diff --git "a/leaazleeya-complete-batch-7.jsonl" "b/leaazleeya-complete-batch-7.jsonl" deleted file mode 100644--- "a/leaazleeya-complete-batch-7.jsonl" +++ /dev/null @@ -1,49 +0,0 @@ -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2020/05/resepi-masak-lemak-pucuk-paku-udang.html", "headline": "\nResepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang\n", "content": "\n\nResepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang\u00a0 |\u00a0 Assalamualaikum.. Hi korang... Jumaat baru ni aku dah start kerja macam biasa balik.. Nak ambil mood kerja balik tu makan masa sikit sebabnya sekarang ni dah kena ubah norma kebiasaan kepada norma baru kehidupan.. Moga segalanya dipermudahkan.. Insyaallah.. Semalam adalah hari paling kritikal bagi aku sampaikan balik kerja tu dah tak larat nak masak.. Haha.. So, hari ini adalah hari cuti, bolehlah kembali memasak seperti biasa.. Hari ni menu berbuka agak simple dengan dua menu sahaja iaitu Masak Lemak Pucuk Paku Udang dan aku goreng ikan Aya..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nAl-kisahnya, tengahari semalam aku ada la pergi ke Jaya Gading untuk beli sedikit barang keperluan.. Kebetulan ada adik tu bukak meja jual pucuk paku kat tepi jalan tu.. Lama dah teringinnya nak makan pucuk paku ni.. Cuma agak susah nak jumpa orang jual.. Takan nak pergi pasar semata-mata cari pucuk paku.. Tak berbaloi pulak.. Dah kebetulan ada depan mata, terus je berhenti dan beli 2 ikat..\u00a0\n\n\n\nNak dijadikan cerita, selepas je aku beli pucuk paku dengan adik tu dan ke kereta aku lihat semua pucuk paku yang banyak bertimbun tadi dah licin atas meja.. Eh! cepatnya habis.. Ajaib.. Pastu aku tengok ada kenderaan Penguatkuasa depan meja dorang.. Oh! patutla.. Dorang bergegas-gegas simpan dan angkat meja.. Takut disaman.. Alahai, kesiannya.. Nasib baiklah aku sempat beli.. Dapatlah merasa Masak Lemak Pucuk Paku Udang ni.. Hehe.. Moga urusan adik tadi dipermudahkan.. Moh le aku share resepi Masak Lemak Pucuk Paku bersama Udang...\n\n\n\nResepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang\n\n\n\n\n\n\n\n\nBahan-bahan :-\n\n\n\n\n1/2 kilo udang (kalau ada udang galah lagi best.. hehe)\n1 ikat pucuk paku (kalau sikit guna 2 ikat)\n1 susu kecil garam\nSedikit serbuk perasa\nSedikit serbuk kunyit (untuk tambah warna sahaja)\n1 kotak santan (campur dengan air)\n\n\n\n\n\n\nBahan kisar :-\n\n\n\n2 biji lada merah (aku guna satu je sebab lada besar gedabak)\n6 biji cili padi (5 biji hijau dan sebiji merah) - ikut kepedasan masing-masing\n3 ulas bawang merah\n2 inci kunyit hidup\n\n\n\n\n\n\n\nCara memasak Masak Lemak Pucuk Paku Udang\n\n\n\nMasukkan minyak ke dalam periuk.. Tumis bahan kisar dan sedikit serbuk kunyit sehingga masak..\nNext, masukkan santan, air secukupnya dan udang.. Sentiasa kacau supaya santan tidak naik minyak.\nSetelah mendidih, masukkan pucuk paku, garam dan serbuk perasa..\nMasak seketika dan bolehlah ditutup api..\n\n\n\nMemang mudah gile masak resepi ni.. Rasa pun sedap.. Tapinya masak pucuk paku tu jangan terlebih sangat ye.. Kalau lembik sangat dah tak sedap.. Selamat mencuba Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang yang mudah lagi sedap ni....!\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/07/lagu-raya-feberet-lea-azleeya.html", "headline": "\nLagu Raya Feberet Lea Azleeya\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\nHah amek ko... 3 entri sekali dalam masa terdekat... hohoho... Nak jugak la kongsi lagu raya yang paling paling paling paling menjadi feberet aku untuk setiap tahun... Tengok 'paling' tu sudah la.. Dah menggambarkan betapa sukanye lagu-lagu \u00a0ni.. Ahakz..\u00a0\n\n\n\nLagu Pertama\n\n\n\n\n\n\n\nRaya Yang Sempurna\n\n* Awie *\n\n\n\n\n\nLagu Kedua\n\n\n\n\n\n\n\nHalaman Asmara\n\n* Awie\u00a0+ Ziana Zain *\n\n\n\n\n\nLagu Ketiga\n\n\n\n\n\n\n\nSalam Aidilfitri\n\n* Jamal Abdillah *\n\n\n\n\n\nTu dia.. 3 lagu ye... Mesti nak dengar kalau time-time raya.... Kalau tak raya pown lagu-lagu ni masih valid untuk telinga Lea Azleeya ye.. Hehehe..\n\n\n\nSekian..\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/12/ibu-tiada-galang-ganti.html", "headline": "\nIbu.. Tiada Galang Ganti..\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum wbt...\n\n\n\nRajin betul jari jemari pagi ni.. Rajin menggoogle.. Rajin jugak menghapdet blog yang usang ni... Tengah dok menggoogle tadi terjumpa artikel berkenaan IBU.. Terdetik lak kat hati.. \"Menarik\".. So, dengan kerajinan yang ada ni nak jugak up kat sini.. Sebabnya aku sayang sangat kat ibu aku yang aku panggil 'Emak'..\u00a0\n\n\n\nDengan artikel ni, semoga memberi pengajaran kepada kita.. Supaya kita tak akan sama sekali melupakan ibu kandung kite yang dah bersusah payah melahirkan kita juga membesarkan kita.. Jom kite lihat....\n\n\n\nSemua gambar-gambar ni aku amek dari google ye..~!!\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekian...~!!\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/08/pokemon-go-fever.html", "headline": "\nPokemon Go Fever\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\nPokemon Go Fever \u00a0|\u00a0 Kemana aje aku pergi mesti orang dok sebut pasal apps POKEMON GO.... Bila baca surat khabar, ada tulis pasai pokemon go.. Bila baca facebook, berlambak status pasai pokemon go.. Merata-rata dok cakap sal Pokemon Go.. Malaysia sedang dilanda demam Pokemon Go.. Kawan sebelah aku ni pown dah terjebak.. hehe..\u00a0\n\n\n\nDorang ada jugak tanye aku, ada install tak apps ni..?? Takat ni aku belom lagik mahu terjebak dengan Pokemon Go..?? Best ke apps ni?? Dok dengar-dengar cerita sana sini yang apps ni banyak keburukannya... Ada jugak yang kata telah diharamkan.. Ada jugak aku baca berita yang menyatakan, boleh mengancam keselamatan negara... Aku pown tak pasti la kesahihah cerita ni semua..\n\n\n\nBila dok baca katanye diharamkan dan mengancam keselamatan negara, rasa gerun jugak nak install dan main games ni.... Ada jugak aku dengar cerita ada yang menerima padah kerana dok asyik main games ni sampai xcident.. Betol ke?? huhuhu..\u00a0\n\n\n\nBila aku p jenjalan, tengok sekeliling memang dorang-dorang ni dok asyik dengan hp masing-masing.. Aku rasa dorang tengok syok main games pokemon go ni la gamaknye... Sebab apa aku cakap cenggitu, sorang-sorang dok tala hp masing-masing mencarik mende alah tu.. Haha.. Aku pown tak faham la apa yang best sangat.. Hanya yang minat games aje faham kowt tentang keseronokannya..\n\n\n\n\n\nKorang camne?? Dah terjebak jugak ke??\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2018/03/kulit-bebas-jerawat-dalam-masa-dua.html", "headline": "\nKulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Formula Terbaharu Eucerin\u00ae ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment\n", "content": "\n\nKulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu\u00a0 Dengan Formula Terbaharu Eucerin\u00ae ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment\u00a0 | Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.\u00a0 Bagi menangani masalah ini, Eucerin\u00ae, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin\u00ae ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.\u00a0 \u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nPelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.\u00a0\u00a0\n\n\n\nDiformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin\u00ae ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon (bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu) dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada :-\u00a0\n\n\n\n\u25cf Sepuluh peratus\u00a0 Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu\u00a0 AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;\u00a0\n\n\u25cf Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;\u00a0\n\n\u25cf Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nApabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam (Kulit berjerawat dipengaruhi oleh gaya hidup, faktor hormon dan keturunan, oleh itu penjagaan tambahan mungkin diperlukan untuk membantu mengurangkan komedon atau masalah jerawat, di samping amalan regimen penjagaan wajah yang betul. Untuk kes yang teruk, pengguna disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada ahli dermatologi), pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin\u00ae ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak. (Berdasarkan ujian yang dijalankan di Thailand dengan dua Sel yang terdiri daripada 80 peserta setiap satu)\u00a0 \u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nSertai Cabaran Bebas-Jerawat\u00a0 Eucerin\u00ae 14 Hari dan menangi produk Eucerin\u00ae bernilai RM12,000!\n\n\n\nDengan keputusan yang memberangsangkan ini, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat\u00a0 Eucerin\u00ae 14 Hari melalui dua langkah mudah :-\n\n\n\n\u25cf Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari\u00a0\n\n\u25cf Langkah Kedua: Poskan gambar \u201csebelum dan selepas\u201d anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE\u00a0\u00a0\n\n\n\nPemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin\u00ae bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin\u00ae bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nEucerin\u00ae ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE (Eucerin\u00ae ProACNE dahulunya dikenali sebagai Eucerin\u00ae DermoPURIFYER) yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.\u00a0\u00a0\n\n\n\nUntuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin\u00ae, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/07/pengaruh-talking-tom-pada-anak.html", "headline": "\nPengaruh Talking Tom Pada Anak\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\nPengaruh Talking Tom Pada Anak |\u00a0Aku rasa Apps My Talking Tom ni ramai yang tahu kan.. Terutama dikalangan kanak-kanak.. Termasuklah anak aku yang kecik tu.. hehe.. Aku tak pasti sama ada apps ni membantu perkembangan anak atau tak.. Yang aku tahu setelah sekian lama anak aku bersama apps Talking Tom ni pengaruh apps ni sangat kuat pada anak aku.. Kadang-kadang rasa ngeri.. hehe..\n\n\n\n\n\n\n\nQhaliff sangat sukakan apps talking tom ni.. Setiap kali dia nampak hp aku mesti dia minta aku bukakan apps tersebut... Naik risau lak aku kengkadang... Yang buat aku risaunya, dia kuat terikut akan perbuatan kucing dalam apps tersebut.. Tapi kengkadang rasa lucu jugak bila tengok dia tiru aksi Tom tu.. haha..\n\n\n\nContoh yang dia selalu tiru, bila dia minum air mesti dia buat bunyi 'lega' dia lepas minum air.. Korang mesti taukan camne bunyiiinye kan.. Aku pown tataw nak adaptasi dalam perkataan bunyi tersebut.. haha.. Aksi lain yang dia tiru, dia keluar masukkan lidah dia cam selera nampak makanan.. Dalam apps tu kan, bila Tom nampak makanan kan dia selalu buat aksi keluar masuk lidah seolah-oleh berselera nampak makanan.. Haha.. Adoiii aku tataw nak buat ayat camne lah wehh.. hiks..\n\n\n\nPendek kata, kanak-kanak ni memang cepat terpengaruh dengan apa-apa yang dia lihat.. Mungkin ada baiknya.. Ada juga buruknya.. Dalam usia kanak-kanak, dorang memang dalam pembelajarankan.. Moga anak aku terhindar dari pengaruh yang buruk.. Risau jugak zaman sekarang ni.. Terlalu banyak pengaruh yang tak baik... huhu..\n\n\n\nAnak korang camne lak?? Sama tak cam anak aku?? ahakz..\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/08/kenapa-sepi-tanpa-berita-wahai-bff.html", "headline": "\nKenapa Sepi Tanpa Berita Wahai BFF\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt\n\n\n\nKenapa Sepi Tanpa Berita Wahai BFF \u00a0|\u00a0 Alhamdulillah perut dah kenyang.... Sendawa dah beberapa kali.. Itu bermakna triple kenyang... Hehe.. Kenyang ke angin?? Haha.. Petang ni aku nak cerita pasal BFF aku yang dah menyepi tanpa kabar berita.. Sob.. Sob.. Sob..\u00a0\n\n\n\n\n\nGambar sekadar hiasan - Sumber google\n\n\n\nAku ada sorang BFF ni... Identiti dirahsiakan.. Haha..!! Jantina ofkos la gegel ye... Takan BFF boboyot lak kan... Korang aku tataw leee... Rasanye lama dah tak dengo kabar berita dia sejak dia bertunang.. Aku pown jarang-jarang wasap dia sebab tamo la ganggu dia.. Ahakz.. (alasan paling ohsem)..\u00a0\n\n\n\nKorang nak tahu tak bila aku mula kenal dia..?? Meh lah aku cite walaupown korang sememangnya tak hengen nak tahu.. Haha... Aku kenal dia masa aku sama-sama study dekat UiTM dulu.. Kami buat PJJ aje.. Taukan PJJ tu ape..?? Bukan Perkahwinan Jarak Jauh ye.. Tapi Pengajian Jarak Jauh.. Jauh lah sangat...!!\n\n\n\nYang membuatkan kami boleh jadi bff, masa hari pendaftaran untuk student baru aku memang tak de geng.. Aku tengok dia pown gerak solo molo jerk.. Aku ape agik buat-buat mesra katak la.. Haha.. Bermula dari situ la kitorang rapat... Lepas pada tu macam-macam hal kitorang buat... Ponteng kelas p tengok wayang la.. Pergi karok laa.. Lepak-lepak la... haha.. Seronok bukan main masa tu... Ada aje plan kitorang buat...\n\n\n\nKeadaan berubah bila aku dah kawin.. Kami dah jarang jumpa.. Jarang kontek... Masing-masing buat hal masing-masing.... Akhir tahun lepas kami rapat balik.. Hang out sama-sama.. Tapi aku amek cuti la hari kerja.. Kalau sabtu ahad memang tak boleh sebab hari tersebut adalah masa aku dengan keluarga....\n\n\n\nTapi kemesraan kami telah diragut kembali bila dia dah bertunang raya baru ni.. Hehe.. Kami kembali sepi sekuntum mawar merah.. Masing-masing menyepi.. Aku pown rasa segan pulak nak kontek dia.. Almaklumlah dah ada tunang.. Mestilah masa cuti hanya dengan encik tunang kan... \u00a0huhi..\n\n\n\nPape pown aku doakan dia bahagia walau dimana dia berada.... Ucapan keramat untuk dia dari aku..\n\n\n\nWa sayang lu der.. Haha..!! Sies wehhh...\u00a0\n\nMuaxxx ciked..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/05/review-book-lukisan-tarbiah-by-abeben.html", "headline": "\nReview Book | Lukisan Tarbiah By Abeben\n", "content": "\n\nReview Book | Lukisan Tarbiah By Abeben \u00a0|\u00a0 Seperti biasa.... Dah habis baca sesebuah buku, harus aku review.. Hiks.. Kali ni aku nak review buku dari koleksi Tarbiah Sentap iaitu Lukisan Tarbiah by Abeben... Mungkin ada yang dah baca kot sebab buku ni dah lama diterbitkan.. Aku jerk baru terhegeh-hegeh nak baca... hehe.. Biasalah selalu sangat tertinggal train.. Huhu..\n\n\n\nLukisan Tarbiah dari Abeben\n\n\nOrite, buku ni aku habiskan membacanya \u00a0hanya dalam satu hari sahaja... Tak memakan masa yang lama.. Mungkin sebab ianya adalah sebuah komik, makanya keseronokan membaca tu ada dan dapatlah dihabiskan dalam masa yang singkat... Eceli, buku Lukisan Tarbiah ni adalah hadiah\u00a0Giveaway\u00a0dari\u00a0Blogger Rii\u00a0... Dah lama kot aku dapat dan baru sekarang ada masa untuk membacanya.. Alhamdulillah aku baca pada 12.05.2017 dan habis pada hari yang sama..\u00a0\n\n\n\nApa yang terkandung dalam buku ni yek? Jom sama-sama kita tengok...\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni adalah antara isi kandungan buku ni.. Banyak kot!! Sungguh pun banyak, ianya tak membosankan kerana buku ni diadaptasi dalam sebuah komik.. Banyak nasihat-nasihat yang berguna boleh kita ambil ikhtibar dalam buku komik ni.. Mesti ramai dikalangan korang yang suka baca komik kan... Haaa aku suggest korang beli buku ni untuk santapan minda korang... Sekali sekala baca buku komik islamik.. Baru ada kelainan.. Tak de la asek baca komik lucu dan cinta aje kan.. Disamping menambah ilmu agama.. Terbaikk toqqq..!!\n\n\n\n\n\nDalam banyak-banyak cerita dalam buku ni, tajuk 'Kerana Doamu' ni dapat membuatkan aku sebak.. Seorang doktor pakar yang terlalu sibuk dengan kerja luar.. Miting sana.. Miting sini.. Sampaikan pesakit yang memang memerlukan rawatan segera terpaksa tunggu terlalu lama untuk temujanji doktor pakar tersebut.. Satu hari, dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat, pelbagai kejadian berlaku kepada doktor pakar tersebut, sehinggalah membawa kepada sebuah pertemuan yang tak disangka dengan pesakit yang memerlukan rawatan doktor pakar tersebut di rumahnya.. Berkat doa sang ibu... Lepas tu barulah, doktor pakar tu sedar yang dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor pakar yang diperlukan oleh ramai pesakit... Huhu sebak wooo...\n\n\n\n\nOk, gambar kat atas ni antara page yang ada dalam buku ni..\n\n\n\n\n\n\nLast sekali, sinopsis buku ni.. Korang baca sendiri la yek kat atas ni.. Aku tak taip kat sini sebab gambar kat atas ni boleh dibaca dengan jelas.. Hehe.. Pemalas kan.. Haha!!\n\n\n\nKonklusinya, aku sangat, sangat lah mencadangkan korang untuk baca buku Lukisan Tarbiah ni.. Banyak pengajaran yang korang akan dalam melalui buku ni.. Pelbagai nasihat diberikan.. Mungkin dalam kehidupan kita ni, kengkadang kita rasa bende yang kita buat tu dah betul.. Rupanya tak betul.. Dalam buku ni banyak teguran dibuat untuk panduan kita menjalani kehidupan seharian kita.. Jadi, jom la sesama perbetulkan apa yang tersilap.. Moga kita sama-sama istiqomah ye.. :)\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2020/11/planner-2021-pilihan-aku-planner-by-aqisbi.html", "headline": "\nPlanner 2021 Pilihan Aku Planner By Aqisbi\n", "content": "\nPlanner 2021 Pilihan Aku Planner By Aqisbi\u00a0 |\u00a0 Wahh lama gile kot tak berupdate blog ni.. Makin hari makin malas aku nak mengadap pc untuk menaip sesuatu di sini.. Mungkin di pejabat dah seharian aku mengadap pc sambil jari jemari ligat menaip surat.. Kehkeh.. Drama tu penting ye uolls.. Haha!!Ni dah penghujung tahun.. Dah masuk bulan November dah pun.. Tak lama lagi masuk la tahun baru, tahun 2021.. Cam biasa, hujung tahun mula la aku dok meriki-riki planner baru yang superb kiut.. Pening jugak sebenarnya nak buat pilihan sebab sekarang ni banyak sangat planner cantik-cantik kat pasaran.. Untuk tahun 2021, aku pilih Exclusive Planner by Aqisbi.. Gerenti puashati u.. Hiks..Kalau tahun lepas aku pilih planner dari plannerhut, tahun ni aku bertukar angin sikit dengan planner by Aqisbi.. Code yang aku pilih adalah Magezine.. Aku beli di shopee je mudah\u00a0 dan murah.. Dapat free postage dan dapat pulak free gift.. hehe..\u00a0Sebelum beli planner ni, banyak jugak la pilihan yang aku ada.. Ada yang jenis leather, ada yang jenis cover transparent, ada yang jenis macam ni jugak dan banyak lagi la.. Aku fikir, kalau beli yang jenis insert punye, aku ni jenis malas nak mencantikkan planner.. Jadi, aku pilih yang dah sememangnya cantik dan cute isi dalamnye.. hehe..\u00a0Set Planner By AqisbiExclusive PlannerFinancial PlannerWall CalenderRuler PlannerBookmarkStickerPenExclusive BoxApa yang exclusive dengan planner by Aqisbi ini?RING BIND - Senang sangat nak buka setiap daripada 280 muka surat walaupon bahagian tengah. Paling best sebab boleh jimat ruang sebab guna ring bind boleh lipat planner ke belakangTAB & SEPERATOR - Ada tab dari bulan January hingga December. Mudah dan cepat nak selak terus ke bulan yg kita nak. Nak review balik aktiviti bulanan pon senangMINIMALIST - Design dan warna yg minimalist nampak kemas dan tenang je buat yg melihatnya. Memang seronok nak menatap planner ni setiap hariILMU TAJWID - Content tambahan dalam ekslusif planner 2021 ni, kita back to basic ok! Ilmu tajwid dlm bentuk infografik disampaikan dengan santai dan berwarnaELASTIC BAND - bukan hanya utk tampak ekslusif, malah utk elakkan planner dari senang terbuka semasa dibawaLIMITED EDITION - Hanya 30,000 unit sahaja available. Bayangkan korang yg ada planner ni adalah 0.0009% je dari rakyat Malaysia 32 juta orgSO EXCLUSIVEApa content exclusive planner 2021 ini?\u2714\ufe0f Vision board\u2714\ufe0f 2021 goals\u2714\ufe0f Time to travel\u2714\ufe0f Time to exercise\u2714\ufe0f Checklist Khatam quran\u2714\ufe0f Yearly reading log\u2714\ufe0f Blank pages 40+\u2714\ufe0f Calendar 2021\u2714\ufe0f Calendar Hijri (1442H-1443H)\u2714\ufe0f Monthly plan\u2714\ufe0f Weekly & daily plan\u2714\ufe0f Mutabaah amal\u2714\ufe0f Letters to my creator\u2714\ufe0f My quran moment\u2714\ufe0f Weekly affirmation\u2714\ufe0f Task management\u2714\ufe0f Ramadhan roadmap\u2714\ufe0f 2021 Roadmap\u2714\ufe0f 2021 Planning ChartTak sabar nak tunggu 2021 nak melakar kenangan di dalamnya.. Walaupun tak rajin mana menulis pada tahun ni, azam tahun 2021 mahu berubah kepada menjadi lebih rajin menulis.. Asek tulis\u00a0 buku servis jerk kan.. Haha.. Hope tahun 2021 lebih baik dari tahun ini untuk aku dan juga untuk semua orang jua.. Insyaallah..\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/09/safi-shayla-pek-fleksi-pelbagai-fungsi.html", "headline": "\nSAFI Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\nSAFI Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi \u00a0|\u00a0 Rasanya dah banyak kowt aku guna syampu seumur hidup aku ni.. Berbagai-bagai syampu aku cuba.. Ada yang sesuai dan ada yang tak sesuai.. Kalau kena yang tak sesuai tu, alamatnya berguguranlah helaian rambut aku ni haa.. Time mula-mula Safi Shayla diperkenalkan, akulah orang pertama yang terlebih excited nak mencuba Safi Shayla ni sebabnya Syampu Safi Shayla ni khas untuk wanita bertudung.. Masa tu aku masih mencari-cari syampu yang sesuai untuk aku.. Bila dah cuba Safi Shayla ni, ternyatalah sangat sesuai dengan rambut aku yang berkeladak time tu.. Haha..\n\n\n\nKalau dulu Safi Shayla ni dikeluarkan dalam botol macam syampu-syampu lain.. Tapi sekarang Safi Shayla dah berevolusi baru dengan Pek Fleksi lebih jimat dan lebih murah.. Jom ikut aku selongkar apakah yang tersirat dan tersurat disebalik Pek Fleksi Safi Shayla ni..\n\n\n\n\n\nSAFI Shayla pilihan aku\n\n\n\nSepertimana yang korang tahu, rambut adalah mahkota bagi setiap wanita... Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri.. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.. Bagi individu bertudung, penjagaan rambut sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya..\n\n\n\nKalau dilihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ni, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama dapat memberikan nilai dan kualiti yang tinggi.. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah...\n\n\n\nMemahami keperluan wanita bertudung moden, Safi Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi iaitu\u00a0Safi Shayla Pek Fleksi..\n\n\n\n\"Safi Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. Dengan Safi Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh menggunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara... Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.\" Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran Safi..\n\n\n\nMenurutnya lagi, \"Inovasi Pek Fleksi ini merupakan inovasi pertama dalam industri syampu.. Diambil dari perkataan \"fleksibel\" iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, Safi Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.\"\n\n\n\nWalaupun dah bertukar pek tetapi warna dan corak rekabentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi ini masih dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla Pek Pam dan botol supaya memudahkan pengguna-pengguna Safi Shayla untuk mencari produk ini.. Kalau pihak pengurusan tukar warna dan corak nanti susah pulak korang nak mengecam syampu ni.. Tu sebab warna dan corak dikekalkan..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPek Fleksi ini didatangkan dalam saiz 480g bagi memudahkan para pengguna membaca kemana sahaja.. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65%... Macam yang korang tahu, Safi Shayla didatangkan dengan 8 variasi.. Yang mane satu pilihan korang?? Aku ofkos la yang kuning tu.. Oil Scalp Control - Untuk mengawal lebihan minyak dan menyamankan.. Aku memang mempunyai masalah kulit kepala berminyak.. Sekarang ni alhamdulillah dah ok sejak aku guna Safi Shayla ni...