleh\nperubahan saraf di sistem saraf autonomik, dimana ia bertanggungjawab bagi\nfungsi badan secara spontan seperti degupan jantung, tekanan darah, dan\npenghadaman.",
"5)\nSpinal Muscular Atrophy (1 daripada 41)",
"Penyakit\nini terdapat beberapa jenis, namun kesemuanya menjejaskan kawalan pergerakan\notot kerana kekurangan sel saraf yang khusus, iaitu motor neuron di kedua-dua\nsaraf tunjang dan stem otak.",
"RUMUSAN",
"Perkahwinan\ncampur antara orang Yahudi lelaki dan penduduk perempuan Eropah yang menukar\nagama mereka ke Judaism telah melahirkan kaum Yahudi Ashkenazi. Namun,\ndisebabkan perkahwinan isolasi yang diamalkan mereka, maka sebahagian dari\nmereka merupakan pembawa ataupun pengidap penyakit genetik.",
"Richards\nmerumuskan bahawa “Asal-usul Ashkenazim merupakan salah sebuah dari beberapa persoalan\nbesar yang masih dicari sehingga kini, dan masih belum jumpa lagi penyelesaiannya\nsecara muktamad.” ",
"Dengan\nkata lain walaupun kita dapati bahawa keturunan Yahudi Ashkenazim dipengaruhi\noleh keturunan sebelah ibu, masih banyak misteri yang masih belum dijumpai\nberkenaan dengannya, menunggu untuk dirungkaikan oleh para arkeologi dan archaeogenetisis.",
"RUJUKAN",
"1) Gillan, J. (2018, April 19). Where are Ashkenazi Jews from? Their Origins May Surprise You. Diambil pada 26 Ogos 2019 dari https://www.ancient-origins.net/human-origins-science/ashkenazi-jews-their-origins-may-surprise-you-009924?fbclid=IwAR39xWi5gWVOCV6XW_1giRFc2Zx4Njuk3uI0sXpd71buzO4Q_sPmz9fxGKI",
"2) Ghose,T. (2013, Oktober 08). Surprise: Ashkenazi Jews Are Genetically European. Diambil pada 26 Ogos 2019 dari https://www.livescience.com/40247-ashkenazi-jews-have-european-genes.html",
"3) Costa et al. (2013, Oktober 8). A substantial prehistoric European ancestry amongst Ashkenazi maternal lineages. Nature Communications. Diambil pada 26 Ogos 2019 dari https://www.nature.com/articles/ncomms3543",
"4) Xue, J., Lencz, T., Darvasi, A., Pe’er, I., Carmi, S. (2017, April 4). The time and place of European admixture in Ashkenazi Jewish history. Diambil pada 26 Ogos 2019 dari https://journals.plos.org/plosgenetics/article?id=10.1371/journal.pgen.1006644",
"5) Kaplan, K. (2014, September 9). DNA ties Ashkenazi Jews to group of just 330 people from Middle Ages. Diambil pada 26 Ogos 2019dari https://www.latimes.com/science/sciencenow/la-sci-sn-ashkenazi-jews-dna-diseases-20140909-story.html",
"6) The 5 Most Common Ashkenazi Genetic Diseases. 2017, (June 14). Diambil pada 26 Ogos 2019 dari https://www.gaucherdisease.org/blog/5-common-ashkenazi-genetic-diseases/"
] |
https://www.thepatriots.asia/syeikh-ahmad-deedat-pendebat-terulung-2/ | Syeikh Ahmad Deedat: Pendebat Terulung | [
"Syeikh Ahmad Deedat dikenali sebagai pendebat yang ulung dalam sejarah bidang perbandingan agama. Anaknya Yousuf Deedat menggelarnya sebagai “lion of the stage”. Walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik di mana-mana universiti, itu tidak menghalang Deedat untuk menjadi pendebat yang paling tajam dan ber’style’. Yang mampu mematahkan hujah lawannya yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi daripadanya.",
"Jika kita menonton kembali video Deedat di alam maya, kita akan dapat melihat seorang lelaki tua sedang berpidato atau berdebat dihadapan ribuan hadirin dengan menggunakan lenggok suara yang memukau dan hujah-hujah yang mampu membuat kita terpaku dan terpesona. Deedat seorang pendebat yang lancar dan mampu berdialog dan bermonolog dengan sangat baik. Dalam pada usianya 77 tahun, beliau masih gagah bersuara lantang dan berdiri berjam-jam menjadikan beliau menguasai pentas dan menenggelamkan lawannya. Dengan gerak tangan, lontaran suara, cara menyemak rujukan hatta cara berdiri membuatkan dirinya menjadi jaguh orator terulung yang menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya.",
"Lawan debat Deedat bukanlah calang-calang orang. Antara debat yang popular dan masih lagi diingati sehingga sekarang ialah debatnya dengan Kristian ‘televengelist’, Jimmy Swaggart pada 1986. Dan debat ‘Is Jesus God?’ dengan Dr Anis Shorros yang dianjurkan di Royal Albert Hall London.",
"Nelson Mandella pernah menceritakan tentang kehebatan Deedat semasa hayatnya. Dimana-mana pun beliau pergi, Presiden Afrika Selatan itu akan dihujani dengan soalan berkenaan dengan Deedat. Yousuf Deedat pernah mengingati peristiwa tersebut. Katanya,",
"“When he met youngsters, they all used to ask him: Mr Mandela, how is Sheikh Deedat? And when he went on television interviews, the first question the presenter would ask is: How is Sheikh Deedat in South Africa?”",
"Kehidupan Awal",
"Deedat dilahirkan di Surat India pada tahun 1918. Bapanya seorang penjahit telah bermigrasi ke Durban, Afrika Selatan pada 1927. Pada usia mudanya, Deedat seorang yang cemerlang dalam pelajaran tetapi kesusahan hidupnya memaksa beliau berhenti Sekolah lalu bekerja seawal usia 16 tahun.",
"Semasa bekerja, beliau sering diganggu oleh mubaligh Kristian yang menyerang Islam dengan kata-kata kesat. Ini membuatkan timbul keinginan dan minat yang berputik dalam jiwa Deedat untuk mencari kebenaran untuk menjawab tohmahan yang pernah didengarinya.",
"Mendirikan As Salam dan IPCI",
"Dengan semangatnya untuk menyebarkan kebenaran Islam, Deedat bersama dengan sekumpulan kawan-kawannya telah memimpin sebuah kelas mempelajari kitab Bible. Beliau telah mendirikan As-Salaam, sebuah institusi untuk para pendakwah membuat latihan. . Pada 1957, Deedat mendirikan Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan memimpinnya sehingga tahun 1996.",
"Izhar Ul Haq mengubah karier Deedat",
"Deedat telah membaca kita Izhar Ul Haq karangan Maulana Rahmatullah Kairanawi. Melalui kitab ini, beliau mendapat hala tuju dan matlamat hidupnya. Kitab ini memberi dorongan kepada Deedat untuk mengetahui dengan lebih mendalam dalam bidang ‘comparative religion’. Sejak itu, atas minat yang mendalam. Beliau mengambil masa 40 tahun mendalami pelbagai ilmu sehingga menjadi pemidato dan pendebat yang dijemput timur dan barat. Walaupun mempunyai latar belakang hidup yang miskin, itu langsung tidak memutuskan semangatnya untuk menimba ilmu atas semangat dan dorongan untuk menyebarkan kebenaran. Beliau pernah mendapat anugerah khas Raja Faisal pada 1986 atas sumbangannya dalam dunia dakwah selama 50 tahun.",
"Pendekatan yang ‘Keras’ dalam debat. ",
"Sebahagian orang mungkin tidak selesa dengan pendekatan Deedat yang disifatkan terlalu keras. Bagi yang sering mengikuti ceramah dan debat oleh Deedat akan mendapati Deedat sering menggunakan perkataan seperti ‘monkeys’ dan selalu menggunakan nada suara yang tinggi. Deedat sedar akan hakikat itu telah menyatakan bahawa itu memang pendekatan yang digunakannya untuk menjawab tohmahan dan kritikan tidak berasas terhadap Islam.",
"Melahirkan Dr Zakir Naik",
"Dr Zakir Naik dalam ceramahnya tidak malu untuk mengakui bahawa jika tidak kerana Deedat, beliau tidak akan menjadi seperti dirinya sekarang. Zakir yang pernah menjadi pemandu kepada Deedat telah meninggalkan dunia perubatan yang diminatinya kerana terpengaruh dengan gerakan dakwah yang dipelopori oleh Deedat. Hasilnya, Dr Zakir Naik telah menjadi seorang pendakwah sepenuh masa yang tersohor kini dan digelar ‘Deedat Plus’ kerana tidak hanya berupaya berdebat dengan pendakwah Kristian tetapi mampu berdebat dengan agamawan Hindu dan golongan Ateis.",
"Kematian Deedat",
"Sejak tahun 1996, aktiviti dakwah Deedat terhenti apabila beliau telah menderita penyakit Strok. Beliau telah menghabiskan hayatnya di atas katil selama 9 tahun di kampung halamannya Afrika Selatan. Ketika itu, beliau menerima banyak sokongan dan lawatan daripada seluruh pelusuk dunia atas tanda terima kasih kepada gerakan dakwahnya. Pada usianya 85 tahun, Deedat menghembuskan nafas yang terakhir di kediamannya pada tanggal 8 Ogos 2005."
] |
https://www.thepatriots.asia/jepun-buat-hujan-meteor-untuk-olimpik-2020/ | Jepun Buat Hujan Meteor Untuk Olimpik 2020 | [
"Selalu kebiasaannya pembukaan sukan betaraf antarabangsa ini tak lain adalah dengan percikan bunga api di udara yang bewarna-warni, tetapi Sukan Olimpik 2020 (yang dah pun diangguhkan sebab Covid-19) memiliki kelainan yang bukan biasa-biasa apabila hujan meteor (meteor shower) yang berwarna warni di langit yang bakal diperlihatkan untuk seluruh bandar Tokyo.",
"Bagaimana meteor shower ini boleh dibuat waktu Olimpik kelak? Sebenarnya idea ini hasil dari kajian bermula pada tahun 2009 lagi. Antara penggerak utama adalah Dr. Lena Okajima, CEO syarikat Astrolive Experience (ALE) dari Jepun yang terinspirasi dari zaman kanak-kanak lagi. Di Jepun, terdapat tradisi sekiranya pada waktu malam, ternampak tahi bintang, maka seseorang itu boleh buat permintaan yang kononnya akan dimakbulkan.",
"Artificial meteor shower ini dibuat dengan mengggunakan ‘nano satellite’ bernama ALE-1 satellite (yang telahpun dilancarkan ke angkasa pada awal tahun 2019) dengan kerja sama pelbagai agensi antaranya Japan Aerospace Exploration Agensy (JAXA) dan Kerajaan Jepun. ALE-2 nano-satellite yang dilancar sebanyak 7 buah dan hanya bersaiz 60x60x60cm sahaja dengan berat 75 kilogram.",
"Nano-satellite ini akan mengorbit mengelilingi bumi dulu seperti satelit lain sebelum melancarkan palet-palet kecil dari satelite tersebut masuk ke atmesphera bumi (seperti yang dirancang menggunakan deployment system). Palet yang juga mesra alam, dari satelit tersebut akan memasuki atmesphera bumi dan memancarkan sinaran plasma yang terang menyerupai tahi bintang sebenar yang mampu dilihat 200km radius dan dijangka boleh dilihat dari seluruh Tokyo pada pembukaan Olimpik yang sepatutnya pada tahun ini.",
"Yang menariknya palet tersebut hanya berdiameter 2cm sahaja, tetapi mampu menerangi langit pada waktu malam seperti hujan meteor yang sebenar. Sinaran plasma akan terhasil apabila palet tersebut masuk ke ruagt atmosfera bumi dari angkasa. Ratusan palet akan dilancarkan selaju 8km/s dari nano satelite ke ruang angkasa bumi dan menghasilkan banyak tahi bintang / meteor shower di ruangan udara dengan pelbagai warna.",
"Target ALE adalah pelancaran utama sewaktu Sukan Olimpik sebagai pelancaran projek ini dan akan menawarkan perkhidmatan meteor shower untuk event-event besar yang akan diadakan pada waktu yang lain sekiranya ada pihak yang berminat. ALE-2 pulak dilancarkan ke angkasa lepas pada pertengahan tahun 2019 dan ditambah beberapa variasi warna pada palet tersebut dan perkhidmatan shooting star ini akan dibuka pada yang berminat.",
"ALE-2 dijangka akan memenuhi permintaan lain sebagai perkhidmatan meteor shower dan akan menjadi sumber perniagaan syarikat tersebut jika berjaya ditunjuk kepada dunia dengan kebolehan mereka menghasilkan hujan meteor yang selamat.",
"Mula dari impian kanak-kanak Dr Lena Okajima yang akhirnya berjaya membawa kepada bidang Space Entertaiment dan menjadikan mimpi menjadi realiti. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.",
"Artikel dikirimkan oleh Rukaini untuk The Patriots."
] |
https://www.thepatriots.asia/kisah-ayam-vietnam-yang-lebih-mahal-berbanding-ayam-subsidi/ | Kisah Ayam Vietnam Yang Lebih Mahal Berbanding Ayam Subsidi | [
"Kenaikan harga ayam baru-baru ini telah memberikan begitu banyak kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana ayam boleh dianggap antara sumber protein paling mudah dan murah untuk didapati. Apabila harga sudah naik ke tahap tidak masuk akal, sumber protein apa lagi yang masih boleh dinikmati?",
"Mungkin kita beranggapan harga ayam di Malaysia sudah cukup mahal tetapi jangan terkejut kerana harga ayam Vietnam tersangat. Tapi jangan salah anggap kerana ayam Vietnam dalam artikel ini bukanlah seperti apa yang anda fikirkan. Ayam Vietnam ataupun lebih dikenali sebagai ayam Dong Tao boleh dinobatkan sebagai antara ayam paling mahal di dunia.",
"Bayangkan sahajalah, harga untuk seekor ayam Dong Tao adalah sekitar RM9000. Persoalannya kenapa ayam Dong Tao sangat mahal, pemerintah Vietnam memang tak peduli dengan kesusahan rakyat ke?",
"Sebenarnya ayam Dong Toa menjadi mahal kerana terlalu sukar untuk menjumpai baka itu di pasar-pasar sekitar Vietnam. Kalau memang mengidam ayam itu juga, anda perlu pergi ke Kampung Dong Toa di pinggir Hanoi untuk mendapatkannya. Ditambah pula ayam ini sangat unik kerana memiliki kaki yang agak besar dan tebal berbanding ayam subsidi.",
"Mungkin ada yang anggap setakat kaki sahaja besar buat apa sebab tak ramai suka makan kaki ayam. Kaki ayam Dong Toa menjadi besar dikatakan sebagai tujuan memenangi sabung ayam dengan mudah. Jadi untuk dapatkan ayam Dong Toa, beberapa baka telah dikacukkan sehingga hasilnya terjadi seperti hari ini.",
"Disebabkan keunikkan tersebut, ayam Dong Toa terutama kakinya yang besar dan tebal mula menjadi habuan golongan diraja bagi dibuat sup. Golongan bangasawan pula mula menjadikan ayam Dong Toa sebagai haiwan peliharaan kerana bulu yang sangat cantik dan aestetik. Faktor sejarah diatas sudah cukup menjadikan ayam Dong Toa berharga sangat mahal tetapi itu sahajakah?",
"Ada lagi iaitu nak ternak ayam Dong Toa memang cukup renyah. Ini kerana ayam Dong Toa sangat sensitif dengan keadaan sekeliling dan penternak perlu mengeluarkan kos yang sangat banyak. Sudahlah sensitif lepas itu hanya bertelur dalam kuantiti yang sangat sedikit. Kebanyakkan telur itu tidak mampu menetas dengan sempurna tanpa bantuan manusia.",
"Bermakna penternak perlu menjaga telur ayam Dong Tao seperti bayi baru lahir bagi memastikan ayam dapat bertahan. Tidak seperti ayam biasa, ayam Dong Tao memerlukan masa dari 8 hingga 12 bulan bagi memastikan ia benar-benar membesar dan dewasa. Masalah mula timbul apabila ramai yang mahu ayam Dong Tao gred A yang berumur sekitar 6 hingg 7 tahun.",
"Penternak pula memang tak mahu jual ayam Dong Tao gred A kerana mereka mahu menggunakan bagi tujuan pertandingan ayam terhensem. Kalau restoran mewah mahukan juga ayam tersebut, mereka perlu membeli dengan sangat mahal. Jumlah itu tidak menjadi masalah kerana permintaan sentiasa ada dan pelanggan tetap sanggup bayar lagi mahal kepada restoran.",
"Kesimpulannya jika rakan anda menyatakan mereka ingin makan ayam Vietnam, mungkin ayam Dong Tao yang dimaksud. Kepada penggemar kaki ayam, anda boleh beli ayam Vietnam kerana kakinya yang besar akan membuatkan anda merasakan kepuasan maksimum.",
"RUJUKAN:",
"Cosgrove, N. (2022, May 25). Why are Đông Tảo chickens so expensive? Here’s the reason! Pet Keen. Dipetik daripada https://petkeen.com/why-are-dong-tao-chickens-expensive/",
"Floyd, C. (2021, Januari 21). Why Đông Tảo chickens are so expensive. Business Insider. Dipetik daripada https://www.businessinsider.com/these-dragon-chickens-can-sell-for-over-2000-each-2021-1"
] |
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-berlari-boleh-memperbaiki-masalah-kesihatan-mental/ | Bagaimana Berlari Boleh Memperbaiki Masalah Kesihatan Mental? | [
"Berlari bukan sekadar memperbaiki kesihatan fizikal, bahkan juga mempengaruhi mental.",
"Sejak tahun 776 SM, perlumbaan kaki adalah acara Olimpik yang pertama diadakan. Ada sesuatu tentang sukan ini yang membuatnya menonjol daripada sukan yang lain. Semasa berlari, perasaan keletihan dan kegembiraan yang berbeza yang dilalui oleh pelari menunjukkan bahawa aktiviti berlari mempunyai kesan yang jelas pada keadaan minda kita.",
"Baru-baru ini semakin banyak pakar sains saraf telah memperhatikan ini dan telah memberi penerangan mengenai apa yang berlaku secara tepat di otak kita ketika kita berlari.",
"Banyak penyelidikan sekarang mengesahkan apa yang diketahui oleh pelari dari pengalaman mereka sendiri: berlari adalah kaedah yang bagus untuk memperbaiki keadaan kesihatan mental kita.",
"Penyelidikan membuktikannya\n\nKita hidup dalam era data yang banyak. Di dunia di mana maklumat dihujani kita dari mana-mana sumber, telefon pintar, media sosial, televisyen, dan rangkaian orang yang sentiasa terus berkembang. Dunia semakin kecil; namun, minda dan otak kita masih belum berkembang untuk terbiasa dengan semua maklumat yang dilemparkan kepada kita.",
"Dalam senario ini, adalah lebih penting bagi orang untuk berehat. Keluar berlari boleh membantu kita mendapatkan kembali kawalan. Tidak ada satu penyelesaian universal untuk semua masalah. Namun, langkah-langkah kecil yang diambil dalam beberapa waktu boleh memberi kesan yang besar terhadap kesihatan mental dan fizikal kita.",
"Satu kajian penyelidikan pada tahun 2018 yang dilakukan oleh Nicholas J. Hanson dari Western Michigan University, misalnya, menunjukkan bahawa berjalan selama 30 minit atau lebih meningkatkan Frekuensi Flicker Critical (CFF), iaitu parameter untuk menilai fungsi kognitif. Fungsi kognitif adalah fungsi untuk proses otak yang membantu kita melaksanakan tugas; mereka memberi kita fokus dan meningkatkan ingatan. Kajian menunjukkan bahawa senaman yang dilakukan dengan intensiti kuat meningkatkan fungsi kognitif lebih baik daripada latihan senaman yang pendek, keletihan dan ianya menjadikannya lebih stabil.",
"Kajian lain membuktikan bahawa berlari selang berasaskan pecut dalam selang 5 hingga 10 minit akan meningkatkan kognisi. Titik yang sama ini juga disokong dengan mengumpulkan latihan selang tujuh minggu.",
"Tinjauan pengimejan otak yang jelas yang diketuai oleh David Raichen menceritakan semua perkara di atas. Mereka menyaksikan dua perbezaan yang menonjol dalam aktiviti otak pada pelari dan bukan pelari:",
"1. Terdapat peningkatan aktiviti diperhatikan di kawasan frontal otak pada pelari yang bertanggungjawab untuk menambah baik fungsi ingatan dan fungsi eksekutif lain.",
"2. Juga diperhatikan bahwa ada peredaman aktiviti di “default mode network” (DMN) otak, jaringan yang menjadi aktif ketika kita dalam keadaan pegun. DMN diketahui bertanggungjawab terhadap pengembaraan minda kita, dan apa yang disebut sebagai suara dalaman kita. DMN juga dikatakan berkaitan dengan kemurungan klinikal.\nDalam aspek ini, meditasi dan berlari nampaknya mempunyai kesan yang serupa. Nampak seperti logik. Pada hari-hari tertekan, berlari di luar berupaya menenangkan saraf kita, seperti kesan terapi.",
"Bagaimana berlari dapat mengatasi tekanan",
"Ketika berada dalam keadaan tertekan, perubahan berikut berlaku di dalam badan kita:",
"1. Sistem saraf simpatik (SNS) diaktifkan, dan secara bersamaan sistem saraf parasimpatik (PNS) akan kehilangan keupayaannya untuk menangkalnya. SNS dikaitkan dengan tindak balas ‘penerbangan atau pertarungan’, sedangkan PNS dikaitkan dengan aktiviti ‘rehat dan pencernaan’ badan.",
"2. Proses metabolik menukar asid amino Tryptophan menjadi Knyurenine. Sebahagian dari Knyurenine ini sampai ke otak di mana ia berkaitan untuk menyebabkan kemurungan, skizofrenia, dan gangguan kecemasan yang berkaitan dengan tekanan.",
"3. Apa yang berlaku ialah semasa bersenam, terdapat penumpukan enzim yang disebut Kynurenine aminotransferase (susah sikit nak sebut) pada otot kita. Enzim ini memecah Knyurenine di atas dan menghalangnya memasuki otak.",
"4. Akibatnya, bersenam atau berlari dapat mengalirkan aliran darah kita dari bahan yang menimbulkan tekanan di atas yang diketahui boleh menimbulkan masalah kesihatan mental.",
"Perkara di atas memberikan gambaran yang jarang mengenai hubungan antara otak dan badan kita.",
"RUJUKAN:",
"Cortical neural arousal is differentially affected by type of physical exercise performed. https://doi.org/10.1007/s00221-018-5247-x",
"Sprint-based exercise and cognitive function in adolescents. https://doi.org/10.1016/j.pmedr.2016.06.004",
"Differences in Resting State Functional Connectivity between Young Adult Endurance Athletes and Healthy Controls. https://doi.org/10.3389/fnhum.2016.00610"
] |
https://www.thepatriots.asia/starbuck-sebuah-bentuk-penjajahan-budaya/ | Starbuck: Sebuah Bentuk Penjajahan Budaya? | [
"“Caffè macchiato, hot, Venti, please”.",
"Tiap kali korang order kopi kat Starbucks seperti di atas, tanpa disedari korang dah sebut tiga perkataan Bahasa Itali: caffè, macchiato, venti. Venti bermaksud “20”, merujuk kepada saiz cawan 20 auns (591 ml). So sebenarnya amat annoying bila barista Starbucks menjerit perkataan-perkataan tersebut dalam fake American accent. Tak kena beb.",
"Walaupun bunyi Italiano, namun Starbucks kena tunggu sampai 6 September 2018 baru dapat buka cawangan pertamanya di Itali bertempat di Piazza Cordusio, Milan. Sejak Starbucks ditubuhkan pada 1971, orang Itali menentang kemasukan Starbucks kerana menganggap ia satu penghinaan kepada budaya Itali: caffè latte, caffè macchiato, espresso, hatta Americano ni semuanya berasal dari Itali. Ada ke patut orang Amerika nak mempakej semula dan jual balik pada orang Itali pada harga yang lebih tinggi?",
"Tapi tak tau sihir apa yang Howard Schultz (CEO Starbucks) pakai, pada tahun 2016 Itali akhirnya membenarkan kemasukan Starbucks. Schultz pun menghormati budaya setempat. Design kedai ikut stail caffè bar di Itali. Logo langsuir warna hijau pun tak kelihatan secara terang-terangan.",
"Kemasukan Starbucks ke Itali sekali lagi mencetuskan debat tentang “cultural imperialism”. Dalam kajian hubungan antarabangsa, terma cultural imperialism bermaksud dominasi budaya sesebuah negara ke atas negara lain, atau senang kata “penjajahan budaya”.",
"Fenomena cultural imperialism telah diperdebatkan sejak 1990-an, di mana ada pendapat yang mengatakan “globalisasi” sebenarnya ialah “Amerikanisasi”. Produk-produk Amerika seperti McD misalnya, telah disebarkan ke seluruh dunia sehingga mendominasi gaya hidup manusia di luar Amerika.",
"Antara buku yang mengupas tentang subjek ini ialah “Jihad vs. McWorld” oleh Benjamin Barber (1995). Thomas Friedman (mamat ni pro-globalisasi) pula mengemukakan teori “Golden Arches Theory of Conflict Prevention” pada tahun 1999 yang mengatakan perang tidak akan berlaku antara dua negara yang ada McD (Golden Arches merujuk kepada logo McD). Macam logik juga, tengok negara-negara yang bergolak hari ini: Syria, Yaman, Korea Utara, Afghanistan. Semua tak ada McD.",
"Itu bukan bermaksud McD tu boleh menjadikan orang “peace-loving”. Cuma adanya McD bermaksud negara itu dah dintegrasi ke dalam sistem dunia kapitalis (capitalist world-system). Jadi kapitalis global akan cuba sedaya (secara melobi) untuk mengelakkan peperangan yang akan menjejaskan untung.",
"Masalah dengan “cultural imperialism” ini ialah: dengan dana mereka yang besar, syarikat-syarikat gergasi berpotensi untuk menyingkirkan pesaing tempatan yang sebenarnya membawa budaya setempat yang asli. Jadi ramai duk risau caffè bar kecil-kecilan tak dapat bersaing dengan Starbucks. Tapi rasanya orang Itali pun tak ada teruja sangat dengan Starbucks sebab rasa kopi dia tak kena dengan tekak orang Itali.",
"Silap-silap jadi macam kes di Korea Selatan di mana Wal-Mart dan Carrefour terpaksa gulung tikar. Apa barang orang Korea nak shopping kat kedai Mat Saleh sedangkan kedai Korea banyak lagi.",
"Dan di Korea Selatan juga ada kedai Starbucks pertama dalam dunia di mana papan nama premisnya ditulis dalam tulisan tempatan. Pergi kat Insadong di Seoul, korang akan jumpa papan nama kedai Starbucks dalam tulisan Hangul (스타벅스커피), lain daripada yang lain. Itu merupakan hasil tuntutan penduduk setempat Insadong untuk melindungi lanskap kawasan Insadong (yang dikenali sebagai pusat budaya tradisional) daripada “dicemari” oleh budaya Amerika.",
"Cerita pasal Starbucks pun boleh jadi panjang lebar macam ni (sebenarnya cerita dia panjang lagi, boleh lanjut ke 50,000 patah perkataan). Itulah keindahan kajian hubungan antarabangsa."
