The full dataset viewer is not available (click to read why). Only showing a preview of the rows.
The dataset generation failed because of a cast error
Error code:   DatasetGenerationCastError
Exception:    DatasetGenerationCastError
Message:      An error occurred while generating the dataset

All the data files must have the same columns, but at some point there are 3 missing columns ({'title', 'url', 'content'})

This happened while the json dataset builder was generating data using

hf://datasets/amzar1303/crawl-karangan-net-karangan/karangan-net-contoh-karangan-spm-kerja-amal.json (at revision 108d1d51322c425e5465581e1f6b8b69f5c449d9)

Please either edit the data files to have matching columns, or separate them into different configurations (see docs at https://hf.co/docs/hub/datasets-manual-configuration#multiple-configurations)
Traceback:    Traceback (most recent call last):
                File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/builder.py", line 2011, in _prepare_split_single
                  writer.write_table(table)
                File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/arrow_writer.py", line 585, in write_table
                  pa_table = table_cast(pa_table, self._schema)
                File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/table.py", line 2302, in table_cast
                  return cast_table_to_schema(table, schema)
                File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/table.py", line 2256, in cast_table_to_schema
                  raise CastError(
              datasets.table.CastError: Couldn't cast
              
              to
              {'title': Value(dtype='string', id=None), 'url': Value(dtype='string', id=None), 'content': Value(dtype='string', id=None)}
              because column names don't match
              
              During handling of the above exception, another exception occurred:
              
              Traceback (most recent call last):
                File "/src/services/worker/src/worker/job_runners/config/parquet_and_info.py", line 1321, in compute_config_parquet_and_info_response
                  parquet_operations = convert_to_parquet(builder)
                File "/src/services/worker/src/worker/job_runners/config/parquet_and_info.py", line 935, in convert_to_parquet
                  builder.download_and_prepare(
                File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/builder.py", line 1027, in download_and_prepare
                  self._download_and_prepare(
                File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/builder.py", line 1122, in _download_and_prepare
                  self._prepare_split(split_generator, **prepare_split_kwargs)
                File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/builder.py", line 1882, in _prepare_split
                  for job_id, done, content in self._prepare_split_single(
                File "/src/services/worker/.venv/lib/python3.9/site-packages/datasets/builder.py", line 2013, in _prepare_split_single
                  raise DatasetGenerationCastError.from_cast_error(
              datasets.exceptions.DatasetGenerationCastError: An error occurred while generating the dataset
              
              All the data files must have the same columns, but at some point there are 3 missing columns ({'title', 'url', 'content'})
              
              This happened while the json dataset builder was generating data using
              
              hf://datasets/amzar1303/crawl-karangan-net-karangan/karangan-net-contoh-karangan-spm-kerja-amal.json (at revision 108d1d51322c425e5465581e1f6b8b69f5c449d9)
              
              Please either edit the data files to have matching columns, or separate them into different configurations (see docs at https://hf.co/docs/hub/datasets-manual-configuration#multiple-configurations)

Need help to make the dataset viewer work? Make sure to review how to configure the dataset viewer, and open a discussion for direct support.

title
string
content
string
url
string
Kebaikan_Amalan_Kitar_Semula
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 telah menjadi penanda aras untuk mencapai kemakmuran dalam semua aspek khususnya ekonomi, sosial dan politik secara adil, saksama. Namun, masalah pembuangan sampah yang boleh dikitar semula masih lemah walaupun tahun 2020 telah berlalu pergi. Masyarakat masih di takuk lama kerana ksehingga hari ini masalah pencemaran alam dan pembuangan sampah masih berleluasa di negara kita. Oleh itu, kerajaan perlu menguar-uarkan kepentingan daripada amalan kitar semula ini agar masyarakat sedar akan keperluan mengamalkan pengurusan sampah yang baik. Persoalannya, apakah kebaikan daripada amalan kitar semula ini?
https://karangan.net/amalan-kitar-semula/
Mengurangkan_pencemaran_alam_sekitar
Salah satu kelebihan yang signifikan dalam amalan kitar semula ialah pencemaran alam sekitar semakin berkurangan. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat mula sedar akan keperluan mengasingkan sampah domestik dengan sampah yang boleh dikitar semula. Mereka melakukan pengasingan sampah sebelum memasukkannya ke dalam tong sampah. Oleh itu, dengan pengurusan sampah yang bermula dari rumah, kita akan dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar daripada pencemaran. Tegasnya, fikir dulu sebelum buang merupakan slogan yang tepat dan sesuai untuk masyarakat.
https://karangan.net/amalan-kitar-semula/
Mengurangkan_kos_operasi_pelupusan_sampah
Dari sudut yang lain pula, amalan kitar semula akan dapat mengurangkan kos operasi pelupusan sampah kerana ada sesetengah sampah perlu mengambil masa yang lama dalam proses pelupusan. Sebagai contoh, plastik dan kaca perlu mengambil masa yang lama dalam proses penguraian. Keadaan ini menyebabkan timbunan sampah menjadi banyak lalu akan menjadi timbunan bukit sampah. Berdasarkan kajian, plastik dan kaca mengambil masa 500 tahun untuk dilupuskan. Malah proses pereputan yang terlalu lama ini akan membebaskan bau gas yang busuk lalu memberi kesan buruk kepada masyarakat. Oleh hal yang demikian, amalan kitar semula merupakan kaedah terbaik yang dapat menyelesaikan masalah timbunan bukit sampah yang semakin banyak.
https://karangan.net/amalan-kitar-semula/
Kemusnahan_sumber_alam_dapat_dielakkan
Tidak dinafikan bahawa dalam isu kitar semula, kemusnahan sumber alam dapat dielakkan merupakan kebaikan kitar semula yang patut menjadi keutamaan. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan sumber alam untuk menghasilkan kertas, tin dan plastik semakin sukar didapati dan harga bahan mentah tersebut juga semakin mahal. Malah, banyak pokok perlu ditebang untuk menghasilkan setan kertas. Keadaan ini menyebabkan kita menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat agar dapat mengurangkan penggunaan sumber alam demi memelihara dan memulihara khazanah hutan negara. Dengan cara ini, permintaan sumber alam berkurangan dan secara tidak langsung kegiatan tidak bermoral ini akan terhenti dengan sendirinya.
https://karangan.net/amalan-kitar-semula/
Menjadi_sumber_pendapatan
Dari sudut sosioekonomi pula, amalan kitar semula dapat menjadi sumber pendapatan utama. Bagi pemborong barang terpakai, aktiviti mengumpul barang kitar semula yang dikutip setiap hari oleh golongan miskin akan dapat menyumbang pendapatan harian kepada mereka. Malah, aktiviti mengutip tin dan botol yang bersepah di merata-rata tempat telah menyebabkan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan aktiviti mengutip tin dan botol pasti akan dapat menyelesaikan masalah sampah sarap di kawasan pelancongan. Secara tidak langsung, tidaklah pelancong menganggap destinasi pelancongan di Malaysia hanya indah khabar daripada rupa.
https://karangan.net/amalan-kitar-semula/
Penutup_Karangan_Amalan_Kitar_Semula
Dalam mencari kesepakatan bicara, ketulusan jiwa, dan keikhlasan hati , semua pihak haruslah berlapang dada apabila menerima keputusan secara kolektif demi menyelamatkan alam sekitar daripada kemusnahan akibat keghairahan manusia meneroka alam sekitar agar dapat terus diwarisi oleh generasi kepimpinan negara pada masa akan datang. Oleh itu, usaha ini perlu digerakkan oleh semua pihak agar kita dapat mengecapi kesejahteraan hidup kerana rakyat yang sihat bergantung kepada persekitaran yang bersih dan indah. Contoh Karangan: Kebaikan Teknologi HijauContoh Karangan: Langkah Menggalakkan Kempen Kitar Semula
https://karangan.net/amalan-kitar-semula/
Kebaikan_dan_Keburukan_Belajar_di_Luar_Negara
Pada masa kini, semua pelajar mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di luar negara. Belajar di Luar negara merupakan satu pencapaian yang sangat boleh dibanggakan. Seringkali diperkatakan golongan pelajar-pelajar di Malaysia mendapat peluang untuk belajar di luar negara akan diberi harapan yang tinggi. Mereka bakal menjadi pemimpin generasi masa hadapan dan terlibat secara aktif dan langsung dalam memacu ekonomi negara pada tahun-tahun mendatang. Walau bagaimanapun, perjalanan ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang perlu diambil perhatian.
https://karangan.net/belajar-di-luar-negara/
Memperoleh_pengetahuan_dan_pengalaman_yang_berharga
Belajar di luar negara memberikan banyak manfaat dan peluang kepada pelajar. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang berharga melalui pembelajaran dan interaksi dengan rakyat negara yang berbeza. Pengetahuan yang diperoleh daripada pembelajaran akan membantu mereka memahami dunia lebih dalam dan memperkuatkan ilmu mereka. Pengalaman berdasarkan apa yang dirasai, dilihat, dan dilalui akan membantu mereka memahami budaya dan bahasa orang lain dan memperkayakan bahasa mereka. Berinteraksi dan berbual dengan rakyat negara yang berbeza akan membantu mereka memperluaskan fikiran mereka dan menjadi lebih terbuka terhadap idea dan pandangan orang lain. Belajar di luar negara adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan dan akan memberikan kesan yang positif dan membantu mereka dalam masa depan mereka.
https://karangan.net/belajar-di-luar-negara/
Dapat_belajar_hidup_berdikari
Belajar di luar negara juga membantu pelajar untuk mempelajari kemahiran hidup berdikari. Mereka dapat belajar untuk mengurus kehidupan seharian mereka sendiri tanpa bergantung pada ibu bapa. Ini termasuk belajar untuk membuat pembuangan, memasak, membeli-belah, dan mengurus kewangan mereka. Pelajar juga belajar untuk berdikari dan mengambil tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri, seperti memastikan mereka berada pada masa yang tepat dan memastikan tugas dan kerja mereka diselesaikan dengan baik. Belajar untuk hidup berdikari akan membantu mereka membangun keyakinan dan memperkayakan pengalaman mereka. Belajar untuk hidup berdikari adalah salah satu aspek penting dalam pembangunan diri dan membantu membentuk mereka menjadi individu yang lebih matang pada masa depan.
