url
stringlengths
50
235
headline
stringlengths
13
123
content
sequence
https://www.agendadaily.com/dunia/19-murid-maut-ditembak-di-as/
19 murid maut ditembak di AS
[ "Sekurang-kurangnya 19 murid dan dua individu dewasa dipercayai guru sekolah maut dalam amukan terbaharu di Amerika Syarikat apabila seorang remaja berusia 18 tahun melepaskan tembakan rambang, pada Selasa (24 Mei).", "Kejadian dilaporkan berlaku di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas, kira-kira 80 batu ke barat San Antonio.", "Remaja bersenjata itu, yang dikenal pasti oleh pegawai sebagai Salvador Ramos, telah mati dan dipercayai bertindak bersendirian. Gabenor Texas Greg Abbott berkata suspek berusia 18 tahun bersekolah di Sekolah Tinggi Uvalde ditembak mati oleh polis.", "Kejadian itu dianggap paling ramai kematian di sekolah rendah sejak pembunuhan di Sandy Hook, Connecticut pada 2012 yang menyebabkan 26 orang terbunuh, termasuk 20 kanak-kanak berusia antara 6 dan 7 tahun.", "Terdahulu, suspek dilaporkan menembak neneknya sebelum menuju ke sekolah rendah. Neneknya dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal, kata Sarjan Erick Estrada dari Jabatan Keselamatan Awam Texas.", "Suspek memakai sut perisai badan merempuh kenderaannya di dalam parit berhampiran sekolah sebelum cuba memasuki premis itu.", "Penguat kuasa undang-undang cuba menghalang suspek tetapi dia dapat masuk ke kawasan sekolah, di mana dia “memasuki beberapa bilik darjah dan mula melepaskan tembakan rambang, kata Estrada.", "Dua daripada anggota polis turut terkena tembakan, namun tidak mengalami kecederaan serius dengan pihak berkuasa menjelaskan suspek bertindak sendirian.", "Sementara itu, Ketua Jabatan Gabungan Bebas Sekolah Uvalde, Pete Arredondo, berkata mayat pelajar terdiri daripada murid gred dua, tiga dan empat.", "Hospital Universiti di San Antonio di Twitter berkata, pihaknya menerima dua mangsa tembakan di Uvalde, masing-masing seorang wanita berumur 66 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, dalam keadaan kritikal.", "Amukan di Texas adalah kejadian terbaru dalam siri tembakan besar-besaran di sekolah di Amerika Syarikat ((AS) yang mengejutkan dunia dan mencetuskan perdebatan sengit antara penyokong kawalan senjata lebih ketat dan penentang undang-undang boleh menjejaskan hak rakyat untuk memegang senjata.", "Pada 2018, seorang bekas pelajar di Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, Florida, membunuh 17 pelajar dan pendidik." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/singapula-kurangkan-subsidi-rawatan-covid-19-kehidupan-kembali-normal/
Singapula kurangkan subsidi rawatan Covid-19, kehidupan kembali normal
[ "Ketika Singapura secara beransur-ansur kembali kepada keadaan normal dan penduduk sudah belajar untuk hidup bersama Covid-19, skim pembiayaan rawatan berkaitan Covid akan dikemas kini, kata Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Jumaat (10 Jun).", "Sebagai sebahagian daripada tindak balas kerajaan terhadap pandemik itu, rawatan Covid-19 disediakan “dengan bayaran yang sangat rendah atau percuma”, kata MOH dalam kenyataan hari ini.", "Ini melebihi bantuan penjagaan kesihatan sedia ada dalam bentuk subsidi kerajaan, MediSave, MediShield Life dan MediFund (S+3Ms).", "“Apabila kehidupan kembali normal dan kita semakin hidup dengan Covid-19 sebagai penyakit endemik, kita perlu mengurangkan secara progresif dasar subsidi pandemik, dan kembali kepada rangka kerja pembiayaan penjagaan kesihatan S+3Ms,” kata kementerian itu.", "Sejak Februari 2020, lebih 1,000 Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) telah diaktifkan untuk menyediakan penjagaan bersubsidi bagi pesakit yang mengalami gejala jangkitan pernafasan, sama ada disebabkan oleh Covid-19 atau tidak.", "Penduduk Singapura membayar kadar subsidi S$10 manakala warga emas Generasi Perintis dan Generasi Merdeka dikenakan kadar yang lebih rendah iaitu S$5.", "Mulai 1 Julai, subsidi di PHPC dan poliklinik untuk rawatan jangkitan pernafasan akan kembali ke tahap pra-Covid-19.", "Yuran subsidi tidak akan dikenakan lagi, tetapi rakyat Singapura akan terus menerima subsidi semasa di bawah Skim Bantuan Kesihatan Komuniti (CHAS) di klinik pengamal am (GP) CHAS.", "Ini tidak memberi kesan kepada ujian pantas antigen (ART) dan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).", "PHPC dan poliklinik akan terus menyediakan ujian swab yang dibiayai kerajaan kepada individu bergejala yang layak tanpa sebarang bayaran, kata MOH.", "Pada masa ini, kes Protokol 2 yang memerlukan penjagaan teleperubatan menikmati subsidi penuh. Kes Protokol 2 adalah mereka yang bergejala ringan, berisiko rendah, dan pulih daripada Covid-19 di rumah.", "Subsidi penuh untuk teleperubatan akan dihentikan, tetapi rakyat Singapura akan terus menerima subsidi CHAS jika mereka melawat klinik CHAS GP untuk rawatan.", "Individu di bawah Protokol 1 – mereka yang mempunyai risiko perubatan yang tinggi atau mengalami simptom yang teruk, tetapi dibenarkan pulang ke rumah untuk pemulihan dan di bawah pengawasan teleperubatan – akan terus menikmati penjagaan teleperubatan bersubsidi penuh." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kenapa-anwar-keberatan-nak-lawan-zahid-di-bagan-datuk/
Kenapa Anwar keberatan nak lawan Zahid di Bagan Datuk?
[ "Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan lagi kononnya akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang, nampaknya secara tidak langsung beliau masih tidak selesai memilih tempat untuk bertandingnya.", "Ketua Pembangkang itu belum tahu kerusi mana hendak ditandinginya, jadi semasa sedang membuat pemilihan tersebut apa salahnya beliau menimbang untuk juga bertanding di kerusi Bagan Datuk dan melawan anak muridnya yang dicintai tersebut.", "Seperti artikel terdahulu, Anwar dicadangkan untuk melawan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membuktikan kemampuan dan kehebatannya untuk melawan anak murid yang sebelum ini secara tiba-tiba membuat pusingan U tidak menyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri (PM).", "Dengan hanya memenangi majoriti lima ribu lebih sahaja sebelum ini, kehadiran Anwar di Bagan Datuk pastinya akan memberi cabaran sengit dan tidak ditolak boleh menumbangkan UMNO yang sejak sekian lama menguasai kawasan tersebut.", "Jika Anwar berani bertanding di Port Dickson yang sebelum ini menjadi kerusi tradisi UMNO dan Barisan Nasional, masakan beliau tidak boleh mengulangi sekali lagi kemampuannya untuk bertanding di kerusi yang baharu.", "Keputusan bertanding di Bagan Datuk mungkin akan memberi kelebihan kerana sebagai cikgu kepada anak muridnya pasti pengundi akan memilih seorang cikgu kerana jasa didikannya yang pernah dicurahkan kepada para pelajar.", "Daripada satu sudut lain, pemilihan Bagan Datuk akan menunjukkan Anwar sebagai seorang ketua yang berani mengambil risiko bertanding di kerusi yang tidak selamat dan ia pastinya akan menyebabkan rakyat mempunyai rasa hormat kepadanya.", "Tambah-tambah calon lawannya seorang yang berdepan puluhan pertuduhan kes mahkamah, jadi laungan integriti dan menolak budaya korup rasuah adalah signifikan sekiranya Anwar bertembung dengan lawan yang terpalit dengan salah laku dan penyelewengan.", "Namun, sehingga hari ini Presiden PKR itu masih belum memuktamadkan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya atau masih mencongak-congak kerusi selamat dan mudah untuk dimenangi?", "Jika Anwar menolak untuk bertanding di Bagan Datuk, para pengundi sewajarnya perlu lebih berhati-hati kerana tidak mustahil kedua-dua mereka masih mempunyai perancangan di belakang tabir seperti yang pernah mereka lakukan dahulu.", "Bukannya rakyat tidak tahu peranan Anwar dan Zahid sebelum ini yang berpakat dalam menjatuhkan kerajaan walaupun semasa sedang berdepan penularan Covid-19.", "Jadi tidak mustahil juga selepas ini mereka berdua boleh berpakat sekali lagi, mungkin untuk membentuk kerajaan campuran bersama selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).", "Di luar nampak bergaduh dan berperang, tetapi sebaliknya kedua-dua mereka mempunyai satu matlamat iaitu untuk menguasai kerajaan secara dominan.", "Zahid perlu secepat mungkin untuk mengelak daripada nasib menimpa rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak akan berlaku terhadapnya juga, sementara Anwar pula yang sekian lama mengimpikan jawatan PM pasti tidak mahu peluang dilepaskan sekali lagi.", "Tetapi Anwar perlu sedar, sokongan daripada blok pembangkang sahaja tidak mencukupi untuk menobatkannya sebagai PM, sebaliknya perlu mendapatkan lebih banyak sokongan khususnya daripada UNNO dan mungkin juga daripada pertolongan anak muridnya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/287-rakyat-malaysia-pulang-dari-luar-negara-hari-ini-positif-covid-19/
287 rakyat Malaysia pulang dari luar negara hari ini positif Covid-19
[ "Seramai 287 lagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 36 lagi kes import yang dikesan dalam tempoh itu melibatkan rakyat asing.", "“Manakala daripada 2,888 jangkitan baharu hari ini, 2,565 adalah kes tempatan yang turut melibatkan 85 bukan warganegara Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Semalam, sebanyak 299 kes import positif Covid-19 dikesan, termasuk 265 kes yang melibatkan rkyat tempatan dan 34 warga asing.", "Berdasarkan angka hari ini dan statistik laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM), Covidnow, jumlah kes import sejak awal penularan virus Covid-19 di negara ini pada Februari 2020 lalu, kini mencecah 11,169 kes.", "Dalam kenyataan situasi semasa jangkitan Covid-19 dan banjir hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan 2,714 pesakit disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam itu.", "Angka itu katanya menjadikan kumulatif pesakit sembuh kepada 2,714,614 kes atau 97.4 peratus daripada 2,786,219 kumulatif kes positif.", "Sehingga hari ini, seramai 248 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 117 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "“Sebanyak satu kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhannya 6,159 kluster dengan 5,987 telah ditamatkan dan 172 lagi masih aktif.", "“Daripada 2,888 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 36 kes atau 1.2 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 2,852 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.", "Dr Noor Hisham juga memaklumkan tiga kes baharu positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir dikesan hari ini menjadikan kes terkumpul sebanyak 469 kes.", "Tiada kes baharu yang melibatkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara dan jumlahnya masih kekal seramai 15 individu.", "Menurutnya sehingga jam 3 petang tadi sembilan kes baharu penyakit berjangkit dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir menjadikan kumulatif sebanyak 2,411 kes." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/4519-kes-baharu-covid-19-kes-di-selangor-paling-tinggi/
4,519 kes baharu Covid-19, kes di Selangor paling tinggi
[ "Sebanyak 4,519 jangkitan baharu Covid-19, dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam, meningkat sedikit daripada hari sebelumnya.", "Semalam negara mencatatkan sebanyak 4,498 kes jangkitan baharu iaitu tertinggi sejak Februari dengan Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kumulatif Covid-19 sebanyak 436,944 dengan jumlah keseluruhan kematian pula ialah sebanyak 1,657.", "“Terdapat lima kes import yang melibatkan warganegara manakala sebanyak 4,514 kes tempatan dengan 3,964 daripadanya adalah warganegara dan 550 bukan warganegara,” katanya ketika sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 hari ini.", "Katanya hari ini mencatatkan 25 kematian, sementara kes yang sembuh adalah sebanyak 2,716.", "“Dalam pada itu, 363 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 210 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya lagi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/48-0-peratus-kanak-kanak-telah-terima-dos-pertama-vaksin-covid/
48.0 peratus kanak-kanak telah terima dos pertama vaksin Covid
[ "Tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan berakhir pada 31 Mei ini, namun jumlah mereka yang berusia lima hingga 11 tahun yang menerima suntikan vaksin masih rendah.", "Sejak dilancarkan pada 3 Februari lalu hingga semalam, sebanyak 2,854,428 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada golongan berkenaan.", "Daripada jumlah itu, seramai 1,152,515 atau 32.5 peratus telah lengkap menerima dua dos, manakala 1,701,913 atau 48.0 peratus lagi menerima dos pertama, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.", "Semalam sahaja, seramai 8,273 kanak-kanak telah menerima suntikan dos kedua, sementara 7,942 lagi menerima dos pertama.", "Selepas 31 Mei, kanak-kanak yang telah berusia lima tahun hingga bawah 12 tahun tidak lagi diberikan vaksin Covid-19 secara percuma di bawah PICKids. Mereka perlu mendapatkan vaksin itu yang ditawarkan secara berbayar di klinik swasta.", "Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan Covid-19.", "Vaksinasi akan diberikan kepada mereka secara walk-in di Klinik Kesihatan dalam tempoh enam minggu selepas sembuh atau selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2022.", "Sementara itu, sebanyak 97.6 peratus atau 22,974,021 individu dewasa telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, sementara 23,250,491 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.", "Seramai 16,091,882 atau 68.4 peratus individu dewasa juga telah menerima suntikan dos penggalak.", "Sejak September tahun lalu pula, seramai 2,912,165 atau 93.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima dua dos, sementara 3,008,698 atau 96.9 peratus menerima dos pertama.", "Keseluruhannya lebih 70.87 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak Februari tahun lalu kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/annuar-komited-pastikan-kkmm-lebih-proaktif-diperkasa/
Annuar komited pastikan KKMM lebih proaktif, diperkasa
[ "Tan Sri Annuar Musa yang dilantik semula membarisi Jemaah Menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memikul tugas baharu sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dengan beramanah.", "Dalam kenyataan hari ini, beliau komited untuk merangka hala tuju kementerian itu supaya lebih proaktif dan menyumbang kepada kemakmuran negara supaya seluruh Keluarga Malaysia memperoleh manfaat.", "Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memainkan peranan penting terutama ketika negara berdepan pelbagai cabaran pandemik Covid-19, pemulihan ekonomi serta keperluan pemerkasaan sektor digital selain membela kehidupan rakyat.", "Dalam pentadbiran kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, beliau memegang portfolio Menteri Wilayah Persekutuan.", "Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Isnin ini.", "“Saya menjunjung kasih di atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan baginda melantik saya sebagai Menteri KKMM dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "“Saya juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri yang memilih saya menganggotai Kabinet beliau. Kepercayaan dan amanah yang diberikan ini adalah satu penghormatan yang amat besar buat diri saya, rakyat di Parlimen Ketereh dan juga kepada UMNO serta Barisan Nasional yang saya wakili,” katanya.", "Annuar berkata, beliau akan berusaha sedaya upaya memikul tugas serta amanah yang diberikan sebaik mungkin.", "Justeru, beliau berharap mendapat kerjasama penuh daripada seluruh pegawai dan keluarga KKMM serta agensi di bawahnya.", "“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan kita dapat bekerjasama dalam satu saf yang tersusun di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia kesembilan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/terpaksa-guna-kontena-khas-simpan-jenazah-covid-19-di-hospital-sg-buloh/
Terpaksa guna kontena khas simpan jenazah Covid-19 di Hospital Sg Buloh
[ "Kontena khas terpaksa disediakan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebagai tambahan tempat menyimpan jenazah atau mayat mangsa Covid-19 selepas kapasiti tempat penyimpanan sedia ada sudah hampir penuh.", "Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Twitter memaklumkan enam lagi kematian dilaporkan di hospital tersebut hari ini.", "Menurut kenyataan itu lagi, lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.", "“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat. Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” menurut kenyataan KKM.", "Sebanyak 3,780 kes Covid-19 dengan 36 kematian direkodkan hari ini manakala kes sembuh pula adalah 3,990.", "Selain itu, 520 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 272 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan dan kes aktif COVID-19 di seluruh negara kini berjumlah 42,135." ]
https://www.agendadaily.com/politik/isu-audio-zahid-reezal-merican-gesa-segerakan-pemilihan-umno/
Isu audio Zahid, Reezal Merican gesa segerakan pemilihan UMNO
[ "Pemilihan UMNO perlu disegerakan bagi menamatkan spekulasi yang terpalit dengan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ekoran penularan klip audio baru-baru ini, gesa Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.", "Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata pemilihan parti adalah jalan keluar bagi merungkai kemelut dalaman melanda UMNO yang berpunca daripada Zahid dan ia perlu diadakan dengan segera.", "“Pemilihan adalah satu jalan keluar yang saya fikir cukup demokratik. Jika Presiden dulu diberi mandat secara demokratik dan kalaulah buat pemilihan semula atau sudah ada pilihan lain, biarlah proses demokrasi juga yang menjadi penentu pemilihannya,” katanya dipetik Utusan Malaysia.", "Pada masa sama, Reezal Merican juga mahu pemilihan UMNO dijalankan tahun ini kerana beranggapan masanya telah tiba untuk akar umbi memilih mandat baharu bagi mengemudi parti itu.", "Zahid kini berdepan kecaman daripada pemimpin akar umbi UMNO yang secara terbuka mendesaknya supaya meletak jawatan selepas penularan klip audio tersebut.", "Beberapa pemimpin utama UMNO sudah mendesak Zahid meletak jawatan secara terbuka, antaranya veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz dan beberapa pemimpin bahagian yang lain.", "Zahid sudah membuat penafian dan juga mengarahkan satu laporan polis dibuat bagi mencari dalang yang menularkan klip audio tersebut.", "Semalam, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.", "Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/covid-19-52-kematian-pada-jumaat/
Covid-19: 52 kematian pada Jumaat
[ "Seramai 52 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam (25 Mac 2022), turun berbanding 64 kes yang dicatat pada Khamis, kata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.", "Jumlah itu termasuk 15 pesakit yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan sebelum dibawa ke hospital atau kes ’brought in death’ (BID).", "Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 34,717 kes, termasuk 7,318 kes BID.", "Bagaimanapun, tiada maklumat dinyatakan sama ada 15 kes BID itu turut membabitkan 262,122 individu yang diarah menjalani kuarantin di rumah kerana positif Covid-19 tahap rendah.", "Sebanyak 20 daripada kes kematian semalam membabitkan individu tidak divaksinasi; lengkap divaksin (16); menerima dos penggalak (14); dan belum lengkap vaksinasi (dua kes).", "Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tidak mencatat sebarang kes kematian akibat Covid-19, semalam.", "Statistik laman sesawang CovidNOW menunjukkan Selangor mencatat 11 kes kematian semalam, menjadikan kumulatif sebanyak 10,488 kes.", "Sehingga semalam, Selangor mencatat 1,141,078 kumulatif positif, dengan 1,035,942 pesakit telah sembuh, dan 94,648 kes masih aktif.", "Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 93,151 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 269 ditempatkan di PKRC; 1,184 dimasukkan ke hospital; dan 44 pesakit dirawat di ICU, dengan 21 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sementara itu, Johor dan Kedah masing-masing mencatat lapan kes kematian, diikuti masing-masing enam di Pahang serta Perak, dan Pulau Pinang (empat kes).", "Kelantan dan Sabah pula masing-masing mencatat dua kes kematian, dan masing-masing satu kes di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, serta Terengganu." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kalah-dua-kali-di-pulai-nur-jazlan-yakin-dapat-yakinkan-ahli-umno-sokong-calon-ph/
Kalah dua kali di Pulai, Nur Jazlan yakin dapat yakinkan ahli UMNO sokong calon PH
[ "Datuk Nur Jazlan Mohamed yakin dapat menyakinkan ahli-ahli UMNO untuk menyokong calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai kali ini.", "Nur Jazlan kalah dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini di Pulai, bagaimanapun kali ini memberi jaminan akan bekerja untuk membantu calon kerajaan campuran, Suhaizan Kaiat bagi memenangi dalam PRK tersebut.", "“UMNO ada lain budaya, kalau perlu dipujuk saya kena pujuk, ada dua minggu untuk pujuk mereka, bukan segelintir mereka tidak mahu bersama tetapi mungkin ada keberatan untuk mereka sokong.", "“Namun jika kita dapat pujuk mereka untuk sokong calon PH, kita akan capai kemenangan,” katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.", "Nur Jazlan semalam melancarkan Bilik Gerakan P161 Pulai di Taman Perling malam tadi.", "Sebelum ini tular kain rentang yang digantung di sini tertulis ‘Kami cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pulai menolak calon PH’.", "Selain itu, Nur Jazlan mengakui masih berasa kekok dengan kerjasama politik antara dua gabungan politik tersebut menerusi Kerajaan Perpaduan hari ini termasuk berucap atas pentas PH.", "Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu turut tidak mahu menggunakan slogan reformasi kerana merasakan tidak lagi relevan sebaliknya tumpu kerjasama politik dua gabungan itu untuk melakukan perubahan positif dalam negara.", "“Saya tidak mahu menggunakan ayat ‘reformasi’, saya tidak mahu mendengar ia lagi. Masa untuk reformasi sudah habis. Kini adalah masanya untuk mengubah haluan negara,” katanya yang merujuk slogan reformasi yang sering dilaungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong PH.", "Dalam perkembangan lain, Nur Jazlan menggesa pengundi khususnya masyarakat Cina di Parlimen Pulai untuk keluar mengundi kerana kunci kemenangan PH pada PRU-15 adalah kerana sokongan pengundi Cina.", "“Kerusi ini nampak seperti kerusi mudah buat PH namun kemenangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub adalah berdasarkan undi Cina tetapi kalau masyarakat Cina tidak datang undi 9 September ini, saya khuatir akan jadikan kerusi ini tergugat,” katanya.", "Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan yang merupakan bekas Speaker DUN Johor dan pernah menggalas jawatan Setiausaha Politik kepada Salahuddin akan bertemu dengan calon PN, Zulkifli Jaafar dan calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/isu-ideologi-yang-tidak-dipandang-bukan-hanya-adab/
Isu ideologi yang tidak dipandang, bukan hanya adab
[ "Kita perlu sedar bahawa hari ini kita sedang dihurung dengan isu ideologi yang kritikal. Apa yang dilontarkan mengenai istilah ‘take beer’, kemudian penghinaan secara terbuka terhadap institusi istana dan sebagainya bukanlah boleh diurus hanya dengan mengulas bab adab.", "Sebaliknya ia perlu diurus dengan kefahaman terhadap ideologi-ideologi. Ini kerana boleh jadi ideologi-ideologi ini meresap ke dalam gerakan Islam. Sekalipun berkopiah, tetapi boleh jadi diresapi dengan ideologi Barat sekiranya tidak mahir mengenai selok-belok ideologi Barat itu.", "Imam al Ghazali ada menyatakan di dalam المنقذ من الضلال mengenai bagaimana ilmuan pada zamannya sukar berhadapan dengan serangan pemikiran. Antaranya disebabkan tidak memahami betul-betul mengenai ideologi.", "Kita perlu muhasabah. Kita kerap kali tidak mengambil peduli, atau tidak serius untuk mengetengahkan isu ideologi. Sedangkan musuh di luar sana sedang fokus kepada serangan ideologi ini. Kita pula lebih suka membincangkan isu Allah di atas Arasy, isu bilangan rakaat dalam terawih dan sebagainya.", "Usrah perlu dijadikan medan mencambah pemikiran, antaranya dengan membincangkan isu-isu pemikiran (ideologi). Tetapi kalau dalam usrah pun masih tidak terlepas dari kongkongan khilafiah, bagaimanakah kita boleh bersedia dengan serangan ideologi Barat?", "Liberalisme", "Serangan ideologi yang sedang membarah pada hari ini ialah Liberalisme. Liberalisme menghimpunkan segala macam ideologi, untuk meliberalkan orang-orang Islam daripada prinsip Islamnya. Contohnya:", "1. Untuk menyerang akidah Muslim, Liberalisme menggunakan Atheism. Mereputkan kepercayaan seorang Muslim terhadap alam ghaib, rasa bertuhan dan sebagainya.", "2. Untuk menyerang undang-undang dan sistem Islam, Liberalisme menggunakan Sekularisme. Memisahkan kefahaman seorang Muslim terhadap politik, dan sistem Islam. Melahirkan Muslim yang bersifat politikus.", "3.Untuk menyerang sistem ekonomi Islam, mereka menanam dasar-dasar Kapitalisme. Menjadikan seorang Muslim itu terbiasa dengan Kapitalisme, dan merasa janggal dengan ekonomi Islam.", "4. Untuk menyerang generasi muda Islam, mereka menayangkan Hedonisme. Menjadikan anak muda Islam terikut-ikut dengan keseronokan dan enjoy, berbanding kesedaran untuk melakukan gerak kerja Islam.", "Dulu dan kini", "Jika kita meneliti sejarah kejatuhan Uthmaniah sendiri, kita akan dapati unsur Liberalisme sangat berguna untuk melahirkan generasi anak muda Islam yang menolak sistem pemerintahan Islam. Mereka dikenali sebagai Young Turks.", "Bahkan, jika kita meneliti sejarah pada 1983 khususnya, kita akan dapati bagaimana Amerika sebagai bapa Liberalisme sangat ghairah untuk memasarkan pemikiran itu. Liberalisme ketika itu terarah untuk menjatuhkan Soviet yang bersistemkan autokrasi.", "Hari ini, mereka konsisten untuk memasarkan Liberalisme. Mereka sangat yakin itulah jalan yang terbaik untuk menguasai negara-negara yang dikatakan bersifat Monarki, Totalitarian, dan juga negara-negara yang masih mengekalkan sistem Raja.", "Anak-anak muda tepi jalan dibuka ruang dan peluang untuk bebas (Liberal) bersuara mengutuk sesiapa, dibuka peluang untuk mengulas bab hukum-hakam, dan sebagainya. Maka, tersebarlah fahaman-fahaman yang salah terhadap Islam itu sendiri.", "Bagaimanakah penyelesaian?", "Penyelesaian untuk hari ini, gerakan-gerakan Islam perlu membicarakan mengenai ideologi dan memahami asas-asasnya. Ahli gerakan Islam perlu dididik dengan berfikir. Fikir cara yang betul. Bukannya disuruh telan bulat-bulat.", "Istilah seperti wala’ dan taat perlu dihurai dengan dalil, bukan digoreng dengan bertaklid buta. Perjuangan Islam itu perlu difahami secara jelas dan terang, bukannya dengan mata yang tertutup atau melalui jalan yang gelap.", "Allah S.W.T berfirman:", "قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ", "“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata…”\n(Yusuf: 108)", "Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil" ]
https://www.agendadaily.com/politik/prn-johor-peluang-untuk-rakyat-tamatkan-kleptokrasi-di-malaysia/
PRN Johor peluang untuk rakyat tamatkan kleptokrasi di Malaysia
[ "Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk menamatkan kleptokrasi yang berleluasa di Malaysia dengan tidak mengundi UMNO yang dikuasa pemimpin terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.", "Mantan Perdana Menteri (PM) itu berkata warga Johor perlu mengenali parti yang bertanding pada PRN Johor sekiranya mahu melakukan perubahan, ia terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan satu lagi kumpulan parti kecil yang menentang rasuah.", "“Jika kita ingin lihat perubahan kita perlu tahu siapa yang bertanding. Kita boleh bahagi parti-parti kepada dua kumpulan.", "“Satu kumpulan lama yang telah ditewas dalam PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) kerana amat korup dan menghilangkan duit rakyat. Kumpulan ini dipimpin oleh Najib (Datuk Seri Najib Razak) yang telah dihadap ke mahkamah dan didapati bersalah. Bersamanya ialah Zahid.", "“Yang melawan dengan parti pimpinan Najib dan sekutunya ialah parti baru yang tidak ada sejarah curi duit dan salah guna kuasa iaitu parti Pejuang Tanahair. Terdapat juga parti-parti yang kecil,” katanya dalam satu surat yang dihantar kepada pengundi Johor hari ini.", "Dr Mahathir berkata parti dipimpinanya, Pejuang meletak calon jumlah calon yang cukup untuk menubuhkan sebuah kerajaan dan pengundi wajar memilih parti tersebut kerana kononnya sebuah parti yang bersih daripada rasuah.", "“Di antara mereka hanya Pejuang yang meletak jumlah calon (42) yang mencukupi untuk diri Kerajaan.", "“Pejuang dipimpin oleh tokoh lama yang tolak rasuah bersama pemimpin baru yang juga bersih dari rasuah.", "“Jika Pejuang dipilih maka akan berlakulah pertukaran. Dan pertukaran ini adalah dari yang buruk kepada yang bersih. Negara akan bebas dari rasuah, sesuatu yang diperjuang oleh Pejuang,” katanya lagi.", "Jelasnya lagi, PRN Johor bakal menjadi teladan dan petunjuk besar kemungkinan yang akan berlaku pada PRU-15 depan nanti.", "“PRN Johor inI boleh jadi teladan dan contoh kepada seluruh negara.", "“Jika Johor tolak rasuah dan pilih yang bersih, besar kemungkinan dalam PRU-15 perkara yang sama akan berlaku. Dan akan tamatlah kleptokrasi di Malaysia yang tercinta ini. Sebaliknya dunia akan lihat kembalinya Harimau Asia (Asian Tiger),” katanya lagi.", "Dr Mahathir berkata perkara tersebut bukan suatu angan-angan dan menggesa rakyat Johor untuk memulakannya pada PRN yang akan berlangsung 12 Mac nanti.", "“Ini bukan angan-angan. Ini mampu dilakukan oleh rakyat Malaysia, bermula dengan rakyat Johor.", "“la akan menepati sejarah perjuangan orang Melayu 60 tahun dahulu yang menghasilkan Malaysia merdeka dan maju. Rakyat seluruh negara memerhati PRN Johor. Berilah panduan yang baik kepada mereka,” katanya lagi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pemandu-treler-kena-uji-covid-pra-pelepasan-sebelum-masuk-singapura/
Pemandu treler kena uji Covid pra-pelepasan sebelum masuk Singapura
