url
stringlengths 50
245
| headline
stringlengths 3
99
| content
sequence |
---|---|---|
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/pastikan-pelaburan-bermanfaat-tidak-belakangkan-alam-sekitar/ | Pastikan pelaburan bermanfaat, tidak belakangkan alam sekitar | [
"KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang diingatkan untuk memastikan pembangunan dan pelaburan dipantau sepenuhnya supaya bermanfaat kepada rakyat tanpa membelakangkan alam sekitar, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Baginda yang menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian kerajaan negeri memuktamadkan tujuh projek pelaburan antarabangsa antaranya dari Singapura, China dan Korea Selatan berjumlah RM11 bilion pada tahun lepas, menambah tidak mahu pelaburan itu sekadar ‘gah pada angka’. “Biar rakyat turut menerima limpahan pekerjaan yang bakal tercipta dan paling penting, semua pelaburan tidak mencemarkan alam sekitar di negeri saya. Projek yang dilaksanakan mesti seimbang antara pembangunan dan menyokong ke arah pelepasan karbon sifar bersih atau net zero emissions. “Ingat dalam usaha kita mengejar kemajuan negara dan negeri, kita tidak boleh sama sekali membelakangkan alam sekitar,” titah bagida pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. Istiadat pembukaan kali ini merupakan kali terakhir disempurnakan oleh Tengku Hassanal memandangkan ayahanda baginda Al-Sultan Abdullah yang kini bersemayam di Istana Negara akan kembali ke Pahang pada tahun hadapan. Keperluan menjaga alam sekitar itu, menurut Tengku Hassanal penting kerana Pahang merupakan negeri kaya dengan sumber asli dan khazanah alam paling bernilai, yang tidak akan bertahan lama tanpa pengurusan dan perancangan tersusun. Walaupun sumber asli Pahang dijangka mampu bertahan selama 150 tahun, namun Tengku Hassanal mahu sumber asli itu dapat bertahan lebih daripada 300 tahun atau lebih lama lagi. “Kita tiada pilihan. Kita perlu merangka strategi untuk beralih daripada sumber ekonomi tradisional seperti hasil tanah mineral dan balak sekarang kepada sumber ekonomi alternatif lain. “Jika kita bersatu dan fokus, Pahang bukan sahaja akan terus berdikari dan (boleh) menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara malah turut menjadi penyumbang utama kepada net zero emissions negara,” titah baginda. Tengku Hassanal juga mengingatkan supaya penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah, kecurian hasil mineral dan penerokaan hutan haram diperhebatkan, dengan agensi terlibat lebih tegas, berani serta profesional tanpa mengira latar belakang pesalah. Pada titah itu, baginda juga menzahirkan penghargaan kepada pentadbiran Pahang kerana mewartakan Hutan Simpan Gunung Aais dan Hutan Simpan Gunung Aais Tambahan di Jerantut sebagai Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah, dalam usaha melindungi spesies haiwan terancam itu. Pada perkembangan lain, Tengku Hassanal juga mahu melihat kadar jenayah di Pahang berkurangan setiap tahun selain program pemerkasaan terus dilaksanakan kepada golongan wanita, Orang Kurang Upaya (OKU) dan masyarakat Orang Asli. – BERNAMA "
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/anggota-bomba-terharu-dihargai-sempena-hari-bomba/ | Anggota bomba terharu dihargai sempena Hari Bomba | [
"LAHAD DATU: Sempena sambutan Hari Bomba ke-78 semalam, Pemuda PAS Lahad Datu mendekati pasukan terbabit sebagai menghargai keringat dan pengorbanan mereka.",
"Ketua Pemuda PAS Lahad Datu Landari Labobo berkata, lawatan itu untuk menzahirkan penghargaan kepada pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat yang bertungkus-lumus ketika menghadapi bencana kebakaran dan banjir.",
"“Oleh itu, jasa anggota Bomba harus dirai kerana mereka memainkan peranan besar bagi menjaga keselamatan rakyat,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Balai Bomba Lahad Datu.",
"Hadir sama ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Lahad Datu. Mereka turut menyerah kek yang bertulis Selamat Hari Bomba kepada pegawai yang bertugas.",
"Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu menyatakan ucapan terima kasih atas keprihatinan Pemuda PAS Lahad Datu kerana menghargai tugas mereka.",
"“Kami sangat tersentuh hati apabila ada yang sudi hadir menyatakan penghargaan terhadap kerja kami. Kami terasa sangat sangat dihargai,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 8/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/covid-19-bukan-lagi-kecemasan-antarabangsa-kkm/ | Covid-19 bukan lagi ‘kecemasan antarabangsa’ – KKM | [
"Menterinya Dr Zaliha Mustafa menerusi kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu susulan daripada hasil mesyuarat Jawatankuasa Darurat Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa(IHR) yang berlangsung pada 4 Mei di Geneva.",
"“Keputusan ini mengambil kira trend global yang menunjukkan penurunan bagi kes kematian Covid-19, kemasukan kes ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta tahap imuniti populasi dunia terhadap virus SARS-CoV-2 yang tinggi,” katanya.",
"Sementara itu, beliau berkata antara penyumbang keputusan tersebut melibatkan kebolehcapaian kepada diagnosis, rawatan, dan vaksin serta pemantauan varian virus SARS-CoV-2 juga menunjukkan tidak menyebabkan jangkitan Covid-19 yang teruk.",
"Sebelum ini, Kementerian Kesihatan melanjutkan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan dari 1 Jan hingga 30 Jun dan menjangkakan penilaian risiko situasi jangkitan Covid-19 akan dilaksanakan pada pertengahan Jun 2023 bagi menyemak semula pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.",
"“Kementerian Kesihatan akan meneruskan langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 berdasarkan protokol sedia ada serta membuat semakan semula dan mengemas kini garis panduan Covid-19 dengan merujuk kepada kenyataan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik Covid-19,” katanya.",
"Kementerian Kesihatan sentiasa komited dan akan terus memantau situasi Covid-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat. – BERNAMA"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/tiada-istilah-curi-air-siti-zailah/ | Tiada istilah curi air – Siti Zailah | [
"KOTA BHARU: “Tiada istilah curi air memandangkan apa yang dilakukan dalam pengetahuan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) serta pihak Bomba dan Penyelamat,” kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.",
"Kata kata beliau AKSB mencadangkan bekalan air diambil daripada pili bomba kerana ia tidak menjejaskan keperluan air apabila berlaku sesuatu kecemasan.",
"“Air daripada pili Bbomba tidak mungkin kering kerana ia sentiasa ditambah secara automatik apabila berlaku pengurangan bekalan air,” katanya ketika dihubungi di sini.",
"Siti Zailah berkata, pada 18 April lalu anggota Bomba dan Penyelamat turut membantu mendapatkan air daripada pili bomba untuk dibekalkan kepada penduduk yang menghadapi masalah bekalan air.",
"Kata beliau juga isu kekurangan tekanan air melibatkan banyak daerah dan bukannya hanya berlaku Rantau Panjang sahaja terutamanya ketika musim kemarau.",
"“Penggunaan saluran paip di Kelantan adalah secara guna sama antara agensi AKSB dan Bomba dan perkara itu sudah sedia maklum oleh semua pihak.",
"Beliau juga berkata, anggota sukarelawan dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen turut membantu sehingga jam 4 pagi mengangkut air setiap hari dihantar kepada penduduk yang ramai memerlukan air. – HARAKAHDAILY 8/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/psi-p-pinang-penternak-pengusaha-restoran-jadi-mangsa/ | PSI P.Pinang: Penternak, pengusaha restoran jadi mangsa | [
"KEDENGARAN rungutan daripada pengusaha ikan sangkar yang majoritinya daripada kaum Tionghua. Banyak sekali ternakan ikan sangkar berhampiran Jambatan Sultan Abd Halim Muadzam Shah (Jambatan kedua) yang kita boleh lihat ketika melalui jambatan tersebut.Semuanya bakal menghadapi risiko jika berlaku penambakan tiga pulau di selatan Pulau Pinang. Mereka boleh gulung tikar. Kekeruhan air laut bakal mematikan ternakan mereka.",
"Hal ini pernah terjadi kepada pengusaha ternakan ikan sangkar di Teluk Bahang iaitu kematian ikan dan juga berlaku kematian ikan di pesisiran pantai bermula dari Batu feringgi sehinggalah Teluk Bahang akibat pembuangan secara haram sisa pengorekkan Pelabuhan Pulau Pinang dahulu.",
"Kapal yang membawa selut yang dikorek itu memuntahkan sisa itu sedikit-sedikit dalam perjalanan ke tempat pembuangan yang ditetapkan. Mereka curi-curi buang. Saya lihat sendiri ikan mati bergelimpangan di permukaan laut sewaktu membuat tinjauan bersama NGO Jaring.",
"Itu baru pencemaran kecil, jika pencemaran berskala besar sudah tentu bakal memusnahkan ikan di lokasi yang besar pula. Sudah pasti ikan ternakanlah awal-awal akan terkesan dan tidak dapat melarikan diri dari pencemaran yang dibawa oleh arus laut ketika pasang dan surutnya.",
"Ini bermakna pengusaha restoran seafood yang menawarkan menu ikan bakar, steam, ikan tiga rasa, gulai dan sebagainya akan menghadapi krisis bekalan ikan siakap, jenahak, ikan merah dan lain-lainnya.",
"Ikan dari laut sangat berbeza dari ikan kolam didaratan. Masyarakat dan rakyat Pulau Pinang akan menghadapi kenaikan harga berganda dan bakal menikmati ikan kolam air tawar yang tidak enak.",
"Begitu juga peniaga ikan di pasar-pasar seluruh Pulau Pinang akan juga menghadapi krisis bekalan ikan. Apabila peniaga tiada bekalan, apakah pengguna, peniaga dan rakyat Pulau Pinang tidak terkesan?",
"Itulah musibah atau kesan yang akan dihadapi oleh seluruh rakyat Pulau Pinang tanpa mengira bangsa. Kesan ini tidak sedikit, bahkan boleh menjejaskan kitaran ekonomi di negeri Pulau Pinang.",
"Oleh itu rakyat Pulau Pinang perlu sedar tentang bencana atau musibah ini dan jalan keluarnya ialah menurunkan Kerajaan DAP-PH yang sangat rakus untuk melaksanakan penambakan tiga pulau itu."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/anak-perlis-julang-nama-malaysia/ | Anak Perlis julang nama Malaysia | [
"KANGAR: Penampilan kali pertama atlet kelahiran Perlis dalam sukan tempur tuan rumah, kun khmer pada Sukan SEA 2023 di Kemboja membuahkan hasil apabila Athachai Saiphawat Kiang menghadiahkan pingat gangsa, Sabtu lepas.Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dalam hantaran di Facebooknya menzahirkan ucapan tahniah kepada beliau kerana berjaya meraih pingat sungguhpun kali pertama beraksi.",
"“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kepada Athachai Saiphawat Kiang atas kejayaannya memenangi pingat gangsa dalam sukan Kun Khmer di SEA Games 2023.",
"“Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada banyak atlet lain untuk mengikut jejak langkahnya dan mencapai kejayaan dalam bidang yang mereka minati. InsyaAllah,” katanya.",
"Atlet keturunan Thailand ini tidak kekok beraksi di hadapan ratusan penyokong tuan rumah di Kompleks Sukan Morodok dengan menampilkan gerakan menarik dalam acara tarian Kun Kruk kategori 54 kilogram.",
"Kun khmer adalah sukan tradisi masyarakat Kemboja yang mirip kepada seni mempertahankan diri muay thai dengan menawarkan keseluruhan 19 pingat emas pada temasya kali ini. – HARAKAHDAILY 8/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/keganasan-etnik-di-india-23000-larikan-diri/ | Keganasan etnik di India: 23,000 larikan diri | [
"IMPHAL, India: Kira-kira 23,000 penduduk telah melarikan diri daripada keganasan etnik di timur laut India yang dilaporkan telah membunuh sekurang-kurangnya 54 nyawa.Pihak tentera India pada Ahad (7 Mei) berkata, walaupun tiada ‘keganasan besar’ baharu berlaku semalam, namun pergolakan di negeri Manipur tercetus selepas perarakan bantahan oleh kumpulan puak sejak Khamis (4 Mei) minggu lalu mencetuskan pertempuran, dengan kenderaan dan kediaman penduduk dibakar dan pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata, lapor AFP.",
"Sehubungan itu, pihak berkuasa tentera telah mengerahkan ribuan tentera ke negeri yang bersempadan dengan Myanmar itu, mengeluarkan arahan ‘tembak pandang’ dalam ‘kes ekstrem’, mengenakan perintah berkurung dan memotong perkhidmatan internet.",
"Sementara tentera berkata, tiada kebakaran besar dilaporkan semalaman dan perintah berkurung telah ditarik balik antara 7 hingga 10 pagi di daerah Churachandpur, salah satu kawasan titik kilat utama.",
"“24 jam lalu juga menyaksikan Tentera Darat meningkatkan usaha pengawasan dengan ketara melalui pengawasan udara, pergerakan UAV & penempatan semula Helikopter Tentera dalam Lembah Imphal,” ujar kenyataan tentera, merujuk kepada kenderaan udara tanpa pemandu atau dron.",
"Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa bagaimanapun belum memberikan angka kematian rasmi tetapi bilik mayat hospital di ibu negara Imphal dan Churachandpur telah melaporkan jumlah keseluruhan 54 kematian.",
"Penamaan ini akan memberi mereka kuota tertentu pekerjaan kerajaan dan kemasukan kolej dalam bentuk tindakan afirmatif yang bertujuan untuk menangani ketidaksamaan struktur dan diskriminasi.",
"L. Sanglun Simte, 29, seorang Kuki yang berkhemah di luar lapangan terbang di ibu negeri Imphal bersama 11 ahli keluarganya sejak Sabtu (7 Mei), menceritakan kengerian ketika keganasan tercetus.",
"Simte, yang telah menempah penerbangan ke Agartala, ibu negara negara jiran Tripura, berkata dia akan kembali hanya jika keselamatan di situ bertambah baik.",
"Sementara Lalpu Suantak, 45, yang bekerja dengan sebuah bank milik kerajaan di Imphal dan juga dari komuniti Kuki berkata, dia melarikan diri dari rumahnya bersama 12 ahli keluarga selepas beberapa rumah dan gereja kejiranan dibakar.",
"“Rumah saya masih belum disentuh (perusuh) tetapi timbul ketakutan apabila kumpulan perusuh membakar sebuah rumah di kawasan kami,” ujarnya kepada AFP.",
"Timur laut India telah menyaksikan beberapa dekad pergolakan dalam kalangan kumpulan etnik dan pemisah yang mencari lebih banyak autonomi atau pemisahan daripada India, dengan sekurang-kurangnya 50,000 orang terbunuh di Manipur sejak 1950-an.",
"Konflik berkenaaan telah berkurangan selama bertahun-tahun, dengan banyak kumpulan yang membuat perjanjian dengan New Delhi untuk mendapatkan lebih banyak kuasa. – HARAKAHDAILY 8/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/ambil-insurans-jika-ke-thailand/ | Ambil insurans jika ke Thailand | [
"KANGAR: Pengambilan insurans ketika berkunjung ke Thailand penting sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perkara di luar jangkaan.Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand, Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata, hal tersebut sebagai persediaan awal jika berlaku kejadian seperti kemasukan ke wad, kemalangan, sakit secara tiba-tiba serta jangkitan Covid-19.",
"“Memandangkan kos rawatan di hospital swasta di Thailand berkemungkinan boleh mencecah beberapa kali ganda lebih tinggi dari tempat kita, maka pemegang insurans akan mendapat perlindungan risiko dalam menghadapi sebarang kemungkinan tersebut,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika mengiringi Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail yang berkenan berangkat menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada dua masjid di wilayah Songkhla, Thailand.",
"Baginda disambut mesra oleh Datuk Bandar Songkhla, Wanchai Parinyasiri; Timbalan Datuk Bandar, Wichakorn Buehom dan juga pegawai masjid ketika di persinggahan pertama, Masjid Asasul Islam.",
"Masjid kedua pula ialah Masjid Assalam yang wakilnya, Kittipong Saengbuamad, menzahirkan rasa terima kasih dan akan menggunakan duit sumbangan zakat MAIPs tersebut dengan sebaiknya.",
"Terdahulu, baginda berdua berangkat tiba di Songkhla City Park berdekatan Pantai Samila, berkenan mengadakan lawatan buat julung kali ke Muzium Ban Nakorn Nai yang diasaskan oleh Krachang Jaruprukphan.",
"Penubuhan muzium itu menghidupkan semula bandar lama Songkhla menerusi pameran barang antik seperti perabot, kayu, meja dan pinggan mangkuk zaman purba China serta potret Raja Bhumibol Adulyadej."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/umno-ph-kelantan-pekak-atau-tohor-politik/ | Umno-PH Kelantan pekak atau tohor politik? | [
"SEJAK semalam sudah tular banyak gambar YB Rantau Panjang bersama pihak bomba dalam pengurusan air di Parlimen tersebut. Kita kira isu ini akan terjawab namun musuh politik Kelantan terus memainkan hal picisan sebegini. Saya ringkaskan sedikit tulisan ini untuk bacaan mereka yang benar-benar mahukan kebenaran.Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah meluluskan bajet untuk wujudkan Lori Air Kontrak (LAK) bagi memudahkan proses penghantaran air kepada mana-mana pengguna yang terjejas atau memerlukan.Penyelarasan penghantaran air adalah melalui DUN atau Parlimen masing-masing setelah pihak DUN mengenalpasti dan melantik LAK ini. Kontraktor LAK kemudiannya akan menghantar air berdasarkan aduan pengguna yg diterima oleh AKSB dan diwujudkan juga satu sistem Permohonan Lori Air ini yang mana AKSB Jajahan akan menghubungi pemandu lori untuk berikan permohonan berkaitan. Sumber air akan diambil daripada dua cara. Pertamanya dari Loji Air yang terdekat dengan permohonan dan kedua dari pili bomba sekiranya jauh dari loji atau tangki. Permohonan menggunakan air dari Pili Bomba telah AKSB dapatkan pada tahun 2018 dan juga 2019.Bagi AKSB, sekiranya mana-mana LAK yang mengambil air dari 2 punca ini, ianya adalah sah dan tidak wujud masalah apa pun kerana LAK terikat dengan lantikan AKSB yang telahpun mendapat kebenaran pihak bomba.Dengan ‘Blanket Approval‘ dari JBP Kelantan, selagi mana yang mengambil air adalah LAK yang berdaftar dengan AKSB, maka ianya tiada isu kerana mereka adalah wakil AKSB yang ditempatkan di DUN-DUN atau Parlimen yang ada masalah air.ABDULLAH FARHANDarulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 8/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/jaminan-pn-jika-menang-prn/ | Jaminan PN jika menang PRN | [
"SHAH ALAM: Jaminan yang diberikan adalah kepimpinan yang bersih dan stabil sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang.Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PN merupakan parti yang amat menekankan kepimpinan yang bersih dan tidak bersifat ekstrem berbanding dengan parti-parti lawan.",
"“Kami sebagai parti PN sangat menghargai semua kaum berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) kerana lihat sendiri tuntutan PH dan Barisan Nasional sendiri (BN) yang bersimpang siur,” katanya.",
"Beliau menegaskan bahawa buktinya adalah melalui sifat mereka (PH dan BN) itu sendiri, yang mana jika tidak menerima tuntutan, maka mereka akan lari ke pihak lain.",
"Tambahan pula, beliau menyatakan bahawa ini adalah satu daripada sifat mereka yang jenis berpolitik ikut cara ekstreme seolah-olah hanya mereka sahaja yang perlu diberikan perhatian dalam apa sahaja keadaan.",
"Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media pada acara Rumah Terbuka PAS di Pusat Perniagaan Worldwide 2, di sini, semalam.",
"“Tuntutan politik yang bersifat sebegitu amat berbahaya untuk negara kita dan oleh sebab itu, kita perlu menghalangnya daripada berlaku,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/tidak-buka-ruang-perbincangan-yang-lebarkan-fitnah/ | Tidak buka ruang perbincangan yang lebarkan fitnah | [
"DALAM menyampaikan berita, Islam menitik beratkan soal kesahihan maklumat, kebenaran dan manfaat hasil dari sebaran itu. Peringatan berbentuk ancaman keras dari Allah menerusi firman-Nya:",
"“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”",
"“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.”",
"Sebelum sebarkan apa sahaja berita yang kita terima, pastikan dulu kesahihannya. Kita membuka ruang perbincangan yang melebarkan fitnah. Adakalanya kita terperangkap dalam ruang gelap yang kita buat.Kita ketawa konon kepada kebodohan orang lain, tetapi lantunan tawa kita kembali kepada diri kita sendiri. Selain merendahkan martabat syakhsiyyah, ia sudah tentu menambah dosa. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira tua atau muda atau latar belakang apa.YB DATO’ DR MOHAMAED FADZLI DATO’ HASSANExco Kerajaan Negeri KelantanADUN Temangan – HARAKAHDAILY 8/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/rtb-belimbing-api-kisah-sedih-yang-akhirnya-dimurnikan/ | RTB Belimbing Api: Kisah sedih yang akhirnya dimurnikan | [
"RANCANGAN Tanah Berkelompok (RTB) untuk tapak rumah di Belimbing Api Jabi antara yang menjadi mangsa selepas pertukaran Kerajaan Negeri tahun 2004. Peserta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebelumnya akhirnya dinafikan untuk mendapatkan geran hak milik masing-masing. Rumah rakyat yang telah dibina juga berdepan tindakan perobohan. Lama kes tanah RTB ini berada di mahkamah bila peserta RTB mengambil tindakan memanjangkan kes ini ke mahkamah untuk menuntut hak.Setelah pertukaran Kerajaan Negeri PRU 2018, kita terus ambil tindakan untuk mengembalikan hak kepada yang berhak dengan pemberian geran hak milik. Mana-mana peserta yang telah meninggal, ia diberikan kepada waris terdekat. Alhamdulillah, semuanya telah diselesaikan dalam tempoh kurang 2 tahun selepas PRU 2018. Bermula pagi semalam, pihak JUPEM memulakan kerja-kerja menanam ‘batu ttaro’ lot-lot tanah bagi pengeluaran Final Title (FT).Sebelum ini, kawasan tanah RTB ini telah diceroboh dengan kegiatan curi tanah tanpa penguatkuasaan. Permukaan tanah yang bertukar menjadi kolam ini telah dipulihkan semula untuk dijadikan tapak rumah. Kerosakan yang ditinggalkan telah berjaya dibaik pulih sepenuhnya. Rakyat Jabi bertanggungjawab di hadapan Allah untuk memastikan ‘kerosakan’ ini tak berulang lagi di hari depan.YB DR AZMAN IBRAHIMPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 8/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/08/yb-pas-cemerlang-di-mata-rakyat/ | YB PAS cemerlang di mata rakyat | [
"SITUASI semasa kemarau beberapa tempat di Rantau Panjang melibatkan tindakan segera Ahli Parlimen Rantau Panjang menggunakan pelbagai kaedah mendapatkan air untuk rakyat adalah sebahagian contoh kebijaksanaan dan kesungguhan pemimpin PAS dalam membantu rakyat.Inilah kesan sekatan bantuan air oleh Persekutuan bermula penarikan semula peruntukan bagi projek BAKU 1990 di Kelantan dan sekatan-sekatan bantuan selepas itu dan malangnya diteruskan oleh kerajaan hari ini.Cybertroper PH-BN tidak perlu meloncat di dahan yang rapuh dalam isu ini, dikhuatiri jatuh bersekali pokok.Memperkecil usaha pimpinan negeri membantu rakyat ditindas Kerajaan Persekutuan yang terus-terusan berdendam politik adalah langkah sadis yang memualkan.YB-YB PAS, teruskan usaha membantu rakyat dan ternyata kita tidak salah memberikan undi. Salam hormat.MOHAMAD KAMAL MOHAMEDKetua PemudaDewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 8/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/lipis-jerantut-penyumbang-hasil-tetapi-masih-ketinggalan/ | Lipis, Jerantut sumbang hasil tetapi masih ketinggalan | [
"KUANTAN: Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Lipis dan Jerantut masih ketinggalan sedangkan kedua-duanya adalah penyumbang besar hasil.",
"“Tapi sayangnya hasil itu gagal dapat kepada daerah-daerah tersebut,” ujarnya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.",
"“Kita bimbang akan berlaku dua perkara. Pertama berlaku ketirisan hasil yang menyebabkan kita hilang hasl kerana pemantauan. Daerah perlu memantau hasil.",
"“Hasil kita dapat lebih sekiranya pemantau lebih rapi di peringkat daerah dan daerah mendapat hasil daripada pengeluaran hasil daerah masing-masing,” katanya.",
"Dengan cara itu, ujar beliau pihak pentadbiran mempunyai dana yang boleh membangunkan daerah tersebut dan akan berlaku kesimbangan pembangunan pada setiap daerah. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/hindari-politik-dalam-gua/ | Hindari politik ‘dalam gua’ | [
