url
stringlengths 33
227
| headline
stringlengths 6
157
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.thepatriots.asia/firaun-akhenaten-penyebar-agama-monotheism-di-mesir-purba/ | Firaun Akhenaten: Penyebar Agama Monotheism Di Mesir Purba? | [
"Pegangan agama utama masyarakat Mesir kuno adalah menyembah para dewa dewi yang diyakini mempunyai kekuasaan tertentu yang merangkumi Dewa Amen-Ra, Dewa Horus, Dewa Anubis, Dewi Isis dan sebagainya. Penyembahan dewa dewi ini bermula sekitar zaman pra-dinasti Mesir iaitu ketika fasa Naqada ketiga. Pada zaman ini, bumi Mesir belum disatukan dibawah satu bendera empayar, tetapi dibahagikan menjadi dua buah kerajaan yang dikenalpasti sebagai Kerajaan Mesir Atas dan Mesir Bawah. Kedua buah kerajaan ini menyembah dewa dewi sehingga mereka membina kuil-kuil sembahan yang diperkirakan lebih besar daripada istana sang firaun.",
"Seperti sedia maklum, kerajaan Mesir Atas (Lembah Nil) menyembah Dewi Nekhbet (Mut) sehingga lambang suci dewi ini, iaitu burung hering diletakkan sebagai simbol rasmi mahkota putih Hedjet. Lain pula bagi kerajaan Mesir Bawah (Delta Nil) yang menjadikan Dewi Wadjet sebagai sembahan utama sehingga meletakkan simbolnya iaitu ular senduk di mahkota merah Deshret.",
"Penyatuan dua buah kerajaan ini disimbolkan oleh Raja Narmer melalui penyatuan dua buah mahkota juga, Hedjet dan Deshret lalu ianya diberikan nama mahkota suci Pschent.",
"Kedua buah kerajaan purba ini akhirnya disatukan dibawah pemerintahan Raja Narmer iaitu pemerintah terakhir kerajaan Mesir Atas sekaligus menamatkan Dinasti 0 dan fasa Naqada Ketiga serta membuka Dinasti 1 yang di mana ianya menjadi dinasti pertama yang memulakan episod terukirnya peradaban Dinasti Mesir di atas lembaran peta sejarah dunia.",
"PENYATUAN DEWA AMUN DAN DEWA RA.",
"Dalam buku A Brief Of Egypt karya Arthur Goldscmidt Jr, beliau menyatakan:",
"Pada era Kerajaan Lama (Old Kingdom), Dewa Ra diangkat sebagai sembahan utama didampingi oleh dewa dan dewi lainnya.",
"Demikian zaman pun berlalu dan kepopularan Dewa Ra menurun setelah Dewa Amun diangkat sebagai dewa matahari pada era Kerajaan Baru (New Kingdom). Lalu, taraf Dewa Ra diturunkan menjadi dewa yang menguasai alam bawah (underworld). Setelah itu barulah dua entiti suci ini digabungkan.",
"Sosok sembahan Dewa Amun dan Dewa Ra adalah berlainan jenis sebelum kedua sosok ini digabungkan menjadi satu dewa iaitu Dewa Amun-Ra. Tetapi walaupun berbeza, Dewa Amun dan Dewa Ra disifatkan sama sebagai dewa matahari atau dewa yang menciptakan dunia, Mesir dan dewa-dewi lainnya.",
"Perbezaan kedua sosok ini akhirnya disatukan dibawah pemerintahan Firaun Ahmose I (Amenes) setelah mengalahkan Dinasti Hyksos (keturunan kaum Ad) yang menguasai wilayah Mesir Bawah. Kisah penaklukan dan berdirinya Dinasti Hyksos di bumi Mesir sama seperti kisah penaklukan Dinasti Mongol (Yuan) di dataran China. Kekalahan Dinasti Hyksos membuka peluang untuk Firaun Ahmose I menyatukan Mesir buat kali kedua seterusnya mendirikan dinasti baharu iaitu Dinasti Kelapan Belas pada era Kerajaan Baru (New Kingdom).",
"Dengan berdirinya dinasti baru ini, maka Firaun Ahmose I menjadikan kotanya, Thebes sebagai ibukota rasmi Dinasti Kelapan Belas.",
"Pada era inilah, dewa Amun-Ra menjadi lambang sembahan suci negara dan masyarakat Mesir khususnya rakyat yang tinggal di ibukota kuno Mesir Dinasti Kelapan Belas, Thebes, yang mempercayai Dewa Amun-Ra sebagai pelindung kota. Masyarakat Mesir yang menetap di ibukota Thebes memanggil Dewa Amun-Ra sebagai ‘Bapa’ dan Dewi Mut (dewi sembahan Firaun Narmer dan isteri Dewa Amun-Ra) sebagai ‘Ibu’.",
"Kepercayaan dan keagungan Dewa Amun-Ra diteruskan oleh penerus Firaun Ahmose I iaitu Firaun Amenhotep I (anaknya), Firaun Thutmose I, Firaun Thutmose II, Firaun Hatsheput, Firaun Thutmose III, Firaun Amenhotep II, Firaun Thutmose IV, Firaun Amenhotep III, sehingga akhirnya mahkota kekuasaan ini turun ke atas Firaun Amenhotep IV.",
"FIRAUN AMENHOTEP IV: PEMIMPIN YANG DILAKNAT?",
"Setelah menaiki takhta sebagai pemimpin Dinasti Kelapan Belas, baginda masih meneruskan legasi kepercayaan agama nenek moyangnya ke atas rakyatnya (tetapi baginda sendiri tidak pernah mengakui kewujudan Dewa Amun-Ra), sehinggalah tiba tahun kelima pemerintahan baginda. Baginda menukar nama gelarannya dari Amenhotep IV kepada Akhenaten iaitu yang membawa maksud ‘Roh Atun’. Pembaharuan yang dibawa oleh Firaun Akhenaten yang menyebarkan agama berkonsepkan monoteisme dan meninggalkan kepercayaan agama nenek moyangnya yang berkonsepkan politisme.",
"Berdasarkan beberapa pemerhatian, ada yang mengemukakan teori bahawasanya Dewa Atun merupakan sosok yang sama seperti Dewa Ra, kerana kedua dewa ini menyerupai sifat yang sama iaitu sebagai dewa matahari. Akhenaten tidak pernah menggambarkan atau menyamakan Tuhan sembahan baginda ini kepada bentuk haiwan, unsur alam apalagi dirinya sendiri. Baginda mengakui bahawasanya Tuhan sembahannya ini tidak mampu ditunjukkan ke dalam sebuah bentuk, iaNya mempunyai zat tersendiri. Dalam tulisan Hieroglif yang didapati dari dinding piramid atau helaian papyrus, tidak pernah dicatatkan, dilukis, dibina tugu yang menunjukkan sosok dan wajah Dewa Atun.",
"Walaupun Akhenaten menukarkan ke agama menyembah Tuhan yang baharu, hanya segelintir masyarakat Mesir sahaja yang berani mengikuti seruan baginda ini. Para pendeta yang memegang kepercayaan kepada Dewa Amun-Ra diarah untuk menyembah Atun, dan segala kuil sembahan yang menyembah Dewa Amun-Ra ditutup. Monumen, tugu atau segala benda yang mengangkat keagungan Dewa Amun-Ra segera dibuang dan dilarang ketika di zaman kekuasaan Akhenaten.",
"Segala unsur penyembahan kepada Dewa Amun-Ra diharamkan terus dan revolusi secara mendadak dan tidak pernah muncul di kalangan para Firaun mengejutkan para rakyatnya. Hakikatnya, sebelum ini, rakyat mematuhi segala arahan Firaun dan Firaun sendiri merupakan ‘undang-undang’ negara kerana para Firaun menjadi manusia perantara yang menghubungkan manusia dengan dewa Amun-Ra. Kelebihan yang diciptakan oleh para keturunan Firaun kepada dirinya ini membuatkan para rakyat tidak berani menentangnya dan jika sesiapa menentang Firaun maka bala bencana akan menimpanya.",
"Jadi, bagaimana dengan seorang Firaun yang dari waktu kecilnya tidak pernah berniat untuk menyembah berhala apatah lagi setelah baginda memegang tampuk kekuasaan sebagai simbol wakil para dewa ini telah menentang dewa sembahan utama mereka, Dewa Amun-Ra dan mengambil tindakan drastik menutup, menghancurkan serta membuang agama kepercayaan nenek moyangnya sendiri? Adakah dengan membuang penyembahan kepada para berhala ini, maka ianya secara tidak langsung telah membuka kelemahan ‘kedaulatan’ nya di hadapan para rakyatnya sendiri?",
"Ya, setelah Firaun Akhenaten melancarkan agama baharu yang dianutinya ini, ramai pendeta yang menentang baginda, bahkan ada yang mengakui baginda adalah pemimpin yang dilaknat oleh dewa. Hanya segelintir masyarakat yang setia menjadi pengikut baginda.",
"Nama Akhnaten sendiri dimaknai dengan ‘Pengkhianat’ dan ‘Penjenayah’ lalu setelah kewafatannya, kesemua data rekod mahupun namanya dibuang dariipada daftar keluarga diraja Firaun. Tugu Akhenaten disembunyikan dan ada yang dibuang, kuil menyembah Aten diruntuhkan atau diubah kembali menjadi kuil menyembah Amun-Ra. Segala informasi berkaitan Akhenaten dibungkam sehingga pelbagai tuduhan dilemparkan kepada sosok pemimpin ini seperti tidak pandai mentadbir negara dan pemerintahannya dilaknat oleh para dewa.",
"Kesemua kisah disebalik Akhenaten terkunci selama beberapa ribu tahun lamanya sebelum namanya ditemukan semula oleh para ahli arkeologi yang menggali di kawasan tapak runtuhan kota Akhenaten. Penemuan Surat Amarra dan hasil DNA dari tubuhnya yang ditemui dimakamkan di Lembah Para Raja (perkuburan kerabat diraja Firaun) berhubung kait dengan Firaun Tutankhamun (Raja Tut) membuka sebuah kotak misteri yang tersimpan rapi selama ribuan tahun. Siapakah Akhenaten ini sehingga segala data dan rekodnya dibuang dan tidak disenaraikan di dalam kerabat diraja Dinasti Kelapan Belas?",
"Sebelum memasuki tahun kelima pemerintahan baginda, aktiviti penyembahan kepada Dewa Amun-Ra dan kegiatan para pendeta tidak diganggu dan mereka bebas melakukannya tanpa sebarang sekatan.",
"Pada tahun kelima, setelah siapkan pembangunan kompleks di kota Akhetaten (El-Amara) di wilayah timur Karnak ini, maka baginda bersama ahli keluarganya berangkat dan tinggal di istana kota Akhetaten. Dengan perpindahan Firaun Amenhotep IV ke kota baharunya ini, maka secara tidak langsung baginda memindahkan pusat pentadbirannya lalu baginda mengeluarkan arahan baru mengharamkan penyembahan berhala Amun-Ra, mengubah dan namanya menjadi Akhenaten (ah keh NAH tun) ini menunjukkan baginda dengan tegas mengubah pegangan agamanya.",
"Zaman pemerintahan Akhenaten dikenali sebagai zaman ‘Kebenaran dan Kejujuran’. Walaupun ramai pendeta Amun-Ra dan sebahagian rakyat menentangnya, tetapi baginda tetap meneruskan urusan pentadbirannya dengan menciptakan pelbagai hubungan diplomatik dengan raja-raja yang berada di luar bumi Mesir.",
"Dalam buku bertajuk Akhenaten and Tutankhamen: The Religious Revolution oleh Susanna Thomas mukasurat 11, beliau menulis:",
"Bukti ini dapat dilihat melalui tablet yang diperbuat daripada tanah liat (berjumlah 330 tablet) yang ditemui di bekas runtuhan kota Akhetaten iaitu ‘Surat Amarna’ (tulisan dalam bahasa Akkadia-Mesopotamia) yang menyatakan bukti perhubungan diplomatik antarabangsa diantara Akhenaten dengan:",
"1. Raja empayar Babylonia Kadashman.",
"2. Raja empayar Asyur, Uballit I.",
"3. Raja empayar Mitanni, Tushratta.",
"4. Raja dari wilayah Arzawa, Tarhundaraba.",
"5. Raja bangsa Het, Suppililiuma.",
"6. Raja wilayah Ugarit, Niqm-Adda II.",
"Dan ramai lagi.",
"Dengan membawa agama kedamaian yang baharu, Akhenaten tidak memaksa rakyatnya untuk menyembah Atun. Buktinya dapat dilihat ketika mana Akhenaten membawa diri bersama keluarga dan para pengikutnya tinggal di kota baharu Akhetaten dan segala ritual agamanya hanya dilakukan di sini sahaja. Walaupun arahan tegas dari Akhenaten untuk meruntuhkan segala kuil sembahan Amun-Ra, tetapi arahannya ini tidak dilaksanakan bahkan para pendeta bersatu suara dalam menentangnya.",
"Tambahan pula, Akhenatan tidak mengakui dirinya sebagai dewa bahkan baginda juga tidak mahu sosoknya diagungkan sehingga tugu-tugu yang dipahat menyerupainya digambarkan sebagai kurus dan tidak sasa. Begitu juga isterinya, Nefertiti yang terkenal dengan kecantikan di bumi Mesir pada waktu itu tidak menyatakan baginda adalah gambaran Dewi Isis.",
"Setelah 17 tahun lamanya memerintah dengan pegangan agama menyembah Atun, maka Akhenaten pun wafat dan takhta ini diturunkan kepada Firaun Smenkhkara. Jenazah Akhenate dikebumikan di kompleks perkuburan diraja firaun yang memerintah di Amarna iaitu, Wadi Abu Hassah al-Bahari. Jenazah Akhenaten tersimpan rapi di kompleks pemakaman ini dan ajaran agama yang diperjuangkan ini diteruskan oleh para penerusnya. Tetapi setelah kewafatan Ratu Nefertiti, maka Tutankhaten menaiki takhta sebagai pemerintah Dinasti Kelapan Belas yang baharu."
] |
https://www.thepatriots.asia/eksperimen-afro-jerman-nazi/ | Eksperimen Afro-Jerman Nazi | [
"27 Januari setiap tahun diraikan sebagai hari memperingati peristiwa Holocaust. Tarikh tersebut dipilih kerana pada hari itu, tahanan-tahanan dari kem tahanan Auschwitz-Birkenau dibebaskan, majoritinya berbangsa Yahudi. Selain orang Yahudi, bangsa lain seperti Roma dan Slavik turut menjadi mangsa kekejaman rejim Nazi Jerman. Maka tidaklah mengejutkan bahawa mereka juga diingati pada hari tersebut. Tetapi dalam pada itu, tidak ramai tahu bahawa orang kulit hitam juga menjadi mangsa kekejaman rejim Nazi.",
"Pada abad ke-19, sesetengah negara Afrika dijadikan sebagai wilayah jajahan Empayar Jerman. Antara negara yang terkesan ketika itu ialah Togo dan Namibia. Tetapi itu tidak bermakna Jerman menerima mereka sepenuhnya. Walaupun pada akhir abad ke-19 dan sebelum Perang Dunia Pertama (WWI), perkahwinan campur masih lagi dibenarkan, sesetengah pegawai koloni enggan membenarkan ia berlaku. Alasan mereka, perkahwinan campur sebegini menggugat bangsa kulit putih Jerman. Menjelang tahun 1912, isu ini dibincangkan di Reichstag (Parlimen Jerman) di mana mereka bimbang anak-anak yang lahir dari perkahwinan campur ini boleh mendapat kerakyatan Jerman, sekaligus membawa kepada hak pengundian, boleh berkhidmat dalam tentera dan memegang jawatan awam seperti mana orang kulit putih Jerman.",
"Dan selepas WWI, wujudnya satu istilah dipanggil ‘Rhineland Bastards’ kepada anak-anak kacukan Afrika-Jerman. Mereka ini lahir hasil daripada hubungan wanita Jerman-askar koloni Afrika. Media Jerman sering menyiarkan laporan palsu mengatakan mereka merogol wanita Jerman. Namun hakikatnya, penduduk tempatan menganggap mereka berbudi bahasa dan popular kerana tidak menunjukkan perasaan dendam terhadap warga Jerman berbanding tentera Perancis sendiri. Berbanding laporan propaganda Jerman yang dijadikan hujah untuk memerangi mereka oleh rejim Nazi, hanya 400-600 kanak-kanak saja yang dilahirkan dari hubungan sebegitu berbanding jumlah populasi 20,000-25,000 warga kulit hitam di Jerman ketika itu.",
"Tetapi itu tidak menghalang ramai dari mengecam dan menyelar orang kulit hitam sebagai perosak kehebatan bangsa kulit putih Jerman. Buktinya, coretan Adolf Hitler dalam memoirnya, Mein Kampf, “Orang Yahudi bertanggungjawab membawa orang-orang kulit hitam ke Rhineland dengan idea merosakkan bangsa kulit putih yang mereka benci. Dari situ, orang Yahudi boleh mengurangkan tahap politik dan budaya bangsa kulit putih agar bangsa ini dapat didominasi oleh mereka.” Dalam catatan lain, Hitler turut menyifatkan plot di Rhineland sebahagian daripada plot Perancis berikutan peningkatan penduduknya yang berkulit hitam.",
"Dan selepas Hitler naik sebagai Cancelor Jerman dan penguatkuasaan Undang-Undang Nuremberg, kebanyakan golongan minoriti Jerman dilayan seperti bangsa asing di negara sendiri termasuk orang kulit hitam. Bagi memburukkan lagi keadaan, timbul satu kajian dari seorang ahli antropologi Jerman bernama Dr Wolfgang Abel berkenaan kanak-kanak Afrika-Jerman dan Asia-Jerman. Dalam kajian tersebut, Abel menyifatkan kanak-kanak kacukan ini agresif, psikotik dan dianggap lemah berbanding kanak-kanak bangsa Aryan. Beliau turut menyifatkan wanita yang mengandungkan anak-anak ini tercemar kerana menjadi medium bagi bangsa asing untuk melahirkan anak-anak sebegini.",
"Akibatnya, pada tahun 1937, Gestapo diarahkan mengumpul orang kulit hitam seramai mungkin. Ramai dibunuh, dihantar untuk dimandulkan atau dipaksa jadi bahan uji kaji manusia. Bagi orang kulit hitam bukan warga Jerman pula, mereka tidak dihantar pulang. Kebanyakan mereka turut dibunuh atau dipenjarakan tanpa bicara. Dan bagi ‘Rhineland Bastards’ pula, mereka dipaksa menjalani proses pemandulan seperti diarahkan oleh rejim. Berdasarkan rekod, lebih 400 proses pemandulan direkodkan tetapi ada yang terselamat dari proses tersebut seperti Hans Massaquoi. Massaquoi terselamat berikutan status beliau sebagai cucu kepada raja puak Vai di Liberia, Momolu Massaquoi. Pihak Nazi mahu mempergunakan status beliau sekiranya mereka berjaya merampas semula wilayah-wilayah Afrika yang terlepas dari tangan Jerman selepas WWI. Bagi wanita-wanita Jerman yang mengandung hasil dari hubungan dengan lelaki berketurunan Afrika, mereka dipaksa menggugurkan kandungan.",
"Selain dipaksa menjalani proses pemandulan, mereka juga dinafikan hak bekerja, hak kerakyatan dan hak untuk berkahwin dengan lelaki atau wanita kulit putih Jerman. Kanak-kanak kulit hitam pula dinafikan hak bersekolah dan ramai tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran ke universiti atau mendapatkan latihan profesional. Dan apabila peluang bekerja semakin berkurangan, warga Afrika-Jerman ini turut dipaksa berlakon dalam filem-filem propaganda Nazi yang memaparkan kepulangan koloni-koloni Afrika kepada Jerman sebagai sumber pendapatan. Lebih buruk, ada juga dipaksa menjadi sebahagian daripada hiburan sarkas di mana mereka dipaksa memakai skirt rumput, duduk di hadapan pondok lumpur dan berlagak seperti orang gasar. Warga Jerman yang menonton akanketawa dan mengejek mereka tanpa mengetahui orang yang digelakkan itu sebenarnya boleh berbicara dalam Bahasa Jerman. Berdasarkan statistik, 400 zoo manusia wujud di Jerman pada tahun 1930-an. Selepas ia diharamkan pada tahun 1939, mereka dipaksa bekerja sebagai buruh paksa dan dilabel buruh asing semasa Perang Dunia Kedua (WWII).",
"Ada sesetengah askar kulit hitam yang bernasib baik berkhidmat sebagai tentera Wehrmacht semasa WWII. Tetapi bilangan mereka amat sedikit. Namun itu tidak menghalang mereka dari mendaftar sama ada dengan Hitler Youth atau Wehrmacht. Dan ada juga warga kulit hitam bukan kerakyatan Jerman yang mendaftar sebagai askar upahan semasa kempen di Afrika bersama Afrika Korp dan Timur Tengah. Ini yang mendorong Wehrmacht menubuhkan legion tertentu seperti dalam satu kes, Legion Arab Bebas yang ditubuhkan oleh Mufti Baitulmaqdis, Mohammed Amin al-Husseini. Semasa kempen Nazi di Tunisia, ramai warga Arab Tunisia dikerah menyertai legion tersebut.",
"Berdasarkan rekod, tiada polisi rasmi berkenaan warga kulit hitam Jerman. Cadangan polisi rasmi berkenaan mereka pernah dipertimbang oleh ketua Schutzstaffel (SS), Heinrich Himmler semasa mengadakan tinjauan berkenaan bilangan populasi kulit hitam di Jerman dan negara-negara jajahan Nazi Jerman. Himmler pernah mempertimbang untuk mengumpulkan mereka seperti mana yang dilakukan populasi Yahudi tetapi ia tidak pernah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang rejim dari menahan dan memenjarakan mereka dalam kem-kem tahanan Nazi. Antara mangsa kekejaman rejim:",
"a) Hilarius Gilges merupakan seorang artis jalanan Afrika-Jerman berusia 24 tahun dan merupakan anak jati Dusseldorf, Jerman. Merupakan anak kepada seorang pekerja tekstil wanita Jerman dan lelaki Afrika yang tidak dikenali, pegawai-pegawai SS menahannya bukan saja atas sebab warna kulit tetapi juga kerana pendirian politiknya yang berbeza. Dan semasa dalam tahanan, mereka menyeksa dan membunuh Gilges, sekaligus menjadikan dirinya mangsa pembunuhan pertama di Dusseldorf semasa pemerintahan rejim. Sebagai memperingati Gilges, sebuah plaza di bandar itu dinamakan sempena namanya pada tahun 2003.",
"b) Valaida Snow merupakan bintang jazz yang meningkat naik. Berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian, wanita jelita ini juga mahir bermain alat muzik termasuk saksofon dan klarinet. Pada tahun 1939, rakannya yang juga pejuang pembebasan Perancis, Josephine Baker memberi amaran akan kemunculan rejim Nazi dan menasihatkan Snow untuk pulang ke Amerika Syarikat. Tetapi Snow pergi ke Denmark, salah satu negara yang dijajah Nazi. Di situlah, beliau ditahan dan dipenjarakan di kem tahanan Wester-Faengle. Selepas 18 bulan dalam tahanan, Snow dibebaskan sebagai pertukaran tawanan dan kembali ke New York dalam keadaan hampir mati dan mempunyai berat 65 paun. Beliau kembali semula ke pentas sebagai penghibur tetapi trauma yang membelenggunya semasa dalam tahanan mengubah dirinya menjadi orang yang berbeza.",
"c) Mahjub bin Adam Mohamed merupakan askar yang berkhidmat dengan Jerman semasa WWI di koloni Timur Afrika Jerman. Selepas tamat perang, Mahjub berhijrah ke Jerman dan berkahwin dengan seorang wanita dari Sudetenland. Dan seperti ramai warga kulit hitam Jerman, beliau berlakon dalam beberapa filem yang memerlukan watak orang kulit hitam. Dan pada masa ini juga, Mahjub turut mempunyai hubungan dengan beberapa wanita Jerman dan mendapat beberapa orang anak. Rejim Nazi tidak menyukai apa yang dilakukannya lalu beliau ditahan atas tuduhan merosakkan kesucian bangsa Aryan. Mahjub ditahan tanpa bicara di kem tahanan Sachsenhausen dan meninggal dunia tiga tahun kemudian. Mahjub diberi penghormatan sebagai lelaki kulit hitam pertama diberikan memorial di Jerman sebagai mangsa kekejaman rejim Nazi.",
"Dendam rejim Nazi Jerman tidak terhenti pada warga kulit hitam Jerman saja, ia termasuk mana-mana warga kulit hitam yang dianggap memusuhi rejim. Semasa Perang Perancis, ramai askar Perancis termasuk askar-askar dari koloni mereka ditawan. Dan mereka menjadi mangsa jentera propaganda Jerman yang menganggap mereka sebagai hamba kepada Perancis yang memerangi rejim atas alasan menyelamatkan tamadun manusia dari jadi mangsa rejim. 3,000 pegawai dan tentera Afrika-Perancis ini dihukum bunuh semasa dalam tahanan. Dan jika ada yang merasakan mereka mendapat layanan saksama dalam kem, anda salah. Mereka turut didiskriminasi dan mendapat layanan lebih buruk berbanding rakan tawanan yang berkulit putih. Dan sebagai tambahan, tiada sebarang usaha merekodkan bilangan askar atau orang awam berkulit warna yang terbunuh semasa kempen Afrika Korp di Afrika Utara atau di Timur Tengah. Walaupun ada yang berhujah perang berlaku di kawasan gersang, tetapi itu juga menunjukkan sikap diskriminasi dan tiada usaha untuk mengiktiraf mereka yang terbunuh ini.",
"Mungkin atas sebab inilah, mengapa respon Jerman terhadap krisis pelarian yang melanda Eropah bercampur-campur. Pengajaran yang diambil dari peristiwa Holocaust dan respon kelompok liberal terhadap usaha kemanusiaan ini seharusnya dipuji. Namun pada masa sama, respon kelompok pelampau haluan kanan yang bimbang akan situasi imigran ini. Ia sebenarnya merujuk pada satu visi masyarakat Jerman sejak tahun 1945; idea walau seberhak mana kelompok ini diberi peluang di Jerman, selagi mana mereka bukan berkulit putih, selagi itulah mereka tidak layak digelar warga Jerman.",
"Walau bagaimanapun, pengakhiran rejim Nazi Jerman selepas WWII ini bukan bermakna pengakhiran kepada diskriminasi Afro-Jerman. Ini kerana timbul satu laporan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi amaran kepada pelancong-pelancong kulit hitam dari tidak pergi ke kawasan-kawasan gelap dan tinggi risiko jenayah. PBB turut menyiasat dakwaan guru-guru Jerman sengaja memberi gred rendah kepada kanak-kanak Afro-Jerman dan berlakunya diskriminasi dari segi pekerjaan terhadap kelompok ini.",
"SUMBER"
] |
https://www.thepatriots.asia/sains-di-sebalik-cinta-pandangan-pertama/ | Saintis Membuktikan Kewujudan Cinta Pandangan Pertama | [
"Orang ramai tidak boleh menggambarkan cinta dengan satu jawapan mutlak. Ibaratkan lain padang, lain belalang – cinta berbeza antara individu. Ada yang tidak suka tengok muka pasangan tetapi sanggup buat apa saja deminya. Ada yang takkan boleh lepas pasangan daripada mata dan rela buat keputusan tanpa berbincang. Dan tidak lupa juga golongan sendu tanpa cinta, seperti segelintir dalam kalangan pembaca yang asyik kena tinggal pasangan.",
"Namun sains selama ini tidak faham tentang ‘cinta pandangan pertama’. Fenomena ini sangat pelik tetapi takkan boleh diketepikan sebagai kebetulan semata-mata. Cuba fikir sejenak: Melayu panggil cinta pandangan pertama; Inggeris panggil ‘love at first sight’; Sepanyol pula panggil ‘amor a primera vista’. Dan Jerman macam biasa ayat mesti panjang: ‘die liebe auf den ersten Blick’. Takkan mungkin suatu kebetulan jika hampir semua budaya ada definisi khas menyampaikan maksud sama. Takkan mungkin suatu kebetulan, jika ramai percaya kewujudannya (De Klerk, 2017).",
"Percikan Cinta Selepas Dilamun",
"Saintis sudah banyak mengulas tentang cinta. Ulasan mereka tidak terhad pada sains sosial semata-mata. Banyak penyelidikan mengupas daripada perspektif sains saraf (neuroscience). Salah satu kajian dibuat Dr. Trisha Stafford yang mencapai kesimpulan: ‘jatuh cinta itu mudah; kekal bercinta sememangnya susah.’ Kesimpulan ini memberi mukadimah perihal cinta pandangan pertama.",
"Apabila seseorang jatuh cinta, memang betul: hati berasa melayang-layang. Walau bagaimanapun, bukan hati (liver) yang memaikan peranan. Sebenar-benarnya ada ‘percikan cinta’ di bahagian otak dalam bentuk tindak balas kimia (Blatchford, 2016). Bak kata Dr. Stafford, otak orang dilamun cinta adalah sama seperti otak penagih heroin.",
"Limpahan bahan kimia ini tidak berhenti, bagaikan dalam bentuk pusingan. Sebab itulah mereka sanggup buat apa sahaja – selagi mana pusingan ini berterusan.",
"Kajian Dr. Stafford disahkan saintis daripada Universiti Ibrani Jerusalem di Israel. Mereka membuat pemerhatian pada 46 pacaran pantas (speed dating). Dan mereka mengesahkan orang boleh jatuh cinta dalam masa dua minit sahaja (Middleton, 2022). Jatuh cinta bukan main biasa-biasa – sampai cara berpeluh pun dikaji habis.",
"Cinta Bagaikan Dadah",
"Orang Melayu membawa tafsiran khusus tentang hubungan. Cuba tengok balik macam mana ramai bertunang sebelum perkahwinan. Ada dalam kalangan pasangan sekarang bertunang sekurang-kurangnya setahun sebelum mengikatkan hubungan nikah. Sedar atau tidak, tempoh ini membuat zon selesa untuk kedua-dua pasangan. Mereka ada masa secukupnya untuk keluar daripada kepompong lamunan cinta dan membina suatu hubungan berkomited yang lebih realistik.",
"Sudah pasti semua benda yang berlaku ada baik dan buruk. Tunang terlalu lama boleh menyebabkan hati jadi tawar. Tunang terlalu singkat mengundang bahaya kerana sisi buruk pasangan mungkin terlindung. Semua kena guna akal sendiri untuk bersua kenal. Waktu itu barulah segala baik buruk diketahui. Pasangan suka keluar malam dengan kawan-kawan. Pasangan suka pecah barang hanya kerana WiFi lambat. Pasangan tidak suka mandi.",
"Mesej di sini jelas: jambatan antara “lamunan cinta” ke “komitmen benar”. Sepertimana Dr. Stafford cakap, senang jatuh; susah kekal. Pada masa ini, mungkin kalian yang sudah berkahwin boleh ambil masa dan buat sedikit imbasan tentang perkahwinan sendiri. Masa berlalu pantas membuatkan hubungan kalian nampak mudah. Tetapi sedar atau tidak, terlalu banyak mekanisme yang main peranan sampai sekarang. Walhal otak kalian boleh saja percik balik dan jatuhkan hati pada orang lain secara tiba-tiba.",
"Bagi yang masih single sampai hari ini, kalian baca sekadar tambah ilmu cukuplah.",
"RUJUKAN:",
"Blatchford, E. (2016, Julai 20). We talk to a neuroscientist about love at first sight. The Huffington Post.",
"De Klerk, A. (2017, Mac 31). This is the percentage of men who believe in love at first sight. Harper’s Bazaar.",
"Middleton, J. (2022, Jun 3). Love at first sight is real, new study claims – as couples sync ‘within minutes’. Independent UK"
] |
https://www.thepatriots.asia/hindutva-ekstrimis-yang-membntai-umat-islam/ | Hindutva: Ekstrimis Yang Memb*ntai Umat Islam | [
"Untuk minggu ni, dunia bertumpu pada India. Sementara Trump membuat lawatan sulungnya ke India, rusuhan tercetus di Delhi Timur Laut dan telah meng0rbankan 42 nyawa setakat ini.",
"(Delhi Timur Laut adalah sebahagian daripada wilayah Delhi di mana terletaknya ibu negara India iaitu New Delhi. Kiranya Delhi ni macam KL, New Delhi tu pusat bandar KL, Delhi Timur Laut tu macam Chow Kit)",
"Rusuhan berpunca daripada pertembungan antara petunjuk perasaan yang berdemo membantah Akta Pindaan Kewarganegaraan (Citizenship Amendment Act / CAA) yang diluluskan pada Disember tahun lepas di mana kerajaan India memberi kewarganegaraan pintas kepada pelarian asal Pakistan, Afghanistan dan Bangladesh merangkumi kaum Hindu, Sikh, Buddhis, Jain, Parsi dan Kristian, kecuali Muslim.",
"Ramai Muslim di India marah dengan CAA sebab ia nampak mendiskriminasi Muslim dan cuba menjayakan cita-cita kerajaan Bharatiya Janata Party (BJP) untuk menjadikan India sebagai sebuah negara Hindu (Hindu rashtra). Maka demonstrasi tercetus di seluruh India. Bukan saja Muslim bantah, golongan anti-BJP pun bantah percubaan tersebut untuk meng-Hindu-kan India.",
"Habis selama ni India bukan negara Hindu ke? Jawapannya bukan. Perlembagaan India menakrifkan India sebagai sebuah negara sekular di mana tiada mana-mana agama mempunyai keistimewaan. ",
"Sekularisme ni didukung oleh Bapa Kemerdekaan India, Mahatma Gandhi sendiri dan juga parti Indian National Congress (INC) yang mendominasi politik India dari 1947 hingga 1977.",
"Bagi golongan sekular ni, walaupun majoriti orang India ialah penganut Hindu (dalam 80%), tapi ada juga Muslim (14%), Sikh (di wilayah Punjab), Kristian, Buddhis, Jain dan macam-macam lagi, jadi Hindu tak sesuai dijadikan identiti negara. ",
"Malah Gandhi juga membantah penubuhan negara Pakistan sebab dia anggap Hindu dan Muslim sepatutnya hidup bersama-sama selepas kemerdekaan British India, bukannya memisahkan diri berdasarkan identiti agama (boleh baca di sini untuk sejarah yang lebih lanjut: https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10210586982510394)",
"Tapi pegangan Gandhi ni ditentang oleh pendukung Hindutva atau “nasionalisme Hindu”. Nasionalisme Hindu tak sama dengan agama Hindu. Tak semua Hindu tu pendukung Hindutva. Macam Jawaharlal Nehru, PM India pertama (1947-1964) dari INC ialah seorang Brahmin Hindu, tapi dia anti Hindutva dan mendukung sekularisme.",
"Hindu dalam ideologi Hindutva ni lebih kepada “nasionalisme romantik”. Romantik ni bukan romantik bunga ros candlelight dinner live band tapi merujuk kepada “romantisisme” iaitu nostalgia tentang zaman silam yang tak menepati realiti dan terlebih-lebih mengagungkan “kesempurnaan” sesuatu bangsa/kaum.",
"Hindutva imagine orang Hindu dah ada identiti kukuh sebelum kedatangan Muslim yang menawan utara India dan mendirikan Kesultanan Delhi (1206-1526) dan Empayar Mughal (1526-1857). Jadi diorang anggap unsur-unsur Islam dalam sejarah India sebagai unsur asing. Muslim bagi diorang ialah penindas dan penjajah. Sebab tu ada pelampau Hindutva yang mahu robohkan Taj Mahal pun ada.",
"Tapi bagi orang macam Gandhi pula, dua-dua Hindu dan Muslim adalah sebahagian daripada sejarah India. Dan itu menyebabkan Gandhi dit3mbak oleh pelampau Hindutva bernama Nathuram Godse.",
"Selepas Gandhi men!nggal, sekularisme menjadi arus utama India sehingga kebangkitan BJP yang menjadi lubuk pelampau Hindutva. Kali pertama BJP berkuasa adalah dari tahun 1998-2004, dan pada zaman ini juga berlaku rvsuhan Gujarat (tahun 2002) yang menyebabkan hampir 800 Muslim terk0rban.",
"Dan Ketua Menteri Gujarat pada waktu itu ialah Narendra Modi yang membimbing BJP kembali ke tampuk kuasa pada tahun 2014.",
"Sejak dari itu, makin terjadi-jadi keganasan terhadap Muslim sebab pelampau Hindutva ni anggap diorang sudah berkuasa. Dan selepas BJP melanjutkan mandat kuasanya dalam PRU 2019.",
"Modi pun makin berani untuk membuat dasar yang dilihat menyumbang ke arah Hinduisasi India, antaranya pembatalan status autonomi Jammu dan Kashmir yang majoritinya Muslim, dan CAA yang dilihat akan dapat mengurangkan peratusan Muslim dalam negara.",
"Dan apabila kaum Muslim dan golongan anti-Hindutva mengadakan demonstrasi di Delhi Timur Laut sejak Ahad (23 Februari) yang lepas, politikus BJP bernama Kapil Mishra telah menghasut pengikutnya (geng BJP/Hindutva) untuk serang petunjuk perasaan. ",
"Walaupun media India menyifatkan peristiwa ni sebagai “rusuhan”, tapi melihat kepada reaksi polis dan penguatkuasa yang slow, ramai syak ni lebih kepada serangan terancang (pogrom) ke atas Muslim untuk tunjuk power Hindutva.",
"Dan walaupun terang-terang pelampau Hindutva men!ndas Muslim di India, media Barat tak banyak yang berbunyi pun, tak macam kes Uyghur di China (at least China sorok-sorok dan buat macam-macam alasan untuk justify). ",
"Kenapa? Sebab India ialah “demokrasi terbesar” di dunia dan rakan strategik kepada Barat (terutamanya US) untuk menentang Rusia, China dan Iran.",
"Walaupun OIC kecam, India pun buat dek je, Modi just suruh jangan menyibuk. India ni bukan calang-calang, zaman Perang Dingin pun tak bagi muka kat US (India pro-Soviet pada zaman Perang Dingin), apatah lagi nak bagi muka kat negara-negara Arab/Islam ni.",
"Jadi isu di India sekarang ialah kebangkitan ekstremis politik yang menggugat asas negara India sebagai negara sekular. Tak semua penganut Hindu sokong Hindutva. ",
"Jadi tak perlu menangguk di air keruh dengan mengapi-apikan sentimen anti-Hindu, atau mengambil kesempatan nak tembak so-called “right-wing nationalist” dekat Malaysia. ",
"Fahami isu berdasarkan konteksnya."
] |
https://www.thepatriots.asia/ilmuwan-islam-yang-berpegang-pada-evolusi/ | Ilmuwan Islam Yang Berpegang Pada Evolusi | [
"Apabila Charles Darwin membentangkan dapatan sains beliau melalui On the Origin of Species, dunia melihat beliau sebagai pelopor yang memangkinkan teori evolusi. Hakikatnya evolusi tidak dilahirkan pada 24 November 1859 (tarikh buku itu diterbitkan).",
"Bermakna Darwin bukan sama sekali pelopor atau pemangkin teori evolusi. Dan Darwin pun tidak pernah mengakui dirinya sedemikian. Sebaliknya beliau amat terkenal kerana sumbangan berjasanya dalam pemahaman sains.",
"Hanya keberkesanan sahaja yang membezakan Darwin dengan penyumbang-penyumbang lain seperti Alfred Russel Wallace dan Jean-Baptiste Lamarck. On the Origin of Species benar-benar menambat perhatian orang ramai.",
"Dengan Darwin menggapai kemasyhuran, nama-nama lain pun tenggelam. Dunia Islam pula lebih mengenali Darwin, berbanding ilmuwan-ilmuwan Islam yang turut membentangkan tentang teori evolusi.",
"Salah seorang ilmuwan yang wajib diketahui semua ialah Abu Uthman al-Basri. Lebih terkenal sebagai al-Jahiz, beliau meninggalkan sebuah legasi dengan 140 penulisan.",
"Tulisan al-Jahiz yang paling popular ialah Kitab al-Hayawan, menerangkan tentang haiwan secara berfakta. Kitab ini mengandungi tujuh jilid yang merekod 350 spesis haiwan (Masood, 2009).",
"Al-Jahiz menerangkan tentang mekanisme evolusi bernama pemilihan semulajadi (natural selection).",
"Pengamatan al-Jahiz sebenarnya mudah saja. Tikus sentiasa mencari makanan dan setiap hari kian menjadi licik. Tetapi tikus mencari haiwan-haiwan yang tidak mampu melawannya.",
"Takkan mungkin seekor tikus keluar mencari kucing dan ular untuk dimakan. Jangankan tikus – nyamuk pun begitu, mencari rezeki makanan setiap hari tetapi takkan sesekali menghisap d4r4h pepatung yang kemudian takkan cuba memakan katak.",
"Haiwan yang lemah mencari lebih lemah. Haiwan yang kuat takkan mencari haiwan lebih kuat.",
"Mungkin al-Jahiz atas kekangan zaman tidak menerangkan secara saintifik moden, tetapi apa yang dibentangkan memang sama dengan rantai makanan pengeluar, primer, sekunder dan tertier.",
"Faktor persekitaran mempengaruhi keupayaan organisme untuk menjaminkan kehidupan sendiri dan secara perlahan menjadikan organisme sedemikian sebuah spesis baharu. Hasil kerja al-Jahiz merentasi zaman dan mempengaruhi pembentangan ilmu dalam kalangan golongan seperti Abu Rayhan al-Biruni, Ibnu Khaldun dan Ibnu Tufail.",
"Malah al-Mas’udi juga bersetuju dengan al-Jahiz, bahawa tumbuh-tumbuhan berevolusi daripada logam semulajadi yang membangunkan biologi dunia ini dengan haiwan.",
"Dan haiwan kemudian menjadi manusia (Raghib, n.d.). Imam Raghib pula berkata bahawa mausia berasal daripada jirim tidak hidup.",
"Walaupun daripada Isfahan, Raghib merupakan seorang Sunni Asyariah yang berpendapat sedemikian kerana manusia dijadikan daripada tanah liat iaitu unsur penting untuk tumbuh-tumbuhan.",
"Apa yang jelas di sini ialah Dunia Islam pernah bergiat secara aktif dalam membentangkan ilmu-ilmu saintifik secara terperinci. Ilmu-ilmu dibawa mereka tiada beza pun sebenarnya dengan pembentangan Darwin.",
"Malah al-Mas’udi berkata manusia berasal daripada haiwan lagi. Begitu juga Ibnu Khaldun yang mengatakan, “peringkat tertinggi manusia dicapai melalui alam monyet” (Muhammad, n.d.).",
"Sedangkan Darwin sendiri tidak pernah berkata manusia berasal daripada beruk (Blitz, 2015).",
"Namun mereka konsisten dan berani mengulas tentang sesuatu yang malangnya hari ini ditapis, ditangkis dan ditutup sehabis-habisnya. Kekangan ilmu telah merosakkan pemahaman tentang evolusi, terutamanya dalam kalangan umat Islam.",
"Sebut saja pasal evolusi, mesti ramai sangka “manusia daripada beruk” padahal jauh panggang dari api. Namun umat Islam percaya bahawa ketinggian Nabi Adam as mencecah 27 meter (60 hasta), walhal ketinggian manusia sekarang sukar melepasi 2.7 meter pun.",
"Evolusi merangkumi aspek yang sangat luas. Dan ilmuwan-ilmuwan Islam sedemikian percaya bahawa evolusi tidak menandingi kuasa Tuhan. Sebaliknya evolusi menjadi peralatan Tuhan (instrument of God) dalam menyempurnakan biologi hari ini.",
"RUJUKAN:",
"Blitz, M. (2015, Februari 21). 7 myths about Charles Darwin. Business Insider.",
"Masood, E. (2009, Mac 1). Islam’s evolutionary legacy. The Guardian.",
"Muhammad, S. S. (n.d.) Pre-Darwinian Muslim Scholars’ Views on Evolution.",
"Raghib, I. (n.d.). Tafsil al-Nashatayn wa-Tahsil a-Saadatyn. Halaman 22."
] |
https://www.thepatriots.asia/ainuddin-bin-abdul-wahid-bapa-jurutera-orang-melayu/ | Ainuddin bin Abdul Wahid: Bapa Jurutera Orang Melayu | [
"Negara kita telah berjaya melahirkan ramai pemikir hebat dalam bidang pendidikan. Nama – nama yang masyhur seperti Aminuddin Baki, Zainal Abidin Ahmad, dan Tun Abdul Razak sering kali meniti di bibir rakyat negara kita sebagai tokoh pendidikan di negara kita.",
"Sebenarnya, masih terdapat seorang lagi pejuang tanah air dalam bidang pendidikan yang sewajarnya mendapat penghormatan yang setaraf diatas jasa – jasa yang telah beliau sumbangkan untuk mengangkat martabat bangsa kita. Beliau juga telah memerah keringat untuk melihat anak bangsanya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain di luar sana. Beliau telah berkorban sepanjang hayat untuk melihat anak – anak Melayu berada di puncak kejayaan.",
"Gerangan tersebut ialah tokoh pendidikan teknikal negara, Tan Sri Ainuddin bin Abdul Wahid. Beliau merupakan mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang pertama. Nama ini sering timbul apabila kita berbicara tentang perkembangan pendidikan teknikal dan kejuruteraan di negara kita. Tidak keterlaluan untuk mengelarkan beliau sebagai Bapa Teknikal Negara juga.",
"Beliau merupakan seorang anak Melayu yang menceburi bidang ini dan kemudiannya terlibat secara langsung dalam membangunkan sistem pendidikan profesional khususnya di bidang kejuruteraan. Tan Sri menjadi pelopor dalam usaha menggerakkan sistem asing itu bertukar menjadi sistem kebangsaan yang berorientasikan keperluan dan kepentingan masyarakat setempat. Banyak perkara yang telah dilakukan oleh Ainuddin dalam usaha mengangkat pendidikan khususnya bidang teknikal dan kejuruteraan setaraf dengan bidang lain.",
"PERINTIS KEPADA PENUBUHAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)",
"Jasa dan pengorbanan Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid masih lagi boleh dilihat hingga ke hari ini dan pasti diingati sampai bila-bila terutama kepada warga UTM. Beliau merupakan contoh terbaik yang wajar diikuti dan dijadikan sebagai teladan untuk kita semua. Semangat dan kesungguhan beliau membangunkan anak bangsa ketika nasib bangsa Melayu seperti telur di hujung tanduk wajar dipuji kerana ia merupakan permulaan kepada pembangunan bangsa Melayu hingga mampu menyaingi bangsa lain pada masa kini.",
"Beliau merupakan perintis kepada penubuhan dua UTM di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur dan di Skudai, Johor. Pada permulaan zaman kegemilangan beliau, UTM pada masa kini hanyalah sebuah Sekolah Teknik yang ditubuhkan dalam tahun 1925 iaitu ketika Tanah Melayu masih berada dalam pemerintahan British. Pada waktu itu, sekolah ini menjadi tempat melatih pegawai-pegawai kerajaan.",
"Kemudian, sekolah ini dibaikpulih dan dinaiktaraf menjadi Maktab Teknik. Beliau berpeluang menjadi pengetua di Maktab Teknik Kuala Lumpur (MTKL) dan peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh beliau sebagai medium memperjuangkan nasib orang Melayu yang semakin lama semakin terhakis.",
"Bukan itu sahaja, beliau juga mengimpikan untuk menaiktaraf Maktab Teknik kepada sebuah universiti, iaitu Universiti Teknologi. Impiannya itu hampir menjadi kenyataan pada tahun 1972 apabila kerajaan meluluskan permohonannya itu disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan iaitu masalah kekurangan jumlah tenaga manusia di bidang kejuruteraan dan teknologi.",
"Maktab Teknik Kuala Lumpur (MTKL) telah dinaiktarafkan kepada sebuah Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) yang setaraf dengan ITB di Bandung dan beliau dilantik sebagai Reaktor pertamanya. Dua tahun kemudian, impiannya menjadi kenyataan sepenuhnya apabila nama Institut Teknologi Kebangsaan ditukar secara rasmi pada tahun 1974 kepada Universiti Teknologi Malaysia selepas beliau dan Lembaga Pengurus Institut memohon kepada kerajaan untuk menukar nama Institut kepada Universiti agar orang ramai tidak keliru dan melihatnya tidak setaraf dengan universiti-universiti lain.",
"Selepas menubuhkan UTM, beliau telah meneruskan perjuangan untuk membela nasib orang Melayu dengan berusaha mengurangkan syarat kemasukan ke universiti khususnya buat orang Melayu. Beliau mencadangkan supaya hanya kepujian dalam matematik dan Bahasa Melayu sahaja dijadikan syarat kemasukan dan tidak memasukkan kredit dalam Bahasa Inggeris.",
"Hasilnya, lebih ramai pelajar Melayu dapat memasuki UTM, dan dengan sendiri mengubah komposisi pelajar di universiti itu. Hal ini jelas menunjukkan kesungguhan beliau ingin membantu anak bangsanya walaupun terpaksa berhempas pulas memerah keringat yang ada.",
"MELAKAR UNIVERSITI BERLANDASKAN ISLAM",
"Ketika Tan Sri Ainuddin Wahid mula-mula sampai di kampus Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) beliau mendapati rata-rata pelajar Melayu berkelakuan seperti ‘hantu’. Hal ini kerana akhlak serta sahsiah dan disiplin mereka sangat rendah. Keadaan kampus riuh rendah dengan pelajarnya yang berpakaian selekeh.",
"Biarpun surau telah diperbaharui namun keadaan surau itu setiap kali masuk waktu solat seperti pelajar-pelajar Melayu di ITK bukan beragama Islam. Hal ini telah menimbulkan kemasygulan dalam hati beliau terhadap sahsiah pelajar Muslim. Oleh sebab yang demikian beliau telah muncul dengan idea untuk mengadakan kelas Pendidikan Agama Islam bagi menambah pengetahuan para pelajar tentang akhlak, sahsiah dan disiplin yang amat dituntut dalam Islam.",
"Beliau seterusnya membentangkan hal tersebut kepada bahagian Majlis Penasihat ITK. Kegigihan serta usaha beliau itu tidak berakhir begitu sahaja, beliau seterusnya telah pergi berjumpa dengan orang yang telah melantik beliau iaitu Tun Razak bagi mendapatkan pandangan beliau sebelum usul tersebut dihantar ke Kementerian Pelajaran. Hujah yang diberikan Tan Sri Ainuddin telah menyebabkan kertas cadangan beliau diluluskan tanpa banyak soal. Tun Razak amat kenal akan Ainuddin yang bersemangat nasional dan teguh pegangan agamanya.\nBiarpun pada awalnya beliau ingin memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Agama Islam kepada pelajar bukan Islam juga, namun rasional beliau masih mampu menerima nasihat telah membatalkan hasrat beliau itu. Beliau sedar akan implikasi politik yang kurang baik dari segi hubungan kaum mungkin berlaku.",
"Akhirnya telah diperkenalkan matapalajaran Tatasusila kepada pelajar bukan Islam. Kelas Pendidikan Agama Islam akan diadakan selama dua jam sahaja pada setiap minggu. Sungguhpun begitu, kesannya amat besar kepada para pelajar.",
"Pelajar juga diasingkan mengikut kefahaman agama masing-masing untuk memudahkan sesi pengajaran diadakan. Pelajar telah mula menujukkan perubahan yang positif setelah mengikuti matapelajaran Pendidikan Agama Islam dan Tatasusila. Kesedaran terhadap pentingnya menutup aurat juga beliau tingkatkan.",
"Pelbagai usaha telah beliau lakukan bagi memastikan pelajar-pelajar Melayu tidak hilang ciri keislamannya. Dengan cara ini sekali lagi beliau telah melakarkan namanya dalam sejarah sebagai individu pertama di Malaysia yang meletakkan landskap universiti bercirikan Islam serta memperkenalkan Pendidikan Agama Islam dan Tatasusila di peringkat universiti.",
"BAPA TEKNOKRAT MELAYU",
"Kesedaran tentang kemajuan bangsa Melayulah yang menjadikan Tan Sri Ainuddin Wahid seorang pendidik yang amat dikenang oleh pelajar-pelajarnya. Seawal menjadi pengetua di Maktab Teknik Kuala Lumpur (MTKL), beliau telah berusaha untuk melahirkan lebih ramai teknokrat berbangsa Melayu.",
"Bahasa merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar Melayu untuk memasuki MTKL. Hal ini kerana bahasa pengantar di MTKL merupakan bahasa Inggeris manakala majoriti pelajar Melayu datang daripada sekolah beraliran Melayu. Pelajar Melayu juga menghadapi masalah untuk belajar di MTKL memandangkan semua buku teksnya ditulis dalam bahasa Inggeris.",
"Beliau tidak menunggu lama sebelum membuat keputusan untuk mengajak pensyarah berbangsa Melayu yang lain untuk melakukan suatu perkara yang tidak akan dilakukan oleh manusia moden kini iaitu menterjemah buku teks yang sedia ada kepada bahasa Melayu. Para pensyarah tersebut tidak membantah apa yang dipinta oleh Ainuddin ketika itu. Hanya demi melihat lebih ramai orang Melayu di MTKL mereka sanggup bersengkang mata untuk menterjemah buku -buku tersebut.",
"Seterusnya, beliau turut mendapati bukan sahaja MTKL menghadapi masalah kekurangan pelajar Melayu tetapi juga pensyarahnya. Oleh itu, apa yang dilakukan oleh beliau adalah beliau telah pergi meminta bantuan pekerja daripada organisasi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains untuk dipinjamkan ke MTKL bagi mengajar disana.",
"Seterusnya beliau turut meminta pensyasrah dari luar negara untuk dihantar ke MTKL terutama dari Indonesia bagi mengajar dalam bahasa Melayu. Akhir sekali, beliau telah meminta bantuan badan – badan persatuan pelajar iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk mempromosikan MTKL agar lebih ramai pelajar Melayu yang mengetahui kewujudan maktab yang akan menghasilkan ramai teknokrat seperti beliau kelak.",
"GPMS tidak menolak pinta beliau sebaliknya telah berusaha berkempen tentang MTKL sekaligus membuat kelas tuisyen kepada pelajar di sekolah bagi membantu mereka memasuki MTKL dengan mudah.",
"MENGANGKAT BAJU MELAYU SEBAGAI PAKAIAN RASMI",
"Tan Sri Ainuddin telah menunjukkan semangat nasionalis Melayu ketika majlis konvokesyen UTM pada tahun 1978. Semasa itu beliau memegang jawatan sebagai Naib Canselor UTM. Ainuddin dengan lantangnya menegaskan bahawa setiap mahasiswa diwajibkan untuk memakai Baju Melayu berwarna hitam berserta samping hitam di dalam jubah graduasi yang juga berwarna hitam.",
"Mortar board telah ditukarkan kepada songkok hitam untuk kaum lelaki. Bagi mahasiswi pula, mereka akan memakai jubah yang sama seperti mahasiswa. Yang membezakannya ialah mereka diwajibkan untuk memakai baju panjang yang mencecah hingga ke buku lali di dalam jubah tersebut. Mortar board yang sering kali dipakai ketika majlis konvokesyen pula telah ditukarkan kepada tudung putih.",
"Bagi memastikan perkara ini terlaksana dengan lancar, pihak universiti telah membekalkan songkok bagi lelaki dan tudung putih bagi perempuan secara percuma. Perkara ini diterima dengan hati yang sangat terbuka bagi kaum Melayu kerana akhirnya pakaian tradisi yang juga merupakan pakaian kebangsaan mendapat tempat yang selayaknya.",
"Namun perkara yang dilakukan oleh Ainuddin ini telah ditentang sekeras – kerasnya oleh kaum-kaum lain terutama sekali kaum Cina. Apabila konvokesyen dengan pakaian sebegini hendak diadakan pada 1978, pihak MCA yang mewakili suara kaum Cina telah menjadikan perkara ini sebagai suatu isu yang sangat besar sehingga dibahaskan di Parlimen.",
"Konvokesyen yang sepatutnya dijadualkan pada 7 Oktober 1978 telah ditunda sehingga 20 Disember 1978. Daripada seramai 100 orang graduan yang sepatutnya menerima Ijazah pada hari itu, hanya 46 orang graduan sahaja yang hadir. Daripada 46 orang graduan yang hadir, hanya 4 orang sahaja yang bukan Melayu.",
"Mereka memboikot majlis itu hanya kerana mereka perlu memakai Baju Melayu. Perkara yang dilakukan oleh Ainuddin sebenarnya tidak salah malah menjadi ikutan oleh Universiti Islam Antarabangsa 10 tahun selepas itu. Universiti itu mempunyai pelajar dari serata pelosok dunia dan perkara itu tidak menjadi suatu masalah.",
"Perkara ini membuktikan bahawa kaum lain akan berasa tergugat jika warisan Melayu dijadikan sebagai perkara rasmi di dalam negara kita. Jadi kita seharusnya bangga dengan pakaian warisan yang kita ada dan sewajarnya menjadikan ia sebagai pakaian rasmi menggantikan kod pakaian pada masa ini yang menggunakan kod pakaian barat bagi majlis – majlis rasmi.",
"MUZIK ALAM MELAYU DIKEMBALIKAN",
"Selain itu, Ainuddin telah membawa warisan seni Alam Melayu yang telah lama berkubur. Warisan tersebut ialah Gamelan dan Rebana Ubi. Muzik itu pada ketika itu hanya ditempatkan di muzium dan tidak lagi dimainkan di mana – mana tempat di Tanah Melayu. Jadi, Ainuddin telah mengambil inisiatif untuk mengangkat warisan seni muzik Melayu ini untuk berada di tempat yang sepatutnya dengan membawa masuk gamelan ke dalam konvokesyen pertama UTM pada tahun 1978.",
"Berbeza dengan isu kod pemakaian yang telah dikeluarkan oleh Ainuddin, penggunaan muzik Alam Melayu ini tidak ditentang oleh mana – mana pihak kerana muzik ini dapat menawan pendengaran para tetamu bahkan mereka mengagumi ikhtiar yang telah dilakukan oleh Ainuddin yang membawa masuk sesuatu perkara yang telah lama berkubur dari Alam Melayu.",
"Perkara ini sepatutnya dicontohi oleh orang Melayu pada zaman ini bagi mengangkat martabat bangsa kita. Jika orang Korea berbangga dengan industri muzik mereka yang dikenali sebagai K-Pop, kita juga sepatutnya berbangga dengan warisan nenek moyang kita yang ada seperti gamelan, tarian zapin dan tarian mak inang.",
"MEMACU NEGARA KE ARAH YANG LEBIH MAJU",
"Tan Sri Abdul Wahid merupakan individu pertama yang memperkenalkan Jabatan Petroleum di UTM ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Naib Canselor. Pada waktu itu, bidang ini kurang popular dan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan terutama daripada orang Melayu. Bukan itu sahaja, teknokrat tempatan yang mahir dalam bidang ini amatlah sedikit malah mereka juga tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan industri petroleum di negara sendiri.",
"Syarikat seperti Esso dan Shell yang dimiliki oleh bangsa asing sahaja yang mampu untuk mengusahakan industri petroleum di negara kita. Beliau merasakan situasi ini boleh diubah jika anak tempatan dilatih dalam bidang ini dan terdapat usaha mendedahkan kepentingan bidang ini kepada generasi muda.",
"Oleh kerana inilah beliau berusaha mewujudkan bidang petroleum di UTM di samping menanam minat dalam generasi muda untuk menceburi bidang ini. Pada hari ini, usaha beliau selama ini telah membuahkan hasilnya. Malaysia telah berjaya untuk memiliki syarikat petroleum sendiri iaitu Petronas dan tidak perlu lagi bergantung kepada bantuan bangsa asing untuk mengusahakan hasil petroleum yang terdapat dalam negara.",
"KESIMPULAN",
"Kesimpulannya, orang Melayu sewajarnya mengikut jejak langkah yang telah dilakukan oleh Ainuddin bin Abdul Wahid dalam usaha mengangkat martabat bangsa Melayu supaya bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan bangsa – bangsa maju yang lain. Beliau sangat cintakan ilmu sehingga mendapat tiga pangkat Doktor Falsafah daripada tiga buah universiti berbeza yang sangat terkemuka di dunia.",
"Selain itu, ketokohan Ainuddin telah menambat hati panel pemilihan sehingga berjaya dinamakan sebagai pemegang anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1421. Tidak ketinggalan juga, syarikat – syarikat swasta menggunakan kepintaran yang terdapat pada Ainuddin untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka telah melantik Ainuddin untuk menjadi Pengarah di Sapura Telecommunications Bhd (Sapura Telecoms) dan Cement Industries of Malaysia.",
"Ainuddin bukan sahaja mendapat perhatian dari kalangan rakyat biasa sahaja malah dia telah mencuri tumpuan golongan Raja – Raja Melayu. Beliau telah dikurniakan beberapa pingat kebesaran negara atas keringkat beliau antaranya ialah Panglima Setia Mahkota (1975) dan Pingat Sri Paduka Mahkota Johor (1978). Setelah beberapa dekad lamanya membawa banyak perubahan kepada orang Melayu khususnya dan Malaysia amnya beliau akhirnya telah dijemput Ilahi untuk bertemu dengan penciptanya pada 18 Mei 2013 kerana sakit tua.",
"Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah mengambil langkah drastik untuk mengenang jasa pejuang pendidikan tanah air ini dengan cara menubuhkan Ainuddin Wahid Endowment Fund . Biasiswa ini bertujuan untuk membiayai 5 orang pelajar pada setiap tahun di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Teknologi Mara.",
"Anak-anak Melayu seharusnya mengenang usaha yang telah dilakukan oleh Ainuddin Abdul Wahid kerana tanpa beliau orang Melayu tidak akan dapat mencapai cita-cita mereka untuk menjadi seorang jurutera. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sewajarnya meletakkan nama Ainuddin di dalam sukatan pembelajaran supaya jasa dan pengorbanan beliau terus diingati dan dikenang sepanjang zaman.",
"Nama beliau seharusnya diletakkan di institusi-institusi terkemuka negara supaya anak Melayu pada zaman ini dapat mencontohi ketokohan dan keperibadian yang terdapat pada diri Ainuddin itu sendiri. Walaupun terdapat sebuah masjid yang menggunakan nama beliau, tetapi perkara itu tidak cukup buat seorang tokoh yang telah mencurahkan bakti kepada negara yang tercinta ini.",
"Ainuddin bin Abdul Wahid merupakan seorang tokoh bukan sahaja dalam bidang bahkan merupakan seorang Melayu yang sangat lantang bersuara demi anak bangsanya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat tempat yang selayaknya di sisi Allah. Al – Fatihah.",
"Artikel disumbangkan oleh H. Faizi untuk The Patriots. "
] |
https://www.thepatriots.asia/dua-versi-dendang-perantau/ | Dua Versi Dendang Perantau | [
"“Apabila umat Islam menyambut hari raya bererti menyambut hari lahir saya juga,” demikian seloroh P.Ramlee berkata kepada seorang wartawan dalam satu temubual di rumahnya di Jalan Dedap, Kuala Lumpur.",
"Secara umum mengetahui P.Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929. Tetapi berlaku kesilapan dan ketidaktepatan jika tarikh itu dipadankan dengan tarikh 1 Syawal pada tahun itu mengikut kalendar Islam. Ini kerana P.Ramlee pernah mendakwa bahawa beliau dilahirkan pada pagi 1 Syawal ketika umat Islam sedang bertakbir hari raya. Apabila diselidik maka benarlah tarikh 1 Syawal 1346 itu jatuh pada hari Jumaat, 23 Mac 1928. Tetapi di dalam kad pengenalan P.Ramlee tetap tercatat 22 Mac 1929 sebagai tarikh lahirnya.",
"Siapa yang boleh lupa dengan lagu Dendang Perantau nyanyian dan ciptaan P.Ramlee yang akan berkumandang setiap kali Aidilfitri menjelang pada setiap tahun. P.Ramlee telah sebati menjadi sebahagian daripada suasana hari raya di tanah air kita sehingga kini. Suasana hari raya rasanya tidak lengkap tanpa berkumandangnya lagu Dendang Perantau nyanyian P.Ramlee. Lagu itu dicipta oleh P.Ramlee dalam tahun 1950-an manakala liriknya dikarang oleh S.Sudarmaji.",
"Tetapi tahukah anda lagu Dendang Perantau sebenarnya mempunyai dua versi. Versi pertama dinyanyikan oleh P.Ramlee dengan iringan okestra dan telah dirakamkan ke piring hitam 78rpm. Pada tahun 1966 P.Ramlee merakamkan semula lagu berkenaan dan memberi nafas baharu dengan menyuntik sedikit elemen Pop Yeh Yeh dalam lagu tersebut kemudian telah dirakamkan dalam bentuk EP 45rpm.",
"P.Ramlee mempunyai tiga buah lagi lagu hari raya hasil ciptaannya iaitu Suara Takbir dan Selamat Hari Raya yang dipopularkan oleh Ahmad Jais. Manusia Miskin Kaya merupakan lagu hari raya pertama ciptaan P.Ramlee yang dinyanyikan oleh Nona Asiah pada awal tahun 1950-an yang dijadikan OST untuk filem Siapa Salah terbitan 1953.",
"RUJUKAN:",
"Gagak Di-Rimba – Abdullah Hussain\nErti Yang Sakti – Tun Ahmad Sarji\nTiada Kata Secantik Bahasa – Jamil Sulong\nIrama Sanubari – Ahmad Fauzee"
] |
https://www.thepatriots.asia/perbezaan-loghat-kedah-mengikut-kawasan/ | Perbezaan Loghat Kedah Mengikut Kawasan | [
"Ada member tunjuk satu video orang Kedah sedang bercakap. Kemudian dia tanya, “Kenapa kau cakap tak macamni pun?”",
"Haaa… Sebenarnya kalau nak tau, kat Kedah bukan ada satu loghat sahaja. Jadi kepada admin-admin page diluar sana, sebelum anda tulis caption kepada sesuatu video yang kononnya menyatakan orang itu bercakap loghat kedah yang pure, elok perhatikan dulu ketepatannya.",
"Begitu juga kepada pengarah drama atau filem yang nak buat watak orang Kedah. Elok study dulu sikit agar tak nampak fake ketika berlakon. Takda lah orang kecam macam drama Mak Cun dulu. Hampa jangan dok buat tak tahwan sangat.",
"Umumnya, ada sekurang-kurangnya 3 jenis cara orang Kedah bercakap iaitu :-\n1) Kedah Timur (Hulu)\n2) Kedah Selatan (Hilir)\n3) Kedah Utara (Hilir)",
"– KEDAH TIMUR\nVideo yang page-page Facebook selalu tunjuk tu adalah loghat Kedah Timur atau Hulu. Ianya merangkumi kawasan Padang Terap-Kuala Nerang, Sik, Baling, sebahagian kecil Pokok Sena dan sebahagian kecil Kubang Pasu. Loghat sebelah sini mirip dengan orang Kelantan.",
"Sebenarnya, yang lebih tepat, loghat mereka adalah loghat Reman. Reman dahulunya sebuah kerajaan Kesultanan Melayu di wilayah Fathani, selatan Thailand. Kerana itulah, loghat orang Baling-Sik-Padang Terap seakan-akan orang Fathani dan Kelantan. Bahkan, orang Hulu Perak seperti Gerik juga bercakap dengan loghat Reman. Perkampungan orang Siam juga banyak di sekitar kawasan ini. Sebab tu ada jugak loghat yang ala-ala Siam di sekitar kawasan ni.",
"Kelantan – Demo\nPerak – Deme\nKedah – Dema",
"– KEDAH SELATAN\nSebenarnya, Kedah Selatan dan Kedah Utara yang berada di hilir ni memiliki loghat yang sama sahaja. Cumanya dibezakan kerana lenggok sebutan atau nada intonasi yang agak berbeza. Kedah Selatan yang berdekatan dengan Pulau Pinang ini merangkumi Sungai Petani, Kulim-Bandar Baharu, Padang Serai, Merbok dan sebahagian Jerai.",
"Nada intonasi Kedah Selatan kedengaran agak kasar dan “meriah” cara percakapannya. Bak kata orang Kedah, watak mereka ini “kasaq, kahaq, ketegaq”. Tapi jangan mudah ambik hati, orang Kedah ni baik-baik semua aih… Jadi, kalau anda bersembang dengan orang Kedah dan cara dia cakap agak keras, “Wey! Hang dok buat loqlaq noh! Teghajang satgi mampoih kot! Hahaha”, cuba tanya dia, “Hang oghang Sungai Petani ka?”",
"– KEDAH UTARA\nKedah Utara yang berdekatan dengan Perlis ini merangkumi Alor Setar, Kubang Pasu-Jitra, Jerlun, Ayer Hitam, Kuala Kedah, Pendang dan sebahagian besar Pokok Sena. Kodiang yang selalu orang sebut tu dok di Kubang Pasu.",
"Orang Kedah utara ni cakap lembut sikit. Sopan-santun dan ada irama. “Weyh…~ awat hampa buat laguni kat kami. Kami dak kata kat hampa pun, hampa dok kata kat kami paseypa taktau. Gamak hampa kata kat kami noh”. Orang Kedah memang suka cakap “taktau”, “noh” dan “apa nama”.",
"Di Utara mendekati Perlis, lenggoknya lebih lembut. Manakala di Selatan mendekati Pulau Pinang, nadanya lebih tegas. Ini apa yang penulis temui secara peribadi lah. Mungkin pengalaman orang lain macam lain. Kerana nada percakapan ni boleh dipengaruhi dengan faktor gender penutur, usia atau pengaruh demografi sekeliling. Kalau nak pasangan hidup yang tegas-garang (cengey) tapi macho, carilah belah-belah Sungai Petani. Tapi kalau hampa nak hat jenih lembut-sopan (romantik), mai cari belah Loqstaq. Hahaha",
"Bagi Kedah Hilir, perkataan “aku atau saya” digantikan dengan “cek atau kami”. Penggunaan “cek” selalunya dengan keluarga manakala “kami” dengan kawan dan banyak jugak yang gunakan “aku” dengan kawan. Perkataan “mereka” digantikan dengan “depa”. Perkataan “kamu” digantikan dengan “hang” (agak kasar) atau “hampa” (lembut sikit).",
"Kedah pure ni Kedah Hilir. Kedah Hulu kadang-kadang orang Kedah hilir sendiri kurang faham sebenarnya kalau pekat sangat. Antara Alor Setar (Utara) dan Sungai Petani (Selatan), Alor Setar lebih tenang dan Sungai Petani agak havoc. Pusat pemerintahan Kedah iaitu ibu negeri adalah Alor Setar manakala Bandar DiRaja adalah Anak Bukit yang kedua-duanya di sebelah Utara.",
"Langkawi pulak banyak orang luar(pelancong). Haha. Sebab pusat peranginan bebas cukai. Tapi boleh lah nak klasifikasikan orang Kedah di Langkawi sebagai Utara sebab kedudukannya terletak di utara.",
"Tak semua benda orang Kedah tukar huruf R jadi Q. Kami tak panggil “selipaq” untuk selipar. Kami panggil kasut. Kami tak panggil “lansiaq” untuk langsir. Kami panggil teqai (tirai). Lansiaq tu hantu lansuir. Kami tak panggil “pasaq” untuk pasar. Kami panggil “merket”. Kami tak panggil biskut, kami panggil “ghoti”. Kami tak panggil “Selpiaq”, kami panggil Selfie la jugak… Amboi aih hampa, dok buat teqok sangat aih.",
"Satu lagi, kami orang Kedah tak cakap goyang-goyang kepala nah. Kami pun tak cakap dengan nada orang tengah kalut cempegha (kelam-kabut). Kena beza cara cakap kalut (macam drama tv dok buat), cara cakap berlenggok (utara) dan cara cakap kasar (selatan). Orang Kedah kalau perkataan hujung ada “NG”, sebahagiannya kami buang “G” tu bagi kat orang Terengganu. Kucing jadi Kucin, Kuning jadi Kunin, Kambing jadi Kambin.",
"Orang Kedah paling pantang kalau balik Kedah dok cakap KL. Seakan-akan satu dosa besar kalau tersasul cakap KL. Ini kerana bagi orang Kedah, standard loghat Kedah itu lebih tinggi berbanding KL. Melalui loghat Kedah, kami boleh agak orang tu sedang bercakap straight to the point, menyindir, marah, berjenaka atau sedang sembang muhong.",
"Semua ini hanyalah secara umum sahaja. Tak boleh nak rigid sangat perbezaan ini kerana terkadang, berlaku juga percampuran di sana sini. Kalau hendak diterangkan secara terperinci ianya sangat rumit dan memerlukan kajian yang mendalam.",
"Bahkan, banyak perkataan-perkataan orang tua sudah kurang diamalkan. Antaranya seperti “Seghiyat”, “Kedohoq”, “Menyeqok”, “Ghagaih” dan banyak lagi. Kanak-kanak kecil pula terpengaruh dengan cara percakapan di TV. Budak-budak sekarang sudah kurang bahasa. Ada juga budak kecik tiba-tiba cakap “lu ingat lu langsi ka?!”. Acah-acah gangster macamtu sebab terpengaruh dengan filem KL Gangster.",
"Khairi Asyraf\n-Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah.",
"Video Kedah Hilir : https://www.facebook.com/KedahOhsem/videos/1808784206006964/",
"Video Kedah Hilir : https://www.facebook.com/langkawiviral/videos/1449205868437497/",
"Video Kedah Siam : https://www.facebook.com/KedahOhsem/videos/2048324542052928/",
"Video Kedah Baling-Sik :https://www.facebook.com/110510865640344/posts/2167712929920117/"
] |
https://www.thepatriots.asia/kenapa-rakyat-kazakhstan-sedang-mengamuk/ | Kenapa Rakyat Kazakhstan Sedang Mengamuk? | [
"Takdir menentukan Kesatuan Soviet jatuh pada 26 Disember 1991. Macam-macam Mikhail Gorbachev buat untuk menangguhkan takdir ini, gagal angkara najis pentadbiran beliau sendiri yang menjadi sarang kala jengking (ahli politik).",
"Kejatuhan Soviet bukan sama sekali suatu peristiwa tukar kerajaan. Pada hari tersebut, sebuah negara mati – dan 15 buah negara baru dilahirkan. Salah satu negara tersebut adalah Kazakhstan, yang dipimpin seorang penguasa bernama Nursultan Nazarbayev.",
"Walaupun kapasitinya sebagai presiden, Nursultan ini sebenarnya seorang sultan yang tiada nur demokrasi. Beliau menunggang arus demokrasi hampir 30 tahun (1990-2019).",
"Maksudnya, bayi yang lahir semasa Kazakhstan keluar Soviet sudah menjadi bapa orang sekarang ini (kecuali segelintir dalam kalangan pembaca yang kekal bujang tidak laku sampai hari ini).",
"Dalam lembah politik, seorang pemimpin tidak boleh berkuasa terlalu lama. Negara akan masuk dalam lembah pembodohan kalau simpan pemimpin sama.",
"Bukan kerana pemimpin itu sendiri yang bodoh. Sebenarnya, kerana pemimpin itu asyik cantas-mencantas generasi pelapis sampai negara perlu masa untuk dapatkan pelapis baru.",
"Ada satu negara yang mengalami barah begini kronik. Pemimpin negara tersebut berkuasa lebih 20 tahun sampai penggantinya kalau tidak bangang, tua bangka namanya… cuba tengok apa jadi pada Soviet selepas zaman Joseph Stalin.",
"Kena pilih antara bangang (Leonid Brezhnev) dan tua (Yuri Andropov/Konstantin Chernenko).",
"Ini memang matematik dalam politik, terutamanya Kazakhstan yang mempunyai DNA kepimpinan sama seperti Soviet.",
"Begitu lama Nazarbayev bertakhta, membangunkan negara dengan sistem kapitalisme berkroni sampai 55 peratus daripada harta negara dibolot 152 hartawan (Kantchev, 2022).",
"Sistem mengutamakan kroni dan keluarga mendaulatkan bencana korupsi, yang menyusahkan hidup rakyat marhaen.",
"Dan pada tahun 2019, akhirnya Nazarbayev berundur daripada takhta presiden… memberi laluan kepada seorang boneka setia bernama Kassym-Jomart Tokayev.",
"Betapa setianya Tokayev ini sampai ibu negara Astana ditukar nama menjadi Nur-Sultan. Ingat balik fenomena “bangang dan bangka” yang membelenggu Soviet.",
"Untuk memaniskan imej, pihak pentadbiran menggunakan Photoshop supaya Tokayev nampak muda (Emerson, 2019).",
"Alih-alih tengok Nazarbayev sebenarnya bukan ke mana-mana pun. Beliau menjadi mirip Lee Kuan Yew demikian hari. Walaupun bukan penguasa, tetapi masih ada kuasa iaitu sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara.",
"Jadi legitimasi Tokayev sebagai penguasa tertinggi jelas sekali dipersoal. Ramai bising yang peralihan kuasa ini bagaikan main musical chair saja.",
"Dan pada 10 Mei 2018, rakyat mula bangkit menentang kerajaan dengan beberapa tuntutan seperti 1) peletakan jawatan Nazarbayev (daripada tampuk MKN) dan 2) peletakan jawatan Tokayev… dan 3) tukar negara menjadi republik berparlimen.",
"Api Dipadam Tetapi Abu Menyala",
"Pandemik COVID-19 seperti yang boleh dibayangkan telah menjejaskan ekonomi Kazakhstan. Sudahlah susah, kerajaan Tokayev pula tidak memberi rangsangan ekonomi yang mencukupi. Rakyat terbeban dengan kehilangan kerja.",
"Yang ada kerja pula gaji tidak naik. Tetapi harga barangan jangan cakaplah – naik macam gajah hidung pendek. Ekonomi Kazakhstan bergantung pada gas petroliam cecair (LPG). Baru-baru ini harga LPG naik dua kali ganda, membuatkan rakyat yang jatuh ditimpa tangga terhempap bumbung.",
"Sama macam bantahan 2018, harga gas kembali menjadi percikan api pada minyak yang lama mendidih. Akhirnya rakyat kembali ke jalanan menuntut bela daripada kerajaan yang bangang dan bangka.",
"Rakyat turun membantah. Tokayev pula dengan bangga keluar perintah rakyat ditembak dengan peluru hidup kerana menjadi perompak dan pengganas (Walker, 2022).",
"Nampaknya kerajaan Kazakhstan sudah lupa diri. Sebelum merdeka daripada Soviet dulu, ramai dalam kalangan anak muda Kazakh turun padang dan membantah di bandar Almaty.",
"Mereka membantah kerajaan Soviet secara habis-habisan, sampai 200 orang terkorban. Angka kematian ini menjadi minyak yang memanaskan enjin revolusi… akhirnya menganugerahkan kuasa pada Nazarbayev.",
"Sekarang kerajaan pelapis Nazarbayev mengambil alih tempat Soviet dan ingin menggunakan kekerasan untuk tutup mulut rakyat.",
"Sehingga 9 Januari 2022, 40 orang sudah terbυnuh. 4,400 orang sudah diberkas. Maka rumusannya jelas: bangang dan bangka. Itulah alamatnya jika pemimpin berkuasa terlalu lama. Tiba-tiba jadi amnesia lupa dulu mereka buat benda sama.",
"RUJUKAN:",
"Emerson, S. (2019, April 5). Le président du Kazakhstan devrait sans doute se calmer sur le Photoshop. The Vice.",
"Kantchev, G. (2022, Januari 7). Kazakhstan’s Elite Got Richer on Natural Resources. Then came the Unrest. Wall Street Journal.",
"Walker, S. (2022, Januari 7). Kazakhstan president says he gave order to ‘open fire with lethal force’. The Guardian."
] |
https://www.thepatriots.asia/raja-sargon-raja-purba-agung-mesopotamia/ | Raja Sargon: Raja Purba Agung Mesopotamia | [
"Tepat pada tahun 2334 Sebelum Masehi, Raja Sargon mengasaskan salah sebuah empayar paling hebat dalam sejarah dunia. Datang dari latar-belakang yang biasa-biasa sahaja, beliau membawa Zaman Keemasan buat Mesopotamia. Hikayat dan legenda menukilkan kisah bagaimana pemimpin yang gagah perkasa ini menakluk wilayah-wilayah di selatan Mesopotamia, Syria, Anatolia dan Elam (Iran barat). Kemudian, beliau melakukan usaha-usaha yang pelbagai supaya empayarnya itu dapat mentadbir dengan lancar.",
"\nNama Sargon dikatakan merupakan terjemahan Bible bagi nama yang berasal dari bahasa Akkadia, iaitu ‘Sarru-kinu’. Nama ini boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Raja Sebenar’. Dicatatkan bahawa masa pemerintahan Sargon bermula dari tahun 2334 hingga 2279 Sebelum Masehi.",
"PENGEMBARAAN BAYI DI DALAM BAKUL YANG MEREDAHI SUNGAI – SIAPAKAH SARGON?",
"Tidak banyak maklumat yang dipunyai tentang kehidupan sebenar Sargon. Kebanyakan kisah berkenaan beliau hadir dalam berupa cebisan-cebisan legenda yang dicantumkan. Misalnya, legenda beliau ketika masih bayi amat mirip dengan kisah Nabi Musa terutama apabila beliau dimasukkan ke dalam bakul lalu dihanyutkan ke sungai. Jika Nabi Musa dihanyutkan di Sungai Nil, Sargon pula dihanyutkan di Sungai Furat.",
"Identiti bapa kandung Sargon masih kekal misteri dalam kalangan sejarahwan. Ibunya pula dipercayai seorang paderi kuil atu mungkin pengkhidmat suci Dewi Ishtar. Apapun, insan yang bakal menjadi pengasas Empayar Akkadia ini ditemui oleh seorang petani yang berkhidmat untuk Ur-Zababa, raja wilayah Kish.",
"\nBerikut adalah apa yang dituliskan oleh Sargon dalam autobiografinya:",
"“Sargon si raja perkasa, raja Agade, itulah aku\nIbuku adalah manusia yang ditukar, sementara bapaku tidak pula aku ketahui.\nSaudara kepada ayahku amat mengasihi bukit-bukau.\nSementara kotaku adalah Azupiranu yang terletak di tebing Furat.",
"Ibuku mengandungkanku dan melahirkanku secara rahsia.\nDia meletakkan daku ke dalam sebuah raga secara tergesa-gesa, dan menutup mulut raga itu dengan minyak tar.\nLalu, aku dihanyutkan ke sungai yang airnya sama sekali tidak menyimbahi tubuhku.\nFurat membawaku kepada Akki, seorang penarik air.",
"Akki si penarik air mengangkatku keluar semasa dia sedang mendapatkan bekalan air.\nAkki si penarik air menjadikan aku sebagai anak angkatnya dan mengasuhku.\nAkki si penarik air kemudian menjadikan aku sebagai pengusaha tanamannya.\nKetika aku masih merupakan seorang petani, Ishtar mengurniakanku dengan kasihnya…”",
"Sargon kemudiannya berkhidmat sebagai pembawa cawan untuk Ur-Zababa. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, Ur-Zababa berasa terancam dengan Sargon dan berusaha untuk menghapuskannya. Beliau menemukan jalan terbaik untuk melaksanakan niat jahat itu apabila Lugal-zage-si, raja Sumeria dari Umma, datang bersama bala tenteranya untuk menakluk wilayah Kish.",
"Ur-Zababa mengutus Sargon untuk menyampaikan tablet tanah liat kepada Lugal-zage-si, kononnya tablet itu membawa pesanan yang memohon perdamaian. Namun tanpa beliau ketahui, tablet tersebut sebenarnya mengandungi pesanan yang meminta Lugal-zage-si agar membunuh Sargon. Walau bagaimanapun, helah tersebut gagal. Lugal-zage-si sebaliknya meminta Sargon agar menyertai beliau dalam kempen ketenteraannya memerangi Kish.",
"\nUntuk menambahkan lagi kehinaan yang dialami oleh Lugal-zage-si, Sargon mengikat leher musuhnya itu lalu mengusungnya ke Nippur. Di sana, beliau memaksa Lugal-zage-si agar melakukan perbuatan yang menghina dirinya sendiri di samping memalukan dewa pelindung Uruk, iaitu Enlil dengan sengaja mara memasuki kota itu melalui gerbang Enlil. Dewa pelindung Sargon adalah Ishtar. ",
"Justeru, tindakan beliau ini juga membawa maksud pengisytiharan kuasa dewinya itu.Lantas, mereka pun berganding bahu dalam menakluk Kish dan menggulingkan Ur-Zababa. Pun begitu, tidak lama kemudian, kedua insan itu bertelagah dan menjadi seteru antara satu sama lain. Sebaagian versi penceritaan menyebutkan bahawa Sargon menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Lugal-zage-si. Dalam perseteruan itu, Sargon berjaya menakluk Uruk dari tangan Lugal-zage-si dan raja itu ditewaskan dalam pertempuran yang berlaku di Kish.",
"Sebahagian besar wilayah Sumer (selatan Mesopotamia) berada di bawah kekuasaan negara-kota Uruk. Justeru, kekalahan Lugal-zage-si ini bermaksud bahawa Sargon kini menjadi pemerintah baharu bagi wilayah berkenaan. Dari wilayah tersebut, beliau dengan mudah boleh melancarkan kempen ketenteraan dan memperluaskan sempadan empayarnya. Namun, peperangan bukanlah satu-satunya perkara yang memenuhi ruang minda Sargon. Beliau turut menumpahkan perhatian untuk mentadbir dan menyelenggara wilayah kekuasaannya.",
"EMPAYAR YANG DITADBIR SECARA EFISIEN DAN BERKEMBANG DENGAN PESAT",
"Untuk tujuan itu, antara perkara yang beliau lakukan adalah menubuhkan birokrasi yang efisien, di mana sejumlah pegawai kepercayaannya diletakkan di setiap kota Sumeria untuk memerintah di bawah namanya.",
"Dalam pada itu, Sargon tetap jua meneruskan usaha untuk memperluaskan empayarnya. Di sebelah timur, Sargon memerangi dan menewaskan Elamites yang menghuni bahagian barat dan barat daya Iran. Di sebelah barat pula, Sargon menakluk sebahagian Syria dan Anatolia.",
"\nCatatan tentang kempen ketenteraannya ini ditulis sendiri oleh Sargon:Menerusi teks yang dikenali sebagai Epik Raja Peperangan, kita berupaya memperoleh maklumat berkenaan kempen ketenteraan Sargon di Anatolia yang dilancarkan atas permintaan para pedagangnya yang bergiat di sana, di mana mereka ini meminta agar Sargon melindungi mereka dari raja wilayah Purshahanda (lokasinya belum dikenal pasti). Teks itu juga turut menyebutkan bahawa Sargon sempat merentasi Laut Mediterranean dan tiba di Cyprus.",
"“Pada usiaku yang ke-55, kesemua wilayah bangun menentangku dan mereka mengepungku di Agade. Namun, singa tua ini masih mempunyai taring dan cakar. Aku berangkat untuk memerangi dan menewaskan mereka. Aku tumbangkan mereka dan hancurkan ketumbukan mereka. Kini, mana-mana raja yang mahu menggelar dirinya setara denganku, biarkan sahaja dia pergi!”",
"LEGASI YANG MEMASYHURKAN SARGON",
"Salah satu kesan susulan daripada penaklukan-penaklukan yang dilakukan oleh Sargon adalah terbangunnya aktiviti perdagangan dengan lebih rancak. Sargon menguasai hutan-hutan cedar di Lebanon dan lombong-lombong perak di Anatolia, di mana wilayah-wilayah ini membekalkan bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi kepadanya. Barangan ini kemudiannya didagangkan ke Tamadun Lembah Indus serta tamadun-tamadun yang terdapat di Oman dan Teluk (Teluk Parsi).",
"Namun, itu bukanlah satu-satunya legasi yang ditinggalkan oleh Sargon. Raja agung ini juga dikenang sebagai seorang pemerintah yang mewujudkan sebuah masyarakat yang di dalamnya, golongan lemah dilindungi. Legenda menceritakan bahawa di zaman pemerintahannya, tidak seorang pun rakyatnya mengemis. Balu-balu dan anak-anak yatim kesemuanya terbela nasib mereka.",
"Walau bagaimanapun, pemberontakan merupakan perkara yang lazim berlaku semasa pemerintahan Sargon. Pun begitu, sepertimana beliau sendiri tulis, musuh-musuhnya itu hanya ditakdirkan untuk berhadapan dengan ‘singa yang bertaring dan bercakar gagah’. Sargon Yang Agung memiliki latar belakang yang biasa-biasa sahaja. Beliau menaiki puncak kuasa bukanlah semata-mata untuk menyelamatkan rakyatnya. Namun, empayarnya tetap jua dianggap sebagai Zaman Keemasan.",
"Sargon dicatatkan mangkat atas faktor sakit tua dan kedudukannya diwarisi oleh putera beliau yang bernama Rimush. Empayar yang beliau tubuhkan ini berkuasa selama seabad setengah. Kekuasaan Akkadia berakhir apabila ia digantikan oleh Dinasti Gutian dari Sumer pada kurun ke-22SM.",
"TERJEMAHAN:",
"Wu Mingren. (2 Mac 2019). Sargon of Akkad: Famliar and Legendary Tales of a Famous Mesopotamian King. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/sargon-akkad-0010542"
] |
https://www.thepatriots.asia/sejarah-sukan-renang/ | Sejarah Sukan Renang | [
"Sukan renang merupakan salah satu sukan utama yang wajib ada di setiap kejohanan besar yang dipertandingan. Walaupun sukan ini kadang kala hanya mendapat sambutan suam suam kuku oleh peminat namun renang mendapat perhatian yang tinggi di pihak pengurusan. Kenapa? Kerana renang menawarkan jumlah pingat yang sangat banyak. Untuk kejohanan besar seperti Sukan Olimpik 2020 yang bakal berlangsung di Tokyo, Jepun, sukan ini menawarkan sejumlah 35 pingat bagi kedua-dua kategori.",
"Jika mana mana negara yang menyasarkan diri mereka untuk menjadi johan keseluruhan bagi sesebuah kejohanan, maka mereka memandang sukan renang sebagai sebuah perkara yang sangat serius. Mereka bakal menyuntik dana yang sangat besar kepada pembangunan sukan ini di negara mereka.",
"Secara logiknya, kenapa perlu memberikan dana yang besar kepada sukan yang akan hanya memberikan satu pingat. Lebih baik mereka memberikan fokus kepada sukan yang mampu memperbaiki kedudukan negara tersebut di dalam carta pungutan pingat. Bukan menafikan peranan sukan lain, tetapi penulis ingat membuka mata segelintir pihak yang terlalu meromantis dan menyanjung satu satu sukan tersebut.",
"Seperti yang semua sedia maklum, sukan ini banyak memberikan kelebihan kepada para pengamalnya. Sukan ini memerlukan seseorang itu menguasai setiap teknik dengan baik agar mereka dapat bergerak dengan lebih pantas. Jika seseorang itu menggunakan teknik yang salah ketika berenang, mereka tetap akan bergerak tetapi dengan kadar yang sangat perlahan serta menggunakan tenaga yang banyak. Perkara ini seterusnya akan membuatkan mereka berasa letih walaupun baru sahaja berenang.",
"Tidak lupa juga, berenang mampu memberikan kesihatan tubuh badan kepada seseorang tersebut. Bagaimana ia boleh berlaku? Kajian menunjukkan bahawa setiap perenang akan menggunakan otot otot major di tubuh mereka. Sukan renang juga merupakan sebuah sukan yang mempunyai risiko yang sangat rendah untuk cedera serta mampu membakar kalori yang terdapat di badan perenang tersebut. Sukan ini amat sesuai buat semua lapisan masyarakat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan berenang, pembaca boleh mendapatkannya di artikel yang pernah ditulis sebelum ini iaitu ‘Mengapa Kita Kena Belajar Berenang’.",
"Aktiviti berenang telah lama digunakan semenjak manusia pada zaman dahulu lagi. Mereka menggunakannya untuk menyeberangi sungai serta tasik. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan lukisan manusia berenang pada dinding gua di Mesir. Renang juga terdapat di dalam mitologi masyarakat Greek dahulu.",
"Sebelum pergi dengan lebih mendalam, penulis merasakan bahawa pembaca perlu mengenali gaya gaya yang terdapat di dalam sukan ini. Secara asasnya, sukan ini mempunyai 4 gaya yang boleh dipertandingan iaitu:",
"Berbalik kembali kepada sejarah sukan ini, ia bermula pada awal abad ke 19 apabila pihak National Swimming Society of Great Britain telah menganjurkan sebuah pertandingan renang. Pertandingan pertama tersebut telah dilaksanakan pada tahun 1837 di sebuah kolam di Kota London. Disebabkan pertandingan tersebut, sukan ini mula meraih populariti serta peminat yang sangat ramai secara mendadak sehingga memacu kepada penubuhan sebuah kolam tertutup yang pertama di dunia pada tahun 1862.",
"Disebabkan sambutan yang amat mengalakkan terhadap sukan renang ini, sebuah orgnanisasi lain iaitu Ammateur Swimming Association of Great Britain telah ditubuhkan. Organisasi ini telah dianggotai oleh kira kira 300 persatuan renang. Sungguh hebat penangan sukan renang terhadap masyarakat London ketika itu. Dengan penyertaan persatuan persatuan tersebut, lebih banyak pertandingan telah dianjurkan serta lebih banyak kolam telah dibuka di sekitar England. Sebelum terlupa, pada era ini hanya kuak dada sahaja yang dipertandingkan dan dipelajari oleh masyarakat ketika itu.",
"Dengan penyertaan yang amat mengalakkan terhadap sukan renang, ia seterusnya diiktiraf dan disenaraikan sebagai salah sebuah sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik. Sukan renang disenaraikan bermula dari tahun 1896 dan tidak pernah disingkirkan sehinggalah edisi Sukan Olimpik yang bakal berlangsung pada tahun 2020 ini.",
"Pada tahun 1896, ia tidak dipertandingkan di dalam kolam tetapi dilaksanakan di Lautan Mediterranean. Perenang akan diisytiharkan sebagai pemenang apabila mereka berjaya sampai ke pesisiran pantai. Pada tahun tersebut, perenang dari Hungary iaitu Alfred Hajos telah berjaya mencipta sejarah memenangi pertandingan tersebut.",
"Pada edisi selepas itu yang bertempat di Paris, Perancis pada tahun 1900, sukan renang sekali lagi dilaksanakan di tempat terbuka. Tetapi kali ini penganjur memilih untuk melaksanakannya di sungai. River Siene telah dipilih untuk menjadi tempat pertandingan. Pada kali ini, perenang sekali lagi perlu berdepan dengan masalah yang tidak dapat diatasi iaitu arus yang terdapat pada sungai tersebut. Mereka memerlukan skil serta kekuatan yang secukupnya untuk menghabiskan acara mereka.",
"Tidak cukup dengan dua edisi sebelum ini, sukan renang sekali lagi mengubah tempat pertandingan. Kali ini penganjur iaitu USA telah memilih tasik sebagai lokasi pertandingan. Mereka telah memilih tasik di St. Louis, USA sebagai tempat rasmi yang telah menjadi saksi perenang perenang di dunia pada ketika itu bertanding. Sebelum terlupa, USA merupakan penganjur Sukan Olimpik pada tahun 1904.",
"Setelah tiga edisi Sukan Olimpik yang menggunakan tempat yang berbeza untuk melaksanakan pertandingan renang (1896: laut),(1900: sungai) dan (1904: tasik), pihak penganjur telah bersetuju untuk melaksanakannya di tempat tertutup iaitu kolam. Sukan Olimpik London 1908 akhirnya menjadi titik tolak kepada penggunaan kolam renang seperti yang ada pada hari ini. Kolam ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan kolam yang diiktiraf sebagai bersaiz olimpik kerana pada ketika itu, kolam tersebut mempunyai panjang sekitar 100m. Ia bersamaan dengan 2 kolam bersaiz olimpik pada hari ini.",
"Pada tahun 1908, hanya 3 gaya yang dipertandingkan. Untuk pengetahuan pembaca, setiap gaya tersebut akan mempunyai acara yang pelbagai mengikut jarak yang dipertandingkan. 1956, secara rasminya melengkapkan 4 gaya renang yang kekal wujud sehingga ke hari ini dengan menambah Kuak Kupu Kupu. Sukan renang ini juga hanya di pertandingkan untuk kaum lelaki pada awalnya sehingga Sukan Olimpik Stockholm 1912. Sukan Olimpik edisi tersebut telah mencipta sejarah dengan penyertaan daripada golongan wanita.",
"Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan sukan renang dunia, pastinya mereka akan cakna dengan penguasaan USA dalam sukan ini. Tetapi tahukah anda bahawa USA tidak menghantar wakil perenang wanita mereka pada edisi 1912. Perkara ini kerana, negara mereka melarang atlet wanita mereka bertanding atas faktor pakaian. Mereka mewajibkan atlet wanita yang ingin mewakili USA untuk memakai skirt panjang ketika menyertai mana mana acara. Wanita pertama yang telah mencipta sejarah dengan memenangi acara 100m gaya bebas di dalam sukan renang ini merupakan seorang yang berwarganegara Australia iaitu Sarah ‘Fanny’ Durack.",
"Semenjak dari Sukan Olimpik 1912 itulah, sukan renang telah menjadi antara sukan yang akan diberikan perhatian oleh setiap negara anggota yang menyertai olimpik. Sukan renang ini kekal utuh sehingga ke hari ini dan hanya mengalami sedikit perubahan di dalam peraturannya. Perenang yang bercita cita untuk bermain di Sukan Olimpik pada hari ini perlu melepasi masa yang telah ditetapkan oleh badan yang berautoriti iaitu FINA. Perkara ini bagi menjadikan Sukan Olimpik sebagai tempat yang ekskulsif dan hanya boleh disertai oleh perenang yang benar benar layak. Begitulah bagaimana wujudnya sukan renang seperti yang kita lihat pada harini.",
"RUJUKAN:"
] |
https://www.thepatriots.asia/google-vs-ibm-komputer-quantum-supremacy/ | Google VS IBM: Komputer Quantum Supremacy | [
"Hari ini dalam sejarah. Syarikat teknologi Google hari ini membuat pengunguman dan pada masa yang sama mengeluarkan kertas kajian berkenaan dengan keupayaan Komputer Kuantum mereka yang didakwa mampu berfungsi dengan lebih laju berbanding dengan komputer-komputer lain dalam dunia ini, hatta superkomputer sekalipun.",
"Sebelum pergi lebih jauh, ayuh kita lihat apa itu Komputer Kuantum, dan apa bezanya jika dibandingkan dengan komputer biasa.Komputer biasa, atau komputer klasikal, berfungsi dengan menggunakan bit yang terdiri dari gabungan 0 dan 1. Gabungan-gabungan bit ini kemudiannya membentuk byte, dan byte-byte ini membentuk data-data yang pelbagai, seperti audio, gambar dan sebagainya.Komputer Kuantum, sama seperti komputer biasa, turut beroperasi menggunakan bit. Namun, beza komputer kuantum dengan komputer kuantum adalah, kalau komputer biasa menggunakan bit 0 atau 1, bit kuantum pula merupakan bit yang terdiri dari 0, 1 dan gabungan bit 0 dan 1 secara serentak.Hal ini dipanggil sebagai Superposisi Kuantum, di mana satu entiti mampu berada dalam dua keadaan berbeza pada masa yang sama. Ia hanya boleh berlaku dalam keadaan yang amat terkawal, keadaan di mana Koherens Kuantum (keadaan kuantum tu) mampu dikekalkan.Berbalik kepada komputer klasikal yang digunakan sekarang, salah satu fungsi komputer pada zaman sekarang adalah untuk fungsi membuat pengiraan. Proses pengiraan yang terjadi pada processor komputer kita akan memakan memori komputer dan ruang komputer kita, jadi semakin kompleks pengiraan yang ingin kita lakukan, semakin banyak ruang dan memori yang terpaksa digunakan.Di sinilah apa yang dipanggil “Quantum Supremacy” terjadi.Menurut Google, komputer mereka telahpun berjaya melakukan proses kira-kira yang kalau dibuat pada superkomputer, akan memakan masa selama beribu-ribu tahun. Dengan teknologi Komputer Kuantum ini,yang diberi nama processor Sycamore, pihak Google berjaya untuk melakukan proses kira-kira tersebut dalam masa lebih kurang 200 saat!Laju gila!Hal ini kemudiannya menimbulkan perbalahan dan rasa tidak puas hati dari satu lagi pihak, iaitu IBM yang merupakan peneraju teknologi Supercomputer dan Quantum Computer yang lebih awal dari Google.",
"Oleh sebab Google mendakwa bahawa kira-kira tersebut akan memakan masa selama beribu tahun, pihak IBM, sebab mereka yang ada superkomputer paling pantas setakat ini, namanya Summit, IBM mendakwa bahawa pengiraan oleh superkomputer mereka memakan masa dalam 2.5 hari, bukan beribu tahun seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak Google.Buat masa sekarang, pihak Google dan IBM masih lagi belum menunjukkan tanda mereka mahu mengalah dalam perdebatan Quantum Supremacy ini, namun untuk kita peminat teknologi dan sains, ini merupakan masa yang amat mengujakan. "
] |
https://www.thepatriots.asia/takrif-baru-satu-kilogram/ | Takrif Baru Satu Kilogram | [
"Berapakah nilai satu unit? Soalan itu sama seperti bertanya tentang berapakah panjang satu meter? Ataupun berapa lamakah satu saat? Ataupun berapakah berat satu kilogram? Bagi orang kebanyakan, soalan ini mudah untuk dijawab: nilai satu unit itu adalah apa sahaja yang tertera pada alat ukuran yang digunakan. Namun, senggat-senggat pada alat ukuran itu tidaklah muncul dari alam khayalan.",
"Unit Piawai Antarabangsa (Unit SI) ditakrifkan sewaktu Revolusi Perancis setelah ahli-ahli sains menyedari kepentingan piawaian nilai ukur. Berbanding dengan kaedah lama yang mengikut adat setempat, unit-unit yang ditakrifkan kali ini adalah berdasarkan hukum-hukum alam yang bersifat sejagat. Gagasan yang dibawa oleh ahli-ahli sains ini ialah “Untuk setiap masa. Untuk setiap bangsa”.",
"Pada tahun 1973, satu kilogram ditakrifkan sebagai jisim satu liter air pada 0 darjah Celsius. Pada waktu itu, ia tidak dipanggil kilogram tetapi grave. Perkataan gramme digunakan untuk sesuatu yang 1,000 kali lebih kecil jisimnya. Piawaian bertukar daripada “grave” ke “gramme” kerana disangka ukurannya lebih sesuai berbanding “grave”. Lalu “kilogram” digunakan kerana “gramme” itu sebenarnya terlalu kecil jisimnya untuk dijadikan piawai.",
"Pada tahun 1889, sebiji pancalogam yang diperbuat daripada Platinum dan Iridium berjisim 1 kilogram diisytiharkan sebagai takrif satu kilogram. Ia digelar Pencontoh Kilogram Antarabangsa (International Prototype of Kilogram, IPK), ataupun dengan nama manjanya: Sang Kilo (Le Grand K). Hal ini bermakna, mana-mana alat pengukur jisim hendaklah ditentu ukur dengan pencontoh itu. Jika Sang Kilo itu pecah menjadi 10,000 kepingan kecil akibat kecuaian sekalipun, satu kilogram akan tetap disandarkan kepadanya. Di situ lah masalahnya: takrifan unit menggunakan jasad jasmani akan menimbulkan masalah ketaktentuan. Sekarang ini pun kita sudah nampak masalah dengannya akibat pengumbulan habuk dsb. walaupun disimpan secara terkawal.",
"Dalam 7 unit asasi yang ditentukan oleh Biro Ukur Berat dan Ukuran Am Antarabangsa (Bureau Internasional des Poids at Mesures, BIPM), unit jisim belum beralih ke satu nilai sejagat dan sedang bergantung kepada nilai jasad jasmani. Unit panjang dan unit saat misalnya, kini sudah bergantung kepada nilai sejagat yang tidak berubah.",
"Kita boleh lihat bagaimana takrif satu meter berubah sepanjang sejarah. Pada tahun 1791, ia ditakrifkan sebagai 10,000,000 meter bersamaan jarak di antara Khatulistiwa dengan Kutub Utara merentasi bandar Paris. Boleh nampak kesan takrif tersebut kini kerana nilai-nilai ukur lilit bumi sememangnya mendekati 40,000,000 meter! Tahun 1889 ia ditakrifkan mengikut pancalogam Platinum-Iridium yang panjangnya adalah satu meter. Keadaan ini serupa dengan keadaan Sang Kilo kini. Sekarang ini takrif meter menggunakan kelajuan cahaya dalam hampagas kerana kita tahu sememangnya kelajuan cahaya tidak akan berubah, yakni 299,792,458 meter sesaat.",
"Maka, BIPM mencadangkan untuk menggunakan pemalar Planck, h, untuk mejadi takrif kepada jisim. Kita tahu pemalar ini mempunyai hubungan dengan jisim kerana persamaan Einstein yang menghubungkan jisim dan tenaga, maka E=hf=mc2. Untuk menjadikan perkara ini, ada dua kaedah: Dacing Kibble dan Sfera Silikon-28.",
"Dacing Kibble menggunakan hubungkait kuasa mekanikal dengan kuasa elektrik untuk mendapatkan hubungan antara jisim dan pemalar Planck. Sfera Silikon-28 pula menggunakan konsep jumlah atom untuk meletakkan takrif pada Nilai Avogadro. Nilai Avogadro pula akan berkait dengan pemalar Planck. Memandangkan Silikon-28 itu berbentuk sfera, ia memudahkan kita untuk mengira isipadunya. Menggunakan hanya satu atom sahaja dalam sfera itu juga memudahkan dan menjitukan kiraan.",
"Pada November 16 2018, BIPM sudah bersetuju dengan takrif baru pemalar Planck, serta pemalar-pemalar yang lain. Maka, takrif untuk pemalar-pemalar Fizik yang sudah dipersetujui BIPM kini ialah:",
"Pemalar Planck: 6.626 070 15 × 10–34 kg m2 s–1.",
"Nilai Avogadro: 6.02 214 076 × 1023.",
"Cas elektrik asasi: 1.602 176 634 × 10–19 C.",
"Pemalar Boltzmann: 1.380 649 × 10—23 J K-1",
"Namun, adakah ini bermakna jisim badan kita akan berubah mengikut takrif baru? Jawapannya, ya dan tidak. Ya ia akan berubah kerana takrifnya sudah berubah tetapi tujuan utamanya ialah untuk kekalkan saiz perkara-perkara yang sudah lama kita kenal. Namun, hal ini bermakna takrif-takrif unit asasi Fizik tidak lagi bergantung pada jasad jasmani.",
"DAFTAR RAJAH",
"DAFTAR PUSTAKA"
] |
https://www.thepatriots.asia/kajian-tentang-panah-alam-melayu/ | Kajian Tentang Panah Alam Melayu | [
"Hari sabtu yang lepas ketika majlis Maulid Agung Melayu di Riyadh Restu, saya ada berbincang dengan kekanda Lang Indah Jentala, YDP Pertubuhan Armada Malaiu tentang panah Melayu. Saya maklumkan pada beliau bahawa saya juga ada membuat kajian tentang panah Alam Melayu, tetapi masih belum lengkap.",
"Antaranya saya terjumpa lakaran pemanah Srivijaya di dinding Candi Borobudur. Busur panah tersebut kelihatan hampir menyamai ketinggian pemanah. Saya juga pernah melihat beberapa buah busur panah tradisional dalam beberapa buah muzium di Indonesia.",
"Saya juga ada mengumpulkan maklumat tentang panah Alam Melayu dalam catatan Portugis dan tempatan. Antaranya Godinho de Eredia pernah menulis bahawa busur panah Melayu lebih besar dari busur panah Parsi.",
"Berikut beberapa catatan tentang panah Melayu :-",
"Panah Melayu dalam catatan Portugis",
"Maka orang-orang Melayu menggunakan banyak racun pada semua senjata mereka terutamanya pada mata anak-anak panah, sama ada yang diperbuat daripada besi atau kayu, atau gigi haiwan-haiwan atau ikan atau dari ‘nibong’. Busur-busur panah mereka lebih besar dari busur-busur panah orang Parsi. – Catatan Godinho de Eredia",
"“Tentera-tentera Islam (Melaka) sangat ramai dan mereka lengkap bersenjata dengan senapang-senapang, anak-anak panah beracun, meriam-meriam logam kecil, busur bersilang….” Catatan Gaspar Correia",
"Sultan Melaka memerintahkan bahawa kapal armada laut, yang disebut sebagai masunghara, lancaran, keluluk, baluk, yang penuh dengan busur dan anak panah untuk membuat penyamaran menjadi bot kargo” –Catatan Damiam De Goes",
"Panah Melayu dalam Sulalatus Salatin",
"“Setelah Raja Gangga Shah Johan (Raja kerajaan Gangga Negara ) melihat Raja Suran itu datang, maka Raja Gangga Shah Johan pun berdiri memgang panahnya, maka segera dipanahnya…”",
"“Maka orang Pahang pun hebat rasanya melihat betul Hang Nadim memanah itu; kerana Hang Nadim itu terlalu amat bijaknya pada memanah, umpamanya membelah kayu pun ia dapat dengan panah”",
"“….tetapi seorang pun tiada mau melanggar jong itu, daripada dahsyatnya anak panah Hang Nadim, seperti mata petir datangnya itu.",
"“Tun Isap Misai bergelar Bendahara Seri Maharaja, ialah yang disebut orang Datuk Bendahara yang tua. Dialah yang mengarang Anak Panah Sedasa..”",
"Panah Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa",
"“Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarik busar anak panahnya yang bernama Ayunan itu ke udara, bergemuruhlah bunyinya seperti halilintar membelah…”",
"“Maka ditariknya busurnya itu serta memanahkan ke udara berdengung-dengung bunyinya seperti kumbang menyering bunga lakunya………jasa anak panah itu, matanya perak”",
"Jika siap kajian tentang panah Melayu, rasa-rasanya ada tak yang minat sekiranya diterbitkan menjadi buku?"