\n\n\n\n\n\nYang Pek Fleksi ni aku baru aje cuba.. Sebab sebelum ni aku guna yang dalam botol... Tapi khasiatnya sama aje dengan yang botol cuma yang bezanya pek nya sahaja... Dulu botol sekarang Pek Fleksi.. Hehe..\u00a0\n\n\n\n\n\nTengahari tadi baru aku rasmi Safi Shayla Pek Fleksi ni sebenarnya.. Kebetulan syampu aku yang dalam botol tu dah habis, so boleh la rasmi yang Pek Fleksi ni pulak... Macam biasalah, selepas syampu rambut mesti rasa terlebih selesa kulit kepala ni.. Rasa nyaman gile kowt.. Dah alang-alang nak keluar bershopping dan kepala pown rasa selesa, mula la mood nak melawo datang tetiba... Haha.. Tengah mood elok ni la boleh nak bergaya dengan shawl bagi.. So, petang tadi aku memilih untuk mengenakan shawl dari Sugarscarf peach colour.... Kemain agik ko...!! Haha... Alah bukan selalu kowt nak melaram.. Ye dak??\n\n\n\n\n\n\n\nOkeh dipendekkan cerita, produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hyper utama pada harga RM 14.65..\n\n\n\nUntuk maklumat lebih lanjut mengenai jenama SAFI,\n\nsila layari :-\n\n\n\nFacebook\n\nhttp://www.facebook.com/SAFI.MY\n\n\n\nInstagram\n\nhttps://www.instagram.com/safimalaysia\n\n\n\nYoutube\n\nhttp://www.youtube.com/safimalaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/05/karaoke-sampai-lebam-dengan-smule.html", "headline": "\nKaraoke Sampai Lebam Dengan SMULE\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nWahh kemain yek sekarang... Bukak aje fb, ada jerk video karaoke by smule daripada peminat-peminat karaoke yang di post maupown di share... Fenomena karaoke dengan menggunakan aplikasi SMULE ni dah makin hangat diperkata dan \u00a0melanda dunia hari ini... Almaklumlah dunia hari ini hanya dihujung jari...\n\n\n\nBagi yang memang kaki karaoke, sudah pastinya aplikasi ni sangat bermakna bagi korang kan.. Tak payah lagi nak jelajah pusat-pusat karaoke untuk menyumbangkan suara... Dengan Aplikasi Smule ni dah boleh suara disumbang dan dirakam untuk kenang-kenangan.. Haha..\n\n\n\nRamai jugak aku tengok yang dah terfemes dengan adanya aplikasi SMULE ni.. Ada yang dah diambil menjadi artis rakaman pown.. Terbaru yang aku dapat tahu Khai Bahar dah disunting jadi artis NAR Record.. Sebelumnya memang aku ikut nyanyian Khai Bahar ni dekat smule.. Suara dia memang best.. hehe.. Selain tu ada la beberapa orang lagi yang aku suka dengar dorang nyanyi... Best..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nOkeh.. Bagi yang belum tahu dan tak pernah tahu dengan kewujudan aplikasi ini... Meh aku kabo sikit kat sini.. Aplikasi ini boleh di install di Google PlayStore secara PERCUMA ye.. Bila dah kita join SMULE ni, jika korang nak menjadi ahli VIP, korang kenalah bayar ye.. Untuk tempoh sebulan/ RM3.50 dan setahun/RM28 sahaja.. Banyak ohhh kelebihan kalau dah jadi ahli VIP ni... Sound dia ofcos la best dari yang free kan... Suara pown boleh menjadi meletop.. Haha..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTu diaa.. Aku pown tak ketinggalan jugak... Nakk jugak join smule.. haha.. ko hadoooo?? \u00a0Tapi bukan untuk femes ye.. Hanya untuk suka-suka.. Baru je lagik aku join.. Haha... Join hanya untuk melepaskan gian yang telah sekian lama meninggalkan dunia karok... Dulu aku pown suka karaoke jugak.. Sekarang je dah pencen.. Bila ada aplikasi ni, aku pown join la.. Boleh la karaoke sorang-sorang dekat rumah.. Identiti dia rahsiakan ye.. Malu sebab suara huru-hara.. Haha... Bio lee aku simpan untuk kenang-kenangan aku jerk... huhu..\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/04/sudah-ku-tahu.html", "headline": "\nSudah Ku Tahu\n", "content": "\n\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\nTeruja lak dengan lagu dari Projector Band ni... Sudah Ku Tahu.. Lirik dia best... Lagu dia best... Hari-hari dok menyanyi-menyanyi kecil.. hehe... Menanyi kecik je la boleh.. Kang buat nyanyian besar-besaran kang ada yang tercabut atap rumah.. Hahaha... Jom layan lagu ni...\n\n\n\n\n\nSudah Ku Tahu\n\n\n\nSeringkali aku menduga\n\nSeringkali ini terjadi\n\nSegala rahsia sudah ku tahu\n\nRupanya aku tak dicintai\n\n\n\nUntuk apa kau buat ku begini\n\nSegala apa yang telah ku lakukan\n\nAirmataku mengalir dipipi\n\nSegala yang ku korbankan tuk' dirimu\n\n\n\nMengapa masih lagi ku\n\nBerdiri ku menunggu cintamu\n\nMengapa masih adamu\n\nMenyakiti siang malamku\n\nAku terima cintaku dipersiakan\n\n\n\nSayang\n\nAku kau lupa\n\nAku kau luka\n\nTanpa kau sedar\n\n\n\nSayang\n\nSelamat tinggal\n\nAku akan pergi\n\nBuat selamanya\n\n\n\nAku pasti kau bahagia tanpaku\n\nSelamanya..\n\n.\n\n.\n\nAku doakan kau bahagia tanpaku\n\nSelamanya...\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2021/05/its-sixpack-minuman-kopi-terbaru-keluaran-aik-cheong-coffee.html", "headline": "\nIT'S SIXPACK Minuman Kopi Terbaru Keluaran Aik Cheong Coffee Berkonsepkan \"Family-Styled Boxed\"\n", "content": "\n\nIT'S SIXPACK Minuman Kopi Terbaru Keluaran Aik Cheong Coffee Berkonsepkan\n \"Family-Styled Boxed\"\u00a0\n |\u00a0 Hi Guys!.. Setiap hari kalau tak pekena kopi memang tak sah.. Dengan\n aroma dan rasa kopi itu sendiri dapat membangkitkan semangat untuk memulakan\n hari bagi penggemar kopi seperti aku.. Dengan perkembangan\u00a0 dan perubahan\n semasa, kini revolusi kopi semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan\n produk kopi yang lebih berkualiti, berinovasi dan berbaloi seperti produk\n minuman kopi keluaran Aik Cheong Coffee ini..\u00a0\n\n\n\n\n\nTentang Aik Cheong Coffee\n\n\n Tidak dinafikan pelbagai jenama kopi terdapat di pasaran sekarang.. Apa yang\n membezakannya adalah dari segi packaging dan mungkin juga dari segi rasa..\n Bagi Aik Cheong Coffee, mereka sentiasa berusaha keras untuk memenuhi\n permintaan pelanggan dalam penghasilan produk yang berkualiti dan berbaloi..\n Memandangkan sekarang musim PKP dimana kita tidak dibenarkan untuk dine di\n kedai, jadi bersesuaianlah dengan konsep yang dibawa oleh Aik Cheong Coffee\n iaitu \"nikmati rasa kopi sebenar di rumah\".. Jom aku ceritakan serba sedikit\n tentang Aik Cheong Coffee..\n\n\n\n\n\n Aik Cheong Coffee ini merupakan jenama kopi yang terkemuka di Malaysia yang\n telah bertapak dalam industri kopi di Malaysia dan antarabangsa hampir 66\n tahun.. Dengan usaha yang penuh komited dalam mempromosi, mereka berjaya\n mengekalkan reputasi yang cemerlang, berkualiti serta sentiasa mempertingkat\n dan memenuhi tahap kepuasan pelanggan daripada generasi ke generasi sehingga\n ke hari ini..\n\n\n Antara rangkaian produk kopi segera keluaran Aik Cheong adalah seperti Kopi O,\n White Coffee, Teh Tarik, Hot Chocolate dan banyak lagi selalu menjadi\n kegemaran rakyat tempatan. Pengasasnya telah menurunkan resepi rahsia dan\n falsafah jenama kepada warisnya sejak 60 tahun lalu.\u00a0\n\n\n Selari dengan kemajuan pada hari ini, Aik Cheong Coffee telah menghasilkan\n produk terkini dan lebih berinovasi seperti produk yang telah berjaya mencipta\n satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera yang dikenali sebagai \"IT'S\n more than just\" yang telah dilancarkan pada tahun 2019 dimana produk ini\n mencatatkan rekod jualan lebih 1 juta cawan berjaya dijual pada tahun\n tersebut. Manakala pada tahun 2020 pula, satu lagi produk baru dilancarkan\n iaitu produk makanan kesihatan IT'S Granola dengan mengetengahkan slogan \"You\n oat to try\"..\n\n\nAik Cheong Coffee - IT'S Cup Series\n\n\n\n\n\n Kadang kala bila berada dalam keadaan yang terlalu sibuk, sudah pasti kita\n mahu menikmati secangkir kopi dengan cara yang lebih mudah tanpa perlu\n bersusah payah untuk mengediakannya.. Betul tak? Memahami kehendak pelanggan,\n Aik Cheong Coffee telah mengeluarkan IT'S Cup Series yang lebih mudah\n dinikmati berkonsepkan \"pick-me-up\"dengan rumusan terbaru dari Aik Cheong..\n\n\n IT'S Cup Series ini didatangkan dalam cawan yang mudah dibawa kemana sahaja\n dan dinikmati dalam pelbagai situasi dengan warna yang terang dapat\n menceriakan hari dengan warna yang menarik. IT'S Cup Series ini hadir dengan 6\n variasi kopi dalam cawan dengan rasa yang berbeza iaitu :-\n\n\n\nIT'S Flat White Extra Shot\nIT'S Cappuccino Choco Topping\nIT'S Teh Tarik Gula Melaka\nIT'S Long Black Extra Shot\nIT'S Matcha Latte Nate De Coco\nIT'S Chocolate Marshmallow\n\n\n\n\n\n\n Keenam-enam varisi IT'S Cup Series ini aku dah cuba dan semuanya aku suka\n terutama sekali IT'S Chocolate Marshmallow.. Aku ni penggemar Chocolate yang\n tegar juga sebenarnya.. Apa sahaja yang berperisa coklat pasti aku teruja\n untuk mencubanya.. Bila Aik Cheong Coffee keluarkan minuman berperisa coklat\n sudah pastinya ia akan menjadi one of my favorites.. Apa yang boleh aku\n katakan, rasanya memang sedap dan menepati citarasa aku.. Begitu jugalah\n dengan perisa yang lain.. Ini bermakna, Aik Cheong Coffee memang memahami\n kehendak dan citarasi pelanggannya..\u00a0\n\n\n\nAik Cheong Coffee - IT'S Granola\n\n\n\n\n\n\n\n \"Easy Oat, Easy Go\" itulah perumpamaan yang boleh diberi kepada makanan ringan\n yang popular dan mudah disediakan di dunia ini iaitu IT'S Granola dari Aik\n Cheong Coffee.. Bukan sahaja kopi yang mereka keluarkan tetapi makanan ringan\n juga dikeluarkan oleh mereka.. IT'S Granola ini mengandungi bahan-bahan\n semulajadi seperti oatmeal, chia seeds, coconut sugar dan canola oil.. Ia\n mempunyai dua citarasa yang berbeza iaitu Mixed Berries dan Mixed Fruits and\n Nuts yang didatangkan dalam cawan yang mudah dibawa dan dinikmati pada\n bila-bila masa dan dimana sahaja.\n\n\n\n Apa yang bagusnya IT'S Granola ni, rolled oat dipanggang dengan madu dan\n minyak canola merupakan sumber serat makan yang tinggi dan serat larutnya pula\n berkesan untuk menurunkan kolestrol manakala Vitamin E pula mempunyai kesan\n anti-pengoksidaan untuk fungsi anti-penuaan dan kecantikan.. Buah kering dan\n kacang pula berfungsi mengekalkan semua mineral dan bahan antioksidan, tetapi\n dalam bentuk pekat serta diperkaya dengan vitamin dan protien.. Yogurt bites\n pun ada tau dalam ni yang dapat menggalakkan pencernaan dan melindungi\n kesihatan gastrousus..\n\n\n\n\n\n\n\n Aku salah seorang penggemar IT'S Granola ni.. Rasa dia memang sedap..\n Kebiasaannya aku makan granola ni waktu malam ketika rasa lapar dan ketika aku\n rasa aku nak diet kerana IT'S Granola ni dapat berikan rasa kenyang yang lebih\n lama.. Sekaligus aku dapat amalkan diet yang sihat.. Hiks..\n\n\n\nIT'S SIXPACK Minuman Kopi Terbaru Keluaran Aik Cheong Coffee Berkonsepkan\n \"Family-Styled Boxed\"\n\n\n\n\n\n\n Selari dengan perkembangan industri kopi di Malaysia dan kemunculan pelbagai\n jenama kopi di pasaran, membuatkan Aik Cheong Coffee sentiasa bekerja keras\n untuk memenuhi permintaan pelanggannya dengan menghasilkan produk yang\n berkualiti dan berinovasi serta memberi kelainan untuk kepuasan pelanggan..\n Terkini, Aik Cheong Coffee telah melancarkan satu lagi produk IT'S Series\n terbaru iaitu IT'S SIXPACK berkonsepkan \"Family-Styled Boxed\" dimana ia masih\n mengekalkan konsep \"nikmati rasa kopi sebenar di rumah\".\u00a0\n\n\n Bagi siri terbaru ini, IT'S SIXPACK menampilkan empat citarasa berbeza iaitu\n :-\n\n\n\nIT'S White Coffee Salted Gula Melaka\nIT'S Chocolate Marshmallow\nIT'S Cappuccino Choco Topping\nIT'S Teh Tarik Gula Melaka\n\n\n\n\n\n\n IT'S Series kali ini didatangkan dalam kotak yang lebih bergaya dengan warna\n yang ceria direka untuk dijadikan SIXPACK untuk kegunaan rumah dan ditempat\n kerja.. Setiap kotak mengandungi 6 set lengkap (premix, topping dan gula\n perang) dikemaskan dalam sachet yang mudah dibawa dan digunakan untuk 6\n hidangan minuman dan didalamnya juga terdapat nombor pada setiap bungkusan\n untuk dijadikan rujukan bagi langkah-langkah penyediaan minuman yang sempurna\n dan memenuhi citarasa tersendiri para pelanggan Aik Cheong Coffee. Semua bahan\n juga ditutup dan dibungkus dalam pembungkusan individu untuk memastikan\n keselamatan produk dan kebersihan untuk dihidang.. So, tak perlu risau ok!\n\n\n\nIT'S White Coffee Salted Gula Melaka\n\n\n\n\n\n Ini adalah salah satu variasi kopi yang agak menarik untuk dicuba kerana IT'S\n White Coffee Salted Gula Melaka ini telah divariasikan daripada Aik Cheong\n Original White Coffee yang telah dicampurkan dengan Salted Gula Melaka untuk\n memberi rasa yang berbeza dan diperkaya dengan Gula Melaka. Kalau korang nak\n tahu, Gula Melaka dikategorikan sebagai gula yang lebih sihat dimana \"index\n glycemic\" yang rendah serta kaya vitamin dan mineral.\n\n\n Ok, dalam set IT'S White Coffee Salted Gula Melaka ni ada sachet White Coffee\n Salted Gula Melaka Premix dan juga Freeze Dried Coffee.. Dengan gabungan dua\n citarasa yang berbeza ini, korang dapat menikmati rasa kopi klasik yang\n dirumus khas menggunakan bahan berkualiti tinggi dengan taburan gula melaka\n yang masin menaikkan lagi rasa minuman ini dari rasa yang biasa..\n\n\nIT'S Cappuccino Choco Topping\n\n\n\n\n\n Buat peminat minuman Cappuccino korang wajib cuba yang ini kerana IT'S\n Cappuccino Choco Topping ni adalah minuman cappuccino khas yang mungkin tidak\n akan dapat korang bezakan dari Latte, sebabnya korang akan dapat secawan\n cappuccino di atasnya coklat.. Tidak ada yang menenangkan jiwa seperti secawan\n cappuccino semasa rehat.. Cewaahhh!!\n\n\n Ok, dalam set IT'S Cappuccino Choco Topping ini pula terdiri daripada tiga\n sachet yang berbeza iaitu Cappuccino Premix, Choco Toppings dan Brown Sugar\n dimana korang boleh campurkan kesemuanya untuk nikmati rasa yang enak atau\n mengikut citarasa korang sendiri.. Manalah tahu, ada yang tidak suka akan\n brown sugar atau coklat kan, so tak perlu campurkannya.. Ikut citarasa\n masing-masing.. Mudah kan?\n\n\nIT'S Chocolate Marshmallow\n\n\n\n\n\n Yeahh this is one of my favorites, IT'S Chocolate Marshmallow! I'm so excited\n about the chocolate drink! I'm craving now! OMG!!\n\n\n Rasa tertekan di tempat kerja? Haaa inilah minuman yang selalu aku layan untuk\n hilangkan stress aku.. Sesungguhnya coklat memang dapat menenangkan tekanan\n yang dihadapi.. Sentiasa kena pastikan IT'S Chocolate Marshmallow ni ada di\n rumah supaya mudah untuk diminum bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.. Untuk\n set ini, terdiri daripada 3 campuran berbeza yang dikemaskan dalam sachet\n iaitu Chocolate Premix, Marshmallow dan juga Brown Sugar..\u00a0\n\n\n\n\n\n Buat peminat minuman coklat, aku recommend korang untuk cuba IT'S Chocolate\n Marshmallow ini.. Korang pasti sukakannya kerana rasanya sangat sedap.\n Ditambah pula dengan adanya marshamallow, membuatkan minuman ini lain dari\n yang lain.. Paling menarik, rasa coklatnya tidak hambar tetapi rasa enak\n dengan kepekatan coklat yang tiada bandingannya.\n\n\nIT'S Teh Tarik Gula Melaka\n\n\n\n\n\n Rindunya nak nikmati secawan teh tarik di kedai.. Apakan daya sekarang musim\n PKP, tidak dibenarkan sama sekali menjamu selera di kedai makan.. So, simpan\n dulu hasrat itu buat sementara waktu.. Walaupun begitu, aku masih boleh\n nikmati secawan teh tarik dirumah dengan IT'S Teh Tarik Gula Melaka dari Aik\n Cheong ni.. Rasanya pun sehebat teh tarik di kedai tau dengan campuran gula\n melaka membangkitkan lagi aroma teh tarik itu..\n\n\n Apa yang membezakan teh tarik keluaran Aik Cheong Coffee ini adalah setnye\n terdiri daripada 2 sachet iaitu Teh tarikh Gula Melaka Premix dan juga Nata De\n Coco.. Selain dapat merasai keenakan teh tarik gula melaka, korang juga akan\n merasai kelainan dengan kehadiran Nata De Coco dalam teh tarik Aik Cheong\n Coffee ini.. Best tau!\n\n\n Jom layan video aku menyediakan minuman 4 flavour IT'S SIXPACK ini!\n\n\n\nDapatkan IT'S SIXPACK dari Aik Cheong Coffee Ini Sekarang Untuk Nikmati\n Rasa Yang Berbeza\n\n\n Bagi penggemar kopi, coklat dan teh tarik, korang mesti cuba IT'S Series ini..\n Tak kiralah sama ada IT'S Cup Series ataupun IT'S SIXPACK.. Korang pasti akan\n merasai perbezaannya.. Jangan lupa juga tau cuba IT'S Granola.. Bagus untuk\n kesihatan dan diet yang sihat.. Hehe..\n\n\n Kenapa korang patut cuba produk Aik Cheong Coffee ni? Haa kerana Aik Cheong\n Coffee sentiasa memberi jaminan terhadap kualiti pembungkusan dan kenikmatan\n kopi untuk para pelanggannya. Produk IT'S SIXPACK dan juga kesemua produk IT'S\n Series ini boleh didapati secara online di Shopee dan juga Lazada serta boleh\n juga didapati di supermarket terpilih seperti Aeon Big, Giant dan Mydin di\n seluruh Malaysia. Nikamti minuman yang berkualiti dengan aroma yang menarik\n pada bila-bila masa dan dimana jua..\n\n\n Sebarang pembelian dan info lanjut, boleh layari :-\n\n\n \ud83d\udc49 Shopee :\n https://shopee.com.my/aikcheong\n\n\n \ud83d\udc49 Lazada :\u00a0lazada.com.my/shop/aik-cheong-coffee-roaster/\n\n\nWebsite Aik Cheong Coffee\n\n \ud83d\udc49\u00a0https://www.aikcheong.com.my/\n\n\nAik Cheong Coffee Social Media :-\n\n \ud83d\udc49 Facebook :\u00a0https://www.facebook.com/aikcheongcoffee\n\n\n \ud83d\udc49 Instagram :\n https://www.instagram.com/aikcheong_official\n\n\nIT'S More That Just Social Media :-\n\n \ud83d\udc49 Facebook :\u00a0https://www.facebook.com/itsbyacc\n\n\n \ud83d\udc49 Instagram :\n https://www.instagram.com/its_by_acc\n\n\n\n#aikcheongcoffee\u76ca\u660c\u5496\u5561#\u505a_\u81ea\u5df1\u00a0#BeYourSelfAlways\u00a0#itsbyacc\u00a0#itsmorethanjust\u00a0#ITS\u00a0#ItsCup\u00a0#itstimetobelieve\u00a0#Hoot9eeeee\u00a0#InilahMasanya\u00a0#VITAMEDIA\u00a0#ASKPERT\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2021/08/tidak-mahu-nampak-tua-sebelum-usia-amalkan-sakura-collagen.html", "headline": "\nTidak Mahu Nampak Tua Sebelum Usia, Amalkan Minuman Kolagen Sakura Collagen+ Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda\n", "content": "\nTidak Mahu Nampak Tua Sebelum Usia, Amalkan Minuman Kolagen Sakura Collagen+ Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda\u00a0 |\u00a0 Assalamualaikum.. Hi korang.. Sihat ke tu? Aku doakan kita semua sentiasa berada dibawah lindungan-Nya dan dipermudahkan segala urusan seharian kita.. Amiin YRA... Kali\u00a0 ni aku nak share dengan korang minuman kolagen yang sedang aku amalkan sekarang ni.. Bagus tau produk ni.. Bagus untuk kulit dan juga kuku.. Almaklumlah usia kita ni semakin hari semakin meningkat, so kenalah jaga dari awal ni supaya tak nampak tua sebelum usia.. Kalau boleh biar usia jauh ke hadapan tetapi kita menten awet muda.. Hah gittchewwww!! Haha..Tidak Mahu Nampak Tua Sebelum Usia, Amalkan Minuman Kolagen Sakura Collagen+ Untuk Kekal Cantik Dan Awet MudaSelain rutin penjagaan kulit, menjaga pemakanan juga penting untuk mengatasi masalah kedutan pada kulit... Kedutan kulit ni membuatkan kita nampak tua walaupun umur kita belum mencecah 30 tahun.. So, nak ke korang tua sebelum usia? Haaa kalau tidak mahu nampak tua sebelum usia, amalkan minuman kolagen Sakura Collagen+ untuk kekal cantik dan awet muda.. Inilah minuman kolagen yang aku amalkan sekarang, Sakura Collagen+ dari Vii Nutrition.. Dah masuk kotak kedua aku amalkannya.. Yang penting rasa dia sedap.. Haha.. Kalau tak sedap, mana mahunya sampai kotak kedua dah kan.. Hiks..Penting sangat ke kolagen ni?Ya tuan-tuan dan puan-puan, kolagen ini sangat penting.. Kolagen akan mula berkurangan pada usia 25 tahun.. Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjsama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal.. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.. Bila dah nampak kedutan, itu menandakan proses penuaan sedang berlaku.. hehe..Disebabkan itulah khasiat kolagen ni diaplikasikan dalam industri makanan, perubatan, kesihatan dan komestik.. Lagipun, di kalangan kita pada hari ini dah ramai sedar tentang kebaikan kolagen terutamanya dari sudut kecantikan kulit.. Tidak hairanlah di pasaran sekarang ni terdapat lambakan produk makanan tambahan yang mengandungi kolagen di jual.. Namun begitu, bagi aku sendiri minuman kolagen dari Vii Nutrition ni sangat berbeza dan memberikan kesan yang superb ohsem!! Jom aku ceritakan keistimewaan Sakura Collagen+ ini..Sakura Collagen+ Dari Vii NutritionSebelum aku bercerita tentang Sakura Collagen+, aku nak cerita dahulu tentang Vii Nutrition.. Untuk pengetahuan korang, Vii Nutrition ini telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2019 dan telah beroperasi di Malaysia as the marketing arms for Spain Vii Biohealth Sciences yang fokus kepada pengedaran dan pemasaran produk healthy aging, beauty dan nutraceutical.Ok, bila sebut je Sakura mesti ingat negara Jepun kan.. Yelah bunganya pun cantik sangat.. Mana mahunya tak ingat dan tak suka kan.. Bukan setakat cantik tetapi ada khasiat disebalik keindahan ciptaan tuhan itu..\u00a0Itulah keistimewaan Sakura Collagen+ ini yang menggunakan pati Sakura dengan gabungan ramuan eksklusif yang dipatenkan dengan ekstrak semulajadi menggunakan teknologi kecantikan terkini mengikuti piawai persijilan Halal di mana ia dapat menghidupkan semula kulit dengan sifat kecantikan kulit semulajadi untuk keanggunan abadi, menawan dan mempesona.. cewahhh.. Tak nak ke jadi anggun, menawan dan mempesona? Haa kalau nak, kenalah cuba Sakura Collagen+ ni... HeheOk, antara bahan utama yang\u00a0 terkandung dalam Sakura Collagen+ ini adalah :-Ekstrak sakura berpaten (Prunus Lannesiana Wils)Peptida Kolagen (VERISOL F)Mikroalga Marin Tetraselmis Chuii (TetraSOD)Ektrak Limau Biji Yuzu (Citrus Junos)Ekstrak Bunga Rosel (Hibiscus Sabdariffa Linn)Korang nak tahu tak, Sakura yang digunakan adalah Bunga Sakura Jepun pada waktu petang tau atau lebih dikenali sebagai 'nadi musim bunga'.. Menurut kajian Universiti Farmasi Kyoto, ekstrak Sakura berpaten ini bukan sahaja meningkatkan rembesan serat kolagen sintetik oleh sel-sel dermal tetapi juga penyerapan dan penghasilan kolagen.. Ia juga dapat menghalang pembentukan melanin, menjadikan kulit sihat dan cerah.. Hebatnya bunga Sakura Jepun ni tau..Kelebihan dan Manfaat Sakura Collagen+Sakura Collagen+ ni banyak kelebihan dan manfaatnya.. Tiga manfaat utama yang perlu korang tahu adalah ia sangat efektif untuk pertumbuhan semula, pembaikan dan pelembapan bagi kecantikan kulit yang lengkap.. Mesti korang nak tahu kan apa lagi kelebihan yang ada pada Sakura Collagen+ ni yang membuatkan aku mengamalkannya sehingga kini.. Ok, ini kelebihannya..Menjadikan kulit lebih tegangMengekalkan kelembapan kulitMengurangkan kedutanMeningkatkan keanjalan kulitTona kulit menjadi lebih cerahPembaikan penghadang kulitMelembutkan kulitMeningkatkan pertumbuhan kukuMemulihkan parutBanyakkan kelebihannya.. Sebab itulah aku setia dengan produk ini supaya aku tidak nampak tua sebelum usia.. hehe.. Lagi pula, Sakura Collagen+ ni bagus kerana dapat melawan tanda-tanda penuaan, mengembalikan kemampuan pengeluaran kolagen badan dan mempercepatkan pembaikan sel kulit. Dengan ini, kulit pun akan lebih tegang, lembap dan berseri macam bunga sakura yang cantik tu.. Hehe.. Bukan itu sahaja tau, Sakura Collagen+ ini juga dapat mengurangkan pembentukan kedutan dan mengurangkan jeragat..\u00a0Cara Pengambilan Sakura Collagen+Kebiasaannya aku akan ambil selepas sarapan... Kalau lupa time sarapan, aku akan ambil selepas lunch.. Macam tu la kebiasaannya aku amalkan.. Oh ya, Sakuran Collagen+ ni ambil hanya 1 paket sehari je tau.. Cuma perlu campurkan dengan 100ml air sejuk, kacau sebati dan terus minum.. Rasa dia pun sedap.. So, tak perlu nak hadap dengan rasa yang tak sedap dah..