url
stringlengths 33
166
| headline
stringlengths 20
127
| content
sequence |
---|---|---|
https://iluminasi.com/bm/berapa-jumlah-wang-tunai-jika-menang-piala-dunia-2022.html | Berapa Jumlah Wang Tunai Menang Piala Dunia 2022? | [
"Piala Dunia kali ini yang berlangsung di Qatar adalah Piala Dunia termahal yang pernah dianjurkan dalam sejarah sukan itu.",
" Pihak tuan rumah dikhabarkan telah membelanjakan RM1.047 trilion, jauh meninggalkan penganjur terdahulu seperti Rusia (RM73.19 bilion), Brazil (RM90.12 bilion), Afrika Selatan (RM32.94 bilion), Jerman (RM22.42 bilion), dan Korea/Jepun (RM32.02 bilion). ",
"Jika dibandingkan, Qatar boleh menganjurkan Piala Dunia sebanyak 47 kali berbanding jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan Jerman.",
"Menteri Kewangan Qatar mengakui mereka membelanjakan RM2.29 bilion setiap minggu untuk bertahun lamanya dalam membangunkan infrastruktur penting.",
"Bercakap tentang duit, berapakah jumlah wang tunai yang bakal dimenangi oleh pasukan dalam Piala Dunia kali ini?",
"Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bagi Piala Dunia 2022 adalah sebanyak RM1.97 bilion (USD440 juta).",
"Dan sudah tentunya juara temasya empat tahun sekali ini bakal membawa pulang jumlah tertinggi iaitu RM192.13 juta (USD42 juta), peningkatan sebanyak RM18.3 juta berbanding penganjuran sebelum ini di Rusia pada tahun 2018.",
"Angka ini meneruskan trend yang menyaksikan jumlah hadiah meningkat dengan begitu ketara sejak 40 tahun yang lalu. ",
"Untuk memudahkan gambaran, hadiah untuk juara Piala Dunia melebihi USD10 juta (RM45.74) hanya bermula tahun 2006 di mana Itali membawa pulang USD20 juta (RM91.49 juta).",
"Pada tahun 2002, Brazil menerima kurang daripada separuh hadiah dimenangi Itali itu dan pada tahun 1982, pasukan Itali hanya membawa pulang RM10.06 juta sebagai juara.",
"Berikut adalah pecahan hadiah wang yang bakal dimenangi di Qatar.",
"Hanya dengan mengambil bahagian dalam temasya ini, setiap pasukan sudah pasti menerima hadiah wang ini. ",
"Yuran penyertaan yang dibayar untuk Piala Dunia kali ini adalah RM6.86 juta.",
"Berdasarkan jadual di atas, jumlah yang bakal dibawa pulang oleh pasukan yang berjaya ke peringkat separuh akhir mengatasi jumlah wang yang dimenangi oleh juara Piala Dunia 2006.",
"FIFA telah mengumumkan jumlah keseluruhan hadiah wang yang bakal dimenangi Piala Dunia Wanita 2023 di Australia dan New Zealand adalah sebanyak RM274.47 juta.",
"Ini adalah lebih daripada tujuh kali ganda lebih rendah berbanding apa yang akan ditawarkan di Qatar 2022. ",
"Walau bagaimanapun, jumlah itu adalah dua kali ganda berbanding Piala Dunia Wanita 2019, dan empat kali ganda berbanding Piala Dunia Wanita 2015 di Kanada."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-pemain-piala-dunia-dengan-identiti-yang-mengelirukan.html | 5 Pemain Piala Dunia 2022 Dengan Identiti Yang Mengelirukan | [
"Kita di Malaysia semakin kerap menyaksikan pemain-pemain naturalisasi terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan bola sepak negara. ",
"Walaupun secara peribadi penulis masih merasa aneh melihat pemain seperti Mamadou Sumareh dan Guilherme de Paula menyarung jersi Malaysia, konsep ini semakin meluas diamalkan. ",
"Dalam satu kategori berbeza, pemain bukan naturalisasi seperti La'Vere Corbin-Ong dan Matthew Davies yang terpilih kerana memang mempunyai susur galur keturunan di sini juga telah dikenali ramai.",
"Di kalangan skuad Piala Dunia 2022 pun, ada pemain yang mempunyai identiti yang tampak jauh berbeza identiti peribadi berbanding identiti negara yang diwakilinya disebabkan sukan sudah semakin majmuk, dibantu pergerakan manusia mudah merentas negara dan benua.",
"Walau bagaimanapun masih tetap seronok untuk kita bincangkan, pemain mana yang menonjol namanya kerana kelainannya berbanding rakan sepasukan senegaranya.",
"Mempunyai nama yang unik, Sergino Gianni Dest ketika ini mewakili kelab AC Milan sebagai pemain pinjaman daripada kelab asalnya Barcelona. ",
"Anak kepada pasangan berketurunan Surinam yang berbeza warganegara, Dest mewarisi 'kerojakan' identiti kedua ibu bapanya. Ayahnya mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat dan ibunya pula wanita Belanda. Dest lahir di tanahair ibunya.",
"Dia pernah dipanggil mewakili Belanda dalam peringkat bawah 17 dan 20 tahun, sebelum mengambil keputusan untuk menjadi pemain senior bersama pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.",
"Keputusan itu dibuat berikutan saranan ayahnya dan juga kepercayaan yang ditunjukkan jurulatih skuad USA, yang berusaha keras mahu memastikan Dest bersama mereka.",
"Orang kita gemar menggelarkan seseorang Muslim sebagai 'Haji' selepas individu itu pulang dari menunaikan ibadah haji di Mekah. ",
"Jarang penulis temui ada warga Malaysia nama rasminya memang Haji.",
"Haji Amir Wright adalah penyerang pasukan kebangsaan Amerika Syarikat yang bermain di Turkiye. Lahir di Los Angeles pada tahun 1998, Haji turut mempunyai seorang adik bernama Hanif dalam keluarga yang berakar umbi dari Liberia dan Ghana.",
"Dia memulakan karier dalam sukan bola sepak bersama kelab LA Galaxy, sebelum berpindah ke Jerman. Wright sejak usia muda telahpun mewakili Amerika Syarikat dalam peringkat usia bawah 15 sehinggalah mula bergelar pemain senior bermula tahun 2022.",
"Ramai pula pemain Amerika Syarikat dalam senarai ni? Mungkin itulah bukti kejayaan kemajmukan masyarakat yang berjaya diterap di sana. ",
"Salah satu pemain yang menjadi simbol kepada kemajmukan ini, adalah Christian Pulisic; yang turut memegang gelaran 'Captain America' oleh peminat bola sepak negara itu. ",
"Kini bermain dengan kelab Chelsea, Pulisic mempunyai nama keluarga yang nyata berbeza berbanding nama biasa orang Amerika Syarikat kan?",
"Lahir di Pennsylvania dalam sebuah pekan kecil , Pulisic dianggap pemain terbaik generasi beliau; menerima anugerah pemain muda terbaik dan pemain terbaik Amerika Syarikat bagi tahun 2016 dan 2017. Kedua-dua ibu bapanya Mark dan Kelley Pulisic adalah pemain bola pada peringkat kolej.",
"Menjadi cucu kepada seorang migran dari Croatia bernama Mate Pulisic, membolehkan Pulisic turut layak memegang dua kewarganegaraan sebagai orang Croatia.",
"Pernah ditawarkan untuk menganggotai skuad kebangsaan Croatia, Pulisic memilih untuk berbakti bersama skuad Amerika Syarikat dan terpaksa menyaksikan dari kaca televisyen bagaimana Croatia muncul naib johan Piala Dunia 2018. ",
"Satu ke dua dekad sebelum ini, penampilan pemain kulit hitam dengan pasukan kebangsaan negara seperti Sepanyol kurang dapat dilihat.",
"Lama kelamaan kemajmukan warna kulit mula memecah stigma masyarakat mereka, membolehkan lebih ramai pemain bukan kulit putih dipanggil bermain untuk negara.",
" Salah seorang pemain yang bernasib baik adalah Nico Williams, pemain kelab Athletic Bilbao dan kini antara tonggak pasukan kebangsaan Sepanyol.",
"Anak kepada pasangan pelarian perang dari Ghana, kedua ibu-bapanya nekad melarikan diri ke bandar Melila, Sepanyol dengan berjalan kaki semasa mengandungkan abangnya, Inaki. ",
"Pasangan itu diberikan kebenaran untuk membina kehidupan baru di Bilbao, membesarkan dua orang anak yang memilih karier bola sepak tetapi mempunyai hala tuju berbeza. ",
"Inaki Williams, si abang memilih untuk bermain dengan negara asal ibu bapanya Ghana, sementara adiknya Nico memilih Sepanyol - walaupun kedua-duanya memegang kerakyatan Sepanyol yang serupa.",
"Kita juga rasanya dah tahu di kalangan masyarakat Jepun, wujud komuniti Brazil yang besar jadi orang Jepun dengan nama Brazil tak menghairankan. ",
"Misterinya, kenapa ada seorang pemain kebangsaan Jepun bernama Daniel Schmidt?",
"Dengan nama penuh Daniel Yuji Yabuki Schmidt, penjaga gawang Jepun ini sebenarnya lahir di Amerika Syarikat, anak kepada pasangan lelaki Jerman dan seorang wanita Jepun. Oleh sebab itu, Schmidt memegang dua kerakyatan berbeza. ",
"Bagaimanapun Schmidt lebih banyak membesar di Jepun, menamatkan pengajian tinggi di sana serta membina karier sebagai pemain bola sepak bersama kelab-kelab di Jepun. ",
"Dia melakukan penampilan pertama bersama Jepun dalam tahun 2018 dan menjadi satu-satunya pemegang nama yang nyata unik dan terlalu berbeza, dalam skuad Piala Dunia 2022 negara matahari terbit itu. "
] |
https://iluminasi.com/bm/benarkah-sotong-ketam-dan-udang-haram-dimakan-umat-islam.html | Fahami Pandangan Mazhab Islam Yang Mengharamkan Makanan Laut | [
"Dalam menceritakan perbezaan mazhab yang berbeza pendapat bidang Fiqah mengikut Islam, perbezaan yang ketara kadangkala boleh mewujudkan konflik dalam masyarakat. ",
"Seperti di Malaysia wujud pihak yang sering mempersendakan pegangan kuat kita kepada mazhab Shafie, tetapi membayar zakat dengan menggunakan beras yang tidak selari dengan anjuran Imam besar tersebut.",
"Salah satu perbezaan terbesar yang jauh lebih ketara perbezaannya, adalah berkaitan tabiat makan makanan laut. Tahukah anda dalam cabang sesetengah aliran Mazhab masyarakat Islam, memang ada pegangan yang melarang orang Muslim makan hasil hidupan laut?",
"Salah satu polemik yang jarang kedengaran di kalangan masyarakat kita berkait dengan status hidupan laut sebagai bahan makanan. ",
"Mazhab Shafie yang diikuti di Malaysia walaupun mempunyai reputasi sebagai aliran mazhab paling tegas dalam pelbagai aspek kehidupan, mengambil pendekatan sangat mudah dalam perbezaan pendapat berkaitan makanan laut.",
"Bagi Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Shafie atau lebih dikenali sebagai Imam Shafie, kesemua makhluk yang hidup dalam lautan atau air sepenuhnya kecuali haiwan yang mampu hidup di darat dan juga laut seperti penyu, adalah halal untuk dimakan. Pendapat ini turut dipegang Mazhab Hanbali.",
"Bagaimanapun, aliran mazhab Hanafi berpegang kepada pendapat yang berbeza berbanding apa yang diikuti kita. Berapa besar perbezaannya? ",
"Sangat jauh berbeza! Sehinggakan ada di kalangan masyarakat dunia yang tidak memahami perbezaan mazhab di kalangan masyarakat Islam, mempunyai tanggapan umat Islam secara keseluruhannya tidak dibenarkan makan hidupan laut.",
"Bagi mereka yang berpegang kepada pendapat Imam Malik dan Imam Hanafi, wujud beberapa kekangan yang perlu difahami dalam isu ini.",
"Mazhab Hanafi merupakan aliran paling 'keras' pendapatnya, hanya membenarkan pemakanan ikan sahaja. Sementara semua haiwan lain yang tidak menyerupai ikan seperti sotong, udang dan ketam adalah bahan makanan yang dikategorikan tidak halal, berdasarkan pandangan Imam Hanafi. ",
"Ini kerana menurut pandangan Imam Hanafi, beliau berpegang kepada tafsiran bahawa Rasulullah saw. secara jelas hanya pernah dicatat menyebut tentang ikan dalam hadis-hadis Baginda sebagai makanan, tidak pernah menyebut tentang makhluk lautan atau air lain.",
"Larangan mazhab Hanafi ini turut meliputi makhluk hidup lain seperti kerang, lala, tiram, kupang dan sebagainya. ",
"Kecuali belut. Pendapat ini turut disokong penemuan sains yang mengkategorikan belut tergolong dalam keluarga ikan, dalam spesis yang dinamakan Anguilliformes.",
"Dah lama menetap di Malaysia yang berpegang kepada pendapat Imam Shafie, kita tidak terlibat dalam perbincangan berkenaan isu status halal haram makanan laut kerana kita sudah sedia dibolehkan makan kesemuanya, kecuali yang jelas diharamkan.",
"Tetapi di negara yang mengamalkan mazhab Hanafi secara meluas seperti Turkiye, Mesir, Afghanistan, Kazakhstan, Bangladesh dan juga Pakistan, fatwa yang melarang atau mengharamkan pengambilan makanan laut adalah satu perkara biasa.",
"Badan utama pewartaan fatwa negara Turkiye iaitu DIYANET perlu mengeluarkan kembali kenyataan peringatan pada bulan Ogos tahun 2021 bagi memperjelaskan kembali fatwa pengharaman pengambilan makanan laut.",
"Jadi seandainya ada pelancong luar beragama Islam yang datang dari negara yang mengamalkan mazhab Hanafi ke Malaysia, janganlah terkejut pula seandainya mereka menolak ajakan kita untuk makan sup ketam, walaupun kita sama-sama beragama Islam."
] |
https://iluminasi.com/bm/apa-sebenarnya-kuasa-timbalan-perdana-menteri.html | Apa Sebenarnya Kuasa Timbalan Perdana Menteri Malaysia? | [
"Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan senarai Menteri-menteri yang bakal menerajui kementerian masing-masing untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.",
"Antara jawatan yang hangat diperkatakan ketika ini adalah Timbalan Perdana Menteri (TPM). Namun begitu, ramai sebenarnya yang kurang tahu apa sebenarnya tugas TPM di Malaysia.",
"Kewujudan jawatan TPM sangat penting bagi kesinambungan kuasa walaupun ia hanya satu jawatan protokol. Ia juga penting bagi penggantian jawatan Perdana Menteri (PM).",
"Sebagai contoh, kekosongan jawatan PM Tun Abdul Razak yang meninggal dunia pada 14 Januari 1976 digantikan oleh TPM iaitu Tun Hussein Onn sebagai PM ke-3 dengan lancar.",
"Sehingga kini, jumlah TPM adalah 15 orang, termasuk yang terbaharu dilantik iaitu YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof pada Disember 2022.",
"Di Malaysia, jawatan TPM adalah kedua yang tertinggi dalam kerajaan. Hak dan kuasa melantik anggota Jemaah Menteri termasuk TPM adalah kuasa PM.",
"Jawatan ini tidak terkandung dalam Bab 3 Badan Eksekutif Perkara 43 Jemaah Menteri dalam Perlembagaan Malaysia dan dilantik secara konvensyen sahaja.",
"Terdapat syarat yang perlu dituruti untuk seseorang itu dilantik jawatan TPM ini, iaitu individu tersebut diwajibkan untuk memegang jawatan Menteri dalam Jemaah Menteri.",
"Individu yang memegang jawatan ini biasanya bakal PM yang seterusnya dan merupakan Ahli Dewan Rakyat.",
"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Ahli Dewan Negara Malaysia juga layak dilantik sebagai Menteri dan juga TPM. ",
"Namun mereka dilihatkan sebagai kurang sesuai dilantik untuk jawatan-jawatan ini adalah kerana tempoh maksimum seseorang individu boleh memegang jawatan Alhi Dewan Negara Malaysia adalah 6 tahun.",
"Walaupun secara kebiasaannya TPM merupakan pengganti PM, namun ada TPM yang tidak berjaya \"naik pangkat\" disebabkan oleh pelbagai faktor.",
"Antaranya adalah Tun Musa Hitam yang merupakan TPM Malaysia ke-5, individu pertama meletakkan jawatan disebabkan tekanan politik.",
"TPM ke-6 Tun Ghaffar Baba meninggal dunia pada 23 April 2006 manakala TPM ke-7 dan yang paling kontroversi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat.",
"Selepas pemecatan ini, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Isteri beliau, Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga tidak berjaya \"naik pangkat\" kerana Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr. Mahathir jatuh.",
"Seperti kebanyakan Jemaah Menteri, TPM juga menerima kemudahan yang telah diperuntukkan untuknya.",
"Antaranya seperti kediaman rasmi iaitu Sri Satria. Sri Satria dibina setelah pentadbiran Malaysia dipindahkan ke Putrajaya.",
"Sebelum ini, kediaman rasmi bagi TPM Malaysia ialah Seri Taman.",
"TPM juga boleh menggunakan pesawat rasmi kerajaan yang digunakan oleh YDPA Agong dan PM Malaysia.",
"Selain itu, TPM juga diiringi oleh motor pengiring Unit Tindakan Khas ketika perjalanan ke suatu tempat bagi tujuan rasmi."
] |
https://iluminasi.com/bm/bagaimana-adidas-memasukkan-mikrocip-ke-dalam-sebiji-bola.html | Bagaimana Adidas Memasukkan Mikrocip Ke Dalam Sebiji Bola | [
"Pengumpulan data sudah menjadi satu cabang wajib ada dalam setiap bidang, dengan penggunaan mikrocip yang merekodkan maklumat menjadi kebiasaan dalam memudahkan proses kompilasi informasi berlaku.",
"Dua ke tiga dekad ke belakang, pasti orang ramai tidak mampu membayangkan bagaimana teknologi sebegini mampu dimanfaatkan dalam sebiji bola; inilah yang berjaya diperkenalkan dengan berjaya sekali menerusi penganjuran Piala Dunia 2018 Russia dan sinambungannya Piala Dunia 2022 di Qatar.",
"Bola rasmi kejohanan keluaran gergasi peralatan sukan Adidas dari Jerman, mampu menggunakan kemampuan pengkomputeran dalam membantu menganalisis perlawanan. Persoalannya, bagaimana Adidas melakukannya?",
"Usaha untuk memasang mikrocip ke dalam bola bukanlah satu usaha yang baru saja dimulakan. Idea ini telah cuba diperhalusi berdekad-dekad lamanya. ",
"Penambahbaikan yang telah berjaya dicapai dalam tempoh sedekad lalu, memungkinkan teknologi mikrocip dan rekaan bola disatukan dengan berkesan dan perkembangan fungsinya diperluaskan.",
"Bermula tahun 2005, kejohanan Piala Dunia Belia bawah 17 tahun menjadi medan eksperimen pertama penggunaan bola dengan mikrocip, membantu pengadil mengesan sama ada bola telah pun melepasi garisan gol ketika jaringan dilakukan.",
"Bola yang dinamakan sebagai 'Smartball' dibangunkan Adidas dengan kerjasama FIFA, dicetuskan pembangunannya selepas satu insiden melibatkan perlawanan Liga Perdana Inggeris, di antara kelab Tottenham Hotspurs menentang Manchester United.",
"Satu jaringan Spurs yang sepatutnya sahih kerana bola telah melepasi garisan dibatalkan, hanya kerana pengadil tidak menyaksikan insiden itu dengan mata.",
"Adidas mula membangunkan teknologi ringkas pengesan yang mampu berhubung dengan peranti berbentuk jam dipakai pengadil, menerima isyarat setiap kali bola melepasi garisan yang ditetapkan. Fungsi asas ini membolehkan ralat pengadil diminimakan dalam menentukan kesahihan jaringan. ",
"Cubaan memperkenalkan teknologi sama ke kejohanan Piala Dunia 2006 bagimanapun tidak kesampaian, ekoran beberapa kelemahan yang ada. Walaupun demikiran idea 'mikrocip dalam bola' mula mendapat perhatian sukan-sukan lain sehingga mewujudkan perdebatan tentang keperluannya diteruskan.",
"Ada pihak merasakan 'kesilapan teknikal' yang boleh berlaku sepatutnya dibiar kerana telah menjadi adat resam permainan sekian lama. ",
"Namun bagi pihak yang mempunyai pendapat berlawanan, mereka melihat penggunaan teknologi bagi mengurang atau menghapuskan terus sebarang kesilapan pengadilan mampu memastikan keputusan permainan seiring dengan realiti sebenar perlawanan. ",
"Pendapat ini lebih diterima penganjur pelbagai acara sukan di seluruh dunia bukan sahaja dalam bola sepak tetapi turut melibatkan sukan lain seperti ragbi, membolehkan pembangunan teknologi mikrocip untuk dipasang dalam bola diperluaskan.",
"Berdasarkan kepada kematangan teknologi yang telah berjaya dicapai, FIFA akhirnya memperkenalkan sistem bola berpasang mikrocip dalam kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil, yang mampu mengesan kedudukan bola di atas garisan gol.",
"Pengenalan ini dibuat berdasarkan kepada kejayaan eksperimentasi teknologi sama, semasa penganjuran kejohanan lebih kecil iaitu Piala Konfederasi FIFA. ",
"Hasil keputusan ujian sistem yang dinamakan sebagai 'GoalControl' memenuhi piawaian ditetapkan FIFA dan Brazil menjadi tuan rumah pertama Piala Dunia memanfaatkan teknologi pemprosesan maklumat dalam bola sepenuhnya.",
"Lebih menarik, Adidas turut membangunkan teknologi bola pintar yang dinamakan sebagai Adidas miCoach Smart Ball, sejenis bola yang dihubungkan terus dengan peranti telefon melalui sambungan Bluetooth; mampu membaca dan merekod pergerakan bola yang ditendang secara ringkas. ",
"miCoach Smart Ball yang diperkenalkan bukan saja disediakan untuk keguaan latihan pasukan-pasukan kebangsaan, bahkan turut dijual secara komersial kepada individu yang mahu memperbaiki teknik sepakan mereka. ",
"Kemuncak kepada teknologi yang dibangunkan Adidas era tersebut membolehkan FIFA merasa yakin memperkenalkan bola berteknologi tinggi Telstar 18 dalam edisi Piala Dunia 2018 di Russia.",
"Telstar 18 mengintegrasikan semua teknologi terkini ketika itu, dipasangkan dengan cip-cip sensor pelbagai fungsi yang bukan saja merekod secara langsung pergerakan bola dan ketentuan lintasan garisan gol, bahkan turut mampu membaca impak tekanan yang tercetus pada permukaan bola. ",
"Lucunya, dalam fasa awal pembangunan bola tersebut - Adidas memasang beberapa buah kamera di dalamnya bagi menguji adakah wujud manfaat fungsi rakaman video dalam sebiji bola. ",
"Malangnya menurut Adidas, kebanyakan video yang direkodkan terlalu pantas untuk dilihat dengan mata kasar, jadi eksperimen ini tidak diterjemahkan ke dalam bola Telstar 18 versi akhir.",
"Bagi bola Telstar 18 edisi komersial yang dijual kepada orang ramai, beberapa varian berspesifikasi tinggi bola tersebut dipasangkan dengan cip NFC (near field communication) dan sambungan WiFi, bagi membolehkan pengguna memuat turun informasi dan data termasuklah maklumat pengiklanan dengan mudah terus ke telefon bimbit.",
"Perkembangan teknologi bola yang dipasang mikrocip hasil pembangunan Adidas telah mencapai satu tahap yang jauh berbeza dalam tempoh 4 tahun, selepas berakhirnya Piala Dunia 2018 di Russia.",
"'Al Rihla' atau 'Perjalanan' dibangunkan Adidas sebagai bola rasmi Piala Dunia 2022 di Qatar, memampatkan pelbagai jenis teknologi mikrocip pengesan di dalamnya yang membolehkan lebih banyak kategori data dibaca baik secara langsung atau tidak langsung.",
"Dua teknologi utama yang dibangunkan oleh Adidas dalam setiap unit Al Rihla dinamakan sebagai Connected Ball dan Suspension System. ",
"'Connected Ball' adalah teknologi pengesan yang digunakan bagi menghubungkan bola yang dimainkan, terus dengan pengimbas di sekitar stadium yang akan merekodkan titik pergerakan bola 500 kali setiap satu saat.",
"Keupayaan ini membolehkan penganalisis data membaca kedudukan bola dengan tepat bagi membantu pengadil serta pengadil bantuan video membuat keputusan yang betul dan tidak diragui.",
"Sebuah pengesan berfrekuensi tinggi yang dipasang betul-betul ditengah badan bola dengan sokongan pemegang unik, diberi nama jolokan 'Suspension System' bertanggungjawab merekodkan semua impak, sentuhan dan perubahan pada bentuk bola semasa perlawanan. ",
"Setiap sentuhan permukaan bola dengan mana-mana bahagian tubuh pemain mampu dikenalpasti dengan ketepatan tinggi.",
"Data daripada sistem inilah yang digunapakai untuk mengenalpasti penjaring sebenar gol semasa perlawanan Portugal menentang Uruguay, di mana penyerang handalan Cristiano Ronaldo dilihat seakan sempat menanduk bola hasil hantaran rakannya Bruno Fernandes sebelum menerjah ke gawang.",
"Data yang direkodkan bola membuktikan hantaran Fernandes terus menerjah ke gawang lawan tanpa ada sentuhan dan impak pemain lain.",
"Bagaimanapun, cip yang dipasang bagi menjalankan fungsi ini masih bergantung kepada bateri yang perlu dicas semula. ",
"Jadi setiap kali perlawanan berlangsung, pegawai pertandingan perlu mengecas dahulu bola bagi memastikan bateri yang ada penuh dan bola mampu berfungsi dengan baik.",
"Dengan semua teknologi yang ada janganlah hairan pula kalau satu hari nanti, perlawanan bola sepak terpaksa ditangguhkan sebentar hanya kerana bola kehabisan bateri. Harap pengadil bawa power bank siap-siap."
] |
https://iluminasi.com/bm/ini-senarai-kabinet-malaysia-baharu-2022-di-bawah-pimpinan-datuk-seri-anwar-ibrahim.html | Ini Senarai Kabinet Malaysia Baharu 2022 Di Bawah Pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim | [
"Setelah berdebar-debar menantikan siapakah yang bakal meneraju tampuk pimpinan negara dalam drama agak sensasi, akhirnya kita melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.",
"Namun debaran ini tidak berakhir di sini sahaja di mana rakyat masih tertanya-tanya tentang siapakah yang bakal dilantik bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri kabinet yang lain.",
"Situasi kali ini adalah yang paling mendebarkan kerana ini adalah kali pertama negara kita melihat gabungan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan.",
"Lebih menarik, 2 jawatan TPM akan diwujudkan yang masing-masing bakal diwakili oleh Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).",
"Berikut adalah senarai Menteri Kabinet di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim."
] |
https://iluminasi.com/bm/8-aktiviti-biasa-yang-mencurigakan-jika-dibuat-waktu-malam.html | 8 Aktiviti Malam Yang Sangat Mencurigakan | [
"Bagi sesetengah individu, jadual kerja tidak menentu menyebabkan mereka perlu menjalankan hidup dengan aturan berbeza. ",
"Kebanyakan orang menyelesaikan urusan hidup tatkala siang hari, tetapi untuk mereka yang hanya ada kelapangan waktu malam - hendak tak hendak mereka perlu melakukannya ketika matahari jatuh dan bulan mengambang.",
"Bagaimanapun bukan semua aktiviti biasa kelihatan biasa, sekiranya dilakukan dalam gelap hari. Berikut adalah 8 aktiviti yang mencurigakan sekiranya terpaksa dilakukan ketika malam. ",
"Berkunjung ke taman merupakan aktiviti riadah yang gemar dilakukan individu dan mereka yang sudah berkeluarga. Tetapi tak ramai orang ke taman pada waktu malam.",
"Sekiranya rumah kita berhadapan dengan taman permainan di kawasan perumahan pun, kalau kita nampak ada individu duduk di bangku taman pada waktu malam - mulalah bermacam perkara akan terdetik difikiran kita. ",
"Sekiranya anda membasuh kereta dalam garaj rumah anda sendiri pada waktu malam, perbuatan sebegitu taklah kelihatan pelik sangat.",
"Tetapi sekiranya waktu sudah 1 pagi dan anda betul-betul basuh kereta anda, pasti ada yang akan memandang pelik perbuatan anda. ",
"Situasi itu akan diburukkan lagi kalau anda jenis pemilik kereta yang basuh kereta mesti nak kena guna water-jet juga.",
"Pernahkah anda terpaksa berhenti di salah satu hentian rehat dan rawat yang agak sunyi, kerana terlalu mengantuk untuk terus memandu? ",
"Anda mungkin takut jadi anda pastikan semua tingkap dan pintu terkunci selamat, sebelum mula melelapkan mata. ",
"Walau bagaimanapun, rasanya orang lain yang melihat kereta anda lebih takut - kerana tanggapan kita hanya orang yang berani atau ada niat tidak baik, memakirkan kereta di tempat sunyi dalam gelap pada waktu malam. ",
"Kami yakin jika anda pernah melakukan perbuatan ini, pasti ramai juga yang telah membatalkan hasrat mereka untuk berhenti hanya kerana anda ada di situ.",
"Jika anda sudah berusia dan ada anak yang sudah dewasa, janganlah sama sekali menelefon anak-anak anda pada waktu pagi buta walau sekuat manapun anda merindui mereka. ",
"Ini kerana pada peringkat sedemikian, sebarang panggilan telefon yang diterima pagi-pagi buta daripada pihak ibu atau bapa ditakuti membawa berita kematian. ",
"Mak ayah, jangan telefon anak-anak anda pagi buta. Takut nanti anak anda kena serangan jantung hanya disebabkan anda rindu anak anda.",
"Kita tahu memang ada kedai yang mengamalkan jadual kerja 24 jam. ",
"Tetapi kita yang nak masuk kedai sebegitu pada awal pagi pun rasa aneh, lagilah aneh bila jam dah menunjukkan pukul lebih 3 pagi.",
"Lagi memburukkan situasi, pekerja kedai tu pun macam takut-takut saja kalau ada pelanggan hadir ke kedai pada waktu sedemikian. ",
"Nak meniaga ke apa ni? Orang nak beli air pun tak senang.",
"Penulis pernah. Nak buat macam mana. Lori hanya ada waktu tersebut dan tuan rumah dah pesan penyewa baru nak masuk esok juga. Memang ramai yang melihat aneh kami kawan-kawan sama-sama mengangkut barang masing-masing pada jam 11 malam. Mesti ada yang kata kami tak bayar sewa dan nak lari tinggalkan rumah macam tu saja.",
"Penulis akui, pindah rumah waktu malam memang aneh pada mata orang tetapi ada masanya kita kena hadap juga.",
"Semua yang minat berkebun tahu banyak waktu perlu kita luangkan untuk meneliti satu per satu pokok yang kita jaga.",
"Bagi orang yang berkesempatan, waktu pagi atau petang adalah waktu biasa aktiviti berkebun.",
"Untuk orang yang hanya bebas jadual pada waktu malam, terpaksalah dia berkebun dengan bantuan cahaya lampu. ",
"Di antara semua aktiviti biasa yang kelihatan aneh jika dibuat malam hari, inilah aktiviti paling mencurigakan.",
"Sekitar tahun 2012, penulis selepas bekerja lebih masa pulang ke rumah sekitar jam 12.30 tengah malam. Dah parkir motorsikal, terus terbau sesuatu yang sangat menusuk. ",
"Ada kucing mati di laman. Tubuh kucing tu dah agak keras. Takkan nak tinggal saja macam tu, esok baru nak korek? Pukul 9 pagi dah kena masuk pejabat semula. ",
"Penulis pun koreklah lubang sendirian kerana waktu tu penulis tinggal seorang diri, mengakibatkan beberapa tingkap rumah jiran menyala lampunya.",
"Nampak kepala menjenguk ke arah penulis yang sedang memegang cangkul. Harap mereka tak fikir bukan-bukanlah. "
] |
https://iluminasi.com/bm/6-pasangan-bapa-dan-anak-yang-pernah-beraksi-dalam-piala-dunia.html | 5 Pasangan Ayah Dan Anak Yang Beraksi di Piala Dunia | [
"Pengaruh ibu bapa kepada pilihan kerjaya anak adalah besar, sehinggakan ada ketikanya anak menuruti langkah si ibu atau bapa; mencorak kerjaya dalam bidang sama.",
"Situasi sebegini turut dilihat dalam sukan bola sepak, wujud susur galur pertalian keluarga yang membuatkan jutaan peminat di seluruh dunia mampu menyaksikan generasi muda meneruskan legasi keluarga yang dibentuk ayah mereka.",
"Berikut adalah 5 pasangan bapa dan anak, yang pernah melakukan penampilan Piala Dunia sebagai tulang belakang pasukan dari satu generasi ke generasi seterusnya.",
"Nama ayah kepada pemain tengah kelab Liverpool, Thiago Alcantara iaitu Mazinho Alcantara jarang menjadi bualan.",
"Mazinho seorang pemain pertahanan tengah dan sisi merupakan antara pemain dalam pasukan Brazil yang memenangi kejuaraan Copa America edisi 1989 serta bergelar juara Piala Dunia 1994 yang dianjurkan di Amerika Syarikat.",
"Anaknya Thiago memilih untuk bermain dengan negara kelahirannya Sepanyol, merupakan tulang belakang kelab Barcelona dan Bayern Munich, menjuarai kejohanan Piala Eropah bawah usia 17 dan 21 tahun tetapi belum dapat merasai sebarang kejuaraan bersama skuad kebangsaan utama Sepanyol.",
"Dia yang menyertai skuad senior sejak tahun 2011, gagal menamatkan badi memenangi sebarang kejuaraan biarpun menjadi antara kesebelasan utama dalam kejohanan Piala Dunia edisi 2018 di Russia dan Piala Eropah edisi 2020.",
"Menuruti jejak langkah ayahnya, Kasper Schmeichel malangnya berdepan jalan sukar memecahkan bayang-bayang ayahnya Peter, antara penjaga gol berstatus legenda dalam sukan bola sepak antarabangsa.",
"Peter Schmeichel merupakan penjaga gawang utama Manchester United dan Denmark semasa era kegemilangan kelab dan negara itu dalam dekad 1990-an, bergelar juara Liga Juara-Juara Eropah dalam tahun 1999 dan melindungi gol Denmark sehingga bergelar juara Piala Eropah tahun 1992.",
"Kasper ketika ini sedang mengambil alih tugas ayahnya sebagai penjaga gawang utama Denmark, juga pernah bergelar juara liga perdana Inggeris bersama kelab Leicester City dalam tahun 2016. ",
"Jika anak beranak Schmeichel menyaksikan pencapaian ayah jauh mengatasi anak; bagi anak beranak Reina pula, anaknya bukan saja memperbaiki kegagalan ayah, malahan menjadi antara pemain terpenting pasukan kebangsaan Sepanyol dalam era kegemilangan bola sepak negara itu.",
"Jose Manuel Reina atau lebih terkenal dengan gelaran 'Pepe' seperti ramai pemain muda terbaik di Sepanyol, memulakan karier bersama pasukan Barcelona. Penghijrahan beliau ke England bersama kelab Liverpool mengubah karier beliau. ",
"Sepanjang karier yang cukup cemerlang, Pepe bersama Sepanyol telah bergelar juara Piala Dunia edisi 2010 serta memenangi Piala Eropah dua kali dalam tahun 2008 dan 2012. Belum diambil kira kejuaraan domestik liga yang beliau disertai.",
"Ayahnya Manuel tidak berhijrah jauh, memilih kekal dalam liga Sepanyol selama 16 tahun bersama tiga kelab, Cordoba, Barcelona dan Athletico Madrid. Dia terpilih untuk menyertai kejohanan Piala Dunia 1966 bersama pasukan kebangsaan Sepanyol, tetapi tidak melakukan sebarang penampilan.",
"Manuel hanya diberikan caps pertama dalam penampilan antarabangsa 3 tahun kemudian, dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia yang berlangsung dalam tahun 1969.",
"Nama Maldini merupakan nama besar yang dihormati peminat bola sepak Itali, kerana sumbangan anak beranak Cesare dan Paolo Maldini besar nilainya.",
"Sebagai pemain pertahanan kental, Cesare merupakan tulang belakang kelab AC Milan selama lebih 12 tahun, memenangi kejuaraan Liga Itali sebanyak 4 kali serta sekali bergelar juara Liga-Liga Eropah. ",
"Dia mula mewakili pasukan kebangsaan pada tahun 1960, terpilih untuk menjadi pemain Itali dalam Piala Dunia 1962 tetapi berakhir dengan penyingkiran awal dalam peringkat kumpulan.",
"Anaknya Paolo, merupakan antara pemain unik yang hanya beraksi dengan satu kelab sahaja sepanjang karier. Seorang legenda kelab AC Milan, Paolo mula diberikan peluang menyertai pasukan kebangsaan semasa ayahnya bergelar pengurus pasukan bawah 21 tahun.",
"Walaupun mencipta rekod bersama rakan-rakan pertahanan yang lain, selepas tidak pernah bolos dalam lima perlawanan Piala Dunia - Maldini dan Itali terpaksa pulang hampa hanya mendapat pencapaian tempat ketiga edisi 1990.",
"Itali cuba menebus kehampaan dalam Piala Dunia 1994 dengan Maldini yang bertindak sebagai kapten pasukan, membawa Itali ke pentas akhir bertemu Brazil. Malang bagi Itali, mereka terpaksa pulang hampa tewas 3-2 dalam penentuan sepakan penalti.",
"Jean Djorkaeff adalah ayah kepada penyerang legenda Perancis yang 'under-rated' profil beliau, Youri Djorkaeff.",
"Sepanjang kerier selama 8 tahun, Jean terpilih untuk mewakili Perancis sebanyak 48 kali serta menjadi antara kesebelasan utama Perancis dalam kejohanan Piala Dunia 1966. Bagaimanapun, Perancis tersingkir awal dalam pusingan peringkat kumpulan.",
"Dia menjadi antara pemain terpenting dalam kesebelasan utama Perancis sejak tahun 1996, sehingga dia dan pemain segenerasinya seperti Zinedine Zidane, Marcell Desailly dan Lilian Thuram merangkul kejohanan berganda Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000.",
"Selepas menamatkan karier sebagai pemain, kini Youri menjawat jawatan ketua eksekutif Yayasan FIFA selepas lantikan tahun 2018. Beliau bertanggungjawab merangka strategi untuk menggunakan bola sepak sebagai kaedah dalam pembangunan sosial masyarakat antarabangsa.",
"Sehingga kini pasukan Perancis era tersebut dilihat sebagai salah satu pasukan terbaik, yang pernah beraksi di pentas Piala Dunia. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-model-yoyo-paling-mahal-di-dunia.html | 5 Model Yoyo Paling Mahal di Dunia | [
"Bagi mereka yang lahir pada zaman 90-an, masihkah anda ingat satu ketika dahulu permainan yoyo pernah mennjadi fenomena di Malaysia. Ketika itu, yoyo dari jenama Proyo dijual secara ekslusif melalui kedai serbaneka di stesyen minyak BHP.",
"Untuk menjadi seorang pemain yoyo yang mampu melakukan pelbagai skill, anda perlu meluangkan banyak masa untuk berlatih dan menajamkan skill anda. Antara model yoyo yang pernah popular satu ketika dahulu adalah Bumblebee dari Proyo. ",
"Walaupun permainan yoyo tidak lagi sepopular dahulu, permainan ini tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri. Malah, pertandingan yoyo peringkat antarabangsa dianjurkan setiap tahun dengan setiap peserta sentiasa menjanjikan persembahan skill yang memukau. ",
"Kali ini, mari lihat model-model yoyo paling mahal di dunia yang pernah dijual di pasaran.",
"Duncan, nama popular dalam pembuatan yoyo, telah membuat variasi dari FH Zero yoyo mereka yang dipanggil Duncan Freehand Mg untuk siri De-Luxxe mereka. Yoyo diperbuat daripada 99.5% magnesium campuran dan selebihnya daripada logam penstabilan.",
"Beberapa model telah siap diwarnakan (anodized) manakala yang lain adalah logam bersalut serbuk. Yoyo ini dikeluarkan pada tahun 2004 dan dijual sehingga 2014. Penambahan yang disertakan dengan yoyo ini termasuk bearing seramik, pengatur jarak tambahan, set pengimbang Duncan dan empat pelekat geseran.",
" Contoh di sini yang dijual di eBay pada 21 Mei 2022 datang dalam kotaknya dengan kepala yang boleh dikumpulkan dan perkakasan lain. Ia tidak dalam keadaan sempurna tetapi masih berjaya mengumpul $550.",
"Catch22 Yo-Yo oleh YoYoFactory didatangkan dalam bekas plastik keras yang kelihatan seperti sesuatu yang akan disimpan oleh pembawa pistol. Bahagian dalam kotak mempunyai banyak butiran menarik, termasuk slot tengah untuk yo-yo yang dilapisi pelapik serta bekas plastik kecil dalam slot untuk penggantian \"perkakasan\" dan \"perisian\" dalam yoyo berteknologi tinggi ini. ",
"Terdapat tulisan yang bermaksud \"kemahiran lanjutan diperlukan\". Yoyo dan penyaduran diperbuat daripada titanium yang pada asalnya dikeluarkan pada tahun 2009. Pembinaan dwilogamnya dapat dikenali dengan serta-merta. ",
"Walaupun terdapat edisi 2022 baharu di YoYoFactory dengan harga $430, model lama keluaran 2009 adalah yang lebih bernilai. Satu daripada pernah dijual di eBay dengan harga $700.",
"Pedro Flores memainkan peranan penting dalam penciptaan yoyo, memulakan kilang yoyo pertama pada tahun 1928 di Santa Barbara, California selepas berhijrah dari Filipina. Walau bagaimanapun, beliau menjual tanda dagangan \"yo-yo\" kepada syarikat Duncan pada tahun 1930.",
"Syarikat Duncan inilah yang membawa mainan ini ke pasaran global. Tidak hairanlah bahawa yoyo Pedro Flores yang asli jarang ditemui. Model ini, kadangkala dikenali sebagai Big \"F\", menampilkan binaan kayu dan bercop dakwat di bahagian hadapan. Yoyo ini hanya dibuat antara 1929-1930.",
" Inovasi utamanya untuk mainan ini ialah membungkus tali di sekeliling gandar berbanding dengan mainan tradisional, yang membalutnya di luar.",
"Yoyo edisi khas Coca-Cola \"Blac Special\" ialah yoyo keluaran syarikat Jack Russell yang dihasilkan di Australia, dijenamakan oleh Coca-Cola untuk edisi kotak khas ini. Model eksklusif ini dicipta dan dihadiahkan kepada eksekutif syarikat Coca-Cola sepanjang tahun 1970-an.",
"Hari ini, yoy keluaran khas Coca-Cola ini adalah yoyo terbaik yang pernah dihasilkan kilang ini. Contoh yang disimpan dan dijual dalam kotak hitam asal telah dijual pada 9 Jun 2022 untuk memecahkan rekod AU 2,827, atau kira-kira $1,941.44.",
"Yoyo ekslusif keluaran Russell pertama kali dibuat pada tahun 1967 di Australia. Pengumpul dan pemintt yoyo menganggarkan bahawa hanya kira-kira 200 yoyo khas ini yang pernah dibuat, menjadikannya begitu bernilai. ",
"Yoyo yang paling mahal ialah yoyo yang ditandatangani Richard Nixon. Yoyo ini telah digunakan oleh Roy Acuff, seorang legenda muzik, pada pembukaan Grand Ole Opry House yang memberi tunjuk ajar kepada Richard Nixon cara bermain yoyo pada tahun 1974.",
"Tahun 1974 adalah penting kerana ia adalah tahun yang sama Nixon meletak jawatan akibat skandal politik. Beliau telah menandatangani yoyo ini, menjadikan nilainya melonjak apabila ia naik untuk dilelong pada tahun 2004. ",
"Ia dijual pada harga $16,029, menjadikannya yoyo paling mahal pernah dijual di pasaran. Walau bagaimanapun, pembeli yoyo ini tidak pernah didedahkan. Bagi yang tidak tahu, Richard Milhous Nixon ialah presiden ke-37 Amerika Syarikat, berkhidmat dari 1969 hingga 1974. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-spesis-hidupan-yang-dinamakan-sempena-tokoh-dan-selebriti.html | 5 Spesis Hidupan Yang Dinamakan Sempena Tokoh dan Selebriti | [
"Dengan lebih 15,000 ke 18,000 spesis baru hidupan ditemui setiap tahun, kesukaran menamakan jenis makhluk yang ditemui adalah perkara biasa.",
"Proses menamakan kategori spesis baru, kadangkala memerlukan penyelesaian yang kreatif dengan menggunakan nama tokoh atau selebriti terkenal dunia; solusi ini bukan saja memudahkan penyelidik bahkan memberikan pendedahan tentang spesis saintifik kepada masyarakat.",
"Pernahkah anda mendengar tentang lima spesis hidupan yang diklasifikasikan menggunakan istilah mewakili nama asal tokoh atau selebriti? Berikut adalah lima daripada banyak contoh yang ada.",
"Tosanoides obama adalah seekor ikan berwarna jingga yang ditemui kali pertama sekitar tahun 2016 di kepulauan Monumen Lautan Nasional Papahānaumokuākea, terletak di bahagian barat laut Kepulauan Hawaii.",
"Nama Barrack Obama terpilih untuk diabadikan sebagai nama spesis ikan baru ditemui, sebagai menghormati usaha Obama memperluaskan kawasan garis sempadan yang ditetapkan semasa kerajaan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran beliau.",
"Selain ikan, nama Obama juga dijadikan label kepada sejenis lintah penghisap darah, didefinisikan sebagai Baracktrema obamai yang ditemui pada badan dua ekor kura-kura dalam tahun 2015. ",
"Dinamakan sempena aktor terkenal Hugh Jackman, nama biasa bagi labah-labah ini adalah 'wolverine wolf spider.'",
"Penyelidik memilih untuk menamakan spesis ini berdasarkan pelakon tersebut disebabkan bakat lakonan yang ditonjolkan Jackman dalam filem yang disertai beliau, selain daripada kerja-kerja amal dan kebajikan yang kerap beliau lakukan. ",
"Tasmanicosa hughjackmani mampu melihat dalam gelap dengan cukup cemerlang, tanpa memerlukan sebarang kehadiran cahaya yang kita perlukan. Biasa hidup dalam tempat gelap, labah-labah ini mampu bertahan lebih setahun tanpa memerlukan sebarang pengambilan makanan.",
"Sejenis spesis semut yang ditemui dalam tahun 2017 dua orang penyelidik bernama Ana Ješovnik dan Ted R. Schultz, di bahagian hutan Amazon yang terletak di Venezuela, diberikan nama Sericomyrmex radioheadi mewakili kumpulan rock Britain, Radiohead.",
"Spesis Sericomyrmex dalam keluarga semut mempunyai perbezaan yang ketara berbanding semut-semut lain. Tubuh semut dalam keluarga ini mempunyai bulu-bulu halus yang jelas kelihatan, sehinggakan semut dalam kategori ini turut digelarkan sebagai semut sutera.",
"Kumpulan Radiohead terpilih untuk dijadikan nama spesis baru ini disebabkan oleh usaha kumpulan ini yang cekal sejak awal lagi, berkempen menyedarkan orang ramai tentang bahaya pemanasan global yang sedang berlaku.",
"Sama seperti penghormatan terhadap kumpulan Radiohead, sejenis spesis semut dalam keluarga Meranoplus dinamakan sebagai Meranoplus mosalahi - sempena pemain bola sepak Mesir, Mohamed Salah.",
"Dikategorikan sebagai semut pekerja dalam sistem organisasi hidupan itu, spesis ini ditemui sekitar tahun 2014 di Dhofar, Oman tetapi hanya lengkap diklasifikasikan tahun 2019.",
"Gemar duduk dalam kawasan hutan yang berumput tebal, Meranoplus mosalahi dikategorikan sebagai semut jenis perlahan pergerakannya, jauh berbeza berbanding individu yang namanya terpilih menjadi nama spesis semut ini.",
"Apa agaknya perasaan penyanyi terkenal Beyonce, apabila mengetahui namanya diguna bagi menamakan sejenis spesis lalat? Scaptia beyonceae telah pun ditemui pada dekad 1980-an tetapi hanya dapat diklasifikasikan secara lengkap pada tahun 2011.",
"Scaptia beyonceae adalah lalat ditemui di Queensland, Australia dan jarang ditemui untuk penyelidikan. Uniknya, lalat ini mempunyai bahagian belakang yang berwarna keemasan, disebabkan oleh ketebalan bulu berwarna emas yang hanya tumbuh pada bahagian tersebut. ",
"Oleh kerana sifat unik tersebut, salah seorang penyelidik yang bertanggungjawab menamakan spesis lalat ini memilih nama Beyonce...kerana kita semua tahu Beyonce terkenal dengan punggungnya."
] |
https://iluminasi.com/bm/berapa-bayaran-diterima-pengadil-di-pentas-piala-dunia.html | Berapa Gaji Pengadil Piala Dunia? | [
"Selain pemain bola sepak, pengadil juga adalah watak yang sangat penting yang mana bertanggungjawab memastikan perlawanan berjalan dengan lancar.",
"Dan pastinya ini bukanlah satu tugas yang mudah lebih-lebih lagi melibatkan sukan di tahap antarabangsa seperti Piala Dunia.",
"Mungkin ramai di antara kita yang tahu bahawa para pemain menerima bayaran tinggi yang kadang-kala tidak masuk akal, kan?",
"Menurut sumber, pengadil dari konfederasi bola sepak akan menerima 'pampasan yang besar' untuk khidmat mereka di Piala Dunia.",
"Bermula di Piala Dunia 2018 di Rusia, FIFA membayar gaji pokok kepada setiap pengadil sebanyak RM313,600 (USD70,000) dan mendedahkan bahawa ia akan dilakukan untuk setiap kejohanan yang akan datang.",
"Pembantu pengadil juga menerima bayaran yang agak lumayan sekitar RM112,000 (USD25,000) untuk penglibatan mereka.",
"Jumlah yang diterima ini dikatakan sekurang-kurangnya tiga kali lebih tinggi daripada apa yang diterima untuk Liga Juara-Juara Eropah.",
"Tambahan lagi, pengadil dibayar RM13,440 bagi perlawanan peringkat kumpulan dan jika terlibat dalam peringkat kalah mati, jumlah ini bertambah kepada RM44,800.",
"Bagi pengadil yang mengadili semua perlawanan termasuk perlawanan akhir, mereka boleh menerima sehingga RM1,344,000 sepanjang Piala Dunia berlangsung."
] |
https://iluminasi.com/bm/8-barangan-yang-lebih-baik-anda-beli-terpakai.html | 8 Barangan Yang Lebih Baik Anda Beli Terpakai | [
"Kami yakin ramai di antara pembaca kami menyimpan impian untuk memiliki sesuatu yang telah lama anda idamkan. Biar kami teka, apa yang anda idamkan mestilah barang atau produk baru kan? ",
"Bukan barangan terpakai. Siapa yang mengidam nak beli barangan terpakai kan? ",
"Tetapi realitinya ada sesetengah kategori barang, lebih baik cari yang terpakai. Bukan saja kualitinya sama, anda juga mampu menjimatkan wang ringgit anda. Ini senarai 8 barang yang kami rasa sesuai dibeli second hand berbanding beli baru.",
"Bila dah jadi trend, ramai orang erpusu-pusu cuba menjadi seorang pengayuh selepas kena racun dengan kawan untuk dapatkan road-bike terbaik yang ada. 8 daripada 10 orang yang kena racun, biasanya mula perlahan mengayuh dalam bulan kedua. ",
"Banyak sebenarnya iklan jualan basikal terpakai di internet. Mesti ada juga kenalan atau rakan anda yang dah hilang semangat akan menjual basikal ribuan ringgit mereka pada harga diskaun, asal dapat terjual. Waktu inilah anda beli. ",
"Dua bulan kemudian, anda pun akan jual semula bila dah semangat mengayuh luntur di telan masa. Sekurang-kurangnya, kerugian anda tak besar mana.",
"Harga barangan komputer ketika artikel ini ditulis semakin stabil, berbanding setahun dua yang lalu. Lambakan barangan terpakai komponen seperti prosesor, memori dan kad grafik kembali rancak berlangsung merendahkan harganya. ",
"Peralatan komputer termasuklah komputer riba cukup berbaloi untuk anda dapatkan yang terpakai, asalkan anda tahu serba sedikit tentang spesifikasi. ",
"Pengeluar akan mengeluarkan edisi baru setiap tahun dengan harga yang mampu membuatkan anda pitam. Jadi sasarkan pembelian anda kepada komponen atau komputer riba 2 ke 3 generasi sebelumnya. ",
"Anda tak jauh sangat ketinggalan dari segi kemampuan dan anda hanya membayar 1/5 sahaja harga berbanding harga jualan asalnya.",
"Walaupun negara kita mempunyai penganjuran pesta buku yang meriah, jualan sedemikian tidak mampu menandingi nilai ditawarkan kedai jualan buku terpakai. ",
"Asalkan kondisi bukunya masih baik khususnya novel, harga jualan terpakai biasanya diperolehi di antara RM2 ke RM10 berbanding harga buku baru yang dijual RM18 ke atas. Sebagai bonus, kita turut sama mengurangkan penggunaan kertas.",
"Mungkin pasaran buku terpakai dilihat sebagai tindakankurang menyokong penerbitan buku di negara kita, tetapi nak buat macam mana; buku asal boleh dibaca dah memadai walaupun kondisinya tak sesempurna mana.",
"Setiap kali menelaah iklan kereta terpakai, penulis tersenyum membaca iklan yang menggunakan ayat promosi 'lady owner' sebagai daya penarik. ",
"Membeli kenderaan terpakai memang sangat bergantung kepada nasib kita. Ada kalanya sesebuah kereta nampak elok dari luar tetapi komponen enjinnya tak pernah dijaga. Ada juga kereta enjin elok, tetapi ruangan dalamannya mampu membuatkan kita muntah pula.",
"Periksa rekod servis dan semak di mana servis biasanya dilakukan serta kekerapannya. Sekiranya penjual tidak mampu menyediakan rekod servis, hubungi pusat servis bertauliah jenama kereta itu dengan nombor pendaftarannya.",
" Seandainya nombor pendaftaran kenderaan itu tiada dalam rekod, jangan beli. ",
"Ini kerana seandainya pemilik asal tidak peduli di mana dia menyelenggara kenderaannya ketika waranti, besar kemungkinan dia tak peduli pun keadaan kenderaan sendiri.",
"Sama seperti basikal, sekiranya anda baru nak berjinak-jinak dengan peralatan muzik jangan mudah kena racun dengan kawan-kawan. ",
"Beli yang terpakai saja dulu kerana anda sendiri tak tahu berapa lama minat itu boleh bertahan. Tak kisahlah anda cuba nak belajar main gitar, keyboard, piano atau dram, kesemuanya berbaloi untuk anda beli terpakai kerana kelengkapan yang dipasang biasanya tahan lama.",
"Jika anda sanggup beli alat muzik tiupan terpakai seperti seruling atau harmonika, itu bergantung kepada anda ya. Kami tak sanggup.",
"Mak ayah mahu menyediakan yang terbaik untuk anak mereka. Bila sebut terbaik, mestilah yang baru. Tetapi itu tak terbaik untuk kocek. ",
"Majoriti ibu bapa akan menyedari pakaian anak kecil bawah usia 4 tahun selalunya hanya mampu dipakai jangka masa pendek akibat tumbesaran fizikal yang cepat. ",
"Kaedah paling mudah adalah untuk membeli pakaian terpakai untuk anak-anak anda. Bestnya, memang ada kedai bundle yang memfokuskan kepada jualan pakaian terpakai kanak-kanak. ",
"Harga pakaian kanak-kanak baru khususnya baju dress bayi perempuan selalunya memang tak masuk akal. Harga pakaian kanak-kanak memang mahal-mahal harganya!",
"Seperti basikal dan peralatan muzik, bukan semua orang mempunyai kesabaran untuk kekal mengamalkan senaman dengan alat senaman yang dibeli. ",
"Samalah seperti yuran keahlian gimnasium penulis yang dipotong bulan-bulan tapi perginya hanyalah 6 bulan 2 kali. Sekiranya anda teringin nak mempunyai gimnasium mini sendiri di rumah, beli saja peralatan terpakai.",
"Besar kemungkinan ramai yang menjualnya, dek rasa rimas dengan peralatan senaman mereka yang dah berhabuk dan hanya memakan ruang dalaman rumah semata-mata.",
"Jika anda seorang pemain golf, tak ada keperluan untuk anda beli set kayu golf baru di kedai. Beli saja di kedai barangan terpakai. ",
"Tak dapatlah koleksi satu set lengkap anda perolehi, tetapi mesti ada saiz kayu yang anda cari untuk anda jadikan koleksi. Harganya pun jauh murah jika dibandingkan dengan harga jualan baru. ",
"Yang penting, wajah mesti tampak berkeyakinan ketika menghayun. Kawan-kawan anda baik yang berpangkat VIP atau sekadar staff baru nak cuba-cuba main, bukannya tahu pun anda guna kayu terpakai. Kayu dah ada, cukup lah.",
" Sekarang nak kena kumpul duit untuk beli keahlian kelab golf pula. Doakan penulis berjaya."
] |
https://iluminasi.com/bm/8-bendera-rasmi-yang-boleh-menimbulkan-kekeliruan.html | 5 Bendera Rasmi Masyarakat Dunia Yang Mengelirukan Kita | [
"Politik identiti kini menjadi satu senjata ampuh segelintir pihak, dalam cuba memandu ideologi masyarakat dunia ke arah yang bertentangan.",
"Salah satu elemen utama yang dijadikan senjata utama pihak sebegini, adalah penggunaan simbol universal milik semua sebagai bentuk kepada terjemahan ideologi songsang yang ingin diketengahkan, sehinggakan simbol yang asalnya hanya fenomena alam semulajadi sudah mempunyai sentimen yang berbeza.",
"Penggunaan elemen seperti pelangi dan warna kini kerap diguna sebagai senjata, sehingga menyukarkan banyak pihak khususnya 5 komuniti yang bendera rasmi mereka kini mudah dipandang serong sesiapa yang tak tahu hakikat sebenarnya.",
"Kekal diiktiraf bendera rasmi negeri Pernambuco di Brazil, bendera yang memaparkan simbol pelangi, matahari, bintang dan simbol salib ini mula digunakan masyarakat Pernambuco sejak tahun 1917.",
"Sejarah bendera ini panjang. Rekaan asasnya telah mula digunakan sejak tahun 1817 semasa gerakan pemberontak melancarkan Revolusi Pernambuco, satu kebangkitan masyarakat tempatan melawan campur tangan Freemason di sana.",
"Sempena mengingati revolusi dan jasa nenek moyang mereka, masyarakat Pernambuco menjadikan panji yang diguna ketika perang itu sebagai simbol utama negeri.",
"Rekaan bendera yang direka seorang Paderi bernama Joao Ribeiro Pessoa, mempunyai tiga bintang. Bendera dengan rekaan sama diangkat semula menjadi bendera rasmi Pernambuco dengan perubahan kepada bilangan bintang dengan hanya satu bintang digunakan, bagi melambangkan penyatuan masyarakat mereka.",
"Simbol pelangi menjadi antara simbol penting Empayar Inka, empayar terbesar yang pernah memerintah di benua Amerika Selatan satu ketika dulu sekitar abad ke 16. ",
"Bandar Cusco (ditulis sebagai Qosqo) yang menjadi pusat pentadbiran Empayar Inca, mengalami perkembangan pesat sehinggalah berakhirnya empayar tersebut akibat penjajahan Sepanyol.",
"Negeri Cusco kini menjadi salah sebuah negeri di bawah kerajaan Peru, memilih untuk meneruskan legasi Empayar Inka yang pernah bertapak di sana. ",
"Bendera berlatar belakang warna pelangi mula digunakan sejak tahun 1978 sebelum rekaan tambahan yang memaparkan simbol syiling berbentuk matahari, dikenali sebagai plat Echenique, mula digunapakai sebagai bendera rasmi Cusco pada bulan Jun tahun 2021.",
"Sekiranya anda terlihat bendera ini berkibaran di negara kita khususnya, jangan pula ingat yang bukan-bukan ya. ",
"Bendera yang ringkas menggabungkan 5 warna iaitu biru, kuning, merah, putih dan jingga ini adalah bendera rasmi agama Buddha.",
"Rekaannya dibuat melalui jawatankuasa yang bersidang pada tahun 1885 dan mula digunapakai hanya di Sri Lanka ketika sambutan hari Wesak pada mulanya. Tradisi itu mula diangkat sebagai simbol rasmi bagi mewakili penganut agama Buddha pada tahun tahun 1950.",
"Setiap satu warna membawa makna yang berbeza-beza dan uniknya, bendera Buddha ini turut mempunyai variasi yang berbeza-beza mengikut negara penganutnya.",
"Negara yang ramai penganut ajaran ini seperti Myanmar, Tibet, Nepal, Jepun dan Laos masing-masing mempunyai bendera bercorak sama yang berlainan warnanya.",
"Wiphala adalah nama kepada simbol yang digunakan masyarakat orang asal Banjaran Andes, merangkumi negara seperti Peru, Bolivia, Chile, Ecuador, Argentina dan Colombia.",
"Menggunakan rekaan segi empat sama yang dibahagikan kepada 49 kotak, setiap satu warna yang digunakan mewakili satu kaum komuniti yang ada. Putih untuk etnik Qullasuyu, kuning untuk etnik Kuntisuyu, merah untuk Chinchasuyu dan hijau untuk Antisuyu.",
"Di negara seperti Bolivia, banyak pihak berselisih pendapat tentang keperluan untuk mengamalkan penggunaannya khususnya dalam era moden sekarang.",
"Penentangan terhadap amalan menggunakan simbol ini mula lantang kedengaran selepas Presiden Bolivia, Evo Morales semasa pemerintahannya menetapkan Whipala boleh digunakan sebagai alternatif kepada bendera rasmi negara itu.",
"Pengkritik berpendapat tindakan mengiktiraf penggunaan simbol ini sebagai satu perbuatan sia-sia serta tidak ada keperluan untuk negara seperti Bolivia, kerana masih kekal mahu menggunapakai simbol yang tidak lagi relevan dengan masyarakat mereka.",
"Di antara semua bendera yang kami senaraikan, bendera ini mungkin paling mudah disalah erti. Di kalangan masyarakat Russia di mana asalnya bendera ini dibentuk pun ramai yang tersilap sangka.",
"DI negara Russia, terdapat sebuah wilayah autonomi yang dinamakan sebagai Wilayah Autonomi Yahudi, terletak tidak jauh dengan sempadan China. ",
"Diisytihar tertubuh pada tahun 1934, wilayah ini adalah satu-satunya kawasan yang diperintah orang Yahudi sepenuhnya di Russia dan kedua di dunia selepas negara haram Israel.",
"Bendera rasmi wilayah ini sebenarnya mempunyai makna agama yang cukup kuat.",
" Latar belakang putih yang digunakan melambangkan kesucian jiwa seseorang. 7 jalur pelangi yang ada mewakili 7 tiang menorah atau alat kesucian masyarakat Yahudi melambangkan tingginya peranan agama dalam menentukan hala tuju pentadbiran wilayah autonomi tersebut."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenapa-kita-rasa-sangat-lega-selepas-berak.html | Kenapa Kita Rasa Best Selepas Berak? | [
"Jika setiap kali kita berak atau buang air besar mengambil masa sekitar 12 minit, maka manusia menghabiskan 73 jam dalam setahun untuk aktiviti ini!",
"Dan sudah tentunya selepas aktiviti \"melabur\" ini, kita berasa tersangat lega seolah-olah beban dalam hidup kita berkurangan, kan?",
"Persoalannya, mengapa kita berasa lega selepas berak? Memang kita perlu berak untuk meneruskan hidup seharian namun tak dapat nafikan ia merupakan sesuatu yang melegakan!",
"Proses buang air besar adalah untuk menyingkirkan sisa badan dan makanan yang tidak dicerna, serta memberi ruang untuk lebih banyak makanan dalam sistem penghadaman anda. ",
"Walau bagaimanapun, keseronokan bukan sahaja datang dari pembersihan usus ini, tetapi juga disebabkan oleh rangsangan saraf tertentu dalam badan.",
"Saraf pudendal ialah saraf campuran yang memiliki kedua-dua saraf deria dan motor. Saraf ini bertanggungjawab terutamanya untuk pemuliharaan deria dan motor perineum serta alat kelamin luar bagi kedua-dua jantina.",
"Perineum adalah kawasan antara dubur dan alat kelamin. Saraf ini melalui pinggul anda dan kawasan gluteal (punggung) di bahagian atas tulang paha, menghubungkan ke saraf yang datang daripada saraf tunjang.",
"Manusia mempunyai saraf pudendal di kedua-dua belah kiri dan kanan badan.",
"Saraf pudendal ini bertanggungjawab untuk kebanyakan pergerakan dan sensasi yang berlaku di kawasan pelvis kita termasuklah di bahagian kemaluan dan dubur luaran serta otot yang membolehkan tahi keluar.",
"Aktiviti berak menghasilkan ransangan saraf ini dan oleh kerana saraf ini mengalir ke dubur dan alat kelamin serta bertanggungjawab untuk input deria, ia akan memberikan keseronokkan apabila dirangsang.",
"Kolon dalam usus besar disambungkan ke batang otak oleh saraf panjang yang dipanggil saraf vagus.",
"Sebagai saraf utama sistem saraf, saraf vagus mengawal selia pelbagai proses badan penting termasuklah mood, pencernaan, tindak balas imunologi dan degupan jantung.",
"Saraf vagus menghantar isyarat dari sistem pencernaan dan organ lain ke otak dan bahagian belakang. ",
"Ia adalah saraf kranial kesepuluh (saraf yang bersambung terus dari otak) dan bergerak dari tempat asalnya iaitu batang otak ke bawah leher serta ke dalam perut.",
"Jadi apabila anda berak, otot di bahagian punggung dan kawasan pelvis mengendur.",
"Hal ini merangsang saraf vagus yang boleh membuat kadar denyutan jantung dan tekanan darah anda turun, lantas membuatkan kita berasa tenang dan lega untuk masa yang singkat.",
"Walau bagaimanapun, rangsangan saraf vagus yang keterlaluan adalah tidak bagus malah boleh membuatkan anda pengsan ketika berak dan bukannya keseronokkan."
] |
https://iluminasi.com/bm/6-isu-yang-akan-timbul-bila-malaysia-nak-jadi-hos-piala-dunia.html | 6 Isu Bakal Timbul Jika Malaysia Nak Jadi Hos Piala Dunia | [
"Salah satu acara sukan paling dikehendaki warganegara kita agar Malaysia dapat menjadi tuan rumah, adalah temasya bola sepak Piala Dunia. Peluang melihat semua pemain bertaraf dunia beraksi di depan mata, adalah peluang yang jarang dapat dinikmati semua.",
"Dalam tahun 1997, kita pernah menganjurkan Piala Dunia Belia, menyaksikan bintang-bintang muda ketika itu seperti Michael Owen, Thierry Henry, Juan Riquelme serta pasukan belia kita beraksi di negara kita. Walaupun mempunyai lagu tema kejohanan yang klasik, Piala Dunia Belia tak sama dengan Piala Dunia sebenar.",
"Itu kisah 26 tahun lepas. Kini dunia telah banyak berubah. Penganjuran kejohanan Piala Dunia sudah dilihat dalam konteks yang jauh berbeza, disebabkan perubahan mentaliti masyarakat yang mengakibatkan banyak isu akan timbul. ",
"Berikut adalah 6 isu yang bakal timbul jika Malaysia terpilih menganjurkan temasya sukan Piala Dunia.",
"Negara kita adalah antara negara yang sering dikritik NGO-NGO hak kemanusiaan manusia, disebabkan kelonggaran undang-undang kita dalam memantau hak pekerja asing yang masuk, baik yang sah mahupun tanpa izin.",
"Kritikan banyak berlegar kepada isu mudahnya hak pekerja asing yang hadir ke sini dinafikan dan dimanipulasi menjadi antara isu yang sering kedengaran. ",
"Situasi ini diburukkan lagi dengan pendedahan bahawa Malaysia menjadi pintu utama sindiket menyeludup pekerja asing. ",
"Apa yang kita tahu, keperluan untuk membina dan menaik taraf fasiliti bola sepak sedia ada, pasti akan memerlukan kemasukan lebih ramai pekerja hadir ke dalam negara kita.",
"Situasi ini kami yakin mampu menimbulkan kontroversi bukan saja dikalangan kerajaan dengan kritikan masyarakat luar, bahkan di antara kita dengan kerajaan ekoran keengganan kita menerima lambakan kumpulan besar pekerja asing ke sini.",
"Bagi melindungi kepentingan negara kita, kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini masih tidak mengiktiraf Konvensyen Pelarian 1951 kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.",
"Keengganan ini mengakibatkan kita sering ditekan dan diasak dalam memastikan kita seiring dengan majoriti negara lain yang mahu memberikan kerjasama.",
"JIka dilihat daripada perspektif kepentingan kita, keengganan ini memberikan negara kita lebih pilihan dan opsyen dalam menentukan kaedah mengurus kehadiran kumpulan pelarian. Kita juga tidak perlu akur dengan kehendak masyarakat luar dalam tindakan menerima atau menolak pelarian yang hadir.",
"Bagaimanapun pengkritik tetap tidak boleh menafikan negara kita sudah banyak membantu kumpulan pelarian, khususnya yang hadir dari Bosnia, Syria dan Myanmar.",
" Walaupun tidak sempurna, tetapi tolak ansur itu tetap kita ada. Seandainya Malaysia menawarkan diri menjadi tuan rumah, isu ini pasti menjadi salah satu modal utama masyarakat luar untuk dijadikan serangan.",
"Sekiranya sebuah perlawanan bola sepak liga tempatan mampu menyaksikan pertambahan jumlah penumpang pengangkutan awam yang tinggi, sukar untuk dibayangkan bagaimana sistem pengangkutan kita mampu menampung kehadiran pengunjung dari luar untuk temasya Piala Dunia.",
"Secara purata, lebih 1 juta pelancong luar akan hadir ke negara tuan rumah setiap kali berlangsungnya kejohanan tersebut. Kejohanan di Russia menyaksikan 2.1 juta orang luar hadir sementara temasya di Qatar dijangkakan bakal menerima kunjungan sekitar 1.2 juta orang.",
"Harus diingatkan, angka ini jauh lebih tinggi berbanding temasya sekitar kita. ",
"Temasya Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Indonesia 'hanya' menerima anggaran 80,000 orang pelancong hadir untuk temasya itu. Sukan Asia Tenggara yang berlangsung di Vietnam awal tahun 2022 pula menerima sekitar 31,500 orang pelancong dari luar.",
"Jelas berbeza kan kuasa tarikan Piala Dunia? Apakah penambah baikan yang perlu negara kita lakukan dalam mempersiapkan kemudahan kita, untuk menerima pertambahan anggaran 1 juta ke 1.5 juta pelancong?",
" Berapa negeri di Malaysia yang bersedia untuk menjadi hos kepada perlawanan dalam skala sebegini rupa?",
"Penamaan Qatar sebagai tuan rumah kepada kejohanan Piala Dunia edisi 2022, membawa kepada pelbagai kontroversi yang tak sepatutnya timbul.",
"Antara kontroversi yang hangat diperkatakan adalah keenganan kerajaan Qatar membenarkan jualan arak oleh rakan penaja kejohanan secara terbuka. ",
"Dalam satu aspek sebagai seorang umat Islam, langkah ini penulis puji. Namun dalam satu aspek lain, pihak penganjur kejohanan juga mempunyai hak untuk mempersoalkan keengganan Qatar, kerana Qatar sudah bersetuju sejak mula untuk menjadi tuan rumah.",
"Polemik sebegini pasti akan berulang di negara kita, kerana kita juga mengamalkan dasar yang mirip Qatar dalam isu penjualan dan pengiklanan arak.",
"Keenganan masyarakat luar menghormati pilihan sebuah negara Islam seperti Qatar dalam melarang jualan arak serta tidak mengenengahkan penganjur disebabkan faktor produk alkohol bukanlah sesuatu yang mengejutkan. ",
"Persoalannya, jika Malaysia terpilih sebagai tuan rumah, adakah anda selesa arak dijual secara terbuka dalam stadium negara kita, seandainya kerajaan kita tunduk kepada desakan orang luar?",
"Penulis sukar untuk percaya dalam kehangatan menjelang Piala Dunia, isu yang menjadi topik terhangat berkait dengan gerakan gak LGBT.",
"Media-media barat sudah beberapa tahun lamanya memainkan isu ini cuba mendesak agar Qatar melonggarkan undang-undang, agar sekurang-kurangnya mengiktiraf kehadiran golongan songsang ini bagi meraikan temasya sukan bola sepak itu dengan kebenaran kebebasan penuh.",
"Apa yang menghairankan, di mana hilangnya logik dan tatasusila masyarakat barat untuk sekurang-kurangnya menghormati permintaan tuan rumah? Kenapa isu seksualiti songsang sebegini perlu diperbesarkan sedangkan fokusnya haruslah lebih kepada isu kesukanan?",
"Kita di Malaysia pasti berdepan masalah sama sekiranya kita mahu jadi tuan rumah. Ini kerana secara dasarnya kita mengkategorikan hubungan luar tabii sebagai satu jenayah.",
"Berbaloikah untuk kita berkompromi dalam aspek undang-undang kita, hanya untuk menganjurkan Piala Dunia?",
"Penganjuran Qatar meletakkan negara itu sebagai negara Islam pertama dunia diberikan penghormatan menganjurkan Piala Dunia. ",
"Tetapi ugutan boikot banyak pihak baik persatuan sukan, kelab, pemain, pengurusan, penganjur, selebriti dan ramai lagi lebih menguasai tajuk utama media. Qatar dikritik tegas mahu terus mengangkat nilai masyarakat Islam yang dikritik tidak selari dengan 'pandangan majoriti' masyarakat dunia.",
"Daripada aspek pekerja asing, hak LGBTQ, hak minum arak, hak untuk menunjukkan rasa kasih sayang ditempat awam, semuanya sudah diutarakan oleh banyak pihak khasnya mereka yang datang dari barat, dijadikan peluru untuk memboikot penganjuran Qatar.",
"Cuba kita letakkan diri kita di tempat mereka, kerana realitinya kita di Malaysia sama saja seperti Qatar. ",
"Uniknya, Qatar dan Malaysia mempunyai populasi yang sama majmuk, dengan Muslim sebagai kumpulan majoriti yang merangkumi kira-kira 65% jumlah penduduk. Kita sama terbuka menerima perbezaan agama tetapi sama tegas dalam isu keterbukaan melampau hak norma asasi manusia.",
"Prospek untuk Malaysia menjadi tuan rumah temasya ini dikatakan cerah bagi slot edisi kejohanan 2034, kerana ura-ura awal ada idea kuat mahu benua Asia Tenggara diberikan hak penganjuran edisi tersebut.",
"Persoalan yang ingin kami tinggalkan kepada anda, berbaloikah kita mengorbankan pegangan masyarakat kita dalam isu-isu yang sudah kami utarakan di atas hanya untuk melihat temasya ini berlangsung di bumi Malaysia? "
] |
https://iluminasi.com/bm/7-pemain-piala-dunia-dengan-nama-yang-unik.html | 7 Pemain Piala Dunia Dengan Nama Yang Mudah Disalah Erti | [
"Nama seseorang secara mudah mampu mencerminkan identiti individu di sebaliknya. ",
"Hanya dari sebuah nama kita sudah kenal serba sedikit tentang latar belakang dan asal dirinya. Bagaimanapun dalam sesetengah situasi disebabkan kelainan bahasa, nama akan berbunyi agak janggal. ",
"Situasi sebegini menarik untuk dilihat apabila melibatkan pemain bola sepak Piala Dunia, yang datang dari bermacam jenis negara. Berikut adalah 7 nama pemain Piala Dunia 2022 yang unik, dengan sedikit kisah ringkas tentang asal-usul nama mereka.",
"Bagi yang tak tahu, pasti akan membaca nama ini sebagai 'Dumb+Fries' yang berbunyi seakan-akan 'kentang goreng bodoh'. Sebutannya yang betul adalah 'Damm-frees.'",
"Mempunyai nama keluarga yang agak unik dan jarang kedengaran, Denzel Dumfries pemain Belanda merupakan anak pasangan campuran; ibunya orang Surinam dan ayahnya berketurunan Aruba.",
"Unik bagi nama ini serta agak menghairankan, istilah 'Dumfries' dikatakan berasal daripada nama sebuah pekan lama di Scotland bernama Dun Phris, membawa maksud Kubu Orang-Orang Kampung. ",
"Menambah seri nama beliau, Denzel dinamakan 'Denzel' kerana ibu bapanya meminati pelakon Denzel Washington. Mungkin sebab itu wajahnya juga mirip pelakon tersebut.",
"Walaupun nama beliau dieja dalam rumi sebegitu secara rasmi dalam daftar pemain, nama pemain dari Qatar sebenarnya adalah istilah 'Ala ad-Din' yang membawa makna 'seseorang yang mempercayai Allah dan mempunyai keikhlasan iman.' ",
"Nama ini juga lebih popular dikenali sebagai Aladdin merujuk kepada watak kisah klasik 'Aladdin' yang menemui lampu ajaib memenuhi hajat itu. Setakat ni penulis tak pernah jumpa mana-mana individu yang menamakan anak mereka Aladdin. ",
"Sekali pandang, nama 'Trippier' seolah merujuk kepada seorang yang suka menjatuhkan orang lain pula kan?",
"Nama keluarga pemain pertrahanan dari England, Kieran Trippier ini unik kerana kurang ditemui. Tetapi asal-usulnya menyamai nama lain di sana, di mana nenek moyang masyarakat mereka gemar menamakan nama keluarga sempena pekerjaan.",
"Seperti nama keluarga 'Smith' (tukang besi) atau Miller (pengisar gandum), 'Trippier' boleh mempunyai dua makna berbeza. ",
"Pendapat pertama berasal daripada perkataan 'tripherds', perkataan Inggeris era pertengahan yang bermakna penggembala kambing. Pendapat kedua pula menyebut perkataan 'trippier' ini wujud daripada gelaran Perancis 'tripier' yang membawa makna 'orang yang menjual usus haiwan.'",
"Walaupun bergelar rakyat Britain, Bukayo Saka seorang yang berketurunan Nigeria.",
"Ada di antara kita mungkin akan mentertawakan nama beliau kerana 'Saka' dalam bahasa kita mempunyai makna yang kurang elok (serta menakutkan). Tetapi nama beliau sebenarnya mempunyai maksud yang indah.",
"'Bukayo' diambil daripada bahasa Yoruba, yang membawa makna 'kebahagiaan yang hadir.' Bagaimanapun tidak diketahui apa makna sebenar 'saka' dalam bahasa masyarakat mereka.",
"Apa yang kita tahu, nama 'Saka' popular dipilih sebagai nama keluarga di Nigeria.",
"Selain Nigeria, nama 'Saka' juga popular di Jepun dan Turkiye. Di Jepun, maknanya 'seseorang yang tinggal di lereng bukit' sementara di Turkiye pula, maknanya adalah pengangkut air.",
"Nama 'Hannibal' mempunyai reputasi negatif disebabkan pengaruh media, menerusi pengenalan watak pembunuh kejam Hannibal Lecter yang menjadi antara watak ikonik industri hiburan dan penulisan. ",
"Ada sebab kenapa nama ini bergelumang dengan reputasi buruk walaupun asal-usulnya jauh berbeza. 'Hannibal' terhasil daripada gabungan dua istilah iaitu 'Hannah' yang membawa makna 'kebaikan' dan 'Baal' yang membawa maksud 'tuan' - ditulis sebagai 'Hannibaal'.",
"Orang Semitik zaman dahulu seperti masyarakat Phoenicia dan Carthagia menamakan Tuhan-Tuhan kepercayaan mereka 'Baal' sebagai istilah rujukan am, jadi secara umumnya nama ini dirujuk dalam nada positif 'Tuan Punya Kebaikan.'",
"Dalam sejarah masyarakat barat pun nama ini biasa digunakan untuk menamakan anak. 'Hannibaal' paling terkenal dalam sejarah adalah seorang jeneral dan pemerintah masyarakat Carthagia (kini di bahagian barat Meditteranean) bernama Hannibaal yang dijulang sebagai antara jeneral perang terhandal dunia.",
" Pada era beliau sekitar 180SM, nama tersebut adalah antara nama biasa yang digunakan masyarakat mereka.",
"Bagaimanapun, kesedaran masyarakat barat tentang agama khususnya ajaran Jesus Christ mula mengubah pemahaman mereka. Sehinggakan penyembah Baal dikecam kerana mengamalkan kepercayaan Pagan kekal menyembah Tuhan yang salah. ",
"Jadi istilah 'Baal' mula diguna merujuk 'Tuhan Yang Tidak Benar', mula disebut dalam tona yang negatif sehingga turut dikaitkan dengan nama syaitan dalam sesetengah media. Kami yakin pemain Tunisia dari kelab Manchester United ini pasti lebih faham sentimen yang berlegar tentang namanya.",
"Kapten kepada pasukan Arab Saudi ini mempunyai nama penuh Salman bin Mohammed bin Mohammed Al-Faraj. ",
"Istilah 'faraj' itu pasti sedikit sebanyak membuatkan penutur bahasa Melayu terbeliak kan? Tenang! Istilah 'Faraj' adalah nama yang biasa digunapakai masyarakat Arab tetapi kaedah tulisannya perlu diperjelaskan.",
"Nama orang Arab itu memang ditulis sebagai 'Faraj' kerana ejaan asalnya dalam bahasa Arab, adalah sebegitu.",
" Dalam sejarah Arab sendiri ada ramai tokoh sejarah mereka dinama dengan nama Faraj, seperti Sultan An-Nasir Faraj yang memerintah di sekitar Mesir dan Syria penghujung abad ke 14. Banyak juga nama tempat menggunakan istilah ini. ",
"Jadi apa maknanya dalam bahasa Arab? 'Faraj' bererti 'kebahagiaan yang hadir selepas kesedihan.' Sementara itu, perkataan asal Bahasa Arab kepada kemaluan wanita ditulis sebagai 'farj', biasanya disebut sebagai 'farjun.'",
"Disebabkan oleh perubahan cara sebutan kita penutur bahasa Melayu yang meminjam istilah ini dari bahasa Arab, lama kelamaan kita menyebutnya sebagai 'faraj.'",
"Sebab itulah daripada perspektif kita penutur bahasa Melayu, faraj boleh membawa maksud yang sangat berbeza. Jauh berbeza. Pelik Pak Arab tengok kita tergelak-gelak dengan Faraj.",
"Satu lagi nama yang mungkin membuatkan ramai tersenyum, adalah nama Alphonse Areola, penjaga gawang pasukan Perancis.",
"Istilah nama 'Areola' itu sebenarnya adalah istilah yang diambil terus daripada bahasa Latin tanpa perubahan ejaan, merujuk kepada ruangan kecil yang kosong. Kata akarnya 'area.'",
"Bagaimanapun, selepas pihak pakar perubatan pada abad ke 16 mula menamakan 'bahagian berwarna yang mengelilingi puting susu wanita' juga sebagai 'areola'; mungkin kerana rupa bahagian itu menyerupai ruangan kecil yang kosong....nama itu mula dilihat aneh.",
" Kami harap dengan penjelasan ini anda faham kenapa nama keluarga beliau adalah Areola. Nama beliau bermaksud ruangan...bukan mewakili mana-mana bahagian tubuh wanita."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kemalangan-tempat-kerja-paling-dahsyat-pernah-direkodkan.html | 5 Kemalangan Tempat Kerja Paling Teruk Pernah Direkodkan | [
"Bagi kebanyakan orang, tempat kerja tempat yang membosankan. Bergantung kepada jenis pekerjaan anda, risiko kematian dan kecederaan semasa bekerja adalah kejadian yang jarang berlaku namun tetap boleh terjadi. Mengikut undang-undang, keselamatan tempat kerja adalah tanggungjawab majikan.",
"Di Malaysia, memastikan keselamatan tempat kerja terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan sekiranya terdapat kemalangan di tempat kerja, JKKP akan melakukan kajian menyeluruh. Sekiranya majikan didapati tidak menyediakan tempat kerja yang selamat, mereka boleh didakwa. ",
"Dalam sejarah, kita telah merekodkan banyak kejadian kemalangan di tempat kerja. Kemalangan ini boleh berpunca daripada pelbagai sebab antara kecuaian pekerja itu sendiri, kawasan tempat kerja yang tidak selamat dan sebagainya.",
"Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan 5 kemalangan di tempat kerja yang paling dahsyat pernah direkodkan.",
"Ali Enterprise ialah sebuah kilang tekstil di bandar Pakistan yang sibuk di Karachi. Pada suatu petang kebakaran berlaku, dimulakan oleh dua ahli kumpulan yang bertindak balas terhadap pemilik kilang itu kerana enggan membayar wang pemerasan sebanyak 1.2 juta (USD).",
"Walaupun kebakaran adalah kesalahan penjenayah, piawaian keselamatan yang rendah memburukkan keadaan. Kilang itu adalah siri kompleks pintu berkunci dan tingkap berpalang, bersama-sama dengan ruang bawah tanah tanpa tingkap di mana kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat terperangkap.",
"Masa tindak balas yang lemah memburukkan lagi keadaan apabila kebakaran di kilang Ali Enterprises berkembang menjadi api besar yang marak hingga ke malam. Apabila kebakaran padam, pasukan keselamatan pertama telah membawa keluarl mayat 264 pekerja kilang pakaian itu - jumlah yang mengejutkan.",
"Terletak berhampiran bukit Pas-de-Calais di utara Perancis, bencana perlombongan Courrières adalah salah satu yang paling dahsyat dalam sejarah Eropah. Beberapa hari sebelum bencana itu, pekerja melaporkan bau asap toksik yang disyaki berpunca dari dalam lombong, tetapi kerja tetap berjalan seperti biasa.",
"Pada 9 Mac, kebakaran kecil berlaku di salah satu daripada lokasi tempat kerja dalam lombong tersebut, Percubaan untuk memadam api tidak berjaya. Keesokan harinya pada 10hb, apabila lombong berada pada kapasiti penuh, api mencapai asap toksik ituv dan menyebabkan api menyambar sebahagian besar lombong. ",
"Hampir 1,100 orang maut serta-merta dalam kebakaran itu, sama ada disebabkan oleh sesak nafas dalam asap atau oleh beberapa siri runtuhan dalam terowong yang disebabkan oleh letusan. ",
"Hanya beberapa orang yang terselamat berjaya keluar dari kejadian itu dalam keadaan hidup. Sebahagiannya berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam lombong itu dan hanya berjaya dibawa keluar selepas 20 hari. ",
"Semasa kemuncak Perang Dunia Kedua, Pelabuhan Chicago California adalah bandar pelabuhan penting yang kerap digunakan oleh tentera Amerika sebagai cara untuk membekalkan senjata dalam konflik yang berterusan dengan Empayar Jepun.",
"Pertempuran sengit yang berlaku di Teater Pasifik bermakna peluru sentiasa diperlukan di bahagian hadapan. Pada petang 17 Julai, SS Quinault Victory dan SS E.A. Bryan sedang dimuatkan dengan 4,600 tan bahan letupan apabila kedua-dua kapal meletup.",
"Letupan itu meragut nyawa 320 pekerja, meratakan sebahagian besar pelabuhan dan bangunan sekitarnya. Masih tidak jelas sehingga hari ini apa yang menyebabkan peluru itu meletup. Walau bagaimanapun, secara meluas dipercayai bahawa kekurangan latihan membawa kepada satu siri kesilapan yang membawa maut ini.",
"Bencana Bhopal berlaku di bandar India yang mempunyai nama yang sama pada tahun 1984. Sebuah loji racun serangga di dalam bandar itu mengalami kebocoran gas besar yang kemudiannya membanjiri kawasan berhampiran dengan tahap gas metil isosianat yang membunuh.",
"Gas itu menembusi jauh ke kawasan berpenduduk tinggi di bandar itu dan membunuh beribu-ribu orang. Kepanikan yang menyusuli bencana mengejut ini membawa kepada angka kematian yang lebih tinggi apabila orang ramai memijak satu sama lain ketika mereka cuba melarikan diri.",
"Lebih 15,000 orang terkorban akibat kebocoran gas itu. Siasatan lanjut oleh kerajaan India, mendedahkan bahawa tahap keselamatan ya rendah dan prosedur keselamatan yang lemah adalah punca utama atas kehilangan nyawa yang besar ini.",
"Sehingga hari ini, tapak kejadian masih tercemar teruk. Mereka yang bernasib baik untuk terselamat dalam kemalangan itu telah melaporkan mengalami beberapa siri masalah pernafasan bersama-sama dengan kecacatan kelahiran pada anak-anak mereka.",
"kemalangan tempat kerja yang paling terkenal dalam sejarah, tragedi yang berlaku di loji tenaga nuklear di Chernobyl kekal sebagai salah satu yang paling dahsyat dari segi kesan berpanjangan terhadap alam sekitar.",
"Pada 26 April, sebuah reaktor di loji itu tiba-tiba meletup dan menembak sisa nuklear ke udara. Disebabkan oleh peralatan yang rosak dan tahap pengurusan yang lemah, tragedi Chernobyl adalah contoh yang sempurna untuk segala-galanya menjadi salah sekaligus.",
"Walaupun angka kematian rasmi ialah 31 orang, kemungkinan besar adalah lebih tinggi. Pada masa bencana itu, kerajaan Soviet tidak mahu mengakui betapa teruknya bencana itu. Kawasan sekitar Chernobyl masih tidak boleh didiami dan kemungkinan besar akan kekal begitu selama beberapa dekad."