[ "Pemandu treler kargo dan kelindan yang ingin menyeberangi Singapura perlu melakukan ujian PCR atau ART pra-pelepasan di pusat kemudahan bertauliah di Malaysia, dua hari sebelum berlepas.", "Portal berita dalam talian The Straits Times pada Ahad melaporkan peraturan baharu itu berkuat kuasa Khamis (24 Mac) berikutan Singapura menghentikan ujian semasa ketibaan (OAT) Covid-19 di pusat pemeriksaan darat, lapor Bernama.", "Pemandu dan kelindan perlu mengemukakan keputusan ujian negatif Covid-19 atau membuktikan mereka telah pulih daripada Covid-19 di pusat pemeriksaan di Tuas dan Woodlands, sebelum dibenarkan masuk ke Singapura.", "Sejak 14 Mac, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) telah mengedarkan risalah kepada pemandu kargo bagi memaklumkan prosedur baharu itu.", "Di bawah prosedur baharu itu, seorang pemandu yang ingin ke Singapura pada 3 April boleh melakukan ujian pada bila-bila masa seawal 1 April.\nKeputusan ujian itu boleh digunakan untuk kemasukan tanpa had ke Singapura yang tempoh sahnya selama dua hari.", "Sijil ujian yang dikemukakan mestilah dalam bahasa Inggeris, sama ada dicetak atau ‘soft copy’ dan bukan tulisan tangan.", "Selain itu, sijil berkenaan perlu mempunyai nama individu berkenaan, tarikh lahir dan nombor pasport, termasuk tarikh dan masa ujian, serta nama pembekal ujian.", "Semua pemandu kargo dari Malaysia yang masuk di bawah aturan ini mesti lengkap vaksinasi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/atasi-segera-kemiskinan-pembelajaran/
Atasi segera kemiskinan pembelajaran
[ "Di Malaysia, sebanyak 13 peratus kanak-kanak di hujung usia persekolahan sekolah rendah mereka tidak mahir dalam membaca. Manakala sebanyak 1 peratus dari jumlah kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun pula tidak bersekolah.", "Bahkan penilaian berskala besar menunjukkan sebanyak 12 peratus kanak-kanak di Malaysia tidak mencapai ‘minimum proficiency level’ (MPL) di hujung sekolah rendah pada 2017.", "Sebagai perbandingan, hanya 3 peratus kanak-kanak di United Kingdom (UK) yang tidak mahir membaca. 0 peratus dari jumlah kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun tidak bersekolah. Hanya 3 peratus kanak-kanak yang tidak mencapai MPL pada 2016.", "Kemiskinan pembelajaran ini seterusnya akan membiakkan krisis pembelajaran apabila lebih ramai kanak-kanak yang sepatutnya boleh membaca, tidak boleh membaca dan meneruskan pembelajaran mereka.", "Sudah tiba masanya Malaysia mengambil serius isu ‘kemiskinan pembelajaran’ dan mula membuat pelan tindakan untuk memastikan produktiviti negara tidak terkesan dengan 13 peratus kadar kanak-kanak yang tidak boleh membaca hari ini.", "Bahkan hari ini krisis pembelajaran menjadi lebih kritikal kerana pandemik Covid-19 yang melanda dan menyebabkan lebih banyak proses pembelajaran terganggu. Semakin kritikal isu ini berterusan, semakin lebar jurang yang akan terhasil akibat kemiskinan pembelajaran ini.", "Kemiskinan material, kemiskinan hidup dan item lain kemiskinan seperti kelaparan mungkin sebahagian besarnya telah berjaya kita atasi sejak 1970-an hingga hari ini. Tetapi nampaknya muncul kemiskinan jenis baharu yang sedang mengancam kemakmuran negara di masa depan.", "Iaitu kemiskinan pembelajaran, yang kesannya akan melibatkan bukan sahaja produktiviti negara tetapi juga jumlah kekayaan negara yang bakal kita nikmati nanti.", "Dalam pada itu, didapati sejak pandemik Covid-19 menyerang negara, kadar perbelanjaan untuk tujuan pendidikan dalam kalangan isi rumah miskin dan B40 merosot hingga 84 peratus berbanding kemerosotan terhadap bayaran sewa rumah (39 peratus) dan perbelanjaan untuk pengangkutan merosot (39 peratus), manakala kos makanan keluarga pula merosot 4 peratus sahaja.", "Kajian ini mengesahkan apabila sesebuah keluarga miskin bandar dan berpendapatan rendah mengalami masalah kewangan, antara paling terkesan ialah perbelanjaan pendidikan untuk anak. Akhirnya anak ini tidak mendapat peluang mendapatkan pendidikan sama rata seperti rakan sebaya mereka dalam kalangan keluarga berada.", "Begitu juga keputusan menggunakan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) secara dalam talian di seluruh negara pada Jun 2020 sedangkan data dikutip pada April 2020 mengesahkan kebanyakan murid daripada keluarga miskin tidak mempunyai peranti dan akses internet untuk berbuat demikian.", "Akhirnya, murid ini tidak dapat menjalani PdPR secara dalam talian seperti rakan mereka dalam keluarga mampu. Kesan kemiskinan keluarga sebenarnya sangat besar kepada kemajuan pendidikan anak.", "Sementara itu, ramai kanak-kanak daripada keluarga miskin keciciran dan tidak meneruskan persekolahan ketika pandemik kerana ibu bapa kehilangan pendapatan dan pekerjaan.", "Ibu bapa daripada isi rumah miskin berkecenderungan membuat keputusan mengurangkan perbelanjaan pendidikan untuk anak mereka. Keputusan ini banyak mempengaruhi tahap keciciran pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.", "Golongan kanak-kanak keciciran pendidikan ini tidak semestinya berada di luar bandar, malah semakin ramai kanak-kanak keciciran pendidikan daripada keluarga miskin bandar.", "Bagi mengelakkan keciciran pembelajaran murid miskin di bandar, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu bertindak segera termasuk merancang sistem pendidikan berkualiti berkos rendah untuk dinikmati anak daripada keluarga miskin di bandar seperti penyediaan lebih banyak sekolah dan asrama harian baharu di kawasan bandar sesak untuk mengurangkan kos pengangkutan anak ke sekolah.", "Data kajian seluruh dunia boleh dijadikan sebagai panduan, kemiskinan terutama di bandar akan meningkatkan risiko keciciran pendidikan dalam kalangan murid rentan pendidikan.", "Malah, akibat jurang kekayaan besar dalam masyarakat di bandar, jurang pendidikan turut membesar dalam jangka panjang. Tindakan mencegah jurang ini daripada terus membesar perlu dilakukan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/madinah-larang-arwah-suami-lobi-najib-dapatkan-jawatan-ketua-audit-negara/
Madinah larang arwah suami lobi Najib dapatkan jawatan Ketua Audit
[ "Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata walaupun arwah suaminya dahulu ‘akrab’ dengan Datuk Seri Najib Razak, tetapi beliau mahu menduduki jawatan itu berdasarkan meritnya sendiri.", "Beliau berkata demikian pada Rabu (30 Mac) ketika diperiksa balas dalam pindaan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.", "Madinah ditanya oleh peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sama ada beliau sedar arwah suaminya telah melobi agar beliau mendapatkan jawatan tersebut.", "Memetik laporan media hari ini, Madinah menegaskan bahawa beliau telah berbual dengan arwah suaminya meminta dia tidak masuk campur, tetapi beliau tidak bertanggungjawab atau menyedari tindakan suaminya berikutan perbualan itu.", "“Apabila perbualan ini dibangkitkan, (saya) memberitahunya dalam keadaan apa pun untuk tidak campur tangan… Saya mahu pastikan apabila saya (dilantik) (ia) berdasarkan merit saya sendiri.", "“Apa yang dia lakukan adalah di luar (pengetahuan) saya,” katanya.", "Arwah suami Madinah ialah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO dan Ketua Bahagian Kepong Datuk Seri Rizuan Abd Hamid. Shafee mencadangkan bahawa Rizuan sebagai “ahli terkemuka UMNO” mempunyai akses kepada Najib.", "Untuk itu, Madinah hanya berkata beliau hanya boleh mengesahkan suaminya adalah penyokong tegar bekas perdana menteri itu.", "“Saya (hanya) tahu bahawa dia tidak akan pernah menolak permintaan untuk menghadiri majlis berbuka puasa… (atau) doa selamat di rumah Najib atau di mana-mana sahaja. Dia akan pergi, itu saya tahu,” katanya.", "Madinah, saksi pendakwaan ke-12 dalam kes itu, pada Rabu mengulangi bahawa walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan formal dalam perakaunan, pengauditan atau pengurusan perniagaan seperti pendahulunya Tan Sri Ambrin Buang dan Tan Sri Dr Hadenan A Jalil, beliau mempunyai pendedahan tentang perkara berkaitan kewangan dan pengauditan.", "Menurutnya beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan.", "Beliau juga dilantik ke beberapa lembaga seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya beliau mendapat pendedahan sebagai ahli lembaga pengarah.", "Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya dengan mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum laporan itu dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau.", "Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.", "Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.", "Mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/malaysia-tak-iktiraf-sekatan-terhadap-russia-kecuali-diluluskan-unga/
Malaysia tak iktiraf sekatan terhadap Russia kecuali diluluskan UNGA
[ "Malaysia tidak mengiktiraf sebarang sekatan unilateral terhadap mana-mana negara, melainkan ia diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.", "“Ini sentiasa menjadi prinsip Malaysia. Jika ada sekatan ia perlu melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan jika resolusi itu diluluskan, maka sebagai anggota PBB kita perlu menghormati dan mematuhinya,” katanya kepada media dalam temu bual khas di pejabatnya pada Sabtu.", "Menteri itu mengulas mengenai sekatan antarabangsa yang dikenakan oleh Barat dan sekutunya ke atas Russia berikutan operasi ketenteraannya ke atas Ukraine, lapor Bernama.", "Mengenai konflik Russia-Ukraine, Saifuddin berkata Malaysia mengekalkan pendirian tidak berpihak tetapi pada masa sama tidak pernah bersetuju dengan sebarang pencerobohan oleh mana-mana negara yang mengancam kedaulatan negara lain.", "“Kami terus menggalakkan kedua-dua pihak bertelagah untuk menamatkan konflik ini. Kami tahu terdapat individu yang berusaha menjalin kerjasama dengan kedua-dua pihak untuk menamatkan konflik ini. Kami tidak terlibat setakat itu, tetapi kami berhubung dengan pihak yang mengusahakannya,” katanya.", "Mengulas lanjut mengenai kesan sekatan ekonomi terhadap rakyat Malaysia khasnya pelajar yang mengikuti pengajian di Russia, Saifuddin berkata buat masa ini, kebajikan dan keselamatan mereka terjaga.", "Buat masa ini, rakyat Malaysia di Russia masih boleh membuat transaksi kewangan melalui perkhidmatan Union Pay.", "Bagaimanapun, bank Russia yang menjalankan khidmat Union Pay adalah terhad kepada tiga bank sahaja setakat ini.", "Tambahnya Kementerian Luar memantau rapi situasi ini dan ia sentiasa mendapat maklum balas mengenai perkembangan terkini kesan terhadap konflik Russia-Ukraine daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.", "Setakat ini terdapat 816 rakyat Malaysia berada di Russia. Mereka terdiri daripada 779 pelajar dan 37 ekspatriat.", "Menurut anggaran PBB, sekurang-kurangnya 3,309 orang awam telah terbunuh manakala hampir 3,500 lagi cedera sejak Russia memulakan operasi ketenteraan terhadap Ukraine pada 24 Feb.", "Lebih 5.7 juta rakyatnya dilaporkan telah melarikan diri ke negara lain, dan kira-kira 7.7 juta orang hilang tempat tinggal." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kenapa-tidak-dulu-lagi-mazlan-keluar-bersatu-tapi-tunggu-prn/
Kenapa tidak dulu lagi Mazlan keluar Bersatu? Tapi tunggu PRN
[ "Bersatu Bahagian Tebrau menyifatkan tindakan bekas ketuanya Mazlan Bujang keluar daripada parti itu hanya sekadar permainan dalam politik yang kerap berlaku, terutama menjelang sesuatu pilihan raya.", "Ia sedikit pun tidak menjejaskan perjalanan bahagian itu, malah dakwaan mengatakan 23 Ahli Jawatankuasa Bahagian turut meletak jawatan adalah tidak benar.", "Pemangku Ketua Bersatu Bahagian Tebrau Kamaruzzaman Abu berkata seharusnya Mazlan mengambil tindakan itu lebih awal sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diumumkan, lapor Bernama.", "Beliau berkata Mazlan juga telah berulang kali menolak untuk menjadi calon kerusi Ahli Parlimen Tebrau dan DUN Tiram sejak 1 Januari lalu, untuk persediaan bahagian itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu sebelum pengumuman PRN.", "“Kalau kata tidak ada kepercayaan (terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin) kenapa tidak bertindak keluar lebih awal daripada yang berlaku sekarang. Apabila berlaku PRU atau PRN, maka berlaku perkara seperti ini (keluar parti),” katanya pada sidang media di sini malam ini.", "Sementara itu, Kamaruzzaman turut mempersoalkan mengenai kenyataan Mazlan bahawa seramai 23 ahli jawatankuasa Bersatu Tebrau turut sama mengikut jejak langkah keluar parti, serta meletakkan jawatan.", "Beliau berkata hal ini berikutan hanya enam sahaja ahli jawatankuasa yang berbuat demikian, dan setakat ini Bersatu Bahagian Tebrau mempunyai seramai 3,425 ahli melibatkan sebanyak 17 cawangan.", "Kamaruzzaman berkata meskipun kecewa dan kesal atas tindakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu, pimpinan Bersatu Bahagian Tebrau tetap teguh dan setia bersama parti di bawah pimpinan Muhyiddin.", "Pada Khamis lepas, Mazlan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tebrau dan keluar parti, berkuat kuasa serta-merta.", "Mazlan mendakwa kononnya melihat masa depannya lebih yang cerah jika memberi sokongan kepada Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dan Barisan Nasional." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/peringatan-buat-pengundi-18-usah-pilih-pemimpin-kerana-populariti/
Peringatan buat pengundi 18: Usah pilih pemimpin kerana populariti
[ "Sebanyak 3.8 juta pengundi mewakili golongan muda berusia 18 tahun iaitu mewakili 34 peratus daripada keseluruhan pemilih.", "Demam pilihan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal tiba. Walaupun mandat kerajaan sekarang hanya berakhir pada Julai 2023, Parlimen dijangka akan dibubarkan dalam tempoh terdekat berdasarkan trend dan beberapa petunjuk semasa.", "PRU15 dilihat menarik dan menimbulkan banyak spekulasi kerana melibatkan 7.8 juta pengundi baharu, di mana 3.8 juta mewakili golongan muda berusia 18 tahun. Angka ini mewakili 34 peratus daripada keseluruhan pengundi.", "Sungguhpun Akta Dewasa 1971 menyatakan usia 18 tahun adalah usia dewasa yang matang, namun terdapat kebimbangan bahawa golongan muda ini mengundi bukan berdasarkan kefahaman yang betul sebaliknya dipengaruhi oleh orang lain untuk mendapatkan undi.", "Oleh itu, usaha Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan Jawatankuasa Program Memperkasakan Pendidikan Pengundi Pelajar sebagai platform pelaksanaan pendidikan pengundi kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) amatlah dialu-alukan dan tepat pada masanya.", "Bagaimanapun, dalam konteks Malaysia, kemenangan seseorang calon ditentukan undi majoriti termasuk majoriti mudah. Oleh itu, para pengundi seharusnya menggunakan kuasa undi mereka dengan memilih pemimpin yang dirasakan benar-benar layak.", "Namun, orang muda sering dikaitkan dengan ciri-ciri seperti mudah terikut-ikut, tidak tetap pendirian dan mudah dieksploitasi. Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana mereka belum cukup matang untuk menilai sesuatu berdasarkan ilmu dan pengalaman.", "Oleh itu, pengundi muda perlu dibimbing agar mereka faham peranan pemimpin dan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik agar dapat membuat pemilihan yang tepat.", "Pemimpin adalah individu yang penting dalam urusan sosial dan kenegaraan kerana kemaslahatan ummah berada di tangan mereka. Atas sebab ini maka kepemimpinan merupakan satu persoalan yang serius dalam Islam. Buktinya, mentaati pemimpin dalam perkara kebaikan adalah wajib.", "Dalam falsafah politik Islam, kuasa tertinggi yang mutlak adalah milik Allah SWT. Manakala, kepimpinan adalah amanah ketuhanan yang merangkumi urusan dunia dan akhirat dengan dwiperanan utama iaitu memelihara agama dan mengurus dunia.", "Justeru, pemimpin perlu dipimpin oleh ilmu, iman dan amal untuk menjadikan kepimpinannya sebagai alat yang aktif yang dapat merealisasikan tujuan yang hendak dicapai iaitu membela agama dan menguruskan dunia.", "Memandangkan tugas dan fungsi yang penting ini, maka para ulama meletakkan beberapa syarat ketat yang mesti dipenuhi oleh mereka yang memegang tampuk kepimpinan negara seperti mukalaf (orang yang cukup umur yang wajib melaksanakan perintah Allah SWT), lelaki, adil, memiliki ilmu pengetahuan, bijak berpolitik, keutamaan diberikan kepada kaum majoriti, merdeka, sempurna pancaindera, beriman, berani dan taat kepada Allah SWT.", "Tujuannya ialah supaya pemimpin yang dilantik itu bukan sekadar popular tetapi mestilah seorang yang berwibawa dan berintegriti, boleh menjalankan tugas dengan berkesan dan bebas rasuah.", "Jika syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi maka pemimpin itu seorang yang lemah dan kepimpinannya akan dipertikaikan. Keadaan ini tentulah tidak wajar bagi seorang pemimpin tertinggi negara.", "Kesimpulannya, sebagai tanda sayangkan negara, pilihlah pemimpin berdasarkan kewibawaannya, beriman, berintegriti dan berilmu pengetahuan yang luas.", "Prof Madya Dr Azman Yusof,\nUniversiti Kuala Lumpur Kampus Cawangan Institut Teknologi Kimia & Biokejuruteraan Malaysia (UniKL MICET).", "Artikel ini adalah pendapat penulis dan tiada kaitan dengan Agenda Daily. Artikel ini disiarkan terlebih dahulu di dalam akhbar Utusan pada 17 September 2022." ]
https://www.agendadaily.com/politik/dua-adun-umno-kekal-bersama-kerajaan-pn-kedah/
Dua ADUN UMNO kekal bersama kerajaan PN Kedah
[ "Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Kedah kekal meneruskan sokongan mereka kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri.", "Kedua-duanya – ADUN Bandar Baharu, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor dan ADUN Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob – dilaporkan berkata mereka tidak menerima arahan untuk menarik diri daripada menyokong kerajaan PN Kedah di bawah pengerusinya yang juga Menteri Besar Sanusi Md Nor.", "Memetik laporan sebuah portal berita, Suraya berkata, setakat ini, belum ada arahan daripada UMNO Pusat supaya semua ADUN parti itu menarik sokongan pada peringkat negeri.", "“Tiada arahan dari UMNO Pusat untuk tarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional Kedah,” katanya.", "Katanya, buat masa ini, semua urusan pentadbiran berjalan seperti biasa dan dua ADUN UMNO di Kedah meneruskan komitmen bersama PN Kedah.", "“Jadi ADUN UMNO boleh terus bekerja macam biasa, bawah kepimpinan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengerusi PN Kedah,” katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah.", "Muhammad Sanusi pada Rabu turut mengesahkan kehadiran Suraya dalam mesyuarat Exco yang diadakan secara maya walaupun Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan UMNO menari sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Ini bermakna penarikan sokongan UMNO hanya membabitkan Ahli Parlimen parti itu di peringkat pusat, tanpa menjejaskan kedudukan wakil rakyat UMNO di peringkat negeri.", "Untuk rekod PN Kedah diwakili PAS dengan 15 kerusi, Bersatu (enam) dan UMNO (dua).", "Sekiranya kedua-dua ADUN UMNO itu menarik diri daripada terus menyokong kerajaan sedia ada, ia langsung tidak memberi kesan berikutan Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang hanya mempunyai 13 kerusi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/jumlah-jangkitan-baharu-turun-setelah-6-hari-melepasi-16000-kes/
Jumlah jangkitan baharu turun setelah 6 hari melepasi 16,000 kes
[ "Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini turun setelah enam hari mencatatkan angka 16,000 ke atas sejak 27 Julai lalu, tatkala jumlah kumulatif pemberian vaksin Covid-19 di seluruh negara sehingga lewat malam tadi sudah melebihi 21.2 juta dos suntikan.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi negara merekodkan 15,764 jangkitan baharu Covid-19 menjadikan kumulatif 1,146,186 kes.", "Beliau berkata Selangor dan Kuala Lumpur walaupun merekodkan penurunan jangkitan, namun kekal menjadi negeri yang menyumbang paling banyak kes.", "Selangor mencatatkan 6,067 kes hari ini berbanding 6,326 semalam, manakala Kuala Lumpur pula merekodkan 1,536 kes berbanding 2,086 semalam.", "Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, hanya enam negeri mencatatkan peningkatan kes dengan Johor merekodkan lonjakan tertinggi sebanyak 1,222 kes berbanding 1,045 kes semalam.", "Manakala kes baharu di Kedah pula sebanyak 1,108, berbanding 1,511 kes semalam.", "Semalam, Kedah menjadi satu-satunya negeri yang merekodkan kenaikan kes harian Covid-19 lima hari berturut-turut sejak 28 Julai lalu, menurut jumlah dikumpul daripada data dikeluarkan KKM selama enam hari bermula 27 Julai 2021.", "Menurut data itu Perlis pula merekodkan kenaikan kes harian empat hari berturut-turut sejak 29 Julai. Hari ini Perlis merekodkan sembilan kes.", "Pada Rabu, 27 Julai 2021, Kedah merekodkan 1,000 kes baharu setelah sehari sebelumnya mencatatkan 1,161 kes. Bagaimanapun, kes baharu mula melonjak pada 28 Julai apabila merekodkan 1,112 kes baharu.", "Lonjakan itu berterusan pada 29 Julai sebanyak 1,212 kes; 30 Julai (1,281 kes); dan 31 Julai (1,389 kes).", "Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, Kedah sekali lagi merekodkan kenaikan jangkitan Covid-19 sebanyak 1,511 kes, menjadikan kumulatif 47,142 kes dengan 12,530 kes masih aktif.", "Menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam, lebih 21.2 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan membabitkan 14,247,659 dos pertama dan 6,952,814 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.", "Sementara bagi Ops Lonjak Kapasiti Lembah Klang pula 223,962 dos suntikan telah diberikan semalam, membabitkan 145,983 dos pertama dan 77,979 penerima dos kedua." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/27-maut-klinik-mental-di-jepun-dibakar/
27 maut klinik mental di Jepun dibakar
[ "Sekurang-kurangnya 27 orang dikhuatiri terbunuh susulan kebakaran di sebuah klinik psikiatri di bandar Osaka, Jepun hari ini, sambil media melaporkan polis sedang menyiasat suspek pembakaran.", "Seramai 27 orang telah ‘ditahan’ di wad kardiopulmonari, seorang pegawai di jabatan bomba bandar Osaka memberitahu Reuters, istilah yang digunakan di Jepun, sebelum kematian disahkan secara rasmi.", "Seorang lagi cedera, kata pegawai itu. Sembilan orang disahkan meninggal dunia di hospital, lapor TV Asahi.", "Polis sedang menyiasat suspek, termasuk laporan bahawa seorang lelaki melakukan khianat dengan membakar bangunan itu", "Seorang lelaki warga emas membawa masuk beg bocor mengandungi cecair mudah terbakar sebelum menyalakannya, lapor akhbar Yomiuri.", "Dia dipercayai pesakit di klinik itu, kata akhbar Mainichi.", "Kebakaran berlaku sejurus selepas klinik dibuka pada jam 10 pagi (9 pagi waktu Malaysia) dan sebahagian besarnya dapat dipadamkan dalam masa 30 minit, lapor NHK.", "Video dari NHK menunjukkan asap keluar dari tingkap tingkat empat yang menempatkan klinik itu.", "Terletak di daerah membeli-belah dan hiburan tidak jauh dari stesen kereta api utama Osaka, bangunan itu juga menempatkan salon kecantikan, kedai pakaian dan sekolah bahasa Inggeris, kata NHK.", "Laman sesawang klinik itu tidak boleh diakses tetapi arkib internet dari awal tahun ini menunjukkan ia merawat pesakit yang menghadapi masalah kemurungan dan panik, serta masalah fizikal seperti apnea dan anemia. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pelawak-wanita-hina-islam-didakwa-di-mahkamah-syariah-esok/
Pelawak wanita hina Islam didakwa di Mahkamah Syariah esok
[ "Wanita berusia 26 tahun yang membuat persembahan komedi sehingga menghina Islam di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, akan didakwa di Mahkamah Syariah, esok.", "Siti Nuramira Abdullah yang sebelum ini didakwa di mahkamah sivil atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam.", "Wanita itu yang hadir di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi dengan ditemani peguamnya Ramesh Chandran bagi menandatangani Borang Jamin bagi kes yang dihadapinya, ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).", "Dia akan dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.", "Seksyen itu membabitkan kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina yang jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.", "“Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah esok,” kata peguam itu ketika ditemui media.", "Semalam, Nuramira dan teman lelakinya V Alexander Navin membayar wang jaminan masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai.", "Pada 13 Julai lepas, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengaku bahawa dia adalah seorang Muslim yang telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudian bertindak membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.", "Perbuatan itu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan-alasan agama dalam kalangan penganut agama Islam.", "Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 6 petang, 4 Jun lepas mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.", "Alexander Navin pula mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan iaitu membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Instagram menggunakan nama profil Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ dan YouTube dengan nama profil ‘Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur’, pada 5 Jun dan 16 Jun lepas.", "Kedua-dua hantaran itu dibaca di sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini, pada 10.30 pagi, 9 Julai lepas.", "Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan. – Bernama" ]
https://www.agendadaily.com/politik/usul-kekosongan-dun-pulau-pinang-lulus-walaupun-wakil-rakyat-tak-lompat-parti/
Usul kekosongan DUN Pulau Pinang lulus walaupun wakil rakyat tak lompat parti
[ "Usul pengisytiharaan kekosongan empat kerusi yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.", "Ironinya, empat ADUN tersebut tidak lompat parti dengan dua daripadanya kekal sebagai ahli Bersatu, sementara dua bekas ahli PKR dipecat parti sebelum menyertai Bersatu.", "Usul tersebut diluluskan di bawah Fasal 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.", "Speaker, Datuk Law Choo Kiang mengesahkan keputusan itu dicapai setelah selesai sesi perbahasan daripada semua ADUN yang mengambil bahagian dengan sokongan majoriti ADUN yang sebulat suara bersetuju melululuskan tersebut.", "Choo Kiang meluluskan usul itu menerusi undian suara selepas semua ADUN yang hadir menyatakan ‘ya’ kedengaran lebih ramai dan kuat berbanding menyatakan ‘tidak’.", "Beliau mengumumkan senarai nama ADUN dan kerusi terbabit adalah ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, Zulkifli Ibrahim (ADUN Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (ADUN Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (ADUN Telok Bahang).", "“Pengisytiharan berkenaan diluluskan menurut Fasal 14 (A)(4) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dengan DUN hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah berlaku kekosongan kerusi berkenaan.", "“Dewan ini juga mengambil maklum mengenai usul mengikut Fasal (5) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bahawa satu kekosongan luar jangka tidak boleh diisi memandangkan DUN Pulau Pinang akan terbubar dalam tempoh kurang daripada dua tahun.", "“Maka dengan itu dewan memohon supaya empat ADUN terbabit mengosongkan kerusi dan meninggalkan dewan persidangan sekarang.", "“Terima kasih semua cara yang paling baik mengosongkan empat kerusi selepas kita beri ruang masa secukupnya seterusnya diluluskan dewan yang mulia ini,” katanya dipetik laporan BH.", " " ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kakak-cuba-selamat-adik-lemas-dihanyut-arus-sungai/
Kakak cuba selamat adik lemas dihanyut arus sungai
[ "Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan lemas di Sungai Pengkalan Teluk, di Rantau Panjang, Pasir Mas, kira-kira jam 2.30 petang tadi.", "Siti Alia Nasuha Mohd Rosli dikatakan cuba menyelamatkan adiknya Mohd Akid Akmal, 11, yang hampir lemas, tetapi sempat diselamatkan oleh bapanya.", "Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa dikatakan pergi ke sungai berkenaan bersama keluarganya dan cuba menyelamatkan adik lelakinya, yang hampir lemas.", "“Bagaimanapun, mangsa dipercayai lemas sekitar jam 11 pagi dan dijumpai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Mas pada jarak 40 meter dari lokasi kejadian,” katanya memetik laporan Bernama.", "Dalam kes berasingan, seorang warga emas juga ditemukan lemas dipercayai setelah perahunya terbalik di kawasan sawah yang ditenggelami banjir di Kampung Batu Lapan, Gual Periok, pagi tadi.", "“Mustapa Nawang, 65, yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap di Kampung Batu Lapan, Gual Periok, Rantau Panjang pada jam 8.45 pagi tadi.", "“Anak mangsa bersama beberapa rakan telah mencari mangsa setelah mangsa tidak pulang ke rumah sejak petang semalam sebelum menjumpainya di belakang sebuah rumah berdekatan dengan tempat perahunya terbalik di kawasan sawah yang dinaiki air banjir,” katanya.", "Muhamad Zaki berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat.", "Katanya, kedua-dua mangsa lemas ini tidak diklasifikasikan sebagai mati lemas akibat banjir." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/rejim-zionis-pantau-dengar-perbualan-telefon-rakyat-palestin/
Rejim Zionis pantau, dengar perbualan telefon rakyat Palestin
[ "Rejim Zionis Israel boleh memantau dan mendengar setiap perbualan telefon yang berlaku di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, kata bekas anggota unit perisikan elit tentera Israel 8200.", "Setiap telefon bimbit atau telefon yang diimport ke Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Kerem Shalom – di selatan Gaza – dimasukkan dengan pepijat Israel, dan sesiapa yang menggunakan dua rangkaian mudah alih yang dibenarkan di wilayah itu – Jawwal dan Wataniya – dipantau, katanya.", "Pada bila-bila masa, ratusan askar sedang mendengar perbualan menerusi rangkaian itu. Pemantauan audio terbahagi kepada dua kumpulan.", "Pertama ialah rakyat Palestin yang aktif dalam politik atau yang mewakili ancaman keselamatan pada pandangan Israel. Tahap kedua pemantauan digunakan oleh Shin Bet, perkhidmatan keselamatan dalaman, untuk mencari “titik tekanan” dalam masyarakat Palestin.", "Rejim Israel mungkin mencari gay yang boleh dipaksa untuk melaporkan tentang saudara mereka, atau lelaki yang curang kepada isterinya. Mendapat seseorang yang banyak hutang juga bermakna dia boleh dihubungi dan ditawar wang untuk membayar hutangnya sebagai pertukaran untuk kerjasamanya membekalkan maklumat.", "“Ini adalah cara di mana Shin Bet memperoleh kuasa ke atas rakyat Palestin yang akhirnya memaksa mereka untuk bekerjasama atau mendedahkan perkara berkaitan orang lain, dan itu semua adalah sebahagian daripada sistem kawalan,” kata veteran askar itu.", "Veteran tentera itu memberitahu MEE susulan pendedahan Washington Post mengenai Blue Wolf, teknologi pengecaman muka yang memberi amaran kepada tentera di pusat pemeriksaan untuk menahan suspek.", "Sistem pengawasan dan pemantauan besar-besaran ke atas telefon bimbit itu dilakukan oleh tentera Yahudi Israel yang mempelajari bahasa Arab sebagai sebahagian daripada syarat perkhidmatan mereka.", "Mereka dipantau oleh tentera ‘Druze’ atau tentera Yahudi berketurunan Syria yang bahasa ibundanya bahasa Arab. Mereka menyalin perbualan rakyat Palestin, menterjemahkan teksnya sebelum dihantar ke unit perisikan tentera dan Shin Bet.", "Laporan Washington Post pada Isnin, menggambarkan tahap pengawasan yang baru di seluruh Tebing Barat dipanggil Blue Wolf.", "Blue Wolf ialah teknologi telefon pintar yang menangkap imej rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki dan kemudian memadankannya dengan pangkalan data yang dikendalikan oleh tentera dan perisikan Israel.", "Sistem itu dipercayai menjadi sebahagian daripada dasar pengawasan yang lebih luas, yang dimulakan oleh tentera Israel pada 2016, menggunakan teknologi pengecaman muka, penderia dan kamera untuk memantau rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat yang diduduki.", "Namun terbaharu, ianya bukannya mengambil gambar daripada kamera pegun, tetapi Blue Wolf memberi tentera Israel keupayaan untuk merakam imej daripada telefon pintar dan kemudian menggunakan aplikasi untuk mencari pangkalan data.", "Aplikasi itu kemudiannya mempunyai sistem berkod warna yang menunjukkan sama ada individu tertentu harus ditangkap atau dibenarkan melepasi sekatan. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ringgit-dibuka-tinggi-berbanding-dolar-as/
