[{"title": "Kebaikan_dan_Faedah_Bersukan", "content": "Kegiatan sukan memberi banyak faedah dalam membina generasi yang sihat\u00a0dansahsiahserta melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah telah menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Setiap pelajar diwajibkan menyertai aktiviti sukan secara aktif di sekolah. Persoalannya, apakah kebaikan dan faedah sukan kepada remaja?", "url": "https://karangan.net/faedah-sukan-kepada-remaja/"}, {"title": "melahirkan_remaja_yang_sihat", "content": "Kegiatan sukan mendatangkan banyak faedah kepada remaja. Antara faedah bersukan ialah dapat melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Sebagai contoh, aktiviti sukan seperti berbasikal, mendaki gunung, dan bermain bola sepak akan membantu remaja untuk membina tubuh badan yang sihat, cergas, dan menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan dengan membakar lemak berlebihan dalam badan. Aktiviti sukan juga berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Natijah daripada badan yang sihat akan melahirkan minda yang cerdas dan mendorong kecemerlangan dalam pelajaran. Kegiatan sukan juga merupakan langkah awal seperti kata pepatah \u201csediakan payung sebelum hujan\u201d dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung.", "url": "https://karangan.net/faedah-sukan-kepada-remaja/"}, {"title": "Bersukan_dapat_mengisi_masa_lapang", "content": "Selain itu, remaja dapat mengisi masa lapang dengan cara yang bermanfaat. Remaja yang tidak menghargai masa akan merugikan diri sendiri dan mudah terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat. Remaja boleh memanfaatkan masa lapang dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan seperti tenis, memanah, dan futsal. Remaja yang aktif dalam sukan pasti tidak akan melakukan aktiviti yang kurang bermanfaat seperti menghabiskan masa lapang dengan menonton televisyen, tidur, atau melepak di pusat beli-belah. Sebaliknya, mereka akan mengisi masa senggang mereka dengan melakukan aktiviti sukan yang digemari bersama rakan-rakan. Impaknya, remaja akan membentuk gaya hidup yang sihat dan terhindar daripada masalah sosial.", "url": "https://karangan.net/faedah-sukan-kepada-remaja/"}, {"title": "mencungkil_bakat_remaja", "content": "Seterusnya, salah satu faedah bersukan ialah mencungkil bakat remaja yangberupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Melalui pertandingan yang diadakan pada peringkat sekolah, guru atau jurulatih dapat mengesan dan mencungkil bakat terpendam remaja dalam pelbagai acara sukan seperti catur, badminton, dan olahraga. Pada masa yang sama, guru akan menggilap bakat remaja ini dengan latihan yang terancang agar mereka dapat bermain dengan baiknya semasa pertandingan dijalankan. Dengan ini, pihak sekolah dapat mencungkil bakat dan melahirkan ramai atlet yang berpotensi untuk berjaya pada peringkat yang lebih tinggi. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan. Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai.", "url": "https://karangan.net/faedah-sukan-kepada-remaja/"}, {"title": "memupuk_perpaduan", "content": "Di samping itu, aktiviti sukan berfaedah untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Faedah bersukan ini penting kepada negara kita kerana perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.\u00a0Semangatkekitaan danbekerjasama amatlah penting dalamsemasabersukan. Atlet yang berada dalam pasukan yang terdiri daripada remaja yang berbeza kaum dan budaya akan bekerjasama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka. Dengan ini remaja kita juga dapat memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Impaknya, sifat toleransi dan semangat kesukanan dalam kalangan remaja yang berbeza latar belakang dapat dipupuk dan perpaduan dapat dijalin.", "url": "https://karangan.net/faedah-sukan-kepada-remaja/"}, {"title": "Penutup_Karangan_Faedah_Bersukan", "content": "Kesimpulannya, penglibatan dalam aktiviti sukan dapat membawa faedah dankemaslahatan kepada remaja. Semua pihak harus memberikan galakan kepada remaja di sekolah untuk menyertai aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah. Setiap pelajar juga diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu sukan dalam peringkat sekolah. Di samping itu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk melahirkan remaja yang gemar dalam aktiviti bersukan. Dengan bersukan, masyarakat kita akan lebih sihat dan juga melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlahmasyarakat remaja mengamalkan kegiatan sukan supaya negara kita mempunyai rakyat yang sentiasa sihat. Karangan Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara", "url": "https://karangan.net/faedah-sukan-kepada-remaja/"}]