] |
https://www.thepatriots.asia/projek-taman-beri-nafas-baru-kepada-landasan-keretapi-hijaz/ | Projek Taman Beri Nafas Baru Kepada Landasan Keretapi Hijaz | [
"Sebut saja Landasan Keretapi Hijaz, ramai tahu ia merupakan projek mega yang direncana pemerintah Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II. Ia sebagai cara bukan saja memudahkan pengangkutan jemaah haji ke Makkah dan Madinah tetapi mengukuhkan kawalan kerajaan terhadap wilayah-wilayah Semenanjung Tanah Arab. Akibatnya, ia kerap disabotaj sebelum akhirnya, ia tidak dapat disiapkan gara-gara Perang Dunia Pertama (WWI).",
"Kini, seorang arkitek Jordan melihat bahagian landasan ini di Amman, Jordan sebagai satu peluang untuk mengubahnya sebagai taman awam. Idea menukar kawasan landasan sebagai kawasan persiaran untuk orang ramai bukan sesuatu yang baru. Tetapi bagi arkitek Hanna Salameh, projek yang diusahakannya berbeza kerana ia tidak memerlukan satu sen daripada dana kerajaan dan berupaya menjana pendapatan sendiri.",
"Projek ini telah diusahakan selama empat tahun oleh sekumpulan 10 orang individu. Model kewangan untuk membiayai taman ini dijangka datang daripada penderma-penderma peribadi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan asing dengan kos dijangka mencecah ratusan ribu dinar Jordan. Pendapatan taman ini akan dijana menerusi papan iklan, ruang perniagaan untuk disewa dan lampu-lampu jalan yang dipasang sel fotovolta.",
"Jadi, mengapa idea ini menjadi tumpuan? Menurut Salameh, amat jarang melihat taman awam wujud di Jordan disebabkan ketiadaan dana kerajaan. Dan disebabkan ia mempunyai kaitan dengan perjalanan haji ke Baitullah, kawasan tanah sekitar Landasan Keretapi Hijaz ini diisytiharkan sebagai tanah wakaf oleh pihak berkuasa agama Islam negara itu. Ini bagi memastikan ia tidak diceroboh untuk kegunaan komersial.",
"Dengan jarak sejauh 26 km dan keluasan lebih 30 meter persegi, kewujudan persiaran ini dianggap satu berita baik kepada penduduk sekitar. Ada yang menjadikannya sebagai tempat untuk bersiar-siar dan bersenam. Di sebalik keinginan komuniti setempat yang mahu ia dimanfaatkan sebagai taman awam, ada yang bersikap ragu-ragu sama ada ia boleh bertahan atau tidak.",
"Bagi seorang penduduk tempatan, Hanan Abdelhadi, dia tahu taman ini berpotensi dirosakkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Tetapi menurut Salameh, berdasarkan kajian dan data yang diperoleh, kebanyakan pelaku vandalisme terdiri daripada remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun. Justeru, mereka turut memikirkan semua aspek untuk persiaran ini termasuk golongan remaja agar ia dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.",
"Selain penduduk setempat, projek Salameh ini turut mendapat perhatian pemegang taruh yang ada kaitan dengan Landasan Keretapi Hijaz. Bagi jurutera Yayasan Landasan Keretapi Hijaz, Emad Hayari, ia dapat menjadi satu lagi tarikan pelancong di Jordan. Yayasan ini bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara landasan bagi pihak kerajaan Jordan.",
"Di sebalik semua ini, hakikatnya hanya satu bahagian Landasan Keretapi Hijaz yang masih berfungsi. Bahagian landasan yang menghubungkan Amman dan Damsyik, Syria sejak 1999 digantung selepas perang saudara tercetus di negara itu. Sementara bahagian landasan yang membawa fosfat ke Aqaba pula ditamatkan operasi pada 2018. Hanya bahagian landasan Amman-Jiza saja yang masih berfungsi dan menarik lebih 20,000 orang pelancong setiap tahun.",
"Salameh berharap model taman yang dibangunkan untuk bahagian landasan ini dapat ditiru bukan saja di sepanjang laluan Landasan Keretapi Hijaz. Malah, ia diharap dapat memberi kegembiraan kepada orang lain bila ia digunakan sebagai model taman-taman awam lain.",
"RUJUKAN",
"Mraffko, C. (2022, 13 Januari). Hejaz Railway: Turning Jordan’s historic line into a park for the people. Middle East Eye.",
"Sumber gambar: Clothilde Mraffko/Middle East Eye"
] |
https://www.thepatriots.asia/raja-inggeris-yang-merupakan-tywin-lannister-sebenar/ | Raja Inggeris Yang Merupakan Tywin Lannister Sebenar | [
"Fiksyen walaupun suatu rekaan kadangkala boleh meminjam aspek sejarah sebenar. Dalam siri A Song of Ice and Fire dan juga adaptasinya Game of Thrones, ada seorang watak yang benar-benar meninggalkan sebuah legasi besar.",
"Tywin Lannister sentiasa memikirkan legasi keluarganya dan ingin meninggalkan sebuah dinasti yang boleh mendominasi selama 1,000 tahun.",
"Dalam jiwanya, matlamat sentiasa menghalalkan cara dalam semua aspek dan maruah mengatasi segalanya.",
"Bagi Tywin, terlalu baik hati hanya mengundang masalah. Beliau menggunakan bapanya sebagai contoh.",
"Tytos Lannister berkelakuan terlalu baik dan mesra sehingga dihina orang-orang bawahan sendiri. Reputasi Keluarga Lannister dipijak teruk ketika itu, hanya terubat dengan sentuhan Tywin yang menamatkan riwayat Keluarga Reyne dan Tarbeck.",
"Jadi ini menunjukkan bahawa individu berkuasa tidak boleh terlalu berlembut. Diplomasi ialah batu atas kegemilangan negara, tetapi mesti dihadkan dengan batasan tertentu.",
"Raja tidak boleh melayan anak bawahannya seperti sahabat. Dan landskap politik Westeros sebenarnya menetapkan yang Tywin pun seorang Raja Westerlands (cuma dinamakan Warden of the West) berpusat di Casterly Rock.",
"Nasib Tywin dirasai seorang raja di England. Edward I dilahirkan di Istana Westminster pada 17 Jun 1239 sebagai putera sulung Raja Henry III.",
"Sama seperti Tytos Lannister, Henry III pun terlalu jujur, lurus dan beremosi. Dikhabarkan yang Henry III tidak kisah pun untuk menangis ketika khutbah agama (Carpenter, 1996).",
"Kelembutan Henry III menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang-orang bawahannya.",
"Padahnya, Simon de Montfort dari Leicester mengisytiharkan pep3r4ngan. Ketika itu memang England teruk berpecah kerana kemelut dalaman.",
"Dan Simon de Montfort mahu melunturkan kuasa raja (sama seperti Reyne dan Tarbeck melunturkan kuasa Lannister).",
"Tetapi Henry III dipelihara anaknya, Edward yang memperjuangkan hak diraja ayahandanya dan akhirnya membvnvh Simon de Montfort.",
"Edward juga disebut seorang yang tinggi dan berwajah tajam seperti Tywin. Tingginya mencecah 188 sentimeter, yang mudah mencetuskan kegerunan dalam kalangan pemb3r0ntak.",
"Dan persamaan antara Edward dan Tywin tidak terhenti di sini.",
"Secara peribadi, mereka masih sama. Mereka terlalu sayangkan isteri. Tywin dikatakan hanya manusia biasa apabila bersama isterinya, Joanna Lannister.",
"Hari kem4ngk4tan Joanna sebenarnya ialah hari Tywin (dalam buku) berhenti senyum. Malah Tywin tidak kelihatan tersenyum sehinggalah kem4ngk4tan sendiri, apabila bibirnya reput dan melengkung dengan senyuman begitu menakutkan.",
"Berkemungkinan Edward tiada anak luar nikah pun, cukup berbeza untuk dibandingkan dengan raja-raja lain ketika itu. Eleanor ialah segala-galanya untuk Edward.",
"Cuma kelainannya, Edward berkahwin semula selepas pemergian Eleanor. Tetapi kali ini perkahwinannya lebih kepada tujuan diplomasi. Baginda perlu berdamai dengan Perancis untuk berp3r4ng di Scotland.",
"Jadi Margaret yang merupakan adik Philip IV dipilih untuk menjadi peneman takhtanya. Masih sama seperti Joanna, ratu ini mampu mempengaruhi rajanya dalam pelan tindakan.",
"Dan lucunya, Edward pun mempunyai masalah dengan pewarisnya (pun nama Edward). Pada awalnya, Tyrion Lannister bukanlah pewaris Tywin di Casterly Rock.",
"Apabila diminta, Tywin menghina Tyrion sehabis-habisnya dan takkan sesekali memberikan kota Casterly Rock kepada Tyrion. Tetapi akhirnya, Tyrion mengganti bapanya sebagai Warden of the West dan Lord Paramount of the Westerlands.",
"Dari segi kepimpinan, Tywin mempunyai perwatakan Edward kerana suka mengambil tahu tentang politik semasa",
"Tywin tidak suka dengan perangai Robert Baratheon yang menghadiri tiga mesyuarat diraja dalam tempoh 17 tahun (membiarkan Jon Arryn uruskan segalanya). Edward juga kemudian pergi berp3r4ng di Scotland, yang dipimpin William Wallace.",
"Menariknya, William juga dibvnvh orang sendiri iaitu John de Meredith. Jelas sekali sama seperti pembvnvhan Robb Stark yang dilakukan Roose Bolton. Kedua-dua peristiwa ini menamatkan riwayat King In The North (Scotland di utara England.",
"RUJUKAN:",
"Carpenter, D.A. (1996). The Reign of Henry III. The Hambledon Press. Halaman 97."
] |
https://www.thepatriots.asia/fakta-fakta-menarik-mengenai-al-quran/ | Fakta-Fakta Menarik Mengenai Al-Quran | [
"1) Nuzul (penurunan) Al-Quran berlaku dalam dua peringkat, nuzul yang pertama berlaku sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Bailtul ‘Izzah di langit dunia. Manakala nuzul yang kedua pula berlaku secara beransur-ansur dari Baitul ‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w melalui malaikat Jibrail.",
"2) Al-Quran diturunkan pada bulan ramadhan tetapi terdapat beberapa pendapat tentang bila tarikh penurunannya. Antara pendapat ulama adalah diantara 17, 21 dan 24 ramadhan di Gua Hira’.",
"3) Terdapat juga perbezaan pendapat tentang ayat pertama yang diturunkan namun pendapat yang paling masyhur adalah surah al-Alaq ayat 1-5.",
"4) Al-Quran diwahyukan kepada rasulullah secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun dalam dua fasa.",
"5) Fasa pertama adalah ketika rasulullah berada di Mekah sebelum hijrah. Ayat ini dipanggil ayat Makkiyah. Secara umumnya ayat Makkiyah ini ayat pendek-pendek berkisar tentang aqidah. Ayat Makiyyah diturunkan sebanyak 86 surah selama lebih kurang 13 tahun.",
"6) Fasa kedua adalah ketika baginda berada di Madinah selepas hijrah. Ayat ini dipanggil Madaniyyah. Secara umumnya ayat Madaniyah ini ayatnya panjang dan berkisar tentang hukum dan peraturan agama Islam. Ayat Madaniyah pula diturunkan sebanyak 28 surah selama lebih kurang 10 tahun.",
"7) Al-Quran dibahagikan kepada 30 juz’ dan 114 surah. Manakala ayatnya pula ulama berbeza pendapat dalam hal ini. Ada yang mengatakan, 6014, 6204, 6219, 6225, 6226 dan 6236 ayat. Ini berlaku kerana cara pengiraan ayat itu yang berbeza-beza.",
"8) Semasa hayat rasulullah, Al-Quran selain dihafaz, ianya juga ditulis di pelepah kurma, lempengan batu, kulit atau daun kayu, pelana dan potongan tulang-belulang haiwan.",
"9) Sewaktu kekhalifahan saidina Abu Bakar, selepas berlakunya beberapa peperangan yang menyebabkan ramai hafiz yang syahid, Umar ibn Khattab telah meminta supaya tulisan Al-Quran dikumpulkan. Zaid bin Tsabit telah diberi tanggungjawab dalam pengumpulan al-Quran untuk dimushafkan.",
"10) Mushaf ini telah disimpan oleh Abu Bakar kemudian diwarisi kepada Umar al-Khattab dan akhir sekali kepada Hafsah binti Umar al-Khattab.",
"11) Sewaktu kekhalifahan Uthman ibn Affan pula, berlakunya kepelbagaian dalam cara pembacaan Al-Quran. Ini disebabkan oleh perbezaan dialek diantara suku-suku Arab. Dalam mengatasi permasalahan ini, Uthman telah menghasilkan satu mushaf yang standard untuk diguna pakai dan memansuhkan mushaf yang lain.",
"12) Tugas penyalinan mushaf baru ini telah diberikan kepada Zaid bin Tsabit, Abdullah bin az-Zubair, Said bin al-Ash dan Abdurrahman bin al-Harith. Mushaf baru ini telah disalin daripada mushaf yang disimpan oleh Hafsah binti Umar.",
"13) Mushaf ini disalin sebanyak tujuh salinan dan dihantar ke Mekkah, Syam, Yaman, Bahrain, Bashrah dan Kufah. Manakala satu lagi salinan disimpan di Madinah. Mushaf ini dikenali sebagai rasm (penulisan) Uthmani.",
"14) Rasm Uthmani sewaktu itu tidak mempunyai titik dan baris seperti mana mushaf yang terdapat pada hari ini.",
"15) Sewaktu kekhalifahan Abdul al-Malik (65 H) selari dengan perkembangan Islam , sebahagian pembesar khuatir akan berlakunya kepelbagaian dalam sebahagian pembacaan Al-Quran disebabkan oleh pencampuran diantara orang-orang Arab dan bukan Arab.",
"16) Ini telah mendorong Ubaidillah ibn Ziyad gabenor Basrah dan Al-Hajjaj ibn al-Tsaqafi gabenor Iraq untuk memperkasakan penulisan Al-Quran dengan memberi tanda baris dan titik.",
"17) Namun ahli sejarah berbeza pendapat siapa yang pertama sekali dalam meletakkan tanda baris dan titik. Ianya diantara Yahya ibn Ya’mar, Nashr ibn ‘Ashim al-Laitisi dan termasyhur sekali Abu al-Aswad.",
"18) Usaha memperkasakan penulisan Al-Quran diteruskan berperingkat-peringkat sehinggalah pada akhir abad ke tiga hijriah."
] |
https://www.thepatriots.asia/mengenal-sejarah-melalui-ukiran-dan-binaan-candi/ | Mengenal Sejarah Melalui Ukiran dan Binaan Candi | [
"Di dalam komuniti kecil traveler yang saya kenal, saya ini lebih sinonim dengan kata penjejak candi atau pengembara candi. Jika tidak candi, matlamat kembara saya sering berputar sekitar tinggalan sejarah. Itu niche saya, tak semua selesa dengan kegilaan ini, saya faham kenapa mereka berpendapat sebegitu. Antara soalan yang pernah saya dapat,",
"“Apa yang seronoknya melawat candi?”",
"“Apa yang kau dapat daripada melawat candi?”",
"“Hati-hati… jangan sampai jadi kafir.” Ada sekali dapat yang ni, teman rapat berlawak kasar.",
"Sebenarnya, selain daripada gambar-gambar yang ‘Instagram worthy’ (saya bukan expert bergambar), banyak yang dapat kita pelajari daripada tinggalan candi jika kita ‘pandai’ mentakrifnya dan juga rajin membuat bacaan dan kajian tentang ciri-ciri seni, ukiran, bahan binaan dan sebagainya.",
"Artikel ini akan memberi sedikit contoh apa yang saya perolehi hasil daripada lawatan tapak ke Sukhothai. Malangnya, penulisan ini tidaklah terperinci yang saya inginkan, hanya sekadar cukup untuk menggambarkan betapa sejarah Kerajaan Sukhothai yang panjang ada di depan mata, diceritakan oleh batu-batu lusuh yang tidak bersuara.",
"Sepanjang kewujudan kerajaan ini, pelbagai bangsa dari pelbagai negara telah di bawa ke ibukota untuk menghasilkan relief dan juga ukiran pada dinding-dinding candi dan juga membina pelbagai jenis binaan untuk kegunaan keagamaan dan pentadbiran.",
"Sebagai contoh, pengukir dari Tenasserim dibawa ke Sukhothai untuk membina sebahagian daripada Candi Mahathat yang terkenal. Maka terhasillah binaan stupa-prasad ala Sri Vijaya yang agak berbeza daripada binaan Khmer, Sukhothai dan Lanna. Yang menariknya, binaan ala Sri Vijaya ini agak sama dengan yang terdapat di Pulau Jawa.",
"Ukiran Khmer pula sememangnya sudah ada di Sukhothai sebelum zaman Sri Indraditya lagi. Ianya boleh dilihat pada binaan Wat Phra Phai Luang yang sudah wujud ketika bumi Sukhothai di bawah pengaruh Kamrateng Khmer. Jalan-jalan utama di Sukhothai dan sekitar ada yang dibina oleh pemerintah Khmer dan sesetengah laluan ini wujud hingga kini.",
"Luthai, raja Sukhothai yang keempat banyak memainkan peranan dalam penghasilan hasil seni ketika beliau memerintah. Sebagai seorang penganut Buddha Theraveda yang tegar, beliau telah membawa sami dan pengukir dari Martaban, Burma untuk ‘mengaslikan’ ajaran Theraveda di wilayah jajahan Sukhothai.",
"Pada zaman itu, Martaban bolehlah dianggap sebagai antara pusat ajaran Theraveda yang asli, dan amat berkait rapat dengan Sri Lanka, tanah asal ajaran Theraveda ini. Banyak ukiran berseni Lankan Sinhala diukir pada zaman pemerintahan Luthai.",
"Tetapi sebelum Luthai berkuasa, ada seorang tokoh kurang dikenali yang bernama Si Satha atau nama penuhnya Samtet Phra Mahathera Si Satha Radha Raja Chulamani Si Ratna Lankathipa Mahasami Pen Chao. Beliaulah yang dikatakan menulis Inskripsi Sukhothai II ini. Beliau datang dari keluarga bangsawan Muang Rat dan hidup pada zaman pemerintahan Loethai (anak Ram Kamhaeng).",
"Si Satha telah pergi ke Sri Lanka untuk mendalami ajaran Buddha Theraveda dan beliau kembali ke Sukhothai membawa 2 buah relik penting, para sami dan para pengukir Sinhala. Pengukir-pengukir Sinhala berserta dengan pengukir dari Tenasserim (seperti yang dinyatakan di atas) telah memberi wajah baru ke atas ukiran Candi Mahathat di Sukhothai.",
"Pada zaman Ram Kamhaeng, warga Sukhothai masih tidak cekap dalam kerja-kerja seni seperti yang dapat dilihat pada hasil kerja 500 Jataka yang kini ditempatkan di Wat Si Chum. Pada zaman Si Sathalah kerja-kerja seni di Sukhothai menampakkan kemajuan.",
"Sukhothai juga mendapat sentuhan seni warga Lanna dari Utara Thailand, Vietnam dan China pada zaman Luthai dan raja-raja seterusnya. Namun, kerajaan ini melemah dan akhirnya tertakluk di bawah kekuasaan Ayutthaya dan kehebatan ukiran dan seni bangsa Tai ini diteruskan oleh mereka.",
"Seramik Sukhothai di National Museum\nSukhothai juga terkenal dengan pembuatan seramik Sawankhalok, di mana tinggalannya telah ditemui di Lembah Bujang, Trowulan, Jepun, China dan kebanyakan lokasi perdagangan laut di Asia Tenggara dan Asia Timur tetapi topik ini terlalu dalam untuk dibincangkan di dalam artikel ini.",
"Kesimpulannya, tinggalan candi bukanlah sekadar batu lusuh dan buruk tetapi ianya menceritakan pelbagai rencah kehidupan masyarakat kuno. Daripada seni binanya dapat kita simpulkan apa pengaruh yang ada dan dari mana ia berasal. Bagi saya, setiap ukiran Kala, Makara, Kinara dan Naga itu ada penceritaannya. "
] |
https://www.thepatriots.asia/sekatan-indonesia-menampar-big-tech-yang-semakin-besar-kepala/ | Sekatan Indonesia Menampar Big Tech Yang Semakin Besar Kepala | [
"Terkejut juga tengok senarai panjang Indonesia sekat syarikat-syarikat teknologi yang bukan main besar. Sekarang PayPal, Steam dan Yahoo tidak dibenarkan beroperasi di Indonesia. Mula nampak macam langkah tidak bijak, kerana sekatan pasti akan menyebabkan banyak pemain industri lari ke negara lain. Namun apabila tengok balik punca sekatan, baru nampak asbab dan faktor di sebalik tabir. Bukan tiga di atas saja – Wikipedia dan Patreon juga kena lanyak pentadbiran Indonesia.",
"Tindakan Indonesia sebenarnya berani. Jujur cakap, beraninya kerajaan Indonesia adalah kerana benar. Bukan macam apa yang kerajaan India buat demikian hari. Narendra Modi kena hentam teruk di Twitter. Kerajaan India pula mengugut mahu sumbat pekerja Twitter dalam penjara jika tidak turunkan ciapan-ciapan anti-Modi (Dent, 2021). Sembang berdengar – cepat koyak rupanya.",
"Indonesia pula membuat permintaan kecil saja. Semua negara ada peraturan dan undang-undang teknologi sendiri. Sekecil-kecil Singapura dan sebesar-besar Rusia. Peraturan ini adalah untuk menjaminkan keselamatan negara. Kerajaan Donald Trump sendiri pernah sembang mahu haramkan TikTok kononnya atas dasar keselamatan (Allyn, 2020). Kegagalan Trump patutnya mengajar semua syarikat pasal hal undang-undang – jangankan di Amerika Syarikat saja, luar negara pun samalah.",
"Peraturan Yang Sudah Lama Diasaskan",
"Isu berbangkit selepas kerajaan Indonesia meletakkan tarikh akhir (deadline). Semua syarikat wajib menghantar laporan pendaftaran sebelum tarikh berkenaan. Jadi senang kata, ibarat lambat hantar assignment, pasti fail jawabnya. Padahal tarikh deadline ini bukan baru diumumkan. Entah berapa kali dilanjutkan, kerana undang-undang yang memainkan peranan sudah diwartakan sejak tahun 2020 lagi. Peraturan MR5 namanya.",
"MR5 melabel semua syarikat teknologi dalam kategori “Pembekal Sistem Elektronik Swasta”. Kategori ini wajib memenuhi segala kriteria dituntut kerajaan supaya tidak dilihat sebagai ancaman awam. Mungkin ada yang sangka kerajaan Indonesia paranoid. Habis Amerika Syarikat ingin benamkan TikTok apa pula? Walaupun pemiliknya ByteDance, struktur TikTok berbeza dengan DouYin di China. Kalau takut China intip, habis Facebook dan Google apa cerita?",
"Ancaman pada pihak awam adalah kebimbangan berasas. Cuba fikir sejenak – kalau yakin bersih, kenapa syarikat teknologi takut mendaftar? Ada kelompangan dalam sistem keselamatan yang boleh dieksploitasi musuh? Indonesia buat masa ini tiada musuh negara. Namun musuh-musuh kecil seperti penggodam misalnya tentu sekali bersepah. Dan PayPal sebagai institusi kewangan pasti menjadi sasaran setiap masa. Jadi atas alasan apa PayPal enggan daftar? Itu persoalan yang berasas.",
"Maka selepas gagal berdaftar tepat pada masanya, Indonesia mengambil langkah terakhir – sekatan segera (urgent blocking). Perintah ini wajib dipatuhi pemain industri dalam tempoh empat jam sahaja (Bonifacic, 2022). Hanya PayPal diberi kelonggaran sementara, itupun supaya penduduk Indonesia boleh bergegas keluarkan duit. Dan seperti biasa, pihak Human Rights Watch bising menghentam kerajaan seperti berikut:",
"“MR5 adalah alat penapisan (censorship tool) yang menghumban bebanan tidak munasabah pada bahu perkhidmatan dan platform digital di Indonesia. Pendekatan ini mengundang risiko serius terhadap privasi, kebebasan bersuara dan akses maklumat pengguna internet Indonesia.”",
"Seperti yang boleh dibayangkan, ramai pengguna Indonesia bangkit menentang tindakan kerajaan dengan tanda pagar “BlokirKomInfo”. Namun pada dasarnya, syarikat-syarikat ini yang enggan berdaftar tepat pada masanya. Kalau betul kata Human Rights Watch, cuba bayangkan sekejap: Google, Meta dan Amazon sendiri bergegas macam beruk kena cucuh api di punggung untuk daftar sebelum deadline. Big Tech sendiri buat lewa malas cari jamban sampailah najis di hujung urat.",
"Sudahlah gagal, bising lebih katanya risiko serius bagai. Sebab kenyataan sebeginilah orang-orang Asia semakin menjauhi produk dan platform Barat.",
"Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian:\nWorld Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9\nThe Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF",
"RUJUKAN:",
"Allyn, B. (2020, Disember 7). U.S. Judge Halts Trump’s TikTok Ban, The 2nd Court To Fully Block The Action. NPR.",
"Bonifacic, I. (2022, Julai 30). Indonesia blocks Steam, PayPal and other services over missed regulatory deadline. EnGadget.",
"Dent, S. (2021, April 2). India’s government threatens to jail Twitter employees unless they block critics. EnGadget."
] |
https://www.thepatriots.asia/asal-usul-gelaran-nama-effendi/ | Asal Usul Gelaran Nama Effendi | [
"Untuk artikel kali ini, para pembaca yang memiliki nama Efendi, Afandi, Efendy atau lain-lain varian boleh berbangga kerana nama yang kalian bawa sepanjang hidup itu bukan sebarangan nama, ia memiliki status sosialnya yang tersendiri, dari peringkat marhaen hinggalah ke peringkat pegawai tertinggi. Namun, dari mana asalnya nama ini?",
"Effendi, Efendi atau Effendy adalah sejenis nama gelaran yang telah lama digunakan di Turki (Efendi), ia merupakan perkataan pinjaman yang berasal dari bahasa Yunani: αφέντης (aˈfendis). Dalam bahasa Turki Uthmaniyyah, ia dieja dan disebut افندی, (rumi: efendi).",
"Ia merupakan gelaran bangsawan yang bermaksud Tuan, dan gelaran itu samada dalam bentuk dan sebutan asal atau variasi bentuk yang berbeza adalah berasal dari perkataan bahasa Yunani aphentēs yang juga berasal dari bahasa Yunani kuno authentēs yang juga bermaksud tuan dan biasa digunakan untuk merujuk kepada seorang lelaki.",
"Perkataan ini digunakan secara meluas sebagai gelaran Yunani untuk golongan bangsawan di Byzantium selewat tahun 1465, seperti yang dikesan melalui surat-surat Kardinal Bessarion apabila merujuk tentang anak-anak Thomas Paleologus.",
"Gelaran ini adalah gelaran terhormat atau nama panggilan yang lebih beradab untuk seorang lelaki, ia setara dengan gelaran Sir yang digunakan bangsawan Inggeris. Efendi digunakan di kedua-dua Empayar Uthmaniyyah dan Empayar Byzantium.",
"Dalam konteks samada secara formal mahu pun tidak rasmi, ia akan disebut pada pangkal nama diikuti dengan nama peribadi seseorang, dan secara lazimnya diberikan kepada golongan berkerjaya, terpelajar atau pegawai pemerintah yang memiliki pangkat yang tinggi, ia hampir serupa seperti bey atau pasha.",
"Ia juga boleh digunakan untuk merujuk kepada jawatan atau darjat seseorang seperti hekim efendi (ketua doktor kepada sultan), sama seperti kita merujuk seorang doktor dengan gelaran “tuan doktor”.",
"Dalam bentuk posesif atau kata gantinama efendim (tuan hamba/tuan) kebiasaannya boleh digunakan oleh seorang hamba, dalam perbahasan formal, ketika menjawab telefon, dan adakalanya ia boleh menggantikan ayat “maafkan saya” dalam beberapa situasi, misalnya apabila meminta seseorang mengulang kembali sesuatu yang dikatakannya.",
"Pada zaman Empayar Uthmaniyyah, gelaran effendi adalah gelaran yang paling umum dilekatkan pada nama peribadi selepas gelaran agha.",
"Gelaran seperti itu bukan sekadar norma budaya yang menghormati seseorang lelaki, bahkan ia menggambarkan seseorang itu sebagai “lelaki yang berpendidikan”, yang secara implikasinya turut melekat terhadap seseorang yang berkelulusan sekolah negeri sekular (rüşdiye), walaupun sekurang-kurangnya sebilangan besar atau kebanyakan “efendi-efendi” ini pernah menjadi pelajar agama atau guru agama.",
"Lucy Mary Jane Garnett menulis dalam karyanya, Turkish Life in Town And Country pada tahun 1904 bahawa penduduk beragama Kristian di Uthmaniyyah, wanita, mullah, syeikh, dan para putera keluarga diraja Uthmaniyyah juga boleh menjadi effendi, gelaran ini membawa makna yang sama dengan Monsieur Perancis yang merupakan sekadar salah satu dari dua istilah konvensional yang tidak pasti seperti ‘Esquire’ (tuan yang terhormat).",
"Effendi juga dianggap sebagai gelaran untuk seorang lelaki berpendidikan tinggi atau memiliki kedudukan sosial tertentu di negara timur (Mediterranean atau Timur Tengah). Ia merupakan istilah setara untuk esquire, dan berada di bawah kedudukan pemegang gelaran bey di Mesir pada era dinasti Muhammad Ali, dan sangat popular digunakan di kalangan orang Mesir.",
"Effendi masih digunakan sebagai gelaran yang terhormat di Mesir, Jordan, dan Turki (serta beberapa negara bekas Uthmaniyyah yang lain), dan merupakan sumber untuk perkataan أفندم? afandim, (efendim dalam bahasa Turki) sebagai cara yang lebih sopan untuk mengatakan, “Maaf?”, dan biasa digunakan ketika menjawab panggilan telefon.",
"Pasukan t3nter4 koloni Afrika Timur Inggeris dan Afrika Timur Jerman dibina dari stok tenter4 Sudan milik t3nter4 Mesir, yang secara nominal berada di bawah Empayar Uthmaniyyah.",
"Unit-unit ini memasuki Afrika Timur dengan beberapa pegawai yang membawa gelaran effendi, dan oleh itu, ia terus digunakan oleh pegawai bukan Eropah dari dua pasukan penjajah itu.",
"Effendi (Pegawai Lantikan Gabenor) adalah pangkat tertinggi yang boleh dicapai oleh orang Afrika kulit hitam di dalam British King’s African Rifles (KAR) sehingga tahun 1961 (sejak itu, kenaikan pangkat kepada pegawai yang ditugaskan menjadi lebih mudah). ",
"Mereka setaraf dengan Pegawai Lantikan Raja Muda dalam T3nt3ra India British. Hingga kini sebutan dalam bentuk bahasa Swahili iaitu afande menjadi kata gantinama untuk pegawai-pegawai di t3nt3ra Kenya, Tanzania dan yang paling terbaru adalah di Rwanda dengan kebangkitan kuasa Rwandan Patriotic Front (RPF).",
"Bidang kuasa seorang Effendi hanya terhad kepada pasukan KAR, dan dia tidak boleh memerintah pasukan Inggeris. KAR tidak digunakan lagi pada tahun 1930-an dan diperkenalkan semula pada tahun 1956.",
"Effendi juga merupakan pangkat untuk pegawai bukan Eropah dalam pasukan Schutztruppe dari Afrika Timur Jerman. Hampir menyamai cara yang diamalkan British, Effendi Schutztruple dilantik melalui surat perintah gabenor, bukan melalui lantikan Kaiser Jerman di mana lantikan itu untuk pegawai dari orang kulit putih.",
"Mereka juga tidak ada kuasa terhadap pasukan kulit putih. Dalam Schutztruppe pangkat sebegini digunakan bersama dengan pangkat lain yang berasal dari budaya Uthmaniyyah seperti “Tschausch” (sarjan) dan “Ombascha” (koperal).",
"Di negara-negara yang lain, gelaran Effendi turut mempengaruhi budaya sosial tempatan masing-masing, antaranya seperti di Bosnia Dan Herzegovina, efendija merujuk kepada ulamak Islam, di India dan Pakistan, Effendi adalah nama keluarga untuk keturunan yang nenek moyangnya berhijrah dari Turki atau Afghanistan,",
"Di China, Effendi (阿凡提) sering merujuk kepada Nasreddin Hodja, seorang ahli falsafah Sufi era Empayar Seljuk, manakala di Afghanistan, beberapa anggota klan Barakzai yang merupakan bekas penguasa dari suku Durranis juga menggunakan Effendi atau varian Affandi sebagai nama keluarga mereka.",
"Sementara itu di Indonesia dan Malaysia, Effendi atau Afandi dan beberapa varian lagi telah dijadikan sebagai nama peribadi untuk kaum lelaki. Salah seorang warga kerja The Patriots juga merupakan pemilik nama yang berasal dari gelaran unik itu.",
"Sepanjang tempoh itu, beliau hanya dikenali sebagai Abdülmecid Efendi kerana gelaran Sultan, Padisah, Hunkar, Khan, mahupun Impalator sudah tidak sah lagi.Ketika era kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, sistem kesultanan telah dimansuhkan namun khalifah masih dikekalkan, Khalifah terakhir Uthmaniyyah yang sebelum itu memegang gelaran Shahzade kerana dia merupakan bekas pewaris takhta Sultan Uthmaniyyah, telah diundi dan dilantik sebagai khalifah oleh Dewan Kebangsaan Agung Turki pada tahun 1922 sebelum sistem khilafah juga dibubarkan pada tahun 1924.",
"Hari ini, meskipun gelaran Effendi berakar dari budaya dan bahasa Yunani, namun ia lebih popular dan digunakan secara meluas untuk jangkamasa yang panjang di Turki. Pihak berkuasa Republik Turki telah membatalkan gelaran tersebut sekitar tahun 1930-an. Namun ia masih digunapakai hingga sekarang secara tidak formal."
] |
https://www.thepatriots.asia/rakyat-melindungi-rakyat-daripada-kena-loot/ | Rakyat Melindungi Rakyat Daripada Kena Loot | [
"Dalam kemelut yang kompleks berlaku di negara kuasa besar dunia akibat kematian seorang warga kulit hitam, ada pihak yang bergelar antifa cuba menangguk di air keruh dengan menggalakkan keganasan atas dasar membela nasab keturunan.",
"Sekarang negara Uncle Sam tu dah jadi kacau bilau, satu pihak memprotes demi kesamarataan warna kulit secara aman, manakala yang cuba mengambil kesempatan merosakkan keadaan, menghancurkan kedai-kedai, kononnya atas sebab yang sama.",
"Tapi apa yang berlaku di Coeur d’Alene, Idaho Utara menarik kisahnya.",
"Pihak antifa dari luar bandar sub-urban tu cuba datang untuk menghuru-harakan keadaan, kerana di setiap pelosok negeri di USA hampir semuanya ada protes anti-keganasan kepada kulit hitam. Tapi rakyat yang mendiami bandar yang terkenal dengan tasik semulajadi ni telah mengaplikasikan Pindaan Perlembagaan Kedua (2nd Amendment) USA sebaiknya, menggunakan senjata peribadi untuk kebebasan.",
"2nd Amendment berbunyi (diterjemah): militia di bawah undang-undang adalah keperluan untuk keselamatan dan perlindungan negara bebas; hak rakyat untuk memegang dan menyimpan senjata tidak boleh dihapuskan.",
"Pindaan Kedua ni antara perjuangan pihak konservatif di USA (jauh beza dengan Konservatif Malaysia tahu!) yang mana untuk keadaan seperti sekarang, terserlah keperluannya.",
"Rakyat bandar berkeluasan 41.65km² ni bersatu hati dan tenaga, menolak anasir yang cuba memporak-perandakan kedamaian antara mereka, dengan senjata di tangan. Polis dan orang awam bekerjasama mengawal persekitaran.",
"Pemprotes dapat jalankan demonstrasi dengan aman, tanpa pihak ketiga yang cuba merosakkan keadaan. Tiada kedai dan premis terancam, dan suara kebebasan luas berkumandang. Secara harfiah dan figuratif. Tak berani geng antifa perosak tu datang. Baru bertemu buku dan ruas. Kah.",
"Penafian: hantaran ni bukan menggalakkan penggunaan senjata pada orang awam di Malaysia. Konservatif kita jauh berbeza, dan takkan sama. Perlembagaan Malaysia serta Rukun Negara sudah cukup utuh untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan rakyat dan negara, ditambah dengan kehadiran pihak berkuasa yang tak pernah lelah menjaga kita semua. Baik PDRM, ATM, Bomba dan lain-lain.",
"Tinggal lagi kita mencari hikmah dan pengajaran dari apa yang berlaku. Jangan mudah menjentik air, percikannya kena pada siapa, kita tak tahu. Ada yang setuju, ada yang akan marah melulu. Akibatnya, hanya Tuhan yang Tahu.",
"Semoga keamanan dan kemakmuran Malaysia kekal sampai hari akhir. Insya Allah.",
"*Gambar ehsan Shane Zaring",
"BACAAN LANJUT:",
"Coeur d’Alene, Idaho: Armed Citizens Protect Community. https://ussanews.com/News1/2020/06/02/coeur-dalene-idaho-armed-citizens-protect-community/"
] |
https://www.thepatriots.asia/apabila-ark-diharamkan-dalam-undang-undang-tamadun-melayu-silam/ | Apabila Ar*k Diharamkan Dalam Undang-Undang Tamadun Melayu Silam | [
"Sebelum kedatangan Islam, ar4k menjadi sebahagian dari budaya Melayu seperti mana bangsa-bangsa timur yang lain. Setelah kedatangan Islam, para pendakwah dari kalangan ulama berusaha untuk menghapuskan maksiat-maksiat yang berlaku termasuk budaya minum ar4k dengan cara halus dan penuh berhikmah.",
"Setelah kukuhnya kedudukan Islam yang menyaksikan para ulama mendapat tempat yang istimewa di istana, dakwah amal ma’ruf nahi mungkar tidak hanya dilakukan oleh para ulama, malah turut disokong dan dilaksanakan oleh sultan.",
"Dengan itu, tergubalnya Hukum Kanun Melaka yang berteraskan undang-undang Islam. Justeru, pelabuhan Kota Melaka yang diiktiraf oleh Portugis sebagai salah satu pelabuhan terkaya dan terpenting di dunia telah mengharamkan penjualan ar4k di Kota Melaka.",
"Menurut Fasal 30 Hukum Kanun Melaka:-",
"“Pada menyatakan segala hukum berniaga itu. Bermula hendaklah benda yang suci dijual itu dan tiada sah berniaga benda yang cemar iaitu seperti tuak dan ar4k…..”",
"Ar4k bukan sahaja dilarang dijual di Melaka, malah sesiapa yang meminum ar4k akan dikenakan hukuman sebat. Menurut Fasal 47 Hukum Kanun Melaka:-",
"“Peri had minum tuak ar4k- Barang siapa minum tuak ar4k, barang segala yang m4buk…jika merdeka dua puluh palu juga (sebat).”",
"Undang-undang pengharaman ar4k ini terus diwarisi oleh kerajaan-kerajaan warisan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini dapat dibuktikan dari Fasal 52 Hukum Kanun Pahang yang menyatakan:-",
"“Peri pada menyatakan hukum orang yang minum ar4k atau tuak atau segala yang mem4bukkan. Hukumnya empat puluh palu, jika merdeka.”",
"Undang-undang yang sama turut dilaksanakan di Johor dan Perak. Selain itu, negeri-negeri lain turut menjadikan minum ar4k sebagai satu kesalahan jenayah dan diharamkan.",
"Hukum Maksiat Di Kelantan menyatakan :-",
"“Dan daripada mungkar yang besar itu iaitu membenarkan jualan ar4k di dalam negeri Islam…”",
"Begitu juga dengan Undang-undang Kedah yang menyatakan:-",
"“Yang pertama kami nyatakan undang-undang, barang siapa mencuri, atau menyamun, atau menyabung, atau makan madat, atau main judi bertaruh-taruhan….atau minum ar4k dan tuak….hendaklah tangkap dan tikamnya, hantarkan ke negeri segala yang derhaka itu.”",
"Namun, kemasukan Inggeris ke Tanah Melayu menyebabkan undang-undang Islam yang selama ini menjadi teras utama perundangan dalam negeri-negeri di Tanah Melayu mula diketepikan secara halus.",
"Selepas British memerintah Melaka melalui perjanjian Inggeris -Belanda 1824, institusi kehakiman Islam telah diletakkan di bawah hirarki Mahkamah Inggeris di mana kedudukan Mahkamah Kadi diletakkan di bawah sekali.",
"Ini bermakna keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Kadi mesti dirayu di Mahkamah British. Ini juga bermakna Inggeris telah mencampuri pentadbiran institusi kehakiman Islam dan meletakkannya di bawah pentadbiran Mahkamah British.",
"Dasar yang diamalkan oleh Inggeris ini menyebabkan institusi kehakiman Islam terhapus secara halus dan hilang ciri-cirinya. Inggeris juga telah memperkenalkan tiga piagam yang dipanggil Charters of Justice (Piagam Keadilan Pertama) pada tahun 1807, (Piagam Keadilan Kedua) pada tahun 1826 dan (Piagam Keadilan Ketiga) pada tahun 1885.",
"Semua ini bertujuan untuk mengangkat taraf Undang-undang Inggeris dan secara tidak langsung menenggelamkan serta menyisihkan Undang-undang Islam yang dulunya diamalkan sebagai undang-undang tempatan.",
"Sejak itu, kesalahan-kesalahan di bawah perundangan Islam seperti meminum ar4k tidak lagi dianggap sebagai satu kesalahan. Lebih memeritkan, berlakunya gerakan pembaratan pada awal abad ke-20 oleh tokoh-tokoh tempatan sendiri yang dianggap sebagai gerakan modenisasi. Golongan ini menjadikan kehidupan orang barat sebagai contoh dan lambang kemodenan.",
"Oleh itu, kesannya dapat dirasakan pada pertengahan abad ke-20 hinggakan perbuatan minum ar4k dianggap sebagai sesuatu yang biasa. Malah ar4k bebas diiklankan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah Melayu. Hinggakan ada iklan yang menunjukkan ar4k Cap Harimau (Tiger Beer) sebagai minuman istimewa Hari Raya. Ini sesuatu yang sangat menyedihkan.",
"Alhamdulillah, tahun 1980an menyaksikan bermulanya perkembangan Islam yang subur di tanah air. Selain dari bersemaraknya gerakan-gerakan Islam seperti Jemaah Tabligh, ABIM, Al-Arqam dan sebagainya, pada tahun 1984 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984 digubal yang membawa kepada kewujudan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di negeri-negeri di seluruh Malaysia yang memperuntukkan minum ar4k sebagai satu kesalahan jenayah Syariah di kalangan orang-orang Islam dan boleh dihukum."
] |
https://www.thepatriots.asia/masjid-dari-zaman-sahabat-tabiin-ditemui-di-israel/ | Masjid Dari Zaman Sahabat & Tabi’in Ditemui Di Israel | [
"Bersempena\nsambutan hari raya Aidiladha yang bakal diraikan oleh umat Islam di seluruh\ndunia tidak lama lagi, sesuai kiranya kami dari The Patriots berkongsikan\nsebuah berita arkeologi yang pastinya sangat dekat dengan hati kita sebagai\numat Islam.",
"Penemuan kali ini melibatkan sebuah masjid yang diperkirakan berusia hampir 1400 tahun (sekitar abad ke-7 atau ke-8M), hanya beberapa tahun selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w. (632M). Masjid ini ditemui semasa ahli-ahli arkeologi dari Jabatan Barangan Antik Israel (IAA) menjalankan kerja pemantauan di tapak pembinaan sebuah petempatan yang akan didirikan tidak lama lagi. ",
"Sebagai sebuah negara yang kaya dengan sejarah dan turut maklum sebagai tanah para anbiya, kejadian sebegini merupakan suatu kebiasaan di negara haram Israel – iaitu penemuan arkeologi dijumpai semasa sesebuah pembinaan baru hendak dijalankan.",
"Sejumlah pemuda\ndan masyarakat badwi tempatan turut diberikan upah untuk mengambil bahagian\ndalam kerja-kerja ekskavasi melibatkan masjid ini yang ditemukan di gurun\nNegev, negara haram Israel pada hari Khamis, tanggal 19 Julai 2019. Lokasi\ntepat penemuan tersebut adalah di bandar Rahat.",
"Pengarah bagi\nkerja-kerja ekskavasi ini yang bernama Jon Seligman dan Shahar Zur\nmasing-masing memaklumkan bahawa masjid ini merupakan satu penemuan yang jarang\n(rare) berlaku di mana-mana ceruk dunia sekalipun, terutama di wilayah\nutara Be’er Sheva. “Tiada bangunan sebegini pernah ditemui sebelum ini”, ujar\nmereka.",
"Kenyataan yang\ndibuat ini sememangnya tidak berlebih-lebihan, kerana sebagaimana yang boleh\ndilihat di dalam gambar yang disertakan, masjid ini sama sekali berbeza dengan\nmasjid-masjid tertua yang pernah ditemui sebelum ini seperti Masjid Besar atau\nMasjid Umayyah di Damsyik, Syria (abad ke-8) yang memiliki seni bina yang\nmegah. Masjid ini sebaliknya hanyalah sebuah binaan berbentuk segi empat tepat\nbersaiz kecil tanpa kubah mahupun bumbung – terdedah tidak bertutup. Kalau\nbukan kerana mihrabnya yang menghadap ke arah kiblat (Mekah) di selatan, sudah\ntentu identiti binaan ini sebagai sebuah masjid tidak dapat dikesan.",
"Masjid yang\ndiperkirakan dibina pada zaman para sahabat menyebarkan Islam ke Levant (Zaman\nPembukaan Syam, sekitar 636M) ini turut ditemui bersama sebuah petempatan\npetani yang dipercayai telah pun beroperasi dan dihuni sejak bumi itu masih\nlagi merupakan sebahagian daripada jajahan Empayar Byzantine (kurun ke-5 atau\nke-6 Masihi). Antara yang ditemukan adalah ruang-ruang kamar, ruang penyimpanan\nawam, dan perkarangan awam yang dilengkapi ketuhar tidak-bertutup.",
"“Penemuan kampung\ndan masjid di kawasan ini merupakan satu sumbangan yang signifikan kepada\nsejarah berkenaan zaman peperangan bagi negara ini,” ujar Gideon Avni yang\nmerupakan ketua jabatan arkeologi di IAA merangkap pensyarah di Universiti\nHebrew di Jerusalem.",
"Dengan sejumlah\nsignifikasi yang dipikul oleh masjid ini – antara masjid tertua di dunia,\nmasjid yang dibangunkan di zaman sahabat dan tabi’in, rumah ibadah yang sangat\nunik, dan bermacam-macam lagi signifikasi lain – sudah tentu masjid dan petempatan\nini berupaya menambat perhatian dan minat yang bukan kecil dari masyarakat Islam\nsedunia khususnya.",
"Berdirinya masjid\nkecil ini menjadi saksi hidup kepada semangat juang, ketaatan dan kesediaan\nuntuk berkorban yang dipamerkan oleh para sahabat dan tabi’in semasa\nmenyebarkan Islam ke Levant, menghadapi empayar gergasi Byzantine – suatu semangat\nyang lama masa dahulu dipersembahkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang\nmana episod tersebut diabadikan pada tarikh perayaan yang bakal kita raikan\nini. ",
"Kini, pihak\narkeologis masih cuba mengenal pasti cara yang sesuai untuk menyepadukan tapak\narkeologi berharga ini ke dalam projek pembinaan kawasan kejiranan yang hendak\ndibina itu. Ini merupakan suatu sikap yang perlu dipuji dan diteladani di mana\ndalam mengejar kemajuan dan pembangunan, nilai sejarah yang tersimpan di tapak\nyang dihajatkan untuk dibangunkan itu tidak dikesampingkan sebaliknya dipelihara\ndan ditonjolkan seupaya mungkin bersama pemajuan yang mahu dilakukan.",
"RUJUKAN",
"Ashley Cowie. (24\nJulai 2019). One of the Oldest Islamic Holy Sites in the World Discovered in\nIsrael. Ancient Origins.\nhttps://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/mosque-israel-0012343",
"Rami Amichay. (18 Julai 2019). Archaeologist find mosque frome when Islam arrived in holy land. Reuters. https://www.reuters.com/article/us-archaeology-israel-mosque/archaeologists-find-mosque-from-when-islam-arrived-in-holy-land-idUSKCN1UD21Z",
"Reuters. (19 Julai 2019). Mosque Dating from Islam’s arrival in Holy Land found. Japan Times. https://www.japantimes.co.jp/news/2019/07/19/world/science-health-world/mosque-dating-islams-arrival-holy-land-found",
"Stephanie Pappas.\n(21 Julai 2019). This Ancient Mosque in Israel May Have Been Built Just A Few\nYears After Muhammed’s Death. Live Science.\nhttps://www.livescience.com/65993-rural-mosque-just-before-muhammed-death.html"
] |
https://www.thepatriots.asia/mutiara-kata-prof-khoo-mengenai-orang-melayu/ | Mutiara Kata Prof Khoo Mengenai Orang Melayu | [
"Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pernah dipetik mengatakan bahawa Ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan. Apabila bercakap dalam aspek sejarah, hanya ‘Ketuanan Raja’ yang termaktub dalam perlembagaan yang menunjukkan rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. ",
"“Sebelum ini tidak pernah disebut ‘Ketuanan Melayu’ dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma ‘Ketuanan Raja’ iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. “Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan.”- (Khoo Kay Kim, BERNAMA 2010)",
"Beliau dipetik pernah berkata seperti di bawah seperti mana yang dipetik oleh Malaysian Review (pautan: https://www.malaysianreview.com/146270/jangan-mudah-lupa-kejayaan-orang-melayu-kata-tan-sri-khoo-kay-kim/):",
"“Ini pernah berlaku. Orang Melayu dahulu (ramai) yang berjaya kerana mereka mempunyai sistem yang baik pada masa itu.",
"“Tetapi mereka (orang Melayu) ini dilupakan. Di Johor dahulu, ada seorang orang Melayu yang menjadi doktor, namanya Doktor Hamzah Taib. Dia mendapat ijazah dari Australia. Sebelum itu, Tun Doktor Ismail terlebih dahulu menjadi doktor, namun beliau dilupakan.",
"“Seorang orang Melayu, Raja Musa Raja Bot merupakan yang pertama diserap ke dalam Malayan Legal Services dan dia begitu cemerlang dalam bidang undang-undang, tetapi dia dilupakan,” katanya lagi ketika berucap di forum Mempertahankan Maruah Melayu.",
"Beliau dalam pada itu turut menyentuh jasa dan kejayaan Putera Sultan Kedah, Tunku Yaacob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah di negeri Jelapang Padi.",
"“Di Kedah pula, masyarakat begitu mengenali Tunku Abdul Rahman (bekas Perdana Menteri Malaysia pertama) tetapi melupakan jasa Tunku Yaacob. Tunku Yaacob juga belajar di Universiti Cambridge dalam bidang pertanian. Bila beliau pulang ke Kedah, beliau dapati apa yang dipelajari di Cambridge tidak begitu sesuai kerana keadaan barat dengan negara tidak sama.",
"“Beliau kemudian dihantar ke Trinidad untuk belajar sebelum pulang semula ke tanah air dan berjaya menjadikan Kedah sebagai negeri yang paling penting dan terkenal dalam bidang pertanian. Tetapi, beliau dilupakan.”",
"Prof Khoo percaya bahawa orang Melayu hanya akan mencapai kejayaan apabila mereka didedahkan kepada sistem yang paling baik. ",
"“Pendedahan kepada sistem yang baik boleh membuka peluang kepada orang Melayu untuk bersaing dengan pelbagai kaum,” (Sinar Harian)",
"Selamat jalan Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, profesor sejarah yang tiada tandingan!",
"(28 Mac 1937 – 28 Mei 2019)"
] |
https://www.thepatriots.asia/protes-anti-lockdown-us-kluster-terbaru-covid-19-us/ | Protes Anti-Lockdown US – Kluster Terbaru Covid-19 US? | [
"Ketika ini, negara paling teruk dibadai wabak Covid-19 ialah Amerika Syarikat dengan 792,913 kes dan 42,517 kem4tian. Di sebalik statistik menggerunkan yang memaksa negara Uncle Sam melaksanakan perintah berkurung dengan harapan dapat melandaikan bilangan kes wabak berkenaan, ia ditolak sama sekali sebilangan penduduk yang melihatnya sebagai ancaman kepada mata pencarian mereka.",
"Dan ini mendorong sesetengah daripada mereka memberontak dan mengadakan protes di beberapa negeri. Misalnya di Michigan, lebih 3,000 penunjuk perasaan dengan sebilangan daripada mereka bers3njata membuat bantahan di ibu negeri Michigan, Lansing. Mesejnya mudah: kami mahu kembali bekerja dan benarkan kami mengekspresikan hak kami.",
"Di Kentucky, North Carolina, lebih 100 orang berhimpun dan menyuarakan mesej sama: kami mahu bekerja. Demonstrasi sama turut berlaku di Ohio dan Virginia dengan puluhan penunjuk perasaan menggesa Gabenor Virginia, Ralph Northam menghentikan perintah berkurung di negeri itu. Northam melanjutkan perintah berkurung sehingga 8 Mei ini sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 di Virginia.",
"Tatkala negeri-negeri AS bertungkus-lumus menyelamatkan ramai nyawa dengan melaksanakan perintah berkurung, LEMBU-LEMBU ini diberi galakan untuk terus memberontak terima kasih kepada Presiden AS sendiri, Donald ‘Berus’ Trump. Pada Sabtu, Trump menyiarkan beberapa ciapan berunsur hasutan yang menggalakkan penunjuk perasaan untuk terus berhimpun dan menekan gabenor dari tiga negeri mereka untuk menghentikan perintah berkurung.",
"Sikap Trump yang berterusan mengapi-apikan sentimen partisan walaupun semasa musibah Covid-19 membadai negara itu dilihat mengulangi kesilapan sama semasa tempoh awal penularan Covid-19. Beliau sebenarnya diberi banyak peluang untuk mengekang penularan Covid-19 semasa ia berada di fasa awal tetapi gagal.",
"Dan kini, terima kasih kepada kecenderungannya untuk meraih sokongan politik, lebih ramai keluar berhimpun di sebalik rayuan gabenor negeri masing-masing dan pakar-pakar kesihatan untuk duduk diam di rumah dan mengekalkan penjarakan sosial. Kononnya, nak pertahankan hak masing-masing. Kononnya, ini merupakan satu cara menindas hak orang ramai.",
"Terima kasih kepada kebodohan pentadbiran Trump dan sebilangan rakyatnya yang lebih mementingkan soal hak berbanding kesihatan diri dan orang lain, seorang pakar epidemiologi dari Sekolah Kesihatan Awam TH Chan Harvard menjangkakan akan muncul kluster-kluster baru Covid-19 dari perhimpunan-perhimpunan ini.",
"Eric Feigl-Ding yang juga seorang saintis kesihatan awam menulis di Twitter, “2,500 orang berhimpun dalam perhimpunan anti-perintah berkurung di Olympia, Washington.",
"“Saya menjangkakan akan ada pertambahan kes-kes baru (inkubasi selama 5-7 hari sebelum simptom muncul sekiranya ada dan penyebaran tersebar kepada kontak sepanjang tempoh berkenaan termasuk dalam kalangan individu yang tidak menunjukkan simptom) dalam tempoh dua hingga empat minggu.”",
"Tatkala kelompok-kelompok ini cuba menunjukkan mereka merupakan kelompok majoriti, hakikatnya mereka hanyalah suara minoriti. Berdasarkan satu kajian selidik yang dijalankan Pusat Penyelidikan Pew, 66% responden memberitahu mereka bimbang tentang gelombang kedua Covid-19 sekiranya penjarakan sosial yang dibuat dihentikan terlalu awal.",
"Satu kaji selidik lain yang dijalankan oleh Gallup pula mendedahkan majoriti responden lebih bimbang dijangkiti Covid-19 berbanding risau berhadapan dengan situasi masalah kewangan berikutan perintah berkurung yang dilaksanakan.",
"Justeru, ini membuka pintu kepada soalan lain: apa yang perlu dilakukan bagi sesebuah negara untuk melonggarkan perintah berkurung dan meneruskan usaha membasmi Covid-19? Jawapannya ialah saringan dan pengujian Covid-19 berskala besar yang giat dijalankan di banyak negara dari Korea Selatan hingga China.",
"Jika Trump beria-ia mahu memulihkan semula ekonomi AS yang teruk dibadai Covid-19, itulah kuncinya. Masalahnya, dakwaan Trump bahawa AS melaksanakan pengujian Covid-19 terbesar di dunia bersifat indah khabar dari rupa. Menurut data yang disediakan Covid Tracking Project, AS hanya melakukan 150,000 ujian Covid-19 sehari sehingga minggu lepas.",
"Berdasarkan pengiraan penyelidik-penyelidik Universiti Harvard, AS boleh membuka ekonomi mereka pada pertengahan Mei ini dengan syarat pengujian Covid-19 mestilah mencecah antara 500,000 hingga 700,000 ujian sehari. Tetapi mereka menjangkakan jutaan lagi ujian perlu dilakukan untuk mencapai matlamat berkenaan.",
"Oleh sebab itulah, ia membawa kembali kepada perintah berkurung dan penjarakan sosial yang kini menjadi kaedah terbaik melandaikan dan mengekang penularan Covid-19. Ahli statistik dari Universiti Florida, Natalie Dean menyifatkan penjarakan sosial ialah satu peluang kepada pakar kesihatan membina kapasiti pengujian yang berkesan kepada kesihatan awam.",
"Tambahnya lagi, “Sekiranya kita tidak memanfaatkan tempoh itu untuk meningkatkan lagi kadar pengujian Covid-19 ke tahap yang kita perlukan sekarang… kita tidak akan mempunyai strategi keluar dari krisis ini. Dan kemudiannya apabila kita menarik balik perintah berkenaan, kita tidak akan bersedia berbanding sebelum ini.”",
"RUJUKAN:",
"Gabbat, Adam. (2020). US anti-lockdown rallies could cause surge in Covid-19 cases, experts warn. The Guardian. https://www.theguardian.com/us-news/2020/apr/20/us-protests-lockdown-coronavirus-cases-surge-warning",
"Smith, David. (2020). Trump calls protesters against stay-at-home orders ‘very responsible’. The Guardian. https://www.theguardian.com/us-news/2020/apr/17/trump-liberate-tweets-coronavirus-stay-at-home-orders",
"Beggin, Riley. (2020). Protests against stay-at-home orders are spreading despite most Americans’ fear of reopening. Vox. https://www.vox.com/coronavirus-covid19/2020/4/19/21226922/coronavirus-stay-home-protests-texas-maryland-indiana-utah-new-hampshire"
] |
https://www.thepatriots.asia/apakah-yang-animasi-spongebob-squarepants-mengajar-kita/ | Apakah Yang Animasi ‘Spongebob Squarepants’ Mengajar Kita? | [
"Spongebob\n– mengajar kita kalau terlalu taksub, obses dan fanatik, sikap-sikap itu akan\nmenghancurkan diri kita. Banyak episod yang menunjukkan bahawa ciri utama sikap\nSpongebob adalah keobsesannya terhadap sesuatu seperti obses dengan barang\nbuangan sehingga mengotorkan diri dan tempat kerja, obses dengan permainan\nsehingga Gary dan kebersihan rumah terabai, obses dengan jaring obor-obor\nsehingga memutuskan tali persahabatan, obses dengan Krabby Patty sehingga dijadikan teman wanita, dan lain-lain lagi\nyang akhirnya memusnahkan dirinya sendiri.",
"Patrick\n– mengajar kita persahabatan tidak memerlukan kecerdikan dan kebijaksanaan.\nPatrick merupakan makhluk yang tidak cerdik dan tidak berotak – tapak Sulaiman\nmemang tidak berotak. Tetapi apa sahaja yang dihadapi oleh Spongebob, Patrick\nada di sisinya. Patrik menuruti segala perangai gila-gila Spongebob. Terdapat\nepisode istimewa yang memaparkan Patrick menjadi bijak kerana otaknya tertukar.\nTetapi Patrick membuat keputusan untuk mendapatkan otaknya semula kerana tidak\nmahu mengembalikan semula persahabatannya dengan Spongebob. Patrick pernah berkata,\n“Kepandaian tidak dapat menggantikan\npersahabatan, aku memilih untuk menjadi bodoh.”",
"Squidward\n– sering mengingatkan kita pada realiti ketika kita lalai dengan mimpi dan\nidealiti kita. Pasti semua orang dapat mengaitkan dan merasakan betapa dekatnya\nwatak Squidward dalam diri anda. Setiap pertuturan yang diucapkan dari mulutnya\n– terutamanya tentang pekerjaannya sendiri – membuatkan anda rasa tersentap\nbetapa dekatnya perasaan Squidward dengan anda. Squidward merupakan watak yang\npaling realistik dalam dunia fantasi Spongebob.",
"Gary\n– mengajar setiap kejayaan yang anda capai dalam hidup, tentu akan ada orang\nlain telah membantu anda sama ada secara langsung ataupun tidak. Gary merupakan\nwatak paling pasif. Namun, kalau anda perasan, banyak kesusahan yang dialami\noleh Spongebob, dibantu oleh Gary tanpa disedari oleh Spongebob sendiri.",
"Mr.\nKrabb – mengajar untuk tidak berasa hairan kalau ada orang miskin yang obses\ndengan duit kerana mereka tahu betapa susahnya hidup mereka tanpa duit. Krabb\nberasal daripada keluarga yang miskin. Keobsesannya terhadap duit kerana dia\ntahu duit dapat mengubah hidupnya menjadi lebih baik.",
"Pearl\n– mengajar anda terdapat perkara yang lebih penting dan lebih berharga\nberbanding wang iaitu keluarga dan kawan-kawan rapat. Kemunculan Pearl sentiasa\nmenyentuh betapa kedekutnya ayahnya sendiri, Krabb untuk melabur untuk anak\nsendiri. Akhirnya, Krabb sendiri tidak kisah membelanjakan wang dia obses\nasalkan anaknya bahagia.",
"Sandy\n– mengajar anda supaya tidak lupakan asal usul dan budaya anda walaupun di mana\nsahaja anda berada. Anda tentu tidak lupa dengan watak Sandy yang kerap\nmengenakan topi koboi apabila beraksi. Perhiasan di rumahnya juga menggambarkan\ntempat asalnya di Texas.",
"Plankton\n– mengajar anda supaya tidak berputus asa walau sesukar mana pun perjalanan\nuntuk mengejar cita-cita. Orang yang menang mencari jalan, orang yang kalah\nmencari alasan. Plankton jarang sekali merungut dan menacari lebih 1000 jalan\nsehingga kelihatan pelik pada tontonan kita untuk mencuri resepi rahsia krabby patty.",
"Mrs.\nPuff – mengajar anda betapa besarnya rintangan mendidik pelajar yang tidak\npandai dan tidak mahu belajar. Sekiranya anda mempunyai pengalaman mengajar,\ntentu lebih mudah urusan anda apabila anda diberikan tanggungjawab untuk\nmengajar murid yang pandai dan dengar kata.",
"Karen\n– isteri yang bagus adalah isteri yang sentiasa menyokong suami. Tidak bagusnya\napabila tetap menyokong walaupun suami melakukan kejahatan seperti yang berlaku\nkepada Karen. Ataupun mungkin Karen pun sebuah komputer isteri yang jahat."
] |
https://www.thepatriots.asia/betul-ke-rusia-kalah-teruk-di-kyiv/ | Betul Ke Rusia Kalah Teruk Di Kyiv? | [
"Tidak melampau untuk cakap Rusia semakin tewas dalam peperαηgαη dengan Ukraine. Pada mulanya, Rusia masuk dengan niat untuk 1) menαwαη Kyiv, 2) menggulingkan kerajaan sah Volodymyr Zelenskyy dan 3) menubuhkan sebuah kerajaan boneka.",
"Tetapi selepas enam minggu, niat pertama masih belum tercapai… dan mungkin takkan tercapai. Kerana Rusia bertukar niat terus iaitu berundur daripada Kyiv untuk menumpukan perhatian pada wilayah Donbas sahaja.",
"Selepas kehilangan puluhan ribu anggota teηterα… belum kira jentera perαηg seperti kereta kebal yang hαηgυs terbαkαr, tiba-tiba alih perhatian daripada “cαptυre” ke “attrition” (Ellyatt, 2022). Jelas sekali, Rusia semakin tewas.",
"Ribut Rusia Sedang Pυkυl Diri Sendiri",
"Kekalahan Rusia sebenarnya bukan kerana Ukraine terlalu kuat. Jauh sekali. Rusia dipυkυl teruk kerana kelompangan dalam unit keteηterααη sendiri. Ambil contoh seperti Sergei Beseda. Sebelum koηflik bermula, bukan main tular video Vladimir Putin seηgαt sampai terkulat-kulat “ketua FSB”.",
"https://www.youtube.com/watch?v=ucEs0nBuowE",
"Siapa sangka video ini sebenarnya sedang tunjuk mendapan kronik dalam sistem Rusia: kumpulan bincang lain, ahli cakap lain. Dan Beseda kemudian ditangkap pihak berkuasa Rusia kerana Putin akhirnya sedar keadaan sebenar (London, 2022). Dan kalian yang baca pasti garu kepala.",
"Ceritanya begini. Rusia cuba guna taktik kotor (dalam perαηg, apa pun boleh). Kremlin menghantar pasukan khas Chechnya untuk bυηυh Volodymyr Zelenskyy.",
"Masalahnya pihak FSB sendiri pergi bocorkan maklumat pada pihak Ukraine (Bella, 2022). Zelenskyy digegas keluar – dan unit Chechnya masuk perαηgkαp sampai semua pakat mαti.",
"Mana Putin tidak mengαmυk sakan demikian hari. Lapan jeneral Rusia dipecat serta-merta kerana masalah-masalah sebegini dangkal (Pleasance, 2022). Ini baru satu masalah. Ada banyak masalah yang berputik, sekali gus mendedahkan kepada seluruh dunia tentang keupayaan Rusia.",
"Pokok pangkalnya Rusia tidak mampu berperαηg kerana 1) tiada pengalaman dan 2) korυpsi sangat teruk. Beberapa hari selepas masuk dalam sempadan Ukraine, pihak Rusia didapati berdepan dengan masalah bekalan.",
"Ada kereta kebal tiba-tiba kehabisan minyak. Bayangkan sekejap – macam mana negara pengeluar minyak macam Rusia tidak dapat sediakan bekalan minyak kepada kereta kebal?",
"Tikus Dalam Peti Ais",
"Hakikatnya Kremlin menyediakan minyak yang sangat cukup – tetapi ada isu penyelewengan dalam kalangan kepala. Mereka mencυri minyak dan jual untuk keuntungan sendiri (Beliakova, 2022).",
"Laporan cakap minyak cukup. Kremlin memberitahu Putin semua cukup. Alih-alih tengok apa pun tidak cukup. Dan masing-masing takut untuk bercerita sebenar pada pihak atasan.",
"Inilah sebab kenapa Ukraine berani ubah strategi daripada “defense” ke “coυηterαttαck”. Katanya Pertempuran Irpin sudah tamat pada 28 Mac, kerana Rusia sudah keluar meninggalkan kota penting ini (Guerin, 2022).",
"Betapa beraninya Ukraine sampai selamba pergi serαηg kota Belgorod yang terletak dalam sempadan Rusia.",
"Rusia ibaratkan sudah terima hakikat: mereka tidak boleh menang selagi keadaan begini berterusan. Jadi untuk jaga air muka, Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu sendiri buat pengumuman:",
"“Moscow akan mengurangkan aktiviti di Kyiv secara drastik (kononnya) supaya boleh ada suasana kondusif ke arah perdamaian” (Hodge, et al., 2022).",
"Kata-kata agak memusing ini merupakan punca Vladimir Putin sekarang sangat marah pada Shoigu (Bostock, 2022). Pada dasarnya, penasihat-penasihat Putin sangat takut untuk bercerita sebenar barangkali kerana pasti dihυkυm. Sebab alasan peηyeleweηgan sememangnya takkan dapat diterima.",
"Kemenangan Ukraine sudah tentu menjadi rencana moral untuk jangka masa panjang. Dan ketika ini, Perαηg Rusia-Ukraine sedang berpihak pada tuan rumah.",
"RUJUKAN:",
"Bella, T. (2022, Mac 2). (ditapiskan) plot against Zelensky foiled and unit sent to (ditapiskan) him ‘(ditapiskan)’, Ukraine says. The Washington Post.Set featured image",
"Bostock, B. (2022, Mac 31). Putin and one of his closest aides have fallen out, US intel says, as officials say he is being fed bad information about the Ukraine (ditapiskan). Business Insider.",
"Beliakova, P. (2022, Mac 8). Russian (ditapiskan) (ditapiskan) quagmire. Politico. ",
"Ellyatt, H. (2022, Mac 23). Putin’s Ukraine (ditapiskan) is turning into a ‘grinding (ditapiskan)’ where nobody wins. CNBC.",
"Guerin, O. (2022, April 2). (ditapiskan) for Irpin: Russian (ditapiskan) pushed out of Kyiv suburb. BBC.",
"Hodge, N., et al. (2022, Mac 29). Russian says it will reduce (ditapiskan) operations around Kyiv following talks with Ukraine. CNN.",
"London, D. (2022, Mac 22). The heads begin to roll in Russia. The Hill.",
"Pleasance, D. (2022, Mac 10). Russia has ‘ditapiskan’ ‘about EIGHT’ generals for failing to ‘complete the task’ of taking Ukraine in days, Kyiv official claims – as Putin rages over FSB failures. Daily Mail."
] |
https://www.thepatriots.asia/jalur-gemilang-kaedah-melukis-bintang-14-bucu/ | Jalur Gemilang: Kaedah Melukis Bintang 14 Bucu | [
"Setiap kali terpandangkan Jalur Gemilang berkibaran di sana-sini, pasti timbul rasa debaran semangat menggerakkan kita berusaha sehabis baik. Lirik lagu Jalur Gemilang terngiang-ngiang di telinga seolah-olah bendera itu hidup lalu menyuntik semangat kewarganegaraan ke dalam roh kita. Ia membuatkan kita rasa seolah-olah boleh mencapai apa sahaja.",
"Namun, jika kita diberi tugasan melukis bendera Jalur Gemilang, semangat tadi luntur kehilangan warna. Semangat kita hilang bukan sebab kita tidak sayangkan bendera kita, tetapi kita tidak mahu mencacatkan bendera kesayangan kita. Kita tiada masalah melukis jalurnya, mahupun bulan sabitnya. Yang menjadi masalahnya ialah bintang 14 bucunya yang selalu membuat ramai rasa ingin menangis setiap kali melukisnya.",
"Aku mengangguk tanda faham. Aku pun selalu memikirkan tentang bagaimana ingin melukis bintang 14 bucu yang cantik. Pemikiran aku membawa kepada poligon 14 sisi, iaitu tetradekagon. Jika kita mampu bina tetradekagon yang sekata, pasti bintang 14 bucu kita pun cantik!",
"Dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sewaktu tingkatan 4 dan 5, ada satu kaedah untuk melukis poligon 5 sisi sekata, pentagon, yang terterap dalam satu bulatan yang diberi. Aku dapati kaedah ini juga boleh digunakan untuk beberapa poligon lain. Maka, adakah kaedah ini boleh digunakan untuk semua poligon?",
"Ya, ia boleh dilakukan, tapi hanya penghampiran sahaja. Maknanya, apa sahaja poligon sekata boleh dilukis tetapi akan ada sekurang-kurangnya satu sisi yang pendek sedikit berbanding yang lain. Aku dapati kaedah ini tidak sesuai untuk tetradekagon kerana kecacatan yang ketara tetapi agak sekata untuk poligon 7 sisi, heptagon. Maka, menggunakan kaedah ini kita akan bina heptagon dahulu. Memandangkan 14 adalah 2 kali 7, maka mengubah heptagon kepada tetradekagon hanya memerlukan pembahagian dua setiap sisi.",
"=Untuk melukis bintang 14 bucu jalur gemilang, aku gariskan 3 langkah: 1) Lukis Heptagon; 2) Ubah Heptagon menjadi Tetradekagon; 3) Sambungkan titik-titik tetradekagon untuk menjadikannya bintang. Dah sediakan pembaris dan jangka lukis? Mari kita lihat bagaimana melukisnya.",
"1) Melukis Heptagon daripada bulatan.",
"Katakan bulatan berpusat pada O dan berjejari OA telah disediakan. Kini kita ingin melukis sebuah heptagon yang terterap di dalam bulatan tersebut. ",
"Selingan: Membahagi garis AB kepada 7 bahagian.",
"Katakan garis AB telah diberikan. Kita ingin memotong garis AB menjadi 7 bahagian dengan sekata. ",
"1) Lukis garis AC\npada mana-mana arah. 2) Tandakan sembarangan titik A1 pada garis AC.\n3) Pindahkan jarak AA1 sepanjang garis AC sehingga mempunyai 7\nsenggat. 4) Hubungkan senggat paling hujung, iaitu A7 untuk kes ini,\ndengan B membentuk garis A7B. 5) Lukis garis dari setiap senggat\nlain memotong garis AB. Garis-garis ini adalah selari dengan garis A7B.\n",
"Kini, garis AB\nsudah dibahagikan menjadi 7 bahagian sekata. Garis AB boleh dibahagikan menjadi\nseberapa banyak bahagian yang diingini dengan sekata. Jika inginkan 10\nbahagian, lakukan langkah 3 sehingga ada 10 senggat. Begitu juga dengan nilai\npembahagian yang lain.",
"2) Mengubah Heptagon Menjadi Tetradekagon",
"Katakan sisi AB yang terterap dalam bulatan telah diberikan. Kita ingin membahagi sisi ini menjadi dua sisi sama panjang yang juga terterap dalam bulatan yang sama.",
"Kini kita sudah\nbahagikan sisi AB menjadi AG dan GB yang ketiga-tiga sisi tersebut terterap\ndalam bulatan yang sama. Ulangi langkah ini untuk kesemua sisi heptagon kita.\nDisebabkan setiap sisi sudah menjadi dua kali ganda lebih banyak, heptagon kita\nsudah menjadi tetradekagon.",
"3) Menyambung Titik-Titik Tetradekagon menjadi Bintang 14 Jalur Gemilang",
"Katakan suatu tetradekagon sekata sudah diberikan, lalu bagaimana kita ingin melukis bintang Jalur Gemilang daripadanya? Kita tidak boleh menyambung dua titik sesuka hati kerana bintang Jalur Gemilang mempunyai corak yang sangat khusus. Setelah merenung bintang itu buat masa yang lama, aku dapat kenal pasti corak pembinaannya.",
"Ambil suatu titik, katakan A, lalu kenalpasti titik setentangnya. Titik setentang A ialah B. Jangan sambungkannya dengan B, tetapi sambungkan A kepada jiran-jiran B iaitu C dan D. Kini kita ada garis CA dan AD. Sebagai contoh tambahan, titik E bersetentang dengan titik F tetapi E disambungkan dengan jiran-jiran F iaitu G dan H. Ulang kaedah ini untuk setiap bucu tetradekagon. Lalu, kita sudah ada bintang Jalur Gemilang yang cantik dan sekata.",
"Akan tetapi, ia tidak betul-betul sama. Jika ditindih di atas Bintang Jalur Gemilang, kita boleh nampak ada bahagian yang tidak selari. Hal ini berlaku kerana poligon yang dibina itu tidak betul-betul sekata. Sebenarnya, ada kaedah melukis heptagon atau tetradekagon yang lebih sekata, tetapi kaedah ini mudah dan boleh digunakan untuk poligon-poligon lain. Walaubagaimanapun, kaedah ini cukup sekata untuk membina bintang Jalur Gemilang yang disayangi rakyat dengan cantik. Kalau kalian tahu kaedah melukis heptagon atau tetradekagon yang lain yang lebih tepat, dipersilakanlah menggunakan kaedah itu.",
"RUJUKAN"
] |
https://www.thepatriots.asia/gejala-kemurungan-tak-sepatutnya-dikaitkan-dengan-isu-iman/ | Gejala Kemurungan Tak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Isu Iman | [
"Ahli psikologi muslim terutamanya, dan muslim amnya harus lebih berhati-hati dalam membuat tafsiran perihal iman dan kaitannya dengan kemurungan. Kita tidak mahu menjadi muslim yang mengaku beriman tetapi bertindak membuat tuduhan buta kepada agama – menjadi muslim yang hanya mencerap lahiriah melalui kerangka Behaviorisme akademik Barat, dan membuat sangkaan yang tidak tuntas bermatlamatkan untuk mencari perasaan yang menyenangi hati dan menjauhi perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati – inilah gaya kehidupan seorang hedonisme.",
"Isu ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang bersifat baharu, relatifnya sekitar kurun ke-19 lagi ramai pengkaji ilmu psikologi khususnya di Barat dan Utara Amerika telah melakukan transisi disiplin ilmu pengkajian jiwa ke jalur empirikal dan metodologi saintifik yang menjelaskan fenomena manusiawi melalui pembuktian nyata (yakni wujud di peringkat alam fizikal) serta penumpuan dalam ruang lingkup objektiviti yang boleh diperhatikan dan diukur.",
"Pada ketika peristiwa peralihan disiplin ini terjadi, kebanyakan pengkaji di Barat dan Utara Amerika terutamanya telah mengurangkan penekanan kepada penerangan fenomena manusiawi dari sudut pandang metafizik (konsep abstrak) kerana bagi mereka metafizik adalah sesuatu yang berbentuk spekulasi dan bukan juga sesuatu yang mampu ditanggap oleh manusia secara lahiriahnya.",
"Untuk mukmin, kita tidak seharusnya membataskan jalur kefahaman kita di dalam permasalahan insan seperti kemurungan di peringkat empirikal semata-mata. Andai kata ada orang yang bertanyakan kepada saya soal kaitan kemurungan dan iman, maka saya akan menjawab bahawa iman itu layak dibahaskan di dalam kelas-kelas yang spesifik, pendek kata – ia (iman) masih sah untuk dibicarakan dalam ruang lingkup kemurungan yang tertentu.",
"Semestinya bicara soal perkaitan iman dan kemurungan harus diletakkan di posisi yang tepat kerana untuk beberapa kes neuropsikiatri seperti Schizophrenia, Bipolar, Post Traumatic Stress Disorder (PTSD), panic disorders dan lain-lain simptom-simptom berkaitan yang mempunyai faktor kritikal dalam konteks neurosis, biologi dan genetik tidak lagi tepat untuk kita melihat dan mengkaji situasi ini dari perspektif iman.",
"Kerana biarpun kebenaran iman itu wujud di peringkat fundamental berkehidupan seseorang mukmin, ia masih mempunyai had kebenaran yang tertentu. Misalnya kita tidak boleh mengatakan orang yang telah hilang waras akalnya tidak beriman, semestinya anggapan atau kepercayaan ini tidak ada nilai logik akalnya, bahkan orang-orang yang membuat anggapan seperti inilah yang harus mendapatkan bantuan dan bimbingan.",
"Kenyataan perkaitan iman dan kemurungan ini sebenarnya bukanlah suatu tuduhan kepada muslim bahawa mereka itu kurang beriman, atau kufur kepada Allah SWT. Sebaliknya kenyataan ini adalah demi membimbing insan untuk keluar daripada permasalahan inderanya (dalaman).",
"Mereka yang membuat sangkaan dengan mengatakan bahawa orang-orang yang membicarakan soal iman dalam ruang lingkup kemurungan sebagai zalim sebenarnya tidak benar-benar memahami pengkonsepsian iman dalam berkehidupan menurut perspektif Islam. Namun tidak dapat dinafikan juga wujudnya orang-orang yang mengaitkan iman dan kemurungan dengan berniat jahat dan zalim yakni tidak tepat pada tempatnya, mereka ini saya kira adalah orang-orang jahil yang telah mendatangkan fitnah kepada agama.",
"Pertamanya, untuk memahami isu ini dengan lebih jelas muslim haruslah tahu bahawa dasar pembinaan kerangka iman itu bermula di aras kognitif. Kita melalui peristiwa, dan menyerap nilai-nilai peristiwa melalui pancaindera yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Melalui peringkat pengamatan kejadian yang berlaku, Allah SWT telah menyediakan sumber-sumber mutlak untuk dijadikan bimbingan berkehidupan setiap umat Islam (Al-Quran dan hadith). Penelitian terhadap kejadian ini berlaku di dalam jiwa dan kognitif manusia, yang mana seterusnya membina mental attitude seseorang dan melatih cara pandang hatinya dalam menanggapi sesuatu kejadian dunia yang berlaku ke atas dirinya.",
"Ada pun mukmin itu melalui simptom-simptom kemurungan asbab daripada kejadian kehidupan yang menimpanya, hal itu tidaklah menafikan dirinya dan usahanya sebagai orang yang beriman.",
"Di peringkat ini, haruslah setiap muslim yang diuji dengan simptom itu mempercayai yakni tanpa keraguan bahawa Allah SWT adalah Yang Maha Adil dan Yang Maha Bijaksana dalam menentukan perkadaran kehidupan untuk perbendaharaan kehidupannya. Di aras ini, mukmin itu diuji dari cara, adab dan ketertibannya dalam menyantuni kejadian kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan tentunya Allah SWT adalah sebaik-baik Pencipta yang menolong hamba-hamba-Nya tika mereka dalam kesusahan.",
"Artikel ini disumbang penulis A.N. Hadi pada 3 Mac 2023."