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
[ "Ringgit menokok berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka hari ini meskipun mata wang AS itu mengukuh susulan peningkatan Indeks Dolar yang naik 0.07 peratus kepada 96.085 mata, di tengah-tengah mudah tunai yang tipis di pasaran, menurut penganalisis.", "Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.1810/1840 berbanding dolar AS daripada 4.1815/1850 sewaktu ditutup pada Isnin, lapor Bernama.", "Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS turut menyaksikan peningkatan berbanding euro, yen Jepun dan pound Britain.", "“Prestasi aset-aset berisiko seperti ekuiti adalah baik dengan indeks petunjuk pasaran seperti Purata Perindustrian Dow Jones, S&P500 dan NASDAQ kesemuanya menokok selepas cuti Krismas, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang luas,” katanya.", "Pada masa yang sama, beliau berkata dari segi komoditi, minyak mentah Brent naik 3.68 peratus kepada AS$78.94 setong.", "“Berdasarkan situasi ini, ringgit diihat agak konstruktif,” katanya.", "Bagaimanapun, Mohd Afzanizam menjangka unit domestik akan didagangkan dalam jajaran kecil selepas mata wang itu melepasi paras sokongan serta-merta pada RM4.1862 semalam.", "“Oleh itu, ringgit dijangka kekal berada pada sekitar RM4.1800 hari ini,” katanya.", "Sementara itu, ringgit diniagakan paling rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun yang meningkat kepada 3.6388/6417 daripada 3.6462/6496 sewaktu ditutup pada Selasa.", "Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.6184/6225 daripada 5.6040/6087 semalam, susut berbanding euro kepada 4.7371/7405 daripada 4.7284/7324, dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0838/0865 daripada 3.0789/0820 sebelum ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/jais-tangkap-jurucakap-hizbut-tahrir/
JAIS tangkap jurucakap Hizbut Tahrir
[ "Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap semula jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Abdul Hakim Othman, di pekarangan Mahkamah Syariah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi, hari ini.", "Dia ditangkap oleh sepasukan anggota penguatkuasa JAIS selepas selesai menghadiri perbicaraan kes penangkapannya dan tiga lagi anggota HTM di mahkamah itu. Ini adalah tangkapan kedua dilakukan terhadapnya, selepas kali pertama pada 4 Disember 2015.", "HTM dalam kenyataannya berkata, Abdul Hakim ditahan kira-kira jam 2 petang selepas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, Mohd Afizul Hakim Ibakarim, mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.", "Katanya, waran itu memberi kuasa kepada Ketua Penolong Pengarah JAIS untuk menangkap dan membawa Abdul Hakim ke pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 58 (2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003.", "“Tangkapan itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Abdul Hakim menghantar memorandum bantahan ke Jabatan Mufti Johor pada 27 September tahun lalu, bagi membantah fatwa yang memfitnah HTM.", "“HTM juga mempersoalkan sama ada Mahkamah Syariah di Johor boleh memberi kuasa kepada JAIS untuk menangkap seseorang di luar negeri itu, sedangkan bidang kuasa mereka hanya terhad di dalam negeri masing-masing,” kata kenyataan itu.", "Pada 2015 lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mewartakan bahawa fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dakwaan-terima-arahan-china-tak-benar-kedaulatan-negara-tak-dikompromi/
Dakwaan terima arahan China tak benar, kedaulatan negara tak dikompromi
[ "Kedaulatan negara tidak akan dikompromi dan dakwaan mengatakan Malaysia menerima arahan dari China adalah tidak benar, tegas Datuk Seri Hishammuddin Hussein.", "Menteri Kanan Pertahanan menjelaskan kekeliruan yang cuba dipolemikkan pembangkang itu dengan berkata cadangan kementeriannya untuk mendapatkan pandangan China dalam isu pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS) hanya sekadar mendapatkan maklum balas.", "Katanya, kenyataan Pakatan Harapan (PH) tidak berasas kerana apa yang beliau maklumkan kepada Dewan Rakyat adalah bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas China, jauh sekali untuk dapatkan arahan daripada republik itu.", "“Ingin saya jelaskan semula, cadangan mendapatkan pandangan China terhadap isu AUKUS supaya Malaysia dan negara Asia Tenggara lain boleh ambil tindakan proaktif.", "“Malaysia baik dengan dua-dua pihak, China atau pun Amerika Syarikat, saling menghormati. Tidak ada yang boleh laga-lagakan hubungan baik negara dengan dua kuasa besar itu.", "“Namun, kemesraan kita itu tidak bermakna kita akan berkompromi terhadap kedaulatan negara kita,” katanya menurut laporan media hari ini.", "Terdahulu, Hishammuddin meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6RRD), Kem Ulu Tiram.", "Terdahulu, pembangkang mendakwa cadangan Malaysia mendapatkan pandangan China itu, sebagai menerima arahan daripada kuasa besar itu.", "Rabu lalu, Hishammuddin dilaporkan memaklumkan Malaysia akan mendapatkan pandangan daripada China, khususnya dalam aspek pertahanan berhubung pembentukan AUKUS.", "Hishammuddin dilaporkan berkata, pihaknya bercadang untuk melakukan lawatan kerja ke republik itu dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/polis-terima-laporan-himpunan-baju-hitam-berjuang-demi-anwar/
Polis terima laporan himpunan baju hitam berjuang demi Anwar
[ "Lebih 20 laporan polis diterima seluruh negara berhubung himpunan haram baju hitam yang berjuang untuk mengangkat bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka.", "Laporan dibuat oleh orang ramai yang membantah tindakan penganjur mengadakan perhimpunan itu di ibu negara semalam.", "Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang memaklumkan seramai 29 individu yang terlibat dalam perhimpunan haram pada Sabtu sudah dikenal pasti.", "Jelasnya kesemua individu itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.", "“Setakat ini 29 individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan manakala beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti daripada rakaman video dan gambar.", "“Kesemua individu yang terlibat diminta memberikan kerjasama dalam siasatan penganjuran perhimpunan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Dalam pada itu jelas Acryl Sani, pemantauan pihak polis mendapati terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh peserta perhimpunan tersebut.", "“Pemantauan PDRM semasa perhimpunan berkenaan telah mengesan insiden-insiden dimana penganjur dan peserta perhimpunan secara jelas telah melanggar syarat-syarat SOP PPN serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021 yang sedang berkuat kuasa.", "“Polis telah memulakan siasatan ke atas penganjur dan peserta perhimpunan berkenaan di bawah Peruntukan Akta 342 dan akta-akta lain yang relevan,” jelasnya lagi." ]
https://www.agendadaily.com/politik/dipetik-dalam-kes-rasuah-zahid-anak-saudara-dr-m-buat-penafian/
Dipetik dalam kes rasuah Zahid, anak saudara Dr M buat penafian
[ "Selepas nama dipetik semasa perbicaraan kes rasuah melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahdi Hamidi baru-baru ini, akhirnya anak saudara Tun Dr Mahathir Mohamad pula tampil membuat penafian secara terbuka.", "Anak saudara bekas Perdana Menteri, Tan Sri Rahmat Abu Bakar menafikan dakwaan yang dibuat saksi Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kononnya menerima sumbangan politik RM2.6 juta bagi pihak Dr Mahathir sebelum ini.", "Rahmat menjelaskan ditawarkan untuk mengambil alih 50% saham syarikat itu pada 13 Julai 2018 dan dijanji RM1.3 juta sebulan sebagai pengerusi dan penasihat syarikat tersebut tetapi sudah memulangkan semula wang tunai yang diberikan kepadanya.", "“Saya dijanji imbuhan sebanyak RM1.3 juta sebulan sebagai pengerusi dan penasihat. Inilah bayaran yang saya terima dalam bentuk wang tunai. Kemudian saya telah kembalikan wang tunai ini kepada UKSB kerana khuatir dengan asasnya.", "“Bagaimanapun, pada 14 Nov 2018, saya meletak jawatan sebagai pengerusi dan penasihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata, keputusan meletak jawatan dibuat selepas menerima nasihat Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed ketika itu.", "“Saya akur kepada nasihat tersebut berdasarkan maklumat bahawa UKSB merupakan syarikat bermasalah. Terkait dengan UKSB akan mendatangkan lebih mudarat,” jelasnya lagi.", "Susulan itu, katanya, beliau turut membatalkan niat mengambil alih apa jua kepentingan dalam syarikat berkenaan yang kini terkait dengan perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO, Zahid.", "Katanya, semua tindakan diambilnya tercatat dalam surat-menyurat antara dirinya dengan pihak berkaitan, sekali gus berbeza dengan kenyataan Tan yang hanya bersandarkan buku lejar.", "“Ini berbeza dengan kenyataan yang dibuat David Tan yang bersandar kepada buku lejar yang merupakan rekod pengurusan UKSB dan tidak ada bukti surat atau pun dokumen,” katanya.", "Beliau memberi amaran kepada Tan untuk menarik balik tuduhan berhubung RM2.6 juta itu atau berdepan tindakan susulan.", "“Oleh itu, sekali lagi saya tegaskan kenyataan berhubung sumbangan politik berjumlah RM2.6 juta adalah palsu, fitnah dan berniat jahat.", "“Dr Mahathir tidak terlibat dan tidak tahu tentang kaitan saya dengan UKSB,” ujarnya lagi.", "Kelmarin, Dr Mahathir dinamakan antara individu yang menerima derma politik RM2.6 juta dari UKSB untuk partinya ketika itu, Bersatu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).", "Tan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan kes rasuah Zahid, wang itu diserahkan melalui Rahmat yang juga anak saudara Dr Mahathir." ]
https://www.agendadaily.com/politik/dua-kali-kalah-prn-anwar-masih-pujuk-dap-dan-amanah-sokongnya-sebagai-calon-pm/
Dua kali kalah PRN, Anwar masih pujuk DAP dan Amanah sokongnya sebagai calon PM
[ "Walaupun dua kali tewas dengan memalukan dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Sarawak, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih cuba melobi rakan parti blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) supaya mencalonkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri (PM) gabungan itu.", "Anwar masih cuba hidup dalam fantasi dengan berangan dirinya masih relevan untuk menjadi PM dan cuba membuktikan dirinya masih relevan bagi DAP serta Amanah mengekalkannya sebagai calon PM kepada PH.", "Dua PRN sudah berlalu, parti PKR yang dipimpinnya gagal memenangi satu kerusi pun, bahkan rakan sekutunya juga tewas teruk apabila gagal mengekalkan kerusi yang ditandingi sebelum ini.", "Bagaimanapun, Anwar masih berterusan cuba menyakinkan dirinya perlu dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang dan satu-satunya calon PM bagi PH dan tidak boleh ada calon lain.", "Namun, pengumuman Warisan untuk masuk dalam politik nasional dengan melebarkan sayapnya ke Semenanjung memberi tamparan dan cabaran terhadapnya.", "Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal secara rasmi mengesahkan partinya yang diasaskan di Sabah akan menjadi sebuah parti nasional dan akan masuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) nanti.", "Pengumuman Shafie itu secara tidak langsung memberi isyarat jelas Anwar akan dicabar sebagai calon PM, malah blok pembangkang kini mempunyai alternatif calon lain selain Presiden PKR itu.", "Anwar sebelum ini selesa kerana tidak mempunyai pencabar dikalangan pemimpin blok pembangkang yang akan mencabarnya bagi jawatan nombor satu tersebut, namun beliau kini sudah ada pencabar terdekat iaitu Shafie.", "Difahamkan Anwar mula kepanasan selepas pengumuman Shafie tersebut dan sedang berusaha untuk memujuk DAP serta Amanah agar mengekalkannya sebagai satu-satunya calon PM mereka.", "Tetapi, sumber memberitahu DAP sudah dingin dengan Anwar dan mula tidak selesa dengan percaturan politik yang dilihat banyak merugikan mereka.", "Spekulasi wujud gerakan dikalangan pemimpin DAP yang mahu menyingkirkan Anwar bukan lagi cerita dongeng tetapi ia sah wujud dan sedang dirancang dengan rapi.", "Bagaimanapun Anwar dapat menghidu gerakan tersebut selepas menerima maklumat dalaman beberapa wakil DAP dalam parti yang setia kepadanya.", "Individu pertama yang mengesahkan wujud gerakan untuk menurunkan Anwar daripada mengetuai PH adalah bekas pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.", "Cheng Hau mendakwa terdapat beberapa mesyuarat dalam talian, Zoom diadakan dalam kalangan MP, bekas menteri dan akar umbi DAP sebenarnya cuba memujuk supaya tidak menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri (PM) bagi PH, sebaliknya memilih Tun Dr Mahathir Mohamad.", "Pendedahan itu juga disahkan kemudiaannya Setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Ab Razak yang mengakui terdapat beberapa pemimpin DAP yang cenderung menyokong Dr Mahathir sebagai calon PM dan membuat kritikan terbuka kepada Presiden PKR itu.", "“Kita tak terkejut dengan pendedahan ini sebab bagi kita sikap beberapa kepimpinan DAP terhadap Dr Mahathir dan kecenderungan mereka menyokong bukan lagi perkara yang tersembunyi, ia dapat dilihat dengan jelas.", "“Beberapa pemimpin DAP cenderung memihak dan lebih bersimpati kepada Dr Mahathir dan sikap kritikal beberapa pemimpin DAP terhadap Anwar juga bukan perkara yang boleh disorok lagi, ia memang berlaku,” katanya dipetik dalam satu laporan media sebuah portal.", "Keputusan yang memalukan dalam PRN Sarawak juga semakin meresahkan DAP, difahamkan pemimpin atasan sedang mencari jalan untuk memberitahu Anwar supaya berundur secara terhormat atau ditendang keluar.", "“Kekalahan PRN Sarawak selepas kekalahan memalukan di Melaka sangat membimbangkan… Gambaran semakin jelas apa yang akan berlaku selepas ini sekiranya Anwar kekal mengetuai PH.", "“DAP sudah tidak boleh tahan dengan Anwar yang disifatkan sebagai liabiliti dan sedang mencari jalan segera untuk membuang Anwar,” kata sumber parti.", "Menyedari perkara tersebut, Anwar kini cuba mencari jalan dengan menggunakan pemimpin atasan DAP yang setia kepadanya dengan memujuk mereka supaya mengekalkannya sebagai calon PM bagi PH.", "Namun, beliau perlu memberikan alasan dan hujah yang munasabah untuk menunjukkan dirinya masih relevan kepada gabungan itu kerana sudah jelas rakyat kini tidak lagi menyokongnya.", "“Anwar sudah tidak lagi popular dan rakyat sudah tidak mempercayainya lagi… Sokongan dan pengaruhnya sudah terhakis, rakyat tidak melihatnya sebagai ikon kepada perjuangan untuk membela nasib rakyat,” kata sumber lagi.", "Namun, DAP boleh memilih untuk kekal bersama dengan Anwar dan berdepan risiko bakal kehilangan lebih banyak kerusi dalam PRU-15 nanti kerana sanggup melayani strategi bodoh Anwar yang berterusan dan tidak serik berunding dengan Presiden UMNO Datuk Seri AHmad Zahid Hamidi.", "Paling tidak boleh dilupakan orang ramai adalah bagaimana Anwar boleh mengeluarkan kenyataan mempertahankan pemimpin UMNO yang lompat parti dengan memberi label ‘katak berprinsip’ sehingga mengakibatkan rakyat hilang kepercayaan kepada blok pembangkang, PH." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/deutsche-bank-hanya-tahu-penipuan-lepas-pindah-as1-bilion-wang-1mdb/
Deutsche Bank hanya tahu ‘penipuan’ lepas pindah AS$1 bilion wang 1MDB
[ "Syarikat milik Kementerian Kewangan (MoF), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah memetik perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak apabila menggesa Deutsche Bank membantu syarikat itu mempercepatkan pemindahan AS$1 bilion kepada dua akaun luar negara pada September 2009, malah telah memberikan masa tertentu dengan mahu ia dilakukan sebelum jam 4 petang pada hari itu.", "Jacqueline Ho, bekas pengarah urusan (ketua jualan korporat pasaran global) Deutsche Bank (M) Berhad berkata demikian semasa memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-30 dalam perbicaraan Najib berhubung penyelewengan lebih RM2 bilion dana 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.", "Menurutnya 1MDB pada 29 September 2009 telah memberikan dua dokumen kepada Deutsche Bank, termasuk kelulusan bertulis Bank Negara Malaysia pada 29 September kepada 1MDB, untuk memindahkan AS$1 bilion dana syarikat ke akaun bank BSI 1MDB-PetroSaudi bagi tujuan memperoleh 40 peratus saham dalam firma usahasama 1MDB PetroSaudi Limited di Kepulauan British Virgin.", "Dokumen lain ialah minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 26 September 2009 di mana lembaga pengarah meluluskan pengarah eksekutif 1MDB ketika itu, Casey Tang sebagai pegawai diberi kuasa untuk meluluskan dan melaksanakan transaksi AS$1 bilion itu.", "Bagaimanapun, pada pagi 30 September, pegawai 1MDB memaklumkan Deutsche Bank untuk memindah keluar AS$1 bilion dana 1MDB ke dua akaun bank.", "Memetik laporan MalayMail, Ho memberitahu tentang pelbagai usaha dan langkah yang diambil oleh Deutsche Bank untuk menyemak perubahan mendadak dalam arahan terhadap AS$1 bilion sebelum ia membuat pemindahan, termasuk mendapatkan pengesahan bahawa Bank Negara Malaysia telah meluluskan perubahan itu.", "Ho berkata Tang telah meminta Deutsche Bank untuk melaksanakan pemindahan AS$1 bilion itu secepat mungkin kerana ia didakwa transaksi kerajaan kepada kerajaan.", "“Kemudian, Casey Tang terus mendesak DBMB sekali lagi, bahawa DBMB perlu mempercepatkan proses pemindahan wang kerana Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, mahu membuat kenyataan akhbar mengenai projek usahasama 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd oleh itu, kami digesa untuk mempercepatkan proses pengiriman wang AS$1 bilion ke dalam kedua-dua akaun tersebut,” katanya hari ini.", "Peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed membantah bahagian keterangan Ho mengenai kenyataan akhbar Najib yang didakwa sebagai khabar angin, tetapi terus bertanya bagaimana ini berlaku.", "Ho berkata Tang telah datang ke pejabat Deutsche Bank – yang berada di bangunan yang sama dengan pejabat 1MDB – dan membuat permintaan untuk segera melaksanakan transaksi itu.", "“Beliau kata bolehkah anda semua memproses transaksi ini dengan cepat, kami akan duduk di sini dan tunggu dan berikan kami pengesahan, bolehkah anda lakukan sebelum empat, kerana kenyataan akhbar oleh perdana menteri, beliau akan mengumumkannya, kami memerlukan transaksi untuk dilakukan sebelum itu,” katanya.", "Aizuddin: Perwakilan yang dikatakan oleh Casey ini mendorong anda untuk melakukan transaksi ini secepat mungkin?", "Ho: Saya tidak fikir – saya rasa ya dan tidak. Dalam erti kata yang kami akan melakukannya pada hari itu pula, ia akan melalui giliran, untuk urus niaga dolar AS kami mungkin akan menyelesaikannya sekitar lima atau enam petang, tetapi kerana dia mahu ia dilakukan sebelum empat, saya telah meminta operasi saya mengutamakan kiriman wang, sebelum pelanggan lain.", "Aizuddin bertanya sama ada Deutsche Bank akan menangguhkan urus niaga AS$1 bilion sehingga tarikh berikutnya atau jika tindakannya berbeza daripada proses biasa, jika Tang tidak menyebut perdana menteri mahu membuat kenyataan akhbar.", "Ho kemudian berkata Deutsche Bank pastinya tidak akan menangguhkannya ke hari berikutnya, kerana 1MDB melalui pegawainya Tang telah “memberi arahan yang sangat ketat untuk menghantarnya pada 30hb” September dan bahawa tidak mungkin bank itu akan menangguhkannya.", "Ho berkata: “Pada masa itu, kami diberitahu ini adalah transaksi G2G (kerajaan-ke-kerajaan) yang penting, bank itu berada di bawah tanggapan bahawa 1MDB akan menjadi seperti Khazanah Nasional dalam erti kata ia akan menjadi kenderaan pelaburan kerajaan.", "“Jadi sejak itu, jelas sekali ia dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan Datuk Seri Najib juga menteri kewangan, jadi wajarlah beliau mahu memberikan kenyataan akhbar mengenai pelaburan yang besar,” katanya.", "Selepas urus niaga AS$1 bilion selesai dan dana dihantar ke dua akaun bank pada kira-kira jam 3 petang hari itu, Ho berkata dia telah menyemak dan mendapati kenyataan akhbar itu memang dibuat sekitar jam 4 petang hari yang sama berdasarkan artikel berita versi dalam talian.", "Menurutnya beliau telah menyerahkan artikel berita itu kepada jabatan pematuhan Deutsche Bank melalui rangkaian e-mel sebagai sebahagian daripada dokumentasi mengenai 1MDB bahawa mereka mempunyai usahasama dan pelaburan dan bahawa pengumuman awam mengenainya.", "Apabila dilihat semula, Ho berkata dia kini tahu bahawa urusniaga AS$1 bilion itu adalah untuk tujuan penipuan.", "Ditanya sama ada dia kini tahu sama ada status pelaburan AS$1 bilion itu adalah pelaburan benar serta berdasarkan apa yang dia baca dalam berita tentang 1MDB dan apa yang pihak berkuasa telah bayangkan atau memberitahunya semasa siasatan 1MDB, Ho berkata:", "“Saya teka apa yang dibayangkan atau tersirat, ia pada dasarnya adalah penipuan, ya.” Beliau bersetuju wang AS$1 bilion yang sepatutnya dihantar kepada firma usahasama yang dikatakan 1MDB-PetroSaudi sebaliknya telah pergi ke tempat lain.", "Hanya beberapa hari selepas AS$1 bilion dihantar, Deutsche Bank telah mengetahui bahawa salah satu akaun – yang menerima AS$700 juta – sebenarnya adalah Good Star Limited, bukannya PetroSaudi International seperti yang didakwa oleh 1MDB pada mulanya ketika hari urus niaga.", "Pada masa itu, Deutsche Bank telah bertanya 1MDB tetapi 1MDB mendakwa Good Star adalah anak syarikat kepada rakan usaha sama 1MDB yang dikatakan PetroSaudi International Limited.", "Aizuddin: Sekarang saya kembali kepada perkara yang difikirkan semula ini, jadi anda kini tahu betul bahawa AS$700 juta telah tersilap dihantar dan Good Star adalah entiti yang dimiliki oleh Low Taek Jho?", "Ho: Ya, betul.", "Pada hari pertama perbicaraan, pihak pendakwaan berkata ia akan menunjukkan bahawa AS$24.5 juta daripada AS$700 juta kepada Good Star telah berakhir dengan seorang “Putera Faisal”, yang kemudiannya didakwa telah memindahkan AS$20 juta (bersamaan dengan RM60,629,839.43) ke akaun bank peribadi Najib dalam dua transaksi bernilai AS$10 juta setiap satu pada Februari 2011 dan Jun 2011.", "Najib, 67, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB.", "Ahli Parlimen Pekan itu juga didakwa atas 16 tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum memindahkannya semula ke akaun milik Tanore berjumlah RM2,196,786,711.87.", "Dia turut didakwa dengan lima tuduhan, menggunakan hasil daripada aktiviti haram untuk disalurkan kepada lima pihak.", "Ia membabitkan RM20,000,000 kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO); UMNO Bahagian Batu Kawan (RM100,000); ahli perniagaan, Lim Soon Peng (RM246,000); ORB Solutions Sdn. Bhd (RM2,000,000) dan Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM303,000)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/6290-bayi-antara-48261-kanak-kanak-positif-covid-19-di-malaysia/
6,290 bayi antara 48,261 kanak-kanak positif Covid-19 di Malaysia
[ "Sebanyak 6,290 bayi di bawah usia 18 bulan telah dijangkiti virus Covid-19 sejak negara dilanda pandemik itu awal tahun lalu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Katanya, jumlah itu merangkumi 48,261 kanak-kanak yang disahkan positif Covid-19.", "“Dengan perkembangan terbaharu ini amat membimbangkan dan seharusnya menjadi ‘wake-up call’ kepada semua pihak terutama ibu bapa,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat bahawa jangkitan kes Covid-19 tidak kenal siapa, termasuk kanak-kanak.", "Katanya, sebelum ini warga emas menjadi golongan paling berisiko dijangkiti virus berbahaya itu, tetapi kini ancaman Covid-19 meliputi semua usia sehingga kepada bayi.", "“Situasi semasa kian buruk apabila terus mencatatkan lonjakan dengan angka harian pesakit baharu melebihi 7,000 kes hari ini, tertinggi sejak wabak itu dikesan di Malaysia.", "“Kita sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak ini daripada dijangkiti,” katanya.", "Ismail Sabri meminta ibu bapa mengawasi anak-anak mereka dengan mengelak bermain di luar rumah, dan lebih kerap mencuci tangan serta memakai pelitup muka." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sijil-vaksin-palsu-tiga-doktor-antara-25-ditahan-setakat-ini/
Sijil vaksin palsu: Tiga doktor antara 25 ditahan setakat ini
[ "Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini telah menahan 25 individu kerana disyaki terlibat dengan penipuan penjualan sijil vaksin palsu.", "Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata penahanan individu berkenaan adalah hasil pengesanan sembilan kes di seluruh negara.", "Beliau berkata mereka yang ditahan membabitkan masing-masing tiga doktor dan jururawat, tujuh ejen, seorang staf klinik serta 11 orang awam, lapor Bernama.", "“Kes terbaharu adalah di Sabah yang mana staf (klinik) membuat laporan terhadap seorang doktor (didakwa) melakukan penipuan terhadap sijil vaksin di Kinarut, Sabah,” katanya dalam sidang media khas di Menara KPJ, di sini.", "Menurut Mohd Kamarudin, laporan tersebut dibuat oleh staf klinik pada 4 Februari (Jumaat) lepas dan doktor berusia 37 tahun yang juga seorrang daripada 25 suspek telah ditahan pada 7 Februari (Isnin) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).", "“Siasatan hampir selesai. Kami akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dan arahan selanjutnya,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dua-kluster-baharu-rekod-terendah-sejak-mac-kes-di-lima-negeri-naik/
Dua kluster baharu rekod terendah sejak Mac, kes di lima negeri naik
[ "Negara hari ini buat pertama kali merekodkan hanya dua kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu hanya dua kluster baharu dikesan menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 5,719 kluster dengan 5,162 telah ditamatkan dan 557 masih aktif.", "Katanya, kedua-dua kluster baharu itu membabitkan tempat kerja di Jalan Sentol Kluang, Johor melibatkan 10 daripada 63 individu yang disaring.", "“Satu lagi kluster tempat kerja ialah di Blok 03, Kinabatangan, Sabah yang membabitkan 19 individu daripada 55 yang disaring,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mengikut rekod kali terakhir jumlah kluster terendah dikesan ialah pada 13 Mac 2021 lalu, yang melibatkan dua kluster iaitu di Nusajaya, Johor dan Jalan Pria, Kuala Lumpur. Kedua-duanya adalah kluster tempat kerja.", "Sebelum itu, tiga kluster iaitu Kluster Ceram (tempat kerja) di Seremban, Negeri Sembilan; Kluster Pulau Berhala di Sabah (komuniti); dan Kluster Jalan Tampoi di Johor Bahru, dikesan pada 6 Disember 2020.", "Sementara itu, hanya lima negeri hari ini yang mencatat kenaikan jangkitan Covid-19, berbanding semalam, sementara negeri dan Wilayah Persekutuan lain merekodkan penurunan di bawah angka 600 kes, kecuali Selangor.", "Perak merekodkan 411 jangkitan baharu hari ini berbanding 381 semalam, diikuti Pahang (335 baharu, 302 semalam); Melaka (223 baharu, 183 semalam); Negeri Sembilan (199 baharu, 192 semalam); dan Labuan (tiga kes baharu, dua kes semalam).", "Selangor walaupun mencatat hari ini, namun jumlah kes baharu kekal tertinggi apabila merekodkan 1,039 kes berbanding 1,322 semalam.", "Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 9,178 pesakit Covid-19 disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 2,320,391 kes pulih berbanding 2,426,050 kes positif.", "Mengenai kes hari ini, beliau berkata daripada 5,828 jangkitan baharu, 5,821 adalah kes tempatan yang turut melibatkan 257 bukan warganegara, dan tujuh kes import dengan dua daripadanya bukan warganegara.", "“Daripada jumlah kes baharu itu juga 97 pesakit atau 1.7 peratus melibatkan kategori 3, 4, dan 5, manakala 5,731 lagi adalah pesakit kategori 1 dan 2,” katanya.", "Seramai 620 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 297 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/akibat-banjir-38-tanah-runtuh-dilaporkan-berlaku-di-selangor/
Akibat banjir, 38 tanah runtuh dilaporkan berlaku di Selangor
[ "Selangor yang terjejas akibat bencana banjir juga berdepan risiko tanah runtuh selepas sekurang-kurangnya 38 laporan diterima berhubung insiden tersebut ketika ini.", "Kejadian tanah runtuh tersebut diakibatkan hujan lebat serta banjir yang melanda.", "Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, berkata ia membabitkan lokasi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).", "“Daripada jumlah lokasi mengalami kejadian runtuhan cerun dan tanah itu, tujuh dikesan kritikal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Beliau berkata, tujuh lokasi dikesan mengalami kes kritikal, masing-masing di Taman Nusa, Subang di kawasan MBSA, Apartmen Teratai, Selayang di bawah MPS dan Jalan Bunga Anggerik, Taman Dataran Ukay di kawasan MPAJ.", "Selain itu, Jalan Melati 7, Taman Seri Melati dan Kampung Sepakat, Batu 16, Rawang di kawasan MPS, Jalan Haji Abdul Latif, Kampung Bukit Kapar di bawah MPK dan Jalan 45B, Bukit D, Kampung Cheras Baru di kawasan MPAJ." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-import-makin-melonjak/
Kes import makin melonjak
