url
stringlengths 33
166
| headline
stringlengths 20
127
| content
sequence |
---|---|---|
https://iluminasi.com/bm/misi-menyelamatkan-rumah-tradisional-jepun-oleh-warga-malaysia-dan-singapura.html | Misi menyelamatkan rumah tradisional Jepun oleh warga Malaysia dan Singapura | [
"Seorang rakyat Malaysia bersama tiga lagi rakan baiknya yang berasal dari Singapura bekerjasama menyelamatkan dua buah rumah tradisional Jepun di daerah Kyoto daripada dirobohkan untuk menjadi tapak meletakkan kenderaan. ",
"Rumah-rumah kayu dua tingkat itu telah dibina lebih 100 tahun ketika zaman Meiji sekitar 1868-1912 dan masih kekal berdiri walaupun telah menempuhi dua perang dunia.",
"Empat sahabat ini telah berjaya engumpulkan dana untuk menyelamatkan tanah di mana rumah itu dibina setelah mendapat tahu ada pembeli lain yang berniat untuk membina tempat letak kereta di situ. Kini rumah itu telah ditukarkan menjadi kediaman perkhidmatan yang dinamakan Shimaya Stays. Perkataan \"Shimaya\" itu diinspirasikan daripada perkataan Jepun bagi Singapura (Shingaporu) dan Malaysia (Mareshia).",
"Idea itu datang daripada Lee Yong Chye, warga Singapura yang telah menghubungi usahawan dari Malaysia, Benjamin Lim dan dua lagi rakan iaitu Gian Yi-Hsen yang berada di Amerika Syarikat dan Richard Tan.",
"Keempat-empat rakan ini sangat cintakan budaya, makanan dan segala perkara berkaitan Jepun. Mereka juga tertarik dengan lokasi rumah ini yang berada di mukim Higashiyama dan boleh berjalan kaki ke tempat menarik seperti tokong Yasaka dan Kuil Kiyomizu-dera yang terkenal di Kyoto.",
"Setelah berjaya membeli tanah itu pada tahun 2014, mereka memulakan kerja-kerja pemulihan yang menggunakan kepakaran dan tenaga kerja orang Jepun sendiri. Ini kerana mereka mahukan struktur asal dan dinding rumah itu dijaga dan perabot seperti katil dan meja makan dibuat sendiri untuk menjaga feel dan keaslian rumah.",
"Rumah tradisional Jepun ini boleh memuatkan 5-6 orang dan mempunyai 3 bilik. Dua bilik mengekalkan penggunaan tikar tatami dan satu daripadanya menggunakan katil ala barat. ",
"Untuk maklumat lanjut mengenai rumah ini, boleh layari laman web Shimaya Stays."
] |
https://iluminasi.com/bm/anak-mengadu-sakit-kepala.html | Anak Sakit Kepala? Ini Punca Berlaku Migrain Dikalangan Kanak-Kanak | [
"Orang dewasa selalu terkena gangguan sakit kepala yang menyebabkan kepala rasa berpusing, berdenyut-denyut dan mata rasa berpinar. Tapi kalau anak mengadu sakit kepala, perlukah kita ambil serius?Untuk pengetahuan anda, sakit kepala bukanlah hanya merupakan masalah orang dewasa. ",
"Kanak-kanak dan remaja juga mengalaminya. Menurut tinjauan yang dibuat oleh Yayasan Sakit Kepala Amerika, 25 daripada 1,000 kanak-kanak berusia 6 hingga 17 tahun mengalami sakit kepala yang kerap ataupun kronik.",
"Ramai ibu bapa yang beranggapan sakit kepala di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan masalah mata seperti rabun atau astigmatism. Mereka sangka sakit itu disebabkan terlalu banyak menonton tv atau bermain gajet. Tapi sebenarnya, kajian yang didedahkan oleh Akademi Oftalmologi Amerika mendapati, tiada kaitan besar antara sakit kepala dan masalah penglihatan anak.",
"Antara punca yang menyebabkan sakit kepala adalah faktor sakit seperti sinus, demam atau jangkitan telinga; faktor persekitaran seperti pencemaran, cuaca dan asap rokok sekunder; serta faktor tekanan seperti kemurungan dan tidur yang tidak mencukupi.",
"WebMD menjelaskan terdapat lebih 150 jenis sakit kepala namun jenis-jenis yang paling selalu dijumpai adalah:",
"Sakit kepala ini merupakan yang paling lazim terjadi di kalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak. Sakit kepala jenis ini berlaku akibat ketegangan otot di bahagian dahi dan tepi kepala yang berpunca daripada situasi tegang, tekanan ataupun stress.",
"Ada kanak-kanak yang berasa loya dan rasa 'berpusing' apabila sakit kepala jenis ini menjelma. Migrain menyebabkan sakit menyucuk di sebelah bahagian kepala secara lazimnya.",
"Sakit kepala ini boleh disebabkan oleh jangkitan demam, selesema dan sinusitis. Selain itu, glaukoma dan jangkitan dalam mulut seperti sakit gusi atau gigi bernanah juga boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk pada anak-anak. Akhir sekali, masalah penglihatan juga mungkin menjadi salah satu faktor di mana otot di sekeliling mata menjadi letih kerana terpaksa memfokus mata walaupun dalam keadaan rabun.",
"Dikenali juga sebagai radang sakit kepala, sakit kepala jenis ini sering bertambah teruk dan berlaku dengan lebih kerap atau berterusan. Ini mungkin disebabkan oleh penyakit yang lebih kronik seperti ketumbuhan dalam otak, darah beku, jangkitan kuman dalam otak atau kemerosotan fungsi otak. ",
"Antara simptom yang perlu diperhatikan adalah anak muntah, menjadi lemah tubuh dan anggota badan, hilangan ingatan atau penglihatan.",
"Walaupun kebanyakan sakit kepala di kalangan kanak-kanak adalah tidak begitu serius, namun sekiranya anak mengalami masalah sakit kepala sehingga mengganggu aktiviti hariannya ataupun terlalu kerap terjadi dan sakit berterusan, sila terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.",
"Adalah penting untuk anda mencatat segala simptom dan kekerapan anak mengadu sakit kepala supaya doktor boleh membuat diagnosis dan pilihan imbasan (scan) yang lebih tepat sama ada CT scan, MRI atau EEG. Beritahu doktor segala perincian seperti waktu terjadi atau sekiranya ada makanan yang membuatkan sakit lebih teruk."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-filem-popular-yang-diharamkan-di-malaysia-selepas-tahun-2000.html | 5 Filem Popular Yang Diharamkan Malaysia | [
"Pada ketika ini, pasti ramai yang menunggu adakah filem Beauty and The Beast akan ditayangkan di Malaysia selepas Lembaga Penapisan Filem meminta penerbit filem melakukan beberapa suntingan ke atas filem tersebut kerana mengandungi elemen cinta sejenis antara lelaki. ",
"Adakah penerbit filem ini akan mengalah atau orang ramai di Malaysia tidak akan dapat menonton filem lakonan Emma Watson itu dipawagam? Sementara kita semua menunggu apa yang akan berlaku, apa kata kita lihat semula beberapa filem berprofil tinggi yang tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negara kita, bermula pada tahun 2000.",
"Filem yang mengisahkan mengenai watak Zoolander, seorang model yang dipukau untuk menjadi pembunuh kepada Perdana Menteri Malaysia yang digambarkan sebagai seorang lelaki Cina. Nama Malaysia disebut dan diburukkan sebagai sebuah negara yang membenarkan penggunaan tenaga buruh kanak-kanak dalam filem tersebut.",
"Filem ini yang mengisahkan tentang Bruce, lakonan Jim Carrey yang diberikan kuasa sebagai Tuhan selepas mengalami pelbagai insiden buruk dalam hidupnya.",
"Filem lakonan mendiang Heath Ledger dan Jake Gyllenhall yang memaparkan hidup dua orang lelaki yang hidup pada zaman dahulu, mempunyai isteri dan teman wanita masing-masing tetapi tidak dapat meneruskan hidup mereka seperti sediakala selepas bertemu satu sama lain. Terlalu banyak adegan yang tidak patut ditonton dipersembahkan dalam filem ini.",
"Kini dikaitkan dengan skandal 1MDB, filem arahan Martin Scorsese ini menampilkan Leonardo DiCaprio sebagai watak utama berdasarkan kisah sebenar seorang lelaki memanipulasi pasaran saham untuk mendapatkan keuntungan segera. Margot Robbie dalam filem ini membuatkan ramai lelaki tidak senang duduk.",
"Sebuah filem yang (kononnya) menggambarkan apa yang berlaku kepada Noah, lakonan Russel Crowe ketika bumi ditimpa banjir besar dan bagaimana Noah cuba menyelamatkan manusia dan haiwan berdasarkan ilham-ilham yang diberikan kepada dia oleh Tuhan yang menjadikan dia seorang Prophet pada zaman itu."
] |
https://iluminasi.com/bm/cara-situp-yang-betul.html | Tips Dan Panduan Senaman Ringkas Untuk Dapat Six Pack | [
"Ramai di antara kita (ramai?) meluangkan masa untuk melakukan sit-up untuk mengempiskan perut supaya kelihatan bergaya. Walaupun begitu, apa yang anda buat itu sebenarnya tidak memberikan kesan.",
"Kenapa Saya Sit-Up Hari-Hari Tapi Saya Tak Dapat Pun Six Pack Yang Saya Idamkan?",
"Menurut pakar pelatih selebriti, Nicola Addison, rahsia untuk mendapatkan perut yang kempis dan berotot bukanlah dengan melakukan sit-up.",
"Mengikut beliau, terdapat banyak salah tanggapan orang ramai berkenaan lemak di dalam badan khasnya di bahagian perut. Sit up tidak akan memberikan anda perut yang kempis walau bagaimana kuatpun anda melatih otot anda, selagi lapisan luar otot perut ditutupi oleh lapisan lemak. ",
"Salah satu mitos berkenaan pembuangan lemak yang selalu orang mudah percaya ada jika kita berusaha menguatkan otot di bahagian yang kita latih, lemak akan turut sama dibuang. Itu adalah mitos.",
"Cara yang sebenar adalah dibahagikan kepada 4 cara secara amnya yang perlu dituruti untuk mendapat hasil yang memuaskan;",
"Rajinkan diri untuk melakukan aktiviti mengangkat berat. Apabila kita melakukan sesuatu yang memerlukan pergerakan otot, kalori akan dibakar. Otot pula adalah tempat di mana kalori dibakar.",
"Telah dibuktikan yang rutin melakukan aktiviti mengangkat berat menambahkan tahap metalobisme kita sebanyak 15 peratus. Gabungkan pelbagai jenis latihan yang menggunakan pelbagai jenis otot ke dalam latihan anda.",
"Senaman ini nampak mudah tetapi sebenarnya amat susah hendak dilakukan. Melakukan aktiviti planks sebagai rutin mampu memperkuatkan abdomen dan mengempiskan perut.",
"Diet yang mengandungi makan yang telah diproses, gula, garam dan lemak tidak akan membantu. Fokuskan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan tersebut dan lebihkan kepada pengambilan protein untuk membantu anda mengempiskan perut anda."
] |
https://iluminasi.com/bm/pereka-grafik-ini-cipta-semula-lukisan-lukisan-terkenal-menggunakan-teknik-menyerupai-lego.html | Pereka Grafik Ini Cipta Semula Lukisan-Lukisan Terkenal Menggunakan Teknik Menyerupai Lego | [
"Walaupun menggunakan teknik yang agak ringkas, kita dapat melihat lukisan yang ingin diterjemahkan dalam bentuk baru ini. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti lukisan yang dicipta semula ini apabila kita melihat dari jarak jauh. Bolehkah anda teka lukisan asal yang dihasilkan semula?"
] |
https://iluminasi.com/bm/aku-sangka-suami-aku-gay-tapi-rupa-rupanya-dia.html | Jangan Tuduh Melulu Individu LGBT Sebelum Terbukti | [
"Pertama sekali apa kita buat adalah kita simpan syak wasangka kita. Jika kita simpan seorang, tak ada masalah sebenarnya tapi selalunya yang berlaku, kita kongsikan keraguan kita pada orang lain. Kita jadikan dia itu topik perbincangan kita, nak pastikan sama ada dia itu L atau G atau B atau mungkin juga T. ",
"Dari situ merebak dan merebak lah syak wasangka kita itu. Kita jadi takut nak dekat dengan dia dan kita perhatikan setiap gerak geri dia. Masalahnya, pada ketika itu, perasaan kita itu semuanya berpunca dari persepsi kita. Kita yang rasa dia LGBT, kita yang buat kesimpulan dia tu macam tu.",
"\"Alah, kau boleh kenal la, senang la nak kenal, takkan la kau tak boleh kenal?\" Itu hujah biasa kita nak membolehkan tindakan kita.",
"Situasi tersebut hanya perlu satu saja cara nak rungkai; betul ke dia LGBT? 100% LGBT? ",
"Jika persoalan itu tidak dapat dijawab, kenapa kita nak sampai kepada kesimpulan sendiri sedangkan besar kemungkinan dia yang kita syaki itu, tak pernah kacau kita pun? Kenapa?",
"Allah takkan hukum orang yang hatinya LGBT asalkan dia tak pernah bertindak menjadi LGBT. Mungkin orang yang kita syaki itu nampak terlalu lembut atau terlalu kasar, tetapi dah sifatnya begitu sedangkan dalam hati dia, setiap hari dia penat melawan perasaan dia tu. Kita tak tau mungkin dia ni jenis yang takut doa tapi dah nalurinya agak keperempuanan atau agak kejantanan, nak buat macam mana? Kita labelkan terus dia LGBT sedangkan dia sebenarnya berusaha untuk tidak menjadi demikian. ",
"Ada dua golongan LGBT. Satu, golongan yang disebutkan di atas. Dua, mereka yang secara terbuka mengaku mereka LGBT, terlibat dengan aktiviti LGBT dan tidak malu meminta hak-hak mereka sebagai warganegara Malaysia. Kedua-dua golongan ini tidak sama abang-abang dan kakak-kakak. Kena tau lah perbezaan dia. Contoh paling mudah, seorang menteri yang dikatakan lesbian. Benarkah dia lesbian? Adakah kita kata dia lesbian kerana perwatakannya kasar dan rambut pendeknya itu? Adakah itu cukup untuk kita jatuh hukum kata dia lesbian? Pasti?",
"Jika ya sekalipun dia lesbian, kita tak tau. Itu antara dia dengan Allah swt. Kita pula, rujuklah kepada apa yang kita nampak dan bukan khabar angin, cakap orang, gosip atau testimoni yang kita tak tau mana datang. Segala keputusan dan persepsi kita kenalah dibentuk dari benda yang benar dan sahih. Bergantunglah dengan perkara yang sahih, walaupun menteri tersebut berpakaian ala maskulin dan rambut dia pendek, dia tak pernah sesekali pun kata dia lesbian, nak memperjuangkan hak dia sebagai lesbian atau tiba-tiba dalam Parlimen menjerit \"GO LESBIAN!\"",
"Kita bukannya malaikat mampu tau apa yang kita tak nampak. Kita bukannya ada bukti pun nak menuduh. Sikap ni la kot antara punca bala kerap benar menimpa negara kita ni.",
"Sebagai masyarakat, memang terlalu mudah untuk kita cop seseorang itu LGBT. Aku akui sifat mereka akan jelas kelihatan yang lelaki nya macam mana, perempuan macam mana, tetapi itu bukan lesen untuk kita terus cop siapa-siapa itu sah LGBT. ",
"Ada LGBT berjenis senyap yang mungkin takut Tuhan, ada juga LGBT jenis yang dah tak peduli Tuhan, jadi dia berani minta itu ini, nak sijil kahwin sejenis dan lain-lain lagi.",
"Kenali dulu siapa. Mana satu golongan LGBT yang perlu ditentang, kita lawan. Mana LGBT yang perlu dibantu, kita bantulah. Bukan senang jadi mereka ini jika mereka ini Muslim dan mereka tau apa balasannya, jika terlalu menurut perasaan. Itulah pejuang LGBT sebenar, bukannya geng-geng yang bawak bendera pelangi tu atau seangkatan dengannya."
] |
https://iluminasi.com/bm/cerpen-ini-luah-perasaan-peniaga-melayu-tepi-jalan-yang-selalu-dipandang-rendah-oleh-masyarakat.html | Peniaga tepi jalan jual harga mahal sikit kau dah bising | [
"Cerpen merupakan satu medium yang sangat baik dalam memberi penceritaan berkenaan masyarakat. Berikut merupakan sebuah cerpen yang ditulis untuk mambantu memberi kesedara berkaitan status darjat antara kita yang sekian lama semakin melebar.",
"\"Mak, macam mana meniaga hari ni?\" tanya Leman pada ibunya. ",
"\"Hari ni kurang la Man, hujan, tercongok mak sorang kat situ dengan adik kau,\" Makcik Faridah menjawab.",
"\"Tak payah la meniaga lagi dah Mak, duduk rumah aje,\" kata Leman, sambil menyuapkan nasi ke mulut.",
"\"Mak nak buat apa lagi, duduk rumah tengok tv, sembahyang, masak sikit, itupun untuk mak dengan adik aje makan,\" Makcik Faridah memberitahu anaknya.",
"Leman menyuap lauk ayam sambal ke mulutnya. Pedas ya amat terasa di lidah, tapi sedapnya susah nak digambarkan. Selesai makan, Leman mencuci tangan menemani ibunya menonton tv.",
"\"Tadi ada seorang lelaki tu, dia kata donut mak tak sedap, dah la mahal. Kata dialah. Cuma dia suka betul seri muka kita. Terasa mak dengan apa dia kata tu,\" Makcik Faridah membuka cerita. \" Surrender mak nak buat donut lagi. Baru je cuba sekali dah kena..\"",
"Leman hanya tergelak mendengar. \"Nak puaskan hati semua orang ni mak, mustahil. Buat la macam mana pun mak usaha, ada la yang tak suka la, kata mahal la, kata dah lama ke.\"",
"\"Mak tau Man, tapi kau pun tau mak macam mana,\" kata Makcik Faridah. \"Bila ada orang kata apa-apa, mesti mak cuba ubah resipi.\"",
"\"Tak payah diubah mak, buat tak peduli aje apa orang kata,\" jawab Leman. \"Orang kita ni mak, permintaan dia macam-macam. Kalau nak diikut, 10 jenis donut pun dia tak puas hati.\"",
"\"Esok kau ada lagi kan? Ahad baru balik?\" tanya Makcik Faridah. ",
"Leman diam menonton liputan bolasepak liga Malaysia. Seronok dia melihat carta liga apabila Kedah berada di atas.",
"\"Orang kita ni, asal jual tepi jalan aje, banyak la bunyi dia. Cuba jual dalam air cond, ada jenama, senyap aje masa bayar, tak sedap pun jadi sedap,\" kata Leman.",
"\"Dah dah la tu Man, kau ni pun,\" Makcik Faridah memujuk anaknya. ",
"\"Adik tak balik lagi ni, tah mana dia pergi,\" Leman merenung jam dinding yang tertera 9.05 malam. ",
"\"Biarlah dia, nanti sekejap lagi dia balik la tu, gi lepak dengan kawan-kawan dia la tu,\" Makcik Faridah menjawab pertanyaan Leman.",
"\"Brader yang kata mahal tu ada ke esok mak?\" tanya Leman. ",
"\"Hari-hari ada. Dia mesti singgah beli seri muka, kau tanya ni kenapa?\" soal Makcik Faridah risau. \"Kau nak sound dia ke? Tak payah la Man. Dia regular customer tu.\"",
"\"Tak la Mak. Ada ke nak buat camtu,\" kata Leman. \"Saya masuk bilik dulu Mak. Ada kerja sikit nak kena taip.\"",
"Makcik Faridah mengangguk lalu menumpukan perhatian pada drama di televisyen.",
"Keesokannya, Makcik Faridah seperti hari-hari sebelum membuka gerai jualan pada jam 3.30 petang. Leman ada membantu ditemani adiknya Norman. ",
"\"Mak, adik, abang gi beli barang sikit kat kedai,\" kata Leman pada ibu dan adiknya. Leman menghilangkan diri dan dalam jam 4.05 petang, dia kembali di gerai ibunya sambil menjinjing dua bungkus plastik berisi kotak.",
"\"Ada la,\" balas Leman. \"Mak, bekas kuih kosong ada lagi kan?\" tanya Leman pada ibunya. ",
"Leman membuka dua kotak itu lalu menggunakan penyepit mengambil keluar donut yang ada dari kotak lalu disusun ke dalam belas kuih ibunya.",
"\"Kenapa nak dijual pulak donut tu Man?\" soal ibunya. \"Tak payah la. Nanti tak habis donut mak tu.\"",
"Pelanggan mula datang petang itu lalu sibuklah mereka melayan pembelian pelanggan. Langit sedikit gelap membuatkan mereka bertiga gusar.",
"Dari jauh nampak sebuah motorsikal bergerak ke arah mereka dan pemandunya memberhentikan kenderaannya di depan gerai.",
"\"Ni la orang yang mak cerita semalam,\" bisik Makcik Faridah.",
"\"Ohoho,\" cepat-cepat Leman mengeluarkan rak kuih yang berisi donut dari kedai lain lalu diletakkan di atas meja. ",
"\"Seri muka mintak 4, lepas tu bingka ubi mintak 2,\" kata lelaki tersebut.",
"\"Donut tak nak bang?\" tanya Leman. Makcik Faridah menjeling anaknya.",
"\"Donut special ni bang, ada inti strawberi, inti epal, inti custard, inti keju pun ada,\" kata Leman. ",
"Lelaki itu mengambil donut tersebut dengan penyepit lalu ditenungnya.\"Sedap ke ni dik?\" tanya lelaki itu.",
"\"Sedap bang. Sebijik macam donut yang kat kedai tu, kami tiru sebijik,\" kata Leman. ",
"\"Mak aih mahalnya!\" komen lelaki tersebut. \"\"Ada ke orang nak beli kalau sebijik RM2 ni?\"",
"\"Tak mau ke bang? Sama ni bang, macam yang kat kedai tu,\" pujuk Leman.",
"\"Tak apa la dik. Kalau ikut abang, ikhlas abang cakap, baik abang beli kat kedai tu aje terus,\" kata lelaki it lalu membayar, kemudian dia beredar dengan motorsikalnya.",
"\"Tu brader yang kata donut mak tak sedap semalam tu kan?\" tanya Norman.",
"Makcik Faridah mengangguk memandang Leman dan Norman dengan senyuman. \"Berapa sebijik donut tu Man? Takkanlah sampai RM 2 satu?\" tanya Makcik Faridah.",
"\"Nasib baik dia tak beli, kalau tak rugi dah tadi,\" kata Leman. \"Boleh kita makan malam ni.\""
] |
https://iluminasi.com/bm/jangan-salahkan-guru-kalau-anda-yang-tak-pandai-didik-anak.html | Kalau tak pandai didik anak, jangan salahkan guru dan cikgu | [
"Sebagai seorang ibu atau bapa, jujurlah jawab, adakah anda mampu menjaga dan mendidik anak seramai ini?",
"Itu baru kita ambil nisbah secara umum dan 'pukul rata'. Kalau kita ambil nisbah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pula, 1 guru perlu bertanggungjawab kepada lebih kurang 40 orang anak murid. Anda mampu jaga anak seramai itu?",
"Kalau anda jawab tak boleh, maka janganlah memandang profesion guru ini sebagai suatu benda yang remeh. Selalu benar kita dengar orang kata kerja cikgu ni senang. Tengah hari dah boleh balik rumah. Cuti banyak. Boleh jalan-jalan pergi kursus. Rilek je makan gaji tiap bulan. Tapi kita lupa, mereka punya tanggungjawab yang besar dan pada masa yang sama, mereka juga manusia biasa punya kehidupan berkeluarga seperti anda.",
"Banyak kali dah kita baca berita tentang ibu bapa yang menyerang guru, menyalahkan guru, saman guru, bagi arahan pada kementerian supaya transfer atau pecat guru...macam-macam lagilah. Tapi semua yang terjadi itu adakah semata-mata salah pihak sekolah dan guru? Ataupun anak kitalah puncanya?",
"Dulu, pekerjaan guru ini dipandang mulia dan dihormati masyarakat. Tapi lama-kelamaan orang kita seolah-olah dah tak peduli pun dengan cikgu. Sikit-sikit nak viral. Sikit-sikit terus serang pihak sekolah. Adakah ibu bapa generasi kini terlalu manjakan anak atau kita bertukar menjadi masyarakat yang semakin kurang beradab?",
"Dalam satu kelas, seorang guru perlu mengajar dan mendidik sehingga 40 orang pelajar. Anda yang baru beranak 3-4 orang pun boleh tersasul nama dan tak tahu pun apa minat anak-anak. Bayangkan cikgu yang kena mengajar banyak kelas. Berapa ramai pelajar yang perlu dihafal namanya dan dikenalpasti tahap pencapaian setiap seorang.",
"Kalau balik rumah awal pun cikgu perlu menyemak puluhan buku yang mempunyai berbagai-bagai jenis jawapan dan tulisan. Anda pernah tanda 40 esei pelajar? Anda di pejabat setakat semak kertas kerja seorang dua staf pun dah pening, inikan pula karangan pelajar yang ditulis tangan.",
"Selain itu guru-guru yang 'balik rumah awal' ni dah kena sediakan segala isi dan bahan bantu mengajar untuk keesokan hari. Kalau guru tu jadi penyelaras badan beruniform atau guru sukan pula mereka akan pulang lebih lewat dan perlu berada di sekolah sehingga ke petang.",
"Anda ada group whatsapp kelas? Kami percaya, anda sendiri boleh faham perangai ibu bapa zaman sekarang yang suka tanya soalan entah apa-apa. Kerap sangat bila cikgu dah bagi satu info, ibu-ibu ni boleh tanya lagi soalan yang sama 2-3 kali walaupun info yang diberi sudah jelas dan nyata. Kadang-kadang pukul 10-11 malam pun masih nak hantar mesej tanya ada homework atau tidak. Anda pernah tak terfikir, cikgu itu juga punya keluarga untuk dijaga dan anak-anak sendiri di rumah?",
"Ni belum sentuh bab ibu bapa yang suka memberi arahan kepada guru. \"Cikgu, nanti ingatkan anak saya minum air.\" \"Cikgu, tolong tengokkan anak saya masa turun tangga nanti. Takut dia jatuh.\" \"Cikgu, tolong tangkap gambar anak saya.\"",
"Guru-guru ni dah terlalu ramai bos di sekolah dan jabatan yang sentiasa memberi arahan. Kalau ibu bapa pun sibuk nak jadi bos juga, susahlah. Lepas tu apabila guru tak ikut cakap anda, buat tak kena gaya, anda terus viralkan. Apa kata, kalau anda rasa tidak berpuas hati apa-apa, bawalah berbincang terlebih dahulu dengan guru terbabit dan pihak sekolah. Takkanlah cikgu jentik anak sikit sebab tak siapkan kerja sekolah, anda dah nak melenting buat laporan di surat khabar? Janganlah manjakan sangat anak.",
"Buat para guru, semoga anda terus menjadi inspirasi, sentiasa istiqomah dan ikhlas dalam mendidik anak-anak bangsa ini supaya menjadi 'manusia' apabila dewasa kelak.",
"Para ibu bapa pula, jadilah ibu bapa yang terbaik buat anak-anak dan ingatlah bahawa didikan anak semuanya bermula dari rumah. Guru hanya bertanggungjawab mengajar dan mendidik pada waktu sekolah. Itu pun hanya terhad kepada beberapa waktu mengajar sahaja. Selebihnya, andalah mentor utama anak-anak. Ajarlah anak supaya hormatkan guru dan sentiasa berdisiplin dengan mematuhi peraturan sekolah. Di sinilah peranan anda untuklead by example.",
"Tapi kalau dah tak suka sangat pada pihak sekolah dan guru, bolehlah cuba homeschoolkan anak. Ajar dan bentuklah mereka sesuka hati anda. Nak acuan bentuk bahulu ke, bentuk donat ke, pilihan di tangan anda."
] |
https://iluminasi.com/bm/belangkas-boleh-makan-ke.html | Hukum Makan Belangkas Dalam Islam - Bolehkah? | [
"Belangkas merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan juga sedikit kawasanpaya air tawar. Belangkas selalunya berada di pesisiran pantai dan ia amat mudah ditangkap kerana ia tidak mengigit. Nampak ganas macam predator, hakikatnya tidak ganas haiwan ini. Nama sainifik belangkas adalah 'tachlypeus gigas', ia berasal dari keluarga Limulidae. ",
"Belangkas merupa artopod laut disebakan fizikalnya yang mempunyai rangka luar seperti 'helmet askar' , bersendi dan juga mempunyai ekor panjang yang tajam. Seekor belangkas dewasa boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan mempunyai imunisasi yang lengkap.",
"Pepatah melayu ada sebut 'bagai belangkas' yang bermaksud lelaki dan wanita asyik berdua duaan ke mana sahaja. Memang sama pon macam belangkas, ia memang suka berkepit dengan pasangannya macam gambar diatas.",
"Merujuk kepada laman sesawang mufti Wilayah Persekutuan, kita akan dapat jawapan tentang hukum memakan daging/isi dan telur belangkas. Mari kita lihat keputasan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.",
"Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. ",
"Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas.",
" Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.",
"Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.",
"Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hukum memakan belangkas, anda boleh rujuk laman sesawang mufti wilayah persekutuan.",
"Belangkas ni sesuai untuk dibakar/dipanggang, ada juga yang menyediakan asam pedas belangkas,sambal tumis belangkas dan juga masak lemak belangkas. Namun begitu anda harus diingatkan terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria anda (pening/loya) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan mestilah belajar dari orang yang pandai menyediakannya.",
"Satu lagi keistimewaan balangkas adalah darahnya berwarna biru. Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia berbanding hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiznya yang lebih besar. ",
"Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut. Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin."
] |
https://iluminasi.com/bm/kembara-inspirasi-si-miskin.html | Kembara bermotosikal seorang diri, bantu anak tahfiz dan anak yatim | [
"Tanggal 2 Mac 2017 bermulalah kisah pengembaraan si miskin yang akan banyak memberi inspirasi kepada kita semua. Dinie Shazwi, 31 berkorbankan diri untuk mencoret kisah suka duka sepanjang pengembaraan mengelilingi Malaysia hanya dengan sebuah motorsikal jenis Modenas yang dijangka tamat pada awal bulan Jun. Tujuan pengembaraan ini adalah untuk membuka mata masyarakat tentang kehidupan anak-anak tahfiz di pondok seluruh negara.",
"Kini dah masuk hari yang ke 11 Dinie mengembara. Antara yang kami ingin kongsikan adalah persinggahan Dinie di rumah Anak Yatim Teluk Intan yang dipetik dari lama facebook Dinie sendiri.",
"Dinie : \"Kat luar makanan sedap-sedap. Awak tak menyesal tak dapat makan sedap-sedap Adi?\"",
"Dinie : \"Kenapa Adi? Saya yang baru dua hari duduk sini dah teringat makanan yang sedap-sedap.\" ",
"Adi : \"Bila saya baca Al-Quran saya dah lupa tentang makanan.\"",
"Sahabat Adi yang bernama Aidil mencelah dengan menyatakan bahawa sudah 28 juzuk Adi menghafaz al Quran. ",
"Semoga kembara Dinie dapat memberi inspirasi untuk kita semua. Kita doakan supaya Dinie selamat menyelesaikan misi kembara tersebut. Ikuti FB Dinie Shazwi untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengembaraan yang akan berakhir 3 bulan lagi."
] |
https://iluminasi.com/bm/jenis-jenis-acara-larian-yang-terdapat-di-malaysia.html | Jenis-Jenis Acara Larian Yang Terdapat di Malaysia | [
"Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pertambahan acara-acara larian di Malaysia pada hujung minggu. Setiap hujung minggu, tidak kurang daripada 10 acara larian yang dijalankan di seluruh Malaysia anda hanya perlulah bijak memilih mana-mana acara yang sesuai dengan anada.",
"Pertambahan acara larian ini merupakan suatu perkara yang positif untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan. Bagi yang baru ingin menceburkan diri dalam aktiviti larian, berikut adalah beberapa kategori larian yang anda boleh sertai:",
"Bagi yang baru pertama kali mahu berjinak-jinak dengan aktiviti larian, anda boleh mencuba Road Run larian biasa dahulu. Untuk larian ini, anda akan berlari di atas jalan tar. Terdapat pelbagai kategori yang boleh disertai antaranya 5km (lebih dikenali sebagai Fun Run), 10km, 21km (Half Marathon), 42km (Full Marathon) dan 50km keatas (Ultra Marathon).",
"Biasanya, minuman akan disediakan oleh pihak penganjur di \"water station\" yang terletak kira-kira setiap 3km sepanjang jalan larian. Untuk keselamatan pelari, penganjur selalunya akan menutup sebahagian jalan dan mendapatkan bantuan polis trafik, RELA atau pasukan sukarelawan untuk mengawal trafik. Untuk kategori 10km dan keatas, biasanya pasukan medik juga disediakan oleh penganjur untuk keselesaan pelari.",
"Antara acara Road Run popular yang terdapat di Malaysia ada:",
"Bagi yang inginkan lebih cabaran, anda juga boleh menyertai Trail Run. Untuk kategori Trail Run, adakalanya peserta akan berlari di dalam hutan, ladang kelapa sawit dan pelbagai bentuk muka bumi. Ada juga acara trail run yang menghendaki peserta untuk mendaki dan juga mengharungi sungai.",
"Untuk Trail Run, kasut yang sesuai haruslah digunakan. Kasut larian biasa kurang sesuai digunakan memandangkan peserta akan berlari di pelbagai jenis permukaan berbatu dan licin. Kasut trail run biasanya mempunyai tapak yang lebih tebal, keras dan mempunyai lebih cengkaman.",
"Antara acara Trail Run popular yang terdapat di Malaysia adalah:",
"Untuk Colour Run, peserta akan dibaling dengan serbuk warna-warni sepanjang larian. Pastikan anda menyediakan baju lain untuk ditukar sejurus selepas tamat larian. Larian untuk Colour Run selalunya lebih kepada aktiviti Fun Run dimana jaraknya adalah pendek, sekitar 3km - 5km sahaja.",
"Bagi yang ingin berseronok sambil berlari bersama keluarga dan rakan-rakan, acara larian Colour Run mungkin untuk anda.",
"Obstacles Run merupakan acara larian yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk obstacles run, selalunya peserta akan berlari dan mengharungi halangan-halangan yang disediakan disepanjang larian. Halangan-halangan yang perlu ditempuhi adalah pelbagai dimana peserta perlu berlari, merangkak, memanjat dan sebagainya.",
"Bagi yang menyertai Obstacles run, pastikan anda memakan pakaian yang gelap dan membawa pakaian lebih untuk ditukar selepas larian.",
"Antara acara Obstacle Run popular yang terdapat di Malaysia adalah:",
"Bagi yang inginkan kelainan, boleh mencuba Towerthon. Ini Towerthon, peserta selalunya dikendaki berlari beberapa kilometer di jalan raya sebelum mendaki ke puncak bangunan menggunakan tangga. Antara acara Towerthon popular di Malaysia yang diakan pada setiap tahun adalah KL Towerthon, dimana peserta akan berlari menggunakan tangga ke puncak Menara Kuala Lumpur."
] |
https://iluminasi.com/bm/9-tips-berhenti-merokok-yang-berkesan.html | 9 Tips Berhenti Merokok yang Berkesan | [
"Tahukah anda? Merokok boleh meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar(strok). Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan setiap perokok.",
"Merokok tidak memberi kebaikkan langsung malah memberi keburukan bukan kepada perokok sahaja, malah kepada orang sekeliling mereka. Ahli keluarga terdedah kepada bahaya asap rokok yang mengandungi 4000 bahan kimia dan 50 diantaranya adalah penyebab berlakunya kanser. Ibu mengandung juga amat berisiko jika terkena asap rokok kerana boleh menyebabkan kelahiran bayi pra matang.Kanak-kanak juga tidak terlepas daripada bahaya asap rokok kerena boleh dikhuatiri mendapat penyakit asma.",
"Jika perokok berhenti merokok maka dapatlah menjimatkan lagi duit poket. Mana taknya, jika harga rokok sekotak bernilai RM16 maka sebulan jumlahnya adalah RM480. Wow! dah boleh bayar ansuran bulanan kereta Myvi.",
"Disini ada beberapa tips untuk anda berhenti merokok. 9 Tips Berhenti Merokok. Anda bolehlah mencubanya. Harapan kami anda berjaya mencapai matlamat anda untuk berhenti merokok. Sekiranya artikel ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan anda.",
"Anda perlu meletakkan fokus yang tinggi kenapa anda wajib tinggalkan rokok. Fokus kepada masalah yang akan terjadi jika anda meneruskan tabiat buruk ini. Contohnya , merokok akan menyebabkan anda mendapat kanser maka anda kena mula rasa takut dan fokus untuk terus berhenti merokok.",
"Tarikh amat penting untuk anda mencapai misi ini. Tetapkan tarikh yang sesuai dengan keadaan mental anda, jangan lama sangat anda hendak tetapkan. Cukup paling lama tempoh 14 hari peluang untuk anda merokok, selepas pada itu tiada lagi istilah rokok dalam kamus anda.",
"Anda perlu meminta supaya ahli keluarga,bakal isteri atau rakan-rakan untuk membantu anda dari segi sokongan moral. Setiap kali anda teringin merokok hubungilah mereka untuk mendapatkan kata-kata semangat. Dorongan mereka jugalah yang menjadikan anda lebih bersemangat untuk berhenti merokok.",
"Jika anda berasa teringin sangat untuk merokok, cubalah untuk melengahkan masa anda. Carilah kerja apa-apa pon supaya anda tidak rasa mahu merokok. contoh, membersihkan tanah perkuburan.",
"Banyakkan meminum air putih sekurang kurangnya 2 liter sehari. Jika anda keinginan membuak buak untuk merokok maka anda hendaklah mengunyah gula gula getah untuk mengantikan tabiat merokok.",
"Elakkan diri anda buat sementara waktu untuk melepak dengan rakan rakan yang banyak merokok. Cuba tidak menyimpan lighter dari poket anda. Anda mungkin rasa segan untuk meminta lighter daripada orang yang tidak anda kenali.",
"Sentiasa membasuh tangan dan kerap mandi adalah salah satu cara untuk mengurangkan stress ketika rokok sedang bermain difikiran anda. Air mampu untuk memadam api.",
"Sentiasa memberi sokongan dan dorongan pada diri anda. Niat dalam hati untuk berhenti merokok dan sentiasa positifkan diri dengan kata kata yang memberangsangkan anda. Contohnya, \"saya bukan perokok, saya sayang diri saya.\"",
"Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya anda dapat berhenti merokok. Jika anda masih mempunyai ibu, mintalah supaya ibu anda mendoakan anda. Doa ibu sangat mustajab."
] |
https://iluminasi.com/bm/video-viral-2-orang-anak-kecil-enter-frame-ketika-sesi-temu-bual-bapa-yang-serius.html | Video viral 2 orang anak kecil enter frame ketika sesi temu bual bapa yang serius | [
"Seorang pakar sains politik, Profesor Robert E. Kelly baru-baru ini sedang ditemubual secara langsung dalam BBC News ketika dua orang anak serta isterinya meluncur masuk ke bilik. Insiden lucu itu terjadi semasa Prof Kelly sedang berbicara dengan serius tentang isu pemecatan isu Presiden Korea Selatan, Park Geun Hye.",
"Dalam masa sehari sahaja, video viral itu telah ditonton hampir 9 juta kali di Youtube.",
"Panggilan video itu dijalankan melalui Skype dari kediaman mereka di Busan. Apabila anak sulungnya yang memakai baju berwarna kuning terang masuk ke dalam bilik dengan penuh rasa gembira, pembaca berita telah memberitahu Prof Kelly \"Saya rasa salah seorang anak anda baru sahaja masuk ke bilik.\"",
"Ketika inilah keadaan menjadi bertambah lucu apabila Prof Kelly cuba menahan anaknya daripada datang hampir ke skrin komputer sambil menahan riak wajah serius.",
"Ia menjadi semakin kelakar apabila si adik pula merempuh masuk dengan baby walker sebelum ibu mereka datang bagaikan superhero cuba untuk menyelamatkan keadaan. Tonton sendiri video itu di sini:",
"Walaupun pintu telah selamat ditutup, bunyi tangisan anak-anak masih boleh kedengaran sehingga konsentrasi Prof Kelly agak terganggu hingga menyebabkan beliau tersasul dan keliru antara Korea Selatan dan Korea Utara. Walau bagaimanapun, beliau masih berjaya menghabiskan temu bual dengan tenang dan sangat profesional. Syabas Prof Kelly.",
"Dikatakan anak-anak itu menjadi teruja untuk masuk apabila mendengar Prof Kelly sedang membuat panggilan dan bercakap dengan seseorang. Mereka menyangka panggilan itu dibuat untuk bercakap dengan nenek."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-cara-untuk-mengelak-dari-jadi-mangsa-ransomware-ae.html | 5 Cara Untuk Mengelak Dari Jadi Mangsa Ransomware | [
"Ransomware ialah sesuatu malware yang mampu memadam atau menyulitkan data pengguna, ianya adalah satu ancaman kesematan data yang sangat berbahaya, malware jenis ini akan menghalang pengguna untuk mengakses fail tertentu dengan cara menyulitkan fail tersebut dan ada juga yang meminta pengguna membayar dengan jumlah tertentu untuk mengembalikan semula fail asal atau untuk mendapatkan semula akses kepada fail yang telah disulitkan. Selalunya ransomware ini disebarkan melalui emel, website yang telah digodam dan sebangainya. Dalam artikel ini kami akan kongsikan 5 tips bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa ransomware.",
"2. Sentiasa Melakukan Salinan Data atau Fail (backup)Langkah paling mudah, dan boleh dikatakan yang paling berkesan, cara untuk melindungi diri anda daripada serangan ransomware adalah dengan membuat salinan data. Dengan harga external hard disk yang semakin murah, tiada alasan untuk tidak melakukan salinan data. Terdapat juga cloud storage percuma untuk anda yang mempunyai internet yang laju, seperti: Google Drive, Dropbox, OneDrive dan sebangainya",
"4. Elakkan Penggunaan Perisian Cetak RompakRakyat Malaysia masih belum ada kesedaran tentang hakcipta. Ramai dengan mudahnya memuat turun aplikasi cetak rompak dari sumber yang tidak boleh dipercayai seperti laman-laman warez. Dan ini juga menjadi punca bagaimana virus mudah disebarkan oleh penjenayah alam maya. Kebanyakan pengguna yang menggunakan aplikasi cetak rompak ini tidak akan menyedari kehadiran virus kerana aplikasi 'warez' ini biasanya disertakan sekali dengan 'rootkit' untuk mengelak dari virus dikesan oleh anti-virus."