] |
https://iluminasi.com/bm/ini-sebab-kenapa-kita-suka-bau-petrol.html | Ini Sebab Kenapa Kita Suka Hidu Bau Petrol | [
"Pernahkah anda berasa seronok menghidu bau petrol ketika mengisi minyak kenderaan anda? Pastinya pernah kan? ",
"Mengapa kebanyakan daripada kita sukakan bau petrol, malah ada yang kelihatan seperti ketagihan?",
"Petrol merupakan cecair yang terbina daripada campuran kompleks lebih daripada 150 sebatian kimia yang mana kebanyakannya berbahaya kepada kesihatan kita.",
"Namun, sebatian yang memberikan petrol bau yang kuat dan \"bergas\" serta membuatkan kita tertarik adalah sejenis hidrokarbon yang dikenali sebagai Benzena.",
"Benzena ditambah bukanlah untuk memberikan bau tetapi bahan ini dalam petrol meningkatkan kecekapan bahan api dan meningkatkan prestasi enjin. ",
"Apa yang menariknya walaupun bau sedap Benzena dalam petrol adalah kebetulan, namun dari segi sejarah bau manis dan aromatik sebatian ini menjadikannya sebagai bahan biasa dalam minyak wangi pada awal abad ke-19.",
"Penggunaan Benzena seperti ini kemudiannya dihentikan apabila saintis mendapati Benzena bersifat karsinogenik dan toksik.",
"Menyedut hidrokarbon seperti Benzena boleh menjejaskan semua organ dalaman terutamanya paru-paru. Lebih teruk, boleh menyebabkan jenis keradangan teruk yang dipanggil Hydrocarbon pneumonitis.",
"Mungkin anda berasa bimbang Benzena dalam petrol boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan, namun jangan risau kerana semua bahan dalam petrol berada pada kepekatan yang kecil dan terkawal yang tidak berbahaya kepada kita.",
"Kandungan benzena dalam petrol hanya kira-kira 1% mengikut isipadu, mengikut peraturan Toksik Udara Sumber Mudah Alih (MSAT).",
"Walaupun pada kepekatan rendah, hidung kita masih dapat menangkap bau ini.",
"Ini kerana baunya tajam walaupun pada 1 bahagian per juta benzena di udara. ",
"Ia juga merebak lebih cepat kerana ia menyejat di udara dengan cepat. ",
"Jadi, apakah sebenarnya yang ada pada Benzena yang buatkan kita ketagih dengan baunya? Terdapat dua teori tentang perkara ini.",
"Pernahkah anda sedari bahawa dalam banyak-banyak deria, deria bau selalu mengingatkan anda tentang kenangan indah masa lalu? Bau roti John membuatkan anda teringatkan bulan Ramadhan, bau biskut raya membuatkan anda teringatkan Hari Raya Aidilfitri.",
"Walau bagaimanapun, penjelasan ringkasnya ialah tidak seperti deria lain, kawasan otak yang mengesan bau terletak berhampiran dengan kawasan yang memainkan peranan untuk emosi dan ingatan. Oleh itu, otak anda mengaitkan bau yang kuat dengan kenangan penting.",
"Jadi salah satu sebab untuk menjelaskan mengapa sesetengah daripada kita menyukai bau petrol ialah kita mengaitkannya dengan beberapa memori yang indah. Ia mungkin perjalanan pulang ke kampung atau percutian yang menyeronokkan.",
"Teori kedua yang menjelaskan mengapa kita suka bau petrol ialah benzena mempunyai kesan euforia pada otak. ",
"Dalam erti kata lain, menghidu benzena boleh membuat anda khayal atau \"high\".",
"Ini kerana menghidu hidrokarbon seperti Benzena boleh menyebabkan reseptor saraf menjadi kebas dan menyebabkan tekanan pada sistem saraf pusat, seperti ubat bius.",
"Kajian menunjukkan bahawa ini mengaktifkan laluan mesolimbik yang biasanya dikenali sebagai laluan ganjaran pada otak. Ganjaran di sini ialah suntikan dopamin, hormon keseronokkan yang memberikan anda sensasi yang menyenangkan sementara.",
"Perlu diingatkan bahawa pengaktifan laluan mesolimbik untuk melepaskan dopamin adalah cara kebanyakan dadah yang disalahgunakan berfungsi. ",
"Perasaan yang anda dapat apabila terdapat letupan dopamin dalam sistem anda adalah sebab yang menjadikan sesuatu ketagihan. ",
"Jadi, menghidu Benzena secara santai semasa mengisi tangki petrol anda adalah tidak berbahaya, tetapi menghidunya secara sengaja boleh menyebabkan ketagihan dan masalah kesihatan.",
"Barangan biasa lain yang mungkin anda terhidu yang mengandungi benzena termasuk bola tenis, pengilat kuku dan cat. Jika anda mendapati diri anda menyukai bau barang-barang ini, kini anda tahu sebabnya!"
] |
https://iluminasi.com/bm/kenapa-piala-dunia-dianjurkan-4-tahun-sekali.html | Kenapa Piala Dunia Dianjurkan 4 Tahun Sekali? | [
"Ura-ura cadangan untuk menukarkan kejohanan sukan bola sepak Piala Dunia kepada kejohanan 2 tahun sekali, masih dalam proses perbincangan pihak terlibat. ",
"Cadangan inididasari berdasarkan kadar keuntungan yang lebih kerap boleh dijana, berikutan kekerapan penganjuran yang meningkat seandainya cadangan ini dapat dilaksanakan.",
"Piala Dunia dikenali sebagai kejohanan yang berlangsung setiap 4 tahun sekali, dengan hak penganjuran sebagai tuan rumah berpindah-pindah di antara benua. Kenapa Piala Dunia berlangsung setiap 4 tahun?",
"Sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia, temasya Sukan Olimpik moden sudah jauh lebih awal pada tahun 1896. Salah satu acara yang cuba dipertandingkan dalam temasya Olimpik adalah bola sepak.",
"Kisahnya, dalam era tersebut disebabkan kekangan logistik dan fasiliti yang boleh digunapakai, perlawanan bola sepak biasanya terhad dianjurkan dalam kejohanan tempatan, dikendalikan oleh persatuan bola sepak peringkat daerah atau negeri.",
" Jarang masyarakat ketika itu dapat menyaksikan perlawanan di antara negara berlangsung kecuali bagi negara-negara berjiran; seperti perlawanan di antara England dengan Scotland yang berlangsung pada tahun 1872.",
"Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan itu, menjadi perlawanan pertama dalam sejarah masyarakat dunia menampilkan dua pasukan yang mewakili dua negara berentap atas padang.",
"Sambutan penyokong serta masyarakat antarabangsa yang mahu melihat pasukan-pasukan negara berentap antara satu sama lain, membolehkan bola sepak dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik 1900 di Paris, Perancis sebagai acara persembahan. ",
"Bagi memperkemaskan perkembangan sukan agar berkembang ke satu hala tuju yang konkrit, usaha menubuhkan sebuah badan khusus bagi menyelia sukan bola sepak dijalankan.",
"Beberapa negara Eropah mula berbincang sesama mereka bagi menubuhkan satu jawatankuasa khas memantau perjalanan dan susun atur sukan itu pada tahun 1904, dengan penyertaan negara seperti Perancis, Belgium, Denmark, Belanda, Sweden dan Switzerland. ",
"Sepanyol pula ketika itu tiada wakil negara, diwakili pentadbir kelab Madrid Football Club (kini Real Madrid).",
"Mereka bersepakat mewujudkan kerjasama menubuhkan Fédération internationale de Football Association, diolah menggunakan bahasa Perancis dengan singkatannya FIFA, oleh kerana Perancis menawarkan diri menjadi tuan rumah persidangan kali pertama.",
"Itulah sebabnya nama FIFA secara rasmi terus ditulis dalam bahasa Perancis sehingga sekarang. Mesti ramai tak perasan kan nama penuh FIFA sebenarnya bukan dalam bahasa Inggeris?",
"Berikutan kejayaan penubuhan sebuah badan khusus mentadbir perjalanan sukan bola sepak, FIFA mula diberikan peluang memainkan peranan menyokong penganjuran acara bola sepak bermula dalam beberapa kejohanan lain pada tahun 1906 dan sukan Olimpik bermula dengan temasya 1908.",
"Bersetuju untuk menjalinkan kerjasama, Jawatankuasa Olimpik dan FIFA memulakan hubungan pertama secara rasmi dengan penganjuran acara bola sepak Olimpik 1908 di London. ",
"Bagaimanapun kebanyakan perlawanan berkesudahan dengan keputusan yang agak berat sebelah, berikutan kualiti pemain yang tidak seimbang antara negara yang menghantar pasukan. Punca utamanya adalah disebabkan syarat ketat Olimpik memerlukan semua peserta atau pemain yang bertanding dalam temasya, haruslah bergelar seorang atlet amatur.",
"Syarat ini menjadi kekangan utama untuk negara-negara yang pada ketika itu sudah mula membentuk skuad bola sepak sendiri, dibarisi pemain-pemain berstatus profesional.",
"Situasi pemain amatur ini kekal dalam beberapa siri kejohanan Olimpik, menyebabkan FIFA mula merasakan kemajuan sukan bola sepak tidak boleh berlaku selagi mana mereka masih menuruti syarat penganjuran Olimpik. ",
"Status amatur yang wajib diikuti dikhuatiri FIFA, hanya mengakibatkan banyak pasukan gagal menyediakan pasukan yang benar-benar mantap beraksi. Faktor inilah yang menjadi punca kenapa kepimpinan tertinggi FIFA mengorak langkah mahu mewujudkan satu kejohanan berbeza di bawah payung sendiri.",
"Temasya Olimpik 1928 di Belanda menyaksikan bola sepak naik menjadi acara paling popular dengan menyaksikan Uruguay menewaskan Argentina untuk memenangi pingat emas.",
"Menyedari itulah detik terbaik untuk mereka berpecah dari Olimpik, FIFA memulakan pelan kejohanan bola sepak antara negara dengan sasaran kejohanan pertama akan dimulakan dalam tahun 1930.",
"Bagi memastikan peminat sukan bola sepak tidak terkeliru dengan kewujudan satu kejohanan bola sepak baru, FIFA mengumumkan bola sepak tidak akan dipertandingkan dalam tahun 1932.",
"Hanya satu kejohanan, iaitu kejohanan Piala Dunia 1930 diambil kira sebagai kejohanan bola sepak rasmi yang disahkan FIFA. Walaupun sudah berpisah, FIFA tetap menghormati jasa baik Olimpik yang sudah memberikan mereka platform pendedahan dan tapak mula.",
"Demi memastikan penjadualan kedua-dua buah kejohanan tidak terganggu, FIFA bersetuju untuk menganjurkan Piala Dunia setiap 4 tahun sekali sama seperti Olimpik, dengan penganjurannya berlangsung dalam tahun ke 2 selepas setiap kali Olimpik berlangsung.",
"Penganjuran Piala Dunia 1930 bertempat di Uruguay, menyaksikan tuan rumah mengulangi pencapaian mereka di Olimpik 1928 dengan membenam Argentina 4-2, melayakkan Uruguay bergelar pemenang pertama Piala Dunia.",
"Kejohanan yang disertai 13 buah negara majoritinya oleh pasukan dari benua Amerika Selatan disebabkan oleh kesukaran pasukan dari Eropah untuk hadir, tetap diterima baik membuktikan Piala Dunia boleh berkembang lebih besar.",
"Jika dinilai dalam aspek sekarang, 4 tahun jarak di antara setiap kejohanan Piala Dunia sebenarnya harus dilihat wajar dikekalkan.",
"Ini kerana skop penganjuran perlu ditanggung negara tuan rumah bagi mempersiapkan fasiliti yang diperlukan, jauh lebih besar berbanding Piala Dunia edisi terdahulu.",
"Seandainya dinilai pada aspek pemain dan pasukan, dalam zaman sekarang pun sudah wujud kejohanan bersifat dalam benua seperti Piala Asia, Piala Eropah dan Piala Negara-Negara Afrika yang mengisi kalendar kejohanan, dianjur berselang 2 tahun dengan tarikh Piala Dunia.",
"Adakah pertukaran penganjuran Piala Dunia ke 2 tahun sekali lebih baik atau hanya akan mengakibatkan lambakan kejohanan sehingga Piala Dunia hilang prestijnya?",
"Ada kemungkinan situasi sebegitu akan berlaku, tetapi kami yakin potensi penganjuran yang membawa kepada janaan untung komersial sudah jadi satu kepentingan yang tidak lagi dapat dihiraukan. ",
"Bila agaknya Piala Dunia akan berlangsung 2 tahun sekali? Mungkin 10 tahun akan datang, apa yang sedang hangat dibincangkan akan kelihatan hasilnya secara lebih terang."
] |
https://iluminasi.com/bm/life-hacks-5-benda-boleh-selesai-tak-perlu-ambil-masa-lama-ef3.html | Life Hacks: 5 Benda Boleh Selesai Tak Perlu Ambil Masa Lama | [
"Dalam kepantasan dunia sekarang, jangka masa sering dilihat terlalu pendek untuk melakukan sesuatu. Sebenarnya ada bermacam perkara yang korang boleh buat. Jom kami kongsikan! ",
"Dengan hanya 5 minit, 5 e-mel kerja atau peribadi boleh dijawab. Pastikan jawapan dibuat dengan ayat ringkas, padat dan mudah difahami. ",
"Ramai yang kurang membaca kerana menganggap perlu mengambil masa lama untuk menghabiskan sebuah buku. Luangkan hanya beberapa minit setiap kali waktu lapang untuk membaca beberapa halaman buku, lama-lama, habis! ",
"Pertolongan yang nampak kecil tapi sebenarnya mampu memberi makna kepada penerimanya. Tolong tahan pintu untuk orang di belakang, tolong tunjuk arah kepada yang bertanya dan bermacam lagi boleh dimulakan sekarang. ",
"Pelbagai kandungan boleh ditonton di TikTok berdasarkan minat masing-masing. Dari tips berniaga, DIY, life hacks, cara masakan, tips travel dan bermacam lagi pengetahuan boleh dimanfaatkan dalam waktu yang pendek. ",
"Be U membolehkan pendaftaran Akaun Simpanan-i Be U Qard dilakukan dengan sekejap sahaja. Hanya dengan beberapa langkah ringkas dan identifikasi, akaun sedia didaftarkan. ",
"Mungkin ada yang tertanya-tanya jika Be U ini adalah e-Wallet kan? Sebenarnya, Be U ini bukanlah e-wallet dan merupakan sebuah bank digital sepenuhnya. Tak perlu risau mengenai keselamatan dana kerana akaun dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250K. ",
"Sesiapa sahaja boleh membuka akaun Be U ini asalkan mempunyai akaun bank Malaysia untuk tujuan rujukan. Tak ada akaun Bank Islam? Tak ada masalah, anda masih boleh miliki akaun Be U asalkan berstatus warganegara berusia sekurangnya-kurangnya 18 tahun. ",
"Nak kahwin dalam masa setahun? Bercuti pusing seluruh Eropah dengan kawan kolej? Atau beli rumah pertama tahun depan? Setiap orang ada matlamat yang memerlukan dana kewangan yang besar untuk digunakan. Tapi bagaimana kita boleh mencapai semua matlamat ini dengan realistik? ",
"Be U mempunyai ciri Nest yang menjadi platform untuk menabung berdasarkan matlamat masing-masing. Nest membantu menambah baik tabiat kewangan dan dalam masa sama memberikan fleksibiliti kepada pengguna dalam mencapai matlamat mereka.",
"Bagi anak muda dengan simpanan terhad atau pun penuntut yang bekerja separuh masa, Be U adalah satu keperluan. Ciri Gigs menawarkan kerja separuh masa yang boleh dilakukan bagi sumber pendapatan tambahan. ",
"Selain itu, pemindahan wang kepada rakan dan keluarga boleh dilakukan dengan mudah dan ringkas dengan Be U. ",
"Dengan Be U, pengguna tidak perlu mengekalkan sejumlah wang di dalam akaun untuk memastikan akaun terus aktif sehingga 1 tahun. Ini memberi kemudahan kepada pengguna muda dan golongan yang baru memulakan dunia kerjaya. ",
"Aplikasi Be U sudah boleh mula dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store secara percuma. Lawati laman web getbeu.com dan ikuti Facebook dan Instagram Be U hari ini untuk maklumat lanjut. "
] |
https://iluminasi.com/bm/6-asal-usul-istilah-jenayah-popular-bahasa-inggeris-yang-sering-berlaku.html | 6 Asal-Usul Istilah Jenayah Popular Bahasa Inggeris | [
"Perbuatan jenayah merupakan perbuatan tidak bermoral dilakukan segelintir individu, untuk tujuan tertentu yang biasanya didorong kepentingan diri sendiri. ",
"Ekoran daripada kemahuan songsang manusia yang malangnya ada pelbagai, kategori-kategori jenayahdilakukan seseorang juga ada banyak. Rompakan, ugut, pecah rumah, penculikan dan sebagainya adalah antara jenis jenayah yang sering berlaku. ",
"Kita di Malaysia walaupun mengamalkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sama kerap merujuk jenayah berdasarkan istilah Inggeris yang ada. Pernahkah anda terfikir bagaimana istilah-istilah ini mula digunakan untuk tujuan tersebut?",
"'Assault' adalah istilah mewakili perbuatan menyerang atau melakukan kekerasan ke atas seseorang secara fizikal, boleh berlaku sama ada dirancang atau tidak dirancang.",
"Bagaimanapun maknanya agak bercampur baur. Seperti di Amerika Syarikat, sebarang bentuk jenayah yang dikategorikan sebagai 'assault' akan dibahagikan kepada dua jenis; sama ada 'assault' dan 'assault and battery.'",
"Dua kategori ini perlu diwujudkan kerana dalam aspek makna, 'assault' yang diambil daripada istilah Latin 'adsaltus' ('melakukan perbuatan yang mengejutkan') tidak khusus merujuk kepada perbuatan fizikal yang menyentuh orang lain.",
"Sebaliknya maknanya lebih kepada perbuatan mengancam orang lain tanpa perlu ada serangan fizikal. 'Battery' dalam istilah ini merujuk khas kepada 'serangan fizikal secara keras', diambil daripada istilah Perancis 'batterie' yang membawa makna 'memukul.'",
"Secara universalnya ya kita tahu assault bererti menyerang, tetapi ada juga negara yang mentafsirkannya secara berbeza ya!",
"'Burglary' yang membawa makna 'perbuatan memecah masuk kediaman orang lain', diambil daripada istilah 'burglar' atau 'individu yang memecah masuk kediaman orang lain.'",
"Istilah ini sebenarnya terbentuk daripada istilah Latin 'burgus' yang membawa makna istana atau kubu, digunakan di sekitar Jerman. Apabila seseorang individu melakukan kesalahan memecah masuk ke dalam 'burgus', orang itu akan digelarkan sebagai 'burgator.'",
"Istilah itu kemudiannya dipinjam orang Inggeris, ditulis sebagai burglator sebelum dipermudahkan ejaannya kepada 'burglar' sekitar pertengahan abad ke 16.",
"'Robbery' atau rompakan merupakan satu insiden yang menakutkan bagi mereka yang pernah melaluinya.",
"Istilahnya diperkenalkan di kalangan penutur bahasa Jerman lama sebagai 'roubon' merujuk kepada perbuatan mengambil sesuatu barang tanpa kebenaran, sebelum dipinjam orang Perancis yang menukarkannya menjadi 'rober.'",
"'Rober' di kalangan orang Perancis mempunyai makna lebih luas, turut mewakili perbuatan tidak elok lain bukan saja merompak - bahkan merangkumi mencuri, merampas harta orang dan merogol. ",
"Orang Inggeris meminjamnya dan menukarkan ejaannya kepada 'robben', mengecilkan maknanya hanya kepada perbuatan merompak barangan seseorang tanpa kebenaran. Sekitar abad ke 12 mereka menukarkan ejaannya kepada hanya 'rob' bagi merujuk perbuatan sama.",
"Besar kemungkinan, mitos masyarakat barat berkenaan watak Robin Hood sebenarnya datang daripada istilah 'robben' kan? Kita selama ini menyangkakan wataknya memang bernama Robin tetapi entah-entah nama itu terkenal kerana dia 'perompak yang berselubung.' Ini andaian kami ya!",
"Walaupun kita mengetahui 'bribe' merujuk kepada perbuatan rasuah atau memberi duit kopi, asal-usul istilah ini tidak berkait dengan perlakuan tersebut.",
"'Bribe' sebenarnya terlebih dahulu merujuk kepada golongan pengemis di Eropah seperti yang digunakan di Sepanyol dengan gelaran 'briba' atau Itali 'birbone.'",
" Masyarakat Perancis meminjam istilah ini, menukarkannya kepada bribe bagi merujuk kepada pemberian cebisan roti oleh orang ramai kepada pengemis tepi jalan.",
"Daripada istilah Perancis inilah istilah Inggeris terbentuk, merujuk kepada pemberian seseorang kepada orang lain yang meminta. ",
"Ejaannya kekal seperti yang istilah Perancis tetapi maknanya diperkembangkan bagi meliputi bukan saja pengemis, malahan merujuk kepada mana-mana golongan individu yang meminta-minta hadiah atau sumbangan yang bukan hak mereka.",
"Kami cukup tertarik dengan istilah ini, kerana dua suku katanya mempunyai makna 'kanak-kanak + tidur.' Adakah ia memang berkait? Ya!",
"'Kid' dalam istilah 'kidnap' merujuk kepada golongan kanak-kanak kecil atau bayi. ",
"Suku kata 'nap' pula datang daripada istilah 'nab' yang diperkenalkan ke dalam daftar kata bahasa Inggeris sekitar penghujung abad ke 17, merujuk kepada perbuatan 'menangkap atau menyambut seseorang secara pantas dan segera'.",
"Istilah ini dipercayai datang daripada istilah dialek masyarakat Scandinavia 'nappe' yang membawa makna 'merampas atau menarik sesuatu.'",
"Anehnya, istilah 'kidnapper' dipercayai muncul dahulu di kalangan penutur bahasa Inggeris merujuk kepada individu penculik, sebelum istilah itu diambil asas perkataannya bagi membentuk perkataan 'kidnap' yang mewakili perbuatan menculik.",
"Ini adalah istilah yang sangat digeruni sebahagian besar masyarakat dunia. Kita di Malaysia pun sudah kedengaran banyak kes warganegara kita menjadi mangsa 'human trafficking' sehingga dipaksa menjadi pekerja tanpa gaji di negara luar.",
"Kenapa kita gelarkan perbuatan menculik dan menyeludup sesuatu atau seseorang, sebagai 'trafficking'?",
"Istilah 'trafficking' realitinya langsung tidak berkait dengan tindakan jenayah, diambil daripada istilah 'traffic' yang bererti 'aktiviti perdagangan merentasi sesuatu kawasan yang besar.' ",
"Istilah ini hadir daripada istilah Arab 'tafriq' yang membawa makna 'mengedarkan sesuatu ke kawasan berbeza.' Masyarakat Inggeris mula menggunakan istilah 'traffic' pada awal abad ke 16, bagi merujuk kepada perbuatan perdagangan yang sah.",
"Bagaimanapun disebabkan populariti penggunaan istilah 'trafficking' bagi merujuk aktiviti penyeludupan secara haram, malangnya penggunaan sebenar istilah ini telah tenggelam.",
"Sehinggakan ramai akan memandang serong seseorang sekiranya dia mengaku dia bekerja sebagai seorang 'trafficking officer' di pelabuhan."
] |
https://iluminasi.com/bm/sejarah-perpecahan-czechoslovakia-kepada-slovakia-dan-republik-czech.html | Sejarah Perpecahan Czechoslovakia Kepada Slovakia dan Republik Czech | [
"Kebanyakna generasi muda masa kini pasti tidak pernah mendengar tentang Czechoslovakia. Masakan tidak, negara ini sudah tidak lagi wujud kerana telah berpecah kepada 2 buah negara - Republik Czech dan Slovakia. Negara ini tidak lagi wujud secara rasmi pada 31 Disember 1992.",
"Negara ini secara geografinya berada di Eropah, dikelilingi oleh Austria, Jerman, Poland dan Hungary. Kawasan yang dipanggil Czechoslovakia ini telah dibentuk selepas Perang Dunia I berakhir, dan wujud dari 1918 hingga 1992, merangkumi tanah bersejarah Moravia, Slovakia, dan Bohemia.",
"Menariknya, pasukan bola sepak kebangsaan Czechoslovakia adalh pasukan yang konsisten di persada antarabangsa dengan lapan penampilan dalam Pusingan Akhir Piala Dunia FIFA, menduduki tempat kedua pada 1934 dan 1962. ",
"Pasukan itu juga memenangi Kejohanan Bola Sepak Eropah pada 1976, menduduki tempat ketiga pada 1980 dan memenangi emas Olimpik pada tahun 1980. Pemain bola sepak terkenal seperti Pavel Nedvěd, Antonín Panenka, Milan Baroš, Tomáš Rosický, Vladimír Šmicer atau Petr Čech semuanya dilahirkan di Czechoslovakia. ",
"Bagi yang tertanya-tanya, cara menyebut yang sebenar adalah \"CHEK\" + \"oh\" + \"sluh\" + \"VAK\" + \"ee\" + \"uh\").",
"Wilayah yang merangkumi kawasan Czechoslovakia ini pada asalnya didiami oleh puak Celtic, Germanic, dan Slavic. Terdapat pergolakan agama yang kerap, penaklukan dan pergeseran penduduk. Moravia dan Bohemia ditadbir bersama sepanjang sejarah mereka, tetapi Slovakia diperintah selama 1,000 tahun oleh Hungary.",
"Perbezaan pentadbiran inilah yang menjadi katalis perpecahan negara ini kemudiannya. ",
"Pada tahun 1620, orang Czech bertempur dalam Peperangan White Mountain dan kehilangan kedaulatan mereka kepada Empayar Hapsburg. Untuk 300 tahun kemudiannya, orang Czech berada di bawah pemerintahan Kerajaan Austria. Selepas Perang Dunia I, kerajaan monarki ini runtuh, dan negara bebas Czechoslovakia diasaskan.",
"Ketika zaman Perang Dunia Kedua, Czechoslovakia mempunyai populasi Jerman yang besar yang kebanyakannya tertumpu di kawasan sempadan Bohemia dan Moravia (Sudetenland).",
"Ada yang menyokong Nazi Jerman, yang menimbulkan tekanan dalaman dan luaran. Pada tahun 1938, Czechoslovakia terpaksa menyerahkan Sudetenland kepada Jerman. Hitler kemudiannya menyerang kawasan yang tinggal di Bohemia dan Moravia pada tahun berikutnya; Slovakia merdeka dan bertukar menjadi negara boneka Jerman.",
"Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, tentera Soviet masuk dan menguasai sebahagian besar Bohemia (termasuk Prague), Moravia, dan Slovakia. Tentera Amerika Syarikat berjaya membebaskan sebahagian besar Bohemia barat dan bandar Plzen pada Mei 1945, dan pada bulan yang sama pemberontakan orang awam berlaku terhadap Jerman.",
"Selepas Jerman menyerah kalah, kira-kira 2.9 juta etnik Jerman terpaksa meninggalkan negara itu. Juga, pada masa itu, hanya beberapa ribu orang Yahudi tinggal di tanah Czech; lebih daripada 100,000 telah terkorban semasa Holocaust.",
"Orang Czech dan Slovakia menetapkan pilihan raya nasional dan demokratik untuk musim bunga 1946 dengan harapan bahawa Kesatuan Soviet akan membenarkan mereka membentuk kerajaan mereka sendiri.",
"Kebanyakan jawatan penting dimenangi oleh ahli-ahli Parti Komunis Czechoslovakia, yang berusaha untuk meneutralkan kuasa anti-komunis dan merampas kuasa pada Februari 1948. ",
"Czechoslovakia dipimpin di bawah pemerintahan komunis yang ketat untuk 10 tahun berikutnya. Perjanjian Warsaw telah ditandatangani pada tahun 1955 dan perjanjian ini menubuhkan organisasi pertahanan bersama yang merangkumi Czechoslovakia, Albania, Bulgaria, Hungary, Poland, Jerman Timur, dan Romania. ",
"Perjanjian ini antara lain memberi kuasa kepad pihak Kesatuan Soviet mengawal angkatan tentera untuk semua negara ini. Negara-negara Pakatan Warsaw yang lain bimbang tentang pembaharuan Czechoslovakia, dan mengatur tentera untuk menyerang dan menduduki negara itu pada 20 Ogos 1968.",
"Kerajaan Czechoslovak mengisytiharkan bahawa ini adalah pelanggaran Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa, tetapi golongan yang mahukan pembaharuan ini terpaksa menandatangani perjanjian yang membenarkan tentera Soviet kekal di sana. Sehingga akhir 1980-an, iklim sosial dan politik tidak berubah tanpa perubahan ketara berlaku.",
"Keretakan mula timbul apabila Parti Komunis Czechoslovakia mula berantakan pada awal 1960-an dan orang Slovakia yang merupakan sebahagian daripada kepimpinan mahukan lebih autonomi. Pada tahun 1968, pandangan politik beralih ke arah reformasi dan sosialisme, yang diketuai oleh presiden baru dan orang Slovak, Alexander Dubcek.",
"Beliau bercita-cita untuk mewujudkan lebih \"demokrasi sosialis yang moden dan humanistik\" untuk menjamin hak tertentu seperti kebebasan beragama, bersuara, akhbar, perhimpunan dan perjalanan. Penduduk mula menunjukkan sokongan untuk Czechoslovakia baharu.",
"Perubahan berlaku pada 1989 selepas polis komunis secara kejam memecah demonstrasi aman untuk demokrasi, mencederakan peserta yang terdiri daripada para pelajar. ",
"Forum Sivik telah ditubuhkan untuk memperjuangkan kebebasan awam dan pembaharuan birokrasi. Parti Komunis tidak lama kemudian hilang pengaruh dan digantikan oleh kerajaan campuran. Pilihan raya bebas telah diadakan pada bulan Jun 1990, dan lebih daripada 95 peratus penduduk mengundi.",
"Forum Sivik tidak dapat mengekalkan kepimpinannya, dan berpecah kepada \"kelab\" yang berbeza dengan agenda politik yang berasingan. Ini termasuk Perikatan Demokratik Sivik, Parti Demokratik Sosial Czech, dan Pergerakan Sivik.",
"Parti Demokratik Sivik menang di tanah Czech pada tahun 1992, dan Pergerakan untuk Slovakia Demokratik memperoleh kuasa di Slovakia mendorong keinginan Slovak untuk mempunyai autonomi.",
"Perpecahan mula meluas dan menjelang akhir tahun dan perjanjian telah dirangka untuk membolehkan kedua-dua republik itu berpisah. Ia diluluskan pada 27 Disember 1992, dan pada 1 Januari 1993 Republik Czech dan Slovakia diasaskan dengan aman."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenapa-kita-suka-bau-kentut-sendiri.html | Kenapa Kita Selesa Dengan Bau Kentut Sendiri? | [
"Media sosial membolehkan ramai orang yang sebelum ini tidak diberikan perhatian, mempunyai platform untuk 'meluahkan' diri mereka kepada orang awam. Ada banyak perbuatan aneh yang dilakukan manusia demi mengejar 'like' dan 'followers.'",
"Satu perbuatan pelik yang popular dilakukan segelintir pempengaruh, adalah kewujudan makhluk yang sengaja merakamkan detik diri mereka mengeluarkan kentut dalam pelbagai situasi untuk tatapan orang ramai. Penggemarnya...ramai. ",
"Trend ini malangnya sudah jadi ikutan, sehingga mewujudkan 'ratu-ratu kentut' di internet, yang tugasnya kentut untuk menjana pendapatan. ",
"Kenapa mereka gemar merekodkan reaksi sendiri selepas melepaskan angin? Persoalan lebih besar - kenapa kita pun sebenarnya suka bau kentut sendiri? Ye kan?",
"Sudah ada beberapa artikel kami memperincikan topik tersebut dengan mendalam. Jadi mari terus melompat kepada penjelasan kenapa kita suka bau kentut sendiri? Sains sudah membuktikan sebusuk mana pun kentut kita, kita memang cenderung untuk menyukai aromanya. Ini kerana sistem deria bau kita sudah terbiasa dengan bau yang terhasil daripada badan kita sendiri. ",
"Sama seperti keinginan kita untuk menggemari atau lebih menyukai sesuatu yang dekat dengan kita, seperti bantal atau selimut yang sering kita guna, pewangi yang kita kenakan setiap hari dan juga bau sabun yang kita gemari; kita menyukai bau kentut kita kerana bau itu adalah 'bau kita.'",
"Untuk memahami secara lebih terperinci kenapa situasi sebegitu berlaku, ada proses sains yang terjadi di sebalik semua yang merungkap misterinya. Mari kita pelajari prosesnya.",
"Kandungan gas yang dilepaskan semasa kita kentut, sebenarnya mempunyai kandungan 99% gas yang tidak berbau. ",
"Hanya 1% daripadanya adalah gas hidrogen sulfida yang menyebabkan bau terhasil. Adakah anda salah seorang yang malu-malu kucing secara diam gemar bau kentut sendiri? ",
"Dalam usus kita, terdapat koloni bakteria yang hidup dengan memakan bahan sulfur yang ada dalam bahan makanan. Proses pencernaan akibat tindakbalas bakteria ini menghasilkan gas sulfida. ",
"Gas yang terhasil walaupun mempunyai bau yang kurang menyenangkan, sebenarnya adalah bukti fungsi perlindungan tubuh kita berjalan.",
"Apabila sel dalam badan kita terganggu akibat jangkitan misalnya, sel tubuh akan mula menyerap enzim yang diperlukan bagi melindungi mitokondria yang ada dalam badan kita. ",
"Mitokondria adalah struktur dalam sel yang perlu ada untuk menukarkan makanan kepada bentuk yang boleh diserap oleh sel.",
"Ketika proses ini berlaku, gas hidrogen sulfida akan terhasil hasil tindak balas sistem tubuh mempertahankan mitokondria, yang menjadi benteng terawal tubuh melawan jangkitan yang ada.",
"Itulah sebabnya kentut kita berbau - kerana kentut yang berbau menandakan tubuh kita berfungsi dengan baik. Kilang yang ada dalam usus kita sedang bekerja untuk untuk melindungi kita.",
"Hasil daripada semua proses ini terhasillah kentut. Gas yang terhasil daripada tubuh kita ini bersifat unik, di mana hanya kita saja mampu menghasilkan gas berbau sedemikian rupa.",
"Satu dilema menyeramkan yang dihadapi semua orang, adalah memilih cara kentut yang berkesan agar sesuai dengan situasi khususnya ketika berada bersama orang lain.",
"Ada masanya rasa nak kentut menyerang bila kita duduk dalam lingkungan ramai orang lain dan kita tidak boleh beredar. Dengan purata 14 kali manusia kentut sehari, pasti akan ada masa kita berdepan dilema sebegini; apa perlu kita lakukan? ",
"Untuk menjawab soalan ini kita perlu faham bagaimana bunyi kentut terhasil. ",
"Ramai orang mempunyai salah tanggapan bunyi kentut terhasil daripada getaran yang berlaku di antara kulit punggung disebabkan oleh tekanan angin yang keluar. Tidak.",
"Bunyi kentut yang terhasil akan bergantung kepada tiga faktor utama iaitu amaun gas yang terhasil, saiz bukaan lubang dubur dan usus besar ketika gas itu perlu dilepaskan dan tekanan yang dikenakan apabila seseorang kentut.",
"Untuk mengawal amaun gas yang bakal keluar, hanya kawalan tabiat pemakanan perlu dilaksanakan di mana kita perlu mengurangkan makanan seperti brokoli dalam diet kita. ",
"Jika rasa ingin kentut, tenangkan diri dan pastikan lubang dubur anda selesa semasa melepaskannya. Angkat sedikit punggung anda supaya lubang dubur tidak 'tertekan' dengan kerusi atau lantai. Jika anda sedang berdiri, regangkan kaki.",
"Perlahankan pernafasan anda. Lepaskan sedikit demi sedikit perlahan-lahan serta berdoalah agar tidak ada bunyi yang terhasil kerana bukan semua orang mempunyai kemahiran kentut secara rahsia yang benar-benar tersembunyi.",
"Jika cubaan anda sukses, lihat reaksi dalam bilik. Pasti ada orang yang menyedari bau kurang enak menyerang deria mereka tetapi mereka memilih untuk sengaja mendiamkannya.",
"Anda pula pejamkanlah mata dan nikmati keenakan aroma bau kentut anda. ",
"Tak salah pun nak menyukainya kerana sains dah membuktikan, anda akan cenderung suka dengan bau kentut anda walaupun orang lain sesak nafas apabila diserang bau serupa.",
"Tarik nafas dalam-dalam dan teruslah berlakon seolah tak ada apa. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kemalangan-maritim-yang-lebih-tragis-dari-tragedi-titanic.html | 5 Kemalangan Besar Maritim Selain Titanic | [
"Lautan telah lama menjadi tempat bahaya dan misteri yang besar sepanjang kewujudan manusia. Walaupun pada zaman kontemporari masa kini dengan pelbagai teknologi baru, perjalanan melalui air dalam dan laut bergelorara masih menjadi usaha yang sukar dan mencabar.",
"Tragedi tenggelamnya kapal Titanic pada tahun 1912 tidak diragukan lagi merupakan bencana maritim yang paling terkenal setakat ini. Walau bagaimanapun, terdapat banyak tragedi maritim lain yang sebenarnya lebih tragis atau setaraf dengan tragedi tenggelamnya kapal Tianic.",
"Berikut adalah antara 5 bencana maritim yang lebih tragis daripada Titanic sama ada dari segi jumlah mangsa korban atau kesannya kepada manusia",
"Menjelang pertengahan abad ke-19, teknologi enjin berkuasa wap sudah wujud dan semua jentera atau kenderaan besar seperti kereta api, jentera berat, dan juga bot menggunakan beberapa bentuk enjin stim untuk beroperasi. Kapal Sultana juga turut dikuasakan dengan enjin wap.",
"Sultana sedang belayar ke Sungai Mississippi apabila ia berhenti di Vicksburg untuk menangani beberapa isu yang dihadapi oleh bot itu di bilik dandangnya. Walaupun masalah tersebut sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu, kapten kapal J. Cass Mason memutuskan untuk meneruskan perjalanan. ",
"Hanya beberapa hari kemudian, selepas meninggalkan Memphis, dandan bermasalah itu meletus membunuh 1,195 daripada 2,000 penumpang di atas kapal. Ia masih kekal hari ini sebagai kemalangan maritim paling maut dalam sejarah AS.",
"Semasa Perang Napoleon pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19, Britain dan Perancis berada dalam konflik yang berterusan antara satu sama lain di laut. Sepanyol, sekutu Perancis pada masa itu, gembira membantu Perancis mengalahkan tentera laut British. ",
"Pada malam 12 Julai 1801, kontinjen kecil Sepanyol mendapati diri mereka dalam pertempuran dengan HMS Superb, sebuah kapal yang agak kecil tetapi lincah. Terima kasih kepada beberapa gerakan bijak dari kapten British, dua kapal Sepanyol, Real Carlos dan San Hermenegildo tidak dapat menghalang kapal British daripada melarikan diri.",
"Disebabkan oleh jarak penglihatan yang rendah disebabkan oleh waktu malam dan huru-hara pertempuran, San Hermenegildo menyangka Real Carlos sebagai HMS Superb dan melepaskan tembakan meriam sisi lebar pada jarak dekat. ",
"Real Carlos bertindak balas dan tidak lama kemudian kedua-dua kapal Sepanyol cuba memusnahkan satu sama lain. Bencana ini berakhir dengan letupan yang dahsyat dan menyebabkan kebakaran besar kedua-dua buah kapal. Hampir 1,500 kelasi Sepanyol terkorban.",
"Pada penghujung jam 20 Disember 1987, feri Dona Paz dari Filipina yang menuju ke Catbalogan bertembung dengan kapal tangki bahan api, MT Vector. Disebabkan tragedi ini berlaku waktu tengah malam, kebanyakan penumpang sedang tidur ketika perlanggaran berlaku.",
"Bahan api pada kapal tangki itu dengan cepat terbakar dan api kemudian merebak ke Dona Paz dengan begitu pantas. Kebanyakan penumpang bangun dalam keadaan panik secara tiba-tiba dan berebut-rebut ingin menyelamatkan diri. Dona Paz mempunyai jumlah bot penyelamat yang tidak mencukupi dan tidak mempunyai jaket keselamatan.",
"Kedua-dua Dona Paz dan MT Victor tenggelam dalam masa beberapa jam sahaja. Ia kemudiannya ditentukan oleh Mahkamah Agung Filipina bahawa pengendali MT Victor dipersalahkan atas kejadian itu. Pemilik kapal itu didapapati beroperasi tanpa lesen dan tidak menghiraukan protokol keselamatan biasa. ",
"Bencana Dona Paz kekal sebagai kemalangan maritim paling maut dalam sejarah (untuk kategori bukan peperangan). Secara keseluruhan, 4,386 orang meninggal dunia dalam tragedi ini.",
"Pada 26 September 2002 MV Le Joola, sebuah feri yang dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan Senegal terbalik di luar pantai Gambia. Feri itu belayar melebihi kapasiti apabila ia dilanda ribut. ",
"MV Le Joola juga dikatakan tidak mempunyai peralatan keselamatan yang sesuai seperti rakit penyelamat dan jaket keselamatan. Daripada 2,000 orang di atas kapal, hanya 64 yang terselamat. ",
"Kejadian tragis MV Le Joola kekal sebagai insiden maritim kedua paling maut yang hanya diatasi oleh Dona Paz.",
"Pada kemuncak Perang Dunia Pertama, Halifax di Kanada menghadapi tragedi yang mengejutkan penduduk bandar itu. Letupan besar yang berpunca daripada kapal amunisi telah memusnahkan pelabuhannya. ",
"Ketika tragedi itu berrlaku sebuah kapal wap Perancis, SS Mont-Blanc sedang menyeberangi Lautan Atlantik untuk menghantar bekalan kepada usaha perang di Eropah. Imo, sebuah kapal bekalan Norway secara tidak sengaja berlanggar dengan kapal Perancis itu dan menyebabkan beberapa siri kebakaran kecil.",
"Sebaik sahaja kebakaran mencapai anggaran 2,925 tan bahan letupan di atas kapal, kapal itu meletus dalam sekelip mata. Letupan itu sangat kuat sehingga menimbulkan tsunami buatan manusia di pelabuhan yang mendatangkan malapetaka di bandar itu. Halifax kehilangan hampir 2,000 nyawa, dan 1,600 bangunan, sebagai tambahan kepada 9,000 yang cedera."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-alat-tulis-ikonik-zaman-sekolah-rendah.html | 10 Alat Tulis Ikonik Zaman Sekolah Rendah | [
"Zaman sekarang, peralatan alat tulis sekolah rendah sudah jadi terlalu mudah untuk dibeli. Jika bajet besar, bolehlah dapatkannya di pasaraya. Jika bajet anda kecil, kualiti peralatan di kedai RM2 pun masih boleh diterima.",
"Kesenangan yang semakin dirasai masyarakat kita membuatkan pelajar zaman sekolah mudah mendapat akses kepada peralatan sekolah yang mencukupi, kadangkala sampai sudah terlalu mewah juga seperti jenama Smiggle yang menjadi kegilaan kanak-kanak perempuan.",
"Dua ke tiga dekad dahulu, ketiadaan pelbagai variasi peralatan sekolah menyebabkan ramai pelajar berkongsi minat alat tulis yang serupa. Berikut adalah 10 alatan sekolah yang ikonik satu ketika dulu, bagi kanak-kanak di Malaysia.",
"Fuh! Dari dulu sampai sekarang, pensil warna LUNA yang menampilkan gambar kapal layar di kotaknya menjadi idaman pelajar. Namun kini terdapat dua versi LUNA yang ada.",
"Versi baru mempunyai corak pensil sekata sementara versi tradisional yang masih dijual, mengekalkan corak jalur-jalur pada setiap batang pensilnya. Yang sekata, murah harganya. Yang tradisional, harganya masih menyucuk-nyucuk jiwa. Kualitinya harus kami akui, ketara berbeza.",
"Pensil keluaran syarikat Jepun Pilot ini, satu ketika dulu adalah idaman semua. Ini kerana berbanding dengan pensil mekanikal jenama lain, pensil ini hanya memerlukan penggunanya menggoncangkan badan pensil tersebut untuk mengeluarkan matanya.",
"Mekanisme tersebut membolehkan mereka yang mempunyai jari yang lebih pendek, mudah untuk mengeluarkan mata tanpa perlu mengalihkan ibu jari dan mengganggu kelancaran menulis.",
"Untuk pelajar yang baru belajar menulis dengan pen, biasanya mula sekitar darjah 4, pemadam pen adalah satu kemestian. Nak beli pen Liquid Paper keluaran Papermate memang mahal.",
"Bagi yang kurang berkemampuan, terpaksalah berpuas hati dengan produk Tipp-Ex yang perlu disapu menggunakan berus atas kertas. Pada pengalaman penulis, inilah antara produk paling tak praktikal yang diguna masa sekolah rendah.",
"Mudah mengalir, mudah tumpah dan mudah keras kalau tak ditutup rapat, penulis memang iri hati saja tengok pelajar yang pakai Liquid Paper. Senang je dia padam. Bila dah sekolah menengah barulah merasa senangnya. Tapi lenguh jugalah nak goncang supaya dakwatnya lancar.",
"Sebelum ada pemadam-pemadam lebih moden zaman sekarang, kebanyakan pelajar di sekolah gemar menggunakan pemadam yang memaparkan bendera-bendera negara dunia dicetak dibadannya.",
"Nak beli sebiji pun fikir lama depan kedai buku, kerana selalunya penjaga kedai buku sekolah akan letak terus sekotak di depan. Kita pilih saja negara mana kita nak, kemudian bayar. Kalau kaki bola, dia mesti pilih bendera Brazil atau England. Nak dapat bendera Malaysia ikut nasib. Selalunya cepat disambar pelajar lain.",
"Zaman sekolah penulis dulu, siapa yang mampu pakai kotak pensil bertingkat siap ada pengasah pensil dan ruangan-ruangan tersorok memang orang yang berkemampuan.",
"Datang dengan ilustrasi logo kartun popular yang dicetak besar kemungkinan tanpa kebenaran, kotak pensil bertingkat adalah simbol status pelajar. Bila ada dua atau tiga kotak pensil sebegini, mesti ada yang ambil buat main perang-perang.",
"Bila dah besar ni barulah penulis tahu kenapa set geometri Oxford, dinamakan sebagai Oxford Geometry Set. Syarikatnya bernama Helix Oxford, sebuah syarikat dari United Kingdom. Memang harganya paling mahal berbanding jenama lain, tetapi kualitinya A+.",
"Jenama lain pemegang pensil pada alat jangka lukisnya mesti longgar dan pensil akan bergoyang-goyang bila kita cuba buat bulatan. Pakai jenama ni, bulatan cantik aje terhasil dan kawan-kawan pun akan tengok dengan kagum.",
"Dulu ramai pelajar memang gemar menggunakan pensil jenama Staedtler. Jenama ni ada dua jenis, satu pensil berbadan merah dengan gred HB dan pensil berjalur warna kuning hitam dengan gred 2B.",
"Yang merah, murah. Yang jalur kuning hitam, mahal. Bila ada duit lebih, dapatlah juga merasa kelegapan kualiti Staedtler NORIS ni. Kualiti tulisan yang terhasil memang jauh berbeza, cikgu nak baca pun mudah berbanding pensil Staedtler merah.",
"Pernah tak kawan anda yang agak berminda 'bisnes' cuba menjual kepada anda kad nama? Mesti ada kan? Semasa cikgu tak ada dalam kelas, mulalah dia keluar katalog nak promosikan kad nama.",
"Mempunyai banyak pilihan, pembeli kad ini boleh memilih pelbagai jenis corak yang akan dicetak pada kad nama kita. Biasanya meliputi visual berkait hiburan, animasi, pemandangan atau sukan, satu set rasanya 20 keping dijual pada harga RM4.90.",
"Memang ramai sanggup tak makan waktu rehat semata-mata nak kumpul duit pesan kad ni.",
"Pengasah pensil ini adalah antara peralatan paling popular di kalangan pelajar, kerana praktikalitinya. Selain mampu mengasah pensil, cermin kecil yang ada juga boleh digunakan untuk memeriksa wajah agar rambut kekal rapi dan pelajar wanita lain nampak kita cool.",
"Bagaimanapun, populariti produk ini tetap tidak menutup kelemahannya. Badan pengasah yang memegang cermin tu mudah pecah sehingga mengakibatkan cermin mudah terkeluar dan skru yang pegang mata pisau pada badan pengasah, mudah hilang.",
"Tetapi kepada siapa yang terfikir nak gabungkan pengasah pensil dengan cermin ni, kami tabik pada anda. Anda memang genius.",
"Sehingga ke hari ini pemadam merah biru ini menimbulkan misteri kepada orang ramai. Apa sebenarnya tujuan bahagian biru pemadam itu dibuat? Ramai kanak-kanak zaman dahulu menganggap biru itu untuk kita memadam tulisan dengan pen. Habis koyak buku kita dibuatnya.",
"Bagaimanapun selepas era informasi, barulah kita tahu bahagian merah yang lembut adalah untuk memadam tulisan hasil pensil pada kertas lembut dan bahagian biru tu pula adalah untuk memadam tulisan pensil yang dibuat pada kertas lebih kasar.",
"Tetapi apa yang menjadi misteri, ada juga pengeluar yang mencetak indikator bagi memudahkan penggunaanya; merah dicetak indikator pensil dan biru pula dicetak dengan logo pen. Misteri betullah!"
] |
https://iluminasi.com/bm/6-pemain-paling-berprofil-tinggi-pernah-bermain-di-liga-bola-sepak-malaysia.html | 6 Pemain Berprofil Tinggi Pernah Bermain Dalam Liga Malaysia | [
"Liga bola sepak Asia Tenggara berdepan cabaran tinggi dalam mendapatkan khidmat pemain terbaik dunia untuk hadir bermain ke sini.",
"Dengan kewujudan liga profesional Asia lain seperti di Jepun yang diakui mempunyai kualiti lebih tinggi serta kemampuan kewangan dimiliki pengendali pasukan liga China, kita terpaksa akur kuasa tarikan kita tak setinggi mana.",
"Tetapi ada kalanya pemain berprofil tinggi yang diakui berkelas dunia terpanggil juga untuk berkhidmat dengan kelab atau persatuan di Malaysia. Berikut 6 pemain paling berprofil tinggi jika dibandingkan dengan semua yang telah tiba.",
"Perwatakannya yang liar, rambutnya yang aneh serta prestasi tak menentu semasa bermain di England menjadi antara perkara yang diingati tentang kerjaya beliau.",
"Diouf meledak selepas mempamerkan aksi baik bersama Senegal dalam kempen Piala Dunia 2002, sehingga Liverpool memancing khidmatnya. Tetapi sayangnya Diouf tidak mampu mengulangi persembahan yang ditunjukkan. ",
"Sering terpalit dengan kontroversi, Diouf bertukar-tukar kelab di sekitar England sehinggalah hadir ke Sabah.",
"Walaupun diberikan tanggungjawab sebagai kapten pasukan Sabah, Diouf menempa kontroversi lebih banyak berusaha memikat hati pengurusan JDT berbanding majikannya. ",
"Dia menawarkan diri berpindah ke JDT bermain tanpa gaji serta mencadangkan agar JDT menubuhkan akademi di Senegal untuk pencarian bakat baru. Ekoran tindakan tak masuk akal itu, Diouf dilucutkan dari jawatan kapten Sabah, hanya sempat bermain 10 perlawanan sebelum ditamatkan kontraknya. ",
"Sabah menjadi kelab terakhir disertai El Hadji Diouf dalam karier dan kini dia telah kembali ke negara asalnya.",
"Seorang pemain yang disayangi peminat kelab Arsenal di England, David Rocastle adalah pemain akademi kelab tersebut sejak awal kariernya. ",
"Dia melakukan penampilan bersama Arsenal sebagai seorang pemain tengah sebanyak 218, menjaringkan 24 gol. Selepas Arsenal, Rocastle berkelana ke beberapa buah kelab lain seperti Leeds, Manchester City dan Chelsea, sehinggalah ditawarkan kontrak bersama pasukan Sabah bagi musim tahun 1998.",
"Bersama Sabah, Rocastle memenuhi reputasi yang dibawa memacu Sabah ke perlawanan akhir Piala Malaysia tahun 1998 namun malangnya terpaksa akur dengan kekentalan Johor dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan 1-0.",
"Rocastle meninggal dunia akibat kanser limfoma pada bulan Mac tahun 2001 ketika baru berusia 33 tahun. Sumbangan beliau kepada kelab Arsenal terus dikenang di mana dewan latihan akademi kelab itu kini dinamakan sempena nama beliau dan wajah beliau yang mesra, kekal dipaparkan di dinding stadium kelab tersebut.",
"Di zaman kemunculannya, Pablo Aimar memikul tugas berat sebagai salah seorang yang berpotensi menyambung legasi legenda Argentina, Diego Maradona dalam sukan bola sepak. ",
"Muncul sebelum Lionel Messi, Aimar adalah nama terbesar di kalangan pemain Argentina, mempunyai rekod yang cemerlang dalam setiap kelab Eropah disertainya seperti Valencia, Real Zaragoza dan Benfica serta 52 kali mewakili pasukan kebangsaan Argentina.",
"Reputasi yang ada mengakibatkan semua orang terkejut selepas JDT mengumumkan Aimar bakal beraksi bersama kelab itu dalam kempen 2013-2014. Tetapi masalah keceraan yang menghantuinya sebelum itu berulang sehingga JDT terpaksa menamatkan kontrak beliau selepas 8 perlawanan. ",
"Penyerang sasa ini merupakan antara barisan penyerang pasukan kebangsaan Croatia, namun gagal diberikan peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama.",
"Memulakan karier bersama kelab Rijeka di Croatia, khidmatnya dipancing kelab gergasi Dinamo Zagreb. Di sinilah dia mencatat rekod sebagai penjaring terbanyak liga membolehkan Balaban berpindah ke kelab England, Aston Villa.Prestasi turun naik serta tidak konsisten di England menghantui karier Balaban. ",
"Dia kembali ke Croatia, kembali mempamerkan aksi lebih baik termasuklah menampilkan prestasi cemerlang bersama Club Brugge di Belgium. Selepas beberapa musim di Croatia dan Greece, Balaban menandatangani kontrak bersama Selangor pada tahun 2012. ",
"Dia menjadi tonggak pasukan Selangor musim tersebut membantu Selangor menduduk tempat ketiga liga, melayakkan Selangor bersaing dalam Piala AFC bagi musim berikutnya. ",
"Selangor dan Balaban memilih untuk tidak meneruskan kontrak tahun berikutnya dan Balaban mengumumkan persaraan dari sukan bola sepak.",
"Di antara semua pemain import yang hadir ke Malaysia, pemain kebangsaan Argentina, Luciano Figueroa telah meninggalkan impak yang sangat mendalam bukan saja kepada kelab JDT bahkan kepada pembangunan bola sepak Malaysia.",
"Mula bermain bersama kelab Rosario Central di tanahairnya, Figueroa membawa diri merantau ke England, Sepanyol, Mexico, Itali, Greece dan juga Ecuador bagi mengasah bakat.",
"Bagaimanapun era kegemilangan beliau berlangsung sekitar 2003 hingga 2005 di mana dia menjadi antara tonggak kesebelasan utama pasukan Argentina serta mempamerkan aksi cemerlang bersama kelab Sepanyol, Villareal.",
"Reputasi yang dimiliki Figueroa memikat hati pengurusan JDT untuk mendapatkan khidmatnya dari kelab Panathinaikos bagi musim 2014, mempamerkan aksi hebat sebagai tonggak baru JDT bersama jaguh tempatan dan duta makanan kucing Safiq Rahim selama 3 musim.",
"Bersama Johor, Figueroa bergelar juara liga sebanyak 3 kali dan juara Piala AFC musim 2015, menambah koleksi trofi peribadinya yang turut tersimpan pingat emas Sukan Olimpik temasya 2004 serta anugerah kasut emas Liga Argentina yang dimenangi tahun 2003.",
"Nama Guiza memuncak lambat berbanding pemain Sepanyol sama generasi dengannya. ",
"Kejayaan beliau menjadi penjaring terbanyak liga Sepanyol pada musim 2007 melayakkan Guiza terpanggil menyertai pasukan kebangsaan, sehingga bergelar juara Piala Eropah tahun 2008.",
"Reputasi yang mekar membawa Guiza ke Turki di mana dia mengecapi kejayaan bersama kelab Fenerbahce sebelum Guiza kembali ke Sepanyol bersama kelab Getafe. ",
"Berikutan kekurangan peluang, Getafe membenarkan Guiza dipinjamkan ke kelab JDT di mana dia melakukan penampilan sebanyak 10 kali dengan 6 jaringan.",
"Dalam karier bersama pasukan kebangsaan Sepanyol, Guiza hanya menerima cap pertama ketika berusia 27 tahun. Bagaimanapun beliau memanfaatkan sepenuhnya peluang yang terhidang - mempersembahkan banyak aksi cemerlang sehingga dinobatkan sebagai antara wira tidak didendang peminat bola sepak Sepanyol."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-emosi-yang-anda-hanya-rasai-ketika-bertanding-sukan.html | 5 Emosi Yang Hanya Dialami Dalam Sukan | [
"Walaupun sukan merupakan aktiviti yang popular di seluruh dunia, hanya sebahagian daripada kita mampu merasai sebuah pertandingan sukan sebenar.",
"Baik peringkat sekolah, universiti ataupun sehingga bergelar atlet profesional yang hidupnya diabadikan untuk bertanding; kesan psikologi ketika bertanding mempertaruhkan reputasi kita dalam satu acara sukan adalah perasaan yang unik, jauh berbeza berbanding hanya menontonnya melalui kaca TV.",
"Bila menonton dari tepi gelanggang atau di rumah, ada banyak emosi yang sukar individu bertanding; sukar digambarkan dan hanya dirasai. Berikut adalah lima perasaan yang hanya seorang ahli sukan rasai tak kiralah dalam peringkat mana sekalipun pertandingannya.",
"Dalam semua sukan, pemain sukar untuk mengetahui sudah berapa lama tempoh pertandingan yang sedang berjalan. ",
"Bila bertanding, masa dirasakan berlalu terlalu pantas sehinggakan kadang-kala kita terkejut apabila mengetahui masa sebenar perlawanan. Semuanya disebabkan rasa tekanan yang ada menghimpit kita ketika perlawanan berlangsung. ",
"Kalau ketinggalan, setiap saat yang berlalu rasa pantas membuatkan kita seakan tak cukup saja masa untuk mengejar. ",
"Tetapi bila dah selesa di depan, taktik dan strategi boleh ditukar, di mana pasukan atau kita boleh menguruskan masa dengan baik kerana kita tidak lagi terganggu dengan emosi. Masanya rasa lama pula, sampai kita pula tertanya-tanya - \"bilalah perlawanan boleh ditamatkan?\"",
"Dalam setiap jenis sukan, pasti ada pemain yang mampu kekal tenang dalam detik paling genting, dikategorikan sebagai clutch player. ",
"Lionel Messi sering dikatakan clutch player sukan bola sepak. Jaguh badminton China, Lin Dan juga mampu kembali bangkit dalam situasi di mana pada awalnya dia dijangkakan bakal tewas. ",
"Pemain-pemain istimewa ini mempunyai kemampuan melakukan sesuatu yang luar biasa dengan hanya satu gerakan mereka saja boleh mengubah hala tuju perlawanan, khususnya ketika perlawanan tiba ke saat getir.",
"Walaupun penulis bukanlah ahli pasukan berkategori ini, tetapi pasukan yang penulis sertai ada seorang clutch player yang boleh jadi tempat bergantung bila kami diasak. ",
"Apa yang kami tahu, bila dah gelabah, dah tertekan; beri dia bola. Emosi yang kita rasa kerana merasai kegagalan menjadi kejayaan dalam sekelip mata memang sukar nak digambarkan. ",
"Sebab itulah bila atlet meraikan kemenangan saat-saat akhir yang tak dijangka ni, mereka memang boleh hilang kawalan diri.",
"Namun dalam konteks sukan, kita akan kerap bertemu dengan orang atau pasukan lain yang jauh lebih hebat berbanding kita, walaupun sebelum itu kita mudah membelasah pasukan lain.",
"Bertemu dengan lawan sebegini memang satu pengalaman yang banyak mengajar kita realiti sebenar tahap kemampuan diri. Semua usaha yang kita buat mudah dipatahkan dan segala strategi yang kita cuba langsung tak berjaya.",
"Apa yang boleh dibuat dalam situasi sebegini hanyalah bertahan sebaik mungkin, jaga air muka agar kekalahan tak berapa teruk. Bila kena ayam dengan pasukan lain, memang kita rasa susah nak bangkit keesokannya.",
"Sebab itulah banyak pasukan yang selalu dibelasah, sukar pulih - kerana tekanan mental terpaksa mengakui tahap keupayaan kita taklah sehebat mana berbanding lawan yang jauh lebih kuat, bijak dan handal.",
" Menerima realiti itu adalah satu perkara yang cukup menyeksakan seorang ahli sukan, tak kiralah dia bertanding dalam peringkat sekolah sekalipun.",
"Sifat manusia sejak dahulu memang gemar bertanding mental dan fizikal. Dalam zaman moden, sukan adalah medan utama kita nak uji kedua-duanya.",
"Jika anda nak tahu kenapa ramai orang sanggup menghabiskan masa berlatih untuk jadi bagus dalam sesuatu acara, jawapannya mudah - apabila kita menang sesuatu acara dan dinobatkan terbaik antara semua yang bertanding, perasaan itu memang indah. ",
"Pengalaman itu sukar nak diungkapkan dalam bentuk ayat atau perkataan. Yang menang acara kecil-kecilan pun boleh rasa syahdunya, apalah pula kalau kita bertanding peringkat Olimpik atau antarabangsa.",
"Mana-mana ahli sukan pasti terasa inspirasi apabila melihat atlet negara berdiri tegak selepas menerima pingat, menyanyikan lagu 'Negaraku' di mainkan. Seluruh negara fokus meraikan kejayaan mereka. Itu pengalaman yang tak mampu dirasai semua dan hanya yang terbaik layak melaluinya.",
"Penulis dapat nyanyi lagu sekolah kutip pingat pun, mengalir air mata tau! ",
"Dalam sukan, provokasi adalah perkara biasa yang dilihat asam garam adat pertandingan semua peringkat, baik peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat tertinggi. ",
"Setiap pasukan pasti ada kaedah dan strategi dalam mengekang lawan, khususnya pemain terbaik bergelar ayam tambatan. Main kasar dan provokasi ni memang langkah efektif melemahkan lawan. ",
"Bila dah bertanding dalam gelanggang, apa yang berlaku bila dah sampai ke tahap emosi akan mengakibatkan kita hilang tumpuan. Kita rasa nak bertindak balas, main kasar balik. Siku sikit, tolak sikit. Rempuh semula!",
"Bagi sesetengah pasukan, mengeluarkan pemain utama akibat hukuman pengadil sudah dilihat sebagai satu kemenangan. Untuk pemain berstatus profesional, emosi panas berakhir selepas perlawanan tamat. Mereka tahu tindakan agresif adalah sebahagian dari taktik permainan.",
"Bagi yang amatur ni, kadangkala bila dah bergaduh atau bertengkar atas gelanggang, boleh membawa ke luar pula. Sampai bawa geng cari nak belasah kononnya.",
"Anda pernah bertanding dalam mana-mana peringkat sukan? Kongsikan pengalaman anda dalam ruangan komen kami kalau ada apa-apa yang menarik, kami tertinggal untuk utarakan."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-bola-sepak-paling-mahal-di-dunia.html | 5 Bola Sepak Paling Mahal di Dunia | [
"Bola sepak ialah sukan berpasukan yang dinikmati dan dimainkan oleh ramai orang di seluruh dunia tidak kira status, jantina atau umur. Ia juga antara hobi paling murah yang boleh anda nikmati tetapi sudah tentulah anda perlu melaburkan lebih banyak duit untuk mendapatkan kelengkapan lengkap permainan jika anda ingin menjadi pemain profesional.",
"Dan walaupun peralatan berbeza corak, jenama dan warna untuk setiap kelab, negara atau liga, bola itu sendiri adalah satu-satunya benda penting yang diperlukan dalam permainan. Banyak syarikat yang mengeluarkan bola sepak mereka sendiri dengan kualiti dan harga yang berbeza.",
"Perbezaan utama antara bola ialah kualiti bahan, lapisan dan jahitan pada panel, serta bahagian belon dalam bola sepak itu. Nilai bola berbeza-beza bergantung pada perlawanan bola sepak, tempat pemain menggunakan bola, jika ia ditandatangani oleh seseorang yang terkenal, atau jika ia mempunyai warisan sejarah.",
"Kali ini, mari Iluminasi kongsikan pula senarai 5 bola sepak paling mahal di dunia. Sesetengah daripada bola ini sememangnya bola sebenar yang boleh digunakan dalam permainan bola sepak profesional sementara ada segelintir daripadanya mempunyai nilai tinggi kereta ciri unik padanya.",
"Bola sepak yang ditandatangani ini telah meningkatkan nilai bola ini kerana Lionel Messi dan tandatangan tulisan tangannya di sisi. Bola sepak ini telah ditandatangani semasa Liga Juara-Juara UEFA 2021, di mana Lionel Messi bermain untuk Paris Saint-Germain. ",
"Pasukan Messi tidak bermain di perlawanan akhir, tetapi memandangkan Messi digelar \"Maradona baharu\" kerana kejayaannya, tandatangannya itu dianggap lebih bernilai daripada pemain lain.",
" Musim 2021/2022 pasukannya dianggap mengecewakan kerana mereka tewas pada Pusingan ke-16 kejohanan Juara UEFA. Sehingga kini, pasukan PSG yang dibarisi ramai trio bintang terkenal Mbape, Neymar dan Messi masih gagal membawa PSG menjulang kejuaraaan pertama mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah. ",
"Satu lagi bola sepak yang ditandatangani ialah Bola Sepak Nike Barcelona 2021/2022 dengan pelbagai tandatangan. Bola sepak itu ditandatangani tangan oleh pemain FC Barcelona Adama Traore, Dani Alves, Ferran Torres, Jordi Alba Ramos, Nico Gonzales, Ronald Araujo, dan Xavi Hernandez, sekadar memberikan beberapa nama.",
"Bola tandatangan berbilang pemain Barcelona ini dijual di laman web Sports Memorabilia dengan harga $2,300 dalam keadaan sangat baik. Bola ini telah dilesenkan secara rasmi, dengan reka bentuk 12 panel yang licin dan belon getah di dalamnya untuk membantu tekanan udara apabila bola ditendang atau dibaling.",
"Bola keluaran Nike ini boleh digunakan untuk permainan sebenar. Walau bagaimanapun, kerana harganya yang begitu mahal ini, ia sememangnya barang koleksi untuk peminat Barcelona. ",
"Salah satu bola sepak termahal ialah bola sepak keluara Louis Vuitton Edisi Terhad yang dibuat untuk Piala Dunia Perancis pada tahun 1998. Bola sepak itu diperbuat daripada kulit, dalam corak monogram Louis Vuitton \"LV\" yang dikenali, dan Louis Vuitton/Paris/Made in France dicap pada bahagian bawah bola.",
"Bola LV berwarna coklat sebagai warna utamanya ini mempunyau beberapa corak butiran persegi emas. Apabila jenama ini mengumumkan pengeluaran bola mahal ini, peminat terkejut dengan tanda harga. ",
"Nampaknya seolah-olah anda membayar untuk nama jenama dengan populariti besar di dunia moden dan bukannya sebarang penggunaan bahan tertentu untuk pengeluaran bola. Tengok jenama LV sahaja pun kita boleh agak bola ini dijual kerana jenamanya dan untuk dijadikan sebagai koleksi semata-mata. ",
"Dengan harganya yang tidak masuk akal dan bahan binaannya itu, kita tahu bahawa bola ini dibuat sebagai koleksi semata-mata dan bukannya dibuat untuk perlawanan sebenar.",
"Bola sepak kedua termahal dunia ialah bola sepak bertatahkan berlian, bola sepak bernilai suku juta dolar yang dibeli oleh pemain bola sepak Perancis Karim Benzema. Menurut tukang emas Dave Bling dan pasukannya, Benzema menghubungi mereka dengan permintaan untuk mencipta bola sepak 1,250 karat. ",
"Seperti yang anda mungkin dapat simpulkan, bola ini bukan untuk kegunaan permainan tetapi lebih kepada hiasan rumah. Bola ini dibuat oleh tukang emas selebriti Dimitry Shimanov, juga dikenali sebagai Dave Bling, yang pernah bekerja dengan penyanyi rap Amerika 50 Cent, Offset, dan Drake. ",
"Bola yang diperbuat dari berlian ini mempunyai kurang berlian daripada yang sebelumnya dalam senarai ini namun kerana berlian yang digunakan mencapai 3,500 karat, menjadikan ini bola bola sepak paling mahal di dunia. ",
"Bola sepak bertatahkan berlian ini mempunyai 6,620 berlian putih dan 2,640 berlian hitam dipisahkan ke dalam tompok bola yang sesuai. Ia mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan bola unik ini.",
"Bola sepak ini direka untuk Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan. Pereka barang kemas Yair Shimansky mencipta bola untuk meraikan kejohanan itu. Replika bola ini yang diperbuat dari kristal pula telah dilelong di mana hasil lelongan didermakan ke adan kebajikan. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-faedah-terbesar-dikurniakan-wajah-kurang-kacak.html | 5 Faedah Terbesar Dikurniakan Wajah Kurang Kacak | [
"Ketampanan wajah memanglah sesuatu yang subjektif. Ada orang wajahnya mungkin taklah menarik pada kita, tetapi tetap digilai orang lain.",
"Kita pula sering merasakan wajah kita menarik, malangnya tak ada pula seorang pun terpikat kepada kita. Mungkin kita patut sedar diri dan menerima hakikat, realitinya wajah kita kurang kacak berbanding apa yang kita andaikan.",
"Kurang kekacakan memang menyulitkan hati! Apatah lagi bila ada orang lain berterus terang memperakui kita memang bukan taste dia dengan ayat yang menyucuk hati. Namun jika difikirkan ada juga faedah kita ni kurang kacak, jika dibandingkan dengan orang lain yang yang diberikan wajah lebih menawan semua.",
"Satu anugerah paling bermakna bagi seseorang yang kurang kacak serta mempunyai riak muka yang bengis, garang dan menghampiri muka 'pecah rumah' - wajah kita membuatkan orang lain takut dengan kita.",
"Takut bukanlah bermakna takut seperti nampak hantu, tetapi takutnya merujuk kepada kegelisahan orang lain untuk cari pasal dengan kita. Apabila orang lain perlu berhati-hati hanya disebabkan penampilan kita, kita jarang diganggu anasir jahat seperti kaki pau, kaki pukul, pemeras ugut dan sebagainya.",
"Nak berjalan di tempat sunyi pada waktu malam gelap pun orang tak tegur, siap orang lain cuba elakkan bertembung dengan kita walhal hati kita baik dan kita sebenarnya sangat periang, siap ada teddy bear lagi di rumah.",
"Gadis-gadis zaman sekarang semakin ramai yang maaflah - hilang maruah diri, sehingga sanggup mencium dan memeluk selebriti pujaan mereka walaupun mereka sedar perbuatan itu berdosa.",
"Semuanya berlaku kerana dua sebab - tarikan populariti dan ketampanan wajah lelaki lain.",
"Seseorang yang tidak mempunyai paras rupa yang kacak harus bersyukur mereka mempunyai pelindung diri yang berkesan menjauhkan diri mereka daripada gadis-gadis gatal dan merenyam, sehingga gadis-gadis seperti ini tidak sama sekali mahu menggedik-gedik dengan anda.",
"Anda terpelihara daripada terjebak dengan godaan gadis-gadis tidak beretika seperti ini, membolehkan anda menumpukan masa anda sepenuhnya kepada aktiviti yang anda gemari. Dosa pun tak dapat.",
"Anda perasan tak - ada perbezaan yang ketara dalam cara sebahagian besar masyarakat kita menilai perbuatan seseorang. Kita sebenarnya toleran meraikan kejayaan mereka yang tak kacak. ",
"Kita ambil contoh mudah, tolong mengutip sampah. Sekiranya seseorang yang kacak cuba membantu mengutip sampah di tempat awam, pasti ada yang akan menuduh dia menunjuk-nunjuk. Tetapi kalau muka pecah rumah buat benda baik ni, orang kita akan puji melambung-lambunglah walaupun bendanya mudah saja pun.",
"Samalah seperti seorang yang kacak dan tidak kacak berjaya sama-sama menamatkan pengajian dengan kelulusan serupa. Anda rasa pihak mana dilihat berjaya mencapai kejayaan lebih besar? Yang tak kacak!",
"Berwajah kacak meletakkan pemilik wajah itu dalam penanda aras lebih tinggi di pandangan masyarakat. Bila handsome, kejayaan-kejayaan kecil ni orang tak pandang kerana automatik orang ramai anggap anda boleh lakukan lebih lagi.",
"Bagi yang kurang kacak, anda buatlah apa pun asalkan perbuatan anda murni, orang ramai lebih mudah meraikan apa saja usaha kejayaan anda. Ini kerana persepsi orang ramai cenderung memandang rendah anda. ",
"Mungkin juga hidup anda dihantui beribu persoalan apabila menyedari anda kurang kacak, melihat hidup orang yang lebih kacak dengan rasa iri hati.",
"Dalam perspektif berbeza, kurang paras rupa sebenarnya memberikan anda banyak masa untuk anda menjadi anda. Anda bebas menjadi personaliti anda yang sebenar di depan orang ramai tanpa perlu 'control macho' atau 'act cool.'",
"Kebabasan yang anda ada membolehkan anda melakukan perkara yang anda suka, ketika menjadi siapa yang anda sebenarnya.",
" Oleh kerana kecenderungan masyarakat untuk 'tidak menghiraukan' mereka yang kurang kacak berbanding yang ada rupa, anda juga akan memperolehi sikap berdikari sendiri kerana tahu hanya dengan sikap sebegitulah anda boleh terus memajukan diri.",
"Orang kurang kacak, sebenarnya kurang bergantung dengan orang lain. Betul kan?",
"Tarikan fizikal memang menjadi salah satu faktor penting semasa awal pertemuan. Faktor ini menyebabkan ramai menyimpan tanggapan wajah kurang kacak mengakibatkan peluang kita bertemu jodoh menurun.",
"Maaflah. Tanggan itu memang benar. Tetapi ada sinarnya juga! Kita semua tahu manusia semulajadi tertarik dengan seseorang yang dia rasakan 'cantik.'",
"Tetapi kekacakan tak kekal lama pun. Sampai ke satu peringkat usia bila mana usia telah mengurangkan tarikan yang ada dan kita sendiri sibuk nak mengurus penampilan kita, kelebihan yang sebelum itu ada akan luntur.",
"Apa yang penulis cuba sampaikan di sini? Anda mungkin tidak kacak dan anda rasa frust gila nak cari pasangan kerana 'kesukaran' itu.",
"Tetapi sekiranya ada perempuan yang jatuh hati dengan anda, anda boleh yakin dia jatuh hati dengan seikhlas-ikhlasnya - bukan hanya kerana tarikan fizikal semata-mata. ",
"Dia mungkin suka anda disebabkan perwatakan, cara anda membuat dia ketawa atau apa saja yang dia rasa selesa dengan anda. Nasihat kami, seandainya anda tahu anda tak berapa kacak tetapi ada wanita minat anda - janganlah pula anda jual mahal pula. ",
"Kalau anda buat jual mahal, memang anda mengada-ngada. Dah terlepas, kami senyum dan kata padan muka."