[ "Jumlah warga Malaysia dan rakyat asing yang membawa masuk virus Covid-19 ke negara ini semakin meningkat sejak pintu sempadan dibuka semula kepada keluar masuk pengembara asing dan rakyat tempatan.", "Sehingga kini, jumlah terkumpul kes import Covid-19 sejak awal 2020 meningkat kepada 14,956 kes, dengan majoritinya melibatkan rakyat tempatan.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 489 kes import baharu dikesan melibatkan warga tempatan dan rakyat asing.", "Menurutnya daripada jumlah itu 388 kes import positif Covid-19 melibatkan warga tempatan dan 101 rakyat asing.", "Untuk rekod, kes import mula melonjak melebihi 100 kes sehari bermula 22 Disember 2021, dengan jumlah tertinggi dicatatkan semalam sebanyak 522 kes melibatkan 426 warga tempatan dan 96 rakyat asing.", "Daripada jumlah keseluruhan kes import, Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 4,855 kes, diikuti Selangor (3,450); Johor (1,204); Negeri Sembilan (822); Kedah (621); Perak (553); Kelantan (533); Melaka (438); Pulau Pinang (387); Sarawak (330); Terengganu (318); Pahang (310); Sabah (303); Putrajaya (151); Labuan (98); dan Perlis (94).", "Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 12 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan namun maklumat lanjut mengenainya akan dimuat naik dalam laman sesawang Covidnow pagi esok.", "“Sehingga kini seramai 149 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 71 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "“Daripada 4,046 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 32 kes atau 0.8 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 4,014 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.", "Sementara itu, berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri malam ini, sembilan negeri merekodkan peningkatan kes harian, dengan Selangor mencatat kes tertinggi.", "Dalam tempoh itu, Selangor merekodkan 964 kes baharu berbanding 894 semalam, meningkat empat hari berturut-turut, menjadikan kumulatif postif sejak awal 2020 lalu kepada 803,624 kes.", "Menurut statistik laman sesawang Covidnow kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga semalam 782,092 pesakit Covid-19 di Selangor telah sembuh, 10,031 kes kematian dan 10,537 kes masih aktif.", "Daripada jumlah kes aktif itu, 8,896 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 917 ditempatkan di PKRC; 699 dimasukkan ke hospital; dan 25 dirawat di ICU dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sejak Februari lalu hingga semalam, lebih 12.11 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk selangor dengan 4,783,037 atau 94.5 peratus individu telah lengkap divaksinasi, 4,849,790 atau 95.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 2,495,615 atau 44.7 peratus menerima dos penggalak.", "Bagi kes di negeri-negeri lain, Johor turut merekodkan peningkatan jangkitan apabila mencatat 444 kes baharu berbanding 414 semalam; diikuti Negeri Sembilan (340 kes baharu, 218 kes semalam); dan Kedah (315 kes baharu, 275 semalam).", "Pulau Pinang mencatat 310 kes baharu berbanding 225 semalam; Melaka (197 kes baharu, 167 semalam); Perak (166 kes baharu, 124 semalam); Putrajaya (46 kes baharu, 20 semalam); dan Perlis (14 kes baharu, 11 semalam).", "Pecahan kes bagi negara-negara ASEAN sehingga 21 Januari 2022." ]
https://www.agendadaily.com/politik/ahmad-fadhli-tempelak-asyraf-dua-kali-tanding-pilihan-raya-2-kali-kalah/
Ahmad Fadhli tempelak Asyraf dua kali tanding pilihan raya 2 kali kalah
[ "Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menyindir Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang dua kali kalah pilihan raya susulan tindakan Ketua Pemuda UMNO itu yang memberi ulasan salah terhadap kenyataan beliau hari ini.", "Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga menasihatkan Asyraf Wajdi supaya menjaga taraf dengan melakukan sedikit kajian sebelum memberi sebarang ulasan, kerana beliau tidak pernah menyebut perkataan ‘gugat’ dalam kenyataannya semalam.", "“Buat kerja rumah sikit ye, jaga taraf kita tu. Ops maaf, dua kali bertanding pilihanraya dua kali kalah, what do you expect.", "“Tidak ada pun dalam kenyataan saya yang PAS mahu gugat kubu BN. Bacalah betul2 sebelum buat komen tu, anda kan Ketua Pergerakan Pemuda,” kata Ahmad Fadhli dalam kenyataan hari ini.", "Semalam, beliau memuat naik kenyataan berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sambil menyatakan PAS dan Perikatan Nasional (PN) telah menunjukkan kemampuan yang memberangsangkan sebagai pasukan yang dilihat ‘underdog’.", "Katanya, walaupun telahan awal menjangkakan PN akan ‘bungkus’ di semua kerusi, ternyata PN berjaya merampas dua kerusi DUN yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan DAP sebelum ini, serta berada di tempat kedua di beberapa kerusi majoriti Melayu.", "“PAS juga mencatatkan keputusan yang amat memberangsangkan apabila hampir merampas kerusi DUN Serkam dengan majoriti yang amat tipis (79 undi), serta mencatatkan pertambahan undi di semua kawasan yang ditandingi kecuali di DUN Duyong, di sebalik penurunan mendadak peratusan keluar mengundi.", "“Ini merupakan petanda awal kemampuan PAS dan PN di kubu kuat BN di Melaka, yang tidak boleh dipandang enteng oleh semua parti,” kata Ahmad Fadhli semalam.", "Namun, Asyraf Wajdi dengan hanya merujuk kepada tajuk laporan Utusan memberi ulasan yang antara lain mengatakan jika PAS menerima pelawaan UMNO tempoh hari, sudah tentu parti itu akan punya wakil di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mudah termasuk di Bukit Katil yang sejak dari awal ditawarkan UMNO bagi mengalahkan musuh tradisi mereka AMANAH.", "“Patutnya tidak perlulah bernada angkuh nak gugat kubu kuat BN atau tidak. Lagipun bukankah PAS berulang kali sebut nak lawan DAP-PH? Kenyataan sebegini buat kita jadi keliru, musuh PAS ni siapa sebenarnya?,” kata Asyraf sambil meletakkan keratan akhbar Utusan bertajuk ‘Pas, PN masih mampu gugat kubu kuat BN’ yang memaparkan gambar Ahmad Fadhli.", "Ulasan Asyraf Wajdi ketika mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.", "Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli memberitahu Asyraf Wajdi:", "“Belajar cari kenyataan asal, copy paste ke dalam Microsoft Word, gunakan kekunci Ctrl+F dan cari perkataan ‘gugat’.", "“Yang anda akan jumpa ialah “Sekiranya PH masih bermain dengan sentimen yang menggugat keharmonian negara dan kerukunan Keluarga Malaysia, tidak mustahil hanya DAP yang akan kekal, dan parti lain akan terus tersungkur”", "“Takkanlah nak buat kerja senang macam tu pun tak boleh. Yang sebut perkataan ‘gugat’ itu ialah Utusan. Buat kerja rumah sikit ye, jaga taraf kita tu. ops maaf, dua kali bertanding pilihanraya dua kali kalah, what do you expect. 🙂”" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/langgar-sop-senyap-senyap-angka-naik-senyap-senyap-doktor-pakar/
Langgar SOP senyap-senyap, angka naik senyap-senyap: Doktor pakar
[ "“Kalau anda selebriti atau pemimpin, tunjuklah contoh yang baik dengan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) kerana impaknya besar untuk menyatukan rakyat ikut SOP.”", "Demikian kata Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Alzamani Mohammad Idrose.", "Bagaimanapun, katanya sekiranya selebriti dan pemimpin tidak boleh diharap untuk berperanan seperti yang diimpikan, janganlah pula orang ramai mengikut mereka kerana yang akan menanggung akibatnya adalah diri dan keluarga sendiri.", "“Anda boleh bercekak pinggang berkata, “Bukalah katil lebih. Tambah jer lah katil ICU !”. Malangnya katil ICU bukan katil yang dibeli di kedai perabot.", "“Ada staf ramai, peralatan jutaan ringgit, kemahiran mengendaikan pesakit dan banyak aspek lain yang sukar,” katanya kecewa susulan ramai yang menyalahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk menuduh KKM menipu data kes Covid-19 di negara ini.", "Membidas tuduhan-tuduhan itu, Dr Alzamani berkata jika katil hospital ditambah sebanyak mana pun, tetapi sekiranya orang ramai tidak mematuhi SOP, usaha memerangi wabak Covid-19 tidak akan berjaya.", "“Semuanya hanya akan berhenti apabila anda melihat diri sendiri, berhenti menyalahkan orang tetapi menyalahkan diri sendiri,” katanya.", "Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai dakyah berkaitan vaksin Covid-19, sebaliknya menyahut seruan menyertai program imunisasi yang sedang dijalankan.", "Beliau berkata, ramai yang menipu diri sendiri dengan melanggar SOP terutama ketika makan, berziarah dan beraya senyap-senyap, merentas sempadan di jalan tikus, selain makan bersama rakan sekerja di asrama atau pejabat tanpa penjarakan fizikal.", "Tetapi, katanya perbuatan itu akan terdedah juga akhirnya apabila mereka yang melanggar SOP itu dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke hospital.", "“Kami tahu semua rahsia yang anda simpan kerana terbongkar di hospital – ziarah senyap-senyap, makan dekat-dekat, berhimpun senyap-senyap, berjemaah rapat-rapat secara senyap-senyap.", "“Yang senyap-senyap inilah menyebabkan angka senyap-senyap naik. Sebaliknya, yang dalam senyap mematuhi SOP dengan sempurna adalah wira sebenar yang tak didendang.", "“Anda sendiri sahaja yang tahu dalam kumpulan mana anda tergolong. Kita perlu berubah 180 darjah untuk memenangi perang ini,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/jangkitan-covid-19-di-singapura-lepasi-angka-5000/
Jangkitan Covid-19 di Singapura lepasi angka 5,000
[ "Jangkitan baharu akibat Covid-19 di Singapura semalam melonjak ke 5,324 kes dengan 10 lagi kematian akibat komplikasi disebabkan virus tersebut.", "Lapor Berita Mediacorp, pesakit yang meninggal dunia berumur di antara 54 tahun ke 96 tahun, semua pesakit sudah divaksin kecuali satu kes tidak divaksin dan kebanyakan mereka mengalami pelbagai masalah kesihatan.", "Kementerian Kesihatan (MOH) bagaimanapun tidak memberikan perincian penuh tentang masalah kesihatan tersebut.", "Bilangan kes baharu Covid-19 semalam adalah yang tertinggi direkodkan berbanding dengan hanya 3,277 kes pada Selasa lalu.", "Sementara itu, beberapa hospital di republik itu turut menawarkan pemakaian tudung kepada kakitangan Muslimah di tempat kerja mulai Isnin ini.", "Berita Mediacorp memaklumkan, tudung rekaan ‘SingHealth’ itu turut menyediakan belahan bagi kegunaan pembedahan dan stetoskop untuk memudahkan ketika mereka bertugas.", "Kakitangan Muslimah boleh memilih untuk membeli tudung yang diluluskan itu atau memakai tudung mereka sendiri, asalkan ianya mematuhi garis panduan di hospital.", "Pihak ‘SingHealth’ turut memadankan tudung berwarna putih atau kelabu dengan seragam pekerja kesihatan itu.", "Akan tetapi, pekerja kesihatan Muslimah tidak dibenarkan memakai tudung mereka sendiri kita berada dalam persekitaran berisiko tinggi seperti di bilik pembedahan.", "Menurut ‘SingHealth’, pihaknya akan menghasilkan penggunaan tudung pakai buang dalam persekitaran steril dalam masa terdekat ini.", "Manakala, bagi IHH Healthcare, yang mengendalikan pengeluaran tudung bagi hospital seperti Mount Elizabeth dan Gleneagles, ia akan mengasingkan warna tudung yang berbeza mengikut jawatan.", "Jururawat akan memakai warna kuning cair, kakitangan pentadbiran akan dipadankan dengan warna biru, manakala kakitangan F&B perlu memakai warna hitam.", "Kakitangan kesihatan di hospital tersebut turut dibenarkan untuk memakai tudung mereka sendiri sekiranya ia sepadan dengan kriteria yang dibenarkan oleh pihak IHH." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sambutan-hari-jadi-cetus-kluster-covid-19-babitkan-49-individu/
Sambutan hari jadi cetus kluster Covid-19 babitkan 49 individu
[ "Majlis sambutan hari jadi dipercayai menjadi punca tercetusnya satu kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah, semalam, kata jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun.", "Beliau berkata Kluster Kimolohing yang dilaporkan di daerah Ranau itu setakat ini dikenal pasti membabitkan 49 individu yang dikesan positif.", "Kluster berkenaan dikesan selepas kes indeks iaitu seorang lelaki tempatan dari Kampung Kimolohing, Ranau dikesan positif Covid-19 melalui saringan bergejala pada 18 Oktober lalu.", "“Berdasarkan siasatan awal, kes indeks mengadakan majlis sambutan hari jadi pada 12 hingga 14 Oktober lalu di rumahnya. Kemudian pada 16 Oktober 2021, kes indeks juga menghadiri majlis hari jadi di rumah saudaranya.", "“Selepas itu, kes indeks mula bergejala pada 17 Oktober dan menjalani saringan pada hari berikutnya sebelum didapati positif Covid-19.", "“Berikutan itu, saringan kontak rapat dilakukan dan seramai 48 orang dari lokaliti yang sama didapati positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49 kes. Bagaimanapun, punca jangkitan sebenar masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.", "Sementara itu, Masidi berkata daripada 565 kes baharu yang dilaporkan di Sabah hari ini, 213 kes atau 37.7 peratus dikesan melalui saringan bergejala atau turut dikategorikan sebagai kes sporadik.", "Katanya, jumlah itu masih tinggi dan harus menjadi peringatan agar semua penduduk tidak lalai dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).", "Sehingga semalam, Sabah merekodkan 214,975 kes positif dengan 204,603 pesakit telah sembuh, manakala 7,994 kes masih aktif.", "Negeri itu juga mencatatkan 2,482 kes kematian sejak awal tahun lalu, dengan seramai 16 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam.", "Menurut catatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) seramai 6,095 pesakit Covid-19 di Sabah menjalani kuarantin di rumah, 1,050 di PKRC, 771 dirawat di hospital dan 78 dimasukkan ke unit rawatan rapi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bank-islam-ikut-saranan-bnm-lanjutkan-bantuan-pembayaran-semula-bersasar/
Bank Islam ikut saranan BNM, lanjutkan bantuan pembayaran semula bersasar
[ "Bantuan Pembayaran Semula Bersasar Dipertingkatkan (ETRA) akan dilanjutkan Bank Islam Malaysia Bhd bagi menyahut saranan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya membantu pelanggan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.", "Bank Islam berkata lanjutan tersebut bagi membantu peminjam mengikut keadaan kewangan masing-masing, berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.", "Selaras dengan Bantuan Pembayaran Bersasar (TRA) sedia ada yang ditawarkan mengikut kelayakan pelanggan, Bank Islam kini menawarkan pelanggan di bawah bantuan moratorium, tambahan tiga bulan penangguhan ansuran pembiayaan mereka untuk mengurangkan bayaran ansuran pembiayaan mereka atau lanjutan tempoh bayaran selama enam bulan dengan keperluan dokumentasi yang lebih ringkas.", "Bank itu juga memberi jaminan bahawa bantuan kewangan akan kekal tersedia, termasuk dan tidak terhad kepada hanya TRA, tetapi turut meliputi bantuan jangka panjang lain seperti pakej Penjadualan dan Penstrukturan Semula.", "Bantuan turut tersedia kepada pelanggan daripada pelbagai kumpulan pendapatan, perniagaan mikro dan pelanggan terjejas ekoran pelaksanaan PKP terbaharu (PKP 3.0).", "Susulan kenyataan yang dikeluarkan BNM dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) pada 12 Mei lalu, Bank Islam menyeru para pelanggan yang sebelum ini telah menerima bantuan pembayaran bersasar tetapi masih memerlukan bantuan kewangan untuk menghubungi bank tersebut." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/penggunaan-paxlovid-rawat-pesakit-covid-19-diperluas-kata-khairy/
Penggunaan Paxlovid rawat pesakit Covid-19 diperluas, kata Khairy
[ "Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan lagi penggunaan ubat antiviral merawat Covid-19, Paxlovid keluaran Pfizer, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.", "Menurutnya KKM akan menghantar ubat berkenaan kepada pusat perubatan, klinik swasta serta hospital pengajar dalam masa terdekat, bagi membolehkan penggunaan Paxlovid dapat diperluaskan selain penggunaannya di hospital awam ketika ini.", "Beliau berkata, sejak semalam, pihaknya sudah memberikan Paxlovid kepada seramai 405 pesakit Covid-19 dan sudah mengarahkan untuk penggunaannya ditingkatkan.", "“Sebelum ini kita hanya memberi Paxlovid kepada mereka yang berisiko tinggi namun kini kumpulan yang akan diberikan diperluaskan.", "“Kita juga berikan kepada Klinik Kesihatan (KK),” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM)di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, hari ini.", "Khairy berkata Paxlovid perlu sekurang-kurangnya lima hari selepas gejala Covid-19 muncul bagi mengelakkan daripada pesakit perlu dirawat di hospital.", "Sebelum ini, media melaporkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid untuk pesakit Covid-19 yang dimulakan sejak 15 April lalu, menyaksikan 173 pesakit yang diberikan rawatan berkenaan sembuh sepenuhnya serta tidak mengalami sebarang kesan sampingan.", "Khairy dilaporkan berkata, rawatan menggunakan ubat berkenaan ke atas 173 pesakit terbabit dilaksanakan sehingga 9 Mei lalu.", "Sementara itu, Khairy berkata, terdapat sedikit peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas perayaan Aidilfitri kira-kira dua minggu lalu.", "Bagaimanapun beliau berkata, secara keseluruhan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara hari ini sudah turun ke 1.04 manakala kadar kematian juga pada satu angka.", "“Walaupun kemasukan ada peningkatan tetapi 55 peratus kemasukan adalah dalam Kategori 1 dan 2 terutama langkah berjaga-jaga bagi warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi.", "“Saya melihat dari segi jangkitan walaupun ada sedikit peningkatan ia sesuatu yang sudah dijangkakan kerana lebih banyak majlis dan lebih banyak pergerakan manusia menyebabkan kemungkinan kes akan meningkat.", "“Dari segi keseriusan, kes tidak mengalami peningkatan mendadak termasuk kemasukan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.", " " ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/perubahan-sop-baharu-kos-haji-mungkin-naik-selepas-ini/
Perubahan SOP baharu, kos haji mungkin naik selepas ini
[ "Susulan pengenalan beberapa perubahan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan dalam norma baharu, Tabung Haji (TH) tidak menolak kemungkinan kos haji akan meningkat pada musim haji akan datang.", "Perkara itu tidak dapat dielakkan selepas berlakunya penularan pandemik Covid-19, kata Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.", "Jelasnya, peningkatan kos itu sebahagian besarnya berkait rapat dengan SOP yang perlu dipatuhi seperti penjarakan fizikal seperti had kapasiti bilik hotel dan bas, selain pergerakan jumlah jemaah di dalam Masjidil Haram yang turut dihadkan.", "Katanya, ini berdasarkan kos berkaitan SOP norma baharu, kenaikan kos operasi dan kos lain di Malaysia serta Arab Saudi.", "“Saya lihat ini (SOP) memberi impak kepada kos haji akan datang kerana baru-baru ini saja jemaah haji perlu membayar sekitar RM15,000 hingga RM20,000 untuk lima hingga tujuh hari, membabitkan tiga lokasi iaitu Arafah, Muzdalifah dah Mina serta melaksanakan Tawaf dan Saie saja.", "“Sebagai perbandingan, bayaran haji pada tahun 2019 ialah RM9,980 seorang untuk tempoh 40-45 hari menerusi subsidi haji,” katanya lapor Bernama hari ini.", "Pada tahun 2019, kerajaan memutuskan bayaran menunaikan haji bagi jemaah haji muassasah yang menunaikan haji kali pertama, kekal RM9,980 dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM12,920.", "Kos menunaikan haji tahun itu adalah sebanyak RM22,900 berbanding RM22,450 pada musim sebelumnya. Bagaimanapun, Malaysia tidak menghantar jemaah haji pada tahun 2020 dan tahun ini susulan pandemik Covid-19.", "Syed Saleh berkata, walaupun ibadah haji ditangguhkan dua kali akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia, TH tetap meneruskan persiapan haji dengan mengambil kira situasi pandemik dan perkembangan semasa di Arab Saudi.", "Katanya, perancangan dan persiapan itu dilaksanakan sejak musim haji 2020 sebagai usaha memastikan kelancaran urusan jemaah haji Malaysia ketika menunaikan Rukun Islam kelima itu.", "Beliau berkata, ia termasuk melaksanakan kursus haji kepada bakal jemaah secara dalam talian iaitu sebanyak 14 siri termasuk tambahan satu siri khusus menekankan SOP baharu di Arab Saudi serta hukum hakam ibadat haji dalam suasana semasa penularan wabak Covid-19.", "“TH juga giat memastikan bakal jemaah mendapat vaksinasi masing-masing dan lengkap dos Covid-19 seperti dikehendaki Arab Saudi sebelum mereka dibenarkan memasuki Tanah Suci.", "“TH juga melaksanakan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan pada tahun terdahulu yang menekankan istitha’ah atau kemampuan menunaikan haji dalam situasi wabak.", "“Dalam muzakarah ini, penting untuk kita memperhalusi dan memberi ketetapan ibadah haji dalam norma baharu dengan melihat kepada kekangan pergerakan dan terhalang semasa melaksanakan ibadah sekiranya berlaku penularan wabak semasa melaksanakan haji,” katanya lagi." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/sri-lanka-buka-pasaran-mohon-syarikat-minyak-jual-bahan-bakar/
Sri Lanka buka pasaran, mohon syarikat minyak jual bahan bakar
[ "Colombo meminta bantuan syarikat minyak di negara pengeluar petroleum untuk menjual produk mereka kepada Sri Lanka, sekali gus membuka pasarannya bagi menyelesaikan kekurangan bahan api yang teruk ketika krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad.", "Rizab pertukaran asing yang berkurangan menyebabkan negara dengan 22 juta penduduk itu tidak mampu membayar import barangan keperluan daripada bahan api kepada makanan dan ubat-ubatan.", "“Sebuah iklan telah diterbitkan hari ini menggesa pernyataan minat (EOI) bagi syarikat minyak mengimport, mengedar dan menjual produk petroleum di Sri Lanka,” kata Menteri Tenaga Sri Lanka, Kanchana Wijesekera, di Twitter.", "Berita itu menyusuli keputusan Sri Lanka bulan lalu untuk membenarkan import dan jualan sedemikian, kerana ia berebut untuk memastikan bekalan petrol dan diesel mencukupi.", "Kelulusan untuk firma minyak yang akan dipilih dalam proses baharu itu akan menamatkan duopoli pasaran (situasi di mana dua pembekal menguasai pasaran bagi sesuatu komoditi atau perkhidmatan) secara berkesan yang melibatkan anak syarikat Indian Oil Corp yang dikendalikan kerajaan India.", "Ceylon Petroleum Corp (CPC) yang dikendalikan kerajaan, yang menguasai kira-kira 80 peratus pasaran dengan rangkaian 1,190 stesen minyak, akan memberikan bahagian sumber dan pamnya kepada syarikat baharu, kata kerajaan dalam notisnya.", "Krisis ekonomi terburuk di Sri Lanka sejak merdeka daripada Britain pada 1948 berpunca daripada salah urus ekonomi dan pandemik Covid-19.", "Penunjuk perasaan yang marah menggulingkan keluarga pemerintah Rajapaksa, membawa kerajaan baharu selepas memaksa peletakan jawatan presiden sebelumnya, Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri ke Singapura bulan ini.", "Kumpulan hak asasi manusia telah meminta peguam negara Singapura untuk menyiasat Rajapaksa atas peranannya dalam perang saudara selama beberapa dekad di Sri Lanka.", "“Sekarang Rajapaksa tidak lagi dilindungi oleh imuniti, Singapura mesti merebut peluang yang luar biasa ini,” kata Archana Ravichandradeva, daripada kumpulan People for Equality in Relief in Lanka.", "Pergerakan itu adalah salah satu kumpulan yang menghantar surat bersama kepada pegawai Singapura, berikutan permintaan minggu lalu oleh kumpulan hak asasi lain yang meminta siasatan serupa.", "Rajapaksa sebelum ini menafikan tuduhan bahawa dia bertanggungjawab terhadap pencabulan hak semasa perang.", "Perang saudara 25 tahun di Sri Lanka antara pemberontak pemisah daripada etnik minoriti Tamil dan tentera kerajaan berakhir pada 2009. Kumpulan hak asasi manusia menuduh kedua-dua pihak melakukan penyeksaan semasa perang. – Reuters" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rm32-4-bilion-diperuntuk-kepada-kkm-tahun-depan/
RM32.4 bilion diperuntuk kepada KKM tahun depan
[ "Kerajaan memperuntukkan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan – bajet kedua tertinggi selepas Kementerian Pendidikan – untuk tahun depan.", "Mengumumkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan besar itu adalah bagi mengutamakan aspek kesihatan awam dalam persediaan ke fasa endemik Covid-19.", "Beliau berkata peperangan melawan Covid-19 masih belum berakhir.", "“Oleh itu, tambahan 4 bilion ringgit disediakan khusus untuk meneruskan agenda menangani COVID-19 yang merangkumi 2 bilion ringgit bagi membiayai program vaksinasi.", "“Manakala 2 bilion ringgit lagi disediakan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE dan kit kesihatan.", "“Dalam semangat Keluarga Malaysia, Kementerian Kesihatan juga telah menyumber luar ke hospital swasta dan hospital seliaan kementerian lain bagi mengoptimumkan kapasiti kesihatan dalam negara,” katanya.", "Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga bercadang untuk melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk Covid-19.", "Namun katanya, yang utama sekali, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan terus diperkasa bagi membekalkan dos ketiga sebagai vaksin penggalak kepada semua orang dewasa di samping meneruskan vaksinasi kepada anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun.", "“Kerajaan telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos iaitu bersamaan lebih 140 peratus penduduk dan cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas,” katanya.", "Beliau juga mengumumkan kerajaan bercadang memberi pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan\npengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri, mulai tahun depan.", " " ]
https://www.agendadaily.com/politik/belum-buat-keputusan-pilih-kerusi-bertanding-baik-anwar-pilih-bagan-datuk/
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
[ "Nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim belum membuat keputusan untuk bertanding kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), beberapa kali Presiden PKR itu memberi isyarat untuk beralih angin ke kerusi yang lain dan bukannya di Port Dickson.", "Bulan lepas, Ketua Pembangkang itu semasa berada di Tambun memberitahu keiinginannya untuk bertanding kerusi disandang oleh Timbalan Presiden Bersatu dan bukan lagi di Port Dickson dan ia disambut girang para penyokongnya.", "Sebelum itu terdapat juga spekulasi mengatakan Anwar mahu kembali ke Permatang Pauh bertanding disana dan boleh dikatakan terdapat banyak kerusi yang sedang diintai oleh cikgu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.", "Bagaimanapun sehingga sekarang Anwar belum membuat keputusan untuk bertanding di kerusi mana satu tetapi semestinya ia harus kerusi selamat yang akan dapat memastikan kemenangannya bagi memastikan cita-cita menjadi Perdana Menteri dapat menjadi kenyataan.", "Anehya, Anwar tidak pula berhasrat dan mahu mencuba nasib melawan anak muridnya yang juga Presiden UMNO di Parlimen Bagan Datuk, bukankah kerusi tersebut juga sama seperti Tambun yang berada dalam negeri Perak juga.", "Tidak perlulah Anwar berdrama dan membuat gimik untuk bertanding di kerusi yang disandang parti lain, lebih baik sekiranya beliau mencabar Zahid di Bagan Datuk jika benar-benar mahu menjadi PM ke-10 selepas ini.", "Sebagai seorang cikgu, Anwar perlu memberi tunjuk ajar kepada anak muridnya yang sebelum ini menipunya hidup-hidup sehingga gagal menjadi PM. Hanya dengan cara itu Anwar boleh menunjukkan kepada Zahid siapa bos sebenarnya, jangan lawan cikgu.", "Anwar perlu sedar Zahid sebenarnya adalah calon PM bagi UMNO jika dapat memenangi PRU-15, jadi adalah lebih baik fokus ditumpukan di kerusi Parlimen yang disandang oleh anak muridnya itu.", "Persoalannya kini, adakah Anwar tidak sanggup untuk melawan anak muridnya tersebut atau adakah kedua-duanya masih mempunyai pakatan di belakang tabir yang tidak diketahui oleh umum.", "Bukannya rakyat tidak tahu hubungan Anwar dan Zahid, malah sebelum ini semasa menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kedua-dua mereka boleh bekerjasama dan mencari titik pertemuan demi memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur.", "Sekiranya Anwar berjaya menewaskan Zahid di Bagan Datuk, sudah semestinya peluang untuk menjadi PM lebih cerah, bukankah itu cita-cita Anwar sejak sekian lama dan masih bercita-cita sama.", "Mungkin kali ini Anwar perlu mengenepikan hubungan peribadinya dengan anak muridnya tersebut dan sudah masa meletak kepentingan negara sebagai keutamaan, bukan lagi hubungan cikgu dan anak murid seperti sebelum ini.", "Tidak wajar seorang calon PM hanya mahu bertanding di kerusi selamat, mungkin sampai masanya Anwar mengambil risiko dan menjadi seorang pejuang tulen dengan melawan Zahid di Bagan Datuk, bukankah slogan PKR sebelum ini “lawan tetap lawan”.", "Untuk rekod, Zahid memenangi kerusi Bagan Datuk semasa PRU-14 lalu hanya dengan 5,073 majoriti dengan menewaskan calon PKR dan PAS.", "Calon PKR memperoleh jumlah undi yang agak signifikan dan meningkat berbanding sebelum ini semasa PRU-14, mungkin dengan kehadiran Anwar sebagai calon Bagan Datuk akan dapat memberikan impak yang hebat untuk menyingkirkan Presiden UMNO itu.", "Jadi, tidak perlulah Anwar bersusah payah mencari kerusi yang hendak ditandinginya kerana kerusi sebenar yang boleh dimenanginya adalah di Bagan Datuk, tempat anak muridnya.", "Terpulang kepada Anwar untuk menimbang cadangan ini, lagipun bukankah beliau adalah cikgu yang paling dihormati Zahid." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tiada-vaksin-tamat-tempoh-diberi-kepada-orang-ramai-kkm/
Tiada vaksin tamat tempoh diberi kepada orang ramai: KKM
[ "Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan tiada stok vaksin Covid-19 yang luput tarikh dibekalkan kepada Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV), untuk diberikan kepada orang ramai.", "Malah, KKM sentiasa memantau secara berterusan bekalan dan tarikh luput vaksin yang diterima, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A Halim.", "Beliau berkata pemantauan itu dilakukan dengan mengguna pakai Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) selain sistem inventori sedia ada yang terdapat di fasiliti terlibat dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).", "“Berdasarkan semakan, tiada stok vaksin yang luput dibekalkan kepada PSV atau PPV,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau merujuk kepada beberapa kiriman dan video yang dimuat naik dan ditularkan di media sosial berhubung dakwaan vaksin Covid-19 yang diberikan kepada penerima, sama ada telah luput atau hampir luput.", "Namun, katanya sesetengah dakwaan itu tidak dapat disiasat dengan sewajarnya kerana maklumat lokasi dan tarikh kejadian serta maklumat produk yang terlibat tidak dinyatakan.", "Norhaliza menjelaskan penentuan jangka hayat produk farmaseutikal termasuk vaksin Covid-19 ditetapkan berdasarkan ujian kestabilan produk vaksin yang dijalankan pengilang pada masa nyata untuk suhu penyimpanan tertentu.", "“Ujian tersebut dijalankan pada masa nyata untuk suhu penyimpanan tertentu. Vaksin Covid-19 dibangunkan dalam jangka masa yang singkat iaitu kurang daripada dua tahun, sebagai tindak balas kepada wabak tersebut berbanding tempoh pembangunan biasa sesuatu produk farmaseutikal.", "“Oleh itu, tempoh ujian dijalankan untuk menentukan jangka hayat vaksin adalah terhad. Pihak Pengilang hanya dibenarkan untuk meletakkan tarikh luput berdasarka tempoh kestabilan vaksin itu telah diuji pada masa nyata dan bukan secara ekstrapolasi,” katanya.", "Beliau berkata tempoh jangka hayat vaksin akan berubah sekiranya terdapat perubahan suhu penyimpanan dan tarikh luput baharu diberikan kepada produk tersebut berdasarkan permohonan pelanjutan jangka hayat yang dikemukakan pengilang kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk dinilai.", "“Pelanjutan tempoh jangka hayat produk vaksin tersebut hanya akan diluluskan setelah hasil penilaian dapat mengesahkan ia memenuhi keperluan regulatori.", "“Malah, ini juga terpakai kepada semua produk farmaseutikal lain yang sedia berdaftar,” katanya.", "Norhaliza berkata NPRA meluluskan permohonan pelanjutan jangka hayat bagi vaksin Comirnaty (Pfizer) daripada enam kepada sembilan bulan, vaksin CoronaVac (Sinovac) keluaran China (daripada sembilan kepada 12 bulan) dan vaksin CoronaVac (Sinovac) keluaran Pharmaniaga Lifescience, Malaysia (daripada enam kepada 12 bulan).", "Menurutnya NPRA juga meluluskan pelanjutan tempoh jangka hayat bagi produk vaksin Convidecia dari enam kepada 12 bulan pada 17 Disember tahun lalu.", "“KKM sentiasa komited memastikan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin Covid-19 yang dibekalkan kepada penduduk Malaysia telah dinilai dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).", "“Penilaian manfaat risiko bagi vaksin Covid-19 yang diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat dilaksanakan secara berterusan berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/najib-terus-tuding-jari-ke-arah-mahkamah-enggan-terima-bukti-baharu/