] |
https://iluminasi.com/bm/tabiat-orang-malaysia-ketika-parking-kenderaan.html | 10 Spesies Manusia Ketika Parking Kenderaan di Malaysia | [
"Dengan kenaikan bilangan kenderaan atas jalan, tak hairanlah kenapa jumlah tempat letak kereta di Malaysia ni - terutama sekali di Kuala Lumpur - seolah-olah tak pernah cukup. Kalau pergi shopping mall, berebut-rebut orang nak parking. Kalau di tepi jalan pula, bersepah-sepah orang double park. Kadang-kadang teruk sangat kawasan tu sampai triple park. ",
"Walaupun tak cukup ruang untuk meletakkan kenderaan, sekurang-kurangnya jadilah warga Malaysia yang prihatin dan berhati mulia sikit dengan parking secara berhemah. Adakah kita suka dan bangga digelar pemandu biadap dan kurang ajar?",
"Ini antara tabiat parking orang Malaysia yang selalu kita nampak.",
"Pernahkah anda berpusing-pusing mencari parking, kemudian anda ternampak sebuah parking yang kosong. Anda dengan rasa gembira ingin memberi lampu isyarat, tiba-tiba ternampak seorang manusia berdiri tercegat di tengah-tengah parking sambil memberi isyarat \"tak boleh masuk?\"",
"Kadang-kadang spesies ini akan menyuruh sang anak berdiri di situ untuk membuat 'booking' sementara ibu atau bapa memandu membuat pusingan untuk kembali. Hendak dimarah pun tidak sampai hati. Hanya mampu rasa kasihan pada si anak kerana mempunyai ibu dan ayah berperangai sedemikian.",
"Yang ni selalu menyirap je tengok. Kalau dia bawak lori ke bas ke takpe la jugak kan nak makan ruang parking besar-besar. ",
"Kadang-kadang ada tu jenis parking bontot kereta dia terjulur makan parking sebelah sehingga menyusahkan orang lain nak masuk atau keluarkan kereta.",
"Kat hospital, bangunan pejabat ataupun apartment/kondo selalu nampak spesies yang macam ini. Dia punya malas nak pergi visitor's parking, sanggup ambil parking yang bukan hak dia. Ni takde lain punya alasan, semua sebab MALAS. Maka, tak hairanlah ramai orang Malaysia ni gemuk-gemuk belaka. Jalan jauh sikit pun taknak.",
"Yang spesies macam ni memang biadap la. Dia pikir pintu dia je boleh buka. Kalau kita nak masuk kereta, kena masuk ikut pintu penumpang sebab tak muat nak buka pintu belah pemandu.",
"Tapi kalau jadi macam dalam gambar ni, nak masuk ikut mana? haha.",
"Yang ni selalu nampak kalau pergi shopping mall atau hypermarket. Pejalan kaki nak lalu sambil tolak troli pun tak boleh disebabkan ada manusia bodoh sombong macam ni.",
"Perangai yang satu ini memang bukan dipanggil tabiat lagi dah. Rasanya ini memang dah sebati dengan jiwa masyarakat Malaysia. Tapi yang menghairankan, walaupun dah biasa double park, majoriti rakyat Malaysia masih bebal kerana tidak reti-reti meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi. ",
"Kadang-kadang tu kita dah tunggu lama siap bagi signal nak tunggu ada kereta nak keluar. Lepas tu tiba-tiba je ada kereta laju terus masuk parking yang kita tunggu tu. Boleh cepat-cepat dia keluar buat tak nampak je kita yang menunggu ni. Sampah masyarakat betul.",
"Tapi best jugak kalau semua kereta boleh buat macam jeep ni. Haha.",
"Kalau pergi stesen minyak, kadang-kadang anda boleh nampak spesies macam ni. Disebabkan tak ada tempat nak park, maka spesies manusia ni akan park di tepi pam minyak. Lepas tu dia turun la pegi toilet ke, beli rokok ke, beli jajan. Tapi bila dah datang, masuk kereta, start enjin dan berlalu pergi. Padahal ada line panjang kot tengah tunggu nak isi minyak nih!",
"Yang ini selalu jadi kalau time solat Jumaat dan kenduri. Mesti banyak rumah jadi mangsa. Nak-nak kalau rumah tu berhampiran dewan atau padang tempat kenduri. Letak pi lah signboard sebesar gajah tulis \"no parking\" pun, tapi mereka tetap akan parking. Ini menunjukkan ramai orang Malaysia jatuh dalam kategori buta penglihatan ataupun buta huruf.",
"Ini mungkin kesinambungan daripada point #9. Adakah anda tahu kat Malaysia ni teramat ramai bilangan OKU? Mungkin kebanyakannya mempunyai kurang keupayaan untuk berfikir sejak lahir. Kesian sangat."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-haiwan-ini-menjaga-bayi-mereka-dengan-penuh-kasih-sayang.html | 5 haiwan ini menjaga 'bayi' mereka dengan penuh kasih sayang | [
"Selalu dengar orang cakap, \"Anjing / kucing pun pandai sayangkan anak.\" Ini kami tunjukkan 5 haiwan lain yang sayangkan anak. Lepas ni kalau ada kes buang bayi atau penderaan anak, anda boleh marah mereka sambil cakap \"Hoi. Kala jengking pun sayang anak tau!\"",
"Mungkin inilah haiwan yang paling popular dalam kategori \"pengendong bayi.\" Seperti marsupial lain, anak kanggaru dilahirkan tersangat pramatang dan kecil, bersaiz hanya sebesar buah ceri dan kemudian membesar dalam kantung ibu selama 6 bulan.",
"Walaupun anak kanggaru telah keluar dari kantung ibu, sehingga berusia 10 atau 11 bulan, mereka masih akan berlari masuk mencari ibu sekiranya berasa diancam oleh binatang lain.",
"Walaupun katak ini merupakan katak paling beracun dalam dunia, tapi ia masih menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang. Ada sesetengah spesies katak ini yang akan mengendong anak di belakang untuk dibawa ke kawasan perairan supaya berudu-berudu ini boleh membesar dan menjadi matang.",
"Serangga air raksasa atau nama saintifiknya belostomatidae ini lebih dikenali sebagai toe-biter kerana sesiapa yang terpijak akan mengalami gigitan yang menyakitkan. Walau bagaimanapun, serangga betina akan melekatkan telur di belakang serangga jantan selepas proses mengawan.",
"Anak-anak serangga akan menetas dengan sempurna dan cukup sifat kerana dilindungi oleh si bapa. Terima kasih ayah!",
"Apabila telur buaya menetas, ibu buaya akan cepat-cepat menyondol dan memasukkan telur ke dalam mulut. Kalau orang yang pertama kali tengok mesti ingat dia nak makan anak. Tapi sebenarnya ibu buaya memasukkan anak ke dalam mulut untuk dibawa ke kawasan perairan.",
"Apabila anak menetas, ibu haiwan reptilia ini sering membawa anak di atas kepala, di atas muncung ataupun di dalam mulut.",
"Apabila kala jengking melahirkan anak (ya, kala jengking beranak tau, bukan bertelur!) sang ibu akan membiarkan kesemua anak yang masih berkulit lembut untuk panjat melalui penyepitnya. Anak-anak ini kemudian akan duduk di belakang ibu sekitar 10-20 hari sehingga exoskeleton mereka menebal dan menjadi kuat.",
"Tapi apa yang anda perlu tahu, kala jengking mampu melahirkan sehingga 100 anak sekali harung. Macamana dia kendong 100 ekor kat belakang badan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-benda-yang-kita-guna-setiap-hari-tapi-penuh-penyakit.html | Ini Fakta kenapa Span Basuh Pinggan Lebih Kotor daripada Tandas | [
"Anda tahu kan sekeliling kita ini penuh dengan makhluk halus? Yang dimaksudkan ini bukanlah makhluk halus seperti jin dan syaitan tetapi mikroorganisma.",
"Kita tahu mikroorganisma ini wujud tapi kita tak nampak dengan mata kasar. Walaupun kita tak nampak, tak bermakna kita boleh ambil mudah. Tahukah anda, 10 benda ini kita guna setiap hari tapi ia penuh dengan kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit sekiranya tidak dicuci dengan betul?",
"Sudah banyak penyelidikan yang dibuat berkenaan kontaminasi pada berus gigi. Tapi bagaimana cara yang betul untuk menyimpan atau mengurangkan jumlah mikrob berbahaya pada berus gigi?",
"Kita cuci baju setiap hari tapi berapa kali kita tukar tuala mandi? Seminggu sekali? Atau guna sampai tuala bau kepam baru anda tukar? Tahukah anda, tuala mandi yang basah itu menyimpan segala macam mikroorganisma? Apatah lagi dengan keadaannya yang basah dan lembap. Seronok segala bakteria tu beranak-pinak.",
"Menurut Profesor Marilyn C. Roberts dari University of Washington, anda harus menukar tuala seelok-eloknya selepas tiga kali digunakan. Paling maksimum pun selepas empat ke lima hari. Jangan guna lama-lama!",
"Tukar cadar dan sarung bantal seminggu sekali. \"Kenapa?\" anda tanya. \"Bukannya kotor sangat.\"",
"Anda berpeluh, muka dan badan berminyak-minyak, bawa masuk kotoran dari luar, kemudian anda bersenggama bersama pasangan, lepas tu kadangkala anak terkencing ke apa. Kalau anda ada luka dan tidur atas cadar yang penuh dengan bakteria ini, anda pasti akan dapat jangkitan kuman.",
"Selain itu, sel-sel kulit mati anda yang melekat pada sarung bantal dan cadar menjadi makanan kepada hama dan boleh menyebabkan sesak nafas kepada orang yang ada penyakit asma.",
"Macam tu pun tak kotor lagi? Baca di sini kalau nak tahu lebih lanjut tentang risiko tidak menukar cadar dan sarung bantal.",
"Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Arizona, Amerika Syarikat, mereka menjumpai coliform (bakteria daripada najis manusia) dan E.coli yang boleh menyebabkan penyakit.",
"Tuala ini lebih kerap digunakan kerana anda mengelap tangan setiap kali selepas dibasuh. Selain itu, anda mungkin juga menggunakan tuala ini untuk memegang periuk dan peralatan dapur. Jadi, sisa makanan yang terlekat boleh membiakkan bakteria.",
"Pastikan anda menukar tuala tangan ini setiap 1-2 hari ya. Basuh kerap-kerap pun tak apa, untuk keselamatan anda juga.",
"Pencemaran silang (cross contamination) boleh berlaku apabila bakteria daripada peralatan yang anda gunakan seperti papan pemotong disebarkan kepada makanan. Untuk memastikan papan pemotong anda sentiasa dalam keadaan bersih, ikuti kaedah berikut:",
"Tahukah anda, benda paling kotor dalam rumah ialah span basuh pinggan? Kajian telah membuktikan bahawa span basuh pinggan ini sebenarnya 200,000 kali lagi kotor daripada tempat duduk tandas.",
"Menurut Prof. Hugh Pennington dari Agensi Perlindungan Kesihatan UK, span membasuh pinggan juga mengandungi bakteria yang digelar campylobacter. Bakteria ini yang datangnya daripada sisa ayam menyebabkan sindrom Guillain-Barre sehingga boleh mengakibatkan paralisis.",
"Jadi sentiasa keringkan dengan menggantung span/jaring membasuh pinggan anda selepas digunakan. Gantikan span baru setiap sebulan sekali.",
"Kita di Malaysia beruntung kerana budaya negara kita menganjurkan supaya membuka kasut sebelum masuk ke rumah. Kasut merupakan salah satu benda yang kotor dan menjijikkan kerana ia mengandungi bakteria-bakteria berbahaya seperti E.Coli, Kiebsiella pneumoniae yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing dan Serratia ficaria yang mengakibatkan jangkitan respiratori.",
"Kalau anda simpan kasut dalam rumah, hati-hati ya! Kalau boleh cucilah lebih kerap. Kaki anda pun kurang berbau.",
"Anda selalu ke gym dan menggunakan tikar yoga yang disediakan? Maka anda terdedah kepada risiko mendapat penyakit kaki atlet, jangkitan staph, ketuat dan cirit-birit. Ini kerana seringkali tikar yoga terus digulung selepas digunakan. Bayangkanlah segala peluh yang menitik dan melekat di situ. Bagaikan syurga bagi bakteria!",
"Kalau boleh, bawahlah tikar sendiri untuk digunakan. Tapi bagaimana cara yang betul menjaga tikar yoga anda? Anda boleh buat sendiri larutan cuka dan air dengan nisbah 1:1. Sembur ke permukaan tikar, lap dan gantungkan di tempat yang redup dan terlindung daripada matahari untuk dibiarkan kering. Anda boleh juga menambah sedikit esen wangian seperti lavender untuk menghilangkan bau. ",
"Kajian yang dijalankan pada tahun 2015 ini mendapati beg dan dompet menjadi salah satu vektor pembawa penyakit kerana penuh dengan kuman dan bakteria. ",
"Dalam kajian lain yang dijalankan oleh Initial Washroom dengan kerjasama Good Morning Britain pula mendapati majoriti beg tangan yang dijadikan sampel mempunyai bacaan bakteria setinggi 1,000 manakala tandas duduk pula mempunyai bacaan purata serendah 150. Hehe, takut tak.",
"Ujian yang dijalankan oleh Makmal BioCote UK mendapati berus dan span yang tidak dicuci mengandungi Staphylococcus aureus yang boleh menyebabkan penyakit berkaitan kulit seperti bisul dan cellulitis.",
"Menurut Bobbi Brown, anda perlu mencuci berus bedak asas dan concealer sekurang-kurangnya seminggu sekali. Berus yang digunakan untuk bahagian mata pula perlu dicuci 2 minggu sekali manakala berus-berus lain boleh dicuci sebulan sekali."
] |
https://iluminasi.com/bm/hati-hati-sekiranya-anda-pakai-kanta-lekap.html | Bahaya Gunakan Kanta Lekap Sekiranya Tidak Mengikuti Langkah Ini | [
"Anda cuma ada sepasang saja mata yang Allah kurniakan. Kalau jadi apa-apa pada mata anda, nak ganti dengan apa?",
"Sekiranya anda seorang pemakai contact lensyang tegar, anda perlu berhati-hati dengan penjagaan kanta lekap dan mata anda. Kegagalan anda mengamalkan tabiat pemakaian kanta lekap dengan selamat boleh mengakibatkan mata anda dijangkiti kuman. Kalau jangkitan tu terlalu serius, anda berisiko hilang penglihatan!",
"Berikut saranan dan panduan yang diberikan oleh CDC Amerika untuk semua pengguna kanta lekap:",
"Basuh tangan dengan bersih sebelum memegang kanta lekap. Ikuti panduan ini untuk mengetahui langkah yang betul membersihkan tangan.",
"Selepas mencuci tangan, pastikan anda lap tangan dengan kering sebelum memegang kanta. Ini kerana mikrob yang menyebabkan jangkitan mata boleh dijumpai dalam air.",
"Jangan tidur sambil memakai kanta lekap, melainkan atas saranan pakar mata. Kajian mendapati apabila anda tidur dengan kanta lekap, risiko mendapat jangkitan kornea dipanggil microbial keratitis menjadi 6-8 kali lebih tinggi. Kanta lekap dengan teknologi baru yang dikatakan boleh dipakai dengan tempoh yang lebih lama juga mempunyai risiko yang sama.",
"Elakkan kanta lekap daripada terkena air. Ini kerana kanta lekap juga merupakan faktor kepada jangkitan acanthamoeba keratitis di mana ia disebabkan oleh ameba yang tinggal dalam air. Walaupun jangkitan ini agak jarang dijumpai, namun elakkan mandi, berendam atau berenang menggunakan kanta lekap.",
"Cuci dan gosok kanta lekap menggunakan larutan serbaguna apabila ditanggalkan. JANGAN GUNA AIR BIASA ATAU AIR LIUR. Anda juga mesti menggosok kanta lekap dengan jari yang bersih kerana merendam sahaja tidak menyingkirkan bakteria yang melekat pada kanta lekap.",
"Jangan rendam kanta lekap dalam air. Ini atas sebab yang sama disebut sebelum ini iaitu risiko jangkitan acanthamoeba keratitis.",
"Buang kanta lekap dan gantikan dengan yang baru mengikut tempoh yang disarankan oleh pakar mata anda. Walaupun belum ada kajian menyeluruh mengenai risiko tidak menggantikan kanta lekap ini, namun tinjaun yang dibuat mendapati individu yang tidak mengikut jadual penggantian kanta lekap melaporkan mengalami komplikasi, mata menjadi kabur dan ketidakselesaan.",
"Cuci dan gosok bekas kanta lekap menggunakan larutan serbaguna, sama seperti anda mencuci kanta lekap. Ini kerana terdapat satu lapisan lutsinar pada bekas yang dipanggil biofilem dan kajian mendapatiia boleh menjaditempat pembiakan kuman mikroskopik yang menyebabkan jangkitan mata.",
"Menurut Persatuan Optometrik Amerika, anda perlu menggantikan bekas kanta lekap setiap tiga bulan.",
"Jangan 'top up' larutan dengan mencampurkan larutan lama dan larutan baru di dalam bekas kanta lekap. Ini kerana larutan yang sudah terendam dalam bekas itu berisiko dijangkiti kuman daripada bekas dan kanta lekap itu sendiri. Lapisan biofilem dalam bekas membuatkan larutan kurang berkesan dalam membunuh kuman. Jadi, sentiasa guna larutan yang baru untuk menyimpan kanta lekap ya. Jangan nak jimat-jimat sangat.",
"Hanya gunakan larutan yang disyorkan oleh doktor mata anda. Seorang pakar optometri akan membuat cadangan berdasarkan mata pesakit dan latar belakang perubatannya. Ini kerana ada kemungkinan mata anda atau kanta lekap yang dibeli tidak sesuai dengan sesuatu bahan dalam larutan itu.",
"Sekiranya anda menukar jenama atau jenis larutan, pastikan anda baca terlebih dahulu panduan dan sisipan yang disertakan bersama produk sebelum digunakan.",
"Sekiranya anda seorang yang rabun, jangan lupa bawa cermin mata anda ke mana saja anda pergi sebagai back up plan."
] |
https://iluminasi.com/bm/anda-patut-tukarkan-beg-sekolah-anak-anda-selepas-membaca-artikel-ini.html | Anda Patut Tukarkan Beg Sekolah Anak Anda Selepas Membaca Artikel Ini | [
"Menurut ulasan ketua pengkaji, Eva Orantes-Gonzalez, mereka telah menemui beberapa data yang membimbangkan apabila 23% pelajar sebenarnya secara rutin mengangkut beban berlebihan melebihi 17% yang disyorkan. \"Menggalas beg membuatkan badan kita membengkokkan tulang belakang dan ini akan memberikan tekanan lebih kepada cakera-cakrea yang terdapat dalam tulang belakang. Mengalami masalah tulang belakang semasa kecil mampu membawa kepada penyakit yang sama ketika dewasa kelak.\"",
"Dalam kajian tersebut yang dikeluarkan dalam jurnal Gait & Posture, 97% pelajar setuju yang beban beg mereka dikategorikan sebagai berat dan 85% merasa penat membawa beg. Dapat disimpulkan menggunakan beg troli adalah jauh lebih baik untuk pelajar.Sebagai ibu bapa, mungkin ini adalah masa yang baik untuk menukarkan beg sekolah anak anda kepada beg jenis troli? "
] |
https://iluminasi.com/bm/kelebihan-memakai-kanta-lekap-berbanding-cermin-mata.html | Kelebihan memakai kanta lekap berbanding cermin mata | [
" Anda mempunyai masalah rabun? Kalau sekali dah kena pakai cermin mata, mesti dah mula rasa terbatas nak buat apa-apa aktiviti kan. Bangun tidur je teraba-raba cari cermin mata. Nak bersukan dan berenang pun dah jadi susah. Apa kata anda cuba memakai kanta lekap.",
"Ini sebab kenapa ramai orang memilih untuk pakai kanta lekap:",
"Kanta lekap boleh membantu perbetulkan masalah penglihatan termasuk rabun jauh (myopia), rabun dekat (hyperopia), astigmatism dan presbyopia (rabun yang sering terjadi pada warga emas)",
"Menurut Persatuan Optometrik Amerika, kanta lekap bergerak bersama-mata bola mata anda dan membolehkan anda melihat dengan lebih natural tanpa gangguan",
"Beberapa kajian mendapati kanta lekap yang dipasang khas mengikut saiz mata boleh menyebabkan rabun jauh yang dialami kanak-kanak dan remaja menjadi tidak bertambah teruk. Anda boleh baca kajian itu di sini dan di sini.",
"Pelbagai jenis material kanta lekap dan tempoh kegunaan ada dijual. Ini membolehkan para doktor mata membuat penilaian berdasarkan keadaan mata seseorang, gaya hidup dan bajet.",
"Kanta lekap boleh dipakai untuk rupa yang lebih natural dan semula jadi tanpa cermin mata. Anda juga boleh memilih untuk memakai kanta lekap berwarna untuk sedikit kelainan.",
"Tinjauan yang dibuat mendapati semua golongan tidak kira kanak-kanak, remaja atau orang dewasa yang memakai kanta lekap berasa lebih yakin dengan penampilan diri.",
"Selain itu, anda juga boleh melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti fizikal dengan lebih aktif berbanding mereka yang memakai kaca mata.",
"Kanta lekap yang dipasang dengan betul akan melekap pada mata dan memperbaiki penglihatan sisi (periferal) ketika bermain sukan atau melakukan aktiviti lasak.",
"Orang yang memakai kanta lekap boleh memakai cermin mata gelap untuk perlindungan UV. Malah, ada juga kanta lekap yang dibuat khas dengan perlindungan UV.",
"Tapi pastikan anda beli kanta lekap daripada optometris bertauliah! Mata anda perlu diperiksa terlebih dahulu. ",
"Jangan pandai-pandai beli yang kat pasar malam atau beli secara online hanya sebab nak yang murah. Buta nanti baru tau!"
] |
https://iluminasi.com/bm/anda-selalu-sakit-perut-mungkin-inilah-punca-sebenarnya-sebab-tak-basuh-tangan-dengan-betul.html | Adakah anda membasuh tangan dengan betul? Ini 5 langkah mencuci tangan dengan bersih. | [
"Membasuh tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam kehidupan seharian. Bunyi macam remeh ek... tapi besar kemungkinan selama ni cara anda cuci tangan tu salah.",
"Satu kajian yang dibuat oleh Michigan State University, Amerika Syarikat mendapati terlampau besar jumlah majoriti orang tidak mencuci tangan dengan masa secukupnya untuk membunuh bakteria yang ada pada tangan. Kalau yang memang jenis tak basuh tangan tu tak perlu kita hurai la, dah terang lagi bersuluh bahawa diorang ni paling menjijikkan.",
"Apabila anda mempunyai tangan yang kotor, anda berisiko untuk jatuh sakit dan juga menyebarkan kuman kepada orang lain. Banyak tau penyakit yang boleh berpunca daripada tangan berkuman ni.",
"#1 Basahkan tangan di bawah air mengalir. Tutup air dan ambil sedikit sabun.",
"Suhu air tidak memainkan peranan dalam membasmi kuman. Anda boleh menggunakan sama ada air sejuk atau air panas. ",
"Gunakan air yang mengalir kerana air yang ditadah berkemungkinan telah mengandungi bakteria ataupun dicemari dengan bahan lain.",
"Sabun mesti digunakan kerana kajian saintifik telah membuktikan bahawa penggunaan sabun lebih berkesan dalam menghapuskan bakteria dan kuman di tangan.",
"Tapi tahukah anda, sabun antibakteria sebenarnya tidak memberikan perbezaan pun berbanding sabun biasa? Kalau anda guna sabun buku kecil yang anda bawa pulang dari hotel tu pun sama saja keberkesanannya. USFDA juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan penggunaan sabun antibakteria dan meminta pengguna supaya tidak taksub dengan apa yang sering diiklankan oleh syarikat-syarikat sabun komersial.",
"#2 Sapu kedua-dua tangan dengan sabun sehingga berbuih. Pastikan anda menggosok bahagian belakang tangan, di celah-celah jari dan bawah kuku.",
"Menggosok dan menyental tangan akan menyebabkan geseran yang akan menyingkirkan kotoran, minyak dan mikrob. Mikrob boleh berada di keseluruhan permukaan tangan, terutama sekali di bawah kuku. Jadi, jangan lupa sental tangan anda untuk tangan yang lebih bersih!",
"Kalau rasa susah nak mengira masa, anda boleh nyanyi atau humming lagu 'Happy Birthday' sebanyak dua kali.",
"Sebenarnya, berapa lama masa yang diperlukan untuk menggosok tangan bergantung kepada berapa tercemarnya tangan anda.",
"Sebagai contoh, seorang doktor yang baru selesai melakukan pembedahan perlu mencuci tangan lebih lama berbanding suri rumah yang cuci ayam di dapur. Kalau tak, doktor tu berkemungkinan boleh memindahkan kuman dan bakteria kepada pesakit lain.",
"Namun secara umumnya, anda perlu menggosok tangan antara 15-30 saat untuk kebersihan yang optimum. WHO juga menyarankan anda mencuci tangan selama 20 saat.",
"Setelah segala bakteria dan kuman di'angkat' dari permukaan kulit, cuci tangan menggunakan air yang mengalir. Seperti yang dimaklumkan awal tadi, mencelup atau menggunakan air yang ditadah mungkin akan menambahkan bilangan mikrob pada tangan anda. Sia-sia je basuh tangan.",
"Tapi kalau dah tak ada sangat air lain, bolehlah digunakan.",
"#5 Keringkan tangan menggunakan tuala bersih atau biar tangan anda kering dengan sendiri",
"Kuman lebih mudah disebarkan apabila tangan berada dalam keadaan lembap. Sekiranya anda menggunakan tuala dapur, pastikan tuala itu kerap ditukar dan dalam keadaan bersih. Ini kerana kalau tuala tu jarang ditukar, kemungkinan besar bakteria pembawa penyakit seperti E.coli dan coliform berada pada tuala anda!",
"Tengok video ni kalau nak tahu cara betul basuh tangan. Terutama sekali kalau menggunakan tandas awam."
] |
https://iluminasi.com/bm/cara-lapor-plagiat.html | Artikel, gambar atau video anda kena curi? Ini langkah yang perlu diambil | [
"Plagiarism atau pun budaya copy paste ini adalah perkara kebiasaan dikalangan masyarakat kita. Di negara barat, isu hakcipta ini dipandang serius dan sangat dititik beratkan sehingga boleh menyebabkan hukuman seperti saman bahkan penjara bagi pesalah plagiarisme. Masyarakat kita perlu disedarkan tentang hal ini.",
"Berikut adalah antara faktor-faktor yang memudahkan untuk anda membuat laporan kepada pihak tertentu apabila ada diantara karya anda tidak kiralah gambar, video atau penulisan teks dicuri oleh individu atau laman tertentu.",
"Sekiranya anda memenuhi faktor tersebut, memang teramat mudahlah untuk anda membuat laporan. Namun anda tidak perlu khuatir sekiranya anda terlupa meletakkan watermark dan sebagainya. Laman sosial seperti Facebook biasanya tidak menitik beratkan sangat tentang watermark ini. Menurut bacaan dan pandangan orang ramai, Facebook akan menilai siapa yang memuatnaik terlebih dahulu dan mereka dapat pastikan melalui timeline user tersebut. Ada juga yang mengatakan Facebook akan merekodkan data berdasarkan exif tersembunyi dalam gambar dan merekodkan data 'unique' kepada poster pertama itu. Maka dari awal mereka sudah tahu sekiranya ada poster kedua untuk data yang sama.",
"Page gergasi di media sosial ini pun menjadi punca masalah membuatkan penulis-penulis di Malaysia, blog-blog kecil, kartunis dan lain-lain tidak boleh pergi jauh kerana sering diplagiat oleh page-page besar ini. Paling membimbangkan sekali ialah kebanyakan user atau follower page tersebut tidak sedar bahawa mereka melanggar etika dengan mencuri hasil karya orang lain. Ada juga pengguna Facebook yang mengatakan \"diorang dah tolong promote free tu, at least bersyukurlah\". Ya betul tu bersyukur. Bersyukur abah kau!",
"Jadi, Apakah langkah yang boleh diambil sekiranya teks artikel, gambar atau video saya dicuri oleh puak haram jadah ini? Antara langkah awal ialah membuat laporan kepada pihak tertentu bergantung di mana media atau karya anda terpapar. Sekiranya di Facebook, anda boleh membuat laporan di Facebook. Sekiranya di enjin carian Google, anda boleh membuat laporan pada Google. Berikut adalah link untuk anda membuat laporan berkaitan hakcipta anda. Untuk laporan di Google, pastikan anda menggunakan nama sebenar atau anda perlu menyertakan surat lawyer.",
"Sekiranya karya saya masih lagi diplagiat oleh individu/organisasi yang sama, apakah jalan terakhir untuk saya? Jalan terakhir adalah membuat laporan kepada pihak pengiklanan yang digunakan oleh tukang plagiat tersebut. Cara ini agak kejam sebenarnya, tapi apakan daya kalau nasi sudah menjadi bubur. Mana-mana syarikat pengiklanan pun melarang keras duplikasi konten atau plagiarisme ini. Termasuklah Google Adsense. Anda boleh membuat laporan bagi menyahaktif akaun si plagiat supaya mereka tidak lagi menerima pendapatan dari syarikat pengiklanan."
] |
https://iluminasi.com/bm/dengan-kecanggihan-teknologi-kini-semakin-ramai-cyborg-di-atas-muka-bumi.html | 5 Cyborg Sebenar Atas Muka Bumi Dengan Teknologi Realistik | [
"Terma cyborg yang merupakan singkatan bagi \"cybernetic organism\" merupakan makhluk bernyawa yang mempunyai bahagian tubuh biomekatronik.",
"Selalunya kita hanya nampak manusia separa robot ini dalam cerita sains fiksyen kan. Watak seperti Robocop dan Darth Vader merupakan contoh-contoh cyborg yang terkenal. Tapi tahukah anda, sebenarnya cyborg pertama di dunia sudah lama ada sejak tahun 2004 lagi. Seorang lelaki bernama Neil Harbisson dari United Kingdom telah diiktiraf oleh kerajaan dan sah dari segi undang-undang sebagai cyborg pertama di dunia dengan kewujudan satu antenna yang tertanam di tengkoraknya.",
"Manusia yang tidak mudah berputus asa akan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah dalam kehidupan.",
"Itulah yang terjadi kepada kebanyakan cyborg di dunia ini. Mereka dilahirkan dengan kekurangan atau pernah mengalami kemalangan yang telah meragut sebahagian nikmat anggota badan. Dari situlah mereka berpeluang mengenal teknologi yang berupaya membantu mereka untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain.",
"Sama seperti manusia, teknologi juga berevolusi. Seawal 400 tahun sebelum Masihi lagi prostetik digunakan untuk mereka yang tidak cukup anggota. Daripada hanya sebatang kayu yang diikat, teknologi kemudian berkembang menjadi semakin canggih. Hari ini, prostetik bukan hanya sekadar objek yang disambung. Ia telah berjaya digabungkan dengan sistem saraf manusia dan boleh dikawal menggunakan otak.",
"Wow. Tak sangka manusia mampu menggubah teknologi sehingga mencapai tahap ini.",
"Kadang-kadang tengok ramai orang lain yang sempurna sifat, cukup pancaindera dan anggota tapi asyik komplen je memanjang. Tak bersyukur lagi ke dengan semua nikmat yang Allah bagi tu?"
] |
https://iluminasi.com/bm/5-tips-kurangkan-sakit-ketika-bayi-sedang-tumbuh-gigi.html | 5 Tips Redakan Kesakitan Bayi Yang Sedang Tumbuh Gigi | [
"Ada ibu bapa yang sering berasa resah dan gelisah apabila anak sedang melalui proses pertumbuhan gigi. Ada sesetengah bayi yang melalui waktu yang dianggap sukar ini dengan mudah tanpa rasa sakit. Namun ramai bayi yang terpaksa berhadapan dengan ketidakselesaan dan rasa sakit ketika gigi ingin keluar dari gusi.",
"Ada yang demam. Ada yang meragam selama berhari-hari, malah berminggu lamanya pun ada sebelum gigi betul-betul muncul. Sebagai ibu bapa, anda mesti tak sanggup tengok anak menangis dalam kesakitan kan. Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk bantu redakan penderitaan anak?",
"Ambil sehelai tuala atau sapu tangan kecil yang bersih dan masukkan dalam peti sejuk beku buat seketika. Kain yang sejuk ini akan membantu mengurangkan rasa sakit gusi anak apabila digigit.",
"Berikan makanan yang sejuk (sejuk ya, bukan beku!) kepada anak. Anda boleh sejukkan potongan buah seperti pisang, puri buah-buahan atau berikan yogurt kepada anak. Makanan yang sejuk ini boleh membantu mengalihkan perhatian anak dengan melupakan kesakitan yang dialami.",
"Pastikan anda telah memotong kuku dan cuci tangan dengan bersih sebelum menghulurkan jari anda untuk di'kerja'kan oleh anak anda. Kebiasaannya bayi suka menggigit jari orang dewasa kerana struktur dan tekstur yang sesuai untuk dijadikan teether. Jangan risau, tak putus punyalah jari anda.",
"Berikan teether yang diperbuat daripada silikon kepada anak anda. Material ini lebih bagus berbanding teether getah yang diisikan dengan air. Selain itu, silikon juga boleh disterilkan.",
"Masukkan teether silikon ke dalam freezer selama lebih kurang seminit sebelum diberi kepada anak untuk digigit. Tujuan ini dibuat adalah untuk memberikan suhu sejuk kepada silikon itu sahaja. Pastikan silikon itu tidak mengeras sampai beku pula kerana ia boleh membahayakan gusi anak anda.",
"Menurut Baby Center UK dan NHS, anda boleh memberikan paracetamol atau ibuprofen dos kanak-kanak sekiranya simptom yang dialami amat teruk. Diulang, atau ya. Maknanya beri salah satu sahaja. Jangan beri kedua-dua ubat pada masa yang sama.",
"Apa-apapun, kami nasihatkan agar anda berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapat pandangan daripada yang lebih pakar sebelum menggunakan kaedah ini.",
"ELAKKAN MEMBERI \"TEETHING NECKLACE\" YANG DIPAKAIKAN PADA LEHER ANAK. Ini boleh menyebabkan kemalangan seperti leher terjerut.",
"Kepada mak ayah semua, jangan risau sangat ok. Ini proses semulajadi yang mesti dilalui oleh semua bayi. Memang kejadian normal kalau dia meragam teruk apabila gigi nak keluar."
] |
https://iluminasi.com/bm/individu-lgbt-pun-boleh-jadi-seorang-muslim-yang-baik.html | Individu LGBT Pun Boleh Jadi Seorang Muslim Yang Baik | [
"Baru-baru ini, penceramah Farid Ravi Abdullah membuat kenyataan yang \"LGBT berlaku kerana godaan syaitan.\" ",
"Ada sesetengah pihak cuba memperlekehkan pendapat dia. Sedihnya, yang berani memperlekehkan pendapat dia adalah orang Islam juga.Ramai orang salah faham berkenaan isu hubungan syaitan dan golongan LGBT menurut Islam. Pada pandangan Islam sendiri sebenarnya tidak menafikan wujudnya golongan yang akan condong ke arah LGBT. ",
"Isu besarnya, jika anda sebagai golongan LGBT kata anda dilahirkan begitu, itu sebenarnya salah. Setiap bayi dilahirkan bebas dari perasaan seperti itu. Jika dikata yang pengalaman hidup menjadikan ada orang terdorong ke arah LGBT, boleh diterima kerana perkara itu tak mustahil berlaku. Mungkin ada sesuatu insiden, tragedi, pengaruh malahan cara didikan yang membuatkan anda ada perasaan suka sama jantina atau terasa benci jantina sendiri.",
"Islam mengiktiraf kewujudan anda. Dari segi hubungan anda dengan Tuhan, anda adalah manusia biasa yang dihisab sama seperti orang lain. Walau bagaimanapun, apabila seseorang yang ada kecenderungan ini mula percaya yang dia sepatutnya ikut kehendak dirinya itu, di situlah peranan syaitan mula muncul. Itulah yang Farid Ravi Abdullah maksudkan. Tidak ada salahnya rasa mahu bercinta sesama jantina dalam hati, tetapi apabila kita benar-benar mahu menterjemahkan perkara itu kepada perbuatan, itulah yang Islam larang. Allah tidak akan hukum seseorang atas apa yang terlintas di hati. Allah hukum perbuatan.",
"Islam meminta mereka yang mempunyai kecenderungan sedemikian supaya memendam perasaan mereka dan jangan diturutkan perasaan itu. Jika perlu tidak bahagia kerana tak dapat rasa enaknya bercinta, itu adalah jalan yang perlu dipilih. Semua orang hidupnya senantiasa ada dugaan, bukannya hanya golongan LGBT sahaja yang diduga. Lelaki suka tengok buah dada wanita, tak menjadikan lelaki boleh tengok dada wanita bila-bila masa dia suka. ",
"Pasangan bercinta sebelum kahwin juga senantiasa dilanda rasa gelora jiwa. Nak berjumpa. Nak berpegangan tangan. Nak bermanja-manja. Cara paling baik adalah tidak melakukan semua perkara tu, tahan diri, tahan godaan. Susah, memangla susah. Memang lagi senang diturutkan saja nafsu terus kalau dah suka sama suka.",
"Semua di antara kita ada rasa desakan hati sebegitu. Tak ada istimewanya anda hanya kerana anda ada kemahuan LGBT. Apa berbezanya golongan LGBT ini sampai perlu masyarakat iktiraf kebolehan anda untuk menurut nafsu anda? ",
"Allah juga berikan kita akal untuk pilih jalan yang terbaik untuk kita. Jika akal kita sudah mula terpedaya untuk pilih jalan yang tidak diredhai Dia hanya kerana kita nak rasa bahagia, itu dah jelas salah. Berbezanya kita, adalah jumlah pengorbanan yang mungkin anda (golongan LGBT) terpaksa lakukan jika anda ingin berada di jalan yang lurus. Pengorbanan anda akan memaksa anda keseorangan sepanjang hayat, terpaksa berkahwin dengan wanita atau lelaki yang anda tak rasa syahwat atau bermacam lagi pengorbanan yang orang lain sendiri tak boleh bayangkan besarnya.Lebih besar pengorbanan, lebih besar ganjarannya. Peganglah janji Allah. Dia dengar apa yang anda rasakan, Dia benci jika anda mula lakukan."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenali-gigi-susu-dan-panduan-pertumbuhan-gigi-bayi.html | Kenali gigi susu dan panduan pertumbuhan gigi bayi | [
"Pertumbuhan gigi, atau teething, merupakan satu peristiwa yang menyakitkan bagi seorang bayi namun ia amat penting dalam perkembangan mereka sepanjang tahun pertama kelahiran. ",
"Di sini kami ingin kongsikan satu panduan tipikal untuk membantu ibu bapa memantau pertumbuhan gigi anak masing-masing. Walau bagaimanapun, harus ditekankan di sini bahawa setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza, jadi jangan risau kalau anak anda tercepat sikit atau terlambat sikit ya?",
"Perkembangan gigi bermula seawal 6-8 minggu kehamilan di mana kudup gigi akan mula terbentuk di bawah gusi. Kudup gigi ini tidak akan berubah dan akan kekal sehingga bayi dilahirkan.",
"Bayi akan mula mengeluarkan gigi antara seawal usia 4 bulan hingga 6 bulan. Proses ini terjadi apabila akar gigi yang membesar akan mula menolak gigi keluar dari gusi. Keadaan ini akan menyebabkan rasa sakit atau kurang selesa. Pada masa ini, anda mungkin sedar apabila air liur bayi sering meleleh dan mereka seringkali meragam.",
"Dalam tempoh tahun pertama, bayi anda boleh mengeluarkan sekitar 6 batang gigi. Gigi pertama yang sering tumbuh dahulu adalah dua gigi bawah, di tengah-tengah gusi yang dipanggil gigi kacip pertama (central incisors). Secara umumnya gigi ini tidak menyulitkan bayi anda kerana struktur gigi yang nipis dan tajam membolehkan ia bergerak menembusi gusi dengan mudah.",
"Kemudian 4 batang lagi gigi di bahagian atas pula akan membuat kemunculannya iaitu gigi kacip pertama dan kedua. Pada ketika ini anda bolehlah memperkenalkan lebih banyak makanan pejal kerana anak anda sudah boleh menggunakan gigi-gigi ini sebaiknya.",
"Semasa anak mencapai umur setahun, anda disarankan untuk membawa anak berjumpa dengan doktor gigi. Selain itu, pada ketika ini juga gigi geraham akan mula tumbuh.",
"Proses pertumbuhan gigi geraham adalah lebih menyakitkan berbanding gigi kacip. Ini kerana permukaan gigi geraham yang lebih besar dan rata perlu menembusi gusi.",
"Antara tanda-tanda yang boleh anda perhatikan untuk tahu sama ada gigi bayi sedang tumbuh ialah:",
"Sekiranya bayi anda mengalami simptom teruk seperti demam panas berpanjangan atau gusi berdarah, sila bawa berjumpa doktor dengan segera. Keselamatan bayi anda harus diutamakan.",
"Kebiasaannya seorang bayi akan mempunyai set penuh sebanyak 20 batang gigi antara usia 1 hingga 3 tahun. Jangan lupa ajar anak cara menggosok gigi dengan betul dan amalkan penjagaan kebersihan mulut dari kecil."
] |
https://iluminasi.com/bm/amalkan-5-tips-untuk-elak-mulut-berbau.html | 5 Tips Dan Petua Mudah Elak Mulut Berbau Busuk | [
"Walaupun anda memberus dan menggunakan flos setiap hari, pasti ada masa-masa kurang menyenangkan di mana mulut anda berbau masam seakan-akan telur basi. Ikuti tips penjagaan gigi dan mulut ini untuk kebersihan yang optimum:",
"Sememangnya semua orang tahu bahawa kita membersihkan gigi dengan memberus. Tapi adakah anda menggosok dengan cara yang betul?Anda perlu membersihkan kesemua permukaan gigi termasuk pangkal gusi, gigi sebelah dalam mengelilingi lelangit serta kawasan gigi yang berhampiran lidah. Selain itu, anda juga perlu menggunakan flos untuk sisa yang melekat di antara gigi serta membersihkan lidah di mana ia menjadi tempat kegemaran bakteria untuk membiak.",
"Persatuan Pergigian Amerika (ADA) menyarankan anda membersihkan gigi dua kali sehari.",
"Anda tidak perlu menyimpan berus gigi dalam bekas tertutup atau gelap kerana suhu yang lembap akan lebih menggalakkan pembiakan mikroorganisma berbanding penyimpanan di tempat terbuka. Pastikan anda membersihkan betul-betul celahan berus gigi setiap kali lepas menggosok.",
"Mulut yang kering boleh menyebabkan halitosis (nafas berbau). Cuba kunyah gula getah atau mints untuk meningkatkan pengeluaran air liur. Pastikan kunyah yang sugar-free ya!",
"Ada sesetengah makanan yang boleh merosakkan gigi dan menyebabkan nafas berbau. Bahan perisa dengan bau yang kuat seperti bawang atau cuka boleh terus terasa dalam mulut walaupun sudah habis waktu makan. Jadi makan dengan berhati-hati.",
"Selain itu anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergula dan melekit yang sukar untuk dibersihkan dari celahan gigi.",
"Apabila mulut terasa kering, cepat-cepatlah minum air kosong atau gunakan gula-gulamints penyegar mulut. Anda juga boleh membawa botol kecil bahan pencuci mulut sebagai salah satu kaedah cepat dan mudah untuk menghilangkan mulut berbau.",
"Akhir kata, sentiasa jaga kebersihan mulut dan jangan malas gosok gigi!"