"PADA Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini saya telah berjumpa dengan seorang sahabat yang menderita akibat penyakit kencing manis (diabetes). Ketika bulan Ramadhan yang lepas, dia telah dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang agak lama. Sebahagian dari kakinya terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawa beliau. Walaupun kaki itu penting untuk meneruskan kehidupan tetapi nyawa itu lebih penting. Doktor terpaksa memotongnya untuk mengelakkan kemudaratan yang lebih besar.Begitu juga di dalam hidup di mana kadang-kala kita perlu membuat pengorbanan untuk mengelakkan kemudaratan yang lebih besar. Bagi mereka yang tidak memahami keadaan yang sebenar, sudah tentu agak payah untuk memberi kefahaman kenapa pengorbanan itu perlu dilakukan. Seperti keputusan doktor untuk memotong kaki sahabat saya itu kelihatan kejam bagi mereka yang tidak faham. Sudah tentu bukan satu tugas yang mudah untuk meyakinkan sahabat saya dan keluarga beliau bahawa kaki itu mesti dipotong.Perkara yang sama juga satu perkara biasa di dalam politik. Bukan sahaja pengorbanan itu perlu untuk mengelakkan kemudaratan atau kerugian yang besar malah pengorbanan itu amat perlu untuk meraih keuntungan yang lebih besar. Bezanya parti politik dari kawan saya yang kehilangan kaki adalah lebih ramai yang perlu diyakinkan dan bukan sekadar isteri, anak-anak atau saudara-mara terdekat. Parti politik pasti memiliki bilangan ahli-ahli yang begitu ramai. Sekiranya ahli-ahli tidak dididik untuk menerima keputusan pimpinan maka sudah tentu keadaan akan menjadi haru biru. Malah musuh-musuh politik akan cuba mengambil kesempatan.Baru-baru ini saya terjumpa satu video lama di dalam YouTube mengenai satu forum di antara kerajaan dan pembangkang di Singapura pada tahun 80-an. Di antara yang mewakili kerajaan adalah Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan bakal Perdana Menteri Goh Chok Tong daripada People’s Action Party (PAP). Turut kelihatan adalah Ahmad Mattar seorang Ahli Parlimen Melayu juga dari PAP. Sementara di antara yang mewakili pembangkang adalah Ahli Parlimen Chiam See Tong daripada Singapore Democratic Party (SDP) dan Jufrie Mahmood yang beberapa kali menjadi calon Parlimen sama ada untuk SDP atau Workers’ Party (WP).Di dalam ucapan beliau, Lee Kuan Yew berkata PAP terpaksa meletakkan calon-calon Melayu di kawasan-kawasan majoriti Cina. Beliau melakukannya walaupun mendapat aduan dari pengundi-pengundi Cina yang tidak berpuas hati dengan Ahli Parlimen Melayu yang menang. Mungkin terdapat perbezaan budaya dan bahasa. Pada mulanya penyelesaian PAP adalah dengan menggantikan Ahli-ahli Parlimen tersebut dengan Ahli Parlimen Melayu yang lain tetapi selepas setahun, masih terdapat pengundi yang tetap mahu Ahli Parlimen Cina. Akhirnya mulai 1988, Singapura memperkenalkan Group Representation Constituency (GRC) di mana satu pasukan calon akan bertanding dan bukan individu. Pasukan ini terdiri dari calon-calon dari pelbagai kaum termasuk dari kaum minoriti seperti Melayu atau India.Kita boleh memahami kenapa PAP membuat pengorbanan tersebut. Pemerintah Singapura telah membina flat-flat HDB (Housing Development Board) dengan menggantikan kampung-kampung Melayu sehingga tidak ada kawasan Parlimen yang memiliki majoriti pengundi Melayu. Namun calon-calon Melayu adalah penting untuk PAP yang mahu memberi persepsi bahawa mereka mewakili semua kaum. Pada tahun-tahun 60-an selepas berpisah dari Malaysia dan tahun-tahun 70-an, pembangkang seperti WP, Barisan Sosialis (BS) serta Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) adalah lemah dan tidak mungkin memenangi mana-mana kerusi Parlimen namun representasi semua kaum amat penting bagi pemerintah republik itu.Singapura adalah sebuah negara yang kecil walaupun penduduknya ramai. Mungkin lebih mudah untuk mendiang Lee Kuan Yew atau mana-mana Setiausaha Agung PAP menguasai cawangan-cawangan atau ahli-ahli mereka. Tetapi Malaysia adalah lebih luas dan terdapat banyak perbezaan di antara satu negeri dan satu negeri yang lain. Justeru di Malaysia adalah lebih mencabar. Masalahnya adalah jika terdapat pimpinan atau ahli yang hanya dapat melihat suasana di negeri atau daerah masing-masing dan bukan suasana negara secara keseluruhan. Walau bagaimanapun di dalam politik hari ini, satu perkembangan di satu negeri malah satu daerah akan memberi kesan kepada senario politik di seluruh negara. Malah perkembangan di peringkat kawasan Parlimen atau DUN sekalipun berupaya memberi kesan kepada peringkat nasional. Hari ini bukan masanya untuk membuat keputusan yang terburu-buru.Kita memerlukan pimpinan dan ahli-ahli yang bukan sahaja dapat memahami suasana di hadapan mata mereka. Tidak memadai mereka hanya memahami suasana dan keperluan di negeri mereka, kawasan Parlimen mereka atau DUN mereka sahaja. Mereka perlu berupaya memandang lebih luas dan lebih jauh. Sama ada yang melibatkan isu-isu semasa atau kerusi-kerusi untuk ditandingi, mereka perlu terbuka dan perlu sensitif kepada keperluan pada peringkat yang lebih tinggi. Kita berada di dalam era dunia tanpa sempadan. Media sosial mempercepatkan penyebaran maklumat dan mendekatkan kita semua. Sebarang tindakan sama ada bijak atau bodoh tidak dapat disembunyikan. Tidak boleh lagi berpendirian, ‘Kami di sini ok aje’ kerana setiap perkembangan itu berkait-kait. Politik ‘dalam gua’ itu tidak lagi relevan.DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMADBendahari PAS Pusat9 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/junjung-titah-pemangku-raja-pahang-jangan-derhaka/ | Junjung titah Pemangku Raja Pahang, jangan derhaka | [
"SIDANG Dewan Negeri Pahang bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua baru sahaja dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.",
"“(Tempoh) 66 tahun ini sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat,” titah Baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang.",
"Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, kami amat menjunjung titah Baginda Pemangku Raja Pahang yang sentiasa memikirkan soal rakyat Tuanku dan adil dalam mengemudi pemerintahan di negeri Pahang.",
"Buat YAB MB dan ADN Kerajaan BN-PH, sudah-sudahlah amalkan politik lapuk dengan menyekat hak ADN daripada pembangkang. Berjiwa besarlah demi kesejahteraan rakyat dan Negeri Pahang. Keadilan itu bukan dinilai berasaskan jalur politik pemerintah semata-mata. Wakil yang dipilih dalam sistem demokrasi adalah pilihan rakyat dan Kerajaan BN-PH perlu menghormati suara rakyat dan menghormati titah diraja ini.",
"“Sesungguhnya Allah menyuruh kalian berlaku adil, dan berbuat kebajikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kalian (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kalian mengambil peringatan dengan mematuhi-Nya.” (Surah al-Nahl: 90)",
"Akhir kata, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menjunjung titah ucapan Pemangku Raja Pahang dan mendoakan Tuanku sentiasa berada di bawah lembayung Rahmat Allah. Aamin."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/memorandum-isu-gangguan-bekalan-air-pahang/ | Memorandum: Isu gangguan bekalan air Pahang | [
"AIR merupakan keperluan asas bagi rakyat. Sebuah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab wajib mengurus dan menyelesaikan dengan baik isu keperluan asas terutama isu bekalan air ini.",
"Pahang terkenal sebagai sebuah negeri yang mempunyai sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia tetapi masih mempunyai masalah bekalan air yang tidak diselesaikan secara tuntas oleh kerajaan yang memerintah atas alasan yang munasabah.",
"Menjelang Syawal tahun 2023 ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menerima pelbagai rungutan, rintihan serta tuntutan daripada rakyat mengenai isu air yang tidak pernah selesai. Tambahan, ada juga segelintir rakyat yang meluahkan aduan mereka melalui laman-laman media sosial terutama semasa musim perayaan baru-baru ini.",
"Rakyat bukan tidak boleh bertoleransi jika pelan pemulihan isu air dilaksanakan dengan efektif dan berkesan, tetapi alasan yang diberikan membuatkan rakyat cukup kecewa seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat untuk menyambut Aidilfitri baru-baru ini.",
"1. Apakah pelan strategi Pengurusan Pahang Air Berhad dalam menyelesaikan isu air ini yang masih berlarutan saban tahun dan apa jaminan keberjayaannya?",
"2. Apakah punca Pengurusan Air Pahang Berhad mengalami kerugian pada tahun 2021 sebanyak RM128,982,890 iaitu peningkatan kerugian sebanyak RM8,542,977 daripada tahun 2020 dan telah mencatatkan kerugian terkumpul setakat 31 Disember 2021 iaitu sebanyak RM934,842,638? Apakah akah pelan strategi bagi memulihkan kewangan Pengurusan Air Pahang Berhad?",
"3. Adakah peningkatan hutang dagangan sejumlah RM299,691,441 sepanjang tempoh 3 tahun bermula 2019 hingga 2021 ini merupakan antara punca masalah air di Pahang berlarutan? Apakah pelan pemulihan hutang yang telah dirangka oleh pihak kerajaan bagi membantu Pengurusan Air Pahang Berhad?",
"ii. Memastikan projek-projek naik taraf infrastruktur bekalan air seperti loji rawatan air dan tangka (reservoir) dilaksanakan segera terutama di lokaliti berisiko berlakunya gangguan air bagi tujuan menampung permintaan dan juga menjamin bekalan air mencukupi kepada rakyat",
"Akhir kata, sekali lagi Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang tegaskan bahawa isu ini sedang membelenggu rakyat negeri Pahang. Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang berharap agar pihak Pengurusan Air Berhad Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang dapat bertindak segera menyelesaikan masalah air yang saban tahun berlaku ini. Jadilah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/peruntukan-titah-pemangku-raja-jadi-topik-utama-media/ | Peruntukan: Titah Pemangku Raja jadi topik utama media | [
"KUANTAN: Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai peruntukan kepada pembangkang, semalam telah diambil oleh semua media utama.",
"Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan Titah Diraja pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.",
"Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN semalam, antaranya menitahkan kerajaan negeri memberikan peruntukan adil kepada ADUN pembangkang.",
"Titah baginda, 66 tahun itu sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan meraikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.",
"Beliau juga berkata, persidangan DUN Pahang kali ini adalah pertama dalam sejarah yang mencatatkan jumlah pembangkang yang paling besar iaitu seramai 17 orang.",
"“Apa yang penting kami memberi komitmen untuk menjadi pembangkang yang konstruktif, pembangkang yang membina, turut mencadangkan beberapa cadangan yang baik bagi pembangunan negeri Pahang.",
"“Kita tidak akan jadi pembangkang yang membangkang kerajaan tapi dalam waktu yang sama kita perlu ada check and balance dalam pembangunan negeri Pahang,” katanya yang juga Timbalan Presiden PAS. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/memorandum-isu-air-dibawa-ke-sidang-dun-pahang/ | Memorandum isu air dibawa ke sidang Dun Pahang | [
"KUANTAN: Pemuda PAS Pahang mengemukakan memorandum isu air yang berlaku di negeri ini kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diusulkan ke dalam persidangan DUN yang sedang berlangsung sehingga Jumaat ini.",
"Ketuanya, Mohd Zarimi Abu Zih menjelaskan memorandum itu dibuat ekoran gangguan bekalan air saban tahun berlaku hampir di semua daerah di negeri ini.",
"“Kita juga mahu mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri berhubung kerugian yang dialami Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.",
"“Atas sebab itu, kita minta Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) PN bawa isu itu pada sidang DUN yang sedang berlangsung untuk perhatian dan tindakan daripada kerajaan negeri agar masalah air yang berlaku dapat diselesaikan,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas menyerahkan memorandum ini kepada Adun PN yang diketuai Adun Cheka, Tuan Ibrahim di Wisma Sri Pahang di sini, semalam.",
"Hadir sama, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar, timbalannya, Andansura Rabu, ketua penerangan, Ahmad Tarmizi Yahaya dan beberapa Adun daripada PN.",
"Sementara itu, Tuan Ibrahim yang merupakan Timbalan Presiden PAS berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah aduan yang dikumpul berkaitan masalah air yang diterima daripada rakyat di seluruh negeri.",
"“Dalam memorandum ini, banyak masalah utama yang disenaraikan termasuk loji-loji rawatan air lama yang perlu dinaik taraf, isu gangguan bekalan air, kes-kes paip pecah dan sebagainya.",
"“Ini, bagi memastikan sumber bekalan air tidak terjejas disebabkan aktiviti penerokaan untuk tujuan pembalakan, pelombongan dan sebagainya,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/neymar-sedia-tinggalkan-psg/ | Neymar sedia tinggalkan PSG | [
"Neymar bersedia untuk meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas ini walaupun kontraknya bersama kelab Perancis itu masih berbaki empat tahun.Sumber memberitahu ESPN, pada masa sama kelab itu bersedia untuk melepaskannya jika tawaran yang tepat menjadi kenyataan.",
"Juara Ligue 1 itu cuba mencarikan kelab baharu untuk Neymar pada musim panas lalu, tetapi tidak mendapat sebarang tawaran konkrit untuk pemain nombor 10 mereka.",
"Pemain antarabangsa Brazil yang berusia 31 tahun pada Februari lalu sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan buku lali, sebelum ini tidak mahu meninggalkan ibu kota Perancis, tetapi sumber berkata. dia telah mengubah fikirannya dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini dan kini bersedia meninggalkan PSG.",
"Minggu lalu, kira-kira 50 ultra PSG muncul di kawasan rumah Neymar, menuntut dia meninggalkan kelab itu. Sumber berkata Neymar telah berubah hati untuk terus kekal di Paris, selain tidak berasa dialu-alukan lagi dan berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk bermain di tempat lain musim depan.",
"Sumber berkata, Neymar lebih suka berpindah ke Liga Perdana Inggeris yang mempunyai beberapa pasukan yang mampu membayar gajinya sebanyak €40 juta setahun dan menampung yuran perpindahan yang besar.",
"PSG membayar Barcelona klausa pelepasan €222 juta pada musim panas 2017 untuk membawa Neymar ke Parc des Princes. Kelab Paris itu juga sedia menerima struktur perjanjian dengan pinjaman, termasuk pilihan untuk membuat sebarang perpindahan kekal jika ia akan membantu menggerakkan pemain itu.",
"Pengerusi PSG, Nasser al Khelaifi bertemu pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly pada Februari lalu untuk membincangkan kemungkinan perjanjian untuk Neymar antara kedua-dua kelab.",
"Kedua-duanya telah bercakap sejak itu mengenai Neymar, menurut sumber yang menambah bahawa Boehly adalah peminat besar Neymar dan ingin melihatnya di Stamford Bridge.",
"Neymar tidak akan mempertimbangkan untuk kembali ke negara asalnya, Brazil pada masa ini, dan tidak mahu bermain untuk mana-mana kelab di Sepanyol selain Barcelona, yang tidak mempunyai rancangan untuk menerima kembali pemain bintang itu. – ESPN"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/diplomat-kanada-diusir-dari-china/ | Diplomat Kanada diusir dari China | [
"HONG KONG: Kerajaan China bertindakbalas mengusir seorang diplomat Kanada di Shanghai, sehari selepas Kanada mengumumkan ia akan memecat seorang diplomat China atas dakwaan beliau terlibat dalam usaha menakut-nakutkan seorang anggota parlimen Kanada.",
"Dalam satu kenyataan pada hari ini Selasa (9 Mei), Kementerian Luar China berkata ia mengutuk sekeras-kerasnya perancangan pengusiran diplomatnya yang berpangkalan di Toronto, Zhao Wei, lapor CNN.",
"“Sebagai ‘tindak balas timbal balik’ terhadap Ottawa, Beijing akan mengisytiharkan Jennifer Lynn Lalonde, seorang konsul Konsulat Jeneral Kanada di Shanghai, sebagai ‘persona non grata’ dan telah diminta meninggalkan China sebelum tarikh 13 Mei ini. ",
"Pada Isnin (8 Mei), Kanada mengumumkan akan mengusir Zhao, susulan kenyataan Menteri Luar Negeri Kanada, Melanie Joly bahawa Ottawa tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk campur tangan asing dalam hal ehwal Kanada. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/selangor-untuk-anak-selangor/ | Selangor untuk anak Selangor | [
"MENTERI Besar Kedah Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjadi ‘selebriti’ pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Selangor Ahad 7 Mei lalu di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Selangor di seksyen 13, Shah Alam.Ribuan rakyat berpusu-pusu mahu mendengar ucapannya dan seterusnya hampir sejam berebut untuk bergambar dengan beliau. Beliau dengan ‘sporting‘ dan bersahaja meraikan permintaan mereka.Ternyata anak-anak muda dan rakyat kebanyakan begitu senang dan selesa dengan gaya serta kepimpinan Sanusi, mereka merasakan Sanusi seolah membawa dan mewakili suara serta isi hati mereka. Demikianlah kelebihan tokoh PAS dari Sik, Kedah ini.Di Shah Alam, beliau menyentuh berkenaan pentingnya Selangor dipimpin oleh anak Negeri Selangor. Sama ada disedari ataupun tidak, Kerajaan Negeri Selangor hari ini dipimpinan oleh barisan kepimpinan yang kebanyakannya bukan anak jati Selangor.Menteri Besar lahir luar Selangor dan demikian juga sebahagian besar ahli-ahli Exconya. 3 ahli Exco DAP contohnya, ketiga-tiga bukan anak kelahiran Selangor. 2 Exco PAN juga bukan anak Selangor.Mengapa penting pimpinan kerajaan perlu anak tempatan, menurut Sanusi kerana mereka nanti memiliki citra Selangor. Dalam erti kata lain kehidupan, imej dan keperibadian mereka terbentuk di Selangor lantas mereka tahu naluri dan cita rasa anak Selangor.Bagi sesetengah orang, mungkin isu ini tidak penting asalkan seseorang itu boleh berkhidmat dengan baik. Masalahnya tidak adakah anak Selangor yang boleh berkhidmat dengan baik di negerinya sendiri?Selangor pernah melahirkan anak-anak Selangor yang hebat sebagai Menteri Besarnya antaranya Raja Tun Uda Raja Mohamad, Tan Sri Abd Jamil Rais, Dato Abu Bakar Baginda, Dato Harun Idris, Tan Sri Khalid Ibrahim. Tetapi kini bukan hanya Menteri Besar malah sebahagian besar Exco bukan lagi anak Selangor.Ada yang lahir di Perlis, di Kedah, di Johor, di Perak tetapi hari ini diangkat sebagai Menteri Besar dan ahli Exco untuk memimpin anak-anak Selangor.Tiba masanya menurut Sanusi, anak-anak Selangor diberi peluang untuk berkhidmat kepada tanah kelahirannya sendiri. Ramai yang hadir pada malam itu setuju dan pasti ramai para pengundi di Selangor juga demikian.Sanusi mengisytiharkan kiranya PERIKATAN NASIONAL menang dalam PRN Selangor tidak lama lagi, PN akan pastikan Menteri Besar dan sebahagian besar Exco akan diangkat di kalangan anak-anak Selangor.ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR Setiausaha PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 9/5/2023Sumber: https://fb.watch/kpA9j0T0Gp/?mibextid=Nif5oz "
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/pintu-sempadan-baharu-turkiye-iraq-akan-dibuka/ | Pintu sempadan baharu Türkiye-Iraq akan dibuka | [
"HAKKARI, Türkiye: Pintu sempadan baharu antara Türkiye dan Iraq dijangka dibuka dalam beberapa bulan akan datang, susulan lawatan seorang pegawai tinggi Türkiye di tapak kemudahan baharu itu.Timbalan Menteri Perdagangan Riza Tuna Turagay pada Isnin (8 Mei) hadir memeriksa pembinaan Gerbang Sempadan Umurlu pada masa hadapan, yang terletak di antara Derecik di wilayah Hakkari timur Türkiye dan Erbil utara Iraq, lapor Anadolu Agency.",
"Turagay berkata bahawa kunjungannya ke tapak berkenaan adalah bagi sebagai wakil pihak Menteri Perdagangan Türkiye, Mehmet Mus dan beliau berpuas hati dengan perkembangan kerja-kerja di situ. ",
"Menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk membuka pintu sempadan secepat mungkin, Turagay berkata: “Kami tahu betapa pentingnya ini untuk pembangunan hubungan komersial antara Türkiye dan Iraq, berapa banyak ia akan menyumbang kepada penduduk di rantau ini, dan bagaimana ia akan membawa tenaga ke seluruh rantau ini.”",
"Sepanjang lawatan itu, Turagay diiringi beberapa pegawai lain termasuk Gabenor Hakkari, Idris Akbiyik; Komander Gendarmerie Wilayah, Mejar Jeneral Coskun Sel; Datuk Bandar, Derecik Ekrem Cetinkaya; Ketua Polis Wilaya, Salavat Mete Pinar; dan Pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan Wilayah (Parti AK), Zeydin Kaya.",
"Semasa lawatannya itu, Turagay turut bertemu dengan Gabenor Daerah, Abdulkadir Isik, selain mengadakan dialog dengan peniaga dan orang ramai di kawasan itu",
"“Kerajaan Türkiye merancang untuk membuka sempadan dan menghubungkan jalan-jalan raya kepada trafik penumpang di Iraq dengan kadar secepat mungkin,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/perkhidmatan-awam-lebih-mencabar-kesan-pandemik/ | Perkhidmatan awam lebih mencabar kesan pandemik | [
"Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, situasi itu dapat dilihat kesan pandemik Covid-19 sehingga banyak merubah cara berfikir, bertindak dan melaksanakan dasar kerajaan.",
"“Dan ia memerlukan persediaan secara holistik termasuk dalam aspek psikologi,” katanya pada perasmian Konvensyen Psikologi Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kota Darulnaim hari ini. (Foto atas)",
"Menurutnya juga kesejahteraan psikologi perlu diberi keutamaan dalam usaha membangun sumber manusia yang seimbang aspek kognitif, emosi, tingkah laku dan spiritual.",
"“Maka, kita perlu mendapatkan bantuan dan ilmu berkenaan penjagaan dan kesihatan mental, agar kita dapat memelihara kesihatan akal melalui cara yang betul.",
"“Kadangkala apabila timbul suatu perasaan gelisah dan tidak tenteram di dalam hati, kita berusaha siang dan malam untuk mencari penawar bagi mengubat keresahan tersebut,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/serangan-udara-israel-di-gaza-9-maut/ | Israel serang Gaza: Tiga komander Jihad Islam maut | [
"GAZA: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh termasuk tiga komander pertubuhan gerakan Jihad Islam, selain orang awam dalam serangan udara Israel pada awal pagi hari ini, Selasa (9 Mei).Kenyataan yang diumumkan Kementerian Kesihatan Palestin itu bagaimanapun tidak memberikan butiran terperinci, namun pegawai hospital tempatan pula meletakkan angka kematian mencecah 10 orang.Tentera Israel dalam kenyataannya pula mendakwa telah melakukan serangan ke atas sasaran anggota Jihad Islam di Gaza, yang berkata, tiga komander kanan kumpulan bersenjata itu terbunuh dalam serangan berkenaan, lapor TRT World.“Pengeboman udara (oleh Israel) itu ditujukan ke kediaman tiga komander kanan kumpulan bersenjata Jihad Islam,” ujar kenyataan tersebut.",
"Saksi kejadian berkata, letupan kuat melanda tingkat atas sebuah bangunan pangsapuri di Gaza dan sebuah rumah di selatan bandar Rafah di sini.",
"Tentera Israel berkata pengeboman udara, yang diberi nama kod ‘Operasi Perisai dan Anak Panah itu menyasarkan komander Jihad Islam di utara Gaza, Khalil Bahtini; Tareq Izzeldeen, perantara kumpulan itu antara anggota Gaza dan Tebing Barat, Tareq Izzeldeen; dan setiausaha majlis Jihad Islam, Jehad Ghannam.",
"Sementara itu Jihad Islam yang merupakan sebuah pertubuhan gerakan pejuang Islam di Palestin yang lebih kecil berbanding Hamas yang lebih dominan, mengesahkan bahawa ketiga-tiga Bahtini, Izzeldeen dan Ghannam adalah antara yang maut dalam serangan udara Israel itu.",
"Ketegangan itu dikaitkan dengan peningkatan keganasan di Tebing Barat yang diduduki, di mana Israel telah melakukan serbuan hampir setiap hari sejak beberapa bulan lalu untuk menahan warga Palestin yang disyaki merancang atau melakukan serangan ke atas warga Israel.",
"Dalam menjangkakan serangan roket Palestin sebagai tindak balas kepada serangan udara itu, tentera Israel telah mengeluarkan arahan menasihatkan penduduk komuniti dalam jarak 25 batu (40 kilometer) dari Gaza untuk tinggal berhampiran dengan tempat perlindungan bom yang ditetapkan.",
"Pada minggu lalu, beberapa roket ditembak dari Gaza ke arah selatan Israel, dan tentera Israel bertindak balas dengan serangan udara berikutan kematian seorang anggota kanan Jihad Islam yang mogok laparan dalam tahanan Israel, Khader Adnan.",
"Serangan udara terbaharu itu menyamai serangan pada 2022 yang menyaksikan Israel mengebom lokasi komander Jihad Islam, mencetuskan serangan tiga hari menyebabkan menyaksikan kumpulan gerakan Islam itu kehilangan dua komander tertingginya dan berpuluh-puluh pejuang lain.",
"Namun, rakyat Palestin melihat siri serangan Israel itu sebagai usaha bagi penjajahan maksimum Israel selama 56 tahun di tanah air mereka yang selama ini diperjuang untuk muncul sebagai sebuah negara merdeka pada masa depan.",
"Setakat ini, menurut laporan AS, 105 rakyat Palestin terbunuh akibat tembakan Israel di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis yang diduduki sejak awal 2023. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/kanada-usir-diplomat-china-beijing-ikrar-tindakbalas/ | Kanada usir diplomat China: Beijing ikrar tindakbalas | [
"OTTAWA: Tindakan Kanada yang bakal mengusir seorang diplomat China atas tuduhan cuba menakut-nakutkan seorang ahli parlimen Kanada yang mengkritik Beijing, menjerumuskan kedua-dua negara itu ke dalam pertikaian diplomatik baharu.Menteri Luar Negeri, Melanie Joly dalam kenyataannya pada Isnin (8 Mei) mengisytiharkan diplomat China terbabit sebagai ‘persona non grata’, dan berkata Kanada tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara itu, lapor AFP.Istilah ‘persona non grata’ merujuk kepada undang-undang yang diamalkan sesuatu negara yang melarang diplomat daripada memasuki negara itu sebagai diplomat, atau mengecam diplomat yang sudah bermastautin di negara itu kerana berkelakuan tidak sesuai dengan status diplomatnya.",
"“Kami tetap teguh dalam tekad bahawa mempertahankan demokrasi kami adalah yang paling penting,” kata Joly, sambil menambah bahawa diplomat asing di Kanada telah diberi amaran bahawa jika mereka terlibat dalam jenis tingkah laku ini, mereka akan segera dihantar pulang ke negara masing-masing.",
"“Pihak kerajaan China akan mengambil tindakan balas yang tegas dan semua akibat yang timbul daripadanya akan ditanggung oleh Kanada,” ujar satu kenyataan dari kedutaan China di Kanada.",
"Beijing berkata ia telah memfailkan bantahan rasmi berhubung pelanggaran undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik, dan menuduh Kanada sebagai ‘sengaja menjejaskan hubungan’ dengan rakan dagang kedua terbesarnya itu.",
"Menurut sumber yang mengetahui perkara itu, Zhao Wei, seorang pegawai di konsulat China di Toronto di tengah-tengah urusan itu, telah diminta meninggalkan Kanada dalam tempoh lima hari.",
"Pengusiran beliau berikutan bantahan yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kanada, Michael Chong berhubung dakwaan yang didedahkan oleh media tempatan bahawa agensi perisikan China telah merancang untuk menyasarkan Chong dan saudara-maranya di Hong Kong dengan sekatan untuk mengundi pada Feb 2021 atas usul yang mengecam kelakuan Beijing di wilayah Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai. ",
"Akhbar Globe and Mail pada minggu lalu yang memetik dokumen Perkhidmatan Perisikan Keselamatan Kanada sebagai berkata melaporkan bahawa isu berkenaan sebagai ‘hampir pasti bertujuan untuk membuat contoh ahli Parlimen terbabit dan menghalang orang lain daripada mengambil jawatan anti-RRC (Republik Rakyat China)’.",
"Sehubungan itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dilaporkan telah menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk mengambil tindakan tegas terhadap Beijing berikutan pendedahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini bahawa China berusaha untuk mempengaruhi pilihan raya Kanada 2019 dan 2021.",
"Dakwaan terbaharu itu digunakan oleh pengkritik Trudeau untuk terus menuduhnya sebagai ‘kecenderungan untuk tidak melakukan apa-apa atau kekal tidak berubah’ dalam menghadapi campur tangan asing di Kanada.",
"Hubungan antara Beijing dan Ottawa menjadi tegang sejak Kanada menahan seorang eksekutif tertinggi Huawei pada 2018 yang disusuli penahanan dua warga Kanada di China sebagai tindakan balas Beijing.",
"Ketiga-tiga individu terbabit telah dibebaskan, tetapi Beijing berterusan mengecam Ottawa kerana menyelaraskan dasar China-Washington manakala pegawai Kanada kerap menuduh China campur tangan dalam hal ehwal Ottawa. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/buli-pelatih-tudm-polis-ambil-lebih-10-keterangan/ | Buli pelatih TUDM: Polis ambil lebih 10 keterangan | [
"KUANTAN: Polis merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan berhubung dakwaan buli melibatkan pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan di sini, baru-baru ini.",
"Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata ia termasuk lima pelatih yang mendakwa menjadi mangsa, selain enam pelatih yang didakwa melakukan perbuatan itu.",
"“Mereka dipanggil memberi keterangan sebaik sahaja pihak kami menerima laporan. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih berjalan dengan semua pihak termasuk TUDM memberikan kerjasama yang baik.",
"“Kami sedang mengumpulkan sebanyak mana saksi termasuk penyelia pelatih terlibat untuk melengkapkan siasatan, sebelum kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Khas Sempena Pertukaran Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.",
"Ramli yang menerajui polis Pahang sejak Jun 2021 dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKSK) Bukit Aman mulai bulan ini dan tempat beliau diisi Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman.",
"Sebelum ini, Ramli mengesahkan pihaknya menerima laporan empat lagi pelatih mendakwa turut menjadi mangsa buli di pangkalan udara itu selepas seorang bapa membuat laporan polis mendakwa anaknya dibuli di situ.",
"Sementara itu dalam ucapannya, Ramli mengingatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan termasuk dalam kecerdasan buatan (AI) serta kemahiran teknikal dan kemahiran insani (soft skill) seperti komunikasi, untuk menempa kejayaan lebih baik. ",
"Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Sijil Penghargaan Ketua Polis Pahang kepada 43 warga kontinjen tersebut serta tujuh orang awam. – BERNAMA"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/monsun-barat-daya-dijangka-bermula-15-mei/ | Monsun Barat Daya dijangka bermula 15 Mei | [
"KUALA LUMPUR: Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 15 Mei dan berterusan sehingga September ini yang akan menyebabkan taburan hujan lebih rendah berlaku di kebanyakan tempat pada tempoh itu.",
"Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil yang menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini.",
"“Sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Bagaimanapun, Muhammad Helmi berkata hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi.",
"“Oleh itu, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar, orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini,” katanya.",
"Orang ramai boleh mengakses maklumat cuaca terkini melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi hotline MetMalaysia 1-300-22- 1638 bagi pertanyaan lanjut. – BERNAMA"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/beza-walaun-dengan-walanon/ | Beza Walaun dengan Walanon | [
"WALAUN satu gelaran yang diberikan oleh musuh PAS kepada penyokong PAS yang sangat setia menerima, mendengar dan melaksanakan arahan pimpinan parti dalam semua keadaan. Walaun tidak terkena kepada penyokong BERSATU, GERAKAN ataupun mana-mana penyokong parti lain yang tidak menyokong PH. Gelaran ini timbul beberapa tahun lalu yang disebarkan oleh penyokong PH. Kesetiaan ini juga, tiada dalam parti lain.Ia mengambil dari kata dasar walak, perkataan Arab yang menjelaskan satu bentuk perbuatan kesetiaan kepada pimpinan. Walak ini adalah teras dalam berjemaah dalam Islam. Maka dalam hukum hudud, bughah atau pemberontak, dihukum bunuh. Di mana-mana negara sekalipun, kesetiaan kepada pemerintah adalah wajib bagi semua rakyat. Setia bermaksud bukan menyetujui semua perkara sehingga yang haram juga kita persetujui. Setia di sini adalah bagi melindungi anasir luar daripada mencampuri urusan dalaman negara atau jemaah kita.China, sebuah negara kafir, mengenakan hukuman mati kepada pembelot ataupun rakyatnya yang menentang dasar pemerintahannya. Medan Tiananmen menyaksikan peristiwa berdarah itu dengan pembunuhan kumpulan yang mahukan demokrasi sekitar akhir 80-an. Sesiapa yang menjadi ejen KGB, Russia walaupun mereka adalah rakyat Amerika atau ejen CIA hatta dia seorang Russia, akan dibunuh atau dihukum dengan hukuman yang sangat berat.Berpaling tadah ialah satu bentuk perbuatan yang tidak boleh diterima oleh mana-mana pemerintahan di dunia semenjak dahulu sehingga hari ini. Melawan pemerintah hanya akan melemahkan negara itu. Tetapi bagaimana pula jika pemimpin itu zalim? Ya, kita tidak bersetuju dengan kezaliman pimpinan itu, kita dibenarkan menentang atas nama agama. Sehingga ada Hadis menyatakan jihad terbesar ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim. Tetapi jangan dibiarkan orang luar masuk campur dalam masalah kita. Sebab itu dalam empayar Islam, walaupun mereka tidak bersetuju sepenuhnya dengan pemerintah, baiah atau ikrar setia kepada khalifah adalah wajib dan kerja-kerja seperti perang, mencipta sesuatu, menyebarkan ilmu, tetap berjalan dengan arahan khalifah.Sejarah juga telah banyak mengkhabarkan bahawa pemerintah kita dahulu, sering berhadapan dengan perang saudara kerana merebut kuasa ataupun tempat yang mengeluarkan hasil yang banyak. Dek kerana mahu menang, mereka mula mencari sokongan luar. Ketika itu British dilihat sebagai pemberi bantuan yang sangat berharga. Lalu dicagarkan apa yang dikehendaki British sehingga akhirnya mereka yang mengawal pemerintahan. Kita tinggal gigit jari, terpaksa memohon kemerdekaan dari mereka.Melaka jatuh kerana pengkhianatan dari dalam. Rahsia pertahanan dibuka oleh bajingan kepada musuh yang mana pengkhianat itu sama warna kulit, bahasa dan asal dengan rakyat yang lain. Masjid ditukar kepada gereja yang kemudiannya menjadi tempat tarikan pelancong. Sehingga kini, tidak dapat dikesan keturunan Sultan Melaka untuk mewarisi kembali takhta mereka di Melaka.Manakala ketaatan kepada pimpinan memberikan kekuatan kepada jemaah atau negara itu. Pemimpin tidak perlu menjelaskan semua perkara yang diputuskan di peringkat tertinggi. Ada rahsia yang tidak boleh diumumkan. Keputusan pimpinan adalah secara mesyuwarah dan melihat dari atas ke bawah atau sebaliknya. Tetapi kritikan orang bawahan adalah hanya sekadar dalam lingkungan fikiran dia sahaja. Sebab itu, jika ada peraturan negara yang dibuat mengikut sesuatu ijtihad, ijtihad yang lain jangan diguna sebab nanti bercelaru. Kecuali dia beramal sendiri atas ilmunya.PAS amat bertuah mempunyai ahli yang walak kepada arahan parti. Walaupun pernah pada suatu ketika, mereka terpaksa mengangkat bendera DAP, PKR malah juga Umno, tetaplah mereka tidak berganjak daripada ketaatan itu. Hasil dari kesetiaan dan kepercayaan terhadap keputusan pimpinan ini, PAS kekal relevan dalam arus politik Malaysia malah fungsi mereka sebagai jemaah Islam lebih signifikan sekarang berbanding dahulu kerana sudah banyak kemenangan yang diperolehi hasil mengikut ijtihad pimpinan.Pimpinan PAS bertukar ganti, ada yang keluar parti, ada yang menjadi musuh, ada yang mati, ada yang bersara. Semua mereka itu tidak boleh memesongkan ahli PAS kerana ahli PAS mengikut ajaran Islam. Islam tidak akan mati. Pimpinan hanyalah menunjuk jalan kepada yang benar. Mereka mungkin boleh berubah dan mungkin juga istiqamah. Maka walak itu adalah kerana keputusan pimpinan PAS dibuat berdasarkan Islam. PAS sudah membuktikan yang pimpinan PAS datang dan pergi, hidup dan mati. Manakala Islam yang dipegang oleh PAS, tetap hidup. Walaun PAS sudah teruji dengan terus berjuang atas nama Islam dan mencapai kejayaan demi kejayaan dengan berbagai corak kepimpinan. Walaun PAS hebat. Sebab itu walaun PAS diserang kerana jika hilang walak, maka runtuhlah kepimpinan. Apakah musuh PAS tiada walaknya kepada pimpinan mereka? Ada, malah sangat kuat walaknya. Cuma bezanya ialah atas dasar Islam atau bukan walaknya itu.Hanya satu soalan kepada ‘Walanon’ iaitu gelaran kepada penyokong yang walak tidak terperi kepada Anwar atau Bang Non. Jika Anwar mati, sokongan kamu ke mana? Rafizi atau Saifuddin? Ataupun Lim Guan Eng serta Zahid Hamidi? Jika kamu mendakwa kamu menyokong Islam, kebenaran atau keadilan, kamu berbohong kerana kesemua kemuliaan itu, sudah tiada dalam kumpulan kamu sekarang.Jangan lupa pengakuan dari mendiang Profesor Dr Khoo Kay Kim yang mengatakan bahawa ahli dan penyokong PASlah yang terbaik berbanding semua parti lainMOHD NASIR ABDULLAH9 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 9/5/2023PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/pinjaman-pendidikan-hutang-no-1-paling-berisiko/ | Pinjaman pendidikan: Hutang No.1 paling berisiko? | [
"“Belajar rajin-rajin agar dapat masuk ke mana-mana universiti yang bagus supaya boleh dapat kerja yang bagus-bagus bila dah habis belajar nanti.”Itu merupakan antara nasihat yang sentiasa diberikan kepada anak-anak yang bukan sahaja dilontarkan dalam kalangan ibu bapa, malah juga juga oleh guru-guru sekolah kepada murid-murid.Kesannya, keinginan untuk sambung belajar di mahligai gading bagi mendapatkan segulung ijazah menjadi impian generasi muda bagi mencapai cita-cita yang diinginkan.Maka, kebanyakan generasi muda akan membuat pinjaman pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan seumpamanya.Namun, sejak berlakunya setiap krisis kewangan termasuklah krisis perumahan 2008, diikuti krisis kewangan di Eropah pada tahun 2010 serta bermulanya wabak penularan Covid-19 pada 2020, menyebabkan kehidupan generasi muda masa kini semakin mencabar.Ini kerana berlakunya senario kekurangan peluang pekerjaan yang sedia sehingga menyebabkan mereka mengalami waktu yang amat sukar untuk membayar semula pinjaman pendidikan, lebih-lebih lagi ditambahkan lagi dengan kenaikan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.Tambahan pula, pinjaman-pinjaman pelajaran tersebut mempunyai kadar faedah yang perlu dibayar semula sehingga menyebabkan setiap peminjamnya wajib membayar lebih daripada jumlah wang yang dipinjam.Ia menimbulkan satu persoalan utama yang perlu diketengahkan lebih-lebih lagi dalam setiap diri golongan muda, adakah segala pinjaman pendidikan tersebut benar-benar membantu atau hanya memberikan bebanan pada masa hadapan semata-mata?",
"Menelusuri dan mendalami isu tersebut, ikuti wawancara wartawan HarakahDaily, IKMAL EMIR dengan seorang generasi muda yang juga merupakan penganalisis Pasaran dan Pengasas BigBoys Academy, Mohamad Rizwan Mohd Ramalan.",
"HarakahDaily: Pada pandangan anda selaku generasi muda, adakah golongan generasi muda sekarang banyak terikat dengan pinjaman pendidikan seperti PTPTN, MARA dan yang seumpamanya?",
"Rizwan Ramalan: Secara amnya, hampir semua generasi muda yang masuk ke universiti menggunakan pinjaman pendidikan. Menurut data dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pada tahun 2021 sahaja seramai lebih 500,000 orang peminjam PTPTN tidak pernah membuat bayaran balik yang bagi saya merupakan satu jumlah yang besar. Jadi, ia seharusnya menimbulkan satu tanda tanya mengapa boleh terjadi sebegitu.",
"Mari kita lihat data dari negara maju seperti Amerika Syarikat. Di AS sendiri turut menghadapi pertumbuhan pinjaman pendidikan semakin pesat sehinggakan jauh mengatasi hutang-hutang lain seperti kereta, rumah dan kad kredit. ",
"Makai pandangan saya, ini bukan soal mereka tidak mahu bayar seperti didakwa oleh sesetengah pihak, akan tetapi dalam keadaan krisis ekonomi hari ini diikuti dengan pandemik Covid-19 yang menyebabkan berlakunya pembuangan pekerja-pekerja oleh syarikat yang menyebabkan peluang pekerjaan semakin tipis.",
"Ini menambahkan lagi kesukaran untuk mendapat pekerja dan jika ada sekalipun gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan kos sara hidup lebih-lebih lagi di bandar.",
"Bagi saya sebagai golongan muda, pinjaman pendidikan ini tidak lagi relevan kerana hakikatnya adalah sekalipun kita masuk ke universiti dan mengambil segulung ijazah, akhirnya masih tidak mampu untuk memberijkan gaji yang cukup untuk survival. ",
"Jadi bagaimana pula nak bayar balik pinjaman-pinjaman kewangan? Malah, saya mempunyai seorang sahabat yang berhenti sambung belajar di universiti, namun masih berjaya mendapatkan pekerjaan terbaik serta gaji yang tinggi di institusi bank yang ternama di dunia.",
"Ini jelas membuktikan bahawa mana-mana sijil ijazah sudah tidak membuktikan apa apa yang bernilai pada pandangan saya kerana yang memberi nilai pada pasaran adalah kesedaran dan kompetensi diri. ",
"Contohnya, apa yang kita tahu dan apa kemahiran yang kita ada yang boleh kita pelajari bagi mendapat sumber kewangan walau apa pun serta siapa yang kita kenal (contact lists).",
"Jadi, katakan nak guna pinjaman sekalipun, adalah lebih bagus jika digunakan untuk sertai seminar seminar tempat di mana generasi muda bukan sekadar mendapat ilmu, tetapi juga disertai dengan pengalaman sebenar (hands on experience) yang lebih praktikal serta membina kenalan-kenalan baru untuk masa depan. ",
"Tambahan pula, dengan kewujudan teknologi seperti Google, YouTube, Facebook dan TikTok, dunia pendidikan kini menjadi semakin luas jika berbanding dengan dahulu yang hanya berpandukan sekolah dan perpustakaan semata-mata.",
"Dalam keadaan kegawatan ekonomi terkini, pinjaman ini menjadi lebih berisiko dan berbahaya berbanding pinjaman-pinjaman lain. Ia mungkin menjadi bak ‘pisau yang menikam berbanding pisau untuk memasak’.",
"Buktinya, generasi ini telah masuk universiti, dapat ijazah namun masih tidak berjaya mendapatkan pekerjaan yang setanding untuk menampung kos sara hidup seperti yang saya katakan tadi. ",
"Mengapa golongan golongan muda tidak diberi panduan untuk mengelakkan banyak berhutang sebelum mendapat pekerjaan impak daripada sistem pinjaman di negara ini? Adakah sistem pendidikan di Malaysia yang sebenarnya bermasalah?",
"Menarik soalan ini, hakikatnya sistem pendidikan hari ini tidak lagi sesuai (dengan senario semasa) kerana ia hanya mendidik generasi muda untuk mendapatkan gred yang baik supaya mendapat kerja yang baik, sedangkan peluang pekerjaan semakin berkurangan atau gaji tidak setanding dengan kos sara hidup.",
"Tambahan pula, masalah ini juga adalah kesan daripada kegagalan sistem pendidikan itu sendiri dalam perubahan dunia termasuklah dunia sekarang yang menuju ke arah dunia digital. ",
"Bukan itu sahaja, dengan penciptaan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence), robotik dan automasi (automation) akan perlahan-lahan menggantikan penggunaan tenaga pekerja sedikit demi sedikit. ",
"Saya tidak menafikan bahawa ada ilmu yang tidak terikat dengan peredaran masa (timeless knowledge) – yang menyaksikan pendidikan kewangan lebih-lebih lagi mengenai hutang merupakan satu daripadanya kerana ia amat mengajar kita untuk keluar daripada setiap belenggu hutang walau apa pun jenis hutang itu. ",
"Namun, pendidikan tersebut tidak akan diajar di mana-mana sekolah dan institusi pendidikan di negara ini, dan itulah masalah utama yang kita hadapi sekarang.",
"Nasihat saya kepada golongan muda, sesiapa yang dapat gred yang baik, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan saya nasihatkan mereka boleh memohon biasiswa dari Yayasan, MARA dan seumpamanya. ",
"Jika tidak mampu juga, mereka tidak perlu ke institusi pun kerana mereka boleh sambung belajar melalui kelas-kelas dalam talian seperti Google, YouTube, serta menyertai seminar baik secara offline ataupun online. ",
"Seperti yang telah saya katakan tadi, dunia hari ini tidak sama seperti 20 hingga 30 tahun yang lalu kerana dalam dunia digital, guru-guru online semakin ramai yang boleh kita sertai kelasnya sama ada secara percuma mahupun berbayar tetapi dengan satu sahaja syarat, iaitu kena pilih dengan amat teliti.",
"Ada sebarang nasihat yang dapat anda berikan kepada golongan generasi muda masa kini berkait dengan isu melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan?",
"Bagi saya, daripada menggunakan duit (antara pinjaman atau tunai) untuk sambung belajar ke institusi pendidikan, lebih baik gunakan duit tersebut untuk sertai seminar seminar secara tunai. ",
"Ini kerana generasi muda akan mendapat lebih banyak kemahiran yang praktikal, pengalaman dan juga paling penting adalah kenalan dan rangkaian bahasru yang boleh dimanfaatkan untuk masa depan.",
"Lebih-lebih lagi dengan teknologi zaman sekarang yang semakin maju, kita juga boleh belajar pelbagai kemahiran seperti perniagaan sendiri secara kecil-kecilan termasuklah belajar kemahiran pemasaran seperti closing, trading dan network effect yang jika dibuat betul-betul bukan sekadar menembusi pasaran lokal tetapi juga dapat menembusi pasaran global. ",
"Dengan cara sebegini, kita tidak akan bergantung kepada satu sahaja sumber pendapatan atau kerja makan gaji semata-mata yang pada masa sama dapat meningkatkan ekonomi kewangan kita sendiri.",
"Bagaimanapun, saya ingin meletakkan satu perkara yang merupakan perkara pertama yang amat penting bagi melakukan segala demikian iaitu jangan sesekali ambil mana-mana hutang termasuklah pinjaman pelajaran dan kad kredit walau apa pun.",
"Ini kerana hutang-hutang sebegini memang menarik minat golongan muda lebih-lebih lagi apabila diuji dengan trend kehidupan tetapi ia akan mengikat kita dengan kadar faedah (riba) yang menyebabkan kita tidak mempunyai kebebasan untuk berfikir dan bertindak.",
"Memang saya tidak menafikan ada sahaja golongan muda yang jenis disiplin bayar setiap hutang kad kreditnya tepat pada masanya walau apa pun. ",
"Itu pesanan saya kepada golongan muda dan boleh jadikan apa yang saya kongsi ini sebagai panduan walau apa pun supaya bijak mengambil keputusan yang sepatutnya. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/majoriti-lombong-haram-di-negeri-lain-bukan-kedah/ | Majoriti lombong haram di negeri lain, bukan Kedah | [
"ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menafikan bahawa Kedah antara negeri yang paling banyak tapak perlombongan haram.Menurutnya, 60 lombong haram yang disebutnya ketika Mesyuarat Majlis Mineral Negara (MMN) semalam bukan hanya tertumpu di Kedah, sebaliknya di seluruh negara.",
"“Mereka yang terlibat dengan perlombongan haram di Kedah sebelum ini sudah dicekup (ditangkap) dan didakwa. Maknanya yang masih banyak itu bukanlah di negeri ini (Kedah) sebaliknya di negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.",
"Muhammad Sanusi berkata, beliau juga tidak boleh didakwa kononnya mendedahkan rahsia sulit negara, sebalik menjadi kewajipan untuk membetulkan maklumat salah yang ditularkan.",
"Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam sidang akhbarnya mendakwa 60 tapak perlombongan haram di negara ini yang kebanyakannya melibatkan nadir bumi paling banyak di Kedah, malah dakwaan itu katanya diakui Menteri Besar Kedah sendiri dalam mesyuarat tersebut.",
"Andai dakwaan berkenaan betul, Menteri Besar berkata, sudah tentu semua ‘pakar geologi dan pakar lombong’ Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) sudah ‘raya sakan’ sebelum puasa (Ramadan) lagi menghentam kerajaan negeri.",
"“Sebab maklumat itu salah, saya kena perbetulkan. Oleh itu Jangan tuduh saya dedah rahsia negara pula,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/real-perlu-kelebihan-mental-untuk-atasi-city/ | Real perlu kelebihan mental untuk atasi City | [
"Bos Real Madrid, Carlo Ancelotti percaya bahawa kelebihan mental terhadap Manchester City adalah penting apabila kedua-dua pasukan bertemu di Santiago Bernabeu dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, hari ini.Ancelotti berkata, menewaskan Osasuna 2-1 untuk merangkul kejuaraan Copa del Rey Sabtu lalu, memberikan pasukannya keyakinan yang amat diperlukan ketika mereka bersedia untuk menerima kunjungan pasukan Pep Guardiola yang berada dalam prestasi terbaik.",
"Walaupun sedar bahawa pasukannya perlu berada pada tahap terbaik untuk menewaskan City, Ancelotti berkata mendapatkan kelebihan ke atas lawan boleh berada dalam fikiran dan juga di papan mata.",
"“Kami perlu bermain permainan sempurna esok dan sedar bahawa perlawanan penentuan itu akan menjadi perlawanan kedua. Matlamat kami adalah untuk bertandang ke Manchester dengan kelebihan kecil,” kata Ancelotti pada sidang akhbar, semalam.",
"“Jika anda bermain dengan baik, memberikan masalah kepada saingan anda, letakkan mereka dalam kedudukan yang tidak selesa, ia suatu kelebihan mental.",
"“Permainan bola sepak terdiri daripada beberapa lapisan dan mental adalah bahagian yang besar. Kami perlu bermain dengan baik untuk memberikan tekanan kepada mereka pada perlawanan kedua.”",
"Ancelotti berkata, pasukannya tidak menyediakan rancangan khas untuk menyekat penyerang City, Erling Haaland, walaupun memuji prestasi menakjubkan pemain Norway itu dan percikan yang dibawanya untuk serangan City.",
"“Kami tidak menyediakan perlawanan untuk menyekat seorang pemain, kami sedang bersiap untuk menghentikan keseluruhan pasukan yang kelihatan tidak dapat dihalang,” kata Ancelotti.",
"“Manchester City tidak mengubah gaya mereka demi Haaland. Mereka mempunyai lebih banyak pilihan secara menegak dengan menggunakan hantaran jauh dan pendekatan secara langsung. Namun, mereka masih pasukan yang bermain dengan sangat baik,” katanya.",
"Walaupun bercakap mengenai keperluan pendekatan seimbang, apabila ditanya mengenai strateginya, Ancelotti terlepas pandang bahawa pertahanan mesti menjadi keutamaan utama mereka: “Jika anda bertahan dengan baik, perkara paling buruk yang boleh berlaku ialah seri.",
"“Bagaimanapun tahun lalu, kami melepaskan lima gol dan menjaringkan enam gol untuk menewaskan mereka. Saya akan mengambil masa sekarang untuk mengulangi senario yang sama tahun ini.”",
"“Kemantapan pertahanan juga penting apabila anda berdepan saingan yang menjaringkan tiga gol setiap perlawanan. Kami perlu menjaringkan gol, tetapi saya percaya dengan pengalaman yang kami ada dalam perlawanan seperti ini.” – REUTERS"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/penduduk-terhutang-budi-usaha-gigih-kak-lah/ | Penduduk terhutang budi usaha gigih Kak Lah | [
"RANTAU PANJANG: Ramai penduduk terhutang budi terhadap usaha gigih ahli parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff yang berusaha membekalkan air percuma kepada mereka.",
"Seorang penduduk Abdul Hafiz Abdul Rahim, 34, melahirkan perasaan kecewa usaha ahli parlimen terbabit dipersenda pihak tertentu kerana membantu penduduk mendapatkan sumber air termasuk dari paip bomba pada Ramadan lepas.",
"“Saya sedih ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempersendakan usaha gigih wakil rakyat dan petugas Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang membekalkan air kepada penduduk khususnya di Taman Perumahan Rantau Mas.",
"“Usaha yang dibuat Kak Lah itu amat murni dan kami amat bersyukur dan berterima kasih di atas inisiatif yang diusahanya selama ini.",
"Seorang lagi penduduk Ellyna Salleh, 39 pula berkata, ketika air tiada di kawasan perumahan, tiada yang datang bertanya khabar melainkan Kak Lah dan penghulu sahaja.",
"“Kami sokong 300 peratus di atas usaha Kak Lah membekalkan air pada kami sehingga dapat menikmati bekalan air bersih bagi keperluan harian,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/kerajaan-utamakan-rakyat-dalam-isu-ancaman-haiwan/ | Kerajaan utamakan rakyat dalam isu ancaman haiwan | [
"KAEDAH fiqh yang menjadi panduan dalam kita memutuskan sesuatu urusan pemerintahan. Asasnya ialah maslahah kepada rakyat dalam ruang lingkup yang diizinkan syarak.Contohnya bila berlaku konflik antara haiwan dan manusia. Maslahah yang mana perlu diutamakan? Haiwan atau manusia? Tentunya keutamaan pemerintah ialah rakyat yang bernama manusia.Ancaman dan gangguan gajah, kera, khinzir dan tupai adalah antara yang selalu diadukan kepada kami. Gangguan serta ancaman ini akan menyebabkan kerosakan, kehilangan atau kekurangan kepada penghasilan sektor perladangan dan pertanian negeri seterusnya mengganggu keupayaan jaminan bekalan makanan untuk rakyat.Memang Allah jadikan fitrah kera makan buah, tupai tebuk buah, babi sodok ubi dan gajah makan umbuk nyior atau kelapa sawit dan sebagainya. Hal ini kita sedia maklum. Kerana meraikan fitrah haiwan, apakah kita perlu biarkan saja? Dah rezeki sesama makhluk Allah, orang yang tanam pun dapat pahala! Di sinilah kita perlu balik semula kepada kaedah fiqh tadi. Maslahah haiwan atau maslahah rakyat perlu diutamakan pemerintah? Tambahan pula ancaman ini serius. Setakat makan sebutir dua itu biasa. Marilah duduk di tempat saya dan bersama merasai jerit perih petani yang mengadu permasalahan mereka dengan linangan air mata. Maka kita berusaha dengan pelbagai solusi. Pagar elektrik, lampu LED, letak patung, pasang perangkap, tembak halau, tangkap pindah dan akhirnya terpaksa tembak bunuh. Ianya bukan kebanggaan untuk berlawan dengan makhluk Allah yang lemah. Tetapi sebagai pemerintah, kita perlu melaksanakan tanggungjawab. Ilmu tasawuf perlu seiring dengan ilmu fiqh. YB DR AZMAN IBRAHIMPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/nga-kor-ming-bagaikan-biawak-lapar-bangkai/ | Nga Kor Ming bagaikan biawak lapar bangkai | [
"HABIS isu dah PH-BN nak main sempena PRN nanti. Terbaru dibuat isu YB Siti Zailah (Kak Lah) curi air di pili bomba pula. Silap besarlah YB Kak Lah dijadikan sasaran mereka. Bukan sahaja orang Rantau Panjang, bahkan satu Malaysia tahu kerja kuat dan kerja buat YB Kak Lah sebagai Ahli Parlimen. Hanya puak PH-BN yang terdesak sahaja buat-buat buta mata dan buta hati, tuduh curi air pula. Lebih kelakar isu ini disambar oleh Menteri. Level Cybertrooper sahaja rupanya Menteri era madani ini. Nga Kor Ming dengan rakusnya, ibarat biawak yang lapar dihulurkan bangkai ayam. Sungguh malang ‘langkah tegas’ Nga Kor Ming untuk melindungi pili bomba daripada keperluan rakyat dapatkan air bersih, telah memakan diri sendiri. Nga Kor Ming terpaksa menyorokkan kepala apabila tersebar gambar pihak bomba yang membuka pili bomba bagi membantu rakyat memerlukan air di Rantau Panjang menggunakan Lori Air Kontrak (LAK) di bawah AKSB. Bukan Kak Lah pergi sinsing lengan buka sendiri senyap-senyap di balik gelap malam seumpama seorang pencuri. Bomba buka pun di siang hari siap diambil gambar. Pencuri mana sebarkan gambar selfie sedang mencuri?Apa yang berlaku ini seolah-olah, salahnya menggunakan pili bomba untuk keperluan mendesak rakyat yang berhadapan masalah air.Tiba-tiba, keluar pula beberapa kes ketiadaan air di Pulau Pinang dan mereka gunakan air dari pili bomba sebagai alternatif. Contohnya:1. Penduduk Blok D Fasa II Flat UDA Tanjung Tokong, Georgetown terpaksa mencuci peralatan memasak di pili bomba kerana masalah pam air rosak sejak Mac hingga April 2023.2. Hampir 1,000 penduduk di blok 24, Flat Bukit Gedung, Bayan Baru menadah air dari pili bomba kerana dibelenggu sengsara ekoran mengalami masalah bekalan air terputus lebih 72 jam pada Julai 2022. Ramai netizen persoal, kenapa di Pulau Pinang bila ada masalah air boleh guna pili bomba? Tapi bila di Kelantan guna pili bomba yang dibuka oleh anggota bomba sendiri dikatakan mencuri? Masih belum puaskah orang politik melihat BN aniayai Kelantan sebelum ini? Apakah DAP pula mahu menganiayai Kelantan sebagaimana BN lakukan dahulu?AHMAD FAHMI MOKHTARDarulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/dua-projek-sakit-di-perlis-dipulihkan/ | Dua projek `sakit’ di Perlis dipulihkan | [