] |
https://www.thepatriots.asia/kenapa-jokowi-jadi-orang-tengah-perang-russia-ukraine/ | Kenapa Jokowi Jadi Orang Tengah Perang Russia-Ukraine? | [
"Jokowi menjadi ketua negara/kerajaan bukan Eropah pertama yang berjumpa dengan kedua-dua Putin dan Zelenskyy sejak permulaan konflik Rusia-Ukraine. Luar biasa? Luar biasa. Dan kenapa Jokowi berbuat demikian?",
"Dalam perjumpaannya dengan Zelenskyy dan Putin, Jokowi telah mengajak kedua-dua negara melakukan gencatan senjata. Walaupun tidak realistik bagi kedua-dua negara berdamai serta-merta, tapi Rusia memberi respon positif dengan membuka jalan laut bagi eksport gandum Ukraine.",
"Bukan semua negara mampu buat apa yang Indonesia tengah buat. Kena ada kredibiliti tertentu yang membolehkan kedua-dua Ukraine dan Rusia “bagi muka”. Terutamanya Rusia. Putin akan tanya “kau siapa? Kenapa aku kena layan kau, dengar cakap kau?”",
"Dan sejak kebelakangan ini Putin ada satu perangai pelik. Masa berjumpa dengan pemimpin negara Barat yang dia tak berapa kenan (macam presiden Perancis), dia akan suruh duduk di hujung meja yang panjang. Ketua UN pun selamba dia layan macam tu.",
"Jokowi tak diberi layanan sebegitu rupa, maksudnya Indonesia ada dalam “good book” Rusia. Indonesia ada dalam “good book” Rusia sebab (1) Indonesia tunjuk neutral dari awal konflik sampai sekarang, dan (2) Indonesia adalah “potential superpower” yang tengah bangkit.",
"Kalau Singapura mungkin tak dapat. Sebab Singapura awal sangat tunjuk pendirian dia dengan kecam dan sekat Rusia, walaupun Singapura coba project imej neutral dalam komuniti antarabangsa. Akhirnya masuk “bad book” Rusia.",
"Bukan kata Rusia tak patut dikecam atau kita tak patut bersolidariti dengan Ukraine. Cuma politik dunia ini realistik. Kita kena berhikmah dalam berinteraksi dengan kuasa besar kalau kita cuba mempengaruhi kuasa-kuasa besar ini.",
"Dalam dasar luar Indonesia ada satu prinsip yang dipanggil “mendayung di antara dua karang”. Indonesia ni ibarat orang yang tengah mendayung sampan, cuba elakkan sampan daripada langgar batu karang (kuasa besar) yang timbul di permukaan laut.",
"Kena pandai “balance” dalam mendayung, baru Indonesia dapat menjadi negara yang “bebas aktif” dan berupaya menentukan agenda politik dunia. Lawatan Jokowi kali ini pun bukan semata-mata nak “mendonia” atau saja nak tunjuk Indonesia hebat, tapi juga bertujuan untuk menyelamatkan persidangan G20 yang akan diadakan di Bali pada November. G20 adalah persidangan tahunan 20 buah negara/blok yang merupakan ekonomi terbesar dunia. Ada US, China, EU, Jepun, Jerman, India, UK, Perancis, Kanada, Itali, Brazil, Korea Selatan, Australia, Mexico, Indonesia, Saudi, Turki, Argentina, Afrika Selatan dan juga Rusia.",
"Di peringkat awal konflik, negara-negara blok Barat ni duk beri tekanan kepada Indonesia untuk larang Rusia daripada menghadiri G20 kali ni. Kalau tak ada Rusia, G20 jadi G19 lah. Disebabkan ada 20 buah ahli, satu negara hanya dapat jadi tuan rumah G20 setiap 20 tahun. Kalau Indonesia nak jadi tuan rumah sekali lagi, kena tunggu tahun 2042.",
"Jokowi pula nak menjadikan G20 ni antara legasinya sebelum penggalnya tamat pada 2024. Pelbagai persediaan dibuat bagi menonjolkan imej Indonesia sebagai kuasa yang tengah bangkit. Jadi Jokowi tak nak konflik ni kacau “once in a lifetime moment” Indonesia. Daripada duk dengar negara Barat ni ajar apa yang Indonesia patut buat, tak patut buat, lebih baik Jokowi ambil inisiatif untuk jadi pendamai antara Ukraine dan Rusia.",
"Samada Ukraine dan Rusia berdamai atau tidak, itu soal kedua. Yang penting Jokowi telah memberi mesej bahawa Barat tak boleh dictate Indonesia untuk memulaukan Rusia. Malah Jokowi turut menjemput Ukraine ke persidangan G20. Dan selepas 3 bulan konflik, negara-negara Barat ni pun dah mula merasai “fatigue”. Konflik juga membawa kepada inflasi paling teruk sejak 1970an (akibat Revolusi Iran 1978-1979). Jadi diorang pun merestui pendekatan Indonesia.",
"Untuk masa ini, Ukraine dan Rusia masih sukar untuk berkompromi, tapi keadaan mungkin berubah apabila nak dekat November nanti. Kalau Rusia dan Ukraine berjaya mencapai gencatan senjata by that time dan kedua-dua Rusia dan Ukraine hadir G20 sebagai pertunjukan “goodwill”, memang Indonesia win habis.Kalau tak, Indonesia pun tak rugi apa. Indonesia dah berjaya project imej dan pengaruhnya dalam diplomasi kuasa-kuasa besar.\nDulu masa US baru bangkit sebagai kuasa besar pada awal abad ke-20, US pun cuba project imej negara yang neutral dan boleh go along dengan semua kuasa-kuasa lain, sehingga menjadi pendamai antara Rusia dan Jepun yang berperang dari tahun 1904 hingga 1905.",
"Selepas kuasa-kuasa besar tua seperti UK, Jerman dan Perancis terjebak dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua dan musnah sama-sama, baru US mengisi vakum kepimpinan dan muncul sebagai superpower nombor satu dunia.",
"Adakah Indonesia akan berjaya bangkit sebagai superpower? Nantikan ulasan aku dalam buku ADIKUASA."
] |
https://www.thepatriots.asia/firaun-akhenaten-bapa-monotheism-mesir-purba/ | Firaun Akhenaten: Bapa Monotheism Mesir Purba | [
"Bila bercakap tentang firaun sahaja, dalam benak segelintir orang Melayu Islam di Malaysia bahawa hanya satu sahaja firaun yang wujud sepanjang berdirinya MESIR Purba. Ini mungkin kerana mereka disumbat dengan pseudosejarah oleh segelintir ustaz yang menyamakan firaun adalah satu entiti sahaja padahal dalam sejarah terdapat ratusan firaun yang pernah memerintah bumi Mesir.",
"Salah satu daripadanya yang namanya dikenang oleh dunia tidak lain dan tidak bukan ialah Firaun Akhenaten yang memerintah pada 1353 – 1336 SM atau juga pada 1351 – 1334 SM (sejarawan khilaf dalam soal ini). Baginda memerintah Mesir Purba selama lebih 17 tahun. Nama sebenar baginda ialah Amenhotep IV sebelum baginda membuang nama tersebut dan menggantikan dengan Akhenaten yang bermaksud “berguna untuk Aten.” Aten untuk rekod ialah nama tuhan yang dinaikkan untuk disembah oleh rakyat Mesir Purba ketika itu.",
"Perkara menarik yang sering dibincangkan sepanjang pemerintahannya ke atas Mesir Purba ialah bagaimana baginda cuba menerapkan fahaman menyembah tuhan yang satu bernama Aten yang hanya digambarkan dengan bentuk cekera matahari. Pada awalnya, baginda tidak mempunyai masalah dengan kepercayaan politeisme yang berdiri di bumi Mesir Purba. Amalan menyembah tuhan yang tidak terkira dek jari dibiarkan hidup.",
"Namun semuanya berubah ketika tahun kelima pemerintahan baginda apabila baginda mengambil keputusan untuk menjadikan Aten sebagai tuhan tunggal yang harus disembah oleh masyarakat Mesir Purba. Amalan menyembah tuhan selain daripada Aten adalah dilarang dan agama rasmi Mesir Purba ketika itu buat pertama kali dalam sejarah, mengamalkan dasar Monotheism. Untuk menunjukkan kesetiannya kepada kepercayaan, baginda menukarkan nama baginda daripada Amenhotep IV kepada Akhenaten.",
"Untuk memuja tuhan barunya, Akhenaten telah mengarahkan pembinaan sebuah kota baru yang akan dijadikan sebagai pusat pemerintahan. Akhetaten yang kemudiannya menyaksikan kota ini dijadikan pusat keagamaan baru untuk agama barunya. Diarahkan pembinaaan kuil-kuiil di kota ini untuk dijadikan tempat ibadah. Kepercayaan agama baru Akhenaten ini memerlukan pengganutnya menyembah di tempat yang terbuka dek cahaya matahari sebab tuhan Aten ini hanya dibenarkan digambarkan dalam bentuk cekera matahari sahaja. Pada tahun ke-9 pemerintahan Akhenaten juga kita dapat melihat Akhenaten mengharamkan sebarang usaha untuk melukiskan dan menggambarkan Aten.",
"Apa yang dibawa oleh Akhenaten ini menjadi perdebatan pada zaman terkemudiannya dan percubaan untuk mengaitkan dengan tiga agama Ibrahim iaitu Islam, Christian dan juga Judaisme.",
"Sebagai contoh, terdapat sarjana seperti Sigmund Freud yang mengaitkan bahawa Nabi Musa A.S kononnya merupakan seorang pengganut agama Atenist (nama yang dipakai untuk disematkan dengan kepercayaan menyembah Aten) yang cuba kembali menerapkan fahaman monotheisme Akhenaten kepada penduduk Mesir Purba. Kemudian Sigmund Freud berhipotesis bahawa dari situ, maka lahirnya ajaran Judaisme yang wujud hari ini.",
"Terdapat juga sarjana seperti Ahmed Osman seorang sarjana sejarah Mesir yang cuba mengaitkan datuk kepada Akhenaten iaitu Firaun Yuya dengan entiti Nabi Yusof A.S yang kisahnya diceritakan dalam Al-Quran, Taurat dan Injil.",
"Ada juga percubaan mengaitkan kepercayaan Akhenaten dengan kepercayaan ajaran Kristian pada hari ini. Kerana terdapat rekod yang mengatakan Akhenaten mendakwa dirinya sebagai anak kepada Tuhan Monotheisme Aten. Ini sama dengan kepercayaan ajaran Kristian yang mengatakan bahawa Nabi Isa A.S sebagai anak tuhan. Bahkan terdapat persamaan puisi yang ditulis oleh Akhenaten memuja Aten dengan versi sepotong ayat dari Bible Pslam 104.",
"Namun fahaman Monotheisme yang cuba diserapkan oleh Akhenaten tidak bertahan lama apabila selepas kematiannya, firaun-firaun yang memerintah selepasnya meneruskan kembali amalan menyembah dewa-dewa yang banyak dalam tamadun Mesir Purba. Selepas kematian baginda juga, kita menyaksikan bagaimana projek-projek yang diabadikan untuk tuhan baru Mesir Purba turut diabaikan termasuklah bandar Akhetaten sehingga menjadikan puing-puing di padang pasir Mesir. Kuil-kuil yang cuba dibina oleh baginda juga diabaikan pembinaannya dan lebih sadis, batu-batu yang digunakan untuk projek tersebut dijadikan pula sebagai bahan untuk membangunkan kuil lain.",
"Bahkan lebih dasyat lagi, nama Akhenaten dipadam daripada senarai firaun yang memerintah Mesir Purba. Identiti baginda menjadi rahsia sehinggalah pada abad ke-19 apabila sejarawan berjaya mengorek kembali identiti baginda."