] |
https://iluminasi.com/bm/buat-tips-ini-untuk-mengelakkan-mulut-berbau.html | Tips Petua Kurangkan Bau Mulut Dan Punca Kenapa Mulut Berbau? | [
" Nafas berbau - atau halitosis - merupakan keadaan di mana mulut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ia mungkin boleh terjadi dari semasa ke semasa atau untuk tempoh berpanjangan.",
"Berjuta-juta bakteria tinggal di dalam mulut kita, terutama sekali di bahagian belakang lidah. Bagi kebanyakan orang, inilah penyebab utama nafas mereka berbau. Makanan yang tertinggal dan 'mereput' dalam mulut menjadikan mulut tempat yang paling ideal untuk membiakkan bakteria. Bahan sisa ini akan menghasilkan unsur sulfur yang mudah meruap hasil penguraian protein dalam mulut oleh bakteria.",
"Ada keadaan di mana nafas berbau itu dikatakan normal dan tidak berkait dengan masalah kesihatan. Contohnya \"mulut bangun pagi.\" Mulut akan menjadi berbau pada waktu pagi kerana semasa kita tidur, mulut kurang menghasilkan air liur. Mulut akan menjadi kering dan sel-sel mati akan melekat pada lidah dan juga di sebelah dalam pipi. Apabila bakteria menggunakan sel mati ini sebagai makanan, ia akan menghasilkan bau kurang enak.",
"Jika anda menggunakan gigi palsu, bersihkan setiap hari untuk membuang sisa makanan dan bakteria. ",
"Masih belum tahu cara yang betul untuk berus gigi? Tonton video ini."
] |
https://iluminasi.com/bm/corak-pemerintahan-kerajaan-korea-utara.html | Corak Pemerintahan Kerajaan Korea Utara | [
"Selama zaman pemerintahan keluarga Kim, rakyat ditakut-takutkan dengan hukuman mati di khalayak ramai, penahanan individu sesuka hati dan mengamalkan buruh paksa. Selain itu, pemerintah menyekat perjalanan warga Korea Utara agar tidak melarikan diri atau memasang niat untuk mencari perlindungan di negara lain.",
"Selama 2 tahun berturut-turut Suruhanjaya Inkuiri (COI) dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) telah melaporkan tentang pelanggaran hak asasi manusia di Korea Utara. Pada bulan Mac 2016, Korea Utara telah memperbetulkan empat hukum perjanjian hak asasi manusia namun hakikatnya mereka masih lagi melanggar peraturan dan menyekat kebebasan rakyat di sana. ",
"Berikut laporan Human Rights Watch dengan kerjasama UN berkenaan sistem pemerintahan Korea Utara pada tahun 2016.",
"Kesemua media dan penerbitan di Korea Utara dikawal ketat oleh kerajaan termasuklah mana-mana media asing yang dibenarkan masuk ke negara itu. Penggunaan Internet disekat dan panggilan antarabangsa semuanya dipantau rapi.",
"Mana-mana individu yang ditangkap menggunakan media yang tidak dibenarkan seperti telefon bimbit dari China, kad memori atau USB yang mengandungi video, berita, filem atau drama dari luar negara akan menerima hukuman yang berat.",
"Sepanjang tahun 2016, kerajaan di bawah pemerintahan Kim Jong-Un telah meningkatkan usaha untuk menyekat warga Korea Utara daripada melepasi sempadan ke China.",
"Antara taktik yang digunakan adalah dengan memasang pagar dawai berduri di kawasan sempadan, menyeksa sesiapa sahaja yang ditangkap membuat cubaan berkomunikasi dengan orang China atau Korea Selatan dan menyekat perkhidmatan sel mudah alih di sekitar sempadan supaya komunikasi tidak dapat dijalankan.",
"Rejim kerajaan Korea Utara sememangnya digeruni kerana kerajaan akan menahan sesiapa sahaja yang disyaki melakukan kesalahan dan orang tahanan ini akan diberikan layanan kejam sepanjang penahanan. Terdapat tiga peringkat hukuman mengikut kesalahan dan setiap pesalah akan dihantar ke kem-kem berlainan.",
"Tahanan politik yang telah melakukan kesalahan serius akan dihantar ke kem tahanan politik yang dipanggil kwanliso di mana mereka akan berterusan diseksa tanpa henti. Semua tahanan perlu membuat kerja berat dalam sektor pembalakan, perlombongan dan pertanian. Selain itu mereka menghadapi penyeksaan pencatuan makanan yang menyebabkan kebuluran, tiada rawatan perubatan, didera secara seksual dan juga dibunuh di hadapan khalayak ramai. Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu menganggarkan antara 80,000 hingga 120,000 orang dipenjarakan di kem tahanan politik ini.",
"Suspek yang disyaki berdagang dengan negara China atau menonton atau menjual filem dari Korea Selatan akan dimasukkan ke kem tahanan pemulihan atau kyohwaso. Semua tahanan dipaksa menjadi buruh dan menghadapi kekurangan makanan dan perubatan serta layanan buruk oleh pengawal.",
"Akhir sekali, mana-mana warga Korea Utara yang disyaki terlibat dengan perdagangan tanpa izin, ponteng kerja selama lebih 6 bulan atau sesiapa yang gagal membayar rasuah kepada pegawai kerajaan akan dihantar ke rodong danryeondae atau pusat latihan buruh. Tahanan akan didera dan dipaksa bekerja dalam persekitaran yang berbahaya.",
"Kerajaan Korea Utara memaksa majoriti rakyatnya untuk bekerja tanpa bayaran pada bila-bila masa yang dikehendaki. Contohnya, pada tahun 2014, kanak-kanak sekolah yang berusia 10 hingga 16 tahun dipaksa bekerja setiap hari untuk mengumpul dana bagi membayar gaji pegawai kerajaan, menanggung sekolah di samping mengaut keuntungan.",
"Setiap keluarga di negara ini diwajibkan menghantar wakil seorang ahli keluarga untuk bekerja di bahagian pembinaan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan 6 hari seminggu. Mereka perlu membaiki jalan, menyiapkan bangunan, mengumpul batu-bata atau membersihkan kawasan awam.",
"Kerajaan Korea Utara di bawah pemerintahan Kim Jong-Un telah menghantar lebih ramai pekerja ke luar negara untuk mendapatkan mata wang asing. Walaupun bekerja jauh dari negara asal, namun layanan yang diberikan kepada warga Korea Utara seringkali sama sahaja kerana mereka tidak bebas bergerak, tidak bebas bersuara, mempunyai masa kerja yang terlalu panjang dan disekat untuk berkomunikasi dengan orang luar.",
"Sistem pengkelasan sosiopolitik di Korea Utara, atau lebih dikenali sebagai songbun menentukan kedudukan seseorang individu berdasarkan latarbelakang keturunan yang patuh dan akur kepada kerajaan. Sistem ini telah digunapakai sejak awal tahun 60-an lagi.",
"Sebagai contoh, seorang pemuda yang dilahirkan pada tahun 1990 tidak dapat menikmati kehidupan yang baik pada zaman kini walaupun dia patuh dengan setiap peraturan kerajaan atau belajar dengan tekun. Hidupnya akan sentiasa berada di takuk yang sama sehingga ke akhir hayat. Mengapa? Hanya kerana datuknya telah dituduh menyokong pihak Jepun semasa zaman Perang Dunia ke-2.",
"Itulah sistem kasta songbun di mana keluarga 'pengkhianat' akan dipaksa berpindah ke kawasan pedalaman, setiap keturunan itu tidak dibenarkan menjadi pegawai atasan kerajaan, anak-anak hanya akan mendapat pendidikan kelas kedua dan mereka tidak boleh menetap di bandar Pyongyang di mana semua keluarga elit dengan songbun tertinggi tinggal."
] |
https://iluminasi.com/bm/idea-buah-tangan-semasa-menziarahi-pesakit.html | Idea buah tangan semasa menziarahi pesakit | [
"Rasa gembira kan bila dapat hadiah? Apatah lagi kalau anda sedang terlantar di hospital dalam keadaan sakit, lepas tu ada orang datang melawat sambil bawakan buah tangan. Hilang sikit rasa sakit sebab anda tahu masih ada yang sayang.",
"Kalau anda nak menziarahi orang sakit pula, selalunya anda bagi apa? Rata-rata di Malaysia ni selalunya beli hadiah yang lebih 'tradisional' seperti bakul buah atau sejambak bunga dengan kad ucapan/belon yang tertulis Get Well Soon saja lah.",
"Selain daripada tu, mungkin anda boleh cuba berikan hadiah-hadiah berikut untuk menceriakan hari si pesakit:",
"Belikanlah bahan bacaan yang digemari pesakit. Duduk di hospital lama-lama ni selalunya membosankan. Sekurang-kurangnya bila ada bahan bacaan, hilanglah sikit kebosanan mereka itu. Kalau boleh, belikan bahan bacaan yang berunsur komedi atau humor.",
"Selalu orang belikan bakul berisi buah yang belum dibasuh, dikupas atau dipotong. Apa kata anda belikan atau buat sendiri hidangan buah yang sedia dimakan? Misalnya, anda boleh bawa sebekas kotak berisi campuran buah beri, bungkus cantik-cantik dan sediakan siap-siap garfu untuk makan.",
"Yang ini anda kena selidik dan kenalpasti terlebih dahulu sama ada pesakit boleh makan atau tidak sebelum dibawa. Untuk langkah selamat, anda boleh juga bawakan pencuci mulut atau snek yang sihat seperti yogurt, kekacang organik atau granola bar.",
"Suhu di hospital selalunya sejuk. Walaupun hospital memang dah menyediakan selimut dan bantal, tapi kalau pesakit menerima hadiah yang personalised daripada anda, mesti dia gembira dan hari-hari nak guna. Stokin juga amat berguna ketika di hospital untuk mengelakkan kaki sejuk.",
"Kebiasaannya ahli keluarga dah bawa dari rumah tapi yang basic saja lah kan. Apa salahnya kalau anda beri satu hamper kecil yang berisi kit mandian dan penjagaan badan. Kalau boleh bagi yang organik. Ada unsur-unsur aromaterapi pun bagus juga, pesakit pun senang tidur lena dan tenang sikit fikiran.",
"Kalau anda biasa duduk lama di hospital, anda akan dapati bahawa persekitaran hospital selalunya agak kering. Kulit dan bibir pesakit akan menjadi kering dan mengelupas. Anda boleh hadiahkan alatan pelembap seperti humidifier kecil, losyen pelembap kulit ataupun pelembap bibir.",
"Anda boleh hulurkan bantuan atau 'perkhidmatan' anda untuk menjaga anak-anak pesakit sementara dia berada di dalam hospital. Ataupun dengan cara lain seperti membantu menyediakan lunch packs bagi anak-anak di rumah, bantu hantar anak ke sekolah, belikan barang dapur, atau apa-apa sahajalah yang anda rasa boleh meringankan bebannya.",
"Sekiranya dia rakan sepejabat, mungkin anda boleh offer untuk ambil alih tugasnya di pejabat buat sementara waktu.",
"Orang putih kata \"a little goes a long way,\" kadang-kadang perkara macam ni nampak macam remeh tapi sebenarnya amat dihargai. Dia duduk kat hospital tu pun dah stress memikirkan hal-hal terbengkalai di rumah.",
"Wad hospital kadangkala boleh menjadi bising dan pesakit susah untuk tidur dengan nyenyak. Apa kata hadiahkan penutup mata dan penyumbat telinga kepada pesakit. Kalau telinga dah disumbat, bunyi bising dari katil sebelah pun dia tak dengar dah. Tidur pun tidak terganggu.",
"Yang ini anda boleh buat sendiri. Sebagai ahli keluarga atau rakan baik kepada pesakit, mesti anda tahu apa yang diminati oleh pesakit. Sekiranya pesakit adalah seorang kanak-kanak, boleh hadiahkan bakul berisi krayon, buku mewarna dan anak patung. ",
"Ataupun bakul itu juga boleh berisi barang-barang yang boleh membuatkan mereka berasa lebih selesa. Sebagai contoh, pesakit kanser yang baru selesai rawatan kemoterapi mungkin memerlukan lip balm, hand sanitizer, gula-gula untuk menghilangkan rasa 'besi' dalam tekak dan pelindung kepala untuk menutupi rambut yang gugur teruk."
] |
https://iluminasi.com/bm/untuk-menyelamatkan-orang-ramai-askar-iraq-ini-mengorbankan-diri-dari-serangan-pengebom-berani-mati-isis.html | Askar Iraq Ini Korbankan Diri Untuk Lindungi Orang Ramai Dari Pengebom Berani Mati ISIS | [
"Diambil oleh sebuah dron udara milik IS dan disebarkan, rakaman video menampakkan satu kejadian di mana sebuah kereta yang dipandu oleh pengebom berani mati ditahan daripada memasuki kawasan yang mempunyai ramai penduduk di daerah Mosul, Iraq. "
] |
https://iluminasi.com/bm/baca-ini-sebelum-melawat-orang-sakit.html | Baca 11 tips ini sebelum melawat orang sakit | [
"Kebiasaannya bila kita dapat berita ada ahli keluarga atau rakan yang sakit, kita bingung tak tahu nak buat atau beli apa. Apatah lagi kalau pesakit itu terlantar atau lebih teruk lagi berada dalam keadaan koma. Nak duduk berapa lama? Nak bawa apa?",
"Apakah adab dan cara yang betul untuk menziarahi orang yang sakit? Mari kita pelajari sama-sama.",
"Ini sama macam adab nak pergi rumah orang. Maklumkanlah terlebih dahulu sebelum menziarah kerana anda tidak tahu bagaimana jadualnya di hospital ataupun adakah dia perlukan sedikit masa untuk berehat tanpa kehadiran pelawat. Jangan main terjah aje, ok?",
"Jika pesakit terlantar di rumah pun sama. Harap maklumkan dulu kerana pasangan atau ahli keluarga yang menjaga pesakit itu juga punya life tersendiri. Fahamilah bahawa si penjaga itu juga perlu rehat atau keluar sebentar untuk menguruskan hal peribadi.",
"Elakkan menziarah pada waktu makan dan waktu berehat seperti tengah hari dan malam. Memanglah anda datang seorang diri atau berdua je, tapi bukan anda je yang datang melawat. Cuba bayangkan kalau ada 10-15 kali orang datang melawat tanpa henti, bilakah masa si pesakit dan penjaga nak berehat?",
"Ini sering terjadi di wad dengan penghuni yang ramai. Pesakit katil no. 1 tak ada pelawat, dia baru nak lelap tapi tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi nada dering lagu Aiman Tino versi disko dangdut oleh pelawat di katil no. 2.",
"Sama juga ketika anda menziarahi seorang ibu yang baru lepas melahirkan. Padamlah telefon tu, anak dia nak tidur pun susah, asyik terkejut dengar bunyi handphone anda tidak henti-henti notification masuk.",
"Kalau boleh elakkanlah datang beramai-ramai memenuhi segenap ruang sampai pesakit rasa sesak nafas. Apatah lagi kalau pesakit berada di wad kelas ketiga hospital kerajaan yang sedikit sempit ruangnya. Kalau anda datang konvoi 5 biji kereta, pastu datang ramai-ramai sembang duduk keliling katil, pesakit-pesakit lain di situ tak rasa terganggu ke?",
"Kalau dah memang datang ramai sangat, masuklah secara bergilir-gilir. Anda bukan hanya perlu hormati pesakit yang anda nak lawat, malah anda perlu juga hormati para doktor, nurse dan semua pesakit lain di situ.",
"Sekiranya anda ramai-ramai datang melawat pesakit di rumah, mohon bantu untuk menyediakan juadah dan mencuci pinggan mangkuk setelah menghidangkan air/kuih untuk anda. Cuba kira kalau sehari ada 7-8 buah keluarga yang datang menziarah. Si penjaga tu memang masak, buat air dan cuci pinggan sajalah tidak henti-henti. Nak menjaga pesakit lagi. Anda tu datang sedapppp je duduk makan, minum, gelak-gelak pastu balik.",
"Kalau setakat datang nak borak kosong gossip artis, lebih elok anda balik je lah melainkan orang yang anda ziarahi tu duduk di wad single patient dan mempunyai sakit yang tidak begitu kronik.",
"Kalau pesakit tu duduk di bilik multiple occupancy, mohon hormati pesakit lain dalam bilik yang sama. Wad hospital bukanlah tempat yang sesuai untuk sesi catch up bersama keluarga atau rakan-rakan. Pesakit pula memerlukan rehat yang secukupnya. Jadi, lepas dah tanya khabar, sembang sikit-sikit, mintalah diri untuk beransur pulang. Harap jangan buat meriah sangat ye.",
"Kenalpasti dahulu apa yang pesakit boleh makan dan bawalah makanan bersesuaian. Kalau pesakit baru selesai menjalani pembedahan tonsil, janganlah bawa satu bucket ayam KFC hot & spicy pula. ",
"Buah dalam bakul pula memang nampak cantik dihiasi dengan bunga berwarna-warni. Tapi pernahkah anda terfikir siapa pula yang nak jadi tukang kupas di situ? Adakah anda beli buah tangan itu untuk pesakit, penjaga ataupun pelawat? Hehe. Fikir-fikirkan ye.",
"Ada juga jenis pelawat yang sanggup makan sendiri buah tangan yang dibawa. Yang ini dah kategori lain dah ni.... Lain macam.",
"Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda sama ada mereka jenis yang suka menjerit-jerit, bergaduh ataupun gemar berlari ke sana-sini. Kalau ada anak-anak yang begini, kalau boleh elakkan bawa bersama. Kesian kat pesakit.",
"Ini adalah perkara common sense. Orang yang tidak berakal saja senang-senang nak duduk di katil sebelah yang tidak berpenghuni. Anda ingat jururawat di hospital tu tak ada kerja lain?",
"Dan agaknyalah, apa perasaan anda seandainya anda merupakan seorang pesakit yang baru nak admit. Anda masuk-masuk saja wad terus nampak katil penuh bekas Twisties perisa kari, ada kesan air tumpah atau cadar katil tu berkedut-kedut? Anda rasa nak marah ke tak? Anda nak marah siapa?",
"Jadi, sebagai pelawat, tolonglah jangan jadi selfish dengan menambah beban kerja jururawat ya.",
"Semasa berborak, elakkan bercerita pengalaman pesakit lain yang anda kenali tapi telah meninggal dunia ataupun menjadi semakin uzur. Ini boleh mematahkan semangat pesakit dan membuatkan mereka merasa sedih. Ceritalah perkara yang positif dan boleh membantu pesakit secara mental agar mereka terus tabah.",
"Ini pun sama common sense. Andai kata anda melawat wad yang ramai penghuni tapi tandas cuma ada satu atau dua sahaja, silalah keluar sebentar dan cari tandas lain yang dikhaskan untuk orang awam.",
"Kita tak tahu pesakit di situ tiba-tiba nak muntah ke, nak tercirit ke ataupun tak tahan nak buang air kecil. Kalau pelawat ramai-ramai datang memenuhi tandas, pesakit-pesakit ni nak lari cari tandas di mana? Maka, mohon bertimbang rasalah ya?",
"Yang ini sudah sememangnya adab sebagai orang Islam. Sentiasa doakan kesihatan pesakit, ucapkan kata-kata yang baik dan beri motivasi agar pesakit cepat sembuh."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-mitos-tentang-kentut-fakta-atau-auta.html | 5 Mitos tentang Kentut : Fakta atau Auta? | [
"Mitos. Kebolehdengaran tidak berhubungkait dengan bau yang dihasilkan oleh kentut. Ada kentut kuat yang berbau dan ada kentut perlahan yang tidak berbau. Bau kentut hanya bergantung kepada apa yang anda makan dan tahap kesihatan sistem pencernaan anda.",
"Fakta. Eksperimen yang telah dibuat oleh pasukan Mythbusters membuktikan bahawa gas kentut mudah terbakar apabila dicucuh. Namun episod ini tidak pernah ditayangkan kerana 'adegan yang tidak sesuai' untuk tontonan umum di kaca TV. Anda boleh tonton sendiri eksperimen kentut terbakar mereka di sini:",
"Kentut mengandungi gas hidrogen dan methane yang mudah terbakar sebab itulah ia boleh 'meletup'. Sila ambil perhatian bahawa mereka ini semua merupakan saintis dan profesional yang terlatih. Anda yang baca ni JANGAN sesekali cuba eksperimen ini di rumah.",
"Fakta. Ini juga merupakan satu lagi eksperimen yang dibongkarkan oleh pasukan Mythbusters. Dalam episod #48: Franklin's Kite pada tahun 2006, mereka menjalankan ujikaji ke atas diri sendiri dengan memakan makanan yang dikatakan boleh menyebabkan kentut iaitu kacang, air soda berkarbonat dan daging.",
"Hasil yang direkodkan membuktikan kacang sememangnya boleh menggandakan jumlah kentut seseorang kerana kandungan gula dipanggil oligosaccharides di dalamnya. Air berkarbonat pula membuatkan angin keluar melalui kombinasi sendawa dan juga kentut. Manakala memakan daging tidak memberikan kesan yang begitu ketara.",
"Mitos. Gila ke? Orang perempuan juga manusia dan setiap manusia mesti membuang angin sama ada melalui sendawa atau kentut.",
"50/50. Tahan kentut tidaklah menyebabkan anda mati serta-merta, namun menurut The New Zealand Medical Journal, menahan kentut boleh menjadi salah satu faktor penyumbang kepada penyakit divertikulum.",
"Selain itu ada juga orang kata tahan kentut boleh menyebabkan mulut berbau namun belum ada kajian perubatan atau saintifik lagi yang menyokong dakwaan ini.",
"Ha... Pandai-pandailah cari jalan nak lepaskan angin anda tu dengan beradab."
] |
https://iluminasi.com/bm/gaji-12-ribu-pun-nak-mintak-br1m-ke.html | Gaji 12 Ribu Pun Nak Mintak BR1M Ke? | [
"Masalahnya, perbuatan menipu tu dihalalkan kerana duit edaran kerajaan ni dikata duit rakyat. Macam mana boleh jadi halal hanya sebab tu? Dah tak layak terima, kena terima lah yang tak layak terima.",
"Trend masyarakat kita pula, makin ramai yang kata \"tak apa\" apabila berlaku sesuatu kes kecurian melibatkan orang miskin. Bila orang susah curi formula susu anak kat kedai, ramai yang cuba benarkan apa dia buat kerana dia susah.",
"Mencuri tetap mencuri tak kiralah dia miskin, perlu atau terdesak. Samalah juga seperti individu yang menipu pendapatan hanya semata nak dapat bantuan sekolah RM100 seorang anak atau bantuan BR1M. ",
"Dalam Islam, memang betul kita kena tengok keadaan, situasi dia dan kenapa dia mencuri, lalu kita lakukan justifikasi untuk tengok sama ada dia layak dihukum atau diberikan peluang kedua. ",
"Mana ada dalam Islam sebut boleh mencuri kalau terdesak. Justifikasi dilakukan terhadap hukuman selepas kejadian berlaku, bukannya untuk membenarkan kecurian dilakukan. ",
"Terlalu ramai yang dah korup justifikasinya, sebab itulah dia hanya nampak duit, sampai tak kisah dia akan, mungkin atau sedang berdusta. Kemudian dia halalkan kemungkaran atas alasan kemungkaran lain juga dilakukan."
] |
https://iluminasi.com/bm/kentut-anda-bau-busuk-baca-ini-untuk-ketahui-mengapa.html | Kenapa Kentut Manusia Berbau Busuk? Ini Sebabnya | [
"Cuba bayangkan anda baru lepas makan tengah hari dan sedang menaiki lif pulang ke pejabat. Bos anda pula berdiri di sebelah. Tiba-tiba anda tak tahan untuk melepaskan angin dan tak boleh lari ke mana-mana. Nak berlakon konon-konon bukan anda yang kentut pun tak boleh, sebab anda berdua je dalam lif. Takkan nak tuduh bos pulak?",
"Anda takut kalau anda lepaskan, tiba-tiba bunyi jadi terkuat ataupun kentut anda mengeluarkan bau-bauan semerbak. Jadi apa yang anda nak buat?",
"Tahukah anda, secara puratanya seorang manusia akan membuang angin berbelas kali sehari? Maka, ia adalah suatu proses biologikal yang normal sebenarnya. Namun, apabila ada bunyi-bunyian dan bau kurang menyenangkan tu kadangkala boleh membuatkan kita rasa malu.",
"Bila anda menelan makanan, air atau air liur, anda juga menelan sedikit udara yang akan terkumpul dalam sistem pencernaan anda. Selain itu gas juga akan terhasil semasa proses pencernaan makanan. Jadi, tubuh kita perlu menyingkirkan angin terkumpul ini melalui kentut dan sendawa.",
"Menurut pakar gastroenterologi, jenismakanan juga menjadi faktor penyumbang angin dalam perut anda. Sebagai contoh, makanan tinggi karbohidrat seperti gula, kanji dan fiber akan menghasilkan gas yang paling banyak di dalam usus besar.Oleh sebab itu orang yang vegan atau vegetarian mungkin lebih kerap membuang angin daripada orang biasa.",
"Walaupun makanan berkanji dan fiber membuatkan anda kentut banyak, namun makanan protein tinggi seperti daging pula akan membuatkan kentut anda berbau. Ini kerana daging dan sumber protein mempunyai kandungan sulfur yang tinggi. kalau taknak kentut busuk, kurangkanlah makan daging ye.",
"Kebiasaannya anda tak sedar pun anda membuang angin kerana gas yang dikeluarkan itu tidak berbau dan dilepaskan sedikit demi sedikit. Kentut hanya berbau jika ia mengandungi gas seperti sulfur.",
"Kentut adalah perkara biasa bagi seorang manusia. Namun, sekiranya anda kentut busuk berpanjangan atau terlalu kerap sehingga mengganggu kehidupan seharian, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pandangan lanjut. Boleh jadi juga anda berkemungkinan dijangkiti penyakit berkaitan usus seperti sembelit,ketaktoleranan laktosa ataupun gastroenteritis. Sila dapatkan nasihat pakar ya."
] |
https://iluminasi.com/bm/restoran-k-pop-halal-yang-boleh-anda-kunjungi-tanpa-was-was.html | 4 Restoran Halal Makanan Korea Terbaik Di Malaysia | [
"Sekiranya anda mengalami demam k-Pop atau k-Drama, bolehlah melayan demam anda itu dengan berkunjung ke restoran yang menyediakan hidangan Korea pula. Jangan risau, restoran ini semua sah halal Jakim!",
"Restoran yang terletak di 'pekan Korea' sekitar Ampang, Selangor ini merupakan restoran Korea pertama yang disahkan halal di Malaysia. Saiz hidangan menu semuanya besar-besar dan boleh dikongsi beramai-ramai.",
"Antara menu yang sedap dan menarik di sini ialah menu jjam bong, bulgogi, spring onion pancake dan banyak lagi!",
"Restoran konsep makanan Korea yang pernah muncul dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan ini diusahakan oleh seorang lelaki Melayu bernama En. Samsuddin Abd Aziz ini mempunyai dua cawangan iaitu di Seksyen 13 Shah Alam dan USJ 19 Subang. Apa yang menarik di sini ialah hidangan bulgogi di sini yang dikatakan paling best.",
"Shah AlamG36, Block 5, Laman Seri Business Park, Jalan Persiaran Sukan, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor",
"SubangThe 19 USJ City Mall, Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 19, Subang Jaya, 47620 Subang Jaya, Selangor.",
"Restoran ini berdaftar dengan Jakim di bawah nama Octo Jet (F&B) Sdn. Bhd. telahpun mempunyai puluhan cawangan di seluruh negara. Konsep BBQ dan steamboat secara buffet dengan bahan-bahan yang segar akan membuatkan perut anda berkeroncong akibat tidak sabar. Tapi janganlah gelojoh. Makan pelan-pelan sebab anda boleh ambil sebanyak mana lauk-pauk yang anda mahu.",
"Selain itu restoran ini juga ada menyediakan hidangan hot pot seperti jjigae dan bibimbap. Seoul Garden ada menawarkan kad keahlian di mana anda boleh mendapatkan diskaun istimewa dengan harga yang lebih murah.",
"Lokasi : layari laman web Seoul Garden untuk mengetahui cawangan berhampiran anda",
"BBQ Chicken merupakan salah satu restoran berkonsepkan francais dari Korea yang terkenal dari tahun 90-an lagi. Menu ayam goreng, ayam bakar dan ayam BBQ di sini sememangnya sedap-sedap belaka. Selain itu anda juga boleh cuba makanan fusion lain seperti pizza, pasta dan burger yang disuntik dengan elemen Korea.",
"Restoran ini sudah mempunyai banyak cawangan di seluruh negara dan disahkan halal oleh JAKIM.",
"Untuk senarai cawangan lain, boleh layari laman web BBQ Chicken.",
"Tapi kalau anda rasa malas nak keluar ataupun nak sep bajet, bolehlah masak sendiri hidangan Korea di rumah. Jangan lupa buat kimchi sendiri macam yang kami pernah kongsikan sebelum ini ya!"
] |
https://iluminasi.com/bm/8-taman-tema-terbaik-di-asia.html | 8 Taman Tema Terbaik di Asia Wajib Dilawati | [
"Bila kita bercakap tentang Asia, selalunya benda pertama yang terlintas di kepala adalah budaya, agama dan alam semulajadi. Tapi tahukah anda, Asia juga mempunyai taman tema dan taman hiburan yang gah dan boleh dibanggakan? Berikut kami pilih 8 daripada senarai taman hiburan terbaik di rantau Asia bagi tahun 2016 menurut laman web TripAdvisor:",
"Kalau berkunjung ke Singapura, anda mesti datang ke taman tema Universal Studios Singapore (USS) ini! Kebiasaannya pengunjung sudah beratur panjang walaupun taman tema belum dibuka. Jadi, anda disarankan untuk membeli tiket masuk secara online untuk mengelakkan daripada membuang masa.Anda juga boleh membeli Pas Ekspres untuk menaiki setiap tarikan yang ada tanpa perlu beratur.",
"USS merupakan satu-satunya taman tema Universal Studios yang mempunyai roller coaster dengan trek berpasangan iaitu Battlestar Galactica yang tertinggi di dunia.",
"Udara yang sejuk di Hong Kong sering menjadikan perjalanan menaiki rides di Disneyland suatu pengalaman yang menyamankan. Jika anda ingin berkunjung ke sini, elakkan hujung minggu kerana dikhuatiri keadaan mungkin sesak. Anak-anak pasti gembira apabila bertemu karakter-karakter Disney yang terkenal seperti Mickey Mouse dan rakan-rakan serta karakter daripada animasi Toy Story.",
"Mulai tahun ini, Disneyland Hong Kong akan mula menambahbaik bilangan tarikan yang terdapat di sini. Terbaru, penambahan tarikan daripada karakter Marvel iaitu Iron Man telah membuatkan ramai pengunjung teruja!",
"Di sini anda boleh belajar sambil berhibur bersama-sama anak tentang habitat flora dan fauna di samping berseronok menaiki segala rides yang ada. Ia seolah-olah sebuah zoo yang sangat besar namun mempunyai tarikan yang tersendiri. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan menarik ikan lumba-lumba dan akuarium.",
"Anda juga boleh menaiki roller coaster dan menikmati pemandangan Hong Kong yang sungguh menakjubkan. Jangan tutup mata!",
"Tokyo DisneySea adalah unik berbanding taman tema Disney yang lain kerana ia membawa anda masuk ke satu dunia ajaib yang lain melalui lautan. Namun taman hiburan ini adalah sangat sesak terutama sekali pada hujung minggu. Jika anda ingin datang, sila beratur siap-siap sebelum waktu operasi bermula!",
"Taman tema ini dikatakan yang tercantik dengan hasil seni bina dan pemerincian berwarna-warni di setiap sudut. Oh ya, jangan lepaskan peluang bawa anak menaiki gondola di sini dan juga berjumpa dengan karakter Ariel si Ikan Duyung!",
"Taman tema ini terkenal dengan tarikan Harry Porter dan istana Hogwarts. Anda boleh beli jubah dan tongkat sakti Harry Potter sebagai cenderamata kenangan untuk dibawa pulang.",
"Semua tarikan dan rides di sini juga pasti akan membuatkan anda rasa berbaloi datang!",
"Tokyo Disneyland merupakan taman tema Disney yang pertama dibina di luar Amerika Syarikat. Taman hiburan yang telah mula beroperasi sejak tahun 1983 ini menempatkan pelbagai karakter menarik Disney beserta puluhan rides yang boleh 'mencabut' jantung anda buat beberapa ketika.",
"Sekiranya anda punya bajet lebih, bolehlah menginap di hotel bersebelahan sahaja untuk pengalaman yang lebih seronok di sini.",
"Salah satu taman tema terkenal di Korea Selatan, Everland merupakan satu tarikan pelancong yang mesti dikunjungi sekiranya anda melawat negara ini. Ia sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira anak kecil mahupun orang dewasa, pasti semua terhibur apabila datang ke Everland.",
"Di sini juga terdapat safari dan pertunjukan haiwan seperti anjing laut dan panda. Taman ini yang dibina atas tapak seluas 247 ekar memang tak akan boleh dihabiskan dalam masa satu hari. Dan kalau anda berani, bolehlah menaiki roller coaster dengan trek kayu ini. Nampak ngeri tapi setakat ni selamat. Hehe.",
"Kalau pergi Johor, memang seronok sebab ada banyak tempat menarik untuk bawa anak-anak. Legoland Malaysia mula dibuka pada tahun 2012 dan pada tahun berikutnya, taman tema air bersebelahan pula dibuka kepada orang awam. Ha, ada dua taman tema terus sekaligus. Kalau nak datang sini, seelok-eloknya beli pas untuk dua hari kerana satu hari memang tak puas.",
"Seperti biasa, kalau dah sebut Lego, mestilah seluruh taman berkonsepkan permainan Lego. Apabila anda mula-mula masuk, anda akan melalui tarikan bangunan-bangunan replika seluruh dunia yang dibina menggunakan Lego. Nampak real sangat!",
"Kemudian jangan lepaskan peluang menaiki semua rides dan buat pelbagai aktiviti yang ada di Lego Duplo!"
] |
https://iluminasi.com/bm/jom-lihat-gambar-kuala-lumpur-pada-tahun-1975.html | Gambar Lama Kuala Lumpur Dulu-Dulu Pada Tahun 1975 | [
"Walaupun aku kecil lagi waktu tu, dalam kepala aku masih lagi aku teringat bagaimana berbezanya Kuala Lumpur jika dibandingkan dengan apa yang kita nampak sekarang. ",
"Kuala Lumpur sekarang memang jauh lebih moden, lebih fasiliti, lebih hebat dan gah serta mempunyai pelbagai bukti kemajuan negara kita berada pada satu tahap yang sangat meningkat dalam 20 tahun ini, tetapi hendak tak hendak aku akui yang sedikit sebanyak Kuala Lumpur yang aku saksikan pada zaman 80-an dan 90-an amat aku rindui. ",
"Dengan kurangnya jumlah kenderaan, pemandangan yang tidak terlalu padat dengan bangunan tinggi, kedai-kedai kecil yang berdiri di tepi jalan dan hanya masyarakat yang tabiatnya masih sama meniti arus kehidupan bandar besar, masih kekal sehingga sekarang. ",
"Sila enjoy layan gambar-gambar Kuala Lumpur pada tahun 1975 ini kerana ini sajalah cara kita untuk mengimbau kembali nostalgia kota raya yang kita sayangi ini. Semua gambar ini diambil daripada pemilik asal gambar yang bernama Rod Savidge yang berkongsi gambar-gambar ini di akaun Flickr beliau.",
"Bagaimana? Teruja bukan melihat sendiri bagaimana rupa Kuala Lumpur satu masa dulu? Kongsikan artikel ini melalui akaun media sosial anda supaya nostalgia ini, kita kongsi bersama-sama."
] |
https://iluminasi.com/bm/ini-punca-1-7-juta-kanak-kanak-mati-setiap-tahun.html | Ini punca 1.7 Juta kanak-kanak mati setiap tahun | [
"Udara dan air yang kotor bukan sahaja menyebabkan kita berasa tidak selesa, malah ia boleh mengakibatkan kematian bagi anak-anak yang masih kecil.",
"Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melaporkan lebih 1 daripada 4 kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia adalah disebabkan pencemaran alam sekitar termasuk udara yang berasbut, air yang tercemar dan sistem sanitasi yang teruk.",
"Menurut laporan yang dikeluarkan oleh agensi kesihatan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) itu, keadaan persekitaran yang tidak sihat boleh menyebabkan malaria, pneumonia dan cirit-birit yang membunuh 1.7 juta kanak-kanak setiap tahun.",
"WHO telah mengesan 5 punca utama pencemaran yang mengakibatkan kematian kanak-kanak di bawah 5 tahun:",
"Pencemaran luar yang berpunca dari kilang, loji kuasa dan ekzos kenderaan menyebabkan udara menjadi berjelaga, penuh dengan karbon dioksida, merkuri dan pelbagai lagi bahan kimia yang berbahaya. Pencemaran dalaman pula disebabkan oleh memasak menggunakan api secara terbuka dan juga asap rokok.",
"Setiap tahun, seramai 570,000 orang kanak-kanak di bawah 5 tahun mati akibat penyakit respiratori, termasuk pneumonia dan serangan asma.",
"Kadang-kadang kita sering ambil mudah dan pandang remeh perkara seperti air paip yang bersih, pam jamban, sabun tangan dan tapak pelupusan sisa pepejal yang masih belum ada di kebanyakan negara lain. Kerana ketiadaan sumber air bersih ini, kanak-kanak mudah terdedah kepada pelbagai bakteria berbahaya.",
"Adakah anda tahu penyakit cirit-birit telah membunuh 361,000 kanak-kanak di bawah lima tahun setiap tahun? Syukurlah kita ada Indah Water di sini. Dah bayar bil pembetungan belum? ",
"Udara dan air tercemar boleh memudaratkan kanak-kanak walaupun ketika masih dalam kandungan. Pendedahan kepada arsenik, asap rokok sekunder dan pencemaran udara membantutkan perkembangan bayi dalam kandungan sehingga boleh menyebabkan komplikasi.",
"270,000 bayi mati selepas bulan pertama dilahirkan akibat pramatang dan keadaan lain seperti persekitaran yang tidak bersih dan selamat.",
"Walaupun jumlah kematian akibat malaria dikhabarkan menurun, namun setiap tahun, seramai 200,000 kanak-kanak di bawah lima tahun mati akibat penyakit bawaan vektor ini. 95% kanak-kanak daripada kes kematian ini tinggal di negara-negara Afrika.",
"Keracunan, jatuh dan lemas adalah antara ancaman yang menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak. Seramai 200,000 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun maut akibat kemalangan setiap tahun.",
"Selain itu, pakar kesihatan WHO juga memberi amaran akan dua punca kematian lain yang semakin meningkat iaitu perubahan iklim mendadak dan pembuangan sisa elektronik (e-waste) yang tidak terkawal."
] |
https://iluminasi.com/bm/mari-bongkar-5-mitos-tentang-mi-segera.html | 5 Mitos Dan Fakta Salah Tentang Mi Segera (Mee Maggi) | [
"Orang Asia memang tak boleh hidup berjauhan dengan mi segera. Dah beratus jenis mi segera yang ada dalam pasaran. Daripada jenis biasa sampai ke jenis yang luar biasa pun ada. Semua orang suka makan mi segera sebab mudah, cepat dan sedap.",
"Kalau tonton drama Korea, bila sampai bahagian mereka makan mi segera mesti tiba-tiba kita pun terikut rasa lapar. Menyelerakan betul boleh hirup mi macam tu.",
"Dari kecil lagi kita selalu dengar \"Jangan makan maggi! Nanti botak!\" ataupun \"Jangan makan maggi, nanti boleh dapat kanser!\" Sehingga ada segelintir persatuan dan orang-orang yang tak ada kerja yang sanggup buat cerita viral supaya boikot mi segera. Kalau nak boikot pun, bagilah fakta dan bukti saintifik sekali kan, barulah betul.",
"Mari kita bongkarkan apa lagi mitos berkaitan mi segera yang selalu didengar. Kami sertakan sekali fakta dan kajian yang telah dijalankan untuk membidas hujah-hujah kosong ini.",
"Menurut Nestle Malaysia, mi segera hanya diperbuat daripada tepung gandum, minyak isirung sawit dan garam. Bahan-bahan ini kemudian dibentuk menjadi doh, dileperkan sebelum dipotong menjadi untaian panjang. Mi ini kemudian dikukus sebentar sebelum dikeringkan dan digoreng dalam minyak yang banyak. Kemudian barulah ia dibungkus bersama bahan perasa. Tidak ada proses yang melibatkan lilin dalam pembuatannya.",
"Satu kajian yang dibuat oleh Makmal Neurobiologi Dow, di Oregon, Amerika Syarikatmenggunakan MSG mendapati kandungan dan struktur molekular MSG tidak bertindak balas apabila direbus dalam air mendidih. Ini menjadikan MSG sebagai suatu elemen yang stabil sebagai bahan makanan dan ia selamat untuk dimakan.",
"Menurut Presiden Persatuan Pakar Diet Malaysia, Profesor Winnie Chee, rata-rata mi segera di Malaysia mempunyai berat 75 gram dengan purata 300-350 kalori. Jika kita memakan mi segera itu sahaja, kita hanya makan karbohidrat semata-mata. Ia sama sahaja seperti kita memakan roti dan nasi yang membekalkan tenaga.",
"Oleh sebab itu, kita sebenarnya perlu menambah sayuran dan protein seperti telur ke dalam mi segera supaya ia menjadi makanan yang lebih seimbang.",
"Berdasarkan nilai kalorinya, mi segera seeloknya diambil sebagai satu hidangan berat yang lengkap dan bukanlah sebagai snek.",
"Seperti sumber karbohidrat yang lain, ia bergantung kepada berapa banyak dan berapa kerap anda makan. Sekiranya anda makan banyak, maka lebih mudahlah anda gemuk. Apatah lagi jika anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak bersenam.",
"Tidak kiralah anda makan nasi, roti atau mi segera, anda seharusnya bijak mengawal pengambilan kalori setiap hari dan cuba membakar lebihan kalori dengan membuat aktiviti fizikal.",
"Sehingga ke hari ini, masih belum ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini. Kandungan MSG hanyalah glutamat (88%) yang diambil dari sumber semula jadi, sodium dan air. USFDA, FASEB, WHO dan JECFA telah menyenaraikan MSG sebagai makanan yang selamat untuk diambil namun seperti makanan-makanan lain juga, ia perlulah diambil secara bersederhana.",
"Glutamat ini pula bukan sahaja terkandung dalam MSG malah boleh juga didapati daripada makanan lain seperti keju, tomato, kicap dan macam-macam lagi. Boleh kata setiap hari kita makan MSG. Kita je yang tak sedar."
