crawl-leaazleeya / leaazleeya-complete-batch-8.jsonl
wanadzhar913's picture
add 11 scraped `.jsonl` files from leeazleeya.com
9710b16
raw
history blame
233 kB
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/02/pencuri.html", "headline": "\nPencuri\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum..\n\n\n\nTolongggggggggggggggggggggg pencuriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Encik.. Encikk... Tolong saya.. Ada pencuri...\n\nOpsss terlebey sudey... hehehe bukan itu sebenarnya yang aku nak cerita... Aku cuma nak cakap kat korang yang aku suke sangat lagu ni..\n\n.\n\n.\n\n.\u00a0\n\n\n\nPencuri - Mark Adam\n\n\n\nHaaa ni la lagunye.. Pencuri dari Mark Adam.. Lagu dia simple but nice... huh.. Spiking hokeh aku...\n\nSape-sape yang suka gak lagu ni, jom layan sama-sama aku..\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2018/10/kulit-licin-bebas-jerawat-dalam-masa-30.html", "headline": "\nKulit Licin Bebas Jerawat Dalam Masa 30 Hari Dengan Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle\n", "content": "\n\nKulit Licin Bebas Jerawat Dalam Masa 30 Hari Dengan Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle | Minggu ni adalah minggu yang agak stress bagi aku.. Banyak bende yang nak kena settle tapi tak jugak settle-settle.. Diri ni dah macam tak terurus jerk gayanya.. Muka tak terjaga rapi.. Mana taknya, dua minggu lepas lagi skincare aku habis tapi tak terbeli jugak.. Sampaikan muka pun dah nampak kusam dan dekat dagu ni dah naik bengkak jerawat dek kerana tak dicuci dengan sempurna.. Huhu..\u00a0\n\n\n\nBila dah mula sedar muka telah bertukar menjadi 'raksasa', barulah meroyan nak pergi beli skincare.. Tapi, member aku yang sorang ni suggest pulak satu jenama skincare ni untuk aku cuba.. Katanya, skincare ni boleh merawat jerawat dan mengembalikan keserian pada wajah.. Wahh menarik tu!! Teruja terus aku nak cuba.. Aku ni pantang kalau tau produk yang best-best, mesti nak cuba.. Terima kasihlah pada kawan aku tu sebab kenalkan aku dengan produk Some by Mi iaitu AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle ni..\n\n\n\n\n\n\nSebelum aku guna produk Some by Mi ni, aku siasat dulu sama ada produk ni selamat digunakan atau pun tak.. Bukan boleh sebarangan cuba aje walaupun ramai yang cakap bagus.. Betul tak? Mau rosak muka kalau main pakai aje... Setelah siasatan dijalankan, ternyata produk ini selamat digunakan dan sebenarnya dah ramai yang menggunakannya.. Termasuklah anak saudara aku sendirik.. Haduiiyaiii.. Aku jerk yang\u00a0 ketinggalan.. Haha!!\n\nBest ke produk ni? Haaa anak saudara aku sendiri yang cakap produk ni memang best dan dapat melicinkan kulit sekaligus merawat jerawat.. Disebabkan itu juga aku tak ragu-ragu untuk cuba sendiri produk ni.. Hari ni adalah hari ke-3 aku try Some by Mi ni.. Jadi, kite tunggu lagi 27 hari ye untuk tengok hasilnya.. Hehe.. Sebelum tu, jom aku cerita serba sedikit tentang produk owesome ni kat korang!! Nak tahu, kenalah baca sampai habis ye.. Haha!!\n\nSet Lengkap Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle\n\n\n\n\nSome by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle ni, set lengkapnya terdiri daripada 4 item iaitu :-\n\nAHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar\nAHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner\nAHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Serum\nAHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cream\n\n\nKalau korang nak tahu, item yang menjadi feberet pengguna produk Some by Mi ni adalah Cleansing Bar dan juga Toner.. Time aku cari maklumat tentang produk ni, ramai betul yang memberi feedback menyatakan dua item ni memang best dan berkesan.. Bila dah tahu macam tu, ofkoslah aku lebih yakin nak guna produk ni.. Tak sabar sebenarnya nak tengok resultnya.. Hehe..\n\n\n\n1. AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar - RM70\n\n\n\n\n\n\n\nAHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar ni dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti ekstrak pokok teh 10,000ppm, AHA, BHA, PHA Niacinamide 2% dan 20 jenis ektrak tumbuhan semulajadi... Cleansing Bar ni tidak mengandungi bahan kimia berbahaya tau dan tiada pewarna tiruan yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.. Jadi, ianya selamat digunakan..\n\nKorang mesti tertanya-tanya kan, apa itu AHA, BHA dan PHA.. Mungkin ada yang dah tahu, tetapi bagi yang belum tahu tu, meh aku terangkan... Kalau korang nak tahu AHA ni berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan membersihkan segala kekotoran yang terlekat pada muka.. Manakala BHA pula ia membantu mengecilkan liang-liang pori, membersihkan kekotoran dan sebum\u00a0 yang tersumbat dalam liang pori muka.. PHA apa pula? Haaa PHA ni berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit muka dan menyingkirkan sel-sel kulit mati..\n\n\n\n\n\nFirstime aku guna sabun Miracle ni, aku dah jatuh cinta dengannya.. Mana taknya, buih yang dihasilkan dari sabun ni, sangatlah halusssss... Lembut sangat bila disapukan ke muka.. Dah rasa macam pakai cream kek jerk lembutnya.. Haha!! Bagi aku, Cleansing Bar ni sangat-sangatlah best sebab ia mampu membersihkan wajah dengan sempurna.. Fungsi sabun ni, bukan sahaja dapat mencuci wajah dengan sempurna malah sekaligus dapat melembapkan dan mencerahkan muka.\n\nLepas guna sabun ni, muka dah tak berminyak lagi.. Paling best sabun ni tak menyebabkan kekeringan dan rasa tegang pada kulit seperti sesetengah cleansing bar yang lain.. Mula-mula nak pakai tu, aku cuak jugak sebab muka aku ni memang tak sesuai pakai cleansing bar kerana muka akan jadi kering lepas pakai dan tegang semacam.. Tapi tak bagi Cleansing Bar Some by Mi ni, muka menten lembap dan muka rasa sangat bersih lepas dicuci.. Baunya pun best tau... Bau haruman tea tree oil.. Tenang jerk rasa bila bau sabun ni.. Serius!!\n\n\n\n\nCara gunanya macam sabun-sabun lain jugak, cumanya untuk sabun ni didatangkan sekali dengan uncang jaring.. Masukkan jerk sabun dalam uncang jaring tu dan basahkan sedikit.. Lepas tu, gosok ajelah sampai buih terhasil.. Bila buih dah banyak, terus apply kat muka.. Seeloknya time cuci muka tu, korang buatlah urutan muka yang betul.. Macam aku ni malas.. Jadi, aku main cuci jerk ikut dan aku.. Haha.. Korang janganlah tiru aku yek.. Ekeke..!!\n\n2. AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner - RM75\n\n\n\n\nHah! Inilah salah satu produk yang femes dan viral dikalangan mereka yang menggunakan produk Some by Mi ni.. AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner ini bertindak sebagai exfoliator yang berkesan untuk menjadikan kulit lebih bersih dan berseri daripada sebelumnya.. Selamat tinggal kulit kusam!! Hehe.. Serius wehh, toner sangatlah penting untuk kulit kita.. Dalam rutin penjagaan kulit, mesti kena ada toner.. Tapi, jangan sebarangan pakai sahaja, pastikan ianya sesuai dengan kulit kita..\n\nToner Some by Mi ni sangat best tau.. Ianya tak melekit.. Aku paling tak suka kalau pakai toner yang melekit.. Muka akan jadi tak selesa.. Tidak bagi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner ni sebabnya bila aku apply kat muka, memang best jerk rasa dan paling best ia dapat mencerahkan kulit kerana ia mengandungi Adenosine.. Wehh aku suka sangat kalau bab-bab cerah ni.. Almaklumlah aku ni tak berapa nak cerah sangatkan kulitnya.. Haha!! Oh ya, toner ni sesuai untuk semua kulit termasuklah kulit sensitif, kulit kering dan juga kulit berminyak kerana ia mempunyai pH 5.5 dan bebas bahan kimia berbahaya.\n\nOk, untuk pengetahuan korang, AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner ni sedikit berasid kerana mempunyai AHA, BHA dan PHA.. Sungguhpun begitu, ianya tidak berbahaya kerana bahan yang digunakan adalah selamat iaitu dibawah EWG safety-rated... Ia juga menghalang kulit dari dehidrasi.. Jadi, tak perlu nak risau kulit jadi kering ke apa.. Kulit akan sentiasa lembap dan glowing gitu.. Best tau!! Satu lagi yang best tentang toner ni, ia juga berfungsi sebagai anti penuaan tau sebabnya didalamnya mengandungi niacinamide.. Lengkap awak!! Hanya dengan satu toner ni aje awak dapat 3 manfaat terus iaitu kulit lembap glowing, anti-penuaan dan juga cerah berseri.. Seronokkan??\n\nAntara kandungan AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner ini seperti\u00a0Water, Butylene Glycol, Dipropylene Glycol, Glycerin, Niacinamide, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Polyglyceryl-4 Caprate, Carica Papaya (Papaya) Fruit Extract, Lens Esculenta (Lentil) Seed Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Nelumbo Nucifera Flower Extract, Swiftlet Nest Extract, Sodium Hyaluronate, Fructan, Allantoin, Adenosine, Hydroxyethyl Urea, Xylitol, Salicylic Acid, Lactobionic Acid, Citric Acid, Sodium Citrate, 1,2-Hexanediol, Pentylene Glycol, Caprylyl Glycol, Benzyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Ethyl Hexanediol, Raspberry Ketone, Phenoxyethanol, Mentha Piperita (Peppermint) Oil.\n\n\n\n\n\nCara gunanya sama sahaja macam toner lain.. Lepas cuci muka, barulah pakai AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner ni untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih.. Yelahkan, kekadang tu, kita cuci muka tak berapa sempurna bersihnya.. Jadi dengan menggunakan toner ni, ia dapat membersihkan lagi muka kita dengan lebih sempurna.. Untuk penggunaan, titiskan toner pada kapas muka dan terus apply pada kulit muka..\u00a0\n\n\n\nPatutlah ramai yang suka toner Some by Mi ni.. Memang best uolls... Muka tak melekit dan rasa sangat ringan je lepas guna.. Paling best bau tea tree nya, sangat menyegarkan.. Tak sabar nak tunggu 30 hari nak tengok perubahannya.. Pakai sekali pun dah best, inikan pula pakai dalam tempoh yang lama.. Aku pun dah jatuh cinta dengan toner ni wehh!!\n\n\n\n3.\u00a0AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Serum - RM98\n\n\n\n\n\n\nAHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Serum ni best juga tau sebabnya ia berkesan menenangkan kulit kerana didalamnya terkandung Centella Asiatica sebanyak 14.5% dan Pokok Teh (Melaleuca Alternifolia Air Lead 10,000ppm.. Selain tu, serum ini juga dapat melembutkan tekstur kulit kerana AHA, BHA dan BPA yang ada di dalam serum ini berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan lebih efektif..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nAHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Serum ini didatangkan dalam bentuk cecair yang seolah-olah seperti air tidak seperti kebanyakan serum lain yang teksturnya lebih pekat dan likat.. Yang bestnya, bila pakai serum ni cepat jerk dia menyerap ke dalam kulit muka tanpa ada rasa melekit.. Ini merupakan salah satu ciri serum yang aku suka.. Bukan apa, kalau pakai serum yang melekit ni, muka akan rasa tebal dan tak selesa.. Nak make up pun susah tau.. Make up pasti akan bercapuk..\u00a0\n\n\n\nCara pakai juga sama macam korang pakai serum muka yang lain.. Titikkan serum ke atas kulit muka dan urut perlahan secara membulat supaya serapan lebih cepat.. Lepas pakai serum ni, kulit aku nampak lebih lembap dan glowing.. Aku sukaaa!! Haha.. Jangan risau ye, serum ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif..\u00a0\n\n\n\n4.\u00a0AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cream - RM118\n\n\n\n\n\n\n\nHaaa ni habaq kat korang.. Sekarang ni\u00a0AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cream ni ada promosi tau.. Now, korang boleh dapatkannya dengan harga RM80 sahaja hokeh!! Rugi tau tak rembat sekarang ni sebab cream ni superb best!! Nak tahu apa yang best? Meh aku cite..\n\n\n\nMacam biasa, lepas cuci muka dengan sabun miracle dari Some by Me perlu pakai toner pula.. Lepas tu untuk dapatkan result yang lebih gempak, apply pula serum dan seterusnya lock muka dengan miracle cream ini pula, barulah lengkap rutin penjagaan muka.. Hah lepas tu barulah boleh make up seperti biasa.. Resultnya, perghh memang owesome babe!! Flawless muka iollss... Jom tengok video ni..\n\n\n\nAHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cream ini berfungsi untuk mencerahkan kulit dan menghilangkan kedutan pada wajah.. Ia dihasilkan dari Ekstrak Daun Pokok Teh 10,000ppm, 70% Ekstrak Centella Asiatica dan Madecasoide yang sangat efektif untuk menenangkan dan melembutkan kulit dengan manfaat dari ekstrak bahan alam semulajadi. Selain itu, ia mampu merawat kulit yang bermasalah.. Eh jangan tak tahu, parut jerawat pun boleh hilang tau kalau digunakan secara konsisten..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nSebenarnya aku sendiri pun sebelum ni sangat tak suka pakai cream muka.. Selalunya selepas guna toner terus aje pakai foundation sebabnya kebanyakan cream muka yang aku pernah cuba, semuanya tak menepati citarasa aku yang tak sukakan cream yang jenis melekit dan bertekstur berat dimuka bila di pakai.. Nasib baik AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cream ni tidak seperti itu.. Creamnya kalau dilihat oleh mata kasar nampak seperti cream biasa.. Tapi bila disentuh, ia seolah-olah bertekstur seperti gel.. Time sapu kat muka, memang best tak melekit dan cepat menyerap menjadikan kulit lembap dan lembut tanpa meninggalkan kesan berminyak.. Eh, bau dia pun best la awak.. Haha Sebabnya ia mengandungi 4 herba terpilih iaitu Rosemary, Lavender, Thyme dan Oregano..\u00a0\n\n\n\nAku paling suka pakai waktu malam sebabnya bila bangun dari tidur, muka nampak glowing jerk.. Bolehlah fefiling flawless kan.. Haha!! Untuk mendapatkan kesan yang lebih bagus, bolehlah pakai 2 kali sehari iaitu pagi sebelum make up dan malam sebelum tidur.. Hiks..\u00a0\n\n\nKulit Licin Bebas Jerawat Dalam Masa 30 Hari Dengan Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle\u00a0\n\n\n\n\nNak kulit licin bebas jerawat, boleh try\u00a0Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle ni.. Sangat recommend bagi korang yang mempunyai masalah jerawat.. Aku sendiri dah cuba dan sangat sukakannya... Kulit muka lebih better dari sebelum ni.. Tak sabar rasanya nak tunggu sehingga 30 hari nak tengok kesan produk ni pada kulit muka aku.. Anak saudara aku pun dah tak boleh nak eksyen dengan aku lagi sebab aku pun dah guna produk ni.. Haha!!\n\nDimana nak dapatkan produk ni? Haa korang boleh dapatkannya secara online.. Boleh dapatkan sekarang juga untuk menikmati potongan harga yang kebabom sebabnya sekarang ada promosi tau.. Nak kulit licin bebas jerawat dalam masa 30 hari? Nahhh jom pakat pakai\u00a0Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle ni.. Gerenti puas hati!!\n\n\n\n\n\nUntuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut tentang produk, boleh layari :-\n\n\n\nWebsite\n\nhttp://www.somebymi.my/\n\nhttp://kbeautyluxury.com/\n\n\n\nFacebook\n\nhttps://www.facebook.com/kbeautyluxury/\n\n\n\nInstagram\n\nhttps://www.instagram.com/kbeautyluxury.my/\n\n\n\nContact No.\n\n019 - 3873526\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2020/06/jamu-mutyara-jamu-gugusan-sumatra-paling-best-untuk-wanita.html", "headline": "\nJamu Mutyara - Jamu Gugusan Sumatra Paling Best Untuk Wanita\n", "content": "\n\nJamu Mutyara - Jamu Gugusan Sumatra Paling Best Untuk Wanita\u00a0 |\u00a0 Sebagai seorang wanita yang memegang banyak jawatan dalam kehidupan, jadual seharian aku agak padat bermula seawal pagi sehinggalah ke tengah malam.. Jawatan apa yang aku pegang banyak sangat tu? Haha!! Yelah menjadi seorang isteri, ibu, blogger dan juga salah seorang kakitangan kerajaan, aku memerlukan tenaga yang cukup bagi memastikan aku dapat melaksanakan segala urusan aku sepanjang hari tanpa gangguan kesihatan.. Jadinya, aku perlukan suplement untuk aku terus bertenaga sepanjang hari.. Suplement yang aku cuba kali ni bukan biasa-biasa tau tetapi Jamu Gugusan Sumatra paling best untuk wanita iaitu Jamu Mutyara bukan sekadar jamu.. hah gittchewww!!\n\n\n\n\n\nJamu Mutyara Gugusan Sumatra Dari Tya Ariffin\n\n\nSebelum aku membebel lebih banyak, aku nak cite dulu serba sedikit tentang asal usul Jamu Mutyara ni.. Ok, jamu ni diasaskan oleh Tya Ariffin.. Korang mesti kenalkan siapakah gerangannya.. Kalau yang masih tak kenal, Tya Ariffin ni merupakan menantu kepada Dato' Seri Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor di Malaysia..\n\n\n\n\n\nPerusahaan Jamu Mutyara ini diusahakan oleh Tya sejak dari tahun 2018 lagi.. Kalau korang nak tahu, jamu ni dihasilkan dari resepi turun temurun keluarga Tya dan telah dioleh rasanya menjadi lebih sedap dengan menambah beberapa makanan sunnah didalamnya seperti Madu, Kurma, Delima, Habatussauda dan beberapa herba semulajadi seperti Manjakani, Kunyit hidup, halia dan banyak lagi.. Penambahan ini bertujuan untuk menyeimbangi rasa pahit dari herba yang ada supaya mudah diterima oleh tekak kita tanpa mengurangkan khasiat yang ada.. Kalaulah tak tambah bahan-bahan tersebut, rasanya tak tertelan dek tekak aku ni.. Pahit oiiii!! haha..\u00a0\n\n\n\nTerima kasih kepada Tya Ariffin kerana berjaya menghasilkan jamu yang superb ohsem ni, jamu yang mudah ditelan, tidak pahit dan still dapat kekalkan khasiat jamu..\u00a0\n\n\n\nKandungan Jamu Mutyara\n\n\n\n\n\n\nOk, apa yang menariknya dengan Jamu Mutyara ni, bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilannya adalah daripada bahan-bahan semulajadi tanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan.. Jom kita tengok apakah bahan yang digunakan dalam Jamu Mutyara ini..\n\n\nMadu - Merawat luka dalaman selepas bersalin\nKurma - Memanaskan badan\nDelima - Membantu merawat masalah keputihan\nHabatussauda - Membantu menurunkan berat badan\nManjakani - Mengecutkan rahim/peranakan\nAkar Serapat - Membuang angin\nKacip Fatimah - Memulihkan tenaga\nHalia - Membantu merawat kulit\nKunyit - Membantu proses detoksifikasi\nHalba - Menganjalkan aset wanita\nUbi Bit - Membantu menambahkan susu badan\nCranberry - Anti penuaan/awet muda\nCayenne - Anti bakteria/merawat kegatalan\nEkstrak Yis - Membantu melawaskan pembuangan\n\n\n\n\n\nKelebihan Jamu Mutyara\n\n\n\n\n\nMenambahkan tenaga\nMembantu memperbanyakkan susu badan\nMembantu merawat dalaman wanita\nMembantu merawat keputihan\nMembuang angin badan\nMembantu mengurangkan lenguh-lenguh badan, sakit pinggang dan senggugut\nMembantu proses detoksifikasi\nAnti bakteria / Merawat kegatalan\nMengekalkan berat badan ideal\nMembantu merapatkan miss V\nMerawat kulit agar kelihatan bersih dan sihat\nAnti penuaan / Awet muda\nMembantu menganjalkan aset wanita (Payudara & Punggung)\n\n\n\n\nOk, seperti biasa aku ingin ingatkan kepada korang semua dimana sistem badan setiap individu adalah berbeza.. So, mungkin tindakbalas dan kesan jamu ini juga berbeza bagi setiap individu itu.. Tak cuba tak tahu kan.. Oh ya, sebelum korang menjadi pengguna Jamu Mutyara ni, seharusnya korang tahu terlebih dahulu masalah kesihatan korang ye kerana Jamu Mutyara ini tidak boleh diambil sekiranya korang hamil, datang bulan (period), pesakit darah tinggi, fibroid dan cyst. So, tolong alert ye!..\n\n\n\nTestimoni Aku Sebagai Pengguna Jamu Mutyara\n\n\n\n\n\n\n\nDah nak habis sebotol aku consume Jamu Mutyara ini dan ini adalah antara jamu yang terbaik pernah aku cuba setakat ini.. Mulanya aku tengok kengkawan dok sibuk bercerita sal jamu ni.. Pada awalnya aku tak ambil kisah dan takde rasa nak cuba pun.. Lama kelamaan, eh dah kenapa macam menarik pulak cerita dorang ni.. Haha.. Maka terpengaruhlah aku dengan cerita kawan-kawan yang mengatakan jamu ni sangat bagus dan rasanya sedap mudah ditelan.. Tu dia!\n\n\n\nDah alang-alang jamu yang sebelum ni aku consume dah lama habis tak berganti.. Aku gantilah dengan Jamu Gugusan Sumatra ni sebagai bff baru aku.. hehe.. Alhamdulillah, dah nak habis sebotol dan aku dapat manfaatnya.. Apakah manfaat yang aku dapat?\u00a0\n\n\n\nOk aku cite la sikit ek! Kalau nak ikutkan rutin seharian aku bermula jam 5.30 pagi, aku bangun untuk mulakan hari aku dengan bekerja di pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.. Seterusnya menguruskan rumah tangga dan anak-anak sehingga jam 10.00 malam.. Selebihnya aku melunaskan kerja-kerja blog aku sehingga jam 1 @ 2 pagi dan barulah aku tidur.. Itulah rutin seharian aku... Ini sangat memenatkan aku tetapi alhamdulillah lepas aku consume Jamu Mutyara ni dalam diet seharian aku, aku dah tak rasa penat atau letih yang sepatutnya aku rasa sebelum aku consume jamu ni.. Serius weh, aku kekal bertenaga.. Bangun pagi esoknya terasa segar jerk.. Itu manfaat yang paling ketara aku dapat rasakan..\n\n\n\nehh ada lagi tau, yang bestnya lawasssss baq bang!! Kalau dulu kemain ko nak membuang pun berhari-hari.. Sekarang setiap hari deknon oiii... Hakak sukaaaaa!! Haha.. Dan yang paling syokkkk, lawas jugak buang angin.. Haha.. Korang jangan nak cakap pengotor ke apa la.. Inilah nikmat yang paling hebat yang dapat dinikmati dengan Jamu Mutyara ni.. Haha.. Aku tak kira, aku nak cite gak walaupun korang cakap tak senonoh! Haha..\n\n\n\nSatu lagi tentang keputihan.. Selalunya aku amalkan jamu ni mesti tengok manfaat dia dulu.. Kalau ada kebaikan untuk mengurangkan keputihan, aku akan consume.. Macam Jamu Mutyara ni pun itulah salah satu manfaatnya.. Walaupun keputihan yang aku alami tak teruk hanya sipi-sipi tapi tetap kena jaga supaya tak menjadi kronik.. Dah kronik, ko nak buat ape lagi dekk!! Baru terhegeh-hegeh nak merawat keh! Haaa.. Emosi lak.. Haha.. Selepas amalkan Jamu Mutyara ni, keputihan aku semakin ok.. Moga nanti terussssss ok dan hilang.. Insyaallah.. Kenalah konsisten kan.. Hiks..\n\n\n\nJamu Mutyara Terbaik Untuk Wanita\n\n\n\n\n\n\n\nOklah, testimoni pun aku dah bagi.. Oh, ya satu lagi tentang cara pengambilan jamu ni.. Lupa pulak aku nak cerita cara-cara pengambilan Jamu Mutyara ni.. Apa yang disarankan kepada aku adalah satu sudu sebelum sarapan pagi dan satu sudu sebelum tidur.. Rasanya masam-masam manis gitu.. Sedap.. Apa yang penting, air masak tu perlulah diambil dengan secukupnya ye.. Apa sahaja suplement yang korang amalkan, pengambilan air masak tu secukupnya sangat penting bagi memastikan khasiat dari Jamu Mutyara ini dapat diserap secara optimum...\u00a0\n\n\n\nJamu Mutyara aku pun dah nak habis ni so kenalah roger balik kawan aku untuk hantar stok.. Hiks.. Kalau korang pun nak cuba, korang boleh roger kawan aku yang peramah lagi baik hati ni.. Dia merupakan pengedar sah Jamu Mutyara.. Layanan memang high class punya sebab dia seorang yang friendly... Sorry gee puji melambung.. Tapi itulah kamu.. Haha..!!\n\n\n\nOk, untuk sebarang pembelian atau pertanyaan tentang Jamu Mutyara ni, korang boleh berhubung dengan Sis Gee di :-\n\n\n\nWhatsapp : 013-9219135 (https://wa.me/60139219135)\n\nInstagram :\u00a0https://www.instagram.com/mutyara.sisgee/\n\nFacebook :\u00a0https://www.facebook.com/wanitamutyara/\n\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/07/rezeki-datang-bergolek.html", "headline": "\nRezeki Datang Bergolek\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\nRezeki Datang Bergolek | Hi olls... Mownink.. Dah bekfes ke korang?? \u00a0hehe.. Dua tiga hari ni agak membizi sampaikan tak sempat nak bermanja dengan blog aku ni dan nak blogwalking pown tak sempat.. huhu.. Bz sangat namanye tu..\u00a0\n\n\n\nDalam bulan ni rezeki agak bergolek-golek datang dekat aku.. Haha.. boleh tak aku guna ayat cenggitu.. hehe.. Serius babe.. Memang rezeki datang bergolek dalam bulan ni.. Kalau dah rezeki tu datang bergolek kene la ucapkan apa?? Ucapkan Alhamdulillah.. Syukur kita kepada ALLLAH.. haaa camtu la baru betoi ye dak... Ni dak asek dok sebut rezeki datang bergolek je kan.. hiks..\n\n\n\nDalam bulan ni saje aku dapat 3 pasang kasut hadiah dari adik dan rakan aku.. Sila jeles dari jauh ye... Haha..!! Nak tau kasut ape aku dapat... Sape yang follow IG dan FB aku mungkin dah tau.. Tak pe la.. Aku nak jugak tempek kat sini untuk kenangan aku..\u00a0\n\n\n\n\n\nKasut by Jelly Bunny\n\n\n\nNi kasut hadiah dari adik aku.. Alia Azira.. ahakz.. Kasut Jelly Bunny.. Sebelum ni dok dengoo aje orang dok sebut jelly bunny jelly bunny.. Ingatkan sejenis kueh ke ape.. Rupenye kasoootttt... Ayoyoo... nampakkk takkk makcik tak ikut perkembangan fesyen kasott.. haha.. Teruja koooo aku dapat kasut ni.. Pakai pown selesa.. Thankz too adik.. hehe..\n\n\n\n\n\nHush Puppies\n\n\n\nNi kasut kedua aku dapat dari kawan opiz aku.. Hush Puppies.. Mahai kooo \u00a0kasut ni.. Tak sangka dapat hadiah kasut ni.. Haha.. Boleh pakai p keje... Rezeki jangan ditolak.. Musuh jangan di carik.. Ye dakk?? Pape pown thankz buat Vza.. Tahun depan kasi agik ekk.. Haha..!!\n\n\n\n\n\nJelly Bunny again...\n\n\n\n\n\nKasut ke-3 untuk aku daripada adik aku jugak.. Haisss rajin nye dia kasi adiah kat aku.. Segan lak aku.. Aku lak tak de ape boleh kasi.. Takat tudung AJ boleh la.. Haha.. Juga dari Jelly Bunny.. Tapi kasut ni sebenarnya tak sampai ke tangan aku dulu.. Gambar dulu sampai.. Tak pe la.. Bio mata dulu yang pakai.. Lepas ni leh la melaram dengan kasut-kasut ni.. Haha.. Thankz too adik again... Ahakzz...\u00a0\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2023/02/turun-berat-badan-berkesan-dengan-diet-program-kitsui-meal-replacement.html", "headline": "\nNak Turunkan Berat Badan Dengan Berkesan? Jom Cuba Kitsui Meal Replacement Plus\n", "content": "\nNak Turunkan Berat Badan Dengan Berkesan? Jom Cuba Kitsui Meal Replacement Plus\u00a0 |\u00a0 Sejak dua menjak ni selera makan aku semakin menjadi-jadi.. Sampaikan tengah malam pun cari makan lagi.. Asek nak makan je kerjanya.. Tambahan pula musim hujan ni, memang asek lapar je.. Bila ada yang menegur badan aku dah nampak berisi, barulah mula sedar dan sibuk nak diet.. Haha.. Itulah aku.. Bila makan tak ingat dunia.. Bila dah kene tegur, baru nak insaf!! Opss.. Haha~Now, aku dah start diet balik tapi diet yang seimbang.. Kalau sebelum selera makan aku menjadi-jadi ni, memang aku tak ambil makan malam.. Waktu tu perut aku dah terbiasa tak makan waktu malam.. Tetapi sekarang aku kena juga ambil sesuatu untuk alas perut aku.. Kalau tak, memang tak boleh tidur.. So, untuk tidak mengambil makanan yang berat, aku amalkan program diet bersama\u00a0Kitsui Meal Replacement Plus..\u00a0Apakah Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)?Ok, kalau korang nak tahu Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) ni adalah program diet yang sangat\u00a0 rendah kalori. Dapat Mengurangkan pengambilan tenaga sehingga 800 kalori sehari. Ini bermakna badan kita akan menarik tenaga daripada simpanan lemaknya sendiri. Mudah disediakan, KMRP dirumus secara saintifik untuk memenuhi keperluan pemakanan orang ramai pada program diet kalori yang sangat rendah.Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) telah terbukti sangat berkesan dalam pengurusan masalah obesiti. Lagi pun, produk Kitsui ni merupakan food supplemen. Semua produk dibawah jenama Kitsui BEBAS BAHAN BERBAHAYA. Ianya tiada hormon, tiada pengawet, tiada gluten, Non-GMO, tiada antibiotik dan tiada bahan kimia.\u00a0Malah ia disahkan HALAL oleh JAKIM dan sesuai untuk vegan. Paling membanggakan Kitsui telah\u00a0 memenangi pelbagai anugerah antarabangsa yang mengiktiraf Kitsui sebagai produk yang diyakini selamat dan sihat. Kalau korang nak tahu, Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk korang dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian korang.Kebaikan Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)Pengurusan berat badanPenggantian makanan yang seimbangCiri-Ciri Kebaikan Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)Berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisiRendah kalori hanya 124 kalori setiap sachet.Mengandungi Vitamin & Mineral penting - Produk Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)\u00a0mengandungi 18 vitamins dan minerals penting - termasuk vitamin A, B12, B1, B2, B6, D, D3, E, C, magnesium, Zink, kalsium, Biotin - untuk membantu menjaga kesihatan sepanjang melakukan penurunan berat badan anda.Sumber serat yang baik -\u00a0 \u00a0Produk Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)\u00a0adalah sumber serat yang baik, yang boleh membantu memastikan anda merasa kenyang, sambil menyokong penurunan berat badan anda.Rasa enak kerana Dirumus dengan chocolate milk powder dan\u00a0 cip biskut yang lazat dan sebagainya.