\u00a0Apa yang meyakinkan aku lagi tentang Sakura Collagen+ ni adalah ia telah disahkan Halal oleh Jakim dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.. So, aku boleh amalkannya tanpa rasa was-was dan diyakini selamat.. Oh ya guys, perlu diingatkan ye, Sakura Collagen+ ni kena simpan di tempat yang sejuk dan kering.. Elakkan daripada cahaya matahari untuk menjaga kualiti produk..Aku suka juga packaging dia.. Secantik sakura gitu... Didatangkan dalam bentuk sachet yang mudah dibawa kemana-mana sahaja.. Just masukkan je dalam handbag kalau tak sempat nak ambil di rumah.. Satu kotak mengandungi 15 sachet..\u00a0Selepas Dua Minggu Pengambilan Sakura Collagen+Macam biasa, nak cantik kenalah konsisten.. Kalau tak konsisten dalam pengambilan sesuatu produk itu, tak akan datangnya cantik tu.. So, no malas-malas ye.. Kena komit dengan apa yang ingin dicapai..Selama dua minggu atau lebih tepat 15 hari aku mengamalkan Sakura Collagen+ ni, aku dapati kulit aku semakin lembap, tidak seperti sebelumnya dimana kulit aku kering.. Tona kulit pun dah nampak la perubahan dengan tona yang semakin sekata dan sedikit cerah.. Opsss!! Aku suka yang ini.. Haha.. Sape yang tak nak kan kulit cerah.. Rasanya ramai yang inginkan kulit cerah dan cantik.. Aku harap, dengan kotak kedua ni jeragat kat muka aku ni berkurangan dan dapat pudarkan juga parut jerawat aku ni.. Insyaallah.. Yang penting apa???? Konsisten guyssss!!Dapatkan Sakura Collagen+ Sekarang Untuk Kekal Cantik dan Awet Muda SentiasaSeperti yang korang tahu, kolagen akan berkurangan mengikut usia kita.. Semakin berusia, semakin berkuranganlah kolagen dalam badan.. So, nak kekal cantik dan awet muda jom amalkan Sakura Collagen+ ini kerana ia merupakan minuman kolagen dari sumber yang diyakini Halal dan dihasilkan daripada bahan semulajadi..Untuk info lanjut, korang boleh layari :-\u27a5 Website\u00a0 :\u00a0\u00a0https://www.viinutrition.com/\u27a5 Facebook\u00a0 :\u00a0\u00a0https://www.facebook.com/ViiNutrition\u27a5 Instagram\u00a0 :\u00a0\u00a0https://www.instagram.com/viinutrition/\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/11/sinopsis-drama-isteri-tuan-ihsan.html", "headline": "\nSinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\nSinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan \u00a0|\u00a0 Sebuah lagi drama adaptasi dari novel bakal ditayangkan di Saluran Astro Ria dan Ria HD iaitu Isteri Tuan Ihsan... Drama ini akan bersiaran sebanyak 20 episod yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Amyra Rosli sebagai teraju utama drama ini..\u00a0\n\n\n\nDrama ini akan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dibawah terbitan Global Station Sdn. Bhd.. Novel Isteri Tuan Ihsan ini adalah hasil nukilan Sara Kyoko.. Haiss macam menarik aje novel ni.. Kena dapatkan ni... Jom tengok sinopsis drama ni..\n\n\n\n\n\n\n\nSINOPSIS DRAMA ISTERI TUAN IHSAN\n\n\n\nSeroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota.. Konjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman.. Demi melindungi rasa sedih, seroja berlagak selamba dan berani.. Seroja juga lantang dalam bersuara.. Tetapi yang pasti dia sangat nakal, manja dan keras kepala.. (semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Seroja..\n\n\n\nTuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London.. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tidak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya...\n\n\n\nDemi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia.. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia.. Ibu Seroja (Imaninah) adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan.. Pada Umaninah, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara.. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga.. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal di banglo mewah Tuan Ihsan bermula..\n\n\n\nHari pertama Seroja ke banglo Tuan IHsan.. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon isteri Tuan Ihsan.. Kedegilan dan sikap suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung.. Di dalam rumah ada peraturan ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan sehingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja.. Tuan Ihsan yang digelar \"Pakcik \u00a0Hot\" pening dengan kerenah Seroja.. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja..\n\n\n\nNamun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya.. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak pempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpalings etia.. Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan, Seroja mewujudkan applikasi group whatsapp Calon Isteri Tuan Ihsan.. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan, projek dan pelbagai lagi..\n\n\n\nMiskipun Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing-masing terbit satu rasa.. Memandangkan usia mereka yang terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada Pakcik Hot tersebut? Sedangkan Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa didadanya itu dinamakan \"CINTA\".. Apabila sunyi yang dirasainya itu tandanya \"RINDU\"..??\n\n\n\nKehdairan Sr. Zaim, membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan rasa tercabar... Di tambah pula bila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak mengongkong Seroja... Tuan Ihsan terus merasa dirinya tercabar bila Seroja rapat dengan Dr. Zaim.. Dr. Zaim terlubat sebagi model projek kerja akhir Seroja.. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr.Zaim kerana dia cemburu melihat Hanani Jane (model kaki pensel 2B) yang bertujuan untu mengikis duit Tuan Ihsan..\n\nTuan Ihsan pergi berjumpa dengan Tan Sri Shamsuddin (Datuk Seroja) untuk meminta menjadi wali Seroja tetapi keegoaan Tan Sri enggan mewalikan Seroja kecuali Tuan Ihsan sanggup membayar 10 juta.. Soleh (ayah Seroja) mempunyai adik yang masih belajar di Rusia.. Dengan ini saja mereka boleh bernikah..\n\nPerkahwinan yang dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan.. Kini status aplikasi dalam whatsapp group bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan.. Walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hari wanita bergelar isteri selayaknya.. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya, masih deng keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suaminya meletakkannya sebagai 1st prioriti.. Jangan ada sebarang rahsia, dia mudah berburuk sangka..\n\nDisangka Tan Sri Shamsuddin teru smenjulang keegoannya.. Masa berganti terlalu pantas.. Kehadiran cicit melembutkan hati Tan Sri Shamsuddin.. Pada mulanya keengganan Seroja memaafkan datuknya sendiri selepas dipujuk oleh suaminya yang kini Tan Sri Shamsuddin semakin uzur dimakan usia.. Persaudaraan yang terputus terjalins emula.. Seroja dan Tuan Ihsan bahagia.. Memang benar pepatah melayu berkata Cinta tidak mengenal usia..\n\nCredit : Kepala Bergetar\n\n\n************************\n\nJangan \u00a0lupa ye, saksikan nanti kesudahan drama Isteri Tuan Ihsan yang di adaptasikan dari sebuah novel karya asal Sara Kyoko yang akan bersiaran tidak lama lagi..\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2022/05/safi-shayla-baru-dengan-teknologi-hijab-scalp-biotics-untuk-rambut-sihat-dan-lebat.html", "headline": "\nSafi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Lebat\n", "content": "\nSafi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Lebat | Assalamualaikum.. Hi korang.. Lama tak berceloteh di sini.. Kali ni aku nak bercerita tentang perihal rambut.. Siapa yang mempunyai masalah rambut? Haaa korang wajib baca ni terutamanya korang yang memakai hijab.Menurut hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik, akibat faktor cuaca yang panas dan juga lembap. Hasilnya, pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, rambut gugur dan kulit kepala berbau serta gatal mudah berlaku kepada mereka yang berhijab.Safi Shayla Baru Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Lebih Sihat Dan LebatOk, dekat sini aku nak perkenalkan kepada korang Safi Shayla baru.. Rasanya korang pun dah familiar dengan brand penjagaan rambut ini kan.. Jenama yang tak asing lagi di Malaysia.. Apa yang menariknya kali ini, Safi Shayla, Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert), kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobiom kulit kepala bagi mencapai rambut berhijab yang lebih sihat dan lebat.Rambut berhijab sangat memerlukan penjagaan yang extra dan mantap. So, sebab itulah Safi Shayla kini telah diupgrade dan diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bakteria baik, bagi mengembalikan mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala. Dengan kulit kepala yang sihat, rambut berhijab lebih sihat dan lebat. Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut.Rangkaian ini\u00a0 juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 JAM bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab.. Lama tu gais!! Best gila.. Rambut pun wangi sepanjang hari! Mulakan penjagaan mantap dengan syampu Safi Shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas dirumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala dan rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab.5 Rangkaian Syampu Safi Shayla Yang Paling Laris1.\u00a0 Syampu Safi Shayla Anti KelemumurBerkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin. Aku pun pakai yang ini dan sangat sesuai dengan aku..2. Syampu Safi Shayla Kawalan Rambut GugurMenguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh3. Syampu Safi Shayla Licin TerurusSyampu ini dapat melembut dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. So, Rambut jadi licin, lembut dan senang disikat, tiada lagi frizzy dan serabut!4. Syampu Safi Shayla Segar BermayaDengan packagingnya warna hijau pun dah rasa segar mata memandang.. Syampu ini\u00a0 dapat memberikan rasa segar dengan sensasi dinginnya. Ia juga dapat membersih secara mendalam dan mengurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar dan bermaya5. Syampu Safi Shayla Itch KontrolNak hilangkan kegatalan rambut, pilihlah syampu Itch-Control ini.. Ia dapat menghilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa.Nak rambut cantik, sihat dan lebat?Jom, dapatkan Safi Shayla Sekarang!\u00a0 Korang boleh dapatkannya di mana-mana stor berhampiran dengan korang seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian etc, ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee: Safi Shayla.\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2023/02/beli-baju-sekolah-di-pusat-pakaian-hari-hari.html", "headline": "\nBeli Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Murah dan Berkualiti\n", "content": "\nBeli Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Murah dan Berkualiti\u00a0 |\u00a0 Cuti sekolah pun dah bermula.. Alhamdulillah, lega rasa bila dah selesai beli baju sekolah dan segala kelengkapan kembali ke sekolah anak-anak aku. Selagi tak selesai selagi tu la memikirkannya. Seperti tahun lepas, aku masih memilih untuk membeli-belah kelengkapan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari.. Dekat sini, semuanya ada. Boleh dikatakan Pusat Pakaian Hari-Hari ini merupakan one stop center. Dah tak perlu ke tempat lain, hanya di Hari-Hari segalanya ada. Murah dan berkualiti.\u00a0Tahun ni nampaknya kena berbelanja lebih sikit sebabnya kena sediakan kelengkapan untuk 2 orang anak. Qhaliff dah masuk darjah 2 dan Aqiff 6 tahun. Banyak juga kelengkapan sekolah yang nak dibeli terutamanya kasut sekolah. Semuanya dah ketat. Selalu merungut sakit kaki. So, tahun ni kita beli baru.\u00a0Pusat Pakaian Hari-Hari One Stop CenterDi kuantan ni banyak cawangan Hari-Hari tau. Tapi kali ni aku memilih untuk shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Lorong Tun Ismail 5, Kuantan. Aku suka shopping dekat sini sebabnya kedainya agak luas dan selesa untuk aku memilih barangan serta banyak pilihan.Seperti yang aku katakan tadi, Pusat Pakaian Hari-Hari ni merupakan one stop center. Semua kelengkapan sekolah ada dijual.. Dari A to Z.. Kalau korang yang jenis tak nak pergi jelajah banyak kedai, eloklah shopping di Hari-Hari sahaja.. Nak apa semua ada dari baju sekolah, seluar sekolah, tudung, stokin, kasut, beg, botol air, songkok, tali pinggang, alat tulis dan pelbagai lagi.. Jadi, dah tak perlu nak pergi kedai lain untuk shopping kelengkapan sekolah anak-anak. Hari-Hari pun dah cukup.Aku pergi shopping hari sabtu baru ni. Ramai juga ibu-bapa yang datang shopping di Hari-Hari.. Nasib la kedai dekat situ agak selesa untuk shopping walaupun ramai orang.Kenapa Aku Pilih Untuk Shopping Di Pusat Pakaian Hari-Hari?Ok jom aku cerita kenapa aku pilih untuk shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari? Salah satunya ianya merupakan one stop center di mana kelengkapan persekolahan anak-anak semua ada di sini.. Bukan tu je, malah banyak pilihan barangan di Hari-Hari.Satu lagi, aku suka layanan staf mereka yang friendly.. Bermula dari pintu masuk, mereka dah ucap Selamat Datang kepada setiap pelanggan yang datang ke premis mereka dengan senyuman. Bukan setakat itu sahaja, malah bila kita perlukan bantuan, mereka akan bantu dengan santun walaupun ketika pelanggan ramai.Nak tahu lagi tak kenapa? Haaa ini paling aku suka tau di Hari-Hari..Baju sekolahnya yang berkualiti. Serius aku sangat puashati. Anak aku pakai setahun tapi masih macam baru dan warna putihnya tak kuning. Itu kelebihan baju sekolah di Hari-Hari. Jenama apa? Sudah tentulah jenama Jony & Jeny pilihan aku. Satu lagi jenama No Problem. Aku belum cuba lagi jenama tu.. Insyaallah next year.. Tahun ni masih kekalkan jenama yang sama. Tapi kata orang, dua jenama ni memang kualitinya sama. Jahitannya pun kemas.Tahun ni ambil saiz besar sikit.. So, boleh la pakai lama sikit kan.. Baju tahun lepas pun\u00a0 masih boleh guna cuma dah kecil sedikit dengan Qhaliff.. Ini buat tambahan baju sekolah, barulah tak rushing nak cuci kan.. hehe..Begitu juga dengan seluar sekolah dari jenama yang sama.. Untuk seluar sekolah pula aku ambil jenama No Problem sebab jenama Jony & Jeny dah habis.. Laris betul seluar sekolah.. Banyak saiz dah habis time aku pergi tu.. Nasib baik la sempat grab jugak 2 helai.. Nak cari saiz pun mudah sebabnya cara penyusunan barang mereka sangat teratur mengikut saiz.. Jadi kalau pelanggan nak cari sendiri pun mudah.Bukan seluar sekolah je ada tau, tapi seluar sukan pun ada dijual.. Seluar sukan di Hari-Hari banyak pilihan.. Banyak jenis fabrik.. So, boleh la pilih mengikut keselesaan.. Apa yang penting, seluar sukan di Hari-Hari sangat berkualiti dan puashati..Satu lagi yang aku suka, kasut di Pusat Pakaian Hari-Hari.. Kasut pun jenama sama jugak.. Pendek kata, kalau tengok jenama Jony & Jeny dan No Problem tu, haa itu barangan dari kedai Hari-Hari lah.. Kasut aku suka sebab ringan dan design smart.. Aku bab kasut agak cerewet. Nak yang nampak moden dan smart bila di pakai. Alhamdulillah di Pusat Pakaian Hari-Hari ada kasut sekolah yang aku berkenan dengan designnya.. Kasut memang ringan dan selesa di pakai. Anak-anak pun suka.Inilah kasut pilihan Qhaliff.. Satu ala-ala kasut sport, bolehlah guna time jadual Pendidikan Jasmani kan.. Dan satu lagi sesuai la kalau time hujan.. Takde la basah kasut.. Yang penting kasut sekolah Jony & Jeny ni ringan dan selesa.Tahun ni beg sekolah memang tak beli.. Pakai je yang tahun lepas masih elok.. Beli yang perlu sahaja.. hehe.. Bab pemilihan stokin aku agak complicated.. Qhaliff agak cerewet bab stokin.. Ada je yang tak kena dengan dia.. So, kali ni aku beli saiz besar sikit supaya dia lebih selesa.. Stokin di Hari-Hari pun memang selesa materialnya.. Cuma nak kene pandai pilih saiz la..\u00a0Banyak lagi keperluan sekolah yang ada di Pusat Pakaian Hari-Hari sebenarnya seperti beg sekolah, tudung, anak tudung, botol air, tali pinggang, songkok, alat tulis, pakaian dalam dan pelbagai lagi. Bagi anak-anak yang baru nak mulakan persekolahan, aku recommend sangat ibu-bapa untuk berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari ni.. Murah, banyak pilihan dan berkualiti. Memang berbaloi-baloi..Beg SekolahSampinBotol AirAlat TulisPromosi Kembali ke Sekolah Kembali Lagi 2023 di Pusat Pakaian Hari-HariSelain dari ke Pusat Pakaian Hari-Hari, korang juga boleh beli secara online tau.. Kot ada yang tiada masa lapang untuk ke kedai, so boleh la beli secara online sahaja.. Now, ada Promosi Kembali Ke Sekolah (Back To School) di online store dan juga di Shopee. Jom lihat promosi yang ada..Pembelian di Online Store \ud83d\udc49\u00a0www.ehari.com\u00a0Diskaun 10% untuk semua barang keperluan sekolah berharga RM10 dan ke atas.Pembelian di platform Shopee \ud83d\udc49\u00a0 harihari_\u00a0Diskaun 10% untuk semua barang keperluan sekolah berharga RM10 dan ke atas.\u00a0Diskaun 5% bagi pengikut baru kedai harihari_ di Shopee dengan pembelian minima RM50.\u00a0Extra diskaun untuk item terpilih Shocking Sales. Jangan lupa follow Shopee harihari_ tau!98 Cawangan Hari-Hari Seluruh MalaysiaMarilah pergi Hari-Hari!Bila sebut je Hari-Hari mesti terngiang-ngiang lagu tu kan.. Kalau korang nak tahu sekarang ni Pusat Pakaian Hari-Hari dah ada 98 cawangan di seluruh Malaysia.. Bila dah ada di merata tempat ni, lagi mudah la kita nak shopping kan.. Oh ya, kalau korang\u00a0 nak check cawangan Hari-Hari yang berdekatan korang, boleh la check dekat sini \ud83d\udc49\u00a0http://www.hari.com.my/locator\u00a0Kalau rasa takde masa nak keluar pergi shopping, korang juga boleh beli secara online.. Lagi\u00a0 mudah.. Terus sampai depan pintu rumah.. Cuma kena tau la saiz yang tepat.. Hehe..Hari-Hari Online Storehttp://ehari.com.my\u00a0 \u00a0Hari-Hari Shopeehttp://shopee.com.my/harihari_\u00a0\u00a0Hari-Hari Lazadahttps://lazada.com.my/shop/hari-hariMarilah Pergi Hari-Hari!Bagi korang yang belum shopping lagi kelengkapan sekolah anak-anak tu, aku recommend sangat korang shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari. Aku yakin korang pasti puashati dengan harga dan kualitinya. Yang mana takde masa nak keluar shopping atau memang tak suka nak terjah kedai, boleh je beli secara online.. Cepat tau, sementara promosi masih ada.. Rugi tak grab.Marilah Pergi Hari-Hari! \ud83d\ude0dUntuk maklumat lanjut boleh layari \ud83d\udc47\u00a0Website : www.hari.com.my\u00a0Facebook : www.facebook.com/harihariInstagram : www.instagram.com/harihariofficial\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/09/aquaria-klcc-destinasi-pilihan.html", "headline": "\nAquaria KLCC Destinasi Pilihan\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\nAquaria KLCC Destinasi Pilihan \u00a0|\u00a0Throwback cerita aku pergi bercuti aritu.. 24hb Ogos ritu aku and family panjat KL.. Agak lama jugak la aku tak menjejakkan kaki di KL nun.. Kalau time bujang dulu, boleh dikatakan tetiap bulan aku p KL.. Hiks.. Pendek kata, aku ni bak kakak kawasan jerk kat KL nun.. Haha.. Berbeza dengan sekarang, nak berjalan pown fikir 1000 kali.. Ahakz.. Okeh, sambung cerita..!!\n\n\n\n\n\n\n\nKami bertolak dari kuantan lepas waktu kerja... Lepas kerja, amek anak kat umah pengasuh, terus aje jalannnnnnnn.... Di sebabkan hari tersebut adalah hari rabu dan hari rabu adalah hari sukan sedunia di opiz aku, makanya hari bertolak aku berpakaian sukan.. Ahakz.. Lama tak berjalan jauh, rasa seronok dia lain macam aje.. Si kecik pown kemain lagik seronoknya.. Almaklumlah jejarang je dapat jenjalan jejauh.. Haoii berapa banyak 'jeee' daaaa!!\n\n\n\n\n\nDapat pakai kasut merata dia berlari!! Letihh kejar..\n\n\n\n\n\nEhh ada pulak yang menumpang kat blkg tu.. Ahakz..\n\n\n\n\n\n\"Walaupon ropamu tidak ku kenal, tetapi lobang hidong mu tetap menjadi pujaankuuu!\"\n\n\n\nYang ni gambar time dekat hentian temerloh.. Berhentila sekejap mencari oksigen.. menunaikan kewajipan.. dan mengisi perut yang dah berdendang-dendang.. Qhaliff kalau dah dapat pakai kasut memang mengah la jawabnya nak mengejoonye.. Kemain dia berlarik sana sini.. Kite jugak la semput nak kejoo...Tapi tak pe la janji dia seronok.. Tujuan utama p bercuti ni pown memang nak hiburkan hati si kecik ni..\u00a0\n\n\n\nAku sampai umah akak aku kat gombak tu pown dekat pukul 8.00 malam.. Kakak aku dah siap-siap beli nasik bungkus untuk kami santap.. Haha.. Ye la masing-masing penat bekerja, memang tak la nak masak bagai.. Senang beli bungkus aje.. Plan untuk aktiviti esoknya dah kami rancang sebaiknya.. Biasalah kalau nak jenjalan mane-mane, plan mesti baik punye kan..\u00a0\n\n\n\nUntuk kali ni, aku bukak cerita destinasi aku yang pertama dulu yek.. Aquaria, KLCC.. JOm layan cerita aku di Aquaria KLCC.. Awass!! Mata anda akan dihiasi dengan gambar yang banyak,...Sila stenbai ubat mata sebagai persediaan awal... Haha!!\n\n\n\n\n\nMakcik dah macam budak sekolah pakai beg galas..\n\n\n\n\n\nKasut Qhaliff lupa nak bawak..!!\n\n\n\nTiket untuk masuk ke Aquaria ni, dewasa RM 46 hingget seorang kalau tak silap aku.. Tak ingatla weh.. Segala bahan bukti tataw aku letak mana.. Adoiyaii.. Yang aku ingat, aku bayar RM90 lebih haritu untuk 2 orang.. Kire betul la tu kowt.. hehe.. Di pintu masuk, kami disajikan dengan hidangan mata iaitu ikan pirana.. hoiss.. Tak pernah aku tengok ikan pirana live.. Biasa tengok dalam filem-filem aje.. Cam tu aje rupenya ikan pirana.. Hehe.. Ingatkan seram sangat rupanya.. Haha..\n\n\n\n\n\nQhaliff dah pelik tengok ikan macam-macam rupa dan warna..\n\n\n\n\n\n\n\nQhaliff dah mula tunjuk minat tengok spesis-spesis hidupan laut ni.. Bukan takan ikan jerk ada.. Pelbagai jenis udang pown ada.. Bukan udang aje ada, kuda laut, umang-umang, obor-obor, sotong kurita.. ehh ada ke?? tak ingat la.. haha.. Pelbagai lagik la jenis hidupan laut yang tak pernah aku tengok.. Katak pown ada wehh.. Cicak tokek.. ape entah lagik.. Banyak kowt spesis dok ada lam Aquaria tu.. Mane nak ingat semua.. Tapi semuanya unik dan menarik...\n\n\n\n\n\n\n\nSpesis ni aku tataw apa.. Aku panggil umang-umang aritu.. Sekali encik somi pandang pelik dekat aku.. haha.. Sebab aku ikut sedap mulut aku jerk bagi nama dekat bende alah ni.. Ekeke.. Aku tak ingat ape nama sebenarnya.. Almaklumla, dah menjadi 'remaja uban' ni susah pulak nak ingat sesuatu bende tu...\n\n\n\n\n\nMuka ada sinyummm!!\n\n\n\n\n\nDi tangga inilah bermula sesuatu yang sangat menarik!!\n\n\n\n\n\nAndai kata aquarium ni pecah.. Mati lemas la kitorang.. Haha..!! Cantik sangat!!\n\n\n\n\n\nUmmiii ikan besoo lalu dekat adik...!!\n\n\n\n\n\nEhh bila pulak si kecik ni ada awek!! Haha\n\n\n\n\n\nSampai takut nak dekat dengan cermin Aquarium tu.. Beso sangat ikan yang sergah dia..\n\n\n\nBermula dengan tangga atas tu, kami bagaikan masuk dalam rumah ikan... Banyak gile ikan.. Besar-besar lak tu.. Kami di kelilingi dengan pelbagai ikan besar dan tak pernah kami lihat sebelum ni.. Sangat menarik... Rasa cam nak tangkap aje ikan-ikan tu masak 3 rasa.. Haha..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBila sampai dekat 'jalan raya bergerak' ni, aku dah rasa kagum dengan keindahan yang terhidang depan mata.. Terasa macam dok dalam laut aje.. Kami dikelilingi ikan-ikan beso.. Ikan pari pown ada... Kiri kanan atas ikan dok lalu lalang, lambai-lambai kat kami.. Kengkonon laa.. Aku rasa part yang paling best dalam Aquaria ni, adalah bahagian ni la.. Cantik dan menarik.. Boleh bayangkan kita berada di dalam laut biruuu gituu... huhu..\n\n\n\n\n\nMelawat 'kawan lama' sekejap..\n\n\n\n\n\u00a0Rumah penyu\n\n\n\n\n\u00a0Penyu kunem!\n\n\nJauh kami berjalan dalam tu, sampai lah kami kat umah penyu ni.. Comel ko penyu ni.. Rasa nak bawak balik jerk bela dekat umah.. Haha..