url
stringlengths 33
166
| headline
stringlengths 20
127
| content
sequence |
---|---|---|
https://iluminasi.com/bm/10-negara-ini-memberikan-polisi-cuti-bersalin-terbaik-dalam-dunia.html | 10 Negara ini Beri Cuti Bersalin Terpanjang dalam Dunia | [
"Di Malaysia, ibu yang baru melahirkan berhak mengambil cuti minimum selama 60 hari dari tarikh bersalin. Walau bagaimanapun ada sesetengah syarikat yang bermurah hati memberikan cuti 90-120 hari kepada pekerja. Tapi tahukah anda, ada negara yang beri cuti sampai setahun untuk mereka yang baru melahirkan anak?",
"Ibu mengandung di negara ini boleh mula mengambil cuti materniti seawal 7 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin. Kemudian kerajaan membiayai 16 minggu cuti bersalin berbayar melalui satu geran yang tidak mengira sama ada ibu itu seorang pelajar, penganggur atau bekerja sendiri.",
"Selepas anak menjangkau usia 3 tahun, ibu bapa juga dibenarkan untuk mengambil cuti menjaga anak di mana mereka boleh membahagikan masa antara keluarga dan kerja. Cuti khas ini hanya dibenarkan sehingga anak berusia 8 tahun.",
"Ibu bapa di Sweden dibolehkan mengambil cuti sebanyak 480 hari pada kadar 80% bayaran gaji. Ini tidak termasuk 18 minggu cuti bersalin yang diberikan khas untuk ibu. Para bapa mendapat cuti khas paterniti sebanyak 90 hari kerana kerajaan Sweden memberi pendekatan bahawa bapa juga perlukan masa untuk lebih akrab dengan anak dan ibu juga memerlukan perhatian dari si bapa selepas bersalin.",
"Di Iceland, kedua-dua ibu bapa boleh membahagikan sama banyak cuti bersalin sebanyak 9 bulan. Setiap seorang ibu dan bapa mendapat 3 bulan cuti dan mereka boleh berbincang bagaimana mahu membahagikan baki 3 bulan selebihnya.",
"Setiap ibu bapa dibayar 80% daripada gaji mereka sepanjang tempoh bercuti.",
"Ibu di Denmark mempunyai cuti materniti sebanyak 18 minggu : 4 minggu sebelum tarikh bersalin dan 14 minggu selepas bersalin. Mereka juga dibayar gaji penuh sepanjang tempoh bercuti. ",
"Semasa dalam tempoh 14 minggu itu, bapa boleh memilih untuk mengambil cuti 2 minggu secara berterusan pada bila-bila masa.",
"Kemudian, kedua-dua ibu bapa boleh membahagikan 32 minggu cuti tambahan. Mereka juga ada pilihan untuk memanjangkan cuti bersalin sekiranya anak atau ibu bapa jatuh sakit.",
"Para ibu dibenarkan mengambil cuti 20 minggu dan dibayar gaji penuh selepas melahirkan.",
"Setelah itu, mereka juga boleh mengambil cuti tambahan selama setahun, namun pampasan bayaran akan berkurangan secara berperingkat. Pada 26 minggu pertama mereka masih menikmati bayaran gaji 100%, diikuti bayaran gaji sebanyak 60% dari minggu 27 hingga 39 dan akhirnya dikurangkan menjadi 30% pada minggu selebihnya.",
"Kerajaan Belgium memberi cuti sehingga 15 minggu untuk ibu yang melahirkan. Pada 30 hari pertama anak dilahirkan, mereka dibayar 80% daripada gaji dan 75% untuk waktu cuti selebihnya. Mereka juga mempunyai pilihan untuk mengambil cuti part-time selama 8 bulan jika tidak mahu menggunakan cuti berterusan selama 15 minggu ini.",
"Bapa pula menerima cuti sebanyak 10 hari dan 3 hari daripadanya dibayar 100%. Baki 7 hari itu akan dibayar 82% sekiranya dihabiskan dalam masa 4 bulan.",
"Dalam artikel sebelum ini, kerajaan dari wilayah Baltik ini telah tersenarai sebagai salah sebuah negara yang menawarkan sistem pendidikan terbaik di dunia. Selain pendidikan, negara ini juga menawarkan polisi cuti bersalin yang terbaik untuk mereka yang sudah berkeluarga.",
"Ibu-ibu di Estonia diberikan cuti 140 hari yang dibayar gaji penuh yang boleh diambil seawal 30-70 hari sebelum due date. Para bapa pula diberi cuti paterniti sebanyak 2 minggu.",
"Selepas cuti bersalin tamat, kedua-dua ibu bapa diberikan cuti tambahan sebanyak 435 hari untuk dikongsi bersama dengan bayaran gaji yang dibayar secara purata.",
"Kerajaan Norway sememangnya terkenal dengan polisi mereka yang amat fleksibel dan amat menjaga keharmonian hidup rakyat. Ibu-ibu di negara Scandinavia ini boleh memilih cuti bersalin selama 35 minggu dibayar penuh atau 45 minggu dengan bayaran 80% gaji.",
"Di Hungary, ibu boleh mengambil cuti selama 24 minggu yang dibayar sebanyak 70%. Cuti ini boleh bermula seawal 4 minggu dari tarikh dijangka bersalin. Bapa pula diberikan cuti seminggu yang dibayar penuh.",
"Selepas habis cuti bersalin, ibu bapa boleh mengambil cuti tambahan selama 156 minggu yang boleh dikongsi bersama dengan bayaran 70% daripada gaji.",
"Negara-negara Nordic dan Scandinavia sering mendapat perhatian dengan polisi terbaik mereka, namun negara ini mungkin dapat mengatasi semua negara!",
"Ibu di Lithuania boleh mengambil cuti 18 minggu dibayar penuh, bapa pula diberi cuti selama 4 minggu. Kemudian mereka diberi cuti tambahan selama 156 minggu untuk dikongsi.",
"Untuk cuti tambahan tersebut, pasangan boleh memilih sama ada mereka ingin dibayar penuh sehingga anak berumur 1 tahun (52 minggu) atau dibayar 70% sehingga anak berumur 2 tahun (104 minggu). Minggu selebihnya adalah tidak dibayar."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-tips-ke-supermarket-bersama-anak-kecil.html | 5 Tips ke Supermarket atau Pasaraya bersama Anak Kecil | [
"Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, anda mesti selalu rasa malas nak keluar rumah sebab rasa leceh bawa anak kan? Nanti ada la yang mengamuk, menangis, bergaduh, mintak beli macam-macam...betul tak? Tapi kadang-kadang terpaksa juga pergi sebab barang dapur dah habis ataupun ada barang terlupa nak beli. Cubalah beberapa tips ini untuk melancarkan tugas membeli-belah anda:",
"Kalau anda tidak bekerja, bolehlah membeli barang pada hari minggu ataupun semasa anak ke sekolah. Sekiranya anda hanya mengharapkan cuti hujung minggu je untuk membeli barang, pergilah ke pasaraya tu pada awal-awal pagi sejurus dibuka dan elakkan waktu puncak seperti tengah hari dan petang. ",
"Anak anda masih dalam keadaan segar kerana baru bangun tidur dan kurang risiko untuk membuat perangai. Tapi kalau dia mengamuk pun, sekurang-kurangnya anda masih boleh bernafas dengan lega sebab tak ramai orang sangat.",
"Sebelum keluar, pastikan anak-anak telah makan dan mendapat rehat secukupnya.",
"Senaraikan barang-barang yang ingin dibeli mengikut kategori dan lorong di supermarket. Kenalpasti mana satu yang perlu dibeli terlebih dahulu dan atur perjalanan anda semasa dalam supermarket. ",
"Jangan mudah terganggu dengan barang-barang yang tiada dalam senarai ataupun tertarik dengan promosi-promosi yang sedang dijalankan. Cepat-cepat beli, cepat-cepat keluar.",
"Anak-anak suka merasakan diri mereka penting dan gemar menjadi seperti orang dewasa. Beri mereka tugas seperti mencari barang, memotong senarai barang, mengira kuantiti, meninjau harga atau meneka apa yang ingin dibeli. Dengan ini, anda akan membuatkan aktiviti membeli-belah itu lebih menyeronokkan bagi mereka. ",
"Biarkan anak-anak leka dengan makanan, minuman atau mainan kegemaran mereka. Ataupun anda boleh juga membeli semasa di kedai. Jika mereka nak beli itu, ini atau nak beli semua, beritahu yang mereka hanya boleh memilih satu (atau dua) sahaja. Beri mereka kata dua sama ada nak beli satu sahaja atau tak payah beli langsung.",
"Beritahu pada anak, mereka boleh menerima sejenis ganjaran sekiranya mereka tidak membuat perangai sepanjang membeli-belah. Tetapkan hadiah ganjaran yang anda rasakan sesuai seperti boleh membeli satu kon aiskrim, boleh naik satu pusingan ride mainan kanak-kanak ataupun boleh tonton Youtube di dalam kereta semasa perjalanan pulang."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-tips-dan-idea-untuk-trip-daki-gunung-anda-nanti.html | 10 Tips Kreatif Ketika Hiking Dan Berkemah (Camping) | [
"Sejak kebelakangan ini, ramai betul orang muda yang suka mendaki dan pergi ke percutian berkhemah. Seperti menjadi satu trend baru untuk keluar beriadah menikmati keindahan alam di atas gunung atau di dalam hutan sambil bersantai bersama rakan-rakan. Tapi baguslah kalau nak mengikuti trend yang sihat begini. Jangan tiru trend yang tahapa-apa sudah la ye?",
"Memandangkan dah tulis berkenaan hiking dan camping ni, anda bolehlah guna tips dan idea berikut sebelum trip anda yang seterusnya:",
"Sekiranya anda terlupa bawa bahan penghidup api, gunakan keropok jagung seperti Doritos untuk memulakan nyalaan. Tapi kalau dah terbakar keropok tu, janganlah buat video viral cakap keropok tu mengandungi plastik pulak.",
"Sekiranya anda berdarah manis dan nyamuk amat tertarik dengan anda, campakkan sejambak ikatan daun sej ke dalam unggun api. Asap yang dihasilkan akan mencegah nyamuk daripada datang ke kawasan itu. Selain itu, tapak perkhemahan anda juga akan berbau wangi.",
"Telur amat senang pecah jika cara dibungkus tidak betul. Anda boleh isi telur dalam bekas seperti ini dan dikocak bersama bahan perasa siap-siap. Senang tak payah nak pukul-pukul telur dah nanti.",
"Sumbat kasut dengan kain atau baju untuk mengelakkan serangga atau haiwan kecil daripada masuk ke dalam kasut semasa anda tidur.",
"Apabila anda hendak memulakan api, boleh bakar terus karton telur beserta arang. Senang api menyala.",
"Nak membaca, nak memasak, nak pergi 'membuang' tengah malam buta pun senang dah bila ada lampu waterproof dan tahan lasak macam ni.",
"Kalau nak layan lagu semasa berkhemah, boleh guna tips ini untuk menguatkan bunyi, biar semua rakan dan segala haiwan pun dapat dengar lagu kegemaran anda. Pastikan cawan tu kosong dan tak berisi air kopi!",
"Pernah tak rasa stress bila guna lampu suluh biasa, sebab tak tahu nak suluh depan ke ataupun kat tanah/jalan yang anda nak pijak? Kalau beli lampu suluh macam ni, selesai masalah anda. Boleh nampak jalan di hadapan dengan jalan yang anda nak pijak.",
"Boleh gantung begini ataupun ikat di pokok menggunakan duct tape. Senang cari barang dan menjimatkan ruang!",
"Untuk mengelakkan mancis basah, simpan mancis dalam kotak Tic Tac dan DIY sedikit dengan melekatkan striker daripada kotak mancis yang asal ataupun boleh tampal kertas pasir.",
"Anda juga boleh menyimpan barang-barang kecil lain seperti pin rambut, earphone, rempah masakan dan alat menjahit dalam kotak Tic Tac."
] |
https://iluminasi.com/bm/apa-yang-anda-perlu-faham-berkenaan-pelan-pembangunan-pendidikan-negara-kita.html | Fahami Pelan Pembangunan Pendidikan Negara Kita | [
"Pendidikan di negara memerlukan satu transformasi secara menyeluruh kerana sistem yang sedia ada perlu ditambah baik, selaras dengan kehendak masyarakat, pasaran dunia dan keperluan negara yang semakin bergerak ke arah teknologi dan perubahan moden. Apakah yang anda tahu berkenaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM?",
"PPPM sebenarnya telah pun berlangsung semenjak tahun 2013 lagi di mana sebuah pelan telah dirancang untuk diperkenalkan dan dijalankan sehinggalah tahun 2025. PPPM mengandungi tiga peringkat atau dipanggil sebagai Gelombang yang diharap dapat menukar, mengganti dan mengangkat sistem pendidikan sedia ada ke satu tahap yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek.",
"Gelombang 1 yang dilancarkan pada 2013 sehinggalah tahun 2015 memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program yang telah digunapakai.Sepanjang tempoh pelaksanaan itu, fokus tertumpu kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran, melalui proses meningkatkan kualiti guru, meningkatan kualiti pengurusan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta numerasi.Sasaran Gelombang 1 adalah untuk setiap pihak yang terlibat mencapai sekurang-kurangnya tahap minimum dalam semua peringkat.",
"Menerusi Gelombang 2 yang bermula pada 2016 dan bakal berakhir pada tahun 2020, perubahan struktur pendidikan negara akan lebih tertumpu kepada mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang sudah berjalan dalam Gelombang 1. Kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar akan diletakkan dalam pakej kerjayayang baharu dan ditambahbaik. kementerian Pendidikan pula akan melalui proses penstrukturan semula untuk memantapkan lagi perjalanan kerja. Langkah semakan ke atas standard matapelajaran akan dilakukan supaya selari dalam peningkatan keperluan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai berdaya maju. ",
"Gelombang 3 yang akan bermula pada tahun 2021 dan berakhir pada 2025 akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan kecekapan operasi, di mana pada permulaan Gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum yang telah ditetapkan. Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi. ",
"Sebagai sebuah masyarakat, kita mahu perubahan ke arah penambahbaikan terus berjalan tetapi kita perlu memahami yang satu perubahan sistem sebesar ini memerlukan masa yang panjang dan perancangan yang teliti bagi memastikan PPPM dapat dilaksanakan dengan jayanya. Apa yang diperlukan dari kita adalah sokongan dan sumbangan idea dalam membantu memastikan generasi masa depan Malaysia bukan sekadar mampu bersaing, malah tidak segan untuk menjadi percikan api yang memulakan sesuatu yang baru. "
] |
https://iluminasi.com/bm/kempen-iluminasi-jarakkan-kenderaan-dalam-jarak-yang-selamat.html | Bukan Semua Pemandu di Malaysia Setangkas Pemandu Formula 1 | [
" Memandu di Malaysia pula, tidak menyeronokkan. Ini semua kerana untuk perkara seperti aspek keselamatan dan memudahkan orang lain, kita tak dididik. Kena pandai-pandai ada kesedaran sendiri. Sayangnya, ramai sebenarnya kena didik, tapi tak mengaku perlu dididik khasnya dalam bab jarak pemanduan selamat. Susah nak sedarkan orang kita ni yang cucuk angin tak cool. Cucuk angin ni, menyusahkan orang. ",
" Pemandu kereta jenis cilok kiri kanan juga tak cool, kerana anda membuatkan orang lain terpaksa brek. Bila kita terpaksa brek, orang belakang kena brek dan seterusnya itulah yang akan berturutan, saling brek membrek yang menganggu trafik. ",
" Masalah paling besar kenapa memandu di negara sendiri ni macam lahanat rasanya, adalah kerana kita tak faham anggarkan jarak antara kita dengan kereta depan. Bila kita tak pandai, kita akan dekat dengan kereta depan dan hasilnya, emosi orang depan terganggu. ",
"Ada kalanya, bila memandu, ada segelintir pemandu yang cara dia memandu tu steady dan konsisten, cuba la ekor belakang dia. Kita boleh rasa ketenangan dia tu lain macam. Rilek, tak marah-marah, tak ada tekanan untuk ke tepi, tak ada malaun nak high beam suruh ke tepi. ",
"Rujuklah gambarajah yang disediakan untuk kenalpasti jarak selamat yang diperlukan untuk memberhentikan kenderaan mengikut kelajuan kemudian mula amalkan, supaya tidak lagi kedengaran berita beberapa buah kenderaan terlibat dalam satu kemalangan.Mula jarakkan kenderaan kita hari ini ye! "
] |
https://iluminasi.com/bm/ini-lelaki-melayu-pertama-yang-muncul-dalam-rancangan-berbahasa-korea-abnormal-summit.html | Khalid Lelaki Melayu Pertama yang Muncul dalam Rancangan Berbahasa Korea | [
"비정상회담 (Abnormal Summit @ Non-Summit) merupakan sebuah program tv di Korea Selatan yang menggunakan konsep forum di mana mereka menjemput wakil dari pelbagai negara sebagai ahli panel. Panel ini akan membincangkan pelbagai isu terkini menurut pandangan dan pemerhatian masing-masing.",
"Sekitar bulan April 2016, seorang lelaki Melayu yang berasal dari Kelantan telah dipanggil sebagai tetamu untuk memperkenalkan Malaysia dan membincangkan tentang budaya, agama dan adat resam dari negara ini.",
"Muhamad Khalid yang telah menetap selama 9 tahun di Korea berbicara tentang budaya, makanan, kemajuan dan sambutan perayaan di Malaysia dalam bahasa Korea dengan fasih dan lancar. Beliau juga kelihatan amat mahir bercakap tentang pelbagai topik termasuklah berkenaan negeri Sabah (walaupun beliau sendiri belum pernah sampai ke negeri di bawah bayu itu.)",
"Ahli-ahli panel yang lain kelihatan amat mengkagumi penceritaan Khalid. Dua orang daripada ahli panel itu juga pernah datang ke Malaysia dan menyokong sebulat suara dengan apa yang Khalid sampaikan. Bagi mereka, Malaysia sememangnya merupakan sebuah negara yang cantik, moden tetapi masih penuh dengan tradisi.",
"Dalam episod ke-95 yang bertemakan \"Gaya Hidup Minimalis\" itu, Khalid juga telah membawa satu periuk berisi mi segera perisa kari putih Pulau Pinang untuk diberikan kepada semua ahli panel. Ternyata semua ahli panel amat menggemari kari Malaysia kerana habis licin mangkuk mi itu dijamah! Hos rancangan siap hirup lagi periuk.",
"Kemudian, pada awal tahun ini juga, Khalid sekali lagi telah dijemput untuk menyertai ahli panel program yang sama membincangkan tentang isu global bagi tahun 2017. Walaupun sekejap sahaja penampilan Khalid kali ini, namun beliau sempat mengulas sedikit tentang ekonomi di Malaysia selepas pelantikan Donald Trump sebagai President Amerika dan juga tentang sukan bola sepak di tanah air."