Najib terus tuding jari ke arah mahkamah enggan terima bukti baharu
[ "Datuk Seri Najib Razak terus menuding jari ke arah mahkamah susulan keengganan hakim untuk menerima bukti baharu, selain mengulangi bahawa beliau tidak pernah didakwa atas kesalahan mencuri atau merompak.", "Bekas Perdana Menteri tu mendakwa beliau dihukum atas dakwaan salah guna kuasa kerana terlibat dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC International Sdn Bhd (SRC) pada tahun 2011.", "“Ianya bukan saya yang mengesyorkan ataupun mengemukkan kertas Kabinet tersebut.", "“Namun bulan lalu, satu dokumen 14 halaman yang disyaki adalah kertas siasatan rasmi SRPM memberitahu bahawa bekas menteri Kabinet yang mengesyorkan dan mengusulkan kertas Kabinet tersebut telah menerima sebanyak RM85 juta dari Jho Low pada tahun 2019 untuk disimpan dalam akaun proksinya di Singapura.", "“Bagaimanapun hakim tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Malah untuk menguatkan alasan bahawa beliau tidak mencuri, Najib mempersoalkan apakah barang yang dibelinya dangan hasil curian itu.", "“Kenapa pula saya nak curi RM42 juta sekiranya yang RM642 juta pula yang saya boleh guna bagi peribadi sendiri, saya juga belanja untuk CSR dan sedekah?,” katanya sambil mempertahankan bahawa perbicaraan mahkamah juga telah membuktikan bahawa sekurang-kurangnya RM642 juta adalah kemasukan dana daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang juga saya telah gunakan untuk kerja CSR dan sedekah.", "Untuk rekod, ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini, saksi pendakwaan memberitahu berlaku transaksi bernilai RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, bermula 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015, di dalam akaun Najib.", "Pada 28 Julai 2020, Ahli Parlimen Pekan itu telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.", "Pada 8 Disember lalu, ketika menolak permohonan bekas Presiden UMNO untuk membatalkan hukuman dan denda itu, Mahkamah Rayuan berkata Najib tidak mengembalikan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dikreditkan secara salah ke akaunnya, sebaliknya telah menggunakannya.", "Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata perkara lazim bagi mana-mana pemegang akaun yang tersilap atau tidak sengaja menerima dana ke dalam akaunnya adalah untuk memulangkannya dan membetulkan kesilapan itu, tetapi Najib tidak melakukan sedemikian apabila RM42 juta itu dipindahkan ke akaunnya.", "Dalam penghakiman ringkas setebal 54 muka surat itu, hakim berkata Najib tidak pernah membuat aduan dengan pihak bank apabila dana itu dikreditkan secara salah ke akaunnya tetapi beliau agak berpuas hati apabila menerimanya dan menggunakan dana itu sesuka hatinya.", "Mahkamah Rayuan juga bersetuju dengan penemuan hakim perbicaraan, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan jelas menunjukkan bahawa pergerakan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada akaun bank SRC adalah tindakan penyalahgunaan yang tidak jujur.", "Mengulas lanjut, Najib turut menyalahkan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang tidak memantau akaun beliau pada 2010 untuk memastikan tiada masalah dengan dana yang masuk ke akaunnya.", "“Lagi malang ialah SPRM telah mengesahkan keluarga bekas gabenor tersebut telah lama berususan dan menerima dana sebanyak RM700 juta dari Jho Low sejak tahun 2017 hingga ke tahun 2013 termasuk sumber dana dari 1MDB.", "“Sebanyak RM65 juta baki dari dana tersebut yang disembunyi oleh keluarganya di Singapura turut dikembalikan ke Malaysia – seperti didedah kenyataan SPRM baru-baru ini pada bulan September 2021,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.", "Dalam hal itu, Najib sekali lagi mengulangi bahawa “Bagaimanapun, hakim sekali lagi tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan.”" ]
https://www.agendadaily.com/politik/prk-pulai-dan-simpang-jeram-peratus-keluar-mengundi-tinggi-peluang-cerah-buat-pn/
PRK Pulai dan Simpang Jeram: Peratus keluar mengundi tinggi, peluang cerah buat PN
[ "Perikatan Nasional (PN) berpeluang cerah untuk mendapat keputusan baik dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram.", "Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, parti itu pernah memenangi kerusi DUN Simpang Jeram sebelum ini yang juga dikenali sebagai DUN Sungai Abong.", "“DUN Simpang Jeram ini bukan asing bagi PAS. Kita dah menang dua kali sebelum ini dengan nama Sungai Abong.", "“Kita dah menang dua kali dan kita yakin pada kali ini juga kita akan meneruskan kejayaan kita insya-Allah,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya dan Pengisytiharan Calon Simpang Jeram di Markas PAS Kawasan Bakri.", "Beliau juga turut mengulas tentang gelombang PN yang dilihat tidak menonjol dalam Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum Ke-15 bagi negeri Johor sebelum ini.", "Menurutnya, dua faktor yang menyebabkan gelombang itu tidak berlaku di Johor kerana tiada pengundi 18 tahun dan peratus keluar mengundi yang rendah pada kedua-dua pilihan raya itu yang hanya sekitar 50 peratus sahaja.", "“Dan kita sasar pada kali ini kurang-kurangnya dalam 70 ke 77 peratus keluar mengundi. Dan insya-Allah kita yakin kalau pencapaian kita keluar mengundi seperti nasional baru-baru ni, Insya-Allah kita boleh ukur gelombang PN di Johor,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.", "Justeru, tegas beliau, PRK kali ini sangat penting untuk melihat bagaimana momentum sokongan di seluruh negara turut dirasai di negeri ini.", "PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai diadakan serentak susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai pada 9 September.", "Tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua PRK berkenaan ialah 26 Ogos dan 5 September." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/pusat-kesihatan-di-indonesia-berdepan-kesukaran-rawat-pesakit-covid-19/
Pusat kesihatan di Indonesia berdepan kesukaran rawat pesakit Covid-19
[ "Sebuah pusat kesihatan kecil di Jakarta Selatan kini berdepan limpahan pesakit susulan lonjakan jangkitan Covid-19 di kalangan warga setempat, kata doktor yang bertugas di situ, Cheras Sjarfi.", "Katanya pusat kesihatan yang hanya dilengkapi peralatan asas kesihatan tidak bersedia menerima kemasukan pesakit Covid-19 baharu yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.", "Namun, kakitangan pusat kesihatan itu terpaksa juga merawat pesakit yang datang walaupun kekurangan alat bantuan pernafasan dan unit rawatan rapi (ICU), katanya.", "Bergelut dengan wabak terburuk itu, Indonesia semalam melaporkan kes harian tertinggi dengan 24,836 jangkitan baharu dan 504 kes melibatkan kematian.", "Kenaikan kes menjadi lebih sukar apabila hampir keseluruhan hospital di Jawa kini mencapai 93 peratus kegunaannya pada minggu ini. Pemindahan pesakit yang kritikal ke hospital yang terletak di bandar juga semakin rumit.", "Cheras Sjarfi berkata mereka bagaimanapun terpaksa menerima pesakit yang datang.", "“Beri mereka oksigen, periksa tekanan darah mereka, dan beri rawatan untuk mereka,” katanya sambil menambah jika keadaan pesakit itu bertambah buruk, tidak mungkin hospital akan menerimanya.", "“Kes yang terburuk apabila mereka mati di sini saya sangat sedih walaupun pernah melihat orang mati berkali-kali,” katanya.", "Doktor wanita itu terpaksa bekerja syif 12 jam iaitu dua kali ganda daripada syif normal dan beberapa orang rakannya turut dijangkiti Covid-19 walaupun telah divaksin sepenuhnya.", "Namun, di sebalik kekhawatiran itu, beliau berusaha untuk kekal berfikiran positif walaupun besar kemungkinan beliau juga boleh dijangkiti virus Covid-19.", "Kerajaan Republik Indonesia kini melaksanakan perintah kawalan lebih ketat dengan mengenakan larangan pergerakan, penerbangan, makan di restoran dan menutup pejabat tidak penting. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bayi-lelaki-meninggal-dunia-di-rumah-pengasuh/
Bayi lelaki meninggal dunia di rumah pengasuh
[ "Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia semasa dalam jagaan pengasuhnya di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, petang semalam.", "Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata ketika kejadian, ibu bapa bayi berkenaan sedang bekerja, menurut laporan Bernama.", "Beliau berkata berdasarkan keterangan awal daripada pengasuh yang merupakan wanita warga Indonesia berusia 26 tahun, bayi berkenaan dalam keadaan sesak nafas kerana kain lampin dalam buaian berada di muka bayi itu.", "“Bayi berkenaan dibawa ke sebuah klinik di Pandan Indah, di sini sebelum dihantar ke Hospital Ampang.", "“Semasa tiba di hospital berkenaan, bayi itu didapati sudah tidak bernyawa dan bantuan kecemasan diberikan tetapi bayi itu menunjukkan tanda-tanda kematian yang sudah lama,” katanya ketika dihubungi hari ini.", "Beliau berkata bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia pada kira-kira 6.35 petang.", "Mohamad Farouk berkata punca kematian bayi itu sedang disiasat dan pengasuh berkenaan ditahan pada 10.30 malam tadi di Hospital Ampang.", "Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan permohonan reman wanita tersebut pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.", "Katanya wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan bedah siasat ke atas mayat bayi itu akan dilakukan pagi ini di Hospital Ampang.", "Sehubungan itu Mohamad Farouk menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan ke atas kanak-kanak." ]
https://www.agendadaily.com/politik/sejak-bila-pula-melayu-islam-angkuh-mp-pn-tanya-anwar/
Sejak bila pula Melayu Islam angkuh? MP PN tanya Anwar
[ "Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan orang Melayu Islam supaya tidak angkuh hingga meminggirkan kumpulan minoriti lain.", "Malah, beliau juga mengingatkan Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) itu supaya turut memberi nasihat kepada kaum lain juga agar tidak angkuh.", "“Sejak bila Melayu Islam angkuh? Jika dikatakan sekadar peringatan dan tidak semestinya ia berlaku, nah kenapa tidak diperingatkan juga kepada selain Melayu Islam?” soal beliau yang juga Ahli Parlimen PN Pasir Mas, dalam kenyataan ringkas malam tadi (4 April 2023).", "Pada masa sama gabungan pembela ummah turut menbidas kenyataan Anwar yang dianggap mahu menjadi juara kepada kaum lain dengan ‘menghentam’ bangsa sendiri.", "Jurucakap gabungan itu mengingatkan Anwar bahawa sesetengah pengundi Melayu juga turut memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya lalu.", "“Jangan kerana hendak menjadi hero kepada kaum lain maka bangsa sendiri diinjak-injak. Adakah Anwar bukan Melayu?,” katanya kepada Agenda Daily.", "Menurutnya Anwar yang kini mempunyai kuasa sepatutnya menjadi pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu serta kedudukan Islam.", "“Kami harap kerajaan tidak lari dan menyeleweng daripada perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Perkara 153,” katanya sambil mengingatkan tentang sejarah bagaimana bangsa Melayu lebih bertoleransi terhadap kaum-kaum lain.", "Semalam, Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Kementerian Kewangan mengingatkan orang Melayu Islam sebagai kaum majoriti di negara ini tidak berasa begitu selesa dan angkuh sehingga meminggirkan kumpulan minoriti lain.", "Menceritakan pengalamannya ketika berkunjung ke Kemboja baru-baru ini, Anwar berkata beliau melihat sendiri bagaimana umat Islam minoriti di negara berkenaan dilayan.", "“Saya iftar anjuran Perdana Menteri Kemboja bersama 6,000 umat Islam di sana. Umat islam di Kemboja hanya 10 peratus dan apabila diberi penghormatan, beri ucapan dan ke masjid di sana, saya sebut bahawa langkah ini menunjukkan negara majoriti (beragama) Buddha memberi dan meraikan kumpulan minoriti umat Islam dengan iftar dan beberapa ruang lain termasuk (melantik) menteri, seorang Muslim.", "“Itu sebagai pengajaran, kadang-kadang kita yang majoriti (ini) rasa terlalu selesa dan angkuh dengan menganggap tidak boleh meraikan kelompok (minoriti) lain dan ini bukan dianjurkan dalam pengajaran pedoman Nabi Muhammad SAW,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/anwar-tak-mampu-tangani-krisis-ekonomi-kata-dr-mahathir/
Anwar tak mampu tangani krisis ekonomi, kata Dr Mahathir
[ "Bekas Perdana Menteri (PM) dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim berupaya memimpin Malaysia berdepan krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan pasca pandemik.", "Malah beliau juga bimbang dengan kemampuan Anwar mencipta strategi dan kaedah terbaik untuk keluar daripada krisis, apatah lagi fokus PM kesepuluh itu sekarang ini tertumpu kepada usaha mengekalkan jumlah sokongan di Dewan Rakyat.", "Dr Mahathir berkata, ia terbukti berdasarkan prestasi Anwar ketika berada dalam kerajaan lebih 20 tahun lalu, sambil berkata bekas timbalannya dalam Kabinet ketika itu tidak dapat menangani masalah ketika menjadi pemangku PM pada 1997.", "Beliau mengakui bimbang dengan kebolehan Anwar sebagai PM kerana berdasarkan pengalaman lampau, Presiden PKR itu gagal merangka penyelesaian ketika berdepan krisis kewangan 1997/1998, apatah lagi kini berdepan lebih banyak masalah rumit.", "“Ketika itu, nampak dia tidak dapat cipta satu cara untuk mengatasi krisis. Sama ada di masa hadapan, dia boleh cipta cara menangani masalah negara, belum kita dapat tentukan.", "“Tetapi berdasarkan pengalaman semasa dia jadi TPM (dan) menunjuk kebolehannya, saya khuatir. Sekarang ini negara menghadapi banyak masalah seperti kesan pandemik, ekonomi merosot teruk, keadaan politik tidak stabil.", "“Rakyat masih tidak senang dengan keadaan negara. Banyak masalah yang perlu ditangani oleh kerajaan Anwar,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan BH baru-baru ini yang disiarkan hari ini (25 Disember 2022).", "Dr Mahathir juga berkata Anwar yang juga selaku Menteri Kewangan ketika itu, gagal mencari jalan penyelesaian apabila krisis kewangan melanda dan lebih rela mengikut pendapat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, yang berisiko menyebabkan Malaysia muflis.", "“Pada masa saya jadi Perdana Menteri kali pertama, saya pergi cuti selama dua bulan. Semasa saya cuti, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), diberi tanggungjawab sebagai pemangku Perdana Menteri, tetapi nampak dia tak dapat menangani masalah.", "“Selepas itu pula, berlaku krisis kewangan yang mana ringgit Malaysia turun nilainya. Pada masa itu, Anwar juga menjadi Menteri Kewangan.", "“Cara dia menangani masalah kejatuhan nilai ringgit itu dengan mengikuti pendapat IMF dan Bank Dunia. Saya berpendapat, kalau kita ikut IMF dan Bank Dunia, kita akan jadi muflis dan kita tak dapat laksanakan dasar ekonomi negara kita.", "“Tetapi Anwar tak ada cadangan yang lain selain daripada mengikuti IMF dan Bank Dunia, sebab itu saya terpaksa ambil alih tugas Kementerian Kewangan, saya cari jalan untuk selamatkan negara,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditanya pandangannya sama ada Anwar memiliki keupayaan untuk memimpin Malaysia berdepan cabaran kemelesetan ekonomi yang diramal melanda dunia tahun depan.", "Dr Mahathir berkata, jika dibenarkan Anwar berkuasa dan melaksanakan dasarnya, beliau yakin negara tidak akan dapat mengatasi masalah krisis kewangan ketika krisis berkenaan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kedai-online-dedah-barangan-mewah-dimiliki-ahli-politik/
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
[ "Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15, Sabtu ini (19 November 2022), sekumpulan rakyat prihatin yang tidak dikenali mendedahkan senarai barangan mewah yang dibeli dan dimiliki oleh ahli politik Malaysia di platform dalam talian, voteordie.shop.", "Menurut kedai dalam talian itu, ia ingin memperlihatkan kekayaan melimpah-ruah yang dikumpul oleh elit politik Malaysia selama bertahun-tahun mereka berkhidmat, menurut laporan TMI.", "Pencipta laman web itu juga mempersoalkan sama ada rakyat Malaysia diwakili dengan betul oleh ahli politik yang mempamerkan barang kemas dan pakaian mahal.", "Katanya, nilai barangan tersebut lebih tinggi daripada apa yang kebanyakan rakyat Malaysia dapat lihat sepanjang hidup mereka.", "Antara barangan yang dipaparkan di laman web itu sebagai ‘untuk dijual’ ialah jam tangan Richard Mille RM033 Extra Thin seperti yang didakwa dipakai oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bernilai RM423,150.", "Laman web itu turut menampilkan jam tangan Aquaracer CAF101A berharga RM6,806, model sama yang kononnya dipakai Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Ia menyenaraikan jam tangan Patek Philippe Nautilus bernilai RM414,584, yang dikatakan dipakai oleh Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin.", "Barangan paling mahal yang disenaraikan di laman web itu ialah jam tangan Felipe Massa Rose Gold bernilai RM1 juta seperti yang didakwa dipakai oleh penyandang Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.", "Turut disenaraikan ialah barangan mewah yang kononnya dipakai Datuk Seri Najib Razak dan ahli keluarganya, baju dan kasut Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta selipar mahal Annuar, berharga RM4,650." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kumpulan-pro-pembangkang-puji-jati-diri-zahid-tolak-pas-bersatu/
Kumpulan pro pembangkang puji jati diri Zahid tolak PAS, Bersatu
[ "Tentera cyber blok pembangkang memuji Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan pendirian tegas menolak PAS dan Bersatu bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya umum (PRU).", "Mereka turut mencadangkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini menyambut dan memberi sokongan kepada pendirian Zahid itu supaya UMNO kembali dapat memartabatkan parti berkenaan.", "Malah kumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH) memuji jati diri Zahid dalam usahanya mengangkat semula UMNO selepas parti itu dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada PRU14 di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.", "Menurut mereka, PAS hanya mengharapkan kerjasama tiga parti Melayu bersama UMNO dan Bersatu demi kepentingan nikmat jawatan dalam kerajaan.", "Bersatu pula kata mereka mahu bekerjasama dengan UMNO tetapi tujuannya untuk membenamkan parti itu.", "Kumpulan pro pembangkang itu menyifatkan langkah Zahid untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dan PAS memang sudah lama dinanti-nantikan akar umbi UMNO, untuk kembali menjadi parti dominan orang Melayu.", "Mereka mengulas kenyataan Zahid yang mengatakan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) sukar direalisasikan, selain kerana gabungan itu tidak didaftarkan, ia juga disebabkan UMNO telah beberapa kali dikhianati PAS.", "Dalam kenyataan di Facebooknya hari ini, Zahid mengulangi penjelasan berhubung isu pengkhianatan yang merujuk kepada PAS kononnya tidak ikhlas menjalinkan kerjasama dengan parti itu.", "“Kemudian saya menjawab soalan adakah saya kecewa dengan MN yang pernah dimeterai pada 2019. Saya cakap tidak pernah kecewa sebagai ahli politik. Tetapi kita harus tahu apabila kita berkongsi hidup harus saling percaya mempercayai dan jangan khianat mengkhianati.", "“Cukuplah pengkhianatan dilakukan sekali, tetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak, saya fikir itu harus dinilai semula,” ujarnya lagi.", "Kumpulan penyokong PH itu juga berpendapat dengan pendirian yang ditegaskan Zahid selaku Presiden UMNO, mesyuarat MT malam ini sepatutnya tidak sukar atau perlu berhujah panjang lagi dalam membuat ketetapan yang muktamad berhubung kerjasama dengan Bersatu dan juga PAS.", "Semuanya telah jelas diungkapkan Zahid dan semua ahli MT mesti menyokong serta mendukung pendirian yang sama, kata mereka.", "Umum mengetahui, Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada Mac lalu membuat ketetapan memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu, dan kemudian imenyaksikan 15 Ahli Parlimen (MP) yang dikepalai Zahid menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang turut dianggotai PAS.", "Zahid sebelum itu merancang pakatan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Muhyiddin, ia susulan pendedahan klip audio tular antara kedua-dua mereka sebelum ini.", "Zahid juga bersama rakannya, Datuk Seri Najib Razak turut menghantar surat menyatakan sokongan terhadap Anwar ke Istana Negara sehingga menyaksikan berlaku satu lagi kemelut politik negara.", "Muhyiddin meletak jawatan pada Ogos lalu seleps hilang majoriti angkara 15 MP UMNO, namun mengambil pendekatan secara diplomasi apabila mencalonkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan.", "Ismail Sabri akhirnya menjadi PM baharu menggantikan Muhyiddin dan meredakan ketegangan politik yang melanda negara.", "Zahid yang terpalit puluhan pertuduhan di mahkamah bagaimanapun masih meneruskan usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Ismail Sabri apabila sekarang ini dilihat cuba mencari masalah dengan PAS." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kerajaan-tak-bantu-biaya-projek-lebuh-raya-baharu-fadillah/
Kerajaan tak bantu biaya projek lebuh raya baharu: Fadillah
[ "Semua projek lebuh raya baharu, termasuk tiga yang bakal dibina di Lembah Klang bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, tidak akan mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan.", "Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kos projek terbabit dan sebarang risiko akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat konsesi, lapor Bernama.", "“Untuk semua lebuh raya baharu, tiada lagi bantuan kewangan daripada kerajaan malahan tanah pun tiada bantuan. Dulu kalau kita buat lebuh raya, pengambilan tanah ditanggung oleh kerajaan sebahagiannya.", "“Sekarang ini tiada lagi pinjaman mudah, semuanya akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat konsesi yang berminat buat lebuh raya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri serta Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Bagi Tahun 2021 dan 2022 di sini hari ini.", "Sebelum ini, media melaporkan projek Lebuhraya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD LINK), Lebuhraya Putrajaya-Bangi (PBE) dan Lebuhraya Penyuraian Utara Kuala Lumpur (KL-NODE) mendapat kelulusan berprinsip daripada kerajaan.", "Pada 4 April lepas, Fadillah berkata kerajaan mengalu-alukan pihak swasta mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya lain bagi penstrukturan semula dalam usaha mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dan kerajaan.", "Pada hari yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat konsesi termasuk Kesas Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) serta Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pastikan-pemilik-bot-ada-lesen/
‘Pastikan pemilik bot ada lesen’
[ "Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis mengingatkan pelancong atau pemancing mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.", "Pengarahnya Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata pelancong yang ingin menyewa bot bagi tujuan rekreasi atau aktiviti menangkap ikan perlu sentiasa memeriksa tahap keselamatan dan memastikan pemilik bot memiliki lesen yang sah.", "“Utamakan keselamatan diri, semak ramalan kaji cuaca sebelum turun ke laut, pakai jaket keselamatan, bawa PLB, pastikan anda mempunyai bekalan makanan dan minumam yang mencukupi, maklum ahli keluarga tentang keberadaan anda,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam kenyataan ketika menjelaskan operasi menyelamat 18 pemancing, termasuk kru sebuah bot yang karam di Langkawi, petang semalam.", "Untuk rekod katanya, insiden terbaharu semalam adalah operasi carilamat kedua ke atas bot yang sama, di mana pada September 2021 juga telah dilaporkan hampir karam bersama 17 kru dan pemancing.", "Mengenai operasi yang berakhir malam tadi, Mohd Zawawi berkata semua pemancing dan kru bot yang karam itu diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan pada jam 7.30 malam tadi.", "Katanya bot pancing yang dinaiki karam sepenuhnya sekitar jam 2.15 petang pada kedudukan 9.4 batu nautika, barat, Pulau Beras Basah, Langkawi.", "“Kesemua mangsa dipindahkan ke Bot Penyelamat 5 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan lebih kurang 15.3 batu nautika, barat Pulau Singa Besar, Langkawi pada jam 11.05 malam tadi.", "Beliau berkata dua daripada 18 mangsa yang mengalami kecederaan di tangan dan kekejangan otot kaki dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi bagi mendapatkan rawatan sebaik tiba di jeti Maritim Malaysia Bukit Malut pada jam 11.45 malam tadi.", "“Kesemua mangsa berusia lingkungan antara 26 hingga 55 tahun merupakan warga tempatan. Siasatan mendapati bot tersebut telah pecah di bahagian hadapan akibat dipukul ombak lalu bocor menyebabkan karam dalam tempoh 45 minit.", "“Sementara menunggu bantuan menyelamat tiba, mereka memakai jaket keselamatan sambil berpegang tangan antara satu sama lain membentuk kumpulan di dalam air, sebelum ditemui dan diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan yang melalui lokasi kejadian.", "“Berikutan penemuan ini, Operasi CARILAMAT ditamatkan pada jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya.", "Maritim Malaysia juga mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis 04-9662750 atau MERS 999.", "Seorang pemancong yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi bagi mendapatkan rawatan sebaik tiba di jeti Maritim Malaysia Bukit Malut pada jam 11.45 malam tadi. – Gambar Maritim Malaysia", " " ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/hampir-46-peratus-orang-kaya-di-malaysia-tertunggak-bayar-hutang/
Hampir 46 peratus orang kaya di Malaysia tertunggak bayar hutang
[ "Pandemik Covid-19 terbukti memburukkan lagi keadaan kewangan pengguna perbankan runcit di Malaysia dengan 50 peratus atau seorang daripada setiap dua pengguna mengalami impak negatif membabitkan pendapatan masing-masing.", "Malah, menurut Laporan Jangkaan Pengguna Perbankan Pasca Pandemik RFI Global 2022 yang disediakan untuk FICO, kesan kewangan itu turut dirasai oleh golongan mewah di negara ini.", "“Dalam kalangan pelanggan kaya dalam perbankan Malaysia, 43 peratus mencatat pendapatan yang berkurangan akibat pandemik manakala separuh daripada keseluruhan pelanggan runcit turut mengalami impak negatif.", "“Hampir separuh daripada golongan kaya atau 46 peratus mengalami masalah pinjaman tertunggak iaitu hanya tiga peratus lebih rendah berbanding pasaran perbankan runcit yang meluas di Malaysia,” kata FICO.", "Memetik Bernama, pendapatan yang terjejas itu menyebabkan dua daripada setiap lima orang kaya Malaysia berhasrat untuk mengurangkan perbelanjaan (40 peratus) sebagaimana tindakan yang ingin diambil oleh 39 peratus pelanggan perbankan runcit.", "Laporan itu turut mendedahkan bahawa persekitaran kewangan yang tidak menentu itu bagaimanapun tidak menghalang majoriti pelanggan perbankan runcit Malaysia yang berhasrat mengekalkan atau meningkatkan pelaburan masing-masing (77 peratus) dengan sebahagian besarnya merancang mengekalkan atau menambah simpanan (82 peratus) manakala ramai yang mempertimbang untuk menukar penyedia perbankan pada tahun ini.", "FICO berkata peningkatan kecenderungan menukar penyedia pinjaman itu adalah yang tertinggi membabitkan golongan kaya atau mereka yang memiliki sekurang-kurangnya RM200,000 dari segi pegangan yang boleh dilaburkan.", "“Di Malaysia, lima peratus daripada pelanggan perbankan runcit dan golongan kaya telah berbuat demikian pada 2021. Angka itu dijangka sekurang-kurangnya meningkat dua kali ganda pada tahun ini dengan 10 peratus daripada pelanggan runcit dan 14 peratus golongan kaya mahu berbuat demikian,” katanya.", "Antara alasan utama yang diberikan oleh responden itu adalah perubahan persekitaran peribadi (31 peratus), konsolidasi atau penyatuan akaun yang mana mereka kini mempunyai akaun deposit (25 peratus), keinginan mendapatkan akses pilihan produk dan perkhidmatan pelaburan serta pengurusan kekayaan yang lebih baik (24 peratus) selain perubahan dari segi deposit gaji (21 peratus).", "Laporan itu turut menunjukkan perubahan corak perbankan pengguna berikutan impak kewangan akibat pandemik.", "Pengarah Kanan Penyelesaian Pengurusan Keputusan FICO bagi Asia Pasifik, Aashish Sharma berkata pandemik itu terbukti memburukkan lagi keadaan kewangan bagi pelanggan tanpa mengira kelas pendapatan masing-masing.", "“Apabila tabiat meminjam dan perbelanjaan terjejas, pelanggan akan mencari jalan untuk meningkatkan kekayaan serta simpanan mereka. Oleh itu, bank-bank perlu lebih proaktif untuk mengenal pasti keperluan pelanggan dan mengutamakan pendekatan yang dapat meredakan kebimbangan kewangan selain memastikan produk mereka menepati kemampuan serta keperluan pembiayaan pelanggan.", "“Pihak bank juga perlu memahami keperluan pelanggan secara lebih mendalam atau berisiko kehilangan mereka kepada pesaing dan penyedia alternatif.", "“Usaha mengekalkan kepuasan pelanggan semata-mata juga tidak lagi penting sebaliknya pengalaman mereka perlu sentiasa dipertingkatkan. Langkah menjadikan aspek yang berteraskan pelanggan (sebagai keutamaan) adalah kunci untuk memastikan penyampaian pengalaman yang lebih khusus selain dapat mengekalkan pelanggan,” katanya.", "Dalam pada itu, menyentuh aspek penekanan ke arah digital, laporan itu menyatakan ramai responden Malaysia (47 peratus) masih mengutamakan aspek lokasi atau jarak cawangan dan mesin juruwang automatik sebagai penentu utama pemilihan penyedia perbankan selain kepentingan menyediakan perkhidmatan digital.", "Sebanyak 72 peratus pelanggan perbankan runcit Asia Pasifik memilih produk teknologi kewangan berbanding pilihan menggunakan perkhidmatan utama bank mereka.", "Jumlah itu adalah yang tertinggi di Malaysia (94 peratus) yang mana pelanggan mengakui berbuat demikian kerana mahukan kemudahan penggunaan, penjimatan masa serta proses permohonan yang lebih mudah, kata FICO.", "Kaji selidik tersebut telah dijalankan pada 2021 oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas yang menepati standard industri dan melibatkan 1,003 golongan dewasa Malaysia serta 12,885 pengguna di Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, India serta Thailand." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bella-gebu-berisi-ketika-diserah-kepada-rumah-bonda-saksi/