\u00a0Bahan-bahan UtamaBijirin OatOat ProtienKonjacL-CarnitineBiji ChiaKalau korang nak tahu, Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) ini bertindak sebagai penggantian makanan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.Jom mulakan perjalanan menuju masa depan yang lebih sihat dengan Program Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP).Diet Program Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)Untuk memulakan program diet KMRP ni korang boleh mulakannya dengan hanya rm39.90 sahaja untuk satu kotak. Murah je kan.. Tak perlu nak spend duit beribu-ribu. Jom kita mula!Diet Program KMRP Level 1Untuk menurunkan berat badan yang normal (Kurangkan 1 hingga 3 kg sebulan) - 1 paket sehari (1 penggantian makanan)\u00a0 \u00a0\u00a0Diet Program KMRP\u00a0Level 2Untuk menurunkan berat Badan yang sederhana (Kurangkan 3 hingga 4 kg sebulan) - 2 paket sehari (2 penggantian makanan)\u00a0Diet Program KMRP\u00a0Level 3Untuk menurunkan berat badan intensif (Kurangkan 5 kg & ke atas sebulan) - 3 paket sehari + 1 hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan (3 penggantian makanan)Cara PenyediaanTambah satu paket Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)P\u00a0 30 Grams ke 200-250mL air sejuk atau air suamKacau atau goncang untuk melarutkan.Jangan gunakan air mendidih. Boleh guna air sejuk atau air biasa.\u00a0Semua produk yang disediakan hendaklah di minum dengan segera Dan Produk harus di simpan tempat dingin dan kering.\u00a0Ok, mungkin ada yang suka minum air yang sejuk kan.. So, jangan risau Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) ni korang boleh tambah air sejuk untuk rasa yang lebih sedap atau air bersuhu bilik.. Ikut kegemaran korang.. Bukan itu sahaja, korang juga boleh menambah oatmeal dan lain-lain ke dalam Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) ini tetapi pastikan ianya mengandungi kalori yang rendah.Peringatan ye! Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) ini tidak sesuai untuk ibu mengandung tetapi sesuai untuk ibu yang menyusu dan berumur 18 tahun ke atas.Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & CreamNow, korang boleh cuba Kitsui Meal Replacement Plus berperisa Choco Cookie & Cream tau! Aku dah cuba! Rasa dia memang sedap..Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream bukan sahaja untuk pengganti makan pada waktu malam tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai sarapan pagi atau makan tengahari yang sihat, berkhasiat dan rendah kalori yang cepat dan mudah disediakan.Walaupun kandungan kalori yang rendah, vitamin dan mineralnya mampu memberi tenaga untuk aktiviti harian. Dan of course, perkara yang paling aku suka..quick & easy! Sangat convenient walau sesibuk mana pun, aku takkan terlepas mendapatkan makan yang berkhasiat dari setiap sachet Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream..Macam aku sendiri, bila aku terlalu sibuk dan tak sempat untuk makan, aku akan minum Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream ni sebagai pengganti makanan aku tak kiralah time breakfast ataupun lunch.. Yelah, kerja aku ni tak menentu.. Kadang bersenang lenang dan kadang terlalu sibuk sampaikan makan pun tak sempat.. Nasib baiklah ada Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream ni, bolehlah aku jadikan sebagai pengganti makanan time diperlukan..\u00a0Antara bahan utama yang terkandung di dalam Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream ni adalah seperti Oat Chips, Soy Protein, Konjac, L-Carnitine, Chia Seed, dan pelbagai vitamin serta Mineral di mana ianya boleh mengawal berat badan.\u00a0Kebaikan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & CreamAku yakin ramai yang nak turunkan berat badan tetapi tak tahu bagaimana caranya ataupun ada yang bukan kerana berat badan tetapi jadual pemakanan tak menentu disebabkan kesibukan kerja seharian sampai tak sempat nak makan.. Haaa aku cadangkan korang cuba meal replacement.. Kesihatan tu kena jaga juga kan.. So, kita gantikan breakfast atau lunch atau dinner kita dengan meal replacement..\u00a0Aku sendiri pun ambil Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream ni disebabkan untuk turunkan berat badan dan sebagai pengganti makanan time aku tak sempat makan.. Aku sayang perut aku.. Tak nak la disebabkan tak makan, aku mendapat sakit gastrik.. Tak pasal oiii!! hehe..Antara kebaikan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream yang perlu korang tau!Sarapan pagi / makan tengah hari / makan malam yang cepat dan mudah untuk mencapai diet seimbang.Penggantian makanan kalori yang rendah untuk membantu menyokong matlamat kesihatan dan berat badan18 jenis vitamin dan mineral untuk membina asas pemakanan yang ideal untuk gaya hidup aktif.Cara Penyediaan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & CreamDalam satu kotak Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream ada 15 sachet.. So, kalau amalkan 1 sachet sehari sekali, cukupla untuk 15 hari.. Harganya pun mampu milik hanya RM39.90 sahaja untuk satu kotak..\u00a0Cara penyediaannya pun mudah je.. Campurkan 1 sachet ke dalam 150ml air sejuk/suam. Goncang sehingga larut dan bolehlah diminum.. Untuk hasil terbaik, makan setiap hari sebagai pengganti makan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam..Jom tengok cara aku sediakan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream setiap hari..- video -Dapatkan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream dan Mulakan Diet Program KMRP Sekarang!Tak sempat nak makan? Nak turunkan berat badan? Haaa Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream dapat membantu korang... Jom dapatkan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream sekarang..Untuk pembelian, korang boleh dapatkan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream di Watsons, Guardian dan farmasi berhampiran atau secara online di Shopee dengan harga RM39.90 sekotak.. Aku dah cuba dan berkesan untuk aku.. Korang tak nak cuba ke? Hehe..Untuk\u00a0 maklumat lanjut, korang boleh layari :-\ud83d\udc49 Website :\u00a0https://kitsui.com.my/\ud83d\udc49 Instagram :\u00a0https://www.instagram.com/kitsuimalaysia/\ud83d\udc49 Facebook :\u00a0https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/\ud83d\udc49 Shopee :\u00a0https://shopee.com.my/kitsui.my.hq\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2021/12/kempen-cerahi-kehidupan-bersama-top-menyokong-333-pelajar-sekolah-rendah.html", "headline": "\nKempen Kembali Ke Sekolah \u2018Cerahi Kehidupan Bersama TOP\u2019 Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah\n", "content": "\nKempen Kembali Ke Sekolah \u2018Cerahi Kehidupan Bersama TOP\u2019 Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah\u00a0| Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Satu kajian\u00a0 mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.\u00a0Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class.TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria.TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk \u2018Bebas Melangkah\u2019.\u201cDalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,\u201d kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.\u00a0\u00a0Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan\u00a0 inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.\u201cKanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,\u201d kata Emila.Buku edisi terhad \u2018Kiki Menentang Dunia Kuman\u2019 oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.\u201cIni adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,\u201d tambah Ling.Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.\u00a0\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/03/bila-kita.html", "headline": "\nBila kita...\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa\n\n\n\nBila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulai (tahajjud)\n\n\n\nBila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran\n\n\n\nBila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya\n\n\n\nBila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk da ber-istighfar\n\n\n\nBila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah)\n\n\n\nBila kita dalam keadaan stress atau tertakan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'\n\n\n\nDan....\n\n\n\nBila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah.\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2021/08/7-eleven-perkenal-beg-mesra-alam-melalui-kempen-trash-to-treasure.html", "headline": "\n7-Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia Melalui Kempen #TrashToTreasure\n", "content": "\n7-Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia\u00a0 Melalui Kempen #TrashToTreasure | 7-Eleven Malaysia baru-baru ini melaksanakan inisiatif sayangi alam dengan memperkenalkan beg mesra alam selari dengan usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar.\u00a0Pengendali kedai serbaneka 24 jam terbesar negara tersebut memperkenalkan dua jenis beg mesra alam yang boleh digunakan semula iaitu Beg Out of the Ocean dan Beg Botol PET (polyethylene terephthalate) Kitar Semula.\u00a0Beg Out of the Ocean diperbuat daripada 100% plastik kitar semula dari lautan dimana setiap beg akan \u201cmembesihkan\u201d dua hingga tiga botol plastik yang dibuang ke lautan. Manariknya, beg mesra alam ini dapat menampung berat sehingga 15kg.\u00a0\u00a0Manakala Beg Recycled PET Bottle diperbuat daripada 100% botol PET kitar semula dimana ia dapat menampung berat sehingga 10kg. Tambahan lagi, penggunaan beg mesra alam dapat mengelakkan pembuangan sebanyak tiga botol plastik ke lautan.\u00a0Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee, berkata, \"Peningkatan sisa plastik, jika dibiarkan, mampu memudaratkan ekosistem bumi. Kempen beg mesra alam Trash To Treasure ini bertujuan untuk menanam rasa tanggungjawab dalam diri untuk mengamalkan gaya hidup lestari dengan menggunakan beg mesra alam di samping menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar rakan kerjasama kami iaitu Reef Check Malaysia dan Juara Turtle Project.\u00a0\u201cJika sebelum ini, 7-Eleven memperkenalkan beg plastik biodegradasi atau mudah lupus di stor-stor kami sejajar dengan inisiatif pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar. Kami berharap inisiatif kelestarian ini dapat memupuk keprihatinan pelanggan kami dalam mengutamakan pemeliharaan alam sekitar,\u201d kata Lee.Diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia, beg yang boleh digunakan semula ini bukan sahaja mesra alam tetapi menarik bentuk rupanya. Selain itu, beg mesra alam ini juga mempamerkan fakta atau maklumat berbentuk ilmiah dan sesuai digunakan semua peringkat umur.\u00a0Beg Recycled PET Bottle ini berharga RM7.90 manakala Beg Out of the Ocean berharga RM13.90 dan ia boleh didapati di cawangan terpilih di Semenanjung Malaysia.\u00a0Menariknya, setiap pembelian beg mesra alam 7-Eleven ini dari sekarang hingga 16 September 2021, RM1 akan disalurkan kepada rakan kerjasama 7-Eleven dalam kempen ini iaitu Reef Check Malaysia dan Juara Turtle Project dengan tujuan menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar mereka.\u00a0Pengurus Besar Reef Check Malaysia, Julian Hyde, berkata, \u201cPencemaran plastik di lautan adalah perkara yang amat serius bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Setiap hari, pasukan kami melihat dengan mata kasar kami sendiri betapa teruk pencemaran marin dimana sisa-sisa plastik ditemui di sepanjang tebing. Selain itu, sisa-sisa plastik juga ditemui melekat di celah terumbu karang dan menggugat sistem rantaian makanan di lautan. Ini adalah isu yang amat membimbangkan. Semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan untuk mencegah isu pencemaran alam sekitar. Kempen 7-Eleven Malaysia ini adalah contoh yang baik dimana syarikat juga dapat memainkan peranannya dalam usaha membanteras pencemaran marin.\"Pengurus Besar Juara Turtle Project, Tom Woodford, berkata, \u201cKami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada kepada 7-Eleven Malaysia kerana mengorak langkah permulaan dan memainkan peranan sewajarnya dalam usaha pemeliharan alam sekitar. Kami percaya syarikat-syarikat besar boleh membantu dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik. Serpihan berasaskan plastik di lautan merupakan ancaman yang besar terhadap kehidupan akuatik dan ini termasuklah habitat dan ekosistem penyu. Kami berharap kempen ini dapat memupuk keprihatinan dan tanggungjawab orang ramai tentang kepentingan pemeliharan kehidupan marin.\u201d\u00a0Dalam pada itu, anda boleh menyalurkan bantuan kepada individu, keluarga dan badan amal yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan dengan membeli barangan keperluan asas dan menyumbang melalui Kempen \u201cKotak Putih\u201d yang sedang berlangsung di stor-stor 7-Eleven seluruh\u00a0 negara. Pada masa yang sama, jangan lupa untuk mencuba produk eksklusif seperti kopi HY BTS Special Package, Magnum Chocolate Truffle, Nescafe Gula Melaka, Wonda Masala Spice Coffee dan sebagainya.\u00a0Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kempen Beg Mesra Alam #TrashToTreasure, sila layari www.7eleven.com.my atau laman media sosial rasminya di 7ElevenMalaysia.\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/01/serum-mawar-zeeta-serum-muka-terbaik.html", "headline": "\nSerum Mawar Zeeta Serum Muka Terbaik\n", "content": "\n\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSerum Mawar Zeeta Serum Muka Terbaik \u00a0|\u00a0 Bersiaran lagi kita dalam dunia kecantikan.. Cewahh.. Dah macam berita terkini hiburan sensasi aje gayanya yek.. Dah lama tak berceloteh tentang kecantikan ni.. Kali ni aku nak stori mori pula tentang Serum Muka... Biasanya kalau sentuh pasal serum ni, mesti korang dah dapat agak serum yang jenis macam mana kan... Yeahhh ini bukan serum sebarang serum, serum ini adalah Serum Antipenuaan.. Hah Gitu!! Serum apakah?? Nak tahu, jom teruskan pembacaan korang...\n\n\n\n\n\n\n\nSerum yang aku maksudkan tu adalah Serum Mawar Zeeta... Serum ini adalah produk keluaran Zeeta... Kalau korang nak tahu, Serum Mawar Zeeta ini merupakan serum yang diperbuat daripada ekstrak kelopak mawar dan berfungsi sebagai penyegar (toner) yang boleh mengecilkan liang-liang pori, menganjal dan menyegarkan wajah.. Serum ini diperkaya dengan Vitamin A,C,E serta Zat Omega 3 & 6 dan sesuai untuk semua jenis kulit.. Produk ini tidak bahan kimia dan dijamin HALAL serta selamat digunakan...\u00a0\n\n\n\nJom kita lihat kelebihan Serum Mawar Zeeta ini pula.. Korang mesti nak tahu kan??\n\n\n\nKelebihan Serum Mawar Zeeta\n\n\n\nAntara kelebihan yang ada pada Serum Mawar Zeeta ini ialah :-\n\n\n\nSemburan getaran aura mawar\nMemberi kesegaran serta merta\nMenyembuhkan luka dengan cepat\nSembur dengan kerap untuk kesan menakjubkan\nMengekalkan keanjalan kulit wajah\nMengecutkan dan menghilangkan jerawat\nMenjadukan solekan di bawah lebih menyerlah dan tahan lama\nTerapi minda dan anti-stress\nBoleh melegakan selesema dan resdung\n\n\n\n\nWahh banyak gile kowt kelebihan Serum Mawar Zeeta ni.. Kelebihan paling win 'mengecutkan dan menghilangkan jerawat'... Kenapa paling win, kerana aku yakin kat luar sana pasti ramai yang menghadapi masalah jerawat.. Mungkin ada yang di tahap yang kronik.. Jadi, pada korang yang mempunyai masalah jerawat, bolehlah mencuba Serum Mawar Zeeta ni.. Mana tau, ianya serasi dengan korang dan sekali gus dapat menyelesaikan masalah jerawat yang korang hadapi tu.... \u00a0Tak cuba tak tahu kan.. Sebenarnya ramai yang dah berjaya mengatasi masalah jerawat dengan mengunakan Serum Mawar Zeeta ni.. Nanti diakhir entry aku upkan testimoninya ye.. Hehe..\n\n\n\n\nBotol ke-2 aku..\n\n\n\n\n\n\n\n\nAku sendiri adalah pengguna Serum Mawar Zeeta ni.. Aku suka akan haruman serum ni.. Bau mawar.. Yelah dah nama lagi diperbuat daripada kelopak mawar kan.. Harusssss lah bau mawar.. Haha.. Tapikan, bau mawar tulah yang dapat menyegarkan aku sepanjang hari.. Terapi minda bak kata orang.. Hilang segala stresssss aku di tempat kerja.. haaa itulah kelebihan mawar kalau korang nak tahu... Dapat menenangkan.. Ok, eceli muka aku memang tak banyak masalah sebenarnya.. Aku guna serum ni untuk segarkan wajah dan ofkos untuk anti penuaan.. Almaklumlah sejak dah meningkat ke usia remaja uban ni, kenalah jaga sikitkan.. Kalau tak dijaga, mahu berkedut sana berkedut sini muka.. Tak lalu nak menengoknyaa.. Huhu..\n\n\n\n\n\n\n\nOkeh, yang paling best tentang serum ni, time dekat opiz bila dah dok mengadap pc lama sangat mula lah mata ni mengantuk lah bagai.. Kalau mengantuk time rehat, bolehlah lelapkan mata sekejap.. Tapi kalau mengantuk tu datang time tengah kerja, hadoiii seksa tahan bijik mata supaya tak tertutup.. Huhu.. Korang nak tahu apa yang aku buat untuk hilangkan mengantuk time tengah kerja?? Haaa Petua menghilangkan mengantuk di pejabat adalah aku kasi sembur Serum Mawar Zeeta ni kat muka aku, terus mata segar bugar tak jadi nak tertutup... Haha!! Memang terbaikkk toqqqq.. Bagi aku serum ni adalah serum muka terbaik dan ianya juga adalah salah satu produk menghilangkan mengantuk.. Hiks..\n\n\n\n\n\n\n\nEhh dah bercerita panjang berjela ni, mesti korang tertanya-tanyakan macam mana cara nak guna serum ni.. Meh aku ajar.. Senang, nanti korang beli serum ni sekurang-kurangnya korang dah tau camne cara nak guna serum ni kan..\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Menggunakan Serum Mawar Zeeta\n\n\nSemburkan ke wajah seberapa kerap yang anda mahukan untuk kesegaran yang berpanjangan..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMudah kan cara guna serum ni... Hanya dengan 1 cara sahaja... Just sembut serum ke muda, then muka akan segar serta merta... Sangat mudah... So, korang tak nak cuba ke serum ni?? Spray muka terbaik ni tau.. Sebelum korang cuba serum ni, korang baca dulu testimoni pengguna Serum Mawar Zeeta ni yang dah terbukti keberkesanannya... Mesti korang teruja nanti..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMasalah jerawat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHilang mengantuk dan make up tahan lama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKulit lembut & Make Up tahan lama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSembuhkan luka\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKulit segar & berseri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHilangkan ruam dimuka\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTu dia feedback dari customer yang dah menggunakan Serum Mawar Zeeta ni.. Pendek kata serum ni adalah serum serbaguna.. Macam-macam kebaikan yang dapat korang perolehi dari penggunaanya.. Memang terbaik serum ni.. Bagi aku Serum Mawar Zeeta ni serum muka yang bagus dan murah.. Hah, sebut pasal murah ni, mesti korang nak tahu berapa harga serum ni kan.. Meh aku kasitau harganya.. Jangan risau, harga mampu milik jer..\n\n\n\n\n\n\n\nHARGA\n\n\n\n\n\n\n\nRM 20 sebotol (70ml)\n\n\n\nTidak termasuk postage\n\n\n\n\n\n\n\nPostage : RM 6\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika korang berminat untuk membeli atau ada sebarang pertanyaan tentang produk ini,\n\n\n\nkorang bolehlah Whatsapp segera ke nombor :-\n\n\n\n\n\n\n\n019-220 9069 / 013-330 8583\n\n\n\n\n\n\n\natau\n\n\n\n\n\n\n\nTerus komen PM di :-\n\n\n\n\n\n\n\nFacebook \u00a0: \u00a0Zeeta Pakar Mawar\n\n\n\nhttps://www.facebook.com/zeetaauramagismawar/\n\n\n\n\n\n\n\nInstagram \u00a0: \u00a0@zeetaofficial\n\n\n\nwww.instagram.com/zeetaofficial\n\n\n\n\n\n\n\nWebsite Rasmi\n\n\n\nwww.zeeta.com.my\n\n\n\n\n\n\n\n#zeetamagisaura\n\n\n\n#zeetanista\n\n\n\n#mawarista\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2022/09/eskayvie-i-qids-booster-untuk-perkembangan-minda-anak-jadi-lebih-cergas-dan-bijak.html", "headline": "\nEskayvie i-Qids Booster Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak Jadi Lebih Cergas dan Bijak\n", "content": "\nEskayvie i-Qids Booster Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak Jadi Lebih Cergas dan Bijak\u00a0|\u00a0 Anak-anak merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang amat besar bagi setiap ibu bapa. Peranan ibu bapa dalam mendidik dan membentuk anak-anak menjadi seorang yang bijak dan sihat bermula sejak mereka dilahirkan lagi. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita amat mementingkan perkembangan minda anak-anak.. Betul tak?Teringat semasa wabak Covid-19 melanda negara kita.. Pandemik telah memberi kesan yang banyak kepada kehidupan kita, terutamanya dari aspek pendidikan. Pada masa tu, anak-anaklah antara mangsa yang paling terkesan dek pandemik ini.. Kekangan pandemik dahulu telah memaksa mereka untuk sentiasa berkurung di rumah, tidak boleh keluar bermain, tidak boleh hadir ke sekolah berjumpa kawan-kawan malah proses pembelajaran juga dilakukan secara atas talian.Ini menyebabkan mereka dah kurang berinteraksi kerana tidak dapat belajar di sekolah dan banyak masa mereka dihabiskan dengan bermain gajet berbanding buku.. Belajar secara maya juga membuatkan mereka tidak fokus pada pelajaran, cepat bosan, letih dan hilang mood berbanding belajar di sekolah.Emosi mereka juga turut terganggu dan mudah mengamuk kerana asyik terperap sahaja di dalam rumah tanpa dapat melakukan aktiviti yang kebiasaannya dilakukan diluar. Hal ini boleh menjejaskan interaksi sosial dan sekaligus mengganggu perkembangan otak serta daya tumpuan anak-anak.\u00a0Semasa pandemik dulu, aku juga sangat risaukan perkembangan minda anak-anak aku. Untuk mengatasi kerisauan ini, aku lakukan beberapa tips yang diperolehi daripada pembacaan bagi membantu perkembangan minda anak aku. Aku akan pastikan untuk sentiasa berkomunikasi dengan mereka, hadkan masa mereka bersama gajet, dengar masalah mereka dan sediakan jadual rutin harian mereka.\u00a0Aku juga berikan mereka suplemen kesihatan yang terbaik buat mereka iaitu Eskayvie i-Qids. Ye, aku dapati suplemen ini sebenarnya sangat membantu dalam perkembangan minda anak-anak.Eskayvie i-Qids, Booster Untuk Perkembangan Minda Anak-AnakEskayvie i-Qids merupakan vitamin \"brain booster\" yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Aplha Linolenic Asid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong perkembangan sel-sel otak anak-anak sekaligus menyokong proses pembelajaran mereka.Kalau korang nak tahu, formulasi Eskayvie i-Qids ini amat istimewa tau kerana ia mengandungi superfood terdiri daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik yang sangat bagus untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta melindungi otak daripada kesan stress dan kerosakan..6 Bahan Nutrisi Utama\u00a0Eskayvie i-QidsSeperti yang aku katakan tadi, di dalam\u00a0Eskayvie i-Qids ni terkandung 6 bahan nutrisi utama untuk otak yang sihat dan minda yang cergas iaitu :-Phosphatidylserine (Serine)Alpha Linolenic (ALA)22 Buahan & SayuranMoringaPrebiotikMultivitamin & Mineral1.\u00a0 Phosphatidylserine (Serine)Ini merupakan super brain booster dan menjadi kunci utama kepada penghantaran signal maklumat yang lebih laju di dalam otak.Kalau nak tahu, sebenarnya masih ramai kanak-kanak\u00a0 Malaysia yang kekurangan pengambilan\u00a0 Phosphatidylserine setiap hari. Untuk membantu fungsi\u00a0 otak yang baik, kanak-kanak disarankan untuk\u00a0 mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg\u00a0 Phosphatidylserine sehari. Tetapi sayangnya, kanak-kanak\u00a0 kita hanya mengambil sekitar 1/3 sahaja dari jumlah ini!Phosphatidylserine ni bukan sahaja penting untuk bantu\u00a0 sel-sel otak berhubung, tapi juga boleh meningkatkan penghantaran maklumat ke otak. Bila penghantaran\u00a0 maklumat jadi laju, semestinya kanak-kanak akan lebih\u00a0 mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru! Malah\u00a0 pelbagai kajian yang dibuat di beberapa negara maju juga\u00a0 mendapati dengan corak pemakanan hari ini, ramai\u00a0 individiu terdedah dengan pengambilan\u00a0 Phosphatidylserine yang tidak mencukupi.Phosphatidylserine boleh didapati daripada makanan\u00a0 harian walaupun kebiasaannya jumlahnya tidak\u00a0 mencukupi. Jadi, sangat penting untuk ambil\u00a0 Phosphatidylserine daripada sumber makanan tambahan.2.\u00a0 Alpha-Linolenic Acid (ALA)Ini pula adalah bahan asas kepada pembentukan EPA dan DHA untuk meransang sel-sel otak berhubung..\u00a0Kalau nak tahu, sebenarnya ikan mengandungi\u00a0 sejenis nutrisi yang dipanggil sebagai Omega 3\u00a0 dan penting untuk kesihatan otak. Omega 3 boleh\u00a0 dipecahkan kepada EPA dan DHA yang\u00a0 mempunyai tugas tersendiri dalam merangsang\u00a0 sel-sel otak untuk berhubung.\u00a0Sayang sekali, pemakanan yang tidak seimbang\u00a0 boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan\u00a0 nutrisi ini sehingga mengganggu perkembangan\u00a0 minda mereka. Selain daripada makanan semula\u00a0 jadi, sumber EPA dan DHA juga boleh didapati\u00a0 dalam minyak ikan. Namun akibat rasa dan baunya yang sedikit hanyir menjadikan kanak-kanak kurang gemar untuk mengamalkannya.Sebab itu, pengambilan Alpha Linolenic Acid\u00a0 (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber\u00a0 EPA dan DHA kepada otak si kecil\u00a0 memandangkan rasanya yang lebih lazat.\u00a03.\u00a0 22 ekstrak Buahan dan SayuranGabungan 22 jenis buahan dan sayuran untuk mengisi jurang nutrisi daripada diet harian.Sebenarnya sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber antioksidan utama dalam\u00a0 pemakanan harian kita. Lebih daripada 90% rakyat Malaysia tidak mengambil\u00a0 sayuran dan buahan secara mencukupi termasuklah\u00a0 kanak-kanak. Tapi apa nak buat kalau anak kita jenis tak\u00a0 suka makan sayur dan kurang gemar mengambil buahan?\u00a0Sebab itu, pengambilan makanan tambahan dalam bentuk\u00a0 ekstrak sayuran dan buahan amat diperlukan buat masa ini\u00a0 untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam\u00a0 sayuran tersebut. Ekstrak sayuran dan buahan ni bukan saja mempunyai\u00a0 kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5\u00a0 hidangan buahan dan sayuran, tetapi juga mempunyai\u00a0 penyerapan bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk\u00a0 memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak, lebih-lebih lagi\u00a0 yang kurang makan sayur.\u00a04.\u00a0 Moringa OleiferaBerindak sebagai perangsang otak dan melindungi otak dari kesan stress dan kerosakan.Kebiasaannya tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'daun\u00a0 kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai' yang merupakan sejenis\u00a0 Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat. Khasiat moringa yang anda perlu tahu :-\u00a03x zat besi berbanding bayam4x kalsium berbanding susu3x potassium berbanding pisang\u00a07x vitamin C berbanding oren\u00a0Kaya dengan vitamin A, B kompleks, Copper,\u00a0 Manganese dan Zinc.\u00a0Menyokong kesihatan organ\u00a0\u00a0Meningkatkan tenaga dan sistem imun badan\u00a0Malah, ia dikaji boleh meningkatkan memori dan\u00a0 pembelajaran kanak-kanak. Tidak dinafikan lagi, manfaat\u00a0 daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas\u00a0 pandemik di mana banyak kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca pandemik mengalami impak negatif\u00a0 terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran\u00a0 mereka.\u00a0Walaupun khasiat daun Moringa luar biasa hebatnya, ada\u00a0 ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mengajar anak\u00a0 mereka mengamalkan superfood ini.5.\u00a0 PrebiotikMenggalakkan pembiakan bakteria baik untuk usus yang sihat dan penyerapan nutrisi yang efisen.Prebiotik merupakan baja yang\u00a0 menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria\u00a0 baik di dalam usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia\u00a0 akan membentuk satu ekosistem usus yang sihat dan\u00a0 meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien.Disebabkan bakteria probiotik lebih mudah terjejas dan\u00a0 rosak akibat persekitaran, ramai yang gemar\u00a0 mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai\u00a0 alternatif untuk memastikan kesihatan usus.\u00a0\u00a0Macam-macam sebenarnya fungsi prebiotik ni.\u00a0 Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk seperti\u00a0 inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan\u00a0 banyak lagi. Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah untuk diamalkan oleh\u00a0 kanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat,\u00a0 penyerapan nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih\u00a0 mudah.6.