] |
https://iluminasi.com/bm/carpal-tunnel-syndrome-cuba-sendiri-rawatan-ini-di-rumah-sebelum-melarat.html | Carpal Tunnel Syndrome : cuba sendiri rawatan ini di rumah sebelum melarat | [
"Sindrom Terowong Karpus (Carpal Tunnel Syndrome, CTS) terjadi sekiranya saraf median tersepit pada pergelangan tangan yang disebabkan oleh terowong pada sendi menjadi semakin menyempit. Saraf median dan sembilan tendon lain yang membolehkan pergerakan tangan dilindungi oleh terowong ini.",
"Tangan dan pergelangan tangan sering digunakan tanpa henti dalam aktiviti kita sehari-hari. Menaip di komputer, menggunakan telefon bimbit, memasak, memandu - pendek kata semua perkara pun kita gunakan tangan. Oleh sebab itu kita harus seboleh-bolehnya elakkan diri daripada terkena sindrom CTS ini.",
"Sekiranya penggunaan berulang-ulang mengakibatkan terdapat tekanan pada saraf median, seorang pesakit akan merasa kebas, sakit dan seterusnya lemah di bahagian tangan. Tanda-tanda awal seperti kebas di hujung jari boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan sekiranya tidak dirawat.",
"Terdapat pelbagai jenis rawatan untuk pesakit CTS seperti merehatkan tangan dengan pek ais, memakai anduh pergelangan tangan, ubatan seperti steroid dan non-steroidal anti-inflammatory drug ataupun pembedahan jika simptom bertambah teruk.",
"Jadi, sebelum melarat sehingga memerlukan pembedahan, boleh cuba dulu rawatan shiatsu atau tekanan akupunktur ini sendiri di rumah. Kalau ada rasa lenguh-lenguh tangan pun sesuai buat latihan ini.",
"Kalau tak hilang juga simptom anda, berjumpalah doktor dengan segera untuk nasihat lebih lanjut daripada pakar. Video ini sekadar bantuan untuk melegakan tanda-tanda awal je. Sebab saya sendiri dah cuba, memang berkesan!"
] |
https://iluminasi.com/bm/adab-sebelum-pergi-rumah-orang-pastikan-anda-buat-15-perkara-ini.html | 15 Adab Dan Tradisi Melayu Ketika Melawat Atau Menziarahi Orang | [
"Sila pastikan anda memberitahu dan meminta izin terlebih dahulu dengan tuan rumah sebelum berkunjung ke rumahnya. Ini untuk mengelakkan daripada tetamu \"menerjah\" ke rumah pada masa tuan rumah dalam keadaan yang belum bersedia. Lebih afdal sekiranya tetamu membuat temu janji sebelum berkunjung.",
"Tanyalah pada tuan rumah sekiranya mereka ada masa terluang pada tarikh yang anda ingin datang. Fahamilah bahawa tuan rumah itu juga mungkin mempunyai rancangan dan jadualnya yang tersendiri. ",
"Ikhlaskan niat yang baik-baik sahaja sebelum berkunjung ke rumah orang. Janganlah sesekali terlintas di fikiran hendak memerhatikan perabot yang digunakan murah atau mahal ataupun makanan apa yang akan dijamu dengan niat untuk menceritakan pada orang lain.",
"Dalam ajaran Islam, had yang dibenarkan untuk meminta izin (dengan memberi salam) adalah sebanyak tiga kali. Jika setelah memberi salam tiga kali dan tiada jawapan daripada tuan rumah, maka tetamu harus beransur pulang.",
"Dan jangan sesekali menerpa masuk ke dalam rumah orang tanpa diberi keizinan walaupun pintu rumahnya terbuka luas.",
"Ketika memberi salam, tetamu hendaklah mengelakkan diri daripada menghadap pintu masuk. Seandainya pintu rumah terbuka, jangan berdiri betul-betul menghadap pintu. Sebaliknya berilah salam di sebalik pintu untuk menjaga pandangan. Kita tidak tahu sama ada tuan rumah baru selesai keluar tandas ataupun dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Beri mereka sedikit ruang untuk bersiap sedia.",
"Tetamu dilarang sama sekali mengintip tuan rumah dari sebalik tingkap atau pintu untuk memeriksa sama ada mereka ada di rumah atau tidak.",
"Lawatan tetamu hendaklah berpada-pada. Janganlah bertandang selang dua hari sekali atau terlalu kerap sehingga mengakibatkan tuan rumah berasa tidak selesa.",
"Tetamu harus mengelakkan bertandang ke rumah orang pada waktu-waktu umum untuk tidur atau berehat seperti pagi-pagi buta, tengah hari ataupun lewat malam. Seelok-eloknya, tanya terlebih dahulu pada tuan rumah waktu apakah yang paling sesuai untuk berkunjung. ",
"Tetamu hendaklah menjaga pandangan daripada mata meliar memerhatikan ahli keluarga tetamu, bilik-bilik ahli keluarga, susun atur rumah atau perkakas yang digunakan.",
"Duduk hanya apabila diizinkan dan apabila tuan rumah telah menunjukkan anda tempat duduk yang dikhaskan, janganlah sesuka hati berpindah ke bahagian lain atau sengaja meneroka tempat duduk yang lain.",
"Perkara yang sama sekiranya anda ingin bermalam di rumah orang. Hanya tidur di bilik yang telah disediakan. Jangan berpindah-randah atau menggunakan bilik lain tanpa kebenaran tuan rumah.",
"Sesetengah orang bertelinga lintah gemar mencuri dengar perbualan tuan rumah dengan pasangan atau perbincangan sesama ahli keluarga mereka. Walaupun perkara yang dibincangkan tidak mempunyai sebarang rahsia, namun perbuatan ini sama sekali tidak beradab. Apatah lagi sekiranya tetamu yang mendengar itu berniat buruk.",
"Perhatikanlah anak anda sekiranya bertandang ke rumah orang. Jangan leka dengan membiarkan anak anda bermain-main dengan perabot atau perkakas rumah, memukul anak tuan rumah atau bertempik-tempik sambil lari bertempiaran. Disiplinkan anak anda supaya pandai membawa diri di rumah orang.",
"Paling digeruni apabila ada anak-anak segera memasuki semua bilik di seluruh rumah untuk menjenguk. Ini sama sekali tidak beradab dan dikhuatiri menyebabkan tuan rumah berasa tidak selesa dengan kunjungan anda.",
"Ini bukanlah satu kemestian namun lebih manis sekiranya tetamu tidak datang dengan tangan kosong. Belilah walaupun sedikit, seperti kuih pisang goreng, buah-buahan atau manisan untuk dihadiahkan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih sudi menerima kunjungan anda sebagai tetamu.",
"Kebiasaannya tuan rumah akan bertanya terlebih dahulu apa yang tetamu ingin jamah atau minum. Berpada-padalah jika ingin membuat apa-apa request sekalipun. Janganlah terlalu demanding seperti nak order makan di restoran.",
"Sekiranya tuan rumah terlupa untuk bertanya, maka jamahlah sedikit walaupun tak boleh dihabiskan makanan atau minuman tersebut. Dia sudah bersusah payah menyediakan hidangan untuk anda dan meluangkan masanya demi anda, maka tunjuklah rasa hormat sedikit pada tuan rumah agar dia tidak berkecil hati.",
"Satu tips yang boleh digunakan ialah, apabila tuan rumah bertanya \"Eh dah pukul berapa ya? Tak sedar masa dah berlalu!\" ini bermakna sudah tiba masa untuk anda beransur pulang. Itu hanyalah bahasa kiasan yang sering digunakan tuan rumah untuk memberitahu tetamu bahawa \"saya ada hal lain\" atau \"saya letih, bolehkah anda pulang sekarang?\"",
"Sebetulnya, seorang tetamu tidak boleh berganjak pulang selagi tidak meminta izin dengan tuan rumah. Ini sering terjadi di majlis-majlis keramaian atau kenduri-kendara di mana tetamu terus pulang tanpa bertemu dengan tuan rumah. ",
"Sebelum pulang, pergilah bersalaman dan bertemu tuan rumah terlebih dahulu sebagai tanda terima kasih.",
"Ucaplah terima kasih dan bersyukur atas kesudian tuan rumah menerima anda sebagai tetamu mereka sebelum bergegas pulang."
] |
https://iluminasi.com/bm/hanya-beberapa-saat-membawa-padah.html | Berapa Jauh Kita Bergerak Dalam 5 Saat Pada Kelajuan 70km/j? | [
"Menurut kajian. secara puratanya kita memerlukan 5 saat minima untuk membalas mesej whatsapp atau status Facebook melalui telefon.",
" Jika sebuah kereta bergerak selaju 70km/j dalam 5 saat, kereta itu sebenarnya sedang bergerak merentasi jarak sebuah padang bola, tanpa pemandu itu mampu memberikan fokus dan menumpukan perhatian.",
"Anda bayangkanlah, jarak yang kita lalui sama dengan jarak sebuah padang bola. Jauh tak jauh jaraknya, cuma kita tak sedar kerana mata kita fokus pada skrin telefon.",
"Dalam 5 saat macam-macam boleh jadi. Emak hilang anak, adik hilang abang, kakak hilang adik.Kita pula, boleh hilang masa depan.",
"Minta tolong letaklah telefon dalam glove box ketika memandu kereta. Yang bawa motor, berhentilah dulu sebelum membuat apa-apa berkaitan telefon. Atas jalan, hidup orang lain jauh lebih penting dari urusan kita."
] |
https://iluminasi.com/bm/orang-alim-tak-boleh-kaya.html | Salahkah Orang Islam Kelihatan Kaya? | [
"1. Salah satu benda cukup pelik mengenai orang Melayu ni adalah masalah iri hati.",
"2. Masalahnya ramai yang iri hati kalau orang yang kelihatan seperti kuat ilmu agama ni, nampak kaya.",
"4. Kita, orang biasa boleh bawak BMW, apa peliknya orang kuat ilmu agama nak pakai benda mewah?",
"6. Bila berkaitan ahli agama, kita punya persepsi seolah dia kena miskin, hidup ala kadar dan kena berkesederhanaan",
"8. Itu lah yang orang susah nak terima. Kita punya sederhana RM5, dia punya sederhana RM50. Lain-lain.",
"10. Mengapa pula jika anak muda yang ahli perniagaan tayang kereta, rumah dan teman wanita, kita ajak dia buat wawancara dan anjurkan kelas perniagaan. Kita angkat dia sebagai idola dan suruh masyarakat contohi dia sebab dia berjaya dalam usia muda.",
"11. Dalam Islam, tak ada masalah kita nak kaya. Tak ada masalah kita nak hidup mewah dan berbelanja lebih sikit, kalau dah mampu. Apa salahnya? Malahan Islam suruh kita jadi kaya, kerana bila kita kaya, kita mampu sedekah dan berzakat.",
"12. Jika semua orang kita tak mampu nak sedekah, kita nak harap orang mana pula sedekah?",
"13. Tanah kubur kita tu, selalunya datang dari tanah wakaf. Macam mana nak wakaf, kalau kita tak mampu nak ada tanah?",
"15. Kerana tahap zuhud tiap-tiap orang tidak sama. Yang lebih baik, doakanlah orang yang mewah itu zuhud dan mampu berkongsi kekayaan dengan masyarakat yang mungkin kurang bernasib baik."
] |
https://iluminasi.com/bm/7-kebaikan-pisang-yang-anda-mungkin-tak-tahu.html | 7 Kebaikan Pisang Yang Anda Mungkin Tak Tahu | [
"Pisang dikenali sebagai sejenis buah yang mudah didapati dan agak murah harganya. Ia tidak bermusim, boleh dijumpai sepanjang tahun dan cara memakannya juga paling mudah : tidak perlu dikupas dan dikopek seperti buah-buahan lain. Jadi tidak hairanlah pisang ditanam secara komersial di lebih 107 buah negara dan rakyat Malaysia juga lebih banyak makan pisang berbanding buah-buahan lain.",
"Walaupun anda makan banyak pisang namun adakah anda tahu khasiat sebenar di sebalik buah berwarna kuning ini?",
"Menurut Megan Ware, seorang pakar nutrisi dari Nutrition Awareness, berikut 7 khasiat dan nutrisi yang sering dikaitkan dengan pisang.",
"Mengekalkan pengambilan sodium yang rendah adalah penting untuk mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan berpotasium tinggi seperti pisang juga adalah penting untuk kesan vasolidasi jangka panjang. Menurut satu survey oleh Pemeriksa Kesihatan dan Pemakanan Amerika, kurang dari 2% sahaja orang dewasa yang mengambil dos potasium harian sebanyak 4700 mg yang disyorkan.",
"Kajian mendapati diet dengan pengambilan potasium yang tinggi akan mengurangkan 20% risiko kematian disebabkan semua penyakit.",
"Satu kajian oleh Imperial College of London telah mendapati kanak-kanak yang memakan satu biji pisang setiap hari akan mengurangkan risiko sebanyak 34% untuk mendapat penyakit asma.",
"Mengambil pisang, oren dan jus oren semasa dua tahun pertama kelahiran akan mengurangkan risiko leukimia pada kanak-kanak. Sebagai salah satu sumber yang kaya dengan vitamin C, pisang membantu mencegah pembentukan radikal bebas yang menyebabkan kanser.",
"Selain itu, pengambilan makanan berserat tinggi seperti pisang juga mengurangkan risiko mendapat kanser kolorektal.",
"Menurut Mark Houston, seorang professor klinikal dan perubatan dari Vanderbilt Medical School, serat, potasium, vitamin C dan B6 dalam pisang membantu kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.",
"Satu kajian mendapati individu yang makan 4069 mg potasium setiap hari telah mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung iskemik pada kadar 49% berbanding mereka yang hanya mengambil 1000 mg potasium.",
"Kandungan potasium dalam pisang juga merendahkan risiko strok, memelihara tubuh daripada kehilangan jisim otot, penjagaan kepadatan mineral tulang dan mencegah pembentukan batu karang.",
"Kajian mendapati individu yang ada penyakit kencing manis Tahap 1 dan mengambil pemakanan tinggi serat akhirnya mempunyai tahap glukos yang rendah. Manakala pesakit diabetes tahap 2 pula memperbaiki kandungan gula, lipid dan tahap insulin.",
"Satu biji pisang saiz sederhana mengandungi 3 gram serat. Pengambilan serat yang disyorkan setiap hari adalah lebih kurang 21-25 gm untuk wanita dan 30-38 gm bagi orang lelaki.",
"Makanan lembut seperti sos epal dan pisang disyorkan untuk merawat cirit-birit. Kehilangan elektrolit seperti potasium semasa cirit-birit membuatkan seseorang berasa sangat lemah. Pisang dapat membantu menambahkan potasium dalam badan dan memperbaiki kesihatan pesakit yang menghidapinya.",
"Pisang mengandungi triptofan, sejenis asid amino yang dikaitkan dengan menguatkan daya ingatan dan memperbaiki mood atau angin anda.",
"Namun, sila berhati-hati dengan pengambilan pisang yang keterlaluan. Sebagai contoh, sekiranya anda telah dipreskripsikan dengan ubat seperti Beta-Blocker untuk penyakit jantung, anda perlu mengurangkan makan pisang kerana ubat ini sendiri memberi kesan dengan meningkatkan kadar potasium. ",
"Selain itu, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang juga tidak disarankan untuk mengambil terlalu banyak pisang. Ini kerana buah pinggang mereka mungkin tidak dapat membuang lebihan potasium dalam badan dan ini membahayakan pesakit."
] |
https://iluminasi.com/bm/cara-bezakan-beras-asli-dan-plastik.html | Cara Nak Bezakan Beras Asli Atau Beras Plastik (Palsu) | [
" Negara China kini menjadi negara terbesar yang menghasilkan produk beras dan dijual diserata dunia. Ini membuatkan masyarakat takut tertipu dalam membeli beras dan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan mereka. Berita mengenai beras plastik ini adalah benar dan bukan khabar angin semata-mata. Pertama kali berita ini disebarkan adalah di The Korean Times Report pada tahun 2015 bertajuk \"Beras China sangat merbahaya dan diperbuat daripada plastik\".",
"Laporan itu menceritakan bahawa pengeluar beras dari China menghasilkan beras menggunakan ubi dan plastik. Pada pengakhiran penghasilannya barulah ianya diberi wap beraroma beras supaya baunya seakan-akan beras yang asli. Namun begitu beras plastik ini memiliki banyak perbezaan dengan beras tulen. Berikut adalah cara-cara nak beza atau mengenalpasti beras asli ataupun beras plastik.",
"Ketuk beras menggunakan batu lesung sehingga hancur. Sekiranya beras itu membentuk habuk-habuk atau serbuk kecil berwarna putih dan tidak melekat pada batu lesung, itu tandanya beras itu asli. Sekiranya beras itu plastik, ianya akan melekat pada lesung dan berwarna seakan-akan kekuningan.",
"Beras asli, lambat untuk terbakar dan lambat untuk menyalakan api. Beras plastik dengan mudahnya akan terbakar dan hangus. Tambahan pula sekiranya beras itu diperbuat daripada plastik, apabila dibakar akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan",
"Ketika hendak membasuh beras, biarkan beras itu didalam periuk nasi (bersama-sama air) lebih kurang seminit. Sekiranya beras terapung, itu tandanya beras itu plastik. Beras asli dan tulen biasanya akan sentiasa berada di dasar periuk walaupun direndam dalam air dengan nilai masa yang lama.",
"Masak beras itu sehingga menjadi nasi. Kemudian bungkus nasi itu ke dalam plastik dan ikat plastik dengan ketat agar tiada udara boleh keluar masuk. Letakkan plastik itu ditempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Selepas dua hari, nasi yang dimasak menggunakan beras asli akan berkulat dan melekit. Manakala nasi yang dimasak menggunakan beras plastik, tidak melekit dan berkulat."