"KANGAR: Dua projek ‘sakit’ di negeri ini berjaya dipulihkan dan akan diserahkan kepada agensi pemilik selewat-lewatnya 30 Mei ini.Dua projek berkenaan ialah pembinaan sebuah tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Loji Bekalan Air Kem Oran.",
"Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, baki tiga projek `sakit’ iaitu pembinaan Sekolah Sukan Malaysia Perlis, menaik taraf Kolej Vokasional Kangar dan menaik taraf nat berbumbung Bukit Keteri kepada dewan serbaguna masih dalam pemantauan agensi pelaksana.",
"“Hasil dapatan mendapati dua daripada lima projek ‘sakit’ telah diselesaikan, manakala baki tiga projek dalam peringkat pelaksanaan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM66 juta.",
"“Perkembangan kerja pembinaan membabitkan semua projek ‘sakit’ masih bergerak dan kita berharap selepas ini, tiada lagi masalah dihadapi,” katanya selepas menerima kunjungan Menteri Perpaduan Negara, Dato’ Aaron Ago Dagang di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.",
"Pada pertemuan itu, Menteri Besar berkata, antara aspek yang dibincangkan bersama Aaron Ago ialah bagi melihat semula pelaksanaan projek yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri ini."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/ben-gvir-degil-eu-batalkan-acara-di-israel/ | Ben-Gvir degil: EU batalkan acara di Israel | [
"BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan membatalkan majlis resepsi sambutan Hari Eropah di Tel Aviv selepas menteri pelampau Israel, Itamar Ben-Gvir berdegil untuk turut mengambil bahagian dalam acara tersebut.Dalam satu kenyataan pada Isnin (9 Mei), delegasi EU ke Israel berkata ia masih akan mengadakan sambutan Hari Eropah di Tel Aviv pada hari ini, Selasa (10 Mei) tetapi kesal kerana tahun ini pihaknya telah memutuskan untuk membatalkan penerimaan diplomatik dengan tidak mengadakan majlis resepsi sempena sambutan tersebut.",
"“EU membuat keputusan membatalkan majlis resepsi sempena sambutan Hari Eropah di Tel Aviv kerana tidak mahu menawarkan platform kepada seseorang (seperti Ben-Gvir) yang pandangannya bercanggah dengan nilai-nilai EU,” ujar kenyataan itu, lapor The New Arab. ",
"Laporan mula muncul dalam media Israel pada Ahad (8 Mei) mengenai ketidakpuasan hati EU terhadap Ben-Gvir yang ditetapkan menjadi wakil kerajaan ke majlis resepsi tersebut di Tel Aviv.",
"“Kami tidak menyokong pandangan politik partinya (Ben-Gvir) kerana ia sangat bercanggah dengan semua nilai dan prinsip yang dipegang dan dipercayai oleh EU.",
"Kemudian pada hari yang sama, delegasi EU di Israel mengumumkan bahawa ia membatalkan penerimaan diplomatik (tidak mengadakan majlis resepsi sambutan Hari Eropah di Tel Aviv), tetapi masih akan mengadakan ‘acara kebudayaan untuk orang awam Israel’ untuk meraikan ‘hubungan dua hala yang kukuh dan membina’.",
"Terdahulu, pegawai kerajaan Israel mengesahkan pada Isnin (7 Mei) bahawa Ben-Gvir ‘ditetapkan (oleh kerajaan) untuk menghadiri majlis resepsi anjuran EU di Tel Aviv itu’.",
"Ben-Gvir, dalam kenyataan susulannya mengatakan beliau adalah wakil yang ditugaskan, dan telah mengesahkan bakal hadir ke acara tersebut, malah turut memberikan butiran mengenai ucapan yang dirancang untuk disampaikan pada majlis resepsi diplomatik itu.",
"Ben-Gvir yang mempunyai sejarah kenyataan perkauman mengenai rakyat Palestin, telah didakwa lebih 50 kali pada usia mudanya dengan hasutan untuk keganasan atau ucapan kebencian. ",
"Ben-Gvir menyokong pengilhakan Tebing Barat yang diduduki Israel, di mana dia tinggal di penempatan Yahudi. Penempatan sedemikian dianggap tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.",
"Hari Eropah ialah perayaan tahunan perpaduan dan keamanan Eropah yang menandakan ulang tahun Deklarasi Schuman 1950, beberapa tahun selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, yang meletakkan asas bagi 27 negara blok EU sekarang ini. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/messi-menang-anugerah-sukan-laureus/ | Messi menang Anugerah Sukan Laureus | [
"Kapten Argentina yang menjuarai Piala Dunia, Lionel Messi dinobatkan sebagai Ahli Sukan Terbaik Laureus, manakala juara pecut, Shelly-Ann Fraser-Pryce menerima penghormatan bagi kategori wanita pada majlis anugerah itu, semalam.Messi juga menerima anugerah bagi pihak pasukan bola sepak lelaki Argentina yang dinamakan Pasukan Terbaik Dunia selepas kejayaan di Piala Dunia Qatar 2022.",
"Penyerang Paris St Germain berusia 35 tahun itu pernah memenangi anugerah itu sekali sebelum ini, berkongsi dengan pemandu Formula Satu, Lewis Hamilton pada 2020.",
"“Saya melihat nama-nama legenda luar biasa yang memenangi Anugerah Ahli Sukan Terbaik Laureus sebelum ini: Schumacher, Woods, Nadal, Federer, Bolt, Hamilton, Djokovic… ia benar-benar sukar dipercayai dan suatu penghormatan unik,” kata Messi.",
"Pemain tenis, Carlos Alcaraz yang memenangi Terbuka Amerika Syarikat 2022 dan menjadi pemain nombor satu ranking ATP pula dinamakan ahli sukan yang membuat penampilan terbaik.",
"Christian Eriksen yang pulih daripada serangan jantung ketika Kejohanan Eropah 2021 untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris bersama Brentford dan kemudian Manchester United sebelum bersaing di Piala Dunia bersama Denmark, menerima anugerah kemunculan kembali terbaik.",
"Calon Anugerah Sukan Dunia Laureus dipilih oleh media seluruh dunia, manakala pemenang ditentukan oleh 71 ahli Akademi Sukan Dunia Laureus. Anugerah disampaikan setiap tahun sejak penubuhan akademi itu pada 2000. – REUTERS"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/rumah-terbuka-bersatu-erat-hubungan-rakan-politik/ | Rumah terbuka Bersatu erat hubungan rakan politik | [
"LAHAD DATU: PAS hadir memeriahkan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Lahad Datu, di Dewan Tun Mustapha, di sini kelmarin.",
"Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Lahad Datu, Ustaz Zaki Ibrahim, pihaknya berbesar hati memenuhi jemputan sebagai rakan politik dalam PERIKATAN NASIONAL.",
"Turut hadir Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Nurmia Habba, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS kawasan, Umee Suziana Abd Ghani serta Ketua Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Cawangan Aman Jaya, Kanizam Kamis.",
"Bagi Nurmia, peluang bertemu Srikandi Bahagian Lahad Datu, Beluran, Batu Sapi dan Sandakan digunakan sepenuhnya untuk menjalinkan hubungan baik sesama rakan politik.",
"Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dikelolakan oleh Ketua Bahagian Bersatu Lahad Datu, Ahmad Ali Akhbar Khan Ghulam mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/pas-perak-kehilangan-permata-jemaah/ | PAS Perak kehilangan permata jemaah | [
"BELIAU adalah Almarhum Abang Shamsul Kamal, aktivis PAS sejak zaman dalam Pemuda PAS Perak lagi sehingga usianya menginjak tua. Beliau juga adalah anggota Unit Amal dari awal mulanya Unit Amal Di Perak dan pernah dimasukkan ke dalam ISA sewaktu zaman mudanya. Beliau terus kekal istiqamah dalam perjuangan hingga ke akhir hayat.Telah lama beliau uzur akibat sakit yang dihadapi, isteri beliau meninggal setahun dulu, tinggal di Titi Gantung, Perak. justify;Murabitun PAS yang hebat satu ketika dulu, isterinya orang Amerika yang lebih tua darinya, sanggup beristerikan seorang janda yang sudah ada anak 3 demi menyelamatkan akidah dan anak-anak yatim. Semoga amalnya diterima Allah dan dosanya diampunkan serta ditempatkan bersama para auliya’ dan solehin. Damailah dirimu di sisi Allah tauladan yang kami kasihi.YB USTAZ HAFEZ SABRIKetua PemudaDewan Pemuda PAS Negeri PerakAhli Dewan Negeri Kawasan Manjoi – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/opr-naik-jangan-hukum-rakyat/ | OPR naik: Jangan hukum rakyat | [
"KUALA LUMPUR: Apabila Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan, cukai individu seharusnya diturunkan bagi mengelakkan rakyat ‘dihukum’ dan ‘diseksa’ dari pelbagai sudut demi kelangsungan hidup setiap bulan.Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata demikian, dalam cadangannya agar kerajaan membuat penyelesaian terbaik untuk rakyat dalam mengimbangi situasi ekonomi negara dan kos sara hidup yang kian meningkat. ",
"“Kerajaan perlu membuat penilaian semula mengenai kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia pada 3 Mei lalu,” katanya.",
"Ini kerana apabila Jawatankuasa tersebut telah membuat keputusan untuk menaikkan kadar OPR kepada 3.0 peratus menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkat kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.",
"“Persoalannya, adakah ekonomi negara kita dan isu sara hidup rakyat pada hari ini sudah pulih seperti tahun 2020, sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia?” ujarnya.",
"Menurut beliau, bagi kenaikan kadar OPR ia meliputi dua kesan terhadap individu peminjam iaitu pertama, tempoh pembayaran menjadi lebih panjang ataupun kadar pembayaran semakin tinggi.",
"“Rakyat tidak diberikan pilihan lain, yang mana pada masa ini mereka terpaksa membayar pinjaman yang tinggi dan berdepan situasi getir setiap bulan dengan kos sara hidup yang tinggi. Oleh itu, tindakan menaikkan OPR sememangnya tidak memberi rakyat pilihan yang baik.",
"“Dari sudut ekonomi pula, kenaikan OPR merupakan langkah yang dilaksanakan oleh Bank Pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya kepada HarakahDaily. ",
"Shahir berkata, selain dapat membendung inflasi, OPR yang mengalami kenaikan secara tidak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit Malaysia. Namun begitu, berdasarkan statistik terkini, Inflasi Malaysia kekal 3.7 peratus pada Feb 2023. ",
"“Ini bermakna, tindakan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia menaikkan OPR bakal menyebabkan rakyat kurang memepunyai wang atau pendapatan untuk berbelanja, dengan harapan kadar inflasi akan menurun. ",
"“Amat menyedihkan sekiranya dividen KWSP yang diumumkan pada tahun hadapan tidak dapat menampung kadar OPR yang tinggi,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/rakyat-kelantan-minat-bekerja-sendiri/ | Rakyat Kelantan minat bekerja sendiri | [
"KOTA BHARU: Memilih pekerjaan antara salah satu faktor yang menyebabkan kadar pengangguran masih tinggi di Kelantan pada Februari lepas iaitu 4.1 peratus.",
"Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri, Nora Yaacob berkata, data daripada Jabatan Perangkaan (DOSM) menunjukkan kadar pengangguran di Kelantan tinggi berbanding kadar pengangguran negara iaitu 3.6 peratus.",
"Kata beliau pihaknya mendapati ramai dalam kalangan rakyat negeri tersebut memilih kerja dan tidak sedia keluar dari Kelantan kerana mahu kerja di negeri sendiri.",
"“Kebanyakan rakyat Kelantan mereka minat bekerja sendiri secara tidak formal. Faktor ini juga menyebabkan kadar pengangguran tinggi iaitu 4.6 peratus pada Disember tahun lalu.",
"“Kita bercadang untuk mendapatkan penempatan pekerjaan sebanyak mungkin untuk membantu golongan yang mahu bekerja,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perkeso Kelantan di Wisma Perkeso di sini, semalam."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/tuanku-sebut-kami-dipilih-rakyat-hormati-pilihan-rakyat/ | ‘Tuanku sebut kami dipilih rakyat, hormati pilihan rakyat’ | [
"KUANTAN: Titah Pemangku Raja Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu kerajaan negeri memberikan peruntukan adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang PERIKATAN NASIONAL (PN) disifatkan satu arahan kepada kerajaan.",
"Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, susulan titah itu, penyaluran semula peruntukan yang sebelum ini dinafikan perlu dilaksanakan kerajaan negeri.",
"“Kita merakam penghargaan yang tinggi kepada Tuanku. Secara tak langsung, satu arahan dikeluarkan kepada pihak kerajaan supaya menyalurkan peruntukan kepada semua ADUN.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pejabat Sekretariat Perikatan Nasional (PN), di sini, semalam.",
"Hadir sama, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan beberapa pemimpin PAS dan Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) Pahang.",
"Baginda bertitah, kerajaan perlu raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat dan peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka",
"Tuan Ibrahim yang juga ADUN Cheka itu menambah, kerajaan negeri perlu mengambil perhatian serius terhadap titah Tengku Hassanal dalam menyalurkan peruntukan pembangkang bagi tujuan pusat khidmat dan pembangunan projek kecil di kawasan DUN.",
"“Bukan salur secara terus kepada ADUN, ia disalurkan kepada pejabat daerah, cuma geran sahaja kita minta diserahkan kepada kita. Bukan dalam bentuk wang tunai.",
"“Tapi semua projek segera itu akan diaudit termasuk peruntukan RM5,000 bagi sumbangan hari raya sebelum ini, kami sediakan laporan lengkap supaya tidak timbul berlakunya penyelewengan,” katanya yang juga Timbalan Presiden PAS.",
"“Ketika itu, kami ada peruntukan sebagaimana ADUN lain. Tapi ia terhenti selepas PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka dan Johor sehinggalah sekarang.",
"“Tapi kami tidak tahu siapa penyelaras itu. Justeru dalam sidang dewan ini nanti, kami akan minta pihak kerajaan negeri supaya memberi senarai nama penyelaras itu,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/09/anwar-dicabar-tunjuk-bukti/ | Anwar dicabar tunjuk bukti! | [
"SAYA hairan dengan tindak-tanduk Datuk Seri Anwar sejak akhir-akhir ini.Konon ramai pemimpin dahulu kaya kerana rasuah dan dia punyai berpuluh kotak berkenaan tuduhan ini. Kalau sudah ada dedahlah dan cajlah di mahkamah.Tetapi tidak. Konon nak suruh pemimpin lama isytihar kekayaan mereka dan bantu rakyat miskin. Anwar adalah satu dari pemimpin lama yang dituduh bantu kroni.Dedahlah kekayaan di masa jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan seperti yang dituntut sekarang. Dan bantulah rakyat dengan duit sendiri, bukan duit kerajaan.Di masa yang sama Anwar kononnya mempunyai maklumat mengenai berbilion yang disapu oleh saya dan keluarga saya.Tak payahlah menyuruh saya buat deklarasi kekayaan saya kerana kononnya Anwar tahu. Dia punyai banyak kotak dokumen yang kononnya penuh maklumat berkenaan kekayaan saya.Di mahkamah tunjuk bukti yang ada pada Anwar akan kekayaan saya.Dengan itu pengisytiharan mengenai kekayaan saya akan diketahui dunia.Tak perlu saya isytihar lagi.Tetapi Anwar juga perlu isytihar.DR MAHATHIR MOHAMAD8 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 8/5/2023Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid03hs5ZExjERuaG7oRo6Dm4SVPnwpeK5x9fmxSW3eZho7yjhK8Eg9yoCWzDPrMuVN2l&id=100044516073020&mibextid=ZbWKwL PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/ramai-terbunuh-pertempuran-penunjuk-perasaan-polis-di-pakistan/ | Ramai terbunuh pertempuran penunjuk perasaan, polis di Pakistan | [
"NEW DELHI: Ramai penunjuk perasaan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Pakistan susulan protes yang semakin meningkat di seluruh negara ekoran penahanan bekas perdana menteri Imran Khan.",
"Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA) menggantung perkhidmatan Internet di seluruh negara sehingga diberitahu kelak, atas arahan Kementerian Dalam Negeri, lapor media tempatan.",
"Pada Rabu, mahkamah membenarkan Biro Akauntabiliti Nasional (NAB), agensi antirasuah, menahan Imran selama lapan hari manakala di mahkamah lain beliau didakwa menjual hadiah negara secara tidak sah semasa menjadi perdana menteri antara 2018 dan 2022.",
"Imran menerima layanan buruk sejak penahanannya pada Selasa, menurut seorang daripada peguam beliau selepas bekas perdana menteri itu hadir di mahkamah sementara di kemudahan polis di Islamabad pada Rabu.",
"Sementara itu, pihak berkuasa terus meningkatkan langkah keselamatan di seluruh negara berikutan protes yang semakin meluas di bandar-bandar utama, termasuk Lahore, Peshawar, Islamabad dan Karachi.",
"“Laporan juga menyebut berpuluh-puluh orang tidak bersenjata terbunuh di seluruh Pakistan ketika pasukan polis melepaskan tembakan terus ke arah penunjuk perasaan. Tidak pernah Pakistan menyaksikan kekejaman seperti itu,” kata ketua kanan PTI Hammad Azhar di Twitter.",
"Ketegangan yang berterusan ini mungkin menambahkan lagi masalah ekonomi Pakistan di tengah-tengah rizab pertukaran asing yang semakin berkurangan dan inflasi yang meningkat."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/pendidikan-islam-asas-penting-membangun-umat-islam/ | Pendidikan Islam asas penting membangun umat Islam | [
"KANGAR: Pendidikan Islam merupakan asas terpenting dalam usaha membangun dan memperkasakan umat Islam, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.",
"Baginda bertitah ia penting dalam memastikan generasi umat Islam negeri ini terus berpegang dengan ajaran agama Islam yang sahih berdasarkan manhaj Ahlus Sunnah Waljamaah seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis 1948.",
"“Dalam usaha memperkasakan pendidikan Islam di negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) telah membangunkan kurikulum Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) dan dilaksanakan bersepadu dengan kurikulum Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” titah baginda.",
"Hadir sama dalam majlis malam ini ialah Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Hanifuddin Roslan dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM Mohd Anuar Abd Rani, dan barisan exco kerajaan negeri.",
"Pemangku Raja Perlis itu bertitah, dalam usaha memperkasakan lagi kurikulum itu dan diselaraskan dengan ko-kurikulum di bawah KPM, Sekolah Integrasi Perlis (SIPs) telah diperkenalkan bagi mengoptimumkan pengajian pendidikan Islam negeri ini khususnya di sebelah petang.",
"Baginda bertitah dalam usaha memperkasakan pendidikan islam negeri, Mesyuarat MAIPs yang lepas memutuskan secara dasarnya untuk memberikan kebenaran mengurus kepada JAIPs bagi membangunkan Kompleks di Guar Jentik sebagai Pusat Latihan Islam Negeri. – BERNAMA"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/prn-pas-terengganu-lancar-10-manifesto-berperingkat/ | PRN: PAS Terengganu lancar 10 manifesto berperingkat | [
"Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS negeri, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sedang menyusun langkah untuk memastikan setiap tawaran itu sampai ke akar umbi.",
"“Bermula sekarang hingga pilihan raya negeri nanti usaha itu digarap supaya mesej itu diterima rakyat,” katanya yang juga Menteri Besar Terengganu.",
"Beliau yang juga berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Pantai Peranginan Kelulut, semalam.",
"Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Dato’ Husain Awang sudah mengumumkan dua daripada 10 janji yang ditawarkan dalam manifesto negeri itu jika menang dan mengekalkan pentadbiran pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.",
"Katanya, dua manifesto awal ditawarkan PAS adalah rakyat Terengganu yang bekerja dengan pendapatan maksimum RM4,000 sebulan layak membuat pinjaman pembelian motosikal tanpa faedah.",
"“Kita akan sediakan kemudahan pinjaman pembelian motosikal secara qardul hassan untuk kerjaya maksimum RM4,000 dan khairat kematian RM500 untuk setiap kematian.",
"“Setakat ini, saya boleh maklumkan dua janji sahaja, manakala lapan lagi akan diumumkan pada Program Himpunan Teguh Pertahan (HTP) akan datang,” ujarnya."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/satu-juta-akaun-terjejas-penipuan-keterlaluan-sanusi/ | Satu juta akaun terjejas, penipuan keterlaluan – Sanusi | [
"Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, 1.12 peratus itu mewakili 7,222 akaun yang kini menerima hantaran bekalan air daripada SADA.",
"“Sekiranya daripada 7,222 akaun itu mewakili 10 orang dalam satu keluarga, jumlahnya baharu 70,000 orang. Sejuta itu datang dari mana?” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman, hari ini.",
"Ujar Sanusi, krisis air yang melanda negeri ini bukanlah perkara baharu malah berpunca daripada kesilapan kerajaan sebelum ini yang menangguhkan pembinaan loji rawatan air (LRA) atas alasan untuk membuat kajian harga, lantikan konsultan dan sebagainya.",
"Namun, katanya ketika ini pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat cuba mencuci kelemahan mereka yang lalu dengan meletakkan kesalahan serta menuding jari kepada kerajaan negeri sekarang.",
"“Saya kalau boleh nak tutup dosa orang lain tapi dah mereka dok tembak seolah-olah kita yang salah, jadi saya terpaksalah maklumlah kelewatan serta penangguhan menaiktaraf LRA pada 2018 itu antara penyebab masalah air berlarutan sehingga kini,” jelasnya.",
"Menurut laporan SADA yang dibentangkan pada mesyuarat Exco hari ini, tegas beliau, kos bantuan air (penghantaran menggunakan lori) meningkat pada 2019 (RM1.9 juta) akibat penangguhan pembinaan LRA pada 2018.",
"“Ada pihak membandingkan Kedah dengan Pulau Pinang. Itu sangat tidak adillah. Sebab jajaran paip di Pulau Pinang hanya 2,400 kilometer berbanding di Kedah 13,198.81 kilometer,” ujarnya lagi.",
"Tambahnya, berkenaan perkembangan naiktaraf lima LRA di Pelubang, Lubuk Buntar, Sungai Limau, Jenun Baru dan Bukit Selambau, menurut laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) berjalan dengan baik dan mengikut sepertimana yang dijadualkan.",
"Dalam masa yang sama, SADA kini juga telah membuat persediaan fenomena El-Nino yang dijangka berlarutan sehingga Julai dan akan menyebabkan penggunaan air akan meningkat. – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/pantai-tok-bali-tular-penuh-sampah-milik-persendirian/ | Pantai Tok Bali tular penuh sampah milik persendirian | [
"KOTA BHARU: Pantai Tok Bali di Pasir Puteh yang tular kerana dipenuhi sampah adalah kawasan persendirian dan bukan berada di bawah seliaan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).",
"Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Izani Husin berkata kawasan yang berada di bawah seliaan MDPP sentiasa dijaga oleh pihak yang diberi kontrak pembersihan.",
"“Apabila ada sampah, orang akan ambil gambar dan tular bagi menampakkan Kelantan kotor. Jadi orang akan salahkan kami (kerajaan negeri) dan ini tidak adil kepada kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Kelantan di sini hari ini.",
"Media sebelum ini melaporkan penyanyi dan bekas penyampai radio, Hani Farhana Mohd Hatim, 39, atau dikenali sebagai Hunny Madu terkejut dengan tahap kebersihan Pantai Tok Bali yang sangat kotor dan dipenuhi sampah sarap.",
"Sementara itu, Dr Izani berkata pembuangan sampah harian di seluruh Kelantan adalah sekitar 1,200 metrik tan sehari dan ia meningkat empat kali ganda ketika Ramadan serta Aidilfitri.",
"Dalam perkembangan lain, Dr Izani berkata kebakaran tapak pelupusan sampah di Beris Lalang, Bachok tidak mengganggu proses pelupusan sampah kerana ia hanya melibatkan sebahagian kawasan di tapak terbabit."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/kempen-kesedaran-ibu-bapa-mengenai-autisme/ | Kempen kesedaran ibu bapa mengenai autisme | [
"KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa mengenai autisme dalam kalangan kanak-kanak.",
"Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Dr Izani Husin berkata, bantuan akan diberi bagi membantu menjayakan sebarang program serta kempen kesedaran.",
"“Kita tidak ada kepakaran untuk diagnosis penyakit berkaitan autisme, jadi kita perlu koloborasi bersama Jabatan Kesihatan,” katanya pada sidang media sempena Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Hotel H Elite Tunjong, di sini, hari ini. ",
"Dr Izani juga berkata, melalui kerjasama yang terjalin itu kerajaan negeri akan menanggung kos demi kesihatan rakyat selain untuk mengelak produktiviti kerja menurun."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/kelantan-tubuh-jawatankuasa-tangani-fenomena-el-nino/ | Kelantan tubuh jawatankuasa tangani fenomena El Nino | [
"BACHOK: Kerajaan negeri akan menubuh jawatankuasa bersama agensi negeri dan persekutuan untuk memastikan fenomena El Nino tidak menjejaskan sektor pertanian di Kelantan.",
"Timbalan Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Abdul Azziz Kadir berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan anggota Exco Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.",
"Menurutnya kawasan tanaman padi diberi tumpuan termasuk yang dikelola Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin-Semerak.",
"“Perkara itu dicadangkan anggota Exco Pertanian ketika dialog bersama petani di Surau Kampung Batu Jelawat susulan masalah kekurangan air dan saluran air pecah.",
"“Semua wakil agensi berkaitan pertanian turut hadir dan pada majlis itu kelmarin. Exco memaklum akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.",
"Abdul Azziz yang juga Adun Jelawat berkata, sebagai langkah jangka pendek kerajaan negeri menyediakan peruntukan bagi kawasan yang berhadapan masalah air di kawasan pertanian.",
"Menurutnya juga melalui peruntukan Exco Pertanian, setiap Dun yang terlibat dengan masalah bekalan air menerima peruntukan sebanyak RM20,000 bagi membeli pam air untuk diagihkan kepada petani terlibat. – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/ph-bn-tambah-cemas-ekoran-muncul-isu-numbers/ | PH-BN tambah cemas ekoran muncul isu ‘numbers’ | [
"“Tempoh hampir 66 tahun merdeka, landskap politik perlu berubah.. sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana juga dipilih oleh rakyat,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Dun Pahang.",