] |
https://iluminasi.com/bm/mengapa-ikan-di-kutub-selatan-tidak-mati-membeku.html | Mengapa Ikan Di Kutub Selatan Tidak Mati Membeku? | [
"Sebut sahaja tentang Kutub Selatan, pasti ramai tahu bahawa tempat ini sangat tidak sesuai untuk diduduki manusia.",
"Suhu di sini jauh di bawah takat beku, dengan angin bertiup kencang dan langsung tidak pokok. Walaupun begitu masih ada yang mendiami tempat dahsyat ini.",
"Lebih menarik, bagaimana makhluk seperti ikan mampu hidup dalam air sejuk sebegini?",
"Bagaimanakah ikan-ikan di perairan Kutub Selatan yang sejuk ini dapat bertahan?",
"Apa yang kita biasa dengar adalah ikan merupakan mahkluk berdarah sejuk, namun apakah sebenar maksudnya?",
"Organisma berdarah sejuk ialah haiwan yang suhu badannya bergantung kepada persekitaran di sekelilingnya. Ini merangkumi hampir semua jenis ikan, reptilia dan amfibia. ",
"Untuk haiwan berdarah panas pula, ia boleh mengekalkan suhu badan sendiri.",
"Kebanyakan haiwan berdarah panas biasanya menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan julat suhu.",
"Sesetengah ikan telah menyesuaikan diri seperti mempunyai sistem berdarah panas, seperti ikan tuna sirip biru Pasifik, yang melakukan pertukaran haba daripada arteri dan urat.",
"Opah iaitu spesis ikan yang ditemui di Hawaii sebenarnya berdarah panas sepenuhnya.",
"Walau bagaimanapun, hal ini tidak berlaku kepada ikan di Lautan Antartika. Ikan-ikan ini mempunyai komposisi haiwan berdarah sejuk, tetapi telah berevolusi dengan penyesuaian diri yang menarik.",
"Untuk terus hidup, darah perlu terus mengalir ke seluruh badan. Ini kerana darah membawa oksigen dan nutrien ke semua bahagian badan, jadi apa yang berlaku kepada darah biasa seperti manusia, di rantau Antartika?",
"Perlu diketahui bahawa sebahagian besar darah kita adalah air iaitu sekitar 90% daripadanya. Ini bermakna darah kita akan membeku di perairan Antartika",
"Dan disebabkan oleh kandungan garam di lautan, suhu beku air turun kepada -1.9°C.",
"Suhu di bawah sifar ini menyebabkan pembentukan hablur ais dalam darah. Apabila kristal ais terbentuk dalam darah, ia merosakkan semua sel kita.",
"Oleh kerana ikan yang berdarah sejuk tidak boleh mengharapkan suhu badan sendiri untuk terus hidup, ia perlu mencari cara melawa suhu beku ini. ",
"Antibeku merujuk kepada sebatian tertentu yang boleh ditambah ke dalam air untuk mengurangkan suhu bekunya. Cara antibeku biasa berfungsi adalah dengan menghalang pembentukan hablur ais.",
"Bagi ikan Artik, sebatian tertentu ini adalah \"protein antibeku\" dalam badan ikan.",
"Ia dihasilkan sama seperti protein lain dalam badan dan ditemui Oleh Dr Arthur L. DeVries, seorang profesor di Universiti Illinois, pada tahun 1960-an, ketika mana saintis di seluruh dunia tertanya-tanya bagaimana ikan ini dapat bertahan dalam keadaan yang begitu teruk.",
"Persoalannya, apakah yang dilakukan oleh protein ini untuk mengelakkan darah daripada membeku?",
"Dengan kata mudah, air akan terkondensasi apabila molekul-molekul semakin rapat antara satu sama lain, dan apabila ruang antara molekul mereka berkurangan, molekul air menarik antara satu sama lain dengan lebih kuat lalu mewujudkan kekisi kristal.",
"Apa yang dilakukan oleh protein antibeku dalam darah ikan adalah ia masuk ke dalam kekisi kristal ini dan menghalangnya daripada bercantum.",
"Jika kristal-kristal ini dihalang daripada bercantum antara satu sama lain, ia tidak boleh membentuk ais dalam darah. ",
"Sekurang-kurangnya, ia tidak boleh membentuk kristal ais yang cukup besar untuk menyebabkan sebarang bahaya kepada badan ikan.",
"Lebih menarik, perkara ini bukan hanya berlaku dalam badan ikan sahaja.",
"Ikan Antartika bukan satu-satunya makhluk hidup yang mempunyai penyesuaian yang menarik ini. Protein antibeku sebenarnya terdapat dalam banyak organisma lain.",
"Penyesuaian ini dilihat berlaku dalam banyak organisma primitif, seperti diatom ais laut dan bakteria tertentu.",
" Malah, ia juga dilihat dalam organisma yang lebih berevolusi seperti kulat acuan salji dan juga beberapa spesis kumbang.",
"Penyesuaian ini berkembang dengan cara yang berbeza tetapi akhirnya mencapai hasil yang sama. ",
"Dalam kajian evolusi, fenomena ini dikenali sebagai evolusi konvergen. Secara ringkas, ia seperti banyak laluan berbeza pada peta yang berakhir di destinasi yang sama."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-karier-dalam-sukan-bola-sepak-jika-anda-berkaki-bangku.html | 5 Kerjaya Dalam Bola Sepak Bagi Individu Berkaki Bangku | [
"Sukan bola sepak adalah sukan nombor satu dalam dunia. Pendapat ini tidak boleh dinafikan lagi, disebabkan oleh populariti sukan ini di kalangan ahli masyarakat dunia. Termasuklah kita di Malaysia.",
"Ramai di kalangan anak muda kita yang berkemahiran bermain bola sepak memasang impian tinggi untuk sekurang-kurangnya dapat bermain dalam peringkat teratas liga tempatan. Namun bukan semua orang mempunyai bakat bermain bola sepak.",
"Apa pula pilihan yang ada bagi seorang individu yang layak dikategorikan kurang kemahiran tetapi tetap meminati industri sukan popular ini? Berikut adalah lima karier dalam sukan bola sepak yang boleh anda ceburi sekiranya anda seorang kaki bangku.",
"Keperluan untuk menjadi seorang jurulatih dalam sebuah kelab atau persatuan bola sepak, sudah terlalu besar skop kejurulatihannya serta melibatkan banyak aspek berbeza yang tidak hanya terhad kepada kemahiran bola sepak semata-mata.",
"Kelab-kelab besar di Eropah misalnya, sudah mempunyai jurulatih khusus yang hanya memfokuskan latihan mereka hanya kepada taktik dan strategi. ",
"Ada juga kelab yang mempunyai jurulatih khas yang tugasnya menyelia pemain secara satu dengan satu di luar padang, bagi menjaga kebajikan, mental dan emosi pemain agar dapat fokus kepada tugas utama mereka.",
"Salah seorang jurulatih muda yang disebut sebagai jurulatih berpotensi, adalah Carlos Cuesta yang kini bersama kelab Arsenal di England. Seorang warga Sepanyol, dia langsung tidak pernah bermain sebagai pemain profesional tetapi memilih untuk mengambil lesen kejurulatihan EUFA Pro bertaraf diploma, memulakannya pada usia 18 tahun.",
"Cuesta memohon jawatan dengan kelab Athletico Madrid untuk memenuhi keperluan wajib kursus yang telah ditetapkan, sehingga dilantik menjadi jurulatih pasukan bawah 13 tahun kelab itu.",
"Dia berpindah ke kelab Itali, bersama kelab Juventus pada usia 22 tahun dan seterusnya menjadi 'jurulatih pembangunan individu' bersama Arsenal pada usia 25 tahun. Umur dia ketika ini baru 27 tahun. Ada rasa terinspirasi tak?",
"Perbincangan berkenaan status pekerjaan pengadil di negara kita khususnya, masih terus hangat - kerana di negara kita, majoriti pengadil perlawanan bola sepak yang menghakimi perlawanan di stadium bukanlah berstatus profesional.",
"Mereka sebenarnya masih mempunyai tugasan dan tanggungjawab lain yang lebih utama, berbanding menjadi pengadil atas padang. ",
"Situasi ini mengakibatkan ada pihak berpendapat perlu berlaku perubahan diperkenalkan agar hanya pengadil bertaraf profesional di benarkan bertugas dalam semua perlawanan liga kita, bagi memastikan mutu pengadilan yang lebih sekata dan berkualiti dapat ditrampilkan.",
"Kelayakan untuk menjadi seorang pengadil tidak memerlukan seseorang mahir bola sepak. Dia perlu mahir tentang selok-belok peraturan permainan dan melalui kursus lima peringkat yang telah ditetapkan oleh FIFA, bermula daripada status Pembantu Pengadil Kelas III, Pengadil Kelas III, Kelas II, Kelas I dan seterusnya Pengadil Bertaraf FIFA.",
"Seseorang itu haruslah berada dalam lingkungan had umur 25 tahun minima dan 35 tahun maksima, bagi melayakkan dia bergelar Pengadil Bertaraf FIFA. Senang cerita, kena mula awallah kalau minat nak jadi pengadil. ",
"Sistem Pengadil Profesional Malaysia pun baru saja ditubuhkan pada bulan Mac tahun 2022, jadi kepada mereka yang berminat - mana tahu ini jalan kerjaya terbaik anda?",
"Bidang pengurusan media melibatkan sesebuah kelab bola sepak adalah besar skop tugasannya, jadi ada banyak jawatan akan dibuka kelab bergantung kepada keperluan mereka.",
"Pegawai media sesebuah pasukan memerlukan seseorang yang berkemahiran dalam bidang penulisan untuk melapor atau mengemaskini semua berita, maklumat dan informasi berkenaan kelab atau pasukan. ",
"Biasanya sebuah jabatan media akan dibentuk menggunakan tenaga kerja ramai lagi individu lain dengan skop kerja masing-masing. ",
"Jurufoto dan juruvideo rasmi pasukan adalah orang yang setiap masa ke sana ke sini memetik gambar (menggunakan kamera optik sebenar bukan dengan telefon pintar!) bagi merakamkan saat-saat berharga yang dialami pemain dan pengurusan kelab.",
"Ada juga kelab mempunyai jabatan atau pasukan khas menguruskan kesemua akaun media sosial berkait kelab itu, bagi memastikan maklumat bukan sahaja sampai dengan tepat tetapi perkongsian itu juga mampu tular di kalangan netizen.",
"Kami tidak merasakan banyak kelab atau persatuan di Malaysia menggunakan khidmat pakar pemakanan dan diet, dalam memastikan kesihatan setiap pemain berada di tahap optimum.",
"Oleh kerana itulah apabila kelab Johor Darul Takzim melaporkan kejayaan mereka mendapatkan khidmat pakar pemakanan dari Argentina, Vanesa Soledad Rotondi yang pernah berkhidmat bersama kelab gergasi Boca Juniors - perlantikan beliau mendapat reaksi positif daripada banyak pihak.",
"Ini kerana jelas bidang sains yang diaplikasikan ke dalam sukan sudah menjadi salah satu cabang yang penting, dalam menyelia keadaan tubuh setiap pemain. ",
"Seorang pemain profesional zaman sekarang tak kiralah dalam sukan apa sekalipun, seharusnya bersedia mengorbankan diet makanan dan minuman kegemaran mereka untuk mendapatkan kondisi badan terbaik.",
"Dengan kehadiran seorang pakar pemakanan yang bertugas khusus untuk sebuah kelab, mudah bagi pengurusan kelab merekod dan menyelia keadaan pemain serta merekabentuk diet pemakanan yang khas, dalam membantu memaksimakan prestasi mereka.",
"Walaupun ramai kurang menggemari pengaruh ejen dalam urusan kontrak pemain dengan kelab, kehadiran ejen hendak tak hendak sudah menjadi satu perkara wajib yang diterima. Khasnya dalam memastikan kehendak pemain semasa rundingan turut terjaga dan kontrak tidak hanya memihak kepada kelab semata-mata.",
"Namun kita di Malaysia kurang kedengaran kisah-kisah berkenaan ejen pemain sebegini, walaupun realitinya ramai pemain sudah memiliki ejen sendiri. ",
"Ini kerana berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM, jumlah ejen pemain yang berdaftar secara rasmi dengan FAM adalah amat rendah sehingga dikritik pengurusan FAM.",
"Bagaimanapun kritikan itu dijawab sesetengah agensi, yang menyifatkan yuran pendaftaran dikenakan FAM adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan majoriti negara Eropah lain.",
"Apa yang perlu kita sedari, industri ejen pemain ini sebenarnya semakin lama semakin berkembang. Rata-rata pemain kita masih lebih gemar menggunakan kaedah lama melakukan perbincangan terus dengan kelab atau pemain, bagi mengabsahkan sesebuah kontrak - tetapi trendnya sudah semakin berubah.",
"Di masa depan, kami yakin lebih ramai pemain akan sedar keperluan untuk mereka mempunyai ejen sendiri dan ini membuka lebih banyak peluang kepada orang awam, untuk mula menceburi kursus-kursus pelesenan sebagai ejen khidmat sukan.",
"Janganlah terkejut pula seandainya 10 tahun akan datang, akan ada rakan lama anda yang bukan setakat berjaya jadi ejen penapis air, takaful dan hartanah - bahkan dia turut sama berjaya mewakili ramai pemain kebangsaan negara kita juga."
] |
https://iluminasi.com/bm/bagaimanakah-hawaii-menjadi-sebahagian-amerika-syarikat-walaupun-lokasinya-jauh.html | Bagaimanakah Hawaii Boleh Menjadi Sebahagian Amerika Syarikat? | [
"Hawaii terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan dan menjadi tumpuan bagi pelancong yang gemarkan pantai dan aktiviti di sekitarnya. Walaupun lokasinya begitu jauh dengan tanah besar negara Amerika Syarikat, Hawaii kini berada di bawah penguasaan Amerika Syarikat.",
"Ya, Hawaii merupakan negeri ke 50 yang menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat, selepas kemasukan Alaska yang merupakan negeri ke 49. Kedua-duanya hanya menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan kisah pemilikan Alaska ini pernah kami tulis dalam artikel Sejarah Pemilikan ALaska oleh Amerika Syarikat.",
"Dari segi geografi, Hawaii terletak di Lautan Pasifik kira-kira 3,200 km dari tanah besar A.S. Ia adalah satu-satunya negeri A.S. di luar Amerika Utara, satu-satunya negeri yang merupakan kepulauan, dan satu-satunya negeri yang terletak secara geografinya dalam kawasan tropika. ",
"Berbalik kepada tajuk di atas, dengan lokasinya yang begitu jauh daripada Amerika Syarikat, bagaimanakah pulau ini boleh menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat? Siapakah yang menguasai pemerintahan pulau ini sebelum diambil oleh oleh AS?",
"Mengikut catatan sejarah, pulau-pulau ini tidak berpenghuni sehingga pelayar Polinesia tiba sekitar abad ke-5 dari Kepulauan Marquesas. Para pengembara ini datang dengan sampan berkembar dengan layar besar, diikat bersama dengan tali dan platform tengah.",
" Orang asli Hawaii, atau Kanaka Maoli, tinggal di pulau itu selama berabad-abad sebelum pedagang Amerika pertama menjejakkan kaki di kawasan itu pada tahun 1820-andan sebelum mereka Kapten British James Cook telh tiba pada tahun 1778.",
"Pada awal abad ke-18 pedagang Amerika pertama datang ke Hawaii untuk mengeksploitasi hasil kayu cendana (sandalwood) di pulau itu yan sangat bernilai di China pada masa itu. Pada tahun 1830-an, industri gula telah diperkenalkan ke Hawaii dan pada pertengahan abad ke-19 telah menjadi mapan. ",
"Orang Amerika dan ramai orang luar datang untuk menanam tebu di pulau-pulau dan mendapatkan hasilnya sementara para mubaligh datang untuk \"memodenkan\" orang Hawaii. Ini telah banyak mengubah cara hidup politik, ekonomi, agama dan budaya tradisional di Hawaii yang sehingga ke tahap itu, telah wujud selama lebih seribu tahun. ",
"Ada yang berpendapat ini adalah peluang untuk membawa rakyat Hawaii ke masa hadapan. Sementara itu, ada yang berpendapat kemunculan orang-orang luar ini adalah permulaan kepada sebuah pengakhiran kehidupan tradisional di Hawaii.",
"Hawaii sentiasa mempunyai raja atau permaisuri. Pada tahun 1840, Raja Kamehameha III telah dilucutkan kuasanya, dan sebuah monarki berperlembagaan telah ditubuhkan. Dikatakan bahawa Raja sendiri membantu melakukan ini, sebagai sebahagian daripada perubahan untuk \"memodenkan\" Hawaii. ",
"Pernah dengar mengenai serangan terhadap Pearl Harbor? Tahukah anda Pearl Harbod terletak di Hawaii?",
"Akhirnya, kehadiran orang Amerika di Hawaii menjadi begitu ramai dan pengaruh mereka sangat kuat kuat sehingga pada tahun 1887, AS menubuhkan pangkalan tentera laut di Pearl Harbor.",
"Pada tahun 1891, saudara perempuan Raja Kalakaua, Liliuokalani menaiki takhta sebagai Ratu, (abangnya telah meninggal dunia) dan beliau cuba mengambil alih sepenuhnya. Liliuokalani enggan mengiktiraf perlembagaan yang telah ditetapkan oleh abangnya pada tahun 1887.",
"Pada Januari 1893, sebuah \"Jawatankuasa Keselamatan\" yang ditubuhkananjurkan oleh Sanford B. Dole, telah melancarkan rampasan kuasa terhadap Ratu Liliuokalani dengan sokongan Amerika Syarikat. Pada 1 Februari, Menteri John Stevens mengiktiraf kerajaan baharu Dole atas kuasanya sendiri dan mengisytiharkan Hawaii sebagai negeri naungan A.S. ",
"Dole menyerahkan perjanjian penguasaan keatas Hawaii kepada Senat A.S. tetapi kebanyakan Demokrat menentangnya, terutamanya selepas ia mendedahkan bahawa kebanyakan orang Hawaii tidak mahu menjadi sebahagian daripada wilayah A.S. ",
"Sehingga 1898 apabila Perang Sepanyol-Amerika meletus barulah Kongres AS meluluskan kemasukan rasmi Hawaii untuk kegunaan strategik Pearl Harbor. Pada tahun 1900, Hawaii menjadi wilayah rasmi AS, dan kemudian akhirnya pada tahun 1959, ia menjadi negeri AS ke-50.",
"Adakah kemasukan Hawaii sebagai salah sebuah wilayah A.S. sesuatu yang menguntungkan bagi mereka?",
"Ianya bergantung daripada aspek mana yang anda lihat. Sebelum orang Amerika menguasai pulau-pulau itu, Hawaii mempunyai sistem pendidikan yang dihormati, serta sistem perubatan yang memberi perkhidmatan kepada rakyatnya dengan sangat baik.",
"Perkhidmatan perubatan adalah percuma untuk semua pada mulanya namun selepas penguasaan A.S., orang asli Hawaii sendiri terpaksa membayar untuknya. Kemiskinan berlaku untuk penduduk asli Hawaii yang tidak mendapat penghormatan generasi sebelumnya di sekolah dan masyarakat secara amnya. ",
"Cara hidup putih mula mengambil alih. Apabila Amerika mengambil alih, budaya asli Hawaii telah terhakis sedikit demi sedikit. Pelajar tidak dibenarkan bertutur dalam bahasa ibunda mereka di sekolah dan tidak digalakkan menghadiri sekolah selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah.",
"\"Amerikanisasi\" kehidupan di Hawaii telah menyebabkan ramai orang asli Hawaii kini hidup dengan keadaan kesihatan yang merudum dan sesetengahnya turut mendakwa tahap pendidikan yang kurang dari sebelumnya.",
"Maka tidak hairanlah beberapa ahli sejarah kini mengatakan bahawa Hawaii tidak diisytiharkan sebagai wilayah A. S semata-mata sebaliknya lebih tepat mereka telah ditakluki."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kugiran-berbahasa-melayu-yang-vokalisnya-bukan-melayu.html | 5 Kugiran Berbahasa Melayu Yang Vokalisnya Bukan Orang Melayu | [
"Dalam industri muzik kita, sudah banyak karya yang layak disifatkan klasik terhasil oleh kumpulan-kumpulan tempatan. ",
"Karya klasik yang mengenengahkan penggunaan bahasa Melayu dalam lirik, mampu memperkuatkan penggunaan bahasa kebangsaan kita dalam budaya popular masyarakat. ",
"Di kalangan sesetengah kugiran yang terkenal dengan karya berbahasa Melayu, ada juga kumpulan yang menampilkan vokalis bukan Melayu. ",
"Berikut adalah lima kugiran berbahasa Melayu yang vokalis handalan mereka bukan Melayu dan langsung tak pelat menyanyi dalam bahasa kebangsaa kita, layak dijadikan simbol kemajmukan masyarakat kita.",
"Kita mulakan dengan kumpulan paling muda dalam senarai iaitu iamNeeta. ",
"iamNeeta merupakan kumpulan yang diasaskan 3 orang anak muda sekitar tahun 2011, diwakili Neeta Manisha Manogaran dari Sungai Petani, Kedah sebagai vokalis, Patrick Anohada dari Kota Kinabalu sebagai pemain gitar dan Anas Azhar sebagai pemain bass.",
"Mula popular selepas lagu 'Tuhan Tolong Aku' ciptaan sepenuhnya Patrick diterima baik peminat muzik rock alternatif, kemampuan vokal Neeta yang baik dipuji ramai. Pada penulis, agak mirip muzik dan karya mereka dengan kumpulan Paramore dari Amerika Syarikat, cuma dalam versi lebih ringan.",
"Neeta seorang gadis kacukan India, Cina dan Thailand, mempunyai kemampuan bertutur dalam lima bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Hokkien dan juga Thai - jadi sebutan bahasa Melayunya memang asli. Respek!",
"Kami yakin peminat muzik di Malaysia pasti menggemari lagu 'Kenangan Lalu' dan 'Kasih Berubah' dendangan kumpulan Flybaits. ",
"Kedua-dua buah karya ciptaan komposer legenda Dato' M.Nasir benar-benar hidup hasil kekuatan vokalis Flybaits, Alfredo Villenguez Valentino atau Fredo, seorang warga Singapura berketurunan Filipina.",
"Aktif dalam industri muzik sejak penghujung dekad 1970-an, Flybaits menjadi antara kugiran paling diminati semasa zaman kemuncaknya.",
"Menerbitkan 4 album sepanjang karier bersama Flybaits, Fredo kekal sebagai vokalis utama tetapi ada ketikanya memberikan laluan kepada anggota lain menyumbang suara.",
"Setelah memeluk Islam pada tahun 1996, Fredo memilih nama Mohd. Amani Abdullah, tetapi mengekalkan nama pentas 'Fredo' yang ikonik untuk persembahan. Beliau masih aktif melakukan persembahan secara solo, sekali-sekala tetap menyuarakan hasrat terpendam mahu menyatukan kembali Flybaits untuk melakukan kemunculan semula.",
"Kumpulan Gingerbread juga merupakan sebuah kumpulan yang berasal dari Singapura seperti Flybaits, menampilkan dua beradik berketurunan India iaitu Moses dan Chris Vadham berkongsi tugasan vokal utama.",
"Tona vokal yang berbeza di antara keduanya memberikan karya Gingerbread identiti unik dan berubah wajahnya. Mereka mula popular dengan lagu 'Ku Cari Damai di Hati' sekitar tahun 1982, sempat merakamkan dua album yang diterima baik peminat. ",
"Selepas Gingerbread dibubarkan, Moses dan Chris memilih untuk memulakan karier sebagai artis solo, meninggalkan legasi yang telah tersemat dalam masyarakat - kerana banyak sebenarnya lagu mereka masih didengari sehingga ke hari ini.",
"Anda mungkin tak tahu siapa Gingerbread, tetapi kami sangat yakin anda tahu bagaimana nak menyanyikan lagu-lagu popular mereka.",
"Sebut tentang kumpulan Kamikaze, peminat muzik kita pasti lebih mengenali pemain gitar kumpulan ini iaitu Sham Kamikaze, yang masih aktif bermain sebagai pemuzik undangan dan juga seorang pendakwah. ",
"Vokalis kumpulan ini, Terence Law atau lebih dikenali dengan nama jolokan 'T-Rex' masih aktif menyanyi dan melakukan persembahan secara solo pada usia 47 tahun. ",
"Memulakan karier dalam bidang industri muzik sebagai seorang jurutera bunyi, Terence diberikan peluang untuk menyertai sebuah kumpulan lain sebelum menyertai Kamikaze. ",
"Berketurunan Cina dan berasal dari Sarawak, Terence mempunyai kemampuan vokal yang mempunyai keunikan sendiri - membolehkan setiap lagu Kamikaze mudah dikenali. ",
"Nama kumpulan Alleycats dah tak perlu diperkenalkan kepada orang ramai, kerana mereka adalah antara kumpulan paling ikonik negara kita. ",
"Dengan identiti rambut afro yang digayakan adik-beradik pengasas kumpulan ini iaitu David dan Loganathan Arumugam, mereka berdua sama-sama berkongsi tugas vokal dalam setiap karya kumpulan ini. ",
"Pengaruh ibu mereka yang aktif dalam seni hiburan moden dan irama klasik banyak memberi kesan kepada kedua-dua adik beradik itu, untuk berani menceburi bidang nyanyian secara serius. Perjalanan Alleycats dalam industri bagaimanapun bukan mudah.",
"Alleycats ditubuhkan pada tahun 1969, hasil gabungan pemuzik-pemuzik handalan sekitar Pulau Pinang. Mereka mula bermain sebagai kugiran di kelab-kelab, sebelum ditawarkan menjadi artis residen bersama sebuah kelab malam di Hong Kong. ",
"Pengalaman yang dikutip beraksi, membolehkan Alleycats ditawarkan untuk merakamkan album di Singapura. 'Terima Kasih' dilancarkan pada tahun 1978 membariskan lagu klasik 'Senandung Semalam' dan 'Jika Kau Bercinta Lagi.' ",
"Kejayaan album pertama yang lebih ringan muziknya berbanding trend industri ketika itu banyak dibantu sentuhan emas Dato' M.Nasir. ",
"Kerjasama kedua-dua pihak membolehkan Alleycats membina asas kukuh meneruskan kerjaya panjang, hampir setiap tahun melancarkan album baru serta kekal bertahan walaupun industri muzik rock telah menguasai citarasa muzik Malaysia. ",
"Alleycats menerbitkan album terakhir mereka 'Rasa' pada tahun 2006, sebelum Loganathan meninggal dunia pada bulan Jun tahun 2007 akibat kanser. ",
"Alleycats tidak lagi mengeluarkan album namun kekal bersatu dan masih bertahan. Dato' David Arumugam juga masih aktif melakukan persembahan, menyanyikan lagu-lagu hits mereka pada usia 72 tahun."
] |
https://iluminasi.com/bm/kisah-ubat-kuat-viagra-yang-ditemui-secara-tidak-sengaja.html | Sejarah Viagra Yang Ditemui Secara Tidak Sengaja | [
"Dalam dunia perubatan, terdapat beberapa penemuan mengagumkan yang telah dibuat secara tidak sengaja. Contoh popular bagi penemuan sebegini adalah penemuan antibiotik penicilin.",
"Kisah penemuan penicilin ini pernah kami tulis dalam artikel Sejarah Penemuan Antibiotik Penicilin Yang Mengubah Dunia Perubatan. Selain penicilin, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ubat kuat popular, Viagra juga sebenarnya ditemui secara tidak sengaja.",
"Mungkin sesetengah rakyat Malaysia menganggap topik ubat kuat ini merupakan topik yang taboo, namun realitinya banyak rumah tangga yang musnah kerana keperluan batin suami isteri tidak dipenuhi. Oleh itu, penemuan Viagra atau ubat yang mengembalikan ereksi lelaki sememangnya penemuan penting dalam bidang kesihatan. ",
"Viagra, rawatan oral pertama untuk masalah mati pucuk telah dibangunkan secara tidak sengaja oleh saintis di Pfizer Laboratories dan telah diberi lampu hijau untuk digunakan oleh FDA (U.S. Food and Drug Administration) pada 27 Mac 1998. ",
"Dalam 20 tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi sangat penting untuk kegunaan orang ramai dimana 62 juta lelaki di seluruh dunia telah membeli ubat ini. Tentera AS mengeluarkan $41.6 juta setahun pembelian Viagra dan mulai 2012 dan seterusnya, AS, Mexico, dan Kanada membelanjakan kira-kira $1.4 bilion untuknya setiap tahun.",
"Walau bagaimanapun angka tersebut dianggarkan akan jatuh pada tahun-tahun mendatang kerana paten Pfizer pada ubat itu telah tamat tempoh sejak 2020. ",
"Walaupun Viagra cukup popular hari ini, para penyelidik yang menemuinya, sebenarnya tidak mencarinya dengan khusus. Sildenafil, bahan aktif dalam Viagra, pada asalnya dibangunkan untuk merawat masalah kardiovaskular. Ia bertujuan untuk melebarkan saluran darah jantung dengan menyekat protein tertentu yang dipanggil PDE-5.",
"Dalam ujian haiwan, ia kelihatan berfungsi dengan baik: penyelidik boleh menemui bukti bahawa ia menghalang PDE-5, dan haiwan itu tidak mempunyai sebarang kesan sampingan atau kesan buruk yang jelas. Jadi, ia dibawa ke dalam percubaan klinikal fasa satu pada awal 1990-an, untuk menguji sama ada manusia boleh bertolak ansur dengan sebatian baharu itu.",
"Semuanya kelihatan berjalan lancar kecuali satu perkara pelik yang dilakukan oleh lelaki yang mendaftar dalam kajian itu apabila jururawat pergi memeriksa mereka. ",
"Mereka mendapati ramai lelaki sedang berbaring meniarap. Seorang jururawat melaporkan bahawa para lelaki itu malu kerana mereka mendapat ereksi. Nampaknya salur darah yang mengembang bukan di dalam jantung, sebaliknya di zakar (salur darah yang mengembang adalah sebahagian daripada proses yang membawa kepada ereksi).",
"Melalui kajian ini, para penyelidik meyimpulkan Sildenafil berfungsi tetapi di bahagian badan yang salah. Dan dengan itu, terciptalah apa yang dipanggil \"pil mati pucuk\" atau \"ubat kuat\" ini.",
"Saintis kanan Pfizer Chris Wayman menyiasat apa yang berlaku dengan menguji ubat pada sampel tisu zakar daripada lelaki mati pucuk. Kesannya amat mengejutkan.",
"Pengawal selia FDA meluluskan Viagra pada tahun 1998. Sebelum ini tiada rawatan oral untuk disfungsi erektil; satu-satunya pilihan adalah suntikan atau implan prostetik. ",
"Viagra dianggap berkesan sehingga enam jam, dan walaupun ia tidak merangsang keinginan, ia membantu seorang lelaki untuk \"membina\" dan mengekalkan ereksi jika dia merasa terangsang.",
"Dalam sepuluh tahun pertamanya sahaja, hampir 30 juta lelaki di seluruh dunia telah diberikan preskripsi Viagra dengan jualan lebih daripada £1 bilion berjaya dicatatkan. Di Britain, preskripsi untuk Viagra (dan ubat disfungsi erektil lain) telah meningkat hampir tiga kali ganda dalam dekad yang lalu. ",
"Kajian jangka panjang mendapati bahawa Viagra dan ubat yang serupa tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang serius. Walau bagaimanapun, lelaki muda yang menggunakan Viagra sebagai ubat gaya hidup boleh membahayakan potensi mereka, kerana mereka mula meragui kejantanan mereka tanpa penggunaan Viagr dan oleh itu akan meningkatkan pergantungan psikologi padanya.",
"Nota: Para doktor bimbang bahawa orang lelaki awam membeli ubat jenis Viagra dalam talian, meletakkan diri mereka dalam bahaya kerana membeli Viagra palsu yang mengandungi bahan kimia berbajaya. Dapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu sekiranya anda memerlukan Viagra. Jangan malu berjumpa doktor."
] |
https://iluminasi.com/bm/masih-ramai-tak-tahu-di-mana-osama-bin-laden-dikebumikan.html | Kisah Sebenar Bagaimana Osama Bin Laden Dikebumikan | [
"Berita tentang kematian Osama Bin Laden sememangnya telah tersebar ke seluru dunia, namun masih ramai yang tidak mengetahui mengapa pengasas al-Qaeda ini ditanam di laut.",
"Selepas lebih dari 10 tahun dalam senarai paling dikehendaki FBI, Osama akhirnya terbunuh dalam satus serangan oleh pasukan Tentera Laut AS di perkarangan tempat tinggalnya dekat Islamabad, Pakistan pada 2 Mei, 2011.",
"Mengimbau kembali saat Osama terbunuh, Bekas anggota Pasukan 6 SEAL Tentera Laut AS Robert O'Neill berkata dalam perbualan yang diadakan di Muzium Memorial 9/11: \"Osama Bin Laden berada satu setengah kaki di hadapan saya. Saya kemudiannya menembaknya dua kali, dan kemudian sekali lagi,\".",
"\"Saya kemudiannya menoleh ke belakang, anggota SEAL yang lain datang ke dalam bilik tersebut dan saya berhenti di situ dan melihat ke arah mereka. Salah seorang daripada mereka melihat saya dan berkata, \"Kau okay?\". Saya berkata, \"Apa yang kita patut buat sekarang?\".",
"O'Neill menceritakan bahawa anggota SEAL tersebut ketawa dan meletakkan tangan ke atas bahunya sambil berkata, \"Sekarang kita cari komputer-komputer itu,\".",
"Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Barack Obama mengumumkan berita kematian Osama, namun AS masih perlu menentukan bagaimana mayat Osama harus dikebumikan.",
"Negara tersebut bergantung kepada agama dan sejarah untuk membantu memaklumkan keputusannya.",
"Pembakaran mayat telah ditolak kerana ia dilarang dalam Islam dan mengebumikannya di tanah airnya menjadi satu isu kerana negara asalnya Arab Saudi dilaporkan tidak akan menerima mayat Osama.",
"Oleh itu, keputusan yang dibuat oleh AS adalah untuk mengembumikan Osama di laut dan untuk memastikan tiada siapa dapat mencari atau menemui mayatnya, pelbagai langkah berjaga-jaga diambil.",
"Tradisi Islam memerlukan jenazah dikebumikan dalam tempoh 24 jam selepas kematian, jadi sebaik sahaja mayat Osama dikenal pasti, AS memindahkan mayatnya ke kapal USS Carl Vinson.",
"Jenazah Osama kemudiannya dikendalikan dengan cara Islam termasuknya dimandikan, dikafankan dan penterjemah bahasa Arab dibawa untuk menyempurnakan upacara keagamaan.",
"\"Seorang pegawai tentera membaca ucapan keagamaan yang disediakan, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh penterjemah,\" jelas seorang pegawai pertahanan AS.",
"Walau bagaimanapun, AS kemudiannya tidak mengikut tradisi Islam iaitu mengebumikan jenazah Osama, sebaliknya mereka meletakkan jenazah tersebut di dalam beg pemberat sebelum memasukkannya ke atas papan kayu lalu ditolak ke dalam laut.",
"\"Pengebumian\" jenazah Osama ini dilakukan kira-kira 12 jam selepas beliau dibunuh."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-model-kereta-porsche-paling-mahal-di-dunia.html | 5 Model Kereta Porsche Paling Mahal di Dunia | [
"Porsche ialah nama singkatan Dr.-Ing. h.c. F. Porsche AG, pengeluar di Jerman yang menghasilkan bukan sahaja beberapa kereta super perlumbaan paling terkenal pernah dibina tetapi juga sedan dan SUV gred pengguna.",
"Syarikat itu adalah sebahagian daripada Volkswagen dan berpangkalan di Stuttgart, iaitu di Baden-Wurttemberg di Jerman. Jenama ini dimulakan oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1931. Sejak itu, Porsche telah menjual berjuta-juta kereta dan juga membina kereta kebal semasa Perang Dunia Kedua, Panzerjager Elefant.",
"Hari ini, Porsche terkenal sebagai kenderaan pengguna yang mahal. Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan senarai kereta Porsche yang paling mahal di luar sana, termasuk yang paling mahal yang boleh anda beli sekarang serta yang paling mahal pernah dijual.",
"Porsche paling mahal yang masih boleh anda beli ialah 911 Turbo S Cabriolet. Model 911 sudah dianggap mahal, tetapi varian yang ini dijual dengan harga permulaan $219,800. Dengan beberapa add-on, kereta ini boleh melepasi $270,000. ",
"Enjinnya ialah enjin 6 twin-turbocharged VTG 6 silinder yang boleh menghasilkan sehingga 640 hp. Ia mempunyai transmisi 8-kelajuan dengan tambahan ekzos,, bahagian dalam jahitan, sistem bunyi Burmester (tambahan $4,000 lagi), lampu hadapan Matriks LED dan banyak lagi.",
"Sebuah Porsche 959 Paris-Dakar dijual pada harga $5.945 juta pada acara lelongan Sotheby pada tahun 2018. Ia adalah Lelongan Ulang Tahun Porsche ke-70, maka tidak hairanlah ia menjadi buruan penggemar koleksi kereta Porsche. ",
"Kereta rali Kumpulan B ini dibina pada tahun 1985 dan berlumba dengan sebuah kereta prototaip lain di rali Paris-Dakar pada tahun 1985. Binaan asal Porsche 959 termasuk enjin flat-six berkembar turbocharged yang diperoleh daripada teknologi F1, menjadikan Porsche ini sebuah supercar tersendiri.",
"Dengan spesifikasi rali, yang termasuk livery Rothmans (dengan kata lain, skema cat perlumbaan asal), kereta ini berjaya mendapat bidaan yang tinggi. Kereta ini adalah salah satu Porsche paling jarang ditemui. Tiga daripada model ini berlumba dalam rali Paris-Dakar daripada hanya tujuh contoh yang pernah dibina.",
"Kereta tertua dalam senarai ini ialah Porsche 550 Rennsport Spider 1956, yang merupakan model terakhir kereta ini. Pengeluaran model ini bermula pada tahun 1953. Umurnya yang tua, ditambah dengan penggunaan dalam perlumbaan yang sengit telah menghalang hampir semua model Rennsport Spyder yang terselamat daripada mengekalkan bahagian asalnya.",
"Keistimewaan Porsche 550 ini ialah ia dibina tetapi tidak pernah berlumba, bermakna ia mempunyai semua bahagian asal yang datang dengannya. Enjin 1.5 L berkemampuan memecut kereta ini kepada 110 hp, cukup kuat dan laju untuk persaingan yang sangat sengit untuk tahun 1956. ",
"Porsche 550 mengutamakan berat rendah dan reka bentuk yang seimbang, menggabungkan sistem penyejukan udara mendatar untuk enjinnya. Ia dijual untuk Bonhams pada jualan lelongan Goodwood Revival pada 2015. Harga akhir ialah $6.1 juta.",
"Apabila Porsche 956 ini direka pada tahun 1983 untuk acara perlumbaan 24 Jam Le Mans, rekabentuknknya dibuat untuk memaksimumkan aliran aerodinamik. Model ini memenangi hadiah di Le Mans sepuluh kali dalam jangka hayatnya dengan enjin 630 hp pada 8,200 rpm.",
"Kereta ini dijual di acara lelongan dengan harga $10.12 juta, melebihi anggaran maksimum $9 juta. Enjinnya ialah model 2.65 L berkapasiti turbo berkembar model 2.65 L yang sangat berkuasa. Ia mempunyai ekzos sisi yang melancarkan nyalaan dari sisi kereta semasa ia dihidupkan semula. ",
"Hanya 10 contoh Porsche 956 pernah dibina. Kereta yang dijual di lelongan ialah yang ketiga, dibina pada tahun 1982. Ia adalah kereta sama yang memenangi acara 24 Hours of Le Mans pada tahun 1983. ",
"Porsche yang paling mahal ialah Porsche 917K. Porsche yang terkenal ini telah dibina pada tahun 1970 sebagai kereta ujian untuk acara Le Mans. Ia dipasang dengan enjin 12-silinder, 4.5 L yang direka oleh Hans Mezger untuk prestasi tertinggi. ",
"Perlumbaan 24 Jam Le Mans adalah lebih untuk menguji ketahanan kedua-dua pemandu dan kereta berbanding perlumbaan biasa. Walaupun kebanyakan perlumbaan memilih pemenang berdasarkan masa terendah untuk melengkapkan jarak tetap, Le Mans memilih pemenangnya berdasarkan jarak maksimum yang boleh dilalui oleh kereta dalam masa 24 jam.",
"Porsche 917K ini menjadi terkenal di dunia apabila ia digunakan sebagai kereta utama dalam filem, Le Mans (1971), lakonan Steve McQueen. Selama 20 tahun selepas itu, 917K dibiarkan terbiar sebelum dipulihkan dan dijual dalam lelongan 2017 di Pebble Beach."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kediaman-rasmi-pemimpin-kerajaan-asia-tenggara.html | 5 Kediaman Rasmi Pemimpin Kerajaan Asia Tenggara | [
"Pemimpin sesebuah kerajaan akan mempunyai satu kediaman rasmi, menjadi lokasi tempat tinggal dia dan keluarga sepanjang tempoh berkhidmat.",
"Di Malaysia, Perdana Menteri yang terpilih mendiami sebuah kediaman besar yang digelarkan Kompleks Seri Perdana, terletak di Presint 10, WP Putrajaya. Bagaimana pula dengan negara-negara Asia Tenggara lain?",
"Berikut adalah 5 kediaman rasmi pemimpin tertinggi kerajaan negara-negara pilihan di Asia Tenggara termasuklah di negara kita.",
"Sekiranya anda berpeluang ke Putrajaya, pastikan anda singgah di Persiaran Seri Perdana yang menempatkan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 1997. ",
"Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pertama mendiami rumah agam yang dibina dengan menelan belanja RM24.17 juta ini. ",
"Lebih menarik, beliau jugalah individu terakhir mendiami kediaman rasmi lama Perdana Menteri kita, yang terletak di Jalan Terengganu, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. ",
"Kini kediaman itu telah diubahsuai dan dijadikan Galeria Perdana, menempatkan barang-barang bersejarah berkait era pentadbiran Tun Mahathir yang diuruskan Arkib Negara Malaysia sejak tahun 2003.",
"Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pula dibangunkan di atas tapak seluas 42.5 ekar, mempunyai dua ruang tamu utama, sebuah bilik mesyuarat, sebuah dewan jamuan 60 orang dan sebuah dewan banquet yang mampu menempatkan 200 orang.",
"Di dalamnya ada sebuah galeri bagi mempamerkan cenderamata atau hadiah yang diterima daripada pemimpin kerajaan luar lain, untuk dipamerkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.",
"Sebuah bangunan klasik dengan rekabentuk berdasarkan seni bina Gothic Venetia, Rumah Agam Phitsanulok atau Phitsanulok Mansion siap dibina pada tahun 1922.",
"Pada asalnya kawasan tersebut adalah hadiah Raja Rama ke VI kepada seorang pegawai tertinggi kerajaan bernama Phraya Aniruth-deva. Sebagai balasan, Raja Rama VI diberikan penghormatan menamakan kediaman yang bakal dibina.",
"Jadi Raja Rama menamakannya sebagai Baan Bantomsin, sempena ukiran Dewa Vishnu yang dipasang di perkarangan kediaman tersebut.",
"Selepas kerjasama di antara Thailand dan Jepun dimeterai menjadikan Thailand 'rakan' Jepun dalam gerakan Jepun menguasai Asia Tenggara, Baan Bantomsin disewakan kepada Jepun sebagai markas operasi kedua-dua kerajaan kerana kedudukannya di Bangkok yang sangat strategik.",
"Bimbang berlakunya tragedi akibat campur tangan Thailand dalam perang dunia kedua, pewaris Baan Bantomsin menjual rumah agam itu kepada kerajaan Thailand, yang membelinya pada harga hanya BHT500,000 (RM63,450).",
"Namanya ditukar kepada Baan Phitsanulok, sempena nama lorong di hadapan kediaman tersebut selepas pertukaran hak miliknya selesai.",
"Pada tahun 1979, kerajaan Thailand ketika di bawah pemerintahan Perdana Menteri Kriangsak Chamanan memperuntukkan bajet untuk mengubah Baan Phitsanulok, untuk dijadikan kediaman rasmi Perdana Menteri mereka dan kediaman itu kekal untuk kegunaan tersebut sehingga sekarang.",
"Bagaimanapun ramai Perdana Menteri Thailand enggan tinggal di sana kerana dikatakan bangunan itu agak berpuaka tempatnya.",
"Singapura memilih untuk menggabungkan ketiga-tiga elemen penting pentadbiran mereka iaitu kediaman Presiden Singapura, kediaman Perdana Menteri dan juga pejabat rasmi Perdana Menteri ke dalam satu kompleks besar dikenali sebagai 'The Istana.'",
"Kediaman rasmi Perdana Menteri Singapura pula dinamakan sebagai Sri Temasek, terletak dalam perkarangan The Istana, menjadi kediaman rasmi kesemua Perdana Menteri republik itu sejak era kolonial British membenarkan pemimpin Singapura mentadbir sendiri secara kerajaan tempatan.",
"Dibina oleh British, pembinaannya dimulakan Gabenor Negeri Selat, Harry St. George selepas kediaman yang diperuntukkan kepada pegawai kerajaan Britain perlu dirobohkan bagi pembinaan pelabuhan.",
"Pembangunan bangunan utama yang dikenali sebagai Government House itu disiapkan terlebih dahulu bagi membolehkan lawatan wakil Ratu Victoria ke Singapura diaturkan sebelum Sri Temasek dibina pada tahun 1869, pada mulanya untuk dijadikan kediaman rasmi setiausaha negeri.",
"Sri Temasek adalah sebuah rumah banglo dua tingkat yang mempunyai keluasan 17,000 kaki persegi, direka dengan gabungan elemen seni bina Eropah dan Asia. Bagaimanapun, tidak ada mana-mana pemegang jawatan Perdana Menteri benar-benar menetap di sana sehinggakan keadaannya tidak terjaga.",
"Proses membaik pulih Sri Temasek telah dijalankan pada tahun 2006, memperbaiki bahagian tiang struktur kayu yang telah rosak serta penggantian bahagian-bahagian peralatan seperti tingkap, pintu dan pemegang tangga yang telah dimamah usia.",
"Istana Merdeka adalah nama rasmi kediaman Presiden Indonesia yang dimulakan projek pembinaannya pada tahun 1873, semasa zaman kolonial Belanda di sana.",
"Uniknya - Istana Merdeka kini adalah salah satu daripada rangkaian 6 buah kompleks pentadbiran atau 'Istana Presiden' yang ada, dengan kediaman rasmi utamanya adalah Istana Merdeka yang terletak di Jakarta. ",
"Lima lagi kompleks dengan fungsi serupa adalah Istana Negara di Jakarta, Istana Tampaksiring di Bali, Gedung Agung di Yogyakarta dan dua lagi di Jawa Barat iaitu Istana Bogor dan Istana Negara. ",
"Kesemua kompleks dihubungkan antara satu sama lain bagi membolehkan mesyuarat dikendalikan Presiden Indonesia tak kira di mana dia berada, ekoran keluasan pentadbiran yang sangat luas.",
"Istana Merdeka pada asalnya dikenali sebagai Paleis van de Gouverneur Generaal atau 'Istana Gabenor Jeneral' bagi kegunaan Gabenor Jeneral Syarikat India Belanda Timur semasa mereka menjajah di sana.",
"Binaan itu dibangunkan bagi menggantikan Istana Negara di Jakarta yang sebelum itu memang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan. Gabenor Johan van Lansberge menjadi individu pertama mendiami kediaman tersebut pada tahun 1875.",
"Penguasaan Belanda di sana berakhir selepas Jepun berjaya mengambil alih bangunan tersebut sekitar tahun 1942. ",
"Ekoran revolusi orang ramai yang membawa kepada kemerdekaan Indonesia, bangunan itu dinamakan semula sebagai Istana Gambir.",
"Istana Gambir menjadi lokasi dimana pengisytiharan kemerdekaan Indonesia dibacakan, jadi namanya selepas itu ditukar kepada Istana Merdeka sempena laungan kemerdekaan yang bergema dalam hari bersejarah masyarakat Indonesia.",
"Walaupun negara mereka kecil, Brunei adalah pemegang rekod rasmi kediaman pemimpin kerajaan tertinggi terbesar di dunia.",
"Terletak di Bandar Seri Begawan, Istana Nurul Iman adalah kediaman rasmi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang turut bertindak selaku Perdana Menteri. Berikutan saiz kawasannya yang besar, kompleks istana ini juga menempatkan bermacam fasiliti lain.",
"Bangunan istana utama itu mempunyai 1,788 buah bilik dan 257 bilik air, mampu menempatkan dewan jamuan berkapasiti sehingga 5,000 orang. Di perkarangannya ada sebuah masjid, 200 kandang kuda, lima kolam renang dan juga garaj yang menyimpan lebih 110 buah kereta mewah.",
"Dibina dengan bantuan tenaga pakar dari Filipina dan United Kingdom, Istana Nurul Iman mempunyai elemen seni bina gabungan Islam dan tradisi Melayu dalam setiap rekaannya, diadun dengan pemasangan hiasan berasaskan batu marmar Itali, granit dari Shanghai dan gentian kaca dari England.",
"Pembinaannya dimulakan pada tahun 1981 dan siap sepenuhnya sekitar tahun 1983, mula beroperasi selepas Brunei mencapai persetujuan kemerdekaan dengan Britain pada 1 Januari 1984. ",
"Selain menjadi kediaman rasmi, semua urusan pentadbiran kerajaan Brunei juga dilangsungkan di sini kerana kompleks kerajaannya juga terletak dalam kawasan yang sama."
] |
https://iluminasi.com/bm/amar-bharati-kisah-lelaki-mengangkat-tangan-hampir-50-tahun.html | Kisah Lelaki Angkat Tangan Hampir 50 Tahun - Amar Bharati | [
"Mungkin ramai yang agak tidak percaya apabila membaca kisah ini, namun apa yang dilakukan oleh Amar Bharati adalah satu kisah benar. ",
"Bharati mengangkat tangan kanannya ke atas dan langsung tidak menurunkannya sejak 49 tahun yang lalu. Tetapi, mengapa dia tidak menurunkan tangannya?",
"Bharati memilih untuk menjadi seorang India Sadhu kira-kira empat dekad yang lalu. ",
"Ini bermakna dia memilih untuk menjalani hidup jauh dari hedonistik dunia, keperluaan kebendaan dan mendekatkan diri dengan aktiviti yang suci, dengan kata lain menjadi sebagai seorang sami.",
"Apa yang menarik adalah kisah perubahan drastik daripada seorang lelaki biasa kepada Bharati yang baharu, serta asbab disebalik perubahan itu. Untuk lebih memahami, kita perlu melihat kehidupannya sebelum perubahan besar ini berlaku.",
"Pada tahun 1970-an, Bharati bekerja di sebuah bank India, menjalani kehidupan sederhana bersama isteri dan tiga orang anak mereka. ",
"Pada suatu hari, dia seolah-olah mendapat \"petunjuk\" entah dari mana yang membuatkan Bharati memilih untuk meninggalkan keluarga, kerjaya dan rakan-rakannya untuk menuruti seruan agamanya.",
"Bharati memutuskan untuk mendedikasikan sisa hidupnya kepada Shiva, tuhan agama Hindu. ",
"Menurut BBC, Shiva adalah tuhan ketiga dalam kepercayaan triumvirate Hindu. Triumvirate terdiri daripada kepercayaan tiga tuhan yang bertanggungjawab untuk penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan dunia. Dua tuhan yang lain ialah Brahma dan Vishnu.",
"Brahma dipercayai sebagai pencipta alam semesta manakala Vishnu adalah pemeliharanya. Peranan Shiva adalah untuk memusnahkan alam semesta untuk menciptanya semula.",
"Pada mulanya, dia masih merasakan godaan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak dibenarkan sebagai seorang sami.",
"Disebabkan ini, Bharati berasa bahawa dia perlu melakukan sesuatu yang dianggap lebih drastik untuk benar-benar memantapkan pegangan agamanya.",
"Dan inilah sebabnya mengapa dia memilih untuk mengangkat tangannya pada tahun 1973 dan terus berbuat demikikan sepanjang hayatnya untuk menunjukkan kepercayaan dan penghargaannya terhadap Shiva.",
"Tidak lama kemudian, Bharati menjadi agak popular di seluruh dunia dan isyarat tangan ini telah menjadi inspirasi kepada beribu-ribu orang.",
"Apabila ditanya mengapa dia mengangkat tangannya, Bharati selalu menjawab bahawa isyarat ini adalah untuk memerangi terhadap peperangan dan menyokong keamanan dunia serta sebagai cara untuk menunjukkan rasa hormatnya terhadap Shiva.",
"Di awalnya usahanya, tangan Bharati berasa tersangat sakit, namun dia berasakan bahawa kesakitan itu tidak pernah melebihi dedikasinya terhadap Shiva.",
"Selepas dua tahun pertama, kesakitan yang dirasakan Bharati mula berkurangan dan akhirnya segala rasa serta deria pada tanganya hilang sepenuhnya.",
"Ada yang berpendapat bahawa kerana peredaran darah di tangan kanannya telah terputus sepenuhnya, maka dia tidak akan dapat menurunkannya, manakala yang lain mendakwa bahawa dia sebenarnya masih boleh menurunkan lengannya jika dia mahu tetapi memilih untuk tidak melakukannya secara ideologi.",
"Untuk membayangkan usaha yang sangat besar yang telah dilakukan oleh Bharati selama 45 tahun yang lalu, cuba angkat tangan anda selama beberapa minit dan anda tangan anda mungkin akan berasa lenguh atau sakit selepas 2 hingga 3 minit. ",
"Dalam satu temu bual yang jarang berlaku yang dilakukan oleh media India pada sebuah majlis, Bharati berkata:",
"\"Saya tak mintak banyak. Mengapa kita berlawan sesama sendiri, mengapa kita bergaduh sesama sendiri, mengapa ada begitu banyak kebencian dan permusuhan antara kita? Saya mahu semua orang India hidup dengan aman. Saya mahu seluruh dunia hidup dengan aman,\".",
"Tindakan ini telah menginspirasikan ramai orang di seluruh dunia untuk berjuang untuk keamanan dunia dengan cara mereka sendiri.",
"Lebih menarik, isyarat tangan ini menginspirasikan rakyat India lain menjadi Sadhu (bhikkhu Hindu) dan mengangkat tangan tinggi untuk jangka masa yang lama, tetapi tiada siapa pun yang berjaya mengalahkan rekod Bharati.",
"Bharati masih mengangkat tangan dan tidak bercadang untuk menurunkannya dalam masa terdekat. ",
"Dan walaupun jika Bharati ingin menurunkan tangannya, otot-ototnya mengalami atrofi yang teruk dan kemungkinan besar menurunkan tangannya akan menyebabkan kerosakan saraf kekal di lengan.",
"Oleh itu, adalah lebih baik untuk Bharati untuk terus mengangkat tangannya sepanjang hayat bukan sahaja atas sebab kesihatan tetapi juga atas sebab rohani."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-platform-media-sosial-terawal-di-dunia.html | 5 Platform Media Sosial Terawal di Dunia | [
"Platform media sosial telah berkembang menjadi sebahagian kehidupan zaman moden. Walaupun Internet telah wujud selama beberapa dekad, platform media sosial tidak digunakan secara meluas sehingga 20 tahun yang lalu. Platform ini membolehkan orang ramai berkongsi kandungan, berinteraksi antara satu sama lain dan terlibat dalam perbualan masa nyata.",
"Sosial mediajuga membantu orang ramai berhubung antara satu sama lain dengan cara yang tidak mungkin dilakukan sebelum ini dengan media tradisional. Evolusi platform media sosial merupakan bahagian penting dalam pertumbuhannya kerana ia membolehkan pengguna mencipta komuniti berdasarkan minat dan hobi mereka. ",
"Komuniti ini selalunya dibentuk berdasarkan minat bersama seperti sukan atau muzik, tetapi mereka juga boleh dibentuk berdasarkan topik yang lebih abstrak seperti politik atau peristiwa semasa. Mari lihat 5 platform media sosial terawal di dunia.",
"Pengguna boleh membina halaman \"profil\" Web di Myspace, portal media sosial percuma yang dibiayai oleh pengiklanan. Mereka boleh memuat naik imej, menyenaraikan hobi mereka, dan, yang paling ketara, menyediakan pautan ke profil pengguna lain.",
"Myspace dengan cepat membezakan dirinya daripada laman rangkaian sosial yang lain dengan membolehkan dan juga menggalakkan pemuzik menggunakan profil d Myspace untuk mempromosikan diri mereka. Ini memberikan Myspace suasana ceria dan menjadikannya tempat melepak yang digemari oleh remaja.",
"Myspace terus mengeluarkan ciri tambahan secara beransur-ansur, seperti label rekod Myspace dan kerjasama dengan web lain seperti tapak web perkongsian video YouTube.",
"LinkedIn menekankan hubungan profesional pengguna, berbeza dengan rangkaian sosial lain seperti Facebook dan Myspace yang selalunya hanya untuk keseronokan. Pengguna boleh meringkaskan kerjaya mereka, menyerlahkan kebolehan unik mereka, dan menerangkan pendidikan dan pengalaman kerja mereka pada halaman profil yang menyerupai resume.",
"Apabila seorang pengguna menerima permintaan orang lain untuk menyertai rangkaiannya, sambungan antara kedua-dua pengguna akan dibuat. Pengguna LinkedIn boleh mengembangkan kerjaya mereka dengan mencari kerja, berhubung dengan orang di firma tertentu dan menerima cadangan daripada pengguna lain.",
"Walaupun menyertai LinkedIn adalah percuma, pengguna boleh membeli langganan premium untuk mengakses keseluruhan profil semua pengguna LinkedIn serta profil tambahan dalam hasil carian mereka.",
"Pada Mac 2002, pengaturcara komputer Kanada Jonathan Abrams melancarkan Friendster. Dengan sepuluh rakan, ia dicipta di ruang bawah tanah rumahnya dan dilancarkan pada bulan berikutnya. Dalam beberapa minggu, ia mempunyai beberapa ratus pengguna, dan pada awal tahun 2003, ia mempunyai lebih daripada 3 juta pengguna. ",
"Matlamat utama Friendster adalah untuk membolehkan pengguna dari seluruh dunia berhubung, bergaul dan berhubung semula dengan rakan sedia ada sambil juga membuat rakan baharu. Lebih 115 juta orang telah mendaftar di Friendster sejak ia menjadi platform permainan sosial pada Jun 2011. ",
"Tapak web dan semua perkhidmatannya telah ditutup secara kekal pada 14 Jun 2015, bagaimanapun, perniagaan itu tidak menghentikan operasi secara rasmi sehingga akhir Jun 2018.",
"Ryze adalah yang pertama daripada gelombang baru tapak rangkaian sosial dan ia diasaskan oleh Adrian Scott pada awal tahun 2001 dan mempunyai impak yang ketara pada Friendster. Individu yang melawat portal ini boleh membuat profil, menambah rakan dan menghantar mesej.",
"Ryze menghubungkan profesional perniagaan, terutamanya pemilik perniagaan startup. Lebih 1,000 organisasi luar mewujudkan sub-rangkaian di portal ini yang mempunyai lebih 500,000 pengguna di 200 negara. ",
"Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Jonathan Abrams, lelaki yang mengasaskan Friendster, adalah pengguna awal portal in dan bermotivasi untuk membangunkan versi temu janji Ryze.",
"Diasaskan oleh Andrew Weinrich pada tahun 1997, platform media sosial pertama yang pernah ada, SixDegrees menetapkan untuk mengenal pasti dan memetakan hubungan sebenar antara orang menggunakan identiti sebenar orang tersebut.",
"Ia berdasarkan konsep Web of Contacts bagi rangkaian sosial dan beroperasi dari 1997 hingga 2000. Portal tersebut yang mengambil namanya daripada teori pemisahan enam darjah, membolehkan pelawat dari luar tapak untuk menyertai dan membenarkan pengguna menyenaraikan rakan, saudara dan kenalan di dalam dan di luar portal. ",
"Pada kemuncaknya, SixDegrees mempunyai 3.5 juta pengguna tetapi disebabkan oleh kekangan lebar jalur internet, ia sukar berkembang. Portal Six Degrees merupakan satu konsep yang mendahului zamannya."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-jenis-calon-luar-biasa-yang-bertanding-pilihanraya-di-malaysia.html | 5 Jenis Calon Luar Biasa Dalam Pilihanraya Malaysia | [
"Amalan demokrasi yang ditinggalkan oleh British kepada masyarakat kita, membawa kepada amalan kaedah pilihanraya dalam menentukan siapa yang naik memimpin masyarakat.",
"Walaupun jelas sisi positif pilihanraya membolehkan setiap orang mempunyai suara melalui peti undi, dalam masa yang sama demokrasi juga membenarkan calon-calon yang aneh, pelik dan ganjil diletak atau mengemukakan diri sebagai calon.",
"Ramai calon terpilih benar-benar layak berdasarkan rekod khidmat mereka. Ada yang diletakkan sebagai taktik meluaskan kuasa. Ada juga lima jenis calon yang sebenarnya sedikit meragukan kita.",
"Setiap kali pilihanraya, akan wujudlah calon yang dinamakan tercalon di sesebuah negeri yang langsung tiada kaitan dengan dia. ",
"Sudahlah tinggal jauh dari negeri yang ditandingi, sekali pun sebelum itu calon tersebut tak pernah nampak muka dia di sana, melainkan atas tujuan melancong. ",
"Alih-alih tiba musim pilihanraya, dialah yang menyuarakan hasrat, visi, kebimbangan dan hala tuju kawasan yang ditandinginya tanpa ada hubungkait. Dalam situasi yang lebih melucukan, itulah juga kali pertama dia bertanding pilihanraya. ",
"Parti-parti yang masih mengamalkan kaedah penamaan calon sebegini memang beranggapan orang ramai ni bodoh agaknya? Kami dah masak dah perangai YB-YB yang duduk jauh dan hanya sekali-sekala hadir menjenguk pengundi yang memilih mereka. Nasihat penulis, tolak saja calon sebegini.",
"Dalam setiap pilihanraya, akan muncul ramai calon bebas menamakan diri untuk bertanding. ",
"Bagaimanapun dalam sesetengah calon bebas, jelas kriteria serta kualiti sebagai seorang pemimpin yang diperlukan kurang ada - sehinggakan mereka pun mengakui mereka bertanding hanya untuk suka-suka. ",
"Tidak dinafikan di luar negara sudah banyak kali pilihanraya menyaksikan calon-calon suka-suka sebegini bertanding. Yang bukan manusia menang pun ada!",
"Namun sekiranyalah calon yang bertanding secara seronok dan gimik ini benar-benar menang kerusi yang ditandinginya disebabkan gimik kempen yang berjaya, siapa agaknya yang bakal jadi mangsa situasi? YB baru itu atau mereka yang mengundi dia?",
"Setiap gabungan dan parti yang meletakkan calon bertanding dalam pilihanraya, di depan kita memang menyuarakan pandangan mahu mengharapkan calon itu menang. ",
"Tetapi jika anda kupas sikit demi sedikit helah politik masyarakat kita, ramai sebenarnya calon yang dipilih diletakkan dalam sesuatu kerusi hanya untuk kalah -khususnya apabila melibatkan kawasan yang penyandang kerusi itu kukuh kedudukannya atau nama besar politik negara.",
"Jika parti atau gabungan itu tak bertanding di kawasan tersebut, tindakan sedemikian hanya akan mengakibatkan orang ramai melihat parti atau gabungan tak serius mahu membentuk kerajaan. ",
"Hendak tak hendak parti perlu mengenalpasti kerusi mana yang peluang kemenangannya diramalkan sangat rendah dan mengenal pasti pula calon yang 'sesuai' untuk dipertandingkan, demi menjaga air muka.",
"Kadangkala dalam situasi sebegini, calon yang terpilih tak sedar mereka sebenarnya hanyalah seorang korban keputusan tertinggi parti.",
"Satu perkara paling aneh yang masih berlaku dalam menamakan calon pilihanraya kita, adalah bagaimana setianya kita kepada darah daging ahli politik yang masih ada atau telah meninggalkan kita.",
"Jika ayahnya tak dapat bertanding, besar kemungkinan anaknya akan menggantikan dia - walaupun kelulusan, kemahiran dan reputasinya tak ada. ",
"Begitulah juga yang sangat kerap berlaku. Pemilihan calon hanya dibuat hanya kerana ada pertalian darah, pertalian kekeluargaan atau sekadar hubungan bau-bau bacang.",
"Sekiranya ada pertikaian di kalangan ahli parti membantah penamaan calon disebabkan faktor kekeluargaan sebegini, mereka yang tidak menghormati keputusan pucuk pimpinan parti itu pula akan dicemuh kerana tidak setia dengan proses pemilihan yang telah dijalankan.",
"Proses penamaan calon yang bakal bertanding pilihanraya memang bukan satu proses mudah. Daripada ratusan atau ribuan ahli parti yang ada di setiap cawangan, hanya seorang sahaja akan terpilih. ",
"Pasti akan timbul pergeseran dan rasa tak puas hati. Bila dah rasa marah - bagi yang memiliki sokongan besar, mereka akan mulalah mempersoalkan kenapa mereka tak terpilih?",
"Sampailah ke satu tahap individu itu akan mengumumkan dia keluar parti, untuk menyertai parti lain atau bertanding secara bebas.",
"Kita yang hanya melihat dari luar tahulah keputusan sebegitu dibuat dengan rasa amarah, emosi dan nafsu, bertujuan untuk membalas dendam keinginan peribadi tidak dipenuhi.",
"Hilang sudah ayat-ayat seperti 'siapa saja yang dipilih adalah calon yang terbaik', 'yang tak terpilih akan membantu dia menang' atau 'semuanya demi kesejahteraan rakyat' yang sering diucap sebelum itu.",
"Semua kerenah-kerenah ahli politik ini berlaku disebabkan oleh penerimaan kita terhadap sistem demokrasi. Baik buruk cantik hodoh pilihanraya, kita layan sajalah kerana inilah cara yang dipersetujui majoriti kita. "
] |
https://iluminasi.com/bm/4-pemain-bola-sepak-piala-dunia-yang-bermain-untuk-dua-negara.html | 4 Pemain Bola Sepak Piala Dunia Yang Bermain Untuk Dua Negara | [
"Kejohanan Piala Dunia merupakan temasya bola sepak peringkat tertinggi, mempertandingkan kesemua pasukan kebangsaan terbaik.",
"Menjadi pemain yang terpilih mewakili negara masih menjadi satu penghormatan untuk setiap pemain, walaupun imbuhannya tidaklah menyamai gaji bermain untuk kelab. Rasa cinta dan bangga beraksi demi membawa pulang status juara dunia ke negara sendiri, sukar dinilai harganya.",
"Majoriti pemain hanya berkesempatan menyertai kejohanan terbesar ini beberapa kali, sebagai wakil sebuah negara. Hanya ada 4 pemain dalam sejarah dunia, terpilih sebagai pemain untuk 2 negara mereka. Siapa mereka?",
"Anak kelahiran Buenos Aries, Argentina pada tanggal 15 Mei 1901, Luis Felipe Monti memulakan karier bola sepak pada usia 20 tahun bersama kelab amatur tempatan Huracan. ",
"Penampilan baik bersama beberapa kelab membolehkan Monti dipanggil untuk mula menyertai skuad kebangsaan Argentina pada tahun 1924, memenangi kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan (kini Copa America) pada tahun 1927 dan pingat emas sukan Olimpik 1928.",
"Penampilan beliau dalam Piala Dunia edisi pertama di Uruguay, menyaksikan Argentina mara ke perlawanan akhir dengan Monti menjadi antara tonggak utama; sebelum akur dengan kekuatan tuan rumah, tewas 4-2 dalam perlawanan penentuan juara.",
"Prestasi yang cemerlang membolehkan Monti berhijrah ke Itali bersama kelab Juventus. ",
"Apa yang mengejutkan orang ramai, perpindahan itu juga menyaksikan Monti menukarkan kewarganegaraan, diberikan keistimewaan oleh kerajaan Itali kerana etniknya yang dikatakan berasal dari masyarakat disana. ",
"Beberapa pihak mendakwa usaha menarik ramai pemain handalan dari luar ke Itali, adalah disebabkan keinginan kerajaan Itali ketika itu yang dipimpin Benito Mussolini ingin menjadikan Itali kuasa bola sepak dunia seberapa segera. ",
"Monti menjadi tonggak kelab Juventus menjuarai liga 4 musim berturut-turut, dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Itali sebagai perancang tengah utama - mengepalai pertahanan Itali menjulang Piala Dunia bagi tahun 1934. ",
"Pencapaian ini melayakkan Monti bergelar juara dunia bersama negara angkatnya, memadam kekecewaan sebelum itu bersama negara kelahirannya.",
"Secara keseluruhan Monti bermain 16 kali bersama Argentina menjaringkan 5 gol dan 18 kali bersama Itali, menjaringkan 1 gol; dalam peranan yang lebih memerlukan dia bermain sebagai pemain pertahanan.",
"Bekas bintang kelab Real Madrid dan Barcelona, Robert Prosinecki lahir pada 12 Januari 1969 di Jerman Barat sebelum kembali ke SR Croatia (nama Croatia di bawah Kesatuan Soviet) - ketika itu hanyalah salah satu wilayah di bawah jajahan kerajaan Yugoslavia.",
"Di sana Prosinecki mula dilatih dalam sukan bola sepak, menyertai sebuah kelab tempatan sebelum berjaya menyertai kelab besar Dinamo Zagreb. Kelab itu memberikan beliau peluang melakukan penampilan sulung pada usia 17 tahun.",
"Bagaimanapun pengurusan kelab gagal melihat potensi Prosinecki, membenarkan Prosinecki berpindah dan kelab Red Star Belgrade memberikan beliau peluang. Di sinilah reputasi Prosinecki mula dikenali sebagai antara pemain Yugoslavia paling berpotensi besar, menjadi tonggak utama pasukan bawah 20 tahun negara.",
"Pada tahun 1987, Prosinecki membintangi kesebelasan utama skuad remaja kebangsaan Yugoslavia, memenangi kejohanan Piala Dunia Belia 1990 di Chile serta bergelar pemain terbaik kejohanan tersebut. Pencapaian peribadi itu diulanginya sekali lagi dalam Piala Dunia 1990 selepas bergelar pemain muda terbaik.",
"Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, secara automatik Prosinecki menyarung jersi berbeza bergelar pemain kebangsaan Croatia. ",
"Bersama negara 'baru', Croatia yang ketika itu membariskan generasi emas bola sepak mereka seperti Davor Suker, Zvonimir Boban dan Prosinecki sendiri berjaya mendapat tempat ketiga kejohanan Piala Dunia 1998, selepas menewaskan salah satu pasukan pilihan Belanda 2-1. ",
"Kekecewaan gagal layak ke akhir selepas tewas kepada Perancis di peringkat separuh akhir, sekurang-kurangnya terubat kerana Prosinecki menjaringkan salah satu gol perlawanan tersebut. Dalam 15 penampilan bersama Yugoslavia, Prosinecki menjaringkan 4 gol tetapi memperbaiki rekod peribadi bersama Croatia, dengan 10 gol dalam 49 penampilan.",
"Ketika ini Robert Jani merupakan jurulatih pasukan belia kebangsaan Croatia. Satu ketika dulu, dia merupakan antara nama besar bola sepak Croatia dalam era generasi emas mereka.",
"Dikenali sebagai antara pemain pertahanan kiri terbaik dunia semasa era kegemilangannya, prestasi baik Jarni melayakkan dia menabur khidmat bersama kelab gergasi Eropah seperti Juventus dan Real Madrid. ",
"Bezanya dengan Prosinecki, Jarni memulakan karier kebangsaan bersama Croatia lebih awal sejak tahun 1990 ketika Croatia bergelut dengan tuntutan kemerdekaan, melayakkan dia bergelar pemain paling banyak caps antarabangsa negaranya - sehinggalah rekodnya dipintas pada tahun 2006.",
"Seperti Prosinecki dan rakan segenerasinya, Jarni memulakan penglibatan bersama skuad kebangsaan belia Yugoslavia dan terpilih bersama skuad utama pada tahun 1990. Dia bermain sebanyak 7 kali termasuklah menyertai kesemua perlawanan Croatia dalam kejohanan Piala Dunia 1990 di Itali.",
"Pada penghujung tahun sama, Jarni mula bermain dalam perlawanan bersama pasukan Croatia, sehingga menyertai kejohanan Piala Eropah 1996, Piala Dunia 1998 dan juga edisi 2002. Hantaran Jarni yang tepat disudahkan Prosinecki bagi menewaskan Belanda, membolehkan Croatia menang pingat gangsa edisi 1998.",
"Kekecewaan dirasai seluruh pemain Croatia selepas prestasi hambar di edisi 2002, membuatkan Jarni menarik diri daripada terus menyertai skuad kebangsaan. ",
"Dia menamatkan karier bersama skuad Croatia dengan penampilan 80 kali, hanya menjaringkan 1 gol tapi banyak menyumbang hantaran yang menghasilkan gol. ",
"Bagi peminat sukan bola sepak, nama Ferenc Puskas rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan. ",
"Seorang legenda bola sepak yang terkenal, nama beliau kini diabadikan dalam Anugerah Puskas FIFA, yang mengiktiraf gol-gol terbaik dijaringkan sepanjang kalendar sukan bola sepak secara tahunan.",
"Uniknya perjalanan karier Puskas berbeza berbanding nama lain yang kami senaraikan di atas. Hanya dia saja sehingga kini - secara teknikannya tersenarai bermain dalam 3 negara berbeza disebabkan pergolakan politik masyarakat.",
"Anak kelahiran Hungary yang lahir di Budapest pada 1 April 1927, bola sepak sebati dalam jiwa Puskas ekoran minat ayahnya yang juga seorang pemain bola sepak. ",
"Ketika Hungary masih bergelar kuasa bola sepak dunia - Puskas menjadi watak utamanya sejak tahun 1945, melakukan penampilan pertama bersama Hungary pada 20 Ogos 1945. Puskas bergelar juara Olimpik tahun 1952 selepas menewaskan Yugoslavia. ",
"Prestasi baik dan reputasi tinggi meletakkan Hungary sebagai antara pasukan pilihan kejohanan Piala Dunia 1954, mudah membenam satu lagi pasukan pilihan Jerman Barat 8-3 dalam perlawanan kumpulan. ",
"Namun malang bagi Hungary selepas mendominasi perlawanan peringkat kumpulan dan kalah mati, Jerman Barat kembali membalas dendam dalam perlawanan akhir dengan menewaskan Hungary 3-2. ",
"Ketika beraksi bersama Hungary dalam kejohanan Piala Eropah 1956, negara beliau dicerobohi tentera Soviet yang mengambil alih tampuk pemerintahan. Puskas bersama pemain Hungary yang lain memilih untuk tidak kembali ke negara mereka, berkelana ke sekitar Eropah berusaha mendapatkan status penduduk.",
"Puskas ke Sepanyol tetapi hanya layak mendapat status penduduk tetap pada tahun 1962. Bagaimanapun nasib menyebelahi Puskas. Dia sempat melakukan penampilan bersama Sepanyol dalam 4 perlawanan pada usia 35 tahun, menyertai Piala Dunia edisi tahun tersebut yang berlangsung di Chile. ",
"Kelayakan sebagai penduduk tetap turut membolehkan Puskas menyertai pasukan kebangsaan negara autonomi Madrid, yang ditubuhkan khas bagi menyertai perlawanan persahabatan dengan wilayah-wilayah autonomi lain di Sepanyol. ",
"Dia menyertai satu perlawanan menentang pasukan Andalusia pada bulan Oktober 1963, menjaringkan dua gol dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan 4-0."