] |
https://iluminasi.com/bm/jangan-main-telefon-semasa-memandu.html | Jangan Main Telefon Semasa Memandu | [
"Adakah anda tahu terdapat lebih 46,000 saman telah dikeluarkan tahun lepas kepada pemandu yang bermain telefon bimbit sambil memandu? Kini kerajaan sedang mengkaji semula hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah kerana hukuman yang dikenakan sekarang dikatakan 'terlalu ringan.'",
"Ramai pemandu memandang remeh kerana hanya dikenakan denda RM300 sekiranya didapati memandu sambil menggunakan telefon bimbit. Namun, hakikatnya banyak nyawa telah melayang dan kemalangan berlaku disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka.",
"Negara-negara lain di seluruh dunia sudah banyak membuat kempen 'Don't Text and Drive' untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat betapa bahayanya perbuatan memandu sambil memegang telefon bimbit. Iklan-iklan kereta juga sering memaparkan isu yang sama.",
"Terbaru, kerajaan New Zealand mengambil pendekatan baru dengan menyelitkan unsur humor dan komedi melalui kempen \"Put Me First\". "
] |
https://iluminasi.com/bm/mlm-money-game-menipu.html | 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Jauhi MLM Dan Skim Cepat Kaya | [
" Ramai orang, apabila mereka menyertai skim-skim 'money game' ataupun ponzi MLM (multi level marketing) akan berkeras mempertahankan apa yang dilakukan. Mereka tidak tahu ancaman yang bakal mereka hadapi di masa hadapan. Apabila anda menyertai skim penipuan, secara automatik anda terlibat sekali didalam aktiviti jenayah pengumpulan wang haram. Mari sini saya cerita dengan lebih jelas lagi.",
"Ini perkara biasa yang berlaku. Bila ada orang tu jadi 'leader' dalam network bodoh ini, mereka akan bangga dan bercerita tentang kemewahan hidup mereka. Padahal mereka tidak tahu bahawa tanggungjawab kerugian orang bawahan adalah di atas bahu mereka dan bukan di atas syarikat. Apabila syarikat ini gulung tikar atau cabut lari, bagaimana anda hendak jawap dengan downline anda? Adakah dengan berkata \"syarikat sudah tipu kita semua\" memadai untuk memuaskan orang bawahan yang kerugian ribuan ringgit?",
"Biasanya dalam situasi ini, leader-leader ini akan bermain-main dengan ayat agama dan berpura-pura sedih untuk mengelakkan dirinya menanggung kerugian orang bawahan. Semua janji manis sebelum ini akan dilupakan sekelip mata. Ada juga leader atau ejen-ejen penipuan ini terpaksa tanggung kesakitan akibat dipukul beramai-ramai oleh orang bawahan. Bahkan ada juga kes yang pernah didengari, ejen-ejen ini diacukan pistol dan diberi tempoh untuk menyelesaikan hutang-hutang orang bawahan.",
"Tanya saja sesiapa pun, pasti mereka akan menyampah untuk bersama-sama meluangkan masa atau melepak dengan orang MLM. Silap haribulan sekali dengan kita dia cuba untuk close deal. Kalau percubaan anda untuk 'close deal' gagal bersiap sedialah untuk dipulau oleh rakan-rakan anda. Biasanya kes seperti ini boleh membuatkan persahabatan sejak kecil, musnah tiba-tiba.",
"Inilah yang paling kasihan pada ejen-ejen MLM. Nama sudah buruk, reputasi sudah buruk, silap haribulan kena viral di internet. Bagaimana anda mahu bersihkan nama anda walaupun anda sudah bertaubat dari skim MLM ini? Nak jual keropok lekor pun entah-entah tak ada siapa nak beli lepas ni. Orang akan bercerita di belakang anda tentang apa yang pernah anda buat sebelum ini. Jadi, elakkan menjadi ejen-ejen MLM bahkan menyertai sebagai peserta biasa pun JANGAN SESEKALI.",
"Hati manusia ni bila dah terbiasa buat sesuatu, ianya akan menjadi sesuatu yang anda rasakan perkara biasa dan tak salah dilakukan. Antara tujuan lain majlis-majlis besar puak MLM ni adalah untuk 'brainwash' manusia jadi seperti inilah. Rasa tidak bersalah untuk melakukan perkara salah. Dan jawapan yang digemari puak-puak MLM ni adalah \"ni persetujuan bersama, nasib kau lah. Siapa suruh sign agreement?\"",
"Kalau nak buat sesuatu tu, ingatlah orang yang tersayang. Sekiranya anda jadi penipu, pasti keluarga akan terkesan dengan apa yang anda lakukan. Dah buat salah, pasti orang akan mengata. Kalau setakat kena kata tak apa lagi, kalau kena bunuh? kalau keluarga kau yang kena bunuh sebab kau berhutang dengan orang? macam mana?"
] |
https://iluminasi.com/bm/10-sebab-jangan-buang-terus-uncang-teh-selepas-direndam.html | 10 Kegunaan Lain Uncang Teh Yang Sudah Digunakan | [
" Teh sememangnya salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia dengan tidak mengira kaum. Minuman ini juga sering digunakan sebagai supplement diet dalam mencegah kanser, antipenuaan dan alahan.",
"Meminum teh banyak khasiatnya tapi tahukah anda teh juga mampu membantu dalam kehidupan seharian dalam pelbagai cara?",
"Mesti anda biasa guna serbuk baking soda untuk menyahbau peti ais anda kan? Tahukah anda, teh pun boleh diguna untuk menghilangkan bau kepam, masam atau hanyir? Letakkan beberapa uncang teh yang telah digunakan ke dalam satu bekas kecil dan biarkan di dalam peti ais. Nanti hilanglah bau kurang enak tu.",
"Uncang teh hitam boleh mengelakkan periuk dan kuali anda daripada berkarat. Ini kerana kandungan tanin dalam teh hitam mencegah besi daripada teroksida. Caranya ialah dengan hanya menggosokkan permukaan kuali atau periuk yang telah dicuci dengan uncang teh yang masih lembap.",
"Kandungan tanin dalam teh hitam juga menjadikan ia sebagai pelembut daging yang sempurna. Anda juga boleh memerapkan daging steak kegemaran dengan bancuhan teh hitam sebelum digril untuk rasa yang lebih mencengkam jiwa. ",
"Teh juga diketahui sebagai bahan yang astringen dan bagus untuk kulit. Sekiranya anda mempunyai mata bengkak atau lebam, bolehlah meletakkan uncang teh di atas mata tertutup selama 20-30 minit untuk mengurangkan geleberan di bawah mata itu.",
"Kadang-kadang anak terbuang air atau termuntah di atas permaidani di ruang tamu. Tambah pula kalau anda memelihara kucing atau anjing, karpet itu ditopup pula dengan bau-bauan lain. Nak hantar ke kedai dobi tapi susah nak bawa. Jadi, apa yang boleh anda lakukan ialah taburkan serbuk teh yang sudah digunakan di atas karpet dan biarkan selama 15-20 minit sebelum divakum. ",
"Sila gunakan serbuk teh yang kering ya, kalau guna serbuk teh basah nanti habis melekat warna teh di situ pula. Kalau anda gunakan serbuk teh berperisa seperti oren atau strawberi, makin wangilah karpet anda!",
"Untuk menyegarkan laci almari yang berbau 'lipas', letakkan uncang teh yang kering di dalam. Boleh gunakan uncang teh berperisa untuk bau-bauan yang lebih menarik. Begitu juga dengan kereta anda, boleh gantungkan uncang teh di dalam kereta sebagai penyegar kereta. Kemudian buatlah kira-kira berapa banyak penjimatan sebab tak payah beli penyegar berbentuk pokok tu dah.",
"Kadang-kadang bila masak lauk sup daging atau menu berminyak, pinggan mangkuk anda pun turut jadi berminyak sampai susah nak cuci. Uncang teh boleh membantu menjimatkan masa menyental. Penuhkan sink dengan pinggan kotor itu dengan air suam, rendamkan dua atau tiga uncang teh yang telah digunakan dan biarkan beberapa jam. Nanti minyak melekit tu senang dicuci.",
"Orang Jepun, China dan Korea selalu guna teh dalam masakan. Mereka menyeduh pelbagai mi, ikan dan daging dengan teh untuk mendapatkan rasa yang lebih kompleks. Ada juga yang suka buat pencuci mulut berasaskan teh. Sedap-sedap belaka!",
"Siapa selalu kaki dia bau masam, angkat tangan! Kalau yang balik jogging atau dari gym tu, kadang-kadang masya Allah tak tahan sungguh bau. Menusuk. Sekarang bolehlah cepat-cepat pergi rendam kaki anda dalam air teh. Teh boleh membantu menghilangkan bau kaki anda, tahu? ",
"Sekiranya kasut anda berbau, letakkan uncang teh kering (yang telah digunakan) ke dalam kasut.",
"Teh juga boleh digunakan kompost ketika bercucuk tanam untuk menyuburkan tanah dan memberi nutrisi kepada tanaman. Cuma taburkan sahaja serbuk teh yang telah digunakan ke dalam pasu atau di sekeliling pokok."
] |
https://iluminasi.com/bm/ini-video-dan-nasihat-parenting-terbaik-dalam-dunia.html | Ini Video dan Nasihat Parenting TERBAIK dalam alam semesta | [
"Kadang-kadang kita kerap nampak ibu-ibu yang tidak sefahaman tentang sesuatu perkara dan mula bertengkar melalui media sosial. Ada pelbagai golongan ibu yang boleh dilihat seperti penyokong gerakan susu ibu, ada juga yang menyokong antivaksin, ada golongan ibu yang bekerjaya, ibu yang menyokong natural birth dan macam-macam lagilah kerenah ibu-ibu ini.",
"Tapi tahukah anda, walaupun ada ramai ibu yang mempunyai pendapat berbeza, namun semuanya mempunyai satu matlamat yang sama?",
"Tonton video ini untuk tahu lebih jelas apakah matlamat itu.",
"Walau apa pun perbezaan kita, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Hentikanlah 'peperangan' yang tidak memberikan apa-apa faedah pun di media sosial dengan hujah-hujah yang kadangkala menyebabkan ramai orang terluka dan berkecil hati. ",
"Raikanlah setiap perbezaan dan saling menghormati antara satu sama lain. Itukan lebih baik?"
] |
https://iluminasi.com/bm/punca-gemuk-selepas-kahwin.html | 5 Punca Utama Berat Badan Naik Dan Gemuk Selepas Berkahwin | [
"Anda mesti ada kenal dengan rakan-rakan yang dahulunya langsing tapi badan semakin berisi bagaikan dipam-pam selepas mendirikan rumahtangga kan? Selalunya apabila ditanya, pasangan itu akan menjawab, \"Biasalah.. dah bahagia.\" Tapi betul ke bahagia?",
"Pada tahun 2013, sekumpulan penyelidik dari Southern Methodist University di Dallas, Amerika Syarikat telah membuat kajian selama 4 tahun dengan mengambil data daripada sejumlah 169 orang peserta yang baru berkahwin. Purata usia para suami adalah 25 tahun manakala isteri 23 tahun. Data diambil sebanyak 8 kali dan pelbagai soalan diajukan berkenaan kebahagiaan berumahtangga. Berat badan kedua-dua pasangan juga direkodkan.",
"Kebahagiaan dan kepuasan dalam rumahtangga berkaitrapat dengan penambahan berat badan. Berat pasangan yang lebih bahagia mempunyai kecenderungan untuk bertambah dengan lebih banyak berbanding pasangan yang kurang bahagia. Keputusan ini juga telah mengambilkira faktor lain seperti mengandung.",
"Berikut antara lima punca berat badan pasangan bertambah selepas kahwin:",
"Pasangan sudahpun bertemu dengan jodoh dunia dan akhirat a.k.a soulmate dan telahpun selamat mendirikan rumahtangga. Maka, tidak perlu lagilah 'melawa' atau jaga badan sangat untuk mencari jodoh. Lagipun dah boleh guna alasan \"terimalah pasangan seadanya.\"",
"Kajian mendapati makan sambil ditemani orang lain boleh menyebabkan seseorang makan dengan lebih banyak daripada biasa. Apabila sudah berumahtangga, pasangan kerap berjumpa untuk makan dan meluangkan masa bersama-sama. Nak-nak kalau dapat isteri yang pandai masak. Boleh tambah berpinggan-pinggan!",
"Couch potato, kata mat saleh. Kebanyakan pasangan yang berkahwin sering menghabiskan masa bersama-sama menonton rancangan TV kegemaran masing-masing. Sambil mengerekot di atas sofa empuk, mulut pun tak berhenti mengunyah snek ringan dan jajan. Mana tak gemuk.",
"Tidur merupakan masa yang paling penting untuk tubuh badan anda pulih dari segala kepenatan atau stress yang dialami pada siang hari. Apabila sudah berkahwin, pasangan akan berkongsi katil yang sama kadangkala menyebabkan tabiat tidur seseorang boleh terganggu dan tidak mendapat tidur yang secukupnya. Tidur yang tidak cukup juga boleh menyebabkan berat badan naik.",
"Ini selalunya berlaku pada isteri. Mereka bertungkus-lumus untuk menguruskan badan sebelum berkahwin supaya nampak cantik memakai gaun pengantin semasa majlis resepsi hari bahagia. Selepas berumahtangga, mereka kembali mengamalkan gaya hidup lama dan tidak lagi mementingkan berat badan kerana yakin yang mereka sudahpun nampak cantik di mata suami. Gitu."
] |
https://iluminasi.com/bm/kek-kecil-tapi-tetamu-ramai-ini-cara-betul-potong-kek-untuk-tetamu-anda.html | Cara Betul Potong Kek Sekiranya Ramai Tetamu | [
"Pernah tak anda beli kek untuk sambutan hari lahir anak secara kecil-kecilan tapi tiba-tiba ramai pulak tetamu yang datang? Makanan jamuan lain bolehlah dimasak atau senang dibeli, tapi mana laa nak cari kek di saat-saat akhir kan.",
"Jadi, bagaimana cara yang betul untuk potong kek agar semua orang dapat rasa kek yang sedap tu? Ada 2 cara boleh guna:",
"Cara ini praktikal kerana kek yang dipotong akan mendapatkan hasil potongan dalam pelbagai saiz. Sesetengah tetamu (warga emas atau orang yang mempunyai masalah diabetes kebiasaannya) sering menghendaki potongan yang kecil sahaja. Berikan pada mereka potongan yang kecil itu manakala tetamu yang suka benda manis-manis pula bolehlah ambil bahagian yang lebih besar.",
"Cara ini boleh guna untuk semua jenis kek tidak mengira berapa bilangan tingkat kek tersebut.",
"Sekiranya kek anda setingkat je, buat satu bulatan di tengah-tengah kek dan mula memotong di sekeliling bulatan itu mengikut ketebalan yang sesuai. Dengan cara ini, semua tetamu akan mendapat hirisan yang sama besar dan semua orang pun boleh menikmati kelazatan kek comel anda.",
"Sekarang tak ada lagi masalah kek comot atau masalah kek tak cukup!"
] |
https://iluminasi.com/bm/anak-anda-picky-eater-ikut-6-tips-orang-jepun-ajar-anak-makan-sayur.html | 6 Tips Dan Petua Latih Anak Makan Sayur Cara Orang Jepun | [
" Seperti yang kita sedia maklum, orang Jepun dikenali sebagai masyarakat yang sihat dan mempunyai jangka hayat yang panjang dengan usia purata 79.9 tahun. Kadar obesiti di Jepun juga adalah yang ketiga terendah di dunia iaitu hanya 3.3% sahaja.",
"Kita juga tahu yang mereka gemarkan nasi dan menggunakan banyak sayuran dalam masakan, tetapi bagaimanakah ibu bapa di sana mengajar anak pada awal usia untuk memakan makanan yang sihat ini? Berikut sedikit perkongsian cara elakkan anak menjadi picky eater:",
"Elakkan membeli makanan yang diproses seperti serbuk atau pes makanan bayi. Sebaliknya, masaklah sendiri di rumah. Orang Jepun sentiasa masak sendiri dan makan di rumah.",
"Walaupun kadangkala produk-produk yang dijual ini dilabel sebagai 'sihat, berkhasiat' namun ia masih merupakan makanan yang diproses dan mengandungi bahan pengawet untuk memanjangkan hayat simpanan. Jika anda masak sendiri di rumah, dah tentu tak ada bahan pengawet atau perasa tiruan. Anda juga dapat menjimatkan duit!",
"Ibu-ibu di Jepun sering memasak \"okayu\" atau bubur nasi yang dimasak dengan pelbagai sayuran seperti \"endo mame\" (kacang pea merah) dan juga ikan salmon.",
"Bayi akan mula 'memilih' keutamaan makanan kegemaran sebaik sahaja mereka mula makan makanan pejal. Oleh sebab itu, ibu bapa harus memastikan mereka tidak diberikan makanan junk atau makanan segera.",
"Pada usia 3 tahun pula, deria rasa dan tabiat pemakanan anak-anak sudah terpahat kekal dalam minda mereka. Jadi, pastikan anda sentiasa memberikan makanan yang seimbang dan bernutrisi tinggi sepanjang 3 tahun pertama ini.",
"Di Jepun, ibu bapa menyambut \"Okuizome\" (makan kali pertama) semasa bayi berusia 100 atau 120 hari. Mereka akan menyediakan masakan tradisi seperti nasi, makanan laut dan sayur-sayuran sebagai tanda simbolik apabila anak mula bercerai susu.",
"Beri bayi makanan baru secara berperingkat. Elakkan daripada memperkenalkan terlalu banyak jenis makanan pada satu-satu masa. Cuba hanya satu jenis makanan bagi setiap minggu.",
"Pada minggu pertama, boleh cuba memberikan makanan savuri-manis yang mempunyai rasa seakan-akan susu ibu. Minggu berikutnya boleh ditambah sedikit perisa ke dalam kentang lecek atau bubur. Kemudian, biarkan si kecil meneroka rasa manis buah seperti pisang dan bolehlah berikan pula buah yang masam-manis seperti apple lecek atau betik pada minggu selepasnya.",
"Menurut pakar pemakanan, ibu bapa perlu bersabar dan konsisten dengan cara ini kerana ia mengambil sekitar 15-20 kali sebelum anak betul-betul menerima perisa baru.",
"Orang Jepun tidak mementingkan portion hidangan, sebaliknya mereka lebih suka dengan variasi. Walaupun mereka menghidangkan berbelas-belas jenis menu di atas meja, namun semua hidangan diisi ke dalam mangkuk-mangkuk yang kecil dan comel-comel sahaja.",
"Orang Jepun juga mengajar anak mereka untuk makan setiap jenis hidangan ini dan makan sehingga selesai.",
"Kanak-kanak seringkali berasa ragu-ragu untuk mencuba makanan baru tambahan lagi makanan yang tidak biasa dilihat. Ibu-ibu di Jepun menghidangkan makanan dengan membuat bento secara berseni untuk menarik minat anak.",
"Mereka akan membekalkan anak dengan kotak bento setiap hari dari awal persekolahan sehingglah anak masuk ke kolej.",
"Tengoklah tu. Bukan sahaja berkhasiat, malah kita yang tengok pun rasa sayang nak makan sebab cantik sangat!",
"\"Haji-no-bunka\", atau budaya aib di Jepun adalah satu budaya di mana orang Jepun sering rasa malu dan aib dengan persekitaran. Orang Jepun sentiasa menjaga reputasi untuk dipandang tinggi oleh masyarakat.",
"Begitu juga dengan anak kecil Jepun. Mereka ingin rasa diterima dan disukai oleh semua orang. Sekiranya mereka gagal membuat sama seperti apa yang dilakukan oleh orang dewasa, mereka akan mula berasa malu dan terpinggir.",
"Pembentukan karakter dengan rasa malu dan aib ini juga adalah salah satu bentuk hukuman disiplin di Jepun. Disebabkan itu, tiada anak-anak Jepun yang memilih-milih makanan atau membuat perangai di meja makan.",
"Anda boleh mengajar anak bahawa makanan adalah salah satu rezeki dan tidak boleh dibazirkan. Mereka patut berasa malu sekiranya tidak menghabiskan makanan yang dihidangkan kepada mereka.",
"Sememangnya sukar untuk menyesuaikan dan menerapkan budaya Jepun ini dalam masyarakat kita. Apatah lagi dengan jenis menu yang berlainan dan budaya masyarakat kita yang gemar makan di luar. Namun, realitinya adalah pilihan sebenar berada di tangan anda. Hendak atau tidak sahaja."
] |
https://iluminasi.com/bm/tips-dapur-cara-betul-pegang-pisau-dan-belajar-potongan-asas.html | Tips Dan Cara Betul Pegang Pisau : Belajar Potongan Asas Pisau | [
"Masih ramai sebenarnya yang tidak tahu cara sebenar memegang pisau. Tonton video berikut untuk belajar 4 jenis potongan asas yang sering digunakan dalam masakan iaitu menghiris (slice), meracik (julienne), memotong dadu (dice) dan mencincang (finely chop). Lepas ni tak adalah kemalangan terpotong jari sendiri dah.",
"Dan semua anak dara dah takde alasan taknak tolong mak sebab tak pandai potong bawang."