"Isu itu muncul ketika Putrajaya belum lagi menyalur peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang. Biarpun rundingan sudah dibuat pada Ramadan lepas, namun buah belum luruh sehingga sekarang.",
"Sedangkan rundingan diadakan pada 6 April lepas dengan Timbalan Perdana Menteri II Fadillah Yusof. Pembangkang diwakili Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin, Ketua Whip Parlimen PN Takiyuddin Hassan dan ahli parlimen Putrajaya Dr Mohd Radzi Md Jidin.",
"Selepas lebih sebulan rundingan dibuat, peruntukan yang dijanji masih tergantung. Sebaliknya pada Isnin lepas Fadillah dilapor memberitahu pembangkang perlu mengemukakan jumlah peruntukan yang bakal diterima ahli parlimen PN.",
"Maknanya seolah-olah ada syarat terselindung. Pembangkang seperti diajak mendukung kerajaan. Serupa seperti dilakukan Anwar Ibrahim ketika mengadakan perjanjian persefahaman dengan Ismail Sabri pada 2021.",
"MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara lain menggaris mewujudkan lebih banyak jawatankuasa pilihan khas parlimen dan menstruktur semula jawatankuasa sedia ada.",
"Selain itu meminda peraturan mesyuarat bagi memastikan prosiding Dewan Rakyat dan Dewan Negara teratur, peruntukan sama rata ahli parlimen kerajaan dan pembangkang. Dan memastikan ketua pembangkang diberi hak dan kemudahan sewajarnya.",
"Turut dipersetujui membentang dan melulus RUU anti lompat parti, mempercepat pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik. Elemen lain mengehadkan tempoh memegang jawatan perdana menteri hanya 10 tahun.Apa yang cuba dibayang Fadillah seolah mengulangi MoU 2021. Sedangkan sebelum itu perdana menteri membayangkan tiada sebarang syarat dikenakan.",
"Anwar mencadangkan ada proses rundingan bagi cari kaedah yang baik. “Saya tidak menolak prinsip memberi peruntukan kepada pembangkang seperti yang diberikan kepada Ahli-Ahli Parlimen kerajaan.",
"Seperti kata orang lama, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina. Nampaknya itulah sebenarnya impian kerajaan PH-BN. Lebih-lebih lagi keadaan tambah cemas ekoran muncul isu ‘numbers’.",
"Ada disebut nombor 126. Maka MoU persefahaman politik dianggap perlu bagi mengekalkan kerajaan PH-BN. Ia bagi mengelakkan berulang seperti penggal lepas. Tiga perdana menteri dalam tempoh sepenggal.",
"Ternyata kerajaan Kelantan berjiwa besar. Atas nama penyatuan ummah wakil rakyat Umno turut menerima labanya. Malah jawatan Penyelia Dun dimansuhkan untuk membolehkan peruntukan disalur terus kepada Adun Umno.",
"Sikap lunak kerajaan PAS Kelantan berpangkal Piagam Muafakat Nasional yang ditangani 14 September 2019. Biarpun Ketua Umno Kelantan Jazlan Yaakob memutuskan hubungan rasmi dengan PAS, namun Adun BN tidak diketepikan.",
"Hasilnya rakyat Machang menolak Jazlan pada Pilihan Raya Umum lepas. Mungkin situasi serupa boleh berulang di Pahang dan Perak selepas ini."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/opr-nak-tarik-pelabur-rakyat-tanggung-beban/ | OPR: Nak tarik pelabur, rakyat tanggung beban | [
"KUALA LUMPUR: Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) di Malaysia yang didakwa bermatlamat untuk menarik pelabur luar bagaimanapun dikhuatiri bakal memperlahankan pertumbuhan ekonomi negara yang boleh menyebabkan harga barang tertentu di pasaran naik secara mendadak.Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata apabila ramai peniaga tidak dapat menanggung kenaikan kos pinjaman perniagaan mereka kerana kadar OPR yang meningkat, jadi kesannya golongan peniaga terpaksa juga menaikkan harga barangan jualan masing-masing.",
"Rafizi dalam kenyataannya mendakwa bahawa ekonomi global ketika ini sudah beralih kepada ketetapan seperti sebelum pandemik Covid-19; dan sekiranya OPR tidak dinaikkan, ia berisiko menyebabkan pelaburan tidak masuk ke Malaysia.",
"Memperincikan hujahnya dalam mengulas kenyataan Rafizi itu, Ahmed Razman berkata, sememangnya antara tujuan kadar OPR dinaikkan adalah untuk menarik pelabur luar negara untuk melabur ke dalam bon (janji hutang) kerajaan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS).",
"“Ini akan memaksa kerajaan menawarkan kadar kupon MGS dengan lebih tinggi untuk menjadikan ia kompetitif dan menarik minat pelabur luar,” jelasnya.",
"Namun menurutnya lagi, kenaikan kupon MGS mengakibatkan kerajaan terpaksa membayar semula hutang tersebut dengan kadar yang lebih tinggi dan bakal membuatkan kerajaan akan berbelanja dengan lebih berkemah.",
"Beliau menegaskan, bagaimanapun yang bakal menanggung risiko kenaikan OPR itu sudah tentu golongan rakyat yang akan terkesan impak penambahan dalam kadar faedah sedia ada hutang-hutang seperti rumah, kereta, kad kredit dan seumpamanya yang menyebabkan kehidupan rakyat yang berhutang semakin dibebani.",
"“Tujuan kenaikan kadar OPR dan kadar faedah kad kredit adalah sama iaitu memaksa penghutang untuk membayar hutangnya tepat pada masanya walau apa pun.",
"“Kesannya kita dapat lihat hanya sebahagian sahaja yang dapat melakukan sedemikian manakala orang yang tidak mampu akan semakin tersepit yang menyebabkan kaya semakin kaya manakala miskin semakin miskin,” jelasnya.",
"Beliau menegaskan agar kerajaan jangan hanya sekadar melihat kepada kebaikan kenaikan OPR semata-mata kerana turun naik kadar OPR sememangnya mengundang risiko kesan buruk terhadap rakyat.",
"Sehubungan itu, nasihatnya kepada orang ramai agar tidak menambah lagi komitmen hutang sedia ada bagi menghadapi setiap krisis kewangan yang bakal melanda pada masa hadapan, kerana perbelanjaan tidak berhemah terjadi akibat daripada tabiat menghimpun hutang.",
"“Saya nasihatkan setiap rakyat untuk wajib bebas hutang walau apa pun supaya rakyat bukan sekadar dapat menyimpan wang semata-mata, tetapi juga lebih berhati-hati dalam berbelanja,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/mitsubishi-kontraktor-utama-perkuat-pertahanan-jepun/ | Mitsubishi kontraktor utama perkuat pertahanan Jepun | [
"TOKYO: Mitsubishi Heavy Industries menjangka mencatat rekod untuk tempahan pertahanan tahun ini berikutan keputusan Jepun mempertingkatkan kekuatan pertahanan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.Kontraktor pertahanan terbesar Jepun menjangka tempahan terhadap unit pesawat, pertahanan dan angkasa meningkat 42 peratus kepada 1 trilion Yen (AS$7.40 bilion) pada tahun pertama pembinaan tentera Jepun selama lima tahun bernilai AS$318 bilion bermula April.",
"Pada April lalu, Kementerian Pertahanan Jepun menganugerahkan kontrak kepadfa Mitsubishi Heavy bernilai 378 bilion Yen untuk membina peluru berpandu jarak jauh baharu untuk menghalang negara jiran, China daripada menggunakan kekuatan tentera di Asia Timur.",
"Pembuat pesawat pejuang Zero ketika Perang Dunia Kedua juga dipilih oleh kerajaan Jepun untuk bekerjasama dengan BAE Systems PLC Britain dan Leonardo dari Itali untuk membangunkan secara bersama pesawat pejuang canggih baharu yang tiga negara rancang untuk digunakan pada pertengahan dekad akan datang. – REUTERS"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/interpol-lancar-operasi-kenal-pasti-mayat-22-wanita/ | Interpol lancar operasi kenal pasti mayat 22 wanita | [
"LYON: Interpol telah melancarkan Operasi Identify Me untuk mengenal pasti mayat 22 wanita yang ditemui di Belanda, Belgium dan Jerman.Mayat kesemua wanita itu ditemui di tiga negara yang mengambil bahagian di bawah operasi berkenaan selama beberapa tahun. ",
"Tambah laporan itu, sebahagiannya mungkin kerana ada dalam kalangan wanita yang meninggal dunia itu berkemungkinan berasal dari negara selain tempat mereka ditemui, menyebabkan identiti mereka masih belum dapat dipastikan.",
"Bagaimanapun, fokus utama operasi berkenaan adalah untuk mengenal pasti identiti mangsa, yang menyaksikan bahawa DNA boleh didapati daripada kebanyakan mangsa supaya identiti mereka boleh ditentukan melalui perbandingan, jika perlu.",
"Selama bertahun-tahun, Interpol telah memainkan peranan penting dalam memudahkan pertukaran maklumat mengenai jenazah manusia yang tidak dikenali antara organisasi polis melalui apa yang dilabelkan sebagai ‘Notis Hitam’.",
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam bilangan individu yang dilaporkan hilang di luar sempadan negara mereka, akibat peningkatan migrasi global atau pemerdagangan manusia.",
"Oleh itu, operasi ini bertujuan untuk mengembalikan nama mereka kepada wanita ini yang menyaksikan sokongan daripada selebriti wanita terkenal dari negara yang mengambil bahagian, antaranya pelakon, Carice van Houten dan Veerle Baetens, penyanyi S10, Axelle Red, juara tinju, Regina Halmich dan wartawan sukan Katrin Müller-Hohenstein.",
"Muncul menerusi video dalam talian, selebriti berkenaan merayu orang ramai untuk melaporkan jika mengetahui maklumat tentang wanita-wanita yang mati dibunuh. – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/ph-bn-selangor-boleh-menang-50-kerusi-dun/ | PH-BN Selangor boleh menang 50 kerusi DUN? | [
"PN Selangor sasarkan 33 kerusi DUN untuk menguasai kerajaan negeri dalam PRN Selangor ke-15.Terbaru PH pula sebut, ia yakin sapu 50 dari 56 kerusi sekali gus mempertahankan Selangor di tangan mereka.Menurut Pengarah Pilihan Raya PH Selangor keyakinan ini berikutan kesepakatan politik yang terjalin antara PH dan BN. Kononnya melalui pengaruh BN khasnya Umno PH akan memperolehi kekuatan baru.Tambahnya walaupun PN menang 6 kerusi dalam PRU Parlimen baru-baru ini ianya diperolehi kerana berlaku pertandingan 3 penjuru iaitu saingan antara PH, BN dan PN.Kini PH dan BN dah bersekongkol pasti PN yang akan tewas.Apa pun kita menghormati pandangan dan keyakinan mereka itu. Tak salah bermimpi. Teruslah bermimpi.Kesepakatan PH BN adalah perkahwinan paksa. Ia terjadi kerana pimpinan tertinggi masing-masing punya agenda peribadi. Satu tak sabar nak jadi Perdana Menteri, satu lagi nak selamatkan diri.Ianya bukan permuafakatan sebenar apatah lagi permuafakatan politik ummah kerana PH didominasi DAP.Akar umbi Umno seluruh Selangor tidak senang dan resah kini dipaksa menjalin hubungan dengan DAP yang mereka cukup kenal. Mereka mahukan MN dan cukup kecewa bila pimpinan parti memutuskan hubungan itu dan memilih PH.Pemecatan bekas Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar kerana mempertahankan politik Penyatuan Ummah cukup dikesali ahli-ahli dan penyokong Umno. Umno akan membayarnya dengan harga yang mahal dan PH yang kini mendukung BN akan turut memikul bahananya.Katalah apa pun umat Melayu di Selangor sukar menerima apa lagi mempercayai DAP. DAP dilihat sebagai ancaman kerana pendekatannya yang rasis dan ekstremis di kacamata mereka.PH jangan harap BN boleh membantu mereka dalam hal ini. Keputusan PR Parlimen Padang Serai iaitu selepas pembentukan kerajaan campuran bawah Perdana Menteri ke-10 wajar dijadikan panduan.Pengundi Melayu yang melihat perkahwinan PH DAP dan BN Umno telah memberi reaksi memenangkan calon PN dengan majoriti lebih 16,000 undi.Hakikatnya PH adalah liabiliti buat BN dan demikian juga BN buat PH.Biarlah PH yakin boleh menang besar. Kita sebaliknya berpijak di alam nyata.Hari ini BN tiada kerusi Parlimen di Selangor, ahli-ahlinya sukar menerima DAP, dan mereka rasa tertipu apabila mendapat layanan kelas ketiga dari DAP, PKR dan PAN.Berseronoklah dengan mimpi kamu. Kami dengan keyakinan kami. Rakyat Selangor adalah penentu.ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR Setiausaha Badan Perhubungan PASNegeri Selangor Rabu 29 Mac 2023/ 7 Ramadan 1444 – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/rmmk-badang-dijangka-siap-akhir-2024/ | RMMK Badang dijangka siap akhir 2024 | [
"KOTA BHARU: Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) di Badang sudah siap 70 peratus pembinaan sebelum ini, namun berdepan dengan pelbagai kekangan termasuk pandemik Covid-19.",
"“Dengan pengalaman selama 40 tahun kami berharap projek yang sebelum ini dibina syarikat lain dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya kepada wartawan UPKN ketika ditemui di tapak projek RMMK Badang semalam.",
"RMMK Badang terletak di Kedai Buluh Jalan Pantai Cahaya Bulan dimulakan pembinaan pada 2017. Bagaimanapun pembinaannya tertangguh ekoran penularan Covid-19 lebih dua tahun.",
"Selain itu Taman Seri Mesa Rantau Panjang; Taman Ubudiyyah, Labok Machang; Taman Wadi Iman, Kok Lanas; Bandar Utama, Gua Musang; Taman Seri Guchil, Kuala Krai, Tanah Iman Jaya, Wakaf Che Yeh, Bunut Susu dan Meranti di Pasir Mas.",
"Projek lain di Pulai, Gua Musang; Berangan Mek Nab, Machang; Kadok, Ketereh; Perumahan Bandar Ciku 3 di Gua Musang dan Jubakar Pantai, Tumpat. – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/152-juta-bayi-lahir-pramatang-1-mati-setiap-40-saat/ | 152 juta bayi lahir pramatang: 1 mati setiap 40 saat | [
"GENEVA: Sekurang-kurangnya 152 juta bayi yang dilahirkan pramatang dari 2010 hingga 2020, menyaksikan 1 daripada setiap 10 bayi baru lahir adalah pramatang, manakala 1 daripada mereka mati setiap 40 saat.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan terbaharu yang dikeluarkan pada Rabu (10 Mei) berkata, kelahiran pramatang adalah penyebab terbesar kematian kanak-kanak, menyumbang lebih daripada satu perlima daripada semua kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun, lapor Anadolu Agency.“Bayi yang hidup selepas dilahirkan secara pramatang mungkin mengalami kesan kesihatan jangka panjang, termasuk risiko kecacatan dan kelewatan perkembangan yang lebih besar,” ujar laporan itu.",
"Berdasarkan angka tahun 2020, laporan itu berkata dianggarkan 13.4 juta bayi dilahirkan pramatang pada tahun itu sahaja dengan kira-kira 1 juta maut akibat dilahirkan pramatang.",
"“Ia bersamaan dengan kira-kira satu dalam setiap 10 bayi yang dilahirkan secara pramatang (sebelum 37 minggu kehamilan) di seluruh dunia,” kata laporan itu.",
"Menurut laporan berkenaan, hanya satu daripada 10 bayi yang sangat pramatang, di bawah 28 minggu kehamilan, mampu bertahan hayatnya di negara-negara berpendapatan rendah, berbanding lebih sembilan daripada 10 di negara berpendapatan tinggi.",
"Laporan tersebut juga menekankan bahawa Asia Selatan dan sub-Sahara Afrika mempunyai kadar kelahiran pramatang tertinggi, dan bayi pramatang di kawasan ini menghadapi risiko kematian tertinggi. ",
"Penyelidikan WHO itu juga menggariskan bagaimana konflik, perubahan iklim, kemusnahan alam sekitar, pandemik Covid-19 dan kos sara hidup yang semakin meningkat menimbulkan ancaman baharu kepada wanita dan bayi di seluruh dunia.",
"Ketua bersama laporan WHO itu, Dr Joy Lawn dari London School of Hygiene and Tropical Medicine, menekankan bahawa pelaburan yang lebih besar boleh menyelamatkan berjuta-juta bayi yang terdedah kepada risiko kelahiran pramatang.",
"“Pelaburan yang lebih besar dalam penjagaan bayi baru lahir yang terdedah kepada risiko kesihatan boleh menyelamatkan berjuta-juta keluarga daripada patah hati. ",
"“Lebih banyak usaha juga diperlukan untuk mencegah kelahiran bayi pramatang, yang juga akan meningkatkan kemajuan dalam mengurangkan kelahiran bayi mati dan kematian ibu yang melahirkan bayi,” kata Lawn.",
"“Bersama-sama landasan berkembar pencegahan dan penjagaan pramatang ini akan menghasilkan individu dan masyarakat yang lebih sihat untuk menambahkan pembangunan ekonomi dan sosial. ",
"“Generasi akan datang bergantung kepada kita semua bertindak sekarang, pelaburan mungkin tidak kecil tetapi pulangan pelaburan ini akan menjadi besar bagi setiap negara,” tambahnya.",
"“Kami kini mempunyai peranti dan pengetahuan untuk cuba mengubah nasib bayi baru lahir yang paling terdedah kepada kematian akibat kelahiran pramatang,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/pertempuran-dalaman-ph-bn-terengganu/ | Pertempuran dalaman PH-BN Terengganu | [
"PH-BN Terengganu masih dalam keadaan tidak tentu arah. Pertembungan dan pertempuran dalaman PH-BN semakin membarah. Beberapa hari lepas keluar berita akar umbi BN Terengganu protes dan tidak akan bantu calon PH. Disebutkan PH mahu 12 kerusi dan BN pula mahu bertanding lebih daripada 20 kerusi. Akhirnya akar umbi BN protes dan tak mahu bantu PH. PH Terengganu pula, baru keluar kenyataan meminta semua pihak untuk bertenang dan bersabar. Ertinya PH-BN sedang dalam keadaan tidak tenang dan tidak dapat bersabar. Oleh itu seruan bertenang dan bersabar terpaksa dikeluarkan.Berbeza dengan PAS Terengganu, dalam keadaan PH-BN berkecamuk, PAS Terengganu telah lancarkan serangan dengan mengumumkan 2 manifesto daripada 10 manifesto PRN. Dr Samsuri bagi tahu, manifesto PAS Terengganu pada kali ini merupakan fasa berikutnya selepas 20 manifesto PRU14 telah berjaya ditunaikan. 2 daripada 10 tawaran manifesto utama iaitu:Pertama, menyediakan kemudahan pinjaman pembelian motosikal secara Qardul Hasan (tanpa riba) untuk kerjaya anak muda, maksimum RM4,000.Kedua, menyediakan khairat kematian sebanyak RM500 untuk setiap kematian.Pada PRU14 lalu PAS Terengganu telah tawarkan dan laksanakan lesen motosikal percuma kepada anak muda. Lesen dah ada, motosikal macam mana? Maka PRN nanti ditawarkan pinjaman untuk beli motosikal pula. Alah manifesto bukan kitab suci. Itu di sisi PH bang. Di sisi PAS pula, kitab suci suruh tunai manifesto. Terbukti 20 manifesto telah terlaksana di Terengganu.AHMAD FAHMI MOKHTARDarulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/kita-tak-dapat-lagi-sungai-pahang-yang-jernih/ | Kita tak dapat lagi Sungai Pahang yang jernih | [
"KALI pertama dalam sejarah Dewan Negeri Pahang mencatatkan jumlah pembangkang yang paling besar pada kali ini seramai 17 orang. Saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Pahang yang telah memilih wakil. Apa yang penting kami memberi komitmen untuk menjadi pembangkang yang konstruktif, pembangkang yang membina, turut mencadangkan beberapa cadangan-cadangan yang baik bagi pembangunan negeri Pahang. Kita tidak akan jadi pembangkang yang membangkang kerajaan tapi dalam waktu yang sama kita perlu ada check and balance dalam pembangunan negeri Pahang.",
"Ucapan titah tuanku merumus kepada perkara-perkara yang besar. Saya melihat di antaranya ialah isu keprihatinan tuanku terhadap isu pembangunan yang tidak merosakkan alam sekitar. Kami menyambut baik titah tuanku tersebut dan saya yakin kerjaan negeri juga melaksanakan program memelihara dan memberi perhatian kepada isu alam sekitar.",
"Apa yang boleh saya sebutkan di sini ialah kita akui beberapa projek yang dilaksanakan di peringkat negeri bukan sahaja memerlukan pemantauan tapi peningkatan penguatkuasaan mampu mencadangkan satu peruntukan besar diberi kepada penguatkuasa supaya mereka boleh melaksanakan tugas tanggungjawab yang lebih berkesan. Tanpa peruntukan yang cukup, kemudahan teknologi yang canggih, penguatkuasa kita tidak mungkin dapat membuat pemantauan terhadap pembangunan di negeri Pahang dengan dengan jumlah yang luas.",
"Sebagai contoh Jabatan Alam Sekitar, tapi Pahang ini memang tidak cukup pejabat alam sekitar yang mana ada Lipis. Setahu saya ada 2 atau 3 sahaja untuk kawal seluruh negeri Pahang. Dan kita di peringkat persekutuan telah mengubah akta alam sekitar. Namun kalau sekiranya penguatkuasa tidak cukup untuk sampai ke tempat lokasi yang berlaku pencemaran, punca pencemaran, kita akan gagal membawa mereka ke mahkamah dan segala akta yang kita gubal tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin.",
"Sebagai contoh juga saya ingin mengambil perhatian soal pembalakan. Kita akui bahawa pembalakan ini sebenarnya menjadi hasil kepada negeri tetapi sesetengah projek pembalakan menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar yang sangat serius. Sebagai contoh, projek ini berselindung di bawah projek penanaman semula hutan yang menyebabkan mereka membuat 80 peratus dengan istilah kita guna cuci mangkuk. Walaupun ia atas nama tanam semula hutan. Kajian yang kita buat mendapati daripada jumlah kelulusan yang diberi kepada penebangan balak pada tahun 2020 iaitu 73,360 hektar namun tanaman semula yang dibuat hanya lima peratus sahaja. Sedangkan projek itu diberi nama atas penanaman semula hutan.",
"Sungai kita tak dapat lagi Sungai Pahang yang jernih. Punca besar kita selain daripada pembalakan ialah perlombongan pasir. Pemantauan yang saya buat pasir-pasir dibersihkan tidak mengikut peraturan yang sebenar. Sepatutnya mereka ada takungan, dua tiga takungan barulah air itu dilepaskan. Tapi sebahagian besar membasuh pasir di tepi sungai menyebabkan aliran pencemaran terus masuk ke sungai. Inilah yang menyebabkan sungai bertambah cetek, bertambah teruk. Saya mengalu-alukan titah tuanku supaya bukan sahaja kita nak suruh penguatkuasa kita, tapi peruntukan dan penambahan kakitangan perlu dibuat.",
"Selain daripada faktor yang kedua perlombongan pasir. Perlombongan juga menyumbang besar pencemaran alam sekitar di samping isu ladang musang king yang luas. Faktor-faktor ini memberi kesan yang besar kepada sungai-sungai kita.",
"Suka saya maklum, beberapa loji di Pahang ini tidak boleh memproses air kerana keladak sungai yang sangat keruh. Apa yang mampu kita buat, kita sediakan takungan sebelum air itu dipam kepada loji tapi yang jelasnya bahawa kita mesti, pemantau perlu dibuat dengan lebih rapi supaya projek ini tidak merosakkan alam sekitar.",
"Pembangunan yang seimbang seperti yang disebut oleh tuanku. Ada daerah yang sangat tertinggal seperti Lipis dan Jerantut sebagai contoh, sedangkan kawasan ini penyumbang besar hasil sama ada perlombongan, pembalakan dan sebagainya. Tapi sayangnya hasil itu gagal dapat kepada daerah-daerah tersebut. Saya mohon pertimbangan kerajaan negeri supaya sekurang-kurangnya 10 peratus hasil dapat diserahkan kepada daerah tersebut.",
"Kita bimbang akan berlaku 2 perkara. Pertama berlaku ketirisan hasil yang menyebabkan kita hilang hasl kerana pemantauan. Daerah perlu memantau hasil. Hasil kita dapat lebih sekiranya pemantau lebih rapi di peringkat daerah dan daerah mendapat hasil daripada pengeluaran hasil daerah masing-masing. Dengan cara ini, daerah itu ada dana, ada duit yang boleh membangunkan daerah tersebut dan akan berlaku kesimbangan pembangunan pada setiap daerah.",
"Timbul isu yang berlaku juga ialah tentang cadangan supaya kawasan-kawasan hutan simpan kekal dapat dipertahankan. Hutan simpan ini kadang-kadang turut diceroboh oleh pelbagai pihak. Namun apa yang jelas mereka ini kadang-kadang pencerobohan berlaku di tempat yang dibuat projek cuci mangkuk ini tadi. Hutan telah bersih ditanam musang king.",
"Sehubungan dengan itu juga saya mencadangkan kawasan tadahan air digazetkan sebagai kawasan yang tidak boleh dilakukan pembalakan. Hampir 30 peratus air di Pahang bergantung kepada air bukit. Pembalakan pada kawasan ini memberi implikasi kepada penduduk. Sebagai contoh di kawasan Dun Cheka, di satu kawasan di mana penduduk bergantung pada sumber air bukit, Kg. Lentang di Lipis. Hampir 60 hari mereka tidak dapat bekalan air bersih. Mereka bergantung kepada air bukit, dan saya juga dapati ada berlakunya pembalakan di sana. Mereka akan kehilangan punca air. Saya mohon pertimbangan daripada kerajaan supaya mewartakan kawasan tadahan air sebagai kawasan hutan simpan kekal bagi menjamin generasi akan datang.",
"PAIP mendapat pinjaman RM1.1 bilion dengan termeterai perjanjian pada 23 Disember 2020. Berapakah jumlah pinjaman setakat ini yang diluluskan oleh Pahang kepada PAIP? Dengan hasrat dengan pinjaman tersebut, kerajaan mampu menaiktaraf beberapa loji air di luar bandar termasuk loji air Mela yang saya fikir sangat penting. Naik taraf loji-loji ini perlu disegerakan dengan adanya penambahan perumahan. Perumahan makin bertambah, penduduk makin bertambah, tapi loji dan jalan raya masih lagi kekal yang sama. Oleh itu naik taraf loji-loji ini perlu disegerakan.",
"Ucapan penghargaan terima kasih kepada tuanku yang telah menyentuh soal peruntukan kepada pembangkang. Hampr semua media utama mengambil topik ini sebagai topik utama, bermakna bahawa titah tuanku disambut oleh sebahagian besar media perdana. Jadi, kita harapkan kerajaan negeri dapat laksanakan hasrat tuanku. – HARAKAHDAILY 10/5/2023",
"Petikan ucapan Ketua Pembangkang yang juga Adun Cheka, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, 9 Mei 2023."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/paling-corot-tapi-memenangi-hati-rakyat-kemboja/ | Paling corot, tapi memenangi hati rakyat Kemboja | [
"Seorang atlet sukan Kemboja menyentuh hati rakyat negara itu dan peminat sukan secara keseluruhan apabila gigih menamatkan acara 5,000 meter wanita dalam hujan lebat pada Sukan SEA Isnin lalu walaupun pemenang acara itu menamatkan perlumbaan hampir enam minit lebih awal.Apabila Bou Samnang berjaya melepasi garisan penamat, dia menangis teresak-esak, menyatukan telapak tangannya tanda terima kasih kepada penyokongnya.",
"Seorang lagi pengguna media sosial, Chanphal Ngy, berkata: “Kami menitiskan air mata bersama anda… Anda akan berjaya dalam hidup mengikut kehendak anda.”",
"“Komitmen anda untuk mengharungi cabaran, mengekalkan sikap positif dan tidak pernah berputus asa terhadap diri sendiri adalah bukti kekuatan dan perwatakan anda."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/perancis-kutuk-tindakan-israel-serangan-gaza/ | Perancis kutuk tindakan Israel serang Gaza | [
"GAZA: Perancis mengutuk serangan udara terbaharu tentera Israel di Semenanjung Gaza pada awal pagi Selasa (9 Mei) yang telah mengorbankan 13 nyawa termasuk empat kanak-kanak, empat wanita, sementara 20 yang lain tercedera.",
"Kementerian Luar dalam kenyataannya pada Rabu (10 Mei) menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan di Gaza dan mengingatkan Israel tentang kewajipannya untuk melindungi orang awam dan menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, lapor AP.",
"Sekurang-kurangnya 123 rakyat Palestin telah terbunuh oleh tembakan bersenjata Israel sejak awal 2023 berbanding hanya 19 warga Israel maut dalam serangan berasingan dalam tempoh yang sama. – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/ilmu-falak-jadi-panduan-hadapi-fenomena-alam/ | Ilmu falak jadi panduan hadapi fenomena alam | [
"KOTA BHARU: Sebelum ini orang awam hanya mengetahui ilmu falak ketika hendak melihat anak bulan bagi mengesahkan kedatangan Ramadan dan 1 Syawal sahaja.",
"Sedangkan disiplin ilmu tersebut sangat luas termasuk sektor pertanian melalui penyediaan petunjuk, petanda serta panduan bagi menghadapi fenomena alam yang sering berubah.",