https://karangan.net/belajar-di-luar-negara/
Peluang_untuk_bekerja_dalam_industri_antarabangsa
Sebagai tambahan, belajar di luar negara juga memberikan peluang kepada seseorang untuk bekerja dan berkembang dalam industri antarabangsa. Kemahiran yang diperoleh dan pengalaman bekerja dengan rakyat negara yang berbeza boleh membantu mereka menjadi lebih kompetitif dan berjaya dalam kerjaya mereka. Mereka juga memiliki kelebihan dalam berinteraksi dan bekerja dengan orang lain dari pelbagai negara dan budaya. Ini membantu mereka membangun jaringan yang luas dan membuka peluang untuk bekerja di syarikat antarabangsa atau berkhidmat dengan syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia. Belajar di luar negara adalah satu peluang yang sangat berharga untuk memperluaskan peluang kerjaya dan membantu pelajar mencapai matlamat mereka dalam hidup.
https://karangan.net/belajar-di-luar-negara/
Keburukan_Kejutan_budaya
Walaupun belajar di luar negara membawa banyak kebaikan ia juga mempunyai keburukan yang perlu diambil perhatian. Salah satu keburukan ialah pelajar akan mengalami kejutan budaya. Pelajar akan menghadapi cabaran untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru, bahasa baru dan budaya baru. Kehidupan di Malaysia amat berbeza dengan kehidupan di negara lain dan pelajar mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat. Mereka juga mungkin terpengaruh dengan budaya asing yang buruk yang bercanggah dengan cara kehidupan kita. Ini boleh mempengaruhi pandangan dan sikap pelajar dan juga membawa implikasi yang negatif pada masa depan. Oleh itu, pelajar harus memperkenalkan diri dengan budaya di negara tempat mereka belajar dan menjaga tahap kewaspadaan yang tinggi dalam memilih teman dan pengaruhan yang diterima.
https://karangan.net/belajar-di-luar-negara/
Keburukan_Kos_kehidupan_yang_tinggi
Sebagai tambahan kepada keburukan sebelumnya, kos kehidupan di negara lain boleh sangat tinggi dan memerlukan pelajar untuk bekerja sambil belajar untuk menampung kehidupan mereka. Ini boleh memenatkan bagi pelajar dan memerlukan ibu bapa untuk menanggung bayaran belajar yang lebih tinggi. Hal ini sangat tidak sesuai bagi pelajar dari keluarga yang miskin dan mungkin menyebabkan mereka berasa tekanan. Oleh itu, sangat penting bagi pelajar dan ibu bapa untuk menilai keupayaan mereka dan mempertimbangkan faktor-faktor ini sebelum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
https://karangan.net/belajar-di-luar-negara/
Terpaksa_berjauhan_daripada_keluarga
Selain itu, pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara juga akan menghadapi dengan cabaran emosi dan perasaan berjauhan daripada keluarga mereka. Mereka jarang dapat berjumpa dengan keluarga dan mungkin tidak dapat balik ke Malaysia semasa perayaan, dan menyebabkan rindu yang mendalam pada keluarga. Keadaan ini juga boleh mengganggu prestasi pelajaran pelajar kerana mereka mungkin terpengaruh oleh perasaan berjauhan dan kesepian. Oleh itu, sangat penting bagi pelajar untuk mempertimbangkan implikasi emosi dan perasaan ini sebelum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
https://karangan.net/belajar-di-luar-negara/
Penutup_Karangan_Belajar_di_Luar_Negara
Kesimpulannya, belajar di luar negara merupakan peluang keemasan yang tidak seharusnya disia-siakan. Akan tetapi juga membawa beberapa risiko dan cabaran. Pelajar perlu membuat keputusan dengan bijak dan mempertimbangkan semua aspek sebelum memilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di samping itu, pelajar yang belajar di negara sendiri juga boleh memberikan banyak manfaat dan peluang yang unik. Terdapat banyak institusi pendidikan tinggi yang terkemuka di Malaysia dan pelajar boleh memperoleh pengetahuan yang berharga dengan melanjutkan pelajaran di sini. Oleh itu, pelajar perlu mempertimbangkan dengan teliti kebaikan dan keburukan sebelum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Contoh Karangan: Kelebihan – kelebihan Pendidikan Maya
https://karangan.net/belajar-di-luar-negara/
Cara_belajar_yang_berkesan_untuk_meningkatkan_kecemerlangan_Pelajar
Kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya, peribahasa Melayu lama ini menyatakan bahawa untuk seseorang harus berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingininya. Kata-kata pujangga ini amat tepat untuk kita fahami agar tidak ketinggalan daripada arus kemajuan negara yang sedang memecut laju untuk mencapai status negara maju. Oleh itu, bagi memastikan remaja hari ini tidak tercicir daripada rantaian tersebut, mereka hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang diingini serta berada dalam lingkungan pasaran pekerjaan dan pasaran ekonomi. Persoalan yang bermain di dalam horizon pemikiran kita ialah, apakah cara belajar yang berkesan untuk membantu remaja agar mereka menjadi golongan yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan?
https://karangan.net/cara-belajar-yang-berkesan/
Poster_impian
Antara cara belajar yang jarang dilakukan oleh pelajar ialah poster impian. Kebiasaannya poster impian ini dibuat pada awal tahun sebagai pelan perancangan untuk mencapai impian tersebut. Bagi seseorang pelajar, mereka boleh menjelaskan impian atau keinginan diri dan perasaan dalam poster impian tersebut. Sebagai contoh, pelajar boleh menampal gambar universiti yang menjadi idamannya, atau keputusan SPM yang hendak dicapai. Apatah lagi penyediaan poster impian ini menggambarkan matlamat yang jelas untuk dicapai oleh seseorang pelajar. Secara tidak langsung, poster impian ini mendidik pelajar untuk teguh pendirian dengan satu impian yang ingin dicapai. Sesungguhnya, manusia yang tidak merancang sebenarnya merancang untuk gagal.
https://karangan.net/cara-belajar-yang-berkesan/
Misi_mencapai_visi
Kaedah belajar yang masih berkait dengan langkah yang pertama iaitu misi mencapai visi yang telah dilakar dalam poster impian. Pelajar yang ada perancangan masa hadapan akan menyusun strategi pembelajaran di rumah dan di sekolah. Mereka akan menyediakan satu jadual belajar agar dapat memastikan mereka tidak ketinggalan dalam aktiviti sekolah dan aktiviti di rumah. Malah jadual belajar dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan kerja sekolah pada saat akhir lalu akan menghasilkan kerja yang tidak sempurna. Dengan cara ini, pelajar akan berdisiplin dan menghargai masa kerana masa itu emas. Maka jelas sekali bahawa penyusunan jadual belajar sangat diperlukan oleh pelajar untuk membantu pelajar dapat belajar dengan berkesan.
https://karangan.net/cara-belajar-yang-berkesan/
Belajar_secara_berkumpulan
Dari sudut yang berlainan pula, belajar secara berkumpulan juga merupakan cara belajar yang berkesan. Sebagai contoh, sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 6 orang akan belajar bersama-sama dan masing-masing akan mengupas tajuk atau topik setiap mata pelajaran. Hal ini akan dapat meningkatkan kemahiran setiap pelajar dalam kumpulan tersebut menguasai mata pelajaran. Malah semangat tolong-menolong bagai aur dengan tebing akan dapat diwujudkan dalam kalangan ahli kumpulan. Oleh itu, belajar berkumpulan bukan sahaja sebagai cara belajar berkesan malah menjadi penanda aras untuk memilih rakan sejati.
https://karangan.net/cara-belajar-yang-berkesan/
Memberi_tumpuan_di_dalam_kelas
Pada masa yang sama, seseorang pelajar harus memberi tumpuan dan perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan guru yang mengajar telah dilatih dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Dengan kepakaran yang ada di sekolah, pelajar-pelajar seharusnya memberi fokus dan tumpuan kepada guru yang memberi pengajaran di dalam kelas. Perahu sudah di air dayung sudah di tangan, maka pelajar sepatutnya mengambil peluang yang ada di sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan kerana mereka bersama dengan guru yang mampu mengubah masa depan mereka. Tegasnya, hanya jauhari yang mengenal manikam.
https://karangan.net/cara-belajar-yang-berkesan/
Penutup_Karangan_Kaedah_belajar
Secara keseluruhannya, cara belajar yang berkesan menjadi inti pati seseorang untuk terus kekal bersemangat menuntut ilmu pengetahuan biar dilanda pelbagai masalah yang menimpa mereka. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak agar mereka dapat menikmati kejayaan dalam pelajaran seterusnya membina kerjaya untuk masa depan mereka dan negara. Contoh Karangan berkaitan:Persediaan dan Usaha untuk mencapai Kerjaya ImpianUsaha untuk mencapai harapan ibu bapa
https://karangan.net/cara-belajar-yang-berkesan/
Usaha_untuk_mencapai_kecemerlangan_akademik
Kecemerlangan akademik merujuk kejayaan yang diperoleh oleh pelajar di sekolah. Walaupun ada pihak yang merujuk kejayaan ini dalam bidang akademik sahaja tetapi ada juga yang melihat meliputi aspek yang jauh lebih luas seperti bidang kokurikulum itu. Pihak media massa sering mengkritik pihak sekolah yang hanya berjaya melahirkan pelajar yang bagus dalam peperiksaan tetapi masih gagal menyerlah dalam bidang yang lain pula. Jadi, apakah kaedah-kaedah yang boleh dilakukan oleh seseorang pelajar dalam usaha mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik itu?