] |
https://iluminasi.com/bm/nak-daftar-anak-masuk-tadika.html | Tips Panduan Memilih Tadika Dan Taska Untuk Anak Anda | [
" Ada sesetengah ibu bapa yang mengalami dilema \"nak hantar anak ke tadika mana?\" kerana lambakan pilihan yang ada. Ada yang kata perlu hantar ke tadika English medium supaya anak-anak lebih pandai bertutur dalam bahasa Inggeris. Ada yang kata hantar Tabika Kemas je lah, bukannya nak belajar sangat pun. Jadi, mana satu pilihan anda?",
"Sebelum anda mula kusut dalam membuat keputusan, fikirlah perkara yang asas terlebih dahulu. Kenalpasti bagaimana persekolahan anak anda itu nanti akan mempengaruhi hidup anda. Boleh mula cuba dengan menjawab soalan-soalan berikut:",
"Setelah anda berjaya mempunyai sedikit idea tentang masa depan anak anda, guna cara berikut untuk membantu anda mengecilkan lagi skop dan pilihan:",
"Hubungi ibu bapa lain : tanyalah pada rakan, jiran, doktor anak anda atau sesiapa sahaja di kawasan berhampiran. Tanya pada mereka tentang cadangan dan nasihat dalam memilih tadika yang bagus untuk anak. Lebih bagus sekiranya mereka sudah mempunyai pengalaman sendiri menghantar anak ke tadika di sekitar kawasan anda.",
"Internet : cuba mulakan carian mengenai tadika yang anda ingin dapatkan maklumat. Kebanyakan tadika kini mempunyai group atau page di Facebook atau anda boleh juga melayari laman web rasmi. ",
"Sekarang anda mungkin sudah makin mengecilkan pilihan kepada cuma dua atau tiga buah tadika sahaja. Jadi, sekarang bolehlah pilih masa yang bersesuaian untuk melawat ke tadika-tadika tersebut seperti pada Hari Terbuka tadika. Anda akan mengetahui banyak perkara hanya dengan layanan pertama oleh staf ketika menyambut anda. First impression counts!",
"Sediakan juga beberapa soalan untuk ditanya kepada pihak tadika. Antara soalan yang biasa ditanyakan oleh ibu bapa adalah:",
"Sekiranya anda masih belum berpuashati dengan jawapan yang diberikan, bolehlah cuba gunakan checklist yang lebih komprehensif seperti ini : PreKnow Checklist. Mudah-mudahan anda dapat meyakinkan diri bahawa tadika pilihan anda itu adalah yang terbaik buat si comel anda.",
"Harap info ini memberi manfaat kepada ibu bapa yang masih keliru. Selamat menempuhi alam persekolahan baru buat adik-adik! Ibu bapa jangan nangis, anak dah besar dah :'D"
] |
https://iluminasi.com/bm/11-sistem-sekolah-terbaik-di-dunia.html | 11 Sistem Sekolah Terbaik di Dunia | [
" Setiap tahun, Forum Ekonomi Sedunia (WEF) akan mengeluarkan Laporan Indeks Daya Saing berdasarkan data ekonomi sesebuah negara. Maklumat-maklumat ini akan dikumpulkan sepanjang tahun dan dianalisis untuk menyediakan senarai top ranking bagi beberapa kategori.",
"Berikut merupakan ranking bagi sistem pendidikan terbaik di seluruh dunia pada tahun 2016. Anda pasti terkejut kerana Amerika dan United Kingdom tidak tersenarai pun dalam 11 negara terbaik!",
"Jepun merupakan salah sebuah negara terbaik dalam celik huruf, sains dan matematik dalam kumpulan Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Pelajar akan melalui enam tahun sekolah rendah, tiga tahun sekolah menengah rendah dan tiga tahun sekolah menengah sebelum mereka ke alam universiti. Sekolah menengah adalah tidak diwajibkan namun jumlah penduduk yang berdaftar adalah hampir 98%",
"Kerajaan Barbados telah melaburkan wang yang banyak untuk pendidikan. Kadar celik huruf adalah 98% iaitu salah satu kadar yang tertinggi di dunia. Sekolah rendah bermula dari usia 4 hingga 11 tahun dan sekolah menengah pada usia 11 hingga 18 tahun. Majoriti sekolah ditadbir oleh kerajaan negeri.",
"Persekolahan diwajibkan bagi semua murid berumur 6 hingga 16 tahun. Terdapat tiga jenis sekolah menengah di New Zealand iaitu sekolah kebangsaan, sekolah integrasi kebangsaan dan sekolah swasta.",
"Pada tahun 2015, negara ini telah membelanjakan hampir 4% daripada keluaran dalam negara kasar (GDP) untuk pendidikan. Menurut Akta Pendidikan Estonia yang berkuatkuasa pada tahun 1992, matlamat utama pendidikan negara itu ialah untuk mewujudkan keadaan yang baik untuk pembangunan personaliti, keluarga dan Estonia; menggalakkan pembangunan etnik minoriti, kehidupan ekonomi, politik dan budaya di Estonia dan pemeliharaan alam semula jadi dalam konteks ekonomi dan budaya global; mengajar nilai-nilai kewarganegaraan; dan menetapkan prasyarat bagi mewujudkan tradisi pengajian sepanjang hayat di seluruh negara.",
"Kebanyakan sekolah menengah di Ireland adalah sekolah swasta tetapi ada juga sekolah kebangsaan yang komprehensif dan sekolah vokasional. Walau bagaimanapun, satu laporan baru-baru ini menunjukkan bahawa perbelanjaan Ireland untuk pendidikan telah jatuh sebanyak 15% semasa kemuncak krisis kewangan dari 2008-2013, menunjukkan sistem pendidikannya boleh terjejas pada masa akan datang.",
"Laporan BBC pada tahun 2012 menunjukkan Qatar telah menjadi salah satu negara paling penting dalam bidang inovasi pendidikan. Qatar telah berbelanja besar untuk meningkatkan taraf pendidikan sebagai sebahagian daripada program Wawasan 2030 bagi menjadikan ia sebuah negara yang mampu diri. ",
"Sekolah yang dibiayai oleh kerajaan menawarkan pendidikan percuma tetapi hanya kepada rakyat Qatar dan kebanyakan warga asing lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta.",
"Satu kajian UNICEF pada 2013 mendapati kanak-kanak Belanda adalah golongan yang paling bahagia di dunia. Sekolah kebiasaannya tidak memberikan pelajar kerja rumah yang banyak sehingga peringkat menengah. Pelajar juga tidak banyak melaporkan tentang tekanan perasaan.",
"Sekolah dibahagikan kepada sekolah agama dan sekolah kerajaan. Tidak banyak sekolah swasta didirikan di Belanda.",
"Singapura mendapat skor yang sangat tinggi dalam ujian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) yang menilai dan membandingkan prestasi pelajar dalam negara berlainan. Walau bagaimanapun, sistem sekolah di sini juga telah digelar sebagai \"periuk tekanan\" di mana ia dikatakan telah memberikan terlalu banyak tekanan kepada pelajar walaupun pada usia muda.",
"Terdapat 4 jenis sekolah menengah berbeza di Belgium iaitu sekolah menengah umum, sekolah menengah teknik, sekolah pendidikan vokasional dan institusi pendidikan menengah seni.",
"Suruhanjaya Fulbright di Amerika Syarikat, yang menganjurkan pertukaran pelajar dengan Belgium dan Luxembourg berkata bahawa pendidikan merupakan keutamaan yang tinggi di Belgium dan mempunyai peruntukan belanjawan yang paling besar setiap tahun. ",
"Sekolah yang bersistem lengkap sama ada yang dibiayai kerajaan atau swasta disediakan untuk semua kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 18. Yuran yang dikenakan pula adalah pada tahap minima atau diberikan secara percuma.",
"Hanya 5% kanak-kanak menghadiri sekolah swasta di negara ini. Kelas diajar dalam bahasa yang berbeza bergantung kepada daerah di negara ini yang mempunyai bahasa pengantar seperti Jerman, Perancis atau Itali. Setelah memasuki sekolah menengah, pelajar akan dibahagikan mengikut keupayaan dan minat masing-masing.",
"Finland tidak pernah gagal mendahului carta sistem pendidikan dan dikenali kerana tidak mempunyai sistem penjurusan atau streaming. Semua murid diajar dalam kelas yang sama tanpa mengira kebolehan masing-masing. Tiada jurang antara pelajar lemah dan pelajar pintar.",
"Sekolah di Finland juga jarang memberikan kerja rumah dan cuma ada satu peperiksaan sahaja yang wajib diambil pada usia 16 tahun."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-perkara-anda-perlu-tahu-tentang-ibu-bapa-di-jepun.html | 10 Perkara anda Perlu Tahu tentang Ibu Bapa di Jepun | [
"Yoko Inoue adalah seorang jurugambar yang berasal dari sebuah bandar di pinggir kota Jepun. Beliau telah berpindah ke New York mengikut suaminya ke sana pada usia 21 tahun. Setelah 17 tahun tinggal di Amerika, pasangan ini telah bersetuju untuk berpindah dan menetap di Jepun bersama anak sulung mereka, Motoki.",
"Keluarga kecil ini berpindah ke satu kawasan perkampungan di Okayama. Kini mereka sudah tinggal di Jepun hampir 7 tahun. Yoko mendapati terdapat perbezaan yang ketara dalam kehidupan harian seorang ibu di New York dan Jepun. ",
"Adakalanya beliau rasa susah untuk menyesuaikan diri tetapi masyarakat setempat merupakan satu komuniti yang amat mementingkan keselamatan. Motoki boleh keluar bermain tanpa perlu diawasi dan boleh mempercayai sesiapa sahaja. Di New York, anak kecil sudah diajar untuk sentiasa berwaspada dengan orang sekeliling. Berikut perbandingan lain antara hidup berkeluarga di Amerika dan Jepun:",
"Semasa Yoko mengandung anak sulungnya, doktor di Amerika sering memberikan amaran bahawa beliau tidak boleh makan sushi dan keju atau minum kopi dan alkohol. ",
"Apabila beliau mengandung dengan anak kedua di Jepun, doktor di sana tidak mengenakan apa-apa sekatan diet langsung sepanjang tempoh kehamilannya. Yoko juga dibenarkan minum beberapa cawan kopi setiap hari dan hanya satu gelas alkohol.",
"Hampir kesemua ibu yang Yoko kenali di Jepun merupakan suri rumah sepenuh masa. Di New York, kebanyakan rakan wanitanya bekerja keras dan mempunyai kerjaya walaupun selepas berkahwin dan mempunyai anak.",
"Cara kumpulan ibu-ibu ini berkomunikasi juga berbeza. Ibu di Amerika sering berjumpa di taman permainan dan saling bertukar cerita tentang hal-hal di rumah. Rata-rata mempunyai sikap open-minded. Di Jepun, Yoko akan dipandang aneh jika menceritakan apa-apa kisah yang berlaku di rumah. Ini disebabkan sifat orang Jepun yang tidak akan berkongsi hal peribadi kepada orang luar.",
"Apabila ada majlis di mana ramai keluarga berkumpul, lelaki dan wanita sentiasa duduk berasingan. Para ibu kebiasaannya akan berada di dapur untuk memasak dan memerhatikan anak-anak. Ibu-ibu tidak dapat bersosial dengan sesuka hati. Para bapa pula berada di ruang berasingan, berborak dan minum bersama. Ini sama sekali berbeza dengan keadaan di New York di mana semua orang boleh bercampur gaul dan bergelak ketawa tidak mengira jantina.",
"Yoko pernah memberitahu rakan Jepunnya perihal mengupah pengasuh untuk menjaga anak supaya beliau dapat keluar berjanjitemu dengan suami berdua-duaan ketika tinggal di New York. Namun, mereka amat terperanjat apabila mengetahui hal itu.",
"Ibu-ibu di Jepun jarang makan di luar dan para bapa pula sering bekerja sehingga lewat malam. Kalaupun pasangan dapat keluar, mungkin sekali dalam setahun untuk menyambut hari lahir. Walaupun begitu, pasangan di Jepun masih bahagia dan mesra antara satu sama lain.",
"Ada dua jenis prasekolah di Jepun : satu untuk ibu yang bekerja dan satu lagi untuk ibu yang tinggal di rumah. Pusat jagaan untuk ibu bekerja (Hoikuen) dibuka 6 hari seminggu dari jam 7 pagi sehingga 6 petang. Anak-anak hanya dibenarkan mendaftar sekiranya kedua-dua ibu dan bapa membuktikan bahawa mereka mempunyai pekerjaan atau tidak boleh menjaga anak atas sebab tertentu.",
"Pusat jagaan ini dibiayai kerajaan maka yurannya adalah lebih murah iaitu sekitar 3000yen (RM118) sebulan termasuk makan tengah hari dengan hidangan makanan seimbang yang disediakan oleh chef khas.",
"Pembelajaran pula adalah melalui permainan di mana aktiviti seperti bermain dengan serangga dan membina istana pasir lebih ditekankan.",
"Di Jepun, Yochien merupakan tadika untuk kanak-kanak yang tidak memerlukan asuhan atau penjagaan rapi. Walau bagaimanapun caj yang dikenakan adalah lebih mahal sekitar 20,000yen (RM789) sebulan. Waktu beroperasi juga berbeza iaitu dari jam 9 pagi sehingga 2 petang sahaja. Anak-anak perlu membawa bekal makanan / bento sendir kerana susu kotak sahaja yang akan diberikan secara percuma kepada anak-anak.",
"Pembelajaran adalah lebih berkisarkan tentang cara untuk hidup berdikari dan belajar mengenal alam.",
"Di Jepun, semua kanak-kanak dari satu kawasan perumahan akan berkumpul dan berjalan ke sekolah bersama-sama seawal usia 7 tahun. Orang yang lebih tua kebiasaannya akan menjadi sukarelawan untuk memastikan mereka selamat apabila melintas jalan. ",
"Para sukarelawan ini juga dengan senang hati akan menyapa kanak-kanak ini dengan ucapan mesra \"Selamat Pagi!\" Ibu bapa sebaliknya perlu memastikan anak-anak telah diajar untuk membalas sapaan dengan suara yang lantang dan mesra beserta eye contact. Sekiranya tidak, ia akan dianggap sangat biadab.",
"Makanan kanak-kanak di Jepun adalah sangat sihat dengan kuantiti nasi yang banyak dan dihidangkan bersama telur dadar, brokoli atau sosej. Namun, Yoko berasa sedikit kecewa kerana label produk di Jepun adalah tidak seperti di Amerika. Beliau tidak dapat membezakan antara makanan organik atau tidak organik apabila membeli barang di Jepun.",
"Masyarakat di Jepun adalah seperti satu keluarga yang besar. Mereka banyak mengadakan majlis seperti aktiviti berkumpul sebulan sekali untuk membersihkan kawasan kejiranan dan tokong Buddha di mana Yoko sekeluarga mesti hadir supaya 'diterima' oleh semua orang. Namun, ahli komuniti amat peramah dan sentiasa menyapa semua orang dengan tunduk hormat dan mengucapkan hello. ",
"Di New York, Yoko tidak mengenali langsung jiran tetangga mereka.",
"Pusat membeli-belah di Jepun kebanyakannya mempunyai bilik untuk menyusu yang berasingan. Yoko tidak pernah nampak sesiapa yang menyusukan anak secara terbuka di khalayak ramai. ",
"Wanita di Jepun adalah sangat merendah diri. Mereka berpakaian hitam dan selalu bersederhana, tidak terlalu mendedahkan tubuh badan. Berbeza sekali dengan wanita di New York yang sering memakai tank top dan mengenakan pakaian yang lebih 'berani'."
] |
https://iluminasi.com/bm/kerja-suri-rumah-goyang-kaki-tengok-tv-dan-main-whatsapp-je-betul-ke.html | Kerja Suri Rumah Bukan Kerjaya Yang Mudah Seperti Digambarkan Lelaki | [
"Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya.",
"Menurut Zainal lagi selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.",
" Encik Zainal: Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.",
" Encik Zainal: Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.",
" Kaunselor: Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?",
" Encik Zainal: Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.",
"Jadi... siapa yang tak ada kerja sekarang? Akauntan atau suri rumah?",
"Nota kaki: Sebelum Halimah ada idea nak lari rumah untuk menjadi surihati Mr. Pilot, ada baiknya jika Mr. Akauntan ambil tindakan sewajarnya dan mula menghargai profesion suri rumah. \"Isteri gembira, keluarga bahagia.\""
] |
https://iluminasi.com/bm/siapa-yang-lebih-banyak-luangkan-masa-dengan-anak-anda.html | Anak Terlalu Banyak Luangkan Masa Bersama Pengasuh Atau Penjaga? | [
"Ibu berkerjaya seringkali mengalami dilema kerana jadual yang terlalu sibuk untuk menjaga atau meluangkan masa dengan anak-anak. Ramai yang akhirnya mengambil keputusan untuk membayar pembantu rumah atau pengasuh supaya boleh mengambilalih tugas di rumah.",
"Tetapi tahukah anda, pembantu rumah kebiasaannya bekerja 24 jam sehari dan jarang mendapat cuti? Ini bermakna merekalah yang lebih kerap berada di rumah berbanding ibu bapa anak-anak itu sendiri. Jadi, tidak hairanlah kalau mereka lebih mengenali anak anda dan mengetahui segala rahsia si kecil.",
"Tak percaya? Tonton video ini yang dirakamkan oleh sebuah organisasi di Singapura.",
"Walaupun anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bersama anak, sekurang-kurangnya habiskanlah masa yang berkualiti bersama mereka. Apabila anda pulang, ambilalih semula kedudukan anda sebagai seorang ibu. Memang penat, tapi berbaloi-baloi."