\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0Kuda Laut yang comel\n\n\n\nSpesis ni lagik lah cantik dan comeynyeeee!! Sies weh, tak pernah lagik aku tengok kuda laut yang hidup.. Yang biasa aku tengok, kuda laut yang dah keras kejong di awet... Comel sangat kuda laut ni.. Kecik jerk.. Tataw nak cakap la comel camne.. Hidupan yang sangat unik bagi aku.. Dekat bahagian kuda laut ni, kalau korang pergi korang dapat tengok camne pembiakan kuda laut.. Bukan takat pembiakan kuda laut aje ada dalam Aquaria ni, banyak lagik spesis yang di biak dalam ni.. Korang akan dapat lihat step by step... Hebat ohh!!\n\n\n\n\nKatak Gomok!!\n\n\n\nKatak pown ada.. Comel pulak tu.. Tapi aku tetap jugak geli.. Haha.. Eh eh, corak atas katak tuuu!! Aku baru perasan laa.. huhu.. Dah sampai bahagian katak ni, bermakna perjalanan dalam Aquaria ni hampir ke penghujung...\u00a0\n\n\n\nTakat ni aje la cite bergambar aku di Aquaria.. Kang cerita lagik panjang kang korang jemu pulak.. Pastu buat-buat tak nampak post aku ni.. Haha.. Kesimpulannya, aku and family sangat seronok dapat memuncolkan diri di Aquaria ni.. Yang kami tak tahu, kami dah pown tahu.. Yang kami tak pernah tengok, dah pown kami dapat tengok.. Kirenya, lawatan sambil belajar jugak la ni.. Kalau korang ada anak sesuai sangat lah bawak datang sini kenal dengan spesis-spesis hidupan laut.. Kalau tengok dekat tv tak sama tengok live.. Tengok live lagik teruja dan puas hati..\n\n\n\nPada awalnya aku rasa tiket masuk Aquaria ni sangat membebankan.. Maksudnya disini, mahal la bagi aku.. Tapi bila dah melalui pengalaman yang ohsemm dalam Aquaria ni, terasa berbaloi-baloi pulak dengan harga tiket tu.. hehe.. Korang pown kena rasai pengalaman ni bagi yang belum pernah datang sini.... Sesuatu yang 'berharga' perlu di kutip dalam Aquaria ni...\u00a0\n\n\n\nUntuk buah tangan pulak, aku beli pelekat peti ajooo untuk kenang-kenangan dan sebagai tanda aku dah jejak Aquaria ni.. Wahh cam jejak jepun jerk gayanya kan... Ayat mesti nak gah ajerk aku ni... \u00a0Haha!! Kalau ikutkan nak beli banyak buah tangan sebagai kenang-kenangan.. Tapi memandangkan perjalanan kami selepas ni masih jauh, so abaikan aje keinginan tersebut.. Dapat pelekat peti pown jadik la.. Duit perlu dijimat-jimatkan sebab perjalanan kami seterusnya adalah ke Melaka.. Banyak lagik yang menarik menanti kami di sana.. Huhu..\n\nKalau korang nak survey sebelum pergi sana korang bolehlah usha laman web Aquaria ni dulu.. Beramah mesra dengan laman web dulu baru semangat nak pergi kan.. Haha..\n\n\nwww.aquariaklcc.com\n\n\n\n\nOke la.. sampai sini dulu entry jenjalan aku.. Nanti jumpe kat entry ikea dan melaka pulak ye.. Haha..\n\n\n\nBabai...!!\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2018/10/sho-red-ginseng-rahsia-kulit-sihat.html", "headline": "\nSHO Red Ginseng | Rahsia Kulit Sihat, Cantik Dan Glowing Wanita Korea\n", "content": "\n\nSHO Red Ginseng | Rahsia Kulit Sihat, Cantik Dan Glowing Wanita Korea\u00a0 |\u00a0 Hi readers!! Bertemu sekali lagi kita dalam segmen K-Beauty.. Cewaahh dah macam mengacara rancangan tv aje gayanya kan.. Hehe.. Orite, kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua tentang satu produk yang menjadi rahsia wanita korea untuk mendapatkan kulit sihat, cantik dan glowing iaitu SHO Red Ginseng... Aku dah cuba tau produk ni.. Serius weh, best sangat!! Patutlah wanita korea cantik-cantik belaka, ini rupanya rahsia mereka!! SHO Red Ginseng ni ada dua jenis tau iaitu SHO Aging Red Ginseng Ampoule dan juga SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask.. Dua-dua best tau... Jom aku cerita..\n\n\n\n\n\nRahsia Kulit Sihat, Cantik Dan Glowing Wanita Korea Dengan SHO Red Ginseng\n\nSiapa yang tak nak cantik macam wanita korea kan... Mesti ramai yang mendambakan kecantikan mereka.. Termasuklah aku sendiri.. Nak jadi cantik ni sebenarnya macam-macam cara boleh kita cuba tidak kira sama ada cara tradisional mahupun moden.. Memandangkan aku ni merupakan seorang yang terlalu bizi dengan kehidupan seharian sebagai seorang isteri, ibu, blogger dan wanita bekerjaya, maka aku lebih betah memilih cara moden dalam penjagaan kecantikan.. Memiliki kulit sihat, cantik dan glowing persis wanita korea menjadi idaman aku sejak dulu.. Sebab itulah aku sangat teruja mencuba SHO Red Ginseng ini kerana ini adalah rahsia wanita korea tampil cantik.. Hehe..\n\nOh ya, SHO ini singkatan daripada 'Special Homecare Origin' ye.. Kalau korang nak tahu, SHO adalah jenama skincare korea yang menggabungkan rawatan kecantikan dan juga sains.. Dibawah jenama SHO, terdapat pelbagai jenis produk skincare yang boleh digunakan oleh wanita bekerjaya yang terlalu sibuk seperti aku untuk membuat rawatan sendiri di rumah.. Jadi, lepas ini tak perlu lagi nak mencari masa untuk ke SPA dan pusat kecantikan.. Lagi pun produk yang mereka hasilkan merupakan produk kosmetik terbaik di Korea dibawah piawaian yang ketat untuk memastikan kualiti dan sijil ISO yang diiktiraf di peringkat antarabangsa..\n\n\n\n\nSatu lagi yang best adalah semua produk mereka bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti Triethanolamine, Benzophenone, Mineral Oil, Sulfate, Paraben dan Acrylamid... Jadi, ia selamat digunakan oleh wanita hamil juga.. Korang yang berusia dalam lingkungan 18-50 tahun dan mementingkan aspek penjagaan diri dan kecantikkan, aku sangat recommend produk ni untuk korang cuba kerana produk SHO ini juga diformulasikan bagi melindungi kulit dari sinaran matahari, anti-penuaan dan memutihkan kulit.. Sangat best!!\n\nKenapa Perlu Memilih Produk Jenis Ampoule?\n\n\n\n\nKenapa aku lebih suka memilih produk Ampoule ini? Haaa sebabnya ampoule ni dikatakan lebih pekat daripada serum-serum lain yang ada di pasaran dan ia memberikan kesan yang lebih cepat.. Lagi pun produk ini mengandungi bahan yang aktif dan mengambil masa yang lebih singkat untuk melihat kesannya..\n\nAntara kebaikan ampoule ialah :-\n\nMenyerap dengan cepat\nMemberikan kesan berpanjangan\nMembantu memulihkan keseimbangan kulit\nTidak melekit\n\n\n\nSHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask\n\n\n\n\n\n\nAku suka SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask ni sebabnya baunya tak busuk seperti mask ginseng lain yang pernah aku guna sebelum ni.. Mula-mula aku ingatkan bau dia tak menyenangkan.. Teragak-agak jugak la firstime nak cuba tu.. Bila dah bukak packaging mask ni, wahh bau dia nice.. Aku suka.. Tak busuk langsung.. Sungguh menyenangkan!! Serius best Weh!! Tak percaya sila cuba ye... Hiks..\n\nSHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask ni dihasilkan daripada bahan semulajadi yang kaya dengan khasiat seperti Red Ginseng, Mulberry Root, Licorice dan Pleuropterus Multiflorus yang dapat menjadikan kulit lembut dan bersinar..\n\n\n\n\nSelain itu, di dalam produk ini juga terkandung Camellia OIl yang dapat membantu mengimbangi kadar minyak dan air di permukaan kulit serta mengekalkan keseimbangan kulit muka.. Manakala ekstrak Portulaca dan allantoin pula berfungsi melindungi kulit agar tidak terdedah kepada persekitaran dan menjadikan kulit yang lesu dan sensitif kepada kulit yang lebih sihat... Eh ada satu lagi bahan iaitu Trehalose yang bertindak melembabkan dan merehatkan kulit.. Bagi korang yang mengalami masalah kulit, bolehlah cuba\u00a0SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask kerana ia dapat memulihkan keadaan kulit..\n\n\n\n\nKebaikan\u00a0SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask\n\nAnti-penuaan\nMenyuburkan kulit\nMemulihkan kulit\u00a0\nMenjadikan kulit sihat dan bersinar\n\n\n\n\nCara Guna\u00a0SHO\u00a0Aging Red Ginseng Ampoule Mask\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKalau korang nak tahu, SHO\u00a0Aging Red Ginseng Ampoule Mask ini kesannya dapat dilihat selepas hanya sekali penggunaan sahaja.. Hampir 80% pengguna telah mencubanya dan memberi feedback yang positif.. Kadar minyak dimuka juga menurun sebanyak 60% dan tahap kelembapan kulit muka pula meningkat sebanyak 46% selepas sekali penggunaan SHO\u00a0Aging Red Ginseng Ampoule Mask ini.. Ini bukan omongan kosong ye kerana ia telah diuji secara klinikal..\n\nSHO\u00a0Aging Red Ginseng Ampoule\n\n\n\n\n\nSHO Aging Red Ginseng Ampoule ni sangat berbeza dengan serum yang ada di pasaran kerana teksturnya lebih pekat dan likat.. Masa mula-mula aku nak cuba produk ni, aku ingatkan ia sangat merimaskan sebabnya tekstur cecairnya sangat pekat.. Dalam fikiran aku, mesti muka akan rasa tebal dan melekit.. Rupanya tanggapan aku tu semuanya salah.. Best sebenarnya pakai Red Ginseng Ampoule ni sebab teksturnya cepat menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa melekit... Baunya sama juga seperti mask, nice-nice gitu!!\n\n\n\n\nApa yang perlu korang tahu,\u00a0SHO\u00a0Aging Red Ginseng Ampoule ni dihasilkan dari bahan semulajadi seperti ekstrak Red Ginseng, Camellia Oil, Paeonia Suffruticosa Root, Morus Alba Root dan juga Theobroma Cacao Seed.. Ramuan terbaik yang ada dalam produk ini ofkoslah Red Ginseng yang bertindak untuk mengekalkan ketahanan kulit.. Jangan risau, SHO Aging Red Ginseng Ampoule ni sesuai untuk semua jenis kulit...\n\nSHO Aging Red Ginseng Ampoule ini diperkaya dengan 42% ekstrak Red Ginseng yang berupaya memastikan kulit sentiasa sihat dan glowing kerana ia mengandungi nutrisi yang banyak.. Camellia Oil di dalam produk ini sangat bagus untuk melembabkan kulit dan membantu hidrasi.. Selain itu, ekstrak Paeonia Suffruticosa Root dan Polygonum multiflorum root akan membantu melembutkan kulit yang kasar dan berkilat.. Manakala Trehalose pula membantu melembabkan dan menenangkan kulit..\n\n\n\n\nKebaikan SHO\u00a0Aging Red Ginseng Ampoule\n\nAnti-penuaan\nMenyuburkan kulit\nMemulihkan kulit\u00a0\nMenjadikan kulit sihat dan bersinar\n\n\n\nCara Guna\u00a0SHO\u00a0Aging Red Ginseng Ampoule\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas pakai SHO Aging Red Ginseng Ampoule\n\n\nSHO\u00a0Aging Red Ginseng Ampoule ni boleh digunakan secara harian menggantikan serum muka.. Ia 3 kali lebih berkesan dan penyerapan yang lebih baik berbanding serum yang lain.. Kalau korang nak tahu,\u00a0SHO\u00a0Aging Red Ginseng Ampoule ni terjual 10 botol dalam masa 1 minit di seluruh dunia.. Pencapaian yang sangat mengagumkan..\n\nJom tonton video ni dulu..\n\n\n\n\n\nJom Jadi Cantik Persis Artis Korea Dengan SHO Red Ginseng\n\nTu dia!! Jom jadi cantik perisi artis korea!! Haha.. Kalau korang nak jadi cantik macam orang korea, sekarang tak susah lagi kerana rahsia mereka dah pun terbongkar.. Dengan menggunakan SHO Red Ginseng ni, dah boleh dapatkan kulit yang sihat, cantik dan glowing.. Bukan tu sahaja malah kulit yang bermasalah dan rosak dapat dirawat kembali dengan SHO Red Ginseng ni..\n\n\n\n\n\nHARGA\n\n\n\nSHO\u00a0Aging Red Ginseng Ampoule Mask\n\nRM 159 (7 pcs)\n\n\n\nSHO\u00a0Aging Red Ginseng Ampoule\u00a0\n\nRM 189 (50ml)\n\n\n\nUntuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari :-\n\n\n\nWebsite\n\n\n\nUYA Asia : www.uyaasia.com/\n\nVzoid : www.vzoid.com/\n\n\n\nInstagram\n\nwww.instagram.com/shomalaysia/\n\n\n\nFacebook\n\nwww.facebook.com/shomalaysia/\n\n\n\n\n\nBoleh juga didapati di :-\u00a0\n\n\n\n\n\n(50 selected stores nationwide)\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2020/04/resepi-talapia-tiga-rasa.html", "headline": "\nRamadhan 6 - Repeat Masak Talapia Tiga Rasa\n", "content": "\n\nRamadhan 6 - Repeat Masak Talapia Tiga Rasa\u00a0 |\u00a0 Semalam adalah hari yang sangat memenatkan bagi aku.. Mungkin terlalu padat jadual kehidupan aku untuk hari itu dari pagi hingga ke malam.. Hari ni aku bekerja dari rumah, so ada la masa sikit untuk merehatkan diri walaupun sebenarnya tak berapa dapat nak rehat jugak.. hehe.. Berbuka hari ni nak masak ape? Huhu hari ni serius tak tahu nak masak ape.. Buntu sangat-sangat.. Lagi pun bahan basah dalam peti pun dah banyak habis.. Nak tunggu encik suami balik kerja dan beli barang yang dah habis tu lambat jugak.. Sudahnya mintak dia tapau nasi ayam jerk dan aku masak untuk sahur saje.. Hehe.. Makanya dapatlah rehatkan diri sikit dari rasa letih yang melebihi segalanya itu.. Ahakz.. Masak ape untuk sahur?\u00a0\n\n\n\n\n\n\nAsalnya hari ni nak masak Talapia Tiga Rasa untuk berbuka.. Sebabnya dah lama tak masak tiga rasa ni.. Teringin nak makan lagi.. hehe.. Jadi kite repeat masak Talapia Tiga Rasa ni..\n\nDisebabkan bahan-bahan tak de, so mintak encik suami belikan dulu.. Jadinya kita masak untuk sahur jerk la.. Cam biasa, untuk sahur memang masak siap-siap malam.. Nak masak time sahur memang tak sempat.. Jadi, untuk memudahkan sahur nanti aku siapkan sosnya dulu.. Pagi esok tinggal nak goreng ikan jerk.. Mudah.. Hehe..\n\nOk, untuk resepi penuh boleh tengok kat sini \u27bd Talapia Masak Tiga Rasa\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2021/11/get-your-dream-body-shape-with-the-best-body-shaper-at-sculp.html", "headline": "\nGet Your Dream Body Shape With The Best Body Shaper at Sculptshe\n", "content": "\nGet Your Dream Body Shape With The Best Body Shaper at Sculptshe\u00a0 |\u00a0 To have a great body shape is everybody dreams. A lot of efforts must be done in order for us to have a great body shape. The most iconic shape for the female body is called hourglass body shape. A lot of celebrities also have this kind of body shape like Jessic Alba, J Lo, Marylin Monroe and many more.\u00a0\u00a0In the mid to late 1800s, during the Victorian era, the hourglass corset was used to accentuate the hourglass body shape that became popular and ideal. It was really hard work for those people at that time to get that kind of body shape.\u00a0\u00a0Nowadays, there is an easy way for us to have that gorgeous body shape. Thanks to SCLUPTSHE gives a lot of choices to choose to look hot and gorgeous. For me I choose the\u00a0best body shaper -\u00a0Sculptshe Full Body Suit Surgery Compression Garment.The reason why I choose this garment is its full body minimizing support to make me feel confident in any occasion. It offers the control and adjustment necessary for my body to recover quickly and effectively to take the desired figure. This garment also features an open crotch design for easy bathroom access. So that it helps me to wear it on any occasion hassle free. Its wide straps also support hooks that adjust to your fit and comfort. The three front lines of hooks enhance the setting and make it easy on & easy off. This bodysuit also reduces and supports the waist, hips, thighs and entire abdomen so it makes us look gorgeous all the time.It also has high elastic fabric at the chest, lamination design, suitable for a variety of chest sizes so that we don\u2019t have to worry more about when we wear it. For your info, this wear shaper is also very helpful for those who just have post-surgical surgery. This wear helps us to quickly recover our body.\u00a0\u00a0Another one product that I choose is\u00a0Sculptshe Side Zipper Lace Hem Body Shaper\u00a0\u00a0This body shaper shapes your Waist, Hips and Thighs. Ideal for daily use, Post surgery and postpartum new mommies. It comes with side zipper shapewear, inner hooks to adjust the garment easily, adjustable and removable straps. Zipper crotch for optimal comfort and cotton lining for comfort. This Body shaper will round your back side, slims your waist, thighs &\u00a0 give you all over maximum compression..\u00a0What makes this bodysuit so special is it\u2019s almost invisible under clothes and has a brief style bottom to eliminate uneven shaping around the thighs. So that we also can wear it anywhere we want and we can still wear a bra as normal, without any bumps at the back. It makes me so confident to wear it at any time that I want.\u00a0In addition, this shapewear can also be natural butt lift, removable and adjustable straps, side zipper to maintain invisibility underneath all clothing, zipper on crotch available for easy bathroom use and low back so you can wear this Faja underneath backless dresses.Trust me, we will enjoy a more trim and toned figure, and show off a beautiful hourglass silhouette and everybody's eyes will focus more on you. This bodysuit will help us to slim our body instantly. It helps to flatten & firm our stomach.\u00a0This bodysuit also hides and smoothes bumps and bulges everytime we wear it. It gains our self-confidence to meet people when we wear it too. The light material, breathable fabric that won't roll up make us so comfortable to wear it. It is almost invisible under clothes so we are worry free to wear it. The crotch buckle design feature makes it convenient to use the restroom. What more that we are asking for, this is the most perfect bodysuit that you must have. Go and get it while the stock lasts!\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2018/03/dianz-vitamin-c-e-buat-kulit-jadi.html", "headline": "\nDianz Vitamin C & E Buat Kulit Jadi Cantik Dan Mulus\n", "content": "\n\nDianz Vitamin C & E Buat Kulit Jadi Cantik Dan Mulus\u00a0 |\u00a0 \"Hisap-hisap terus cantik!!\". Korang rasa ini tagline untuk produk apa? Hehe.. Tapi aku rasa mesti ramai yang dah tahu tagline produk apa ni kan.. Yelah, produk kecantikan ni agak popular di pasaran sekarang dan mempunyai permintaan yang tinggi dek kerana ramai yang nak cantik.. Produk apakah itu? Ya, Dianz Vitamin C & E buat kulit jadi cantik dan mulus..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nBerbotol warna ungu menambahkan lagi daya tarikan produk ini.. Serius weh, aku sendiri tengok packaging produk ni dah rasa tertarik nak cuba.. Dan, aku dah pun cuba.. Bukan sahaja sebab packagingnya menarik tetapi feedback dari pelanggan mereka juga membuatkan aku berminat untuk mencubanya.. Siapa yang tak nak cantik kan.. Wanita ni tak sah kalau tak dikaitkan dengan kecantikan.. Betul tak?\u00a0\n\n\n\nOk, stop membebel!! Sekarang aku nak perkenalkan pada korang semua yang mana nak cantik, tetapi tak tahu nak amalkan produk apa.. Ni dia, aku syorkan korang consume produk Dianz Vitamin C & E ini.. Sangat bagus tau.. Nak tahu lebih lanjut, stay back ya!\n\n\n\n\n\n\n\nRamai antara kita pada hari ini lakukan apa saja untuk cantik.. Ada yang sanggup keluarkan belanja yang tinggi semata-mata untuk cantik.. Mungkin bagi yang berkemampuan, duit tak menjadi masalah bagi mereka.. Tetapi bagi yang kurang berkemampuan tetapi teringin sangat nak cantik, pasti mencari cara yang lebih mudah dan murah untuk mencapai impian mereka untuk cantik.. Jadi, kali ni aku nak kenalkan pada korang produk yang mampu milik dan mampu buat korang cantik dan mulus dengan hanya mengamalkan Dianz Vitamin C & E..\u00a0\n\n\n\nHarganya ofkos murah pada harga yang berpatutan.. Kesannya masyaallah, sangat superb kalau kita konsisten dalam pengambilannya.. Nampak tak dah macam pantun ayat aku tu.. Haha!! Orite, kalau korang nak tahu, Dianz Vitamin C & E ni didatangkan dalam bentuk tablet yang sangat sedap.. Rasanya masam manis limau dan berry.. Sedap tau.. Bila makan tu rasa macam makan gula-gula.. Hehe.. Kadang-kadang rasa nak makan semua sekali ajerk dalam satu masa.. Punyalah sedap rasanya.. Aku memang suka rasa Dianz Vitamin ni..\n\n\n\n\n\n\n\nBertepatan dengan taglinenya \"hisap-hisap terus cantik\", jadi korang hanya perlu makan sebiji dan kemam atau hisap sahaja tablet Dianz ni selepas makan.. Mudahkan.. Sebotol mempunyai 30 biji dan tahan selama sebulan sekiranya korang amalkannya sebiji sehari.. Selamatkah produk ini? Soalan yang selalu diajukan oleh pelanggan.. Insyaallah produk ini selamat diambil kerana telah diluluskan oleh KKM dibawah akta farmasi : MAL16095012NC dan ianya merupakan produk muslim dan kilang bertaraf GMP..\n\n\n\nKandungan & Fungsi Dianz Vitamin\n\n\n\n\n\nMengandungi Vitamin C yang berasaskan Oren untuk merawat parut, jerawat dan jeragat\nMengandungi Vitamin E yang berasaskan Maquiberry untuk melembapkan kulit\nMengandungi Kolegen asli berasaskan Ikan Talapia untuk kulit lembut dan gebu.\nExtrak Glutathione sebagai antioksida dan menggandakan kesan pencerahan\nEkstra Ascorbic Acid untuk lebih kuasa penyerapan vitamin dalam tubuh\n\n\n\n\n\n\nKelebihan Dianz Vitamin\n\n\n5 kali ganda lebih cepat penyerapan dengan extra Glutathione dan Ascorbic Acid\nBaik untuk tumit kaki, rambut dan kuku\nBerperisa Berry (Masam-masam manis)\nTiada gelatin dan 100% dijamin HALAL\nProduk Muslim dan Kilang bertaraf GMP\nDiluluskan oleh KKM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKebaikan Dianz Vitamin\n\n\n\n\nProduk Dianz Vitamin ni kalau korang nak tahu banyak sangat kebaikannya... Bukan sahaja mampu mencantik dan memuluskan kulit tetapi terdapat banyak lagi kebaikan yang korang dapat perolehi sekiranya korang mengamalkan produk ini secara teratur dan konsisten... Jom semak kebaikannya satu persatu..\u00a0\n\n\n\nMencerahkan kulit muka dan badan\nMencantikkan kulit\nKulit lebih glowing dan berseri\nMelembapkan kulit\nMerawat parut, jerawat dan jeragat serta menghilangkan minyak berlebihan pada kulit muka\nMenghilangkan parut pada muka dan badan\nMengurangkan ekzema\nMengurangkan resdung\nMembantu menegangkan kulit\nMerawat kulit kusam\u00a0\nMerawat tona kulit tidak sekata\nMempercepatkan pertumbuhan sel kulit\n\n\n\n\n\n\n\n\nPantang Larang Dianz Vitamin\n\n\n\nHaaaa jangan tak tahu ye, Dianz Vitamin ni ada beberapa pantang larang yang perlu korang ikuti dan patuhi.. Nak tahu apakah pantang larangnya?? Meh pakat baca list kat bawah ni..\n\n\n\nBoleh diambil oleh lelaki mahupun wanita bermula dari umur 16 tahun dan keatas\nIbu mengandung dan menyusu juga boleh consume produk ni\nSesuai untuk mereka yang berkulit sensitif\nSila elakkan makanan dan minuman berkafein dan bergas untuk mendapatkan kesan yang lebih berganda dan optimum\n\n\n\n\n\n\n\n\nPastikan Yang Original Baru Beli!\n\n\n\nSepertimana yang korang semua tahu, sekarang ni banyak betul produk tiruan.. Asal aje produk tu femes dan meletop di pasaran, pasti menjadi sasaran mereka yang tidak bertanggungjawab untuk memalsukan produk tersebut.. Termasuklah produk Dianz Vitamin ni... Jadi, korang yang mana nak beli produk ni, pastikan yang original baru beli ye.. Macam mana nak pastikan yang original? Ok, tengok gambar ni..\n\n\n\n\n\nPerbezaan antara yang original dan fake\n\n\n\n\n\nPastikan ada sticker bar code ini bagi membolehkan korang semak ketulenan produk\n\n\n\n\n\nTestimoni Pengguna Dianz Vitamin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTestimoni Aku Sendiri\n\n\n\nOrite, selepas sebotol aku consume produk Dianz Vitamin ni dan kini telah masuk botol yang kedua, memang terdapat perubahan pada kulit aku.. Kulit aku semakin lembap dan lembut.. Kalau dulu selalu sangat aku menghadapi kulit yang kering sampai satu tahap kering bersisik.. Hadoiii tak lalu aku nak tengok kulit kering bersisik aku tu.. Lotion dah sapu tetapi tak jalan jugak.. Alhamdulillah, lepas kawan aku perkenalkan produk Dianz Vitamin ni dan aku consume secara teratur dan konsisten, kulit aku dah banyak perubahan..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nAda jugak kawan opiz tegur, aku semakin cerah.. Sebenarnya aku sendiri tak perasan yang aku sedikit cerah.. Haha!! Bila ditegur, barulah aku perasan.. Walaupun belum cerah secara keseluruhan tetapi nampaklah sedikit perubahannya.. Alhamdulillah.. Tak sia-sia aku consume Dianz Vitamin ni tau.. Paling penting aku beli yang original.. Hehe\n\n\n\nDapatkan Dianz Vitamin C & E Sekarang Untuk Kulit Cantik Dan Mulus!\n\n\n\nUntuk cantik dan mulus, tak perlu produk yang mahal dan keluarkan belanja yang besar.. Cukup hanya dengan consume Dianz Vitamin ni secara teratur dan konsisten dah mampu membuatkan korang cantik dan mulus.. Tak percaya? Kalau tak percaya silalah cuba ye..