https://karangan.net/cara-cara-memperoleh-kecemerlangan-akademik/
Ulang_kaji_yang_kerap
Tindakan pertama ialah pelajar perlulah melakukan ulang kaji yang kerap terutama subjek yang sukar buat mereka itu. Amalan ini boleh dilakukan ketika berada di kawasan sekolah dan juga ketika di rumah pada bila-bila masa terluang tersebut. Kekerapan melakukan ulang kaji memudahkan pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam lalu tidak akan mengalami sebarang masalah ketika menghadapi peperiksaan kelak. Lantaran itu, kecemerlangan akademik boleh diperoleh apabila pelajar sering melakukan amalan menelaah bahan pendidikan mereka itu.
https://karangan.net/cara-cara-memperoleh-kecemerlangan-akademik/
memberikan_tumpuan_dalam_akademik
Selain itu, pelajar yang bermatlamat tinggi untuk memperoleh kejayaan dalam akademik mereka hendaklah memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Mereka mestilah bersedia mendengar dan menyalin semua bahan pendidikan yang disuarakan oleh guru tanpa banyak alasan pula. Tindakan memberikan fokus ketika guru mengajar di kelas memudahkan pelajar untuk mengetahui bahagian penting sesuatu topik apabila diberi penekanan oleh pihak guru itu. Akibatnya, pelajar akan berjaya menjawab semua soalan peperiksaan dengan mudah kerana mereka mendengar semua penerangan guru tanpa ada perasaan prejudis itu.
https://karangan.net/cara-cara-memperoleh-kecemerlangan-akademik/
menyertai_aktiviti_kokurikulum
Tambahan pula, kejayaan dalam akademik menjadi lebih holistik apabila pelajar terbabit menyertai semua aktiviti kokurikulum mereka. Pelajar yang berfikiran positif akan melibatkan diri dalam aktiviti persatuan, pasukan beruniform, sukan dan sebagainya dalam usaha menjadikan diri mereka serba boleh dalam pelbagai perkara di sekolah. Penglibatan pelajar dalam kokurikulum juga berupaya untuk merehatkan minda mereka daripada terkongkong oleh amalan membaca buku akademik sahaja lalu memberikan satu ketenangan minda. Sesungguhnya, banyaj pelajar yang berjaya dalam akademik turut melibatkan diri secara serius dalam pelbagai kegiatabn korikulum di sekolah mereka.
https://karangan.net/cara-cara-memperoleh-kecemerlangan-akademik/
tidak_terlibat_dalam_kesalahan
Kejayaan dalam akademik turut mampu diraih oleh pelajar apabila mereka tidak terlibat dalam sebarang kesalahan yang melanggar disiplin sekolah. Golongan sebegini akan mematuhi semua disiplin yang ditetapkan oleh pihak sekolah seperti tidak merokok, tidak ponteng sekolah, tidak berambut panjang, dan sebagainya dengan penuh jiwa raga mereka. Kemampuan memastikan diri mereka tidak terlibat dalam kegiatan negatif ini menjadikan minda dan fokus pelajar tidak terganggu dalam mencapai kejayaan akademik itu. Ringkasnya, pelajar yang berjaya dalam akademik mesti mematuhi disiplin sekolah kerana mereka tidak mahu isu disiplin menganggu persiapan mereka dalam mencapai kejayaan dalam peperiksaan kelak.
https://karangan.net/cara-cara-memperoleh-kecemerlangan-akademik/
interaksi_dengan_rakan_dan_guru
Kajian juga telah membuktikan bahawa kejayaan pelajar dalam akademik banyak ditentukan dengan tahap interaksi mereka dengan rakan dan guru di sekolah. Hubungan yang lebih mesra dan harmoni sesama pelajar lain dan guru akan menjadikan jiwa pelajar lebih tenteram lalu mudah menerima pelajaran guru. Kewujudan interaksi dengan guru juga membolehkan pihak guru memberikan tumpuan peribadi kepada pelajar berdasarkan kemampuan mereka dalam sesuatu subjek tersebut sehingga berjaya. Maka, semakin rapat hubungan pelajar terbabit dengan rakan dan guru semakin tinggilah peluang untuk dirinya berjaya dalam bidang akademik.
https://karangan.net/cara-cara-memperoleh-kecemerlangan-akademik/
Penutup_karangan_kecemerlangan_akademik
Konklusinya, semua tindakan yang dihuraikan tadi boleh dilakukan oleh semua pelajar yang mahu mencapai kejayaan dalam akademik mereka. Pelajar harus sedar dan memahami bahawa kejayaan akademik penting supaya kehidupan masa depan mereka lebih terjamin dan cerah pula. Kegagalan memperoleh kejayaan akademik di sekolah boleh membawa satu dugaan kehidupan yang maha besar kepada pelajar tersebut. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan yang membuktikan bahawa usaha untuk berjaya terletak pada tangan pelajar tersebut.
https://karangan.net/cara-cara-memperoleh-kecemerlangan-akademik/
Cara-cara_memupuk_perpaduan_di_Malaysia
Perpaduan merujuk satu suasana atau ikatan yang mesra antara rakyat sesebuah negara itu. Antara impak yang timbul akibat ketiadaan perpaduan ialah peperangan, sikap saling bergaduh dan juga ketiadaan pertumbuhan ekonomi yang stabil di sesebuah negara itu. Tulisan mengenai kepentingan perpaduan telah banyak kali diketengahkan oleh pihak media massa di negara ini lalu membuktikan betapa seriusnya konsep ini kepada masyarakat kita. Jadi, kaedah-kaedah untuk mencapai perpaduan di negara ini harus diketahui dengan mendalam pula.
https://karangan.net/cara-cara-pupuk-perpaduan-di-malaysia/
Perkahwinan_campur
Tindakan yang paling efektif untuk memupuk perpaduan di negara ini ialah perkahwinan campur diberikan satu lonjakan atau galakan baru. Maknanya perkahwinan campur menjadi satu lumrah dalam masyarakat kita kerana cara ini merupakan kaedah paling mudah tetapi praktikal untuk dilaksanakan oleh masyarakat. Impaknya ialah satu generasi muda yang lebih bertoleransi terhadap perbezaan kebudayaan dapat dihasilkan kerana sudah melihat perbezaan budaya kedua-dua ibu bapa mereka itu. Jadi, perpaduan di negara ini mampu dicapai dengan mudah jika konsep perkahwinan campur itu dilihat sebagai sesuatu yang positif dan murni pula.
https://karangan.net/cara-cara-pupuk-perpaduan-di-malaysia/
Konsep_rumah_terbuka
Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka harus diluaskan di negara ini kerana setiap kaum mempunyai perayaan yang tersendiri pula. Rumah terbuka ketika musim perayaan membolehkan sesiapa sahaja melawat rumah jiran mereka lalu mewujudkan satu persefahaman tentang kehidupan mereka itu tanpa disedari pula. Lama-kelamaan lawatan sebegini memberikan satu pandangan yang positif tentang jiran tetangga yang kemudiannya turut mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang wujud dalam jiwa masyarakat mereka itu. Maka, perpaduan masyarakat berbilang kaum boleh dicapai melalui perluasan konsep rumah terbuka di negara ini.
https://karangan.net/cara-cara-pupuk-perpaduan-di-malaysia/
Sikap_saling_hormat
Bukan sahaja perkahwinan campur diberi galakan dan konsep rumah terbuka diluaskan tetapi sikap saling menghormati antara satu sama lain harus ditekankan juga. Sikap saling hormat ini menyebabkan setiap lapisan masyarakat tidak akan berani untuk mengeluarkan sebarang ungkapan atau istilah yang boleh menyinggung perasaan kaum yang lain pula. Ketertinggian pandangan terhadap perasaan individu daripada kaum lain menyebabkan rasa perpaduan itu begitu menebal dalam jiwa setiap insan di negara ini. Justeru, perpaduan akan terus menjadi sesuatu yang dihargai di negara ini jika sikap saling menghormati itu wujud dalam jiwa penduduk negara.
https://karangan.net/cara-cara-pupuk-perpaduan-di-malaysia/
Peranan_sekolah
Malahan, satu program berunsur perpaduan boleh dianjurkan di peringkat sekolah terutama dalam kalangan remaja untuk memastikan generasi muda turut memiliki perasaan perpaduan ini. Program ini boleh menekankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pembabitan semua pelajar daripada pelbagai kaum untuk mewujudkan satu interaksi pula. Jiwa remaja yang masih mudah sudah pasti akan mudah untuk ditanam dengan unsur perpaduan ini kerana mereka masih belum memiliki sebarang perasaan negatif terhadap kaum yang lain pula. Maka, penganjuran program yang bersesuaian dalam kalangan remaja menjadi satu mekanisme yang baik untuk memupuk perpaduan ini.
https://karangan.net/cara-cara-pupuk-perpaduan-di-malaysia/
Peranan_media_massa
Tambahan pula, pihak media massa terutama stesen penyiaran tempatan terutama swasta boleh menyiarkan pelbagai program yang berunsur perpaduan. Rancangan hiburan, drama dan dokumentari perlulah menekankan unsur perpaduan seperti mengambil semua pelakon tanpa mengira kaum atau menyiarkan sejarah kaum yang wujud di Malaysia. Program melalui media massa ini sudah pasti akan tertanam secara perlahan-lahan dalam jiwa masyarakat terutama jika unsur hiburan turut diselitkan dalam setiap program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan akan tercapai dengan lebih mudah melalui penyiaran pelbagai program berunsur perpaduan di media massa kita.
https://karangan.net/cara-cara-pupuk-perpaduan-di-malaysia/
Penutup_Karangan_Perpaduan
Konklusinya, semua kaedah untuk mencapai perpaduan tadi memang mampu untuk dilaksanakan lalu mencapai matlamatnya. Semua pihak perlulah memberikan kerjasama yang baik terutama masyarakat demi perpaduan sejati itu. Ketiadaan kerjasama yang padu boleh membawa kemusnahan kepada negara ini pada masa yang mendatang terutama jika isu-isu sensitif terus digunakan oleh pihak-pihak terbabit pula. Peribahasa “bersatu teguh bercerai roboh” membuktikan perpaduan itu amat penting buat mana-mana negara di dunia ini kerana tanpanya negara itu pasti akan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa asing pula.