] |
https://iluminasi.com/bm/15-alasan-kenapa-ramai-orang-suka-sangat-tonton-drama-korea.html | 15 Alasan Kenapa Ramai Orang Suka Sangat Tonton Drama Korea | [
"Fenomena K-Wave (singkatan bagi Korean Wave) ataupun gelombang Korea bukanlah suatu perkara yang baru di negara kita. Malah, gelombang yang berasal dari Korea Selatan ini telah berjaya 'merasuk' jutaan peminat di seluruh dunia.",
"Ada sesetengah peminat dikatakan akan menjadi terlalu obses dan fanatik sehingga sanggup menghabiskan wang ribuan ringgit untuk memenuhi nafsu K-Pop mereka dengan menghadiri konsert, pergi ke fan meeting untuk bertemu selebriti, pembelian cenderamata dan menaja makanan atau hadiah kepada selebriti kegemaran.",
"Bagi peminat drama Korea (K-drama) khususnya, ramai peminat yang mengaku menjadi ketagih dan sukar untuk berhenti menonton. Ada yang menonton sepanjang malam sehingga tidak cukup tidur. Persoalannya, mengapa? Mari kita kupas apakah antara alasan mereka terlalu asyik dengan K-drama.",
"Korean Eye Candies (L-R) : Lee Min-Ho, Kim Soo Hyun, Lee Jong Suk. Bawah : Jang Geun Suk, Ji Chang Wook, Jung Yong Hwa",
"Walaupun ramai yang mempertikaikan keaslian wajah pelakon Korea kerana dikatakan melakukan pembedahan plastik, namun tidak dinafikan masih ramai lagi aktor dan aktres yang memiliki wajah natural dan menarik sejak kecil. Rupa paras yang tampan dan jelita, tubuh badan tinggi lampai yang dijaga rapi serta kulit mulus inilah yang membuatkan ramai peminat tertarik untuk menonton drama mereka.",
"Terdapat lambakan website yang boleh dilawati untuk menonton atau memuatturun K-drama. Hanya Google \"tonton drama Korea\" atau \"watch Korean drama\" dan anda boleh dapati ratusan laman web yang boleh menjadi pilihan. Drama-drama terbaru yang disertakan dengan sari kata bahasa Inggeris dimuatnaik dalam masa selang beberapa jam sahaja dari waktu tayangan di Korea. Manakala peminat dari negara yang tidak fasih berbahasa Inggeris juga boleh memilih sari kata pilihan mereka seperti bahasa Russia, Thai ataupun Arab.",
"Kebanyakan K-drama ditayangkan dalam 16-20 episod. Namun terdapat juga sesetengah drama yang lebih panjang melebihi 50 episod. Selain itu, syarikat produksi juga gemar merakam drama mini dan web drama yang mengandungi kurang dari 10 episod.",
"Ada yang mengatakan mereka tidak gemar menonton drama Melayu kerana genre yang selalu berulang-ulang. \"Balik-balik cerita Suamiku, Boyfriendku, Abang Bomba, Abang Pilot,\" kata mereka. Sekiranya anda menonton drama Korea, anda akan dapati genre yang diolah adalah agak menyeluruh dan merangkumi semua jenis plot. Ada drama cinta komedi, aksi, jenayah, remaja, kekeluargaan, melodrama, sains fiksyen, fantasi dan banyak lagi variasi.",
"Drama Korea sering memaparkan emosi yang betul-betul berjaya memukau perasaan penonton. Kisah sedih dalam drama mampu mengalirkan air mata sesiapa saja yang menonton. Begitu juga dengan drama genre komedi yang boleh diikuti dengan gelak dan hilai tawa. Para penonton kerap bergelut dengan emosi benci, sedih, menyampah, geram, gembira dan keliru ketika menonton drama Korea. Keserasian antara semua pelakon pula membuatkan jalan cerita menjadi lebih mantap dan salah satu faktor yang menjayakan sesebuah drama.",
"Pelakon Korea rata-rata mempunyai ijazah dari universiti terkemuka di Korea dalam bidang seni. Ini bermakna mereka sememangnya ideal untuk berada di kaca TV dan mampu menjiwai watak dengan baik kerana telah mendapat pendedahan secara rasmi dari awal. Mereka juga akan melakukan kajian intensif selama beberapa bulan sebelum melakonkan sesuatu watak. Jadi, boleh dikatakan jarang kita dengar istilah 'pelakon kayu' dalam industri perfileman Korea.",
"Drama Korea tanpa runut bunyi ataupun original sound track (OST) sememangnya akan terasa tidak bermakna. Lagu-lagu Korea kebanyakannya digubah dengan baik dan berpadanan dengan jalan cerita. Apatah lagi jika penyanyi yang membawa lagu tersebut merupakan artis popular dengan vokal yang padu. Semestinya akan menjadi hit!",
"Sampai Shila Amzah pun buat cover OST drama Korea! Sedap sangat :'D",
"Makanan Korea semestinya semakin digemari ramai. Kimchi, bibimbap, bulgogi dan banyak lagi juadah lain kian mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia. Dalam drama Korea, banyak dipaparkan adegan makan hidangan tradisi Korea hingga boleh mengecurkan air liur si penonton. Tapi selalunya tengok pelakon makan mi segera pun dah nampak sangat sedap dan boleh buat kita terus lapar!",
"Anda dapat perhatikan budaya masyarakat Korea menerusi drama-dramanya. Adab sopan-santun, gerak badan dan cara pertuturan dapat dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Rakyat Korea, seperti rakyat Jepun, amat menitikberatkan adab dengan orang yang lebih tua dan ungkapan \"terima kasih\" tidak pernah lekang dari mulut mereka.",
"Skrip drama Korea selalu menyelitkan istilah atau frasa yang diulang-ulang sama seperti dalam kehidupan seharian masyarakat Korea. Ada juga rakyat Malaysia yang sudah terbiasa menggunakan istilah-istilah seperti \"oppa\", \"daebak\" dan \"aigoo\" apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling. Menagihkan, kata mereka.",
"Gambar daripada drama Legend of the Blue Sea yang dirakam di Namsan Tower.",
"Tanpa perlu mempelajari peta dunia dan membaca ensiklopedia, penonton K-drama boleh mengetahui tentang tempat-tempat bersejarah dan menarik di Korea. Tempat-tempat seperti Namsan Tower, Gyeongbokgung dan Hangang sering menjadi lokasi penggambaran pilihan produksi dan biasa disebut dalam skrip drama. Secara tidak langsung mereka berjaya mempromosikan negara ke seluruh dunia. Bagus kan?",
"Drama sageuk merupakan drama-drama bersejarah yang memaparkan susur-galur dan hikayat kisah silam Korea pada zaman dahulu. Walaupun bunyi unsur sejarah itu pada dasarnya seperti membosankan, tetapi sebenarnya drama sageuk yang ditayangkan adalah sangat menarik. Jalan cerita, pakaian, latar belakang, penggunaan bahasa dan elemen lain yang digunakan adalah sangat believable. Tak mengantuk pun!",
"Drama Korea kebanyakannya adalah general-rated dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Jika dibandingkan dengan drama dari Barat, Jepun atau China, drama Korea jarang sekali mengandungi kata-kata kesat, mencarut atau memaparkan adegan lucah dan ganas yang ekstrem.",
"Penggemar fesyen pasti menyukai drama Korea kerana para pelakon sentiasa tampil bergaya dengan fesyen terbaru. Adakalanya fesyen yang dipakai diambil terus dari pentas peragaan jenama-jenama terkemuka. Aksesori yang dipadankan pun tak kurang hebatnya.",
"Drama Korea sering memperlihatkan unsur pengajaran dalam penceritaannya, sama ada secara terang-terangan atau yang memerlukan tafsiran penonton.",
"Walau bagaimanapun, pepatah ada mengatakan, \"Kisah yang baik dijadikan teladan dan yang buruk wajib dijadikan sempadan.\" Kita sebagai penonton harus pandai menilai sendiri yang mana baik dan yang mana tidak baik. Jadi, kalau nak tonton cerita apa-apa sekalipun, tontonlah dengan langkah beringat."
] |
https://iluminasi.com/bm/anak-sering-bosan-dalam-kereta.html | 10 Aktiviti Bersama Anak Dalam Kereta (Perjalanan Jauh) | [
"Masa perjalanan yang panjang seringkali membuatkan anak panas punggung dan tidak senang duduk. Apatah lagi kalau tiba musim perayaan dengan keadaan trafik sesak di sepanjang lebuhraya. Situasi begini boleh membuatkan si kecil cepat jemu dan mulalah nak buat perangai.",
"Daripada ambil jalan mudah dengan memberikan anak gajet, apa kata cuba lakukan aktiviti dan hiburan berikut dalam kereta sepanjang perjalanan. Selain dapat mengelakkan kebosanan, anda juga akan dapat merangsang minda mereka supaya menjadi lebih pintar dan petah berkata-kata.",
"Anda boleh bermain game mudah ini. Pilih satu benda yang boleh dilihat dan beri beberapa klu kepada anak anda. Sekiranya anak ramai, boleh jadikan ia pertandingan siapa yang dapat teka dulu, dia menang.",
"Contoh 1: I spy with my little eye something white, fluffy and high in the sky. (Jawapan : clouds)",
"Contoh 2: Cuba cari benda warna hijau, bermula dengan huruf S dan dia luaaaasssss sangat. (Jawapan : sawah padi)",
"Cari objek di sekeliling anda sepanjang perjalanan dan minta anak eja perkataan itu. Kemudian cuba alih bahasa kepada bahasa lain seperti Inggeris atau bahasa asing kesukaan anda. Selain daripada pandai mengeja, anak anda juga akan dapat kemahiran komunikasi secara dwibahasa!",
"Anak-anak kecil selalunya suka bermain teka-teki. Cuba bagi mereka soalan teka-teki mudah dan biarkan mereka memerah otak untuk mencari jawapan.",
"Contoh : Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? (Jawapan : penguin)",
"Anda boleh beri anak soalan congak untuk dijawab. Bagi anak yang baru belajar mengira, boleh berikan mereka objek seperti penyepit baju untuk menjawab soalan yang diberikan.",
"Anda juga boleh minta anak tambah atau darab nombor plat kereta yang dapat dilihat;",
"Contoh : nombor plat 6715 (6 + 7 + 1 + 5 berapa?)",
"Anak kecil mana yang tak suka menyanyi? Pilih lagu kegemaran mereka dan ibu bapa pun boleh turut serta menyanyi. Selain mengelakkan anak bosan, anda yang memandu pun hilang mengantuk!",
"Tingkatkan skill perbendaharaan kata anak dengan permainan ini. Minta anak-anak pilih satu kategori seperti nama negara, buah-buahan, haiwan atau apa sahaja perkara yang terlintas di fikiran. Kemudian minta mereka namakan 3-5 benda dalam kategori tersebut secara bergilir-gilir.",
"Sekiranya kategori yang sama diulang, mereka dilarang mengulangi jawapan yang sama.",
"Aktiviti ini bagus untuk anak-anak yang baru belajar mengenal huruf dan angka. Pilih mana-mana plat kenderaan/papan tanda dan minta anak sebut huruf satu-persatu dan cuba baca perkataan tersebut. Stimulasi otak seperti ini sangat efektif untuk membantu anak anda mengenali abjad dengan cepat.",
"Anda boleh cetak siap-siap printables yang comel-comel untuk bermain permainan ini atau anda boleh design sendiri checklist anda. Pilih tema yang bersesuaian seperti senarai papan tanda ataupun jenis-jenis kenderaan. Sepanjang perjalanan, anak anda perlu fokus memerhatikan suasana sekeliling untuk mencari objek-objek di dalam senarai.",
"Permainan klasik ini merupakan salah satu variasi daripada scavenger hunt. Anak perlu mencari objek-objek yang terdapat di atas kertas dan cari sehingga boleh mendapatkan satu garisan merentasi 5 objek. Siapa dapat garisan sempurna dahulu perlu jerit \"Bingo!\"",
"Adakalanya kita terlalu bergantung harap pada gajet untuk menghilangkan 'kebosanan' anak-anak. Tahukah anda banyak kajian dari seluruh dunia mendapati apabila anak terlalu fokus kepada skrin gajet, mereka seakan-akan berada dalam dunia tersendiri dan menyebabkan mereka kurang memberi perhatian kepada orang sekeliling.",
"Justeru, ketepikanlah gajet buat seketika dan berkomunikasilah sepuas-puasnya dengan anak anda. Aju pelbagai soalan yang dapat membuatkan mereka berfikir secara kritis dan kreatif. Anda juga dapat melatih mereka untuk menghadapi cabaran pendidikan KBAT apabila di sekolah nanti."
] |
https://iluminasi.com/bm/statement-bangang-geng-mlm.html | Antara penyataan ahli-ahli skim MLM paling bangang pernah didengari | [
"Dewasa kini, skim-skim bodoh MLM (multilevel marketing) dan skim 'money game' tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Yang pelik tu, dari zaman luxor dah banyak kita dengar ramai orang kena tipu dan tak jadi kaya pun. Namun masih ramai juga yang terpedaya. Salah satu punca utama penyebab ramai orang tertipu ni adalah kerana masing-masing nak cepat kaya. Kah kah kah. Tapi artikel ini bukan nak kondem sesiapa yang pernah jadi mangsa. Kita kongsi pernyataan bodoh puak-puak MLM ni agar bertambah kesedaran dikalangan masyarakat kita.",
"Kalau kau tak pernah dengar pernyataan ni memang tipu lah. Ni salah satu teknik psikologi puak-puak MLM ni nak tarik kau masuk skim mereka. Anak mithali mesti goyah dengar penyataan ni sebab teringin nak gembirakan hati ibu bapa yang disayangi. Ditambah lagi dengan gambaran probability nak masuk syurga bila jadi anak yang soleh kerana berjaya hantar ibu bapa menunaikan haji. Tapi sayang, sebenarnya probability kau nak ke neraka tu lebih tinggi. kah kah kah.",
"Yang ni paling celaka sekali. Statement merendah-rendahkan pekerjaan orang lain. Kalau kau dengar ayat seperti ini, buat rilek saja. Tunggu sehingga bisnes mereka gulung tikar. Aku sendiri boleh temankan kau gelak beramai-ramai di hadapan mukanya. ",
"Jangan terpedaya dulu. Puak-puak MLM ni memang suka jual beli nama orang lain. Tambah-tambah lagi kalau nama sifulan yang dipetik tu kawan rapat kau. Ini memang ada dalam strategi 'prospecting' geng haram jadah ni. Benda yang kau perlu tahu adalah, puak-puak MLM biasanya sewa atau sambung bayar je kereta mewah yang digunakan untuk menunjuk depan kau.",
"Ini statement nak bagi kau rasa 'secure' sekiranya kau join skim bodoh mereka tu. Ini pun salah satu teknik psikologi puak-puak MLM. Diorang akan trigger kau punya insecurity, nerve, dan diorang akan bagi motibasi bakar semangat (hype) kau.",
"Terkebelakang gila otak mereka ni. Zaman 80an boleh la kau impress orang pakai kereta besar. Zaman sekarang, kalau kau nak buat bisnes besar ke apa ke, orang tak pandang dah kereta besar kau tu. Orang nak tengok statistik, profit, peratusan, nombor-nombor yang boleh menguntungkan. Kalau cakap \"aku pakai kereta besar sebab duit terlampau banyak tak tahu nak buat apa\" adalah lebih baik."
] |
https://iluminasi.com/bm/ini-kata-mat-saleh-tentang-pemanduan-orang-malaysia.html | Pemandu Malaysia Kurang Ajar? Ini Pandangan Pelancong Luar | [
" Selalu kita dengar cerita orang tentang trafik di Indonesia yang amat mengerikan ataupun betapa dahsyat pemanduan warga Ho Chi Minh.",
"Kita juga suka merantau ke Jepun atau negara-negara di benua Eropah yang dikatakan paling bertamadun. Kita seringkali rasa kagum dan terpegun dengan budaya mereka. Sikap dan tingkah laku mereka selalu kita julang, kita puji, kita angkat, tetapi adakah kita bawa pulang ke tanah air dan amalkan apa yang mereka buat?",
"Dan apa pula kata orang luar tentang trafik dan pemanduan di Malaysia? Adakah kita sudah cukup berhemah? Mari kita tinjau:",
"Penunggang motosikal di sini merasa seperti mereka memiliki jalan raya dan berkelakuan seperti penunggang basikal kerana mereka akan memandu di kaki lima atau memandu dari arah yang bertentangan di jalan sehala.",
"Sekiranya kenderaan anda berada paling hadapan di lampu isyarat, tidak bermakna anda akan menjadi yang pertama untuk bergerak apabila lampu bertukar hijau. Penunggang-penunggang motosikal ini akan datang berhimpit-himpit antara celahan kereta, sedar tak sedar anda telahpun berada di belakang sekumpulan penunggang motosikal.",
"Apabila hendak menukar lorong, penunggang motosikal seringkali berdesup laju secara tiba-tiba dan menghalang anda daripada mencelah.",
"Pemandu kereta jarang sekali mematuhi papan tanda. Di Malaysia, lampu merah (di mana kereta perlu berhenti) sebenarnya bermaksud satu lagi warna hijau! Biasanya mesti akan ada satu atau dua buah kereta yang tidak berhenti di lampu merah, jadi anda perlu berhati-hati.Sumber : 2DigitalNomads",
"Had laju yang dibenarkan di lebuh raya adalah 110 km/j (kira-kira 68 mph), tetapi kebanyakan pemandu di lorong kanan memandu pada kelajuan 120 km/j dan ke atas. Jika anda tidak ingin memotong, sentiasa duduk di lorong kiri. Jika tidak, anda akan dapati pemandu di belakang mula memandu terlalu rapat dan tidak sabar-sabar untuk memotong. Pemandu di Malaysia tidaklah terlalu agresif tetapi mereka tidak suka dihalang apabila mereka memecut laju pada 160 km/j.",
"Lampu isyarat di Malaysia tidak mempunyai erti yang sama seperti di negara lain. Hijau sudah tentu mempunyai makna yang sama - \"teruskan\" - tetapi lampu kuning dan merah membawa makna yang berbeza. Kuning seolah-olah bermaksud \"jangan perlahankan kenderaan tetapi sila pecut dengan laju,\" dan merah kadangkala bermaksud \"sila berhenti jika terdapat kenderaan yang datang atau jika ada seorang polis menunggu di simpang.\"",
"Kadang-kadang kesesakan trafik agak sesak dan pemandu Malaysia bukanlah dikenali sebagai pemandu yang mematuhi had laju atau mematuhi peraturan jalan raya.",
"Sentiasa berhati-hati dengan keselamatan diri anda. Jika anda memandu ke Malaysia, jangan turunkan tingkap di jalan raya kerana ini boleh mengundang perompak yang menunggang motosikal. Selain itu, sila jaga barang-barang peribadi anda pada setiap masa. Kejadian kecurian dan rompakan agak kerap berlaku.",
"Dikatakan bahawa gaya pemanduan di Malaysia adalah tergopoh-gapah, menyebabkan ramai yang akhirnya menjadi pembuli di jalan raya. Dinasihatkan untuk mengelakkan diri sedaya-upaya daripada terlibat dengan kemalangan. Jika terlibat dalam kemalangan, anda sebagai orang asing mungkin akan dikenakan denda yang lebih tinggi.",
"Dalam mana-mana kesesakan lalu lintas sekalipun, sikap buruk pemandu akan dapat dilihat. Memotong barisan, mengabaikan tanda lorong, memandu di bahu jalan dan melakukan segala-galanya untuk memotong supaya dapat mendahului kereta di hadapan adalah antara taktik yang paling selalu digunakan.",
"Pemandu tempatan sangat bijak mencari peluang walau setipis mana sekalipun untuk menghimpit dan memotong barisan anda. Jika anda biarkan satu pemandu mencelah, bersedialah untuk orang yang di belakang mereka pula mengambil kesempatan ke atas kebaikan anda. Dan sama juga dengan orang yang di belakang seterusnya.",
"Mungkin kita boleh mengambil iktibar daripada komen dan kupasan seperti ini. Kadang-kadang kita terlalu sibuk memandang serong ke arah negara lain walhal di negara sendiri juga tidak kurang bezanya.",
"Kita juga asyik terpesona dengan nilai murni masyarakat negara Jepun dan benua Eropah tetapi tidak pernah betul-betul mencuba untuk berubah menjadi seperti mereka.",
"Sesungguhnya kita memang tidak akan dapat mengubah perangai dan tabiat pemanduan orang lain, tapi setiap perubahan bermula daripada diri kita sendiri. Ayuh kita mulakan tabiat pemanduan secara berhemah. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat bantu mengurangkan statistik kemalangan dalam negara."