] |
https://iluminasi.com/bm/asal-usul-nama-jawatan-tertinggi-kerajaan-di-seluruh-dunia.html | Asal-Usul Nama Jawatan Tertinggi Kerajaan Seluruh Dunia | [
"Setiap negara mempunyai struktur pentadbiran, yang menyumbang kepada pembentukan sesebuah kerajaan - dibentuk daripada individu yang dipilih atau mereka yang sudah ditentukan kedudukannya.",
"Sesebuah kerajaan pula mempunyai satu individu bertindak sebagai ketua kerajaan, bertanggungjawab melantik individu di bawah mereka bagi membentuk dasar dan mentadbir dalam satu organisasi yang sama. Di seluruh dunia, kerusi nombor 1 yang bakal bertindak sebagai ketua kerajaan menjadi idaman ahli politik.",
"Ada negara memanggil ketua mereka sebagai Presiden. Kita di Malaysia pula menggelar individu itu sebagai Perdana Menteri. Ada juga negara yang menggelar ketua mereka canselor. Berikut adalah asal-usul lima nama jawatan pemerintah tertinggi kerajaan yang ada.",
"Kita semua tahu di negara kita, ketua kerajaan digelarkan sebagai 'Perdana Menteri' walaupun dalam aspek tatabahasanya, istilah yang betul adalah 'Menteri Perdana.' Tak apalah, kita pejamkan saja mata kita. ",
"'Perdana Menteri' atau 'Prime Minister' merupakan gelaran yang biasa digunakan merujuk ketua kerajaan yang mengetuai bidang eksekutif sesebuah negara, dengan seorang ketua negara (YDP Agong bagi kita) duduk di atas sekali.",
"Istilah ini hadir daripada istilah premier ministre yang digunakan oleh kerajaan Perancis, bagi merujuk individu yang mengelola semua urusan pentadbiran yang mempunyai kuasa untuk menasihatkan Raja Perancis dalam membuat dasar. ",
"Seorang paderi, Cardinal Richelieu dilantik sebagai premier ministre pertama dalam sistem kerajaan Perancis ini, bertanggungjawab menasihatkan Raja Louis XIII selepas lantikan beliau pada tahun 1624. ",
"Mengetuai badan penasihat yang dinamakan Conseil du Roi (Majlis Penasihat Raja), Richelieu menggunakan kedudukannya untuk membantu memusatkan kuasa Perancis di Eropah serta mengukuhkan lagi genggaman Raja Louis XIII selepas perebutan kuasa di antara Louis dengan ibunya sendiri Marie.",
"Bagi negara-negara yang ditadbir dalam sistem republik, ketua kepada sesebuah negara biasanya digelarkan sebagai Presiden. Bagaimanapun, bukan semua negara mengamalkan sistem serupa. ",
"Negara seperti Amerika Syarikat memusatkan kuasa sepenuhnya kepada Presiden negara mereka, yang bertindak bukan saja sebagai ketua kerajaan bahkan turut sama menjadi ketua negara dipilih melalui proses pilihanraya. Selain Amerika Syarikat, Brazil, Indonesia, Turki dan Filipina mengamalkan sistem sama.",
"Negara seperti Singapura pula mempunyai Presiden yang juga dilantik melalui pemilihan presiden, namun individu yang memiliki kuasa sebenar pemerintahan adalah Perdana Menteri. Ada negara yang mempunyai Presiden dan Perdana Menteri, tetapi kuasa sebenar jatuh ke tangan presiden seperti Korea Selatan, Tunisia, UAE, Argentina dan banyak negara lain.",
"'Presiden' atau 'President' dalam bahasa Inggeris, datang daripada istilah Latin 'praesidentum' yang membawa makna 'seseorang yang terpilih untuk memegang kuasa mentadbir.' ",
"Istilah ini diperkenalkan ke dalam bahasa Inggeris sekitar abad ke 14 namun hanya mula digunakan oleh pemimpin koloni Eropah di benua Amerika sekitar awal abad ke 17 sebelum digunakan bagi mewakili ketua kerajaan Amerika Syarikat.",
"Dalam sesetengah bentuk kerajaan di mana sesebuah parti politik memegang kuasa mutlak mentadbir, ketua kepada parti itu yang biasanya digelar 'pengerusi' akan naik sebagai ketua kerajaan.",
"Mendiang Mao Zedong, ketua kepada parti Komunis China naik mentadbir negara itu dengan menggunakan gelaran Pengerusi Mao atau Chairman Mao, berikutan kedudukannya sebagai pengerusi parti. ",
"Kedudukan sebagai pengerusi parti turut memberikan beliau kuasa sebagai ketua negara, dengan gelaran rasmi yang dipegang Mao adalah 'Pengerusi Republik Rakyat China.'",
"Seorang lagi pengerusi yang terkenal serta mempunyai terlalu banyak gelaran dalam mentadbir negara, adalah Pengerusi Kim Jong-un - pemerintah tertinggi Korea Utara. Selain bergelar pemerintah mutlak Korea Utara, Jong-un juga memegang kuasa sebagai Presiden Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga Pengerusi Utama Jawatankuasa Tentera Negara.",
"'Chairman' adalah istilah Inggeris yang didaftarkan pada abad ke 17, merujuk kepada 'seseorang yang diberikan kerusi kuasa.'",
"'Canselor' atau Chancellor' adalah gelaran yang digunakan beberapa buah negara Eropah seperti Jerman dan Austria, dalam menamakan jawatan ketua kerajaan mereka.",
" Istilah ini pada mulanya semasa zaman Empayar Rom, merujuk kepada individu yang akan duduk di belakang pagar (digelarkan cancellus), bertanggungjawab menyelia pintu masuk mahkamah semasa perbicaraan berlangsung serta menjaga ketenteraman ketika keputusan dibacakan.",
"Oleh kerana mereka terkenal sebagai 'pegawai di belakang pagar', orang Rom mula menggelarkan mereka sebagai cancellarius atau 'penjaga pagar.'",
"Skop tugas seorang cancellarius mula diperkembangkan selepas itu di Eropah, diberikan kuasa menjadi orang tengah yang mampu menguruskan masalah di kalangan ahli masyarakat, membolehkan isu-isu kecil diselesaikan di luar mahkamah tanpa perlu campur tangan hakim.",
"Kepentingan mereka semakin diperhalusi, sehinggakan seorang cancellarius diberikan kuasa memegang cap mohor kerajaan serta menjadi penasihat utama kerajaan, berkaitan undang-undang.",
"Austria, Jerman dan Switzerland menamakan ketua kerajaan mereka 'Canselor', sementara negara seperti Finland, Sweden dan Denmark pula mengehadkan kuasa seorang 'Canselor' hanya dalam satu bidang, biasanya berkait dengan undang-undang.",
"Bagi sesetengah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan yang agak unik, ketua kepada kerajaan mahupun negara mereka akan digelarkan sebagai 'Pemimpin/Pemerintah Agung' atau 'Supreme Leader.' ",
"Contoh paling terkenal dan lama bertahan tradisinya adalah Iran, di mana seorang 'Pemimpin/Pemerintah Agung' adalah individu yang memegang kuasa pentadbiran bukan saja sebagai ketua kerajaan bahkan sebagai ketua negara, dengan Presiden Iran duduk di bawahnya dalam hirarki kerajaan mereka.",
"Mullah Haibatullah Akhunzada, ketua kepada gerakan Taliban yang memegang gelaran 'Pemimpin Agung Taliban' mengekalkan penggunaan gelaran itu selepas Taliban berjaya mengambil alih Afghanistan, pada tahun 2021.",
"Kini Haibatullah bukan saja bertindak sebagai ketua kerajaan bahkan dia juga menjadi ketua negara, dengan nama rasminya dalam kerajaan adalah Amirul Mukminin. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-video-terawal-yang-dimuatnaik-di-youtube.html | 5 Video Youtube Terawal Di Dunia | [
"YouTube memulakan operasi pada awal tahun 2005 dan kini merupakan antara laman paling popular di dunia.. Platform perkongsian video yang sangat popular ini diasaskan oleh tiga bekas pekerja PayPal -Jawed Karim, Steve Chen, dan Chad Hurley.",
"Google kemudiannya telah membeli laman web init pada November 2006 dengan harga AS$1.65 bilion dan sejak itu ia beroperasi sebagai salah satu anak syarikat Google. ",
"Penciptaan YouTube merevolusikan cara media dilihat, dibuat, disiarkan dan dikongsi. Penciptaan video YouTube telah menimbulkan industri baharu di mana pencipta kandungan teratas kini dianggap sebagai selebriti yang memperoleh sejumlah besar wang melalui pengiklanan dengan memuat naik konten video mereka ke YouTube. ",
"Selain itu, YouTube berfungsi sebagai pustaka digital dan kapsul masa kerana video kekal boleh dilihat selagi pengguna tidak menyembunyikan atau membuang video yang dimuat naik mereka. Kali ini, mari lihat 5 video paling awal yang telah dimuat naik di platorm Youtube.",
"Seperti semua video awal yang disiarkan ke YouTube, \"carrie rides a truck\" mempunyai kualiti yang sangat buruk. Video itu sangat gelap, kabur dan tiada bunyi. ",
"“carrie rides a truck” telah dimuat naik oleh Jones4Carrie etepat seminggu selepas YouTube dilancarkan. Terdapat beberapa lagi video lama dan rawak yang dimuat naik ke saluran Jones4Carrie.",
"Terdapat penerangan ringkas pada video yang hanya menyatakan, \"carrie hebat, menunggang trak kecil.\" Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang gadis muda, Carrie, menaiki trak untuk kanak-kanak. ",
"Video kedua bertajuk \"carrie chokes a chicken\" juga telah dimuat naik pada 30 April 2005. Ia adalah video yang sangat ringkas yang menunjukkan Carrie mencekik ayam mainan. Secara keseluruhannya, Jones4Carrie memuat naik beberapa video tertua di YouTube.",
"Walaupun video ini secara teknikal tidak lagi disenaraikan dalam Youtube untuk tontonan umum, video \"Premature Baldness\" masih boleh dilihat melalui pautan terus. Video itu telah dimuat naik dalam minggu pertama YouTube membuka perkhidmatannya.",
"\"Premature Baldness\" menampilkan pengguna bernama paul, yang kali terakhir aktif dalam akaunnya empat tahun lalu. Paul mempunyai beberapa siri video yang menunjukkan perjalanannya cuba menjadi seorang Olympian (ini mungkin menjelaskan sebab \"Premature Baldness\" tidak lagi disenaraikan di Youtube.",
"\"Premature Baldness\" berkemungkinan besar merupakan video YouTube pertama yang menampilkan sebarang jenis suntingan video — terdapat beberapa potongan dan lap skrin berbentuk berbeza. ",
"Video pendek lima saat yang diberi tajuk \"tribute\" telah dimuat naik pada hari kedua YouTube berada dalam perkhidmatan. Video ini telah dimuat naik oleh pengguna yang dipanggil \"gp\", yang tidak mempunyai video atau aktiviti lain pada akaun mereka.",
"Tiada huraian pada video jadi tidak pasti video penghargaan ini ditujukan pada siapa. Klip itu menunjukkan seorang lelaki muda melompat di antara dua dinding dan menjerit. Video itu berakhir dengan jurukamera ketawa dan berkata \"very nice\" (sangat bagus\").",
"Salah satu komen teratas pada video itu mengatakan bahawa video \"tribute\" inilah yang melahirkan Vines — yang merupakan aplikasi perkkongsin video klip pendek, selalunya lucu yang dikongsi pada perkhidmatan Vine yang jangka hayatnya hanyalah sementara. ",
"\"My Snowboarding Skillz\" telah dimuat naik hanya beberapa jam selepas video YouTube pertama disiarkan secara langsung. Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna \"mw\" yang tidak mempunyai video lain pada saluran mereka.",
"Aktiviti terakhir pada akaun mw adalah dari 2012 apabila mereka menyukai video. Video ini memaparkan seseorang yang cuba menaiki papan salji melintasi tanjakan dan gagal. Memandangkan \"My Snowboarding Skillz\" ialah video kedua yang pernah dimuat naik ke YouTube, ia secara rasminya adalah video \"gagal\" yang pertama. ",
"Video jenis ini yang menggambarkan orang gagal dalam sesuatu tindakan, biasanya sejenis sukan atau aktiviti fizikal, kini merupakan salah satu video yang paling banyak dikongsi dan ditonton di YouTube.",
"Video bertajuk \"Me at the zoo\" ialah video tertua di YouTube. Video ikonik yang kini adalah yang pertama dimuat naik ke YouTube pada 23 April 2005, hari YouTube mula membenarkan orang ramai memuat naik video.",
"\"Me at the zoo\" telah dimuat naik oleh Jawed Karim, salah seorang daripada tiga pengasas YouTube dan menunjukkan beliau sedang melawat beberapa ekor gajah di Zoo San Diego.",
"Hari ini, \"Me at the zoo\" mempunyai lebih 54,000,000 tontonan dan hampir 1 juta komen. Video ini telah mengukuhkan dirinya dalam sejarah moden dan membantu YouTube menjadi platform perkongsian video terbesar di dunia. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-budaya-barat-yang-dah-sebati-dengan-masyarakat-kita.html | 5 Budaya Barat Yang Dah Sebati Dengan Masyarakat Kita | [
"Setiap kali berlaku sambutan perayaan masyarakat luar yang disertai orang kita, akan timbullah kontroversi membincangkan kesusuaian sesuatu upacara dengan identiti negara kita yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.",
"Perbezaan pendapat dalam berbicara berkenaan isu yang sebenarnya sensitif akhirnya mengakibatkan lebih banyak perpecahan berlaku dek kerana keengganan setiap pihak beralah.",
"Walaupun demikian realitinya, sudah banyak budaya barat telah bersebati dan layak dikatakan telah menjadi kebiasaan kita di sini. Sehinggakan apabila dibantah, lebih ramai yang bangkit mempertahankannya. ",
"Berikut adalah lima budaya bawaan barat yang dah jadi kelaziman masyarakat kita dilakukan seolah budaya kita punya.",
"Dalam salah satu artikel lama kami, kami sudah memperjelaskan sejarah budaya menyambut hari lahir seseorang dengan memakan kek bulat berasal daripada budaya orang Yunani meraikan Dewi Artemis.",
"Tradisi meletakkan lilin di atas kek berbentuk bulat itu juga kita 'pinjam' dari mereka, sehingga sudah menjadi satu kemestian kita bukan? ",
"Selepas menerbitkan artikel tersebut pada tahun 2017, banyak pihak mengecam kami.",
"Mereka berpandangan perbuatan itu tidak lagi berkait dengan upacara lama bersifat keagamaan, sebaliknya telah berubah menjadi perayaan yang neutral sesuai disambut semua.",
"Kerana itulah sekali lagi kami menyenaraikan sambutan hari jadi dan memakan kek sebagai salah satu budaya yang dah sebati, sebagai peringatan kepada kita semua.",
"Reaksi negatif yang kami terima membuktikan ramai yang sayang nak menolaknya walaupun tidak ada hubungkait antara elemen kek, lilin dengan identiti masyarakat kita.",
" Sejarahnya juga berkait dengan penyembahan dewa. Jadi persoalan kami, apa keperluan kita terus melakukannya?",
"Sebelum ini dalam setiap wang kertas RM1 versi lama, megah tertera binaan Tugu Negara pada setiap cetakannya. ",
"Walaupun demikiran sehingga ke hari ini binaan tugu yang memaparkan pengorbanan askar tempatan dan British dikenali sebagai Tugu Negara, terus dianggap satu mercu tanda ikonik negara.",
"Walaupun jelas pembinaannya menyimpang jauh daripada perspektif Islam sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia.",
"Mujurlah beberapa dekad lepas, negara kita telah memberhentikan upacara mengalungkan bunga memperingatu perajurit yang terkorban di tugu tersebut, atas nasihat pakar agama. ",
"Memanglah dari segi rekaan, tugu tersebut merupakan satu ukiran yang cantik seninya.",
"Tetapi masih ada banyak rekaan lain boleh dibuat dalam bentuk monumen, lebih sesuai untuk dijadikan simbol mengingati yang terkorban menepati garis panduan agama.",
"Pernah tak anda bertemu dengan individu yang mungkin duduk dalam kelas atasan, memandang rendah genre muzik lain selain jazz atau muzik klasikal?",
"Situasi sebegini bukanlah hanya berlaku di negara kita saja, bahkan penggemar muzik jazz dan klasik moden memang mempunyai stigma buruk, gemar merasakan diri mereka kelas atasan.",
"Apa yang agak melucukan, jika dipelajari sejarah muzik jazz khususnya - genre muzik ini berasal daripada rekaan orang kebanyakan namun hanya mula dianggap 'muzik elit' selepas jazz dijadikan rujukan, dalam bidang jurusan muzik yang perlu dikuasai pelajar.",
"Cuba anda tanya majoriti wanita apa konsep rekaan rumah idaman mereka, pasti ramai menyebut rekaan bercorak Inggeris.",
"Tak kiralah daripada rekaan zaman pertengahan, era Victoria atau rekaan moden yang mencampurkan rekaan Inggeris dengan rekaan Scandinavia, 'konsep English' sudah jadi satu kelaziman di dalam kediaman masyarakat kita, bagi mereka yang mampu lah.",
"Sesuatu yang agak kelakar khususnya di bahagian dapur, konsep English yang digunakan agak tak sesuai dengan cara masakan kita yang kasar kaedahnya.",
"Masakan kita juga yang agak berkuah dan berminyak kurang sesuai dengan dapur 'Inggeris' idaman semua, tetapi itu jugalah yang jadi kehendak popular masyarakat moden kita.",
"Begitulah juga bagaimana ramai orang kita berebut nak ada meja bar siap kerusi tinggi, yang hakikatnya langsung tak sesuai dengan cara makan tradisional kita.",
"Di antara semua budaya barat yang dah sebati, inilah rasanya yang paling melata.",
"Setiap kali kita mahu meraikan sesuatu, makanan barat sering dijadikan pilihan utama.",
"Nak raikan rakan dinaikkan pangkat? Makan western. Nak raikan ahli keluarga dapat kerja baru? Makan western. Nak raikan sesuatu peristiwa yang bersejarah dalam kalangan keluarga? Makan western.",
"Sehinggakan makanan barat seperti chicken chop, lamb chop, fish and chip dan sebagainya dilihat 'lebih atas' berbanding makanan tempatan.",
"Bukan itu saja, bila kita makan western food ni, ramai akan makan dengan ada rasa bangga. Lagilah kalau dapat makan di restoran besar dan ternama, di mana menunya main puluh-puluh ringgit sepinggan harganya.",
" Manalah orang Malaysia ni nak kenyang kalau setakat makan sekeping daging, kentang goreng, ada sayuran dan salad serta kuah perang. ",
"Bagaimana pun nak buat macam mana? Makan western memang dah jadi budaya popular sebati orang kita."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-jenama-rokok-terawal-yang-masih-wujud-sehingga-kini.html | 5 Jenama Rokok Terawal Dunia Yang Masih Wujud | [
"Rokok membahayakan kesihatan. Itu tidak perlu diperjelaskan lagi. Namun, kerana permintaan yang tinggi, banyak rokok yang diseludup masuk kerana harganya lebih murah kerana tidak membayar cukai.",
"Di Malaysia, kita banyak mengimport rokok dari luara negara. Namun, tahukah anda apakah jenama rokok terawal di dunia? Syarikat manakah yang mula-mula menjual rokok secara komersial?",
"Di bawah ini merupakan 5 jenama rokok terawal yang dijual di pasaran dan masih lagi wujud di pasaran pada hari ini. Sesetengah daripadanya juga pernah masuk ke pasaran Malaysia. ",
"Albert Weinberg dikreditkan telah memulakan perniagaan tembakau Balkan Sobranie pada tahun 1879. Pada mulanya, semua rokoknya dibuat secara manual mengikut cara pembuatan rokok Rusia. ",
"Kerana tradisi dan budaya di sebalik Sobranie, ia dianggap sebagai rokok mewah untuk kebanyakan sejarahnya. Malah, Sobranie telah diterima pakai sebagai rokok pilihan pelbagai diraja, raja, dan elit di Eropah dan Rusia. ",
"Sobranie datang dalam versi premium dan ditandakan dengan logo helang empayar Rusia. Pada 2004 dan 2005, Sobranie menaja Grand Prix Jordan. Japan Tobacco International merupakan pemilik terkini jenama rokok ini dan pasaran utamanya adalah England, Jerman dan Turki.",
"Benson & Hedges, walaupun jenama British, dimiliki oleh Altria, sebuah konglomerat Amerika. Bergantung pada kawasan dijual, jenama rokok ini dihasilkan dan dipasarkan oleh syarikat yang berbeza seperti Philip Morris USA dan Rothmans.",
"Nama Benson & Hedges berasal daripada nama pengasasnya - Richard Benson dan William Hedges. Bagaimanapun, selepas kematian mereka, pemilikan akhirnya ditukar, tetapi nama jenama itu dikekalkan. ",
"Benson & Hedges ialah jenama pilihan King George VI. Oleh sebab itu, jenama rokok ini menerima Waran Diraja pada tahun 1878 yang membolehkan jenama ini mengembangkan imej mewah di pasaran. Walau bagaimanapun, pada tahun 1999, Waran Diraja telah dibatalkan disebabkan oleh penurunan permintaan dalam keluarga diraja.",
"Juga dikenali sebagai \"luckies,\" Lucky Strike ialah jenama rokok Amerika yang dimiliki oleh syarikat British. Pada tahun 1930-an dan 1940-an, Lucky Strike dianggap sebagai jenama rokok paling popular dari segi jualan. ",
"Pada mulanya, Lucky Strike mengeluarkan gula-gula kunyah tembakau, yang akhirnya menjadi rokok pada tahun 1900-an. Slogan utama Lucky Strike pada tahun 1917 ialah \"Ia dibakar.\" Pada masa lalu, tembakau biasanya dijemur. Walau bagaimanapun, Lucky Strike membakar tembakau, yang mereka dakwa dapat meningkatkan rasa rokok itu. ",
"Asa-usul nama Lucky Strike cukup menarik. Ia diilhamkan oleh usaha pemburuan emas pada masa lalu. Menurut statistik pada masa itu, hanya terdapat kira-kira empat pelombong daripada seribu yang akan mendapat emas yang benar-benar bernilai. Jadi, rokok Lucky Strike melambangkan betapa bertuahnya orang menghisap produk mereka.",
"Philip Morris mungkin jenama yang paling terkenal pada skala global. Ia bermula di England, United Kingdom, dan kemudiannya diperkenalkan di Amerika Syarikat di mana ia berkembang pesat. ",
"Sehingga 2016, syarikat itu sudah menjual lebih daripada 36 bilion batang rokok di lebih 40 negara. Philip Morris hampir gulung tikar pada tahun 1950-an apabila orang ramai tidak lagi membeli jenama itu.",
"Walau bagaimanapun, itu berubah apabila Philip Morris mengubah pendekatan pembungkusan dan pengiklanan mereka. Daripada menekankan bahawa rokok mereka tidak menyebabkan kerengsaan, mereka menggunakan perkataan \"kelembutan\". Perubahan mudah dalam perkataan ini telah menyelamatkan syarikat.",
"Muratti ialah jenama rokok tertua di dunia dan masih dijual sehingga kini. Rokok ini bermula di Istanbul, Turki, dan diasaskan oleh Basil Muratoglu, seorang ahli perniagaan tembakau Yunani.",
"Bagaimanapun, Muratoglu terpaksa memindahkan perniagaannya ke Eropah Barat selepas Empayar Uthmaniyyah memperoleh kawalan eksklusif dan pemilikan industri tembakau. ",
"Terdapat tiga varian Muratti — Zaffiro, Chiaro, dan Rosso. Pembungkusannya yang tipis menjadikannya menonjol daripada jenama lain. Sebagai jenama rokok tertua hari ini, Muratti adalah lebih daripada sekadar jenama rokok, tetapi bukti hidup kepada kesukaan orang ramai terhadap rokok."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-teknik-perubatan-moden-yang-mencabar-hukum-kejadian-manusia.html | 5 Teknik Perubatan Moden Yang Melawan Fitrah Manusia | [
"Dunia perubatan menyaksikan banyak kejayaan dicapai, membantu memperbaiki kualiti hidup dan jangka hayat manusia.",
"Penambahbaikan ini banyak didorong kepesatan teknologi serta penerimaan pakar perubatan, dalam menjalankan operasi yang diakui terbukti berkesan dan diterima baik majoriti masyarakat dunia.",
"Namun demikian di kalangan pihak perubatan sendiri, wujud beberapa teknik perubatan yang bukan saja dikritik, malah disangkal kerana dianggap melawan hukum kejadian manusia. ",
"Berikut adalah lima teknik perubatan kontroversi, yang membahagikan penerimaan pakar perubatan sedunia kepada pelbagai perspektif berbeza.",
"Percayakah anda, amalan ini masih diamalkan sehingga ke hari ini?",
"Semuanya disebabkan masih wujud tanggapan di kalangan sesetengah masyarakat dunia, bahawa menerima cahaya mata lelaki adalah rahmat sementara menimang anak perempuan dianggap bakal membawa kesusahan.",
"Masyarakat seperti China dan India masih menitik beratkan keperluan untuk sesebuah keluarga memiliki anak lelaki, yang bakal bertindak sebagai pewaris keluarga. Pegangan ini mengakibatkan berlakunya amalan ibu bapa memilih untuk 'mematikan' benih bayi perempuan, bila diketahui jantinanya seawal mungkin.",
"Di India berdasarkan kajian selama 19 tahun daripada 2000 hingga 2019, penyelidik menganggarkan lebih 9 juta janin bayi perempuan dibunuh, majoritinya melibatkan pasangan ibu bapa beragama Hindu. ",
"Apa yang sedih semuanya berpunca daripada keberkesanan sistem pengimbas bunyi ultra, yang mampu menentukan jantina janin ketika fasa awal kelahiran lagi.",
"Walaupun India mempunyai undang-undang yang mengharamkan ibu menggugurkan anak disebabkan faktor jantina sejak 1971, malangnya India juga membenarkan wanita yang mengandung menggugurkan anak mereka sebelum usia janin mencecah 24 minggu atas faktor tertentu seperti kesihatan atau anak tak sah taraf. ",
"Kelonggaran ini membolehkan pakar perubatan di India secara tidak sah membantu wanita di sana menggugurkan kandungan sebaik sahaja diketahui jantinanya, menggunakan pil yang diambil dengan pemantauan pakar perubatan.",
"Tekanan untuk mendapatkan bayi lelaki serta keengganan keluarga menerima bayi perempuan, telah menyebabkan jumlah kelahiran bayi perempuan menurun teruk dan India bakal berdepan masalah kekurangan kaum wanita di masa hadapan. ",
"Satu kontroversi yang melanda dunia perubatan dalam tahun 2019, adalah kelahiran dua orang bayi yang diberi nama Lulu dan Nana di China. ",
"Apa yang menarik tentang dua bayi ini, kod genetik mereka telah diubah selepas benih kedua-duanya bersenyawa memberikan mereka perlindungan kepada virus HIV - kerana ayah mereka dikatakan pembawa virus tersebut.",
"Walaupun tujuan pakar di China bernama He Jiankui mahu membolehkan pasangan yang positif HIV menerima cahaya mata, tindakan beliau mengakses dan mengubah benih bayi itu dikritik banyak pihak.",
"Penyelidikan yang dijalankan secara sulit melalui persenyawaan luar rahim melibatkan 6 pasangan positif HIV itu terbongkar, memaksa Jiankui mendedahkan hasil kejayaan penyelidikannya kepada umum. ",
"Melalui siaran video, Jiankui memperjelaskan dia berjaya mengubah genetik satu pasangan bayi kembar 'kalis HIV' bernama Lulu dan Nana, lahir dalam bulan Oktober tahun 2018, serta dua orang lagi bayi yang lahir pada tahun 2019.",
"Tindakan Jiankui itu bagaimanapun jelas melanggar kod etika bidang perubatan dan penyelidikan, mengakibatkan kejayaan beliau mula disanggah dengan kritikan.",
"Atas perbuatan itu, Jiankui dipecat daripada jawatannya sebagai penyelidik, dipenjarakan selama 3 tahun, didenda kira-kira RM1.6 juta serta tidak lagi dibenarkan menyertai mana-mana kajian berkenaan genetik seumur hidup.",
"Dalam situasi di mana pesakit dianggap sudah tiada harapan diselamatkan khususnya berkait keadaan jantung, pakar perubatan terlibat boleh mengkategorikan pesakit sebegini dalam kategori yang dilabelkan sebagai 'kod perlahan' atau 'slow code.'",
"Terma ini khusus diguna secara sulit bagi pesakit yang memerlukan sokongan hayat jantung atau advanced cardiac life support (ACLS) di mana dikhuatiri sebarang usaha memberi renjatan kepada jantung dengan teknik CPR hanya akan memburukkan keadaan pesakit.",
"Untuk mengelakkan pihak perubatan didakwa tidak cuba apa yang terbaik demi pesakit, pihak petugas terlibat akan sengaja melambatkan sebarang usaha ketika kecemasan dan ada juga yang terpaksa berpura-pura berlakon cuba menyelamatkan pesakit melalui prosedur olok-olok. ",
"Tujuannya daripada perspektif pihak petugas, mereka sudah sedar risiko kepada pesakit lebih tinggi jika cuba diselamatkan. Namun pihak waris tetap mahu melihat petugas kesihatan mencuba yang terbaik, bagi memastikan hayat pesakit terpelihara.",
"Kerana itulah ada dalam sesetengah kes unik, petugas perubatan akan mengkategorikan pesakit di bawah 'kod perlahan.' ",
"Pandangan pakar perubatan sedunia dalam isu ini nyata tidak sama. Ada yang menyifatkan tindakan sengaja melengahkan rawatan ke atas pesakit yang sudah tiada harapan, dianggap tidak beretika.",
"Ada juga pihak melihat tindakan sebegitu, sebenarnya lebih bersifat perikemanusiaan kerana enggan menyeksa pesakit serta tetap berusaha menjaga hati waris walaupun realitinya mereka sekadar berpura-pura.",
"Jika 'slow code' diaplikasikan bagi melindungi kedudukan petugas perubatan daripada sebarang tindakan saman, arahan DNR atau 'do not resuscitate order' adalah pilihan yang boleh ditentukan sendiri pesakit.",
"Kita di Malaysia menggelarkan situasi ini sebagai Larangan Resusitasi (LR).",
"Tujuan arahan ini adalah untuk menghindarkan sebarang usaha pemulihan berbentuk CPR dijalankan kepada pesakit ketika jantungnya sudah terhenti membolehkan pesakit meninggal dunia, atas persetujuan pesakit sendiri. Majoriti negara membenarkan LR dilakuka, atas bermacam sebab.",
"Ada pesakit yang mahu LR kerana sudah tak tahan merana, bimbang akan berlaku kecederaan lain semasa proses mengepam jantung dijalankan. Ada yang gusar kos perubatan yang perlu ditanggung pihak keluarga semakin menaik dan semua usaha hanya membawa kepada penamat yang sama. ",
"Ada juga negara membenarkan LR dikeluarkan atas saranan pihak perubatan sendiri, bergantung kepada situasi yang dirasakan sesuai. ",
"Situasi LR ini membuka perbincangan besar kerana melibatkan bermacam aspek. Ini kerana ada pihak melihat keizinan untuk menandatangani LR ibarat sengaja memilih untuk mati, tanpa ada usaha atau ikhtiar melawannya. ",
"Mereka yang positif melihat LR yang dipersetujui pesakit ibarat pesakit sendiri mengaplikasikan hak mereka untuk menentukan usia nyawa mereka tanpa campur tangan pihak lain.",
"Dalam aspek agama Islam, ada fatwa membenarkan keputusan ini dibuat - asalkan keputusan yang dibuat, diambil berdasarkan kepada pandangan mereka yang arif yakni pakar perubatan, tentang situasi sebenar seorang pesakit.",
"Anda bagaimana? Apa pandangan anda sekiranya salah seorang ahli keluarga anda yang uzur bersetuju untuk memberikan kebenaran LR ketika di hospital? ",
"Kami yakin tak ramai sedar kewujudan teknik perubatan kontroversi yang dikenali sebagai 'savior baby' atau 'savior sibling' ini, diterjemahkan 'adik-beradik penyelamat' benar-benar diamalkan di seluruh dunia? ",
"Prosedur yang sangat kontroversi ini memerlukan usaha pakar perubatan mewujudkan seorang bayi lain dalam lingkungan adik-beradik yang sama, dengan tujuan pengambilan organ bayi tersebut bagi menyelamatkan kakak atau abangnya yang mempunyai masalah penyakit. ",
"Kisah seorang bayi perempuan di India bernama Kavya Solanki yang dilahirkan melalui persenyawaan luar rahim untuk menyelamatkan abangnya Adam, seorang penghidap talassemia yang memerlukan tulang rawan baru adalah antara kes terbaru yang dilaporkan.",
"Begitulah juga dengan nasib Megan Matthews, seorang kanak-kanak dari UK yang menerima organ adiknya Max, selepas Max dilahirkan secara persenyawaan dalam tabung uji di luar rahim serta menjadi janin yang melepasi proses saringan kelayakan pakar perubatan.",
"Dalam kes Kavya sebagai contoh, dia adalah 1 daripada 18 janin yang disenyawakan dan didapati sesuai untuk pemindahan organ kepada abangnya selepas itu. Jadi janinnya diselamatkan, sebelum dimasukkan ke dalam rahim ibunya bagi membolehkan kandungan itu membesar secara normal.",
"17 lagi janin yang disenyawakan tetapi didapati tidak sesuai, anda rasa apa berlaku kepada janin-janin tersebut? Kami pun tak tahu dan kalau boleh kami tak nak tahu.",
"Selain faktor tersebut, keperluan untuk melakukan pemindahan organ juga perlu dilakukan ketika seorang bayi penyelamat seperti Kavya atau Max masih kecil. ",
"Apabila mereka sudah mencapai berat minima yang dirasakan cukup, bayi-bayi ini akan dibedah untuk dikeluarkan organ mereka bagi membantu menyelamatkan adik-beradik mereka yang lebih tua. ",
"Menakutkan bukan bagaimana sains mampu membantu memperbaiki banyak perkara, tetapi dalam masa yang sama tetap membuatkan kita gementar dengan kemampuan yang kita ada?"
] |
https://iluminasi.com/bm/5-cara-kempen-ahli-politik-malaysia-yang-kita-dah-muak.html | 5 Cara Kempen Politik Yang Rakyat Malaysia Dah Muak | [
"Menjelang musim pilihanraya, kumpulan-kumpulan manusia bergelar ahli politik mula keluar daripada hibernasi; kembali menonjolkan diri kepada masyarakat.",
"Sampaikan dah biasa kita berdepan situasi tatkala semakin dekat pilihanraya, tiba-tiba jalan raya bertar cantik. Projek-projek yang dulunya semput bertukar pantas. Jambatan roboh diganti kukuh. ",
"Usaha pembangunan fizikal dan sosial diumumkan dengan visi-visi gah dicanang bakal mengubah sebuah pekan jadi kota metropolitan.",
"Namun kita sebagai rakyat Malaysia juga (harapnya) semakin bijak menguliti perangai ahli politik yang jelas sukar untuk mereka berubah. Ramai kekal dengan strategi sama, kerana bagi mereka itulah yang berjaya. ",
"Penulis yakin ramai sebenarnya yang dah bosan dengan lima kaedah kempen politik yang memuakkan tekak kita.",
"Adakah pernah mana-mana penyelidik mengkaji keberkesanan ceramah politik, dalam era tekno-maklumat menguasai cara orang ramai mendapat berita?",
"Kadang-kadang apa yang disampaikan dalam ceramah hanyalah kisah yang diputar-putar beberapa tahun kebelakangan, jika dibandingkan dengan informasi politik segar yang saban hari berputar dan berlegar di internet.",
"Lagipun, sudah beberapa dekad hidup penulis, penulis melihat ceramah politik hanyalah medan di mana seorang ahli politik membodoh dan merendahkan lawannya. Isi ceramah lebih kepada pendedahan tentang aspek negatif lawan, tanpa benar-benar menceritakan perihal wawasan sendiri.",
"Pendedahan yang dibuat juga hanyalah bersifat hearsay atau lisan, tanpa bukti dibuat hanya untuk menimbulkan rasa was-was atau buruk sangka kita kepada lawan mereka. ",
"Sebulan dua sebelum pilihanraya, muncullah kumpulan ahli politik yang mahu menonjolkan imej mereka mesra orang kebanyakan.",
"Waktu inilah lakonan 'photo-ops' rancak berjalan. Dapatlah kita lihat pemimpin cuba menyusun batu-bata, menyapu sampah, naik kapal terbang kelas ekonomi, makan nasi bungkus atau buat apa saja perbuatan yang hakikatnya tak ada apa yang istimewa...kerana itulah rutin biasa kita.",
"Apa yang menghairankan penulis (tak tahulah anda bagaimana), setiap kali seorang ahli politik selesai melakukan perbuatan supra-biasa, hadirin di belakang akan bertepuk tangan meraikan aksi itu seolah-olah sesuatu yang besar dan hebat benar pencapaiannya.",
"Selama ni ahli politik tak reti menyapu sampah ke? Jika seorang ahli politik diberikan tepukan gemuruh kerana mampu menyapu sampah, di tahap mana sebenarnya kemampuan mereka?",
"Dalam aspek menunggang agama di negara kita ada dua kategorinya. ",
"Yang pertama adalah ahli politik beragama Islam yang menggunakan elemen-elemen Islam untuk membantu menaikkan profil mereka.",
"Ketika inilah pasukan media ahli politik terlibat mula memuatnaik boss mereka mengimamkan solat atau membaca doa. Ada juga yang digambarkan mengetuai bacaan surah Yasin. ",
"Yang tok imam Masjid hari-hari baca doa untuk makmum dan imamkan solat jemaah, sekeping gambar imam pun tak pernah dipetik.",
"Kategori kedua pula adalah ahli politik bukan Melayu tiba-tiba 'mesra Islam.' Sebulan dua sebelum kempen inilah dia rajin mengucapkan 'Insya Allah'. Bagi ahli politik wanita, waktu inilah dia nak pakai tudung serta menyertai aktiviti komuniti muslimat.",
"Dalam tahap teruk, ada juga yang akan menyamakan pimpinan tertinggi parti mereka yang bukan Islam dengan Khalifah-Khalifah Agung dalam sejarah Islam hanya untuk menarik minat pengundi Islam di Malaysia.",
"Kita ingatkan dah tiba tahun 2022i, propaganda mahu 'mempercumakan' sesuatu sudah terkubur.",
"Bagaimanapun jelas masih ada pihak kekal berkempen dengan mesej tidak realistik sebegini, menawarkan tol percuma, pinjaman pendidikan langsai dan sebagainya, dijadikan gula-gula mengambil hati pengundi yang ada.",
"Tak salah untuk anda menawarkan semua ini namun sebagai pemimpin yang baik, anda haruslah turut menceritakan kemungkinan yang boleh berlaku, baik buruk tindakan tawaran itu sekiranya benar-benar anda laksana.",
"Berjanji sesuatu tanpa benar-benar memperjelaskan apakah langkah yang diambil serta menyenaraikan impaknya kepada orang ramai adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab, yang sepatutnya sudah lupus dari amalan politik kita.",
"Penulis berpandangan kita sebagai rakyat Malaysia sudah lebih matang untuk membincangkan setiap aspek tawaran yang pasti ada pro dan kontra. Ahli politik mana yang akan berani melakukan perubahan sebegitu rupa agaknya?",
"Kita tak mahulah berlaku lagi ada pihak janji tol percuma, tapi konsesi tol dipanjangkan pula.",
"Sudah beberapa kali kediaman penulis menerima sumbangan dari ahli parlimen dalam bentuk beras, gula, minyak masak peket dan susu tin ketika PRU lalu. ",
"Bukanlah tak berterima kasih, namun kedatangan sumbangan atau derma seperti ini jelas berlaku hanya bila tiba musim pilihanraya. Begitu jugalah dengan sesetengah ahli politik yang kreatif berkempen mengadakan program isi minyak motorsikal secara percuma untuk golongan belia.",
"Beberapa ahli politik menawarkan program pemberian komputer riba percuma untuk golongan susah. Seorang ahli politik menyediakan pertukaran minyak hitam percuma motorsikal untuk 50 orang penerima pertama. ",
"Itu hanyalah segelintir program pemberian percuma yang kreatif muncul tatkala PRU bakal menjelma. Persoalannya di sini, apakah respon kita sebagai sebuah masyarakat kepada program sebegini? ",
"Perlukah kita melihat tindakan sumbangan sebegini seolah menghina kedudukan orang ramai sebagai pengundi atau lebih baik kita guna pendekatan 'ambil saja, sebab dah percuma'?",
"Tidak dapat kita nafikan program sebegini popular serta mampu menarik minat orang ramai mendekati calon yang bakal bertanding. Tetapi hendak tak hendak, kita sebagai rakyat nampak semua yang dilakukan hanyalah untuk meraih undi.",
"Walau bagaimanapun jika anda tanya penulis; antara janji tol percuma atau hutang pendidikan mansuh dengan program pemberian mengejut, lebih baik program mengejut sebegini dilakukan. ",
"Sekurang-kurangnya apa yang dah dijanjikan sudah sampai ke tangan orang ramai, tanpa 1001 alasan bakal diberikan bila janji-janji gah dan tak realistik tak dapat ditunaikan."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-realiti-hidup-yang-semua-orang-patut-terima.html | 5 Realiti Hidup Yang Semua Orang Patut Terima | [
"Setiap insan mempunyai pandangan dan tanggapan yang berbeza, dalam menilai setiap aspek kehidupan. ",
"Ada yang berpijak di bumi nyata sedar akan kelemahan sendiri, bekerja keras mahu mengubahnya. Ada yang bergantung kepada fantasi sehingga terawang-awang dalam mimpi. ",
"Kita juga ada bermacam jenis alasan dan hujah yang kita mampu keluarkan, untuk menutup kelemahan diri. ",
"Namun ada masanya lebih baik untuk kita menerima, yang realiti dunia tak sama dengan apa yang bermain dalam kepala kita. Berikut adalah lima realiti hidup yang perlu kita terima, agar kita tidak terus leka.",
"Dalam zaman moden, banyak pihak mempersoalkan keperluan seseorang mempunyai kerja. ",
"Karier dan bidang pekerjaan yang mengikat seseorang dilihat satu kelemahan, sehinggakan ramai orang khususnya anak muda enggan terikat dengan sebarang bentuj kerjaya.",
"Pendapat sebegitu mungkin kedengaran indah apabila kita sendirian dan tidak punya banyak tanggungan.",
"Seseorang yang dah matang biasanya akan faham keperluan pekerjaan bukanlah untuk dapatkan gaji semata-mata. Pekerjaan juga sebenarnya mampu memberikan kita fokus hidup yang mengelakkan kita lari dari naluri asal manusia.",
"Apabila kita bekerja dan kita stabil dalam kerja kita, banyak kegusaran yang ramai ada, tidak membelenggu kita.",
"Anda mungkin terpengaruh dengan trend pempengaruh media sosial, gemar menjaja mesej seseorang harus berani mengambil risiko bekerja sendiri... seperti mereka.",
"Realitinya - mereka hanya menonjolkan sisi baik tanpa berani memperlihatkan waktu bimbang dan detik ketakutan menceburi bidang tersebut, yang sebenarnya dialami setiap hari.",
"Di internet, pakar-pakar motivasi tidak bertauliah gemar mengingatkan usaha kerja keras kita pasti akan mendatangkan hasil.",
"Tidak. Berhenti tipu diri kita. Kerja keras tak semestinya memberikan pulangan kepada kita.",
"Tetapi apa yang baik daripada semua kerja keras kita, sebenarnya memberikan kita matlamat untuk terus cekal dan berusaha. Lebih penting, kerja keras memastikan masa kita tak sia-sia terbuang sebegitu saja.",
"Dengan kerja keras, kita menimba pengalaman yang sangat berguna dalam mempertingkatkan ilmu, pengetahuan dan pengalaman kita dalam berhadapan dengan situasi yang sukar kita jangka. ",
"Itulah mesej yang seringkali digembar-gemburkan sesetengah pihak, dalam usaha mengajak masyarakat jadi lebih berani mencuba sesuatu yang lebih selari dengan kehendak diri kita. ",
"Seandainya semua orang di dunia ini berpegang kepada pendapat fantasi sebegini, memang jahanamlah tamadun manusia. ",
"Contoh paling mudah, semua ibu bapa pasti mempunyai impian atau cita-cita peribadi, namun majoriti mereka sanggup mengabaikan keinginan sendiri untuk membesarkan anda. ",
"Sekiranya mereka pilih utamakan diri sendiri, apa agaknya nasib kita?",
"Realitinya seorang individu yang mahu mementingkan diri akan mengabaikan banyak pihak lain untuk jadi 'dirinya.' Hendak tak hendak, seseorang perlu berkorban walaupun impian sendiri menjadi mangsa.",
"Pengorbanan paling besar yang setiap orang akan perlu hadapi - adalah keperluan mengorbankan kehendak diri sendiri, demi kepentingan orang yang kita sayang. ",
"Netizen gemar melabelkan seseorang yang berjuang melawan isu atau masalah masyarakat, automatik berada di pihak yang benar. ",
"Untuk setiap perkara, ada timbal-balik, pro dan kontranya dan perspektif lain yang boleh juga dilihat sebagai ada kebenarannya. ",
"Hero pada anda, tak semestinya bermaksud wira kepada semua. Ada kemungkinan dia yang anda sanjung, dibenci ramai yang berbeza dengan anda.",
"Pendapat ini terpakai dalam semua situasi di mana ideologi atau pemikiran kita berlainan dalam menentukan hujah sesuatu isu - seperti politik, agama, isu masyarakat dan sebagainya.",
"Realitinya, semua topik yang kami sebutkan di atas tidak ada pihak yang benar-benar boleh mengaku mereka benar. Ini kerana semua orang yang terlibat mendakwa mereka benar. ",
"Satu realiti yang harus kita semua terima; tidak wujud keadilan di dunia ini yang benar adil, walaupun manusia berusaha sekuat mana pun mendapatkannya.",
"Ramai memegang pendapat sesebuah negara itu akan dianggap berjaya, bila mana semua orang dapat hidup senang di bawah pentadbirannya. ",
"Ada yang menganggap konsep adil itu hanya akan tercapai apabila sesuatu itu berjaya diberikan atau diagihkan keseluruhannya sama rata. ",
"Semua pendapat seperti ini tidak benar. Apa yang berlaku di dunia ini apabila melibatkan naluri dan firasat manusia, pasti mampu mengakibatkan wujudnya ketidakadilan dalam bermacam bentuk. ",
"Seseorang boleh cuba berlaku adil sebaik mungkin, tetapi pasti akan ada mereka yang tertindas disebabkan pilihan yang dibuat atau yang terpinggir hanya kerana kita mahukan keadilan.",
"Terimalah, nak adil, tempatnya bukan di dunia. Di sini, seadil-adil mana pun manusia berusaha, menghakimi, menilai, membantu - pasti ada cacat cela yang disedari atau tidak disedari kejadiannya."
] |
https://iluminasi.com/bm/radio-fm-vs-am-apakah-beza-antara-kedua-duanya.html | Radio FM vs AM : Apakah Beza Antara Kedua-duanya? | [
"Sekiranya anda masih menggunakan kereta-kereta lama, perasan atau tidak di bahagian radio kereta anda anda boleh memilih siaran radio AM? Benar, kebiasaannya kita memilih siaran radio berdasarkan frekuensi FM sesebuah stesyen radio namun tahukah anda bagaimanakah frekuensi AM berfungsi?",
"Jadi, apakah beza atau siaran FM dan AM? Yang mana satu lebih baik? Mengapakah stesyen-stesyen radio di Malaysia menggunakan FM?",
"Satu ketika dahulu orang ramai menggunakan radio (bukan telefon pintar dan tablet) untuk mengikuti berita dan muzik terkini di radio AM mereka. {Pengenalan radio FM untuk penyiaran komersial membawa perubahan besar dan sangat penting sehinggakan istilah 'FM' menjadi sinonim dengan sesuatu yang memainkan muzik; kadangkala orang masih terliru istilah \"FM\" dengan peranti yang memainkan muzik melalui gelombang radio.",
"Dalam komunikasi radio, isyarat radio 'dimodulasi' supaya ia boleh dihantar dalam jarak yang jauh. Dalam istilah yang paling mudah, ini bermakna isyarat radio (atau isyarat input), iaitu isyarat yang membawa maklumat audio, ditambah dengan isyarat pembawa.",
"Tidak seperti isyarat radio (yang biasanya mempunyai frekuensi yang sangat rendah), isyarat pembawa mempunyai amplitud dan frekuensi malar, iaitu bentuk gelombang malar yang membantu membawa isyarat radio pada jarak jauh. Proses 'melekapkan' isyarat asal kepada gelombang pembawa dipanggil modulasi. ",
"Modulasi analog terdapat dalam tiga jenis: modulasi amplitud, modulasi frekuensi dan modulasi fasa. Untuk memahami beza antara modulasi amplitud (Amplitude Modulation - AM) dan modulasi frekuensi (Frequency Modulation - FM), teruskan bacaan d bawah.",
"Untuk memahami lebih lanjut mengenai persoalan ini, adalah penting untuk kita mempunyai sekurang-kurangnya pemahaman asas tentang cara radio menghasilkan bunyi pada mulanya.",
"Setiap stesen radio memancarkan apa yang dikenali sebagai gelombang pembawa atau isyarat pembawa, yang pada asasnya adalah gelombang elektromagnet yang stabil - seperti frekuensi dan amplitud yang tidak berubah. ",
"Misalnya apabila DJ mula memainkan lagu di stesen (atau bunyi lain disiarkan), gelombang bunyi tersebut akan ditukar kepada isyarat elektrik yang bergerak ke antena radio anda melalui gelombang pembawa, dan radio anda menukarnya semula menjadi gelombang bunyi untuk dipancarkan oleh pembesar suara anda.",
"Apabila gelombang pembawa menghantar isyarat tersebut, ia berubah dalam satu daripada dua cara - FM atau AM",
"Jika ia adalah stesen radio AM, amplitud gelombang pembawa - ketinggian gelombang - akan dimanipulasi berdasarkan isyarat. Inilah yang dikenali sebagai modulasi amplitud atau dalam bahasa Inggeris, Amplitude Modulation (yang disingkatka menajadi AM).",
"Untuk stesen radio FM, amplitud kekal sama, manakala frekuensi - bilangan kitaran gelombang yang lengkap dalam masa tertentu - berubah.",
"FM bermaksud modulasi frekuensi, dan secara amnya dianggap lebih baik daripada AM. Apabila isyarat elektrik rawak mengganggu gelombang pembawa, ia boleh menjejaskan amplitudnya.",
"Oleh kerana gelombang pembawa FM tidak menghantar isyarat melalui amplitud, ini tidak mempunyai kaitan dengan kualiti siaran radio FM. Tetapi mengubah amplitud pembawa AM merosakkan data yang cuba dihantar dan itulah sebabnya radio AM biasanya lebih statik daripada FM. ",
"Radio FM juga menyiarkan julat rangkaian frekuensi yang lebih besar - dikenali sebagai jalur lebar (bandwith) - jadi ia mampu mengendalikan lebih banyak nuansa dan variasi dalam bunyi. Jika anda ingin menyiarkan muzik, anda akan mendapat kualiti yang lebih baik dengan menggunakan radio FM.",
"Walaupun radio FM secara umumnya lebih baik daripada AM, radio AM turut mempunyai kelebihan tertentu.",
"Seperti yang dijelaskan dalam video di atas, panjang gelombangnya - jarak antara satu puncak gelombang ke puncak gelombang seterusnya - jauh lebih panjang daripada panjang gelombang FM, yang membantu isyarat bergerak lebih jauh dan juga kekal utuh apabila menghadapi halangan seperti bangunan atau gunung.",
"Jika anda mahu siaran anda menjangkau seramai mungkin orang, radio AM mungkin pertaruhan terbaik anda. Pernahkah anda terfikir mengapa anda tidak boleh mendengar beberapa stesen muzik kegemaran anda selepas anda pergi ke negeri lain",
"Ini kerana gelombang FM mempunyai julat yang kecil dari segi kawasan geografi yang boleh diliputinya, manakala gelombang AM mempunyai julat yang lebih besar dan oleh itu boleh diterima walaupun di kawasan pedalaman! ",
"Inilah sebab kebanyakan stesen berita menggunakan AM melalui FM, kerana mereka mahu maklumat itu sampai kepada seberapa ramai orang yang mungkin, walaupun kualiti bunyi tidak terbaik.",
"Dari segi kos pula, keperluan peralatan sistem FM adalah mahal manakala AM, dengan teknologinya yang agak lama, bergantung pada peralatan yang kurang kompleks dan dengan itu lebih murah untuk menghantar isyarat."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-filem-copy-ori-hollywood-dari-penerbit-asia.html | 5 Filem Asia Yang Diciplak Hollywood | [
"Pengaruh industri perfileman Hollywood ke serata dunia, menyaksikan pembikin filem luar gemar meniru dan mengamalkan pendekatan yang digunapakai Hollywood dalam menambahbaik mutu filem yang ada.",
"Kelebihan aspek kesan visual dan teknologi yang digunapakai, dicemburui penggiat seni luar - kecuali kreativiti menghasilkan jalan cerita yang bersifat universal. Hollywood juga ada masanya seakan kekeringan idea, sehingga 'mencedok' filem luar untuk diolah semula.",
"Beberapa buah filem legenda keluaran Asia telahpun melalui proses ini; kualiti filem yang terhasil bercampur-baur mutunya. Ada yang baik, mampu menandingi filem asal, ada juga yang layak dikeji kerana hanya mencemarkan legasi yang ada.",
"Berikut adalah lima filem copy ori keluaran Hollywood, yang dicedok dari pembiki filem di kalangan masyarakat Asia.",
"Bagi mereka yang menggemari filem aneh, 'Oldboy' terbitan pengarah Korea Selatan, Park Chan-wook kerap menjadi sebutan. Tema yang dibawa filem ini, aksi serta jalan ceritanya sukar dilupakan serta mampu membuatkan anda mual - walaupun sudah hampir 20 tahun usia filemnya.",
"10 tahun selepas terbitannya di Korea Selatan, pengarah terkenal Spike Lee diberi tanggungjawab mengolah semula filem ini ke dalam versi mesra Hollywood, menampilkan Josh Brolin (Thanos dalam 'Avengers') dan Elizabeth Olsen (Scarlett Witch/Wanda Maximoff juga dalam siri dunia Marvel) sebagai dua pemegang watak utama. ",
"Kami tak mahu menceritakan apa yang ditayangkan dalam filem ini, kerana sebarang kebocoran akan mengakibatkan anda tidak dapat menikmati impak sebenarnya - tetapi jika anda mahu menonton, sila pilih versi asal Korea Selatan.",
"Perubahan kepada jalan cerita yang diperkenalkan dalam versi Hollywood agak membodohkan penonton, jika kita bandingkan dengan versi Korea Selatan yang lebih halus dan tersirat kisahnya.",
"Dikritik hebat gagal menambahbaik versi asal dan hanya mencacatkan status legenda filem 'Oldboy' sebenar, versi Hollywood-nya nyata sebuah projek yang agak gagal walaupun mempertaruhkan pengarah yang berwibawa.",
"Sekiranya tidak diberitahu, besar kemungkinan tak ramai menyedari 'The Departed' yang membariskan Leonardo DiCaprio dan Matt Damon, adalah olahan semula filem Hong Kong, 'Infernal Affairs', yang dibintangi dua nama besar di sana iaitu Andy Lau dan Tony Leung.",
"Membawakan tema yang serupa berkaitan kewujudan dua perisik - seorang ahli kongsi gelap yang diberikan tugas untuk menyelinap ke dalam jabatan polis dan seorang lagi anggota polis yang menyamar sebagai ahli kongsi gelap, kedua-dua buah filem dilihat berjaya walaupun memaparkan latar belakang yang sangat berbeza.",
"Pengarah 'The Departed', Martin Scorsese bijak memperkembangkan watak yang diperkenalkan dalam filem asal dengan lebih baik, meletakkan dua watak utamanya dalam situasi yang lebih realistik berbanding 'Infernal Affairs' yang agak pantas pergerakan ceritanya.",
"Bagi penulis, dari segi teknikalnya jelas perbezaan ketara kualiti gambaran Hollywood yang lebih kompleks serta mempunyai identiti yang sendiri, memberikan 'The Departed' identiti yang unik sehingga mampu berdiri sendiri sebagai karya asli.",
"Apa yang jelas, kedua-dua filem cukup hebat dan menghiburkan yang berbeza budayanya, tetapi kelebihan teknikal Hollywood memberikan mereka kelebihan khususnya dalam bidang suntingan yang lebih tersusun dan kemas paparannya.",
"Ketika kedengaran ura-ura Hollywood mahu menerbitkan semula olahan filem seram legenda Jepun 'Ringu' atau 'The Ring' dalam versi mereka, banyak pihak menyuarakan kebimbangan. ",
"Ringu' sangat mirip dengan kisah seram dongeng masyarakat Jepun. Apabila sesuatu filem itu sudah sangat sinonim dengan imej sesebuah masyarakat, sebarang usaha menukarkannya ke satu budaya berbeza pasti akan kelihatan janggal hasilnya.",
"Namun hasil olahan semula filem 'Ringu' layak dipuji kerana bukan saja berjaya mengekalkan jalan ceritanya dalam konteks yang berlainan, bahkan turut sama memperhalusi beberapa elemen yang longgar dalam filem asalnya.",
"Seperti 'The Departed' dengan 'Infernal Affairs', anda takkan kecewa selepas menonton mana-mana versi sama ada 'Ringu' atau 'The Ring' kerana olahan semulanya boleh dikatakan berjaya, walaupun elemen sosial dan tradisi Jepun diubah supaya lebih mesra masyarakat Amerika.",
"Sama ada anda lebih takutkan Sadako atau Samara, itu terpulanglah kepada penilaian anda.",
"Filem animasi 'Ghost in the Shell' yang diterbitkan pada tahun 1995, diarahkan oleh Mamoru Oshii banyak mencorak penghasilan karya filem dan drama genre sains fiksyen, khususnya yang memaparkan elemen manusia robot di dalamnya.",
"Gagal mendapat sambutan semasa tayangan awalnya, filem yang digarap berdasarkan siri komik dengan judul serupa ini akhirnya diangkat sebagai pencorak pemikiran pengkarya sehingga menjadi salah satu filem animasi berpengaruh dalam industri filem antarabangsa.",
"Bagaimanapun....olahan semula filem ini dalam versi sebenar yang cuba mengekalkan tema sama hancur lebur, walaupun membariskan pelakon terkenal Scarlett Johansson sebagai pemain watak utama. ",
"Visual dan aksi yang dipaparkan memang mengagumkan namun jalan cerita yang dibawa kurang kemas - sehinggakan penceritaan duduk di tempat kedua, dilihat kurang penting jika dibandingkan dengan kecantikan visual yang ada.",
"Perubahan penamat ceritanya yang jauh lari dari visi asal hanya membuatkan peminat filem asalnya meradang.",
"Sekiranya anda bukan peminat setia filem asal atau siri komik asalnya, 'Ghost in the Shell' versi Hollywood tetap dapat menghiburkan anda, asalkan anda tak peduli apa sebenarnya mesej yang cuba nak dibawakan penggarapnya.",
"Ketika awal dekad 2000, industri filem Thailand seakan mempunyai nafas baru dalam penghasilan filem seram. Banyak judul mereka popular di kalangan masyarakat kita. ",
"Salah satu judul yang popular dan diingati, adalah filem 'Shutter' yang ditayangkan pada tahun 2004. Olahan semula Hollywood diterbitkan pada tahun 2008, mengekalkan judul sama. ",
"Kedua-dua filem membawakan premis serupa di mana pasangan watak utama mula berdepan kejadian aneh, selepas terlanggar seorang gadis dalam satu insiden kemalangan jalan raya. Cubaan mencari mangsa kejadian tidak menemui sebarang jejak.",
"Bertugas sebagai jurufoto, watak utama lelaki dalam filem ini mula mendapati kewujudan objek aneh dalam gambar yang telah diambilnya. Bimbang disampuk sesuatu, kedua-duanya mula menjalankan siasatan bagi mengenalpasti apakah punca gangguan yang sedang menimpa hidup mereka.",
"Secara teknikalnya, filem olahan semula Hollywood mendahului dari segi aspek teknikalnya, namun kesamaran kualiti dan kekaburan visual filem asalnya memberikan filem Thailand asal tona yang mampu mengganggu firasat penonton. ",
"Pengkritik rata-ratanya bersetuju versi asalnyalebih kuat, kerana olahan semula Hollywood langsung tidak membawa sebarang penambahbaikan serta gagal memperkemaskan asas yang sudah kuat dalam filem asalnya.",
"Jika anda belum menonton 'Shutter', cari versi Thailand dan hindari dari sebarang spoiler. Kisahnya mungkin kurang kemas namun premisnya tetap menghantui jika dibandingkan dengan versi Hollywood yang entah apa-apa.",
"Tak percaya cuba tanya mereka yang dah menontonnya, adakah mereka masih fobia dengan cermin dan kamera?"
] |
https://iluminasi.com/bm/berapa-bil-elektrik-stadium-untuk-satu-perlawanan-bola-sepak-90-minit.html | Berapa Bil Elektrik Stadium Untuk Satu Perlawanan Bola Sepak? | [
"Penyokong pasukan bola sepak suka berbicara tentang kos gaji atau yuran perpindahan pemain, dalam mencongak kos pentadbiran sebuah kelab bola sepak.",
"Jarang penyokong nak tahu berapakah kos sesebuah kelab atau persatuan bagi menganjurkan satu perlawanan di stadium. ",
"Segala lampu limpah, papan skor visual dan papan iklan elektronik yang perlu dinyalakan di sekitar padang, sudah tentu memerlukan belanja yang tinggi ditanggung pengurusan. Ini belum mengambil kira banyak lagi kos lain.",
"Tahukah anda berapa anggaran bil elektrik yang perlu dibelanjakan dalam satu perlawanan bola sepak, yang berlangsung selama 90 minit perlawanannya? ",
"Setiap stadium mempunyai spesifikasi dan penggunaan yang berbeza-beza, bergantung kepada fasiliti di dalamnya.",
"Ada stadium mewah seperti stadium sebuah kelab di selatan Semenanjung Malaysia, yang tampak gah dengan lampu berwarna-warni memenuhi keseluruhan. ",
"Ada juga stadium yang nampak sangat daifnya, sehinggakan papan tanda skor perlawanan pun masih mengguna cara tradisional perlu ditukar paparan angkanya secara manual setiap kali gol dijaringkan.",
"Di Amerika Syarikat misalnya, kelengkapan stadium ragbi Amerika yang terlalu canggih memerlukan bekalan elektrik yang agak tinggi amaunnya, sehinggakan badan penyelia kerajaan Office of Energy Efficiency & Renewable Energy mengeluarkan garis panduan bagi mengawal penggunaan elektrik di stadium, yang semakin tidak terkawal.",
"Di sana, penggunaan panel solar dan turbin angin sebagai penjana bekalan elektrik untuk kegunaan stadium sudah lama digalakkan sebagai ganti bekalan, Mana-mana stadium yang berjaya menepati garis panduan akan diberikan insentif tertentu kerajaan.",
"Menurut kajian di Amerika Syarikat, tahap penggunaan elektrik untuk sebuah stadium sukan popular seperti ragbi atau besbol selama satu musim secara puratanya menyamai tahap penggunaan lebih 3,000 buah rumah dalam tempoh sama dengan angka penggunaan lebih USD1 juta setahun adalah perkara biasa.",
"Bagi membantu penjimatan, pertukaran mentol lampu limpah stadium daripada jenis lampu metal halida atau halogen jenis lama, kepada jenis LED banyak menyumbang penjimatan perbelanjaan kelab - dengan setiap lampu hanya memerlukan kuasa di antara 300 ke 2000 watt. ",
"Mentol jenis lama biasanya memerlukan spesifikasi minima 1500 watt untuk dianggap layak diguna dalam sebuah stadium.",
"Walaupun dengan penjimatan-penjimatan sebegini, kadar penggunaan elektrik di sebuah stadium masih tinggi kerana beban yang diperlukan tetap tak boleh kita elakkan. Lagipun, sukan sudah menjadi satu kaedah pengiklanan yang popular. ",
"Jadi kebanyakan pengusaha stadium tetap akan berusaha menempatkan papan iklan berbentuk elektronik yang lebih interaktif di sekeliling stadium, walaupun mereka sedar kos penggunaan elektrik mereka akan bertambah. ",
"Jika kita bercakap tentang sukan bola sepak pula, secara puratanya berdasarkan statistik yang diperolehi penganjuran Piala Dunia 2018 di Russia - sebuah stadium memerlukan kira-kira 25,000KWh (kilo watt per hour) untuk perlawanan selama 90 minit. Kita belum ambil kira masa tambahan lagi.",
"Untuk perbandingan kasar - rumah penulis hanya menggunakan sekitar 400 ke 450KWh untuk sebulan.",
"Angka tinggi penggunaan sebuah stadium belum mengambil kira faktor tambahan kos lain seperti pemanas kerusi jika perlawanan dianjurkan semasa cuaca sejuk atau sistem pendingin hawa atas padang dan stadium, seperti yang bakal digunakan di Qatar bagi penganjuran Piala Dunia 2022. ",
"Majoriti tenaga yang diperlukan dalam satu-satu perlawanan mewakili 38% adalah untuk menyalakan lampu limpah stadium, papan skor dan papan iklan.",
" 23% adalah untuk sistem kawalan suhu stadium dalam cuaca di Russia. ",
"21% untuk kegunaan penyediaan makanan, katering dan penyejukan bahan mentah, 11% adalah untuk memastikan penyiaran perlawanan melalui media berjalan lancar dan selebihnya atau 7% adalah untuk kegunaan lain.",
"Sukar kami bayangkan berapa kos yang diperlukan untuk satu perlawanan di Qatar, di mana keseluruhan stadium bakal disejukkan bagi menangani suhu ketika perlawanan yang dijangka melebihi 40 darjah celcius.",
"Seperti yang sudah kami sebutkan di atas, dalam satu-satu perlawanan yang dianjurkan - kadar penggunaan elektriknya menyamai keseluruhan penggunaan sebuah pekan kecil untuk tempoh sama.",
"Sekiranya kita ambil 25,000KWh dan kita kira menggunakan sistem tarif kediaman kita, kos yang akan ditanggung pengurusan bola sepak untuk satu perlawanan 90 minit adalah RM14,462.90. ",
"Bagaimanapun kebanyakan stadium di negara kita pada pandangan kasar penulis masih kurang penggunaan elektriknya, kerana kita masih lagi menggunakan papan iklan jenis lama serta tidak banyak memasang skrin gergasi di banyak sudut stadium. ",
"Kos pengendalian perlawanan kita juga lebih rendah kerana jumlah kamera yang diguna dalam satu perlawanan agak terhad, jika dibandingkan dengan jumlah kamera yang dipasang di stadium-stadium bertaraf antarabangsa.",
"Kami tidak dapat mengira kos penggunaan elektrik stadium dalam kiraan komersial, kerana ada banyak kategori atau kelas yang perlu diperjelaskan sebelum kita dapat mengira anggarannya. Jika kami cuba, angka yang kami dapat untuk satu perlawanan boleh mencecah puluhan sehingga ratusan ribu ringgit kosnya.",
"Apa yang cuba kami sampaikan di sini - sukan bola sepak memang memerlukan belanja yang besar, bukan saja untuk mendapatkan khidmat pemain bahkan untuk memastikan lampu stadium terang-benderang. ",
"Sekiranya anda mendapati siaran langsung di sesetengah stadium tampak agak suram, itu adalah kerana lampu limpahnya tidak memadai mencerahkan aksi atas padang. Lebih cerah lampu, lebih cantik kualiti visual yang dapat dirakam. Lebih banyak lampu, lebih banyak kos perlu dikeluarkan.",
"Nak jelas aksi di stadium, bil elektriknya pasti tinggi. Kalau persatuan atau kelab tak berapa cukup bajet, beraksilah mereka dalam padang yang tampak sedikit menyeramkan.",
"How much energy does a World Cup stadium use in 2018?",
"Here's The Staggering Amount Of Energy Used During The World Cup"
] |
https://iluminasi.com/bm/5-perbuatan-tak-ada-faedah-yang-ramai-orang-buat-setiap-hari.html | 5 Perbuatan Tak Berfaedah Yang Ramai Lakukan Setiap Hari | [
"Setiap hari semua orang dibekalkan tempoh waktu 24 jam yang sama. Bagaimana nak menguruskannya, terpulang kepada kita (atau boss kita).",
"Walaupun ramai suka mengaku kita sibuk dengan urusan penting, dalam masa yang sama ramai juga di kalangan kita menghabiskan masa dengan urusan atau perbuatan yang langsung tak berfaedah. ",
"Tidak diketahui untuk apa kita melakukannya, walaupun kita konsisten melakukannya. Berikut adalah lima perbuatan tak ada faedah yang kita buat setiap hari sama ada kita sedar atau tidak melakukannya.",
"Dalam era di mana komunikasi berlaku melalui pelbagai sudut, satu kaedah utama menjadi pilihan ramai individu meluangkan masa adalah dengan menghamburkan kritikan. ",
"Tak kiralah dalam media sosial atau ketika bertemu di dunia nyata, mengkritik sesuatu isu atau topik itu sudah jadi lumrah ramai pihak.",
"Tanya dengan diri kita sendiri - apa faedahnya kita mengkritik sehingga berjam-jam lamanya untuk mengkritik isu yang biasanya di luar batasan kemampuan dan pengetahuan kita? ",
"Ramai semakin berani mengkritik secara terbuka, kerana kewujudan media sosial dan internet memudahkan kita rasa kita 'tahu' tentang sesuatu isu. ",
"Realitinya, jika kita bandingkan apa yang kita tahu dengan pakar-pakar dalam isu yang kita kritik - bagai langit dengan bumi berbezanya kemampuan kita.",
" Seorang sarjana barat bernama Alexander Pope mengkritik sikap sebegini dengan sinis dalam sebuah sajak yang mempunyai ungkapan 'a little learning, is a dangerous thing.' Dalam era internet, itulah yang sedang dan telah berlaku.",
"Mak ayah dan nenek moyang kita tak buat pun perangai menghebohkan perkara bersifat peribadi, seperti membeli kereta baru, rumah baru, pergi melancong dan sebagainya. ",
"Kenapa kita pula melakukannya? Kepada siapa kita tujukan perkongsian-perkongsian ini dan apa matlamat sebenarnya? ",
"Realitinya, sebarang usaha kita untuk menunjuk atau menayang di internet atau dunia nyata tidaklah mampu memberikan apa-apa faedah, melainkan kita saja yang rasa puas dengan 'kelebihan' yang kita ada.",
"Sekiranya kita dianugerahkan hadiah wang tunai atas kejayaan menang debat internet, nampaklah logiknya kenapa ramai menghabiskan masa membetulkan pandangan orang lain.. ",
"Tetapi realitinya tiada ganjaran apa pun terhasil dari kemenangan kita. Apa yang kita ada menjadi 'bukti' kemenangan kita adalah rasa puas hati - yang hanya kita rasa.",
"Mana-mana pengguna media sosial khususnya cenderunh ada rasa sebegini, mahu membetulkan orang lain di internet yang punya pandangan berbeza. ",
"Kita mahu mereka melihat sesuatu isu sama macam kita dan enggan mengalah selagi mana mereka masih duduk dalam perspektif lama. ",
"Sekiranya menunjuk dan menayang tidak mendatangkan apa-apa, begitulah juga dengan tabiat suka melayari media sosial dengan alasan apa yang dikongsikan 'mungkin' penting pada kita.",
"Ada satu masalah ketara melibatkan tabiat penggunaan peranti elektronik manusia zaman sekarang; di mana kita terlebih berkomunikasi dan terlalu banyak menelaah maklumat diperolehi.",
"Malangnya, majoriti info dan komunikasi yang kita sertai tak berguna pun.",
"Apa yang membimbangkan, masalah lambakan informasi tak ada manfaat ini dilihat sebagai sesuatu yang perlu kita biasakan. ",
"Terpulang pada kita untuk menapis sendiri maklumat yang ada. Bagaimanapun, berapa kerat sangatlah di antara kita benar-benar berjaya menapisnya? ",
"Dalam era media zaman dahulu, sesuatu isu hanya boleh kita baca melalui majalah dan surat khabar. Bagi membincangkannya, mediumnya sangat terhad.",
"Dalam era di mana kemajuan teknologi membolehkan maklumat jadi mudah disampaikan, kita lebih banyak menghabiskan masa membincangkan isu yang langsung tiada kepentingan pada kita. ",
"Sudahlah sesuatu isu langsung tiada gunanya bagi kita, setiap isu yang timbul akan memecahkan kita kepada kelompok berbeza bergantung kepada perspektif kita. ",
"Apabila ramai yang sama pendapat ni bergabung, berlakulah fenomena yang digelarkan 'echo chamber', di mana komentar orang sependapat kita mula kedengaran lantang, seakan memperakui kita di pihak yang benar.",
"Berapa jam agaknya kita gunakan sehari untuk memeriksa pendapat dan reaksi orang yang sependapat dengan kita? ",
"Bila hati dah berbunga-bunga kerana ramai '100% agree' dengan kita, tersenyum sajalah kita sepanjang hari. Padahal faedahnya kepada hidup kita langsung tak ada."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kepercayaan-karut-kanak-kanak-yang-kita-dulu-percaya.html | 5 Cara Karut Tilik Nasib Popular Kanak-kanak Suatu Masa Dulu | [
"Zaman kanak-kanak mendedahkan kita kepada bermacam pengaruh yang sukar kita tahu baik dan buruknya, benar atau salahnya. ",
"Pengaruh psikologi yang terjadi akibat perbuatan kanak-kanak atau anak muda, boleh juga menghantui mereka sehinggalah mereka merangkap dewasa.",
"Masih ingatkah anda tentang beberapa cara tilik nasib yang popular satu masa dulu, tetapi akhirnya disedari dongengnya? Berikut adalah lima yang popular serta sering dimainkan kita. ",
"Kami yakin ada di antara anda ada kawan yang suka melihat garisan tapak tangan kita dan membaca 'huruf' yang ada.",
"Jika garis tapak tangan kita menyerupai huruf M, dia kata itu tanda kita bakal miskin di masa depan. Jika K? Itu petanda awal anda bakal bergelar jutawan! ",
"Ada juga pandangan yang kata kalau garis tangan kita terputus, itu tanda kita usia pendek. Kalau bersambung, kita akan panjang umur. ",
"Perkara ini memang mampu menghantui kanak-kanak. Apatah lagi bila kita baru mula kerja, gaji kita kecil. Rasa merana saja sambil merenung tapak tangan sambil teringat ramalan kawan kita dulu.",
"Bila dah dewasa kita pun tahu kepercayaan ini hadir daripada 'ilmu membaca tapak tangan' yang popular di kalangan masyarakat, 'dibaca' berdasarkan kepercayaan sesetengah masyarakat India atau Cina.",
"Siapa dulu masa kecil ada dipuji orang hanya kerana dia ada tahi lalat pada bahagian tangan? Orang tu kata kita seorang yang rajin.",
"Malangnya bila ada tahi lalat di tangan kiri pula - dia dikatakan bakal melakukan sesuatu yang kurang elok di masa hadapan.",
"'Ilmu' bacaan tahi lalat atau 'mole reading' ini cukup popular di kalangan mereka yang biasanya mempercayai ilmu astrologi dalam hidup. ",
"Bukan saja kedudukan tahi lalat didakwa mempengaruhi masa depan dan personaliti kita; saiz, warna dan bentuk tahi lalat juga memberikan pengaruh yang berbeza faktornya ke atas tahap kejayaan, nasib dan sifat peribadi kita, baik dan buruk.",
"Bila tahu saja kita ada tahi lalat yang kedudukannya menggambarkan nasib buruk, memang tak tidur malam kita selepas itu. ",
"Masa mandi, habis sabun kita gosok tahi lalat yang ada walhal tahi lalat hanyalah kerosakan semulajadi yang berlaku kepada pigmen kulit.",
"Selain dimomokkan dengan garisan tangan dan kedudukan tahi lalat, satu lagi kepercayaan tilik nasib yang sering dikongsi adalah ilmu bacaan bentuk muka kita. ",
"Ilmu membaca bentuk muka dikatakan mampu menceritakan bermacam perkara tentang sifat dan personaliti kita. ",
"Diasaskan masyarakat Cina, kepercayaan ini membahagikan wajah manusia kepada 10 jenis; memgambil kira bentuk dan saiz dahi, pipi dan dagu yang didakwa mampu menggambarkan kita dengan tepat.",
"Wajah berbentuk bulat dengan dagu juga bulat dikatakan seorang yang periang serta pandai mengambil hati orang lain namun terlalu mudah percaya orang lain, sehingga dia senang cuai. ",
"Orang yang mempunyai bentuk muka panjang dikatakan degil serta tidak toleran dengan pendapat berbeza, tetapi rajin dan mampu fokus dalam apa yang dilakukannya. ",
"Begitulah gambaran kasarnya. Siapa sini masa kecil dulu teringin sangat nak bentuk muka berbeza hanya kerana tak suka dengan 'bacaan personaliti' kita?",
"Setiap bulan pasti ada mesej dalam media sosial atau aplikasi mesej yang penulis terima menceritakan tentang pengaruh nombor dalam pembentukan personaliti kita, dikongsi orang lain.",
"Masa kecil dulu, mesti ada sesama kawan kita berbincang kalau lahir bulan ini, perangai dia sebegini. Kalau lahir tarikh ini, personaliti mereka akan jadi begini kan?",
"Akan ada seorang kawan kita terlebih rajin jadi tukang kira angka-angka tarikh lahir kita, untuk dapat satu nombor akhir yang dikatakan mewakili sifat kita.",
"Iilmu' ini masih popular dikongsikan walaupun jelas tak ada maknanya, kerana amalannya masih kuat dipegang kuat sesetengah kelompok masyarakat dunia.",
"Hahaha! Anda mungkin ketawa dengan permainan origami kanak-kanak ini sekarang setelah dewasa.",
"Kami yakin ada di antara dulu yang jadi takut dan dihantui keputusannya selepas bermain permainan ini.",
"Apatah lagi jika soalan yang kita tanya soalan sensitif, melibatkan perkara peribadi hidup kita masa itu seperti: 'adakah aku akan berkahwin bila besar?' atau 'adakah aku miskin bila tua?' ",
"Imaginasi kanak-kanak ni, macam-macam kita mampu fikirkan. Tahukah anda apakah tujuan sebenar origami kertas ini dibuat? ",
"Rekaannya diperkenalkan di Eropah untuk orang ramai menggunakan lipatan kertas bagi memerangkap serangga yang masuk ke dalam rumah, digelarkan masyarakat mereka sebagai 'cootie catcher.' ",
"Tidak jelas kenapa kertas origami ini boleh menjadi salah satu alat permainan kanak-kanak yang digunakan untuk bermain ramalan nasib dan menjawab persoalan seseorang.",
"Apa yang penulis tahu, ramalan bahawa penulis tidak akan berkahwin yang dibuat origami kertas ini berdekad-dekad dahulu, salah sama sekali. "
] |
https://iluminasi.com/bm/bagaimanakah-kelajuan-angin-taufan-diklasifikasikan.html | Bagaimanakah Kelajuan Angin Taufan Diklasifikasikan? | [
"Kita di Malaysia boleh dikatakan agak beruntung kerana negara kita terlindung daripada kejadian taufan yang dahsyat seperti di negara-negara lain di Asia. Namun di sesetengah negara fenomena ini adalah perkara biasa yang kerap terjadi beberapa kali dalam setahun.",
"Apabila membaca mengenai kejadian taufan, kebiasaannya kekuatan sesuatu angin taufan itu dikategorikan berdasarkan kerosakan yang mungkin diakibatkan olehnya. Tetapi bagaimanakah ahli meteorologi mengkategorikan ribut yang sering membawa maut ini, dan bagaimanakah skala itu berfungsi? ",
"Taufan ialah siklon tropika yang berlaku di Lautan Atlantik dan mempunyai angin dengan kelajuan berterusan sekurang-kurangnya 120 km/j. Siklon tropika pula ialah sistem ribut yang berkembang di kawasan tropika dan dicirikan oleh pusat tekanan rendah dan ribut petir yang menghasilkan angin kencang, hujan dan ribut.",
" Siklon tropika ialah nama generik yang merujuk kepada asal geografi ribut dan putaran siklon di sekeliling titik tengah. Bergantung pada lokasi dan kekuatan mereka, angin ribut dipanggil dengan nama yang berbeza. Apa yang digelar sebagai taufan (hurricane) di Atlantik, sebagai contoh, akan dipanggil taufan (typhoon) jika ia berlaku di barat laut Pasifik. ",
"Jawapan ringkasnya, kelajuan angin. Apabila siklon atau ribut tropika baru bermula dan berpotensnsi untuk semakin laju, ia dipanggil tekanan tropika. Dalam proses pembentukan ini, pusat pemantauan di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) akan melakukan pemantauan berterusan terhadap progres pembentukannya.",
"Sebaik sahaja angin taufan mencecah sehingga 63 km/j dan mengekalkan kelajuan itu selama 10 minit, ia akan menjadi ribut tropika dan NHC akan memberikannya nama. Jika siklon ini terus berkembang dan mengekalkan kelajuan angin sehingga 120 km/j, ia akan menjadi taufan. ",
"Untuk menetapkan nilai kategori kepada taufan, ahli meteorologi melihat kepada Skala Angin Taufan Saffir-Simpson, yang telah dibangunkan sebagai sistem klasifikasi untuk siklon tropika Hemisfera Barat pada akhir 1960-an dan awal 70-an oleh jurutera struktur Herbert Saffir dan beliau. rakan, ahli meteorologi Robert Simpson, yang merupakan pengarah NHC pada masa itu.",
"Secara ringkasnya, terdapat 5 kategori taufan di mana kategori 5 merupakan taufan paling ganas. Berikut merupakan penjelasan mengenai setiap kategori taufan ini:",
"Kategori 1: Kelajuan angin antara 120 hingga 153 km/j. Taufan d tahap ini akan menghasilkan sedikit kerosakan. Rumah rangka yang dibina dengan baik boleh menyebabkan kerosakan pada bumbung, bahagian tepi dan longkang. Cabang pokok yang besar akan patah dan pokok yang berakar cetek mungkin tumbang. ",
"Kerosakan yang meluas pada talian elektrik dan tiang berkemungkinan akan mengakibatkan gangguan bekalan elektrik selama beberapa hari.",
"Kategori 2: Kelajuan angin antara 154 hingga 170 km/j mph. Pada tahap ini, angin yang sangat berbahaya ini akan menyebabkan kerosakan yang meluas. Rumah rangka yang dibina dengan baik boleh menyebabkan kerosakan bumbung dan bahagian tepi yang besar. ",
"Selain itu, banyak pokok yang berakar cetek akan dipatahkan atau dicabut dan menghalang banyak jalan. Kehilangan kuasa hampir keseluruhan dijangka dengan gangguan yang boleh berlarutan dari beberapa hari hingga minggu.",
"Kategori 3: Kelajuan angin antara 178 hingga 208 km/j. Ini ialah kategori pertama yang layak sebagai \"ribut besar\" dan \"kerosakan yang dahsyat akan berlaku. Rumah berbingkai yang dibina dengan baik mungkin mengalami kerosakan besar atau pengalihan bumbung. ",
"Banyak pokok akan dipatahkan atau dicabut, menghalang banyak jalan. Elektrik dan air tidak akan tersedia selama beberapa hari hingga minggu selepas ribut berlalu.",
"Kategori 4: Kelajuan angin antara 209 hingga 251 km/j. Ribut ini adalah \"malapetaka\" dan kerosakan yang diakibatkan termasuk rumah berbingkai yang dibina dengan baik boleh mengalami kerosakan teruk dengan kehilangan sebahagian besar struktur bumbung dan/atau beberapa dinding luar. ",
"Kebanyakan pokok akan dipatahkan atau dicabut dan tiang elektrik tumbang. Pokok tumbang dan tiang elektrik akan mengasingkan kawasan perumahan. Gangguan bekalan elektrik akan berlarutan berminggu-minggu hingga mungkin berbulan-bulan. Kebanyakan kawasan terlrlibat tidak boleh didiami selama beberapa minggu atau bulan.",
"Kategori 5: Kelajuan angin antara 209 atau lebih tinggi. Kerosakan besar yang dialami di sini termasuk peratusan tinggi rumah berbingkai akan musnah, dengan kegagalan bumbung total dan dinding runtuh. ",
"Pokok tumbang dan tiang elektrik akan mengasingkan kawasan perumahan. Gangguan bekalan elektrik akan berlangsung selama beberapa minggu hingga mungkin berbulan-bulan. Kebanyakan kawasan itu tidak boleh didiami selama beberapa minggu atau bulan."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenapa-kita-rasa-sakit-kepala-bila-hujan.html | Kenapa Kita Sakit Kepala Bila Hujan? | [
"Setiap kali tiba musim hujan, penulis akan mempersiapkan diri untuk satu kemestian yang berulang berlaku. ",
"Apabila ada situasi di mana kepala penulis terdedah dengan kepada air hujan, penulis mula akan sakit kepala selepas itu. Bukan pening ya, sakit kepala. ",
"Hendak tak hendak penulis kenalah berhati-hati, elak kepala kena air hujan yang turun. Adakah anda pun mengalami masalah sama?",
"Pernahkah anda terfikir benarkah masalah itu wujud atau sebenarnya hanyalah salah tanggapan kita semata-mata? Jom kita fahami pengaruh air hujan kepada tahap kesihatan seseorang.",
"Kita setuju fenomena hujan menjadi salah satu elemen penting keseimbangan alam, layak digelar satu nikmat yang tidak terhingga buat semua manusia. ",
"Bagaimanapun dalam masa yang sama, kita juga perlu sedar turunnya hujan turut membawa bermacam jenis mudarat tidak kelihatan.",
"Kami yakin ramai di antara anda pernah mengalami masalah sakit kepala tatkala berlaku perubahan cuaca, ketika cuaca seakan mahu hujan. ",
"Adakah ada penjelasan di sebalik kejadian ini atau semuanya hanya andaian kita semata-mata? Memang ada penjelasannya.",
"Perubahan cuaca mampu menyebabkan manusia rasa sakit kepala, disebabkan oleh perubahan tekanan barometrik atau tekanan atmosfera yang terjadi. ",
"Sebenarnya setiap masa kita berhadapan dengan tekanan ini, tetapi perubahan yang berlaku tidak dirasai kerana badan kita mampu mengadaptasi dengan cepat dalam situasi tidak ekstrim.",
" Dalam situasi ekstrim di mana tekanan barometrik menurun seperti kita duduk di ketinggian puncak gunung atau menaik ketika kita berada dalam laut, perubahan sebegini mampu mengakibatkan sesiapa yang tidak tahan...hilang kesedaran diri.",
"Satu contoh perubahan barometrik yang kerap berlaku kepada kita adalah perubahan tekanan telinga apabila kita melalui kawasan yang tinggi dalam kenderaan, sehinggakan rasanya seakan tertutup. ",
"Apabila kita buat-buat menguap atau menelan air liur, tekanan udara yang terkumpul akan ditolak keluar mampu menyeimbangkan kembali tekanan dalam tubuh kita. ",
"Sebarang perubahan pada cuaca seperti langit mendung, peningkatan kelembapan, guruh dan perubahan suhu mampu memberikan kesan sama kepada tekanan barometrik dalam persekitaran.",
"Perubahan yang berlaku memberikan kesan pada tubuh kita dalam 3 kaedah; rasa sakit kepala, kesakitan pada bahagian sendi dan mengacau-bilaukan tekanan darah kita.",
"Kajian yang dijalankan di Jepun pada tahun 2015 mendapati penurunan tekanan barometrik mengakibatkan salur darah dalam otak kita mengembang, mempercepatkan rembesan serotonin bagi membantu mengawal bukaan salur darah.",
"Kesan serotonin yang tinggi hasil proses itulah yang penyebab ramai individu boleh berhadapan sakit kepala semasa cuaca kurang elok. ",
"Namun ramai individu lain melaporkan bila cuaca dah mula mendung saja pun tanda hujan akan turun, mereka mula rasa sakit kepala. ",
"Seperti yang sudah dinyatakan, penulis tak tahan dengan air hujan.",
"Air hujan mempunyai sifat lebih sejuk jika dibandingkan dengan persekitaran. Apabila titis-titis air hujan jatuh ke bahagian tubuh khususnya bahagian kepala, badan kita akan mula melakukan proses tindak balas bagi menyeimbangkan kembali suhu tubuh.",
"Pertarungan di antara tubuh kita cuba melawan penurunan suhu dengan kesejukan air hujan yang menimpa itulah punca utama kenapa ramai akan mengalami sakit kepala, sekiranya ditimpa air hujan.",
"Dalam satu kajian yang dijalankan Cardiff University pada tahun 2005, didapati cuaca yang lebih sejuk suhunya berbanding biasa bukan saja mampu mengakibatkan sakit kepala, bahkan akan turut sama mengakibatkan lebih ramai orang mampu demam selesema.",
"Sebuah kajian lebih besar melibatkan 7,000 orang peserta di Boston, Amerika Syarikat - mendapati wujud hubungan jelas di antara perubahan suhu dengan serangan sakit kepala kepada seseorang individu; tak kiralah suhu itu menaik atau menurun tahapnya.",
"Ini bermakna ada orang bila cuaca mendung saja dia boleh sakit kepala. Ada orang bila sejuk, dia akan rasa sakitnya. Ada orang rasa sakit bila panas. ",
"Sekiranya anda sama seperti penulis, sensitif dengan air hujan di kepala, apa yang perlu anda lakukan selepas itu adalah mandi air suam secepat mungkin. ",
"Tindakan ini membantu 'menenangkan' sistem semulajadi tubuh kita kembali seperti biasa dan sakit kepala yang terhasil boleh reda. ",
"Sekiranya masih berasa sejuk, balut diri dengan selimut, minum secawan teh dan rehatkan diri anda. Jika tetap tidak surut, ubat sakit kepala kan ada?"