\u00a0\n\n\n\nOk, kalau korang nak cuba produk Dianz Vitamin ni, pastikan korang beli dengan pengedar Dianz yang sah ye.. Macam aku sendiri, memang akan cari pengedar Dianz yang sah supaya aku dapat produk yang original.. Bila produk original, barulah berkesan produk tersebut pada kita.. Jadi, untuk dapatkan Dianz Vitamin yang original, korang bolehlah terjah laman sosial agen di bawah untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut tentang produk.\n\n\n\nHarga Dianz Vitamin\n\nRM 50.00 ( 30 biji )\n\n\n\nFacebook\n\nhttps://www.facebook.com/ikanum\n\n\n\nFacebook Page\n\nhttps://www.facebook.com/Ikari-Shoppe-1476542015764137/\n\n\n\nInstagram\n\nhttps://www.instagram.com/tiqahanum/\n\n\n\nShopee\u00a0\n\nhttps://www.shopee.com.my/hayyu_rizqi\n\n\n\nWhatsapp\n\n013-699 9876\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2013/06/kpsl-oh-kpsl.html", "headline": "\nKPSL oh KPSL\n", "content": "\n\nAlhamdulillah...\n\n\n\nSyukur sbb semua dah selesai... arini dh last pape utk KPSL N27... sakit sampai kepala aku dok jawab exam 3 hari berturut2... utk harini paling stress sbb jwb s0klan Undang-Undang... huiii... leh gugur rambut.. hik3x.. pape p0wn semua da selesai... keputusannye kite tunggu la nnti.. sama ada lulus atau tak kan...\n\n\n\nHari pertama exam berkenaan Perintah Am, Arahan Perbendaharaan & Tatacara Pengurusan Stor... huii... boley la jawab tp x cukup masa... sedey bet0l... tulisan aku x yah cakap la.. cam cam cakar serigala dah... ha3x.. Hari kedua lak Bahagian B - Perintah Am, Arahan Keselamatan & PKPA. hurmm boley gak la jawab nye.. masih x cukup masa.. Ha3x.. kene kasi aku 1 hari k0wt baru cukup masa nk menjawab.. Ekekeke... x beragak kan nk masa lebih.. hik3x... Hari ni iaitu hari ketiga.. Bahagian C - Perlembagaan Persekutuan, Akta & Peraturan Pencen & Akta KWSP... perghhhh.. paling teruk tekanan di kepala aku ni rasa... berdenyut2... dok jwb soklan2 undang2... pening kepala tgk ayat2 dalam undang2... camne la peguam2.. hakim2 dan seangkatan dgnnya dok menjawat jawatan d0rg.. mesti kene mengadap semua tu... mmg kene tabik spring kat dorang ni... aku jawab soklan rini dah cam happe... tunggang langgang sekali... ayat undang2 terlalu 'puitis' hik3x... sehinggakan sukar masuk lam otak aku untuk ditafsikan... wah ayat... ni penangan darik undang2 tersebut la ni... ha3x...\u00a0\n\n\n\nPape p0wn semua dah settle.. so rini leh relax2kan otak sambil layan lagu Dayang Nurfaizah... tahun depan kite amek agik exam... hik3x... kepada yang amek KPSL sekali rembat aje mmg aku tabik toing toing la kat korg.. korg mmg hebbat...\u00a0\n\n\n\njom kite relaxkan otak... kasi dengar lagu ni....\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\naik.. sekali lagu sedey laa.. ha300x... aku suke ngat lagu ni.. x kesah la lagu sedih ke hape.. janji aku enjoy dengar lagu ni kan... nk sambung tgk cite Dahlia...\u00a0\n\n\n\nbubey...~!!\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/06/hari-ke-2-puasa.html", "headline": "\nHari Ke-2 Puasa\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\nAlhamdulillah dah masuk hari ke-2 berpuasa... Huwaaaaaa mengantuknyaaaaaa pagi ni... Bangun pukul 4 bersiap-siap untuk sahur.. Terus ke subuh dan bersiap-siap untuk pergi kerja.. Adehh mata terlalu berat hari ni nak dibuka... Mungkin perut kenyang sangat kowt.. Haha.. Korang sahur tak pagi tadi??\n\n\n\n\n\n\n\nMoga kita diberikan kekuatan olehNya bagi meneruskan ibadah puasa kita untuk tahun 2016 ni.. Cayok-cayokk korang...\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/06/hari-ke-3-puasa.html", "headline": "\nHari Ke-3 Puasa\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum wbt.\n\n\n\n\n\nGambar ihsan google\n\n\n\nHari Ke-3 Puasa | Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang hari ini untuk meneruskan puasa pada tahun ni untuk hari ke-3... Korang bangun sahur tak hari ni?? Makan ape?? Semalam berbuka apa korang..?? hehe..\n\n\n\nSemalam aku ada kelas belajar al-Quran.. Jadinya memanglah tak sempat aku masak untuk berbuka.. Awal-awal lagi dah plan untuk memborong kat bazar ramadhan tapi mungkin dah ditentukan ada rezeki aku semalam, ada la pulak orang yang baik hati sedekahkan aku sup ayam dan kari rusa.. Alhamdulillah... Rezeki jangan ditolak.. Musuh jangan gatai-gatai nak mencarik yee...\n\n\n\nBuat pertama kali nya aku dapat makan daging rusa.. Dah gaya rusa masuk kampung lak aku bila dapat kari daging rusa tu.. Haha.. Terjakun lak aku... Mane la tak terjakun, tak pernah makan kowt.. Tetiba aje dapat rezeki cenggitu... Dapatla jugak merasa keenakannya.. hiks.. Tapi semalam aku ada la buat penambahan menu.. Atas request en. somi.. Telur dadar aje.. Haha.. Itu jer la yang sempat untuk aku masak.. Tu pown dah semput-semput waktu dah.. Dah berbuka baru siap telur dadar digoreng.. ngeeee...!!\n\n\n\n\n\nGambar en. google yang kasi\n\n\n\nSahur tadi cam biasa la, aku bangun jam 4.00 pagi... Cuma angatkan lauk pauk yang dah siap-siap dimasak dimalam harinya... Bukak periuk check nasi, sekali nasi tinggal sikit aje la pulak... Cuak sekejap... Terus capai periuk then masak nasik.. Fuhh... Semalamnya tertidur awal sebenarnya.. Pukul 9.30 pm dah berlayar yee bersama-sama anak... En. somi pown tak \u00a0balik terawih agik.. Tataw la dia balik pukul berapa semalam.. Haha.. Tu penangan mengantuk sangat.. Mengantuk\u00a0+ Letih...So, pagi tadi aku masak nasi dengan masak telur dadar lagik... Lauk yang dah siap dimasak malamnya ikan tenggiri tumis pedas aje pown.. Cukup la untuk bersahur ye dak?? Bukan makan sangat pown pepagi buta... Nak bukak mata pown tak berapa larat.. Ni pulak nak bukak mulut... ekeke.. Tapi kene juga makan sahur untuk amek keberkatannya kan..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nMoga esok diberikan lagi peluang olehNYA untuk kita berpuasa.. Dapatlah kita menikmati lagi keberkatan dalam bersahur dan berbuka.. Amin.. :)\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/07/your-google-adsense-account-has-been.html", "headline": "\nYour Google AdSense Account Has Been Fully Activated\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\nYour Google AdSense Account Has Been Fully Activated |\u00a0Yey..!! Google AdSense aku dah active... Setelah penantian sekian lama, akhirnya Google Ads aku dah diluluskan oleh encik google.. Semalam aku dapat emel activated ni.. Seronok bukan main..\n\n\n\n\n\nTapi kan.... haaa ada 'tapi' tu.. Hurmm bila bukak blog rasa lambat sikit loading.. Berat mungkin... Adehh... Blog korang cam blog aku jugak ke??\n\n\n\nApa-apa pown yang penting Happyyy!!! Haha..~!!\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/02/cinta-makrifat.html", "headline": "\nCinta Makrifat\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum\n\n\n\nTeringat pulak aku hari ni pasal Anugerah Drama Kuala Lumpur yang lepas... Ape yang aku ingat??? haa ni nak cite ni.. Aku teringat Awie dan Erra Fazira.. Tentang persembahan dorang pada pembukaan anugerah tersebut.. \u00a0Dorang buat persembahan sempena Konsert Teaterikal Suara Kita yang akan berlangsung di Istana Budaya pada Mac 2014 nanti..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTeringin sangat nak pergi menonton teaterikal ni.. Tapi ape kan daya, ianya tak mungkin berlaku pada aku.. hukhuk... Erra Fazira, Awie, Ziana Zain.. Memang artis yang aku minati.. hurmm.. Tak de rezeki aku nak pergi menonton.. sob sob sob.. (sedey ni tau)\n\n\n\nAku suka sangat lagu Cinta Makrifat dendangan Awie dan Erra fazira.. Wah pasti meletop lagu ni kan nanti.. Persembahan dorang pada malam anugerah tu memang mantop.. Sampai aku menitiskan air mata tengok.. Touching sangat... (bermakna pada aku juga sebenarnya.. sebab tu tacing semacam je..).. hikhik..\u00a0\n\n\n\nJom kite layan sekali lagi persembahan dorang malam anugerah tu.. jom.. jom..\n\n\n\n\n\nCinta Makrifat - Awie & Erra\n\n\n\nTadi search lirik dia.. Sekali tak jumpa daaa... Maybe lepas teaterikal ni ada kowt lirik dia... hehehe..\n\nMoga Teaterikal ni berjaya walaupun aku tak dapat menontonnya.. hehehe..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/06/review-novel-asrama-by-muhammad-fatrim.html", "headline": "\nReview Nove Fixi | Asrama By Muhammad Fatrim\n", "content": "\n\nReview Novel Fixi | Asrama By Muhammad Fatrim \u00a0|\u00a0 Karya Muhammad Fatrim yang ke-3 berjaya aku baca... ASRAMA... Sebelum ni aku dah baca buku karya beliau berjudul Revenge dan Pemangsa... Aku memang berpuas hati dengan kedua-dua buah novel tersebut.. Dan kini novel ke-3 hasil dari karya beliau juga berjaya menambat hati aku.. Sebenarnya Asrama ni terlebih dahulu diterbitkan sebelum Revenge dan Pemangsa.. Cuma aku aje yang baca selepasnya.. Hehe.. Biasa la nak baca novel ni kene amek feel dulu.. Baca yang rasa menarik hati dulu.. Tak gitu??\u00a0\n\n\n\n\nAsrama By Muhammad Fatrim\n\n\n\nEceli novel Asrama ni aku beli yang Preloved punye dari seorang blogger... Dah jumpa yang terlajak murah, kasi beli aje la kan.. Tak kira la preloved pun.. Janji kondisi novelnya masih mengancam.. Haha!! Orite, aku baca novel ni pada 23 Mei 2017 dan selesai membacanya pada 24 Mei 2017... Sila kagum ye dengan aku sebab dapat habiskan dalam masa 2 hari aje novel ni.. Haha!! Bukan senang oh aku nak habiskan dalam masa yang singkat... Ok, kalau nak tengok review aku dekat Goodreads boleh klik SINI ye...\n\n\n\n\n\nSINOPSIS ASRAMA\n\n*******\n\n\n\n\nDisebabkan tak berapa nak rajin untuk menaip sinopsis buku ni, aku up ajelah gambar kulit belakangnya untuk korang tahu seco'et kisahnya... Novel Asrama ni tak de la tebal mana sebenarnya.. Hanya 287 muka surat sahaja.. Mungkin kalau korang yang banyak masa terluang, hanya beberapa jam aje dah boleh habiskannya..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nREVIEW AKU\n\n*****\n\nMula-mula aku nak ucapkan tahniah pada penulis, Muhammad Fatrim kerana menghasilkan karya yang jalan ceritanya best... Novel Asmara ni mempunyai kelainan bagi aku sebab jalan ceritanya adalah cerita dalam cerita... Kira cerita bertindih-tindih la gayanya.. Cerita alam roh orang mati yang tidak tenteram... Cerita roh yang menolong roh lain untuk tenteram.. Haa mesti korang dah peningkan.. Aku sendiri pun bila baca buku ni, dok terfikir-fikir, apakah penyebabnya.. Siapakah dorang ni.. Siapa punca kematiannya... Siapa yang hidup siapa yang mati sebenarnya.. Bila baca novel \u00a0ni, akan banyak tanda tanya berterbangan atas kepala korang.. Rasa tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya.. Lagi dibaca lagi nak tahu..\n\n\n\nGitulah gambaran keadaan aku semasa baca novel Asrama ni.. Nasib baik tak jadi mereng aje.. Haha!!\n\n\n\nOk, novel ni mengisahkan seorang pelajar dari sekolah yang cemerlang ingin bertukar ke sekolah biasa... Dahlia namanya... Pada awalnya si ayah membantah tetapi akhirnya akur dengan kehendak anak.. Dia ditempatkan dibangunan asrama lama bersama 3 orang rakan sebilik.. Pada awal kemasukan dia di asrama sekolah itu, pelbagai perkara pelik dia telah alami.. Cuma mungkin dia pelajar baru dan tidak perasan akan keadaan itu..\n\n\n\nSepanjang dia belajar disitu dan menginap di asrama tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku.. Dari satu kejadian ke satu kejadian.. Tak terlepas juga dari kes buli.. Biasalah kalau budak-budak baru mesti kene buli punye dengan senior.. Dahlia juga tak terkecuali... Sehinggalah timbul rasa dendam dalam diri dia.. Bila dah berdendam mesti ada plan nak membalas kan.. Sehinggalah Dahlia dan rakan sebiliknya melakukan perbuatan syirik.. Mereka main permainan \"Spirit of the coin\".. Menyeru roh untuk membalas dendam terhadap senior yang membuli pelajar-pelajar baru kat situ.. Bermula dari situlah lagi banyak kejadian yang menyeramkan berlaku....\n\n\n\nPanjang pulak aku nak cerita keseluruhan novel \u00a0ni.. Hehe.. Aku pendekkan la ye..\u00a0\n\n\n\nRupanya banyak roh yang tak tenang atas perbuatan seseorang.. Siapakah?? Yang ni malas aku nak cerita.. Korang baca sendiri k kalau nak tahu.. Haha!! Si Dahlia ni aje yang boleh tenteramkan semua roh tersebut sebab dia yang dok seru roh-roh tersebut akibat dari permainan syirik tersebut.. Kalau korang nak tahu, roh-roh yang tidak tenteram tersebut menginap kat pokok Ara besar belakang Asrama tersebut... Tu sebab cover novel ni sebuah pokok besooo.. Lepas si Dahlia ni kembalikan roh-roh tersebut ditempat asal, barulah tenteram asrama tersebut...\u00a0\n\n\n\nSebenarnyakan.. Kalau korang nak tahu, bangunan asrama lama tu dah lama tak berpenghuni tau.. Dah 5 tahun dikosongkan dan terbiar.. Siapa yang tinggal bersama-sama dahlia tu ekk?? Hehe.. Nak tahu?? Jom pakat beli buku Asrama ni.. Mesti korang teruja nak tahukan... Ada lagi misterinya tentang Dahlia tau... So, korang kene jugak beli dan baca sampai habis kalau nak tahu kesudahannya.. Haha!!\n\n\n\nJangan marahhh arrrrr!!\n\n\nREVIEW AKU DI GOODREADS\n\n******\n\n\n\n\nASRAMA by Muhammad Fatrim\n\n\nMy rating: 4 of 5 stars\n\n\n\nNovel ni buat aku rasa berada di dalamnya.. Mengisahkan tentang sebuah asrama sebuah sekolah yang penuh misteri dengan cerita-cerita seram.. Sepanjang membaca membuatkan aku berfikir, siapa sebenarnya punya angkara.. Mereka siapa.. Siapa roh yang tidak tenang dikalangan mereka.... Haha... Memang rasa tak sabar nak tahu dan nak sampai ke penghujung.. Cerita atas cerita dan lagi sekali atas cerita... 3 lapis cerita... \n\n\n\nSampai ke penghujungnya baru tahu siapa punya angkara dan siapakah roh-roh yang tidak aman tu.. Huhuhu.. Watak utama dalam cerita ini juga adalah roh yang tidak aman.. Bila dah tamat baca novel ni, rasa macam perasaan aku tergantung sebab penghabisannya tak secara detail.. Berhenti secara mendadak dan begitu sahaja.. Huhu..\n\n\n\nApa-apapun novel ni memang best... Aku suka jalan ceritanya.. Novel yang membuatkan aku tak sabar nak tahu kesudahannya...\n\n\n\n\nView all my reviews\n\n\n\n\n\nBaca jua :\n\nBeli Novel Preloved Murah Dari Seorang Blogger\nNovel Seram Dari Penulis Muhammad Fatrim\nReview Novel | Revenge By Muhammad Fatrim\nReview Novel | Pemangsa By Muhammad Fatrim\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2019/03/kenapa-lea-azleeya-pilih-hannah-cushion.html", "headline": "\nKenapa Lea Azleeya Pilih Hannah Cushion BB Cream SPF 35PA++?\n", "content": "\n\nKenapa Lea Azleeya Pilih Hannah Cushion BB Cream SPF 35PA++?\u00a0 |\u00a0 Dalam banyak-banyak foundation, aku lebih suka memilih BB Cream sebagai makeup base aku.. Selalunya aku akan pilih BB Cushion sebabnya ia memberi efek yang lebih ohsem berbanding BB Cream jenis dalam tiub.. Itu pendapat aku berdasarkan pengalaman penggunaan aku sebelum ni.. Now, aku diperkenalkan pula dengan satu jenama BB Cushion yang didatangkan dalam packaging yang super cute iaitu Hannah Cushion BB Cream.. Best tau BB Cream Hannah ni.. Haa nak tau tak kenapa Lea Azleeya pilih Hannah Cushion BB Cream SPF 35PA++ ni? Kalau nak tahu, kena la stay sampai noktah terakhir ye..\n\n\n\n\n\n\n\nKenapa Lea Azleeya Pilih Hannah Cushion BB Cream SPF 35PA++?\n\n\n\nAku ni agak cerewet sebenarnya dalam pemilihan foundation muka ni.. Aku tak suka tekstur yang terlalu berat sebabnya muka akan jadi tak selesa dan kulit terasa lemas.. Sebab itu juga aku lebih suka pilih BB Cushion sebagai makeup base aku kerana teksturnya lebih ringan dan mudah diapply pada muka..\u00a0\n\n\n\nKenapa aku pilih Hannah Cushion BB Cream ni?\n\n\n\n\n\n\n\nMesti ramai nak tahu kenapa aku obses sangat dengan BB Cream Hannah ni kan.. Ada beberapa sebab yang menjadikan BB Cream ni sangat bagus pada aku.. Antaranya ialah :-\n\n\n\n1.\u00a0 Mempunyai SPF 35PA++\n\n\n\nTahu tak SPF tu apa? Bagi yang tak tahu, SPF tu singkatan kepada Sun Protection Factor dimana ia sebagai ukuran seberapa bagusnya sesuatu produk tu dapat melindungi kulit muka dari UVB.. Macam BB Cream Hannah ni ia mengandungi SPF 35PA++ dah cukup tinggi untuk melindungi kulit muka aku daripada sinar UVB dimana jika tidak dilindungi boleh mengakibatkan sunburn.. Untuk SPF 35, ia dapat melindungi kulit sehingga 97% dari sinar UVB..\u00a0\n\n\n\nBab sunburn ni aku agak takut sikit sebabnya kalau kulit muka aku sunburn, memang susah untuk kembali kepada asal.. Mengambil masa yang agak lama untuk pulih.. Jadi, sebelum terjadinya sunburn, baiklah aku lindungi kulit aku sedari awal dan Hannah BB Cream ni sangat membantu aku dalam melindungi kulit muka.. TQ Hannah.. :)\n\n\n\n\n\n\n\n2.\u00a0 Teksturnya Sangat Ringan dan Tak Melekit\n\n\n\nSeperti yang aku katakan di awal entry tadi, aku lebih prefer untuk pakai BB Cream yang teksturnya ringan.. Jadi,\u00a0 Hannah BB Cream ni menepati apa yang aku inginkan.. Teksturnya sangat ringan dan sangat selesa bila diapply pada muka.. Ia tidak menutup rapat liang pori sehingga kulit tidak boleh bernafas seperti sesetengah foundation yang pernah aku cuba.. Satu lagi ianya tak melekit..\n\n\n\n3.\u00a0 Cover Parut Jerawat dan Jeragat\n\n\n\nMuka aku ni memang tak bermasalah sangat.. Jerawat pun kengkadang jerk muncul pada masa-masa tertentu sahaja.. Tetapi parut jerawat yang tertinggal ketika muka breakout teruk suatu masa dahulu masih ada dan sedikit jeragat mungkin faktor usia.. Heh.. Dah tua hakak ni deknon!! Dah ada Hannah BB Cream ni, alhamdulillah semua tu boleh dicover dengan baik.. Lepas pakai Hannah Bb Cream ni, pastu sapu pulak compact powder, parut jerawat dan jeragat dah tak nampak dah.. Best gile..\n\n\n\n4.\u00a0 Muka Jadi Flawless\n\n\n\nBertepatan dengan moto mereka \"Flawless Hannah, I'm Hannah\", BB Cream ni memang berjaya meninggalkan efek flawless selepas penggunaannya.. Aku suka!! Sape yang tak suka muka nampak flawless kan..\u00a0\n\n\n\n5.\u00a0 Makeup Tahan Lebih Lama\n\n\n\nSatu lagi yang best dengan BB Cream Hannah ni, makeup tahan lebih lama.. Aku dah cuba pakai pergi kerja, time nak solat zohor, makeup masih menten seperti diawal pagi.. Ini salah satu ciri-ciri BB Cream yang aku suka..\u00a0\n\n\n\nKelebihan\u00a0\u00a0Hannah Cushion BB Cream\n\n\n\n\n\n\n\nSetiap produk yang kita pakai mestilah ada kelebihannya yang tersendiri.. Buat apa pakai produk tetapi tiada kelebihan yang kita dapatkan.. Sama la juga dengan BB Cream Hannah ni, ada kelebihannya yang tersendiri.. Antaranya :-\n\n\n\nMempunyai UV Protection SPF 35\nMemberi perlindungan daripada sinar UV yang boleh menyebabkan pigmentasi dan penuaan kulit.\nMemberi perlindungan daripada Blue Light yang menembusi jauh kedalam kulit yang akan mengakibatkan penuaan kulit dan menjejaskan kualiti tidur\nDihasilkan daripada bahan semulajadi seperti ekstrak daun pegaga dan tumbuhan herba yang mempunyai sifat penyembuhan menjadikan ia anti-jerawat, anti-kedut dan merangsang kolagen.\n\n\n\n\nPackaging Yang Unik Dan Memudahkan\n\n\n\n\n\n\n\nSatu yang aku tertarik tentang BB Cream Hannah ni adalah packagingnya yang super cute, unik dan menarik serta memudahkan.. Mula-mula tu jakun jugak sekejap.. Eh, macam mana nak guna ni.. Hehe.. Almaklumlah firstime tengok packaging BB Cream macam ni.. Sebelum bukak penutupnya, aku tertanya-tanya jugak.. Camne boleh diberi nama Cushion BB Cream sedangkan tak de cushion pun.. Rupanya, bila dah bukak penutup dia, barulah nampak cushionnya.. Haha!! Tahap jakun tu lebih sikit kali ni.. Hehe..\n\n\n\nApa yang lagi best, bila dah tersedia cushion di hujung packagingnya, ia sangat mudah untuk digunakan dan disapu ke muka.. Dah tak perlu nak cari span lain.. Calit-calit dan terus ratakan dengan cushion yang disediakan tu.. Sangat senang.. Saiznya yang kecik juga memudahkan untuk dibawa kemana-mana.. Just selit dalam handbag dan boleh digunakan pada bila-bila masa.. Memang owsem!!\n\n\n\nHasil Makeup Menggunakan Hannah Cushion BB Cream\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nVideo time..\n\n\n\n\n\nDimana Boleh Beli Hannah Cushion BB Cream?\n\n\n\nSepanjang menggunakan Hannah BB Cream ni, aku sangat berpuashati dengan hasilnya.. Rasa selesa dimuka, tak melekit dan yang paling best dapat efek flawless.. i luv it!! Kat mana nak dapatkan Hannah Cushion BB Cream ni? Ok, korang boleh dapatkan BB Cream Hannah ni secara online di Shopee dan Lazada atau juga boleh didapati dari pengedar sah mereka.\n\n\n\nHarga\n\nRM 69.90 (15ml)\n\n\n\n\n\nUntuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-\n\n\n\nWebsite\n\nhttp://www.imhannah.life/\n\n\n\nFacebook\n\nhttps://www.facebook.com/imhannahlife/\n\n\n\nInstagram\n\nhttps://www.instagram.com/imhannahlife/\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2021/09/novakid-kelas-bahasa-inggeris-dalam-talian-untuk-kanak-kanak-berumur-4-hingga-12-tahun.html", "headline": "\nNovakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk kanak-Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun\n", "content": "\nNovakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk kanak-Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun\u00a0 |\u00a0 Assalamualaikum.. Hi guys! Apa aktiviti korang hari ni? Masih kekal di rumah lagi ke atau dah mula bekerja? Aku yakin pasti ada yang masih bekerja dari rumah kan dan mungkin ada dikalangan korang yang buntu tak tahu nak buat aktiviti apa dengan anak-anak.. Haaaa dekat sini aku nak share story dengan korang tentang Novakid.. Korang pernah dengar tak tentang Novakid ni? Kalau tak pernah, Novakid ni adalah kelas Bahasa Inggeris dalam talian untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.. Opsss nanti dulu mommies.. Ni bukan kelas yang membosankan tetapi ini kelas yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.. Serius best sangat!! Jom aku cerita..Novakid 'Online Learning' Yang MenyeronokkanSepanjang PKP ni, memang anak aku sentiasa berada di rumah.. Macam-macam aktiviti jugalah aku terpaksa fikirkan untuk menghilangkan rasa bosan mereka.. Salah satunya, aku daftarkan anak aku online class di Novakid.. Bagus tau online class Novakid ni tau.. Mungkin bila dengar tentang online class ni, dah terbayang kebosanannya kan terpaksa belajar dan belajar.. Tapi tidak di Novakid.. Anak-anak pasti seronok dan terhibur serta excited nak join online class di Novakid ni sebabnya kelas semuanya sangat interactive.. So, korang yang tengah cari online class untuk anak, aku recommended sangat korang daftar di Novakid.. Pasti anak-anak akan suka..\u00a0Macam Qhaliff sendiri, memang excited sangat masuk online class Novakid ni.. Cikgu yang mengajar pun pandai sangat handle kanak-kanak, tak terlalu serius.. So, anak-anak akan lebih yakin dan tak takut untuk mengikuti kelas online ini.. Lagi best di Novakid ni, kita boleh pilih native speaker tau.. Jadi, ni boleh membuatkan anak-anak lebih yakin untuk berkomunikasi.. Lagi pun belajar dengan native speaker ni adalah cara terpantas untuk mendapatkan hasil yang cepat.. Korang juga boleh tengok profile setiap cikgu yang berkhidmat di Novakid ni.. Jadinya, lebih mudahlah nak pilih cikgu yang sesuai mengikut timing yang korang prefer untuk anak korang.... Ramai juga cikgu di Novakid ni tau..\u00a0Ok, konsep Novakid ni mudah je.. Lepas kita langgan kelas, kita boleh dah boleh booking terus jadual belajar.. Jadual pun waktu fleksibel.. So, mudah la nak setting masa kan.. Boleh pilih time kita sendiri dan tidak terikat dengan jadual yang telah ditetapkan.. Very nice!! Kelas pun hanya 25 minit tau untuk setiap sesi.. Tak lama, so anak-anak pun tak la bosan mengadap kelas yang terlalu lama sehingga berjam-jam kan.. Lagi pun, Novakid ni juga adalah merupakan platform interaktif.. Itu yang membuatkan anak-anak seronok belajar di Novakid.. Aku rasa dengan cara ni, anak lebih cepat belajar dan faham sekaligus cepat dapat kuasai Bahasa Inggeris..