] |
https://www.thepatriots.asia/kalau-mekah-ni-padang-pasir-macam-mana-air-zam-zam-boleh-ada/ | Kalau Mekah Ni Padang Pasir, Macam Mana Air Zam Zam Boleh Ada? | [
"Air zam zam adalah segala-galanya untuk umat Islam. Sumbernya terletak elok dalam sebuah telaga di perkarangan Masjidil Haram. Tak jauh pun dari Ka’abah, seuatu yang sangat menarik bagi saya kerana kalau korang perasan – serius, logikkah kat padang pasir boleh ada telaga sebegini ajaib? Kalau tengok sekarang memanglah, dah moden. Tapi zaman dulu macam mana? Padang pasir ada telaga bersumber air memang sesuatu yang menarik perhatian saya sebagai penggemar sains.",
"Maka terpanggil untuk buat ulasan ni. Bagi yang Islam, kita mula mengenali terma oasis dalam kisah Nabi Ismail semasa baginda menghentakkan kaki dan air zam zaman terpancur. Ini secara tak langsung menyebabkan kawasan Mekah menjadi subur kerana adanya air. Begitu juga dengan mana mana kawasan padang pasir di dunia ini. Cumanya, kalau itu ialah padang pasir yang kontang, maka daripada mana air ini datang dan kenapa ia susah nak habis?",
"Untuk memahami perkara ini, kita patut mulakan dengan penerangan tentang struktur air mata air atau air bawah tanah. Semasa hujan berlaku, air air ini akan mengalir ke dalam tanah dan meresap ke bawah. Struktur tanah ini pula ada pelbagai di mana ada tanah yang membenarkan air mengalir dan ada tanah yang kalis air kerana padat. Tanah seperti pasir, misalnya, adalah peresap air yang bagus manakala ada sesetengah tanah liat akan bertindak menahan air daripada diresap. Struktur tanah yang mengandungi air ini dinamakan sebagai akuifer.",
"Air ini kemudiannya akan mengalir ke lembah akibat tarikan graviti dan juga sifat tanah liat yang tak membenarkan air untuk meresap dengan lebih mendalam. Hasilnya ialah kawasan yang mempunyai air bawah tanah selalunya mempunyai permukaan tanah yang lembap. Sekalipun kawasan itu lembap, kawasan di sekelilingnya tak semestinya lembap. Ingat, air mengalir dan berkumpul di titik rendah lembah. Air ini juga membawa mineral bersama mereka dan sekaligus menjadikannya lebih berkhasiat.",
"Namun, ada juga air yang tak mengalir ke lembah. Cuma setakat tersangkut di poket tanah akuifer. Inilah punca air untuk perigi di Malaysia. Jadi, sekiranya anda mahu membina perigi, anda perlu mencari kawasan yang bertanah lembab. Kemudian, tanah itu dikorek dengan dalam sehingga tanah mula menjadi berlecak. Titik hentinya ialah apabila anda menggali sampai ke tanah liat yang sangat padat dan kalis air.",
"Sekiranya dibiarkan semalaman, air bawah tanah akan memenuhi lubang telaga ini. Sebagai selingan, sekiranya anda mempunyai kawasan bertanah yang sentiasa bertakung walaupun hujan telah lama berlaku, ini bermaksud tanah anda itu mempunyai tanah liat berkenaan pada jarak yang tak dalam. Sepatutnya tanah itu di kawasan yang dalam. Jadi, kawasan bertanah itu perlu digali dan tanah liat tersebut dibuang atau dicampur bagi menjadi berliang.",
"Bagi kes oasis, kita tak perlu gali tanah di situ kerana mereka sememangnya terletak di titik rendah lembah. Jadi, air akan terkeluar di situ menjadi tasik. Disebabkan oasis ini terletak di lembah, kuantiti airnya susah nak habis berbanding tasik. Hal ini disebabkan air daripada kawasan luar akan sentiasa mengalir ke lembah tersebut di bawah tanah. Sebagai bukti, telaga zam zam yang terletak di Lembah Ibrahim ataupun Wadi Ibrahim sudah beroperasi sejak zaman Mesopotamia (Nabi Ibrahim hidup pada zaman tersebut) lagi tapi sampai sekarang masih tak habis.",
"Sebab tu penting kita kena tahu pasal sains. Maka kami galakkan korang baca buku SEMOGA TUHAN MERAHMATI SAINS DALAM KEHIDUPAN. Jemput beli di Shopee: https://bit.ly/stmsains"
] |
https://www.thepatriots.asia/kawalan-risiko-penggunaan-mesin/ | Kawalan Risiko Penggunaan Mesin | [
"Salah satu ris*ko kemalang*n ditempat kerja adalah bahagian penggunaan mesin dan peralatan.",
"Mesin mempunyai banyak hazard dan ris*ko seperti renjatan elektrik, tertus*k atau terkena alat taj*m, tersepit atau terhemp*p, roda berputar dan sebagainya.",
"Lebih daripada 800 kemat*an dan 18,000 hilang anggota badan, keceder*an tertus*k/terbel*h, keceder*an terhempap atau tersepit atau melecet yang melibatkan pekerja yang mengendalikan dan menyelenggara jentera berlaku setiap tahun (Alan Ferguson, 2019).",
"Beberapa langkah kawalan ris*ko boleh diadakan untuk mengelakkan kemalngan melibatkan mesin. Antaranya ialah langkah pengasingan, kawalan pentadbiran, kawalan kejuruteraan dan penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE).",
"Sesetengah tempat kerja mengasingkan kawasan kerja yang melibatkan mesin. Hanya pekerja yang mengendalikan mesin itu sahaja dibenarkan untuk berada disitu. Garisan sempadan ditanda untuk pastikan pekerja dan orang tidak berkaitan tidak memasuki kawasan itu.",
"Semua pekerja yang mengendalikan mesin itu juga mesti menjalani latihan pengendalian mesin. Pekerja perlu tahu ris*ko yang terdapat pada mesin, langkah yang perlu diambil sekiranya berlakunya kecemasan dan prosedur yang selamat untuk mengendalikan mesin.",
"Sejarah Mesin dan Jentera",
"Artikel saya kali ini untuk mengulas lebih lanjut tentang langkah kawalan kejuruteraan pada mesin. Antara kawalan kejuruteraan yang biasa digunakan iaitu pelindung keselamatan (safety guarding).",
"Sejarah safety guarding bermula semasa revolusi industri sekitar tahun 1760-1840 di Eropah. Banyak kemalngan melibatkan pengendalian mesin direkod berkaitan dengan pekerja yang tidak berpengalaman dan muda. Pekerja kilang mengalami h*lang anggota badan, cacat penglihatan dan pendengaran, jangk*tan paru-paru, dan luk4 terb*kar yang t*ruk.",
"Pada tahun 1877, Massachusetts meluluskan rang undang-undang pemeriksaan kilang pertama di Amerika. Setiap mesin perlu mengadakan safety guarding untuk sistem tali sawat, roda berputar dan gandar (shaft), keselamatan lif dan laluan kecemas*n kebak4ran (Rockford).",
"Penggunaan mesin di Malaysia (ketika tu Tanah Malayu) sejak tahun 1878, era perlombongan bijih timah. Sekitar tahun 1890, kerajaan negeri Perak telah melaksanakan sistem pemeriksaan dandang oleh seorang pemantau yang mahir ( dinamakan boiler surveyor). Terdeapat kira-kira 83 unit mesin dandang di Perak yang dioperasikan di lombong bijih timah dan kilang gula.",
"Pada tahun 1967, Akta Kilang dan Jentera digubal dan digazetkan pada tahun 1970. Peruntukan dan peraturan dalam akta ini untuk memastikan keselamatan orang yang bekerja di kawasan kilang.",
"Pelindungan ris*ko semasa mengendalikan mesin Sebagai contoh safety guarding supaya mata gergaji tidak terkena tangan dan safety guarding supaya tangan tidak tersekat dalam sistem tali sawat.",
"Kadangkala pekerja pandang remeh hal safety guarding ni. Untuk memudahkan kerja dia, dia ubahsuai mesin tu dan buang safety guarding. Bila jadinya kerosakan atau kegagalan mesin, menyebabkan keceder*an.",
"Saya sendiri pernah lihat satu kemalngan melibatkan mata pencanai pecah kena dekat muka. Bila tanya kenapa buang safety guarding pada mesin, katanya mengganggu kerja.",
"Gambar diatas mata mesin pencanai yang tersangkut selepas pecah. Tidak terkeluar dari tempatnya kerana ditahan oleh safety guarding. Anda boleh bayangkan tahap keceder*an yang akan dialami sekiranya terkena pada pekerja?",
"Zaman moden, mesin juga semakin moden",
"Kalau dulu ada alat pelindung untuk pastikan mesin tu tak terkena pekerja. Mesin hari ni dilengkapi dengan sistem haba. Kalau anggota tubuh termasuk ke dalam kawasan mesin yang beroperasi, secara automatik operasi akan dihentikan. Satu tanda amar*n akan diletakkan untuk tidak memasukkan anggota tubuh ke dalam kawan mesin supaya operasi tidak tergendala.",
"Mesin hari ini juga dilengkapi dengan sistem butang kecemasan. Kalau berlaku sesuatu sebagai contoh kegagalan mesin, ada anggota tersepit atau pekerja termasuk ke dalam mesin. Butang ini akan ditekan untuk menghentikan operasi mesin.",
"Butang ni kena pastikan berfungsi dan bukan sekadar hiasan. Ia juga bukan untuk ditekan sesuka hati, hanya untuk situasi kecemas*n.",
"Lock Out, Tag Out",
"Nama ringkasnya ialah sistem LOTO. Kebanyakan syarikat mempraktikan sistem ini semasa proses pembaikan atau penyelengaraan mesin dan jentera.",
"Semasa pekerja melakukan kerja, suis mesin atau jentera itu akan dikunci untuk memastikan ia tidak dihidupkan.Tanda amar*n juga diletakkan supaya orang lain tahu kerja penyelengaraan sedang dijalankan.",
"Kes kemlngan melibatkan pekerja tersepit, terkena r#njatan semasa melakukan kerja penyelenggaraan kebanyakannya berpunca dari mengabaikan prosedur ni.",
"Seseorang secara tidak sengaja menghidupkan mesin tanpa mengetahui ada orang lain di dalam mesin sedang melakukan kerja.",
"Banyak juga video dari rakaman CCTV tentang kejadian kemlngan seperti ni.Semua prosedur yang dirangka ditempat kerja mempunyai sebab dan tujuan. Salah satu darinya ialah untuk mengelakkan berlakunya kemlngan ditempat kerja.",
"Jangan kerana mahu memudahkan sesuatu, kita hilang anggota tubuh disebabkan kemlngan.",
"RUJUKAN:",
"Alan Ferguson (2019) On guards: Keeping workers safe around machines and moving parts, Safety & Health Megazine.\nhttps://www.safetyandhealthmagazine.com/articles/18545-on-guards-machine-guarding",
"Safeguarding History, Rockford system website.",
"Safeguarding History"
] |
https://www.thepatriots.asia/cara-jepun-menjaga-budaya-bangsa-melalui-festival/ | Cara Jepun Menjaga Budaya Bangsa Melalui Festival | [
"Seperti mana negara-negara lain di dunia, Jepun juga mempunyai sambutan keraian atau pesta tradisional yang dikenali sebagai matsuri. Tarikh dan jenis pesta yang dianjurkan berbeza dari satu komuniti ke satu komuniti yang lain. ",
"Di Jepun, terdapat 300,000 matsuri di mana sesetengah matsuri ditaja oleh kuil-kuil tempatan dan dianjurkan oleh orang ramai. Ada matsuri merujuk kepada acara-acara tempatan seperti persembahan tarian atau pertandingan kesenian. Berikut 10 matsuri yang paling popular di Jepun ketika ini.",
"1. Gion Matsuri (Kyoto)",
"Gion Matsuri ialah festival paling terkenal di Jepun dan berlaku sepanjang bulan Julai. Festival ini menarik perhatian ramai terutama pelancong kerana perarakan kereta berhias yang ditarik oleh puluhan orang yang dikenali sebagai Yamabuko Junko. ",
"Perarakan ini selalunya berlaku pada 17 dan 24 Julai. Kereta berhias ini boleh saja mencapai ketinggian 25 meter, seberat 12 tan dan pergerakan rodanya perlu ditarik oleh puluhan orang bagi membolehkannya ia bergerak. ",
"Selain disebabkan oleh saiz kereta berhias, ia juga menjadi tumpuan kerana sejarah penganjurannya yang panjang. Gion Matsuri dikatakan bermula pada abad kesembilan Masihi sebagai sebahagian daripada upacara keagamaan untuk meredakan kemarahan dewa-dewi semasa berlakunya jangkitan wabak penyakit. ",
"Sehingga hari ini, seorang budak lelaki tempatan akan dipilih sebagai penyampai mesej dewa-dewi ini dan tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke tanah dari 13 haribulan hingga 17 haribulan iaitu hari dia diarak di sekeliling bandar.",
"2. Awa Odori (Tokushima)",
"Awa Odori merupakan festival tarian tradisional terbesar di Jepun. Dari 12 hingga 15 Ogos, lelaki, wanita dan kanak-kanak akan menari di jalan-jalan Tokushima sambil memakai pakaian kimono musim panas yang diperbuat daripada kapas dan topi jerami. ",
"Tarian ini akan diiringi oleh muzik yang dimainkan oleh pemain-pemain alat muzik tradisional seperti seperti gendang taiko dan seruling shinobue. Lebih sejuta orang terlibat dalam festival ini.",
"Asal-usul\nfestival ini dikatakan bermula pada abad ke-16 Masihi semasa era daimyo\nmemerintah Tokushima ketika itu, Iemasa Hachisuka. Acara tarian ini dikatakan\nmenjadi sebahagian daripada meraikan pembukaan Istana Tokushima dan orang\ntempatan yang mabuk selepas minum terlalu banyak sake akan menari dan memainkan\nalat muzik tradisional lalu menghasilkan sebuah lagu ringkas bernama Awa Yoshikono.\n",
"Bimbang kesan festival ini kepada pembesar dan golongan samurai, pada abad ke-17, satu perintah dikeluarkan yang menyaksikan pesta tarian hanya berlangsung selama tiga hari, golongan samurai dibenarkan menari dalam premis mereka tetapi tidak dibenarkan bergaduh dan tarian odori dilarang sama sekali dibuat di kawasan kuil. ",
"Antara tahun 1674 hingga 1685, penari-penari tidak dibenarkan membawa senjata tajam termasuk yang diperbuat daripada kayu dan tidak dibenarkan menutup muka mereka. ",
"Festival ini terhenti seketika semasa era Meiji berikutan wang penajaan dari hasil perdagangan pewarna biru semulajadi berkurangan berikutan kemunculan pewarna bahan kimia yang jauh lebih murah. ",
"Ianya kembali diadakan semasa era Maharaja Hirohito dan terma Awa Odori diperkenalkan pada tahun 1926 sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan produk pelancongan tempatan. ",
"Selain di Tokushima, Awa Odori juga turut diadakan di pinggir bandar Koenji, Tokyo di mana ia diperkenalkan oleh penduduk Tokushima yang berhijrah ke situ pada tahun 1956. ",
"3. Kanda Matsuri",
"Kanda Matsuri merupakan antara tiga festival Shinto terbesar di Tokyo selain Fukugawa Matsuri dan Sanno Matsuri. Ia selalunya diadakan pada pertengahan bulan Mei dan diraikan di Kuil Kanda Myojin. ",
"Kuil bergerak yang dipanggil Mikoshi akan dibawa berarak dan dibawa oleh seribu orang bermula di Kuil Kanda Myojin pada waktu pagi sebelum dibawa ke Kanda, Nihonbashi dan Akihabara sebelum kembali semula ke kuil pada waktu petang. ",
"Matsuri ini dikatakan bermula pada abad ke-17 bagi meraikan kejayaan Ieyasu Tokugawa di Sekigahara dan diteruskan sebagai tanda kemakmuran pemerintahan Tokugawa semasa era Edo. Hari ini, ia diadakan bagi menghormati semangat di Kuil Kanda Myojin.",
"4. Festival Salji Sapporo",
"Festival Salji Sapporo atau Sapporo Yuki-matsuri ialah satu festival yang diadakan pada bulan Februari dan berlangsung selama seminggu. Pesta ini pada mulanya bermula sebagai acara sehari di mana enam pelajar sekolah tinggi membina enam patung salji di Odori Park pada tahun 1950. ",
"Tetapi pesta ini mula menjadi sebutan apabila Angkatan Mempertahankan Diri Jepun (JSDF) yang berpangkalan di Makomanai menyertai festival berkenaan dan menghasilkan patung salji terbesar ketika itu dan ciri itu terus kekal sehingga hari ini. ",
"Merupakan antara acara salji terbesar, tahun 2007 menyaksikan dua juta pengunjung mengunjungi festival berkenaan di tiga tapak iaitu Odori Park, Susukino dan Satoland. Festival ini juga menjadi tempat penganjuran Pertandingan Ukiran Salji Antarabangsa yang diadakan sejak tahun 1974.",
"5. Nebuta Matsuri (Aomori)",
"Nebuta Matsuri ialah satu lagi festival musim panas yang berlangsung pada setiap awal bulan Ogos di Aomori. Matsuri ini menarik paling ramai pelancong yang mencari pengalaman pesta musim panas di Jepun dan merupakan antara pesta terbesar di Tohoku. ",
"Pesta ini sudah mendapat pengiktirafan termasuk Khazanah Budaya Rakyat Negara pada tahun 1980 dan sebahagian dari senarai 100 Soundscapes of Japan oleh Kementerian Alam Sekitar pada tahun 1996.",
"Perkataan\nNebuta ini berkemungkinan diambil dari kisah seorang jeneral Tohoku bernama\nAterui. Aterui menyatukan orang-orang Emishi yang dihalau keluar dari wilayah\nmereka dan bertanggungjawab menewaskan angkatan pembesar Ki no Kasami seramai\n50,000 orang di Sungai Kitakami sebelum mara ke Fuji, Shizuoka. Pasukan ini\nmenjadi duri dalam daging kepada Shogun Sakanoue no Tamuramaro selama 12 tahun\nsebelum akhirnya ditewaskan. ",
"Aterui kemudiannya dibawa ke Osaka dan dibenarkan bertemu dengan Sakanoue sebelum beliau dipenggal. Kepalanya menjadi bahan pameran kepada orang ramai sementara ahli keluarga dan para pengikutnya diarah menggali lubang-lubang besar di Tohoku sebelum mereka dicampak ke dalam dan ditanam hidup-hidup. ",
"Justeru, pesta ini merujuk kepada Nebuta iaitu pengikut-pengikut Aterui dihalau kembali ke alam kematian dengan tanah sebagai penutup. Dan menurut versi ini, penari-penari akan menghentak tanah sambil membawa hiasan perarakan Sakanoue.",
"Semasa era Edo dan Meiji, hiasan perarakan yang besar tidak dibawa ke pesta kerana bimbang ia akan menjadi punca kebakaran. Larangan sama turut berkuatkuasa semasa Perang Dunia Kedua tetapi ditarik balik pada tahun 1944 demi membangkitkan semula moral rakyat yang merudum ketika itu. ",
"Untuk tahun-tahun berikutnya, syarikat-syarikat besar (zaibatsu) menaja perarakan ini dan penekanan kemudiannya difokuskan kepada memberi suntikan tambahan kepada industri pelancongan tempatan. Dahulunya, hiasan ini dibina daripada buluh dan menggunakan lilin sebagai sumber cahayanya. ",
"Namun dengan kemajuan teknologi, ia digantikan dengan wayar dan mentol lampu pendarfluor bagi mengurangkan risiko kebakaran. Hiasan perarakan nebuta semakin besar setiap tahun tetapi dengan halangan urban seperti wayar dan tiang elektrik, ini menyebabkan mereka terpaksa menambah lebar hiasan perarakan. ",
"Hiasan-hiasan ini selalunya menampilkan watak-watak mitos dan dewa-dewi dari budaya China dan Jepun tetapi ada juga yang menampilkan personaliti popular atau watak dari televisyen.",
"6. Kishiwada Danjiri Matsuri\n(Kishiwada, Osaka)",
"Danjiri Matsuri ialah festival pedati yang ditarik oleh peserta di mana ia berbentuk seperti kuil. Kereta angkut yang diperbuat daripada kayu ini turut dihiasi dengan ukiran-ukiran yang indah. ",
"Bagi setiap pesta danjiri yang diadakan, menjadi tugas persatuan sesebuah tempat untuk memantau dan menyelia pedati mereka dan ia disimpan sehingga tempoh festival diadakan antara lewat September hingga bulan Oktober. ",
"Apabila tempoh festival semakin hampir, ia akan dihias dengan pelbagai bentuk hiasan termasuk susunan bunga dan kad-kad sembahyang. Pada hari festival, pedati ini akan ditarik oleh peserta-peserta sekitar bandar dengan ketua persatuan memberi semangat dari atas pedati sambil diiringi oleh pemuzik yang memainkan melodi danjiri seperti pemain seruling dan pemain gendang taiko. ",
"Danjiri Matsuri yang paling terkenal diadakan di Kishiwada, Osaka di mana ia dikatakan bermula pada awal abad ke-18 sebagai mensyukuri limpahan hasil tuaian di Fushimi Inara-taisha, Kyoto. ",
"7. Tenjin Matsuri (Osaka)",
"Selain Gion Matsuri dan Kanda Matsuri, Tenjin Matsuri merupakan antara pesta tradisional terbesar di Jepun. Festival ini dikatakan bermula pada abad ke-10 dan hari ini berlangsung pada setiap 24 dan 25 Julai setiap tahun. Pesta ini dianjurkan oleh Kuil Tenmangu dan menghormati dewa utamanya, Sugawara Michizane iaitu dewa bagi para ilmuan. ",
"Festival ini dimulakan dengan kuil mengadakan upacara menjemput dewa keluar dari kuil dan mengaraknya sekitar bandar, menganjurkan pelbagai aktiviti hiburan bagi menghiburkannya sebelum membawanya kembali ke kuil. Bagi penduduk tempatan, ini merupakan kesempatan terbaik untuk menikmati hari musim panas, memakai pakaian tradisional, melihat perarakan menarik dan menikmati suasana pesta yang menggembirakan.",
"Pada pagi hari pertama (24 Julai), satu upacara diadakan di Kuil Tenmangu disusuli dengan upacara ritual di sungai bagi memohon keamanan, keselamatan dan kemakmuran Osaka. Pada waktu tengah hari, paluan gendang dimainkan oleh pemain-pemain gendang yang memakai topi merah sebagai makluman persiapan untuk pesta sudah diselesaikan. ",
"Pada hari kedua, dua perarakan diadakan iaitu perarakan darat yang membawa dewa Sugiwara Michizane dari kuil ke jalan-jalan sekitar Osaka dan perarakan air dengan bot-bot berhias melalui kawasan sungai sambil ditambah dengan persembahan bunga api pada waktu malam.",
"8. Yosakoi Matsuri (Kochi)",
"Yosakoi Matsuri ialah pesta tarian tradisional Jepun yang pertama kali diadakan di Kochi pada tahun 1954. Penari-penari tradisional yang terlibat dalam pesta ini menari tarian yang bersifat bertenaga kerana ia menggabungkan muzik tradisional dengan muzik bersifat kontemporari. Koreografi tarian ini selalunya membabitkan kumpulan besar. ",