https://karangan.net/cara-cara-pupuk-perpaduan-di-malaysia/
Cara_memupuk_amalan_membaca_Karangan_Sekolah_Rendah
Amalan membaca dapat membantu pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan seperti kata “membaca itu jambatan ilmu“. Minat membaca harusdigalakkan untukmelahirkangenerasi muda yang cemerlang. Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/
Ibu_bapa_menjadi_teladan
Untukmemupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa harus menjadi contoh kepada anak-anak. Mereka harus mengamalkan budada membaca di rumah supaya anak boleh melihat tingkah laku dan mencontohi. Sebagai ibu bapa, mereka boleh menjadikan membaca sebagai alaman kehidupan dan mewujudkan suasana membaca di rumah. Ibu bapa juga boleh membaca buku-buku cerita untuk anak sejak kecil. Dengan cara ini, minat membaca dapat dipupuk pada peringkat awal lagi.
https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/
Berkunjung_ke_Perpustakaan
Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis buku yang digemari oleh mereka. Malah, di perpustakaan sering diadakan aktiviti dan peluang berkunjung ke perpustakaan, minat kanak-kanak terhadap buku dan tabiat membaca akan bertambah. Apabila minat membaca telah ada, dengan sendirinya kanak-kanak ini akan ke perpustakaan untuk meminjam buku yang digemari oleh mereka.
https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/
Pesta_Buku
Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Wang untuk membeli buku harus ada walaupun sedikit. Di pesta atau pameran buku, Ibu bapa boleh membeli bahan bacaan yang bersesuaian sambil dapat berjimat. Pelbagai jenis bahan bacaan boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa haruslah memberikan peluang kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan dan membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih mudah diterapkan jika anak-anak dapat memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.
https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/
Peranan_Sekolah
Tamabahan pula, pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk memupuk minat membaca. Pihak sekolah harus menyediakan bahan baca seperti pelbagai jenis buku,surat khabar dan majalah di perpustakaan sekolah. Hal ini adalah disebab terdapat pelajar yang suka membaca tetapi keluarganya miskin dan tidak sanggup membeli bahan baca. Selain itu, cikgu haruslah sentiasa memupuk pelajar untuk mengisi masa lapang dengan membaca kerana amalan ini memberi banyak faedah dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.
https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/
Penutup_Karangan_membaca
Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit demi sedikit bak kata peribahasa, “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Jika usaha ini dilakukan, minat membaca akan bertambah dan akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian kanak-kanak. Karangan SPM: Kepentingan Membaca
https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/
Langkah_untuk_melahirkan_remaja_yang_bersahsiah_mulia
Anak-anak ataupun digelar sebagai remaja ini mampu membangunkan sesebuah negara jika mereka mempunyai sahsiah yang mulia dalam diri mereka. Perkara ini sering menjadi bahan perbincangan dalam kalangan ibu bapa dan pemimpin negara.Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar di dada-dada akhbar malah sering kita terdengar di corong-corong radio. Acapkali kita tersentak dengan masalah kebejatan akhlak remaja yang berlaku di negara kita. Ada yang sanggup merogol remaja wanita kerana perasaan cemburu butanya sehingga remaja malang tersebut meninggal dunia akibat dikelar oleh manusia yang bersifat kebinatangan ini. Isu-isu seumpama ini sudah tentu akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Masalah ini tidak seharusnya dipandang enteng. Langkah-langkah pencegahan perlu diambil demi kesejahteraan hidup sejagat dan menjamin pembangunan negara. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
https://karangan.net/cara-melahirkan-remaja-yang-bersahsiah-mulia/
Ibu_bapa_menjadi_suri_teladan_kepada_anak
Salah peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana ibu bapa yang mencerminkan sahsiah peribadi anak-anak. Seseorang ibu bapa itu haruslah menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah bertutur dengan bahasa yang sopan, tidak bergaduh antara suami isteri di hadapan anak-anak, tidak merokok di hadapan anak-anak dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, anak-anak pasti akan mengikut dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri teladan kepada mereka. Hal ini persis dengan kata pepatah, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya” yang membawa maksud seseorang anak akan meniru perangai dan kelakuan ibu bapa mereka. Dengan ini, usaha untuk merealisasikan pembangunan negara dapat dijayakan dengan lahirnya remaja yang bersahsiah mulia. Tegasnya, sahsiah mulia anak-anak dapat dibentuk melalui sahsiah ibu bapa. Jika ibu bapa itu bersikap baik anak-anak juga akan menjadi baik, manakala jika ibu bapa itu bersikap buruk, anak-anak juga akan turut bersikap buruk.
https://karangan.net/cara-melahirkan-remaja-yang-bersahsiah-mulia/
Ibu_Bapa_memberikan_dirikan_agama_yang_mantap
Selain itu, ibu bapa juga dapat memainkan peranan mereka dengan memberikan dirikan agama yang mantap kepada golongan remaja. Allahyarham Tan Sri P. Ramli ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan didikan agama. Mereka akan pincang sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal memberikan didikan agama kepada remaja. Pembentukan sahsiah remaja ini akan telus dan lancar jika mereka diberi didikan agama yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan didikan agama yang utuh, anak-anak akan dapat membezakan antara intan dengan kaca, antara batu dengan permata serta mampu untuk menangkis segala hasutan manusia yang bertopengkan syaitan. Sebagai contoh, remaja akan sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan bertindak mengikut hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama masing-masing tanpa paksaan atau menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes pembuangan bayi. Sekiranya remaja memiliki nilai kegamaan yang teguh maka teguhlah pembangunan sesebuah negara itu. Jelaslah bahawa suntikan didikan agama ke dalam jiwa setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan melahirkan remaja yang bersikap negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang nakhoda, karam di tengah laut.
https://karangan.net/cara-melahirkan-remaja-yang-bersahsiah-mulia/
Pihak_kerajaan_mengadakan_kempen_kesedaran
Jika dilihat dari dimensi yang berbeza, pihak kerajaan juga berperanan dengan mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Kempen seperti ‘Kami Prihatin’ dan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita sendiri. Kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam  naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahaga akan kesedaran sejati itu. Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan ekonomi. Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak dilakukan oleh pihak kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia modenisasi ini. Oleh itu,  peranan pihak kerajaan untuk mengadakan kempen ini dapat memastikan golongan yang disandarkan harapan  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini akan terus dibasahi sahsiah-sahsiah yang mulia segali gus dapat membangunkan negara pada masa hadapan.
https://karangan.net/cara-melahirkan-remaja-yang-bersahsiah-mulia/
Peranan_guru_untuk_melahirkan_remaja_yang_bersahsiah_mulia
Seperkara lagi, guru juga memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan remaja yang bersahsiah mulia untuk membangunkan negara. Kebanyakan remaja kita merupakan golongan pelajar. Mereka banyak menghabiskan masa di sekolah selain di rumah. Guru juga merupakan ibu bapa mereka di sekolah. Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan guru mampu membentuk sahsiah seseorang remaja itu. Guru perlu mengajar murid tentang kepentingan bersahsiah mulia. Guru tidak seharusnya leka dalam menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap ajaran guru akan melekat dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu menitikberatkan aspek pembentukan insan yang kamil dan holistik di dalam kelas di samping menekankan kepentingan berperibadi mulia untuk membangunkan  negara. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya objektif yang dirancang tidak tersasar. Izharlah bahawa peranan yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.
https://karangan.net/cara-melahirkan-remaja-yang-bersahsiah-mulia/
Peranan_anggota_masyarakat
Bukan itu sahaja, sebagai anggota masyarakat, kita juga  tidak harus mengambil langkah lepas tangan untuk memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah remaja yang syumul. Kita seharusnya peka terhadap keruntuhan akhlak yang berlaku seperti gejala lepak, ponteng, penagihan dadah yang dilakukan oleh remaja kita. Ada masanya kita harus menjaga tepi kain orang dalam  usaha untuk mewujudkan golongan remaja yang lebih baik seperti menegur tingkah laku yang kurang memuaskan serta melaporkan gejala sosial yang serius kepada pihak yang sepatutnya agar hal ini tidak menjadi kudis yang seterusnya bernanah dalam masyarakat kita. Sifat ambil peduli masyarakat merupakan penawar kepada masyarakat yang mendokong nilai-nilai murni. Seterusnya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua, menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi antara kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Ringkasnya, dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada pihak komuniti maka golongan remaja kita dapat membangunkan negara sekiranya mereka memiliki sahsiah yang mulia.
https://karangan.net/cara-melahirkan-remaja-yang-bersahsiah-mulia/
Penutup_Karangan_melahirkan_remaja_yang_bersahsiah_mulia
Sebagai intihanya, bayang kian jelas bahawa semua pihak berwajib perlulah memikul dan melaksanakan obligasi masing-masing dengan sempurna. Hal ini kerana usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa hasil, seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kerjasama dan usaha bersungguh-sungguh perlulah dilakukan secara bersungguh-sungguh, bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Tanpa kerjasama yang menyeluruh, usaha untuk melahirkan remaja yang bersahsiah mulia akan menjadi sia-sia seperti membuang garam ke laut. Oleh itu, setiap lapisan rakyat perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk membangunkan negara.  Sesungguhnya, kita mampu untuk melakukannya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Ayuh, singkirkan semua bicara, kumpulkan tenaga raksasa, tiba saat berbunga merah, serentak kita bersama ke arah masyarakat yang mendokong nilai-nilai murni. Contoh Karangan: Cara mengatasi masalah remajaContoh Karangan: Faktor Pemilihan Kerjaya bagi Remaja
https://karangan.net/cara-melahirkan-remaja-yang-bersahsiah-mulia/
Langkah_Memajukan_Industri_Kecil_Dan_Sederhana
Secara umumnya, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah industri yang diusahakan oleh syarikat tempatan dengan modal berbayar bawah RM 500,000. Syarikat-syarikat tempatan ini berada bawah Industri Desa dan Industri Hiliran telah mengalami pelbagai cabaran lantaran persaingan daripada syarikat luar negara yang bercawangan di Malaysia dan menyebabkan Industri Kecil dan Sederhana terpinggir daripada arus kemajuan negara. Oleh itu, satu prakarsa perlu diambil secara drastik dan efektif untuk memajukan IKS. Persoalannya, apakah tindakan untuk memajukan Industri Kecil Dan Sederhana?