"Ilmu falak membantu umat Islam untuk mengenal pasti petanda dan panduan perubahan cuaca sekaligus membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi pelbagai cabaran semasa.",
"Sehubungan itu kerajaan negeri menjemput Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hanafiah Abdul Razak untuk berkongsi kepakarannya sempena Karnival Bio-Kelantan bermula esok.",
"Pensyarah kuliah Kitab Turath Falak Universiti Malaya (UM) itu dijangka menyampaikan pandangannya pada seminar ilmu falak dalam pertanian dan perubahan iklim pada Sabtu ini.",
"Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, seminar berkaitan ilmu falak diadakan bertujuan memupuk kefahaman ilmu dalam kalangan rakyat.",
"Katanya juga ilmu falak bukan hanya untuk menentukan puasa dan Hari Raya Aidilfitri sahaja, sebaliknya perubahan fenomena alam seperti yang berlaku sekarang. – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/puspal-wajar-bertegas-halang-artis-barat-promo-lgbt/ | PUSPAL wajar bertegas halang artis Barat promo LGBT | [
"DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyarankan agar Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bertegas dengan kemasukan artis yang terang-terangan mempromosi LGBT daripada membuat persembahan di negara ini. Seharusnya kita sedar bahawa agenda normalisasi LGBT dalam negara sentiasa berlaku melalui jarum yang sangat halus. Tindakan yang segera dan tegas pula sangat wajar bagi membendung perkara tersebut daripada terus meracuni pemikiran anak bangsa walaupun secara tidak langsung. DUPP menegaskan bahawa PUSPAL perlu bertindak secara aktif dalam hal ini. Sikap keterbukaan yang tiada sempadan serta garis panduan yang khusus dalam membendung kemasukan artis yang mempromosi LGBT hanya menambah masalah sosial anak muda dalam negara.DUPP telah berulang kali mengingatkan Kerajaan supaya garis panduan terhadap PUSPAL perlu sentiasa ditambah baik termasuklah daripada sudut keanggotaan dan peranan agensi di dalamnya. Peranan agensi agama seperti JAKIM wajar diketengahkan bagi memastikan peranan PUSPAL yang lebih komprehensif. Dalam masa yang sama, DUPP menyarankan agar ada satu usaha ke arah penggubalan peruntukan undang-undang yang khusus bagi membentengi negara daripada ancaman LGBT. Ia bagi memastikan negara bebas daripada normalisasi budaya tersebut serta mengekalkan dasar menolak pengaruh budaya LGBT. Tambahan lagi, penganjuran sebarang bentuk program yang merosakkan nilai dan jati diri golongan muda dalam negara bertentangan dengan imej ketimuran serta dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bertujuan membentuk, mengangkat serta mengekalkan identiti budaya yang diamalkan di Malaysia.YB UST. DATO’ HAJI AHMAD YAHAYAKetua Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/peruntukan-pmx-juga-perlu-ambil-iktibar-titah-tuanku/ | Peruntukan: PMX juga perlu ambil iktibar titah Tuanku | [
"KERAJAAN PH-BN pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diminta mengambil panduan dan semangat dari titah Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah agar wakil rakyat pembangkang juga diberi peruntukan yang adil.Ini merujuk kepada titah Baginda dalam Sidang Dewan Negeri Pahang bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua yang berlangsung baru-baru ini.DYMM Tengku Hassanal dalam titah Baginda menyatakan bahawa dalam tempoh 66 tahun ini sepatutnya semua pihak telah matang dan menjadi kerajaan yang meraikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.Tindakan mengenepikan peruntukan buat wakil rakyat pembangkang oleh kerajaan Perdana Menteri ke-10 (PMX) selama ini hanya mengulangi skrip politik dendam kesumat dan ianya amat bertentangan dengan agenda yang pernah PMX perjuangkan semasa menjadi Ketua Pembangkang.Kami mengulangi gesaan ini kerana kepentingan rakyat perlu diutamakan, bukan hanya survival politik yang menafikan hak wakil rakyat pembangkang yang sah dipilih oleh rakyat. Peruntukan juga perlulah diberikan tanpa syarat. Hormatilah pilihan rakyat.“Malaysia Sejahtera”YB Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDINKetua Penerangan PAS Pusat Ahli Parlimen Jerantut – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/kes-terowong-serah-laporan-forensik-perbualan-whatsapp/ | Kes terowong: Serah laporan forensik perbualan WhatsApp | [
"KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan telah menyerahkan laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua ahli perniagaan dalam kes rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.",
"Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi bahawa dokumen berkenaan telah diserahkan kepada pihak pembelaan pada 18 April lepas.",
"“Untuk rekod, pihak pendakwaan telah membuat serahan laporan forensik dan aduan sebagaimana permohonan yang dibuat pihak pembelaan,” katanya semasa sebutan kes itu hari ini.",
"Laporan forensik itu membabitkan perbualan di aplikasi WhatsApp antara ahli perniagaan G. Gnanaraja dan pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berhubung pemberian ‘Coklat RM2 juta’ yang didakwa telah diberikan kepada Lim sebagai rasuah.",
"Perkara itu (perbualan di WhatsApp) didedahkan pada perbicaraan sebelum ini melalui keterangan pegawai penyiasat forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Penolong Penguasa Wan Mohd Firdaus Wan Yusof.",
"Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.",
"Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.",
"Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.",
"Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/rakyat-kelantan-bertuah-dapat-skim-khairat-rm1000/ | Rakyat Kelantan bertuah dapat Skim Khairat RM1,000 | [
"PASIR PUTEH: Rakyat Kelantan cukup bertuah apabila mereka menerima bantuan RM1,000 apabila berlaku kematian warga emas yang mendaftar di bawah Skim Khairat Kifaalah.",
"Warga emas berusia 55 tahun dan ke atas layak menyertai skim tersebut yang diurus kerajaan negeri sejak lebih 10 tahun lepas.",
"Adun Gaal Mohd Rodzi Jaafar berkata, sejak Januari hingga awal bulan ini sebanyak RM67,000 diagih kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia di Dun terbabit.",
"Katanya, sumbangan kerajaan negeri itu disampaikan kepada wasi (keluarga) si mati sama ada pada hari kematian atau beberapa hari selepas itu.",
"“Oleh itu saya menasihatkan mana-mana individu yang berumur 55 tahun ke atas mendaftar sebagai ahli. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian atau mengambil borang dengan penghulu,” katanya di sini.",
"Menurutnya juga borang permohonan mesti diserahkan bersama salinan kad pengenalan dan nama wasi untuk memudahkan urusan pembayaran sekiranya berlaku kematian. – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/kukuhkan-kedudukan-politik-melayu-islam/ | Kukuhkan kedudukan politik Melayu-Islam | [
"Yang di-Pertuan Agong berperanan dalam ruang lingkup Islam. Sumpah Baginda adalah untuk memelihara pada setiap masa agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.",
"Perlembagaan mengesahkan kehidupan masyarakat Melayu tidak boleh terpisah daripada cara hidup Islam yang sempurna, baik dalam urusan aqidah, ibadah, akhlak dan syariat.",
"Urusan aqidah dan iman bukan urusan individu sahaja menurut sesetengah orang. Apa yang berlaku dalam kes Natrah (1950) dan Nur Aisyah (1998) hakikatnya sangat memberi kesan kepada rakyat Malaysia.",
"Perjuangan bangsa Melayu adalah perjuangan Islam seperti mana perjuangan Rasulullah SAW. Perjuangan yang mulia ini tidak boleh mengabaikan walau secicip teladan daripada juzuk-juzuk perjuangan Rasulullah SAW.",
"i) Islam memimpinii) Adil untuk semua termasuk kepada mereka yang memusuhi Islam dan umat Islamiii) Meliputi seluruh kaum yang tidak ekstrem memusuhi Islam dan syariatnya.",
"Mereka yang memusuhi Islam sangat cemburu kepada Melayu sejak sebelum merdeka sehingga orang Melayu sentiasa menjadi mangsa kekejaman. Dasar pecah dan perintah telah membuat Melayu masih susah di tanah air sendiri walaupun pasca kemerdekaan.",
"Hayatilah syair Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Hilmy dalam Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya 1946: “di atas robohnya Kota Melaka, kita bangunkan jiwa merdeka, bersatu padulah segenap baka, membela hak keadilan pusaka”.",
"Oleh itu, usaha penyatuan ummah oleh PAS ini mesti disuburkan melalui wadah demokrasi seperti yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/genap-5-tahun-dr-samsuri-terajui-terengganu/ | Genap 5 tahun Dr Samsuri terajui Terengganu | [
"SOLAT Subuh berjemaah di rumah pagi ini lebih awal daripada iqamah di masjid. Perlu segera ke kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu di KualaTerengganu. Sesi fotografi sempena Aidilfitri staf Pejabat MB dan mereka yang berkaitan dibuat jam 8 pagi ini.",
"Usai sesi fotografi, terus pula ke Wisma Darul Iman untuk program sambutan hari raya warga Wisma Darul Iman. Dalam ucapan ringkas YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri di hadapan warga Wisma Darul Iman, beliau mengingatkan bahawa hari ini 10 Mei 2023, genaplah tempoh lima tahun beliau menjadi Menteri Besar Terengganu apabila pertama kali beliau mengangkat sumpah jawatan MB pada 10 Mei 2018.",
"Beliau juga menyebut bahawa pihak kerajaan berusaha membuat yang terbaik untuk rakyat dan negeri Terengganu. Jika ada yang tidak betul, itu tidak disengajakan, bukannya ‘sengeleng’ kata orang Terengganu.",
"Jika ada kesilapan dari beliau, anggota exco dan pentadbir yang lain, beliau juga mewakili semua memohon maaf dari warga Wisma Darul Iman, kerana tiada yang sempurna melainkan Allah sahaja.",
"Begitu juga, jika ada apa-apa cadangan dari sesiapa dan mana-mana pihak, beliau juga bersedia mendengar, tetapi tidak semestinya diterima kerana perlu melihat dari sudut fiqh awlawiyyat iaitu fiqh keutamaan, kepentingan rakyat dan pelbagai sudut.",
"Saya juga secara peribadi mengambil inisiatif membuat slot program Baldatun Tayyibah wa Rabbun Ghafur (Negeri yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun), dahulunya di radio Manis.fm dan kemudian beralih ke TV Urusetia Penerangan Darul Iman UPDI, mengambil contoh-contoh pemerintahan yang adil, program yang dibuat untuk negeri dan rakyat oleh Nabi SAW serta Khulafa ar-Rasyidin. Saya juga menulis di Harakahdaily secara berkala di bawah tajuk: Keadilan Islam Dalam Lipatan Sejarah.",
"Barangkali ada sesuatu manfaat yang boleh diambil dari sirah Nabi SAW dan Khulafa ar-Rasyidin ini oleh para pentadbir di Terengganu yang tercinta ini untuk diterap, diaplikasi, disesuaikan atau diambil semangatnya untuk kebaikan rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman ini.",
"Lima tahun berlalu dengan cepat. Janji 20 perkara dalam manifesto PRU14 telah ditunaikan. Cakap serupa bikin. Bukan seperti kelompok lain, cakap hari ini lain, esok buat lain. Rakyat tidak suka pemerintah seperti ini. Alhamdulillah, setakat ini pentadbiran dan pemerintahan Terengganu di bawah teraju YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri berjalan baik. Yang sempurna hanya bagi Allah sahaja.",
"Mudah-mudahan dalam Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi, rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan YAB Dr Sam untuk terus memimpin Terengganu, insya-Allah.",
"Di Dewan Besar Wisma Darul Iman, majlis hari raya masih berlangsung. ‘Hadis Melayu’: ‘Puasa sebulan, raya sebulan’. Nanti lepas raya, ada pilihan raya. Pilihan sudah ada. PAS dan PERIKATAN NASIONAL tentunya."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/imran-khan-ditahan-protes-besar-besaran-di-pakistan/ | Imran Khan ditahan: Protes besar-besaran di Pakistan | [
"LAHORE: Pertempuran ganas telah berlaku di Pakistan antara pasukan keselamatan dan penyokong bekas perdana menteri Imran Khan selepas dia ditangkap pada Selasa (8 Mei).Protes meletus di seluruh negara itu, dan sekurang-kurangnya seorang dilaporkan telah terbunuh di bandar Quetta.Khan telah ditangkap oleh pasukan keselamatan di Mahkamah Tinggi di ibu negara, ketika hadir untuk perbicaraan atas tuduhan rasuah, yang menurutnya bermotif politik, dengan rakaman video menunjukkan detik penuh dramatik menyaksikan berpuluh-puluh pegawai polis menahan lelaki berusia 70 tahun itu, yang diikat sebelum dihumban ke dalam kenderaan, lapor BBC.",
"Sementara rakaman video dari Lahore yang disiarkan di Twitter kelihatan menunjukkan orang ramai memecah masuk ke dalam rumah komander kor tentera memusnahkan perabot dan barang-barang di dalamnya.",
"Kes itu membabitkan dakwaan mengenai pemberian tanah dalam apa yang dipanggil sebagai Amanah Al-Qadir, dikatakan dimiliki oleh Khan dan isterinya, lapor akhbar Dawn.",
"Sementara bercakap kepada BBC Newshour, jurucakap Khan, Raoof Hasan, berkata beliau menjangkakan ‘kejadian yang paling teruk’ dan penahanan itu boleh menjerumuskan negara ‘dalam huru-hara dan anarki’ di Pakistan.",
"“Kami (Pakistan) sedang menghadapi pelbagai krisis. Terdapat krisis ekonomi, politik dan kos krisis sara hidup; yang akibatnya peristiwa ini akan menjadi katarsis bagi mereka untuk melangkah keluar dan saya bimbang keganasan akan kembali berlaku,” katanya.",
"“Imran Khan pergi ke pejabat biometrik kerana ada urusan tertentu. Renjer pergi ke sana, mereka memecahkan tingkap, mereka memukul kepalanya dengan baton,” kata Mateen.",
"Sehubungan itu, di jalan-jalan raya sekitar Islamabad, ratusan penunjuk perasaan menyekat salah satu lebuh raya utama masuk dan keluar dari ibu negara.",
"Orang ramai menurunkan papan tanda jalan dan bahagian jejantas, menyalakan api dan membaling batu, yang menyaksikan penunjuk perasaan berkata mereka marah dengan penahanan Khan itu.",
"“Biarlah huru-hara. Jika tidak ada Imran, tidak ada apa-apa lagi di Pakistan. Tiada siapa di sini (Pakistan) yang mampu untuk mengambil alih kepimpinan beliau,” ujar seorang penunjuk perasaan, Farida Roedad.",
"Ia berkata sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk enam pegawai polis, telah cedera di bandar barat daya Quetta dalam pertempuran antara penyokong Khan dan pasukan keselamatan; dengan seorang penunjuk perasaan terbunuh.",
"Terdahulu, Khan telah digulingkan sebagai Perdana Menteri pada April tahun lalu dan sejak itu, beliau sejak itu telah berkempen agar pilihan raya awal diadakan di Pakistan. – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/exco-petani-dialog-hadapi-musim-kemarau/ | Exco, petani dialog hadapi musim kemarau | [
"BACHOK: Kemerosotan hasil padi akibat musim kemarau sekarang turut diberi perhatian kerajaan negeri dengan merangka pelan tindakan bagi mengelakkan pendapatan petani terjejas.",
"Sehubungan itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail turun padang meninjau masalah tersebut.",
"Hadir sama Timbalan Exco Abdul Azziz Kadir dan Pengarah IADA Kemasin Semarak, Rohani Jusoh dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Ir Kamal Mustapha.",
"Baru-baru ini Tuan Mohd Saripudin menghantar dua pam berkuasa tinggi bagi membantu pesawah di Pasir Puteh bagi mengelakkan pembesaran padi terbantut.",
"Bagaimanapun menurut KADA hasil padi di Kelantan tahun ini merosot 30 peratus yang melibatkan kerugian kira-kira RM2.7 juta akibat cuaca panas.",
"Pengeluaran padi di Kelantan sebelum ini melebihi sara diri rakyat tempatan. Malah Kelantan menyumbang sebanyak 9.5 peratus pengeluaran padi negara. – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/sedikit-teguran-buat-exco-muda-pahang/ | Sedikit teguran buat Exco muda Pahang | [
"HARI ke-2 di Sidang Dewan Dewan Undangan Negeri Pahang di warnai isu peruntukan kepada YB PN.Kecoh dewan persidangan sesi petang setelah dakwaan seorang Ahli Dewan Negeri Pahang yang menyatakan pihak pembangkang di Kelantan tidak menerima peruntukan sepanjang tahun 2023.Realitinya setelah mendapat rujukan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, faktanya:1. Keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Februari 2023 telah meluluskan peruntukan kepada semua wakil rakyat pembangkang.2. Pembayaran kepada semua ADUN Pembangkang bertarikh 14 Mac 2023.3. Peruntukan Mac dan April telah di buat atas nama Bayaran Pengurusan Pusat Khidmat DUN pembangkang.4. Kesemua ADUN pembangkang juga telah pun menerima peruntukan khusus daripada Kerajaan Negeri Kelantan melalui akaun Pusat Khidmat DUN masing-masing bagi program seperti: a. Keceriaan.b. Sosial.c. Kemasyarakatan.d. Pembelaan rakyat miskin.5. Berikut dinyatakan tarikh kemasukan peruntukan beserta jumlah peruntukan yang diterima oleh pihak pembangkang: a. 4 Januari 2023 ADUN Bukit Bunga RM100,000.b. 4 Januari 2023 ADUN Nenggiri RM100,000.c. 12 Januari 2023 ADUN Galas RM100,000.d. 12 Januari 2023 ADUN Kuala Balah 50,000.TUAN ZAMANI TUAN AHMADPegawai Khas ADUN Cheka – HARAKAHDAILY 10/5/2023Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02YGFfxMQY4RoBt4o3CexGLU4VFc6MTdQy7QKEb6RKkhsEW7kmpcWtgiMhceNKNXocl&id=100002089655733&mibextid=ZbWKwL "
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/uae-batal-beli-helikopter-airbus-h225m/ | UAE batal beli helikopter Airbus H225M | [
"DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) menarik diri daripada perjanjian dengan Airbus untuk mendapatkan sedozen helikopter pelbagai fungsi H225M Caracal pada harga kira-kira 800 juta Euro (AS$880.6 juta).Laporan majalah Breaking Defense yang berpangkalan di Washington, memetik Muammar Abdulla Abushehab, seorang pegawai di pihak berkuasa pemerolehan pertahanan dan keselamatan UAE, sebagai berkata keputusan itu bukan politik tetapi berdasarkan faktor kewangan dan teknikal.",
"Ini termasuk kos kitaran hayat yang tinggi, kesukaran penyesuaian dengan keperluan misi dan cadangan teknikal yang kompleks, pegawai itu dipetik sebagai berkata dalam temu bual pada Isnin lalu.",
"“Kami telah berkhidmat dengan angkatan tentera UAE selama lebih 40 tahun. Kami berbangga dengan hubungan kami yang juga melayani hubungan dua hala antara Perancis dan UAE,” kata jurucakap Airbus.",
"H225M ialah pengangkut taktikal jarak jauh yang sama dengan Super Puma VIP, helikopter luar pesisir yang juga digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat.",
"Tempahan helikopter itu bersama kontrak untuk 80 jet pejuang Rafale, dibuat ketika Presiden Perancis, Emmanuel Macron melawat Abu Dhabi pada Disember 2021, dilihat sebagai rangsangan untuk kilang pemasangan di selatan Perancis, ketika permintaan terhadap minyak dan gas yang lebih rendah. – REUTERS"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/dap-akan-terus-ditolak-orang-melayu/ | DAP akan terus ditolak orang Melayu | [
"SAYA terbaca satu tulisan bertajuk ‘Use safe seat to get more Malays elected, DAP told‘ yang menyiarkan pandangan James Chin pensyarah Universiti Tasmania. Tulisan ini menasihatkan DAP agar menampilkan lebih ramai muka Melayu agar DAP boleh tampil sebagai parti multiracial dan diterima oleh pengundi Melayu.Saya merasakan pandangan ini salah dan agak mustahil untuk berlaku. Ini kerana DAP akan terus ditolak oleh pengundi Melayu atas beberapa faktor. DAP akan terus ditolak selagi parti itu terus dikuasai oleh bukan-Melayu. Sekiranya dilihat kepada pemilihan Central Working Committee (CWC) DAP pada pemilihan parti 2022, 100 peratus pemenang yang dipilih oleh perwakilan adalah bukan-Melayu. Calon Melayu gagal mendapat tempat dalam 30 tertinggi yang melayakkan mereka dipilih ke CWC. Manakala jawatan tertinggi parti juga dikuasai oleh bukan-Melayu. Hanya Tengku Zulpuri sahaja yang dilantik ke jawatan Timbalan Setiausaha Agung. Manakala Young Syefura dan Syahredzan Johan pula dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa. Bayangkan daripada 36 ahli CWC, hanya 3 orang wakil Melayu dilantik dan langsung tidak mencerminkan demografi pengundi dalam Malaysia.Daripada senarai Menteri dan Timbalan Menteri pula, hanya seorang sahaja Melayu yang dilantik sebagai Timbalan Menteri iaitu Tengku Zulpuri manakala selebihnya adalah bukan-Melayu. DAP juga akan terus ditolak oleh pengundi Melayu selagi mana parti itu terus memainkan isu yang dianggap sensitif oleh orang Melayu. Isu seperti pengiktirafan UEC, isu peruntukan sekolah Cina, isu arak, isu agama Islam, isu gagasan Malaysian Malaysia, isu superman hew dan isu tulisan jawi yang ditimbulkan DAP sangat tidak boleh diterima oleh pengundi Melayu.Kesimpulan saya, DAP sememangnya tidak akan diterima oleh pengundi Melayu. Mana-mana parti Melayu yang bersama dengan DAP juga akan ditolak secara total oleh pengundi melayu. Ini dapat dilihat pada kegagalan PKR menguasai undi Melayu dalam PRU yang lepas. Umno juga dijangka akan ditolak secara total oleh pengundi Melayu dalam PRN 6 buah negeri akan datang.Nasihat saya, DAP terus kekal dengan sikap cauvinis dan teruskan penguasaan pengundi Cina. Gelanggang pengundi Melayu bukan untuk kamu selagi mana kamu terus bersikap cauvinis dan sentiasa menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam. Penampilan mula Melayu Islam sebagai calon pilihan raya tidak mampu memadamkan pandangan dan pendirian pengundi Melayu terhadap politik cauvinis DAP.NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 10/5/2023Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0QdQdazVgo3wCWynDfoNSuCq43q8JYrsdWiAMxA7sYmUSUwhcgxbtAQwCcoJyk4e8l&id=650875906&mibextid=Nif5oz Rujukan:1. https://malaysiagazette.com/2023/01/11/exco-dap-biadab-kaitkan-isu-arak-dengan-solat-umat-islam/ 2. https://harakahdaily.net/index.php/2019/08/09/dap-biadab-cemari-dun-tidak-hormati-sultan-s-gor/ 3. https://harakahdaily.net/index.php/2021/05/18/kritik-pm-isu-palestin-kenyataan-adun-dap-biadab/ 4. http://www.mca.org.my/3/Content/SinglePage?_param1=30-012022-171459-01-202230&_param2=TS 5. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/25/beranikah-dap-tinggalkan-gagasan-malaysian-malaysia 6. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kor-ming-dalang-api-perkauman-negara-pemuda-umno-110798 PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/lawatan-dan-mesyuarat-pac-negeri-kedah/ | Lawatan dan Mesyuarat PAC Negeri Kedah | [
"LAWATAN PAC di Pusat Akuatik Negeri Kedah di Gunung Keriang melihat potensi yang ada untuk rakyat Kedah. Kami dimaklumkan banyak agensi kerajaan manfaatkan tempat ini untuk latihan dan kursus menyelamat mereka kerana sebelah Utara, di Pusat Akuatik ini ada kolam sedalam 5 meter berbanding tempat lain yang lebih cetek. Pasukan Bomba Penyelamat, APM, IPTA Kedah, Perlis dan Penang juga manfaatkan tempat ini. Begitu juga JKM bagi keperluan warga emas perlukan perhatian khas sebagai rawatan. Tempat ini juga dibuka untuk orang awam mulai jam 9:30 pagi sehingga 5:30 petang dan tengahari rehat. Hari Isnin ditutup untuk awam bagi tujuan penyelenggaraan. Banyak juga input dan pandangan diberikan untuk Pusat Akuatik ini lebih berkembang dan manfaatnya untuk rakyat Kedah khasnya pelajar-pelajar sekolah dan anak-anak.YB USTAZ MOHD AZAM ABD SAMATKetua Penerangan PAS Negeri KedahADUN Sungai Limau – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/mana-kerusi-sesuai-untuk-raja-bahrin-di-terengganu/ | Mana kerusi sesuai untuk Raja Bahrin di Terengganu? | [
"RAJA Bahrin kata rundingan dengan Umno telah dua tahun berjalan sebelum ni. Sajalah Raja Bahrin kata gitu sebab lama dah tenggelam. Nak perhatianlah juga, takut PRN nanti nama tak naik. Eh dia kan Pengerusi PAN Terengganu. Ya betul, tapi selalu kalah teruk. Jadi diapun taknaklah nanti Umno bangkang nama dia. Jadi bila dia acah begitu, Umno Terengganu mesti takut, goyang dengan PAN.Sekarang ini kerusi macam Batu Burok, mungkin dapat kat Zamir Ghazali itu sebab dia orang Kuala Ibai. Ini bukan soal kalah ke hilang deposit ke dekat Batu Burok. Ini ialah berkenaan maruah PAN, kena jaga.Syed Azman, lama sangat dah tak dengar cerita. Tenggelam macam lempar batu dalam laut nu. Dia pun sah kahwin baru. Jadi tak perlu kacau sangat, mungkin sibuk di KL nu. Hari itu jadi pegawai Menteri Kesihatan Dr Zul itu.So Raja Bahrin nak ambil kerusi Ladang, nanti Mat Croc marah. Mat Croc dah tanding situ PRU lepas. Kalah 300 undi saja. Mana mahunya Mat Croc bagi kerusi itu. Lagipun DUN Ladang ini ramai pengundi dia kakitangan kerajaan. Naklah calon orang macam Mat Kerak.Raja Bahrin tak boleh ke Wakaf Mempelam, itu bunuh diri namanya. Ustaz Wan Sukairi itu kalau letak gambar kereta Serena dia dekat poster pun insya-Allah boleh menang situ. Ribu riban reben majoriti. Tak pernah kalah sejak 90 lagi kerusi itu. Jadi baik bagi dekat Umnolah Wakaf Mempelam itu. Raja Bahrin makan buah mempelam saja.Kerusi Bandar? Raja Bahrin mungkin kena Tai-Chi dengan MCA. Kerusi keramat dia itu. Dari Tok Teng Sai, Wong Fong Meng sampai ke Toh Chin Yaw, itu kerusi sah sebagai Exco untuk MCA kalau BN menang.Kalau nak ke Kuala Nerus, pun payah juga. Sana lagilah orang dah tak layan dia. Lagipun sana PAN tak kuat. Nanti apa orang kata, takkanlah Pengerusi PAN Terengganu kena tendang jauh sampai ke Parlimen lain.Nak try kerusi di Marang, macam tak lojik. Yang paling dekat dengan rumah dia, DUN Rhu Rendang, Menteri Besar duduk kerusi tu sekarang. Kan nanti takut jadi rendang saja, masak kena. Bukit Payong Umno yang letak Kak Ton dengan poster wajah mudapun kena 4,000 lebih majoriti. Habis Raja Bahrin kalau guna muka dia sekarang letak dalam poster, takut YB Ustaz Mohd Nor dapat dua kali ganda lagi majoriti.Alur Limbat boleh nak try, cumanya kena hadap YB Ustaz Ariffin Deraman yang asal Kamoung Nibung, tetapi sudah diterima baik oleh pengundi situ. Majoritipun 4,000 lebih. Tapi Dato’ Man Bakar nak bagi ke tak bukan Umno nak bertanding situ? Bincang elok-eloklah ya Dato’ Raja.Pengkalan Berangan, jangan beranganlah Raja Bahrin. Jasmira anak muda Umno Marang itu nak letak mana? Nik Dir kan dah jadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu? Kawasan totok Umno tu Raja Bahrin. Nantikan Hilux tak ada tempat nak parking, nak ceramah macam mana.Dungun, Kemaman, Besut, Setiu atau Hulu Terengganu rasanya payah lagi Raja Bahrin nak masuk celah jadi calon. Jadi ginilah Dato’ elok Dato’ jadi tukang kempen sajalah untuk Umno Terengganu tahun ini. Bolehlah juga tumpang strategi Umno. Bukan tak suka Dato’ cuma nasihat saja ni. Sebab dulu kata kat Umno, lepas itu sekarang mengaku kata sudah bertahun berpakat dengan Umno. Payah nak cover itu.MOHD NASIR ABDULLAH10 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 10/5/2023PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/lelaki-dibunuh-dalam-pertengkaran-7-ditahan/ | Lelaki dibunuh dalam pertengkaran, 7 ditahan | [