"Di Kochi, Yosakoi Matsuri ini berlangsung pada setiap bulan Ogos sejak tahun 1954 dan kumpulan-kumpulan penari bersama peserta-peserta yang membawa hiasan perarakan menari bersama. Bilangan peserta juga semakin bertambah setiap tahun dengan pada tahun 2005 menyaksikan penyertaan 10,000 peserta. ",
"Festival itu turut menganjurkan pertandingan tarian yosakoi dengan menyertakan syarat wajib menggunakan clapper naruko dalam tarian, sebarang susunan muzik diterima tetapi ia mesti mengandungi satu elemen muzik Yosakoi Naruko Dancing dan bilangan kumpulan penari tidak melebihi 150 orang. Festival ini amat popular di dalam dan luar negara dari Tokyo dan Sapporo hinggalah Malaysia dan Indonesia.",
"9. Tanabata Matsui (Sendai,\nMiyagi)",
"Tanabata atau Festival Bintang ialah sebuah festival tradisi Jepun yang diambil Festival Qixi China. Ia bagi meraikan pertemuan dewa dan dewi Orihime dan Hikoboshi. Menurut cerita rakyat Jepun, galaksi Bima Sakti merupakan pemisah antara dua kekasih ini dan mereka hanya boleh bertemu pada hari ketujuh bulan ketujuh bulan dalam kalendar bulan-matahari. ",
"Tarikh penganjuran festival ini berbeza-beza mengikut wilayah negara tetapi selalunya bermula pada 7 Julai. Sambutan ini selalunya diadakan antara Julai dengan Ogos setiap tahun. Festival ini dikatakan diperkenalkan Maharani Koken pada tahun 755 Masihi. ",
"Antara perkara tetap yang dianjurkan bagi setiap festival Tanabata ialah pertandingan perhiasan Tanabata, perarakan dan kemunculan gerai-gerai makanan tradisi. Selain popular di seluruh negara, ia juga turut dianjurkan di luar negara seperti Sao Paolo dan Los Angeles.",
"10. Hakata Gion Yamakasa\n(Fukouka)",
"Festival yang berkisar tentang Kushida Jinja ini menjadi terkenal berikutan perlumbaan menarik Kakiyama, sebuah kereta berhias seberat satu tan dan para peserta berlumba menariknya sekitar jalan-jalan Fukouka. Sementara satu lagi hiasan bernama Kazariyama ialah satu hiasan perarakan setinggi 13 meter dan selalunya berdasarkan pelbagai peristiwa bersejarah atau mitos sejarah Jepun. ",
"Festival ini dikatakan sudah berlangsung sejak 770 tahun lalu dan menarik sejuta pengunjung setiap tahun. Selain disenaraikan sebagai sebahagian daripada Khazanah Budaya Rakyat Negara pada tahun 1979, ia juga menjadi sebahagian daripada 100 Soundscapes of Japan pada tahun 1996.",
"RUJUKAN:",
"1.\nTsunaguJapan.com. (2019). 10 Popular Japanese Festivals. https://www.tsunagujapan.com/10-popular-japanese-festivals/",
"2.\nJapanGuide.com. Gion Matsuri. https://www.japan-guide.com/e/e3942.html",
"3.\nJapanGuide.com. Tenjin Festival (Tenjin Matsuri). https://www.japan-guide.com/e/e4023.html"
] |
https://www.thepatriots.asia/mengapakah-korea-utara-dan-selatan-berpecah/ | Mengapakah Korea Utara Dan Selatan Berpecah | [
"Pembahagian Korea adalah tragedi yang masih menghantui bangsa Korea. Orang Korea adalah satu bangsa, satu negara, satu bahasa sejak 1,000 tahun yang lalu lagi, bermula dengan pemerintahan dinasti Goryeo/Koryo (918-1392) dan kemudian Joseon/Choson (1392-1910), sebelum dijajah oleh Jepun pada tahun 1910.",
"Selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, Soviet Russia dan USA masing-masing ingin menguasai Semenanjung Korea yang begitu strategik dari segi geopolitik. Pada tahun 1948, Soviet melantik proksi yang bernama Kim Il-Sung untuk memerintah utara Korea dan mendirikan “Democratic People’s Republic of Korea” (DPRK), USA pula melantik proksi yang bernama Syngman Rhee untuk memerintah “Republic of Korea” (ROK) di selatan. Maka terbentuklah dua Korea. DPRK berideologi komunis. ROK berideologi kapitalis.",
"Pada tahun 1950, DPRK menyerang ROK (ada yang kata ROK menyerang dahulu) maka tercetuslah Perang Korea selama 3 tahun. Setelah 2,500,000 nyawa anak Korea dikorbankan semata-mata untuk memuaskan nafsu kuasa Komunis dan Kapitalis, DPRK dan ROK bersetuju untuk gencatan senjata dan menjadikan selarian ke-38 utara (Parallel 38 North) sebagai garis sempadan dan DMZ (Demilitarized Zone) dibentuk sebagai zon penampan.",
"Bangsa Jerman pun pernah ditimpa nasib yang sama apabila ia dibahagikan kepada Jerman Barat di bawah kuasa USA/NATO dan Jerman Timur di bawah kuasa Soviet. Cuma bangsa Jerman lebih bernasib baik kerana orang Jerman tidak bunuh-membunuh sesama sendiri. Perang Korea meninggalkan trauma psikologi yang cukup besar ke atas bangsa Korea: abang berperang dengan adik, suami berpisah dengan isteri. Nak tahu betapa tragisnya perang saudara ini, boleh tonton filem “Taegukgi” (2004).",
"Mengapa Jerman dapat bersatu kembali pada tahun 1990, Korea masih berpisah?",
"Punca utama ialah sikap rejim DPRK. Pada tahun 1998, ROK memperkenalkan “Sunshine Policy” untuk berbaik-baik dengan DPRK. ROK memberi bantuan ekonomi kepadanya. Kedua-dua Korea menjunjung bendera yang sama pada Olimpik 2000 dan 2004. Namun Sunshine Policy berakhir apabila Kim Jong-il melancarkan peluru berpandu pada tahun 2006. Motif perbuatan Kim Jong-il masih menjadi misteri, kemungkinan besar ia adalah untuk “blackmail” USA. Hubungan dua Korea semakin tegang selepas tahun 2010 apabila DPRK menenggelamkan kapal tentera laut ROK bernama Cheon-an dan mengebom Pulau Yeongpyeong di Korea Selatan.",
"Kedua ialah peranan kuasa-kuasa besar di sekeliling dua Korea: Jepun, China, Russia, USA. Bangsa Korea bernasib malang kerana ditakdirkan menjadi tersepit di kalangan mereka. Disebabkan keadaan Korea yang berpecah lebih menguntungkan mereka, maka mereka mahu melambat-lambatkan proses penyatuan semula Korea.",
"Jepun tidak mahu Korea bersatu kembali kerana Korea yang bersatu akan menjadi pesaing yang hebat kepada Jepun. Jepun juga risau Korea yang bersatu akan bergabung dengan China, menjadi ancaman kepadanya.",
"USA tidak mahu Korea bersatu kembali kerana hubungan pakatan dengan ROK membolehkannya menempatkan tenteranya di Semenanjung Korea, posisi yang paling hampir dengan China. Kalau DPRK tidak wujud lagi, apa alasan tentera USA nak duduk di situ lagi?",
"China tidak mahu Korea bersatu kembali kerana ia bimbang Korea yang bersatu akan condong kepada US. Keadaan sekarang adalah lebih baik di mana DPRK menjadi penyangga (“buffer”) antaranya dan USA.",
"Russia tidak mahu Korea bersatu kembali kerana ia khuatiri akan wujudnya gabungan China dan Korea yang bersatu. Gabungan ini akan menyekat pengaruh Russia di sebelah timur Siberia.",
"Orang Korea pun sedar negara-negara jiran hanya ingin mengambil kesempatan ke atas mereka, dan tanggapan “jiran jahat” ini telah membentuk psikologi bangsa Korea yang unik iaitu “uri” (kekitaan) dan “han” (dendam).",
"“Uri” (우리) adalah perasaan cinta, keakraban dan kepercayaan sesama orang Korea. Disebabkan pengalaman sejarah yang pahit, orang Korea ini tidak akan sesekali percaya dengan orang asing, tidak kira betapa baik pun orang asing itu. Dan sebaliknya pun juga, orang Korea boleh menerima orang Korea, tidak kira betapa jahatnya. Sebab itu, tidak kira betapa agresifnya rejim DPRK, majoriti orang ROK masih bersimpati dengan DPRK dan melihat USA sebagai pihak yang bersalah.",
"“Han” (한 ; 恨) adalah perasaan dendam yang terpendam. Dendam kerana orang Korea merasa dirinya telah dizalimi oleh kuasa-kuasa besar di sekeliling (terutamanya Jepun); pendam kerana orang Korea sedar diri mereka itu lemah dan tidak mampu untuk membalas dendam di peringkat geopolitik. Jadi, orang Korea menyalurkan perasaan dendam ke perkara-perkara lain: ekonomi, pendidikan, teknologi, seni, sukan. Dalam bidang-bidang ini, mereka sentiasa menjadikan Jepun sebagai “musuh” untuk diatasi dan dikalahkan.",
"Kehidupan orang Korea adalah sebuah tragedi, tragedi ini berpunca daripada keadaan geopolitik mereka. Bilakah tragedi ini akan berakhir?",
"NOTA: Orang Korea jarang memanggil negara mereka sebagai Korea (berasal dari cara orang Eropah menyebut “Goryeo/Koryo”). Orang ROK menamakan negara mereka “Hanguk/Hankuk” (ringkasan Daehan Minguk yang bermaksud Republik Korea) manakala DPRK masih mengguna nama “Joseon/Choson” (nama penuh DPRK dalam Bahasa Korea ialah Joseon Minjujuui Inmin Gonghwaguk).",
"Bacaan terbaik tentang sejarah dan geopolitik Korea:\nBruce Cumings, Korea’s Place in the Sun (2005)\nDon Oberdofer, The Two Koreas (2013)"
] |
https://www.thepatriots.asia/keju-merbahaya-yang-itali-sendiri-haramkan/ | Keju Berbahaya Yang Itali Sendiri Haramkan | [
"Siapalah yang tidak kenal Itali. Negara ini sangat popular dengan pasta, piza dan vespa. Penggiat sejarah pula mengenali Itali dengan nama-nama hebat seperti Amerigo Vespucci, John Cabot dan Marco Polo.",
"Peminat bola sepak melihat Itali dengan nama Francesco Totti, Gianlugi Buffon dan Giorgio Chiellini. Pengurus yang membawa piala Liga Perdana Inggeris pertama ke Stadium Etihad (Manchester City) juga berbangsa Itali.",
"Itali juga hebat dengan pengeluaran macam-macam jenis keju. Rakyat Malaysia mungkin tahu tentang cheddar, mozarela, parmesan dan sebagainya. Tetapi rakyat Itali sendiri tidak mungkin menyenaraikan semua keju yang dibuat negara.",
"Kerana Itali mempunyai 2,500 jenis keju yang 500 daripadanya bertaraf antarabangsa. 77 jenis keju berasal hanya daripada wilayah Lombardy. Dan Parmiagiano-Reggiano hanya boleh dibuat di Parma.",
"Macam-macam jenis keju… yang boleh dimakan begitu saja.",
"Tetapi ada satu keju yang sebenarnya diharamkan Itali sendiri. Malah bukan Itali saja yang melarang jualannya. Seluruh Kesatuan Eropah menetapkan den.da berat bagi sesiapa yang didapati menjual (Frauenfelder, 2005).",
"Keju ini ialah casu martzu yang bermaksud “keju busuk”, berasal daripada Pulau Sardinia yang memanggilnya “casu frazigu”.",
"Apa Sebab Ia Busuk?",
"Konsep syurga neraka sesuai dijadikan kiasan untuk memahami dunia keju. Diulangi semula, sekadar kiasan. Kalau keju-keju sedia ada yang terkenal dianggap “ahli syurga”, casu martzu memang “ahli neraka”.",
"Ia memang teruk, tambah pula bagi sesiapa yang takut pada serangga. Kerana itulah kaedah pembuatannya, walaupun sangat rumit.",
"Casu martzu tidak dibuat dengan cara penapaian biasa. Ramuannya bermula dengan susu kambing yang dibuat keju pecorino terlebih dahulu.",
"Siap saja, pembuat keju akan menebµk lubang untuk laluan lalat skipper (spesis piophila casei).",
"Pelik, bukan? Serangga yang menjeaskan makanan sekarang dialu-alukan? Sebab itulah dikiaskan “ahli neraka”, sebab casu martzu memang terbalik kalau dibandingkan dengan fitrah pemakanan lain.",
"Lalat betina akan bertelur dalam casu martzu. Seekor lalat mampu mengeluarkan lebih daripada 500 biji telur setiap kali (Berenbaum, 1993). Apabila menetas, ulat lalat ini akan memakan keju dari dalam.",
"Asid daripada sistem pencernaan lalat akan “merungkaikan” lemak keju ini, sekali gus melembutkan tekstur untuk dimakan. Cuma apabila siap, casu martzu masih mengandungi ribuan ulat lalat.",
"Kalau berasa diganggu, ulat ini boleh melompat 15 sentimeter tinggi. Sesetengah orang yang membeli casu martzu tidak suka makan ulat. Jadi mereka akan menyimpan casu martzu dalam sebuah bungkusan bertutup.",
"Tanpa oksigen, semua ulat akan lompat menggila sampai boleh dengar bunyi mereka mela.nggar bungkusan. (Hay, 2020). Cara ini tidak relevan jika pembuat keju menggunakan centrifuge, yang akan memusing keju dengan laju untuk menggabungkan ulat dan keju hingga sebati.",
"Masalah Kesihatan",
"Selagi ada permintaan, makanan terlarang tetap ada pelanggan. Kalau tidak boleh dibeli secara terbuka, mesti orang akan membeli dalam pasaran gelap.",
"Casu martzu hanya boleh dibeli melalui pasaran gelap, mahal dan tidak terjamin selamat (Trofimov, 2000).",
"Pasaran gelap menjana pendapatan konsisten dalam lingkungan €2 hingga €3 juta. Walaupun ada usaha untuk memintas sekatan (dengan cara mengisytihar makanan tradisional), casu martzu masih tidak dijual secara terbuka. Kerana ramai khuatir tentang keselamatannya.",
"Ulat ini dipercayai mampu menyebabkan masalah kesihatan. Terdapat kebarangkalian tinggi yang ulat ini tidak ma.ti dalam mulut semasa keju dikun.yah. Semasa dalam perut, ia boleh menced.erakan usus – tetapi ini masih lagi dalam teori, kerana jualan casu martzu tidak dibenarkan. Mungkin banyak kes akan dilaporkan, jika keju ini dijual secara terbuka.",
"Namun bagi yang meminati keju ini, mereka sanggup mengambil ris.iko. Casu martzu mempunyai rasa yang kuat sampai lekat dalam mulut walaupun selama berjam (Petroni, 2021). Dan ramai orang di Sardinia menyukai casu martzu… dan pada masa yang sama, ramai juga membencinya.",
"RUJUKAN: ",
"Berenbaum, M. (1993). Ninety-nine more maggots, mites and munchers. University of Illinois Press. Halaman 10-14.",
"Frauenfelder, M. (2005). Most Rotten Cheese. The World’s Worst: A Guide of the Most Disgusting, Hideous, Inept and (ditapiskan) People, Places and Things on Earth. Chronicle Books. Halaman 22-23.",
"Hay, M. (2020, Mac 31). The secret (ditapiskan) behind the world’s most (ditapiskan) cheese. The Outline.",
"Petroni, A. (2021, Mac 19). Casu marzu: The world’s most (ditapiskan) cheese. CNN.",
"Trofimov, Y. (2000, Oktober 23). As a cheese turns, so turns this tale of many a maggot – crawling with worms and illicit, Sardinia’s ripe percorinos fly in the face of edible reason. Wall Street Journal. 236 (37)."
] |
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-hitler-bangkit-berkuasa/ | Bagaimana Hitler Bangkit Berkuasa? | [
"Setelah tamat Perang Dunia Pertama dengan kemaraan kuasa Bersekutu (Perancis, British, Rusia, dan beberapa negara kecil) pada tahun 1918, Jerman melihat kemenangan tidak mampu dicapai lagi. Mereka tandatangan perjanjian gencatan senjata sekaligus menamatkan peperangan.",
"Pada masa ini, kuasa jajahan Jerman di wilayah-wilayah jajahannya tumbang, sekaligus menimbulkan rusuhan dalam kalangan rakyat Jerman yang takut akan kebangkitan revolusi Komunis di wilayah (penggunaan perkataan wilayah sebab sistem negara yang masih belum rasmi sehinggga tertubuhnya PBB, debatable definition anyway) mereka.",
"Parti-parti politik besar Jerman pada masa itu menyokong rusuhan tersebut lalu tertubuhnya Republik Weimar. Republik ini merupakan pra-pertubuhan negara Jerman yang berdiri dari tahun 1919 hingga 1933. Perkara penting yang dilakukan oleh republik ini adalah memastikan gencatan senjata dilakukan seperti yang termaktub dalam perjanjian dengan kuasa Bersekutu.",
"Disebabkan kekalahan dalam peperangan serta kehilangan wilayah jajahan, Jerman telah menanggung hutang yang tinggi dan diminta membayar pampasan. Hal ini semakin menerukkan ekonomi Weimar yang sememangnya telah teruk. Segala kekalahan peperangan, kejatuhan ekonomi dan kehilangan wilayah jajahan ini dilihat sebagai sesuatu yang memalukan dalam kalangan Nasionalis.",
"Untuk pengetahuan semua, rakyat Jerman masa itu sememangnya mempunyai semangat nasional yang tinggi. Bagi mereka maruah, kedaulatan dan keagungan negara adalah sangat penting. Kita boleh lihat unsur-unsur ini dalam buku Hitler, Mein Kampf. Golongan nasionalis percaya Jerman mampu menang dalam peperangan sekiranya mereka tidak dimanipulasi dan dikhianiti oleh ahli politik.",
"Kemelesetan dan kejatuhan Jerman ini menjadikan Hitler begitu obses dengan Yahudi, lalu meletakkan segala kesalahan di bahu Yahudi. Macam kitalah, semua salah Yahudi. Untuk pengetahuan, Yahudi memang selalu dipersalahkan dalam banyak perkara. Malah, ketika kejadian wabak Black Death pada kurun ke-15M, Yahudi turut dibunuh beramai-ramai kerana dipersalahkan menyebarkan wabak tersebut.",
"Paranoid Hitler terhadap Yahudi telah menjadi salah satu idea utama dalam ucapannya, dan sememangnya ia diterima oleh masyarakat yang ramai anti-semitik. Bermacam teori konspirasi yang muncul terhadap komuniti Yahudi pada masa itu. Walaupun Yahudi telah berasimilasi dengan rakyat Jerman, rakyat Jerman masih melihat mereka sebagai orang luar. Segala teori tersebut muncul kerana kemarahan, ketakutan dan paranoid terhadap komuniti tersebut. Dan ia tidak selalunya berfakta dan benar.",
"Hitler menyertai sebuah parti kecil nasionalis, Nazi, lalu lama-kelamaan menjadi ketua parti tersebut dan dapat mengumpulkan penyokong yang ramai dengan retoriknya. Retoriknya penuh dengan kebencian dan prejudis terhadap kaum yang bukan bangsa Jerman. Malah, Nazi sendiri menolak idea komunism dan kapitalism yang dituduh merupakan konspirasi Yahudi untuk menghancurkan Jerman.",
"Nazi cuba untuk menjatuhkan Republik Weimar setelah mendapatkan ramai sokongan. Tetapi tidak lama selepas itu, Nazi diharamkan dan Hitler dipenjarakan atas tuduhan mengkhianati kerajaan. Setelah dibebaskan, Hitler menyambung kembali gerakannya. Pada tahun 1928, berlakunya kemelesatan ekonomi secara besar-besaran, menjadikan Kerajaan Amerika mengeluarkan semua aset mereka daripada Jerman lalu mengakibatkan ekonomi Jerman semakin teruk.",
"Apa lagi, Hitler ambil kesempatan ini untuk mendapatkan pengaruh rakyat dengan menjanjikan untuk kembalikan kegemilangan Jerman. Antara faktor lain menyebabkan Nazi semakin mendapat sokongan adalah kerana Parti-parti besar tidak mampu menangani krisis dan parti-parti pihak lawan pula sering mengalami konflik dalaman. Ini menjadikan Hitler mampu menandingi kerusi Presiden untuk kerajaan dengan jumlah undian di tangan penyokongnya.",
"Walau bagaimanapun, ketika pemilihan presiden pada tahun 1932, Hitler tetap tewas. Tewas di tangan Von Hidenburg. Tetapi yang menariknya, Hidenburg diyakinkan oleh penasihatnya supaya mengambil Hitler masuk dalam kabinet kerajaan supaya populariti Hitler dapat digunakan untuk melaksanakan agenda mereka. Hitler dilantik sebagai Kaunselor.",
"Walaupun Kaunselor hanyalah Ketua Parlimen, bermula dari sinilah Hitler mula mengembangkan kuasa dan kedudukannya. Kebangkitannya telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan Komunis untuk bangkit.",
"Macam kes Augustus Caesar ketika menjadi Konsul Empayar Rom, Hitler telah menggunakan peristiwa letupan bangunan parlimen sebagai alasan untuk mendapatkan kuasa kecemasan. Kuasa kecemasan ini adalah kuasa mutlak yang diberikan oleh penguasa apabila berlaku sebarang kecemasan. Tiada demokrasi dan Hitler berkuasa penuh. Dengan kuasa ini, Hitler telah mengharamkan pelbagai penerbitan media. Parti-parti besar yang memberikan ancaman kepadanya turut diharamkan. Undang-undang anti-Yahudi diluluskan.",
"Kematian Hidenburg pada waktu Hitler berkuasa penuh telah jelas tiada lagi pemilihan presiden yang baru. Kebangkitan Hitler pada tahun-tahun berikutnya menimbulkan amaran bahawa betapa lemahnya demokrasi apabila menghadapi rakyat yang kecewa dan marah. Penguasa pula sanggup menaikkan kemarah tersebut dan mengeksploitasi ketakutan tersebut.",
"Hitler adalah punca tercetusya Perang Dunia Kedua. Tetapi dia kalah juga dalam perang dunia tersebut. Apa kau nak bangga dengan Hitler ini. Pemilihan presiden pun kalah, perang dunia pun kalah.",
"Sumber: TED-Ed"
] |
https://www.thepatriots.asia/menggores-darah-kesetiaan-di-muka-ketidakadilan/ | Menggores Darah Kesetiaan Di Muka Ketidakadilan | [
"Langkahku tetap tidak berganjak biarpun keris sultan menusuk rusukku bersama kemurkaan baginda; biarpun sejuta fitnah dilemparkan kepada namaku. Darah kesetiaanku tetap mengalir menjadi laut dan laut ketulusanku diharapkan menjadi rahmat yang melindungi takhta sultan. Dirgahayu sultanku! ",
"Itulah kesetiaan yang tidak berbelah bagi seseorang pembesar terhadap tuannya biarpun fitnah yang disumbatkan di dalam dada itu begitu mendera nurani sehingga dia masuk ke liang lahad. Ketika sultan menanyakan pendapat Bendahara: menanyakan permaisuri yang sesuai diperisteri, kewajaran mendapatkan sesebuah negeri untuk menjalin hubungan diplomatik, jawab yang disambut pasti sembah bendahara yang berbunyi: ",
"“Apa-apa titah tuanku patik junjung di atas batu jemala yang hina.” ",