] |
https://iluminasi.com/bm/6-makanan-yang-baik-untuk-otak.html | 6 Makanan yang Baik untuk Otak | [
"Apabila usia meningkat, lama-kelamaan kecerdasan minda kita juga akan turut merosot. Apa kata anda mula tambah makanan-makanan ini dalam hidangan seharian untuk mendapatkan minda yang lebih tajam dan fokus?",
"Sumber protein yang dikaitkan dengan minda yang cerdas ialah ikan. Ikan sangat kaya dengan acid omega-3 termasuk asid dokosaheksaenoik (DHA) yang penting untuk kesihatan otak. Menurut kajian oleh Rush Medical Center di Chicago, Amerika Syarikat mereka yang memakan ikan mempunyai risiko rendah untuk mendapat Alzheimer, strok dan melambatkan kemerosotan mental.",
"Jadi, untuk kesihatan minda dan jantung, makan sekurang-kurangya dua hidangan ikan setiap minggu.",
"Bahan seperti kafein boleh memberikan tenaga dan bantu anda untuk lebih fokus. Kafein boleh didapati dalam kopi, coklat, minuman bertenaga dan ubatan. Walau bagaimanapun, kesan kafein hanyalah sementara.",
"Jangan makan terlalu banyak makanan mengandungi kafein kerana ia boleh menyebabkan anda berasa gelisah dan tidak selesa.",
"Gula juga boleh menjadi bahan meningkatkan kepekaan otak. Tapi gula di sini bukan bermakna gula yang kita guna untuk bancuh air dan memasak, tetapi gula glukosa yang dihasilkan daripada karbohidrat. Oleh sebab itu apabila anda mengambil minuman manis, anda berasa seperti minda, pemikiran dan kebolehan mental telah dirangsangkan buat seketika.",
"Pengambila gula berlebihan, walau bagaimanapun, boleh memudaratkan memori. Bukan sahaja memori, malah seluruh tubuh anda pun boleh rosak. Maka, pengambilan gula dari karbohidrat ini perlu dibuat secara berpada-pada, jangan sampai kegemukan ya.",
"Kekacang mengandungi sumber antipengoksidaan yang baik iaitu vitamin E. Suatu kajian yang dibuat oleh Kremlin-Bicêtre University Hospital di Perancis yang dibuat ke atas 9,294 orang warga emas dari 3 buah bandar di Eropah mendapati vitamin E sememangnya mempengaruhi kualiti hidup dan kesihatan mental mereka.",
"Coklat pahit (dark chocolate) juga mempunyai sifat antioksida dan boleh merangsang otak dengan kandungan kafein di dalamnya.",
"Nikmatilah sehingga 30 gram kekacang dan coklat pahit sehari untuk mendapatkan segala kelebihan ini.",
"Setiap organ dalam badan bergantung kepada aliran darah, terutama sekali jantung dan otak. Makanan yang tinggi kandungan bijirin penuh dan buah avokado mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kolestrol yang tidak baik. Makanan ini mengelakkan pembentukan plak dan melancarkan aliran darah ke otak supaya berfungsi dengan lebih baik.",
"Selain itu, bijirin penuh juga mengandungi serat dan vitamin E. Manakala avokado pula mengandungi lemak baik iaitu lemak mono tidak tepu yang membantu pengaliran darah.",
"Selain itu, anda juga perlu memastikan anda makan sarapan pagi setiap hari kerana ia membantu minda anda untuk lebih fokus sepanjang hari. Mungkin semua inilah rahsia kuasai minda yang sebenar!"
] |
https://iluminasi.com/bm/5-fakta-tentang-kopi-yang-ramai-orang-tak-tahu.html | 5 Kelebihan Dan Kebaikan Kopi yang Ramai Tak Tahu | [
"Bila bercakap tentang kopi, ramai yang masih berdebat sehingga ke hari ini sama ada kopi itu menyihatkan atau memudaratkan. Berikut kami berikan fakta mengenai kopi yang mungkin ramai orang belum tahu.",
"Kopi mengandungi lebih daripada 1,000 bahan kimia. Kuantiti dan rumusannya bergantung kepada jenis kopi, cara kopi ditanam dan kaedah yang digunakan untuk memproses. Secara umumnya, biji kopi hanya mengandungi karbohidrat, lemak, protein dan air. Bahan lain yang terkandung dalam biji kopi termasuk asid (klorogenik dan kafeik), alkaloid (termasuk kafein), mineral, vitamin dan lain-lain.",
"Kajian yang dijalan oleh Instituto del Frío, Sepanyolmendapati kopi yang sedia diminum mengandungi roughageatau pelawassebanyak 1 hingga 1.5 gram dalam setiap cawan. Semua makanan yang dibuat daripada tepung bijirin gandum mengandungi secara purata 6 gram roughage bagi setiap 100 gram produk. Roughage ini merupakan sejenis bahan serat dalam diet yang tidak boleh dihadam oleh tubuh dan boleh membantu aktiviti pergerakan usus.",
"Dos kafein yang tinggi boleh menyebabkan kesan toksik pada badan, sama seperti bahan alkaloid yang lain. Sekiranya anda minum 3-4 cawan kopi (bersamaan 300-400mg kafein) setiap hari, sebenarnya ia tidak menjadi masalah bagi orang dewasa yang sihat secara umumnya. Jika seseorang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap kafein, maka tiada sebab kukuh dari segi perubatan yang boleh digunakan agar dia berhenti minum kopi. Kesan penerimaan kafein bagi seseorang individu berbeza-beza. Jadi, kenali tubuh badan sendiri dan ketahui had anda! Kalau dah mula rasa kepala berdenyut-denyut tu, pandai-pandailah berhenti.",
"Kajian oleh penyelidik dari RMIT University, Melbourne, Australia mendapati kopi berupaya bertindak sebagai perangsang otak apabila individu memberikan respon. Satu kajian lain oleh seorangahli psikofarmakologi dari University of Groningen, Netherlandsjuga mendapati seseorang menjadi lebih peka dan pantas menyelesaikan tugasan setelah meminum kopi.",
"Walau bagaimanapun, kedua-dua kajian ini tidak memberikan bukti yang kuat kerana ujian dijalankan dalam skala kecil. Kajian yang lebih menyeluruh dan berskala besar perlu dibuat untuk benar-benar mengaitkan kopi sebagai agen rangsangan otak.",
"Harvard Medical School telah menulistentang kebaikan dan keburukan kopi, atau secara spesifiknya kafein dalam kopi, berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat oleh universiti itu. Artikel yang dikeluarkan pada tahun 2012 itu menyatakan kafein boleh membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti Alzheimer, kanser, diabetes, penyakit kardiovaskular dan Parkinson's.",
"Kopi dikatakan mengandungi asid klorogenik yang merupakan suatu agen antipengoksidaan. Namun menurut Dr. Tina M. St. Johns,kandungan asid klorogenik ataupun CGA dalam kopi akan berkurangan apabila kopi dibakar. Eksperimen yang dijalankan dalam makmal sememangnya menunjukkan bahawa CGA memberi kesan yang kuat dalam antipengoksidaan di mana ia meneutralkan bahan kimia yang boleh merosakkan tisu dalam badan. Namun para saintis masih memerlukan kajian mendalam untuk tahu sejauh mana CGA daripada kopi ini bertindakbalas dengan manusia.",
"Para penyelidik sebenarnya masih berwaspada apabila memberi kenyataan berkaitan kopi dan kesihatan orang awam. Belum ada kajian yang benar-benar kukuh untuk mendakwa sama ada kopi ini baik untuk kesihatan atau memudaratkan.",
"Walau bagaimanapun, kopi sememangnya suatu minuman yang selamat untuk diminum setiap hari. Tetapi supaya lebih selamat, minumlah sekadar yang perlu - lebih kurang satu atau dua cawan sahaja sehari.",
"Jika anda mengandung, menyusukan anak, mempunyai penyakit darah tinggi ataupun mengalami rasa berdebar-debar dan jantung berdenyut laju selepas meminum kopi, sila jumpa doktor anda dengan segera untuk nasihat lebih lanjut.",
"Semua makanan pun ada kebaikan dan keburukannya, yang penting sentiasa beringat dan berpada-pada. Kan?"
] |
https://iluminasi.com/bm/gambar-menceritakan-kehidupan-di-korea-utara.html | 12 Gambar Yang Menceritakan Kehidupan Orang Ramai di Korea Utara | [
"Korea Utara adalah satu wilayah yang agak susah untuk kita dapatkan maklumat berkaitannya dalam internet. Ini kerana majoriti media di negara tersebut dikawal oleh kerajaan mereka. Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsikan oleh seorang jurugambar bernama David Guttenfelder, ketua jurugambar bagi Associated Press yang dikongsikan, untuk kita leihat sendiri corak kehidupan masyarakat negara komunis tersebut.",
"1. Buat pertama kalinya tahun lepas dilaporkan Korea Utara mengumumkan nilai harga minyak mereka untuk pengetahuan antarabangsa. Berapa harga petrol seliter di sana? Ketika ini, USD 1.05 bersamaan RM4.66",
"5. Kami tidak dapat memastikan sama ada bekas belah kanan itu adalah dispenser minuman atau akuarium ikan.",
"6. Walaupun fesyen yang dipaparkan agak ketinggalan zaman, apa yang positifnya, pakaian tersebut tidak seksi malahan mampu membuatkan pemakainya kelihatan anggun, bergaya dan sofistikated jika dibandingkan dengan kebanyakan fesyen pakaian wanita moden lain.",
"8. Berdasarkan pencapaian pegawai tentera yang dipaparkan, nampaknya tak lama lagi mereka perlu memakai dua lapis uniform hanya untuk memastikan ruang melekat lencana ada."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-tempat-makan-di-alor-setar-yang-menjadi-pilihan-jalan-jalan-cari-makan-tv3.html | 5 Tempat Makan Best di Alor Setar yang Menjadi Pilihan Jalan Jalan Cari Makan TV3 | [
"Kat Kedah memang banyak tempat makan best. Bukan saja di negeri-negeri utara tanah air malah seluruh Malaysia pun memang banyak tempat makan menarik. Orang luar selalu kata negara kita ni syurga makanan. Murah, banyak pilihan, senang dan sedap.",
"Tapi, kali ni untuk senarai tempat makan sedap di ibu negeri Kedah, mari kita tengok 5 tempat yang pernah menjadi pilihan tim program foodventure terkenal TV3 iaitu Jalan-Jalan Cari Makan:",
"Negeri utara memang terkenal dengan kepelbagaian laksa. Setiap laksa ada kelebihan yang tersendiri. Kalau di Kedah, kuah laksa sering dibuat menggunakan ikan termenung (kembung) atau ikan selayang.",
"Kat kedai Laksa Ikan Sekoq ini, pelanggan akan dihidangkan laksa beserta seekor ikan. Kalau nak tambah telur sebiji pun boleh. Kalau anda makan laksa ikan sekoq, anda boleh tambah makan secara percuma. Biaq betui? Ha betui la. Kat Alor Setar saja ada kedai macam ni.",
"No.66, Rumah Kedai Perumahan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar, Kedah. (Tel : 012 - 439 1313 / 019-253 5457)",
"Waktu operasi: Isnin - Sabtu, 11.30 pagi - 7.30 malam",
"Orang utara memang suka makan pulut. Segala macam jenis lauk boleh dimakan dengan pulut. Jika di gerai Awi Pulut yang terletak di belakang Bank Rakyat cawangan Alor Setar ini, anda boleh menikmati pulut manis ataupun savuri. Macam-macam menu pulut yang ada antaranya pulut durian, pulut kahwin, pulut ayam, pulut kuning dan pulut mangga.",
"Selain itu, gerai ini juga ada menjual menu istimewa iaitu nasi ayam berempah dan nasi ayam percik untuk mereka yang mahukan menu yang lebih berat.",
"No. 4, Gerai buah (Belakang Bank Rakyat Alor Setar), Jalan Langgar Alor, 05100 Alor Setar, Kedah (Tel : 012-5969199)",
"Lokasi kafe yang sangat strategik ini memang menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Kota Setar. Kafe ini terletak berhampiran dengan Masjid Zahir, Balai Seni, Balai Nobat dan Istana Kuning Kedah. Menu di sini pula menawarkan hidangan makanan barat dengan konsep santai chillax sambil mengunyah. ",
"Dengar cerita meatball dia sedap mengalahkan bebola daging dari Sweden sendiri!",
"No. 139, Pekan Melayu (bersebelahan Masjid Zahir), 05100 Alor Setar, Kedah. (Tel: 012-500 1714)",
"Waktu operasi: Selasa - Ahad, 6:00 petang sehingga 12:00 malam",
"Kalau datang belah utara dan tak pekena mee rebus, pasembor dan nasi kandar, memang tak lengkap lagi perjalanan anda. Di restoran ini juga terdapat hidangan ala barat seperti chicken chop, sizzling steak dan sebagainya.",
"Mee abu, mee rebus, mee goreng di sini memang sedap! Nasi kandar pun rasa original Penang.",
"No. 4, Taman Tunku Bendahara (bersebelahan Istana Anak Bukit), Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. (Tel : 016-462 1915)",
"Waktu operasi : Setiap hari, 6:30 pagi hingga 9:30 malam",
"Kalau dah sebut patisserie, mestilah semua orang boleh agak apa keistimewaan makanan di sini. Aneka kek, pastry dan pencuci mulut lah. Tapi di sini juga ada menjual makanan lain seperti nasi lemak pandan, sup tulang dan pelbagai jenis hidangan barat. ",
"Kalau keluar ramai-ramai dan keliru tak tahu nak pergi mana sebab macam-macam perangai kawan yang nak memilih menu ikut tekak masing-masing, boleh datang sini sebab semua jenis menu ada!",
"Kedai ini beroperasi di dua cawangan iaitu di Jalan Stadium dan juga di kompleks Aman Central. ",
"No 1, Wisma Koperasi Jalan Stadium,05100 Alor Setar Kedah. (Tel : +60 4-730 2120)",
"Waktu operasi : Rabu - Isnin (tutup hari Selasa) 11:00 pagi - 12:00 malam",
"3- K02, Aman Central, Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar, Kedah"
] |
https://iluminasi.com/bm/10-masjid-paling-cantik-di-dunia.html | 10 Masjid Paling Cantik di Dunia | [
"Dah tentulah semua orang cakap ini masjid paling cantik dalam dunia kerana semua umat Islam pun teringin nak pergi sini. ",
"Masjidil Haram merupakan masjid terbesar di dunia yang boleh memuatkan 4 juta jemaah pada satu-satu masa. Di sini jugalah terletaknya Kaabah dan merupakan tempat paling suci bagi seluruh umat Islam.",
"Masjid ini terletak di Isfahan ini telah dibina seawal kurun ke-17 semasa pemerintahan Shah Abbas I. Rekaan berunsurkan seni bina Safavid Iran ini tidak mempunyai laman atau menara tinggi seperti kebanyakan masjid lain.",
"Selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, baginda telah membina Masjid Nabawi dan di sini jugalah tempat bersemadinya Rasulullah iaitu di bawah kubah berwarna hijau. ",
"Selain itu, masjid ini juga menempatkan makam bagi sahabat-sahabat Nabi iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Masjid Nabawi merupakan masjid kedua terbesar di dunia yang boleh menampung lebih daripada setengah juta jemaah.",
"Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia. Ia telah dibina pada 1912 dan terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, Kedah. ",
"Tapak masjid ini pada asalnya merupakan pusara bagi pahlawan yang telah gugur mempertahankan Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Ia juga merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.",
"Masjid yang dibangunkan pada tahun 1958 ini merupakan sebuah masjid terhebat dengan lapisan emas murni di setiap kubahnya. Masjid yang terletak di Kampung Ayer ini sentiasa menjadi lokasi tarikan pelancong tidak kira masyarakat tempatan atau warga asing yang berkunjung ke Brunei.",
"Unik kan rekaan masjid ini? Struktur bumbungnya mempunyai lapan segi, lain daripada masjid yang biasa kita lihat. Masjid yang direka oleh arkitek dari Turki ini diinspirasikan daripada bentuk khemah Badwi dan Kaabah. ",
"Masjid yang kelihatan serba putih ini mengambil masa lebih 10 tahun serta mengupah ribuan orang pekerja untuk disiapkan hingga menjadi masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu. ",
"Kawasan masjid ini adalah seluas 12 hektar dan terdapat sebuah perpustakaan di dalam masjid yang menempatkan buku-buku lama sejarawan Islam merangkumi pelbagai topik. Masjid ini juga mempunyai lampu chandelier seberat 12 tan.",
"Masjid ini pada asalnya merupakan sebuah gereja yang diberi nama St. Nicholas' Cathedral yang telah dibina sekitar tahun 1298 - 1400. Setelah jajahan ini ditakluk oleh empayar Uthmaniyyah pada tahun 1571, gereja ini ditukar menjadi sebuah masjid. ",
"Selepas fungsi gereja ditukarkan menjadi sebuah masjid, semua simbol dan lukisan binatang atau manusia telah dibuang atau digantikan dengan hasil seni yang lain.",
"Pada tahun 1993, UNESCO telah menamakan masjid yang terletak di Lahore ini sebagai salah satu tapak bersejarah dunia. Seni bina ala fresco dengan jubin pelbagai warna membuatkan masjid ini cantik dan tersergam indah.",
"Tapak dan binaan asal masjid telah dibakar semasa zaman rejim kekejaman Ivan the Terrible pada 1552. Imam Seid Kul Sharif dan anak-anak muridnya telah cuba mempertahankan masjid itu daripada kemusnahan namun gagal. ",
"Pada tahun 1996, pembinaan semula masjid dimulakan dan memakan masa hampir 10 tahun untuk disiapkan. Pada tahun 2005, masjid ini dilancarkan dan diberi nama Kul Sharif sempena memperingati perjuangan Imam Kul Sharif suatu ketika dahulu."
] |
https://iluminasi.com/bm/6-kebaikan-menderma-darah.html | 6 Kebaikan Dan Kelebihan Menderma Darah | [
"Walaupun kita menderma darah untuk keselamatan dan kesihatan orang lain, tapi adakah anda tahu bahawa menderma darah juga boleh memberi faedah kepada tubuh badan si penderma juga?",
"Satu tinjauan yang dibuat menunjukkan risiko serangan jantung dan strok dapat dikurangkan apabila seseorang menderma darah. Kajian yang dibuat oleh sepasukan penyelidik bahagian Pentadbiran Perubatan Veteran di Amerika mendapati penderma yang berusia antara 43 hingg 61 tahun mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat sakit jantung atau strok apabila mereka menderma darah setiap 6 bulan.",
"Dalam kajian lain pula yang dibuat oleh John Hopkins University, sebanyak 2,682 sampel dari warga lelaki Finland telah diperiksa dan mendapati sesiapa yang menderma sekurang-kurangnya sekali dalam setahun mempunyai 88% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang tidak menderma.",
"Penyelidik dari University of California, San Diego pula menganggarkan seorang penderma akan membakar lebih kurang 650 kalori apabila mereka menderma 1 pain darah. Lagi banyak daripada berlari selama satu jam! Namun ini tidak bermakna anda boleh menggunakan kaedah menderma darah ini sebagai langkah utama untuk menguruskan badan. Amalkanlah gaya hidup yang sihat dan pemakanan seimbang jika anda mahu mengurangkan berat badan.",
"Pada tahun 2015, sekumpulan pakar penyelidik dari Charite-University of Medicine, Berlin, Germany telah mendapati pendermaan darah secara berkala boleh mengurangkan penyakit tekanan darah tinggi.",
"Menurut sebuah kajian pada 2008 oleh National Cancer Institute, pendermaan darah boleh mengurangkan bilangan zat besi dalam badan dan seterusnya merendahkan risiko penyakit kanser. Zat besi berlebihan dikatakan meningkatkan radikal bebas yang sering dikaitkan dengan kanser dan penuaan.",
"Dalam kajian itu, penyelidik telah mengikuti perkembangan 1,200 peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan selama lebih 4 tahun. Kumpulan peserta yang menderma darah sebanyak dua kali setahun didapati mempunyai kadar zat besi yang rendah dalam badan dan ini telah merendahkan risiko penyakit kanser dan kematian.",
"Satu tinjauan yang dibuat oleh University of Sweden pula mendapati, majoriti daripada 528 peserta berkata mereka mempunyai reaksi positif selepas menderma darah. Antara reaksi positif yang dinyatakan adalah seperti tahap kepuasan diri, peningkatan tahap kepekaan (alertness) dan rasa badan menjadi lebih sihat berbanding sebelum menderma.",
"Secara umumnya, apabila anda menderma, darah anda akan diuji untuk sebarang jangkitan kuman merbahaya seperti HIV, hepatitis dan syphillis sebelum disimpan. Ujian ini akan dibuat ke atas kesemua darah yang diterima untuk keselamatan penerima darah. Jadi, anda mungkin akan dihubungi pihak hospital untuk rawatan dan konsultasi lanjut sekiranya mereka menemui sebarang keganjilan dalam darah anda."
] |
https://iluminasi.com/bm/video-perbezaan-aset-ketenteraan-korea-utara-malaysia.html | Dalam isu Korea Utara, Kau kena sokong Kerajaan walaupun kau benci BR1M | [
"Penulisan ini telah mendapat perhatian editor Iluminasi di mana penulis asal posting ini, saudara Akhi Fairuz telah menyatakan penyataan yang sangat menarik iaitu \"Walaupun kau tak sokong BR1M, tapi kau kena sokong kerajaan dalam isu ketegangan Malaysia dengan Korea Utara ini\". Penulisan ini telah diterbitkan semula di laman blog ini dengan kebenaran beliau.",
"Ada satu video di Youtube. Video ini membandingkan aset ketenteraan yang dimiliki Korea Utara dan Malaysia. Jelas, Korea Utara mendahului kita dari aspek berkenaan. Baik dari bilangan tentera, pesawat tempur, senjata dan lain lain.",
"Aku tak mahu memperkatakan sangat tentang video berkenaan. Yang membuatkan aku tertarik adalah komen komen pengguna Youtube di video berkenaan. Rata rata menyokong Malaysia. Baik dari Turki, Pakistan, Indonesia, bahkan dari negara Barat sekalipun. Indonesia yang selalu bertegang leher dengan Malaysia pun beri sokongan penuh. Ajaib tuan tuan.",
"Bila ini berlaku, aku teringat hadith Nabi SAW, yang aku lupa teks penuh. Akhir zaman nanti kaum muslim dan bangsa Rom akan bekerjasama melawan satu musuh di belakangnya. Ada yang menafsirkan musuh ini Iran (Syiah). Namun ada juga yang menyatakan ia Korea Utara (Blok Komunis). Wallahuallam.",
"Teman teman yang baik hati, isu ini melibatkan Malaysia dengan satu negara yang gila. Gila dan degilnya persis negara haram Israel. Kita harus bersama dengan kerajaan Malaysia.",
"Elakkan dari mengulas dari sudut yang tak menguntungkan sesiapa. Elakkan dari memberi komen yang mengguris hati keluarga 11 orang rakyat Malaysia di sana. Jangan sesekali politician di pihak pembangkang mengulangi kesilapan dengan mempertikaikan kerajaan seperti isu di Lahad Datu.",
"Yang paling penting sekali diri kita. Tahan diri dari mengulas apa yang kita tak tahu. Doa doa dan doa. Beri sokongan pada kerajaan. Apa yang betul kita sokong. Apa yang salah (contoh : pemberian Br1m), kita hentam.",
"Percayalah, komen sindiran, sarcasm, menghentam dan seangkatan dengannya benar benar tidak membantu.",
"Kalau kau rasa menggeletar nak komen juga, cari gambar kucing, post lah di facebook anda. Letakkan caption \"Kalau artis seksi beribu orang likes dan komen. Takkan gambar kucing comel ni anda nak abaikan.\""
] |
https://iluminasi.com/bm/produk-putih-kulit-menipu.html | Produk Putih Kulit Yang Paling Popular Dan Berkesan? Baca Ni | [
"Ramai orang mengimpikan wajah putih kerana menganggap ianya adalah salah satu simbol kecantikan. Ini adalah satu persepsi yang salah kerana ianya adalah satu 'idea' yang dipupuk ke dalam minda konsumer dengan bertujuan untuk melariskan produk yang dijual. Bagi penulis, kecantikan itu suatu perkara yang subjektif. Namun oleh kerana banyak majalah-majalah dan iklan-iklan yang bercerita tentang putih itulah kecantikan maka semua orang berpusu-pusu ingin kelihatan 'cantik' seperti yang dipupuk oleh media tersebut.",
"Jadi adakah anda seorang konsumer yang bijak sekiranya anda menggunakan produk pemutih kulit ini? Ianya bergantung kepada ilmu dan matlamat anda juga. Sekiranya anda memang dengan membuta-tuli ingin memutihkan kulit, anda bukanlah seorang pengguna yang bijak. Anda perlu tahu bahawa hakikat yang sebenarnya tiada ejen atau produk pemutih kulit secara 'permanent' yang benar-benar berkesan pada masa sama selamat untuk digunakan.",
"\n\n\n\n\n\ntrend di china, keluar ke pantai pakai suit elak kulit gelap",
"Anda pergilah berjumpa dengan dermatologis mana-mana pun, pasti mereka akan berkata perkara yang sama. Tiada ubat yang boleh memutihkan kulit tanpa risiko yang tinggi. Pakar-pakar cuma boleh mengesyorkan atau memberikan ubat yang bersesuaian dengan situasi anda berdasarkan point-point berikut :",
"Untuk kenalpasti warna kulit paling cerah semulajadi untuk diri anda, lihat pada lengan tangan anda sebelah dalam. Itulah warna kulit paling cerah semulajadi untuk anda. Sekiranya mahu melebihi tahap putih ini, anda kena letakkan diri anda dalam risiko bahaya yang lain. Sekali lagi diulangi. Tiada ubat, produk atau ejen pemutihan yang selamat. Melainkan si pengeluar produk itu menipu itu ini bahawa produk mereka mampu memutihkan kulit walhal sebenarnya hanya sebagai ejen pencuci muka ataupun mereka guna bahan terlarang. Paling ditakuti sekiranya produk itu mengandungi merkuri.",
"Ada yang mengatakan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan hydroquinone ini selamat digunakan dalam kuantiti yang tertentu. Jawapan yang sebenarnya adalah ianya tetap memberi mudarat dan bahaya kepada badan anda. Ditambah pula dengan kadar kuantiti yang anda sendiri tidak pasti atau tahu didalam produk tersebut. Jadi sebelum anda ingin menggunakan produk pemutihan kulit, sila semak adakah anda benar-benar memerlukannya.",
"Kesimpulannya, anda perlu tahu teknik dan langkah yang betul untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit sebelum membeli apa-apa jenis produk. Juga anda perlu membuat sedikit kajian di internet ataupun bertanya terus kepada kementerian kesihatan. Tambahan pula, produk-produk yang benar-benar 'legit' ini bukannya murah. Biasanya berharga RM300 ke atas (berserta konsultasi dari dermatologis). Perlu diingati, Jacklyn Victor pun tak boleh putih macam Uqasha Senrose. Hati-hati dengan pengeluar produk putih kulit murahan ini."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-mitos-tentang-derma-darah.html | 10 Mitos tentang Derma Darah | [
"Badan kurus atau badan besar tidak menjanjikan kuantiti dan kualiti darah dalam badan anda. Saiz badan yang besar bukan bermakna mereka mempunyai bekalan darah yang lebih banyak. Sama je kuantiti darah orang dewasa. Selain itu, orang yang mengalami kegemukan mungkin juga mempunyai pelbagai penyakit lain. Asalkan berat badan anda melebihi 45kg, anda boleh menderma, ok?",
"Jika sakit seperti tercucuk jarum atau digigit semut pun anda kata sakit, maka sakitlah ia. Masa nak mula cucuk tu saja yang rasa sakit. Bila dah mula ambil darah, tak rasa apa-apa pun. Selepas menderma, rasa sengal-sengal di bahagian cucukan jarum pula boleh menjadi tanda ingatan bahawa anda telah berjaya melakukan kebaikan.",
"Hanya 350 - 450ml sahaja darah yang akan diambil dalam satu sesi. Tubuh badan manusia masih mempunyai bekalan darah yang cukup iaitu lebih kurang 5 liter walaupun selepas menderma darah. Lagipun selesai sahaja menderma, badan anda akan mula proses menghasilkan sel darah yang baru. Tak luak pun darah anda, jangan risau.",
"Menderma darah tidak mengganggu kegiatan sukan atau aktiviti fizikal anda. Anda cuma dinasihatkan untuk tidak mengangkat berat atau membuat senaman yang terlalu berat pada hari yang sama selepas menderma. Namun, anda boleh teruskan aktiviti seperti biasa pada keesokan harinya.",
"Sebenarnya badan anda akan menghasilkan sel-sel baru lebih cepat daripada anda sangkakan. Kalau anda sihat tubuh badan semasa menderma, secara umumnya anda pulih seperti sediakala dalam sehari dua sahaja. ",
"Darah ialah sesuatu yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia atau mana-mana teknologi. Ia hanya boleh diambil daripada tubuh badan manusia yang sihat sahaja.",
"Bangsa, agama dan keturunan tidak mempunyai apa-apa kesan pun sekiranya anda ingin menderma darah. Hanya jenis dan kumpulan darah sahaja yang mereka nak tahu.",
"Proses derma darah tu sebenarnya tak sampai 10 minit pun. Tapi anda dinasihatkan untuk berehat dan berada di kawasan tempat menderma tu dalam 30 minit. Sekejap je.",
"Dan anda tidak perlu menderma setiap bulan pun. Memang tak boleh pun derma setiap bulan walaupun anda sendiri yang nak. Anda perlu tunggu sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum menderma semula.",
"Setiap jarum mengambil darah yang disuntik pada lengan anda adalah jarum baru yang telah disterilkan. Dijamin selamat.",
"Derma darah sebenarnya boleh menghilangkan berat badan lagi adalah! Menurut kajian oleh University of California di San Diego, Amerika Syarikat, setiap kali anda menderma 1 pain darah, anda membakar lebih kurang 650 kalori.",
"Selepas menderma darah, anda mungkin berasa sedikit letih dan kurang bertenaga. Ada orang yang sangka ini disebabkan kelaparan, maka mereka menghilangkan rasa lesu ini dengan mengisi perut. Tapi ini bukanlah alasan anda jadi gemuk sebab derma darah. Makan biarlah berpada-pada, jangan mengkedarah hingga tidak ingat dunia."
] |
https://iluminasi.com/bm/fakta-tentang-derma-darah-yang-anda-mungkin-tak-tahu.html | Manfaat Dan Kepentingan Derma Darah Yang Ramai Tak Tahu | [
"Seperti yang kita sedia maklum, keperluan dan permintaan darah semakin tinggi. Di Lembah Klang sahaja lebih kurang 180 - 225 liter darah diperlukan setiap hari. Walaupun bilangan penderma di seluruh negara dikatakan meningkat, namun jumlah penderma di Malaysia hanyalah sebanyak 2.5%. Ini jauh daripada matlamat yang disasarkan kementerian iaitu sekurang-kurangnya 5% rakyat Malaysia yang menderma.",
"Adakah anda takut nak menderma darah? Ataupun tak tahu bagaimana nak derma? Kami kongsikan beberapa fakta berkenaan derma darah untuk menjawab persoalan anda.",
"Setiap hari, 400-500 unit darah diperlukan setiap hari namun Pusat Darah Negara (PDN) hanya mampu mengumpulkan sebanyak 3,200 unit darah sahaja seminggu. Bekalan darah dari PDN akan disalurkan kepada semua hospital kerajaan dan swasta di Lembah Klang manakala negeri lain mempunyai Unit Transfusi Perubatan di hospital masing-masing.",
"Kepentingan darah dalam rawatan kesihatan tidak dapat dipertikaikan. Penambahan bilangan hospital bermakna permintaan darah juga semakin meningkat. Segala rawatan bagi pesakit yang kemalangan dan memerlukan darah, pesakit talessemia, pembedahan jantung, pemindahan organ dan anemia sangat banyak bergantung kepada bekalan darah.",
"Antara sebab lain mengapa anda perlu menderma darah ialah kerana jangka hayat komponen darah berlainan. Sel darah merah hanya bertahan maksimum selama 42 hari sahaja manakala platlet hanya boleh disimpan selama 5-7 hari. Hanya plasma sahaja yang boleh dibekukan sehingga bertahun-tahun. Disebabkan inilah hospital dan pusat darah memerlukan bekalan yang banyak dan tidak putus-putus.",
"Selain itu, sel darah merah dalam badan manusia hanya 'hidup' selama 122 hari sebelum sel ini mati dan digantikan dengan yang baru. Daripada membazir begitu saja, baiklah anda dermakan sel darah merah tu. Dapat pahala besar tau sebab selamatkan nyawa orang lain.",
"Sesiapa yang berusia 18-60 tahun, sihat tubuh badan dan mempunyai berat sekurang-kurangnya 45kg. Penderma tidak mengambil sebarang ubatan atau minuman beralkohol sebelum menderma. Selain itu penderma tidak boleh berpuasa dan telah rehat (tidur) sekurang-kurangnya 5 jam pada malam sebelum hari menderma. Bagi warga asing, mereka perlu menetap di Malaysia melebihi 1 tahun.",
"Ini bergantung kepada berat badan penderma. Bagi penderma di bawah 50kg, mereka hanya boleh menderma sekitar 250ml hingga 350ml darah sahaja. Dan penderma dengan berat badan melebih 50kg boleh menderma satu unit penuh darah iaitu sebanyak 450ml.",
"Hospital dan pusat darah menerima semua jenis darah dan faktor rhesus. Yang penting anda bukan daripada golongan penagih dadah yang kongsi jarum suntikan, terlibat dalam kegiatan pelacuran atau melanggan pelacur, suka bertukar-tukar pasangan, buat seks sejenis atau seks rambang. Semua ini adalah kategori berisiko tinggi dan patut mengelakkan diri daripada menderma darah yang mungkin telah tercemar.",
"Menurut Pusat Darah Negara, mereka seringkali kekurangan darah jenis A. Barangkali masih kurang kesedaran daripada penderma berdarah jenis A ini. Ha kalau anda darah jenis A, bolehlah mula menderma sekarang!",
"Untuk pengetahuan anda, SEKALI anda menderma, anda dah menyelamatkan TIGA nyawa. Ini disebabkan apabila anda menderma, bekalan itu boleh dibahagikan kepada tiga komponen berasingan.",
"Nyawa pertama : pesakit denggi dan mereka yang sedang melalui kemoterapi boleh menerima platlet anda.",
"Nyawa kedua : sel darah merah untuk transfusi darah akibat kemalangan, pembedahan, talasemia dan pesakit yang mengalami pendarahan sangat banyak.",
"Nyawa ketiga : plasma yang mengandungi faktor pengentalan darah boleh membantu mangsa akibat melecur.",
"Selain anda melakukan amal jariah dan mendapat ganjaran pahala kerana menyelamatkan nyawa, anda juga dapat manfaat lain seperti mendapat suntikan Hepatitis B secara percuma apabila anda telah menderma sebanyak dua kali.",
"Selain itu, anda juga boleh mendapat rawatan pesakit luar, rawatan perubatan dan was kelas pertama secara percuma di hospital-hospital kerajaan! Bukan calang-calang orang boleh duduk kelas satu. Lagipun siapa tak suka benda free?",
"Kalau nak tahu apa lagi keistimewaan orang yang menderma darah, boleh lihat di laman web Pusat Darah Negara.",
"Jadi, tak kisahlah anda ni penganut agama apa, bangsa apa ataupun penyokong parti politik mana sekalipun, darah kita semua warna sama je. Bak kata Susan Lankester suatu ketika dulu, \"Tak kisah lah orang putih ke,oranghitamke,orangchocolateke,orang biru ke, kita semuaorang Malaysia kan?\"",
"Maka, marilah kita sama-sama menderma darah untuk membantu rakyat Malaysia lain. Mana tahu, nanti sampai suatu masa kita pula yang memerlukan."
] |
https://iluminasi.com/bm/bagaimana-hubungan-malaysia-dan-korea-utara-sebelum-tragedi-klia-tempohari.html | Bagaimana Hubungan Malaysia dan Korea Utara Sebelum Tragedi KLIA Tempohari? | [
"Hubungan Malaysia dan Korea Utara hari ini kembali tegang selepas kerajaan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia yang berada di sana untuk keluar dari negara tersebut. Atas tindakan berani Korea Utara, kerajaan Malaysia juga telah mengambil pendekatan yang sama dengan memperkenalkan larangan keluar ke atas rakyat Korea Utara dari Malaysia, sehinggalah kesemua rakyat yang ditahan dibenarkan pulang. ",
"Tidak ada siapa sangka, bermula dari kejadian di KLIA tempohari telah menjadi titik mula satu insiden besar pertelingkahan yang mungkin sekadar melibatkan Malaysia dan Korea Utara, malah mungkin juga akan melibatkan kuasa-kuasa besar dunia. ",
"Korea Utara bukanlah nama yang sentiasa meniti di bibir rakyat kita apabila bercakap berkenaan pelancongan dan perihal Korea Utara juga tidak mampu heboh di Malaysia seperti mana hebohnya anak gadis kita dengan kedatangan artis Korea Selatan. Mari kita imbas kembali beberapa titik pertemuan di antara Malaysia dan Korea Utara sebelum insiden yang menyebabkan kematian Kim Jong Nam berlaku.",
"Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada pertemuan wakil kerajaan Korea Utara dan wakil kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 2014. Mesyuarat 2 hari yang berlangsung di Kuala Lumpur. Topik perbicangan ketika itu lebih menjurus ke arah keupayaan senjata nuklear Korea Utara yang mengancam keselamatan dunia.",
"Pada tahun 2014, seorang pekerja rakyat Korea Utara antara yang telah meninggal dunia dalam kejadian letupan lombong arang batu di Sarawak. Wakil kerajaan Malaysia memaklumkan kepada media yang pengambilan warga Korea Utara bekerja di Malaysia, hanya dibenarkan di Sarawak kerana pekerja Korea Utara tahan upaya untuk bekerja di bawah tanah. ",
"Apa yang menjadi kontroversi adalah pendedahan yang pekerja Korea Utara yang bekerja hanya menerima 10-15% gaji mereka dan selebihnya akan dibayar kepada agensi kerajaan mereka.",
"Duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong-chol telah pun dibunuh selepas dipanggil pulang ke negara asalnya. Apa yang menyedihkan, berdasarkan maklumat yang diterima, kerajaan Korea Utara bukan sekadar membunuh Jang Yong-chol malah telah membunuh dua anaknya, adiknya sendiri yang juga isteri kepada Duta Korea Utara ke Cuba dan duta tersebut sendiri, iaitu adik ipar kepada Jang Yong-chol.",
"Selepas insiden yang disebut dalam poin ke tiga berlaku, pada awal tahun 2014, Kim Jong Nam telah didapati menyusup masuk ke Malaysia dari Macau untuk menyembunyikan diri. Sebuah akhbar Jepun melaporkan kelibat Kim Jong Nam telah dikesan melawat sebuah restoran masakan Korea yang berada di Kuala Lumpur.",
"Pada bulan Disember 2016, CEO Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud mengumumkan hasrat agar Korea Utara dapat dijadikan rakan dagang Malaysia yang lebih besar. Sebanyak 18 buah syarikat dari Korea Utara telahpun menyertai Malaysia International Branding Showcase atau IBS2016, membuktikan wujudnya keperluan untuk kerjasama yang lebih besar. ",
"Ironinya, Datuk Dzulkifli Mahmud menyebut \"Korea Utara sedang mencari peluang untuk menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran Asia Tenggara dan Malaysia sesuai kerana polisi negara yang mengutamakan perniagaan. Hubungan Korea Utara dan Malaysa telah berkembang dengan sangat positif untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Masih ada banyak ruang untuk dibangunkan hubungan yang mampu menguntungkan kedua-dua buah negara.\""
] |
https://iluminasi.com/bm/4-sebab-kenapa-anda-perlu-menonton-j-revolusi.html | 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton 'J Revolusi' | [
" Filem aksi 'J Revolusi' telah pun mencatatkan kutipan hampir RM1.4 juta dalam masa tayangan hanya selama 3 hari. Pencapaian ini amat memberangsangkan di mana audien telah memberikan respon yang amat baik terhadap filem tersebut. "
] |
https://iluminasi.com/bm/fakta-fakta-menarik-berkenaan-skim-bantuan-rakyat-1malaysia.html | Fahami Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Kini Dikenali Sebagai MyBSHR | [
" Ramai mengetahui minggu ini adalah minggu di mana penerima BR1M sudah boleh menyemak dan menerima bantuan di bawah BR1M. Bila kita sebut-sebut BR1M ni, apa sebenarnya BR1M? ",
"1. Walaupun bantuan BR1M dikatakan sebagai idea Perdana Menteri kita, yang sebenarnya BR1M adalah idea daripada pihak Bank Negara Malaysia.",
"2. Tujuan BR1M diperkenalkan adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang mewakili 40% daripada jumlah penduduk.",
"3. BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012. Kini BR1M sudah masuk tahun ke 5 pengenalannya.",
"4. Bagaimanakah BR1M akan diedarkan pada tahun ini? BR1M akan mula diagihkan mengikut kategori dan melalui fasa pembayaran secara ansuran 3 kali dalam tahun 2017, kecuali bagi kategori bujang yang menerima bantuan RM450 hanya sekali.",
"5. Oleh kerana terlalu banyak tuduhan terhadap skim BR1M, Perdana Menteri telah menjawab secara panjang lebar berkenaan semua tuduhan tersebut di laman web beliau. ",
"6. Selangor merupakan negeri yang mempunyai penerima BR1M paling ramai di Malaysia, diikuti oleh Johor dan Sarawak."
] |
https://iluminasi.com/bm/siapa-setuju-kalau-aku-kata-muka-siti-kassim-tak-ada-nur.html | Siti Kassim VS Zakir Naik, Siapa sebenarnya mengancam negara? | [
"Pada ketika ini, ramai yang mengecam dia atas tindakannya menyertai pergerakan Hindraf membawa kes Zakir Naik ke mahkamah sedangkan dia seorang umat Islam. Ramai juga pihak muncul untuk mengkritik tindakan dia, termasuklah dua agamawan popular, Dr.Maza dan Ustaz Fathul Bari. Dilaporkan yang Dr.Zakir Naik sendiri telah pun menyatakan kesudian untuk bertemu dengan Siti Kasim berbincang mengapa dan kenapa yang mereka marah benar dengan Dr.Zakir Naik.",
"Di media sosial pula, seperti biasalah, ramailah yang sama ada menyokong Dr.Zakir Naik atau menyokong Siti Kasim. Saya sendiri membantah tindakan dia kerana saya banyak belajar dengan Dr.Zakir Naik ikut Youtube. Tetapi itu bukan tujuan artikel ini ditulis.",
"Saya menulis berkenaan sarkas yang tercetus. Perkara yang sepatutnya dilakukan dengan privasi, kini dah jadi tontonan umum. Saya tak tahu kenapa ramai benar perselisihan yang bukan sekadar yang melibatkan orang biasa, malahan agamawan sekalipun, dilakukan secara umum dalam media sosial. Siti Kasim kata Zakir Naik pengganas, dia tulis semua hujah dia dalam media sosial bagi orang baca.Ustaz Fathul Bari pula tulis status fesbuk, update apa yang berlaku, siap tunjuk bukti Zakir Naik mesej dia.",
"Jadi, saya ingin bertanya satu soalan; adakah cara kita yang \"anti\" Siti Kasim ini mendepani tindakan dia, betul? Adakah wajar kita maki dia, herdik dia, caci dia, kutuk fizikal dia, kutuk rambut blonde dia, kata muka dia muka tak ada Nur, muka gelap sebab tak ada iman? Jika kita orang beriman, itukah tindakan orang beriman?",
"Saya sendiri mengakui apa yang dia buat tak betul, tetapi bila kita lawan dia guna cara yang sama dengan apa yang dia guna, apa bezanya kita dengan dia? Sekumpulan manusia yang rasa dirinya beriman mengherdik seorang wanita yang dirasakan tidak beriman, tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita sebagai satu masyarakat.",
"Apa yang kita harapkan apabila hati dah panas ni? Siti Kasim pakai tudung? Zakir Naik janji tak masuk Malaysia? Percayalah, tak kira apa pun berlaku, teramat susah nak puaskan hati penyokong-penyokong mahkamah media sosial ni, melainkan satu pihak tu dimalukan secara terbuka. Bila kita sebagai masyarakat sudah sampai ke tahap tu, apa kita dapat sebenarnya? Kepuasan sementara?",
"Seminggu dua kemudian, muncul individu lain untuk dibenci atau dipuja dan proses itu berulang semula, kisahnya sama, kali ini wataknya berbeza. ",
"Kita pula rasa terhibur menontonnya sedangkan kita tahu, rosak masyarakat jika itu berterus kekal budaya kita."