Bella gebu, berisi ketika diserah kepada Rumah Bonda: Saksi
[ "Rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau hanya mengenali remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella sekitar Julai 2020, pada hari pertama Bella diserahkan kepada Siti Bainun di rumah perlindungan itu.", "Pembantu pengurus syarikat Zurianty Sudin, 39, yang berkhidmat sebagai sukarelawan di Rumah Bonda antara 2015 dan 2019 menggambarkan Bella sebagai seorang yang gebu dan berisi ketika pertama kali berjumpanya pada 14 Julai 2020.", "Bagaimanapun, ketika ditanya peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun mengenai beberapa sejarah kehidupan Bella seperti sewaktu pertama kali Bella dijumpai di bawah jambatan ketika berusia empat tahun di Seri Petaling dan seterusnya dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, saksi itu menjawab ‘tidak tahu’.", "Saksi itu berkata demikian ketika disoal balas Nur A’minahtul pada hari kedua perbicaraan kes Siti Bainun yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindorm Down berusia 13 tahun itu.", "Menjawab soalan peguam itu, saksi pendakwaan pertama tersebut bersetuju bahawa Bella yang merupakan Orang Kurang Upaya tidak dapat membezakan antara kertas dan baju, pernah mencarut dan memukul kepala bayi selain mengutip gula-gula dan memakannya.", "Zurianty turut menafikan cadangan peguam bahawa beliau seorang yang kerap ‘memutar cerita’ dan juga berbohong di mahkamah.", "Nur A’minahtul kemudian merujuk kepada rakaman percakapan saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah) antara Zurianty dan seorang ibu kepada seorang anak angkat tertuduh, yang saksi itu mendakwa Siti Bainun ingin menyalahkan tiga anak angkatnya yang lain atas kejadian yang menimpa Bella.", "Zurianty tidak setuju dengan cadangan peguam bahawa beliau sendiri yang mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mempengaruhi ibu kepada anak angkat Siti Bainun.", "Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.", "Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.", "Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/78-kematian-semalam-kedah-tertinggi/
78 kematian semalam, Kedah tertinggi
[ "Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam meningkat 20 kes berbanding tempoh sama pada Isnin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.", "Sepanjang tempoh itu, seramai 78 pesakit Covid-19 meninggal dunia, berbanding 58 kes yang direkodkan pada Isnin, menjadikan kumulatif kematian sejak wabak itu mula merebak di negara ini awal tahun lalu, kepada 29,427.", "Jumlah semalam turut membabitkan 19 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau dikategorikan sebagai ‘brought in death’ (BID). Keseluruhannya sehingga semalam terdapat 5,951 kes BID.", "Kedah merekodkan angka tertinggi semalam apabila 19 pesakit meninggal dunia, termasuk satu kes BID, menjadikan kumulatif keseluruhan sebanyak 2,024 kematian.", "Sehingga semalam, Kedah merekodkan 2,740 kes aktif dengan 2,301 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 225 ditempatkan di PKRC; 185 dimasukkan ke hospital; dan 29 dirawat di unit rawatan rapi (ICU).", "Negeri itu merekodkan 151,863 kes positif sejak awal tahun lalu hingga semalam, dengan 147,141 pesakit telah sembuh.", "KKM turut memaklumkan, Sarawak mencatat 13 kes kematian; diikuti Selangor (12 kes); masing-masing lapan kematian di Kelantan dan Sabah; dan Perak (tujuh).", "Johor pula merekodkan empat kematian; masing-masing dua di Melaka dan Terengganu; dan masing-masing satu di Negeri Sembilan serta Kuala Lumpur.", "Tiada kes kematian direkodkan di Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.", "Sementara itu jumlah kes aktif meningkat 14 kes menjadi 61,803 berbanding 61,760 kes yang dicatat pada Isnin.", "Daripada jumlah itu 48,058 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 7,703 ditempatkan di PKRC; 5,500 dirawat di hospital; dan 542 pesakit dimasukkan ke ICU, termasuk 268 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sehingga semalam, negara merekodkan 2,511,691 kes positif Covid-19, dengan 2,425,943 pesakit disahkan sembuh." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bahang-pru-15-dirasai-selepas-umno-umum-calon-pm-spr-buka-semakan-pemilih/
Bahang PRU-15 dirasai: Selepas UMNO umum calon PM, SPR buka semakan pemilih
[ "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2022 (DPT BLN3/2022) yang telah diperakukan semalam (14 April 2022) dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan.", "Sama ada kebetulan atau tidak, pengumuman SPR itu menyusul keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam yang mencadangkan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon Perdana Menteri (PM) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).", "Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata semakan DPT BLN3/2022 dibuka selama 30 hari mulai hari ini hingga 14 Mei depan.", "DPT BLN3/2022 itu mengandungi nama bagi 40,543 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Mac 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 12,286 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 5,019 pemilih bertukar status/kategori pengundi.", "Untuk semakan, SPR menyediakan lima kaedah iaitu melalui portal suruhanjaya di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my dan portal rasmi Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.", "Selain itu, semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak dan hotline SPR di talian 03-8892 7018.", "“SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mac hingga 31 Mac 2022 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN3/2022.", "“Sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN3/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Ikmalrudin berkata selain itu, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, mereka boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.", "Borang C dan Borang D boleh dimuat turun daripada portal Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN3/2022.", "Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN3/2022, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.", "Persoalan bila PRU-15 akan diadakan semakin hangat dibincangkan, malah keputusan MT UMNO itu mencetuskan spekulasi bahawa langkah tersebut dibuat bagi memastikan Parlimen dibubarkan dengan segera , selepas mengambil kira kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang semakin kukuh ketika ini.", "Ia bukan lagi rahsia Zahid dan sekutunya, Datuk Seri Najib Razak yang sedang kesuntukan masa memerlukan PRU diadakan dengan segera sekiranya mahu menyelesaikan semua pertuduhan kes mahkamah yang dihadapi kedua-dua mereka.", "Untuk rekod, Najib perlu kembali Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan berlangsung pada Mei depan dan ia merupakan pusingan terakhir untuk merayu sabitan hukuman yang sudah dijatuhkan terhadapnya melibatkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.", "Sekiranya gagal dalam rayuan tersebut, Najib akan meringkuk dalam penjara.", "Sementara itu, Zahid juga sudah mengemukakan pembelaannya baru-baru ini dalam perbicaraan rasuah dan salah guna dana Yayasan Akalbudi, selain sedang berdepan beberapa pertuduhan lain di mahkamah." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kerajaan-campuran-dibidas-badan-pemerhati-rasuah-selepas-keputusan-prn-mengecewakan/
Kerajaan campuran dibidas badan pemerhati rasuah selepas keputusan PRN mengecewakan
[ "Keputusan mengecewakan diperoleh kerajaan campuran adalah disebabkan kegagalan melaksanakan janji dan pembaharuan yang dijanjikan sebelum ini, bidas Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme Pusat (C4).", "Badan pemerhati rasuah, C4 menyifatkan kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menunaikan janji mereka khususnya dalam melibatkan isu integriti, malah melantik individu ada kes rasuah ke jawatan tertinggi dalam kerajaan dan memberi jawatan sewenang-wenangnya kepada orang politik.", "“(Adalah) salah untuk menggelar ini sebagai seruan bangkit (wake up call). Sejak 2018, banyak wake up call telah dibuat, tetapi PH terus menangguhkannya berulang kali. Empat tahun akan datang adalah peluang terakhir.", "“Amat jelas orang ramai tidak lagi percaya kepada politik lama. Bagi gula-gula pilihan raya, tabur janji demi janji tidak lagi berkesan.", "“Kami mahu melihat reformasi yang pantas dan bermakna. PM (Perdana Menteri) Anwar dan kerajaan perpaduan perlu segera melaksanakan reformasi terhadap institusi di negara ini.", "“Ganti Ketua Pesuruhjaya SPRM dan reformasikan SPRM, pisahkan AG (Peguam Negara) dan pejabat Pendakwa Raya, hentikan melantik ahli politik ke dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan gantikan mereka yang telah dilantik dengan individu berkemampuan tinggi dan berkelayakan untuk memacu pembaharuan dalam GLC ini.", "“Gubal undang-undang pembiayaan politik, undang-undang perolehan, Akta Perkhidmatan Parlimen, pinda IPCC (Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis) untuk memasukkan semangat IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis).", "“Tubuhkan pejabat ombudsman dan melaksanakan Pelan antirasuah Nasional sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif C4, Sudhagaran Stanley dipetik laporan Malaysiakini.", "Sudhagaran berkata kerajaan persekutuan mesti mempercepatkan reformasi ekonomi dan pendidikan, di mana keputusan sukar perlu dibuat demi masa depan negara.", "“Kita tidak boleh lagi meneruskan dasar yang lapuk. Tegakkan hak asasi manusia. Setiap rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama mesti dapat menikmati kebebasan yang dijamin di bawah perlembagaan persekutuan dan mendapat manfaat daripada reformasi yang bakal dilaksanakan,” katanya lagi.", "Aktivis itu menggesa kerajaan berusaha ke arah itu segera seolah-olah ini adalah tahun terakhir mereka memegang kuasa." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/denda-rm2000-atau-penjara-jika-guna-nombor-plat-fancy/
Denda RM2,000 atau penjara jika guna nombor plat ‘fancy’
[ "Terdapat undang-undang yang memperuntukan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara atau kedua-duanya yang boleh dikenakan terhadap individu atau pemilik kenderaan yang menggunakan plat ‘fancy’ tidak mengikut syarat.", "Tindakan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan plat tidak mengikut spesifikasi boleh diambil bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.", "Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya, pemilik kenderaan juga boleh didakwa di mahkamah mengikut Kaedah 6, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.", "Kompaun tidak melebihi RM250 juga boleh dikenakan dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.", "“Pemilik berdaftar juga akan diambil tindakan dengan pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1).", "“Mereka diberi masa selama sepuluh hari untuk hadir pemeriksaan di mana-mana JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan menukar nombor pendaftaran yang mengikuti spesifikasi,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.", "Antara kenderaan yang diambil tindakan oleh JPJ Selangor kerana menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan ekstrem.", "Tambah Khairul, nombor pendaftaran kenderaan hendaklah dipamer mengikut saiz dibenarkan serta tidak menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan ‘extreme’ yang boleh mengelirukan.", "Dalam pada itu, JPJ Selangor telah melaksanakan Op Nombor Pendaftaran di Seksyen 15, di sini pada Jumaat.", "Katanya, operasi bermula jam 8 malam telah mengambil tindakan ke atas 35 kenderaan membabitkan motosikal serta kereta persendirian mempamerkan nombor pendaftaran ‘fancy’ atau tidak mengikut spesifikasi.", "“Penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,” ujarnya.", "Katanya lagi, untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ratu-naga-lapor-polis-terhadap-fitnah-portal-bn-mahu-saman-pemilik-laman-mykmu/
Ratu Naga lapor polis terhadap fitnah portal BN, mahu saman pemilik laman Mykmu
[ "Seorang aktivis media sosial Syarul Ema Rena Abu Samah atau dikenali Ratu Naga membuat laporan polis terhadap portal pro-Barisan Nasional (BN) yang didakwa memfitnahnya menerima imbuhan daripada Perikatan Nasional (PN).", "Syarul Ema membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah pada hari ini selepas portal Mykmu.net dalam satu artikel bertajuk ‘War Room Perikatan Nasional Ditutup’ yang ditulis Megat Terawih menuduhnya dibayar oleh PN untuk menjalankan tugas sebagai jentera siber semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.", "Portal tersebut menuduh Syarul Ema dibayar RM1 juta untuk membiayai pasukan sibernya tetapi dipecat kerana gagal memberikan impak dalam perang siber semasa PRN Melaka kali ini.", "“Menurut sumber dalaman parti, Muhyiddin memberikan bajet yang besar kepada kumpulan pemain siber yang diketuai oleh individu yang menggunakan nama Ratu Naga dan Ratu Badak.", "“Lebih dari RM1juta ‘dilaburkan’ termasuk pembelian peralatan baharu dan juga elaun khas untuk pasukan yang kesemuanya dipilih oleh ketua pasukan tersebut,” tulis portal tersebut yang memfitnah Ratu Naga tersebut.", "Bagaimanapun, Syarul Ema menafikan berhubung tuduhan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan liar yang cuba mencemarkan imejnya, malah menafikan menyertai mana-mana parti politik dalam PN sama ada Bersatu mahupun lain-lain parti.", "“Segala kenyataan di dalam portal Mykmu.net adalah fitnah dan saya menafikan tuduhan dalam portal ini.", "“Oleh itu saya datang ke balai membuat polis mahu siasatan daripada pihak polis serta mahu rujuk pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) dan peguam bagi tindakan lanjut,” kata Syarul Ema dalam laporan polis yang dilihat Agenda Daily.", "Syarul Ema juga menyifatkan tuduhan berhubung status anak dan perkahwinannya sebagai agak keterlaluan dan melampaui batas, oleh sebab itu menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap portal dan penulis artikel tersebut.", "“Keterlaluan sehingga memainkan isu anak dan perkahwinan saya, oleh sebab itu saya akan mengambil tindakan mahkamah dengan menyaman portal tersebut dan penulis artikel yang menyebarkan fitnah palsu terhadap saya,” katanya lagi.", "Penulis Mykmu itu mendakwa dalam artikelnya dengan berkata, “Isu peribadinya juga mula terbongkar berhubung status pernikahan dan anaknya. Moral dan integritinya tercalar dan terbongkar tanpa dapat ditepis oleh beliau sendiri.”", "Apabila ditanya berhubung tindakan saman tersebut, Syarul Ema menimbang untuk menuntut ganti rugi dan permohonan maaf portal tersebut yang didakwa pemiliknya adalah seorang pengikut fanatik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.", "Link artikel Mykmu: War Room Perikatan Nasional Ditutup " ]
https://www.agendadaily.com/politik/polis-buka-siasatan-terhadap-akaun-tiktok-kritik-pmx/
Polis buka siasatan terhadap akaun TikTok kritik PMX
[ "Kertas siasatan dibuka terhadap sebuah akaun TikTok yang didakwa membuat penghinaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Polis Kedah menyiasat satu akaun TikTok dengan nama ‘Projek Papa’ ekoran laporan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Pendang, di Balai Polis Pendang pada jam 1.45 petang Selasa.", "Jurucakap Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, mereka sudah menerima laporan berhubung akaun tersebut yang memuat naik sebuah rakaman video berkait Anwar.", "“Polis Kedah telah terima satu laporan berkaitan penghinaan terhadap Perdana Menteri Malaysia.", "“Pengadu merupakan ahli jawatankuasa UMNO Pendang beritahu telah melayari akaun TikTok ‘Projek Papa’ dan dapati kandungan video tersebut mempunyai unsur yang menghina Perdana Menteri Malaysia dan mempunyai hasutan yang boleh menyebabkan kegusaran dan perpecahan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Alzafny memaklumkan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan 233 AKM 1988.", "Justeru, beliau menasihati orang awam supaya tidak menyentuh sensitiviti kaum dan individu tertentu sepanjang tempoh kempen dalam pilihan raya negeri ini." ]
https://www.agendadaily.com/politik/bila-anwar-nak-tarik-balik-kenyataan-berhubung-isu-israel-pada-2012/
Bila Anwar nak tarik balik kenyataan berhubung isu Israel pada 2012?
[ "Walaupun cuba menonjolkan dirinya seorang pembela umat Islam di Palestin, namun sehingga hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menarik kenyataannya berhubung isu Israel yang disiarkan pada 2012 lalu.", "Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Presiden PKR itu jangan terlalu bongkak dengan memuji diri sendiri kononnya pejuang nombor satu Palestin walhal sehingga hari ini umat Islam tidak akan melupakan kenyataan dikeluarkan beliau semasa wawancara dengan Wall Street Journal pada 2012 yang membangkitkan kemarahan ramai.", "“Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak dan langsung tidak menjawab persoalan saya iaitu samada beliau akan menarik balik kenyataan beliau ‘menyokong kesemua ikhtiar untuk membela keselamatan negara Zionis Israel itu daripada apa-apa ancaman keselamatan’.", "“Inilah pendirian Anwar kepada akhbar Wall Street Journal dalam tahun 2012 yang membawa kepada kecaman Duta Palestin terhadapnya.", "“Mengelak daripada menjawab atau memberi penjelasan yang kabur sudah menjadi ciri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ramai mengenali,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.", "Faizal berkata walaupun sebelum ini pernah ditahan komando Israel sebelum ini semasa misi kemanusiaan pada 2010, beliau tidak pernah menggelar dirinya sebagai pejuang Palestin nombor satu.", "“Saya menyeru agar Anwar atau mana-mana pemimpin mengelak dari sifat yang takabbur dengan mengelar diri sebagai Pejuang nombor satu Palestin.", "“Saya sendiri telah ditangkap oleh tentera komando Israel pada tahun 2010 bersama 5 orang aktivis Malaysia ketika menaiki kapal flotilla Rachel Corrie untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.", "“Tetapi saya tidak pernah menepuk dada dan menggelar diri sebagai pejuang Palestin nombor satu,” katanya lagi.", "Dalam pada itu, penyandang kerusi Parlimen Tambun itu menggesa supaya Anwar menarik balik kenyataan dibuatnya sebelum ini bagi memberi mesej jelas kepada rejim Israel.", "“Anwar turut berbangga dalam kenyataannya di Ipoh bahawa beliau kononnya rapat dengan pemimpin Palestin terkemuka Yasser Arafat.", "“Jika benar, kenapa susah sangat bagi beliau untuk menarik balik kenyataan kontroversinya yang menyokong jaminan keselamatan kepada Israel manakala yang ditindas dan dibunuh harian adalah rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak?", "“Saya menyeru Anwar, sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan untuk segera menyatakan samada beliau akan menarik balik atau tidak kenyataan tersebut. Rejim Israel harus mendapat mesej yang amat jelas bahawa pemimpin negara ini tidak akan berkompromi sama sekali dengan mereka,” ujarnya lagi.", "Untuk rekod, Anwar yang sebelum bertanding di Port Dickson sudah mengumumkan berpindah kawasan ke Tambun bagi mencabar Faizal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/21-kematian-akibat-covid-di-perak/
21 kematian akibat Covid di Perak
[ "Seramai 105 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam (Rabu, 16 Mac 2022), meningkat berbanding 95 kes pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laporan hari ini.", "Menurut laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi ini, 29 daripada kes itu melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan sebelum dibawa ke hospital atau kes ‘brought in death’ (BID).", "Bagaimanapun tiada maklumat diberikan oleh KKM sama ada 29 kes BID itu turut melibatkan 289,043 pesakit yang diarah menjalani kuarantin di rumah kerana positif Covid-19, tetapi mempunyai gejala ringan atau tiada gejala (asimptomatik) dan tidak memerlukan rawatan yang intensif.", "Sejak awal 2020 hingga semalam, kumulatif kematian akibat Covid-19 kini meningkat kepada 34,099 kes, termasuk 7,128 kes BID.", "Data CovidNOW juga menunjukkan semua negeri, kecuali Labuan, merekodkan kes kematian akibat Covid-19.", "Perak merekadkan jumlah kematian tertinggi berbanding negeri-negeri lain sebanyak 21 kes, menjadikan kumulatif meningkat kepada 1,670 kes.", "Sehingga semalam, Perak mencatat 172,828 kumulatif positif, dengan 158,900 pesakit telah sembuh, dan 12,258 kes masih aktif.", "Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 11,372 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 73 ditempatkan di PKRC; 788 dimasukkan ke hospital; dan 25 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sementara itu, Kedah pula merekodkan 17 kematian akibat Covid-19 semalam, diikuti 13 kes di Johor, Selangor (12 kes), dan masing-masing tujuh kes di Pahang serta Kuala Lumpur.", "Melaka dan Sabah pula masing-masing mencatat lima kes kematian, diikuti Pulau Pinang (empat); masing-masing tiga di Negeri Sembilan, Sarawak serta Terengganu; masing-masing dua kes di Kelantan serta Perlis; dan satu kes di Putrajaya.", "Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 16 Mac 2022." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/paru-paru-pesakit-covid-19-berbentuk-crazy-paving-seperti-lantai-marmar/
Paru-paru pesakit Covid-19 berbentuk ‘crazy paving’ seperti lantai marmar
[ "Corak yang berlaku pada paru-paru pesakit Covid-19 sama seperti corak lantai marmar.", "Ini salah satu daripada komplikasi Covid-19 yang kita panggil ‘organizing pneumonia.’", "Kalau tengok keratan rentas CT Scan paru-paru pesakit Covid-19 ini, ada corak yang dipanggil ‘crazy paving’.", "‘Crazy paving’ ini adalah corak yang tidak ada bentuk tersendiri.", "Dalam ilmu seni bina, corak ini selalu orang buat kat taman-taman, dinding ataupun jalan nak masuk tempat letak kereta di rumah. Selalunya bahan seperti marmar atau seramik yang dicantum -cantum.", "Apabila seorang pesakit Covid-19 medapat komplikasi ‘organizing penumonia’ di paru-paru ini, ianya akan menyebabkan kerosakan dan parut yang besar.", "Hampir mustahil nak pulih suci murni seperti dahulu kala.", "Sebab itu pesakit Covid-19 ini walaupun sudah pulang ke rumah, masih termengah-mengah lagi, terutama apabila berjalan atau naik tangga.\nAda juga yang terpaksa standby oksigen di rumah kerana parutnya sudah kekal.", "Semoga kita semua dilindungi dari bahaya Covid-19.", "Kalau yang belum vaksin, cepatlah daftar. Sekurang kurangnya kalau terkena Covid-19, tak ada la sampai jadi macam ni. Vaksin telah terbukti mengurangkan komplikasi Covid-19.", "Dr Nurilyani Bujang\nPetugas barisan hadapan" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sabah-baru-capai-70-3-peratus-penduduk-lengkap-vaksinasi/
Sabah baru capai 70.3 peratus penduduk lengkap vaksinasi
[ "Sabah baru mencapai 70.3 peratus daripada jumlah penduduk dewasa yang lengkap mendapatkan vaksin Covid-19.", "Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata peratusan itu mewakili 1,939,517 penduduk berumur 18 tahun ke atas.", "Menurut Berita Harian, beliau berkata, penduduk dewasa di negeri itu yang menerima satu dos vaksin ialah seramai 2,079,569 orang atau 75.4 peratus daripada jumlah penduduk dewasa di Sabah.", "“Kumulatif penduduk Sabah yang sudah menerima satu dos vaksin setakat 11 Oktober ialah 2,380,981 orang, dengan 2,079,569 orang adalah penduduk dewasa iaitu bersamaan dengan 75.4 peratus daripada jumlah penduduk dewasa di Sabah.", "“Penduduk Sabah yang menerima dos lengkap ialah 2,055,483 orang. Daripada jumlah ini, seramai 1,939,517 orang atau 70.3 peratus adalah penduduk dewasa,” katanya.", "Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, berkata bagi vaksinasi remaja berumur 12 tahun hingga 17 tahun, seramai 301,412 orang atau 70.7 peratus sudah menerima satu dos vaksin setakat semalam.", "Katanya, seramai 115,966 atau 27 peratus daripada jumlah remaja di Sabah pula sudah menerima vaksin lengkap setakat semalam.", "“Laporan vaksinasi harian Covid-19 semalam merekodkan 41,979 orang menerima vaksin, iaitu 15,003 penduduk dewasa, manakala seramai 26,976 orang adalah remaja,” katanya.", "Sabah disasar mencapai imuniti kelompok vaksin Covid-19 atau 80 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin pada awal bulan depan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dun-selangor-tiada-kuasa-benarkan-mahkamah-syariah-semak-fatwa/
DUN Selangor tiada kuasa benarkan Mahkamah Syariah semak fatwa
[ "Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membuat enakmen yang membenarkan Mahkamah Syariah negeri  mendengar semakan kehakiman berhubung keputusan oleh pihak berkuasa agama negeri.", "Panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah mendapati Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah kerana ia merupakan peruntukan yang DUN Selangor tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.", "“Oleh itu, petisyen oleh SIS Forum (Malaysia) dibenarkan tanpa sebarang perintah mengenai kos,” kata Tengku Maimun.", "Panel hakim itu turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Puan Sri Zaleha Yusof, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.", "Pada 22 September tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada SIS untuk meneruskan tindakan perundangannya di Mahkamah Persekutuan menerusi Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan.", "Tengku Maimun berkata beliau perlu menjelaskan pada awal penghakiman ini bahawa mahkamah itu tidak mengambil kira tentang prosedur atau kesahihan substantif Fatwa dan tidak juga diminta untuk mempertimbangkan sama ada mahkamah secara amnya tidak berkuasa untuk menjalankan penilaian sedemikian di bawah klausa (1A) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.", "Beliau berkata petisyen tersebut hanya melibatkan persoalan sama ada DUN Selangor diberi kuasa untuk menggubal Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.", "“Oleh itu, saya tidak membuat sebarang ulasan atau keputusan mengenai kesahihan substantif atau prosedur Fatwa,” katanya.", "Tengku Maimun seterusnya berkata, mahkamah telah secara berturut-turut dan konsisten dalam keputusannya dalam kes Semenyih Jaya dan kes lain, termasuk Indira Gandhi, bahawa kuasa kehakiman persekutuan kekal hanya di Mahkamah Sivil.", "Beliau berkata peguam pempetisyen (SIS Forum) berhujah bahawa semakan kehakiman adalah satu aspek unik dan eksklusif kuasa kehakiman yang diberikan kepada Mahkamah Tinggi Sivil.", "“Peguam itu juga berhujah bahawa Mahkamah Syariah atas dasar perlembagaan, tidak berupaya untuk melaksanakan kuasa kehakiman atas sebab mereka tidak berkongsi jaminan perlembagaan kebebasan kehakiman yang sama seperti Mahkamah Sivil yang tinggi.", "“Semakan kehakiman adalah ciri unik bagi Mahkamah Sivil disahkan oleh mahkamah ini yang memutuskan dalam kes Semenyih Jaya dan Indira Gandhi,” katanya.", "Tengku Maimun berkata tidak jelas dalam rekod bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 bertujuan untuk meliputi perkara undang-undang Islam sahaja dan bukan perkara dalam bidang undang-undang awam dan/atau kuasa undang-undang awam.", "“Apabila peruntukan itu dibuat secara umum, dan tanpa had, mahkamh ini tidak dibenarkan, sama ada untuk meminda atau membuat semula statut itu. Satu-satunya kewajipannya adalah membatalkannya dan menyerahkannya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor, jika perlu, menggubalnya semula konsonan dengan perkara 1 Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dan menambah dalam petisyen sekarang tidak dapat berbuat demikian.", "Tengku Maimun berkata cukup untuk menyatakan bahawa tafsiran frasa ‘orang yang menganut agama Islam’ dan membaca tujuan perkara 1 mencadangkan bahawa item 1 tidak boleh mempertimbangkan, dan tidak sekali-kali bertujuan, untuk memberikan kuasa semakan kehakiman kepada Mahkamah Syariah. hanya dengan mentakrifkan pencelah itu sebagai seorang ‘Muslim’.", "“Semakan kehakiman, mengikut sifatnya, melibatkan penyeliaan badan pentadbiran dengan merujuk kepada kuasa undang-undang awam yang terletak pada mereka. Tidak mengambil kira agama.", "“Percubaan untuk memberikan bidang kuasa semakan kehakiman kepada Mahkamah Syariah dengan kononnya untuk mentakrifkan ‘Majlis’ sebagai ‘Muslim’ adalah di luar perkara itu walaupun Seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, dan seksyen 66A yang sama, oleh itu bertentangan dengan perlembagaan,” katanya ketika menyampaikan keputusan itu pada prosiding secara maya hari ini.", "SIS Forum memohon kebenaran untuk memulakan cabaran itu, memohon untuk mengisytiharkan sebagai tidak sah Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan seseorang, mempunyai bidang kuasa untuk memberikan kebenaran dan mendengar permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh majlis atau jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah enakmen tersebut.", "SIS Forum memfailkan permohonan itu pada 21 Januari 2020 dan menamakan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakimannya untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.", "Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Nordin Hassan (kini hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan undang-undang Syariah, dan menambah bahawa isu fatwa itu berkaitan dengan undang-undang Syariah dan berada di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.", "Hakim itu berkata Seksyen 66A adalah satu cara untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap jawatankuasa fatwa di Mahkamah Tinggi Syariah.", "Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar mewakili SIS Forum manakala Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Salim Soib @ Hamid bertindak bagi pihak kerajaan Selangor dan peguam Zainur Zakaria dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla, mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), sebagai pencelah dalam kes tersebut." ]
https://www.agendadaily.com/politik/mat-sabu-tak-kisah-ph-kalah-asalkan-tiada-kerjasama-dengan-pn/
Mat Sabu tak kisah PH kalah, asalkan tiada kerjasama dengan PN