\u00a0 Multivitamin dan MineralGabungan vitamin dan mineral penting untuk melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak.Sebenarnya ramai kanak-kanak di\u00a0 Malaysia tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk\u00a0 tumbesaran yang sihat. Lebih-lebih lagi sejak pandemik\u00a0 bermula, beberapa siri perintah berkurung telah\u00a0 dilakukan dan ini banyak mengganggu pengambilan\u00a0 nutrisi anak-anak. Pemakanan yang tidak terjaga,\u00a0 banyak terdedah dengan makanan segera, makanan\u00a0 terproses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi\u00a0 makanan yang tidak sihat menyebabkan wujudnya\u00a0 jurang nutrisi dalam pemakanan si kecil.Sebab itu pengambilan gabungan vitamin dan mineral\u00a0 amat penting untuk melengkapi dan mengisi jurang\u00a0 nutrisi harian kanak-kanak. Ibu bapa harus sentiasa peka dengan pemakanan anak-anak. Untuk menjamin tumbesaran yang lebih\u00a0 sempurna, amalan mengambil multivitamin dalam\u00a0 bentuk makanan tambahan semestinya boleh\u00a0 membantu.Kelebihan\u00a0Eskayvie i-Qids Berbanding Produk LainKadang-kadang kita sebagai ibu bapa dah buat yang terbaik untuk perkembangan minda anak-anak kita. Tapi ada juga masalah lain yang kita terpaksa hadapi seperti anak tidak mahu mendengar kata serta susah untuk mengikut jadual yang disediakan. Selain itu, anak-anak juga suka makan junk food dan jajan yang boleh menjejaskan minda mereka. Dahlah tak suka minum susu, tak makan sayur dan ikan, kurang berselera makan atau terlalu memilih makanan macam anak aku yang sorang tu! hahahaha!\u00a0Aku rasa ramai ibu bapa yang menghadapi masalah-masalah sebegini.. Ini adalah antara faktor yang boleh menjejaskan perkembangan minda anak kita..Sebab itulah aku mencari inisiatif untuk anak aku supaya mereka menjadi berminat untuk belajar. Aku dapati anak aku menjadi semakin cergas dan mereka mudah faham dalam pelajaran setelah memberikan mereka\u00a0Eskayvie i-Qids ini.Antara kelebihan\u00a0Eskayvie i-Qids berbanding produk lain ialah :-Menggunakan bahan-bahan semulajadiDiformulasikan oleh Doktor Perubatan, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa AlQudriHALAL, selamat dan berkesanSedap dan rasa coklatMudah diamalkanManfaat Eskayvie i-Qids Buat Anak-AnakMerangsang sel-sel otak untuk berhubungMenguatkan memori dan daya ingatanMeningkatkan fokus dan daya tumpuanMemperbaiki mood dan mengurangkan stressMenyokong prestasi sekolah dan pembelajaranMelengkapkan keperluan nutrisi dengan multivitamin dan mineral serta 22 ekstrak buahan dan sayuranCara Pengambilan Eskayvie i-QidsKalau korang nak tahu, Eskayvie i-Qids ini dikawal selia oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (KKM) dan mendapat pengiktirafan kilang oleh European Quality Award..\u00a0Apa yang bagusnya dengan Eskayvie i-Qids ni ia selamat diamalkan kerana diperbuat daripada bahan semulajadi, tanpa perasa dan pewarna tiruan serta tanpa gula tambahan.. Sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun keatas. Eskayvie i-Qids sangat mudah diamalkan kerana ia dalam bentuk tablet kunyah dengan perasa coklat yang lazat.Ok untuk cara pengambilan Eskayvie i-Qids pula, disyorkan 1 biji pagi dan 1 biji malam, selepas makan.Jika umur dan berat (kg) anak berbeza, disyorkan untuk rujuk cara pengambilan Eskayvie i-Qids berdasarkan berat badan terkini..2 - 4 tahun ( berat badan <15 kg) : 1 - 2 biji sehari4 - 8 tahun ( berat badan 15.1 - 20.0 kg ) : 1 - 3 biji sehari>9 tahun ( berat badan >20.0 kg ) : 1 - 4 biji sehariEskayvie i-Qids ini adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air. Kanak-kanak berumur 2 - 12 tahun disyorkan untuk mengambil 1 - 2 biji sehari, selepas waktu makan.Testimoni Pengguna Eskayvie i-QidsDibawah ini aku kongsikan beberapa testimoni pengguna Eskayvie i-Qids yang rata-rata mereka memberikan maklumbalas yang positif selepas amalkannya.2 bulan selepas amalkan Eskayvie i-Qids anak semakin mudah menghafal surah-surah yang ustazah berikan dan mudah serta teruja nak pergi sekolah hari-hari. Anak pun dapat no.1 dalam kelas dan dapat banyak A. Seronok kan bila anak gembira nak ke sekolah hari-hari dan dapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.Ibu ni berkongsi anak umur 12 tahun ada masalah gagap dan anak yang 7 tahun kurang membaca. Tapi lepas amalkan Eskayvie i-Qids bacaan anak semakin baik dan anaknya yang berumur 7 tahun itu dah boleh mengira matematik dengan lancar. Dua beradik ini mengamalkan Eskayvie i-Qids dan Diffenz Junior setiap pagi.Anak suka memberontak bila tak dapat barang yang dia nak. Masalah ini memang biasa untuk budak-budak. Tapi yang bestnya lepas amalkan Eskayvie i-Qids ni anak nampak ada perubahan, anak dah tak memberontak lagi serta mudah nak kejut bangun pagi ke sekolah.Ikutkan banyak lagi testimoni-testimoni dari ibu bapa di luar sana lepas amalkan Eskayvie i-Qids ni. Kalau korang Google pun pasti akan jumpa banyak testimoni.Amalkan\u00a0Eskayvie i-Qids Untuk Minda Yang CergasSekarang kita dah pun beralih ke fasa endemik dan anak-anak pun dah pun bersekolah semula.. Ini lebih menjadikan\u00a0Eskayvie i-Qids ini sebagai inisiatif terbaik untuk membantu ibu bapa dalam meningkatkan fokus, daya ingatan serta memori anak-anak. Selain itu juga,\u00a0Eskayvie i-Qids ini dapat membantu emosi anak-anak dan menceriakan mood mereka setiap hari..Jadi, bagi ibu bapa di luar sana bolehlah dapatkan\u00a0Eskayvie i-Qids ini untuk anak-anak supaya minda mereka lebih cergas.. Insyaallah..Untuk maklumat lanjut mengenai produk\u00a0Eskayvie i-Qids ini, korang boleh layari :-Website : www.eskayvie.comFacebook Page : Eskayvie Malaysia\u00a0Instagram : Eskayvie Malaysia\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/07/15-langkah-memudahkan-urursan-ketika.html", "headline": "\n15 Langkah Memudahkan Urusan Ketika Balik Beraya\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n15 Langkah Memudahkan Urursan Ketika Balik Beraya \u00a0|\u00a0 Esok dah start aku bercuti.. So, sepanjang aku bercuti jawabnya berhabuk la blog ni buat sementara waktu... Baru-baru ni aku ada terima wasap berkenaan 15 langkah bagi memudahkan urusan ketika balik beraya.. So, aku nak kongsi jugak kat sini untuk rujukan korang yang belum balik beraya dan baru nak balik beraya.. hehe.. Jom kite tengok apakah yang tersenarai dalam 15 langkah tersebut...\n\n\n\nUntuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti 15 langkah berikut :-\n\n\n\n1. Bawa balik seterika sendiri supaya tak berebut... Kalau muat bonet, angkut iron board sekali....\n\n\n\n2. Kalau rumah di kampung \u00a0tak ada aircond... kipas pulak terhad... bawa la balik 1 kipas sendiri... Kalau boleh elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak...\n\n\n\n3. Bawa balik extention cable sekali... Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll...\n\n\n\n4. Kalau perlu, tilam atau toto pun bawa sekali...\n\n\n\n5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya.... Ramai buat macam tu....\n\n\n\n6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan... Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.\n\n\n\n7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan hp, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp... Kepimpinan melalui tauladan.\n\n\n\n8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan... Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.\n\n\n\n9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll... Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim...\n\n\n\n10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan... Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.\n\n\n\n11. Jangan selalu terperap dalam bilik... Ini biasa hobi menantu perempuan... Ringan-ringankan tulang bantu di dapur.... Dan 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara.... Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.\n\n\n\n12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur.... Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg.... Kuih raya 3-4 balang dll.... Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh tu.....\n\n\n\n13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai.... Belajar berlapang dada.... Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita....\n\n\n\n14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!\n\n\n\n15. Kita balik kampung bukan kerana budaya.... Tetapi kerana mak ayah kita.... Tanggungjawab kita.... Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana.... Nikmati masa tersebut.... Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.... ( yang ni paling sentap ye...!!)\n\n\n\n\n\nSalam Aidilfitri\u00a0\n\ndari Lea Azleeya..\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2019/07/althea-angels-birthday-june-haul.html", "headline": "\nAlthea Angels Birthday June Haul\n", "content": "\n\nAlthea Angels Birthday June Haul\u00a0 |\u00a0 Hi guys!! Kabare? Ok, bulan lepas merupakan bulan kelahiran aku yang ke dot dot dot dot... hiks.. Disebabkan angka tu banyak sangat, jadi aku tak dapat nak kira berapa umur aku.. Haha!! Itu menandakan aku dah semakin senja.. Kehkehkeh.. Tahun ni nampaknye sedikit meriah dengan hadiah berbanding dengan sebelum ni.. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang sudi memberi daku hadiah hari jadi..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadiah paling meriah yang aku terima sudah tentulah dari Althea.. Terlambat sikit update entry dek kerana kesibukan yang melanda.. Eh dah kenapa Althea baik hati bebeno kasi aku hadiah hari jadi ni? Haaa ini sebabnya aku adalah salah seorang ahli keluarga Althea Angels jadi aku layak untuk menerima keistimewaan sebagai ahli.. Alhamdulillah.. Thankz to Althea..\u00a0 Seperti biasa, Althea Korea akan mengkreditkan point ke dalam akaun kami dan sebagai ahli kami hanya perlu reward point tersebut dengan produk yang ada di laman web Althea Korea.. Meriah jugak pointnye weh!! So, banyaklah produk yang boleh aku shopping.. Seronok gile!!\u00a0\n\n\n\nProduk apa yang menjadi hasil tangkapan aku kali ni? Moh sama-sama tengok..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun dah tahu apa yang dibeli, aku tetap excited untuk bukak parcel dari Althea.. Satu perasan yang indah bila dapat parcel dari Althea walaupun ada diantaranya aku beli dengan duit aku sendiri.. Perasaan tu tetap sama.. Terujanya lain macam.. Hehe.. Selepas kenal dengan Althea, aku salah seorang pencinta dunia K-Beauty.. Serius, produk K-Beauty memang best!!\n\n\n\nOrite, jom aku senaraikan apa yang aku dah shopping di laman web Althea dengan menggunakan point yang diberi sebagai hadiah hari jadi..\n\n\n\n\n\n\n\nAlthea Bare Essentials Contour Cleanser (150g) - RM 23.00\n\n\n\nSejak pertama kali diperkenalkan dengan produk Bare Essentials, aku jatuh hati dengan pencuci mukanya, Contour Cleanser.. Memang sangat sesuai dengan kulit muka aku.. Oleh sebab itu aku setia dengan pencuci muka ni.. Nampak tu sekali beli bertiub-tiub.. Bukan aku saja yang guna, encik suami pun guna jugak..\u00a0\n\n\n\nApa yang bestnye tentang pencuci muka ni, ia boleh contour muka kita dengan penggunaan yang berpanjangan.. Selain tu, ia dapat membersihkan wajah dengan sempurna sekaligus berjaya menanggalkan makeup dengan mudah.. Nak tau lebih lanjut boleh baca entry aku yang lepas di SINI...\n\n\nBeli di sini :\u00a0https://my.althea.kr/contour-cleanser\n\n\n\n\n\nAprilskin Magic Snow Fixing Foundation (15g) Code : #22 - RM 75.00\n\n\n\nMemandangkan sebelum ni aku pernah guna Aprilskin Magic Snow Cushion 2.0 Code #23, dan sangat ohsem resultnya, now aku nak cuba pula cushion yang lain tetapi dibawah brand yang sama iaitu Aprilskin Magic Snow Fixing Foundation.. Aprilskin ni sebenarnya dah jadi brand feberet aku sebabnya produk yang dikeluarkan memang bagus dan berkualiti.. Paling best resultnya memang gempak.. Walaupun harganya sedikit 'meninggal', namun aku puashati dengan hasilnya yang ohsem!\n\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/fixing-foundation-2016-new\n\n\n\nMissha Sebum Cut Powder Pact (11g) Code : No.2 Clear Peach - RM 36.00\n\n\n\nUntuk brand Missha pula, feberet aku adalah mascara 4D dia.. Memang terbaik.. Sebum Cut Powder Pact ni firstime aku cuba dan hasilnya pun sangat bagus.. Jadi, dah ada 2 produk la dibawah brand Missha menjadi feberet aku sekarang ni.. Hai lah, bertambah lagi la list makeup aku kan.. Hehe..\n\n\n\nMula tu tak yakin jugak dengan keberkesanan powder ni.. Tapi aku nak jugak cuba sebab tengok banyak review yang bagus tentang produk ni.. So, memang tak salah pilihan aku.. Ia berfungsi dengan baik untuk menghalang minyak pada muka..\u00a0\n\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/sebum-cut-powder-pact\n\n\n\n\n\nA'Bloom Giant Meringue Puff (1P) - RM 8.00\n\n\n\nSebenarnya giant meringue puff ni aku dah ada sebijik.. Ni aku beli untuk buat stock.. Serius puff ni memang sangat best digunakan.. Kelembutan dia tu memang padu!! Foundation pun mudah sangat apply kat muka.. Selain tu mudah dipegang.. Nak tau story tentang puff ni, boleh baca kat entry aku ni Althea A'Bloom Collection Review.\n\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/giant-meringue-puff-1p\n\n\n\nInnisfree Beauty Tool Air Magic Puff (1P)_Glow - RM 7.00\n\n\n\nIni kali kedua aku beli magic puff dari Innisfree ni.. Biasanya aku guna untuk BBcushion aku yang mana span dia dah rosak.. Apa yang bestnye dengan magic puff ni, sapuan lebih rata dan glow..\u00a0\n\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/beauty-tool-air-magin-puff-glow\n\n\n\n\n\n\nMissha 4D Mascara (7g) - RM 16.00\n\n\n\nIni merupakan salah satu mascara feberet aku.. Serius mascara ni paling best yang pernah aku guna.. Sampai sekarang aku masih setia dengan mascara ni sebabnya bila pakai ianya tak comot dan tak berketul-ketul.. Sapuannya perfect pada bulu mata dan memberi efek panjang dan lentik..\u00a0\n\n\n\nBaca entry terdahulu di SINI..\n\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/the-style-4d-mascara\n\n\n\nThe Face Shop Designing Eyebrow Pencil (0.3g) Code : 03 Brown - RM 11.00\n\n\n\nUntuk eyebrow, brand pilihan aku adalah The Face Shop.. Dah agak lama aku pakai eyebrown brand ni sebabnya warna dia tak melampau dan nice-nice aje.. Sapuan pun sangat senang dan warnanya cantik.. Kebiasaannya aku akan beli warna brown atau dark brown..\u00a0\n\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/designing-eyebrow-pencil\n\n\n\nEtude House Drawing Eye Brow New (0.25g) Code : Dark Brown - RM 11.00\n\n\n\nEyebrown dari Etude House ni aku baru je nak cuba.. So, ini merupakan kali pertama aku beli brand ni.. Tak pasti best ke tak sebabnya aku belum cuba lagi... hehe..\n\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/drawing-eye-brow-new\n\n\n\nIt's My Brush Auto Lip Brush - RM 9.00\n\n\n\nYang ni aku saja-saja beli untuk koleksi berus aku.. Yelah mana tau kot nanti diperlukan.. Aku sedang melengkapkan set berus makeup aku.. Walaupun jarang makeup, tetapi aku rasa ia perlu untuk ada selengkapnya dengan aku.. hehe\n\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/it-s-my-brush-puff-13-it-s-my-auto-lip-brush\n\n\n\n\n\n\nInnisfree Green Tea Mint Fresh Shampoo (300ml) - RM 25.00\n\n\nDah agak lama aku cari shampoo yang serasi dengan aku.... Sebelum ni dah bermacam-macam jenis shampoo aku pakai tetapi nak cari yang betul-betul sesuai tu memang agak susah.. Now, aku dah jumpa shampoo yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala aku.. Thankz Innisfree mengeluarkan shampoo yang ohsem macam ni..\n\nGreen Tea Mint Fresh Shampoo ni memang terbaik weh.. Time pakai tu rasa sejuk jerk kepala.. Masalah kelemumur pun hilang.. Selain tu, rambut aku jadi lembut dan tak kering.. Seronok sangat bila dah jumpa shampoo yang sesuai..\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/green-tea-mint-fresh-shampoo\n\n\n\nInnisfree Green Tea Mint Fresh Scalp Conditioner (200ml) - RM 26.00\n\n\nDah beli shampoo ofkos kene ada sekali dengan conditioner untuk\u00a0 menjadikan rambut bertambah-tambah lembut dan terurus kan.. So, aku beli bersekali dengan Green Tea Mint Fresh Scalp Conditioner ni juga dari Innesfree.. Lepas ni sure aku ripit order lagi..\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/green-tea-mint-fresh-scalp-conditioner\n\n\n\nCP-1 Premium Silk Ampule (20ml) - RM 6.00\n\n\nCP-1 Premium Silk Ampule ni aku beli atas review yang telah dibuat dan ramai yang berpuashati dengan hasilnya.. Bila ramai yang cakap elok, aku pun nak jugak mencubanya..\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/cp-1-premium-silk-ampoule-20ml\n\n\n\n\n\n\nHoney & Berry Lip Sleeping Mask (15g) - RM 9.00\n\n\nLip Sleeping Mask ni pun aku dah guna.. Aku pakai sebelum tidur dan esok pagi baru cuci.. Yessss, memang bibir jadi lembap dan tak kering.. Cumanya aku ni tak lah serajin mana.. Kadang pakai kadang tak.. Itu masalah aku.. Hehe.. Tapi yang penting mask ni ada dengan aku.. So, bila rajin datang bolehlah aku pakai kerap sikit untuk jaga bibir aku ni.. hehe..\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/honey-berry-lip-sleeping-mask\n\n\n\nBBIA Last Lipstick (3.5g) Code : 07 - RM 43.00\n\n\nMasalah aku bila beli lipstik secara online adalah selalu buat kesilapan dalam memilih warna.. Tapi nasib baik kali ni warna yang aku pilih sesuai dengan aku.. Sebenarnya aku nak warna lain.. Disebabkan warna yang aku nak tu dah habis, jadi aku pilih jerk la code 07 ni.. Nice jugak la warnanya..\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/last-lipstick\n\n\n\nMamonde Creamy Tint Color Balm Intense (2.5g) Code : 22 Dandy Coral - RM 29.00\n\n\nCreamy tint balm ni aku beli untuk cuba.. Kebiasaanya bibir aku ni tak sesuai sangat pakai balm sebabnya bibir aku gelap.. hehe.. Nasib baiklah balm ni warna dia sama macam lipstik.. So, aku anggap jerk la ni lipstik.. hiks..\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/catalog/product/view/id/10848/\n\n\n\nMissha Cotton Blush (4g) Code : My Candy Shop - RM 18.00\n\n\nMissha Cotton Blush ni best tau.. Warna dia cantik walaupun sedikit light.. Nak nampak jelas kene pakai lebih sikit.. hehe.. Blusher antara barang makeup yang perlu ada dengan aku.. Sebolehnya aku nak pelbagaikan warna.. Tetapi, bila nak pilih tu asek warna sama jerk yang aku berkenan.. Dah camno tu.. haha!!\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/cotton-blush\n\n\n\nEtude House New Lovely Cookie Blusher (7.2g) Code : Grapefruit Jelly - RM 26.00\n\n\nI luv it!! Serius warna Etude House New Lovely Cookie Blusher code Grapefruit Jelly ni memang cantik sangat.. Warna pinky yang sweet.. Bila pakai nampak natural pinky.. Memang terbaik.. Harus ripit order lepas ni dan teringin untuk cuba warna lain jugak..\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/new-lovely-cookie-blusher\n\n\n\n\n\n\n\nCalmia Silky Perfect Foot Peeling Pack (20ml x 2_1 Pair) - RM 17.00\n\n\nTapak aku aku memang agak bermasalah.. Kering, merekah dan memang buruk.. Dah cuba banyak cara untuk cantikkan balik tumit kaki aku dan keseluruhan tapak kaki aku.. Bila tengok review tentang produk ni, aku rasa teruja untuk cuba jugak.. Cumanya bila tengok gambar mengelupas tu agak gerun jugak seolah-olah macam sakit sangat.. Tapinya dah baca dorang punye review, dorang cakap tak sakit.. Ia mengelupas secara semulajadi.. So, aku decide nak cuba..\n\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/calmia-silky-perfect-foot-peeling-pack\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCosrx Clear Fit Master Patch (18EA) - RM 15.00\n\nNak macam tak de jerawat.. Hah, sebenarnya ada masa muka aku berjerawat jugak terutama dekat dagu.. Dan jalan penyelesaiannya aku cuba Cosrx Clear Fit Master Patch ni untuk surutkan jerawat aku.. Just tampal dekat jerawat sebelum tidur dan tengok hasilnya esok pagi.. Yeahh aku suka sangat!!\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/clear-fit-master-patch-18ea\n\n\n\nA'Bloom Anti Blemish Peach Mask (10 Sheets) - RM 15.00\n\nDulu aku tak berapa suka sangat dengan mask sheet ni sebabnya rasa susah nak pakai.. Aku lebih prefer untuk guna cream mask.. Sejak A'Bloom mengeluarkan mask sheet\u00a0 ni, aku dah jatuh cinta dengannya.. Serius best mask sheet dari A'Bloom ni.. Sebab tu aku beli lagi untuk buat stok..\n\nBaca info lanjut di SINI\n\nBeli Disini :\u00a0https://my.althea.kr/anti-blemish-peach-mask-10-sheets\n\n\nA'Bloom Moisturizing Watermelon Mask (10 Sheets) - RM 15.00\n\nDulu aku tak berapa suka sangat dengan mask sheet ni sebabnya rasa susah nak pakai.. Aku lebih prefer untuk guna cream mask.. Sejak A'Bloom mengeluarkan mask sheet\u00a0 ni, aku dah jatuh cinta dengannya.. Serius best mask sheet dari A'Bloom ni.. Sebab tu aku beli lagi untuk buat stok..\n\nBaca info lanjut di SINI\n\nBeli disini :\u00a0https://my.althea.kr/moisturizing-watermelon-mask-10-sheets\n\n\n\n\nAlhamdulillah rezeki untuk besday girl bulan Jun.. Meriah betul rezeki tahun ni.. Thankz too Althea Korea.. Moga terus berjaya!! Korang kalau nak shopping produk K-Beauty, bolehlah terjah laman web Althea ye.. Semuanya best-best ada dijual di sana..\n\n\n\n\nUntuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-\n\n\n\nWebsite\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nhttps://my.althea.kr/\n\n\n\nInstagram\n\nhttps://www.instagram.com/altheakorea/\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2020/11/kulit-bebas-jerawat-dengan-cosmoderm-tea-tree-oil.html", "headline": "\nKulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil\n", "content": "\nKulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil\u00a0 |\u00a0 Kalau masalah jerawat melanda, maka bertambahlah masalah dalam diri.. Jerawat ni sebenarnya musuh wanita.. Atau ada yang suka bila muka dia berjerawat.. Agak pelik disitu ye.. Haha.. Bagi aku sendiri, kalau ada jerawat kat muka ni walau sebijik jerk, dah rasa tak best.. Sebab aku pernah lalui saat-saat derita jerawat penuh satu muka yang mana pelbagai produk dan cara dah aku cuba tetapi malangnya masih tak helok jugak..\u00a0Now aku dah tak perlu bimbang lagi sebab dah banyak produk yang bagus ada di pasaran bagi mengatasi masalah jerawat ni.. Cuma tinggal nak cuba dan tengok serasi ke tak serasi je dah.. Tapi aku nasihatkan, kalau nak cari produk yang bagus baik beli dari farmasi atau drugstore yang diluluskan oleh KKM contohnya produk Cosmoderm.. Katanya produk ni bagus untuk kulit yang berjerawat.. Sekarang ni Cosmoderm ada keluarkan produk terbaru tau iaitu Cosmoderm Tea Tree Oil untuk kulit bebas jerawat..Cosmoderm Tea Tree Oil Skin and Body CareKalau korang nak tahu, Cosmoderm ni adalah produk yang diformulasi dan dihasilkan di Malaysia.. Produk penjagaan kulit dan badan yang berkualiti ini bebas paraben dan sulfat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.. Apa yang menarik dengan produk ni adalah ia menggunakan ramuan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Mintak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.. Wahh manjakani pun digunakan jugak uolls..\u00a0Rangkaian produk Cosmoderm Tea Tree Oil ni berkesan merawat jerawat, bau badan, sunburn dan pada sama yang sama dapat melembutkan kulit.. Ia dirumus khas untuk korang yang kulit berminyak dan berjerawat..Rutin Penjagaan Wajah Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil Untuk Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa 3 Hari!Setiap orang pun akan ada rutin penjagaan wajah bukan? Atau ada yang tak hiraukan tentang penjagaan wajah.. Jangan begitu, sebab ini penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.. Kalau tak perlukan kulit yang cantik pun pasti nakkan kulit yang sihat kan.. Jangan tak tahu ye, kulit cantik bermula dengan kulit yang sihat.. So, perlu ada rutin penjagaan wajah yang betul..Ok, untuk korang yang mempunyai masalah jerawat, aku syorkan korang cuba Cosmoderm Tea Tree Oil ni.. Tapi penggunaanya kenalah konsisten ye.. Beberapa produk Cosmoderm diperlukan untuk kulit bebas jerawat.. Jom aku tunjukkan produk-produk dan step by step penggunaannya..Langkah 1 - Tea Tree Oil Facial CleanserDapat menghilangkan minyak, membuka liang pori dan mengawal kegatalan kulit untuk mengurangkan jerawat..Langkah 2 - Tea Tree Oil Purifying MaskDah cuci muka, pakai mask dan biarkan selama sekurang-kurangnya 15 - 20 minit ia dapat membantu menyerap lebihan minyak, mengeringkan jerawat dan liang pori..Langkah 3 - Tea Tree Oil Clarifying Toning LotionMembantu merawat jerawat, membuang bakteria dan minyak berlebihan. Kegunaannya untuk menyegarkan kulit apabila terdapat minyak yang berlebihan pada kulit..Langkah 4 - Tea Tree Oil Anti-Blemish GelDirumuskan dengan ekstrak berasaskan tumbuhan yang membantu mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead.. Gel ni dipakai hanya pada jerawat selepas menggunakan toner.. Untuk Anti-Blemish Gel ni ada 2 jenis tau iaitu :-Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle - Dapat mengecutkan jerawat, menghilangkan blackhead dan whitehead dalam masa 4-5 hari.. Sesuai untuk kulit berminyak, sensitif dan berjerawatTea Tree Oil Blemish X-Press - Dapat mengecutkan jerawat, menghilangkan blackhead dan whitehead dalam masa 4-5 hari.. Tidak sesuai untuk kulit sensitifItu rutin penjagaan wajah untuk kulit berjerawat yang paling simple sekali.. Kalau ikutkan set skincare Cosmoderm Tea Tree Oil ni banyak lagi.. Antaranya :-Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser (RM19.90) - 2 in 1 primer dan moisturizer untuk kulit berminyak dan kombinasi.. Pelembap berasaskan air membantu melindungi kulit daripada UVA & UVB yang boleh merosakkan sel kulit.Tea Tree Oil | Oil Control Serum (RM34.90) - Gel water based serum dengan esktrak buah untuk mengawal lebihan minyak. Juga membantu mengecilkan pori-pori untuk mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead..Tea Tree Oil Shower Gel (RM17.90) - Dapat memberikan kesegaran yang luar biasa untuk bau badan dan jerawat badan. Ia juga memberikan pembersihan lembut pada kulit menjadikan kulit segar dan licin tanpa rasa melekit. Ia adalah mandian yang ringan, tidak menjengkelkan dan anti bakteria yang sesuai untuk semua orang.Tea Tree Oil Magic Body Lotion (RM22.90) - Ia adalah ubat semulajadi yang cepat untuk hilangkan bau badan, jerawat badan dan sunburn. Ia memberikan kelegaan dengan rasa sejuk pada kerengsaan dan ketidakselesaan kulit. Lotion ini juga dapat membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan bakteria. Ia berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan bed bugs. Sesuai untuk semua orang dan setiap peringkat usia..Bukan saja boleh rawat jerawat kat muka ye tetapi pakej sekali kat badan pun boleh.. So, apa lagi yang korang nak.? Dah lengap set ni untuk diri kita.. Bagi yang mempunyai masalah jerawat bolehlah cuba produk Cosmoderm Tea Tree Oil ni ye.. Korang boleh dapatkan semua produk ini di Watsons, Guardian, Aeon Wllness dan farmasi yang berhampiran korang.. Nak beli secara online pun boleh.. Korang boleh beli terus dari laman web Cosmoderm di www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Official Store iaitu di www.shopee.com.my/cosmoderm.\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2022/05/importance-of-flowers-in-life.html", "headline": "\nImportance of flowers in life\n", "content": "\nImportance of flowers in life | Flowers are essential in our life for many good reasons. Flowers are used to celebrating love, congratulate achievements, and comfort in sorrows. They do not just make the gardens colorful; they also fill our lives with colors.Flowers help us in many ways, making them one of the essential things in our lives. Here, I will tell you the things that will show you the importance of flowers in our life that you have never imagined before.Why are flowers important in our lives?1. Help to express feelings.Flowers are essential in our life for many good reasons. Flowers are used to celebrate love, congratulate achievements, and comfort in sorrow. They do not just make the gardens colorful, but they also fill our lives with colors.