] |
https://iluminasi.com/bm/ingin-menyertai-acara-reunion-universiti-baca-cerpen-ini-dulu.html | Ingin Menyertai Acara Reunion Universiti? Baca Cerpen Ini Dulu Sebelum Menyesal | [
"\"Awak jugak yang beria nak ajak saya datang,\" kata Marina. ",
"Farid tak tahu apa lagi alasan hendak diberikan. Dia berjalan laju sampaikan Marina tertinggal, lalu terus melangkah masuk ke dewan. Peluh merecik mengalir membuatkan wajahnya berkilat-kilat dalam udara sejuk. ",
"Terus Farid berdiri di tepi pintu dewan, tiba Marina terus berdiri di sebelahnya. ",
"Dari kejauhan, Farid nampak Nadia, gadis pertama mengajar dia erti cinta, duduk bertepuk tangan sambil suaminya di sebelah. Tangan itulah yang dipimpin Farid ketika berjalan-jalan keluar dulu. ",
"Farid berpusing mencari tempat duduk kosong supaya dia dapat duduk cepat. Ada meja kosong tetapi Juliana, gadis yang dia kecewakan selepas bergaduh pada satu malam Rabu bulan Jun tahun 2004, sedang merenung pentas di kelilingi dua orang anak dan suami yang bermisai lebat.",
"\"Ah, ada pun tempat kosong,\" kata Farid lalu menarik tangan Marina ke arah meja tersebut. Mereka berdua pun cepat-cepat berjalan ke meja itu supaya tidak mengganggu majlis yang sedang dihiburkan kugiran. ",
"\"Ada, ada. Dua orang kan? Yang tu kosong, yang dua ni ada orang,\" kata lelaki itu yang tak dikenali. Farid dan Marina cepat-cepat duduk. Lega dia dapat mengelak bertemu mata dengan kekasih-kekasih lama dengan suami dan anak-anak. ",
"\"Seronokla batch you buat annivessary, nak harap kitorang punya alumni universiti, susah la,\" kata Marina pada Farid. Farid hanya mengangguk-ngangguk.",
"Farid mengangkat kepala. Rashidah berdiri sambil memegang dua pinggan di tangan, lalu dia meletakkan kedua-dua pinggan berisi makanan di atas meja",
"Farid hanya mampu diam. Apa yang ditakuti telah berlaku. Marina yang memerhati telatah suaminya yang aneh cepat-cepat menghulurkan salam. ",
"\"Abang Farid tak berapa sihat,\" kata Marina. Farid masih lagi kaku sambil memandang ke lantai yang berkarpet tebal biru.",
"Rashidah diam. Farid pun diam. Rashidah terbungkam mendengar Marina menggunakan gelaran yang dulu dia gunakan untuk memanggil bekas teman lelakinya itu.",
"Melihat suasana seolah beku, Marina cuba menjernihkan suasana. \"Sama fakulti ke dulu korang?\" tanya Marina pada Rashidah. ",
"\"Sayang, you dapat kambing tadi? I malas nak queue la, panjang sangat,\" kata seseorang yang baru tiba, dia berdiri di belakang Rashidah. ",
"Sepanjang makan malam itu, mereka berempat hanya diam dan makan. Lagu yang dimainkan, langsung tak dipedulikan.",
"Dalam perjalanan pulang, Farid dan Marina langsung tak bercakap sepatah pun. Akhirnya, semakin dekat dengan rumah, Farid membuka mulut.",
"\"Janji dengan saya, kita tak akan benarkan anak kita bercinta sebelum kahwin,\" Farid memandang jalan tanpa langsung menoleh melihat isterinya."
] |
https://iluminasi.com/bm/user-9gag-kurang-ajar.html | 9gag bukan lagi tempat yang menyeronokkan | [
"Pasti ada diantara anda yang biasa dan selalu mengunjungi laman 9gag.com untuk mengisi masa lapang dan mendapatkan hiburan lawak ringan. Aku sendiri pun dulu selalu melayari laman 9gag ini untuk memudahkan aku tidur malam. Kini tidak lagi. 9gag kini dipenuhi dengan user yang kurang ajar dan tak kebanyakan diantara merasakan diri mereka 'civilized' walaupun hakikatnya sikap mereka sebenarnya tak ubah seperti kanak-kanak yang baru meningkat umur.",
"Dulu 9gag ni menyeronokkan dengan 'meme' seperti troll science dan bermacam-macam lagi. Banyak komik strip di situ agak 'brilliant' dan genius. Semakin lama, user yang datang ke laman 9gag semakin kurang ajar dan offensive, tidak dapat dipastikan kenapa. Aku rasa mungkin kerana ramai user baru (orang muda) yang datang ke laman ini membuatkan user lama pun menjauhi laman tersebut.",
"Kalau anda lihat di 9gag sekarang, banyak posting berkaitan atheism ditambah dengan kutukan agama/tuhan kepercayaan orang lain. Bagi aku, perkara ini tidak menjadi masalah lagi kerana kita boleh menganggap itu hanya kepercayaan dia, jadi biarkan dia dengan kepercayaannya. Apa yang paling teruk di 9gag ini adalah mereka akan berasa lawak dan lucu apabila mereka mempermainkan orang lain. Kau bayangkanlah, mereka dengan slambernya boleh 'make fun' terhadap orang yang menghidap penyakit ataupun kurang upaya.",
"Ada juga banyak video-video kemalangan dan kematian yang dikongsi. Paling celaka, mereka suka popularkan pelacur dalam posting mereka. Bila kau baca pada bahagian komen, kau akan dapat merasakan tahap kebodohan user 9gag sudah sampai ke tahap kronik (teruk). Dulu kalau ternampak kereta tampal stiker '9gag' boleh la juga bunyikan hon sambil angkat tangan jerit \"9gaggers!\". hahaha. Kini, kalau kalau pakai t-shirt 9gag bersiar-siar, memang orang akan kata kau bajet civilized lah. Fak yu 9gag acah intelek."
] |
https://iluminasi.com/bm/cara-elak-kena-tipu-dengan-skim-cepat-kaya.html | Cara Elak Kena Tipu dengan Skim Cepat Kaya | [
"Selalu sangat kita dengar kisah orang yang ditipu ribuan ringgit oleh scammer sehingga menangis sebab tergadai segala harta-benda. Selalunya yang ditipu ni majoritinya wanita, warga tua dan juga mereka yang berada dalam keadaan terdesak nak pakai duit banyak.",
"Macam-macam cara sebenarnya scammer ni nak menipu. Pelbagai jenis skim yang ditawarkan, selalunya tidak terhad kepada sejenis saja. Kadang-kadang mereka tukarlah modus operandi daripada skim MLM kepada skim pelaburan emas dengan pulangan tinggi, skim ponzi, skim pelaburan forex, skim pergi Haji dan berbagai-bagai lagilah.",
"Bagaimana cara nak elakkan diri daripada ditipu oleh scammer? Senang je. Jangan mudah percaya dengan orang dan jangan fikir nak cepat kaya sangat. Selain itu, anda boleh gunakan panduan berikut untuk mengelakkan daripada ditipu:",
"Nama panggilan scammer selalunya berubah-ubah. Contohnya kalau dulu masa tawarkan skim Pisang Emas Dibawa Belayar, dia digelar Datuk Kamal (bukan nama sebenar). Lepas dah kantoi, dia lari kemudian buat skim Duit Kutu Pegi Haji pula dengan menggunakan nama Haji Kem (juga bukan nama sebenar).",
"Kebiasaannya muka masih sama. Tak ada yang pergi buat pembedahan plastik. Tak tahulah macamana diorang ni rilek je malam-malam tidur lena selepas menipu banyak-banyak kali.",
"Selalunya scammer akan guna nama samaran sebab tak mahu identiti terdedah. Jadi, sebelum anda memberi duit kepada sesiapa, pastikan anda benar-benar mengenalinya ya. Bukan sekadar mengenal hati budi, tapi pastikan tahu nama betul dia, nombor kad pengenalan, alamat tempat tinggal, asal-usul mereka dan sebagainya.",
"Sebelum menyerahkan wang dan harga diri anda kepada scammer, pastikan anda telah membuat kajian mengenai skim yang ditawarkan oleh syarikat itu. Search sekali nama tokey atau orang yang berkenaan.",
"Kalau scammer tu ada bagi kad perniagaan, cuba telefon sendiri atau melawat pejabat dia. Pastikan anda juga dapat kumpul segala maklumat syarikat seperti no pendaftaran syarikat, alamat berdaftar, no akaun bank dan kalau boleh dapat borang 9, borang 49, borang 24 mereka lagi bagus. Kalau dia guna 'virtual office' sahaja, berhati-hatilah.",
"Jangan mudah percaya mana-mana skim berdasarkan testimoni kawan anda. Mentang-mentang Pak Hamid kampung sebelah cakap Haji Kem tu boleh percaya, terus anda pun buta-buta percayakan dia juga. Kalau anda dah buat research, mesti anda akan dapat nampak feedback daripada orang lain berkenaan skim pelaburan yang sama ataupun mengenai scammer tersebut.",
"Selalunya scammer ni mulut manis. Dia akan janjikan segala planet dan cakerawala kepada anda sehingga anda yang dengar pun meleleh-leleh ayaq lioq dengar. \"Wow. Tak sabarnya nak jadi kaya macam dia,\" detik hati anda.",
"Kalau skim yang ditawarkan menjanjikan pulangan berlipatkali ganda dalam masa yang singkat, contohnya \"kalau akak bagi RM5,000 hari ni, minggu depan saya pulangkan balik RM8,000. Akak untung RM3,000 dalam seminggu kak!\" maka tak payah la percaya.",
"Kalau betul ada skim macam tu, semua rakyat Malaysia ni dah billionaire dah. Ramai-ramai boleh masuk majalah Forbes.",
"Kalau ada sesiapa yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah melakukan segala transaksi bagi anda, JANGAN percaya. Minta sendiri segala maklumat untuk anda hubungi terus. Orang tengah ni kadang-kadang lagi dajey perangai dia daripada scammer.",
"Pengambilan deposit secara tidak sah adalah perbuatan menerima atau mengambil sebarang deposit dalam bentuk wang, emas, batu permata atau apa sahaja artikel lain daripada orang awam dengan menjanjikan pulangan. Perbuatan ini dijalankan TANPA LESEN di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).",
"Maksudnya, kalau sesiapa pun nak ambil duit anda, mereka perlulah mempunyai lesen terlebih dahulu.",
"Cuba tanya si pengendali skim tu, mereka berlesen atau tidak. Kalau jawapannya berbunyi seperti \"Sekarang ni kita masih dalam proses nak dapat kelulusan Bank Negara\" ataupun dia ada sebut dan kaitkan Bank Negara dalam mana-mana bahagian penjelasannya, jangan mudah terpedaya.",
"Kadang-kadang scammer ni mungkin akan cakap dia ada kenal pegawai berpangkat tinggi di Bank Negara supaya tipu helah dia lebih believable. Pandai betul dia membongak. Pegawai kat Bank Negara tu semuanya berintegriti tinggi, takkan bagi muka punya dekat scammer macam tu.",
"Anda boleh layari Laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan list sindiket atau syarikat yang dikhuatiri terlibat dengan pengumpulan wang secara haram."
] |
https://iluminasi.com/bm/ini-cara-forbes-senaraikan-hartawan-terkaya-dalam-dunia.html | Ini Cara Forbes Senaraikan Hartawan Terkaya dalam Dunia | [
"Setiap tahun, majalah Forbes akan mengeluarkan senarai hartawan terkaya. Kita selalu berbangga apabila ada anak Malaysia, terutama sekali anak Melayu yang termasuk dalam senarai orang paling kaya. Ada yang bertanya, kenapa Dato' XYZ ada aset puluhan ratus juta tapi masih tak tersenarai pun dalam Forbes?",
"Adakah anda tahu bagaimana Forbes mengambil kira nilai harta seseorang itu? Ia bukan bergantung kepada berapa buah rumah banglo, berapa buah kereta mewah, berapa juta duit dalam simpanan bank ataupun berapa juta sedekah amal jariah mereka buat. Kekayaan mereka diukur berdasarkan nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.",
"Sebagai contoh, Dato’ Raja Haji Munir Shah Bin Raja Mustapha, Pengarah Eksekutif MyE.G Services Berhad telah tersenarai sebagai orang ke-24 terkaya di Malaysia dengan aset berjumlah RM2.185 bilion.",
"Dalam contoh ini, sekiranya kita lihat laporan tahunan MyE.G Services bagi tahun 2016, Dato' Raja Haji Munir mempunyai 731,044,492 unit saham dalam syarikat. (1,439,600 direct interest dan 724,604,892 indirect interest).",
"Kemudian, kita lihat pula harga saham MyE.G pada tarikh yang sama.",
"Dalam kes ini, harga satu unit saham bersamaan RM1.51. Jadi, jumlah nilai pegangan saham Dato' Raja Haji Munir pada 31 Disember 2016 ialah 731,044,492 X RM1.51 = RM1,103,877,182.92.",
"Tapi ini bukanlah bacaan nilai sebenar kerana tarikh dan harga tutup pasaran yang digunakan oleh Forbes diambil pada 17 Februari 2017.",
"Forbes hanya mengambil kira nilai bersih pegangan saham dalam syarikat senarai awam (public listed companies) sahaja ya. Cuba anda bayangkan kalau hartawan-hartawan ni ada memegang saham dalam syarikat-syarikat lain yang tidak tersenarai?",
"Dan ini kita belum jumlahkan nilai bersih dan aset peribadi mereka seperti bangunan, rumah, tanah, emas atau simpanan tetap. Berapalah agaknya jumlah kekayaan sebenar mereka? Hanya tuan badan aje yang betul-betul tahu. Mereka ni kalau dapat gaji tiap-tiap bulan tu agaknya tak bersentuh langsung kot."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenapa-sesetengah-orang-suka-berlagak-kaya.html | Kenapa sesetengah orang suka berlagak kaya dan gila glamor | [
"Forbes setiap tahun mengeluarkan senarai terbaru hartawan terkaya di Malaysia. Seperti biasa, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary adalah satu-satunya anak Melayu yang tersenarai dalam Top 10 paling kaya. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang dikatakan sedang gawat, nampak gayanya semakin bertambah bilangan orang Melayu yang turut disenaraikan sebagai 40 hartawan terkaya di Malaysia bermula tahun 2016.",
"Setakat ini dalam senarai tersebut masih belum ada lagi usahawan yang sukakan glamor dan publisiti. Kadangkala rasa agak pelik dengan perangai segelintir masyarakat yang begitu taksub suka memperagakan kekayaan mereka. Setiap hari kemaskini akaun Instagram untuk muat naik gambar \"check in\" di mana. Kemas kini Facebook dan muat naik gambar rumah bernilai juta-juta dan posing maut di hadapan 10 buah kereta mewah. Taja sana sini sambil keluarkan muka sendiri dalam TV, radio, akhbar dan majalah.",
"Anda pernah nampak mana-mana orang terkaya di Malaysia ini update akaun media sosial mereka sambil mempamerkan kemewahan? Kalau ada terjumpa gambar pun, mungkin wartawan atau orang lain yang tangkap secara curi-curi. Jarang sekali mereka saja-saja nak selfie dengan gambar stereng kereta sambil pegang kopi Starbucks. Malah, Tan Sri Vincent Tan sendiri pun tidak pernah selfie dengan kopi yang beliau jual.",
"Cubalah buat carian google tentang Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Apa hasil carian? Gambar isteri beliau pun susah dijumpai. Kalau ada pun, nampak pakai baju biasa-biasa saja, tidak mengenakan tudung lilit-lilit eksklusif bertatahkan Swarovski ataupun baju mahal jenama dari Eropah.",
"Anak perempuan Tan Sri Robert Kuok pula, Yen Kuok, juga pernah melaporkan dalam satu temuramah dengan media Hong Kong bahawa dia tidak pernah dimanjakan oleh bapanya walaupun bapanya merupakan hartawan paling kaya di Malaysia. Sepanjang zaman persekolahannya, Yen hanya diberikan wang saku yang cukup-cukup makan sahaja. Rakan-rakannya yang lain pula mendapat wang saku lebih banyak daripada Yen.",
"Baju branded pertama yang Yen miliki buat pertama kali pula adalah semasa beliau berusia 17 tahun. Itu pun abangnya yang sudah bekerja berikan sebagai hadiah, bukan Tan Sri yang belikan buat Yen.",
"Jika anda perhatikan Steve Jobs atau Mark Zuckerberg sekalipun, mereka sering mengenakan pakaian yang sama sahaja. Mark Zuckerberg dengan kemeja-T warna kelabunya. Steve Jobs pula sering mengenakan baju turtleneck hitam, fesyen yang serupa sepanjang hayatnya apabila berdepan dengan orang ramai. Tidak ada keperluan bagi mereka untuk bermegah-megah dengan hashtag #ootd setiap hari.",
"Walau bagaimanapun, ada sesetengah orang berada merasakan bahawa duit dan kekayaan membolehkan mereka disanjung, dikenali dan dihormati. Tidak dapat tempat duduk untuk menonton acara anugerah pun sampai mengamuk-ngamuk buat video tular. Tidak dapat berjalan ke luar negara pun sentap, update sana sini canang satu dunia yang dialah pembayar cukai juta-juta. Kemudian ada juga yang canang dirinya kaya, poket tebal tapi masih boleh makan sambil duduk bersila di tengah kawasan lapangan terbang. Apakah tujuannya? Sama-sama kita renungkan.",
"Ya, memang mereka punya wang. Ada duit berkepuk. Aset berjuta. Namun, perwatakan mereka kadang-kadang menimbulkan tanda tanya. Kata orang, '\"respect is earned. It cannot be given, demanded or bought.\" Wang ringgit tidak boleh membeli rasa hormat daripada sesiapa. Tapi tidak tahulah jika zaman sudah berubah.",
"Menurut Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad, \"Riak bermaksud menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.\" Riak ini pula ada pelbagai jenis. Tahukah anda bahawa sekecil-kecil riak sudah boleh membawa syirik kepada kita?",
"Itu baru menyentuh tentang riak. Belum topik takbur dan ujub lagi. Rasanya kita semua sudah fasih kerana belajar kesemua sifat yang perlu dielakkan ini sejak dari bangku sekolah lagi. Tidak perlu dihuraikan panjang lebar di sini.",
"Perangai-perangai tidak baik seperti inilah yang perlu dihindari. Ia menunjukkan ada masalah dengan hati kita. Penyakit riak, ujub dan takbur sememangnya sering berlaku tanpa disedari. Apatah lagi jika ada ramai followers yang tumpang sekaki tolong back up. Boleh makin besar kepala jadinya.",
"Maka, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan perbetulkan diri. Contohilah sifat semua hartawan paling kaya ini (yang baik-baik) dan elakkan perangai yang boleh memakan diri."
] |
https://iluminasi.com/bm/mitos-atau-fakta-jumlah-penjawat-awam-malaysia-terlalu-ramai.html | Mitos Atau Fakta, Jumlah Penjawat Awam Malaysia Terlalu Ramai? | [
"Di negara kita, ada lebih kurang 100 ribu orang askar, 100 ribu orang polis dan 400 ribu orang guru yang kita takrifkan mereka sebagai penjawat awam dan kumpulan itulah yang mewakili kumpulan terbesar.",
"Di negara lain, takrifan mereka berbeza. Ada yang mengkelaskan penjawat awam adalah mereka yang berkhidmat terus dengan sesebuah badan atau kementerian, macam pegawai tadbir atau kerani sahaja. Ada yang tidak mengambil kira guru sekolah awam seperti di China misalnya, ada juga yang tidak memasukkan badan keselamatan sebagai penjawat awam. ",
"Kita berbincanglah dengan fakta dan jika ingin melakukan perbandingan, lakukanlah perbandingan yang adil. ",
"Menurut kajian Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang mewakili pelbagai negara, purata peratusan jumlah penjawat awam untuk semua negara anggota OECD berbanding jumlah tenaga kerja dalam negara adalah 19%. Malaysia pula, peratusan jumlah penjawat awam berbanding jumlah keseluruhan tenaga kerja adalah 10.8%.Jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai purata keseluruhan. "
] |
https://iluminasi.com/bm/belajar-main-gitar-seperti-seorang-pro-dalam-60-saat.html | Belajar Main Gitar seperti Seorang Pro dalam 60 Saat | [
"Dulu sebelum ada youtube, orang kena belajar main gitar secara manual. Bila dah ada youtube, banyak dah video tutorial cara nak belajar main gitar. Tapi mesti masih ada ramai orang di luar sana yang tak reti-reti jugak kan. Sama ada susah nak hafal notes dan chords, tak ada masa nak berlatih ataupun tak tahu teknik yang betul nak main.",
"Bak kata Andrés Segovia, \"Gitar merupakan instrumen yang paling mudah dimainkan, tapi ia juga adalah yang paling sukar dimainkan dengan baik\"",
"Sekarang, teknologi dah semakin canggih. Nak belajar main gitar dah tak perlu pergi kelas mahal-mahal ataupun tengok youtube. Ada satu tool ni kita boleh pasang je pada bahagian atas neck gitar dan dengan serta-merta gitar kita menjadi meriah dengan lampu lip-lap seperti pokok krismas.",
"5 tahun lamanya tim produksi dan programmer Fret Zeppelin ambil masa untuk siapkan alat yang cool ini. Selepas mengeluarkan prototaip pertama mereka pada 2013, baru sekarang mereka berjaya menyiapkan hasil yang boleh dibanggakan dengan 96 lampu LED yang nipis bak sutera. Itu pun setelah mereka berjaya mengumpulkan dana crowdfunding pada awal tahun ini.",
"Fret Zeppelin boleh dipasang pada mana-mana gitar saiz biasa yang kemudiannya akan disambung kepada aplikasi dalam telefon. Alat ini dapat mengajar jari anda memetik gitar dengan menyalakan lampu-lampu berlainan warna tanpa perlu melihat helaian tab atau nak semak chord. Selain itu, ia juga dapat mengajar anda memainkan keseluruhan lagu terus walaupun pada percubaan pertama. Pilih saja apa-apa lagu yang anda suka dan boleh terus main gitar seperti seorang pro!",
"Kini produk genius ini masih dalam fasa pilot. Produk yang bakal membantu ramai pemain gitar muda ini dijangka bakal dilancarkan sepenuhnya di pasaran pada bulan Oktober tahun ini. Harga pasaran ialah sekitar $199 (RM890)."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-tips-mudah-cara-ajar-anak-menabung-dan-menyimpan-duit-dari-kecil.html | 10 Tips Mudah Cara Ajar Anak Menabung dan Menyimpan Duit dari Kecil | [
"Sebagai ibu bapa, kita seharusnya mendidik dan menggalakkan anak belajar untuk menguruskan perbelanjaan dari kecil agar mereka tidak membesar menjadi seorang yang boros dan tidak tahu menghargai wang. Tabiat kewangan yang baik seharusnya dipupuk oleh ibu bapa itu sendiri dengan menjadi role model terhebat di mata anak-anak.",
"Sekiranya anak sudah mula pandai memberi arahan kepada anda agar membelikan mereka apa sahaja yang dikehendaki atau mereka mahukan sesuatu yang mereka nampak diiklankan di kaca TV, mungkin sudah tiba masanya anda ajar mereka nilai sebenar wang.",
"Banyak bank di Malaysia yang menawarkan akaun Junior bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun. Kebanyakan bank ini juga menawarkan hadiah percuma dan promosi-promosi menarik sekiranya anda membuka akaun dengan mereka.",
"Anak akan lebih bersemangat apabila mereka tengok sendiri buku bank dicatat dengan nama mereka dan ada berapa baki di dalamnya. Selain itu, anak juga gembira sebab dapat free gifts comel-comel.",
"Anda juga boleh daftarkan mereka untuk mengikuti program-program anjuran Bank Negara Malaysia untuk mendalami ilmu pengurusan wang dan belajar tentang mata wang seluruh dunia.",
"Ini merupakan 'pendapatan' pertama mereka. Ajar mereka untuk berbelanja secara berhemah. Sekiranya mereka bawa bekal ke sekolah, maka beritahu bahawa mereka boleh menyimpan lebih banyak wang dengan cepat.",
"Terdapat pelbagai jenis tabung yang dijual di pasaran. Ikutlah yang mana anak anda berkenan. Kalau boleh, carikan mereka tabung yang transparent (lutsinar) supaya mereka dapat lihat sendiri hasil simpanan yang menjadi semakin banyak.",
"Elakkan menukar duit tabungan mereka menjadi wang kertas nilai tinggi. BIarkan saja wang-wang nilai kecil di dalam tabung tu sampai penuh. Ini akan membuatkan mereka lebih gigih menyimpan. Dah penuh nanti baru bawa ke bank untuk ditukar atau disimpan ke dalam akaun.",
"Beritahu mereka, sekiranya mereka inginkan wang bertambah dengan lebih cepat, maka mereka bolehlah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Bantu mereka untuk menyediakan 'booth jualan' di depan rumah atau di padang permainan. Tanya mereka apa yang ingin dijual dan pastikan produk jualan anda tidak memanaskan hati ibu bapa lain. :P",
"Anda juga boleh beri cadangan untuk menjual makanan seperti muffins, sandwic ataupun menjual minuman. Selain menambah wang, anak anda juga seronok dapat pengalaman berniaga bersama kawan-kawan. Mereka juga akan faham tentang penat lelah 'mencari' wang.",
"Tanya mereka apa yang mereka teringin sangat nak dibeli. Contohnya anak lelaki nak beli Playstation 4 ataupun patung Barbie bagi yang perempuan. Bawa mereka ke kedai dan dapatkan harga barangan tersebut. Biarkan mereka berangan terlebih dahulu.",
"Setelah mendapat tahu harga barang yang ingin dibeli, bantu mereka buat kiraan berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapat jumlah yang diinginkan. Contoh: kalau setiap hari Farah simpan RM2, Farah boleh beli mainan berharga RM120 tu dalam masa lebih kurang 3 bulan dari sekarang.",
"Ajar mereka supaya jangan sesekali berlagak seperti orang kaya dan sentiasa merancang perbelanjaan walaupun ketika berada di sekolah. Mereka hanya dibenarkan membeli barang dengan nilai wang saku yang diberi oleh ibu bapa dan tidak boleh meminjam duit daripada kawan-kawan.",
"Sekiranya mereka kurang berbelanja atau tidak membelanjakan wang saku, anda bolehlah memberi galakan yang lebih dengan menghadiahkan reward. Reward ini biarlah yang kecil-kecil saja namun bergantung kepada anda nak beri hadiah yang bagaimana. Mungkin anda boleh masakkan makanan kegemaran mereka, belikan mereka sebuah buku ataupun belanja makan aiskrim.",
"Board game seperti Monopoli mengajar anak tentang konsep kewangan serta cara menguruskan wang dengan berhemah. Selain itu, terdapat juga permainan online yang mengajar anak tentang kemahiran ini seperti Rich Kid Smart Kid. ",
"Untuk menggalakkan anak anda menyimpan dengan lebih banyak, anda boleh guna konsep \"savings match\" dengan memberitahu mereka bahawa simpanan terakhir akan digandakan oleh ibu dan ayah. Sebagai contoh, jika Daniel dapat simpan RM100 pada hujung tahun ini, ayah akan tambah lagi RM100. Maka, jumlah simpanan Daniel akan menjadi RM200.",
"Apa-apapun, semuanya bermula dengan anda. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan anak menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan sekiranya ibu bapa sendiri mengamalkan gaya kehidupan yang boros dan sia-sia. Sesungguhnya anak-anak hanya akan mengikut jejak langkah 'idola' yang mereka nampak setiap hari di rumah. Oleh itu, janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus ya."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenalpasti-penagih-syabu.html | Tanda-tanda dan kesan pengambilan syabu | [
"Syabu adalah dadah yang popular di masa kini. Ianya membelengu ramai anak muda yang tidak menyangka kesan ketagihannya amatlah teruk sekali sehingga boleh membuatkan mereka bertindak aggresive untuk mendapatkannya. Paling aku geram, tokan-tokan syabu ini ada yang sengaja memujuk mangsa untuk mencuba buat pertama kalinya agar mereka ketagih dan akan mengulangi pembelian syabu melaluinya (repeat order).",
"Syabu memang dadah yang patut diperangi dan dihapuskan dari negara kita. Harganya yang mahal (100miligram lebih kurang RM50 ke RM70) membuatkan ramai penagih syabu sanggup melibatkan diri dengan jenayah seperti ragut, rompak dan mencuri untuk memenuhi kehendak mereka. Ada juga yang sanggup membunuh keluarga sendiri. Jadi anda, perlu tahu serba sedikit maklumat mengenai syabu untuk mengenalpasti sama ada orang terdekat terlibat dengan ketagihan syabu ataupun tidak.",
"Antara tanda awal seseorang itu menghisap syabu ialah self-confident yang tinggi. Mereka akan menjadi sangat ramah, orang yang tidak kenal mereka pun boleh jadi kawan untuk pertemuan kali pertama. Anda mulakanlah bicara tentang apa-apa topik pun, pasti mereka juga sama arif setanding dengan pengetahuan anda. Perasaan ceria dan gembira dicampur dengan mulut yang ramah pasti membuatkan anda senang bersama mereka. Namun ianya hanya untuk seketika.",
"Mereka akan bertukar dari seorang yang ceria kepada orang yang sangat resah. Riak wajah pun boleh terlihat seakan-akan ada seribu masalah menimpa mereka sekelip mata. Dalam situasi ini, penagih akan berasa tidak selesa dan tidak senang. Buka kipas dengan kelajuan nombor 5 pun boleh membuatkan mereka berpeluh. Ditambah pula sekiranya stok syabu sudah tiada, bertambah resahlah mereka. ",
"Ada juga tabiat rutin bergantung kepada individu. Ada sesetengah orang tu dia akan mengetap gigi, ada sesetengah tu akan basuh muka kerapkali, ada sesetengah tu mengesat-ngesat mata dan muka. Hal-hal ini terjadi kerana muka mereka akan terasa sedikit kebas dan tabiat ini akan berulang untuk mengurangkan perasaan kebas yang tidak menyelesakan itu. ",
"Pada saat \"kong\" ini, emosi mereka akan jadi tidak stabil. Mereka boleh mengamuk tak tentu pasal ataupun boleh jadi terlalu sedih secara tiba-tiba. Masa ini lah tiba-tiba keluar kisah cinta lama lah, sedih dengan masyarakat lah, kawan-kawan aniaya dia lah dan bermacam-macam lagi cerita penuh emosi yang akan keluar dari mulut mereka.",
"Ini diceritakan oleh ramai orang yang pernah mengambil syabu bahawa syabu sangat membantu dalam menambah tempoh berjaga dan tidak tidur. Disebabkan hal ini, penagih syabu akan berubah menjadi kurus dalam tempoh yang amat singkat. Ada juga yang boleh dilihat pada wajahnya seperti dibawah mata menjadi kehitaman (eye-bag), muka bertambah jerawat dan lemak di pipi menjadi kurang (wajah cekung)",
"Berdasarkan cerita daripada orang yang selalu menguruskan penagih syabu dan rakan-rakan sendiri, untuk tempoh jangka masa panjang syabu boleh merosakkan gigi dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh. Ada juga kes dimana seorang penagih syabu ini jatuh basikal secara perlahan, namun kakinya boleh patah. ",
"Diantara kesan jangka masa panjang yang lain ialah, penyakit mental seperti halusinasi, paranoia, perubahan pada struktur otak dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, penagih syabu yang 'extreme' ni boleh jadi gila terus.",
"Ramai penagih syabu ni sebenarnya meronta-ronta untuk cuba meninggalkan dadah ini tapi tidak berhasil kerana kesan ketagihannya adalah amat kuat sekali. Kerana malu diketahui orang ramai, biasanya penagih syabu akan kaitkan masalah kesihatan dan masalah mental mereka dengan perkara-perkara mistik seperti gangguan jin dan hantu. Kebanyakan ibu bapa terpedaya dengan tipu muslihat anaknya berkaitan jin dan hantu ini. Pada ketika inilah anda boleh lihat bomoh dan pawang-pawang diluar sana diperbodohkan oleh penagih syabu. Hehehehe.",
"Sekiranya anak anda selalu keluar rumah dan pulang dalam keadaan mencurigakan, cuba elak dan tahan mereka dari keluar rumah untuk satu tempoh tertentu, contohnya antara 4 ke 5 hari. Lihat reaksi mereka kalau tiba-tiba aggresive lain macam tu kena bagi 'extra care' lah nampak gayanya. Kebarangkalian tinggi dia akan mengamuk kalau tak dapat 'topup' syabu dalam badan mereka. Menggigil-gigil mereka nanti sebab tu mengamuk adalah jalan mudah bagi mereka untuk keluar rumah. ",
"Bila anak-anak mereka terlibat dengan ketagihan syabu, mereka menyembunyikan hal ini kerana takut dimalukan atau mungkin kerana terlalu sayangkan anak mereka. Ramai yang takut ahli keluarga mereka ditangkap polis sehingga sanggup menyembunyikan hal sebenar. Sebenarnya, membiarkan anak anda tidur di lokap buat beberapa hari boleh memberi sedikit kesedaran kepada mereka (bagi pengguna syabu yang baru). Namun kalau dah extreme tu susah juga nak sedarkan mereka.",
"Ada juga sesetengah ibu bapa, menghantar anak mereka ke sekolah pondok dan hantar mereka keluar dari daerah/negeri bagi mengelakkan mereka dapat membeli syabu dari tokan yang dikenali mereka. Namun bagi penagih syabu tegar, selagi duduk dalam Malaysia, mereka akan cari syabu walau ke lubang cacing sekalipun.",
"Kalau nak hantar anak keluar kawasan, pastikan hantar terus ke luar negara. Solusi ini sangat berkesan dan terbukti dapat mengubati ketagihan syabu bagi sesetengah orang. Dan apabila mereka pulang ke Malaysia, elakkan mereka berkawan dengan rakan-rakan atau teman-teman lamanya yang disyaki terlibat sama dalam najis dadah ini.",
"Semua gambar di bawah ini adalah gambar dari pihak polis dan ada juga yang diambil oleh keluarga penagih sendiri. Jangan terkejut ya, bukan lelaki sahaja yang menjadi penagih syabu, malah perempuan juga ramai.",
"Jadi pastikan anda selalu mengawasi anak-anak anda tidak kiralah lelaki atau perempuan. Check juga beg mereka, bilik mereka dan juga telefon pintar mereka. Sekiranya terjumpa, anda sendiri tentukan apa yang patut dilakukan kepada anak anda.",
"Peralatan mengisap syabu, ais, batu atau boleh juga digelar serbuk kristal",
"Dapur syabu yang diperbuat daripada botol kaca ditemui oleh abang kepada penagih. Disembunyikan di tempat yang tak dijangka.",
"Balang ais / dapur syabu / bong batu ; (gambar kanan) cara ais dibungkus oleh tokan tokan kecil.",
"Peralatan menghisap syabu dikatakan sebagai peralatan menghisap sheesha oleh penagih. (Gambar dikantoikan oleh keluarga sendiri)",
"Lighter yang diubahsuai untuk menghasilkan api kecil. Tujuannya adalah untuk membakar syabu ice secara perlahan-lahan. Kalau api besar, membazir kata mereka (penagih syabu)."
] |
https://iluminasi.com/bm/banksy-buka-hotel-di-palestin.html | Banksy buka hotel di Palestin | [
"Banksy merupakan seorang artis grafiti dari England yang paling terkenal di dunia dengan karya berunsur sindiran dan memberi kesan mendalam kepada sesiapa yang melihat.",
"Walaupun nama beliau sering disebut-sebut di seluruh dunia, namun tiada siapa pun yang dapat merungkai identiti sebenar Banksy. Pelbagai spekulasi telah menular tetapi Banksy masih berjaya merahsiakan siapa dirinya yang sebenar sehingga ke hari ini.",
"Penglibatan Banksy dalam seni jalanan bermula dari zaman 90-an lagi. Banyak karya Banksy yang terjual dengan harga yang tinggi seperti karya bertajuk \"Space Girl and Bird\" ini yang telah mencatat sejarah apabila ia dilelong pada harga £288,000 (RM1.6 juta) pada tahun 2007.",
"Pada 2015, Banksy banyak menyumbangkan seninya ke arah kemanusiaan sejagat. Beliau telah membuat karya di serata Gaza dan juga Syria dengan menyampaikan mesej berat tentang keamanan.",
"Selain itu, dalam tahun yang sama, beliau telah membina sebuah 'taman tema' aneh yang dinamakan Dismaland. Sepanjang 5 minggu taman itu dibuka, 150,000 orang pengunjung telah sanggup beratur panjang untuk menyaksikan karya-karya ganjil, ngeri dan deep yang dihasilkan oleh 58 orang artis termasuk Banksy sendiri. ",
"Terbaru, Banksy telah membuka sebuah hotel di Bethlehem, Palestin yang dikatakan mempunyai \"pemandangan paling teruk dalam dunia.\" Banksy telah menggunakan sumber kewangannya sendiri untuk membuka hotel ini yang mempunyai pemandangan tembok setinggi 30 kaki yang memisahkan Israel dan Palestin dari setiap bilik.",
"Hotel yang diberi nama The Walled Off Hotel ini mempunyai 10 bilik, termasuk sebuah suite presiden yang digambarkan sebagai \"mempunyai segala apa yang diperlukan oleh seorang pemimpin korup.\"",
"Salah satu bilik memperlihatkan karya Banksy yang memaparkan seorang tentera Israel dan pejuang Palestin berlawan pukul bantal.",
"Setiap bilik yang ditawarkan mempunyai feel dan tema tersendiri. Misalnya bilik yang diperbuat menggunakan bahan dan perabot 'buangan' tentera Israel ini disenaraikan sebagai bilik bajet pada kadar $30 semalam. Walaupun suasananya adalah seakan-akan kem askar dengan katil dua tingkat serta loker, namun ia masih kelihatan selesa.",
"Selain itu, Banksy juga akan menyediakan kedai yang digelar \"Wall Mart\" di mana ia menjual peralatan dan cat untuk grafiti bagi sesiapa yang berminat untuk melukis dan membuat karya di tembok pemisah itu.",
"Laman web hotel telah menyediakan senarai maklumat lengkap bagi mana-mana pengunjung yang berminat untuk datang ke Bethlehem. Untuk keterangan lanjut berkenaan tempat-tempat 'menarik' yang anda boleh pergi semasa menginap di sana, boleh layari laman web rasmi The Walled of Hotel."
] |
https://iluminasi.com/bm/restoran-ini-guna-emoji-saja-sebagai-menu.html | Restoran ini guna emoji saja sebagai menu | [
"Kebiasaannyaa sesebuah restoran akan menyediakan menu yang lengkap dengan nama hidangan dan gambar. Kadang-kadang ada restoran yang siap letak huraian hidangan lagi di bawah menu. Tetapi berlainan pula dengan sebuah restoran di Bangkok, Thailand ini yang hanya meletakkan emoji sahaja dalam menunya.",
"Idea kreatif di sebalik penggunaan emoji ini dicetuskan oleh chef terkemuka yang telah memenangi anugerah Michelin iaitu chef Gaggan Anand. Beliau menggambarkan hidangan ciptaannya sebagai masakan India progresif di restoran yang diberi nama \"Gaggan.\" Restoran ini menyediakan menu yang berkonsepkan minimalis namun makanan yang disediakan adalah indah belaka.",
"Mesti pelanggan rasa sayang nak makan sebab cantik sangat kan.",
"Pada tahun ini, restoran ini telah memenangi anugerah 50 Restoran Terbaik Asia buat kali ketiga berturut-turut. Tidak hairanlah kenapa pelanggan sanggup bayar 4,000 baht (RM509) untuk menikmati puluhan hidangan kecil di sini. Memang satu pengalaman yang eksklusif dan unik sekali.",
"Antara menu kreatif hasil air tangan chef Gaggan termasuklah kekacang yang dibungkus menggunakan \"plastik\" yang diperbuat daripada kertas tepung ini. Nampak macam plastik real kan?",
"Selain meneka menu berdasarkan emoji, hidangan yang keluar dari dapur chef Gaggan juga boleh memperdaya mata yang melihat. Sebagai contoh, hidangan chutney dari India yang dibuat dalam bentuk hotdog dan wafer ini yang dihidangkan atas jagung tetapi sebenarnya mempunyai rasa lemon.",
"Kebanyakan hidangan di sini walaupun berkonsepkan menu kreatif India, namun ia juga mempunyai gabungan Jepun dan Perancis."