"Kemudian, dengan besar hatinya, sultan akan mengerahkan rakyat-rakyat, pembesar-pembesar menyediakan perahu untuk belayar. Pembesar begini mungkin dipandang tidak berpendirian berpandukan neraca pertimbangan kini tetapi sebenarnya, dapat dipahami bahawa pembesar memandang titah atau cadangan sultan sebagai sesuatu yang sangat berharga yang datang daripada akal sultan yang teramat bijaksana.",
"Di ambang kematian dan keporak-perandaan, jiwa manusia yang penuh dengan janji-janji seteguh gunung terpasak tiba-tiba melemah, mengecut dan ingin lari. Ketakutan yang amat sangat menghantui diri: dia takut berhadapan dengan darah, kederitaan ketika rusuk ditembus lembing, musuh yang berwajah bengis dengan senjata yang berkilat hujungnya yang tajam. Itu fitrah manusia. ",
"Walau bagaimanapun, pembesar Melaka yang bernama Bendahara Tepok telah mencipta sejarah. Nama asal Bendahara Tepok itu Bendahara Paduka Raja. Beliau digantikan kepada Bendahara Tun Mutahir oleh Sultan Mahmud Syah. Walau bagaimanapun, oleh sebab keuzurannya, pentadbirannya tidak cekap. Beliau hanya termenung di atas kerusi roda; berhadapan dengan pintu balainya setiap hari sahaja dan ketika orang hendak menghadapnya, mereka menghadapnya di pintu balai itu juga (A. Samad Ahmad, 2015:259). ",
"Sekalipun tulang sudah rapuh, usia sudah merampas keperkasaan mudanya, jiwanya terlalu kental. Sewaktu Peringgi atau tentera Portugis merempuh tembok Melaka, ingin menyerang dan merobohkan istana Melaka, Bendahara Tepok yang hanya mampu duduk di kerusi dengan giginya yang tinggal sebiji, dua biji sanggup berteriak untuk menyeru hulubalang memperlanggarkan tubuhnya yang kurus dan lemah itu kepada Peringgi sebagai tanda bakti terakhirnya yang kerdil kepada kerajaan Melaka. Hamba sudah menghampiri maut. Jadi, biarlah hamba menghadapi maut dalam sinar yang mulia kerana biar putih tulang, jangan putih mata! ",
"Kesetiaan Bendahara Tepok yang menggores darah kesetiaan tua terakhirnya memang mengundang gerimis di dalam mata yang membaca cetera itu. Terbayanglah suaranya yang kuat tetapi parau dan tubuh yang kurus dan lemah yang mengamuk ingin dilontarkan kepada musuh itu.",
"Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Bendahara Tun Mutahir pula mati meninggalkan harta; harta bukan untuk anak cucunya tetapi untuk sultan. Biarpun dihadapkan ke muka pengadilan oleh fitnah pembesar, Tun Mutahir tetap tenang mewasiatkan emasnya kepada Sultan Mahmud Syah sebelum diperintah dibunuh baginda (A. Samad Ahmad, 2015:258). Dia sanggup berwasiat demikian kerana kesetiaan yang masih mengalir dalam jiwanya yang tidak menderhaka. ",
"Sebelum itu, dalam peristiwa pembicaraan mahkamah antara Nina Sura Dewana dengan Raja Mendeliar tentang kewangan, Bendahara Tun Mutahir diemasi Nina Sura Dewana kerana Nina Sura Dewana takut bahawa Raja Mendeliar yang kaya itu merasuahi Tun Mutahir, berpakat dengan Tun Mutahir untuk menuduh diri di mahkamah nanti, maka dia mengambil langkah pertama untuk memikat hati Bendahara Tun Mutahir dahulu. Tun Mutahir menganggap emas sebagai tanda persahabatan sahaja. ",
"Tiba-tiba, pada suatu hari, muncullah Kitul yang mengunjungi Raja Mendeliar. Kitul mendakwa bahawa Nina Dewa Surana merasuahi Bendahara Tun Mutahir untuk berpakat membunuh Raja Mendeliar. Kitul sengaja mengambil kesempatan ini untuk memfitnah Tun Mutahir supaya hutang wangnya terhadap Raja Mendeliar dihapuskan dan dihalalkan. Raja Mendeliar yang percaya buta tuli itu lekas tersenyum licik, menghalalkan segala hutang Kitul. Di hadapan Sultan Mahmud Syah, Raja Mendeliar mencipta fitnah, menuduh bahawa Bendahara Tun Mutahir telah menerima emas untuk menggulingkan Sultan Mahmud Syah. Sultan Mahmud Syah yang memang berdendam akan Bendahara Tun Mutahir itu lekas menjatuhkan perintah hukum mati tanpa usul periksa.[i] ",
"Pada kebiasaannya, seseorang akan menjerit-jerit untuk menyucikan noda fitnahnya. Namun demikian, Bendahara Tun Mutahir tetap diam dan sabar menjalani ujian ini. Sambil hati mencurahkan air mata lara kerana sultan yang tidak mengerti kemuliaannya, Tun Mutahir tenang menjalankan amanah akhirnya, mempertahankan maruahnya sebagai pembesar yang setia dengan memulangkan harta diraja kepada Sultan Mahmud Syah. ",
"Sekiranya hendak mati, biarlah hamba mati dalam kesucian tanpa berhutang. Akan hamba pulangkanlah harta karun yang dikaut dari istana. Daripada peristiwa yang mengharukan hati ini, gerangannya tidak dapat terduga oleh kita lagilah dalamnya ketaatan pembesar istana terhadap pemerintah yang tidak pernah lekang.",
"Kalau seseorang membunuh anak anda, apakah yang anda rasai? Tentulah amarah membakar kewarasan sehingga diri ingin lepas daripada segala belenggu aturan dan adat, menjadi Tuhan untuk menghakimi, membunuh si sial itu. Namun begitu, kegilaan begitu tidak terjadi pada Tun Perak, bendahara Sultan Mansur Syah. Alkisah Sultan Mansur Syah ada seorang putera yang bernama Raja Muhammad. Pada suatu hari, anak Tun Perak, Tun Besar dan kawan-kawannya sedang menyepak raga. Apabila Raja Muhammad lalu di tepi mereka, Tun Besar tidak sengaja menyepak bola raga itu ke destar Raja Muhammad. Muka Raja Muhammad serta-merta merah padam kerana kejatuhan destar bermaksud kejatuhan martabatnya yang tinggi. ",
"Maka apa-apa balas di neraka nanti sudah tidak dipedulikannya lagi; kini, hatinya hanya menurut kata-kata hantu dan setan yang ingin membantunya menghapuskan keaiban yang sungguh mencemari darjat luhurnya. Suatu tikaman terus menerobos hulu hati Tun Besar. Maka gemparlah anak buah Tun Perak; semua anak buahnya keluar dengan senjata masing-masing, ingin membalas dendam atas kematian Tun Besar. Tun Perak yang tergamit oleh kebingitan ini terus hairan akan hal berlengkap semua anak buahnya. ",
"Ketika mengetahui bahawa anaknya dibunuh oleh Raja Muhammad, Tun Perak tidak sempat mengumpulkan dendam dalam hati kerana beliau lebih kaget akan pemberontakan anak-anak buahnya yang sudah melupai darjat diri dalam masyarakat. ",
"“Hei! Hei! Hendak derhakakah ke bukit? Hendak derhakakah ke bukit? Nyiah! Nyiah! Kamu semua; nyiah! Kerana istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini, janganlah kita pertuan (A. Samad Ahmad, 2015:153).” ",
"Sultan Mansur Syah memang sangat murka akan perbuatan melulu puteranya. Akhirnya, Tun Perak yang berhati selapang laut itu hanya menyuruh rakyat Melaka jangan bertuankan Raja Muhammad. Seluruh bumi Melaka menolak Raja Muhammad. Oleh itu, Raja Muhammad dirajakan di Pahang. Pada pendapat saya, kehilangan anak sudah begitu menyayat hati, lebih-lebih lagi anaknya mati atas peristiwa remeh sahaja namun bapanya masih begitu waras dan setia kepada jawatannya dan menyedari kedudukannya di sisi sultan! Generasi muda yang selalu mengutuk pemimpin negara, guru besar dan guru-guru harus insaf dan berasa malu terhadap diri yang selalu mengambil ringan tanggungjawab berat pemimpin kita walhal pembesar Melayu dahulu sanggup mempertahankan ketaatannya kerana menghormati sultan sebagai tiang seri negara!",
"Saya tidak pernah sesedih begitu ketika membaca tragedi ini. Ketundukan Seri Nara Diraja dan Seri Wak Raja kepada Sultan Mahmud Syah pada masa kelarian daripada serangan Portugis sungguh membuat bahawa pembaca menumbuk-numbuk dadanya sambil marah dalam tangisan: ",
"“Mengapakah Seri Nara Diraja dan Seri Wak Raja masih sanggup melayan Sultan Mahmud Syah si penjahat itu begitu baik?” Sebermula Sultan Mahmud Syah lari ke Gunung Bintan dengan pegawainya, Seri Nara Diraja, Seri Wak Raja[ii] dan dua orang puteranya, Raja Muzaffar dan Raja Ali serta isterinya, Tun Fatimah/Raja Perempuan dan dua orang puterinya, Raja Putih dan Raja Khadijah. Sehingga sampai di sebuah air terjun gunung itu, Sultan Mahmud Syah tidak larat berjalan lagi malah berasa sangat lapar. Rata-rata orang terseksa oleh perutnya yang semakin leper. ",
"Oleh itu, Sultan Mahmud Syah pun menitahkan Tun Hamzah (Seri Nara Diraja) mencarikan baginda dan permaisuri serta anak-anak baginda nasi. Biarpun ayahnya, Seri Nara Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah dalam peristiwa fitnah Raja Mendeliar terhadap Tun Mutahir, Tun Hamzah masih tersenyum dalam kesyukuran bahawa dia masih berada di landasan tidak memberontak yang wajar lalu berlapang dada; memaafkan kesilapan lalu Sultan Mahmud Syah dengan hanya berkata kepada Seri Wak Raja: “Hei Seri Wak Raja, siapakah yang membunuh ayah kita berdua? Bukankah sultan ini? Inilah masa bahawa kita membalas kasih Sultan Mahmud Syah akan bapa kita itu. Baginda, permasuri dan putera puterinya sangat lapar sekarang, jom kita cari nasi yang hangat.” ",
"Malu; malulah Sultan Mahmud Syah yang mendengar kata Seri Nara Diraja itu! Keterharuan ini tidak berhenti setakat ini sahaja. Seri Wak Raja dan Seri Nara Diraja yang sudah dibutakan oleh kesetiaan kepada pemerintah itu sanggup membuang maruah diri dengan mencuri periuk tembaga dan ikan bakar tiga orang perempuan di suatu sudut Gunung Bintan sehingga sanggup menahan herdikan tiga orang perempuan yang sungguh memalukan mereka: “Lihatlah Orang Kaya Seri Waja Raja, menyamun nasi orang! Malu pun tiada, anak Bendahara menyamun (A. Samad Ahmad, 2015:282)!” ",
"Ketaatan itu meleleh sehingga Seri Nara Diraja sanggup tunduk kepada pembunuh bapanya, mencuci pembunuh bapanya, seperti adat istana dahulu! Darah dendam Seri Nara Diraja disucikan dengan kesetiaan kepada sultan dan iman bahawa Allah akan mengadili segala-galanya di akhirat nanti! Ketaatan yang tidak pernah berganjak ini mengail air mata Sultan Mahmud Syah.Layaklah Seri Nara Diraja dan Seri Wak Raja diangkat sebagai pahlawan berjasa yang akan diingat sampai bila-bila; yang menjiwai wasiat Sultan Mansur Syah: “Rakyat itu umpama akar dan raja itu umpama pohon; jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri (A. Samad Ahmad, 2015:172).”",
" Selanjutnya, kita menyaksikan seorang pembesar yang hanya bertuankan seorang raja sahaja, raja lain tidak hendak dipertuannya—lebih relalah dia dibunuh oleh raja baharu jika dia terpaksa bertuankan raja baharu itu! Tun Ali Hati enggan menerima Sultan Mahmud Syah sebagai sultan baharu yang patut dipertuannya setelah Sultan Ahmad Syah dibunuh. Dulu, Sultan Ahmad Syah dinaikkan ke takhta oleh ayahandanya sendiri Sultan Mahmud Syah. Tun Ali Hati pegawai muda bawah pemerintahan Sultan Ahmad Syah. Sultan Ahmad Syah sangat mengasihi Tun Ali Hati.[iii] Setelah Sultan Ahmad Syah dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah[iv], Sultan Mahmud Syah mengumpulkan semua hamba Sultan Ahmad Syah lalu mengurniai mereka untuk menambat hati mereka supaya mereka menghambakan diri kepada baginda. ",
"Semua orang begitu mudah berpaling tadah daripada Sultan Ahmad Syah kepada Sultan Mansur Syah kecuali Tun Ali Hati. Tun Ali Hati berasa jelik akan kesetiaan pegawai-pegawai istana yang begitu tohor. Dulu, mereka mengampu Sultan Ahmad Syah; kini, zaman sudah beredar, gunung sudah lain rupanya dan pembesar-pembesar ini bergantung pada gunung lain yang terteguh pada masa itu pula! Dia tetap akan pendirian bahawa sekiranya seseorang hamba itu sudah bertuankan seorang raja, selama-lamanya hamba itu milik raja itu sahaja. “Lebih relalah aku mati jika bertukar tuan!” Tun Ali Hati berterus terang di hadapan Sultan Mahmud Syah. Berkali-kalilah Sultan Mahmud Syah memujuknya bahawa baginda akan melayannya sebaik layanan Allayharham Sultan Ahmad Syah namun Tun Ali Hati masih merayu Sultan Mahmud Syah membunuhnya. Akhirnya, Tun Ali Hati mati dengan seketul hati yang masih terpaut pada kasih Allayarham Sultan Ahmad Syah.",
"Sebagai natijah, saya tidak tahu hendak mengatakan apa lagi. Saya sudah bungkam sepenuh-penuhnya oleh roh mereka yang luar biasa. Pada mulanya, memanglah aku mengedutkan dahi sambil mencaci kebebalan mereka terhadap sultan berbudi hina yang tidak layak dibela. Namun begitu, setelah menaakul tindakan mereka, saya terhantuk oleh kesedaran; bungkam dalam kekaguman. Adakah mereka bebal dan berdosa kerana melindungi pemerintah yang zalim? Adakah mereka wajar disebut zaman-berzaman atas kesetiaan yang tetap digores dan amanah yang tetap dipikul erat di atas pundak di muka ketidakadilan? Terpulang kepada andalah penilaian pembesar-pembesar itu. Yang bergema di telinga saya kini hanya sumpah Bendahara Tun Mutahir: “Adat Melayu tidak pernah derhaka.” ",
"Rujukan",
"A. Samad Ahmad. (2015). Sulalatus Salatin Sejarah Melayu edisi pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.",
"Nota Hujung:",
"[i] Sultan Mahmud Syah menyimpan dendam terhadap Bendahara Tun Mutahir kerana Tun Mutahir\ntidak rela mengahwinkan anak perempuannya, Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud Syah\nsebaliknya mengahwikan Tun Fatimah dengan Tun Ali walhal berasaskan adat diraja, anak\nperempuan bendahara patut dipersuamikan dengan raja (A. Samad Ahmad, 2015:250).",
"[ii] Seri Nara Diraja dan Seri Wak Raja hanya nama jawatan. Seri Nara Diraja nama bagi penghulu\nbendahari manakala Seri Wak Raja nama bagi bendahara. Nama sebenarnya Seri Nara Diraja itu\nTun Hamzah manakala Seri Wak Raja itu Tun Abdul Karim (A. Samad Ahmad, 2015:272). Tun\nHamzah anak Seri Nara Diraja. Tun Abdul Karim pula anak Bendahara Seri Maharaja/Bendahara\nTun Mutahir. Ayah kedua-dua orang pengiring setia ini, iaitu Seri Wak Raja dan Tun Mutahir dibunuh\noleh Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara atas perintah Sultan Mahmud Syah. Mereka difitnah\nhendak menggulingkan kerajaan Sultan Mahmud Syah dalam peristiwa Nina Dewa Surana dan Raja\nMendeliar itu. Raja Mendeliarlah yang sengaja memfitnahkan bahawa Bendahara Tun Mutahir\nhendak menggulingkan kerajaan Sultan Mahmud Syah setelah memaklumi bahawa Nina Dewa\nSurana memberikan emas kepada Bendahara Tun Mutahir untuk berpakat untuk membunuh Raja\nMendeliar. Pakatan Tun Mutahir dan Nina Dewa Surana itu pula hanya fitnah Kitul yang terbit\ndaripada sangka buruknya. Kitul berbuat demikian supaya Raja Mendeliar sanggup menghalalkan\nhutangnya (A. Samad Ahmad, 255—257). Dalam hal ini, kita menyaksikan kedahsyatan rantaian\nbohong dan fitnah yang dicipta oleh hati busuk manusia yang menyegerakan maut seseorang yang\nsuci daripada dosa!",
"[iii] Pemuda-pemuda yang dikasihi Sultan Ahmad Syah terlalu banyak, iaitu Tun Ali Hati, Tun Mai Ulat\nBulu, Tun Muhammad Rahang, Tun Muhammad Unta, Tun Ali Berudu, Tun Ali Kenyal…jumlah\nkesayangannya 14 orang pemuda, 30 orang hamba raja (A. Samad Ahmad, 2015:265).",
"[iv] Sultan Mahmud Syah membunuh puteranya, Sultan Ahmad Syah kerana menganggap bahawa\nSultan Ahmad Syah suka kepada sejantina sejenis berdasarkan pergaulan mesranya dengan\npelbagai pembesar lelaki yang muda. Kesukaan kepada jantina sejenis itu laknat Allah yang\nmengaibkan keturunan sultan. Maka itu, Sultan Mahmud Syah lebih rela menghapuskan keaiban\nitu dengan membunuh putera sendiri demi kelangsungan kemuliaan sultan pada hari kemudian."
] |
https://www.thepatriots.asia/figura-yang-menginspirasikan-tyrion-lannister-dan-varys/ | Figura Yang Menginspirasikan Tyrion Lannister Dan Varys | [
"Rasanya buat masa kini, ramai pemerhati politik dan sejarah antarabangsa akan mengangguk dengan sayu melihat tamatnya siri Game of Thrones (GoT) sambil meminjam kata-kata “it is as it was.”",
"Persamaan siri GoT dengan polemik dunia, sama ada War of Roses atau kemaraan Napoleon Bonaparte sering disebut-sebut. Di sini, saya ingin mengupas figura sejarah sebenar di sebalik watak pilihan ramai penonton GoT, Tyrion Lannister – iaitu Charles Maurice Talleyrand. Dari sudut karakter – kedua-dua nya ‘witty’, bijak berkata-kata dan ‘ladies man’. Tyrion mempunyai masalah kekerdilan, manakala Talleyrand dilahirkan tempang – sekaligus menyebabkan kedua-duanya menumpukan kemahiran mereka kepada permainan minda dan strategi berbanding ‘brute force’. ",
"Seperti mana Tyrion Lannister, Talleyrand dilahirkan di dalam keluarga bangsawan besar. Bahkan, seperti mana House of Lannister, House of Talleyrand-Périgord merupakan salah satu marga agung dalam sejarah Perancis. Dalam satu perbualan bersama Raja Louis XVIII, Sang Raja mengakui bahawa Talleyrand mempunyai ‘claim’ ke atas takhta Perancis jika tidak kerana putaran sejarah. Begitu juga dari sudut perjalanan ‘karier’ beliau sepanjang siri tersebut: Talleyrand menganggotai fungsi pentadbiran ancien régime, Zaman Revolusi, Zaman Empayar dan Zaman Restorasi. Kalau dibandingkan – ancien régime boleh lah merujuk kepada zaman perkhidmatan beliau kepada House of Lannister, menjadi pelarian semasa kekacauan Zaman Revolusi (War of the Five Kings), mendapat tempat kepercayaan pada Zaman Empayar (Daenerys) sebelum dihukum kerana dituduh belot dan mendapat semula kekuasaan semasa Restoration (Zaman Pemerintahan Bran the Broken). Sepertimana Tyrion mempunya masalah dalam hubungan dengan ayahnya, Talleyrand juga mempunyai masalah dengan ayahnya. Jika Tyrion didiskriminasi oleh ayahnya kerana menjadi ‘aib keluarga’, Talleyrand juga didiskriminasi oleh ayahnya kerana dilahirkan cacat. Dilahirkan dengan kaki tempang, beliau tidak dapat menjadi kesatria seperti mana generasi House of Talleyrand-Périgord yang terdahulu. ",
"Walaupun dilahirkan sebagai anak sulung, Talleyrand disisihkan daripada sebilangan besar harta warisan kerana tidak menjadi seorang kesatria. Disebabkan kecacatan beliau juga, Charles Maurice Talleyrand dimasukkan ke dalam perkhidmatan hierarki gereja sejak kecil berbanding perkhidmatan ketenteraan. Sepertimana Tyrion, Talleyrand sering merasakan diri mereka tidak mendapat kasih sayang seorang ayah. Jika Tyrion mempunya pengaruh paling kuat semasa peluasan kuasa Daenerys, Tallleyrand melebarkan pengaruh beliau semasa peluasan kuasa Napoleon Bonaparte. Kedua-duanya jadi ‘out of favour’ bila cuba menyeru Napoleon/Daenerys untuk menjadi lebih ‘moderate’. Apabila Daenerys tetap menggunakan kekerasan terhadap King’s Landing dan askar-askar Lannister menyerah kalah, Tyrion melepaskan jawatan beliau sebagai ‘Hand of the Queen’. ",
"Dalam lipatan sejarah, Talleyrand meletakkan jawatan sebagai Menteri Luar pada tahun 1807 selepas membantah tindakan keras Napoleon terhadap Austria dalam Treaty of Pressburg. Beliau akhirnya menyertai Seventh Coalition menentang Napoleon dan akhirnya menyertai perkhidmatan Zaman Restoration. Namun, malang buat Talleyrand – orang Perancis tidak ada Bran yang ada foresight. Pada Zaman Restoration, kerajaan menjadi goyah kerana puak konservatif sibuk nak balas dendam masa hilang kuasa lepas Revolusi. Raja Bourbon tidak sedar yang orang sudah tidak suka konsep raja mutlak seperti zaman pra-Revolusi, dengan konservatisme gaya lama. Di sinilah Talleyrand menempelak kepimpinan Bourbon – “they have learned nothing, and forgotten nothing”. Tyrion bukanlah satu-satunya watak yang dipinjam daripada figura sejarah. Nasib Lord Varys misalnya, hampir mirip dengan St. Thomas More, yang dihukum bunuh oleh Raja Henry VIII. Seperti Varys, Thomas More sedar bahawa tanggung jawab beliau adalah kepada ‘realm’. Dalam karya agung beliau, Utopia, Thomas mengkritik “tendencies of kings to start wars” sekaligus menyusahkan rakyat. ",
"Apabila Raja Henry\nVIII memisahkan Gereja England daripada Rom, Thomas tidak ikut serta kerana\nmerasakan ‘claim’ Raja Henry VIII tidak mempunyai justifikasi. Seperti Varys\nyang merasakan Daenerys tidak ada legitimate claim ke atas Iron Throne, beliau\ndihukum bunuh. ",
"Jika Varys dilihat\nsebagai seorang penjawat awam yang mempunyai integriti terhadap negara dan\nbukan figura politik, begitu juga lah St.Thomas Moore sehingga diangkat sebagai\n‘Patron Saint of the Civil Servants’. Bezanya, Varys lebih kepada amalgamasi\ndua figura sejarah: Thomas Moore dan Francis Walsingham, spymaster kepada Ratu\nElizabeth I. ",
"GoT lebih dekat\ndengan apa yang dipanggil ‘naked power play’, iaitu percaturan kuasa tanpa\nselindung. Ianya menekankan realiti dunia bahawa ‘kegemilangan’ sesuatu realm\nbukan lah pada ‘conquest’ semata-mata, dan juga punca kesengsaraan dunia pada\nmasa kini: Kuasa / Iron Throne."