\u00a0Aku suka dengan interfacenya.. Minimalis, clean and nice... Senang nak faham step by step.. Senang cerita 'user-friendly' la... gittchewww!! Bagi aku as parents, memang mudah sangat nak buat booking di Novakid ni.. Kalau ada masalah teknikal pun, terus boleh berhubung dengan mereka just pergi ke ruangan chat yang disediakan untuk dapatkan bantuan segera.. Memang terbaik Novakid ni..Masukkan emel untuk registerDah register akan ada akaun parent dan anak untuk booking dan juga kelas onlineIni akaun parent di mana, boleh tambah baki akaun dan juga schedule jadual belajar anakBahagian \"Jadual Say\" ni, bolehlah pilih tarikh yang sesuai untuk kelas online anakCikgu pun boleh pilih tau.. Cikgu semua dari luar negara ya..\u00a0Di bahagian \"pustaka\" pula, boleh dapatkan material untuk anak-anak belajarNak tengok tahap pencapaian, boleh pergi ke bahagian \"pencapaian\"Kelebihan Online Class di NovakidBanyak kelebihannya bila belajar di Novakid ni yang perlu korang tahu.. Antaranya :-Persekitaran bahasa - Belajar dengan penutur asliGuru berpengalaman - Setiap guru di Novakid adalah pakar ESL yang bertauliah dengan pengalaman mengajar dalam talianDari mudah ke sukar - Mula secara mudah dan beransur-ansur menjadikan program lebih sukar.Kelas dari rumah - Ibu bapa jimat masa dan wang ringgit untuk perjalanan ke pusat tuisyen dan guru di luar talian. Anak-anak dapat belajar di persekitaran rumah yang selesa tanpa risiko terdedah kepada jangkitan penyakit.Program sesuai bagi semua usia - Program dicipta oleh pakar berbahasa inggeris yang berpengalaman dan memberi tumpuan kepada ciri-ciri pendidikan dan psikologi kanak-kanak berumur 4-12 tahun.Standar pendidikan Eropah - Program dirangka berdasarkan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR)Langganan Percubaan Hanya RM64 Sahaja!Serius la RM64 sahaja! Ya, hanya RM 64 sahaja 'trial subscription' ni untuk 4 kelas, selama 2 minggu.. Murah gila guys.. Berbaloi-baloi sangat.. Anak aku Qhaliff pun starting aku cuba trial subscription ni dulu untuk lihat keserasiannya dan ternyata dia sangat happy dengan online class ni.. Bagi korang yang nak cuba dulu tu, boleh ambil langganan percubaan ni.. Recommended sangat guys!!4 kelas individu untuk RM64Kelas 25 minitPlatform permainan interaktifHanya guru berbahasa InggerisJadual waktu fleksibelJom booking sekaranggggggg \ud83d\udc49 klik SINIBagaimana kelas dijalankan? Moh tonton kat SINIKorang yang ada anak berumur 4 hingga 12 tahun tu, aku rekemen sangat korang daftar masuk anak korang dalam kelas online di Novakid ni.. Sekurang-kurangnya masa mereka dihabiskan dengan aktiviti yang memberi mereka manfaat.. Boleh dikatakan bermain sambil belajar kerana di Novakid sistem pembelajarannya so fun.. Anak-anak pasti seronok join kelas online di Novakid ni.. Qhaliff pun seronok tau.. Selalunya dialah yang susah sekali nak join kelas online.. Tetapi di Novakid, dia dengan senang hati serah diri untuk belajar bahasa inggeris di sana.. Alhamdulillah.. Seronok bila tengok dia happy...Ok guys, itu jelah yang aku nak share tentang Novakid ni.. Moga bermanfaat buat korang semua.. Yang elok ikut, yang tak elok jangan ikut tau.. Haha.. Next ada story best, aku share lagi.. Hope korang setia di sisi Blog Lea Azleeya ni.. Haha.. Take care guys!! Stay safe...\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/05/hidup-ini-terlalu-singkat.html", "headline": "\nHidup Ini Terlalu Singkat\n", "content": "\n\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\n\nS E K A D A R \u00a0 \u00a0R E N U N G A N\n\n\n\nUmur kita terlalu singkat\n\n... hingga ALLAH kurniakan \u00a0lailatul qadar untuk menambah umur amal.\n\n\n\nUmur kita terlalu singkat\n\n... ALLAH pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.\n\n\n\nUmur kita terlalu singkat\n\n... ALLAH kurniakan puasa enam syawal spt berpuasa setahun.\n\n\n\nUmur kita terlalu singkat\n\n... ALLAH kurniakan surah Al Ikhlas spt membaca sepertiga Al-Quran.\n\n\n\nUmur kita terlalu singkat\n\n... ALLAH kurniakan solat diMasjidil Haram spt solat 100 ribu lebih di masjid lain.\n\n\n\nUmur kita terlalu singkat\n\n... ALLAH kurniakan solat berjemaah 27x lebih dpd solat sendirian.\n\n\n\nUmur kita terlalu singkat\n\n... ALLAH kurniakan solat sunat di rumah 25x lebih dpd solat di mata orang\n\n\n\nHidup ini terlalu singkat\n\n... ALLAH kurniakan satu huruf bacaan Al-Quran dgn 10 pahala.\n\n\n\nHidup ini terlalu singkat\n\n...ALLAH kurniakan sesiapa yg beramal soleh/bersedekah, meninggalkan ilmu bermanafaat dan tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya.\n\n\n\n\n\nHIDUP INI TERLALU SINGKAT... \u00a0JANGAN SIA-SIAKAN...\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/01/memori-berkasih.html", "headline": "\nMemori Berkasih\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum..\n\n\n\nPagi-pagi lagi aku dah layan lagu jiwang... syahdunyierrr...\nJom layan sama-sama lagu ni nak... :)\n\n\n\n\n\n\nMemori berkasih - Nana\u00a0+ Achik Spin\n\n\n\n\nTelah ku cuba memintal kasihmu\n\n\nBiar menjadi ikatan abadi\n\n\n\n\nNamun apa daya terlerai janji kita\n\n\n\n\nMungkin takdir yang meminta\n\n\n\nNamun apa daya terlerai janji kita\n\n\nMungkin takdir yang meminta\n\n\n\n\n\n\n\nBermusim kita bersama\n\n\n\n\nMenyemai ikatan cinta\n\n\n\n\nTak mungkin kasihku hilang\n\n\n\nKu kunci hati untukmu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKumpulkan kenangan indah\n\n\nSimpanlah senda gurauan\n\n\n\n\nAndainya kau kerinduan\n\n\n\n\nItulah jadi penawar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSungguh ku terharu dan pilu\n\n\nKasih ku semai kau abaikan\n\n\n\n\nPutusnya ikatan cinta\n\n\n\n\nMungkin tiada jodoh kita\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenangis hati ini\n\n\nKu juga bersimpati\n\n\n\n\nHancurnya harapanku\n\n\n\n\nMaafkan sayang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKasihmu yang berubah\n\n\nAku pun tak menyangka\n\n\n\n\nItulah alasanmu pergilah sayang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBiarlah rindu di kejauhan\n\n\nMenemani hati yang gelisah\n\n\n\n\nSemoga bertemu jua kebahagiaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTelah ku cuba memintal kasihmu\n\n\nBiar menjadi ikatan abadi\n\n\n\n\nNamun apa daya terlerai janji kita\n\n\n\n\nMungkin takdir yang meminta\n\n\n\nNamun apa daya terlerai janji kita\n\n\nMungkin takdir yang meminta\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/09/stress-iklan-google-adsense-tak-keluar.html", "headline": "\nStress Iklan Google Adsense Tak Keluar!!\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\nStress Iklan Google Adsense Tak Keluar!! \u00a0|\u00a0 Arghhhh ape nak jadi ni wehh.. Iklan google adsense aku tak keluar dah lepas aku tukar domain... Apa masalah sebenarnya ni?? Aku dah buntu.. Tambah tensen lagik bila ranking dekat alexa.com pown dah tak dapat dijejak dengan domain yang baru ni.. Huwaaaa.. Semua web tamo kawan ngan blog aku ni.. Sob.. sob.. Sob..\n\n\n\nAku rasa sekarang ni, macam aku baru jerk create blog ni.. Adoihai..!! Stressssss...\n\n\n\nNasib baik pengunjung sentiasa ada di blog aku ni... Malahan makin ramai pulak.. Ahakz.. Alhamdulillah.. Thankz too kepada yang sudi singgah di blog aku ni.. Harapnya masalah ni selesai cepat la.. Tensen wehhh camni..!! Tengok tembat iklan, kosong aje... huh..!!\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/04/mengidam-nak-baca-novel-ramlee-awang.html", "headline": "\nMengidam Nak Baca Novel Ramlee Awang Murshid\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\nMengidam Nak Baca Novel Ramlee Awang Murshid \u00a0|\u00a0Dah kenapa tajuk cenggitu yek..? Hehe Sebenarnya ceritanya cenggini.. Kan sejak dua menjak ni aku dah terjebak dengan buku-buku berunsurkan SERAM..!! Berjangkit dengan Blogger Sha Mohamad\u00a0la ni...\u00a0Huhu Bila dah terjebak ni, teringat pulak sahabat aku si Yatt ni yang fanatik gile dengan penulisan Ramlee Awang Murshid... Dah tiba-tiba aku rasa nak baca buku Ramlee Awang Murshid pulak.. Terus roger dia untuk pinjam novel Tombiruo..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nTOMBIRUO?? Kenapa tak tajuk lain??\u00a0\n\n\n\nHehe sebabnya, novel ni kan akan di adaptasikan ke filem nanti.. Dan aku yakin, sahabat aku Yatt yang fanatik tu akan ajak aku pergi menonton nanti.. Tak bestla kalau dia sorang jerk yang tahu jalan cerita novel tu sedangkan aku blurrrr aje nanti... Sekurang-kurangnya aku tahu jalan cerita novel dan aku dapat tengok persamaannya dengan filem.. Hah gituu..\n\n\n\nKata kawan aku Tombiruo ni cerita bersambung.. Tu sebab ada 3 novel.. Tak sabar aku nak hadam novel-novel tersebut.. Harap-harap dapatlah aku faham jalan ceritanye.. Hiks..\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/04/review-novel-tombiruo-by-ramlee-awang.html", "headline": "\nReview Novel | Tombiruo by Ramlee Awang Murshid\n", "content": "\n\nReview Novel | Tombiruo by Ramlee Awang Murshid \u00a0|\u00a0 Berjaya juga aku menghadam novel Tombiruo by Ramlee Awang Murshid dengan penuh gayanya.. Hehe.. Baru novel pertama.. Ada 2 buah novel lagi iaitu Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir sambungan daripada kisah Tombiruo ni perlu dibaca untuk mengetahui kisah sepenuhnya...\u00a0\n\n\n\n\nTombiruo by Ramlee Awang Murshid\n\n\n\n\nBtw, novel Tombiruo ni best rupanya.. Tak hairan la ramai betul peminat kepada penulis hebat Ramlee Awang Murshid ni.. Cerita yang digarapkan dalam novel ni sangat suspen sampaikan aku tak sabar nak tahu cerita selanjutnya dan kesudahan ceritanya.. Pada permulaan membaca novel ni iaitu dibahagian Prolog, aku rasakan bahasanya terlalu berat untuk aku baca dan fahamkan jalan ceritanya.. Bila dah masuk bab 1, aku dah rasa seronok membaca.. Rupanya ianya sebuah cerita yang seronok dibaca... Hehe..\n\n\n\nUntuk buku pertama ni, aku boleh klasifikasikan kisahnya berkenaan pembunuhan dan penyiasatan.. Pembunuhan yang berlaku ditempat yang berlainan tetapi berkaitan antara satu sama lain... Sehinggakan ianya berkaitan rapat dengan Tombiruo.. Korang tau tak apa maksud Tombiruo ni? Kalau yang dah baca novel ni mesti dah tau kan.. Bagi yang belum, harussss tak tahu tuuuu.. hehe..\n\nTOMBIRUO.. Dalam bahasa suku kaum Kadazan-Dusun, Tombiruo membawa maksud roh atau hantu, yang dipercayai wujud secara halus dan nyata. Kewujudannya juga dipanggil Rogon.. Suku kaum Murut memanggilnya Alingu atau Adah.. Mangat pula panggilan dalam bahasa suku kaum Bajau... Suku kaum Brunai mempercayai kewujudannya sebagai Ranggau, manakala orang-orang Cina memanggilnya Kui...\n\n\n\nKisah Novel Tombiruo\n\nBermula kisah beberapa kes pembunuhan di Kuala lumpur dengan cara yang sama seksa, rogol dan suntik dadah berlebihan sehingga mati.. Suspen berjaya ditangkap beserta bahan bukti dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.. Tetapi suspek yang ditangkap bukan penjenayah sebenar.. Beberapa kes pembunuhan dengan cara yang sama berlaku pula di Sabah selepas itu.. Sehingga membawa kepada kisah pembalakan haram, pembunuhan dirancang, perebutan harta pusaka, kematian demi kematian dan ada juga la kisah yang sweet-sweet terselit.. Hehe.. Diantara kisah-kisah inilah wujudnya watak Tombiruo tu.. Dan watak-watak yang ada dalam novel ni sebenarnya berkaitan antara satu sama lain secara tidak langsung dan secara langsung..\u00a0\n\n\n\nWatak Dalam Novel\u00a0\n\nDalam novel ni watak paling menonjol sudah pastinya Tombiruo ataupun nama betulnya Ejim.. Diikuti dengan watak Amiruddin dan Wan Suraya.. Ejim seorang lelaki yang gagah perkasa yang mempunyai semangat pahlawan dalam diri yang dijaga dan dibesarkan oleh bapa angkatnya di dalam sebuah hutan tebal.. Ada sebabnya dia tinggal dalam hutan tebal tau.. Sebab wajahnya tak menyerupai manusia malah tidak juga seperti binatang atau haiwan.. Sebab itu orang menggelarkannya sebagai Tombiruo..\u00a0\n\n\n\nAmiruddin pula membesar dirumah anak yatim dan tidak tahu asal usul sebenar dirinya.. Dia berkahwin dengan Salina anak orang ternama dan kaya di daerah Keningau dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Amirul.. Dia seorang renjer hutan..\n\n\n\nWan Suraya pula adalah wartawan akhbar Bacaria dan bekerja di Kuala Lumpur.. Wan Surayalah punca Amiruddin tahu asal usulnya sehinggakan Amiruddin tau yang dia ada kembar... Nak tau kembarnya siapa? Hehe.. Tombiruo a.k.a Ejim adalah kembarnya.. Perghhh kisahnya memang menarikla.. Kengkadang cam tak terjangkau dek akal jalan ceritanya camni..\u00a0\n\n\n\nEnding\n\nEnding novel ni haruslah tergantungkan sebab ada sambungannya.. Tapi untuk kes pembunuhan tu memang dah berakhir dan tahu siapa dalangnya.. Rasa puas membaca dan tak kecewa sebab meskipun ceritanya tergantung tetapi tetap ada ending untuk kes pembunuhan tu.. Terbaikk..\n\n\n\nKonklusi\n\nKesimpulannya, aku rasa novel ni memang superb.. Tak rugi aku hadam novel ni dengan tekun walaupun memakan masa 2,3 hari.. Hehe.. Patutlah ramai yang suka penulisan penulisnya.. Memang best.. Aku kasi 9.9 per 10 bintang-bintang kehidupan untuk novel ni.. haha!!\n\n\n\n\n\nBagi yang belum baca, aku rasa korang tak puas kot takat baca review aku.. Untuk lebih penghayatan baik korang baca sendiri.. Memang tak rugi uolls.. Percayalah..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaca review novel - BARONGAN\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/10/review-novel-naskah-terakhir-laura.html", "headline": "\nReview Novel | Naskah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee\n", "content": "\n\nNaskah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee\u00a0 |\u00a0 Assalamualaikum.. Hi, korang... Nampaknye hari ni aku agak ketandusan idea untuk mengarang entry.. Entah kenapa, dari tadi dok taip, padam, taip, padam.. Hadoiii.. Tapi mood untuk aku review novel tu menewaskan segala-galanya.. Sampaikan aku berusaha perah idea aku ke tahap maksima kuasa dua.. Haha.. Giless betol.. Ok, kali ni aku nak review novel karya Anna Lee lagi.. Entah yang keberapa kali pun aku tak sure.. Malas nak kire sebenarnya... Novelnye berjudul Naskah Terakhir Laura Isabell..\n\n\n\n\n\n\nEceli, novel ni aku habis baca dah lama gile kot.. Kalau nak tahu bila aku baca sila selongkar goodreads aku ye.. haha!! Nampak tak, penyakit malas tengah menyerang aku sekarang... Hiks..\u00a0\n\n\n\nOrite, berkenaan novel ni.. Pada awalnye, pandangan aku terhadap novel ni sangat teruk.. Aku jangkakan novel ni tak best dan membosankan sebab aku dapat tahu ceritanya tentang kisah-kisah zaman dahulu kala.. Dalam fikiran aku dah terbayang kebosanannya semasa membaca.. Tapi kenapa aku beli? hurmm aku beli sebab aku suka penulis Anna Lee ni dan cuba mengumpul karyanya.. Hehe..\n\n\n\nTapi selepas baca novel ni, segala anggapan dan pandangan aku tu berkecai sama sekali sebab jalan cerita novel ni best hokeh!! Tak terjangka dek fikiran aku, yang penulis boleh garap cerita sedemikian rupa.. Jalan cerita yang menarik dan tak membosankan... Ada juga part yang menyentuh perasaan tau.. Sob.. Sob.. Sob..\n\n\n\n\n\n\n\nTak nak menceceh panjang-panjang sangat.. Apa yang boleh aku katakan disini, aku suka novel ni.. Malas nak cerita jalan ceritanya.. Korang bacalah sinopsisnya kat gambar atas ni yek.. Tak nampak kalu, kasi besar itu gambar... Haaa dah keluar bahasa pelik.. Tatabahasa kelaut.. Haha!! Untuk review yang lebih cun, korang baca review di goodreads aku seperti kat bawah ni yek.. Yang mane ada akaun goodreads tu, sudi-sudikanlah follow aku disana ekk.. \ud83d\ude0e\ud83d\ude01\n\n\n\n\nNaskah Terakhir, Laura Isabell by Anna Lee\n\n\n\nMy rating: 4 of 5 stars\n\n\n\nNaskah Terakhir Laura Isabell... Kisah yang menarik dan mengagumkan... Tak terbayang bagaimana penulis boleh menulis kisah sebegini... Kisah dizaman dahulu kala.. Di tahun 1911.. Sebuah garapan yang baik dari penulis.. \n\n\n\nPada awalnya, aku ingatkan novel ni akan membosankan aku.. Tapi ternyata tidak... Aku membaca tanpa mahu berhenti.. Kisah yang membuatkan aku ingin mengetahui kesudahannya secepat mungkin.. \n\n\n\nSebuah kisah cinta di zaman dahulu.. Cinta sejati cinta kerana Allah... Walaupun tidak bersatu tapi cinta mereka tetap utuh kerana Allah.. Cinta yang membawa kepada penghijrahan seorang yang bernama Laura Isabell... Wanita inggeris yang berjaya diislamkan oleh kekasihnya kerana Allah.. \n\n\n\nJalan cerita yang menarik... Aku suka!!..\n\n\n\n\nView all my reviews\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2023/07/money-games-online-percuma-di-mortgage.html", "headline": "\nMoney Games Online Percuma di Mortgage Calculator\n", "content": "\nMoney Games Online Percuma di Mortgage Calculator\u00a0 |\u00a0 Bila sebut sahaja games, mesti terus fikir ianya sesuatu yang melekakan.. Betul tak? Sebenarnya ada je games yang menerapkan konsep bermain sambil belajar.. Contohnya money games di Mortgage Calculator yang menyediakan permainan video money games online secara percuma untuk kanak-kanak.. Lagi best tak perlu muat turun sebarang aplikasi.. Boleh terus main secara online di website mereka tanpa gangguan sebarang iklan.. Itu yang bestnye.. Tak perlu risau lagi anak-anak tertekan iklan dan fokus mereka pun tak terganggu..Kategori Money Games di Mortgage CalculatorActually, aku dah explore games yang ada di Mortgage Calculator ni dan semuanya menarik... Antara kategori games yang ada dan boleh dipilih oleh anak-anak antaranya :-Real Estate GamesMoney GamesCryptocurrency GamesFarming Simulation GamesGrocery Store GamesRestaurant Simulation GamesBusiness Simulation GamesSoftware Development GamesOffice Politics GamesEnvironmental GamesOther Fun GamesHaiss ini bukan anak-anak je yang berminat bermain games di Mortgage Calculator ni, mak-mak pun berminat... Haha!! Semuanya best-best belaka.. Bolehlah jadikan bonding time dengan anak-anak..\u00a0Bagi aku kebanyakan permainan Money Games di Mortgage Calculator ni sangat bagus untuk perkembangan kognitif kanak-kanak kerana permainan interaktif yang ada kebanyakannya berunsurkan pengiraan dan melibatkan kemahiran berfikir.. So, melalui permainan ini, secara tak langsung anak-anak dapat belajar mengenai wang serta mengira tolak tambah dalam perbelanjaan harian mereka..\u00a0Cash BackIni salah satu contoh games yang bagus untuk melatih anak-anak dalam pengiraan wang.. Cash Back!.. Dalam game ini pemain perlu memberikan baki yang tepat kepada pelanggan dengan menggunakan wang kertas dan duit syiling.. Dari situ, anak-anak tahu nilai duit, berapa yang digunakan dan baki.. Game ini anak-anak akan melalui fasa easy, medium dan difficult..Grocery CashierOk, ini satu lagi games yang menyeronokkan dan agak menguji minda anak-anak.. Grocery Cashier! Aku sendiri pun macam blur mula-mula.. Last sekali, barulah faham dan onzzzz... haha.. Game ni anak-anak boleh berlatih menggunakan mesin daftar tunai secara maya dengan latihan tolak dan tambah.. Macam guna kalkulator jugak la lebih kurang..Game ini agak mencabar minda.. Kena cekap dan pantas berfikir mengikut kemampuan anak-anak.. Memang agak menguji minda.. Tapi aku yakin anak-anak pasti sukakannya..Jom Uji Minda Anak-Anak Dengan Money Games di Mortgage Calculator!Banyak lagi games yang\u00a0 boleh anak-anak cuba di Montgage Calculator ni.. Semuanya menyeronokkan dan menguji minda matematik mereka.. Bermain sambil belajar.. Emak Ayah dah\u00a0 tak perlu risau anak leka bermain games yang tidak mendatangkan manfaat.. Di Mortgage Calculator minda anak-anak diasah dalam pengiraan..Games di Mortgage Calculator ini sesuai untuk semua.. Dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.. Jom kita sama-sama mantapkan skill matematik kita dengan money games online di Mortgage Calculator.. Percuma je tau dan tak perlu nak muat turun aplikasi.. Paling penting anak-anak tak buang masa secara sia-sia sebaliknya dapat bermain sambil belajar.. Dapat juga tambah ilmu kan.. Let's tryyyy!!Jom try Money Games di >>>>>>>> MORTGAGE CALCULATOR\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2015/04/sampaikan-rinduku.html", "headline": "\nSampaikan Rinduku\n", "content": "\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nOh bulan sampaikan rinduku\nOh bintang kirimkan cintaku\nYang hilang pastikan bersatu\nOh sayang di dalam mimpimu\n\nOh bulan sampaikan rinduku\nOh bintang kirimkan cintaku\nYang hilang mungkinkah bersatu\nOh sayang di mana dirimu\n\nMalam ini aku sendiri\nMenanti dan terus menanti\nMalam ini aku sendiri lagi\nMenanti dan terus menanti\n\nUsah ditangis lagi\nUsah dirindu lagi\nPasti kita bertemu nanti\nUsah ditangis lagi\nUsah dirindu lagi\nPasti kita bertemu pasti\nPejamkan matamu kasih\u2026\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2021/11/tingkatkan-nutrisi-dan-tumbesaran-kanak-kanak-dengan-diffenz.html", "headline": "\nTingkatkan Nutrisi dan Tumbesaran kanak-kanak dengan Diffenz Junior\n", "content": "\n\nTingkatkan Nutrisi dan Tumbesaran kanak-kanak dengan Diffenz Junior |\n Nutrisi yang lengkap dan pemakanan yang seimbang amat penting bagi kanak-kanak\n yang sedang membesar. Zaman sekarang ni tidak semua ibu bapa berjaya membentuk\n corak pemakanan yang sihat untuk anak mereka lebih-lebih lagi ketika negara\n dan seluruh dunia dilanda Pandemik Covid-19.\n\n\n\n Satu kajian yang dibuat mendapati berlaku peningkatan kadar obesiti yang\n membimbangkan di kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Mereka\n mengalami kenaikan berat badan purata 2.3 kg semasa pandemik di mana anak-anak\n tidak dapat bermain diluar dan pergerakan mereka terbatas hanya di dalam rumah\n sahaja.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n Jadi, ini mengakibatkan mereka kurang aktif kerana hanya dihidangkan dengan\n gajet dan siaran TV sahaja di rumah. Fasa kanak-kanak amat penting dan perlu\n diberi perhatian khusus oleh ibu bapa. Ini kerana apa saja yang diserap dan\n berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan\n datang. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak\n adalah tumbesaran dan perkembangan mereka.\n\n\n\n Di luar pengatahuan sebilangan kita, kadar kebantutan dalam kalangan\n kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada\n kadar 7.4 peratus berbanding di Tebing Barat dan Gaza yang dibelenggu konflik\n keganasan.\n\n\n\n Kanak-kanak di Malaysia juga berhadapan dengan peningkatan risiko obesiti\n akibat kurang aktif dan pengambilan makanan yang tidak sihat di rumah akibat\n pandemik Covid-19 yang melanda. Tiada lagi keterujaan dan kebebasan bermain,\n berlari dan bergerak aktif bersama kawan-kawan demi memenuhi tuntutan norma\n baharu.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n Keadaan ini menyebabkan daya ketahanan tubuh dan tumbesaran mereka terganggu.\n Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan\n semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda\n kesihatan berpunca daripada malnutrisi (kekurangan nutrisi), jangkitan\n berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.\n\n\n\n Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh meningkatkan risiko kematian dan\n morbiditi (berpenyakit). Daya pertahanan tubuh yang kuat juga sangat penting\n dan salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin\n dan mineral yang lengkap.\n\n\n\n Vitamin ditemui dalam kebanyakan makanan yang diambil setiap hari. Jadi, amat\n penting untuk ibu bapa menggalakkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan\n dalam diet bayi mereka. Pun begitu, agak sukar untuk tubuh mendapatkan\n keperluan mikronutrien, disebabkan kualiti makanan berkurangan kerana proses\n penanaman (racun perosak, baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau\n pencucian berlebihan serta cara masakan.