https://karangan.net/cara-memajukan-industri-kecil-dan-sederhana/
Menyuntik_elemen_teknologi
Usaha yang paling efektif dalam memajukan IKS adalah dengan usaha menyuntik elemen teknologi dalam pembuatan produk. Sebenarnya, elemen teknologi ini akan memudahkan banyak perkara kepada pengusaha IKS. Namun kos pembelian mesin dan jentera ini terlalu mahal dan isu ini menyebabkan pengusaha IKS tidak berminat untuk melabur dalam pembelian mesin atau jentera pembuatan. Misalannya, industri desa yang mengeluarkan produk makanan kerepek pisang perlu melalui proses yang lama. Maka dengan suntikan teknologi, produk makanan tersebut dapat dikeluarkan dalam bungkusan yang berkualiti dan menjamin keaslian rasa kerepek pisang.
https://karangan.net/cara-memajukan-industri-kecil-dan-sederhana/
Pengusaha_IKS_melakukan_kajian_dan_pembangunan_produk
Selain elemen teknologi, pengusaha IKS juga perlu berani melakukan kajian dan pembangunan produk. Hal ini bertujuan agar produk pengeluaran mereka mampu bersaing di pasaran tempatan dan luar negara. Tidak dinafikan bahawa pelaburan dalam kajian dan pembangunan, produk IKS akan diterima lantaran memiliki ciri-ciri yang diperlukan dalam pasaran. Sebagai contohnya, sebuah syarikat yang mengeluarkan produk makanan sejuk beku telah membuat kajian dan pembangunan produk bagi meningkatkan ketahanan produk mereka apabila dinyahbekukan dan berada dalam suhu bilik mampu bertahan lebih daripada 2 jam. Keupayaan ini akan menjadikan produk sejuk beku tersebut dapat diterima oleh masyarakat. Maka keberanian pengusaha melakukan kajian dan pembangunan produk akan dapat meningkatkan daya saing produk IKS.
https://karangan.net/cara-memajukan-industri-kecil-dan-sederhana/
Suntikan_modal_dari_kerajaan
Pada masa yang sama, kerajaan hendaklah membantu IKS dari segi suntikan modal dalam bentuk geran atau pinjaman berkala bagi membantu pengusaha IKS menambah peralatan atau mesin pengeluaran produk, pembungkusan, dan pemasaran. Selain suntikan modal, Pengusaha IKS hendaklah mengambil peluang untuk berjumpa dan berbincang dengan agensi yang berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka. Pendek kata, peranan kerajaan melalui agensi yang berkaitan sesungguhnya dapat meningkatkan kemampuan IKS untuk terus maju di Malaysia.
https://karangan.net/cara-memajukan-industri-kecil-dan-sederhana/
Masyarakat_tempatan_memberi_sokongan
Dari sudut yang berlainan pula, masyarakat tempatan haruslah memberi sokongan pada produk pengeluaran IKS. Tanpa sokongan masyarakat, produk IKS tidak dapat bergerak jauh dalam pasaran. Rentetan itu, masyarakat hendaklah mengutamakan produk IKS tempatan dengan memberi prioriti keluaran IKS sewaktu berbelanja. Semakin tinggi permintaan semakin cerahlah masa depan IKS untuk menembusi pasaran yang lebih luas sekali gus membawa industri ini untuk bersaing di arena antarabangsa. Keadaan ini menunjukkan kuasa beli tempatan amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah industri.
https://karangan.net/cara-memajukan-industri-kecil-dan-sederhana/
Penutup_Karangan_Industri_Kecil_Dan_Sederhana
Secara keseluruhannya, Industri Kecil dan Sederhana merupakan nadi ekonomi negara yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak khususnya kerajaan dan agensi yang berkaitan agar dapat terus memberi sokongan dan menghulurkan bantuan kepada pengusaha IKS yang masih bertatih dalam industri agar mereka dapat bertahan dalam menghadapi cabaran persaingan tanpa sempadan. Mereka juga perlulah sentiasa bersiap siaga menghadapi perubahan era perniagaan dalam talian yang menjadikan jari sebagai kuasa beli untuk agar pengusaha IKS tidak ketinggalan daripada arus pemodenan dan kemajuan dalam pemasaran perniagaan. Contoh Karangan: Kepentingan Industri Kecil Dan Sederhana
https://karangan.net/cara-memajukan-industri-kecil-dan-sederhana/
Cara_untuk_memajukan_sektor_pertanian_negara_Malaysia
Sektor pertanian merupakan sektor yang penting dan mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk di dunia. Di Malaysia, sektor pertanian telah meyumbang keuntungan kepada pendapatan kasar negara. Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-an menerusi industri getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980-an. Hal ini telah membantu meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara kita. Sektor pertanian di Malaysia berfungsi sebagai pembekal sumber makanan kepada seluruh penduduk di Malaysia. Namun, pengeluaran hasil pertanian kini semakin merosot di negara kita. Oleh itu, pelbagai cara perlu dilakukan bagi memajukan sektor pertanian negara
https://karangan.net/cara-memajukan-sektor-pertanian/
Pengurusan_pertanian_secara_efisyen
Antara cara yang boleh memajukan sektor pertanian ialah pengurusan pertanian secara efisyen. Ini meliputi penggunaan tanah secara intensif melalui pelaksanaan lebih meluas campuran tanaman, mengintegrasi pengeluaran makanan dengan tanaman ladang, menggunakan sumber semulajadi secara mampan dan mesra alam, serta menggalakkan rantaian dengan aktiviti lain seperti industri pembuatan. Sebagai contoh, kita boleh mengorientasikan semula getah sebagai tanaman strategik yang membekalkan balak untuk industri berasaskan kayu serta lateks bagi industri berasaskan getah. Hal ini dapat meningkatkan produktiviti secara maksima dengan kos yang minima.
https://karangan.net/cara-memajukan-sektor-pertanian/
Mempelbagaikan_hasil_ekonomi
Para petani juga memikul tanggungjawab untuk mempelbagaikan hasil ekonomi mereka. Tanaman selingan perlu diusahakan untuk mengurangkan pergantungan kepada sumber utama. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan risiko menanggung kerugian yang besar seperti yang terjadi apabila Amerika Syarikat melancarkan kempen antiminyak kelapa sawit. Sebagai contoh, pihak petani boleh menanam tanaman koko sebagai tanaman selingan di samping tanaman kelapa sawit sebagai tanaman utama. Tindakan ini ibarat peribahasa sambil menyelam minum air. Hal ini disebabkan penanaman koko bukan sahaja menambahkan pendapatan para petani malah membantu mengembalikan garam mineral. Selain itu, walaupun tembakau Malaysia tidak mendapat permintaan luas, para petani hendaklah mengusahakannya sebagai langkah berjaga-jaga. Nyatalah langkah mempelbagaikan tanaman dapat menghasilkan variasi dan dijadikan sebagai persediaan sekiranya harga tanaman utama jatuh merudum, bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan.
https://karangan.net/cara-memajukan-sektor-pertanian/
Teknologi_sains_dan_pertanian
Teknologi moden untuk memajukan sektor pertanian dan menambahkan hasil pengeluaran sesuatu produk harus dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Bioteknologi boleh menghasilkan manfaat ketara seperti pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan racun herba. Sebagai contoh, kelapa sawit sepsis Tenera dihasilkan melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapa sawit iaitu sepsis dura dan pisifera. Manakala kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkan hasil produk. Kaedah ini merupakan kaedah ynag mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat diperlukan dalam dunia yang kian berkembang.
https://karangan.net/cara-memajukan-sektor-pertanian/
Bantuan_kewangan_dan_perundingan
Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak bank pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek pertanian mereka. Pinjaman yng dibuat dapat membantu membeli jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih  bermutu .skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu  disediakan oleh bank, terutamanya Agrobank untuk pekabun kecil. Sebagai contoh, Agrobank telah menawarkan modal usahawan kepada petani kita untuk mengusahakan industry kecil dan sederhana yang berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.  Dengan adanya skim mikro, pekebun kecil dapat megusahakan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik dan berupaya menjalankan iks.oleh itu, pihak bank amat membantu dalam mengubah hidup para petani kita.
https://karangan.net/cara-memajukan-sektor-pertanian/
Strategi_pemasaran_hasil_pertanian
Selain itu, golongan petani dan kerajaan perlulah menggembleng tenaga untuk merangka strategi pemasaran hasil pertanian yang berkesan. Hal ini disebabkan tiada gunanya kita mendabik dada memiliki hasil tanaman yang banyak sedangkan kita tidak tahu cara memasarkannya. Sebagai contohnya, para petani dapat memperoleh panduan penting daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) tentang teknik pemasaran yang berkesan. Kerajaan dapat menganjurkan pasar tani dengan mengumpulkan para petani dari desa-desa di seluruh negara untuk menjual hasil tanaman di bandar-bandar besar. Selain itu, kerajaan dapat mengeksport hasil tanaman ke negara-negara lain , terutama negara yang ekonominya bukan berasaskan pertanian. Rakyat di negara tersebut pasti sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Jelaslah, strategi pemasaran yang baik dan harga hasil tani yang munasabah penting untuk memartabatkan sektor pertanian.