] |
https://www.thepatriots.asia/bolton-wanderers-betapa-hancurnya-the-trotters-sekarang/ | Bolton Wanderers – Betapa Hancurnya The Trotters Sekarang | [
"Siapalah\nyang tidak kenal kelab bolasepak Bolton Wanderers? Nama tersebut barangkali\nterasing bagi peminat-peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mula menonton\nketika zaman Mansour bin Zayed al-Nahyan. Namun bagi penggiat tegar semasa\ndominasi Sir Alex Ferguson, Jose Mourinho dan Arsene Wenger, inilah kelab yang\nnasib mereka agak naik-turun. Mereka menempah tempat dalam persaingan EPL\nselepas kemenangan 4-3 menentang Reading. Dalam perlawanan tersebut, Owen Coyle\nyang akan membawa Bolton ke penyingkiran turut menjaringkan gol.",
"Namun\nkonsistensi mereka tergugat dengan prestasi naik-turun dari persada tertinggi\nke penyingkiran. Kembalinya mereka ke EPL pada tahun 2001 bermula dengan\nkejutan apabila Leceister City dihancurkan 5-0. Mereka juga kelab pertama dalam\nsejarah EPL untuk menewaskan Manchester United 1-2 di Old Trafford dalam bentuk\ncomeback. Dan musim tersebut berakhir dengan kedudukan ke-16, menempah\nkemandirian di dalam EPL. Musim-musim seterusnya pun digelumangi masalah\nkonsistensi.",
"Tetapi\nmereka berjaya tiba di pusingan akhir Piala Liga sungguhpun tewas dengan\nMiddlesbrough. Pada tahun tersebut, mereka mencatatkan kedudukan tertinggi\ndalam sejarah iaitu tempat kelapan. Musim seterusnya pula menyaksikan mereka di\ntempat keenam, sekaligus melayakkan mereka dalam pertandingan Eropah buat\njulung kalinya. Namun tiada kejayaan dilakarkan sehinggalah penyingkiran mereka\ndalam pengurusan Owen Coyle yang dimuktamadkan pada 13 Mei 2012 dengan keputusan\nseri 2-2 bersama Stoke City.",
"Atas\nkeputusan yang tidak memberangsangkan, mereka tidak kembali ke EPL. Pada Disember 2015, mereka diberikan\nnotis daripada Jabatan Perolehan dan Kastam Diraja (HMRC) atas kegagalan\nbayaran cukai oleh kerana hutang mencecah £172.9 juta (BBC, 2015). Mereka juga\ndikenakan sekatan pembelian pemain. Masalah berterusan apabila pengurus Neil\nLennon pula disiasat atas hal peribadi bersertakan kegagalan menang 17\nperlawanan (BBC, 2015). Hutang bersama HMRC pula telah mencecah £2.2 juta.",
"Sepanjang musim 2018/2019, Bolton mengharungi masalah\nkewangan tanpa henti. Gagalnya pembelian Christian Doidge membuka laluan bagi\nForest Green Rovers untuk memfailkan saman atas alasan kehilangan pendapatan\n(Iles, 2018). Pintu mereka masih diketuk HMRC. Operasi bolasepak pun terganggu\njuga, dengan penutupan pusat latihan pada Mac 2019 (Edwards, 2019). Permainan\nbersama Ipswich Town, Middlesbrough dan Aston Villa pun tergugat antara ditunda\natau dimainkan secara tertutup selepas Stadium Reebok ditarikbalik sijil\nkeselamatan (Iles, 2019).",
"Pada 26 April pula, perlawanan bersama Brentford terpaksa\ndibatalkan selepas pemain-pemain Bolton memboikot atas alasan tidak dibayar\ngaji (BBC, 2019). Seminggu kemudian, Bolton secara rasminya diisytihar dalam insolvensi\nselepas gagal membayar cukai £1.2 juta. Bermakna juga Bolton memulakan musim\n2019/2020 dengan 12 mata ditolak. Pada 14 Mei, nasib Bolton semakin teruk. Staf\ndi sebalik tabir terpaksa menggunakan derma bank makanan (BBC, 2019). Dan\nmenurut kenyataan daripada pemain, tiada siapa pun dalam kelab dibayar gaji\nselama 20 minggu lamanya. ",
"Pusat latihan pula tiada air minuman mahupun mandian. Dan\nmasalah pembayaran gaji turut menyebabkan pembatalan perlawanan persahabatan\nbersama Chester dan Preston North End. Disebabkan dua pembatalan ini, Oldham\nAthletic menarik diri atas alasan Bolton tidak berupaya meletakkan skuad. Dan\nBolton memulakan musim 2019/2020 tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan\npertama. Malah Tranmere Rovers membelasah mereka 5-0 dengan tiga gol dalam masa\nlapan minit. ",
"Erhun Oztumer pula telah mengangkat kaki keluar, meninggalkan\nkelab dengan hanya lima pemain senior sahaja. Dan perkembangan pada 17 Ogos\n2019 mendapati Bolton terpaksa menggunakan pemain-pemain bawah umur dalam tiga\nperlawanan pertama tersebut (BBC, 2019). Sebagai kesimpulan, tajuk artikel\nperlu dipetik sekali lagi – betapa hancurnya the Trotters sekarang.",
"RUJUKAN:",
"Bolton Wanderers set up emergency food bank\nto help staff after wages go unpaid – BBC Sport. (2019, August 18). Retrieved\nfrom https://www.bbc.co.uk/sport/football/48268140",
"Bolton Wanderers v Brentford called off by\nEFL with wages still owed to Bolton players – BBC Sport. (2019, April 26).\nRetrieved from https://www.bbc.com/sport/football/48067603",
"Bolton Wanderers: Debt figure up to £172.9m\nafter losses – BBC Sport. (2015, April 1). Retrieved from https://www.bbc.com/sport/football/32138946",
"Bolton: Phil Parkinson contacts EFL over\nplayer welfare concerns – BBC Sport. (2019, August 18). Retrieved from https://www.bbc.com/sport/football/49383856",
"Edwards, L. (2019, March 04). Bolton forced\nto close training ground as financial problems mount. Retrieved from https://www.telegraph.co.uk/football/2019/03/04/bolton-forced-close-training-ground-financial-problems-mount/",
"Edwards, L. (2019, March 04). Bolton forced\nto close training ground as financial problems mount. Retrieved from https://www.telegraph.co.uk/football/2019/03/04/bolton-forced-close-training-ground-financial-problems-mount/",
"Iles, M. (2019, March 19). Forest Green\nconfirm legal action against Wanderers. Retrieved from https://www.theboltonnews.co.uk/sport/17512109.forest-green-confirm-legal-action-against-bolton-wanderers/",
"Iles, M. (2019, April 16). Wanderers wait for\ngreen light for Aston Villa clash. Retrieved from https://www.theboltonnews.co.uk/sport/17578334.boltons-clash-with-aston-villa-yet-to-get-the-go-ahead/",
"Neil Lennon: Bolton Wanderers have ‘been\nthrough hell’ – BBC Sport. (2015, December 28). Retrieved from https://www.bbc.com/sport/football/35189399"
] |
https://www.thepatriots.asia/nanga-gaat-kapit-dan-rumah-panjai-terbang/ | Nanga Gaat, Kapit Dan “Rumah Panjai Terbang” | [
"BERCERITA mengenai kewujudan lapangan-lapangan terbang kecil di seluruh Sarawak sebenarnya banyak dipengaruhi oleh adanya operasi-operasi di hutan-hutan pedalaman Sarawak sewaktu zaman konfrontasi Indonesia Malaysia suatu waktu dahulu. Dan di dalam konteks ini mungkin ramai tidak mengetahui tentang cerita sejarah satu tempat yang nun jauh di tengah-tengah hutan belantara Kapit iaitu di Nanga Gaat.",
"Sekitar tahun 1964 sehingga 1966, Nanga Gaat “Operation Camp” merupakan antara satu tempat yang paling banyak memainkan peranan yang penting di dalam konteks pengangkutan untuk tentera-tentera pelbagai Negara termasuklah anggota tentera di pihak Malaysia sendiri. Ianya terletak hanya bersebelahan dengan Sungai Gaat dan Batang Baleh iaitu berhampiran dengan Bukit Majau di Kapit.",
"Di ketika zaman konfrontasi Indonesia/Malaysia boleh dikatakan masyarakat tempatan yang mendiami sekitar Nanga Gaat sudah biasa melihat “rumah panjai terbang” iaitu satu gelaran yang digunakan untuk sejumlah helikopter yang bersimpang siur di ruang angkasa mereka. Jika diikutkan di Nanga Gaat ini walaupun “operation base” yang terletak jauh di pedalaman tetapi disinilah berhimpun beberapa helikopter jenis Wessex 1s, 5s, Whirlwind 7 dan Hiller serta Bristol Belvedees. Dan disebalik kehadiran “rumah panjai terbang” ini sebenarnya turut menyimpan 1001 peristiwa hitam gugurnya anggota keselamatan kita dan tentera komanwel sewaktu bertugas.",
"Tanggal 17 November 1964 merupakan tragedi pertama yang menimpa tentera Komanwel yang bertugas di Nanga Gaat. Pada hari itu seorang pegawai tentera dari HMS Bulwark iaitu Acting-Petty Officer Michael John Parry telah mati lemas apabila bot panjang yang beliau naiki selepas pulang dari lawatan sebuah rumah panjang telah karam. Michael John Parry tidak mampu diselamatkan biarpun seorang pemuda Iban yang menjadi jurubotnya mampu berenang ke tepian. Mendiang dikebumikan di St. John’s Anglican Cemetery di Sibu sehari selepas kejadian dan seterusnya dipindahkan perkuburunnya di Jalan Cheras, CWGC Cemetery, Kuala Lumpur.",
"Pada 4 Mac 1965 pula, Nanga Gaat masih tidak terlepas daripada tragedi penerbangannya apabila helikopter jenis Wessex 1 XP108 yang dipandu oleh Leftenan M R Thompson dari RN telah mengalami kegagalan enjin sehingga menyebabkan helikopter tersebut terhempas di kawasan Ulu Sungai Puro. Dikatakan mereka baru sahaja selang beberapa minit berlepas dari Nanga Gaat bagi menghantar sejumlah tentera untuk operasi ketenteraan. Di dalam tragedi di Ulu Sungai Paro ini, juruterbang iaitu Leftenan M R Thompson, aircrewnya iaitu REA A J Williams berserta dengan enam anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban serta merta sejurus selepas helikopter itu terhempas.",
"Tidak lama kemudian iaitu pada 9 April 1965, helikopter jenis Hiller 12E XS164 pula terhempas sejurus selepas berlepas daripada Nanga Gaat. Pada ketika itu, juruterbangnya J A C Morgan dari RN telah menemui ajal apabila helikopter yang dipandunya dikatakan tidak boleh dikawal lalu terhempas. Menurut sumber dikatakan bahawa beberapa hari sebelum kejadian, sememangnya helikopter tersebut sudah diketahui mempunyai beberapa kerosakan pada bahagian rotor ekor tetapi memandangkan lokasi Nanga Gaat yang jauh maka adalah sukar untuk mendapatkan alat ganti seberapa segera.",
"Namun atas bebanan tugas, dikatakan Leftenan Morgan membaiki sendiri kerosakan itu berdasarkan kepada kefahaman beliau namun mungkin ianya tidak seperti yang seharusnya maka berlakulah tragedi yang meragut nyawanya pada 9 April 1965 itu.",
"Selang beberapa hari selepas menerima tragedi helikopter terhempas sehingga mengorbankan juruterbangnya sendiri, tanggal 12 April 1965 pula merupakan satu peristiwa hitam yang betul-betul berlaku di Nanga Gaat “Operation Camp”. Ini kerana pada hari itu dua buah helikopter jenis Wessex 1s yang dipandu oleh Leftenan R Robertson dan Sub Leftenan J C Hapgood, kedua-duanya dari RN telah bertembung sama sendiri sewaktu hendak mendarat.",
"Diceritakan pada ketika itu, mereka baru sahaja usai dari satu operasi ketenteraan dan membawa sejumlah tentera di dalam helikopter masing-masing. Akibat daripada pertembungan itu menyebabkan mereka terhempas betul-betul di tepi Sungai Gaat. Dan pada tanggal hari itu menyaksikan empat anggota tentera Komanwel iaitu dua juruterbang, Leftenan R Robertson dan Sub Leftenan J C Hapgood menemui ajalnya. Selain daripada itu Lans Koperal W.J Jack dari Royal Army Medical Corps, NAM A. Rothwell dari RN, 2nd Leftenan C J Johnson, Sarjan P McNeilly, Lans Koperal W H Murray dan Prebet R G Green dari 2nd Batallion, Regimen Paracut turut tidak dapat melepaskan diri dan terbakar bersama-sama helikopter ketika terhempas.",
"Di dalam tragedi ini hanya tiga orang yang terselamat yang mana ketiga-tiga mereka berjaya menyelamatkan diri ketika helikopter sedang berpusing-pusing hendak terhempas dengan mereka bertindak berani dengan terjun bebas terus ke dalam Sungai Gaat pada ketika itu. Biarpun mengalami kecederaan dan luka-luka namun nasib mereka begitu baik berbanding rakan-rakan seperjuangan mereka yang lain.",
"Inilah antara cerita hitam yang pernah berlaku nun jauh di hutan belantara Kapit iaitu di Nanga Gaat yang sudah semestinya tidak diketahui oleh kita semua tentang sejarahnya. Malah mungkin kewujudan pernah ada satu “operation base” di Nanga Gaat ini tidak dunia ketahui. Namun bagi masyarakat tempatan di Nanga Gaat sudah semesti arif tentang sejarahnya.",
"Bagi mengenang tragedi-tragedi yang berlaku ini telah dibina Tugu Peringatan Nanga Gaat di Nanga Gaat. Jasa mereka sentiasa dikenang oleh penduduk setempat dan anggota-anggota pelbagai negara Komanwel yang pernah bertugas di Nanga Gaat “Operation Camp”.",
"Lest We Forget.",
"-HB-",
"#KamekSayangSarawakBah!",
"Rujukan: ",
"http://www.theborneopost.com/2015/05/06/britons-return-to-kapit-to-remember-fallen-ones/",
"http://albiefield.co.uk/Sarawak/nangagaat/nangagaat.html "
] |
https://www.thepatriots.asia/sisi-gelap-baka-baka-kucing-mahal/ | Sisi Gelap Baka-Baka Kucing Mahal | [
"Setiap kali buka FB/Twitter, mesti ada gambar dan video kucing lalu dekat feed. Jika kau orang sayangkan dan suka tengok kucing comel, aku nak beritahu satu perkara yang mungkin kau orang tak suka berkenaan baka kucing tertentu.",
"Sebelum tu, aku nak ceritakan sedikit tentang sejarah kucing-manusia.",
"Hubungan kucing-manusia dijangka bermula kira-kira 9500 tahun yang lalu. Buktinya adalah berdasarkan penemuan arkeologi, iaitu rangka seorang manusia dan seekor kucing di Cyprus.",
"Kaedah kedua-duanya ditanam menandakan bahawa kucing itu adalah haiwan peliharaan manusia tersebut.",
"Kucing liar purba mula hidup berhampiran dengan manusia setelah petani dari kawasan yang dikenali sebagai Hilal Subur (Fertile Crescent), berhasil menanam bijirin, gandum dan membela haiwan ternakan.",
"Umumnya, tanaman gandum dan bijirin menjadi magnet haiwan perosak seperti tikus. Kucing-kucing liar itu memburu dan memakan haiwan perosak di samping mula membiasakan diri dengan kehadiran manusia dan beransur-ansur hilang sifat liarnya.",
"Fast forward, ribuan tahun kemudian..",
"Pada kurun ke-19 manusia sudah mula membiak baka kucing peliharaan mereka untuk pertunjukan. Pertunjukan kucing yang pertama di dunia diadakan pada tahun 1871 di Crystal Palace, England.",
"Oleh sebab membela dan pertunjukan kucing itu sudah menjadi trend, The General Council for the Cat Fancy (GCCF) ditubuhkan pada tahun 1910.",
"GCCF berfungsi sebagai satu badan yang mengawal selia pertunjukan kucing di England.",
"Maka sejak dari itu, memilih ciri atau sifat-sifat tertentu yang diinginkan terhadap kucing peliharaan sudah menjadi norma baharu pecinta kucing dan ia kekal sehingga ke hari ini.",
"Ciri pada kucing yang dimaksudkan adalah sama ada dari segi bulu (warna, panjang & sifat), kesusukan fasial, warna dan bentuk mata, saiz badan dan sebagainya.",
"Perbuatan (memilih ciri & sifat serta membiak baka kucing) mengakibatkan pelbagai jenis baka kucing baru diperkenalkan.",
"Tanpa disedari pembiak & pemilik kucing, perbuatan mereka itu telah meningkatkan anomali dan penyakit terhadap kucing-kucing kesayangan.",
"Kau orang pasti tertanya-tanya, apakah kesan daripada perbuatan membiak baka tulen kucing-kucing itu?",
"Salah satunya adalah distosia. Distosia ialah kesukaran melahirkan anak kerana kelainan pada fetus atau saluran peranakan. Dalam erti kata lain, proses bersalin lebih sukar.",
"Kajian pada tahun 1995 menunjukkan bahawa, bagi keseluruhan kelahiran kucing kacukan (dibiak bukan untuk ketulenan baka), 0.4% daripadanya bakal mengalami masalah.",
"Bagi kucing pedigri atau baka tulen pula, kadar itu meningkat kepada 6%, seterusnya 15%.",
"Bukan itu sahaja, distosia juga merupakan antara faktor utama kem.ati.an neonatal (anak kucing).",
"Kadar kem.atia.n neonatal bagi kucing pedigri adalah sebanyak 16%. Bagi kucing parsi pula adalah lebih mengejutkan, iaitu 25%!",
"Walaupun peningkatan kadar distosia dan kadar ke.matia.n neonatal pada kucing pedigri bukanlah disebabkan oleh kecacatan atau mutasi gen, ia tetap membuktikan adanya kesan-kesan buruk dan membahayakan kesihatan disebabkan oleh pembiakbakaan dalam (inbreeding).",
"Pembiakbakaan dalam itu apa? Secara ringkasnya, anak kucing jantan akan dibiakkan kepada induk betina atau ibunya, begitu juga sebaliknya.",
"Sekadar fakta tambahan, Firaun Tutankhamun dan Raja Charles II Sepanyol dipercayai mengalami pelbagai masalah kesihatan disebabkan oleh sumbang mahram atau pembiakbakaan dalam. Ia dilakukan untuk mengekalkan ketulenan darah dan meneruskan dinasti.",
"Bahagian seterusnya aku nak fokuskan perhatian terhadap beberapa baka kucing yang berkecenderungan untuk mempunyai masalah kesihatan.",
"Tapi sebelum tu aku nak kau orang faham satu perkara.",
"Ciri-ciri tertentu pada kucing seperti corak warna kucing siam dan kaki pendek kucing munchkin itulah yang menentukan kucing itu terdiri daripada baka tertentu.",
"Namun, mutasi genetik pada baka-baka tertentu itu juga boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sama ada:",
"1. Mutasi tersebut tidak menyebabkan kesan signifikan berkenaan kesihatan kucing terbabit.",
"2. Mutasi menyebabkan masalah kesihatan yang serius",
"Contohnya corak warna kucing siam, iaitu ekspresi pigmen (warna) yang terhad di bahagian (kaki, ekor, telinga, muka).",
"Corak warna itu disebabkan oleh mutasi pada gen tyrosinase (TYR). Gen tersebut berfungsi menghasilkan enzim yang diperlukan untuk penghasilan melanin.",
"Funfact: Semakin rendah suhu, semakin gelap corak warna kucing siam tersebut.",
"Hal itu dikenali sebagai temperature dependent melanin formation. Gen tyrosinase kucing siam hanya akan berfungsi apabila suhu rendah sahaja.",
"Jadi bagaimana pula dengan baka-baka yang mutasi genetiknya turut mempengaruhi tahap kesihatan dan umurnya?",
"Baka kucing Manx dikenali dengan cirinya, iaitu mempunyai ekor yang sangat pendek atau tidak mempunyai ekor langsung (sacrocaudal dysgenesis).",
"Baka Manx mempunyai gen autosom dominan yang boleh menjurus kepada sindrom Manx yang membawa maut.",
"Selain itu, baka kucing Manx berisiko tinggi untuk menghidapi keabnormalan sekunder seperti sembelit, megakolon, prolaps rektum, kecacatan saluran kencing kongenital, inkontinens dan spina bifida.",
"Contoh yang lain ialah baka munchkin. Sedar tak yang munchkin ni menderita kondisi kondrodistrofia atau kekerdilan akibat gangguan pembentukan tulang endokondral?",
"Dalam erti kata lain, tulangnya gagal untuk memanjang.",
"Selain itu, kucing munchkin turut menderita osteoartritis, iaitu rasa sakit dan kaku pada bahagian sendi oleh sebab kemerosotan rawan dan hipertrofi tulang.",
"Seterusnya kucing parsi. Kucing parsi mempunyai bentuk tengkorak yang lebih pendek dan lebar berbanding kucing-kucing biasa. Walau bagaimanapun, ciri tersebut juga menyukarkan kucing parsi untuk bernafas dan makan.",
"Tambahan lagi, kucing parsi juga lebih berisiko untuk menghidapi kondisi yang dikenali sebagai polycystic kidney disease (PKD), iaitu pembentukan pundi atau kantung berisi cecair di dalam tisu ginjalnya.",
"Akhir sekali aku nak ceritakan tentang baka Scottish Fold.",
"Scottish Fold (SF) mempunyai gen autosomal dominan tidak lengkap (keterukan penyakit berbeza-beza) yang mengakibatkan rawan telinganya lemah justeru menyebabkan telinganya terlipat ke hadapan.",
"Baka itu mempunyai mutasi pada gen yang dikenali sebagai TRPV4. Malangnya, gen itu tidak hanya memberi kesan terhadap rawan telinga sahaja.",
"Hal ini demikian kerana, mutasi tersebut juga berupaya membawa kepada sejenis penyakit yang dikenali sebagai osteokondrodisplasia dan menderita osteoartritis degeneratif pada anggota badan dan juga ekornya.",
"Sama ada SF itu mempamerkan gejala atau tidak, ia tetap menghidapi penyakit tersebut.",
"Bagi SF heterozigot, perkembangan penyakit dapat dilihat pada kucing seawal usia enam bulan. Pada SF homozigot, ia dapat dilihat seawal usia tujuh minggu.",
"Heterozigot = Individu atau organisma yang mempunyai dua alel yang berlainan bagi sesuatu gen.",
"Homozigot = Individu atau organisma yang mempunyai dua alel yang sama bagi sesuatu gen.",
"SF yang terjejas mungkin cacat dengan anggota badan yang lebar dan ekor yang pendek serta tidak fleksibel.",
"Tambahan lagi, SF turut tempang akibat radang pada bahagian pergelangan kaki (karpus) dan sendi pergelangan kaki (tarsus)…",
"SF sering diperkatakan mempunyai perwatakan yang tenang dan suka duduk diam. Tapi pada hakikatnya perkara itu adalah disebabkan oleh kesakitan yang dialami kucing tersebut.",
"Pengarang kajian yang dirujuk rata-ratanya bersetuju bahawa ia adalah salah dan tidak beretika untuk terus membiakkan kucing dengan mutasi genetik yang diketahui menyebabkan penyakit.",
"Sebagai pencinta kucing, saya memohon kepada anda, janganlah beli kucing sebegini dan sokong amalan pembiakan yang tidak beretika.",
"Bagi pemilik baka kucing-kucing yang telah disebutkan, saya harap anda dapat membawa kucing peliharaan anda itu ke klinik haiwan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera.",
"Ada banyak lagi baka yang boleh ditulis. Tapi kalau nak masukkan dalam thread ni, lambat nak siapkan. Jadi untuk maklumat lanjut tentang baka-baka tertentu, sila ke pautan ini.",
"RUJUKAN:"
] |
https://www.thepatriots.asia/saya-orang-melayu-cina-dan-india/ | Saya Orang Melayu, Cina Dan India | [
"Tidak ramai dari generasi sekarang yang kenal akan nama pejuang negara ini yang berasal dari Perak.",
"Seorang yang sangat komited dengan tugas dan perjuangannya menentang kegiatan pengganas komunis di Malaysia satu ketika dahulu, beliau adalah salah seorang dari pelopor dan teraju taktik peperangan saraf melawan insurgensi komunis yang sangat di hormati.",
"Malaysia satu ketika dahulu sangat bersatu. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Semelai, Sikh, Melanau dan banyak lagi kaum bersama-sama bersatu hati membina negara ini, berjuang untuk negara ini.",
"Dan mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng adalah salah satu contohnya.",
"‘Saya seorang Melayu, India dan Cina. Jika ada yang memburukkan orang Melayu, ia ibarat mencederakan sebahagian daripada tubuh saya. ‘Dalam polis tidak ada istilah bangsa dan kaum. Kami berjuang sebagai satu pasukan demi mempertahankan tanah air daripada ancaman komunis.’",
"Itu adalah kata-kata hikmat beliau yang membuatkan beliau sangat disegani sahabat dan digeruni lawan.",
"Pernah satu ketika bilamana ada anggota berbangsa Melayu tewas dalam pertempuran, beliau sangat sedih dan mengalirkan air mata kerana kehilangan sahabat dan saudara walaupun mereka berbeza ugama dan kaum.",
"Pada mendiang, keutamaan adalah negara dan kesetiaan beliau adalah pada Raja. Dan ini menjadi teras utama perjuangan beliau selama 33 tahun menentang elemen pengganas komunis di Malaya, Sarawak dan Malaysia khususnya.",
"Beliau terlibat dengan dunia kepolisian sewaktu berusia 23 tahun, di era 50an sebelum Malaya pada ketika itu mencapai kemerdekaan. Karier sebagai pegawai Special Branch bermula rasmi pada tahun 1953 dan beliau ditugaskan di Grik, Perak.",
"Menjalani latihan singkat selama enam bulan dan pada 1951 mendiang pertama kali ditugaskan sebagai CID. Kemudian menyertai pasukan Federal Jungle Company (FJC) ke-2 di Tanah Hitam, Chemor. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Platun 2 No 16 FJC, Titi Gantung, Sitiawan, Perak.",
"1951 adalah zaman Darurat yang sangat menekan. Beliau telah ditembak di Chemor, terkena 4 das tembakan peluru musuh dan hanya 3 berjaya dikeluarkan oleh doktor. Pada bulan Disember beliau ditembak dan tercedera di Bukit Tanggor ketika menyerang hendap kem pengganas komunis. Pada waktu itu Chemor dan Sungai Siput terkenal sebagai kawasan hitam di negeri Perak.",
"Dizaman awal ini mendiang benar-benar berhadapan dengan gerila komunis satu lawan satu, peluru lawan peluru didalam hutan hujan tropika negara kita. Penugasan di dalam Federal Jungle Company banyak memberikan pengalaman kepada mendiang dalam memahami struktur organisasi dan taktik musuh yang dihadapi.",
"Sepanjang karier beliau sebagai pegawai Special Branch, menyusup masuk dan melakukan intipan ke atas elemen komunis adalah antara tugasan utama pasukan yang diterajui beliau.",
"Maklumat risikan pasukan beliau banyak memberikan bantuan kepada pasukan keselamatan dan pihak polis pada ketika itu dalam operasi mengekang dan membanteras kegiatan komunis yang sangat berleluasa di Perak. Sehinggakan satu masa, mendiang sendiri mengetuai operasi penyusupan masuk kedalam keanggotaan gerila pengganas komunis, melakukan penyergapan dan kekacauan menyebabkan kumpulan komunis sasaran berada dalam keadaan kucar kacir.",
"Tindakan risikan yang berterusan dan pembanterasan yang menyeluruh juga berjaya melumpuhkan elemen organisasi yang bersimpati dan menyokong gerakan komunis di Ipoh.",
"Mendiang Tan Sri kemudian dinaikkan pangkat kepada pembantu inspektor dan pegawai Special Branch di Sungai Siput yang mana ia memperlihatkan usaha mendiang menentang habis-habisan pengganas komunis PKM di negeri Perak melaluai Operasi Jahu yang memperlihatkan saki baki komunis diperangi habis-habisan di negeri Perak. Seramai 156 pengganas dihapuskan dalam tempoh 16 bulan. Pada tahun 1960, Ipoh dan Perak Tengah ditakrifkan sebagai ‘Kawasan Putih’ dan pada tahun yang sama, pengisytiharan ancaman insurgensi telah berakhir dibuat oleh kepimpinan politik waktu itu.",
"Antara kelebihan yang dimiliki oleh mendiang sewaktu menjalankan operasi melawan pengganas komunis adalah dimana mendiang mempunyai hubungan erat dengan masyarakat Cina, memiliki sifat jati diri serta merendah diri. Beliau bijak bergaul dengan masyarakat, pandai mengambil hati dan cepat mendapat kawan. Kadangkala beliau menggunakan orang tengah untuk mendapatkan maklumat.",
"Kecemerlangan beliau turut menjadi ancaman kepada diri dan keluarga mendiang apabila komunis pada masa sama turut memburu kalangan anggota dan pegawai Special Branch.",
"Disatu ketika, sehingga 11 orang pegawai Special Branch dibunuh dihadapan keluarga mereka sendiri oleh pengganas komunis sebagai tindakbalas dendam dan mendiang Tan Sri juga hampir menjadi mangsa peluru musuh, dan dari 11 orang tersebut, 6 darinya adalah pegawai berbangsa Cina.",
"Diwaktu kemuncak era Darurat / Insurgensi Pertama , Ipoh diselubungi kegiatan komunis. Dari kawasan bandar hingga ke kampung baharu, elemen komunis wujud sehinggakan ketumbukan pasukan mereka berada sehampir kawasan pergunungan Kledang dimana kegiatan kumpulan mereka sangat aktif.",
"Ini tidak memudarkan semangat beliau untuk terus berjuang.",
"Taktik psikologi yang di amalkan Tan Sri Yuen Yuet Leng keatas pengganas yang ditangkap atau menyerah diri pada awalnya tidak dipersetujui pihak British pada era Insurgensi Pertama. Diwaktu itu, kebanyakan pengganas ditembak mati, namun pendekatan Tan Sri pada waktu itu adalah mengajak kalangan gerila ini kembali semula kepada masyarakat, memberikan mereka sebab musabab yang kukuh kenapa perjuangan dibawah komunis adalah salah dan terpesong dan ia tidak menguntungkan semua pihak.",
"Kebanyakan kalangan pengganas yang menyerah diberikan sesi kaunseling dan pemutihan sebelum kembali kepada masyarakat umum, satu kebenaran yang tidak pernah disebutkan oleh ketua Parti Komunis Malaya. Ratusan pejuang PKM yang tidak tahan dengan kondisi di dalam hutan, menyerah kepada pasukan keselamatan dan pihak polis. Apabila mereka dilayan dengan baik, pihak Special Branch menggunakan peluang ini untuk mendapatkan maklumat mengenai pergerakan dan rencana pihak komunis yang kemudian memudahkan operasi dan memantapkan lagi jaringan risikan.",
"Sehingga satu tahap, kejayaan pemutihan kalangan bekas pengganas ini sangat terampil malah ada yang menyertai Special Branch dan menyusup masuk kembali ke hutan sebagai anggota komunis dengan tujuan menggagalkan rancangan kumpulan komunis dan ada diantaranya berjaya keluar dan menyerah diri sepenuhnya kepada pasukan keselamatan.",
"Hal ini sangat ditakuti PKM, yang merupakan cabang utama komunis di Malaya dan kemudian Malaysia yang memperlihatkan",
"Taktik memenangi hati dan pendekatan psikologi ini digunakan sebaiknya apabila mendiang kemudian ditukarkan ke Sarawak pada tahun 1971 sebagai pemangku ketua pengarah Special Branch bagi kawasan operasi RASCOM dan kemudian sebagai Ketua Pengarah Unit Perisikan Bersama di Sibu dalam menghadapi ancaman komunis yang menular. Tan Sri Yuen sewaktu di Sarawak banyak bercampur gaul dengan masyarakat setempat dan kalangan anggota dan pegawai berbangsa Melayu adalah majoritas komposisi pasukan di sana. Ancaman dari Partai Komunis Kalimantan Utara (PARAKU) juga ditangani oleh mendiang dengan pendekatan psikologi dan memenangi hati dan pemikiran rakyat setempat serta memujuk kembali kalangan ahli PARAKU yang kebanyakannya keliru dan tertipu dengan propaganda yang dicanang oleh gerakan komunis yang kononnya mereka berjuang untuk kebebasan Sarawak.",
"Usaha mendiang dalam melaksanakan pemutihan dan gerakan psikologi serta pengunaan taktik memenangi hati serta serangan psikologi keatas anggota komunis di Sarawak disokong oleh Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu, Abdul Rahman Yaakub yang hampir berjaya membawa kedua pihak, kerajaan dan PARAKU ke meja rundingan untuk keamanan bersama.",
"Namun rundingan tersebut gagal. Ini berlaku hanya kerana pihak PARAKU pada waktu itu tidak setuju dengan pendekatan menamakan kalangan anggota kumpulan mereka sebagai menyerah (Surrendered Enemy Personnel – SEP). Tindakan yang diambil oleh mendiang Tan Sri menukar istilah menyerah kepada Returned Enemy Personnel – REP. Usaha tersebut berjaya membawa kepada gerakan menyerah diri besar besaran seramai 700 orang anggota komunis PARAKU dimana mereka telah meletakkan senjata dan menjalani proses pemutihan sebelum kembali kepada masyarakat umum dan meninggalkan 200 anggota komunis tegar yang masih teguh pendirian ideologi komunisme mereka.",
"Detik apabila berlakunya Insurgensi Kedua yang bermula dari tahun 1969 hingga 1989, mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng yang masih berada di Sarawak menangani PARAKU dipanggil pulang ke semenanjung bilamana ancaman PKM kembali menular, dengan serangan dibuat keatas Ketua Polis Perak, mendiang Datuk Khoo Cong Kong yang terbunuh dalam serang hendap menyebabkan Tan Sri Yuen Yuet Leng pada ketika itu dipilih untuk menerajui kedudukan sebagai Ketua Polis Perak pada tahun 1975.",
"Kembali ke laman asal beliau, kegiatan pengganas komunis PKM di kawasan pekan dan bandar seluruh Perak berjaya di patahkan dan dihapuskan seluruhnya dalam masa 5 tahun.",
"Rundingan Damai Haatyai pada tahun 1989 memperlihatkan usaha mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng dan bekas Inspektor General Tan Sri Rahim Noor memainkan peranan utama yang membawa kepada pertemuan pihak komunis dan pemerintah Malaysia kepada rundingan damai.",
"Jasa mendiang sewaktu berkhidmat didalam pasukan polis adalah sukar untuk ditandingi. Keberanian dan kecemerlangan serta keupayaan mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng dalam peperangan melawan insurgensi, peperangan psikologi dan pendekatan beliau dalam memenangi hati dan pemikiran rakyat serta usaha pemutihan kalangan pengganas yang menyerah banyak membantu negara ini menuju keamanan.",
"Ini adalah kisah seorang rakyat Malaysia yang kesetiaannya adalah pada raja dan negara, yang mana sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir, kata-kata hikmat “NEGARA SEBELUM DIRI SENDIRI” tetap tersemat utuh di hati dan tindakan beliau.",
"Tan Sri Yuen Yuet Leng menghembuskan nafas terakhir pada 1 Oktober 2015 akibat serangan jantung.",
"Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada negara, dan jasanya yang membawa Malaysia menjadi aman dan makmur adalah sangat sukar untuk ditandingi.",
"Beliau dan ramai lagi figura yang dilupakan dan tidak dikenali oleh rakyat Malaysia sendiri mengingatkan kita bahawa perjuangan untuk keamanan negara adalah satu perjuangan yang sukar dan berdarah, dan ia harus dikekalkan, diingati dan tidak dipersiakan.",
"-NATION BEFORE SELF-",
"p/s – Anda boleh membaca 2 karya penulisan Tan Sri Yuen Yuet Leng berkenaan pengalaman beliau sewaktu melawan insurgen komunis yang bertajuk Operation Ginger dan Nation Before Self. Kedua-duanya memberikan pembaca satu gambaran bagaimana pengorbanan dan keutamaan kepada negara seharusnya dilaksana.",
"sumber rujukan pembacaan lanjut boleh dibuat di pautan berikut :",
"http://themalaysianpatriot.blogspot.my/2015/10/farewell-thee-beloved-son-of-malaysia.html",
"http://www.ipohecho.com.my/v3/article/2015/10/16/a-key-figure-against-communist-insurgence-in-perak",
"http://www.arkib.gov.my/web/guest/dato-seri-yuen-yuet-leng",
"https://www.facebook.com/notes/vat-69-perjuangan-semalam/mendiang-tan-sri-yuen-yuet-leng/912321255484099"
] |
https://www.thepatriots.asia/mencabar-teori-konspirasi-berkaitan-covid-19/ | Mencabar Teori Konspirasi Berkaitan Covid-19 | [
"Admin menerima satu kiriman pautan di WhatsApp yang bertajuk “Terbongkarnya Misteri Coronavirus (COVID-19) dengan pautan https://bumiyangtercinta2.blogspot.com/2020/01/terbongkarnya-misteri-novel-coronavirus.html?m=1 yang sangat panjang dan mengandungi pelbagai gambar.",
"Wow, admin rasa kagum dengan kesungguhan penulis blog ini menulis dan mencari fakta berkaitan dengan coronavirus. Namun begitu, banyak maklumat yang dipaparkan bersumberkan kepada Teori Konspirasi yang belum ada pembuktian yang tepat atau secara saintifik.",
"Benarkah Coronavirus yang sedang melanda dunia sekarang ini ialah Ciptaan Manusia pada Tahun 2018 atau sebelumnya?",
"Coronavirus ialah virus yang wujud secara semulajadi dan dikesan di dalam pelbagai haiwan dan manusia. Virus ini memang wujud secara semulajadi yang menyerang manusia, tetapi strain ini tidak berbahaya kepada manusia kerana antibodi kita boleh mengesan dan melawan koronavirus yang wujud secara semulajadi dalam sistem respiratori manusia.",
"Virus koronavirus yang berbahaya ialah virus yang berpindah daripada haiwan kepada manusia, yang pertama kali dikesan ialah melalui pemindahan virus koronavirus dari kelawar kepada manusia pada Tahun 2003.",
"Oleh itu, virus ini bukanlah dicipta oleh manusia, tetapi ia adalah virus semulajadi yang berpindah dari haiwan kepada manusia. Oleh sebab sistem pertahanan badan atau antibodi manusia tidak boleh mengesan virus ini, ia menyebabkan infeksi boleh berlaku dan individu yang dijangkiti akan mengalami sakit teruk dan kronik.",
"Makmal Biosafety di Wuhan Penyebab Tersebarnya Virus ini?",
"Makmal Biosafety Level 4 (BSL-4 Laboratory) ialah makmal keselamatan bio yang tertinggi untuk mengkaji pelbagai virus kelas paling bahaya seperti SARS dan Ebola. Makmal Biosafety Wuhan yang mula beroperasi pada Tahun 2018 ialah makmal pertama di Negara China untuk mengkaji patogen aras 4, termasuklah koronavirus.",
"Terdapat lebih 50 makmal seumpamanya di dunia dengan 13 daripadanya berada di Negara Amerika Syarikat. Makmal BSL-4 hanya terdapat di beberapa buah negara maju atau yang terkait dengan pandemik sebelum ini iaitu Perancis, Kanada, Jerman, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden dan Afrika Selatan.",
"Menurut laman ini, mereka menuduh saintis daripad Wuhan National Biosafety Laboratory ini telah dengan sengaja menyebarkan virus tersebut ke Huanan Seafood Market yang terletak kira-kira 30 km daripada makmal.",
"Terdapat juga laman konspirasi yang mengatakan bahawa pelajar virologi dari Wuhan yang membuat ujikaji di makmal tersebut terdedah kepada virus senjata bio (biological weapon) dan menjadi ‘patient zero,’ lalu menyebarkannya di pasar berhampiran.",
"Makmal BSL-4 Wuhan ialah makmal yang dibina dengan teknologi yang sama di Perancis dan mempunyai langkah-langkah terkawal yang sangat ketat. Makmal ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Makmal Galveston National Laboratory, University of Texas.",
"Makmal tersebut ialah makmal penyelidikan bertaraf dunia dengan membuat kajian virologi dan immunologi terbaik di dunia menurut Ebright.",
"Selain itu, makmal ini tidak sesuai untuk membuat penyelidikan berkaitan dengan senjata biologi dan pathologis menafikan bahawa virus ini telah dicipta melalui teknologi kejuruteraan genetik.",
"Shi Zhengli, ketua penyelidik di makmal tersebut menafikan terdapat penyelidik yang terjangkiti virus tersebut. Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa penyebaran pandemik tersebut ada kaitan dengan makmalnya.",
"Koronavirus ialah virus semualajadi yang bermutasi daripada virus koronavirus SARS yang pernah menyerang dunia pada Tahun 2003. Koronavirus baharu ini dinamakan SARS-CoV-2 kerana ia mempunyai 80-90% persamaan dengan SARS-CoV (2003).",
"Saintis dari China Telah Mencuri Virus Dari Makmal di Negara Kanada?",
"Eric Morrissette, jurucakap bagi Agensi Kesihatan Awam Kanada memberitahu bahawa info berkaitan (saintis mencuri virus) tidak berasas sama sekali seperti yang didakwa di media sosial.",
"Kisah ini dimulakan di twitter Pengurus Kewangan Texas, Kyle Bass pada 25 Januari 2020 mengatakan bahawa:",
"“A husband and wife Chinese spy team were recently removed from a Level 4 Infectious Disease facility in Canada for sending pathogens to the Wuhan facility. The husband specialized in coronavirus research.”",
"Bass turut berkongsi pautan ke laman CBC news bertarikh 14 Julai 2019 iaitu https://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/chinese-researcher-escorted-from-infectious-disease-lab-amid-rcmp-investigation-1.5211567",
"Menurut CBC, Dr. Xiangguo Qiu diiring keluar makmal oleh Royal Canadian Mounted Police (RCMP) kerana melanggar polisi dan tiada langsung kisah menghantar keluar pathogen dari makmal tersebut. RCMP turut memberi jaminan tiada ancaman keselamatan kepada orang awam.",
"CBC seterusnya membawakan berita berkaitan dengan penyelidik ini (yang dalam siasatan) memberikan latihan kepada pegawai-pegawai di Makmal Level 4 di China pada 2017 dan 2018. Kisah ini berkaitan dengan pelanggaran polisi beliau dan akan kembali bekerja kemudian (selepas habis penyiasatan).",
"Kisah tersebut boleh dibaca di https://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/national-microbiology-lab-scientist-investigation-china-1.5307424",
"Seterusnya, berita CBC bertarikh 4 Ogos 2019 berkenaan dengan penghantaran dua spesies virus dari Canada ke China yang terangkum dalam penyiasatan RCMP, iaitu virus Ebola dan Henipah pada 31 Mac 2019.",
"Tiada asas Dr. Xiangguo Qiu dan suaminya menjadi agen penyebar virus atau agen perisikan China. Mereka masih lagi berkhidmat di Canada.",
"Kerajaan Komunis China Hendak Membunuh Rakyat Mereka Sendiri? Kemudian Menjadi Agenda Khazar Satanist @ Illuminati?",
"Saya agak konfius dengan pernyataan ini. Bagaimana pula komunis China dikaitkan dengan Khazar Satanist? Khazar sendiri pun telah hilang dari lipatan sejarah dan ia adalah bangsa Turki yang mengadaptasi ajaran Judaism.",
"China memang sebuah negara draconian yang sangat tegas dan sentiasa menghukum rakyat mereka sendiri, terutamanya golongan pemisah. Setakat ini, China telah menghukum sami-sami di Tibet dan penduduk Uyghur yang terlibat dengan gerakan pemisah (Gerakan Turkestan Timur).",
"Namun begitu, jika Kerajaan China menjadi dalang kepada penyebaran COVID-19, mereka adalah kerajaan yang paling bodoh di dunia kerana ia akan menyebabkan jangkitan yang teruk ke seluruh negara mereka.",
"Tindakan “lockdown” yang dikenakan oleh kerajaan China dilihat sangat berkesan dalam mengatasi rantaian penyebaran virus ini. Statistik kematian dan kes-kes baharu di China telah berkurangan dengan banyaknya.",
"Kerajaan China turut tidak bersedia pada awalnya dengan terpaksa membina hospital khas dengan serta-merta, bukan telah sediakan dari awal. Mereka juga mengadakan mass cremation atau pembakaran mayat secara besar-besaran.",
"Keadaan ini tidak bercanggah dengan kepercayaan agama kebanyakan penduduk di Wuhan. Mengapa mereka mempersoalkan pembelian insinerator untuk menguruskan mayat mangsa Koronavirus, yang mana insinerator boleh mengurangkan pencemaran udara.",
"Terdapat sumber daripada twitter yang mengatakan bahawa terdapat perempuan yang ternampak orang yang dimasukkan ke dalam beg mayat masih hidup. Namun, khabar angin seperti ini sangat sukar untuk dipercayai.",
"Saintis Dari India Mengatakan Bahawa Terdapat Gen AIDS di dalam Coronavirus (COVID-19)?",
"Sebenarnya, kertas kajian yang dimuatnaik ke laman bioRxiv oleh Prashant Pradhan et al pada 31 Januari 2020 telah ditarik balik oleh penulisnya menunjukkan bahawa terdapat kesilapan pada kertas kajian tersebut.",
"Menurut Jing Hou daru University of Toronto, kajian mereka tidak tepat kerana HIV dan koronavirus merupakan virus ssRNA yang mudah bermutasi (hyoermutable). Jika terdapat protein yang hampir sama dengan HIV, maka ia adalah fenomena semulajadi berkaitan dengan COVID-19.",
"Selain itu, dalam “sequencing RNA” koronavirus yang dijalankan di China, didapati ia mempunyai persamaan dengan virus SARS-CoV daripada Kelawar (BAT sars-like virus BetaCoV bat Yunnan-RaTG13 2013 EPI_ISL_402131) yang mempunyai protein yang kelihatan sama seperti HIV, bukan sama 100% dengan HIV.",
"Rajah 4 Artikel berkaitan dengan bioRxiv yang ditarik keluar oleh pengkajinya.",
"Ramai Saintis Mengatakan Bahawa Coronavirus Adalah Ciptaan Manusia?",
"Berapa ramai? Yang disertakan hanya dua orang sahaja iaitu Dr. Francis Boyle dan Dr. James Lyons-Weiler. Sedangkan beribu-ribu pengkaji di CDC dan WHO yang bertungkus-lumus mencari vaksin COVID-19 tidak pula mengatakan ia buatan manusia.",
"Professor Epidemiologi di University of Toronto’s Dalla Lana School of Public Health, David Fisman mengatakan bahawa Coronavirus ini adalah virus jenis baharu (menerusi mutasi). Tiada bukti ia buatan manusia atau senjata biologi.",
"Khabar angin pandemik baharu ini sebagai biosenjata telah lama ada iaitu semasa penyebaran SARS 2003 dan Virus Ebola pada 2014.",
"Mengapa Banyak Latihan dan Simulasi Berkaitan dengan Coronavirus Beberapa Minggu Sebelum Ia Merebak?",
"Persoalannya, mengapa mereka memilih koronavirus? Hal ini kerana koronavirus ialah virus jenis baharu yang belum ada vaksinnya. Koronavirus ialah virus alaf ini yang mula dikesan pada 2003, maka ia menjadi contoh terbaik untuk virus drill.",
"Benarkah Gates Foundation telah menjalankan simulasi dengan menunjukkan sehingga 65 juta kematian dalam Simulasi Koronavirus? Sebenarnya Latihan tersebut (Event 201) ialah latihan untuk persediaan menghadapi pandemik paling teruk, bukan fokus kepada COVID-19 dan tidak meramalkan jumlah kematian pun.",
"Teknologi 5G Menyebabkan Selsema dan Demam?",
"Fakta paling pelik pernah didengari. 5G ialah gelombang radio yang hampir sama dengan 4G, Cuma intensitinya lebih tinggi. 5G tidak boleh mempengaruhi kesihatan manusia dengan drastik, kerana gelombang mikronya tidaklah terlalu tinggi seperti ketuhar mikro ataupun sinar-X.",
"Vaksin Untuk Coronavirus lebih Merbahaya?",
"Laman ini menekankan bahawa COVID-19 adalah perancangan Khazar Satanist@ Illuminati untuk memastikan semua manusia di dunia ini disuntik dengan Vaksin dan percaya ada Chip RFID yang akan disuntik.",
"Mungkinkah penulis blog tersebut anti-vaksin? Tahukah penulis tersebut, boleh dikatakan memang hampir semua penduduk dunia ini divaksinkan untuk menghindari pelbagai penyakit berjangkit yang pernah wujud di dunia ini seperti campak, polio, rubella dan sebagainya.",
"Memang terdapat project ID2020 yang dicipta 5 pihak iaitu Accenture (Pengarah Eksekutif dan Penasihat Teknikal), Gavi (Gabungan Vaksin yang diketuai oleh Dr. Seth Berkley), Rockefeller Foundation, Microsoft dan Ideo.org.",
"Rakan Kongsi lain untuk projek ID ialah Mercy Corps, Kiva, Hyperledger, iRespond, Care, Simprints, ICC, FHI360 dan Berkeley University of California.",
"Sebenarnya, tiada kaitan langsung Project ID2020 dengan vaksin COVID-19, dengan lebih 35 buah syarikat farmaseutikal sedang berusaha sebaiknya mencari vaksin untuk COVID-19. Syarikat tempatan iaitu Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals (MVP) juga berhasrat untuk bersama-sama mencari vaksin untuk penyakit ini.",
"Kesimpulannya",
"Mengatakan bahawa virus ini ciptaan manusia atau ada kaitan dengan New World Order ibarat memberikan kredit yang sangat tinggi kepada golongan tersebut. Ini kerana virus ialah makhluk Allah terkecil yang pernah manusia jumpa dan sangat sukar untuk dibina.",
"Kuasa Allah membenarkan virus ini bermutasi dengan sangat cepat dan sangat kerap. Virus bukanlah sesuatu hidupan yang boleh dibina oleh manusia seperti yang didakwa. Virus telah wujud sejak dari dahulu lagi dan menjadi penyebab banyak siri wabak kepada ketamadunan dunia.",
"Sebagai contoh, Wabak Antonine dann Cyprian telah wujud pada zaman Rom (kurun pertama SM hingga kurun ketiga masihi), virus koronavirus juga telah wujud di dalam kelawar lebih lama daripada yang dijumpai saintis (2003).",
"Virus bukanlah suatu ciptaan baharu, tetapi ia adalah mikroorganisma terkecil yang baru dijumpai pada kurun ke-19M. Sebelum itu, manusia tidak tahu bahawa penyakit yang menyerang manusia dengan teruk macam Spanish Flu dan German Measles ialah sakit yang disebabkan oleh jangkitan virus.",
"RUJUKAN:",
"Biosafety Level 4 Laboratory, WUhan Institue of Virology, China (March 13, 2020), retrieve from https://pharma-industry-review.com/biosafety-level-4-laboratory-wuhan-institute-of-virology-china at March 23, 2020",
"Arthur F. Wayne (February 3, 2020), Coronavirus: The Facts and the Lies that You Are Exxposed to, retrieve from http://itnt.news/1257/ at March 23, 2020",
"Ryan Cooper (February 19, 2020), Fake News: NO Evidence To Support Claim From Bioweapons Expert Who Says Coronavirus Is Biological Warfare Weapon, retrieve from https://hoax-alert.leadstories.com/3471708-fake-news-no-evidence-to-support-claim-from-bioweapons-expert-who-says-coronavirus-is-biological-warfare-weapon.html at March 23, 2020",
"Angelo Fichera (Januari 29, 2020), New Coronavirus Wasn’t ‘Predicted’ In Simulation, retrieve from https://www.factcheck.org/2020/01/new-coronavirus-wasnt-predicted-in-simulation/ at March 23,2020",
"Julia Belluz (Januari 27, 2020), Did China downplay the coronavirus outbreak early on? A new study shows the virus took off weeks earlier than Chinese officials have suggested, retrieve from https://www.vox.com/2020/1/27/21082354/coronavirus-outbreak-wuhan-china-early-on-lancet at March 23, 2020",
"Harry Howard (March 5, 2020), Coronavirus conspiracies debunked: 5G isn’t responsible for the deadly infection and it didn’t crash-land on Earth on a meteor, retrieve from https://www.dailymail.co.uk/news/article-8079177/Coronavirus-myths-5G-isnt-responsible-isnt-man-hand-dryers-wont-kill-it.html at March 23, 2020",
"https://id2020.org/",
"Loheswar (March 20, 2020), With Malaysian-made Covid-19 vaccine a possibility, firm pleads for Putrajaya’s backing, retrieve from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/20/with-malaysian-made-covid-19-vaccine-a-possibility-firm-pleads-for-putrajay/1848271 At March 23, 2020",
"Saranac Hale Spencer (Januari 28, 2020), Coronavirus Wasn’t Sent by ‘Spy’ From Canada, retrieve from https://www.factcheck.org/2020/01/coronavirus-wasnt-sent-by-spy-from-canada/ At March 23, 2020",
"Karen Pauls (Jul 14, 2019), Chinese researcher escorted from infectious disease lab amid RCMP investigation, retrieve from https://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/chinese-researcher-escorted-from-infectious-disease-lab-amid-rcmp-investigation-1.5211567 At March 23, 2020",
"Karen Pauls (October 03, 2019), Canadian government scientist under investigation trained staff at Level 4 lab in China, retrieve from https://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/national-microbiology-lab-scientist-investigation-china-1.5307424 At March 23, 2020",
"Karen Pauls (August 02, 2019), Canadian lab’s shipment of Ebola, Henipah viruses to China raises questions, retrieve from https://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/ebola-henipah-china-1.5232674 At March 23, 2020"
] |
https://www.thepatriots.asia/attachment-theory-teori-hubungan-manusia-dalam-karya-avengers-endgame/ | Attachment Theory: Teori Hubungan Manusia Dalam Karya Avengers Endgame | [
"Attachment theory merupakan hasil kerja gabungan antara John Bowlby & Mary Ainsworth. Melalui kajiannya, John Bowlby telah berjaya merevolusikan pemikiran kita terhadap didikan ibu bapa terhadap sahsiah diri anak. ",
"Beliau menekankan tentang perlunya ‘attachment’ seorang ibu terhadap anak dan sebarang ‘gangguan’ sama ada melalui penceraian, penafian dan kemurungan akan memberi kesan anak itu apabila dewasa nanti. Mary Ainsworth cuba mengkaji idea John Bowlby ini dan mengembangkan teori ini sampai ke tahap kini. ",
"Beliau menjelaskan bahawa ‘attachment figure’ itu merupakan tapak asas, dalam seseorang manusia menerokai dunia. Penulis cuba terangkan secara ringkas sahaja, iaitu terdapat 4 model attachment theory yang umum ;-"
] |
https://www.thepatriots.asia/orang-melayu-the-gajah-whisperer/ | Orang Melayu: The Gajah Whisperer | [
"Dari ‘Mantra Gajah’, himpunan W.G. Maxwell beliau meletakkan penghargaan seperti berikut;",
"Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar yang kemudiannya dibuang ke Kepulauan Seychelles selepas Perang Perak, di mana semasa pemerintahannya, memiliki kawanan besar gajah. Penghargaan juga ditujukan kepada anaknya Majistret Selama Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Wan Muhammad Isa bin Ngah Ibrahim. Penghargaan juga diberikan kepada Orang Kaya Kaya Sri Adika Raja Hulu Perak.",
"Di dalam ‘Mantra Gajah’ selain mantera bergajah untuk menunduk dan menjinakkan gajah, ditulis juga di dalamnya penyakit-penyakit yang dikenalpasti boleh menjejaskan kesihatan gajah.",
"Apa yang menarik, selain mengenalpasti penyakit, Melayu ketika itu juga sangat arif untuk mengubati gajah itu sendiri, bukan setakat penyakit fizikal tetapi mengubati masalah psikologi gajah, seperti ketakutan untuk mandi atau berenang merentasi sungai.",
"Sememangnya tiada pilihan untuk pengendali gajah misalnya untuk tidak tahu mengubati gajah-gajah mereka supaya kecergasan dan kesihatan gajah mereka sentiasa berada pada tahap optimum, sekaligus memudahkan kerja harian sekalipun dalam tugasan yang jauh di dalam hutan atau jauh dari peradaban manusia mahupun perubatan moden yang ada ketika itu, itupun jika ada.",
"Sebagai contoh, sekiranya gajah enggan atau tidak mahu dan takut untuk berenang, di dalam Mantra Gajah tertulis seperti berikut;",
"“Dapatkan akar pokok kiambang dan bakarnya sehingga menjadi abu. Campurkan ia dengan minyak dan sapukan pada dahi atau kaki gajah.”",
"Satu lagi contoh yang dinyatakan di dalam Mantra Gajah ialah sekiranya gajah mengalami bengkak di hujung belalai, atau dinamakan sebagai ‘Mersud’ atau ‘Keradan’;",
"“Dapatkan daun langkadi, prai (mungkin peria), labu air dan katang-katang tahi lembu, sedikit kapur dan sedikit garam. Carik ataupun kisar campuran semua bahan ini, kemudian tuamkan pada bahagian hujung belalai yang bengkak.”",
"Berikut adalah lain-lain senarai penyakit yang sering dihidapi gajah seperti yang ditulis di dalam Mantra Gajah;",
"1. Merchuan : Bengkak di bawah dagu.",
"2. Tasab : Bengkak di bahagian dahi.",
"3. Merkabat: Bengkak pada kawasan mata.",
"4. Keruan : Bengkak pada kawasan telinga.",
"5. Merpuan : Bengkak pada kawasan perut.",
"6. Mertemulam : Bengkak pada kemaluan.",
"7. Mernor : Bengkak pada satu kaki.",
"8. Mertalam : Bengkak pada kedua-dua kaki (belakang).",
"9. Merchap : Bengkak pada lubang dubur.",
"10. Merkabun : Bengkak pada rektum.",
"11. Merpahat : Bengkak pada hujung ekor.",
"Ternyata Melayu sebenarnya bukan sahaja pelaut sejati yang hebat mengharung ombak untuk meredah laut dan samudera, tetapi juga pembisik gajah untuk merentas hutan dan belantara dengan menguasai mamalia darat paling besar di dunia.",
"We ‘are’ the elephant whisperer.",
"*Gambar ialah ‘Kinta Chief on elephants, 1886’ (Panglima Kinta di atas gajah, 1886) diambil dari buku ‘Malaysia Pictorial History 1400-2004’"
] |
https://www.thepatriots.asia/habislah-donald-trump-tulis-jawi/ | Habislah… Donald Trump Tulis Jawi! | [
"Habislah, Donald Trump pun terjebak dengan Jawi. Korang punya pasal lah tak moveon-moveon lagi isu Jawi, sampai Trump sekarang pun nak bawa agenda Islamisasi dan Arabisasi. Allahu.",
"OK yang ni serius: Trump sebentar tadi tweet dalam Bahasa Parsi (Persian), bahasa rasmi Iran sebagai tanda sokongan moral kepada orang Iran yang tengah protes menuntut Ayatollah Khamenei letak jawatan atas kesilapan menembak pesawat Ukraine Airlines.",
"Tulisan ini dipanggil tulisan Parsi (Persian script), bukan tulisan Arab, walaupun ia berasal dari tulisan Arab. Ia dah diubahsuai ikut struktur Bahasa Parsi. Dah hampir 1,300 tahun orang Parsi/Iran pakai tulisan ini. Jangan panggil ni tulisan Arab depan orang Iran, kang tak pasal-pasal kena maki.",
"Trump punya tweet ni kalau diterjemah akan jadi: “kepada orang Iran yang berani dan menderita, saya telah berdiri bersama kalian sejak permulaan kepresidenan saya, dan kerajaan saya akan terus berdiri bersama kalian. Kami mengikuti rapat protes kalian. Keberanian kalian sangat mengilhamkan (inspiring)”.",
"Perhatikan perbezaan antara Bahasa Arab dan Bahasa Parsi. Ada beberapa kosa kata macam “الهام” (ilham), “دولت” (kerajaan), “ریاست” (kepresidenan), “شجاع” (berani) memang dipinjam daripada Bahasa Arab, tapi banyak juga kosa kata Bahasa Parsi ni memang perkataan asli, macam “مردم” (orang), “رنج” (derita), “شما” (kamu/kalian). Kalau “رنج” tulis dalam tulisan Devanagari (tulisan bagi Hindi) akan jadi “रंज”. Bahasa Hindi pun banyak dipengaruhi Parsi dan Arab.",
"Meanwhile aku tak rasa protes kali ini akan menjatuhkan Khamenei atau kerajaan Iran. Trump saja sakat je, macam dia ambil kesempatan isu Hong Kong dan Uyghur. Trump tak minat regime change. Dia tekan China punya tekan, last-last dapat trade deal (akan sign minggu depan) juga. So dia nak copy strategi yang sama ke atas Iran.",
"Apa pun marilah kita kecam Trump kerana merosakkan perpaduan dunia dengan tulisan berunsur agama dan membebankan media antarabangsa yang tak faham tulisan tersebut. Bantah bantah.",
"*nota kaki: tweet Trump ini ialah tweet Bahasa Parsi yang paling banyak dapat like dalam sejarah. Kalah Ayatollah."
] |
https://www.thepatriots.asia/bila-kimichi-mengangkat-bahasa-melayu/ | Bila Kimichi Mengangkat Bahasa Melayu | [
"Tatkala kita enak menikmati sajian nasi kandar atau bermain dam aji di kedai kopi, tular di laman media sosial usaha yang dibuat oleh negara Korea Selatan dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu. Perkongsian ini dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Zakaria Azizi semalam. Anda boleh melihat tangkap skrin hantaran saudara Zakaria di bawah:",
"Status hantaran ini sebelumnya dibuat oleh seorang lagi pengguna Facebook bernama Ummu Mu’az Yaie sebelum ia tular di laman media sosial. Menurut Zakaria, kerajaan Korea Selatan berbuat demikian kerana kebanjiran pelancong yang datang dari rantau Nusantara termasuk Malaysia. Justeru dengan meletakkan Bahasa Melayu pada papan tanda mereka, ia memudahkan pelancong yang menggunakan perkhidmatan awam dan mencari kawasan tumpuan pelancong.",
"Selain Bahasa Melayu, panda tanda ini turut memasukkan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Jepun dan Mandarin. Antara lokasi dan jalan yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu seperti, perhentian bas ulang alik Namsan tempat perhentian Namsam, teater Myeong-dong, Masjid Besar Seoul dan jalan perabot antik Itaewon.",
"Perkongsian Zakaria menarik perhatian warga maya yang memuji kesungguhan Korea Selatan untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negara mereka. “Pada saya ini petanda Korea agak yakin dengan bahasa dan budaya mereka dan tidak was-was menggunakan bahasa asing bagi tujuan praktikal,” tulis Robert Lip. Manakala Jo As memuji inisiatif Seoul sambil mengeluh Bahasa Melayu dilihat lebih dihargai orang asing berbanding warga Malaysia.",
"Manakala Amar berpendapat, pelaksanaan tulisan Bahasa Melayu di beberapa lokasi tumpuan pelancongan di Korea Selatan dilihat bukan sebagai ancaman sebaliknya tarikan. Kata Chom, “Sebab orang Malaysia ramai datang ke Seoul Korea, itu banyak terpampang ayat-ayat bahasa Melayu di Korea… Orang Malaysia paling ramai datang untuk lawatan.” JD Belfort 2 menambah, “Tahun lepas kalau pergi perkampungan Bukchon Hanok, ada pemandu pelancong boleh tutur dalam Bahasa Melayu dah tunjukkan Korea amat hargai pelancong dari Nusantara.”",
"RUJUKAN:"
] |
https://www.thepatriots.asia/keadaan-baghdad-selepas-saddam-hussein-jatuh/ | Keadaan Baghdad Selepas Saddam Hussein Jatuh | [
"Kalau Saddam Hussein tidak menduduki Kuwait, nescaya Iraq hari ini berada dalam keadaan jauh lebih baik. Mungkin beliau masih kekal berkuasa dan dijatuhkan semasa Kebangkitan Dunia Arab.",
"Mungkin juga beliau meninggal dunia kerana faktor semulajadi. Kerana percaturan yang salah, Saddam jatuh dan tidak bangun semula.",
"Dulu dimuliakan sebagai sahabat di Barat; kemudian dibenci semua negara Barat. Semua kerana tindakan beliau sendiri.",
"Iraq merupakan sebuah negara yang kaya sekitar 1970-an. Saddam pula mula berkuasa pada 16 Julai 1974 (menjadi Presiden Iraq lima tahun kemudian).",
"Pada masa itu, Iraq mempunyai jiran yang tidak mesra. Dalam sekejap, Iraq dan Iran berper.ang yang tidak menguntungkan sesiapa. Per.ang Iraq-Iran ini berlarutan hampir lapan tahun.",
"Kemudian Iraq tewas pula dalam Per.ang Teluk (1991) dan Per.ang Iraq (2003-2011). Dua peper.angan ini mengubahkan realiti di lapangan.",
"Ekonomi Iraq bergoyah teruk selepas 1991, kerana kemµsnahan infrastruktur dan sekatan ekonomi yang melµmpµhkan.",
"Warga Iraq terpaksa bekerja meskipun dengan tangga gaji tidak adil. Pemegang PhD pun sengsara dalam kemiskinan. Kos sara hidup mempengaruhi fikiran rakyat.",
"Saddam membina Istana al-Faw untuk memperingati perjµangan semasa Per.ang Iraq-Iran. Tetapi pembinaan ini menerima persepsi negatif daripada rakyat marhaen. Mereka melihat: “kerajaan bermewah, semasa kami susah”.",
"Kebencian rakyat membuak-buak hingga tahap kemuncak, iaitu pada 9 April 2003. Tugu Saddam lama berdiri di Dataran Firdos. Apabila tugu ini ditumbangkan, warga Iraq datang memijak dan bersorak riang.",
"Video:",
"Realiti Selepas Kejatuhan",
"Seorang pemimpin tidak boleh berkuasa terlalu lama. Kerana peralihan dan perubahan bukanlah satu perkara yang mudah.",
"Zaman Joseph Stalin memang susah. Ada wilayah Soviet yang tidak cukup makan. Namun semasa pemerintahan Nikita Khrushchev dan Leonid Brezhnev, warga Soviet masih mengimbau nostalgia yang Stalin memimpin dengan baik.",
"Kenapa? Sebab mereka ingat kesusahan sekarang dan lupa kesusahan dulu.",
"Saddam Hussein berkuasa terlalu lama. Beliau bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku. Namun per.ang bukanlah solusi yang baik.",
"Dulu Iraq hanya ada seorang dik.tator. Namun sekarang rakyat Iraq perlu berdepan dengan ratusan dik.tator. Tanpa “kepala besar”, banyak yang besar kepala.",
"Dulu rakyat dibµnµh kerana terlalu lantang. Sekarang tutup mulut pun dibµnµh kerana 1) percaya pada “agama yang salah”, 2) diberikan “nama yang salah” dan 3) dilahirkan di “tempat yang salah” (Al-Sallami, 2014).",
"Semua ini ialah legasi George W. Bush, yang bertindak melulu untuk menumbangkan Saddam.",
"Matlamat beliau tercapai, tetapi jutaan rakyat Iraq menanggung beban. Zoo Baghdad tidak lagi diuruskan selepas Amerika Syarikat mendaratkan ten.tera pada tahun 2003.",
"Sebelum ini, zoo tersebut menjaga 700 ekor haiwan. Dalam masa lapan hari sahaja, ratusan haiwan terbµnµh – tinggal 35 ekor sahaja. Kebanyakan ma.ti kelaparan atau kehausan, kerana terbiar begitu sahaja. Ada haiwan yang diambil untuk menjadi makanan.",
"Haiwan dalam zoo pun boleh merana. Apatah lagi rakyat Iraq.",
"Kerµntµhan Ekonomi Iraq",
"Sekurang-kurangnya 30 peratus rakyat mereka hidup dihimpit kemiskinan tegar, meskipun kekayaan sumber alam dalam negara tersebut.",
"Per.ang Teluk contohnya memµsnahkan pencawang-pencawang elektrik yang tidak dapat dibaiki kerana sekatan ekonomi.",
"Iraq tidak mampu membeli barang gantian yang diperlukan untuk menjana elektrik. Tanpa bekalan elektrik, loji rawatan air tidak dapat beroperasi. Jadi rakyat Iraq hidup tanpa elektrik atau air bersih (Ibrahim, 2018).",
"Golongan yang berkemahiran pula lari keluar kerana tidak tahan hidup di Iraq (Morris, 2015).",
"Keadaan ini bertambah buruk selepas Amerika Syarikat menyer.ang Iraq buat kali kedua. Pengutip sampah yang tiada kena mengena dengan kon.flik berkepentingan pun hidup dalam bah.aya (Luo, 2006).",
"Kerana pihak penentang Barat selamba melµpµskan bom dalam plastik sampah, yang boleh mele.tµp pada bila-bila masa. Jadi sampah dibiar menggunung dalam beberapa tempat, menyebabkan penularan penya.kit pula.",
"Secara langsung, ini mengganggu emosi dan psikologi warga Iraq yang enggan berjµ.ang demi pemimpin yang lama mengabaikan kebajikan mereka. Ramai sekadar berpakat dan menimba harapan yang keadaan akan berubah. Sepakat mana sekalipun, harapan mereka tetap le.bur.",
"Amerika Syarikat menguasai Baghdad pada 14 April 2003. Tanpa Saddam di atas, rakyat Iraq bermaharajalela dalam Muzium Kebangsaan Iraq, Muzium Seni Moden Iraq, Universiti Baghdad, Hotel al-Rasheed, Hotel al-Mansour dan Hotel Babel.",
"Entah siapa yang pergi ba.kar ribuan manuskrip dalam Perpustakaan Negara Iraq. Ada manuskrip yang berusia 7,000 tahun pun.",
"Sebanyak 170,000 artifak dic.uri (Bogdanos, 2005), yang sedikit sahaja dipulangkan. Jangankan artifak, peralatan hospital di Yarmouk pun dise.bat rakyat. Inilah bukti yang Iraq sedang mengharungi proses pere.pµtan sosial, kerana warisan negara sudah tidak lagi mempunyai tempat dalam hati rakyat.",
"Identiti ialah unsur paling penting yang mengekalkan kerelevanan sebuah negara. Meskipun sebuah negara pendatang, Amerika Syarikat tetap menyulamkan budayanya dengan identiti sendiri.",
"Rakyat daripada Maine ke Washington berpegang pada panji demokrasi dan kebebasan. Iraq pula berp.ecah habis – selepas peper.angan, ada yang mahu hidup dalam suasana moderat. Ada yang mahu sistem sekular. Ada yang mahu platform Islam (tetapi sangat eks.trim). Keros.akan sebegini bermula semasa pemerintahan Saddam lagi.",
"Tetapi sekali lagi, peper.angan tidak membawa sebarang solusi. Kerana kisah kekayaan Iraq sekarang hanya tinggal kenangan.",
"RUJUKAN:",
"Al-Sallami, W. (2014, Julai 3). I grew up in Iraq during Saddam’s worst days – here’s what life was like. Business Insider.",
"Bogdanos, M. (2005). The (ditapiskan) of (ditapiskan): The Truth about the Iraq Museum. American Journal of Archaeology. 109 (3): 477-526.",
"Ibrahim, A. (2018, Julai 31). Electricity cuts across Iraq make life unbearable in summer heat. Al Jazeera.",
"Luo, M. (2006, Oktober 13). Even Picking Up Trash is a High (ditapiskan) in Baghdad. The New York Times.",
"Morris, L. (2015, Oktober 5). Iraq fears a ‘brain drain’ as educated young people head to Europe. The Washington Post."
] |
https://www.thepatriots.asia/p-ramlee-miskin-di-akhir-hayatnya/ | P.Ramlee Miskin Di Akhir Hayatnya? | [
"P.Ramlee\nmiskin di akhir hayatnya. Itulah persepsi masyarakat dewasa ini apabila merujuk\nkepada seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Perkara ini bermula setelah\nsebuah dokumentari berkaitan sejarah hidup seniman agung itu ditayangkan pada\ntahun 2010. ",
"Bagi\nmembetulkan dakwaan tersebut kami memperlihatkan segala hujah dan fakta untuk\nmenyangkal dakwaan tersebut. Di dalam dokumentari berkenaan ada beberapa\nindividu yang ditemubual sebagai sumber primer bagi menguatkan lagi dakwaan\nP.Ramlee itu miskin di penghujung hayatnya.",
"Bagi pendapat peribadi saya P.Ramlee tidak miskin dari sudut kewangan dan kehidupannya. Tetapi jika kerjaya seninya mengalami zaman suram saya percaya. Perkara ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor seperti kemunculan televisyen pada ketika itu. Disamping masyarakat ketika itu sudah beralih kepada muzik Pop Yeh Yeh yang sangat mendominasi. ",
"Faktor filem-filem luar versi warna juga menjadi salah satu faktor kejatuhan filem-filem Melayu pada ketika itu bukan filem P.Ramlee sahaja. Perkara ini turut menjejaskan perkembangan filem Melayu di Singapura sehingga berlaku penutupan studio Jalan Ampas pada tahun 1967. Disebabkan P.Ramlee itu satu nama yang besar pada ketika itu ia akan lebih menonjol dan sering dikaitkan.",
"P.Ramlee tidak miskin? Ya, P.Ramlee tidak miskin. Sejak mengarah filem Bujang Lapok pada tahun 1957, P.Ramlee dibayar sebanyak 30 ribu ringgit untuk mengarah sebuah filem. Bayaran ini berlarutan sehingga P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur tanpa gagal. Perkara ini tidak berlaku kepada pengarah lain di Shaw Brothers baik di Singapura atau di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur P.Ramlee mempunyai 2 buah rumah. Satu di Jalan Bunga Kantan dan satu lagi di Jalan Dedap (sekarang Pustaka Peringatan P.Ramlee). ",
"Rumah di Jalan Bunga Kantan P.Ramlee sewakan kepada Salleh Ghani setelah berpindah ke Jalan Dedap. P.Ramlee pada ketika itu turut mempunyai syarikat miliknya Rumpun Melayu bersama H.M Shah. Beliau juga memiliki Pawagam P.Ramlee di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Saloma pula pada ketika itu masih mempunyai kontrak menyanyi di Kelab Malam. P.Ramlee dan Saloma memiliki kereta masing-masing. P.Ramlee juga masih mampu menyekolahkan anak-anak angkatnya. Menurut Sazali, sepanjang hidup bersama P.Ramlee di Kuala Lumpur, belum pernah lagi “daddynya” itu gagal memberi makan minum dan keperluan kepada anak-anaknya. ",
"Menurut\nDato’ Ahmad Nawab yang sering bersama P.Ramlee ketika di Kuala Lumpur turut\nmenyangkal dakwaan yang P.Ramlee miskin di penghujung hayatnya. Ahmad Nawab\nboleh dikatakan seringkali menemui P.Ramlee bagi bersama-sama berkarya mencipta\nlagu. Malah, P.Ramlee juga boleh dikatakan setiap minggu makan tengah hari di\nRestoran Kudu yang terletak berhadapan dengan Bangunan UMNO lama. Jadi, celah\nmana dikatakan beliau miskin sedangkan beliau mampu untuk makan di luar setiap\nminggu?",
"Walaubagaimanapun,\nada juga kebenarannya dari apa yang diperlihatkan melalui dokumentari berkenaan\nyang menyatakan P.Ramlee mengalami tekanan disebabkan beberapa faktor seperti\nmenerima perintah mahkamah disebabkan beliau pernah menjadi menjamin seorang\nhamba Allah atas tujuan pinjaman bank. Selepas menerbitkan 6 Jahanam, para\nwartawan juga seringkali memulaukan beliau dan menjadikan filem tersebut\nsebagai bahan untuk menghentam karier beliau. ",
"Menurut pembantu peribadi P.Ramlee, Ramli Kecik, di rumah P.Ramlee, boleh dikatakan setiap hari di rumah beliau ada nasi, cuma ketika hari beliau meninggal dunia, beras tidak ada di rumahnya. Ini membuktikan bahawa isi rumah P.Ramlee tetap ada dan menyangkal dakwaan P.Ramlee jatuh miskin. ",
"Tambahan pula, walaupun karier P.Ramlee agak suram di Kuala Lumpur, namun tidak bagi Saloma. Walaupun sudah berhijrah, Saloma seringkali mendapat undangan menyanyi di kelab-kelab dan kadangkala ke luar negara seperti Thailand dan Australia. ",
"Semoga\npencerahan ini sedikit sebanyak boleh membantu bagi membetulkan persepsi yang\nP.Ramlee miskin di penghujung hayatnya. Semoga bermanfaat.",
"Sumber:"
] |
https://www.thepatriots.asia/apa-yang-harus-dihadapi-pelaut-melayu-zaman-silam/ | Apa Yang Harus Dihadapi Pelaut Melayu Zaman Silam? | [
"Sungguh nenek moyang bangsa Melayu merupakan pelaut yang hebat, menjadi pelaut memerlukan ketahanan mental yang kuat. Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang perlu diharungi oleh seseorang pelaut berdasarkan pengalaman saya yang sudah lama bermain ombak dan laut dan juga melalui pembacaan pengalaman orang lain dan buku-buku.",
"Menjadi pelaut tidaklah semudah menjadi seorang blogger ataupun keyboard warrior yang berada di dalam bilik yang berhawa dingin, tetapi seorang pelaut terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi dan cabaran yang dahsyat sepanjang pelayaran.",
"– Pelaut berlayar jauh, berbulan-bulan lamanya di laut lepas, jauh dari keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan masyarakatnya sendiri. Jauh, tersangat jauh sehinggakan ada satu ‘perasaan’ kesunyian.",
"Kesunyian ini jika tidak ditangani dengan baik pasti akan membawa kesan kepada mental dan boleh menyebabkan perasaan ‘homesick’. Lebih-lebih lagi mereka yang ada anak-anak kecil, isteri, kekasih, ibu bapa yang kurang sihat dan pelbagai lagi.",
"Biasanya, seorang pelaut yang kuat mentalnya akan melupakan semua itu dengan menumpukan kepada kerja-kerjanya di atas kapal seratus peratus, bergaul, bercampur dan berborak-borak dengan setiap anak-anak kapal bagaikan keluarga sendiri, sungguh, cara ini berjaya mengurangkan rasa stress dan produktiviti kerja meningkat.",
"Saya berpendapat, nenek moyang bangsa Melayu dahulukala berlayar jauh sudah pasti adalah terdiri daripada mereka yang tinggi ilmunya dan berani jiwanya. Dan, yang pasti keyboard warrior tidak mampu bertahan lebih dari 3 hari sebab tak dapat berjumpa dengan aweknya sendiri.",
"– Keadaan cuaca di laut yang tidak menentu lebih-lebih lagi kepada yang berlayar ‘foreign going’. Ada suatu kawasan cuacanya panas melampau, ada satu kawasan cuacanya sejuk melampau dan ada pula keadaan laut bergelora berhari-hari mengakibatkan anak-anak kapal yang kurang ketahanan akan mengalami mabuk laut. Mabuk laut merupakan sejenis penyakit dalam bahasa perubatannya ialah ‘motion sickness’ dan penawar untuk penyakit ini adalah MENTAL YANG KUAT.",
"Ya, itulah penawarnya, bukannya ubat-ubatan seperti pil kerana kesannya hanya jangka pendek sahaja. Rata-rata pelaut yang saya temui yang tidak mabuk laut adalah berjiwa kuat, mental kuat dan berbadan kuat. Saya juga mendapati bahawa penyakit akibat rasukan hantu juga konsepnya sama seperti mabuk laut dimana jiwa tauhid yang teguh sahaja adalah penawarnya.",
"– Cuaca sejuk, saya paling tak suka dengan cuaca sejuk kerana struktur tubuh Asia dan ‘setting’ cuaca tropika pada tubuh badan saya menyebabkan rasa tidak selesa dengan cuaca sejuk di luar negara. Bibir akan menjadi kering, pecah-pecah dan kurang selera makan. Sampai satu ketika, badan-badan akan rasa gatal-gatal disebabkan cuaca sejuk. Untuk menangani masalah ini, biasanya saya akan makan dengan banyak kerana cuaca sejuk boleh mengakibatkan rasa lapar.",
"– Ancaman penyakit berjangkit, saya masih ingat lagi pada suatu ketika dahulu, virus SARS menular dengan hebatnya di Asia. Kesannya, fuh, saya tak pernah lupa. Selepas keluar dari Hong Kong, Kapten mengarahkan agar dicuci satu persatu pemegang tangga, alleyway, lantai bridge dan apa jua yang disentuh oleh Pilot Hong Kong. Lap dengan antiseptik.",
"Betapa bimbangnya anak-anak kapal dengan penularan wabak SARS pada ketika itu sehinggakan kami sikit pun tak percaya kepada sesiapa yang datang ke kapal terutamanya dari Hong Kong, Taiwan, China dan Singapura. Ini pengalaman ‘real’ saya Ini baru satu contoh SARS. Belum lagi lain-lain contoh.",
"– Ancaman serangan lanun, pengganas, kumpulan nelayan dan tentera asing. Ya, sepanjang pengalaman saya, ancaman ini sebenarnya hanya ‘keras’ di beberapa tempat di dunia. Dan, saya boleh senaraikan nama-nama tempat tersebut.",
"a) Socotra Island, kawasan pantai dari Somalia, terus ke Laut Merah. Ini kawasan lanun paling merbahaya di dunia.",
"b) Kepulauan Anambas, Indonesia, saya kerap menerima mesej mengenai aktiviti perlanunan kawasan ini.",
"c) Mediterranean yang berhampiran dengan negara haram jadah Israel, senantiasa ada kumpulan Tentera Laut Israel dan negara-negara bersekutu mengawal laluan ini.",
"d) Laut China Timur dan Laut Kuning, bot-bot nelayan China, Taiwan dan Korea berlambak-lambak dan cara mereka ‘navigate’ kapal sangat-sangat merbahayakan lebih-lebih lagi jika penglihatan mencapai ‘zero visibility’. Satu situasi yang menakutkan bagi sesetengah pelaut. Sebab, ‘zero visibility’ adalah pemandangan KOSONG. Anda BUTA di tengah-tengah laut yang sarat dengan bot-bot nelayan China yang agresif. Ia biasa berlaku ketika musim sejuk dan suhu di laut jatuh.",
"– Kalau terjatuh dari kapal, mayat anda tidak akan ditemui. Jika lokasi anda jatuh di tengah-tengah lautan luas dan masa terjatuh pula pada waktu malam, tidak ada orang yang perasan. Maka, bersendirilah anda menghembuskan nafas terakhir di sana.",
"Saya kongsikan sedikit sebanyak pengalaman lalu untuk anda bahawa hidup sebagai pelaut sangat mencabar. Tidak kiralah dari cabang tentera laut, polis marin, kapal dagang, oil rig platform, coast guard dan nelayan. Pelaut adalah kerjaya yang menuntut KESABARAN yang tinggi. Hati yang cekal, mental yang kuat dan badan yang benar-benar sihat.",
"Cuba bayangkan pelaut-pelaut Melayu zaman dahulu kala berlayar mengelilingi dunia tanpa bantuan GPS, GLONASS, Radar, GMDSS, radio VHF, HF dan DSC. Dengan hanya kapal kayu yang dipasang layar ditolak angin, mereka mampu membelah lautan yang ganas timur dan barat. Sungguh, lautan adalah suatu tempat yang adakalanya tenang dan adakalanya ganas."