\u00a02. Releases tension and stressWalking or working out among the beautiful flowers gives freshness and happiness. If you feel stressed, it will help to release the stress. Flowers are a sign of peace and love. Seeing the flowers will give you freshness and relaxes your mind whenever you are in gardens or parks.3. Flowers as GiftFlowers are used as a gift for different occasions. They are the perfect gift for mother\u2019s day, father\u2019s day, the birthday of your friends, celebrating success, and welcoming a new person. Flowers are favorite to everyone because, on every occasion, they are the perfect way to express care and love.\u00a04. Used for sick peopleFlowers are widely used in all parts of the world to wish people after sickness. Whenever people go to the hospital to meet their sick friends or relatives, giving them flowers is an excellent way to get well soon.5. Flowers used in Decoration\u00a0Flowers are used to decorate houses, offices, and halls for special events. People use flowers for decorating the bridal room, wedding hall, and conversation room.\u00a0 Flowers make the places like heaven when decorated.\u00a0 They not only make the places charming because of their beautiful petals but also with natural fragrance. Everyone feels fresh when they smell the beautiful aroma. Flowers like roses, holly olive, freesia, and peony are famous for their sweet fragrance and beauty.6. Make you smileWhenever you receive flowers in your special moments, they will make you happy. The presence of flowers impacts our mode; our mood immediately changes from anger to happiness when receiving flowers from anyone.Apart from expressing your feelings to your loved ones, send the floral bouquet for no reason to your loved ones to make them happy and smile. Its vibrant colors and natural fragrance will make them smile and happy.7. Make you beautifulFlowers help women to improve their beauty in two different ways. First, it makes women beautiful when they use flowers on their skin. Roses are used by queens and women while taking a bath that makes their skin soft.\u00a0The second way to increase women's beauty is to use natural flowers to decorate their hair or flower bracelets on special occasions. In the custom of different nations worldwide, women wear flowers necklace, bracelets, and earrings and use flowers in their hair to look beautiful.\u00a08. Used in OfficeFlowers are also essential office items on a table or near the table of many bosses in offices. People love to keep natural flowers around their room to give a natural look to the room and feel the fragrance remain active. It also impresses the visitors and shows the personality of the officeholder.9. Provide Nutrition\u00a0Flowers are not just for decoration and fragrance; they also have nutritional properties that make them suitable to eat. In the past, flowers have been fed and sweetened by different generations.\u00a0\u00a0Different flowers have become a vital part of many foods such as soups, jellies, wine, jams, tea, and salads. Some of the significant flowers used for food items are water lily, marjoram, gamma, mustard, sage, and safflower.\u00a0\u00a0But it does not mean all flowers are possible to use as food; check them first before eating because some flowers also have toxic properties.\u00a010. Commercial uses\u00a0Flowers have many commercial uses, such as in perfumes and by decoration companies. Many people cultivate flowers or run flower shops to earn a handsome profit from their sales. Body oils, serums, and creams also have flowers. Many food producers use flowers for flavors and colors. Restaurants also use flowers to make their foods more appetizers.11. Filters air\u00a0Flowers also have air filtration properties. After preparing their food, flowers take carbon dioxide from the air and convert it into oxygen.\u00a0 They also filter the air and make it sweet-smelling by its natural fragrance.12. Improves garden beautyPeople love to have beautiful flowers in their gardens. Green lush trees with green grass look very beautiful, but their beauty is incomplete without flowers. People love to grow different types of colorful flowers in their gardens to increase the beauty of their commercial and residential properties.13. Medicinal use\u00a0Flowers are not only famous for decoration, but they also have many medicinal properties. Many ayurvedic medicines are prepared with flowers because of their healing properties for wounds and skin. It uses in many skin recovering medications.\u00a014. Help in producing natural honeyNatural honey is a favorite and beneficial food for many people. People love to eat, but its taste is undoubted because of flowers. Bees suck flowers and produce natural honey with flowers' taste. It not just makes honey tastier but also makes it fragrant.Why do flowers make us happy?Flowers's presence triggers happy emotions, increases the feelings of life satisfaction, and also agrees people behave positively. Because of happy emotions, we feel happiness and joy while having flowers in our surroundings.Conclusion\u00a0Flowers are undoubtedly one of the essential parts of the world because of their multiple uses. They are used for celebrating love, happiness, and even sorrow. Flowers do a lot for us more than what we know.They are used for expressing feelings, as a gift at special events, in medicines, for decoration, and for commercial purposes to earn money. Life without flowers will no doubt is colorless.\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2022/10/hansaegee-nature-aqua-whitening-cream.html", "headline": "\nHansaegee Nature Aqua Whitening Cream Pelembab Muka Water Based Yang Bagus Bantu Baiki Kulit Sunburn dan Kemerahan\n", "content": "\nHansaegee Nature Aqua Whitening Cream Pelembab Muka Water Based Yang Bagus Bantu Baiki Kulit Sunburn dan Kemerahan\u00a0\u00a0|\u00a0 Assalamualaikum.. Hi Gaissss!! Lama gila tak bersiaran dekat sini... So, kali ini aku kembali untuk share dengan korang sesuatu yang best.. Cewahh.. Haha~!! Apa yang best tu agaknya ye.. Haaa kali ni aku nak share dengan korang pelembap muka berasaskan air yang aku tengah guna sekarang ni.. Memang terbaik gaiss iaitu Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature..\u00a0Memandangkan umur pun semakin meningkat, penjagaan diri tu kenalah lebih dititikberatkan supaya tidak kelihatan tua sebelum usia terutamanya penjagaan wajah.. Yelah kita jumpe orang ramai, pastinya wajah dulu yang dilihat.. Betul tak? Hehe.. So, perlulah dijaga supaya kulit sentiasa sihat dan bermaya.. Selain supplemen, pelembap muka pun penting tau.. Apatah lagi kulit yang sentiasa terdedah kepada cahaya matahari macam kulit aku ni.. Ada kala aku berhadapan dengan masalah sunburn dan kulit kemerahan.. Pelbagai jenis pelembap aku cuba kebanyakannya pelembap di pasaran sekarang berasaskan minyak dan sangat tidak sesuai dengan kulit muka aku yang jenis kombinasi ini..Kulit aku juga bukan sahaja terdedah kepada cahaya matahari tetapi juga terdedah kepada 'blue light' dari komputer, laptop dan telefon bimbit.. Kalau korang nak tahu, sebenarnya ini juga memberi kesan yang sama dengan kita berjemur di bawah cahaya matahari yang terik.. Sebab itulah kulit aku ada kalanya sangat kering dan mudah keradangan. Untuk mengatasi masalah ini, aku sangat perlukan pelembap yang berasaskan air seperti Aqua Whitening Cream dari Hansaegee ni.. Ini pun selepas aku membaca review positif dari pengguna produk ini.. Jadi aku lebih yakin untuk menggunakannya.Hansaegee Aqua Whitening Cream Pelembap Muka Water Based Bantu Baiki Kulit Sunburn dan KemerahanSelain review dari pengguna produk ni, aku juga buat research tentang kulit kombinasi ni.. Bukan main guna je tau.. Apa yang aku dapat dari tips kecantikan kulit, untuk kulit kombinasi macam kulit aku ni sesuai dengan pelembap muka berasaskan air.. Sebab itulah, aku pilih Aqua Whitening Cream ini.. Bukan hanya sekadar melembap tau tetapi juga boleh membaiki kulit sunburn dan kemerahan dengan berkesan.. Kulit aku ni memang sejenis kulit yang mudah sunburn.. Nasib baik dah jumpa pelembap terbaik ni untuk atasi masalah sunburn.. hehe.. Oh ya, satu lagi boleh mencerahkan juga..\u00a0Apa yang aku suka lagi dengan Aqua Whitening Cream ni, ia juga boleh mengawal lebihan minyak dan sebum pada kulit.. Pendek kata, boleh mengawal kulit berminyak.. Kulit aku ni biasanya berminyak bahagian zon 'T'.. Kadang tu kalau berminyak, sampai berkilat muka.. Lepas guna Aqua Whitening Cream ni, dah kurang sikit minyak di bahagian zon 'T'.. Kalau tak orang cakap boleh goreng ikan.. Haha..Bahan Utama Hansaegee Nature Aqua Whitening CreamSebelum guna sesuatu produk tu perlu tau dulu bahan yang terkandung dalam produk tersebut.. Jangan main pakai je.. Bahaya untuk kulit.. Untuk Aqua Whitening Cream ni, aku dah selidik dahulu sebelum guna dan alhamdulillah kandungannya semuanya selamat untuk digunakan.. Tidak mengandungi alkohol, sulfate dan paraben.. Antara bahan utama di dalam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini adalah :-Water, Cyclopentasiiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Camellia japonica seed oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-1-/1 Dimethicone, DMDM Hydantion, Perfume, Gardenia florida fruit extract.Nampak tak, yang pertama tu bahan ape? Water... Air... Maka jelaslah produk ini memang berasaskan air dan sebab itulah aku memilih Aqua Whitening Cream ini.. Selamat digunakan..Di dalam Aqua Whitening Cream ni mengandungi ekstrak herba dimana ia dapat menenangkan kulit dan melembapkan kulit jauh ke dalam kulit.. Bukan itu sahaja tau, ia juga mengekalkan kelembapan untuk membentuk kulit yang tegang.Selain itu, Aqua Whitening Cream juga mengandungi 2 bahan utama yang lain iaitu :-Camellia Japonica Seed OilAnti-kulatTidak menyumbatkan liang pori sekaligus dapat menghalang jerawat dari munculMembantu melembapkan kulit kering dan melegakan keradangan kulitMelembap jauh ke dalam lapisan bawah kulitNiacinamideMembantu mencerahkan kulitMengawal minyak, menjadikan kulit bersih dan tegangMembantu mengurangkan garis halus dan membaiki kulit kusamMengecilkan liang pori dan dapat mengawal kulit berminyakKelebihan Hansaegee Nature Aqua Whitening CreamAqua Whitening Cream ni banyak kelebihannya tau.. Bukan hanya dapat melembap dan menghidratkan kulit sahaja bahkan banyak lagi manfaatnya kepada kulit kita.. Permulaannya aku ingat ia sekadar pelembap sahaja rupanya banyak lagi manfaatnya menjadikan aku lebih excited untuk terus menggunakan Aqua Whitening Cream ini.. Jom lihat manfaat krim pelembap yang superb ini..Membantu memulihkan kulit terbakar ( sunburn )Membaiki keradangan dan kemerahan kulitMembaiki sel kulit rosakMenyegarkan kulitMengawal minyak dan sebum yang berlebihanMencerahkan kulitMenyekatakan tona kulitMelegakan kulit sensitifMenenang dan menyamankan kulit bila berada dalam cuaca panasMelambatkan proses penuaanSesuai untuk semua jenis kulitAda satu lagi keistimewaan Aqua Whitening Cream ni yang perlu korang tahu.. Pelembap muka yang super duper ni lain dari yang lain tau kerana bila kita apply dekat kulit, selepas beberapa kali urutan akan terhasilnya 'water drop' macam peluh tu.. tapi bukan peluh tau.. Ia adalah titisan air dari krim tersebut.. Mula-mula aku tengok review orang aku sendiri tak percaya krim ni boleh keluarkan titisan air macam tu, tapi bila dah guna sendiri, rasa ajaib pulak dan lebih excited dengan krim ni.. Tak percaya cuba korang tengok gambar di bawah ni..\u00a0Cara Penggunaan Aqua Whitening CreamOk, untuk cara penggunaannya pula sangat mudah.. Sama je macam krim pelembap yang lain cumanya krim ni memerlukan urutan pada muka untuk penyerapan krim dengan lebih baik.. Jom aku tunjukkan step by step cara penggunaan yang betul Aqua Whitening Cream ini.. Cara pun kene betul juga tau, barulah produk ni berkesan ke atas kulit kita..Aku suka sangat krim pelembap dari Hansaegee ni sebabnya kulit jadi sangat lembap dan muka jadi segara.. Krimnya pun mudah sangat menyerap ke dalam kulit. Biasanya aku menggunakan krim pelembap ni sebelum aku mengenakan solekan supaya kulit kekal lembap dan sekaligus dapat mencerahkan kulit aku ni.. Hehe.. Nak kulit cantik jangan skip pelembap muka tau.. Sangat penting.. Lagi bagus lepas pakai Aqua Whitening Cream ni, korang apply pula makeup.. Muka nampak lebih sihat dan natural glowing gittewww!!Kulit Lebih Lembap dan Sihat Selepas Menggunakan Aqua Whitening CreamAlhamdulillah selepas menggunakan Aqua Whitening Cream ini selama seminggu dah nampak perubahan pada kulit wajah aku ni.. Sangat serasi dengan kulit aku jenis kombinasi ni.. Kulit aku yang agak berminyak di zon 'T', sekarang dah kurang berminyak berbanding dulu.. Liang pori pun dah semakin mengecil.. Sekarang memang kulit aku dah sekata kelembapannya.. Kalau dulu ada bahagian yang terlalu kering sehingga menimbulkan kerengsaan pada kulit.. Lagi pula, kulit aku mudah sunburn.. Dengan adanya krim pelembap dari Hansaegee ni, dapatlah membantu mengurangkan masalah sunburn ni..Dari hari pertama lagi aku dah jatuh cinta dengan moisturiser ni.. Bila pakai tu rasa selesa sangat sebabnya krim ni sangat ringan teksturnya seperti tak pakai apa-apa pada muka tambahan pula ianya tidak berminyak dan tidak melekit.. Kulit pun rasa sejuk je kerana krim ni water based..\u00a0Sebelum cuba krim ni aku memang menghadapi masalah keradangan kulit kerana aku tersalah pakai skincare.. Kulit muka aku kering dan kemerahan sedikit.. Walaupun tak teruk tapi tahap kerisauan aku tu agak tinggi jugak bila melibatkan bahagian muka ni.. Hehe.. Nasib baiklah ada Aqua Whitening Cream ni, dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit aku ni.. Sekarang kulit aku dah kembali lembap dan sekata.. Alhamdulillah..\u00a0Setiap hari tak pernah skip tau pakai pelembap muka dari Hansaegee ni.. Kalau tak pakai sehari rasa tak lengkap ke rutin penjagaan wajah aku... Memang dah menjadi 'sahabat baik' aku dah Aqua Whitening Cream ni tau.. Haha.. Bila keluar rumah di bawah cahaya matahari kulit lebih selesa dan nyaman... Kulit aku pun dah tak mudah sunburn dah sekarang.. Memang terbaiklah Aqua Whitening Cream ni..\u00a0Nak Beli Dekat Mana Ye Aqua Whitening Cream ni?Mesti ramai yang tertanya-tanya dekat mana nak dapatkan Aqua Whitening Cream ni kan.. Pelembap muka yang super duper best bagi aku.. Ok, untuk dapatkan produk Hansaegee ni, korang boleh dapatkan secara online di\u00a0 :-\u27a4 Brand : Hansaegee Nature\u00a0\u27a4 Website : www.hansaegee.com/shop\u00a0\u27a4 IG page : https://www.instagram.com/hansaegeenature/\u00a0\u27a4 FB page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature\u00a0\u27a4 Youtube page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2019/04/jamu-rahsia-bidan-kampung-merawat.html", "headline": "\nJamu Rahsia Bidan Kampung Merawat Keputihan Dan Melegakan Senggugut\n", "content": "\n\nJamu Rahsia Bidan Kampung Merawat Keputihan Dan Melegakan Senggugut\u00a0 |\u00a0 Hi readers!! Haa disebabkan sharing is caring, jadi hari ni aku nak share dengan korang tentang satu jenama jamu ni yang aku dah try sendiri memang bagus sangat resultnya iaitu Jamu Rahsia Bidan Kampung.. Tak sabar nak kongsikan dengan korang tentang kehebatan jamu ni.. hehe..\n\n\n\n\nLama jugak dah tak consume jamu ni sebenarnya.. Kalau dulu-dulu aku agak obses dengan jamu..\u00a0 Rasa tak lengkap hidup kalau tak makan jamu.. Haa sampai macam tu sekali tau.. Lepas dah tinggalkan dunia jamu satu ketika dulu, jadi dah susah nak pilih jamu yang terbaik untuk sesuaikan kembali dengan badan aku ni.. Now, aku dah jumpa jamu yang terbaik untuk aku.. Pasni boleh menten khasiat yang aku dapat dari jamu ni.. Tak nak bebel panjang lebar, moh aku cerita sal Jamu Rahsia Bidan Kampung ni kat korang..\n\nJamu Rahsia Bidan Kampung Herba Asli Turun-Temurun\n\n\n\n\nOk, kalau korang nak tahu Jamu Rahsia Bidan Kampung ni adalah antara jamu yang mendapat permintaan yang tinggi oleh wanita-wanita di Malaysia.. Ia dirumus khas dengan 100% herba semulajadi seperti kacip fatimah, manjakani, akar serapat, belimbing tanah dan juga mas cotek bagi menyelesaikan masalah kewanitaan..\n\nMesti korang tertanya-tanya sama ada jamu ni selamat diambil atau tak kan? Jangan risau ye kengkawan, Jamu Rahsia Bidan Kampung ni telah mendapat kelulusan KKM (MAL07061483T).. Jadi, ia selamat diamalkan.. Tapi please ye, pastikan korang minum air masak yang secukupnya setiap hari untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan juga untuk menjaga kesihatan.. hah gitu!! Pesanan dari penaja.. Haha..\n\nKelebihan Jamu Rahsia Bidan Kampung\n\n\n\n\n\n\nMengecutkan peranakan dan urat kembang\nMengatasi period yang tidak teratur\nMelegakan senggugut\nMengetatkan bahagian keintiman\nMemberikan tenaga dan meringankan badan\nMerawat keputihan dan masalah lelehan pada faraj\nMengawal bau yang tidak menyenangkan pada bahagian intim wanita\n\n\nOk, siapa yang boleh consume jamu ni? haa mesti ada yang tertanya-tanye kan.. Orite hakak kasitau diknon semua ye.. Korang yang berumur 17 tahun dan keatas dah boleh consume jamu ni.. Manakala yang tak boleh consume jamu\u00a0 ni adalah mereka yang sedang mengandung, pesakit jantung dan wanita yang sedang period..\u00a0\n\n\n\nCara Makan & Pantang Larang Jamu Rahsia Bidan Kampung\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAmbil 1 biji selepas makan malam atau sebelum tidur\nUntuk dapatkan kesan yang lebih cepat, boleh ambil 2 biji selepas makan malam atau sebelum tidur\nSekiranya ada mengambil ubat lain, jarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya 3-4 jam.\nMinum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari.\nElakkan atau kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi, air bergas dan air berais kerana ia melambatkan kesan jamu tersebut\nElakkan juga air limau, lemon dan kelapa kerana ia boleh menghilangkan khasiat jamu\n\n\nKeistimewaan Jamu Rahsia Bidan Kampung\n\n\n\n\n\n\n\nMudah dibawa kemana sahaja\nSenang diamalkan\nAda 5 bintang yang menunjukkan kepakaran mereka dalam membantu para wanita menyelesaikan masalah kewanitaan\nKesan dapat dirasai dalam masa seminggu\nHanya menggunakan bahan terpilih bagi memastikan kualiti produk betul-betul dapat membantu para wanita\nManfaat untuk keseluruhan kesihatan dalaman wanita\nBerbentuk kapsul yang mudah untuk dibawa kemana-mana\n\n\nApa Kata Lea Azleeya Tentang Jamu Rahsia Bidan Kampung\n\n\n\n\n\n\n\n\nDah dekat nak habis sebotol aku consume jamu ni.. Aku ambil 1 biji sehari sahaja sebelum masuk tidur.. Sebenarnya nak consume 2 biji terus sehari tapi biasalah amalan berjimat cermat tu amat perlu buat masa ni.. Haha.. Walaupun aku ambil 1 biji sehari sahaja, tapi kesannya tetap superb.. Hampir sebulan aku amalkan Jamu Rahsia Bidan Kampung ni, apa yang aku dapat adalah keputihan dah segan-segan nak ada.. Haaa.. Yang itu paling ketara.. Masalah keputihan ni dah tak asing lagi dalam kalangan wanita ni.. Sebelum ianya lebih parah, baik rawat awal-awal kan..\n\nTonton video ni dulu yeh!\n\n\n\n\n\nSelain tu, period aku jadi lancar tak seperti sebelum ni yang ada masa banyak ada masa sikit.. Satu lagi, badan ofkos jadi bertenaga tak lesu dan cepat letih macam selalu.. Kalau dulu, kalau balik kerja aje dah tergolek atas sofa keletihan.. Sekarang tak dah, balik kerja siap berperang dekat dapur lagi.. Paling teruk berperang dengan anak-anak.. haha..\n\n\nApa yang menarik, jamu ni boleh legakan senggugut juga tau.. Korang yang ada senggugut tu boleh la cuba ye.. Manelah tau sesuai dengan korang.. Bolehlah terasa aman sikit time period tak delah menahan sakit aje.. Usaha tu perlu.. Tak gitu.. Nak bagi peringatan juga ye, kesan sesuatu produk tu, adalah berbeza-beza bergantung mengikut individu itu sendiri.. Badan manusiakan tak sama.. So, apa yang penting kita cuba dan usaha dulu baru tau sesuai atau tidak.. Tak cuba mane nak tau kan..\n\n\n\nDapatkan\u00a0Jamu Rahsia Bidan Kampung Untuk Merawat Keputihan Dan Melegakan Senggugut\n\n\n\n\n\n\n\nBagi korang yang mempunyai masalah dalaman, bolehlah cuba Jamu Rahsia Bidan Kampung ni.. Untuk yang mengalami masalah keputihan dan senggugut, sangat recommend cuba jamu ni... Tapi untuk dapatkan kesan yang optimum kenalah ikut pantang larangnya ye bukan main makan jerk.. Nanti tak berkesan, korang salahkan pulak jamu ni padahal korang yang\u00a0 tak ikut pantang larang.. Bukan marah, tapi nasihat.. hehe..\u00a0\n\n\n\nHarga Asal\n\n\n\n1 botol : RM 70\n\n3 botol : RM 210\n\n6 botol : RM 420\n\n\n\nHarga Promosi\n\n\n\n\n1 botol : RM 60 + Free Postage\n\n2 botol : RM 120 + Free 1 botol + Free Postage\n\n4 botol : RM 200 + Free 2 botol + Free Postage\n\n\n\n\n\n\nSebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-\n\n\n\nWebsite\n\nhttp://bidankampung.com/\n\n\n\nFacebook\n\nJamu Rahsia Bidan Kampung\n\n\n\nLazada\n\nhttps://www.lazada.com.my/shop/extraprima\n\n\n\nShopee\n\nhttps://shopee.com.my/extraprima\n\n\n\nWhatsapp\n\nJamu RBK : 013-5300655\n\nPersona Wanita : 013-9650546\n\nKapsul B'Natural : 019-2457869\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2013/11/my-encem-baby-boy.html", "headline": "\nMy Encem Baby Boy....\n", "content": "\n\n\n\n\n\nAssalamualaikum..\n\n\n\nTak punye masa sekarang nak update blog... ni pown curi masa time 5S... hikhik..\n\n\n\nBubey....\n\n\n\n\n\n\n\nBaby Qaish\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/10/royale-nu-diamant-serum-plus-produk_24.html", "headline": "\nRoyale Nu Diamant Serum Plus+ Produk Terbaik Rawat Jeragat Dengan Berkesan\n", "content": "\n\nRoyale Nu Diamant Serum Plus+ Produk Terbaik Rawat Jeragat Dengan Berkesan\u00a0 |\u00a0 Menjadi mimpi ngeri bagi kita kaum hawa bila jeragat mula menampakkan 'dirinya' diwajah.. Lagi ngeri bila jeragat tersebut jelas kelihatan dan bertompok-tompok sehingga hilang keyakinan diri.. Bertambah-tambah ngeri lagi bila ada yang menegur tentang jeragat yang ketara di wajah dan menyatakan kita nampak tua dari usia sebenar... (ehh berapa banyak ngeri daaaa).. OMG!! Malunyaaa... Dah bermacam petua diamalkan tetapi jeragat masih tak hilang!! Haaa ada tak yang mengalami keadaan macam ni?? Kalau ada, korang dah tak perlu risau, aku dah jumpa produk terbaik rawat jeragat dengan berkesan sebab aku pun menghadapi masalah jeragat ni cuma belum sampai tahap bertompok-tompok lagi.. Sebelum ia melarat, lebih baik kita rawat dengan segera.. Tak gitu?\n\u00a0 \n\n\nRoyale Nu Diamant Serum Plus+ Produk Terbaik Rawat Jeragat Dengan Berkesan\n\n\nPunca Utama Pembentukan Jeragat\u00a0\u00a0\n\nSebelum aku perkenalkan produk tersebut, mari kita sama-sama ketahui apa punca utama pembentukan jeragat.. Antaranya ialah :-\n\nPendedahan kepada cahaya matahari\u00a0 - Sinaran UV pada cahaya matahari mampu merosakkan kulit & merangsang pembentukan jeragat. Gunakan krim sunblock pada waktu siang untuk melindungi kulit dari bahaya UV\u00a0 \u00a0\nStress - Gangguan emosi boleh merangsang pembentukan jeragat akibat ketidakstabilan hormon dalam badan. Adakalanya jeragat itu sendiri yang membuatkan kita stress. Ambillah sedikit masa untuk bercuti & berehat untuk mengurangkan tekanan kerja. Bersabar dan terus ikhtiar mencari solusi jeragat\u00a0 \u00a0\nKesan sampingan produk kecantikan - Penggunaan produk kecantikan yang mempunyai kandungan bahan kimia terlarang & berbahaya akan merangsang pembentukan jeragat. Lebih menerukkan lagi, bahan-bahan terlarang ini boleh merosakkan kulit kita.\u00a0 Pastikan produk yang dipilih memiliki kelulusan KKM\u00a0 \u00a0\nPil hormon - Kajian membuktikan pil yang mengandungi estrogen & progesterone menyebabkan pembentukan jeragat\u00a0 \u00a0\nKehamilan - Wanita hamil atau selepas bersalin lebih cenderung untuk menghadapi masalah jeragat akibat ketidakstabilan hormon..\u00a0\n\n\nWaahh nampaknya kesemua punca di atas memang aku hadapi dan alami.. Patutlah jeragat semakin banyak tumbuh di muka aku ni bak cendawan tumbuh selepas hujan.. Cewahh berperibahasa pulak aku ye.. Tapi serius, memang jeragat makin banyak di muka dan leher aku sekarang cuma belum ditahap yang kronik aje lagi.. Nasib baik aku dah jumpa produk terbaik untuk rawat jeragat aku ni..\u00a0 \n\n\nRoyale Nu Diamant Serum Plus+ Produk Terbaik Rawat Jeragat Dengan Berkesan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nApa yang aku tahu, epal hijau sememangnya mengandungi khasiat tersendiri untuk kecantikan kulit wajah.. Ia kaya dengan antioksidan yang baik untuk merawat bintik-bintik hitam/putih, menghilangkan lingkaran bawah mata, memperbaiki tekstur kulit, merawat jerawat, jeragat, kulit kering, kusam, kedutan dan pelbagai lagi.. Banyak produk kecantikan dipasaran sekarang menggunakan epal hijau sebagai bahan utamanya termasuklah produk keluaran Royale Nu Diamant ini iaitu Serum Plus+..\n\n\n\n\nRoyale Nu Diamant Serum Plus+ ini diperkaya dengan Apple Stem Cell dan Rumpai Laut yang bertindak dengan dwi tindakan membantu melambatkan proses penuaan agar kelihatan awet muda dan membantu mempercepatkan pembersihan sel kulit mati dan merangsang pembentukan sel-sel baru bagi merawat jeragat dan kedutan seawal 7 hari... Selain itu, serum ini juga boleh merawat kulit kering, tona tak sekata, liang pori terbuka dan parut jerawat..\n\nApa yang menarik, Serum Plus+ ini boleh gunakan tanpa was-was dan tiada kesan sampingan kerana telah mendapat kelulusan KKM dan Sijil Halal dari JAKIM.. Tapi bagi korang yang ada menggunakan serum lain dan ingin bertukar kepada Serum Plus+, dinasihatkan agar stop dulu penggunaan serum lama selama 2 minggu kemudian baru guna Serum Plus+ ini agar kulit muka kita bebas terlebih dahulu sebelum menerima dan menyerap khasiat dari serum yang baru... Barulah cepat berkesan.. Apa yang best lagi, Serum ini juga boleh digunakan dengan produk skincare yang lain cumanya tidak boleh dicampur dengan penggunaan serum lain dan sesuai untuk semua jenis kulit.. Memang terbaik kan..!!\n\n\n4 Manfaat\u00a0Royale Nu Diamant Serum Plus+\n\nMembantu kulit muka bebas jeragat punca tona muka tak sekata dan bermisai supaya muka kelihatan bersih dan sekata\nMenghilangkan kedutan punca muka nampak kusam & tua dari usia supaya muka kembali remaja\nMengecilkan liang pori punca muka berminyak dan berjerawat agar muka nampak flawless dan glowing\nMemudarkan parut & strectcmark punca kecacatan kulit agar kulit nampak bersih dan licin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeunikan & Kelebihan Royale Nu Diamant Serum Plus+\u00a0\n\nBahan utama Apple Uttwiller Spatlauber hanya terdapat di Pergunungan Alps Swiss Utara. Meransang penghasilan sel baru merawat jeragat & kedutan\u00a0 \u00a0\nDiadun dengan rumpai laut (Phycojuvenine) yang merangsang pembentukan sel baru & kolagen kulit (Double Effect Serum)\u00a0 \u00a0\nTeknologi PhytoCellTecTM mengambil ekstrak terbaik sahaja dalam sebiji apple. Lebih pekat dan berkualiti dengan 1 botol untuk memberi kesan optimum.\u00a0 \u00a0\nDihasilkan dalam bentuk serum iaitu molekul halus. Mudah meresap sampai ke akar supaya kesan lagi cepat.\u00a0 \u00a0\n3 in 1 (toner, serum & moisturizer). Jimat wang & masa dengan hanya 1 botol serum. Tidak perlu guna toner & moisturizer.\u00a0 \u00a0\nBahan asas yang diuji di dalam makmal dan dikaji secara klinikal serta penghasilan produk dipantau oleh \u201cin-house doctor\u201d\u00a0 \u00a0\nHalal dari JAKIM (MS2200-2008 1042-03/2015). Gunakan tanpa was-was.\u00a0 \u00a0\nDiluluskan oleh KKM (NOT160101410K). Tidak perlu risau tiada barang terlarang. Bebas hydroquinone dan merkuri.\u00a0 \u00a0\nBungkusan dalam bentuk spray. Kemas, rapi dan tidak akan tertumpah.\u00a0 \u00a0\nSumbangan ke Kompleks Tahfiz Darul Tuba bagi setiap pembelian Serum Plus+ membeli sambil beramal.\u00a0 \u00a0\n\n\nApakah Rahsia Keberkesanan Serum Plus+?\u00a0 \u00a0 \n\n\n\n\nSekitar tahun 2003, saintis telah menemui sejenis epal yang unik di pergunungan Alps, Switzerland Utara. Epal ini memiliki ciri-ciri yang luar biasa. Apabila epal yang masih tergantung dipohonnya ini dirosakkan kulitnya, kecacatan pada kulit epal ini tersembuh secara semulajadi dan apabila epal ini dipetik dari pohonnya, epal ini kekal segar untuk berbulan lamanya, berbeza daripada epal biasa. Maka atas dasar itulah Royale Nu Diamant memilih teknologi ekstrak PhytoCellTecTM Malus Domestica (Apple Stem Cell) sebagai bahan asas Serum Plus+ yang memiliki ciri penyembuhan semulajadi. Dengan ekstrak bahan asas yang terbaik, kualiti Serum Plus+ adalah setanding dengan serum yang bertaraf antarabangsa...