https://karangan.net/cara-memajukan-sektor-pertanian/
Penutup_Karangan_sektor_pertanian
Kesimpulannya, usaha yang holistik pasti mampu mengangkat sektor pertanian sebagai penyumbang utama pendapatan negara. Kita juga harus mengubah persepsi masyarakat kita bahawa bidang pertanian ini amat menguntungkan dan bukannya memenatkan sahaja. Hasil pengeluaran pertanian perlu mempunyai kecekapan kos dan berkualiti supaya dapat bersaing dengan keluaran daripada negara-negara pengeluar yang lain. Sektor pertanian yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing akan menjamin petani, penternak, dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi dan stabil. Justeru, semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga untuk memajukan sektor pertanian ini. Contoh Karangan: Kepentingan Sektor Pertanian
https://karangan.net/cara-memajukan-sektor-pertanian/
Cara-cara_untuk_Memupuk_Amalan_Berjimat_Cermat
‘Lapan puluh peratus graduan lepasan universiti disenarai hitam’ merupakan sebahagian daripada petikan akhbar arus perdana yang membuktikan sikap boros telah menyebabkan kerugian pada diri sendiri. Pada hari ini, sikap membazir dan boros juga semakin banyak terjadi sepantas ledakan teknologi yang berlaku pada alaf pandemik ini. Kita dapat melihat kegilaan masyarakat membeli barangan dalam talian sehingga syarikat-syarikat penghantar barangan menghadapi lambakan barangan yang hendak dihantar ke rumah pelanggan. Iklan-iklan di televisyen semakin kerap. Kesemua ini, menjadi faktor berlakunya pembaziran dan sikap boros dalam diri masyarakat. Oleh itu, cara-cara perlu dilakukan untuk menyekat nafsu berbelanja dalam tempoh kritikal ini.
https://karangan.net/cara-memupuk-amalan-berjimat-cermat/
Ibu_bapa_menunjukkan_amalan_berjimat_cermat
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ibu bapa seharusnya mengambil peluang keemasan ini dengan memupuk amalan berjimat cermat kerana kebanyakan ibu bapa bekerja dari rumah. Mereka mestilah menjadi contoh kepada anak-anak dengan menunjukkan amalan berjimat cermat. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak menutup suis lampu atau kipas apabila keluar dari bilik. Begitu juga dengan penggunaan air. Ibu bapa pula hendaklah menyediakan juadah untuk keluarga mengikut keperluan. Amalan ini dapat mengurangkan sikap suka membeli makanan di luar atau menempah makan secara dalam talian. Oleh itu, ibu bapalah menjadi penentu dalam memupuk amalan berjimat cermat.
https://karangan.net/cara-memupuk-amalan-berjimat-cermat/
Pelajar_membawa_bekal_makanan_ke_sekolah
Salah satu cara untuk memupuk amalan berjimat cermat ialah menggalakkan anak-anak membawa bekal makanan dan minuman ke sekolah. Dalam hal ini, anak-anak bukan sahaja ditanam minat berjimat-cermat tetapi juga membawa bekalan makanan seimbang yang disediakan oleh ibu dari segi khasiatnya malah terjamin kebersihannya. Wang belanja harian pula boleh ditabungkan untuk belanja yang lebih berfaedah. Pelajar dapat memupuk amalan yang berhemah apabila berbelanja sejak kecil lagi. Tegasnya, membawa bekalan makanan dari rumah  perlu dijadikan satu budaya yang patut diamalkan oleh setiap pelajar kerana hal ini menggalakkan amalan berjimat-cermat.
https://karangan.net/cara-memupuk-amalan-berjimat-cermat/
Gunakan_pengangkutan_awam
Golongan masyarakat mestilah sentiasa memerah otak mencari cara baru untuk menjadikan amalan berjimat cermat. Pelajar yang tinggal di pusat bandar haruslah menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan Monorail biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta atau motosikal. Amalan menaiki pengangkutan awam boleh menjimatkan wang untuk petrol serta merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sekiranya anda tinggal di luar bandar, fikirkan juga tentang berjalan kaki, menggunakan basikal atau menaiki bas sekolah untuk menjimatkan wang.
https://karangan.net/cara-memupuk-amalan-berjimat-cermat/
Aktiviti_jualan_amal
Dari sudut yang berbeza pula, masyarakat juga dikatakan mampu memupuk amalan berjimat cermat. Masyarakat hendaklah menggalakkan aktiviti berjimat cermat seperti aktiviti jualan amal. Aktiviti ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat, betapa beruntungnya mereka berada di kawasan yang jauh daripada malapetaka dan bencana alam. Oleh itu, mereka akan lebih menghargai dan menilai sesuatu barangan sebelum membeli barang. Tegasnya, aktiviti bantuan amal atau kemanusiaan ini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat bandar agar mereka sentiasa berjimat cermat. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
https://karangan.net/cara-memupuk-amalan-berjimat-cermat/
Sokongan_syarikat_swasta
Tambah menarik lagi kehadiran televisyen pintar dengan pelbagai aplikasi telah memudahkan semua rakyat memperoleh maklumat. Atas kemudahan teknologi ini, syarikat- syarikat penerbitan filem dan drama, syarikat penyiaran siaran berbayar, dan syarikat telekomunikasi perlulah memberi sokongan padu kepada kerajaan dalam kempen berjimat cermat. Syarikat konglomerat tersebut seharusnya mengambil pendekatan melalui pelbagai aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat untuk membantu kerajaan menjayakan kempen berjimat cermat. Usaha syarikat konglomerat ini bukan saja dapat membantu kerajaan malah dapat mendidik rakyat supaya bijak berbelanja. Secara tidak langsung, mereka dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
https://karangan.net/cara-memupuk-amalan-berjimat-cermat/
Peranan_Kerajaan
Pihak kerajaan juga haruslah menjadi peranan utama dalam memupuk amalan berjimat cermat. Hal yang demikian ini kerana kerajaan memiliki kuasa otonomi dan ekonomi untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang mampu menyuburkan amalan berjimat cermat. Contohnya, kerajaan menganjurkan Karnival Jualan Akhir Tahun dan Jualan Kembali Ke Sekolah yang menawarkan potongan harga yang banyak. Dengan program ini, pengguna dapat berjimat cermat untuk membeli barangan keperluan yang lebih utama seperti peribahasa yang menyebut ingat sebelum kena jimat sebelum habis.
https://karangan.net/cara-memupuk-amalan-berjimat-cermat/
Penutup_Karangan_Amalan_Berjimat_Cermat
Secara keseluruhannya, usaha memupuk amalan berjimat cermat ini, bukanlah hanya terletak pada bahu ibu bapa sahaja malah kerjasama daripada semua pihak amat perlu untuk merealisasikan amalan ini. Jika usaha ini hanya dipikul oleh satu pihak sahaja ibarat menepuk sebelah tangan, akhirnya nescaya gagal mencapai matlamat sebenar. Sikap boros akan menyebabkan wujudnya jelaan sifat buruk yang merugikan bukan sahaja diri sendiri dan keluarga, bahkan negara. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu, bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dalam usaha memupuk amalan berjimat cermat agar generasi akan datang dapat menikmati kesejahteraan hidup. Contoh Karangan: Kepentingan MenabungContoh Karangan: Kepentingan Amalan Berjimat Cermat
https://karangan.net/cara-memupuk-amalan-berjimat-cermat/
Cara_menangani_masalah_banjir_di_Malaysia
Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secara semula jadi. Manakala, masalah banjir kilat yang melanda hampir keseluruhan kawasan Klang telah mengejutkan pelbagai pihak. Banjir kilat memang lazim di kawasan Kuala Lumpur apabila hujan lebat beberapa jam. Hal ini berlaku secara tempatan dan surut pada masa singkat. Masyarakat kita telah mengutarakan pendapat tentang faktor-faktor yang mendorong wujudnya bencana alam ini Sebenarnya, banyak perkara yang mampu dilakukan untuk menangani masalah banjir di negara kita.
https://karangan.net/cara-menangani-masalah-banjir/
Sistem_perparitan_dalam_keadaan_baik
Kerajaan seharusnya memastikan sistem perparitan dalam keadaan baik. Pihak berkuasa tempatan haruslah menjalankan pemeriksaan parit dan longkang di kawasan yang memang dianggap berisiko tinggi untuk menerima banjir. Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Sikap telus dalam aspek ini memastikan aliran air tidak akan terganggu atau tersumbat. Seterusnya, air tidak boleh bertakung sebegitu mudah dan air limpahan dapat dialirkan dengan baik. Sistem perparitan yang baik juga memastikan air mudah surut selepas banjir.
https://karangan.net/cara-menangani-masalah-banjir/
Projek_Pendalaman_Sungai
Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Hal ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.
https://karangan.net/cara-menangani-masalah-banjir/
Memelihara_Hutan
Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai boleh menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi untuk menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.
https://karangan.net/cara-menangani-masalah-banjir/
Kempen_kesedaran_tentang_isu_banjir
Selain itu, kerajaan seharusnya menjalankan kempen kesedaran terhadap isu ini melalui media massa. Dalam kempen itu, pelbagai cara atau kaedah menghadapi banjir dijelaskan kepada rakyat. Pengetahuan ini mampu digunakan oleh mangsa-mangsa banjir dengan lebih bijak demi keselamatan mereka.. Kemahiran ini juga memastikan mangsa-mangsa banjir mengetahui cara-cara mendapatkan maklumat seperti kewujudan pusat-pusat bantuan banjir dan keadaan cuaca semasa. Pengetahuan ini memastikan mangsa-mangsa banjir tidak panik.
https://karangan.net/cara-menangani-masalah-banjir/
Penguatkuasaan_undang-undang
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. Masalah pembalakan haram di negara kita merupakan salah satu faktor bencana alam ini. Selain itu, pembuangan sampah dan sisa industri ke sungai dan parit juga menyebabkan masalah banjir menjadi semakin teruk. Kerajaan seharusnya menguatkuasa atau menggubal undang-undang untuk membanteras masalah pembalakan haram di negara kita. Pihak swasta dan invididu tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Justeru, pihak kerajaan harus mengambil tindakan sebelum nasi menjadi bubur.