] |
https://iluminasi.com/bm/life-hacks-ibu-bapa.html | 10 Tips Dan Petua Untuk Ibu Bapa Yang Baru Dapat Anak | [
"1. Alat permainan anak anda berbunyi terlalu kuat sehingga membingitkan telinga? Tutup speaker dengan pita perekat untuk mengurangkan bunyi bising.",
"2. Tadah aiskrim / popsicle menggunakan acuan cupcake untuk mengelakkan daripada aiskrim meleleh-leleh ke tangan anak.",
"3. Letak sos tomato atau mustard di bawah sosej untuk waktu makan yang mudah dan tidak mencomotkan.",
"4. Buka pelipat di tepi air kotak untuk memudahkan si kecil mengangkatnya.",
"5. Tegakkan berus gigi menggunakan penyepit baju supaya tidak menyentuh sink atau kaunter bilik mandi yang kotor. Ini amat berguna apabila keluar bermalam di hotel atau mana-mana tempat selain dari rumah.",
"6. Untuk meleraikan rambut anak patung yang kusut, semburkan sedikit air yang dicampur dengan pelembut fabrik.",
"7. Anak selalu main sabun mandi? Ikatkan getah di bawah kepala botol sabun. Ini boleh mengelakkan anak memicit sabun dengan terlalu banyak.",
"8. Cucuk kayu aiskrim pada bekas yogurt dan bekukan. Nah, aiskrim segera yang sedap dan menyihatkan sedia dimakan!",
"9. Tinggalkan bakul baju di dalam kereta supaya mudah untuk membawa barang runcit. Anda juga tidak perlu berulang-alik untuk mengangkat kesemua plastik.",
"10. Takut anak terguna gunting tanpa pengetahuan atau pengawasan anda? Kunci gunting menggunakan mangga."
] |
https://iluminasi.com/bm/permalink-filename.html | Tips Dan Petua Latih Serta Ajar Anak Makan Sayur | [
" Kanak-kanak kebiasaannya sangat cerewet apabila menyentuh bab makanan. Ramai yang kurang menggemari sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi lebih tertarik dengan makanan kurang berkhasiat seperti jajan dan coklat. Makanan-makanan ini sangat tinggi kandungan garam serta gula yang boleh memberi kesan jangka panjang yang buruk pada si kecil.",
"Di sini kami ingin berkongsi satu resepi mudah dan lazat yang mengandungi tiga jenis sayur tersembunyi. Tanpa pengetahuan anak-anak, anda bolehlah menyediakan salah satu makanan kegemaran mereka iaitu Mac & Cheese (makaroni dan keju) di samping dapat memberikan nutrien sempurna buat mereka.",
"Psssttt, jangan beritahu anak anda ada sayur dalam mac & cheese ni! Boleh juga tonton video cara memasak di sini:"
] |
https://iluminasi.com/bm/7-tips-minum-air.html | 7 Tips Mudah untuk Pastikan Anda Minum Air Secukupnya Setiap Hari | [
" Tahukah anda bahawa orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 liter air sehari untuk mengelakkan dehidrasi? Air amat penting untuk mengawal suhu badan, membantu penyerapan nutrien dan membawanya ke seluruh tubuh selain melancarkan sistem perkumuhan manusia. ",
"Sekiranya jumlah air yang diminum tidak mencukupi, anda boleh mengalami dehidrasi yang akan menyebabkan kekejangan otot, kulit kering, sakit kepala atau pengsan. Sila ikuti 7 tips berikut untuk memastikan anda minum air yang cukup setiap hari:",
"Mungkin anda rasa anda sudahpun minum air dengan banyak setiap hari. Ataupun anda tak minum langsung. Mari mulakan dengan kalkulator hidrasi ini untuk mengetahui berapa jumlah sebenar air yang perlu anda minum setiap hari.",
"Untuk item no. 2, pilih \"Sedentary\" sekiranya anda mempunyai gaya hidup yang tidak memerlukan banyak pergerakan (contoh : kerja pejabat) atau \"Active\" sekiranya anda sememangnya sentiasa on-the-run. Kebiasaannya ramai orang akan jatuh dalam kategori \"Average\" di mana ia merupakan kombinasi kedua-dua tahap ini.",
"Aplikasi percuma seperti Waterlogged (iOS) dan Water Drink Reminder (Android) boleh membantu anda untuk mengawasi dan menganalisis penggunaan air minuman anda.",
"Makanan seperti tomato dan timun mengandungi kandungan air yang sangat tinggi. Sekiranya anda makan 1 cawan makanan ini, ia bersamaan dengan meminum 1 cawan air. Anda juga boleh makan makanan seperti sup dan tomyam yang berasaskan air.",
"Makanan yang pedas akan membuatkan anda ingin minum air dengan lebih banyak secara automatik. Jadi bolehlah mula lebihkan cili dalam masakan anda atau order cili potong ketika makan di luar."
] |
https://iluminasi.com/bm/fenomena-ganjil-di-medan-selera-1p.html | Lelaki ini Kongsi Satu Fenomena Ganjil di Medan Selera | [
"Medan selera atau food court merupakan tempat makan pilihan ramai pengunjung yang menawarkan hidangan makanan pada harga berpatutan. Ramai orang memilih untuk berkunjung ke medan selera kerana kepelbagaian menu juadah dan suasananya yang santai untuk makan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.",
"Namun, masih terdapat beberapa faktor yang masih boleh diperbaiki agar semua medan selera menjaga kualiti perkhidmatan dan tahap kebersihan. Lelaki ini kongsi pengalamannya yang sering berkunjung ke medan selera:",
"2. Aku tak pasti anda nampak atau tidak tapi benda ni obvious benar berlaku pada beberapa medan selera yang aku suka.",
"3A. Aku cukup gemar medan selera kelolaan Majis Perbandaran, sebenarnya. Ada sesuatu yang mendamaikan dengan rekaan tahun 80an nya. Aku rasa selamat dan tak rushing bila makan.",
"3B. Persoalannya, kenapa kebanyakan tempat makan orang Melayu berbentuk medan selera atau medan penjaja yang disediakan oleh majlis perbandaran, gemar berebut-rebut pelanggan?",
"4. Anda boleh nampak orang tu nak jual nasik, orang tu jugak lah nak jual air. Tiap-tiap kedai nak jual air, tiap-tiap kedai nak jual nasik campur. Alih-alih, semua kedai jual benda yang sama.",
"5. Yang paling pelik, walaupun meja dan kerusi jenis pegun yang dipasang oleh Majlis Perbandaran tidak dilabelkan untuk sekian-sekian kedai;",
"6. Boleh pula ada syarat beli makan dan air sini, kena duduk di meja yang ditetapkan. Kalau nak order makan kedai sebelah, tak boleh. Kena duduk belah sana. Padahal, meja kat situ semua free seating.",
"8. Datang 4 orang, 2 nak makan kedai A, 2 nak makan kedai B. Bila mintak pelayan Kedai A orderkan dekat B sebab nak makan benda yang mungkin dia tak jual, macam nasik ayam misalannya, dia suruh order sendiri.",
"9. Ada juga yang boleh pulak didik pelanggan dia undang-undang kat situ macam mana berfungsi,\"duduk sini, order kat sini ye.\" Kalau nak order kedai sebelah, dia tarik muka.",
"10. Yang paling masalah, tiap-tiap kedai bertanggungjawab uruskan pinggan, mangkuk dan cawan dia sendiri.",
"11. Kedai A hanya akan angkat peralatan kedai A, kedai B punya dia tak angkat. Meja pun tak berkemas.",
"12. Meja yang perlu dilap pula, bergantung kepada di mana kedudukan meja tu. Kalau meja tu depan kedai dia, dia lap.",
"14. Lap pula dengan cara menolak semua sisa makanan di atas meja ke atas lantai sebab benda tu bukti, ramai orang makan kat kedai dia.",
"15. Teruk bang sebenarnya kalau kau fikirkan bab kebersihan kedai makan kita ni. Sisa makanan satu hal, abuk rokok pelanggan pun satu hal.",
"16. Agak menyedihkan sebenarnya bila tengok benda camni berlaku, apatah lagi bila tengok sistem medan selera orang Cina macam mana.",
"17. Sorang jual babi panggang, sorang jual itik gantung, sorang jual bak kut teh, sorang jual mee babi, sorang jual nasik ekonomi sementara tuan punya premis jual air. Semua bawah satu bumbung.",
"18. Aku tak bermaksud semua, tapi kebanyakan medan selera atau food court yang majoriti Melayu, mesti wujud masalah-masalah ni."
] |
https://iluminasi.com/bm/7-rekaan-genius-yang-akan-membuatkan-anda-rasa-wow.html | 9 Rekaan Genius ini Akan Memudahkan Hidup Anda | [
"1. Meja piknik ini mempunyai tempat duduk untuk kerusi tinggi bayi, orang dewasa, kanak-kanak dan juga ruang untuk OKU yang berkerusi roda.",
"2. Anda boleh tekan butang lif ini menggunakan kaki sekiranya kedua-dua tangan anda sarat dengan barang.",
"4. Highlighter ini mempunyai ruang lutsinar yang membolehkan anda melihat apa yang anda sedang highlight.",
"5. Iklan unik ini direka supaya anda berasa seperti ia adalah dua iklan berbeza.",
"6. Pelekat pada buah avokado ini boleh memberi indikasi bahawa ia sudah masak ranum atau belum.",
"7. Tandas ini mempunyai pilihan muzik untuk suasana yang lebih 'privacy' agar urusan anda tidak didengari orang lain.",
"8. Kerusi ini boleh diubah bentuknya mengikut citarasa dan kegunaan tertentu."
] |
https://iluminasi.com/bm/homemade-playdough.html | Buat Sendiri "Play Dough" Cara Paling Mudah Dan Selamat | [
" Anda ada anak kecil yang suka main playdoh? Anak anda main playdoh sampai bercampur-aduk warna dan menjadi seketul playdoh yang maha besar?",
"Anak anda tak simpan playdoh selepas main sampai ia mengeras macam batu? Anda dah banyak berhabis duit beli playdoh?",
"Sekarang anda boleh buat sendiri homemade play dough di rumah! Guna tepung je boleh buat play dough. Boleh juga jadikan projek DIY ini sebagai aktiviti bersama anak-anak. Bancuh sendiri, pilih warna kegemaran kemudian boleh terus bermain. Tak sampai 10 minit pun diperlukan untuk membuat doh ini.",
"Paling best, doh ini lembut, boleh tahan lama berbulan-bulan dan selamat walaupun termasuk dalam mulut.",
"Biarkan sejuk seketika kemudian keluarkan adunan dari mangkuk. Uli dan tumbuk doh sehingga ia tidak lagi melekit. Sekiranya doh masih melekit selepas beberapa minit menguli, boleh tambahkan tepung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan konsistensi yang anda inginkan.",
"Simpan homemade playdoh anda di dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia tahan lama. Sekarang bolehlah main playdoh puas-puas. Hmmmm. Nak buat bentuk apa?"
] |
https://iluminasi.com/bm/3-tips-mudah-agar-youtube-lebih-selamat.html | 3 Tips Keselamatan Youtube Untuk Tontonan Anak Anda | [
" Semasa zaman 80-an dan 90-an dahulu, kanak-kanak akan mencari pelbagai cara untuk mengisi masa lapang mereka. Ada yang duduk menonton tv (walaupun tiga empat channel je yang ada hehe), ada yang keluar bermain bersama jiran, ada yang gemar bermain board game atau permainan tradisional. Apa yang ingin disampaikan adalah, kebanyakan aktiviti kanak-kanak lebih memerlukan pergerakan dan yang paling penting - tiada istilah 'bosan' pada ketika itu.",
"Kanak-kanak zaman kini pula berbeza. Mereka ternyata lebih advanced dari segala aspek. Rata-rata pandai menggunakan gajet dan telefon pintar. Ada juga antara mereka yang lebih handal menggunakan aplikasi telefon dan melayari Internet berbanding ibu bapa. Maka, tidak hairanlah jika mereka lebih arif tentang dunia digital daripada orang dewasa.",
"Tanya pada mana-mana kanak-kanak, siapa yang tak tahu apa itu Youtube? Kebiasaannya kanak-kanak memang gemar menonton Youtube mencari animasi dan kartun kegemaran tetapi ibu bapa harus sedar bahawa tidak semua tayangan di Youtube itu sesuai ditonton oleh mereka. Ada juga sesetengah kanak-kanak yang gemar memuatnaik video mereka sendiri tanpa menyedari bahaya yang mungkin timbul.",
"Sekiranya anda tidak pernah memantau apa yang anak anda lakukan di Youtube, sudah sampai masanya anda ambil tindakan segera seperti berikut:",
"Log masuk menggunakan satu sahaja Google account yang dikongsi bersama gajet anak anda. Dari sini, anda boleh pantau apa yang mereka tonton, video yang mereka muatnaik dan juga sebarang maklumat peribadi yang mereka kongsi.",
"Anda boleh menekan tab \"History\" di sebelah kiri paparan untuk melihat apa yang ditonton. Bahagian \"Subscription\" pula memberitahu apa yang diminati dan saluran mana yang dilanggan oleh anak anda.",
"Buka Youtube menggunakan browser dan pastikan anda telah log masuk terlebih dahulu. Skrol hingga ke bahagian paling bawah laman dan klik pada \"Restricted Mode\". Pilih \"On\" dan tekan \"Save\" untuk menyimpan tetapan.",
"Untuk memastikan anak anda tidak mengubah tetapan ini, klik pada \"Lock Restricted Mode on this browser\" dan anda perlu memasukkan password akaun Google sekali lagi untuk mengaktifkan mode ini.",
"Walaupun anda telah menetapkan Restricted Mode, namun masih akan ada video-video yang tidak menggunakan setting tetapan umur sebelum dimuatnaik. Video seperti ini masih boleh diakses oleh anak anda. Jadi, cara yang paling selamat menggunakan Youtube adalah dengan mewujudkan playlist sendiri bagi tontonan anak anda.",
"Caranya mudah sahaja, pergi ke video yang ingin ditonton, klik \"Add To\" dan namakan playlist anda. Anda boleh tambah seberapa banyak video yang anda mahukan. Anda juga boleh menekan butang \"Subscribe\" pada saluran yang mesra keluarga dan saluran ini akan disimpan secara automatik ke dalam playlist anda.",
"Youtube pada dasarnya adalah satu sumber yang sangat bagus digunakan untuk pendidikan dan hiburan bagi anak-anak. Namun pemantauan dan pengawasan secara rapi harus dilakukan secara oleh ibu bapa agar anak-anak tidak tersilap langkah sehingga mereka hanyut dalam dunia Youtube tanpa batasan."