] |
https://www.thepatriots.asia/memori-palsu-manusia/ | Memori Palsu Manusia | [
"Pada tahun 1980 terdapat peristiwa menyayat hati yang berlaku kepada Steve Titus. Seorang pengurus restoran di Washington berumur 31 tahun pernah dituduh merogol seorang wanita. Titus ditahan pada suatu malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.",
"Siasatan mendapati, rupa Titus ada dekat-dekat dengan rupa perogol sebenar. Sewaktu gambar Titus dan suspek lain dipaparkan kepada mangsa, wanita yang dirogol itu tunjuk pada gambar Titus dan berkata, “That one is closest.”",
"Apabila siasatan dilanjutkan, mangsa mula berkata, “I am absolutely positive that is the man.”",
"Tetapi kesimpulan daripada kes ini mendapati Titus bukanlah penjenayah yang sebenarnya. Banyak kali dia cuba pertahankan dirinya dan mula menghubungi jurnalis untuk mencari perogol yang sebenar.",
"Setelah perogol sebenar ditangkap dan Titus dibebaskan, kes ini telah memberikan impak buruk kepada hidup Titus. Dia dibuang kerja dan hubungan dengan tunangnya diputuskan. Titus keluarkan saman kepada mana-mana pegawai yang pernah menuduhnya.",
"Ketika sudah tiba harinya untuk Titus naik ke mahkamah untuk menjatuhkan kesalahan ke atas penuduh ini, Titus meninggal dunia akibat tekanan dan serangan jantung pada umur 35 tahun.",
"Ketika Titus dalam tempoh siasatan, salah seorang ahli psikologi berpengaruh, Elizabeth Loftus cuba mempertahankan Titus dengan menyatakan bahawa mangsa sebenarnya sedang mengalami memori palsu.",
"Pada tahun sebelum itu iaitu tahun 1974, Loftus dan John Palmer pernah buat kajian hubungan antara penggunaan bahasa (verbal) terhadap gangguan memori.",
"45 orang pelajar dijadikan subjek ujikaji dan 7 buah video kemalangan ditayangkan. Setiap video yang ditayangkan subjek akan diberikan soalan tentang kemalangan dalam video tersebut.",
"Soalan paling kritikal adalah berkenaan kelajuan kereta yang terlibat dalam kemalangan dalam video itu. 9 subjek pertama ditanya, “About how fast were the cars going when they HIT each other?”",
"Kemudian, 9 subjek lain ditanya juga soalan yang sama, cuma perkataan ‘hit’ ditukar dengan perkataan smashed, collided, bumped dan contacted.",
"Keputusan mendapati, setiap perkataan memberikan jawapan kelajuan kereta yang berbeza. Perkataan ‘smashed’ mendapat jawapan kelajuan yang tinggi.",
"Kemudian diikuti dengan collide, bumped, hit dan paling perlahan adalah perkataan ‘contacted’.",
"Keputusan ini juga dapat disimpulkan bahawa perkataan mampu mengubah memori manusia. Menurut Loftus dan Palmer perkataan ‘smashed’ itu sendiri mungkin dapat membuatkan manusia melihat kemalangan itu lebih teruk daripada apa yang terjadi sebenarnya.",
"Kemudian, kalau hal ini terjadi, ia dapat membuatkan subjek ‘teringat’ benda lain yang dapat menguatkan hujahnya sewaktu melihat kemalangan tersebut tetapi hakikatnya benda itu tak wujud dan tak berlaku pun.",
"Kajian mereka dilanjutkan dengan pelbagai pembolehubah dan keputusannya sama. Loftus menyimpulkan bahawa ingatan manusia mampu tercemar dan dimanipulasi dengan penambahan maklumat luar yang kita tak sedar.",
"Loftus cakap, ingatan manusia ini bukan macam perakam video ataupun bunyi, tetapi ia bersifat ‘re-construct’. Apabila manusia cuba nak ingat sesuatu, otak akan bina semula suatu peristiwa yang kita cuba nak ingat itu.",
"Maksudnya bagaimana? Apabila manusia cuba nak ingat, manusia tak ambil dokumen peristiwa yang disimpan dalam laci, tetapi manusia menulis semula dokumen peristiwa baru berdasarkan pengalaman masa lepas.",
"Ini yang buatkan ingatan manusia sangat tercemar.",
"Selepas kes Titus ini, Loftus banyak terlibat dengan kes jenayah sehinggakan ramai orang serang dia sebab seolah cuba nak mempertahankan penjenayah.",
"Kes yang paling besar dalam hidup Loftus adalah sewaktu kes seorang wanita yang didera bertahun-tahun. Deraan ini didakwa berlaku bersumberkan dari dakwaan anak perempuannya.",
"Loftus cakap anak perempuan itu pun mengalami memori palsu. Loftus berpesan, hanya disebabkan seseorang itu berkata kepada kita dengan penuh yakin, beremosi dan terperinci, bukanlah bermaksud apa yang dikatakan itu benar.",
"“We should all keep in mind that memory, like liberty, is a fragile thing.”",
"– Elizabeth Loftus"
] |
https://www.thepatriots.asia/anime-menyuburkan-fahaman-ateis/ | Anime Menyuburkan Fahaman Ateis? | [
"“Setiap anime mempunyai satu pattern, iaitu menafi tuhan.”",
"1. Saya pernah mendengar pernyataan tersebut diucapkan. Pernyataan ini tidak salah, tetapi pernyataan ini adalah incomplete form bagi suatu maksud. Memandangkan isu yang dibangkitkan, iaitu menafi tuhan, merupakan isu besar, maka, tak sempurnanya bentuk (incomplete) pernyataan ini mendatangkan suatu masalah yang besar, iaitu suatu pemikiran antagonis yakni pemikiran yang disempitkan atau dihadkan pada satu-satu tingkat, yang sedangkan, ianya mempunyai tingkat yang lebih luas atau lebih tinggi daripada itu.",
"2. Satu persoalan dilontarkan, anime adalah buatan orang kafir, kartun animasi Barat pun buatan orang kafir. Tetapi mengapa, hanya anime sahaja yang mempunyai pattern seperti yang didakwa?",
"3. Untuk pergi lebih lanjut, kita perlu petik pernyataan seorang novelis yang juga penulis ilmiah, iaitu Helmi Effendy (juga penulis The Patriots).",
"“Para penulis kita perlu belajar melihat naskhah-naskhah karya tidak dari kaca-mata sebagai seorang peminat. Kerana dengan itu, kita hanya akan meraih hiburan semata. Jika kita memandang sebagai seorang pengkritik, pengulas mahupun penganalisis, kita akan menelaah setiap sudut yang dihidangkan dan kita akan meraih dapatan-dapatan yang mampu memajukan lagi corak penulisan kita.”",
"Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘setiap sudut’?",
"– Cerita keseluruhan\n– Pemisahan arc-demi-arc\n– Pemisahan babak-demi-babak\n– Pemisahan watak-demi-watak\n– Pemisahan konflik-demi-konflik\n– Pemisahan babak canon dan babak filler\n– Permainan plot (pembinaan dan peleraian)\n– Jenis konflik yang dihidangkan\n– Character development\n– Saduran fakta (kalau ada)",
"Kita tidak hanya melihat anime Sakurasou no Pet na Kanojo hanya sebagai Sakurasou no Pet na Kanojo. Tetapi juga, pengembangan hidup Kanda Sorata, pengembangan hidup Aoyama Nanami, pengembangan hidup Mitaka Jin, pengembangan hidup Kamiigusa Misaki, pengembangan hidup Akasaka Ryuunosuke, pengembangan hidup Shiina Mashiro dan pengembangan hidup Rita.",
"Malah, kita akan melihat pembinaan dan peleraian tentang cita-cita; bermula dari kebosanan kerana kekosongan matlamat, kepada semangat kerana visi yang teguh. Kita akan melihat pembinaan dan peleraian tentang berdikari; bermula dari ‘I can do it myself’ (pseudo-berdikari yg memakan diri) kepada ‘Sorry, can you help me? I can’t keep all of it up myself.” (Berdikari yang tidak mementingkan diri) Dari fasa-demi-fasa, kita akan melihat fasa gila-gila Sakurasou, fasa kegagalan masing-masing, fasa peretakan dalam hubungan, fasa bekerjasama, fasa perpisahan, dan macam-macam. Secara keseluruhan, kita akan melihat Sakurasou penuh dengan warna-warna kehidupan.",
"Demikian, antara cara melihat sesebuah karya. Adjust sudut menonton kita dari satu sudut ke satu sudut. Dari seluas-luasnya, hingga ke sekecil-kecilnya, secara serentak. Sesebuah karya dihidangkan bukan hanya untuk kita lihat penamatnya, tetapi juga untuk meneroka setiap sudut yang boleh diteroka. Dan… hanya diri kita yang menentukan batasan kepada sudut-sudut itu!",
"4. Ketika kita menonton anime, letakkan pada minda bahawa pembikinnya adalah orang kafir yang tidak percaya kepada Tuhan yang Satu. Istilah god bagi mereka berbagai, dan untuk memahaminya, kita perlu selami mitologi mereka. Apabila kita selami, kita akan kenali beberapa dewa (tuhan) mereka yang terawal, iaitu Amaterasu, kemudian Izanagi, Izanami, dan kemudian kita akan mengetahui mereka memiliki dewa-dewa, separa-dewa, dan manusia-jadi-dewa. Konsep ini sama sahaja dengan Greek, Rom, Mesir Purba dan Arab. Mesir dengan Amon-Ra, Seth, Horus dan lain-lain. Greek dengan Zeus, Dionysus dan entah lain-lain. Rom dengan Jupiter, Saturnus dan entah apa lagi. Arab dengan Alilat (al-Latta) umpamanya. Malah, Bali pula dengan Barong dan Rangda. Dewa Olympia tidak hanya ada dalam budaya Greek sahaja, tetapi dalam hampir seluruh bangsa, dengan nama yang berbeza. (Olympia bukan nama dewa, tapi ‘parlimen’ dewa).",
"Jadi, ketika kita menonton anime, peletakan paling mudah di minda kita adalah bahawa mereka ini ateis. Mereka tidak menggunakan akidah tauhid untuk memahami nilai ketuhanan. Mereka menggunakan aras pemikiran, logik akal, mantik, atau bahasa mudahnya, falsafah. Mereka membina struktur pemikiran, dengan peletakan justifikasi-justifikasi dalam mencapai rasionalisasi. Atau boleh diperkatakan, mereka tidak mempercayai Tuhan yang wujud sedia ada, tapi mereka membina tuhan mereka sendiri menerusi pembentukan cara berfikir. Mereka mencari tuhan, tetapi dengan cara berfikir (falsafah), bukan dengan hati nurani (cahaya hidayah). Tapi, disebabkan mereka tidak mempunyai alat (iaitu Islam), mereka tidak akan dapat langsung mencapai Tuhan yang Sebenar, walaupun jalan yang mereka lalui itu benar dan terang cahayanya.",
"Seperti kata Dr. Ali Muhammad Sallabee, hikmah dihantarnya Islam ke tanah Arab kerana hanya di tanah Arab, kekafiran/kemusyrikan masyarakatnya tidak didasari dengan kerumitan cara berfikir. Bila cara berfikirnya tak rumit, maka mudah untuk kita pecahkan minda kafirnya, dengan menyatakan bahawa hanyasanya Allah itu Tuhan yang layak disembah. Dalam kes lain, tak perlu pun dijustifikasikan. Terus boleh terima Islam. Berbeza dengan ahli-ahli atheis/kafir yang berfikir (berfalsafah). Untuk mengislamkannya, perlu patahkan hujah A, hujah B, hujah C dan mungkin sampai hujah Z mengikut kerumitan cara berfikir dia.",
"5. Kerana itu, untuk melihat sisi atau nilai ketuhanan dalam anime, kita perlu menggunakan pasakan ilmu Islam, dan mengasimilasikannya pada pemahaman atheis. Ini kerana, walaupun pembuatnya demikian, kita juga perlu letak di minda, bahawa kita diajar yang hikmah (kebijaksanaan) boleh diambil tidak hanya dari Islam.",
"6. Bila bicara seperti ini, kita telah pun tiba pada point penting, iaitu, apabila kita selak sejarah Islam, kita akan dapati, Islam (selepas zaman Nabi) mencapai keagungannya dengan penerapan ajaran Islam ke dalam falsafah Greek. Sebelum falsafah Greek berjaya diislamkan oleh cara-berfikir (falsafah) tasawuf, falsafah ini banyak melahirkan atheis, yang bukan calang-calang. Perdebatan masyhur Imam Hanafi adalah salah satu contoh. Perhatikan period pertembungan antara falsafah Tasawuf dengan falsafah Greek, kerana period tersebut, berulang di zaman ini.",
"7. Saya utarakan contoh paling ringkas. Perhatikan maksud lirik lagu bagi anime Charlotte ini.",
"Which will you choose,\nand which will you give up?\nWho am I\nTo make that decision?\nIt’s already been decided\nWhich will be chosen\nAre you sure?\nI ask the gods",
"Perhatikan 2 nota di bawah:",
"1. Lihat kata gods, bukan god.\n2. Renungi nilai atheisme di situ (elemen hamba, tapi tuhan)\n(di bahagian Are you sure?)",
"Cuba kita asimilasikan dengan falsafah ‘tasawuf’ pula.",
"Jalan yang mana akan diambil,\njalan yang mana akan ditinggalkan?\nSiapakah aku\nuntuk buat keputusan itu? (kita sebagai hamba, mengakui bahawa kita ini hamba yang lemah, di hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui)\nIa telah pun diputuskan, (telah pun diputuskan oleh Takdir Tuhan)\njalan mana yang akan diambil\nBenarkah ini takdirku?\nAku bertanya kepada Tuhan (persis istikharah)",
"Lihat bagaimana falsafah tasawuf mencairkan elemen hamba, tapi tuhan (qadariyah, tapi jabbariyah) dan menjadikannya Ahli Sunnah wal Jamaah.",
"Untuk lebih ekstrim, mari kita lihat maksud lirik bagi lagu yang sama.",
"Who am I,\nand why do I\nBear this role\nLike I’m a god?\nThe thought of even moving forward\nIs becoming unbearable\n“I want to rest”,\nI spit at the gods",
"Dipertanggungjawabkan dengan tugas yang begitu berat, hanya diri yang boleh jalankannya. Tak sanggup nak teruskan, tapi tetap juga kena teruskan. Persoalan; “Kenapa aku!” yang pada tingkat tertinggi, menghasilkan ucapan; “Aku nak rehat wahai Tuhan.”",
"Pada satu sisi, ini kebiadapan ekstrim. Tapi jika kita pandang satu sisi, ini juga merupakan sebuah pengaduan ekstrim.",
"Letakkan kita dalam situasi orang yang dirogol walau dah sempurna tutup aurat umpamanya. Atau diseksa dengan kejam tanpa kita buat salah apa-apa. Satu sisi, kita redha; “Ini takdir aku. Aku akan teruskan hidup” Tapi satu sisi, kita akan persoalkan Tuhan; “Wahai Tuhan, kenapa Engkau duga aku seperti ini? Kenapa aku, tidak orang lain? Apa dosa aku?” (polemik ini digarapkan dengan baik dalam anime Angel Beats)",
"Dalam hal ini, dengan 2 kaedah falsafah tasawuf mencairkannya.",
"Satu, kisah mengenai Siti Maryam. (pernyataan yang beliau nak bunuh diri tu disematkan dalam al-Quran)",
"Kedua, kita semakin bertambah kagum dengan Nabi Muhammad. Manakan tidak, bila kita dengar lagu ini, kita teringat bagaimana Yu Otosaka punya tugas, ‘baru setakat itu’, dah dilagukan dengan frasa; “Aku nak rehat wahai Tuhan.” Bagaimana pula dengan misi Nabi Muhammad? Tidak pernah Nabi berkata; “Aku nak rehat wahai Tuhan!”",
"Rasanya cukup kut itu sahaja contohnya.",
"8. Sekali lagi saya nyatakan, bahawa saya percaya, Korea dan Jepun merupakan ‘Falsafah Greek’ di zaman ini. Perhatikan hakikat K-Pop, drama korea, filem korea, anime, sedang mencengkam dunia. Itu semua adalah dinding-dinding yang perlu dirobohkan! Tak mampu robohkan? Asimilasikannya!",
"9. Dan perhatikan kontradiksi antara ‘testimoni’ orang awam (pencinta ‘universe’ itu) dgn pernyataan ‘ulama’ tentang ‘universe’ ini. Satu pihak menyatakan; “Kerana inilah saya belajar itu dan ini, saya hargai kehidupan dan saat bersama keluarga dan rakan…” Sedangkan satu pihak pula mengatakan; “Kerana inilah umat Islam makin mundur dan rosak. Kesemua nilai murni sudah ada pada sirah Nabi Muhammad. Untuk apa kita belajar dari orang kafir sedang kita ada Nabi?”",
"Kontradiksi di antara dua pernyataan ini perlu diteliti dan diselesaikan. Pada titik mana timbul harmoni? Pada titik mana anime ini merosakkan? Pada titik mana anime ini beri kebaikan? Benar, kita miliki sirah, tetapi, mengapa kita lebih memilih untuk belajar dari selain sirah?",
"Sekiranya benar, anime ini merosakkan, mengapa di luar sana, ramai yang awalnya terjerumus ke lembah kebinasaan, ‘diselamatkan’ oleh dunia tersebut? Semestinya, ‘selamat’ di sini tidaklah memaksudkan ‘till jannah’. SBS One Piece merekodkan, babak Nico Robin menjerit; “I want to live,” berjaya beri semangat kepada seorang budak yang telah berputus-asa terhadap kehidupan (ada bahasa yg lebih khusus bagi penyakit tu. Lupa. Mungkin apathy).",
"Sekiranya anime itu merosakkan, mengapa boleh lahir sebuah review seperti ini?",
"“When does a man die?\nIs it when he’s shot in the heart with a pistol? No!\nWhen he’s stricken with a deadly disease? No!\nWhen he eats soup made from a deadly mushroom? No!\nIt’s when… he is forgotten.” – Dr. Hiluluk (satu watak dlm One Piece)",
"We all fear death, right? Hiluluk didn’t. Because he knew that his legacy would go on. This is the greatest thing about human achievement. We can be remembered in what we do and what mark we leave on the world. It also captures I feel the very soul of a Manga artist.",
"These legends are going to die at some point. Akira Toriyama, Masashi Kishimoto, Eiichiro Oda, Tite Kubo, Hiro Mashima, they’re all going to die one day. But they’ll never disappear because of the fantastic works they’ve left in their wake. To bring hope and light to people even after death through your own take on the world, implanting your ideals and messages to future generations through you characters… that’s what Manga is.",
"So quit your 9 till 5 office jobs! Tear off that suit and tie! Throw away your Microsoft Excel! Pick up that pen and start writing, drawing, I don’t care which! Manga can change the world, people!",
"Demikian, kata seorang reviewer selepas menonton arc mengenai karakter Chopper (One Piece).",
"10. Sungguh! Selepas baca review ini, saya berasa sebak. Dan pantas, saya doakan hidayah buat para Mangaka. Manakan tidak, teringat kisah Sayyidina ‘Umar menangis melihat seorang rahib yang zuhud terhadap dunia, melakukan kesemua kebaikan, senang kata, mengabadikan hidupnya untuk beribadat, tetapi rahib itu tidak Islam. Merenung betapa inspirasi dan motivasi yang digarapkan oleh para Mangaka dalam karya mereka, sangat menyedihkan kalau jasa-jasa mereka yang telah mereka abadikan hidup mereka untuknya, dibalas dengan penghumbanan mereka ke dalam neraka hanya kerana mereka tidak Islam.",
"11. Sebab itu, bagi orang yang menyatakan frasa seperti di awal artikel, tahniah. Sebab dari kalangan ramai orang Islam yang menonton anime, anda berjaya meraih satu kesedaran tentang hal tersebut. Anime membawa kepada atheisme (tidak percaya pada tuhan). Itu benar. Tetapi, sebagai seorang Islam, kita mempunyai alat yang tidak dimiliki oleh selain Islam. Maka, gunakan alat itu untuk memusingkan maksud tersebut, dari maksud kepada atheisme, kepada maksud pengEsaan. Ketahuilah, dengan mengislamkan falsafah Greek, Islam menjadi semakin kuat. Hal yang sama mungkin akan berlaku, Islamkan falsafah di sebalik anime, Islam akan menjadi lebih kuat.",
"12. Sebagai nota, Syeikh Nazrul Nasir pernah menerangkan mengenai sanad dan kekuatannya dengan beranalogikan topi jerami Monkey D. Luffy (One Piece). Metodologi ‘nak rapat ngan bebudak kaki lepak, kenalah lepak sama dengan diorang’, diterapkan dengan kadar pelepakan yang lebih ‘daring’, tanpa mencabut ‘izzah’ yang harus mereka tinggikan. ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan mencatatkan yang Sultan Salahuddin mengetahui kisah-kisah mitologi (Mesir pastinya). Ini kerana, mitologi itu sendiri sebenarnya salah satu cabang dari ‘uruf’ (adat/budaya) sesebuah bangsa. Dengan mengetahui mitologi animisme masyarakat Melayu dulu, ulama’ yang datang kemari perkenalkan budaya tahlil sebag ganti kepada upacara ritual yang bersandarkan kepada sesebuah mitologi. Perlu dinotakan, mitologi melibatkan elemen so-called mengarut seperti dakwaan sebahagian masyarakat yang anti kepada ‘fantasi kuasa-kuasa’ ini. Dan untuk membicarakan polemik ini, artikel bertajuk; ‘Digital: Medium Dakwah Yang Belum Berjaya Dieksploitasi’, insyaAllah akan ditulis.",
"Artikel ini disumbangkan oleh Amirzayyanid kepada The Patriots. Apa yang ditulis dalam artikel ini tidak semestinya melambangkan pemikiran The Patriots. "
] |
https://www.thepatriots.asia/pbakl-2023-dato-sri-azharuddin-abdul-rahman-dan-arep-jawa/ | PBAKL 2023: Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman dan Arep Jawa | [
"Sesi bersama Dato Seri Azharuddin, penulis kepada buku Penerbangan Terakhir dan Dr Arep Jawa, penulis buku Muhammad Dakwah dan Diplomasi di PBAKL sebentar tadi.",
"Tahukah anda, Dato Seri Azharuddin adalah mantan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) yang mengetuai penyiasatan MH 370 dan MH17 ini?",
"Kredibiliti beliau dalam menulis buku ini memang tidak boleh diragui!",
"#PBAKL23"
] |
https://www.thepatriots.asia/rupa-rupanya-wujud-penguin-kuning/ | Rupa-Rupanya Wujud Penguin Kuning | [
"Selalunya bila melihat penguin sama ada di zoo atau rakaman dokumentari, kita selalu melihat warnanya hitam dan putih. Tetapi bagi seorang jurugambar hidupan liar, dia bertuah kerana berpeluang melihat seekor penguin mempunyai warna yang cukup unik iaitu kuning dan putih.",
"Mungkin ada menggaru kepala menyangka ini sesuatu yang mustahil. Tetapi itulah perasaan sama dialami jurugambar Belgium, Yves Adams semasa mengambil gambar penguin di sebuah pulau di South Georgia pada Disember 2019. Semasa mengambil gambar ratusan ribu penguin di pulau tersebut, dia perasan wujud anomali dalam bentuk seekor penguin berwarna kuning dan putih.",
"Sebaik melihat penguin unik tersebut, ramai ahli ekspedisi menghentikan semua kerja mereka dan mengambil gambar haiwan tersebut. Mereka bernasib baik semasa gambar diambil, tiada gangguan daripada haiwan-haiwan laut besar ketika itu. Jika tidak, usaha mengambil gambar haiwan tersebut akan menjadi sukar.",
"Adams percaya penguin tersebut mengalami satu keadaan yang dipanggil ‘leucism’. Ia bermaksud satu keadaan di mana haiwan mengalami kehilangan sebahagian daripada pigmennya yang mengakibatkan warna bahagian terjejas bertukar menjadi putih. Dan ramai saintis percaya menerusi gambar tersebut, ia mewakili penemuan baru berkenaan pigmen bulu.",
"Sembilan tahun lepas, seekor penguin berwarna putih ditemui di sebuah koloni penguin chinstrap di Antartika. Mereka percaya warna tersebut terhasil daripada mutasi genetik mencairkan pigmen dalam bulu penguin tersebut. Penyelidik Daniel Thomas mendedahkan pigmen sebegini sebagai unik dan berbeza daripada lima kelas pempigmenan burung serta mewakili kelas keenam untuk pigmen bulu burung.",
"RUJUKAN:",
"Dalton, J. (2021). Yellow penguin sighted for ‘first time ever’ in South Atlantic. The Independent."