] |
https://iluminasi.com/bm/jangan-terus-buang-minyak-masak-terpakai-anda.html | Jangan terus buang minyak masak terpakai anda | [
"Suri rumah selalu rasa kusut memikirkan nak buang kat mana minyak masak yang dah tak boleh pakai. Dahlah minyak tak boleh digunakan berulang kali. Sekali dua goreng je lepas tu kena buang. Tapi nak tuang dalam sinki, takut tersumbat. Nak kumpul dalam tong banyak-banyak, lepas tu nak buang kat mana?",
"Tahukah anda, minyak masak terpakai itu sebenarnya suatu bentuk komoditi yang anda boleh jana pendapatan sampingan? Satu program usaha sama antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Yayasan CIMB membolehkan orang ramai menjual minyak masak terpakai mereka pada harga RM1 bagi setiap kilogram.",
"Minyak masak terpakai yang dibeli itu kemudiannya akan melalui suatu proses yang dinamakan 'transesterifikasi' yang akan menukarkan minyak itu menjadi biodiesel yang boleh digunakan untuk kenderaan berat seperti lori, bas dan jentera. Proses menukarkan minyak menjadi biodiesel ini dibantu oleh campuran bahan lain seperti methanol dan faktor mangkin yang lain.",
"Untuk menghasilkan 100 liter biodiesel, tempoh yang diperlukan adalah selama enam jam. Namun, proses ini hanya dibuat seminggu sekali kerana bekalan minyak masak terpakai yang terhad dan tidak mencukupi. Ini disebabkan bekalan hanya didapati daripada kakitangan dalaman sahaja dan orang ramai secara umumnya masih belum menyedari kewujudan kempen ini.",
"Prof Dr Mohd Ali Hassan dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM menyeru orang ramai supaya mula mengumpulkan minyak masak yang telah digunakan untuk dihantar ke mana-mana tiga lokasi pusat pengumpulan minyak terpakai di UPM iaitu di Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) dan Loji Pandu Biokompos di Kompleks Biorefinery.",
"Cetusan idea memproses biodiesel ini datang dari negara matahari terbit. Prof Dr Mohd Ali pernah melawat sebuah bandar di Izuka, Jepun di mana komuniti bekerjasama menghantar minyak masak terpakai ke pusat-pusat pengumpulan. Selain menjadi pendapatan sampingan penduduk setempat, proses ini amat mesra alam kerana kenderaan berat menggunakan biodiesel.",
"Jadi, apa anda tunggu lagi. Kalau dah bertong-tong minyak bekas menggoreng ada di rumah anda, jom ke UPM sekarang. Ajak ahli keluarga dan sahabat handai semua. Buat duit dengan bahan terbuang."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-tanda-suami-curang.html | 10 Tanda Suami Curang | [
"Tak dinafikan kisah-kisah pasangan curang kadangkala membuatkan ramai orang rasa takut nak kahwin. Apatah lagi dengan peningkatan kes perceraian yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. Bagi wanita yang dah berkahwin pula, mereka sering dilanda rasa curiga. Takut sangat kalau-kalau suami terjebak dengan hubungan bersama perempuan lain.",
"Tapi jangan risau. Sebagai isteri, anda dianugerahkan dengan deria keenam yang boleh menghidu sekiranya pasangan anda main kayu tiga. Sekiranya anda dah mula terhidu bau-bauan yang kurang menyenangkan, bolehlah baca perkongsian ini untuk kenalpasti tanda-tanda selanjutnya.",
"Sekiranya suami anda tak pernah meletakkan sebarang keypad lock ataupun password pada telefonnya dan anda dapati secara tiba-tiba suatu hari ada password, maka ini adalah mungkin tanda-tanda awal yang suami anda berlaku curang dalam diam.",
"Selain itu, suami juga akan lebih cenderung berkepit dengan telefon dan membawa 'lari' telefon masuk bilik, bilik air ataupun pergi ke lokasi yang jauh sikit dari anda.",
"Seringkali suami yang merahsiakan sesuatu daripada isteri ni akan mempunyai sikap mempertahankan diri (defensive) secara tiba-tiba. Kalau anda tanya soalan mudah seperti \"Tadi abang pergi mana?\" dan dia jawab \"La, kat pejabat la, mana lagi. Tak percaya ke? Abang ada dengan Amir tadi. Kalau tak percaya, ayang boleh call sendiri Amir. Nah la, call la dia sekarang tanya betul ke tak. Suka je nak main tuduh-tuduh orang.\"",
"Sebagai isteri, anda sendiri boleh rasa perubahan dalam intonasi dan gaya percakapan suami anda. Kalau anda dah mula rasa curiga dan was-was dengan suami, bolehlah hidupkan fungsi GPS tracker ataupun Friend Finder menggunakan telefon anda.",
"Dulu-dulu setiap kali anda call laju je dia jawab. Tiba-tiba, suami memanjang guna alasan ada meeting atau sedang berjumpa client. Tapi tak pernah call anda balik pun. Bila anda whatsapp atau sms, dia balas pun acuh tak acuh je. \"K.\"",
"Katakanlah sebelum ni anda tahu password semua akaun email, facebook, wechat, instagram dia. Tapi tiba-tiba bila anda nak buat spot check, rupa-rupanya dia dah tukar password. Jeng jeng jeng.",
"Lumrah lelaki memang suka 'cover line' sehingga kadang-kadang nampak fake sangat. Anda sebagai isteri boleh tahu sekiranya suami berperangai pelik.",
"Tak pernah-pernah belikan makanan tapau, tiba-tiba bawak balik char koay teow special. Ataupun tiba-tiba je dia beli beg tangan baru berjenama untuk anda. Besar kemungkinan hadiah dan gesture ini adalah kerana dia rasa bersalah terhadap anda.",
"Telefon dia berbunyi, dia pergi jenguk untuk tengok siapa call tapi last-last dia tak jawab pun. Ataupun dia jawab juga tapi bisik-bisik, lepas tu disusuli dengan teks mesej. Bila anda tanya siapa, dia jawab takde sapa-sapa ataupun dia tergagap-gagap reka jawapan.",
"Suami yang mempunyai hubungan lain selalunya perlu memberitahu pada perempuan simpanannya \"Ok, I dah sampai rumah. You jangan text or call I dah tau nanti kantoi. Esok I akan call you.\" Kemudian dia perlukan sedikit masa untuk memadam semua bahan bukti sebelum masuk ke rumah. Jadi, anda boleh perhatikanlah tabiat dia tiba-tiba jadi macam ni ke tidak.",
"Kalau selama ini suami anda jenis tak kisah sangat pasal penampilan dan tiba-tiba saja dia suka pakai bedak, minyak wangi semerbak, setiap hari bercukur, mulut pun dah tak bau busuk, sikat rambut pakai pomade dan sentiasa mengenakan baju yang smart, anda kena berhati-hati.",
"Bila hubungan curang suami anda bersama perempuan ketiga itu semakin kukuh, suami akan semakin hilang minat dengan anda di rumah. Bila anda ajak berjalan, dia cakap malas. Bila ajak dating, dia cakap letih. Bila tanya nak makan apa, dia jawab dah kenyang. Bila ajak bersenggama, dia kata tak ada mood.",
"Macam-macam alasan yang diberikan kepada anda. Kalau dah sampai tahap ni, mungkin dah serius sikit lah tu. Mungkin dah sampai masa anda berkomunikasi dengan lebih jelas, tanyakan hal yang sebenar pada suami.",
"Seorang wanita memang dianugerahkan dengan sixth sense kurniaan Allah SWT. Nak nak kalau yang dah bergelar ibu, dia punya naluri tu kuat lain macam. Kalau anda dah rasa pelik sangat dengan perangai suami dan akhirnya mengantoikan suami menipu apa-apa, mintalah dia berterus-terang saja dengan anda. Kemudian, bawa berbincang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.",
"Kalau anda jenis superwoman, boleh ajak suami jumpa dengan perempuan tersebut.",
"Walau bagaimanapun, jangan cepat melatah atau mengamuk tak tentu hala. Jangan main serang je perempuan lain yang anda saspek merupakan wanita ketiga itu tanpa sebarang bahan bukti. Kumpul dulu segala bahan bukti, baru pergi jumpa tanya hal sebenar. Baru la nampak anda sepertieducateddan matang sikit. Ok? Good luck!"
] |
https://iluminasi.com/bm/tips-untuk-berjaya-semasa-temuduga.html | Tips Dan Panduan Untuk Berjaya Semasa Temuduga | [
"Menghadiri temuduga sememangnya boleh buat kita rasa kecut perut walaupun dah biasa pergi banyak kali. Tapi bagi adik-adik yang baru menamatkan pengajian, ramai yang masih tak berapa tahu cara-cara betul menghadiri dan mengendalikan diri dengan betul semasa temuduga. Berikut kami kongsikan sedikit tips untuk anda:",
"Setelah mendapat panggilan untuk temuduga, buat kajian berkenaan syarikat itu dan cari maklumat latarbelakang perniagaan mereka. Cuba ingat beberapa fakta dan latih diri anda untuk menjawab sebarang soalan yang mungkin ditanya.",
"Kenalpasti kawasan tempat temuduga dan rancang tempoh perjalanan anda ke sana untuk mengelakkan anda sesat. Buat anggaran masa tambahan sekiranya terdapat kemalangan atau trafik sesak. Seelok-eloknya anda tiba 10-15 minit lebih awal SEBELUM waktu temuduga bermula.",
"Siapkan semua dokumen dalam salinan asal dan juga salinan fotokopi. Sekiranya anda ada fail portfolio, bawa sekali semasa temuduga. Sediakan dua batang pen. Andai kata satu batang pen tiba-tiba kehabisan dakwat, sekurang-kurangnya anda selamat dan tak perlu meminjam semasa nak isi borang.",
"Kalau anda rasa nervous sangat dan jantung dup dap dup dap, cuba tenangkan fikiran. Tarik nafas dalam-dalam dan lapangkan minda. Selain itu, anda boleh juga cuba gerakan yoga ini untuk menenangkan diri:",
"Ketuk pintu sebelum masuk dan duduk hanya apabila disuruh. Berikan salam, greet selamat pagi/tengah hari atau jabat tangan panel penemuduga sekiranya dihulurkan tangan.",
"Pastikan anda memandang tepat ke mata dan wajah penemuduga apabila menjawab soalan. Sekiranya anda berasa terlalu gugup dan tak mampu bertentang mata, anda boleh cuba satutrick dengan memandang batang hidung atau kening mereka.",
"Jika ada dua atau tiga orang penemuduga, pastikan anda menjawab sambil bertukar-tukar eye contact pada setiap penemuduga. Selang-selikan pandangan kerana ini boleh menunjukkan anda seorang yang sangat berkeyakinan tinggi!",
"Soalan seperti \"Boleh tuan ceritakan sedikit tentang tugas atau projek yang bakal saya libatkan diri nanti?\" atau \"Adakah syarikat menyediakan peluang latihan dan kursus untuk memperbaiki kemahiran pekerja?\" akan bagi andaextra brownie pointsdi hadapan senarai calon lain.",
"Tanyalah soalan yang memberikan hint atau gambaran bahawa anda memang berminat untuk bekerja di situ.",
"Elakkan tergopoh-gopoh sampai memotong cakap penemuduga. Tunggu sehingga soalan habis ditanya, tarik nafas dan jawab dengan penuh keyakinan. Fikir perkataan dan frasa sesuai yang perlu digunakan dan elakkan menggunakan bahasa pasar atau bahasa dak wicet.",
"Tona suara yang digunakan juga perlu dalam nada yang rendah dan formal, jangan cakap dengan suara nyaring.",
"Selalunya bila anda dah selesai jawab satu soalan, otak anda secara automatik akan terkenang-kenang kembali jawapan anda. Mesti terfikir \"betul ke aku jawab tadi. Eh, aku patut jawab camnilah\" sampai fikiran terganggu dan kadang-kadang terlepas soalan seterusnya.",
"Sekiranya ini terjadi, mohon maaf pada penemuduga dan minta mereka ulang semula soalan. Kemudian teruskan fokus sehingga temuduga selesai. Janganlah naik lemak minta mereka ulang soalan banyak-banyak kali. Nanti mereka ingat anda ada masalah pendengaran atau kuat mengelamun pula.",
"Sebelum keluar dari bilik temuduga, ucapkan terima kasih atas masa yang mereka luangkan kepada anda dan salam tangan sekiranya perlu.",
"Selepas habis sesi temuduga, jangan asyik memikirkan tentang apa yang berlaku. Cuba relaks dan tenangkan fikiran kerana paras adrenalin dan kortisol dalam badan anda sememangnya menjadi tinggi ketika ditemuduga. Lepas dah tenang tu ulang banyak-banyak kali, \"kalau ada rezeki, adalah.\" Nak lebih afdal, buatlah solat hajat.",
"Yang ini sebenarnya terpulang kepada anda. Ada sesetengah majikan suka dapat email macam ni, ada yang tak suka. Jika anda rasa ada isi penting yang unik dan menarik semasa temuduga, silakan berbuat demikian dan serlahkanlah poin itu dalam email anda. Email follow-up ni selalunya dihantar dalam masa 24 jam selepas ditemuduga.",
"Jangan hantar email dan resume dalam bahasa SMS atau bahasa dak wicet. Gunakan ejaan penuh, konstruk ayat yang betul dengan tatabahasa yang betul.",
"Jangan bawa rombongan keluarga satu kampung ke tempat temuduga. Anda dah besar panjang, pandai-pandailah pergi sendiri. Tak perlu memeriahkan pejabat kerana itu bukan tempat yang sesuai. Sekiranya keluarga yang menghantar anda, minta mereka tunggu di mana-mana atau di luar pejabat. Jangan bawa mereka ke bilik menunggu atau bilik temuduga.",
"Jangan kunyah chewing gum atau makan gula-gula. Kalau rasa mulut anda berbau, makan gula-gula sebelum ditemuduga dan buang terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik temuduga.",
"Jangan pakai baju ketat, seksi, sendat macam nak pergi clubbing. Ini contoh etika pemakaian yang betul semasa menghadiri temuduga di Malaysia:",
"Jangan beri komen negatif atau memburuk-burukkan pekerjaan, rakan sepasukan atau tempat kerja lama anda.",
"Jangan merokok sebelum ditemuduga untuk mengelakkan baju dan mulut anda berbau asap.",
"Jangan tunjuk yang anda terlalu desperate nak kerja di situ dengan mengatakan anda tak kisah dapat jawatan apa-apa pun.",
"Jangan menipu. Orang yang bekerja dalam bidang Sumber Manusia (HR) ni selalunya tahu membaca gerak-geri dan bahasa tubuh. Daripada kantoi dan mendapat malu, elakkanlah bercakap bohong. Biarlah resume anda tak gempak mana pun asalkan anda jujur dengan diri sendiri. Jangan letak anda berkelulusan PhD kalau tak pernah ada ya!",
"Jangan cerita hal peribadi atau masalah keluarga melainkan ditanya oleh penemuduga atau kisah anda ada bersangkut paut dengan kerja.",
"Jangan lupa matikan ataupun tukar telefon ke silent mode. Sekiranya terlupa dan tiba-tiba telefon berbunyi semasa temuduga, JANGAN jawab call itu. Segera matikan dan minta maaf pada panel penemuduga.",
"Jangan duduk sambil menggoyang-goyangkan kaki, berpeluk tubuh atau meletup-letupkan tulang jemari. Duduk dengan postur badan yang tegak, kaki rapat dan tangan di atas paha. Sentiasa peka dengan gerakan tubuh anda. Sekiranya terbuat apa-apa aksi yang memang tabiat harian anda, hentikan segera.",
"Jangan tanya hal berkenaan gaji, bonus, faedah syarikat dan cuti melainkan penemuduga yang sentuh bab ini dulu.",
"Jangan minta ayah, ibu, pakcik atau nenek anda untuk membuat panggilan follow-up bagi pihak anda. Yang nak bekerja di situ ialah anda, bukan ahli keluarga anda.",
"Jangan tanya \"ada kerja kosong lain tak?\" bagi pihak keluarga, kawan, boyfriend atau girlfriend anda. Kalau mereka nak apply kerja di situ, suruh buat sendiri dan bukan melalui anda. Anda pun belum tentu dapat kerja lagi. hehe.",
"Jangan sesuka hati menggelarkan pegawai Sumber Manusia atau bakal majikan anda dengan panggilan \"bro\", \"kak\" atau \"dik\" sebaliknya gunalah panggilan formal iaitu tuan, puan, encik atau cik.",
"Okay, lepas ni anda dah boleh pergi temuduga dengan penuh keyakinan. Tapi jangan sampai overconfident ye!"
] |
https://iluminasi.com/bm/ketahui-fakta-obesiti-di-kalangan-kanak-kanak.html | Ketahui Fakta Obesiti di Kalangan Kanak-Kanak | [
"Selalunya bila budak-budak kecil nak makan banyak, orang sekeliling selalu akan cakap \"Biarlah dia makan..sementara dia tengah berselera. Budak-budak memang kuat makan.\" Tapi sebagai ibu bapa anda perlu bijak menepis 'cadangan' seperti ini kerana anda boleh membuat anak anda menjadi obes sekiranya tidak dikawal. Apatah lagi sekiranya anak anda gemar makan fast food dan junk food seperti keropok, coklat dan aiskrim.",
"Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS), lebih 7% jumlah kanak-kanak di bawah usia 5 tahun mengalami kegemukan di negara ini. Pada masa yang sama, tinjauan ini juga melaporkan 8% kanak-kanak di bawah usia yang sama mengalami malnutrisi yang teruk.",
"Menurut UNICEF, kedua-dua obesiti dan malnutrisi sebenarnya adalah saling berkait rapat. Kanak-kanak yang terbantut tumbesaran pada awal usia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila meningkat dewasa. Risiko ini menjadi semakin tinggi apabila ditambah dengan pengambilan junk food, tidak bersenam dan mempunyai gaya hidup yang tidak aktif.",
"Sebelum kita mengupas isu ini dengan lebih lanjut, anda boleh menyemak sama ada anak anda mengalami kegemukan ataupun tidak dengan menggunakan kalkulator BMI ini."
] |
https://iluminasi.com/bm/9-golongan-suami-yang-isteri-dibenarkan-memohon-cerai.html | Isteri Boleh Memohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini | [
"Apabila kita bercerita berkenaan wanita minta cerai, pasti akan yang mengatakan yang ada hadis menyebut,\" wanita yang meminta cerai suami, tidak akan bau syurga.\" Ramai mempunyai salah tanggapan perkara tersebut kerana pendapat tersebut sebenarnya hanya terpakai apabila seorang isteri meminta suami menceraikan dia tanpa alasan dan sebab. ",
"Jadi, adakah isteri dibenarkan atau dibolehkan memohon cerai dari suami dalam ajaran Islam? Boleh. Ada situasi dan alasan di mana isteri dibenarkan meminta cerai dari suami. Berikut disenaraikan beberapa situasi tersebut; ",
"Kes ini selalu kedengaran apabila suami mempunyai hutang dan isteri dijadikan bayaran kepada hutang tersebut. ",
"Ada juga berlaku dalam masyarakat kita di mana si suami memaksa isteri minum arak bersama-sama dengannya kerana minum arak berseorangan tidak seronok",
"Ini kes yang pernah berlaku di mahkamah syariah di mana suami tidak membenarkan isteri memakai tudung atas alasan, dia tidak suka melihat isterinya bertudung.",
"Jika si suami selalu mengabaikan tanggungjawab wajib beliau, si isteri berhak memohon cerai",
"Penyakit-penyakit yang merebak seperti AIDS yang dihidap oleh suami sepatutnya tidak dijangkitkan kepada pihak wanita",
"Seorang isteri mempunyai hak ke atas nafkah batin. Jika perkara tersebut tidak dapat dipenuhi oleh suami atas alasan organ fizikalnya tidak berfungsi, isteri dibenarkan memohon cerai.",
"Jika ditakdirkan si suami memang tidak mempunyai zakar sejak lahir atau hilang zakar akibat kemalangan, si isteri mempunyai hak untuk menuntut cerai.",
"Isteri dibenarkan memohon cerai jika suami tidak pulang atau tidak mahu pulang ke rumah dalam satu tempoh yang lama",
"Suami wajib menyediakan 3 perkara, makan-minum, pakaian dan tempat tinggal. "
] |
https://iluminasi.com/bm/ubat-resdung-paling-mujarab-dan-paling-murah-dalam-pasaran.html | Ubat Resdung Mujarab : Petua Hilangkan Resdung Paling Simple | [
"Ramai pasti menyedari yang wujudnya banyak teknik-teknik tradisional seperti rawatan asap, masuk ubat dalam hidung, makan ubat, berpantang, lipas tanah dan bermacam lagilah rawatan untuk melegakan resdung. Rawatan tersebut pula ada yang berharga puluhan, ratusan malahan ribuan ringgit. ",
"Adakah rawatan tersebut berkesan? Wallahuallam. Saya sendiri pernah mencuba beberapa jenis rawatan resdung termasuklah bekam resdung dan hasilnya tidak kelihatan. Hidung saya masih mudah tersumbat dan selalunya rasa seperti hanya ada satu sahaja lubang hidung yang lancar udaranya. Anda ada mengalami masalah tersebut selain daripada masalah gatal-gatal hidung dan muka? Cubalah teknik ini yang sebenarnya kita semua sudah pun tahu tetapi kita tidak amalkan. ",
"Semasa kita berwuduk, kita sebenarnya disaran untuk membasuh hidung, tetapi tidak ramai yang mengetahui cara sebenar membasuh hidung tersebut. Membasuh hidung atau dalam frasa arab 'istinsyaq' ini dapat membantu melegakan pelbagai penyakit kerana hidung kita, apabila bersih membantu meningkatkan tahap kesihatan kita. Cuma, ramai di antara kita hanya menyapu air ke hidung tanpa melakukan istinsyaq sebenar yang diamalkan oleh Rasulullah saw.",
"Jika anda seperti saya yang mengalami masalah hidung tersumbat yang agak ketara, agak susah untuk anda menarik air ke dalam rongga hidung kedua-duanya serentak. Jadi apa yang saya praktikkan sedikit berbeza tetapi asasnya sebenarnya sama;",
"Adakah teknik ini berkesan dalam melegakan gatal resdung yang kita hadapi? Berdasarkan pengalaman saya, ya. ",
"Malahan, dari segi saintifiknya, terdapat beberapa kaedah lain seperti menggunakan netipot atau botol picit yang akan melalukan air melalui rongga hidung kita. Jadi, asas kaedah perubatan ini sebenarnya sama iaitu menggunakan air untuk membersihkan ruang dalam hidung yang kita tak mampu bersihkan hanya dengan menyapu air. Amalkan teknik istinsyaq ketika wuduk dan boleh cuba teknik yang saya amalkan jika anda mengalami masalah seperti saya. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-episod-terbaik-siri-black-mirror-yang-patut-anda-tonton.html | 5 Episod Terbaik Siri "Black Mirror" Yang Patut Anda Tonton | [
"Jika dibandingkan dengan siri-siri televisyen lain, siri 'Black Mirror' bukanlah antara yang selalu mendapat tempat dalam perbualan harian kita. Terdapat beberapa sebab kenapa perkara tersebut berlaku. Satu, kerana ia hanya ditayangkan di Netflix dan dua, siri ini berasal dari Britain. Tetapi untuk penggemar siri-siri televisyen berbentuk sains fiksyen,'Black Mirror' merupakan salah sebuah siri episodik terbaik yang masih di udara. Siri 'Black Mirror' bukanlah berformat bersiri sama seperti siri TV lain. Formatnya adalah setiap episod memaparkan jalan cerita yang tidak ada kaitan dengan siri-siri sebelumnya dan setiap episod merupakan satu telemovie yang lengkap. Apakah yang membezakan 'Black Mirror' dengan siri-siri lain? Anda perlu menonton sendiri kenapa siri ini mempunyai kumpulan pengikut yang sangat setia walaupun hanya berjalan selama 3 musim dan dikhabarkan, musim keempat akan ke udara pada hujung tahun 2017. Anda tidak perlu menonton siri ini menurut turutan dan anda bebas memilih di mana saja anda hendak mulakan menonton. ",
"Kita selalu ditakutkan dengan ancaman pengganas yang lebih bersifat kejam, yang mampu membuat satu perbuatan meragut nyawa. Apa akan berlaku pada negara kita jika pengganas tersebut tidak pun mahu sebarang nyawa melayang, tetapi yang diminta hanyalah satu perbuatan yang menjatuhkan maruah pemimpin sesebuah negara? Episod ini akan membuatkan anda berfikir panjang mengenai prinsip anda semua dan di manakah anda berdiri sebagai manusia. Adakah anda di pihak yang setuju dengan tindakan pengganas itu atau adakah anda tidak bersetuju? Begitulah hebatnya episod ini, akan ada pihak yang merasakan apa yang dilakukan oleh pengganas tersebut adalah sesuatu yang wajar dilakukan. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-soalan-yang-sering-ditanya-tentang-kencing-manis.html | Penjelasan Ringkas Mengenai Penyakit Kencing Manis | [
"Malaysia merupakan salah satu daripada 21 negara yang berdaftar dengan International Diabetes Federation (IDF). Menurut IDF, pada tahun 2015, seramai 415 juta orang mempunyai penyakit kencing manis di seluruh dunia dan 3.3 juta daripada kes ini adalah disumbangkan oleh Malaysia.",
"Walaupun negara kita merupakan negara \"Top 10\" dengan jumlah kes diabetes paling tinggi dalam Asia Tenggara, namun sebenarnya masih ramai yang tidak tahu (atau tidak ambil peduli?) fakta sebenar tentang penyakit ini. Mari kita kupas satu-persatu persoalan yang sering ditanya oleh orang ramai berkenaan diabetes.",
"Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap penyakit ini, anda juga berisiko tinggi untuk mendapatnya, tidak kira sama ada anda banyak makan manisan atau tidak.",
"Walau bagaimanapun, sekiranya anda seorang yang obes, tidak bersenam dan pada masa yang sama suka makan benda yang berlemak, manis dan mempunyai kalori yang tinggi, maka anda juga cenderung dan berisiko untuk mendapat diabetes. ",
"Pada tahun 2015, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Texas, Amerika Syarikat telah disahkan menghidap diabetes jenis kedua (type 2 diabetes) yang disebabkan oleh kegemukan dan diet yang tidak seimbang. Ini bermakna kencing manis boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengira peringkat usia ataupun jantina.",
"Kenaikan jumlah penghidap diabetes jenis kedua secara dramatik di seluruh dunia dan khususnya di Malaysia amat membimbangkan kerana ini menunjukkan gaya hidup masyarakat yang tidak sihat selain tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang.",
"Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memberikan makanan berkhasiat kepada anak-anak serta mendidik mereka dengan galakan supaya lebih banyak melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan dan beriadah.",
"Penyakit ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius sekiranya tidak dirawat dengan lebih awal. Antara masalah kronik yang dihadapi oleh pesakit diabetes ialah:",
"Penyakit kencing manis sering terjadi tanpa disedari kerana pesakit tidak akan mengalami apa-apa simptom pada peringkat awal penyakit. Menurut Harvard Medical School, semua orang dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan paras gula sekurang-kurangnya setahun sekali sekiranya anda pernah diperiksa dan mempunyai paras gula yang agak tinggi daripada kebiasaan.",
"Bagi sesiapa yang mempunyai gula pada paras normal, anda disarankan membuat pemeriksaan setiap tiga tahun.",
"Jika anda menghidap diabetes jenis pertama, anda mesti mulakan pengambilan insulin bermula dari tarikh penyakit dikesan lagi. Tiada rawatan lain bagi diabetes jenis ini.",
"Manakala pesakit diabetes jenis kedua pula masih boleh mengawal penyakit dengan pemakanan yang seimbang serta aktiviti fizikal yang sihat. Ramai pesakit yang mulakan dengan memakan ubatan tapi lama-kelamaan kebanyakan pesakit perlu juga mengambil insulin. Ini disebabkan diabetes berubah mengikut waktu dan pesakit berisiko untuk menjadi lebih teruk.",
"Pengambilan insulin bukanlah bermakna anda tiada harapan langsung untuk hidup sihat. Ini sebenarnya adalah lebih baik kerana anda boleh mengawal penyakit merebak dan mengurangkan risiko untuk mendapat sebarang komplikasi di kemudian hari. Jangan berputus asa!",
"Sekiranya seorang pesakit mengamalkan diet sihat yang dikombinasikan dengan aktiviti fizikal untuk kekal cergas, maka manisan seperti pencuci mulut dan coklat dibolehkan. Menurut Persatuan Diabetes Amerika, pesakit diabetes tidak mempunyai sebarang halangan untuk makan apa sahaja yang diinginkan CUMA kuncinya adalah pada saiz hidangan iaitu kecil dan sedikit.",
"Walau bagaimanapun, sekiranya anda menghidap diabetes, sila berjumpa dengan doktor dan pakar nutrisi anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang diet yang bersesuaian dengan paras gula anda.",
"Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penyakit kencing ini, anda boleh layari laman web Persatuan Diabetes Malaysia."
] |
https://iluminasi.com/bm/suami-kaki-pukul-kenapa-isteri-perlu-berdiam-diri.html | Para isteri tidak boleh berdiam diri sekiranya didera suami | [
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih kurang 35% daripada jumlah wanita di seluruh dunia pernah mengalami keganasan dalam rumah tangga dan didera secara fizikal ataupun emosi. Ini bermakna 1 dalam setiap 3 orang wanita pernah menjadi mangsa pukul sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayatnya.",
"Selain itu, 38% daripada jumlah wanita yang mati dibunuh adalah disebabkan oleh pasangannya sendiri. Ini membuktikan domestic violence ini bukan sahaja melibatkan sebilangan masalah kecil dalam rumah tangga malah ia berkemungkinan bertukar menjadi kes jenayah yang amat membimbangkan dan perlu ditangani segera.",
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan terdapat sebanyak 4,807 kes keganasan rumah tangga dilaporkan pasa tahun 2014 dan setiap tahun jumlah ini meningkat. Antara punca berlaku keganasan rumah tangga adalah seperti berikut:",
"Akta 521 (Akta Keganasan Rumah Tangga 1994) telah merangkumi skop seperti berikut:",
"Sekiranya anda mengalami mana-mana situasi seperti di atas, anda boleh mendapatkan bantuan dengan cara berikut:",
"Allah telah berfirman dalam Surah Yaasin ayat 36 yang berbunyi",
"Ini menunjukkan bahawa institusi perkahwinan itu sebenarnya dituntut dalam Islam. Namun, sesebuah rumah tangga itu hanya akan berhasil jika ia dikendalikan dengan penuh kasih sayang, sifat amanah serta rasa tanggungjawab yang tinggi.",
"Jika tiada lagi rasa cinta dan saling menghormati antara pasangan sehingga sanggup naik kaki atau naik tangan, apalah lagi makna perkahwinan itu? Setiap hari isteri akan diselubungi rasa takut, marah, kecewa dan dendam. Ada yang sanggup menangis saban hari dan bertahan atas alasan \"fikirkan anak-anak.\"",
"Satu kajian yang dibuat oleh University of Western Ontario, Canada. telah jelas menunjukkan bahawa anak-anak yang didedahkan dengan jenayah rumah tangga ini seringkali mendapat impak buruk dan negatif ke atas diri mereka. Salah satunya merupakan gangguan tekanan selepas trauma (Post-Traumatic Stress Disorder, PTSD).",
"Anak-anak akan mengalami tekanan emosi sejak kecil kerana melihat ibu sendiri dipukul, belasah dan ditempelak oleh ayah. Pembelajaran mereka di sekolah boleh terganggu, mereka mungkin akan memencilkan diri dari semua orang dan akhirnya, mereka juga berisiko menjadi pendera apabila meningkat dewasa kelak.",
"Selain itu, anak-anak hasil daripada keganasan ini akan susah mempercayai orang lain sepanjang hayat dan mereka akan sentiasa merahsiakan emosi sebenar daripada pengetahuan orang lain. Mengapa? Kerana inilah contoh \"realiti kehidupan\" yang ditunjukkan oleh role-model pertama mereka -- iaitu ibu dan ayah.",
"Jadi, tanya diri anda, adakah ini yang anda benar-benar mahukan?",
"Kepada anda yang masih berasa keliru, tertekan dan tidak tahu nak buat apa, boleh simpan dan baca garis panduan ini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Buku panduan yang komprehensif ini lengkap dengan prosedur serta kaedah yang boleh anda pilih sekiranya anda merupakan seorang mangsa keganasan rumah tangga."
] |
https://iluminasi.com/bm/janganlah-tarik-suami-anda-ke-neraka-puan-puan.html | Janganlah Tarik Suami Anda ke Neraka, Puan-Puan | [
"\"Mana-mana suami atau bapa yang membiarkan anak atau isterinya mendedahkan aurat di khalayak ramai, maka dia akan diazab juga bersama anak atau isterinya di neraka nanti,\" sambung Ustaz itu. ",
"\"Ustaz tuhan ke nak tentukan syurga neraka?\" tiba-tiba bertanya seorang lelaki. \"Ustaz siapa nak tentukan syurga neraka?\"",
"\"Awak tau kan hukum menutup aurat?\" tanya Ustaz itu balik. ",
"\"Siapa Ustaz nak kata orang yang tak buat masuk neraka?\" tanya lelaki itu, tak puas. ",
"\"Yang saya tahu, kalau benda dah wajib, kalau tak buat, saya masuklah neraka. Kalau saya tak masuk neraka, itu Allah swt punya kuasa la,\" jawab Ustaz itu. ",
"\"Ustaz tak boleh nak menerakakan orang Ustaz. Ustaz pun manusia biasa, tak sempurna,\" balas lelaki itu. ",
"\"Sebab tu saya buat benda wajib, sebab saya tau saya tak sempurna, yang elok semua Dia aja, jadi saya buatla perintah Dia sebab Dia kata tak buat, masuk neraka,\" jawab Ustaz itu. ",
"\"Bukan kuasa Ustaz nak tentukan syurga neraka Ustaz,\" kata lelaki itu. ",
"\"Betul. Bukan juga kuasa kita nak elakkan buat benda wajib ni, Tuan,\" kata Ustaz itu. \"Dah jelas, ada perbuatan menjurus ke neraka, tak elok la kot kita nak kata benda tu semua tak apa.\"",
"\"Lagipun, takkan la saya nak ajar orang ramai tak apa la bukak aurat, mana lah tau Allah ampun dosa anda semua,\" kata Ustaz itu sambil meneguk air. \"Bukak la baju tu, tak apa aih!\"",
"\"Sayang bini ni, bukan sekadar bagi hadiah kat dia aje, Tuan,\" kata Ustaz itu lalu tunduk merenung kertas di hadapannya. "
] |
https://iluminasi.com/bm/orang-melayu-suka-main-tiru-je-kalau-nak-makan-makanan-halal.html | Orang Melayu Suka Main Tiru je Kalau Nak Makan Makanan Halal | [
"Beberapa tahun dahulu saya pernah menyertai bos dan rakan-rakan pejabat yang lain untuk berbuka puasa di sebuah restoran ala Mexico di Damansara. Majoriti rakan pejabat saya bukan beragama Islam, namun memandangkan ketua pengarah telahpun membuat tempahan di restoran berkenaan untuk meraikan semua orang, maka saya beserta 2 orang lagi rakan Muslim lain pun akur saja.",
"Lagipun restoran itu memang menyediakan buffet istimewa sempena Ramadhan. Siap ada buat promosi dalam Groupon lagi masa tu. Mestilah halal kan sebab nak jamu orang buka puasa?",
"Semasa beratur mengambil makanan, saya berbisik untuk bertanyakan kepada seorang pelayan sama ada makanan yang dihidangkan itu semuanya halal. Namun apa yang dia maklumkan memeranjatkan saya.",
"Nasib baik pelayan berbangsa India itu mempunyai sedikit pemahaman tentang isu halal dan haram. Walau bagaimanapun, saya dan dua kawan lain terus timbul rasa ragu-ragu nak makan. Jamah sikit je nasi dan sayur untuk mengalas perut lepas tu kami memohon diri untuk beransur pulang.",
"Tetapi tempat itu memang penuh dengan orang Melayu. Saya terfikir, adakah mereka menyemak terlebih dahulu status halal sebelum membuat reservation di situ? Ataupun main belasah je sebab ada \"promosi Ramadhan?\"",
"Atau... adakah mereka memang jenis tak kisah? Yang penting, bukan makan babi?",
"Masyarakat Melayu kita kadang-kadang suka main ikut je apa orang lain buat. Nampak ada seorang wanita pakai tudung di kedai XYZ, terus label kedai XYZ tu sebagai halal. Masalahnya, betul ke halal?",
"Konsep halal ini sebenarnya terlalu luas skop dia. Bukan sekadar merangkumi topik babi dan alkohol sahaja. Rata-rata orang bukan Islam tidak tahu bahawa haiwan perlu disembelih dengan betul sebelum dilabel halal. Tapi rupanya orang Melayu sendiri pun ramai yang lebih jahil daripada non-Muslims.",
"Tapi....bila mereka berjalan ke luar negara, nampak gaya macam dah tak kisah sangat pun pasal halal haram. Pergi kedai yang jual babi dan alkohol, tapi order makanan sayur. Walaupun hidangan tu berasaskan sayur, adakah anda pasti ia bersih dan suci daripada tercemar dek daging babi tu? Peralatan yang digunakan pun dah sah-sah bercampur-campur kan?",
"Peniaga di luar negara juga sama seperti di Malaysia. Mereka menjual aiskrim, fritters ataupun street food yang nampak secara kasarnya seakan-akan halal. Tapi anda perlu fahami bahawa halal itu bermula seawal proses penghantaran dan penyediaan barang, proses memasak, seterusnya proses menghidangkan kepada anda. Semua aspek perlu diambil kira.",
"Kalau dalam mentega yang mereka gunakan awal-awal tu dah mengandungi babi, maka terus jadi tak halallah makanan itu. Ataupun mereka goreng udang menggunakan minyak bekas gorengan bacon. Maka, sudah tercemarlah makanan anda. Dan fish & chips yang menggunakan beer dalam adunan tepung. Halal ke?",
"Perkara ini bukan sahaja tertakluk kepada mereka yang sering mengembara ke luar negara. Malah dalam negara pun sama. Tengok ada kawan melayu pegi kafe tu, dia pun laju je nak pegi. Tak tahu ke kawan anda tu entah-entah jenis Melayu liberal? Semaklah dahulu sebelum pergi. Jangan jadi pak turut!",
"Pihak JAKIM telah menyediakan satu platform komprehensif yang menyenaraikan produk/restoran halal di seluruh negara. Kalau mana-mana syarikat yang belum dapat status halal tu, anda boleh hubungi terus mereka dan tanya sendiri.",
"Contohnya, sebelum saya ke Jepun dahulu, saya hantar email kepada Japan Halal Association untuk bertanyakan status halal beberapa restoran yang ingin saya kunjungi dalam itinerari. Selain itu, saya juga menghantar email kepada pihak hotel di mana kami bermalam, Nestle, Meiji dan pihak taman tema untuk bertanyakan kandungan bahan yang digunakan dalam makanan dan snek keluaran mereka. Daripada situ, saya lebih berkeyakinan untuk memilih makanan yang selamat dan terjamin halal dan mengelakkan daripada menyentuh makanan yang tidak halal atau diragui.",
"Pendekatan 'agresif' inilah yang perlu digunakan oleh semua orang. Kita mahukan makanan halal? Buat tinjauan dan gali betul-betul. Kalau dapat jawapan yang tak memuaskan dan anda berasa was-was, lebih baik ditinggalkan dan cari tempat lain. Bukan sekadar melepaskan batok di tangga."
] |
https://iluminasi.com/bm/kalau-tak-mahu-sakit-jantung-jangan-guna-minyak-masak-berulang-kali.html | Bahaya Dan Kesan Buruk Guna Minyak Masak Berulang Kali | [
" \"Kalau hujan-hujan ni pekena pisang goreng panas dengan kopi mesti best.\"",
"Biasa dengar ungkapan macam tu? Mesti selalu kan. Kalau gantikan pisang goreng tu dengan keropok lekor, cekodok, cucur udang, hatta ayam goreng sekalipun mesti jadi best juga. Dengan syarat dimakan panas-panas. Tekstur rangup, krup krap krup krap. Sedap betul semua makanan yang digoreng deep-fry ni kan?",
"Saya pasti anda sendiri sedar dan tahu betapa tak sihatnya makanan bergoreng. Tapi kali ini saya nak kupas lebih lanjut mengenai minyak menggoreng itu sendiri. Kalau kita lihat gerai di tepi jalan, mereka menggoreng dengan minyak penuh kawah dan sudah semestinya minyak itu digunakan berulang kali. Lepas goreng pisang, goreng cucur ubi, lepas tu goreng karipap, goreng segala macam kuih. Sepanjang hari minyak yang sama digunakan sehinggalah habis jualan kuih.",
"Dan kemungkinan besar pada keesokan hari pun mereka guna minyak yang sama kan? Sep duit kos sikit. \"Lagipun minyak tu belum jadi warna gelap lagi, apa salahnya,\" kata peniaga.",
"Betul ke minyak masak boleh diguna berulang kali sampai jadi warna gelap?",
"Minyak masak seperti minyak sawit sebenarnya bernutrisi tinggi kerana mengandungi vitamin E yang baik untuk kesihatan. Namun minyak masak ini akan mengalami tindak balas kimia setiap kali dipanaskan pada suhu tinggi. Kandungan asid lemak tepu dan tidak tepu dalam minyak yang akan menghasilkan radikal bebas apabila melalui proses pengoksidaan. Radikal bebas inilah yang selalu dihubungkaitkan dengan penyakit kardiovaskular, barah dan juga penyakit neurodegeneratif.",
"Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007 mendapati hampir 98% kandungan vitamin E dalam minyak akan musnah selepas lima kali digoreng. Ini menunjukkan minyak itu telahpun kehilangan khasiat malah pengambilan minyak ini boleh memudaratkan kesihatan.",
"Pada tahun 2012, satu tinjauan telah dibuat sekitar Kuala Lumpur yang mengambilkira tahap kesedaran para peniaga tentang tabiat mengguna semula minyak masak. Seramai 100 peniaga mengambil bahagian dan 71 peniaga rata-rata sedar bahawa mereka tidak boleh menggunakan semula minyak masak secara berulang kali atas faktor memudaratkan kesihatan pembeli. Namun 63 daripada jumlah itu masih tidak kisah dan berterusan melakukannya kerana mahu menjimatkan kos.",
"Penyelidik juga telah mengambil beberapa sampel minyak dari setiap peniaga dan hasil ujian mendapati kadar peroksida (peroxide) dalam minyak yang digunakan adalah berbahaya dan tidak selamat digunakan. Nilai sebenar yang selamat diambil oleh manusia hanyalah tidak melebihi 10 mEqO2/kg tetapi kesemua purata minyak yang digunakan telah melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.",
"Malah ada peniaga yang menggunakan minyak dengan kandungan peroksida setinggi 214.25 mEqO2/kg!! Berapa kali dia 'recycle' minyak ni? Wek.",
"Dalam kajian lain yang dibuat pada tahun 2008 oleh penyelidik dari UKM juga, kandungan bahan toksik yang terhasil dalam minyak masak selepas 5 dan 10 kali pemanasan menyebabkan tekanan darah naik dan jantung mula mengalami kerosakan tisu. Aras kolestrol dalam darah juga akan meningkat selain mempunyai tanda-tanda aterosklerosis (atherosclerosis). ",
"Aterosklerosis merupakan adik-beradik kepada arteriosklerosis. Ia terjadi sebagai satu proses pengerasan dinding salur darah di bahagian arteri yang disebabkan oleh pembentukan lemak. Kejadian ini akan menyekat pengaliran darah ke seluruh tubuh dan boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan kematian.",
"Jadi, sekarang anda masih nak berjimat ke ataupun nak selamat?",
"Sekiranya anda memasak di rumah, janganlah berulang kali menggunakan minyak. Paling selamat pun guna sebanyak 2 kali, lepas tu buang aje lah. Isi minyak terpakai tu dalam botol dan hantar ke pusat kitar semula.",
"Kalau nak beli makanan dari pasar malam atau tepi jalan pula, sentiasa beringat-ingatlah. Kalau taknak sakit jantung muda-muda, jangan amalkan membeli dari peniaga yang suka jimat kos. Perhatikan dahulu cara mereka menggunakan minyak sebelum membeli. Anda mampu membuat pilihan bijak ke arah kehidupan yang lebih sihat."
] |
https://iluminasi.com/bm/jangan-biarkan-anak-anda-ketagih-tengok-tv-dan-youtube.html | Kesan Dan Keburukan Beri Gajet Henfon Kepada Anak-Anak | [
"Adakah anda selalu memberikan gajet kepada anak?Anak selalu menangis, anda tak tahu nak buat apa, maka terus bagi gajet?Anak anda seolah-olah ketagih tengok Youtube?Anak anda boleh menghadap gajet sehari suntuk tanpa perlu makan atau ke tandas?",
"Pada bulan Oktober 2016, Akademi Pediatrik Amerika (American Academy of Pediatrics, AAP) telah memberi garis panduan terbarutentang pendedahan media digital kepada kanak-kanak.Antara senarai dalam garis panduan tersebut menyatakan:",
"Bagi kanak-kanak di bawah 18 bulan, penggunaan sebarang gajet MESTI dielakkan kecuali untuk membuat panggilan video.",
"Ibu bapa yang ingin memperkenalkan media digital kepada anak berusia 18-24 bulan diharuskan memilih program yang berkualiti dan tonton bersama-sama untuk membantu mereka fahami apa yang mereka lihat.",
"Bagi kanak-kanak dari 2 hingga 5 tahun, hadkan masa menggunakan gajet kepada SATU JAM sahaja SEHARI dan menggunakan program yang berkualiti tinggi. Ibu bapa perlu tonton bersama dengan anak-anak untuk bantu mereka faham apa yang dilihat dan aplikasikan ke dunia sebenar.",
"Bagi anak-anak 6 tahun ke atas, tetapkan had masa secara konsisten dan pantau semua jenis media yang ditonton/digunakan. Pastikan penggunaan gajet tidak mempengaruhi masa tidur, masa riadah dan tidak mengganggu kemahiran asas lain bagi kanak-kanak.",
"Tetapkan masa yang tidak dibenarkan untuk memegang gajet seperti ketika sedang makan malam atau semasa memandu. Selain itu, tetapkan juga senarai lokasi yang tidak dibenarkan menggunakan gajet, contohnya bilik tidur.",
"Sentiasa berbincang dengan anak tentang keselamatan ketika melayari dunia digital dan cara berkomunikasi dengan betul sama ada secara dalam talian (online) mahupun luar talian (offline)",
"Garis panduan ini harus diambil berat dan digunakan sebaik-baiknya oleh ibu bapa kerana tinjauan NHMS yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Umum Malaysia pada tahun 2016 mendapati 52.2% kanak-kanak berusia bawah 5 tahun dibenarkan menonton atau menggunakan gajet (termasuk TV) pada tempoh yang melampaui had dan tidak wajar bagi seorang kanak-kanak.",
"Statistik ini amat membimbangkan kerana screen time yang panjang boleh mengganggu pertumbuhan mental dan fizikal seorang kanak-kanak. Sememangnya tidak dinafikan kita kini hidup dalam dunia teknologi dan penggunaan alatan elektronik banyak membantu dalam kehidupan seharian. Namun jika dibiarkan, kanak-kanak ini kelak akan mempunyai masalah apabila mereka meningkat dewasa.",
"Ibu bapa harus biarkan sahaja ajar anak berasa bosan kerana pada saat mereka bosan, minda mereka secara automatik akan mula berfikir secara kreatif, meneroka segala aktiviti yang berkemungkinan akan menghilangkan kebosanan itu. Sebaliknya, sekiranya anda membiarkan mereka memegang gajet, mereka tidak akan mahu berfikir langsung dan terus khayal dalam dunia fantasi ciptaan orang lain.",
"Mungkin anda rasa agak mencabar nak hentikan anak daripada memegang gajet. Tapi anda perlu tahu bahawa anak-anak mudah terganggu apabila ada gajet di sekeliling mereka. Sebagai contoh, situasi di mana seorang ibu sedang menyusukan anak. Walaupun anak kecil itu tidak melihat apa-apa skrin di hadapannya, tetapi dia masih boleh diganggu dengan bunyi dan cahaya yang mungkin boleh mengganggu proses penyusuan.",
"Selain itu, gangguan itu juga boleh memberi kesan terhadap hubungan ibu dan anak. Proses penyusuan/memberi makan itu sebenarnya harus membentuk satu perhubungan yang erat kerana kedua-dua mereka sedang bertentangan wajah dan bersentuhan. Bayangkan jika anak itu sering terganggu dengan gajet ataupun ibu sibuk main whatsapp? Lama-kelamaan anak ini akan mengalami masalah disiplin apabila besar nanti sekiranya dia 'diabaikan' sejak kecil.",
"Anda perlu pertimbangkan segala kesan positif dan negatif sekiranya benar-benar mahu anak bermain dengan gajet. Panduan di atas ini tidak bermakna anda tidak boleh bermain video game langsung ataupun menonton tv bersama-sama anak. Apa yang lebih penting adalah komunikasi dan keakraban sesama ahli keluarga."