] |
https://www.thepatriots.asia/muawiyah-pemimpin-agung-orang-islam/ | Muawiyah – Pemimpin Agung Orang Islam | [
"Pada bahagian pertama telah diceritakan siapakah Muawiyah bin Abu Sufian. Terdapat banyak versi cerita yang dikisahkan beliau sebagai salah seorang yang zalim dalam mendapatkan kekuasaan yang mutlak sebagai seorang pemimpin. Pelbagai fitnah dan tuduhan yang dilemparkan oleh musuh ke atas salah seorang sahabat Rasulullah saw ini. Bahagian kedua kali ini, saya akan menceritakan apakah sumbangan Muawiyah ini dari zaman Khalifah Abu Bakar sehingga ke zaman pemerintahannya.",
"1. Pada zaman Khalifah Abu Bakar.",
"• Ketika zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Muawiyah bin Abu Sufian telah menyertai pelbagai ekspedisi tentera Muslim dalam menyebarkan agama dan kuasa Islam dari semenanjung Arab ke tanah Parsi sehingga mencapai ke wilayah empayar Rom Barat.",
"Tentera Islam pada masa ini menyerang empayar Rom Byzantine dan empayar Parsi Bani Sasan yang berpusat di kota al-Madain sekaligus.",
"• Ketika ini, wilayah Syam masih berada di bawah kuasa empayar Rom Byzantine.",
"• Dalam ekspedisi, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menghantar empat pasukan Muslim yang dimana\nsetiap pasukan terdiri daripada 7 ribu tentera, iaitu:",
"1) Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin pasukannya ke Homs.",
"2) Yazid bin Abu Sufian ditugaskan membebaskan kota Damaskus.",
"3) Pasukan Syurahbil bin Hasanah menuju ke wilayah al-Urdun.",
"4) Pasukan terakhir di bawah pimpinan Amru al-As menakluk Mesir.",
"• Muawiyah mendapatkan kepercayaan dari Khalifah Abu Bakar dalam memimpin pasukan Muslim memberikan bantuan kepada pasukan tentera di bawah pimpinan saudaranya iaitu Yazid bin Abu Sufian di Damsyik.",
"Kesemua ekspedisi ini berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.",
"• Muawiyah juga turut sama berperang di dalam perang Yarmuk (13H) pimpinan Khalid al-Walid.",
"2. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.",
"• Setelah wafatnya Abu Bakar as-Siddiq, maka Umar al-Khattab memangku jawatan sebagai khalifah kedua yang sah berdasarkan wasiat Khalifah Abu Bakar.",
"• Umar banyak melakukan perubahan dalam pemerintahan seperti memecat beberapa pegawai daripada jawatan yang pernah diberikan oleh Abu Bakar kepada mereka. Contohnya, Umar memecat Khalid al-Walid daripada jawatan Ketua Pasukan Tentera Islam dan menggantikannya dengan Abu Ubaidah al-Jarrah.",
"Pemecatan ini berlaku kerana Umar berasa bimbang dengan akidah pasukan tentera Muslim yang pada masa itu beranggapan bahawa kemenangan mereka dalam pelbagai peperangan kerana ‘adanya’ Khalid al-Walid.",
"• Walaupun demikian, Umar masih mengekalkan jawatan Yazid bin Abu Sufian sebagai gabenor di Damsyik dan Muawiyah pula diperintahkan untuk berada di sana membantu melicinkan pemerintahan saudaranya.",
"• Pada waktu ini, sebahagian wilayah Syam sudah dikuasai oleh pasukan Muslim tetapi hanya dua kawasan yang masih berada di bawah sisa kuasa Rom iaitu kota Baitulmaqdis dan kota Qisariyyah.",
"• Setelah itu, kota Baitulmaqdis dikepung oleh pasukan tentera pimpinan Abu Ubaidah al-Jarrah dan kota ini berjaya dibuka oleh Khalifah Umar al-Khattab tanpa pertumpahan darah.",
"• Dengan itu, secara rasminya kota Qisariyyah menjadi benteng terakhir empayar Rom Byzantine di tanah Syam. Dicatatkan, bahawasanya kedudukan kota benteng ini terletak berhampiran dengan persisiran pantai dan pelabuhan kota ini juga sering dikunjungi oleh para pedagang dari luar yang membawa pelbagai bekalan makanan mahupun senjata serta tentera Rom Byzantine yang berlindung di dalam benteng ini mampu bertahan dengan lama walaupun mereka dikepung selama berbulan mahupun bertahun oleh pasukan Muslim kerana mereka masih mempunyai jalur lautan sebagai penyambung hayat mereka.",
"• Tetapi segala kenikmatan dan kebanggaan pertahanan kota Qisariyyah hilang apabila dalam sekitar tahun ke-15 H, pasukan tentera Muslim pimpinan Muawiyah berjaya menembus masuk benteng kota ini dan menawannnya dengan bantuan tentera dari Damsyik dan Madinah.",
"Peristiwa penaklukan kota benteng inilah yang menyebabkan karier Muawiyah mula melonjak naik dan namanya mula dikenali orang ramai di serata pelusuk wilayah di bawah kekuasaan Islam mahupun wilayah di pihak musuh.",
"• Pada tahun ke-18 H, telah berlaku satu bencana penyakit taun yang menyebabkan ramai sahabat Rasulullah saw meninggal dunia. Tahun ini dikenali di dalam sejarah Islam sebagai Tragedi Taun Amawas.",
"Diantara sahabat yang meninggal dunia ialah Abu Ubaidah al-Jarrah dan saudara kandung Muawiyah iaitu Yazid.",
"• Setelah tragedi ini dan kewafatan Yazid, maka Umar al-Khattab terus melantik Muawiyah sebagai gabenor di Damsyik menggantikan saudaranya, kerana Umar juga mengetahui bakat kepimpinan dan kecerdikan politik yang dimiliki oleh Muawiyah.",
"Umar sangat menghormati Muawiyah sehinggakan beliau selalu memanggil Muawiyah dengan gelaran Kaisar Arab dan Umar pernah berkata di dalam sebuah pertemuan di antara para sahabat:",
"“Kalian selalu menyebut dan memuji kecerdikan yang dimiliki oleh para kisra Parsi dan para kaisar Rom, sedangkan di sisi kalian adanya Muawiyah..”.",
"• Ketika zaman pemerintahan Umar, Muawiyah menjadi gabenor Damsyik dengan memegang wilayah Ba’albak dan al-Balqa di Jordan.",
"• Kuasa Islam menyebar di seluruh pelosok Syam dengan pembebasan kota Damsyik, kota Homs, kota Qannisrin, kota Palestin, Baitulmaqdis dan al-Jazirah.",
"• Pembebasan Iraq melalui Perang al-Jisr dan Perang Al-Qadisiyyah pimpinan Sa’ad bin Abu Waqqas.",
"Waktu ini, Muawiyah hanya menguasai hanya sebahagian wilayah Syam.",
"• Tahun 20H, Mesir dibebaskan oleh Amru al-As.",
"• Tahun 21H, pasukan tentera Islam di bawah pimpinan al-Nu’man bin Muqarrin berjaya membebaskan kota al-Madain dan kota Nahawand serta tahun ini dikenali sebagai Fath al-Futuh (pembuka segala perang).",
"• Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar, Muawiyah telah meminta izin untuk menubuhkan sebuah angkatan perang laut bertujuan menyekat pengaruh Rom Byzantine dan mempertahankan kuasa Islam di tanah Syam.",
"Muawiyah mengusulkan cadangan ini kerana beliau tahu yang kebanyakan kota di wilayah Syam terdedah dengan serangan laut oleh pasukan laut Byzantine. Tetapi usulan Muawiyah ditolak oleh Khalifah Umar atas sebab tertentu setelah mendapat nasihat daripada Amru al-As kerana pada masa ini Khalifah Umar menerapkan posisi bertahan sebab beliau tahu Islam baru sahaja bertapak di wilayah Syam dan bila-bila masa sahaja musuh akan datang menyerang kembali wilayah ini. Khalifah Umar tidak mahu meluaskan kuasa secara terburu-buru dan sebab ini beliau hanya mengambil langkah memperkuatkan dahulu pasukan darat dan menumpaskan segala pengaruh kuasa Rom Byzantine di tanah Syam.",
"3. Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan.",
"• Pada sekitar tahun ke-23 H, Uthman bin Affan menjadi khalifah ketiga sah setelah dibai’ah oleh orang ramai menggantikan Umar al-Khattab yang wafat setelah ditikam mati oleh seorang Majusi.",
"• Muawiyah dikekalkan kuasa sebagai gabenor di Damsyik kerana lokasi pemerintahannya yang berada di Syam iaitu sebuah wilayah yang bersempadan dengan kuasa empayar Rom Timur (Byzantine) dan wilayah ini sering diserang oleh pasukan tentera dari Byzantine.",
"• Muawiyah berjaya menunjukkan dirinya sebagai pemimpin yang tangguh apabila berjaya mempertahankan kuasa Islam di wilayah Syam dari serangan pasukan Byzantine dan akhirnya dalam tahun ke-25 H, Khalifah Uthman terus melantik Muawiyah sebagai gabenor yang menguasai seluruh wilayah dan kota yang berada di tanah Syam.",
"• Memimpin tentera Islam memasuki wilayah Rom Byzantine sehingga mencapai ke wilayah Ammoria (sebuah kawasan berdekatan Ankara, Turki).",
"• Setelah dua tahun pemerintahan Khalifah Uthman, maka pasukan tentera Rom Byzantine datang menyerang kota-kota pelabuhan di persisiran pantai Syam dan mereka juga berjaya menakluk kembali kota Beirut dari kuasa Islam.",
"Tetapi, Muawiyah dapat mengambil kota ini kembali.",
"• Tahun 27H, Muawiyah meminta izin mengusulkan cadangan buat kali kedua kepada Khalifah Uthman untuk menubuhkan angkatan laut Islam dengan alasan Muawiyah merancang untuk membebaskan pulau Cyprus kerana pada masa ini, pulau tersebut menjadi markas utama dan penyambung bekalan untuk pasukan laut Rom Byzantine menyerang tanah Syam.",
"Usulan ini diterima setelah beberapa orang sahabat besar memperkenankan dan bersetuju dengan rancangan ini.",
"• Tahun 29H, Muawiyah juga turut turun padang bersama pasukannya dari Syam membantu pasukan Habib bin Maslamah al-Fihri yang berperang di wilayah Armenia setelah mendapat arahan daripada Khalifah Uthman.",
"Gabungan pasukan dari kota Kufah dan kota Damsyik berjaya membebaskan wilayah Armenia sehingga mencapai ke persisiran pantai Laut Hitam dan sebahagian wilayah Kaukasus.",
"• Beliau juga dilantik sebagai mustasyar (penasihat khusus kepada Khalifah Uthman) pada tahun-tahun terakhir pemerintahan Khalifah Uthman.",
"4. Pada zaman Khalifah Ali bin Abu Talib dan zaman Khalifah Hassan bin Ali.",
"• Pada zaman pemerintahan Khalifah Ali, telah terjadi peperangan di antara pihak pengikut Khalifah Ali yang berpusat di kota Kufah dengan pengikut gabenor Muawiyah yang berpusat di kota Damsyik.",
"Bermula tahun atau zaman fitnah-memfitnah.\nAkan dibahaskan dalam bab ketiga.",
"PEMBUKAAN PULAU-PULAU DI LAUT MEDITERRANEAN DI BAWAH PIMPINAN MUAWIYAH.",
"• Berlaku juga pembebasan oleh kuasa Islam di sekitar kawasan laut pulau Cyprus dan terjadi perang Dhat al-Sawari (berhampiran dengan perairan Mesir).",
"• Maka, bermulalah episod pembebasan pulau-pulau oleh pasukan laut Islam di bawah pimpinan Muawiyah bin Abu Sufian, diantaranya ialah:-",
"1) Pulau Cyprus.",
"Kali pertama: Muawiyah memimpin operasi ini buat kali pertama pada tahun 27H/28H dan diakhiri dengan perjanjian damai diantara Muawiyah dan penguasa Cyprus dengan membayar 7,000 dinar setiap tahun serta memberikan segala maklumat berkaitan pergerakan armada laut Byzantine.",
"Kali kedua: Tahun 32H, penguasa Cyprus mengkhianati perjanjian damai dengan memberikan bantuan kepada armada laut Byzantine. Muawiyah menghantar 500 kapal perang dan berjaya membebaskan pulau itu pada tahun 33H. Muawiyah meletakkan 12,000 tentera Islam dan beberapa orang penduduk Ba’labak tinggal di sana untuk melindungi pulau Cyprus.",
"( Empayar Byzantine terpaksa memindahkan pusat armada laut mereke ke pulau Sicily setelah itu ).",
"2) Pulau Rhodes.",
"1- Ekspedisi 35H.",
"Pertama kali dilancarkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan pada tahun 35H dan melalui beberapa fasa ekspedisi pembukaan pada zaman Khalifah Muawiyah iaitu:",
"2- Ekspedisi 45H.",
"Khalifah Muawiyah menghantar pasukan armada laut dari pelabuhan Iskandariyah, Mesir di bawah pimpinan panglima Uqbah bin Amir & panglima Maslamah bin Mukhallad untuk menguruskan segala pembinaan serta pembangunan di pulau ini.",
"3- Ekspedisi 52H.",
"Menghantar panglima Janadah bin Abu Umayyah al-Azdi yang bertujuan untuk menguatkan pertahanan & kubu-kubu milik pasukan Islam di sana.",
"4- Ekspedisi 58H.",
"Khalifah Muawiyah menghantar armada laut di bawah pimpinan panglima Akdar & panglima Said bin Yazid.",
"5- Ekspedisi 59H.",
"Ekspedisi terakhir yang dilancarkan oleh Khalifah Muawiyah ke pulau Rhodes yang dipimpin oleh panglima al-Alqamah bin Junadah al-Hijri & panglima al-Alqamah bin al-Akhtam.",
"4) Pulau Arwad.",
"Dilancarkan pada tahun 54H dan pasukan armada laut Muslim dipimpin oleh panglima Junadah bin Abu Umayyah dan pulau ini merupakan benteng terakhir Rom Byzantine yang berlokasi di kawasan persisiran pantai Syria (tanah Syam).",
"5) Pulau Kriti.",
"Dilancarkan kali pertama dalam tahun 55H di bawah arahan Khalifah Muawiyah dan pasukan armada laut Muslim kali ini dipimpin juga oleh panglima Janadah bin Abu Umayyah al-Azdi serta beliau dapat membebaskan hanya sebahagian daripada pulau ini.",
"6) Pulau Sicily.",
"Ekspedisi ke pulau ini pertama kali dilancarkan pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman sebelum zaman pemerintahan Bani Umayyah di bawah pimpinan panglima Muawiyah bin Hudayj dan tugas Muawiyah dalam ekspedisi ini adalah menyiapkan 500 buah kapal perang yang digerakkan dari pelabuhan pantai Syam. Pembukaan pulau ini melalui beberapa ekspedisi diantaranya adalah:",
"1- Ekspedisi 46H.",
"Digerakkan oleh Muawiyah bin Hudayj setelah mendapat arahan dari Khalifah Muawiyah dan armada laut Muslim dipimpin oleh panglima Abdullah bin Qays al-Fazari yang bertolak bersama pasukannya dari pelabuhan Afrika.",
"Pendapat lain mengemukan bahawasanya armada laut Muslim dalam ekspedisi kali ini bukan dari Afrika melainkan dari Mesir.",
"2- Ekspedisi 49H.",
"Pembebasan ini diteruskan oleh panglima Uqbah bin Nafi (gabenor Bani Umayyah di Afrika) dengan kerjasama pasukan armada laut dari Mesir.",
"• Pada tahun 50H, Khalifah Muawiyah melancarkan serangan ke Rom Byzantine melalui bebarapa orang panglimanya iaitu:",
"1) Panglima Busr bin Artah.\n2) Panglima Sufyan bin Awf al-Azdi.\n3) Panglima Fadalah bin Ubaidillah al-Ansari.",
"• Tempoh masa yang aktif berlakunya pembebasan pulau-pulau di sekitar Laut Mediterranean oleh Khalifah Muawiyah adalah diantara tahun 41H sehingga ke tahun 60H.",
"OPERASI USAHA PEMBEBASAN KOTA KONSTANTINOPEL.",
"• Strategi Muawiyah bukan sahaja mengambil kesemua pulau milik empayar Rom Byzantine melainkan beliau juga berhasrat menumbangkan kekuasaan empayar ini dengan menyerang ibukota mereka, Konstantinopel sebanyak dua kali, iaitu:",
"1) Pembebasan Pertama.",
"Bermula pada tahun 49H dan pasukan darat serta laut Muslim dalam pembebasan pertama ini dipimpin langsung oleh anaknya, Yazid bin Muawiyah.",
"Tetapi pembebasan ini gagal kerana:",
"a) Cuaca sejuk.\nb) Tempoh pengepungan yang berpanjangan.\nc) Benteng kota Konstantinopel yang kuat.\nd) Senjata api Greek yang digunakan oleh pihak Rom Byzantine dalam menghalang kemaraan pasukan armada laut Muslim.",
"2) Pembebasan Kedua.",
"Berlaku pada tahun 54H sehingga ke tahun 60H. Pembebasan kali kedua gagal apabila pasukan tentera Islam ditarik kembali dari Konstantinopel setelah tersebarnya berita kewafatan Khalifah Muawiyah.",
"• Dicatatkan, ekpedisi pembebasan pulau-pulau di bawah pemerintahan Khalifah Muawiyah adalah sebanyak 12 operasi.",
"• Banyak lagi ekpedisi laut yang dilancarkan oleh Khalifah Muawiyah tetapi tiada catatan mengenai operasi apa yang dilakukan melainkan hanya dicatatkan nama para panglimanya sahaja.",
"PAKAR POLITIK ISLAM.",
"• Sebagai seorang pemimpin yang hebat dalam merangka strategi di dalam bidang politik dan meluaskan pengaruh, maka Muawiyah melantik beberapa orang yang juga memiliki pengaruh yang besar sebagai pegawainya, iaitu:",
"1) Amru bin al-As.\n2) al-Mughirah bin Syu’bah.\n3) Ziyad bin Abih.\n4) Yazid bin al-Hur.\n5) al-Dahhak bin Qays.\n6) Abdullah bin Amir.\n7) al-Muhlab bin Abu Sufrah.\n8) Uqbah bin Nafi.\n9) Malik bin Hubayrah.\n10) Junadah bin Umayyah al-Azdi.",
"• Muawiyah berusaha bekerjasama & memelihara hubungannya diantara kabilah-kabilah yang kuat serta berpengaruh di tanah Syam seperti:",
"1) Kabilah Qays ialah kabilah al-Fihri yang ditugaskan untuk mengendalikan politik dan pentadbiran dalam pemerintahan Khalifah Muawiyah.",
"2) Kabilah Yaman yang terdiri daripada kabilah al-Kindi dan al-Kalbi yang ditugaskan untuk menjaga pertahanan negara (empayar Bani Umayyah).",
"3) Kabilah Thaqif diberikan kepercayaan menguruskan pentadbiran di kota-kota bahagian Iraq.",
"• Bagaimana Muawiyah mampu mengekalkan kuasanya daripada digulingkan oleh ahli keluarganya sendiri?",
"Beliau melantik mereka yang berbakat dari ahli keluarganya sendiri sebagai pegawai-pegawai yang penting di dalam pemerintahan dan meletakkan mereka di kawasan yang berbeza supaya mereka tidak bersatu mencipta pakatan menggulingkannya.",
"• Khalifah Muawiyah juga menubuhkan jabatan al-Hajib (pengawal pintu) dan al-Haras (pengawal peribadi khalifah).",
"1. Tugas al-Hajib adalah mengawal pintu istana dan pegawai yang bertugas di dalam tugas ini akan melaporkan kepada khalifah tetamu yang datang dan ingin berjumpa dengan khalifah.",
"2. Tugas al-Haras adalah melindungi khalifah daripada serangan para musuh yang ingin membunuh khalifah. al-Haras juga bertanggungjawab melindungi para gabenor yang bertugas di bawah khalifah Bani Umayyah.",
"• Muawiyah menubuhkan jabatan ini setelah berlaku beberapa peristiwa pembunuhan ke atas beberapa orang khalifah sebelum ini seperti Khalifah Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abu Talib.",
"Penubuhan ini juga dikaitkan dengan serangan musuh dari Rom Byzantine yang ingin membunuh khalifah.",
"• Muawiyah juga merupakan orang pertama yang menyampaikan khutbah secara duduk dan membina al-Maqsurah iaitu bilik imam di dalam masjid.",
"• Beliau juga menubuhkan jabatan pos yang bersistematik pertama dalam sejarah Islam dengan membina pejabat-pejabat pos yang berjarak 20km diantara satu sama lain. Dan di pejabat-pejabat pos ini disediakan kuda-kuda yang paling pantas dalam larian.",
"Khidmat pos tidak terbatas hanya kepada khalifah dan urusan kerajaan sahaja, melainkan khidmat ini juga dibuka kepada orang awam.",
"• Ketika Khalifah Muawiyah menjadi pemimpin, kota Damsyik menjadi pusat pentadbiran dan kubu kuatnya, kota Madinah dan kota Mekah menjadi tempat yang paling penting untuk dilindungi, kota Kufah menjadi kubu perluasan kuasa Islam ke wilayah utara Iraq, Azerbaijan dan di wilayah Kurdi, kota Basrah menjadi kubu pertahanan kuasa Islam mengendalikan wilayah-wilayah yang besar seperti Parsi, Khurasan, Karman dan Sijistan.",
"• Kesemua kota di atas dikenali sebagai wilayah penting dan emas ketika zaman pemerintahannya.",
"Itulah beberapa sumbangan Khalifah Muawiyah di dalam sejarah Islam sehingga beliau difitnah oleh kaum munafik sebagai pemimpin tidak sah di sisi syarak dan kejam yang membunuh ramai umat Islam.",
"Wallahu’alam.",
"– TAMAT –"
] |
https://www.thepatriots.asia/strategi-amerika-sebelum-dan-selepas-prang-dingin/ | Strategi Amerika Sebelum Dan Selepas P*rang Dingin | [
"Dari tahun 1917 hingga 1991, dasar keselamatan nasional Amerika memberikan tumpuan pada mengekalkan perpecahan politik perindustrian Eurasia. Pembuat dasar Amerika mengetahui bahawa wilayah perindustrian Eurasia (Eropah tambah Jepun) secara keseluruhan mempunyai kuasa perindustrian yang lebih banyak berbanding Amerika Syarikat. Mereka memerhatikan bahawa kuasa ketenteraan moden adalah dihasilkan daripada kuasa perindustrian.",
"Pembuat dasar Amerika oleh itu berasa takut bahawa mana-mana negara yang mengawal semua perindustrian Eurasia boleh mengeksploitasi sumber ekonomi wilayah tersebut yang unggul untuk membangunkan jentera p3rang yang lebih hebat daripada jentera p3rang Amerika Syarikat. Mereka takut negara yang sedemikian mungkin memprojeksikan kuasanya melintasi lautan Atlantik dan mengancam atau bahkan men4kluki Amerika Syarikat.",
"Oleh demikian, pegawai-pegawai di Washington tidak henti-henti menentang perluasan negara yang mahu mencapai hegemoni di Eurasia, mereka melancarkan pep3rangan pahit untuk membendung Jerman dari tahun 1917 hingga 1918 dan dari tahun 1941 hingga 1945 serta p3rang dingin yang panjang untuk membendung Kesatuan Soviet dari tahun 1947 hingga 1989.",
"Pemimpin A.S. menjual usaha-usaha ini kepada orang awam mereka dengan retorik perjuangan, iaitu pertempuran diantara kediktatoran dengan demokrasi–sebagai pep3rangan dunia yang “bebas” terhadap tirani, yang dilancarkan untuk menyelamatkan orang lain daripada kejahatan. Orang awam Amerika sebahagian besarnya menerima hujah idealis ini. Hari ini ramai rakyat Amerika masih percaya bahawa Amerika Syarikat berp3rang pada tahun 1917 hingga 1989 kerana alasan idealis.",
"Namun pada hakikatnya, pembuat dasar Amerika bertindak sebahagian besarnya atas sebab-sebab politik kuasa. Mereka bimbang bahawa kuasa hegemon Eurasia akan memiliki kuasa untuk membahayakan Amerika Syarikat, dan mereka berusaha untuk mencegah sebarang hegemoni Eurasia daripada wujud atas sebab itu.[1]",
"Logik pembuat dasar Amerika ini selari dengan logik imbangan kuasa yang memandui dasar tradisional British terhadap benua Eropah, logik yang membawa Britain untuk membendung perluasan Perancis di bawah Louis XIV, Perancis bawah Napoleon, Czar Russia, Wilhelmine Jerman, dan Nazi Jerman.",
"Winston Churchill meringkaskan logik dasar tradisional British ini: “Selama 400 tahun, dasar luar negara England adalah menentang Kuasa yang paling kuat, paling agresif, paling mendominasi di Benua (Eropah), dan secara khususnya menghalang Negara-negara Pamah (Low Countries) daripada jatuh ke tangan Kuasa seperti itu. . . . (British) menghadapi Philip II dari Sepanyol, melawan Louis XIV di bawah William III dan Marlborough, melawan Napoleon, melawan William II dari Jerman, ia akan menjadi sesuatu yang mudah dan pasti sangat menggoda untuk bergabung dengan kuasa yang lebih kuat dan berkongsi hasil penaklukan kuasa tersebut.",
"Walau bagaimanapun, kita selalu mengambil jalan yang lebih sukar, bersatu dengan Kuasa yang kurang kuat, membuat gabungan di antara mereka, dan dengan itu mengalahkan dan mengecewakan kuasa tirani ketenteraan Benua, tidak kira siapa pun dia, tidak kira negara apa pun yang dipimpinnya. Dengan demikian, kita memelihara kebebasan di Eropah.”[2]",
"George Kennan, diplomat dan strategis Amerika mengulangi hujah yang serupa dengan Churchill ini pada tahun 1951: “Ia adalah sangat penting bagi kita (A.S.) seperti mana kepada Britain, bahawa tidak ada satu pun kuasa daratan Eropah yang boleh untuk menguasai seluruh daratan Eurasia.",
"Kepentingan kita terletak sebaliknya pada pemeliharaan sejenis imbangan yang stabil di antara kuasa-kuasa dalaman (Eropah), agar tidak ada satu pun daripada kuasa-kuasa tersebut dapat melakukan penaklukan terhadap yang lain, men4kluki pinggiran laut daratan, menjadi kuasa besar di lautan serta juga di daratan, menghancurkan kedudukan England, dan dalam keadaan ini ia tentunya akan melakukan perluasan ke seberang laut yang mengancam diri kita sendiri (A.S.) dan disokong oleh sumber-sumber besar daripada dalaman Eropah dan Asia (yang ia telah takluki).”[3]",
"Terrorisme tidak dianggap sebagai satu ancaman yang signifikan kepada Amerika Syarikat diantara tahun 1917 dan 1991. Sangat sedikit keganasan yang telah disasarkan kepada Amerika Syarikat pada tahun-tahun ini. Perebakan nuklear juga tidak dianggap sebagai ancaman utama. Dalam tempoh lebih lima dekad pertama era nuklear (1945-2001), penyebaran nuklear dilihat sebagai suatu kebimbangan, tetapi ia salah satu perkara yang lebih rendah daripada kebimbangan geopolitik.",
"Ancaman terhadap sumber-sumber bersama global (global commons) kelihatan sedikit. Iklim global kelihatannya tidak terancam. Ancaman terhadap kesihatan awam A.S. adalah diakui, tetapi penyelesaian terhadap ancaman ini tidak dipercayai terletak pada melindungi kesihatan masyarakat global.",
"Ancaman Terhadap Amerika Selepas P3rang Dingin",
"Bahaya bahawa kuasa hegemon Eurasia mungkin muncul dan mengancam Amerika Syarikat sebahagian besarnya menghilang setelah Kesatuan Soviet runtuh pada tahun 1991. Sekarang tidak ada calon negara yang layak untuk menjadi kuasa hegemoni Eurasia yang akan muncul dalam masa terdekat.",
"China hampir untuk menjadi kuasa tersebut, tetapi tidak terlalu hampir.[4] Suatu hari nanti China mungkin menandingi Amerika Syarikat dalam kuasa tentera, tetapi hari tersebut adalah jauh berdekad lagi.[5] Dan bahkan selepas itu pun China hanya akan menimbulkan ancaman geopolitik yang sedikit terhadap Amerika Syarikat kerana empat sebab.",
"Pertama, geografi menjadikan China calon yang sangat kurang munasabah untuk menjadi hegemoni Eurasia berbanding Jerman pada tahun tahun 1917 dan 1941 atau Kesatuan Soviet pada tahun 1947. Jerman dan Kesatuan Soviet bersebelahan dengan kawasan perindustrian besar di Eropah sehingga mereka dapat meny3rangnya daripada daratan.",
"China sebaliknya, tidak bersebelahan dengan wilayah perindustrian yang besar dan terdedah. Wilayah perindustrian Eropah sangat jauh dari China. Jepun adalah kawasan perindustrian utama yang berhampiran dengan China, tetapi ia terletak di seberang laut penghalang yang luas dari tanah besar Asia.",
"Ser4ngan secara konvensional oleh China ke atas Jepun merentasi sempadan laut yang mengagumkan ini menjadi suatu perkara yang hampir mustahil. Oleh itu, China tidak mempunyai sasaran perindustrian penting yang ia mungkin akan takluki berhampiran dengannya. Geografi secara semulajadinya menghalang China daripada memperolehi empayar perindustrian yang lebih luas.",
"Kedua, walaupun jika China berjaya men4kluki kawasan perindustrian yang lain, ia hanya akan memperolehi sedikit kekuatan dengan berbuat demikian. Hal ini kerana ekonomi pasca perindustrian pada hari ini yang berasaskan pengetahuan adalah jauh lebih sukar bagi penakluk memanfaatkannya untuk tujuan yang agresif, berbanding dengan ekonomi cerobong asap (smokestack economies) pada tahun 1940-an dan 1950-an.",
"Ekonomi pasca perindustrian bergantung kepada akses bebas terhadap maklumat teknikal dan sosial. Akses ini memerlukan beberapa kebebasan akhbar domestik dan akses ke Internet, penerbitan asing, dan perjalanan luar negara.",
"Tetapi langkah-langkah kawalan yang diperlukan untuk menundukkan masyarakat yang ditakluki memerlukan saluran ini dikawal kerana saluran-saluran tersebut juga berfungsi sebagai pembawa idea-idea subversif. Oleh itu, elemen-elemen penting pada struktur ekonomi kini perlu dicabut untuk mengekalkan kawalan terhadap pihak yang ditakluk.",
"Penakluk mesti menyekat produktiviti masyarakat yang mereka takluki untuk mengawal mereka, keadaan tersebut memberikan pihak penakluk keuntungan ekonomi bersih yang sedikit atau tidak ada keuntungan sama sekali. Ini adalah perubahan ketara daripada era cerobong asap, era ketika masyarakat dapat ditakluki dan dikawal dengan kerosakan yang jauh lebih rendah kepada ekonomi mereka.",
"Ketiga, kuasa nasionalisme yang semakin meningkat menjamin bahawa China akan membayar harga yang besar untuk mengawal mana-mana empayar yang ia takluki. Zaman empayar dibina atas harga yang murah telah berlalu dengan penyebaran idea-idea nasionalis, senjata kecil, dan taktik gerila. Usaha China untuk memperolehi empayar akan berkemungkinan bertembung dengan sejenis penentangan efektif yang telah mengalahkan Kesatuan Soviet di Afghanistan (1979-1989) dan Amerika Syarikat di Vietnam (1961-1975).",
"Amerika Syarikat memiliki senjata nuklear yang mempunyai kredibiliti dari sudut keupayaannya",
"Keempat, dan yang paling penting, revolusi nuklear menjadikan kuasa dunia hampir tidak dapat ditakluki. Mana-mana negara dengan pencegah nuklear yang terjamin adalah selamat daripada penaklukan ketika mana ia boleh memusnahkan mana-mana peny3rang. Dan pencegahan yang terjamin jauh lebih mudah untuk dijaga daripada untuk mengancam, oleh itu kuasa-kuasa nuklear dapat mempertahankan diri mereka walaupun daripada negara yang mempunyai kuasa ekonomi yang berkali ganda daripada mereka.",
"Hasilnya, Amerika Syarikat dapat mempertahankan dirinya daripada China walaupun China berkembang menjadi ekonomi terbesar dunia, men4luki negara-negara jirannya, dan kemudian menjumpai jalan untuk memanfaatkan kuasa perindustriannya untuk pep3rangan. Dalam situasi yang sangat tidak mungkin berlaku seperti itu, China masih tidak dapat men4kluki Amerika Syarikat tanpa terlebih dahulu membangunkan keupayaan ser4ngan pertama nuklear terhadap A.S.",
"Tetapi keupayaan ser4ngan pertama nuklear China adalah satu angan-angan dan akan tetap demikian. Ia memerlukan kepada keunggulan ekonomi yang sangat luar biasa besar oleh China terhadap Amerika Syarikat. China yang berkembang pesat dari sudut ekonomi dan tidak terawasi secara politik tidak akan pernah memperolehi keunggulan ekonomi yang begitu besar walaupun dalam senario yang terbaik untuk China. Keupayaan ser4ngan pertama nuklear China terhadap Amerika Syarikat tidak akan ada. Oleh itu, ancaman China yang mungkin terhadap kedaulatan A.S. dapat diketepikan untuk masa yang akan datang.",
"Atas sebab-sebab ini, menangani ancaman geopolitik perlu ada keutamaan yang lebih rendah dalam dasar keselamatan nasional A.S. berbanding pada masa yang lepas. Kuasa besar yang lain bukanlah bahaya kepada keselamatan A.S. seperti mana yang pernah sebelumnya. Malah peningkatan yang besar dalam aset yang dimiliki oleh China–atau Rusia atau kuasa-kuasa besar Eropah–akan menjadikan mereka tidak dapat mengancam kedaulatan Amerika Syarikat. Oleh itu, Amerika Syarikat boleh memberikan keutamaan yang lebih rendah pada mengehadkan kuasa mereka.",
"Nota Kaki:",
"[1] Tinjauan yang berharga mengenai strategi agung Amerika pada masa yang lalu ialah buku Robert J. Art, A Grand Strategy for America (Ithaca, NY: Cornell University Press, 2003), 178–197; Art, “A Defensible Defense: America’s Grand Strategy after the Cold W4r,” International Security 15, no. 4 (Spring 1991): 5–53 (lihat 10–23); dan buku Christopher Layne, The Peace of Illusions: American Grand Strategy from 1940 to the Present (Ithaca, NY: Cornell University Press, 2006), 15–117.",
"Mengenai peranan yang dimainkan oleh logik imbangan kuasa dalam kemasukan Amerika ke dalam P3rang Dunia Kedua, lihat juga buku G.R. Sloan, Geopolitics in United States Strategic Policy, 1890–1987 (New York: St. Martin’s, 1988), 113–116 (mengenai pemikiran Franklin Roosevelt sebelum p3rang). Untuk contoh pemikiran imbangan kuasa di Amerika Syarikat sebelum p3rang, lihat Livingston Hartley, Is America Afraid? (New York: PrenticeHall, 1937), 47–50, 69–75, 138–143, 175; Walter Lippmann, “The Atlantic and America: The When and Why of Intervention,” Life 10, no. 14 (April 7,1941): 84–92; dan yang membincangkannya, John A. Thompson, “The Exaggeration of American Vulnerability: The Anatomy of a Tradition,” Diplomatic History 16, no. 1 (Winter 1992): 23–43 (lihat 36–37).",
"Hujah-hujah seperti ini kemudiannya membentuk teras hujah untuk dasar pembendungan anti-Soviet yang dikembangkan oleh arkitek intelektual utamanya, termasuklah George Kennan dan Walter Lippmann. Mengenai Kennan, lihat buku John Lewis Gaddis, Strategies of Containment: A Critical Appraisal of Postw4r American National Security Policy (New York: Oxford University Press, 1982), 25–88. Mengenai Lippmann, lihat buku Walter Lippmann, U.S. Foreign Policy: Shield of the Republic (Boston: Little, Brown, 1943), 162–164. Buku Lippmann terbit sebelum p3rang dingin, tetapi tulisan-tulisannya yang kemudian menggunakan logik imbangan kuasa yang sama seperti yang dinyatakannya.",
"Untuk perancang awam dan ketenteraan lain yang mempunyai pandangan yang serupa, lihat Melvyn P. Leffler, “The American Conception of National Security and the Beginnings of the Cold W4r,” American Historical Review 89, no. 2 (April 1984): 346–381 (lihat 356–358, 370, 374, 377); dan buku Lefflrr, A Preponderance of Power: National Security, the Truman Administration, and the Cold W4r (Stanford, CA: Stanford University Press, 1992), rujuk 10–13.",
"[2] Winston S. Churchill, The Gathering Storm (New York: Bantam, 1961), 186–187.",
"[3] George F. Kennan, American Diplomacy, 1900-1950 (New York: New American Library, 1951), 10. Untuk pernyataan yang sama, lihat buku Gaddis, Strategies of Containment, 29, 57, dan 201, memetik daripada Kennan, National Security Council Report 7 (NSC 7), dan John F. Kennedy.",
"[4] Sarjana yang membincangkan skop yang mungkin dan implikasi kepada kebangkitan China ialah Robert J. Art, “The United States and the Rise of China: Implications for the Long Haul,” dalam buku China’s Ascent: Power, Security, and the Future of International Politics, ed. Robert S. Ross and Zhu Feng (Ithaca, NY: Cornell University Press, 2008); Joseph S. Nye, “The Challenge of China,” dalam buku How to Make America Safe: New Policies for National Security, ed. Stephen Van Evera (Cambridge, MA: Tobin Project, 2006), 73–77; Dan tulisan Edward Steinfeld, “Getting China Right,” dalam buku Van Evera, How to Make America Safe, 79–85.",
"[5] Sarjana yang mengembangkan hujah ini adalah Joseph Nye, “Challenge of China,” dan Edward Steinfeld, “Getting China Right.”",
"……….",
"Diterjemah dan diolah oleh: Muaz Malik",
"*Stephen Van Evera ialah Profesor Ford International di Jabatan Sains Politik MIT. Kajian beliau dalam hubungan antarabangsa adalah termasuk: sebab dan pencegahan p3rang, dasar luar AS, dasar keselamatan A.S., campur tangan A.S. di Dunia Ketiga, hubungan antarabangsa di Timur Tengah, dan teori hubungan antarabangsa. Beliau adalah pengarang buku Causes of W4r: Power and the Roots of Conflict (1984).",
"RUJUKAN:",
"To Lead the World: American Strategy after the Bush Doctrine (2008)"
] |
https://www.thepatriots.asia/turkiye-berdarah-dengan-gempa-bumi-kalah-fukushima/ | Turkiye Berdarah Dengan Gempa Bumi Kalah Fukushima | [
"Dalam wilayah Malatya di Turkiye, ada sebuah masjid yang dibina lebih kurang 800 tahun lalu. Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), sebahagian daripada masjid tu runtuh berkecai. Kenapa? Kawasan tu digegarkan gempa bumi bermagnitud 7.8 Skala Rikter. Sekadar pengetahuan, magnitud gempa Fukushima adalah 7.4 SR.",
"Bukan masjid tu jer runtuh. Sebanyak 130+ bangunan musnah di sekitar Malatya. Istana Gaziantep juga tak terkecuali. Istana ni dibina sejak zaman Empayar Rom. Sekarang rosak begitu teruk (Gures, 2023). Gempa yang sama turut menjejaskan bandar-bandar di Syria. Malah penduduk di bandar Beirut juga lari keluar rumah yang bergoyang sampai habis jatuh segala barangan (Fraser, 2023).",
"Kalau ikut data daripada EMSC, gegaran dirasai Greece, Jordan, Israel, Iraq, Romania, Georgia dan Mesir. Mudah kata, memang teruk. Banyak negara kena… paling teruk di Turkiye.",
"Tindakan Turkiye Yang Memohon Bantuan Antarabangsa",
"Walaupun bergerak dalam daya nasionalis, Recep Tayyip Erdogan ni tak ego. Beliau tak bodoh. Beliau dengan pantas mengisytihar Level Four Alert dan memohon bantuan antarabangsa. Bantuan ni tak semestinya duit semata-mata. Sekarang ni ramai pakar banyak industri dah turun Turkiye nak membantu (Hamblin, 2023). Bak kata pepatah, every hand helps.",
"Kenapa Erdogan gelabah sangat? Bukan gelabah. Kejadian ni berlaku ketika ribut salji melanda Turkiye terutamanya di Malatya. Cuba korang tengok suhu Turkiye sekarang. Kat Adana jer waktu malam dah -1°C. Beku. Semua masjid berdekatan buka pagar sepanjang masa untuk dibuat tempat teduh. Jadi kalau kerajaan buat sambil lewa, ramai boleh mati.",
"Angka kematian sekarang (jam 4:18 pm waktu Malaysia) dah cecah 640 orang. 3,000+ orang dah tercedera. Jadi korang dah dapat gambaran jelas betapa besarnya krisis kemanusiaan ni. Lebih teruk, ada sebuah hospital di Wilayah Hatay musnah terus……. menelan semua pekerja kesihatan yang tengah bertugas sekali pesakit. Allahuakbar.",
"Pemerhati berkata bangunan-bangunan yang runtuh tu terhempap antara satu sama lain bagaikan lempeng (pancake).",
"Gempa Bumi Paling Teruk Dalam Tempoh 84 Tahun",
"Nak faham keadaan, kita kena belek sejarah balik. Pada 27 Disember 1939, Turki bergegar dengan gempa bumi hampir sama magnitud. Jenis pun sama, iaitu strike-slip tapi lokasinya jauh dari Hatay/Malatya. Zaman tu jer, hampir 32,000 orang terbunuh dengan angka kecederaan mencecah 100,000 orang. Terjadi pada musim salji dengan suhu -30°C. Tu zaman dulu. Zaman sekarang dengan populasi berkali-kali ganda lagi ramai dan kepadatan bandar sangat tinggi?",
"Jadi sekarang korang mesti faham kenapa Erdogan bertindak pantas. Buat masa ni, banyak negara belum bersuara kerana pejabat kerajaan belum buka. Waktu kejadian tu, Amerika Syarikat dah pukul 6 petang. Tak lama lagi, mesti satu demi satu negara mula bersuara dan menghantar bantuan.",
"Apa-apa pun, kita wajar mengirimkan doa supaya usaha pencarian dan penyelamat dipermudah. Maklumat sekarang masih terhad kerana pihak berkuasa dan media sedang cuba mendapatkan maklumat. Terhad sekalipun dah nampak sangat dahsyat. Dalam tempoh seminggu dua lagi sudah pasti kita dapat gambaran penuh.",
"Pusat beli belah di Diyarbakir runtuh. 34 bangunan di Osmaniye musnah. 130 bangunan di Malatya. Kebakaran sana sini akibat pintasan dan letupan. Banyak rumah musnah. Ramai dah meninggal dunia. Cuaca pula sejuk membeku. Turkiye sekarang sedang berdarah, dan semua pihak kecemasan dah turun membantu.",
"Semoga Allah mempermudah urusan mereka.",
"RUJUKAN:",
"Fraser, S. (2023, Februari 6). Powerful quake kills at least 640 people in Turkey, Syria. Associated Press.",
"Gures, M. (2023, Februari 5). Live Updates: Powerful Quake Kills Hundreds in Turkey and Syria. The New York Times.",
"Hamblin, A. (2023, Februari 6). At least 597 found dead after powerful earthquake devastates Turkey and Syria. The Telegraph."
] |
https://www.thepatriots.asia/11-ciri-chrome-yang-tidak-diketahui/ | 11 Ciri Chrome Yang Tidak Diketahui | [
"Saya yakin ramai pengguna di luar sana mempunyai pelayar internet masing-masing tak kiralah sama ada Chrome, Firefox, Microsoft Edge atau Opera. Bagi pengguna Chrome, anda pasti sudah biasa dengan semua ciri yang terdapat pada pelayar tersebut. Tetapi sedikit pertanyaan, anda perasan tak ciri-ciri Chrome yang saya nyatakan ini? Jika anda tidak perasan, anda boleh gunakannya dengan berkesan bila anda melayari internet.",
"TAB PIN\nSetiap kali kita melayari internet, sudah jadi kebiasaan kita buka beberapa tab dalam satu pelayar yang sama. Tapi bagaimana kalau nak melayari laman sesawang sama dengan kerap dan sudah jadi rutin seharian kita? Jangan risau, anda hanya perlu pin tab laman sesawang tersebut. Caranya mudah saja, hanya klik bahagian kanan tetikus dan akan keluar semua pilihan untuk tab. Pilih bahagian pin tab dan ia akan dibawa ke sebelah kiri semua tab anda, sentiasa ada jika anda mahu melayarinya. Satu lagi kelebihan bila kita pin tab ini ialah saiz tab yang dipin akan mengecil, sekaligus akan memberi ruang untuk kita melihat tab-tab laman sesawang lain.",
"TUTUP BUNYI LATAR BELAKANG\nMesti rasa menyampah kan bila baca sesebuah artikel atau tengok laman media sosial, keluar audio latar belakang yang kadang-kadang membuatkan kita rasa terganggu. Ada satu ciri Chrome menunjukkan tab mana yang memainkan audio dengan menunjukkan simbol speaker kecil pada tab yang membuat bising. Jika ada video yang dimainkan pada salah satu daripada tab-tab yang dibuka, hanya perlu cari ciri ini. Jika anda mahu tutup audio video tersebut, hanya perlu klik bahagian kanan tab dan tekan Mute Tab. Anda boleh bekerja dengan tenang tanpa perlu meninggalkan tab laman sesawang yang sedang dilayari.",
"HALANG FUNGSI AUTOMAIN\nJika anda merasakan menutup bunyi latar belakang ini semakin menjengkelkan, jangan risau, ada satu penyelesaian untuk anda. Ketika ini, Google sedang menguji beberapa ciri baru untuk Chrome tetapi belum lagi dilancarkan secara rasmi. Pergi ke bahagian URL Chrome dan taip chrome://flags/#autoplay-policy. Selepas itu, Chrome akan menunjukkan senarai ciri baru yang diuji Google termasuk fungsi automain. Jika anda nak aktifkan polisi automain, pilih Document user activation is required. Selepas selesai memilih, tekan butang Relaunch Now untuk memulakan semula pelayar Chrome.",
"HALANG PEMBERITAHUAN PERMINTAAN\nSatu lagi perkara yang kadang-kadang menjengkelkan kita ialah apabila sesebuah laman sesawang meminta sama anda nak mereka memberitahu tentang perkara-perkara terbaru berlaku dalam laman mereka atau tidak. Dan selalunya, jawapan yang dipilih adalah tidak. Tetapi jangan risau, ada solusi untuk perkara ini. Pergi ke bahagian Settings dan klik bahagian Advanced. Pilih subseksyen Privacy and security dan tekan Content Settings. Seterusnya, tekan Notifications dan pilih jawapan untuk semua permintaan ini dari Ask kepada Blocked. Selepas ini, anda tidak perlu garu kepala melayan permintaan-permintaan laman sesawang.",
"CARA PALING PANTAS UNTUK GOOGLE SEARCH\nSelalunya bila kita nak cari sesuatu maklumat, kita biasanya akan taip pada tab URL Chrome dan anggap itu cara paling pantas. Salah, itu bukan cara paling pantas. Jika anda nampak sesuatu perkataan, klik bahagian kanan tetikus dan pilih Search Google for …. dari menu kandungan. Tab baru akan dibuka dengan menunjukkan semua keputusan pencarian Google. Jika anda tertanya-tanya tentang ayat, tandakan frasa yang nak dicari dan klik bahagian kanan tetikus.",
"ZUM UNTUK PEMANDANGAN NORMAL\nPasti ada satu masa kita rasa kenapa laman sesawang yang dipilih tidak memberi zum pemandangan yang kita nak. Bagi pengguna Windows atau MacBook, ada satu jalan keluar bagi situasi ini. Untuk kembalikan zum pemandangan kepada normal, hanya tekan Command-0 (MacBook) atau Ctrl-0 (Windows).",
"PILIH TAB PELBAGAI\nJika anda rasakan tab pelayar dibuka semakin banyak dan memerlukan anda membuka tetingkap pelayar baru, jangan risau, ada solusi untuk anda. Anda boleh pilih tab-tab ini dengan tekan butang Command (MacBook) atau Ctrl (Windows) dan pilih tab-tab laman sesawang mana yang anda pindahkan. Dari situ, tab-tab yang ditanda nampak lebih cerah berbanding tab-tab lain. Selepas selesai pilih, lepaskan butang Command atau Ctrl dan bawa dari tetingkap pelayar sekarang ke tetingkap pelayar baru.",
"ALAMAK, TERTUTUP TAB!\nSesetengah masa, tatkala kita tergopoh-gopoh bekerja, kita tertekan butang pangkah pada tab pelayar dan apa saja maklumat yang kita cari atau kerja yang diuruskan terus hilang. Anda boleh kembalikan semula tab tersebut dengan menekan butang Command-Shift-T (MacBook) atau Ctrl-Shift-T (Windows).",
"MULAKAN DARI APA YANG TERTINGGAL\nTahukah anda, anda sebenarnya boleh meneruskan kerja dengan memberitahu Chrome untuk mula semula bukan dengan laman kosong tetapi laman sesawang yang dilawat termasuklah tab-tab laman sesawang. Jika anda mahu melakukannya, pergi ke bahagian Settings, tengok On startup dan pilih Continue where you left off.",
"KENAPA TERLALU PERLAHAN?!\nKita semua tahu jika kita rasakan komputer kita terlalu perlahan, kita akan rujuk pada Task Manager dan tengok apa aplikasi yang guna banyak CPU dan sumber memori. Tetapi tahukah anda, Chrome juga mempunyai Task Manager sendiri berkenaan isu ini? Untuk buka Chrome Task Manager, tekan butang tiga titik dan pilih More Tools > Task Manager. Tetingkap Task Manager ini akan tunjuk berapa peratus tab dan aplikasi gunakan dari segi CPU dan sumber memori. Tandakan tab atau aplikasi yang mahu ditutup dan pilih End Process untuk tamatkan aplikasi atau tab yang memakan sumber memori dan CPU.",
"JIMATKAN MASA DENGAN PENGISIAN AUTO\nPenat isi semua borang dalam talian dengan semua maklumat? Anda boleh simpan semua maklumat dan benarkan Chrome isi semua maklumat untuk anda. Pergi ke Settings > Advanced > Passwords and forms > Autofill settings untuk simpan alamat dan maklumat pembayaran dengan Chrome. Setiap kali anda isi maklumat dalam talian, masukkan huruf pertama, nama atau nombor kand kredit dan Chrome akan tawarkan untuk isi maklumat bersesuaian dalam borang tersebut.",
"SUMBER",
"Elliott, Matt. (2018). CNET. 11 Chrome features you’ll wish you’d known all along. https://www.cnet.com/how-to/11-chrome-features-youll-wish-youd-known-all-along/"
] |
https://www.thepatriots.asia/5-syarikat-paling-kaya-dalam-sejarah-dunia/ | 5 Syarikat Paling Kaya Dalam Sejarah Dunia | [
"Apabila menyebut tentang syarikat-syarikat yang kaya dalam sejarah pasti nama seperti Ali Baba, Microsoft dan Facebook akan menjadi pilihan.",
"Namun begitu tahukah anda bahawasnya terdapat beberapa syarikat yang lebih kaya daripada tiga nama tersebut. Malahan ada beberapa syarikat tersebut terus bertahan sehingga ke hari ini kerana inovasi dan iltizam mereka dalam mengeluarkan produk.",
"Jadi, apakah syarikat-syarikat tersebut? Berikut merupakan 5 syarikat terkaya dalam sejarah dunia.",
"1. Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)",
"Syarikat Hindia Timur Belanda atau lebih dikenali sebagai Vereenigde Oostindische Compagnie (VOC) bernilai sekitar $7.8 trillion pada hari ini.",
"VOC telah ditubuhkan pada tahun 1602 dan berjaya menjadi sebuah syarikat yang mendominasi dunia 400 tahun sebelum syarikat lain melakukannya.",
"VOC bermula sebagai sebuah syarikat perkapalan dan terus berkembang dengan memonopoli segala aspek perdagangan rempah di Belanda.",
"Kejayaan ini datang dengan banyak kompas moral telah dilanggar dimana VOC banya mengeksploitasikan pekerja dan mengaut banyak keuntungan daripada perdagangan hamba.",
"Hal ini boleh dilihat ketika VOC mentadbir Pulau Jawa apabila ramai pekerja tidak diberikan gaji setimpal dengan apa yang mereka buat.",
"Tindakan kejam Belanda telah menyebabkan ramai penduduk Pulau Jawa keluar menuju ke Tanah Melayu bagi mencari angin baru.",
"VOC juga merupakan satu-satunya syarikat yang miliki armada lautnya sendiri dan tanah jajahan bahkan bisa berperang dengan beberapa kerajaan di rantau Kepulauan Melayu.",
"Ianya merupakan prestasi yang mengkagumkan buat syarikat persendirian yang mungkin tidak mampu dicapai lagi pada hari ini.",
"2. The Mississippi Company",
"Syarikat ini bermula apabila seorang ahli ekonomi Scotland iaitu John Law telah meyakinkan Raja Perancis untuk membangunkan Banque Générale Privée bagi membiayai perdagangan The Mississippi Company di Amerika.",
"Dalam masa dua tahun sahaja, syarikat itu telah membeli beberapa syarikat perkapalan yang lain bagi memonopoli laluan perdagangan dunia.",
"Bagi membiayai rancangan ini, Mississippi Company telah diletakkan dibawah kawalan Banque Générale sebelum bertukar menjadi Banque Royale.",
"Sejak itu, Law terus menghantar tahanan untuk bekerja dengan Mississippi Company sebagai pelaburan yang menjanjikan pulangan besar.",
"Walau bagaimanapun, kaedah itu hanya bertahan 4 tahun sahaja sebelum ianya merosot dan Low melarikan diri ke London serta Venice.",
"Akibatnya syarikat itu terus jatuh dan tidak mampu lagi bangun sehingga ke hari ini. Hari ini, The Mississippi Company bernilai sekitar $6.8 trillion dengan kiraan moden.",
"Saudi Aramco merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia. Nilai bagi Saudi Aramco pada hari ini adalah sekitar $4.1 trillion lantas menerbit ramai jutawan baru di Timur Tengah. Jadi bagaimanakah syarikat ini boleh bermula?",
"Ketika minyak ditemukan di Bahrain pada 1932, kerajaan Arab Saudi telah menerima lamaran daripada California-Arabian Standard Oil Company untuk menjalankan operasi pencarian minyak di negara itu.",
"Tidak lama kemudian, syarikat Texas OilCo telah membeli 50 peratus kepentingan di California-Arabian.",
"Setelah lima tahun melakukan cari gali, minyak masih tidak lagi ditemui dan syarikat telah mengeluarkan lebih banyak duit untuk melipatgandakan lagi usaha.",
"Akhirnya, minyak telah ditemukan di wilayah Dhahran pada 1938 dan pengeluarannya meningkat dengan begitu mendadak.",
"Syarikat itu menukar nama kepada Arabian American Oil Co (Aramco) pada 1944 dan terpaksa berkongsi separuh keuntungan dengan Arab Saudi.",
"Arab Saudi juga telah mengeluarkan sejumlah wang bagi memiliknegarakan Aramco. Pada tahun 1980, Aramco telah dikuasai sepenuh oleh kerajaan Arab Saudi.",
"Walau bagaimanapun, Aramco agak tergugat dengan situasi yang melanda dunia pada hari ini. Ketika awal tahun lalu telah berlaku perang minyak di antara negara-negara APEC dan Rusia lantas menyebabkan harga minyak turun mendadak.",
"Belum pun sempat minyak untuk pulih setelah perang minyak ditamatkan, koronavirus telah melanda dunia. Hal ini bikin harga minyak sekali lagi jatuh berikutan kekurangan penggunaan minyak kerana ketiadaan pergerakan kenderaan akibat perintah berkurung.",
"Mungkin Aramco sudah boleh berkira-kira untuk menceburi bidang lain seperti teknologi dan telekomunikasi.",
"4. Apple",
"Apple telah digagaskan pada tahun 1979 oleh dua orang sahabat iaitu Steve Jobs dan Steve Wozniak. Mereka berjaya menempa kejayaan pertama apabila menceburkan diri dalam penghasilan komputer riba iaitu Apple I dan Macintosh.",
"Menjelang tahun 1990, Apple telah cuba menghasilkan pelbagai barangan elektronik seperti pemain CD dan kamera digital.",
"Apple juga hampir muflis pada tahun 1993 apabila inovasi dalam penghasilan Apple Newton menemui kegagalan.",
"Hal tersebut telah membuatkan Steve Jobs mula meletakan fokus Apple kepada kemampuan mereka iaitu komputer riba. Akhirnya Apple telah mencipta IMac untuk komputer biasa dan Macbook untuk komputer peribadi.",
"Selepas itu, Apple telah mengeluarkan produk yang mengejutkan dunia itu iPod yang dapat menyimpan begitu banyak lagu dalam satu peranti.",
"Pengenalan iPhone seterusnya oleh Steve Jobs telah mengubah dunia pada ketika itu sehingga mengejutkan beberapa kuasa besar dalam pasaran telefon bimbit dan telefon pintar.",
"IPhone adalah satu peranti yang cukup maju dan bernilai pada ketika dikeluarkan dahulu dan sehingga ke hari ini, ianya masih lagi mampu bertahan walaupun diapit oleh syarikat-syarikat dari China",
"5. Standard Oil",
"Standard Oil merupakan syarikat yang digagaskan oleh John D. Rockefeller pada tahun 1870 di Ohio Amerika Syarikat. Jika diambil kira inflasi pada hari ini, Standard Oil bernilai lebih kurang $1 trillion.",
"Pada awal abad ke 20, Rockefeller menguasai 90 peratus pasaran minyak di Amerika Syarikat. Ketika itu minyak digunakan sebagai bahan utama untuk lampu dan menjadi bahan bakar setelah terciptanya kereta.",
"Rockefeller terus mendominasi kedua-dua industri itu sehinggalah Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk membubarkan Standard Oil kerana berlaku monopoli haram.",
"Akibatnya, Standard Oil telah berpecah kepada 34 syarikat berbeza seperti Exxon dan Mobil.",
"Kedua-dua syarikat ini mengambil keputusan untuk bergabung lantas menzahrikan Exxon-Mobil yang telah mengambil alih tempat Standard Oil sebagai salah satu pemain terbesar dalam industri minyak.",
"Pada tahun 2007, Exxon-Mobil bernilai sekitar $572 billion.",
"RUJUKAN:",
"Dymoke, N. (2018, Oktober 17). 5 Of The Richest Companies In History. Big Think.",
"Artikel turut boleh dibaca di portal ekonomi-kewangan kami, The Outlook. "
] |
https://www.thepatriots.asia/malala-yousafzai-aktivis-pendidikan-termuda-dalam-sejarah/ | Malala Yousafzai: Aktivis Pendidikan Termuda Dalam Sejarah | [
"Kunci kebebasan negara mundur daripada kemiskinan sebenarnya terletak pada pendidikan anak-anak lebih-lebih lagi anak perempuan. Berilah pendidikan pada perempuan dan lihat kesannya kepada masyarakat. Adat perkahwinan muda dapat dicegah, kerahan terhadap kerja buruh terutamanya buruh kanak-kanak dapat dikurangkan. Dengan kemahiran melalui pembelajaran, sumber pendapatan semakin bertambah dan seterusnya membuatkan ekonomi makin stabil. Begitulah yang Malala mahu realisasikan dan suarakan kepada dunia. 9 Oktober 2011 mencatatkan tragedi terburuk yang pernah berlaku dalam hidup gadis dari Pakistan ini namun merupakan pembuka mata buat dunia bagi menyaksikan Malala tetap teguh menuntut ilmu walaupun dalam keadaan bergolak.",
"Malala lahir pada tahun 1997 di Lembah Swat Pakistan. Ayahnya, Ziauddin Yousofzai pula seorang guru merangkap aktivis tempatan yang berhasil membuka sekolah di tengah masyarakat yang masih berfikiran mundur manakala ibunya wanita biasa yang buta huruf. Betapa banyak kepayahan yang Ziauddin lalui sehinggakan dituduh merancang untuk melatih kanak-kanak menjadi pemberontak melalui sekolah ini serta tindakannya dianggap menyimpang daripada ajaran Islam. Sudah menjadi hajat terbesar Ziauddin untuk memberikan pelajaran terbaik untuk semua termasuk anaknya supaya dapat mengembangkan potensi diri masing-masing.",
"Penaklukan Taliban di Lembah Swat sekitar tahun 2007 mengekang aktiviti harian penduduk tempatan seperti kebebasan kepada dunia luar melalui radio dan televisyen serta melarang kanak-kanak perempuan bersekolah. Malala yang ketika itu merupakan salah seorang anak murid di sekolah ayahnya turut kesal apabila pihak Taliban mengarahkan semua sekolah ditutup. Rintihan Malala yang terpaksa hidup dalam ketakutan dan kekecewaan di bawah pemerintahan pengganas dinukilkan dalam blog BBC melalui nama penanya Gul Makai.",
"Peperangan yang semakin dahsyat antara askar Pakistan dan Taliban memaksa lebih sejuta penduduk Lembah Swat berpindah ke negeri lain. Keluarga Yousafzai memutuskan untuk pindah ke Peshawar. Di daerah ini, Malala dapat berbicara secara terbuka melalui wawancara radio serta menemukannya dengan Richard Holbrooke iaitu pegawai diplomat Amerika yang menyokong perjuangan Malala. Pada masa yang sama, penulisan Malala di blog BBC mula mendapat perhatian daripada The New York Times dan sekaligus membuka mata dunia terhadap kesan penaklukan ekstrimis kepada masyarakat.",
"Menjelang tahun 2011, usaha tentera Pakistan di Lembah Swat mula membuahkan hasil apabila kelompok Taliban mula mengundurkan diri daripada kawasan tersebut. Kemenangan ini membolehkan sekolah Ziauddin dibuka semula. Kepulangan mereka sekeluarga ke kampung menerbitkan semangat buat Malala untuk terus bersuara bagi mendapatkan hak pendidikan untuk kanak-kanak perempuan setempat sehingga melayakkannya untuk dianugerahi Anugerah Keamanan Belia Pakistan yang pertama. Pengaruh kuat Malala di negaranya serta seluruh dunia membuatkan pihak Taliban berang dan mencetuskan dendam pada gadis ini. Pada 9 Oktober 2011 seorang pengganas bertindak secara mengejut dan menyerang Malala ketika dalam perjalanannya pulang ke sekolah. Malala ditembak pada muka dan leher. Beliau digegaskan ke hospital Peshawar dan mendapatkan rawatan selanjutnya di England. Walaupun Malala memerlukan rawatan rapi pada muka belah kirinya yang lumpuh, beliau cukup bernasib baik kerana tidak mengalami pencederaan teruk pada otak.",
"Selepas beberapa sesi rawatan intensif dan pembedahan, akhirnya Malala meneruskan hidup baru bersama keluarganya dan sambung persekolahan di Birmingham, England. Seperti diberikan peluang kedua, kebangkitan semula Malala daripada tragedi tersebut menjadi batu loncatan baginya untuk makin lantang bersuara untuk semua perempuan. Kemunculannnya di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 12 Julai 2013 membuat jasanya mendapat sanjungan seluruh dunia. Memetik kata Malala pada ketika itu “Pengganas menyangka ugutan mereka dapat menghentikan cita-cita dan matlamat kita, namun tiada apa yang berubah kecuali kelemahan, ketakutan dan putus asa digantikan dengan kekuatan, kuasa serta keberanian.” PBB juga mengisytiharkan Hari Malala pada hari jadinya iaitu 12 Julai setiap tahun bagi memperingati jasa gadis ini.",
"Malala kian giat berkempen melalui ‘Malala Fund’ iaitu organisasi yang mendukung matlamatnya pada hak pendidikan sehingga berjaya mengumpul dana bagi membuka sekolah perempuan buat pelarian Syria di Lubnan . Pada Disember 2014, Malala sekali lagi mencatatkan sejarah dengan meraih Anugerah Keamanan Nobel dan sekaligus menjadikannya penerima anugerah termuda sepanjang zaman.",
"Pengalaman beliau diabadikan dalam buku biografi yang bertajuk ‘I am Malala’ hasil nukilannya sendiri dengan bantuan penulis Christina Lamb dan menjadi buku ‘bestseller’ pada tahun 2014. Pada tahun berikutnya pula, filem dokumentari ‘He Named Me Malala’ turut diterbitkan dan berjaya pecah panggung di 175 negara.",
"Malala kemudiannya menjalankan misi ‘Girl Power Trip’ ke serata negara seperti Timur Tengah, Afrika dan Benua Amerika Latin. Dalam misi ini, beliau dapati kebanyakan perempuan tidak berpeluang menuntut ilmu kerana terpaksa akur dengan adat yang memaksa untuk kahwin pada usia muda dan konflik lain seperti kemiskinan. Segala maklumbalas yang Malala terima kemudiannya dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Malala berpeluang berjumpa dengan para pemerintah bagi membincangkan isu ini dan menekankan kepentingan sokongan kerajaan dalam memberikan peluang pendidikan buat kanak-kanak perempuan.",
"Kisah hidup Malala wajar dijadikan teladan supaya kita lebih hargai peluang pendidikan yang tersedia di negara kita yang aman ini. Malala menunjukkan kepada dunia sifat perjuangan perempuan yang luarbiasa apabila dicabar oleh kuasa dominan yang menyekat kebebasan.",
"Walaupun perempuan tidak mampu untuk syahid di medan perang, tetapi perempuan masih dapat berjihad di jalan Allah melalui pendidikan. Rasulullah s.a.w bersabda : “ Siapa yang keluar menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”. (HR Muslim). Petikan hadis ini menyokong kepentingan menuntut ilmu bagi mengubah nasib diri serta masyarakat.",
"Oleh itu, belajarlah selagi hayat dikandung badan. Pembelajaran tidak berhenti sekadar di sekolah atau universiti sahaja, malah lebih luas daripada itu. Lengkapilah diri dengan ilmu dunia dan akhirat agar dapat kembali berjasa kepada agama dan bangsa.",
"SUMBER RUJUKAN",
"https://www.malala.org/malalas-story",
"https://www.biography.com/people/malala-yousafzai-21362253",
"http://www.mtv.com.au/malala-yousafzai/news/18-amazing-facts-about-malala-yousafzai-to-celebrate-her-18th-birthday"
] |
https://www.thepatriots.asia/lagenda-angker-yang-menghantui-hotel-rms-queen-mary/ | Lagenda Angker Yang Menghantui Hotel RMS Queen Mary | [
"Jika anda ke Long Beach, California, anda akan perasan sebuah hotel yang berbentuk sebuah kapal persiaran lama “persis” Titanic. Ya itulah kapal RMS Queen Mary.",
"RMS Queen Mary merupakan sebuah kapal pesiaran yang mewah di dalam zamannya. Dibina pada 1934, kapal ini sering berulang alik dari United Kingdom ke Amerika Syarikat.",
"Menjelang p3r4ng Dunia Kedua, kapal ini telah dijadikan sebagai kapal pengangkut t3nt3ra. Pada 25-30 Julai 1943, RMS Queen Mary telah mencipta rekod membawa penumpang paling ramai dalam satu-satu masa. Kapal ini telah membawa 16,683 penumpang dan anak kapal.",
"Perdana Menteri Britain, Winston Churchill juga pernah menaiki kapal ini beberapa kali sewaktu p3r4ng berlaku untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Pihak Bersekutu.",
"Selepas perang, RMS Queen Mary dijadikan semula sebagai kapal penumpang sehinggalah tahun 1967. Menjelang 80an, RMS Queen Mary telah dijadikan sebagai hotel dan muzium. Nampak macam seronok tidur di hotel yang berkonsepkan kapal. Awas, dalam hotel ini banyak entiti misteri yang memerhati.",
"Semenjak dibuka sebagai hotel, Queen Mary sering menjadi tumpuan bagi peminat-peminat paranormal. Mana taknya, Queen Mary dinobatkan sebagai antara hotel berhantu di Amerika Syarikat.nApa hantu-hantu yang biasa bergentayangan di hotel ini?",
"Sejak Queen Mary dibuka untuk umum sebagai hotel, ramai pengunjung dan pekerja hotel ternampak bayangan hantu ini. Hantu ini dikatakan sering berlegar-legar di lounge kelas pertama.",
"Kisah Hantu Jackie ini agak tragis. Dikatakan hantu ini adalah jelmaan Jackie atau Jacqueline Torin yang merupakan seorang penumpang. Pada satu hari, Jackie ini telah ditemui lemas di kolam renang kelas kedua.",
"Sejak itu, hantu Jackie sering menganggu kanak-kanak terutama di kolam renang kelas pertama dan kelas kedua. Para tetamu sering terdengar percikan air, suara kanak-kanak sedang ketawa ketika berada di sini.",
"Dipercayai si Jackie ini juga mempunyai seorang “rakan” hantunya yang bernama Sarah. Seperti Jackie, Sarah juga menerima nasib yang sama pada tahun 1949.",
"Seperti Hantu Jackie, Hantu John Henry juga mempunyai kisah sedih mereka yang tersendiri . John Henry merupakan seorang pekerja di bahagian dandang kapal. Pada suatu hari, John Henry telah ditemui tidak bernyawa di tempat yang sama beliau bekerja.",
"Kebiasaanya, penjejak entiti paranormal akan nampak bayangan beliau di antara ruang pendandang dan bilik kawalan. Sesekali, mereka juga dapat berhubung dengan hantu John Henry dan Henry akan membalas dengan jawapan beliau mahukan beer.",
"Kapten Treasure Jones merupakan kapten terakhir RMS Queen Mary. Beliau berkhidmat di kapal tersebut dari 1965 hingga 1967. Kapten ini juga turut mendapat penghormatan untuk pelayaran terakhir dari Southampton ke Long Beach. Kapten Jones kembali ke negeri cacing ketika berusia 87 tahun pada tahun 1993.",
"Kapten ini amat terkenal dengan tabiatnya menghisap cerut. Oleh itu, selepas kem4t1annya, pengunjung kadangkala terbau aroma cerut di kuarter Kapten ini",
"Semasa RMS Queen Mary berlayar dalam tempoh lebih kurang 30 tahun, sebanyak 49 kem4t1an dilaporkan di atas kapal dan salah seorangnya ialah John Pedder ataupun dikenali sebagai Half Hatch Harry .",
"Pada suatu hari, semasa latihan keb4k4ran dilakukan, Pedder telah terjatuh dan kepalanya terhantuk dan pecah pada pintu kecemasan #13. D4r4h kering ini masih dapat dilihat pada hari ini. Semenjak itu ruangan enjin Queen Mary sering diganggu oleh Pedder.",
"Dana merupakan seorang penumpang yang menaiki RMS Queen Mary bersama keluarganya. Dana dikatakan menginap di kabin B 474. Namun, malang tidak berbau, Dana dan keluarganya telah dibvnvh. Pembvnvh tersebut telah menjerut adik dan ibunya sehingga m4t1 dan men3mb4k Dana di bilik air.",
"Roh Dana sering menggangu kabin ini. Sesekali, Roh Dana turut ditemui bersama-sama Roh Henry di pendandang kapal. Hingga kini B 474 menjadi kabin paling angker di Queen Mary.",
"Kesimpulannya, kisah-kisah hantu di Queen Mary ini bukan sahaja sebagai legenda, tetapi sebagai tumpuan untuk pengunjung merasai hotel angker di Amerika Syarikat ini.",
"Oh ya, bagi sesiapa yang nak merasai pengalaman angker ini, pihak hotel kini menyediakan pakej bermalam di suite yang paling berhantu dengan 500 USD semalam. Di samping itu, pengunjung juga akan disediakan papan Ouija, alat pemanggil hantu dan beberapa alatan mengesan hantu.",
"Jadi apa lagi?"
] |
https://www.thepatriots.asia/pertempuran-thermopylae-epik-perang-sparta-melawan-amukan-parsi/ | Pertempuran Thermopylae: Epik Perang Sparta Melawan Amukan Parsi | [
"Filem 300, sebuah naskah Hollywood yang menceritakan kepada kita tentang sebuah pertempuran yang konon melibatkan kisah kepewiraan ketumbukan 300 askar Sparta berdepan pula dengan gempuran jutaan askar Parsi yang dibawa oleh Raja Xerxes I. Hakikatnya, filem Hollywood itu terlalu dibesar-besarkan kerana bukanlah hanya 300 tentera Sparta berjuang melawan sekurang-kurangnya 70 ribu sehingga 300 ribu orang itu (Hederotus sejarawan purba dari Yunani berpendapat tentera Parsi mencecah lebih kurang 2.5 Juta orang!) tetapi ianya adalah gabungan 300 orang askar Sparta bersama dengan tentera-tentera elit daripada negara-negara kota Yunani yang lain.",
"Pertempuran ini adalah sebahagian daripada siri pertempuran dalam Perang Yunani-Parsi yang melibatkan pembalasan dendam Xerxes I kepada kekalahan ayahnya Darius dalam Pertempuran Marathon. Antara kisah menarik yang menyelubungi Pertempuran Thermopylae ini ialah diceritakan utusan-utusan Parsi dihantar pada negara-negara kota Yunani dengan pesanan daripada Parsi bahawa mereka haruslah memberi hadiah “tanah dan air” kepada Parsi sebagai tanda tunduknya mereka pada kekuasaan Parsi.",
"Namun, kebanyakan negara-negara Yunani menyatakan penundukkan mereka pada Parsi kecuali Athens dan Yunani. Di Athens, utusan-utusan Parsi dilontarkan ke dalam lubang manakala di Sparta, utusan tadi dipaksa untuk menggali perigi lalu mereka dilontarkan ke dalam perigi tersebut.",
"Darius yang semenang sejak awal lagi telah membina askarnya ke tahap paling besar pernah dilihat dunia ketika itu kerana mahu membalas dendam atas peluang dimalukan di Pertempuran Marathon. Namun malangnya ketika itu pemberontakan tercetus di Mesir dan Darius terpaksa memimpin askarnya untuk menundukkan Mesir. Malangnya dalam perjalanan, Darius telah mangkat dan tugas memimpin askar tadi jatuh kepada anaknya Xerxes I yang merupakan pewaris takhtanya. Xerxes berjaya menundukkan pemberontakan itu lalu terus menghalakan ketumbukan askarnya untuk menggempur Yunani, terutama Athens dan Sparta yang begitu berdegil untuk tunduk dibawah Parsi, sebaliknya memilih untuk terus bangga dengan kemerdekaan yang dimiliki oleh mereka dan melawan habis-habisan.",
"Maka salah satu daripada siri pertempuran yang paling diingati dalam Perang Yunani-Parsi yang berlaku pada sekitar 499–449 Sebelum Masihi, kira-kira sezaman dengan Tamadun Melayu Sungai Batu 500 BC. Ya, ketika kita sedang membina tapak-tapak pemprosesan besi yang hebat, di bumi Eropah, terdapat sebuah siri perang yang sangat mengasyikkan sedang berlaku. Perang yang melibatkan sebuah kisah yang hari ini menjadi sebuah filem untuk tatapan kita bersama.",
"Baik, dalam membincangkan tentang Pertempuran Thermopylae, kita perlu tahu bahawa angkatan Yunani ketika itu dipimpin oleh seorang raja Sparta bernama Raja Leonidas manakala Parsi dipimpin oleh raja mereka sendiri iaitu Raja Xerxes I. Dan hujah yang paling baik dalam membincangkan kenapa hanya 300 orang askar Sparta sahaja yang turun dalam menghalang kemaraan askar Parsi ke negarakota mereka ialah kerana ketika itu, terdapats ebuah festival suci untuk Kota Sparta dan terdapat halangan untuk mereka turun berperang.",
"Orang-orang kuat agama pagan mereka melarang keras niat Leonidas untuk berdepan dengan Parsi dan meramalkan kekalahan Sparta. Atas alasan itu, Leonidas hanya mengambil 300 tentera elit Sparta berdepan dengan ratusan ribu askar Parsi bersama dengan gabungan-gabungan askar dari negara kota Yunani yang lain yang turut menyatakan kesudian mereka untuk turun bersama Leonidas dan Sparta.",
"Strategi Sparta dalam mengekang kemaraan Parsi di satu-satunya laluan masuk untuk ke Sparta, di sebuah laluan gunung bernama sementara menunggu masa supaya festival suci Sparta habis dan angkatan Sparta boleh turun berperang manakala dalam masa yang sama, angkatan laut Athens sedang menahan gempuran kapal-kapal Parsi di Pertempuran Arthemissium. Jadi laluan masuk Parsi ke bumi Yunani kini sedang dihalang di dua buah pertempuran.",
"Maka disinilah tugas Leonidas memimpin 7000 orang askar gabungan negara-negara kota Yunani berdepan dengan sekurang-kurangnya 70 000 orang askar Parsi. Jadi disinilah tugas formasi Phalanx yang memerlukan askar-askarnya membentuk sebuah barisan pertahanan, sambil berlindung di balik perisai yang hampir separuh tubuh, sambil bertemankan dek lembing panjang. Dan formasi ini akan bertahan di sebuah laluan yang sangat sempit, dipercayai seluas 100 meter sahaja.",
"Maka disini kebijaksanaan Yunani terbukti. Mereka tahu bahawa jumlah tentera Parsi yang jumlah ratusan ribu itu tidak akan mampu berfungsi dengan baik apabila bertempur di medan pertempuran yang tertutup seperti laluan kecil itu.",
"Pertempuran ini sebenarnya berlaku selama 8 hari, tetapi tertangguh kerana Xerxes memilih untuk berdiplomasi terlebih awal dengan Leonidas dengan menawarkan pelbagai tawaran yang diharapkannya dapat menyakinkan Leonidas. Namun semuanya ditolak dengan kasar oleh Leonidas.",
"Dan pada hari kelima, barulah Xerxes memutuskan untuk terus menyerang askar-askar Yunani yang bertahan di laluan yang selebar 100 meter itu. Awalnya, Xerxes melancarkan gelombang pertama apabila mengarahkan 5000 orang unit pemanah Parsi melancarkan panah dalam jarak 90 meter dari tempat barisan askar Yunani bertahan.",
"Legenda menceritakan kepada kita kononnya ketika hujan panah itu dilancarkan oleh Parsi, ianya terlalu banyak sehinggakan mampu menghalang cahaya matahari menembusinya, dan mewujudkan suasana yang tidak tumpah seperti malam untuk barisan askar Yunani. Namun, oleh kerana perisai dan baju besi yang disarungkan pada tubuh mereka, maka serangan anak panah itu tidaklah membawa apa-apa kesan pun pada barisan askar Yunani.",
"Berang apabila serangan panah tadi tidak berhasil, maka Xerxes pun menghantarkan lebih kurang 10, 000 orang askar Parsi untuk menggempur pertahanan Yunani di laluan tadi. Namun semuanya berhasil dengan kegagalan sehinggakan 10 000 orang askar tadi terpaksa berundur. Ini membuatkan Xerxes terus menggerakkan gelombang ketiga dengan memanggil sekurang-kurangnya 10 000 orang tentera Immortal, unit elit Parsi yang digeruni dalam sejarah.",
"Apakah mereka “seabadi” seperti nama mereka? Leonidas dan Yunani membuktikan sebaliknya apabila seperti gelombang kedua tadi, gelombang ketiga Xerxes turut berakhir dengan kegagalan juga. Immortal Parsi tidaklah seabadi namanya. Mereka tidaklah kebal dan mampu dibunuh. Kononnya ini kekalahan paling teruk Immortal dalam peperangan selain di Pertempuran Marathon. Dan hari pertama berakhir dengan kegagalan Parsi untuk menembusi masuk ke dalam laluan Thermopylae.",
"Masuk hari kedua, gelombang demi gelombang serangan dilancarkan oleh Xerxes untuk memastikan pertahanan yang didirkan oleh Leonidas itu terlerai juga. Xerxes berpendapat bahawa selepas bertempur dengan puluhan ribu askarnya semalam, maka askar-askar Leonidas pastinya keletihan. Namun, Yunani masih gagah bertahan. Habis hari kedua sahaja, Xerxes terus buntu. Barisan pertahanan yang ditempatkan di laluan Thermopylae tadi terlalu kukuh. Pelbagai cara dilakukan oleh Xerxes untuk menembusinya namun tidak berjaya sehinggalah… seperti dalam banyak ketamadunan, biasanya kejatuhan mereka adalah disebabkan pengkhianat di kalangan mereka.",
"Saya perkenalkan kepada kalian seorang si kitul dalam gabungan negara kota Yunani yang bernama Ephialtes yang membocorkan rahsia kepada Xerxes bahawa terdapat sebuah laluan rahsia yang boleh membawa tentera Xerxes untuk terus datang kepada belakang Tentera Yunani, sekaligus mengepung mereka. Ephialtes melakukan ini kerana tamakkan tawaran harta dan perempuan. Dan kerana peristiwa inilah, nama Ephialtes sering sinonim dengan pengkhianat dan mimpi ngeri dalam bahasa Yunani, seperti mana Si Kitul yang menjadi pengkhianat Pertempuran Kota Melaka antara Portugis dan juga Melaka suatu masa dahulu dalam bahasa Melayu kita.",
"Leonidas terlebih awal telah meletakkan 1000 orang askar Phocian di laluan yang dikhuatiri oleh Leonidas bakal digunakan oleh Parsi itu. Hydarnes, salah seorang komander perang Xerxes telah dihantar untuk membimbing 40 000 orang askar untuk memintas laluan itu. Bersama dengan Hydarnes itu, ialah sisa-sisa pasukan Immortal yang dimiliki oleh Parsi. Namun 1000 askar Phocian itu gagal bertahan dan berundur membiarkan ketumbukan askar Parsi terus masuk.",
"Mendengarkan kekhabaran kekalahan 1000 orang askar tadi, maka Leonidas telah memanggil semua orang-orang kepercayannya yang bertahan di laluan tadi, membincangkan langkah-langkah yang harus diambil. Lari atau terus bertahan disitu. Namun selepas perbincangan dan perdebatan hangat, beberapa negara kota Yunani menarik diri manakala beberapa lagi setia di situ sampai ke titisan darah terakhir.",
"Dipendekkan cerita, pada penghujung pertempuran ini, selepas tentera Yunani terkepung di belakang dan dihadapan, akhirnya tentera Yunani mengalami kekalahan dalam pertempuran ini dengan Leonidas sendiri menjadi mangsa panahan dan mati. Dalam masa yang sama, di Pertempuran Artemissium, Athens seri dengan askar Parsi. Namun masa yang dicuri oleh Leonidas dalam pertempuran ini cukup untuk memberikan kesediaan kepada Sparta dalam pertempuran mendatang dalam siri Perang Yunani-Parsi ini."
] |
https://www.thepatriots.asia/operasi-shah-eufrat-usaha-turki-melindungi-makam-bapa-kepada-pengasas-uthmaniyyah/ | Operasi Shah Eufrat: Usaha Turki Melindungi Makam Bapa Kepada Etrugul | [
"Berdasarkan catatan sejarah dan cerita-cerita hikayat tradisi Empayar Uthmaniyyah, tokoh penting yang memimpin migrasi suku Kayı dari Isfahan ke Aleppo, iaitu Süleyman Shah, merupakan anak lelaki kepada Kaya Alp. Beliau adalah bapa kepada pemimpin penerusnya yang mengetuai cabang bangsa nomad Turki Oghuz itu, tidak lain dan tidak bukan, Ertuğrul Gazi. Ertuğrul pula merupakan bapa kepada Osman Gazi, pengasas Empayar Uthmaniyyah.",
"Pada mulanya, kajian awal mengenai salasilah keturunan terawal dinasti Uthmaniyyah ini menyebabkan berlaku pertikaian terhadap status keturunan ini, status Süleyman Shah sebagai bapa kepada Ertuğrul dipersoalkan berikutan terdapat juga dakwaan bahawa seorang lagi tokoh bernama Gündüz Alp juga dipercayai merupakan datuk kepada Osman merangkap bapa kepada Ertuğrul.",
"Akhirnya sejarawan menemui titik persamaan dan bersependapat bahawa Gündüz Alp bukanlah bapa Ertuğrul tetapi beliau adalah anak kepada Ertuğrul dan abang kepada Osman.",
"Kepentingan Makam Süleyman Shah",
"Sebuah makam penting era Uthmaniyyah yang asalnya berada disekitar atau berdekatan dengan Qal’al Ja’bar (istana pemerintah Syria) adalah dikaitkan secara bersejarah dengan tokoh lagenda bernama Süleyman Shah ini.",
"Makam Süleyman Shah menurut tradisi Uthmaniyyah, adalah kubur yang menjadi tempat jasad Süleyman Shah bersemadi, namun jasadnya itu tidak pernah ‘berehat dengan aman’. Ini berikutan makam legenda ini semenjak mula dibina setelah kemangkatan Süleyman Shah pada tahun 1236 hingga sekarang, ia telah berpindah randah ke tiga lokasi yang berbeza, dan semuanya bertempat di dalam sempadan negara Syria sekarang. Dari tahun 1236 hingga 1973, lokasi pertamanya adalah berhampiran istana Qal’at Ja’bar di wilayah pentadbiran Raqqa, Syria.",
"Süleyman Shah dipercayai hidup sekitar antara tahun 1178 hingga tahun 1236. Pada saat-saat terakhir hayatnya, Süleyman Shah dipercayai telah tenggelam dan m4ti lem4s di sungai Eufrat berhampiran istana Qal’at Ja’bar, tempat yang sama menjadi lokasi pengebumiannya, dan berdasarkan beberapa hikayat legenda, datuk kepada pengasas Uthmaniyyah itu dikebumikan sangat dekat dengan istana itu, dan lokasinya ditandakan hingga ia dibaikpulih secara beransur-ansur mengikut zaman, bermula dengan zaman Ertuğrul Gazi sendiri.",
"Pemindahan Pertama",
"Pada tahun 1973, daerah di sekitar istana Qal’at Ja’bar, bersama dengan lokasi kompleks makam sedang ditenggelami air ketika Empangan Tabqa pecah dan bakal membentuk Tasik Assad. Makam itu, dengan persetujuan antara Turki dan Syria kemudiannya dipindahkan ke lokasi baru sekitar 85 kilometer ke utara tetapi ia juga bertempat di pinggir Sungai Eufrat dan juga di Syria, 10 km di barat laut bandar Sarrin, di Aleppo, dan sekitar 27 km dari sempadan Turki.",
"Sehingga Februari 2015, Turki mengekalkan keberadaan unit tenter4 kecil di tapak makam ini untuk ditugaskan sebagai pengawal kehormat.",
"Pada awal tahun 2015, menurut Al Jazeera, makam itu dikelilingi oleh kumpulan lSIL. BBC bagaimanapun menyatakan, bahawa setelah mengusir ISlL keluar dari Kobanî pada bulan Januari 2015, Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dan pember0ntak Syria menguasai beberapa kampung di sekitar makam tersebut.",
"Operasi Eufrat",
"Semasa kerajaan Republik Turki campur tangan dalam Per4ng Saudara Syria pada tahun 2015, Angkatan Bersenj4ta Turki melancarkan satu operasi berskala besar di perkampungan Karakozak Syria, yang berjarak 37 kilometer dari sempadan Turki. Kira-kira 500 anggota pasukan khas yang dilengkapi dengan kenderaan berperisai dan senj4ta berat turut serta dalam operasi tersebut.",
"Makam Süleyman Shah merupakan aset sejarah yang penting bagi bangsa Turki, ia dikawal di oleh satu unit ketenter4an yang ditempatkan di sekitar perkampungan itu. Tanah seluas 10 ekar yang menempatkan makam tersebut diiktiraf sebagai sebahagian daripada wilayah Turki mengikut syarat Perjanjian 1921 yang dipersetujui bersama Perancis.",
"Pada bulan Mac 2014, kumpulan pengg4nas IsIamic State Of Levant and Iraq (ISlS) telah menawan wilayah di mana makam itu berada, maka sejak itu Ankara mengawasi makam tersebut dengan teliti, tenter4 pengawal ditempatkan di pos kawalan yang menjaga makam untuk mencegah sebarang kemungkinan ser4ngan.",
"Mereka bertindak ketika mengesan aktiviti bersenj4ta lSIS di sekitar makam dan apabila k0nflik antara kumpulan Kurdish dan ISlS semakin meningkat. Operasi dilaksanakan pada waktu malam, mereka memindahkan sisa jasad Süleyman Shah dari makamnya ke lokasi yang lebih selamat di Syria, berhampiran dengan sempadan Turki dan 38 anggota tenter4 dipindahkan ke Turki.",
"Operasi itu diberikan nama kod ‘Şah Fırat Operasyonu’ atau Operasi Shah Eufrat (Operation Shah Euphrates). Makam itu dipindahkan dengan melintasi wilayah yang berisiko tinggi di mana ia didominasi oleh milit4n lSIS dan Parti Kesatuan Demokratik (PYD), yang disenaraikan sebagai organisasi pengg4nas oleh kerajaan Republik Turki. Ini adalah operasi berskala besar buat julung kalinya dilaksanakan oleh Angkatan Bersenj4ta Turki di Syria. Dan kerana itu ia telah mencetuskan banyak perdebatan.",
"Walau bagaimanapun, ketika Operasi Shah Eufrat menjadi topik perbahasan di parlimen negara itu, ia tidak membawa sebarang manfaat kerana lebih bersifat perbahasan politik demokrasi. Perbahasan tertumpu pada persoalan sama ada operasi itu berjaya atau tidak dan adakah ia menjamin kemenangan atau kekalahan.",
"Ini kerana parti-parti politik cuba memanipulasi Operasi Shah Eufrat sebagai alat propaganda politik dalam negara dan meningkatkan kadar peratusan undi masing-masing hasil dari polemik ini menjelang pilihan raya umum pada 7 Jun 2015.",
"Objektif Dan Manfaat Politik",
"Apabila kes ini dilihat secara rasional dengan meninggalkan dasar domestik, kita dapat melihat gambaran menarik yang meramalkan masa depan Turki dalam masa terdekat pada waktu itu. Operasi Shah Eufrat bukanlah operasi yang dilakukan sebagai propaganda politik untuk meraih undi, mengubah agenda domestik atau sebagai ‘gula-gula’ untuk pengundi Turki dari golongan konservatif semata-mata, itu hanya sekadar hadiah bonus.",
"Objektif utamanya adalah, ia dilaksanakan sebagai satu operasi ketenter4an yang dirancang oleh Ankara untuk mencegah sebarang ancaman b4haya berlanjutan yang sedang berlaku di rantau itu. Kerajaan Turki menganggap mereka ‘terpaksa’ melaksanakannya.",
"Baik, sebelum kita teruskan, penulis ingin menekankan bahawa wilayah ini mempunyai dua perkara tidak jelas bagi Turki. Yang pertama adalah hakikat nyata yang mereka tidak tahu berapa lamakah lagi Presiden Syria Bashar Assad akan mempertahankan kerusinya dan bilakah per4ng saudara di Syria akan berakhir. Yang kedua adalah sasaran lSIS pada masa hadapan yang tidak diketahui, yang pernah cuba dilakukan ISlS tetapi gagal di Kobani, dan siapa yang akan menanggung kerugian di Kobani.",
"lSIS bertindak balas terhadap kedatangan pasukan peshmerga (geril4 nasionalis Kurdish) di Kobani melalui tindakan diplomatik oleh Turki. Pangkalan Turki yang terletak di Iraq dan Syria mungkin menjadi sasaran. Turki kemudiannya akan menandatangani perjanjian latihan dan kelengkapan dengan Amerika Syarikat.",
"Ini adalah titik penting memandangkan ia memberikan idea mengenai waktu operasi. Turki melancarkan Operasi Shah Eufrat ketika mereka menyedari telah timbulnya kemungkinan ISlS akan menyasarkan Turki setelah kekalahannya di Kobani.",
"Operasi itu juga dilakukan dua hari setelah perjanjian latihan dan kelengkapan yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat yang bermaksud Ankara ingin mendapat kelebihan dari segi taktikal dan mengambil inisiatif untuk insid3n yang mendatang. Satu sumber menegaskan bahawa Turki melancarkan operasi ini atas dasar “mengambil inisiatif” dan “mencegah prov0kasi,” sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan mereka pernah menghadapi krisis 49 kakitangan kedutaan Turki yang dijadikan tebvsan oleh ISlS di Mosul.",
"Operasi Shah Eufrat sangat penting dalam konteks ini. Turki tidak mahu menghadapi krisis Mosul kali kedua dalam menghadapi perkembangan politik baharu di rantau itu. Mereka ingin mengambil inisiatif dalam langkah-langkah yang harus diambil terhadap lSIS, atau mungkin terhadap Assad. Ini sekaligus menghalang sebarang cubaan manipulasi terhadap makam Süleyman Shah.",
"Rangkuman Kronologi Operasi",
"Operasi Shah Eufrat dilaksanakan oleh Angkatan Bersenj4ta dari tenter4 Turki bertujuan untuk memindahkan lokasi makam Süleyman Shah di Syria yang berlangsung pada 21-22 Februari 2015. Makam bersejarah bangsa Turki itu berada di dalam ancaman kemvsnahan kerana pada waktu itu ia terletak di dalam satu-satunya kawasan Turki di dalam daerah asing (foreign enclave), dan dikelilingi oleh ‘Negara Khilafah Islam’ yang diisytiharkan oleh pengg4nas lSIL @ ISlS selama lebih dari 4 bulan.",
"Pada malam 21–22 Februari 2015, sebuah konvoi bersenj4ta tenter4 Turki termasuk unit kereta kebal dan kenderaan perisai lain yang berjumlah kira-kira 100 buah kenderaan memasuki Syria untuk memindahkan 40 orang pengawal makam dan memindahkan jen4zah Süleyman Shah. Seorang anggota tenter4 terk0rban semasa operasi. Kompleks pemakaman itu telah dimvsnahkan bagi mengelakkan ia memberi manfaat kepada lSIS.",
"Makam itu sekarang terletak di wilayah yang dikuasai Turki 200 meter di dalam Syria, 22 km di sebelah barat Ayn al-Arab dan 5 km di sebelah timur Eufrat, kurang dari 2 km ke tenggara Perkampungan Turki Esmesi yang berada di Daerah Birecik paling selatan.",
"Beberapa tahun sebelum itu iaitu pada Ogos 2012, Presiden Recep Tayyip Erdogan (ketika itu masih PM) telah memberi amaran bahawa sebarang gangguan terhadap makam itu akan dianggap sebagai “ser4ngan ke atas wilayah Turki, dan juga ser4ngan terhadap tanah Nato”. Tahun 2014, parlimen Turki meluluskan tindakan kekerasan terhadap milit4n IS.",
"Makam itu dikawal secara kekal oleh satu kontinjen pengawal keselamatan berjumlah sekitar 40 anggota tenter4, yang bertukar shif secara berkala. Tapak bersejarah ini merupakan sebahagian dari wilayah Turki yang kedudukannya berada di luar sempadan Turki berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1921 dengan Perancis yang memberikan Turki hak untuk menempatkan pengawal dan mengibarkan bendera Turki di sana.",
"Protokol yang diamalkan sejak 2003 antara Republik Turki dengan Republik Arab Syria berkaitan Makam Süleyman Shah (di lokasi keduanya) memberikan hak transit terhadap Turki untu keluar dan masuk kawasan makam melalui wilayah Syria, samada untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kompleks makam.",
"Sejak 2014, kedudukan rasmi Turki menunjukkan tanah di sekitar lokasi kedua makam (1973 – Februari 2015) adalah atau merupakan wilayah berdaulat Turki. Turki juga meminta pengunjung tapak ini untuk membawa pasport. Namun, belum ada bukti yang menunjukkan bahawa negara-negara lain, termasuk Syria, secara terbuka menyokong kedudukan Turki ini.",
"Pendirian Syria adalah bahawa penempatan semula yang pertama telah melepaskan hak Turki atas kedaulatan tapak ini, dan penempatan semula makam yang terbaru pada Februari 2015 (ke lokasi ketiga) adalah bertentangan dengan Perjanjian Ankara.",
"Namun apa yang pasti, usaha ini membuktikan hubungan rohani itu masih wujud di antara kerajaan Republik Turki dengan pendahulunya, Empayar Uthmaniyah, lebih-lebih lagi apabila Turki dianggap sebagai negara yang tidak pernah dij4jah secara terus semenjak era Uthmaniyah hinggalah era republik. Republik Turki dianggap sebagai penerus Uthmaniyah namun dengan sistem yang berbeza, dan pemerintahan oleh bangsa yang sama.",
"Pada 2 April 2018, Wakil Perdana Menteri Republik Turki, Fikri Işık mengumumkan, makam itu akan dipindahkan kembali ke lokasi asalnya di utara Syria.",
"RUJUKAN:",
"Aktar, Cengiz. (2015). The truth about Operation Shah Euphrates. Al Jazeera.",
"Burns, R. (1999). Monuments of Syria. An Historical Guide. London: I.B. Tauris.",
"Manav, Bekir (2017). Ertuğrul Gazi (in English). Pergole Yayınları."
] |
https://www.thepatriots.asia/moyang-kepada-seluruh-haiwan-moden-ditemui-di-australia/ | Moyang Kepada Seluruh Haiwan Moden Ditemui Di Australia | [
"Jadi, moyang wujud di dunia dalam abad ke-21 ini? Ya, moyang kepada hidupan haiwan kini ditemui di Australia, berupa seperti cacing yang aneh. Nama moyang ini adalah Ikaria wariootia, organisma gumpalan lembut bersaiz sebutir beras.",
"Walaupun rupanya aneh, namun para saintis mengemukakan bahawa organisma ini menjadi satu contoh yang baik untuk mengkaji asal-usul haiwan bilaterian (haiwan berciri bilateral yang simetri bahagian kiri dan kanan) serta pembentukan mulut dan dubur.",
"Kata ahli geologi yang mengetuai kajian ini bernama Mary Droser dari universiti bernama UC Riverside, inilah haiwan yang menepati teori saintis, terutamanya ahli biologi evolusi berkenaan rupa moyang yang melahirkan seluruh haiwan moden. Beberapa tahun lalu, para saintis telah mengkaji banyak tentang kumpulan organisma bernama Ediacaran biota, kumpulan organisma purba yang wujud pada 635 juta tahun dulu.",
"Salah satu organisma bernama Dickinsonia telah mengambil perhatian ramai saintis di mana ia dianalisis sebagai haiwan terawal dunia dalam rekod fosil. Organisma ini walaupun haiwan terawal, ia tidak dikaitkan dengan pembentukan manusia dan haiwan bilaterian lain. Droser menerangkan bahawa Dickinsonia berkemungkinan telah awal pupus sebelum memulakan evolusi.",
"Maka, haiwan manakah yang menjadi moyang kepada kita (manusia secara biologi) dan seluruh haiwan bilaterian lain? Beberapa tahun kemudian, tapak fosil kesan galian organisma yang ditemui di Nilpena, Australia Seltana menarik perhatian saintis.",
"Tapak fosil itu adalah milik organisma bernama Helminthoidichnites yang wujud pada Fasa Ediacaran (sekitar 551 hingga 560 juta tahun dulu). Saintis berspekulasi bahawa organisma ini adalah pemula legasi haiwan bilaterian. Setelah melakukan pemeriksaan laser terhadap batu yang mempunyai tapak fosil, ternyata Helminthoidichnites adalah organisma seperti saintis bayangkan.",
"Ahli paleontologi yang menyertai penyelidikan ini, Scott Evans menyatakan bahawa mereka (para pengkaji) menyangka haiwan ini hidup pada fasa kini namun ia sangat sukar dikenalpasti. Dengan imbasan 3D dari organisma tersebut, mereka ketahui bahawa mereka peroleh penemuan yang penting.",
"Imbasan 3D menunjukkan bahawa organisma ini mempunyai panjang 2 hingga 7 milimeter dan lebarnya sepanjang 1-2.5 milimeter. Organisma ini bertukar nama sebagai Ikaria wariootia, yang mana namanya diambil dari Bahasa Adnyamathanha, Bahasa orang asal Australia yang tinggal di Kawasan Flinders Ranges. ‘Ikara’ bermaksud ‘tempat penemuan’, manakala ‘warioota’ bermaksud nama kawasan bernama Warioota Creek.",
"Menurut para pengkaji, fosil kesan Ikaria warioota berbeza dengan kumpulan organisma Ediacaran, mempunyai bentuk cacing dengan badannya yang silinder serta mempunyai kepala dan dubur. Tambahan lagi, organisma ini mempunyai ciri simetri bahagian kiri dan kanan.",
"Mereka menyatakan organisma Ikaria ini berpotensi sebagai organisma tertua, haiwan bilaterian yang tercatat dalam rekod fosil Australia Selatan. Morfologi (karakter) Ikaria ini mempunyai pembentukan badan yang terdapat dalam ciri haiwan moden, di mana ia mempunyai otot untuk aktiviti renggangan system pencernaan. Haiwan ini juga mempunyai mulut, dubur, dan usus.",
"Walau bagaimanapun, penemuan berasaskan kesan fosil yang kita tidak boleh lihat dalam bentuk fizikal adalah sukar untuk memastikan pengesahan terhadap organisma ini. Namun jika masa akan datang saintis menemui organisma kumpulan Ediacaran yang mempunyai rupa seakan-akan Ikaria, mungkin ia menjadi baru loncatan untuk mengali lebih mendalam moyang haiwan moden ini.",
"Namun begitu, Evans menerangkan bahawa penemuan penting setakat ini adalah Ikaria, haiwan bilaterian tertua yang pernah direkodkan dalam rekod fosil seluruh dunia. Manusia mempunyai ciri bilateral, maka kita boleh mengandaikan organisma Ikaria ini adalah salah satu ‘moyang’ kita yang pertama mempelbagaikan keluarga haiwan berciri bilateral ini.",
"RUJUKAN:",
"Dockrill. P (24 March 2020). Earliest Ancestor of Many Modern Animals May Have Been Found in Australia. Science Alert. Retrieved from 5 April 2020."
] |
https://www.thepatriots.asia/bendera-bendera-kerajaan-islam-terawal-di-alam-melayu/ | Bendera-Bendera Kerajaan Islam Terawal Di Alam Melayu | [
"Sayang sekali, bendera kerajaan Islam terawal iaitu Perlak, Samudera Pasai dan Melaka tidak dapat dikenal pasti bagaimana rupa bentuknya. Perkataan bendera wujud selepas kedatangan Portugis. Sebelum itu, bendera dinamakan sebagai panji.",
"Tradisi bendera kerajaan di Nusantara telah diamalkan sejak dari zaman Hindu-Buddha. Salah satu contoh adalah catatan Liang Shu tentang kedatangan utusan China ke Langkasuka pada tahun 515 M di mana dicatatkan panji-panji Langkasuka telah menghiasi kotanya terutama ketika mengiringi raja.",
"Dalam penelitian saya, bendera tertua di Nusantara yang dapat dikenal pasti setakat ini ialah Panji Pusaka Jayakarta yang digunakan oleh angkatan tentera Kesultanan Demak pimpinan Panglima Fatahillah ketika meraikan kemenangan menewaskan pakatan Portugis-Pajajaran di Sunda Kelapa pada tahun 1527 iaitu 16 tahun setelah kejatuhan Kota Melaka sebagaimana yang dinukilkan oleh Ahmad Mansur Surya Negara dalam bukunya Menemukan Sejarah.",
"Penak-lukan Kota Melaka telah memberikan semangat kepada Portugis untuk melebarkan empayarnya di Nusantara. Dengan itu, Portugis telah menguasai pelabuhan Sunda Kelapa yang terletak di barat Pulau Jawa hasil kerjasamanya dengan kerajaan Pajajaran.\nMengambil iktibar dari kejatuhan Melaka, kerajaan Islam Demak menyerang kedudukan Portugis di Sunda Kelapa dan tentera Demak berjaya menewaskan Portugis serta mengusirnya dari Sunda Kelapa.",
"Dari peristiwa kemenangan itu, nama Sunda Kelapa ditukarkan kepada Jayakarta. Jaya bermaksud kejayaan dan karta bermaksud pekerjaan. Jadi Jayakarta bermaksud kejayaan yang diraih. Dari sini kemudiannya timbul nama Jakarta, ibu negara Indonesia.",
"Saya melihat bendera Pusaka Jayakarta di Muzium Jakarta. Jelas terdapat lambang pedang Zulfikar. Saya juga melihat bendera kerajaan Aceh Darussalam di Muzium Aceh yang juga terdapat lambang pedang Zulfikar di tengah-tengahnya.",
"Tidak pasti sama ada bendera Aceh Darussalam ini telah digunakan sejak dari awal penubuhannya pada penghujung abad ke-15 atau pada abad terkemudian.\nMelihat pada bendera Pusaka Jayakarta dan bendera Aceh, maka tidak mustahil bendera Kesultanan Melaka juga terdapat lambang pedang Zulfikar di tengahnya.",
"Pedang Zulfikar salah satu pedang Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan pernah digunakan oleh Baginda ketika perang Uhud sebagai mana yang diriwayatkan dalam Sunan Tirmidzi. Lambang pedang Zulfikar memang masyhur dalam tradisi jihad di Alam Melayu. Ia menjadi lambang kekuasaan, keberanian dan kepahlawanan.",
"Hasanuddin Yusof \nMaktab Penyelidikan\nTamadun Alam Melayu dan Islam"
] |
https://www.thepatriots.asia/tun-adam-malik-batubara-lahir-di-malaya/ | Adam Malik Batubara, Tokoh Indonesia Yang Lahir Di Malaya? | [
"Antara fakta menarik yang saya temui ketika melusuri sejarah keluarga di sebelah ibu saya yang bersuku Mandailing ialah cerita mengenai Adam Malik Batubara yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar Negara Indonesia semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia.",
"Adam Malik Batubara merupakan seorang tokoh pejuang kemerdekaan Indonesia dan pernah berkhidmat sebagai Duta Indonesia ke Kesatuan Soviet dan Poland. Selain itu beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar Negara Indonesia dan Naib Presiden Indonesia ke-3. Beliau juga diberi gelaran ‘Si Kancil Indonesia’.",
"Walaupun biografi rasmi Adam Malik menyatakan bahawa beliau lahir di Permatangsiantar, Sumatera, saudara-maranya, terutamanya di Malaysia berkata bahawa Adam Malik sebenarnya lahir di Chemor, Perak (Lubis and Nasution 2003).",
"Menurut penulisan Bachtiar Djamily (1978), ayah Adam Malik yang bernama Abdul Malik Batubara merupakan seorang peniaga dari Sumatera yang datang meniaga di Perak. Pada tahun 1911, Abdul Malik telah berkahwin dengan seorang wanita tempatan bernama Salamah Deto (ada yang mengatakan ianya Siti Lamah Deto). Menurutnya lagi, semasa umur 8 tahun Adam Malik tidak sempat untuk masuk ke sekolah di Chemor kerana terpaksa berpindah mengikuti ayahnya kembali ke Sumatera.",
"Pada masa itu belum lagi ada sistem perekodan kelahiran bayi yang moden seperti yang kita ada hari ini. Selain itu, belum wujudnya sistem kad pengenalan atau sijil kelahiran yang secekap zaman kini. Masalah ini mungkin dapat menjelaskan kenapa perbahasan tempat kelahiran Adam Malik diungkit dari masa ke masa.",
"Walaupun menjawat jawatan yang tinggi iaitu Menteri Luar Negara Indonesia, beliau akan cuba mencuri masa untuk melawat saudara-maranya di Chemor, Perak (Arkib Utusan Online 2013).",
"Semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia berlaku pada tahun 1963, Adam Malik berasa risau akan keselamatan saudara-maranya di Chemor, malah beliau juga telah menyuarakan ketidakpuashatiannya terhadap Sukarno (Lubis 2005). Menariknya, selain daripada Adam Malik, seorang jeneral Indonesia yang bernama Abdul Haris Nasution juga telah membantah tindakan untuk berperang dengan Malaysia. Beliau menyamakan tindakan Indonesia untuk berperang dengan Malaysia seperti “berperang dengan saudara sendiri”. Malah, seperti Adam Malik, Jeneral Abdul Haris Nasution mempunyai saudara mara di Malaysia juga. Seorang anak saudaranya berkhidmat sebagai Ketua Pentadbir dalam Tentera Laut Diraja Malaysia semasa tercetusnya Konfrontasi (Lubis 2005).",
"Setelah melakukan kajian dengan lebih lanjut, saya juga mendapati bahawa kedua-dua tokoh ini merupakan orang Mandailing. Semasa Konfrontasi, kedua-dua tokoh ini bersama-sama dengan beberapa tokoh yang lain telah bekerjasama untuk mencari jalan bagi menamatkan konfrontasi ini.",
"Setelah perjanjian damai dicapai antara Indonesia dan Malaysia pada tahun 1966, Adam Malik terus pergi ke Chemor untuk memberitahu kepada saudara-maranya di sana bahawa keamanan sudah dicapai dan mereka semua akan selamat (Lubis 2005).",
"Sejarah ini bagi saya agak releven dengan cogan kata Mandailing yang berbunyi “Padomu Na Marotak, Palagut Na Marserak”, yang bermaksud mempertemukan yang berpecah, menghimpun yang terpisah. Kenapa?",
"Orang Mandailing sejak beratus tahun lamanya walaupun berasal daripada Sumatera tidak melupakan tanah nenek moyang mereka. Ini dapat dibuktikan dengan tindakan orang Mandailing yang sering berulang alik dari Semenanjung ke Sumatera untuk meziarah tanah nenek moyang mereka dan merapatkan hubungan persaudaraaan sejak dahulu lagi.",
"Namun, apabila berlakunya Konfrontasi, orang Mandailing di Malaysia telah terputus hubungan dan terpisah dengan saudara mara mereka di Indonesia (Lubis 2013). Malah, ada yang tak berani merentas sempadan untuk menziarah saudara mara mereka kerana takut ditangkap oleh pasukan keselamatan kedua-dua negara ini. Setelah tamatnya Konfrontasi, aktiviti ini telah bermula semula dengan biasa dan mereka dapat membina atau merapatkan semula hubungan kekeluargaan mereka yang telah terputus semasa tecetusnya Konfrontasi ini.",
"Bacaan lanjut:",
"1) Lubis, A.R., and Nasution, K.S. (2003) ‘Raja Bilah And The Mandailings In Perak: 1875 – 1911’. Malaysia: Malaysian Branch Of The Royal Asiatic Society",
"2) Djamily, B.(1978) ‘Hidup dan Perjuangan Adam Malik, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru.",
"3) Arkib Utusan Online (2013) Sambutan Raya masyarakat Mandailing di Chemor Ahad ini [online] 27 August 2013. retrieved from <[http://ww1.utusan.com.my/…/Sambutan-Raya-masyarakat-Mandail…]> [9 February 2018]",
"4) Lubis, A.R. (2005) ‘Mainstreaming the Minorities – the Case of the Mandailings in Malaysia and Indonesia’. Kuala Lumpur: Cahayasuara Communications Centre",
"5) Lubis, A.R. (2013) ‘Mandailing movement to Malaysia’ . Malaysia History [online] 21 September 2011. retrieved from <[http://www.malaysiahistory.net/index.php…]> [10 February 2018]",
"6) Adam Malik, Mengabdi Republik, Jilid 1 Adam Malik Dari Andalas , Gunung Agung, Jakarta, 1978; Abdul Rahman Rahim, Jatoh-Nya Sa-Orang President, Penerbitan Utusan Melayu Berhad, chetakan kedua, 1967."
] |
https://www.thepatriots.asia/selimut-berbulu-viking-ditemui/ | Selimut Berbulu Viking Ditemui! | [
"Saban tahun, ada saja penemuan menarik yang dibuat pasukan pengkaji arkeologi di Uppsala, Sweden berkenaan artifak Viking. Dan baru-baru ini, dua kubur yang ditemui menarik perhatian mereka kerana lambakan artifak unik yang ditanam bersama mereka. Ini termasuk duvet yang dihias dengan pelbagai jenis bulu burung di mana ia bukan saja menawarkan keselesaan tetapi juga makna simbolik di sebaliknya.",
"Penemuan ini dibuat di kawasan perkuburan Valsgarde yang disifatkan sebagai kawasan perkuburan elit untuk golongan pemerintah dan bangsawan Viking. Malah, ada yang berspekulasi sesetengah kubur di situ milik pemerintah-pemerintah dinasti Ynglings. Dua kubur yang menjadi tumpuan ialah dua kubur pahlawan Viking yang ditanam bersama dalam dua bot berukuran 10 meter panjang.",
"Dua pahlawan ini dikatakan berstatus bangsawan berikutan banyak artifak ditanam bersama mereka. Selain dipakaikan topi perisai, baju besi dan sen.ja.ta, kubur mereka turut dilengkapi dengan peralatan memasak dan memburu dengan kesemuanya diletakkan di atas duvet yang dinyatakan. Selain itu, haiwan-haiwan seperti kuda dan burung hantu turut ditanam bersama mereka. Profesor Emeritus Birgitta Berglund yang menjadi sebahagian daripada pasukan pengkaji memberitahu dua pahlawan ini sudah bersedia menempuh alam barzakh dengan kelengkapan dan haiwan yang ditanam bersama mereka.",
"Tambah Berglund lagi, duvet yang dihias dengan bulu ini mempunyai simbol tersendiri. Beliau percaya bulu-bulu haiwan tertentu seperti ayam, burung hantu, gagak dan merpati digunakan orang Viking sebagai cara memanjangkan lagi pertarungan dengan kema_tian. Di sesetengah kawasan Scandinavia, bulu angsa dilihat sesuai untuk memudahkan roh keluar dari badan.",
"Berdasarkan analisis duvet yang dibuat Institut Sejarah Alam Semulajadi Norway (NINA), terdapat beberapa spesies haiwan menarik sebagai bulu hiasan duvet. Antara bulu haiwan yang dikenalpasti ialah burung grouse, itik, gagak dan burung layang-layang. Tambah menarik menurut ahli biologi Jorgen Rosvold, bulu-bulu ini masih dalam keadaan baik walaupun telah ditanam selama lebih sealaf.",
"Jadi, apa pula perihal haiwan yang dipe.ng.gal kepalanya seperti burung hantu dalam dua kubur tersebut? Berglund percaya semasa mereka ditanam, orang-orang Viking melakukan ritual penyem.be.lihan burung tersebut dengan harapan mencegah mereka daripada hidup semula. Tetapi ada juga percaya menerusi ritual ini atau mema_tahkan sen.ja.ta milik mereka, ia memberi kebebasan kepada mereka berkelana ke alam barzakh.",
"RUJUKAN:",
"McDermott, A. (2021). Norse Warrior Took Comfy Duvet (and a DITAPIS Owl) to the Afterlife. Ancient-Origins."