\u00a0\u00a0\n\nCara Penggunaan\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\nCara penggunaan Serum Plus+ ni senang saje semudah ABC.. Sebelum apply serum ke wajah, cuci muka terlebih dahulu dengan pencuci muka yang korang sedang guna sekarang dan lap hingga kering serta pastikan tiada kotoran.. Selepas itu, Picit 1-2 pam serum ke tapak tangan sebesar kacang 'pea'.. Kemudian rata dan urutkan di muka secara bulatan tolak ke arah atas agar kulit muka tegang dan siap!! Mudah kan..\n\nKorang boleh gunakan serum ni 1 atau 2 kali sehari.. Kalau macam aku, lebih prefer guna 2 kali sehari, pagi dan malam.. Barulah kesannya cepat sikit.. 1 botol Serum Plus+ ni boleh digunakan untuk penggunaan sebulan.. Jimat kan..\n\nTips!\n\nPada waktu siang, tunggu 3 minit selepas menggunakan serum, baru sapukan 'Daycream' yang mengandungi SPF..\n\n\n\n\nPengalaman Aku Menggunakan\u00a0Royale Nu Diamant Serum Plus+\n\n\n\n\n\n\n\nRamai yang dah mencuba Royale Nu Diamant Serum Plus+ ni dan memperakui keberkesanannya.. Bagi aku sendiri yang dah mencubanya selama 7 hari, membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama dengan Serum Plus+ ni dan\u00a0sangat berpuashati dengan hasilnya.. Serum ni best sangat bila apply dekat muka tau.. Tak melekit dan mudah menyerap ke dalam kulit tak sama macam serum lain yang pernah aku guna sebelum ni.. Aku ni agak cerewet sikit, kalau pakai serum lepastu rasa melekit aje muka, memang stop la pakai.. Tak selesa ohh!! Paling best Serum Plus+ ni, kulit rasa tegang dan anjal bila serum ni dah kering di muka.. Dah mula lah fefeeling kembali muda remaja.. Haha!!\n\n\n\n\nTekstur Royale Nu Diamant Serum Plus+\n\nSetakat 7 hari penggunaan serum ni, aku dapati kulit muka aku agak lembut sikit berbanding sebelum ni, 'mata panda' aku pun dah ok sikit tak terlalu ketara, kedut di bawah mata pun dah semakin kurang (OMG!! i like it!!) dan paling seronok jeragat dekat muka aku semakin pudar walaupun tak keseluruhan tapi ianya sangat mengembirakan aku.. Biasalah jeragat ni bukan senang nak hilang.. Tak mungkin boleh hilang serta merta.. Kecualilah korang buat pembedahan plastik kan... Haha!! Jadi, untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum dan menghilangkan jeragat kat muka aku ni secara keseluruhan, aku kenalah lebih konsisten lepas ni dan pakai secara berterusan.. Tak boleh on-off, on-off, nanti tak berkesan.. Pastu nak salahkan serum.. Betul tak?? Hehe..\n\n\n\n\n\n\n\n\nWajah sebenar aku sebelum dan selepas 7 hari menggunakan Serum Plus+..\n\nTanpa make up tapi pakai lipstik.. hehe..\n\nKorang yang mana ada jeragat tu, aku recommended sangat Royale Nu Diamant Serum Plus+ ni... Memang terbaik.. Dalam masa 7 hari dah boleh tengok hasilnya.. Rugi tak cuba tau... Ok, jom kita tengok testimoni pengguna lain pula..\u00a0 \n\n\nTestimoni Pengguna Royale Nu Diamant Serum Plus+\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDapatkan Royale Nu Diamant Serum Plus+ Sekarang Untuk Hilangkan Jeragat Dan kelihatan Anggun Serta Menawan\u00a0 \n\n\nDengan hanya berbelanja sebanyak RM138 sebulan untuk sebotol Royale Nu Diamant Serum Plus+ ini tanpa cas penghantaran (free postage), jeragat hilang dan korang akan kelihatan anggun dan menawan.. Bestkan!! Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkannya sekarang juga..\n\n\nUntuk maklumat lanjut atau sebarang pembelian, sila layari :-\u00a0\u00a0\n\n\n\nWebsite\u00a0\n\nwww.royalenudiamant.com/serumplus\n\n\n\nFacebook\u00a0\n\nwww.facebook.com/royalenudiamant.hq\n\n\n\nInstagram\u00a0\n\nwww.instagram.com/royalenudiamant.hq\n\n\n\nWhatsapp No.\u00a0\n\n018-371 0861\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/02/berwajah-baru.html", "headline": "\nBerwajah Baru\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum..\n\n\n\nAlhamdulillah, blog aku sudah bertukar wajah.. Mesti korang dah perasan kan.. hehehe... Makin ceria dan pinkish-pinkish gitu... Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat aku yang comel lagik kreatif, Ms Fiza\u00a0 yang sudi melayan kerenah aku sepanjang memperbaharui aku punye blog ni.. Thankz Fiza..\n\n\n\nWajah Lama\n\n\n\n\n\nHeader Baru\n\n\n\n\n\n\nWajah Baruku\n\n\nHaaaa bertukar kan.. Alhamdullillah, Ms Fiza telah merealisasikan impian aku.. wahh impian tu uolss.. Hahaha.. Kire impian jugak la ni kan...\n\nApe-ape pown aku ucapkan terima kasih kepada teman-teman yang sudi menziarahi aku disini.. Terharu sangat-sangat ni tau... hikhik..\n\n\n\n\nHak Cipta Terpelihara\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2018/08/my-beauty-ginger-red-ginseng-rice-mask.html", "headline": "\nMy Beauty Ginger, Red Ginseng & Rice Mask Dari My Product Co\n", "content": "\n\nMy Beauty Ginger, Red Ginseng & Rice Mask Dari My Product Co\u00a0 |\u00a0 Dah agak lama aku tinggalkan zaman bertopeng aku.. Kalau dulu aku rajin sangat pakai mask sebab dulu banyak waktu terluang yang boleh aku manjakan diri aku.. Setelah sekian lama aku tak membelai wajah aku ini dengan kepingan mask, kali ni aku nekad untuk kembali segarkan wajah aku dengan My Beauty Ginger, Red Ginseng dan Rice Mask dari My Product Co. Best ke? Ok, jom aku story!\n\n\n\n\n\n\n\nMy Beauty Masks keluaran My Product Co ni ada tiga jenis tau iaitu :-\n\n\n\nRice Sheet Mask\nGinger Gold Gydrogel Mask\nRed Ginseng Gold Hydrogel Mask\n\n\n\n\n\nKalau korang nak tahu, My Beauty Masks ni adalah produk yang dibuat 100% di Korea yang dihasilkan daripada Ekstrak Madu semulajadi yang terkenal dengan vitamin, asid amino, mineral dan juga kepekatan aktioksidan yang mampu membersihkan dan melindungi kulit.. Mask ini juga telah diuji secara klinikal oleh dermatologi. Apa yang paling penting, My Beauty Mask ni bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti Formaldehyde, Paraben, Sulfate Amine, Mineral Oil, Benzyl Alcohol, Silicone, Coal Tar Dyes dan Animal-derived Ingredient.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGinger Gold Gydrogel Mask & Red Ginseng Gold Hydrogel Mask\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSerius, sebelum ni aku memang tak pernah lagi pakai Hydrogel Mask.. Inilah kali pertama aku cuba mask jenis ni.. Selain mengandungi Ektrak Madu semulajadi, mask ini juga mengandungi 12.5ppm emas tulen yang mengandungi antioksidan bagi membantu mencegah penuaan kulit.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk cubaan pertama, aku memilih Ginger Gold Hydrogel Mask.. Serius, aku dah jatuh cinta dengan Ginger My Beauty Mask ni.. Tak dinafikan, pada mulanya agak sukar untuk aku lekatkan mask ni di muka aku dek kerana mask jenis ini agak lembut, lembik dan mudah koyak kerana teskturnya adalah kepingan gel.. Pemakaiannya haruslah berhati-hati ye.. Kalau terlalu ganas, bimbang mask terkoyak.. Hehe.. Sungguhpun begitu, selepas beberapa kali cubaan, aku berjaya memakainya dengan bergaya.. Haha!! Oh ya, kalau nak senang korang boleh pakai ketika baring.. Aku mengalami kesukaran mungkin memakainya dalam keadaan berdiri.. Kehkehkeh!!\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHydrogel Mask ini mempunyai dua bahagian iaitu satu untuk bahagian mata dan satu lagi untuk bahagian bibir. Aku mulakan dengan memakai bahagian mata dahulu dan diikuti bahagian bibir.. Oh ye, Ginger dan Red Ginseng Mask ni baunya agak kuat sedikit terutamanya yang Red Ginseng.. Waaaa bau ginsengnya sangatlah kuat.. Haha!! Nasib baik aku masih boleh hadam baunya dan yang pasti ianya baik untuk kulit muka.. Nak cantik kenalah berkorban sikit kan.. Hiks..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas 20 minit menggunakan Hydrogel Mask ni, aku dapat rasakan sedikit perbezaan pada kulit aku dimana ia lebih lembut dari biasa, lembap dan terasa segar.. Itulah yang bestnya pakai mask ni.. Lepas guna, muka akan rasa fresh dan selesa.. Aku sangat recommend korang guna kedua-dua jenis mask ni.. Antara kedua-dua jenis mask Hydrogel ni, aku suka Ginger Mask sebab masa pakai tu muka rasa sejuk.. Hehe..\n\n\n\n\n\n\nRice Sheet Mask\n\n\n\n\n\n\n\n\nRice Sheet Mask ini pula dihasilkan daripada beras dan juga Ekstrak Madu yang diperakui keberkesanannya dalam memutih dan menghilangkan kedutan pada kulit. Selain itu, ia juga membantu melembapkan kulit dan nutriennya pula membantu meningkatkan kualiti kulit.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRice Mask ni aku guna last sekali sebabnya aku dah biasa guna mask sebegini sebelum ini.. Sungguhpun begitu, aku tetap teruja untuk mencuba Rice Mask dari My Product Co ni.. Bau mask ni ofkoslah bau beras.. Walaupun bau beras tetapi baunya sangat menyenangkan dan sangat lembut pada muka..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk memakai mask ini lebih mudah kerana teksturnya seperti sehelai tisu basah.. Sambil berdiri pun boleh pakai tau.. Hehe.. Ok, selepas 20 minit, aku dapat rasakan kulit muka aku sangat lembut, segar dan lebih cerah... Satu yang aku suka dengan Rice Mask ni, time aku pakai mask ni muka aku rasa sejuk sangat seolah-olah ada mint kat dalam mask ni.. Aku tak pastilah sama ada itu cuma perasaan aku sahaja atau memang mask ni memberi kesan penyejukan.. Tapi itulah yang aku rasa bilamana aku memakai Rice Mask ini.. Serius best!!\n\n\n\n\nJom Belai Wajah Dengan My Beauty Mask Dari My Product Co\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAku dah cuba! Korang bila lagi? Sekali sekala belai muka dengan mask apa salahnya kan.. Untuk mendapatkan kelainan, korang boleh cuba Hydrogel Mask.. Aku yakin korang pasti akan sukakannya.. Nak yang mudah dipakai dan memberi kesan pencerahan, hah boleh guna Rice Mask.. Gerenti wajah korang segar dan berseri lepas gunakannya.. Harga pun tak mahal hokeh!!\u00a0\n\n\n\n\nHARGA MY BEAUTY MASKS\n\n\n\nRice Sheet Mask\n\nRM28 / 3pcs\n\n\n\nHydrogel Gold Ginger\n\nRM100 / 5pcs\n\n\n\nHyrogel Gold Red Ginseng\n\nRM100 / 5pcs\n\n\n\nSerius aku dah jatuh cinta dengan My Beauty Masks ni.. Lepas ni aku pasti akan menjadi pengguna setia mask keluaran My Product Co ni.. Kalau korang nak try juga, bolehlah dapatkan sekarang juga. Jom pakat belai wajah dengan\u00a0My Beauty Mask dari My Product Co ini..\n\n\n\nUntuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-\n\n\n\nWebsite\n\nhttp://www.myproductco.com\n\n\n\nInstagram\n\nhttps://www.instagram.com/myproductco/\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/01/pernah-tak-korang-jumpa.html", "headline": "\nPernah tak korang jumpa...............**\n", "content": "\n\n\nAssalamualaikum..\n\n\n\nCarian Google\n\nPernah tak korang jumpa....?? Jumpa ape agaknye tu ye... Entry aku kali ni nak bercerita tentang perihal lelaki... Bukan perihal yang buruk tetapi perihal yang boleh dikatakan agak 'sweet' gitu... Tapi tajuk entry ni agak pelik kan.. hahaha.. cam jumpa hantu aje... Dalam kehidupan kita ni mesti bermacam-macam sikap manusia yang kita jumpa dan kenal kan... Ada yang baik.. Ada yang jahat... Ada yang 'sweet'.. Ada yang burok..!! So kali ni aku nak cerita berkenaan yang sweet-sweet aje...\n\nPernah tak korang jumpa seorang lelaki yang suka SMS kita bertanya itu-ini atau berpesan itu-ini yang menandakan dia terlalu mengambil berat tentang kita... contohnya :-\n\nDah sarapan ke belum?\nMakan Ape rini?\nSihat tak hari ni?\nDah makan ubat ke belum?\nBawak kete hati-hati.. Jangan laju-laju..\nSampai opiz kasitau ye...\ndll..\n\nTak kurang jugak yang sentiasa memberitahu perihal diri sendiri kepada kita.. Setiap perbuatan dan pergerakan mereka kepada kita... Yang membawa makna sebuah kejujuran dalam hubungan.. hakhak.. Pasti ada yang akan merasa bosan kan dengan keadaan seperti ini... Kepada sesiapa yang mengalami keadaan begini jangan la merasa bosan kerana apabila semua ini sudah tidak berlaku lagi, korang akan merasa kekosongan... wah ayat aku tak leh blah hari ni.. hahaha.. Tapi betul beb.. hargailah keadaan itu.. dan hargailah orang yang seperti itu... Dia adalah yang terbaik bagi kite sebenarnya...\n\nPernah tak korang jumpa seorang lelaki yang sentiasa ingin menjaga keselamatan kita sepanjang masa.. contoh yang paling simple la.. Time dia nak isi minyak kereta atau pergi toilet.. Dia akan pastikan pintu kereta dilock agar keselamatan kite terjamin ketika kita berada dalam kereta berseorangan... Perbuatan seperti ini dia tak pernah lupa untuk dilakukan walau dimana sahaja.. Sweetkan...??\n\nPernah tak korang jumpa seorang lelaki yang sentiasa memikirkan keadaan kita.. contohnya, ketika hujan dia sentiasa nak payungkan kita dan pastikan kita tidak basah walaupun dia sendiri yang basah.. Pernah la terjadi dekat aku ni.. Aku ingat sampai sekarang.. Seseorang yang sentiasa memikirkan keadaan dan keselamatan aku walau dimana berada... Time tu aku dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.. Berhenti di RNR Maran untuk solat... Selesai solat aku dapati hujan kat luar.. Wah, payung tak bawak.. Maka basah lah aku nanti.. Camtu la yang aku fikirkan... Tetiba keluar dari surau, aku dapati dia tengah tunggu aku kat luar dengan payung di tangan.. Aku pun tanye la dia, kenapa tak tunggu dalam kereta aje.. Dia cakap takut aku basah... nanti demam.. Terharu nye aku.. Terima kasih kepada beliau.. Yang sentiasa menjaga aku.. hikhik.. haaa korang penah tak alami keadaan camni... ??\n\nPernah tak korang jumpa seorang lelaki yang prihatin terhadap korang time korang makan... Contohnya time korang makan dalam kereta ke.. kat taman ke.. lepak-lepak santai.. tapi bukan dekat kedai la.. Ada tak mana-mana lelaki yang korang kenal siap amek tisu untuk diletakkan diatas ribaan korang time makan takut makanan tertumpah atau terjatuh kat baju atau suau korang..?? penah tak?? Kalau ada, korang rasa lelaki tu sweet tak? hikhik..\n\nPernah tak korang jumpa lelaki yang suka ikut korang pergi membeli belah\u00a0@ shopping.. Dia boleh ikut aje kita sampai kita selesai shopping dengan layanan VVIP.. penah..?? penah?? Lepas kita beli barang, dia yang akan bawak semua barang-barang tu.. Sedangkan kita dok berlenggang kangkong aje.. Dia tak nak kita penat.. Wah bestkan kalau jumpa lelaki camni... Lelaki yang sentiasa dahulukan kita dan sentiasa fikirkan kita... Hurmm.... Tapi cam susah je kan nak jumpe lelaki yang sebegitu prihatiannya terhadap kite kan dan susah nak jumpa lelaki yang suka ikut kite pergi shopping sampai lenguh kaki-kaki dan melayan kerenah cerewet kite... Hahaha =))\n\nPernah tak korang jumpa lelaki yang sentiasa nak bahagiakan korang?? Contohnya, dia sentiasa fikirkan aktiviti yang akan dapat menggembirakan kita.. Bawak kita jenjalan.. Sanggup datang ambil kita walaupun kita berada di-nun jauh disana.. Sedangkan dia tinggal nun jauh di sinun.. Sanggup ambil dan hantar kita semata-mata nak bahagiakan kita... Sentiasa update berkenaan perasaan kite seharian sama ada kebosanan atau tak.. Sentiasa fikir camne cara nak kasi kita gembira dan happy... ado???\n\nPernah tak korang jumpa lelaki yang sentiasa menjaga makan minum korang?? Misalnya, dia akan bertanya sama ada kita dah makan atau belum.. Sanggup hantarkan makanan buat kita kalau kita belum makan.. huiii baiknya lelaki seperti ini... Bawak kita keluar makan... Apa saje yang kita nak makan ditunaikan tanpa bantahan.. Makan yang halal aje la.. Yang haram sah-sah korang kene pelangkung ngan seorang yang bernama lelaki.. Hahaha ~!!\n\nPernah tak korang jumpa lelaki yang sentiasa faham minat korang?? faham berkenaan hobi korang.. kesukaan korang... Contohnya la.. cam aku ni yang obses dan suka dan cinta dan sayang sangat kat buku-bukuan... so, misalnya, kalau ada lelaki yang boleh faham minat dan kesukaan aku tu dengan membelikan aku buku-buku kan best... Hahaha... Suka ati je kan nak soh orang belikan... kihkih.. Tu contoh aje la.. Tapi sebenarnya, aku penah lalui sume tu dulu.. hehehe.. Seseorang yang betul-betul memahami minat aku.. Sentiasa hadiahkan aku buku.. Tujuannya untuk membuat aku happy... ( sedih lak kenang bende ni ) Macam-macam buku aku dapat tau.. novel.. buku agama.. buku masakan... hikhik.. Terima kasih kepada beliau.. Tapi tu dah menjadi kenangan aku.. Itu lah sesweet lelaki yang penah aku kenal... Peace...~!!\n\nPernah tak korang jumpa lelaki yang boleh masuk dalam keluarga kita dan boleh membuatkan keluarga kita begitu sayang kepada dia.. Sehingga sayang itu melebihi daripada sayang mereka kepada anak sendiri.. Wah, hebatkan lelaki camni.. Hebat\u00a0+ sweet.. hahaha... Kalau korang ada kenal lelaki camni, itu la calon suami yang terbaik buat korang.. Jangan sia-siakan dia... Wah ayat aku dah cam pakar motivasi lak..\n\nEh, kalau nak cerita berkenaan lelaki yang sweet ni agak-agaknya berjela lagi kowt aku punye entri ni.. Cukup la takat ni.. Masing-masing ada pendapat masing-masing kan berkenaan lelaki sweet ni... Pendapat pasti berbeza bagi setiap orang... Bagi aku, ini lah yang membuatkan seorang lelaki tu boleh dikategorikan sangat sweet... So aku nak berpesan ni... Hargailah lelaki yang betul-betul menyayangi kita dan terima diri kita seadanya....\n\nPeace & Love...\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/08/mi-gal.html", "headline": "\nMi Gal\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\nKulit Album Pure Vibration\n\nsumber : google\n\n\n\nNak belanja satu klip video dari kumpulan reggae kegemaran aku...\n\n\n\n\n\n\n\nMi Gal - Pure Vibration\n\n\n\n\n\ngive me a one tall of water please,\n\nits been a while me don\u2019t\n\nfeel this feelin for so long,\n\nshe a took from me boring day,\n\nhold me hand and we dance,\n\nwe do the reggae reggae,\n\nthe bird is singin singin a long the way\u2026\n\n\n\n\n[chorus]\n\nme gal, lets dancing all the nite,\n\nthe trouble left behind now,\n\nlets makin all the dark\n\nnite comes alive..\n\nalrite\u2026\n\nshe love me[8x] me gal\n\nshe love me[8x] me gal\n\n\n\n\nshe looks so fairy,\n\n[solo man]\n\nqueen of lion land,\n\n[solo man]\n\nlove and light she have,\n\nwish I had a girl that\n\nalways hold me tight,\n\nI wish I had a girl that always colour me life,\n\nLove that we share we can\n\nspread it out,\n\nYea\u2026.yea..\n\n\n[chorus]\n\n\n\nWhat\u2019s that in my head,\n\nwhat`s shining day,\n\nwhat\u2019s that in my head,\n\ncolour shining\u2026\n\n\n\n\n\n\nAhli Kumpulan..\n\nsumber : google\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2020/04/review-novel-nota-2-by-shaz-johar.html", "headline": "\nReview Novel | Nota 2 by Shaz Johar\n", "content": "\n\nNota 2 by Shaz Johar\u00a0 |\u00a0 Time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni orang lain dok update sal menu masakan, aku pulak sibuk up sal buku.. Hehe.. Walaupun tak update sal juadah, tak bermakna aku tak memasak kat umah ye.. Hari-hari pun memasak.. Cumanya dalam keadaan sekarang ni aku agak sensitif sikit dengan keadaan atau nasib orang lain yang mungkin susah, tak dapat nak makan sedap-sedap macam kita.. So, aku decide untuk tak up gambar makanan.. Itu aku la.. Korang tu ikut korang la.. Tiada paksaan pun.. hehe.. Buku kedua dari penulis tersohor Shaz Johar iaitu Nota 2, baru saja aku habiskan ari ni.. Dah habis Nota, terus sambung Nota 2 sebab tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya...\n\n\n\n\n\n2 hari jugak amek masa nak habiskan novel ni.. Kalau aku ni bujang mungkin sehari pun habis.. Biasalah dah berkahwin dan dah ada anak ni, banyak tanggungjawab lain yang perlu aku lunaskan.. Ada masa terluang baru dapat baca.. Tapi rasanya sehabis cepat dah tu baca dalam masa 2 hari je.. Hehe.. Nasib baiklah ada buku-buku sebagai peneman dikala PKP ni.. Kalau tak, haus screen hp dok mengadap 24 jam.. Huk!\n\nOk, untuk cover Nota berwarna putih manakala cover Nota 2, berwarna hijau.. Adakah Nota 2 ni ceritanya tergantung jugak? Haaa..\n\n\n\nTajuk : Nota 2\nPenulis : Shaz Johar\nMuka Surat : 277\nPenerbit : Buku Fixi Sdn. Bhd.\nTahun Terbitan : Jun 2016\n\n\nSinopsis Nota 2\n\n\n\n\n\"Betul cakap Mama tu Ray. Siapa kita nak menidakkan kisah hidup orang lain?\" - Lisa\n\nRay meraikan kejayaannya sebagai penulis setelah novel keduanya, NOTA, laris dipasaran. Kemudian, setelah dia membaca nota-nota baru yang diterimanya dari Intan Sofia, wanita yang membenarkan kisah hidupnya ditulis di dalam novel itu, dia menemui lebih banyak sisi gelap.\n\nIni memberikannya idea untuk menghasilkan novel seterusnya. Dengan bantuan pembaca setianya Rumi, dia cuba menggali lagi kisah lampau wanita itu, mencari punca mengapa hidupnya berakhir dengan tragedi dan mahu memahami apa sebenarnya yang telah terjadi.\n\nApa yang Ray tidak sedari, tindakannya itu boleh membahayakan hidupnya sendiri.\n\n\nReview Nota 2\n\n\n\n\nStarting Nota 2 ni agak mengelirukan.. Sampai aku berhenti sekejap baca tanya diri sendiri \"ini part mana ni\".. Haha.. Rupanya starting dia cerita dimana dia dah terlepas diri kurungan.. Kurungan? Haaa.. Untuk Nota 2 ni, cerita dia masih berkisahkan tentang nota jugak.. Dimana si Ray ni nak bongkar cerita yang sebenar setelah dia dapat tahu dari Intan, cerita yang diberi oleh Intan dalam menghasilkan Nota, adalah rekaan dia semata.. Bila intan bagi Note Book yang lain, dimana dia menulis cerita sebenar untuk dinovelkan, bermulalah episod baru dalam hidup Ray..\n\nAku suka jalan cerita Nota 2 ni.. Walaupun agak susah jugak kadang tu nak faham.. Lebih kurang Nota susah dia.. Namun, aku suka jalan ceritanya.. Atau aku sendiri yang memang susah nak faham.. Haha.. Kalau dalam Nota, Ray ada rakan seperjuangan Rekha atau lebih tepat Dina, dalam Nota2 ni, Ray ada rakan seperjuangan bernama Rumi.. Kira sebagai rakan berborak la sepanjang dia mencari bahan cerita tu.. Hiks..\n\nKalau starting dia aku tak faham kat mana mulanya, di pertengahan cerita aku kembali tak faham dengan jalan ceritanya.. Atau mungkin aku yang hilang fokus sampai aku tak faham.. Huhu.. Bila dah berlalu kawasan yang aku tak faham tu, jalan cerita kembali tenang dan lancar serta lebih menarik di penghujungnya..\n\nBermula dengan cerita dari nota yang diberikan, sehinggalah dihujungnya cerita tentang pengalaman Ray sendiri yang di kurung oleh di penjahat Dina, Vin dan Rumi sendiri.. Mereka berkomplot rupanya disebabkan duit RM100,000.00 yang dijanjikan oleh Intan Sofia kepada Iskandar.. Iskandar pulak janji nak beri duit RM100K tu pada Dina.. Berangkai.. Sehinggalah Ray yang menjadi mangsa keadaan sebab sibuk cari cerita si Intan Sofia ni untuk dijadikan sebuah novel.. Hehe.. Bila dah Ray ni tau banyak rahsia mereka, tu sebab la dia kene kurung dan hampir-hampir dibunuh.. Dia terselamat bila Intan Sofia tolong dia untuk larikan diri dari kurungan itu..\n\nApa jadi lepas tu? Haa kene la baca sendiri yek..\n\nRating & Cadangan\n\n\n\n\n\n\nRating :\u00a0\ud83c\udf1f \ud83c\udf1f \ud83c\udf1f \ud83c\udf1f\u00a0\n\nAku bagi 4 bintang jugak untuk Nota 2 ni walaupun ada part yang susah aku nak faham jalan citanya.. Tak tahu hujung pangkal dan keadaannya.. Namun, aku suka jalan cerita yang boleh masuk fikiran aku.. Terutama dihujung cerita... Kekuatannya disitu..\n\nNota-nota yang diberikan juga membuat aku teruja nak tahu kesudahan cerita Intan Sofia ni.. Sehinggalah nota yang kena koyak tu, aku rasa nak koyak je novel Nota 2 ni.. Haha.. Part yang penting, tak dapat dibaca dek kerana telah dikoyak oleh seseorang.. Yang ni masih misteri.. Tataw sape yang koyak nota tu.. Haisss tekanan jadinya aku baca buku ni.. Haha.. Harap-harap Nota 3 nanti lebih padu dari biasa.. Hiks..\n\nOrite, untuk penulis.. Syabas sebab telah berjaya menarik minat pembaca macam aku ni untuk terus membaca novel nota ni walaupun bersiri.. Baca Nota, mesti nak kena baca Nota 2.. Dah habis Nota 2, mesti nak kena baca Nota 3 untuk tau keseluruhan cerita nota ini.. Hiks.. Moga akan datang, penulis dapat menghasilkan novel yang lebih ohsem jalan ceritanya.. Chayok!! Chayok!!\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/07/how-strong-is-your-website.html", "headline": "\nHow Strong Is Your Website?\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\nHow Strong Is Your Website? \u00a0|\u00a0 Wahh speaking london rini tajuk entry.. haha.. Korang pernah tak check prestasi atau kekuatan website korang?? Aku baru jap tadi, gatai tangan mencari web yang boleh buat analisis prestasi blog aku ni.. Hehe.. Jom tengok sekuat mana blog aku.. Wahh sekuat mana tu.. Dah gaya cam badang jerk tu haaa...\n\n\n\n\n\nwebsite grader\n\n\n\nTHIS SITE IS GOOD..!! Holaaa... Gitu lee katanye tentang blog aku ni.. hehe.. Performance 12/30... Mobile 30/30... SEO 25/30... Security 10/10... Moga lepas ni ada peningkatan dari segi performance untuk blog aku ni.. Yang lain berada pada tahap ok-ok jerk.. Performance jerk agak lusuhhhh.. haha.. Tak pe boleh tingkatkan lagik dimasa akan datang.. Insyaallah..\n\n\n\nKorang nak check jugak tak?? Kalau nak check, jangan memalu ye silalah klik link yang aku kasi kat bawah ni yekkk..\n\n\n\n[ Website Grader\u00a0]\n\n\n\n\n\nSelamat mencuba...!!\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/08/blog-anda-mobile-friendly-atau-tidak.html", "headline": "\nBlog Anda Mobile-Friendly Atau Tidak?\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\nBlog Anda Mobile-Friendly Atau Tidak? \u00a0| \u00a0Dah check ke belom blog atau website korang mobile friendly atau tak?? Kalau belom jom kite mintak belas ehsan encik google untuk tolong check kan... Ikut step di bawah ye..\n\n\n\n\n\n\n\nMula-mula korang kene klik SINI dulu ye..\u00a0\n\n\n\nDah masuk ke wabsite seperti diatas tu, korang masukkan aje URL blog korang dan tekan Analyze..\n\n\n\n\n\n\n\nHaaa pastu dapat la keputusan dia cam ni... Alah cam tak biasa...!! hehe..\n\n\n\nMudahkan...\n\n\n\nKeputusan untuk blog aku...??\n\n\n\nOHSEM... This page is MOBILE-FRIENDLY..\n\n\nHoyyehh..!!\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/05/macam-mana-yek-nak-tegur-orang-lebih.html", "headline": "\nMacam Mana Yek Nak Tegur Orang lebih Tua Dari Kita??\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\nAnkel Jonni Pinjam Komik ni ye.. Halalkan ye.. Hikss..\n\n\n\nMacam mana nak tegur orang yang lebih tua daripada kita?? Susah jugak ni kan... Silap tegur boleh kene terajang kita nanti.. haha..!! Macam komik kat atas nuuu... Jadinya, aku nak kasi tips camne nak tegur orang lebih tua dari kita supaya tak jadi salah faham atau terasa hati... Sekali lagik aku amek sumber rujukan dari team Tarbiah Sentap untuk kita sama-sama hayati dan praktikkan.. hehe.. TQ Team Tarbiah Sentap kerana memberi teguran yang sentiasa menyentap hati nurani.. hikss..\u00a0\n\n\n\nJom tengok tips yang diberi...\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMacam mana nak tegur orang lagi TUA terutama MAK AYAH atau abang kakak kita sendiri?\n\n---\n\n1. Dakwah ini penuh SENI.. Ia tak SEMESTINYA korang nak dakwah ni, korang kena tegur secara DIRECT..\n\nKena cakap face to face..\nKena bagi \"ceramah\" pada mereka..\nKena bagi \"tazkirah\" ringkas pada mak ayah..\n\nTak semestinya..\n\nDalam Sunnah Rasulullah ada tunjukkan bertapa seninya dan kreatifnya dakwah ni..\n\nRasulullah berdakwah dengan cara bagi makan pada Yahudi buta..\nRasulullah berdakwah dengan cara tegur direct pada sahabat..\nRasulullah berdakwah dengan cara hantar surat utusan kepada raja-raja sekeliling Mekah seperti Kaisar,\u00a0Rom, Yaman, dan lain2..\n\nBahkan Rasulullah dan sahabat berdakwah dengan cara PERANG dengan SENJATA hingga runtuhnya empayar Byzantine, empayar Parsi, dan sebagainya..\n\nDakwah ni seni..\n\nCuma korang kena guna 'otak' sikit untuk kreatifkan cara dakwah DENGAN SYARAT mesti ikut SYARAK dan PRINSIP ISLAM !\n\nJanganlah korang nak dakwah pada orang hisap rokok, korang join merokok sekali.. Atau korang nak berdakwah pada perempuan, tapi couple dengan perempuan tu dengan alasan nak dakwah pada dia..\u00a0Tu bengong namanya..\n\n\n\n\n2. Dalam kes hari ni, terutama nak dakwah pada orang yang lebih tua, terutama ibu bapa, kena ada SKILL..\u00a0Saya ulang balik, kena ada SKILL..\n\nELAKKAN untuk tegur DIRECT..\n\nContoh kalau mak kita tak pakai tudung, ELAKKAN untuk tegur direct dengan kata, \"Mak, pakai tudung la.. aurat tu..\"\n\nSebab apa?\n\nSebab biasanya orang lebih tua dari kita ni ada EGO nya tersendiri.. Jadi kita kena pandai \"main\", kalau tak kita kena sembur dengan kata-kata,\n\n\"Jangan pandai mengajar orang tua la.. aku lagi banyak makan garam dari kau..\"\n\n\n\n3. Macam mana SKILL nak tegur mak ayah?\n\n(1) Tegur dalam bentuk BERKONGSI CERITA.. Biasanya perempuan ada kelebihan untuk skill ni..\n\nContohnya :-\n\nKorang baru balik rumah.. Korang borak-borak dengan mak korang.. Sampailah korang mula 'masuk jarum'.. Macam mana?