"MELAKA: Seorang pengurus sebuah syarikat swasta maut ditikam seorang lelaki akibat mengeluarkan perkataan tidak senonoh, dalam kejadian di sebuah gerai makan di tepi Jalan Kenanga di sini semalam.",
"Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa yang merupakan lelaki berumur 35 tahun tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan tetapi disahkan telah meninggal dunia.",
"“Siasatan awal mendapati sebelum kejadian berlaku, mangsa bersama beberapa rakannya yang mabuk setelah berhibur datang ke gerai berkenaan untuk makan dan minum namun selesai mereka makan, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan dua lagi lelaki.",
"“Sebelum pertengkaran itu, mangsa bercakap dengan rakan-rakannya tentang saiz payudara seorang pelanggan wanita berusia 26 tahun sebelum ditegur dua lelaki masing-masing merupakan pengawal peribadi wanita itu dan seorang lagi ialah teman lelakinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.",
"Beliau berkata kejadian berkenaan bertukar tegang apabila berlaku insiden tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk antara mangsa, pengawal peribadi dan teman lelaki wanita itu.",
"Beliau berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan pergaduhan itu kira-kira 4.15 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital oleh rakannya mengunakan pacuan empat roda.",
"Christopher berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia disebabkan luka tikaman ke jantung dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.",
"Beliau berkata ekoran kejadian itu, polis menahan tujuh suspek berumur 25 hingga 38 tahun termasuk pengawal peribadi dan pasangan kekasih itu untuk membantu siasatan lanjut."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/sakan-beraya-sakan-makan-undang-risiko-tinggi-penyakit/ | ‘Sakan beraya sakan makan’ undang risiko tinggi penyakit | [
"KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, pastinya Syawal yang tiba disambut dengan hati yang gembira, bukan sahaja dapat menjamu selera tetapi yang lebih bermakna dapat ‘balik kampung’ ke pangkuan ayahanda dan bonda.",
"Lazimnya sepanjang bulan perayaan ini juga, kebanyakan kita sibuk mengatur jadual bagi menghadiri rumah terbuka yang diadakan sanak-saudara, kenalan juga jiran-tetangga.",
"Sebulan berpuasa, sebulan jugalah kita beraya dan selama itulah mungkin ada yang sakan makan sehingga rutin diet sebelum ini, kata orang, ‘hanyut ke laut’.",
"Dalam sibuk teruja berhari raya, perlu diingat bulan Syawal bukan ‘tiket’ untuk membalas dendam menikmati apa sahaja hidangan, setelah berlapar dahaga sebulan menjalani ibadah puasa Ramadan. Bimbang nanti, habis raya, diri pula diserang ancaman pelbagai jenis penyakit.",
"Perlu juga peka Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut ketika tempoh peralihan Monsun Timur Laut yang menyebabkan cuaca panas berpanjangan di beberapa negeri terutama di utara Semenanjung sehingga bulan Ogos depan.",
"Di samping itu, terdapat laporan memetik pusat ramalan iklim APEC Climate Center di Busan, Korea meramalkan, “El Nino kuat dijangka akan berlaku bermula Jun, sekali gus menyebabkan di Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih kering dan panas bermula Jun hingga Oktober depan.”",
"Cuaca panas berpanjangan itu turut dikaitkan dengan strok haba yang menuntut masyarakat lebih berhati-hati ketika berhari raya apatah lagi terdapat laporan berita berhubung kematian kanak-kanak dipercayai disebabkan strok haba.",
"Menurut Pakar Pemakanan Institut Farmakogenomiks Integratif (iPROMISE), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Madya Dr Norazmir Md Nor, berdasarkan situasi semasa hari ini, penting untuk masyarakat menjaga kesihatan masing-masing dengan tubuh badan kekal terhidrat.",
"“Pastikan minum banyak air sebelum dan semasa berkunjung ke rumah terbuka. Elakkan minuman berkafein kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi. Untuk pakaian pula digalakkan memakai pakaian berwarna terang dan longgar yang membolehkan kulit berasa selesa. Elakkan warna gelap kerana ia boleh menyerap haba.",
"“Lindungi diri daripada matahari dengan memakai topi dan menyapu krim pelindung matahari pada kulit yang terdedah untuk melindungi diri daripada kesan berbahaya matahari. Selain itu jika badan mula berasa terlalu panas, berehatlah di kawasan teduh atau ruang berhawa dingin. Elakkan berada di bawah terik cahaya matahari untuk tempoh yang lama,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.",
"Ibu bapa yang membawa anak-anak menziarahi sanak saudara ke rumah terbuka ketika cuaca panas masih melanda negara, perlu mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan anak mereka.",
"“Sebenarnya kanak-kanak lebih terdedah kepada dehidrasi berbanding orang dewasa, jadi adalah penting untuk memastikan mereka minum banyak air sepanjang hari. Sediakan air, jus atau minuman kegemaran kepada anak dengan lebih kerap, walaupun mereka tidak berasa dahaga.",
"“Ibu bapa boleh memakaikan anak-anak dengan pakaian yang selesa dan ringan yang dapat membantu memastikan mereka berasa sejuk semasa cuaca panas.",
"“Elakkan beraya pada waktu panas puncak seeloknya pergi ketika cuaca lebih sejuk seperti awal pagi, lewat petang atau malam dan hindarkan dari berada di luar rumah pada waktu paling panas, terutama dari pukul 10 pagi hingga 4 petang,” katanya.",
"Ibu bapa pada masa sama perlu peka terhadap tanda keletihan dan strok haba pada anak seperti sangat berpeluh, kekejangan otot dan pening.",
"Dr Norazmir turut menambah, menu terbaik bagi menjaga kesihatan diri di rumah terbuka semasa ‘musim’ strok haba ialah buah-buahan seperti tembikai, strawberi, anggur dan oren yang dapat mengekalkan kelembapan kerana kandungan air yang tinggi.",
"Selain itu sayur-sayuran seperti timun, tomato dan salad yang kaya dengan air dan boleh membantu mengekalkan kelembapan serta minuman sejuk seperti air limau, air kelapa dan teh ais dapat menyejukkan dan memastikan badan sentiasa terhidrat.",
"Antara juadah popular yang dihidangkan ketika berkunjung ke rumah terbuka sudah tentunya rendang, lemang, sate dan pelbagai kuih yang membuka selera.",
"Mengenai rendang yang bagi sesetengah orang adalah hidangan wajib pada musim perayaan, Dr Norazmir menjelaskan, ia tinggi lemak tepu serta kalori selain pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan individu mengalami penambahan berat badan dan masalah jantung.",
"“Begitu juga dengan lemang. Walaupun ia hidangan yang lazat namun tinggi kandungan karbohidrat dan kalori. Makan banyak lemang boleh menyebabkan kenaikan gula dalam darah serta berat badan naik,” katanya menambah, pengambilan sate yang berlebihan dan dagingnya yang berlemak juga boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah pencernaan.",
"Bagi kuih-muih pencuci mulut tradisional yang kebanyakan dibuat menggunakan gula, tepung dan santan, ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang tinggi serta pengambilan berlebihan boleh menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah dan penambahan berat badan.",
"Selain itu, terdapat juga penyakit yang berpunca daripada makanan tercemar akibat bakteria seperti Salmonella dan E. coli yang kerap berlaku semasa musim perayaan disebabkan pencemaran semasa penyediaan dan penyimpanan makanan.",
"“Ketika hari raya juga ramai yang akan merentas perjalanan sehingga beberapa jam untuk pulang ke kampung halaman dan penyakit berkaitan perjalanan seperti cirit-birit dan malaria berisiko dihidapi semasa perjalanan ke kawasan atau rentas negeri yang berbeza,” katanya.",
"Dr Norazmir turut menambah, ‘sakan beraya’ juga boleh mengundang penyakit berkaitan tekanan seperti sakit kepala, migrain dan masalah pencernaan boleh berlaku disebabkan tekanan dan tuntutan musim perayaan termasuk perjalanan, penganjuran acara dan menguruskan kewajipan keluarga.",
"Justeru katanya, penting untuk masyarakat mengambil langkah pencegahan seperti mengamalkan kebersihan, mengekalkan diet yang sihat, menguruskan tahap tekanan untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit semasa perayaan.",
"Mengulas perkara itu, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin berkata, tabiat pemakanan semasa musim perayaan boleh meningkatkan risiko terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).",
"“Penyakit tidak berjangkit adalah hasil daripada pendedahan berpanjangan terhadap gaya hidup yang tidak sihat termasuk cara pemakanan yang tidak seimbang. Situasi Aidilfitri yang biasanya disambut sepanjang bulan Syawal dengan pelbagai jemputan untuk majlis makan-makan boleh meninggalkan kesan berpanjangan terhadap kesihatan kita.",
"“Contoh mudah adalah pengambilan gula tambahan. Bayangkan kita menziarahi lima buah rumah untuk berhari raya dan di setiap rumah kita akan minum minuman bergula, makan kuih raya yang pastinya tinggi kandungan gula dan pelbagai lagi juadah berbentuk manisan.",
"“Sedar atau tidak kita mengambil gula tambahan melebihi keperluan harian yang dibenarkan iaitu sembilan sudu kecil gula bagi seorang lelaki dewasa dan enam sudu kecil bagi seorang wanita dewasa,” katanya.",
"Beliau berkata, NCD secara umumnya dikaitkan dengan tabiat makan individu dan akan menjadi lebih buruk pada musim perayaan hasil daripada gaya pemakanan yang tidak berhemah.",
"“Dua masalah yang paling terkesan semasa musim perayaan iaitu peningkatan gula dalam darah yang membawa kepada penyakit kencing manis dan peningkatan kolesterol dalam darah yang membawa kepada pelbagai masalah jantung dan darah tinggi,” katanya.",
"Untuk itu setiap individu dinasihatkan ‘memilih makanan’ dengan tidak terus mengambil dengan kuantiti yang banyak di samping memberi ruang untuk diri merasa serba sedikit makanan yang ada.",
"“Pengambilan kita dikira berhemah apabila hidangan dalam pinggan tidak menimbun dengan satu jenis makanan sebaliknya terdapat pelbagai jenis dalam kuantiti yang kecil.",
"“Bagi individu yang sememangnya didiagnosis dengan penyakit kencing manis, kuatkan diri anda untuk tidak mengambil makanan atau minuman yang kita sedia maklum ditambah dengan gula tambahan,” katanya.",
"Bagi memastikan tubuh badan kekal sihat sepanjang raya, Dr Norsham Juliana berkongsi beberapa panduan penting yang boleh diamalkan oleh masyarakat antaranya membiasakan diri untuk “katakan tidak” kepada minuman bergula sepanjang hari.",
"“Bagi individu yang terbiasa dengan minuman dengan gula tambahan, mulakan amalan ini dengan pengambilan secara selang sehari, seterusnya jarakkan masa untuk pangambilan minuman bergula. Selain itu amalkan minum air kosong atau air tidak bergula terlebih dahulu setiap kali sebelum makan dan berikan masa lima hingga 10 minit selepas minum sebelum mula makan,” katanya.",
"Beliau menambah, cara untuk kekal sihat adalah dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit iaitu menghadkan satu atau dua item sahaja daripada jenis yang sama.",
"“Pilih untuk makan buah-buahan dahulu sekiranya dihidangkan sebelum mula makan hidangan lain. Makan dan kunyah dengan perlahan, usah gopoh menghabiskan makanan. Sekiranya kita sebagai tuan rumah untuk majlis Aidilfitri, pastikan kita menyediakan pilihan makanan sihat untuk dihidangkan kepada tetamu.",
"“Hidangan seperti sayuran, ulam dan buah-buahan perlu menjadi hidangan kemestian dalam majlis. Kurangkan penggunaan gula, minyak, santan serta gunakan daging dan ayam tanpa lemak dalam masakan,” katanya.",
"“Ia akan memberikan impak besar dalam diri kita. Semoga kita sama-sama berusaha ke arah menjadikan budaya sambutan Aidilfitri di Malaysia suatu amalan yang turut menitikberatkan gaya hidup sihat.",
"“Jadikan Aidilfitri kali ini detik terindah dengan kita kekal sihat dan jangan biarkan kemeriahan Aidilfitri dijadikan alasan penyebab kepada penyakit kronik yang berpanjangan,” katanya. – BERNAMA"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/cemas-dengan-nombor/ | Cemas dengan nombor! | [
"Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad menasihati Perdana Menteri agar tidak kelam kabut dalam isu nombor sebaliknya memberi tumpuan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/bapa-nafi-messi-sertai-kelab-arab-saudi/ | Bapa nafi Messi sertai kelab Arab Saudi | [
"Lionel Messi belum “menandatangani atau bersetuju” perjanjian untuk bermain di Arab Saudi musim depan, kata bapa kepada pemain Argentina itu selepas laporan media semalam, mengaitkan penyerang Paris St Germain (PSG) itu dengan perpindahan ke Timur Tengah.Masa depan Messi di PSG menjadi subjek spekulasi sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas pasukan Ligue 1 itu menggantungnya kerana melawat Arab Saudi dan tidak menyertai sesi latihan.",
"Semalam, media Perancis melaporkan bahawa perpindahan Messi ke Arab Saudi adalah “perjanjian yang telah selesai”, sambil menambah bahawa pemain berusia 35 tahun itu dalam proses memuktamadkan butiran sebelum menandatangani kontrak.",
"“Tiada apa-apa dengan mana-mana kelab untuk tahun depan. Keputusan itu tidak akan dibuat sebelum Lionel menamatkan liga bersama PSG,” kata bapa Messi, Jorge dalam satu kenyataan di Instagram.",
"“Apabila musim berakhir, barulah tiba masanya untuk menganalisis dan melihat apa yang ada di luar sana, kemudian membuat keputusan… Kami boleh beri jaminan kepada anda bahawa tiada apa-apa dengan sesiapa pun. Baik secara lisan, tandatangan, mahu pun persetujuan sehingga akhir musim.”",
"Sumber yang rapat dengan kapten Argentina memberitahu Reuters bahawa pemain itu telah menerima tawaran rasmi untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal musim depan.",
"Messi juga ke negara itu pada Januari lalu untuk bermain perlawanan persahabatan bersama PSG menentang pasukan bintang Liga Arab Saudi, apabila dia berdepan `musuh’ lamanya, Cristiano Ronaldo. – REUTERS"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/konflik-aliran-penyakit-ahli-kitab-dan-implikasi-ke-atas-masjid/ | Konflik aliran, penyakit Ahli Kitab dan implikasi ke atas masjid | [
"BEBERAPA tahun dahulu saya pernah menulis artikel Waspada Dengan Polemik Khilafiyyah. Namun dari hari ke hari, pertembungan seumpama itu kelihatan meleret-leret lalu menatijahkan konflik yang secara zahir kelihatan ilmiah. Namun jika diamati betul-betul, ia semakin menampakkan dorongan nafsu ingin bertelingkah semata-mata.Kisah golongan terdahulu adalah cerminan buat kitaAl-Quran menceritakan kisah orang-orang terdahulu sebagai sempadan. Sekalipun yang diceritakan itu adalah sikap-sikap Ahli Kitab dalam kalangan Yahudi atau Kristian, ia adalah cerminan kepada kita umat Islam. Betapa jika berlarutan dengan penyelewengan ilmu dan sikap, akhirnya akan menyerupai perangai golongan yang tersesat itu.Apatah lagi Nabi telah mengingatkan bahawa umatnya akan terikut-ikut perangai golongan terdahulu iaitu Yahudi dan Kristian secara berdikit-dikit. Maka sudah pastilah, kita tidak boleh membataskan cerita-cerita mereka di dalam al-Quran hanya ke atas mereka semata-mata, tanpa muhasabah ke atas diri kita.Penyakit Ahli KitabAllah telah menceritakan perangai pendeta Yahudi dan Kristian yang saling bertelingkah, padahal kedua-duanya didorong kejahilan dan kesombongan. Firman-Nya:",
"وَقَالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النَّصَارَىٰ عَلَىٰ شَيْءٍ وَقَالَتِ النَّصَارَىٰ لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلَىٰ شَيْءٍ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ ۗ كَذَٰلِكَ قَالَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ مِثْلَ قَوْلِهِمْ ۚ فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ",
"“Dan orang Yahudi berkata “Orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan”. Dan orang Nasrani pula berkata “Orang Yahudi tidak mempunyai pegangan”. Padahal mereka sama-sama membaca al-Kitab. Demikian pula orang yang tidak berilmu, berkata seperti ucapan mereka itu. Maka Allah akan mengadili mereka pada hari kiamat terhadap apa yang mereka pertelingkahkan padaNya.” ",
"Ayat ini turun sebagai reaksi pertelingkahan antara pendeta Yahudi dan Kristian yang disaksikan oleh Nabi. Ibnu Kathir menjelaskan mereka bertelingkah dengan merujuk kitab masing-masing. Sedangkan jika mereka jujur dengan kitab-kitab suci yang dirujuk itu, sudah pasti mereka akan mendapati ada ruang persamaan dan harus memperakui Nabi (Musa dan Isa) yang disanjung oleh masing-masing.Imam Qatadah menekankan punca kerosakan mereka adalah kerana sikap suka mengada-adakan perkara dalam agama lalu berlaku perpecahan. Jika ditelusuri sejarah perkembangan agama mereka pun, ia bermula dengan konflik aliran hingga terhasil seperti yang ada pada hari ini.Faktor kenapa rakus bertelingkah?Al-Quran turut mendedahkan, hakikat pertelingkahan mereka adalah berpunca dari sentimen kebencian yang tidak terkawal. Terdapat 3 tempat di dalam al-Quran, Allah mendedahkan hakikat tersebut:",
"Dalam tiga-tiga ayat ini, Allah mendedahkan faktor kedengkian yang memacu pertelingkahan. Apatah lagi dalam lapangan ilmu seringkali dikaitkan dengan reputasi, dan di mana ada soal reputasi maka disitulah wujudnya persaingan. Di mana ada persaingan, di situ jugalah berpotensi wujudnya bibit-bibit kedengkian.Konflik aliranApabila menelusuri polemik tamazhub yang banyak menebarkan sentimen dan kekejian, kita akan menyedari kebenaran yang telah diperingatkan oleh wahyu. Penyakit persaingan sesama ahli ilmu yang menjadikan hasad sebagai modal untuk berseteru. Ia akhirnya akan melupakan orang yang terlibat dalam kancah tersebut soal apakah tujuan sebenar dalam beragama.Seperti yang telah diingatkan oleh Allah berkaitan penyakit Ahli Kitab yang bertelingkah, hakikatnya berpunca dari penyakit hasad. Apatah lagi jika memahami lapangan ilmu itu berupaya membina pengaruh, pengikut dan lobi kekuasaan, ia sememangnya merangsang nafsu manusia untuk kelihatan serba unggul. Soal reputasi-reputasi seumpama itulah yang menghidupkan hasad.Jika kita mengikuti pertarungan secara fanatik kononnya atas nama mazhab, memang secara zahir kelihatan seakan-akan khilaf yang terjadi berdiri di atas alasan-alasan ilmiah. Namun sekiranya ditilik secara jujur akan hukuman melampau yang dilemparkan dan sentimen jahat yang dipasangkan, kebanyakannya tidak sepadan dengan alasan khilaf yang berlaku. Ia bersifat melebih-lebih dan melampau-lampau, selektif dan tidak adil.Justeru apabila hasad itu sudah bersarang, jalan tabayyun sudah tidak lagi menjadi pilihan oleh mereka. Jika berdialog pun bukan untuk tunduk dengan kebenaran. Sebaliknya secara sophistry semata-mata ingin membenamkan pihak yang dihasadkan itu walau dengan apa cara sekalipun.Kita menanggung 3 masalah;• Masalah yang pertama adalah kejahilan berkenaan hakikat mazhab dan tamazhub yang melanda umat Islam. Kejahilan sedemikian membentuk kelompok ekstrem, sekalipun terkadang berselindungkan gaya yang lunak. Sama ada ekstrem hingga menjadikan mazhab seakan-akan agama, atau ekstrem hingga menafikan relevansi bermazhab. Kemelampauan inilah yang menerbitkan sentimen serta fanatik yang pasti membunuh budaya ilmu dalam kalangan umat Islam.• Masalah yang kedua adalah, makar musuh Islam yang menjadikan polemik atas nama mazhab sebagai kesempatan untuk mereka menguasai umat Islam. Tiupan sentimen itu berlaku dan ada pasang surutnya. Ini termasuk juga dalam maksud strategi pecah dan perintah.• Masalah yang ketiga adalah, kematangan umat Islam itu sendiri yang tidak cukup terpandu menguruskan masalah-masalah atas nama mazhab secara matang. Sebaliknya mereka lebih memilih sentimen, emosi dan didorong favoritisme, berbanding sikap objektif yang lebih hampir dengan taqwa. Kadang-kadang konsep adab itu semata-mata dijadikan sebagai dalih bagi mewajarkan sikap yang cukup diskriminatif.Implikasi ke atas masjidBerbalik kepada ayat 113 surah al-Baqarah yang menceritakan sikap bertelingkah Ahli Kitab, Allah melanjutkan peringatan soal fungsi masjid yang seharusnya dilestarikan:",
"وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَا ۚ أُولَٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَا إِلَّا خَائِفِينَ ۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ",
"“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang dari menyebut nama Allah dalam masjid-masjidNya. Dan berusaha merobohkanNya. Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamNya kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat.”",
"Masjid seharusnya menjadi tempat perkembangan ilmu serta kesedaran umat yang harus diperanankan oleh semua. Namun apabila pertelingkahan aliran yang hadir dalam segmen ilmu itu semakin meruncing, sudah pasti ia akan memberi kesan kepada masjid.Sekat menyekat dan adu domba pun berlaku, yang akhirnya memberi kesan kepada pengimarahan budaya ilmu di dalam masjid. Dalam ayat al-Quran di atas, mengingatkan usaha merobohkan masjid. Terdapat juga hadith menjelaskan yang roboh itu bukan bangunannya, tetapi fungsinya.Politik agamaManusia disifatkan sebagai Zoon Politikon, iaitu makhluk politik. Selalunya orang akan menganggap politik itu hanya yang membabitkan kepartian semata-mata. Walhal sebenarnya, setiap aspek kehidupan, manusia berpolitik. Sama ada sedar atau tidak, termasuklah yang beria-ia menolak politik. Hakikatnya dia pun sedang berpolitik.Termasuklah politik agama yang beralasankan aliran, atau mazhab. Sebagaimana dalam politik kepartian ada retoriknya, ada propagandanya, ada fanatismenya dan ada seteru yang perlu dicipta, begitu juga hal yang sama dalam permasalahan konflik aliran yang dibahaskan ini. Justeru, berwaspadalah dengan tipu daya yang tersembunyi di celah-celahnya.USTAZ ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD10 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/kanak-kanak-6-tahun-pandu-kereta-sehingga-kemalangan/ | Kanak-kanak 6 tahun pandu kereta sehingga kemalangan | [
"ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikesan memandu sebuah kereta sejauh kira-kira 2.5 kilometer sebelum terbabit dalam kemalangan selepas melanggar tiang lampu dalam kejadian di Langkawi, malam tadi.",
"Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata bagaimanapun kanak-kanak itu hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian dagu dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Bukit Tangga kira-kira 11 malam itu.",
"“Polis menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 11.15 malam berhubung kejadian sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas dan melangar tiang lampu di tepi jalan.",
"“Kereta itu dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan dinaiki seorang penumpang yang merupakan adiknya yang berusia tiga tahun. Kanak-kanak berusia enam tahun itu luka di bahagian dagu manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu telah memandu kereta berkenaan dari rumah mereka di Kampung Padang Mengkuang tanpa pengetahuan ibu bapanya sebelum kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan.",
"“Ketika di rumah, ibu kanak-kanak tersebut ada bersama dengan anak-anaknya, manakala bapa mereka sedang tidur. Wanita terbabit kemudian telah ke bilik air dan selepas keluar dari bilik air dia mendapati anak-anaknya tiada di dalam rumah,” katanya.",
"Terdahulu, satu video berdurasi lebih satu minit tular di laman media sosial yang memaparkan sebuah kereta terbabas dan melanggar tiang lampu dan terdapat dua kanak-kanak lelaki di dalam kenderaan berkenaan yang dipercayai dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia enam tahun. – BERNAMA"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/data-pemohon-bocor-uitm-mohon-maaf/ | Data pemohon bocor, UiTM mohon maaf | [
"SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan hingga berlaku kebocoran data hampir 12,000 pemohon universiti tersebut.",
"Menerusi akaun Twitter rasminya @uitmofficial, universiti itu memaklumkan bahawa pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif dan kemas kini telah dilakukan.",
"Ini susulan seorang pengguna Twitter, @imraimy mendakwa bahawa UiTM baru sahaja menerbitkan senarai hampir 12,000 nombor kad pengenalan dan emel pemohon sebagai pautan tidak selamat. – BERNAMA"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/impossible-is-nothing/ | ‘Impossible is nothing’ | [
"SEMASA Hari Raya, kami sekeluarga telah pergi beraya di rumah kawan sekolah anak saya. Ayahnya adalah seorang arkitek dan kami belajar di tempat yang sama di Hull tetapi dia junior saya jadi kami tidak sempat berjumpa.Kami telah berbincang mengenai anak-anak kami yang tidak ada seorang mengikuti kami menjadi arkitek. Dia kata tidak boleh paksa kerana jika seseorang tidak ada ‘great imagination’ tidak boleh mengikuti kursus Architecture. Memang benar. Seorang arkitek mesti kreatif dan memiliki impian yang besar. Kadang-kala kelihatan mustahil, susah hendak difahami orang dan menyusahkan orang (terutamanya engineer). Bila saya memasuki politik semangat ini turut saya bawa yang memeningkan kepala kawan-kawan. Semangat ‘impossible is nothing’ (Ingat Adidas) atau mahu melakukan yang mustahil (wanting to do the impossible) merupakan trademark saya. Pegawai-pegawai kerajaan ketika saya Exco pun ada yang pening. Tetapi akhirnya mereka memahami.Dalam politik saya nampak perbezaan di antara kawan-kawan yang arkitek dan yang engineer. Arkitek memiliki imaginasi yang tiada had tetapi yang engineer agak ‘rigid’ (keras). Maaf kepada para engineer. Tetapi lawyer lagi kreatif. Yang betul boleh jadi salah dan salah boleh jadi betul.Tetapi buat apa hendak berfikir cara ‘biasa-biasa’? Kena ambil risiko. No pain no gain. Kalau takut lebih baik jadi lesung batu. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan mereka yang tidak mampu sebab mereka tidak dilatih untuk menjadi kreatif atau mempunyai impian. DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMADKetua PenyelarasPusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH) – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/haaland-dibelenggu-de-bruyne-muncul-penyelamat/ | Haaland dibelenggu, De Bruyne muncul penyelamat | [
"Ketika mesin penjaring gol Manchester City, Erling Haaland, tenggelam dan pasukannya memerlukan keajaiban, Kevin De Bruyne muncul penyelamat ketika menentang Real Madrid dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.De Bruyne yang berusia 31 tahun seperti pemain antarabangsa City lain yang berkualiti tinggi, tidak menonjol ketika musim pertama Haaland yang memecah rekod di England.",