] |
https://iluminasi.com/bm/ini-kisah-bagaimana-manchester-city-menjadi-kelab-bola-sepak-gergasi-dunia.html | Bagaimana Manchester City Boleh Jadi Kelab Gergasi Bola Sepak? | [
"Secara global, Manchester lebih dikenali disebabkan oleh Manchester United, dengan Manchester City menjadi tempat kedua dalam fikiran peminat bola sepak di luar England. Dengan kata mudah, Manchester United dianggap sebagai \"abang\" kepada City.",
"Malah satu ketika dahulu Sir Alex Ferguson sendiri menganggap pesaing United adalah Liverpool, Arsenal dan Leeds, bukannya City.",
"Ini menunjukkan betapa jauh tertinggalnya Manchester City dalam saingan bola sepak elit England. ",
"Namun apa yang kita lihat pada hari ini adalah tersangat berbeza, di mana Manchester City mendominasi bola sepak England. Malah bukan sahaja di England, Manchester City juga ternama di kancah bola sepak Eropah.",
"Ramai yang hanya mengaitkan kejayaan Manchester City ini dengan pelaburan besar dari Abu Dhabi, namun kejayaan ini tidak dicapai sekelip mata dan semudah ABC dengan hanya berbelanja besar, kan?",
"Jika wang adalah penentu kejayaan, perkara yang sama dilakukan oleh Malaga yang mendapat pelaburan besar Qatar pada 2010, namun gagal. Lapan tahun selepas pelaburan tersebut, Malaga tersingkir dari La Liga. ",
"Malah, kebangkitan syarikat sukan City Football Group (CFG) di sebalik tabir menjadi pemacu utama revolusi selama sedekad di kelab itu yang mengubah landskap bola sepak Manchester City selama-lamanya.",
"Jadi, bagaimana CFG melakukannya? Iluminasi.com kongsikan kisah bagaimana Manchester City menjadi organisasi bola sepak global yang pertama.",
"Untuk tempoh yang agak lama, Manchester City adalah kelab yang tersadung di EPL dengan beberapa siri penyingkiran dan kenaikan liga.",
"Kelab ini kemudiannya dilihat menjadi bertambah baik secara beransur-ansur di mana mereka secara konsisten berakhir di kelompok tengah EPL. ",
"Sehinggalah pada 1 September 2008, tarikh yang mengubah nasib dan perjalanan sejarah Manchester City selama-lamanya.",
"Kelab ini telah diambil alih oleh Abu Dhabi United Group yang telah mengubah kelab \"biasa-biasa\" ini menjadi sebuah dinasti bola sepak.",
"Pada hari Abu Dhabi United Group mengambil alih, Manchester City menandatangani pemain ternama Brazil iaitu Robinho dengan rekod bayaran tertinggi kelab ini iaitu lebih 30 juta pound.",
"Mereka kemudiannya membelanjakan 270 juta Pounds lagi untuk membeli pemain seperti Vincent Company, Pablo Zabaleta, Emmanuel Adebayor, Mario Balotelli dan Carlos Tevez.",
"Walaupun begitu, Manchester City masih belum berjaya sehinggalah mereka membawa pengurus baharu, iaitu Roberto Mancini. ",
"Di bawah kendalian Mancini, Manchester City menandatangani lebih ramai pemain berprofil tinggi, layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dan memenangi Piala FA, trofi utama dalam tempoh 35 tahun.",
"Manchester City tidak berhenti di situ sahaja dan terus melabur. Pada tahun 2012, Mancini membeli beberapa pemain termasuklah Sergio Aguero dengan bayaran 38 juta Pound.",
"Manchester City memenangi enam perlawanan terakhir mereka musim tersebut dan memperoleh gelaran juara EPL buat kali pertama mereka dalam 44 tahun. ",
"Pada tahun-tahun berikutnya, Manchester City meneruskan kebangkitan mereka dengan memenangi lebih banyak Liga Perdana dan Piala FA.",
"Dan ini mungkin kedengaran seperti kejayaan Manchester City hanya disebabkan oleh pelaburan 2 bilion Pound tersebut. ",
"Walaupun pelaburan dari Abu Dhabi sememangnya memainkan peranan yang besar dalam kejayaan ini, namun ia tidak semudah itu.",
"Kejayaan yang dikecapi Manchester City sepanjang sedekad yang lalu mungkin tidak akan berlaku jika bukan kerana kebangkitan sebuah syarikat, The City Football Group (CFG).",
"CFG membawa kelab itu ke tahap yang lebih tinggi bukan sahaja kerana mereka membelanjakan wang yang banyak tetapi kerana mereka mempelopori strategi yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam dunia bola sepak.",
"Terdapat tiga watak utama dalam kejayaan City, dua daripadanya yang mendominasi tajuk berita ialah Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, ahli keluarga diraja Abu Dhabi dan Khaldoon al-Mubarak, seorang eksekutif muda dan penasihat kepada keluarga diraja.",
"Dipendekkan cerita, kedua-duanya membawa masuk wang pelaburan, namun wang tidak akan memberikan kejayaan jika anda tidak tahu cara membelanjakannya.",
"Sebagai bekas naib presiden dan pengarah kewangan Barcelona, Soriano mempunyai rancangan berani untuk membina organisasi bola sepak global yang pertama.",
"Di Manchester City, Soriano cuba untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh kelab lain termasuklah di Barcelona, iaitu menubuhkan kelab francais di negara lain.",
"Beliau menekankan peranan dan potensi francais dalam bola sepak serta sumbangan yang boleh disumbangkan oleh barangan jualan (merchandise) kepada pendapatan kelab.",
"Idea Soriano adalah untuk mewujudkan sebuah syarikat yang akan mempunyai gabungan jenama global seperti Manchester City dan banyak kelab tempatan membangunkan bakat melalui rangkaian kelab yang akan menyediakan pemain untuk Manchester City.",
"Lebih penting, beliau dapat menjangkakan penumpuan Hiburan dan Sukan dalam dunia global. ",
"Soriano memerhatikan potensi hubungan antara pertumbuhan pangkalan peminat kelab besar di seluruh dunia dan transformasinya kepada syarikat hiburan global dan bukannya sekadar menjadi penganjur acara tempatan. ",
"Untuk merealisasikan visi jangka panjang ini, sebuah syarikat yang merangkumi konglomerat kelab dari seluruh dunia iaitu City Football Group telah diwujudkan pada 2013.",
"CFG sudah memiliki atau memiliki secara bersama 10 kelab di lima benua termasuk kontrak ratusan pemain profesional serta bakat yang dipilih dengan teliti. ",
"Pada tahun 2014, mereka membelanjakan 150 juta pound untuk membina kemudahan latihan pasukan pertama dan pembangunan belia baharu yang dikenali sebagai Akademi Bola Sepak City.",
"CFG akan meninjau dunia untuk menapis pemain dan membentuk mereka di akademi tercanggih di beberapa benua. Tujuan mereka adalah untuk menjual pemain atau menghantar yang terbaik kepada kelab yang akan dimilikinya. ",
"Sebagai contoh, melalui rangkaian kelab, pemain boleh berpindah dari Club Atletico Torque ke Girona FC ke Manchester City sebelum menamatkan kerjaya di India di Mumbai City, China di Sichuan Jiuniu, atau AS di New York City.",
"Juga, melalui rangkaian bersepadu ini, pemain akan lebih selesa dengan gaya kelab CFG lain, kelab tersebut akan mempunyai maklumat dalaman mengenai pemain manakala pendapatan perpindahan akan berakhir kembali dalam satu korporat yang sama.",
" Ini mempunyai persamaan dengan francais Red Bull yang terdiri daripada Salzburg New York, Leipzig dan Bragantino. ",
"Pemilikan beberapa kelab bersama telah menjadi kuasa yang semakin meningkat mengubah masa depan bola sepak.",
"Pendek kata, CFG merupakan usaha perintis dengan membeli kelab dan membangunkan pemain di benua yang berbeza, berkongsi data scouting dan perubatan merentasi sempadan serta menarik penglibatan penaja dan menyebarkan nama City di seluruh dunia. ",
"Jadi selain faedah di atas padang, rangkaian kelab ini memberikan CFG keupayaan untuk mengembangkan lagi kehadiran komersial dan penglibatan peminat. CFG juga telah meneruskan pengembangannya ke dalam teknologi digital baharu.",
"Sebagai contoh, pembangunan Platform Keahlian Warganegara CFG dan penglibatan kelab ini dalam siri TV Amazon semuanya menjadi kelab bola sepak pertama yang dipaparkan dalam siri hit itu.",
"Ini hanyalah satu contoh pengaruh CFG sebagai perintis evolusi kandungan.",
" Manchester City juga telah melancarkan perkhidmatan langganan penstriman sendiri, bekerjasama dengan Intel untuk mencuba teknologi tontonan Trueview dan yang terbaharu menjadi pasukan pertama yang mencipta saluran mereka sendiri di youtube kanak-kanak.",
" CFG juga telah melabur dalam Sapphire Sport, dana modal teroka. Dengan memberikan tumpuan kepada teknologi dan sukan digital, dana ini merancang untuk menghasilkan antara lima dan enam pelaburan permulaan (start-up) setiap tahun.",
"Dengan cara ini, CFG mendapat manfaat dengan meneroka E-Sukan, Kesihatan Digital dan Generasi Media Seterusnya, semuanya bersesuaian dengan visi Soriano untuk CFG sebagai hab hiburan dan sukan.",
"Walaupun kebangkitan CFG tersangat hebat, namun ia juga pernah melalui beberapa cabaran. Antaranya adalah Liga Australia memperkenalkan peraturan baharu selepas CFG mendapat cara untuk mengelak daripada larangan liga terhadap yuran perpindahan antara kelab. ",
"Manchester City membeli pemain tempatan mengatasi tawaran kelab dari Australia dengan membayar yuran perpindahan sebelum meminjamkannya terus ke Melbourne.",
"Liga Australia bertindak balas dengan mengharamkan tindakan itu untuk tahun pertama selepas ia berlaku. ",
"Selain itu, Manchester City digantung dua tahun daripada Liga Juara-Juara kerana melanggar peraturan fair play kewangan UEFA, sesuatu yang tidak pernah berlaku kerana ia telah dibatalkan oleh mahkamah timbang tara sukan.",
"Walau bagaimanapun, City tetap didenda 9 juta pound kerana gagal bekerjasama dengan penyiasatan oleh UEFA.",
"Dengan pertumbuhan CFG yang semakin hebat, para pemegang saham utama di Abu Dhabi menjadi perhatian. Dakwaan pencabulan hak asasi manusia pekerja binaan migran di negara ini serta dengan sikap rantau ini terhadap LGBT dan hak wanita juga memberi kesan kepada syarikat itu.",
"Mereka merancang untuk membina stadium New York City FC di taman di Queens tetapi pembangkang awam menghalang mereka daripada berbuat demikian.",
"Memang ada kelab yang diubah sepenuhnya oleh pemilik yang berkuasa dari segi kewangan sebelum ketibaan Sheikh Mansour, namun tidak seperti Manchester City.",
"Sedekad yang lalu memaparkan kisah kejayaan, pertumbuhan dan pembangunan luar padang yang luar biasa dan kini CFG bernilai USD 4.8 bilion. ",
"Sheikh Mansour dan Abu Dhabi United Group telah melabur banyak di Manchester City tetapi kejayaan kelab itu di peringkat global tidak boleh diletakkan semata-mata pada pelaburan mereka.",
"CFG ialah paradigma perniagaan bola sepak abad ke-21 yang menggabungkan pelbagai sektor iaitu wang, hiburan dan teknologi. ",
"Seperti yang dinyatakan oleh Soriano sendiri: Di CFG, bola sepak biasanya merupakan cara untuk mencapai matlamat bukan sekadar tujuan bola sepak sahaja.",
"Dengan sokongan Mansour dan Mubarak, Soriano kini mengubah susunan bola sepak yang sedia ada dengan membina syarikat multinasional yang pertama. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-filem-ejen-perisik-rahsia-yang-berpijak-di-bumi-nyata.html | 5 Filem Ejen Perisik Rahsia Yang Realistik | [
"Ejen risikan dalam filem digambarkan sebagai seorang bergaya, tangkas dan cekap melakukan apa saja. ",
"Antara watak perisik yang popular dalam filem aksi adalah watak seperti James Bond dalam siri filem 'James Bond 007', Ethan Hunt hero siri filem 'Mission Impossible', Jason Bourne dalam siri filem aksi 'The Bourne Trilogy' dan Sydney Bristow dalam siri drama TV 'Alias.' ",
"Berbeza dengan watak fiksyen, ejen risikan sebenar dalam dunia nyata biasanya bukanlah bombastik kehidupan mereka. Mereka orang biasa, lebih kepada ejen kerajaan atau agensi risikan yang cuba hidup di kalangan masyarakat, tanpa mewujudkan sebarang kontroversi atau syak wasangka. ",
"Ada beberapa buah filem berjaya memaparkan watak ejen risikan yang berpijak di bumi nyata. Ini lima filem yang paling dekat cubaannya.",
"Sekiranya anda ingin mendapatkan gambaran sebenar kerenah birokrasi yang dilalui ejen risikan dalam menjalankan tugas, anda boleh menonton filem Tinker, Tailor, Soldier, Spy yang ditunjangi aktor handalan Gary Oldman. ",
"Oldman memainkan watak seorang ejen risikan bernama George Smiley yang keluar daripada persaraan, selepas kerajaan Britain merasakan ada di kalangan pegawai tertinggi agensi risikan British yang berpaling tadah, bekerja untuk Kesatuan Soviet. ",
"Digarap berdasarkan novel dengan judul sama tulisan novelis genre perisik terkenal John le Carré, teka-teki yang dipersembahkan sepanjang filem ini berjalan memang mengasyikkan. ",
"Bagi mereka yang gemar aksi - maaflah, filem ini rentaknya cukup perlahan tetapi tidak membosankan. Durasi filem ini lebih banyak memaparkan mesyuarat, perbincangan, diskusi dan penyiasatan di kalangan pegawai-pegawai agensi kerajaan, dalam usaha untuk mendedahkan siapakah dalang Soviet sebenar yang dicari.",
"Sebuah lagi filem adaptasi novel John le Carré, 'A Most Wanted Man' membariskan mendiang Philip Seymour Hoffman sebagai ejen kerajaan Jerman bernama Gunther Bachmann, bertanggungjawab memujuk seorang pelarian Chechnya untuk bekerjasama dengan Jerman bagi menyusup masuk ke dalam gerakan Al-Qaeda.",
"Ini kerana kerajaan Jerman perlu mendapatkan bukti kukuh membuktikan kewujudan ggerakan sindiket tertentu di Jerman menyeludup keluar dana bagi kegunaan Al-Qaeda, yang menjadi fokus utama Bachmann dalam misinya. ",
"Untuk mencapai matlamat itu, Bachmann menggunakan pelbagai kaedah yang dirasakan sesuai; membentuk kepercayaan dengan pihak yang sepatutnya menjadi musuh, tetapi akhirnya berkongsi hala tujuan kerana matlamat mereka serupa. ",
"Kisah yang dipaparkan dalam filem ini digarap daripada insiden sebenar penculikan lelaki bernama Murat Kurnaz, seorang penduduk tetap Jerman berkerakyatan Turkiye yang berhadapan siasatan dan seksaan didalangi tentera Amerika Syarikat, lebih 5 tahun dalam penjara. ",
"Dia ditahan tanpa sebab dan akhirnya dibebaskan selepas gagal dibuktikan terlibat dengan mana-mana gerakan yang disifatkan aktiviti keganasan.",
"Filem 'Argo' yang dibintangi dan diarahkan Ben Affleck mempunyai premis jalan cerita yang kedengaran lucu.",
"Agensi risikan CIA Amerika Syarikat mahu menyelamatkan pegawai diplomatik mereka yang terkandas di Tehran, Iran semasa berlakunya krisis tebusan tahun 1979 yang didalangi kumpulan pelajar bersenjata di Tehran. ",
"Menggunakan kekerasan, kumpulan pelajar itu bertindak mengepung bangunan kedutaan Amerika Syarikat, menjadikan 52 orang pegawai dan pekerja yang ada dalam kompleks tersebut tebusan mereka selama 444 hari.",
"Antonio Mendez (Ben Affleck) adalah pegawai CIA yang ditugaskan mengetuai pasukan seramai 6 orang petugas, diberi tanggungjawab membawa keluar sekumpulan pegawai berprofil tinggi dari Tehran.",
"Bagi melindungi rancangan itu, Mendez dan pasukannya menyamar sebagai kru produksi filem ditugaskan melakukan penggambaran sebuah filem berjudul 'Argo' di sana, bagi membolehkan mereka menyusup masuk ke situ. ",
"Mendez banyak dibantu pegawai risikan dan pegawai kedutaan dari Kanada, yang sebenarnya adalah perancang sebenar operasi rahsia ini tetapi malangnya tidak ditrampilkan peranan sebenar mereka sepanjang durasi filem.",
"Walaupun kritikan dilontarkan berkait beberapa perubahan yang dilakukan ke atas skrip jika dibandingkan dengan sejarah sebenar operasi itu, 'Argo' berjaya menunjukkan bagaimana sebuah agensi risikan dunia nyata mampu melakukan perkara yang tak munasabahdemi menjayakan operasi mereka.",
"Sengaja kami letak filem ini dalam senarai ini kerana operasi mereka jika diceritakan memang bunyinya seakan sebuah karya fiksyen, tetapi kesemuanya adalah perancangan licik yang akhirnya benar-benar berjaya.",
"Filem ini merupakan antara filem kegemaran penulis, kerap penulis ulangkali tontonannya. 'Bridge of Spies' membariskan Tom Hanks sebagai seorang peguam sebenar bernama James Donovan. ",
"Selain berkemahiran dalam undang-undang, Donovan juga mempunyai latar belakang ketenteraan hasil penglibatannya sebagai pegawai tentera laut Amerika Syarikat berpangkat Komander.",
"Dia diarah agensi CIA untuk menggunakan kepakarannya membantu usaha membawa pulang seorang juruterbang Amerika Syarikat yang ditangkap di Kesatuan Soviet bernama Francis Powers. Powers ketika sedang menjalankan operasi risikan ditembak jatuh di Sverdlovsk ketika itu dalam jajahan Kesatuan Soviet.",
"Perang politik yang berlaku di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet akibat insiden ini, memulakan krisis yang dibimbangi meledak di antara kedua-dua buah kuasa besar dunia.",
"Bagi mendapatkan jalan tengah, Donovan dipanggil membantu kerana pernah menjadi peguambela seorang perisik KGB Russia 5 tahun sebelum itu yang bernama Rudolf Abel. Atas bantuan Donovan, Abel berjaya mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman mati.",
"Tidak banyak aksi dipaparkan dalam filem ini kerana filem ini gemar memaparkan ketegangan diplomatik yang terjadi akibat tarik tali yang berlaku di antara kedua-dua pihak, dalam usaha memastikan kelebihan berada di tangan mereka. ",
"Penamat filem ini yang memaparkan kedua-dua tebusan ditukar semasa melintasi sebuah jambatan yang menghubungkan Jerman Barat dan Jerman Timur, adalah sesuatu peristiwa yang benar-benar berlaku dan menjadi antara detik paling ikonik peperangan risikan dan maklumat dunia.",
"Di antara kesemua filem yang dipaparkan dalam senarai ini, filem ini mungkin kurang dikenali. ",
"'The Lives of Others' adalah sebuah filem Jerman yang memaparkan taktik polis rahsia Jerman Timur mengintip kehidupan orang ramai untuk mengumpulkan maklumat. Jika anda tidak tahu, filem ini pemenang anugerah filem asing terbaik Anugerah Academy tahun 2006. ",
"Seorang polis rahsia atau 'Stasi' bernama Hauptmann Gerd Wiesler (lakonan mendiang Ulrich Muhe) ditugaskan mengintip seorang penulis skrip bernama Georg Dreyman, kerana dikhuatiri Dreyman mempunyai niat tersirat di sebalik semua kegiatan aktivisnya.",
"Bagaimanapun selepas lama mendengar sendiri semua masalah peribadi yang dilalui Dreyman dan pasangannya, Wiesler akhirnya mula simpati, membantu Dreyman secara rahsia dengan melindungi maklumat yang dirasakan sensitif daripada dilaporkan serta membantu secara langsung menghilangkan bukti ketika serbuan, tanpa Dreyman sendiri faham kenapa semua rahsianya terpelihara.",
"Mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan berkenaan tindak tanduk Wiesler, pasukan polis rahsia Jerman mula menjalankan siasatan berbeza ke atas pegawai mereka sendiri - mendedahkan Wiesler kepada risiko besar sekiranya dia terus bertindak mengikut nalurinya.",
"Kisah di antara Wiesler dan Dreyman tidak terhenti sebegitu saja walaupun selepas Tembok Berlin runtuh dan kedua-dua buah negara berjaya disatukan. ",
"Jika anda nak tahu apa penamat kisah ini, lebih baik anda tonton sendiri kerana kisah risikan yang mampu menyentuh hati ini adalah sesuatu yang bukan saja realistik paparan risikannya, bahkan cukup istimewa mesej kemanusiaanya. "
] |
https://iluminasi.com/bm/10-jenama-terkenal-di-malaysia-dengan-jaminan-produk-sepanjang-hayat.html | 10 Jenama Yang Berani Bagi Jaminan Produk Sepanjang Hayat | [
"Bagi seorang pengguna, satu tarikan utama dalam membeli atau mencuba sesuatu produk adalah jaminan waranti yang ditawarkan pengeluarnya. Majoriti pengeluar menawarkan tempoh jaminan 1 atau 2 tahun kebiasaannya bagi produk mereka.",
"Kadangkala seperti kebetulan yang dirancang, habis saja tempoh waranti mulalah produk yang kita beli menampakkan tanda-tanda mula bermasalah dan berpenyakit.",
"Tidak bagi 10 jenama di bawah. Kesemua jenama yang kami senaraikan terlebih percaya dengan kualiti produk yang mereka tawarkan, sehingga berani menawarkan skim jaminan sepanjang hayat.",
"Kasut kulit yang pernah menjadi trend popular anak muda kita satu masa dulu, masih menjadi rebutan. Khususnya siri kasut 'Guaranteed For Life' yang tertera di bahagian tapaknya.",
"Bagaimanapun bermula bulan Mac tahun 2018, Dr. Martens telah memberhentikan pemberian jaminan sepanjang hayat kepada produk baru mereka.",
"Walaupun demikian janji tetap janji. Mereka tetap menghormati janji sepanjang hayat model kasut yang telah terjual. Siapa yang ada kasut ni, memang bertuahlah. Dah jadi barang rare.",
"Dulu semasa dekad 90-an, ramai anak muda kita mengendong beg ini ke sana ke mari. Pada masa itu, banyak produk ciplak jenama ini dijual secara terbuka.",
"JanSport (yang asli) menawarkan program jaminan sepanjang hayat kepada semua pembeli produk beg mereka, asalkan anda membeli produk jenama ini daripada ejen jualan yang sah di Malaysia. ",
"Harga produk JanSport jika kita tengok, setara saja dengan jenama lain tetapi ini kelebihan mereka.",
"Syarikat Victorinox adalah pengeluar peralatan pisau 'Swiss Army Knives', memang itulah nama rasmi produknya.",
"Semua produk 'Swiss Army Knives' diberikan jaminan sepanjang hayat bagi melindungi keyakinan pembeli, kerana kita semua tahu pisau sebegini biasanya digunakan dalam aktiviti lasak dan sukar.",
"Bagi peminat barangan PC, Kingston merupakan antara nama yang dipercayai kerana mereka berani memberikan jaminan seumur hidup, untuk produk komputer keluaran mereka.",
"Bagaimanapun, bukan semua produk mereka duduk dalam kategori ini. Jaminan ini hanya meliputi modul memori komputer atau RAM dan juga kad memori pelbagai varian seperti Micro SD dan CF. ",
"Pemacu USB (thumbdrive) di bawah jenama Kingston hanya diberikan jaminan 5 tahun sahaja. Alaa...",
"Untuk orang yang suka menyalakan api, pemetik api Zippo adalah idaman mereka.",
" Kemampuan api yang terhasil tidak mudah padam walaupun berdepan angin kencang memang mengagumkan. Selain itu ramai juga individu kerap berlatih menyalakan Zippo dengan pelbagai gaya.",
"Mana-mana pemetik api Zippo yang telah anda beli, dijamin kelengkapannya sepanjang hayat kecuali bahagian yang perlu ditukar ganti seperti sumbu. ",
"Anda tak perlu risau gerakan silap mata anda yang telah dilatih sekian lama, terkubur sebegitu saja hanya kerana pemetik api anda rosak.",
"Bagi mereka yang kerap membawa peranti elektronik ke mana saja, jenama beg Targus merupakan antara produk yang dipercayai kualitinya. ",
"Sebuah syarikat dari London yang mempunyai sejarah panjang dalam penghasilan produk mobiliti untuk komputer, kesemua produk Targus dalam kategori beg, beg sandang dan bekas simpanan mempunyai jaminan sepanjang hayat.",
"Asalkan barangan itu tidak berpindah milik atau dijual kepada orang lain.",
"Jenama yang diyakini para ibu, Tupperware terkenal sebagai syarikat yang benar-benar menghormati jaminan sepanjang hayat ke atas semua produk mereka.",
"Jaminan yang ditawarkan juga unik kerana turut melindungi banyak kategori kerosakan yang boleh berlaku secara semulajadi. Sekiranya anda tertoreh bekas Tupperware anda dengan pisau, maaf. Kerosakan seperti itu tak dilindungi.",
"Sekiranya suami anda menghilangkan bekas Tupperware kesayangan anda, harap maaf juga - anda kena beli baru.",
"Jenama The North Face terkenal sebagai pengeluar baju sejuk dan jaket berkualiti dan cawangan jualan rasminya di negara kita juga boleh dikatakan banyak.",
"Kesemua produk mereka dilindungi dengan jaminan sepanjang hayat termasuklah beg sandang dan alatan perkhemahan, kecuali kasut. ",
"Produk kasut jenama ini hanya dilindungi jaminan 1 tahun sahaja.",
"Secara asasnya, jenama kereta Volvo di Malaysia menawarkan 5 tahun jaminan tanpa had perjalanan ke atas kesemua model kereta mereka yang dijual di sini.",
" Bagaimanapun bagi menambah keyakinan pembeli setia, Volvo menawarkan program jaminan yang unik. Mana-mana alat ganti model kenderaan jenama ini yang dipasang semasa proses pembaikian di pusat servis bertauliah Volvo selepas 1 Oktober 2021, dilindungi dengan jaminan sepanjang hayat.",
" Ini bermakna sekiranya berlaku semula sebarang kerosakan ke atas alat ganti yang ditukar, pihak Volvo Malaysia tidak mengenakan sebarang kos dan caj ke atas proses membaikinya semula; selagi mana pelanggan menggunakan servis pusat servis bertauliah, bukan bengkel tepi jalan.",
"Basikal jenama BTWIN keluaran syarikat gergasi alat sukan Decathlon, mempunyai reputasi yang baik dalam aspek kualiti dan kelengkapan.",
"Populariti jenama ini juga dibantu harga yang agak munasabah serta tidak mengosongkan poket pengguna, berbanding jenama lain dengan spesifikasi sama.",
"Kesemua model basikal BTWIN, baik dalam kategori jalan raya, basikal lasak atau basikal kanak-kanak, dilindungi keseluruhan bahagian rangkanya sepanjang hayat melalui program jaminan Decathlon - asalkan pembeli masih mempunyai resit atau bukti pembelian."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-pemimpin-tertinggi-kerajaan-dunia-yang-asalnya-seorang-artis.html | 5 Pemimpin Tertinggi Kerajaan Dunia Yang Asalnya Seorang Artis | [
"Ahli politik yang berazam untuk naik memimpin masyarakat, biasanya mempunyai kerjaya dalam undang-undang atau pentadbiran awam, sebelum karier politik mereka bermula.",
"Bagaimanapun bagi sesetengah ahli politik, mereka bukan saja berjaya menceburi politik tanpa ada pengalaman mentadbir. Bahkan lebih dikenali orang sebagai anak seni yang tugasnya menghiburkan orang ramai. ",
"Tahukah anda siapakah pemimpin dunia yang duduk dalam kategori ini, berjaya naik menjadi pemimpin nombor 1 kerajaan negara mereka? Berikut lima penghibur yang naik menguasai tampuk pimpinan negara mereka.",
"Pencerobohan Russia ke atas Ukraine memperkenalkan kita kepada Volodymyr Zelenskyy, Presiden Ukraine yang mengemudi negaranya berdepan ancaman ketenteraan Vladimir Putin serta krisis-krisis politik antarabangsa yang timbul akibatnya.",
"Lahir pada tahun 1978 di Ukraine USSR, Zelenskyy membesar di Mongolia sebelum kembali ke Ukraine meneruskan pengajian di sana. Dia menyertai Kyiv National Economic University dalam jurusan undang-undang, dalam masa sama aktif seni persembahan pentas.",
"Walaupun sudah bergelar graduan undang-undang, Zelenskyy memilih haluan berbeza. Dia menyertai kumpulan persembahan komedi spontan Kvartal 95, mendapat slot persembahan bersama stesen penyiaran dari tahun 1997 sehinggalah 2003. ",
"Kejayaan itu membolehkan mereka membangunkan Studio Kvartal 95, sebuah rumah penerbitan komedi yang akhirnya menjadi antara studio paling berjaya di Ukraine. Zelenskyy mengorak langkah lebih luas selepas itu, mula muncul dalam filem hasil kerjasama beliau dengan stesen TV tempatan 1+1.",
"Pada tahun 2014, selepas pergolakan dan kejatuhan kerajaan Ukraine, filem 'Servant of the People' yang dibintangi Zelenskyy ditayangkan dalam saluran 1+1 meletup. ",
"Kisah berkenaan seorang guru lakonan Zelenskyy yang bersifat anti korupsi serta banyak mengkritik pentadbiran kerajaan, mula menjadi inspirasi masyarakat sehinggakan ada pihak menyuarakan agar Zelenskyy dan Kvartal 95 bertanding pilihanraya.",
"Untuk itu mereka memulakan parti yang dinamakan 'Servant of the People' sempena filem yang menjulang nama Zelenskyy, mengorak percaturan dengan berkesan melalui pengaruh media sehingga beliau naik bergelar Presiden pada tahun 2019.",
"Berlusconi terkenal di kalangan masyarakat dunia kerana dua sebab. Pertama, beliau pernah menjawat jawatan Perdana Menteri Itali selama 3 penggal.",
" Kedua, beliau adalah legenda dalam liga bola sepak Itali sebagai pemilik kelab AC Milan, selepas era pemilikan kelab itu dibawah Berlusconi membawa kepada banyak kejayaan domestik dan antarabangsa.",
"Silvio Berlusconi lahir pada tahun 1936 dalam sebuah keluarga sederhana, menamatkan pengajian undang-undang di University of Milan tetapi turut sama meminati bidang muzik. ",
"Ketika pengajian di universiti, kebolehan muziknya berkembang sehingga Berlusconi dikenali sebagai seorang pemain bass berbakat bersama kumpulan kugiran universitinya.",
"Bakat muziknya mula dikenali lebih luas selepas kugiran disertai beliau diundang bermain di kelab-kelab, bar dan kapal pelayaran sebagai artis residen, menghiburkan penonton setiap malam. ",
"Di sinilah Berlusconi mengasah kekuatan vokalnya sebagai seorang penyanyi sekitar dekad 1950 hingga 60-an. Dalam masa sama, dia berpeluang berkenalan dengan taikun-taikun besar yang boleh membantu kerjaya beliau. ",
"Hasil kerja keras dan kerjasama dengan rakan kongsinya, akhirnya Berlusconi naik menjadi antara gergasi media penyiaran Itali.",
"Pada tahun 1993 ketika berlakunya pergolakan politik Itali, Berlusconi dan sekutunya memulakan parti Forza Italia; memanfaatkan sepenuhnya stesen TV yang beliau kuasai untuk berkempen. Dengan janji mahu mencipta 1 juta peluang pekerjaan sebagai kempen utama, Berlusconi yang mengepalai parti menang pilihanraya tersebut.",
"Dia diangkat sebagai Perdana Menteri Itali pertama yang bukan dari bidang pentadbiran awam, mengetuai kerajan pada tarikh 11 Mei 1994.",
"Presiden ke 13 Filipina, Joseph Estrada terus disebut sehingga kini kerana kisah kebangkitan beliau dalam politik adalah antara kisah menarik bagaimana seorang bidan terjun naik jadi pemimpin negara.",
"Estrada dari segi akademik gagal menamatkan pendidikan tertiari jurusan kejuruteraan sivil yang disertai, menggunakan wajah tampannya menjadi model sambilan sambil cuba menyertai industri hiburan, walaupun tidak direstui keluarganya. ",
"Malu dengan pilihan anak sendiri, ayahnya memaksa anaknya itu menggunakan nama berbeza bagi melindungi maruah keluarga mereka. Jadi Jose Marcelo Ejercito menukarkan namanya kepada Joseph Estrada, memulakan karier bidang lakonan sebagai pelakon pembantu.",
"Nama Estrada meniti di bibir peminat filem selepas lakonannya dalam filem 'Asiong Salonga' terbitan tahun 1961.",
"Filem yang memaparkan kisah hidup seorang samseng dunia nyata bernama Asiong Salonga yang melindungi masyarakat setempat mendapat pujian dan sambutan ramai. Lakonan Estrada sebagai Asiong menjadi batu loncatan karier yang dicari-cari.",
"Estrada bersandarkan popularitinya sebagai seorang pelakon terkenal, menceburi politik pada usia 32 tahun selepas terpilih menjadi datuk bandar San Juan pada tahun 1969. ",
"Dalam tahun sama ekoran prestasi baik mentadbir, Estrada dijulang sebagai antara 10 anak muda terbaik Filipina dalam bidang pentadbiran awam. Berdepan semua kesibukan, karier beliau sebagai pelakon terus berjalan.",
"Pada tahun 1986 Estrada digugurkan dari jawatan Datuk Bandar yang lama dipegang namun kembali bertanding dalam peringkat senat pada tahun 1987. Populariti yang dimiliki membantu Estrada naik menjawat jawatan Timbalan Presiden Filipina pada tahun 1992 sebelum dia naik sebagai Presiden negara itu pada tahun 1998.",
"Dia memegang jawatan itu sehingga bulan Januari tahun 2001, meletak jawatan selepas didesak hebat akibat skandal korupsi dan salah guna kuasa. ",
"Sepanjang karier beliau sebagai anak seni, Estrada telah melibatkan diri dalam lebih 100 filem, kali terakhir berlakon dalam sebuah filem terbitan tahun 2009.",
"Nama Reagan menjadi antara nama Presiden Amerika Syarikat yang jarang dibayangi titik hitam. ",
"Lahir pada tahun 1911 di Illinois, Ronald Wilson Reagan menunjukkan pencapaian baik dalam bidang akademik sejak kecil, membawanya memasuki kolej dalam jurusan ekonomi dan sosiologi.",
"Di sini bakatnya dalam bidang seni dan sukan mula menjadi tumpuan. Reagan bermain sukan ragbi Amerika selain mula lebih aktif menyertai aktiviti teater dan seni lakonan sehingga pencapaian akademik beliau merosot.",
"Bagaimanapun populariti beliau di kalangan pelajar ekoran pencapaian kokurikulum yang baik, membolehkan Reagan menjawat jawatan presiden persatuan pelajar - memberi pendedahan awal kepada beliau tentang politik kampus. ",
"Bakat seni beliau diteruskan selepas graduasi, bila Reagan menerima tawaran menjadi juruhebah radio serta juruacara komentari sukan di stadium. Dengan pengalaman yang diperolehi, Reagan memberanikan diri menyertai pencarian bakat bersama studio Warner Bros, terpilih dengan kontrak selama 7 tahun.",
"Pengaruhnya sebagai seorang pemimpin mula terbukti selepas dipilih sebagai presiden persatuan pelakon Hollywood, menjulang namanya sebagai orang kuat industri.",
"Ketika menjawat jawatan itu, Reagan perlu menangani krisis dan konflik yang tercetus di antara kerajaan dengan penggiat seni membuka peluang kepada beliau bertemu ahli politik di sana. Pendedahan ini membantu Reagan bertanding, sehingga menjawat jawatan Gabenor California pada tahun 1966.",
"Reagan bercita-cita besar cuba bertanding jawatan Presiden pada pemilihan tahun 1968 dan 1976, tewas kedua-duanya.",
"Dalam cubaan kali ketiga, Reagan gah dengan kemenangan besar dalam pemilihan tahun 1981. Pada usia 69, beliau naik sebagai Presiden Amerika Syarikat paling tua (ketika itu) menjawat jawatan tersebut.",
"Beberapa bulan selepas memegang jawatan, Reagan terselamat dalam cubaan bunuh yang dihadapi. Pulih dari kecederaan, dia kembali bertugas sehingga bulan Januari tahun 1989; menamatkan rekod sebagai antara Presiden dengan kadar kelulusan dan penerimaan paling tinggi dalam sejarah Amerika Syarikat.",
"Nama beliau mungkin kurang kita kenali, tetapi Ignacy Jan Paderewski adalah wira kepada orang Poland yang jasanya tidak mungkin dapat dibalas mereka.",
"Paderewski anak kepada penjaga estet di Poland yang meminati permainan piano sejak kecil, dihantar belajar seni muzik bersama Warsaw Conservatory pada tahun 1872. Kemahiran pianonya mula berkembang selepas tamat pendidikan serta menyambung pengajian dengan guru piano terkenal di Poland, Theodor Leschetizky.",
"Berkat tunjuk ajar gurunya yang masyhur, Paderewski dijemput mempamerkan kemahiran di sekitar Eropah. ",
"Paderewski terus aktif berkarya, menghasilkan melodi dan skrip teater sebelum kembali dilantik pengarah Warsaw Conservatory, lokasi di mana dia memulakan pendidikan seninya. ",
"Sudah mempunyai kedudukan dan suara dalam masyarakat, Paderewski menggunakan pengaruh yang ada memberikan pandangan tentang kedudukan Poland dalam perang dunia pertama yang ketika itu sedang berlangsung.",
"Keberanian dan kemahiran beliau mengeluarkan hujah membolehkan Paderewski dilantik menjadi jurucakap rombongan pemimpin Poland ke Amerika Syarikat - sebagai usaha mendapatkan bantuan dalam tuntutan kemerdekaan Poland dari Jerman.",
"Penglibatan itu membawa Paderewski menjadi antara individu yang menandatangani Perjanjian Versailles di Perancis, sebagai usaha menyelesaikan kemelut penjajahan Jerman di Eropah serta mengabsahkan status Poland sebagai sebuah negara merdeka.",
"Selepas revolusi yang dicetuskan di Poland berjaya mendesak Jerman akur, pembentukan kerajaan bebas Poland mula digerakkan. Peranan Paderewski melobi kerajaan-kerajaan luar menyokong usaha masyarakat Poland, menjadikan beliau orang paling layak memangku jawatan Perdana Menteri Poland pertama.",
"Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pertama negara merdeka Poland pada 18 Januari 1919.",
"Bagaimanapun tugas pentadbiran bukanlah sesuatu yang Paderewski mahir. Dia kerap dikritik lemah kerana masih mengikut telunjuk kuasa besar dunia yang membantunya sebelum itu dalam mentadbir kerajaan baru mereka. ",
"Paderewski memilih untuk melepaskan jawatan pada 27 November 1919, tidak sampai setahun menjawatnya.",
"Beliau mengumumkan mahu bersara sepenuhnya dari politik, kembali mengadakan persembahan piano di Eropah yang mendapat sambutan hangat sebelum berpindah ke Switzerland. ",
"Bagaimanapun, khidmat beliau sebagai mediator kembali ditagih selepas Jerman mencerobohi Poland pada tahun 1939. Dia kembali dengan tugas lamanya - melobi kuasa dunia lain cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan bagi memastikan hak warga Poland terbela dan dilindungi.,",
"Kemahiran piano yang dimiliki dimanfaatkan sepenuhnya Paderewski, yang kerap menganjurkan konsert mengutip dana di negara-negara Eropah untuk disalurkan kepada orang Poland yang terperangkap di tanah air sendiri."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-syarat-aneh-kontrak-pemain-bola-sepak-aneh-yang-dipersetujui.html | 5 Syarat Kontrak Pemain Bola Sepak Yang Pelik-Pelik | [
"Sukan apabila sudah dipertandingkan dalam peringkat profesional, dilihat sebagai satu pekerjaan utama yang menjadi punca pendapatan.",
"Apabila dah jadi pekerjaan, pasti ada kontrak. Setiap kontrak pula mesti ada syarat dan klausa yang harus dipersetujui kedua-dua pihak, baik atlet sebagai pekerja dengan kelab atau persatuan sebagai majikan, sebelum mereka layak didaftarkan.",
"Bagi kebanyakan pemain bola sepak, kontrak mereka adalah kontrak biasa antara pekerja dengan majikan. Tidak ada pengecualian atau keistimewaan aneh dimaktubkan dalam kontrak mereka.",
"Dalam sesetengah kes unik, pemain atau kelab harus mempersetujui syarat-syarat aneh ketika di meja rundingan sebelum membolehkan tandatangan diturunkan. Berikut adalah lima yang paling aneh syaratnya.",
"Politik bergolak di antara negeri Catalonia yang ingin bebas dengan kerajaan Sepanyol, menyulitkan banyak situasi. Salah satu badan yang cukup terkesan, adalah kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.",
"Ini kerana mereka beroperasi dalam wilayah Catalonia dan susur galur kelab ini lebih rapat dengan tradisi Catalonia. Situasi politik ini selain menjerat pengurusan kelab, turut menjerat salah seorang pemain terbaik dunia, Lionel Messi; walaupun dia orang Argentina.",
"Pada tahun 2017, bagi menandatangani kontrak baru Barcelona meletakkan syarat Messi haruslah bersedia untuk berintegrasi dengan lebih baik dalam masyarakat dan budaya orang Catalonia, dengan penekanan kepada penggunaan bahasa Catalan asli menjadi satu syarat penting.",
"Sebagai timbali balik untuk bersetuju kepada permintaan ini, Lionel Messi meletakkan syarat sekiranya Catalonia berjaya memperolehi kemerdekaan dari kerajaan Sepanyol sepanjang kontrak itu berlangsung, dia dibenarkan untuk membatalkan kontrak dan berpindah ke kelab lain, bergantung kepada pilihannya.",
" Beberapa tahun kemudian setelah masalah kewangan menimpa Barcelona dan Messi sendiri menerima potongan gaji, dia berpindah ke kelab PSG di Perancis menamatkan klausa ini daripada terus berjalan. ",
"Sehingga ke hari ini ura-ura Barcelona masih mahukan Messi kembali ke Catalonia agar dapat kembali berbakti di sana, terus kedengaran. Ini kerana Messi dikatakan mampu menjadi ikon berpengaruh dalam kebangkitan warga Catalonia menuntut kemerdekaan mereka.",
"Memulakan karier pada tahun 1990, penyerang kelahiran Jerman, Giuseppe Reina mempamerkan aksi baik bersama kelab SG Wattenscheid 09 menjaringkan 15 gol dalam 56 penampilan.",
"Berkat prestasi baik itu, dia ditawarkan peluang menandatangani kontrak dengan kelab Arminia Bielefeld. Semasa rundingan dijalankan, Reina tegas mahu Bielefeld menaja baginya sebuah rumah untuk setiap tahun kontraknya.",
"Kontrak 3 tahun yang ditawarkan mampu memberikan Reina pulangan 3 buah rumah, selain pendapatan yang sepatutnya diterima. Permintaan itu dipersetujui kelab tersebut.",
"Malang bagi Reina, kontrak itu tidak memperincikan apakah jenis dan saiz kediaman yang perlu dibina pengurusan Arminia Bielefeld dalam memenuhi syarat tersebut. Jadi pengurusan kelab membina 3 buah rumah bersaiz miniatur yang diperbuat daripada bongkah LEGO untuk dihadiahkan kepada Reina setiap tahun.",
"Tidak berpuas hati kerana melihat tindakan Arminia Bielefeld seakan memperbodohkan dirinya, Reina membawa kes ini ke mahkamah. ",
"Kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah selepas Reina ditawarkan sejumlah pampasan, agar isu itu tidak lagi dipanjangkan.",
"Hidup sebagai atlet profesional memerlukan seseorang mengamalkan tahap disiplin yang sangat tinggi. ",
"Kecuali bagi beberapa kelompok istimewa...seperti legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho. Dia cukup terkenal dengan hidup berpoya-poya gemar berparti tetapi tetap mampu memberikan aksi terbaik ketika berada di atas padang.",
"Pada penghujung karier beliau, Ronaldinho kembali ke tanah airnya selepas kontraknya dengan AC Milan tamat, dengan kelab Flamengo menyuarakan minat mahu mendapatkan khidmat beliau. ",
"Bagi mencapai persetujuan, Ronaldinho meletakkan satu syarat mudah; dia harus dibenarkan berparti sesuka hati beliau dua malam dalam setiap minggu, tanpa ada apa-apa kekangan dikenakan. Pengurusan kelab Flamengo bersetuju.",
"Satu musim bersama kelab itu, Ronaldinho yang pada ketika itu berusia 31 tahun tampil dalam 56 perlawanan, menjaringkan 23 gol; untuk seorang kaki parti, rekod itu sangat-sangat mengagumkan.",
"Dalam sesetengah kes unik, ada pemain yang dihalang daripada beraksi demi menjimatkan perbelanjaan kelab. Kes sebegini pernah berlaku kepada pemain sayap Liverpool dan England, Alex Oxlade Chamberlain ketika dia masih mewakili kelab Arsenal.",
"Untuk setiap penampilan di mana Chamberlain bermain lebih 20 minit, Arsenal perlu membayar kelab asal pemain itu Southampton sebanyak £10,000.",
"Syarat tersebut mengakibatkan dalam beberapa musim bersama Arsenal, Chamberlain terpaksa berpuas hati melakukan penampilan pada penghujung perlawanan dan hanya sekali-sekala bermula dalam kesebelasan utama.",
"Begitulah juga yang berlaku kepada penyerang terkenal Perancis, Antoine Griezmann. Selepas gagal merebut posisi dengan kelab Barcelona, Griezmann dipinjamkan kepada kelab lamanya Athletico Madrid dengan syarat:",
"Sekiranya dia bermain lebih 45 minit dalam 50% perlawanan disertainya, Athletico perlu membayar Barcelona EUR40 juta sebagai yuran perpindahan wajib serta merta.",
"Bagi mengelakkan klausa pembayaran ini aktif, Griezmann diturunkan pada minit ke 60 setiap perlawanan, bagi meminimakan penyertaan beliau walaupun reputasinya sebagai pemain berbisa sangat disegani. ",
"Itulah yang berlaku dalam beberapa perlawanan sebelum pengurusan kedua-dua kelab duduk berbincang, bersetuju membenarkan beliau berpindah ke Athletico secara kekal membolehkan Griezmann beraksi tanpa ada lagi sekatan.",
"Jika anda mengikuti perkembangan liga perdana Inggeris beberapa dekad dulu, pasti anda pernah mendengar nama Neil Ruddock, seorang pertahanan kental yang terkenal dengan corak permainan keras dan kasar.",
"Corak kurang disiplin permainannya itu malangnya turut menular ke dalam hidup beliau, kerana Ruddock turut dikenali sebagai seorang kaki minum dan suka berparti. Semasa ditawarkan untuk menyertai kelab Crystal Palace, pengurusan Palace meletakkan syarat untuk Ruddock mengawal berat badannya pada tahap 98.8 kg.",
"Jika dia melebihi tahap ditetapkan, gajinya akan dipotong 10%. Klausa ini diharap dapat membantu Ruddock fokus kepada tugasannya namun malangnya tetap tidak membantu.",
"Dia didenda beberapa kali dalam musim tersebut sehinggalah kontraknya ditamatkan selepas satu musim sahaja. Ruddock kemudiannya ditawarkan beraksi dengan kelab Swindon Town, berjaya menurunkan berat badan sedikit.",
"Penurunan itu tidak banyak membantu kerana Ruddock tetap dikategorikan terlebih berat untuk seorang pemain bola sepak profesional, sehinggakan gagal melepasi ujian asas kecergasan asas yang dijalankan.",
"Sudahlah tidak layak, Ruddock juga mencipta satu masalah baru bagi pengurusan kelab selepas semua seluar pendek yang dimiliki kelab gagal dipakai oleh Ruddock ekoran saiz tubuh beliau yang agar besar.",
"Beberapa cubaan membantu Ruddock kembali pada tahap tubuh optimum gagal, akhirnya pengurusan Swindon Town menyerah kalah mengisytiharkan Ruddock tidak lagi layak bermain. ",
"Tindakan Swindon menamatkan kontrak secara mengejut dicabar Ruddock di mahkamah tribunal. Ruddock menang kes tersebut dan berjaya mendapatkan tuntutan gaji tertunggak sebanyak £57,000."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-sampah-digital-bertimbun-yang-kita-banyak-buang-masa-kemas.html | 5 'Sampah Digital' Dalam Gajet Yang Ramai Malas Kemas | [
"Banyak pihak bersetuju peralihan hidup ke dalam bentuk digital, memudahkan urusan seharian. ",
"Sebagai contoh kita tidak lagi berhubung dengan surat, sebaliknya sudah menggantikannya dengan surat elektronik - melainkan untuk sesetengah urusan rasmi. Perpustakaan juga beralih digital, ekoran kemudahan penyediaan buku-buku yang boleh dibaca menggunakan peranti elektronik.",
"Format digital dikatakan menyenangkan hidup. Tidak ada banyak buangan terhasil. Tidak ada bahan fizikal perlu diuruskan. Namun realitinya ramai di antara kita masih perlu membuang masa mengurus sampah digital yang ada.",
"Kadangkala masa yang kita guna untuk mengurus sampah-sampah maya ini pun, makan berjam-jam tempohnya.",
"Satu masa dahulu sebelum wujudnya kemudahan mesej berasaskan aplikasi, emel merupakan antara penghubung utama kita selain daripada aplikasi berbual format lama seperti Messenger, ICQ dan sebagainya. ",
"Kini, majoriti pengguna e-mel sudah tidak lagi diguna untuk mengutus-ngutus surat maya tetapi lebih kepada saluran komunikasi dalam urusan secara rasmi. Bagaimanapun, banyak laman web dan aplikasi di internet masih memerlukan alamat emel untuk kita melakukan pendaftaran.",
"Bila dah daftar bermacam jenis akaun dan dipaksa untuk bersetuju membenarkan pengendali laman web menghantar e-mel promosi kepada kita, akaun e-mel kita akhirnya jadi lokasi di mana e-mel yang langsung tak kita pedulikan dan baca berkumpul. ",
"Bagi penulis sehari ada lah dalam 20-30 e-mel daripada laman-laman web dihantar, selepas 'unsubscribe' mana yang kena dengan selera kita. Yang tinggal pun semuanya tak penting mana. Hanya sekadar makluman notifikasi, promosi atau spam cuba menipu kita.",
"Seminggu sekali penulis akan duduk, membaca tajuk setiap e-mel yang terkumpul dan buang apa yang dirasakan tak menarik dan simpan mana yang dirasakan ada kebaikannya. ",
"Berbeza dengan zaman dahulu sebelum berkembangnya format fotografi berorientasikan fail jenis digital, peluang untuk ambil gambar hanya ada satu saja. Tak boleh nak klik, klik, klik macam zaman sekarang. ",
"Semuanya perlu diatur sebaik mungkin agar gambar yang terhasil mampu memaparkan semua orang dalam kondisi yang baik. Sekarang nak tangkap gambar, ambil saja berapa kita suka asalkan memori telefon pintar kita ada. ",
"Ramai di antara kita ambil gambar sendiri satu gaya sama pun ada 10 keping. Tangkap gambar dengan kawan, 50 keping semuanya. Tangkap gambar hari raya 200 keping. Setiap kali kita tangkap, kita akan janji dalam hati kita \"aku akan go through satu per satu gambar ni dan pilih gambar terbaik yang ada.\"",
"6 bulan kemudian, semua gambar masih ada dalam memori dan notifikasi mula keluar menyatakan storan kita semakin penuh. Masa tu lah kita duduk dan lihat satu per satu gambar, buang mana yang kurang cantik, bergegar dan sebagainya.",
"Di masa depan kami yakin situasi ini akan semakin buruk dengan kegilaan pengeluar telefon meninggikan jumlah piksel gambar yang ada. Semakin tinggi piksel, semakin tinggi data gambarnya. Semakin tinggi datanya....semakin banyak storan memori diperlukan menyimpannya.",
"Seperti e-mel yang sudah semakin kurang penting dalam komunikasi internet seharian, SMS adalah sistem yang kini tidak lagi digunakan secara meluas. Mungkin masih ada yang menggunakannya sekali-sekala.",
"Tetapi SMS zaman sekarang hanyalah saluran di mana kita menerima nombor TAC akaun perbankan, notifikasi transaksi kad bank yang kita lakukan atau notifikasi tentang promosi daripada pengendali talian telefon atau penyedia servis internet kita.",
"Walaupun nampak terhad...mampu menimbun juga kan bilangannya dalam telefon kita kan? Apatah lagi kalau kita ni jenis kerap berbelanja. Sikit-sikit dapat SMS. Beratus SMS terperap saja dalam telefon majoriti antaranya tak pernah dibaca pun apa isinya.",
"Pihak bank di negara kita pun sedang menambah baik sistem untuk tidak lagi bergantung dengan nombor TAC SMS, beralih kepada sistem pengesahan dalam aplikasi yang dikatakan lebih selamat. ",
"Bila tiba hari tersebut, mungkin peti SMS kita akan jadi lebih lengang dan tak adalah makan masa sangat untuk membersihkannya.",
"Notifikasi senang nak dibersihkan. Hanya satu klik saja perlu kita lakukan untuk membuang kesemua notifikasi. ",
"Tetapi bagi pengguna telefon pintar yang lebih veteran, penulis dapat melihat mereka kurang gemar membuang notifikasi yang masuk sehingga panjang berjela-jela notifikasi yang mereka terima. ",
"Bila ditanya kenapa tak dibersihkan, jawapan mereka biasanya mudah; mereka rasa notifikasi itu menarik seperti notifasi Youtube memaklumkan tentang muat naik terbaru dan takut kalau dibuang, nanti mereka tak jumpa lagi topik itu.",
"Jadi mereka biarkan saja semua notifikasi ada seperti biasa. Ini cerita orang lebih tua. Kita sendiri pula bagaimana? ",
"Pernah tak anda sedang membersihkan notifikasi, lepas tertekan saja butang 'clear' baru perasan 'eh, ada topik menarik la dekat ni' tapi sebab dah dibersihkan - anda tak sempat nak tekan notifikasi yang anda rasa menarik tu. ",
"Kemudian anda mula rasa menyesal jari anda cepat sangat clear-kan notifikasi yang ada.",
"Di antara semua sampah digital yang paling banyak memakan masa untuk dibersihkan, inilah raja segala sampah digital; sampah aplikasi mesej. ",
"Ini kerana semua aplikasi mesej mempunyai ramai penyumbang sampah yang akan memenuhi tiap-tiap peranti pengguna yang ada. Sudahlah penyumbangnya ramai, formatnya pun berbeza-beza. Ada sampah dalam bentuk video, imej, audio, pautan dan bermacam lagi format yang disokong.",
"Setiap hari kita berazam akan meluangkan satu atau dua hari, untuk duduk menyemak satu per satu semua jenis media yang telah dimuat turun tapi kelapangan itu jarang ada kan? ",
"Yang membuatkan situasi bertambah buruk, hari-hari ada saja benda baru masuk menambahkan stres kita.",
"Kami yakin dalam peranti milik anda SEKARANG INI penuh dengan gambar-gambar iklan, gambar orang lain yang anda tak tahu siapa, pautan ke internet yang langsung tak berkait dengan anda, fail-fail kerja milik pihak lain yang bukan tanggungjawab anda dan bermacam lagi jenis sampah yang anda tak perasan pun bila masuknya.",
"Semuanya kerana aplikasi mesej membolehkan sebaran-sebaran media sebegini berlaku dengan terlalu mudah. ",
"Kita boleh berjanji akan cuba mengawalnya dan mengubah tabiat kita agar setiap hari meluangkan sedikit masa membuang apa yang tak patut, tetapi pada penghujungnya nanti kita tak mampu mengejar pun kepantasan sampah-sampah ini bertimbun..."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-jenama-seluar-jeans-terawal-di-dunia.html | 5 Jenama Seluar Jeans Terawal Dan Tertua Di Dunia | [
"Fesyen adalah konsep yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Contohnya, lihat sahaja gambar lama zaman 80-an dan 90-an, mungkin kita tidak lagi melihat golongan masa kini menggayakan pakaian seperti zaman tersebut. ",
"Selama beratus-ratus tahun, teknik dan proses yang berbeza-beza yang digunakan untuk mencipta denim mempunyai kesan yang ketara ke atas penampilan dan rasa jeans hari ini. Mengenai sejarah jeans, kami pernah tulis dahulu dalam artikel Sejarah Seluar Jeans Yang Telah Menjadi Trend di Seluruh Dunia. ",
"Pada masa kini, terdapat begitu banyak jenama jeans di pasaran daripada jeans yang dijual di pasaran sehinggalah kepada jeans dijual di butik yang harganya mencecah ratusan hinggan ribuan ringgit. Namun, tahukah anda apakah jennama jeans terawal di dunia?",
"Mungkin ramai yang terkejut jenama ini muncul sebagai jenama ke 5 terawal yang mengeluarkan seluar jeans bukan? Malah, di Malaysia mungkin kita jarang atau tidak pernah melihat orang di luar sana menggayakan seluar jeans dari jenama ini.",
"Calvin Kleinn terkenal dengan gaya minimalis dan merupakan yang ditubuhkan di New York pada tahun 1968. Dengan bantuan hubungan Baron de Gunzburg, Calvin Klein menjadi terkenal dalam komuniti fesyen eksklusif New York walaupun sebelum pelancaran barisan jeans pertamanya membawa kejayaan komersial pertamanya. ",
"Pada tahun 1970-an, lebih daripada 200,000 pasang seluar jeans telah dijual dalam satu minggu.",
"wrangler terhasil apabila C.C. Hudson dan abangnya mengasaskan \"Hudson Overall Company\". Mereka tidak mengambil masa yang lama untuk mengalami ledakan jualan hasil daripada permintaan yang semakin meningkat untuk denim potongan cantik syarikat itu.",
"Syarikat itu diasaskan dengan matlamat untuk mencipta pakaian kerja yang berkualiti tinggi dan tahan lama untuk pekerja kereta api di pantai timur Amerika. Blue Bell Overall Company ialah nama baharu di mana syarikat itu dijenamakan semula selepas membina kilang pertamanya di South Elm Street. Selepas itu, syarikat itu mengasaskan Wrangler pada tahun 1947. ",
"Persatuan Koboi Pro Rodeo Amerika secara rasmi menaja Wrangler pada tahun 1974. Semasa rodeo, koboi terkenal seperti Jim Shoulder mula memakai jeans, meningkatkan lagi populariti mereka.",
"Lee Jeans ialah jenama yang telah wujud selama beberapa dekad, dan sejarahnya bermula sejak tahun 1880-an. Henry David Lee mengasaskan Syarikat Lee Mercantile, yang menubuhkan perusahaan pembuatan dan peruncitan barangan halus di Kansas. Dia segera melihat keperluan untuk pakaian kerja yang tahan lasak. ,.",
"Sebagai satu bahagian pengiklanan, H.D. Syarikat Lee menghasilkan Buddy Lee. Buddy Lee yang asli dipamerkan di tingkap Gedung Serbaneka Syarikat Dayton di Nicollet Avenue di Minneapolis, Minnesota, berpakaian keseluruhann jenama Lee. ",
"Untuk membangunkan, menghasilkan dan mengedarkan barangan berkualiti tinggi yang kelihatan cantik dan sesuai dengan lebih baik, Lee menyertai Kontoor Brands, salah satu syarikat pakaian gaya hidup global terkemuka. Ini telah membolehkan Lee memberikan kebebasan dan keselesaan kepada individu di seluruh dunia untuk meluahkan perasaan mereka.",
"Carhartt Jeans telah wujud sejak tahun 1889. Hamilton Carhartt mencipta model perniagaan yang menekankan ketahanan berbanding gaya. Ini menyebabkan seluar jeans mereka dipakai oleh pekerja kereta api, antara profesion lain yang memerlukan penekanan pada keselesaan, kehangatan dan kefungsian.",
"Carhartt membangunkan pakaian untuk askar dan pekerja sokongan, pakaian untuk dan pakaian hutan untuk Marin di Pasifik semasa Perang Dunia II. Menariknya, semasa Perang Dunia I, Carhartt membekalkan tujuh pakaian seragam untuk tentera Amerika untuk membantu kerajaan. ",
"Syarikat ini bermula dengan dua mesin jahit dan lima pekerja. Slogan pertama Carhartt ialah \"Honest value for an honest dollar\". Hari ini, pakaian Carhartt biasanya ditemui di tapak pembinaan, ladang dan ladang, antara tapak kerja yang lain. Di Malaysia, jenama ini boleh dikatakan jenama fesyen yang agak premium. ",
"Levi Strauss & Co. ialah jenama jeans tertua di dunia, telah diasaskan pada tahun 1853 oleh Levi Strauss di San Francisco, California. Nama syarikat itu berasal dari pendatang Jerman bernama Levi Strauss, yang diberi kredit kerana mencipta seluar pertama yang kalis air dan tahan koyak dan calar.",
"Levi Strauss & Co. dan Jacob Davis membuat seluar buruh dengan rivet logam, yang kemudiannya dikenali sebagai \"jeans biru\" untuk menjadikannya lebih tahan lama untuk lelaki yang bekerja. Pada tahun 1873, mereka menerima paten A.S. untuk ciptaan \"Peningkatan dalam Pembukaan Poket Pengikat\" mereka. ",
"Hari ini, Levi's telah berkembang menjadi jenama antarabangsa dengan produk yang terdiri daripada pakaian hingga barangan rumah dan segala-galanya di antaranya dan mereka masih membuat seluar jeans seperti yang mereka buat ketika mula-mula membuatnya."
] |
https://iluminasi.com/bm/8-aksi-normal-dalam-filem-yang-sebenarnya-tak-masuk-akal.html | 8 Aksi Lakonan Dalam Filem Yang Sebenarnya Langsung Tak Realistik | [
"Filem merupakan antara format karya yang popular di kalangan masyarakat dunia, sebagai bentuk hiburan, pengisian minda atau sekadar pengisi masa.",
"Walaupun demikian dek dekatnya filem dengan elemen-elemen berorientasikan fantasi, banyak adegan dalam filem yang dipapar biasanya jauh lari daripada realiti, walaupun filem itu tetap berpijak di bumi nyata, realistik dan sekadar mahu memaparkan sesuatu yang normal atau rutin dalam hidup kita.",
"Berikut adalah 8 adegan yang kelihatan normal dalam filem, nampak senang tetapi sebenarnya cukup susah nak diterjemahkan ke dalam dunia nyata.",
"Filem berorientasikan kewanitaan gemar memaparkan adegan kawan baik sama-sama ke pusat beli-belah, mencari pakaian yang akan dipakai bagi menyambut satu acara yang istimewa. ",
"Adegannya akan menayangkan watak utama mencuba bermacam jenis baju sebelum menemui satu pasang yang dirasakan terbaik. Cuba anda buat perkara sama dengan kawan anda - cuba pakai dan buka berhelai-helai baju.",
"Besar kemungkinan anda dan rakan anda bosan nak meneruskan proses cuba-cuba dan akhirnya pilih sajalah mana yang ada.",
"Dengar cerita polis masih mencari di mana lokasi lelaki ini jatuh.",
"Watak khususnya dalam filem aksi, apabila mereka melompat kalah atlet lompat jauh Olimpik. ",
"Apatah lagi kalau mereka berlari dulu sebelum melompat. Dah macam burung pula terbangnya. Memang melanggar hukum fizik betul.",
"Watak filem bukan saja cekap melompat dari bumbung ke bumbung, bahkan mampu terjun dari bangunan tinggi jatuh ke dalam tong sampah - dengan hanya sedikit sampah melekat di baju. Cedera? Langsung tak ada walaupun tong sampah biasanya dipenuhi kaca, bahan fizikal terbuang selain sampah domestik yang biasa.",
"Realitinya diri sendiri tahulah. Nak melompat ke depan sikit pun, ada yang dah terseliuh buku lali. ",
"Pernah tak anda tengok acara sukan menembak berlangsung sama ada di kaca TV ataupun secara langsung? ",
"Perasan tak, kebanyakan penembak akan menggunakan pelindung telinga bagi melindungi pendengaran mereka daripada rosak seperti dalam gambar di atas.",
"Sekarang cuba kita bandingkan bagaimana watak dalam filem menembak senjata mereka tanpa sebarang perlindungan pendengaran. Tengok watak di atas. Dia mampu menembak berdas-das tembakan gattling gun tanpa ada sedikit pun masalah pendengaran terjadi kepada dia.",
"Apa yang lebih melucukan, sambil menembak ada juga watak yang mampu berbual-bual seolah tidak ada apa-apa masalah menafsirkan ucapan mereka. Semua mesej sampai dengan baik dan difahami setiap butirannya.",
"Namun kami jarang dapat melihat praktikaliti seni-seni pertahanan diri berjaya diamalkan sekiranya bertembung dengan orang yang menyerang secara membabi buta.",
"Mungkin kemahiran asasnya membantu ketangkasan dan kemampuan kita mentafsir pergerakan lawan, tapi bila ada seorang berbadan besar menyondol kita ke ke tanah - rasanya kekuda-kekuda yang diamalkan tak lagi sempat nak dipacak.",
"Ada satu situasi yang aneh sering berlaku dalam filem, yang jarang kita bincangkan.",
" Bagaimana majoriti watak dalam filem mampu setuju dengan sesuatu isu dengan mudah? Contohnya pemilihan ketua. Senang saja watak utama dilantik. Takkanlah watak lain tak ada cita-cita sama?",
"Jika ada yang membangkang, biasanya dialah yang akan berpaling tadah ketika penghujung jalan cerita. ",
"Bagi mereka yang dah biasa bermesyuarat, kita dah tahu dah cukup sukar sebenarnya nak dapat kata sepakat yang benar-benar solid. Kadangkala keputusan yang nak diambil perlu ditangguh, sehingga banyak kerja atau arahan tak berjalan demi memastikan keseragaman dicapai.",
"Setiap kali berlaku majoriti adegan kejar-mengejar di atas jalan raya yang berlaku di bandar-bandar besar, waktu itu jugalah trafik atas jalan lengang. ",
"Perasan tak? Mudah saja hero dan penjahat menyelit sana-sini sesuka hati mereka tanpa perlu risau wujud kesesakan trafik.",
"Sudahlah jalan automatik lengang semasa kejar-mengejar, kebanyakan kenderaan yang dipandu juga tidak habis minyaknya dan juga tidak melalui plaza tol. Ada ke ditampal sticker RFID kat depan kereta mereka? ",
"\"Aku sebenarnya dah pangkat atuk nenek moyang kau. Tapi kalau dah cinta...\"",
"Filem remaja misalnya kerap mengulang taktik sama di mana watak seorang remaja nakal akhirnya jatuh cinta dengan remaja nerd seolah situasi itu mudah belaka.",
"Adegan-adegan temujanji dalam filem juga tampak mudah. Semasa temujanji akan ada seorang yang pemalu bertemu dengan seorang yang lebih berani. Kedua-duanya berkenalan, saling bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain dan akhirnya berjanji mahu sehidup semati bersama.",
"Penuh dengan rasa janggal, malu, segan dan kadangkala menyampah. Nak jatuh cinta dengan seseorang pun mungkin akan memakan masa setahun dua.",
"Berapa lama anda tunggu sebelum anda berani mengaku anda suka seseorang? ",
"Bagi penulis, secara puratanya adalah sekitar 4 ke 5 bulan. Itupun masih lagi menggeletar nak mengakuinya. Banyak kali kena reject.",
"Ada orang sampai ke sudah dia tak berani mengaku. Akhirnya dia terpaksa berputih mata melihat si dia yang dia suka bernikah dengan orang lain. ",
"Dalam filem prosesnya cepat. Keluar ayat romantik sikit, mengaku suka si dia terus si dia pun tersenyum lebar mengakui dia berkongsi perasaan sama.",
"Realitinya, kita nak dapatkan keberanian tu punyalah lama. Bila dah berani suarakan isi hati kita, apa jawapan akan kita dengar?"
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kemahiran-asas-manusia-yang-semakin-kurang-kita-amalkan.html | 5 Kemahiran Asas Manusia Yang Semakin Kurang Diamalkan | [
"Perubahan kepada era teknologi yang serba moden banyak memberikan kesan kepada tingkah laku kita. ",
"Apa yang dulu tabiat harian, kini sudah banyak diganti dengan tabiat berbeza, tanpa kita sedari atau tidak berlaku perubahannya. Tabiat yang membentuk kemahiran merupakan antara perkara yang wajib kita pelajari dan lakukan setiap hari, namun ada di antara kemahiran asas yang ada sudah tidak lagi jadi kemestian.",
"Sedarkah anda perubahan yang telah berlaku kepada kita? Berikut adalah lima kemahiran asas yang dulu dianggap wajib, tetapi kini hanya kadangkala dilakukan sekali-sekala dalam rutin seharian kita.",
"Dengan membaca bahan-bahan berbentuk ilmiah seperti buku dan kitab, kita memperolehi ilmu yang bermanfaat - asalkan bahan yang kita baca juga jelas faedahnya.",
"Namun melihat generasi zaman sekarang dibiasakan dengan corak penyampaian bersifat pantas, segera, ringkas dan padat, kemahiran membaca mereka malangnya banyak dipesongkan oleh keperluan mereka untuk mendapatkan informasi atau maklumat berformat singkat.",
"Dalam media sosial, kita sudah biasa melihat orang ramai mengguna singkatan TLDR merujuk kepada karangan rumusan bagi memendekkan satu bentuk tulisan. Bahan-bahan ilmiah popular pula dikongsikan dalam bentuk video yang formatnya ringkas dan pendek.",
"Membaca adalah satu kemahiran yang perlu diasah dan dilatih. Dengan hanya membaca sajalah minda kita berjalan memikirkan bermacam jenis imaginasi yang terangsang, hasil bahan yang kita baca. ",
"Tak sama impaknya tonton video ilmiah jika kita banding dengan baca bahan ilmiah.",
"Kemudahan teknologi mengakibatkan banyak proses yang memerlukan kita menulis dengan tangan, dilakukan dengan menaip di papan kekunci sama ada di komputer ataupun telefon pintar.",
"Sehinggakan ada di antara kita apabila diminta menulis, boleh rasa seolah-olah otot kita keras disebabkan lamanya kita tidak menulis sesuatu dengan pen atau pensil.",
" Melukis di atas kertas pun ramai yang berbakat rasa kekok disebabkan kemudahan melukis secara digital sudah mengambil alih peralatan bersifat 'tradisional' kita.",
"Tak dinafikan peranti yang kita guna mampu menghasilkan garis-garis tulisan dan lukisan yang cantik dan kemas, ekoran daripada kemampuan aplikasi mengubah dan mengawal garis yang kita buat dengan gerakan tangan dalam bentuk digital.",
"Tetapi bagi seorang yang menghargai sesuatu yang terhasil akibat kemahiran tangan sebenar, tulisan dan lukisan digital layak dikata seolah-olah menipu kerana seseorang tidak perlu benar-benar berkemahiran tinggi untuk menghasilkan bentuk huruf dan garisan yang cantik rupanya.",
"Lebih kurang beberapa dekad dahulu, ramai di antara kita tak kiralah yang usia muda atau tua mampu mengingat nombor telefon penting dengan mudah. ",
"Sebut saja nombor mak, ayah, adik-beradik dan pejabat, semuanya tersedia dalam kepala. Bagi nombor-nombor lain yang kurang kerap dihubungi, kita menyimpannya dalam buku telefon kecil dengan setiap nombor serta nama dicatat dengan tangan.",
"Selepas telefon mula mempunyai kemampuan memori untuk menyimpan nombor dalam angka lebih besar, lama-kelamaan kita sebagai masyarakat pun tidak lagi merasakan ada keperluan untuk mengingati nombor-nombor sebegini. ",
"Sehinggakan ada di antara kita, nombor telefon sendiri pun tak ingat.",
"Begitulah juga dengan kemampuan kita mengingati perjalanan ke destinasi yang ditujui satu masa dulu. Kita perlu ingat jalan yang betul, kerana kita tahu itu adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan kita sesat.",
"Sekarang semuanya kita serah kepada sistem peta navigasi yang ada dalam telefon kita. Kalau sistem navigasi kata belok, kita belok. Jalan lurus, kita lurus. Sedar-sedar dah sampai. ",
"Minggu depan kalau nak ke tempat sama sekali lagi, terpaksalah kita guna GPS bagi memandu kita ke destinasi.",
"Pernah tak ketika duduk dalam kumpulan beramai-ramai, anda merasa resah tak memeriksa telefon anda? ",
"Yang anehnya, bukan kita saja kerap buka tutup telefon. Kawan-kawan dan kenalan kita pun nampak seakan berhadapan tekanan serupa. Sekejap-sekejap pegang telefon. Sekejap-sekejap semak skrin, walaupun kita dikelilingi kawan-kawan kita.",
" Mesti ramai rasa perasaan sebegitu kan? Jika anda ada rasa sebegitu, jangan bimbang. Bukan anda saja yang merasa sebegitu rupa.",
"Kita makin kurang berkomunikasi secara bersemuka, kerana semakin ramai di antara kita selesa berkomunikasi secara maya dengan telefon menjadi pengantara. Tak percaya? Cuba anda ke kedai makan dan tengok.",
"Pasti ada kawan-kawan yang lepak beramai-ramai sambil main game, mata tak lekang dari telefon. Ada keluarga yang lebih senang duduk makan dengan setiap anggota keluarga termasuklah bayi 1 tahun ditemani peranti masing-masing. ",
"Yang lepak sendirian pun lebih senang menyendiri ditemani dunia maya.",
"Tak kisahlah di mana-mana pun, sama ada di rumah, pejabat, taman awam atau stesen pengangkutan awam.",
"Dalam hidup di mana komunikasi berlaku dengan pesat dan notifikasi masuk mengingatkan kita tentang perkara dan tugasan yang belum selesai menguruskan tanggungjawab hakiki yang ada, ramai di antara kita hilang kemampuan untuk duduk menikmati persekitaran kita tanpa buat apa-apa.",
"Zaman sekarang, ramai beranggapan setiap detik hidup kita perlu diisi dengan 'benda-benda bermanfaat.' ",
"Realitinya, pendapat sebegini salah. Kita tidak perlu mensibukkan diri kita dengan bermacam perkara hanya untuk membuatkan kita rasa hidup kita seolah-olah besar maknanya. Ada ketikanya kita perlu duduk saja di satu lokasi, tak buat apa. Kosongkan fikiran, tenangkan minda. ",
"Duduk saja dengan main telefon di tangan tak kira ya. Ini betul-betul duduk tak diganggu apa-apa. Berapa lama kita mampu bertahan agaknya?",
"Berapa orang di antara kita mampu duduk saja tanpa ada rasa risau terdetik di jiwa? Tak ramai rasanya. Yang mampu, anda cukup bertuah sebenarnya. Hargailah masa bersendirian anda tanpa sebarang gangguan dunia."
] |
https://iluminasi.com/bm/7-negara-yang-pernah-digantung-daripada-bermain-dalam-piala-dunia-fifa.html | 7 Negara Yang Pernah Digantung Daripada Bermain Dalam Piala Dunia FIFA | [
"Piala Dunia FIFA hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kejohonan terulung dunia bola sepak yang dianjurkan setiap 4 tahun sekali ini pastinya dinanti-nantikan oleh setiap peminat bola sepak seluruh dunia setelah Perancis memenanginya pada tahun 2018.",
"Ketika ini, pastinaya setiap pasukan sedang menyiapkan senarai akhir pemain yang bakal mewakili negara masing-masing. Pasukan yang telah layak ke Piala Dunia di Qatar tahun ini telah melalui pusingan kelayakan dan akan berentap di pusinga akhir yang dijadualkan berlangsung pada 20 November hingga 18 Disember 2022.",
"Dalam sejarah, kita telah menyaksikan beberapa negara yang telah diharamkan daripada menyertai pertandingan Piala Dunia FIFA atas sebab-sebab tertentu. Kali ini, mari lihat senarai 7 buah negara yang pernah diharamkan bertanding dalam pusingan akhir Piala Dunia walaupun telah layak secara merit. ",
"Selepas edisi Piala Dunia 1942 dan 1946 dibatalkan kerana Perang Dunia II, kejohanan itu kembali pada tahun 1950. Tetapi Jerman dan Jepun tidak dibenarkan terlibat kerana terlibat secara langsung dalam Perang Dunia kedua.",
"Jerman kembali ke Piala Dunia pada 1954 dan memenangi pertandingan yang diadakan di Switzerland untuk kejuaraan pertama daripada empat gelaran. Manakala Jepun gagal melayakkan diri ke edisi 1954, dan tidak layak ke mana-mana kejohanan sehingga kejohanan pertama mereka dengan edisi 1998 di Perancis. ",
"Fifa bersidang pada September 1961 dengan 67 persatuan ahli untuk membincangkan masalah apartheid yang memerintah di Afrika Selatan Selepas beberapa hari perbincangan, badan induk itu akhirnya menggantung Afrika Selatan daripada semua kejohanan bola sepak antarabangsa.",
"Larangan itu yang akan menandakan permulaan boikot yang lebih meluas berlangsung selama hampir 30 tahun sehingga selepas apartheid runtuh. Sehinggalah pad 1992 apabila Fifa membenarkan Afrika Selatan menyertai semula dan membawa dunia bola sepak ke negara itu ketika mereka menjadi tuan rumah Piala Dunia 2010.",
"Mexico merupakan tuan rumah bagi penganjuran Piala Dunia edisi tahun 1986. Malangnya, mereka telah diharamkan daripada Piala Dunia 1990 yang berlangsung 4 tahun berikutnya kerana telah membariskan pemain yan telah melebihi hads umur dalam kelayakan untuk Kejohanan Remaja Dunia 1989.",
"Piala Dunia 1990 dimenangi oleh Jerman Barat, setelah mereka menewaskan Argentina di final. Itali dan England masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.",
"Brazil menjadi tuan rumah Chile di Stadium Maracana dalam perlawanan kelayakan terakhir zon Amerika Selatan ke edisi 1990. Dan dengan perlawanan berbaki 20 minit, Brazil hampir pasti layak dengan keputusan seri yang cukup untuk memenangi perlawanan dan mengesahkan kedudukan akhir.",
"Tiba-tiba penjaga gol Chile Roberto Rojas berpura-pura cedera akibat suar yang dilemparkan oleh peminat semasa pertembungan negaranya menentang Brazil pada 1989 itu. Seorang jurugambar walau bagaimanapun berjaya membongkarkan muslihatnya yang mencederakan kepalanya sendiri menggunakan pisau lipat yang disorokkan dalam sarung tanggannya.",
"Chile diharamkan daripada Piala Dunia FIFA 1994 sementara Roberto Roja digantung daripada kejohonan utama seumur hidup.",
"Fifa pernah mengharamkan negara yang pernah dikenali sebagai Burma daripada Piala Dunia 2006 di Jerman. Ia mengeluarkan penggantungan untuk kejohanan itu selepas Myanmar enggan bermain menentang Iran semasa perlawanan kelayakan dan menarik balik penyertaan mereka untuk edisi 2002 di Jepun dan Korea Selatan. ",
"Fifa juga pernah melarang Myanmar daripada bertanding di peringkat kelayakan Piala Dunia 2018 selepas masalah peminat menghentikan perlawanan kelayakan Asia 2014 menentang Oman pada Julai 2011. Tetapi badan induk bola sepak kemudian menarik balik penggantungan itu atas rayuan.",
"Rusia adalah negara terbaharu yang diharamkan oleh Fifa daripada bertanding di Piala Dunia dengan pengecualian mereka daripada Qatar 2022. Fifa dan badan induk Eropah UEFA bersetuju untuk menggantung semua pasukan Rusia – domestik dan antarabangsa – sehingga diberitahu kelak pada bulan Februari. ",
"Fifa dan UEFA mengeluarkan penggantungan berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Ia menyingkirkan Rusia daripada play-off kelayakan UEFA untuk Piala Dunia di Qatar sebelum perlawanan separuh akhir dengan Poland yang mara untuk menewaskan Sweden dalam final Laluan B."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-sebab-aplikasi-mesej-percuma-menjahanamkan-masyarakat-kita.html | 6 Sebab Aplikasi Mesej Percuma Patut Dicaj Macam SMS | [
"Suka atau tidak, besar kemungkinan ramai di antara kita 'terpaksa' menggunakan aplikasi mesej disebabkan keperluan untuk berhubung, sama ada berorientasikan pejabat, keluarga, persekolahan anak atau keep in touch dengan sahabat handai kenalan lama.",
"Kemudahan yang disediakan secara 'percuma' ini memang memudahkan jika dibandingkan dengan sistem pesanan ringkas atau SMS satu masa dahulu. Sudahlah keupayaannya terhad, kita juga perlu membayar hanya untuk satu mesej.",
"Aplikasi percuma banyak membantu berlangsungnya komunikasi kini, namun ada ketikanya penulis rasa lagi elok kita dikenakan caj untuk setiap mesej kita. ",
"Ada orang langsung tak ikut politik baik tempatan atau antarabangsa. Ada orang sekadar ambil tahu. Ada juga segelintir orang, dia politikkan semua perkara.",
"Jika ada kemalangan berlaku? Itu angkara politik. Tragedi dan bencana alam? Politik. Kejatuhan nilai matawang dunia berbanding US? Politik. Belanjar dapur dan rumah dia bulan tu tak cukup? Salah ahli politik.",
"Ramai di antara kita terpaksa melayan orang-orang sebegini yang 24 jam sehari mencari sebab untuk mencanang mesej politik dia. Yang tak best, dia bawa perangai tu ke dalam kumpulan mesej yang disertai kita. Akan makin meriahlah kalau ada yang sependapat dengan dia.",
"Keluar saja apa-apa berita, dia akan keluar dulu pandangan yang kadangkala tak berasas hanya berdasarkan agak-agak, hanya disebabkan dia tak boleh lari nak kaitkan politik dalam semua isu yang ada.",
"Usaha untuk mencipta kumpulan perbincangan melalui media sosial atau aplikasi mesej pasti akan menampakkan satu jenis pengguna; mereka yang gemar menempek iklan setiap hari.",
"Sudahlah dimuatnaik iklan setiap hari, mesejnya bertalu-talu siap dengan gambar 7-8 keping nak mempromosikan produk atau barangan jualan dia. ",
"Tak salah nak menaikkan iklan, tapi pastikanlah minta izin dulu dan kena pada tempatnya. Ini tidak, bagi salam tak, ketuk tak, main terjah saja pasang iklan di semua kumpulan yang dia sertai.",
"Orang sebegini berani buat sebaran secara am ni kerana mereka tahu kosnya sifar. Cuba kalau satu mesej dikenakan caj 20 sen. Berfikir panjang jugalah dia nak spam kita semua.",
"Satu salah anggapan ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah, adalah 'kewajipan' cikgu berhubung dan memaklumkan ibu bapa tentang apa-apa perkara menggunakan kumpulan mesej dalam aplikasi.",
"Tidak. Perkara itu tidak wajib. Terpulang kepada guru sama ada mereka hendak atau tidak menubuhkan kumpulan itu, bagi membantu komunikasi yang lebih berkesan.",
"Apa yang sangat menyusahkan kerja pendidik, sistem mesej ini membuatkan ibu bapa jadi manja. Barang anak hilang, minta cikgu carikan. Apa anak kena bawa esok? Cikgu kena ingatkan ibu bapa. Ada acara bakal berlangsung? Cikgu kena maklumkan.",
"Semua komunikasi antara pihak sekolah/guru dan ibu bapa sebenarnya berlangsung secara rasmi melalui murid sebagai perantara. Jika satu mesej aplikasi dikenakan caj 20 sen, adakah anda sebagai ibu bapa akan mempunyai jangkaan serupa mahu guru aktif berhubung dengan anda? Tidak kan?",
"Sekiranya satu mesej dikenakan bayaran, anda pun mungkin tak mengganggu guru-guru dengan permintaan tak munasabah anda.",
"Kemudahan mesej secara percuma mengakibatkan ramai di antara kita tidak lagi mampu melihat adanya keperluan untuk 'berusaha' menaip mesej agar lebih mencerminkan diri kita.",
"Apabila mendapat sesuatu makluman atau arahan majikan sebagai contoh - kita akan membalas 'noted' atau 'maklum' secara beramai-ramai, dilakukan hanya kerana kita boleh melakukannya.",
"Dalam situasi di mana seseorang meraikan hari ulang tahun, kita akan berpakat-pakat menyalin semula mesej-mesej sebelum kita untuk kita hantar. Jika menerima berita kematian pun sama; ucapan takziah sama akan berulang-ulang dihantar oleh pengguna yang berbeza.",
"Ya, kami akui ingatan di sebalik semua ucapan itu adalah penting. Tetapi dalam masa yang sama, kemudahan mesej sebegini mengakibatkan kita saling salin-menyalin mesej, mengurangkan sentuhan manusia dalam mesej-mesej kita.",
"Cuba satu mesej tu kena 20 sen, kami yakin anda tak akan sewenang-wenangnya menyalin mesej atas anda. Anda pasti akan menulis sendiri sesuatu yang lebih peribadi dan ada maknanya.",
"Seandainya anda pernah menawarkan jawatan kosong melalui iklan, anda pasti akan menemui pemohon yang agak sambil lewa memohon melalui aplikasi mesej.",
"Mesejnya tidak formal, tidak dirancang dengan baik dan lebih mirip dengan dialog kawan-kawan. Kenapa situasi sebegini semakin kerap berlaku? Ini kerana mesej yang boleh dihantar tidak dikenakan sebarang bayaran.",
"Apabila tiada kekangan kos, ramai di antara kita mengambil sikap acuh tak acuh walaupun sedang berkomunikasi secara profesional dengan pihak tidak kita kenali.Ayat yang kita karang, pendek-pendek dan ala kadar.",
"Sekiranya satu mesej perlu dibayar, ramai orang akan take serious apa isi kandungan yang akan mereka hantar. Setiap ayat yang ditulis akan difikirkan terlebih dahulu kerana tahu sebarang kesilapan akan menambahkan kos kepada kita.",
"Anda bayangkan untuk setiap satu mesej jika dikenakan bayaran, anda ingat bos atau supervisor anda akan hubungi anda secara berleluasa ketika di luar waktu kerja?",
"Begitulah juga dengan budaya bermesyuarat dalam aplikasi mesej yang kerap menjadi modus operandi standard banyak syarikat, yang merasakan perbincangan secara dalam talian berdasarkan teks sangat efektif.",
"Sedangkan realitinya perbincangan sebegini hanya menimbulkan banyak kekeliruan. Kita tak nampak ekspresi muka empunya mesej. Bila kita baca mesej boss, susah kita nak tahu dia sedang dalam emosi apa. ",
"Notifikasi masuk bertalu-talu untuk kita baca dan ikuti. Sekiranya satu mesej dikenakan caj 20 sen, kami yakin hanya satu mesej akan sampai ditulis panjang dan padat serta lengkap informasi dan tona mesejnya."