https://karangan.net/cara-menangani-masalah-banjir/
Penutup_Karangan_Cara_menangani_masalah_banjir
Kesimpulannya, walaupun masalah banjir kilat sukat diatasi tetapi sikap berwaspada mampu mengurangkan impak bencana ini. Semua pihak tanpa perlu menuding jari haruslah memainkan perana mereka dalam isu ini. Rakyat seharusnya lebih bersikap proaktif dengan membuat persediaan awal mereka sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan. Kita tidak mahu pelbagai masalah wujud selepas bencana ini surut. Peribahasa ‘Sediakan payung sebelum hujan’ boleh menjadi renungan semua. Contoh Karangan: Punca Banjir Kilat Berlaku
https://karangan.net/cara-menangani-masalah-banjir/
Cara_Mengatasi_Masalah_Penyakit_Berjangkit
Dasarawarsa ini, isu penularan penyakit berjangkit menjadi tajuk hangat dalam akhbar harian utama dan isu yang menjadi polemik dalam masyarakat sehingga ada yang trauma dengan penyakit berjangkit ini. Negara kita sedang mengalami serangan penularan penyakit berjangkit Covid-19 dan telah mencatatkan kes kematian seramai 30 ribu orang. Sebelum ini, negara kita juga mengalami Penyakit Selesema Burung yang juga dikenali sebagai H5N1 juga pada 2007 dan Selesema Babi atau dikenali sebagai H1N1 pada tahun 2009. Oleh itu, langkah bijak perlu diambil bagi membendung masalah yang tiada kesudahan ini. Persoalannya, apakah cara yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menangani masalah penyakit berjangkit ini?
https://karangan.net/cara-menangani-penyakit-berjangkit/
Memastikan_penjagaan_kesihatan
Antara langkah yang signifikan dalam usaha mengawal penularan penyakit berjangkit adalah dengan memastikan penjagaan kesihatan yang bersistematik dalam kalangan masyarakat. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan kita agar mencuci tangan, memakai pelitup muka, dan melakukan penjarakan sosial. Kaedah ini telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mematuhi Prosedur Tetap Operasi (PTO) yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Sebagai contoh, peniaga mematuhi syarat jumlah pelanggan yang boleh berada di dalam premis dengan mengikut Prosedur Tetap Operasi. Dengan cara ini, kerajaan dapat mengawal penyakit berjangkit tersebut daripada merebak
https://karangan.net/cara-menangani-penyakit-berjangkit/
Meningkatkan_imunisasi_diri
Dalam isu yang sama, masyarakat juga hendaklah meningkatkan imunisasi diri mereka. Masyarakat hendaklah mengambil kesempatan untuk melakukan senaman, riadah atau aktiviti yang mengeluarkan peluh pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan kita berada dalam keadaan sihat dan terhindar daripada penyakit. Dengan cara ini masyarakat dapat memiliki kekuatan dalaman terutama kekuatan imunisasi badan, kekuatan fikiran dan perasaan serta kekuatan fizikal bagi menghadapi penularan penyakit berjangkit yang masih belum ketemu titik pengakhiran. Secara tidak langsung penjagaan kesihatan kendiri menjadi benteng utama pertahanan diri.
https://karangan.net/cara-menangani-penyakit-berjangkit/
Mengetatkan_syarat_kemasukan_pendatang_asing
Dari sudut lain pula, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas dengan mengetatkan syarat kemasukan pendatang asing dari luar negara. Sama ada mereka datang ke Malaysia sebagai pelancong atau sebagai pekerja, Jabatan Imigresen hendaklah melakukan saringan kesihatan terhadap mereka. Banyak kes jangkitan penyakit berjangkit dibawa oleh pendatang asing. Sebagai contoh, kes COVID-19 yang berlaku di Napoh adalah disebabkan oleh pendatang asing yang tidak melakukan kuarantin diri sehingga wujudnya kluster Sivangangga. Kes ini menjadi bukti bahawa pendatang asing menjadi ejen pembawa penyakit berjangkit ke negara Malaysia. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak segera dengan menutup semua pintu masuk negara bagi membendung masalah ini daripada berlaku.
https://karangan.net/cara-menangani-penyakit-berjangkit/
Tindakan_tegas_dan_hukuman_berat
Dalam konteks yang sama berkaitan isu penguatkuasaan undang-undang, kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas dengan mengenakan hukuman berat terhadap individu atau syarikat yang masih berdegil tidak mematuhi Prosedur Tetap Operasi. Mereka hendaklah dikenakan denda yang besar dan hukuman yang berat agar memberi keinsafan kepada pesalah dan orang lain. Sebagai contoh, denda sebanyak seribu ringgit dikenakan terhadap pesalah yang melanggar Prosedur Tetap Operasi dan mereka yang masih berdegil melanggar PKP, akan dikenakan hukuman penjara di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan Akta 342.
https://karangan.net/cara-menangani-penyakit-berjangkit/
Penutup_Karangan_Menangani_Penyakit_Berjangkit
Secara keseluruhannya, pelbagai langkah drastik dan efektif telah diambil oleh semua pihak bagi memutuskan rantaian penyakit berjangkit ini. Dalam hal ini, semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, agama dan kaum hendaklah bersatu hati dan mengetepikan segala persengketaan yang disebabkan isu-isu politik dan sosial demi mencari satu titik persamaan bagi membendung wabak Covid-19 ini. Contoh Karangan: Punca dan Kesan Penyakit Berjangkit
https://karangan.net/cara-menangani-penyakit-berjangkit/
Langkah_untuk_mengamalkan_Nilai_Murni
Dalam era ‘TikTok, Facebook, Twitter dan Instagram’ nilai hormat dan bersopan santun semakin terhakis. Jika dahulu, kita sering terdengar kenyataan yang menyebut bahawa rakyat Malaysia sebagai rakyat asia yang sangat tinggi nilai hormat dan bersopan santun. Namun, selepas menghadapi pelbagai arus kemajuan dalam media sosial yang semakin pantas, nilai-nilai murni itu semakin pupus dalam budaya dan tradisi masyarakat Malaysia. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, saya perlu mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat agar nilai murni dapat dinobatkan semula.
https://karangan.net/cara-mengamalkan-nilai-murni/
Menjadi_pelajar_yang_proaktif
Langkah pertama yang perlu saya lakukan adalah dengan menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang terpuji terutamanya di sekolah ketika bersama dengan rakan dan guru-guru. Sikap dan tingkah laku yang baik saya pamerkan ini akan menjadi cerminan kepada rakan-rakan untuk menjadi contoh dan ikutan kerana berkawan dengan si penjual minyak wangi, pasti akan kita mendapat wangiannya. Secara tidak langsung sikap dan tingkah laku yang dizahirkan ini memberi impak positif dalam aktiviti seharian di sekolah. Tegasnya, menzahirkan akhlak yang terpuji ini pasti akan disenangi oleh rakan dan para guru dan seterusnya memupuk budaya penyayang dalam diri setiap warga sekolah.
https://karangan.net/cara-mengamalkan-nilai-murni/
Menjadi_pelajar_yang_mudah_didekati_oleh_semua_warga_sekolah
Langkah bestari yang seterusnya adalah dengan menjadi pelajar yang mudah didekati oleh semua warga sekolah bukan sahaja rakan-rakan seperjuangan, malah para guru dan kakitangan sekolah. Sikap bagai kunyit dengan kapur yang senang berkawan, cepat mesra, peramah dan menghormati rakan menjadi inti pati saya ketika bergaul dengan rakan persekolahan. Pada masa yang sama, saya turut menjadi pelajar yang luhur budi bahasa ketika berbicara dengan guru dan kakitangan sekolah. Dengan cara ini, saya dapat melahirkan rasa kasih dan sayang dalam kalangan warga sekolah. Secara tidak langsung segala perbuatan dan aktiviti negatif oleh warga pelajar dapat terhindar.
https://karangan.net/cara-mengamalkan-nilai-murni/
Berpegang_pada_prinsip_dan_jati_diri_sendiri
Dalam usaha memupuk budaya penyayang, saya berpegang pada prinsip dan jati diri sendiri. Saya tidak akan mudah terikut-terikut dengan perangai buruk rakan-rakan yang sering mendorong saya untuk melakukan aktiviti tidak sihat. Sebagai remaja alaf dan norma baharu ini, dorongan-dorongan negatif sentiasa memburu saya dan berlegar-legar dalam diri, fikiran dan perasaan seseorang pelajar. Namun, sikap tegas dan berani untuk mengatakan tidak menjadi benteng ampuh menolak segala pengaruh negatif daripada rakan-rakan. Oleh itu, saya perlu menguatkan jati diri dan prinsip agar terus kukuh menjadi benteng pertahanan diri ini daripada segala hasutan yang boleh merosakkan maruah diri.
https://karangan.net/cara-mengamalkan-nilai-murni/
Belajar_secara_istiqamah
Selain langkah yang pragmatik tersebut, belajar secara istiqamah iaitu secara tetap dan berterusan turut menjadi wadah dalam langkah memupuk budaya penyayang. Sesungguhnya, pembelajaran secara beristiqamah ini amat memerlukan kerjasama daripada rakan-rakan sekolah dan guru-guru. Tanpa rakan dan guru, pembelajaran kendiri memerlukan semangat juang tinggi jika tidak, pasti kecundang. Oleh itu, sifat kasih sayang antara satu sama lain akan dapat membentuk diri saya menjadi pelajar yang cemerlang. Secara tidak langsung, sikap dan tanggungjawab memupuk budaya penyayang ini akan terhasil. Kesannya, nilai hormat- menghormati antara satu sama lain akan lahir dalam diri pelajar.
https://karangan.net/cara-mengamalkan-nilai-murni/
Penutup_Karangan_tentang_Nilai_Murni
Secara tuntasnya, hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa yang mendorong seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa. Hasil usaha ini akan dapat memupuk budaya penyayang yang mampu memberi natijah kepada masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin. Oleh Hal yang demikian, saya akan bersungguh-sungguh menzahirkan idea-idea yang mampu menjadi titik perubahan masyarakat yang berbudaya, beretika dan penyayang. Sesungguhnya, inilah Malaysia yang menjadi harapan kita menjelang dekad yang akan datang. Contoh Karangan: Cara untuk Membentuk Akhlak MuliaContoh Karangan: Peranan remaja dalam membentuk sahsiah diri
https://karangan.net/cara-mengamalkan-nilai-murni/
Cara_untuk_Mengawal_Pemakanan_Anak-Anak
Lambakan makanan ringan yang dikenali sebagai jajan atau kudapan dalam pasaran telah menimbulkan pelbagai masalah dari segi kesihatan kepada masyarakat Malaysia. Masalah ini masih belum dapat diselesaikan selagi ada permintaan dalam pasaran yang menggalakkan penjualan makanan ringan. Oleh itu, semua pihak haruslah mengambil inisiatif untuk membendung masalah ini agar tidak menjadi lebih parah. Persoalannya, apakah peranan yang wajar dilakukan oleh pelbagai pihak dalam mengawal pemakanan anak-anak?