] |
https://www.thepatriots.asia/sayyida-al-hurra-permaisuri-lanun-afrika-utara/ | Sayyida Al-Hurra: Permaisuri Lanun Afrika Utara | [
"Pada sekitar awal abad ke-19 M, gelaran ketua lanun Lautan China Selatan yang paling digeruni telah dipegang oleh Ching Shih, yang mana beliau telah memimpin 300 buah jong dan 40,000 orang lanun menguasai hampir seluruh jalur laut negara China. ",
"Jadi, bagaimana pula kisah pada awal abad ke-16 M, seorang permaisuri dari Maghribi, Sayyida al-Hurra yang pernah menguasai Lautan Mediterranean barat dan menjadi salah satu ancaman paling berbahaya untuk kerajaan Kristian pimpinan Ratu Isabella dari Castille?",
"Pelarian Dari\nGranada: Tragedi Reconquista",
"Nama sebenarnya adalah Lalla Aishah binti Ali, lahir pada tahun 1485 M (890 H) di kota Granada, Andalusia. Ayahnya bernama Moulay Ali bin Rashid dan ibunya pula bernama Zohra Fernandez, seorang muallaf dan adik lelakinya, Moulay Ibrahim bin Ali. Mereka berketurunan dari bangsawan Rashid iaitu keturunan yang mempunyai susur galur dengan Sultan Idris I, pengasas Dinasti Idrisi di Maghribi.",
"Pada masa\nkelahirannya, penguasa-penguasa (amir) di Andalusia sedang sibuk berperang\nmenghadapi pasukan bersekutu kerajaan Aragon-Castille pimpinan Raja Ferdinand\nII dan Ratu Isabella I.",
"Selama tempoh enam tahun pertempuran diantara kedua buah kuasa besar mewakili agama Islam dan agama Kristian, maka pada tanggal 2 Januari 1492 M, benteng terakhir Islam di Andalusia, kota Granada, dibawah pimpinan penguasa terakhir Dinasti Nasrid iaitu Amir Abu Abdullah Muhammad XII, akhirnya terpaksa berlutut menyerahkan kunci kota di hadapan pasukan bersekutu Raja Ferdinand II dan Ratu Isabella I. ",
"Tragedi kejatuhan kuasa Islam di Andalusia adalah salah satu kemuncak penutupan kempen Reconquista oleh pasukan Kristian Sepanyol-Portugal ke atas wilayah-wilayahnya di semenanjung Iberia (Andalusia) dan di kawasan sekitarnya.",
"Ketika kota Granada jatuh ke tangan pasukan Reconquista, keluarga Aishah dan kaum kerabatnya melarikan diri ke Maghribi, lalu membuka penempatan di daerah Chefchaouen (Shafshawan) dan mendirikan kota di sini. ",
"Dasar keterbukaan yang digunakan oleh Moulay Ali ketika mana mengembangkan populasi kota tersebut adalah bertujuan untuk menerima kedatangan pelarian beragama Yahudi ataupun Islam dari Andalusia (Ahmad al-Wattasi) sejak kejatuhan Granada) untuk tinggal dan hidup di kota Chefchaouen. Berdekatan dengan kota Chefchaouen, terletaknya kota Tetouan dan ibukota Fez.",
"Sultan penguasa Maghribi, yang berpusat di kota Fez mengabulkan permintaan Moulay Ali yang bersedia untuk mendirikan kota di Chefchaouen.",
"Tiga Kota Bersekutu\nMenentang Aragon-Castille.",
"1. KOTA TETOUAN.",
"Kota Tetouan merupakan salah sebuah kota pelabuhan yang terletak di Maghribi dan berhampiran dengan semenanjung Iberia (Andalusia). Lokasinya yang sangat strategik dan pelabuhannya yang sangat menguntungkan, menyebabkan kota pelabuhan ini sering diserang oleh musuh-musuhnya. ",
"Pada tahun 1400 M, kerajaan Portugal (Aragon) yang sangat takut dengan monopoli perdagangan kota Tetouan ke atas jalur lautan Mediterranean barat telah menghantar sebuah armada laut yang besar untuk menyerang lalu menghancurkan keagungan kota ini sehingga menjadi debu. Selama 80 tahun, kota Teotuan ditinggalkan menjadi kota yang mati tanpa penghuni.",
"Seorang laksamana laut Granada iaitu Abu Hassan al-Mandiri telah diberikan keizinan oleh penguasa Dinasti Nasrid (sebelum kejatuhan kota Granada) untuk membangunkan kembali kota Teotuan dengan memberikan hak penuh mengutip cukai dan menjadikan kota tersebut sebagai kota eksport-import seperti sebelumnya. ",
"Ketika mana dalam tempoh pembinaan, perbaikan dan penempatan ke atas kota Teotuan, Abu Hassan terpaksa menghadapi beberapa pertempuran dengan musuh-musuh jirannya seperti kota Ksar, Ceuta dan Tangier yang berada di bawah jajahan kuasa Portugal (Aragon).",
"Setelah mendengar kejatuhan kota Granada, Abu Hassan telah\nmemberikan laluan kepada para pelarian dari Granada untuk datang bertandang ke\nkota Teotuan.",
"2. KOTA FEZ.",
"Kota Fez yang pada waktu itu diperintah oleh sultan pertama Dinasti Wattasid, Abu Abdullah Muhammad bin Yahya (Ahmad al-Wattasi) juga menerima kedatangan para pelarian dari Andalusia. Baginda merupakan satu-satunya penguasa tunggal Islam di Maghribi yang berkuasa ke atas kota Teotuan dan kota Chefchouen.",
"Pada waktu ini, hanya kota Fez dan kota Teotuan yang menjadi\ntempat berteduh untuk para pelarian Granada sebelum membangunnya kota\nChefchaouen di bawah kepimpinan gabenor Moulya Ali.",
"3. KOTA CHEFCHOUEN.",
"Semenjak ayahnya menyandang menjadi penguasa di Chefchaouen, Aishah diberikan tahap pendidikan yang sangat tinggi oleh ayahnya, Moulya Ali dan mendapat bimbingan pendidikan langsung dari beberapa orang ulama terkenal Maghribi diantaranya adalah, Abdullah al-Ghazwani. Selain menguasai bahasa Arab, Aishah juga menguasai bahasa Castilian dan Portugis, bahasa kedua musuh ketatnya. Selain menguasai bahasa, Aishah juga menguasai ilmu matematik, teologi, ketenteraan dan politik semasa.",
"Ketika meningkat dewasa, sekitar umur 16 tahun, Aishah\ndinikahkan dengan sahabat ayahnya sendiri, merangkap penguasa kota Tetouan, Abu\nHassan al-Mandiri, yang pada ketika itu baru berumur 30 tahun.",
"Di dalam buku ‘Historical Dictionary of Morocco’ oleh Thomas\nKerlin Park dan Aomar Boum, dinyatakan yang sebenarnya, Aishah bukan menikahi\ndengan Abu Hassan al-Mandiri tetapi dengan anaknya, Muhammad bin Abu Hassan\n(pewaris kekuasaan di kota Tetouan).",
"Keluarga Aishah mengatur satu jalan politik untuk menyatukan\nkeluarga mereka dengan bangsawan dari Teotuan dan Fez dengan dua langkah, iaitu:",
"1. Menikahkan Aishah dari Chefchaouen dengan Muhammad bin\nAbu Hassan dari Tetouan. Dengan perkahwinan politik ini, maka terjadinya\nhubungan yang kuat diantara kedua buah benteng di Afrika Utara ini.",
"2. Adik lelaki Aishah pula, Ibrahim dihantar ke ibukota Fez\nuntuk menjadi penasihat diraja, wazir kepada Sultan Ahmad al-Wattasi. Dengan\nperlantikan Ibrahim, maka hubungan politik antara tiga buah kota ini menjadi\nlebih erat antara satu sama lain.",
"Apabila kedua buah strategi ini berjaya maka Moulya Ali mendapat perlindungan politik dan ketenteraan secara langsung, kota Chefchaouen mampu mengukuhkan lagi kuasa baharu mereka di Maghribi. ",
"4. MENJADI PENGUASA TETOUAN.",
"Pada sekitar tahun 1515 M atau 1519 M, suami Aishah meninggal dunia dan jawatan penguasa Tetouan diambil alih oleh Aishah secara langsung. Setelah menaiki kerusi pemerintahan, beliau memakai dengan gelaran nama ‘Sayyida al-Hurra: Hakimat Titwan’ yang bermaksud ‘Wanita Berdaulat, Penguasa Tetouan’. ",
"Tetapi gelaran inilah yang disangka oleh orang Sepanyol sebagai nama sebenarnya sehinggakan namanya terdapat di dalam beberapa catatan sejarah Sepanyol dengan nama ‘Sida el-Horra’ berbanding Aishah ketika zaman penguasaan beliau ke atas lautan Mediterranean barat.",
" 5. MELAKUKAN KERJASAMA DENGAN BARBARROSA BERSAUDARA.",
"Sebagaimana yang kita sudah mengetahui secara umum, Barbarossa Bersaudara, Aruj dan Khairuddin, merupakan dua orang bersaudara ‘privateer’ yang memimpin beberapa siri pertempuran di laut secara persendirian di Lautan Mediterranean setelah kejatuhan kerajaan Islam di Granada. ",
"Pada mulanya, nama dua orang bersaudara ini hanya melekat pada bibir rakyat tempatan dalam bidang perdagangan di lautan, sebelum mereka berdua ini dikenali ramai setelah menghadapi beberapa pertempuran dengan kapal perang penjarah milik Castille-Aragon dan memimpin operasi penyelamatan ke atas bangsa Mudejar Islam yang masih terperangkap di Andalusia. ",
"Pada tahun 1504 M sehingga 1510 M, dua orang bersaudara ini membawa misi mengangkut dan membawa beribu-ribu umat Islam keluar dari Andalusia menuju ke Maghribi dan Algeria.",
"Daripada khabar angin yang tersebar meluas tentang penyelamatan Barbarossa ke atas umat Islam di Andalusia menyedarkan Sayyida untuk mengambil peluang memperluaskan lagi sekutunya. ",
"Pada masa pemerintahan Sayyida, kuasa Islam di dua buah kota, Tetouan dan Chefchaouen masih belum mempunyai pasukan laut sendiri sehinggakan Sayyida terpaksa menyewa dan bekerjasama dengan para ‘privateer’ untuk menjaga perairan wilayahnya.",
"Tambahan pula, laksamana Kortuglu, salah seorang ‘privateer’ ternama yang bertanggungjawab bersekutu dengan Khairuddin Barbarossa dan Piri Reis dalam pertempuran melawan dengan angkatan gabungan armada laut terbesar Kristian, armada Papal dari Itali (1516 M). Jika beliau bersekutu bersama ketika orang tokoh ini, pasti kekuasaannya makin kukuh dalam mengambil alih kembali Andalusia.",
"Dendam dan traumanya sewaktu kecil dahulu telah membekas di hatinya sehinggakan impiannya untuk membebaskan kembali Andalusia dari cengkaman Aragon-Castille memuncak.",
"Privateer: Adalah sebuah kapal peribadi yang dipimpin oleh pelayar atau kapten tertentu yang mendapat izin daripada pihak kerajaan atau melayani pusat pentadbiran tertentu untuk melakukan kegiatan rompakan, kawalan mahupun tangkapan ke atas kapal-kapal musuh yang dikenalpasti memasuki wilayah perairan mereka. Mereka diumpamakan seperti pahlawan Ronin, bukannya Samurai, tidak bertuan tetap. Boleh melayani sesiapa sahaja.",
"6. MENJADI PENGUASA LAUT MEDITERRANEAN BARAT.",
"Sayyida tanpa basa-basi memutuskan untuk bekerjasama dengan laksamana Khairuddin Barbarossa (kejadian ini berlaku ketika mana Khairuddin menjadi penguasa di Algeria). Hasil maklumat dan data yang dikongsi dari Sayyida kepada pasukan Khairuddin menjadikan Lautan Mediterranean semakin ketat di bawah kawalan kuasa Muslim. ",
"Atas kerjasama antara dua pihak terkuat ini juga, Khairuddin Barbarossa menguasai lautan Mediterranean bahagian timur dan Sayyida menguasai lautan Mediterranean bahagian barat. Dengan penguasaan yang meluas ini, maka ianya telah membungkam hasrat kerajaan Aragon-Castille untuk meluaskan empayar mereka dan menghalang cita-cita ekonomi untuk memonopoli jalur perdagangan di lautan tersebut.",
"Di dalam buku ‘Pirate Women: The Princesses, Prostitutes and Privateers Who Ruled the Seven Seas’ oleh Laura Sook Duncombe, Sayyida dikenali di dunia Kristian sebagai lanun yang sangat ganas dan menakutkan.",
"Dibandingkan dengan Khairuddin Barbarossa yang melakukan aktivitinya di bahagian timur, Sayyida pula aktif menjalankan kegiatan perampasan kapal-kapal milik kerajaan Sepanyol di Andalusia. Apabila kapal-kapal dagang ini melintasi perairan Sayyida atau bertemu dengan ‘privateer’ sewaannya, mereka akan ditangkap dan harta benda mereka akan ditahan.",
"Setelah itu, Sayyida tidak akan menyimpan para tawanan, sebaliknya menawarkan mereka pembebasan dengan beberapa bayaran untuk satu kepala. Dengan pembayaran ini, maka Sayyida melepaska mereka dengan harta-benda mereka tanpa sebarang kecederaan ke atas tawanan. Taktik Sayyida dihidu oleh Ratu Isabella I setelah baginda mendapat pelbagai laporan dari para pedagang yang pernah ditangkap dan dibebaskan oleh Sayyida. Walaupun kapal para pedagang ini menggunakan pelbagai jalur, tetapi arah pelayaran mereka tetap akan dihidu oleh Sayyida.",
"Daripada harta-benda rampasan inilah, beliau mampu mengawal dan menjadi ‘kak long’ di Afrika Utara selama 20 tahun lamanya. Bagi pihak Barat, mereka menganggapnya sebagai lanun penjarah yang menjarah dan merampas harta dagang mereka, tetapi bagi penduduk Tetouan, beliau adalah seorang wira yang membentengi keselamatan mereka daripada kerakusan armada laut Sepanyol.",
"7. MENJADI PERMAISURI TERAKHIR MAGHRIBI",
"Gerak-geri kerja Sayyida dalam memperkukuhkan kekuasaan dan pengaruhnya di lautan Mediterranean walaupun tiada angkatan armada laut rasmi kerajaan, ditambah pula dengan jalinan persahabatannya dengan penguasa Algeria dan laksamana angkatan laut empayar Turki Uthmaniyah, Khairuddin Barbarossa telah menarik minat Sultan Ahmad al-Wattasi untuk mempersuntingkannya sebagai seorang isteri.",
"Sayyida melihat dengan jalan perkahwinan ini sebagai durian runtuh baginya dalam menperlicinkan lagi agendanya untuk melancarkan pembebasan ke atas Andalusia. Sayyida bersetuju dengan pelawaan baginda, tetapi dengan satu syarat, majlis perkahwinan mereka wajib diadakan di kota pemerintahannya, Tetouan. Baginda sultan yang berasakan pernikahan ini penting untuk kepentingan takhtanya terus bersetuju dan berangkat bersama pasukannya menuju ke kota Tetouan. Ini adalah pertama kali dalam sejarah diraja Maghribi, sultan melaksanakan perkahwinan dirajanya di luar ibu kota Fez.",
"Setelah selesai pernikahan, Sultan Ahmad kembali semula ke pusat pentadbirannya, Fez dan Permaisuri Sayyida tetap berada di singgahsana baharunya di kota Tetouan. Kini, beliau bukan lagi seorang gabenor, amir mahupun penguasa biasa yang dikendalikan oleh sultan, tetapi beliau merupakan seorang permaisuri Maghribi.",
"Perkahwinan diantara Permaisuri Sayyida dan Sultan Ahmad al-Wattasi hanyalah sebagai perkahwinan politik semata-mata yang masing-masing membawa kepentingan diri di rantau kekuasaan mereka.",
"Kekuasaan Permaisuri Sayyida sudah sampai ke kemuncaknya. Dengan benteng di timur yang sudah dijaga oleh Khairuddin untuk menghalang sebarang bantuan dari luar untuk Sepanyol dan kekuatan pasukan tentera Dinasti Wattasi di Fez ditambah pula dengan ‘privateer’ sewaanya yang merayau di seluruh pelusuk lautan mengubah Permaisuri Sayyida sebagai penguasa sebenar Afrika Utara di daratan mahupun lautan.",
"Pengkhianatan Dari\nKota Fez.",
"Tetapi kekuasaan Permaisuri Sayyida tidak bertahan lama.\nTakhtanya telah diganggu-gugat oleh anak mertuanya, Ahmad al-Hassan al-Mandari\ndari Fez.",
"Pada tahun 1542 M, cucu kepada Abu Hassan al-Mandiri, Ahmad bin Hassan melancarkan kudeta ke atas Sayyida secara mengejut di kota Tetouan dengan membawa sejumlah askar dari gabungan puak Saadis (sebelumnya musuh Dinasti Wattasid). ",
"Impiannya untuk menyatukan kesemua kota-kota di Moroko tergendala. Dengan redha hati, Sayyida menyerahkan kota pelabuhan tersebut kepada Ahmad dan meletak jawatan sebagai permaisuri Moroko.",
"Tiada catatan rasmi atau rekod sejarah apa yang dilakukan\noleh Sayyida pada saat-saat akhir hidupnya.",
"Sayyida menghabiskan sisa hidupnya selama 20 tahun di kota milik peninggalan ayahnya, Chefchouen, sebelum beliau meninggal dunia pada tanggal 14 Julai 1561 M.",
"Artikel berkaitan:",
"1. Ching Shih, Lanun Wanita China: thepatriots.asia/dari-pelacur-menjadi-ratu-lanun-yang-menggerunkan",
"2. Khairuddin Barbarossa, Penguasa Mediterranean: .thepatriots.asia/heyreddin-barbarossa-ketua-armada-laut-uthmaniyah-yang-dilupakan",
"3. Fasa Kekuasaan Islam di Andalusia:\nhttps://www.thepatriots.asia/6-fasa-kekuasaan-islam-di-andalusia-sepanyol/amp/",
"4. Ratu Isabella I: https://www.thepatriots.asia/ratu-isabella-andalusia-takdir-melaka-dan-nusantara",
"RUJUKAN:",
"1. Sayyida al-Hurra: Noble ‘Sovereign Lady’ Who Terrorized\nthe Mediterranean As A Pirate, Ancient Origins.",
"2. Historical Dictionary of Morocco oleh Aomar Boum dan\nThomas K. Park.",
"3. Bygone Badass Broads: 52 Forgotten Women Who Changed the\nWorld oleh Mackenzi Lee.",
"4. Pirate Women: The Princesses, Prostitutes, and Privateers\nWho Ruled the Seven Seas oleh Laura Duncombe.",
"– TAMAT –"
] |
https://www.thepatriots.asia/jika-kau-bercinta-lagi-cintalah-sepenuhnya/ | Jika Kau Bercinta Lagi, Cintalah Sepenuhnya | [
"Saya pasti dalam kalangan pembaca ada yang pernah mendengar lagu Alleycat bertajuk Jika Kau Bercinta Lagi. Lirik yang terngiang dalam telinga saya adalah, “jika kau bercinta lagi, cintalah sepenuhnya”. Mencintai sepenuh hati adalah misi setiap orang yang bercinta dan berpasangan. Logiknya, kita tidak akan dapat mencintai seseorang yang tidak kita kenali terlebih dahulu, apatah lagi untuk benar-benar cinta sepenuh hati. ",
"Jadi, hubungan antara pasangan kita perlu ada sasaran untuk saling cinta sepenuh hati bagi melahirkan hidup yang bermakna dan tulen. Tanpa cinta sepenuh hati, kita tidak akan dapat menipu rasa kekosongan dalam diri yang Tuhan ciptakan untuk memerlukan seseorang yang benar-benar mahu meluangkan hidupnya bersama kita. ",
"Bak kata HAMKA di dalam Peribadi, “Janganlah tuan hambarkan hidup tuan dengan tidak memiliki perempuan. Jika tuan membawanya kepada erti yang baik, tentulah hasilnya akan besar membentuk peribadi yang kuat”. Justeru, persoalan dalam tulisan ini adalah apa ertinya mencintai seseorang dengan sepenuh hati.",
"Melengkapi Diri Sepenuh Hati",
"Skye C. Cleary, di dalam satu video TED-Ed mengetengahkan teori daripada Plato bahawa manusia sebenarnya dicipta bersama pasangannya secara fizikal. Maksudnya ialah, ada dua kepala, empat kaki dan tangan, dan dua fikiran berbeza yang berkongsi badan sama. Dalam tulisannya di The Symposium, Plato mengatakan manusia mencintai adalah untuk menjadi lengkap. “Love makes us whole, again”. ",
"Anak muridnya, Aristotle, kemudian meneruskan teori tersebut dengan mengatakan bahawa manusia telah membuatkan pada dewa murka, lalu Zeus (salah satu dewa) telah memisahkan manusia. Maka, sejak itu manusia mula mencari cinta untuk mendapatkan ‘separuh’ diri mereka yang hilang. Begitulah teori kepercayaan ahli falsafah lalu mengapa manusia mencintai satu sama lain.",
"Namun, pada saya untuk mengatakan bahawa ‘kamu melengkapi hidup saya’ adalah hanyalah kata-kata metafora untuk bersifat romantis. Kerana kita seharusnya melengkapi diri kita dengan sendiri. Tidak salah untuk berkata seseorang itu lengkapi kita untuk tujuan manis dalam hubungan tetapi tidak betul untuk percaya tanpa adanya seseorang itu, kita tidak boleh berfungsi dengan baik sebagai seorang manusia yang beriman dengan Allah. ",
"Jika ikutkan sifir bahawa kita sebenarnya memang tidak lengkap, maka orang yang hidupnya belum berpasangan adalah tidak lengkap pada hemat kepercayaan itu. Justeru, itulah yang membentuk masyarakat yang gemar menganggap perkahwinan sebagai satu pencapaian besar dalam hidup dan orang yang belum berkahwin masih dianggap tidak lengkap, seolah-olah ‘kelas kedua’ dalam masyarakat. ",
"Terdapat para ulama yang membujang sepanjang usia seperti Ibn Jarir al-Tabari (224-310H). Beliau ialah pengarang kitab Tafsir al-Quran yang terkemuka, pakar dalam bidang sejarah dan pengasas sebuah mazhab Fiqh pada zamannya. Demikian juga dengan Imam Jar Allh al-Zamakhsyari (467-538H), Jalal al-Din al-Suyuti (849-911H) dan lainnya. Jika benarlah orang yang bujang itu ‘tidak lengkap’, maka mengapa adanya para ulama hebat yang tidak berkahwin.",
"Justeru, naratif yang salah akan menatijahkan pemikiran sempit. Lalu menjadikan seseorang yang bujang rasa terdesak dan sanggup ‘settle for less’ semata-mata untuk kahwin meskipun termasuk dalam hubungan yang toksik. Walhal yang seharusnya kita lakukan ialah lengkapi diri sendiri. Jadilah seperti para ulama atau individu hebat yang walaupun belum berkahwin lagi tetapi punyai peribadi hebat dan sumbangan bermanfaat kepada orang lain. ",
"Maka apabila kita sudah lengkapi diri sendiri, kita bebas untuk mencari cinta dan berkahwin dengan orang yang selayaknya untuk kita. Itulah yang sering disebut dalam bahasa Inggeris iaitu ‘being whole’. Apabila seseorang menerima dirinya dengan sepenuh hati, dia layak untuk bercinta dengan sepenuh hati. Tanpa menjadi ragu-ragu dan merosakkan hubungan itu sendiri. Kita lihat betapa ramai orang yang sentiasa rasa tidak selamat (insecure) sepanjang masa sehinggakan menjadi toksik terhadap pasangan masing-masing kerana terlalu bergantung pada jiwa orang lain sedangkan jiwa sendiri kontang daripada penerimaan diri (self-acceptance). Maka untuk cinta sepenuh hati, terimalah diri dengan selapangnya.",
"Keterdedahan Pada Risiko Kehidupan",
"HAMKA menambah dalam Peribadi, bahawa orang yang penakut adalah mereka yang tidak berjaya dalam sesebuah masyarakat. Bagaimana untuk meneruskan hidup dengan jayanya jika kita takut pada risiko-risiko yang tampil bersama kejayaan. Individu berperibadi hebat adalah mereka yang berani untuk menempuh apa jua yang hadir kerana mereka bersedia menghadapinya. Begitu jugalah dalam hal percintaan. Apabila kita terlalu takut dengan fikiran-fikiran hipotetikal yang berbunyi seperti “macam mana kalau dia…”, maka kita sebenarnya masih tidak bersedia untuk berada dalam satu hubungan. Bukanlah untuk tidak memikirkan langsung kebarangkalian si dia akan melukakan kita, tetapi jika berada pada tahap yang tidak wajar, atau pun asyik sahaja pesimis terhadap seseorang, maka eloknya kita berehat dahulu daripada menaruh cinta dan memberi harapan cinta pada seseorang.",
"Brene Brown, dalam salah satu sembang santai di program televisyen Oprah Winfrey, membahaskan hal ini. Ketika itu beliau ditemu bual oleh Oprah sempena bukunya yang bertajuk Gifts of Imperfection dan syarahan TED Talk beliau yang mencapai jutaan ‘view’ di internet. ",
"Brown mengatakan bahawa untuk benar-benar menjalani hidup yang penuh makna, kita perlu mempraktikkan sifat ‘vulnerable’, satu tindakan yang mana kita mendakap keterbukaan, meraikan empati dan mengikhlaskan hubungan. Apabila menonton bual bicara ini, saya mendapat kesimpulan bahawa untuk sepenuhnya hidup dan berhubung dengan bermakna dan tulen, seseorang seharusnya menjadi ‘vulnerable’. Apa gunanya membina tembok tinggi dalam masa yang sama cuba berkenalan dengan seseorang dengan harapan cinta akan datang menerpa.",
"وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ",
"“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”",
"(Surah Ali Imran: 139)",
"Teruskan Berjalan dan Pandang ke Hadapan",
"Ada satu istilah bahasa Inggeris yang dinamakan ‘sonder’, bermaksud satu perasaan mendalam (profound feeling) mengenai kesedaran kita bahawa setiap insan, termasuk orang yang tidak dikenali, mempunyai kehidupan masing-masing yang kompleks. Ya, apa yang membentuk diri kita hari ini adalah berdasarkan kehidupan yang berlalu. Namun, yang membimbangkan ialah jika kita turut mengheret kisah lalu untuk datang pada masa kini dan membuka luka lampau disebabkan masih lagi teringat penderitaan lepas. Muslim yang baik menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran bukannya satu hukuman kepada dirinya sekarang. Apabila ingin berkenalan dengan seseorang, usahlah terus hukum insan tersebut tanpa sempat mengenalinya. Hati kita masih lagi belum ‘move on’ dan berpura-pura di hadapan insan tersebut.",
"Malah ada yang lebih parah apabila hati belum terubat tetapi memilih untuk bersama orang lain. Lalu, apabila situasi tertentu berlaku, terus ditinggalkan insan tersebut atas kepentingan peribadi menjadikan mereka sekadar tempat persinggahan semata-mata. Orang sebut, inilah dinamakan sebagai ‘rebound love’. Menjadi tempat persinggahan emosi dan pengharapan.",
"الْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ فَلَا يَحِلُّ لِلْمُؤْمِنِ أَنْ يَبْتَاعَ عَلَى بَيْعِ أَخِيهِ وَلَا يَخْطُبَ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ حَتَّى يَذَرَ",
"“Seorang mukmin itu saudara mukmin yang lain. Oleh kerana itu seorang mukmin tidak boleh membeli sesuatu yang masih dalam penawaran saudaranya, juga tidak boleh meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya kecuali jika dia telah meninggalkannya”",
"(Riwayat Muslim)",
"Muslim yang baik menganggap orang lain sebagai saudaranya dan tidak tergamak untuk mengkhianatinya. Begitulah akhlak yang diajarkan Rasulullah kepada kita. Tetapi hari ini betapa ramai yang sewenang-wenangnya mempermainkan hati, perasaan, malah maruah seseorang hanya untuk kepuasan nafsu sendiri sahaja. Oleh itu, sebelum memasuki mana-mana hubungan, eloklah dengan wajarnya bermuhasabah adakah benar-benar ini yang kita mahukan. Adakah kita bersedia untuk tetap jalan ke hadapan meskipun kenangan lalu memanggil-manggil kita. Pastikan kita tidak akan kembali pada jalan yang lampau apabila sudah memilih seseorang sebagai pasangan.",
"Berjalanlah terus tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi sentiasa. Nikmati saat masa kini (present). Cintai seseorang pada masa itu seadanya, jika fikiran kita menerawang akan masa lalu dan apa yang bakal berlaku, tarik nafas sedalamnya dan hayati dengan penuh makna nikmat masa kini yang sedang berlaku.",
"Bersama Membentuk Pemikiran Sekufu",
"Beberapa ketika lalu Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli, ada menulis tentang tanggungjawab sebuah perkahwinan. Antara salah satu nasihat beliau ialah diambil daripada ajaran Nabi bahawa memilih individu yang sekufu dengan kita.",
" تَخَيَّرُوا لِنُطَفِكُمْ وَانْكِحُوا الأَكْفَاءَ وَأَنْكِحُوا إِلَيْهِمْ",
"“Hendaklah kalian membuat pilihan bakal isteri yang terbaik untuk bakal zuriat kalian, hendaklah kalian berkahwin dengan yang sekufu, dan kahwinkanlah mereka dengan perempuan yang sekufu.”",
"(Riwayat Ibn Majah)",
"Ini menarik perhatian kerana saya pernah terbaca bahawa beberapa kajian telah dilakukan di beberapa negara luar berkenaan hubung kait antara ciri persamaan pasangan dan tahap kebahagiaan mereka. Menurut kajian-kajian tersebut, membuktikan terdapat kaitan positif antara sekufu dan kebahagiaan rumah tangga. Courtney Walsh dan Lisa Neff dari University of Texas menyatakan pasangan yang punyai ‘identity fusion’ lebih yakin pada hubungan mereka dan mampu menghadapi konflik rumah tangga dengan baik. ‘Identity fusion’ dalam kajian mereka itu bermaksud sejauh mana pasangan tersebut mempunyai perasaan identiti yang sama, atau dalam kata mudah ialah perasaan seperti dalam pasukan yang sama. Secara logik, untuk mempunyai rasa ini, kita perlu terlebih dahulu punyai cara fikir yang sama tentang kehidupan, perkahwinan dan perspektif pasangan. Masing-masing sudah maklum akan peranan dan tanggungjawab untuk hidup berpasangan.",
"Demikian, sebelum memilih untuk bercinta pastikan kita sedar akan seseorang itu. Adakah dia sekufu dengan kita atau ‘out of league’. Saya perasan di media sosial, perkara ini kadangkala timbul. Kita lebih gemar merasa ‘out of league’ berdasarkan paras rupa dan gaya hidup. Namun, itu tidaklah sepenuhnya salah. Bagi saya, ada benarnya untuk tahu ‘cermin diri’ supaya kita tidaklah kecewa atau pun terlalu yakin. Cuma, jika sekadar paras rupa dan gaya hidup itu tidaklah cukup untuk menentukan tahap sekufu kita dengan seseorang. Apa yang lebih penting ialah bentuk pemikiran dan cara melihat hidup (worldview). Tidak salah untuk berlainan darjat tetapi fikiran dan hala tuju sama. Tetapi jika darjat sama, hala tuju pula berlainan itu pun tidak memberi ketenangan dalam berpasangan. Contoh seseorang yang inginkan gaya hidup baik beragama manakala seseorang pula lebih gemarkan gaya hidup bebas.",
"ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَوْنُهُمُ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ",
"“Tiga golongan yang Allah menetapkan atas diri-Nya untuk membantu mereka: Orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba yang mukatab yang ingin membayar harga tebusannya dan orang yang berkahwin dengan sebab mahu menjaga kehormatan dirinya”",
"(Riwayat Tirmizi)",
"Semalam saya ada menonton animasi bertajuk Kimi no Suizou wo Tabetai atau dalam bahasa Inggeris, I Want To Eat Your Pancreas, adaptasi daripada novel tulisan Yoru Sumino. Apa yang menarik bagi saya adalah babak apabila Haruki bertanya kepada Sakura apabila melawatnya di hospital, “What does living mean to you?”. Lantas Sakura menjawab bahawa apabila dia boleh berhubung dengan orang lain. Itulah yang memberi makna pada hidupnya, bahawa dia tidak seorang dan berhubung bersama orang lain dengan baik. Ini mengingatkan saya pada kajian Robert Waldinger berkenaan kebahagiaan seseorang dalam hidup adalah bergantung pada hubungannya dengan insan-insan lain.",
"Sebelum ingin berpasangan, ada baiknya tiap dari kita tepuk dada dan tanya diri kita kembali apa yang sebenarnya kita mahukan dalam hidup dan apa pandangan kita tentang hidup. Kerana berdasarkan hadis di atas ini, Allah akan membantu mereka yang ikhlas untuk berkahwin hidup berpasangan. Bercinta bertahun-tahun pun jika tiada perancangan untuk menghalalkan hubungan, lebih baik tidak perlu untuk dimulakan pun hubungan itu. Semoga rencana ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.",
"Rujukan tambahan:",
"1. Animasi bertajuk I Want To Eat Your Pancreas",
"2. Robert Waldinger – What makes a good life? Lessons from the longest study on happiness ",
"3. Courtney Walsh dan Lisa Neff dari University of Texas",
"4. Out of league?",
"5. Mufti Wilayah – Tanggungjawab Perkahwinan",
"6. Are You Blocking True Love? Loving Wholeheartedly And Its Importance To Relationships",
"7. Peribadi tulisan HAMKA",
"8. Temubual Brene Brown dan Oprah",
"9. TED-Ed – Why We Love dari Skye C. Cleary",
"Facebook: Muhammad Baha’uddin Hamizan",
"Artikel disumbangkan oleh Baha’ untuk The Patriots. "
] |
https://www.thepatriots.asia/sistem-satuan-sukatan-beratisipaduperangkaanwaktutakwim-dan-ukuran-alam-melayu-pada-zaman-dahulu/ | Sistem Satuan Sukatan Berat, Isipadu, Perangkaan, Waktu (Takwim) Dan Ukuran Alam Melayu Pada Zaman Dahulu | [
"Sebelum sistem Metrik dan Imperial yang kita semua guna pakai pada hari ini, Alam Melayu sebagai sebuah pusat perdagangan termahsyur pada zaman itu telah mengenali sebuah sistem satuan yang cukup sistematik merangkumi berat, isipadu, panjang, angka dan waktu. Seringkali kita dimomokkan dengan mentaliti “Melayu tidak mempunyai peradaban sendiri”, atau dalam istilah modennya, BANGSA PLAGIAT (copycat’s race). Dan sikap tidak peduli masyarakat Melayu akan perkara ini sedikit sebanyak memburukkan lagi keadaan. Didalam posting ini akan diterangkan serba sedikit tentang sistem tersebut dengan harapan generasi hari ini Cakna akan sistem pusaka tinggalan nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu.",
"Untuk isipadu dan berat, ia boleh digambarkan dalam bentuk Mayam, , Pikul, Amas, Busak, Cupak, Gantang, Bungkal, Sukat dan Kunca. Untuk menimbang barang berkaitan barang berasakan bijian, biasanya mereka menggunakan Cupak. 1 cupak berasamaan 650g atau 750ml. 4 cupak bersamaan 1 gantang. Manakala 4 gantang bersamaan 1 Sukat. 1 kunca bersamaan 160 gantang. Bagi menimbang sesuatu berat logam berharga, mereka sering menggunakan Busak, Amas, Mayam dan Bungkal. 1 Busak bersamaan 0. 337g, 1 Amas bersamaan 2. 51g, 1 Mayam bersamaan 3. 37g dan 1 Bungkal bersamaan 60. 48 kg. Pada zaman dahulu, Amas acapkali digunakan untuk mengetahui nilai hasil tuaian, nilai sawah, nilai hantaran serta untuk perbelanjaan mengerjakan haji. Di wilayah sumatera khususnya wilayah Aceh dan Minangkabau mereka masih lagi menggunakan sistem ini bagi menilai sebuah hasil tuaian dan nilai hantaran.",
"Bagi sistem perangkaan pula, sebelum ‘Ribu’ diguna pakai secara meluas, ’Laksa’ dan ‘Keti’ merupakan unit untuk menggambarkan bilangan yang melebihi ratus. Dan terima kasih kepada pengaruh benua kecil India yang menyebarkan sistem angka ini, ia amat memudahkan sesuatu pengiraan dalam jumlah yang amat besar. Laksa digunakan untuk menggambarkan Puluh Ribu, manakala Keti pula untuk Ratus Ribu. Apa yang menariknya, di India mereka masih lagi menggunakan sistem namun dengan beberapa perbezaan. Jika kita dengan Laksa dan Keti-nya, mereka pula dengan istilah ‘Lakh’ dan ‘Crore’. Bagi penggemar filem Hindustan, ayat ini sudah menjadi kebiasaan pada mereka. Lakh digambarkan sebagai ratus ribu (1, 00, 000) dan Crore pula untuk puluh juta (1, 00, 00, 000). 1 Crore bersamaan 100 Lakh. Dan tak lupa juga dengan istilah Likur. Likur adalah nama lain bagi Dua Puluh (20).",
"Kita beralih pula kepada system Takwim. walaupun ianya tidak sejelas takwim yang digunakan oleh tamadun utama dunia, namun ia membuktikan bahawa masyarakat dahulu kala sudah mengenali sistem bagi menggambarkan dekad dan abad. Cuma mereka mengenalinya bukan dalam bentuk 10 mahupun 100 tahun. Mereka menggunakan sebuah sistem yang bernama ‘Daur’. Daur terbahagi kepada dua ; Daur kecil untuk Dekad, mengandungi 8 tahun bagi setiap pusingan dekad. Dan Daur Besar mengandungi 120 tahun atau 15 Daur kecil. Dan Daur Kecil menggunakan abjad Jawi bagi menggambarkan sebuah kitaran sesebuah tempoh tersebut ; Alif, Ha, Jim, Zai, Dal, Ba, Wau dan Dzal. Untuk menggambarkan sesuatu dekad sebagai contoh ; 14 Jamadil-Awal 1439ذ . Di Jawa mereka memanggilnya sebagai sistem Windu. Dan mereka juga mempunyai sistem yang serupa, namun cara penggunaannya amat sukar difahami oleh generasi kini. Dan masyarakat dulu kala juga menjadikan sebuah perkataan sebagai penanda kepada waktu. Subuh Gajah bersamaan 7 a. m, Terangkat Kening untuk 7. 30 a. m, Terampai Jemur untuk 8 a. m, Hulu Dinihari untuk 4 pagi, Parak Siang untuk 3 a. m, Senja Raya bagi 8 p. m. Tiga Tapak Bayang-bayang untuk 2 p. m.",
"Seterusnya, mari kita menyingkap pula tentang ukuran dan luas. Ada banyak nama, Cuma beberapa sahaja contoh yang boleh diberi. antaranya ialah Relung, Jempa dan Saujana. 1 Relung bersamaan 2, 877. 72 m2 atau 30, 976. 6 kaki persegi. 1 Jempa pula bersamaan 5. 946 m2 atau 64 kaki persegi. 1 Saujana pula bersamaan 9 km. Saujana berasal dari sebuah ayat Sanskrit iaitu Yojana.",
"Secara kesimpulannya, kita mempunyai banyak unit satuan yang boleh kita guna pakai. Namun kerana tiada badan berkenaan yang membuat satu stardarnisasi dan kesungguhan pihak berkenaan merencatkan usaha tersebut. Dan Stigma masyarakat masih sangsi akan ketepatan unit satuan ini sedikit sebanyak menyukarkan ia diguna pakai secara meluas. Jikalau Bangsa Thai berbangga menggunakan istilah Rai dalam ukurannya, Bangsa Korea (secara amnya) menjadikan Pyeong sebagai salah satu unit ukuran arus perdana, Orang Jawa yang masih lagi menjadikan Kalendar Primbon sebagai rujukan sebelum sebarang istiadat berlangsung dan man masyarakat Batak tidak segan silu mengekalkan Porhalaan mereka yang mengandungi nama bulan, hari dan jam sebagai medium untuk melihat waktu, mengapa pula kita tidak melakukan perkara yang sama?Andaikata kita terus berasa sangsi akan sistem tersebut, tidak mustahil nama satuan tersebut akan lenyap ditelan zaman. Dan janganlah kalian tangisi akan kehilangan sebuah khazanah yang sangat bernilai itu kerana kesalahan sendiri.",
"Artikel dikirimkan oleh Mahkota Sakti untuk The Patriots. "
] |
https://www.thepatriots.asia/benua-yang-pernah-hilang-ditemui-di-bawah-eropah-2/ | Benua Yang Pernah Hilang Ditemui Di Bawah Eropah | [
"Peta\ndunia pada 240 juta tahun yang lalu sangat berbeza. Benua-benua pada zaman kini\npernah bergabung menjadi sebuah benua gergasi yang dikenali sebagai “Pangea”.\nKemudiannya, Pangea berpecah menjadi dua bahagian – di utara dikenali sebagai\n“Laurasia” dan di selatan dikenali sebagai “Gondwana”. Laurasia membentuk benua\nEropah, Asia dan Amerika utara. Gondwana berpecah pula menjadi Afrika,\nAntartika, Amerika Selatan dan Australia. ",
"Kini,\nsaintis telah menemui benua kelima yang lahir dari Gondwana yang dinamakan\nsebagai “Greater Adria”. Kajian mereka menunjukkan daya geologi telah\nmenyebabkan daratan bersaiz Greenland tertimbus di bawah Eropah sejak antara\n120 juta hingga 100 juta tahun yang lalu. Pada awalnya, hanya separuh daripada\nbenua tersebut yang tenggelam. Apabila benua tersebut bergerak hingga ke mantel\nBumi (lapisan dalam planet), permukaan benua tersebut terkupas lalu membentuk\ngunung-ganan di 30 negara Eropah.",
"Dalam\nusaha untuk menyingkap sejarah Greater Adria, saintis mengambil masa sedekad\nuntuk mengumpul data daripada pelbagai negara di seluruh Eropah, Afrika utara\ndan Asia barat. Magnet yang terhasil di kerak Bumi secara semulajadi telah\nmembantu saintis untuk menjejak pergerakan plat tektonik yang berumur 240 juta\ntahun. Apabila lava panas menyejuk di sempadan antara dua pergerakan plat, lava\ntersebut telah memerangkap batu-batu yang mengandungi mineral magnet yang\nsejajar dengan medan magnet Bumi pada ketika itu.",
"Saintis\nmengkaji batuan magnet tersebut di 2,300 lokasi purba di seluruh kawasan\nMediterranean. Kemudian, mereka gunakan data yang diperolehi untuk menghasilkan\nsimulasi pergerakan plat tektonik Bumi pada waktu sebelum, ketika dan selepas\nGreat Adria menuju ke mantel Bumi. Saintis mendapati bahawa benua tersembunyi\nitu berpecah dari benua Afrika 220 juta tahun yang lalu. Kemudian, ia berpecah\ndaripada Semenanjung Iberia 40 juta tahun kemudiannya.",
"Pada masa itu, Adria mungkin kelihatan seperti Zealandia – benua kecil yang terdiri daripada New Zealand Utara dan Selatan. Kemudian, antara 120 juta dan 100 juta tahun yang lalu, proses tolak-menolak antara plat tektonik telah memaksa Adria menuju ke lapisan dalam Bumi yang terletak di bawah selatan Eropah. Saintis juga mendapati, terdapat pecahan dari Adrian yang telah menjadi sebahagian daripada Itali seperti Turin dan Venice.",
"RUJUKAN:"
] |
https://www.thepatriots.asia/hari-raya-aidiladha-semasa-era-uthmaniyyah/ | Hari Raya Aidiladha Semasa Era Uthmaniyyah | [
"Hari Perayaan Aidiladha atau Hari Raya Qurban, disebut sebagai Qurban Bayram di Turki, perayaan ini merupakan perayaan kedua yang terpenting selepas Ramadan Bayram atau Hari Perayaan Aidilfitri dalam Dunia Islam.",
"Perayaan keagamaan ini disambut sempena memperingati kebesaran jiwa dan kesediaan Nabi Ibrahim Alayhisalam untuk mengorbankan anaknya sendiri sebagai lambang kepatuhan baginda terhadap perintah Allah S.W.T.",
"Nabi Ibrahim telah bersumpah bahawa jika Allah mengurniakan baginda dengan seorang anak lelaki, baginda rela mengorbankannya pada bila-bila masa sahaja demi Tuhan.",
"Setelah Allah memperkenankan hasratnya untuk mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail, Allah mengingatkan kembali baginda akan nazarnya dahulu melalui mimpi.",
"Sebagai seorang anak yang soleh dan taat pada ajarannya, Ismail dan bapaya bersetuju untuk menunaikan sumpah ini walaupun ketika itu Syaitan sedang berusaha untuk menghalang mereka.",
"Atas dasar kesediaannya untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ibrahim jelas telah menonjolkan ketaatannya kepada Allah, lalu baginda menerima khabar yang gembira.",
"Ketika memasak beberapa anggota bahagian biri-biri yang dikorbankan, Nabi Ibrahim dan keluarganya juga turut membahagikan beberapa bahagian kepada orang-orang miskin. Inilah sebabnya mengapa umat Islam secara tradisinya akan mengorbankan haiwan semasa Aidiladha dan ini juga menjelaskan mengapa perayaan ini juga disebut sebagai Hari Raya Korban.",
"Seekor biri-biri jantan dihantar kepadanya dari syurga, maka Allah telah memberikan ganjaran sebesar dunia kepada Nabi Ibrahim a.s. dengan tidak lagi perlu mengorbankan anaknya tetapi baginda mengorbankan biri-biri jantan yang dikirim kepadanya.",
"Sambutan upacara khusus biasanya diadakan di istana Uthmaniyyah dan di kalangan orang ramai pada hari perayaan mengikut kalendar Islam, ia mendapat tempat yang penting dalam kehidupan dan budaya orang Turki Uthmaniyyah.",
"Walaupun kita sedang menyambut Aidiladha hari ini, tidak salah rasanya jika kita ketahui sedikit sebanyak tentang bagaimana perayaan ini yang dipanggil ‘Qurban Bayram’ disambut semasa era pemerintahan Empayar Uthmaniyyah.",
"Di istana, majlis sambutan hari raya dilakukan bersama dengan sultan, ia dikenali sebagai “muayede alayı,” yang bermaksud “pemeriksaan rejimen”. Ia menjadi upacara terpenting di istana Uthmaniyyah selepas upacara cülus, upacara yang menandakan peralihan takhta Sultan.",
"Upacara-upacara yang melibatkan perayaan agama Islam tidak hanya penting dari segi keagamaan dalam Empayar Uthmaniyyah. Ia juga adalah amat penting bagi menzahirkan kemegahan dan kehebatan dinasti Uthmaniyyah.",
"Ini kerana, dalam dunia Islam, keberkesanan suatu pemerintahan itu diukur bukan hanya melalui kekuatan ketenteraan atau puncak sempadan kekuasaan yang luas semata-mata tetapi menayangkan kebesaran mereka melalui upacara gilang gemilang di istana yang megah juga merupakan aspek penting mengekalkan hegemoni kuasa mereka dalam dunia Islam.",
"Dalam Empayar Uthmaniyyah, prosedur dan protokol upacara rasmi ditentukan oleh kerangka kod Fatih Kanunnamesi (Kod Perundangan Mehmet Fatih), dan aturan ini berlanjutan untuk satu jangka waktu yang lama dengan sedikit perubahan.",
"Upacara perayaan Qurban Bayram umumnya diadakan di Istana Topkapı hingga pertengahan abad ke-19, dan di Dewan Besar Upacara di pusat Istana Dolmabahçe pada tahun 1867, kecuali hanya dua upacara yang diadakan di Istana Yıldız pada zaman pemerintahan Sultan Abdülhamid II.",
"Sultan sendiri yang memilih masjid untuk digunakan bagi tujuan solat sunat perayaan Aidilfitri atau Aidiladha, kebiasaannya mereka hanya akan memilih samada bersolat di Hagia Sophia ataupun Masjid Biru. Sudah menjadi kebiasaan bagi sultan untuk menunaikan solat subuh pada hari raya pertama di Dewan Relik yang menempatkan khazanah peninggalan suci milik Nabi Muhammad S.A.W.",
"Sehari sebelum perayaan, iaitu hari yang dikenali sebagai Hari Arafah, upacara biasa diadakan di Halaman Kedua istana. Pada waktu itu, takhta sultan dibawa ke Gerbang Kejujuran, yang membuka jalan ke Arz Odası, iaitu tempat di mana sultan akan bertemu para pegawai tertinggi untuk saling bertukar salam dan ucapan perayaan.",
"Haiwan seperti biri-biri yang disediakan untuk sultan diberi makanan khas dan dibawa oleh pegawai yang berpakaian khas semasa Qurban Bayram. Daging haiwan yang dikorbankan akan dikirim ke madrasah, atau sekolah, dan kepada mereka yang memerlukan.",
"Sultan kemudian berangkat ke masjid dengan menaiki kereta kuda mewah sebelum menunaikan solat hari raya. Tiada apa-apa pun yang dapat dibandingkan dengan kemegahan seorang Sultan ketika menaiki kudanya itu. Tali kuda dihiasi dengan emas, mutiara dan permata. Selepas selesai solat, perayaan akan dimulakan di Pintu Gerbang Kegembiraan.",
"Hari-hari perayaan juga turut diisytiharkan sebagai hari cuti di Empayar Uthmaniyyah. Sebelum hari raya menjelang tiba, para pegawai tentera dan penjawat awam akan diberikan bonus gaji. Semasa sambutan perayaan pula, anggota-anggota tentera akan diberikan barangan seperti gula, kambing, halva, salad dan baklava sementara anggota polis diberi satu set Fez polis.",
"Hadiah turut diberikan kepada para ulama dan imam-imam di masjid-masjid besar seperti Hagia Sophia, Masjid Biru, Masjid Süleymaniye dan Masjid Fatih.",
"Pada hari pertama perayaan, halva diagihkan kepada para tahanan di penjara. Sebahagian tahanan yang telah menjalani dua pertiga daripada hukuman mereka berpeluang diberi pengampunan semasa hari perayaan tersebut.",
"Falsafah di sebalik hari-hari perayaan Islam di Turki hampir serupa saja dengan budaya-budaya Islam di negara lain, kerana sejak dari dahulu hingga sekarang masih lagi diterjemahkan sebagai konsep perkongsian rezeki diantara golongan yang berkemampuan dengan orang yang tidak mampu.",
"Dari setiap haiwan yang telah dikorbankan, anda boleh menyimpan seperempat dagingnya. Selebihnya daging yang harus anda berikan kepada sekurang-kurangnya tujuh orang.",
"Satu lagi perkara yang menjadi kebiasaan dan pasti akan dilakukan pada hari perayaan Islam di mana-mana negara adalah menziarahi pusara ahli keluarga.",
"Namun menjadi satu kebiasaan bagi orang Turki adalah mereka lazimnya akan menziarah perkuburan sehari sebelum hari raya memandangkan terdapat sedikit pergeseran pendapat di kalangan ulamak berkenaan hukum menziarah kubur pada hari raya, ia kerana Rasulullah S.A.W. tidak menggalakkan kita bersedih semasa menyambut hari raya Aidilfitri atau Aidiladha.",
"Dan sudah tentulah aktiviti paling digemari adalah mengunjungi sanak saudara atau orang yang tersayang. Tidak pastilah pula samada wujudkah budaya memberi duit raya atau “ang pau” dikalangan masyarakat Muslim selain Malaysia.",
"Walaubagaimana pun, budaya memberi duit raya dalam sampul dalam tradisi Melayu adalah dikatakan dipengaruhi daripada tradisi memberi Ang Pau semasa sambutan Tahun Baru Cina.",
"RUJUKAN:"
] |
https://www.thepatriots.asia/retorik-kerana-kurangnya-pathos-dalam-diri-dr-kamarul/ | Retorik – Kerana Kurangnya Pathos Dalam Diri Dr Kamarul | [
"Sambung cerita pasal retorik. Sudah sudah, jangan bergaduh pasal forum tu lagi. Ni teman nak ambil kesempatan berkongsi ilmu pasal retorik.",
"Bukan teman perasan, tapi “feedback” yang selalu teman dapat ialah “kenapa tulisan Ayman sedap dibaca? Selain bahasanya yang mudah, gaya penulisannya juga buat orang ketagihan”.",
"Sebenarnya tiada apa rahsia pun, tapi macam teman kata, teman pernah mendalami ilmu retorik, jadi sampai sekarang pun teman banyak menerapkan “rhetorical devices” (alat retorik) dalam penulisan dan pengucapan.",
"Alat-alat retorik ni umpama perisa. Ia adalah untuk “menyedapkan” penulisan dan lebih penting mewujudkan “Pathos”. Ya, siakap stim tanpa perisa pun boleh dimakan juga, tapi macam mana pun tak boleh lawan siakap tiga rasa. Tanpa alat-alat retorik, penulisan kita sekadar persembahan fakta dan hujjah yang “plain”, “dry” dan “boring”. Ada Logos, ada Ethos, tapi tiada Pathos. Kalau tulis tesis tak apa lah setakat Logos, tapi kalau tulis untuk tatapan orang awam, ketiadaan Pathos akan menyebabkan orang ramai kurang berminat dengan tulisan kita.",
"Alat-alat retorik ni banyak. Ada “hyperbole”, “understatement”, “litotes”, “antithesis”, “hypophora”, “rhetorical question”, “procatalepsis”, “distinctio”, “simile”, “metaphor” dan banyak lagi. Nama pelik-pelik semua sebab ilmu retorik berasal dari Yunani (Greece) dan Rom. Nak cerita satu-satu memang tak sempat lah. Boleh cari buku-buku pasal retorik seperti “Writing with Clarity and Style: A Guide to Rhetorical Devices for Contemporary Writers” (Robert A. Harris) dan “Rhetorical Devices: A Handbook and Activities for Student Writers” (Brendan McGuigan).",
"Cuba kome perhatikan post-post teman. Ada alat-alat retorik tertentu yang teman suka guna. Antaranya “hypophora” (sendiri tanya, sendiri jawab). Dalam post teman pasal krisis Korea Utara yang tular dulu, teman menulis “Adakah Malaysia berhak untuk mengisytiharkan Duta Korea sebagai persona non grata? Ada.” Kenapa teman sendiri tanya sendiri jawab? Sebabnya untuk “reinforce” (menguatkan) point teman, supaya benda itu melekat kat otak khalayak. Itulah fungsi retorik. Ia lebih membangkitkan Pathos berbanding point yang “straightforward”.",
"Pastu dalam satu lagi post teman menulis “Tidak perlu kepercayaan mistik. Tidak perlu Nostradamus”. Kenapa teman tak straightforward je tulis “tidak perlu kepercayaan mistik dan Nostradamus”? Sebab itu merupakan alat retorik “parallelism” atau “repetition”. Ni yang ahli politik paling suka guna. Dalam ucapan Winston Churchill ada: “WE SHALL go to the end, WE SHALL fight on the beaches … WE SHALL fight in the hills, WE SHALL never surrender.” John F. Kennedy pun pernah pakai: “we shall pay ANY price, bear ANY burden, meet ANY hardship, support ANY friend, oppose ANY foe, in order to assure the survival and the success of liberty”.",
"Malcolm X pun guna taktik tersebut dalam ucapan “The Ballot or the Bullet” (1964). Beliau memerli seterunya, Martin Luther King yang melancarkan kempen protes “sit-in”: “It’s not so good to refer to what you’re going to do as a sit-in. An old woman CAN SIT. An old man CAN SIT. A chump CAN SIT. A coward CAN SIT. Anything CAN SIT. You and I been sitting long enough and it is time for us to start standing”. Obama pun guna dalam ucapan pelantikannya: “FOR US, they packed up their few worldly possessions… FOR US, they toiled in sweatshops… FOR US, they fought and died…” Masa mengucap tu kena memberi penekanan kepada pengulangan terakhir perkataan tersebut, baru rasa “punch” tu sampai.",
"Kalau lihat pada cara penyampaian Dr. Kamarul, beliau kurang memberi perhatian kepada aspek retorik, ini menyebabkan orang tak minat langsung dengan hujah beliau. “Facts and figures” yang melambak sedikit mengganggu keupayaan orang ramai untuk “menangkap” mesej beliau, menjadikan orang ramai lebih memberi perhatian kepada perkara-perkara trivia seperti cara beliau duduk, cara beliau tunduk, gimik kehadiran subjek perbincangan (kehadiran sosok yang dibincang sebenarnya sedikit pun tidak “disprove” atau “refute” hujah-hujah beliau) dan sebagainya.",
"Kalau dibandingkan, Dr. Muhammed Abdul Khalid lebih mantap dari segi retorik. Dalam wawancara Dr. MAK yang tular dahulu, cara beliau menyampaikan sesuatu adalah sebegini: “Kejatuhan harga ringgit. Against Thailand kita jatuh. Against Filipina kita jatuh. Against Bangladesh kita jatuh”. Kenapa tak terus buat ayat “Against Thailand, Filipina dan Bangladesh kita jatuh”? Sebab ayat yang straightforward tak akan mampu mencipta “resonance” di kalangan khalayak. Itulah beza orang yang tahu retorik dan tak tahu retorik.",
"Satu lagi yang teman suka ialah apabila Dr. MAK berkata “Sikap? Sikap nak ubah macam mana lagi? Siang kerja, malam bawa Uber. Keluaq tak ada kerja, juai nasi lemak. Sikap bagus ke sikap tak bagus?” Di sini ada unsur “rhetorical question” (tanya soalan yang tak memerlukan jawapan daripada khalayak) dan “parallelism and contrast” (memperbandingkan seorang yang kerja siang bawa Uber dan seorang yang tak kerja tapi jual nasi lemak untuk menggambarkan point yang sama). Melalui gabungan Logos, Ethos dan Pathos, mesej Dr. MAK menjadi lebih “powerful” dan “resonant” pada indera khalayak kerana ia mewujudkan “gambaran” dalam minda khalayak.",
"Jadi di era lambakan maklumat ini, ilmu retorik akan membantu kita membina gaya (“style”) yang tersendiri supaya orang dengar kita cakap. Tapi kita kena memastikan ada keseimbangan antara ketiga-tiga Logos, Ethos dan Pathos. Kalau terlalu fokus pada Pathos saja akan jadi “loyar buruk”, “kaki debat” dan “populis”. Kita tak mau jadi macam itu. Kita mau jadi orang yang boleh memberi pencerahan kepada orang awam, boleh meningkatkan pemahaman masyarakat dan sebagainya.",
"(Tengok, teman bagi ilmu free je, tak ada pun buat kelas rahsia bapak menular atau bengkel menulis dengan keras)"
] |
https://www.thepatriots.asia/tora-tora-tora-yang-menghancurkan-pearl-harbour/ | Tora Tora Tora Yang Menghancurkan Pearl Harbour | [
"Pulau Hawaii merupakan kepulauan yang asing daripada 130 buah pulau yang lain. Dalam konteks ini, Pulau Hawaii terletak lebih daripada 1500 batu daripada Lautan Pasifik. Pada masa yang sama, di Kepulauan Hawaii juga terdapat satu suku kaum yang dikenali sebagai Kapu. Pulau Hawaii merupakan lokasi terletaknya pangkalan tentera Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Pearl Harbor. ",
"Sehubungan dengan itu, Kapal Arizona merupakan kapal perang yang menjadi kemegahan Amerika Syarikat. Arizona merupakan kapal perang yang canggih pada zamannya. Hal ini dikatakan demikian kerana, Arizona dilengkapi dengan meriam , boleh memuatkan bilangan tentera yang ramai dan memiliki kelajuan yang tinggi.",
"Serangan Jepun ke atas Pearl Harbor",
"Serangan tentera udara Jepun ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat Pearl Harbor bermula pada pukul 7:56 minit pagi pada 7 Disember tahun 1941. Dalam konteks ini, serangan ini diketuai oleh Kapten Fuchida yang merupakan juruterbang terbaik Jepun dengan kod serangan “ Tora,Tora,Tora” menjelaskan kepada para tenteranya bahawa operasi Z telah dimulakan di Pearl Harbor yang merupakan serangan kejutan ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Pearl Harbor. ",
"Dalam hal ini, tentera udara Jepun telah melalui ruang udara Pearl Harbor. Sasaran mereka ialah untuk memusnahkan angkatan laut Amerika Syarikat yang terletak di Pelabuhan Pearl Habour. Hal ini menyebabkan 5 buah kapal perang Amerika Syarikat telah terkena serangan. ",
"Pesawat-pesawat Jepun semakin mara secara berkumpulan selepas beberapa minit setelah bermulanya serangan. Setelah dibom secara berterusan maka 2 buah kapal perang Amerika Syarikat telah berjaya dikaramkan oleh pesawat-pesawat Jepun. ",
"Pada jam 8:35 minit pagi 2 buah lagi kapal perang Amerika Syarikat telah terbalik dan 2 buah lagi mengalami kerosakan yang amat teruk. Kemudiannya, kapal perang ke -7 yang dikenali sebagai Nevada yang sedang bergerak juga telah diserang dan menyebabkan kapal tersebut terpaksa berlabuh. ",
"Seterusnya pesawat Jepun yang dikenali sebagai “zero” telah melakukan serangan terhadap pesawat Amerika Syarikat di ruang udara Pearl Harbor. Dalam kejadian yang sama sekumpulan pesawat Jepun telah menembak balai-balai dan pesawat-pesawat yang tidak dipandu berdekatan perlabuhan Pearl Harbor. ",
"Kenapa serangan dilakukan pada hari Ahad ?",
"Yamamoto merancang serangan ini secara teliti iaitu memiliki badan penyiasat bagi mengetahui keadaan sebenar di Pearl Harbor. Dalam hal ini, menurut laporan perisikan maklumat menyatakan bahawa lazimnya pada hari ahad ramai orang Amerika menghabiskan masa hujung minggu mereka di perlabuhan Pearl Harbor dan hari ahad juga merupakan hari cuti bagi para tentera Angkatan Laut Amerika Syarikat. ",
"Hal ini menyebabkan mereka tidak bersedia bagi menghadapi serangan. Pada masa yang sama , pihak Jepun juga berpendapat Bahawa Amerika Syarikat merupakan sebauh negara yang mencari kenikmatan dan tidak berani menangung korban yang tinggi. ",
"Serangan awal sebenarnya bermula di Teluk Bantan yang terletak di uatara Pulau Kurle dan mereka bertolak lebih awal iaitu 26 November 1941. Mereka juga mengisi minyak selepas beberapa hari dalam perjalanan. Craig Nelson dalam bukunya Pearl Harbor From Infarmy to Greatness beliau menyatakan bahawa:",
"“ At 0830, Nagumo’s Kido Butai finished her last refuelling,left her\nslow moving oilers behind ,and began ratcheting up to a full speed bore\nstraight south toward Oahu,her tombstone gray the flag of a bloodred sun”",
"Gelombang pertama Angkatan Udara Jepun setelah itu tiba di Hawaii dan melakukan serangan terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat Pearl Harbor serangan yang berlangsung selama 2 jam 15 minit itu telah membawa banyak kemusnahan.",
"Serangan Jepun terhadap Pearl Harbor telah menyebabkan seramai 2,335\norang Amerika terkorban .Serangan ini telah memberi tamparan yang hebat kepada\nAmerika Syarikat kerana jepun mengangu harimau yang sedang tidur. Pada\nkeesokan harinya pada 8 Disember 1941 Presiden Amerika Syarikat telah menyistiharkan\nperang terhadap Jepun. Berikut merupakan teks ucapan Presiden Amerika Syarikat\nFranklin D Roosevert dalam menyistiharkan perang terhadap Jepun pada 8 Disember\n1941.",
"“ Yesterday December 7 1941 a date with will infarmy.The United State of\nAmerika was deliberately acttacked by naval and air force of the empire Japan.",
"The United State was peace with that nation and at the solicitation of\nJapan was still in conversation with it’s emperior looking toward the\nmaintanance of peace in the pasific.Indeed, one hour after japanese air\nsquadrons had commenced bombing in the A,erican Island of Oahu,the Japan\nambossador to the United State and his colleague dilivered to our secretary of\nstate a formal reply to a recent American massage and while this reply stated\nthat it seems useless to continue the existing diplomatic negotiations,it\ncontained no threat ot hint of war or of armrd attact.",
"The attack yesterday on Hawaii Islands had caused severe damage to\nAmerican Naval and military forces .I regret to tell you that very many\nAmerican lives here been lost .In Addition American Ships have been reported\ntorpedoed on the hight seas between San Francisco and Honolulu.",
"I ask that the congress declare that since the unprovoked and dastardly\nacttack by Japan on Sunday December 7 1941, a state of war has existed between\nthe United State and Japanese Empire”",
" (Franklin D Roosevert)",
"Kesan\nserangan Pearl Harbor terhadap Jepun",
"Terdapat beberapa akibat yang perlu ditangung oleh Jepun setelah melancarkan serangan terhadap pangkalan tentera Amerika syarikat Pearl Harbor di Hawaii. Antaranya ialah Amerika Syarikat telah membekukan aset kewangan antarabangsa Jepun. Selain itu, Amerika syarikat juga telah menyekat kemampuan negara Jepun untuk membeli minyak.Apa yang lebih dasyat lagi setelah 4 bulan serangan Pearl Harbor, Tentera Udara Amerika Syarikat telah melancarkan serangan di Bandar Tokyo berhampiran istana Maharaja yang membawa kepada kerosakan.",
"Namun bergitu, tentera Jepun terus mara menguasai Asia Tenggara kemudiannya mereka terpaksa memerdekakan atau meninggalkan tanah jajahan mereka kerana menghadapi tekanan yang dasyat daripada pihak bersekutu. Pada 6 dan 9 ogos 1945 Hiroshima dan Nagasaki telah digugurkan bom atom oleh Amerika Syarikat yang dikenali Little Boy dan Fat Man. Seterusnya Jepun menyerah kalah kepada pihak bersekutu pada 2 September 1945 di atas sebuah kapal yang dikenali USS Missouri. Sehubungan dengan itu, peristiwa tersebut membawa kepada berakhirnya perang dunia kedua.",
"Rujukan",
"Craig Nelson.2016.Pearl Harbor From Infarmy to Greatness.",
"Britian:The Orion Publishing Group Ltd. ",
"Gilbert,Martin.2009.The Second world war.Blackstone Audio",
"Warner Gruhl.2007.Imperial Japan’s World War Two 1931-1945.New York:Roulege ",
"Artikel sumbangan Azizan Che Man untuk The Patriots. "
] |
https://www.thepatriots.asia/genghis-khan-dan-kehancuran-kota-merv/ | Genghis Khan Dan Kehancuran Kota Merv | [
"Kota Baghdad dimusnahkan Hulagu Khan namun bangkit kembali, begitu juga Samarkhand dan Bukhara yang dijarah Genghis Khan sebelumnya.",
"Namun tidak Merv! Kota ini gagal bangun kembali dan akhirnya ditinggalkan, gersang dimamah waktu, walaupun beberapa percubaan untuk menghidupkannya dilakukan selepas dimusnahkan secara total oleh Tolui atas arahan Genghis Khan.",
"Tidak banyak diceritakan orang tentang Merv dan kemusnahannya sedangkan ianya adalah kota terpenting kerajaan Islam di Asia Tengah.",
"Merv Lama (Old Merv) yang asal atau nama lainnya Mary terletak di Selatan Turkmenistan. Manakala Merv yang baru terletak lebih kurang 30km dari tapak asal.",
"Jika anda ada membaca kisah perjalanan Marco Polo ke China pasti anda tahu akan perhentian beliau di Mary ini.",
"Benarkah Mary atau Merv ini kota yang hebat? Jika benar, kenapa jarang sekali kita mendengar namanya?",
"Merv bukanlah sebuah bandar kecil di pinggiran keagungan kerajaan Islam tetapi Merv amat terkenal di zamannya sebagai ‘Berlian di Asia Tengah’ yang punyai masjid dan rumah yang besar dan indah. Kota ini seluas 100km persegi. Air yang dingin dari Sungai Murgab disalurkan melalui saliran air yang sistematik ke seluruh pelusuk kota ini.",
"10 buah perpustakaannya mengandungi 150,000 naskhah pelbagai jurusan. Ianya koleksi yang terbesar di Asia Tengah! Omar Khayyam pernah bekerja di balai cerapnya di sini.",
"Abu Muslim mengisytiharkan kekuasaan Abbasiyah di Merv dan masih merupakan pusat pentadbiran Empayar Abbasiyah yang penting selepas Baghdad. Tiada lagi bandar yang lebih penting dari Merv di Wilayah Khorasan ini. Di zaman pemerintahan Seljuk sekitar 1150 Masihi, Merv di anggap sebagai bandar yang terbesar di dunia!",
"Itulah Merv di zaman kegemilangannya.",
"Pada Januari 1221, 800 tentera Mongol telah tiba di luar kota Merv namun mereka telah diserang dan 60 orang tentera Mongol ini ditangkap, dimalukan di tengah kota dan akhirnya dibunuh. Ianya dilakukan atas arahan seorang komander Merv yang bernama Mujir Al Mulk.",
"Mendengar perkhabaran ini, Genghis Khan menjadi begitu marah dan mengarahkan serangan besar-besaran dilakukan dengan diketuai oleh Tolui. Satu persatu perkampungan dan kota kecil di sekitar Merv tumbang dan akhirnya Kota Merv dipenuhi oleh pelarian dari kawasan persekitaran.",
"Merv hanya mempunyai sekitar 7,000 orang tentera sahaja dan apabila tentera Mongol yang besar tiba di luar kota Merv, penduduknya sudah mengetahui akan nasib yang bakal menimpa mereka, malah ada yang sudah mengenakan pakaian berkabung kematian!",
"Perlu diingatkan, tentera Mongol bukanlah hanya terdiri daripada nomad-nomad penggila darah yang berpedang dan berlembing. Tentera ini juga disertai oleh tentera yang berpengalaman dalam peperangan taktikal pengepungan kota di China. Malah ada sejarawan yang berpendapat Genghis Khan sudah mempunyai pakar-pakar adunan belerang dan bahan letupan dalam angkatannya.",
"Selama enam hari tentera Mongol mengepung kota ini dan akhirnya Mujir Al Mulk menyatakan keinginan untuk menyerah. Genghis Khan meminta agar 200 orang terkaya dan paling berpengaruh di Merv dihantar kepadanya untuk disoal siasat. Kemudian tentera Mongol memasuki kota ini dengan megah.",
"Maka bermulalah episod pembantaian yang menggerunkan!",
"Selama 4 hari tentera Mongol menggeledah setiap rumah dan mengosongkannya. Kesemua penduduk Merv dihalau ke luar kota, di kawasan yang lapang. Kemudian kota ini dibakar malah kandang kuda pun tidak dibiarkan.",
"Kesemua buku di 10 perpustakaan hebat ini dibakar. Hanya 400 penduduknya yang berguna untuk Mongol dibiarkan hidup manakala kesemua lelaki, wanita, baik yang tua mahupun bayi dibunuh secara sistematik.",
"Juvaini mengatakan setiap askar Mongol diperuntukkan seramai 300 hingga 400 orang untuk dikorbankan. Setelah tentera Mongol meninggalkan kota ini, jumlah mayat-mayat ini dihitung selama 13 hari dan ianya berjumlah seramai 1,300,000 orang.",
"Jumlah ini mungkin agak keterlaluan tapi tidak tersangkal bahawa jutaan yang mati di dalam kempen penjarahan Orang Mongol ini.",
"Bayangkan jumlah korban jiwa di Merv ditambah dengan jutaan lagi yang maut dibunuh di Nishapur dan Urgench yang jarang juga dibicarakan. Bagaimana pula dengan korban Kota Baghdad di bawah kuasa Hulagu Khan selepas kematian Genghis Khan. Bayangkan juga jutaan yang mati di Samarkhand, Bukhara dan juga bandar-bandar kecil di Herat, Otrar dan lain-lain.",
"Angka korban dikatakan hingga 3,000,000 orang namun tiada siapa yang pasti tahu jumlahnya yang sebenar.",
"Kota Merv cuba dihidupkan selepas pemergian tentera Mongol namun diserang beberapa kali. Shigi, seorang pahlawan Mongol beserta dengan angkatan tenteranya dikatakan pernah membunuh sehingga 100,000 orang penduduk Merv dan kemudian datang lagi untuk membunuh puluhan ribu lagi.",
"Kini Merv hanyalah tinggalan sejarah yang dimamah usia. Masih ada beberapa tinggalan sejarah untuk anda lawati di Merv seperti Makam Sultan Sanjar, Great Kyz Kala dan lain. Di Turkmenistan juga terdapat tinggalan sejarah hebat di Ashgabat dan di Urgench.",
"Begitulah kisahnya Genghis Khan dan kehancuran mutlak Kota Merv."