[ "Pakatan Harapan (PH) tidak boleh bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dibawah satu ‘khemah besar’ seperti yang dicadangkan sebelum ini, kata Mohamad Sabu.", "Presiden parti Amanah itu berkata, pendekatan yang dicadangkan berhubung ‘khemah besar’ tersebut tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada di dalam kerajaan iaitu UMNO, Bersatu atau PAS.", "“Amanah ingin mengulangi penegasan bahawa ‘khemah besar’ yang dimaksudkan adalah penyatuan dan kerjasama parti-parti pembangkang bagi menghadapi PRU-15,”", "“Pendekatan ‘khemah besar’ tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada dalam kerajaan sama ada UMNO, Bersatu atau PAS,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mohamad nampaknya tidak kisah jika episod kekalahan memalukan PH khususnya PKR dan Amanah yang hilang banyak kerusi yang mereka tandingi di Melaka dan Johor lalu.", "Malah, penganalisis politik juga sudah meramalkan senario keputusan di Melaka dan Johor akan berulang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti jika tiada rundingan kerusi dibuat dengan parti yang melawan UMNO.", "Penganalisis berkata hanya pertembungan satu lawan satu akan dapat menyekat kemaraan UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada memperoleh kemenangan besar seperti yang berlaku sebelum ini.", "Dalam pada itu, Mohamad menggesa supaya parti pembangkang menumpukan kepada usaha untuk mencapai kemenangan dan tidak perlu berunding dengan parti selain mereka sahaja.", "“Ke arah ini Amanah akan berusaha membanyakkan kawan demi menghadapi lawan yang sama iaitu Barisan Nasional dan juga Perikatan Nasional.", "“Bagi yang membuat keputusan bahawa PRU-15 tidak akan dimenangi, usaha sebegini sememangnya tidak perlu. Usaha untuk kalah adalah jauh lebih mudah dari berjuang untuk menang,” katanya lagi." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/why-many-believe-they-were-better-off-under-muhyiddin/
Why many believe they were better off under Muhyiddin
[ "Taxi drivers, coffee shop gossips and WhatsApp messages are beginning to question their well-being under the Anwar government.", "Some are now saying they were better off under the Muhyiddin government which lasted only 17 months between March 2020 and August 2021.", "This is certainly not because Muhyiddin Yassin was a great prime minister. There are still many unanswered questions about what went on during the Covid emergency.", "Muhyiddin himself is subject to criminal charges over abuse of power and corruption over that period.", "The growing sentiment that times were better under Muhyiddin than Anwar is based in a perceptive opinion that people were financially better off during the Muhyiddin government.", "This is partially true. People are feeling the loss of their purchasing power now compared to the Muhyiddin times.", "There is a dramatic increase in relative poverty, as corporations are making bumper profits.", "The cost of living is rising, particularly with staples like food. Electricity costs are increasing, and the recent Bank Negara interest rate hike is straining family budgets and small businesses even more.", "While people are suffering, the Anwar administration’s self-pronounced crusade against corruption hasn’t won much support from the people. In fact, the skeptics are seeing it as political persecution of Pakatan Harapan’s opponents.", "Raids on shops selling rainbow-colored Swatches, the return of the “Allah” controversy and more political appointees to GLCs are signaling to many that the Madani government, now a term of ridicule, is no different from governments before it.", "The appointment of Umno president Ahmad Zahid Hamidi –who is still facing charges of corruption — as deputy prime minister of the “unity government” appears hypocritical to many.", "The Zahid issue hangs on the legs of the Madani Albatross.", "The greatest failing of the Anwar government is not any of the above.", "The greatest failure of the government is the failure to address the pending economic crisis that appears like a dark cloud on the horizon for Malaysia.", "Exports are falling. Expect domestic demand to be hit hard during the second and third quarters.", "The government has shown no empathy for those whose incomes are shrinking from a collapsing ringgit, inflation and stagnant wages.", "The fact that so many families are just struggling to survive is treated too lightly by members of the cabinet who are just enjoying the attention and perks of office.", "Today, public debt in Malaysia stands at RM1.08 trillion, or 60.4 percent of GDP.", "The first Madani budget has added to the nation’s woes by introducing a massive RM94.6 billion budget deficit.", "There is a lot of waste in expenditure, and the budget is not just adding to the debt problem, but probably fanning inflation as well.", "The ringgit has fallen back to 1998 levels at RM4.603 to the dollar, far beyond the RM3.80 peg Mahathir set in 1998.", "This warrants immediate action which will mean BNM raising interest rates once again, causing even more suffering to the people.", "Youth unemployment now stands at 11.76 percent. How can the Madani coalition expect their vote in the coming state elections if they are suffering?", "The big issue facing the government’s credibility is that many Malaysians feel that the poor are being left behind.", "This is the Madani government’s Achilles heel that could be bitten hard in the coming state elections.", "The psychology behind the feelings of the rakyat was that they didn’t feel like this under Muhyiddin.", "The perception people were better off under Muhyiddin will become a major factor in the coming state elections.", "No one in the Madani government has told the people how the government is going to solve their problems. This is going to cost the popularity of the government to the point that it could become unstable, as some politicians begin to feel they are on a losing ship.", "Muhyiddin and his Perikatan Nasional coalition don’t have to do anything to win. People vote out governments; they don’t vote in new governments.", "The lack of empathy towards the rakyat from the Madani government has re-established the credibility of Bersatu by default. Thus, potentially Bersatu and its partner PAS will take out most Umno seats in the coming state elections.", "PN will fill the void of an ailing UMNO. The more seats UMNO are allocated, the more candidates will lose.", "The Madani government strategists must realize that they are not fighting PN. They are not fighting a “green wave.” The Madani government is actually fighting against its own shadow of failure that people are worse off now than before.", "This potentially puts Selangor, the jewel in Pakatan’s crown, at risk.", "The Madani government must radically change its strategy, otherwise the rakyat will more firmly believe the perception that they were better off under Muhyiddin, and vote accordingly.", "* Murray Hunter has been involved in Asia-Pacific business for the last 40 years as an entrepreneur, consultant, academic and researcher. He was an associate professor at Universiti Malaysia Perlis.", "* This is the opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of Agenda Daily.", "* This article was originally published on Sinchew.com.my" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/polis-perketat-syarat-rentas-negeri/
Polis perketat syarat rentas negeri
[ "Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan lagi pergerakan rentas negeri susulan peningkatan kes baharu Covid-19 di seluruh negara sejak empat hari lalu.", "Pergerakan rentas negeri kini hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian sahaja,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, hari ini.", "“Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan kematian yang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik beradik sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.", "Beliau berkata, kebenaran rentas negeri juga akan diberi bagi tujuan perubatan, pendidikan dan pasangan jarak jauh.", "Acryl Sani menegaskan, pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial, seperti menghadiri majlis perkahwinan atau kenduri tidak dibenarkan sama sekali.", "“Aturan ini akan berterusan sehingga selepas hari raya Aidilfitri. Mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas,” katanya.", "Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis. Kecuali kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh boleh melakukannya juga pada Jumaat hingga Ahad.", "Acryl Sani juga berkata, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau sudah diarah ke semua bazar Ramadanuntuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.", "“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan tersebut dihentikan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/selepas-ph-umno-juga-tolak-tubuh-mageran-dicadang-dr-m/
Selepas PH, UMNO juga tolak tubuh Mageran dicadang Dr M
[ "UMNO juga senada dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan menolak cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.", "Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendirian tersebut disuarakan semasa menghadap Agong di Istana Negara pagi ini dengan menyifatkan tiada keperluan untuk menubuhkan Mageran ketika ini dan pengisytiharan darurat sehingga Ogos sudah memadai.", "“Kita tidak bincangkan soal (Mageran) itu. Saya rasa perkara itu adalah sesuatu keadaan norma di luar daripada apa yang sedia ada.", "“Ini kerana pelaksanaan darurat kita mendapati ia mencukupi dalam soal-soal ini (krisis), namun ia digunakan untuk mencapai tujuan lain,” katanya dipetik Utusan Malaysia.", "Pagi tadi giliran wakil UMNO menghadap Agong di Istana Negara.", "Selain beliau, pemimpin lain yang dijangka menghadap Tuanku adalah Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.", "Terdahulu, Dr Mahathir membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 iaitu Mageran bagi menangani krisis yang melanda negara ketika menghadap Agong.", "Dalam pada itu, Zahid berkata, antara perbincangan lain dalam pertemuan itu adalah pendirian UMNO terhadap pelaksanaan darurat yang tidak perlu disambung selepas ini.", "“UMNO bawa suara rakyat yang gelisah sehingga jejaskan mata pencaharian ekonomi mereka. UMNO berpendirian Parlimen wajar bersidang untuk mempertahankan sistem demokrasi serta mewujudkan elemen semak dan imbang dalam segala aspek yang berkaitan pentadbiran negara.", "“Parlimen penting untuk suarakan hak rakyat seperti tuntutan moratorium dan pelbagai bantuan lain melibatkan semua golongan,” jelasnya.", "Terdahulu, PH dalam satu kenyataan awal hari ini menolak cadangan penubuhan Mageran yang dicadang Dr Mahathir sebaliknya mendesak supaya sidang Parlimen dibuka bagi membincangkan isu-isu berhubung langkah menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang terjejas pendapatan akibat penularan pandemik yang dihadapi negara ketika ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dakwaan-puak-pemisah-mahu-serang-sabah-akan-disiasat-esscom/
Dakwaan puak pemisah mahu serang Sabah akan disiasat: ESSCOM
[ "Siasatan terperinci akan dijalankan berhubung pendedahan dakwaan 600 anggota puak pemisah dari selatan Filipina akan menyerang Sabah baru-baru ini, kata Komander Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Ahmad Fuad Othman.", "Ahmad Fuad berkata, pihaknya sudah mendapat maklumat mengenai dakwaan tersebut sebelum ini dan pasukan risikan ESSCOM juga cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.", "“Kita masih cuba mengesahkan dakwaan ini daripada rakan sejawat di negara jiran,” katanya lapor Utusan Malaysia.", "Namun, pihak berkuasa sudah meningkatkan kawalan dan rondaan di kawasan sempadan negeri Sabah bagi menghadapi sebarang kemungkinan.", "Setakat ini, tiada pergerakan tidak normal dikesan di perairan negeri ini.", "Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah mengesahkan laporan akhbar mengenai serangan anggota puak pemisah Filipina itu tidak benar.", "Semalam, sebuah akhbar tempatan memetik sumber akhbar luar negara daripada Hong Kong, China yang menyatakan 600 anggota puak pemisah dari selatan negara jiran akan menyerang Sabah.", "Akhbar tersebut melaporkan perkara itu dirancang setelah beberapa siri pertemuan yang dihadiri 19 datuk bandar yang diadakan di Filipina.", "“Bagaimanapum hanya seramai 11 datuk bandar dari wilayah selatan negara itu yang sudah bersetuju untuk merekrut paling kurang 600 anggota bersenjata,” kata portal berkenaan." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/seorang-maut-13-warga-palestin-cedera-ditembak-askar-rejim-zionis-israel/
Seorang maut, 13 warga Palestin cedera ditembak askar rejim Zionis Israel
[ "Seorang rakyat Palestin terbunuh ketika tentera rejim pengganas Israel menyerbu kem pelarian Jenin di Ramallah, Tebing Barat yang diduduki rejim itu secara haram, semalam (9 April 2022).", "Seramai 13 lagi cedera, termasuk seorang wanita berusia 19 tahun dengan peluru di perutnya, kata Kementerian Kesihatan Palestin.", "Warga Palestin yang terbunuh dikenali sebagai Ahmad al-Saadi yang dilaporkan merupakan anggota Briged al-Quds (Saraya al-Quds), sayap tentera gerakan Jihad Islam.", "Serbuan itu dilakukan untuk menangkap bapa kepada seorang lelaki Palestin yang membunuh tiga warga Israel dalam tembak di sebuah pusat hiburan di Tel Aviv pada Khamis dan yang kemudiannya ditembak mati tentera Zionis Israel.", "Tidak jelas sama ada tentera rejim melakukan sebarang tangkapan di rumahnya pada Sabtu. Askar rejim meninggalkan kem itu beberapa jam kemudian.", "Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memperkukuhkan anggota mereka di sepanjang sempadan dengan Tebing Barat untuk mengelakkan pencerobohan oleh mana-mana pejuang Palestin.", "Israel juga menyampaikan mesej kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas melalui Amerika Syarikat (AS), meminta beliau menghentikan pencen kepada bapa penyerang yang telah bersara sebagai pegawai keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA).", "Gabenor Jenin Mejar Jeneral Akram Rajoub, memberitahu Arab News bahawa apa yang dilakukan tentera Israel merupakan “tindakan membalas terhadap penduduk Jenin.", "Rajoub berkata pihak berkuasa keselamatan rejim Israel meminta bapa penyerang kejadian di Tel Aviv itu untuk menyerah diri dan apabila dia enggan, mereka memasuki kem itu untuk menangkapnya.", "Dia juga menyatakan kebimbangannya bahawa kumpulan pejuang Palestin mungkin mengeksploitasi kemarahan orang ramai di kem Jenin untuk meningkatkan keganasan dan memburukkan lagi keadaan keselamatan di Palestin.", "Bagaimanapun seorang anggota Parlimen (Knesset) Israel, Ofer Kasif berkata: “Pembunuhan di Jenin hanya akan membawa lebih banyak pembunuhan di Israel.”", "Seorang penduduk di kem itu, Mansour Al-Saadi, memberitahu tentera rejim Israel mengepung rumah penyerang itu sebagai persediaan untuk merobohkannya, sambil menggambarkan keadaan di kem berkenaan sebagai “sangat tegang.”", "Ratusan warga Palestin meratapi kematian Ahmed Al-Saadi, yang terbunuh semasa pertempuran bersenjata dengan tentera Israel dalam serbuan di kem itu.", "Penduduk menentang hukuman kolektif oleh Israel ke atas tiga juta rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat, ketika Ramadan.", "Pergerakan Pejuang Islam Palestin (Hamas) menghantar mesej kepada Israel melalui pengantara antarabangsa bahawa jika tentera rejim itu menyerang Jenin secara besar-besaran, Gaza akan menyertai konfrontasi seperti yang berlaku setahun lalu apabila Israel mengganggu penduduk kejiranan Sheikh Jarrah Baitulmaqdis.", "Isu itu telah membawa kepada perang 11 hari antara Hamas dan Israel.", "Penduduk Palestin yang tinggal di Jenin memberitahu Arab News bahawa pelbagai langkah keselamatan dan ekonomi yang diambil oleh Israel tidak membantu, kerana tanpa penyelesaian politik kepada konflik Israel-Palestin, serangan tidak akan berakhir.", "Selama bertahun-tahun, mereka berkata, rakyat Palestin telah mengadakan pemberontakan, dan sekarang ini wujud gelombang baharu serangan oleh pemuda yang marah yang telah memutuskan untuk bertindak balas terhadap apa yang mereka lihat sebagai “ancaman nyata, penghinaan harian, dan kehilangan harapan pada masa depan.” – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kkm-jangka-kes-covid-kategori-1-dan-2-meningkat-selepas-aidilfitri/
KKM jangka kes Covid kategori 1 dan 2 meningkat selepas Aidilfitri
[ "Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes positif Covid-19 selepas sambutan Aidilfitri meningkat tetapi kebanyakan adalah Kategori 1 dan 2 iaitu tiada gejala dan gejala ringan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.", "Beliau berkata KKM telah memperhatikan trend kes Covid-19 untuk tempoh dua bulan lepas mendapati 99.5 peratus kes adalah Kategori 1 dan 2 malah kemasukan kes positif ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) serta penggunaan bantuan alat pernafasan semakin menurun dengan kes kematian juga berkurangan.", "Katanya, lebihan kematian pada 2020 dan enam bulan pertama 2021 adalah rendah dibandingkan sebelum pandemik dan mendapati lonjakan lebihan kematian pada Julai dan Ogos tahun lepas, lapor Bernama.", "“Namun lebihan kematian berjaya diturunkan pada Ogos dan bulan seterusnya dengan liputan vaksinasi yang tinggi dengan populasi dewasa melebihi 99 peratus, remaja pada 92 peratus dan dos penggalak menghampiri 70 peratus.", "“Ini memberi keyakinan untuk membuka semua sektor dan kembali kepada seolah-olah prapandemik tetapi ia belum berakhir.", "“KKM masih menggunakan empat kaedah menangani Covid-19 iaitu dengan liputan vaksinasi, ubat antiviral, kesihatan awam yang masih mengekalkan pemakaian pelitup muka di tempat sempit dan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka tetapi sesak masih digalakkan serta melaksanakan ujian kendiri jika bergejala,” katanya.", "Bercakap kepada media selepas menyantuni petugas kesihatan di Hospital Putrajaya yang bertugas pada 1 Syawal, hari ini, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,503 kes positif dicatatkan semalam dan ini adalah satu perkembangan baik berikutan liputan vaksinasi memberi imuniti kelompok kepada masyarakat.", "“KKM berharap trend ini kekal supaya dapat mengharungi Covid-19 dengan baik dan hidup bersama virus dalam peralihan ke endemik. Kalau kita bekerjasama dan bertanggungjawab dengan menjalankan kawalan kendiri akan dapat membendung penularan.", "“Setakat ini selepas pembukaan semula sempadan negara pada 1 April, KKM jangka kes meningkat tetapi kes makin menurun. Ini menunjukkan ketahanan imuniti kelompok iaitu vaksin dan mereka yang dijangkiti telah pulih mempunyai ketahanan imuniti semula jadi. Ini akan membantu KKM mengawal dan membendung penularan jangkitan Covid-19 dalam negara,” katanya.", "Dr Noor Hisham berkata cuti petugas kesihatan tidak dibekukan tahun ini untuk menyambut Hari Raya tidak seperti 2020 setelah situasi Covid-19 dalam negara terkawal dan ia juga memberi peluang muhasabah diri sendiri, keluarga dan perkhidmatan kesihatan supaya dapat ditambah baik dalam melengkapkan kesiapsiagaan sekiranya berlaku lonjakan kes Covid-19." ]
https://www.agendadaily.com/politik/perikatan-nasional-teruskan-rundingan-bentuk-kerajaan-pahang/
Perikatan Nasional teruskan rundingan bentuk Kerajaan Pahang
[ "Perikatan Nasional Pahang yang menang 17 daripada 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan meneruskan rundingan pembentukan kerajaan negeri.", "Pengerusi Perikatan Nasional Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah bagaimanapun tidak menjelaskan rundingan itu akan dilakukan dengan Barisan Nasional (BN) yang menang 16 kerusi.", "Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu, Pakatan Harapan (PH) memenangi lapan kerusi.", "Keadaan ini membuatkan Perikatan Nasional dan BN tidak dapat membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, sebaliknya terpaksa menjalin kerjasama.", "Bagaimanapun, setakat ini difahamkan Perikatan Nasional tidak akan bekerjasama dengan PH untuk membentuk Kerajaan Negeri Pahang.", "Dalam satu kenyataan hari ini, Saifuddin berkata Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah melantik Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden PAS untuk mengetuai rundingan pembentukan kerajaan negeri Pahang.", "Katanya, Perikatan Nasional akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan negeri seberapa segera.", "“Perikatan Nasional Pahang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengundi di Pahang yang telah memberi kemenangan kepada parti ini sehingga berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya.", "Berikut adalah calon BN yang menang kerusi DUN Pahang:", "N02 Jelai – Wan Rosdy Wan Ismail;\nN03 Padang Tengku – Mustapa Long;\nN05 Benta – Soffi Razak;\nN06 Batu Talam – Abd Aziz Kiram;\nN08 Dong – Fadzli Mohamad Kamal;\nN16 Inderapura – Haji Shafik Fauzan Sharif;\nN21 Peramu Jaya – Mohamad Nizar Mohamad Najib;\nN22 Bebar – Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff;\nN23 Chini – Mohd Sharim Md Zain;\nN27 Jenderak – Rodzuan Zaaba;\nN28 Kerdau – Syed Ibrahim Syed Ahmad;\nN35 Sabai – V Arumugam;\nN36 Pelangai – Johari Harun;\nN37 Guai – Sabariah Saidan;\nN39 Kemayan – Khaizulnizam Mohd Zuldin;\nN41 Muadzam Shah – Razali Kassim;" ]
https://www.agendadaily.com/politik/bekas-pemimpin-hindraf-zahid-makin-mesra-saifuddin/
Bekas pemimpin Hindraf, Zahid makin ‘mesra’: Saifuddin
[ "Dakwaan bekas Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, P Waytha Moorthy berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) enggan dilayani Datuk Seri Saifuddin Abdullah.", "Sebaliknya, Menteri Luar kerajaan sementara itu berkata Waytha sekarang sudah menjadi baik dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekarang, ia susulan sokongan bekas pemimpin utama Hindraf itu baru-baru ini terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.", "“Saya tengok dia dah baik dengan Zahid Hamidi, jadi itulah jawapan saya,” katanya ringkas dipetik laporan media hari ini.", "Saifuddin terdahulu dilaporkan berkata Waytha adalah Menteri semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengendalikan cubaan Malaysia untuk meratifikasi ICERD tetapi gagal.", "Menteri luar itu berkata, apa yang dia ingat, tidak ada kertas Kabinet dibentangkan untuk ratifikasi ICERD selain tidak faham mengapa beliau diserang berhubung isu berkenaan.", "Saifuddin juga mendakwa, satu-satunya perjanjian antarabangsa yang dia terlibat ialah Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED) dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan.", "Terdahulu, Waytha yang juga presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) pada Khamis menyatakan sokongannya kepada BN pada PRU-15 depan.", "Waytha menjelaskan sokongan terhadap BN dibuat selepas permintaannya untuk bekerjasama dengan PH tidak diendahkan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ahmad-bashah-akui-buat-keputusan-terima-cadangan-ladang-musang-king/
Ahmad Bashah akui buat keputusan terima cadangan ladang Musang King
[ "Selepas tercetus insiden tuduh menuduh antara dua bekas Menteri Besar (MB) Kedah dalam isu ladang Musang King di Baling, akhirnya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membuka mulut membuat penjelasan berhubung kelulusan kepada syarikat ECK Development Sdn Bhd.", "Ahmad Bashah mengakui semasa menjadi MB, pentadbirannya menerima cadangan dikemukakan ECK Development Sdn Bhd yang merancang Gunung Inas, Baling, dijadikan ladang durian Musang King berskala besar pada 2018.", "Terdahulu, seorang lagi bekas MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan semasa pentadbirannya memerintah negeri itu meluluskan pembukaan ladang durian di Baling.", "Ia adalah kenyataan pertama beliau berhubung isu berkenaan, dua minggu selepas kejadian kepala air dan banjir lumpur di Kampung Iboi yang meragut tiga nyawa serta menjejaskan lebih 800 penduduk pada 4 Julai lalu.", "“Ketika saya mengambil alih sebagai Menteri Besar Kedah, sebuah syarikat tempatan iaitu ECK Development Sdn Bhd membeli syarikat Aman Mega yang sebelum itu diberi kelulusan menguruskan kawasan Gunung Inas di Baling oleh menteri besar terdahulu.", "“Pada masa itu, cadangan yang dikemukakan ECK kepada saya adalah supaya kawasan berkenaan dijadikan ladang durian Musang King berskala besar.", "“Ia bagi memastikan kawasan yang sebelum ini dijalankan aktiviti pembalakan dilindungi semula dengan tanaman supaya ia kelak tidak menjadi masalah kepada kawasan sekitar.", "“Kelulusan itu tidak sama sekali untuk tujuan pembalakan baharu kerana aktiviti pembalakan sudah berlaku ketika pentadbiran sebelum itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Ahmad Bashah berkata, cadangan ECK itu kemudian diangkat untuk pertimbangan kerajaan negeri.", "“Sebagai Menteri Besar, sudah tentu saya tidak boleh mengambil keputusan semberono. Ia perlu melalui beberapa peringkat penelitian dan mesyuarat khas di peringkat kerajaan.", "“Sebenarnya banyak cadangan lain tetapi kerajaan pada masa itu mendapati cadangan ECK nampak lebih meyakinkan selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk ekonomi, alam semula jadi, kepentingan penduduk dan sebagainya.", "“Saya tegaskan kerajaan memberi kelulusan itu untuk melindungi semula kawasan berkenaan, di samping kerajaan turut mendapat faedah dan pulangan yang difikirkan setimpal,” katanya.", "Beliau berkata, apa yang penting bagi kerajaan ketika itu adalah bagi isu di kawasan hutan Gunung Inas diselesaikan segera.", "Pada masa sama, Ahmad Bashah menegaskan tidak berniat berpolitik dalam isu berkenaan atau cuba menuding jari kepada sesiapa kerana menyedari mana-mana kerajaan negeri tidak akan membiarkan masalah itu berterusan.", "“Ketika berlaku pertukaran kerajaan negeri, perkara ini turut menerima tempias kerana lain orang, lain cara pemikirannya dan setiap Menteri Besar akan berubah cara berfikir, cara mentadbir negeri yang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perkara seperti ini.", "“Selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), saya tidak lagi menjadi Menteri Besar dan tidak ada kuasa ke atas keputusan kerajaan. Sudah tentu Menteri Besar selepas saya yang mengambil alih tanggungjawab untuk hal pentadbiran negeri termasuk isu berkenaan.", "“Bukan sesuatu yang luar biasa untuk kerajaan atau pimpinan negeri baharu membatal atau tidak meneruskan usaha kerajaan pentadbiran terdahulu dan bukan satu kesalahan meneruskannya, jadi terserah kepada mereka,” katanya.", "Berikutan itu, beliau meminta kerajaan negeri ketika ini mencari jalan melindungi semula kawasan Gunung Inas yang sudah dibalak dan meminta isu berkenaan tidak dipolitikkan secara keterlaluan, selain berhenti menyalahkan satu sama lain." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/polis-cari-datuk-yusri-kes-tipu-projek-jalan-rm1-93-juta/
Polis cari ‘Datuk Yusri’ kes tipu projek jalan RM1.93 juta
[ "Polis Sabah sedang mencari seorang lelaki dikenali sebagai ‘Datuk Yusri Bin Yusoh’ yang terlibat dengan kes penipuan projek naik taraf jalan raya yang tidak wujud di negeri itu melibatkan kerugian RM1.93 juta.", "Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata pihaknya telah menerima lapan laporan polis mengenai kes tersebut yang dikatakan berlaku dalam bulan ini.", "Beliau berkata suspek telah memperdaya mangsa dengan meminta membayar sejumlah wang deposit bagi mendapatkan projek tersebut.", "“Mempercayai kata-kata ini, mangsa telah membayar antara RM30,000 sehingga RM650,000 (setiap pembayaran) dengan keseluruhan kerugian berjumlah RM1.93 juta.", "“Ekoran itu pihak polis sedang mencari lelaki ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat Insp Tilmanshah Wasli di talian 016-5785962 atau 088-529761. – Bernama" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/keluarga-b40-bertambah-mpn-gesa-usaha-pulih-ekonomi-dipercepat/
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
[ "Majlis Pemulihan Negara (MPN) yakin jumlah golongan B40 – pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 – semakin bertambah susulan pandemik Covid-19, tatkala usaha memulihkan ekonomi negara sedang dijalankan.", "Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pertambahan itu disebabkan sesetengah individu yang sebelum ini dikategorikan sebagai golongan M40 turut terkesan akibat Covid-19 hingga menjejaskan pendapatan mereka dan jatuh dalam kategori B40.", "“Satu daripada kesan yang besar pandemik Covid-19 ialah kadar kemiskinan kita meningkat dan bertambah. Ramai orang kita yang jatuh miskin. Sebahagiannya (M40) mungkin bankrap atau tak boleh memula operasi dan kedudukan mereka juga sudah jatuh dalam kategori B40.", "“Kalau diteliti semula, apakah kumpulan B40 kekal pada tahap dahulu… B40 ada kategori lagi… jadi kumpulan B40 ini sesetengahnya telah jatuh miskin… jadi papa kedana pun ada… susah pun tak boleh hidup lagi.", "“Yang M40 pula… kerana perniagaan mereka sudah agak runtuh. Sebahagiannya mungkin bankrap atau tak boleh memulakan operasi sudah jatuh ke bawah kategori B40 jadi B40 sudah jadi B60.", "“Tapi jelas terbukti, bilangannya sudah jatuh… miskin bertambah,” katanya berucap pada program bersama MPN di Kota Bharu, hari ini.", "B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah rakyat Malaysia, di mana B40 adalah 40 peratus dengan pendapatan di bawah 4,850; M40 (40 peratus – RM10,970) dan T20 (20 peratus – RM15,041 dan ke atas)", "Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata bebanan tanggungjawab untuk memulihkan negara tidak boleh hanya diletakkan di bahu MPN sahaja, sebaliknya semua pihak, terutama kerajaan perlu mempercepatkan proses yang dicadangkan.", "Beliau berkata majlis yang dianggotai pakar ekonomi dan menteri berkaitan hanyalah penasihat yang memberi pendapat kepada kerajaan bagaimana untuk memulihkan keadaan ekonomi negara selepas pandemik Covid-19.", "“Dari segi pemulihan ekonomi, ada yang berpandangan negara perlu kembali kepada tahun sebelum 2019. Tapi kami di peringkat MPN berpendapat bukan kembali semula kepada keadaan sebegitu, sebaliknya seboleh mungkin menjadi lebih baik daripada itu.", "“Sebab itu kita telah usulkan pada kerajaan bukalah sempadan. Saya ingat awal-awal Januari kadang-kadang buka tempat. Kerana lambat nak buka, banyak rugi.", "“Tapi akhirnya kerajaan bersetuju untuk buka dalam bulan April… lambat sedikit tapi tidak terlalu cepat sangat,” katanya berucap pada majlis perjumpaan bersama MPN di Kota Bharu, hari ini.", "Muhyiddin menegaskan MPN tidak mempunyai kuasa eksekutif sebaliknya tanggungjawab itu adalah milik kerajaan, sedangkan majlis berkenaan hanya memberi pandangan bagaimana untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi.", "Menurutnya walaupun sempadan negara telah dibuka sepenuhnya masih ada dua perkara yang menjadi penghalang kepada pemulihan ekonomi.", "“Soal pertama ialah kewangan… pembiayaan… aliran wang tunai sebagai contoh. Soal kedua ialah pekerja. Iaitu pekerja sama ada di dalam negara ataupun pekerja yang dibawa daripada luar negara,” katanya.", "Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata tanggungjawab bersama melibatkan Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan amat diperlukan dalam usaha pemilihan ekonomi." ]
https://www.agendadaily.com/politik/dengan-pn-anwar-tak-boleh-runding-tapi-dengan-zahid-boleh-pula/
Dengan PN, Anwar tak boleh runding tapi dengan Zahid boleh pula?