\n\n\n\n\nPengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr SyidDr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya di kalangan kanak-kanak.Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres.\u00a0\u00a0Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.\u00a0\u00a0\n\nMelalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu.Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah.Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.\n\nCendawan Susu Harimau\n\nNutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selsema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.\u00a0Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.\n\nMultivitamin Dan MineralBerdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013).Terdapat jurang yang jelas di antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang \u2018picky eater\u2019.\n\nKolostrumAnak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum.Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak.Korang yang ada anak berumur 4 hingga 12 tahun tu, aku rekemen sangat untuk dapatkan Diffenz Junior ni. Sekurang-kurangnya anak-anak kecil ini boleh dapat nutrisi tambahan dan perlindungan yang terbaik kepada mereka untuk terhindar dari jangkitan kuman dan virus berbahaya di luar sana.\nMoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu korang memberikan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak. Mencegah kan lebih baik daripada merawat. Perlu ingat ye, kalau anak-anak ni sakit kita juga yang susah hati nanti.Ok lah. Kalau korang berminat nak dapatkan Diffenz Junior ni korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie dibawah.\ud83d\udc49 Website : https://diffenzjunior.com\ud83d\udc49\u00a0Facebook Page : Eskayvie Malaysia\u00a0\ud83d\udc49\u00a0Instagram\u00a0: Eskayvie Malaysia\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2020/12/resepi-incredible-fluffy-california-raisins-scone.html", "headline": "\nResepi Incredible Fluffy California Raisins Scone\n", "content": "\nResepi Incredible Fluffy California Raisins Scone\u00a0 |\u00a0 Holaaaa.. Lama dah tak up resepi kat blog kesayangan aku ni.. Kali ni aku datang lagi dengan resepi yang baru.. Tak keterlaluan aku katakan, resepi ini adalah resepi ciptaan sendiri dimana resepi scone diubah sedikit dengan menggunakan California Raisins yang sedap sebagai bahan utamanya.. Hiks..Kenapa Pilih California Raisins?Ada sebab aku guna California Raisins sebagai bahan utama resepi aku ni.. Aku mahukan rasa manis tu adalah rasa manis semulajadi dari buah iaitu dari kismis itu sendiri.. California Raisins ni memang rasa manis semulajadi dari buah yang dijemur kerana ia dihasilkan tanpa gula tambahan.. Sweet Naturally gittchewww!! Makanan yang dihasilkan pun lebih sihat..Apa yang menarik lagi, California Raisins ni merupakan kismis terbaik di dunia kerana kualiti dan standard keselamatannya terjamin.. Bebas dari aflatoksin.. Sebab itulah aku menggunakan California Raisins ni sebagai bahan utama dalam resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone aku ni.. Hehe..Resepi Incredible Fluffy California Raisins SconeResepi Incredible Fluffy California Raisins SconeBahan-bahan :-150g California Raisins60g mentega (kiub)150ml whipping cream100ml full cream milk1 biji telur60g gula icing400g self-rising floursecubit garamCara membuatnya :-Panaskan oven 180CGaul tepung, garam dan mentega sehingga menjadi seperti serbuk rotiMasukkan semua bahan cecair dan telurPastikan semua bahan di gaul sebatiMasukkan California Raisins dan uli sedikitCanai doh setebal 2cmTerap dengan acuan yang sesuai dan sapukan kuning telur di atasnyaBakar selama 15 minit atau sehingga kekuninganHidangkan bersama jem kismisCara membuat Jem California Raisins :-Kisar 300g kismis bersama 50ml air dan masak di atas api sederhana sehingga pekat seperti jem.Manfaat Kesihatan California RaisinsBukan untuk buat kuih jerk California Raisins ni tau, tetapi makan macam tu je pun sedap.. Anak-anak aku suka sangat makan California Raisins ni.. Sekali hadap memang banyak dorang makan.. Sedap sangat katanya.. Lagi pun kismis ni bagus untuk kanak-kanak.. Baik untuk minda mereka..\u00a0Selain itu, California Raisins ini kaya dengan antioksidan dan mengandungi pelbagai nutrien seperti zat besi, mineral, vitamin C, folat dan pelbagai lagi.. Bagus juga untuk masalah sembelit tau kerana ianya mempunyai serat yang tinggi.. Setiap hari, aku akan pastikan anak-anak aku ambil kismis.. Sekarang ni, kismis dah macam makanan ringan bagi mereka..\u00a0Bukan saja untuk anak-anak tetapi aku juga menggunakan California Raisins ni sebagai bahan serbaguna di dapur.. Aku akan gunakan kismis ini didalam masakan, semasa memanggang, dessert dan minuman. Bagi aku California Raisins merupakan bahan serbaguna.. Kalau korang nak tahu, di pasaran terdapat 2 jenama California Raisins iaitu Ligo dan juga Sunmaid..California Raisins \"Sweet Naturally\" Like & Win CampaignHey korang, aku nak kasitau korang ni yang aku ada join contest anjuran California Raisins Asean di Facebook mereka dengan resipi pemanis mulut aku ni iaitu Incredible Fluffy California Raisins Scone.. Dah alang-alang ni, aku nak mintak la korang semua support like di gambar resepi aku ni.. Klik SINI.. hehe..\u00a0Korang pun boleh menang RM100 tau.. Caranye mudah aje... Ikut 3 step dibawah ini \ud83d\udc47\u00a0Follow California Raisins Asean\u2019s Facebook + Instagram (@california.raisins.asean)Vote for your favorite recipe on California Raisins Asean (RAC) facebook album with a LIKE!\u00a0Share the album with your friends!\u00a0\u00a0Done!!5 pemenang dicari untuk memenangi RM100 setiap seorang. Tarikh akhir adalah 25/12/2020, 11.59 pm.. Hurry up guys!!\u00a0 Terbuka untuk RAKYAT MALAYSIA sahaja..\u00a0**tertakluk pada terma dan syarat\u00a0 #CaliforniaRaisins #SweetNaturally #deliciousandnutritious #California #Raisins #natural #noaddedsugar #recipeJom layan video ini.. Untuk info lanjut, boleh layari :-\ud83d\udd01 Website : www.caraisins.com\u00a0 \u00a0 |\u00a0 \u00a0 \u00a0www.raisins.org\ud83d\udd01 Facebook : www.facebook.com/RACASEAN\ud83d\udd01 Instagram : www.instagram.com/california.raisins.asean/\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2018/12/review-novel-garam-by-ruwi-meita.html", "headline": "\nReview Novel | Garam by Ruwi Meita\n", "content": "\n\nGaram by Ruwi Meita\u00a0 |\u00a0 Sebuah lagi novel dapat aku habiskan.. Garam karya dari penulis seberang, Ruwi Meita.. Novel ni sebenarnya agak terkenal dikalangan pembaca novel fixi.. Banyak juga review yang aku baca tentang novel Garam ni terutamanya di Goodreads.. Memandangkan reviewnya sangat bagus dan menarik, aku terpanggil untuk membeli dan membacanya sendiri.. Tapi awas ye, novel ini untuk pembaca yang matang sahaja.. Mereka yang dibawah umur tidak digalakkan membaca novel ini hehe..\n\n\n\n\n\n\nGaram merupakan penulisan pertama Ruwi Meita yang aku baca.. Ruwi Meita ialah seorang penulis Indonesia yang telah menghasilkan banyak novel dalam genre seram, thriller, cinta dan misteri. Antara novelnya adalah seperti Rumah Lebah (2008), Cruise Chronicle (2013), Kamera Penghisap Jiwa (2014), Misteri Patung Garam (2015) yang terbit di Malaysia sebagai Garam (Buku Fizi, 2016) dan banyak lagi..\n\n\n\n\nTajuk : Garam\n\nPenulis : Ruwi Meita\n\nMuka Surat : 284\n\nPenerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd.\n\nTahun Diterbitkan : Julai 2016\n\n\n\n\n\nSinopsis Garam\n\n\n\n\n\n\n\nSeorang pemain piano di Surabaya ditemui mati terduduk di hadapan pianonya dengan bibir terjahit. Biji mata dicungkil, meninggalkan lubang hitam yang amat mengerikan. Rambut palsu merah panjang menutupi kepalanya. Sementara otak dan organ-oragan tubuhnya telah dikeluarkan secara paksa.\n\n\n\nKulitnya pucat seputih garam. Tidak, tidak sekadar seputih garam. Tetapim seluruh tubuhnya itu benar-benar dilumuri adunan garam.\n\n\n\nInspektor Kiri Lamari, penyiasat kes ini terus dihantui lubang hitam mata pemain piano. Mata yang mengingatkan Kiri Lamari akan mata ibunya. Yang juga dia temui tak bernyawa puluhan tahun lalu.\n\n\n\nGaram? Kenapa garam?\n\n\n\n\n\nReview Garam\n\n\n\n\n\n\n\nSebenarnya aku beli buku ni dah lama cuma aku tiada keberanian untuk membacanya.. Now, aku beranikan diri untuk hadam buku ini.. Alhamdulillah aku dapat habiskannya dalam masa yang singkat sahaja..\u00a0\n\n\n\nSangkaan aku jalan ceritanya biasa-biasa sahaja tidaklah segerun mana.. Rupanya sangkaan aku itu meleset sama sekali kerana novel ini berkisarkan kisah pembunuhan kejam.. Semasa membaca novel ni, aku dapat bayangkan bagaimana setiap kejadian itu berlaku.. Seolah-olah ianya berlaku didepan mata aku.. Paling tepat, seperti aku sedang menonton movie omputeh yang berkisahkan pembunuhan kejam.. Huiiii.. Sangat mencabar jiwa aku yang agak rapuh ini.. Wahaha!\n\n\n\nDari satu kisah pembunuhan ke satu kisah pembunuhan, kronologinya semua sama.. Ia dilakukan oleh seorang pembunuh misteri yang menjadikan garam sebagai bahan utama dalam setiap pembunuhan yang dilakukannya.. Baginya, setiap pembunuhan kejam yang dilakukannya dengan mengawet mayat dengan menggunakan garam, sebagai penghapus dosa.. Mangsanya semuanya orang yang terkenal dan berjaya dalam kerjaya..\n\n\n\nSetiap apa yang terjadi pasti ada penyebabnya.. Begitulah juga dengan si pembunuh ini.. Ada sisi gelap disebalik kehidupannya yang menyebabkan dia terdorong untuk melakukan perbuatan kejam itu.. Ia bermula dari aturan hidup yang dia sendiri tak impikan yang telah diaturkan oleh ibunya sendiri menyebabkan jiwanya tertekan dan terus terjerumus dalam dunia penuh kekejaman..\n\n\n\nSeorang inspektor yang berkaliber yang digelar sebagai Si Penghidu Jejak telah berjaya membongkar segala kegiatan si pembunuh dan sekaligus berjaya menangkapnya walaupun pada awalnya nyawa sendiri dalam bahaya.. Dia berjaya menghubung kaitkan setiap petunjuk yang dia dapat sehinggalah tertangkap si penjenayah tersebut..\n\n\n\n\"Ada bunga yang kembang di waktu pagi. Ada yang kembang di malam hari.\n\nDan ada bunga yang mekar sepanjang hari. Tapi tak ada bunga yang tumbuh di kaki.\n\nBunga tumbuh di tempat yang tidak diganggu, sedangkan kaki memijak tanah.\n\nTahniah, anda telah membasuh kehidupan orang melalui kaki mereka\n\nsepertimana aku membasuh dosa manusia yang kehilangan langkah.\n\n\n\nDari, S.\"\n\n\n\nPetunjuk yang terakhir yang menyebabkan tertangkapnya Matari yang menyamar sebagai saudara kembarnya Rahardian untuk mengaburi pihak berkuasa.\u00a0\n\n\n\nCerita novel ni memang best.. Kalau baca review aku ni korang rasa tak puas hati, haaa wajib kena beli dan baca sendiri dari awal hingga akhir ye.. Ternyata novel Garam ini tak mengecewakan aku.. Jalan ceritanya sangat menarik dan mendebarkan... Setiap plot disampaikan dengan teliti dan sehingga aku tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya.. Yang pasti, sangat mendebarkan hokeh!\n\n\n\n\n\nRating & Cadangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRating :\u00a0\ud83c\udf1f \ud83c\udf1f \ud83c\udf1f \ud83c\udf1f\n\n\nBuat korang yang memang hantu buku Fixi dan sukakan jalan cerita yang mendebarkan dan misteri, bolehlah baca buku Garam ni.. Setiap kejadian membuatkan korang ternanti-nanti apakah sebabnya dan kesudahannya..\n\nNovelnya tidak terlalu tebal dan yang pastinya tidak membosankan.. Dalam novel ni juga terselit kisah cinta dan kekeluargaan.. Ada konflik dalam hubungan mereka dimana ianya perlu dirungkaikan supaya hubungan cinta mereka bersatu..\n\nTahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan jalan cerita yang menarik sekali.. Setiap plot pasti memberi debaran kepada pembaca.. Moga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih mendebarkan dimasa-masa akan datang..\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/05/dunia-akhir-zaman_7.html", "headline": "\nDunia Akhir Zaman\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRealiti hari ini..\u00a0\n\n\n\nRumah ibubapa adalah rumah bagi anak-anak... Tetapi... Tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibubapa.....\u00a0\n\n\n\nAnak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa... Makan apa sahaja... Tengok siaran tv ikut suka... Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka... Tetapi... Ibubapa tak boleh buat sesuka hati dekat rumah anak-anak.... Tak boleh masak sesuka hati... Makan apa \u00a0sahaja yang ada dalam peti ais ikut suka..... Buat apa sahaja ikut suka....\u00a0\n\n\n\nAnak tetap akan berkecil hati dengan ibubapa..\n\n\n\nBegitu juga...\n\nKenderaan ibubapa adalah kenderaan anak-anak.... Anak-anak boleh guna kenderaan ibubapa ikut suka hati..... Minyak penuh, balik kosong pun ibubapa tak kisah.... Kalau rosak, semua ibubapa tanggung.. Tetapi... Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna..... Apatah lagi dengan sesuka hati.... Takut rosak lah... Takut langgar lah... Takut calar lah.....\u00a0\n\n\n\nKalau guna pun...\n\nPastikan minyak penuh semula..... Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum pulangkan kembali kepada anak- anak....\n\n\n\nItulah bezanya ibubapa dengan anak- anak.... Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak.... Tetapi...... Anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa.... Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....\n\nMereka ada masa untuk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik apabila ibubapa memerlukan...\n\n\n\nMereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti... Tetapi... Mereka tiada masa untuk cuti menziarahi ibubapa yang rindukan mereka... Mereka sayang ambil cuti untuk melawat ibubapa... Sibuk dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan... Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...\n\n\n\nIbubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada... Tetapi... Anak-anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...\n\n\n\nBila isteri bercerita, anak-anak tahu apa yang isteri mahukan... Tetapi... Bila ibubapa bercerita, anak-anak buat tak faham aje apa yang ibubapa mahukan...\n\nSesungguhnya, Ibubapa tidak akan meminta secara terus kepada anak-anaknya kerana ibubapa takut anak-anak akan terasa....\n\n\n\nInilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia di akhir zaman ini...\n\n\n\nMudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.. Insyallah.. \u200d\u200c\u200c\u200c\u200c\ufeff\u200c\ufeff\u200d\u200c\ufeff\ufeff\u200c\ud83d\ude2d\u200c\u200c\u200d\u200c\u200c\u200c\u200c\ufeff\u200c\ufeff\u200d\u200c\ufeff\ufeff\u200c\ud83d\ude2d\u200c\u200c\u200c\u200c\u200d\u200c\u200d\u200d\u200c\ud83d\ude2d\n\n\n\nSempena hari ibu ni, aku nak ucapkan...\n\n\n\nSLMAT HARI IBU utk smua ibu kepada semua ibu-ibu diseluruh dunia, terutama sekali mestilah untuk Emak kesayangan aku... Sayang Mak ketat-ketat.. Dunia & Akhirat.. Tiada galang gantinya...\n\n\nEmak...\n\nSemoga cerdikmu secerdik AISHAH...\nCantikmu secantik AINUL MARDIAH...\nPengorbananmu setinggi SUMAIYAH...\nIkhlasmu seikhlas RABIATUL ADAWIYAH..\n\nDan....\n\nMoga tempatmu disyurga AL-JANNAH...\n\nSelamat hari ibu makk.... Sayang Mak.. \u2764\n\ud83c\udf39\ud83c\udf39\ud83c\udf39\ud83c\udf39\ud83c\udf39\n\np/s : hari-hari adalah hari ibu...\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2018/07/kekal-cantik-cergas-dan-bertenaga.html", "headline": "\nKekal Cantik, Cergas Dan Bertenaga Dengan BioXcellent Cupplus White\n", "content": "\n\nKekal Cantik, Cergas Dan Bertenaga Dengan BioXcellent Cupplus White\u00a0 |\u00a0 Kalau korang perasan, sebelum ni aku pernah bercerita tentang produk BioXcellent Cupplus White ni yang mampu menegangkan payudara dan menjadikan kulit anjal, putih dan gebu.. Boleh baca di SINI... Eceli aku memang salah seorang pengguna produk ini...Yelah, bila umur dah meningkat ni kulit pun semakin hilang kualitinya kalau tak terjaga.. Bukan setakat kulit sahaja kualiti merosot tetapi tenaga pun semakin menyusut dari hari ke hari.. Sebab itulah aku perlukan alternatif yang mampu mengembalikan keanjalan dan kecergasan diri aku.. Jadi untuk kekal cantik, cergas dan bertenaga, aku mengambil BioXcellent Cupplus White ini setiap hari dengan konsisten...\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nNampak tak dekat mana aku photoshoot produk ni.. Hehe.. Tepi kolam uolls.. Sebenarnya baru-baru ni aku terlibat dengan Family Trip Team Blogger Pantai Timur ke Bukit Gambang Resort City.. Walaupun aku travel tetapi aku tetap tak lupa untuk bawa BioXcellent Cupplus White ni bersama.. Cakap nak kekal cantik, kenalah bawa walau kemana sahaja aku pergi.. Hiks.. Barulah tak terskip aku punye jadual pengambilannya.. Konsistenlah katakan..\u00a0\n\n\n\nKalau dulu masa mula-mula aku consume produk ini aku minum pada waktu pagi.. Waktu tu masih boleh konsisten.. Bila masuk bulan puasa, jadual pengambilan BioXcellent Cupplus White aku dah lari sebab banyak terskip time sahur dek kerana terlupa dan kadang-kadang terlepas bangun sahur.. Haha!! Buruk perangai... Jadi, di pertengahan bulan puasa aku cuba ubah waktu pengambilan dengan mengambilnya sebelum tidur.. Selepas aku tukar waktu pengambilan barulah aku kembali konsisten.. Tetapi time period aku tak consume sebab time tu ia tak memberi apa-apa kesan dan hanya pembaziran sahaja.. hehe..\n\n\n\nKekal Cantik, Cergas Dan Bertenaga Dengan BioXcellent Cupplus White\n\n\n\n\n\n\n\nSemasa di Bukit Gambang Resort City, pelbagai aktiviti lasak aku lakukan seperti ATV, Sky Trail, Paint Ball, Memanah dan Flying Fox... Semua aktiviti ini memerlukan tenaga yang banyak.. Tambahan lagi ianya dilakukan di tengah terik mentari (sastera gila ayat)... Serius, untuk melakukan aktiviti lasak ni aku memerlukan tenaga yang banyak untuk kekal cergas.. Nasib baiklah aku consume BioXcellent Cupplus White ni, tak perlulah nak risau sangat tentang sunburn ke bagai sebab BioXcellent Cupplus White ni mampu mengekalkan kecerahan kulit..\u00a0\n\n\n\nBukan itu sahaja tau, aku perasan juga yang aku sentiasa kekal cergas dan bertenaga walaupun seharian beraktiviti.. Korang bayangkan, seawal jam 8.00 pagi jadual aktiviti kami bermula sehinggalah jam 9.00 malam.. Jadual memang padat tetapi aku masih bertenaga setelah pulang dari beraktiviti.. Boleh lagi aku iron baju dan selamba tengok tv.. Encik suami dan anak-anak dah terbungkam tidur dah.. Alhamdulillah BioXcellent Cupplus White ni betul-betul membantu aku sepanjang aku disana..\n\n\n\nBioXcellent Cupplus White Menjadi Pilihan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNak beli sesuatu produk ni kenalah ambil tahu juga sama ada produk tersebut telah mendapat kelulusan KKM atau sebaliknya.. Jangan main sembarangan beli sahaja risau nanti memudaratkan diri pula sebabnya sekarang ni terlalu banyak produk kecantikan dan kesihatan yang ada dijual di pasaran.. Jadi, harus berhati-hati.. Sebelum beli tu, pastikan terlebih dahulu sama ada produk tersebut selamat atau tidak untuk digunakan.. Begitulah juga dengan produk BioXcellent Cupplus White ni.. Masa mula-mula aku nak beli dulu, aku check terlebih dahulu sama ada produk ni selamat atau tidak.. Alhamdulillah BioXcellent Cupplus White ini telah diiktiraf oleh Asia Pasifik Super Health Brand Excellence, 100% Natural dan mempunyai GMP Certified..\n\n\n\n\n\n\n\nBila dah yakin selamat barulah aku yakin untuk consume produk ini.. Selain itu, produk ini juga mudah didapati kerana ada dijual di Watsons.. Rasanya Watsons outlet ni dimana-mana pun ada kan.. Jadi tiada masalah untuk dapatkan stok BioXcellent ni.. Kecualilah stoknya terputus di HQ.. Itu tak dapatla nak nolong ehhh!! Haha..\n\n\n\nKebaikan BioXcellent Cupplus White\n\n\n\nSepertimana yang aku maklumkan sebelum ini, BioXcellent Cupplus White ni bukan hanya mampu menganjalkan kulit dan payudara sahaja malah boleh menambah tenaga dan kecergasan juga.. Ternyata ianya baik untuk dalaman dan juga luaran.. Kalau dulu aku consume BioXcellent Cupplus White ni untuk keanjalan kulit dan payudara, tetapi kini ianya memberi lebih banyak kebaikan kepada aku iaitu aku kekal cergas dan bertenaga.. Apa lagi ye kebaikan produk ini? Mesti korang tertanya-tanya kan.. Jom kite selongkar misteri disebalik BioXcellent Cupplus White ini.. Hehe..\n\n\n\n\n\n\n\nBertekstur serbuk bewarna pink, produk ini mempunyai banyak kebaikan lain.. Antara kebaikan lain yang akan diperolehi dari mengamalkan produk ini adalah :-\n\n\n\nDapat menambahkan saiz payudara menjadikan ia lebih pejal, tegang dan terangka\nMemadatkan punggung yang mengendur dan jatuh\u00a0\nMencerah serta menggebukan kulit termasuklah kulit pada bahagian puting payudara\u00a0\nMenganjalkan kulit yang melendut dan kedutan halus pada payudara\u00a0\nMengetatkan vagina, mencegahkan keputihan dan senggugut\u00a0\nMenghangatkan hubungan suami isteri\u00a0\nMenambahkan tenaga dan kecergasan\u00a0\nMembesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut\u00a0\nMembentuk payudara lebih padat dan berisi\u00a0\nMenghaluskan dan menegangkan kulit payudara\u00a0\nMenaikkan payudara yang kendur dan jatuh\u00a0\nMencantikkan payudara yang leper\u00a0\nMemontokkan payudara\n\n\n\nBahan-Bahan Utama BioXCellent Cupplus White\n\n\n\n\n\n\n\nBioXcellent Cupplus White ni sebenarnya bukan hanya untuk mak-mak budak sahaja tetapi yang belum kawin pun boleh consume jugak.. Kalau korang ada masalah keputihan ataupun senggugut, sangat recommend consume produk ni.. Tetapi harus diingat ye, kesan kepada setiap individu adalah berbeza-beza.. Tubuh manusiakan tak sama.. Mungkin berkesan pada aku, tetapi tak berkesan pada korang.. Itulah maksud aku.. Yang penting kena cuba dulu dan konsisten baru boleh tengok hasilnya macam mana..\u00a0\n\n\n\nBioXcellent Cupplus White ini dihasilkan daripada bahan-bahan yang\u00a0 telah diuji secara klinikal untuk meningkatkan kecerahan kulit, keanjalan payudara dan menjadikan kulit cerah bersinar.. Seperti yang aku maklumkan tadi, produk ini selamat digunakan dan mengikut standard penyulingan yang diluluskan oleh KKM dan GMP.. Antara bahan-bahan utama yang terkandung dalam produk ini adalah :-\n\n\n\nMaltodextrin\u00a0\nFructose\u00a0\nGum Acacia\u00a0\nTricalcium Phosphate\u00a0\nSerbuk Jus Strawberry\u00a0\nSerbuk Jus Betik\u00a0\nPueraria Lobata\u00a0\nSerbuk Red Beet\u00a0\nCitric Acid\u00a0\nSerbuk Fenugreek\n\n\n\n\nCara Bancuh dan Pengambilan BioXcellent Cupplus White\n\n\n\n\n\n\n\nCara bancuh\u00a0 pun kenalah betul ye.. Barulah khasiat minuman ini dapat diserap dengan sempurna.. Jom aku ajarkan cara bancuh BioXcellent Cupplus White yang betul.. Ikut step kat bawah ni..\n\nCampur 1 skop (20 gram) ke dalam 200ml/250ml air suam atau air sejuk\u00a0\nKacau atau goncang sehingga larut\u00a0\nMinum serta merta selepas bancuhan benar-benar larut\u00a0\nAmalkan selepas sarapan atau sebelum tidur\n\n\n\nSatu sahaja yang aku nak ingatkan.. Kalau korang ambil sebarang supplement, korang perlu minum air putih/masak secukupnya supaya kesannya lebih maksimum.. Selain itu juga, pengambilan air yang mencukupi setiap hari membolehkan segala toksin dalam badan dikeluarkan sama ada melalui peluh mahupun air kencing..\u00a0 Bila toksin tiada dalam badan, barulah cepat kesan supplement yang diambil.. Kalau tak berkesan tu, jangan pula korang salahkan supplement ye.. Itu tandanya korang malas minum air putih secukupnya.. Hehe.. Ok, kat sini aku nak beri juga tips dan pantang larang sepanjang consume BioXcellent Cupplus White ni..\n\nTips/Pantang Sepanjang Consume BioXcellent Cupplus White\n\n\n\n\n\n\nUntuk masalah jerawat sila berpantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya\u00a0\nElakkan pengambilan kafein kerana boleh mempercepatkan proses penuaan\u00a0\nMasa period tidak digalakkan untuk mengambil BioXcellent Cupplus White kerana ketika itu sistem penyerapan badan masih lemah dan rugi jika ambil semasa period.