] |
https://iluminasi.com/bm/tips-anak-suka-membaca.html | 3 Tips Tarik Minat Dan Latih Anak Supaya Suka Membaca | [
" Tidak dinafikan kanak-kanak sekarang lebih gemar memegang gajet dan bermain game daripada membaca buku. Lebih membimbangkan apabila terdapat segelintir daripada mereka yang tidak dipantau oleh ibu bapa, lantas membuka peluang untuk memuatturun aplikasi yang tidak wajar atau lebih teruk lagi melayari laman web yang tidak senonoh.",
"Peribahasa Melayu menyatakan, \"Melentur buluh biarlah dari rebungnya.\" Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar suka membaca amat penting dari usia mereka setahun jagung. Bukanlah tak boleh langsung pegang gajet, tetapi ibu bapa perlu pantau anak-anak dari semasa ke semasa.",
"Ikuti tips daripada seorang ibu tentang kaedah yang digunakan untuk memupuk minat anak membaca menggunakan pelbagai jenis bahan bacaan:",
"Dulu, masa mula-mula Raihanah kenal huruf, saya bagi dia tengok youtube series BETWEEN THE LIONS dengan SUPER WHY. Dua cerita ni memang akan kaw-kaw polish reading readiness dan vocab range anak anda.",
"Selain itu, saya download ebooks kat dia. Kalau yg read-along/interactive English ebooks memang bersepah kat internet tu. Bahasa Melayu punya pulak tak berapa banyak. Kebanyakannya anda kena baca sendiri. Maka, bacalahhhh.",
"Saya juga download apps seperti READ ME STORIES dan ABCMOUSE. Yang abcmouse tu kena bayar lebih kurang RM30 sebulan subscription fee. Jangan nak berkira sangat la kot. Hangpa shopping online beli kasut handbag semua boleh, apa la sangat educational apps untuk anak kan.",
"Sejak Raihanah kecik jugak, saya memang amalkan baca satu buku (physical book) setiap malam sebelum tidur. Memang rasa azab, sebab most of the time emak akan terkuak-kuak menguap sambil mata tertutup membaca kat dia....penat! Tapi orang putih kata \"perseverance\" itu penting.",
"Janganlah sehari baca, empat hari tak baca, pastu baca balik. Be consistent. Setiap hari MESTI baca. Tak habis baca pun tak apa, asalkan make it a habit untuk baca. Lama-kelamaan bila Raihanah dah pandai, dia start membaca sendiri. (Lega banyak sebab emak boleh mula baca buku emak pulak!)",
"Masa mula-mula dia akan tanya \"mami how do you pronounce this?\" Kebiasaannya saya ajar Raihanah tutup perkataan tu guna jari. Sebut sukukata satu-persatu, sikit-sikit. Kalau time busy/malas (hihi saya pun manusiaaa), saya habaq je terus cara sebutan. Kalau anda taktahu cara sebut apa-apa perkataan, boleh google.",
"Bila anda berada di luar bersama anak, bagi depa baca segala signboard dan poster. ",
"Kalau makan kat luar, kami selalu main spelling game sambil tunggu makanan. Selalunya dia yang akan beri perkataan, suruh saya eja. Saya pula akan pura-pura tak reti eja. Pastu dia akan marah cakap \"mami ni tu pun taktau ke\" kemudian dia akan eja sendiri. Ha, nampak takkk taktik yang emak guna. Kalau ada orang meja sebelah yang gelakkan anda, persetankan mereka. You will be amazed at how tererrrr your anak can be at spelling bila anda amalkan begini.",
"Rupa-rupanya ibu bapa boleh menjadi lebih kreatif dengan menggunakan semua sumber yang ada di sekeliling kita, tidak terhad hanya kepada buku sahaja. Yang penting, ibu bapa hanya perlu luangkan sedikit masa untuk membaca bersama dengan anak-anak. Jadi, apa kata kita mula kurangkan masa dengan media sosial dan lebihkan masa berkualiti dengan anak-anak."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-sikap-rakyat-malaysia-guna-tandas.html | 5 Sikap yang Melambangkan Rakyat Malaysia ni Pengotor semasa Menggunakan Tandas | [
" Sejak tahun 1994 lagi kerajaan Malaysia telah melancarkan kempen tandas bersih. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, masih terdapat banyak tandas awam yang belum mencapai tahap kebersihan yang memuaskan.",
"Dari tahun 2014 - 2016, kerajaan telahpun membelanjakan hampir RM60 juta untuk membaikpulih dan membina tandas baru di seluruh negara. Namun, apa yang menyedihkan, sikap segelintir masyarakat masih lagi sama walaupun kebanyakan tandas sudah dinaiktaraf.",
"Sekiranya negara kita berhasrat memacu ke hadapan untuk menjadi sebuah negara maju, sikap dan tabiat lama yang sudah sebati dalam jiwa masyarakat perlu diubah dan perlu mula membentuk satu masyarakat yang lebih bertamadun. Ingat ya, sekecil-kecil perubahan seperti penggunaan tandas dengan baik mampu membawa impak yang besar pada generasi akan datang. ",
"Kami percaya, tiada siapa pun yang suka dan berasa selesa apabila memasuki sebuah tandas yang kotor. Lebih menjijikkan sekiranya bau yang kurang disenangi diiringi dengan visual yang boleh menyesakkan dada. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk tidak melakukan perkara-perkara berikut apabila menggunakan tandas awam:",
"Seandainya anda berasa geli untuk duduk bersentuhan di tandas tersebut, ketahuilah bahawa orang lain juga berasa lebih geli apabila melihat tapak kasut anda di permukaan tandas itu. Tambahan pula, mencangkung di tandas duduk sebenarnya adalah berbahaya dan jisim badan anda pula boleh merosakkan tandas.",
"Solusi : Anda boleh menyembur air terlebih dahulu dan gunakan tisu tandas untuk melapik punggung anda daripada terkena penutup tandas. Pastikan anda buang tisu itu sebelum meninggalkan tandas.",
"Perkara ini adalah yang paling asas dalam etika penggunaan tandas. Kata orang,'pandai makan, pandailah simpan.' Konsep yang sama perlulah dipraktikkan semasa menggunakan tandas. Pandai 'buang', pandai-pandailah pam.",
"Pernahkah anda masuk ke dalam tandas yang ditutup begini? Selalunya tandas tertutup ini merupakan jerangkap samar yang boleh membuatkan sesiapa sahaja mengalami gangguan emosi sehingga keesokan hari.",
"Apalah salahnya anda flush dulu sebelum keluar? Jika pam tandas rosak, sembur atau tadahlah air di dalam baldi/botol air dan tuang ke dalam mangkuk tandas sehingga air jernih. Kesian dengan cleaner dan tukang repair yang terpaksa berhadapan dengan najis anda.",
"Solusi : Jadikan amalan untuk mengepam tandas setiap kali selesai menggunakan tandas. Anggaplah tandas awam itu seperti tandas anda sendiri di rumah. Adakah anda akan biarkan tandas tidak dipam di rumah? Sudah semestinya tidak, kan? Anda sendiri pun tak tahan dengan bau 'peninggalan' anda, apatah lagi orang lain. Oleh itu, mari cuba untuk jadi lebih bertimbangrasa, ya?",
"Adakah anda akan memilih untuk menggunakan tandas dengan keadaan hos seperti ini atau sanggup menunggu tandas di sebelah selesai? Ketahuilah bahawa sikap suka membiarkan hos bergelimpangan ini adalah suatu perbuatan yang tidak patut dan sangat tidak bertamadun.",
"Solusi : Gantung hos kembali ke tempat asal. Sekiranya cangkuk pemegang telah rosak atau patah, anda boleh lilitkan hos tersebut di kepala paip. Jangan sesekali meninggalkan hos terbiar di atas lantai atau lebih teruk lagi di dalam lubang seperti di atas.",
"Ini merupakan satu lagi tabiat ramai rakyat Malaysia yang perlu dikikis. Orang kata alah bisa, tegal biasa. Adakah anda memang bersikap begini sekiranya di rumah? Biarkan saja pampers busuk anak di tepi sink. Dan sumbat tuala wanita ke dalam tong sampah selagi boleh. Kalau dah tak muat, campakkan saja di atas lantai. Begitu?",
"Adakah anda tahu bahawa sikap anda di tempat awam mencerminkan peribadi sebenar anda?",
"Solusi : Belajarlah buang pampers anak ke dalam tong sampah yang disediakan. Tidak susah dan tidak perlu keluarkan duit pun. Jika tong sampah penuh, keluarlah dan cari tong sampah lain. Ataupun anda boleh bungkus dulu sampah tersebut dalam plastik kecil, balik rumah boleh dibuang.",
"Adakah anda tahu bahawa tandas dan sistem septik tidak boleh memproses bahan lain selain bahan 'buangan' anda? Semua bahan yang tidak boleh terurai akhirnya perlu diasingkan semasa proses rawatan dan ini memerlukan kos yang tinggi untuk penyenggaraan.",
"Selain itu, tabiat membuang sampah ke dalam lubang tandas juga boleh menyebabkan tandas tersumbat.",
"Walaupun anda fikir material seperti kapas pengorek telinga (cotton buds), flos gigi, tisu basah (wet wipes) dan tisu muka senang dipam, tetapi sebenarnya bahan-bahan ini tidak boleh terurai dengan sendiri. Ia akan berkumpul dan akhirnya menyebabkan tandas dan sistem perpaipan tersumbat.",
"Hmm. Puntung rokok pun tak boleh diurai, apatah lagi kotak rokok!",
"Solusi : Jangan sesekali buang apa-apa sampah sekalipun ke dalam lubang tandas. Gunakanlah tong sampah yang disediakan. Anda mampu mengubahnya!",
"Akhir kata, sayangilah tandas awam sebagaimana anda sayang tandas di rumah. Rakyat Malaysia rata-rata inginkan servis dan kemudahan yang tip top dan first class, tapi adakah mentaliti dan sikap kita berada paras yang sama? Fikir-fikirkanlah."
] |
https://iluminasi.com/bm/buat-sandwic-pun-boleh-ajar-anak.html | Aktiviti Melatih Anak Supaya Bertenang Dan Sabar : Belajar Memasak Ringkas | [
"Seorang bapa, Josh Darnit, telah membuat satu cabaran menarik di rumah bersama anak-anaknya. Beliau memuatnaik videobertajuk \"Exact Instructions Challenge\" yang berdurasi 7 minit 23 saat sambil memaparkan gelagat Josh meminta anak-anaknya menuliskan arahan lengkap untuk membuat sandwic mentega kacang dan jeli. Josh kemudian akan membuat sandwich tersebut betul-betul berpandukan arahan yang ditulis.",
"Bunyinya seperti agak mudah, tapi anda saksikan sendiri bagaimana Josh sedaya upaya sengaja melakukan kesilapan semasa membuat sandwich tersebut.",
"Aktiviti mudah seperti ini boleh merangsang minda anak-anak untuk berkomunikasi dengan lebih tepat dan terperinci. Selain itu, anda juga dapat mengajar anak erti sabar dan kesungguhan. Bolehlah anda pula cuba pada hujung minggu ini!"
] |
https://iluminasi.com/bm/video-dua-lautan-terpisah.html | Membongkar Rahsia di sebalik Video Viral Dua Lautan Terpisah | [
"Baru-baru ini sebuah video yang dimuatnaik oleh saudara Iwan Cknap telah menjadi viral dengan 5,555,516 views dan mendapat hampir 150 ribu perkongsian. Video tersebut mendedahkan satu fenomena unik tentang dua lautan yang terpisah seolah-olah ada dinding lutsinar sedang menyekat lautan itu.",
"Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu video yg bagus tentang masalah dua lautan yg tak pernah menyatu, akhirnya saya mendapatkan kiriman video yg bagus tentang kebenaran firman Allah Swt dlm surat *Ar-Rahman ayat 19,20 & 21*",
"Video ini membuktikan kebenaran Surat Ar-Rahman ayat 19, 20, dan 21 yg berbunyi:",
"Inilah video tersebut, yg memperlihatkan aliran dua lautan yg tidak pernah bercampur, seolah-olah ada sekat atau dinding yg memisahkannya.",
"Masya Allah, Maha Besar Allah Yang Maha Agung. Ternyata air laut yg tdk bercampur itu benar-benar ada.",
"Dua lautan yg tidak bercampur itu terletak di Selat Gibraltar, selat yg memisahkan benua Afrika & Eropa, tepatnya antara negera Moroko & Spanyol.",
"Sememangnya benar bahawa semua perkara yang berlaku adalah atas kuasa dan kehendak Allah SWT. Akan tetapi, adakah terdapat sebarang penjelasan saintifik di sebalik kejadian aneh ini?Untuk pengetahuan anda, lautan yang terletak di Teluk Alaska ini sebenarnya sudah bertahun lamanya diviralkan. Terdapat juga ramai pakar yang telah memberikan penjelasan lanjut sebelum ini mengapa dan bagaimana fenomena seperti itu boleh berlaku.",
"Pada tahun 2007, sekumpulan ahli oseanografi telah membuat kajian berkenaan mendapan glasier (glacial sediment) yang dibawa oleh arus perlahan dari persisiran pantai Alaska ke tengah-tengah lautan. Olakan air ini yang berasal dari sungai Copper sepanjang 286 batu di tanah Alaska sememangnya kaya dengan mendapan glasier, bendasing seperti partikel lempung berat (heavy clay) dan besi (iron).",
"Menurut salah seorang profesor dari University of California-Santa Cruz yang menyertai pelayaran itu, Ken Bruland, apabila olakan kecil ini mengalir perlahan-lahan memasuki lautan yang lebih besar, ia akan bergabung dengan ombak dan arus yang lebih deras. Pertembungan inilah yang menghasilkan pusaran dan buih-buih halus.",
"Maka, adalah tidak benar sama sekali apabila ada pihak yang mengatakan kedua-dua lautan ini tidak akan bergabung sama sekali. Ia akhirnya akan bergabung, cuma proses yang berlangsung itu adalah secara perlahan tetapi berterusan. Apa yang dilihat oleh mata kasar itu hanyalah pertembungan kedua-dua arus yang terjadi pada momen dan ketika itu sahaja.",
"Menurut Ken Bruland lagi, \"sempadan\" lautan ini juga sentiasa berubah-ubah lokasi, bergantung kepada tahap kandungan mendapan dan arus ombak yang dibawa angin.",
"Jadi, sekiranya ada rakan yang menceritakan kepada anda tentang keajaiban lautan yang tidak bercampur ini, bolehlah anda pula bantu mereka dengan membongkarkan rahsia dan penjelasan saintifik di sebaliknya."
] |
https://iluminasi.com/bm/kawal-anak-tantrum.html | 5 Tips Dan Cara Kawal Anak Tantrum Atau Mengamuk | [
"Anak-anak kecil semestinya sentiasa dahagakan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Kadangkala, anak-anak ini tidak tahu bagaimana untuk mengekspresikan perasaan mereka. Pada usia seawal 2 tahun, pertuturan dan kebolehan komunikasi mereka masih lagi terbatas. Mereka masih tidak tahu saluran dan cara yang betul untuk menyampaikan setiap hasrat dan permintaan. Maka terjadilah ledakan emosi yang sukar dibendung kerana mereka merasakan ini merupakan salah satu jalan penyelesaian.",
"Ada sesetengah anak kecil menghempaskan diri mereka ke lantai sambil menangis. Ada juga yang memberontak dengan membaling barang di sekeliling. Ada yang menjerit sehingga membingitkan telinga yang mendengar. Manakala ada juga yang bertukar perangai menjadi ganas dengan memukul-mukul ibu atau ayah.",
"Ramai ibu bapa yang seringkali tergamam dan tidak tahu kaedah yang betul untuk menangani masalah tantrum anak ini.",
"Ibu muda ini berkongsi tips untuk mengawal anak daripada membuat perangai dan mengamuk di khalayak ramai:",
"Sebelum keluar rumah, beritahu siap-siap apa expectation anda semasa keluar nanti.",
"Beritahu juga siap-siap, kalau dia buat perangai, anda akan immediately tinggalkan tempat tu dan terus balik. (Atau apa-apa lagi friendly warning lain yang anda rasakan sesuai)",
"Anda juga boleh guna kaedah reward. Contohnya \"kalau awak behave dan tak buat perangai, nanti boleh buat/dapat bla bla bla\"",
"Semasa nak explain, make sure anda duduk rendah bagi sama eye level dengan anak dan dia juga sedang berada dalam keadaan yang tenang.",
"Kenalpasti apa perkara/benda yang anak anda suka dan boleh buat dia gembira instantly.",
"Isi beg doraemon anda dengan segala macam toys, buku, snack, air atau worse comes to worstttt, last resort sekali adalah gadget. Diulang, last resort. Jangan jadi pemalas ambik jalan mudah terus nak bagi tab atau handphone. ",
"Kalau anak anda dah mula nak perangai, cuba alihkan perhatian dia dengan benda-benda yang dia suka tu.",
"Jangan la tanya saya anak anda suka apa pulak. Macam Raihanah, dulu dia memang suka buku, air ribena dan of courseee suka makan. Toys2 semua tak berkesan.",
"Bila anak dah besar sikit, boleh mula guna alasan \"tak bawak duit\" atau \"duit tak cukup\" everytime dia nak beli benda mengarut dan merepek kalau anda tak tahu nak bagi alasan apa sangat dah.",
"Kenalpasti dulu EXACTLY apa yang menyebabkan dia tantrum tu. Pastu jangan sesekali marah, pekik, pukul atau tengking.",
"Bawa dia ke satu corner yang jauh sikit dari orang ramai dan suruh dia ingat kembali expectation anda sebelum keluar rumah tadi. Cakap dengan tegas tapi jangan tengking. Oh ya, jangan negotiate semasa dia sedang mengamuk, it won't work.",
"Kalau dalam expectation list anda dah disebut akan balik immediately, sila balik terus kalau dia buat perangai berterusan. Be consistent. Janganla pulak cakap lain, tapi buat lain. Nanti budak tu tahu anda ni membongak je lebih. Lulz.",
"Pernah tak pergi shopping lepas tu anak mengamuk bagai nak rak sebab hendakkan sesuatu? Benda yang dia nak tu merepek2 pulak tu.",
"Pastu anda pun dah rasa malu yakmat dengan orang ramai, belikan laaa jugak sebab nak bagi dia berhenti menangis. Penah jadi?",
"Ketahuilah bahawa walau SEKALI anda mengalah dan give in, anak itu akan terus faham secara automatik yang dia mesti menangis dan mengamuk dahulu untuk mendapatkan sesuatu.",
"Proses mengamuk tu akan berulang setiap kali anda keluar outing sampai anda pun naik fedap dah nak jalan-jalan. Hehe. Jadi, jangaaaan sesekali beralah tanpa kerelaan hati.",
"Kalau anda keluar bersama ahli keluarga, sila inform pasangan atau ahli keluarga. Minta supaya tidak manjakan anak ketika anda berusaha gigih nak mendisiplinkan dia.",
"Kadang-kadang ada pasangan/saudara-mara yang suka nak jadi the good guy. Suka sungguh bagi muka kat anak tu walaupun anda awal-awal dah cakap tak boleh. Keadaan macam ni menunjukkan yang anda tak ada authority, powerless dan senang diperkotak-katikkan.",
"Nak-nak kalau atok nenek ada sekali. Fuhhhh dia punya mengada tu, mak aihhhh. Menjadi-jadi baqhang.",
"Jadi, pesan siang-siang pada entourage anda supaya beri kerjasama yang jitu dan padu sepanjang outing/trip itu berlangsung.",
"Mengawal anak yang suka mengamuk ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Ia mungkin akan memakan sedikit masa, tetapi ibu bapa perlu sabar dan sentiasa konsisten dengan segala keputusan yang diambil.",
"Pastikan anda selalu berkomunikasi dengan anak, kenalpasti perkara yang mereka suka atau tidak suka dan sentiasa berikan peringatan yang \"mesra\" semasa berkomunikasi. Lambat-laun anak anda pasti akan boleh menjadi 'cool' walaupun dalam situasi yang tegang."
] |
https://iluminasi.com/bm/misha-omar-berkorban-susu-anak-17.html | Misha Omar kongsi tips bagaimana dia berjaya menyusukan Idris Ezzwa secara eksklusif | [
"Penyanyi yang popular dengan lagu Bunga-bunga Cinta, Misha Omar telah melahirkan cahaya mata pertamanya pada bulan Ogos tahun lalu. Si comel bernama Idris Ezzwa yang kini berusia 6 bulan masih disusukan sepenuhnya oleh Misha Omar.",
"Walaupun bergelar seorang selebriti yang mempunyai jadual harian yang padat, Misha memberikan komitmen sepenuhnya untuk menyusukan Idris secara eksklusif. Misha juga akan meluangkan masa untuk mengepam susu apabila terpaksa berjauhan dengan anak.",
"Misha mengamalkan tips dan petua berikut sepanjang menyusukan Idris Ezzwa:",
"Untuk memperbanyakkan hasil susu dan menjaga kualiti susu, Misha menjaga pemakanan harian dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Banyakkan minum air putih dan makan makanan berserat, buah dan sayuran untuk menghasilkan susu yang banyak.",
"Jangan mudah berasa hampa dan bersedih sekiranya kuantiti susu yang dihasilkan tidak banyak. Ibu yang menyusukan anak perlu sentiasa berfikiran positif dan terus berusaha. Dapatkan sokongan padu dari pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan kerana sokongan moral yang positif dapat membantu ibu untuk kekal komited dalam menyusukan anak.",
"Cari supplement penyusuan atau milk booster untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak dan berkualiti. Antara milk booster semula jadi yang boleh dimakan adalah seperti flax seed, oat, kacang almond, biji halba dan avokado.",
"Banyakkan membaca dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan berkenaan bayi dan penyusuan eksklusif.",
"Selain Misha Omar, ramai juga rakan artis lain yang menyusukan anak mereka secara eksklusif. Antaranya Wardina, Sazzy Falak dan Dynas Mokhtar. Selebriti-selebriti ini adalah antara golongan yang menyokong sepenuhnya hak penyusuan ibu dan mereka sedar akan kebaikan dan khasiat susu ibu bagi bayi berusia bawah 2 tahun. Boleh jadi sumber inspirasi, bukan?",
"Kepada para ibu yang masih belum mahir dengan teknik menyusukan anak dengan betul, tonton video berikut yang dihasilkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan teknik penyusuan yang betul:",
"Jika anda masih khuatir dengan kaedah penyusuan yang betul dan bagaimana cara menghasilkan susu dengan banyak, bolehlah berhubung dengan mana-mana pakar perunding laktasi (Lactation Consultant) berhampiran anda untuk mendapatkan nasihat pakar dengan lebih lanjut."