"Haaland dari Norway menjaringkan 51 gol dalam semua pertandingan, tetapi mendapati pemain Real Madrid, Antonio Rudiger dan David Alaba, tidak seperti pertahanan tengah Liga Perdana yang dibulinya tanpa belas kasihan sepanjang musim ini.",
"Ketika Real kelihatan selesa dan mengancam untuk menambah pendahuluan melalui serangan ajaib Vinicius Jr, De Bruyne menunjukkan sekali lagi mengapa City sangat memerlukannya ketika mereka berusaha untuk memenangi buat kali pertama Liga Juara-Juara.",
"“Kevin adalah pemain besar bagi kami. Dia sentiasa hebat dan membantu pada saat kami amat memerlukannya,” kata pemain tengah City, Rodri mengenai pemain Belgium itu.",
"Gol ke-14 De Bruyne dalam Liga Juara-Juara untuk City bermakna dia adalah pemain pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara yang menjaringkan gol dalam perlawanan berasingan di tempat lawan menentang Real dalam pusingan kalah mati.",
"Keputusan perlawanan ini juga memihak kepada skuad kendalian Pep Guardiola yang akan menjadi pasukan pilihan pada perlawanan kedua Rabu depan di Stadium Etihad, gelanggang yang mereka tidak tewas selama lima tahun dalam pertandingan itu.",
"Walaupun City menguasai perlawanan, terutama pada separuh masa pertama, Real mempamerkan ketenangan, tidak pernah panik dan kelihatan tajam dalam serangan balas.",
"“Kami perlu bermain seperti ini lagi minggu depan,” katanya yang memenangi Liga Juara-Juara dua kali bersama Real dan dua kali bersama AC Milan. “Strategi kami bagus, kami tidak bimbang apabila mereka menguasai bola. Kemudian babak kedua berbeza sama sekali.”",
"“Kami boleh bertahan dengan lebih baik di beberapa bahagian, mungkin kami boleh menyerang dengan sedikit berbeza. Alaba dan Rudiger sangat rapat mengawasi Erling, jadi terdapat sangat sedikit ruang. Mungkin kita boleh menyesuaikan beberapa perkara.” – REUTERS"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/10/serang-gaza-dunia-perlu-kutuk-tindakan-zionis-israel/ | Serang Gaza: Dunia perlu kutuk tindakan zionis Israel | [
"PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan bacul dan ganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan udara malam kelmarin yang sehingga kini telah mengakibatkan 15 warga Palestin terkorban dan lebih 20 yang lain cedera.",
"Sudah sampainya masanya masyarakat dunia perlu mengambil tindakan tegas ke atas rejim zionis Israel yang selama ini dengan sewenang-wenangnya berlaku kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan serta telah menjajah dan menjarah bumi Palestin selama lebih 74 tahun.",
"Pelbagai Resolusi PBB dan Perjanjian Damai yang dipersetujui dan dikuatkuasakan telah dicabuli serta nasib Palestin dan warganya tetap sama malah lebih buruk daripada dahulu.",
"Isu Palestin adalah satu isu yang cukup “memalukan“ bagi masyarakat dunia kerana ia satu-satunya isu yang tidak mampu diselesaikan sehingga ke hari ini.",
"Isu Palestin dipinggirkan dan seolah-olah terdapat sikap “double standard“ dalam kaedah menanganinya berbanding pelbagai konflik lain yang berlaku di dunia hari ini mahupun sebelumnya.",
"OIC, Liga Arab mahupun PBB perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menangani isu Palestin dan perlu meletakkan titik noktah bagi mengakhirinya.",
"Sudah sampai masanya masyarkat dunia perlu mencapai kata sepakat dalam menangani isu Palestin dan bertindak dengan lebih tegas terhadap rejim zionis Israel.",
"Selagimana ia berlarutan dan dibiarkan, nescaya Asia Barat akan terus bergolak seterusnya menjejaskan matlamat untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan yang berkekalan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.",
"YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADIPengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS PusatADUN Batu Buruk19 Syawal 1444 / 10 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 10/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/fungsi-masjid-perlu-diperkasa-pemangku-raja-perlis/ | Fungsi masjid perlu diperkasa – Pemangku Raja Perlis | [
"KANGAR: Fungsi masjid perlu diperkasa khususnya dari aspek pengimarahan agar mampu membangunkan ummah, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.",
"“Jawatankuasa kariah dan para pegawai masjid yang terdiri daripada imam, bilal, siak dan penjaga kawasan mestilah komited dengan tugasan serta tanggungjawab yang diamanahkan, bersikap mesra dengan anak kariah dan berusaha menyelesaikan masalah yang dibangkitkan dan bersikap pendamai,” titah baginda pada Majlis Perasmian Masjid Al-Amin, Sempering, malam ini.",
"Turut hadir Menteri Besar Mohd Shukri Ramli, Mufti Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Exco Agama Muhammad Azmir Azizan dan barisan exco lain.",
"Tuanku Syed Faizzuddin bertitah masjid merupakan pusat perkembangan ilmu dan pemikiran, oleh itu jawatankuasa kariah dan agensi agama perlu memastikan majlis ilmu diatur mencakupi bidang-bidang penting dalam agama dan juga pengetahuan am.",
"“Masjid juga hendaklah bertindak sebagai lokasi sehenti yang mesra musafir, pengembara, orang kurang upaya, ibu tunggal, kanak-kanak, orang tua dan lain-lain golongan yang memerlukan.",
"Baginda bertitah semua pihak hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh agensi agama negeri bagi memastikan keseragaman dan penyelarasan yang teratur, terutama berhubung pengimarahan masjid dan surau.",
"“Perlu juga diingatkan supaya pihak jawatankuasa masjid hendaklah sentiasa memastikan setiap penceramah, pengkuliah dan tenaga-tenaga pengajar di masjid adalah pemegang tauliah di negeri Perlis,” titah baginda.",
"Pemangku Raja Perlis itu bertitah ini bagi memastikan kualiti dan mutu pengisian di masjid dan surau di negeri ini kekal berada pada standardnya yang tersendiri, serta jauh daripada anasir-anasir luar yang meragukan dan cuba untuk menyemai bibit-bibit perpecahan dalam kalangan masyarakat di sini. – BERNAMA"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/lelaki-ada-21-rekod-jenayah-mati-disyaki-ditembak/ | Lelaki ada 21 rekod jenayah mati disyaki ditembak | [
"KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan mati disyaki ditembak berhampiran medan selera di Jalan Bandar 1, Pusat Bandar Puchong di sini semalam.",
"Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata mangsa yang berusia 31 tahun sebelum itu dikatakan keluar makan malam bersama beberapa rakannya.",
"Beliau berkata polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan menemukan seorang lelaki (mangsa) terbaring berlumuran darah disyaki ditembak dan tidak sedarkan diri berhampiran medan selera itu kira-kira 12.35 tengah malam.",
"“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk bedah siasat dan hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mangsa bersama rakan-rakannya telah pergi makan di medan selera tersebut kira-kira 10 malam (Rabu).",
"“Selepas makan malam pada 12.35 tengah malam (Khamis), mangsa berjalan kaki menuju ke kenderaan dan secara tiba-tiba dipercayai ditembak,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu mempunyai 21 rekod jenayah antaranya pernah dihukum di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, selain pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.",
"Anbalagan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh manakala motif kejadian masih belum dikenal pasti serta polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek. – BERNAMA"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/mahkamah-tolak-permohonan-ibu-tunggal-batal-penukaran-agama-anak/ | Mahkamah tolak permohonan ibu tunggal batal penukaran agama anak | [
"KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral tanpa persetujuannya oleh bekas suaminya.",
"Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa tiada bukti ketiga-tiga anak wanita itu berhenti menganut agama Islam apabila berada di bawah jagaan ibu mereka.",
"Hakim berkata Loh, sebagai pemohon tidak menafikan bahawa anak-anaknya terus mengamalkan agama Islam dengan menunaikan solat subuh setiap hari apabila mereka berada dalam jagaannya.",
"“Jadi, walaupun sijil penukaran agama bukan bukti muktamad, memandangkan sifatnya yang unilateral, ‘kekuatan bukti’ akan menunjukkan bahawa ketiga-tiga anak itu terus menganut agama Islam,” katanya.",
"Beliau berkata sijil itu dikeluarkan selepas responden pertama iaitu Pendaftar Mualaf Negeri Perlis berpuas hati bahawa keperluan undang-undang di bawah Seksyen 107(1) Enakmen Perlis 2006 dipatuhi apabila kanak-kanak itu telah mengisytiharkan syahadah dengan rela hati.",
"“Sijil penukaran agama yang dikeluarkan oleh responden pertama dalam kes itu adalah bukti muktamad fakta yang dinyatakan dalam sijil tersebut,” katanya.",
"Wan Ahmad Farid berkata afidavit Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor menunjukkan bahawa kanak-kanak itu menunjukkan niat melalui tindakan mereka untuk terus berada dalam Islam walaupun berada di bawah jagaan Loh tahun lepas.",
"Hakim berkata pada afidavit Mohd Nazim menunjukkan kanak-kanak itu pada 22 Feb tahun lepas masih mengamalkan ajaran Islam, menunaikan solat subuh, malah seorang daripada mereka mahu menjadi peguam syarie.",
"Hakim turut memetik satu aspek dalam satu lagi kes penukaran agama secara unilateral, kes M. Indira Gandhi, yang melibatkan kebajikan kanak-kanak.",
"“Memandangkan semua keadaan kes itu, tiada bukti di hadapan saya bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak gembira tinggal bersama pemohon. Oleh itu, kebajikan kanak-kanak, dalam maksud kes Indira Ghandi, menetapkan bahawa status quo harus kekal.",
"“Atas sebab-sebab yang disebutkan di atas, permohonan untuk semakan kehakiman ini ditolak,” kata hakim itu sambil menambah bahawa mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos kerana kes itu adalah soal kepentingan awam.",
"Loh, 36, memfailkan permohonan itu pada 25 Mac tahun lepas dan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis sebagai responden pertama hingga keempat.",
"Ibu tunggal itu memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan bekas suaminya, M. Nagahswaran, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa persetujuannya.",
"Wanita itu juga memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya itu, sebagai kanak-kanak, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memeluk agama Islam tanpa kebenarannya.",
"Beliau juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengisytiharan pemelukan agama Islam, bertarikh 7 Julai 2020, yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf Perlis atas nama tiga anaknya, dan juga kad lain mengenai pemelukan agama Islam yang telah dikeluarkan oleh pihak lain, dan juga menghalang mana-mana pihak daripada mengeluarkan kad tersebut.",
"Tiga kanak-kanak itu, kembar perempuan berusia 15 tahun dan lelaki berusia 11 tahun yang diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kemudiannya diserahkan kepada Loh pada 21 Feb 2022 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya. – BERNAMA"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/kelantan-manfaat-kepakaran-ngo-bina-telaga-tiub/ | Kelantan manfaat kepakaran NGO bina telaga tiub | [
"KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan mendapat khidmat beberapa NGO termasuk Muslim Care yang banyak membantu membina telaga tiub di Sudan, Afghanistan dan banyak lagi negara.",
"Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan NGO terbabit bagi membina telaga tiub di kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air bersih.",
"“Kita telah mengadakan perbincangan dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk membina sistem telaga tiub di kawasan yang mengalami masalah bekalan air pada musim panas sekarang.",
"“Kerajaan negeri sentiasa memantau masalah bekalan air yang dihadapi rakyat di Kelantan,” katanya selepas merasmikan Majlis Karnival Bio Kelantan 2023 di Kompleks Islam Darulnaim di Lundang hari ini. (Foto atas)",
"Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Abdullah Ya’kub dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.",
"Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan mencari kaedah bagaimana cara untuk membantu membina telaga tiub di lokasi yang berdepan dengan masalah bekalan air.",
"Katanya ia sebagai langkah memastikan produk yang dikeluarkan lebih berdaya saing bagi mendukung hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Kelantan ke arah jelapang makanan negara."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/kemarau-tiada-laporan-pesawah-di-terengganu-terjejas/ | Kemarau: Tiada laporan pesawah di Terengganu terjejas | [
"Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia berikutan usaha kerajaan negeri secara intensif menaik taraf sistem pengairan dan saliran, lapor portal TRDI.my.",
"“Buat masa ini, tiada sebarang masalah dihadapi, malah kita tidak mempunyai sebarang laporan mengenai pesawah terjejas kerana musim kemarau sebab kita mempunyai sumber bekalan air yang mencukupi.",
"“Kerajaan negeri telah membelanjakan RM2.5 juta bagi projek pembangunan padi pada tahun 2021 dan RM700,000 tahun 2022 dalam usaha memastikan infrastruktur sawah padi terutamanya sistem pengairan dilengkapi sebaiknya bagi memastikan bekalan air mencukupi walaupun berdepan keadaan kemarau yang panjang,” katanya, di sini semalam.",
"Menurutnya, jumlah keluasan kawasan penanaman padi di negeri ini ialah 12,542 hektar di mana 5,323 hektar adalah kawasan dalam jelapang, sementara 7,221 hektar bagi kawasan luar jelapang.",
"Tambahnya lagi, kebanyakan sumber bekalan air bagi sawah padi berpunca daripada takungan empangan yang berpunca daripada aliran sungai dan bukan aliran semula jadi yang mudah terkesan dengan perubahan iklim terutamanya kemarau."
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/kenapa-pmx-bersungguh-alu-kedatangan-coldplay/ | Kenapa PMX bersungguh alu kedatangan Coldplay? | [
"SAYA membesar dengan band Coldplay ini. Daripada lagu Yellow sampailah Hymn For The Weekend semua kita layan. Daripada keasyikan falsetto Chris Martin yang diadun dengan muzik rock, sehinggalah Coldplay hilang identiti dipukul badai pop moden.Yalah, dah industri muzik evolve ke arah itu, nak survive kenalah adapt. Lantak dialah bab itu.Cuma tindakan mengalu-alukan Coldplay ke Malaysia ini saya sangat tak setuju. Chris Martin itu adalah pendukung tegar LGBT. Tiap kali perform, mesti ada saja bendera pelangi itu berkibar.Hairannya (sebenarnya tak hairan pun), Perdana Menteri ke-10 (PMX) bersungguh greet Coldplay itu.Dah teruja sangat pejuang LGBT itu nak sebar budaya songsang dalam masyarakat Malaysia apa hal? Geram weh…!ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 11/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/pemimpin-wajib-jaga-kebajikan-rakyat/ | Pemimpin wajib jaga kebajikan rakyat | [
"KUALA LUMPUR: Sesiapa sahaja yang dilantik sebagai pemimpin sama ada negeri atau persekutuan wajib menjaga kebajikan rakyat walau apa pun keadaan.Penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata mana-mana kerajaan sekalipun tidak boleh memberi alasan untuk mengelak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.",
"“Oleh sebab itu, rakyat kena berjaga-jaga dalam memilih pemimpin yang betul kerana rakyat juga yang bertanggungjawab dalam memastikan keadilan dalam sistem pemerintahan,” katanya kepada HarakahDaily.",
"Mohammad Tawfik berpendapat bahawa kerajaan yang dipilih boleh membantu dalam bentuk pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat yang dibebani dengan hutang yang banyak.",
"“Antaranya adalah dengan mencampur tangan dalam memanjangkan tempoh pinjaman sedia ada bagi rakyat yang terkesan dan penurunan cukai kepada kumpulan sasaran seperti peniaga kecil dan pembaharuan lesen perniagaan percuma.",
"“Ini kerana kalau peluang untuk berhutang terus dibuka,ini merupakan jalan pintas untuk menyelesaikan masalah yang singkat tetapi akan mewujudkan bebanan yang berpanjangan,” nya. – HARAKAHDAILY 11/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/kelantan-cetus-kelainan-anjur-sambutan-hari-warga-emas/ | Kelantan cetus kelainan anjur sambutan Hari Warga Emas | [
"KOTA BHARU: Sebelum ini kerajaan atau mana-mana pihak sering menganjur sambutan Hari Wanita, namun belum kedengaran ada sambutan serupa bagi warga emas.",
"Namun, kerajaan Kelantan mencetus kelainan apabila menganjur sambutan Hari Warga Emas yang menggambarkan komitmen tinggi kerajaan negeri bagi menjulang dan memartabatkan golongan terbabit.",
"Pengarah Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Ilvira Mohd Dasuki berkata, sambutan itu sebagai usaha bagi mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif dan produktif bagi kesejahteraan masyarakat.",
"Katanya, sumbangan dan bakti warga emas mampu melahirkan generasi berwawasan dan bertaqwa yang menjadi penerus kepada pembangunan negara pada masa akan datang.",
"“Semoga usaha murni ini mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera di dunia dan akhirat,” katanya pada sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri di sini, hari ini.",
"Hadir majlis sama anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Mumtaz Md Nawi, Pengerusi PURNAMA Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid, ahli parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.",
"Selain itu Adun Tanjung Rohani Ibrahim, Senator Dr Wan Martina Wan Yusof dan isteri Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.",
"Sementara itu Tuan Sabariah ketika berucap merasmikan sambutan itu berkata, sambutan Hari Warga Emas julung kali diadakan di Kelantan diharap dapat membina hubungan baik di antara warga emas dan golongan muda. – HARAKAHDAILY 11/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/dasar-warga-emas-mukramun-selaras-syarak/ | Dasar Warga Emas Mukramun selaras syarak | [
"Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, dasar tersebut dengan menambah baik dan menyokong Dasar Warga Emas Negara supaya bersesuaian dengan syarak.",
"“Dasar Warga Emas Mukramun disinonimkan dengan warga emas yang perlu mempersiapkan diri supaya dipandang mulia di sisi Allah,” katanya pada sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri di sini, hari ini.",
"Mumtaz berkata, sambutan Hari Warga Emas merupakan antara pelan strategi bagi meraikan warga emas di peringkat negeri di samping melancarkan Dasar Warga Emas Mukramun.",
"Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, golongan warga emas merupakan orang berpengalaman dan banyak menyumbang kepada institusi keluarga, masyarakat dan negara.",
"“Golongan warga emas merupakan penggerak usaha dan pencetus kejayaan bagi pembangunan negara yang dikecapi generasi muda hari ini. Ibarat ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’.",
"“Mereka bukan sahaja bertindak sebagai pakar rujuk dalam keluarga malah sebagai teladan kepada generasi muda dalam pelbagai perkara,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/kak-lah-bina-30-telaga-tiub-bantu-penduduk/ | Kak Lah bina 30 telaga tiub bantu penduduk | [
"RANTAU PANJANG: Bagi membantu penduduk yang terjejas bekalan air akibat musim kemarau, Ahli Parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff sehingga sekarang membina sebanyak 30 telaga tiub.",
"Menurut beliau jumlah telaga tiub itu dibina semenjak beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk membantu penduduk kampung yang mengalami masalah air.",
"“Setiap telaga tiub yang dibina menelan kos kira-kira RM30,000. Kos tersebut termasuk menyediakan paip dan pam untuk menyalur air ke tangki-tangki di kawasan perumahan.",
"“Sebanyak 14 telaga tiub siap dibina beberapa tahun kebelakangan ini dan dalam beberapa lagi dalam proses pembinaan sekarang,” katanya di sini.",
"Antara telaga tiub yang baharu dibina iaitu di Taman Perumahan Rantau Mas, Kampung Luar, Kampung Bakat, Kampung Gual Nibong, Kampung Kubang Kual dan Kampung Kok Kiek.",
"“Alhamdulillah semoga Allah bantu kita bagi mendapatkan sumber air dari telaga tiub dan dijangka beberapa lagi telaga tiub baharu dapat beroperasi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/vardy-tekad-kekalkan-leicester-di-liga-perdana/ | Vardy tekad kekalkan Leicester di Liga Perdana | [
"Penyerang, Jamie Vardy, berkata mengekalkan Leicester City di Liga Perdana akan menjadi pencapaian terbesar dalam kerjaya bola sepaknya ketika kelab itu kini berada di zon penyingkiran dengan baki tiga perlawanan lagi.Vardy membantu Leicester memenangi kejuaraan Liga Perdana musim 2015-16, menjaringkan 24 gol ketika pasukan itu langsung tidak diberikan harapan untuk memecah monopoli kelab terkemuka liga ketika itu.",
"“Saya fikir ketika ini (berada di Liga Perdana) akan menjadi pencapaian terbesar. Saya tidak pernah mahu melihat kami berada dalam situasi sekarang,” katanya.",
"“Jika anda bertanya kepada 99 peratus orang, mereka tidak dapat melihat perkara ini berlaku. Sukar untuk mencari sebab dan apa yang telah menyebabkan kami berada dalam situasi ini, anda tidak boleh meletakkan jari anda di atasnya,” kata Vardy.",
"Leicester yang memenangi Piala FA 2020-21, melayan kunjungan Liverpool pada Isnin sebelum menentang Newcastle United di tempat lawan dan West Ham United di tempat sendiri. – REUTERS"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/proses-naiktaraf-lra-palubang-positif/ | Proses naik taraf LRA Pelubang positif | [
"ALOR SETAR: Proses menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang menunjukkan perkembangan amat positif apabila berjaya mencapai 1.02 peratus melebihi jadual kemajuan fizikal yang ditetapkan.Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mengikut jadual kemajuan fizikal, LRA Pelubang sehingga 30 April ini perlu mencapai 12.41 peratus tetapi kemajuan sebenar yang dicapai mencecah 13.43 peratus. ",
"Menurutnya, projek naiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) yang sedang dalam pelaksanaan kini dikendali serta dikawal selia oleh syarikat yang diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri melalui tender terbuka. ",
"“Tidak patut bagi gambaran salah kepada kerja orang lain. Kemudian usaha cari salah dan meletakkan salah itu kepada Menteri Besar (saya). Itu tidak betul,” jelasnya pada sidang media, di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. ",
"Menurut Sanusi, kerja menaiktaraf LRA Pelubang dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Bina Darulaman Bhd (BDB) dengan kos RM431 juta. ",
"“Air yang telah dirawat di LRA lama Pelubang masih berbaki banyak. Apabila semua jajaran baharu paip siap, air boleh disalurkan terutama ke Kampung Tepi Laut, Kampung Laksamana, Kampung Kota Nelayan dan Taman Bersatu di Kuala Kedah,” katanya yang menambah bahawa tindakan sudah dibuat terhadap laporan tentang jajaran paip sepanjang 120 kilometer untuk sampai ke beberapa lokasi di Kuala Kedah. – HARAKAHDAILY 11/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/takut-sungguh-dap-dengan-presiden-pas/ | Takut sungguh DAP dengan Presiden PAS | [
"HARI ini, Lim Guan Eng kata Presiden PAS ancaman kepada kestabilan kerajaan madani. Dia ajak rakyat ramai-ramai buat laporan polis terhadap Presiden PAS.Mengapa DAP takut dan gelabah sangat ini? Hebat sungguh aura Tok Guru, hanya dengan tulisan artikel sudah menggetarkan hati PH.Bukan ke kerajaan kononnya ‘perpaduan’ itu dibentuk dengan sokongan 2/3 majoriti iaitu 148 kerusi Dewan Rakyat? Sekarang sudah tidak cukup jumlah ke sampai menggelabah cacing kepanasan begitu?Adakah DAP menyangka rakyat Malaysia khususnya orang Melayu-Islam sudah lupa dengan episod duka 22 bulan PH mentadbir dulu?Ingat kami dah lupa berapa banyak kenyataan pemimpin DAP yang mempertikaikan kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan?DAP sibuk menyerang PAS tetapi berdiam diri sunyi sepi dalam menyatakan pendirian DAP berkenaan pembebasan Najib melalui Pengampunan Diraja.Sudah bersih dan sesuci embun pagi ya semua apabila sudah berkahwin paksa antara BN-Umno dengan PH?Tidak kedengaran lagi laungan tangkap penyamun, perompak dan pensakau.Sesungguhnya, lagu Keramat Hoi Ya Hoi tangkap perasuah juga sudah tinggal kenangan dalam lipatan sejarah.SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 11/5/2023"
] |
https://harakahdaily.net/index.php/2023/05/11/anak-jati-selangor-untuk-mb-selangor/ | Anak jati Selangor untuk MB Selangor | [
"KALAU ada anak jati yang kompeten untuk jadi Menteri Besar (MB) Selangor, kenapa kita nak pilih orang luar?Lagipun anak jati Selangor bukan calang-calang dan sebarangan orang.Bertahun-tahun Selangor menjadi pusat ekonomi utama di Malaysia, ada infrastruktur moden dan berkembang pesat sehingga menjadi tumpuan rakyat negeri lain untuk mencari rezeki, takkan negeri semaju ini masih hendak bergantung kepada orang luar untuk jadi MB dan bangunkannya?Bukankah anak jati itu lebih memahami keperluan masyarakat setempat? Mereka sendiri merasai masalah yang membelenggu rakyat Selangor sejak kecil hingga dewasa kini. Mereka tahu apa yang perlu diusahakan dan diutamakan.Mereka juga lebih ada rasa ‘sense of belonging’ kepada rakyat Selangor serta negerinya. Rasa cinta yang menumbuhkan sikap tanggungjawab dan komitmen berpanjangan untuk berjuang membangunkan negeri bertuah ini.Ucapan daripada Menteri Besar Kedah wajar diberi perhatian.Sehebat-hebat negeri dengan 6 juta rakyat namun dipimpin oleh Menteri Besar dari negeri lain bukanlah hal yang membanggakan, sedangkan Selangor pernah melahirkan ramai tokoh hebat yang menjadi Menteri Besarnya. Kenapa kita hendak mengambil langkah terkebelakang?Alangkah baiknya jika Selangor Darul Ehsan ini diterajui oleh anak jati yang lebih faham cita rasa, cara hidup dan keperluan rakyat setempat. Masih ada ramai rakyat Selangor yang layak. Dan kini tiba masanya anak-anak Selangor ini diberi peluang untuk berkhidmat kepada tanah kelahirannya. Kita tidak nafikan sumbangan cerdik pandai, profesional serta pakar yang datang daripada pelbagai negeri lain dan bermastautin di Selangor ini. Namun, untuk Menteri Besar Selangor apa kata kita beri kepada anak jati Selangor untuk memimpin? Apa kata anda?ABDUL BASITH ABDUL HALIMKetua Penerangan Pemuda PASNegeri Selangor11 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 11/5/2023"
] |