\u00a0\nJarakkan 5 jam pengambilan jika mengambil ubat dari hospital/klinik\u00a0\nJarakkan 1-2 jam pengambilan jika mengambil apa-apa jenis produk/supplement/jamu dan lain-lain\u00a0\nUntuk ibu mengandung, boleh diambil selepas kandungan berusia 4 bulan keatas manakala untuk ibu menyusu pula boleh diambil selepas baby berusia 4 bulan keatas.\u00a0\nProduk slimming/detox tidak sesuai untuk ibu menyusu atau ibu mengandung\u00a0\nAmalkan minum air masak 2-3 liter sehari untuk kesan terbaik\u00a0\nJika mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk\u00a0\nProduk yang mempunyai kolagen tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut, masalah kulit sensitif atau masalah resdung\n\n\n\n\nDapatkan Segera BioXcellent Cupplus White\u00a0Kekal Cantik, Cergas Dan Bertenaga\n\n\n\n\nBagi kaum wanita, memiliki kulit yang cantik adalah seperti satu kemestian kerana bagi mereka putih itu cantik dan payudara besar serta anjal itu menarik! Tetapi tenaga dan kecergasan juga penting bagi memastikan kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.. Jadi, untuk mendapatkan semua kebaikan ini, BioXcellent Cupplus White adalah jawapannya.. Dapatkan sekarang BioXcellent Cupplus White untuk kekal cantik, cergas dan bertenaga..\n\nBioXcellent Cupplus White ini boleh didapati di cawangan-cawangan Watsons yang berhampiran ataupun korang juga boleh terus dapatkan secara online melalui website BioXcellent..\n\n\nHARGA\n\n\n\nBioXcellent Cupplus White - 700g (30 hari)\u00a0\n\nRM66\u00a0\n\n(Termasuk postage jika beli terus dari HQ)\u00a0 \u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-\u00a0\u00a0\n\n\n\nWebsite\u00a0\n\nhttps://www.bioxcellent.com/\n\n\n\nFacebook\u00a0\n\nhttps://www.facebook.com/bioxcellentherbs/\u00a0\u00a0\n\n\n\nInstagram\u00a0\n\nhttps://www.instagram.com/bioxcellent/\n\n\n\n\n\nBaca Juga :\n\nBioXcellent Cupplus White Rahsia Payudara Tegang Dan Kulit Anjal Putih Gebu\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/03/ketika-cinta-tak-berjodoh.html", "headline": "\nKetika Cinta Tak Berjodoh\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum..\n\n\n\nLea nak tanye korang, sakit tak kalau kite mengharapkan seseorang menjadi milik kite, tetapi takdir berkata TIDAK!!..??\n\n\n\nSakit kan??\u00a0\n\n\n\nSakitnya, ketika kite berharap seseorang tu menemani hidup kita, tetapi takdir berkata lain. Ianya hanya mendatangkan rasa sakit dan pedih...\n\n\n\nAkan tetapi, percayalah bahawa hal ini sesuatu yang terbaik dari ALLAH SWT buat kita..\n\n\n\nKerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan dan hakikatnya telah ditentukan oleh ALLAH SWT sejak azali lagi..\n\n\n\nJangan pernah menangis dan menyesali akan takdir yang telah ditetapkan tuhan untuk \u00a0kita bahawa orang yang kita harapkan tak bisa selamanya bersama kita.\n\n\n\nNamun, menangislah disaat kita lupa pada ALLAH SWT..\n\n\n\nSegala perih di hati akan hilang bila sampai waktunya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak.. InsyaALLAH..\n\n\n\nPercayalah pada kebesaranNYA..\n\n\n\nBahawa DIA lebih tahu akan yang mana terbaik untuk hamba-hambaNYA dan makhluk-makhlukNYA..\n\n\n\nJangan pernah sesekali kita menyalahkan atau berprasangka buruk terhadap ALLAH SWT sekiranya sesuatu yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan... Sebaliknya anggaplah ianya sebagai ujian buat kita untuk kita lebih mengingati dan mendekatkan diri padaNYA.\n\n\n\nPercayalah, ada rahsia disebalik rahsia iaitu nikmat atau hikmah dari tuhan yang kita tidak ketahui disebalik setiap kejadian..\n\n\n\nMaka ketahuilah bahawa :-\n\n\n\n\"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,\u00a0\n\ndan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu;\u00a0\n\nALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui\" -\u00a0Surah al-Baqarah ayat 216\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/04/part-1-1-tahun-perjalanan-hidup.html", "headline": "\nPart 1 | 1 Tahun Aku dan Dia\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\nPica malam besday babyboy\n\n\n\n13 April 2016... Genap umur anak aku 1 tahun.. Sekejap jerk masa berlalu.. Pejam celik-pejam celik dan 1 tahun umur Muhammad Qhaliff Amsyar kesayangan ummi ni.. hehe.. Dalam tempoh membesarkan si kecik ni, macam-macam liku dan dugaan yang aku tempuh.. Ada pahitnya... Ada manisnyeee... Almaklumlah-kan anak pertama.. Banyak bende kena belajar... Walaupown berliku-liku dan bermacam-macam dugaan yang aku lalui dalam membesarkan dak kecik ni, keseronokannya tetap ada dan tak dapat digambarkan seronoknya menjadi seorang ibu..\u00a0\n\n\n\n\n\nScan pica 8 minggu (hitam putih) / 3D scan - 7 bulan\n\n\n\n\nSebelum kelahirannya... Selama 9 bulan aku mengandungkan Qhaliff... 2 bulan pertama memang tak de alahan apa-apa lagik.. Nak tahu sebab apa?? Sebab time tu belum tahu aku mengandung.. Lepas pada tu, bila dah tahu yang aku mengandung, dugaan alahan datang bertimpa-timpa.. Allahuakbar... Tuhan saje yang tahu betapa siksanya alahan tersebut.. haha.. Alahan yang paling teruk aku hadapi ialah sentiasa nak meludah.. Yang mual tu biasala kan.. Mesti ada punye.. Yang bab meludah ni la yang tak larat nak hadap.. Sampai tahap aku sediakan bekas untuk meludah ye tepi katil dan di pejabat.. Haha.. Time tu aku wat tebal muka jerk kat opiz.. Yelah asek meludah jerk.. Kikiki..\n\nDari pembacaan aku dekat blog-blog mommy yang pernah menghadapi masalah cam aku ni, ada yang menghadapi masalah ni sehingga kandungan 6 bulan sahaja.. Tetapi aku sampai ke 8 bulan... Huh.. Stressnya tak payah cakap la.. Naik lengoh urat-urat lidah dan mulut meludah.. Haha.. Satu lagi masalah yang aku hadapi HB rendah... Makan macam-macam untuk naikkan HB... Tak jugak naik-naik... Siap kene marah dengan nurse lagik.. Hehe.. Tapi alhamdulillah akhirnya semua ok dan stabil..\n\nTengahari 12.04.2015 tanda-tanda nak bersalin (darah) dah keluar.. sikit aje.. Time tu tak sakit lagi.. Wat lex wat pis jek time tu.. Masa tu kat umah mak aku... Tengah malam (dh ada dekat rumah sendiri) rasa sakit dah mai dahh dok singgah.. Tapi sikit-sikit jerk la.. Darah pown dah banyak keluar dari yang sebelumnya.. Risau mula datang... Terus siap-siap untuk pergi hospital... Sebelum pergi tu sempatla makan dulu.. Mane la tau kene tahan wad ke malam tu.. Lapooo lak perutnya nanti...\n\nSampai hospital terus kene check.. Ohhh.. bukaan baru 1-2 cm... Sikit baru rupenya... Boleh balik dulu kata doktor.. hehe.. Kitorg p pusing-pusing bandar dulu.. Pastu aku tak larat dah nak jalan-jalan.. Terus balik rumah rehat... 13.04.2016 - dekat pukul 5 pagi, rasa sakit mencucuk-cucuk.. Huwaa... sakitnyaaaaa.... Terus kejut husband soh bawak p sepital... Sampai sepital kene check then terus kene tahan wad sebab sakit sangat... Bukaan pown masih sedikit ye.. Oleh kerana sakit sangat kenelah tahan wad... Haha...\n\nDalam jangka masa yang lama jugak menahan kesakitan.. Bukaan yang terlalu lambat... Menggelepar aku atas katil wad menunggu masuk labour room.. Hoh menggelepar tu.. Hahaha.. ayat teruk bebeno... Tapi siess ohh sakit.. Sampai la masa untuk masuk laboor room jam 3 petang ye.. Bayangkan dari awal pagi sampai ke petang menahan kesakitan.. huhu.. Tak tertanggung rasanya..\n\nDalam laboor room pulak sekian hal menahan sakit... sampai nak tercabut palang besi dalam LR tu aku tarik.. Haha.. Dah la serabut dengan wayar yang berselirat atas perut.. (wayar check jantung baby - entah mesin ape entah.. tak amek port aku nama bende alah tu)... Pusing kiri tak kena... Pusing kanan tak kena... Tunggu bukaan yang betul-betul boleh pushh... Hoho.. Lambatnyaaaa...\n\nBila dah tiba untuk meneran... Dengan semangat gagah perkasanya aku pushh... Punye nak cepat-cepat melepasi tahap kesakitan yang amat tu... Pushh punya pushh tak jugak keluar... Kepala baby besar pulak kata nurse... Sampai aku hilang tenaga... Dan seolah-olah dah tak berdaya untuk pushh lagi... Tapi bila nurse cakap degupan jantung baby dah slow sebab terlalu lama... Aku dengan kudrat yang masih tersisa, aku kuatkan semangat jugak untuk push sehabis baik... Dengan semangat seorang suami agik disebelah... Ditambah pula dengan semangat ramai yang diberikan oleh nurse yang segerombolan mengelilingi aku ketika itu... Sebabnya aku patient terakhir waktu tu.. yang masuk lewat pada aku pown dah selamat bersalin.. aku jerk tak bersalin-bersalin jugak... hehe..\n\nSampai la jam 6 lebih petang (adeh tak ingat lak waktu yang tepat) yang aku ingat sebelum azan maghrib... Alhamdulillah, seorang baby lelaki yang kacak bergaya selamat dilahirkan dengan berat 3.25kg... Syukur-syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan anak yang sihat dan cukup sifatnya kepada kami... Terima kasih ALLAH... Terima kasih juga kepada semua nurse-nurse yang berusaha dan membantu dalam menyambut kelahiran ini..\n\n\n\n\n\nKesayangan Ummi - Muhammad Qhaliff Amsyar\n\nSelepas kelahiran aku berpeluang untuk menyusukan anak aku buat kali pertamanya... Allahuakbar indahnya apabila dapat menyusukan anak dengan susu badan sendiri... Alhamdulillah rezeki yang tuhan bagi kepada anak aku... Syukur... Setelah selesai semua sekali aku dibenarkan keluar dari labour room... Sebelum ke wad, aku menunggu anak aku untuk dibawa sekali ke wad... Aku menunggu di pintu di salah satu bilik yang ada dalam bahagian labour room tersebut... Time tu aku dah nampak doktor dan nurse berbincang sesuatu yang agak mencurigakan sambil mendukung anak aku... Aku dah rasa risau dan cuak... Ada apa-apa tak kene ke dengan anak aku?? telahan aku ketika tu... Tertanya-tanya aku...\n\nSehinggalah aku dikhabarkan oleh seorang doktor satu berita yang mengejutkan aku... Yang anak aku disahkan telah menelan darah aku semasa hendak melahirkan... Dushhh... luruh jantung aku dengar berita tersebut... Sebabnya selepas menyusu badan, dia muntah dan ada darah dalam muntah dia... Aduhaiii.. Gundah gulana hati... Sebelum tu aku dah tanye nurse, anak aku ok tak? Dia maklumkan semuanya ok.. Tak de masalah... Sebab tu la aku agak terkejut dengan berita yang doktor sampaikan tu... huhu...\n\nSelepas anak diserahkan kepada aku terus aku ke wad ibu-ibu bersalin bersama-sama anak aku... Tak sampai beberapa jam doktor datang check anak aku dan terus mintak kebenaran untuk dibawa ke bilik pemerhatian baby... Tersentap aku kejap ohhh...!! Kejap sangat aku bersama anak aku...\n\nEsoknya aku pergi bilik pemerhatian untuk tengok anak aku... Alahai sedihnya tengok keadaan dia.. Dah dimasukkan tiub ke mulut dia... Luluh hati aku.. Lembik aje keadaan dia... Tak bemaya... Tak bergerak-gerak pown... Tidur aje... Menangis pown tak... Sedihnya tuhan sahaja yang tahu....\n\nPetangnya aku dibenarkan pulang tanpa anak... Lagik la rasa pilu... Hanya kiriman susu badan aje selepas itu untuk dia.... Hurmm dekat seminggu jugak dia kena tahan wad... Selama itulah aku berulang untuk menyusukan dia... Dah boleh keluar wad tetiba doktor maklumkan anak aku kene kuning lak... aduhhh... Kene tahan lagik... Dengan aku-aku sekali kene masuk wad jaga anak aku... huhu\n\nBermula la kehidupan dia dibawah lampu biru itu... Kesian.. Panas... Kulit jadi kering... Hari-hari aku doa agar dia cepat sembuh... 4, 5 hari jugak duduk dalam wad tu... Kejap-kejap kene cucuk amek darah... Pilu aku tengok... Bila doktor cakap dah boleh check out dari wad... yey!!! gembira tak terkata.... Haha... Tapi tetap kene pemantauan dari klinik desa ye... Sebab kuning nya masih ada... huhu..\n\nBila dah dapat balik rumah... bermula la kehidupan aku sebagai Ummi kepada seorang babyboy yang sebenar-benarnya... Nak tahu aku guna ubat apa untuk turunkan kuning anak aku...??? haaaa tunggu sambungannya yee... Part 2 nanti... Huhuhu\n\n\n\n\nBelanja pica wajah-wajah kesayangan hamba sepanjang April 2015\n\n\n**pjg sgt terpaksa buat part by part... huhu\n\n\nPart 2\u00a0|\u00a0Part 3\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/04/eat-that-frog.html", "headline": "\nEat That Frog\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum..\n\n\n\nDapat hadiah dari seorang rakan... Sebuah buku yang agak menarik tajuknya.. \"Eat That Frog\"... Bila baca tajuk tu rasa loya je \u00a0tekak kan... Tapi bila baca baru tahu ape yang hendak disampaikan dan ada maksud yang sangat berguna disebalik tajuk tersebut..\n\n\n\n\n\nEat That Frog by Brian Tracy\n\n\n\nBuku ni sangat-sangat bagus untuk dibaca bagi merancang jadual kerja yang berkualiti... Memberi semangat untuk kita bekerja dengan lebih sistemetik... So, setiap orang seharusnya mempunyai buku ni... Aku dah ada... Korang bila lagik?\n\n\n\nThankz zimah sebab menghadiahkan buku ni.. Sangat berguna... Thankz juga dengan kata-kata semangat yang dicoretkan pada halaman pertama buku ini... Thankz so much.. :)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2019/07/kulit-cerah-dan-lembap-dengan-safi.html", "headline": "\nKulit Cerah Dan Lembap Dengan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion\n", "content": "\n\nKulit Cerah Dan Lembap Dengan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion\u00a0 |\u00a0 Hi readerssssss!! Korang wat pe tu haaaaa!! Hehe.. Ok, kali ni sis nak story dengan korang tentang produk yang sis guna sekarang ni.. Kalau nak ikut, banyak produk yang sis guna tapinya, yang terbaru ni agak menarik dan best sangat kesannya iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion.. Jangan tak tahu ye, ini adalah produk terbaru keluaran Safi Malaysia..\n\n\n\n\nProduk Safi memang produk feberet aku sejak dulu lagi.. Asal ada yang baru, mesti nak cuba sebabnya produk Safi ni memang dijamin Halal dan selamat digunakan.. So, dah tak perlu risau muka breakout lagi.. Aku guna produk Safi ni sejak sekolah lagi.. Cuma dulu tak banyak sangat variasinya macam sekarang..\n\nKulit Cerah Dan Lembap Dengan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion\n\nAku ni jenis pantang kalau ada perkataan 'whitening', mesti nak cuba.. Apalah punye obses ye.. Sungguhpun begitu, tak semua produk whitening ni bagus dan semua untuk kulit kita.. So, kena la jugak berhati-hati dalam memilih produk whitening ni.. Untuk produk baru keluaran Safi Malaysia ni, aku memang benar-benar yakin sebabnya setiap produk Safi memang sangat sesuai untuk kulit aku.. Jadi, aku boleh guna tanpa was-was..\n\n\n\n\nKalau korang nak tahu, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni ada 2 fungsi tau iaitu sebagai penyegar dan juga pelembap.. Nampak tak betapa bagusnya produk ni.. Tak perlu nak renyah sangat, pakai satu produk untuk satu tujuan.. Itu lebih mudah dan cepat.. Kebiasaanya aku memang akan pakai penyegar dulu dan seterusnya baru pelembap.. Now, aku hanya perlu menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni sahaja dah lengkap rutin penjagaan wajah aku..\n\nAku memilih untuk menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni pun bersebab sebenarnya.. Disebabkan kulit muka aku mengalami masalah kekeringan sejak dua menjak ni sehingga kadang kala mengelupas, jadi inilah pilihan aku untuk menyelesaikan masalah ini.. Alhamdulillah sesuai dengan kulit aku dan masalah kulit kering pun settle.. Lagi pun, produk ni bukan sahaja melembapkan kulit malah mencerahkan kulit.. Itu yang aku suka!! Haha..\u00a0Lainlah kalau kita ni duduk kat tempat sejuk berembun macam di tanah tinggi cameron. Kulit pun lembap je kena udara segar kat sana.\n\nSafi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion\n\n\n\n\nDidatangkan dalam bentuk cecair yang dibotolkan dalam botol yang mudah dibawa kemana-mana.. Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ini mudah menyerap ke dalam kulit, tidak berminyak dan tidak melekit.. Kebiasaan aku, bila aku pilih penyegar dan pelembap, aku akan pastikan ia tidak melekit sebabnya kulit akan tidak selesa dan cepat berminyak bila teksturnya melekit.. Serius aku tak suka!!\n\nFirstime apply kat muka pun aku dah jatuh hati dengan produk ni sebabnya kulit aku dah tak kering dan pedih lagi.. Paling best muka rasa fresh sangat.. Nak-nak lagi time musim panas sekarang ni.. Memang memerlukan pelembap dan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni berjaya melindungi kulit muka aku dari bahang cahaya panas..\n\nKalau dulu aku tak pernah tahu yang penyegar dan pelembap ni adalah rutin penjagaan yang sangat penting sehingga satu hari muka aku kering teruk.. Bila dah berjinak-jinak dengan penyegar dan pelembap ni, masalah kulit kering tu memang jarang sangat berlaku.. Kalau berlaku pun, aku yang malas nak lakukan rutin penjagaan wajah dengan betul dan konsisten.. Pendek kata MALAS la.. hehe..\n\nKenapa Perlu Pilih Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion?\n\nHah, siap bersoal jawab tu.. Hehe.. Yelah, dah alang-alang produk ni memang berkesan untuk kulit muka aku, nak la jugak aku share dengan korang tentang kebaikannya.. Sharing kan is caring.. Hehe.. Kalau korang nak tahu kenapa aku pilih Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni, korang kene baca sampai habis ye entry ni.. No skip tau!!\n\n\n\n\nOk, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni merupakan gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu langkah untuk rutin penjagaan kulit yang ringkas namun ia mampu memberikan kesan lembapan yang optimum.. Serius beb, memang bagus sangat produk ni.. Yang mana ada masalah kulit kering tu, cubalah try ye..\n\nKalau korang nak tahu, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ini bertindak :-\n\nMemberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan sahaja\nMeningkatkan rintangan perlindungan kulit unruk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis hyaluronic acid iaitu Macro Hyaluronic Acid, Nano Hyaluronic Acid, Bio-Hyaluronate, Oligo-Hyaluronic Acid dan Super Nana hyaluronic Acid\nMudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit\nMencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindungan IR.OxyWhite = Nano Oxygen + Nano BioWhite\n\n\nApa yang menarik Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite pula memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna..\n\n\n\n\nNampak tak kehebatan produk ni.. Untuk kulit aku memang sesuai dan berkesan.. Untuk kulit korang tak tahu la, yang pastinya kene cuba dulu baru tau sesuai ke idok.. Aku yakin dengan produk keluaran Safi ni sebabnya ia tiada bahan kimia berbahaya.. So, boleh guna tanpa was-was.. Yang mana ada masalah kulit kering tu, aku sangat recommend produk ni korang cuba.. Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni sememangnya produk mampu milik dan kesannya superb!!\n\nNak kulit cerah dan lembap, cubalah Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni ye! Kalau nak dapatkan produk ni, korang boleh dapatkan di pasaraya yang berhampiran dengan korang.. Untuk info lanjut, sila layari\u00a0https://safi.com.my/\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/04/currently-reading-20-sen-untuk-ke.html", "headline": "\nCurrently Reading | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail\n", "content": "\n\nCurrently Reading | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail \u00a0|\u00a0 Assalamualaikum wbt... Hi korang!! Yeahh selepas berhempas pulas menghabiskan novel RAM, kini aku beralih pulak ke buku islamiah... Baca buku ni kena jugak berselangseli dengan buku ilmu kan.. hehe.. Kali ni aku tertarik untuk baca buku 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail... Dengar ceramah dari Ustaz Elyas Ismail ni pun dah best, mesti buku karya beliau pun best kan... 'Best' yang aku maksudkan tu, apa yang disampaikannya sangat bermanfaat...\n\n\n\n\n20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail\n\n\n\nAku start baca buku ni pada 18hb April 2017 yang lalu tapi masih belum habis kerana sejak kebelakangan ni banyak sangat masalah yang aku hadapi.. Agak tergendala pembacaan aku kali ni.. Harapnya aku dapat habiskan pembacaannya dengan lancar selepas ni.. Kalau baca sangkut-sangkut ni risau apa yang dibaca sebelumnya hilang begitu saja... Rugi la...\u00a0\n\n\n\nNanti dah habis baca baru aku buat review ye.. hehe..\u00a0\n\n\n\n\n\n"} -{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/09/review-novel-pelaris-karya-muhammad.html", "headline": "\nReview Novel | Pelaris Karya Muhammad Fatrim\n", "content": "\n\nReview Novel | Pelaris Karya Muhammad Fatrim | Assalamualaikum wbt. Hi korang!! Tak best rasanya kalau dibiarkan blog bersawang terlalu lama.. Walaupun masih dalam pantang, rindu yang amat nak update blog.. Jadi, aku siapkan jugak entry yang dah lama dok dalam draft ni.. Novel pelaris karya Muhammad Fatrim ni sebenarnya dah lama aku beli tapi 31hb Ogos yang lepas baru berkesempatan aku baca.. Nampaknya, novel ni mampu menarik minat membaca aku... Nak tahu kenapa? Teruskan baca entry ni sampai habis ye..\n\n\n\n\nPelaris karya Muhammad Fatrim\n\n\n\nDengan mengambil masa lebih kurang 2 hari lebih aku dapat habiskan baca keseluruhan novel ni... Bagi aku, novel ni mempunyai keistimewaannya tersendiri dari segi jalan ceritanya.. Bila disebut saja tentang pelaris, mesti korang dah tahu kan berkenaan apa... Novel ini mengisahkan sebuah kedai makan yang dikendalikan oleh seorang wanita bernama Mawar yang telah kematian suaminya menggunakan pelaris bagi melariskan kedainya yang pada awalnya hampir-hampir ditutup kerana tidak dikunjungi oleh pelanggan..\u00a0\n\n\n\nJalan singkat yang diambil olehnye ini telah mengancam hidup dia dan anaknya serta hampir-hampir meragut nyawa anaknya.. Tanpa dia sedar pembantu kedainya yang berasal dari indonesia yang juga telah lama bekerja di kedai itu sebagai tukang masak sejak suaminya masih hidup lagi telah mengkhianatinya kerana tukang masak itu adalah isteri kedua suaminya.. Punca kedainya tidak berpelanggan adalah disebabkan oleh perbuatan jahat tukang masak yang \u00a0juga merangkap madunya itu...\u00a0\n\n\n\nSetelah itu, datang seorang lelaki sebagai pekerjanya untuk membantu memperbetulkan keadaan.. Dengan usaha lelaki itu, segalanya dapat diselesaikan dengan baik... Dan akhirnye mawar dan anaknya terselamat daripada pelaris yang dibelanya..\u00a0\n\n\n\nTulah serba sedikit jalan cerita novel ni yang dapat aku kongsi dengan korang... Bagi aku, aku suka jalan cerita yang digarap oleh penulis.. Penuh misteri sampaikan aku rasa pelaris tu ada disekitar aku... Hehe.. Kalau dulu-dulu aku ingat pelaris ni tidak mengancam nyawa si pemakainya/penggunanya.. Tapi sebenarnya, silap langkah akan memakan diri sendiri.. Banyak pengajaran juga dalam cerita novel ni.. Tak rugi baca sebab ianya dapat menyedarkan kita betapa bahayanya bila dah terjebak dengan ilmu pelaris ni..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nOk, macam biasa kalau novel dari Muhammad Fatrim memang aku akan beli terus dari penulisnya dan dapatlah aku tinta cinta dari beliau.. Haha!!\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nKalau korang rasa nak baca jugak buku ni boleh la beli yek.. Baca la dulu sinopsisnya ni.. Baru boleh nilai sendiri best ke idok.. Karya dari Muhammad Fatrim ni, memang tak pernah mengecewakan aku... Semuanya best-best... Dok usha kat facebook beliau sekarang ni ada lagi buku baru nak keluar tu.. Kena dapatkan cepat la nampaknye ni.. Rugi tak baca.. Serius uolls!!\n\nOk la, nak kasi review dekat goodreads tak boleh ye sebab novel ni special edition dari penulis dan dikeluarkan sendiri oleh penulis tanpa ISBN... So, memang tak de la dalam goodreads.. Makanya, kene review sendiri aje..\u00a0\n\n\n\n"}