] |
https://iluminasi.com/bm/nenek-berumur-96-tahun-kongsi-rahsia-kesihatan-mental-dan-fizikal.html | Ini Rahsia Dan Petua Sihat Serta Kuat Daya Ingatan Dari Nenek 96 Tahun | [
"Selama - Bukit Bertam : Seorang warga emas berusia 96 tahun disini, didapati masih memiliki tubuh badan dan mental yang sihat. Sekali pandang disangkakan baru berumur lingkungan 70an. Beliau memiliki pendengaran dan penglihatan yang sangat baik jika hendak dinilai dari umurnya itu.",
"\n\n\n\n\n\nNenek berumur 96 tahun ini memiliki 8 anak, 62 cucu dan 83 orang cicit.",
"Lebih dikenali sebagai Hajah Che Dah Ibrahim, masih mampu mengangkat bebanan yang sederhana berat sambil berdialog mesra dengan pihak media. Pemeriksaan kesihatan di hospital juga menunjukkan beliau cuma memiliki masalah jantung yang tidak serius dan sedikit masalah darah tinggi.",
"\"Makcik pakai cermin mata ni untuk membaca saja. Kalau tengok muka orang tanpa pakai cermin mata, makcik boleh cam\" kata Makcik Dah. Beliau cukup kenal gambar-gambar ahli politik sekiranya ditunjukkan kepadanya. Masa zaman komunis dulu Che Dah menceritakan juga bagaimana mereka hanya menjamah ubi kayu dan pisang rebus di dalam hutan kerana bersembunyi dikhuatiri komunis menculik anak dara.",
"\"Makcik dah terbiasa buat kerja berat, sebab itu sampai sekarang pun makcik tak boleh duduk diam tak berbuat apa-apa\". Di usia remajanya, beliau menceritakan bahawa beliau bekerja keras mengusahakan sawah padi. Itulah sebabnya ramai di antara orang tua-tua terdahulu badannya sihat dan kuat.",
"Salah satu sebab penglihatan makcik Dah masih elok dan tajam walaupun berumur 96 tahun adalah rajin membaca surah Al-Quran. Setiap hari, jika tiada apa-apa untuk dibuat, Makcik Dah akan membaca Al-Quran. \"Boleh dikatakan hampir setiap minggulah makcik khatam Al-Quran ni\" Tambahnya lagi.",
"Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, manusia zaman sekarang jauh berbeza cara hidupnya dengan manusia di zaman Che Dah. Kini ramai makan makanan pakejing yang diproses (tidak asli) dan tidak mengamalkan hidup sihat. Atas dasar kesempitan hidup, ramai terpaksa bekerja keras sehingga tidak ada masa untuk membaca Al-Quran. Kita perlu berubah!Wallahualam"
] |
https://iluminasi.com/bm/perempuan-melayu-mudah-terpengaruh-drama-dan-filem-sehingga-sanggup-buat-perkara-bodoh.html | Wanita Malaysia mudah terpengaruh drama dan filem sehingga sanggup buat perkara bodoh | [
"Artikel ini bukanlah ditulis kami tetapi telah ditulis oleh saudara Amir Hamzah di laman facebooknya. Kami merasakan perkongsian ini adalah perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Di harap pembaca dapat banyak pengajaran dari artikel ini.",
"Bila tengok kes Along Cham yang bercerai dengan isteri dia dek kerana bini dia di tangkap khalwat dengan lelaki lain. Aku harap ramai lelaki perlu buka mata untuk lebih faham apa yang melanda di Malaysia. Masalah besar yang sedang melanda di Malaysia yang perempuan nampak itu biasa-biasa, tetapi ramai lelaki sebelum ini sudah tahu.. semua ini hanya kebodohan yang tidak terkalahkan dan kedangkalan mutlak sehingga mampu memberi gegaran berskala 700 skala rikter.",
"Tidak habis menonton drama TV 3 sehingga terbawa-bawa pembawakan di dalam drama tersebut ke kehidupan. Tak habis terbayang lelaki romantik nak mampos yang duit dalam poket ada dua puluh juta, kereta besar macam bas. Dan macam-macam lagi adegan celaka yang membawa kepada derhaka. Paling sakit hati bila habis je tengok drama Suamiku Encik Saipul, mula sengih sorang-sorang terbayang tengah pakai crown. Ini semua petanda lelaki sedang didekati oleh malapetaka. Lelaki di ambang krisis terbesar di alam rumah tangga.",
"Terpengaruh dengan quotes-quotes bodoh yang di tulis oleh penulis-penulis yang tak pernah kena tapak di muka tentang perempuan. Contohnya, lelaki perlu tahu apa yang perempuan mahu? Kenapa perempuan mula untuk curang? Apa tanda-tanda perempuan sedang tiada mood? Lelaki perlu kaya untuk menjamin masa depan bahagia? Lelaki perlu bahlol demi kekuasaan wanita dan apa-apa je lah lagi yang buat perempuan rasa dunia ni syurga. ",
"Apa salahnya hati kau yang benak tu kau bukakan untuk feel pula apa keinginan suami yang kau tak pernah tertunaikan? Kau tahu tak suami tu jalan kau ke syurga? Kau tahu tak apa tugas isteri? Kau tahu tak? Ke kau hanya tahu yang kononnya kahwin ni lelaki sekadar mahu berjimak? Tepu ! Tugas isteri ialah melayan kehendak suami tu antaranya, bukannya asik gunakan skrip agama kononnya kemas rumah, basuh pinggan, jaga anak tu semua tugas suami.",
"Hilang malu memuji-muji artis itu hensem, artis ini hensem. Tergedik-gedik macam takde suami.. dok gila dengan artis lelaki korea. Terpengaruh kononnya artis korea ini lebih romantik bagai. Dia lupa Nabi kita dulu ada janggut. Bagi aku senang, perempuan yang dah hilang malu duduk share memuji-muji lelaki lain hensem di public padahal dia sudah berkahwin, kau tinggalkan je lah. Semak! Ini semua hanya memalukan kau lelaki kerana di lihat dayus dan hodoh. ",
"Padahal Nora Danish yang lagi kebabom pun kau tak pernah puji depan dia sebab depan dia kau terpaksa hipokrit mengaku dia paling cantik dalam dunia. Atleast tak sakitkan hati. Kan? Itu lebih baik. Sebab takkan kau nak cakap muka dia macam labu masam? Walaupun apa kau cakap tu memang betul? Kah kah.. Artis korea tu satu habuk pun takde jasa dengan dia, apatah lagi bantu si suami untuk halalkan kau. Kiranya kau ni memang takde perasaan. Kau tak tau azab kumpul duit nak halalkan kau tu. Nak azan kan dekat telinga karang takut badan dia berasap. Apa-apa je lah.",
"Kau tau tak hantaran yang tinggi hingga bebankan suami walaupun suami kata setuju tu nanti kau kena jawab dekat akhirat kelak? Haa, memang. Kau takkan tahu pun. Sebab yang kau tahu satu je.. Engkau perlu difahami, perlu di manjakan, hati kau perlu dijaga sama macam pasangan lain dapat. Dasar selfish, fishball dan nugget ayam.",
"Terpengaruh dengan kata-kata kawan perempuan tentang kekayaan pasangan masing-masing, tentang masalah lelaki itu, masalah lelaki ini. Si suami dia cakap pulak satu habuk pun dia tak percaya. Sebab apa? Suami konon tak romantik, suami miskin. Ni semua spesis perempuan kepala bapak dia ni. ",
"Lepas tu share dekat FB tentang kejayaan lelaki lain, tentang kereta-kereta lelaki lain yang besar, lelaki lain yang belikan bas dekat isteri, dia lupa suami dia ada hati, ada perasaan. Kau kena tahu, lelaki sangat jarang bercerita keburukn psangan kawan dia dekat kawan dia tu. Paling tidak pun kerana sayangkan kawan, dia cuma nasihatkan untuk buat itu buat ini yang boleh menyatukan kembali. Hebat tak lelaki?",
"Dan macam-macam lagi. Ini semua barah teknologi yang kian menggila yang tengah merebak ke jiwa perempuan-perempuan tetapi takde seko pun yang mengaku.",
"Sudah lah hantaran makin mahal nak mampos, dengan perempuan sekarang ni yang hanya pakar share resepi di FB berbanding memasak. Yang hari-hari ambil gambar menyenget sampai nampak bentuk buah ciku tu lepas tu upload dekat fb bagi semua jantan terjelir lidah. Ciku okey lagi, ni yang buah anggur pun kemaruk.Kau perempuan makin lama makin penting diri. Kau fikir apa yang kau nak 24jam, tanpa sikit pun kau tengok apa yang lelaki mahukan..",
"Sebab tu kau boleh tengok bila lelaki mula kaya lepas kahwin tu apa jadi dengan dia. Selalunya yang bila mula kaya lepas tu jadi makin sayang dengan kau ni mungkin sebab dia feel kau punya setia, kau punya sama-sama susah dengan dia waktu dia susah dahulu. Kau punya taat, kau punya supportive dekat dia. Kau ingat lelaki tak pedendam? Time kaya lah kau akan rasa balik apa yang kau dah buat dekat dia selama ni.. yang kau hinakan dia, yang kau dok puji jantan lain 24jam, yang kau tekan dia takde tolak ansur langsung tu bagai. Dan yang kau tak habis ugut nak bercerai semua tu..",
"So untuk korang perempuan, nak bodoh jangan sampai libatkan hati. Sebab takut kebodohan kau nanti makan diri lepas tu baru kau acah-acah nak post video orang mengaji hari-hari kononnya baru tersedar dari lamunan yang terhenti. Kau wajib tahu, lelaki bila mula ada anak, cintanya pada keluarga tu dah bertambah beberapa percent. ",
"Dan kau pula dah boleh berhenti dengan kebodohan total tu. Kerana risau bila kau dah mula berubah ke baik, tapi waktu itu suami kau dah mula jelek. Haa, masa tu lah nanti kau akan cakap kononnya kau dah buat yang terbaik tapi suami kau tetap perangai macam setan. Kau terlupa tengok kesetanan kau sepanjang beberapa tahun sebelum ini sedangkan suami kau sebelum ini sangat sabar dan setia.",
"Selamat Pagi. Alahai, keras pulak status aku ni. Apapun, masih bersepah lagi lah perempuan yang baik, yang masih banyak rasa malu. Yang tak sellfish. Kan perempuan kan? Yang aku cerita ni pun kisah perempuan di Israel. Bukan Malaysia. Korang jangan sentap pulak, kalau kau bukan jenis macam ni tak payah nak menyentap lebih. No point.",
"Aku tulis takde kena mengena dengan pengalaman aku. Kalau pengalaman, aku takkan tulis. Lebih baik aku conteng, sebab hanya dengan menconteng je dapat gambarkan pengalaman aku. Kah kah kah!"
] |
https://iluminasi.com/bm/dah-2017-pun-rakyat-malaysia-masih-belum-reti-kemas-meja-selepas-makan.html | Dah 2017 pun rakyat Malaysia masih belum reti kemas meja selepas makan | [
"Sekali sekala saya akan makan di kedai makanan segera. Lagi-lagi kalau ada di Kuala Lumpur sementara nak tunggu ETS balik ke Ipoh di KL Sentral atau tunggu penerbangan di KLIA memang kena singgah sebab mudah dan cepat.",
"Kadangkala ketika bersama tunang saya, bila dah tiada idea hendak makan dimana, maka 'fast food' lah jawapnya. Kalau pulang ke Lumut lepak bersama rakan-rakan atau adik saya pun, mesti di McDonalds depan rumah kami.",
"\"Meja sambung 4 5 buah. Makan ramai-ramai lepas habis makan, kotak, pinggan, cawan, talam semua berterabur macam baru lepas kena langgar Garuda. Macam tongkang pecah. Macam kandang babilah senang cerita.\" Inilah situasi kebiasaan yang selalu terlihat, lumrah agaknya.",
"Dulu saya macam ni jugak. Lepas makan tinggal. Dulu. Masa zaman sebelum belayar. Bila belayar kita tengok tempat orang,tengok budaya dan tabiat mereka, saya berubah.",
"Pernah sekali tu, saya makan di Mc Donalds Buersplein, Rotterdam circa 2009/2010. Ketika itu saya perasan, orang sana lepas makan mereka akan kemas meja, angkat talam dan letakkan ditempatnya kembali.",
"Bila ziarah sekitar Buersplein, Coolsingel, Karel Doormanstraat dan Lijnbaan pun, senarionya sama. Kedai sebegini. Lepas makan, orang sana lap meja dengan tisu, angkat talam dan susun balik kerusi. Pelanggan yang lakukan semuanya, bukan pekerja. Maknanya mereka datang cantik pergi pun cantik. Mereka ambil peduli kesusahan pekerja untuk mengemas atau membersihkan sisa makanan mereka sendiri.",
"Maka balik Malaysia saya amalkan tabiat lepas makan,kemas meja,kumpul sampah buang di tong sampah dan talam diletakkan ditempatnya.",
"Ketika itu, saya berada di KL Sentral. Ramai pandang saya. Macam satu perkara yang janggal bagi mereka. Mau tak pelik sendiri angkat talam McDonalds selepas makan. Sangat jarang dibuat orang. Saya buat tak tahu je dengan pandangan orang lain. Di tempat lain pun sama. Di Midvalley orang pandang janggal. Di Times Square orang pandang janggal. IKEA pun sama. Bagaikan saya melakukan tingkah laku yang amat pelik. Pelik super tersangat pelik agaknya. Dan tabiat ni saya amalkan sampai sekarang. ",
"Sebab pertama saya lihat kelakuan orang Belanda dengan tabiat sedemikian masa zaman 'foreign going' dulu sangat baik untuk diikuti. Benda elok kita ambil. Yang tak elok tu kita buang.",
"Keduanya dulu tahun 2011 ke 2012 pernah ada kes pekerja franchais makanan segera dimaki pelanggan tak tentu pasal siap viral videonya. Kecoh satu Malaysia. Bertempur segala rakyat jelata di media sosial waktu tu. Ramai yang kata patut pun pekerja tu kena maki. Gaji dia pelanggan yang bayar. Saya macam wow. Jadi duit kau bayar tu kira lesen untuk maki dan hina pekerjaan orang lain. Hebat permainannya. Ada siap kata cukai perkhidmatan tu kira untuk mereka kemas tempat makan yang pelanggan tinggalkan. Nampak sikap tu sikap apa. Sikap terkeji macam babi tu.",
"Saya ambil keputusan, untuk pekerja-pekerja ini saya akan bantu mereka. Bukan dengan wang ringgit tapi dengan meneruskan tabiat kemas tempat kita makan tanda solidariti kepada petugas franchais makanan segera ni. Biarlah orang kata buang tabiat pun.",
"Ya memang keuntungan kedai kedai ni akan bayar gaji mereka tapi itu bukan lesen untuk kita maki mereka atau tinggalkan tempat kita makan macam sarang babi hutan. Di rumah pun kita makan angkat pinggan kemas meja sendiri kan. Kenapa tak lakukan perkara sama di luar?",
"Tak salah pun amalkan. Melambangkan kita ni masyarakat ada pekerti mulia. Tanda kita tak lokek dan ada kesedaran sivik. Ya! memang kerja mereka berbayar, tapi janganlah sampai tinggal segala bala macam babi lepas makan.",
"Ni penanda aras mentaliti mayarakat. Kita dambakan fasilitas kelas dunia, kelas pertama serba serbi tapi hakikatnya tabiat dan kelakuan kita 'low class'. No class at all. Jadi berubahlah!",
"Selepas makan tu, kemas meja. Paling best bila adik-adik, abang, kakak, aunty dan uncle yang kerja sana ucap terima kasih kat kita. Sekelumit pekerti kita tu dibalas juga dengan kebaikan.",
"Paling malas pun kurang-kurang susun atur bagi elok agar mudah pekerja boleh terus angkat tanpa perlu menyusun sampah-sampah kita terlebih dahulu."
] |
https://iluminasi.com/bm/doktor-ini-dikecam-netizen-kerana-mengatakan-stevia-tidak-baik-untuk-kesihatan.html | Stevia tidak bagus untuk kesihatan. Doktor ini dikecam netizen | [
"Semalam, heboh di laman sosial mengenai status kebaikan stevia. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong. Namun hal kekecohan ini berlaku kerana posting Doktor Haji N Amin di laman sosial. Berikut adalah text yang telah ditulis oleh beliau.",
"Selepas mengikuti perkembangan isu ini, didapati rata-rata netizen marah pada Doktor Haji N Amin kerana beliau mempromosikan produk pemanis beliau sendiri. Dan yang memarahi itu pula kebanyakannya adalah penjual stevia itu sendiri. Namun begitu, masih ada maklumat-maklumat yang didapati menunjukkan bahawa banyak kajian telah dijalankan membuktikan bahawa stevia sebenarnya adalah bagus dan baik untuk kesihatan."
] |
https://iluminasi.com/bm/nasihat-berguna-dari-pengerusi-mofaz-tuan-haji-mohamed-fauzy.html | Nasihat berguna dari pengerusi Mofaz, Tuan Haji Mohamed Fauzy | [
"Bagi sesiapa yang tidak mengenali Tuan Haji Mohamed Fauzy, beliau adalah pengerusi kumpulan Mofaz yang menjalankan perniagaan kereta mewah, hotel dan banyak lagi. Beliau adalah anak jati Kelantan yang berusaha keras untuk mencapai kejayaannya pada hari ini. Berikut adalah antara nasihat berguna yang disampaikan olehnya kepada saudara Khairul Hakimin dimana artikel awal telah ditulis di apemazing.com",
"Sebelum memulakan perniagaan sendiri, Tuan Haji Mohamed Fauzy bekerja selama 13 tahun di Nestle Malaysia. Dengan memegang jawatan pengurus pemasaran, Beliau berjaya membantu Nestle mengaut keuntungan sebanyak RM32 juta dalam tempoh sebulan.",
"Ketika bekerja dengan Nestle, Tuan Haji Mohamed Fauzy juga bekerja sebagai penjual kereta untuk mencari pendapatan sampingan. Dari kerja sambilan (part time), kini sebut sahaja anda mahu kereta apa. Walau berjutaan ringgit harganya, pasti ada dijual oleh Tuan Haji Mohamed Fauzy.",
"Bukan sebagai penjual kereta mahupun pengurus pemasaran sahaja. Beliau juga berani untuk menjadi franchise syarikat kapal mewah Bayliner pada tahun 90an. Pada ketika ini, beliau memiliki beratus-ratus bot mewah untuk digunakan oleh golongan berada. Selepas beberapa tahun didalam bidang perkapalan, Beliau menceburi bidang penerbangan pula dan menubuhkan Mofaz Air Academy.",
"Pada tahun 1993, beliau telah membuka syarikat penerbangan tambang murah bermodalkan 2 buah pesawat kapal terbang. Hal ini telah dipersetujui perdana menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.",
"Katanya lagi, sejak kecil beliau sudah berpegang pada visi dan misi beliau iaitu tidak mahu bekerja kerajaan kerana mahu berniaga sendiri. Sekiranya berkerja dengan orang, kita akan dibatasi oleh dinding-dinding yang menghalangi. Susah untuk berkembang dengan lebih besar. Kalau berniaga, dimana-mana kita boleh lakukan. Tidak terbatas dengan orang lain, cuma perlukan usaha yang lebih untuk hasil yang lebih.",
"Sepanjang perjalanan perniagaan, pasti ada orang yang akan merosakkan, menjatuhkan, menaikkan, membantu atau memajukan perniagaan kita. Tidak kiralah apa jua yang berlaku, kita perlu berjalan terus dan jangan bermusuhan dengan sesiapapun. Berkawanlah. ",
"Dewasa kini, ramai anak muda yang menemui kegagalan kerana tidak pandai dalam pemasaran. Kekuatan sesuatu bisnes itu terletak pada bagaimana produk itu sampai kepada pengguna. Jadi kemahiran pemasaran ini adalah amat penting sekali.",
"Sebelum Tuan Haji Mohamed Fauzy menceburi bidang penerbangan, beliau telah mendapatkan lesen juruterbang di Amerika untuk menimba ilmu penerbangan sebelum terjun ke bidang itu. Jadi kesimpulannya kita perlu tahu apa yang kita buat. Jangan kita buat perkara yang kita tidak tahu.",
"Usahawan perlu banyak usaha untuk memperoleh hasil yang lebih. Jadi untuk memperoleh hasil yang lebih, kita perlu rajin. Nak rajin, kena penuhi masa dengan sebaiknya. Jangan bazirkan masa. Hidup hanya sekali, lakukan yang terbaik untuk diri dan kehidupan anda."
] |