] |
https://iluminasi.com/bm/fenomena-bankrap-realiti-beban-kewangan-masyarakat-kita.html | Realiti Sebenar Kadar Bankrap di Malaysia - Statistik | [
"Dalam membicarakan soal beban kewangan yang menjadi isu sebahagian besar masyarakat kita, kita tidak boleh lari daripada turut membincangkan tentang masalah kebankrapan yang boleh dihadapi mereka yang terkesan.",
"Kami sudah memperjelaskan tentang realiti sebenar apa yang akan berlaku kepada seorang yang diisytiharkan bankrap, kekangannya serta salah faham yang dipegang masyarakat apabila isu ini dibangkitkan.",
"Tetapi adakah anda faham kenapa topik bankrap sering ditimbulkan? Benarkah isu ini sering berlaku dan adakah bankrap sudah menjadi barah dalam masyarakat kita?",
"Walaupun media gemar memperbesarkan masalah bankrap sebagai satu isu yang boleh menggigit masyarakat kita, realitinya apa yang kita takuti tidaklah seteruk yang diceritakan.",
"Selepas kita menangani gelombang tekanan kewangan akibat turun naik kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara serta kemampuan ekonomi yang menurun akibat pandemik, Malaysia menyaksikan penurunan dalam kes-kes melibatkan individu yang diisytiharkan bankrap walaupun selepas kadar faedah dinaikkan semula.",
"Ini bermakna walaupun ada pihak gemar mengaitkan kenaikan kadar faedah bakal sebagai punca lebih ramai individu diisytihar bankrap, setakat ini belum nampak secara statistik ada peningkatan kes.",
"Penurunan ini dibantu peningkatan nilai ambang minima untuk seseorang boleh diisytiharkan bankrap, di mana nilai itu kini ditetapkan kepada jumlah hutang RM100,000 berbanding amaun RM50,000 seperti sebelumnya, diluluskan dalam sidang Parlimen bulan Ogos tahun 2020 .",
"Perubahan ini disasarkan untuk memberikan lebih perlindungan kepada golongan pemiutang, sekaligus melambatkan tindakan penghutang dibenar memulakan petisyen kebankrapan di mahkamah, sebagai jalan akhir mengutip hutang tidak berbayar.",
"Kebimbangan utama kita berkenaan isu ini berkait peningkatan ketara individu berusia 25 ke 34 tahun telah diisytihar bankrap. ",
"Individu kumpulan ini merupakan kumpulan kedua terbesar diisytiharkan bankrap, merangkumi 21.31% daripada keseluruhan pemegang status bankrap.",
"Kumpulan individu 35 ke 44 tahun menjadi kumpulan terbesar dengan 37.34%. Kumpulan 44-54 tahun 25.92% dan 55 tahun ke atas pula 14.48%.",
"Untuk makluman anda, ada 240 kes melibatkan individu diisytiharkan bankrap dari tahun 2018 sehingga Julai tahun 2022, yang berusia bawah 25 tahun. ",
"Muda-muda lagi dah menanggung beban kewangan besar yang gagal diselia dengan baik!",
"Dalam tempoh 4 tahun sehingga Julai 2022, golongan Melayu menjadi kumpulan terbesar diisytiharkan bankrap dengan jumlah kes 27,431 atau 58.31%. ",
"Cina ditempat kedua dengan 11,488 kes atau 24.42% dan India pula 4,138 kes atau 8.80%. Daripada aspek jantina pula, anda rasa siapa lebih ramai diisytiharkan bankrap - lelaki atau perempuan? ",
"Golongan lelaki mendominasi statistik ini dengan 34,305 orang lelaki dideklarasikan sebagai bankrap merangkumi 72.92% daripada semua kes 4 tahun kebelakangan ini.",
" Wanita pula hanya 27.03% atau 12,715 orang diisytiharkan bankrap. Memang kaum wanita lagi pandai mengurus perbelanjaan agaknya.",
"Sesuatu yang kita sebagai sebuah masyarakat perlu sedar adalah punca terbesar berlakunya majoriti kes individu diisytiharkan muflis atau bankrap ini.",
"Bukan pinjaman perumahan, bukan pinjaman sewa beli kenderaan, hutang perniagaan atau hutang kad kredit.",
" Apa yang aneh pada pandangan penulis, agak jarang pinjaman peribadi dibincangkan dalam persepsi negatif jika dibandingkan dengan pinjaman perumahan, kenderaan ataupun kad kredit.",
"Pinjaman peribadi merupakan satu fasiliti yang popular di kalangan masyarakat kita, sebagai suntikan modal yang bebas digunakan untuk apa saja tujuan. ",
"Itu jugalah punca utama kenapa 42.03% daripada keseluruhan individu bankrap diisytiharkan bankrap. Ada 19,773 orang bankrap kerana kegagalan membayar semula pinjaman peribadi! ",
"Apa yang membingungkan penulis, kini semakin banyak pula fasiliti pinjaman peribadi secara sah dibenarkan untuk beroperasi, memberikan pinjaman segera kepada peminjam tanpa banyak soal. Takkanlah kita tak belajar sesuatu dari statistik ini?",
"Sewa beli kenderaan menjadi punca kedua terbesar individu bankrap, merangkumi 14.69% atau 6,910 individu. ",
"Hutang pinjaman perniagaan menjadi sebab ketiga, dengan 13.68% atau 6,435 orang bankrap disebabkannya.",
"Jelas ramai di antara ahli masyarakat kita gagal mengurus pinjaman peribadi dengan baik. Mungkin disebabkan ketiadaan tujuan atau matlamat yang menjadi faktor mengehadkan sebab-musabab kenapa pinjaman itu perlu dilakukan.",
"Fasiliti pinjaman peribadi bagi penulis agak berbahaya kerana pinjaman boleh dibuat tanpa matlamat atau kekangan, sehinggakan ramai melihat fasiliti ini sebagai jalan pintas memenuhi niat di hati tanpa benar-benar ada keperluannya.",
"Nasihat kami jika tiada keperluan, elakkanlah. Kalau kena menabung, menabunglah. Takkan lari gunung dikejar. ",
"Yang penting kita kena kuat bersabar dan jangan melihat pinjaman peribadi ada sebagai pemudahcara untuk menyenangkan kehendak nafsu kita. ",
"17,599 rakyat Malaysia muflis sejak Januari 2020 hingga Mei 2022"
] |
https://iluminasi.com/bm/8-istilah-kurang-sopan-bahasa-melayu-yang-berbeza-makna-sebenarnya.html | 8 Istilah Kurang Sopan Bahasa Melayu Yang Berbeza Makna Sebenarnya | [
"Setiap bahasa ada istilah atau perkataan yang digunakan khusus untuk tujuan cercaan, yang dituju kepada pihak lain.",
"Bagi bahasa Melayu, kisahnya serupa walaupun orang Melayu dikatakan mempunyai ketinggian adab dan kesopanan tutur kata dan bahasa. Cacian orang Melayu yang tradisional, biasanya berlapik, sinis tetapi tidak menyakitkan hati.",
"Namun ada situasi memerlukan seseorang terus memaki dalam bahasa Melayu yang tak sopan dengan menggunakan istilah kurang enak didengar. ",
"Persoalannya - adakah penggunaan istilah kurang enak ini benar-benar kena pada tempatnya dari aspek laras bahasa atau sebenarnya menyimpang jauh dari makna asalnya?",
"'Barua' merupakan satu perkataan yang sebenarnya SANGAT KASAR maksudnya, tetapi sering digunakan di kalangan penutur bahasa Melayu bukan?",
"Istilah ini sebenarnya membawa makna seseorang yang menjadi orang tengah agar hubungan terlarang di antara seorang wanita dengan lelaki bukan mahram boleh berlaku.",
"Situasi ini juga boleh terpakai sekiranya orang itu menjadi perantara antara seorang pelanggan dengan seorang pelacur, di mana dia yang melakukan rundingan agar kedua-duanya dapat bersama.",
"'Bangsat' terkenal sebagai istilah cacian dalam masyarakat kita merujuk orang yang bersifat jahat.",
"Satu makna berbeza bangsat yang jarang disebut, merujuk kepada tindakan seseorang mahu keluar mengembara. Jika seseorang itu hendak keluar mencari peluang di tempat lain - kita boleh merujuk dia dengan frasa dia akan pergi membangsat.",
"'Bangsat' juga merujuk kepada sejenis kutu yang dikatakan mempunyai bau yang sangat busuk, dikenali dengan nama kutu busuk atau 'bangsat.'",
"'Sundal' biasanya digunakan untuk tujuan memalukan seorang wanita yang suka menjual maruah diri, sama ada bersifat terlalu gatal dengan lelaki atau lebih parah suka menyerahkan diri sendiri secara sukarela.",
"Tidak ramai yang tahu dalam bahasa kita, istilah 'sundal bolong' memang benar-benar wujud, diguna bagi merujuk kepada makhluk ghaib sama ada dari jenis pontianak atau langsuir.",
"Janganlah pula anda teringin melakukan aktiviti persundalan dengan sundal bolong pula ya.",
"Walaupun penggunaannya telah divariasikan kepada bermacam makna, khususnya merujuk kepada sesuatu tahap kerosakan yang berlaku atau mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku kepada pihak lain - asal istilah 'jahanam' yang sebenar-benarnya memang paling menakutkan antara semua.",
"'Jahanam' datang daripada nama neraka yang dijadikan tempat di mana manusia yang tidak mematuhi perintah Allah swt. dalam aspek kepercayaan Islam, akan dihantar - itulah makna asalnya. ",
"Sekiranya anda berkata 'pergi jahanam la kau!' kepada orang lain, perbuatan itu bolehlah dilihat seolah-olah anda mengharapkan dia ke neraka.",
"Itu antara dialog yang sering diungkapkan dalam skrip drama komedi tempatan atau dalam persembahan komedi langsung yang popular di negara kita.",
"'Lahabau' jika ditujukan kepada seseorang, menandakan seseorang itu dianggap tidak berguna dan tak boleh diharap dalam segala perbuatan. Istilah sinonim 'lahabau' adalah 'haprak.'",
"Kalau ada mak ayah gelarkan anak mereka lahabau haprak, itu satu petanda anak itu memang tidak boleh diubati lagi perangainya.",
"Tersenyum besar penulis ketika mengetahui di Melaka, ada usahawan makanan burger menamakan perniagaan beliau sebagai 'Burger Hawau.'",
"Jika kita rujuk kamus, maknanya samalah seperti menakan jualan burger kita dengan nama 'Burger Celaka' kerana 'hawau' sama ertinya dengan celaka.",
"Bagaimanapun 'hawau' cukup popular penggunaannya dinegeri itu, sehinggakan ramai menggunakannya tanpa segan silu. Jadi hanya di Melaka saja 'Burger Hawau' boleh berlaku.",
"Mungkin kerana itulah ramai orang Melaka seakan-akan bangga mulut mereka dikatakan kasar, berbanding rakyat negeri lain.",
"Kita semua tahu 'bongok' merujuk kepada bodoh, jadi seseorang yang bongok menandakan dia adalah seorang yang bodoh.",
"Penulis ada seorang kenalan yang gemar menggunakan istilah ini dalam perbualannya. ",
"Apa yang mungkin dia tak tahu, 'bongok' juga merujuk kepada bentuk tubuh seseorang yang besar dan gemuk serta berketinggian rendah. Kebetulan pula dia pun gemuk dan rendah menandakan dia seorang 'bongok.'",
"Jika anda tahu makna sebenar 'keparat' kami yakin anda akan berhenti menujukannya kepada orang lain.",
"'Keparat' bukanlah makian atau cacian berbentuk biasa, sebaliknya berkait dengan elemen agama. Makna utama 'keparat' adalah mereka yang kafir dan juga tidak bertuhan.",
"Marilah kita sama-sama berhati-hati dalam menggunakan istilah ini melainkan anda benar-benar mahu menggunakannya bagi menggelarkan seseorang yang tidak bertuhan secara benar seperti seorang ateis. Mereka memang seorang keparat."
] |
https://iluminasi.com/bm/xenotransplantasi-pemindahan-organ-penting-haiwan-kepada-manusia.html | Teknologi Xenotransplantasi: Pemindahan Organ Haiwan Kepada Manusia | [
"Xenotransplantasi merupakan satu istilah dalam bidang perubatan yang merujuk kepada prosedur perubatan pemindahan organ daripada haiwan kepada manusia.",
" Walaupun ia belum lagi menjadi prosedur pembedahan biasa, ia telah dijalankan beberapa kali untuk menyelamatkan dan memanjangkan hayat manusia apabila organ manusia yang diperlukan dan serasi tidak tersedia untuk didermakan. Haiwan primat paling biasa digunakan dalam xenotransplantasi kerana fisiologi badan mereka dianggap sangat serupa dengan kita. ",
"Idea untuk melekatkan bahagian haiwan pada tubuh manusia, bukan untuk menggantikan organ, tetapi untuk memberikan manusia kuasa yang luar biasa telah berlaku kepada nenek moyang kita dan banyak diceritakan dalam dunia mitologi dengan pelbagai cerita tentang manusia yang mempunyai sayap, ekor, kuku, kepala haiwan, dan sebagainya.",
"Tidak lama kemudian, dengan kemajuan dalam prosedur pembedahan perubatan, pakar bedah beranggapan pemindahan organ daripada haiwan kepada manusia mempunyai potensinya.",
" Percubaan sebenar pemindahan pembedahan sedemikian telah dijalankan pada awal 1900-an namun malangnya tidak menemui sebarang kejayaan. Pesakit sama ada meninggal dunia di meja pembedahan itu sendiri atau tidak lama selepas itu. Tetapi kelangsungan hidup mereka, walaupun untuk tempoh yang singkat, menguatkan harapan bahawa dengan kemajuan perubatan selanjutnya, prosedur sedemikian mungkin mempunyai potensi pada masa akan datang.",
"Pada tahun 1960-an, perintis pakar bedah pemindahan Amerika AS seperti Keith Reemtsma, James Hardy, dan Tom Starzl menjalankan pembedahan xenograf dan walaupun usaha mereka tidak mencapai kejayaan jangka panjang, dunia perubatan nampaknya masih tidak berputus asa sehingga kini.",
"Sebab utama untuk menjalankan xenotransplantasi, seperti yang dinyatakan sebelum ini, adalah untuk memindahkan organ primata ke dalam manusia untuk menggantikan organ manusia yang berpenyakit atau tidak berfungsi. ",
"Bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat kerana pelbagai penyakit akibat gaya hidup tidak sihat masyarakat kita dan organ manusia yang didermakan tidak mencukupi untuk kesemua pesakit yang memerlukan.",
"Kalau pun jika organ manusia tersedia, ia mesti dikeluarkan dengan cepat dan dipindahkan dari badan penderma kepada badan pesakit dalam masa yang sangat singkat. Ini boleh mengehadkan ketersediaan organ kepada hanya pesakit di kawasan berhampiran.",
"Tanpa mendapatkan pemindahan organ, ramai pesakit yang terjejas tidak mungkin bertahan. Satu-satunya harapan mereka adalah untuk mencuba xenotransplantation. Ia adalah prosedur yang berisiko dan pesakit dimaklumkan tentang perkara ini dari awal.",
"Walaupun haiwan primata haiwan \"terdekat\" dengan manusia dan fungsi fisiologi seakan-akan sama, ia tetap tidak sama. Walaupun buah pinggang yang diambil daripada cimpanzi boleh dipindahkan dengan tahap kejayaan kepada manusia, buah pinggang itu tidak akan berfungsi dengan cara yang sama seperti buah pinggang manusia dan berkemungkinan terdapat komplikasi perubatan akibat ini. ",
"Isu lain ialah soal penolakan organ. Untuk menerangkan perkara ini dengan cara yang sangat mudah, badan kita mengetahui perbezaan antara sesuatu yang merupakan sebahagian daripada badan kita dan sesuatu yang bukan.",
"Apabila organ, sama ada dari primata atau dari manusia lain, dipindahkan ke dalam badan, tindak balas pertama sistem imun badan adalah menolaknya. Hal ini tidak diketahui pada tahun-tahun awal pembedahan pemindahan organ dan ramai pesakit meninggal dunia kerana badan mereka menolak organ yang baru dipindahkan.",
"Kini, doktor memberi ubat imunosupresan kepada pesakit supaya tubuh mereka \"terpedaya\" untuk menerima organ yang dipindahkan. Satu-satunya kelemahan cara ini ialah pesakit mesti terus mengambil ubat imunosupresan sepanjang hayat mereka.",
"Terdapat juga risiko sebenar jangkitan virus dan bakteria daripada primata kepada manusia daripada pemindahan organ. Penyakit yang setakat ini hanya terhad kepada primata boleh menjejaskan manusia juga. Pesakit bukan satu-satunya orang yang berisiko dalam senario sebegitu, tetapi orang lain di kawasannya juga berpotensi terjejas.",
"Kedua-dua doktor dan pesakit mesti menimbang isu ini dengan teliti bagi memastikan masalah yang lebih besar di kemudian hari. Walaupun semua langkah berjaga-jaga, ujian dan pemeriksaan dijalankan sebelum pemindahan organ, risiko jangkitan masih tidak boleh diketepikan seratus peratus.",
"Walaupun kadar kejayaan untuk pemindahan xenotransplantasi mungkin meningkat pada masa hadapan, etika berbuat demikian masih dipersoalkan.",
"Apabila orang bercakap tentang kemungkinan kejayaan xenotransplantasi, ia sentiasa dari sudut betapa baiknya untuk manusia tanpa memikirkan haiwan yang akan digunakan sebagai penderma; perkataan 'penderma' sebenarnya tidak sesuai di sini, kerana tiada haiwan ini akan secara sukarela menyumbangkan organ mereka.",
"Kebanyakan haiwan ini adalah 'haiwan makmal'; iaitu, haiwan yang dipelihara dalam keadaan yang mengerikan di makmal dan tertakluk kepada eksperimen yang semuanya sudah tentu untuk kebaikan manusia yang lebih besar. Atau mereka adalah haiwan yang dibesarkan khas untuk 'menderma' organ mereka.",
"Pemindahan organ haiwan kepada manusia juga mempunyai masalah etika daripada aspek keagamaan. Bayangkan jika organ khinzir dipindahkan kepada badan seorang manusia yang beragama Islam? Kita secara umumny maklum orang Islam diharamkan sama sekali memakan daging khinzir. Bagaimana pula kalau organ haiwan ini berada dalam tubu seorang Muslim?"
] |
https://iluminasi.com/bm/5-sisi-gelap-apps-penghantaran-makanan-yang-kita-jarang-ceritakan.html | 5 Sisi Gelap Aplikasi 'Food Delivery' Yang Kita Terpaksa Diamkan | [
"Perkembangan dunia digital membawa kepada pembukaan syarikat-syarikat baru berasaskan teknologi, yang berupaya memanfaatkan teknologi terkini untuk menambah baik atau mengubah bidang perniagaan sedia ada.",
"Satu cabang niaga yang banyak mengalami perubahan positif, adalah bidang perniagaan jualan makanan yang kini banyak dibantu sistem pesanan dan penghantaran menu menggunakan aplikasi. ",
"Jika kita lihat dari aspek pelanggan, banyak kesan positif yang timbul daripada pengenalan sistem sebegini. Aplikasi memudahkan pesanan, penghantaran dan pembayaran dilakukan, tanpa perlu pelanggan keluar dari kediaman atau pejabat mereka. ",
"Tetapi sekiranya kita cuba menilai keberkesanan sistem aplikasi ini daripada perspektif berbeza - wujud tak sisi buruk sistem pesanan makanan yang cukup popular ini? Ada.",
"Walaupun tidak boleh dinafikan jumlah pesanan yang meningkat membantu menjana pendapatan peniaga, kebajikan para pekerja yang berkhidmat dengan restoran atau kedai makan semakin terabai. ",
"Ada pekedai yang kumpulan pekerjanya tampak seakan tidak menang tangan mengurus tiga jenis pesanan; makan di kedai, beli bungkus dan juga pesanan dalam aplikasi. Sedang mereka sibuk melayan pelanggan yang sudah ada, masuk pesanan baru. Bertalu-talu.",
"Kehadiran tukang hantar pesanan menunggu, menyulitkan lagi situasi. Ada yang dapat bersabar. Ada yang jenis nak cepat supaya dia boleh beredar sesegera mungkin. Walhal sudah ramai orang yang beratur menunggu dalam baris. ",
"Kebanyakan kedai khususnya kedai-kedai makan kecil, jelas gagal mengurus situasi sebegini dengan baik dek kelam-kabut terkejar menyiapkan pesanan yang di luar kawalan kita. Dek kerana situasi sebegitulah...",
"Sudah kami sebutkan di atas bagaimana ada pekedai terpaksa mengutamakan pesanan dalam aplikasi, walaupun sudah ramai pelanggan beratur. ",
"Kepada pengusaha dan peniaga, anda perlu faham - setiap kali pelanggan nampak anda lebih mengutamakan pesanan dalam aplikasi berbanding kami yang hadir ke kedai tuan atau puan, semakin menjunamlah persepsi kami terhadap layanan anda terhadap kami.",
"Kami faham anda mungkin kekurangan pekerja, tetapi tidak adillah anda mengutamakan pesanan dalam aplikasi yang tiba kemudian dalam pesanan selepas kami. ",
"Perubahan trend pesanan makanan turut mengakibatkan restoran makanan segera khususnya, tidak lagi menyediakan banyak kerusi meja untuk duduk. Sebaliknya ruangan restoran dikosongkan bagi mengurangkan jumlah pelanggan yang hadir untuk makan di restoran.",
"Pesanan dan pembayaran juga sudah kerap dilakukan menggunakan skrin sesentuh, tanpa ada lagi interaksi manusia dengan manusia yang menjadi budaya kita selama ini.",
"Keselesaan dan kemudahan yang diberikan sistem pesanan dalam aplikasi, pasti ada harga yang pengguna perlu bayar. Harganya pula adalah kos jualan menu yang meningkat, agak tinggi juga bezanya dengan harga paparan di kedai atau restoran.",
"Jika sekeping roti canai dijual di kedai pada harga RM1.20, dalam aplikasi harganya boleh naik sehingga RM1.80 ke RM2.20. Kami tidak tahu adakah 100% caj tambahan itu ke poket pengendali aplikasi atau ada peratusan turut diterima tuan punya perniagaan.",
"Banyak pihak khususnya mereka yang setia dengan sistem aplikasi kerap berkongsikan pandangan bahawa kos untuk keluar, makan di kedai atau bungkus secara sendiri termasuklah kos minyak pengangkutan, lebih tinggi berbanding kos tambahan yang akan kita bayar sekiranya kita menggunakan aplikasi.",
"Sekiranya untuk satu pesanan kita perlu membayar tambahan sekitar 10 ke 30% caj tambahan daripada harga biasa di kedai belum mengambil kira kos penghantaran, benarkah kos yang kita bayar berpadanan dengan kemudahannya? ",
"Kami tidak tahu bagaimana ketatnya sistem verifikasi syarikat pengendali aplikasi penghantaran dalam menentukan kelayakan sesebuah perniagaan atau premis kedai makan untuk disenaraikan dalam aplikasi mereka.",
"Apa yang kita tahu, sudah ada kes di mana peniaga yang disenaraikan sebenarnya beroperasi menggunakan nama yang mengelirukan dan mengambil pesanan tanpa memperjelaskan status halal atau tidak halal. ",
"Dalam aplikasi nampak seolah restoran itu adalah halal tetapi realitinya - hanya penghantar makanan yang hadir ke kedai sendiri tahu. ",
"Kelemahan ini berpunca daripada sistem syarikat aplikasi sendiri yang agak toleran, memberikan kelonggaran kepada pengusaha opsyen sendiri sama ada untuk mendeklarasikan status premis mereka sebagai 'halal' atau 'tidak halal.'",
"Hanya semakan salinan sijil halal diminta syarikat untuk meletakkan status halal sesebuah restoran, tanpa ada semakan dibuat dalam meneliti status tidak halal pemohon.Solusi paling mudah, adalah untuk pelanggan hanya memesan dari kedai yang mereka tahu statusnya. Tetapi langkah itu tidak benar-benar menyelesaikan masalah besar yang ada.",
"Awal tahun 2022, tular perkongsian seorang penunggang penghantar makanan yang diminta hadir ke sebuah restoran dipercayai bukan Islam mengambil pesanan bagi pelanggan Muslim. ",
"Apa yang sangat menghairankan, premis itu juga didapati menjalankan perniagaan menggunakan 4 nama kedai yang berbeza dalam sistem aplikasi pesanan. ",
"Kes ini kecoh disebabkan beberapa faktor : kewujudan papan tanda berlogo minuman keras di luar premis, pemasangan tokong kecil dalam kedai serta penggajian pekerja Myanmar sebagai tukang masak.",
"Walaupun tuan punya premis ini menjelaskan dia Muslim bukan Melayu, penjelasan sebegitu tidak menjawab sepenuhnya persoalan utama.",
" Kenapa premis yang sama, menggunakan tenaga kerja yang sama, dijalankan atas 4 nama berbeza? Dalam 4 nama itu, ada yang diisytiharkan halal dan ada yang diisytiharkan tidak halal - semuanya hasil masakan dalam satu premis yang sama.",
"Kes-kes sebegini sebenarnya agak menakutkan jika berlaku, kerana kita sangat bergantung kepada kejujuran peniaga dalam memastikan status jualan mereka. ",
"Lebih menakutkan, di negara luar sistem dapur berpusat sebegini semakin mendapat tempat di kalangan peniaga, mampu meminimakan kos operasi tetapi memaksimakan jenis tempahan yang boleh mereka terima.",
"Kes yang kami ceritakan di atas, adalah kes yang telah didedahkan. ",
"Persoalannya - bagaimana pengendali aplikasi mahu melindungi pengguna khususnya pelanggan makanan halal daripada manipulasi pihak peniaga, yang jelas boleh berlaku dek longgarnya sistem sedia ada?"
] |
https://iluminasi.com/bm/5-perpustakaan-tertua-di-dunia.html | 5 Perpustakaan Tertua di Dunia | [
"Perpustakaan adalah pusat pengetahuan dan pembelajaran di seluruh dunia. Ia adalah rumah kepada semua karya dunia dan bentuk media lain, termasuk filem, CD, pita video, DVD, Cakera Blu-ray, peta, e-buku, buku audio dan pangkalan data. Perpustakaan terawal muncul tidak lama selepas tamadun pertama mula menyimpan rekod bertulis.",
"Dimanakah perpustakaan terawal di dunia? Perpustakaan pertama ini terdiri daripada tablet tanah liat dan bermula sejak sekitar 2500 SM. Walaupun hampir semua perpustakaan dalam senarai ini telah dimusnahkan, beberapa karya lengkap dan serpihan daripada koleksi mereka telah terselamat.",
"Kali ini, mari lihat senarai 5 perpustakaan terawal di dunia. Malangnya, kesemua 5 perpustakaan ini sudah tidak lagi wujud ditelan sejarah. Ada juga yang dimusnahkan oleh musuh setela sesuautu kawasan itu ditawan oleh musuh.",
"Bandar Yunani purba Pergamum (juga dipanggil Pergamon) adalah pusat budaya penting dunia purba, hanya disaingi oleh Alexandria dan Antioch. Seperti Alexandria, Pergamum adalah rumah kepada perpustakaan besar, yang kedua terbaik di Greece purba selepas Perpustakaan Alexandria. ",
"Menurut tulisan Plutarch, Perpustakaan Pergamum menempatkan kira-kira 200,000 jilid buku. Malangnya, tiada indeks atau katalog karya perpustakaan ini wujud hari ini, jadi tiada siapa yang tahu dengan pasti berapa besar koleksi perpustakaan Pargamum. ",
"Seorang warga kota yang terkenal dan isteri Ahli Majlis bandar, Flava Melitene, bertanggungjawab untuk membekallkan buku-buku ke perpustakaan ini . Dia juga menghadiahkan patung Maharaja Rom Hadrian kepada perpustakaan sebagai hadiah. Perpustakaan ini ditubuhkan pada 197 SM dan kini tidak lagi wuujd.",
"Perpustakaan Alexandria ialah perpustakaan yang paling terkenal dan terbesar di dunia purba. Ia terletak di bandar Alexandria di Mesir purba, yang merupakan pusat ekonomi, budaya, dan intelektual utama dunia pada masa itu.",
"Alexander the Great, yang dipercayai mengasaskan Alexandria, mendapat inspirasi untuk perpustakaan besarnya sendiri selepas melawat Perpustakaan Diraja Ashurbanipal. Beliau ingin mengumpulakan buku dari wilayah yang ditaklukinya, menukarnya ke bahasa Yunani, dan menyimpannya di perpustakaannya sendiri.",
"Walaupun Alexander the Great tidak hidup cukup lama untuk melihat impiannya menjadi kenyataan, Ptolemy, yang merupakan salah seorang jeneralnya, mula membina perpustakaan ini sekitar abad ke-3. Perpustakaan Alexandria terkenal kerana mengumpul semua pengetahuan dunia pada masa itu, menterjemah karya ke dalam skrol papirus, dan menyimpannya. ",
"Perpustakaan ini berkembang maju sehingga penaklukan Rom ke atas Mesir pada 30 SM dan ia telah dibakar dan beribu-ribu skrol telah hilang. ",
"Sebelum penemuan perpustakaan purba yang lebih tua pada awal abad ke-20, Perpustakaan Diraja Ashurbanipal dianggap sebagai perpustakaan pertama atau perpustakaan diraja tertua yang masih hidup di dunia. Walaupun kini kita tahu bahawa perpustakaan awal wujud, perpustakaan ini adalah salah satu yang pertama untuk mempunyai sistem sistematik untuk bahannya.",
"Perpustakaan ini dinamakan sempena Ashurbanipal, raja agung terakhir Empayar Neo-Assyria. Apabila empayarnya telah stabil, Ashurbanipal membina perpustakaan dirajanya dan mengisinya dengan teks yang merangkumi pelbagai subjek, termasuk perubatan, mitologi, sihir, sains, puisi dan geografi.",
"Teks yang paling terkenal — yang kebanyakannya kekal utuh — daripada Ashurbanipal ialah Epik Gilgamesh. Tablet ini dianggap sebagai karya kesusasteraan terawal yang masih hidup.",
"Apabila arkib Ugarit ditemui pada tahun 1929, ahli arkeologi menemui lebih daripada satu perpustakaan. Beribu-ribu tablet tanah liat yang mereka temui mendedahkan perpustakaan istana, perpustakaan kuil, dan dua perpustakaan peribadi, satu milik seorang diplomat bernama Rapanu.",
"Kedua-dua perpustakaan persendirian itu unik di dunia pada masa itu dan mungkin merupakan antara perpustakaan pertama yang dibuat untuk kegunaan peribadi dan peribadi. ",
"Perpustakaan Diraja Kerajaan Ebla purba dianggap sebagai perpustakaan tertua di dunia. Perpustakaan ini ditemui pada tahun 1974 - 1976 oleh ahli arkeologi Itali dari Universiti Rome La Sapienza.",
"Mereka menemui kira-kira 2,000 tablet lengkap bersaiz dari 1 inci hingga lebih satu kaki, 4,000 serpihan tablet dan lebih 10,000 serpihan dan serpihan kecil. Koleksi teks ini adalah yang terbesar pernah ditemui dari milenium ke-3 SM.",
"Tidak seperti arkib purba yang lain, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tablet dari perpustakaan Ebla sengaja disusun dan bahkan diklasifikasikan. Tablet yang lebih besar pada asalnya disimpan di rak, tetapi jatuh apabila istana dimusnahkan. Ahli arkeologi dapat membina semula kedudukan asal tablet dan mendapati bahawa ia telah disusun mengikut subjek. ",
"Selain itu, tablet menunjukkan bukti transkripsi awal teks ke dalam bahasa dan skrip asing, klasifikasi dan pengkatalogan untuk mendapatkan semula yang lebih mudah, dan susunan mengikut saiz, bentuk dan kandungan."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-filem-era-moden-berstatus-klasik-tapi-gagal-teruk-di-pawagam.html | 5 Filem Bertaraf "Legend" Yang Dulu Gagal Teruk di Pawagam | [
"Kejayaan sebuah filem biasanya diukur dalam dua cara secara am - sama ada dari aspek kewangan yakni kutipan hasil jualan filem tersebut atau daripada impaknya kepada budaya dan masyarakat dunia sehingga layak digelar filem klasik.",
"Ada filem yang sangat berjaya, tetapi akhirnya dilupakan. Ada juga filem berjaya dari segi jualan dan dinobatkan mempunyai kesan besar kepada perkembangan budaya seni, sama ada di peringkat tempatan ataupun antarabangsa.",
"Malangnya, ada satu lagi kategori filem yang pada mulanya gagal dek kutipan yang tidak menyaksikan sambutan, sebelum masyarakat menyedari intipati penceritaannya sebenarnya jauh mendalam jika dibandingkan dengan nilai kutipan.",
"Berikut adalah 5 filem era moden yang kini kita kategorikan sebagai klasik, namun gagal teruk ketika tayangan di pawagam.",
"Salah sebuah filem yang akan disebut sebagai antara filem terbaik pernah dihasilkan setakat ini, The Shawshank Redemption merupakan adaptasi cerpen nukilan Stephen King berjudul Rita Hayworth and The Shawshank Redemption. ",
"Filem ini mengisahkan tentang seorang banduan bernama Andy (Tim Robbins) yang dipenjarakan atas kesalahan membunuh isterinya, tanpa mendapat pembelaan yang adil.",
"Dalam penjara, Andy menjalin persahabatan dengan seorang banduan veteran bernama Red (Morgan Freeman) yang banyak membantunya belajar hidup baru serta menjadi penyokong kuat agar Andy tidak putus berharap.",
"Dengan bajet sekitar $25 juta, tayangan filem ini hanya mampu mendapat pungutan sekitar $16 juta walaupun membariskan bintang yang ternama. ",
"Penganalisis menyifatkan tarikh tayangan yang malangnya jatuh serentak dengan satu lagi filem klasik 'Forrest Gump' lakonan Tom Hanks menjadi punca utama, selain terbitan dua lagi karya klasik iaitu 'Lion King' dan 'Pulp Fiction.' ",
"Tema penjara yang dibawa serta ketiadaan watak wanita utama turut menjadi punca kenapa filem ini gagal teruk di pawagam.",
"Diarahkan pengarah terkenal Alfonso Cuaron (Y tu mamá también, Gravity, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban), Children of Men membariskan bintang Britain, Clive Owen memainkan watak bernama Theo.",
"Filem ini cuba memaparkan bumi dalam tahun 2027, di mana semua wanita tidak lagi mampu mengandung selepas pandemik, mengakibatkan tamadun manusia dikhuatiri pupus.",
"Kisah yang disadur novel berjudul 'The Children of Men' karya P.D. James, Theo seorang penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan Britain pada mulanya.",
"Tetapi dia terpaksa memainkan peranan penting menyeludup seorang remaja kulit hitam bernama Kee (Clare-Hope Ashitey) yang didapati mempunyai kandungan dalam rahimnya.",
"Remaja itu dikatakan solusi kepada masalah yang telah melanda seluruh dunia, bagi membolehkan generasi seterusnya dapat dilahirkan.",
"Walaupun filem ini dipuji pengkritik filem serta tercalon dalam anugerah Academy bagi tahun 2006, filem dengan bajet $76 juta ini hanya berjaya mengutip $70 juta selepas tamat tayangan antarabangsa. ",
"Studio penerbitan filem ini iaitu Universal menyifatkan tema berat yang menjadi paparan utama filem ini menyukarkan pemasarannya dilakukan dengan efektif.",
"Visualnya pudar dan mesej yang dibawakan juga bukan untuk semua pihak. ",
"Ekoran kegagalan filem ini, Cuaron terpaksa berhenti membikin filem selama beberapa tahun, sebelum kembali dengan filem 'Gravity' yang mempunyai nasib lebih baik di pawagam.",
"Membariskan dua nama besar industri perfileman Hollywood iaitu Brad Pitt dan Edward Norton pun tidak membantu filem 'Fight Club' berjaya di pawagam, khususnya di pasaran tempatan. ",
"Dengan bajet produksi $65 juta, kutipan pawagam hanya memberi pulangan sebanyak $37 juta. ",
"Nasib filem ini diterima baik di luar, berjaya meningkatkan kutipan kepada $100 juta namun dikatakan masih gagal menampung keseluruhan kos jika diambil kira kos pemasaran.",
"David Fincher, pengarah filem ini menyalahkan studio penerbitan 20th Century Fox yang dikatakan enggan memasarkan filem ini dengan baik kerana studio itu sendiri sensitif dengan isi kandungannya; didakwa sebagai sindiran kepada muka studio sendiri.",
"Tema filem itu sendiri bagaimanapun bagi yang dah menontonnya, harus kita akui sukar untuk dipasarkan.",
"Sebarang kesilapan semasa pemasarannya akan mengakibatkan keseluruhan jalan ceritanya terbongkar.",
"Kedua-dua pelakon dikatakan bersetuju secara sinis untuk 'Fight Club' dipasarkan sebagai sebuah filem komedi, yang pasti akan mengecewakan lebih banyak pihak yang pergi menontonnya.",
"Filem 'Blade Runner' diterbitkan dalam tahun 1982 merupakan antara filem genre sains fiksyen paling berpengaruh, memperkenalkan kita kepada rekaan visual dan jalan cerita yang pada ketika itu segar dan sangat mengujakan.",
"Impak filem ini diteruskan sambungannya, 'Blade Runner 2049' yang membawakan watak berbeza meneruskan kisah filem pertamanya dalam perspektif yang baru.",
" Kedua-dua buah filem ini dalam aspek genre sains fiksyen duduk dalam kelas mereka yang tersendiri. ",
"Namun kedua-duanya layak dikata gagal mendapat sambutan yang dijangkakan dari aspek kutipan. ",
"'Blade Runner' bukan saja gagal teruk di pawagam, bahkan kritikan terhadap filem itu lantang kedengaran. Dengan bajet $35 juta, filem ini hanya berjaya mendapat $41.5 juta berdasarkan kiraan terbaru hari ini.",
"Sambungannya lebih bernasib baik. Promosi awalnya mendapat sambutan baik membolehkan studio menjangkakan kutipan sekitar $400 juta ke atas boleh diperolehi, dengan bajet produksi $185 juta. ",
"Bagaimanapun selepas tayangan 119 hari di pawagam Amerika Syarikat, 'Blade Runner 2049' hanya mampu mendapatkan kutipan $92 juta. ",
"Kutipan filem yang membariskan Ryan Gosling dan Harrison Ford ini akhirnya naik kepada $259 juta selepas tayangan antarabangsa - namun tetap dianggap rugi kerana tidak berjaya menampung kos keseluruhan yang telah dikeluarkan.",
"Walaupun membariskan pelakon yang layak dikategorikan gred B sebagai bintang utama, 'Starship Troopers' didokong kuat Sony Pictures dari segi bajet - sehinggakan kos produksinya sahaja mencecah $105 juta.",
"Bagaimanapun ulasan demi ulasan mencerca, mengkritik dan mencemuh kualiti filem ini selepas tayangan perdananya mula mempengaruhi minda penonton menjejaskan kutipan yang diterima. ",
"'Starship Troopers' terpaksa berpuas hati dengan jumlah kutipan tempatan sebanyak $54.8 juta. ",
"Kutipan antarabangsa membantu angka ini naik kepada $120 juta, tetapi tetap dianggap rugi, jauh meleset ramalan sasaran kutipan sebenar.",
"Dikritik kerana membawakan tema yang disifat kebudak-budakan, majoriti pengkritik ketika itu gagal mentafsir makna sebenar di sebalik mesej yang disembunyikan dalam filem ini. ",
"Hanya selepas beberapa dekad tayangan pertamanya, masyarakat dunia mula menerima satira yang dipaparkan dalam filem dan melihat semula filem ini daripada konteks berbeza. ",
"Perubahan mentaliti masyarakat dunia yang lebih matang menilai sesuatu peristiwa dalam pelbagai sudut dikatakan menjadi punca kenapa 'Starship Troopers' kini diangkat sebagai filem kultus.",
"Bukan itu saja, filem yang pernah dicemuh bodoh ini juga memulakan francais pelbagai media yang dianggap berjaya bukan saja dalam bentuk filem, malahan melibatkan drama televisyen, siri animasi, novel dan permainan video yang dianggap relevan selepas berdekad terbitan pertamanya."
] |
https://iluminasi.com/bm/8-situasi-awkward-yang-sering-berlaku-dalam-hidup-kita.html | 8 Situasi Awkward Yang Memalukan Kita | [
"Setiap orang mahu dilihat berkeyakinan tinggi, ketika berada di tempat awam. Bagaimanapun ada ketikanya situasi sebaliknya akan berlaku.",
"Dalam sesetengah interaksi atau kedekatan kita dengan pihak lain, kadangkala akan mewujudkan suasana yang mungkin kita rasakan ganjil untuk kita tangani - sehinggakan ramai di antara kita tidak jelas apa solusi yang ada.",
"Berikut adalah 8 situasi sangat awkward yang kerap berlaku, kerana semua situasi di bawah adalah rutin biasa kita sebagai manusia.",
"Anda nak isi minyak kereta. Anda dah bayar guna mesin di pam atau di kaunter. Setibanya anda di pam, atendan pam sudahpun mengambilalih tugas anda mengepam. Apa akan anda lakukan?",
"Berdiri di situ sambil tersengih? Cuba borak-borak kosong dengan dia sementara mengisi masa pam berjalan? Masuk ke kereta dan biar saja dia uruskan semua? Penulis segan nak masuk kereta dalam situasi ini, rasa macam kurang hormat pula pada mereka.",
"Tak ada apa-apa yang memalukan bertemu doktor gigi. Apa yang mampu membuatkan kita berasa aneh adalah apabila kita sudah terbaring dengan mulut dingangakan - mata anda akan memandang ke arah mana?",
"Biasanya penulis akan fokus kepada lampu di atas kita. Kadangkala kalau doktor tu cantik, mata akan menjeling jugalah sekali-sekala. Kalau doktor lelaki, merenung silinglah jawabnya.",
"Senang tengok klinik gigi kanak-kanak. Ada TV dipasang di kerusi mereka untuk mengalihkan perhatian. Boleh tak orang dewasa tonton kartun juga semasa nganga?",
"Dalam sesetengah situasi tandas penuh dan orang lelaki dah tak tahan nak buang air, ruangan buang air berdiri terpaksa menjadi pilihan. Penggunaannya...adalah situasi yang sangat awkward bagi ramai lelaki.",
"Ye lah, kita dah lah kena buka zip seluar dan keluarkan...benda itu. Kemudian tengah kita buang air, datang pula orang lain di sebelah kita menambahkan was-was takut dia terlihat kita dan lebih malang, kita terlihat dia punya...benda itu.",
"Nak awkward tahap maksima punya, lepas lelaki di sebelah kita selesai dia terus beredar tak cuci tangan dia. Sebut pasal tandas ni...",
"Satu lagi detik paling aneh yang akan menimpa ramai di antara kita, adalah apabila sakit perut yang amat sangat membuatkan kita ke tandas awam. Malangnya, proses pembuangan air kita pada hari itu agak kuat kedengarannya.",
"Sehinggakan dah selesai semua urusan, kita akan keluar dari tandas yang kita guna dengan rasa sangsi seolah seluruh dunia sedang memerhati dan menghakimi kita. Kalau nasib kita baik, pada waktu itu juga ada seorang orang lain juga sedang buang air - berhadapan masalah sama malahan lebih kuat bunyinya.",
"Legalah kita ada geng. Orang lain pun tak dapatlah nak kenalpasti siapa pemilik bunyi yang lantang tadi.",
"Pernah tak anda terjumpa kenalan, berbual sekejap dan kemudian mengucapkan salam dan selamat tinggal. Tapi kebetulan pula destinasi dia dengan kita selepas itu menuju ke arah sama. ",
"Awkward gila kan? Nak jalan bersama ke lepas tu? Biasanya penulis akan buat-buat masuk ke kawasan lain sambil mengangkat tangan.",
"Dah lah situasi tu sangat awkward dah. Selepas berjaya 'berpisah', tak lama selepas tu terjumpa balik dia. \"Eh, sekarang ni nak kena tegur balik ke, buat-buat tak nampak atau sengih saja?\" fikir penulis.",
"Sekiranya anda kerap menaiki pengangkutan awam, pasti ada situasi di mana ada terpaksa duduk agak rapat dengan orang sebelah anda dalam keadaan letih. Destinasi anda pula masih jauh lagi.",
"Anda cuba tahan dari tertidur tetapi akhirnya gagal. Sedap anda tidur, tak sedar pun kepala anda tersandar di bahu orang sebelah. Tiba-tiba ada bunyi kuat, anda terjaga dan mula diserang rasa malu tersandar pada orang tak dikenali.",
"Lebih malu kalau dia pun tersenyum balik kat anda, khususnya kalau sama jantina kita.",
"Ketika kelam-kabut mencari tempat duduk, di kawasan seperti jabatan kerajaan atau sistem pengangkutan awam - boleh berlaku satu situasi di mana anda yang kurang cakna terduduk sebelah ibu yang sedang menyusukan anaknya.",
"Mungkin bagi sesetengah orang, situasi sebegini tak apa berlaku tetapi ada juga yang melihat kurang sopan untuk seorang lelaki khususnya dengan tiba-tiba duduk di sebelah perempuan menyusu. Nak salahkan mereka kerana menyusu, tak adil. Mungkin situasi itu memerlukan.",
"Tapi apa yang baik untuk seseorang lakukan selepas itu? Mohon maaf dan beredar? Terus duduk dan berpaling? Apa langkah terbaiknya?",
"Trend warna kereta sekarang tak semeriah zaman dulu. Dulu variasi warnanya banyak jugalah. Sekarang majoriti kereta kalau tak warna putih, mesti kelabu, perak atau hitam. Penulis pernah jugalah beberapa kali tercuba masuk kereta orang lain.",
"Jika tak ada orang di dalam, tak adalah malu sangat. Malangnya ada jugalah sekali dua kita cuba buka pintu dengan ada pemandu sedang duduk bermain telefon. ",
"Nasib baiklah penulis belum pernah lagi tersalah masuk kereta orang, duduk di kerusi pemandu dan mendapati ada orang lain dalam kereta. Nak tambah lagi malang, wanita di sebelah itu ibu sedang menyusu anak pula.",
"Beringatlah. Sebelum masuk kereta, periksa dulu betul-betul kereta yang anda nak masuki. Takut-takut orang lain tuduh anda cuba melakukan perkara jenayah pula."
] |
https://iluminasi.com/bm/kenapa-harga-barangan-bundle-kita-semakin-mahal.html | Kenapa Harga Baju Bundle Semakin Mahal? | [
"Sebagai peminat barangan bundle atau barangan terpakai, melihat kenaikan harga jualan di 'gedung-gedung' bundle yang dikunjungi membuatkan penulis ada banyak persoalan.",
"Jika lebih sedekad dahulu kita mampu ke kedai bundle dengan wang RM30, keluar dengan berhelai-helai baju t-shirt dan kemeja yang masih ada kualiti dan kadangkala baru, kini pengusaha bundle nampaknya sudah mewujudkan kategori jualan yang ada segregasi antara jualan biasa dan jualan premium.",
"Sehinggakan ungkapan 'demo tak kenal bare' sering disebut apabila kita membicarakan tentang harga pakaian atau barangan bundle yang tak masuk akal.",
" Sudahlah terpakai, kadangkala kondisinya lusuh - tetapi harganya tetap tinggi. Kenapa ini berlaku?",
"Dalam dunia perniagaan, satu istilah yang dilihat semakin popular adalah industri 'recommerce' industri fesyen.",
"'Recommerce' merujuk kepada usaha sesetengah pengeluar pakaian yang mahu mewujudkan program khas sendiri jualan semula pakaian terpakai di bawah jenama atau label mereka, kepada pembeli secara dalaman. ",
"Menariknya, jenama yang sudah mula menjalankan program sebegini di Amerika Syarikat sedang meningkat tahun ke tahun, daripada 5 jenama pada tahun 2019 kini sudah mencecah 41 jenama bagi tahun 2022.",
"Perubahan ini berpunca daripada trend pembeli yang telah berubah khususnya di kalangan generasi muda, yang menjadikan barangan terpakai bukan setakat alternatif, bahkan pilihan utama dalam mendapatkan barangan keperluan berjenama.",
"Semua perubahan ini didorong dua faktor; kekangan kewangan yang melanda anak muda dan juga peningkatan kesedaran tentang pentingnya kitar semula.",
"Dianggarkan pasaran pakaian terpakai akan semakin berkembang, dengan pertambahan pembeli yang semakin selesa menggunakan barangan terpakai, dianggarkan nilai pasaran barangan terpakai bakal naik sehingga 16 kali ganda menjelang tahun 2026.",
"Sesuatu yang unik dan berkait dengan peniaga bundle kita adalah penglibatan mereka dalam industri ini sejak mula, sama ada mereka sedar atau tidak sedar impak yang mereka lakukan.",
"Menurut laporan New York Times pada bulan Februari tahun 2022, terdapat ramai peniaga barangan terpakai menjalankan perniagaan menggunakan platform dagangan dalam talian seperti Etsy, eBay dan Grailed, yang popular dikalangan peminat barangan terpakai.",
"Apa yang menghairankan penyelidik industri fesyen di Amerika Syarikat, peniaga Malaysia merupakan kumpulan penjual barangan terpakai paling aktif meniagakan produk selaman mereka ke pasaran Amerika Syarikat.",
"Tawaran ini mengakibatkan ramai penggiat fesyen di sana yang ingin mendapatkan produk pakaian berjenama lama dan tidak lagi dikeluarkan, banyak berurusan dengan peniaga bundle dari negara kita untuk melengkapkan koleksi yang mereka cari.",
"Apabila dah banyak permintaan, apa lagi akan berlaku kan? Harga pun akan naik sehingga memberi kesan kepada pasaran bundle tempatan.",
"Kemampuan pengusaha bundle di negara kita untuk mendapatkan koleksi barangan yang unik dan dicari-cari, diiktiraf sesetengah penggiat industri fesyen di sana.",
"Bagaimanapun berbeza dengan kita yang biasanya membeli barangan bundle demi menjimatkan bajet, pembeli dari Amerika Syarikat pula sanggup untuk membayar di antara $20 (RM90) ke $60 (RM250) untuk satu helai pakaian berjenama yang ada keunikannya walaupun status barangan itu terpakai.",
"Sedikit sebanyak, urusniaga sebegini memberikan kelebihan kepada pembeli dari luar untuk mendapatkan koleksi barangan yang dicari, berbanding kita yang mungkin melihat angka itu sebagai terlalu tinggi untuk barang second-hand. ",
"Lagipun, ramai di antara kita beli untuk dipakai. Mereka pula membelinya untuk dijadikan koleksi. Kesan persaingan yang dirasai kita ini memberi kelebihan besar kepada pengusaha bundle tempatan untuk menjana pendapatan lumayan.",
"Sehinggakan ramai peniaga dikatakan mampu menampung kos yang telah dikeluarkan untuk membeli satu bundle baju, selepas berjaya menjual hanya satu helai pakaian yang dicari-cari ramai pembeli luar.",
"Sistem jualan ini mewujudkan satu situasi yang agak melucukan kitarannya.",
" Kebanyakan barangan terpakai di Malaysia hadir dari negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun, hasil daripada derma, buangan atau proses kitar semula di sana.",
"Selepas beberapa proses saringan dan sampai ke Malaysia, guni-guni pakaian terpakai ini kemudiannya dibeli pengusaha bundle tempatan yang akan melakukan saringan sendiri bagi mengasingkan produk bersifat premium dengan yang dikategorikan biasa.",
"Jika ada yang dikenalpasti berpotensi, pengusaha tempatan akan menjual semula pakaian terbuang ini, kadangkala kembali ke negara asalnya bergantung kepada permintaan dengan harga berlipat kali ganda lebih tinggi. ",
"Lebih untung bagi pengusaha di negara kita, barangan berjenama dari Jepun yang selalunya sampai ke Malaysia, juga mempunyai permintaan hangat di Amerika Syarikat ekoran keunikannya serta ketiadaan produk sebegitu dalam pasaran sana.",
"Situasi ini jelas menguntungkan pengusaha bundle tempatan, yang diakui oleh media Amerika Syarikat sendiri berjaya memenuhi kehendak pelanggan khususnya penggiat industri fesyen serta cekap menghidu peluang terhidang. ",
"Namun bagi peminat sejati barangan bundle di Malaysia, poket kita pasti akan terasa kesannya jika kita perlu bersaing dengan permintaan dari negara maju.",
"Walaupun demikian tak bolehlah kita nak salahkan peniaga bundle yang menjual barangan terpakai pada harga yang kita rasa tak munasabah. Ini kerana mereka tahu di pasaran luar, ada yang berebut mahu mendapatkannya pada harga berlipat kali ganda daripada apa yang kita sanggup bayar.",
"Apa yang kita boleh buat setiap kali berkunjung ke kedai bundle, adalah hadkan saja pembelian kita di rak yang paling depan dan paling murah, mengelakkan diri dari membeli koleksi-koleksi barangan yang telah diasingkan atau digantung di dinding.",
"Ye lah. Kalau dah harganya $100, takkanlah dia nak terima tawaran RM100 kita pula.",
" Nasib baiklah bagi penulis, baju t-shirt RM5 masih boleh diperolehi walaupun ada yang kualitinya tak ubah seperti kain buruk. Pakai setahun, nak buang pun tak adalah terasa sangat ruginya.",
"thredUP Resale Report - Secondhand Is Becoming a Global Phenomenon"
] |
https://iluminasi.com/bm/fahami-mitos-kes-orang-hilang-hanya-boleh-dilapor-lepas-24-jam.html | Benarkah Orang Hilang Hanya Boleh Dilapor Lepas 24 Jam? - Debunk | [
"Dalam filem dan drama, adegan cemas keluarga berdepan kehilangan ahli keluarga mereka, sering dipaparkan diminta menunggu selama 24 jam sebelum kes itu boleh dilaporkan.",
"Tempoh menunggu ini dikatakan perlu bagi memastikan laporan kes orang hilang benar-benar melibatkan kehilangan orang serta tidak mengganggu kerja polis.",
" Ramai di antara kita kami percaya turut sama berpandangan serupa dalam isu ini. Jika ada ahli keluarga kita hilang, tunggu 24 jam. ",
"Mana tahu mereka balik semula. Manalah tahu dia sebenarnya merajuk dan perlu masa bertenang. Manalah tahu semuanya hanya salah sangka kita. ",
"Apa pula realitinya? Benarkah kita perlu menunggu 24 jam atau semua ini hanyalah sangkaan tanpa asas kita?",
"Kita terus jawab soalan utama artikel ini terlebih dahululah ya. ",
"Tidak. Anda tidak perlu menunggu 24 jam sebelum anda boleh melaporkan berlaku kehilangan ahli keluarga atau kenalan anda.",
"Ini semua hanyalah mitos yang sering disebar banyak masyarakat tanpa ada asasnya. Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan selama 24 jam, 48 jam atau 72 jam dalam keadaan gementar, gelabah dan gemuruh sebelum ke balai polis.",
"Sekiranya anda sudah melakukan carian orang yang dirasakan hilang, cuba menghubungi tapi gagal dan anda beranggapan ada sesuatu yang aneh, buruk atau berbeza telah menimpa orang yang anda telah cari, anda boleh terus hubungi balai polis.",
"Situasi ini terpakai kepada mana-mana individu, tanpa mengira usia, jantina atau statusnya.Tak semestinya bila melibatkan kehilangan kanak-kanak semata-mata. ",
"Apa yang penting, hadir ke balai polis dengan maklumat yang lengkap untuk memudahkan siasatan dan carian segera dapat berjalan.",
"Sebelum ke balai polis, cetak gambar terbaru individu dikhuatiri hilang yang menampakkan bahagian wajah dengan jelas. ",
"Gambar yang menampakkan keseluruhan wajah dari bahagian bahu dan ke atas dikatakan sangat membantu.",
"Senaraikan semua informasi yang dirasakan perlu bagi memudahkan proses mengenalpasti individu hilang itu. Antara maklumat yang akan banyak membantu antaranya adalah:",
"Dalam situasi ini, kami yakin perasaan hati mereka yang terlibat memang cukup sukar diduga. ",
"Bagi ibu bapa yang pernah kehilangan anak sekejap pun dah rasa menggelabah gila. Jika kita duduk dalam situasi sebegini berkali gandalah gelabahnya.",
"Apa yang penting, mereka yang mencari perlu bertenang, jaga diri dan kesihatan anda. Teruskan usaha anda mencari dan dapatkan bantuan ahli keluarga lain jika perlu. ",
"Jangan biarkan diri anda sendirian dalam situasi sebegini, kerana memang boleh gila jadinya kita.",
"Walaupun kehilangan mana-mana individu layak dikatakan kritikal, pihak berkuasa akan mendefinisikan kes kehilangan ini kepada dua kategori berbeza; kritikal dan tidak kritikal. ",
"Kes kehilangan kritikal merangkumi individu yang berusia muda dibawah usia 15 tahun atau 18 tahun mengikut negara, individu di atas 60 tahun dan individu yang mengalami kurang upaya mental atau sakit kritikal.",
" Semua kumpulan ini dikhuatiri berada dalam keadaan sangat bahaya sekiranya hilang kerana mampu berhadapan situasi hidup atau mati.",
"Sementara kes kehilangan tidak kritikal adalah kes yang melibatkan individu tidak disebutkan di atas.",
"Di negara kita daripada tahun 2017 sehinggalah penghujung tahun 2021, seramai 10,545 kes orang hilang telah dilaporkan kepada PDRM.",
"6,074 daripada mereka melibatkan individu 18 tahun ke atas selebihnya bawah usia yang dinyatakan.",
"Angkanya nampak menakutkan namun majoritinya sudah ditemui, dengan hanya 1,203 kes individu hilang berusia 18 tahun ke atas dan 72 bawah usia 18 tahun dikategorikan kes mereka masih berjalan.",
"Statistik ini banyak dibantu kejayaan program seperti sistem penyebar NUR Alert yang mampu mengedarkan makluman secara pantas dan lengkap, hasil kerjasama pihak berkuasa dengan platform sebaran maklumat seperti Facebook.",
"Majoriti kes laporan orang hilang yang diterima selepas siasatan diselesaikan, mendapati punca berlakunya 'kehilangan' adalah akibat masalah keluarga, perselisihan faham, lari dari pengutip hutang, memang mahu menghilangkan diri atau diganggu kemurungan sehingga lari dari rumah.",
"Biarpun kami menyatakan bahawa tempoh menunggu 24 jam yang sering kita sebutkan adalah mitos, realitinya ada sebab tanggapan begitu popular. ",
"Ini disebabkan beberapa dekad terlalu banyak kejadian orang hilang khususnya di Amerika Syarikat, apabila disiasat mendapati orang yang didakwa hilang memang sengaja memilih untuk menghilangkan diri.",
"Jadi pihak polis di setiap negeri di sana dibenarkan mewartakan protokol bagi memperkenalkan tempoh menunggu.",
"Tempoh menunggu ini pula dibuat bergantung kepada tahap kemudahan akses perjalanan keluar masuk setiap negeri, untuk mengelakkan banyak masa polis terbuang mencari orang yang keesokannya selamba muncul kembali.",
"Ada negeri memilih untuk meletakkan tempoh menunggu bagi orang hilang dewasa pada tahap 24 jam, ada yang 48 jam dan ada juga 72 jam di kawasan yang jaringan laluannya mungkin sukar. ",
"Bagaimanapun, sejak dulu tidak ada tempoh menunggu diamalkan dalam kes kategori orang hilang kritikal. Apa yang kita perlu tahu - sistem ini tidak lagi diamalkan sekarang.",
"Berpunca daripada pihak media gemar memaparkan tempoh menunggu kes culik atau orang hilang bagi menambah rencah dramatik cerita, akhirnya ramai mempunyai tanggapan dalam kes orang hilang, pengadu perlu menunggu sebelum laporannya layak diterima.",
"Satu pendapat berbeza ada menyebut mitos menunggu 24 jam ini sengaja disebarkan sindiket penculikan dan pemerdagangan manusia agar mereka mempunyai masa yang cukup menyelesaikan kerja, sebelum pihak polis dapat mengesyaki apa-apa.",
"Betul atau tidak, tak tahulah. Jika benar, menakutkan juga ya?"
] |
https://iluminasi.com/bm/kenapa-seorang-yang-syok-dengan-diri-sendiri-digelar-narsis.html | Kenapa Orang Yang Syok Dengan Diri Sendiri Digelar Narsis? - Asal Usul Perkataan | [
"Dalam hidup kita, kita menemui ramai orang yang mempunyai bermacam jenis perwatakan dan perangai.",
"Majoriti kami yakin baik, tetapi ada jugalah segelintir golongan yang perangai mereka mampu membuatkan kita rasa sedikit jengkel dengan mereka. Salah satu perangai yang kerap kali dikritik perwatakannya khasnya dalam era media sosial zaman sekarang, adalah sikap seseorang yang narsisistik.",
"'Narsis' atau 'narcist' adalah gelaran yang kita lafazkan merujuk kepada individu yang hanya mempedulikan tentang diri sendiri, senantiasa rasa'syok sendiri' dengan semua kelakuan dirinya.",
"Istilah 'narcist' yang sering kita sebutkan dalam bahasa Inggeris, sebenarnya datang daripada mitos legenda masyarakat Yunani tentang seorang dewa bernama Narcissus atau Narkissos.",
"Kisah Narcissus ada ceritakan dalam buku hikayat lama Yunani berjudul Metamorphoses, dikarang seorang penulis bernama Ovid dan dikompilasikan sekitar tahun ke 8. ",
"Metamorphoses merupakan koleksi 15 buah sajak dalam bahasa Latin yang membawakan cerita pengajaran tentang perubahan sikap yang boleh berlaku, merangkumi kisah peristiwa penciptaan dunia sehinggalah tibanya era kematian Julius Caesar.",
"Diceritakan dalam salah satu sajak tentang seorang dewa bernama Narcissus, yang mempunyai wajah mampu mencairkan perasaan dan hati mana-mana orang yang melihatnya. ",
"Narcissus anak kepada dewa yang menjaga sungai Kephisos selepas menyetubuhi seorang dewi tasik bernama Liriope secara paksa, melahirkan anak dengan wajah kacak itu ke dunia.",
"Narcissus walaupun mempunyai rupa paras yang sangat indah, malangnya tidak terbuka untuk sudi menerima mana-mana cinta sesiapa pun. Salah seorang dewi yang telah jatuh hati sehingga obses terhadap Narcissus bernama Echo (ditulis sebagai Ekho).",
"Echo adalah dewi bukit yang telah disumpah tidak dapat bercakap secara biasa, sebaliknya hanya mampu mengulangi perkataan terakhir yang didengarinya daripada orang lain. Sebab inilah gema disebut sebagai 'echo' dalam bahasa Inggeris, sempena mengambil nama Echo.",
"Ketika Narcissus sedang berburu di dalam hutan mencari rusa, Echo ternampak Narcissus. ",
"Hatinya tertawan dengan kekacakan Narcissus selepas pertemuan tidak sengaja itu, namun Echo yang tidak mempunyai kebolehan untuk bercakap hanya mampu melihat Narcissus dari jauh dan mengulangi secara diam apa yang didengarinya.",
"Ketika Narcissus tersesat dan cuba mencari jalan, Echo yang bersembunyi memerhatikan Narcissus dari jauh. Semua usaha Narcissus mendapatkan bantuan gagal, dia menjerit, dia melaung.",
"Sehinggalah Echo tersalah anggap Narcissus sedang memanggilnya. Echo dengan 1001 harapan menampakkan diri di depan Narcissus, malangnya Narcissus menolaknya. Penolakan ini mengakibatkan Echo terkejut dan merasa sangat kecewa, lalu melarikan diri.",
"Namun hatinya yang telah tertambat pada Narcissus tidak boleh terlerai walaupun ditolak. ",
"Bermula dari detik itulah Echo mengabdikan diri sepanjang hayatnya hanya untuk Narcissus, berusaha mengintai jejaka itu dari jauh tanpa berani menampakkan diri tanpa meluahkan perasaan kasih dan sayang yang ada padanya, kerana tiada daya.",
"Tidak lama selepas pertemuan dengan Echo, seorang jejaka bernama Ameinias turut sama mengalami apa yang telah dirasai oleh Echo; terjatuh cinta dengan Narcissus.",
" Seperti Echo, perasaan itu ditolak Narcissus dengan angkuh tanpa rasa simpati. Bagaimanapun akibat penolakan kali ini, nasib Narcissus bakal berubah.",
"Ameinias yang kecewa cintanya ditolak, bertindak membunuh diri di hadapan pintu kediaman Narcissus. ",
"Walaupun begitu sebelum nyawanya tamat dia sempat memohon kepada Dewi Nemesis - dewi yang menguasai pembalasan, untuk memberikan Narcissus pengajaran dek sifatnya yang angkuh, sombong dan bongkak.",
"Nemesis menerima permintaan Ameinias - menyumpah Narcissus, mengakibatkan Narcissus akhirnya jatuh cinta dengan diri sendiri setelah terlihat pantulan dirinya di permukaan air tasik.",
"Narcissus yang dilamun cinta dengan wajahnya sendiri cuba untuk mendapatkan lelaki dalam pantulan itu.",
"Tetapi setiap kali dia menyentuh air, 'lelaki' itu hilang dari pandangan sebelum kembali muncul. Duduk di situ Narcissus mencuba dan mencuba dan mencuba, sehinggalah dia berputus asa.",
"Berasa sedih keinginannya gagal dikecapi, Narcissus nekad membunuh dirinya kerana gagal mendapatkan 'cintanya.'",
"Darah Narcissus yang tumpah ke tanah mengakibatkan sejenis tumbuhan berbunga yang cantik tumbuh, kini dinamakan sebagai spesis Narcissus poeticus. Dalam bahasa Melayu, pokok ini kita namakan pokok bunga narjis atau nargis, juga dikenali sebagai dafodil.",
"Echo yang bersembunyi melihat semua yang berlaku terhadap cinta hatinya itu, hanya mampu merenung detik-detik akhir Narcissus. ",
"Sebelum meninggal dunia Narcissus sempat mengucapkan 'selamat tinggal' atau 'farewell' kepada dirinya sendiri yang terpapar di permukaan air. Ucapan itu diulangi semula Echo, mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki yang dicintai tetapi telah menolak cintanya.",
"Echo meninggal dunia dalam keadaan merana akibat patah hati, hidup sengsara dan akhirnya bertukar menjadi batu.",
"Begitulah kisah kenapa individu yang taksub dengan bayang-bayang diri sendiri kini digelarkan sebagai narsisitik.",
"Dalam aspek bahasa Melayu, kita sebenarnya tiada istilah 'narcist' atau 'narsis' sebagai istilah rasmi - sebaliknya penggunaannya haruslah dengan imbuhan penuh, menjadikan istilah betul sebagai 'narsisistik.'",
"Secara statistiknya, dianggarkan 5 daripada 100 orang di seluruh dunia berhadapan dengan masalah ini - jauh mementingkan semua tentang diri sendiri dan gagal mengambil kira hati budi orang lain.",
"Sekiranya anda gemar melihat bayangan diri sendiri dalam cermin, suka dengan apa yang anda lihat dan merasakan tidak ada mana-mana individu lain dapat memenuhi hati anda melainkan anda seorang saja...ada kemungkinan anda adalah seorang yang narsisistik. ",
"Manalah tahu mereka telah lama memendam rasa mahu meluahkannya, tetapi takut semua pandangan mereka tentang anda bakal ditong sampahkan sekelip mata."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kumpulan-muzik-paling-muhibah-di-malaysia.html | 5 Kumpulan Muzik Paling Muhibah di Malaysia | [
"Kumpulan rock Melayu atau rock kapak terus kekal menjadi antara kategori pemuzik yang dilihat tunjang industri negara, walaupun kini sedang melalui zaman suram. ",
"Kehadiran mereka dalam industri muzik telah terpahat sebagai legenda, tidak lagi boleh dipisahkan daripada identiti masyarakat kita.",
"Di sebalik era kemerosotan kumpulan rock kapak Melayu, wujud juga banyak kumpulan muzik yang tidak lagi didominasi anggota berbangsa Melayu sebaliknya turut sama mula mengenengahkan anggota bukan Melayu. ",
"Terkenal dengan pembawaan lagu dalam bahasa Inggeris, impak lima kumpulan bersifat pelbagai bangsa ini tetap terasa. ",
"Jika OAG dan Butterfingers dilihat sebagai gergasi muzik rock bawah tanah, bagi muzik rap dan hip-hop pula ada dua nama menjadi sebutan; sama ada Too Phat atau Poetic Ammo. ",
"Membawakan lagu-lagu yang menggabungkan elemen pelbagai bahasa, Poetic Ammo bermula sebagai sebuah projek vokalis bernama Yogeswaran Veerasingam dan seorang rakannya.",
"Selepas gagal mengekalkan konsep duo yang dibawakan, Yoges atau Yogi.B melakukan pencarian bakat - memasukkan dua adik beradik iaitu Chandrakumar Balakrishnan dan Sashi Kumar Balakrishnan serta seorang pemuzik Cina dari Ipoh bernama Nicholas Ong.",
"Album pertama mereka It's a Nice Day to Be Alive diterbitkan pada tahun 1998, mendapat sambutan hangat sehingga bergelar album terbaik Inggeris tempatan tahun tersebut.",
"Siapa yang meminati kumpulan Love Me Butch pasti sudah tahu betapa keras muzik yang mereka bawa.",
" Sebuah kumpulan post-hardcore yang terkenal, Love Me Butch adalah jawapan anak muda kita jika mereka tercari-cari 'Deftones Malaysia.' ",
"Membariskan vokalis Syahrul Reza, pemain gitar Wing Meng, pemain bass Kevin Kong dan Winder Singh sebelum digantikan Jana Nair sebagai pengetuk dram, genre lagu yang dibawakan oleh Love Me Butch kompleks berikutan kemahiran Wing Meng yang terkenal dengan riff-riff gitar padu.",
"Aktiviti kumpulan ini mula perlahan selepas pengunduran Syahrul, yang mendirikan rumah tangga dan mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada keluarga. ",
"Walaupun begitu, muzik yang dibawakan kumpulan ini tetap dikenang sebagai salah satu cubaan terbaik anak tempatan menggarap lagu yang berat tetapi dalam masa sama mampu diterima ramai.",
"Ketika zaman kegemilangan muzik indie berbahasa Inggeris di Malaysia, sebuah kugiran bernama Naked Breed tampil dengan muzik post-grunge yang memikat hati banyak pihak. ",
"Ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Justin Pang (vokalis), Sara (dram), Jack (gitar) dan Ian (bass), terbitan pertama mereka yang diberikan judul 'Breeding Ground' memperkenalkan peminat muzik Malaysia kepada lagu berhantu 'Tribute.' ",
"Populariti 'Tribute' membawa kepada lebih banyak pendedahan. Lagu tersebut terpilih menjadi antara lagu yang disenaraikan dalam kompilasi Pheaw! Vol. 1, yang turut membariskan nama-nama besar seperti Cromok, OAG, FTG dan Butterfingers. ",
"'Tribute' unggul dicarta radio berbahasa Inggeris tempatan, kekal dalam senarai untuk satu tempoh yang panjang.",
"Nakedbreed masih aktif sehingga ke hari ini dengan beberapa perubahan pada barisan anggota. ",
"Lagu 'Teething' yang menampilkan Emmett dari kumpulan Butterfingers diterbitkan tahun 2016 mendapat sambutan baik peminat yang masih mengikuti perjalanan kumpulan ini.",
"Bagi mereka yang mengikuti perkembangan muzik bebas di Malaysia, sudah pasti kenal kugiran Kyoto Protocol yang membawakan muzik rock. ",
"Jika anda belum kenal mereka, kami yakin anda pasti pernah menonton muzik video mereka yang agak berbeza berbanding biasa.",
"Dinamakan sempena persetujuan yang dicapai oleh PBB bagi menangani masalah pemanasan global, kugiran Kyoto Protocol bermula dengan langkah kanan.",
"Album mini terbitan pertama mereka mendapat sambutan menggalakkan sehingga bergelar artis baru terbaik dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia 2011.",
"Mereka meneruskan aktiviti muzik mereka, turut menyertai pertandingan realiti TV 'Versus' yang ditayangkan di TV9 membawa mereka kepada pendedahan yang lebih besar.",
"Menampilkan Fuad Alhabshi selaku vokalis dan pemain gitar, Shakeil Bashir sebagai pemain bass, Hairi Haneefa selaku gitar utama, Gael Oliveres memainkan keyboard dan Shan Reddy selaku pengetuk dram, Kyoto Protocol kekal aktif dalam gerakan muzik.",
"Persahabatan yang terjalin juga kukuh, mereka berjaya mengekalkan barisan anggota yang sama walaupun telah lebih sedekad menjadikan muzik sebagai karier kedua.",
"Ditubuhkan pada tahun 2012, muzik yang dibawakan oleh Son of A Policeman atau SOAP adalah paling ringan dalam senarai ini. ",
"Membawakan muzik fusion gabungan jazz, soul, funk yang turut diadunkan dengan elemen muzik folk, SOAP ditubuhkan pada tahun 2012 hasil kerjasama 6 orang anak muda yang lebih gemar menamakan genre muzik mereka sebagai 'indie rojak.'",
"Pengasas SOAP adalah Joshua Ganesan, bermula secara sendirian sebelum mula menambah keanggotaan. Barisan anggota SOAP mengalami beberapa pertukaran keluar masuk, namun identiti anggota yang diambil tetap sama. ",
"Mereka mementingkan kebolehan untuk setiap anggota mampu memainkan beberapa instrumen berbeza, membolehkan anggota kugiran SOAP bebas bertukar-tukar peranan.",
"Ini memberikan irama yang mereka mainkan warna yang berbeza dan dimensi yang lebih luas, bergantung kepada karya yang terhasil. Sekiranya anda meminati muzik yang agak retro serta unik, SOAP mungkin kena dengan selera tekak anda. ",
"Muzik mereka tidak terlalu berat, tidak terlalu ringan. Sesuai untuk anda berehat atau ketika anda mahu berdansa."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-sebab-mangsa-gangguan-seksual-lebih-gemar-berdiam-diri.html | 5 Punca Kenapa Mangsa Jenayah Seksual Hanya Berdiam Diri | [
"Pendedahan berkenaan kelakuan individu berkuasa Hollywood, yang menggunakan kedudukan mereka untuk memuaskan nafsu menjadi fokus media beberapa tahun kebelakangan ini.",
"Kisah yang diceritakan acuannya sama - individu lelaki yang ada pangkat dan jawatan mengarahkan kaum wanita menyerahkan maruah diri, demi memperkembangkan kerjaya atau kesenangan bersifat sementara. ",
"Malangnya, di negara kita pun kes sama berlaku melibatkan ahli politik, pegawai penguatkuasa dan juga selebriti.",
"Apa yang sukar kita fahami, kenapa ramai mangsa yang terlibat dalam kejadian sebegini memilih untuk mendiamkan diri mereka? ",
"Berikut adalah lima sebab utama kenapa kes-kes sebegini jarang dilapor mangsa, sehingga membenarkan manusia durjana bermaharajalela.",
"Ramai mangsa yang memilih untuk mendiamkan diri, tidak melapor kesalahan berkaitan jenayah atau gangguan seksual, kerana mangsa percaya laporan mereka tidak akan mengakibatkan pemangsa dikenakan sebarang tindakan.",
"Ini kerana siasatan panjang perlu dijalankan oleh pihak polis terlebih dahulu sebelum jatuh apa-apa boleh berlaku. ",
"Apabila siasatan selesai, kertas siasatan kemudiannya perlu dibawa ke peringkat mahkamah, untuk tertuduh didakwa - yang sukar dijangkakan berapa lama tempohnya.",
"Lagipun, memang ada kes di mana pendakwaan tidak dapat dilakukan akibat masalah teknikal mengakibatkan usaha mangsa tidak membawa sebarang hasil.",
"Zaman sekarang di mana berita sensasi cepat tersebar, berita berkait jenayah seksual menjadi antara yang paling laju disebarkan.",
"Walaupun berita ditulis tanpa mendedahkan identiti pemangsa dan mangsanya, ramai di kalangan netizen dengan tekun, sabar dan pantas mengorek latar belakang yang terbabit, sehingga tersebar di media sosial, portal-portal dan juga di aplikasi bualan maya.",
"Semakin gila masyarakat menyebarkan maklumat sebegini tanpa tapisan, semakin takutlah mangsa melakukan laporan. ",
"Ini kerana malu adalah punca utama kenapa majoriti mangsa jenayah dan gangguan seksual enggan melaporkan kejadian.",
"Mereka malu apa yang telah berlaku diketahui umum, malu identiti mereka akan terdedah dan malu perjalanan kes mereka akan tular, sehingga jadi topik perbualan hangat di seluruh negara.",
"Ramai mangsa enggan berdepan detik-detik sebegitu, memilih jalan senyap sebagai langkah paling mudah untuk mengubati luka diri.",
"Reputasi adalah sesuatu yang sangat dilindungi kita khususnya di kalangan mereka yang sudah berpasangan ataupun sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga.",
"Katakanlah anda pulang ke rumah, pasangan anda hadir dan duduk di sebelah anda menceritakan bagaimana dia pernah cuba dicabul dan dirogol oleh individu lain.",
" Mungkin juga tunang anda mengaku pada anda dia pernah dirogol sebelum mengenali anda. Apa reaksi anda?",
"Bagi segelintir individu, mereka mungkin boleh memproses dan menerima apa yang telah berlaku tanpa menjejaskan hubungan yang telah sedia terjalin. ",
"Majoriti daripada kita rasanya akan berhadapan dilema dalam meneruskan hubungan yang ada.",
"Setiap hari dalam minda bermain imej bagaimana ada orang lain cuba mencabul atau 'telah merasa' secara paksa pasangan kita, yang membawa kepada stres, tekanan dan kemurungan sehingga bertukar kepada masalah lebih besar.",
"Bagi melindungi pasangan atau individu yang mereka sayangi, ramai wanita khususnya memilih untuk memendamkan saja peristiwa hitam yang berlaku tanpa melaporkannya.",
"Kerana mereka tahu yang akan terkesan bukan saja mereka, tetapi turut melibatkan pasangan atau bakal pasangan mereka.",
"Setiap hari ada seorang individu cuba menyentuh anda, mengusap anda walaupun anda menolak. Dia gemar menghantar mesej-mesej kurang enak kononnya mampu membuatkan anda melayannya.",
"Individu itu adalah majikan atau mungkin ketua anda sendiri. Adakah anda akan melaporkan tindakan itu?",
"Pendapatan anda bergantung dengan kerja di situ. Anda suka kerjaya anda. Tidak ada syarikat lain mampu memberikan pendapatan sama seperti yang anda perolehi di sana.",
"Ramai mangsa memilih untuk mendiamkan diri khasnya dalam kes gangguan di pejabat, kerana bimbang kerjaya dan periuk nasi mereka terjejas. ",
"Walaupun tidak suka diganggu, mereka pasrah terpaksa melayan saja kelakuan nakal majikan atau ketua kerana rasa bimbang hidup tidak menentu.",
"Anda mungkin berkata rezeki ada di mana-mana. Tetapi bukan semua mangsa mampu melihat isu ini semudah itu. ",
"Sekiranya mereka lari dan kembali berdepan masalah sama, apa pula tindakan seterusnya? Besar kemungkinan kita akan salahkan mereka pula sebagai punca kejadian sama berulang di lokasi lain pula.",
"Sebagai orang luar, kita melihat tindakan mendiamkan diri mangsa sebagai sesuatu yang salah. Pada kita, mangsa perlu berani bangkit melawan.",
"Bagi mangsa jenayah seksual, mereka sebenarnya sedang berhadapan kebimbangan setiap hari, takut akan ada tindak balas pemangsa disamping masih perlu menangani trauma yang menghantui.",
"Seorang pemangsa jenayah seksual boleh mengancam mangsa dengan bermacam kaedah untuk tempoh panjang selepas kejadian: ",
"Mengugut akan mencederakan mangsa, mengedarkan gambar mangsa yang diambil semasa kejadian atau mengugut akan mencederakan ahli keluarga jika perkara itu dilaporkan.",
"Lebih menakutkan, ada juga mangsa diugut berdiam diri agar kejadian itu tidak didedahkan kepada ahli keluarga atau kenalan - oleh pemangsa sendiri.",
"Sekiranya kejadian itu pula melibatkan pemangsa yang ada kredibiliti dalam masyarakat, seorang tokoh dengan reputasi tinggi yang ramai pengikut dan ada kabel kuat orang kenamaan, situasinya pasti jadi semakin rumit.",
"Silap-silap mangsa yang akan kena cemuh, diserang dan dikutuk kerana dituduh berani mencipta fitnah atas tujuan mahu memalukan individu pujaan mereka.",
"Kepada semua mangsa jenayah seksual yang telah bangkit berani melaporkan sebarang salah laku yang pernah menimpa anda, kami hanya mampu bertepuk tangan menyokong keberanian anda.",
"Apa yang anda lakukan bukan mudah. Jika jadi pada kami insiden sama pun kami akan berfikir panjang, sebelum berani mendedahkannya."