\n\nKorang cakap la begini (ini contoh je, tak semestinya kena tiru),\u00a0\n\"Mak.. tadi kat sekolah ustazah kat kena pakai tudung.. Cuba mak pakai tudung.. mesti nampak comey punya.. serius mak.. pakai la..\"\n\n\nIni contoh je.. korang boleh buat yang lebih baik sebab korang lebih MEMAHAMI situasi korang sendiri...\u00a0\n\nSaya bagi panduan umum je..\n\n\n\n(2) Tegur dalam bentuk BERGURAU tapi bukan SINDIR atau PERLI..\nYang ni susah sikit, sebab kebiasaannya orang akan ingat kita menyindir.. Tapi korang usahalah jaga NADA korang supaya tak bunyi menyindir..\n\nContohnya :-\n\n\"Ayah, saya rasa ayah mesti lagi kuat kalau tak merokok.. takpun ayah mesti lagi super hensem punya..\"\n\nKalau super hensem tu macam sindir pula.. tapi ikut korang la, sebab korang lebih memahami situasi korang\n\n\n(3) Tegur dalam bentuk BARANGAN atau HADIAH...\n\nYang ni biasa sesuai buat masa hari jadi, anniversary, atau hari2 yang special untuk parents korang...\n\nContohnya korang bagi hadiah al Quran sambil SELITKAN NOTA kat Quran tu.. korang tulis la,\n\n\"Semoga Ayah baca quran ni selalu ya.. Saya nak juga pahala mengalir daripada bacaan ayah..\"\n\nAtaupun korang bagi hadiah tudung labuh pada mak atau akak korang..\u00a0dan korang SELITKAN NOTA kata situ, contohnya korang tulis,\n\n\"Semoga setiap kali mak atau kakak pakai tudung ni, ada pahala untuk kita semua dan jadi sebab kita semua masuk Syurga.. teringin nak kumpul sama-sama dalam Syurga...\"\n\nAtau apa-apa jua lah yang korang rasa sesuai..\n\n\n(4) Tegur dalam bentuk SURAT...\n\nYang ni nampak macam zaman dulu kala.. tapi okay je kalau korang nak praktikkan....\u00a0Korang tulis lah surat hantar ke kampung.. Tapi janganlah obvious sangat..\n\nMaksudnya, surat pertama dan kedua sekadar tanya khabar dan sebagainya.. Dah masuk surat ketiga barulah buat teguran sikit\u00a0atau kalau mak ayah korang ni jenis ada facebook, korang share lah something kat wall korang dengan harapan mereka baca..\u00a0\n\n\n(5) Tegur guna ORANG KETIGA..\n\nYang ni korang kena minta tolong makcik atau pakcik korang yang lebih baik sikit untuk tegurkan\u00a0atau minta sesiapa yang mak ayah korang respek untuk tegur mereka..\u00a0Biasanya mereka akan dengar cakap atau pandangan orang yang mereka lagi hormat..\n\n\n\n4. Saya rasa 5 pandangan saya ni pun dah cukup untuk korang praktikkan..atau korang ada idea baru yang lebih segar dan power, boleh sharekan kat ruangan komen..\n\nDAN PALING PENTING SEKALI..\n\nKorang usaha macam mana pun, kalau takde DOA tak guna juga.. Sebab Allah lah yang kawal hati-hati manusia..\n\nDoa SUNGGUH-SUNGGUH.. Nangis-nangis....\n\nSeperti mana korang boleh doa dan solat istikharah nak dapatkan jodoh sampai nangis-nangis, khusyuk, sampai termimpi-mimpi..\n\nKenapa tak korang doa untuk mak ayah korang sampai nangis-nangis, khusyuk dan termimpi-mimpi mak ayah korang dapat hidayah?\n\nWallahu'alam\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/07/wowskin-vitamins-serum-untuk-kulit.html", "headline": "\nWOWSKIN Vitamins Serum Untuk Kulit Cantik Dan Sihat\n", "content": "\n\nWOWSKIN Vitamins Serum Untuk Kulit Cantik Dan Sihat\u00a0\u00a0| \u00a0Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah lega sikit rasa bila ada kelapangan untuk diri dan minda direhatkan dari bekerja dan berfikir.. Seperti beberapa minggu yang lepas memang aku agak sibuk dengan persiapan program ditempat kerja aku.. Pelbagai benda nak disiapkan dalam masa yang singkat dan tergesa-gesa.. Sampaikan diri pun tak terurus.. Makan entah kemana, rehat tak cukup, badan letih, muka lesu.. Hadoiii!! Stresss sangat... Lagi bertambah stresss bila kulit muka mula mengeluarkan 'gunung berapi' yang tak di undang.... Tau tak 'gunung berapi' tu apa? Jerawat laa.. Hehe.. Ditambah pula dengan cuaca yang agak panas sekarang muka mudah sangat berminyak... Kalau tak dijaga kulit muka dengan betul memang boleh menyebabkan berleluasanya pertumbuhan jerawat.. Oh tidakkkkk!!!\n\n\n\nWOWSKIN Vitamins Serum Untuk Kulit Cantik Dan Sihat\n\n\nDalam dok stresss dengan kulit muka yang berjerawat (walaupun beberapa ketol sahaja hehehe), aku diperkenalkan dengan satu produk dari WOWSKIN Malaysia iaitu Vitamins Serum Set yang pada aku sangatlah best sebab dapat menyelesaikan masalah jerawat aku ni.. Walaupun jerawat yang tumbuh tu tak la banyak tapi tetap memberi tekanan pada aku hokeh!! Seperti yang korang tahu dan aku sendiri pun dah sedia maklum, serum memang bagus untuk kulit wajah selain set penjagaan kulit yang biasa kita guna.. Tak keterlaluan kot kalau aku kata serum ni adalah salah satu produk penjagaan kulit yang juga penting untuk kulit kelihatan cantik dan sihat...\n\nOk, jom aku perkenalkan kat korang pulak serum muka 2017, serum muka terbaik yang pernah aku guna.. WOWSKIN Vitamins Serum Set.. Hiks..!!\n\n\n\n\nDalam set ni, ada 2 jenis serum tau.. Day Serum dan Night Serum.. Untuk Day Serum didalamnya mengandungi Vitamin B3, C & E, manakala Night Serum pula mengandungi vitamin A & D.. Haaa sebab itulah set ni dinamakan Vitamins Serum.. Sebab ia mengandungi vitamin-vitamin penting yang diperlukan oleh kulit wajah kita.. Mesti korang pelikkan, biasa serum muka ni ada satu botol je dan boleh dipakai bila-bila masa.. Tapi tidak dengan WOWSKIN Vitamins Serum Set ni.. Ia agak berbeza dan istimewa..\n\n\n\n\n\nKenapa perlu asingkan Siang dan Malam? Haaa ini jawapannya....\n\nIni kerana vitamin B3, C & E lebih diperlukan pada waktu siang dimana ada sinaran cahaya matahari manakala Vitamin A & D pula lebih sesuai dijadikan rutin pada waktu malam ketika kita sedang berehat dan tidak berada dalam persekitaran panas terik..\nKalau korang nak tahu, Vitamin Serum ni bukan sahaja serum untuk kulit jerawat malahan ia juga\u00a0serum untuk kulit berminyak dan serum untuk jeragat... Sesuai sangatlah dengan masalah yang aku hadapi sekarang.. Kulit berminyak, jerawat seketul dua, parut jerawat dan sedikit jeragat.. Ohsemmm wehh!! Dengan set ni aku dapat selesaikan pelbagai masalah.. Banyak lagi sebenarnya manfaat serum ni.. Nak tahu tak? Jom semak satu persatu..\n\n\n\n\n\n\nManfaat Day Serum\u00a0\n\n\n\nMembantu menghilangkan kemerahan akibat dari keradangan kulit ataupun jerawat\n\nMembantu meningkatkan ketahanan sistem imun kulit wajah anda\n\nMembantu mengehadkan penghasilan radikal bebas pada kulit yang menjadi punca kulit tidak sihat\n\nMembantu memastikan wajah semakin glowing secara semulajadi\n\nMembantu meningkatkan penghasilan kolagen kulit secara semulajadi\n\nMembantu memperbaiki tekstur kulit agar semakin rata\n\nMembantu memastikan kelembapan kulit berada ditahap optimum\n\nMembantu memudarkan kesan gelap pada wajah\n\nMembantu menegangkan kulit yang semakin kendur akibat faktor penuaan\n\nMembantu hilangkan kesan sunburn\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nManfaat Night Serum\n\n\n\nMembantu melambatkan proses penuaan\n\nMembantu menjadikan kulit semakin lembut dan gebu\n\nMembantu memastikan kulit tidak kering selepas seharian terkena cahaya matahari\n\nMembantu mengurangkan kadar penghasilan sebum atau minyak pada wajah\n\nMembantu mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat\n\nMembantu memastikan sel kulit sentiasa diperbaiki pada kadar lebih optimum\n\nMembantu mengurangkan keradangan kulit\n\n\n\n\n\n\nHaaa, banyakkan manfaat WOWSKIN Vitamins Serum ni.. Paling best bila serum ni boleh mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat.. Jerawat dah sembuh, sekarang hanya perlu hilangkan parut jerawat dan juga jeragat pula.. Malah aku tak perlu risau sebab kedua-dua serum di dalam set WOWSKIN ini telah mendapat kelulusan dari KKM.. Bermakna ia selamat digunakan dan tiada bahan merbahaya didalamnya.. Lagi satu aku prefer untuk gunakan serum ni kerana WOWSKIN selamat untuk dipakai bagi ibu-ibu mengandung ataupun yang sedang menyusu.. Almaklumlah tengah mengandung ni kan, kena berhati-hati dalam memilih produk kecantikan.. Mane boleh main hentam aje.. WOWSKIN ni ternyata selamat untuk aku gunakan..\n\n\n\nCara menggunakan WOWSKIN Vitamins Serum\n\n\n\nUntuk Day serum haruslah pakai waktu siang dan Night Serum pula pakai waktu malam.. Untuk waktu siang, korang boleh gunakan Day Serum dengan mekap tau... Sebab serum ni adalah serum untuk mekap juga.. Jom tengok step aku setiap hari dalam penggunaan serum ini..\n\n\n\nSiang\n\n\n\n1. Pencuci Muka\n\n2. Penyegar\n\n3. WOWSKIN Day Serum\n\n4. Foundation\n\n5. Compact Powder\n\n6. Make up\n\n\n\nMalam\n\n\n\n1. Pencuci Muka\n\n2. WOWSKIN Night Serum\n\n\n\nUntuk malam memang aku akan pakai WOWSKIN Night Serum semata-mata supaya kulit lebih free dan manfaat dari serum tersebut dapat diserap sepenuhnya..\n\n\n\nDay Serum\n\n\n\n\n\n\nNight Serum\n\nMudahkan?.. Serum ni hanya perlu disapu rata pada wajah dan biarkan ia meresap ke dalam kulit... Paling aku suka dengan serum ni kan, walaupun teksturnya pekat tapi bila disapu pada wajah ia terasa sangat ringan seolah-olah menyapu air je tau.. Satu lagi serum ni tak melekit dan tidak berminyak serta mudah menyerap.. Memang terbaik!! Bukan itu saja tau yang best tentang serum ni, ada lagi.. Korang tahu tak \u00a0cara untuk glowingkan mekap?? Haaa dengan menggunakan WOWSKIN Day Serum, korang dapat glowingkan mekap korang tau.. WOWSKIN ni sangat sesuai dipakai sebelum mengenakan make-up kerana ia mampu menjadikan mekap tahan lama serta kulit kekal lembap... Aku suka tengok muka aku bila time solat zohor tu, sebelum cuci make up, muka nampak glowing.. Rasa sayang pulak nak tanggalkan make up time tu.. hehe..\n\n\n\n\nSebelum dan Selepas\n\n\n\nOrite, selepas lebih kurang 3 minggu aku menggunakan Vitamins Serum dari WOWSKIN ni, memang ada perubahan pada wajah aku.. Jerawat ofkos la dah surut ye.. Cuma parut jerawat dan jeragat aje yang tinggal.. Itupun dah pudar sikit parutnya.. Biasalah parut jerawat dan jeragat ni bukan senang nak hilang.. Haruslah memakan masa \u00a0jugak untuk betul-betul pudar kan.. Yang penting jerawat aku dah surut.. Itu paling utama.. Haha!! Selain tu, kulit wajah aku pun semakin lembut dan tak berminyak sangat... Seronok ohhh!!\n\n\n\nApa-apa pun, untuk kesan yang lebih ketara dan berpanjangan, kenalah guna serum ni secara berterusan.. Tak boleh lah sekadar 'angat-angat tahi ayam' bak kata orang-orang tua.. Bila tak berkesan, mulalah nak salahkan produk.. Padahal diri sendiri tak konsisten dan disiplin.. Tak gitu?? Kalau nak cantik dan sihat kenalah RAJIN hokeh!! Jangan malas-malas nanti diri sendiri yang rugi.. Cewahhh panjang lebar aku kasi nasihat.. Haha!!\n\n\n\nOklah, aku dah pun try WOWSKIN Vitamins Serum ni dan sangat berpuashati dengannya serta sangat sesuai dengan kulit aku.. Alhamdulillah.. Korang bila lagi? Tak nak cuba ke? Hehe.. Kot-kot lah korang ada masalah jerawat, kulit berminyak, berjeragat macam aku ni kan, aku recommended sangat WOWSKIN ni..\u00a0Untuk mendapatkan WOWSKIN Vitamins Serum Set ni ataupun untuk keterangan lanjut korang boleh layari website yang aku sertakan kat bawah ni ye.. Jangan segan-segan nak klik pulak.. Haha!!\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nWebsite\n\nhttp://www.wowskin.my/\n\n\n\nFacebook Page\n\nhttps://www.facebook.com/wowskinmalaysia/\n\n\n\nInstagram\n\nhttps://www.instagram.com/wowskin_malaysia/\n\n\n\nPengasas\n\nMuhammad Zukermi bin Edi\n\n\n\nContact No.\n\n010-313 0631\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2013/10/raya-korban-2013.html", "headline": "\nRaya Korban 2013....??\n", "content": "\n\n\n\n\n\nAssalamualaikum..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPejam celik pejam celik dah penghujung tahun kan.. dah sampai bulan oktober pun kite.. dan pada\u00a015 oktober 2013 yang lepas... \"yang lepas\" tu.. padahal baru je semalam... tp betul la kan, kire dah lepas la tu... he he he... ape yang aku merepek ni... hahaha.. sambung balik...\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 15 oktober 2013, iaitu semalam kite umah Islam telah meraikan Aidiladha atau juga disebut raya korban.. Kenapa ye agaknya tajuk entri aku kali ni ada tanda soal?? haaa ni chek nak cita ni... hurmm... Sebenarnya sehari sebelum raya korban, aku dimaklumkan oleh adik aku yang mak aku demam teruk... aku dah mula cuak dapat berita tu... hati aku mula la memberontak nak balik tengok mak aku.. tapi keadaan memaksa aku tak berbuat demikian.. sampai la malam kakak aku maklumkan mak aku dah mula cakap bende2 pelik.. aku dah tak dapat bertahan dengan keadaan yang memaksa tu.. dalam keadaan aku menangis teresak2 aku mula berkemas untuk balik jenguk mak aku... sampai aje kat umah mak aku, terus aku dapatkan mak aku dalam bilik.. sedih aku tengok keadaan dia.. lemah sangat2.. ajak pergi klinik dia tak mahu.. muka dia pucat dan lain sangat2.. sedih yang amat ati aku ni tengok keadaan mak aku cenggitu.. selalu dia ceria dan bertenaga.,.. lain benar hari itu... yang lagi aku sedih.. dia dah siapkan semua juadah hari raya sebelum anak2 dia balik.. padahal dia tahu ramai yang tak balik beraya pada tahun tu sebab raya puasa semua dah balik beraya dengan dia.. dalam sakit2 dan demam dia tu, dia gagahkan diri jugak untuk masak juadah untuk anak2.. dia berharap sangat dapat beraya dengan anak2 dia.. Alhamdulillah ada jugak anak yang balik walaupun tak semua balik kerana beraya di kampung halaman belah suami..\n\n\n\nMalam raya tu dia tak larat nak bangun.. dengan hidung tersumbat.. dah 2 hari dia tak dapat tidur.. keadaan dia sangat2 lemah.. lepas kami beri dia makan ubat selesema dan isi ubat angin dekat hidung dia, baru la dia boleh bernafas dengan selesa.. Alhamdulillah, malam tu dia dapat tidur.. mungkin kesan ubat selesama yang menyebabkan mengantuk.. Malam tu aku tak dapat tidur dengan lena kerana memikirkan keadaan emak aku.. Aku takut nak menghadapi hari esok.. Pukul 6 pagi aku sedar untuk menunaikan solat subuh.. terus aku bangun untuk mengetahui keadaan mak aku... Aku terus ke dapur, aku tengok emak aku senang memasak dengan kakak ipar aku... syukur kehadrat ilahi kerana mak aku semakin pulih dan ceria kembali.. walaupun tak pulih sepenuhnya, tapi sekurang2nye dia dah bertenaga kembali untuk bangun dan berjalan.. Mak aku nak pastikan semua juadah yang ingin dimakan oleh anak dan menantu dia disedikan pada raya kali ni... Dia cakap takut nanti dia dah tak boleh nak masak dah... sedihnya dengar ayat dia.. Itulah pengorbanan seorang ibu kepada anak-anak dia.. aku harap agar aku juga akan segagah dan sehebat ibuku dan aku berharap aku juga akan menjadi seorang anak yang boleh membahagiakan ibuku sehingga akhir hayatnya... In sha ALLAH..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJadi kawan2, hargailah ibubapa kite selagi mereka ada.. jangan abaikan mereka.. terlalu banyak perngorbanan mereka buat kite.. pengorbanan ibubapa tiada tolok bandingnye dalam dunia.. sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kite... sentiasa la berdoa untuk mereka supaya mereka dilindungi sepertimana mereka melindungi kite sejak dari kite dalam kandungan sehingga kite dewasa.. Jadilah anak yang dibanggakan oleh ibubapa kite..\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMak... Ayah... kami sayang kamu... :)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAyah & Ibu - Sudirman\n\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2020/04/resepi-sambal-tumis-ketagih.html", "headline": "\nRamadhan 5 - Resepi Sambal Tumis Ketagih\n", "content": "\n\nRamadhan 5 -\u00a0Resepi Sambal Tumis Ketagih\u00a0 |\u00a0 Hari ni agak keletihan.. Balik kerja agak lambat sikit hari ini siapkan kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.. Balik dah rasa keletihan yang amat bercampur dengan letih semalam yang masih belum hilang.. Huhu.. Sampai rumah cepat-cepat mandi dan terus ke dapur untuk siapkan menu berbuka.. Rasa tumpul dah idea nak memasak hari ini.. Untuk meringkaskan menu dan masa yang ada pun sangat terhad, jadinya aku masak sayur kacang panjang masak lemak dan goreng ikan jerk.. Untuk menyedapkan lagi mulut ni masa berbuka, aku buatkan sambal tumis ketagih.. Kenapa ketagih? Haaa memang ketagih bila makan sambal ni.. Haha.. Itu aku la.. Mesti nak ada sokmo.. Hiks..\n\n\n\n\n\n\n\n\nJom check resepi yang teramat mudah nak buat ni.. Tu belum isi ikan bilis lagi.. Kalau isi ikan bilis lagik sedap sambal tumis ni.. Next aku akan isi ikan bilis lak.. Hehe..\n\n\n\nResepi Sambal Tumis Ketagih\u00a0\n\n\n\nBahan-bahan :-\n\n\n\n6-8 biji Cili Padi\n1-2 biji Lada Besar\n2-3 biji Tomato\n1 labu bawang besar\n4 ulas bawang merah\nBelacan\n\n\nCara-cara :-\n\n\n\n\n\n\n\n\nGoreng semua bahan-bahan tadi dengan minyak yang banyak sampai layu.\n\n\n\n\n\n\nKemudian blend bersama garam, gula dan serbuk perasa..\n\n\n\n\n\n\nSiap blend, tumis seketika hingga naik minyak\n\n\n\n\n\nNak rasa lebih meletop, sebelum makan perah limau sedikit..\n\n\n\n\nSelamat mencuba dan selamat berbuka puasa..\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/03/7-perkara-yang-boleh-membuat-anda.html", "headline": "\n7 Perkara Yang Boleh Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi\n", "content": "\n\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\nTergerak hati untuk buat entry berkenaan motivasi diri... Mungkin penangan daripada mesyuarat pagi tadi.. hehe.. Bila dah duduk dalam satu-satu jabatan atau organisasi, pastinya pelbagai ragam dan sikap manusia yang kita kene hadap ye tak?? Ada yang berdengki.. ada yang berdendam.. ada yang bajet gut.. Haha.. ada yang poyos.. semua lah dok ada.. tapi bukanlah kata semuanya yang buruk-buruk aje... ada jugak yang baik-baik.. Cumanya yang lebih menjadi tumpuan dan lebih kedepan untuk dijadikan cerita mulut-mulut manusia ni adalah yang buruk-buruk.. Pelik kan?? Tapi benarrrrr... Manusia lebih suka bercakap berkenaan keburukan berbanding kebaikan... Tulah yang nyata dalam masyarakat masa kini..\n\n\n\nOkeh.. untuk slot motivasi kita pada petang ni, aku nak kasi kat hangpa berkenaan 7 perkara yang boleh membuatkan kita BERMOTIVASI di waktu pagi... Ahhh patutnya entry ni diwujudkan waktu pagi baru kena kan.. Tak pe la.. Esokkan masih ada.. Haha.. Insyaallah.. Moga dipanjangkan usia kita semua untuk berjumpa cahaya hari esok..\n\n\n\n\n\n7 perkara OHSEM yang patut kita lakukan di waktu pagi\n\n\n\n\n\n1. \u00a0Bersyukur\n\nPerkara pertama yang patut dan sangat-sangatlah perlu kita lakukan di waktu pagi malah setiap saat dalam hidup kita adalah BERSYUKUR ye kengkawan. Bersyukurlah dengan nikmat tuhan yang diberikan kepada kita.. Kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan... Kita masih punya kesempatan untuk melakukan yang terbaik untuk hari ini dan lebih baik dari hari sebelumnya. Jadi bersyukurlah..\n\n\n\n2. \u00a0Tanam Semangat Motivasi\n\nBertekad dalam diri untuk sentiasa bersemangat dan bermotivasi.. Macam mana caranya?? Hah mudah aje.. Setiap pagi bolehlah latih diri untuk baca dalam seminit dua petikan atau artikel-artikel pendek berkenaan motivasi diri.. Jangan pula pepagi sampai-sampai aje pejabat terus buka newspaper ke.. email ke.. magazine ke.. bukak internet baca gosip-gosip hangat ke... tak pown berkumpul ramai-ramai buat sesi mengumpat... Sebabnya, semua tu akan melahirkan sesuatu yang negatif dalam diri dan menghalang kita dari bermotivasi sepanjang hari... cewahh...!!\n\n\n\n3. \u00a0Luangkan Masa Untuk Majlis Ilmu\u00a0@ Sesi Motivasi\n\nRajin-rajinlah mengikuti sesi-sesi motivasi atau majlis ilmu.. Tak kira la melalui TV ke.. Radio ke.. You Tube ke.. atau di Jabatan sendiri.. Luangkanlah masa dan tumpuan 5 - 7 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek tersebut. Motivasi juga perlu dijaga supaya kita lebih bersemangat untuk melaksanakan tugasan kita dengan lebih berkeyakinan.\n\n\n\n4. \u00a0Mulakan Dengan Bismillah\n\n\"Mulakan hari anda dengan Bismillah\".. Pernah dengarkan ayat ni..!! So, untuk lebih bersemangat dan diberkati dalam bekerja, mulakan lah dengan bismillah dalam apa jua perkara yang kita lakukan.. Contohnya, bila kita nak punch card masuk kerja tu bacalah bismillah dulu.. Semoga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang boleh membuatkan kita lalai.. mengantuk... lemah macam bateri nak habis saja.. Dengan cara ini juga, semoga kita diberikan keberkatan dalam bekerja olehNYA..\u00a0\n\n\n\n5. \u00a0Set Target Kemajuan Diri Sendiri\n\nPerkara ini perlu dititikberatkan.. Kadang-kadang bila kita ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai pada hari tersebut... Betul tak awak-awak sekalian?? Yang kita fikirkan semata-mata nak sampai tempat kerja... bekerja... cukup pukul 5 petang (bg yang bekerja waktu pejabat) balik rumah... rehat.. makan/minum... tidur... Zzzz...Keesokan harinya pun perkara sama berulang dan hari-hari seterusnya tanpa perubahan... Oleh sebab itu, kita perlu ubah sikap... set target kita.. apa yang perlu dicapai atau yang mahu kita capai.. Contohnya kita sebagai pekerja.... setkan berapa tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan... Barulah kerja kita teratur dan cemerlang... Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan..\n\n\n\n6. \u00a0Warna Cerah dan Ceria Memberi Peranan\n\nLihatlah warna-warna cerah atau ceria kerana warna boleh mempengaruhi mood kita.. Warna cerah dan ceria boleh membuatkan kita jadi energatik.. ceria.. dan penuh dengan idea.. Warna cerah adalah seperti warna kuning.. merah.. biru.. hijau.. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah dan ceria kerana ia mampu merubah mood seseorang supaya menjadi lebih positif...\u00a0\n\n\n\n7. \u00a0Memaafkan Itu Indah\n\nPenuhkanlah hati kita dengan sifat kemaafan kerana memaafkan itu sangat indah.. Memaafkan orang boleh membuatkan hati kita tenang... Buang jauh-jauh apa jua yang bersarang dalam hati... segala dendam... rasa tidak puas hati.. sakit hati.. geram.. benci dan yang seangkatan dengannya.. Berikanlah kemaafan kepada sesiapa jua seawal pagi... Supaya kita menjadi lebih positif ... Seandainya emosi-emosi negatif ini bersarang di hati kita, ianya boleh menghalang motivasi diri... Makanya anda akan menjadi orang yang tidak bersemangat dan berfikiran negatif dimana anda akan sentiasa melihat keburukan sahaja pada diri orang lain.. Oleh itu, bermaaf-maafanlah sesama kita ye...Macam hari raya la pulak ekk..!! hehe ... Kesimpulanya, perubahan perlu dalam diri supaya hidup lebih bermotivasi, positif dan cemerlang...\n\n\n\n--\n\n\n\nSekian dulu motivasi dari saya.. cia.. cia.. cia..\u00a0\n\n\n\nAku up entry ni untuk diri aku jugak sebenarnya.. Manusia ni kan tak perfect... Memang perlukan perubahan.. Tak nak berubah duduklah ditakuk lama.. Aku pown kurang motivasi diri nak habaq hang.. Sebab tu aku up entry ni.. Moga sama-sama kita berubah ye.. Cewahhh...!! Pape pown agama paling WIN.. Iman perlu tinggi baru hidup lebih OHSEM dan bermakna... !!\n\n\n\nNak up gambar ni jugak untuk aku dan korang..!!\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2013/10/mudahnya-menjemput-rezeki-by-fathuri.html", "headline": "\nMudahnya Menjemput Rezeki by Fathuri Salehuddin\n", "content": "\n\n\n\n\n\nAssalamualaikum..\n\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0Dah sarapan ke semua? LA x bersarapan harini... sibuk menyiapkan buku program untuk program kawad esok.. Siapa dah sarapan, Alhamdulillah.. itu rezeki anda untuk pagi ni kan.. wah bercakap pasal rezeki hari ni.. Tajuk entri ni pun dah berkenaan dengan rezeki.. itu tajuk buku yang LA dah baca... Bagus sangat buku ni.. memberi kesedaran kepada kite yang rezeki tu datangnya dari tuhan.. dan ada pelbagai cabang rezeki yang diterangkan dalam buku ni..\n\n\n\n\n\nMudahnya Menjemput Rezeki by Fathuri Salehuddin\n\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0Semua rezeki datang daripada ALLAH SWT... Setiap makhlukNYA telah dibekalkan dengan rezeki yang cukup. Malah ukuran dan sukatan rezeki bagi setiap makhlukNYA sudah disiapkan sehingga hari kiamat. Semuanya ALLAH sertakan dengan rezeki masing-masing, baik dia seorang yang beriman dengan ALLAH atau dengan patung-patung, tetaplah ada rezekinya. Begitulah Maha Pemurah dan Pengasihnya ALLAH. Walau tidak menyembahNYA, masih terus diberi rezeki. Pemberian ini dinamakan pemberian Rububiyyah.\n\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0Rezeki ni kan datang dari pelbagai cabang... semua yang bermanfaat untuk kite itu lah dinamakan rezeki.. Bagus tau baca buku ni.. so LA suggestkan semua kawan-kawan memiliki buku ni.. Bila baca buku ni baru tahu rezeki tu datang dari pelbagai bentuk.. Dalam buku ni jugak terdapat cerita yang dijadikan contoh.. so lagi mudah kita faham berkenaan dengan rezeki.. hehehe..\n\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0LA juga nak berterima kasih sangat kepada seorang sahabat ni.. dia yang menghadiahkan buku ni pada LA... Buku ni amat berguna pada LA...\u00a0Hazimah\u00a0...\u00a0\n\n\n\n\n\nKata-kata semangat beliau... TQ. :)\n\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0Buku ni dah selesai dibaca... sekarang LA ngah membaca buku baru lak.. 'ALLAH Tidak Pernah Jauh'.. penulis buku ni Suhana Amiril.. nanti ape-ape LA update ye berkenaan buku ni... Baru je mula membaca...\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\noki.. sampai sini aje..\u00a0\n\n\n\n\n\nBubey.......\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/02/buku-amalan-mengangkat-darjat.html", "headline": "\nBuku Amalan Mengangkat Darjat\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\nBuku Amalan Mengangkat Darjat \u00a0|\u00a0 Minggu lepas aku dapat hadiah buku ni daripada seorang member opiz aku ni... Alhamdulillah rezeki untuk aku... Moga dengan pembacaan aku nanti, ganjaran pahala buat dia... Insyaallah.. Kat sini aku nak kongsikan dengan korang kebagusan buku \u00a0ni.. 'Kebagusan' hokeh.. Hahaha.. Ayat tamo kalah tu...\u00a0\n\n\n\nBuku ini menghimpunkan amalan-amalan mudah yang boleh dilaksanakan pada setiap hari seawal bangun daripada tidur hinggalah tidur kembali... Bagus tau buku ni... Lengkap.. Setiap amalan diatur dalam sebuah jadual mengikut waktu... Amalan-amalan biasa dalam kehidupan kita jika dilakukan dengan ilmu dan penghayatan secara berterusan serta istiqamah, tinggi nilainya di sisi ALLAH SWT...\n\n\n\nJom tengok isi kandungan buku ni dulu..\n\n\n\n\n\n\n\nBermula dengan Qiamulail sampailah amalan dan adab ketika nak tidur... Siap ada lampiran lagik tu... Sangat membantu untuk kita dalam amalan seharian...\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nNi la jadual yang aku maksudkan... Setiap waktu disediakan jadual, apa yang patut dilakukan.. Mengikut aturan... Aku suka sangat dengan aturan jadual ni.. Kalau kita amalkan, terasa lengkap amalan kite seharian... Ada beberapa jadual dalam buku ni mengikut waktu-waktu yang ada.. Aku up kat sini satu aje la jadualnye.. Kalau korang nak tengok jadual yang lain, kena lah beli ye.. Tak rugi beli buku ni.. Banyak ilmu di dalamnye yang mungkin ada yang kita tak tahu..\n\n\n\n\n\n\n\nBacaan wirid selepas solat (Wirid Al-Qusyasyiah) dan Wirid Rabbani pown ada dalam buku ni... Mungkin ada yang dah biasa dengan wirid-wirid ni dan mungkin juga ada yang belum tahukan tentangnya.. So, dengan buku ni korang boleh kenal dan belajar tentang wirid ni... Sanad pown ada disertakan tau dalam buku ni.. memang terbaik.. Lupa lak aku nak snap wirid-wirid tersebut.. Sori yekk.. Hehe..\n\n\n\n\n\n\n\nNi last sekali dalam buku... Jadual yang boleh kite guna dan tick yang mana kite dah amalkan.. Mudahkan.. Buku ni siap disediakan jadual untuk memudahkan kita tick amalan yang dah kita buat... Tak yah susah-susah nak buat jadual sendiri.. Semuanya dah disediakan.. Cuma beramal aje yang tinggal.. Hiks..\n\n\n\nOklah.. Jom kite kenal dengan penulis buku ini..\n\n\n\n\n\n\n\n\nUSTAZ JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI berasal dari Kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis. Kini menetap di Bandar Baharu, Kedah. Merupakan Pengasas Kompleks Islam Dar al-Faizin (KIDAF) merangkap Mudir (Pengetua) di Maahad Darul Faizin, Madrasah Mahmudiyah, Arau dan Pra Tahfiz al-Fateh, Sg. Duri, Pulau Pinang. Kini menjadi Pendakwah Bebas sepenuh masa yang aktif berdakwah ke seluruh tanah air.. Beliau pernah menjadi pengacara rancangan Ayat Riwayat (TV Alhijrah), Pengisi Slot Mujahadah Ramadhan (TV Alhijrah) dan Tanyalah Ustaz (TV9)..