] |
https://www.thepatriots.asia/5-fasa-akhir-zaman-fahaman-hizbut-tahir/ | 5 Fasa Akhir Zaman: Fahaman Hizbut Tahrir | [
"Jika pengkaji Teori Konspirasi di Barat sering memetik ayat-ayat Bible, pengkaji Teori Konspirasi yang beragama Islam pula sering memetik ayat-ayat al-Quran dan Hadis. Walaubagaimanapun, kadangkala golongan ini memetik ayat al-Quran dan Hadis hanya secara zahir terjemahan sahaja sehingga keluar dari konteks sebenar ayat. Kadangkala ianya bercanggah dengan tafsiran para ulama muktabar.",
"Kebanyakkan orang awam menyangka apabila setiap dakwaan itu dihiasi dengan ayat al-Quran dan Hadis, sudah pasti dakwaan itu benar belaka. Sedangkan, mereka tidak tahu bahawa kebanyakkan ajaran sesat muncul adalah dengan membawa dalil-dalil al-Quran dan Hadis jua. Bukanlah al-Quran dan Hadis itu yang sesat, tetapi tafsiran ke atas dalil itulah yang sesat. Ayat al-Quran dan Hadis walaupun berstatus Sahih mahupun Mutawatir sekalipun, jika ditafsir secara salah dan luar konteks, maka ianya boleh membawa kepada kesesatan.",
"Tidak salah untuk menjadi peminat mahupun pengkaji Teori Konspirasi. Teori Konspirasi tidaklah 100% salah dan tidak pula 100% benar. Maka masyarakat perlu bijak menapis maklumat agar tidak mengambil maklumat yang salah. Oleh itu, perlunya ada ilmu bagi membezakan maklumat benar dan palsu terutama dalam bab agama. Namun apa yang mengejutkan, ramai peminat Teori Konspirasi pada hari ini mengambil asas doktrin Hizbut Tahrir sebagai salah satu huraian utama dalam memahami realiti dunia semasa.",
"Ajaran Hizbut Tahrir pada asalnya adalah merupakan sebuah parti politik yang diasaskan oleh Taqiyuddin Nabhani pada tahun 1953. Taqiyuddin Nabhani pada mulanya merupakan seorang ahli Ikhwanul Muslimin dari tahun 1928 sehingga tahun 1953, namun setelah kecewa dengan kepimpinan Ikhwanul Muslimin, dia bertindak keluar dari Ikhwanul Muslimin malah ingin menentangnya lalu mendirikan Parti Hizbut Tahrir.",
"Negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Algeria, Bahrain, Comoros, Djibouti, Iraq, Jordan, Kuwait, Libya, Mauritania, Mesir, Morocco, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Somalia, Sudan, Turki, Tunisia dan Syria telah menolak bahkan mengharamkan Hizbut Tahrir. Setelah beberapa negara menghalau tokoh-tokoh Hizbut Tahrir, mereka lari ke Britain dan menubuhkan pusat gerakan baharu di sana kerana lebih bebas untuk bergerak.",
"Di Britain, mereka merekrut para pelajar Islam yang datang ke sana untuk menyebarkan fahaman di negara masing-masing. Di Nusantara, Hizbut Tahrir mula bertapak kukuh di Indonesia dengan nama Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) pada tahun 1986. Kemudian, Hizbut Tahrir mula menjalar menubuhkan komuniti di Malaysia dengan nama Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) sekitar tahun 1996. Namun, Hizbut Tahrir Malaysia bukanlah sebuah pertubuhan yang berdaftar secara sah. Hizbut Tahrir Indonesia pula telah dibubarkan pada tahun 2017 dan diharamkan gerakannya oleh kerajaan Indonesia dengan fatwa para ulama di sana.",
"Penulis enggan menghukumi Hizbut Tahrir kerana bukanlah berautoriti dalam hal ini, tetapi penulis merujuk fatwa dari beberapa Jabatan Mufti atau Majlis Agama Islam Negeri yang bernaung dibawah kuasa Sultan sebagai Ulil Amri agar para pembaca dapat nilai sendiri. Jabatan Mufti atau Majlis Agama Islam Negeri telah mengeluarkan fatwa pengharaman terhadap Hizbut Tahrir sebagai sesat dan menyeleweng kerana Hizbut Tahrir mirip Muktazilah pada akidah dan Khawarij pada politik. Menurut kajian terperinci Jabatan Mufti atau Majlis Agama Islam Negeri, antara penyelewengan Hizbut Tahrir yang terdapat dalam kitab mereka sendiri adalah seperti berikut :-",
"1) Menolak Qadha dan Qadar\n2) Menolak adanya Azab Kubur\n3) Menyamakan Allah dengan makhluk\n4) Menafikan adanya ulama Salaf yang melakukan Tafsir Takwil\n5) Para Nabi maksum hanya setelah dilantik\n6) Semua orang bebas berijtihad\n7) Menuduh umat Islam sesat dan Demokrasi adalah kufur",
"Ajaran Hizbut Tahrir yang paling popular tersebar dalam pemikiran masyarakat tanpa disedari adalah tentang isu “Khalifah”. Pengasas Hizbut Tahrir iaitu Taqiyuddin Nabhani di dalam bukunya “Daulah Islamiyyah” menjadikan hadis riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah al-Yamani sebagai asas doktrin ajarannya. Menurut Hizbut Tahrir, dunia akhir zaman terbahagi kepada lima fasa iaitu :-",
"Doktrin ini mula tersebar melalui sebuah klip video Teori Konspirasi di Youtube serta ditulis di dalam blog-blog berbahasa Indonesia. Penceramah-penceramah Teori Konspirasi dari Indonesia kerap menyebar luaskan fahaman ini. Segala maklumat yang bersumber dari blog dan video dari Indonesia ini di “copy and paste” setelah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Doktrin “5 Fasa Akhir Zaman” Hizbut Tahrir yang dahulunya hanyalah ditulis di blog-blog, kini dikutip, dihurai dan diangkat oleh ramai penceramah di dalam Youtube bahkan dalam rancangan television popular.",
"Para ulama Hadis Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak mensyarah dan menafsir hadis tersebut sepertimana yang dibawa oleh Hizbut Tahrir. Para ulama tidak pernah membahagikan akhir zaman kepada 5 fasa. Hadis ini bukanlah mengenai kedatangan Imam Mahdi. Menurut Imam Ahmad bin Hanbal yang meriwayatkan hadis ini, beliau mensyarahkan bahawa yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah Khalifah Umar Abdul Aziz. Para ulama hadis lain yang sepakat dengan Imam Ahmad bin Hanbal antaranya ialah Imam al-Bazzar, Imam Abu Daud at-Thayalisi, Imam Abu Nuaim al-Asfihani, Imam al-Baihaqi, Imam Ibn Rejab al-Hanbali dan Imam Jalaluddin as-Suyuthi.",
"Bahkan, datuk kepada pengasas Hizbut Tahrir, iaitu Syeikh Yusuf Nabhani, seorang ulama besar Palestin yang dilantik sebagai Qadhi Beirut oleh Khilafah Uthmaniyyah di zaman mutaakhirin sendiri pun menolak fahaman cucunya itu terhadap tafsiran hadis “khilafah ala minhaj nubuwwah” ini. Syeikh Yusuf Nabhani dalam kitabnya Hujjatullah ala al-Alamin fi Mukjizat Sayyidil Mursalin menyatakan bahawa yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah Khalifah Umar Abdul Aziz.",
"Doktrin Hizbut Tahrir di Malaysia aktif disebarkan melalui penyebaran risalah setiap kali selepas solat Jumaat di masjid, flashmob, demonstrasi, media sosial, blog dan video di Youtube. Hizbut Tahrir juga giat menyelinap masuk ke institusi-institusi pendidikan terutama sekali melalui aktiviti usrah Muslimat dengan membawa tajuk catchy seperti:",
" “Perkasakan Wanita Menuju Kebangkitan Khalifah” dan sebagainya. Hizbut Tahrir sememangnya sering menggunakan sentimen slogan “Khilafah Islam”, “Tegakkan Hukum Syariat”, “Tentera Imam Mahdi” dan “Panji Hitam Dari Timur” sehingga mereka menjadikan bendera putih berkalimah Syahadah (al-Liwa) serta panji hitam berkalimah Syahadah (ar-Rayah) sebagai identiti mereka.",
"Hizbut Tahrir seringkali mencabar pihak autoriti seperti Majlis Agama Negeri yang bernaung dibawah kuasa Sultan selaku Ulil Amri di mahkamah atas tuduhan memfitnah kumpulan mereka dan bersikap berat sebelah dalam mengeluarkan fatwa. Namun setakat ini, Hizbut Tahrir masih lagi gagal memenangi kes-kes ini di mahkamah bagi membuktikan tuduhan mereka ke atas pihak Jabatan Mufti atau Majlis Agama Islam Negeri.",
"* Sebarang perkongsian maklumat atau sesi soal jawab, sila follow penulis di : https://instagram.com/khairiasyraf_17",
"RUJUKAN :\n1) Fatwa Negeri Pahang\nhttp://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/100-kedudukan-hizb-al-tahrir-di-malaysia ",
"2) Fatwa Negeri Selangor\nhttp://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/442-fatwa-dasar-pengurusanagihan-manfaat-sewaan-perbadanan-wakaf-selangor-pws-3",
"3) Fatwa Negeri Sembilan\nhttps://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/919-fatwa-berkaitan-dengan-fahaman-dan-ajaran-hizbut-tahrir",
"4) Fatwa Negeri Sabah\nhttp://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15863",
"5) Fatwa Wilayah Persekutuan\nhttp://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/",
"6) Fatwa Pulau Pinang\nhttp://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/",
"7) Fatwa Johor\n– https://jainj.johor.gov.my/lain2info/AJARANSESAT.pdf\n– https://www.sinarharian.com.my/article/23914/EDISI/Johor/Polis-bantu-JAINJ-serbu-program-Hizbut-Tahrir",
"8- Pengharaman Hizbut Tahrir di Indonesia\nhttps://www.hmetro.com.my/global/2017/07/246027/indonesia-haramkan-hizbut-tahrir"
] |
https://www.thepatriots.asia/sahabat-sahabat-nabi-yang-terkorban-kerana-wabak-amwas/ | Sahabat-Sahabat Nabi Yang Terkorban Kerana Wabak Amwas | [
"Kemunculan wabak virus bukanlah perkara yang baru. Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, pelbagai jenis pandemik pernah muncul di dalam lipatan sejarah dunia melalui pelbagai tamadun.",
"Salah satunya terjadi pada abad ke-6, iaitu tahun 18 Hijriah / 639 Masihi, semasa pemerintahan Umar bin Khattab r.a. Wabak ini diberi gelaran sebagai Wabak atau Ta’un Amwas kerana permulaannya ia merebak di Amwas, sebuah kawasan di antara Ramla dan Baitul Maqdis di Palestin.",
"Wabak Amwas (ta’un Amwas dalam bahasa Arab) mungkin merupakan sejenis wabak bubonic, walaupun sumbernya tidak menjelaskan mengenai gejala penyakit tertentu. Ini adalah wabak kedua yang dicatatkan sepanjang ketamadunan Islam, yang bermula pada tahun 620-an, dan yang pertama melanda umat Islam secara langsung.",
"Ia berkemungkinan adalah kemunculan semula wabak Justinian, yang berasal dari Pelusium (dekat Suez moden) pada tahun 541 CE dan menyebar ke barat di Alexandria dan timur ke Palestin sebelum sampai ke ibu kota Byzantium, Konstantinopel pada tahun 541–542 dan menimpa seluruh Eropah dan Empayar Sassanid seperti yang dinyatakan oleh sejarawan Byzantine Procopius.",
"Penularan wabak Justinian berulang dalam sekurang-kurangnya sembilan hingga dua belas kitaran sepanjang pertengahan abad ke-6 dan abad ke-7.",
"Kira-kira puluhan ribu umat Islam (para sarjana berbeza pendapat dari segi jumlah yang tepat) meninggal dunia kerana wabak Amwas ini, termasuklah para sahabat. Beberapa sahabat Nabi yang wafat kerana wabak ini adalah:",
"SUHAIL BIN AMR AL-AMIRI",
"Suhail bin Amr merupakan jurucakap dan pegawai kaum Quraisy. Sebelum memeluk Islam, beliau antara yang paling lantang menentang dakwah Nabi Muhammad S.A.W., Sahabat Nabi ini diberi nama panggilan sebagai Abu Yazid hanya setelah beliau memeluk Islam ketika Pembukaan Kota Mekah pada tahun 8 Hijriah.",
"Ketika zaman kekhalifahan Umar bin Khattab, Suhail bin Amr memutuskan untuk pergi berjihad di Syam mengikut jejak anaknya, Abu Jandal yang terlebih dahulu pergi ke sana. Dia meninggal dunia kerana wabak Amwas yang pada waktu itu merebak hingga ke Syam.",
"Pada saat-saat terakhir hidupnya, anaknya, Abu Jandal dan Gabenor Syam, Abu Ubaidah bin al-Jarrah telah menemaninya hingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir.",
"ABU UBAIDAH BIN AL-JARRAH",
"Abu Ubaidah bin al-Jarrah merupakan sahabat terawal dari Muhajirin. Nama sebenarnya ialah Amir bin Abdillah al-Jarrah.",
"Beliau merupakan salah seorang sahabat yang tergolong dalam assabiqunal awwalun, (golongan yang terawal memeluk Islam) dan mempunyai banyak kebaikan.",
"Dia dikenali sebagai seseorang yang sangat terbuka hati, jauh dari niat jahat, suka memberi nasihat, kuat beribadah, dan sangat penyayang. Dia juga seorang yang sangat dipercayai oleh Nabi. Baginda bahkan pernah bersabda:",
"“Sesungguhnya, setiap umat memiliki ‘Amin’ (penjaga / orang yang dipercayai) dan pejaga untuk umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.” (Diriwayatkan oleh Bukhari)",
"Abu Ubaidah bin al-Jarrah juga meninggal dunia kerana wabak Amwas yang merebak ke pelbagai tempat termasuk Syam, kawasan yang pada waktu itu diperintah oleh Abu Ubaidah, semasa pemerintahan khalifah Umar bin Khattab. Sebagai komandan pasukan di Syam, Abu Ubaidah sentiasa mengawal dan memenuhi keperluan orang-orangnya yang dijangkiti penyakit wabak itu.",
"Tubuh Abu Ubaidah menjadi lemah kerana terlalu sibuk memikirkan keadaan agama dan bangsanya. Hinggalah akhirnya dia juga diser4ng wabak ini dan meninggal dunia pada tahun 18 H, di usia 58 tahun.",
"Sahabat ini dinobatkan sebagai salah seorang di antara Al-mubasyirun bil Jannah (10 sahabat yang dijamin memasuki syurga) kemudiannya digantikan oleh Muadz bin Jabal yang kemudiannya turut terk0rban kerana wabak ini.",
"SYURAHBIL BIN HASANAH",
"Namanya Syurahbil bin Abdullah bin al-Muthawi, sementara Hasanah adalah nama ibunya. Dia dan ibunya telah berhijrah ke Habsyah, Syurahbil juga berhijrah ke Madinah, sehingga dia dikenali dengan gelaran dzu hijratain (pemilik dua hijrah).",
"Syurahbil adalah salah seorang dari empat panglima yang dihantar untuk menyer4ng Rom semasa pemerintahan Abu Bakar Ash-Shiddiq. Sahabat yang diberi nama panggilan Abu Abdillah itu juga meninggal dunia kerana wabak Amwas, pada hari yang sama dengan Abu Ubaidah bin al-Jarrah.",
"Dalam Mu’jam ash-Sahabah disebutkan, Syurahbil berumur 67 tahun ketika saat akhir kehidupannya.",
"MUADZ BIN JABAL",
"Muadz bin Jabal bin Amr bin Aus adalah sahabat dari kaum Ansar, Banu Khazraj. Dia memeluk Islam pada usia yang agak muda iaitu 18 tahun. Walaupun begitu, semangatnya untuk mempertahankan Islam sangat kuat, dia selalu turun ke.medan per4ng bersama dengan Nabi.",
"Lelaki yang diberi nama panggilan Abu Abdirrahman itu dikenali sebagai seorang ahli fiqh, bahkan Rasulullah memanggilnya sebagai sahabat yang paling memahami hal ehwal halal dan haram. Kerana kepakarannya, Nabi telah menghantarnya untuk berdakwah di Yaman.",
"Muadz adalah salah seorang sahabat yang dicintai oleh Nabi, dia pernah berkata, “Rasulullah SAW memegang tanganku sambil berkata kepadaku:” Aku mencintaimu, wahai Muadz! ” Kemudian saya juga berkata: “Aku juga mencintaimu wahai Rasulullah.” (Diriwayatkan oleh Nasai dan Ahmad)",
"Setelah Abu Ubaidah meninggal, Muadz diberi mandat untuk menggantikan Abu Ubaidah sebagai Gabenor Syam. Tetapi sayangnya, dia juga terk0rban kerana wabak itu, pada tahun 18 H. Sebelum itu, Muadz bin Jabal juga telah menguruskan jenazah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.",
"Dalam Tarikhul Islam wa wafaayat al-Masyaahir wal A’lam by Adz-Dzahabi, disebutkan, ketika dia meninggal, Muadz hanya berumur 38 tahun.",
"FADHL BIN ABBAS",
"Fadl ibn Abbas adalah sepupu Nabi Muhammad. Beliau merupakan anak sulung Abbas bin Abdul Muttalib bin Hashim. Pada usia yang agak muda, Fadl telah turut serta dalam per4ng Hunain dengan Nabi. Semasa Wada Haji, Rasulullah Saw membonceng Fadhl di atas untanya, pada waktu itu Fadhl masih sangat muda, bahkan janggut pun belum tumbuh.",
"Terdapat beberapa pendapat mengenai kesyahidan Fadl ibn Abbas. Dalam al-Ishabah fi Tamyiz ash-Shahabah, berdasarkan riwayat al-Waqidi disebutkan bahawa Fadl ibn Abbas juga menjadi k0rban wabak Amwas yang melanda negeri Syam.",
"HARITH BIN HISYAM",
"Dia adalah sahabat dari Bani Makhzum, kaum Quraisy yang menetap di Mekah. Ketika dia belum memeluk Islam, Harith bin Hisyam telah berper4ng dalam Per4ng Badar menentang orang Islam, bersama dengan abangnya, Abu Jahal.",
"Harith bin Hisham hanya memeluk Islam semasa Pembukaan Kota Mekah pada 8 Hijrah. Namun, saudara Abu Jahal ini amat terkenal sebagai seorang muslim yang berperibadi mulia dan sangat mahir dalam Islam.",
"Anak Hisham bin al-Mughirah ini memutuskan untuk menyertai jihad di Syam. Dia terus berasa di Syam hingga akhirnya dia meninggal dunia kerana wabak Amwas.",
"ABU JANDAL BIN SUHAIL",
"Nama sebenarnya ialah Ash bin Suhail, dia adalah salah seorang sahabat terbaik yang memeluk Islam dan pernah dianiayai oleh kaum Quraisy Mekah. Ayahnya, Suhail bin Amr, telah mengurungnya kerana agama Islam.",
"Ketika perjanjian Hudaibiyah, Abu Jandal berjaya melarikan diri dan menyertai umat Islam. Ketika perjanjian itu belum disempvrnakan, ayahnya meminta agar anaknya dikembalikan kepadanya atau dia tidak akan bersama-sama dengan orang Islam.",
"Permintaan ini dilakukan supaya Abu Jandal itu ketakutan dan kembali kepada kepercayaannya jahiliah yang terdahulu, tetapi Abu Jandal tetap teguh keimanannya, hingga akhirnya ayahnya sendiri juga memeluk agama Islam.",
"Abu Jandal meninggal dunia kerana wabak ini juga. Sebelum itu dia juga sempat menemani ayahnya, Suhail bin Amr menghadapi saat-saat terakhir hidup ayahnya.",
"YAZID BIN ABU SUFYAN",
"Yazid bin Abu Sufyan ialah anak Abu Sufyan bin Harb dan Zaynab binti Naufal. Jangan terkeliru dengan Yazid bin Muawiyah yang menjadi khalifah pada zaman pembvnuhan cucu Nabi Muhammad SAW, Sayidina Husain bin Ali RA kerana mereka adalah orang yang berbeza.",
"Saudara tiri kepada khalifah Muawiyah I ini terkenal dengan kepintaran dan keberaniannya. Dia telah bertempvr dalam Per4ng Hunain, dia juga memimpin sayap kiri tenter4 al-Rasyidin dalam pertempvran Yarmuk.",
"Yazid juga merupakan salah seorang dari empat panglima Muslim yang dihantar untuk menyer4ng Syam (Levant) yang di bawah pemerintahan Rom, semasa kekhalifahan Abu Bakar Ash-Shiddiq.",
"Setelah Muadz bin Jabal meninggal, Yazid bin Abi Sufyan dilantik sebagai Gabenor Syam, menggantikan kedudukan Muadz dan ketika itu masih bawah pemerintahan Umar bin Khattab.",
"Dalam Siyar A’lam an-Nubalaa disebutkan, Yazid bin Abi Sufyan juga meninggal dunia akibat wabak Amwas, pada tahun berikutnya, 19 H (640 Masihi). Selepas penaklvkan Caesarea, sebuah bandar kecil di Israel.",
"Setelah Yazid meninggal dunia, Amr bin Ash menggantikan kedudukannya di Syam, beliau menguruskan wilayah Palestin dan Urdun. Sementara saudara Yazid, Muawiyah bin Abi Sufyan meneruskan tanggungjawab di Damsyik, Baklabak dan Balqa.",
"Umar bin Khattab sangat bersedih dengan kesyahidan teman seperjuangannya di Syam, bapa Hafshah itu diuji dengan berbagai dugaan sepanjang pemerintahannya. Pada tahun sebelumnya, 17 Hijrah, kemarau panjang melanda Madinah, ternakan m4ti mendadak, pokok tidak lagi berbuah, ratusan umat Islam m4ti kelaparan.",
"Mereka hanya mampu menarik nafas lega seketika setelah turunnya hujan, namun Umar kembali menghadapi masalah, iaitu penyebaran wabak Amwas pada tahun-tahun berikutnya. Wabak ini hanya berakhir setelah Amr bin Ash mengambil alih pemerintahan negeri Syam.",
"Setelah Wabak Amwas dihentikan, Amr bin Ash kemudian ber4ngkat ke Mesir dan menaklvkinya. Manakala wilayah Syam diuruskan sepenuhnya oleh Muawiyah bin Abi Sufyan.",
"RUJUKAN:\n\nPlague In Early Islamic History – https://www.jstor.org/stable/600071?seq=1#metadata_info_tab_contents"
] |
https://www.thepatriots.asia/aksi-houdini-napoleon-di-elba/ | Aksi Houdini Napoleon Di Elba | [
"Napoleon Bonaparte boleh dianggap seorang legenda hidup dalam kalangan peminat sejarah peperangan. Baginda bukan saja seorang jeneral tetapi juga seorang negarawan yang berupaya menjadikan Perancis sebagai sebuah empayar yang luas sehingga menakutkan kuasa-kuasa Eropah lain pada zamannya. Dan kebijaksanaannya dalam peperangan menjadikannya setaraf dengan pemimpin-pemimpin lain seperti Julius Caesar dan Iskandar Agung/Alexander The Great. Tapi di sebalik semua kejayaan ini, ia masih tidak boleh mengatasi satu kejayaan baginda di Elba. Kejayaan yang saya maksudkan ialah melepaskan diri dari Pulau Elba tanpa pengetahuan kuasa-kuasa Eropah lain.",
"Selepas kegagalan kempen di Rusia dan kuasa-kuasa Eropah membentuk pakatan anti-Napoleon serta berjaya mengalahkan beliau dalam Perang Pakatan Keenam (War of the Sixth Coalition), Napoleon tiada pilihan selain turun takhta berdasarkan Perjanjian Fontainebleau yang dimeterai pada 11 April 1814. Semasa rundingan perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Eropah mahukan Napoleon jauh dari benua tersebut sementara wakil baginda iaitu Armand de Calaincourt menegaskan beliau mahu berada berhampiran dengan Perancis dan Itali. Ini membawa kepada empat pilihan kawasan buangan yang dicadangkan Calaincourt iaitu Corsica, Corfu, Elba dan Sardinia. Perancis enggan membenarkan Napoleon menjejakkan kaki di situ sementara House of Savoy enggan berpisah dengan Sardinia dan Corfu terlalu hampir dengan Greece. Ini menjadikan Elba destinasi buangan bagi Napoleon dan kerabatnya. Dalam perjanjian sama, Perancis yang diperintah oleh Raja Louis XVIII dari Bourbon berjanji akan membayar baginda dua juta franc dan pencen kepada anggota kerabatnya.",
"Elba menjadi pilihan kerana kedudukannya yang strategik dari segi pertahanan sekaligus dapat melindungi Napoleon dari serangan tentera atau cubaan bunuh. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang berpuas hati dengan pilihan baginda ini. Bapa mertua baginda, Maharaja Francis I dari Austria menyifatkan ia satu penghinaan kerana satu masa dahulu, Elba dirampas dari Tuscany dan diilhak ke dalam Perancis oleh Napoleon pada tahun 1802. Dan kebimbangan baginda turut dikongsi oleh Setiausaha Luar Britain, Lord Castlereagh. Bagi Napoleon sendiri, ia satu perjanjian yang baik kerana baginda masih boleh mengekalkan gelaran Maharaja dan diberi hak memerintah Elba.",
"Semasa di Elba, Napoleon memilih sebuah villa yang menghadap kawasan pelabuhan yang pernah dimiliki oleh keluarga Medici pada abad ke-18 sebagai kediaman rasmi. Baginda turut mereka sebuah bendera baru, merombak sistem pentadbiran sedia ada, membina jalan raya, menambahbaik struktur pertahanan dan mengeluarkan pelbagai arahan berkenaan perkara seperti pertanian sehingga ke perkara yang paling kecil. Bonda dan adinda Napoleon, Letizia dan Pauline turut menggunakan Elba sebagai tempat menganjurkan konsert, pesta dan persembahan teater. Semasa dalam buangan, baginda tidak disertai oleh isteri baginda, Marie Louise. Marie Louise dan putera baginda, Napoleon II kembali ke Austria selepas pemeteraian Perjanjian Fontainebleau. Sebaliknya gundik baginda, Marie Walewska selalu melawat ke Elba bersama anak luar nikah baginda, Alexander Walewski. Semasa dalam buangan ini juga, Napoleon mendapat perkhabaran kematian bekas isterinya, Josephine. Baginda amat berdukacita dengan pemergian Josephine dan berkurung dalam kediamannya selama dua hari.",
"Tak lama selepas duduk dalam buangan di Elba, seorang pemantau British bernama Neil Campbell perasan akan keresahan yang dihadapi Napoleon. Dan ada sebab kukuh mengapa baginda bersikap demikian. Berdasarkan terma perjanjian, Perancis seharusnya membayar Napoleon dua juta franc tetapi Raja Louis XVIII dilihat tidak berminat untuk memenuhi terma perjanjian tersebut. Bukan itu saja, kaum kerabat dan tentera baginda yang setia juga merasa bosan berada di Elba. Ini yang mendorong Napoleon merancang satu lagi rancangan berani iaitu melepaskan diri dari Elba. Tanpa pengetahuan kuasa-kuasa Eropah lain, baginda membina pasukan tentera laut kecil, 600 Pengawal Diraja dan 2,000 tentera. Dan Elba juga sebenarnya memberi peluang kepada Napoleon untuk mengekalkan hubungan dengan penyokong-penyokong baginda di Eropah terutama Perancis dan mendapatkan sokongan dari orang-orang yang melawat Elba. Ini sesuatu yang amat dibimbangi pihak Britain tetapi ianya masih belum menyedarkan mereka akan rancangan berani baginda.",
"Bagi Napoleon sendiri, Elba bukanlah destinasi kekal baginya. Ini kerana menerusi koresponden baginda dengan penyokong-penyokong di Perancis, Napoleon tahu Raja Louis XVIII tidak popular dan tidak akan dapat bertahan lama. Malah sebelum Perjanjian Fountainbleau dimeterai lagi, Elba sebenarnya batu loncatan bagi Napoleon untuk bangkit dan membangunkan semula empayar Perancis yang ditinggalkan. Dan dari koresponden yang sama, baginda tahu pihak Britain yang resah mahu memindahkan baginda ke Pulau St. Helena, sebuah pulau yang terletak di selatan Lautan Atlantik. Namun sebab paling penting di sini ialah Napoleon tidak mahu mati dalam keadaan tidak dkenali.",
"Memandangkan status Napoleon sebagai seorang pemerintah yang sah, baginda boleh saja meninggalkan Elba pada bila-bila masa dan bertolak ke negara-negara lain dengan syarat baginda mendapat keizinan untuk mendarat di situ. Namun agak sukar untuk dilakukan kerana kuasa-kuasa Eropah mahukan baginda terus kekal di sana kerana Napoleon dianggap satu ancaman kepada tanah besar Eropah. Melihat keresahan baginda, Campbell membawa laporan tersebut ke England bersama kapal HMS Partridge. Semasa ketiadaan Campbell, peluang ini direbut oleh Napoleon dengan mengeluarkan arahan menyediakan sebuah flotila termasuk kapal Inconstant yang dicat seperti kapal British. Kapal tersebut diisi dengan bekalan keperluan seperti makanan, minuman dan senjata api. Semasa proses tersebut berlaku, baginda hanya menceritakan usaha ini kepada beberapa orang saja yang boleh dipercayai. Dan untuk mengelak kecurigaan dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah, Napoleon meneruskan rutin hariannya di Elba.",
"Pada malam 23 Februari 1815, kapal HMS Partridge kembali ke Elba tanpa Campbell. Napoleon mengarahkan Inconstant berada di kawasan pesisir pantai untuk mengelak keadaan mereka diketahui. Selepas mendapat tahu Partridge akan mengambil Campbell dari Livorno, Itali pada 26 Februari, Napoleon mengeluarkan arahan sekatan melarang kapal-kapal termasuk kapal nelayan dari meninggalkan Elba. Baginda tahu sekiranya mereka berlayar seperti biasa, pasti perancangannya akan terbongkar. Pada 25 Februari, Napoleon bertemu dengan pembesar-pembesar Elba dan memberitahu akan keberangkatan baginda ke Perancis serta menyediakan arahan untuk disebarkan di sana. Pada 26 Februari, flotila Napoleon bertolak. Flotila ini terdiri daripada Inconstant yang dilengkapi 26 buah meriam, kapal dagang Saint Esprit, yang diupah untuk tujuan ini, Caroline dan tiga buah kapal kecil. Seramai 1,150 orang mengikut Napoleon terdiri daripada 600 tentera, 100 anggota Polish Lancer, 300 anggota batalion Corsica, 50 anggota polis dengan kebanyakannya orang Itali dan Corsica serta 100 orang awam termasuk pembantu-pembantu. Setiap kapal membawa bendera Elba Napoleon.",
"Walaupun menghadapi masalah angin, flotila Napoleon tidak dapat dikesan oleh kapal-kapal perang Perancis yang meronda perairan antara Elba dengan Corsica. Pada tengah hari berikutnya, sebuah kapal Perancis bernama Zephir mengesan kehadiran flotila dan berjaya menghampiri kapal Inconstant di mana nakhoda Zephir, Kapten Andrieux berbual sebentar dengan kapten Inconstant, Kapten Taillade. Apabila ditanya ke mana destinasi mereka, Taillade menjawab mereka menuju ke Genoa. Dan bila Andrieux bertanya keadaan Napoleon, baginda menyuruh Taillade membalas, “Dia amat baik.” Pada pagi 28 Februari, Campbell tiba di Elba dengan Partridge dan mendapati Napoleon serta tenteranya tiada. Apabila ditanya ke mana mereka pergi, anggota kerabat Napoleon tidak mengetahui destinasi mereka. Berang dengan situasi ini, Campbell segera meminta seorang pelancong British yang hendak berlayar ke Livorno menyampaikan mesej ketiadaan Napoleon. Dan apabila Partridge bertemu dengan kapal-kapal perang Perancis yang meronda perairan tersebut, mereka menyatakan tidak bertembung dengan mana-mana kapal yang membawa baginda. Bagi mereka, mustahil kapal Napoleon berlayar tanpa pengetahuan mereka kerana mereka pasti akan mengesan kapal tersebut. Tetapi itulah yang berlaku dan ini memaksa kapal-kapal tersebut mencari flotila Napoleon sekitar Capraia.",
"Pada 1 Mac 1815, flotila Napoleon sudah berada di luar pesisir tanjung di Antibes. Memandangkan mereka berada di perairan Perancis, bendera Elba diturunkan dan digantikan dengan bendera Tricolor, bendera kebangsaan Perancis. Pada 1.00 petang, flotila berlabuh di Golfe-Juan, sebuah pelabuhan antara Cannes dan Antibes. Napoleon dan tenteranya mendarat dan mula bergerak menuju ke Paris. Perjalanan baginda tidak menghadapi sebarang penentangan dari mana-mana pihak. Dan pada 20 Mac, Napoleon tiba di Paris dan memulakan penggal pemerintahan kedua sebagai Maharaja Perancis. Namun penggal kedua pemerintahan ini hanya bertahan selama 100 hari saja. Pada Jun 1815, pasukan tentera Napoleon mengalami kekalahan memalukan di Waterloo dan baginda sekali lagi dipaksa turun takhta. Dan seperti yang dirancang, Napoleon dibuang negeri ke St. Helena dan berada di situ sehingga ke akhir hayatnya.",
"SUMBER"
] |
https://www.thepatriots.asia/abu-hurairah-sahabat-yang-digelar-pecinta-kucing/ | Abu Hurairah: Sahabat Yang Digelar Pencinta Kucing | [
"Sahabat nabi merupakan pewaris nabi yang terulung bagi mewarisi sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW hingga ke hari ini. Bagi menjaga warisan ilmu yang diamanahkan oleh sahabat untuk ummat pada hari ini, merekalah yang akan menjaga sunnah dan hadith nabi dari segi sanad dan matan melalui hafalan dan penulisan, kemudiannya disampaikan kepada generasi Tabi’in, Tabi’ Tabi’in sehingga ulama kontemporari pada hari ini. Di dalam kalangan sahabat nabi, terdapat di antara kalangan mereka yang merupakan sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis, iaitu Abu Hurairah RA.",
"Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhr Al-Dusi ( wafat 59H/678M ), Seorang sahabi yang muhaddith dan faqih dalam ilmu agama. Nama sebelum beliau Islam ialah Abdul Syams bin Sakhr.",
"Beliau memeluk Islam pada tahun 7 hijrah dan bermulazamah dengan Baginda SAW dengan menghafal hadith daripadanya sehinggalah menjadi sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith. Beliau digelar Abu Hurairah kerana pada suatu hari beliau melihat seekor anak kucing yang liar, lalu diambilnya dan diletakkan di lengan bajunya. Maka, ketika itu belliau mendapat gelaran itu kerana peristiwa demikian.",
"Selepas beliau memeluk Islam, Abu Hurairah membawa dirinya tinggal bersama-sama dengan orang-orang miskin di Suffah, yang bersumberkan catatan Abu al-Fida’ dalam buku sejarahnya, al-Mukhtasar terdiri dari orang-orang faqir yang tidak mempunyai kediaman dan perlindungan, dan tidur di serambi masjid Nabi (s.‘a.w).",
"Oleh kerana mereka menghabiskan masa di serambi masjid , dan akhirnya mereka dikenali sebagai Ahl al-Suffah (penghuni serambi masjid). Ketika berada di masjid Nabi, beliau memanfaatkan masa dengan menghafaz hadith-hadith nabi,bermulazamah dengan nabi dan bertanya kepada baginda soalan yang tidak pernah ditanya oleh orang lain.",
"Dalam perjalanannya meriwayatkan hadith, beliau telah meriwayatkannya sekitar 5374 hadith menurut Imam al-Dzahabi, yang mana diantara hadith-hadith yang diriwayatkannya disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim, manakala Imam Bukhari meriwatkan 93 hadith secara berseorangan, begitu juga dengan Imam Muslim yang sekitar 98 hadith secara berseorangan. Antara yang meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah ialah seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan sebagainya.",
"Beliau wafat pada tahun 59 hijrah pada usia 78 tahun di Lembah ‘Abiq dan disolatkan di Madinah yang dipimpin oleh al-Walid bin Utbah bin Abi Sufyan yang merupakan gabenor Madinah serta kemudiannya dikebumikan di perkuburan Baqi’. Jenazahnya diusung oleh anak-anak Uthman bin ‘Affan ( khalifah ketiga ) menuju ke perkuburan itu.",
"RUJUKAN",
"Al-Asqalani. 2017. Al-Isabah Fi Tamyiz al-Sahabah. Beirut. Dar al-Kutub al-Ilmiah",
"al-Dzahabi. 2016. Siyar A’lam al-Nubala’. Beirut. Muassasah al-Risalah",
"al-Mizzi. 2016. Tahzib al-Kamal Fi Asma’ Al-Rijal. Beirut. Muassasah al-Risalah",
"Artikel dikirimkan oleh Irfan Hadi untuk The Patriots. "
] |
https://www.thepatriots.asia/virus-stuxnet-senjata-digital-pertama-dunia/ | Virus Stuxnet: Senjata Digital Pertama Dunia | [
"Dalam kita melalui Perintah Kawalan Pergerakan ini, hampir kesemuanya menggunakan komputer untuk berinteraksi, bekerja dan juga bersuka ria. Namun, bayangkan semula apa yang akan terjadi jika jaringan internet kita, mesin-mesin berteknologi tinggi yang berada di kilang-kilang perubatan, dan juga sistem janakuasa pusat terganggu?",
"Ianya mampu melumpuhkan sesebuah negara dan juga mengakibatkan panik dan kemusnahan di dalam masyarakat. Lagi lagi ketika krisis pandemic sebegini.",
"Ini adalah apa yang dibawa oleh Stuxnet – sebuah virus komputer yang sangat licik dan mampu melumpuhkan sesebuah negara melalui kerosakan infastruktur fizikal yang selalunya berkait rapat dengan penggunaan sistem digital yang terhubung antara satu sama lain. Ancaman p3rang siber sememangnya tidak boleh dipandang enteng, kewujudan ancaman seperti ini bakal mengubah lanskap global yang ada pada masa kini di mana pep3rangan dapat dijalankan secara halus.",
"Adalah amat penting di kala krisis untuk kita meletakkan keutamaan terhadap keselamatan jaringan siber negara supaya terhindar dari ancaman yang mampu meragut nyawa. Sehingga hari ini, undang-undang antarabanga seperti International Humanitarian Law (IHL) yang bertindak untuk membataskan penyalahgunaan kekerasan yang tinggi terhadap penderitaan manusia ketika berlakunya konflik dan juga Laws of Armed Conflict (LOAC) yang digunapakai oleh kebanyakkan tentera mengenai manual dan undang-undang pertempuran masih tidak mempunyai sebarang legislasi atau undang-undang untuk menyelesaikan kemelut siber ini.",
"Justeru, adalah amat menarik untuk kita perhatikan sama-sama mengenai perkembangan isu ini dalam menempuh alaf baharu tentang isu-isu global.",
"Berbalik kepada Stuxnet, ia menjangkiti sebilangan industri-industri berat di Iran pada tahun 2009. Antara yang terkesan merupakan industri nuklear dan juga kejureteraan nuklear Iran. Walaubagaimanapun, virus ini hanyalah dikesan selepas setahun iaitu pada 2010, sekumpulan inspektor loji nuklear telah mengesan bahawa proses memperkaya gas uranium gagal pada kadar yang belum pernah terjadi sebelumnya.",
"Hal ini telah membingungkan Iran dan telah dianggap sebagai sebuah misteri. Bayangkan, industri nuklear sememangnnya mempunyai proses keselamatan yang tinggi bagi mengurangkan risiko, ini termasuk juga dengan sistem pengkomputeran yang berhubung dengan reaktor nuklear ini. Tidak cukup dengan itu, virus tersebut tidak menyasarkan untuk memperolehi maklumat nuklear Iran tetapi ianya berfungsi untuk mengawal sistem keselamatan reaktor tersebut.",
"Pengawalan secara tidak terkawal, lebih-lagi daripada virus siber mampu mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat seperti letupan dan juga memanipulasikan sistem jaringan keselamatan yang ada pada sesebuah infrastruktur seperti sistema hidroelektik ataupun janakuasa elektrik.",
"Kelemahan ini digelar sebagai Zero Days dan ianya adalah kerentanan perisian komputer yang tidak diketahui walapun melepasi proses kawalan kualiti. Sehingga kerentanan dikurangkan, penggodam dapat memanfaatkannya untuk mempengaruhi program komputer, data, komputer tambahan atau jaringan.",
"Virus ini juga telah dipaparkan di internet secara terbuka dan menjadikannya sumber terbuka (open source) yang mana ianya dapat disalahguna oleh penggodam-penggodam negara lain mahupun penggodam pengganas.",
"Lima bulan selepas itu, telah berlaku beberapa siri serangan digital secara mengejut terhadap industri industri berat yang berhubungkait dengan pembangunan nuklear. Hal ini telah membantutkan program nuklear Iran selama 2 tahun.",
"Terdapat malapetaka juga yang berlaku rentetan dari serangan tersebut, sebuah fasiliti nuklear Iran telah meletup dan mengorbankan juruteknik yang menyiasat kelemahan tersebut.",
"Hanyalah selepas tempoh tersebut, Kaspersky Lab yang beribupejabat di Rusia menjumpai kod virus tersebut dan seorang lelaki bernama Sergey Ulasen yang memberitahu isu tersebut kepada kawannya yang berada di Iran.",
"Virus tersebut juga telah dikawal melalui pelayan komputer (computer server) di Malaysia dan juga di Denmark. Dalam proses untuk mengkaji siapa dan kenapa virus ini dihantar kepada Iran. Ianya telah dijejak oleh beberapa syarikat keselamatan siber untuk merungkai kod yang ada.",
"Hasilnya, terdapat beberapa baris kod yang mempunyai nama-nama watak yang diambil dari kitab Yahudi, Torah. Lantas, virus tersebut disyaki telah dibina oleh Israel melalui agensi perisikan mereka, Mossad. Terdapat sebuah dapatan yang juga cenderung mengatakan bahawa Amerika Syarikat juga terlibat dalam usaha ini.",
"Maka, ianya telah disimpulkan bahawa serangan siber ini telah dibuat oleh Amerika Syarikat dan juga Israel untuk melumpuhkan Iran. Pelepasan virus ini telah dilakukan melalui syarikat Siemens yang juga menjadi sistem pengkomputeran bagi industri nuklear Iran. Oleh itu penggodam ini telah merancang senjata mereka untuk menyebarkan melalui pemacu kilat USB yang dijangkiti.",
"Untuk mendapatkan Stuxnet ke mesin sasarannya, penyerang pertama kali menjangkiti komputer milik lima syarikat luar yang dipercayai ada kaitannya dengan program nuklear. Tujuannya adalah untuk menjadikan setiap “patient zero” sebagai pembawa tanpa disengaja yang akan membantu menyebarkan dan mengangkut senjata pada pemacu kilat ke kemudahan terlindung melalui komputer Siemens.",
"Pada awalnya, virus tersebut amat susah untuk dijejaki berikutan ianya akan aktif apabila sasaran telah dihidangkan. Ia ibarat ‘tidur’ sehinggalah diaktifkan. Ketamakan Israel dalam menaik taraf keagresifan virus tersebut tanpa persetujuan pihak AS telah mengkantoikan operasi mereka. Walau bagaimanapun, ancaman ini masih lagi aktif dengan versi-versi lain (Duqu, Flame, dan Gauss) akibat pendedahan sumber virus tersebut yang dipaparkan di internet.",
"Legasi Stuxnet dapat dilihat pada masa kini dan ianya agak tidak keterlaluan untuk saya kaitkannya dengan COVID-19. Melihat dari sudut gejala, seperti yang saya sebutkan ianya asimptomatik kecuali jika diaktifkan ataupun sehingga organisma mengesan gejala tersebut. Tetapi STUXNET juga rumit dan tanpa gejala.",
"Perbezaan utama di sini, adalah bahawa virus itu secara khusus disasarkan untuk mematikan sistema nuklear yang memacu Iran untuk program nuklear mereka. Oleh itu, anda boleh menganggap STUXNET sebagai senjata, terbuat dari kod, sedangkan Coronavirus adalah bentuk senjata melawan tubuh manusia, yang ingin menutup organ.",
"Kedua-dua virus, COVID-19 dan Stuxnet mempunyai satu persamaan penting dari sudut kesan global yang mereka berikan kepada dunia. Dengan Stuxnet, terdapat beberapa mangsa yang diketahui atau dideklasifikasi setelah virus malware dikesan, ia hampir memulakan P3rang Dunia III. Dan mengenai COVID-19, satu perkara yang sangat penting ialah ia mengunci seluruh dunia dalam masa beberapa minggu.",
"Bukan hanya ini, bahkan perlu diingat bahawa Stuxnet dan Coronavirus kedua-duanya cepat tersebar di skala global. Satu-satunya perbezaan di sini adalah bahawa Coronavirus menyerang orang secara sendirian, sementara STUXNET menyerang tempat-tempat yang dapat menghapus Bumi dengan satu klik dan itu, merupakan ancaman siber yang mampu membawa kemusnahan fizikal yang maha-dahsyat jika kita tidak menyediakan pertahanan dan ilmu yang ampuh dalam menangani ‘wabak siber’.",
"RUJUKAN:",
"Iran, Victim of Cyber warfare. https://casebook.icrc.org/case-study/iran-victim-cyber-warfare",
"From a Malaysian ‘command post’, US, Israelis performed ‘hack of the century’ on Iran’s nuclear programme. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2014/11/18/from-a-malaysian-command-post-us-israelis-performed-hack-of-the-century-on/785461",
"Coronavirus and STUXNET Worm or Why Control Is Important. https://sensorstechforum.com/coronavirus-vs-stuxnet/",
"Stuxnet Malware May Have Caused Deadly Explosion. https://www.esecurityplanet.com/malware/stuxnet-malware-may-have-caused-deadly-explosion.html",
"An Unprecedented Look at Stuxnet, the World’s First Digital Weapon. https://www.wired.com/2014/11/countdown-to-zero-day-stuxnet/",
"The Man Who Found Stuxnet – Sergey Ulasen in the Spotlight. https://eugene.kaspersky.com/2011/11/02/the-man-who-found-stuxnet-sergey-ulasen-in-the-spotlight/",
"Jika anda minat untuk menonton video infografik mengenai Stuxnet, anda boleh melayari laman Youtube ini: https://www.youtube.com/watch?v=7g0pi4J8auQ"
] |
https://www.thepatriots.asia/melancarkan-roket-angkasa-di-tengah-samudera/ | Melancarkan Roket Angkasa Di Tengah Samudera | [
"Kita sekian maklum, yang roket membawa satelit dan angkasawan biasanya dilancarkan di tapak pelancaran daratan seperti yang terdapat di Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan atau di Teluk Canaveral, Florida mahupun di Koureu, French Guyana yang dahulu memperlihatkan pelancaran roket yang membawa muatan satelit pertama negara kita iaitu Measat.",
"Tapi pernahkah dikalangan anda mendengar tentang perkhidmatan melancarkan roket ditengah-tengah lautan.",
"Ya ditengah-tengah lautan, tidak berpulau dan hanya jasad air laut disekeliling anda dalam radius 5000 batu nautika.",
"Memperkenalkan Sea Launch sebuah konsortium 4 buah negara yg menjalankan perkhidmatan pelancaran satelit dari laut. Sea Launch di tubuhkan dan didaftar di kepulauan Cayman pada tahun 1995 dimiliki empat konsortium multinasional yg bertanggung jawab terhadap medan kepakaran masing-masing. Sehingga artikel ini ditulis, konsortium Russia, Energia menguasai 85 peratus pegangan saham konsortium multinasional ini dan secara tidak langsung menguasai aset-aset yang ada didalam kelompok Sea Launch.",
"Platform Sea Launch ini terdiri dari 3 segmen utama iaitu segmen maritim yang terdiri dari dua buah kapal iaitu kapal arahan Sea Launch Commander dan platform pelancaran roket Odyssey manakala segmen roket terdiri dari roket Zenit 3SL.",
"Segment Roket",
"Pelancaran satelit adalah dengan menggunakan roket Zenit 3SL buatan Rusia dan Ukraine,dimana ia dibawa oleh sebuah kapal arahan Sea Launch Commander dan kemudian dipindahkan ke platform pelancaran Ocean Odyssey yg mana kedua-duanya dibina di Norway serta krew teknikal integrasi dan konfigurasi sistem penerbangan roket dari Amerika.",
"Roket Zenit 3SL adalah kenderaan roket moden, dengan bebanan bayar tinggi dimana ia mampu menghantar satelit komersial bersaiz besar secara jitu ke pelbagai julat orbit. Roket ini mampu membawa sejumlah 6160kg bebanan ke orbit pertukaran geosynchronous.",
"Ruangan bebanan roket ini pula mampu membawa satelit seberat 7300kg berdiameter 4.1m.",
"Sea Launch membuktikan keupayaan pelancaran roket dan satelit untuk kegunaan konvensional dari platform mudah alih berhampiran garisan khatulistiwa bagi mendapatkan kedudukan pelancaran optimum bagi mengurangkan kos pelancaran dan meningkatkan kapasiti beban bayar(payload).",
"Komponen roket Zenit ini terdiri dari 3 fasa, yang mana peringkat pertama dan kedua menggunakan sistem Zenit dihasilkan oleh firma SDO Yuzhnoye / PO Yuzhmash in Dnipropetrovsk, Ukraine dan peringkat ketiga yang menggunakan sistem Block DM-SL dibangunkan oleh firma Energia ,Moscow, manakala beban bayar dan struktur antara peringkat dibangunkan oleh firma Boeing.",
"Sejak kali pertama program Sea Launch dimulakan, dengan pelancaran pertama yang melibatkan roket dengan bebanan satelit Demosat pada 27 Mac 1999, sistem ini telah berjaya mengendalikan dan melancarkan sejumlah 36 pelancaran roket dan satelit dengan jumlah kegagalan sebanyak 4 kali.",
"Segmen Maritim",
"Aker Solutions merupakan konsortium Norway yg menyediakan perkhidmatan pembangunan dalam kejuruteraan marin,industri petroleum, gas dan kimia, penerokaan pesisir pantai,perlombongan dan penjanaan tenaga secara global.",
"Konsortium ini terlibat dalam pembinaan kapal arahan Sea Launch Commander dan platform pelancaran roket Ocean Odyssey.",
"Komponen utama Sea Launch adalah platform pelancaran roket Odyssey.",
"Ocean Odyssey berdimensi 133m panjang dan 67m lebar dengan sesaran 30000 ton(tanpa beban) dan 50600 ton (dgn beban) dilengkapi kemudahan tempat tinggal, perubatan dan rekreasi utk 68 orang anak kapal pada asalnya adalah kemudahan platform luar pantai mudah gerak (mobile offshore drilling unit) utk tujuan penerokaan petroleum dengan pelbagai spesifikasi keselamatan dan rekabentuk yg mampu menghadapi pelbagai bentuk cuaca yg melampau yg dibina oleh Sumitomo Heavy Industries sebelum dibeli konsortium Kvearner dan diubah suai utk kegunaan Sea Launch.",
"Panjang asal platform tersebut ditambah dan pengubahsuaian tapak penggerudian kapada hangar dan tapak pelancaran roket dilakukan di Norway dari 1995-1997.",
"Selain itu kemudahan utama lain Odyssey adalah hangar yg mampu menyimpan roket ketika pelayaran, kemudahan pengisian dan simpanan bahan api roket (kerosene dan oksigen cecair) dan kemudahan penegak (erector) roket utk pelancaran, dengan keupayaan pelancaran roket 3 peringkat selain mempunyai sistem pendorongan sendiri (self-propelled).",
"Keupayaan Ocean Odyssey utk mengekalkan kedudukannya secara dinamik membolehkan platform tersebut melancarkan roket ke angkasa dalam keadaan laut bergelora.",
"Ocean Odyssey mengalami sedikit kerosakan apabila roket Zenit3SL yg membawa satelit Boeing 702 NSS 8 meletup di tapak pelancaran sejurus pelancaran dilaksanakan. Walaupun terdapat beberapa rekod kegagalan pelancaran, sehingga tahap roket itu sendiri meletup tetapi jumlah pelancaran berjaya konsortium ini sangat tinggi.",
"Komponen kedua adalah kapal arahan Sea Launch Commander.",
"Kapal yg didaftar di Long Beach, California dan diklasifikasi oleh ABS ini mempunyai dimensi 200m panjang,23.3m lebar dan berat sehingga 30000 ton serta mempunyai kemudahan utk 230 orang anak kapal dan klien, kapal ini mempunyai jarak operasi sehingga 18000nm serta boleh melalui terusan Panama.",
"Sea Launch Commander mempunyai anak kapal yg terdiri dari pelbagai kewarganegaraan,terutamanya yg bekerje dgn konsortium masing-masing.Urusan navigasi kedua2 platform itu dipertanggung jawabkan kepada pegawai dan pelaut Norway manakala urusan teknikal roket serta integrasi sistem diletakkan di bawah pengurusan krew dari USA dan Russia dengan keupayaan dan kemudahan pusat kawalan pelancaran pada kapal Sea Launch Commander yg terdiri dari unit-unit khas utk operasi pelancaran menggunakan bahasa inggeris dan russia yg diterjemah secara dua hala.",
"Kedua-dua komponen ini membolehkan pelancaran satelit tepat di garisan khatulistiwa, memberikan extra boost dan menjimatkan bahan api kerana putaran Bumi pada paksinya lebih pantas di garisan Khatulistiwa.",
"Pelancaran dilaut juga mengurangkan risiko kemalangan, jauh dari kawasan populasi penduduk dan kesibukan trafik maritim dan penerbangan.",
"Walaubagaimanapun, pertelingkahan antara pemegangn saham dan kecenderungan untuk pelancaran roket menemui kegagalan menyebabkan konsortium ini sedang mencari alternatif untuk meneruskan perusahaan mereka.",
"Terdapat beberapa pihak yang berminat untuk melabur didalam konsortium Sea Launch dan China adalah antara pihak yang tidak berputus asa cuba untuk mendapatkan pegangan selain terdapat ura-ura UAE dan Brazil juga melihat perkara sama.",
"Untuk pembacaan lanjut, pengunjung boleh melayari pautan yang disediakan:",
"http://www.sea-launch.com/",
"http://www.sea-launch.com/launch/11319",
"http://www.nasaspaceflight.com/…/sea-launch-zenit-3sl-eute…/",
"http://sputniknews.com/middleeast/20150324/1019940920.html"
] |
https://www.thepatriots.asia/rawatan-sakit-kepala-yang-pelik-zaman-pertengahan/ | Rawatan Sakit Kepala Yang Pelik Zaman Pertengahan | [
"Migrain adalah masalah sakit kepala yang disifatkan sebagai sakit kepala berulang yang dengan skala sederhana hingga teruk. Biasanya, sakit kepala memberi kesan kepada separuh bahagian kepala, bersifat berdenyut, dan berlangsung dari beberapa jam hingga boleh mencapai 3 hari. Gejala yang berkaitan mungkin termasuk loya, muntah, dan sensitif terhadap cahaya, bunyi, atau bau.",
"Kesakitan biasanya menjadi lebih teruk apabila melakukan aktiviti fizikal. Sebahagian orang mengalami aura migrain: iaitu gangguan visual pada suatu masa yang singkat yang memberi isyarat bahawa sakit kepala akan segera berlaku. (Wikipedia, 2019) Sejak dari dahulu lagi, pelbagai rawatan dipraktikkan bagi menghilangkan sakit kepala ini.",
"Pada tahun 1660, proses tebukan ke dalam kepala dikenalpasti sebagai rawatan bagi pesakit migrain. Seawal tahun 7000 Sebelum Masihi, proses tebukan kepala ini juga dilakukan kepada orang yang berkelakuan tidak normal untuk membebaskan apa yang dipercayai sebagai roh jahat. Proses ini dikenali sebagai proses trepanasi. Bukti berlakunya trepanasi ini telah ditemui dalam sisa manusia prasejarah dari zaman Neolitik.",
"Tulang yang telah ditrepanasi itu disimpan oleh orang-orang prasejarah dan mungkin dipakai sebagai pelindung dari roh-roh jahat. Hasil kajian menunjukkan bahawa proses tebukan ini merupakan proses pembedahan kecemasan bagi golongan primitif selepas mengalami luka di kepala untuk mengeluarkan tulang-tulang yang hancur dari tengkorak yang retak dan membersihkan darah yang tersumbat di bawah tengkorak kepala. (Wikipedia, Trepanning, 2019)",
"Pada abad pertama Masihi, Aretaeus Cappadocia, seorang doktor Yunani purba, mengesyorkan satu jenis rawatan sakit kepala dengan ‘membakar kulit kepala’. Teknik ini digunakan dengan membakar sebahagian daripada anggota yang sakit. Ia memusnahkan beberapa sel tisu untuk mengurangkan pendarahan dan kerosakan, menghapuskan pertumbuhan yang tidak diingini, atau meminimumkan potensi kecederaan perubatan lain, seperti jangkitan apabila antibiotik tidak didapati.",
"Musa Maimonides adalah seorang doktor dan ahli astronomi abad ke-12 yang lahir di Cordoba. Dan kerana sakit kepala telah berlaku sejak zaman dahulu, maka ketika itu orang datang ke Maimonides mengadu sakit kepala. Rawatannya adalah dengan memandikan diri pesakit di dalam air yang suam dan manis (seperti madu), yang bertindak mengeluarkan wap yang membawa rasa sakit kepada kepala seseorang. (Stokel-Walker, 2013)",
"Di samping itu, belut elektrik dan ikan juga digunakan oleh orang-orang pada zaman purba untuk merawat sakit kepala dan penyakit mental. Rawatan ini dimulakan pada tahun 1937 apabila Ugo Cerletti (1877-1963) dan Lucino Bini (1908) merawat pesakit Skizofrenia dengan aplikasi elektrik. (Service, 2019).",
"Di Rom kuno, pesakit yang mengalami sakit kepala yang tidak tertahan kadang-kadang dirawat dengan renjatan elektrik dari ikan “black torpedo” yang menghasilkan elektrik. Scribonius Largus, doktor kepada Maharaja Claudius, adalah orang yang menyokong kuat rawatan itu. “Untuk segera menyingkirkan dan menyembuhkan sakit kepala selama-lamanya, “black torpedo” yang hidup diletakkan di tempat yang sakit, sehingga rasa sakit berhenti.” Tulisnya pada abad pertama.",
"Pada masa kini, rawatan tradisional untuk sakit kepala masih diamalkan secara meluas di seluruh dunia terutamanya di benua Afrika, Asia, dan Amerika Selatan. Di China, akupunktur dan herba menjadi rawatan utama manakala di India, homeopati, yoga, urutan kepala, dan herba biasa digunakan.",
"Di Afrika dan Ethiopia khususnya, ubatan herba, pembakaran kulit kepala, dan amalan bekam mengeluarkan darah atau tidak, sering digunakan sebagai rawatan tradisional sakit kepala.",
"Di Amerika Selatan, tumbuh-tumbuhan perubatan amat luas digunakan walaupun terapi spiritual juga diamalkan.Di Brazil,Kambo, bahan yang terhasil dari rembesan katak dipercayai sebagai rawatan yang berupaya merawat sakit kepala. (Yu, Ravishankar, Fernando, Peres, & Quieroz, 2019)",
"Artikel dikirimkan oleh Syaqiq Al-Azdi bin Abd Razakuntuk The Patriots. ",
"RUJUKAN:",
"Medievalists.net. (2017, August). Military Surgical Practice and the Advent of Gunpowder Weaponry. Retrieved from Medievalists.net: https://www.medievalists.net/2017/08/military-surgical-practice-advent-gunpowder-weaponry/",
"Museum, S. (2019). Trephination. Retrieved from Science Museum: http://broughttolife.sciencemuseum.org.uk/broughttolife/techniques/trephination",
"Service, P. B. (2019). Electroshock Therapy Introduced. Retrieved from Public Broadcasting Service: https://www.pbs.org/wgbh/aso/databank/entries/dh38el.html",
"Stokel-Walker, C. (2013, September 13). 5 Bizarre and Scary Historical Headache Cures. Retrieved from Mental Floss: https://www.mentalfloss.com/article/52689/5-bizarre-and-scary-historical-headache-cures",
"Wikipedia. (2019, December 11). Migraine. Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Migraine#History",
"Wikipedia. (2019, November 24). Trepanning. Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Trepanning",
"Yu, S.-Y., Ravishankar, K., Fernando, M., Peres, P., & Quieroz, L. P. (2019). Traditional Treatments of Headache. Retrieved from Spinger Link: https://link.springer.com/referenceworkentry/10.1007%2F978-88-470-1700-9_54"
] |
https://www.thepatriots.asia/penipuan-sejarah-yang-disandarkan-pada-nama-marina-mahathir/ | Penipuan Sejarah Yang Disandarkan Pada Nama Marina Mahathir | [
"Sebagai pendahuluan, adalah perlu untuk saya beritahu bahawa artikel yang mengatakan Melayu itu pendatang dan Hang Tuah itu Cina telah disebarkan sebanyak lebih 18 000 kali. Maka saya merayu agar anda semua bersatu membidas kenyataan tak masuk akal itu.",
"Pantang anak Melayu melihat sejarah bangsanya diputarbelitkan walau oleh anak Melayu sendiri. Kali ini, usaha untuk mengubah sejarah Melayu datang dari seorang insan bernama Bony Tony yang mengitar semula isu-isu lapuk yang pernah menjadi ajaran dan pegangan para manusia yang rendah IQ. Kali ini, kitaran isi lapuk ini disandarkan pada nama Marina Mahathir. Selepas membuat semakan, saya dapati Marina Mahathir tidak pernah menghamburkan penipuan yang menyedihkan ini.",
"Fokus bidasan adalah kepada dakwaan yang cuba mengatakan Melayu itu pendatang dan Hang Tuah itu cina.",
"Ujian DNA dan Kubur Hang Tuah dan Lima Bersaudara",
"Pertama sekali, kita harus perhalusi universiti manakah yang membuat kajian itu. Apakah bukti yang menunjukkan ujian DNA ada dibuat? Manakah dia kertas kerjanya untuk diteliti? Semua orang boleh buat dakwaan bermodalkan air liur sahaja. Saya juga boleh. Contohnya:",
"‘Maharaja Qin Shi Huangdi, yang membina empayar pertama dalam sejarah China, yang menyatukan seluruh China dalam siri peperangan yang dahsyat, dan membina makam yang hebat yang menempatkan askar Terracotta itu sebenarnya adalah seorang Melayu.’",
"‘Tahukah anda, sebuah universiti di China selepas meneroka makam Qin Shi Huangdi dan menjalankan ujian DNA ke atas Qin Shi Huangdi telah mendapati bahawa maharaja agung ini adalah seorang Melayu. Tak percaya? Nak bukti?’",
"‘Fikirkan… kenapa kerajaan China tiba-tiba melarang usaha untuk meluaskan penggalian makam itu dihentikan? Ini tak lain tak bukan adalah bertujuan untuk menutup sejarah!’",
"Senang sungguh bukan berkata-kata dengan modal air liur?",
"Bony Tony mengatakan kubur-kubur Hang Tuah dan lima bersaudara telah dijumpai. Dijumpai? Sayang sekali anda tidak menyatakan lokasi makam-makam mereka ini. Anda malahan telah menaburkan fitnah dengan mengatakan sesungguhnya makam-makam pahlawan Melaka ini cuba disembunyikan oleh kerajaan. Sejauh mana kebenarannya?",
"Izinkan saya untuk menafikan penipuan saudara. Hakikatnya, kerajaan Melaka sebenarnya menjadikan makam-makan sahabat Hang Tuah sebagai salah satu destinasi pelancongan di Melaka. Makam Hang Jebat sebenarnya masih utuh di Melaka dan terletak berdekatan dengan Jalan Tukang Emas dan Jalan Tukang Besi, di Kampung Pali, Jalan Gelanggang.",
"Makam seterusnya ialah makam Hang Kasturi. Ia terletak di Jalan Hang Jebat atau Persiaran Jonker. Anda boleh lihat gambar papan tanda di makam Hang Kasturi yang saya paparkan dalam gambar ini.",
"Mengenai makam Hang Tuah, terdapat banyak versi melibatkan lokasi sebenarnya. Namun, salah satu kuburan yang dikatakan milik Laksamana Tuah tetap menjadi lokasi pelancongan di Melaka, iaitu di Tanjung Keling. Untuk pengetahuan semua, dalam Sulalatus Salatin ada diceritakan mengenai kemangkatan Hang Tuah di Tanjung Keling. Berikut adalah petikan tersebut:",
"‘Hatta maka Laksamana Hang Tuah pun kembalilah ke rahmat-Allah Taala, maka oleh Sultan Mahmud ditanamkan di Tanjung Keling, dengan sepenuh-penuh adat dianugerahkan; tiga hari baginda tiada nobat.’",
"Di sini, saya kongsikan dengan anda gambar-gambar makam yang dikaitkan dengan Hang Tuah tersebut.",
"Dengan maklumat lokasi makam tiga pahlawan Melayu di atas, adakah masih tidak mencukupi untuk kita katakan sesungguhnya makam-makam mereka wujud dan tidak diselindungkan oleh kerajaan? Sekiranya pernah ada carian arkeologi di kuburan mereka, pasti kita semua akan tahu kerana lokasinya bukanlah di dalam hutan tebal, atau di tempat-tempat terpencil sebaliknya di tengah-tengah kota Melaka. Kenapa tidak ada pula rekod kerja ‘cari gali’ pernah dijalankan di situ?",
"Hang Tuah dalam Misi Mempertahankan Melaka daripada Siam?",
"Sebelum kita nak berbicara tentang sejarah Hang Tuah, kalian yang buta sejarah harus mencari dua naskhah sejarah agung yang menceritakan sejarah Melayu iaitu Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin. Hadam dua karya bangsa Melayu ini sebelum nak bercakap tentang sejarah Melayu.",
"Ini ialah penipuan yang paling janggal yang pernah saya hadapi sepanjang berhujah mengenai sejarah Melayu. Kisah Hang Tuah ada tercatat dalam rekod sejarah seperti Hikayat Hang Tuah. Kisah Hang Tuah sudah diceritakan sejak beliau kecil sehinggalah dewasa termasuklah butiran nama ibu bapanya.",
"Pernahkah anda dengar kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk? Pernah dengar kisah Hang Tuah dan para sahabatnya membunuh lanun? Buka balik kitab sejarah.",
"Menurut sumber sejarah utama iaitu Hikayat Hang Tuah yang banyak menceritakan kisah Hang Tuah dan para sahabatnya, ketika kanak-kanak dahulu, Hang Tuah dan para sahabat telah ke laut menggunakan perahu lading. Berlaku adegan kejar mengejar antara Hang Tuah dan lanun yang mengejar perahunya. Sampai sahaja di darat, Hang Tuah telah bergelut dengan sang lanun dan pertempuran itu berakhir dengan kemenangan Hang Tuah.",
"Antara bukti lain ialah kisah Hang Tuah menewaskan orang mengamuk yang masih kemas tersisip dalam rekod sejarah dan kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara Tun Perak serta bagaimana Hang Tuah mengadap Sultan Melaka. Kisah Hang Tuah menewaskan lanun-lanun ketika mengembara pada usia muda selepas mendapat perkenan juga merupakan bukti bahawa Hang Tuah sudah wujud lama sebelum kedatangan Hang Li Po.",
"Baju Kurung dan Baju Melayu Budaya China",
"Ini satu lagi kedangkalan yang dipamerkan oleh mereka yang tidak punya pengetahuan tentang sejarah baju Melayu dan baju kurung. Mari saya kongsikan dengan anda sejarah dua pakaian kebanggaan bangsa Melayu hari ini. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher teluk belanga. Baju berleher cekak musang hanya boleh dipakai oleh raja atau sultan sahaja.",
"Pemakaian baju Melayu telah ‘dikuatkuasakan’ sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – sultan ketiga dalam empayar Kesultanan Melayu Melaka. Baginda telah mengeluarkan satu titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara atas angin (Arab, India, dan Eropah) dan cara bawah angin (China dan Khmer). Pada hari Jumaat juga, semua lelaki Melayu dikehendaki pergi ke masjid dengan memakai sepersalinan yang bersih dan cantik, lengkap bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja.",
"Baju Melayu ada falsafahnya tersendiri. Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 kancing. Ada pendapat mengatakan ia adalah lambang keharmonian rumah tangga – 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa manakala 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak. Walau bagaimanapun, pendapat ini disanggah oleh Azah Aziz atau lebih dikenali sebagai Mak Engku. Beliau berpendapat, ada tujuh butir untuk golongan bangsawan atau raja di istana. Ini bersamaan dengan salah satu seni pusaka orang Melayu iaitu keris. Dalam reka bentuk keris, lok 11 ialah milik sultan dan ratu, lok 9 untuk pewaris, dan lok 5 milik bendahara dan anak-anak raja.",
"Selain itu, lima butang di dada melambangkan lima rukun Islam yang harus menjadi isi dada pemakainya. Enam pesak di kanan dan kiri melambangkn enam rukun iman yg menjadi sangkar pemakainya. Tiga poket melambangkan tiga tuntutan iaitu Islam, iman dan ihsan yang perlu dipenuhi. Tengkolok yang berbutang satu melambangkn kepercayaan kepada Allah yang Maha Esa dan sunah menutup kepala bagi orang Islam.",
"Tentang baju kurung pula, perbualan Sultan Muhammad Syah dengan Manikam Kalbu yang dirakam Faizal Tehrani dalam novel beliau sebenarnya menceritakan serba sedikit falsafah baju kurung:",
"‘Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini dikurung oleh syarak. Pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.’",
"‘Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya.’",
"‘Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong.’",
"‘Mengapa baju kurung lelaki berbutang lima dan baju kurung perempuan berbutang satu?’",
"‘Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam yakni yang atas itu mengucapkan dua kalimah syahadah, yang keduanya itu solat lima waktu justeru sesuai sekali baju kurung dibawa ke masjid. Rumah ketiga itu mengingatkan kepada puasa Ramadhan dan yang keempatnya supaya si pemakai sedar akan kewajipan berzakat dan yang terakhir ialah jika ada kemampuan, eloklah si pemakainya naik haji.’",
"‘Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu. Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.’",
"Sekarang saya mahu bertanya, adakah falsafah yang tersemat pada baju Melayu dan baju kurung ini tersemat pada mana-mana pakaian di China sehinggakan anda mahu mendakwa sedemikian? Kalau benar baju kurung dan baju Melayu berasal dari China, tentunya terdapat pakaian di sana yang berkongsi falsafah sama dengan dua baju kebanggaan Melayu ini.",
"Parameswara tidak Bertanggungjawab Membuka Kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu?",
"Kata penulis artikel ini, Parameswara tidak bertanggungjawab membuka sebuah kerajaan di Tanah Melayu dan mendakwa bahawa tanah itu miliknya. Sebentar… Parameswara sekadar membuka kerajaan di sebuah kepulauan yang bernama Kepulauan Melayu!",
"Tanah yang disebut sebagai milik Parameswara itu telah saya sebut berulang kali dan saya rasa perlu untuk saya ulangi dalam bab ini bahawa seorang penyair Jawa telah menyatakan tanah tempat Parameswara membuka kerajaannya itu adalah tanah Melayu. Mpu Prapanca penyair Jawa di kraton Majapahit, dalam karyanya Desawarnama pada tahun 1365 telah menyenaraikan daerah yang dikenalpasti sebagai tanah orang Melayu iaitu Jambi, Palembang, Minangkabau, Siak, Kampar, Rokan, Pane, Kampe, Aru, Mandaileng, Tumiang, Perlak, Samudra, Lamuri, Barus di Sumatera dan Langkasuka, Kedah, Kelantan serta Pahang di Semenanjung Tanah Melayu.",
"Selain itu, ketika Singgahasari mahu menggerakkan ekpedisi menundukkan sisa-sisa kekuasaan empayar Srivijaya, ekpedisi itu dipanggil Ekpedisi Pamalayu. Ini membuktikan nama Melayu dan tamadun orang Melayu telah wujud lama sebelum Parameswara membuka Melaka. Pertanyaan saya – kalau tanah di semenanjung ini digelar Tanah Melayu oleh penyair Jawa tersebut dan Singgahasari menggunakan istilah Ekspedisi Pamalayu untuk menundukkan sisa-sisa empayar Melayu Srivijaya yang pernah menaungi seluruh Nusantara, bagaimana anda boleh tergamak mengutuk Parameswara? Setakat ini saya tidak pernah pula jumpa nama Tanah Cina atau Ekpedisi Pacina digunakan oleh Singgahsari?",
"Orang Cina Jejakkan Kaki di Tanah Melayu (Kelantan) Dahulu sebelum Melayu?",
"Hujah yang digunakan oleh mereka adalah – ketika Parameswara mendarat di Melaka, orang Cina sudah berada di Kelantan. Oleh sebab terpisah dek hutan dan tiada jalan untuk ke sana, orang Melayu tidak mengetahui bahawa orang Cina sudah tiba lebih awal. Tarikh yang digembar-gemburkan adalah 1200 Masihi.",
"Saya nak ketawa membaca sejarah palsu sebegini. Orang Melayu adalah pelaut hebat. Orang Melayu biasanya akan bergerak melalui jalan laut. Orang Melayu dipercayai sebagai bangsa pertama yang berlayar di lautan luas menurut buku The Human Journey: A Concise Introduction to World History oleh Kevin Reilly. Menurut Lynda Shaffler pada halaman 12 dalam bukunya, Maritime Southeast Asia to 1500, orang Melayu dicatatkan telah mula berlayar di lautan luas seawal kurun pertama Sebelum Masihi lagi. Dalam buku ini ada diceritakan bahawa orang Melayu berlayar di lautan jauh beribu batu tanpa menggunakan kompas atau peta.",
"‘Bangsa Melayu berlayar dengan bantuan bacaan angin dan bintang, melalui pembacaan akan bentuk dan warna awan, atau melalui pembacaan warna air laut, melalui gelombang dan juga alunan ombak lautan. Orang Melayu dapat mengenal pasti lokasi sebuah pulau sejauh 30 batu jauhnya melalui pembacaan pada spesis burung, ikan, dan batu karang yang ada di dalam lautan, sambil dibantu oleh alunan ombak.’",
"Bukan itu sahaja, orang Melayu juga terkenal dengan penghasilan kapal-kapal hebat. Lynda Shaffler dalam bukunya lagi berkata:",
"‘Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat [dalam] perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206SM hingga 221SM), orang Cina telah menggunakan layar itu.’",
"Anda cuba mengatakan… bangsa yang mengajar bangsa Cina untuk berlayar di lautan tidak pernah sampai ke Kelantan ketika itu? Kalau bangsa ini pernah sampai ke China, kenapa tidak pernah sampai langsung ke Kelantan pada tahun 1200 walhal pada 200SM lagi mereka sudah berhubung dengan Dinasti Han?",
"Untuk makluman, sebelum Melaka (yang tarikh kewujudannya bermula pada tahun 1262), orang Melayu telah membina kerajaan-kerajaan hebat sebelum itu. Mari kita dalami.",
"Maaf, tarikh 1200 anda tidak mampu menandingi era kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara ini. Sila cuba lagi.",
"Nama Hang Itu Nama Keluarga Cina?",
"Terdapat ramai lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang seperti Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin. Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, lebih kurang macam ‘Datuk’ pada hari ini. Jadi istilah ini tak ada kena mengena pun dengan orang Cina.",
"Ini ialah petikan daripada buku terbaru kami, JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU. Berminat mahu membaca setiap bidasan sejarah power seperti ini? Jangan tunggu lagi, dapatkan di laman portal kami (Pautan pembelian: https://goo.gl/4XmGuR). <— KLIK LINK WARNA BIRU. "
] |
https://www.thepatriots.asia/waktu-wabak-dulu-doktor-pakai-topeng-menakutkan-ni/ | Waktu Wabak Dulu, Doktor Pakai Topeng Menakutkan Ni | [
"Kalau kita perasan, ada beberapa buah filem-filem seram dan thriller, yang menjadikan topeng seperti mana yang saya paparkan di bahagian atas artikel ini dan digunakan sebagai thumbnail. Namun, ada sejarah yang sangat menarik mengenai topeng tersebut sehingga ia digunakan sebagai simbolik kepada kem4tian dan ketakutan.",
"Sejarahnya ada kaitan dengan Eropah ketika di penghujung zaman kegelapan yang melanda mereka. Sebuah wabak penyakit yang sangat dasyat yang dikenali dalam sejarah sebagai wabak Black Death yang telah memakan nyawa sebanyak 75 juta orang yang berlaku ketika dipenghujung abad ke-14 masihi.",
"Ketika berlaku wabak ini, terdapat sebuah kisah yang tersebar yang berkaitan dengan penyakit yang membuatkan mereka yang menderita penyakit ini, memiliki kulit yang kehitam-hitaman sehingga menjadi ilham kepada nama tragedi yang sangat menyayat hati ini.",
"Mereka percaya bahawa wabak ini disebarkan melalui bau busuk, yang dikenali sebagai miasma theory yang membahaskan tentang bahawa penyakit dan wabak yang berlaku ketika itu disebarkan melalui bau busuk yang datang dari mayat dan pesakit yang sedang mereput. Mereka percaya bahawa bau busuk ini akan mencemarkan udara, sekaligus mendatangkan penyakit kepada mereka yang menghidunya.",
"Ya, kita semua yang membaca sejarah mengetahui bahawa teori ini silap kerana pada zaman terkemudiannya dek perkembangan ilmu sains dan teknologi itu sendiri kita mendapat tahu bahawa tikus merupakan ejen kepada penyebaran kuman ini.",
"Pakaian ini mula diperkenalkan ketika abad ke-14 oleh para doktor di Rom dan Venetia, ketika wabak ini bermula, namun mula menjadi popular di Perancis ketika wabak yang seumpama dengan yang berlaku pada abad ke-17 melanda Eropah.",
"Terima kasih kepada Charles de Lorne, seorang doktor pada pertengahan abad ke-17 yang mencipta kostum ini. Charles de Lorne adalah seorang doktor peribadi yang didakwa berkhidmat untuk tiga orang raja Perancis seperti Henri IV, Louis XIII, dan Louis XIV. Setiap bahagian pada kostume doktor zaman pertengahan ini mempunyai fungsi yang dicipta berdasarkan miasma theory ketika itu.",
"Sebagai contoh, topeng yang membentuk seperti paruh burung ini diciptakan dengan fungsi untuk menapis bau-bau busuk yang ditakuti akan menjangkiti doktor yang bertugas merawat wabak penyakit. Dalam paruh itu, ia akan dipenuhi dan diisi dengan herba-herba yang menyebarkan bau wangi. Ia dipercayai pada zaman itu apabila pemakai topeng tersebut dikelilingi oleh bau wangi daripada herba ubat-ubatan yang diletakkan pada paruh itu, ia sedikit sebanyak mampu melindungi pemakai dari bau busuk dan udara yang tercemar. Topi yang dipakai pula tanda kelayakan dan status mereka sebagai seorang doktor. Mereka juga akan memakai kaca mata yang diletakkan pada lubang mata pada topeng mereka.",
"Doktor ketika era itu juga dilihat membawa kayu yang digunakan untuk menyentuh pesakit mereka dari jauh dan juga menghalau kebanjiran mereka yang dijangkiti yang biasanya akan menyerbu ke arah doktor-doktor ini dan merayu agar mereka diselamatkan.",
"Mungkin sebab itu, doktor-doktor yang memakai kostum jubah hitam panjang, dengan topeng yang membentuk seperti paruh seekor burung, mereka dianggap juga membawa perlambangan kepada kem4tian dan sebagai bentuk balasan daripada TUHAN ke atas manusia.",
"Mungkin sebab itu, di zaman moden ini, pembunuh bersiri, manusia-manusia psiko yang membunvh tanpa ada perasaan juga digambarkan memakai topeng ini kerana pada sejarahnya, terdapat jutaan nyawa yang tidak dapat diselamatkan. Ia adalah lebih kepada simbolik kesengsaraan tragedi.",
"RUJUKAN:",
"Domagoj Valjak. (2018) The beak-nosed plague-doctor mask that continues to terrify was invented in the 17th century because of bad smells. The Vintage News.",
"Mohammad Kamal Kamaruddin. (2009) Sejarah Eropah. Pearson Malaysia Sdn Bhd.",
"Helmi Effendy. (2017) Black Death: Kisah Wabak Penyakit Yang Melanda Eropah. The Patriots",
"BBC News. (2001) De-coding the Black Death.",
"Will Dunham. (2008) Black death ‘discriminated’ between victims. ABC Sciences."
] |
https://www.thepatriots.asia/mahmoud-jun-diludah-oleh-penonton/ | Mahmood Jun Diludah Oleh Penonton | [
"Mahmood Jun atau nama sebenarnya Mahmood Junit bin Derani dilahirkan pada 20 Januari 1921, di Alor Ganu, Mukim Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Sebelum memasuki bidang perfileman, beliau terlebih dahulu berlakon di pentas bangsawan dengan menyertai Grand Noolan Opera milik tokoh bangsawan iaitu Pak Yem. Watak pertamanya di bawah bangsawan Pak Yem melalui pementasan Porter 13.",
"Selepas itu beliau menyertai Cathay-Keris pada tahun 1958 dengan filem pertamanya berjudul ORANG LICHIN arahan L.KRISHNAN (Tan Sri). Di Cathay-Keris beliau sering kali membawakan watak-watak penjahat yang bengis dan zalim. Sehinggakan beliau pernah digelar sebagai “KING CROOK OF CATHAY-KERIS”",
"Semasa penggambaran filem SULTAN MAHMOOD MANGKAT DI-JULANG (1961), telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini. Ketika para pelakon yang terlibat sedang menjayakan babak Wan Anom (MARIA MENADO) dibelah perutnya oleh Tun Bija Ali (MAHMUD JUN), untuk membuktikan kepada Sultan Mahmood (M.AMIN) yang beliau telah termakan seulas nangka milik Sultan.",
"MAHMUD JUN secara tidak sengaja telah mencederakan bahagian perut MARIA MENADO berikutan plat zink yang digunakan sebagai pelapik di atas perut MARIA MENADO tidak berada dikedudukan yang sebenar. Ini mengakibatkan MARIA MENADO menjerit kesakitan meminta MAHMUD JUN memberhentikan lakonannya. Pengarah filem ini K.M BASKER bersama para pelakon dan krew panik dengan keadaan itu lalu memberhentikan penggambaran. Apabila MARIA MENADO diberi rawatan, pasukan penyelamat mengesahkan beliau hanya mengalami luka ringan hasil torehan dari MAHMUD JUN dan beliau boleh kembali meneruskan penggambaran.",
"Semasa filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ketika majlis pratonton filem ini bersama barisan pelakonnya yang di adakan di salah sebuah panggung milik Cathay-Keris di Singapura, ramai penonton yang terdiri dari wartawan dan individu khas dijemput untuk menonton sekali. Antara barisan pelakon yang hadir seperti NORDIN AHMAD, MARIA MENADO, M.AMIN, MUSTAPHA MA’AROF dan WAHID SATAY serta MAHMUD JUN sendiri.",
"Setelah selesai majlis pratonton itu ramai penonton mengambil peluang untuk betemu dan bergambar dengan barisan pelakon. Tetapi itu tidak terjadi kepada MAHMUD JUN apabila beliau telah diludah oleh salah seorang penonton yang hadir. MARIA MENADO menyedari hal itu kerana turut berada berhampiran dengan MAHMUD JUN pun berkata, “Abang, kenapa diamkan saja perbuatan dari orang itu?”. Lalu MAHMUD JUN menjawab, “Biarkan dia Maria, dia ludah Abang kerana dia membenci Abang di dalam filem itu, ini bermakna lakonan Abang menjadi”. Lalu MAHMUD JUN membersihkan mukanya dengan sapu tangan.",
"Di Cathay-Keris, MAHMUD JUN yang kita kenal selalu diberi peranan menjadi penjahat atau crook kerana watak sebegitu adalah makanan bagi beliau. Tetapi apabila berpindah ke Kuala Lumpur dan berkenalan dengan P.RAMLEE maka wujudlah watak Pak Maun. Betapa besarnya impak watak Pak Maun ciptaan P.RAMLEE itu sehingga generasi sekarang dengan mudah melupakan watak beliau ketika di Cathay-Keris seperti Panglima Merak Hitam, Pateh Karma Wijaya, Awang Sulong, Megat Rambai, Tun Bija Ali dan Bija Sura. Tetapi bagi peminat filem Melayu klasik, watak-watak itu adalah kekuatan kepada perjalanan karier seni MAHMUD JUN.",
"Antara filem-filem lakonan MAHMUD JUN di Cathay-Keris seperti ORANG LICHIN, SATAY, ORANG MINYAK, MAHSURI, SELENDANG DELIMA, RADEN MAS, BAWANG PUTIH BAWANG MERAH, RASA SAYANG EH, NOOR ISLAM, TUNANG PAK DUKUN, HANTU RIMAU, HANG JEBAT, JALAK LENTENG, SRI MERSING, SULTAN MAHMOOD MANGKAT DI-JULANG, SITI ZUBAIDAH, GADO-GADO dan DANG ANOM.",
"Filem lakonan MAHMUD JUN di Studio Merdeka, Kuala Lumpur antaranya SELENDANG MERAH, SITI PAYONG, IBU AYAM, TUN MANDAN, SI TORA HARIMAU JADIAN, RAGAM P.RAMLEE (DAMAQ), MASAM-MASAM MANIS, DAJAL SUCHI, BUMIPUTERA, SABARUDIN TUKANG KASUT, DO RE MI, dan NASIB DO RE MI."
] |
https://www.thepatriots.asia/34-jeneral-paling-agung-dalam-sejarah/ | 34 Jeneral Paling Agung Dalam Sejarah | [
"1. Nabi Muhammad S.A.W (570 M- 8 Jun 632 M)",
"Tidak dihairankan lagi bahawa baginda ialah seorang daripada jeneral perang yang terhebat dalam sejarah. Dalam semua peperangan yang pernah dihadapi oleh baginda, baginda cuma pernah kalah sekali iaitu Pertempuran Uhud, itu pun kerana taktikal dan strategi baginda tidak dipatuhi oleh askar di atas gunung. Bukan sahaja memainkan peranan dalam peperangan, baginda juga seorang pemimpin dan ahli politik yang hebat. Kalau tidak kerana asas yang dibuatkan oleh baginda ketika mendirikan negara Islam Madinah, kita tidak mungkin dapat melihat empayar-empayar Islam yang lahir selepas zaman baginda.",
"2. Sun Tzu (544 – 496 SM) – Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh",
"Tidak keterlaluan kalau saya meletakkan beliau sebagai Bapa Peperangan! Karya beliau, The Art Of The War digunakan oleh pelbagai jeneral dan segala taktikal yang direncenakan dalam buku ini kemudiannya diulang pakai dan sehingga ke hari ini, bukunya masih dibaca kerana semua yang dituliskannya bukan sahaja diamalkan dalam peperangan, tetapi di dalam bidang perniagaan. Pernah memimpin 50 000 orang askar Wu melawan 200 000 orang Askar Chu dan memenangi peperangan itu.",
"3. Alexander The Great (356-323 SM). Empayar Macedonia",
"Menawan empayar Parsi dan Utara India. Empayarnya melebar dari timur ke barat. Salah satu calon Zulkarnain yang diceritakan dalam Al-Quran. Antara pertempuran terhebat yang pernah dihadapi oleh Alexander The Great ialah ketika dalam Pertempuran Gilgamesh. Dikatakan bahawa Alexander The Great memimpin 47000 askar Macedonia melawan 250,000 sehingga 1 juta askar Parsi di bawah pimpinan Raja Darius daripada Parsi. Beliau tidak pernah kalah dalam mana-mana peperangan.",
"4. Khalid Al-Walid (588-642 Masihi) – Khulafa Ar-Rasydin.",
"Menghancurkan pasukan Rom dan Parsi dalam tempoh 13 bulan sahaja! Khalid tidak pernah tewas dalam 100 pertempuran. Memimpin 24 000 – 40 000 orang askar Islam melawan ratusan ribu orang askar Rom dalam Pertempuran Yarmuk dan memenangi peperangan itu. Bila rasulullah S.A.W meletakkan panggilan Pedang ALLAH kepada Khalid Al-Walid, sesungguhnya dia ditakdirkan untuk tidak KALAH dalam peperangan. Masakan kalau dia kalah, itu bermaksud pedang ALLAH telahpun patah.",
"5. Genghis Khan (1162-1227 Masihi ) – Empayar Mongol.",
"Berjaya menewaskan China, Parsi, Russia, Eropah, Korea, Jepun untuk membentuk antara empayar terluas yang pernah dunia lihat. Mimpi ngeri pada setiap kerajaan-kerajaan yang wujdu pada ketika hidup Genghis Khan. Askar Mongol di bawah pimpinan beliau seumpama ombak yang menyapu pantai. Angkatan berkuda yang sangat pantas dan kehebatan bangsa Mongol yang menunggang sambil memanah dengan efisyen membantu penaklukan beliau.",
"6. Paul von Lettow-Vorbeck (20 March 1870 – 9 March 1964\nMasihi) – German Empire dan Weimar Republic.",
"Salah seorang daripada jeneral perang yang tidak pernah terkalahkan dalam sejarah. Pernah memimpin 11 000 askar Jerman-Afrika melawan 300 000 orang askar British, Belgium dan Portugis dan berjaya memenangi peperangan itu. Dilabelkan oleh Edwin Palmer Hoyt, seorang sejarawan Amerika sebagai “jeneral perang paling hebat dalam perang gerilla dan selepas beliau, tidak wujud sebarang jeneral perang seperti beliau.",
"7. Alexander Suvorov ( 24 November 1730 – 18 May 1800) – Empayar Russia.",
"Salah satu daripada jeneral perang yang tidak pernah kalah dalam peperangan, Alexander Suvorov dicatatkan telah menang lebih daripada 60 buah pertempuran sepanjang hidupnya. Terkenal dengan bukunya yang bertajuk The Science of Victory. Kata-kata hikmah daripada beliau berbunyi seperti berikut:",
"– “Apa yang sukar dalam latihan akan menjadi mudah dalam pertempuran ”",
"– “Peluru adalah satu perkara yang gila; hanya bayonet yang tahu tentangnya.”",
"– “Binasalah diri dalam peperangan dan selamatkan kawan anda!”",
"8. The Duke Of Welinggton (1 May 1769 – 14 September 1852 Masihi) – British Empire",
"Pengasas kepada Empayar British yang hebat itu. Dan empayar ini kemudiannya menjadi empayar paling luas dalam dunia, mengatasi Empayar Mongol yang dibina oleh Genghis Khan. Dilabelkan salah seorang daripada jeneral perang yang terhebat dalam taktikal bertahan.",
"Mengalahkan Perancis, Moghul Sepanyol, dan banyak kuasa besar dunia dan langsung tidak pernah tewas dalam sebarang peperangan dan pertempuran pun. Berjaya membebaskan Iberia dan Portugis daripada Empayar Perancis yang dipimpin oleh Napoleon serta berjaya mengalahkan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo.",
"Pertempuran Assaye di India ialah pertempuran pertama beliau apabila berjaya mengalahkan lebih 50 000 orang tentera Maratha yang mempunyai lebih 100 meriam. Ketika itu, askar di bawah pimpinannya sekadar berjumlah 10 000 orang dan mempunyai 17 meriam sahaja.",
"9. George Washington (1732–1799 Masihi) – Amerika Syarikat",
"Beliau merupakan presiden Amerika yang pertama. Antara jeneral perang yang tidak pernah tewas dalam peperangan. Di mana ketika itu, Revolusi Amerika, George Washington telah berjaya memenangi peperangan ke atas British yang merupakan kuasa dunia yang terkuat ketika itu. Tanpa George Washington, Amerika Syarikat tidak mungkin akan wujud pada hari ini. Revolusi Amerika berlaku selama 7 tahun, 11 bulan 3 minggu and 2 hari).",
"10. Horatio Nelson (29 September 1758 – 21 October 1805) – Empayar British",
"Nelson ialah watak utama di sebalik penaklukan dan perluasan kuasa Empayar British sehingga menjadi salah satu daripada empayar terhebat dalam sejarah. Dinobatkan sebagai laksamana terhebat British dalam sejarah. Antara pertempuran terhebat yang dihadapi oleh Horatio ialah dalam Pertempuran Trafalgar di mana kuasa maritim terhebat pada waktu itu iaitu Empayar Perancis dan Sepanyol dikalahkannya. Ketika itu, 33 kapal British terpaksa berhadapan dengan 41 buah kapal dari kedua-dua pihak ini. Malangnya ketika Pertempuran Trafalgar ini, Horatio telah terbunuh.",
"11. Sultan Muhammad Al-Fateh (1432 -1481 Masihi) Turki Uthmaniyah.",
"Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:",
"“…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)",
"Menjadi raja yang dimaksudkan dalam hadis nabi apabila berjaya menawan Kota Konstatinapole ketika hanya berusia 21 tahun sahaja! Taktikal baginda masih diingati sehingga hari ini apabila membawa 70 Kapal merentas daratan.",
"12. Julius Caesar (100 -44 SM) – Empayar Rom",
"Maharaja Rom ini merupakan antara jeneral perang Rom terhebat yang pernah dilihat dalam sejarah. Rom ketika di bawah pemerintahan beliau berjaya menawan 1/3 eropah. Perancis, Belgium, England, Belanda dan England hari ini semuanya berada di bawah pemerintahannya. Selepas berjaya selamat dalam perang saudara di Rom, Julius Caesar telah memulakan kempen menakluk seluruh eropah.",
"Dan antara kejayaan dalam sepanjangnya meneruskan kempen itu adalah berjaya membunuh lebih daripada 500 000 orang tentera Gaul. Pertempuran Alissia adalah kejayaan terhebatnya apabila dengan hanya 60 000 orang askar Roman, dia berjaya mengalahkan 330 000 orang tentera Gaul.",
"13. Aurangzeb (31 July 1658 – 3 March 1707) Empayar Mughal",
"Baginda merupakan antara maharaja teragung dalam sejarah India yang berjaya membina sebuah empayar yang sangat luas. Pada zaman pemerintahan bagindalah hampir seluruh India tunduk di kaki Mughal. Yang paling mengagumkan mengenai baginda ialah keutuhan baginda membersihkan semula empayar Mughal daripada amalan pluralisme yang diamalkan oleh maharaja-maharaja sebelum baginda. Namun sayang, selepas kemangkatan baginda, zaman kejatuhan Mughal pun bermula dek kerana pewaris takhtanya yang tidak sehebat baginda.",
"14. Shi Huang Ti (7 May 247 – 220 SM), Dinasti Qin",
"China sejak ribuan tahun sebelum pemerintahan Shi Huang Ti terdiri daripada kerajaan-kerajaan kecil yang saling berperang antara satu sama lain. Namun, bangsa yang sering bertelagah ini akhirnya disatukan dibawah pemerintahan seorang maharaja kukubesi yang telah menamatkan perang saudara yang berlangsung selama ribuan tahun. Bukan itu sahaja, baginda juga tellah membina tembok besar yang terawal dalam sejarah China, membina terusan purba yang antara paling panjang dalam sejarah, juga tidak ketinggalan membina sebuah makam yang dikenali dunia sebagai Makam Terracotta.",
"15. Napoleon Bonaprate (15 August 1769 – 5 May 1821) – Empayar Perancis",
"Bila bercakap mengenai jeneral perang terhebat dalam sejarah, agak sukar untuk meletakkan nama beliau ke tepi kerana Napoleon ialah seorang jeneral perang yang hebat. Sepanjang kariernya sebagai jeneral perang, Napoleon telah memenangi hampir kesemua pertempuran yang disertainya sebelum akhirnya tewas pada 1815. Empayar Perancis berada di zaman kemuncak pada tahun 1811, merentang dari Sepanyol sehingga ke barat Russia.",
"Ketika zamannya memimpin Perancis dalam Perang Napleon, dia berjaya menawan hampir seluruh eropah, namun tidak bernasib baik apabila seluruh eropah sendiri menjadi musuhnya. Seorang pemimpin dan jeneral perang yang hanya boleh ditundukkan apabila semua kuasa dunia ketika itu bergabung. Yang paling penting, Napoleon cukup meminati junjungan besar Rasulullah S.A.W.",
"16. Han Xin (Mati Pada Tahun 196 Masihi) – Dinasti Han",
"Salah satu daripada Empayar Terhebat China Purba tidak akan wujud kalau tidak kerana sumbangan jeneral perang yang boleh dinobatkan antara yang terlicik dan terbijak dalam sejarah China dan dunia. Berjaya menewaskan panglima perang China yang dipanggil sebagai panglima perang terhebat dalam sejarah China menggunakan kebijaksanaan akal.",
"Antara pertempuran yang diingati melibatkan Han Xin ialah di mana beliau telah memerintahkan askar-askar Han untuk kononnya membina jalan yang sudah runtuh sementara beliau mengerahkan askar Han yang lain melalui jalan dan laluan rahsia menentang negeri berhampiran dengan Han.",
"3 Raja yang memerintah negeri itu tidak langsung memasang syak wasangka pada negeri Han di bawah Liu Bang ketika itu. Mereka menyangka bahawa askar Han sedang sibuk membina jalan yang telah runtuh dari negeri tempat Liu Bang memerintah.",
"Askar Han kemudian muncul menyerang mereka yang langsung tidak bersedia. Akhirnya, berkat kebijaksanaan akal Han Xin dalam Pertempuran Gaixia, Xiangyu berjaya dikalahkan dan Dinasti Han berjaya ditubuhkan dengan Liu Bang sebagai maharajanya. Kalau tidak kerana Han Xin, mungkin Dinasti Han tidak akan pernah wujud dalam sejarah China.",
"17. Joseph Stalin (1878 – 1953 Masihi) – Kesatuan Republik-Republik Sosialis Soviet",
"Mustahil untuk berbincang tentang Kesatuan Soviet tanpa memasukkan Joseph Stalin dalam perbicaraan. Beliau berjaya menerajui ekonomi Soviet daripada pemanduan pertanian kearah kegemilangan perindustrian, sebuah usaha panjang yang diteruskan penggantinya. Namun, usaha ini tergendala dan terjejas buat seketika.",
"Selepas menguasai Poland, Adolf Hitler telah mengkhianati perjanjiannya bersama Kesatuan Soviet tentang pengelakan peperangan. Jerman melaksanakan peperangan keatas Kesatuan Soviet dengan penuh keefektifan, menyekat Leningrad (kini Saint Petersburg) selama dua tahun yang mengakibatkan kematian lebih daripada sejuta rakyat dan juga menghampiri Moscow dalam lingkungan beberapa kilometer sahaja.",
"Tetapi Joseph Stalin berjaya merancakkan serangan balas Tentera Merah, menolak kemaraan Jerman keluar dari Rusia, memecahkan kesatuan Jerman di Seelow dan akhirnya menawan Berlin, sebuah perjuangan yang meragut 25 juta nyawa.",
"18. Ramses II (1303 -1213 SM) – Mesir Purba",
"Mesir Purba berada di zaman kemuncak kegemilangan pada pemerintahan Ramses II sehinggakan firaun yang menaiki takhta selepasnya menamakan Ramses II sebagai nenek moyang yang hebat atau “The Great Ancestor.”",
"Antara kejayaan Ramses II dalam sepanjang pemerintahannya ialah mengembalikan kembali Mesir yang gemilang. Segala ancaman seperti lanun yang berleluasa di perairan Mesir berjaya dihapuskan, menundukkan musuh seperti Empayar Hiiti yang berada di utara Mesir, dalam wilayah Turki dan Greece pada hari ini, dan meluaskan empayar Mesir sehingga memasuki Tanah Kanaan, iaitu Palestine hari ini. Sumbangan Ramses II dalam bidang ketentaraan Mesir juga adalah berjaya menumpaskan Libya dalam peperangan, yang berjiran dengan Mesir Purba.",
"Bukan itu sahaja, sepanjang pemerintahan Ramses II ini juga, didapati bahawa Ramses II melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemerintah Mesir sebelum baginda. Dari delta Sungai Nil sehinggalah ke Nubia hari ini, terdapat banyak binaan-binaan hebat yang dipahat atas nama Ramsess II. Merupakan calon firaun dalam Al-Quran.",
"19. Cyrus The Great (576-530 SM) Empayar Parsi.",
"Antara calon Zulkarnain dalam Al-Quran menurut para ulama selain daripada Alexander The Great. Seorang jeneral perang yang berjaya menundukkan tiga buah empayar terhebat di zamannya! Walaupun beliau telah berjaya menundukkan ratusan negara kota, belasan negara dan 3 empayar, namun dia bukanlah seorang tirani yang kejam sebaliknya dia membenarkan segala amalan dan adat agama yang pernah diamalkan sebelum ini diteruskan.",
"20. Peter The Great (1672-1725 Masihi) – Empayar Russia",
"Negara Russia yang luas hari ini harus berterima kasih kepadanya kerana Peter telah berjaya meluaskan Russia kepada sebuah empayar dan menjadi kuasa besar eropah ketika itu. Selain berjaya dalam bidang ketenteraan, Peter juga berjaya memimbing Russia kepada sebuah revolusi di mana segala amalan lama zaman pertengahan digantikan dengan amalan baru yang lebih membawa kepada kemajuan!",
"21. David IV of Georgia (1073 – 24 January 1125 Masihi) – Dinasti Bagrationi, Georgia",
"Raja yang terkenal kerana berjaya memenangi pertempuran yang dinobatkan sebagai antara keajaiban hebat dalam sejaran. Pertempuran Didgori menyaksikan bagaimana hanya 55, 600 orang askar Georgia berjaya menang ke atas lebih 600 000 orang askar Seljuk. Apa yang menariknya dalam pertempuran ini, di mana hampir 70 peratus seluruh askar Seljuk dihabiskan oleh askar Georgia di bawah pimpinan David IV.",
"22. Hannibal (247 – 183 SM) – Carthage",
"Antara jeneral perang terhebat dalam sejarah dunia. Menyaksikan bagaimana Rom hampir diperbudak-budakkan oleh kebijaksanaan beliau dalam peperangan dan hampir kalah dalam peperangan kalau tidak kerana kebijaksanaan seorang jeneral perang mereka.",
"Hannibal terkenal kerana telah membawa askar dengan cara yang langsung tidak dapat dibayangkan ketika itu. Dia telah memilih laluan maut untuk membawa askarnya yang berjumlah 90,000 askar pejalan kaki, 12,000 tentera berkuda dan 37 gajah perang melintasi Pergunungan Alps.",
"23. Maharaja Dharanindra (775 – 800 Masihi). Dinasti Sailendra",
"Dipercayai bahawa Dinasti Sailendra berada di kemuncaknya ketika di bawah pemerintahan baginda walaupun baginda tidak memerintah dengan lama. Tarumanegara, dan Sunda di Pulau Jawa, Po-Ni di Borneo beserta Kedah Tua dan Chaiya di Semenanjung Tanah Melayu, Champa serta Empayar Chenla di Indo-China ditundukkan oleh baginda.",
"Bahkan Candi Borubudur, monumen Buddha yang terhebat itu dimulakan pembinaannya oleh baginda. Tidak hairanlah baginda terkenal dengan jolokan Wairiwarawiramardana atau bermaksud “penunduk para musuh.”",
"24. Maharaja Asoka (273-232 SM) – Empayar Maurya",
"Asoka juga dikenali sebagai Ashoka dan Asoka Agung, ialah maharaja dari Dinasti Maurya di India yang memerintah hampir seluruh subbenua India. Salah satu maharaja India yang teragung, baginda memerintah hampir seluruh wilayah India kini selepas sebilangan kejayaan ketenteraan.",
"Empayarnya terbentang dari Pakistan kini dan Afghanistan di barat sehingga Assam di timur, dan Kerala utara serta Andhra di selatan. Asoka juga menewaskan kerajaan Kalinga yang tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana satu maharaja dinastinya, mulai dari zaman Chandragupta Maurya.",
"25. Laksamana Yi Sun-sin ( 1545 – 1598) – Dinasti Joseon Korea",
"Seorang laksamana perang yang telah berjaya memimpin armada perang laut Korea menentang Invasi Jepun ke atas tanah Korea. Dalam Pertempuran Myeongnyang, Laksamana Yi Sun-sin yang hanya berbekalkan 12 buah panokseon, iaitu sebuah kapal perang Korea. Manakala Jepun pula hadir dengan 133 buah kapal, itupun berserta dengan 200 kapal logistik. Sepanjang hidupnya, dia telah berjaya memenangi lebih daripada 23 pertempuran laut!",
"26. Salahudin Al-Ayubi (1137/1138 – 1193 Masihi) – Dinasti Ayyubi",
"Berjaya menawan Palestine dan Baitulmaqdis daripada tangan tentera Salib. Membuatkan King Richard dan King Guy kelihatan seperti budak yang baru belajar peperangan. Dalam Pertempuran Hittin menyaksikan kehebatan Salahuddin Al-Ayyubi sebagai salah seorang jeneral perang hebat dalam sejarah Islam.",
"27. Tariq Bin Ziyad (670- 720 Masihi) – Dinasti Umaiiyah",
"Beliau ialah orang yang memimpin 7000 orang askar menakluk Sepanyol. Ketika memasuki wilayah Sepanyol, beliau harus berdepan dengan lebih daripada 25 000 orang tentera Visigoth. Masih mekar sebuah lagenda yang mengatakan bahawa Tariq telah membakar seluruh kapal tentera Muslim yang membawa mereka melintasi laut untuk sampai ke Sepanyol. Maka kata Tariq, di hadapan kalian ialah syahid di belakang ialah laut, maka pilihlah antara dua. Kejayaan Tariq ini membuka kepada penguasaan Islam di Sepanyol selama ratusan tahun.",
"28. Eulji Mundeok (Abad Ke-6 – 629 Masihi) – Dinasti Goguryeo, Korea",
"Menjadi duri dalam daging kepada Dinasti Sui yang cuba menyerang Korea di bawah pemerintahan Kerajaan Goguryeo. Dalam pertempuran di Sungai Salsu, di mana dia terlah berjaya membawa askar Korea yang hanya berjumlah 10 000 orang menang pertempuran ke atas Dinasti Sui yang berjumlah lebih daripada 300 000 orang dengan hanya menggunakan sebuah empangan.",
"Ketika Askar Sui mengharungi sebuah sungai Salsu, dia telah melepaskan air bah dari empangan itu sekaligus menyapu seluruh askar Dinasti Sui. Lebih daripada 90 peratus askar Sui dihabiskan oleh air bah itu.",
"29. Thutmose III (1481 – 1425 SM) Mesir Purba",
"Thutmose III telah menghancurkan pemberontak-pemberontak dalam kalangan Kadesh, Megiddo dan puak Mesopotamia. Sebelum menyerang Megiddo, ucapannya yang meletakkan dirinya sebagai raja dikasihi Dewa Ra’ telah menaikkan semangat tentera-tenteranya untuk ikuti jalan yang susah pada ketika nasihat jeneralnya untuk ikuti jalan yang mudah diabaikan.",
"Tetapi, Thutmose III tetap berjaya dalam ketiga-tiga operasi itu, termasuk kesemua 16 kempen ketenteraan yang dilaksanakannya di Palestin, Syria dan Nubia. Hampir 350 bandar ditawani Thutmose III. Mudah kata, Mesir Purba berdiri teguh sebagai kuasa besar dengan ketenteraan yang luar biasa.",
"30. Tran Hung Dao (1228-1300 Masihi) – Dai Viet",
"Tran Hung Dao ialah watak utama di sebalik kekalahan tiga kali Mongol di tangan Dai Viet. Ketika itu Mongol merupakan bala tentera terkuat yang pernah dunia lihat dan Mongol tewas di tangannya. Dinasti Yuan di bawah Kublai Khan dibantai teruk terutama dalam dua pertempuran utama melawan Tran Hung Dao iaitu pada 1285 dan 1287.",
"31. Scipio Africanus (236–183 Masihi) – Empayar Rom",
"Kalau tidak kerana beliau, pastinya kita tidak akan dapat menyaksikan bahawa hari ini, mungkin empayar yang menaungi seluruh Eropah adalah Empayar Chartage. Kemaraan Hannibal yang pada awalnya seperti tidak dapat dibendung akhirnya tewas juga di tangan jeneral perang ini.",
"Pertempuran Zuma adalah antara pertempuran yang memahat nama Scipio Africanus dalam sejarah. Di mana ketika itu, askar perang yang digunakan oleh Hannibal yang pada awalnya seperti tidak dapat dikalahkan akhirnya tewas pada bunyi bisings eperti hon yang dihasilkan oleh beliau untuk menakutkan gajah perang tersebut.",
"32. Miltiades (550 – 489 SM) Athens",
"Panglima perang daripada Athens ini diingati dunia dalam Pertempuran Marathon apabila berjaya mengekang invasi Parsi yang dipimpin oleh King Xerxes. Startegi beliau ketika Pertempuran Maratahon ini masih dipelajari sehingga hari ini.",
"33. Tun Perak (1456 – 1498 Masihi) Empayar Melayu Melaka",
"Siapa yang tidak kenal watak penting disebalik berkembangnya empayar Melayu Melaka. Individu yang bertanggungjawab mengekang kemaraan Siam di Batu Pahat dengan taktikal hebatnya yang menyuruh dipasangkan unggun api pada setiap pokok bakau pada waktu malam dengan menggambarkan seolah-olah seperti tentera Melaka memiliki ketumbukan tentera yang terlalu banyak. Itu belum lagi dikisahkan bagaimana kejayaan memimpin angkatan tentera Melaka menakluk Pahang dengan jayanya dari Siam dan bagaimana Tun Perak menjadi mastermind disebalik zaman kegemilangan Melaka.",
"Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka sekaligus menjadikan Melaka antara Empayar Maritim terkuat di Asia Tenggara.",
"34. Artemisia I of Caria (480 SM), Parsi ",
"Mungkin beliau ialah laksamana perempuan terhebat dalam sejarah. Mendahului zaman, ketika waktu para wanita ditindas, Artemisia bangkit menjadi salah seorang daripada jeneral perang yang hari ini patut kita kenang. Pertempuran Salamis yang menyaksikan kekalahan Parsi pada Greek menyaksikan kebijaksanaan wanita ini. Artemisia dipandang sebagai wanita besi yang hebat dan licik.Kononnya dia banyak mempengaruhi Xerxes dalam membuat keputusan."
] |
https://www.thepatriots.asia/michael-scot-ahli-sihir-purba-scotland/ | Michael Scot: “Ahli Sihir Purba” Scotland | [
"Bagi\nwarga Scotland, nama-nama seperti Robert the Bruce dan William Wallace menjadi\npujaan kerana berusaha memperjuang kedaulatan negara itu. Populariti dua nama\nitu sedikit sebanyak menenggelamkan nama seorang tokoh Scotland ini yang\ndikenali bukan saja sebagai ahli matematik abad ke-13 tetapi turut dituduh\nsebagai ahli sihir dan tukang tilik yang menyeleweng sehingga tersenarai dalam\nneraka keempat Dante Alighieri. Namanya ialah Michael Scot.",
"Bagi\nmasyarakat ketika itu, ramai melihatnya sebagai ahli sihir kerana berupaya\nmelakukan apa yang dianggap silap mata hari ini tanpa perlu mendedahkan rahsia\nilusinya. Tetapi di belakang tabir, Scot mempelajari pelbagai disiplin ilmu\ntermasuk sains, matematik, alkimia, metalurgi dan magnetisme selama tiga dekad.\nSelepas berkhidmat di Universiti Oxford, beliau mengembara ke Paris dan Bologna\ndi mana di sinilah Scot menubuhkan Universiti Naples dan Sekolah Perubatan\nSalerno. ",
"Pada tahun 1217, beliau menetap dan berkhidmat di Universiti Toledo, Sepanyol yang popular dengan sains ilmu ghaib. Di Paris, Scot diraikan kerana keupayaannya menyelesaikan masalah matematik yang sukar sehingga mendapat gelaran Michael Mathematicus. ",
"Tetapi selepas tiba di Toledo, beliau menjenamakan dirinya semula sebagai pakar alkimia Eropah yang terkenal. Semasa di Itali, antara anak murid Scot yang terkenal ialah Leonardo Fibonacci, penulis Liber Abaci (Book of the Abacus). Buku yang didedikasikan kepadanya ini turut mengandungi siri nombornya yang terkenal iaitu Urutan Fibonacci, formula penciptaan geometri dalam alam semulajadi.",
"Selepas\nmenguasai pelbagai bahasa seperti Bahasa Arab, Bahasa Latin, Bahasa Yunani dan\nBahasa Ibrani, Scot mula menterjemah pelbagai karya Aristotle, Ibnu Rusyd dan\nIbnu Sina dari Bahasa Arab ke Bahasa Latin. Malah, beliau juga menterjemah\nLiber astronomiae (Book of Astronomy) hasil karangan cendekiawan Islam\nAndalusia, Nuruddin al-Bitruji. Buku tersebut merupakan buku pertama yang\nmembincangkan sistem astronomi Aristotle. Hasil kerja Scot merupakan pemangkin\nkepada pengenalan karya Aristotle kepada dunia Barat.",
"Apabila\nbeliau mencecah usia 50 tahun, hasil kerjanya menarik perhatian ramai pihak\ntermasuk para pemerintah. Salah seorang yang berminat dengan hasil kerjanya\nialah pemerintah Sicily, Maharaja Frederick II. Istananya di Palermo ketika itu\nmenjadi tumpuan ramai cendekiawan bukan saja sebagai tempat menuntut ilmu dan\nbertukar pandangan tetapi juga tempat menunjukkan kemahiran masing-masing pada\nharga yang bersesuaian. Dan bila cendekiawan Scotland itu tiba di Palermo,\nbeliau bukannya memakai pakaian asal orang Sepanyol tetapi pakaian biasa\ncendekiawan Arab seperti jubah panjang dan topi berbucu seperti dipaparkan\ndalam lukisan Rudolf Ernst, An Arab Sage.",
"Selain dikenali sebagai seorang penterjemah, Scot juga merupakan seorang tabib yang hebat. Sepanjang berada di istana Frederick II, beliau telah mengubati pelbagai penyakit yang dihidapi oleh penghuni istana termasuk baginda. Bukan sekali Frederick III menguji kebijaksanaan cendekiawan Scotland itu. Pada satu ketika, Scot diminta mengukur jarak antara sebuah menara gereja dengan langit. ",
"Selepas mendedahkan ukurannya, baginda memintanya mengukur semula jarak menara gereja dengan langit. Tetapi kali ini, Frederick II mengarahkan ukuran asal menara itu dikurangkan sebelum pengukuran kali kedua dibuat. Namun, penipuan itu diketahui Scot dan memberi komen sama ada langit sengaja dijarakkan dari bumi atau menara gereja itu menjadi lebih kecil.",
"Tetapi keakraban Frederick II dengan Scot menyebabkan cendekiawan Scotland itu dicemburui ramai. Dan ini juga menyebabkan wujudnya tuduhan bahawa kedua-duanya merupakan pasangan kekasih. Akibatnya, pihak gereja di Vatican memutuskan hubungan dengan baginda sebanyak dua kali dan turut melabel Frederick II sebagai anti-gereja. ",
"Pihak gereja turut melabel Scot sebagai ahli sihir jahat yang melakukan pelbagai perkara menyeleweng termasuk melemaskan orang dalam keranda yang diisi dengan wain. Tetapi itu langsung tidak merenggangkan hubungan Frederick II-Scot sehinggakan beliau turut meramalkan masa, tempat dan cara kematian baginda. Frederick II mangkat pada tahun 1250 semasa berusia 55 tahun.",
"Scot juga merupakan pelopor sejenis disiplin ilmu dipanggil fisionomi, sejenis ilmu yang mengkaji personaliti dan perwatakan seseorang berdasarkan paras rupa dan perwatakan fizikal manusia. Sebelum Scot, fisionomi dibangunkan oleh seorang ilmuan Yunani bernama Zopyrus di Athens pada abad kelima Sebelum Masihi. Usaha fisionomi ini kemudiannya diteruskan oleh Aristotle pada abad keempat SM. ",
"Scot dikatakan diperkenalkan dengan fisionomi semasa menterjemah hasil kerja Aristotle di Toledo. Tertarik dengan idea-idea ini, Scot menulis pelbagai buku berkenaan bahasa badan, tingkah laku manusia dan dinamik sosial berdasarkan fisionomi. Selain fisionomi, beliau turut menulis buku-buku seperti Super auctorem spherae, De sole et luna (alkimia), De chiromantia (bacaan tapak tangan) dan Liber introductorius (“The Introductory Book”) (koleksi buku berkenaan ketuhanan atas permintaan Frederick II).",
"Selepas\nsekian lama mengembara di negara orang, Scot kembali ke tanah airnya. Pada satu\nketika, beliau pernah ditawarkan jawatan sebagai Archbishop sebanyak dua kali\niaitu di Cashel, Ireland pada tahun 1223 dan Canterbury empat tahun kemudian.\nTetapi Scot menolak tawaran pihak gereja dengan baik atas alasan beliau tidak\nboleh bertutur dan memahami Bahasa Ireland atau merasakan pengiktirafan pihak\ngereja terhadap kemampuannya tidak penting. ",
"Tidak diketahui tarikh sebenar kematiannya tetapi ramai sejarawan bersetuju Scot mati pada tahun 1232. Satu legenda mengatakan beliau meramalkan kematiannya berlaku bila kepalanya cedera parah selepas terkena seketul batu. Untuk mengelak perkara itu berlaku, Scot memakai ketayap yang diperbuat daripada besi. ",
"Tetapi apabila beliau memasuki sebuah gereja, Scot memilih menanggalkan ketayap yang dipakainya. Akibatnya, beliau mati selepas seketul batu menimpa kepalanya. Untuk beberapa abad seterusnya, ada yang mengatakan wujud hubungan kekeluargaan antara dirinya dengan sejarawan dan sasterawan Scotland terkenal, Sir Walter Scott tetapi tiada bukti kukuh yang dapat membuktikannya.",
"RUJUKAN:",
"Cowie, Ashley. (2017). Mathematical Genius or Mesmerizing Magician? The Psychomagic of Scotland’s Ancient Lost Wizard. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/mathematical-genius-or-mesmerizing-magician-psychomagic-scotlands-ancient-lost-021508"
] |
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-tanglung-dicipta-dalam-tamadun-china/ | Bagaimana Tanglung Dicipta Dalam Tamadun China? | [
"Setelah Dinasti Han tumbang pada kurun ke-2 masihi, China telah berpecah pada tiga buah kerajaan, iaitu Wei, Wu dan Shu. Kerajaan Shu merupakan warisan daripada Dinasti Han yang mahu mengembalikan semula kegemilangan Dinasti Han. Ketiga-tiga kerajaan ini berpe-rang antara satu sama lain untuk menyatukan semula Empayar China.",
"Pada tahun 228 masihi, Kerajaan Shu telah memulakan gerakan untuk menyerang Kerajaan Wei setelah kema-tian rajanya, Cao Pi. Pepe-rangan berlaku dalam tempoh masa yang panjang dan telah berlaku banyak pertempuran. Pada tahun 230 masihi, tentera yang dipimpin oleh Zhuge Liang telah dikepung di Pingyang.",
"Zhuge Liang mahu menyampaikan isyarat kepada mana-mana pasukan Shu supaya dapat membantu mereka keluar daripada kepungan tersebut. Lalu, beliau mencipta ‘Sky Lantern’ (Tanglung Terbang) untuk menyampaikan isyarat. Perkara itu memang menakjubkan para panglima tenteranya, kerana tidak pernah nampak tanglung diterbangkan.\n.\nSehingga beberapa kali, Zhuge Liang sering dianggap sebagai manusia yang mempunyai kuasa ghaib. Ketika pepe-rangan di Chibi, Zhuge Liang pernah menggunakan angin untuk menewaskan musuh yang berganda-ganda lebih ramai daripadanya. Ramai menyangka beliau mengawal angin, sedangkan ini semua adalah kerana pemahaman beliau ke atas ilmu sains. Begitulah juga halnya dalam kes tanglung terbang tadi.",
"Prinsip tanglung terbang ini adalah peningkatan suhu udara yang terdapat dalam tanglung itu menyebabkannya kurang tumpat berbanding ketumpatan udara sekeliling. Tanglung itu terapung kerana terdapat daya apung yang pernah diketengahkan oleh Archimedes. Archimedes menyatakan, objek yang ditenggelamkan ke dalam bendalir (air dan udara) akan mengalami daya apung sama dengan berat bendalir yang menggantikan objek tersebut.",
"Setelah tanglung itu diterbangkan, pasukan bantuan yang diketuai oleh Zhao Yun dan Li Yan datang membantu. Prinsip yang diasaskan oleh Zhuge Liang dalam penerbangan tanglung ini menjadi asas pada pembinaan belon terbang yang bermula pada kurun ke-18 masihi.",
"Zhuge Liang tidak dikenali sebagai seorang saintis tetapi sebagai ahli strategi pe-rang dan ahli politik. Karyanya juga lebih banyak menjurus pada ilmu pep-erangan. Setakat ini pun,aku tak jumpa lagi karyanya dalam bidang sains."