] |
https://iluminasi.com/bm/bolehkah-kita-menghantar-gambar-tak-senonoh-kepada-orang-lain.html | Undang-Undang Disebalik Bertukar Gambar 'Nakal' Walaupun Suka Sama Suka | [
"Kemudahan teknologi di hujung jari membuatkan komunikasi terlalu mudah berlaku, dalam bermacam jenis medium berbeza. ",
"Penghantaran teks SMS yang dulu jadi standard, kini diambil alih oleh format media yang lebih interaktif seperti imej, video dan audio - membolehkan komunikasi berlaku dengan lebih berkesan namun dalam masa sama, memudahkannya disalahguna.",
"Persoalan yang ingin kami ajukan kepada anda hari ini - tahukah anda apakah tafsiran undang-undang komunikasi berkait seksual negara kita? Kita semua tahu adalah menjadi satu kesalahan kita berkongsi bahan lucah dengan orang lain tanpa persetujuan mereka.",
"Bagaimana pula seandainya kedua-dua pihak bersetuju, adakah itu juga diambil kira sebagai kesalahan? Jom kita pelajari secara ringkas perspektif undang-undang berkaitan isu ini.",
"Dalam sistem undang-undang kita, semua isu berkaitan bahan kurang senonoh dikawal selia 4 undang-undang sedia ada; Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau Akta 301, Akta Penapisan Filem 2002 atau Akta 602 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.",
"Wujud pelbagai seksyen di dalam setiap akta diwartakan ini menetapkan larangan atau had rakaman atau penerbitan, namun terdapat kelemahan atau kelompongan besar yang masih belum dapat kita perbaiki dalam mengawal isu ini bertukar menjadi gejala buruk, kerana perubahan teknologi yang terlalu pantas gagal dikejar pembuat dasar.",
"Secara jelas, tidak ada undang-undang di Malaysia yang benar-benar meletakkan adalah menjadi satu kesalahan untuk seseorang memiliki atau menyimpan gambar kurang elok yang memaparkan diri sendiri. ",
"Hanya dalam Akta Penapisan Filem 2002 seksyen 5 menyatakan adalah menjadi satu kesalahan seseorang mempunyai milikan bahan tersebut tetapi 'bahan' itu ditakrifkan pula sebagai 'filem.' Adakah video rakaman peribadi boleh dikategorikan sebagai 'filem'?",
"Itu baru satu perkara yang belum dapat kita perhalusi dengan lebih jernih. Masih banyak kelemahan yang ada, jadi mari kita teruskan perbincangan kita.",
"Apabila undang-undang berkaitan isu ini gagal mendefinisikan sesuatu perkara secara hakiki, wujud bermacam jenis kekaburan yang boleh diambil peluang pihak tidak bertanggungjawab.",
"Salah satu kekaburan terbesar berkait aktiviti sesetengah jurugambar profesional atau amatur yang gemar melakukan sesi fotografi melibatkan model-model tanpa pakaian dalam negara kita. Ya, aktiviti sebegini memang ada.",
"Dari aspek undang-undang kita, tidak ada akta yang menghalang perbuatan sebegitu dilakukan. Undang-undang kita tidak menghalang rakaman dilakukan sekiranya sesi fotografi itu berlaku dengan kebenaran model terlibat.",
"Yang penting, seorang jurufoto perlu memperjelaskan kepada model terbabit apakah tujuan sesi sebegitu diadakan. Dah dapat persetujuan, bergayalah model wanita dihadapan belasan dan kadangkala puluhan jurufoto yang hadir - biasanya mesti lelaki.",
"Perbincangan melibatkan hak ke atas bahan-bahan yang dirakamkan dalam sesi itu lebih memeningkan kepala. Ini disebabkan tiada undang-undang dapat memperinci siapakah pemegang hak ke atas gambar aksi model tanpa seurat pun benang di badan.",
"Adakah hak ke atas gambar yang dirakamkan menjadi milik jurufoto sepenuhnya? ",
"Atau model terlibat masih mempunyai suara untuk menghalang penggunaannya dalam sebarang bentuk terbitan walaupun selepas sesi penggambarannya selesai dan kontrak telahpun dipenuhi kedua-dua pihak? Sekiranya di masa hadapan model itu sudah insaf terhadap ketelanjurannya, adakah dia ada hak meminta jurufoto memadamkan data gambar yang telah dirakamkan?",
"Lebih memilukan bagi pihak model, jurufoto baik berstatus amatur atau profesional di negara kita gemar memuatnaik gambar-gambar yang memaparkan wanita sebegini dalam laman web portfolio mereka dan juga forum komuniti jurufoto, untuk tatapan ahli komuniti.",
"Adakah tindakan ini boleh ditafsir sebagai satu jenayah? Kita tak pasti.",
"Adakah model yang terpapar mempunyai hak untuk menghalang gambar mereka daripada digunakan, untuk tujuan promosi peribadi jurufoto? ",
"Satu perkara sudah kami jelaskan dari aspek undang-undang kita - tidak wujud kesalahan yang boleh disabitkan sekiranya anda mengambil gambar diri sendiri dalam keadaan memalukan. ",
"Namun apabila penyebarannya dilakukan baik oleh anda sendiri ataupun orang lain dengan tujuan suka sama suka atau sebaliknya, perbuatan itu jatuh ke dalam seksyen 211 dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.",
"Seksyen 233 secara eksplisit mensabitkan mana-mana individu yang melakukan transmisi bahan berisi kandungan bersifat kurang sopan, atas apa saja tujuan sama ada perkongsian bersama atau berniat jahat seperti ugutan - melalui mana-mana servis aplikasi sebagai satu kesalahan. ",
"Seseorang yang disabitkan kesalahan ini boleh didenda sehingga RM50,000, penjara tak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.",
"Ini bermakna dari aspek undang-undang kita setakat ini, kita boleh menangkap gambar kita sendiri jika kita mahu, tetapi undang-undang kita tidak membenarkan sebarannya dilakukan walaupun kepada pasangan kita sendiri.",
"Aha! Ini satu topik yang menarik untuk diperkatakan kerana perkara ini semakin kerap berlaku, sama ada sengaja atau tidak. ",
"Adakah ada beban kesalahan jatuh kepada kita, sekiranya kita menerima gambar kurang enak daripada individu-individu tidak dikenali?",
"Contohnya seperti kes lelaki gatal yang gemar menghantar gambar alat sulit mereka kepada wanita (atau lelaki) lain. Salahkah kita menerima gambar itu? Tidak, kita sebagai penerima tidak salah dalam hal ini.",
"Namun...sekiranya kemudiannya kita menyebarkan pula gambar itu kononnya untuk dijadikan pengajaran kepada pelaku atau dengan sengaja berkongsi kepada rakan-rakan kita atas permintaan mereka - kita turut boleh didakwa.Jadi jangan sewenang-wenangnya kongsi gambar lelaki gatal yang anda terima di internet, atas niat nak mendidik pelaku sekalipun.",
"Bagi ramai wanita, satu masalah besar yang biasa dihadapi setiap kali memuat naik gambar sendiri, adalah komen-komen jahat yang hadir. ",
"Ramai berani meninggalkan komen-komen nakal kerana mereka tidak mengetahui komen-komen sebegitu boleh dijadikan bukti untuk mereka didenda atau dipenjarakan.",
"Seperti sudah kami nyatakan di atas, seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menyebut sebarang bentuk transmisi yang dibuat atas tujuan mahu mengganggu seseorang, boleh didakwa sebagai satu kesalahan.",
"Komen-komen seperti 'sedapnya. Kalaulah aku dapat satu malam' atau 'kau ni kalau kahwin dengan aku, sah tak keluar bilik seminggu' adalah contoh ayat yang sering dihadapi wanita.",
"Yang pertama, buat laporan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, sertakan sekali tangkap layar komen dan nama akaun mereka yang terlibat. Bila rumah dia kena serbu dan barang-barang peranti dan gajet dia dirampas, baru dia tahu perasaannya kena ganggu balik.",
"Solusi kedua pula lebih sukar untuk dilakukan - berhentilah memuat naik gambar-gambar anda. Bila anda dah berhenti, mereka yang bermasalah mental ini tidak ada lagi modal untuk mengganggu anda. ",
"Mereka akan bergerak mencari mangsa lain meninggalkan akaun anda. Anda tak perlu rasa rugi pun anda hilang follower seperti mereka ini. ",
"Offensive Content on The Internet: The Malaysian Legal Approach (fail PDF)"
] |
https://iluminasi.com/bm/kisah-pasaran-bebas-jual-beli-buah-pinggang-manusia-di-iran.html | Kisah Bagaimana Iran Benarkan Rakyat Mereka Jual Buah Pinggang | [
"Kesempitan hidup mampu mendorong manusia melakukan apa saja untuk bertahan. ",
"Dalam satu artikel, kami menceritakan tentang kewujudan komuniti di Filipina yang memilih untuk menjual buah pinggang secara tidak sah dalam pasaran gelap - demi kelangsungan hidup mereka. ",
"Bagi masyarakat di Iran, aktiviti serupa turut menjadi salah satu peluang keluar daripada masalah kewangan secara segera. ",
"Bezanya, Iran adalah satu-satunya negara di dunia yang undang-undang mereka membenarkan jual beli buah pinggang rakyat mereka berlaku secara terbuka.",
"Iran mencatat sejarah dalam dunia perubatan moden, menjadi negara Asia Tengah pertama berjaya melakukan pemindahan organ buah pinggang. ",
"Pembedahan bersejarah tahun 1967 itu membuka kepada lebih banyak peluang pesakit di benua sana untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan ekoran kepakaran yang ada. ",
"Bagaimanapun ketiadaan fasiliti dan akses perjalanan organ yang lebih baik, mengehadkan potensi Iran untuk menjadi destinasi perubatan terulung.",
"Dianggarkan hanya lebih 100 pembedahan serupa dapat dijalankan dalam tempoh 20 tahun selepas kejayaan pertama mereka disebabkan kekangan yang ada, khususnya isu kekurangan bekalan organ buah pinggang untuk dijadikan ganti pesakit.",
"Statistik dekad 1980-an dan 1990-an di Iran malangnya menyaksikan pertambahan mendadak jumlah pesakit yang dikategorikan perlu menjalani dialisis bagi mencuci buah pinggang, memaksa Iran berbelanja besar cuba memperbaiki kualiti hidup masyarakat mereka.",
"Kerajaan Iran cuba memperkenalkan satu dasar baru menggalakkan mana-mana sukarelawan yang ingin mendermakan buah pinggang mereka untuk terbang ke United Kingdom atas tajaan kerajaan Iran sendiri, bagi menjalani pembedahan mengeluarkan buah pinggang, untuk kegunaan di Iran.",
"Bagaimanapun kos yang meningkat bagi tujuan menghantar warga Iran ke United Kingdom, memaksa Iran mencari kaedah berbeza dalam memastikan bekalan buah pinggang yang ada bertambah.",
"Selain daripada usaha membangunkan fasiliti perubatan yang lebih baik bagi membolehkan penderma menderma dalam negara dan membantu tahap keyakinan orang ramai, kempen galakan untuk mengajak orang ramai menderma juga harus ditambahbaik - dalam kadar segera. ",
"Dalam memastikan bekalan buah pinggang bagi menampung lebih 250,000 permintaan pesakit yang sudah ada ketika itu, kerajaan Iran nekad memperkenalkan dasar baru yang membenarkan mana-mana individu asing tiada hubungan dengan pesakit, menderma buah pinggang mereka atas kerelaan sendiri.",
"Penderma sebegini yang dikategorikan sebagai 'living non-related donation' atau LNRD dalam istilah perubatan, diselia oleh satu badan berkait dengan kerajaan dinamakan Kesatuan Pesakit Dialisis dan Pemindahan Organ Iran atau DTPA.",
"Dengan pengenalan sistem dan badan ini, bagi masyarakat Iran sudah wujud dua pilihan berbeza bagi mendapatkan bekalan buah pinggang untuk menggantikan organ yang sudah rosak, sama ada melalui derma selepas kematian seseorang ataupun daripada individu tidak dikenali sukarela mahu menderma.",
"Untuk setiap sukarelawan berstatus LNRD, satu skim insentif berbentuk pampasan menjadi imbuhan utama. Kerajaan Iran menetapkan jumlah pampasan untuk satu buah pinggang kepada kadar RM21,250 jika seseorang mahu menyedekahkan organ mereka kepada badan bertindak DTPA.",
"Bagaimanapun, hasrat murni ingin memperbaiki kelangsungan hidup pesakit dialisis daripada terus merana mula menyumbang kepada idea berbeza di kalangan warga Iran - khususnya mereka yang duduk dalam golongan susah.",
"Hasrat kerajaan Iran mewujudkan sistem baru itu jelas sebagai usaha mempermudahkan serta mempercepatkan urusan pendermaan dan pembedahan bagi mereka yang memerlukan. ",
"Bagaimanapun apabila duit dah jadi imbuhan dan dibayar oleh kerajaan sendiri, ramai warga Iran melihat insentif yang ditawar sebagai satu kaedah mudah mereka keluar dari kesempitan hidup. ",
"Ganjaran yang ditawar mula mengakibatkan ramai sukarelawan penderma muncul, berebut-rebut mahu mendapatkan amaun yang ditawarkan selain perlindungan insurans percuma yang turut diberikan kepada semua penderma. ",
"Kadar penderma yang diharapkan naik, benar-benar naik sehinggakan lebih 3/4 bekalan buah pinggang yang diterima datang daripada kelompok LNRD. Walaupun demikian manusia-manusia yang terlebih kreatif mula melihat kaedah licik bagaimana hendak memanipulasi sistem yang diperkenalkan.",
"Sukarelawan penderma mula berani menampal iklan sendiri di merata-rata tempat, menawarkan buah pinggang mereka di jalanan dengan harapan agar ada individu terdesak sanggup membayar kos 'pembelian tambahan' selain ganjaran yang sudah sedia ditawarkan kerajaan.",
"Ada juga individu bertindak lebih berani menunggu di pusat-pusat dialisis, untuk berunding ketika menawarkan buah pinggang mereka kepada pesakit yang hadir - agar proses perpindahan dapat disegerakan demi kesenangan pesakit.",
"Kaedah-kaedah sebegini walaupun diiktiraf adalah kesalahan dari segi undang-undang negara Iran tidak lagi diambil peduli, disebabkan oleh kewujudan undang-undang yang sudah membenarkan jualan organ secara sukarela diadakan diburukkan lagi ekoran kegagalan kerajaan Iran mengawal 'urusan jual beli' yang berlaku di luar bidang kuasa DTPA.",
"Hendak tak hendak penguatkuasa Iran memilih untuk menutup sebelah mata melihat perbincangan di antara pesakit dan penjual berlaku sehinggalah persetujuan berjaya dicapai.",
"Lagipun jika kita fikirkan isu ini dari aspek penderma, bukankah memang patut kita dapat pulangan yang terbaik untuk pengorbanan sekali seumur hidup yang bakal kita lakukan demi orang yang tidak kita kenali? ",
"Mungkin itu agaknya yang bermain difikiran mereka yang berpegang dengan pemikiran sebegini.",
"Kebimbangan wujudnya masalah berleluasa akibat kebenaran jualan yang diberikan, mendorong kerajaan Iran memperketatkan undang-undang yang ada. Beberapa perubahan diperkenalkan bagi melindungi aktiviti jualan ini daripada terus tidak terkawal.",
"Orang luar tidak lagi dibenarkan membeli buah pinggang yang diperolehi dalam sistem penderma sukarelawan di Iran. Bagi kumpulan pelarian seperti warga Afghanistan yang menetap di sana, mereka dibenarkan untuk menderma dan menerima imbuhan - tetapi mereka hanya layak menderma penerima yang sama etnik dan keturunannya.",
"Setelah lebih 3 dekad sistem ini berlangsung, baik buruk dasar yang dijalankan kerajaan Iran ini masih menjadi topik perbincangan hangat, khususnya melibatkan pakar-pakar perubatan dunia dan isu bekalan buah pinggang yang meruncing di majoriti negara dunia.",
"Ramai melihat kelemahan sistem yang digunapakai Iran sehingga mudah dieksploitasi serta telah menjadi sesuatu yang komersial di kalangan warganegara mereka adalah sesuatu yang perlu diperbaiki. ",
"Apatah lagi apabila ramai orang Iran sendiri sudah melihat menjual buah pinggang sebagai satu bentuk bantuan kewangan yang lumayan.",
"Bagaimanapun bagi mereka yang melihat aspek positifnya, mereka percaya walaupun tidak dinafikan sistem Iran ini ada kelemahannya, undang-undang ini berjaya mempercepatkan proses menunggu seperti yang sering berlaku di negara-negara lain. ",
"Pada mereka apa yang dilakukan oleh penderma walaupun bermotifkan wang ringgit semata-mata sekalipun, tetap membawa kesan positif membantu menyelamatkan nyawa lain yang lama menderita. ",
"Tindakan mendaftar sebagai penderma hanya untuk mendapatkan wang yang diidamkan juga dikatakan lebih baik, jika dibandingkan dengan mereka yang memilih untuk melakukan jenayah ketika benar-benar terdesak.",
"Sistem Iran membolehkan urusan pendermaan dan perpindahan berlaku secara sah dan berdaftar, menjamin hak penderma agar lebih terbela jika dibandingkan dengan sistem pasaran gelap jualan organ yang juga popular di banyak negara, seperti yang berlaku di banyak negara Asia.",
"Sekiranya kita di Malaysia ditawarkan tawaran serupa oleh kerajaan kita, yang akan membayar lebih RM20,000 untuk salah satu buah pinggang kita - adakah anda terbuka untuk menerima tawaran sebegitu rupa?",
"Atau adakah anda adalah mereka yang lebih berani, yang akan bertanya \"takkan buah pinggang sebelah saja? Organ lain tak nak ke?\"",
"Kidneys and Controversies in the Islamic Republic of Iran: The Case of Organ Sale"
] |
https://iluminasi.com/bm/5-kesilapan-terbesar-ibu-bapa-zaman-moden-membesarkan-anak.html | 5 Kesilapan Terbesar Ibu Bapa Zaman Moden Membesarkan Anak | [
"Hidup dalam zaman teknologi membuatkan kita banyak bergantung dengan peranti yang ada di sekeliling kita, sehinggakan ada elemen hubungan bersifat manusiawi pun diserahkan kepada 'mesin' pembantu manusia.",
"Generasi muda zaman sekarang mempunyai perspektif yang jauh berbeza dengan generasi ibu bapa mereka, khususnya dalam aspek keterbukaan dalam menggunakan teknologi.",
"Mereka hidup dalam situasi di mana teknologi sudah matang, sehinggakan teknologi moden mampu ada bersama kita 24 jam sehari memantau bermacam perkara. Perubahan ini walaupun banyak positifnya, turut membawa kepada aspek negatif yang mungkin kita tidak sedari kejadiannya. ",
"Malangnya dalam kesedaran sekalipun, masih ramai yang memilih untuk membiarkan gejala buruk akibat teknologi terus berlangsung apabila melibatkan pembesaran anak-anak kita. ",
"Berikut adalah lima kesilapan terbesar ibu bapa zaman moden dek mudahnya teknologi membantu menguruskan hidup kita.",
"Kami hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala apabila tahu ada di kalangan ibu bapa kita, membekalkan peranti gajet seperti telefon pintar atau tablet untuk digunakan anak-anak mereka tanpa had dan tanpa mengira usia.",
"Sudahlah tidak diselia masa penggunaannya, semua peranti yang disediakan juga mempunyai sambungan ke internet. Mungkin bagi ibu bapa sebegini, mereka melihat ada keperluan untuk mendekatkan anak mereka dengan teknologi sedia ada.",
"Tidak salah. Namun kenapa ada yang merasakan kemudahan ini perlu diberikan secara bebas kepada anak-anak? ",
"Mak ayah zaman dulu pasti tidak membenarkan anak mereka duduk menatap televisyen atau mendengar radio 24 jam sehari tanpa batasan, kerana tahu semua perkara perlu ada hadnya.",
"Tidak ada sebab langsung untuk mana-mana ibu bapa membiarkan anak-anak mereka yang masih berusia 18 tahun ke bawah mempunyai peranti peribadi sendiri, lengkap dengan sambungan internet 24 jam sehari. ",
"Golongan sebegini masih belum punya kematangan menyelia diri sendiri dengan baik, jadi ibu bapa sepatutnya campur tangan dalam hal ini dengan mengehadkan tempoh akses diberikan. ",
"Mereka juga perlu dikawal agar penggunaan peranti hanya boleh digunakan di lokasi terbuka, ketika dibenar menggunakannya.",
"Satu dugaan paling besar dalam mendidik anak-anak zaman sekarang selain daripada akses internet, adalah akses kepada rancangan-rancangan TV yang bersifat 'atas permintaan' atau 'on-demand'.",
"Kemudahan ini membolehkan mereka menonton apa saja rancangan kegemaran mereka ketika mereka suka. ",
"Berbeza dengan zaman dahulu di mana rancangan kartun hanya ditayang sekitar jam 4.30 petang ke 5.30 petang hari bekerja dan 8 pagi sehingga 10 pagi hujung minggu, ketiadaan jadual sebegini sebenarnya mencipta kesukaran besar kepada ibu bapa dalam mendidik anak. ",
"Dalam minda anak-anak, mereka sudah biasa tidak ada kekangan untuk menonton rancangan kegemaran mereka yang boleh 'dipanggil' bila-bila masa. Lebih memburukkan situasi, kebanyakan rancangan bersifat on-demand ini juga hadir tanpa had - di mana kandungannya tidak henti-henti disyorkan kepada anak-anak.",
"Penulis sendiri selepas berdepan kesukaran mengawal penggunaan langganan TV strim sehingga malam pun ada yang berebut nak tengok kartun, memilih untuk pun menamatkan semua langganan.",
"Kini kami telah beralih hanya kepada siaran TV MyFreeView yang lebih menenangkan jiwa, sebagai ibu bapa. Apa yang mereka tengok pun kami tak risau nak kena tapis dulu atau tidak.",
"Satu perubahan yang sangat ketara dan semakin popular di kalangan masyarakat kita adalah budaya memesan makanan dari luar.",
"Perkhidmatan penghantaran makanan sudah menjadi satu perkhidmatan wajib ada walaupun diceruk-ceruk kampun sekalipun.",
"Jujurlah - adakah anak-anak anda tampak lebih gembira makan makanan yang dipesan dari luar berbanding masakan yang dimasak oleh anda atau pasangan anda? ",
"Tidakkah anda merasakan itu satu kerugian, membesarkan anak-anak anda dengan makanan kedai ketika kita masih lagi berkemampuan memasak untuk mereka apa yang sekadar mampu?",
"Mudah memang mudah memesan dari luar, namun kita tidak tahu kualiti bahan dan apa jenis rencah yang pekedai gunakan. Perbanyakkanlah hidangan masakan sendiri dan cuba minimakan pesanan dari luar. ",
"Kami tahu anda sibuk tetapi anak yang sudah dibiasakan makan masakan kedai, sukar untuk menghargai kepayahan si ibu (atau bapa) yang bertungkus lumus menyiapkan makanan mereka. ",
"Dari situ mereka juga akan terikut-ikut, melihat tiada keperluan untuk memasak sebaliknya memilih jalan senang ketika dewasa dan akhirnya akan kekal sama, ketika mereka sudah berumahtangga.",
"Jika anda biasa mendengar kisah guru di sekolah, anda pasti menyedari wujud perbezaan ketara di antara mentaliti pelajar baik yang datang dari keluarga berkemampuan dengan pelajar baik yang datang dari keluarga susah. ",
"Pelajar dari keluarga susah mempunyai satu tahap kekuatan yang jarang ada dalam diri pelajar lebih mampu, khususnya dari segi kebolehan untuk berdikari. Mereka mungkin ketinggalan dari segi akademik kerana kurang dapat menumpukan diri kepada pelajaran, tetapi mereka mampu hidup dalam apa saja situasi.",
"Pelajar susah biasanya tidak peduli kelas mereka ada pendingin hawa atau tidak. Mereka juga tidak peduli kasut mereka koyak atau peralatan mereka tidak mencukupi. Mereka boleh bangun tidur, membantu ibu sejak awal pagi siap menghantar adik-adik ke sekolah dengan motorsikal walaupun tiada lesen.",
"Memang tidak salah memberikan anak hidup selesa, tetapi ada kalanya sedikit kepayahan perlu ada bagi mendewasakan anak-anak ini. ",
"Apabila mereka sudah terbiasa hidup dalam air-cond setiap masa, hiburan senantiasa ada, makanan berlambak, orang gaji setia memenuhi keperluan mereka; sukar untuk mereka mampu mengorbankan apa yang telah mereka lalui dan rasa.",
"Bila dah melangkah dewasa, apa yang telah mereka nikmati perlu terus kekal ada mengakibatkan mereka perlu menanggung kos besar, hanya untuk memanjakan diri setiap masa.",
"Satu perkara yang paling membimbangkan tentang masyarakat kita dalam menuju masa hadapan - adalah bagaimana ramai di antara kita melihat duit sebagai penyelesai utama banyak perkara yang sepatutnya boleh kita buat sendiri. ",
"Contohnya, perkhidmatan mengemas rumah semakin popular di kalangan masyarakat kita, di mana pekerja-pekerja pembersihan akan hadir pada hujung minggu membersihkan rumah.",
"Ada usahawan kecil-kecilan mengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan melipat dan menggosok baju. Jangan pula terkejut, perkhidmatan menjahit tanda nama anak pada uniform mereka pun ada - setiap satu lencana dikenakan caj RM2 ke RM5.",
"Banyak lagi kan perkhidmatan sebegini ditawarkan dalam mengambil alih tugasa sebenar ibu bapa untuk keselesaan anak-anak mereka? ",
"Apa yang menakutkan ramai melihat dengan mengambil perkhidmatan sebegini, kita akan ada family time yang lebih berkualiti dengan anak-anak.",
"Sedangkan family time sebenar adalah apabila kita seluruh ahli keluarga sama-sama bergotong royong menyelesaikan semua tugasan di seluruh pelusuk rumah. Setelah selesai, kita dapat duduk dengan anak-anak di meja makan berbual tentang apa saja yang boleh kita bualkan. Itu waktu keluarga.",
"Kita semua tahu, apa yang lebih baik sebenarnya adalah untuk kita sebagai ibu bapa sama-sama mengajar mereka melakukan semua tugasan rumah secara kendiri - walaupun wajah mereka masam mencuka dek malas nak mendengar arahan kita. Tetapi itu semua perlu kita hadapi ketika mereka muda.",
"Kesannya mungkin tak kita nampak awal, tapi seorang anak yang banyak kemahiran hidupnya, dia mampu berdikari dengan lebih baik serta tidak manja dalam berhadapan masalah, tidak mengharapkan orang membantu mereka dalam setiap perkara. ",
"Menyampah tau kalau kita jumpa pekerja yang jenis manja ni. Kena buat itu, tak boleh. Kena buat ini tak nak. Lepas tu tarik muka minta simpati minta tolong. Rasa nak cubit je dia sebab mengada-ngada sangat."
] |
https://iluminasi.com/bm/10-lagu-terbaik-ciptaan-allahyarham-bob-lokman.html | 10 Lagu Terbaik Ciptaan Allahyarham Bob Lokman | [
"Allahyarham Bob Lokman bagi mereka yang mengikuti karier seni beliau, sudah mengetahui sentuhan tangan dan imaginasinya sebagai penulis lirik, telah menghantui industri muzik kita.",
"Cicit kepada ulama' ternama dari Kelantan iaitu Tok Kenali dan bekas pelajar sekolah agama, Mohd. Hakim bin Lokman memilih untuk menceburi bidang seni walaupun legasi keluarganya lebih dekat dengan gerakan agama dan dakwah.",
"Bangkit jatuh arwah Bob dalam dunia seni menyaksikan dia telah menyumbang kepada lebih 350 penciptaan karya muzik, banyak layak dikatakan klasik. ",
"Berikut adalah 10 karya nukilan Allahyarham Bob Lokman yang paling menyengat, kekal menjadi legasi beliau yang akan terus dikenang dan dimainkan berdekad lamanya.",
"Lagu klasik dendangan vokali dari Singapura bernama Maman, lagu Teacher's Pet ini merupakan antara lagu kegemaran penulis sepanjang zaman. ",
"Dengan melodi mudah hanya berfokuskan kepada suara nyaring vokalis Maman dan petikan gitar akustik, lagu ini menjadi antara trademark kepada kumpulan ini - memperkenalkan mereka kepada jutaan peminat muzik di Malaysia.",
"Tidak perlu lagi kami perkenalkan lagu ini kepada anda. 'Isabella' adalah sebuah fenomena muzik di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei yang jarang berlaku.",
"'Isabella' juga adalah karya anak tempatan yang mempunyai impak cukup besar dalam mempengaruhi perjalanan karyawan tempatan kita.",
"Lagu ini menginspirasikan filem kerjasama Indonesia-Malaysia, diterbitkan pada tahun 1990-an dengan judul sama - menampilkan vokalis kumpulan Search, Amy bergandingan dengan pelakon cantik Indonesia, Nia Zulkarnaen.",
"Selepas kejayaan album 'Fenomena' yang didokong lagu popular Isabella, kumpulan Search memilih haluan berbeza cuba meminimakan lagu balada dalam album seterusnya yang diberi judul 'Karisma.'",
"Hanya dua lagu balada dimuatkan dalam album itu, salah satunya adalah lagu hits 'Teguh', ditulis oleh Allahyarham Bob Lokman berdasarkan pengalamannya sendiri, menceritakan tentang kealpaan seorang lelaki terhadap cinta pasangannya.",
"Anda pernah cuba menyanyikan lagu ini? Bagi penulis, lagu ini merupakan antara lagu paling mencabar kemampuan vokal Amy Search. ",
"Lagu ciptaan Ramli Sarip yang memaparkan nukilan lirik puitis Bob Lokman dan Hartinah Ahmad, merupakan antara lagu balada ratu rock negara Ella yang diingati.",
"Diterbitkan dalam album ketiga Ella 'Identiti', nyanyian serak-serak basah Ella membawakan tema persoalan tentang erti cinta yang dipaparkan dalam setiap bait lagu ini.",
"Ada dua buah lagu klasik dendangan vokalis Hattan yang ditulis Allahyarham Bob Lokman. Siapa yang tak tahu lagu 'Memburu Rindu' dan 'Rendang Tak Berbuah' mungkin tak pernah dengar radio.",
"Sukar untuk memilih manakah yang lebih baik antara keduanya. Penulis lebih gemar dengan 'Memburu Rindu' kerana lagu itu lebih dekat dengan hati penulis. Anda?",
" 'Rendang Tak Berbuah' ditulis selepas Bob bercerai dan dalam keadaan lumpuh separuh badan akibat angin ahmar. Hattan menceritakan lagu itu selesai ditulis hanya dalam masa 45 minit. Power tak power bakat Allahyarham?",
"Kerjasama Allahyarham Bob Lokman bersama Dato' Ramli Sarip sering membawa kepada karya terbaik gabungan kedua-duanya. ",
"Satu projek unik yang membawa Allahyarham keluar daripada genre slow rock adalah projek album 'Lagu Zaman' yang menjadi projek bersama Ramli Sarip dan Khadijah Ibrahim.",
"Bob Lokman menulis lirik bagi tiga buah lagu berentak tradisional, 'Zapin Berperi', 'Lagu Zaman' nyanyian bersama SM Salim dan 'Joget Manusia Moden', yang berjaya membawakan perspektif berbeza dalam karya popularnya.",
"Lagu klasik yang akan ada dalam koleksi semua peminat sejati muzik rock kapak Melayu, 'Dendam Cinta Seusia Dunia' merupakan sebuah lagu lentok yang membuatkan pendengarnya bukan saja tangkap syahdu, bahkan terasa bersemangat untuk meneruskan hidup.",
"Campuran muzik yang dicipta Bumiputra Rockers sendiri yang mempunyai tempo berubah-ubah disokong kuat lirik berunsurkan kecewa nukilan Bob memang gemersik diperkuatkan suara vokalis BPR iaitu Joey dalam lagu ini yang memang menangkap jiwa.",
"Dalam banyak lagu nukilan Bob Lokman yang menimbulkan misteri selain 'Isabella' dan 'Taman Rashidah Utama', lagu dendangan Ekamatra ini mampu membuatkan anda tercari-cari makna sebenar dalam setiap bait katanya.",
"Lagu trademark kumpulan Ekamatra ini cukup sesuai untuk anda dengar ketika anda sedang dalam perjalanan jauh, melalui laluan yang tenang dan santai - kerana tona bunyinya cukup mesra dengan aksi memandu damai.",
"Jika anda nampak ada pusara di tepi lebuhraya, janganlah pula berhenti. Nanti kena saman atau takut-takut ada pula 'penumpang tambahan' dalam kereta anda.",
"Di antara semua lirik nukilan Bob Lokman, lagu ini merupakan lagu yang paling kerap diceritakan latar belakangnya. Sejarahnya, Allahyarham Bob Lokman mendapat inspirasi mencoret lagu ini ketika meminati seorang gadis yang duduk di Taman Rashidah Utama, Seremban - namun hasrat hati beliau tidak bersambut.",
"Gadis yang dijadikan intipati karya klasik dendangan kumpulan Wings ini adalah pelakon jelita Aida Aris. Jika kami pun ada peluang berkenalan dengan Aida Aris ketika muda, mungkin kami pun akan menulis lagu untuk ditujukan kepada dia. Seandainya anda ada bakat menulis dan tahu di mana gadis yang diminati anda tinggal, apa lagi anda tunggu? Mana tahu, karya anda itu boleh jadi lagu klasik?",
"Seandainya anda tanya penulis mana satu karya Allahyarham Bob Lokman yang boleh dikatakan terbaik bagi penulis, lagu dendangan Nash vokalis kumpulan Lefthanded ketika bergerak solo adalah pilihan penulis.",
"Apatah lagi selepas penulis mendirikan rumah tangga dan merasai sendiri naik turun kehidupan bersama, cuba membesarkan anak dan mengharungi masam manis ada isteri.",
"Semua suami patut mendengar lagu ini tatkala ada timbul rasa kurang puas hati dengan isteri atau ada teringin nak pasang lain, dek kekurangan isteri pada mata kita.",
"Melodi cantik Fauzi Marzuki yang dilengkapkan dengan lirik berunsurkan dakwah secara tersirat ini cukup klasik dan kami yakin akan kekal relevan, selagi mana manusia masih menghargai idea seorang suami perlu berkorban untuk kebahagiaan rumahtangga."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-teknik-pemasaran-buruk-yang-kita-halalkan-demi-wang.html | 6 Teknik Pemasaran Salah Tapi Kita Benarkan Tanpa Sedar | [
"Zaman media sosial ni memboleh bermacam jenis teknik pemasaran bagi mempopularkan sesuatu produk atau servis, dilakukan dengan mudah.",
"Berbeza dengan kaedah pengiklanan tradisional di TV dan radio, peniaga dan usahawan tidak lagi melalui proses birokrasi panjang sebaliknya hanya memerlukan idea dan usaha, kadangkala tanpa perlu sebarang modal dikeluarkan untuk memasarkan produk mereka.",
"Kemudahan itu bagaimanapun jelas membawa kepada taktik pemasaran yang aneh dan menjengkelkan, sehinggakan kita pun rasa tertekan melihatnya. Berikut adalah lima taktik pemasaran yang sebenarnya kurang sesuai, tapi dah kita halalkan kerana bagi kita - ianya berjaya.",
"Kami tidak tahu apa faktor yang menyebabkan ramai di kalangan usahawan di negara kita khususnya, suka melakukan perbuatan bodoh untuk memasarkan produk. Adakah mereka tak peduli reputasi sendiri?",
"Ada usahawan sengaja mencipta dramarealiti dalam hidup, atas tujuan mencetuskan kontroversi. Bila dah jadi topik bualan hangat di dalam media sosial dan netizen, mulalah dia nak cucuk produk atau servis dia ketika nama dia disebut-sebut dalam nada negatif. ",
"Yang berlakon bodoh pun ramai juga. Buat strim secara langsung jual produk, lepas tu pura-pura buat aksi bodoh bermacam cara, dengan harapan engagement buruk yang ada boleh ditukar kepada jualan sebenar.",
"Ada ramai juga pihak percaya 'bad publicity is still publicity.' Dalam bahasa kita, 'publisiti buruk, tetap adalah sejenis publisiti.'",
"Kami merasakan pendapat sebegini salah untuk kita anggap baik, kerana tak pernah sekalipun mana-mana ajaran agama mahu penganutnya bangga diberikan publisiti buruk. Tak ada! ",
"Lagipun, apa yang boleh datang daripada publisiti negatif, biasanya adalah persepsi negatif yang berkekalan.",
"Jika anda percaya cercaan yang hadir akibat publisiti buruk benar-benar mampu memberikan impak positif kepada jualan anda, itu menunjukkan anda sebagai usahawan sebenarnya tidak ada produk atau servis yang benar-benar mantap.",
"Bagi sesetengah usahawan yang dah ada nama dan pengikut setia, mereka tidak lagi perlu melakukan stunt atau gimik bodoh untuk memasarkan produk.",
"Sebaliknya mereka akan menggunakan kuasa media sosial sepenuhnya dalam meramaikan pembenci atau haters, kerana kita semua tahu aura haters sebagai suara paling berkuasa, berpengaruh dan diyakini di kalangan netizen - tidak boleh disangkal lagi.",
"'Haters' dilihat sebagai satu currency pemasaran yang berkesan, sehinggakan ramai usahawan dengan sengaja melakukan apa saja perkara yang boleh hanya untuk melihat apa reaksi haters mereka.",
"Bila nama dah trending, usahawan itu akan mula menjadi buah mulut topik popular hari ini. Akhirnya, usahawan itu akan melakukan permohonan maaf kerana kurang sensitiviti, terkhilaf atau terlepas pandang untuk kali ke 1,647 kali.",
"Esoknya, disebabkan oleh lambakan haters yang hadir mengecam dia akan berkongsi produk atau servis yang dia tawarkan secara positif pula.",
"Dalam banyak taktik pemasaran yang penulis paling kurang gemari, video rakaman lawak prank atas tujuan pemasaran merupakan isi kandungan paling penulis menyampah.",
"Terlalu banyak usahawan kita menggunakan taktik sama, gemar bersandarkan kepada idea mencipta adegan gaduh atau marah-marah di kedai milik mereka, kerana mereka tahu adegan sebegitu mudah tular dan banyak dikongsikan.",
"Bila situasi dah panas, barulah didedahkan semuanya hanyalah prank dan diakhiri dengan foto premis atau alamat kedai di mana prank itu dilakukan.",
"Tidakkah mereka ini sedar pemasaran sebegini sebenarnya hanya membuatkan orang rasa lagi menyampah? Secara tidak rasmi, pengamal taktik sebegini yang biasanya bergantung kepada influencer-influencer juga membuktikan mereka sendiri kurang kreatif atau kekeringan idea pemasaran yang lebih elok.",
"Jika sesetengah usahawan melihat mengumpul haters banyak faedahnya, ada juga individu yang tidak segan untuk menempel populariti atau reputasi orang lain tanpa mengambil kira adab dan tatasusila.",
"Bagi yang mahu popular segera, satu cara paling mudah untuk menaikkan nama mereka di kalangan masyarakat adalah dengan mengkritik atau membawa pandangan yang berbeza dengan individu yang sudah ada nama dengan konsisten - sehinggalah nama besar itu memberikan reaksi kepada mereka.",
"Ada juga usahawan yang ketiadaan idea atau pengaruh kuat, gemar menggunakan taktik menempel sesuatu isu yang tengah hangat sebagai pemasaran. Dia akan mengulas tentang isu itu dan akan diselitkan juga produk atau servis yang dia ada, sama ada secara tersurat atau tersirat. ",
"Yang penting, semuanya bukanlah atas tujuan mahu menyebarkan pengetahuan atau menyampaikan mesej kepada masyarakat, sebaliknya jelas hanya atas mencari pengaruh, untuk menjaja produk atau servis yang dilakukan mereka.",
"Di kalangan ahli masyarakat kita, kita tahu ramai di antara kita mencari pendapatan dengan menjual produk-produk kosmetik. ",
"Bila dah menjual produk kecantikan ni, yang menjualnya pun perlulah menepati tahap penampilan yang diharapkan. Kita nak jual, mestilah mampu meyakinkan orang produk tu berkesan.",
"Yang jadi masalahnya, ramai penjual ni kurang yakin dengan penampilan sendiri. ",
"Solusi utama mereka adalah dengan memakai 'penapis wajah' dalam video yang akan mengubah penampilan mereka secara digital ketika sedang melakukan strim langsung promosi produk. Kita yang tak tahu, mulalah rasa 'wow' mulusnya kulit mereka ini - walhal semua yang kita nampak hanyalah ilusi digital semata-mata.",
"Penapis wajah ni sudah jadi satu gejala kurang sihat yang melanda di mana-mana saja. Selain daripada menipu bakal pelanggan, penampilan palsu sebegitu juga mengakibatkan kita mempunyai standard paras rupa yang tidak realistik.",
"Jika anak patung 'Barbie' dikecam kerana mendidik anak kecil tentang figur wanita yang tidak berpaksikan realiti, kenapa kita hari ini tidak menyuarakan pendapat sama apabila bercakap tentang penapis wajah bersifat digital dalam video?"
] |
https://iluminasi.com/bm/status-bankrap-perangkap-maut-orang-yang-suka-berhutang.html | Fahami Status Bankrap : Risiko, Kesan Dan Salah Faham | [
"Bankrap. Satu istilah yang cukup ditakuti oleh masyarakat kita namun malangnya, tetap menghantui sebahagian kecil dari kita yang berdepan masalah kewangan. ",
"Walaupun ditakuti ramai, malangnya masih ramai menyimpan salah faham tentang status kebankrapan sehingga wujud stigma-stigma tidak masuk akal yang sering dikongsi tanpa usul periksa.",
"Fahamkah anda tentang bankrap yang sebenar dan apakah yang boleh berlaku kepada anda, sekiranya anda terjerumus ke dalam status ini?",
"Ramai menyimpan tanggapan, sesiapa saja yang gagal melunaskan pinjaman boleh diisytiharkan bankrap. Pendapat itu tidak benar. ",
"Seseorang itu hanya layak diisytiharkan bankrap, seandainya dia mempunyai jumlah hutang minima RM100,000 yang gagal dibayar selepas proses tuntutan cuba dijalankan. Nak bankrap pun bukan senang ya. ",
"Seseorang itu hanya boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang bankrap atas perintah mahkamah hasil daripada petisyen pihak penuntut hutang ataupun dia sendiri melakukan petisyen mahkamah, untuk mengisytiharkan dirinya bankrap.",
"Kenapa tindakan ini boleh dilakukan seseorang? Individu yang sengaja memfailkan petisyen bankrap ke atas dirinya, biasanya melakukannya bagi membolehkan dia dilindungi daripada tuntutan yang boleh dilakukan ke atas dirinya daripada pihak pemiutang. ",
"Seseorang itu akan mengisytiharkan dirinya bankrap melalui petisyen dalam situasi di mana dia tahu buatlah macam mana pun, dia tetap tiada kemampuan membayar hutang yang ada. Situasi sebegini tidak mengambil kira jumlah hutang minima yang kami sebutkan di atas. ",
"Walaupun nampak selamat mengisytiharkan diri sendiri bankrap untuk mengelak tuntutan hutang, realitinya status ini banyak kekangannya ke atas kita.",
"Seorang yang bankrap tidak lagi layak berkhidmat sebagai penjawat awam dan memegang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi atau organisasi. ",
"Dia juga tidak lagi dibenarkan menjalankan perniagaan sama ada secara persendirian atau sebagai rakan kongsi. Individu bankrap juga tidak dibenarkan memulakan sebuah syarikat.",
"Jika seorang bankrap ingin mendapatkan peluang pekerjaan, dia haruslah berkhidmat dalam syarikat yang tidak dikendalikan mana-mana individu yang ada pertalian darah dengannya. Mereka juga tidak dibenarkan keluar dari negara.",
"Nak kerja pula, individu bankrap tidak dibenarkan menyertai profesion yang dianggap profesional atau memerlukan lesen, seperti peguam, akauntan, juru ukur kuaniti atau pegawai likuidasi.",
"Paling teruk, semua pendapatan yang diterima individu bankrap tertakluk kepada kuasa Ketua Pengarah Insolvensi atau KPI, yang bertanggungjawab untuk membahagikan dana yang ada kepada pihak penuntut..",
"Oh ya. Individu bankrap juga tidak boleh memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Jika anda ada cita-cita besar, pastikan bayar hutang anda.",
"Bercakap tentang pendapatan yang diterima akan disekat, bukanlah bermaksud si bankrap akan hilang 100% pendapatan beliau. ",
"Ada banyak faktor akan diambil kira dalam menentukan jumlah yang akan dipulangkan kepada penghutang dan jumlah yang akan diambil bagi menyelesaikan hutang. Angka akhir akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah pendapatan yang diterima, selain jumlah yang dirasakan munasabah untuk si penghutang menyara keluarganya.",
"Tahap pendidikan, usia dan juga pengalaman kerja akan menjadi penentu berapakah amaun yang dirasakan sesuai dalam membayar semula tunggakan.",
"Kaedah paling mudah untuk seseorang dikeluarkan daripada status bankrap, adalah dengan berjaya membayar semula semua tuntutan yang dikenakan ke atas beliau atau telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh KPI, semasa proses deklarasi bankrap dijalankan.",
"Selain itu, ada 3 status seseorang individu bankrap yang akan membolehkan dia dikeluarkan daripada status itu secara automatik.",
"Yang pertama, individu bankrap yang telah meninggal dunia semasa dia masih diisytiharkan bankrap. Kedua adalah individu bankrap yang telah didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya di bawah Akta Orang Upaya 2008. ",
"Yang terakhir pula adalah individu bankrap yang telah disahkan menghidap penyakit serius atau kritikal, berdasarkan kepada laporan dan pengesahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.",
"Satu tanggapan yang perlu diperbetulkan atau dikemaskini oleh masyarakat kita adalah berkenaan ketakutan orang ramai yang bertindak sebagai penjamin pinjaman kenalan, sehingga jatuh bankrap.",
"Akta 360 atau Akta Insolvensi 1967 telahpun dikemaskini untuk tidak lagi membolehkan mana-mana individu penjamin, diistilahkan sebagai penjamin sosial yang menjadi wakil atau guarantor kepada pinjaman pelajar, kenderaan atau kediaman pihak lain - adalah tidak lagi boleh diisytiharkan muflis atau bankrap.",
"Semua individu penjamin yang sebelum itu pernah diwartakan bankrap, boleh melakukan permohonan kepada KPI agar status itu ditarik balik - kerana jelas masalah ini tidak adil bagi pihak yang terjejas.",
"Bagaimanapun pihak pemiutang atau pemberi pinjaman masih boleh melakukan tuntutan ke atas tunggakan yang belum dijelaskan peminjam kepada penjamin. Ini bermakna pihak bank masih boleh menelefon penjamin, bertanya kenapa kawan kita tak bayar lagi hutang dan minta kita ingatkan dia untuk bayar.",
"Salah satu nasihat yang penulis terima dan penulis pegang sampai sekarang, adalah jangan jadi penjamin pinjaman orang lain. Hanya mereka yang dah terkena, rasa padahnya terpaksa membayar pinjaman orang lain menggunakan pendapatan yang kita cari susah payah. ",
"Jadi seandainya ada pihak mahu melantik anda sebagai penjamin, tolaklah dengan sopan. Jika dia memaksa, tolaklah secara tegas.Rujukan "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-selebriti-yang-memiliki-kelab-bola-sepak-sendiri.html | 5 Selebriti Yang Memiliki Kelab Bola Sepak Sendiri | [
"Jika beberapa tahun dahulu, usahawan dari Asia berebut-rebut hendak meletakkan diri menjadi pemilik kelab bola sepak di Eropah, kini dah tiba giliran selebriti-selebriti terkenal melakukannya.",
"Banyak pihak melihat pelaburan dalam kelab bola sepak, sama ada sebagai pemilik atau sebagai seorang pemegang saham mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka yang berani mengambil risiko. ",
"Mungkin itulah sebabnya kerajaan Qatar dan Arab Saudi turut mengikut langkah sama. Berikut adalah lima selebriti yang telah melabur wang dalam kelab bola sepak, bergelar tuan punya sebuah pasukan profesional serta semua fasiliti yang ada.",
"Nama Ryan Reynolds tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana beliau sedang berada di puncak karier.",
"Terkenal sebagai pelakon utama siri filem Deadpool, Reynolds memanfaatkan pendapatannya dengan menceburi bidang perniagaan sebagai pelabur dalam syarikat minuman keras Aviation American Gun, syarikat telekomunikasi Mint Mobile dan terbaru adalah menjadi pemilik bersama kelab bola sepak profesional Wrexham AFC dari Wales.",
"Bersama rakan kongsi dan juga pelakon Rob McElhenney, permohonan Reynolds dan McElhenney untuk menjadi pemegang saham utama kelab itu diluluskan pada bulan Februari tahun 2021, dengan nilai pembelian sebanyak £2 juta atau sekitar RM10.39 juta.",
"Ketika ini Wrexham AFC sedang bersaing dalam divisyen ke-5 liga di England.",
" Ditubuhkan sejak tahun 1864, Wrexham AFC mempunyai stadium dengan kapasiti penonton 10,770 orang, adalah kelab bola sepak tertua di Wales serta merupakan kelab ke-3 paling awal ditubuhkan dalam sejarah sukan bola sepak dunia.",
"Penglibatan vokalis legenda Elton John dengan bola sepak, mempunyai sejarah yang sangat panjang khususnya sebagai peminat kelab Watford FC. Beliau sudah dibawa ke stadium milik Watford, dinamakan Vicarage Road sejak kecil oleh ayahnya ketika baru berusia 5 tahun.",
"Kejayaan dalam industri hiburan membawa kepada undangan untuk John menyertai pentadbiran kelab itu dalam dekad 1970-an sebagai timbalan presiden, sebelum dia naik menjadi pemilik Watford FC pada tahun 1976, turut bertindak sebagai presiden.",
"Semasa baru dilantik, Watford duduk ditangga terbawah divisyen jadi John melantik pengurus legenda England, Graham Taylor untuk mengemudi pasukan tersebut sehingga kelab itu berjaya ke liga Perdana Inggeris, selain layak menyertai Piala UEFA.",
"John menjual hak milik kelab itu pada tahun 1990, membelinya semula pada tahun 1997 dan akhirnya mengumumkan mahu bersara daripada kelab itu sepenuhnya pada tahun 2002. ",
"Dia kekal aktif menjayakan konsert bagi mengumpul dana kelab, sering mengatur konsert-konsert di Vicarage Road sehingga ke hari ini. Watforfd ketika ini sedang bersaing dalam divisyen kedua England, selepas disingkirkan daripada liga perdana dalam musim 2021-2022.",
"Berikutan prestasi turun naik Watford, Elton John sudah menyatakan minat untuk kembali membantu kelab itu dalam apa saja kapasiti yang boleh.",
"Sukar kan untuk mempercayai pelawak Will Ferrell telah dilantik sebagai pemilik kelab bola sepak Los Angeles FC, sehinggakan ketika pengumuman itu dibuat pada 8 Januari 2016 - banyak pihak menganggap kenyataan itu adalah satu jenaka.",
"Los Angeles FC atau LAFC adalah sebuah kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 2014, beroperasi di Los Angeles, California dengan stadium berkapasiti 22,000 orang penonton. ",
"Berbeza dengan kebanyakan kelab bola sepak lain, LAFC membuka pelaburan kepada umum membolehkan sesiapa saja yang mereka rasakan layak untuk melabur, sebagai pemilik bersama LAFC. Tiga orang dilantik sebagai pentadbir, bertanggungjawab mengurus perjalanan kelab atas persetujuan bersama.",
"Tahukah anda apakah hubungan LAFC dengan Malaysia? Vincent Tan, pemilik kumpulan Berjaya merupakan antara bekas pemilik terbesar LAFC namun pegangan sahamnya telah selamat dijual sekitar tahun 2020. ",
"Ruben Gnanalingam, anak kepada Pengerusi Westports Malaysia Sdn. Bhd, G. Gananalingam juga merupakan antara pemilik bersama kelab ini.",
"Jika anda rasa Will Ferrell dilantik sebagai pemilik bersama kelab bola sepak, anda pasti rasa lebih aneh mengetahui pelakon cantik Natalie Portman bukan saja pemilik tetapi juga pengasas sebuah kelab bola sepak Amerika Syarikat bernama Angel City FC.",
"Angel City FC ditubuhkan untuk bersaing dalam Liga Bola Sepak Kebangsaan Wanita Amerika Syarikat, selepas Portman melihat wujud jurang yang besar di antara ketidaksamaan dalam isu pendapatan dan hak atlet bola sepak lelaki berbanding wanita.",
"Idea Portman untuk menyediakan platform lebih baik kepada pemain wanita dalam sebuah kelab, diajukan kepada beberapa orang wanita usahawan berpengaruh di Los Angeles. ",
"Mendapat maklum balas positif atas idea itu, usaha untuk mewujudkan kelab itu mendapat sokongan kerajaan tempatan Los Angeles sendiri kerana belum ada kelab wanita khusus dari sana bertanding dalam liga kebangsaan.",
" Kelab itu mendapat suntikan dana daripada selebriti lain seperti pemain tenis Serena Williams, pelakon Eva Longoria, dan juga bintang bola sepak Amerika Syarikat, Mia Hamm dalam usaha memulakan penubuhan kelab tersebut.",
"Kini Portman bersama dua lagi rakannya (kesemuanya wanita) sibuk menguruskan pergerakan kelab bola sepak tersebut. Mereka selamat menyertai liga kali pertama dalam musim 2022, berkongsi stadium dengan LAFC sebagai rumah mereka.",
"Austin FC merupakan sebuah kelab bola sepak yang baru bermula pada tahun 2018, bertapak di bandar Austin, Texas.",
"Tertubuhnya kelab ini adalah sinambungan kepada perubahan yang dilakukan sebuah konglomerat sukan bernama Precourt Sports Venture, mahu memperkembangkan pembangunan jenama sukan mereka ke Austin, selepas membangunkan kelab Colombus City SC di Ohio. ",
"Bagi membantu perkembangan kelab di Austin, suntikan dana yang besar diperlukan. Jadi Matthew McConaughey, seorang warga tempatan berasal dari Texas yang mempunyai pengaruh besar serta poket besar - ditawarkan peluang untuk menjadi salah seorang pemilik bersama kelab yang bakal ditubuhkan itu. ",
"Dia menerima tawaran tersebut, dengan harapan usaha membangunkan kelab bola sepak profesional di sana dapat membantu perkembangan bandar tersebut dengan lebih baik. Persetujuan kerjasama itu diumumkan pada bulan Ogos tahun 2019.",
"Sebagai pemilik bersama, McConaughey dikatakan tidak banyak terlibat dalam urusan pentadbiran kelab. ",
"Sebaliknya dia lebih gemar menggunakan pengaruh dan kredibiliti beliau, untuk mencorak budaya kelab itu seiring dengan kehendak penduduk tempatan serta menjadi maskot tidak rasmi kelab itu ketika perlu di stadium."
] |
https://iluminasi.com/bm/5-perkara-aneh-tentang-amerika-syarikat-yang-wujud-di-negara-lain.html | 5 Perkara Aneh Tentang Amerika Syarikat Tak Ada di Negara Lain | [
"Mungkin kerana lahir daripada perang saudara di kalangan penjajah berlainan ideologi, Amerika Syarikat bangkit sebagai sebuah negara yang benar-benar mahu mempunyai identiti sendiri. ",
"Usaha itu berjaya kerana masyarakat Amerika Syarikat bukan saja menguasai ekonomi dan pembangunan teknologi, bahkan duduk menguasai pembudayaan pop culture dunia; memikat halwa telinga dan minda masyarakat antarabangsa melalui filem Hollywood dan industri muzik mereka. ",
"Walaupun mendapat kemerdekaan daripada Britain, Amerika Syarikat mempunyai budaya sendiri yang unik dan kadangkala agak aneh juga, jika dibandingkan dengan bekas koloni Britain yang lain. ",
"Berikut adalah lima perkara tentang Amerika Syarikat yang pelik dan ganjil jika dibandingkan dengan negara lain di dunia.",
"Seluruh dunia panggil sukan sukan nombor 1 dunia sebagai 'football' dalam bahasa Inggeris.",
"Alih-alih Amerika Syarikat panggil 'soccer.' Yang buat lagi keliru, dia panggil ragbi versi mereka sebagai 'football' pulak dah.",
"Walaupun Amerika Syarikat terkenal di seluruh dunia sebagai negara yang mengamalkan label sukan bola sepak sebagai 'soccer', bukan hanya mereka saja tau yang menggunakan istilah tersebut. ",
"Australia, New Zealand, Kanada dan Afrika Selatan juga secara amnya mempopularkan istilah 'soccer' mewakili istilah rasmi sukan bola sepak. ",
"Walaupun bola sepak atau 'soccer' sudah mendapat tempat di hati peminat sukan warga Amerika Syarikat, membolehkan sukan itu dijadikan antara sukan rasmi di sekolah-sekolah mereka, populariti 3 sukan utama mereka yang lain sukar dicabar.",
"Hanya di Amerika Syarikat saja sukan bola keranjang, ragbi Amerika dan besbol mendapat liputan dalam skala yang sangat besar, dimainkan daripada peringkat amatur sehinggalah profesional. ",
"Walaupun bola keranjang juga popular di Eropah, Russia dan Itali atau besbol di Jepun, tetapi tak boleh kita nafikan populariti ketiga-tiga sukan di atas ke atas pasaran tempatan dan dunia agak luar biasa. ",
"Lebih memburukkan keadaan, pertandingan yang dianjurkan di Amerika Syarikat biasanya dilabelkan sebagai 'World Series'. Bagaimanalah sebuah pertandingan tahap tempatan boleh pula dinamakan sempena seluruh dunia?",
"Sistem ukuran imperial merupakan standard ukuran yang digunakan sebelum kiraan berdasarkan sistem metriks, diperkenalkan pada tahun 1790 di Perancis.",
"Usaha untuk memperkenalkan standard metriks ke dalam industri Amerika Syarikat sudah cuba dijalankan, namun gagak berlaku ketika zaman Thomas Jefferson - salah seorang pengasas Amerika Syarikat yang ketika itu bertindak sebagai setiausaha kerajaan. ",
"Ini disebabkan oleh keengganan pengusaha dan pengeluar di sana bertukar standard ukuran, ketika itu mereka sudah rancak dalam era Revolusi Industri, jadi mengubah sistem yang telah mereka sedia guna pakai memerlukan bajet besar dan memakan masa.",
"Sebarang pertukaran memerlukan semua kapasiti dan mesin yang diguna disana diubahsuai atau dirombak balik. Jadi usahawan yang berpengaruh melobi agar sistem imperial dikekalkan kerajaan Amerika Syarikat. Kesannya? ",
"Mereka kekal dengan sistem lama dan kini menjadi antara negara yang perlu mengajar sistem imperial dan sistem metriks dalam sukatan pendidikan mereka, bagi membolehkan pelajar faham kedua-dua sistem. ",
"Selain Amerika Syarikat - Myanmar dan Liberia adalah dua lagi negara yang kekal sebagai pengguna rasmi sistem imperial.",
"Satu perkara mengelirukan untuk kita orang Malaysia fahami bila membaca artikel tulisan pengarang dari Amerika Syarikat, adalah memahami bila artikel itu ditulis atau tarikh sesuatu kejadian berlaku.",
"Sehingga ke hari ini Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara dalam dunia yang menulis bulan terlebih dahulu dalam tarikh, baru hari dan kemudiannya tahun. Sedangkan logik akal kita sendiri dah tahu secara mudah; unit yang paling kecil iaitu hari seharusnya diletakkan di bahagian kiri sekali, barulah bulan dan tahun.",
"Kenapa situasi ini berlaku? Tidak ada sesiapa yang tahu secara fakta puncanya. ",
"Banyak pendapat popular menyebut susunan tarikh itu diamalkan Amerika Syarikat berdasarkan kepada cara tulisan tarikh dalam bentuk ayat yang diamalkan. Sebagai contoh 4 Julai 2022 akan ditulis sebagai 'July 4th 2022.' ",
"Lihat susunannya di mana kedudukan bulan berubah kan? Format ini dikenali sebagai format tulisan 'middle-endian'. Kita menggunakan format 'little-endian' yang dimulakan oleh angka hari. ",
"Duit syiling dan wang kertas akan dibahagikan mengikut saiz dan warna bagi memudahkan semua orang termasuklah mereka yang kurang upaya, faham nilainya. Berbeza pula dengan Amerika Syarikat!",
"Kesemua wang kertas mereka baik yang membawa nilai $1, $2, $5, $10, $20, $50 dan $100 kesemuanya mempunyai dimensi yang sama iaitu 2.61 inci lebar dan 6.14 inci panjangnya. ",
"Rekaannya juga mirip antara satu sama lain dengan menggunakan warna, simbol dan rekabentuk yang hampir serupa.",
"Kerajaan Amerika Syarikat menggariskan 3 sebab utama kenapa keputusan itu dibuat; wang kertas sama saiz lebih mudah dicetak dan lebih mudah dibawa. Mereka juga tidak nampak ada keperluan untuk mengubahnya. Wang syiling mereka turut mempunyai keanehan tersendiri.",
"Setiap satu kepingan syiling yang dibentuk langsung tidak memaparkan angka yang mewakili nilainya. Apa yang dipaparkan hanyalah perkataannya. Jika syiling 1¢, akan tertera 'ONE CENTS.' Jika syiling 25¢ akan dicetakkan 'Quarter Dollar'. 50¢? 'HALF DOLLAR.'",
"Saiz yang dipilih juga aneh. Syiling 1¢ dan 5¢ adalah lebih besar daripada syiling 10¢. Ini berlawanan dengan standard negara lain, yang pada penulis dirangka lebih baik serta kurang mengelirukan untuk semua pihak.",
"Kalau kita tak pandai baca, sekurang-kurangnya kita kenal simbol nombor. Jika tak boleh membaca langsung, kita boleh membezakan wang mengikut saiznya. Di sana? Semuanya sama. "
] |
https://iluminasi.com/bm/6-perubahan-sikap-masyarakat-kita-yang-terjadi-akibat-media-sosial.html | 6 Perubahan Sikap Manusia Akibat Media Sosial Yang Kita Terpaksa Terima | [
"Hendak tak hendak, kita terpaksa mengakui media sosial sudah menjadi satu elemen penting dalam fabrik masyarakat dunia.",
"Mempunyai lebih 4.5 billion pengguna secara keseluruhannya, media sosial yang hadir dalam pelbagai jenis bentuk dan platform kini bukan saja layak digelar sebagai medan komunikasi utama dunia bahkan turut sama telah mengambil alih bidang penyiaran biasa. ",
"Kehadiran media sosial membiasakan kita dengan kewujudan identiti kita di internet, mengubah banyak elemen secara kekal dalam kehidupan kita.",
"Selain keterbukaan dalam identiti, berikut adalah lima perubahan yang telah berlaku akibat media sosial yang tak mungkin boleh dipatah balik, bakal diteruskan generasi-generasi kita seterusnya.",
"Zaman sekarang ramai individu selesa untuk beraksi depan kamera; baik melalui rakaman secara sendiri ataupun dibantu rakan atau kenalan yang menghalakan lensa.",
"Keselesaan ini juga mendorong kepada terciptanya 'karier-karier' baru melalui media sosial seperti pempengaruh atau influencer yang menjana pendapatan hanya dengan memiliki pengaruh luas.",
"Tidak ada lagi kekangan seperti dulu di mana hanya orang tertentu saja boleh disiarkan dalam kaca televisyen.",
"Sekarang ini asalkan anda berani serta tidak kekok; bermacam jenis kandungan dapat anda hasilkan sama ada secara sendiri ataupun dengan pertolongan seorang dua kenalan yang mempunyai minat sama untuk disiarkan tanpa sekatan dalam platform pilihan anda.",
"Walaupun semakin ramai individu bebas mencipta dan mengeluarkan karya, dalam masa yang sama dapat kita lihat penanda aras yang diperlukan untuk seseorang dikira berjaya juga menjadi semakin rendah.",
"Ada orang popular hanya kerana dia pandai buat mimik muka depan kamera. Ada orang digilai kerana mampu buat miming lagu dengan bergaya. Yang tak ada talent langsung pun boleh ada peluang untuk berjaya.",
"Semakin kuat pengaruh media sosial, kadar keperluan untuk seseorang dinilai sebagai 'berbakat' semakin rendah sehingga mengakibatkan tidak ada lagi keperluan untuk kita mencuba sesuatu yang mencabar dalam hidup dalam mengejar populariti.",
"Banyak pempengaruh media sosial yang mencipta kandungan berkualiti tinggi sukar mendapat reaksi atau sokongan, jika dibandingkan dengan pempengaruh yang mencipta kualiti sampah. Maaflah.",
"Situasi ini jika kekal (dan kami yakin akan kekal) hanya akan mengakibatkan kejatuhan nilai dan kualiti kandungan yang layak kita kategorikan sebagai karya asli.",
"Karya yang terhasil dan diterima baik akan jadi semakin pendek, ringkas serta 'straight to the point' sehingga meninggalkan nilai-nilai budaya masyarakat kita, yang sangat berlapik dan berbahasa dalam berkarya dan bercerita.",
"Satu perubahan ketara yang jelas terpapar dalam masyarakat kita adalah nilai sesuatu berita. ",
"Jika satu masa dahulu wartawan perlu melakukan siasatan secara terperinci bagi membolehkan laporan yang sahih, tepat dan sensasi dilakukan, kini 'wartawan-wartawan' yang ada tak kiralah sama ada berstatus jurnalis atau penulis portal macam kami ni, ramai memilih kerja senang.",
"Buka laman sosial dan cari topik tengah trending atau tular....kemudian ulas.",
"Oleh kerana itulah perbincangan di kalangan ahli masyarakat juga jadi semakin kurang nilai inteleknya. Disebabkan itulah tahap topik arus perdana kita. Artis mana tak selera makan. Influencer mana songlap duit orang. Siapa gaduh dengan siapa dalam media sosial.",
"Nak menulis topik sebegitu mudah saja. Pilih isu hangat dan ulas. Pejam mata pun boleh. ",
"Tetapi sebagai penulis atau jurnalis, tidakkah kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk melaporkan atau menceritakan sesuatu yang mampu memberi impak baik kepada masyarakat? ",
"Bagi orang berhati tisu sikit seperti penulis, menerima kecaman orang lain atas hasil penulisan kami di sini adalah sesuatu yang menakutkan. ",
"Kecaman ya, menakutkan. Kalau pendapat berbeza, kami suka dan kami alu-alukan. ",
"Ada orang yang mungkin kurang bersetuju dengan penulisan kami, dia merasakan satu-satunya cara untuk menyuarakan ketidaksetujuan dia adalah dengan mengecam kami sebagai anggota freemason misalnya. Itu kecaman.",
"Media sosial membuatkan sesiapa saja yang ada simpan rasa tak puas hati, jadi berani meluahkan perasaan itu secara terbuka. (Kalau yang penakut sikit - dia akan guna akaun palsu.)",
"Situasi sama juga dapat kita nampak bila ada orang yang tak sependapat dengan kita. Waktu tu akan membuaklah rasa dalam diri kita ni berusaha membetulkan pandangan dia, agar selari dengan kita. ",
"Hinggakan ada orang tak dapat buat kerja, seharian membalas komen berdebat dalam media sosial selagi rasa menyirap dalam diri tak hilang.",
"Anda pernah tak kira berapa minit dalam hidup anda sehari anda gunakan untuk cuba menyelesaikan masalah orang lain? Ramai yang buat perkara sebegini kan?",
"Setiap kali tular sesuatu isu, berduyun-duyun kita cuba memberikan pandangan walaupun perkara yang dibincangkan itu di luar kemampuan dan kemahiran kita. Kita cuba menasihati, menenangkan serta memberikan petunjuk apa yang perlu dilakukan pihak-pihak terlibat agar keadaan jadi lebih jernih. ",
"Ada orang cerai? Kita ada pandangan kita. Ada orang bergaduh? Kita nak jadi ejen pendamai walaupun yang bergaduh tu tak kenal pun kita dalam dunia nyata. ",
"Ada orang kena scam? Habis semua tips elak scam kita, kita kongsikan walaupun semalam baru kita kena scam dengan karipap inti oksigen. Kadangkala apabila difikirkan, tak perlu pun kita masuk campur masalah-masalah orang lain ini tetapi tarikannya cukup kuat kan?",
"Adakah ini sudah jadi satu kebiasaan pada anda, suka enter frame masalah orang lain tanpa semena-mena?",
"Mungkin anda tidak menyedari situasi ini, kerana ianya sudah biasa berlaku kepada anda.",
"Adakah anda salah seorang daripada individu pengguna media sosial, yang sentiasa memikirkan tentang apa yang boleh anda muat naik sebagai kandungan? Contohnya - anda nampak ada sesuatu yang menarik berlaku, adakah anda ada terasa nak kongsikannya kepada semua pengikut anda?",
"Atau mungkin juga melibatkan benda-benda kecil dalam hidup anda seperti apa yang anda lakukan hari ini, ketawa anak-anak anda, apa yang anda makan atau minum atau gambar pemandangan yang anda rasa cantik? ",
"Adakah setiap kali anda melalui sesuatu yang lucu, aneh, menarik, indah, menakutkan dan sebagainya...fikiran pertama yang bermain di kepala anda adalah 'oh, ni kalau kongsi kat media sosial, best ni! Bagus ni!'",
"Susah kan menjadi sebahagian daripada mereka yang setiap hari dalam kepala 'sibuk' memikirkan apa topik yang boleh dimuat naik, untuk dijadikan topik? ",
"Media sosial telah mengubah kita semua untuk menjadi 'pencipta kandungan bebas' tanpa sebarang bayaran atau imbuhan untuk kita terima. ",
"Kita secara sukarela menawarkan tenaga dan masa kita, untuk menyiapkan sesuatu yang tak memberi sebarang pulangan kepada kita melainkan rasa puas sahaja.",
"Berapa lama tamadun manusia boleh bertahan dalam situasi sebegini, sebelum ramai di antara kita menyerah kalah dan mengangkat tangan, mengakui 'budaya pencipta kandungan' ini bukanlah sesuatu yang patut kita jadikan biasa? "
] |
https://iluminasi.com/bm/guna-semula-botol-minuman-plastik-adakah-ia-membahayakan.html | Guna Semula Botol Minuman Plastik - Adakah ia Membahayakan? | [
"Hampir setiap hari kita menggunakan pelbagai jenis botol dalam kehidupan seharian seperti botol air, botol kicap, botol minyak dan sebagainya. Botol-botol ini pula diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti plastik, kaca, aluminium atau keluli tahan karat.",
"Lazimnya, di kedai dan pasar raya, terdapat dua pilihan bagi mereka yang gemar membeli air minuman sama ada dalam bentuk tin aluminium atau botol plastik. Bagi yang memilih tin aluminium, ia tidak menjadi masalah besar kerana sudah tentu pengguna akan terus membuang atau mengitar semula tin sesudah habis diminum.",
"Namun, tahukah anda, kira-kira 1 juta botol minuman plastik dibeli di seluruh dunia dalam setiap minit? Situasi ini menyebabkan berlakunya lambakan sisa buangan yang selalunya berakhir di tapak pelupusan sampah. Oleh hal yang demikian, ramai pengguna memilih untuk membeli air di dalam botol plastik dan menganggap ia menjimatkan kerana boleh digunakan semula sekali gus 'membantu' menyelamatkan alam sekitar.",
"Walau bagaimanapun, botol-botol minuman ini sebenarnya direka untuk sekali kegunaan sahaja. Persoalannya, adakah ini bermakna botol minuman plastik ini tidak selamat untuk diguna semula?",
"Sesebuah botol plastik diperbuat daripada bahan-bahan yang berbeza tetapi kebanyakan botol minuman 'sekali guna' ini diperbuat daripada polietilena tereftalat (PET). PET merupakan sejenis plastik yang jernih, ringan dan biasa digunakan dalam industri pembungkusan makanan dan minuman.",
"Bahan ini telah diluluskan di Amerika, Kesatuan Eropah dan majoriti negara di dunia sebagai selamat untuk kegunaan penyimpanan makanan.",
"Banyak berita dalam talian dan media sosial yang mendakwa penggunaan semula botol plastik boleh mengakibatkan kanser yang berpunca daripada kebocoran bahan kimia yang dirembeskan apabila botol terdedah kepada panas atau setelah botol digunakan berulang kali.",
"Salah satu bahan kimia yang dibimbangi orang ramai adalah BPA atau bisfenol A. BPA boleh mengganggu sistem endokrin yang berpotensi menyebabkan masalah sistem pembiakan dan metabolisme. Walau bagaimanapun, BPA tidak digunakan dalam pembuatan botol PET tetapi boleh dijumpai dalam plastik jenis lain yang lebih tegar seperti polikarbonat.",
"Walaupun begitu, terdapat satu kajian yang mendapati nilai kepekatan BPA dalam botol minuman PET sebenarnya adalah sangat rendah iaitu 5 ng/L manakala dua lagi kajian pula tidak menemui bahan ini, maka penemuan tidak dapat disimpulkan.",
"Sementara itu, terdapat sejenis bahan kimia lain iaitu antimoni yang digunakan sebagai pemangkin untuk menghasilkan plastik PET. Bahan ini tidaklah menjadi karsinogen apabila memasuki tubuh tetapi ia boleh menyebabkan gejala seperti muntah dan cirit-birit.",
"Pada tahun 2008, satu kajian menguji tahap larut lesap antimoni dalam botol minuman komersial. Keputusan penyelidikan itu mendapati yang antimoni sememangnya boleh larut lesap secara beransur-ansur dalam suatu tempoh yang lama, namun nilai larut lesap itu adalah jauh lebih rendah daripada nilai ambang bahaya.",
"Nilai kepekatan di mana antimoni mula menjadi ancaman adalah sekitar 6 ppb (bahagian per bilion). Kajian tersebut mendapati kepekatan antimoni bermula pada takat 0.195 ppb dan meningkat kepada 0.226 ppb selepas tiga bulan pada suhu 22 darjah Celsius.",
"Antimoni bukanlah satu-satunya bahan kimia yang telah dikaji dalam proses penghasilan air minuman yang dibotolkan, malah pelbagai jenis bahan kimia lain daripada pemplastik hingga logam turut dikaji. ",
"Kesemua kajian yang dijalankan mendapati memang wujud beberapa bahan kimia yang larut lesap dalam minuman seperti antimoni namun tiada bukti sehingga ke hari ini yang menunjukkan bahan-bahan kimia tersebut menjadi risiko kepada kesihatan manusia.",
"Wujud kebimbangan di mana tindak balas bahan-bahan kimia yang boleh larut lesap itu mampu berlaku dengan lebih pantas pada suhu lebih tinggi. Sebagai contoh, apabila ditinggalkan di dalam kenderaan sewaktu tengah hari yang terik.",
"Kajian sama yang dijalankan pada tahun 2008 itu mendapati kadar antimoni meningkat apabila suhu meningkat. Apabila botol dibiarkan dalam suhu 60°C, ia mengambil masa selama 176 hari untuk melepasi nilai ambang 6 ppb manakala pada suhu 80°C pula, masa yang diambil hanyalah 1.3 hari.",
"Suhu-suhu ini sesungguhnya adalah amat tinggi. Jadi, sudah tentu isu ini hanya akan timbul sekiranya anda tinggal di tempat yang beriklim sangat panas dan anda mempunyai tabiat kerap meninggalkan botol di bawah panas matahari.",
"Mikroplastik adalah cebisan-cebisan plastik yang sangat halus. Ia boleh dijumpai di mana-mana sahaja termasuklah dalam air minuman. Bahkan, satu kajian mendapati 93% air daripada botol minuman yang baharu saja dibuka sebenarnya sudahpun 'tercemar' dengan sedikit kandungan mikroplastik.",
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah lama meneliti potensi bahaya mikroplastik namun berdasarkan data terkini, mereka dapat menyimpulkan yang mikroplastik tidak menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan manusia secara umum.",
"Apa yang lebih menarik, Dr. Umar Abdulmutalib, seorang pakar dalam bidang Mikrobiologi dari University of Surrey menyatakan botol yang baru dikilangkan mungkin mempunyai kandungan mikroplastik yang lebih tinggi berbanding botol yang telah diguna semula.",
"Dr. Marek Cuhra dari Institut Penyelidikan Marin di Norway juga turut berkongsi pendapat yang sama iaitu meminum air menggunakan botol lama yang telah dicuci bersih sebenarnya lebih selamat berbanding dengan penggunaan botol baru. Pasukan penyelidikannya mendapati botol yang dibasuh akan meningkatkan kualiti air yang terkandung di dalamnya.",
"Walaupun sains membuktikan bahawa bahan kimia dalam botol plastik yang diguna semula adalah tidak berbahaya, namun perlu diingat bahawa risiko yang membahayakan individu masih wujud iaitu melalui kontaminasi.",
"Botol-botol plastik ini tidak dihasilkan untuk mempunyai ketahanan dalam jangka masa yang panjang. Menurut Dr. Jill Bartolotta, struktur dinding botol plastik yang nipis boleh menyebabkan ia terdedah kepada retakan dan kerosakan. Kesan retak pada struktur ini boleh menjadi tempat pembiakan bakteria.",
"Pencemaran amat mudah terjadi apabila bahagian dalam botol berada dalam keadaan lembap. Bakteria boleh membiak dengan sangat cepat melalui air dalam botol plastik. Satu kajian mendapati koloni bakteria dalam air bersuhu 37°C meningkat daripada 1 koloni/ml menjadi 38,000 koloni/ml dalam masa hanya 48 jam.",
"Kesimpulannya, majoriti pakar mengesahkan air minuman yang diisi ke dalam botol guna semula adalah selamat diminum. Banyak kajian mengenai bahan kimia larut lesap dan mikroplastik telah dijalankan selama ini. Keputusan kajian-kajian tersebut mendapati ia hanya terjadi pada tahap yang sangat rendah dan tidak akan mendatangkan ancaman kesihatan kepada pengguna melainkan botol-botol itu telah didedahkan dengan suhu tinggi.",
"Walau bagaimanapun, kontaminasi bakteria masih boleh mengundang bahaya. Oleh itu, sekiranya anda ingin menggunakan semula botol plastik minuman, kerap cuci dan bersihkan botol dengan sabun dan air suam. Duit jimat, anda pun selamat."