\u00a0\n\nAMALAN MENGANGKAT DARJAT adalah karya susunan pertama beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.\u00a0\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/02/jambu-saus-manis-pedas-abc.html", "headline": "\nJambu + Saus Manis Pedas ABC\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum..\n\n\n\nTeringat lak aku malam kelmarin aku dok bedal Jambu Air malam-malam buta.. Syok betol.. Terlebih syok sampaikan pagi esoknye dok sakit perut.. Hahaha.. Bahana makan jambu ngan sos yang pedas lagik sedap malam-malam buta.. Rasanye dekat pukul 11 malam gak aku dok layan jambu cicah sos pedas tu..\n\n\n\n\n\n\n\nTapi memang meletop la sos manis pedas jenama ABC ni,.. memang mabeles... Mula-mula aku tengok jenama ni, terfikir aku \" ada jugak orang yang nak tarok nama ni (ABC) kat produk dorang\"... Tulah orang cakapkan.. jangan nilai dari cover dia.. kene jugak tengok isinya.. Ternyatalah isinya sedap.. Sangat sedap.. Menepati selera aku... Tak payah dah nak buat sendiri pencicahnya.. Beli aje ABC ni.. Dah cukup sedap lagik melatop sos ni... Kalau tak percaya try la beli dan cuba.. Pasti nak lagik.. Wah promot sakan tu.. Leh jadik duta la camni.. Hahahhaa...\n\n\n\n\n\n\n\nSaus Manis Pedas ABC\n\n\n\n\n\nSelamat mencuba Uols..\n\n\n\nSmile.. :)\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2021/09/august-book-haul-2021.html", "headline": "\nAugust Book Haul 2021\n", "content": "\nAugust Book Haul 2021\u00a0 |\u00a0 Artifak... Ye, untuk bulan ogos hanya satu buku sahaja yang aku pilih.. Mungkin terlalu sibuk, sampaikan tak sempat nak intai-intai buku yang 'best seller'... Artifak ni adalah hasil karya penulis feberet aku, Maria Kajiwa.. Lama dah ada dalam wishlist aku sebenarnya.. Cumanya, tak terbeli lagi awal dulu.. Now, aku dah memilikinya dan sedang membacanya.. Setakat ini, jalan ceritanya seperti biasa tak pernah menghampakan.. Kadang terfikir, banyak betul idea penulis ini.. Jalan cerita setiap novelnya berbeza-beza... Hebatnya penulis ini..Kalau dulu shopping buku, biasanya aku akan beli di laman web kedai buku.. Sekarang aku lebih selesa beli melalui shopee.. Lebih mudah dan lebih murah.. Sebab tu, kadang aku terbeli banyak.. haha.. Tapi tak selalu juga la membeli buku ni.. Tengok keadaan dan\u00a0 mood jugak..\u00a0Sinopsis ArtifakJudul Novel\u00a0 :\u00a0 ArtifakPenulis\u00a0 :\u00a0 Maria KajiwaTerbitan\u00a0 :\u00a0 Fajar PakeerMuka Surat\u00a0 :\u00a0 325 m/sUtusan maut dari zaman silam...Dhaw yang kamu hasilkan memang bagus dan bermutu tinggi, tetapi sayang dhaw itu memiliki semangat yang jahat. Semangat yang tidak terdidik oleh ketenangan, tetapi hanya dilentur oleh sifat api. Ia membunuh tanpa memilih. Apa sahaja yang melintas akan mati apabila tersentuh. - SAMI TUASebuah artifak berharga dari zaman Kerajaan LannaThai menjadi rebutan pelbagai pihak. Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga, Khalid diminta sahabat lamanya Panji untuk membantu walaupun dia tahu, nyawa mereka menjadi taruhan.Sayangnya, usaha mereka berdua terhalang. Mereka diserang dan diburu..... kematian sudah berada di depan mata.Masalahnya sekarang... kalau aku serah pada kau orang, bagaimana dengan kami? Boolert pasti cari kami sampai ke lubang cacing - KHALIDDalam kepayahan, Khalid berjaya melepaskan diri, namun sejak itu dia pula yang menghadapi gangguan mistik dan diburu beberapa kumpulan penjahat. Dia dihantui orang sudah mati.\u00a0Apakah rahsia sebenar artifak yang menjadi rebutan itu? Mampukah nyawa Khalid diselamatkan atau tewas kepada sumpahan yang menunggu mangsa?Ternyata artifak itu lebih daripada sekadar barang lama. Ada semangat mati yang menguasai. Ada keramat yang menghantui...Dhaw yang kamu hasilkan ini mempunyai syaitan. Ia akan membawa maut dan badi kepada setiap orang yang menyentuhnya. - SHIN KUE NA\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2018/12/review-novel-split-by-nurul-ain-syuhada.html", "headline": "\nReview Novel | SPLIT by Nurul Ain Syuhada \n", "content": "\n\nSPLIT by Nurul Ain Syuhada\u00a0 |\u00a0 Holaaaa!! Hi korang.. Selamat berhujung minggu.. Pergi mana wiken ni? Mesti plan korang gempak-gempak kan.. Aku setakat ni ada beberapa plan dah untuk anak-anak tapi sampai detik ini masih belum berjalan lagi.. Haha.. Lagi pun si kecik tu tengah tidur, jadi dapatlah aku luangkan masa untuk coretkan review novel yang dah pun selesai aku baca tempoh hari.. Novel apa pula kali ni ye? Yes, novel SPLIT by Nurul Ain Syuhada.. Nak tahu best atau tak novel ni, kenalah baca sampai habis ye... Hiks..\n\n\n\n\nNovel SPLIT ni aku beli bersekali dengan Novel Psiko\u00a0di Shopee.. Memandangkan review di Goodreads tentang novel Split ni sangat ohsem, jadi secara automatiknya aku sendiri tak sabar-sabar nak membacanya.. Lagi menarik novel ini telah diadaptasikan kepada drama iaitu Split TV Series yang ditayangkan di saluran Astro Citra dan Video On Demand. Nasib baik aku belum tengok drama Split ni, kalau tak spoil nak baca novel..\n\nBiasanya kalau novel yang telah diadaptasikan kepada drama dan aku telah tengok dramanya sebelum membaca, memang aku tak akan baca dah novelnye.. Kalau baca novel dulu baru tengok drama, kira ok lagi sebabnya dengan membaca novel kepuasannya lebih berganda kerana cerita dalam novel lebih detail.. Lebih mengecewakan sekiranya drama adaptasi sedikit berbeza jalan ceritanya daripada jalan cerita novel.. Fuhh lagik frust weh!!\n\nOk, jom kenali serba sedikit latar belakang penulis iaitu Nurul Ain Syuhada..\n\nRosnurul Ain Syuhada Rosli merupakan nama sebenar bagi pemilik nama pena Nurul Ain Syuhada. Beliau dilahirkan pada 08 Jun 1993 di Kangar, Perlis dan telah menamatkan pengajiannya di Universiti Kuala Lumpur Busniss School dalam bidang Bachelor of Management and Entreprenuership. Berbintang Gemini, penulis yang berusia 20-an ini amat gemar membaca. Disinilah berputiknya minat untuk menulis. Beliau mula menulis karangan ringkas dari tingkatan empat.\u00a0\n\nSPLIT merupakan buah tangannya yang ke-4 dengan Karyaseni dan Penulisan2u. Buku ini merupakan buku kegemarannya sendiri diantara buku-buku yang sebelum ini yang pernah diterbitkan.\n\n\n\nTajuk : SPLIT\n\nPenulis : Nurul Ain Syuhada\n\nMuka Surat : 528\n\nPenerbit : Karyaseni Sdn. Bhd.\n\nTahun Diterbitkan : Ogos 2017\n\n\n\nSinopsis SPLIT\n\n\n\n\nMARYAM, Gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan.. Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik biacaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama!\n\n\n\n\"Kenapa saya tak pernah nampak awak?\" - MIKAEL\n\n\n\n\"Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So, memanglah kita tak pernah terserempak.\"\u00a0- MARYAM\n\n\n\n\nHari demi hari pun berganti sehinggalah karekter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam! Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!\n\n\n\n\n\"Hoi? Kau hoikan aku? Aku ada nama okey. Nama aku bukan hoi. Hafez. H-A-F-E-Z. Hafez.\" - HAFEZ\n\n\n\n\"Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun.\" - MARYAM\n\n\n\n\n\nPersoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa MIKAEL? dan siapa pula HAFEZ? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula ADAM?\n\nPerhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam SPLIT.\n\n\nReview SPLIT\n\n\n\n\n\n\nSesuatu yang tak dijangkakan.. SPLIT memang best!! Jalan cerita superb ohsem!! Tak tipu, novel ni memang best gile.. Mula-mula, ingatkan novel ni ada unsur-unsur seram ke apa.. Rupanya novel ni sweet-sweet gitu disamping dihiasi dengan sedikit aksi, kecewa, sedih, dan kekeliruan.. Eh, ada jugak babak romantik tau.. Haha..\n\nSerius, mula-mula baca novel ni aku sendiri jadi keliru dengan personaliti dalam novel ni.. Nama lagik split kan.. Maka muncullah pelbagai personaliti.. Semakin lama aku baca semakin aku mengenali dan serasi dengan setiap personaliti yang wujud.. Eh, kadang rasa cam aku yang berada di tempat Maryam.. Ahakz.. Memang agak memeningkan kepala untuk menghadam setiap personaliti yang ada.. Sekejap jadi baik, pastu jadi jahat, ada ketika jadi kanak-kanak, then jadi pakcik-pakcik lepas tu jadi pulak remaja kembar dengan dua personaliti berbeza.. Lagi mengharukan bertukar menjadi wanita bernama Dhia.. Haha.. Punah jadinya.. Memang huru-hara hidup weh kalau jumpa orang yang SPLIT personality ni..\n\nYang aku paling suka dan boleh tabik spring la, ketabahan Maryam menangani dan menghadapi dengan tenang setiap pesonaliti yang berbeza ini.. Dapat menerima setiap yang muncul.. Cuma, paling dia tak tahan dengan personaliti pakcik-pakcik tu, Encik Pian yang suka membebal macam ayah-ayah sangat.. Hehe.. Dia jadi rimas..\n\nPersonaliti yang bernama Hafez, seorang yang agak kasar, pemarah dan agak ganas.. Tetapi yang sweetnya dia menjaga dan melindungi Maryam dengan baik walaupun kadangkala Maryam tidak tahan dengan perangai Hafez itu sendiri.. Setelah kemunculan Hafez, nampaknya Maryam lebih mencintai dan menyayangi Hafez berbanding Mikael walaupun ianya orang yang sama cuma sikap mereka sangat berbeza..\n\nSetelah ditipu hidup-hidup oleh kekasihnya Aryan selama 7 tahun, Maryam bangkit setelah mengetahui perkara sebenar.. Kebangkitannya semula adalah disebabkan Mikael.. Mikael dan Hafez banyak menyedarkannya dari terus berada dalam kekecewaan.. Dia menjadi wanita yang berjaya.. Plot sedih bermula apabila ayahnya meninggal dunia akibat kanser.. Maryam tidak diberitahu sehinggalah diakhir hayat ayahnya baru dia mendapat tahu.. Alhamdulillah, dia bersyukur kerana dia sempat menunaikan hasrat ayahnya yang ingin melihatnya berkahwin..\n\nDengan siapa dia kahwin? Ya, dia berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai split identiti.. Mempunyai banyak personaliti iaitu Mikael..\n\n\n\"Siapapun aku, sayang itu tetap untukmu\"\n\nOh ya, dalam novel Split ini juga terselit kisah aksi dimana berlakunya konflik dalam keluarga Mikael.. Kisah ibu tiri dan abang tirinya yang tamakkan harta sehingga sanggup membunuh ayah kandung Mikael.. Muaz sentiasa memburu Mikael kerana risau akan hartanya dirampas semula oleh Mikael, pemilik yang sah.. Terjadinya beberapa aksi pergaduhan antara mereka dan akhirnya muaz di tembak mati oleh polis..\n\nBagi aku setiap plot yang disusun penulis sangat menarik dan tidak berbelit walaupun novel ini menceritakan tentang split personaliti.. Selepas habis sahaja baca novel ni aku rasa puas dengan jalan cerita yang disampaikan oleh penulis dan pengakhiran ceritanya juga adalah happy ending.. Itu yang kita mahukan.. Haha..\n\n\nRating & Cadangan\n\n\n\n\nRating : \ud83c\udf1f \ud83c\udf1f \ud83c\udf1f \ud83c\udf1f \ud83c\udf1f\n\nYeah aku bagi 5 bintang untuk novel Split ni sebabnya aku sangat puashati dengan jalan ceritanya.. Dari awal hingga akhir, memang tak mengecewakan aku.. Dari satu plot ke satu plot menjadikan ceritanya menarik dan mengujakan.. Sehingga aku sendiri tak sabar nak tahu kesudahan cerita ini.. Setiap personaliti yang muncul membaca seribu satu cerita.. Jadi, korang perlu kenali sendiri setiap personaliti yang ada... Menarik tau! Rugi tak baca..\n\nBagi yang suka novel yang sweet tetapi mencabar minda dan perasaan, bolehla baca novel SPLIT ni.. Korang akan merasai ketabahan Maryam menghadapai semua personaliti yang ada.. Silap-silap lepas baca korang boleh jadi tabah cam Maryam.. Hehe..\n\nTerdapat juga adegan romantik dan mencuit hati dalam novel Split ni yang boleh membuatkan korang tersenyum dan geli hati.. Serius weh, tak rugi beli dan baca novel ni..\n\nAku doakan semoga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih ohsem lepas ni untuk menjadi santapan aku.. Ahakz.. Gut luck penulis.. :)\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/08/11-tips-menjawab-soalan-kpsl.html", "headline": "\n11 Tips Menjawab Soalan KPSL\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\nTips Menjawab Soalan KPSL \u00a0|\u00a0Wahh kemain ko ekk Lea nak kasi tips bagai...!! Haha.. aku sendirik pown tak lulus-lulus agik exam ni kan.. Tapi, apa salahnya kan nak kongsi tips yang aku dapat dari pembacaan blog-blog berkenaan cara menjawab soalan exam.. Mane tau kowt-kowt berjaya kalau amalkan tips yang aku kasi ni.. haha.. Ajettt sangattt!!! Jom tengok tips ape yang ado0o0oo!! Ohhh sebelum tu aku nak kasitau, tips ni aku dapat dari blog Ini Cerita Kita... Aku rasa tips yang diberikan sangat ohsem.. So, nk kongsikan juga kat blog aku ni sebagai rujukan aku sendiri dan korang jugak..\u00a0\n\n\n\nTip Menjawab Soalan Peperiksaan\n\n\n\n1) Baca Buku dan UlangkajiWalaupun exam ni open book test, korang mesti baca buku at least satu round supaya korang tau serba sedikit maklumat yang terkandung dalam arahan-arahan dan pekeliling tu. Bila dah ada info, masa nak menjawab tu boleh recall kat mana nak mencari jawapannya.2) Tagging/Tanda Topik-Topik UtamaCara cenggini memang biasa orang buat. Saya pun buat gak supaya cepat nak dapat jawapan.3) Baca dan Faham Kehendak SoalanApabila diarah oleh Ketua Pengawas Peperiksaan untuk tengok soalan, korang baca dulu semua soalan dan cari soalan yang betul-betul korang rasa boleh jawab. Tandakan dulu soalan-soalan tu.4) Set MasaPerkara ni saya selalu buat sejak sekolah lagi. KPSL kan kena jawab lima soalan dalam masa tiga jam so korang bahagikanlah masa tu kepada 35 minit untuk satu soalan. Pandai-pandailah adjust masa dengan tempoh mengarang tu jangan sampai ambil masa yang lebih sangat untuk satu-satu soalan.5) Baca BismillahSetiap permulaan yang baik mula lah dengan Bismillahhirrahmannirahim agar mendapat keberkatan dari-Nya. \u00a0Bukan nak jawab exam saja tapi semua perkara memang dituntut untuk mengingati Allah.6) Menjawab dengan BaikSetiap soalan yang ditanya, korang kena kaitkan dengan fakta arahan, pekeliling, akta atau seksyen. Barulah jawapan korang tu mantop.Contoh: Soalan berkaitan tuntutan elaun tugas rasmi.... mulakan dengan ayat seperti di bawah ni:\u00a0Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2005 perkara xx menerangkan bahawa......7) Tengok kepada MarkahSekiranya soalan tu direct question seperti 'Berikan...' atau 'Senaraikan...' dan korang tengok markah hanya 2 markah, 3 markah atau 4 markah.. selalunya saya akan beri jawapan dalam bentuk point-point sahaja. tak perlu tulis esei bagai.Kalau soalan 'Jelaskan....' atau 'Bincangkan....' barulah tulis esei. Satu point saya akan tulis dalam satu perenggan dan diikuti dengan perenggan yang lain bagi point seterusnya. Selalunya soalan begini markah adalah 8 markah atau 10 markah.8) Satu Soalan Satu Kertas BaruPaham tak apa yang saya maksudkan ni? Macam ni... kan kita kena jawab lima set soalan. Sekiranya satu set soalan korang dah guna tiga muka surat maka untuk set soalan yang kedua tu korang mulakan dengan kertas baru. Jangan sambung di belakang muka surat soalan yang pertama tadi. Harap korang paham.9) Tulisan Biar KemasKorang tulis kemas-kemas supaya mudah pemeriksa nak semak nanti. Tak cantik pun tak apa asal boleh dibaca ok.10) Jawab Semua SoalanIni bukan bermakna jawab lapan-lapan soalan yang dikemukakan tu. Tapi jawab soalan yang korang telah pilih tadi. Jangan tinggal jawapan kosong sebab semuanya ada markah. Kalau tak tahu sangat jawab ikut rasional atau\u00a0common sence. Kalau tak cukup masa cukup sekadar tulis point-point sahaja. Sekiranya betul, at least kita dapat juga markah walaupun sikit.11) Cari Soalan Tahun LaluSaya pun pernah usha-usaha mencari soalan tahun-tahun lepas untuk dijadikan bahan rujukan dan persediaan menjawab. Korang boleh check\u00a0SINI\u00a0kalau korang berminat. FYI ini bukan laman fb saya. Saya tak kenal pun sapa adminnya. Saja nak membantu \u00a0dan memberi info sahaja.\n\n\n\n\n\nCredit : Blog Ini Cerita Kita\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/03/bila-dia-bukan-jodohku.html", "headline": "\nBila Dia Bukan Jodohku\n", "content": "\n\n\n\n\n\nBila dia bukan jodohku .\n\nMengapa masih juga hati ini mengharap dia kembali .\n\nLama , aku merenung ke luar jendela .\n\nYang ada hanya jendela dikamar .\n\nKerna jendela hati telah lama tertutup dengan kehadirannya.\n\n\n\nKatanya percaya dengan takdir Allah ? mana buktinya ?\n\nTutur kata yang hanya menggunakan lidah itu pastinya sangat mudah .\n\nCuba sekali , bicara dengan mata hati .\n\nKau akan tahu peritnya melepaskan insan yang tercinta .\n\n\n\nDia akan bahagiakah dengan si dia ?\n\nLalu apakah kau yakin dia sering bahagia denganmu ?\n\nJika sudah jodoh , Allah menetapkan itu yang terbaik untuk dirinya .\n\nSehingga itu , apa lagi yang menjadi dambaanmu ?\n\n\n\nHati kecilku mencucuk cucukku dengan kata kata pahit lebih pahit dari ubat .\n\nAku mengerti , ia sekadar mahu menyedarkan aku .\n\nPerlu bangkit dari semuanya ini.\n\nDia sudah punya masa depan . namun aku ?\n\nSemudah itukah ? melupakan dirinya yang hadir dengan cara terindah .\n\nYang juga telah ditakdirkan Allah.\n\n\n\nNamun mengapa hanya seketika ?\n\nSudah diberitahu , perkenalan pertama tidak memberi jawapan bahawa dia adalah jodoh kita.\n\nNamun hati degil mahu terus mencintai.\n\nSekarang jalannya sudah ditunjuk , untuk apa lagi terus berharap ?\n\nCinta itu tak mungkin hadir hari ini dan esoknya hilang , mampu dibuang . tidak begitu .\n\n\n\nJangan lupa kita masih punya senjata pengikat kasih sayang .\n\nDoa .\n\nYa , semua milikinya .\n\nUntuk terus bahagia mencintai ,\n\nMeskipun yang dalam pelukannya bukan diriku .\n\nJari \u00a0yang disarungkan cincin itu bukan empunya aku .\n\nNamun melihat dia dan insan dihadapannya tersenyum penuh makna .\n\n\n\nAku perlu bahagia , untukknya .\n\nMengingatinya dalam setiap bisikan doa .\n\nKerna tanda orang beriman itu ,\n\nApabila diberi kesenangan dia bersyukur ,\n\nDan apabila ditimpa musibah dia tetap juga bersyukur .\n\nKerna itu merupakan kayu ukur Allah terhadap hambaNYA ,\n\nMampu bersabar atau tidak .\n\nMampu menerima qada\u2019 qadarNYA atau sebaliknya .\n\n\n\nMudahan , suatu ketika nanti .\n\nJendela hatiku akan terbuka lagi .\n\nDan aku ingin sekali merasa saatnya disarungkan cincin .\n\nDisebut namaku dalam lafaz keramat .\n\n\n\ninsyaAllah , jika dia bukan jodohku .\n\naku terima , pasrah dan redha dengan ketentuanMu :\u2019)\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2022/01/inginkan-kari-thai-hebat-dalam-masa-singkat-dengan-pes-kari-thai-ayam-brand.html", "headline": "\nInginkan Kari Thai Hebat Dalam Masa Singkat? Ayam Brand Memperkenalkan Tiga Pes Kari Thai Tulen, Enak dan Menjimatkan Masa Demi Kemudahan Anda\n", "content": "\nInginkan Kari Thai Hebat Dalam Masa Singkat? Ayam Brand Memperkenalkan Tiga Pes Kari Thai Tulen, Enak dan Menjimatkan Masa Demi Kemudahan Anda\u00a0 |\u00a0 Anda ingin menikmati kari Thai yang sedap tetapi tidak mempunyai ramuan yang mencukupi, masa dan kesabaran untuk menyukat dan menyediakan hidangan itu untuk diri dan keluarga kecil anda? Kami faham perasaan anda!\u00a0\u00a0Ayam Brand\u2122 mampu menyelesaikan masalah anda dengan memperkenalkan tiga pes kari Thai tulen yang enak dan menjimatkan masa. Ditawarkan Thai Green Curry Paste (Pes Kari Hijau Thai) yang ikonik; Thai Red Curry Paste (Pes Kari Merah Thai) yang digemari ramai dan Thai Yellow Curry Paste (Pes Kari Kuning Thai) yang kurang pedas dan mesra kanak-kanak. Dihasilkan di Thailand, setiap pes kari menggunakan ramuan tempatan yang memenuhi resipi tradisi dan diterima ramai. Pes Kari Thai Ayam Brand\u2122 tidak mengandungi bahan pengawet, tanpa pewarna tiruan dan diiktiraf Halal. Setiap pek didatangkan dengan tiga pek kecil pes kari seberat 50gm, yang mana setiap pek kecil cukup untuk hidangan dua hingga tiga orang. Setiap pek adalah kecil, ringan dan fleksibel, memastikan pes kekal segar sementara anda menentukan tahap kepekatan atau tahap rasa karya kulinari anda.\u00a0\u00a0Pengenalan Pes Kari Thai Ayam Brand\u2122 adalah amat bertepatan masa dan dialu-alukan kerana kebanyakan kita kini kembali ke pejabat, universiti dan sekolah, menjadikan masa lebih terhad untuk menyediakan hidangan bagi diri dan insan tersayang.\u00a0\u00a0Menariknya, penglibatan tenaga kerja wanita telah meningkat sebanyak 55.4% pada tahun 2021 berbanding 46.8% pada 2010. Sebahagian besar kerja-kerja memasak untuk keluarga masih disempurnakan oleh golongan wanita. Oleh itu, pes kari yang mampu menjimatkan masa dan pada masa yang sama, enak, merupakan tambahan sempurna dalam kotak alatan Superwoman anda.\u00a0\u00a0Pes kari baharu ini sesuai digandingkan dengan Santan Ayam Brand\u2122, memberikan rasa hebat berkrim, aroma yang menambat selera dan mempunyai manfaat kesihatan santan dalam pek mudah.\u00a0\u00a0Diperah dengan keadaan bersih daripada kelapa terpilih, kemudian dibungkus dalam pek menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT), Santan Ayam Brand\u2122 menyingkirkan kerja-kerja mengagak ketika memasak menggunakan santan.\u00a0 \u00a0 \u00a0Untuk kari Thai yang hebat, anda boleh memilih untuk menggunakan Ayam Brand\u2122 Classic Coconut Milk (Santan Klasik Ayam Brand\u2122) atau Ayam Brand Coconut Milk Trim (Santan Trim Ayam Brand\u2122) dengan kandungan 45% rendah lemak.\u00a0\u00a0Di bawah beberapa resipi segera ketika anda terasa ingin menikmati kari Thai lazat dengan cepat :Kari Hijau Ayam Thai\u00a0\u00a0Apabila digandingkan dengan ayam atau udang, hidangan kari hijau Thai adalah satu hidangan kegemaran ramai, terutamanya apabila disajikan bersama nasi panas pada cuaca yang sejuk atau ketika hujan. Kesegaran rasa daun selasih, ketumbar dan limau purut bersama kepedasan cili hijau menjadikan kari ini satu hidangan yang amat menyelerakan.\u00a0 \u00a0Pes Kari Thai Ayam Brand\u2122 membolehkan anda menyediakan kari berkualiti setaraf dengan masakan restoran dalam masa 20 hingga 25 minit.\u00a0 \u00a0Caranya :\u00a0Dalam pan, panaskan minyak dan tumis satu pek kecil (50gm) Pes Kari Hijau Ayam Brand\u2122 selama 30 saat sehingga harum.\u00a0\u00a0Kemudian, masukkan 200gm potongan dada atau paha ayam dan gaul dan masak sehingga lembut.\u00a0Tambahkan Santan Klasik Ayam Brand\u2122. Biarkan mendidih dan sesudah mendidih, kecilkan api. Biarkan ia selama 5 minit.\u00a0Masukkan terung yang telah dipotong dan lobak merah yang dihiris halus. Masak sehingga sayuran lembut.\u00a0\u00a0Untuk hidangan yang lebih wangi dan pedas, hiaskan dengan daun limau purut, cili merah yang dihiris dan serai.\u00a0\u00a0Hidangan Thai-riffic ini bukan sahaja enak tetapi juga menampilkan rasa yang seimbang dan amat mudah disediakan. Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.\u00a0 \u00a0 \u00a0Kari Merah Daging Thai\u00a0\u00a0Pes Kari Merah adalah lebih menyerlah dan merupakan gandingan sempurna bersama daging seperti daging lembu, bebiri dan kambing. Kari Merah Daging Thai adalah hidangan paling kerap dipesan oleh kebanyakan daripada kita, namun ia sebenarnya mudah disediakan di rumah.\u00a0 \u00a0Ikuti resipi mudah ini :\u00a0Panaskan minyak masak dan tumis satu pek kecil (50gm) Pes Kari Merah Thai Ayam Brand\u2122 selama 30 saat sehingga harum.\u00a0\u00a0Masukkan 200gm daging yang telah dipotong dadu dan goreng sehingga lembut dan digaul sebati dengan pes kari.\u00a0\u00a0Tambahkan Santan Klasik Ayam Brand\u2122, biarkan ia mendidih, sesudah mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 5 minit.\u00a0\u00a0Masukkan 50gm daun kobis yang telah dihiris halus dan gaul sehingga ia lembut mengikut kesukaan anda.\u00a0\u00a0Hiaskan hidangan dengan daun limau purut, cili merah dan serai.\u00a0 \u00a0\u00a0Sajian daging bersama kobis rangup dan kuah berkrim ini amat sesuai dengan nasi serta pasta! Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.\u00a0 \u00a0\u00a0Kari Kuning Ayam & Lobak Merah Thai\u00a0\u00a0Bagi kanak-kanak dan golongan dewasa yang tidak menggemari hidangan pedas, cubalah menyediakan Kari Kuning Ayam & Lobak Merah yang enak ini.\u00a0\u00a0Panaskan minyak masak dalam pan dan tumis satu pek kecil (50gm) Pes Kari Kuning Thai Ayam Brand\u2122 selama 30 saat sehingga harum.\u00a0\u00a0Masukkan 200gm potongan dada atau paha ayam dan goreng sehingga daging lembut.\u00a0Gaulkan bersama Santan Klasik Ayam Brand\u2122.\u00a0\u00a0Biarkan mendidih, sesudah mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 5 minit.\u00a0Kemudian, masukkan lobak merah dan kacang panjang yang telah dipotong serta tomato ceri dan gaul sehingga lembut.\u00a0Hiaskan hidangan dengan daun ketumbar yang dipotong kasar sebelum dihidangkan.\u00a0\u00a0Kari Kuning Ayam & Lobak Merah Thai ini adalah satu hidangan enak dan seimbang. Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.\u00a0 \u00a0Lebih 240 ahli Malaysian Home Testers Club telah mencuba Pes Kari Hijau Thai Ayam Brand\u2122, Pes Kari Merah Thai Ayam Brand\u2122 dan Pes Kari Kuning Thai Ayam Brand\u2122 dan memberikan rating kelulusan yang memberangsangkan. Malah 99% daripada mereka berpandangan positif bahawa mereka akan membeli pes-pes kari Thai tersebut selepas menguji dengan memasaknya.\u00a0 \u00a0Apakah hidangan lain yang boleh anda masak menggunakan Pes Kari Thai Ayam Brand\u2122? Kami telah menyediakan spiral pasta organik kari hijau Thai menggunakan air fryer. Hasilnya amat sedap, rangup dan pedas.\u00a0\u00a0Cubalah kemudahan dan cita rasa tulen yang disediakan oleh Pes Kari Hijau Ayam Brand\u2122; Pes Kari Merah Thai Ayam Brand\u2122 dan Pes Kari Kuning Ayam Brand\u2122. Dijual pada harga RM7.50 setiap pek yang mengandungi 3 pek kecil (50gm setiap satu). Boleh didapati di rangkaian pasar raya Giant, AEON, AEON Big, Jaya Grocer, Village Grocer, B.I.G, HERO Market dan banyak lagi.\u00a0 \u00a0Kongsikan karya kulinari anda bersama Ayam Brand\u2122 menggunakan tanda pagar #AyamBrandCurryPaste atau #AyamBrandPesKari untuk dipaparkan di laman sosial Ayam Brand\u2122. Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai maklumat lain di www.ayambrand.com.my .\u00a0\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2019/08/resepi-kari-daging-sedap.html", "headline": "\nResepi Kari Daging Sedap Melekat 2020! Senang disediakan & lazat rasanya.\n", "content": "\n\nMasakan yang aku tak berapa mahir adalah kari.. Serius memang aku tak pandai nak masak kari yang menjadi dan sedap.. Dah banyak kali cuba dengan resepi-resepi yang aku cari di internet namun semuanya tak memberikan hasil yang aku inginkan..\n\n\nResepi Kari Daging Sedap\u00a0\nMungkin bagi korang yang mahir memasak untuk masak kari tu sesenang ABC.. Bagi aku tidak.. Ia merupakan satu masakan yang agak susah untuk dimasak.. Sungguhpun begitu, aku tetap berusaha untuk mahirkan diri untuk memasak kari sebabnya encik suami memang penggemar kari.. Hiks..\n\n\n\n\n\nResepi Kari Daging\nDua tiga hari lepas encik suami request kari tulang lembu.. Sebabnya tulang lembu ada lagi dalam freezer.. So, arini masaklah kari daging tambah tulang lembut itu.. Hehe.. Cam biasa kalau dah tulang lembu tu memang nak kena masak dalam tempoh yang agak lama untuk lembutkan daging-daging pada tulang tu.. Bukan lembutkan tulang ye.. Tulang tu memang tak kan lembut dahnye.. Haha!! Sebelum ni masak kari daging guna resepi dekat youtube tetapi kurang menjadi.. Untuk kali ni aku search resepi kari daging yang lain pulak..\n\nBiasa kalau search resepi ni, aku tengok gambar jugak.. Kalau nampak gambar tu menyelerakan, baru aku try resepi tu.. Hehe.. Ada jugak yang guna gambar orang lain.. So, kena pandai la pilih resepi ye.. Setelah aku pilih-pilih resepi kat google dan aku decide untuk guna resepi kari daging sedap ni.. Nyum nyum.. Jom check resepi ni.. Disebabkan nak masak tulang, jadi starting kita guna pressure cooker untuk lembutkan tulang tersebut.. hiks.. Nak masak cam biasa pun boleh.. Aku jerk mengada nak gua pressure cooker sebab tak nak tunggu lelama sangat..\n\n\n\n\n\n\n\nResepi Kari Daging Sedap Melekat\nBahan-bahan\n\n1/2 kg daging + tulang\n1 biji bawang besar (potong dadu)\n3-4 ulas bawang putih (dihiris)\n2-3 ulas bawang merah (dihiris)\n1 inci halis (dihiris)\n1 sudu besar cili kisar (ikut kepedasan masing-masing)\n1 peket rempah kari daging adabi\n1 kotak santan adabi\n1 sudu besar kerisik\n2 keping asam gelugor / pes asam jawa\n1 biji kentang (potong ikut selesa)\n2 tangkai daun kari\nKayu manis, bunga lawang (2 kuntum) dan buah pelaga (3 biji)\nGula melaka\nGaram\n\n\nCara masak kari daging yang sedap.\n\nPanaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga bersama bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari.. Tumis sehingga naik bau dan layu..