] |
https://www.thepatriots.asia/kenapa-orang-cina-bakar-mercun-masa-tahun-baru-cina/ | Kenapa Orang Cina Bakar Mercun Masa Tahun Baru Cina? | [
"Sempena sambutan Tahun Baru Cina, saya sampaikan kisah lagenda dari China yang kemudian menjadi asal-usul sambutan tahun baru mereka, iaitu kisah raksasa malapetaka bernama Nian.",
"Nian atau nián shòu (年獸) ialah raksasa yang tinggal di dalam lautan atau gunung-ganang. Maksud Nian sendiri ialah ‘tahun’ atau ‘tahun baru’. Menurut sumber bertulis terawal, kisah Nian telah dicatatkan pada awal abad ke-20 Masihi. Masih tidak jelas lagi sama ada raksasa Nian adalah sebahagian dari dunia mitologi China atau kisah dogeng masyarakat awal abad ke-20 Masihi.",
"Setiap kali apabila sambut tahun baru oleh warga China, Nian akan muncul dari tempat persembunyian untuk memakan manusia dan haiwan. Biasanya raksasa ini menyerang pada musim sejuk di mana sumber makanan sangat sukar diperoleh. Maka, Nian menyerang kampung-kampung berdekatan, memakan stok makanan serta memakan manusia terutamanya kanan-kanak.",
"Terdapat beberapa sumber berkenaan rupa bentuk raksasa Nian ini. Sesetengah sumber menyatakan Nian mempunyai rupa singa dan berbadan seperti anjing. Saiz Nian dikatakan melebihi saiz gajah dan mempunyai gigi yang tajam.",
"Nian juga mempunyai kelemahannya iaitu sensitif kepada bunyi bising, takut akan api dan warna merah. Sesetengah kisah lagenda tempatan menyatakan terdapat perkaitan antara tarian singa dengan raksasa Nian ini.",
"Untuk menghalau Nian dari mengganas, penduduk kampung memasang tanglung merah dan mengikat kain merah pada tingkap dan pintu. Mereka juga tinggalkan makanan di luar pintu sebagai ‘habuan’ kepada Nian untuk tidak memakan manusia.",
"Tambahan lagi, penduduk kampung membuat bising dengan membakar mercun dan mengetuk drum, pinggan, dan mangkuk. Dikatakan apabila Nian ketakutan, sami Taoisme bernama Hongjun Laozu menangkapnya dan dijadikan sebagai haiwan peliharaannya.",
"Jika merujuk kepada manuskrip-manuskrip yang mengaitkan kisah raksasa Nian ini. Tidak ada satu catatan pun tentang raksasa ini. Dalam kamus tertua China bernama Erya, nama karakter nian (年) direkodkan dan maksudnya ialah tahun sejak dinasti Zhou. Manakala rekod Shuowen Jiezi mencatatkan karakter nian bermaksud ‘bijiran yang dikupas) dengan gabungkan karakter ‘he’ (禾 ) dan ‘qian’ (千).",
"Ketakutan Nian terhadap bunyi dan letupan sebenarnya berkait dengan kisah makhluk berupa beruk di hutan bernama shanxiao (山魈) yang juga takutkan mercun, menurut manuskrip Shanhaijing yang merekodkan makhluk-makhluk mitos China.",
"Walau bagaimanapun, kisah raksasa Nian menjadi menjadi sebati dalam pengamalan budaya membakar mercun dan memakan pakaian merah semasa menyambut Tahun Baru Cina.",
"RUJUKAN:",
"Laban, Barbara. 8 February 2016. “Top 10 Chinese myths”. the Guardian.",
"Yuan, Haiwang (2006). The Magic Lotus Lantern and Other Tales from the Han Chinese. Westport, CT: Libraries Unlimited. p. 168."
] |
https://www.thepatriots.asia/kenapa-pelarian-korea-utara-kembali-semula-ke-negara-asa/ | Kenapa Pelarian Korea Utara Kembali Semula Ke Negara Asal | [
"Bagi masyarakat Korea Utara, Korea Selatan umpama syurga yang mampu berikan harapan baru kepada kehidupan mereka. Ditambah lagi dengan lambakan K-Drama yang ditonton secara haram oleh mereka makin menguatkan lagi keazaman untuk lari ke Korea Selatan.",
"Mungkin masyarakat Korea Utara beranggapan apa yang terhidang di dalam K-Drama adalah gambaran tepat Korea Selatan. Mereka juga tahu selepas sahaja Perang Korea tamat, Korea Selatan telah menjadi antara negara termaju dan terkaya di dunia. Sementara itu, negara mereka boleh dikatakan terlalu miskin dan sangat terasing daripada dunia luar. ",
"Jadi senang cerita, K-Drama dan kemajuan Korea Selatan menjadi sebab terbesar masyarakat Korea Utara ingin melarikan diri. Namun apa yang peliknya, terdapat segelintir pelarian Korea Utara yang sudah menetap di Korea Selatan secara tiba-tiba telah kembali ke negara asal. Perkara ini membuatkan pemerintah Korea Selatan merasa bingung kerana pelarian Korea Utara telah dibantu dari aspek kewangan dan tempat tinggal.",
"Sebenarnya apa yang diharapkan oleh masyarakat Korea Utara ketika melarikan diri ke Korea Selatan meleset daripada jangkaan mereka. Sampai sahaja di Korea Selatan, mereka perlu mencari pekerjaan dengan cepat kerana kos sara hidup begitu tinggi. Buktinya, Kang Na-ra iaitu selebriti Youtube menyatakan ibunya terpaksa bekerja lebih masa semata-mata mahu menanggung kehidupan mereka ketika sampai di Korea Selatan pada tahun 2014. Kang Na-ra sendiri tidak menyangka bahawa keindahan Korea Selatan melalui K-Drama hanya ilusi semata-mata.",
"Terdapat juga pelarian Korea Utara yang mengatakan bahawa mereka terkena kejutan budaya ketika mula-mula sampai di Korea Selatan. Bukan itu sahaja, pelarian Korea Utara sangat sukar untuk mendapatkan pekerjaan ekoran persaingan yang begitu sengit. Kalau dapat pun, hanya kerja-kerja picisan sahaja.",
"Malah kawan pun tak ada kerana loghat Korea Utara yang sangat pekat dan sukar difahami oleh orang Korea Selatan. Jadi impian untuk miliki rakan persis Song Joong-ki dan Han Hyo-joo hanyalah khayalan semata.",
"Dengan kerja pun mungkin sekadar pengutip sampah, tak ada siapa nak kawan dan dianggap sebagai musuh oleh jiran-jiran ketika Korea Utara menguji peluru berpandu, membuatkan ada pelarian Korea Utara ingin menamatkan riwayat sendiri. Bayangkan di Korea Utara sengsara dan di Korea Selatan turut sengsara, tiada beza dan lebih baik pergi sahaja ke alam sebalik mata.",
"Itu sajakah yang menjadi sebab pelarian Korea Utara ingin kembali semula ke negara asal?",
"Ada lagi iaitu sebab terpencil seperti kerinduan terhadap keluarga. Terdapat beberapa kes secara tidak sengaja, rakyat Korea Utara telah pergi ke Korea Selatan tanpa sebab munasabah. Tindakan itu telah membuatkan mereka terputus hubungan dengan keluarga kerana Korea Selatan melarang sebarang interaksi dengan Korea Utara. Cara terbaik untuk mereka kembali bertemu dengan keluarga hanyalah dengan kembali ke Korea Utara.",
"Sebagai respon kepada kegagalan pemerintah Korea Selatan melindungi pelarian Korea Utara, terdapat beberapa K-Drama secara sinis menyindir pihak pemerintah. Watak Kang Sae-byeok melalui Squid Game memaparkan betapa sengsaranya kehidupan pelarian Korea Utara di Korea Selatan.",
"Kesimpulannya, hidup di kedua-dua negara di semenanjung Korea itu sama sahaja tahap kesukarannya. Apa yang beza adalah di Korea Selatan, anda miliki sedikit kebebasan untuk bergerak berbanding Korea Utara.",
"RUJUKAN:",
"Seo Yoon-jung & Hollingsworth, J. (2022, Febuari 19). Why some North Korean defectors return to one of the world’s most repressive regimes. CNN. Dipetik daripada https://edition.cnn.com/2022/02/18/asia/north-korea-defectors-return-intl-hnk-dst/index.html"
] |
https://www.thepatriots.asia/pembasmi-virus-covid-19/ | Pembasmi Virus Covid-19 | [
"Saya faham anda semua paranoid selepas dengar pelbagai jenis khabar angin. Virus bertahan lama di udara dan bertahan lama diatas sesuatu permukaan, semua khabar angin ni juga saya terima melalui sosial media. Ada yang kata 8 jam, ada yang kata 16 jam, pelbagai teori.",
"Setelah meneliti beberapa dokumen yang dikeluarkan Center of Disease Control & Prevention (CDC), WHO dan portal berita, saya ringkas dalam artikel ni bagaimana melakukan pembasmian kuman dirumah sebagai langkah berjaga-jaga.",
"Menggunakan sabun",
"Sabun ialah benda paling mudah kita dapati untuk melakukan pembersihan memandangkan rumah kita sentiasa mempunyai sabun. Bancuh sabun dengan air kemudian sembur menggunakan penyembur pada permukaan yang ada.",
"Sabun telah terbukti dalam banyak kajian boleh membunuh kuman dan bakteria. Mencuci tangan selama 15 saat boleh membunuh 90% kuman dan bakteria pada tangan anda (Hardvard, 2007).",
"Menggunakan Peluntur",
"Selain daripada sabun, peluntur juga boleh digunakan. Nisbah bancuhan yang dicadangkan oleh CDC ialah 1/3 sudu/tudung dengan lebih kurang 3.8 liter air (dalam portal CDC 1gelen).",
"Kalau dekat rumah ada penyembur saiz satu liter tu, campur dengan satu sudu teh sudah. Berhati-hati semasa menggunakan peluntur, sifat peluntur boleh menyebabkan kakisan pada kulit dan berbahaya sekiranya masuk ke dalam mata.",
"Menggunakan alkohol",
"Cecair ini ialah cecair sama yang anda guna sebagai hand sanitizer. Kalau ada lebihan, masukkan dalam penyembur dan sembur disekeliling rumah. Dekat farmasi juga ada dijual alkohol wipes, tisu basah yang mengandungi kandungan alkohol. Anda boleh lap pada tempat berkenaan untuk membunuh kuman dan bakteria.",
"Pastikan anda menggunakan sarung tangan semasa memegang alkohol wipes kerana pendedahan alkohol kepada kulit dalam kuantiti yang banyak ialah berbahaya. Bukan sebab boleh terbakar seperti video yang tular, tapi sifat alkohol yang boleh menyebabkan rengsaan dan kakisan pada kulit. Alkohol belum kering memanglah terbakar, bila dah kering dan meresap ke kulit tak lagi mudah terbakar.",
"Menggunakan Antiseptic",
"Jenama paling banyak di farmasi ialah Dettol. Sama seperti peluntur, nisbah bancuhan cecair dettol ialah 1 tudung untuk 400ml air. Cecair antiseptic ialah cecair yang digunakan untuk mencuci luka supaya bakteria dan kuman tidak masuk kedalam tubuh akibat luka terbuka.",
"Atas tadi semuanya saya tulis menggunakan kaedah semburan. Untuk memudahkan kerja, boleh gunakan kain untuk mengelap bahagian permukaan yang disembur untuk cepat kering. Tapi pastikan kain itu bersih dan cuci kain itu setiap kali anda lap suatu permukaan. Jangan ulang guna kain sama tanpa dicuci. Takut daripada anda mahu membasmi kuman, anda menyebarkan kuman itu ke tempat lain pula.",
"Pastikan semburan dalam nisbah paling halus supaya cecair itu cepat kering. Awas, sembur menggunakan penyembur, bukan simbah guna baldi. Rosak perabot rumah kalau disimbah guna baldi.",
"CDC mengesyorkan supaya kita melakukan pembasmian kuman pada bahagian rumah yang kerap disentuh setiap hari. Contohnya tombol pintu, meja makan, suis elektrik, telefon pintar dan papan kekunci, meja dan kepala paip.",
"Dalam satu dokumen yang dikeluarkan CDC, terdapat 257 bahan kimia terdapat dirumah boleh digunakan untuk melakukan pembasmian kuman.",
"Sebaiknya setiap kali kita pulang dari kerja atau keluar untuk beli keperluan, pakaian yang dipakai terus dicuci dan mandi. Khuatir berlaku penyebaran virus tanpa kita sedar.",
"RUJUKAN:"
] |
https://www.thepatriots.asia/apa-rancangan-pm-baru-israel-untuk-palestin/ | Apa Rancangan PM Baru Israel Untuk Palestin? | [
"Terlalu awal untuk memberi kesimpulan tentang karier politik Benjamin Netanyahu. Sejak 2019 lagi, populariti dia sudah menyusut begitu teruk.",
"Tidak cukup dengan itu, dia perlu menghadapi perbicaraan mahkamah atas beberapa tuduhan serius (Bob, 2020).",
"Walau bagaimanapun masa masih berpihak pada Netanyahu. Kerana dia masih ada mandat kepimpinan Likud selepas menewaskan Gideon Sa’ar pada 26 Disember 2019 dalam pemilihan parti.",
"Ironinya selepas kalah, Sa’ar keluar menubuhkan parti New Hope yang berjaya menggulingkan kerajaan Netanyahu.",
"Kejatuhan kerajaan Netanyahu memang boleh nampak. Israel telah mengadakan banyak pilihan raya bagi menentukan kuasa kerajaan. Netanyahu tidak berjaya menambahkan jumlah sokongan.",
"Cuma yang tidak sangka, Netanyahu kalah pada tangan seorang bekas pelakon bernama Yair Lapid. Sejak tahun 2012 lagi, Lapid telah berjinak-jinak dalam arena politik dengan parti Yesh Atid.",
"Dia mendapat tampuk Kementerian Kewangan dibawah Netanyahu pada tahun 2013 tetapi dipecat sembilan bulan seterusnya. Lapid gagal mengalahkan Netanyahu dalam pilihan raya seterusnya.",
"Namun sebelum pilihan raya 2019, Yesh Atid bergabung dengan Israel Resilience (pimpinan Benny Gantz) dan Telem. Gabungan ini digelar Blue and White, yang berjaya menandingi Likud.",
"Keterampilan Gantz memang menyerlah. Tetapi dia kemudian menerima pinangan Netanyahu dan membentuk kerajaan perpaduan untuk menghadapi COVID-19. Keputusan Gantz menyebabkan Yesh Atid keluar.",
"Dalam pilihan raya seterusnya, Gantz mendapat undi lebih rendah. Dan Lapid pula menjadi bintang politik. Dia tidak terlalu banyak berkata, kelihatan seperti orang tidak serius pun ada.",
"Strategi ini membuahkan hasil. Kerana pemimpin-pemimpin politik lain menimba kontro.versi tidak kesudahan kerana sentiasa bercakap. Lapid mendapat mandat dan kemudian membentuk kerajaan bersama tujuh parti lain.",
"Walaupun menang, Lapid tidak menjadi Perdana Menteri Israel. Dia bersetuju untuk memberi laluan kepada Naftali Bennett terlebih dahulu.",
"Mengenali Akal Dan Jiwa Naftali Bennett",
"Yamina adalah sebuah inisiatif politik yang berfungsi sebagai parti sekular diasas Naftali Bennett dan Ayelet Shaked. Kedua-dua figura ini berkhidmat sangat lama dalam kerajaan Benjamin Netanyahu.",
"Apa yang berlaku memang mirip proses matrifagi dalam kehidupan serangga. Setelah sekian lama menjadi anak didik (Bennett dan Shaked), mereka bangkit memak.an ketua sendiri (Netanyahu).",
"Kestabilan kerajaan baru ini tertakluk pada ketersediaan masing-masing untuk bertolak ansur dan bekerjasama.",
"Namun Israel mempunyai sebuah populasi kecil yang sangat ketara dari segi perbezaan pendapat: haluan kanan, kiri dan tengah. Mereka takkan mampu bertolak ansur dalam isu Palestin, kerana takut haluan kanan terlalu marah sampai mempengaruhi survival parti.",
"Likud dan Yamina berhaluan kanan. Apabila Bennett enggan menyokong Netanyahu, ramai terlalu marah sampai mengµgµt bµnµh (TOI, 2021). Inilah realiti dalam politik Israel. Untuk mencadang solusi bersama Palestin sambil menjaga kerelevanan politik kepartian, dia merangka Inisiatif Kestabilan Israel (ISI) berdasarkan Rancangan Keamanan Bumi dan Rancangan Keamanan Elon (sempena Binyamin Elon).",
"Inisiatif Bennett bermula dengan satu azam jelas: “saya akan pastikan yang mereka (Palestin) takkan mendapat negara.” (Remnick, 2013). Namun Bennett tidak minta warga Palestin keluar. Sebaliknya, dia bercadang untuk mengilh.akan (anne.xation) Kawasan C dalam Israel.",
"Maksudnya setiap inci tanah dalam Kawasan Biru akan menjadi kedaulatan Israel. Manakala Semenanjung Gaza pula akan diserahkan kepada Mesir. Tinggal hanya Kawasan A dan Kawasan B sahaja.",
"Palestin akan mendapat kedua-dua kawasan ini… tetapi bukan sebagai negara. Sebaliknya, kedaulatan Palestin akan berfungsi sebagai “negara dalam negara”, bermakna keselamatannya akan dijaga Angkatan Pertahanan Israel dan Agensi Keselamatan Israel (Levinson, 2013).",
"Israel akan menyuntik pelaburan infrastruktur supaya rakyat Palestin boleh bergerak antara dua kawasan tanpa pemeriksaan.",
"Apakah ISI Akan Berlaku?",
"Jawapan yang paling mudah: bukan sekarang. Walaupun sebagai Perdana Menteri, kepimpinan Naftali Bennett tiada kuasa mutlak.",
"Dia hanya berkuasa dalam pentadbiran sahaja… kerana struktur diplomasi dan urusan luar negeri diuruskan Yair Lapid, yang sangat menyokong inisiatif dua negara. Untuk faham struktur politik ini, kena tengok balik semasa Ariel Sharon menjadi Perdana Menteri antara 2001 hingga 2006.",
"Sharon hanya berkuasa penuh hingga 2003 sahaja, kerana menghadapi tek.anan dalaman parti Likud. Solusi dia mudah. dia akan berkuasa dalam bab diplomasi dan keten.teraan.",
"Dia akan memberi kuasa pentadbiran (bagaikan seorang Perdana Menteri) kepada Menteri Kewangan. Mudah kata, dua Perdana Menteri dalam satu negara: Sharon jaga bahagiannya, Menteri Kewangan jaga bahagiannya. Dan siapa Menteri Kewangan pada masa itu? Benjamin Netanyahulah.",
"RUJUKAN:",
"Bob, Y.J. (2020, Mac 15). Was the delay of Netanyahu’s trial cynical or legal – analysis. The Jerusalem Post.",
"Levinson, C. (2013, Januari 17). Bennett’s West Bank plan ignores existence of about 100,000 Palestinians. Haaretz.",
"Remnick, D. (2013, Januari 21). The settlers move to annex the West Bank – and Israeli politics. The New Yorker.",
"TOI. (2021, Mei 3). Bennett to get boosted security, reportedly after receiving (ditapiskan) (ditapiskan)."
] |
https://www.thepatriots.asia/teori-domino-kemalangan/ | Teori Domino Kemalangan | [
"Dalam sebuah buku bertajuk Industrial Safety: Management & Technology, David A. Colling mendefinisikan kemalangan atau kecelakaan tempat kerja sebagai:",
"“Kejadian yang tidak terkawal atau tidak dirancang yang disebabkan oleh faktor manusia, situasi, atau persekitaran yang menyebabkan terganggunya proses kerja dengan atau tanpa berlakunya kecederaan, penyakat, kem*tian, atau kemusnahan ditempat kerja.”",
"Banyak kemalangan masa lalu disifatkan sebagai faktor alam atau kata lain sebagai takdir Tuhan dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada terjadinya kemalangan. Heinrich membuat penyelidikan berdasarkan rekod-rekod kemalangan dan menemui fakta bahawa hampir 90% daripada kemalanganyang berlaku ditempat kerja adalah berpunca daripada kelakuan pekerja yang tidak selamat.",
"Teori Domino Kemalangandalam bidang keselamatan pekerjaan telah diperkenal oleh seorang pakar penyelidikan bernama Herbert W. Heinrich. Beliau telah menerbitkan satu jurnal bertajuk Industrial Accident Prevention: A Scientific Approach pada tahun 1931.",
"Setiap blok domino mewakili aspek dalam kemalangan tempat kerja.",
"Jika satu blok jatuh, maka vlok ini akan menimpa blok-blok yang lain hingga kelima-limanya akan roboh bersama-sama.",
"Menurut Heinrich, kunci untuk mencegah kemalangan adalah dengan menghilangkan keadaan yang tidak selamat sebagai blok ketiga dari lima blok domino kemalangan. Beliau berpendapat bahawa hampir 90% dari semua kemalanganberpunca dari perlakuan tidak selamat pekerja seperti tidak berhati-hati, bergurau, dan tidak mengikut prosedur.",
"Henrich memberikan pendapat mengatakan di dalam pencegahan kemalangan, sasarannya adalah domino yang ditengah iaitu perlakuan tidak selamat individu atau bahaya mekanikal atau fizikal.",
"Saya bagi contoh ringkas untuk teori kemalangan:",
"“Helmi seorang yang panas baran, matanya sedikit rabun (blok pertama – Keadaan sosial/Keturunan). Dia bekerja sebagai seorang juruelektrik. Satu hari, dia masuk kerja dalam keadaan marah kerana dia tidak sempat sarapan nasi lemak sotong. Dia terus melakukan kerja pendawaian elektrik 4500V tanpa menutup suis utama (Blok kedua – kesilapan/kecuaian individu). Semasa bekerja, dia memegang wayar dengan tangan kosong tanpa memeriksa kehadiran arus elektrik menggunakan testpen/pengesan voltaj terlebih dahulu (blok ketiga – perbuatan tidak selamat). Helmi akhirnya rentung/cedera akibat kemalanganitu(Blok keempat dan terakhir).”",
"Blok pertama dan kedua sememangnya tidak boleh dielakkan. Faktor panas barannya menghilangkan rasional sehingga menyebabkan dia cuai dalam kerja. Tapi blok ketiga boleh dielakkan sekiranya dia mengikut prosedur yang betul iaitu memeriksaan arus voltaj terlebih dahulu sebelum dia melakukan kerja. Maka kemalangan dapat dielakkan.",
"Jika saya ubah keadaan tadi:",
"“Helmi memeriksa arus voltaj menggunakan pengesan voltaj sebelum melakukan kerja. Disebabkan dia rabun, dia tersalah pandang paparan skrin pada alat pengesan voltaj. Alat itu telah rosak dan tidak berfungsi. Dia langsung tidak pernah melakukan pemeriksaan terhadap peralatan itu, sudah 30 tahun dia menggunakannya( blok ketiga-keadaan tidak selamat).”",
"Helmi menerima nasib yang serupa seperti contoh diatas sana.",
"Mata yang rabun atau sikap panas b4ran/melulu seseorang pekerja adalah faktor sosial yang tidak boleh dielakkan. Blok kedua itu kesilapan atau kecuaian individu juga hampir tidak boleh dielakkan. Kita bukan tahu bila kita terlupa buat sesuatu, dah lepas baru tersedar.",
"Dalam contoh situasi diatas, jika Helmi mengikut prosedur sebelum melakukan kerja, membuat pemeriksaan rapi pada peralatan yang digunakan dalam kerja, kemalangan dapat dielakkan. Bila kemalangan tidak terjadi, kecederaan juga tiada.",
"Saya olah lagi satu keadaan kerja:",
"“Helmi mahu melakukan kerja pendawaian. Dia meletakkan tangganya dalam kolam renang (blok ketiga – Keadaan dan perlakuan bahaya). Wayar yang mempunyai 4500V itu jatuh dalam kolam renang kerana terkena tangan Helmi (blok kedua – kesilapan individu). Nak terjun dalam kolam, m*ti. Tunggulah sampai bomba datang tolong.”",
"Setiap kemalangan ditempat kerja boleh dielakkan sekiranya kita berhati-hati. Sepertimana yang dijelaskan dalam Teori Domino, kebanyakan kemalanganberpunca daripada perlakuan tidak selamat/keadaan tidak selamat.",
"Pastikan peralatan kerja dalam keadaan yang baik dan berfungsi sempurna. Pastikan kawasan kerja dalam keadaan yang selamat, tidak beris!ko atau berbahaya.",
"Bekerja secara tidak selamat ibarat berjudi. Nyawa anda taruhannya."
] |
https://www.thepatriots.asia/500-artifak-buddha-purba-ditemui-di-pakistan/ | 500 Artifak Buddha Purba Ditemui Di Pakistan | [
"Setiap kali penulis membaca cerita ini, ia ibarat ubat pahit yang perlu ditelan Taliban. Sikap terburu-buru mereka pada 2001 hampir menyebabkan banyak khazanah sejarah yang berusia ratusan tahun hilang ditelan zaman. Dan kini di Pakistan, wujud kebimbangan perkara sama bakal berulang di Taxila jika tiada sebarang tindakan konkrit oleh Islamabad untuk melindunginya.",
"Pada tahun 2015, dua buah patung Buddha lama dan unik ditemui di tapak Stupa Bhamala di Taxila, Pakistan. Salah satu daripadanya menunjukkan postur kema.ti.an Gautama Buddha dengan satu lagi patung Buddha yang dilengkapi dengan dua lingkaran cahaya (halo). Patung tersebut merupakan yang pertama kali seumpamanya ditemui di Stupa Bhamala.",
"Bagi Pengarah Jabatan Arkeologi Universiti Hazara ketika itu, Dr Abdul Samad, ini menunjukkan Stupa Bhamala merupakan antara beberapa tapak kuil di dunia yang diperuntukkan khas untuk Buddha. Patung yang berukuran 14 meter panjang itu merupakan patung terbesar yang pernah ditemui dari era Tamadun Gandhara. Patung yang diletakkan di atas platform berukuran 15 meter itu dibuat berdasarkan Mahaparinirvana. (Leafloor, 2015)",
"Beberapa tahun kemudian, lebih 500 artifak bersejarah ditemui di tapak stupa yang sama. Antara artifak yang ditemui ialah duit syiling tembaga, ukiran-ukiran stuko, artifak-artifak terracotta, paku-paku besi, tembikar dan kepala patung Buddha yang diperbuat daripada tanah liat. Pentarikhan karbon pada kepala patung Buddha yang ditemui mendapati ia dihasilkan pada abad ketiga Masihi.",
"Tetapi malangnya, kebanyakan artifak yang ditemui dalam keadaan rosak. Dr Abdul Samad percaya ini berlaku akibat kecurian artifak di kawasan tapak dan usaha ekskavasi secara haram di Stupa Bhamala. Di sebalik semua itu, ia turut mendedahkan kawasan stupa ini berkemungkinan lebih tua daripada apa yang disangka komuniti arkeologi. Sebelum ini, ia dianggarkan mula dibina antara abad kelima hingga kedua SM. (Leafloor, 2018)",
"Ini berdasarkan bentuk Stupa Bhamala yang unik yang kelihatan seperti piramid yang dibangunkan orang Aztec. Kurator Muzium Taxila, Abdul Nasir Khan percaya satu-satunya stupa yang dibangunkan sebegini rupa ialah di Kashmir.",
"Agama Buddha tersebar di wilayah yang membentuk Pakistan moden kira-kira 2,300 tahun atas arahan pemerintah Empayar Maurya, Asoka. Taxila atau nama lamanya Takashila pernah berperanan sebagai pusat penyebaran agama Buddha yang penting pada ketika itu. Disebabkan statusnya itu, terdapat banyak tinggalan arkeologi dari segi kesenian dan seni bina selepas ia diekskavasi oleh pengkaji-pengkaji arkeologi. (Iqbal, 2019)",
"Antara tapak yang menarik perhatian ialah Stupa Bhamala yang diekskavasi oleh dua ahli arkeologi, Sir Sufian Malik dan Sir John Marshall pada 1929 dan 1930. Selepas itu, usaha ekskavasi hanya disambung semula pada abad ke-21 menerusi penemuan dua buah patung Buddha lama yang dinyatakan di atas. Ia turut dicalonkan sebagai calon berpotensi untuk Tapak Warisan Dunia UNESCO.",
"Walaupun ia masih belum mendapat kelulusan UNESCO untuk pengiktirafan sedemikian, kerajaan Pakistan bernasib baik apabila pertubuhan itu menyenaraikan Taxila sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1980. Bagaimanapun, itu tidak menghalang pihak tidak bertanggungjawab daripada merosakkan artifak seperti apa yang berlaku di Bamiyan pada 2001 atau mengambil dan menjualnya di pasaran gelap.",
"Jadi, apa motif yang mendorong pihak-pihak ini berbuat demikian? Ramai sejarawan dan pengkaji percaya tindakan ini didorong oleh rasa malu bahawa wilayah Pakistan yang dihuni etnik Pashtun termasuk Taxila pernah menganut agama Buddha. Bagi mereka, itu sama sekali bertentangan dengan agama yang dianuti mereka hari ini iaitu Islam. Justeru, sebarang tinggalan sebegini perlu diha.pu.skan sebagai cara memisahkan agama Buddha dengan identiti etnik mereka.",
"Ahli politik tempatan dan aktivis berdarah Pashtun Afrasiab Khattak percaya perkara sebegini merupakan usaha berterusan untuk memisahkan orang Pashtun dengan sejarah mereka termasuk sejarah wilayah Pakistan. (Whelan, 2020) Oleh sebab itu, ramai pakar akademik bimbang sekiranya ekskavasi mendedahkan lebih banyak artifak berharga, ia bakal berdepan nasib sama seperti di Bamiyan.",
"Tetapi kisah Bamiyan menunjukkan perkara itu boleh berubah. Mungkin bagi generasi lama, ia tidak memberi sebarang erti kepada mereka. Tetapi bagi generasi hari ini yang mahu mengenali sejarah silam bangsa mereka, maka ia perlu dilindungi dan dipertahankan agar dapat memberi manfaat kepada generasi seterusnya. Dan itu diharap dapat direalisasikan di Taxila.",
"RUJUKAN",
"Iqbal, A. (2019, 3 Februari). ‘Discoveries at Bhamala stupa opened new chapter in history’. Dawn.",
"Leafloor, L. (2015, 21 Mac). Large, Rare Statue Portraying the De.a.th of Buddha Unearthed at Ancient Bahmala Stupa Site. Ancient-Origins.",
"Leafloor, L. (2018, 15 Jun). 500 ancient artifacts uncovered at the remarkable Bhamala Archaeological Complex in Pakistan. Ancient-Origins."
] |
https://www.thepatriots.asia/buaya-gergasi-yang-menguasai-daratan-pada-zaman-triassic/ | Buaya Gergasi Yang Menguasai Daratan Pada Zaman Triassic | [
"Jika anda takut buaya, anda pasti tidak akan mahu berada pada zaman terdahulu, malah sebelum zaman dinosaur pun, anda akan berdepan dengan haiwan seakan buaya tetapi bukan sahaja sebesar beruang, malah boleh berjalan tegak dan laju tidak seperti buaya serta hidup hanya di darat.",
"Tahukah anda suatu ketika dahulu, terdapat moyang kepada buaya pernah memerintah darat. Dan antara mereka merupakan pemangsa terunggul, raja zaman Triassic. Mereka bukanlah dinosaur tetapi merupakan kumpulan haiwan tersendiri, Pseudosuchia.",
"Hidup pada zaman Triassic 251.9 juta tahun dahulu ketika awal Mesozoic, kumpulan tersebut ini dinamakan saintis sebagai Pseudosuchia yang bermaksud “buaya palsu” dan hal ini kerana hanya mempunyai ciri-ciri seperti buaya tetapi hakikatnya bukanlah buaya.",
"Uniknya keluarga moyang buaya ini kerana tidak seperti buaya yang merangkak, kaki mereka berdiri tegak dan posturenya keadaan “pillar-erect”, menjadikan rupa serta pergerakan mirip kepada Dinosaur.",
"Malah ada juga spesis yang beradaptasi untuk berjalan hanya dua kaki seperti theropod dan burung. Kebanyakan mereka juga tidak berenang di air dan hanya berjalan di darat tidak seperti buaya, sememangnya buaya darat pernah hidup suatu zaman dahulu.",
"Ironinya pula Pseudosuchia dijadikan “branch-based taxon” atau dalam bahasa mudah, tunjang dahan dalam susur galur filogeni untuk mengumpulkan kesemua haiwan dari superclade archosaur yang lebih rapat kepada buaya daripada burung. Kelakarlah boleh kata ayam yang kita makan setiap hari adalah saudara kepada buaya.",
"Menariknya pula tidak semua merupakan pemangsa kerana ada juga yang hidup sebagai herbivor seperti kumpulan Aetosauria dan genus Revueltosaurus. Ini menunjukkan diversiti keluarga haiwan ini mendominasi alam Triassic dari karnivor pemangsa ke herbivor pemakan tumbuhan.",
"Salah satu herbivor tersebut adalah Aetosaur. Aetosaur mempunyai ciri seperti kebanyakan buaya seperti perisai osteoderm tetapi juga ada ciri yang tiada pada buaya seperti kepala kecil, muncung seperti khinzir serta gigi berbetuk pepahat. Ada teori berpendapat Aetosaur seperti Desmatosuchus menggali tanah untuk mencari tumbuhan-tumbuhan lembut.",
"Fosil-fosil Aetosaur banyak ditemui di Eropah, Amerika dan sebahagian Afrika dan India, menunjukkan taburan haiwan ini luas. Terdapat banyak spesis Aetosaurs, kebanyakannya kecil seperti Typothorax dan Stagonolespis yang bersaiz hanya 2 hingga 3 meter. Tetapi ada juga dari golongan Aetosaur yang besar seperti Desmatosuchus",
"Desmatosuchus merupakan salah satu Aetosaur, antara aetosaur yang terbesar dengan panjang 4.5 meter dan badannya berperisai dan berbentuk seperti tong. Bukan sahaja ianya kelihatan seperti buaya malah mempunyai tambahan dua scute besar yang berbentuk tajam tumbuh menghala kebelakang, unik kerana ciri tersebut tiada dalam Aetosaur lain seperti Typothorax.",
"Sama ada untuk perlindungan atau sebagai alat menarik perhatian pasangan masih dalam kajian. Desmatosuchus juga hidup berkumpulan berdasarkan banyak fosil yang ditemui dari Dockum Group di Texas. sepertimana kebanyakan haiwan herbivor sekarang. Bayangkan kalau anda lihat sekumpulan haiwan sebegini berkeliaran tengah-tengah malam di lebuh raya.",
"Ada juga herbivor seperti Revueltosaurus yang hidup di akhir zaman Triassic di Kawasan yang sekarang New Mexico dan Arizona. Saiznya kecil hanya mencecah 1 meter dan kelihatan lebih kepada biawak daripada buaya. Meskipun merupakan herbivor, rupanya tidak pula seperti Aetosaur serta giginya pula lebih mirip kepada gigi ornithiscian dinosaur.",
"Malah pada awal jumpanya fosil gigi tersebut, saintis beranggapan bahawa gigi tersebut berasal dari dinosaur dan hanya dengan penemuan tengkoraknya saintis mengetahui bahawa ianya milik specimen dari Pseudosuchia. Perbezaan ini meletakkan Revueltosaurus unik dan bukan dalam kumpulan Aetosauria. Boleh dikatakan Revueltosaurus memenuhi niche Iguana sekarang.",
"Kebanyakan kumpulan Pseudosuchia adalah karnivor dan merupakan pemangsa yang memburu haiwan-haiwan purba seperti dicynodonts serta dinosaur awal. Malah ada spesis yang merupakan pemangsa terunggul yang mendominasi rantaian makanan teratas sekali ketika zaman Triassic. Salah satu kumpulan Pseudosuchia ini adalah dari kumpulan Rauisuchidae.",
"Raiusuchian merupakan haiwan pemangsa dan ada antara mereka boleh mencecah hingga 6-meter atau lebih. Salah satu raiusuchian yang terkenal adalah Postosuchus. Postosuchus dinamakan sedemikian kerana spesimen haiwan tersebut mula dijumpai di Post, Texas membawa makna ”buaya dari Post”. Specimen dewasa mencapai ketinggian sekitar 1.2 meter serta 4m panjang) dari muncung kepala ke hujung ekor dan anggaran berat 250 hingga 300 kg . Ia mempunyai tengkorak yang dibina secara besar-besaran dengan gigi seperti keris dan bentuknya mirip kepada theropod seperti Tyrannosaurus rex.",
"Tidak boleh dinafikan bahawa Postosuchus merupakan salah satu pemangsa puncak kawasannya semasa Triassic, lebih besar daripada pemangsa dinosaur kecil pada zamannya (seperti Coelophysis). Mangsanya bukan sahaja dari haiwan yang besar seperti dicynodonts dan aetosaur malah memburu banyak makhluk lain yang lebih kecil daripada dirinya sendiri (seperti dinosaur awal). Unik dalam raisuchian ini ada juga golongan yang berjalan kaki dua, termasuk Postosuchus. Banyak bukti mengatakan kaki dan pinggul mempunyai ciri-ciri mirip seperti theropod, menjadikan Postosuchus haiwan yang sememangnya berjalan dua kaki atau “obligate biped”. Postosuchus menjadi terkenal setelah ianya antara watak haiwan yang pernah muncul dalam siri televisyen “Walking with Dinosaur”.",
"Postosuchus sememangnya haiwan pemangsa yang amat besar, tetapi ia bukan salah satu daripada pemangsa terbesar dalam kalangan moyang buaya yang pernah ditemui. Dari kumpulan Prestosuchidae pula, Saurosuchus dari Ischigualasto Formation di Lembangan Ischigualasto-Villa Unión di barat laut Argentina dan Prestosuchus dari Santa Maria Formation, Brazil merupakan antara pemangsa dalam Pseudosuchia.",
"Meskipun tiada spesimen besar lengkap ditemui, analisis dari serpihan tengkorak haiwan-haiwan tersebut mendapati haiwan tersebut berukuran antara yang antara spesimen besar beukuran dari 2.5 ke 7 meter panjang mampu mencecah melepasi saiz beruang, menjadikan mereka antara pemangsa darat terbesar di awal dan pertengahan zaman Triassic.",
"Malah terdapat juga Raisuchid Fasolasuchus yang dianggarkan saiznya berdasarkan analisis serpihan fosil tengkorak mencecah 8 hingga ke 10 meter panjang mengatasi prestosuchid serta menjadikannya pemangsa terbesar yang pernah hidup selain dari theropod. Malah anggaran saiznya mengalahkan beruang kutub yang merupakan karnivor terbesar yang masih hidup kini.",
"Sememangnya penemuan-penemuan sebegini menunjukkan bahawa di awal zaman kewujudan dinosaur malah sebelum itu lagi berates-ratus juta tahun dahulu, raksasa-raksasa lain sudah mendominasi alam Bumi. Sepertimana kepupusan Dinosaur membolehkan mamalia berkembang, pupusnya juga kebanyakan Pseudosuchia pada akhir zaman Triassic membawa kepada kebangkitan zaman Dinosaur pada era Mesozoic. Tentunya menarik melihat “buaya darat” sebegini jikalau ianya masih hidup di zaman sekarang bersama-sama dengan buaya air.",
"RUJUKAN:",
"Nesbitt, S.J. (2011). “The early evolution of archosaurs: relationships and the origin of major clades” (PDF). Bulletin of the American Museum of Natural History. 352: 1–292. doi:10.1206/352.1. hdl:2246/6112. S2CID 83493714",
"Parker, W. G., Irmis, R. B., Nesbitt, S. J., Martz, J. W., & Browne, L. S. (2005). The Late Triassic pseudosuchian Revueltosaurus callenderi and its implications for the diversity of early ornithischian dinosaurs. Proceedings. Biological sciences, 272(1566), 963–969. https://doi.org/10.1098/rspb.2004.3047",
"Parker W. G. (2016). Revised phylogenetic analysis of the Aetosauria (Archosauria: Pseudosuchia); assessing the effects of incongruent morphological character sets. PeerJ, 4, e1583. https://doi.org/10.7717/peerj.1583",
"Sulej, T. (2005). A new rauisuchian reptile (Diapsida: Archosauria) from the Late Triassic of Poland. Journal of Vertebrate Paleontology 25(1):78–86.",
"Chatterjee, Sankar (1985). “Postosuchus, a new Thecodontian reptile from the Triassic of Texas and the origin of Tyrannosaurs”. Philosophical Transactions of the Royal Society of London. Series B, Biological Sciences. 309 (1139): 395–460. doi:10.1098/rstb.1985.0092.",
"Weinbaum, J. C. (2013). “Postcranial skeleton of Postosuchus kirkpatricki (Archosauria: Paracrocodylomorpha), from the upper Triassic of the United States”. Geological Society, London, Special Publications. 379: 525–553. doi:10.1144/SP379.7. S2CID 129092753",
"Heckert, A.B.; Lucas, S.G.; Krzyzanowski, S.E. (2002). “The rauisuchian archosaur Saurosuchus from the Upper Triassic Chinle Group, Southwestern U.S.A., and its biochronological significance” (PDF). In Heckert, A.B.; Lucas, S.G. (eds.). Upper Triassic Stratigraphy and Paleontology. 21. New Mexico Museum of Natural History and Science Bulletin. pp. 241–247.",
"Desojo, Julia Brenda; Baczko, María Belén von; Rauhut, Oliver W. M. (2020-02-18). “Anatomy, taxonomy and phylogenetic relationships of Prestosuchus chiniquensis (Archosauria: Pseudosuchia) from the original collection of von Huene, Middle-Late Triassic of southern Brazil”. Palaeontologia Electronica. 23 (1): 1–55. doi:10.26879/1026. ISSN 1094-8074",
"Artikel dikirimkan oleh Narewa untuk The Patriots. "
] |
https://www.thepatriots.asia/kiyai-salleh-mimpi-ngeri-bintang-tiga/ | Kiyai Salleh – Mimpi Ngeri Bintang Tiga | [
"Selepas\nJepun menyerah kalah pada akhir Perang Dunia Kedua (WWII), keadaan ini\nmenyaksikan kewujudan vakum kuasa di Tanah Melayu yang menyaksikan pengganas\nkomunis keluar dari hutan dan memerintah negara selama 14 hari. Tindakan kejam K0mun!s\nseperti membunuh penduduk awam, merosakkan kemudahan awam dan membakar rumah\npenduduk menimbulkan kemarahan penduduk sekaligus mendorong kepada tindak\nbalas. Salah satu daripada figura yang melawan ancaman mereka ini ialah Kiai\nHaji Mohd Salleh Abdul Karim.",
"Kiai\nHaji Salleh dilahirkan pada tahun 1916 di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar.\nSemasa mudanya, beliau banyak menimba pengetahuan dengan beberapa orang guru\ntermasuk seorang guru di kampung isterinya iaitu Kayu Ara Pasong, Pontian.\nAntara guru beliau ialah Haji Hussein, Haji Alias dan Haji Adam Samsu di\nKampung Raja, Pagoh dan Haji Abdul Fadhil Abu Bakar Banten, seorang ulama yang\nturut mengajarkan beliau Wirid Khaujakan. ",
"Sebut\npasal ini, ada satu anekdot menarik yang dikongsikan oleh penulis biografi\n‘Penghulu, Panglima, Kiyai Salleh Abd Karim’, Siti Patonah Muashot, 77. Pada\nsatu ketika, isteri beliau iaitu Hajah Basariah Abdul Latif menuntut cerai\ndengannya kerana sudah tidak tahan dengan sikap suaminya yang terlalu mengikut\ndarah muda. Pada mulanya, hasrat isterinya mahu dituruti oleh Kiai Haji Salleh.\nBagaimanapun, pada satu malam, beliau bermimpi berjumpa seorang ulama yang\nmenasihatinya agar membatalkan hasratnya itu dan turut mengajarkannya beberapa\nayat suci al-Quran sebagai panduan hidup, salah satunya semasa melawan ancaman\nBintang Tiga.",
"Selepas\nmelarikan diri dari Singapura selepas WWII tercetus, Kiai Haji Salleh memilih\nmembina kehidupan baru di Parit Gantung, Batu Pahat termasuk menjalankan\nperniagaan penukaran barang. Tetapi semua itu berubah selepas Jepun menyerah\nkalah pada akhir perang. K0MUN!S yang keluar dari hutan mula bermaharajalela\nsekaligus mengancam kehidupan orang awam khususnya di Batu Pahat. Dan ini\ntermasuklah membunuh mana-mana individu yang disyaki bersubahat dengan Jepun\ndan golongan ulama dengan kemuncaknya pada Ogos dan September 1945. Menurut Ahli\nPersatuan Sejarah Malaysia Negeri Johor, Dr Md Akbal Abdullah, tindakan Bintang\nTiga ini bertujuan melemahkan kedudukan orang Melayu sekitar Batu Pahat dan\nMuar sekaligus membolehkan mereka mempengaruhi orang Melayu menerima fahaman\nkomunisme dan Marxisme.",
"Enggan\nmembiarkan situasi itu berterusan, Penghulu Mukim Empat, Kari Md Saat atau\nPenghulu Kari cuba mengumpul kekuatan penduduk untuk menyerang balas tetapi\ngagal. Keadaan ini menyebabkan penduduk kampung mencadangkan nama Kiai Haji\nSalleh untuk mengetuai penentangan berikutan ketinggian ilmu agama dan ilmu\nkebatinannya. Selepas dilantik, beliau mengumpul sukarelawan pahlawan tetapi\nhanya 38 orang sahaja yang tampil berikutan masih ada yang sangsi dengan\nkewibawaannya. Kesemua 38 orang ini dikumpulkan di rumahnya dan mereka\nmengadakan persiapan termasuk persiapan berbentuk rohani.",
"Menurut\nwaris salah seorang anggota Selempang Merah iaitu Mohd Radhi Jamhari, 33, arwah\nbapanya yang juga bekas imam Masjid Tongkang Pechah, Allahyarham Jamhari Mohd\nSaid merupakan antara pengikut Kiai Haji Salleh. Allahyarham Jamhari turut\nmenceritakan antara amalan anggota Selempang Merah sebelum turun bertarung\nialah sentiasa berzikir, berpuasa, sentiasa menjaga solat, bacaan Surah Yaasin\ndan pelbagai ayat suci al-Quran sebagai amalan sepanjang masa. Kiai Haji Salleh\nturut menetapkan beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi mereka sebelum\nmahu bertempur. Persediaan mereka turut dibantu oleh Hajah Basariah yang turut\ndikenali dengan sisi kewarakannya dan mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi\ntermasuk menyediakan selempang merah untuk pengikut suaminya.",
"Serangan pertama Selempang Merah berlaku di Kangkar Senangar, Parit Sulong. Komunis yang bersenjatakan senjata api cuba menembak mereka tetapi gagal. Ini kerana tembakan mereka banyak dihala ke atas kerana menyangka Kiai Haji Salleh dan pengikutnya gergasi bersaiz pokok kelapa. Situasi tersebut dimanfaatkan mereka dan satu persatu K0mun!s m4ti dengan parang yang seakan-akan terbang memburu mangsanya. Menurut Dr Mohd Akbal, pihak K0mun!s menceritakan mereka melihat tentera Selempang Merah bak gergasi yang datang dengan kekuatan ribuan orang padahal kekuatan sebenar mereka tidak lebih daripada 100 orang. Kejayaan Kumpulan Selempang Merah tersebar ke seluruh Batu Pahat dan Muar sekaligus menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap kepemimpinan beliau menentang K0mun!s. Selepas itu, lebih banyak serangan dilancarkan di Bukit Naning dan Air Hitam, Muar serta Semerah dan Parit Ju, Batu Pahat.",
"Usaha mereka memerangi ancaman Bintang Tiga ini turut diselangi usaha perdamaian dari Kiai Haji Salleh bagi membolehkan keamanan kembali dicapai. Tetapi komunis yang ketakutan dan berkeinginan membalas dendam membalas dengan menyerang rumah-rumah orang Melayu dan memb*n*h beberapa penghulu. Hilang sabar dengan kerenah mereka, Kiai Haji Salleh merancang menyerang kubu kuat Bintang Tiga di pusat bandar Batu Pahat iaitu Bandar Penggaram. Kumpulan yang berpangkalan di Bagan ini kemudiannya disertai oleh ratusan orang Melayu dari Batu Pahat dan Muar. ",
"Tatkala mereka bersiap sedia hendak menuju ke Bandar Penggaram, Pegawai Daerah Batu Pahat ketika itu, Dato Onn Jaafar tiba di situ dan memujuk mereka membatalkan hasratnya itu. Ini berikutan hasil pertemuannya dengan masyarakat Cina di situ sebelum bertemu dengan Kiai Haji Salleh, mereka bimbang jika kumpulan Selempang Merah tiba di Penggaram, bandar tersebut akan menjadi padang jarak padang tekukur dan ramai akan m4t! berikutan ketinggian ilmu kebatinan yang dimiliki anggota Selempang Merah. Tambah Siti Patonah, Dato Onn juga punya sebab sama iaitu menyelamatkan keluarganya daripada menjadi mangsa kekejaman Bintang Tiga sekiranya dapat memujuk Selempang Merah membatalkan serangan.",
"Selepas serangan ke atas Bandar Penggaram dibatalkan, Kiai Haji Salleh menyertai Dato Onn menghadiri mesyuarat bersama penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua masyarakat Cina dan ketua Bintang Tiga di Dewan Perniagaan Cina di Jalan Rahmat. Hasil mesyuarat menyaksikan semua pihak bersetuju menghentikan semua bentuk provokasi dan serangan. Sejak itu, Batu Pahat dan Muar kembali aman seperti sediakala. Sebagai menghargai jasa Kiai Haji Salleh, Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar menitahkan beliau dan Dato Onn mengadap baginda di Istana Besar Johor Bahru pada 26 Disember 1945. Baginda berkenan menganugerahkan gelaran Panglima kepada Kiai Haji Salleh dan menitahkannya mengambilalih jawatan Penghulu Empat menggantikan Penghulu Kari yang meninggal dunia pada Julai 1945.",
"Selain\nmenjadi tokoh yang bertanggungjawab mengembalikan keamanan Muar dan Batu Pahat,\nKiai Haji Salleh juga merupakan antara tokoh Johor yang bangkit menentang\ngagasan Malayan Union menerusi kerjasamanya dengan Dato Onn. Dengan statusnya\nsebagai seorang ulama, tidak hairanlah beliau juga amat menitikberatkan soal\npendidikan terutama dalam kalangan orang Melayu. Menerusi hasil derma orang\nramai, beberapa sekolah dapat didirikan termasuk Sekolah Seri Laksana, Sekolah\nSeri Chomel dan Sekolah Seri Cantik. Sekolah-sekolah ini masih wujud hingga\nhari ini walaupun selepas diambilalih oleh pihak kerajaan. ",
"Pada\ntahun 1955, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan gelaran Pingat Ibrahim Sultan\n(PIS) kepada Kiai Haji Salleh pada September tahun berkenaan. Empat tahun\nkemudian atau lebih tepat 21 April 1959, beliau kembali ke rahmatullah pada\nusia 43 tahun selepas diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar\nJohor Bahru.",
"SUMBER",
"1.\nNoh, Mohamed Farid. (2016). Selempang Merah bangkitkan semangat lawan komunis.\nBerita Harian. https://www.bharian.com.my/node/141989",
"2.\nNoh, Mohamed Farid. (2016). Amukan Panglima Salleh lenyapkan kekejaman komunis.\nBerita Harian. https://www.bharian.com.my/node/142279"
] |
https://www.thepatriots.asia/misteri-kehilangan-elisa-lam/ | Misteri Kehilangan Elisa Lam | [
"31 Januari 2013 mungkin sekadar tarikh biasa tetapi bagi keluarga Elisa Lam, ada sesuatu yang menggusarkan mereka. Anak perempuan kesayangan mereka hilang pada tarikh berkenaan selepas menginap di Cecil Hotel, Los Angeles dan tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.",
"Dan sebaik perkara ini dibawa ke pengetahuan Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), satu maklumat menakutkan timbul iaitu rakaman kamera keselamatan hotel. Anda boleh lihat di pautan di bawah:",
"Dalam rakaman tersebut, Lam dilihat masuk ke dalam lif dan menekan semua butang lif. Dia sentiasa keluar dan masuk dari lif, kadangkala menjengah keluar seketika beberapa kali seolah-olah mahu memastikan dirinya tidak diikuti sesiapa. Setelah itu, barulah dia masuk ke dalam lif.",
"Pada minit-minit terakhir video, Lam berada pada penjuru kiri lif sambil menggerakkan tangannya mengikut isyarat rawak. Yang pasti, satu-satunya individu dalam lif tersebut ialah wanita malang itu. Video tersebut yang dilepaskan oleh LAPD untuk membantu pencarian ditonton jutaan orang dan tersebar sehingga ke China dan Kanada.",
"Sebelum peristiwa itu, Lam merupakan seorang pelajar Universiti British Columbia di Vancouver dan dalam perjalanan melakukan kembara solonya sekitar kawasan pantai barat Amerika Syarikat. Bagaimanapun, kembaranya kurang disenangi keluarganya berikutan sejarah isu bipolar dan kemurungan yang pernah dihadapinya.",
"Justeru bagi meredakan kebimbangan mereka, Lam bersetuju menghubungi mereka setiap hari bagi memberitahu ibu bapanya, David dan Yinna Lam bahawa dia dalam keadaan selamat. Dan pada tanggal 31 Januari 2013 itulah, bila puteri kesayangan mereka tidak menghubungi mereka, keluarga Lam tahu ada sesuatu tak kena menimpanya.",
"Satu-satunya individu yang melihat Lam kali terakhir ialah pemilik kedai buku The Last Bookstore, Katie Orphan. Orphan memberitahu pihak berkuasa wanita malang itu membeli buku dan muzik sebagai cenderamata untuk keluarganya di Vancouver.",
"Penemuan mengejut",
"Dua minggu berlalu, pekerja penyelenggaraan hotel Santiago Lopez diarah pihak pengurusan untuk memeriksa tangki air di bahagian tingkat bumbung hotel. Ini berikutan ramai tetamu Cecil Hotel mengadu air mereka berbau pelik dan mengalami masalah tekanan air rendah.",
"Sebaik memeriksa tangki air hotel, alangkah terkejutnya Lopez melihat sekujur badan yang tidak bernyawa terapung dalam tangki berkenaan. Dia pasti wanita yang m4ti itu ialah tetamu hotel yang hilang, Lam.",
"Bagi membantu proses pengeluaran m4yat, air tangki dikosongkan sebelum pihak bomba memotong bahagian tepi tangki bagi mengeluarkan Lam yang berukuran lima kaki empat inci itu. Penemuan tersebut menggemparkan Los Angeles dengan ramai tertanya-tanya siapa yang meletakkan wanita itu dalam tangki atau punca kem4tiannya.",
"Selepas proses b3dah siasat dijalankan, koroner menemui beberapa jenis ubat yang digunakan Lam untuk merawat gejala bipolarnya. Tetapi anehnya, tiada satu elemen alkohol atau dadah ditemui dalam sistem badannya. Malah, tiada sebarang kesan lebam atau luka ditemui pada m4yat. Justeru, laporan forensik yang difailkan koroner menimbulkan lebih banyak soalan berbanding jawapan.",
"Ada mengatakan ubat anti-kemurungan yang diambilnya menjelaskan kelakuan pelik Lam semasa berada dalam lif. Kenyataan ini disokong oleh pengurus hotel Amy Price semasa memberi keterangan di mahkamah. Dalam keterangannya, Lam diletakkan di bilik hostel bersama beberapa penginap lain tetapi dipindahkan ke bilik perseorangan selepas ramai penginap mengadu tidak tahan dengan kerenah peliknya.",
"Namun, itu masih tidak menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Disebabkan inilah, ibu bapa Lam kemudiannya memfailkan saman terhadap Cecil Hotel kerana bersikap cuai sehingga membawa kepada kem4tian puteri mereka. Namun, pihak hotel melawan saman berkenaan atas alasan mereka tidak pernah terfikir ada orang akan mengakses tangki air mereka.",
"Alasan mereka disokong oleh keterangan Lopez dan ketua jurutera hotel, Pedro Tovar. Lopez memberitahu untuk mengakses tangki air di tingkat bumbung hotel, dia perlu menaiki lif ke tingkat 15 sebelum menaiki tangga ke bahagian bumbung. Dari situ, dia perlu mematikan penggera tangki dan memanjat platform tangki sebelum menaiki satu lagi tangga untuk sampai ke bahagian atas tangki.",
"Dari situlah, Lopez baru perasan ada sesuatu yang tidak kena. Dia berkata, “Saya mendapati hac tangki air utama terbuka dan melihat seorang wanita berbangsa Asia terbaring dalam air dengan jarak 12 inci dari bahagian atas tangki.” Justeru menurut Lopez, mustahil Lam memasuki tangki tanpa disedari sesiapa.",
"Sementara Tovar pula memberitahu agak sukar bagi tetamu mengakses bahagian berkenaan tanpa mencetuskan penggera. Jika penggera berbunyi, ia sudah pasti disedari bukan saja di bahagian lobi tetapi dua tingkat atas hotel. Dan hanya kakitangan hotel saja yang boleh mematikan penggera.",
"Selepas menimbang semua keterangan saksi, Hakim Mahkamah Agung Howard Halm memutuskan kem4tian Lam sebagai kem4tian mengejut kerana ia berlaku di kawasan yang tidak boleh diakses oleh tetamu. Dengan itu, permohonan saman yang dikemukakan keluarganya juga ditolak.",
"Inspirasi American Horror Story: Hotel",
"Tatkala semua mata tertumpu kepada kes saman keluarga Lam terhadap Cecil Hotel, tidak ramai tahu hotel ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Hotel tersebut dilabel sebagai hotel paling berhantu di Los Angeles sehingga menjadi inspirasi musim keenam American Horror Story ciptaan Ryan Murphy.",
"Sejak dibuka pada tahun 1927, Cecil Hotel dibelenggu 16 kes kem4tian mengejut dan tidak dapat dijelaskan dan peristiwa paranormal yang aneh. Salah satu kes kem4tian yang dikaitkan dengan hotel berkenaan ialah kes pembvnvhan Elizabeth Short atau Black Dahlia pada tahun 1947. Short dikatakan minum di bar beberapa hari sebelum dia ditemui m4ti oleh pihak berkuasa.",
"Cecil Hotel juga dikatakan pernah menjadi pilihan tempat penginapan penjenayah k3jam seperti pembvnvh bersiri. Salah seorang bekas penginapnya ialah Richard Ramirez atau Pengintai Malam/Night Stalker yang mengg4nas pada tahun 1985.",
"Ramirez menginap di tingkat atas hotel dan dikatakan selalu membuang pakaian berd4rahnya di luar hotel sebelum berjalan kembali ke hotel dalam keadaan separuh bogel. Bagaimanapun, disebabkan situasi hotel yang bercelaru ketika itu, tidak ramai sedar tentang kelakuan peliknya itu. Selain Ramirez, Cecil Hotel juga pernah dihuni oleh Penc3kik Vienna/Vienna Strangler, Jack Unterweger.",
"Disebabkan pelbagai peristiwa berd4rah ini, ramai menyangka hotel ini sepatutnya dirobohkan. Tetapi hotel tersebut diberi status sebagai bangunan warisan oleh Majlis Bandaraya Los Angeles kerana ia dibuka pada tahun 1920-an, era sama yang menyaksikan permulaan industri perhotelan di Amerika Syarikat.",
"Sehingga hari ini, misteri kem4tian Lam masih tidak dapat dijelaskan. Yang pasti, obsesi orang ramai terhadap misteri kem4tiannya itu akan terus bertambah dari semasa ke semasa.",
"RUJUKAN:",
"Ishak, Natasha. (2019). The Unsolved Mystery Behind The Disturbing D3ath Of Elisa Lam. All That’s Interesting. https://allthatsinteresting.com/elisa-lam-d3ath"
] |
https://www.thepatriots.asia/lonelygirl15-kisah-gadis-popular-yang-tidak-wujud/ | Lonelygirl15 : Kisah Gadis Popular Yang Tidak Wujud | [
"Dalam satu senarai yang dikeluarkan Toptenz, siapakah orang popular di dunia yang sebenarnya tak pernah wujud, mereka menyenaraikan Lonelygirl15 dalam senarai mereka.",
"#Lonleygirl15 sensasi Youtube",
"Pada 2006, seorang gadis berusia 15 tahun telah membukan satu saluran youtube peribadi berbentuk vlogger. Selain daripada nama Lonelygirl15, beliau memperkenalkan dirinya sebagai Bree.",
"Lonelygirl15 adalah gadis remaja yang innocent. Dia mula melabel dirinya sebagai ‘dork’ dalam episod Dorkiness Pervails. Beliau memberitahu membuka channel itu kerana bosan dengan kawasan tempat tinggalnya.",
"First Blog: — https://youtu.be/-goXKtd6cPo",
"Beliau terus menjadi kegilaan ramai remaja dan juga lelaki yang mahu melihat gadis comel dengan imej periang serta kening yang cantik. Dia memberitahu dia seorang gadis yang kesunyian terutama sekali selepas balik sekolah.",
"Ketika itu tiada medium media sosial yang kuat seperti hari ini untuk mempromosikan gadis ini. Namun secara perlahan-lahan Lonelygirl15 menjadi tumpuan dan ikutan di Youtube. Ada yang menjadi gila dan sanggup menunggu episod baru di cyber cafe.",
"Youtube ketika itu dianggap orang sebagai tempat tengok video kucing. Lonelygirl15 telah mengubah persepsi itu kerana dia ternyata membuat sesuatu yang lebih luar biasa dengan Youtube dan kamera di hadapannya.",
"#SENSASI YOUTUBE",
"Jika pada hari ini, Lonelygirl15 pastinya sudah menjana puluhan juta dollar kerana populariti beliau. Anda bayangkan bebudak gamers macam Pewdepie pun kaya raya dengan channel youtube diorang.",
"Dia seringkali memberitahu di youtube tentang perkembangan terbaru dan juga berkongsi laman myspace.",
"Selepas itu followers dia meingkat sangat mendadak dengan cerita beliau setiap hari menjadi perhatian. Ada yang cuba menghiburkan beliau dengan cuba mengajak keluar.",
"Myspace telah menjadi medium utama yang membantu menaikkan nama Bree.",
"Ada yang dari luar USA sanggup untuk datang ke tempatnya untuk luangkan masa makan malam bersama. Dia ada rakan baik bernama Daniel yang kerap muncul dalam video beliau.",
"#KESINAMBUNGAN",
"Selepas itu beberapa followers beliau mulai mengesyaki yang ‘girl next door’ ini adalah hoax. Tetapi ramai yang menyerang beberapa forum yang menuduh Bree sebagai satu hoax. Bagi mereka ia tuduhan tak berasas kerana Bree memang real dan seorang gadis biasa.",
"Selepas itu Youtube menjadi salah satu saluran yang meningkat mendadak. Lagilah ramai pengikut Lonelygirl15. Video Bree yang paling laku ketika 2 lelaki l lipsyncing lagu tema Pokemon dan ia mendapat 24 juta tontonan. Rekod baru di youtube ketika itu.",
"Tetapi video itu telah dipadamkan. Mungkin Bree tak mahu 2 rakannya itu menjadi perhatian media dan hoax itu akan didedahkan.",
"Ia memang satu show yang menarik seperti tv show dengan episod yang bersambung.",
"#DI SEBALIK SKRIN",
"Selepas itu, kisah Lonelygirl15 didedahkan memang satu hoax. Bree adalah seorang pelakon profesional bernama Jessica Lee Rose yang berdarah New Zealand.",
"Syarikat penerbitan siri ini adalah Flinders dan ia bukannya seperti yang digambarkan pengikut Bree yang menggambarkan Bree sedang duduk bersendirian di hadapan laptop.",
"Dalam setiap episod ada berpuluh orang krew produksi di dalam bilik itu. Flinders memberitahu The Guardian, ia memang satu idea untuk mencipta satu siri di youtube. Ketika itu orang tak lihat Youtube sebagai medium yang baik untuk terbitkan drama bersiri.",
"Flinders mencari idea supaya orang sanggup luangkan masa di hadapan internet yang ketika itu masih ‘mahal’. Jika anda upload drama biasa, mungkin orang tak akan menontonnya.",
"Tetapi dengan seorang gadis yang hanya bercerita tentang daily life dia dengan wajah yang cantik dan menawan, orang akan menonton kerana ia berbentuk naratif dan interaktif.",
"Mereka menyusun plot cerita untuk 3 bulan dalam masa 2 minggu.",
"#KENAPA JESSICA LEE ROSE?",
"Jessica Lee Rose pada tahun lalu (2016) bersama-sama meraikan 10 tahun ulangtahun Lonelygirl15, bagi sesetengah orang ia adalah ulangtahung hoax internet paling dahsyat satu ketika dahulu.",
"Jessica memberitahu yang dia mendapat satu tawaran untuk beraksi di hadapan kamera di sebuah bilik dan ia di internet.",
"Awalnya dia menolak kerana risau ia mungkin satu scam terutama sekali pornografi. Memang sesuailah mereka pilih Jessica kerana dia memang seorang gadis agak innocent. Dalam 3 kali juga Jessica masuk audition sebelum terpilih.",
"Dengan ketika itu tida ada agensi lakonan lagi yang mendapat tahu tentang gadis ini, ia satu cv sangat kuat. Dahlah ada lesen profesional sebagai pelakon.",
"Ketika itu Jessica baru berpindah ke Los Angeles selepas menamatkan pengajian di Akademi Perfileman New York. Jessica Lee Rose dipilih selepas gadis ini ketika itu tidak begitu aktif di internet termasuk di Myspace. Jadi, sangat sukar untuk orang mencari siapakah Bree yang sebenar.",
"Selepas itu, Flinders menerangkan apa yang akan dia lakukan setiap episod dan dia menerima tawaran itu. Cerita ini disusun dengan watak Bree adalah gadis yang bersekolah dari rumah dan tidak memiliki ramai rakan.",
"Harinya lebih banyak diluangkan di hadapan komputer, membuat kerja rumah dan berjumpa dengan Daniel. Bree gadis yang minat dengan hiking, Sains dan Sejarah dan kerap menunjukkan rasa ingin tahu yang kuat.",
"Dia seorang yang happy go lucky dan menjaga pertururannya.",
"#CABARAN",
"Flinders telah cuba sedaya upaya memastikan Bree adalah ‘real’ di hadapan peminat beliau. Segala maklumat tentang tempat tinggal, ibu bapa dan sekolah diterangkan dalam bentuk yang penuh samar.",
"Sebab itulah Bree di’sekolahkan’ di rumah kerana ia langkag lebih baik untuk mengelak ada orang menjejak sekolahnya.",
"Flinders memaklumkan yang mereka sudah memaklumkan kepada Youtube tentang penerbitan itu untuk mengelakkan video itu dipadamkan kerana berbentuk hoax.",
"Selepas melihat kunjungan kepada channel itu semakin tinggi, Youtube telah menggalakan penerbitan itu supaya lebih kerap. Mereka juga mendapatkan khidmat profesional untuk mencipta laman Myspace yang menarik.",
"Ketika rakaman itu, Jessica Lee Rose sebenarnya berusia 19 tahun. Ramai viewers memang melihat dia jauh lebih tua daripada usia 16 tahun tetapi ramain juga peminat Bree mempertahankan gadis ini.",
"Watak Daniel dipegang oleh seorang bartender, Yousef Abu-Taleb. Wataknya untuk memastikan audien percaya yang Daniel adalah kawan yang boleh menjaga Bree dan boleh dipercayai. Memang sengaja diwujudkan beberapa momen yang agak ‘sweet’ di antara mereka.",
"Ayat pertama dalam episod pertama:",
"“Hi guys! so this is my first video blog, I’ve been watching for a while and I really like some of you guys on here.”",
"“My name is Bree, I’m 16 …”",
"Latar belakang Bree adalah bilik seorang remaja yang penuh dengan rona serta anak patung. Sebenarnya, ia adalah studio Flinders. Beberapa episod pertama menggunakan cara yang sama, gadis manis yang bercerita tentang kehidupan seharian di hadapan kemera dan mencari rakan di internet. Bree kemudian memperkenalkan Daniel.",
"Ramai mulai komen tentang kecomelan dan kepetahan Bree.",
"Di belakang tadbir, penerbit rancangan itu, Beckett memerah otak unutuk memastikan video itu menarik tontonan lebih tinggi setiap episod. Lalu, mereka melantik pegawai media yang membantu Bree membalas kalau boleh setiap komen.",
"Itu adalah tips yang diberikan youtube, untuk meningkatkan enggagement dengan penonton. Beckett meletakkan misi,",
"“Jika kita berjaya mendapat tontonan tertinggi mingguan, barulah kita boleh mendapat tontonan tertinggi bulanan.”",
"Sambutan luar biasa diterima. Pada pertengahan 2006, Bree telah mengemaskini ceritanya setiap 2 hari kerana peningkatan itu.",
"#ALTER-EGO",
"Bree kemudian muncul dalam episod yang emosi untuk membuktikan yang dia adalah remaja yang ada emosi. Dia memanggil ibu bapanya ‘suck’. Bree juga mengambil kesempatan memberitahu yang dia tertanya-tanya apakah agama ibu bapanya? Dia menjelaskan ia misteri.",
"Cara ini membuatkan ramai orang menasihati Bree untuk tidak biadapd dengan ibu bapanya kerana mereka kenal Bree bukan gadis seperti itu. Taktik yang mewujudkan unsur misteri, tentang agama ibu dan ayahnya juga telah menjadi salah satu cara untuk meningkatkan keinginan orang untuk berkomentar.",
"#TERUS MENARIK TONTONAN",
"Daripada 100,000 views setiap video untuk seminggu, Bree telah berjaya meningkatkan tontonan lebih sejuta seminggu.",
"Flinders ketika itu memang melihat mekanisme vlogger ini akan mampu membuat duit dan menjangkakan akan ramai yang akan bermanfaat daripada youtube.",
"Namun Flinders memberitahu mereka sudah meletakkan isu kantoi itu dalam buku mereka. Lambat laun orang akan tahu. Namun untuk Bree, mereka anggap ia berjaya kerana sangat lama gadis itu berjaya meyakinkan youtubers meskipun ada beberapa orang sudah syak itu satu hoax.",
"Krew Flinders akan cuba counter back komen yang mempertikaikan identiti Bree. Macam cybertroopers la.",
"Satu forum telah diwujudkan oleh peminat lonelygirl15 dengan ada perbicangan tentang isu hoax ini. Menariknya, ia sebenarnya dicetuskan oleh Flinders. Mereka yang paling banyak bertanya dan mengemukakan hujah bawah Bree adalah hoax.",
"Dengan respon daripada peminat lain, mereka akan dapat tahu apa yang membuatkan orang merasakan ia hoax. Ada yang komen tentang beberapa aspek di bilik Bree dan cara Bree bercerita.",
"Komen ini akan diambil oleh Flinders untuk dibincangkan dalam mesyuarat mereka dan ia akan diperbaiki mereka dalam episod seterusnya. Jadi, amat sukar melihat kesilapan ataupun kejanggalan yang sama dalam episod akan datang.",
"Selepas itu, beberapa wartawan dan organisasi mulai memburu Bree. Ye la, kan dah popular. Namun apa yang dilakukan wartawan ini membuatkan populariti channel Lonelygirl15 semakin mencanak.",
"#PERHATIAN MEDIA ARUS PERDANA",
"Beberapa wartawan media arus perdana yang besar mulai menulis teori, bahawa bunyi di dalam video itu mirip dengan bunyi dalam drama, filem ataupun teater.",
"Ada yang sanggup menganalisis video tentang pencahayaan yang dianggap terlalu bagus untuk seorang gadis biasa. Ia adalah pencahayaan seorang profesional.",
"Mereka juga melihat ada satu tingkap yang hampir pecah ada cahaya. Ia sengaja diwujudkan kerana tak mahu menampakkan sumber utama cahaya itu.",
"Seperti biasa Flinders berterusan cuba berhadapan dengan detektif ini. Namun segalanya semakin sukar apabila ada gambar Jessica Rose di Myspace didakwa terlalu mirip dengan Bree.",
"Bree menjelaskan itu adalah saudaranya di UK dan siap bersumpah. Jessica juga ditangkap gambar ketika sedang membeli bunga. Sukar untuk dia keluar sekarang ini.",
"#NOTHING TO LOSE",
"Namun akhirnya Beckett memberitahu pasukan penerbitan beliau yang mereka sebenarnya sudah berjaya sangat jauh dalam penerbitan itu. Tiada apa yang perlu mereka risaukan.",
"Mereka menjadi antara syarikat pertama yang menjana pendapatan berjuta dollar menerusi video online, tiada orang yang melakukannya ketika itu.",
"Tidak lama selepas itu ada beberapa peminat Bree telah mengemukakan bukti yang Bree adalah fake. Mereka membongkar IP dan juga Myspace Jessica Lee Rose.",
"Rose memberitahu wartawan selepas itu ia agak menakutkan apabila mengetahui dirinya diburu oleh orang yang benar-benar boleh mengesan IP komputer dan Myspace beliau.",
"Ketika itu dia masih muda dan tak pernah terfikir tentangnya.",
"“Mereka memberitahu saya di komen yang mereka sudah tahu nama sebenar saya. Ketika itu saya mulai takut dan bertanya, adakah selepas ini orang akan membenci saya.”",
"#TAMATNYA RIWAYAT BREE THE LONELYGIRL15",
"Selepas bertahan lebih 2 tahun, akhirnya Lonelygirl15 dibongkar sebagai hoax. Watak Lonelygirl15 dimatikan dengan cara agak kejam. Dia menjadi korban kepada agama pelik yang dipercayai dianuti ibu bapanya. Dipercayai Bree ada darah anak dara yang dikehendaki.",
"Korang layan episod akhir di sini, tapi benda ni hoax la, macam cilaka:",
"https://www.youtube.com/watch?v=_ianUGwrLxA",
"Jessica Rose memberitahu dia merindui siri itu dan menganggap ia sebahagian daripada hidupnya.",
"Siri ini telah menjadi inspirasi kepada ramai vloggers terutama gamers untuk menjana duit dengan youtube. Selepas itu ramai yang menjana berjuta dollar daripada vlogger.",
"Mereka juga mengakui, Lonelygirl15 adalah salah satu inspirasi mereka untuk memulakan channel sendiri.",
"Jessica memberitahu, ramai juga yang masih meminta dia berlakon dan membuat vlog sendiri di youtube.",
"Namun Jessica berkata:",
"“Nak handle instagram pun akak susah.”",
"Abu Taleb masih lagi aktif di channel beliau sendiri. Beliau juga menyatakan Lonelygirl15 telah mengubah hidupnya.",
"Ketika Flinders mengambil keputusan untuk mendedahkan yang Lonelygirl15 adalah satu drama dan ia bukan personel yang wujud, ramai juga fans kecewa.",
"Jessica Lee Rose faham akan kesedihan dan kekecewaan mereka.",
"Ini video latest Jessica Lee Rose, masih comel jugak akak ni.",
"https://www.youtube.com/watch?v=EautPiPw4cA",
"Itulah kisah hoax yang paling sensasi di youtube satu ketika dahulu. Lonelygirl15 adalah nama popular yang tak pernah wujud dalam dunia sebenar seperti mana Allegra Coleman, Uncle Sam, David Manning, Jack Dawson, Gorillaz dan juga si Hatsune Miku."
] |
https://www.thepatriots.asia/tular-regopantes-tribute-aku-buat-petani-indonesia/ | Tular Regopantes: Tribute Aku Buat Petani Indonesia | [
"2, 3 hari ni kerap pula video ringkas mengenai Regopantes berlegar-legar di alam maya. Ia adalah sebuah aplikasi mudah alih yang menawarkan khidmat pembelian hasil ladang secara terus kepada pengguna. Regopantes masih lagi sebuah aplikasi yang baru namun semakin mendapat tempat di hati warga Indonesia.",
"Bukan aplikasi ini yang hendak aku utarakan kerana idea ini sebenarnya bukan baru, cuma di Malaysia, senario perladangan dan pertanian sayur-sayuran ini tidak sama seperti di Indonesia. Oleh itu, jika mahu melakukan perkara yang sama di Malaysia, selesaikanlah dahulu isu ‘supply’ kerana ‘demand’ itu sentiasa ada.",
"Penulisan aku hari ini lebih kepada pengalaman dan pengamatan aku tentang pertanian secara kecil-kecilan di Pulau Jawa. Dalam lipatan sejarah, kita tahu tentang wujudnya pelbagai kerajaan agraria di Indonesia. Majapahit yang mempunyai kekuatan maritim, terhad atau tidak itu terpulang atas pendapat masing-masing, dianggap sebagai sebuah kerajaan agraria yang unggul.",
"Bumi Jawa yang dari masa ke semasa dilanda letupan gunung berapi dilimpahi rahmat dengan tanah yang amat subur dan sumber air tawar yang amat banyak. Tanahnya hitam dan lembut. Boleh dikatakan baja organik yang ditabur hanyalah sekadar ‘makanan tambahan’ untuk tanah yang sudah amat segar dan subur. Oleh itu, kawasan tanah tinggi di pulau ini sering dipugar untuk dijadikan lot-lot tanaman bersuhu rendah seperti kentang, teh, kobis, bawang, ubi kentang, lobak dan lain-lain lagi.\\",
"Di pergunungan sekitar Karanganyar, Merbabu, Merapi, Dieng dan banyak lagi, kita boleh lihat aktiviti pertanian tanah tinggi ini. Yang menariknya, pertanian di sini rata-rata dipelopori oleh pekebun kecil yang tidak memiliki tanah yang luas. Seperti juga di negara kita, hasil tani ini ke pasaran terbuka melalui orang tengah yang sedia menanti bersama lori-lori kecil mereka.",
"Ketika di Selo, di kaki Gunung Merbabu dan Gunung Merapi, aku dapat melihat puluhan lori kecil sudah berbaris panjang dengan kepala lori mengarah ke Solo. Hampir kesemua penduduk kawasan ini bercucuk tanam dan kehidupan mereka amat sederhana. Ngablak, seperti di dalam video ringkas Regopantes pula berada di bahagian Barat Laut Gunung Merbabu. Senarionya sama sahaja dengan Selo daripada pengamatan aku.",
"Di Jumprit, aku melihat petani-petani membanting tulang empat kerat membuat batas dengan menyusun batu-batu besar, ia bukan suatu pekerjaan mudah. Kebanyakan mereka tidak menggunakan jentera moden, kederat semata-mata.",
"Di Karanganyar, aku melihat kaum ibu menggendong kayu untuk dibawa ke kebun. Mereka mendaki kaki gunung, bukan tanah yang landai. Ini bukan kerja mudah.",
"Banyak lagi ‘kejadian’ yang dapat aku lihat sepanjang perjalananku, dan aku kagum dengan kesungguhan mereka meneruskan kelangsungan hidup.",
"Sepanjang aku berkelana di bumi Indonesia, ini adalah sisi kehidupan yang tidak pernah aku ceritakan. Acap kali aku melihat golongan petani ini menghabiskan masa mereka bergurau senda tika waktu sengkang, tidak terlalu dibelenggu dengan kehendak dunia yang semakin moden dan menekan hidup. Murahnya mereka melemparkan senyuman dan pertolongan tiap kali aku memerlukannya. Padaku, mereka ini wira sebenar dalam pengembaraanku.",
"Atas sebab ini jugalah aku gembira adanya usaha untuk meningkatkan pendapatan para petani dan pekebun kecil di sana. Harapan aku Regopantes cukup stabil untuk memberi khidmat kepada mereka yang terlibat dalam program ini.",
"Aku pernah jadi petani, aku tahu apa rasanya."
] |
https://www.thepatriots.asia/putera-charles-sebuah-biografi-ringkas/ | Putera Charles: Putera Mahkota British Yang Tertua | [
"Kehidupan awal",
"Putera Charles atau nama panjangnya, Charles Philip Arthur George dilahirkan di Istana Buckingham pada tanggal 14 november tahun 1948. Charles merupakan putera sulung kepada pasangan diraja Puteri Elizabeth dan Putera Phillip (1921– 2021). Putera Charles juga merupakan cucu sulung kepada Raja dan Permaisuri Great Britain ketika itu, Raja George IV (1895 – 1952) dan Elizabeth Bowes-Lyon (1900 – 2002). Ketika masih bayi, Charles diletakkan dibawah jagaan nendanya susulan keberangkatan bapanya bertugas di Malta sebagai anggota tentera laut diraja British.",
"Pada tahun 1952, sewaktu Putera Charles berumur tiga tahun, datuknya Raja George IV telah mangkat pada usia 56 tahun akibat kanser paru-paru. Oleh yang demikian, pada tanggal 2 Jun 1953, bertempat di Westminster Abbey, ibu Charles iaitu Puteri Elizabeth secara rasminya telah ditabalkan sebagai Ratu Great Britain bagi menggantikan posisi bapanya yang menjawat jawatan tersebut sebelum ini. Pertabalan Ratu Elizabeth sebagai Ratu Great Britain sekaligus meletakkan Putera Charles sebagai pewaris takhta Great Britain yang seterusnya. Sebagai putera sulung, Charles secara automatik menerima dan memegang gelaran Duke Of Cornwall, Duke Of Rothesay, Earl Of Carrick, Baron Of Renfrew, Lord Of The Isles, dan Prince And Steward Of Scotland.",
"Pendidikan",
"Secara amnya, anak-anak diraja akan menerima pendidikan secara peribadi dan tertutup di istana dengan bimbingan tenaga pengajar peribadi. Namun, Pihak Istana Buckingham pada tahun 1955 telah mengumumkan bahawa Putera Charles akan menerima pendidikan di sekolah awam sepertimana kanak-kanak yang lain. Pada 7 November 1956, Putera Charles memulakan sesi pembelajarannya pada peringkat rendah di Hill House School yang terletak di bahagian barat London.",
"Seterusnya Putera Charles menyambung pendidikan peringkat menengah di dua buah sekolah dimana merupakan tempat bapanya, Putera Philip pernah melanjutkan pelajaran. Sekolah-sekolah tersebut ialah Cheam Preparatory School yang terletak di Berkshire, England dan sekolah berasrama penuh Gordonstoun School di Scotland. Dalam satu wawancara pada tahun 1975, Putera Charles amat memuji sekolahnya, Gordonstoun. Beliau menyatakan bahawa Gordonstoun telah mengajarnya banyak mengenai diri beliau dari segi kemampuan dan kelemahan seterusnya mengajar beliau untuk menerima cabaran serta berusaha.",
"Menurut tradisi keluarga, pewaris kepada takhta akan berkhidmat dalam angkatan tentera selepas tamat pengajian di peringkat sekolah. Walaubagaimanapun, Putera Charles telah mengubah ‘adat’ ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, Setelah menamatkan pengajian di Gordonstoun pada tahun 1967, Putera Charles terus melanjutkan pengajiannya di peringkat universiti di Trinity College, Cambridge. Disini beliau mempelajari subjek seperti sejarah, arKeologi dan antropologi. Seterusnya, Putera Charles berjaya lulus dengan ijazah Sarjana Muda Sastera pada 23 Jun 1970 dan menjadi pewaris takhta pertama yang mendapat ijazah universiti.",
"Ditabal Sebagai Putera Wales",
"Mengikut catatan sejarah, Prince of Wales merupakan gelaran yang dikhaskan secara eksklusif kepada pewaris takhta Inggeris. Secara ringkasnya, gelaran ini mula digunakan sejak tahun 1301, ketika Raja Edward I, berjaya menakluki dan menguasai wilayah Wales seterusnya melaksanakan hukuman mati keatas David III yang merupakan putera Wales berdarah Wales yang terakhir (1283). Seterusnya Raja Edward I mengurniakan gelaran tersebut kepada puteranya, Edward II.",
"Sejak dari itu, kebanyakannya tetapi tidak semua, putera sulung raja Inggeris telah dikurniakan gelaran Prince Of Wales. Gelaran ini secara khususnya akan dianugerahi oleh Raja atau Ratu Inggeris itu sendiri dan akan dikurniakan apabila tiba waktunya yang sesuai. Selepas itu, penerima atau Putera sulung tersebut akan ditabalkan sebagai Prince Of Wales. Namun, gelaran tersebut tidak lagi terpakai sekiranya seseorang Prince Of Wales itu telah ditabal menjadi raja Inggeris.",
"Putera Charles ditabalkan sebagai Prince of Wales dan Earl of Chester pada tarikh 26 Julai 1958 ketika berusia sembilan tahun. Walaubagaimanapun, upacara istiadat pertabalan tidak diadakan sehingga hingga 1 Julai 1969 apabila baginda mencapai umur 20 tahun. Upacara istiadat pertabalan Prince Of Wales disempurnakan di Caernarfon Castle dan disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen. Rakyat Wales amat mengagumi Putera Wales baharu mereka apabila menyaksikan baginda memberikan ucapan dalam bahasa ibunda mereka, bahasa Welsh.",
"Dalam ucapannya, Putera Charles menyatakan bahawa, beliau akan menerima gelaran, gaya kehormatan dan hak istimewa Principality of Wales dan Earldom of Chester. Kemudian, Putera Wales yang baru sahaja ditabalkan, mengangkat sumpah, seterusnya disambut dengan gembira oleh rakyat jelata yang berada di Caernarfon Castle.",
"Peranan utama Prince of Wales selain bertindak sebagai pewaris takhta, kedudukannya juga bertujuan untuk menyokong kedudukan Baginda Ratu sebagai figura utama kebanggaan, kesatuan dan kesetiaan kepada negara sebagai alat penyatupaduan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan status.",
"Perkahwinan dengan Lady Diana",
"Pasangan ini pertama kali bertemu pada tahun 1977. Pertemuan pertama mereka adalah sewaktu Putera Charles berkenalan dengan kakak perempuan Lady Diana, iaitu Lady Sarah. Dipendekkan cerita, pertemuan Ini diikuti dengan Lady Diana diundang ke Istana Balmoral, bagi bertemu dengan keluarga Putera Charles. Sewaktu Lady Diana berkunjung ke istana Balmoral. Beliau diterima baik oleh Ratu Elizabeth II, Putera Philip, dan Nenda Putera Charles. Selepas itu, Lady Diana dan Putera Charles sering bertemu satu sama lain selama kira-kira enam bulan dan akhirnya baginda melamar Lady Diana pada 3 Februari 1981 di Windsor Castle. Lady Diana menerima lamaran Putera Charles, namun pertunangan mereka dirahsiakan kepada awam buat beberapa minggu ke depan.",
"Pertunangan mereka diumumkan secara rasmi pada 24 Februari 1981, diikuti dengan sebuah wawancara eksklusif. Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan oleh semua sudah tiba. Perkahwinan Putera Charles dengan Lady Diana berlangsung pada hari Rabu, 29 Julai 1981. Perkahwinan diraja ini berlangsung di Katedral St Paul di Kota London, United Kingdom. Pengantin lelaki merupakan pewaris kepada takhta Inggeris manakala dan pengantin perempuan adalah ahli daripada kerabat Spencer. Oleh yang demikian, Majlis Perkahwinan ini disempurnakan dengan penuh adat istiadat bagi melambangkan kemegahan latar belakang pasangan ini.",
"Majlis Perkahwinan diraja ini mendapat liputan secara meluas dari dalam mahupun luar negara. Malah, ia turut diberi jolokan oleh media sebagai “fairytales wedding” dan “wedding of the century” dek kemeriahan dan kemegahan yang ditampilkan. Majlis perkahwinan ini dipertontonkan secara langsung di kaca televisyen dan anggaran penonton secara global adalah seramai 750 juta orang. Pesta-pesta jalanan diadakan di seluruh England bagi meraikan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang tersebut.",
"Pasangan diraja ini menjalani kehidupan berumah tangga mereka di Istana Kensington, seterusnya di Highgrove House. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera William yang lahir pada tahun 1982 dan Putera Henry pada tahun 1984. Namun, kaum kerabat dan rakyat jelata terkejut apabila pasangan ini memutuskan untuk berpisah pada tahun 1992 dan akhirnya bercerai pada tahun 1996. Penceraian ini berlaku selepas lima belas tahun mereka berkahwin.",
"Perkahwinan dengan Camilla Parker Bowles",
"Pada tahun 1970, Putera Charles dan Camilla bertemu buat pertama kalinya di Windsor Great Park sewaktu sebuah acara pertandingan polo diadakan. Selepas pertemuan itu, Mereka saling berdua-duaan. Namun, Putera Charles terpaksa meninggalkan Camilla buat sementara kerana dipanggil untuk bertugas bersama Angkatan Tentera Laut Diraja selama lapan bulan. Setelah kepulangan Putera Charles yang sudah selesai dengan tugasannya, baginda mendapat maklum bahawa Camilla sudah bertunang dengan jejaka lain.",
"Pada julai tahun 1973, Camilla mengahwini Andrew Parker Bowles yang merupakan seorang pegawai tentera berkuda diraja. Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Laura Lopes and Tom Parker Bowles. Dipendekkan kisah, pada Januari tahun 1995, Camilla dan Andrew Parker Bowles mengumumkan bahawa mereka telah bercerai.",
"Pada Februari tahun 2005, Putera Charles dan Camilla mengumumkan bahawa mereka telah bertunang setelah 35 tahun sejak kali pertama mereka bertemu. Pada 9 April 2005, sebuah majlis perkahwinan diantara Putera Charles dan Camilla dilangsungkan dalam upacara sivil di Windsor Guildhall. Bagi mengekalkan Lady Diana kekal sebagai satu-satunya yang memegang gelaran Puteri Wales, Camilla mendapat gelaran Duli Yang Teramat Mulia The Duchess of Cornwall. Sehinnga kini perkahwinan mereka masih lagi bertahan.",
"Hobi dan minat\nPutera Charles mempunyai hobi dan minat yang pelbagai. Hal ini dikatakan demikian kerana, baginda gemar bermain sukan Polo dan juga berseni di atas kanvas. Minat lain adalah seperti baginda amat mengambil cakna akan soal kesejahteraan golongan belia dan golongan kurang berkemampuan. Seperti yang dimaklumkan, Putera Charles merupakan seorang yang cintakan seni lukisan. Baginda akan menghabiskan masa dengan melukis setiap kali jadualnya mengizinkan. Kemudian, Lukisan baginda akan dijual dan hasilnya jualan akan disumbangkan ke Yayasan Amal The Prince of Wales.",
"Selain itu, Putera Charle juga akan meluangkan masanya dengan aktiviti berkebun. Biasanya, baginda akan berkebun di kebun organiknya yang terletak di Highgrove. Tambahan lagi, baginda juga merupakan seorang petani. sejak tahun 1985, Putera Charles telah menjalankan kegiatan perladangan dari rumah rehatnya, Gloucestershire yang berkeluasan 900 ekar.",
"Di sana, Baginda membekalkan hasil organik untuk jenama Waitrose Duchy Organic. Highgrove terbuka kepada orang awam untuk dikunjungi, kebiasaannya akan menerima hampir 40,000 pengunjung.",
"Selama bertahun-tahun juga, Putera Charles telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan termasuk perlumbaan, selam skuba dan belayar. Sehingga November 2005, Baginda berjaya mengumpul sejumlah wang dengan bermain polo dan wang yang diperoleh tersebut akan disumbangkan ke badan-badan kebajikan. Baginda akhirnya telah memutuskan untuk bersara dari sukan Polo setelah hampir 40 tahun berkecimpung.",
"RUJUKAN:\nBrandreth, Gyles (2007). Charles and Camilla: Portrait of a Love Affair. UK: Random House.",
"“HRH The Prince of Wales”. Debrett’s. Archived from the original"
] |
https://www.thepatriots.asia/perancis-koyak-kerana-black-panther-ii-mendedahkan-sifat-penjajah/ | Perancis Koyak Kerana Black Panther II Mendedahkan Sifat Penjajah | [
"Filem Black Panther II sudah keluar pawagam bermula 11 November 2022. Tetapi macam biasa, Perancis sedikit ketinggalan – sekarang baru nak panas kerana ada satu babak yang buat mereka koyak. Bayangkan: dah lebih tiga bulan, baru nak koyak kerana filem fiksyen. Mesti baru layan di Disney+. Apa-apa pun, jom kita telusuri babak yang buat mereka marah tu.",
"Masa awal filem, kita disajikan lakonan Angela Bassett sebagai Queen Ramonda yang bersidang di United Nations. Babak tu tunjuk seorang pemimpin Perancis yang bising mahukan Vibranium. Babak ni yang Sebastien Lecornu dah panas. Yang buat dia betul-betul bengang? Babak terkemudian apabila tentera-tentera upahan Perancis ditangkap kerana menyerang outpost Wakanda. Ini yang betul-betul buat Lecornu bengang.",
"Babak berkenaan.",
"Lecornu ni adalah Menteri Tentera Perancis, yang menuduh Disney tunjuk “sisi palsu dan mengelirukan” pasal Tentera Perancis (Camut & Vela, 2023). Dia bengang sebab outpost berkenaan berada di Mali. Jadi dia cuba tegakkan benang yang basah mengatakan kerajaan Mali pernah minta bantuan Perancis lawan “pelampau Islam”. Kononnya Disney menghina 58 tentera Perancis yang terbunuh kerana cuba mempertahan Mali.",
"Kisah Separuh Masak",
"Sebastien Lecornu sebenarnya sedang menggilap imej Perancis guna naratif separuh masak. Pertama sekali, memang betul Perancis turun membantu Mali – tetapi datangnya Perancis membuka jendela baru di Mali, yang tiba-tiba kena berdepan dengan kemasukan banyak kumpulan tentera upahan macam Wagner Group misalnya. Wagner Group ni pula berpihak pada Rusia.",
"Maka sekarang kalian yang membaca sudah pasti boleh bayang sendiri: dua pihak luar yang berbeza kepentingan turun membantu sebuah negara melawan satu common enemy. Jadi sebenarnya mereka melawan common enemy atau bersaing kepentingan?",
"Apabila pihak luar mula masuk, Mali dihanyutkan sentimen anti-Perancis. Tiga minggu sebelum Perancis tamatkan operasi ‘bantuan’ mereka, Mali siap menghalau Duta Besar Perancis (BBC, 2022).",
"Ribuan orang Mali turun di ibu negara mereka bersorak kerana Duta Besar Perancis sudah dihalau, siap membakar patung Emmanuel Macron (Lorgerie, 2022). Maka persoalan yang perlu dibangkitkan: kalau betul Perancis turun membantu, kenapa rakyat Mali benci Perancis?",
"Wakanda Forever!",
"Sekitar abad ke-19, Perancis mula menjajah bumi Mali untuk menguasai pasaran kapas. Bumi Mali memang kaya dengan kapas. Jadi mereka datang membawa ‘pelaburan’. Tapi syaratnya? Petani-petani Mali wajib jual tanah mereka – sama ada suka atau tak, Perancis tidak peduli.",
"Maka kembali ke perbincangan asal:",
"Jadi sekarang elemen mana yang Black Panther II mengelirukan dunia? Kerajaan penjajah Perancis memaksa petani-petani Mali tanam kapas banyak-banyak tau. Bagus kan kapas ditanam banyak-banyak? Bagus untuk Perancis, yang tidak peduli langsung kalau rakyat Mali tiada beras, millet dan sorghum secukupnya.",
"Asalkan ada kapas. Ibaratkan kerajaan asing bakar semua bendang padi dan keringkan tanah tersebut untuk tanam sawit banyak-banyak. Kau rasa?",
"Memang itu perangai Perancis zaman dulu. Filem Black Panther teruk dikecam warga Black Americans kerana mensensasikan stigma anti-Afrika. Sebab apa? Baca lagi.",
"Stigma Yang Mengubah Black Panther I dan Black Panther II",
"Kalau cakap sekilas, kalian akan nampak serupa woke.",
"Nampak macam woke? Baca lagi. Kita tengok apa plot Black Panther.",
"Sepupu lawan sepupu. Stigma.",
"Sendiri lawan sendiri. Berpecah belah. Wakanda dengan Jabari. Stigma.",
"Gaduh diri sendiri. Wakanda T’Challa vs Wakanda N’Jadaka. Juga stigma.",
"Orang Melayu juga terdedah pada stigma begitu kronik. Melayu tikam Melayu. Ni half-truth sebenarnya. Pengamal stigma ni masih percaya yang Si Kitul adalah pengkhianat Melayu. Walhal sejak bila Si Kitul tu Melayu? When you repeat a fallacy so often, you’re bound to shape the penultimate truth. Penultimate, bukan ultimate.",
"Si Kitul Melayu. Pengkhianat Melayu. Apa-apa saja mesti Melayu. Seolah-olah bangsa Melayu ni jijik. Tak boleh percaya. Dan tambah kronik apabila naratif ni dihidupkan ikut landskap politik sekarang. Susah.",
"Memang betul. Ada jer pengkhianat dalam kalangan Melayu. Tapi saya nak tanya. Bangsa lain tiada pengkhianat?",
"Amerika Syarikat tu bersepah dengan pengkhianat. Tapi ada tak mereka sealirankan pengkhianat tu dengan naratif bangsa? Tiada. Atas roh yang sama tu lah dimainkan pada nama Wakanda. Asal Melayu mesti pengkhianat… Asal Afrika, mesti paling tadah tak tolong bangsa sendiri. Asal Afrika, mesti secara tak langsung berkecuali taknak selamatkan anak bangsa sendiri.",
"Maka Black Panther II membawa perubahan – tunjuk sisi gelap bangsa lain. Kaitkan dengan naratif moden. Terus koyak Perancis, walhal itulah dosa mereka di Mali terdahulu. Yang peliknya Sebastien Lecornu tak cakap pun pasal tu. Fikir positif. Lupa kot?",
"Of course, ni hiburan jer. Tapi saya sentuh sikit eh. Kalau kau bawak 10 filem Melayu yang ikut naratif “Melayu pengkhianat” dan semuanya berjaya pecah panggung seantero dunia – kau rasa orang ramai akan fikir apa?",
"Melayu mulia? Tak.",
"Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia",
"RUJUKAN:",
"BBC. (2022, Januari 31). French ambassador expelled from Mali.",
"Camut, N., & Vela, J. (2023, Februari 13). France slams Disney’s Black Panther over depiction of French troops. Politico.",
"Lorgerie, P. (2022, Februari 5). Thousands take to the streets of Bamako in anti-French protest. Reuters."