] |
https://iluminasi.com/bm/8-lagu-klasik-yang-dinamakan-sempena-seorang-wanita.html | 8 Lagu Yang Dinamakan Sempena Seorang Wanita | [
"Menghormati dan menjulang kasih seorang wanita merupakan tema pengkaryaan dan penceritaan yang segar sejak dahulukala sehinggalah sekarang ini.",
"Wanita menjadi inspirasi utama banyak individu mendapat idea; mencipta filem, drama, sajak, syair, cerpen dan sudah tentulah lagu yang didendangkan, selain daripada menjadi punca utama ramai lelaki pening kepala kerana perangai wanita.",
"Dalam masyarakat kita, sudah ada banyak hasil karya lagu yang digubah khas menceritakan tentang seorang wanita. Berikut adalah 8 yang paling ikonik antara semua dan diberikan judul nama seorang wanita.",
"Zaman sekarang, dah jarang kan jumpa gadis nama Suzana? Rasanya era 80-an, 90-an dulu, nama tu agak popular bagi dijadikan watak dalam drama.",
"'Suzana' dikarang sendiri penyanyinya Allahyarham M. Osman, mempopularkan penyanyi tersebut seterusnya meletakkan beliau sebagai raja genre muzik Pop-Yeh-Yeh.",
"Dia berkahwin dengan seorang penyanyi wanita terkenal iaitu Afidah Es. Darah seni yang mengalir dalam diri kedua-duanya diteruskan dua anak beliau iaitu Aziz M. Osman dan Zulkifli M. Osman, yang kita kenali sebagai pengarah filem dan drama terkenal.",
"Di antara banyak lagu ikonik kumpulan Search, dua daripadanya menampilkan nama wanita iaitu Rozana dan Isabella.",
"Populariti 'Rozana' pada tahun 1986 membawa kepada penerbitan filem arahan Nasir Jani berjudul 'Rozana Cinta 1987' menampilkan Bibiyana Layola dan Erma Fatima, dengan lagu tersebut menjadi lagu tema filem.",
"Sementara demam lagu 'Isabella' pula membawa kepada kemenangan Anugerah Juara Lagu, demam Search di Indonesia serta penyebaran mitos yang popular di kalangan kanak-kanak yang berbunyi:",
"Kalau kita berdiri depan cermin pada waktu senja dan seru nama 'Isabella' berulang kali, Isabella akan menjelma keluar dari dalam cermin.",
"Satu ketika dulu, jurang perbezaan kelas di antara masyarakat sering digambarkan dalam bentuk lagu.",
"Itulah mesej utama yang dibawa lagu 'Tiara', menceritakan dambaan seorang lelaki susah yang mencintai seorang gadis kelas pertengahan sejak zaman sekolah. ",
"Ekoran tekanan hidup, lelaki itu akhirnya terpaksa mengakui kedudukannya jauh berbeza dan meninggalkan pendidikan pada tahap lebih tinggi.",
"Jika lagu 'Tiara' ditulis sekarang, mungkin 'Tiara' adalah seorang graduan universiti luar negara yang balik bekerja sebagai seorang korporat.",
"Manakala lelaki itu pula adalah seorang penunggang penghantar makanan, yang memilih untuk tidak menyambung pengajian selepas tamat SPM.",
"Kami tidak tahu adakah wujud hubungan di antara filem 'Oh Fatimah' yang diterbitkan pada tahun 1989 dengan lagu klasik 'Oh Fatimah' nyanyian A. Ramlie, terbitan tahun 1966.",
"Lagu yang menceritakan berkenaan seorang gadis bernama Fatimah yang cantik molek, berasal dari Palembang, Indonesia, dicipta oleh komposer pop yeh-yeh legenda Salamah Basiron.",
"Fatimah atau Fatima adalah istilah nama Arab yang membawa makna 'dia yang sudah bercerai susu badan.' ",
"Kami pilih untuk menggabungkan kedua-dua lagu ini ke dalam kelompok sama, kerana dua buah karya ini bukanlah ditulis untuk mengangumi keindahan wanita...",
"Realitinya, dua buah lagu ini ditulis bagi menggambarkan rasa cinta seorang ayah kepada anaknya.",
"Kalaulah nak dibuat perbandingan rasa cinta mana lebih ultimate; sah-sahlah rasa kasih dan sayang seorang ayah kepada anak perempuannya jauh melebihi rasa cinta seorang lelaki kepada pasangannya. ",
"Ini kerana pasangan boleh bercerai. Ayah dengan anak perempuan, itu kasih abadi.",
"Dua lagu trademark penyanyi legenda tanahair kita iaitu Dato' Jeffrydin menceritakan tentang dua wanita berbeza iaitu 'Mas Mona' dan 'Siti Haida.'",
"Ada kisah menarik tentang bagaimana lagu 'Siti Haida' dapat didendangkan oleh Jeffrydin. Pada awalnya, komposer Salamah Basiron telah menyiapkan dua buah lagu yang dijangkakan hits iaitu 'Oh Fatimah' dan 'Siti Haida.'",
"Dua penyanyi ketika itu iaitu Jeffrydin sendiri serta A. Ramlie dikatakan berebut mahu menjadikan karya baru itu dendangan mereka. Selepas perbincangan, Salamah memutuskan untuk memberikan 'Oh Fatimah' kepada A. Ramlie dan 'Siti Haida' kepada Jeffrydin. ",
"Versi pertama 'Siti Haida' selamat diterbitkan pada tahun 1966 menampilkan vokal Jeffrydin diiringi kugiran The Siglap Five.",
"Filem 'Azura' jika dilihat dalam konteks zaman sekarang, pasti menimbulkan kontroversi besar.",
"Kisahnya memaparkan seorang pemuda anak hartawan bernama Zakaria yang sepatutnya di universiti, memilih untuk menyertai kumpulan mat motor. Daripada situ, Zakaria berkenalan dengan seorang gadis sekolah menengah sehingga berjaya memujuk gadis itu lari bersamanya, membina hidup sendiri.",
"Ada lagi ke gadis senaif itu dalam masyarakat kita? Mungkin ada. ",
"Tetapi jika kisah 'Azura' dirakamkan dengan berlatarbelakangkan tahun 2022, judul filem ini bukan lagi layak digelarkan 'Azura' semata-mata, tetapi perlulah ditukar kepada 'Azura Yang Lurus Bendul.'",
"Mana-mana artikel yang cuba menyenaraikan lagu dengan judul nama wanita tanpa menyenaraikan 'Fiona' bolehlah kita anggap sebagai tak sah.",
" 'Fiona' daripada kumpulan 4U2C memperkenalkan kita kepada kumpulan itu, serta mempopularkan penggunaan dialog drama dalam lagu yang dilakonkan dengan agak kaku, bagi memperkuatkan cerita.",
"Sehingga ke hari ini, masih ramai lelaki di Malaysia menyimpan dendam kepada Farid, kerana telah merampas Fiona daripada Joe. Mungkin kerana Joe pakai CD di leher dan Fiona berasa malu dengan kelakuan sebegitu.",
"Kalau 'Fiona' digarap semula bagi tahun 2022, besar kemungkinan Fiona yang cari Joe kerana Joe sibuk main game on-line, membuatkan Fiona rasa kecewa dan meluahkan perasaannya dengan lagu. "
] |
https://iluminasi.com/bm/sejarah-dan-evolusi-kod-panggilan-antarabangsa.html | Sejarah dan Evolusi Kod Panggilan Antarabangsa | [
"Sekiranya anda membuat panggilan daripada luar ke Malaysia, anda perlu menambah kod +6 pada nombor yang didail. Sekiranya membuat panggilan kepada nombor pemanggil yang berada di Amerika Syarikat, anda perlu menambah nombor +1 padanya.",
"Daripada manakah asal-usul kod panggilan antarabangsa ini? Siapakah yang menentukan kod bagi sesebuah negara?",
"Pada pertengahan abad ke-20, sebagai tindak balas kepada rangkaian telefon Amerika Syarikat yang berkembang pesat, eksekutif di Bell System memperkenalkan cara baharu untuk mendail telefon. Sebelum itu sebahagian besar panggilan akan diuruskan oleh pengendali manusia - kebanyakannya wanita - yang akan menyambungkan panggilan ke destinasi pemanggil. ",
"Ketika itu, nombor telefon bukan nombor; ia adalah alamat alfanumerik, dinamakan sempena pertukaran telefon yang merangkumi kawasan geografi tertentu. Sekiranya anda cuba menghubungi apartmen seseorang, rumah tersebut boleh dihubungi dengan permintaan untuk \"Murray Hill 5-9975.\" ",
"Sistem itu berkembang perlahan-lahan. Pada tahun 1955, AT&T selepas ia meneliti cara untuk meminimumkan salah faham mengenai arah telefon yang dituturkan—mengedarkan senarai nama pertukaran yang disyorkan yang menampilkan singkatan piawai. (Butterfield 8 akan menjadi, di bawah sistem itu, BU-8; Murray Hill 5-9975 akan dipendekkan kepada MU 5-9975).",
"Tetapi jurutera di Bell telah menjalankan penyelidikan mereka sendiri ke dalam skalabiliti nama-dan-nombor sistem. Mereka mempunyai cita-cita untuk mengembangkan rangkaian telefon nasional; penyelidikan mereka sendiri telah membuat kesimpulan antara lain, bahawa negara tidak dapat membekalkan wanita bekerja yang mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pengendali manusia.",
"Bell akhirnya membuat kesimpulan bahwa sistem Automasi akan menjadi masa depan telefon. Dan \"Panggilan Semua Nombor\" - tiada nama, lagi, hanya digit - akan menjadi satu-satunya cara untuk melakukan sesuatu panggilan ke mana-mana desstinasi di dunia ini.",
"Kod telefon telah diperkenalkan untuk menguruskan pangkalan data telefon yang semakin meningkat di seluruh dunia. Kod panggilan adalah nombor mudah untuk memulakan sesuatu panggilan. ",
"Amerika Syarikat mendapat nombor 1, Afrika 2, Eropah 3 dan 4. Nombor ini ditentukan dan diklasifikasikan lagi bergantung pada kapasiti muatannya. Jadi, Perancis dan UK mendapat nombor dua digit yang menarik, masing-masing 33 dan 44.",
"Negara yang lebih kecil, seperti Ireland dan Iceland, masing-masing mendapat 3 digit, 353 dan 354. Objektifnya, seperti dalam buku Merah (1960) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa atau International Telecommunication Union (ITU), ialah kod dan nombor telefon yang digabungkan tidak boleh melebihi 11 digit.",
"Buku biru (1964) membahagikan dunia kepada 9 zon. Zon 1 untuk Amerika Utara, Zon 2 untuk Afrika, dan Zon 3 dan 4, untuk Eropah. Kod satu hingga tiga digit telah diperuntukkan kepada negara yang berbeza.",
"Selepas itu, buku putih (1968) memberikan kod 37 kepada Jerman Timur. Negeri-negeri trucial (negeri-negeri puak di tenggara Arab) mendapat 971. Zanzibar (wilayah Tanzania) mendapat 252. Turki, kod Eropahnya 36 dibuang, dialihkan ke zon 9 (Asia Barat dan Timur Tengah), dan diberi kod baharu 90. '",
"Buku Hijau (1972) mengalihkan banyak negara Amerika Tengah dari zon 1 (Amerika Utara) ke zon 5 (Amerika Selatan). Negara puak di tenggara Arab telah dinamakan semula sebagai 'Emiriah Arab Bersatu' dan mendapat 971 sebagai kod panggilan. Ceylon dan Rhodesia mengekalkan kod mereka, 92 dan 263, walaupun nama mereka masing-masing ditukar kepada Sri Lanka dan Zimbabwe.",
"Ketibaan komputer peribadi menamatkan pengemaskinian biasa buku kod. Republik Upper Volta mendapat nama baharu – Burkina Faso tetapi mengekalkan kod lama – 226. Kepulauan Falkland sebelum ini bergabung dengan Guatemala, mendapat kod berasingan – 500.",
"Korea Utara mendapat kod baharu – 850. Ketika Jerman bersatu semula pada 1990 , Jerman bersatu menerima pakai Jerman Barat 49, menjatuhkan kpd Jerman Timur 37. Eritrea berpisah dari Ethiopia (251) pada tahun 1993 dan mendapat kod baharu, 291.",
"Pada tahun 1993, Yugoslavia (38), digantikan dengan Serbia dan Montenegro (381), Croatia (384), Slovenia (386), Bosnia (387) dan Macedonia (389). Pada tahun 1995, Vatican City mendapat kod berasingan 379; sebelum ini ia telah disatukan dengan Itali (39).",
"Czechoslovakia (57) dibahagikan kepada Republik Czech (420), dan Slovakia (421) pada tahun 1997. Timor Timur berpisah dari Indonesia pada tahun 1999 dan mendapat kod 670. Pada tahun yang sama, Palestin mendapat 970, berasingan daripada Israel (972).",
"Hari ini, hanya 6 negara mengekalkan kod yang diperuntukkan oleh Buku Merah 1960. Kaedah itu, serta perubahan politik), nampaknya telah memutuskan kod yang berfungsi hari ini. "
] |
https://iluminasi.com/bm/7-perkataan-bahasa-inggeris-yang-berasal-daripada-istilah-arab.html | 7 Perkataan Inggeris Yang Berasal Daripada Istilah Arab | [
"Dalam salah satu artikel kami yang mendapat sambutan menggalakkan pembaca kami, kami menyenaraikan lapan istilah bahasa Inggeris yang sebenarnya mempunyai asal-usul daripada bahasa Arab. ",
"Banyak komen yang kami terima daripada pembaca yang suka tentang kajian tentang topik bahasa, jadi besar hati kami untuk melakukan bahagian kedua topik yang sama. ",
"Berikut adalah tujuh lagi perkataan dalam bahasa Inggeris, yang mempunyai asal-usul Arab serta sedikit penerangan ringkas tentang sejarah bagaimana penggunaannya mula diterima.",
"Bagi pelajar yang mengambil aliran sains di sekolah menengah, anda tahu kesukaran menguasai matapelajaran Kimia bukan? Kimia adalah istilah bahasa Melayu yang dipinjam terus dari bahasa Arab 'al-kimia'.",
"'Al-kimia' juga adalah istilah yang menyumbang kepada istilah 'alchemy', digunakan masyarakat barat bagi merujuk kepada proses transmutasi sains melibatkan bahan perak dan emas. ",
"Istilah ini dikatakan mula diguna di kawasan sekitar Mesir dan Tanah Arab, sebelum dipinjam oleh masyarakat Yunani dan Rom. Istilah akarnya adalah 'khem' dalam bahasa Koptik, merujuk kepada tanah hitam yang ditemui di sepanjang pesisir Sungai Nil.",
"Cotton atau kapas diperkenalkan di Eropah lewat, dipercayai sekitar abad ke 8 melalui pedagang Arab yang hadir ke kawasan Semenanjung Iberia, akibat gerakan penaklukan Khalifah Umayyah di sana.",
" Penggunaan kapas sebagai bahan tenunan sudah bermula lama sebelum itu di beberapa kawasan seperti di Mexico, Parsi, India, China, tanah Arab dan khususnya Mesir! Orang Mesir yang mula-mula membangunkan teknologi menenun kain kapas sebelum teknologinya dikemaskini dan dimodenkan orang India dan China.",
"Istilah Arab 'qutun' atau 'qutn', menyumbang kepada istilah 'coton' dalam bahasa Perancis lama yang kemudiannyadipinjam dan ditulis dalam kaedah baru 'cotton' untuk bahasa Inggeris.",
"Selain cotton dalam bahasa Inggeris, beberapa istilah mirip yang meminjam istilah asal Arab yang sama adalah 'katoen' (Belanda), 'kattun' (Jerman) dan 'cotone' (Itali).",
"Secara rasmi istilah asal yang membawa kepada pembentukan istilah 'sugar' datang daripada istilah Sanskrit 'sarkara' yang membawa makna 'gula kisar'. Istilah ini berkembang kepada istilah dalam bahasa Parsi berbunyi 'sakar.'",
"Orang Arab meminjam istilah Parsi, menukarkannya kepada 'as-sukkar' dan dari istilah inilah orang barat meminjam istilah ini bagi membentuk istilah mereka sendiri. Antaranya azucar (Sepanyol), zucker (Jerman) dan zucchero (Itali).",
"Istilah yang menyumbang kepada pembentukan istilah moden 'sugar' pula diambil daripada bahasa Perancis lama yang dieja sebagai 'sugre.' ",
"Istilah 'candy' juga mempunyai susur-galur yang hampir serupa dengan istilah ibunya iaitu 'sugar.' Mungkin kerana tak ada gula, tak dapatlah nak buat gula-gula.",
"'Candy' hadir daripada pinjaman istilah Perancis lama 'candi', yang dipinjam daripada istilah Arab 'qandi', merujuk kepada 'bongkah gula yang telah dikristalkan.",
"Istilah Arab itu pula adalah pinjaman daripada istilah Parsi 'qand' yang merujuk kepada gula tebu. 'Qand' dalam bahasa Parsi pula diambil daripada istilah Sanskrit 'khanda' yang membawa maksud 'seketul gula.'",
"Dalam satu artikel berbeza, kami sudah menjelaskan bahawa istilah bahasa Melayu 'limau' adalah pinjaman daripada istilah Portugis 'limao.' Tetapi dari mana orang Portugis meminjam istilah itu? ",
"Istilah ini dikatakan diperkenalkan oleh orang Parsi bagi mewakili buah sitrus yang digelarkan sebagai 'limun' yang banyak ditanam di tanah besar India. Di tanah asalnya pula, buah itu dinamakan sebagai 'nimbo'. ",
" Masyarakat Arab mendagangkan buah tersebut ke Eropah, menjualnya sebagai 'laimun'. Istilah itu popular, dipinjam masyarakat Perancis sebagai 'limon' dan dari situlah istilah Inggeris 'lemon' terbentuk.",
"Pasti tidak ramai tahu istilah 'sofa' datang dari orang Arab kan? Bagaimanapun definisi 'sofa' mereka berbeza.",
"'Suffah' dalam masyarakat Arab adalah bangku rendah yang diletak di atas lantai, dibuat berasaskan bahan kayu atau batu yang dihamparkan dengan kain dan kusyen. Mereka yang duduk di atasnya pula biasanya akan duduk secara bersila.",
"Asal-usul istilah 'suffah' datang dari istilah Aramaik 'sippa' yang bererti 'hamparan'.",
" Masyarakat Turki meminjam istilah Arab itu dan menulisnya sebagai 'sofa' dan masyarakat Perancis menggunakannya secara terus, tanpa mengubah ejaannya memperkenalkan istilah 'sofa' dalam tatabahasa masyarakat barat.",
"Di antara banyak perkataan yang datang dari bahasa Arab, mungkin 'average' adalah istilah paling banyak digunakan masyarakat seluruh dunia tanpa ramai sedar istilah ini datang dari istilah Arab 'awariyah'.",
"'Awariyah' dalam bahasa Arab mewakili 'barang-barang yang telah rosak', biasanya merujuk kepada bahan dagangan dibawa kapal, yang telah mengalami kerosakan akibat insiden semasa perjalanan, bencana atau mungkin juga telah luput tarikhnya.",
"Apabila urusan jual beli di kalangan pedagang Arab dan Eropah berlaku, kiraan kos 'awariyah' menjadi antara salah satu faktor penting yang perlu ditekankan bagi mengenalpasti kerugian yang perlu ditanggung. ",
"Dari situlah purata kerugian yang perlu peniaga atau pembeli tanggung dapat diketahui.",
"Konsep mengira purata kos awariyah mula popular di kalangan masyarakat barat, sehinggakan istilah itu pun dipinjam sama; seperti di Sepanyol (averia), Belanda (avarij), Russia (avarija), Scandinavia (havari, havarija) dan pelbagai lagi istilah mirip yang merujuk kepada purata kerugian. ",
"Istilah Inggeris 'average' pula adalah pinjaman istilah Perancis 'averie', yang dikemaskinikan ejaannya."
] |
https://iluminasi.com/bm/bagaimanakah-semburan-penghilang-bau-seperti-febreze-berfungsi.html | Bagaimanakah Febreze Berfungsi? : Sains Disebalik Semburan Penghilang Bau | [
"Kita mungkin sudah biasa dengan mengenai produk semburan Febreze. Namun, apa yang menjadikan Febreze unik berbanding produk semburan pewangi di pasaran adalah Febreze bukan sahaja mewangikan kawasan yang disembur, tetapi juga berupaya \"memerangkap\" bau busuk.",
"Bau yang tidak menyenangkan ada di sekeliling kita, daripada bau badan yang busuk yang daripada orang sekeliling sehinggalah kepada barangan di sekeliling yang dibawa masuk ke dalam rumah.",
"Daripada menunggu bau itu hilang dengan sendirinya, sesetengah orang akan menggunakan produk \"meneutralkan bau\" seperti Febreze untuk menghilangkan bau busuk tersebut. Tetapi adakah produk seperti Febreze ini sekadar menutup bau atau sebenarnya menghilangkannya? ",
"Menurut akhbar The Washington Post, Febreze yang diperkenalkan pada tahun 1996 sebenarnya berfungsi sebagai bahan serangan kimia terhadap bau. Bau dikeluarkan daripada molekul di udara yang merangsang reseptor di hidung.",
"Febreze telah dicipta oleh syarikat Procter & Gamble dan diperkenalkan pada tahun 1996. Bahan aktif dalam Febreze ialah beta-cyclodextrin, sejenis karbohidrat. Beta-siklodekstrin ialah molekul yang terbentuk melalui penukaran enzimatik kanji, biasanya daripada jagung.",
"Apabila Febreze disembur, ia menggunakan sebatian yang dipanggil siklodekstrin (cyclodextrin) untuk memerangkap molekul. Walaupun ia tidak hilang, ia memerangkap molekul yang menghasilkan bau busuk tersebut lalu dengan berkesan mematikan keupayaannya untuk sampai ke lubang hidung anda.",
"Semua bau dihasilkan melalui pengesanan pelbagai sebatian kimia yang berbeza di udara oleh reseptor di hidung kita dan beberapa bau bergantung kepada berapa banyak sebatian tertentu dikesan. ",
"Siklodekstrin membentuk cincin dengan pusat hidrofobik, bermakna ia menangkis air dan benda yang mengandungi air. Molekul hidrofobik menarik molekul lain yang juga hidrofobik, bermakna molekul aromatik yang mempunyai sifat ini akan tersangkut dalam \"sangkar\" yang dicipta oleh siklodekstrin. ",
"Ini bermakna molekul yang menghasilkan bau busuk ini tidak lagi bebas di udara untuk berinteraksi dengan reseptor bau anda, dengan berkesan menjadikan bau ini 'neutral' dan bukannya hanya dilindungi oleh bau lain.",
"Kerana bau terdiri daripada simfoni molekul individu yang begitu kompleks, malah memerangkap molekul aroma hidrofobik sahaja cenderung menghilangkan sebarang bau busuk yang boleh dikenal pasti. ",
"Sementara itu, bahan pewangi yang ditambahkan pada campuran Febreze - mungkin yang bersifat hidrofilik dan bukannya hidrofobik, mengehadkan kecenderungannya untuk akhirnya terperangkap dalam cincin siklodekstrin - seterusnya menutupi bau yang kini dinetralkan. ",
"Kesan keseluruhan memberi Febreze kuasanya: Daripada bilik berbau busuk, hapak, masam dan seumpamanya, ia menjadikan bilik berbau seperti sesuatu yang tidak yang neutral dan wangi (akibat bahan pewangi yang dicampurkan ke dalamnya).",
"Molekul siklodekstrin menyerupai donat. Apabila anda menyembur Febreze, air dalam produk melarutkan sebahagian bau, membolehkan ia membentuk kompleks di dalam \"lubang\" berbentuk donat siklodekstri. Walaupun molekul busuk masih ada, tetapi ia tidak boleh mengikat reseptor bau di hidung anda, jadi anda tidak boleh menghidunya.",
" Bergantung pada jenis Febreze yang anda gunakan, bau mungkin akan dinyahaktifkan atau ia mungkin digantikan dengan sesuatu yang berbau harum, seperti wangian buah atau bunga. ",
"Apabila Febreze kering, semakin banyak molekul bau terikat pada siklodekstrin, menurunkan kepekatan molekul di udara dan menghilangkan bau. Jika air ditambah sekali lagi, molekul bau dilepaskan, membolehkan mereka \"dicairkan\" dan benar-benar dikeluarkan. ",
"Sesetengah sumber mengatakan bahawa Febreze juga mengandungi zink klorida yang akan membantu meneutralkan bau yang mengandungi sulfur (cth., bawang, telur busuk) dan mengurangkan kepekaan reseptor hidung terhadap bau, tetapi sebatian ini tidak disenaraikan dalam ramuan, sekurang-kurangnya dalam produk semburan. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-legasi-terbesar-british-kepada-masyarakat-malaysia.html | 5 Legasi Terbesar Ditinggalkan British Kepada Malaysia | [
"Zaman penjajahan British di Tanah Melayu meninggalkan impak besar kepada kaedah pembentukan negara Malaysia.",
"Kesan campur tangan British melalui perubahan dan dasar yang mereka perkenalkan, juga telah mencorakkan banyak elemen sosial dalam hidup kita tanpa kita sedar atau tidak, yang kita akui ada baik buruknya. Bagi sesetengah orang, mereka melihat legasi penjajahan Britain rata-ratanya sebagai sesuatu yang positif.",
"Ada yang melihat Britain hanya perosak. Berikut adalah lima legasi terbesar telah dtinggalkan British, yang membawa kepada identiti Malaysia; tetapi dalam masa sama memang meninggalkan parut luka kepada masyarakat kita.",
" Kepelbagaian etnik ini bagaimanapun malangnya, turut boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif atau negatif apabila urusan penciptaan dasar atau penentuan hala tuju negara ditentukan.",
"Secara ringkas kita semua tahu kemajmukan masyarakat kita, bukanlah berlaku ketika zaman Britain mentadbir semata-mata. Pedagang-pedagang dari tanah Arab, China, India dan Eropah telahpun hadir ke Tanah Melayu lebih awal lagi sebelum mana-mana penjajah menguasai tanah air kita. ",
"Kehadiran mereka ke sini menyebabkan ada di kalangan pedagang memilih untuk terus kekal di Tanah Melayu, berkahwin dan beranak-pinak dengan orang tempatan menghasilkan keturunan seperti Serani, Kristang, Baba dan Nyonya dan Chetti, di mana berlaku asimilasi bangsa, keturunan dan agama dengan orang tempatan.",
"Penjajahan Britain di Tanah Melayu pula boleh dilihat sebagai gelombang kedua kedatangan, ketika Britain memerlukan jutaan pekerja yang diupah dari tanah besar India dan China untuk melakukan kerja-kerja berat, di bawa khas melalui kapal-kapal dalam kumpulan-kumpulan khas.",
"Hadir sebagai 'warga British', perancangan awalnya adalah untuk kumpulan-kumpulan ini bekerja, membina kehidupan dan simpanan sebelum pulang ke tanahair masing-masing meneruskan hidup.",
"Bagaimanapun tindakan Britain seakan enggan menguruskan penghantaran pulang mereka serta desakan masyarakat India dan Cina untuk terus menetap di Tanah Melayu khususnya ketika rundingan kemerdekaan sudah dimulakan, membolehkan status kewarganegaraan secara jus soli diberikan kepada mereka yang tergolong dalam kumpulan ini.",
"Situasi ini jelas mengubah komposisi penduduk khususnya di Tanah Melayu secara rasmi, mengangkat orang Cina dan India yang hadir menjadi segmen terbesar dalam populasi minoriti.",
"Sistem persekolahan yang kita amalkan sekarang, masih ketara pengaruh British-nya. Ini kerana sistem kita memang diambil daripada sistem pendidikan yang dibentuk oleh British.",
"Pada era penjajahan, Britain merangka 4 aliran sekolah, aliran Inggeris, sekolah aliran Cina dan Tamil untuk anak-anak pendatang dari tanah besar Cina dan India dan sekolah aliran Melayu.",
"Sistem sekolah pondok yang diamalkan masyarakat Melayu sebelum itu mula mendapat tekanan Britain, sehinggakan menjadi kurang popular di kalangan masyarakat tempatan.",
"Ini disebabkan ramai ibu bapa ketika itu melihat hanya dengan bersekolah di bawah sistem Britain, meninggikan peluang untuk mampu belajar bahasa Inggeris serta duduk dalam sistem yang lebih teratur.",
"Kita secara amnya masih menggunakan sistem sama yang dipelopori Britain dari segi tahap-tahapnya, yang dibahagikan kepada peringkat rendah dan menengah. ",
"Dari aspek uniformnya pun masih banyak persamaan di mana jenis pakaian yang diperkenalkan masih sama, bezanya kini sudah ramai menutup aurat berbanding uniform sekolah zaman dulu yang mengutamakan seluar pendek dan pakaian jenis pinafore.",
"Institusi sekolah kita juga masih mengekalkan nama sekolah berorientasikan gereja yang digunakan walaupun sukatannya sudah diubah, dengan sekolah yang mempunyai nama Saint, Convent, Methodist dan sebagainya kekal dinamakan sebegitu sehingga ke hari ini walaupun pelajarnya mungkin majoritinya Islam.",
"Perlukah kami kategorikan kewujudan sekolah jenis kebangsaan atau SJK ke dalam satu kategori legasi berbeza? Perlu rasanya, kerana ini adalah antara legasi yang masih menghantui masyarakat kita.",
"Seperti yang sudah kami nyatakan di atas, kewujudan sistem pendidikan vernakular adalah ciptaan Britain yang kekal wujud disebabkan oleh kegagalan Britain menguruskan kepulangan kumpulan pekerja dari India dan China kembali ke tanahair mereka.",
"Oleh itu semasa pembentukan perlembagaan negara kita, hak untuk mengekalkan sistem pendidikan vernakular menjadi antara perkara yang telah dipersetujui, disebut dalam Perkara 152 Perlembagaan negara kita.",
"Bagaimanapun bagi menyeimbangkan kebenaran ini, warganegara Malaysia haruslah mengiktiraf kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hanya bahasa Melayu layak digunakan dalam urusan-urusan rasmi.",
"Ada pihak melihat kewujudan sistem sekolah majmuk ini sebagai positif, ada juga yang melihatnya sebagai sesuatu yang negatif sehingga menjejaskan perpaduan kaum di kalangan masyarakat kita. ",
"Sistem Parlimen yang dijalankan oleh kerajaan kita dibentuk berdasarkan kepada sistem Westminster Britain, masih diamalkan di United Kingdom sendiri.",
"Dengan mengkategorikan pengasingan kuasa kepada beberapa peringkat, Britain merangka sistem Westminster ini agar pembentukan dasar dapat berlaku dengan adil dan saksama. ",
"Namun ekoran daripada hasrat itu jugalah, ada masanya sesuatu keputusan itu tidak dapat dibuat apabila tidak ada kata sepakat menyukarkan langkah diambil.",
"Sistem kita boleh dikatakan sangat mirip dengan sistem Britain, dengan perletakan YDP Agong sebagai pemerintah tertinggi dibantu Perdana Menteri dengan barisan kabinet yang dipilih beliau.",
"Tiga cabang pengasingan kuasa iaitu cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif membentuk komponen terbesar pengasingan kuasa kita.",
"Kita juga mengamalkan sistem dua Dewan dalam Parlimen iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat dan penggunaan sistem pilihanraya untuk menentukan keabsahan wakil kepada Dewan Rakyat. Istilah 'parlimen' itu sendiri adalah pinjaman istilah dari Britain.",
"Penggunaan sistem berasaskan Parlimen ini akhirnya memadamkan legasi sistem pemerintahan berasaskan Kesultanan Melayu berasaskan pembesar dan wazir, mengenepikan jawatan seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syabhandar hanya sebagai nama rumah-rumah sukan di sekolah.",
"Selain kita dan Britain, beberapa buah negara bekas jajahan Britain lain seperti Australia, New Zealand, India, Singapura dan Jamaica turut sama mengamalkan sistem serupa.",
"Membaca sejarah masyarakat kita zaman lampau, seronok sebenarnya membayangkan bagaimana masyarakat rantau ini baik yang tinggal di Tanah Melayu, kepulauan Jawa, Borneo, Sumatera termasuklah beberapa kawasan lain boleh bergerak ke sana sini secara bebas.",
"Hasilnya, di Malaysia kita ada etnik-etnik seperti Bugis, Jawa, Siam dan Kerinci yang masih mengekalkan identiti mereka selepas bergenerasi lamanya nenek moyang mereka hadir ke sini.",
"Dengan kehadiran penjajah khususnya Britain yang banyak melakar semula garis sempadan kita, ekoran kerjasama di antara mereka dengan Belanda dan perjanjian di antara Britain dengan Siam serta pemecahan Borneo kepada beberapa bahagian, garis-garis sempadan mula menjadi konsep diamalkan sebagai batasan pergerakan.",
"Mereka yang satu masa dulu bebas belayar dan bertandang, kini tidak lagi mempunyai kebebasan sama. Konsep 'Melayu anak dagang' yang digunakan bagi mewakili orang luar yang hadir ke Tanah Melayu dan 'Melayu Semenanjung' yang diguna mewakili orang tempatan tidak lagi terpakai.",
"Kefahaman bahawa tanah rantau ini adalah tanah yang kita kongsi bersama lupus daripada kotak fikiran kita.",
"Dengan bertandanya sempadan antara negara-negara, kita mula melihat mereka yang mungkin ada pertalian darah dengan kita sebagai 'orang asing' atau 'orang luar.' ",
"Inilah legasi terbesar Britain yang paling meninggalkan kesan besar pada kita. Mereka berjaya memecahkan penduduk rantau ini yang didefinisikan sama ada sebagai Alam Melayu, Nusantara, Asia Tenggara atau apa saja definisi yang anda rasakan sesuai, kepada pecahan lebih kecil.",
"Lebih malang sudahlah dipecah-pecahkan - kita pula terikut-ikut dengan segmentasi yang berlaku, mula menyimpan sentimen negatif terhadap negara-negera berjiran kita, yang akhirnya membawa kepada lebih banyak perpecahan."
] |
https://iluminasi.com/bm/7-matawang-dunia-yang-lebih-bernilai-berbanding-us-dollar.html | 7 Matawang Dunia Yang Lebih Bernilai Berbanding US Dollar | [
"Ketika ini nilai matawang Dollar Amerika Syarikat atau USD menuju ke tahap pengukuhan, dibantu langkah kerajaan Amerika Syarikat memperkukuhkan ekonomi mereka.",
"Kenaikan kadar faedah yang diperkenalkan bagi mengawal inflasi serta ketidakstabilan yang kini sedang menimpa Eropah ekoran insiden di Ukraine, mengakibatkan ekonomi Amerika Syarikat merasai faedah dari segi kewangan.",
"Sekarang USD dilihat sebagai nilai simpanan yang selamat berbanding matawang utama lain dunia, membantu nilainya mengukuh; dibandingkan dengan matawang seperti EURO dan YEN. ",
"Tahukah anda apakah matawang yang lebih kuat nilainya berbanding USD? Berikut adalah 7 matawang dunia yang mempunyai nilai lebih tinggi berbanding matawang utama Amerika Syarikat.",
"Ketika artikel ini ditulis, matawang EUR dan USD sedang bergasak satu sama lain. Ada kalanya nilainya 1:1, ada masa memihak kepada EUR, ada masa memihak kepada USD bermula bulan Julai 2022.",
"Matawang EUR turun mendadak nilainya beberapa bulan lepas, sehinggakan jatuh ke paras sama dengan USD.",
" Uniknya, peristiwa sama hanya pernah berlaku sekali ketika tahun 2002, semasa pengenalan awal matawang EUR.",
"Nilai EUR1 sebelum Julai tahun 2022 adalah sekitar USD1.13-1.18, jadi perubahan ini jelas menguntungkan warga Amerika Syarikat. ",
"Dollar Cayman Island atau KYD adalah matawang yang digunakan penduduk Kepulauan Cayman, bagi menggantikan Dollar Jamaica yang pernah mereka gunakan.",
"Digunakan secara menyeluruh di ketiga pulau utama di sana iaitu Grand Cayman, Little Cayman dan Cayman Brac, Kepulauan Cayman terkenal di seluruh dunia sebagai lokasi lari cukai disebabkan ketiadaan dasar cukai korporat diperkenalkan di sana.",
"Pada tahun 1974, kerajaan Cayman Island memperkenalkan akta yang menambat nilai KYD1 kepada USD1.20, bagi melindungi nilai matawang mereka daripada naik turun nilai dan spekulasi matawang. ",
"Selain matawang British, Pound Great Britain (GBP) atau nama rasminya 'Sterling' adalah satu lagi matawang yang sering dijadikan perbandingan apabila kita bercakap tentang matawang asing.",
"Ketika ini sedang berlegar di antara GBP1 bersamaan USD1.15, Sterling adalah matawang ke-4 paling banyak digunakan di dunia sebagai medium pertukaran. ",
"Di kawal selia oleh Bank of England; selain negara-negara dalam United Kingdom, negara lain seperti Gibraltar, Georgia Selatan, Isle of Man dan keseluruhan kawasan Antartika di bawah kawalan British turut sama menggunakan matawang jenis Sterling.",
"Seperti Dollar Cayman Island, Dinar Jordan (JOD) juga merupakan antara matawang yang ditambat pada satu nilai khusus kepada USD.",
"Ketika ini nilainya adalah USD1 bersamaan 0.709 JOD atau JOD1 bersamaan USD1.41. Ada sebab kenapa nilai JOD ditambat kepada USD, diperkenalkan pada tahun 1995.",
"Ketidakstabilan politik yang melanda negara-negara Asia Barat serta kedudukan Jordan sendiri yang duduk di antara negara bergolak seperti Lubnan, Syria, Iraq dan Palestin memaksa tindakan sebegitu diambil.",
"Selain negara sendiri, matawang Jordan juga menjadi antara kaedah transaksi yang banyak digunakan penduduk Palestin yang menetap di kawasan sekitar Tebing Barat.",
"Pada ketika ini, nisbahnya adalah OMR1 bersamaan dengan USD2.60 dan angka itu juga berdasarkan angka yang ditambat nilainya.",
"Tambatan kepada USD telah diperkenalkan kerajaan Oman sejak tahun 1973 dengan beberapa perubahan nilai telah dijalankan. ",
"Pada awalnya angka ini ditetapkan pada nilai OMR1 = USD2.895 namun dipinda kepada USD2.60 atau nilai digunapakai sekarang, pada tahun 1986.",
"Kekuatan nilai Riyal Oman dikatakan berpunca daripada beberapa faktor, khususnya sumber minyak Oman yang banyak, jumlah hutang negara yang rendah serta sistem kewangan Oman yang baik, mendorong banyak pelabur hadir.",
"Seperti Riyal Oman, matawang Bahrain iaitu Dinar Bahrain juga ditambat kepada nilai USD pada kadar BHD1 bersamaan USD2.65, lebih tinggi nilainya sedikit.",
"Diperkenalkan pada tahun 1965 bagi menggantikan matawang Rupi Teluk yang digunapakai sebelum itu, kerajaan Bahrain memilih untuk menambat nilai Dinar mereka atas persetujuan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF pada nilai USD1 = BHD0.376.",
"Uniknya, selain Dinar Bahrain, warga Bahrain juga boleh melakukan urusniaga dengan menggunakan Riyal Arab Saudi, biasanya dikira menggunakan kadar pertukaran BHD1 bersamaan SAR10. ",
"Jika kebanyakan negara Asia Barat dalam senarai ini mempunyai nilai matawang yang lebih tinggi berbanding USD kerana tambatan yang dikenakan, lain pula kisahnya dengan Dinar Kuwait.",
"Sehingga kini Dinar Kuwait (KWD) kekal sebagai matawang paling tinggi nilainya dalam dunia, jika dibandingkan dengan mana-mana matawang sekalipun.",
"Termasuklah juga termasuk Dollar Amerika Syarikat. Pada ketika artikel ini ditulis, nilai KWD1 bersamaan dengan USD3.24. ",
"Bekalan minyak petroliam yang tinggi banyak membantu nilai matawang ini kekal bernilai, disebabkan syarat urusniaga standard kerajaan Kuwait mewajibkan semua urusan pembelian dilakukan dalam KWD. "
] |
https://iluminasi.com/bm/bolehkah-cap-jari-dikesan-walaupun-telah-dipadam-dari-permukaan-yang-disentuh.html | Bolehkah Cap Jari Dikesan Walaupun Telah Dilap Atau Dibersihkan? | [
"Adalah perkara biasa untuk melihat seseorang dalam filem atau rancangan TV mengelap cap jari mereka dari permukaan atau senjata untuk mengelak daripada ditangkap oleh penyiasat. ",
"Ia adalah perkara biaaasa yang dipaparkan sehingga orang ramai mungkin berfikir bahawa membersihkan cap jari anda sebenarnya adalah cara yang mudah untuk mengelakkan daripada ditangkap. Namun, adakah dengan mengelap permukaan cap jari anda benar-benar hilang?",
"Dalam erti kata lain, bolehkah anda benar-benar terlepas daripada pengesanan jika anda hanya membersihkan cap jari anda dari permukaan selepas melakukan jenayah? Sebelum itu, mari kita tahu terlebih dahulu bagaimana cap jari boleh terhasil apabila kita menyentuh mana-mana permukaan.",
"Cap jari kita telah bersama kita sejak sebelum kita dilahirkan dan akan kekal bersama kita sepanjang hayat kita. Alur di hujung jari kami bukan sahaja meningkatkan persepsi sentuhan dan keupayaan untuk mencengkam sesuatu, tetapi juga memberikan kita tanda pengenalan yang tersendiri. ",
"Setiap orang di planet ini mempunyai set cap jari yang unik. Malah kembar seiras yang mempunyai kod DNA yang sama juga tidak berkongsi cap jari yang sama!",
"Sifat unik cap jari ini telah menjadi sebahagian daripada penyelesaian jenayah selama lebih 100 tahun, tetapi penggunaannya sebagai pengecam peribadi atau malah sebagai tandatangan sebagai identiti seseorang individy secara sah telah wujud lebih lama lagi. ",
"Lipatan pada kulit kita menimbulkan garisan di hujung jari kita yang mencipta susunan gelung, lingkaran dan lengkungan yang unik. Ketiga-tiga bentuk ini seterusnya menimbulkan corak yang lebih rumit dan membezakan, dikenali sebagai \"minutiae\". ",
"Terdapat berbilion-bilion orang di planet ini dan setiap orang mempunyai \"minutiae\" mereka sendiri. Kehadiran urutan bentuk yang boleh dicari dan berbeza boleh bertindak sebagai titik utama untuk pakar fornst membuat pengecaman cap jari apabila rujukan silang menemui cetakan dengan pangkalan data biometrik. ",
"Tetapi bagaimana seseorang meninggalkan cetakan unik cap jari ini pada objek jika tangan mereka tidak direndam dalam dakwat? ",
"Kekunci papan kekunci yang baru sentuh atau bekas yang anda minum air memegang bukti kehadiran anda yang tidak kelihatan - mereka kini membawa jejak anda kerana setiap sentuhan meninggalkan jejak.",
"Frasa ini dikenali sebagai \"Prinsip Pertukaran\" dan membentuk salah satu prinsip asas sains forensik. Ia dipopularkan oleh Edmund Locard, salah seorang perintis dalam bidang forensik, yang menunjukkan bahawa setiap kali dua objek bersentuhan antara satu sama lain, terdapat pertukaran bahan antara mereka.",
"Walaupun hujung jari anda tidak dicemari oleh darah, kotoran atau habuk, ia masih meninggalkan kesan kimia pada benda yang anda sentuh kerana kelenjar sebum di bawah kulit kita merembeskan peluh, minyak dan asid amino. Jejak rembesan semula jadi ini membantu penyiasat tempat kejadian jenayah (atau CSI) mengangkat walaupun cap jari yang tidak kelihatan dari tempat kejadian jenayah. ",
"CSI mencari tiga jenis cap jari yang berbeza: Paten, Plastik dan Terpendam (latent). ",
"Cap Jari Paten boleh dilihat dengan mata kasar, contohnya, jari yang dibasahi darah. Cap jari plastik pula boleh ditemui pada permukaan lembut, seperti lilin lembut atau cat basah. Cap jari terpendam ialah kesan tidak kelihatan yang dihasilkan oleh rembesan kulit pada pelbagai permukaan.",
"Penyiasat CSI biasanya bermula dengan mengambil gambar paten atau cap jari yang boleh dilihat di bawah cahaya biasa jika ia cukup jelas atau mereka boleh menggunakan sumber cahaya alternatif (seperti lampu hitam UV) untuk meningkatkan cetakan cap jari tersebut. ",
"Kemudian mereka mencari cap jari plastik yang tertinggal pada permukaan lembut yang boleh ditanggalkan dengan menuang cecair, seperti plaster, aloi cair atau getah silikon, yang kemudiannya boleh mengeras dan mencipta kesan cetakan. ",
"Dan kini untuk bahagian yang paling mencabar, pencarian untuk mengangkat cap jari terpendam. Oleh kerana ia tidak kelihatan atau hampir tidak kelihatan, penyiasat CSI menggunakan bahan kimia untuk meningkatkan cetakan cap jari sedemikian. ",
"Teknik yang paling biasa dan yang mungkin pernah kita lihat di rancangan TV ialah penggunaan serbuk cap jari. Penyiasat CSI menggunakan berus khas dan serbuk khas untuk menggambarkan cetakan daripada permukaan licin dan bertekstur. ",
"Serbuk penjejak cap jari akan melekat pada minyak dan lembapan yang ditinggalkan oleh garisan di hujung jari kita untuk menghasilkan cetakan yang boleh dilihat yang kemudiannya diambil menggunakan pita lutsinar. ",
"Serbuk yang digunakan berbeza dari permukaan ke permukaan. Sebagai contoh, serbuk aluminium lebih efektif untuk permukaan kaca, manakala aloi atau serbuk hitam berbutir digunakan pada permukaan keperakan untuk menghasilkan kontras yang lebih baik. Serbuk pendarfluor juga digunakan untuk meningkatkan cetakan pada permukaan berbilang warna. ",
"Untuk permukaan berliang seperti kertas atau dinding, cap jari dikesan dengan menyembur larutan yang dipanggil ninhidrin pada permukaan tempat capo jari boleh ditemui. Larutan ninhidrin ini bertindak balas dengan asid amino yang terdapat dalam peluh dan bertukar menjadi ungu.. ",
"Jawapan mudahnya, boleh! Mari kita lihat contoh bukti yang biasanya digunakan oleh penjenayah, iaitu pistol.",
"Para saintis telah membangunkan kaedah yang boleh memvisualisasikan cetakan daripada deposit cap jari yang paling samar yang tinggal selepas permukaan itu dilap. Teknik ini menggunakan filem elektro-aktif berwarna yang menggunakan sisa cap jari sebagai stensil untuk menyekat arus elektrik. ",
"Sebaik sahaja voltan dihantar, kawasan berminyak memesongkan bahan berwarna di sekeliling kawasan kosong, yang menimbulkan cork cap jari negatif. Selain pistol itu sendiri, penyiasat juga akan mencari kesan cap jari pada bukti kedua iaitu selongsong peluru. ",
"Para saintis kini boleh mengenal pasti siapa yang mengendalikan peluru sebelum ia ditembak dengan menggambarkan hakisan pada kelongsong. Tanda minyak atau peluh yang ditinggalkan oleh cap jari boleh menyebabkan kelongsong peluruh terhakis, yang dipercepatkan lagi oleh haba yang dihasilkan semasa menembak peluru. ",
"Oleh itu, saintis akan menyalut kelongsong dengan serbuk pengalir dan mengalirkan arus elektrik. Serbuk itu kemudiannya bergerak dan melekat pada bintik-bintik yang berkarat dan terhasillah cap jari. "
] |
https://iluminasi.com/bm/apakah-barangan-yang-boleh-diambil-dan-tidak-dari-bilik-hotel.html | Apa Barangan Hotel Yang Boleh Diambil? | [
"Sebahagian besar daripada kita mesti pernah menginap di hotel sama ada untuk bercuti atau datang atas dasar kerja. Tidak kira sama ada anda tidur di hotel bajet atau hotel yang lebih ekslusif, biasanya kelengkapan asas seperti selimut, tuala, sabun dan syampu turut disediakan.",
"Sudah tentulah hotel yang lebih mahal menyediakan lebih banyak kemudahan bagi pelanggannya antaranya penggosok baju, pengering rambut, cerek memasak air, dan sebagainya.",
"Dan sememangnya ada segelintir daripada kita gemar membawa pulang botol sabun, syampu dan beberapa barangan lain daripada hotel tersebut sebagai momento hadiah kenang-kenangan. Lagipun, kebiasannya sabun dan syampu tersebut biasanya akan dibuang dan diganti dengan baru untuk penginap seterusnya?",
"Pernahkah anda tertanya-tanya, sebenarnya adakah kita dibenarkan atau tidak untuk mengambil barang-barang di hotel? Kalau setakat sabun, syampu, ubat dan berus gigi, mungkin ramai yang mengambilnya kerana kosnya juga tidak terlalu mahal dan biasanya akan dibuang dan diganti dengan yang baru untuk penginap seterusnya.",
"Tapi, jangan terkejut ada juga penginap di hotel yang gemar mengambil barangan yang lebih mahal contohnya tuala, alas kaki, cawan dan banyak lagi. Jadi, berbalik pada persoalan di atas - apa sebenarnya barangan yang boleh diambil oleh pelanggan dan apa barangan yang tidak boleh diambil oleh mereka?",
"Jika terdapat satu barangan wajib ada di kebanyakan hotel di dalam bilik mereka, ia adalah sabun. Dan menurut Ousman Conteh, pengurus besar di Claridge House Chicago, sabun dalam botol mini ini boleh diambil dari bilik hotel anda. Selalunya hotel menerima harga murah yang dirundingkan untuk barangan daripada jenama lain.",
" Walau bagaimanapun, Curt Asmussen, pengarah urusan Obie Hospitality, menyatakan bahawa tidak digalakkan untuk mengambil barang-barang ini - tetapi tetamu tidak akan didenda dalam apa jua cara jika mereka melakukannya. ",
"Sama seperti sabun mini yang dissediakan di bilik mandi, syampu dan perapi saiz mini juga sesuai untuk diambil dari bilik hotel anda. Hotel kadangkala meletakkan jenama mereka pada barangan ini jadi apabila penginap mengambil, secara tidak langsung membantu hotel membuat pemasaran.",
"Benar, ramai yang mengambil sabun, syampu dan perapi rambut kerana saiznya yang kecil memudahkan kita untuk membawanya apabila berjalan-jalan. ",
"Barangan komplimentari percuma ini boleh termasuk perkara seperti beg cucian kering, kopi, krimer, paket gula dan seumpamanya. Penginap gemar mengambil barangan ini kerana mereka boleh menggunakannya apabila berjalan-jalan dan dapat berjimat apabila membuat minuman 3-in-1 yang diambil daripada hotel.",
"Ada juga hotel yang menyediakan makanan dan minuman percuma, contohnya air tin dan snek. Namun, anda perlu memastikan makanan dan minuman tersebut diberi percuma kerana anda hotel yang mengenakan caj untuk setiap makanan dan minuman yang diletakkan dalam bilik anda.",
"Kedua barangan ini biasanya mempunyai logo hotel padanya dan sememangnya berfungsi sebagai bahan pemasaran hotel. Jadi, kebiasaannya anda boleh mengambil kedua-dua barangan ini. Ada juga sesetengah individu gemar mengumpul koleksi pen dari hotel-hotel yang pernah diinap.",
"Cadar, tuala dan linen lain sememangnya sesuatu yang anda tidak patut ambil dari bilik hotel. Matlamat hotel adalah untuk menyediakan bilik yang sesuai untuk tetamu seterusnya. ",
"Adakah satu tuala yang hilang akan menyebabkan Hilton tidak beroperasi? Tidak, tetapi kecurian barangan berharga seperti ini akan menyebabkan inventori hotel semakin berkurangan seterusnya menyukarkan kakitangan hotel untuk melakukan tugas mereka.",
"Selain kemudahan televisyen, sesetengah hotel yang lebih mewah turut menyediakan kemudahan seperti tablet untuk kegunaan tetamu mereka. Sudah tentulah barangan-barangan elektronik sebegini tidak murah harganya dan tetamu dilarang keras untuk membawa keluar atau mengambil terus kemudahan elektronik ini.",
"Sesetengah hotel turut menyediakan seterika dan pengering rambut di setiap bilik. Barang-barang sebegini juga tidak boleh sama sekali dibawa balik oleh tetamu.",
"Sesetengah hotel mewah turut menyediakan jubah mandi untuk para tetamu. Jubah baju yang sangat selesa ini adalah antara barangan popular yang biasanya diambil dan dibawa balik oleh segelintir tetamu namun sebenarnya diharamkan untuk di bawa balik.",
"Namun, sekiranya anda mahukan selipar bilik yang disediakan, itu tidak menjadi masalah kerana selipar tersebut biasanya hanya untuk sekali penggunaan sahaja - biasanya akan dibuang setelah anda mendaftar keluar dari hotel. ",
"Ini merupakan antara kemudahan asas yang biasanya disediakan di setiap bilik di hotel. Tidak kira berapa pun harganya, barang-barang ini tidak boleh dibawa balik oleh para tetamu.",
"Di sesetengah hotel, terdapat senarai harga setiap barangan yang terdapat dalam sesebuah bilik itu. Tujuan harga tersebut dipaparkan adalah untuk memberi tahu setiap barangan dalam senarai tersebut tidak boleh diambil namun sekiranya anda menggemari barang tersebut (misalnya tuala dan bantal), and boleh membelinya."
] |
https://iluminasi.com/bm/kisah-british-dan-khalifah-uthmaniyah-berbalah-tentang-jumlah-derma.html | Sejarah Ratu Victoria Halang Turki Bantu Ireland Kerana "Jaga Status" | [
"Dalam sejarah negara Ireland - mereka telah melalui satu era kebuluran yang berlangsung selama lebih 5 tahun bermula dalam tahun 1845 sehinggalah sekitar tahun 1849, dikenali masyarakat mereka sebagai 'Gorta Mor' atau 'The Great Famine.'",
"Juga dikenali dengan nama 'drochshaol' dalam bahasa tempatan atau 'zaman kesusahan' menyaksikan lebih 1 juta nyawa terkorban kerana ketiadaan bekalan makanan.",
"Kepayahan yang berat ditanggung turut menyebabkan jutaan individu memilih untuk meninggalkan tanah mereka merantau ke Amerika Syarikat, mengakibatkan populasi masyarakat Ireland turun mendadak.",
"Bagi meringankan beban ke atas kesengsaraan,Britain sebagai pihak kolonial malangnya mengambil langkah mudah menyalurkan bantuan kewangan sehingga mencetuskan kontroversi dan rasa tidak puas hati. ",
"Antara kisah perbalahan yang menunjukkan perbezaan jelas keprihatinan Britain sebagai pentadbir, tercetus di antara Permaisuri Victoria dengan Sultan Abdul Majid I, Sultan ke 31 dalam salasilah Empayar Uthmaniyah; akibat jumlah derma yang tidak dipersetujui.",
"Untuk beberapa tahun sebelum krisis melanda, usaha penanaman kentang di Ireland sudah mula menampakkan wujud beberapa masalah ketara.",
"Hasil kentang nyata tidak menjadi akibat serangan sejenis kulat bernama Phytophthora infestans, mengakibatkan kerosakan pada tanaman ubi kentang yang telah tumbuh serta menghalang pertumbuhan baru pokok ubi baru.",
"Pada era tersebut, kentang merupakan makanan ruji masyarakat Ireland khususnya di kawasan-kawasan desa dan terpencil. Anggaran 4kg kentang diperlukan oleh seorang dewasa setiap hari, sebagai sumber makanan masyarakat mereka.",
"Situasi itu diburukkan lagi ekoran ketiadaan usaha untuk mempelbagaikan jenis tanaman atau kategori kentang yang ditanam pekebun. Majoriti pekebun di Ireland yang bertanggungjawab membekalkan kentang biasanya datang dari satu atau dua jenis kentang sahaja.",
"Ini mengakibatkan rantaian bekalan kentang di sana mudah berhadapan risiko, sekiranya berlaku serangan penyakit ke atas sekumpulan kecil pokok yang telah ditanam. Ketiadaan variasi tanaman berbeza juga menyebabkan serangan mudah merebak kerana kesesuaian kulat yang hinggap, mudah menyerang majoriti pokok.",
"Itulah yang berlaku kepada pekebun di Ireland ketika itu. Selepas jangkitan bermula secara terpencil, serangan kulat mula digiatkan oleh suhu lembap dan hujan kerap yang membantu percambahan kulat.",
"Pokok ubi yang ditanam mengalami kerosakan akar yang bukan saja merosakkan pokok, malahan serangan kulat itu turut mengakibatkan perubahan besar pada kualiti tanah, menyukarkan tanaman baru dimulakan.",
"Pada ketika berlangsungnya semua masalah ini, Ireland masih di bawah British semasa pemerintahan Permaisuri Victoria dengan Sir Robert Peel bertindak sebagai Perdana Menteri.",
"Semua bantuan yang dapat dihulurkan Britain ketika zaman tersebut, perlulah dilakukan berdasarkan kepada sebuah undang-undang khas yang dinamakan 'Peraturan Orang Miskin' atau Poor Law, digunakan British sebagai garis panduan tindak-tanduk mereka dalam menolong orang susah.",
"Walaupun ketika itu Britain sedar masyarakat di Ireland sedang berdepan krisis besar, British memilih untuk hanya bertindak secara minima dengan meningkatkan jumlah import gandum dan jagung ke Ireland bagi menggantikan kentang, selain membuka kantin awam yang menyediakan makanan asas kepada penduduk yang kelaparan.",
"Jika dibandingkan dengan situasi yang dihadapi di Ireland, bolehlah kita katakan apa yang Britain lakukan hanyalah 'kerja sambil lewa.'",
"Apa yang lebih membuatkan orang Ireland menyirap, mereka sudahlah dalam keadaan lapar dan tidak bertenaga, Britain pula datang memaksa mereka bekerja.",
"Ini disebabkan peraturan orang miskin British mendefinisikan secara am 'mana-mana orang yang berkemampuan tetapi menjalani hidup susah adalah orang malas'. Jadi British bertindak membantu berdasarkan definisi tersebut.",
"Mereka hadir ke Ireland, mengarahkan mana-mana lelaki yang ada kudrat untuk bekerja dalam pembinaan awam seperti membangunkan jalan raya bagi menjana pendapatan agar tidak dikategorikan sebagai malas.",
"Usaha orang Ireland untuk mendapatkan bantuan melalui pemimpin setempat gagal mendapat balasan lebih baik daripada kerajaan Britain, mengakibatkan ramai melihat tindak tanduk British seperti sengaja membiarkan mereka mati kebuluran.",
"Pada tahun 1847 Permaisuri Victoria yang sebelum itu perlu berhadapan kritikan segelintir pemimpin Britain sendiri kerana didakwa langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku di Ireland sebuah jajahan mereka, bertindak mendermakan £2,000 kepada masyarakat Ireland.",
"Seiring dengan protokol British, jumlah sumbangan £2,000 yang dikeluarkan Victoria mesti kekal sebagai jumlah sumbangan terbesar melibatkan mana-mana pihak, tak kiralah dari ketua kerajaan mana sekalipun. ",
"Protokol ini mula tercabar selepas Sultan Abdul Majid I menyatakan hasrat untuk sama membantu; menawarkan £10,000 kepada orang Ireland melalui wakil Baginda.",
"Apabila wakil British di Turki menerima makluman kerajaan Uthmaniyah mahu mendermakan sejumlah sumbangan yang 5 kali ganda lebih banyak berbanding Permaisuri Britain sendiri, wakil Britain melalui wakil mereka melakukan rundingan menggesa agar Sultan Abdul Majid menghormati protokol yang diguna pakai.",
"Sultan Abdul Majid dipinta untuk menurunkan jumlah sumbangan beliau hanya kepada £1,000 bagi menjaga air muka Permaisuri Victoria.",
"Baginda perlu mencari jalan lain untuk membantu dalam masa sama tetap perlu menghormati hubungan diplomasi yang di antara dua buah kerajaan. Jadi Baginda bersetuju untuk menurunkan jumlah sumbangan seperti yang diminta Britain.",
"Walau bagaimanapun Sultan Abdul Majid bertindak kreatif menggunakan kaedah berbeza. ",
"Tiga buah kapal yang diisi dengan bekalan makanan, ubat-ubatan dan peralatan harian diarahkan Sultan Abdul Mejid untuk belayar dari Turki ke Ireland secara sulit. Selepas tidak dibenarkan berlabuh di pelabuhan Dublin yang duduk di bawah kawalan pihak Britain, kapal-kapal Turki itu beralih hala ke sebuah bandar pelabuhan bernama Drogheda.",
"Di situlah ketiga-tiga kapal itu dapat berlabuh tanpa diganggu tentera Britain dan semua bantuan yang dibawa berjaya diturunkan, untuk diagih-agihkan.",
"Masih ingat tentang wang £1,000 yang didermakan Sultan Abdul Majid?",
"Wang itu digunakan masyarakat Ireland untuk menanggung kos penghantaran lebih 250 warga mereka yang mahu behijrah ke Amerika.",
"Sikap British mengambil jalan sambil lewa terhadap kesengsaraan orang Ireland terus meninggalkan kesan kepada reputasi British sehingga ke hari ini.",
"Mendiang Permaisuri Victoria terus dikenali dengan nama jolokan 'The Famine Queen' atau 'Permaisuri Kebuluran' kerana mengabaikan Ireland, walaupun Ireland berada di bawah jajahan British.",
"Sementara itu usaha Khalifah Uthmaniyah membantu dari segi wang ringgit dan bekalan, menjadi antara kisah yang sering diceritakan orang Ireland apabila sejarah mereka dibincangkan. ",
"Pada 2 Mei 1995, sempena memperingati jasa kerajaan Uthmaniyah/Turki, sebuah plak penghargaan dirasmikan oleh Duta Turki di Ireland dan Datuk Bandar Drogheda bagi memperingati peristiwa bersejarah itu. ",
"Walaupun wujud bukti yang mensahihkan kisah di atas benar-benar berlaku, malangnya ada juga pendapat yang menyebut peranan Sultan Abdul Majid I membantu Ireland sebagai dongeng semata-mata. ",
"Pendapat ini disokong oleh ketiadaan dokumentasi lengkap berkenaan kehadiran kapal dari Turki di pelabuhan Drogheda. ",
"Namun satu pendedahan terkemudian berjaya menemui rekod 3 buah kapal asing hadir ke Drogheda membawa muatan makanan dan bekalan, sekitar tahun yang didakwa berlaku.",
"Hanya pada tahun 1849, Permaisuri Victoria mencemar duli hadir ke Ireland melawat. Baginda bagaimanapun enggan hadir ke kawasan yang terjejas teruk, sebaliknya hanya dibawa melawat kawasan yang sudah pulih daripada kesengsaraan.",
"Kerajaan Britain melakukan permohonan maaf secara rasmi kepada orang Ireland pada tahun 1997, hampir 150 tahun selepas kejadian itu - di atas kurangnya keprihatinan mereka terhadap masyarakat di sana ketika zaman kebuluran. "
] |
https://iluminasi.com/bm/5-konsol-nintendo-terawal-di-dunia.html | 5 Konsol Nintendo Terawal di Dunia | [
"Bagi kebanyakan kita, Nintendo telah menjadi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak kita. Sekalipun tidak pernah memilikinya, kita mungkin pernah bermain permainan video dengannya dengan meminjam daripada rakan-rakan yang berkemampuan.",
"Menariknya, sebelum berjaya sebagai syarikat pengeluar permainan video, Nintenndo pada awalnya telah mengeluarkan pelbagai produk yang tidak mempunyai perkaitan dengan permainan video. Perkara inni pernah kami tulis dalam artikel 5 Produk Nintendo Sebelum Mendominasi Dunia Permainan Video. ",
"Anda fikirkan tentang semua konsol permainan yang mereka hasilkan dan anda hanya mahu kembali ke zaman dahulu. Apabila anda melihat foto lama konsol Nintendo, anda pasti akan berasa nostalgia.",
"Sistem Hiburan Super Nintendo (juga dipanggil Super NES, Super Famicom dan Super Comboy) dilengkapi dengan keupayaan bunyi dan grafik lebih baik. Konsol SNES secara rasminya mula dijual pada 21 November 1990 dan dihentikan jualannya pada 25 September (pasaran Jepun) dan 23 Mei 2003 pasaran UK).",
"Semasa zaman Super NES, Super Mario Bros telah menjadi permainan video paling popular di dunia. Oleh itu, tidak hairanlah karakter si tukang paip yang kita semua sayangi ini menjadi ikon dan maskot Nintendo sehingga hari ini. ",
"Konsol permainan generasi seterusnya telah pun bermula dengan pengenalan Sega Genesis. Menariknya, Nintendo tidak tergesa-gesa untuk menyelami perang konsol 16-bit. Ia menunggu sehingga 1990 sebelum Nintendo mengeluarkan SNES yang mengatasi semua pesaingnya dari segi jualan. Ia dianggap sebagai konsol permainan paling berjaya dalam era 16-bit. ",
"Game Boy mungkin merupakan konsol permainan mudah yang paling sinonim dengan jenama Nintendo. Siapa sangka sudah lebih 30 tahun berlalu sejak Game Boy mula dijual dan menjadi begitu popular di seluruh dunia? ",
"Bagi kebanyakan pemain permainan video moden, Game Boy mungkin merupakan pengalaman pertama mereka tentang permainann video sebenar. Dengan peluang bermain permainan yang berbeza pada satu konsol dan bermain dengan berbilang pemain, tidak ramai Game boy cukup popular.",
"Dengan paparan, kawalan dan ciri yang lebih baik, Game Boy menawarkan permainan video sebenar yang dinikmati oleh golongan muda dan tua selama berjam-jam. Game Boy secara rasminya mula dijual pada 21 April 1989 dan dihentikan jualannya pada 23 Mac 2003.",
"Nintendo Entertainment System (NES) dikeluarkan di Jepun sebagai Family Computer (FC) atau lebih dikenali sebagai Famicom. Ia adalah hit komersial besar yang terjual lebih daripada 60 juta unit di seluruh dunia.",
"NES masuk ke pasaran sejurus selepas keruntuhan pasaran permainan video di Amerika Syarikat. Sebelum dikeluarkan, ramai pakar meragui bahawa ia akan diterima ramai dalam ekonomi lemah, terutamanya sebagai konsol permainan video. ",
"Bertentangan dengan jangkaan ramai, NES telah diterima secara meluas oleh ramai orang malah ia membantu menggiatkan semula industri permainan video. Hasilnya, NES menjadi konsol terlaris semasa zaman kegemilangannya. Mula dijual secara rasmi pada 15 Julai 1983, jualannya dihentikan pada 1995 (seluruh dunia) dan 2003 (Jepun).",
"The Game & Watch (juga dikenali sebagai Tricotronic di Eropah) ialah konsol permainan kedua yang dibangunkan oleh Nintendo pada tahun 1980. Ia merupakan konsol permainan mudah alih yang menyaksikan lebih banyak kejayaan daripada Color TV-Game.",
"Ia telah terjual lebih daripada 40 juta unit, jauh lebih tinggi daripada konsol pertama Nintendo kerana Game & Watch telah dijual di pasara luar Jepun. Konsol Game & Watch datang dengan hanya satu permainan. Walau bagaimanapun, anda boleh bermain dalam dua mod, \"Permainan A\" dan \"Permainan B.\" Permainan B biasanya lebih sukar.",
"Game & Watch bukan sahaja mempunyai permainan, tetapi juga mempunyai jam dan jam penggera. Itulah sebabnya ia dipanggil Permainan dan \"Watch\" merujuk kepada jam. Konsol ini dijual secara rasmi pada 28 April 1980 dan dihentikan jualan pada 1991. Namun versi keluaran semula telah dijual pada 2010 dan 2020 - 2021 (skrin warna).",
"Color TV-Game ialah konsol Nintendo tertua dalam sejarah. Dari 1977 hingga 1980, Color TV-Game hanya dijual untuk pasaran di Jepun. Dalam sejarahnya, Color TV-Game hadir dalam empat model.",
"Pengenalan Color TV-Game mendapat sambutan hebat dan disebabkan itu, Nintendo berasa lebih yakin untuk terus mengeluarkan lebih banyak konsol permaina. Tarikh rasmi konsol ini dikeluarkan adalah pada 1 Jun 1977 dan lebih 3 juta unit terjual. Jualannya dihentikan secara rasmi pada tahu 1983.",
"Diilhamkan oleh kejayaan besar permainan Space Invaders dan krisis minyak pada tahun 1973 yang membawa kepada peningkatan kos membuat mainan, Nintendo memulakan langkah awal menjadi pemain besar dalam industri permainan video dengan Color TV-Game. "
] |
https://iluminasi.com/bm/fenomena-jeruk-mangga-jalanraya-ancaman-yang-harus-ditamatkan-segera.html | Jeruk Mangga Di Jalanraya: Fenomena Yang Membahayakan Nyawa | [
"Semakin hari, kegiataan jualan jeruk mangga di persimpangan jalan raya semakin galak berlaku. ",
"Anak-anak muda akan ke hulu hilir menunggu kereta beratur sambil menjinjing bungkusan plastik berisi jeruk mangga yang siap dipekkan, kelihatan di lokasi yang dirasakan strategik. Tidak salah untuk cuba meniaga namun ada kalanya usaha sebegitu sebenarnya boleh membawa lebih banyak risiko kepada masyarakat umum.",
"Pernahkah anda terfikir - adakah perniagaan sebegitu dibenarkan dalam aspek undang-undang? Lebih penting, adakah kita yang membeli boleh melakukannya?",
"Secara peribadi, penulis belum pernah berhadapan situasi kurang enak disebabkan oleh kewujudan peniaga jeruk ini. Ada lah sekali dua kereta di hadapan tak bergerak kerana pemandunya nak beli jeruk, walaupun lampu isyarat dah bertukar hijau.",
"Sudah dilaporkan ada pemandu yang hampir dilanggar kereta lain yang tergesa-gesa mengubah lorong, disebabkan mengejar penjual di lorong sebelah mereka. Ada juga pemandu yang terpaksa menunggu lama kerana pemandu di depan mereka perlu seminit dua untuk berfikir berapa balang jeruk mangga perlu di beli.",
"Baru-baru ini seorang penunggang motorsikal telah merempuh sebuah kenderaan yang cuba mengelak kereta di depannya, yang masih leka nak mendapatkan jeruk mangga. ",
"Perkara asas yang perlu kita semua fahami : tidak dibenarkan sebarang bentuk urusan perniagaan yang dijalankan di persimpangan jalan atau selekoh diselia di bawah Kaedah 10A (1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959.",
"Peraturan ini bukan saja meliputi penjual atau penjaja, bahkan turut sama meliputi pembeli. ",
"Dalam mana-mana sabitan yang didapati ingkar atau melanggar peraturan yang telah ditetapkan, pihak didakwa baik penjual atau pembeli boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara sehingga tempoh maksima 6 bulan. ",
"Anda bayangkan, hanya kerana kepingin nak jeruk mangga, anda boleh dikenakan denda sedemikian rupa? ",
"Walaupun sudah jelas apa saja bentuk transaksi yang dijalankan di atas jalan raya adalah satu kesalahan, malangnya ramai di antara kita ahli masyarakat gemar melihat isu ini daripada aspek emosi dan sentimen. ",
"Kegiatan perniagaan sebegini malangnya kerap disokong segelintir golongan atas sentimen 'mereka yang meniaga sekadar mencari rezeki yang halal' atau lebih teruk 'lebih baik meniaga di jalanan daripada mereka mencuri.' ",
"Daripada logiknya, hujah-hujah sebegitu kedengaran ada kebenarannya. Ini kerana setiap ahli masyarakat perlu diberi ruang bagi mencari rezeki yang baik. ",
"Bagaimanapun dalam situasi sebegini, pendapat berlandaskan emosi atau logik akal semata-mata tidak boleh digunapakai; kerana kemudaratan yang boleh berlaku akibat aktiviti perniagaan sebegini lebih besar berbanding kebaikan yang dibawa.",
"Topik yang paling jarang dibincangkan adalah risiko besar kepada peniaga itu sendiri, meredah panas dan hujan ke sana sini mengejar pelanggan kerana mereka 'bekerja' betul-betul di kawasan sesak yang tinggi kemungkinan untuk berlaku insiden buruk ke atas dirinya.",
"Itu daripada perspektif keselamatan penjualnya. Bagaimana pula dengan keselamatan pembelinya?",
"Dalam satu insiden di Pulau Pinang, sebuah kereta Proton Waja bertindak berhenti mengejut di lorong kanan sehingga mengakibatkan kemalangan di belakang kereta tersebut yang berhenti sengaja mengejut.",
"Apa yang sangat menyakitkan hati - selesai pembelian, Proton Waja itu memecut laju meninggalkan kereta-kereta yang berlanggar sesama mereka. ",
"Adakah beban tanggungjawab kejadian sebegitu jatuh hanya kepada pemandu kereta Proton itu? ",
"Tidak. Pengusaha dan penjual jeruk mangga itu juga sepatutnya sama-sama layak dipersalahkan kerana sudah termaktub dalam undang-undang kita apa yang mereka lakukan itu salah.",
"Kegiatan perniagaan yang dijalankan bukan di tempatnya, boleh mengakibatkan orang-orang tidak bersalah berhadapan masalah kerugian akibat kecuaian pembeli atau mungkin juga peniaga yang gagal memahami situasi.",
"Satu lagi faktor penting yang kurang diperkatakan berkenaan perniagaan sebegini adalah faktor penyediaannya. Jika anda teliti mana-mana kawasan yang wujud penjual jeruk mangga pasti ada sebuah kereta yang mungkin tauke mereka, menunggu dengan balang besar jeruk diletak dalam bonet kereta.",
"Jeruk-jeruk itu akan dipekkan ke dalam balang kecil di tepi jalan, menggunakan peralatan yang minima serta sukar untuk dikenalpasti tahap kebersihannya. Sekiranya ada berlaku keracunan makanan, siapa yang harus dipertanggungjawabkan?",
"Kehadiran individu-individu bertopeng menjinjing balang-balang jeruk mangga ini juga boleh dilihat sebagai satu ancaman kepada pemandu lain. ",
"Penjenayah dengan mudah boleh menyamar sebagai penjual jeruk, menunggu di persimpangan bagi menantikan mangsa yang leka, boleh disamun atau diragut ketika kenderaan tidak berjalan.",
"Kepada penjual-penjual yang memang berusaha mencari rezeki, janganlah terasa pula kalau ramai yang menaikkan tingkap dan mengunci pintu tatkala anda lalu ditepi kenderaan kami. ",
"Kami menulis artikel ini bukanlah untuk menutup pintu rezeki anda, namun ada sebabnya kenapa penjaja atas jalan sebegini adalah sesuatu yang dipersalahkan.",
"Nak cari rezeki yang halal, lakukanlah perniagaan anda dengan kaedah yang tidak membahayakan diri anda dan orang lain. Buanglah sentimen emosi dalam berbicara tentang isu ini. Hendak meniaga, ikutlah caranya.",
"Hendak membeli jeruk mangga? Belilah ditempat yang dikhaskan untuk menjualnya.",
"Janganlah dibeli di tepi jalan takut-takut aksi anda membeli dirakamkan oleh mereka yang marah anda telah melambatkan pergerakan mereka. Silap-silap kena 2 ribu atau 6 bulan penjara."
] |
https://iluminasi.com/bm/6-situasi-buruk-yang-berlaku-dalam-komuniti-flat-kos-rendah.html | 6 Perangai Penduduk Flat Kos Rendah Yang Perlu Diubah | [
"Anda pernah atau masih duduk di kawasan pangsapuri kos rendah? ",
"Pelbagai tohmahan berkaitan mentaliti masyarakat yang tinggal di kawasan sebegitu sering kedengaran serta dijadikan topik hangat perbincangan kita. ",
"Kritikan bersifat negatif sudah menjadi stereotaip biasa, walaupun realitinya bukan semua pangsapuri kos rendah atau 'flat' sama. Penulis pun pernah mendiami pangsapuri kos rendah semasa baru mula kerja dulu, menyewa sebuah flat di ibu kota.",
"Penulis merasalah juga suasana keharmonian dan keakraban masyarakat flat tetapi dalam masa sama turut perlu merasai pahit maungnya. Berikut adalah enam situasi bermasalah yang telah penulis rasai sendiri ketika di sana.",
"Masalah 'chop parking' penduduk flat kerap dijadikan hujah mengkritik tindakan segelintir penduduk pangsapuri yang kurang kesedaran, kurang pendidikan dan tidak mampu mentafsir logik akal untuk memahami satu konsep mudah...Parkir di kawasan flat bukan parkir ayah mereka. ",
"Dengan meletakkan pasu, kon, tong air dan bermacam lagi barangan, mereka merasakan tapak parkir itu sudah jadi milik mereka dan siapa mengganggu 'siap la.' Yang buat lebih haru, ada yang cerdik sikit chop parkir dia guna motorsikal. ",
"Setiap hari motorsikal dia diletak di lokasi sama bila dia perlu keluar menggunakan kereta. Kembalinya kereta, motorsikal dialih ke kawasan 'laman rumah' tidak rasmi mereka seperti seorang pemilik banglo pula. ",
"Bila ditegur, hujahnya mudah - \"dia dah lama parkir di situ jadi secara tak rasmi parkir itu dah jadi milik dia.\" Kita tahu ada penduduk yang mengamalkan chup parkir ni disebabkan masalah orang luar yang sengaja masuk parkir di dalam kawasan mereka jika tiada kawalan sekuriti. ",
"Orang luar berperangai pentingkan diri ini senantiasa mencari jalan mengelakkan bayaran sewaan parkir harian, khususnya di kawasan flat yang letaknya berdekatan stesen pengangkutan awam seperti MRT atau LRT..",
"Tetapi itu tidak menghalalkan kaedah mereka. Nak lawan orang pentingkan diri, kita pun jadi pentingkan diri. Sampai bila masalah nak selesai?",
"Jika aktiviti chop parkir kereta popular dibincangkan dalam pelbagai jenis media, satu lagi aktiviti chop parkir melibatkan motorsikal pun perlu diberikan fokus sama.",
"Sesetengah penduduk flat yang memiliki motorsikal gemar 'mengkhaskan' ruangan kosong berdekatan lif sebagai ruang parkir khas motorsikal mereka. ",
"Ye lah. VIP kan? Takkanlah VIP kena parkir di tempat sepatutnya seperti orang biasa, perlu berjalan kaki jauh untuk naik ke unit kediaman dia?",
"Sudahlah dia chop ruangan itu - apabila ada motorsikal lain cuba mencelah mulalah dia tarik muka. ",
"Yang aneh, dia sebagai pemilik motorsikal yangi parkir di situ merasakan mereka ada kuasa untuk mengeluarkan surat amaran bertulis tangan kepada pemilik motorsikal lain agar tidak parkir di situ.",
"Yang lucu surat amarannya pula ada banyak kesalahan ejaan menunjukkan kita boleh fahamlah latar belakang pemilik berperangai sebegini biasanya.",
"Jika anda berkunjung ke kawasan pangsapuri kos rendah, jangan terkejut kalau tekan-tekan butang lif, ada penduduk yang naik lif sama dengan anda naik dengan motorsikal mereka sekali. ",
"Menyimpan motorsikal dalam rumah merupakan antara kaedah yang diamalkan sesetengah pemilik motorsikal, yang percaya parkir mereka selamat atau mungkin juga sangat paranoid ada orang akan mencalarkan buah hati mereka.",
"Tetamu yang hadir ke rumah-rumah sebegini, tolonglah jangan ingat motorsikal di ruang tamu itu sebagai sofa pula. ",
"Jangan disentuh atau cuba diduduki. Anggaplah motorsikal itu sebagai salah satu perhiasan rumah yang elegan serta membawakan konsep rekaan hiasan dalaman yang unik serta moden.",
"Bagi segelintir kecil unit yang pemiliknya boleh dikatakan langsung tidak ada kesedaran hidup bermasyarakat, tanggungjawab membawa turun sampah ke bawah memang menjadi satu perbuatan berat sangat bagi mereka.",
"Jadi pemandangan biasa di sesetengah pangsapuri adalah sampah sengaja dibiarkan di kawasan kongsi bersama, agar ada manusia yang baik hati dan tidak tahan membantu pemilik sampah mengalihkannya.",
"Bagi pemilik unit yang tingkap mereka bertentangan dengan kawasan-kawasan kosong atau dinding penghadang perimeter kawasan, ramai juga yang gemar mencampak terus sampah ke luar dari tingkap rumah. ",
"Mereka tahu sekiranya mencampak sampah ke bawah ke kawasan sebegitu, sampah itu 'tidak mengganggu sesiapa saja'' sehingga tabiat sebegitu jadi amalan harian.",
"Yang sedihnya, mangsa yang perlu membersihkan segala campakan penduduk kurang rasa tanggungjawab adalah pekerja-pekerja pembersihan. Mereka inilah yang perlu mencuci sisa dapur, lampin pakai buang bayi dan apa saja jenis sampah yang ada.",
"Nak kata penduduk tak tahu siapa yang baling, biasanya mereka tahu. Tetapi selepas dah ditegur berkali-kali pun tak jadi apa, akhirnya apa lagi pilihan yang ada? ",
"Nak denda pun dia buat tak tau saja. Lagipun bagi mereka, buat apa ada pekerja pembersihan kalau sampah untuk dibersihkan tak ada?",
"Satu punca utama masalah mentaliti penduduk di kawasan flatn, berpunca daripada kegagalan penduduk sendiri sebagai sebuah komuniti melaksanakan penguatkuasaan bagi membaiki apa-apa yang 'dah biasa.'",
"Aktiviti chop parkir berlaku tetapi tidak ada pihak berani menegurnya. Gejala buang sampah tetap terjadi kerana tidak ada kaedah khusus mampu dikenakan kepada pelakunya.",
"Penduduk walaupun mempunyai persatuan kadangkala terpaksa lepas tangan dalam hal melibatkan pemilik-pemilik gila yang tidak ada sifat timbang rasa dalam diri masing-masing.",
"Rasa takut atau mungkin juga hormat kerana yang buat onar ni antara yang senior dalam komuniti, mengakibatkan banyak masalah di flat tidak terungkai dan kekal menjadi budaya yang sudah dianggap biasa. ",
"Majoriti penduduk flat memilih untuk beralah, daripada mencetuskan konflik yang akan membawa kepada pergeseran antara mereka. Bergeseran macam mana pun dengan kumpulan sebegini, di situ juga tempat tinggal dia kan?",
"Jika anda tanya penduduk kawasan flat adakah mereka tidak inginkan suasana yang lebih baik untuk membesarkan keluarga mereka, sudah pastilah ramai yang ingin lari dari terus dibelenggu kehidupan sedemikian rupa.",
"Mereka hanya mampu mengharapkan agar kawasan pangsapuri mereka dapat keluar daripada masalah-masalah yang kami senaraikan di atas, menambahbaik kualiti persekitaran serta mendapat kerjasama lebih ramai penduduk sehingga terbasminya masalah kurang kesedaran di kalangan segelintir pemilik atau penyewa.",
"Namun bila dah duduk dalam kawasan berkepadatan padat dalam ruang yang kecil, pelbagai jenis ragam manusia dapat dilihat daripada yang baik sehinggalah yang sangat buruk tabiatnya.",
"Kami yakin majoriti penduduk flat mahu peralatan yang dikongsi bersama seperti lif, taman permainan dan surau dapat dijaga sebaik-baiknya. Bagaimanapun sentimen buruk terhadap masyarakat flat sudah terpahat lama.",
"Hendak berubah macam mana pun, datang seorang individu sengaja kencing dalam lif sehingga tular di media sosial kisahnya, yang dikritik, dicemuh dan dikatakan 'golongan bawahan' adalah penduduk-penduduk yang meneruskan kehidupan di sana. ",
"\"Orang flat, kencing dalam lif ni dah jadi budaya mereka,\" kata kita mudah menilai, tanpa duduk dalam persekitaran sama."
] |