] |
https://www.thepatriots.asia/surat-pesanan-einstein-yang-dilelong-jutaan-dolar/ | Surat Pesanan Einstein Yang Dilelong Jutaan Dolar | [
"“Kehidupan yang senyap dan sederhana lebih membawa kebahagiaan berbanding mengejar kejayaan yang selalu berhadapan dengan pergolakan dan kegelisahan tanpa henti.” – Albert Einstein",
"Inilah\npesanan yang diberikan oleh Albert Einstein (1879 – 1955) kepada seorang kurier\ndi Tokyo, Jepun yang berkongsi pendapat tentang maksud kebahagiaan. Nota ini\nditulis dalam bahasa Jerman dan dilaporkan nota ini telah dilelong dengan harga\n1.56 juta dollar. ",
"Pelelong\nmenganggarkan nota ni dapat dijual dengan harga 5,000 dolar hingga 8,000 dolar,\ntetapi tidak sangka dapat dilelong dengan jumlah sebanyak itu. Pembeli tersebut\nmerupakan orang Eropah yang tidak mahu identitinya diketahui.",
"Kemudian,\nterdapat cebisan nota Einstein yang tertulis, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” dijual dengan harga\n240,000 dolar. Einstein pernah memberikan syarahan di Jepun pada tahun 1922.\nTerdapat seorang kurier Jepun mahu menyampaikan mesej kepada Einstein di Imperial\nHotel, Tokyo.",
"Setelah\nmesej tersebut disampaikan, kurier tersebut tidak mahu menerima sebarang upah\ndaripada Einstein. Pada ketika ini, tidak pasti sama ada kurier tersebut tidak\nmahu menerima sebarang upah atas dasar tradisi budaya Jepun ataupun atas dasar\nEinstein tiada wang kecil untuk diberikan.",
"Apa-apa\npun, Einstein tidak mahu kurier itu pulang dengan tangan kosong. Maka, Einstein\nmemberikan dua nota nasihat dalam bahasa Jerman. Menurut penjual nota ini, dia\nadalah saudara pada kurier tersebut. Pada bulan Jun 2017, terdapat surat\nEinstein yang menulis mengenai Tuhan, Israel dan Fizik dijual dengan harga 210,000\ndolar di Jerusalem.",
"Dalam\nbiografi Einstein yang dikarang oleh Walter Isaacson, Einstein pernah berkata,",
"“Dalam banyak-banyak orang yang aku temui,\naku paling suka orang Jepun. Mereka sangat sederhana, cerdik, bertimbang rasa\ndan mempunyai sentuhan terhadap seni.”"
] |
https://www.thepatriots.asia/manusia-mampu-berhubung-dengan-aliens-dalam-400000-tahun-akan-datang/ | Manusia Mampu Berhubung Dengan Aliens Dalam 400,000 Tahun Akan Datang? | [
"Fenomena UFO sekian lama sinonim dengan kehidupan seharian kita sebagai warga Bumi. Kehadiran ‘mereka’ sama ada rekaan semata-mata atau benar-benar berlaku sememangnya membuatkan kita terfikir akan kewujudan hidupan selain kita di angkasa lepas. Teknologi angkasa yang semakin canggih juga telah hidangkan kita akan kewujudan segala isi di alam semesta seperti bintang, planet, galaksi, dan kluster (kumpulan para galaksi).",
"Namun, satu persoalan penting yang menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Mengapa kita masih sukar menemui makhluk asing ini? Adakah makhluk asing ini sengaja tidak menonjolkan diri secara umum atau sememangnya rekaan sahaja demi menakutkan warga dunia",
"Bagi menjawab soalan ini, terdapat satu kajian bertajuk “The Number of Possible CETIs within Our Galaxy and the Communication Probability among These CETIs” telah diterbitkan oleh dua orang pengkaji bernama Wenjie Song dan He Gao dari Department of Astronomy di Beijing Normal University. Kajian ini mengemukakan soalan: Berapa lama lagi manusia harus hidup demi mengetahui kewujudan makhluk asing ini?",
"Jawapannya? Sehingga 400,000 tahun.",
"400,000 tahun adalah tempoh yang mustahil bagi spesis Homo Sapiens yang bertahan hidup selama sekitar 200,000 tahun dan hanya menemui ilmu pertanian sekitar tahun 12,000 tahun. Namun, 400,000 tahun adalah tempoh yang tidak mustahil jika tamadun manusia mampu mencapai tempoh ini dengan teknologi pengubahsuaian ke atas manusia.",
"Usaha Menemui Tamadun Luar Bumi",
"Mempelajari tamadun lain di luar Bumi adalah sukar kerana kita hanya mempunyai satu-satunya data hidupan, iaitu Bumi. Tetapi para saintis tetap mencari jalan apa sekalipun demi menemui tamadun hidupan luar Bumi ini atau dikenali dengan nama Communicating Extraterrestrial Intelligent Civilizations (CETIs).",
"Contohnya ialah kajian hidupan luar Bumi pada tahun 2020, menunjukkan bahawa terdapat 36 CETIs di dalam Bima Sakti! Walau bagaimanapun, kajian ini hanya anggaran saja dan berapa banyak CETIs di Bima Sakti masih lagi misteri, hanya bergantung harap kepada teknologi angkasa.",
"Untuk mengetahui jumlah CETIs di Bima Sakti ini, kita harus mneggunakan pengiraan matematik bernama Persamaan Drake (Drake Equation). Persamaan Drake adalah pengiraan asas untuk mencari hidupan di luar Bumi. Perlu ingat, jumlah CETIs bergantung kepada tempoh kita berpeluang melihat makhluk asing tiba di Bumi. Jika banyak tamadun luar Bumi, peluang tinggi kita menemui mereka.",
"Namun persamaa ini terdapat kelemahannya yang telah dibongkar oleh ahli akademik sendiri. Kelemahan itu ialah Persamaan Drake mempunyai pembolehubah yang tidak selari dengan sangkaan, maka jumlah CETIs kadang kala tidak masuk akal seperti bercampur dengan jumlah planet tidak berpenghuni. Namun begitu, Persamaan Drake hanyalah pengiraan hipotesis berbanding pengiraan sebenar.",
"Jadi, bagaimana kedua-dua saintis ini mampu anggarkan tempoh 400,000 tahun untuk menemui makhluk asing jika jumlah CETIs dalam Bima Sakti masih samar-samar?",
"Kita merujuk kembali kajian tahun 2020 yang mendakwa mereka anggarkan sebanyak 36 CETIs ini. Pengiraan ini sebenarnya pengiraan jumlah CETIs yang termasuk dengan sejarah formasi pembentukan galaksi, dan jumlah bintang yang memberikan hidupan terhadap planet seakan-akan Bumi yang berada di dalam zon habitat (habitable zones). Pengiraan ini mereka percaya, sekurang-kurangnya mendapat jawapan jumlah CETIs yang sebenar.",
"Kajian tahun 2020 ini membawa 2 parameter yang menghasilkan pengiraan sebegini. Pertama ialah berapa jumlah planet yang berpenghuni dan perubahannya mencapai tamadun yang maju. Kedua, apakah peringkat bintang yang menyokong planet berhabitat ini.",
"Kemudian para pengkaji ini menjadikan parameter ini sebagai pembolehubah dalam pengiraan mereka. Kebarangkalian untuk hidupan hadir dan berevolusi menjadi CETIs merujuk kepada (fc), manakala peringkat bintang pula merujuk kepada (F). Song dan Gao menggunakan pengiraan ini dan memecahkan kepada dua keadaan: optimistik dan pesimis.",
"Dalam keadaan optimistik, katakan nilai F = 25% dan fc = 0.1%. Maka, sebuah bintang mempunyai sekurang-kurangnya 25 peratus untuk memastikan hidupan dalam planet yang mengorbit mencapai CETIs dan hanya 0.1 peratus peluang untuk wujudkan CETIs. Jumlah CETIs yang wujud ialah 42,000 namun jumlah ini tidak hadir dengan serentak. Mungkin di masa akan datang wujud CETIs yang baru.",
"Dengan jumlah sebegini, manusia hanya memerlukan 2,000 tahun lagi untuk menemui makhluk asing. Mungkin telah ramai komuniti makhluk asing dari planet lain bdalam Bima Sakti erjaya berhubung sesama sendiri, hanya menunggu manusia ikut serta.",
"Bagaimana jika Bima Sakti berada dalam keadaan pesimis? Katakan nilai F = 75% dan fc = 0.001%. Sebuah bintang tidak mampu menampung kehidupan planet berhabitat. Mungkin tidak berupaya mencapai CETIs. Peratusan wujudkan CETIs juga sangat rendah. Maka, jumlah CETIs yang wujud di Bima Sakti adalah 111, Dengan jumlah inilah manusia berkemungkinan berhubung dengan makhluk asing dalam tempoh 400,000 tahun, seperti apa Song dan Gao anggarkan.",
"Kesimpulan dari kajian tahun 2020, kebarangkalian manusia berhubung dengan makhluk asing bergantung kepada keadaan Bima Sakti yang menyimpan kepelbagaian planet terutamanya planet berhabitat yang masih tidak diketahui jika wujud sebarang kehidupan, terutamanya wujudnya tamadun luar lebih canggih.",
"Kita tidak tahu apakah masa dengan manusia jika kita teringin berhubung dengan makhluk asing yang sekian lama mengetahui kehadiran kita (jika mereka mencapai kecanggihan teknologi yang mampu meneroka angkasa lebih jauh). Mungkin manusia akan berhaddapan dengan Great Filter, iaitu fasa ‘penapisan’ di mana populasi manusia mengurang sehingga wujud manusia-manusia yang ‘survive’ dengan segala bencana alam dan manusia.",
"Mungkin juga kita menjadi penghuni planet Marikh atau Martian, menjadi sebahagian dari koloni luar Bumi yang diusahakan jutawan terkenal seperti Elon Musk ini. Mungkin juga kita menjadi manusia yang ‘super’ setelah teknologi ubahsuai genetik sebati dalam diri kita, sehingga kita menjadi spesis paling bertahan berbanding spesis hidupan lain.",
"Dengan kebarangkalian ini, menunggu selama 400,000 tahun demi berhubung dengan makhluk asing adalah tidak mustahil. Namun begitu, kita hanya merancang saja. Hanya Tuhan saja mengetahui apakah nasib manusia di masa akan datang, atau berpeluang untuk menghubungi makhluk asing yang sekian lama kita impikan.",
"RUJUKAN:",
"Gough, Evan. 3 May 2022. Humanity May Not Hear From Aliens For 400,000 Years, Scientists Say. Science Alert."
] |
https://www.thepatriots.asia/jerung-apa-yang-ada-gigi-macam-roda-gergaji-bulat-ini/ | Jerung Apa Yang Ada Gigi Macam Roda Gergaji Bulat Ini? | [
"Pergunungan Ural mungkin bukanlah pergunungan tertinggi. Tetapi ia antara yang tertua di dunia, berusia 300-250 juta tahun. Ia kaya dengan sumber mineral dan logam. Misalnya emas, minyak, dan bijih besi. Sejak kurun ke-18 lagi, pergunungan itu banyak menyumbang kepada ekonomi Russia.",
"Namun, bukan sektor itu sahaja yang meraih manfaat. Bidang arkeologi dan paleontogi juga berkembang pesat. Hal ini berikutan penemuan demi penemuan baru yang berlaku di Pergunungan Ural.",
"Salah satunya adalah fosil Helicoprion. Fosil itu dijumpai oleh seorang ahli geologi Russia bernama A.P Karpinsky pada 1899. Pada mula, dia perlu berteka-teki tentang status fosil tersebut – benda apa yang dijumpainya; kerang ammonit, kerang nautilus, atau apa?",
"Memang bentuknya pun seakan cengkerang. Lihat saja rajah di bawah. Sekali imbas, sukar untuk jangka yang ia adalah gigi jerung. Tetapi, itulah yang disimpulkan oleh Karpinsky selepas puas mengamati.",
"Cuma, mengapa gigi jerung boleh berbentuk pusar begini? Milik jerung mana gigi tersebut? Bagaimana ia berfungsi? Dan paling utama, betulkah pusar gigi itu terletak di mulut – bukan di bahagian badan lain? Itu antara soalan yang berlegar di fikiran Karpinsky dan ramai pengkaji.",
"Ini kerana satu-satunya fosil yang dijumpai hanya gigi. Tanpa tengkorak. Tanpa rangka badan. Sebab ikan seperti jerung memang tiada tulang. Ia hanya ada tulang rawan. Tulang rawan tidak kalis zaman. Ia terurai sebaik proses pereputan berlaku.",
"Jadi sekali lagi, Karpinsky perlu berteka-teki. Untuk soalan pertama, kita ketepikan dahulu. Sebab hingga kini pun saintis belum mampu menjawab bagaimana evolusi gigi berpusar boleh berlaku. Justeru, ia masih menjadi misteri utama bagi spesis tersebut.",
"Berpindah ke soalan kedua, Karpinsky mengusulkan yang pusar gigi tersebut milik spesis jerung baru. Bukan Edestus seperti yang didakwa oleh Henry Woodward (yang menjumpai fosil pertama di Australia Barat pada 1886).",
"Karpinsky sebaliknya menamakan spesis baru itu sebagai Helicoprion, bermaksud ‘gergaji pusar’. Namun pada waktu itu, belum diketahui pada era bila ia hidup. Hanya menerusi teknologi masa kini, barulah hal itu diketahui.",
"Pengkaji menganggarkan yang Helicoprion hidup pada 290-250 juta tahun lalu. Yakni, dari era Permian hingga era Triassic. Ini bermaksud, Helicoprion terselamat dari Bencana Kepupusan Permian-Triassic (Permian-Triassic Extinction Event; berlaku pada 251.9 juta tahun lalu) yang mempupuskan 95% hidupan laut.",
"Erti kata lain, Helicoprion bukan sekadar nadir (rare) sebab memiliki bentuk gigi yang pelik. Tetapi ia juga spesis yang memiliki daya tahan tinggi (walau tetap pupus sejuta tahun kemudian).",
"Berbalik kepada persoalan tadi, selepas memberi nama, Karpinsky berteka-teki pula tentang letak duduk pusar gigi tersebut dalam anatomi Helicoprion. Dia mencadangkan rahang atas, dan ia memuncung naik.",
"Cadangan tersebut bagaimana pun kurang dipersetujui. Antaranya oleh C.R. Eastman. Bagi Eastman, mustahil pusar gigi sebesar itu boleh duduk di dalam mulut. Setakat carian yang dibuat, tiada rekod yang menyebut tentang diameter fosil jumpaan Karpinsky itu.",
"Namun secara umum, pusar gigi Helicoprion boleh tumbuh sehingga 40 cm. Hampir dua kali ganda berbanding diameter bola keranjang (24.2 cm). Atas sebab itu, Eastman mencadangkan lokasi lain. Menurutnya, pusar gigi itu bertempat di belakang badan – sebagai mekanisme pertahanan.",
"Karpinsky juga kemudian mengubah pendapat, meletakkannya di ekor. Dan sepanjang kurun itu, pakar paleontologi dan iktiologi tidak segan-silu mengusulkan idea-idea baru tentang letak-duduk pusar gigi tersebut. Hasilnya boleh dilihat dalam rajah di bawah.",
"Kata muktamad hanya dicapai pada tahun-tahun kebelakangan, tepatnya pada 2013. Tetapi apapun, perjalanan untuk sampai ke situ bermula lebih awal. Iaitu pada 1966. Tahun tersebut, seorang ahli paleontologi Denmark bernama Svend Erik Bendix-Almgreen mengkaji satu fosil Helicoprion.",
"Fosil tersebut dijumpai di Lombong Fosfat Waterloo, berdekatan Montpelier, Idaho pada 1950. Berbanding fosil lain, satu ini agak nadir. Sebabnya, ia memiliki sedikit bekas tulang rawan dari rahang atas dan tengkorak Helicoprion.",
"Ini bermakna ia menyimpan petunjuk yang besar. Dan memang, setelah berdekad-dekad ia disimpan di Muzium Sejarah Alam Idaho, spesimen yang dilabel sebagai IMNH37899 itu menjalankan tugas merungkai misteri.",
"Kondisinya saat kajian dilakukan memang sudah sedikit terjejas. Tetapi, ia jelas memiliki 117 gigi yang tersusun rapi dalam pusaran berdiameter 23 cm.",
"Pada tahun 2013, fosil itu dibawa ke Universiti Texas untuk menjalani ujian imbasan. Ujian tersebut diketuai oleh Leif Tapanila dari Universiti Idaho, dan ia menggunakan tornoggrafi berkomputer (CT) beresolusi tinggi.",
"Menerusi imbasan itu, ada dua dapatan penting yang diperoleh. Pertama, pusar gigi itu sah terletak di rahang bawah Helicoprion – bukan di muncung rahang, bukan di belakang badan, dan bukan di ekor.",
"Fungsinya pula memang untuk makan. Kerana ia merupakan satu-satunya gigi yang dimiliki Helicoprion; ikan itu tiada gigi di rahang atas. Dan sama seperti jerung, Helicoprion kerap tumbuh gigi baru. Cuma, gigi baru ini tidak mencabut gigi lama. Jadi, gigi lama akan berganjak ke depan dan lama-kelamaan membentuk lingkaran.",
"Hasil imbasan turut mengesahkan yang Helicoprion bukanlah jerung. Tetapi haiwan dari genus Euchondrocephali. Ini bermakna Helicoprion adalah leluhur jauh ikan dengkis (rabbitfish), ikan tikus (ratfish), dan ikan-ikan bertulang rawan (chimaera) lain.",
"Namun persoalannya, bagaimana Helicoprion berevolusi sampai boleh memiliki gigi berpusar sebegitu? Setakat ini, masih tiada jawapan.",
"Tapanila memang berhasrat mendalami lebih lagi. Tambahan, Universiti Idaho memang memiliki banyak spesimen untuk dikaji dan diimbas (IMNH37899 cuma satu dari 30 spesimen yang ada dalam koleksi universiti).",
"Cuma, sebahagian fosil bersaiz lebih besar. Jadi, pengimbas CT di Texas tidak dapat digunakan. Ini memerlukan Tapanila berpindah ke fasiliti lain bagi melakukan ujian. Fasiliti pilihan terletak di Pasadena, California.",
"Mungkin dengan ujian terbaru itu dapat merungkai lagi persoalan tentang Helicoprion. Misalnya tentang spesis-spesisnya yang baru. Sebab memang, Tapanila sendiri mengandaikan yang spesimen besar dalam simpanannya adalah spesis lain berbanding IMNH37899. Setakat ini kita cuma tahu beberapa spesis sahaja seperti H. bessonowi, H. davisii, dan H. ergassaminon. Siapa tahu, dalam beberapa tahun ini kita bakal temui spesis baru.",
"Kalau anda berminat dengan haiwan-haiwan spesis pra-sejarah seperti ini, kami nak cadangkan buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, mengisahkan survivor para penumpang pesawat yang terpaksa berhadapan dengan haiwan pra-sejarah seperti Helicoprion untuk kekal hidup. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee",
"RUJUKAN",
"Crew, Becky. (2013, 27 February). Prehistoric ghost shark Helicoprion’s spiral-toothed jaw explained. Scientific American.",
"National Geographic. (2013, 27 February). Buzzsaw Jaw Helicoprion was a Freaky Ratfish.",
"Pappas, Stephanie. (2013, 28 February). Toothy Spiral Jaw Gave Ancient Sea Predator an Edge. Live Science.",
"Strauss, Bob. (2019, 27 October). Helicoprion the Prehistoric Shark. ThoughtCo."