] |
https://www.thepatriots.asia/china-nak-bina-landasan-kereta-api-13-ribu-kilometer-ke-usa/ | China Nak Bina Landasan Kereta Api 13 Ribu Kilometer Bawah Laut Ke USA | [
"Pada tahun 2014, satu laporan Beijing Times mendedahkan impian China membina landasan keretapi laju bawah laut menghubungkan negara itu dengan Rusia, Kanada dan Amerika Syarikat. Mengikut draf awal projek, ia akan mempunyai landasan berukuran 13,000 km panjang dan memakan kos AS$200 bilion.",
"Sekiranya projek ini dapat direalisasikan, ia bakal memberi suntikan besar dari segi ekonomi, pelancongan dan perdagangan semua negara yang terlibat . Landasan keretapi ini akan dikenali sebagai Landasan China-Rusia-Kanada-Amerika Syarikat. Dan mengikut laporan tersebut, sudah wujud perbincangan dengan pihak Rusia tentang projek ini dan mereka yakin ia boleh direalisasikan dengan teknologi yang ada.",
"Bagaimanapun, projek Landasan China-Rusia-Kanada-Amerika Syarikat ini perlu mengatasi beberapa halangan sebelum ia dapat direalisasikan. Pertama, untuk terowong dasar laut merentasi Selat Bering, ia memerlukan terowong empat kali ganda lebih besar daripada Terowong Selat Inggeris. Kedua, isu kos yang dianggap melampau dan terdedah kepada isu pembaziran.",
"Walaupun ada menganggap projek sebegini sebagai mengarut, hakikatnya sudah wujud bukti konsep keretapi pe.lu.ru bawah laut. Pada 2018, Beijing meluluskan projek keretapi laju bawah laut pertama di dunia yang menghubungkan Ningbo ke Zhoushan. Landasan Ningbo-Zhoushan turut mempunyai seksyen terowong bawah laut yang berukuran 16.2 km panjang.",
"Memandangkan projek ini akan menggunakan teknologi Maglev untuk keretapi laju, ia mengundang cabaran kepada pembina landasan. Ramai percaya menerusi terowong ini, ia berperanan sebagai percubaan bagi menyelesaikan pelbagai isu teknikal membabitkan teknologi keretapi dan pembinaan landasan sebelum ia dibawa ke projek berskala besar.",
"Bagaimanapun, usaha merealisasikan Landasan China-Rusia-Kanada-Amerika Syarikat kini ditangguhkan. Selain didorong oleh faktor kerenggangan hubungan membabitkan keempat-empat buah negara, isu kos terus menjadi sebab ia ditolak. Bagi mereka yang menolak, lebih baik menggunakan perkhidmatan penerbangan kargo dan kapal laut dari menggunakan khidmat keretapi kargo. Lantas, untuk melihat keempat-empat negara ini bekerjasama dalam projek ini hanya sekadar angan-angan Mat Jenin.",
"RUJUKAN:",
"Dunhill, J. (2021). China Wants To Build An 8,000-Mile Underwater Train Line To The USA. IFLScience."
] |
https://www.thepatriots.asia/sarawak-police-field-force/ | Sarawak Police Field Force | [
"SARAWAK Police Field Force atau Pasukan Polis Hutan Sarawak itulah nama satu pasukan separa-tentera yang ditubuhkan sejak tahun 1940-an hasil daripada pembahagian tugasan Sarawak Constabulary yang diasaskan ketika di zaman Brooke memerintah lagi. Ianya juga adalah antara pasukan keselamatan di Sarawak yang mempunyai signifikasinya tersendiri di dalam perang-perang di hutan baik di ketika sewaktu Perang Dunia Kedua berlangsung sehinggalah ketika Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tanggal 16 September 1963.",
"Sekitar tahun 1948 setelah Sarawak menjadi jajahan kepada Koloni Mahkota Sarawak British, Unit B ditubuhkan yang mana dianggotai oleh lebih kurang 100 orang pada ketika itu. 100 orang yang pertama ini adalah antara mereka yang terbaik di kalangan Sarawak Constabulary yang dikatakan mempunyai kepakaran di dalam perang-perang di hutan atau “jungle squad”. Unit B dibahagikan kepada tiga unit platun di mana setiap satu platun adalah 100% dianggotai oleh anak Dayak Sarawak.",
"Pada awalnya, iaitu ketika pemerintahan Brooke sekitar tahun 1851, sudah wujud satu pusat latihan polis di Sarawak. Ianya dikenali sebagai Police Training School di Tanjung Putus, Kuching. Di sinilah pada awalnya setiap anak Sarawak yang menganggotai dunia kepolisian mendapat latihan sebenar mereka sebagai Sarawak Constabulary tanpa mengira unit. Menjelang tahun 1950 iaitu diketika Kerajaan Mahkota Sarawak British memerintah pula bagi Unit B, Sarawak Police Field Force pada ketika itu telah mempunyai pusat latihan tersendiri.",
"Pusat latihan yang khusus bagi Unit B ini dikenali dengan nama Sarawak Police Field Force Training School atau Pusat Latihan Polis Hutan Sarawak, Bukit Siol, Kuching. Pihak British pada masa itu telah memberikan latihan gerak gempur hutan yang lebih sempurna untuk Pasukan Polis Hutan Sarawak. Difahamkan sehinggalah satu ketika Sarawak Ranger dibubarkan, ramai bekas Sarawak Ranger telah memasuki dunia Polis Hutan Sarawak. Dek kerana itulah adalah tidak mustahil sehinggalah Sarawak membentuk Malaysia, Pasukan Polis Hutan yang ada di Sarawak adalah antara mereka yang pakar di dalam hutan.",
"Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 menyaksikan Pasukan Polis Hutan Sarawak turut diserapkan menjadi sebahagian daripada pembentuk Polis Diraja Malaysia. Pada ketika itu ianya dikenali sebagai Pasukan Gerak Am (PGA) sehinggalah sekarang. Untuk konteks Sarawak, pusat latihan tetap diteruskan di Bukit Siol Police Training School sehinggalah ia dipindahkan ke PULAPOL, Borneo Heights, Kuching pada tahun 1997 .",
"Penglibatan Sarawak Police Field Force tidak boleh dinafikan di dalam memastikan keamanan di Sarawak. Pada ketika Perang Dunia Kedua berlangsung, atas nama Sarawak Constabulary, mereka telah berhempas pulas mempertahankan Sarawak daripada pendudukan Jepun. Mereka juga diserapkan menjadi sebahagian kepada kekuatan Sarawak yang dikenali sebagai SARFOR oleh Rajah C.V Brooke di dalam kempen pertahanan Perang Dunia Keduanya.",
"Manakala di ketika pemerintahan Koloni Mahkota Sarawak British yang mana menyaksikan Sarawak Police Field Force mempunyai unit yang lebih sempurna, merekalah antara galang kepada pertahanan sewaktu era konfrantasi Indonesia/Malaysia dan komunis. Pasukan Polis Hutan (PPH) ini telah ditempatkan di banyak kawasan strategik seperti di balai polis yang bersempadanan dengan negara jiran. Bersama-sama dengan anggota polis biasa, PPH sentiasa menjadi antara pakar taktikal bagi mengepalai setiap serangan yang dilakukan oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) sewaktu perang Ganyang Malaysia yang berlangsung dari tahun 1962 sehingga tahun 1966.",
"Kemudian, di ketika darurat komunis di Sarawak iaitu selepas Konfrantasi Indonesia Malaysia tamat pada tahun 1966, PPH masih lagi menjadi sandaran untuk membanteras komunis di Sarawak. Mereka sentiasa menjadi antara barisan paling hadapan ketika berlakunya serang hendap komunis di mana-mana bahagian Sarawak. PPH juga adalah antara sandaran untuk menjaga zon penampan seperti RASCOM bersama-sama dengan Sarawak Border Scouts dan tentera Malaysia.",
"Biar sekarang dikenali sebagai Pasukan Gerak Am dibawah panji PDRM, namun setiap budi dan keringat yang ditaburkan oleh Pasukan Polis Hutan Sarawak dilupa jangan. Bukan sedikit pengorbanan mereka di dalam memastikan keamanan yang kita kecapi sekarang. Sejarahnya bermula sejak di era Brooke sehinggalah melangkaui Sarawak, Malaysia sekarang.",
"Lest We Forget!",
"-HB-",
"#KamekSayangSarawakBah\n#HariSarawak22Julai",
"Rujukan:",
"1. Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia\nhttps://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/pasukan-polis-sarawak",
"2. Pusat Latihan Polis – PULAPOL, Kuching\nhttps://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170408/283253097763846",
"3. Sarawak Constabulary – Borneo Oracle"
] |
https://www.thepatriots.asia/34421-2/ | Berakal Dulu Sebelum Menghina Duit Syiling Malaysia | [
"Kewangan negara selalu mencerminkan imej dan prestij dalam hal ehwal antarabangsa. Disebabkan itu wujud sebahagian daripada rakyat yang suka membandingkan Malaysia dan Singapura. Mencontohi teladan-teladan baik itu ialah fitrah. Namun membandingkan kepingan syiling dalam bentuk hinaan terhadap Malaysia memanglah dangkal. Memanglah hantaran hinaan dibuat pada 13 November 2016, tetapi kecaman-kecaman masih lagi berlarutan sehingga hari ini. Dan itulah masalah kepada masyarakat sosial Malaysia.",
"Pertama sekali, setiap negara mempunyai cara-cara tersendiri untuk merekacipta matawang. Amerika Syarikat misalnya mencetakkan 1, 2 (jarang dicetak), 5, 10, 20, 50 dan 100 semuanya dengan saiz sama. Cuma motif yang berbeza; di hadapan ialah pemimpin-pemimpin bersejarah dan belakang pula peristiwa-peristiwa menarik dalam sejarah. Begitu juga dengan Malaysia, yang mencetakkan wang RM1 lebih kecil berbanding RM50 dan RM100 (mungkin untuk menjimatkan kos juga).",
"Memandangkan terdapat penghinaan, seharusnya matawang Ringgit secara keseluruhan diceritakan secara terperinci serta erti motif itu sendiri. Bermula sekitar 1967 apabila Bank Negara Malaysia meluluskan beberapa jenis matawang bermula dari 1 sen hingga $1000, yang setiap satu mempunyai jenis berbeza. Malah $1 hingga $1000 pula mempunyai wajah Tunku Abdul Rahman (yang $1000 mempunyai motif belakang bangunan Parlimen).",
"Siri cetakan diteruskan dua kali iaitu pada tahun 1982 dan 1996. Dan keluaran semasa pula bermula dari tahun 2012. Bermula dengan duit 5 sen yang dibuat dengan keluli tahan karat berbelakangkan sulur kacang 14 titik (dan lima garis melintang) bersertakan destar siga daripada budaya Kadazan-Dusun. Disambung pula dengan duit 10 sen yang dibuat pun dengan keluli tahan karat dengan lingkarannya digiling. 14 titik dan lima garisan melintang yang sama juga boleh dilihat pada permukaan belakangnya. Duit yang dihina (dengan perbandingan bersama Singapura) ini juga mempunyai corak tenunan daripada suku Mah Meri.",
"Duit 20 sen dibuat dengan nikel dan tembaga, bukan keluli tahan karat. Lingkarannya turut digiling. Dan selain daripada 14 titik dan lima garisan melintang, motif belakang mempunyai tiga bunga melur di hadapan destar siga. Bahan untuk 50 sen pula mempunyai nikel, tembaga dan kuprum berlingkar keras dengan corak di belakang.",
"Di bahagian hadapan pula setiap duit syiling ini mempunyai nilainya, tahun cetakan dan bunga kebangsaan. Wang-wang kecil ini disambung pula dengan wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman, bunga kebangsaan dan corak-corak songket pada muka hadapan wang kertas. Di belakang pula terdapat wau bulan (RM1), burung kenyalang (RM5), rafflesia (RM10), penyu karah (RM20), Tunku Abdul Rahman al-Haj dan pokok sawit (RM50) dan Gunung Kinabalu serta bentuk muka bumi lembah Gunung Api (RM100).",
"Berdasarkan penjelasan ini, tidak boleh dinafikan bahawa wang-wang Malaysia mempunyai nilai estetika yang kaya dengan seni lagi budaya. Namun apa yang dilihat golongan penghina hanyalah bahasa semata-mata, seolah-olah terdapat isu Malaysia ketinggalan zaman kerana tidak meletakkan bahasa-bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Setepatnya nilai kebudayan pada wang Malaysia lebih tinggi daripada Singapura, yang hanya menekankan faktor sosial dan sejarah terdekat.",
"Memang benar wang ringgit perlu diperbaharui lagi. Terdapat beberapa cabaran terutamanya kepada golongan warga emas contohnya warna RM1 dan RM50 seakan-akan sama dan kepingan 20 sen dan 50 sen pula tidak begitu jauh berbeza dari segi saiz (dan muka hadapan). Namun menghentam negara seharusnya terhad kepada kecacatan semata-mata. Hanya kerana bahasa itu menandakan kezaliman yang dituju kepada lebih daripada 30 juta rakyat."
] |
https://www.thepatriots.asia/kenapa-ramai-tak-puas-hati-dengan-tedros-adhanom/ | Kenapa Ramai Tak Puas Hati Dengan Tedros Adhanom? | [
"Tedros Adhanom, Ketua Pengarah (DG) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) teruk kena bakor minggu ni. Mula-mula kena kecam dengan Trump, lepas tu kena tibai dengan Presiden Tsai dari Taiwan. Apasal ramai tak puas hati dengan Tedros?",
"Pada Selasa lepas, Trump telah kecam WHO secara terbuka di Twitter, kata WHO “China-centric” dan memberi “faulty recommendation” tentang COVID-19.",
"Trump merujuk kepada tindakan Tedros pada peringkat awal penularan COVID-19. Masa China kena COVID pada Januari, Tedros kata keadaan di China terkawal dan membantah negara-negara yang menghalang kemasukan warga China atau menyekat penerbangan ke China.",
"Ramai kritik Tedros ada bias terhadap China. Umum tahu Tedros ada hubungan yang baik dengan China semasa jadi Menteri Luar Ethiopia (2012-16). Salah satu sebab Tedros dipilih jadi DG WHO pada 2017 pun sebab ada sokongan China. Negara2 Eropah & US waktu tu prefer calon dari UK.",
"Selepas jadi DG WHO, antara first things yang Tedros buat ialah mengunjungi China dan bincang peluang kerjasama. Tedros siap ada nama Cina tersendiri, 谭德塞 (Tan De Sai), untuk menunjukkan dia mesra China.",
"Dan disebabkan bias Tedros terhadap China, dia block Taiwan daripada menyertai WHO berdasarkan prinsip Satu China. Disebabkan China klaim Taiwan sebagai sebahagiannya, China tak membenarkan Taiwan hadir dalam apa2 pertubuhan antarabangsa sebagai entiti berdaulat termasuk WHO.",
"Malah selepas COVID menular, WHO masih mengecualikan Taiwan dalam banyak benda termasuk bantuan dan perkongsian maklumat. Taiwan terpaksa bergantung pada diri untuk mengawal COVID. Sehingga kini, Taiwan hanya mempunyai 380 kes dan 5 kematian.",
"Tedros kelihatan sibuk mempertahankan China. Selain bantah orang sebut Wuhan virus, Tedros juga menyanggah negara yang bawa balik warganegara masing-masibg daripada China. Netizen Taiwan & Hong Kong bengang, maka melancarkan petisyen online mendesak Tedros letak jawatan.",
"Sambil membela diri daripada dakwaan Trump, Tedros tidak lupa petik nama Taiwan & kata dia merupakan mangsa “racist attack” dari Taiwan. Itu menyebabkan Presiden Tsai agak triggered dan terus keluarkan kenyataan membidas Tedros, & mengatakan Taiwan sebagai mangsa yang sebenar.",
"Melihat member sendiri kena gasak, negara-negara Afrika turut bekap Tedros yang merupakan DG WHO pertama dari Afrika.",
"Yang menariknya, US, Jepun dan Taiwan merupakan sekutu dalam hal menentang China, manakala negara-negara Afrika mempunyai hubungan baik dan pergantungan kepada China dari segi ekonomi. Kebanyakan negara Afrika termasuk Ethiopia bergantung kepada import barangan China.",
"Pertubuhan antarabangsa seperti UN, WHO, WTO pun tak dapat bebas daripada persengketan geopolitk antara negara-negara. Malah kes Tedros menunjukkan, kuasa-kuasa besar akan cenderung untuk naikkan orang yang akan membantu agenda mereka untuk menerajui badan-badan ini.",
"Dulu US naikkan orang-orang dia untuk ketuai IMF & Bank Dunia untuk memaksa negara menerima agenda ekonomi dia, sekarang China pun buat benda yang sama. Kuasa-kuasa besar, tak kira kuasa barat atau timur, kapitalis atau sosialis, perangai sebenarnya sama saja."
] |
https://www.thepatriots.asia/siapa-yang-asaskan-teknik-cpr-yang-menyelamatkan-nyawa/ | Siapa Yang Asaskan Teknik CPR Yang Menyelamatkan Nyawa | [
"Dulu sungguh sangka orang yang tengah ηαzαk boleh selamat kalau beri CPR. Waktu zaman budak-budaklah; mana faham sangat konsep αjαl ketika itu. Tetapi semakin lama, baru nampak jalan yang lurus bahawa “nafas terhenti tidak semestinya αjαl … andainya αjαl, pasti nafas terhenti.” Dan semua boleh fikir sendiri – kalau nafas terhenti, mestilah jantung sudah berhenti.",
"Definisi perubatan untuk jantung berhenti adalah cardiac αrrest. Jantung berhenti sebenarnya berbeza untuk dibandingkan dengan serαηgαη jantung.",
"Kalau “jantung berhenti”, memang kegagalan jantung atas sebab tertentu. Tetapi serαηgαη jantung adalah peredaran dαrαh ke jantung yang tersumbat.",
"Nampak sama – tetapi berbeza. Orang yang terkena serαηgαη janung tidak perlu diberi CPR, kecuali kalau jantungnya sudah berhenti (Agatston, 2009).",
"Kegagalan jantung adalah langkah pertama ke arah αjαl kerana otak tidak mendapat oksigen. Jadi CPR dibuat untuk mengembalikan aliran dαrαh antara jantung ke otak, selalunya bersama hembusan dalam mulut.",
"Sejarah Pelaksanaan CPR",
"Secara rasmi, dunia mengenali CPR melalui Dr James Elam dan Dr Peter Safar. Tetapi mereka tidak ‘cipta’ CPR. Kerana titik-titik awal CPR sudah nampak sejak abad ke-15, contohnya apabila Burhanuddin Kermani di iran bercerita pasal “menekan bahagian kiri dada” (Dadmehr, et al., 2018). Burhanuddin adalah seorang doktor istana diupah Sultan Taraghay Shahrukh (Ulugh Beg) yang merupakan cucu pada Timur Gurkani.",
"Namun komuniti perubatan zaman dulu tidak kenal beza situasi “jantung berhenti” dan takdir “αjαl”. Mana mungkin mereka boleh bezakan kerana teknologi terhad.",
"Jadi dalam zaman susulan, banyak pihak lain membanting tulang untuk mengenal pasti perbezaan ini. Pembangunan sosial dalam Dunia Eropah menjadikan benua ini “zon ilmu”. Jadi bab perubatan banyak diperluas sarjana Eropah bermula abad ke-18.",
"Sarjana perubatan Eropah ingin mengurangkan kemαtiαη dalam kalangan kes jatuh sungai. Jadi mereka mengkaji begitu gigih. Seorang doktor kelahiran London bernama William Hawes berlαwαη arus dengan cadangan bahawa mαηgsα lεmαs masih boleh diselamatkan.",
"Bermula tahun 1773, beliau sanggup membayar untuk ‘mαyαt’ sesiapa saja yang baru jatuh dalam sungai. Kesanggupan Hawes membuka mata doktor lain, seperti Thomas Cogan yang tidak setuju bab ganjaran.",
"Gandingan Hawes dan Cogan melahirkan sebuah pertubuhan bertujuan untuk menyelamatkan mαηgsα lεmαs. Pertubuhan tersebut hari ini bernama Royal Humane Society, yang banyak berjasa dalam bab CPR.",
"Hawes dan Cogan melaksanakan CPR dengan tembαkαυ (Lawrence, 2019). Penggunaan tembαkαυ hanya popular selama beberapa tahun sahaja, sebelum terbukti unsur kerαcυηαη ηikotiη.",
"Namun berita tentang CPR sudah sensasi merentasi Lautan Atlantik di bumi Amerika, dimana pada Mei 1782 seorang kanak-kanak bernama Rowland Oliver terjatuh dalam Sungai Delaware.",
"Keluarga Oliver perasan yang anak mereka sebenarnya masih ada ηyαwα. Jadi mereka mula menampar dan menyapu αlkοhοl pada seluruh tubuh badannya.",
"Apabila doktor sampai, mereka rendamkan kaki Rowland dalam air panas dan tuang cecair emetik dalam tekak Oliver. 20 minit kemudian, Oliver ‘hidup semula’.",
"Rangsangan Jantung Bertambah Baik",
"Saban zaman pengamal perubatan belajar banyak benda tentang jantung. Mereka tidak menggunakan tembαkαυ atau cecair emetik. Mereka menumpukan perhatian pada jantung dan paru-paru.",
"Kedatangan James Elam dan Peter Safar kemudian merevolusikan ilmu ini, dengan cara menunjukkan kaedah CPR yang betul.",
"Dan James Jude pula siap menggunakan CPR secara praktikal. Semasa membeδαh seorang wanita, Jude mendapati jantung pesakitnya tiba-tiba terhenti.",
"Ikut protokol, beliau kena cepat pοtοηg dada untuk urut jantung secara manual. Tetapi beliau sekadar menekan dari luar… dan jantungnya kembali berdenyut.",
"Teknik ini menimang nama “closed-chest” yang kemudian dikaji secara amali pada 20 pesakit – 20 bulan hingga 80 tahun. Apabila jantung mereka berhenti, pengkaji menggunakan teknik ‘closed-chest’ Jude. Jantugn 14 pesakit kembali berdenyut, membuktikan teknik ini benar-benar berfungsi.",
"RUJUKAN:",
"Agatson, A. (2009, April 20). How to help a heart (ditapiskan) victim. Everyday Health.",
"Dadmehr, M., et al. (2018). Chest compression for syncope in medieval Persia. European Heart Journal. 39 (29): 2700-2701.",
"Lawrence, I. (2019, April 25). Saving Lives With A Puff Of Smoke? Science Museum."
] |
https://www.thepatriots.asia/lima-kisah-romantis-semasa-p3rang/ | Lima Kisah Romantis Semasa P3rang | [
"Entah bagaimanakah agaknya anggota tentera yang sedang bertemp*r di medan per*ng fikir ketika terpaksa meninggalkan pasangan mereka demi kedaulatan tanahair atau amanah negara.",
"Berikut adalah 5 kisah cinta dalam dunia per*ng dan ketenteraan yang mungkin boleh dikatakan paling romantis dan mungkin tidak pernah anda dengar selama ini.",
"Namun untuk lima kisah terbaik yang disusun mengikut pandangan penulis sendiri ini rata-ratanya hanya berlatarkan zaman Per*ng Saudara Amerika, Per*ng Revolusi, Per*ng Dunia Kedua dan Per*ng Dingin.",
"Dear John? Top Gun? Pearl Harbor? Lupakan, kerana beberapa kisah cinta tentera yang paling romantis pilihan penulis ini berasal dari kehidupan sebenar.",
"Kita mungkin akan merasai cinta itu jika kita sempat diberi peluang membaca diari dan surat cinta dari kekasih yang entah masih hidup atau sudah m*ti di tengah medan per*ng boleh menjadi samada berita gembira atau berita sedih, sebagaimana mereka yang telah bergelar atuk dan nenek mungkin pernah lalui dahulu.",
"CINTA KE AKHIR HAYAT VETERAN PER*NG REVOLUSI",
"Mungkin sudah rezeki Daniel Bakeman selaku pesara tentera yang pernah berjuang dalam Per*ng Revolusi di Amerika, untuk hidup pada tempoh yang cukup lama hingga dapat menyaksikan berakhirnya Per*ng Saudara.",
"Dia meninggal dunia pada usia 109 tahun, isterinya, Susan meninggal dunia beberapa tahun sebelumnya, lalu menjadikan tempoh perkahwinan mereka berusia 91 tahun!",
"Walaupun tarikhnya masih diperdebatkan, pasangan itu jelas terbukti telah berkahwin ketika Bakeman berusia 12 tahun dan Susan berusia 14 tahun.",
"Bakeman dan Susan dikurniakan lapan orang cahaya mata dan pasangan ini telah bersama-sama mengharungi susah dan senang dalam kehidupan yang mencabar ini.",
"Bukan sahaja Bakeman berkhidmat di medan temp*r dalam peper*ngan yang berlanjutan selama 10 tahun, tetapi mereka pernah beberapa kali berpindah setelah terselamat dari kebakaran rumah dalam tiga kejadian yang berbeza.",
"Bakeman digambarkan sebagai “seorang yang cerdas dan bersemangat waja serta amat mencintai kehidupan.” ",
"Susan merupakan seorang wanita yang sentiasa aktif. Walaupun ketika usianya telah menjangkau 105 tahun, dia masih gemar menunggang kuda dan memandu kereta sendiri untuk mengunjungi keluarga pada tahun-tahun terakhirnya kehidupannya.",
"WANITA MEMASUKI GARIS KEDUDUKAN MUSUH DEMI KEKASIHNYA",
"Arabella Barlow adalah seorang wanita yang berusia 10 tahun lebih tua daripada suaminya Frank. Dia merupakan seorang sosialit dari New York manakala Frank pula adalah seorang peguam.",
"Mereka berkahwin pada 20 April 1861, pada hari yang sama Frank mendaftar dalam Tentera Kesatuan untuk menyertai sebagai sukarelawan dalam Per*ng Saudara.",
"Untuk beberapa tahun akan datang, Frank terlibat dalam beberapa pertemp*ran dan memperoleh kenaikan pangkat dengan cepat.",
"Arabella menawarkan diri untuk membantu tentera sebagai seorang jururawat dan kadang-kala dia akan mengunjungi kem dimana Frank ditempatkan.",
"Semasa Pertemp*ran Gettysburg, Frank tercedera parah setelah dia ditembak beberapa kali dibahagian sisi dan belakangnya.",
"Ketika keadaan sedang reda seketika, seorang jeneral dari pihak musuh iaitu pihak Konfederasi menemui Frank terbaring tak bermaya di medan per*ng dan telah memutuskan untuk membantu Frank dengan memberinya air.",
"Frank memberitahu kepada musuhnya itu bahawa isterinya berada tidak jauh dari situ dan dia ingin isteirnya dimaklum tentang keadaannya.",
"Arabella kemudian diiring oleh Tentera Kesatuan sebelum disambut oleh pengawal Konfederasi untuk menemui Frank yang sedang ditawan dan tercedera.",
"Walaupun doktor pihak Confederare menjangkakan bahawa Frank tidak akan mampu bertahan, ketibaan Arabella ternyata membuahkan hasil.",
"Frank hanya perl*kan sentuhan cinta Arabella yang telah merawatnya, dan ya, isterinya berjaya menyelamatkan nyawanya.",
"ASKAR P*RANG SAUDARA YANG TERKORB*N DALAM DAKAPAN KEKASIHNYA",
"John Pelham adalah seorang anggota tentera dari unit artileri Konfederasi yang digelar oleh Jeneral Robert E. Lee sebagai “The Gallant Pelham.” ",
"Semasa musim sejuk di Fredericksburg, VA, Pelham telah menjalinkan hubungan persahabatan yang berputik menjadi hubungan cinta dengan gadis tempatan bernama Bessie Shackelford.",
"Bessie tinggal di kawasan pedalaman bersama lima adik beradiknya yang lain, rumahnya hanya di seberang jalan dari kuarters utama tentera namun laluannya terlalu berlumpur.",
"Pelham bersama-sama seorang rakan seperjuangannya berusaha membina jambatan papan bagi menyeber*ngi jalan yang berlumpur supaya mereka dapat mengunjungi Bessie dan lima adik beradiknya.",
"Semasa Pelham sedang menunggang kuda untuk mara menyertai satu pertemp*ran berdekatan dengan dataran di Kelly’s Ford, sebiji peluru artileri telah mencederakan Pelham.",
"Pelham dibawa oleh rakan-rakannya ke kediaman Shackelford, di mana disitulah Bessie berusaha sedaya upaya mencuci dan membalut l*ka di kepala Pelham namun Pelham meninggal dunia pada malam itu juga di dalam dakapan Bessie.",
"PASANGAN KEKASIH WWII ‘REUNION’ SETELAH 70 TAHUN MELALUI INTERNET",
"Norwood Thomas adalah seorang bekas tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan berhampiran kota London semasa Per*ng Dunia Kedua berlangsung.",
"Di sana juga, dia telah bertemu dan berkenalan dengan seorang gadis Britain bernama Joyce Durant. Kedua-duanya akhirnya saling jatuh cinta, dan mereka mula bertukar surat dan hadiah sepanjang Per*ng Dunia Kedua.",
"Pada peristiwa Pendaratan D-Day, Thomas melakukan penerjunan di Normandy dengan unit Airborne ke-101.",
"Selepas berakhirnya per*ng, Thomas pulang ke kampung halamannya manakala Durant telah berpindah ke Australia.",
"Mereka berdua telah terputus hubungan semenjak saat itu dan kedua-duanya juga masing-masing telah berkahwin dengan orang lain.",
"Namun siapa sangka, 70 tahun kemudian, ketika Durant menerima sebuah komputer, dia berusaha mempelajari cara untuk menggunakan internet dan media sosial.",
"Dia cuba menjejaki Thomas dan akhirnya mereka ditemukan melalui platform media sosial Skype.",
"Thomas ketika itu kebetulan telah bergelar duda dan Durant telah lama bercerai. Mereka amat mengharapkan agar mereka berdua dapat bertemu dan saling berpeluk antara satu sama lain sekali lagi.",
"Dengan bantuan oleh laman web GoFundMe dengan tajaan tambang oleh syarikat penerbangan Air New Zealand, Thomas berjaya terbang ke Australia pada tahun 2016 di hari Valentine, akhirnya mereka dapat bersua muka setelah 70 tahun terpisah.",
"TERPISAH SELAMA 11 TAHUN KERANA PER*NG DINGIN",
"Woodford McCellan, seorang warganegara Amerika Syarikar telah bertemu jodoh dengan Irina di Russia pada tahun 1972 ketika dia melawati negara Soviet itu bersama dengan kumpulan pelancong.",
"Dia berjaya memperoleh visa sementara, dan pasangan kekasih itu melangsungkan perkahwinan pada tahun 1975.",
"Mereka berpisah beberapa bulan kemudian setelah visa McCellan telah tamat tempoh, maka dia harus kembali ke Amerika Syarikat.",
"Malangnya, pasangan yang tidak bersalah ini terpaksa menunggu dengan penuh sabar selama 11 tahun berikutnya dalam usaha mereka untuk disatukan kembali.",
"Tetapi dasar yang ditetapkan oleh pemerintah Soviet semasa Per*ng Dingin menjadikan impian kedua suami isteri ini mustahil. Sebagai rakyat Amerika Syarikat, McCellan telah disekat dari memasuki sempadan Russia, dan Irina juga tidak diberi keizinan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat.",
"Namun Irina akhirnya diizinkan melawati negara Amerika Syarikat pada tahun 1986. Irina telah menterjemahkan kisah perjuangan cinta mereka didalam buku karangannya, Of Love and Russia.",
"RUJUKAN:"
] |
https://www.thepatriots.asia/rakaman-buaya-kena-makan-sampai-tinggal-rangka-di-dasar-laut-didedahkan/ | Rakaman Buaya Kena Makan Sampai Tinggal Rangka Di Dasar Laut Didedahkan! | [
"Jarang kita dengar buaya jadi mangsa penghuni dasar laut. Tetapi itulah yang terjadi apabila penyelidik-penyelidik dari Konsortium Marin Universiti-Universiti Louisiana (LUMCON) menjatuhkan bangkai tiga ekor buaya ke dasar laut Teluk Mexico. Ini bagi menguji sama ada haiwan-haiwan dasar laut bertindak balas terhadap bangkai ini atau tidak. Dan hasilnya amat mengejutkan menerusi video di bawah:",
"Jadi, mengapa LUMCON memilih buaya sebagai bahan eksperimen? Terdapat puluhan spesies buaya yang ditemui di seluruh dunia dengan sebahagiannya dikesan berada di kawasan pesisir pantai. Ia boleh saja muncul akibat banjir, migrasi normal atau mencari makanan. Jika buaya ini mati di kawasan berkenaan, maka ia akan tenggelam ke dasar laut sebagai santapan penghuni kawasan berkenaan.",
"Jika ini berlaku dalam era pra-sejarah, ia sememangnya sesuatu yang normal. Perlu diingat, pada ketika itu, pemangsa-pemangsa utama laut ialah ichthyosaur, mosasaur dan plesiosaur. Seperti mana bangkai ikan paus hari ini, bangkai pemangsa-pemangsa ini akan tenggelam ke dasar laut dan menyumbang kepada kandungan karbon dasar laut.",
"Mungkin ada menganggap ini sebagai sesuatu yang aneh dan di luar kebiasaan. Tetapi penemuan bangkai buaya di tepi pantai bukan perkara baru. Misalnya, pada 2014, bangkai seekor buaya yang berukuran 3 meter panjang ditemui di Folly Beach, South Carolina. Tiga tahun sebelumnya, beberapa bangkai buaya ditemui di muara Sungai Atchafalaya semasa banjir melanda beberapa kawasan di Mississippi.",
"Jadi, apa yang berlaku kepada ketiga-tiga bangkai buaya LUMCON itu? Untuk buaya pertama, ia dikerumuni oleh isopod gergasi merah jambu, spesies pembangkai yang gemar makan dengan pantas. Dalam tempoh 24 jam, isopod berjaya menembusi kulit buaya yang tebal dan makan semua daging bangkai berkenaan.",
"Untuk bangkai buaya kedua pula, dalam tempoh 51 hari, yang tinggal cuma tengkorak dan tulang belakang. Isopod sudah pasti mengerumuni bangkai kedua. Tetapi saintis mendapati wujud spesies baru cacing pemakan tulang dari keluarga Osedax yang turut dikenali sebagai cacing zombi. Ini merupakan kali pertama spesies cacing sebegini ditemui di Teluk Mexico.",
"Sementara untuk bangkai ketiga pula, tidak diketahui apa yang berlaku. Apabila ia diperhatikan semula lapan hari kemudian, bangkai tersebut hilang dibawa oleh pembangkai yang enggan mendedahkan identitinya. Para saintis dari LUMCON hanya tahu tali yang mengikat beban dan belenggu pada bangkai telah putus sama sekali. Dengan mengira berat bangkai dan kekuatan gigitan diperlukan untuk memutuskan tali-tali pada bangkai, ia dilakukan sama ada oleh jerung Greenland atau sixgill.",
"RUJUKAN",
"Evans, K. (2020, 16 Januari). Scientist Dropped Dead Alligators Onto The Seafloor, And Discovered A New Bone-Eating Creature. IFLScience.",
"Dixon, R. (2020, 8 Januari). Alligators in the Abyss: Part 2. Deep Sea News."
] |
https://www.thepatriots.asia/unit-pembangunan-usahawan-dan-industri-halal-upuih/ | Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH) | [
"Latar Belakang",
"Di Jabatan Ketua menteri Sarawak terdapat satu unit yang dikenali sebagai Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH)",
"UPUIH bermula sebagai bahagian perancangan dan Penyelidikan di bawah Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri pada tahun 1998.",
"Namun ada beberapa perubahan yang telah dilakukan dan UPUIH kini di bawah kelolaan Timbalan Menteri. Tumpuan khusus diberikan kepada pembangunan usahawan bumiputera melalui pendekatan yang lebih efektif dan menyeluruh.",
"Pembangunan perniagaan yang agresif telah dilakukan bukan sahaja dalam bentuk latihan diberikan malah dari aspek seperti promosi, pemasaran, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan, peruntukan pembiayaan dan juga premis perniagaan.",
"Bagaimana Dana Dari Teraju Membantu?",
"Mengikut Warta Kerajaan Sarawak yang diterbitkan pada 31 Mei 2016, Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) Sarawak dan UPUIH di bawah jabatan Ketua Menteri telah digabungkan dan akan dijenamakan semula menjadi Kementerian Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Perdagangan ,Pelaburan (MIETI) Sarawak pada masa hadapan.",
"Pembangunan Industri Halal & Keusahawanan (HIED) di bawah MIETI",
"Sarawak bertanggungjawab untuk menerajui dan menyusun perancangan, hala tuju dan pembangunan perniagaan di Sarawak.",
"Objektif utama HIED adalah untuk memudahkan dan menyokong pembangunan keusahawanan dan industri Halal di Sarawak, di samping meningkatkan dan membangunkan serta menarik penyertaan bumiputera dalam bidang industri Halal di Sarawak"
] |
https://www.thepatriots.asia/camfecting-pencerobohan-siber-melalui-kamera/ | Camfecting – Pencerobohan Siber Melalui Kamera | [
"Sama ada kita menggunakan Zoom, Skyper ataupun Googlee Meet, kemara web (webcam) pada laptop kita mungkin tidak seaktif seperti zaman pandemik ini yang semua urusan perlu dilakukan di dalam talian. Banyak peranti elektronik kita seperti tablet, telefofn bimbit, desktop dan laptop mempunyai kamera untuk urusan kerja dan bersosial.",
"Walau bagaimanapun, kelebihan penggunaan kamera web ini menjadikan kita mudah terdedah dengan serangan dalam talian dikenali sebagai “camfecting” – penggodam (hacker) mengawal kamera kita daripada jauh. Mereka melakukan perkara ini dengan memastikan lampu kamera berada dalam keadaan “off” padahal kamera sedang beroperasi.",
"Banyak peranti berkamera yang kita miliki tidak begitu selamat. Kajian menunjukkan secara global, lebih daripada 15,000 peranti kamera web bersedia untuk diakses oleh penggodam tanpa perlu digodam pun.",
"Mark Zuckerberg mempunyai tip bagaimana untuk berlindung daripada serangan camfecting. Apabila laptop kita ditutup, kameranya tidak aktif. Walau bagaimanapun, ramai antara kita menjadikan laptop dalam keadaan hibernasi. Laptop dalam keadaan hibernasi dapat digodam oleh penggodam dan kamera kita dapat diaktifkan. Zuckerberg sendiri akui bahawa dia selindung kamera webnya supaya tidak dapat dilihat walaupun aktif dan selindung mikrofonnya supaya tidak didengari.",
"Jumlah imej yang ditangkap melalui kamera tanpa kebenaran agak rendah rekodnya. Hal ini kerana ramai mangsa yang terkena serangan camfecting tidak menyedari bahawa mereka telah terjejas. Biasanya serangan camfecting dibuat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang mangsa untuk melakukan penipuan (scam).",
"Terdapat dua kaedah lazim yang digunakan dalam serangan camfecting. Pertamanya dikenali sebagai RAT (Remote Administration Tool) seperti virus trojan yang dihantar melalui emel. Keduanya berlaku melalui mesej palsu oleh orang yang diragui.",
"Apabila virus trojan menjangkiti laptop, bukan sahaja kamera yang terkesan, tetapi seluruh laptop terkesan termasuk gambar, fail, maklumat dan seluruh isi kandungan dalam laptop tersebut.",
"Kemampuan untuk memasang RAT telah muncul beberapa tahun yang lalu. Pada tahun 2015, RAT dapat dibeli di internet dengan harga $40. Perisian berbahaya seperti malware dapat dihantar melalui email, pautan (attachment) dan pemacu kilat (flash drive).",
"Menampal pita hitam ataupun putih pada kamera adalah jalan penyelesaian paling mudah dan tidak rumit. Pastikan anda tutup laptop anda apabila tidak digunakan. Jangan biarkan laptop anda berada dalam keadaan hibernasi yang boleh menarik perhatian penggodam.",
"Pastikan anda menggunakan kata laluan (password) untuk laptop dan sebarang akaun anda. Pastikan juga anti-virus anda selalu berada dalam keadaan aktif. Banyak godaman kita dapat elak apabila kita tidak berkongsi kata lalu kepada orang lain, tidak menekan pada pautan (link) yang diragui dan sentiasa “bersihkan” perisian peranti anda. Tindakan ini semua adalah suatu kelaziman (common sense) bagi kita.",
"Tetapi kalau bab kamera, kita akan tertanya-tanya sama ada kita berada dalam keadaan selamat. Maka, ambillah Tindakan yang sewajarnya untuk keselematan diri anda.",
"RUJUKAN:",
"15,000 webcams vulnerable to attack: how to protect against webcam hacking. https://blog.malwarebytes.com/hacking-2/2019/09/15000-webcams-vulnerable-how-to-protect-webcam-hacking/",
"Mark Zuckerberg tapes over his webcam. Should you?. https://www.theguardian.com/technology/2016/jun/22/mark-zuckerberg-tape-webcam-microphone-facebook"
] |
https://www.thepatriots.asia/relevankah-pasifisme-dalam-konteks-pasca-perang-pada-pandangan-liberal-dan-realist/ | Relevankah Pasifisme Dalam Konteks Pasca-Perang Pada Pandangan Liberal dan Realist? | [
"Pasifisme sering\nmenjadi perbualan hangat dalam kalangan sarjana-sarjana dan murid-murid\nHubungan Antarabangsa. Satu hari dalam kelas Hubungan Antarabangsa kami,\nbeberapa orang murid telah mengutarakan pendapat dan hujah mereka bahawa\nkeamana sejagat atau World Peace\nboleh dicapai dalam konteks pasca-perang ini. Saya, Mehmed, dan Panurut berasa\nsangat skeptikal dengan dakwaan mereka, lalu telah berbincang tentang keamanan\nsejagat dan Pasifisme. ",
"Pasifisme\nmenurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah “fahaman,\nprinsip atau aliran yang menekankan bahawa sebarang bentuk keganasan atau\npeperangan tidak wajar terjadi dan mestilah dielakkan melalui penyelesaian\nsecara aman.”",
"Setelah lama\nberbincang, kami bertiga berpendapat untuk menganalisa isu pasifisme dan\nkeamanan sejagat ini melalui kaca mata Liberal\ndan Realist. ",
"Falsafah Liberalisme boleh mencapai sebuah idea dunia\npasifis?",
"Ramai orang\nmempunyai salah faham tentang Liberalisme. Mereka ingat Liberalisme hanya\nsentuh perkara sosial saja atau ingat Liberalisme bermaksud “gaya hidup bebas”\ndan “ketiadaan moral”. Memetik kata-kata Ayman Rashdan Wong tentang salah faham\nfalsafah politik liberal:",
"“Di Malaysia, liberal dijadikan sebagai label malah\ncarutan. Maksud liberal dah disamakan dengan “ketiadaan moral” atau “gaya hidup\nbebas”. Tak puasa. Liberal. Tak berdoa sebelum naik kenderaan. Liberal. Minum\nStarbucks pakai mafla spek hitam beg LV duduk dalam cuaca khatulistiwa.\nLiberal.”",
"Ramai orang juga\ningat yang Hubungan Antarabangsa tidak ada konsep Liberalisme. Sebenarnya\nliberalisme benar-benar wujud dalam politik antarabangsa. ",
"Falsafah Politik\nLiberalisme bermula seawal abad ke-17 semasa Zaman Kesedaran atau Enlightenment di mana para sarjana ingin\nmencari jalan untuk mengalakkan dan memelihara kebebesan individual atau individual liberty sekaligus membaiki\nkeadaan manusia yang menyentuh aspek moral, emosi, konflik, keagamaan, dan\nlain-lain.",
"Liberalisme mula\nmenjadi popular terutamanya selepas Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika\nSyarikat pada abad ke-18 dan juga semasa Revolusi Industri. Malahan, sering\nmenjadi perbincangan dan topik perbahasan selepas Perang Dunia Pertama dan\nPerang Dingin. ",
"Sarjana-sarjana\nliberalisme seperti Immanuel Kant meyokong sains dan kewarasan, mengutamakan global citizenship atau kerakyatan\nglobal, dan mendakwa bahawa sistem demokrasi lebih baik dan aman berbanding\nsistem autokrasi (Mansbach dan Taylor 2018: 13-14). Menariknya juga, Immanuel\nKant pernah mencadangkan sebuah organisasi atau sebuah Liga Keamanan yang\ndianggatoi oleh pelbagai negara sama seperti PBB. Adam Smith, John Bright dan\nRichard Cobden juga menyokong idea perdagangan bebas yang selari dengan idea global citizenship yang diutarakan oleh\nKant. John Stuart Mill mempercayai bahawa dengan adanya pendidikan, peperangan\nboleh dielakkan atau ditamatkan dan secara langsung akan membawa dunia ke arah\nkeamanan sejagat.",
"Sarjana-sarjana\nLiberal Barat mempercayai bahawa sejarah sedang maju ke arah memelihara dan\nmemperbaiki kehidupan individu dan misi atau visi ini seharusnya menjadi\nkepetingan dan objektif utama umat manusia. ",
"Adam Smith dan\nThomas Jefferson berpendapat bahawa jika kerajaan mengurangkan campur tangan\nmereka dalam politik dan ekonomi, maka pasaran bebas atau free market boleh menjadi tangan halimunan yang boleh\nmentransformasi ekonomi yang berkepentingan sendiri milik individu kepada\nkebaikan sosial atau social good. Ini\nmerupakan ajaran Classical Liberalisme\nseperti yang pernah ditulis oleh saudara Ayman. ",
"Oleh kerana itu,\npara sarjana liberal berpendapat bahawa politik antarabangsa boleh juga mencapai\nobjektif tersebut serta bebas daripada keganasan sekaligus dapat menjamin ketenteraman,\nsekuriti, dan kemakmuran sejagat. ",
"Liberalisme juga\nada mazhab-mazhab mereka sendiri termasuklah Classical Liberalisme, Modern Liberal, dan Neoliberal. Perkara tersebut juga tidak terkecuali dalam Hubungan\nAntarabangsa kerana adanya non-interventionalist\nliberalisme, interventionalist\nliberalisme, Neoliberal dan lain-lain. ",
"Ramai liberal di\nAmerika Syarikat mempercayai dan menyokong non-interventionalist liberalisme\nyang berpendapat bahawa kebaikan liberalisme yang menekankan kebebasan individu\ndan lain-lain boleh disebarkan ke\nseluruh dunia melalui contoh dan teladan sebuah negara. Contohnya, Amerika\nSyarikat sepatutnya tidak perlu mencari salah atau kelemahan negara-negara lain\ntetapi membina sebuah “dunia baru” dalam negara mereka yang boleh jadi ikutan\nnegara-negara lain. Seperti Liberal Klasik, non-interventionalist\ntidak suka dan tidak memahukan campur tangan negara ke atas negara-negara lain.\nOleh kerana itu, dengan memeluk polisi non-interventionalist\nini, sebuah negara akan mengelakkan konflik dan sebaliknya akan\nmenggalakkan teladan yang baik melalui tindakan. Mereka yang mempercayai\npasifisme mungkin akan bersetuju dengan idea ini malah mungkin akan\nmengalakkannya bagi mencapai impian dunia pasifis. ",
"Rejim Antarabangsa, Perdagangan,\ndan konflik",
"Golongan Neoliberal pula\nberpendapat bahawa kewujudan organisasi atau institusi antarabangsa membolehkan\nkerjasama antarabangsa walaupun mereka tahu politik global bersifat anarki.\nNeoliberal berpendapat bahawa organisasi atau rejim antarabangsa mengalakkan\nnegara-negara seluruh dunia untuk berkerjasama dan mengkordinasi interaksi dan\naktiviti mereka antara satu sama lain yang secara tidak langsung merangsangkan kepercayaan\nterhadap satu sama lain. ",
"Contoh rejim atau organisasi antarabangsa ini termasuklah United Nations, European Union, European\nCentral Bank, International Monetary Fund, World Bank, United Nations Security\nCouncil, United Nations Humans Rights\nCouncil, dan lain-lain. Rejim-rejim seperti ini penting kerana boleh menjadi the voice of reason di mana isu-isu\nseperti perdagangan antarabangsa, pembasmian penyakit berbahaya, hak\nkemanusiaan dan lain-lain ditadbir dan disuarakan di persada antarabangsa. Contohnya, Hinde and Rotblat (2003: 142) menyatakan\nbahawa undang-undang antarabangsa sering dikuatkuasakan oleh PBB terutamanya\nberkaitan konflik yang melibatkan negara-negara berdaulat. Lantaran itu,\njustifikasi untuk melancarkan peperangan perlu ada izin United Nations Security Council (UNSC). Sesebuah negara tidak boleh\nmelancarkan kempen ketenteraan dengan alasan mengembalikan ketenteraman dan\nkeamanan tanpa izin UNSC. Malah, Konvesyen Geneva juga akan mengambil kira\nbagaimana sesebuah peperangan dijalankan, seperti layanan terhadap orang awam\ndan larangan pengunaan senjata-senjata kimia. \n",
"Rejim-rejim antarabangsa ini membawa pelbagai kebaikan menurut Neoliberal\nseperti mengawasi dan mengiktiraf perjanjian antarabangsa, mengiktiraf negara,\ndan mengurangkan ketidakpastian dalam isu politik global melalui kerjasama\nantarabangsa. ",
"Masih keliru tentang\npandangan liberalisme terhadap ini?",
"Pada pandangan liberal, kerjasama antarabangsa di bawah pengawasan sebuah\nrejim antarabangsa membolehkan interaksi dua hala dan membawa negara-negara\nseluruh dunia ke arah berkegantungan antara satu sama lain. Kebergantungan ini\nbermaksud negara perlu bergantung antara satu sama lain lain untuk perdagangan,\nkeselamatan, dan kemakmuran. Selain itu, melalui kerjasama, negara-negara di\nbawah pengawasan sebuah rejim antarabangsa boleh mencari jalan untuk mencapai\nobjektif atau misi mereka bagi menjamin kepentingan negara mereka dan\nkepentingan umat manusia. Oleh kerana itu, peperangan dan konflik wajar\ndielakkan kerana fenomena seperti itu boleh mengakibatkan kerugian kepada\npelbagai pihak dari segi ekonomi, ketenteraan, dan politik. ",
"Globalisasi contohnya, telah membolehkan firma atau syarikat multinasional\nuntuk ditubuhkan di beberapa negara. Jika tercetusnya sesebuah perang\nantarabangsa atau perang saudara dalam sesebuah negara, firma-firma dan\nsyarikat-syarikat dalam negara-negara tersebut akan dijejaskan kerana\nsektor-sektor pengeluaran dan pasaran juga akan dijejaskan akibat peperangan.\nIni secara tidak langsung juga akan menjejaskan ekonomi negara. Sesebuah firma\natau syarikat multinasional akan menyasarkan negara-negara yang stabil dari\nsegi sosio-politik untuk menjamin keuntungan. Golongan Neoliberal memanggil\nteori ini sebagai Commercial Peace Theory\nyang berhujah bahawa kebergantungan negara kepada ekonomi mengurangkan\nkebarangkalian peperangan dengan mementingkan akan kepentingan atau nilai\nperdagangan daripada peperangan. ",
"Selain itu juga, golongan Neoliberal mengutarakan teori Democratic Peace Theory yang berhujah\nbahawa negara-negara demokratik tidak akan berperang antara satu sama lain. Hal\nini demikian kerana negara-negara ini berkongsi ideologi dan pendapat sama,\noleh itu mereka tidak ada alasan yang bernas untuk berperang sesama sendiri dan\nmempunyai lebih banyak manfaat jika bekerjasama.",
"Pendek kata, melalui kaca mata Liberal, negara-negara di seluruh dunia\nboleh mengelakkan konflik dan mencapai keamanan sejagat melalui kerjasama di\nbawah pengawasan sebuah rejim antarabangsa. Namun begitu, adakah liberalisme\nbenar-benar menjauhi konflik dan boleh mencapai dunia pasifis atau keamanan\nsejagat?",
"Interventionalist Liberalism\ndan Konflik",
"Kalau pemikiran Neoliberal dan non-interventionist liberalism dipakai mungkin keamanan sejagat boleh dicapai\ntetapi ramai orang terlupa akan interventionist\nliberalism. Interventionist\nliberalism berlawan dengan non-interventionist\nliberalism, kerana berpendapat bahawa idea-idea liberal boleh disebarkan ke\nseluruh dunia tetapi melalui campur tangan sebuah negara liberal. Campur tangan\nyang dimaksudkan boleh dilakukan melalui pelbagai cara sama ada melalui\nperundingan, teguran atau melalui paksaan\ndan kuasa ketenteraan juga. ",
"Mansbach dan Taylor (2018: 14-15) berhujah bahawa paksaan dan kuasa\nketenteraan dijustifikasikan oleh liberal kerana sejarah telah membuktikan\nbahawa tindakan tersebut amat diperlukan untuk memperbetulkan apa yang liberal\nanggap salah. Contohnya, Revolusi Perancis selepas tahun 1789 di mana para\npejuang revolusi mahu menyebarkan liberalisme ke seluruh Eropah atau\nsebagaimana Presiden Woodrow Wilson telah menjustifikasi tindakan Amerika\nSyarikat menyertai Perang Dunia Pertama dengan alasan untuk menamatkan perang\nkepada segala peperangan. Malah, tindakan Presiden George W. Bush menghantar\ntentera ke Iraq dan Afghanistan untuk menghalang kemaraan terrorisme sekaligus\nmenyebarkan demokrasi juga boleh dianggap sebagai interventionist liberalism. ",
"Maka dapat disimpulkan bahawa walaupun liberalisme menekankan kerjasama\nantarabangsa bagi mengalakkan kepercayaan terhadap satu lain sekaligus\nmengelakkan konflik dan peperangan, liberalisme juga boleh mencetuskan konflik\nseperti yang dilihat oleh negara-negara interventionist\nliberalism. ",
"Realist dan pandangan\npesimis",
"Lawan kepada Liberalisme adalah Realisme, yang merupakan sebuah ideologi di\nmana para sarjana Hubungan Antarabangsa mempunyai pandangan pesimis terhadap\ndunia kita dan berpendapat bahawa struktur\npolitik di luar sesebuah negara sentiasa bersifat anarki. Bagi mereka, tidak ada entiti atau kuasa\nbesar yang mengawal dan mengawasi tingkah laku negara-negara di seluruh dunia,\noleh itu Realist berpendapat dunia ini bersifat anarki. Realist mengkiritk Liberal dengan memanggil\nmereka sebagai idealists, optimists atau\nutopians (Lieber 2009: 1). Morgenthau contohnya mengkritik golongan\nidealists dan utopians ini kerana mereka gagal memahami dan mengambil kira aspek\nkuasa (Mansbach dan Taylor 2018: 11). ",
"Mapel (1996) menambah dan berkata Realist\njuga mengkritik Pacisifsts kerana\ntindakan mereka menolak peperangan merupakan tindakan kurang bijak yang tidak\nbermoral juga. Memetik kata-kata beliau: ",
"“Other realist think that\nthe pacifist rejection of war is not only imprudent but immoral as well, since\nthese realists think that the distinction that common morality draws between\ndoing and allowing harm cannot be sustained. Pacisfism, should be morally condemned because in refusing to use force\nto prevent the ruin of some, it allows the ruin of all.” – (Mapel 1996:\n57). ",
"Tradisi atau pemikiran Realisme telah bermula seawal zaman China purba dan\nYunani purba (Mansbach dan Taylor 2018: 10). Namun, amat popular dan dihidupkan\nsemula dalam buku The Prince yang\nditulis oleh Niccolo Machiavelli pada abad ke-16 dan juga dibahaskan dan\ndibicarakan oleh para sarjana seperti Thomas Hobbes, Hans J. Morgenthau, dan\nE.H. Carr. ",
"Walaupun, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) wujud, Realist masih berasa entiti seperti PBB tidak mampu menghalang\nkonflik atau konfrontasi skala besar seperti yang telah dibukitkan oleh Liga\nBangsa semasa Perang Dunia Kedua dan PBB semasa Perang Dingin. Tambahan pula, walaupun\nPBB telah bersidang berpuluh kali pun, konflik-konflik dunia seperti Perang\nsaudara Syria, Isu pelarian Rohingya, Perang Dingin di Timur Tengah, dan\nlain-lain isu lagi masih tidak dapat ditamatkan oleh PBB. Tambahan pula,\nwalaupun undang-undang antarabangsa dikuatkuasakan oleh PBB, perang-perang\nproksi yang dilakukan oleh Rusia, Amerika Syarikat, dan lain-lain tidak dapat\ndihentikan dengan berjayanya oleh PBB sehingga kini. Malah, tindakan Amerika\nSyarikat melanggar Iraq pada tahun 2003 tidak dizinkan oleh PBB dan\nsekutu-sekutu Amerika Syarikat sendiri, namun Amerika Syarikat tetap meneruskan\nkempen mereka itu.",
"Oleh kerana itu, Realist berpandangan bahawa sistem atau keadaan di luar sesebuah negara adalah bersifat anarki dan seorang pemimpin haruslah meletakkan keselamatan dan kepentingan negaranya sebagai keutamaan. Cara seorang pemimpin menjamin keselamatan dan kepentingan negaranya boleh dilakukan melalui pelbagai cara, malah jika ia bermaksud pemimpin tersebut perlu membunuh, mencuri, menipu, dan lain-lain ia tetap dihalalkan dan dijustifikasikan oleh sarjana-sarjana Realist demi menjamin keselamatan dan kepentingan negara.",
"Oleh kerana hal demikian, falsafah Realism\nini boleh disimpulkan sebagai satu pandangan pesimis tetapi realistik dalam\nsesetengah situasi yang boleh diaplikasikan dan diperhatikan dalam isu-isu\nglobal. ",
"“Sifat manusia yang\nmencetuskan konflik.” – Classical Realist",
"Dalam aliran pemikiran Classical\nRealism, para sarjana berpendapat bahawa kelemahan manusia itulah yang\nmencetuskan keinginan para pemimpin untuk menjadi gila kuasa, seterusnya\nmencetuskan konflik. ",
"Memetik kata-kata Machiavelli tentang kelemahan sifat manusia: ",
"“Upon this a question\narises: whether it be better to be loved than feared or feared than loved? It\nmay be answered that one should wish to be both, but, because it is difficult\nto unite them in one person, is much safer to be feared than loved, when, of\nthe two, either must be dispensed with. Because\nthis is to be asserted in general of men, that they are ungrateful, fickle,\nfalse, cowardly, covetous, and as long as you succeed, they are yours\nentirely; they will offer you their blood, property, life and children, as is\nsaid above, when the need is far distant; but when it approaches, they turn\nagainst you.” -(Machiavelli, dipetik Marriott\n2014: 17). ",
"Dalam konteks peperangan atau konflik yang berlaku di\nYugoslavia dan Rwanda, Hinde dan Rotblat (2003: 104-5) mendapati bahawa\nkedua-dua kepimpinan politik dalam scenario-scenario tersebut menjustifikan\npeperangan kemudian genosid dengan alasan perbezaan kebudayaan dan menjamin\nkeselamatan negara, tetapi sebenarnya motif sebenar mereka adalah untuk\nmeluaskan kawasan mereka melalui kekejaman dan keganasan. ",
"Bagi Machiavelli yang dikategorikan oleh para sarjana sebagai seorang Classical Realist, beliau berpendapat\nbahawa seseorang pemimpin mestilah obsess dan sentiasa memirkan akan kuasa demi\nmenjamin keselamatan rakyat jelatanya (Mansbach dan Taylor 2018: 10). ",
"Para sarjana Realist berpendapat bahawa watak-watak dalam politik global\nmestilah sibuk atau mencari jalan untuk mendapatkan kuasa. Selain itu, mereka\nharuslah peka terhadap watak-watak lain yang sedang mengejar kuasa kerana jika\ndicapai, mungkin watak tersebut boleh mengancam keselamatan dan survival negara-negara watak lain. Mansbach\ndan Taylor (2018) berhujah bahawa seorang pemimpin mestilah memikirkan dan hanya mempedulikan akan negaranya sahaja. Pendek\nkata, politik global pada pandangan realisit menekankan idea state-centricism yang berpendapat bahawa\npolitik global ditentukan oleh tindakan negara-negara serata dua yang bersaing\nantara satu sama lain untuk mendapatkan kuasa serta menjamin kepentingan dan\nkeselamatan negara mereka. ",
"“Bukan sifat manusia yang\ncetuskan konflik tetapi struktur di luar negara yang bersifat anarki yang\nmencetuskannya.” – Neorealist",
"Realisme pun ada cabang-cabang pemikirannya, dalam Realisme ada Classical Realisme dan Neorealist atau Structural Realist. Pemikiran Neorealist\nmencabar dan mengkritik Classical\nRealism. Neorealist berkata yang konflik tercetus bukan sebab kerana sifat\nmanusia, tetapi kerana keadaan anarki yang wujud di luar sesebuah negara.\nSarjana-sarjana Neorealist di Amerika mendakwa bahawa Neorealisme merupakan\nhujah yang lebih saintifik berbanding Realisme Klasik; lebih tepat dalam\npemikiran sains sosial dan pendekatan yang lebih baik untuk memahami Hubungan\nAntarabangsa (Forde 1995: 141). Antara pemikir Neorealist yang tersohor\ntermasuklah Kenneth Waltz dan John Mearsheimer. ",
"Struktur politik global menurut pemikir-pemikir Neorealist adalah bersifat\nanarki. Analogi yang mudah digunakan ialah firma-firma ekonomi (negara) perlu\nbersaing dan hidup dalam pasaran bebas. Firma-firma ini perlu bersaing untuk\nmendapatkan keuntungan atau duit (kepentingan dan keselamatan). Dalam keadaan\nanarki, firma-firma ini tidak boleh mempercayai antara satu sama lain dan\nakibatnya, wujudnya self-help system di\nmana negara-negara seluruh dunia tidak ada sesiapa untuk bergantung kepada dan\nperlu menyediakan sekuriti untuk diri mereka sendiri. Bagi Neorealist, tidak\ndinafikan para pemimpin mencari kuasa tetapi ianya demi keselamatan dan survival negara-negara mereka bukannya\nuntuk memuaskan nafsu mereka. ",
"Disebabkan struktur politik global sering berada dalam keadaan anarki, negara-negara\nseluruh dunia harus bersedia dan meningkatkan keselamatan mereka walaupun\nterdapat negara-negara lain di luar sana yang berkongsi kepentingan sama dengan\nnegara tersebut. Akibatnya, akan wujudnya fenomena security dilemma (Mansbach dan Taylor 2018: 12). ",
"Security dilemma atau Dilema\nSekuriti wujud apabila tindakan sesebuah negara yang sedang meningkatkan\nsekuriti dan keselamatannya akan menakutkan negara-negara lain. Akibatnya,\nnegara-negara yang takut ini akan mencari atau membentuk perikatan dengan negara-negara\nlain untuk mengukuhkan keselamatan dan sekuriti negara mereka. ",
"Tindakan Amerika Syarikat melanggar Iraq pada tahun 2003 pada pandangan\nneorealist adalah kerana dilema ini. Khabar angin atau informasi tentang\npemilikan nuklear oleh Iraq yang boleh mencabar dan mengancam sekutu-sekutu AS\natau AS sendiri telah mengakibatkan kerajaan Amerika melanggar Iraq demi\nmenjamin sekuriti atau keselamatan mereka dan sekutu-sekutu mereka. ",
"Realisme, Liberalisme dan Perspektif\nNegara Matahari Terbit Terhadap Konflik Pertahanan",
"Setelah Amerika Syarikat mejatuhkan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki, Jepun kemudian mengambil keputusan untuk menyerah kalah pada 2 September 1945. Deklarasi menyerah kalah itu telah ditandatangani secara rasmi diantara Menteri Luar Negeri Jepun ketika itu, Mamoru Shigemitsu dan Jeneral Richard K. Sutherland di atas dek kapal perang, USS Missouri. Di sini bermulanya pendudukan Tentera Bersekutu ke atas Jepun selepas perjanjian menyerah kalah dimeterai. Semasa fasa pertama pendudukan, Panglima Tertinggi Tentera Bersekutu dan Ahli perundangan perlembagaan berpendapat bahawa Jepun tidak akan mempunyai pasukan tenteranya yang tersendiri. Kelahiran Perlembagaan Artikel 9 telah melarang Jepun daripada mengekalkan potensinya untuk melibatkan diri dalam sesebuah peperangan. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat telah bersetuju untuk berkongsi beban yang dimiliki Jepun dari sudut pertahanan, dan berusaha untuk mengekalkan keselamatan Jepun demi menjaga keamanan antarabangsa.",
"Tindakan Amerika Syarikat mengambil tindakan itu, dari perspektif\nliberalisme boleh menjamin kerjasama antarabangsa sekaligus menghalang konflik\ntercetus antara Jepun dan Amerika Syarikat. Manakala dari perspektif Realisme,\nterutamanya Neorealisme, Amerika\nSyarikat dan Jepun perlu berkerjasama untuk meningkatkan sekuriti dan\nkeselamatan mereka di Asia kerana mereka sedar struktur di luar negara-negara\nmereka bersifat anarki. Walau bagaimanapun,\nwujudnya security dilemma kerana\ntindakan mungkin mereka telah menakutkan Korea Utara dan China yang mengakibatkan\nkedua-dua negara tersebut meningkatkan kuasa ketenteraan mereka untuk menjamin\nkeselamatan, sekuriti, dan kepentingan mereka juga. ",
"Di sini juga bermulanya kesangsian dan dilema Tentera Berikat jikalau Jepun\nbakal bangkit semula dari abu bak seekor burung phoenix. Maka, bermulanya draf\nbagi Artikel 9 yang memacu negara Jepun ke arah pendekatan ‘pacifism’ – sesuatu solusi bagi\nmenyelesaikan konflik tanpa pengunaan kuasa ketenteraan. Dengan mengekalkan\nkonsep keamanan sejagat (global peace),\nJepun tidak boleh memiliki sebarang kuasa ketenteraan untuk melakukan ofensif\ntetapi ianya bersifat lebih ke arah defensif (self-defence). ",
"Terdapat dua kumpulan yang lahir daripada pelaksanaan Artikel 9 ini –\nmereka yang menyokong dan juga yang membantah. Jika dilihat dengan keadaan isu\nglobal sekarang, konflik seringkali berlaku di mana-mana tempat di muka bumi\nini. Kehilangan untuk mempertahankan diri yang juga dikawal secara bersama\nboleh membawa mudarat yang besar. Jepun mengharapkan Amerika Syarikat sebagai\nwakil tunggalnya untuk berperang atau membantu Jepun yang serba serbi\nkekurangan aset ketenteraan. Sikap kebergantungan ini membawa padah jika Jepun\nmempunyai polisi yang berlawanan dengan negara yang membantunya, oleh kerana\nitu, Jepun harus menjadi ‘pak turut’ Amerika bagi mengelakkan hilangnya potensi\npertahanan itu. Di sini, kebanyakkan rakyat Jepun ingin membuat semakan semula\nterhadap Artikel 9, semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Jepun makin\nmeningkat jika dilihat pada tinjauan yang dijalankan di antara tahun 2015\nhingga tahun 2017.",
"Antara sebab perlunya penggubalan Artikel 9 adalah kerana Jepun ingin\nmemiliki fungsi yang lebih luas dalam operasi keamanan yang dianjurkan oleh PBB.\nSelain itu, dalam konteks geopolitik pula, ancaman Korea Utara dan juga China\ndalam meluaskan kuasa di Asia Tenggara telah mengancam Jepun secara langsung. Keagresifan yang ditunjukkan oleh dua buah\nnegara ini telah memberi tekanan yang besar terhadap Jepun terhadap ancaman\nyang bakal lahir dari sikap ‘expansionist’\nChina di Laut China Selatan dan ‘militarist’\nKorea Utara yang baru-baru ini melancarkan misil ICBM(inter-continental ballistic\nmissile) melepasi sempadan Jepun. Ketegangan ini terjadi kerana Jepun tidak\nmempunyai imbangan yang sepatutnya dimiliki. \nJika dilihat dari segi ‘balance of\npower’, Jepun akan ketinggalan kerana pusat kuasa ketenteraannya dikawal\noleh Amerika Syarikat. ",
"Dari kaca mata Realism, kekurangan\nini mampu membahayakan Jepun sepertimana ketika Perang Dunia Kedua yang meletus\nakibat kebangkitan Nazi Jerman yang disebabkan oleh sikap ‘pacifist’ United Kingdom dan Perancis yang baru sahaja melalui\nPerang Dunia Pertama. ",
"Para sarjana Realist telah menekankan\nidea bahawa negara-negara seluruh dunia sedang bersaing antara satu sama lain\nuntuk dapatkan kuasa melalui pelbagai cara termasuklah menakluki atau\nmendominasi negara-negara lain. Selain itu, jika dilihat melalui kaca mata\nseorang Neorealist seperti John\nMearsheimer, beliau berhujah bahawa negara-negara yang ingin menjamin\nkeselamatan sekaligus meningkatkan sekuritinya akan mendominasi negara-negara\nlain. Ini juga mungkin bermaksud negara-negara yang lemah akan mudah dibuli\noleh negara yang lebih agresif yang ingin mencapai objektif itu. Oleh kerana\nitu, negara Jepun dalam scenario ini, sedang mencari jalan untuk mengelakkan\ndiri mereka daripada menjadi mangsa buli negara-negara besar seperti China. ",
"Mengikut undian yang dijalankan oleh\nJapanese Broadcasting Corporation (NHK), sebanyak 87 peratus yang menyokong\nbahawa perlunya hak status ketenteraan Japan\nSelf Defence Force dikembalikan. Titik kelemahan Artikel 9 terletak pada\nstatus Jepun yang hanya bersifat ‘pertahanan kolektif’ di mana Jepun tidak\nberupaya untuk menyerang atau menyertai operasi ofensif jikalau mereka diancam\natau ingin membantu operasi memerangi keganasan yang global. Kematian\nmengerikan bagi dua orang wartawan Jepun di tangan kumpulan radikal ISIS telah\nmembuka mata sesetengah rakyat Jepun untuk menggubal Artikel 9 yang dilihat\nakan membebankan Jepun pada masa akan datang. Tambahan pula, ketidakpastian bagi\nkepimpinan di Amerika Syarikat akan berubah dari masa ke masa akibat perubahan\npolisi luar negeri ataupun pilihanraya. Hal ini akan membuatkan Jepun terikat\ndengan sebarang perubahan yang berkemungkinan besar bakal merugikan Jepun.",
"Walau bagaimanapun, sesetengah penduduk Jepun percaya bahawa Artikel 9\ntidak perlu diubah kerana ianya berkait rapan dengan sifat normalisasi Jepun\nataupun ‘the normal Japan’. Tindakan\nPM Jepun, Shinzo Abe dalam melaksanakan dasar-dasar nasionalis serta\nperancangan untuk mengkaji semula Artikel 9 telah memarakkan kemarahan ramai\npenduduk Jepun yang berpendapat tindakannya berlawanan dengan arus yang dibawa\noleh Jepun yang normal. Dari segi sektor pendidikan, buku teks telah\ndiperbaharui dengan memadamkan fakta-fakta kekejaman Jepun ketika Perang Dunia\nKedua. Umum mengetahui bahawa dari segi pendidikanlah kita mampu memacu masa\nhadapan masyarakat yang bakal membentuk sesuatu pegangan ideologi atau naratif.\nSikap ‘revisionist’ Abe tidak disukai\nkerana ianya dilihat sebagai menukar perspektif Jepun yang sediakala. ",
"Propaganda yang memaparkan perspektif ‘pacifist’\ndari pasca Perang Dunia Kedua telahpun disebati dalam masyarakat Jepun. Selain\nitu, terdapat pertembungan ideologi dua jurang umur yang berbeza di mana\nmasyarakat Jepun yang muda melihat ancaman-ancaman terhadap Jepun merupakan\nsatu realiti yang tidak dapat dielakkan. Maka, perlunya Jepun berdikari untuk\nmemiliki kemampuan ketenteraan. Sebaliknya, golongan berumur dan warga emas\nkebanyakkanya tidak bersetuju di atas sebab sejarah hitam Jepun yang melanda\nketika Perang Dunia Kedua. Kekejaman Jepun di Nangking tidak dilupakan sama\nsekali oleh jiran seberangnya. Maka mereka merasakan bahawa perubahan polisi\nsedia ada mampu menggugat keamanan sejagat di Asia dengan mengapi-apikan\nkemarahan Beijing dan Pyongyang. ",
"Jadi dalam fenomena ini boleh disimpulkan bahawa golongan berumur ini\nsedang mencari jalan melalui kaca mata liberalism\natau neoliberal yang menekankan\nkerjasama antarabangsa untuk mengelakkan konflik. Manakala golongan muda sedang\nmelihat melalui kaca mata realism\nyang berpandangan bahawa ancaman yang ditunjukkan oleh Korea Utara dan China\ntidak boleh diendahkan dan sedang berada di pintu depan Jepun. Oleh kerana itu,\ngolongan muda ini sedang mengaplikasikan idea neorealism untuk menjamin kepentingan dan keselamatan negara Jepun.\n",
"Hakikatnya, perubahan polisi Jepun telah menyatakan secara jelas bahawa\nkajian semula itu adalah sebagai ‘deterrence’\ndan ianya mampu mengurangkan ketegangan yang berlaku di rantau ini serta\nmengekalkan ‘balance of power’. Kebanyakkan\nmasyarakat Jepun nampaknya lebih percaya dalam penyusunan semula serta\npemindaan Artikel 9 dalam Perlembagaan. Untuk mengekalkan hak Perlembagaan,\nkeraguan yang kuat mengenai tafsiran kerajaan Jepun mengenai Artikel 9 mesti\ndiolah secara lebih baik dan diperhalusi dengan menjelaskan peranan Jepun\nsecara menyeluruh dalam memiliki keupayaan tentera untuk mendapat kepercayaan\nrakyat. Walaupun terdapat beberapa tentangan daripada rakyat Jepun tentang\ncadangan penggubalan, realitinya, lambat-laun Artikel 9 akan dipinda bagi\nmengekalkan kedaulatan Jepun di era kemuncak China yang sedang giat meluaskan\npengaruh kuasanya di Asia Tenggara. Jepun tidak mampu untuk menjadi ‘pacifist’ selamanya kerana dunia yang\nada masa kini lebih mencabar serta kompleks di mana perubahan drastik\ndiperlukan untuk menangani masalah-masalah yang mendatang. Dari perspektif\nseorang Classical Realist, naluri\nmanusia adalah diibaratkan sama seperti sebuah negara, ketika ianya beremosi,\nnegara juga turut serta mengalaminya dari segi peperangan atau konflik. ",
"Adalah tidak mampu bagi kita untuk mengagak naluri manusia seperti amarah\ndan ini juga serupa seperti sesebuah negara. Justeru, pendekatan ‘pacifist’ dalam konteks moden perlu\ndiolah semula kerana ianya seakan-akan meletakkan kepercayaan terhadap sesuatu\nemosi yang berubah-berubah serta tidak dapat dikawal, dan seterusnya\nmencampakkan sebuah negara kearah kebinasaan. ",
"Kesimpulan ",
"Perbahasan tentang Liberalism dan Realism telah berlanjutan untuk hampir\nseabad. Perbahasan dan perbincangan tentang dua-dua pemikiran ini menjadi\nhangat dan popular semasa The Third\nDebate di mana para pemikir dan para sarjana telah mencari objectivity dalam politik global. Realists mengkritik pendekatan pasifis\ndan berpendapat bahawa perang dan konflik serata dunia tidak boleh dielakkan\ntetapi boleh dikawal dan diawasi. Walaupun wujudnya organisasi global seperti\nPBB, Realists masih berpendapat ia\ntidak mampu menghalang konflik atau mencipta dunia yang pasifis kerana wujudnya\nmasalah ketidakpercayaan dalam kalangan negara-negara dunia. Bagi Liberals pula, mereka berpendapat bahawa\npeperangan boleh dihalang melalui reformasi pendidikan, perdagangan bebas,\nkebajikan, dan demokrasi. Namun, begitu persoalan tentang sama ada sebuah dunia\nyang pasifis relevan atau tidak, merupakan satu persoalan yang sehingga kini\ntidak menemui titik noktah. Kedua-dua sarjana Realisme dan Liberalisme sendiri\nmengakui bahawa terdapat wujudnya konflik dan akan wujudnya konflik, namun\npendekatan mereka terhadap bagaimana untuk mengawal atau menamatkan konflik ini\namat berbeza seperti yang telah ditulis. Pendapat dua-dua pemikiran ini saling\nbercanggah dalam Hubungan Antarabangsa sehingga kini dan para sarjana haruslah\nmengambil pendekatan yang berbeza apabila menganalisa sesuatu isu.",
"Rujukan",
"Forde, S. (1995) ‘International\nRealism and the Science of Politics: Thucydides, Machiavelli, and Neorealism’ Blackwell [online] 39 (2), 141-160.\navailable from <www.jstor.org> [30 October\n2018]",
"Hinde, R. and Rotblat, J.\n(2003). War No More: Eliminating Conflict in the Nuclear Age. London:\nPluto Press, pp. 102-4 and 135-44. Available from: (https://ebookcentral.proquest.com/lib/nottingham/detail.action?docID=3386259).",
"Lieber, K.A. (2009) War, Peace, and International Political Realism:\nPerspectives from The Review of Politics. Indiana: University of\nNotre Dame Press",
"Mapel, D.R. (1996) ‘Realism\nand the Ethics of War and Peace’. in The\nEthics of War and Peace: Diverse Religions and Secular Perspectives. ed. by\nNardin, T. New Jersey: Princeton University Press",
"Mansbach, R.W. and Taylor,\nK.L. (2018) Introduction to Global\nPolitics. 3rd edn. Routledge: New York ",
"Wong, A.R. (2017) Falsafah Politik Liberal [online]\navailable from <https://www.thepatriots.asia/4302/> [29 October\n2018]",
"Bibliografi",
"Al-Jazeera\nEnglish (2017). Will Abe Change Japan’s Pacifist Constitution? – Inside\nStory. Available at: https://www.youtube.com/watch?v=sRPXtlI8EbY\n[Accessed 2 Aug. 2018].",
"Burrett, T.\n(2018). Japan’s pacifism in peril, again. [online] New\nInternationalist. Available at:\nhttps://newint.org/sections/agenda/2017/07/01/japan-pacifism [Accessed 7 Aug.\n2018].",
"Japan: Article 9\nof The Constitution. [Accessed 9 Aug. 2018].",
"NHK Broadcasting\nCulture Research Institute (2016). Kansuru Ishiki Chosa Kara [Pros and\nCons Evenly Matched on Constitutional Revision]. [online] Tokyo: Public\nOpinion Research Division. Available at:\nhttps://www.nhk.or.jp/bunken/english/reports/pdf/report_16010801.pdf [Accessed\n10 Aug. 2018].",
"Vox (2017). Japan’s\nRising Right-Wing Nationalism. Available at:\nhttps://www.youtube.com/watch?v=IHJsoCAREsg [Accessed 12 Aug. 2018].",
"Moseley, A. (2002). Philosophy\nof War. Algora Publishing, pp. 70. ProQuest Ebook Central. Available from:\n(https://ebookcentral.proquest.com/lib/nottingham/detail.action?docID=318641.)",
"The National Academy of\nEngineering, (2013). Harnessing Operational Systems Engineering to Support\nPeacebuilding: Report of a Workshop by the National Academy of Engineering and\nUnited States Institute of Peace Roundtable on Technology, Science, and\nPeacebuilding. Washington, DC: The National Academies Press, pp. 9-22,\n41-6. [Online source] Available from: (https://www.nap.edu/catalog/18598/harnessing-operational-systems-engineering-to-support-peacebuilding-report-of-a)",
"Vasquez, J. A. (2009). The War\nPuzzle Revisited. Cambridge University Press, ProQuest Ebook Central, pp..\nAvailable from: (https://ebookcentral.proquest.com/lib/nottingham/detail.action?docID=452039)",
"Rosen, S. P. and Rosen, S. P.\nP. (2005). War and Human Nature. Princeton University Press, pp. 8. ProQuest\nEbook Central. Available from: (https://ebookcentral.proquest.com/lib/nottingham/detail.action?docID=457897)"
] |
https://www.thepatriots.asia/orang-yunani-halau-musuh-guna-periuk/ | Orang Yunani Halau Musuh Guna Periuk? | [
"Halau musuh yang mengepung guna periuk? Sekali pandang, panduan sebegini tidak masuk akal. Tetapi itulah yang dikongsikan bekas jeneral terkenal Yunani, Aeneas Tacticus dalam bukunya yang bertajuk How to Survive Under Siege. Dan menariknya, buku ini tidak ditujukan kepada golongan pemerintah dan tentera tetapi kepada orang awam.",
"Dengan menghasilkan buku sebegini pada abad keempat SM, Aeneas berharap ini dapat memberi pemahaman kepada orang awam bagaimana sesebuah pengepungan berlaku dan cara mengatasinya. Lebih menarik, semua taktik yang dikongsikan beliau boleh dilakukan oleh sesebuah kota sama ada mereka mempunyai tentera atau tidak.",
"Secara ringkas, pengepungan berlaku apabila pihak musuh mendapati pihak lawan berada pada kedudukan pertahanan yang kukuh atau enggan menyerah kalah. Justeru, bagi memaksa pihak lawan tunduk, kepungan dibuat ke atas kedudukan lawan dengan harapan si polan kehabisan bekalan makanan dan air atau berdepan jangkitan penyakit. Apabila itu berlaku, si polan terpaksa akur dan menyerah diri kepada pihak yang menyerang.",
"Secara teori, itu yang sepatutnya berlaku. Tetapi berdasarkan rekod sejarah, pengepungan masa lama dengan tempohnya boleh berlanjutan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Ini disebabkan pihak lawan mempunyai bekalan makanan dan air mencukupi atau pihak yang dikepung mempunyai kelebihan dari segi diplomatik.",
"Tetapi sejarah turut menunjukkan pengepungan boleh berakhir akibat tipu helah seperti kuda Trojan (Perang Trojan) atau keberanian pahlawan seperti ditampilkan Ali bin Abi Talib r.a dalam Perang Khaibar. Apabila pintu kota yang dikepung berjaya dibuka, pihak penyerang akan membunuh populasi awam dan menjarah semua barang berharga di situ.",
"Buku yang dikarang Aeneas ini memang unik tetapi ia dilihat tidak selari dengan realiti dunianya pada ketika itu. Ini kerana kebanyakan negara kota Yunani lebih suka membawa masuk tentera upahan untuk mempertahankan kota-kota mereka. Tentera-tentera upahan ini lebih terlatih dan profesional jika dibandingkan dengan militia tempatan. Kali terakhir militia tempatan digerakkan oleh negara-negara kota Yunani ialah sekitar dua abad sebelumnya – ironinya tempoh sama Perang Trojan tercetus.",
"Orang Yunani dan Rom sememangnya dikenali kerana menghasilkan banyak manual dalam pelbagai tajuk. Antara tajuk-tajuk yang disentuh dua tamadun ini ialah pertanian, seni bina. tafsir mimpi, penternakan dan penjagaan haiwan serta memasak. Tetapi subjek peperangan yang sentiasa menjadi tumpuan pengkaji sejarah sehingga hari ini.",
"Aeneas bukan satu-satunya bekas jeneral yang berkongsi pengalaman menerusi How to Survive Under Siege. Selain beliau, Asclepiodotus, Frontinus, Aelian dan Vegetius turut berkongsi pengalaman mereka dalam buku masing-masing.",
"Cuma dalam kes Asclepiodotus, Frontinus, Aelian dan Vegetius, perkongsian mereka berkenaan topik-topik peperangan dibuat secara umum. Jika dibaca sekalipun, yang tahu manfaat semua ini hanyalah golongan pemerintah dan pemimpin tentera. Atas sebab itu, ada juga manual yang bersifat khusus seperti On Horsemanship yang dikarang Xenophon dan sezaman dengan Aeneas.",
"Dalam manual tersebut, beliau bercerita perihal kuda perang yang baik. Xenophon turut menyentuh setiap langkah bukan saja dalam mendapatkan tetapi menjaga seekor kuda itu agar dapat menjadi kuda perang yang baik. Walaupun manual ini lebih ditujukan kepada tentera kavalri tetapi ia juga amat berguna kepada orang awam terutama bagi pemilik ladang atau yang terlibat dengan perlumbaan kereta kuda.",
"Bukan tidak ada yang menulis topik pengepungan seperti Aeneas. Selain beliau, Philo of Byzantium dan Apollodorus Mechanicus turut menyentuh topik sama. Bezanya di sini buku mereka lebih kepada panduan buat tentera yang masih aktif. Sementara bagi Aeneas, How to Survive Under Siege ditujukan khusus kepada orang awam.",
"Antara perkara yang ditekankan ialah isu kepercayaan dalam kalangan penduduk semasa kepungan berlaku. Aeneas mengingatkan semua orang tidak boleh dipercayai atas sebab pada masa terdesak, orang akan melakukan apa saja untuk kembali menikmati kesenangan. Ini sebagai tukaran untuk menamatkan pengepungan di sesebuah kota. Justeru, beliau menasihatkan pertahanan sesebuah kota yang dikepung perlu diatur dengan rapi.",
"Seterusnya, beliau turut berkongsi helah untuk menakutkan pihak musuh seperti dinyatakan dalam perenggan pertama. Caranya ialah dengan memakaikan kaum Hawa dengan periuk agar kelihatan seperti perisai. Setelah itu, mereka akan diminta bergerak di atas dinding kota agar dapat dilihat oleh pihak musuh.",
"Kononnya dengan helah sebegini, ia akan memperlihatkan bilangan tentera dalam kota yang dikepung lebih ramai daripada apa yang disangka. Ini sekaligus mendorong pihak yang mengepung membatalkan kepungan dan berundur. Tetapi Aeneas turut mengingatkan golongan wanita agar tidak membaling apa-apa semasa berjalan di atas dinding kota. Jika mereka berbuat demikian, maka pihak musuh akan mengetahui itu sekadar tipu helah.",
"Selain periuk, satu lagi taktik gila Aeneas untuk menakutkan pihak musuh ialah lembu mabuk. Pihak yang dikepung akan memberi minum lembu-lembu mereka dengan arak sehingga mabuk. Setelah itu, lembu-lembu yang mabuk akan dipasangkan dengan loceng sebelum dilepaskan berkeliaran dalam kem-kem musuh. Apabila itu berlaku, ia akan mencetuskan huru-hara dalam kalangan mereka dan memaksa pihak musuh berundur.",
"Semua tips yang dikongsikan beliau sememangnya berguna. Tetapi ironinya, lebih sedekad selepas How to Survive Under Siege diterbitkan, negara-negara kota Yunani dikalahkan dan disatukan di bawah pemerintahan Raja Macedon, Philip. Penyatuan ini menjadi batu asas kepada kempen penaklukan yang digerakkan oleh putera Philip, Alexander the Great.",
"RUJUKAN",
"Williams, N. (2022). No Army? No Problem. History Today. Jilid Ke-72. Isu Keenam."
] |
https://www.thepatriots.asia/uzbekistan-negara-bekas-empayar-bersejarah-yang-senasib-dengan-mongol/ | Uzbekistan: Negara Bekas Empayar Bersejarah Yang Senasib Dengan Mongol | [
"Mengapa kebanyakan entiti-entiti yang pernah menguasai dunia dalam sejarah suatu ketika dahulu, hari ini hanyalah sebuah negara kecil yang biasa-biasa saja? Ini satu soalan yang menarik.",
"Memiliki sejarah masa silam yang “gemilang” bukanlah punca kepada hasil pada hari ini. Ia terpakai kepada mana-mana bangsa.",
"Aku pernah terangkan mengenai sejarah Empayar Mongol dan negara Mongolia moden. Bangsa Mongol pernah memerintah empayar daratan terbesar dalam sejarah.",
"Namun kini Mongolia menjadi agak tidak relevan dari perspektif geopolitik. Ia tidak lagi memerintah angkatan tentera yang kuat. Ia juga tidak memegang kuasa ekonomi terbesar.",
"Aku tak bermaksud nak mengatakan yang Mongolia adalah negara yang teruk. Cuma mereka tidak lagi memegang banyak kuasa di peringkat antarabangsa seperti dahulu kala.",
"Kali ini aku hendak cakap mengenai negara Uzbekistan pula. Wilayah yang kini dikenali sebagai Republik Uzbekistan pernah melahirkan beberapa tokoh raja dan penak.luk terhebat dalam sejarah.",
"Salah seorang darinya siapa lagi kalau bukan Amir Timur, lelaki yang pernah menye.rang Georgia, menundukkan Uthmaniyah, dan mengalahkan dinasti Tughlaq Kesultanan Delhi.",
"Uzbekistan melahirkan salah satu empayar terbesar di Asia. Namun kini ia hanyalah sebuah negara kecil yang memegang sedikit atau hampir tiada langsung kuasa atau pengaruh politik di peringkat antarabangsa.",
"Memiliki sejarah yang berwarna-warni atau memiliki warisan beberapa empayar yang agung ternyata tak banyak membantu sesebuah negara dalam dunia moden. Kecuali untuk sektor pelancongan.",
"Mungkin ada satu faktor yang ramai orang gagal memberi kredit apabila berbicara soal ini. Ini terpakai kepada semua negara Asia Tengah. Ia juga terpakai kepada Afghanistan, kerana ramai orang tertanya-tanya bagaimana pusat empayar besar itu menjadi begitu lemah.",
"Faktor itu ialah perdagangan maritim, atau lebih khusus lagi, kebangkitan dan penguasaan perdagangan maritim yang mengatasi laluan perdagangan darat. Selama beribu-ribu tahun, Asia Tengah makmur kerana perdagangan antara Asia Timur, Asia Selatan, Asia Barat dan Eropah.",
"Tak kira ke mana mereka perlu pergi, yang pasti mereka perlu melalui wilayah ini, iaitu Jalan Sutera kuno. Laluan perdagangan ini menjadikan kota dan pekan yang berada di dalam laluannya kaya dan memberi mereka kuasa politik yang besar.",
"Selepas Empayar Uthmaniyah menak.luki Konstantinopel pada tahun 1453, kuasa-kuasa Eropah mula memilih jalan laut sebagai alternatif perdagangan.",
"Ini juga mendorong kepada penja.jahan terhadap wilayah-wilayah di Asia Tenggara lalu memulakan era perdagangan maritim secara global. Kesannya mencapai sejauh dari Kepulauan Melayu hingga ke Filipina moden, bahkan benua Amerika.",
"Peningkatan perdagangan maritim mengakibatkan Jalan Sutera digantikan dengan sistem laluan perdagangan yang lebih cekap dan lebih baik. Ini pada dasarnya telah melucutkan kuasa dan kekayaan Asia Tengah dan Afghanistan.",
"Satu lagi sebab utama mengapa wilayah Uzbekistan menjadi begitu lemah adalah berkaitan dengan Kekhanan Bukhara. Shaybaniyah merampas kuasa Timuriyyah dan menghalau mereka keluar dari tanah air mereka.",
"Raja Timuriyyah terakhir yang memegang kuasa ialah Babur, yang akan meneruskan legasinya dengan mengasaskan Empayar Mughal di India. Shaybaniyah akan membentuk Kekhanan Bukhara yang kemudiannya akan diperintah oleh dinasti-dinasti yang berbeza.",
"Ini adalah permulaan pe.rang tiga hala dengan Afghanistan dijadikan tapak medan pe.rang. Para peserta ialah Dinasti Safawiyyah dari Parsi, Empayar Mughal dari India dan Kekhanan Bukhara dari Asia Tengah.",
"Dari kesemua kuasa-kuasa ini, mereka yang paling lemah ialah Kekhanan Bukhara. Lebih memburukkan keadaan, peningkatan perdagangan maritim membantu dua kuasa yang lain bertambah makmur, manakala Kekhanan Bukhara jauh ketinggalan.",
"Hubungannya yang buruk dengan kuasa-kuasa yang lain turut menyebabkan mereka menghadapi banyak sekatan perdagangan juga.",
"Kemudian muncul pula kebangkitan kuasa Eropah. Kekhanan Bukhara telah digantikan oleh Emiriah Bukhara pada tahun 1785. Kemudian, dek kerana kurangnya pendekatan dan inisiatif pemodenan, ia kehilangan banyak wilayah di tangan Empayar Rusia.",
"Akhirnya Emiriah Bukhara hanya menjadi sebuah negeri bawahan sebelum diserap sepenuhnya oleh Negara Soviet yang baru.",
"Punca kepada mengapa mereka gagal mencegah ancaman Rusia adalah punca yang sama menyebabkan seluruh Asia jatuh. Keangkuhan dan keengganan untuk menerima pembaharuan dan mengikuti perkembangan zaman.",
"Pengepungan Samarkand berperanan sebagai contoh yang sempurna untuk alasan ini. Kira-kira 500 tentera Rusia bertahan melawan musuh yang berjumlah lebih 20 kali ganda dari mereka, dan mereka berjaya mengalahkan tentera Emiriah Bukhara.",
"Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah pemecahan Asia Tengah kepada negeri-negeri etnik yang lebih kecil. Ini membataskan lagi kuasa orang Turkik di rantau ini dan melucutkan kuasa politik sebenar mereka.",
"Turar Ryskulov dan orang-orang sepertinya ingin membentuk sebuah negara tunggal komunis Turkestan di Asia Tengah. Tapi akhirnya mereka gagal dan Asia Tengah dibahagikan mengikut garis etnik dalam persempadanan negara di Asia Tengah pada tahun 1924.",
"Turar Ryskulov terbu.nuh semasa kempen The Great Pu.rge. Sekiranya agenda dia berjaya, Asia Tengah mungkin menjadi sebuah negara besar Turkestan yang bersatu hari ini.",
"Jangan lupa, Uzbekistan adalah negara yang masih sangat muda yang mencapai kemerdekaannya selepas kejatuhan Soviet pada tahun 1991. Masih banyak masa bagi mereka untuk membangun dan mengubah dirinya menjadi sebuah negara yang hebat dan berjaya.",
"Walau bagaimanapun, ia tak mungkin akan menjadi lebih kuat seperti masa lalu di bawah Empayar Timuriyyah dalam masa terdekat ini. Memandangkan kini Uzbekistan hanyalah sebuah negara kecil dengan populasi hanya kira-kira 30 juta penduduk.",
"Kemudian mereka perlu menelan hakikat bahawa mereka adalah negara yang terkurung di atas daratan yang terpaksa bergantung kepada kuasa lain untuk meneruskan perdagangan. Selain itu, mereka juga tidak benar-benar mengawal bekalan sumber airnya sendiri.",
"Yang paling penting, geografi mereka ada masalah besar kerana tersepit di halaman belakang Rusia dan China, iaitu dikelilingi oleh negara-negara Asia Tengah lain yang dipengaruhi Rusia dan China.",
"Nasib mereka dengan Mongolia hari ini tak jauh bezanya, kedua-duanya memiliki sejarah bangsa yang penuh gemilang, namun mereka hari ini menjadi terpencil kerana beberapa faktor terutamanya kuasa politik yang lemah dan geografi yang jauh dari lautan."
] |