https://karangan.net/cara-mengawal-pemakanan-anak/
Ibu_bapa_menjaga_pemakanan_anak
Peranan utama yang signifikan dalam isu ini ialah ibu bapa. Mereka bertanggungjawab untuk memastikan pemakanan anak-anak mengikut piramid makanan. Mereka hendaklah mengelakkan pemberian makanan ringan kepada anak-anak. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan anak-anak mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Jika tidak, anak- anak akan lebih meminati makanan ringan berbanding makanan utama malah tindakan anak- anak ini akan menyebabkan mereka tidak mengambil makanan yang diperlukan oleh tubuh badan mereka. Oleh itu, ibu bapa mestilah bersikap tegas kepada anak-anak agar mereka tidak menghadapi masalah pada kemudian hari.
https://karangan.net/cara-mengawal-pemakanan-anak/
Pihak_sekolah_bersikap_tegas_dengan_pengusaha_kantin
Selain ibu bapa, pihak sekolah turut memainkan peranan penting dalam isu mengawal pemakanan murid di sekolah. Pihak sekolah hendaklah bersikap tegas dengan pengusaha kantin agar mereka tidak menjual makanan ringan seperti “Super Ring”, “Twistie”, “Mimi”, “Tam Tam” yang tidak berkhasiat kepada murid sekolah terutama murid sekolah rendah. Secara tidak langsung pihak sekolah perlulah bijak mencari penyelesaian agar semua pihak tidak terkesan oleh tindakan dan peraturan tersebut sesuai dengan peribahasa yang menyatakan ‘bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak’.
https://karangan.net/cara-mengawal-pemakanan-anak/
Peranan_pihak_berkuasa_tempatan
Masalah kehadiran peniaga-peniaga di hadapan sekolah yang menjual jajan atau kudapan ini sering menyusahkan pihak sekolah dalam usaha mengawal pemakanan pelajar-pelajar. Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan hendaklah memainkan peranan dengan melakukan pemantauan berkala di hadapan sekolah terutamanya sekolah rendah. Pihak berkuasa tempatan hendaklah memantau dan melakukan pemeriksaan mengejut seterusnya menyaman peniaga yang berniaga di kawasan tersebut dengan merampas peralatan mereka. Tindakan tegas ini walaupun dilihat menzalimi peniaga kecil tetapi jika tidak dibendung pasti akan bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tegasnya, pihak berkuasa tempatan perlulah bertindak tegas dalam isu yang melibatkan kepentingan awam.
https://karangan.net/cara-mengawal-pemakanan-anak/
Mengharamkan_penjualan_makanan_ringan
Jika dilihat dari ruang lingkup yang lebih luas lagi, kerajaan juga bertanggungjawab dalam mengekang gejala ini sebelum menjadi parah. Pihak kerajaan melalui KPDNKK mestilah mengharamkan penjualan makanan ringan yang tidak sihat dan berbahaya kepada kesihatan murid. Sesetengah negara maju seperti Singapura mengharamkan penjualan gula-gula getah di negara mereka. Kedai yang menjual gula-gula getah akan dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda mencecah empat ribu ringgit. Maka kerajaan perlulah mengambil tindakan penguatkuasaan melarang dan mengharamkan penjualan makanan ringan yang berbahaya kepada kanak-kanak.
https://karangan.net/cara-mengawal-pemakanan-anak/
Penutup_karangan_Cara_Mengawal_Pemakanan_Anak
Secara keseluruhannya, sebatang lidi mudah untuk dipatahkan tetapi seikat penyapu sukar untuk dipatahkan, begitulah juga dalam usaha menyelesaikan masalah yang membelenggu ibu bapa, guru, dan masyarakat. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan untuk mencegah dan mengatasi masalah penjualan makanan ringan yang tidak sihat kepada kanak-kanak. Contoh Karangan: Punca makanan ringan diminati
https://karangan.net/cara-mengawal-pemakanan-anak/
Langkah_Menggalakkan_Aktiviti_Gotong_Royong
Dalam mendepani isu sosial yang masih bersarang dalam kalangan masyarakat, aktiviti gotong-royong merupakan aktiviti yang semakin dilupai masyarakat khususnya generasi muda. Aktiviti gotong-royong dalam kalangan masyarakat semakin sukar untuk dilakukan lantaran masyarakat lebih banyak menghabiskan masa membasahi tubuh dengan keringat untuk mencari sesuap nasi. Keadaan ini telah memberi kesan buruk secara tidak langsung kepada generasi muda. Pada hari ini, remaja bersikap antisosial dan bergaul dalam kelompok mereka sahaja. Malah, mereka juga tidak mahir berkomunikasi sehingga bahasa yang ditutur boleh menggores hati orang terutamanya warga emas. Oleh itu, kita perlu menelusuri setiap langkah dan cara untuk menggalakkan aktiviti gotong-royong dalam kalangan generasi muda.
https://karangan.net/cara-menggalakkan-aktiviti-gotong-royong/
Ibu_bapa_menjadi_suri_teladan
Dalam satu perspektif, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam menggalakkan aktiviti gotong-royong dalam kalangan remaja. Peribahasa ada mengatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, maka ibu bapa merupakan suri teladan yang menjadi ikutan kepada anak-anak. Mereka hendaklah membawa anak-anak bergotong-royong. Sebagai satu tamsilan, ibu bapa membawa anak menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk. Dengan cara ini, mereka dapat bertemu dengan anak-anak jiran yang sebaya dan pada masa yang sama mengenali jiran tetangga. Secara tidak langsung ibu bapa dapat mendidik dan memberi pendedahan kepada anak-anak tentang budaya bergotong-royong dalam masyarakat.
https://karangan.net/cara-menggalakkan-aktiviti-gotong-royong/
Peranan_pihak_sekolah
Dari perspektif yang lebih formal iaitu di institusi pendidikan negara, pihak sekolah berperanan memupuk amalan bergotong-royong dalam aktviti penceriaan kelas. Pelajar dikehendaki melakukan pembersihan kelas secara berkala dengan jadual pembersihan yang telah ditetapkan oleh ketua kebersihan kelas yang dilantik. Mereka akan bekerja dalam satu kumpulan kerana sesungguhnya sebatang lidi mudah dipatahkan berbanding seikat penyapu yang sukar dipatahkan, begitulah semangat mereka dalam melakukan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan dan menghiaskan bilik darjah. Semangat berlumba-lumba membersihkan kelas secara gotong-royong ini telah memberi galakan kepada remaja agar mengamalkan gotong-royong dalam kehidupan mereka.
https://karangan.net/cara-menggalakkan-aktiviti-gotong-royong/
Masyarakat_setempat_menganjurkan_aktiviti_gotong-royong
Perspektif yang berbeza juga dapat dilihat dari sudut masyarakat terutamanya masyarakat setempat yang menganjurkan pelbagai aktiviti gotong-royong. Melalui persatuan penduduk, aktiviti gotong-royong boleh diadakan dengan penglibatan remaja. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong mengacau bubur lambuk, mengacau dodol dan membakar lemang merupakan antara aktiviti yang menarik minat remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja akan berasa teruja untuk mengetahui dan mencuba sesuatu yang baharu. Secara tidak langsung, sumbangan mereka ini akan dihargai masyarakat setempat malah pandangan serong masyarakat terhadap remaja dapat dikikis dengan amalan bergotong royong ini.
https://karangan.net/cara-menggalakkan-aktiviti-gotong-royong/
Media_massa_menggalakkan_amalan_gotong_royong
Media massa juga merupakan pihak yang tidak boleh ditinggalkan dalam usaha menggalakkan amalan gotong-royong dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana media massa terutamanya media sosial tidak dapat dipisahkan dengan remaja kerana hubunganyan dengan remaja sangat rapat bagai isi dengan kuku. Maka, media massa seperti televisyen dan radio berperanan penting untuk menyalurkan maklumat tentang aktiviti gotong- royong yang melibatkan remaja. Dengan cara ini remaja akan seronok melakukan aktiviti gotong-royong apabila digabung dengan hiburan masa ini yang menjadi kegilaan mereka.
https://karangan.net/cara-menggalakkan-aktiviti-gotong-royong/
Penutup_Karangan_Cara_Menggalakkan_Aktiviti_Gotong_Royong
Secara keseluruhannya, amalan gotong-royong hendaklah digalakkan dalam kalangan remaja masa ini agar mereka dapat mempelajari cara bersosial dan berinteraksi dengan masyarakat sekitar agar mereka tidak kekok apabila melalui zaman yang akan mendewasakan mereka. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga remaja Malaysia agar terhindar daripada pemikiran yang boleh merosakkan masa depan negara. Contoh Karangan: Kebaikan Amalan Gotong Royong
https://karangan.net/cara-menggalakkan-aktiviti-gotong-royong/
Cara_untuk_Menggalakkan_Industri_Pelancongan_Di_Malaysia
Pada tahun 2020 Malaysia, baru sahaja melancarkan Kempan Tahun Melawat Malaysia, namun semua perancangan negara tergendala lantaran wabak COVID-19 yang menyerang negara. Demi memulihkan ekonomi negara, sektor pelancongan merupakan sektor yang perlu diberi tumpuan kerana kemampuannya dalam menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang terkesan oleh pandemik yang berlaku ini. Usaha ini memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak demi membangunkan semula ekonomi negara dan meletakkan nama Malaysia di persada dunia.
https://karangan.net/cara-menggalakkan-industri-pelancongan/
End of preview.