] |
https://www.thepatriots.asia/kulat-yang-memakan-radiasi-chernobyl/ | Kulat Yang Memakan Radiasi Chernobyl | [
"Dalam fiksyen-fiksyen pasca-apokalips, semestinya radiasi nuklear akan digunakan seolah-olah kehidupan manusia telah menemui jalan kebuntuan. Pertukaran ser4ng4n nuklear selalunya antara kapitalis dan komunis.",
"Perkara ini sudah jadi suatu kebiasaan, kerana persengketaan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet mencapai takat didih kerana diplomasi luar negara John F. Kennedy yang mem4k4n diri. Kemudian dengan pembubaran Soviet, fiksyen-fiksyen sains mula beralih ke China, Iran dan Korea Utara pula.",
"Dalam realiti pula, k0nflik nuklear tidak berlaku kerana pertukaran b0m. Chernobyl dan Fukushiima telah diabadikan sebagai nama yang memperingati dunia bahawa pengendalian nuklear boleh mencetuskan isu yang begitu besar. 34 tahun sudah berlalu sejak tragedi Chernobyl menggemparkan dunia. Sabtu tersebut merupakan hari paling malang dalam sejarah Ukraine, jauh lebih malang berbanding Holodomor sendiri.",
"Pada 26 April tersebut, sebuah letvpan telah menghamburkan unsur-unsur radiasi ke atmosfera. Mikhail Gorbachev terpaksa mengakui perkara ini selepas Denmark, Finland dan Sweden melaporkan tentang radiasi dengan begitu terkejutnya (The Learning Blog, 1986). Dan barulah seluruh dunia dengan seragam menyedari bahawa Chernobyl sedang mengeluarkan gas m4ut semasa prosedur ujian janakuasa.",
"Seramai 116,000 orang terpaksa dikeluarkan daripada kawasan perumahan yang berhampiran. Dianggarkan lima juta orang masih lagi hidup dalam kawasan yang dianggap tercemar dengan bahan-bahan radiasi. Ramai dalam kalangan bomba yang berjvang memadam api didapati meningg4l dunia tidak lama kemudian kerana kesan radiasi.",
"Begitu ng3ri keadaan di Chernobyl. Masa tergantung tanpa tali di Chernobyl. Setiap saat yang berdetik tidak berlalu. Tumbuh-tumbuhan yang menghijau pula tanpa warna. Angin yang bersepoi pun tiada bunyi. Sebaliknya di setiap inci tempat ini ialah taman permainan m4ut, m4ut dan m4ut.",
"Chernobyl dikatakan sudah tidak selamat sampaikan beberapa tempat di bandar tersebut perlu 20,000 tahun untuk saki-baki radiasi leny4p secara sendiri (Maza, 2019). Sepertimana Chernobyl menjadi contoh fizikal kepada pepatah padang jarak, padang terkukur, bandar ini juga mempamerkan satu lagi contoh yang nyata. Bahawasanya Bumi ini boleh merawat diri sendiri.",
"Radiasi telah lama dipercayai sebuah unsur yang tidak sesuai untuk kehidupan. Namun sejak 1991 lagi, sejenis kulat telah ditemui pada dinding-dinding relau nuklear (nuclear reactor). Kulat ini yang berwarna hitam didapati 16 tahun kemudian mempunyai ciri-ciri begitu memberangsangkan. Ia merupakan satu-satunya kehidupan yang boleh makan apa saja kalah puak Wuhan (Ledford, 2007). Kaya dengan melanin, Chernobyl merupakan habitat yang begitu sesuai untuknya.",
"Ia mem4k4n asbestos, plastik, minyak – dan radiasi sendiri. Setiap benda yang dim4k4n akan dibuat sumber bekalan kimia untuk tumbesarannya. Jadi terdapat kebarangkalian tinggi bahawa Chernobyl suatu hari nanti mungkin boleh didiami berkat dengan bantuan simbiosis daripada kulat hitam ini. Radiasi yang menghalau manusia telah menciptakan suatu suasana begitu kondusif untuk kehidupan liar. Babi hutan dan rusa merupakan antara haiwan yang kian beranak-pinak (Offord, 2015).",
"Dalam hal ini pula, Chernobyl menunjukkan bahawa kesan-kesan pemburuan sebenarnya jauh lebih berbaaaya berbanding radiasi itu sendiri. Kerana kadar pembiakan haiwan di Chernobyl sebenarnya lebih memberangsangkan kalau dibandingkan dengan hutan bersih.",
"Namun begitu perkara ini tidak sama sekali bermaksud Chernobyl sesuai dijadikan habitat untuk haiwan. Hanya bagaikan contoh fizikal semata-mata, bahawa jika kegiatan memburu berjaya dibendung secara akta dan amalan, kepelbagaian biologi mungkin boleh dibetulkan semula.",
"RUJUKAN:",
"The Learning Blog. (1986, April 29). Soviet announces nuclear accident at electric powerplant. New York Times. Retrieved from https://learning.blogs.nytimes.com/2012/04/26/april-26-1986-explosion-at-chernobyl-nuclear-plant/",
"Ledford, H. (2007, May 23). Hungry fungi chomp on radiation. Nature. Retrieved from https://www.nature.com/news/2007/070521/full/news070521-5.html#B1",
"Maza, C. (2019, June 5). Is Chernobyl safe? Can you live there now? Experts explain the risks. Newsweek. Retrieved from https://www.newsweek.com/chernobyl-safe-now-when-will-1414489",
"Offord, C. (2005, October 7). Animals return to site of Chernobyl nuclear disaster. Science Focus. Retrieved from https://www.sciencefocus.com/planet-earth/animals-return-to-site-of-chernobyl-nuclear-disaster/"
] |
https://www.thepatriots.asia/joseph-stalin-sang-besi-dari-soviet/ | Joseph Stalin: Sang Besi Dari Soviet | [
"Joseph Stalin dilahirkan di bandar Gori Georgia, pada tarikh 18 Disember 1878 (6 Disember mengikut kalendar Julian), dengan nama sebenar Iosif Vissarionovich Dzugashvili. Bandar Gori adalah sebuah daerah terpencil, yang jauh dari pusat pemerintahan Rusia di Moscow.",
"Keadaan persekitaran keluarga zaman kanak kanak Stalin sangat jauh dari harmoni. Ayahnya seorang tukang kasut, yang juga merupakan seorang pemabuk tegar. Mempunyai sikap baran dan seringkali melakukan kekerasan fizikal, memukul anak dan isterinya. Penganiayaan mental dan fizikal terhadap Stalin dan ibunya, sangat memberi kesan kepada psikologi dirinya.",
"Walaupun kedua ibubapanya tidak fasih berbahasa Rusia, namun Stalin dipaksa untuk belajar Bahasa Rusia, kerana ia adalah Bahasa rasmi di sekolah nya. Stalin bersekolah di sekolah (Gereja) Kristian Orthodok di Gori antara tahun 1888 -1894. Stalin juga memperoleh biasiswa penuh belajar di Sekolah Teologi Seminary (Keagamaan) Tbilisi. Keadaan lingkingan sekolah yang super disiplim juga menjadikan dia sangat naif, pendiam, dan sering menyembunyikan perasaannya.",
"Ia diakibatkan oleh tekanan psikologi zaman kanak kanak yang dialami Stalin. Dan ketika inilah jiwa memberontaknya mula timbul. Ekoran daripada itu, Stalin secara sorok-sorok mula membaca buku buku dan artikel berhaluan kiri seperti Das Kapital (1868), Communist Manifesto (1848), dan lain lain. Disebabkan oleh itulah, pada tahun 1899, dia digugurkan dari sekolah, kerana dituduh menyebarkan pengaruh Marxisme.",
"Pengaruh Marxist Dan Kehidupan Politik",
"Maka bermulalah kecintaan Stalin, kepada idea Komunisme. Dia mwnyertai Marxist gerakan bawah tanahpada tahun 1903. Kerja kotor seperti merusuh, rompak bank serta memeras ugut, semuanya pernah dilakukannya. Dalam pada masa yang sama,terdapat bahagian dalam parti berkonflik, Stalin berpihak lkpada Bolshevik. Sehingga tahun 191, dia merupakan seorang anggota parti yang aktif dalam perjuangan parti. Pernah juga ditahan atas berbagai kesalahan jenayah dan untuk rekod, sebanyak 6 kali ditahan oleh pihak berkuasa. Namun begitu, hukuman ke atasnya tidak berat, malah lebih dari sekali dia cuba melarikan diri dari tahanan.",
"Nama “Stalin” sebenarnya adalah nama samaran atau pena yang bermaksud besi atau keluli dalam Bahasa Rusia, Stalin kurang memainkan peranan penting dalam Revolusi 1917. Namun begitu, dia sangat aktif dalam tempoh dua tahun berikutnya. Pada tahun 1922, Stalin dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis. Dengan kedudukan yang tinggi ini, ia sekaligus membuka peluang luas kepada Stalin untuk menggunakan pengaruhnya dalam menjalankan pentadbiran parti, dan dalam masa yang sama juga merupakan batu loncatan dalam perjuangannya untuk mencapai puncak kuasa.",
"21 Januari 1924, pemimpin Parti Komunis, Lenin meninggal dunia. Namun begitu, dalam wasiat politiknya, Lemin cenderung untuk menjadikan Leon Trotsky sebagai penggantinya. Lenin juga menegaskan bahawa, Stalin terlalu ‘keras’ dalam kepimpinan dan harus melepaskan kedudukanya sebagai Setiausaha Agung Parti. Malangnya, selepas ketiadaan Lenin, Stalin menyembunyikan wasiat Lenin dan mula mengambil alih jawatan presiden parti.",
"Kemudiannya Stalin berjaya pula bekerjasama dengan Lev Kamenev dan Grigori Zinoviev, yakni dua individu penting dari politburo. Seterusnya, Stalin bekerjasama pula membentuk Troika (Badan Pemerintah) atau Trimvirate untuk menewaskan Trotsky dan pengikutnya. Trotsky dibuang negeri tahun 1929, hingga akhirnya dibunuh pembunuh upahan Stalin, Ramon Mercedez di Mexico tahun 1940. Stalin, seorang yang bijak dalam monopoli kuasa, Kamenev dan Zinoviev, melihat ia terlalu agresif dalam parti, dan cuba menentang Stalin. Stalin akhirnya menghapuskan kedua mereka dengan kedua-dua mereka dituduh terlibat dalam pembunuhan Sergie Kirov lalu ditangkap dan dibuang negeri. Selepas Stalin berjaya menewaskan “pembakang sayap kiri’, seperti Trotsky, Kamenev, dan Zinoniev dalam perjuangannya untuk berkuasa. Akhirnya, pada awal tahun 1930-an Stalin dengan ‘angkuhnya” telah menjadi diktator tunggal dalam Kesatuan Soviet.",
"“Kuku Besi’ Bergelar Pemimpin Komunis",
"Pada kedudukan yang kukuh ini, Stalin mengamalkan polisi yang digelar Stalinisme. Siapa yang menentangnya, akan dihapuskan. Bernula pada tahun 1934, beliau melancarkan satu siri Great Purge/Gerakan Pembersihan. Peristiwa yang boleh dianggap permulaan kepada ‘Great Purge’ adalah, pembunuhan yang berlaku pada 1 Disember 1934, terhadap Sergoe Kirov (Pegawai Tinggi Parti), di Saint Petersburg, yang juga merupakan salah seorang penasihat Stalin. Kamenex dan Zinoviev dituduh terlibat dalam pembunuhan itu. Namun ada pendapat mengatakan, Stalin memerintahkan mereka.",
"Pada tahun tahun berikutnya, sebilangan besar orang yang menjadi pemimpin Parti Komunis semasa Revolusi 1917 dan “orang-orang” Lenin dituduh pengkianat. Ramai antara mereka, membuat pengakuan terbuka di mahkamah awam sebelum dihukum Stalin. Pada tahun 1938, seorang pegawai tinggi NKVD (polis rahsia), yang mengetuai siri Great Purge/Gerakan Pembersihan, juga dibawa ke mahkamah awam atas dakwaan mengkhianati Stalin.",
"Great Purge di pertengahan tahun 1930-an, meluas ke seluruh tubuh Parti Komunis dan Angkatan Bersenjata. Pembersihan yang dilakukan Stalin bukan semata-mata untuk masalah anti komunis, malah kontra revolusi. Stalin lebih berjaya menggunakan pengaruhnya untuk menghapuskan komunis berbanding polis czar. Sebagai contoh, dari Ahli Jawatankuasa Pusat Komunis yang terpilih pada tahun 1934, lebih dari dua pertiga dihukum kerana dituduh mengkhianat.",
"Dasar Politik Joseph Stalin\n\nSudah tentunya idea-idea politik Stalin, banyak dipengaruhi idea Komunisme Karl Marx dan mantan Presiden Parti, Lenin. Teras politik pertama adalah, Kolektiviti Pertanian, tiadanya hak kepemilikan peribadi oleh petani, semuanya adalah milik negara. Teras ini adalah bertujuan, untuk memusatkan pengurusan ekonomi kepada negara. Bernula dari pengeluaran, pengedaran dan sehingga kepada pembahaguan peruntukan per wilayah (tanah pertanian), semuanya diurus negara. Ini bemakna, semua rakyat harus melepaskan milikan peribadi mereka, seperti ladang dan kebun, kepada negara. Tiadanya hak kepimilikan peribadi, para petani tidak berhak keatas tuaian mereka, untuk teras ini,",
"Seluruh proses pengeluaran, dimiliki dan diurus oleh negara. Para petani bekerja bagai buruh paksa, pemerintah hanya menawarkan keperluan asas kepada mereka. Tentu sahaja ianya tidak mencukupi sehingga terjadinya kemiskinan dan kebuluran. Antara semua wilayah Kesatuan Soviet, Ukrainelah yang paling terkesan dengan sistem ini, sehingga terjadinya Tragedi Holodomor yang mengorbankan banyak nyawa.",
"Teras politik seterunya adalah Pengindustrian Besar Besaran atau Industrialisasi. Walaupun ekonomi pertanian Soviet sudah besar, namun begitu negara itu tetap miskin. Justeru itu ekonomi lain juga harus diwujudkan. Menurut Stalin, industrilisasi sangat penting untuk memperkuatkan ekonomi Soviet, dan untuk menyaingi ekonomi Amerika Syarikat. Fokus Stalin adalah industri berat, terutama jentera ketenteraan. Dan sudah tentu, bahan-bahan asas untuk membina jentera seperti besi, aluminium dan tembaga harus dicarigali oleh ratusan ribu buruh buruh paksa yang hidup di wilayah Soviet.",
"German – Soviet (NONAGGRESSIONPACT)",
"Pada tarikh 23 Ogos 1939, iaitu sebelum bermulanya Perang Dunia ke 2, Jerman dan Kesatuan Soviet telah mengejutkan dunia Eropah, apabila mereka bersetuju untuk menandatangani Non Aggression Pact. Perjanjian ini adalah bertujuan, agar kedua dua negara tidak saling menyerang atau berperang dalam tempoh 10 tahun mendatang. Kesatuan Soviet diwakili Joseph Joseph Stalin sendiri dan pihak Nazi Jerman berwakilkan kaunselornya Adolf Hitler. Kemudiannya dalam masa 2 minggu dari itu, Hitler menyerang Poland dari barat, manakala Kesatuan Soviet menyerang bahagian timur Poland dan mendudukinya. Pada akhir 1939 juga, Kesatuan Soviet mengancam tiga buah negara merdeka iaitu Latvia, Lithuania, dan Estonia dengan kuasa senjata. Ketiga-tiga negara tersebut menyerah tanpa berperang dan seterusnya menjadi sebahagian dari wilayah kesatuan Soviet.",
"Perjanjian antara Soviet dan Jerman itu akhirnya dicabuli pada tshun 1941, apabila Nazi Jerman melancarkan perang ke atas Kesatuan Soviet. Dan selebihnya, kita semua tahu betapa Nazi Jerman kalah dalam peperangan ini.",
"Kehidupan Peribadi Joseph Stalin",
"Di sebalik kejayaan dunia politik Stalin, Sang ‘Penguasa Besi’ ini juga punyai kisah duka. Dalam kehiduoan bekerluarga Stalin, ia tidaklah terlalu bahagia dan ceria. Stalin berkahwin pertama kali dengan Ekaterina Svanidze pada tahun 1904. Malangnya, tiga tahun kemudian isterinya meninggal dunia, akibat menghidapi penyakit paru paru,. Anak tunggalmya Jacob, dirangkap oleh pihak Jerman semasa Perang Dunia ke-2. Jerman membuat tawaran pertukaran, namun Stalin menolak. Akhirnya anaknya mati di kem tahanan.",
"Stalin berkahwin buat kali kedua, bersama Nadezhda Ailillulyeva, pada tahun 1910. Sudah jatuh ditimpa tangga, isteri keduanya juga meninggal dunia pada tahun 1932. Ada khabar mengatakan isterinya bunuh diri. Dalam perkahwinan keduanya, Stalin dikurniakan dua anak, anak lelakinya Vasily, merupakan pegawai Angkatan Udara Rusia, dan merupakan seorang pemabuk. Dia meninggal dunia pada tahun 1962. Manakala anak perempuannya Svetlana, seorang penulis, dibuang negeri dari Kesatuan Soviet Rusia, dan pada tahun 1967, berhijrah ke Amerika Syarikat. Akhir kisah kepada Penguasa Besi ini ialah pada tarikh 5 Mac 1953, sang diktator ini meninggal dunia, pada umur 73 tahun di Istana Crenlin, Moscow, Rusia.",
"Sumber Rujukan:\n\nHistory.com (2009) Joseph Stalin. http://www.history.com/topics/joseph-stalin\n\nHistory.com (2009) German-Soviet Nonaggression Pact. http://www.history.com/topics/world-war-ii/german-soviet-nonaggression-pact"
] |