] |
https://iluminasi.com/bm/sains-kena-tindih-jin.html | Fenomena kena tindih jin menurut sains | [
"\"Aku terjaga dari tidur dan aku melihat ada satu lembaga hitam sedang memerhatikanku. Aku seakan-akan boleh dengar dia sedang berkata sesuatu. Aku ketakutan melihat pandangan sinis mata merahnya itu. Tiba-tiba lembaga itu berada di atasku dan memuntahkan sesuatu. Aku dapat merasakan lendir dan basah yang menimpaku\"",
"Ianya mungkin bagaikan skrip di dalam sebuah filem seram. Namun ianya adalah pengalaman sebenar dari seseorang yang menceritakan tentang fenomena \"kena tindih jin\" atau lebih dikenali sebagai \"sleep paralysis\". Mari kita selami lebih dalam apakah kejadian kena tindih jin yang sebenarnya.",
"Kejadian ditindih jin atau dihempap jin ini biasanya berlaku ketika hendak tidur ataupun ketika hendak bangun dari tidur. Terdapat tiga kategori halusinasi tindih jin ini iaitu halusinasi pencerobohan dimana individu akan merasakan seperti ada aura jahat dan menakutkan di dalam bilik sehingga mampu bertukar kepada halusinasi hyper yang boleh menipu otak menyangka kehadiran penceroboh itu adalah benar-benar berlaku. Contohnya seperti berlaku pecah rumah.",
"Jenis yang kedua pula ialah halusinasi 'syaitan dan jin'. Situasi yang dialami adalah sama seperti halusinasi pencerobohan cuma karekter yang datang mengganggu itu adalah berupa hantu-hantu yang mungkin pernah dilihat di kaca televisyen ataupun di dalam gambar. Kategori terakhir pula dikenali sebagai halusinasi \"vestuibular-motor\", dimana individu akan mengalami pergerakan ilusi seperti terapung-apung dan berterbangan.",
"Fenomena-fenomena ini adalah gejala biasa narcolepsy (keinginan yang melampau untuk tidur) dimana tidur dalam keadaan ini menyebabkan kitaran jaga dan lena (sedar dan tidak sedar) menipu otak bahawa dirinya sudah lena tapi sebenarnya tidak. Ianya juga adalah perkara biasa bagi pesakit psikiatri, pesakit yang mengalami trauma dan individu yang terlalu mudah berasa panik.",
"Ada juga yang mengalami peristiwa tindih jin ini tanpa apa-apa syarat psikiatri. Faktor-faktor yang berpotensi menjadi punca utama adalah hidup tertekan, keresahan, dan kualiti tidur yang tidak terjaga. Ini disokong oleh kajian lain yang menunjukkan bahawa individu yang tidur tidak teratur, pekerja syif, lebih kerap mengalami halusinasi ataupun fenomena tindih jin ini.",
"Setiap hari, kita akan melalui beberapa peringkat tidur yang berbeza. Selepas tidur, kita akan melalui peringkat satu dua dan tiga, menunjukkan tahap nyenyak yang tidak sedarkan diri. Sekiranya terjaga ataupun tidur terganggu, kita kan kembali ke peringkat pertama untuk jangka masa yang lama. Situasi ini dipanggil sebagai \"REM-sleep\" dimana mata kita akan bergerak dengan laju sebelum betul-betul nyenyak.",
"Pada ketika REM ini, aktiviti otak meningkat tinggi. Tubuh badan akan lumpuh (kerana tiada kesedaran diri) selain mata dan sistem pernafasan. Mekanisme inilah yang membantu jasad kita statik di atas katil tanpa melakonkan kembali mimpi kita. Namun ada juga kes dimana mekanisme kelumpuhan badan ketika tidur ini gagal menyebabkan individu bertindak secara fizikal melakonkan mimpi mereka (mengigau berjalan).",
"Sekumpulan penyelidik Jepun dapat mendorong fenomena tindih jin ini dengan sengaja secara sistematik. Mereka mendapati bahawa jika mereka diganggu dalam tempoh REM dan sambung tidur kembali, kebarangkalian tinggi mereka tidak perlu melalui peringkat tidur yang lain dan terus pergi ke REM. situasi ini dipanggil SOREM (sudden on set rapid eye movement). Dalam keadaan SOREM ini, mereka berkebarangkalian tinggi mengalami fenomena ditindih jin ataupun sleep paralysis.",
"Kajian ini menunjukkan situasi dan fenomena ditindih jin berkait rapat dengan REM (peringkat tidur dimana mata kita bergerak laju). Apa yang sebenarnya terjadi adalah kamu bangun dari tidur dengan kesedaran dan keadaan sekeliling anda namun tubuh badan dan otot anda dalam keadaan lumpuh. Ayat ringkasnya \"Minda sedar tapi badan tidak\". Sebab itulah petua orang tua-tua zaman dahulu \"kalau kena tindih, gerakkan ibu jari kaki atau tangan\". Tujuan sebenarnya adalah untuk kejutkan badan anda yang sedang tidur.",
"Sehingga kini belum ada lagi kajian sistematik mengkaji kesan ubat terhadap sleep paralysis ini. Bagi sesetengah pesakit mental, ubat anti-depress boleh membantu mereka menghindari fenomena ditindih jin. Bagaimanapun, kajian mengesyorkan untuk jaga tidur agar tidur teratur. Selain itu, anda juga boleh cuba mengubah posisi tidur, dan mengamalkan diet serta senaman harian. Sesiapa yang kerap mengalami kejadian ditindih jin perlu ingat, ianya tidak akan kekal selamanya dan ianya tidak boleh menyakitkan kamu. Kena kuatkan semangat."
] |
https://iluminasi.com/bm/ramainya-orang-sakit-mental-di-malaysia.html | Statistik orang jadi gila meningkat. Anda mungkin salah seorang daripadanya | [
"Anda selalu tak nampak orang 'gila' tidur bawah jambatan atau buang air merata-rata? Jujur nak tanya, adakah anda berasa jijik dan takut melihat mereka atau anda rasa kesian?",
"Anda panggil golongan ni \"orang gila\" sebab anda anggap fikiran dan mental mereka kurang waras. Sebab tu mereka tidur di tepi jalan dan cari makanan di dalam tong sampah. Tapi adakah anda tahu bahawa 1 daripada 3 orang rakyat Malaysia ada penyakit mental? Entah-entah anda pun sebenarnya \"orang gila\", manalah tahu.",
"Pada tahun lepas, Institut Kesihatan Umum di bawah Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan satu laporan hasil Program Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS). Apa yang menarik, kajian ini mendapati bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai sakit mental meningkat daripada 10.6% pada tahun 1996 kepada 29.2% pada tahun 2015.",
"Anda mungkin tak percaya dengan fakta ini dan rasa ini hanya satu gurauan. Tapi ketahuilah bahawa pesakit-pesakit mental di Hospital Bahagia atau Tanjung Rambutan itu hanya mewakili 1% daripada jumlah keseluruhan. Di sana, kebanyakan pesakit yang mengalami sakit mental kronik seperti skizofrenia atau split personality sahaja yang dirawat dengan rapi.",
"Selebihnya, mereka yang mengalami penyakit mental lain seperti kemurungan (depression), kebimbangan (anxiety) dan bipolar masih ramai hidup bebas di kalangan kita semua.",
"Anda biasa rasa tekanan emosi tak semasa memandu sebab kena hadapi jalan sesak?",
"Ataupun semasa sedang bekerja, anda rasa stress sangat sebab boss asyik marah ataupun terpaksa kerja lebih masa dan tinggal anak di rumah?",
"Ataupun bila anda bergaduh dengan isteri, rasa nak tikam je sebab mulut dia lancang sangat?",
"Ataupun anda suka jadi keyboard warrior dan sentiasa mencari kesalahan orang kat Facebook? Semua benda pun anda nak komen secara negatif, kadang-kadang mencarut-carut lagi.",
"Ataupun anda asyik marah dan salahkan Pak Menteri atas semua benda yang terjadi dalam hidup anda walaupun kadang-kadang perkara tu tak ada kena mengena pun?",
"Semua inilah tanda-tanda anda ada penyakit mental yang disebabkan oleh arus kemodenan dan gaya hidup di bandar.",
"Banyak dah kita dengar berita seseorang bunuh diri atau membuat cubaan untuk mati di Korea Selatan, Jepun, China, Singapura dan Thailand. Ada yang disebabkan tekanan hidup, putus cinta, tekanan kewangan atau pasangan curang. Negara-negara Islam kurang sikit buat kerja macam ni sebab agama kita memang melarang sekeras-kerasnya membunuh diri sendiri. ",
"Mungkin kita belum sampai tahap nak bunuh diri lagi. Tapi kes bunuh emak, bunuh nenek, bunuh anak dah banyak kan? Itu semua pun disebabkan penyakit mentallah tu.",
"Cuba tanya rakan anda, dia ada masalah mental tak? Konfemlah dia akan jawab anda yang sewel sebab tiba-tiba tanya soalan macam tu. Hampir kesemua rakyat Malaysia TAKKAN senang-senang mengaku yang kita ada masalah mental. Biasalah, orang gila mana nak mengaku dia gila kan?",
"Oleh itu, janganlah kita asyik pandang hina pada orang gila bawah jambatan tu dan janganlah kita terus melabelkan semua pesakit mental itu yang berada di Hospital Bahagia atau Tanjung Rambutan sahaja.",
"Kalau anda rasa anda mengalami kemurungan atau tekanan melampau, pergilah jumpa dengan pakar. Sekurang-kurangnya anda dapat meluahkan segala isi hati dan ada orang yang boleh bantu anda. Janganlah tulis status sedih-sedih di Facebook untuk mewar-warkan kepada dunia tentang masalah anda. Tiada guna pun mengadu domba di situ. Anda akan berterusan berasa murung.",
"Tokoh perubatan Islam tersohor iaitu Ibnu Sina pun memandang serius akan masalah mental dan sakit jiwa semasa zamannya dahulu tau."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-idea-mudah-bekal-sekolah-anak-untuk-ibu-yang-tak-cukup-masa.html | 10 Idea Ringkas Bekal Anak ke Sekolah bagi Ibu yang Tak Cukup Masa | [
" Zaman sekarang kebanyakan ibu bapa sibuk bekerja. Kadang-kadang tak sempat nak tengok homework anak. Kadang-kadang tak sempat makan bersama anak. Kadang-kadang tak sempat jumpa anak langsung sebab sampai rumah pun tengah malam.",
"Semua ni pun tak sempat, apatah lagi nak buat bento pagi-pagi kat anak.",
"Namun, walau sesibuk mana pun kita, anak-anak kita masih perlu membesar dengan makanan yang berkhasiat dan mempunyai perkembangan otak yang baik.",
"Ada ibu bapa yang lebih gemar memberi wang saku setiap hari, dengan harapan anak-anak akan kenyang di kantin sekolah. Tapi benarkah anak beli makanan? Ataupun habis duit beli benda lain? Kalau beli makanan pula, makanan yang bagaimana?",
"Kami kongsikan 10 idea menu mudah untuk anda bekalkan kepada anak ke sekolah. Walaupun anda tak sempat nak luang masa sangat bersama anak, sekurang-kurangnya anda yakin bahawa makan mereka terjaga dengan baik.",
"Sandwic : anda boleh buat pelbagai jenis sandwic dengan menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat seperti isi ayam, telur, tuna, cheese, salad dan tomato. Gunakan kreativiti anda. Nak buat sandwic tak sampai 5 minit pun.",
"Sausage rolls : walaupun menu ini memerlukan 'kerja' yang lebih sikit, tapi tak sampai 20 minit pun masa yang diperlukan untuk menyediakan roti yang dipenyek, digulung dengan sosej & cheese, dicelup ke dalam telur dan digoreng.",
"French toast : roti celup telur dan digoreng. Boleh letak cheese di tengah sekiranya suka.",
"Burger empat segi: Goreng daging burger dan buat burger mudah untuk anak dengan sayuran dan mayonis.",
"Wraps : anda biasa makan KFC Chicken Wraps tak? Buat je lah apa-apa wraps untuk anak anda. Letak inti isi ayam, nugget, sosej dan dipadatkan dengan sayur-sayuran serta sos kegemaran anak.",
"Quesadilla : buat siap-siap sebelum tidur inti ayam dan sayur ikut suka anda. Boleh google resepi pilih mana yang anda suka. Esok pagi tuang inti atas tortilla, tabur cheese banyak-banyak, lipat tortilla dan bakar 8-10 minit atau sampai cheese cair. Boleh buat sambil potong kuku je.",
"Pizza : boleh gunakan tortilla atau roti pita sebagai asas. Tuang sos tomato dan ratakan ke seluruh permukaan roti. Letak la apa-apa bahan yang anda suka seperti daging, sosej atau crabstick beserta sayur-sayuran. Bakar sekejap sehingga inti masak atau cheese cair.",
"Lauk one-pot bermakna anda masak lauk ni hanya dalam satu periuk dan ada semua bahan dah kat dalam. Banyak contoh lauk one-potseperti tomyam, masak kunyit, masak kicap dan paprik di mana anda boleh lebihkan sayur-sayuran untuk variasi yang lebih berkhasiat.",
"Anda juga boleh masak menggunakan slow cooker sebelum tidurdan biarkan semalaman. Bangun pagi dah boleh terus tapau masuk dalam bekal. Jangan lupa masak nasi pula. Anak-anak perlukan karbohidrat lebih sebab banyak guna tenaga.",
"Sos Pasta Segera : yang ini paling mudah dan paling cepat. Sambil rebus pasta, sambil masak sos. Tak sampai 10 minit dah siap. Nak lagi sedap boleh masukkan daging cincang, hirisan sosej dan sayur-sayuran.",
"Yang ni pun mudah dan senang dimasak. Boleh digoreng kering atau goreng basah, boleh juga buat kuah seperti sup, tomyam, kari dan sebagainya. Tak susah pun.",
"Dibeli : sekarang ni dah macam-macam makanan sejuk beku yang dijual. Walaupun lebih berkhasiat jika buat sendiri from scratch, namun kalau anda rasa betul-betul dah tak ada masa sangat, beli je lah. Kalau boleh elakkan beli makanan proses seperti nugget dan sosej. Sebaliknya, belilah makanan macam ayam goreng ke, roti canai ke.",
"Buat sendiri : kalau anda mempunyai masa lapang pada hujung minggu, luangkan sedikit masa untuk memasak dan bekukan lauk-pauk itu mengikut saiz hidangan. Anda boleh masak siap-siap menu pelbagai jenis. Tak kisahlah masakan Melayu ataupun western. Bila nak siapkan bekalan untuk anak, keluarkan dari peti ais dan panaskan semula saja dalam microwave.",
"Lempeng atau pancake sesuai dimakan dengan kedua-dua jenis kuah sama ada manis atau savuri. Anda juga boleh menjadi sedikit kreatif dengan membuat pancake ala sandwic. Sapukan saja inti kegemaran anak seperti jem buah-buahan atau sapuan mentega kacang serta coklat, hidangkan bersama potongan buah. Kan senang dan menyihatkan.",
"Goreng atau kukus sendiri kuih frozen setiap pagi. Pelbagai pilihan boleh didapati di pasaraya ataupun kedai runcit. Karipap, popia, donat, pau berinti... macam-macamlah. Nak lebih sihat, boleh hidang dengan salad atau potongan buah.",
"Panaskan semula : Tak susah mana pun. Anda cuma perlu panaskan sahaja makanan yang berlebihan di rumah, bungkuslah untuk anak anda. Ada sesetengah ibu yang memang gemar masak lebih sebab boleh disimpan untuk bekalan anak. Mudah dan berkhasiat.",
"Menu kreatif : Gunakan lebihan makanan itu untuk membuat satu hidangan baru. Sebagai contoh, lebihan lauk daging masak kicap boleh dimasukkan ke dalam gorengan mi atau koay teow. Cuma tambah sayur dan telur dah siap.",
"Ada juga segelintir anak-anak yang tak mahu bawa bekal sebab malu dengan kawan-kawan. Ini sering terjadi pada anak yang lebih berusia, seperti di sekolah menengah.",
"Satu tip yang boleh digunakan ialah : bungkuskan makanan dalam bekas atau kertas bungkusan yang selalu digunakan oleh peniaga. Dengan cara ini, anak tidak akan berasa malu kerana kawan-kawan ingat dia beli kat kedai. Hehe.",
"Sentiasalah perhatikan apa yang anak anda makan. Macam-macam penyakit sangat dah sekarang ni. Kita taknak generasi muda dan semua bakal pemimpin ni awal-awal dah kena darah tinggi, kencing manis pada usia muda."
] |
https://iluminasi.com/bm/pengalaman-lelaki-ini-temuduga-calon-mampu-membuatkan-anda-mengubah-nama-email-anda.html | Graduan Kini Tiada Adab! Email Merepek-repek. Tujuan Belajar Pun Tak Tahu | [
"Setiap orang pasti melalui proses temuduga apatah lagi apabila semakin kuat persaingan dalam mendapatkan pekerjaan. Seorang lelaki yang tidak mahu dikenali menceritakan semula pengalamannya semasa menjadi penemuduga di sebuah institusi pendidikan dan berhadapan dengan ragam calon temuduga yang tidak mencerminkan kualiti yang seiring dengan kelulusan yang diperolehi. ",
"Simpati betul aku tengok kerani dan admin institut melayan pelbagai jenis pertanyaan dari pelajar, bakal pelajar dan bekas pelajar yang ada. Perlu dimaklumkan, ini untuk program pascasiswazah yang pelajarnya patut mempunyai tahap kematangan dan kesedaran yang lebih.",
"Ada yang dah habis satu semester tapi masih lagi tak faham apa beza jadual pelajar sepenuh masa dan separuh masa. ",
"Ada yang susah benar nak faham kelas dah penuh tak boleh nak enroll, dia berkeras jugak nak enroll dalam sesi tu sebab nak sekali dengan kawan dia.",
"\"Saya bukan cikgu, kalau saya ambik master ni, apa faedahnya pada saya ye?\" tanya dia pada kerani kaunter tersebut.",
"Aku duduk dalam bidang pendidikan agak lama, jadi fenomena tu aku selalu nampak. Orang belajar tanpa dia sendiri tahu kenapa dia nak belajar. Kalau belajar pun, tujuan dia selalunya salah iaitu nak meninggikan gaji.",
"Sebab utama kita belajar adalah kerana kita tak tahu. Jadi faedah utama untuk kita belajar secara formal, adalah kerana kita dapat ubah diri kita daripada tak tahu menjadi tahu.",
"Jika anda sendiri tak mampu nak jawab \"apa faedahnya sambung belajar pada aku?\" sebelum anda sambung belajar, tak perlulah sambung belajar. ",
"Pembelajaran itu sendiri sudah jadi satu cara untuk naik gaji. Kelulusan yang diterima seolah dah jadi satu lesen untuk kita kata \"aku ada ni, jadi aku berhak demand sekian-sekian amaun.\" ",
"Sedangkan melanjutkan pelajaran sebenarnya jadi bukti yang kita dah ada pengetahuan yang lebih melebihi orang lain, kerana taraf kita MASTER atau PAKAR dalam bidang tersebut atau DOKTOR FALSAFAH di mana kita mampu keluarkan ilmu baru yang tak pernah difikirkan oleh orang lain. ",
"Berapa orang yang dah capai tahap tersebut sebelum demand gaji lebih tinggi? ",
"Sewaktu aku kerja dulu, aku sempat jugak temuramah beberapa pemegang sarjana yang fresh grad sarjana tapi gaya dan permintaannya macam dah kerja 10 tahun. Agak tidak realistik permintaan mereka sedangkan umur baru 26 tahun, kerja tak pernah, pengalaman kerja hanya ketika latihan praktikal sewaktu buat ijazah.",
"Bila ditanya kenapa terus sambung master dan tak kerja dulu, jawapan kebanyakannya sama;\"Lepas habis ijazah, saya tak dapat kerja, jadi mak ayah nasihat sambung belajar dulu sementara ada masa terluang.\"",
"Aku tak sampai hati nak tanya kenapa mereka tak dapat kerja tetapi selalunya bila tengok email \"[email protected]\" atau \"[email protected]\" kita boleh tau dah kenapa.",
"Begitulah email pemegang sarjana kita gunakan untuk mohon kerja di institusi pendidikan, tuan-tuan dan puan-puan.",
"Nota Editor : mohon maaf kalau email yang aku gunakan sebagai contoh tu email anda. Mana aku ingat email orang aku temuramah 4 tahun lepas."
] |
https://iluminasi.com/bm/minuman-berkarbonat-bahaya.html | Minuman Berkarbonat Dan Gula Punca Badan Gemuk | [
"Artikel ini ditulis oleh saudara Khrii Suhaimi di laman facebook miliknya dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran untuk ulang siar penulisannya di laman blog ini. Semoga bermanfaat kepada semua.",
"Tadi lalu kat Aeon Big, nampak ada offer Coke 2 botol 1.5 liter cuma RM3.20. \"Gila muranya!\" kataku dalam hati. Biasanya sebotol pun dah mencecah RM3. Otak indirectly arahkan mulut, suruh adik ambil 2 botol. Dalam perjalanan nak bayar, fikir balik nak ambil atau tak Coke ni, kemudian letak atas mesin conveyor. Bincang dengan adik sebentar, belum sempat cashier tu ambil untuk scan, aku suruh dia letak balik coke-coke tu di tempat asal.",
"Kita selalu dengar org cakap, Coca-cola tu tak elok dan memudaratkan kesihatan. Byk video tunjuk coke boleh jadi bahan penghakis lah, boleh basuh jamban lah dan bermacam-macam lagi.",
"Tapi kita masih minum, ada yg minum setiap hari. Sebab apa? Sebab kita tak tahu macam mana kesan coke ni pada badan kita literally, dan tak nampak kesannya serta merta, kesannya tak ada depan mata. Kesannya datang secara perlahan-lahan dan halus. Jarang orang cucuh tangan sendiri, sebab apa, sebab sakit straight away. Bila bahaya datang lambat, kita tak takut dan tak fikir.",
"Antara sebab Coke memudaratkan kesihatan adalah kandungan gulanya yang sangat tinggi. Yang ni semua orang tahu. Setin coke mengandungi lebih kurang 38 gram atau 9 sudu teh gula. Cuba bancuh teh o ais secawan dengan kuantiti gula sebanyak tu, rasa mcm mana?",
"Tapi kenapa gula tinggi ni bahaya, apa implikasi pada badan kita?",
"Well, of all sugars, \"High Fructose Corn Syrup\" digunakan sebagai sumber gula dalam pembuatan coke. Penggunaan HFCS dlm coke mainly sebab low cost sugar. Fructose adalah sejenis gula, mainly ada dalam buah-buahan. Contoh sumber gula sebiji epal is half dari glucose dan half fructose.",
"HFCS adalah gula yang diproses dari corn starch, where glucose dlm cornstarch ni diproses menjadi fructose.",
"Kandungan HFCS dalam coke ni sangat tinggi sebab bahan no 2 selepas air bikarbonat, dan fructose adalah gula yang tidak baik untuk badan, tak seperti glucose.",
"Fructose hanya boleh diproses oleh liver (hati), dan fructose tak boleh digunakan oleh sel badan sebagai sumber tenaga, berlainan pula dengan glucose (good sugar), ianya boleh digunakan oleh semua sel badan sbagai sumber tenaga.",
"Bukan sahaja ianya tak boleh jadi tenaga, bahkan ianya akan menjadi toksin kalau jumlah dikonsum kuantiti yang banyak, sebab bila diproses, ianya diproses jadi lemak, dan dihantar ke sel lemak. Jadi kalau org kata minum coke boleh buatkan anda gemuk, sadly, its true. Muhasabah diri.",
"Fructose berlebihan akan rosakkan liver sbb terlalu banyak kerja untuk liver buat kerja bersendirian dan menyebabkan fatty liver disease. Dan juga, kesan fructose pada liver sama seperti kesan alkohol, yang mana kita dah tahu sebagai liver toxin.",
"Fructose meningkatkan penghasilan asid urik, dimana, kalau terlebih konsum, akan menyebabkan gout, batu karang dan menambah tekanan darah tinggi.",
"Fructose akan menyebabkan leptin resistance. Leptin adalah sejenis hormon yang mengawal nafsu selera makan dan metabolisma untuk kekalkan berat badan normal. Dan juga berkait rapat dengan masalah metabolisma such as kencing manis, obese dan sakit jantung. So sesiapa yang leptin resistant mudah naik lemak dan jadi obese dgn senang.",
"Dengan khadiran fructose sbagai sumber tenaga, sel kanser akan berkembang dengan sangat cepat.",
"Bukan tak boleh minum, tapi fikir sebelum minum. Mungkin seminggu sekali, atau sebulan sekali. Kalau iman kuat, tak payah minum terus lagi bagus. Dan kalau nak kurus, dan buang lemak, coke is a no. Bukan just coke. Minuman berkarbonat yg lain pun sama."
] |
https://iluminasi.com/bm/denda-rm250-kepada-pesalah-yang-merokok-di-tempat-rekreasi-awam.html | Merokok di Tempat Awam : Denda RM250 | [
"Pada 1 Februari yang lalu, pihak Kementerian Kesihatan telah memulakan pewartaan pindaan Peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017. Lanjutan itu, selepas berakhirnya tempoh penguatkuasaan pendidikan pada 31 Mei ini, sebarang pesalah yang didapati merokok di mana-mana tempat awam akan didenda minimum RM250 serta-merta.",
"Kini, pihak Kementerian Kesihatan masih dalam tempoh mendidik seluruh rakyat Malaysia dengan membuat edaran risalah maklumat selain memberi amaran. Masuk je 1 Jun, seramai 4,508 orang penguatkuasa yang terlibat akan mula membuat rondaan di seluruh negara. Namun penguatkuasaan ini akan dilakukan secara berperingkat.",
"Individu yang ingin melepaskan gian untuk merokok hanya dibenarkan merokok di kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.",
"Ramai perokok yang menyindir dan kata mereka tak kisah pun dengan larangan ni. Sebab kebiasaannya, apabila kerajaan mengeluarkan sesuatu larangan atau undang-undang baru, mereka cuma akan buat selama beberapa bulan sahaja. Lepas tu undang-undang tu pun 'sunyi sepi' sebab enforcement tak ada.",
"Kalau 30 juta rakyat Malaysia ni semua berfikiran macam tu, nampak gayanya sampai bila-bila pun laa kita akan berada di takuk yang sama. Mentaliti tu kena mula ubah dah kot. Undang-undang digubal bukan untuk dilanggar, tapi untuk dipatuhi. Tak kisah la sama ada pegawai penguat kuasa tengah berdiri depan anda ataupun tidak.",
"Konsep lebih kurang sama la macam undang-undang Islam. Allah dah bagitau awal-awal lagi apa benda boleh buat, apa benda tak boleh buat. Tapi takkanlah disebabkan anda tak nampak lagi balasan live api neraka tu, anda nak kata cara Allah kuatkuasakan semua peraturan-Nya tu lemah? Maka anda boleh langgar saja segala peraturan dan buat ikut suka hati? Ha, jawab la, jawab.",
"Kalau anda tak mahu jadi rakyat Malaysia yang berhemah dan mematuhi undang-undang sekalipun, sekurang-kurangnya jadilah seorang manusia yang bertimbang rasa. Asap rokok anda tu bukan sahaja berbahaya bagi orang dan haiwan di sekeliling anda malah ia boleh merosakkan tumbuhan juga.",
"Pergi taman rekreasi nak beriadah dan hidu udara segar tapi terpaksa bau asap rokok pula. Tak ke potong stim kalau macam tu.",
"Harap pihak berkuasa dapat mengekalkan penguatkuasaan larangan merokok ini dengan tegas sampai bila-bila. Jangan biarkan perokok-perokok degil ni pandang sebelah mata. Kalau boleh sabitkan kesalahan denda maksimum dan penjara 2 tahun tu, buat saja tanpa segan-silu. Because they have been warned."
] |
https://iluminasi.com/bm/arnab-vs-kura-kura-bukan-lagi-sebuah-cerita-dongeng.html | Arnab vs Kura-kura Bukan Lagi Sebuah Cerita Dongeng | [
"Siapa yang tak tahu cerita sang arnab yang berlumba siapa paling pantas melawan sang kura-kura? Dari zaman dulu kita disogokkan dengan cerita yang dengan penuh nilai murni ini. Malah negara-negara lain pun tahu akan perbalahan yang terjadi antara dua musuh ini.",
"Anak-anak kita pula sekarang ada versi canggih sikit sebab Upin & Ipin dah buat 2 episod \"Kisah Pisang dan Cengkerang\" yang diadaptasikan daripada hikayat yang sama.",
"Selama ini, pernah tak kita terfikir, betul ke kura-kura boleh kalahkan arnab? Takkanlah dalam kehidupan sebenar, kura-kura yang perlahan itu boleh menandingi kelajuan arnab? Macam tipu je. Kan?",
"Tapi sekitar tahun lepas, sekumpulan warga Thailand yang kreatif telahpun mengadakan satu pertandingan sebenar di antara kedua-dua haiwan ini. Dalam video ini, kura-kura dan arnab bertanding untuk melihat haiwan manakah yang boleh melepasi garisan penamat terlebih dahulu."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-rollercoaster-paling-menakutkan-di-dunia.html | 10 Rollercoaster Paling Menakutkan di Dunia | [
"Anda gemarkan aktiviti yang membuatkan anda rasa cemas? Seronok apabila merasakan adrenaline rush?",
"Sekiranya anda seorang thrill seeker, anda perlu lihat sendiri 10 tarikan taman tema ini yang dikatakan paling menakutkan dalam dunia. Tengok video je pun dah rasa real sangat macam nak luruh jantung!",
"Kesemua video ini adalah melalui pandangan sebenar penumpang yang duduk di barisan paling hadapan. Untuk lebih feel, boleh cuba tengok guna mod skrin penuh. Boleh rasa perut kecut bagai diperah-perah.",
"Roller coaster ini merupakan yang tertinggi di dunia iaitu pada 456 kaki (139 meter). Tengok sajalah titik paling atas di mana kita bakal dijatuhkan tu. Tengok dari jauh pun dah seram, inikan pula kalau naik betul-betul.",
"Pusingan dia macam duduk dalam mesin basuh. Harap tak ada penumpang yang muntah.",
"Sky Scream mungkin bukan yang tertinggi, terpantas atau terpanjang di dunia, tapi ia mempunyai pusing-pusingan dan lengkok 360 darjah yang mengujakan!",
"Ini merupakan ride yang paling curam di dunia yang dijatuhkan pada ketinggian 121 kaki. Ada berani?",
"Mungkin yang ini terkeluar sikit daripada kategori roller coaster tapi disebabkan ia berkongsi satu struktur landasan yang sama dengan Kingda Ka, maka ia harus masuk dalam senarai ni. Zumanjaro Drop of Doom adalah ala-ala kita punya Solero Shot lah kat Genting Highlands tu tapi yang ini dilepaskan pada ketinggian 400 kaki++. Hehehee. Tengok pun dah gayat.",
"Dengan dua jatuhan yang curam, ride dari negara China ini wajib masuk senarai roller coaster yang mengecutkan perut. Tambahan pula ia berkonsepkan 'floorless' di mana kaki penumpang dibiarkan tergantung terkapai-kapai tidak bertali. Psikologi sangat, rasa macam nak jatuh!",
"Orang gila je sanggup naik ride atas menara macam ni. Landasan dia pendek je, tapi tergantung di tengah langit biru sambil cuci mata menghadap bandar Las Vegas.",
"Yang ini bila naik akan rasa macam tengkuk nak patah sebab tiba-tiba je jatuh 90 darjah dan badan kita melawan graviti. Ngeri sangat tapi seronok!",
"Yang ini juga datang dari taman tema yang sama seperti Stealth. Tengok la dia punya lingkaran berpintal-pintal tu. Tengok je dah rasa pening dan loya.",
"Ini merupakan inverted coaster yang paling menggerunkan. Bayangkan badan anda tergantung-gantung dan boleh nampak landasan di atas kepala. Nak angkat tangan tinggi-tinggi pun tak berani sebab rasa macam dekat je nak cecah kita."
] |
https://iluminasi.com/bm/jenis-dadah-popular-malaysia.html | Kenali jenis dadah yang popular di Malaysia | [
"Dadah musuh negara. Mungkin ada diantara anda yang menganggap pengharaman dadah adalah satu konspirasi untuk menghalalkan penjualan ubat-ubatan di farmasi (yang juga mengandungi dadah dengan kuantiti terkawal). Ada juga yang mengatakan kerajaan mengharamkan dadah seperti ganja dan ketum kerana dadah-dadah ini tidak memberi pulangan cukai yang lumayan kepada kerajaan. Sekiranya anda berfikiran seperti ini, percayalah bahawa otak anda sudah rosak sebenarnya. Mungkin kerana pengambilan dadah yang berlebihan ataupun sengaja untuk menghalalkan perbuatan sendiri.",
"sekali lagi diulangi, dadah adalah musuh negara! kerana dadah banyak keluarga cerai berai, kerana dadah ada nenek dibunuh dengan kejam, kerana dadah jugalah kadar jenayah meningkat. Mungkin ada dikalangan pembaca tidak banyak terdedah mengenai info dadah dan tidak sedar ada diantara orang terdekat, terjebak dengan pengambilan dadah.",
"Ganja adalah dadah yang paling popular di Malaysia. Ianya juga dianggap sebagai dadah 'gateway' kepada dadah jenis lain yang lebih teruk kesannya. Menurut statistik, kebanyakan penagih dadah jenis lain bermula dengan dadah jenis ganja terlebih dahulu. Diluar negara, ganja lebih dikenali sebagai marijuana (dibaca mari-wana bukan mari-jua-na). Istilah lain yang popular di Malaysia selain ganja pula adalah \"boh\", \"balut\", \"daun\" dan bahkan ada juga menggelarkan ganja sebagai \"husin\" atau \"usin\".",
"Selain gelaran yang unik untuk susah difahami oleh orang awam, ada juga gaya pergerakan tangan yang dibuat untuk menunjukkan simbol \"ganja\" ini. Contohnya sekiranya individu A mahu bertanya kepada individu B adakah beliau memiliki sedikit ganja untuk dikongsi, individu A akan menggores-gores telapak tangannya menggunakan ibu jari tangan yang sama (gaya seperti sedang balut rokok). Harga sebata ganja ini lebih kurang RM900 ke RM1500.",
"Pil kuda ni sudah dikira \"rare\" di negeri utara Malaysia dan juga Sabah Sarawak. Pil ini mudah didapati di negeri Kelantan dan Terengganu. Kebanyakan yang terjebak dengan pil kuda biasanya akan terjebak juga dengan dadah jenis syabu. Kerana kedua-dua dadah ini kononnya memberikan 'extra' energi kepada pengambilnya. Ianya juga boleh membuatkan individu itu menjadi terlebih berani dan aggresive. Jadi anda mungkin sudah faham kenapa mat rempit kebanyakannya berani mati. Walaupun begitu, janganlah dituduh semua orang bermotorsikal itu sebagai mat rempit ya. ",
"Pil kuda ni rupanya kecil macam pil ubat selsema berwarna merah hati. Cara penggunaannya bukan dengan cara makan. Pil kuda ni perlu dibakar terlebih dahulu. Kemudian asapnya itu akan disedut ke dalam mulut. Kebanyakan yang mengambil pil kuda ni gigi mereka akan rosak teruk berwarna kehitaman dan boleh menyebabkan gigi pecah. Harga pil kuda kini mencecah RM120. tahun 90an sebijik cuma RM15 ke RM30.",
"Pil ini lebih popular dikalangan individu yang sukakan musik atau masuk ke kelab malam. Pil ada didalam bermacam bentuk dan warna. Ada juga pil ecstacy yang kelihatan seperti gula-gula kanak-kanak dengan gambar kartun comel. Diantara sebab pil ini popular dikalangan orang yang suka berparti adalah kerana musik yang kuat dan berdentum-dentum akan membantu tahap khayalan individu tersebut. Selain itu, ecstacy juga menyebabkan penambahan nafsu syahwat untuk melakukan seks. Sebab itulah di luar negara ianya digelar \"love pill\". Nama lainnya adalah XTC dan MDMA. Harganya tidak menentu bergantung kawasan juga. Biasa didengari sebiji RM50 ke atas.",
"Kesan pil erimin 5 pun hampir sama dengan ecstacy. Cuma pengambilan pil ini boleh menyebabkan halusinasi yang lebih teruk berbanding ecstacy. Ianya juga popular dikalangan \"party people\" kerana ia memberi rasa seronok pada individu yang mengambil eramin 5 ini. Ramai wanita tak tahu, pil ini digunakan untuk memudahkan lelaki serigala merogol mereka di dalam kelab malam sebab itulah ianya digelar \"rape drug\". Banyak kematian melibatkan erimin 5 biasanya melibatkan alkohol pada masa yang sama. Harganya lebih kurang sama dengan ecstacy.",
"Ini satu lagi pil untuk memudahkan lelaki serigala merogol mangsanya. Serbuk didalam pil ini biasanya dicampur ke dalam air untuk menghilangkan kesedaran mangsa. Adakalanya mangsa boleh pengsan terus apabila terdedah kepada dadah ini dan adakalanya menjadi separuh sedar justeru membiarkan lelaki melakukan apa saja kepadanya. Dadah jenis ini yang biasa dijumpai di Malaysia biasanya diimport dari negara Thailand berbentuk seperti pin bowling (memudahkan urusan kepak dan picit). Namun begitu ianya juga ada didalam bentuk kapsul pil biasa. ",
"Tahun 90an harganya murah sahaja lebih kurang RM5 sebiji pil. Sekarang dengar cerita sudah mencecah RM100 sebiji pil.",
"Ubat batuk ini asalnya digelar sebagai \"kodein\". Di sesetengah kawasan pedalaman ada juga menggelarkannya sebagai \"gayah\". 2017 ini sudah jarang didengari mengenai kes-kes melibatkan ubat batuk. Mungkin dadah jenis ini sudah ketinggalan zaman dan tak mengikut trend semasa. Antara kesan pengambilan ubat batuk mudah dilihat. Mata akan menjadi merah kekuningan, percakapan melalut-lalut dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, kalau individu itu mengambil ubat batuk secara berlebihan, dia akan jadi tak ubah seperti orang gila di jalanan. Percayalah. Harganya bergantung size botol. Bermula dari RM20 ke ribuan ringgit.",
"Pil metadhone ada dijual di farmasi dan klinik-klinik tertentu asalkan mendapat lesen dari kerajaan. Bahkan ianya juga boleh didapati dari klinik dan hospital kerajaan. Pil Methadone digunakan untuk mengubati dan mengawal pesakit yang ketagihan dadah jenis opium yang lain. Kesannya tidak seteruk dadah yang lain namun masih mampu membuatkan pesakit itu bertindak aggresive apabila kesannya sudah habis (di jalanan orang panggil situasi ini sebagai \"kong\").",
"Dan pemenang untuk kategori dadah popular masakini jatuh kepada syabu. Syabu atau nama lainnya “Methaphetamine\", memang sangat terkenal dikalangan remaja. Ianya kini menular ke kawasan-kawasan kampung pedalaman walaupun harganya sangat mahal. Pada tahun 90an, dadah ini cuma digunakan oleh orang bangsawan saja, kini tidak lagi. Anak kepada petani kecil pun boleh terjebak dengannya. Di jalanan, orang menggelar syabu sebagai ice, ais, ataupun batu kerana bentuknya seperti kristal ais.",
"Di Malaysia, ramai penagih dadah seperti penagih pil kuda, kokain, ubat batuk dan sebagainya kini beralih arah kepada syabu. Siapa tokan syabu dizaman ini dialah raja dialah dewa. Tak kena cekup tak apa, kalau kena cekup padan muka kau.",
"Antara tanda pengambilan syabu adalah banyak bercakap (kadang-kadang benda tak berkaitan pun), aggresive, self-confident yang tinggi, dan bermacam-macam lagi. Kalau orang tak kenal individu tersebut, pasti orang akan salah sangka menganggap individu itu hebat, berwawasan dan berpandangan jauh. Tapi bila habis kesan syabu, anda akan dapat melihat individu tersebut bertukar dari seorang manusia kepada babi yang harapkan penerajang orang sekeliling. Mereka akan jadi bad mood, cepat marah, dan cepat berpeluh (badan terasa panas). Harga syabu mahal ya rabbi. Bayangkan 100 miligram boleh mencecah RM60. Kalau sekilo?",
"Ini adalah senarai dadah popular dikalangan remaja masakini (2017). Walaupun begitu masih ada lagi dadah jenis lain yang mudah didapati di Malaysia seperti kokain, morphin, heroin, dan sebagainya. akan ditulis pada artikel yang lain."