\nMasukkan cili kisar.. Tumis sehingga pecah minyak..\nMasukkan serbuk kari.. Kacau seketika dan masukkan air.. Kacau sehingga rempah kari sebati dan masak\nMasukkan daging dan tulang.. Gaul sebati dengan rempah.. Biarkan seketika sehingga air daging kering dan pecah minyak..\nMasukkan santan dan air mengikut citarasa masing-masing.. Masak dengan api yang perlahan.. Tunggu sehingga daging dan tulang empuk dan masak..\u00a0\nMasukkan ubi kentang yang telah dipotong\nSetelah mendidih masukkan garam, gula melaka, asam jawa dan kerisik..\nKacau rata dan masak seketika.. Sesuaikan rasa manis dan masin mengikut selera masing-masing.. Setelah masak, bolehlah dihidangkan..\n\n\n\n\n\n\nKalau korang rasa nak pekat melekat, korang masaklah kasi kering sikit.. Kalau suka makan kari cair sikit, boleh isi air banyak sikit.. Ikut selera masing-masing.. Bagi aku pulak, kalau makan dengan nasik lebih suka makan yang cair sikit.. Kalau pekat sangat nanti muak pulak.. Kalau kari pekat, syok makan dengan roti.. Perghh memang sedap!! Selera korang aku tak tahu la ye.. Itu selera aku.. Hehe..\n\n\n\nKari daging pekat\n\n\n\n\nYang ni aku dah ejas dah kasi cair sikit.. Baru syok makan dengan nasik..\u00a0\n\nSo, aku dah jumpa resepi kari daging sedap yang menepati citarasa aku.. Oh ya, credit buat blog pokok2u sebab kongsikan resepi kari daging air tangan bonda yang memang sedap dan meletop ni.. Memang menjadik dan terangkat.. Hiks.. Yang mana kurang mahir masak kari macam aku ni, leh try resepi ni ye.. Serius sedap!! Selamat mencuba..\n\nCuba juga ini!\n\ud83d\udcab Gulai kuning ikan kembong sedap\n\ud83d\udcab Singgang pedas ikan kerisi versi terengganu\n\ud83d\udcab Ikan talapia masak tiga rasa\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2019/11/zen-garden-argan-oil-shampoo-and-conditioner.html", "headline": "\nRambut Kembali Lembut dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo & Conditioner\n", "content": "\n\nRambut Kembali Lembut dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo & Conditioner\u00a0 |\u00a0 Haritu ada la aku buat perangai pergi saloon muslimah untuk warna rambut.. Lama dah tak buang tabiat kan.. Haha... Dua tiga hari lepas tu aku perasan rambut aku sedikit kejung dan gugur... Adeh, terus rasa menyesal.. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian takde guna dah beb!!\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk selesaikan masalah aku ni, ada la kawan yang suggest aku pakai minyak argan baik untuk rambut katanya.. Isk, mana mahunya aku sapu minyak kat kepala.. Tak selesa woihh.. Jadi, bila dah macam tu ada pulak yang cadangankan aku guna aje syampu dan perapi Zen Garden sebabnya ia mengandungi Minyak Argan.. Haa cadangan ni boleh diterima pakai.. Haha..\n\n\n\n\nRambut Kembali Lembut dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo & Conditioner\n\n\nAku dah seminggu pakai Zen Garden Argan Oil Shampoo & Conditioner ni sebenarnya.. Alhamdulillah takat ni memang ok dengan rambut aku.. Ada sesetengah brand tu, ia akan mengeringkan rambut aku.. Itu tandanya tak sesuai... Zen Garden ni ok sangat sebabnya, lepas guna rambut aku jadi lembut dan kuat.. Keguguran rambut pun dah kurang sangat.. Ini disebabkan special ingredient Argan Oil dalam Zen Garden ni.. Alang-alang aku dah cuba ni, meh aku story sikit tentang keistimewaan jenama ni..\n\n\nApa Itu Minyak Argan?\n\n\n\n\nMinyak Argan diekstrak dari kernel Pokok Argan Maghribi.. Ia kaya dengan nutrien dan vitamin seperti Vitamin A, C & E, antioksidan, asid linoleik dan asid lemak Omega-6.. Disebabkan itulah, Minyak Argan ni adalah ramuan yang hebat untuk pelembap, syampu dan perapi bagi kulit dan rambut.. Daripada kombinasi semua bahan-bahan supernatural ini ia memberi banyak kesan positif apabila digunakan dengan betul..\n\n\n\n\nMinyak Argan Bagus Untuk Rambut\n\n\n\n\n\n\n\nDengan menggunakan Minyak Argan, rambut akan menjadi lebih lembut, berkilau, mudah diurus dan membantu menggilap rambut kerinting. Ia merupakan minyak untuk menghidrat dan melembutkan rambut.. Vitamin E yang terkandung dalam Minyak Argan dikenali dengan sifat antioksidan yang dapat membantu meneutralkan kerosakan rambut dari radikal bebas. Ia penting untuk memastikan rambut bebas daripada kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran setiap hari, rawatan kimia dan alat pemanas rambut..\n\n\n\nDengan kandungan antioksidan yang tinggi dan asid lemak penting, manfaat Minyak Argan secara semulajadinya dapat membantu meningkatkan kekuatan rambut dan mengembalikan sinar terhadap rambut yang kusam..\n\n\n\nManfaat Minyak Argan Dalam Syampu dan Perapi Rambut\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekarang ni banyak produk yang menggunakan Minyak Argan sebagai bahan utamanya termasuklah Zen Garden ni.. Minyak Argan ni sering kali digunakan dalam syampu kerana ia berupaya untuk kembalikan kelembutan dan kekuatan rambut serta membuatkan rambut kembali bersinar.. Ia juga digunakan dalam perapi rambut untuk merawat hujung rambut yang pecah atau bercabang dan menguruskan rambut kerinting..\n\nIa juga digabungkan dengan bahan-bahan yang lain untuk meningkatkan lagi manfaat syampu dan perapi rambut.. Seperti yang dilihat dalam produk Zen Garden ini yang mempunyai manfaat penting lain seperti hairfall control, anti-dandruff, soft & smooth dan lavender scent...\n\n\n\n\n\nZen Garden Soft & Smooth\n\n\n\n\nZen Garden Hairfall Control\n\n\n\n\nZen Garden Anti Dandruff\n\n\n\n\nZen Garden Lavender Scent\n\n\n\n\u00a0\n\nNak Rambut Sihat? Zen Garden Jawapannya!\n\n\nAku kalau beli syampu atau perapi rambut, perkara utama yang aku harus teliti selain dari status Halalnya adalah bahan utamanya.. Kalau bahan utamanya memang bagus dan memberi manfaat pada rambut, maka jenama itulah yang akan aku pilih... Samalah jugak dengan Zen Garden ni.. Disebabkan ada Minyak Argan didalamnya yang boleh membaiki semula rambut aku yang rosak, jadi syampu dan perapi Zen Garden lah yang jadi pilihan aku..\n\n\n\n\n\nKorang yang ada masalah rambut tu, bolehlah cuba produk keluaran Zen Garden ni.. Ia boleh merawat rambut kering, rapuh dan rosak... Bagi korang yang ingin mencuba, boleh dapatkan produk Zen Garden ni di pasaraya Mydin yang berhampiran korang.. Harga pun berpatutan.. Gerenti mampu milik punya! Hehe....\n\n\n\nUntuk info lanjut, korang boleh layari :-\n\n\n\nInstagram\u00a0 :\u00a0 www.instagram.com/zengarden_official\n\nFacebook\u00a0 :\u00a0\u00a0https://www.facebook.com/lovinghandsmarketing/\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2017/05/novel-seram-dari-penulis-muhammad-fatrim.html", "headline": "\nNovel Seram Dari Penulis Muhammad Fatrim\n", "content": "\n\nNovel Seram Dari Penulis Muhammad Fatrim \u00a0|\u00a0 Yeahhh semalam dapat parcel dari Poslaju... Cam yang dah dijangka, 3 buah novel seram dari penulis Muhammad Fatrim yang aku beli tempoh hari selamat sampai ke tangan aku... Alhamdulillah.. Siap ada gift lagi uolls... Terharu hakak!! Hehe..\n\n\n\n\nNovel Seram Dari Penulis Muhammad Fatrim\n\n\n3 novel ni dijual secara combo.. RM50 sekali dengan postage.. Murah tu!! Rugi tak beli.. Kalau beli kat kedai mane mahuuunya dapat harga cenggitu.. Ye dak?? Siap dapat gift lagi tu.. Aku beli dari penulisnya sendiri.. Muhammad Fatrim - Penulis, Novelis & Penerbit... Gift yang aku dapat tu adalah magnet fridge dan coklat cadbury.. Comel jerk gift kan.. Cam tetahu jerk aku pengumpul magnet fridge... hehe..\u00a0\n\n\n\n\n\nDah bila beli dengan penulisnya sendiri, haruslah ada tandatangan di setiap buku.. Tercatat pulak nama aku kat situ.. Fefiling terharu aku.. Haha.. Thankz tau Ayim... Comel jerk tapak kaki kucem tu.. Hehe..\n\n\n\nAda sebuah novel lagi yang aku nak beli dari penulis Muhammad Fatrim ni, Pelaris.. Tengah kumpul dana dulu.. Haha.. Macam harga beribu ajerk kan..\u00a0\n\n\n\nBila aku nak baca buku ni?? Hurmm bila tu toksah tanye la ye... Aku tak pasti bila aku akan mula baca.. Sebab berlambak lagi buku yang aku belum baca.. Tengok mood aku camne.. Kalau rasa mood seram tu datang, harus buku ni dulu yang aku baca.. Haha!!\n\n\n\nOk.. Cerita dah habis.. Baii!!!..\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2018/04/dashing-sport-penuhi-kehendak-lelaki.html", "headline": "\nDASHING Sport Penuhi Kehendak Lelaki Aktif\n", "content": "\n\nDASHING Sport Penuhi Kehendak Lelaki Aktif\u00a0 |\u00a0\u00a0Setiap bulan encik suami mesti kena spend duit untuk keperluan diri.. Dia masih tak boleh nak 'move on' dengan jenama penjagaan diri yang lain dan masih setia dengan jenama DASHING.. Setiap keluaran terbaru DASHING, mesti dia akan cuba dan bandingkan dengan yang sebelumnya.. Paling latest, dia cuba pula DASHING Sport kerana DASHING Sport penuhi kehendak lelaki aktif... Bersesuaianlah dengan kerjanya yang sentiasa kena aktifkan diri.. Hiks..\n\n\n\n\nBukan tak cuba jenama lain, tetapi masih tak boleh menandingi kehebatan jenama DASHING ni.. Baunya memang best.. Itu memang tak boleh dinafikan.. Setiap keluarannya, mesti ada yang tersangkut dihati.. Bila sebut pasal sport ni, mesti terus teringatkan bola sepak kan.. Haaa musim-musim bola sepak ni, korang yang mane nak pergi stadium tengok bola tu, bolehla sembur DASHING Sport ni dulu supaya orang sebelah tak pengsan bau badan korang tu.. Haha!! Orite, jom aku kenalkan pada korang rangkaian produk DASHING Sport ini..\n\n\n\n\nDASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.\u00a0 \u00a0\n\n\n\nLelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING Sport mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma \u201csporty\u201d dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.\n\n\nBerpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDASHING Sport Deodoran Hitman\n\n\n\n\n\nDASHING Sport Deodoran Golden Boot\n\nUntuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.\u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n\nMemahami keperluan lelaki aktif untuk\u00a0 berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING Sport ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n\nSemburan Deodoran DASHING Sport\u00a0 bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.\u00a0 \u00a0\n\n\n\n\nDASHING Sport Eau De Toilette Hitman\n\n\n\n\n\nDASHING Sport Eau De Toilette Golden Boot\n\n\n\n\nDASHING Sport Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.\u00a0\u00a0\n\n\n\nRangkain produk DASHING Sport\u00a0 boleh didapati dalam 2 variasi iaitu\u00a0\u00a0Hitman dan Golden Boot.\u00a0 \u00a0\n\n\n\n\n\n\nDASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian\u00a0 daya tarikan\u00a0 yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\n\nVariasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.\n\n\n\n\n\n\nKeluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.\n\n\n\n\nUntuk maklumat lanjut, sila layari :-\n\n\n\nWebsite\n\nhttp://www.dashing.com.my/\n\n\n\nFacebook\n\nhttps://www.facebook.com/Dashing.MY/\n\n\n\nInstagram\n\nhttps://www.instagram.com/dashing_my/\n\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/05/petua-hidup-tenang.html", "headline": "\nPetua Hidup Tenang\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelamat pagi olls... Dah sarapan belum?? Sebelum kerja pergi sarapan dulu yekk.. Baru best buat kerja.. Tenang aje.. Ye dak..?? Okeh.. Pagi ni aku nak kongsi tips atau petua untuk mendapatkan hidup yang tenang... Bagaimana?? haaa.. ni la yang aku nak habaq kat korang ni... Ada 12 petua yang aku nak kongsikan disini... Sama-sama kita amalkan dan mencari ketenangan dalam hidup ni.. Moga dapat membantu korang-korang semua dan aku juga.. hikss... Jommm followwww 12 tips hidup tenang...!!\n\n\n\n1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.\n\n\n\n2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.\n\n\n\n3. Tidak berlebihan melakukan \u00a0apa yang anda tidak mampu buat. \u00a0Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.\n\n\n\n4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja..\u00a0\n\n\n\n5. Jangan bazirkan tenaga dan masa \u00a0terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.\n\n\n\n6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.\n\n\n\n7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.\n\n\n\n8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..\n\n\n\n9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..\n\n\n\n10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..\n\n\n\n11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..\n\n\n\n12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah..\n\n\n\n\n\n\n\nDah abeh baca ke?? Kalau dah abeh baca pasni boleh la amal-amalkan yek.... Tanam dalam hati \"Aku boleh..!!!\" Bila hidup tenang baru lah hari-hari yang dilalui indah dan lebih bermakna kan...\u00a0\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2013/11/kehilangan.html", "headline": "\nKehilangan..\n", "content": "\n\n\n\n\n\nAssalamualaikum\n\n\n\nLetih betul hari ni... Kat opiz aku hari ni dok gotong royong 5S.. orang lain dah siap 5S, kitorang baru nk mula.. banyak betul barang yang perlu disisih.. dengan berhabuk parak nye.. sengal habis hidung ni..!! hehe.. Sambil-sambil buat 5S dengo la radio... penghibur hati dikala berhabuk kan.. hakhak..\n\n\n\nSebut sal lagu ni kan.. teringat lak lagu Firman.. aku minat beno lagu ni... 'Kehilangan'... wah.. ngam kan ngan tajuk entri aku kali ni.. haaa sebab tu aje yang entri ni bertajuk sebegitu rupa... ekeke.. tangkap feeling abeh aku dengar lagu ni.. best lagu ni.. lirik dia.. hurmm malas nak cite arr.. hukhuk.. meh kite nyanyi sama-sama.. sementara time rehat ni.. korang dengo la ye.. aku nak p bersih-bersihkan ape patut.. aku nk solat zohor dulu.. hehe... tangkap sedey beb lagu ni.. jom dengar.... aku sertakan sekali lirik syahdu ni untuk kite nyanyi sesama...\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKehilangan - Firman\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nOkeh semua.. selamat berhibur...\n\n\n\nBubey...\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2014/07/beduk-diketuk.html", "headline": "\nBeduk Diketuk\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum wbt.\n\n\n\n\n\n\n\nYehhh Yehhh... Abeh dah baca buku ni.. Yang aku dok gebang-gebang semalam tu, buku ni la yang aku baca... Terbahekkkkkkkk sangat... Banyak bagi pengajaran pada aku.. Cuma lagik tinggal mahu mengamalkannya dan istiqamah... Insya ALLAH...\u00a0\n\n\n\nMula-mula dulu aku dok tengok kawan aku je baca buku penulisan Pahrol Mohd Juoi ni.. Aku tak berminat sebab penulisan dia agak berat dan sarat... Maybe aku baca sambil lalu aje kowt... Tak baca menyeluruh.. Entah camne terdetik ati aku nak beli buku ni, masa aku melilau-lilau dalam Kedai Buku 1Malaysia haritu.. Mungkin aku tertarik dengan cover buku ni yang seperti komik... Isi dalam pown terdapat gambar kartun-kartun.. Mungkin sebab tu aku jadi tertarik untuk beli buku ni... Aku fikir tak la bosan baca bila disulami dengan kartun-kartun kan.. Ahakz..\n\n\n\nTernyatalah dengan idea penulis untuk menggunakan grafik kartun ni membuatkan aku tak bosan membaca penulisan dia yang ternyata juga memberi kesan yang mendalam pada aku.. Rupa-rupanya penulisan penulis ni sangat-sangat lah bagus... Patutlah kawan aku suka sangat baca buku penulisan beliau... Setelah baca buku ni, baru aku rasa nak memiliki semua buku penulisan beliau... Cara penyampaian beliau sangat lah praktikal... Simple tapi berkesan... Dengan dialog sahaja, dah cukup memberi penerangan yang mantap lagi berkesan..\n\n\n\nInsya ALLAH, akan datang aku nak beli buku lain pulak hasil penulisan beliau... Yang nyatanya, ada sebuah lagi buku beliau yang aku belum baca.. Juga bercover kartun. Hahaha... 'Angguk Geleng'.. Nanti aku dah baca aku update ye....~!!\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nGambar : kredit\u00a0chepahilahussein\n\n\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/03/review-cik-calla-lily-dan-encik-bos.html", "headline": "\nReview Novel | Cik Calla Lily dan Encik Bos\n", "content": "\n\n\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\nJumaat hari tu dapat juga aku habiskan pembacaan novel Cik Calla Lily dan Encik Bos (CCLEB) ni dengan jayanya... Harini aku nak review sikit pasal novel ni.. Kan dah janji.. huhu..\u00a0\n\n\n\nNovel CCLEB ni terbitan Karya seni dan ditulis oleh Airisz... Rasanya ni adalah novel pertama Airisz yang aku baca.. Yang lain-lain belom lagik.. Mungkin lepas-lepas ni aku akan baca sebab novel CCLEB ni best.. Yang aku tahu trademark Airisz untuk judul novel-novelnya adalah dengan menggunakan Cik dan Encik.. Semua tajuk novel yang ditulisnya ada Cik dan encik.. Haha.. kire trademark la tu kan..\n\n\n\nOkeh.. Nak cite sikit pasal jalan cerita novel ni.. Untuk permulaan cerita, kita diperkenalkan dengan watak Cik Calla Lily atau nama sebenarnya Chinta Adara atau nama manjanya Cik Ta.. (eh.. eh.. cam cik ta a.k.a rozita chek wan lak.. haha) Cik Ta ni berumur 26 tahun tapi masih tiada pasangan hidup.. Cik Ta ni bekerja di bahagian Kewangan di sebuah syarikat swasta.. Di bahagian dia bekerja tu kebanyakan kakitangan wanita dah lanjut usia dan belum kawin.. Alah senang cakap ANDARTU la..\u00a0\n\n\n\nEmak Cik Ta dah bising-bising suruh Cik Ta kawin sebab takut anaknya menjadi andartu.. Cik Ta pula memang pantang la kalau dengan Duda.... \u00a0Siap dikutuk-kutuknya siapa sahaja yang berstatus duda.. Huhu.. Dia dah bertekad kalau nak kawin mesti dengan yang single..\u00a0\n\n\n\nAdehh panjang lak nak cite satu-satu part dalam ni.. Yang boleh aku katakan cerita novel ni memang best.. Jalan cerita memang santai habis.. Bahasa memang selamba badak je.. Kalau korang baca memang boleh gelak sorang-sorang ye...\n\n\n\nCerita novel ni memang berkisarkan Andartu... duda... kawin.. konflik keluarga pun ada.. kasih sayang semestinya.. paling dasyat adalah gosip... Dorang memang suka bergosip... Yang pastinya bila baca novel ni rasa best sangat.. Rasa nak suami yang macam fahrain tu.. hahaha.. Ehh.. Lupa nak perkenalkan hero dalam cite ni kan.. Hero dia Encik bos a.k.a Fahrain.. Orangnya sangatlah romantik dan dalam masa yang sama sangat tegas... Perkahwinan Cik ta ngan Encik Fahrain ditentukan oleh keluarga ye.. Emak Cik Ta ngan Emak Fahrain adalah kawan baik....\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\nHaa.. korang baca la sendiri sinopsis kat belakang ni.. Nak cerita satu novel ni tak terlaratnya aku.. hehe.. Review sikit-sikit dah le yekk!! Cuma satu aku nak cite camne Cik Ta dapat gelaran Cik Calla Lily tu.. Kesnya Cik Ta curi bunga Calla Lily kat Resort sebelum program Team Building anjuran syarikatnya tamat dan perbuatan dia tu sempat diperhatikan oleh Encik Bos.. Haha.. Encik Bos ni Fahrain la.. Yang akhirnya jadi bos si cik Calla Lily ni.. Dan Fahrain juga la yang menjadi jejaka misteri yang selalu hantar bunga Calla Lily dekat Cik Ta.. Romaktiknyeeeeee....\u00a0\n\n\n\nSerius weh novel ni best.. Cuma satu aje tak puas ati, ending dia cam tergantung.. habis camtu aje.. Pape pun tak rugi kalau beli sebab novel ni santai dan menceriakan hari-harimu.. cia.. cia.. cia.. Aku bagi 4 bintang untuk novel ni.. yey!!\n\n\n\nLast sekali aku nak kongsi jugak qoute yang cik dalila si hot and seksi dalam novel ni... Qoute dia berbunyik cenggini.. \"Hidup ni harus dijalani, bukan buat spekulasi tentang apa yang bakal berlaku akan datang. Nasib seseorang tak sama..\" wahh aku ejas sikit kasi best agik.. haha..!! jangan mareeee...\n\n\n\n\n\n\n\nOkey laa.. Sampai sini dulu review aku.. Selamat membeli dan membaca yek untuk korang...!!\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2020/04/tomyam-putih-pembuka-selera-berbuka-puasa.html", "headline": "\nRamadhan 7 - Tomyam Putih Pembuka Selera Berbuka Puasa Hari Ini\n", "content": "\n\nRamadhan 7 - Tomyam Putih Pembuka Selera Berbuka Puasa Hari Ini\u00a0 |\u00a0 Pejam celik pejam celik dah seminggu berpuasa.. Sekejapnya masa berlalu sekarang ni kan.. Seolah-olah kita yang mengejar masa setiap hari.. Masa terlalu pendek sehinggakan tak rasa pun penat berpuasa.. Pagi bersahur, tetiba dah petang nak berbuka.. Serius sekejap je rasa..\n\n\n\n\nHari ni dah hari ke-7 puasa.. Makin hari makin buntu nak masak apa.. Mungkin PKP ni dah berlanjutan sampai ke fasa 4 membuatkan aku dah tak tahu nak masak ape dah.. Haha.. Dah alang-alang beli ayam, so aku decide masak tomyam putih jerk la ari ni.. Simple.. Tak payah nak tegangkan urat otak sangat fikir nak masak masakan yang agak complicated.. huhu..\n\nResepi Tomyam Putih\u00a0 ni aku belum sedia nak share lagi sebabnya aku masak main campak-campak jerk.. Cam susah pulak nak susun buat resepi.. Haha.. Aku masak tomyam ni ikut suka aku jerk.. Tak ikut tertib yang sepatutnya pun.. Hehe.. Nextime kalau aku rajin aku susunkan resepi ni dan share kat sini ye.. Hiks..\n\nEsok cuti 1 Mei hari pekerja.. Esok aku plan nak buat bubur kacang.. Tu pun kalau ada kerajinan yang berlebihan.. Kalau tak, telan air liur je la lagi.. Hehe..\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2016/07/qhaliff-sakit-mata.html", "headline": "\nQhaliff Sakit Mata\n", "content": "\n\nAssalamualaikum wbt..\n\n\n\n\n\n\n\nQhaliff Sakit Mata | Allahuakbar... Qhaliff sakit mata pulak.. Pagi tadi dia bangun tido, mata sebelah kanan dia bertahi.. Banyak sangat.. Sampai tak boleh bukak mata.. Semalam elok lagi... Tadi pengasuh call cakap memang sah qhaliff sakit mata.. Risau betul aku.. Sekejap lagi nak bawak pergi klinik.. Harapnya cepat la sembuh..\u00a0\n\n\n\nKorang ada tak petua untuk pulihkan sakit mata ni?? Kalau ada boleh la kongsi.. Mane tau anak korang pernah alamikan..\u00a0\n\n\n\n"}
{"url": "https://www.leaazleeya.com/2022/03/disinfeksi-permukaan-secara-profesional-melalui-rangkaian-clorox.html", "headline": "\nDisinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox\n", "content": "\nDisinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox | Mulakan hari anda dengan permukaan bersih untuk kekal bersih dan selamat. Pandemik Covid-19 telah membuatkan kita lebih peka terhadap kehadiran serta jangkitan virus dan kuman. Ekoran varian Omicron yang mudah merebak berbanding varian-varian lain sebelum ini, seluruh dunia kini bertarung dalam menangani gelombang keempat pandemik tersebut. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan varian Omicron juga kian meningkat.Bagaimanakah kita dapat melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus dan kuman, pada masa sama menjadikan ruang kediaman, kerja atau belajar satu zon bersih?Pertama sekali, ketahui apakah elemen yang sedang anda depani. Covid-19 adalah satu virus pernafasan yang boleh tersebar menerusi titisan cecair daripada tubuh. Ini berlaku apabila penghidap virus berkenaan batuk, bersih atau menyentuh muka mereka dan seterusnya memegang suatu permukaan. Oleh itu, anda disarankan menggunakan disinfektan. Sebelum itu, pastikan anda sentiasa sentiasa mematuhi arahan pada label produk bagi penggunaan yang betul.Memperkenalkan rangkaian disinfeksi Clorox Expert yang membantu anda mendisinfeksi kediaman, tempat kerja, sekolah atau universiti secara profesional. Dihasilkan dengan komponen-komponen yang digunakan dalam rangkaian Clorox bagi kegunaan hospital dan perkhidmatan perubatan, rangkaian terbaharu, yang menerima pengiktirafan EPA, ini membunuh 99.9% virus dan bakteria dalam masa 1 minit. Ia juga dapat menyingkirkan virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19. Memberikan hasil profesional dan pembersihan yang rapi, Clorox Expert adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kebersihan ruang anda daripada kuman dan virus termasuk COVID-19.Clorox telah berada dalam bidang solusi pembersihan dan disinfektan sejak tahun 1913. Clorox Bleach merupakan jenama peluntur nombor satu di dunia dan\u00a0 kemampuannya untuk membunuh 99.9% kuman telah dipercayai selama bergenerasi. Kenyataan ini telah dibuktikan menerusi data dengan produk-produk Clorox telah dicuba dan diuji oleh golongan profesional dan pengguna sebelum pandemik melanda.\u201cVarian Omicron amat mudah merebak, menjadikan disinfeksi permukaan keras dengan lebih kerap menjadi satu keutamaan. Pastikan anda selalu menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh seperti kunci, tombol dan pemegang pintu, telefon, komputer riba dan meja, ruang dalaman kenderaan serta bungkusan dan penghantaran. Adalah lebih baik mengambil langkah berwaspada agar kekal selamat,\u201d kata Paulo Lao, Pengarah Jualan dan Pemasaran Clorox Asia Tenggara.Beliau menambah, \u201cPenyebaran varian Omicron bermakna kita berpotensi menjadi pembawa virus tersebut ke rumah dan menyebarnya kepada insan tersayang. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita disinfek item-item yang sering disentuh bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan ketenangan minda.\u201d\u00a0\u00a0Clorox ingin berkongsi beberapa tip bagaimana anda boleh menjaga ruang dan melindungi diri dan insan tersayang dalam menghadapi peningkatan kes Omicron :Memastikan Keselamatan Ruang Kerja, Sekolah dan Kolej\u00a0\u00a0Kolaborasi merupakan sebahagian besar daripada sesi penting di tempat kerja, sekolah ataupun kolej. Sungguhpun kita berhasrat untuk mengekalkan penjarakan fizikal, namun masih terdapat kemungkinan bahawa kita menyentuh item-item yang telah disentuh pihak lain. Tidak salah untuk menjadi \u2018pembersih\u2019 atau \u2018clean freak\u2019 dengan menyahjangkit ruang kerja atau belajar anda apabila anda tiba atau kembali ke ruang tersebut selepas waktu makan tengah hari.Buatkan Satu Pek PencegahanPastikan anda mempunyai item-item pencegahan jangkitan (seperti pelitup muka, topeng muka, pensanitasi tangan, sarung tangan pakai buang serta pengelap dan penyembur pembasmi kuman) di lokasi tumpuan kediaman, konsol pusat kereta, di tempat kerja atau meja belajar, mahupun di dalam beg tangan atau beg galas anda untuk kegunaan jika anda berada di luar.Membasmi Kuman Pada Peranti dan Barangan Bawaan HarianItem bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih berpotensi untuk terkena titisan cecair tubuh - daripada diri atau individu sekeliling anda. Setibanya di rumah, pastikan anda mengelap item-item ini dengan rapi. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk memastikan item peribadi anda selamat dan mengelak anda dari menyebarkan virus secara tidak sengaja.Disinfeksi Kenderaan AndaKita menghabiskan banyak masa dalam kenderaan dan pada kebiasaannya tanpa memakai pelitup muka. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Spray untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada kadar segera atau guna Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk mengelap permukaan keras dengan lebih rapi. Jangan lupa untuk mengelap bahagian dalam dan luar lubang pendingin hawa dan pemegang pintu.Singkir Kuman Melalui SemburanSebelum membawa masuk pembelian barangan keperluan atau bungkusan ke dalam rumah, sembur terlebih dahulu permukaan barangan tersebut. Letakkan Clorox Expert Disinfecting Spray di pintu masuk rumah untuk segera menyahjangkit item-item terlibat bagi menyingkirkan virus yang ada dan memastikan keselamatan diri dan insan tersayang terus terpelihara.Disinfeksi Permukaan Kerap DisentuhSusur tangan, suis lampu, pemegang dan tombol pintu adalah antara permukaan yang dipenuhi kuman. Seperti juga item-item yang sering dipegang dan sentuh seperti telefon, papan kekunci komputer dan alat kawalan jauh televisyen. Kami mengesyorkan Clorox Expert Disinfecting Wipes bagi membersihkan permukaan item-item ini kerana ia mampu membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk Covid-19 hanya dalam 15 saat9. Bersihkan permukaan ini dengan rapi sekurang-kurangnya sekali sehari.Jangan leka dan lalai dalam memastikan keselamatan. Ikuti tip-tip mudah ini bagi membantu anda kekal selamat dan sihat serta mampu bertahan dalam mendepani cabaran yang dibawa varian Omicron.\u00a0\u00a0Rangkaian Clorox Expert termasuk Clorox Expert Disinfecting Wipes dengan pek 15 dan 30 helaian kain pengelap; dan Clorox Expert Disinfecting Spray. Produk-produk Clorox boleh didapati di peruncit-peruncit terkemuka di seluruh negara.Dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkara berkaitan pembersihan serta sebagainya di :-Website : Clorox Malaysia\u00a0\u00a0Facebook : Clorox Malaysia\u00a0Instagram : Clorox Malaysia\u00a0\n\n"}