[ "Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan Bersatu bukan parti pembangkang yang perlu dibuka pintu rundingan, tetapi Ketua Pembangkang itu boleh pula berunding dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.", "Cadangan pemimpin akar umbi Pakatan Harapan (PH) di Johor khususnya dari Parti Amanah agar pintu rundingan dibuka nampaknya ditolak dengan tergesa-gesa Presiden PKR itu, malah alasannya sama sekali tidak mencerminkan kecerdikan Anwar untuk menyekat kemaraan parti diterajui anak muridnya itu.", "Jika Anwar memberi alasan Bersatu bukan parti pembangkang dan tidak boleh dirunding, mengapa pula sebelum ini semasa kemelut politik tahun lalu beliau boleh pula berunding dengan Zahid dalam merancang strategi menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).", "Mungkin Anwar nampaknya lebih sayang kepada anak muridnya dan rela membela kumpulan ‘kluster mahkamah’ bagi membebaskan mereka, jadi apa bezanya Anwar dengan UMNO yang selama ini menjadi musuh utamanya.", "Jika dulu berbuih mulut Anwar bercakap mengenai soal integriti dan memerangi rasuah, kini beliau pula seakan mempertahankan individu-individu terpalit dengan puluhan pertuduhan di mahkamah.", "Lihat dalam isu Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang menjadi keluhan pengguna jalan raya, malah didedahkan sebelum ini ada kaitan projek tersebut dengan menantu anak muridnya, tetapi Anwar berdiam diri.", "Dalam isu pelaksanaan 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB), Anwar sebelum ini juga lantang membangkitkan isu tersebut tetapi mutakhir ini suaranya semakin tidak kedengaran, mungkin beliau sudah mendapat tahu siapa rakan-rakannya dalam UMNO yang memperoleh manfaat dalam tender tersebut.", "Isu-isu berhubung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga tidak lagi kedengaran disuarakan oleh Anwar, sekurang-kurangnya berilah idea dan strategi kewangan yang terbaik untuk mengurangkan hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ketika ini.", "Mungkin Anwar terhutang budi kepada dua tokoh UMNO yang sebelum ini menghantar surat ke Istana Negara menyatakan sokongan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri (PM).", "Adakah Anwar ingat semua fakta sejarah itu akan dilupai orang ramai dan beliau cuba memesongkan fakta dengan hujah yang tidak masuk akal.", "DAP dan Amanah bukan tidak sedar dengan tindak-tanduk Anwar dan pendirian PKR yang dilihat sudah tidak seperti sebelum ini, hampir semua keputusan dalam Pakatan Harapan (PH) cuba dimonopoli Anwar dan keputusan konsensus yang sebelum ini menjadi pegangan gabungan itu nampaknya juga sudah tidak dihormati lagi.", "Ia bukan kali pertama Anwar melanggar keputusan konsensus dalam PH, malah sikap sama ditunjukkan beliau sebelum ini semasa melancarkan serangan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Tawaran persefahaman yang ditawarkan Muhyiddin ditolak Anwar bulat semasa krisis politik tercetus, beberapa pemimpin kanan DAP cuba menasihatinya agar menerima tawaran tersebut tetapi kerana terlalu yakin dengan janji anak muridnya ia ditolak mentah-mentah.", "Lebih memalukan apabila Anwar juga yang terhegeh-hegeh mengheret Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya sebaik mengangkat sumpah dan menerim tawaran yang sama ditawarkan Muhyiddin.", "Penyokong PH nyata kecewa dengan Anwar dan blok pembangkang tersebut yang dilihat hilang maruah dan kehormatan diri apabila sanggup berpeluk dengan UMNO yang diketahui adalah musuh tradisi mereka.", "Rakyat tidak melupakan pengkhianatan PH terhadap mereka, bekerjasama dengan UMNO adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima penyokong pembangkang. Namun, Anwar tidak mengendahkannya kerana sudah terpukau dengan laba dan keistimewaan yang bakal diberikan kepadanya.", "Lihat yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak, penyokong PH menghukum dan memberikan kekalahan yang paling memalukan kepada mereka.", "Jumlah peratusan yang rendah adalah manifestasi pengundi yang sudah muak dengan percaturan politik Anwar dan PH yang bodoh sehingga menyebabkan UMNO kembali kuat.", "Dalam keadaan UMNO masih tidak menghiraukan dan mementingkan nyawa rakyat sekalipun ketika ini, Anwar dan PH nampaknya masih selesa untuk menyokong kerajaan diterajui Ismail Sabri atas alasan menghormati Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani mereka tahun lalu.", "PRN Melaka dan Johor yang diadakan bukan cerminan MoU tersebut dipatuhi tetapi sebaliknya UMNO dengan sewenang-wenangnya melanggar demi kelangsungan segelintir pemimpin kluster mahkamah mereka.", "Jelas, keputusan yang bakal diperoleh PH dalam PRN Johor adalah ulangan episod yang sama berlaku di Melaka dan Sabah. Namun, Anwar dan pengikut fanatiknya masih tidak boleh menerima hakikat boss mereka itu bukan pilihan rakyat sebaliknya boss mereka itu adalah pilihan yang salah dan sama sekali tidak akan membawa kemenangan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tiada-kluster-baharu-dikesan-hari-ini-tapi-kes-di-lima-negeri-meningkat/
Tiada kluster baharu dikesan hari ini, tapi kes di lima negeri meningkat
[ "Lima negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, namun kekal di bawah paras 500 kes.", "Pada masa sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tidak ada kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam itu, kali pertama sejak lebih setahun lalu.", "Kali terakhir negara tidak merekodkan kluster baharu harian ialah pada 31 Oktober 2020. Bagaimanapun, beliau memaklumkan terdapat 266 kluster yang masih aktif sehingga hari ini.", "Statistik daripada Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri yang dikeluarkan hari ini menunjukkan Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi, namun lebih rendah berbanding semalam.", "Kes di negeri itu hari ini turun kepada 1,266 jangkitan, berbanding 1,601 kes yang dicatat dalam tempoh sama semalam.", "Lima negeri yang merekodkan peningkatan kes harian hari ini ialah Kelantan sebanyak 499 kes berbanding 389 kes semalam, menjadikan kumulatif positif sejak awal tahun lalu sebanyak 146,891 kes dengan 139,777 pesakit telah sembuh.", "Sehingga semalam, Kelantan merekodkan 5,557 kes aktif dengan 4,335 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 655 ditempatkan di PKRC; 524 dimasukkan ke hospital; dan 43 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 21 yang memerlukan alat bantuan pernafasan. Seramai 1,092 pesakit Covid-19 meninggal dunia.", "Empat lagi negeri yang mencatat peningkatan jangkitan baharu Covid-19 ialah Kedah sebanyak 366 kes, berbanding 304 semalam; diikuti Pulau Pinang (325 kes baharu, 305 semalam); dan Labuan (17 kes baharu, 12 semalam).", "Melaka yang kini berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan pada 20 November ini turut merekodkan peningkatan jangkitan baharu daripada 198 semalam kepada 216 kes hari ini.", "Berdasarkan rekod laman sesawang KKM, COVIDNOW, sejak awal tahun lalu hingga tengah hari tadi Melaka merekodkan 67,874 kes positif, dengan 64,168 pesakit disahkan sembuh.", "Sehingga semalam juga, Melaka merekodkan 2,726 kes aktif, dengan 2,245 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 325 ditempatkan di PKRC; 141 dimasukkan ke hospital; dan 15 pesakit dirawat di ICU, termasuk tujuh yang memerlukan alat bantuan pernafasan. Negeri itu juga merekodkan 914 kes kematian.", "Sementara itu Dr Noor Hisham berkata sebanyak 104 kes atau 2.0 peratus daripada 5,162 jangkitan baharu hari ini terdiri daripada pesakit kategori 3, 4 dan 5, manakala 98.0 peratus atau 5,058 kes lagi adalah pesakit kategori 1 dan 2.", "Seramai 5,019 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu hingga hari ini sebanyak 2,451,216 kes, berbanding 2,546,309 kumulatif kes positif.", "Sebanyak 5,151 daripada keseluruhan kes hari ini melibatkan jangkitan tempatan yang turut membabitkan 183 rakyat asing, dan 11 kes import, termasuk tiga bukan warganegara Malaysia.", "Seramai 524 pesakit kini dirawat di ICU dengan 265 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, kata Dr Noor Hisham." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/selangor-melonjak-tinggi-kepada-8377-kes/
Selangor melonjak tinggi kepada 8,377 kes
[ "Negara hari ini merekodkan jangkitan tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda awal tahun lalu apabila mencatatkan 19,819 kes menjadikan keseluruhan kumulatif kepada 1,183,110 kes.", "Mengikut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini, lapan negeri merekodkan peningkatan kes iaitu Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Kuala Lumpur, Perlis dan Terengganu.", "Selangor mencatatkan lonjakan tertinggi apabila merekodkan 8,377 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, berbanding 5,836 kes yang dilaporkan semalam.", "Jumlah jangkitan di Kelantan juga kini melepasi 1,000 kes apabila dalam tempoh itu turut mencatatkan 1,003 kes berbanding 915 kes semalam, sementara kes di Kedah melonjak kepada 1,371 kes berbanding 1,036 jangkitan semalam.", "Kuala Lumpur turut mencatatkan lonjakan apabila merekodkan 2,467 kes berbanding 2,309 jangkitan semalam." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/monsun-timur-laut-nadma-sudah-sedia/
Monsun Timur Laut, Nadma sudah sedia
[ "Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sudah bersedia bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negara dalam masa terdekat.", "Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Nadma, Meor Ismail Meor Akim berkata pihaknya sudah mulakan persiapan sejak dua bulan lalu.", "“Kami adakan latihan melibatkan 12,000 pegawai termasuk polis, bomba dan orang awam dari kawasan terlibat.", "“Selain itu kami juga pastikan aset-aset dalam keadaan sedia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program latihan Gua Tempurung, hari ini (4 November 2022), lapor The Star.", "Latihan selama lima hari itu bermula sejak 31 Oktober lalu dengan penglibatan  Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA).", "Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran Monsun Timur Laut yang dijangka akan melanda negara lebih awal daripada jangkaan.", "Jabatan itu menganggarkan monsun itu bermula dari Selasa (7 November 2022) dan berterusan sehingga kira-kira Mac tahun depan.", "Kira-kira empat hingga enam episod hujan monsun, yang akan membawa hujan lebat berterusan, dijangka berlaku sepanjang tempoh itu yang berisiko banjir.", "MetMalaysia juga meramalkan penomena air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh 6 hingga 11 November; 22 hingga 27 November; 7 hingga 12 Disember; 22 hingga 26 Disember; serta 6 hingga 10 Januari 2023 dan 21 hingga 25 Januari 2023.", "Ketika musim Monsun Timur Laut, angin timur laut dijangka bertiup secara berterusan, menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di Laut China Selatan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/pru-15-umno-bakal-terjun-dalam-lubang-digali-sendiri/
PRU-15: UMNO bakal terjun dalam lubang digali sendiri
[ "Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Rosol Wahid berpendapat UMNO akan terjun ke dalam lubang digali sendiri apabila mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 disegerakan.", "Menurutnya parti itu tidak mungkin dapat berkuasa semula walaupun mendesak PRU dipercepatkan setelah berasa situasi sekarang adalah waktu terbaik untuk mereka menang.", "“Tindakan itu sebenarnya ibarat terjun ke dalam lubang yang digali sendiri. Masih banyak masalah rakyat yang belum diselesaikan oleh kerajaan ketika ini dan tiada jaminan PRU-15 akan menyelesaikan semua perkara itu.", "“Masalah-masalah ekonomi, harga barang belum selesai, Covid-19 pun sama. Kemudian isu buruh asing, memang banyak masalah. Jadi seolah-olahnya kalau buat (PRU-15) sekarang, saya rasa dia seolah-olah macam gali lubang, terjun sendiri.", "“Tapi bagi orang yang ada agenda lain dikira ini masa terbaik. Walhal itu bukan terbaik pun. Mungkin lepas pada ini lebih teruk lagi. Tak ada orang tahu.", "“Dia ada dua kemungkinan, mungkin lebih baik atau mungkin lebih teruk,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Kepenggunaan KPDNHEP Kedah di Kolej Vokasional Langkawi, di Langkawi, semalam.", "Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu berkata desakan UMNO supaya PRU dipercepatkan dipercayai dibuat untuk menyelesaikan isu yang dihadapi Kluster Mahkamah membabitkan pemimpin parti terbabit.", "Bagaimanapun, Rosol yakin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lebih memahami masalah yang dihadapi kerana mempunyai ‘bird’s eye view’ mengenai isu yang melanda negara.", "“Pemimpin ini dia tengok macam bird’s eye view seperti burung. Dia tengok semua sekali di mana ada lurah, di mana ada bukit, di mana ada lembah dan sebagainya dia tahu.", "“Orang lain (hanya) tengok ke atas, jadi tak tahu masalah,” tambahnya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/saksi-beritahu-isteri-bung-mokhtar-layak-terima-rm2-8-juta/
Saksi beritahu isteri Bung Mokhtar layak terima RM2.8 juta
[ "Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad layak menerima wang pengenalan RM2.8 juta memandangkan pelakon itu memperkenalkan suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.", "Perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, berkata bayaran wang pengenalan yang diberikan kepada Zizie Izette itu merupakan strategi pemasaran pihaknya apabila wanita itu turut memperkenalkan seorang pegawai kanan Felcra untuk membuat pelaburan sama, menurut laporan Bernama.", "“Saya menghubungi Datin Seri (Zizie Izette) mengatakan pelaburan dibuat Felcra (RM150 juta) telah berjaya dan pada masa sama, saya mendapat komisen daripada pelaburan tersebut. Saya kemudian beritahu kepada Datin Seri yang saya ingin memberikannya wang pengenalan itu.", "“Saya pakar (pelaburan) dalam menceritakan kepada rakyat Malaysia tentang kehebatan unit amanah tetapi saya tidak boleh masuk ke dalam syarikat-syarikat besar yang tidak tahu tentang apa saya buat,” katanya.", "Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette di hadapan Hakim Rozina Ayob.", "Menyentuh mengenai komisen yang diperoleh selepas berjaya mendapatkan pelaburan (RM150 juta) itu, Norhaili berkata beliau dan Madhi Abdul Hamid, 43, yang merupakan ejen (Public Mutual) masing-masing memperoleh komisen RM2.9 juta.", "“Apabila mendapat komisen itu, saya dan Madhi berbincang tentang pengurusan komisen itu dengan mengambil kira faktor seperti pengurusan pelaburan Felcra dan kos operasi jangka panjang kerana pelaburan ini mengambil tempoh lebih tujuh tahun untuk matang dan kami juga ambil kira kos cukai untuk diuruskan dalam tempoh berkenaan,” katanya.", "Semasa disoal Law mengapa Zizie Izette perlu dibayar RM2.8 juta, saksi itu berkata Zizie Izette layak menerima wang pengenalan itu setelah mengambil kira segala perbelanjaan kos, cukai dan faedah bulanan selagi pelaburan Felcra di bawah jagaannya.", "“Kalau saya…saya tidak nampak jumlah itu besar tetapi saya melihat penjagaan akaun Felcra untuk jangka panjang. Ia (wang pengenalan) layak untuk Datin Seri Zizie Izette.", "“Seingat saya pembayaran wang pendahuluan RM2.2 juta itu dalam bentuk cash di Public Bank di Melawati telah diuruskan oleh Madhi, selebihnya RM800,000 dimasukkan semula ke dalam Public Mutual Berhad atas nama Datin Seri Zizie Izette,” kata Norhaili.", "Ditanya Law mengapa pihak Public Bank hanya membayar RM2.2 juta sedangkan RM2.8 juta sepatutnya dibayar Zizie Izette, saksi itu berkata: “Pada waktu itu Public Bank tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi dan saya juga telah menasihatkan Datin Seri (Zizie Izette) untuk membuat pelaburan di Public Mutual Berhad.", "“Saya juga menasihatkan Datin Seri Zizie Izette untuk melabur antara RM600,000 hingga RM800,000 dan ia diuruskan oleh Madhi dan seorang lagi konsultan Public Mutual,” kata Norhaili.", "Bagaimanapun, saksi itu tidak dapat mengingati berapa jumlah cek yang telah dikeluarkan namun cek tersebut tertera nama Public Mutual Berhad dan nombor kad pengenalan Zizie Izette.", "Dalam prosiding itu, Norhaili berkata tiada elemen rasuah dan permintaan rasuah daripada Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette manakala wang RM2.8 juta yang diberikan kepada pelakon itu bukan rasuah, sebaliknya adalah wang pengenalan.", "Norhaili akan menyambung keterangannya pada 14 Feb ini. Pada prosiding itu, peguam Datuk K. Kumaraendran mewakili Zizie Izette dan M. Athimulan bertindak bagi pihak Bung Moktar.", "Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.", "Bung Moktar, 64, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.", "Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.", "Zizie Izette, 44, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/amaran-gelombang-keempat-covid/
Amaran gelombang keempat Covid
[ "Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sub-varian Omicron BA.5 sudah dikesan di Malaysia, sambil menjangkakan kemungkinan gelombang keempat Covid-19 bakal melanda negara tidak lama lagi.", "Sehubungan itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media khas hari ini meminta orang ramai yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak untuk segera berbuat demikian.", "Semalam (7 Julai 2022), jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara melonjak kepada 4,020 kes tertinggi sejak April, berbanding 3,561 kes yang dilaporkan pada Rabu.", "Data laman sesawang Github KKM bagaimanapun menunjukkan, daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 2,966 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.", "Ia diikuti dengan 753 kes melibatkan penerima dua dos; 274 kes (individu yang tidak divaksinasi); dan 27 kes (individu belum lengkap divaksinasi).", "Mengulas lanjut Khairy berkata peningkatan kes Covid-19 di dunia termasuk Malaysia sudah dijangka kerana ia didorong oleh beberapa faktor terutamanya varian dominan.", "” Lebih dua juta individu dewasa yang layak tetapi memilih untuk tidak menerima dos penggalak kedua,” katanya.", "Oleh itu, katanya individu yang punyai komorbiditi akan dapat pautan temujanji bagi suntikan dos penggalak kedua dalam MySejahtera masing-masing minggu depan", "Pada masa sama beliau berkata sehingga 3 Julai lalu seramai 4,001 pesakit Covid-19 telah diberi ubat antiviral Paxlovid, dengan tiada kesan sampingan serius dilaporkan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/fahmi-akan-jumpa-kumpulan-buat-kajian-100-hari-bidas-laporan-tak-adil/
Fahmi akan jumpa kumpulan buat kajian 100 hari, bidas laporan tak adil
[ "Fahmi Fadzil akan berjumpa dengan kumpulan yang menjalankan Dapatan Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan kerana dilihat berat sebelah.", "Menteri Komunikasi dan Digital itu mempersoalkan kaji selidik yang dikeluarkan tersebut dan akan meneliti motif disebalik hasil kajian 100 hari kerajaan campuran yang dilihat memberi gambaran tidak seimbang.", "“Maklum balas yang kami terima daripada pelbagai pakar akademik, rata-rata mempertikaikan metodologi kajian… jika itu pendirian mereka (ahli akademik), maka kita kena lihat motif mereka (kajian).", "“Kajian tentang 100 Hari Kerajaan Perpaduan mentadbir, tetapi kita belum capai 100 hari. Saya akan bertemu dengan pihak akhbar tersebut dan dapatkan penjelasan mereka, adakah mereka cuba buat promosi (jenama) atau mahu memperdaya rakyat,” katanya dipetik laporan BH.", "Sebelum ini, lima media tempatan menyiarkan dapatan kaji selidik mega Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang dijalankan dari 6 hingga 16 Februari lalu dengan kerjasama sebuah firma penyelidikan.", "Kajian itu antaranya mendapati hanya 27 peratus responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan dalam menangani isu hubungan antara kaum dan pertumbuhan ekonomi negara, manakala 26 peratus responden berpendapat kerajaan menangani isu bekalan makanan dengan baik.", "Dapatan kajian itu juga mendapati ramai orang Melayu khususnya di semenanjung yang tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan campuran dalam menunaikan janji manifesto mereka." ]
https://www.agendadaily.com/politik/rasuah-vln-keputusan-kes-zahid-bebas-atau-bela-diri-esok/
Rasuah VLN: Keputusan kes Zahid bebas atau bela diri esok
[ "Keputusan sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), akan diketahui esok.", "Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi, menurut laporan Bernama.", "Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap Ahmad Zahid, maka beliau akan dipanggil untuk membela diri manakala jika sebaliknya bekas timbalan perdana menteri itu akan dilepas dan dibebaskan.", "Pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B. Thavani manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.", "Pada 11 Ogos, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 18 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 24 Mei 2021 dan pihak pendakwaan serta pembelaan selesai berhujah pada 7 Sept lepas.", "Antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Alwi Ibrahim serta tiga bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun.", "Pada 26 Jun 2019, Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem VLN, bagaimanapun pada 31 Julai 2019, mahkamah membenarkan permohonan presiden UMNO itu untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi dibicarakan bersama-sama 33 lagi pertuduhan rasuah membabitkan VLN.", "Kesemua kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama.", "Ahmad Zahid, 69, didakwa terhadap 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada syarikat UKSB sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.", "Beliau didakwa melakukan kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.", "Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.", "Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, sebagai Menteri Dalam Negeri, menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 hingga 2017.", "Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahmad Zahid turut didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc; dan US$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.", "Ahmad Zahid dituduh melakukan perbuatan itu di Country Heights, antara Jun 2015 dan Oktober 2017.", "Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/prn-melaka-3-bekas-adun-kecuali-norhizam-berpeluang-jadi-calon-ph/
PRN Melaka: 3 bekas ADUN kecuali Norhizam berpeluang jadi calon PH
[ "Tiga daripada empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meruntuhkan kerajaan UMNO Melaka masih berpeluang menjadi calon mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), November ini.", "Ketiga-tiga mereka ialah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas).", "Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan PH boleh menerima ketiga-tiga bekas ADUN itu kerana beliau menyifatkan mereka bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, kerana mahu mengembalikan mandat kepada pakatan itu.", "“Pimpinan PH Melaka bincang dengan mereka. Minta kerjasama mereka. Dan mereka mengambil keputusan menyokong PH dan memulih mandat kepada PH yang dirampas atau dikhianati sebelumnya.", "“Jadi sekarang kita ada masalah untuk menolak begitu sahaja sepertimana yang diharapkan sesetengah pihak dalam media sosial. Itu tidak tepat sebab dia (tiga bekas ADUN) sokong untuk kembalikan mandat kita (PH),” katanya selepas menyampaikan bakul Deepavali di Dewan Undangan Negeri Chuah, Negeri Sembilan, hari ini.", "Malah Anwar dilihat membela ketiga-tiga bekas ADUN itu apabila menyatakan mereka sudah mengetahui akan dipecat daripada parti apabila membuat keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan UMNO Melaka.", "“(Mereka) ambil keputusan (tarik sokongan) dia dah jangka, dia akan dipecat oleh partinya… UMNO ataupun Bersatu. Jadi oleh yang demikian, kita nak ketepikan begitu saja, tidak boleh.", "“Jadi saya terpaksa bincang dengan pimpinan di Melaka kemudian pimpinan PH untuk mengambil kira hal-hal ini sebelum kita buat keputusan. Dia nak kembalikan amanah kepada Pakatan Harapan. Jadi itu pertimbangan,” katanya.", "Pada masa sama Anwar berkata pembahagian kerusi dalam kalangan parti PH sudah selesai di mana PKR akan bertanding di 11 kerusi, Amanah (sembilan) dan DAP (lapan).", "Sebelum ini, Majlis Presiden PH membuat keputusan menolak bekas ADUN Bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hasan Baktee sebagai calon mereka pada PRN Melaka.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 8 November sebagai tarikh penamaan calon, pengundian awal (16 November); dan pengundian biasa (20 November)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/82-5-peratus-orang-dewasa-sudah-lengkap-vaksin/
82.5 peratus orang dewasa sudah lengkap vaksin
[ "Sebanyak 82.5 peratus atau 19,311,563 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.", "Menurut laporan Bernama, berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 93.6 peratus atau 21,903,061 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.", "Selain itu, seramai 25,326 atau 0.8 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.", "Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 273,373 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 116,881 dos pertama dan 156,492 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 41,847,256 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).", "PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.", "Sementara itu, sebanyak 250 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan setakat pukul 11.59 malam tadi, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini sebanyak 24,931.", "Menurut portal GitHub KKM, jumlah itu merangkumi sembilan kematian sebenar Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam (24 Sept), manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.", "Bagaimanapun, angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.", "Berdasarkan graf purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari pula, sebanyak 91 kes kematian sebenar akibat COVID-19 dicatatkan.", "Sebanyak 49 daripada jumlah kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/langkah-tak-naikkan-opr-sejajar-dengan-jangkaan-pasaran-midf/
Langkah tak naikkan OPR sejajar dengan jangkaan pasaran: MIDF
[ "Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus hari ini adalah sejajar dengan jangkaan pasaran, kata MIDF Research.", "Bank pusat menjelaskan ekonomi global kekal teguh, didorong oleh permintaan dalam negara yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang kukuh, menurut firma penyelidikan itu dalam nota hari ini seperti dilaporkan Bernama.", "Bagaimanapun, MIDF Research tidak menolak kemungkinan kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas lagi pada separuh kedua 2023 berikutan angka ekonomi domestik yang memaparkan momentum positif.", "Katanya BNM mungkin mengoptimumkan cabang monetarinya dengan menormalkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) daripada 2.00 peratus kepada 3.00 peratus pada tahun ini.", "“Kadar SRR telah dikurangkan kepada 2.00 peratus pada Mac 2020. Bagaimanapun, keputusan ini akan tertakluk kepada kestabilan pertumbuhan ekonomi, kadar kenaikan harga dan penambahbaikan seterusnya keadaan makroekonomi, terutamanya pemulihan yang berterusan di pasaran buruh dan permintaan dalam negeri yang semakin bertambah.", "“Dari perspektif jangka sederhana, penormalan kadar dasar diperlukan untuk menghindarkan risiko yang boleh menjejaskan unjuran ekonomi masa depan melalui inflasi tinggi yang berterusan dan peningkatan seterusnya dalam keberhutangan isi rumah,” katanya.", "Dari segi ringgit, MIDF Research berkata pada asasnya mata wang tempatan dalam kedudukan baik berikutan ekonomi domestik kekal dalam momentum positif.", "“Sebagai pengeksport bersih petroleum mentah, gas asli cecair dan minta sawit, Malaysia akan menerima manfaat daripada peningkatan harga komoditi global,” katanya.", "Bagaimanapun, katanya ringgit akan terus menyusut berikutan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat terus bertangguh untuk menghentikan seketika kadar faedahnya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ambiga-biadab-persoal-integriti-agong-pilih-pm-laporan-polis-dibuat/
Ambiga biadab persoal integriti Agong pilih PM, laporan polis dibuat
[ "Tuduhan bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan bahawa sokongan diberikan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada calon Perdana Menteri (PM) sebagai tidak sah, adalah tindakan biadab dan bongkak.", "Gerakan Peguam Islam SeMalaysia berpendapat kenyataan peguam itu juga telah menimbulkan syak dan menyoal integriti proses pelantikan PM oleh Yang di-Pertuan Agong yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Negara.", "“Beliau (Ambiga) telah secara bongkak mengisytiharkan melalui akaun twitter pada 19 Ogos 2021 yang turut dilaporkan oleh portal berita bahawa sokongan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional bagi PM baru yang telah disampaikan kepada YDPA adalah tidak sah.", "“Ini adalah percubaan menganggu proses perlantikan yang sedang dijalankan dan adalah amat biadab,” kata gerakan itu dalam satu kenyataan hari ini.", "Sehubungan itu, gerakan berkenaan akan membuat laporan polis terhadap peguam Pakatan Harapan (PH) itu di seluruh negara demi menjaga keselamatan negara.", "“Secara langsung ini (tuduhan Ambiga) adalah juga satu tindakan menggugat demokrasi berparlimen (undermining parliamentary democracy).", "“Ambiga telah melakukan kesalahan yang amat serius di bawah Akta Hasutan, Seksyen 124 Kanun Keseksaan serta Sosma, Sek 505 Kanun Keseksaan serta undang-undang lain.", "“Laporan-laporan polis akan dibuat terhadap anasir ini demi keselamatan negara dan ummah di seluruh negara,” kata gerakan itu.", "Semalam, Ambiga dan beberapa individu lagi berkata sokongan bersyarat daripada PN kepada Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianggap tidak sah kerana meletakkan syarat.", "“Sokongan bersyarat oleh (PN) tidak boleh dikira sebagai sokongan […] Bagaimana kerajaan boleh stabil jika syarat untuk mendapat sokongan tidak dipenuhi?” katanya dalam satu siri catatan di Twitter semalam.", "Bagaimanapun, dalam kenyataan hari ini Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju mengingatkan bahawa syarat sokongan yang dikenakan terhadap Ismail Sabri jika dilantik menjadi PM bertujuan mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih demi kebaikan rakyat dan negara.", "“Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan itu dengan syarat bagi membentuk kerajaan yang bersih – dengan memastikan Jemaah Menteri yang bakal dilantik bukan daripada individu yang berdepan sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.", "“Pemisahan kuasa, kebebasan kehakiman dan menegakkan sistem raja berperlembagaan. Dakwaan PH bahawa ini membatalkan sokongan PN terhadap Ismail Sabri, adalah tidak masuk akal,” kata Ali Biju." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kes-rasuah-ku-nan-pasukan-pendakwaan-rayu-keputusan-mahkamah/
Kes rasuah Ku Nan, pasukan pendakwaan rayu keputusan mahkamah
[ "Permohonan rayuan pasukan pendakwaan difailkan hari ini berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.", "Menurut laporan Bernama memetik sumber, notis rayuan itu difailkan kira-kira 12.30 tengah hari tadi. Pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan.", "Pada 16 Julai lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.", "Hakim Suraya Othman, yang membacakan keputusan majoriti 2-1 itu berkata mahkamah mendapati cek RM2 juta yang diterima Tengku Adnan daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong adalah sumbangan politik kepada UMNO.", "Hakim Ahmad Nasfy Yasin bersetuju dengan Suraya manakala hakim Abu Bakar Jais menolak rayuan Tengku Adnan.", "Abu Bakar ketika menolak rayuan itu berkata dia bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Tengku Adnan telah menerima cek itu untuk dirinya sendiri dan ia bukan sumbangan politik untuk Umno.", "Pada 21 Dis tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta terhadap ahli parlimen Putrajaya itu selepas mendapati dia bersalah atas pertuduhan tersebut di akhir kes pembelaan.", "Tengku Adnan, 70, didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM2 juta daripada Chai, yang merupakan pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang dia ada kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.", "Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda." ]
https://www.agendadaily.com/politik/dulu-dap-serang-azalina-isu-1mdb-kini-sokong-jadi-speaker-pula/
Dulu DAP serang Azalina isu 1MDB, kini sokong jadi Speaker pula
[ "Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengesahkan Timbalan Pengerusi Nasional parti itu, Gobind Singh Deo telah bertemu dengan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, dalam usaha mengangkatnya sebagai Speaker Dewan Rakyat, menggantikan Datuk Azhar Harun.", "Bagaimanapun, Guan Eng tidak menyatakan bila Gobind mengadakan pertemuan dengan Azalina yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketika pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum meletak jawatan pada 23 Ogos 2021, tatkala ada ura-ura beliau bakal dilantik sebagai menteri dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "“Timbalan Pengerusi Nasional DAP dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo telah bertemu dengan Azalina, yang ingin membincangkan cadangannya mengenai pilihan raya pecat atau “recall election” sebagai sebahagian daripada pakej rang undang-undang anti lompat parti.", "“DAP bersedia untuk berbincang lebih jauh dengannya jika dia serius untuk mengemukakan namanya menggantikan Azhar bagi mengembalikan imej dan kredibiliti Parlimen yang telah dirosakkan teruk oleh ketundukan Azhar kepada perintah Eksekutif,” kata Guan Eng dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.", "Dari sudut politik, tidak pelik apabila kawan menjadi lawan dan lawan menjadi kawan. Semuanya semata-mata untuk survival politik masing-masing.", "Demikian juga apabila melihat kepada cadangan dan sokongan kuat DAP supaya Azalina – individu yang pernah mereka cop sebagai pembohong – dilantik sebagai Speaker Parlimen.", "Dulu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pernah membuat tuduhan mengatakan Azalina menjadikan Parlimen dikawal oleh kerajaan. Ketika itu Azalina adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).", "Kata Kit Siang, Azalina melakukan kesilapan itu pada hari pertama Parlimen bersidang dengan berkata Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Razak mempunyai ‘hak’ untuk menjawab soalan berhubung 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion apabila beliau memilih berbuat demikian.", "“(Azalina) melakukan satu penghinaan kepada Parlimen dengan mendakwa bahawa Perdana Menteri mempunyai hak untuk memilih bila beliau mahu menjawab soalan mengenai 1MDB,” kata Lim dalam satu kenyataan.", "Sekarang ini DAP menuduh Azhar pula hanya patuh kepada kerajaan dan mahu Azalina menggantikannya.", "DAP juga pernah menuduh Azalina melakukan penghinaan dua kali terhadap Parlimen dalam kes membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).", "Kata DAP, Azalina berbohong ketika menjawab persoalan dibangkitkan Guan Eng bahawa anggota PAC diberitahu mengenai baris yang dihapuskan dalam Laporan PAC mengenai 1MDB.", "DAP juga berkata ketika Azalina mempertahankan pembohongan itu, beliau sekali lagi berbohong dengan mendakwa kenyataan Ahli Parlimen, Tony Pua berkaitan PAC dan 1MDB itu, tidak berasas dan tidak benar.", "Kini, DAP kembali memuji Azalina yang mereka lihat dalam beberapa bulan kebelakangan lebih ke hadapan dalam menganjurkan reformasi institusi Parlimen.", "“Azalina mesti menyusun rancangan tentang bagaimana mengelakkan parlimen menjadi sebagai rubber stamp untuk perdana menteri semata-mata dan mendaulatkan parlimen seperti yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Guan Eng.", "Namun, reformasi Parlimen ini telah lama dirancangkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, namun kurang berkesan apabila Speaker yang dilantik terdiri daripada Ahli Parlimen yang turut terikat dengan kepentingan parti dan kerajaan.", "Hanya dua individu bukan Ahli Parlimen pernah dilantik menjadi Speaker Dewan Rakyat iaitu bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, dan Azhar." ]
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-beri-bayangan-jajaran-baharu-perikatan-3-0-bersama-pkr-dap/
Zahid beri bayangan jajaran baharu Perikatan 3.0 bersama PKR, DAP
[ "Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.", "Pendedahan terbuka Zahid itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin sebelum ini dengan menyifatkan langkah tersebut diambil sesuai dengan dinamik politik yang sedang berlaku mengikut perubahan dan keadaan politik semasa negara.", "“Kedinamikan politik pasti berlaku saya lihat…saya bukan seorang nujum politik tetapi saya yakin kalau mahu disebut hala tuju atau kedinamikan itu kita lihat, selepas PRU15, sama ada ia akan diadakan dalam waktu terdekat, atau dalam tempoh yang hanya Allah Taala sahaja tahu kerana kalau mengikut cukup tempoh pilihan raya adalah pada tahun 2023.", "“Pada ketika itu, saya hampir pasti bahawa akan ada sesuatu yang akan berlaku kepada UMNO, sebagai sebuah parti induk orang Melayu dan Islam, di mana ketika itu akan ada Perikatan 3.0 bukan Perikatan Nasional,” katanya semasa wawancara Program 75 Tahun Jubli Intan anjuran UMNO Online malam tadi.", "Tegas Zahid, jajaran baharu itu tidak melibatkan PN yang ada sekarang bagaimanapun beliau tidak mendedahkan parti  yang akan bersama dalam gabungan baharu itu.", "Namun, sebelum ini beberapa pemimpin parti mendakwa Zahid sedang berusaha untuk membawa UMNO duduk serumah bersama PKR dan DAP.", "Khabar angin juga semakin kuat kedengaran Zahid adalah perancang utama untuk menjayakan kerjasama antara UMNO dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU15 nanti.", "Malah, klip audio tular Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Zahid juga membuktikan wujud pakatan sulit antara kedua-dua individu untuk memastikan gerakan rahsia tersebut berjaya.", "Dalam pada itu, DAP sudah memberi ‘lampu hijau’ kepada UMNO untuk menjalinkan jajaran baharu politik itu namun perlu menerima calon perdana menteri daripada PH, iaitu Anwar sekiranya mahu bekerjasama.", "Mengimbas kembali sejarah kedinamikan politik tanah air, Zahid berkata penubuhan parti Perikatan dahulu juga tidak statik sifatnya, dan ia berubah mengikut perubahan politik semasa.", "“Kita harus, melihat kewujudan parti Perikatan yang merupakan payung bukan sahaja kepada UMNO tetapi sebagai parti-parti komponen ketika itu, tidak merupakan sebuah gabungan yang statik betulnya, apabila Barisan Nasional (BN) diwujudkan ianya merupakan perikatan 2.0.", "“Jadi ini merupakan langkah yang baharu, di mana kita lihat sunnatullah telah menentukan bahawa masyarakat Malaysia penuh dengan kemajmukan,” jelasnya." ]