] |
https://iluminasi.com/bm/rahsia-sebenar-di-sebalik-4-peraturan-semasa-menaiki-kapal-terbang.html | Rahsia Sebenar di Sebalik 4 Peraturan Semasa Menaiki Kapal Terbang | [
"Sekiranya anda pernah menaiki kapal terbang, mesti anda biasa dengar pelbagai jenis arahan pramugari yang kadang-kadang anda rasa macam \"Elehhh, tu pun nak kecoh. Perlu ke?\" Pernahkah anda terfikir apa sebab pramugari memberikan arahan seperti matikan semua alat elektronik, naikkan tingkap, tutup dulang makanan, tegakkan kerusi dan macam-macam lagi?",
"Anda mungkin rasa benda tu remeh, tapi sebenarnya ada penjelasan di sebalik setiap peraturan. Jangan ingat mereka saja-saja nak menyusahkan hidup anda. Baca sampai habis kalau anda mahu penerbangan anda selamat!",
"Setakat ini syukur Alhamdulillah masih belum ada rekod kapal terbang yang terhempas disebabkan telefon bimbit ataupun komputer riba. Namun, sebelum sesuatu yang buruk terjadi, baiklah ambil langkah berjaga-jaga, kan? Takkan nak tunggu kapal terbang betul-betul terhempas baru anda nak takut?",
"Lagipun pada tahun 2013, satu eksperimen telah dibuat oleh seorang jurutera bernama Kenny Kirchoff di Makmal Gangguan Elektromagnetik Boeing yang berpangkalan di Seattle, Amerika Syarikat. Ujikaji itu telah membuktikan bahawa isyarat alat elektronik boleh mengganggu radio VFR sesebuah pesawat.",
"Gangguan isyarat ini tidaklah sampai membuatkan kapal terbang terhempas. Namun, ia mengganggu konsentrasi juruterbang ketika berlepas dan mendarat kerana frekuensi radio yang mungkin berubah-ubah. ",
"Jadi, kalau anda nak terbang dan mendarat dengan selamat, janganlah degil. Dengar cakap pramugari dan matikan telefon anda.",
"Kebiasaannya, pramugari akan memberi arahan untuk menegakkan kerusi, menutup dulang makanan di hadapan anda dan menaikkan bidai tingkap sebelum kapal terbang mendarat. Kenapalaaa diorang sibuk-sibuk suruh buat macam tu kan? Bukannya kacau hidup diorang pun.",
"Adakah anda tahu, polisi keselamatan kapal terbang memerlukan kru kabin mengosongkan kapal terbang dalam masa 90 saat ketika kecemasan? 90 SAAT tau, bukan 90 minit. Kalau naik pesawat jenis A380, jumlah penumpang semua adalah 538 orang. Anda rasa boleh ke diorang selamatkan semua penumpang ni kalau ada penumpang DEGIL MACAM ANDA yang taknak tegakkan kerusi dan biar dulang terbuka sehingga menghalang laluan orang?",
"Kalau anda keras kepala taknak naikkan bidai tingkap, agak-agak semua pramugari ni boleh nampak ke keadaan di luar dan pilih dengan pantas nak selamatkan anda guna pintu kecemasan yang mana?",
"Jadi, ikut je lah arahan pramugari tu. Untuk keselamatan semua orang juga, bukan saja-saja nak menyusahkan hidup anda pun. Nanti kalau diorang tak peduli nyawa anda, biar je anda terbako sorang-sorang dalam kapal terbang, baru nak menyesal. ",
"Peraturan yang ini membuktikan punya la ramai manusia degil. Kalau dah diberi arahan begini semasa penerbangan, tolonglah, ikut aje lah. Untuk keselamatan anda juga.",
"Anda tahu tak situasi turbulence (angin bergelora) yang kuat boleh menyebabkan anda 'terlompat tinggi' dan terhantuk di siling kapal terbang sebelum jatuh ke tempat duduk anda?",
"Teringin ke nak rasa patah riuk segala tulang? Daripada niat asal nak jalan-jalan makan angin, tak pasal-pasal kena masuk hospital.",
"Yang ni pun sama, ramai betul yang degil. Kalau anda perhatikan, bila kapal terbang tu dah mendarat (tapi masih bergerak perlahan menuju ke terminal) tiba-tiba ramai penumpang terus bangun dan buka ruangan simpanan di atas. Semua nak ambil beg masing-masing dengan perangai gelojoh.",
"Katakanlah kapal terbang tu bergerak pada kelajuan 80 batu nautika (148km/j) semasa di atas landasan terbang. Sekiranya juruterbang perlu menekan brek, anda beserta dengan beg-beg dalam overhead compartment tu mungkin akan jatuh menghempap orang lain. Kalau berlaku kecederaan, siapa nak tanggung?",
"Memang anda rasa macam kapal terbang tu bergerak perlahan. Tapi anda perlu faham hukum fizik di mana ia adalah sebuah kenderaan yang sangat besar dan mempunyai berat muatan lebih kurang 300 tan. Anda bayangkanlah inersia yang akan terhasil kalau tiba-tiba perlu brek mengejut walaupun pada kelajuan 60km/j.",
"Kalau bas atau kereta brek mengejut pun anda dah huru-hara terhoyong-hayang. Bayangkan jika kapal terbang brek mengejut? Ada sistem ABS ke kat tempat duduk anda tu?"
] |
https://iluminasi.com/bm/tips-dapur-3-teknik-yang-betul-untuk-cuci-sayur.html | 3 Teknik Dan Cara Yang Betul Untuk Bersihkan Sayur | [
" Adakah anda tahu betapa berbahayanya semburan racun perosak dan kulat yang digunakan pada tanaman seperti buah-buahan atau sayur-sayuran? Bagaimana pula cara anda membersihkan sayur dan buah selama ini?",
"Adakah anda yakin bahawa kaedah basuhan anda itu betul dan sayur selamat dimakan? Pernahkah anda terfikir bahawa anda boleh termakan racun, ulat kecil, serangga dan parasit sekiranya sayur tidak dibersihkan dengan betul?",
"Berikut 3 kaedah yang betul untuk membersihkan sayuran atau buah-buahan. Pilih langkah yang anda rasakan bersesuaian dan mudah untuk dilakukan.",
"1. Sediakan buahan atau sayuran yang hendak dibersihkan. Cuci tangan anda sekurang-kurangnya selama 20 saat.",
"2. Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika (US Food and Drug Administration, USFDA) menyarankan anda mencuci terlebih dahulu makanan yang mempunyai kulit SEBELUM dibuang kulitnya. (Contoh : buah epal)",
"3. Buang sebarang label pelekat yang ada pada makanan. Kemudian dengan menggunakan pisau yang bersih, buang segala bahagian kotor atau busuk pada makanan.",
"4. Bilas makanan di bawah air yang bersih. Seelok-eloknya dibilas menggunakan air yang selamat untuk diminum.",
"5. Sental makanan yang mempunyai kulit tebal seperti timun, kentang, lobak merah atau mana-mana makanan yang berbuah di dalam tanah. Tujuan menyental ini adalah untuk menyingkirkan segala mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan.",
"1. Kaedah ini perlu untuk makanan yang mempunyai banyak permukaan seperti anggur, makanan yang dibungkus padat seperti buah-buahan beri dan makanan yang mengandungi banyak liang kecil seperti brokoli dan kubis bunga.",
"2. Penuhkan besen, sink atau mangkuk besar dengan air. Seelok-eloknya gunakan air yang selamat untuk diminum.",
"3. Rendamkan makanan dalam air dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu (seperti gerakan mesin kain).",
"4. Rendamkan makanan berliang kecil seperti brokoli dan kubis bunga selama 1-2 minit kerana ia mengandungi banyak ruang di mana kotoran dan mikrob boleh tembus.",
"5. Bagi sayuran berdaun seperti sawi dan kangkung, asingkan terlebih dahulu setiap helaian daun. Rendamkan seketika kemudian ditapis menggunakan penapis. Ulang beberapa kali sehingga tiada lagi pasir atau kotoran dalam air rendaman.",
"1. Walaupun makanan sudahpun bersih dan selamat setelah menggunakan kaedah #2 di atas, namun anda boleh juga menggunakan campuran larutan lain untuk membersihkan sayuran dan buahan anda.",
"2. Larutan air garam : campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air dan rendamkan makanan anda di dalam larutan selama 5 minit. Kemudian bilas sekali lagi untuk menyingkirkan air garam tersebut sebelum sayuran digunakan atau disimpan.",
"3. Larutan cuka : buat larutan dengan mencampurkan ½ cawan cuka bagi setiap 2 cawan air. Rendamkan makanan selama 5 hingga ke 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Kaedah ini akan menghilangkan kesan racun perosak dan mengurangkan bakteria. Namun ia akan memberi kesan kepada tekstur dan rasa makanan.",
"4. Larutan produk komersial : Produk seperti Basic H yang dikeluarkan oleh jenama Shaklee sering digunakan oleh para suri rumah untuk mencuci sayuran. Larutan organik yang diperbuat daripada jagung dan kelapa ini dikatakan dapat mengekalkan kesegaran makanan selain menjadikan sayuran layu semakin segar.",
"Sekarang anda tidak perlu risau lagi. Cucilah segala sayuran dan buah-buahan yang dibeli dengan betul. Elakkan daripada termakan pasir, racun dan kotoran yang melekat pada makanan."
] |
https://iluminasi.com/bm/tak-sah-kalau-tak-beli-10-makanan-paling-laris-dan-popular-ini-di-pasar-ramadhan.html | 10 Makanan Popular Dan Paling Laris di Bazar Ramadhan | [
"Belum masuk lagi kawasan bazaar, dah dapat asap dan bau semerbak ayam percik. Siapa yang boleh tahannn. Bau asap tu kalau dah sampai rumah pun tak hilang lagi. Menduga je nak tunggu sampai azan Maghrib.",
"Kuih yang lembut dan cair dalam mulut ni merupakan pencuci mulut terbaik selepas selesai mengkedarah segala nasi, ayam dan murtabak. Selalunya dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan aroma kuih.",
"Kalau tak pekena nasi waktu berbuka, rasa tak lengkap. Di pasar Ramadhan, memang ramai peniaga yang menjual nasi berperisa seperti nasi tomato, nasi briyani, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi kerabu, nasi dagang. Eh, banyak sangat kalau nak senaraikan semua.",
"Nasi tomato dan lauk ayam masak merah sering menjadi menu combo pilihan ramai. Terutama sekali kalau nasi dia gebu dan berderai, ayam pulak dimasak dalam kuah yang pekat dan tak terlalu pedas. Just nice!",
"Roti John ni walaupun mudah dibuat sendiri di rumah, namun ramai yang suka beli dari pasar Ramadhan sebab boleh dapat roti saiz panjang. Kalau nak lagi sedap, order yang special ada letak cheese, fuh bila cair merembes dan bersatu dengan inti kari daging bertelur, sos cili, mayonis dan coleslaw tu memang boleh nangis.",
"Air tebu air paling best sebab jus dia diperah menggunakan mesin di gerai itu sendiri. Boleh tengok live bagaimana mereka memasukkan batang-batang tebu ke dalam mesin yang kemudiannya mengalirkan jus tebu manis. Tambah sedikit ais, memang sedap! Kalau masa bulan puasa selalunya ada pilihan nak beli dalam jag, plastik ikat atau cawan biasa.",
"Air tebu dikatakan air yang boleh mengembalikan tenaga setelah letih berpuasa seharian. Bila air tebu tu lalu kat tekak, dia punya nikmat tu lain macam. Tak sama dengan air-air lain!",
"Selalunya kat pasar Ramadhan, mesti berlambak-lambak peniaga jual murtabak. Jalan sikit je murtabak, jalan sikit lagi ada murtabak lagi. Kalau dapat beli yang sedap takpe la. Buatnya dapat yang daging kedekut, harga mahal, rasa tak sedap?",
"Tips nak tahu murtabak tu sedap ke tak, tengok barisan pembeli tu panjang ke tidak. Lagi satu rupa murtabak tu mengecurkan air liur anda atau tidak. Selalunya kalau murtabak sedap ni warna gelap2 golden brown dia tu saja dah membuatkan anda berlinangan air mata nak balik makan cepat-cepat.",
"Kuih ni paling sedap kalau pulut dia tu dimasak lembut, tak hangit dan mempunyai inti rasa pedas-pedas manis yang banyak dan tidak kedekut. Memang sedaplah!",
"Air soya memang menjadi air wajib beli kalau datang pasar Ramadhan. Yang suam sedap, yang sejuk laaagi la sedap. Ada juga orang suka beli soya cincau untuk menghilangkan panas dalam badan. Pastu dipasangkan pula dengan taufufah makan suam-suam, wow, terangkat.",
"Walaupun menu ini antara makanan yang paling cepat disediakan berbanding makanan-makanan lain, namun gerai popia basah mesti kena beratur panjang sebab ramai sangat peminat.",
"Haiwan golek-golek ni memang selalu champion dan laris dijual semasa bulan puasa. Sapa tak terliur tengok kambing dan ayam gemuk-gemuk tu kena golek di khalayak ramai.",
"Memang meriah sungguh pilihan makanan kat Malaysia ni. Anda paling suka beli makanan apa kalau pergi bazaar Ramadhan?"
] |
https://iluminasi.com/bm/umur-hanyalah-angka.html | Gambar seronok membuktikan "umur hanyalah angka" | [
"Kebanyakan manusia biasa, bila semakin tua, diri mereka akan kurang gelak tawa. Tidak pasti ini sebagai salah satu sindrom kematangan ataupun kerana bebanan hidup yang semakin hari semakin bertambah. Pasti ada diantara rakan anda yang akan menganggap anda kurang matang sekiaranya suka berjenaka dan banyak ketawa kan? ",
"Biarkan mereka dengan kematangan mereka. Kerana berseronok itu juga adalah pecahan kasih sayang yang terbit dari hati anda. Oh! jangan lupa agama kalau nak berseronok. Kalau lupa, masuk neraka."
] |
https://iluminasi.com/bm/mengaku-islam-tapi-jiwa-tak-islam.html | Kau muslim yang baik atau Islam kerana kau tak makan babi? | [
"Mengaku Islam tetapi suka kutuk agama lain. Mengaku Islam tetapi benci yahudi walaupun tiada seorang pun berbangsa yahudi pernah mengganggu hidup kau. Itu adalah perkara yang biasa kita lihat setiap hari dalam kehidupan kita. Ini semua terjadi kerana fitrah manusia, pegangan ataupun kepercayaan yang dipegang sejak kecil tidak boleh lagi diubahsuai atau dimanipulasi oleh pihak lain kerana dikhuatiri akan tersesat dari landasan yang disangka benar. Syurga adalah matlamat walaupun hati tidak mengiakan dengan benar-benar yaqin kewujudan taman-taman yang indah itu.",
"Berapa ramai dikalangan kita yang mengaku Islam tapi minum arak? berjudi? melakukan zina? Scroll saja di segmen 'lookaround' aplikasi wechat. Boleh dilihat ramai anak muda yang tidak tahu malu mendedahkan aib sendiri secara publik. Kenapa ini semua berlaku? Bagi saya kerana penghayatan dan pemahaman tentang Islam itu tiada dalam jiwa-jiwa mereka.",
"Salah satu sebab tiada penghayatan tentang cara hidup Islam, adalah kerana kelainan maksud dan perbezaan bahasa dalam bahasa kita sendiri. Contohnya kalau orang tanya \"kau agama apa?\" lantas yang ditanya akan menjawab \"aku agama Islam\". Tetapi tahukah dia bahawa penyataan itu bermaksud juga sebagai \"aku mengamalkan cara hidup Islam, aku mengamalkan kehidupan yang selamat, aku ihsan sesama makhluk, aku berusaha kerasa mengamalkan sifat Rasul Muhammad\".",
"Jadi wajarkah seseorang yang kaki mabuk mengaku begitu? Ianya akan berbunyi seperti ini \"aku kaki mabuk tapi aku mengamalkan cara hidup yang selamat\". Gila! Kalau begitu kefahaman kau tentang agama yang syumul ini, lebih baik kau tak payah mengaku kau Islam. Ibarat kau mengaku vegetarian tapi kau makan daging. Memalukan pengamal yang lain sahaja.",
"Bukan mahu nerakakan orang yang suka minum arak. Bangsa lain dan penganut agama lain jangan berkecil hati. Ajaran Islam ni sebenarnya ada kesan dan implikasi dalam setiap kewajipan dan larangannya. Tapi masalahnya didikan tentang kesan dan implikasi ini kurang diceritakan atau disampaikan oleh ustat-ustat mahupun asatizah-asatizah diluar sana. Orang muda bukan semua mahu dengar dalil-dalil dan alasan ke neraka ataupun ke syurga. ",
"Pendakwah perlu lebih progresif dalam berdakwah. Contohnya bercerita tentang kesan buruk sekiranya minum arak. Kalau minum arak, boleh hilang kesedaran diri dan pemikiran akan menjadi diluar kawalan. Kemalangan boleh berlaku sekiranya memandu didalam keadaan ini. Tambahan pula ianya boleh merosakkan buah pinggang dan organ lain seperti hati. Orang muda mahu dengar kesan dan implikasi seperti ini. Bukannya jawab balas siapa pandai dalil itu dalil ini memenangkan mazhab siapa yang power.",
"Zalim disini membawa erti menganiaya diri sendiri seperti minum arak (merosakkan tubuh sendiri), melakukan maksiat (perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat) dan lain-lain. Sekiranya hari ini ada orang tanya apa agama kau, beranikah kau mengaku, yang kau seorang muslim yang mengamalkan cara hidup Islam? Kalau rasa serba-salah, itu tandanya masih ada perkara tak betul yang kau selalu buat.",
"Apa yang kita semua perlu tahu adalah, orang mengaku Islam belum tentu mukmin (beriman). Semoga selepas ini, kalau kita mengaku sebagai \"orang Islam\", memang benar-benar bermaksud kita ini memiliki pegangan yang teguh, berusaha untuk jadi insan yang baik, hebat dalam pelbagai hal, dan paling penting :"
] |
https://iluminasi.com/bm/lelaki-ini-mengaku-boleh-betulkan-slipped-disc-hanya-dengan-menggunakan-tukul-dan-sebatang-kayu.html | Lelaki Ini Mengaku Boleh Betulkan Slipped Disc Hanya dengan Menggunakan Tukul dan Sebatang Kayu | [
"Menurut Dr. Ahmad Mahyuddin, seorang pakar pembedahan ortopedik dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang, slipped disc merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit.",
"Antara rawatan yang diberikan kepada pesakit pada peringkat awal adalah dengan menjaga sahaja postur tulang belakang dengan baik. Pesakit juga akan diberi ubat tahan sakit dan ubat anti-radang untuk membantu mengurangkan kesakitan. ",
"Pesakit yang mengalami slipped disc perlu menjalani beberapa sesi fisioterapi termasuk menggunakan kaedah haba (heat therapy) dan ultrasound. Di sana, pesakit akan diajar senaman ringkas bagi menguatkan otot belakang. Bagi sesetengah pesakit pula, teknik lumbar traction (menarik pinggang pesakit dengan pemberat bagi meregangkan ruas antara tulang belakang pesakit) didapati turut membantu. ",
"Sekiranya slipped disc melarat dan menekan saraf, ia boleh menyebabkan kaki menjadi kebas dan lemah. Pada peringkat ini, pembedahan mungkin perlu dilakukan bagi membebaskan saraf yang tertekan. Walau bagaimanapun, kurang dari 10 peratus pesakit sahaja yang memerlukan pembedahan.",
"Walau bagaimanapun semalam, seorang lelaki berani yang dipanggil \"Ustaz Rosdi\" telah memuatnaik tiga video dengan caption 'Alhamdulilllah dah berjaya betulkan empat disc tulang belakang' yang menunjukkan dia sedang melakukan operasi ke atas seorang pesakit. Setelah melukis dan melabelkan tulang belakang pesakit, dia akan mengetuk-ngetuk bahagian belakang pesakit menggunakan tukul dan sebatang kayu.",
"Beberapa hari sebelum itu, \"Ustaz Rosdi\" juga telah memuatnaik satu video membetulkan tulang belakang di pangkal leher seorang pesakit.",
"Tim Iluminasi membuat sedikit penyelidikan dan mendapati \"Ustaz Rosdi\" sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam arena perubatan secara tidak bertauliah ini. Pada tahun 2011, dia telah melakukan pembedahan secara terbuka ke atas seorang warga tua yang dikhabarkan mengalami ketumbuhan di bahagian leher.",
"Wallahualam apa yang terjadi kepada pakcik itu selepas pembedahan itu. Jika ada sesiapa mengenali pakcik ini, harap boleh hubungi kami. Kami nak interview sikit.",
"Selain menjadi \"doktor bedah\" dengan melakukan surgeri tanpa bius dan di dalam persekitaran yang mencurigakan, \"Ustaz Rosdi\" juga mahir dalam perubatan Islam. Dia pernah melawan hantu secara beramai-ramai di Pulau Pangkor sekitar tahun lepas. ",
"Hebat betul lelaki ini, serba tahu dan serba boleh! Dunia mistik dan dunia nyata semua dia boleh tapau.",
"Sememangnya Allah menyuruh kita berikhtiar dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya menghadapi masalah. Kalau benar kita nak ikhtiar melalui perubatan tradisional/Islam, maka carilah ustaz yang betul. Dan biarlah doktor bertauliah di hospital yang membuat pembedahan ke atas anda kerana keadaan di sana lebih selamat dan terjamin sekiranya berlaku sebarang komplikasi."
] |
https://iluminasi.com/bm/kismis-bukan-makanan-sunnah-fikir-panjang-sebelum-beri-anak-makan-kismis.html | Kismis BUKAN Makanan Sunnah. Fikir Panjang Sebelum Beri Anak Makan Kismis! | [
"Sejak makanan sunnah menjadi popular dan sering dikomersialkan, ramai betul ostad/ostazah berniaga produk yang dikatakan mengandungi bahan makanan sunnah dan dibacakan pelbagai ayat-ayat Al-Quran untuk memberi jaminan akan tahap halalan thoyyiban produk itu.",
"Kita juga selalu dengar, makan kismis boleh menguatkan memori. Tambahan pula, dikhabarkan kismis adalah salah satu makanan sunnah kegemaran Rasulullah SAW. ",
"Maka, berbondong-bondonglah peniaga yang mula mengkomersialkan produk kismis yang adakalanya dicampur dengan makanan sunnah lain atau dibaca ayat-ayat tertentu. Dijual pula dengan harga yang mungkin cekik darah sehingga puluhan ringgit hanya kerana nilai \"Islamik\" yang terdapat pada produk itu.",
"Tetapi sebenarnya menurut Dr. MAZA, tidak ada dalil sahih pun yang mengiyakan dakwaan itu:",
"Penceramah terkenal, Dr. Danial Zainal Abidin juga telah membuat ulasan tentang dakwaan kismis sebagai makanan sunnah. Menurut beliau, ini hanyalah doktrin yang digunakan oleh penunggang agama yang hanya ingin mengaut keuntungan. Tonton sendiri komen beliau mengenai isu ini:",
"Jadi, sekarang sudah terbukti bahawa kismis bukanlah sejenis makanan sunnah mahupun makanan yang mampu meningkatkan daya ingatan.",
"Namun tidak dinafikan, kismis adalah sejenis makanan sihat kerana kandungan vitamin dan fibernya yang tinggi. Tapi sejauh manakah fakta 'sihat' ini benar? Kalau sihat, maknanya bolehlah makan dengan banyak setiap hari kan? Nanti, sabar dulu.",
"Adakah anda tahu bahawa kismis dan buah-buahan kering secara umumnya mengandungi kandungan gula yang amat tinggi?",
"Dr. Saara Sabir, seorang doktor gigi dari Deane Dental Practice, Lancashire, United Kingdom berkata kismis boleh menyebabkan kerosakan gigi pada anak-anak sekiranya diambil dengan tidak terkawal. Ibu bapa sering menyalahtafsir buahan kering sebagai menyihatkan lalu diberi secara berlebihan pada anak-anak.",
"Kandungan gula terkonsentrasi dalam kismis boleh memudaratkan gigi si kecil. Tambahan pula, tekstur kismis yang melekit akan tersepit di antara celahan gigi apabila dimakan. ",
"Sekiranya gigi tidak digosok dengan betul, bakteria pada gula boleh merosakkan gigi untuk tempoh yang panjang. Ini adalah salah satu faktor penyebab 1 daripada 8 orang kanak-kanak mengalami kerosakan gigi teruk."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenali-jenis-tahi-bayi-anda.html | Kenali warna dan jenis najis bayi serta langkah yang perlu diambil | [
"Secara umumnya, seorang bayi sememangnya akan membuang air dengan kerap setiap hari. Pada usia beberapa hari kelahirannya, bayi sudahpun mula membuang najis yang digelar meconium yang berwarna hijau gelap atau kehitaman.",
"Setelah beberapa ketika dan bayi pun mula menyusu dengan lebih kerap, bayi akan membuang air sehingga 5-6 kali sehari. Najis yang dikeluarkan pula bergantung kepada penyusuan bayi itu. Sebagai contoh, najis bayi yang diberikan susu ibu secara eksklusif adalah tidak sepekat najis bayi yang diberi susu formula.",
"Soalan yang sering ditanyakan oleh ibu bapa yang pertama kali mempunyai anak ialah \"Anak saya macam cirit je. Normal ke najis anak saya ni?\" Untuk pengetahuan anda, warna najis bayi seringkali dalam tona kuning mustard, perang hingga kehijauan. Tekstur najis pula akan berubah-ubah mengikut susu atau makanan yang dimakan oleh bayi.",
"Akan tetapi sekiranya warna najis bertukar menjadi hitam pekat, cerah putih atau ada palitan merah seperti darah, sila segera berjumpa dengan doktor anda. Begitu juga sekiranya najis bayi anda keras berketul-ketul seperti najis arnab dan berwarna gelap, ini mungkin disebabkan anak anda mengalami sembelit. Hentikan makanan/susu yang baru diperkenalkan serta-merta.",
"Bagi bayi berusia bawah 6 bulan yang diberikan susu formula, cuba tukar susu formula ke jenama/jenis yang lain. Manakala bagi bayi 6 bulan ke atas, pastikan bayi minum banyak air dan makan makanan yang tinggi serat seperti buah prun, pisang dan epal. Sekiranya najis bayi berdarah, sila ke klinik atau hospital dengan segera untuk berjumpa doktor.",
"Sekiranya anak anda mengalami cirit-birit yang kronik, dinasihatkan agar anda berjumpa doktor dengan segera untuk memastikan bayi tidak dijangkiti virus atau bakteria berbahaya. Bawa sekali lampin atau pampers mereka yang berisi najis untuk ditunjukkan kepada doktor.",
"Sebagai ibu bapa, anda harus lebih peka dan prihatin terhadap sebarang perubahan pada anak anda. Apabila memperkenalkan sesuatu makanan yang baru, perhatikan najis mereka dengan lebih kerap untuk mengetahui kesesuaian makanan itu dengan sistem penghadaman mereka.",
"Pendek kata, kalau ada rasa tak sedap hati walaupun sebesar kuman, terus bawa anak cepat-cepat jumpa doktor. Lebih baik mencegah daripada anda terpaksa menangis tidak berlagu di kemudian hari."
] |
https://iluminasi.com/bm/wow-ibu-gigih-ini-hebat-menukar-makanan-biasa-menjadi-karakter-kartun-kegemaran-anaknya.html | Wow! Ibu Gigih ini Hebat Menukar Makanan Biasa Menjadi Karakter Kartun Kegemaran Anaknya | [
"Jika ibu-ibu lain gigih membuat bekalan bento untuk anak-anak, ibu ini pula gigih menukarkan makanan anaknya dalam bentuk karakter kartun terkenal.",
"Laleh Mohmedi, 31, tinggal di Melbourne, Australia bersama anaknya, Jacob, yang berusia 5 tahun. Dia bekerja sebagai seorang konsultan pengrekrutan perubatan yang sentiasa menyokong pemakanan sihat daripada sumber organik.",
"Semua ini bermula apabila dia sukar memberi makanan seimbang kepada anaknya yang cerewet. Jadi, dia cuba untuk mendekorasikan pinggan si kecil dan mengubah lempeng biasa ke dalam bentuk singa dan ternyata Jacob amat menggemarinya. Kini, ia sudah menjadi rutin setiap malam sebelum tidur, Jacob akan memberitahu ibunya karakter kartun apakah yang ingin dimakan keesokan hari.",
"Jacob juga pernah meminta ibunya membuat makanan berbentuk Michael Jackson!",
"Ada sesetengah ibu yang melihat seni makanan Laleh ini dan berfikir, \"Wuishhh. Mana ada masa nak buat semua ni!\" Jangan risau. Laleh hanya meluangkan 20-35 minit sahaja untuk menyediakan setiap hidangan, bergantung kepada tahap kesukaran.",
"Ibu muda ini juga telah membuat satu akaun Instagram khas untuk memaparkan seni dan kreativitinya setiap hari untuk dijadikan inspirasi oleh ibu-ibu lain. Anda boleh follow Laleh di Instagram."
] |
https://iluminasi.com/bm/ajar-anak-20-kemahiran-asas-ini-untuk-pastikan-mereka-ada-survival-skills.html | 20 Kemahiran Asas Survival Wajib Diajarkan Pada Anak Anda | [
"Ramai ibu bapa zaman kini lebih fokus untuk mengajar anak kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan cepat. Kebanyakannya lebih bersifat education-orientated namun mereka terlupa bahawa kemahiran asas lain dalam kehidupan juga adalah sama penting.",
"Sekiranya ibu bapa mengabaikan kemahiran-kemahiran asas ini, bagaimana anak nak survive dalam kehidupan yang penuh pancaroba? Jangan salahkan anak jika mereka menjadi manja terlampau. Ibu bapa sendiri yang tak pernah ajar mereka basic survival skills, manalah mereka nak tahu.",
"Oleh itu, mulakanlah mengajar anak anda kemahiran-kemahiran berikut untuk masa depan yang lebih cerah:",
"Ibu bapa perlu melibatkan anak secara aktif dalam tugas membeli barang dapur, menyediakan bahan dan memasak menu yang sihat kerana ini merupakan salah satu kemahiran paling asas dalam hidup seseorang. Tak payah lah harap boleh terus level Masterchef, buat yang senang-senang aje pun dah ok. Pada usia 12 tahun, anak-anak sepatutnya sudah pandai memasak menu mudah seperti pasta dan telur dadar.",
"Ajar anak dari usia seawal 4-5 tahun supaya membawa sendiri pinggan makan ke sinki dan bantu ibu bapa untuk mengelap dan membersihkan segala tumpahan di atas meja makan.",
"Mulakan mengajar anak dengan membasuh pinggan dan cawan plastik. Apabila genggaman mereka sudah agak stabil, boleh mula membasuh pinggan kaca atau seramik. Pastikan segala kotoran dan buih sabun dibilas dengan bersih.",
"Ajar anak untuk menyapu dan mengvakum bilik mereka. Dengan cara ini, mereka akan menjadi lebih bertanggungjawab dan anda pun akan mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga.",
"Tukar cadar, sarung bantal dan duvet. Ajar mereka cara menarik cadar dengan kemas dan menyusun bantal dengan tersusun. Pastikan mereka mengemas katil setiap hari.",
"Tugas mendobi kini menjadi semakin mudah dengan mesin basuh automatik, cuma perlu tekan butang 'on' dan tuangkan serbuk pencuci sahaja. Namun, anda masih perlu mengajar anak untuk mengasingkan baju kotor mengikut warna dan fabrik. Mereka juga perlu meleraikan segala pintalan di baju sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.",
"Mereka perlu tahu cara menyidai yang betul supaya pakaian boleh kering dengan cepat dan sekata. Begitu juga dengan melipat baju. Anak-anak perlu diajar cara melipat pakaian dengan betul supaya tiada kedutan dan baju boleh terus dipakai tanpa perlu menggosok.",
"Anda boleh mula mengajar anak menggosok baju sekitar usia 10 tahun. Namun anda perlu berhati-hati dan memastikan mereka faham bahawa seterika itu panas dan perlu berwaspada semasa menggunakannya.",
"Lakukan kerja-kerja do-it-yourself (DIY) yang boleh diselesaikan sendiri tanpa mengupah orang lain. Minta bantuan anak anda untuk menggantung gambar, menukar tombol pintu dan membaiki perkakas dan perabot kecil.",
"Anda boleh mengajar anak mengepam tayar basikal yang telah pancit atau menukar tayar yang telah botak.",
"Anak-anak kini dibesarkan dalam suasana yang penuh dengan teknologi di mana mereka kurang memerlukan kemahiran menulis. Jadi, ajar anak anda menulis dengan baik. Mulakan dengan menulis sepucuk surat atau kad ucapan kepada saudara ataupun boleh berikan satu diari kepada anak untuk mencatat aktiviti hariannya.",
"Buat aiskrim sebenarnya adalah semudah A,B,C. Hanya perlukan jus buah, sedikit air dan peti sejuk. Atau boleh tonton video ini dan saksikan sendiri seorang kanak-kanak membuat aiskrim dengan mudah. Anda boleh jadikan ini aktiviti mingguan dengan anak dan biar mereka berfikir secara kreatif untuk mengolah resepi tersendiri.",
"Ada segelintir anak-anak yang masih tidak tahu memotong kuku dengan betul walaupun sudah masuk sekolah menengah. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak supaya mereka sentiasa menjaga kebersihan dengan memastikan kuku sentiasa pendek.",
"Kemahiran seni dan kraftangan juga penting untuk motor skill yang lebih baik. Ajar anak cara membalut buku atau hadiah dengan cantik dan kemas. Biarkan mereka memilih corak pembalut yang disukai supaya mereka lebih tertarik untuk membuat tugas ini sendiri. Suruh mereka letakkan riben sebagai sentuhan terakhir supaya nampak lebih menarik.",
"Anak-anak akan membesar menjadi seorang yang boros dan tidak tahu kepentingan wang sekiranya tidak diasuh dari awal. Ajar anak-anak cara menguruskan wang dengan baik dan sebaiknya mulalah menabung wang saku jika mereka inginkan sesuatu.",
"Kejadian menculik kanak-kanak, perogol dan kaki buli di sekolah cukup sinonim dengan masyarakat kita kebelakangan ini. Penting sebenarnya belajar seni mempertahankan diri untuk mengelakkan diri daripada serangan orang jahat seperti ini. Sekiranya ibu bapa tak pandai nak ajar anak teknik-teknikself-defense, bolehlah daftarkan mereka masuk kelas taekwondo atau silat.",
"Biar anak anda lihat sendiri bagaimana pokok yang mereka tanam membesar hari demi hari. Ajar mereka bagaimana benih boleh bercambah, faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pokok dan rekodkan tumbesaran pokok itu. Minta anak menamakan pokok itu dan anggap ia sebagai 'pet' atau tumbuhan peliharaan mereka yang perlu dijaga setiap hari.",
"Membakar roti dan kek merupakan salah satu cara agar seluruh ahli keluarga dapat berkumpul meluangkan masa bersama-sama. Tak perlu berhabis duit makan kek mahal di kedai. Buat sendiri bersama anak-anak. Walaupun hasilnya tak sesedap yang dijual di kedai, namun setiap orang akan berasa puas hati sebab dapat kemahiran buat kek atau roti from scratch!",
"Ajar anak untuk menepati masa. Dalam konteks ini, ibu bapa sendiri perlulah menjadi role modelyang baik kepada anak-anak. Tiba awal sekurang-kurangnya 5 minit sebelum apa-apa janji temu. Jangan pernah biarkan mereka sampai lewat ke sekolah dan jangan gunakan alasan trafik sesak sekiranya lambat.",
"Didik mereka supaya mudah bangun pagi dan buat satu jadual rutin untuk mereka penuhi. Ajar mereka cara membaca jadual waktu kelas dan minta mereka mengemas sendiri buku mengikut jadual setiap hari.",
"Ajar anak cara merawat luka kecil akibat terjatuh atau cara mengecutkan benjolan akibat terhantuk.",
"Selain itu, anda juga boleh mengajar anak cara menguruskan situasi cemas dengan menghafal nombor telefon ambulans, polis atau memanggil saudara berhampiran. Ini amat berguna sekiranya ibu atau bapa tiba-tiba jatuh sakit dan tidak sedarkan diri di rumah.",
"Bila dah ada kemahiran-kemahiran macam ni, nanti mak ayah pun tak risau dan boleh berlapang dada kalau anak kena tinggal di asrama atau dah masuk kolej. Pandai berdikari."
] |
https://iluminasi.com/bm/lelaki-berani-ini-persoal-satu-persepsi-biasa-masyarakat-kita.html | Tahap Kesederhanaan Dalam Islam : Apa Itu Zuhud? | [
"Kita selalu terkejut dengan perkara yang di luar jangkaan kita. Ustaz pakai kereta mewah, benda luar biasa. Ustazah make up wajah, benda luar biasa. Ustaz dan Ustazah buat duit dari ceramah, benda luar biasa. Apabila kedua-dua perkara itu digabungkan, masyarakat ramai yang memandang sinis perbuatan mereka itu.",
"Malahan, Dr.Muhaya pada 2013 pernah dilanda kemarahan apabila bergambar depan kolam renang di rumah, sambil mengajak orang bersabar dengan kos kenaikan sara hidup. Persepsi kita itu tidak membuatkan apa yang dia cakap tu salah, cuma dah jadi kebiasaan orang kita selalu nampak salah pada orangnya dan bukan pada mesej yang hendak disampaikan, kerana pada kita ini semua cakap tak serupa bikin. ",
"Mesej yang nak disampaikan dia tak dengar kerana dia lebih melihat apa latar belakang penyampai mesej itu.\"Dr.Muhaya ada hati nak nasihat orang bersyukur dan bersabar? Dia boleh la, posing depan kolam renang, rumah besar, makan cukup, sekali buat operasi lasik caj RM7000.\" ",
"Ayat standard kita lah tu, kita anti betul orang yang cakap tak serupa bikin. Suruh wasattiyah, syukur, sabar, tapi dia sendiri hidup mewah. Benda tu dah jadi satu kesalahan pula pada pandangan kita. Padahal, kita yang salah. Salahnya kita di situ, kita letakkan standard yang kita tetapkan pada orang lain dan kita marah jika orang tersebut tidak memenuhi standard yang kita dah tetapkan.",
"Tahap sederhana sesama kita tak sama. Zuhud kita tak sama. Antara kita pun berbeza tahap-tahap kemampuan kita. Oleh kerana jiwa kita ini kecil dan keupayaan kita lemah, kita tuduh orang-orang ini \"cakap tidak serupa bikin.\" Melompatlah kita apabila kita nampak sesuatu perkara yang berlaku dan berada di luar standard jangkaan kita, seperti tudung RM800 sold out, kelas Quran di udara harga beribu atau orang Melayu makan wagyu steak sekeping harga RM250. Kita rasa perkara tu membazir. ",
"Ada orang rasa RM5 besar dah, ada orang rasa RM50 besar dah, ada orang RM500 macam RM5 pada dia. Kesederhanaan kita tidak sama tahapnya tetapi, syukur kita tahapnya sama. Hakikatnya, orang yang punya pendapatan sebulan RM1000, RM1500, RM6000, RM25,000 atau RM48,999 sama saja jika kesemuanya reti mensyukuri apa yang dia dapat. Sayangnya zaman sekarang ni, bersyukur seolah dah jadi satu perkara yang susah, kerana kita terlalu asyik nak melawan. Bersyukur pula, satu tindakan berserah yang membuktikan kita lemah.",
"Amalkan begitu, akan jadilah kita satu masyarakat yang tak pernah rasa cukup, yang ada sikit sentiasa mahu lebih sikit, yang dah dapat besar sentiasa cari jalan nak lagi banyak. Kerana itulah apabila diminta bersabar dengan beban kehidupan dan diberikan nasihat yang sebenarnya baik, kita maki tukang nasihat hanya kerana kita nampak dia hidup senang. Kita pandang perkara lain yang sebenarnya tak patut jadi fokus kita.",
"Latihlah diri kita untuk tukar minda kita kerana perasaan tu, memang akan ada kat kita semua. Saya pun sama. Apatah lagi dalam zaman media sosial di mana ramai yang tayang apa dia buat, apa dia beli dan apa dia ada.Kita pula, \"hanya mampu begini.\" Padahal, ada satu sahaja yang penting sebenarnya; adakah anda bahagia dengan apa yang anda ada? "
] |
https://iluminasi.com/bm/imbas-kembali-isu-kenaikan-caj-rawatan-hospital-kerajaan.html | Imbas Kembali Isu Kenaikan Caj Rawatan Hospital Kerajaan | [
"Sebagai warganegara Malaysia, kita sebenarnya amat beruntung kerana sistem perubatan kita melalui hospital dan klinik, banyak disokong oleh kerajaan kita. Walaupun begitu, jika diteliti perkembangan semasa ekonomi kita, nampak seolah-olah tak mustahil suatu hari nanti akan tiba masanya bila kerajaan sudah tidak mampu lagi menampung kos perubatan kita atas beberapa faktor.",
"Faktor yang memainkan peranan utama adalah peningkatan jumlah penduduk negara yang kini sudah pun mencecah 32 juta orang. Ini belum lagi mengira faktor kekukuhan ekonomi negara kita, faktor kadar tukaran ringgit dengan negara pembekal ubat-ubatan dan juga faktor kos pengurusan badan perubatan yang akan terus meningkat. ",
"Semua faktor-faktor di atas memainkan peranan yang cukup besar dalam meningkatkan kos perubatan yang pada kita agak kurang membebankan,yang telah pun kita rasai sekian lama.",
"Keperluan untuk mempunyai insurans individu semakin hari semakin meningkat kerana kos perubatan semakin hari semakin mencanak naiknya. Adakah negara kita akan mengamalkan sistem ObamaCare yang diamalkan di Amerika Syarikat dalam membantu mengawal kos perubatan yang makin tinggi atau kita akan terus menggunakan sistem sedia ada, di mana berlakunya subsidi terus ke atas kos perubatan yang membantu menurunkan kadar caj rawatan? ",
"Adakah anda tahu pada bulan Disember 2016, kerajaan telah mengumumkan kadar baru caj perubatan yang dinaikkan? Demi menjaga kebajikan 1.97 juta pesakit yang menjadi pesakit kelas 3, kerajaan tidak menaikkan caj kelas 3 dan hanya mengolah naik caj untuk kelas 1 dan 2 yang melibatkan hampir 32 ribu orang pesakit seluruh Malaysia. ",
"Jika dilihat, kenaikan tersebut sepatutnya tidak membebankan kerana majoriti pesakit atau 98.4% di Hospital Kerajaan tidak terlibat dalam kenaikan. Kenaikan paling banyak melibatkan pesakit kelas 1 dan kelas 2 secara amnya, tetapi kelas 1 mengalami kenaikan lebih berbanding kelas 2.",
"Jawapannya, tidak membebankan kerana jika dibandingkan dengan caj yang dikenakan oleh pihak hospital swasta, caj yang ditunjukkan masih boleh dikatakan munasabah untuk seluruh warganegara walaupun dia memilih untuk wad kelas 1. Untuk bersalin secara bedah atau c-section sekalipun, amaun RM1200 (tidak termasuk caj wad) yang dikenakan amat berpatutan jika dibandingkan dengan caj hospital swasta yang mungkin mencecah RM10 ribu ringgit."
] |
https://iluminasi.com/bm/anda-bagi-anak-sarapan-apa-setiap-hari.html | Idea Sarapan Luar Biasa Untuk Anak Anda | [
"Selalunya ibu-ibu di Malaysia ni masak sarapan tinggi karbohidrat sebab nak beri anak tenaga. Nasi lemak, mi goreng, nasi goreng. Tapi cukupkah segala nutrisi yang diperlukan dalam masakan anda tu?",
"Kadang-kadang tu pulak kalau tak sempat masak, bagi anak makan semangkuk bijirin sarapan dengan susu ataupun sapu jem buat sandwic dua keping saja.",
"Kalau terlambat bangun terus kelam-kabut, langsung tak bagi anak sarapan.",
"Walau bagaimanapun, seorang bapa telah berkongsi gambar menu sarapan yang diberikan kepada anaknya sebelum ke sekolah. Sungguh memeranjatkan kerana sarapan penuh khasiat itu mengandungi bahan-bahan organik selain mewah.",
"\"Telur organik dengan sos chimmichurri, broccolini, daging bakon, salad, avokado, telur ikan, salad kraut.\"",
"Pete Evans, hos terkenal bagi rancangan TV \"My Kitchen Rules,\" merupakan seorang pengamal makanan paleo yang tidak menggunakan langsung makanan proses dalam masakan dan banyak makan sayur, daging dan bijirin. Beliau juga seorang chef bertaraf dunia yang suka mempromosikan makanan sihat.",
"Nampak macam renyah dan mahal sangat, tapi kalau dah dia mampu, apa salahnya kan? Anak-anaknya pun dah memang biasa dan suka makanan sihat seperti itu.",
"Apa pendapat anda? Boleh ke kalau cuba buat sarapan macam ni setiap pagi?"
] |